Terengganu · 24 November 2020

14th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 408 turns · 35,979 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Sebelum kita memulakan persidangan pada pagi ini, marilah kita membaca Ummul Quran Al-Fatihah.

Sekarang kita masuk kepada Soalan-Soalan Lisan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan soalan-soalan lisan pada hari ini 24 November 2020 adalah sebagaimana berikut:

1 Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan

2 Yang Berhormat Wakil Batu Rakit

3 Yang Berhormat Wakil Bandar

4 Yang Berhormat Wakil Kuala Besut

5 Yang Berhormat Wakil Air Putih

6 Yang Berhormat Wakil Ajil

7 Yang Berhormat Wakil Kemasik

8 Yang Berhormat Wakil Wanita

9 Yang Berhormat Wakil Tepoh

10 Yang Berhormat Wakil Batu Burok

11 Yang Berhormat Wakil Seberang Takir

Yang Berhormat Wakil Sura

13 Yang Berhormat Wakil Telemong

14 Yang Berhormat Wakil Buluh Gading

15 Yang Berhormat Wakil Hulu Besut

16 Yang Berhormat Wakil Manir

17 Yang Berhormat Wakil Bukit Besi

18 Yang Berhormat Wakil Rantau Abang

19 Yang Berhormat Wakil Jertih

Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan untuk mengemukakan soalan.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan nombor satu-

Setakat manakah peranan dan sokongan dari GLC negeri yang terlibat dalam bidang perladangan untuk turut sama merealisasikan objektif menjadikan Terengganu sebagai negeri pengeluaran makanan selaras dengan objektif besar pelan strategic pertanian Negeri Terengganu?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Berangan. Kerajaan Negeri merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada beberapa GLC Terengganu yang turut sama terlibat dalam aktiviti pertanian sebagai menyokong usaha-usaha dan dasar-dasar pertanian negeri dalam rangka untuk mencapai objektif besar bagi menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri pengeluar makanan. Penglibatan GLC Kerajaan Negeri dalam bidang pertanian yang menghasilkan makanan antaranya dalam bentuk pelaburan modal untuk penyediaan infrastruktur pertanian. Yang kedua terlibat sama di lapangan sama ada pertanian, penternakan atau akuakultur dan yang ketiga dari segi pemasaran produk.

Di antara GLC Terengganu yang terlibat dalam aktiviti ini ialah Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC). Contohnya TADC telah mengambil peranan untuk memajukan reban ayam tertutup milik GPV di Bukit Lawang di Setiu yang dimajukan dengan ternakan ayam kampung bermula pada Ogos 2020 sebanyak 12 ribu ekor ayam kampung MARDI telah diternak bagi tujuan penetasan dan dijadikan baka. Yang kedua TADC juga memajukan pusat pembenihan ikan hatchery di Limau Nipis di Setiu yang telah diserahkan oleh Jabatan Perikanan kepada Kerajaan Negeri. Yang ketiga TADC terlibat dalam perladangan rumput napier bagi dijadikan silaj untuk makanan ternakan dan sekarang ini terdapat 50 ekar ladang napier di Kuala Ping di Hulu Terengganu yang ditanam dengan napier baka hybrid sebagai ganti kepada napier baka Taiwan yang ditanam sebelum daripada ini. Dan di samping ladang napier yang diusahakan oleh TADC sendiri, dalam masa yang sama TADC mengadakan usaha sama bersama dengan penduduk setempat untuk perladangan napier secara kontrak farming.

Seterusnya, TADC juga terlibat dalam pemulihan Ladang Rimbunan Kasih di Rantau Abang yang telah diusahakan dengan tanaman melon manis Terengganu. Dan akhir sekali beberapa infrastruktur milik TADC seperti pusat pembenihan kerapu hybrid dan siakap di Tanjung Demong di Besut yang dimajukan oleh pihak swasta. Dalam masa yang sama dari segi pemasaran, Kerajaan Negeri merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada TADC yang memainkan peranan penting menyelesaikan isu-isu pemasaran, hasil-hasil pertanian Negeri Terengganu dalam tempoh PKP baru-baru ini. Dan dalam masa yang sama kita juga telah buka Pasar Borong Setiu yang bertempat di pusat pengumpulan TADC di Telaga Papan sebagai satu lagi sokongan kepada pemasaran hasil-hasil pertanian dalam rangka untuk kita mengaktifkan lagi aktiviti food security di Negeri

Terengganu. Termasuk juga TADC telah membuka TADC Trash Mart yang terletak di Paya Bunga. Kerajaan Negeri merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada TDM walaupun TDM secara core business dalam bidang perladangan, terlibat dalam industri sawit, dalam masa yang sama sekarang ini sedang berjalan tanaman nenas MD2 sebanyak 500 ribu pokok yang ditanam secara integrasi dalam ladang sawit yang belum matang di ladang di Jerangau dan ada 500 ribu pokok lagi yang sedang dalam proses untuk penanaman. Saya telah panggil TDM untuk berbincang dan setakat yang dimaklumkan TDM ada sebanyak 10 ribu hektar ladang sawit yang akan melalui proses tebang dan penanaman semula dan sementara tunggu pokok sawit matang, ladang yang akan diintegrasi dengan tanaman-tanaman yang menghasilkan makanan. TDM juga ada perancangan dan telah mendapat kelulusan untuk penanaman keledek dan juga tembikai di ladang sayur di Sungai Tong. Dalam masa yang sama di peringkat kajian untuk tanaman cili dan juga MMT.

Kerajaan juga merakamkan penghargaan kepada Ladang Rakyat Terengganu di samping terlibat dalam perladangan sawit komoditi, dalam masa yang sama Ladang Rakyat turut terlibat dalam penternakan lembu baka KK (Kedah, Kelantan). Biasanya dalam Ladang Rakyat terdapat lingkungan 2 ribu ekor lembu yang diternak dalam satu-satu masa di samping ternakan ayam kampung antara 13 ribu hingga 15 ribu ekor dalam satu-satu masa. PMINT juga tidak terkecuali. Kerajaan Negeri telah berbincang dengan pihak PMINT untuk memajukan 50 ekar tanah milik PMINT yang terletak di Pak Kancil di Setiu dengan tanaman nenas MD2 dan insya-Allah akan diusahakan oleh sebuah syarikat swasta. Inilah seimbas lalu bagaimana sokongan yang diberikan oleh beberapa GLC Terengganu untuk nak merealisasikan satu pelan besar dalam Pelan Strategik Pertanian Terengganu bagi menjadikan Terengganu sebuah negeri pengeluar makanan. Terima kasih.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada kerajaan di atas jawapan dan penjelasan berkenaan dengan peranan dan juga tanggungjawab yang diambil oleh pihak kerajaan dalam menggerakkan GLC-GLC negeri bagi membantu Negeri Terengganu untuk mewujudkan food security. Jadi itu adalah perkara-perkara besar yang sedang dirancang dan sedang berjalan. Persoalan saya pada hari ini dalam suasana pandemik, kita tidak mampu untuk mengeluarkan modal besar kepada anak muda ataupun rakyat di peringkat bawah. Jadi saya melihat penanaman ataupun pilot project rumput napier ini adalah

sesuatu yang munasabah untuk diketengahkan. Jadi persoalan saya berdasarkan kepada project pilot contract farming penanaman rumput napier, adakah berbaloi untuk dijadikan bidang ataupun peluang pekerjaan kepada anak muda dalam memenuhi keperluan pemakanan haiwan ternakan di Negeri Terengganu. Sekian.

Terima kasih sekali lagi Pengkalan Berangan. Peserta pertama contract farming penanaman rumput napier Bersama TADC mengusahakan tanaman napier seluas dua ekar. Jadi setakat Oktober 2020 hasil tuaian pertama sebanyak lima perpuluhan lapan tan bernilai dalam RM1,200.00. Jadi dalam dua ekar boleh menghasilkan RM1,200.00 dengan harga RM200 per matrik tan yang dijual kepada TADC. Jadi kita nampak tanaman napier ini kos permulaan sahaja yang agak tinggi, kemudian saya istilahkan tanaman sekali tanam sahaja boleh dituai banyak kali. Setiap kali 40 hari boleh dijadikan sebagai satu sumber pendapatan tambahan di samping napier juga memerlukan penjagaan yang paling minima. Okay, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Batu Rakit.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 1-

Dalam arus perkembangan digital semasa, Negeri Terengganu yang kaya dengan aktiviti kesenian dan kebudayaan, tidak harus diabaikan, apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan pihak yang terlibat, bergiat aktif dalam bidang masing?

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Dato’ Yang di-Pertua Dewan, ADUN Batu Rakit, terima kasih dengan soalan ini. Soalannya berbunyi: Dalam arus perkembangan digital semasa, Negeri Terengganu yang

kaya dengan aktiviti kesenian dan kebudayaan, tidak harus diabaikan, apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan pihak yang terlibat bergiat aktif dalam bidang masing-masing?

Negeri Terengganu ini sememangnya kaya dengan kesenian dan kebudayaan yang mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri khususnya di lapan buah daerah di Negeri Terengganu ini. Kampung Budaya Terengganu yang dirasmikan di Kompeks Muzium Negeri yang dijadikan sebagai living museum dan one stop centre dan merupakan platform kepada penggiat seni dan budaya dalam memelihara, memulihara dan memartabatkan kesenian dan kebudayaan negeri. Selaras dengan itu pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Portfolio Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri agar kesenian dan kebudayaan ini terus dipelihara, dipulihara dan seterusnya dimartabatkan di peringkat antarabangsa.

Antara usaha lain yang kita telah laksanakan adalah:-

1.

Penubuhan pertubuhan kesenian dan kebudayaan daerah di setiap daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah yang bertujuan merancang, mengatur dan menyusun aktiviti kesenian dan kebudayaan di peringkat daerah secara menyeluruh di bawah satu daerah.

2.

Program persembahan di setiap hujung minggu di setiap daerah dengan kepelbagaian aktiviti kesenian dan kebudayaan daerah yang mempunyai identitinya yang tersendiri. Setiap program yang dikendalikan dimuat naik secara langsung ke facebook page daerah masing-masing untuk pengembangan budaya.

3.

Bekerjasama dengan JKKM Terengganu, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan negara, Kraftangan Malaysia, persatuan-persatuan keseniaan dan kebudayaan bagi menyemarakkan lagi sektor seni budaya Terengganu secara menyeluruh. 4.

Penganjuran pelbagai program sebenarnya seperti karnival pantai, pekan budaya, sound of Terengganu dan lain-lain program anjuran kerajaan dan swasta sentiasa melibatkan golongan penggiat seni dalam menjayakan program-program yang dianjurkan.

5.

Pengisian aktiviti di Kampung Budaya Terengganu melibatkan seni budaya Terengganu. Antaranya persembahan pentas, demonstrasi serta jualan yang melibatkan pihak sebagaimana berikut:-

-SUKTRA daripada Jabatan Pelancongan Negeri - Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian daerah - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Terengganu - Kraftangan Terengganu, Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu - Yayasan Pembangunan Usahawan - Persatuan Dikir Barat Terengganu - Warisan Sari (Gamelan) - Persekutuan Silat Negeri Terengganu - Persatuan Gasing Negeri Terengganu - Lain-lain Persatuan/NGO yang berdaftar dengan ROS.

Sekian.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Soalan tambahan saya: Adakah kerajaan memberi bantuan kewangan kepada persatuan atau pertubuhan kesenian dan kebudayaan untuk terus bergiat aktif?

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Secara umumnya ada sebahagian bantuan yang kita berikan khususnya kepada setiap daerah kita memperuntukkan RM40,000.00 setiap daerah.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Soalan tambahan saya yang seterusnya: Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan kebajikan golongan ini terus dijaga dan kemahirannya dipelajari oleh generasi baru. Terima kasih.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Pelbagai pihak sama ada kerajaan, swasta, JKKM dan yang lain-lain yang terlibat sebenarnya kita memberikan keutamaan sama ada untuk mempergiatkan lagi pelbagai aktiviti kesenian dengan syarat dan kita pinda sebenarnya untuk menyesuaikan dengan motto “Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera” dengan terutamanya penari-penari yang kita hadkan khususnya kepada yang berumur dua belas tahun ke bawah dan mereka menutup aurat, kemudian kita sesuaikan nyanyian-nyanyiannya, gamelan yang kita tidak bercanggah dengan syariatlah secara umumunya dan kita sebenarnya sedang mencari ataupun berusaha untuk menjadikan semua kesenian yang sebenarnya Negeri Terengganu sangat kaya dengan

keindahan serta kesenian ini, kita akan gilapkan lagi dan kepada golongan-golongan baru kita pergiatkan. Sebagai contoh di sekolah-sekolah kita adakan kelas-kelas gamelan dan SUKTRA yang kita ada pakar-pakar di Jabatan Pelancongan Negeri, insya-Allah akan kita gunakan sebagai pemangkinlah terutamanya golongan belia yang akan kita latih dan kita jadikan Kampung Budaya sebagai tapak ataupun asas dan insya-Allah kita sebenarnya trend kita ada dua puluh empat orang petugas yang kita lantik baru-baru ini yang kita latih mereka untuk menjadi penggiat seni di Negeri Terengganu. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Okay, terima kasih Yang Berhormat.

Sekarang saya jemput Wakil Bandar untuk kemukakan soalan.

Ahmad Shah bin MohamedPAS · PNBandar

Terima kasih Dato’ Yang Di-Pertua, soalan saya soalan yang 1-

Bolehkan pihak Kerajaan jelaskan perancangan dan inisiatif Kerajaan Negeri untuk menarik golongan belia terutamanya graduan Negeri Terengganu dalam menceburi sektor pertanian dan perikanan?

Dato’ Yang Di-Pertua, terima kasih Wakil Bandar. Perancangan dan inisiatif Kerajaan Negeri untuk menarik golongan belia terutamanya graduan Terengganu bagi menceburi sektor pertanian. Dato’ Yang di-Pertua, nak tarik golongan belia menceburi sektor pertanian, kita telah kenal pasti isu-isu yang menyebabkan mereka tidak minat bertani dan perancangan kita fokuskan kepada program-program untuk kita buat anjakan paradigma dan perubahan minda daripada tidak minat kepada minat.

Yang pertama orang muda melihat pertanian ini adalah bidang orang gagal, tak boleh hendak dijadikan sebagai satu kerjaya untuk bina masa depan. Kerajaan telah dan akan terus turun padang untuk bertemu dengan kelompok golongan sasar terutamanya orang muda bagi kita mempromosikan pertanian adalah suatu kerjaya. Pelbagai program kita telah buat dan kita rancang juga untuk kalendar tahun 2021, di antaranya program kelab pertanian sekolah, dialog dan pendedahan peluang kerjaya dalam bidang pertanian,

Program Halaqah Veterinar, Program Mung Buat Kami Bantu, Program jenguk-jenguk kendang dan Himpunan Lembu Sado, Hari Penternak dan Nelayan, malah kerajaan pernah menghantar sekumpulan penternak muda ke Jepun dengan biaya Kerajaan Negeri untuk mereka melihat sendiri bagaimana Lembu Wagyu diternak di sana. Kita nak buka minda mereka supaya mereka rasa hebat untuk jadi seorang petani, penternak dan juga nelayan.

Yang kedua Dato’ Yang di-Pertua, orang muda kita ini suka bermain dengan teknologi kerana itu wayforward Kerajaan Negeri adalah pelbagaikan lagi penggunaan teknologi moden dalam bidang pertanian. Antaranya tahun 2021 kerajaan merancang untuk mewujudkan sekumpulan anak-anak muda yang menjadikan kerja pilot drone sebagai satu kerjaya. Kita di Terengganu sawah padi kita ada 12,000 hektar, di banyak negeri kerja-kerja membaja dan meracun tidak lagi dilakukan secara manual tetapi digunakan teknologi drone kita hendak anak muda yang terlibat. Anak-anak muda hendak membeli drone tentu sekali tidak berkemampuan kerana satu unit boleh mencecah RM30,000.00 sehingga RM40,000.00 maka kerajaanlah yang perlu mempelopori dan menerokai bidang ini.

Yang ketiga Dato’ Yang Di-Pertua, orang muda kita minat bertani tetapi isunya ialah tapak tanah untuk dijadikan tapak pertanian. Pihak kami banyak dihubungi oleh anak-anak muda tanya dekat mana ada tanah, bukan hendak luas pun, ada yang nak setengah ekar ada yang nak seekar dan kita ada tanah TKPM di Terengganu seluas 1,262 hektar, dalam tempoh dua tahun ini kita telah buat satu gerak kerja secara sangat intensif bagi kita melaksanakan kerja-kerja pemutihan dengan kita menamatkan penyewa-penyewa yang tidak produktif dan tidak mengusahakan tanah, kemudian kita masukkan penyewa baru yang sebahagian besarnya adalah daripada kalangan anak-anak muda. Buat masa sekarang ini, masih ada lagi sekitar 290 hektar tanah TKPM yang kosong. Kita letak sasaran insya-Allah menjelang 2021, semua tanah yang kosong ini boleh diisi dan kita alu-alukan anak-anak muda untuk memohon bagi menjadi peserta TKPM.

Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, isu anak muda kita nak buat kerja pitih takdok. Sebab itu Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan Skim Bantuan Modal Tani dan saya berterima kasih untuk tahun ketiga beturut-turut, bajet Skim Bantuan Modal Tani dikekalkan sebanyak RM5 juta dalam Bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam. Syarikat-syarikat besar, mereka tidak ada masalah

untuk dapat sokongan bajet daripada institusi-institusi kewangan. Sebab itu kita galakkan syarikat besar supaya buat projek pertanian kemudian buat secara kaedah anchor yang di bawahnya ada anak-anak muda yang turut terlibat membina kerjaya dan boleh mengambil manfaat.

Yang kelima, Dato’ Yang di-Pertua, ciri orang muda ini bila kerja mereka nak hasil cepat. Orang muda tak sabar untuk tunggu bertahun-tahun baru boleh dapat hasil. Kerana itulah, di antara penumpuan dan tekanan kita, kita fokuskan kepada cash crop tanaman kontan yang memberikan hasil yang cepat, dalam masa yang sama menghasilkan sumber makanan dan permintaan tinggi. Akhir sekali banyaklah kursus-kursus yang tentu tak perlu saya sebutkan kesemua sekali bagaimana kita nak memahirkan golongan belia untuk turut sama terlibat dalam bidang ini. Terima kasih.

Ahmad Shah bin MohamedPAS · PNBandar

Dato’ Yang di-Pertua, saya ada soalan tambahan: Sejauh manakah inisiatif yang diberikan oleh pihak kerajaan, banyak yang kita nampak tadi inisiatifnya. Sejauh mana inisiatif itu dapat diberi oleh pihak kerajaan mencapai sasaran ataupun matlamat?

Dato’ Yang di-Pertua, kalau kita teliti angka, saya boleh simpulkan apa yang kita usahakan telah memberikan sedikit sinar harapan. Walaupun tak banyak, tetapi ia telah memberikan satu angka yang kita boleh banggakan. Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia berkaitan dengan KDNK Negeri Terengganu, peningkatan sektor pertanian 2018 berada pada paras -2.5% yang telah meningkat kepada 6% pada tahun 2019. Dan penigkatan ini tentu sekali kita layak untuk bagi kredit kepada anak-anak muda kita yang apabila mereka terlibat dalam bidang pertanian, dalam bidang penternakan dan juga perikanan, mereka buat secara sungguh-sungguh, kemudian memanfaatkan ilmu yang ada. Terima kasih.

Ahmad Shah bin MohamedPAS · PNBandar

Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan kedua: Tadi Yang Berhormat EXCO ada maklum beberapa masalah di dalam memastikan para belia mengguna inisiatif yang diberikan oleh pihak kerajaan. Boleh tak kita nak dapat sikit lagi adakah di sana halangan-halangan ataupun masalah-masalah lain yang dihadapi oleh pihak kerajaan dalam memastikan para belia dapat memanfaatkan segala inisiatif yang telah diberikan oleh kerajaan.

Dato’ Yang di-Pertua, bila kita buat kerja tentu sekali akan ada halangan dan masalah. Tapi kita optimis. Apa yang cuba kita selesaikan dalam tempoh terdekat ini ialah sistem penyampaian supaya dasar-dasar baik yang dibuat oleh kerajaan dapat dimanfaatkan oleh rakyat dengan sebaik mungkin. Kalau suatu permohonan itu sepatutnya perlu lalu lima meja, seboleh-bolehnya kita nak singkatkan kepada tiga meja sahaja. Dan sistem penyampaian ini adalah di antara kunci keberkesanan dan kejayaan perancangan besar kita, insya-Allah.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Wakil Kuala Besut.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya No. 1 -

Apakah usaha pihak kerajaan memperkasakan industri ternakan lembu di Negeri Terengganu?

Terima kasih kepada adinda Kuala Besut. Soalan berkaitan dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memperkasakan ternakan lembu di Negeri Terengganu. Yang pertama Dato’ Yang di-Pertua, kita fokus kepada pembangunan padang ragut. Dalam Bajet 2020, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM200,000.00 untuk pembangunan padang ragut rakyat yang telah meningkat sekali ganda pada tahun depan kepada RM400,000.00, menggambarkan keseriusan kita untuk nak menjayakan usaha ini. Di antara padang ragut yang sempat kita bangunkan pada tahun ini ialah padang ragut di Kampung Padang di Kerteh di Kemaman, padang ragut Padang Lindungan di Kampung Oh, di Jabi dan padang ragut di Padang Baloh di Besut. Buat masa sekarang ini, terdapat 71 rezab padang ragut dengan keluasan 1,571 hektar yang dimanfaatkan oleh penternak-penternak kita. Yang kedua Dato’ Yang di-Pertua, kita juga memfokuskan kepada penglibatan sektor swasta dalam pembangunan padang ragut. Buat masa sekarang ini, ada enam padang ragut yang telah diberikan pajakan dan dimajukan oleh pihak pemaju swasta dengan keluasan 489 hektar. Keluasan keseluruhan rezab padang ragut di Negeri Terengganu 4,349 hektar dengan masih berbaki 1,800 lebih lagi yang belum dimajukan dan kita sedang berusaha keras ke arah ini.

Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, dari segi hub pembangunan lembu sado, tahun 2020, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM400,000.00 dalam program pembangunan lembu sado di antara program yang menjadi wow factor yang sangat menarik minat penternak muda kita. Untuk tahun 2021, saya berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang meningkatkan peruntukan daripada RM400,000.00 kepada RM1 juta. Seterusnya, kita juga pernah buat Himpunan Lembu Sado Pantai Timur yang menghimpunkan lembu-lembu sado daripada Pahang, daripada Terengganu, dan daripada Kelantan, lebih 100 ekor pelbagai spesis lembu sado dihimpunkan di Jabi dalam satu program yang sangat meriah dan kita nak buka minda serta kita nak buka pandangan anak-anak muda kita supaya mereka melihat bagaimana meriahnya industri ini dan mereka bukanlah kelompok yang terpinggir dalam masyarakat.

Seterusnya baru ini kita buat kursus special cut. Kita jemput pakar dalam bidang pemotongan daging. Kita nak ajar penternak-penternak kita supaya mereka tahu potong daging dengan cara yang betul agar bahagian-bahagian tertentu daging yang ada pada seekor lembu boleh dijual dengan harga yang sepatutnya. Biasa kita orang kampung atas sekor lembu kita cincang halus semua masuk kawah. Sedangkan sebenarnya atas sekor lembu ada bahagian yang dipotong dengan betul dan boleh dijual dengan harga ratusan ringgit, yang diperlukan oleh hotel-hotel dan restoran-restoran ternama untuk buat steak dan sebagainya. Yang kita nak, ialah biar penternak kita dapat pulangan yang lebih daripada apa yang mereka ada. Soal yang nak makan harga mahal, ini ada golongan-golongan tertentu yang berkemampuan yang mereka berhajat kepada perkara-perkara seperti ini. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri berbincang dengan beberapa GLC sebagaimana yang saya jelaskan tadi dengan TDM, dengan Ladang Rakyat untuk mereka turut sama mempergiatkan lagi aktiviti mereka terlibat dalam bidang penternakan. Soal modal, kita bantu dengan sokongan Skim Bantuan Modal Tani yang insya-Allah saya akan jelaskan secara lebih terperinci dalam soalan daripada Yang Berhormat Ajil nanti. Kita juga mengadakan kursus-kursus untuk melahirkan jurusuntik permanian beradas, dalam kita mempergiatkan lagi program biak baka kita. Dan Kerajaan Negeri berterima kasih kepada tenaga-tenaga pakar daripada Fakulti Perubatan Veterinar Universti Putra Malaysia, yang sentiasa bersedia untuk menyumbang tenaga dan kepakaran secara percuma. Terakhir sekali baru ini, Program VetPil Ruminan Terengganu yang dihadiri oleh berbelas-belas orang profesor daripada Universti Putra Malaysia yang datang memberikan khidmat secara percuma sahaja. Dan akhir sekali isu besar yang dihadapi oleh penternak ruminan Terengganu khususnya lembu ialah isu bekalan makanan. Alhamdulillah,

Kerajaan Negeri bekerjasama dengan koperasi peserta-peserta FELCRA telah ada kilang makanan ternakan yang berjaya dibuka di Gong Badak. Kita bantu dari segi kepakaran dan sebagainya melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Kerajaan Negeri juga telah meluluskan sebidang tanah di Bukit Kor di Marang bagi tujuan dibangunkan kilang makanan ternakan yang akan dibangunkan oleh pihak swasta. Terima kasih.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas penjelasan tentang macam mana nak memperkasakan lagi industri ternakan lembu di Terengganu dan banyak usaha yang telah dibuat oleh kerajaan, tahniah. Cuma yang saya tertariknya tentang yang disebut oleh Yang Berhormat EXCO tadi, betapa peri pentingnya iaitu keutamaan tentang padang ragut yang ada di Negeri Terengganu dan soalan saya sebab saya didatangi oleh orang kampung Dato’ Yang di-Pertua pada sebulan dua bulan lepas iaitu di Kuala Besut pun juga di sekitar Kampung Dengir, Kampung Tok Has ada juga padang ragut. Jadi, dan dimaklumkan oleh orang kampung bahawa padang ragut itu nak dijadikan lot-lot tanah. Jadi sebab itu kita nak tahu apakah perancangan ini termasuk dengan perancangan kerajaan sedangkan yang disebut oleh kerajaan sakni bahawa pentingnya padang ragut kepada perusahaan ternakan lembu ini, tetapi bila di bahagi lot-lot tanah juga, jadi kurangnya bilangan atau keluasan rizab padang ragut yang sebanyak disebut oleh EXCO sakni 4,349 hektar mungkin akan berkurangan. Jadi apakah perancangan pihak kerajaan, adakah nak ganti ke ataupun adakah perancangan lain kerana ianya contradict dengan yang disebut oleh..

Yang di-Pertua

Lebih spesifik Yang Berhormat.

pihak kerajaan.

Yang di-Pertua

Lebih spesifik kawasan mana.

Kawasan Kuala Besut, di Tok Has dan juga di Kampung Dengir. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri sangat berhati-hati dalam menangani isu ini. Kita dalam dilema di antara keperluan perumahan rakyat kita dengan keperluan untuk sumber makanan kita terutama ternakan. Dua-dua penting sebab itu isu ini ditangani dengan sangat berhalus, dengan sangat berhati-hati. Saya dimaklumkan bahawa rizab padang ragut yang disebut oleh adinda Kuala Besut tadi sebenarnya adalah lot tapak rumah yang telah diberikan kepada peserta-peserta semasa era kerajaan PAS 1999-2004 dahulu, jadi dikategorikan sebagai lot tanah terkilan yang perlu dikembalikan semula kepada pemilik asal yang sebenarnya dah diberikan LMS pun ketika itu.

Saya tengok kedua-dua kepentingan, kepentingan penternak pun kita nak jaga, dalam masa yang sama kepentingan untuk kita mengembalikan hak juga menjadi satu tanggungjawab Kerajaan Negeri dan pihak kami memberikan komitmen insya-Allah isu penternak di sekitar Tok Has, kita akan bincang dengan detail yang pentingnya mereka perlu ada tempat untuk menternak. Dan masih ada lagi beberapa rizab padang ragut berhampiran yang kita boleh bangunkan untuk dijadikan sebagai kawasan. Mereka boleh cerut ambil rumput dan kawasan mereka boleh lepas ternakan di situ. Terima kasih atas keprihatinan adinda Kuala Besut.

Satu lagi Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih atas penjelasan tersebut dan saya dimaklumkan oleh pihak yang berkenaan, pihak orang kampung lah, bahawa isu tanah tersebut sebenarnya lagi awal daripada tahun 2004 lagi. Sebenarnya mereka telah mengusahakan lebih daripada 24 tahun. Jadi mohonlah pihak kerajaan supaya, sebab mereka ni pelbagai idealogi dan juga fahaman. Jadi kalau boleh pihak EXCO, pihak kerajaan tanganilah sebaik mungkin dan berbincanglah dengan mereka dan kalau boleh gantilah pula tapak untuk padang ragut ini. Kerana saya perhatikan ramai anak-anak muda dan ramai orang-orang yang berminat dan suka dengan industri ternakan lembu kita di Terengganu termasuk kita di Kuala Besut. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Okay, terima kasih atas perhatian.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya tengok soalan-soalan yang mendatang ini semua tuju kepada EXCO Pertanian, ramai

peminat-peminat ADUN Jabi mungkin kerana menyahut seruan daripada Tuanku Al-Sultan, tahun 2021 sebagai Tahun Pertanian Negeri Terengganu. Seterusnya saya jemput Wakil Air Putih.

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua,

Burung Tempua terbang berdua Mari singgah di atas

Yang di-Pertua

Kuat sikit Yang Berhormat, sedap dengar pantun pagi-pagi ni.

Dewan [ketawa]

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor satu-

Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani masalah serangan gajah liar ke atas kebun petani

Yang di-Pertua

Ringkas sangat pantun Yang Berhormat [ketawa]

Dato’ Yang di-Pertua ganggu, tak sempat Air Putih nak habiskan pantun dia. [ketawa]. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Air Putih. Soalan berkaitan dengan langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani masalah serangan gajah liar kepada kebun-kebun petani.

Populasi gajah liar yang ada di Negeri Terengganu sebenarnya tak banyak sangat dalam sekitar 180 ekor sahaja di seluruh negeri tertumpu di Kemaman, Dungun, Hulu Besut dan juga di Setiu. Ini di antara tempat-tempat yang menjadi hotspot gajah liar. Kerajaan Negeri melalui Tabung Amanah Hidupan Liar sebelum ini dikenali sebagai Tabung Amanah Gajah yang dipengerusikan oleh saya sendiri bersama dengan Jabatan PERHILITAN. Kita sentiasa berbincang langkah-langkah untuk kita menangani ancaman serangan gajah kepada kebun-kebun penduduk.

Di antara langkah yang diambil bila berlaku suatu kes serangan, yang pertama Jabatan PERHILITAN ambil tindakan untuk tembak halau, bukan tembak untuk nak bunuh, tembak untuk nak hambat, tembak halau. Yang kedua, Jabatan PERHILITAN memasang lampu LED, lampu yang kelip-kelip tu, gajah takut pada lampu yang kelip-kelip tapi ada ketika tiang lampu pun dia gi langgar juga. Yang ketiga, pemasangan pagar elektrik. Sekarang ini pagar elektrik yang kita ada di seluruh Terengganu di antaranya ada 33 kilometer di Kampung Pelong di Setiu, ada 25 kilometer pagar di Kampung Payung di Chalok Barat, ada 29 kilometer di Kampung Lawit di Kampung Belukar Bukit di Hulu Terengganu dan ada satu lagi pagar di Kampung Ban Ho di Kemaman sepanjang 2 kilometer.

Dalam RMK-12 insya-Allah akan dibina lagi pagar elektrik ini di Kampung Air Putih, kampung Yang Berhormat khususnya di Kampung Teladas sepanjang 12 kilometer dan Kampung Ban Ho kita akan tambah lagi di kawasan Cherul sepanjang 15 kilometer. Ini dari segi pemasangan pagar elektrik. Kalau pemasangan pagar, lampu LED, tembak halau tak berjaya, maka terpaksa kita ambil tindakan tangkap dan pindah. Pindah ini mungkin buang negeri ataupun buang daerah. Kalau yang serius biasanya terpaksa buang negeri lah. Yang biasa dibuangnya ke Taman Negeri di Gerik, Perak. Tahun 2018 ada lima kes tangkap pindah, 2019 ada enam kes dan 2020 ada tiga kes. Sebab apa kita letak tangkap pindah ni sebagai pilihan yang terakhir sebab operasi tangkap pindah gajah ni memerlukan kos yang sangat besar untuk seekor-seekor puluh ribu peruntukan diperlukan.

Dato’ Yang di-Pertua, penjelasan.

Sila.

Dato’ Yang di-Pertua, kenapa gajah ini dipindahkan ke luar daripada Terengganu sedangkan Taman Gajah kita masih kekurangan gajah dan boleh diuruskan dengan sempurna, tak cukup gajah lagi sekarang ini, duk halau ke orang. Patut beri ke Taman kita dulu.

Yang di-Pertua

Gajah jantan ke betina Yang Berhormat.

Dok kira jantan ke betina, hok beranak pun ada doh lening Dato’ Yang di-Pertua. Bila jumpa jantan dan betina, beranaklah, Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih.

Gajah yang kita pindahkan ini Yang Berhormat Kijal, gajah yang menimbulkan konflik dengan penduduk, dengan pekebun dan kita pindah biasanya ke Taman Negeri juga di Gerik, Perak di samping kita pindah ke Pusat Konservasi Gajah ni di antara…

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, penjelasan. Kita sedar gajah itu konflik dengan manusia, tapi kalau hantar ke Taman Gajah kita, ia boleh dijinakkan. Adakah Yang Berhormat tahu penjinak gajah yang kita latih yang kita gaji itu yang kelima terbaik di dunia, namanya Mitree dari Thailand.

Baik, terima kasih.

Kebawah Duli Tuanku telah bertitah kepada pihak PERHILITAN untuk tambah gajah.

Ya, saya sedia maklum Yang Berhormat.

Sedia maklum, bakpe hantar kat lain, hantar situ lah.

Yang di-Pertua

Sabar-sabar Yang Berhormat. Kita dengar penjelasan dahulu.

Ada isu-isu berkait dengan Taman Gajah Yang Berhormat Kijal sebut nanti, saya mohon rakan saya EXCO Pelancongan menjelaskan dalam ucapan penangguhan. Ada isu-isu yang perlu dijelaskan sabit dengan Taman Gajah tadi.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat habiskan soalan tadi, penjelasan tadi.

Kita tangkap dan pindah. Ini di antara langkah terakhir cumanya tangkap pindah ini duduk pada pilihan terakhir kerana dia memerlukan kos yang besar, puluh ribu habis untuk nak tangkap dan pindah seekor gajah bermula dari pemantauan, tangkap, kemudian ditenangkan tiga hari, dibawa gajah denak, kemudian barulah boleh dipindahkan bukan satu operasi yang mudah sebenarnya tetapi demi untuk kita jaga petani-petani kita dan kita tangani konflik di antara hidupan liar dengan rakyat kita dengan cara yang sangat cermat insya-Allah, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih, ya sila.

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Terima kasih Yang Berhormat Jabi di atas jawapan tadi. Oleh kerana kos menangani masalah gajah ini makan kos yang agak tinggi. Soalan saya yang pertama: Apakah ada sumbangan daripada syarikat-syarikat perladangan yang besar yang turut sama terlibat menangani isu gajah ini bersama dengan pihak kerajaan. Terima kasih.

Okay, terima kasih. Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan terima kasih kepada syarikat-syarikat perladangan besar di samping mereka turut sama berada dalam Jawatankuasa Tabung Amanah Hidupan Liar, kita juga mensyaratkan bagi ladang-ladang yang berada dalam kawasan berisiko supaya setiap syarikat ini menyumbang sebanyak RM10.00 bagi satu hektar, di antara yang menyumbang macam TDM, Ladang Rakyat, FELDA, FELCRA dan beberapa

syarikat lain sebagai sokongan kepada dana daripada Kerajaan Negeri dan juga dana daripada Kerajaan Persekutuan bermakna kita bekerja secara bersama gabung jalin.

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Soalan yang kedua:

Adakah jenis-jenis bantuan yang diberi kepada pekebun-pekebun yang menghadapi serangan gajah. Apakah bentuk bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan. Terima kasih.

Dato’ Yang di-Pertua ada, sebab Tabung Bencana Pertanian kita termasuklah di antara bencana ini kerana serangan hidupan liar. Untuk tahun 2019, kita dah bagi bantuan kepada sembilan orang pekebun di Kampung Padang Setar di Hulu Terengganu dan tahun 2020 serangan gajah di Pelong di Langkap juga kita bagi bantuan melalui Tabung Bencana Pertanian.

YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Dato’ Yang di-Pertua, memandangkan soalan ini digabung sekali dengan soalan Kemasik, mohon untuk sedikit tambahan soalan berkenaan dengan serangan dan juga khinzir di samping gajah tersebut. Terima kasih.

Khinzir untuk setakat ini PERHILITAN ada dua kaedah. Yang pertama, pasang perangkap dan yang kedua terpaksa dijatuhkan hukuman mati, tembak mati, setakat ini operasi-operasi dilaksanakan oleh Jabatan PERHILITAN dengan kerjasama RELA dan kadang-kadang PDRM juga turut serta. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya jemput Wakil Ajil.

Soalan nombor satu-

Sila jelaskan pelaksanaan dan manfaat yang diperoleh daripada Skim Bantuan Modal Tani (SBMT). Mohon jelaskan juga secara terperinci bilangan permohonan dan penerima SBMT tersebut?

Hadiah boleh bajet RM20 juta. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kekanda Ajil. Skim Bantuan Modal Tani, satu skim pembiayaan mudah tanpa faedah, patuh syariah diperkenalkan kepada rakyat Negeri Terengganu yang terlibat dalam sektor pertanian, sektor penternakan, perikanan dan juga industri makanan, bermula daripada tahun 2019 hari itu dan Skim Bantuan Modal Tani ini kita boleh guna untuk apa sahaja aktiviti yang ada dalam empat sektor tadi cuma kita bagi dalam bentuk pinjaman mudah patuh syariah dengan nilai maksimum RM50,000.00 dalam bentuk sokongan barangan bukan dalam bentuk tunai dan sedikit data bermula daripada dilancarkan sehinggalah Oktober tahun 2020, pihak Jawatankuasa Induk Skim Bantuan Modal Tani telah menerima permohonan sebanyak 467 permohonan dengan nilai RM15,966,605.51. Okay, terima kasih.

Soalan tambahan yang pertama: Untuk mempermudahkan urusan proses pembelian dan juga pengurusan saya rasa, saya mencadangkan kalau sekiranya diberi bayaran secara tunai kepada peminjam seperti mana yang dilaksanakan oleh bank dalam pinjaman peribadi ataupun personal loan dengan izin. Terima kasih.

Pinjaman ini, pinjaman mudah, Dato’ Yang di-Pertua, kita dah bincang detail isu ini, yang selalu berlaku ialah salah guna bila kita bagi tunai, isi dalam borang nak pelihara kambing bila kita beri duit tengok-tengok ada motor waisuku baru di rumah. Bukan kita tak bagi beli motor waisuku cuma kita nak supaya dana ini digunakan sesuai dengan tujuan ia dimohon dan diluluskan. Jadi isu rakyat kita ini pelbagai, sebab itu dalam nak membuat keputusan dan merangka dasar kita tengok secara keseluruhan, apa pun kita cuba permudahkan Yang Berhormat Ajil, di antaranya pembekal boleh dicari sendiri oleh pemohon dan syarat pembekal ini hanya ada SSM sahaja, tidak perlu pun ada lesen kewangan. Cari berdasarkan spek yang kita nak, kualiti dan bentuk yang kita nak, untuk kita mempermudahkan dan kita boleh setuju dari segi harga supaya benda ini boleh dibekalkan segera dan pihak Urus setia Skim Bantuan Modal Tani akan buat bayaran terus kepada pembekal.

Adakah kerajaan bersedia untuk beri potongan ataupun discount dengan izin kepada mana-mana peminjam yang dapat membayar dalam tempoh waktu yang tepat ataupun mungkin awal, mungkin boleh beri potongan 20% ataupun 50% untuk menggalakkan para petani untuk mengembangkan perniagaan mereka. Terima kasih.

Satu cadangan yang baik. Kita bincang insya-Allah.

Yang di-Pertua

Sekarang saya jemput Wakil Kemasik.

YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik):

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor tiga-

Apakah tindakan dan sejauh mana langkah meningkatkan kebersamaan ke arah memulihara sumber secara mampan dalam golongan nelayan dan masyarakat?

Dato’ Yang di-Pertua soalan berkaitan dengan program untuk meningkatkan lagi sumber khususnya sumber perikanan. Tahun 2020, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM300,000.00 bagi program memperkayakan sumber perikanan dalam bentuk melabuhkan tukun dan unjam. Tahun 2019 - RM150,000.00 diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri, tahun 2018 - RM250,000.00 dan tahun 2021 tahun depan satu rekod tertinggilah, terima kasih kepada pihak kerajaan yang meluluskan sebanyak RM1 juta dalam program memperkayakan sumber perikanan. Ini seiring dengan data di mana dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, peningkatan KDNK dalam sektor pertanian ini antaranya disokong oleh peningkatan hasil tangkapan perikanan marin, bermakna usaha yang kita buat telah berjaya meningkatkan hasil pendapatan nelayan yang selama ini dibelenggu oleh isu besar, perairan kita ini dah kurang ikan dan insya-Allah program memperkayakan sumber perikanan, kita akan teruskan dalam tahun-tahun yang akan datang. Yang ini untuk nelayan laut, untuk nelayan darat, kita mempunyai sejumlah nelayan darat, tahun ini juga kita dapat dalam RM200,000.00 untuk program pelepasan benih ikan ke perairan

umum, di antaranya ke tasik, ke sungai, kolam dan sebagainya. Yang terakhir sekali, kita buat satu program 1 juta benih ikan di Tasik Kenyir, secara spesifiknya di Kawasan Sungai Leban di Tasik Kenyir, 18 Julai baru ini kita lepaskan 33,000 ekor benih ikan Kelah, Sebarau, Temoleh, Lampan. 27 Ogos - ikan Lampan 10,000 ekor, 20 Oktober - 400,000 lebih benih udang galah kita lepaskan dan terakhir 27 Oktober - 485,000 pelbagai spesies Lampan, Terubuk, Baung, udang galah, menjadikan keseluruhan dalam tempoh bulan Julai sehingga bulan Oktober - 940,000 lebih anak benih kita yang telah lepaskan ke perairan umum yang insya-Allah akan menjadi sumber rezeki kepada nelayan darat kita.

YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan satu: Apakah usaha yang dirancang dan insentif yang mungkin pihak kerajaan boleh berikan bagi memastikan lebih ramai masyarakat turut sama terlibat di samping sektor-sektor swasta dalam program pembangunan tukun dan unjam bagi memastikan peningkatan hasil sumber perikanan tersebut.

Dato’ Yang di-Pertua, program unjam memang kita dah buat secara unjam komuniti dengan penglibatan nelayan melalui Persatuan Nelayan Kawasan. Adapun tukun, dia agak kompleks kerana satu bongkah tukun ini beratnya dalam sekitar 15 hingga 16 tan memerlukan kelengkapan-kelengkapan khusus bagi proses melabuh, di antaranya tongkang dan sebagainya. Jadi, yang ini kita buka tender dan diuruskan oleh pihak kontraktor. Adapun untuk program unjam insya-Allah kita teruskan program unjam komuniti secara berterusan bersama dengan masyarakat nelayan setempat.

YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Soalan tambahan kedua: Memandangkan usaha melabuhkan unjam ini lebih bersifat jangka pendek, apakah perancangan kerajaan bagi memastikan usaha pemuliharaan sumber ini lebih tahan lama dan solusinya lebih berjangka panjang?

Dato’ Yang di-Pertua, benar unjam ini jangka pendek, tapi kita ada tukun untuk jangka panjang. Tukun kita yang terakhir sekali, kita labuhkan di perairan Besut baru ini, berat satu bongkah dalam 15 tan sehingga 16 tan. Satu bongkah tukun itu, tetulang besi saja beratnya dalam 0.6 tan dan kita gunakan konkrit gred 35 yang dikira mampu bertahan selama kira-kira 50 tahun di

dasar laut. Jadi, bolehlah saya letak satu konklusi unjam memang program jangka pendek tetapi, tukun ialah program jangka panjang. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Wakil Wanita kita.

Soalan saya, soalan pertama-

Mohon nyatakan inisiatif yang diambil pihak kerajaan untuk membantu dan menggalakkan usahawan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dengan menggunakan teknologi digital dalam perniagaan mereka?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih pada ADUN Wanita atas soalan yang ditanya yang berbunyi: Mohon nyatakan inisiatif yang diambil oleh pihak kerajaan untuk membantu dan menggalakkan usahawan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dengan menggunakan teknologi digital dalam perniagaan mereka. Alhamdulillah, Kerajaan Negeri melalui kerjasama beberapa agensi Kerajaan Negeri, Persekutuan dan juga ahli PEUTER telah melaksanakan beberapa program kursus bagi membantu usahawan terjejas untuk menguasai cara penggunaan teknologi digital dalam perniagaan mereka. Antara kursus yang dilaksanakan pada tahun 2020 adalah seperti yang saya akan sebutkan ini.

1. Yang dianjurkan oleh SME Corp., Program Pocket Talk and Business Matching Stairway to Supermarket, dengan izin.

2. Juga daripada SME Corp., Kalau yang pertama tadi, bilangannya melibatkan 37 peserta. Program yang kedua, Program National Mark of Malaysia Brand, Jenama Malaysia ke Pasaran Global juga oleh SME Corp. yang melibatkan 26 peserta.

3. Seminar Asas Keusahawanan yang dianjurkan oleh TEKUN Nasional melibatkan seramai 239 orang.

4. Seminar Usahawan Digital yang dianjurkan oleh YPU, melibatkan 12 usahawan. 5. Seminar The Entrepenuer Kickstart dianjurkan oleh YPU melibatkan 53 orang peserta.

6. Bengkel Keusahawanan Aura Usahawan melibatkan 15 orang peserta. 7. Program Register Brand Anda, Do It Yourself Bersama MyIPO anjuran YPU melibatkan 49 usahawan.

8. Kursus eUsahawan yang melibatkan 91 peserta, dan 9. Program Keusahawanan Digital B40 yang melibatkan 52 usahawan dan ada siri 1, 2 dan 3 keseluruhannya hampir 150 usahawan.

Terima kasih.

Soalan tambahan saya yang pertama. Saya ucapkan tahniah di atas inisiatif yang sangat bagus dan sangat banyak dalam usaha untuk menggunakan teknologi digital ini dalam perniagaan kepada usahawan kita. Cuma, sejauh manakah keberkesanan program-program ini kepada usahawan kita dan apakah indicator kepada keberkesanan program-program tersebut? Terima kasih.

Terima kasih sekali lagi kepada ADUN Wanita. Pertanyaan dengan keberkesanan program-program yang telah dianjurkan. Program-program ini adalah bagi membantu usahawan untuk memperkenalkan dan memgembangkan jenama mereka masing-masing di pasaran tempatan dan juga global menggunakan platform biasa dan juga secara digital. Jualan usahawan telah ditingkatkan dan bagi setiap kursus, peserta berpeluang bersama dengan group whatsapp yang diuruskan oleh coach yang sentiasa bersedia untuk membantu. Contohnya, Seminar Asas Keusahawanan oleh TEKUN yang meliputi pengurusan kewangan, pemasaran secara offline dan juga online, asas pelabelan dan pembangunan produk itu sendiri. Program latihan ini adalah bagi memastikan usahawan yang mendapat pinjaman mampu menguruskan dana pinjaman dengan baik dan meningkatkan jualan mereka. Keberkesanan program dapat dilihat dengan tahap pembayaran balik pinjaman yang memuaskan. Itu antara indicator kitalah apabila dia

dapat pinjaman dan dia dapat membayar dengan balik dan kadarnya melebihi daripada 80%. Terima kasih.

Soalan tambahan saya yang terakhir: Sebagaimana yang kita maklum, GanuShop antara contoh produk YPU yang berteraskan perniagaan atas talian dan apakah perkembangan ataupun status terkini GanuShop? Terima kasih.

Okay. Berkenaan dengan GanuShop, Dato’ Yang di-Pertua. GanuShop ini aplikasi yang dibangunkan semasa negara kita mengalami Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 hari itu, akibat pandemik COVID-19. Keperluan pembangunan aplikasi ini memuncak apabila kerajaan menetapkan Bazar Ramadan tidak dapat beroperasi dan mengakibatkan lebih daripada 7,000 usahawan kecil, peniaga kecil dan penjaja tidak dapat menjalankan aktiviti tahunan mereka akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan. Sepanjang pelaksanaan tersebut, alhamdulillah kita berjaya melancarkan aplikasi tersebut dan kita mendapat sambutan yang baik daripada usahawan-usahawan kita sepanjang Ramadan itu. Selepas daripada Ramadan, kita melihat ada beberapa perkara, kelemahan-kelemahan yang kita kenal pasti dan kita memberhentikan sementara operasi GanuShop dengan tujuan kita ingin menaiktaraf kepada market place yang lebih menyeluruh sebagaimana Shopee ataupun LAZADA termasuk keluasan perkhidmatan iaitu penghantaran ke luar negara dan telah siap sebanyak 95% sekarang ini dan insya-Allah kita jangka akan beroperasi sepenuhnya pada bulan Februari 2021. Terdapat sedikit kelewatan pengoperasian GanuShop Version 2.0 ini kerana kita tidak dapat melaksanakan kursus hands on dengan izin, kepada penjual bagi melancarkan urusan pendaftaran produk-produk mereka dan tatacara penggunaan sistem ini kerana tempoh PKPB dan PKPP. Tetapi, untuk melayari sekarang ini, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat dan Ahli Dewan, kita ada domain sementara sekarang ini iaitu kita boleh melayari GanuShop versi 2.0 ini bawah pautan sementara bagi tujuan testing iaitu ganushop.berehh.com.my. Kalau Yang Berhormat dan sidang Dewan boleh menaip ganushop.berehh.com.my kita boleh melihat sekarang ini market place itu yang akan kita bangunkan dan akan beroperasi, insya-Allah Februari tahun 2021. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk berlaku adil, saya tangguh sementara Soalan Lisan daripada ADUN Tepoh dan juga ADUN

Batu Burok sebab saya nak bagi peluang kepada kawan-kawan kita yang tak sempat tanya semalam ataupun yang ditolak. Jadi, saya jemput… tetapi lepas tu saya akan balik semula, saya jemput Wakil Seberang Takir. Okay, Seberang Takir.

Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 1-

Sejauh manakah Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030 memberi impak kepada rakyat Negeri Terengganu terutamanya dalam menghadapi penularan wabak Covid-19?

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan dan pemerhati-pemerhati sekalian. ADUN Seberang Takir bertanya tentang soalan: Sejauh manakah Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030 memberi impak kepada rakyat Negeri Terengganu terutamanya dalam menghadapi penularan wabak COVID-19? Jadi, alhamdulillah walaupun COVID-19 ini memang memberi kesan yang negatif kepada banyak sektor-sektor perkhidmatan, pembinaan, perniagaan dan sebagainya dalam negara apatah lagi termasuk dalam negeri kita.

Untuk makluman Ahli Dewan sekalian, Dato’ Yang di-Pertua, PITAS 2020 ini merupakan satu pelan induk jangka panjang sehingga tahun 2030 untuk menjadikan Terengganu sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera. Dalam keadaan COVID dan juga kita berada dalam PKP pada awalnya pada bulan Mac selama tiga bulan dan selepas itu PKPP dan baru-baru ini PKPB tak lama alhamdulillah dengan usaha Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita di Terengganu hanya dua minggu sahaja tidak sebagaimana yang diwar-warkan di peringkat awal yang ditetapkan selama sebulan. Dalam keadaan begitu

kesan pada Terengganu nampaknya tidak begitu besar di atas COVID-19 ini. Kalau kita tengok dalam ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar semalam pun, di musim COVID suku ketiga tahun ini yang mana bulan tujuh hingga bulan sembilan kita telah mencatatkan peningkatan sebenarnya di sektor pembuatan iaitu mencatatkan peningkatan daripada -18.3% kepada +3.3%. Maknanya tidak memberi kesan yang besarlah kepada sektor pembuatan di Negeri Terengganu.

Begitu juga di sektor perkhidmatan, daripada -16.2% meningkat kepada -4.0% sahaja. Begitu juga di sektor perlombongan daripada -20% meningkat kepada -6.8%, juga di sektor pembinaan, pembinaan ini memang dalam tempoh PKP selama 84 hari itu tidak berjalan tetapi setelah sahaja dibuka balik nampaknya telah mencatatkan pertumbuhan juga, peningkatan daripada -44.5% kepada -12.4%. Kalau kita tengok pada keseluruhannya juga impak ataupun kesan daripada PITAS 2030 ini dalam keadaan COVID juga berlaku peningkatan dalam sektor pertanian dan juga beberapa sektor yang lain.

Jadi, alhamdulillah saya rasa dengan tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan di musim COVID ini selain daripada banyak lagi perkara-perkara yang kita buat, kebajikan rakyat dan sebagainya, ianya tidaklah menampakkan suatu kesan yang negatif malahan memberikan impak yang positif di atas pelaksanaan dan juga tindakan measure kita pun mengatasi ataupun mengambil peluang di atas COVID-19, di antaranya kalau kita tengok sesuatu perkara yang agak luar biasa berlaku iaitu dari segi kesan kepada pelancongan kita meningkat dan juga kesan penggunaan teknologi digital. Ini kita rasa agak teruja juga bila mana orang di Pulau Redang bila keadaan dia tidak boleh keluarkan duit sebab tidak boleh naik ke mainland (tanah besar) di musim COVID, tetapi dia telah menggunakan sistem digital iaitu e-pay, dipanggil sebagai e-payment, di Pulau Redang dah guna e-payment dan juga di Pasar Payang. Mungkin selepas ini mungkin Terengganu akan capai lebih cepat target PITAS kita untuk mendigitalisekan ataupun menjadikan negeri digital di dalam negara kita. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya yang pertama, saya pun ucap tahniahlah di atas makluman yang diberikan oleh Wakil Bukit Tunggal tadi. Saya untuk soalan tambahan ini, saya nak tanya siapakah yang menggerakkan PITAS dan berapakah bilangan kakitangan PITAS? Sebab kenapa soalan ini saya tanya kerana saya ada jugalah tanya

dan hendak dapatkan maklumat daripada pegawai-pegawai. Jadi saya tengok ramai yang tak berapa faham lagi dengan PITAS. Jadi minta penjelasan daripada Wakil Kerajaan. Terima kasih.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Untuk makluman Dewan, Dato’ Yang di-Pertua, PITAS ini memang kita ada satu unit di bawah TSIS yang ditubuhkan dan dia ada CEO PITAS kita yang benar-benar sebelum pada ini walaupun kita kata tidak ada satu unit khas untuk diambil tindakan oleh EXCO-EXCO Portfolio masing-masing sejak daripada awal kita memerintah lagi, hal ini telah berjalan. Sebab pelan ini ialah pelan yang kita sediakan sebelum daripada pilihan raya. Semasa kita menghadapi pilihan raya yang ke-14 memang ini telah kita war-warkan kepada rakyat bahawa kita akan ada satu pelan induk untuk memajukan Negeri Terengganu menjelang tahun 2030 dengan PITAS ini dan pelan ini kita akan perbaharui ataupun kita telah semak balik sesuai dengan input-input yang kita terima di saat-saat akhir. Di setiap portfolio oleh EXCO masing-masing memang telah dilaksanakan mengikut Pelan Induk ini. Cuma PITAS kita benar-benar dapat berjalan dengan baik ialah mulai bulan Jun semasa PKP dan kita sudah ada satu CEO baharu kita dengan bilangan tenaga saya ingat tak perlu sebutlah sebab takut akan tersalah, dalam tak sampai 10 oranglah sekarang ini dan insya-Allah kita akan tingkatkan kepada full force kita mungkin kepada sembilan belas orang nanti, ini dalam proses kita tetapi itu satu pemerkasaan PITAS tetapi PITAS sebenarnya terus berjalan melalui portfolio EXCO-EXCO yang telah kita beri taklimat dari semasa ke semasa. Terima kasih.

…dan satu lagi Dato’ Yang di-Pertua, daripada penjelasan yang diberikan oleh Wakil Bukit Tunggal tadi saya berpandangan maknanya PITAS ini dia tidak memberi impak yang besar sangat pada masa sekarang kalau ikut pada makluman yang telah disampaikan tadi. Jadi dalam Soalan Tambahan saya ini kalau sekiranya PITAS ini kita tidak nampak impak yang sangat besar untuk membantu rakyat dalam menghadapi penularan wabak COVID-19 ini, apakah pelan jangka pendek yang bersegera pihak kerajaan untuk membantu rakyat yang amat terkesan daripada akibat penularan wabak COVID-19 ini kerana dalam Bajet yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Wakil Rhu Rendang saya tak berapa nampak satu tindakan bersegera yang kita boleh membantu rakyat yang terkesan dengan wabak COVID-19 ini. Mohon penjelasan.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Untuk penjelasan Dato’ Yang di-Pertua, PITAS ni bukan semestinya kita kata ada CEO PITAS itu. Ini merupakan manifesto PAS masa Pilihan Raya ke-14 dan boleh dikatakan semua Ahli Yang Berhormat PAS memahami akan pelan induk ini dan pelan induk ini dilaksanakan melalui UPEN. PITAS bukan selaku pelaksana, dia hanya sebagai pemudah cara bagaimana untuk memacu Negeri Terengganu melalui UPEN atau jentera-jentera yang kita ada ini untuk melaksanakan manifesto PITAS ini. Oleh itu semua Ahli EXCO-EXCO kita ini semuanya membuat kerja kita ataupun membuat pelan di peringkat portfolio masing-masing berpandukan kepada manifesto kita PITAS 2030. Kalau nak dikatakan PITAS ini tidak terlibat dalam memacukan ekonomi sekarang ataupun apa yang berlaku ini bukan hasil PITAS, itu tidak betul, itu tidak tepat. Saya boleh katakan hal itu sebab ia memang dibuat perkara itu, cuma boleh diperkasakan dengan suatu unit khas di bawah TSIS bermula daripada bulan Jun. Bermakna kita hendak memacu lebih cepat lagi insya-Allah lepas ini negeri ini akan menjadi lebih maju. Jikalau dikatakan juga bahawa dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak mengadakan pelan jangka pendek dalam mengatasi COVID-19 ini adalah tidak benar, saya rasa tidak tepat kerana dalam Bajet ini memperuntukkan satu peruntukan segera yang besar hampir RM40 juta untuk membantu mereka yang terlibat daripada semua lapisan masyarakat daripada B40, peniaga kecil, penjaja, sektor pelancongan dan sebagainya. Ini boleh teliti balik dalam ucapan Yang Amat Berhormat dan insya-Allah kita akan ulas dalam penggulungan nanti, insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Dato’ Yang di-Pertua, pasal sefahaman sayalah…maaflah Bukit Tunggal. Sebab saya faham PITAS…PITAS ini dia shortcut tapi saya tidak tahulah, mungkin tafsiran saya tidak betul. Sebab kalu ikut bahasa Terengganu kan, pitas… kita pitas orang ni kita pitas orang ni jadi maksudnya short cutlah. Pemahaman saya… short cut ni dia cepat sebenarnya…pemahaman sayalah…

Yang di-Pertua

Okay

tapi daripada penerangan tadi maknanya apa yang saya maksudkan ini tidak tepatlah. Terima kasih.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Pemahaman secara legally Short cut tu tidak betul. PITAS tu Pelan Induk Terengganu Sejahtera bukannya pitas tu lompat Yang Berhormat Seberang Takir. Itu mungkin salah fahamlah Jadi saya betulkan balik. PITAS ialah singkatan Pelan Induk Sejahtera bukannya pitas ni langkah orang. Wallahu a’lam. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sama-sama. Saya rasa soalan ini yang pentingnya dalam Perkara 2.1 tu ialah seorang ADUN boleh minta penjelasan tetapi bukan menjadi asas ataupun helah untuk perbahasan. Jadi masing-masing dah beri penjelasan tadi. Jadi saya berhasrat untuk menangguhkan persidangan kepada pukul 11.10 pagi dan saya mintak Ahli Yang Berhormat boleh mematuhi masa kerana nak bagi masa yang lebih teratur kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk membuat perbahasan atas Rang Undang-Undang Perbekalan ataupun Bajet yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar.

MESYUARAT DITANGGUHKAN JAM 10.45 PAGI

PUKUL 11.15 PAGI

Bajet 2021Address / budget

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Saya nampak ramai lagi yang tidak masuk. Oleh kerana kita ada agenda penting, saya harap semua Ahli Yang Berhormat boleh menghormati masa yang telah ditentukan.

Ahli Yang Berhormat sekalian, pada pagi kelmarin kita telah sama-sama mengikuti pembentangan Rang Undang-Undang Pembekalan ataupun Bajet 2021 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar iaitu untuk bacaan kali kedua dan telahpun mendapat sokongan. Jadi sekarang sudah sampai masanya untuk perbahasan. Jadi saya mempersilakan Yang Berhormat Wakil Batu Burok untuk memulakan sesi ini. Dipersilakan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat-Yang Berhormat, pengarah-pengarah jabatan, muslimin muslimat, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah Subhanahu Wa Ta’ala sekalian. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan Enakmen Perbekalan Tahun 2021 yang bertemakan ‘Melestarikan Kesejahteraan Bersama’. Suka untuk saya memulakan ucapan ini dengan mengulangi firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang selalu kita baca.

Maksudnya, Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah buah-buahan.”

(Surah Yusuf: 47-49)

Ayat Al-quran ini menerangkan mengenai persiapan sebelum menghadapi waktu bencana, impak bencana dan kaedah berhadapan dengannya serta situasi selepas bencana. Ayat yang merakamkan jawapan Nabi Yusuf alaihissalam bagi mentadbir mimpi Raja Mesir yang memerintah ketika itu adalah petunjuk daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada umat manusia di sepanjang zaman. Ini di antara kehebatan mukjizat Al-quran yang dapat kita saksikan pada hari ini. Al-quran bukan sahaja petunjuk untuk kita

beribadah, untuk kita berniaga, untuk kita bernikah kahwin bahkan juga ia adalah petunjuk dalam berpolitik.

Hari ini kita dapat melihat petunjuk Allah Subhanahu Wa Ta’ala ini bagaimana untuk mengurus kewangan sesebuah negeri ataupun negara apabila ditimpa dengan musibah dan bencana. Beberapa pengajaran yang perlu kita ambil sebagai pedoman daripada ayat ini dalam menguruskan dan membangunkan ekonomi negeri kita ialah yang pertama mengutamakan kepentingan umum berbanding kepentingan peribadi. Yang kedua menganalisis peluang dan ancaman secara jangka panjang serta menilai risiko secara menyeluruh. Yang ketiga memastikan penglibatan semua pihak dalam menyediakan keperluan bersama. Yang keempat mengoptimumkan pengeluaran hasil pertanian. Yang kelima membangunkan kaedah dan teknologi penyimpanan makanan. Yang keenam mengoptimumkan penggunaan sumber serta mengimbangi antara keperluan semasa dan kepentingan masa hadapan dan yang ketujuh meyakini bahawa pada setiap musibah ada kesudahan yang lebih baik. Saya yakin Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kelmarin yang mengandungi lima teras, 146 inisiatif dan 14 strategi adalah satu belanjawan yang komprehensif, yang lengkap yang merangkumi semua aspek yang diperlukan oleh negeri kita dalam keadaan kita menghadapi ujian dan cabaran COVID-19 ini.

Khususnya inisiatif-inisiatif bagi membantu dan meringankan beban rakyat seperti Bantuan Tunai Cakna Rakyat Terengganu RM200 one-off, yang kedua tiada kutipan lesen peniaga kecil dan penjaja. Ini sebenarnya satu perkara yang sangat penting yang banyak membantu rakyat Negeri Terengganu yang rata-rata bekerja sebagai peniaga kecil dan penjaja. Yang ketiga Program Pencen Rakyat sebanyak RM600 secara one-off. Saya percaya kesemuanya apa yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar menepati roh petunjuk Allah dari ayat yang saya bacakan tadi. Sebagai penambahan saya ingin memberikan beberapa cadangan. Apa yang penting ialah pelaksanaan daripada apa yang dirancang dan dirangka.

Cadangan yang pertama Teras yang Kedua Strategi Satu dalam muka surat 30 berkait dengan Program Mengkayakan Sumber Perikanan Negeri. Alhamdulillah sebanyak RM1.21 Juta peruntukan diberikan untuk program ini. Apa yang saya hendak cadangkan di sini kita sebagai kerajaan bukan sahaja perlu melihat dari sudut strategi menambah dan memperkayakan sumber perikanan negeri tetapi kita juga perlu melihat kepada strategi

memelihara sumber-sumber tersebut. Saya lihat antara ancaman besar kepada sumber-sumber ini ialah nelayan-nelayan asing. Dalam laporan akhbar Sinar Harian 15 Julai 2019 satu kenyataan daripada kerajaan pusat menyatakan negara rugi sebanyak RM6 bilion kerana nelayan-nelayan asing yang masuk ke perairan negara kita khususnya di Negeri Terengganu yang merompak hasil mahsul kita. Kita buat unjam, kita buat tukun mereka datang dan merompak hasil mahsul yang ada di perairan negeri kita. Mengikut statistik marin sebanyak 533 buah bot nelayan asing menceroboh perairan negara, jadi ini satu perkara yang sangat serius yang perlu difikir oleh Kerajaan Negeri walaupun ini bukan bidang Kerajaan Negeri tetapi memandangkan pada hari ini PAS bukan sahaja memerintah Negeri Terengganu tetapi juga sebahagian daripada Kerajaan Perikatan Nasional di pusat maka saya cadang supaya Kerajaan Negeri meningkatkan kerjasama dengan agensi pusat bagi kita menangani masalah ini. Cadangan yang kedua, Teras yang Kedua Strategi 2, mukasurat 33. Berkait dengan merancakkan industri pelancongan dan kebudayaan. Sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada EXCO Pelancongan Yang Berhormat Alur Limbat yang telah dianugerahkan sebagai Malaysia Tourism Hero. Satu anugerah yang bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada Kerajaan Negeri tetapi seluruh rakyat negeri menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk menjayakan agenda-agenda bagi memastikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera. Saya ingin memberi cadangan berkait dengan point 69, promosi galakan pelancongan. Alhamdullilah sebanyak RM4.5 juta diperuntukkan untuk mempromosikan pelancongan di Negeri Terengganu. Saya tertarik di antaranya ialah melalui platform media sosial. Saya ingin mencadangkan supaya kita mesti fokus dengan engagement pihak-pihak di luar sana bukan program yang kita buat sahaja tapi engagement dengan pihak di luar sana sebagai satu notis ataupun ingatan kita bersama berkait dengan penguna-pengguna media sosial ini Facebook sebanyak 2.4 billion, YouTube sebanyak 2.2 bilion pengguna, jadi di sini saya cadang supaya pihak Kerajaan Negeri mengambil manfaat daripada youtubers-youtubers yang bebas untuk kita membayar mengupah mereka bagi membuat promosi pelancongan untuk Negeri Terenganu. Cadangan yang keduanya ialah saya tertarik dengan point Terengganu Islamic Tourism Conference dan EXPO di mana kita perlu mengambil peluang untuk menarik pelancong datang seramai mungkin ke Negeri Terengganu. Kita sama ada kita ataupun keluarga kita kalau pergi ke Mekah buat haji, buat umrah biasanya kita ambil pakej singgah ke Turki, singgah ke Jordan, singgah ke Mesir. Kenapa kita tidak boleh buat satu pakej dengan kita fokus kepada saudara-saudara seIslam kita di China yang mempunyai lebih daripada 20 juta umat Islam di China. Kita fokus dengan promosi pelancongan Terengganu kepada saudara-saudara kita di China. Mereka nak

pergi ke Mekah buat haji, buat umrah, pakej datang singgah ke Terengganu. Sama ada singgah dalam perjalanan pergi ataupun dalam perjalanan balik. Itu teknikal lah. Yang penting itu di antara cadangan yang saya nak sebutkan di sini. Seterusnya cadangan yang ketiga juga Teras yang Kedua Strategi yang Ke 3 dalam mukasurat 35 berkait dengan memajukan pelaburan GLC. Saya tertarik kita di Negeri Terengganu mempunyai beberapa GLC yang mana dari segi Core Business nya ialah berkait dengan pemakanan iaitu Pertima dan T-Kitchen tetapi saya percaya disana terdapat rakyat Terengganu yang masih lagi tidak tahu bahawa produk Pertima dan T-Kitchen ini keluaran Kerajaan Negeri Terengganu jadi di sini saya nak mencadang kepada kerajaan negeri supaya buat promosi besar-besaran sama ada daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri, daripada EXCO-EXCO, semua kita yang terlibat supaya kita menjayakan produk kita sendiri di samping kita mesti mengambil peluang dengan trend yang berlaku pada hari ini di antaranya ialah trend Buy Muslim First untuk kita mempromosikan produk Negeri Terengganu ini. Seterusnya cadangan yang keempat Teras yang Ketiga Strategi yang Ke 6. Saya langkah sikit memandangkan masa tidak mengizinkan iaitu Strategi yang Ke 6 dalam mukasurat 52, berkait dengan infra diperuntukan sebanyak RM16.3 juta untuk melaksanakan projek-projek kecil di seluruh DUN serta projek pembangunan infra dan kemudahan awam di seluruh negeri. Kalau kita compare dengan peruntukan pada bajet 2020, bajet pada tahun ini jauh berkurang jadi saya nak cadang supaya Kerajaan Negeri melihat balik mudah-mudahan pada tahun hadapan kita dapat duit sepak tengah jalan orang kata supaya difikirkan balik untuk menambah peruntukan ini kerana peruntukan ini sangat penting kerana ia untuk rakyat di bawah sana. Pembangunan-pembangunan seperti membaiki jalan, membaiki longkang dan seupamanya. Ini sangat penting kepada kita khususnya Yang Berhormat-Yang Berhormat yang berada di bawah sana untuk kita melaksanakan projek-projek terus kepada rakyat. Akhirnya Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya nak sebut dengan mengimbas kembali ayat yang saya bacakan tadi. Setiap kali kita datang ke sidang DUN untuk mendengar belanjawan yang dibentang, kita selalu mendengar angka-angka RM1 billion, RM2 billion, RM3 billion tetapi apa yang lebih penting ialah kualiti cara kita bekerja. Itu yang lebih penting dan itu sebenarnya yang ditekankan oleh politik Islam yang menjadi salah satu agenda penting kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS). Politik Islam yang bertunjangkan kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi yang menekankan kualiti. Kualiti yang saya maksudkan di sini ialah sifat amanah dan jujur dalam memikul amanah. Kuantiti itu penting. Saya tidak menafikan bahawa kita perlu bajet yang besar bukan bermakna saya mahu bajet yang kecil dengan kita melaksanakan sifat-sifat yang saya sebutkan tadi. Kalau ada bajet yang lebih besar kita

belanja cara besar tetapi kalau kita ada bajet yang kecil kita belanja secara kecil yang penting kita melaksanakan bajet tersebut dengan berkualiti dengan sifat amanah dan jujur dan ini lah yang ditunjukkan dalam ayat yang saya bacakan tadi. Bagaimana petunjuk Allah yang dilaksanakan oleh Nabi Yusuf alaihissalam yang mengurus kewangan Negeri Mesir yang ketika itu dilanda dengan musibah walaupun dengan hasil yang sedikit tetapi dapat keluar daripada masalah dengan jaya dan membebaskan Mesir daripada masalah kemarau pada ketika itu. Jadi saya yakin dengan agenda perancangan yang telah dirancang dan dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bajet pada tahun ini walaupun ianya kecil berbanding dengan bajet 2020 tetapi dengan amanah dan jujur yang kita ada, yang telah ditunjukkan sepanjang pemerintahan dua tahun lebih ini. Insya-Allah saya percaya kita dapat mengatasi masalah-masalah ini. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Batu Burok kerana tidak mengambil masa yang terlalu lama daripada masa yang diperuntukkan. Dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan sehingga diluluskan dengan masa yang ada ini tidak mungkin semua orang boleh bercakap lah jadi saya minta masa dipatuhi selepas pada pencadang 15 minit seterusnya sepuluh minit kecuali daripada Ketua Muafakat Nasional kita, jadi saya persilakan, sila. Straight to the point Yang Berhormat.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Berapa minit ini?

Yang di-Pertua

Sepuluh minit, kecuali ada masa kecederaan inilah, itu saya akan nilai.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan saya Ahli Yang Berhormat, Ketua–ketua Jabatan, para pemerhati, tuan-tuan, puan-puan hadiran yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala, kerana dengan izin Allah Subhanahu Wa Ta’ala, pada kali ini sekali lagi kita dapat bersama-sama dalam Dewan yang mulia ini untuk dan sama-sama kita merealisasikan iaitu dengan kerja penting kita iaitu Pembentangan Bajet Belanjawan Tahun 2021 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar pada

pagi semalam, dan saya mengambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya walaupun dalam masa yang singkat, insya-Allah saya akan cuba seberapa daya upaya saya untuk menyampaikan beberapa perkara untuk kepentingan dan juga kebaikan kita bersama.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Apabila kita mendengar ucapan Bajet Pembentangan Bajet 2021 yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar pada pagi semalam, memang kita tidak dapat nafikan bahawa dengan pemasalahan-pemasalahan yang hadapi oleh keadaan dunia ini keadaan negara kita pada hari ini dan keadaan negeri kita sendiri pada hari ini yang mana kita menghadapi beberapa perkara yang sangat luar biasa. Oleh sebab itu saya melihat kepada Pembentangan Bajet 2021 ini yang dapat dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam sebanyak RM1.375 bilion dan ianya telah berkurangan daripada 2020 ini dan juga tahun-tahun yang lepas. Kita sangat memahami keadaan hakikat tersebut. Walau bagaimanapun kita berharap dengan bajet yang ada ini kita dapat merealisasikan pembangunan dan juga kepentingan rakyat Terengganu dengan sebaik-baik mungkin sebagaimana yang diutarakan oleh rakan saya tadi daripada Yang Berhormat Batu Buruk tadi. Alhamdulillah dan juga saya mengucapkan berbanyak-banyak berterima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Saya juga mengambil kesempatan pada hari ini untuk memberitahu bahawa sepatutnya bajet semalam yang dibentangkan semalam saya melihat secara keseluruhannya adalah bajet yang agak biasalah, biasa kepada kita, daripada tahun-tahun yang sudah dan kita berharap kepada Kerajaan Negeri supaya melihat bajet ini, kita memberi tumpuan khusus kerana sebagaimana yang dimaklum bahawa sekarang ini kita menghadapi masalah yang dihadapi oleh dunia dan juga negeri kita iaitu masalah COVID-19, dan kita berharap bajet kita ini menjuruskan ke arah tersebut. Oleh sebab itu, kita melihat apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan adalah tidak kurang kepada, bukan kepada tidak langsung tapi kita melihat dalam keadaaan dalam masa yang singkat kita tidak nampaklah secara bersungguh-sungguh kita nak melihat kepada pemasalahan COVID yang dihadapi terutamanya oleh rakyat kita pada masa hari ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Saya juga ingin membawa berapa-berapa cadangan daripada rakan-rakan kita yang berada di luar sana untuk kita ambil perhatian dalam Dewan yang mulia ini. Pertamanya Kerajaan Negeri kalau sekiranya boleh ditambah baik, bajet yang telah dibentang semalam iaitu bantuan kepada golongan bantuan kepada B40 ini yang sepatutnya kita memberi bantuan yang sangat terkesan kepada COVID ini. Oleh kerana ianya tidak dapat dielakkan pada masa sekarang ini, seharusnya kerajaan melipatgandakan bantuan kepada golongan ini kerana kita tahu golongan inilah yang banyak terjejas sekarang ini. Golongan muda B40 ini menghadapi masalah, mereka inilah yang banyak sekali terkesan, ada yang dibuang kerja, ada yang terpaksa diberhentikan bekerja sementara, ada yang terpaksa mereka dalam masa sekarang ini juga mereka menanggung tanggungan yang sangat beban iaitu memulakan kerjaya, baru memulakan keluarga, masa umur 40 inilah kalau ada pun anak pun masih ramai lagi, masih kecil-kecil lagi, masih bersekolah lagi. Oleh sebab itu, saya rasa walaupun kita telah mendengar semalam ada bantuan kepada golongan ini sebanyak RM200.00 kepada lebih kurang 48,500 orang, jadi saya harap pertimbangan Kerajaan Negeri pada masa hari ini untuk pertingkatkan lagi kalau boleh, kalau 48,500 ini, saya rasa tidak sampai suku pun lagi anak-anak muda yang B40 ini, yang mendapat manfaat daripada permasalahan yang dihadapi sekarang ini. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Kita juga berharapkan bantuan ini boleh ditingkatkan, kalau ada ruang sebagaimana Yang Berhormat Batu Buruk kata tadi, kemungkinan selepas pada ini ada duit-duit sepak ke, duit-duit yang mari hok mana Kerajaan Pusat telah berhutang dengan kita ke, dia bayar duit sepak kita pertingkatkan, terutamanya pada suku yang pertama dan suku yang kedua pada tahun 2021 nanti.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang kedua saya juga memohon kepada Kerajaan Negeri supaya boleh melaksanakan moratorium pinjaman ataupun sewa rumah kepada rumah mampu milik Kerajaan Negeri Terengganu buat sementara waktu bukan kata sepanjang masa, kita beri dulu kelonggaran kepada pemilik-pemilik dan juga penyewa-penyewa rumah ini mungkin sebulan ataupun dua bulan pada masa awal tahun depan kerana dalam permulaan pada tahun depan ini sekarang ini kita menghadapi musim tengkujuh, musim banjir Yang

Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, awal tahun kekgi orang menghadapi raya pulok, orang nak menghadapi persekolahan anak-anak pula. Walaupun kita kata anak-anak kita belum tentu lagi, masuk belajar tapi persediaan daripada keluarga sudah ada. Oleh sebab itu, saya rasa sangat membebankan, membebankan rakyat kita di peringkat akar umbi dan di peringkat bawah. Untuk itu kalau bolehlah dan saya merayu kepada Kerajaan Negeri agar memberi kelonggaran sedikit kepada seluruh rakyat Terengganu yang menyewa rumah, rumah mampu milik ataupun premis perniagaan milik GLC Kerajaan-Kerajaan Negeri Terengganu, sebab kalau kita nak beri pitis, memang kita kurang dah pitis, inilah cara yang kita boleh bantu rakyat, makna kita beri mereka kelonggaran dalam sebulan dua supaya mereka boleh bersedia pada masa-masa yang akan datang.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Saya pergi laju-laju ini, perkara ketiga adalah kita juga kena meningkatkan ekonomi anak-anak muda dan meningkatkan ekonomi usahawan-usahawan kita di peringkat akar umbi. Peningkatan ekonomi ini boleh kita salurkan dan memang kita tahu semalam yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar sebanyak RM5 juta peruntukan yang disalurkan melalui YPU dan saya berharap EXCO, EXCO Usahawan boleh memohon dan merayu dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya Tabung Usahawan ini ditingkatkan lagi, tingkat daripada RM5 juta pergi ke RM6 juta ke RM7 juta ke, boleh kita create usahawan-usahawan kita dengan membantu mereka terutamanya usahawan-usahawan yang kecil. Usahawan-usahawan kecil ini termasuklah mereka yang membuat burger, mereka yang menanam cili, mereka yang menanam sayur, dalam jangka masa yang pendek dan kita beri bantuan kepada mereka, bantuan dalam RM1,000.00, RM1,500.00, bantuan dari segi RM3,000.00 kalau kita rasa bantuan ini kita tidak mampu, kita beri dalam bentuk pinjaman tapi pinjaman mudah bayar, dan kita beri tempoh sehingga mereka keluar hasil baru boleh dibayar kepada kita. Saya yakin dan percaya dengan kita membantu usahawan-usahawan ini, maka usahawan-usahawan inilah yang akan membantu peluang pekerjaan kepada anak-anak muda kita di peringkat akar umbi dan mereka boleh create job yang lebih besar, kalau kita boleh membantu 5,000 orang usahawan, dia boleh memakai lebih kurang empat orang pekerja, dah 20,000 anak muda Terengganu yang mereka boleh mencari makan dan juga boleh melindungi dari segi meningkatkan dari segi ekonomi mereka, Dato’ Yang di-Pertua. Selain daripada itu juga, saya juga berharaplah kepada Kerajaan Negeri sebagaimana rakan saya daripada Batu Buruk tadi memberitahu, bahawa peruntukan kepada DUN-DUN

ini, iaitu projek-projek kecil ini harus dipertingkatkan, harus diperbanyakkan dalam keadaan ekonomi hari ini kita memerlukan aliran wang tunai itu di peringkat akar umbi banyak yang mengalir, kerana orang luar dok masuk dah, kita kena create pengaliran kewangan kita sendiri. Oleh sebab itu, buat projek kecil-kecil itu, perbanyakkan di peringkat DUN-DUN, dakpelah kalau Yang Berhormat kata Yang Berhormat beloh lek ni tidak boleh nak cara hal tu, takdok masalah kita nak suruh biar banyak je, banyak, ramai orang yang boleh manfaat, ramai orang yang boleh kerja, aliran kewangan di peringkat negeri itu berjalan dengan baik dan insya-Allah ekonomi kita pun boleh berjalan dengan lancar Dato’ Yang di-Pertua, dalam keadaan COVID-COVID inilah kita nak create supaya masyarakat kita boleh berasa dalam kehidupan yang selesa.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Saya juga di akhirnya, saya tamat, saya nak ambil sedikit masa Dato’ Yang di-Pertua, saya juga merasakan semalam saya tertarik dengan ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada penghujungnya, pada penghujung ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam, ada mengingatkan kepada kita dan juga berkaitan dengan kita perlunya kita memperkukuhkan silaturrahim di kalangan kita. Itu saya tertarik. Perlu kita memperkukuhkan silaturrahim di kalangan kita, demi kepentingan kita. Oleh sebab itu kita melihat pada hari ini ramai netizen di luar yang mengatakan berbagai-bagai cara kepada kita terutamanya tohmahan-tohmahan kepada kita orang UMNO. Saya nak jelaskan kepada dalam Dewan ini kerana ini kita ada platform Dato’ Yang di-Pertua bahawa kami dalam UMNO ini tidak menuntut apa-apa yang lebih dan istimewa pun. Setakat ini kita tidak minta pun dan kita tidak minta pun jawatan dalam kerajaan pun. Malah kita semua sekali kita sepakat bahawa kita menyerahkan kepada tuan-tuan, yang telah diberi mandat oleh pihak rakyat untuk mengurus tadbir dan kita hanya menegur, kalau tuan-tuan kami menegur ini jangan rasa kami tegur ini kami bangkang semata-mata, kami tegur ini kami sayang ke Yang Berhormat. Yang Berhormat Paka kita sayang, Yang Berhormat Bukit Tunggal kita sayang. Takpe. Buat sebagaimana yang tersebut walau bagaimanapun demi kepentingan rakyat, kami tetap berjuang.

Yang di-Pertua

Okay, Yang Berhormat.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Kami tidak menuntut apa-apa yang lebih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua

Saya sayang Yang Berhormat kalau ayat yang terakhir doh sakning.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Jawatan pun kita tidak minta jawatan-jawatan dalam kerajaan takdok. Kita serah je. Oleh sebab itu jangan buat tohmahan-tohmahan yang tidak baik. Dulu kita pernah duduk semeja kita pernah duduk bersama kita panggil dan kita tidak ada masalah. Yang Berhormat Dato’ Seri Pengerusi saya pun maklum saya pergi, takdok masalah. Tapi sejak-sejak akhir ni saya pun tidak tahu, tepuk dada tanya selera lah. Saya tak payah terang la ke tuan-tuan kita sama-sama faham. Nak molek, kita buat molek. Kami tidak minta layan istimewa pun. Nak molek, kita cara molek. Nak bersahabat kita layan cukup sekadar tuan-tuan melayan kita sebagai seorang sahabat.

Yang di-Pertua

Okay Yang Berhormat.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Jangan layan kita sebagai seorang yang pelik-pelik sudah. Jadi Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, itu ingatan saya dan semalam juga.

Yang di-Pertua

Ada lagi.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Menteri Besar ada berpantun semalam. Saya kena jawab juga pantun ini.

Yang di-Pertua

Okay. Sila. Pantun yang terakhir ya.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Pantun yang terakhir Dato’ Yang di-Pertua. Lain-lain kawan-kawan saya sambung la.

Kajang Pak Malau kajang berlipat, Kajang hamba mengkuang layu, Dagang Pak Malau dagang bertempat, Dagang saya musafir lalu.

Tepuk dada tanya selera tuan-tuan. Sekian.

Yang di-Pertua

Saya tertarik dengan ucapan Yang Berhormat, kalau semua boleh ikut macam Yang Berhormat bagus, straight to the point. Jadi saya jemput mana-mana Yang Berhormat yang ingin bercakap, sila. Saya terpandang dulu ADUN Wanita. Jadi saya beri. Bukan saya kenang ke dia ni, dalam segi peruntukan mana-mana speaker yang terpandang dulu itulah akan diberi.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Jadi, Speaker berahi wanita la.

Yang di-Pertua

Saya guna peruntukan dalam Peraturan Dewan kalau ada bertembung speaker pilih mana yang terpandang dulu. Itu je. Takdok lebih daripada itu.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Padahal Bukit Besi dekat lagi.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan seterusnya para hadirin yang dihormati sekalian.

Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan buat Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pengumuman Bajet 2021 yang memberikan nafas baru terhadap ekonomi negeri di kala masih berhadapan dengan impak penularan pandemik COVID-19. Bajet yang bertemakan “Melestarikan Kesejahteraan Bersama” memberikan mesej yang jelas mengenai

keprihatinan kerajaan untuk memastikan kebajikan dan ekonomi rakyat Terengganu terus bertahan dan terus berkembang. 5 Teras yang telah digariskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam menepati hasrat rakyat secara keseluruhannya turut diperkukuhkan dengan 14 Strategi dan 156 Inisiatif. Di kesempatan ini saya ingin menarik beberapa perkara yang saya akan tekankan dalam perbahasaan saya dalam Dewan yang mulia ini.

Dato’ Yang di-Pertua,

Dalam Belanjawan 2021, Teras yang Pertama adalah untuk Meneguhkan Pelaksanaan Agenda Islam. Jelas bahawa kerajaan hari ini terus komited dalam menjadikan Terengganu sebagai Ikon Pentadbiran Islam dan terus menarik perhatian negeri lain sebagai model terbaik dalam menerajui sebuah kerajaan dan strategi bagi merancakkan industri pelancongan dan kebudayaan yang pertama, saya ingin mencadangkan agar Perkampungan Islam di Negeri Terengganu dibangunkan. Perkampungan ini merangkumi pusat pendidikan dan pengajian kitab, pasaraya barangan muslim, binaan moden yang bercirikan senibina Islam dan hub makanan halal seperti yang diwar-warkan semalam dalam belanjawan. Perkampungan Melayu di Kampung Losong dan model rumah patuh syariah, Rumah Darul Iman iaitu Rahman boleh dijadikan sebahagian daripada Perkampungan Islam yang dicadangkan. Kerajaan juga boleh menambahbaik fungsi prasarana yang sedia ada bagi menjayakan agenda ini. Insya-Allah tempat ini akan menjadi model pentadbiran Islam tuntutan secara keseluruhannya dan secara tidak langsung menjadi tumpuan pelancongan baru di Terengganu. Di sini juga segala urusan yang berkaitan akan dilaksanakan dengan mematuhi syariat Islam insya-Allah.

Cadangan saya kedua, dengan bajet yang dikeluarkan sebanyak RM3.75 juta untuk Modul Itqan Insani, satu program yang mendasar perlu dirangkum. Saya mencadangkan iaitu satu program etika pakaian patuh syariah diperkasakan. Tuntutan menutup aurat dengan sempurna sama ada kepada kaum lelaki ataupun kaum wanita merupakan kewajipan bagi setiap muslim. Seruannya disebut dengan jelas dalam Surah An-Nur ayat 31 dan Anzab ayat 59. Lebih manis lagi sekiranya lambang atau syiar Islam ini bermula dengan kakitangan Wisma Darul Iman yang menjadi pusat pentadbiran utama Kerajaan Negeri Terengganu termasuklah sektor perhotelan, pelancongan, perniagaan dan sukan dengan menambahbaik peraturan berpakaian yang selari dengan syariat. Hal ini penting untuk mempamerkan imej Islam di Negeri Terengganu selari dengan usaha ini pengaruh

dari luar yang negatif kepada penduduk setempat terutama di kawasan tumpuan pelancong dapat dibendung. Justeru saya memohon diadakan satu kempen menyeluruh dan berterusan berkaitan pemakaian yang patuh syariah dalam kalangan kakitangan awam dan swasta di seluruh Negeri Terengganu. Saya kira sudah tiba masanya kita mengislahkan Negeri Terengganu dengan lebih sesuai pemerintahan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.

Dato’ Yang di-Pertua,

Semalam saya sungguh terharu, sangat rasa gembira dengan pengumuman bajet Negeri Terengganu di mana akan menubuhkan sebuah pusat jagaan warga emas iaitu Baitul Ummi dan juga Terengganu Autism Care and Theraphy Center (TACTC) dan juga pusat perlindungan wanita dan kanak-kanak Raudhatul Jannah. Jelas menunjukan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu hari ini begitu cakna mengambil berat tentang isu kebajikan dan mengambil cakna dan prihatin terhadap golongan wanita dan kanak-kanak. Terima kasih saya ucapkan. Di bawah Strategi Memperkasakan Wanita, Keluarga dan Belia. Saya ingin mengajak Ahli Dewan untuk meneliti isu-isu sosial melibatkan institusi kekeluargaan dan kesejahteraan masyarakat. Kita cukup risau apabila Terengganu berada tangga kelima tertinggi pendaftaran penceraian di Malaysia. Lebih menggusarkan kes bunuh diri di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini sebanyak 266 kes dilaporkan. Begitu juga kajian yang dijalankan oleh Malaysian Againts Pornography, dengan izin pada tahun 2018 kira-kira 80% kanak-kanak berusia 13 hingga 17 tahun menonton pornografi secara sengaja. Lebih menunjukkan ketika PKP yang lalu Malaysia menduduki tempat yang pertama dalam kalangan negara Asia yang mengakses laman Pornhub iaitu laman pornografi terkemuka di dunia. Perkara ini menjadi kebimbangan apabila peranti dicipta dan capaian internet ini menjadi satu keperluan bagi kanak-kanak dan remaja yang bersekolah pada masa kini dan antara isu yang hebat diperkatakan juga ialah apabila Terengganu mencatatkan nisbah penagih dadah tertinggi di Malaysia iaitu 919 penagih dadah bagi setiap 100 orang penduduk isu-isu yang dilontarkan ini menunjukkan bahawa kebejatan sosial semakin parah di sekeliling kita. Oleh itu inisiatif perlu diambil untuk membendung permasalahan ini. Maka saya menggesa pihak kerajaan untuk menyegerakan penubuhan Majlis Sosial Negeri Terengganu. Majlis ini bertanggungjawab dan berperanan untuk mewujudkan integrasi antara semua pihak bagi menatijahkan solusi terbaik, sumbang saran dan gabungan idea dan tenaga daripada pelbagai agensi diperlukan untuk meneruskan masalah sosial di

Negeri Terengganu ini. Dicadangkan juga Majlis Sosial Negeri Terengganu ini dipengerusikan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Pembangunan Nasional. Majlis ini boleh dianggotai oleh agensi daripada Pusat ataupun dari juga daripada Negeri Terengganu contohnya daripada Urus setia Wanita, daripada PBSNT, YPK, daripada JKM, AADK, PDRM dan sebagainya. Dan saya berharap, besar harapan saya agar kerajaan memberi sokongan penuh kepada usaha ini untuk melahirkan rakyat yang beriman dan budiman.

Dato’ Yang di-Pertua,

Dalam usaha memperkasakan kesejahteraan keluarga dan masyarakat, saya menyambut baik program pemutihan 4P iaitu Perintah, Pengesahan dan Pendaftaran Perkahwinan yang diumumkan dalam sidang bajet semalam. Saya pernah menyuarakan kebimbangan terhadap isu perkahwinan di luar negara yang tidak didaftarkan. Saya dimaklumkan bahawa terdapat rakyat Negeri Terengganu telah melangsungkan perkahwinan di luar negara khususnya di Thailand tetapi tidak mendaftarkan perkahwinan mereka. Kesan perkahwinan yang tidak didaftarkan di Jabatan Agama Islam setempat akan menyulitkan golongan wanita dan anak-anak yang dilahirkan untuk mendapatkan hak pembelaan, pendidikan, kemudahan serta keistimewaan lain yang sepatutnya diperolehi sebagai warganegara. Lebih buruk lagi jika perkahwinan ini sebenarnya tidak sah dari sudut syarak. Oleh itu saya mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan satu tempoh masa untuk mereka mendaftarkan perkahwinan mereka tanpa melibatkan sebarang denda. Bagi mencapai tujuan ini sangat baik sekiranya agensi tersebut seperti Jabatan Agama Islam, Mahkamah Syariah dan lain-lain dapat duduk berbincang untuk mencapai kata putus bagi permasalah yang dikemukakan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Sebelum negara kita dilanda wabak COVID-19 ini, kita telah lama diperkenalkan dengan Revolusi Industri 4.0 ataupun IR 4.0, banyak teknologi baru diketengahkan dan untuk negara kita lebih bersaing dan terus bergerak maju. Namun begitu saya melihat masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan bagi memastikan Negeri Terengganu dapat melangkah seiring dengan IR 4.0, lebih-lebih lagi dalam suasana pada hari ini. Oleh itu saya mencadangkan agar pusat internet akses rakyat iaitu PINTAR juga merupakan satu inisiatif sokongan yang baik dalam mendokong teras ini. Dalam belanjawan yang lepas

juga terdapat peruntukan untuk menaik taraf kemudahan PINTAR. Kemudahan PINTAR hendaklah dipromosikan dengan lebih menyeluruh di lokasi terlibat. Usaha ini dijangka dapat menampung keperluan rakyat sekiranya kemudahan yang disediakan diguna secara optimum. Dan saya juga berharap, mencadangkan satu langkah segera untuk diambil sebab saya juga menyuarakan kerajaan, orang kata kerajaan check kembali ataupun kawasan-kawasan yang belum ada liputan internet kerana ini adalah internet rentetan daripada aduan rakyat setempat yang menghadapi masalah untuk mengakses internet di rumah dan suasana rumah yang tidak kondusif untuk penjana atas talian. Justeru itu, saya mencadangkan, saya mohon lebihan masa boleh, terima kasih. Justeru saya mencadangkan sebagai langkah untuk menyegerakan agar fungsi institusi masjid dan perpustakaan desa dikembangkan. Masjid dan perusahaan desa boleh dijadikan alternatif untuk mengikuti aktiviti pembelajaran akademi atas talian. Antara langkah yang boleh dilaksanakan ialah dengan menyediakan kemudahan akses internet dan ruang belajar yang sesuai. Saya juga mewakili Wanita Negeri Terengganu sebenarnya menghargai usaha keras Yang Berhormat Ustaz Arifin Deraman sehingga mendapat anugerah Malaysia Tourism Heroes. Tapi apa yang perlu kita concern, atau kita risaukan ialah beberapa, orang kata kita perlu untuk memastikan aset pelancongan negeri ini terus terpelihara agar menjadi tatapan generasi akan datang. Sebab itulah saya ingin mencadangkan agar usaha memelihara dan memulihara hidupan marin akuatik seperti terumbu karang terus digiatkan. Kawasan terumbu karang merupakan tumpuan habitat ikan yang turut sama menjadi sumber makanan manusia dan juga saya juga mencadangkan memandangkan Kerajaan Negeri Terengganu memberikan bajet sebanyak RM4 juta kepada untuk pembangunan Tasik Kenyir sebagai destinasi eko-pelancongan, dengan itu saya menggesalah pihak berwajib agar untuk meneliti kembali proses pengurusan sisa kumbahan di Tasik Kenyir. Persoalan saya, sejauh mana pihak berwajib memantau pengurusan sisa kumbahan dan sampah di sana sebab saya mendapat maklumat ataupun dapat aduan daripada aktivis ataupun NGO alam sekitar bahawa sisa kumbahan daripada houseboat yang beroperasi masih dilepaskan dalam tasik. Dan begitu juga saya mengharapkan juga masalah lambakan sampah seakan-akan menjadi perkara biasa di kawasan tumpuan dan saya berharap juga satu lagi kerajaan melalui PBT sepatutnya mengetatkan lagi penguasaan terhadap perokok tegar yang sewenang-wenangnya menghembuskan asap-asap nikotin berbahaya sambal menikmati juadah di gerai dan juga di restoran. Di sebalik omongan Kerajaan Digital yang kita laungkan, wajarkah budaya ini terus dibiarkan. Sebagai penutup besar harapan saya agar belanjawan 2021 ini tidak sekadar gah didengar dan manis hanya di mulut tanpa

pelaksanaan yang cekap di peringkat jabatan dan juga agensi kerajaan serta anak syarikat berkaitan dengan kerajaan atau GLC, dan yang paling penting rakyat seluruhnya perlu manfaatkan peluang dan menyahut seruan kerajaan untuk melestarikan kesejahteraan bersama. Akhir kata Dato’ Yang di-Pertua, Wanita mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Berapa ramai lagi yang nak bercakap ni. Ok sila Wakil Bukit Besi.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Sebok rasa. Wakil Wanita…

Yang di-Pertua

Macam mana Yang Berhormat.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Sebok rasa dengar ucapan daripada Wakil Wanita…

Yang di-Pertua

Tumpang sebok ke macam mana ni?

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Tumpang sebok..

Yang di-Pertua

Okaylah. Tak apalah…

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, rakan-rakan media yang berada di luar serta para pemerhati di talian yang sedang mengikuti sidang Dewan kita pada kali ini. Pada hari ini saya merasa amat bersyukur dan bertuah kerana berkesempatan untuk membahaskan Belanjawan Bagi Tahun 2021 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pagi semalam. Saya mengucap tahniah atas pembentangan Belanjawan 2021 yang bertemakan Melestarikan Kesejahteraan Bersama.

Hujan lebat membawa tempias Basah si anak sungguh kasihan Saya di sini berdiri berbahas Melontar pandangan menghulur cadangan

Dari Rhu Rendang ke Bukit Besi Singgah di Ajil memakan ketupat, (ada tupat Ajil) Bajet Negeri diharap berisi Barulah sedap kita sepakat

Ketika ini kita semua masih lagi berhadapan dengan pandemik COVID-19. Bajet Negeri 2021 sudah tentu menjadi agenda penting yang diikuti oleh rakyat secara dekat. Bagi rakyat Bajet negeri adalah nyawa mereka yang mampu mencorakkan masa depan mereka sekurang-kurangnya sepanjang tahun hadapan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Secara umumnya Bajet Negeri 2021 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam adalah baik dan menawarkan banyak insentif dan inisiatif kepada rakyat. Ketika semua orang susah akibat pandemik COVID-19, bantuan untuk rakyat adalah satu-satunya perkara yang rakyat dambakan. Ketika ini mungkin rakyat tidak lagi mengharapkan projek-projek pembangunan tetapi apa yang mereka mahukan ialah agar kerajaan membantu meringankan beban mereka. Justeru dalam konteks Negeri Terengganu, penyediaan Bajet 2021 perlulah mengambil kira faktor dan asas tersebut agar sepanjang tahun hadapan kehidupan rakyat akan lebih baik. Jangan kita memandang rendah dengan rakyat yang selalu memohon bantuan kerajaan. Kita tidak boleh meremehkan permintaan mereka. Mereka benar-benar dalam kesusahan. Sehubungan itu, dengan beberapa insentif yang diumumkan kerajaan adalah sesuatu yang baik. Bagaimanapun saya berharap kerajaan perlu memastikan tawaran yang diberikan kerajaan benar-benar sampai ke golongan sasar. Bantuan yang diberikan mestilah bersasar dan bukannya tersasar. Saya ulang, bantuan yang diberikan mestilah bersasar dan bukannya tersasar kerana bagaimana yang saya sebutkan tadi, rakyat kini sangat-sangat memerlukan bantuan serta perhatian kerajaan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah mengadakan perjumpaan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memendekkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah dipersetujui mulai 21 November lalu dan tidak lupa juga saya nak mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang turut mengadakan perbincangan mengenai perkara yang sama dengan Yang Berhormat Menteri Kanan Keselamatan. Sebenarnya memang wajar PKPB dikaji mengikut kesesuaian masa kerana apa yang saya bimbangkan ialah masalah ekonomi rakyat terjejas bukan kerana masalah COVID-19 semata-mata tetapi juga kerana PKPB. Inilah yang perlu kita fahami bersama. Walaupun isu pengangguran dikatakan menurun namun isu-isu sosial lain perlu juga diberikan perhatian kerajaan. Apatah lagi ketika keadaan pandemik yang tidak menentu sekarang. Sebagai contoh sebagaimana yang disebutkan oleh Wakil Wanita tadi, Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah tertinggi bagi setiap 100,000 penduduk. Statistik Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menunjukkan Negeri Terengganu mencatat nisbah 916 penagih dadah bagi setiap 100,000 penduduk. Pengarah Bahagian Pencegahan AADK Kebangsaan, Zainudin Abdullah berkata, nisbah kedua tertinggi dicatat di Kelantan diikuti Pahang dan Perlis. Begitu juga dengan kadar jenayah yang lain. Ia sangat memerlukan perhatian lebih oleh Kerajaan Negeri. Misalnya penyalahgunaan dadah di kalangan wanita juga masih lagi menunjukkan trend yang memerlukan lebih usaha bagi menanganinya. Dari Januari hingga Jun 2020 misalnya, hanya terdapat 188 orang penagih dadah wanita di negeri ini. Remaja wanita seawal usia 14 tahun adalah antara penagih dadah yang dikesan terbabit dengan penagihan dadah. Selain mereka berusia dalam lingkungan 20-35 tahun. Sehubungan itu melalui Bajet Negeri 2021, perkara sedemikian tidak dikesampingkan begitu saja kerana isu-isu sosial ini boleh dikatakan menjadi teras kepada gagal atau berjayanya usaha kerajaan untuk memaju dan membangunkan negeri ini pada masa yang akan datang. Sehubungan itu, saya menaruh harapan tinggi agar program dakwah yang dimasukkan melalui Bajet 2021. Ini yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.1 juta mestilah dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan serta tidak tertakluk kepada program yang bersifat perhimpunan yang selalu digahkan dengan kehadiran yang ramai. Bagi tujuan itu dakwah secara bersemuka atau kaedah-kaedah lain yang sesuai mungkin boleh difikirkan oleh Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Saya juga gembira dengan pengumuman kerajaan yang mahu membantu golongan usahawan yang merupakan antara golongan yang teruk terjejas akibat COVID-19. Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS), U-GATES dan U-BES adalah antara program atau inisiatif Kerajaan Negeri bagi membantu golongan usahawan ini. Ini satu usaha yang wajar diberikan sokongan. Bagaimanapun, saya berpandangan tumpuan yang lebih meluas perlu diberikan perhatian agar lebih banyak lagi usahawan-usahawan dapat manfaat dari program tersebut. Kebetulan saya juga ada menerima rungutan, minta maaf, daripada golongan usahawan ini yang menyatakan dalam keadaan tertentu terdapat kesulitan untuk mereka mendapatkan bantuan. Saya tidak pasti apa yang berlaku termasuk kemungkinan peruntukan telah habis atau bagaimana. Itu kisah Bajet 2020 yang dibentangkan Kerajaan Negeri tahun lalu. Maksud saya apakah jumlah yang diperuntukkan melalui pengumuman Bajet Negeri itu disalurkan dengan jumlah yang disebut atau berlaku kekurangan dan sebagainya. Ini penting agar kita dapat terbuai dengan kononnya bajet negeri yang hebat tetapi apabila tiba waktu pelaksanaan ia tidaklah seperti yang diumumkan. Contoh, yang diumumkan sepuluh tetapi yang disalurkan hanyalah empat. Ini contoh. Saya berharap Kerajaan Negeri akan memberikan perhatian serius terhadap perkara ini kerana ini adalah soal meringankan beban rakyat khususnya ketika pandemik COVID-19.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Saya tidak tahu apakah saya terlepas pandang atau bagaimana tetapi saya ingin mohon daripada pihak kerajaan supaya memberi perhatian sama kepada golongan penjaja di mana mereka ini menjadi antara golongan yang paling teruk terjejas akibat COVID-19. Saya cukup bersimpati dengan golongan ini yang sedang berjuang untuk meneruskan kehidupan. Walaupun kerajaan telah memberikan pengecualian bayaran lesen namun saya fikir bantuan lain juga wajar dipertimbangkan. Cuba kita turun padang bertemu dan mendengar rintahan mereka. Kisahnya sungguh menyedihkan. Mereka bukan sahaja golongan penjaja yang asal tetapi disebabkan pelbagai faktor kehidupan mereka terpaksa terjun ke dalam dunia tersebut. Saya berharap jika boleh dipertimbangkan, Kerajaan Negeri perlu memikirkan bagaimana cara untuk membantu mereka. Mereka adalah sebahagian daripada rakyat yang susah dan menderita akibat penularan wabak COVID-19.

Yang di-Pertua

Masa Yang Berhormat dah cukup.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Boleh saya..

Yang di-Pertua

Ayat yang terakhir

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Ambil sikit lagi?

Yang di-Pertua

Yang terakhir. Dah lebih satu minit lebih.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Selain daripada golongan penjaja terdapat juga golongan yang menjual secara online. Walaupun perniagaan itu mungkin menarik perhatian apabila ramai yang beralih kepada jual beli secara dalam talian. Mungkin bagi kita mereka ini biasanya adalah golongan yang bekerja separuh masa atau sampingan. Bagaimanapun apa yang saya ingin tekankan di sini bahawa ada kalanya golongan ini juga terjejas terutamanya mereka yang memerlukan modal. Kriteria sebagai peniaga online mungkin menyebabkan mereka sedikit terbabas untuk memohon bantuan. Sehubungan itu, saya mencadangkan agar kerajaan turut memberi perhatian terhadap golongan tersebut bagi meringankan beban mereka atau sekurang-kurangnya mereka dibantu dari segi modal kerana ramai di kalangan kita yang ingin berniaga secara online tetapi mempunyai masalah modal.

Yang di-Pertua

Boleh Yang Berhormat? Cukup doh.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Cukup doh?

Yang di-Pertua

Cukup doh Yang Berhormat. Dua minit dua puluh saat sakni lebih.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Ada beberapa perkara lagi yang penting ni, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Dok apa, koseng ke kawan-kawan pulok.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Tetapi takpelah saya faham. Sebab hal pelancongan ni saya dok sebut jugok. Saya pun nak ucap tahniah jugok kepada hero kita tu. Tapi takpelah. Oleh kerana masa tidak mengizinkan saya untuk

meneruskan perbahasan pada kali ini jadi saya tutup perbahasan saya kali ini dengan pantun lagi lah.

Musim tengkujuh sudahpun tiba Ramai orang pergi memukat (dok tahu mukat ikan apa) Mahu sepakat kami bersedia Dengarlah kami utamakan rakyat

Kembalikan wang rakyat di KWSP Buat belanja di kala ekonomi tersekat Kami menegur bukan membenci, seperti yang Telemong kata tadi juga, mahu sepakat tapi bukan mengelat.

Sekian, Bukit Besi turut menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Sila Wakil Seberang Takir.

Dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, para-para pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Saya sebenarnya Dato’ Yang di-Pertua nak sambung sahaja yang sahabat-sahabat tu, mana yang dia tertinggal dan mungkin nak ulang balik ada beberapa perkara yang perlu kita ambil perhatian…

Yang di-Pertua

Kalau boleh tidak berlapik point yang sama deh.

…dan sama jugalah saya juga bukan bermakna apa yang saya sebut ini, adalah untuk membangkang ataupun nak memperlekehkan tentang bajet ini tetapi asasnya adalah untuk kita sama-sama memberikan maklum balas demi kepentingan rakyat kita. Jadi di kesempatan yang terhad ini saya nak merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membuat perbahasan dalam Bajet 2021. Ada dua perkara yang ingin saya sentuh iaitu yang pertama ialah dapatan dan maklum balas mengenai Bajet 2021 dan perkara yang kedua ialah beberapa cadangan.

Saya pergi kepada yang pertama ialah berkait dengan dapatan dan pandangan. Pertama sekali saya secara peribadi nak mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri dan kepada Yang Amat Berhormat Rhu Rendang atas pembentangan Bajet 2021 kelmarin. Tahniah dan terima kasih juga kepada semua pegawai dan kakitangan kerajaan yang terlibat. Saya melihat secara keseluruhan berkait dengan bajet yang dibentangkan dan juga helaian info grafik dan saya melihat bahawa sesungguhnya bajet kali ini sarat dengan 146 inisiatif-inisiatif tertentu dan saya melihat ada beberapa kelemahan yang saya kira sangat asas dan perlu kita sama-sama beri pandangan untuk kita perbaiki untuk lebih murnikan. Malah saya tidak dapat elak daripada memikirkan bahawa bajet kali ini tidak dirangka dengan terperinci berbanding tahun lepas kerana tahun lepas kita melihat bahawa bajet tahun lepas adalah melalui proses pemikiran ataupun dengan izin talk process kerana tahun hadapan kita lebih mencabar berbanding dengan tahun ini dan kita perlu mengambil kira keadaan ekonomi rakyat atau dengan izin, people’s economy yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 yang disebut oleh rakan-rakan saya yang tadi.

Isu pertama ialah saya melihat bahawa tema yang digunakan itu ada nampak lebih kurang dengan yang dibuat atau Pelan Ekonomi Kerajaan Pakatan Harapan di bawah Tun Mahathir yang dahulu iaitu “Wawasan Kemakmuran Bersama”. Tetapi apabila saya melihat bahawa tema yang digunakan ini tidak mendakap permasalahan sebenar, malah menyebabkan strategi dan keutamaan bajet juga tidak tepat. Sekarang ini kita melihat bahawa rakyat kita berhadapan dengan masalah akibat isu COVID-19. Justeru bukan sustainability of prosperity ataupun dengan lebih tepat kelestarian kesejahteraan sebaliknya rakyat nak tahu apakah suntikan dan inisiatif baru oleh Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan permasalahan baharu yang timbul daripada COVID-19 ini. Jadi saya

melihat bahawa strategi dan fokus bajet yang digunakan pada tahun ini adalah lebih kurang sepertimana yang disebut oleh rakan saya daripada Telemong tadi maknanya tidak banyak perbezaan kerana tahun depan ini kita nak pergi berperang, bukannya kita nak pergi melancong. Jadi kerana itu saya melihat perlu kita lebih beri penekanan kepada isu utama kita iaitu pandemik COVID-19 ini.

Isu kedua Dato’ Yang di-Pertua ialah berkait dengan tema kelestarian ataupun dengan izin sustainability yang bermaksud ada perancangan jangka panjang. Soalan ini sepertimana yang saya sebut sebelum ini, saya tak berapa nampak apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk kelestarian ekonomi Negeri Terengganu untuk jangka masa yang panjang. Jadi saya perlu melihat supaya perkara ini kita dapat ambil sepertimana yang pernah Kerajaan Negeri sebelum ini mewujudkan MEN-T di mana dalam MEN-T melalui Makmal Transformasi Ekonomi Negeri kita hasilkan 18 dengan izin entry point project atau EPP dan 71 projek RINTIS, dan ini telah diterangkan oleh Wakil Bukit Tunggal tadi, saya ucapkan terima kasih.

Isu yang ketiga ialah kita perlu akur dan terima bahawa isunya adalah berkait dengan penurunan hasil kita sebanyak 25%. Jadi kerana itu, maka keutamaan kita gunakan sepenuhnya peruntukan ini adalah kepada isu utama kita dan kita mengelakkan dari segi pertindihan. Jadi saya juga melihat beberapa bajet yang di sini yang boleh kita salurkan kepada jabatan-jabatan yang lain sepertimana dalam peruntukan yang kita sediakan ini, macam aktiviti-aktiviti dakwah di setiap DUN dengan peruntukan yang besar saya nampak itu, hampir RM4 juta termasuk hampir RM1 juta untuk latihan buat imam dan bilal. Saya nak cadangkan biarlah pegawai kita di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu menguruskan hal-hal dakwah ini supaya tidak berlaku pertindanan dan bajet kita, kita dapat kurangkan dengan tidak secara langsung kita dapat menggunakan bajet ini untuk perkara-perkara yang lain. Saya juga melihat dari segi perbelanjaan kursus hampir RM4 juta untuk meningkatkan tahap integriti penjawat awam melalui DD dengan modul yang dirangka khusus. RM4 juta ini Dato’ Yang di-Pertua bukannya sedikit, sedangkan saya melihat bahawa kita sudah ada pihak SPRM dan Insitut Integriti Malaysia yang boleh kita gunakan secara perkongsian dan bersama untuk melaksanakan program ini, jadi maka RM9 juta daripada peruntukan yang saya sebut tadi boleh kita gunakan untuk tambah peruntukan kepada insentif khas COVID-19 supaya lebih ramai rakyat Terengganu akan mendapat manfaatnya.

Seterusnya ialah isu yang ke empat ialah sejauh mana impak bajet yang jauh lebih besar tahun lepas terhadap ekonomi rakyat, sebab kita tengok bahawa bajet tahun lepas lebih besar tetapi kita tidak nampak satu impak yang besar berlaku dan saya bimbang dengan pengurangan bajet tahun hadapan, maka sudah pasti bahawa hasil yang kita perolehi pun tidak akan dapat sebaik yang kita dapat pada tahun ini. Jadi dan akhir sekali isu yang kelima, saya nampak kita perlu gunakan juga peranan GLC dekat syarikat-syarikat di bawah Kerajaan Negeri untuk menampung ataupun untuk menyuntik perbelanjaan bagi program-program yang disebut dalam bajet kita, antaranya Anugerah Media Negeri Terengganu saya nampak ini elok kalau dapat GLC yang sponsor dengan izin, Festival Songket, Batik Dan Tembaga RM250,000.00 mungkin ada di antara GLC kita yang dapat menyumbang dua orang atlet kelahiran Terengganu yang berjaya melayakkan ke Temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, RM200,000.00 mungkin GLC kita boleh menampung perbelanjaan ini. Insentif Terengganu Go Green dan 3R sebanyak RM200,000.00, mungkin ada di antara GLC kita yang boleh digunakan untuk memberi sumbangan, Gateh Terengganu RM700,000.00 mungkin kita boleh gunakan GLC-GLC kita dan dengan tidak secara langsung peruntukan lebihan ini kita boleh gunakan untuk kebajikan rakyat kita yang lain dan akhir sekali saya nak beri lima cadangan kalau boleh dipertimbangkan, sebab masa tak mengizinkan, saya kena baca cepat Dato’ Yang di-Pertua. Pertama, tambah nilai bantuan one-off, dicadangkan RM200.00 untuk 48,200 isi rumah elok kalau ditambah menjadi RM400.00 Kedua, pemberian bantuan one-off kepada mahasiswa dan mahasiswi anak Terengganu. Saya cadangkan Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan bantuan off sebanyak RM300.00 kepada setiap mahasiswa dan mahasiswi Terengganu yang melibatkan 40,000 orang pelajar dengan menelan belanja RM12 juta, kerana kita tahu bahawa keadaan pelajar sekarang kita ini agak bermasalah kerana mereka menghadapi pembelajaran secara online. Yang ketiga, baucer atau rebat untuk pelanggan hotel atau homestay yang berdaftar bagi merancakkan pelancongan Negeri Terenganu, saya cadangkan pemberian baucer atau rebat sebanyak RM50.00 kepada pelanggan hotel atau homestay yang berdaftar untuk tempoh tiga bulan pertama tahun 2021 atau selang sebulan selama tiga bulan, jadi tidak cara Langsung akan merancakkan lagi industri pelancongan kita. Yang keempat, seperti mana sahabat saya Wakil Telemong, monotarium selama tiga bulan, untuk jenis bayaran balik termasuk sewa rumah dan sebagainya dan akhir sekali saya juga nak mencadangkan Dato’ Yang di-Pertua, mari kita sama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk kita sama-sama memperlihatkan perjuangan kita dalam menghadapi pandemik COVID ini, saya cadangkan di sini pemotongan gaji dan elaun sebanyak 10% ke atas semua Ahli Dewan

Undangan Negeri Terengganu selama tiga bulan dan hasil kutipan dimasukkan di dalam satu tabung untuk kegunaan frontliners daripada Kementerian Kesihatan, Polis, Tentera, RELA dan seumpamanya. Jadi saya minta supaya saya cadangkan di sini, Yang Berhormat biasa 10%, EXCO 15% dan Menteri Besar 20% sebab dia gaji besar, kan sekali dengan Dato’ Speakerlah, supaya ini menunjukkan komitmen kita dalam kita bersama-sama nak menangani isu COVID-19 ini. Saya rasa itu sahaja. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Sekian.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Seberang Takir. Saya persilakan Wakil Pengkalan Berangan.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, seluruh Yang Berhormat sekalian, Ketua-ketua jabatan, para pemerhati dan semua yang menyaksikan Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu pada kali ini. Allah berfirman yang bermaksud,

Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu menghulurkannya karena itu kamu menjadi tercela dan menyesal. Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Kerajaan adalah merupakan pemegang amanah kepada kunci Perbendaharaan Negeri yang menjadi harapan kepada seluruh rakyat untuk mendapat hak dan kesaksamaan serta keadilan yang menyeluruh. Kerajaan tidak boleh sewenangnya menguruskan

Perbendaharaan Negeri sebagaimana yang ia sukai dan ia kehendaki. Islam menetapkan peranan kerajaan yang adil ialah mencapai kebajikan kepada seluruh rakyat dan masyarakat dalam negeri tersebut. Kerajaan tidak boleh menyalahgunakan dana perbendaharaan dengan mengkesampingkan kepentingan umum dalam meningkatkan lagi taraf kehidupan rakyat dan keperluan kehidupan masyarakat umumnya dalam menjana kehidupan yang maju, berkat dalam membentuk negeri baldatun toyyibatun warobbun ghofur.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Kewangan negeri wajib dibelanjakan bagi kemaslahatan kehidupan seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa, warna kulit atau kepentingan tertentu. Keutamaan bagi menyediakan tempat kediaman yang sempurna, keselamatan dan keselesaan kehidupan masyarakat secara umumnya, di samping mengawal selia keselamatan nyawa, akal budi dan harta benda mereka. Ayat yang saya bacakan menerangkan bagaimana Allah mengajar kita untuk sentiasa berwaspada dalam berbelanja, berpada dalam berbelanja untuk tidak menjadi manusia boros sehingga melupakan hari esok yang tidak pasti di samping senantiasa berhemah dan berteliti dalam menguruskan kewangan supaya ia tidak dibelanjakan kepada perkara dan keperluan yang tidak sepatutnya. Sesungguhnya rezeki Allah itu sangat luas dan sentiasa cukup bagi mereka yang bersyukur dan berpada. Pandemik COVID-19 yang berlaku telah merubah kehidupan normal manusia sehingga terpaksa menerima norma baharu dalam kehidupan yang juga memberi kesan langsung kepada pertumbuhan ekonomi sehingga berlaku penguncupan ketara sebanyak 17.1% pada suku kedua tahun 2020 dan peningkatan yang memberansangkan pada suku ketiga dengan hanya mencatatkan 2.7% penguncupan. Ini menunjukkan strategi fiskal negara sangat berkesan dan negara mampu untuk bertahan dalam keadaan yang sulit ini.

Dato’ Yang di-Pertua,

Dalam keadaan pandemik COVID-19 yang masih tidak menentu sehingga kita terpaksa melalui tiga gelombang yang meresahkan kehidupan rakyat secara keseluruhannya. Langkah bijaksana kerajaan dilihat mampu untuk membendung dan mengekang kemelesetan kehidupan kepada rakyat sama ada dari segi ekonomi, spiritual dan juga mental. Langkah kerajaan menyediakan Belanjawan 2021 dengan tema ‘Melestarikan Kesejahteraan Bersama’ sangat tepat dan kena pada saat dan ketikanya dengan lima

teras penggunaan sumber dan kewangan serta 146 inisiatif dan 14 strategi yang dirancangkan, diharapkan agar belanjawan kali ini mampu untuk menjadi pemangkin kepada kesejahteraan rakyat dan kelestarian pembangunan ekonomi negeri secara mampan dan berkesan. Saya suka mencadangkan agar inisiatif khas COVID-19 yang diberikan kepada 48,500 isi rumah B40 juga perlu dikembangkan dan dipanjangkan kepada rakyat Terengganu yang masih berbaki agar tidak ada yang tertinggal dari segi pembelaan dan kecaknaan. Angka tersebut mungkin sudah bertambah dengan mengambil kira pandemik COVID yang berlaku telah banyak merubah status ekonomi rakyat. Pelan bantuan kerajaan mesti senantiasa memastikan agar rakyat yang dibantu dan ditolong terutama dalam menangani kemelesetan kehidupan yang agak meruncing ini bagi memerangi inflasi dan meningkatkan taraf hidup rakyat dalam membendung kemelesetan pendapatan dan memastikan keperluan asas rakyat dapat disalurkan dengan lebih berkesan. Sebagai contoh, di peringkat DUN saya, kita terpaksa membuat saringan yang sangat ketat bagi memastikan bantuan yang diberikan pada awal pandemik COVID-19 dapat disalurkan secara adil kepada mereka yang memerlukan kerana keperluan rakyat ataupun masyarakat di tempat saya lebih ramai berbanding dengan DUN-DUN yang mungkin kurang bilangan jumlah pengundinya.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Kesihatan mental dan spiritual rakyat perlu diberi perhatian yang wajar dan menjadi keutamaan. Antara isu yang perlu diberi perhatian ialah mereka yang terbelenggu dengan hutang ah long. Sebenarnya mereka ini kadang-kadang terpaksa mengambil pinjaman daripada ah long, setelah permohonan mereka dengan agensi kerajaan ataupun agensi kewangan yang berlesen terpaksa melalui karenah birokrasi dan syarat-syarat yang ketat. Dalam kesempitan serta suasana yang mendesak ini, mereka ditawarkan dengan tawaran pinjaman kewangan daripada ah long, yang sebenarnya menjerat mereka yang terdesak ini ke lembah hutang yang tidak berkesudahan. Soalannya, sebagai kerajaan semasa adakah kita berminat untuk mendengar sahaja isu ini tanpa apa-apa cadangan solusi penyelesaiannya. Saya mencadangkan supaya isu ini dicari kaedah penyelesaiannya supaya kesejahteraan negeri yang kita diami ini dinikmati bersama oleh segenap lapisan masyarakat. Seterusnya, merujuk kepada muka surat 22, Kerajaan Negeri juga memahami tekanan yang dihadapi oleh peniaga kecil dan penjaja, dengan ini Kerajaan Negeri mengumumkan tiada kutipan lesen peniaga kecil dan penjaja bagi tahun 2021. Tahniah kita ucapkan kepada Kerajaan Negeri di atas inisiatif ini. Cuma, suka untuk saya

mencadangkan di samping inisiatif yang telah ditawarkan mereka juga diberi ruang untuk mengemukakan ataupun menjalankan perniagaan di tempat-tempat strategik, di tempat-tempat yang orang kata laris jualan mereka dengan syarat tidak mengganggu keselamatan dan juga mengganggu lalu lintas. Seterusnya merujuk kepada muka surat 45, dalam menjamin kesejahteraan rakyat khususnya golongan B40 di Negeri Terengganu. Kerajaan Negeri telah mengambil langkah untuk mewujudkan Tabung Pinjaman Perumahan Rakyat Terengganu yang bertujuan untuk membantu rakyat membina rumah atas tanah sendiri. Bagi menjayakan tabung pinjaman ini dan merealisasikan Manifesto Kerajaan Negeri, sejumlah RM50 juta diperuntukkan. Saya mencadangkan supaya peruntukan pinjaman rumah rakyat ini diagihkan mengikut DUN-DUN yang ada di Negeri Terengganu.

Dato’ Yang di-Pertua,

Saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Yang Berhormat Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, Ahli Parlimen Marang atas inisiatif sehingga mendapat kelulusan daripada Kerajaan Pusat bagi membina jambatan Marang yang sangat dinanti-nantikan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ianya nanti diharap dapat menjadi penghubung dalam menggerakkan sosioekonomi masyarakat seterusnya memesatkan lagi pembangunan Marang secara khususnya dan Negeri Terengganu secara umumnya. Marang, walaupun masih lagi berada di belakang dari segi pembangunan infrastruktur kesihatan, Marang walau bagaimanapun masih lagi berada di belakang dari segi pembangunan infrastruktur kesihatan melihat kepada daerah lain yang kesemuanya sudah memiliki hospital di daerah masing-masing maka, dengan ini saya juga mencadangkan supaya pihak Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Pusat untuk membina sebuah hospital kesihatan di daerah Marang. Dalam masa yang sama sehingga ke hari ini Marang juga masih lagi bergantung kepada bekalan air dari loji yang berada di luar kawasan Marang, sama ada daripada daerah Hulu Terengganu ataupun daerah Kuala Terengganu. Oleh itu, saya mengharapkan Kerajaan Negeri juga melihat situasi ini sebagai satu keperluan bagi daerah Marang, untuk terus memacu kesejahteraan rakyat. Begitu juga berkenaan dengan sekolah berasrama penuh. Sehingga hari ini Marang belum lagi mempunyai sebuah sekolah yang benar-benar boleh diklasifikasikan sebagai sekolah berasrama penuh walaupun tapak untuk pembinaan tersebut telah lama disediakan dengan beberapa perkara dan isu-isu yang saya nyatakan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Pengkalan Berangan mohon menyokong. Sekian

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat, saya persilakan lagi, takdok doh? Sila Yang Berhormat daripada..

Yang di-Pertua

Laju Yang Berhormat, takpe-takpe, teruskanlah, tadi saya ingat..

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Ke nak bagi sape? Saya tengok, saya bangun dulu sakni. Ke Tuan Speaker nak orang lain bangun dulu

Yang di-Pertua

Takpe-takpe dah start, teruskan sahaja, teruskan…

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Main gok slalu doh ni. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, seterusnya kepada semua yang mengikuti perbahasan Bajet Negeri Terengganu 2021. Sepatutnya dalam suasana kita menghadapi COVID-19 ini sepatutnya bajet kita lebih besar tapi, malangnya bajet kita semakin mengecil. Walau bagaimanapun itulah hakikatnya bahawa kemampuan yang boleh dibuat oleh Kerajaan Negeri tetapi kita agak kecewalah setelah hampir lapan bulan rakyat melalui kehidupan PKP, kita tidak dengar apa-apa pengumuman ataupun tindakan-tindakan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri yang mana sepatutnya membantu menjana semula pendapatan rakyat yang terkesan dengan wabak COVID-19 ini, terutamanya bagi mereka yang mengharapkan sumber rezeki, kerja kais pagi makan pagi kais petang makan petang, seperti nelayan, petani, peniaga kecil, buruh binaan, sektor pelancongan. Malangnya sepanjang PKP, kita tidak dengar pengumuman

Kerajaan Negeri dalam membantu golongan seperti ini. Jadi kita walaupun Bajet yang telah diumumkan, dibentangkan akan diambil tindakan pada tahun depan tetapi apakah tindakan yang sewajarnya, tindakan segera yang sepatutnya Kerajaan Negeri boleh ambil untuk membantu mereka yang terjejas ini dalam masa sebulan dua ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, penjelasan sikit.

Yang di-Pertua

Sila, boleh Yang Berhormat,

Pohon penjelasan dari Batu Rakit tadi sebab sebut tidak ada sebarang pengumuman langsung daripada kerajaan sepanjang PKP bantuan untuk rakyat, saya kira agak tersalah sikit situ, jadi saya ambil semangat hok Yang Berhormat Telemong sebut tadi jadi saya kira untuk memperbetulkan sikit, kita dah selesaikan perkara ini dalam beberapa sesi lepas dan mungkin kalau nak beri cadangan penambahbaikan saya kira boleh, tapi kita telah bantu dengan pelbagai aspek untuk meringankan beban rakyat jadi pohon perhatian kepada Batu Rakit.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Saya cakap saya tak dengar pengumuman yang dibuat oleh kerajaan yang membantu rakyat peringkat bawah, jadi dok tahu la takut orang lain dengar nape hok

Kalau ada Yang Berhormat lain dengar tepuk meja sekali, kalau tak dengar senyap ah [bunyi tepukan meja]

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Hok ambek tindakan saya tak tahulah kalau ada perbincangan, tetapi apakah tindakan yang telah Kerajaan Negeri bantu rakyat seperti yang saya sebut tadi, nelayan apa yang Kerajaan Negeri bantu? Tak? Petani apa yang kerajaan beri bantuan? Takdok, jadi begitu juga

Yang Berhormat, saya kira masalah kalau kita faham begitu sebab kita tidak spesifikkan hok ni

nelayan, hok tu petani, tetapi kita telah beri di atas nama rakyat yang putus pendapatan ketika PKP.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Faham la

PKPB betul takdok. Doh kalau faham, bereslah, tiada masalah

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Maksud saya

Saya nak slow down ni tapi saya takmboh kalau takut jadi koho panas takmboh jadi tak sedap juga kita..

Yang di-Pertua

Tak, Yang berhormat saya cuma nak orang tengah sahaja lah ini. Dia minta Yang Berhormat jangan buat general statement, jangan buat statement umum, jadi kalau kata dalam banyak pengumuman yang dibuat oleh kerajaan itu sudah tentu lah ada yang telah dilaksanakan. Yang Berhormat sebut umum tu..

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Habis tu, adakah saya cakap salah

Yang di-Pertua

Kalau dok landing betul tu jadi salahlah, boleh menimbulkan spekulasi lain pula, Yang Berhormat teruskanlah

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Saya rasa saya cakap betul dah rasa

Yang di-Pertua

Yang Berhormat teruskan apa yang nak cakap sepatutnya

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Cuma hok bantuan

Yang di-Pertua

Masa Yang Berhormat berjalan

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Yang diberi oleh Kerajaan Pusat itu saya tak kiralah, saya kata Kerajaan Negeri..

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, teruskan point yang nak disebutkan.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Okeylah. Jadi, balik kepada Bajet kita. Kalau kita lihat Bajet 2016, RM2.1 bilion kita memberi dana raya pada masa itu RM81 juta. 2017, RM1.867 bilion, kita beri dana raya RM88 juta. 2018, RM1.996 bilion, kita bagi dana raya RM69 juta. 2019, bajet tinggi RM2.015 bilion, tetapi dana raya kepada rakyat RM16 juta sahaja dan RM16 juta ini pun difahamkan RM500,000.00 setiap DUN dan penerima hanya lebih kurang dalam 40 orang, 50 orang sekampung. Memang rakyat rasa terkilan kerana Bajet 2017, RM88.7 juta telah dikhususkan untuk dana raya ini melibatkan penerima 239,000 orang. 323. Jadi, maksud saya tadi, dalam Bajet kita ini sebanyak RM9 juta telah diberi untuk diagihkan kepada 48,500 orang. Jadi, banyak saya pun tidak tahulah dalam keadaan COVID ini mungkin orang koho kaya ataupun koho miskin, saya dok tahulah, kalau penerima semakin sedikit. Jadi, saya berharaplah bagaimana tadi Yang Berhormat Seberang Takir supaya menambah kepada 400 dan mungkin saya pula mencadangkan supaya lebih ramai penerima kerana yang terkesan dengan COVID ini cukup ramai. Mungkin orang miskin bertambah, maksud saya dan yang keduanya, peluang pekerjaan. Dalam Bajet, tidak disebut peluang pekerjaan, hanya menyebut tentang latihan-latihan yang diberi sahaja. Selaras dengan perkembangan Industri 4.0 ini, Tuanku mengharapkan agar kawasan perindustrian dapat membuka peluang pekerjaan. Wakil-wakil kerajaan juga telah ke luar negara mencari peluang-peluang pelaburan yang ada. Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh CEO TSIS bertarikh 22 Jun 2020 menyatakan bahawa tahun 2018, pelaburan asing telah meningkat dari RM177.8 juta 2017 kepada RM4.9 bilion dan melibatkan 2,096 pekerjaan dan dalam Sidang Dewan yang lalu EXCO Kerajaan Negeri menyatakan bahawa kerajaan telah membuka peluang pekerjaan kepada hampir 18,000 orang. Jadi, saya berharap pihak kerajaan boleh menyatakan sebab kita rasa ye ke dok 18,000 orang ini. Jadi, saya berharaplah pihak kerajaan boleh menyatakan syarikat-syarikat utama dan sektor yang terbabit dengan pelaburan ini dan jumlah pekerja yang diambil. Sebab kita rasa dok yakin 18,000 orang dalam masa 2 tahun baru ini, 18,000 orang kerja. Jadi, saya berharaplah kerajaan dapat menyatakan sektor mana, syarikat mana dan berapa pekerja yang terlibat. Di samping itu juga, Yang Amat Berhormat Menteri Besar di dalam penulisan beliau di Berita Harian, Julai 2020 bertajuk “Maju, Berkat, Sejahtera Pacu Dasar Inklusif Terengganu”, ada menyatakan bahawa konsep kebajikan berasaskan berikan joran, bukan beri ikan menjadi pendekatan Kerajaan

Negeri. Apakah tindakan yang telah diambil dan berapa ramai orang yang mendapat joran ini? Adakah kerana konsep ini juga dana raya telah dimansuhkan? Seterusnya, di bidang pertanian. Tuanku mencadangkan tahun 2021 diisytiharkan Tahun Pertanian Negeri. Bajet pada tahun ini ada menjelaskan beberapa perkara. Jadi, walau bagaimanapun, petani-petani merungut bantuan kurang sejak akhir-akhir ini, bantuan yang mereka dapat, baja dan sebagainya berkurangan. Harga dan hasil pertanian yang tidak stabil. Oleh sebab itu, kita mengharapkan kerajaan perlu mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengatasi masalah ini.

Yang di-Pertua

Jaga masa Yang Berhormat. Masa dah cukup.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Saya juga nak menyebut tentang soalan semalam mengenai hakisan. Jadi, saya berharap dapat memberi penjelasanlah, pihak Kerajaan Negeri dapat memberi penjelasan dan kadang-kadang kita ini mengambil tindakan apabila musim tengkujuh, barulah nak buat kerja, di awal-awal sebelum tengkujuh, kita dok buat kerja. Begitulah selalunya. Jadi, saya harap jangan menyebabkan perkara-perkara, kelemahan-kelemahan ini menyebabkan rakyat kita menerima kesan kerana memang di pantai sebelah Batu Rakit ini, Mengabang Telipot ini, Kampung Kolam dan sebagai ini, kawasan nelayan sehinggakan tempat-tempat pendaratan mereka juga telah terhakis dan selalu beralih-alih tempat. Jadi, saya harap kerajaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Saya minta sikit lagi tentang pendidikan. Dalam Bajet ini memberi Tabung Pendidikan sebanyak RM2 juta untuk Tabung Pendidikan. Jadi, saya rasa dengan RM2 juta ini sebenarnya tidak cukup untuk mencemerlangkan pendidikan kita dengan pelajar yang menghadapi peperiksaan UPSR 20,700 orang. Tingkatan tiga 17,775 orang. Tingkatan lima 16,752 orang. Tingkatan enam 2,354 orang. Ini yang menghadapi peperiksaan, lebih kurang 60,000 orang yang menghadapi peperiksaan tahun ini. Jadi, dengan bajet RM2 juta ini, untuk mencemerlangkan pendidikan kita mungkin tidak capai tahaplah sebab selama ini kita duduk nombor satu sokmo Negeri Terengganu ini. Kita beri bajet difahamkan Kerajaan Negeri bajet sehingga RM15 juta kepada pendidikan Terengganu untuk mencemerlangkan pendidikan. Di samping itu juga, saya mengharapkan kita tidak mengabaikan pelajar-pelajar yang lemah, pelajar-pelajar yang tercicir. Kena ambil maklum perkara ini. Jadi, oleh kerana masa tidak mengizinkan saya ucap terima kasih kepada Tuan Speaker dok berapa marah saya hari ini.

Yang di-Pertua

Dato’ Speaker baik. Cuma saya…

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Saya tahu Speaker baik…

Yang di-Pertua

Dok kena line, kena tegurlah.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Kadang-kadang hok soalan mareng, Speaker kena duduk sebelah saya sebenarnya…

Yang di-Pertua

Dok betul…

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Sebab betul alik saya.

Yang di-Pertua

Tak betul. Sebab apa saya tidak betul…

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Sebab EXCO jawab salah. Dia tidak menjawab soalan.

Yang di-Pertua

Tapi, Yang Berhormat…

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Tapi, dakpelah, saya takmboh baloh doh.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat tanya bukan pada masanya.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Saya takmboh baloh doh. Saya takut jadi rekod Dewan ini, ADUN kena keluar, Speaker suruh keluar…

Yang di-Pertua

Dok sapa situ lagi.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Harap-harap dok jadilah dok?

Yang di-Pertua

Takdok.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Doh, boleh baloh.

Yang di-Pertua

[Ketawa].

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Okeylah. Sekian

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Batu Rakit.

Cuma ini sebagai peringatan bersamalah. Oleh kerana kita dah lama jadi Yang Berhormat ini, kena pakat-pakat faham, pakat-pakat beramal dengan Peraturan-Peraturan Dewanlah. Jadi, saya berhasrat untuk menangguhkan Sidang Dewan ini kepada pukul 2.30 petang dan saya berharap oleh kerana masa sangat terhad, kita akan sambung dengan perbahasan Rang Undang-Undang ini. Cuma, saya akan ambil masa sikit sebelum rehat itu untuk pihak kerajaan akan mula membuat penggulungan. Mungkin satu jam yang pertama itu, masih lagi Ahli Yang Berhormat boleh terlibat dalam perbahasan. Kita tangguh kepada pukul 2.30 petang ini.

MESYUARAT DITANGGUH PADA PUKUL 1.00 PETANG

PUKUL 2.30 PETANG

Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat disambung semula. Saya teruskan agenda perbahasan Rang Undang-Undang

Perbekalan kita. Jadi saya persilakan siapa yang nak bercakap tadi? Okay saya jemput Wakil Kemasik. Sila.

YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik):

Terima kasih Dato’ Yang Di-pertua.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi S.A.W, ahli keluarga baginda serta seluruh para sahabat Ridwanullahi'alaihim. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat-Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, para pemerhati termasuk yang berada di dalam talian, tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati sekalian.

Di kesempatan ini saya alhamdulillah diberi kepada saya dengan izin untuk merakamkan ucapan penghargaan terhadap Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar di atas pembentangan Belanjawan 2021 dengan tema Melestari Kesejahteraan Bersama.

Berpagi hari mencari sarapan, Membanting tulang adil saksama, Susah payah lumrah kehidupan, Bekerjasama melestari kesejahteraan bersama.

Dato’ Yang Di-Pertua,

Saya mulakan dengan ucapan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Mahyuddin bin Mohamad Yasin selaku Perdana Menteri dan juga Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar selaku Menteri Besar Negeri Terengganu atas keprihatinan dan kecaknaan dalam menempuhi persekitaran yang sangat mencabar ini melalui pelbagai inisiatif dan bantuan bagi mengurangkan beban rakyat, mengekalkan pekerjaan, membantu perniagaan dan menjamin pertumbuhan ekonomi. Tema Belanjawan 2021 Terengganu Darul Iman iaitu Melestarikan Kesejahteraan Bersama yang komprehensif

dan sangat bertepatan dengan usaha meringankan beban rakyat terutama dalam berhadapan dengan pandemik 20, pandemik COVID-19.

Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua,

Di bawah inisiatif dua Belanjawan 2021 ini diletakkan latihan kemahiran dan peluang pekerjaan sebagai salah satu daripada lima inisiatif yang ditetapkan. Inisiatif ini antara lain bagi meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehgajian semua peringkat lapisan rakyat yang terjejas dan usaha ini amatlah diharapkan. Kita yakin dengan pelbagai inisiatif yang ditawarkan serta pelaksanaannya yang menyeluruh mampu untuk menyediakan rakyat kepada suatu peringkat yang lebih kompetitif dan dinamik. TYEP, T-JOB, Kursus Keusahawanan Terengganu, Terengganu Training Programme (TTP), Program Jati Diri Generasi Sejahtera, Terengganu Skill Enchancement Program For School Leavers (TSEP-S), Program Transformasi Pekerja Itqan juga Karnival Pekerjaan 2021 yang bakal dilaksanakan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh menjangkaui seluruh daerah dan peringkat lapisan masyarakat berharap akan dapat mencapai sasaran yang ditetapkan dengan sebaik mungkin. Pusat bersepadu pemasaran PKS juga antara lain perlu dikembangkan dan dipertingkatkan bagi memastikan ia lebih sekata ke seluruh negeri. Pusat pemasaran perlu diadakan di utara juga di selatan Negeri Terengganu di samping bahagian tengah negeri juga dapat untuk kerajaan telitikan. Rangkaian pusat bersepadu yang lebih baik akan mampu membolehkan lebih ramai rakyat untuk terlibat. Kemasik juga telah menyediakan suatu pusat untuk melatih dan membangunkan usahawan di sekitar dengan menggunapakai bangunan kerajaan yang sedia ada. Justeru, kami berharap usaha kami juga dapat diteliti dan dipandu oleh kerajaan terhadap apakah tindakan yang sewajarnya diambil bagi kami merealisasikan hasrat ini. Kemasik juga mencadangkan suatu lokasi baharu untuk disediakan dan dibangunkan di dalam DUN Kemasik bagi menempatkan para PKS untuk mereka meningkatkan lagi perniagaan mereka di samping menyediakan suatu kawasan yang lebih baik untuk mereka terus berkembang. Kawasan operasi dan premis-premis perniagaan yang bakal disediakan diyakini mampu untuk membantu mereka untuk terus berkembang. Perhatian kepada pihak kerajaan untuk menyediakan kawasan PKS baharu ini di samping kawasan industri berat yang sedia ada dan terus dikembangkan yang berasaskan minyak dan gas berharap mampu mempercepatkan lagi perkembangan PKS terutama di Daerah Kemaman dan DUN Kemasik.

Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua,

Seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan usaha membantu, membangun dan memperkasakan para usahawan di Negeri Terengganu. Tahniah Kerajaan Negeri Terengganu atas Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS) yang telah diperkasakan untuk membantu 453 usahawan tempatan dalam memajukan perniagaan mereka di samping pelbagai inisiatif yang telah dijalankan, saya mohon untuk pertimbangan kerajaan dalam membangunkan infrastruktur kemudahan untuk para usahawan tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua,

Teras Kedua Belanjawan 2021 menumpukan pada usaha menjana semula ekonomi dan pendapatan rakyat dengan strategi memperhebatkan sektor pertanian dan industri makanan. Semoga mampu menjana pertumbuhan ekonomi dan ia sejajar dengan tahun 2021 sebagai Tahun Pertanian Negeri Terengganu. Ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri melalui EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani yang telah menjayakan usaha membangunkan Ladang Ragut Rakyat dan juga pusat sado terutama yang dibangunkan di Chabang, Kertih. Seterusnya meneruskan pembangunan hub lembu sado dan ladang ataupun padang ragut rakyat tersebut. Di samping itu kami juga berharap agar kerajaan melihat untuk menambah baik prasarana yang sedia ada yang telah lama terbengkalai yang berada di Pusat Veterinar Chabang tersebut bagi memastikan segala tempat-tempat sebagai contoh pejabat, kuarters pekerja, stor, tempat proses makanan, dewan mesyuarat dan lain-lain kelengkapan yang terbengkalai ataupun yang ditinggalkan dapat dibangunkan kembali. Namun, sudah pasti ia perlu melihat kembali apakah sebab-sebab yang menyebabkan berlakunya ataupun yang menyebabkan bangunan ataupun prasarana tersebut terbengkalai ataupun ditinggalkan sebegitu sekali. Di samping itu juga kami berharap untuk pihak kerajaan untuk membina sebuah pusat penyembelihan di kawasan penternakan ataupun di kawasan pusat penternakan di Chabang, Kertih tersebut memandangkan tapak dan lokasinya yang strategik dan mampu dijadikan pusat penyembelihan bagi menampung usaha ataupun menampung kerja-kerja ataupun penyembelihan di kawasan Kemaman dan Dungun kerana lokasinya adalah duduk tengah-tengahlah, insya-Allah. Kawasan padang ragut rakyat serta penternakan baharu juga perlu dikenalpasti bagi memastikan masalah yang sentiasa berulang iaitu binatang ternakan yang berkeliaran di kawasan-kawasan perumahan dan di kampung-kampung insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Strategi 3 bagi Teras Menjamin Kesejahteraan Keluarga dan Sosial iaitu menambah bekalan dan pemilikan rumah merupakan usaha yang sangat diharap rakyat. Di samping ia merupakan usaha penting untuk merealisasi Manifesto Kerajaan. Justeru peruntukan yang sebagaimana yang dibentangkan bagi golongan sasar terutama sekali B40 dapat untuk kerajaan terus beri penumpuan yang sewajarnya.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Berkenaan dengan penubuhan Terengganu Autism Care and Therapy Centre (TACTC). Untuk makluman Dewan, The National Autism Society of Malaysia (NASOM) telah membina pusat jagaannya di Kertih bagi memberi khidmat untuk anak-anak ini di sekitar Kemaman dan Dungun. Ia ditubuhkan oleh sekumpulan ibu bapa dan professional yang didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan kebajikan pada 1987. Pusat yang ditubuhkan di Kertih ini ditubuhkan pada 2016 dengan hasil sumbangan Suria KLCC dan beroperasi di sebuah rumah semi-D dengan sepuluh orang murid dan empat orang guru. Program yang ditawarkan oleh NASOM di Kertih ialah Program Intervensi Awal seterusnya mereka merancang untuk melaksanakan Program Kemahiran Vokasional supaya nanti mereka mampu berdikari selesai tempoh latihan. Justeru kami berharap agar pihak kerajaan dapat bersama-sama untuk memastikan perjalanannya dapat berjalan lancar seterusnya bersama-sama merealisasikan perancangan kerajaan tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Bagi meningkatkan prestasi sukan melalui Program Pembangunan Sukan bagi mencapai Pelan Induk Pembangunan Sukan 10 Tahun Terengganu 2020-2030, justeru saya mewakili Persatuan Hoki Terengganu berharap agar hoki dapat turut sama diperkasakan. Persatuan Hoki Terengganu telah mencadangkan kepada Yang Berhormat EXCO Sukan untuk menubuhkan Akademi Hoki Terengganu dalam memastikan pelapis pemain-pemain Hoki Terengganu tidak merosot. Justeru besarlah harapan kami daripada Persatuan Hoki Terengganu agar diperuntukkan satu peruntukan yang munasabah untuk meneruskan agenda pembangunan Hoki Terengganu. Terakhir berkenaan dengan Projek ECRL. ECRL merupakan projek mega untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. Tahniah,

Kerajaan Terengganu atas segala usaha dan berterusan yang dibuat bagi memastikan keterlibatan kontraktor dan pengusaha tempatan dalam kerja-kerja projek tersebut dapat sehabis baik direalisasikan. Saya mohon agar kerajaan terus berusaha sedaya mungkin bagi memastikan peruntukan kerja-kerja kontraktor dan pengusaha tempatan sebagaimana yang ditetapkan sebagai local content dengan izin di dalam peruntukan kontrak Projek ECRL tersebut.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Saya rasa..

Yang di-Pertua

Ha, okay.

YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Saya rasa itu sahaja.

Yang di-Pertua

Last word.

YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Saya sudahi dengan serangkap pantun Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali, Setinggi tahniah kami ucapkan, Moga Belanjawan direstui Ilahi.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Kemasik mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kemasik. Saya persilakan Yang Berhormat Hulu Besut.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua Jabatan serta pemerhati yang ada di luar dewan. Syukur kepada Allah kerana kita dapat bersama lagi di sidang Dewan khusus untuk perbahasan Bajet. Perbahasan Bajet kali ini masa yang

Dato’ Yang di-Pertua beri sepuluh minit. Jadi saya pun ambil masa sepuluh minitlah. Tok sey lebih.

Yang di-Pertua

Insya-Allah.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Insya-Allah.

Daripada pembentangan Bajet yang diberi oleh Yang Amat Menteri Besar pada saya bolehlah tahan. Tapi saya nampak dia ambil pendekatan orang cari jodoh. Kalau kita hendak cari jodoh ini, empat perkara yang penting. Akhir sekali agama. Yang keempat agama jadi kita pilih agama. Saya nampak bajet ini pun akhir sekali yang penting yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ialah perpaduan. Penting perpaduan sebab itu atas nama Muafakat Nasional saya ingin juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah berjaya membentangkan bajet untuk tahun 2021. Istimewa itu ada. Saya atas nama Muafakat Nasional jugalah sangat menyokong apa yang disebut oleh Wakil Wanita kita. Bukanlah saya minat wanita, saya minat juga. Minat. Antara disebutnya ialah Program Pemulihan 4P - Perintah, Pengesahan dan Pendaftaran Perkahwinan.

Sebenarnya bukan masalah kecil juga kalau di kampung. Kalau kawasan saya tu ada lagi satu kes tunggu untuk habis PKP ni nak panggil saksi mari ke Terengganu untuk buat pengesahan nikah. Cuma Terengganu dengan negeri lainnya, Terengganu mahal sikit Dato’ Yang di-Pertua. Saya difahamkan kalau kita kahwin dengan orang Thailand, kalau hendak buat pengesahan di Terengganu kita terpaksa sedia duit RM15,000.00, RM16,000.00 baru dapat pengesahan nikah.

Yang di-Pertua

Ini pengalaman, Yang Berhormat?

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Bukan pengalaman, ini kawan saya. Saya dok lagi.

[ketawa]

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Kalau di Kelantan kita perlu ada duit RM3000.00 untuk dapat pengesahan nikah kahwin, di Kelantan. Saya tanya sendiri dah tu. Ada duit RM3000.00 kita boleh buat pengesahan. Kalau di

Terengganu kena cadang duit RM15,000.00 - RM16,000.00. Cuba cek dengan Kelantan dengan Terengganu. Sebab itu saya sokong apa yang disebut oleh wanita tadi. Kalau boleh Terengganu pada masa depan ini kita kurangkan sikit.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Sejak bila tu? RM15,000.00 dan RM16,000.00?

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Sejak PAS ambil alihlah.

[Ketawa]

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Betul. Bukan saya kata reka-reka. Betul. Masa UMNO RM2000.00, RM3000.00 gitu je. Masa PAS RM19,000.00. Orang kampung jumpa saya kata berat Yang Berhormat sekarang, kita hendak tukar nama tanah mahal.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Kena ada buktilah kalau gitu. Kena ada bukti.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Ada bukti.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

[Ketawa]

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Kalau Yang Berhormat nok esok saya boleh bawa dia punya resit-resit.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Hendak tukar nama tanah mahal, hendak dapat salinan geran tanah RM50.00 sekeping. Masa UMNO dulu ingat RM5.00 gitu jah. Yang Berhormat Dato’ di-Pertua, betul saya cakap ni Yang Berhormat Dato’ di-Pertua, atas nama Muafakat Nasional. Sebab itulah saya duk mikir kita PAS dengan Terengganu ini kita kena cari jalan persamaan. Pasal Yang Amat Berhormat Menteri Besar akhir sekali dia sebut dalam bajet dia yang penting perpaduan antara PAS dengan UMNO. Jadi atas dasar Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebut yang utama tadilah maka saya duk fikir PAS dengan UMNO Terengganu ini banyak persamaan, contohnya pertanian mengemukakan Skim Bantuan Modal Tani, program baru. Cuma dia tambah no riba. Masa UMNO dulu, Dana Usahawan Tani nama dia DUTA

nama dia. Sekarang ini nama SBMT. Tapi dia tidak sebut no riba, tanpa faedah. Jadi benda tu sama. Sekarang ini sebut no riba, masa UMNO dulu tanpa faedah.

Betul ni. Ini saya cakap ni yang betul, saya nak cari persamaan. Begitu jugalah dengan perancangan untuk nak bangunkan negeri kita ni. Masa Yang Berhormat Dato’ Seri Ahmad Razif dulu dia guna MEN-T, sekarang ini kita, rakan kita ni guna PITAS. Mende yang sama. MEN-T, PITAS itu sahaja. Dalam keadaan itu, kita ada persamaan. Tak adalah beza sangat. Cuma saya duk perhati orang UMNO bila bercakap, parti dia berjuang untuk agama, bangsa dan negara tapi bila kita dengar saudara kita di sana dia sebut, kita parti Islam berasaskan kepada Quran dan Hadith. Kemah dia lagi. Bab itu kemah dia. Pasal dia sebut berdasarkan kepada Quran dan Hadith. UMNO pula dia sebut kita berjuang untuk agama, bangsa dan negara tapi benda yang sama. Tak ada beza sangat oleh sebab itu tak ada sebab kita di Terengganu tidak boleh memperkukuhkan perpaduan Maufakat Nasional. Tidak ada sebab. Saya cari pun tak jumpa doh kita nak cari mana berat, mana tidak berat dan saya nak ambil kesempatan juga ucap terima kasih. Tadi kita dapat RM250,000.00, kena ucap terima kasih juga, tak?

Haji Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

[sambil mencelah] kena

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Kena. Dapat tu.

Haji Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

[sambil mencelah] Pasal bui

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Begitu juga di peringkat pusat. Saya duk tengok dari segi analogi lah pusat. Bukan saya nak puji PAS, pada saya PAS ini, kalau kita buat analogi orang lelaki gop dia ni jenis orang lelaki tak takut ke bini. Dia tak takut ke bini.

Yang di-Pertua

Orang lelaki tak takut ke bini, Yang Berhormat.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Tak. Ye tak takut ke bini saya duk perati. Sebab itulah di Kuala Lumpur, dia pergi ke Kuala Lumpur dia kahwin

dengan PM. Lepas pada dia kahwin dengan PM, orang UMNO pun mesyuarat, dalam mesyuarat MN pula. Dia setuju pula nak kahwin dengan MN. Nak kahwin pula dengan UMNO tapi setakat ni tak hantar borang lagi tapi setuju pada dasar saya difahamkan.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Orang laki

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Betul-betul orang laki dia orang PAS. Betul. Dia pergi Kuala Lumpur dia kahwin dengan PM, lepas itu MN pun panggil mesyuarat. Panggil mesyuarat lagu mana mung ni. Nok nikah toksei. Setuju hendak nikah. Setuju hendak nikah cuma tak daftar lagi lah. Saya duk perhati. Jadi kita di Terengganu, kita anggap kita ni sebagai anak-anak. Tak apalah ayah kita gi kahwin dengan PM pun kahwinlah. Doh dia nak kahwin plok dengan UMNO ni MN ni. Kita selaku anak kena sokong. Kita kalau boleh tak apa dia kahwin dengan PM kahwinlah. Tapi dengan MN ni pun kena kahwin kena kemah supaya kita tidak berpecah di Terengganu. Barangkali kalau kita ada semangat itu, semangat Muafakat Nasional ini, kita Terengganu tak ada masalah. Tidak timbul masalah perpaduan. Pada saya, cuma ada terlebih kurang tu..

Suami yang, Yang Berhormat, suami yang beriman, dia adil. Insya-Allah

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Kita harap begitulah adil tapi sebelum ini masalahnya tidak adil. Masalah hok tu masalah sikit. Wakil rakyat PAS dia boleh RM350,000.00, wakil rakyat UMNO dapat RM45,000.00. Nak adil guana lagu tu. Betul, contoh ini, contoh tidak adil. Memang kita anak-anak harap ayah kita ni adil. Tak apalah dia nak kahwin lebih kahwinlah pahtu mok kita UMNO ni setuju pula nak kahwin dengan dia, tak apalah tapi kena adil dan wakil rakyat RM350,000.00, anak ni dapat RM45,000.00. Tak adil ni. Betul tak?

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

anak tiri boh

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Saya nak sebut satu lagi minta maaflah tadi, kebetulan juga tahun depan tahun pertanian. Kawasan saya pun ada terlibat juga tanah padang ragut, dicadangkan untuk lot tapak rumah di Alor Keladi jadi saya pohon jugalah Kerajaan Negeri kalau boleh berilah kepada orang kampung

untuk tanam rumput dan saya tahu peserta situ tak silap saya 16 orang. Tiga orang sahaja orang UMNO ada di situ. Masa saya, saya tak pernah usik bahkan saya sokong untuk tanam rumput untuk ternak lembu. Tapi baru ni orang mari jumpa saya. YB, ooo berat dia kata, baik masa YB tak ambil tanah kita ni tanah kita nak buat lot kebun. Lagu tu kalau boleh janganlah. Tak adil lah lagu tu tak? Kalu saya sebut ulang sekali lagi, tanah UMNO dia ambil beri ke koperasi dia, tak adillah lagu tu. Nanti cari baloh belaka la tu tak? Haa gitu. Tanah UMNO ni minta, bayar, tiba-tiba dia ambil beri ke koperasi PAS. Baloh ni lah lagu baloh ni.

Kan sebut doh hok tu sebelum nikoh

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Saya ulang hak tuler sekali lagi. Benda yang boleh menyebabkan anak ni baloh, tak apa pok kita kahwin dengan PM, tak apa kahwin dengan Barisan Nasional itu MN tak apa. Tapi kita di Terengganu ni anak-anak ni jangan baloh. Contoh saya royak tadi. Tanah bagi dekat UMNO, boleh tak UMNO bayar. Ambil bagi ke koperasi PAS. Contoh ni, contoh. Hok tuler saya sebut ni. Masa dah habis. Hulu Besut turut menyokong.

Yang di-Pertua

Berhenti mengejut Yang Berhormat. Tak apalah terima kasih. Okay, saya jemput. Sila..

Terima kasih kepada…

Yang di-Pertua

Selepas ini saya cuma minta dua orang jelah daripada Kijal dan selepas itu daripada sini pula. Sila.

Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar walaupun tak ada saya rasa dia dengar live kot, barisan Ahli-ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri, barisan Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, sidang pemerhati dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang sama-sama mengikuti live ucapan perbahasan. Mari kita membahaskan Bajet ataupun Belanjawan Negeri Terengganu pada 2021 pada tahun depan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kelmarin.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya mengambil masa untuk sama-sama membahaskan Bajet tersebut. Sepertimana kata rakan-rakan juga, bahawa saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana telah membentangkan Bajet 2021, walaupun banyak berkurangnya daripada bajet-bajet tahun sebelum ini dan walau bagaimanapun difahamkan rakyat di luar sana, Rakyat Terengganu di luar sana mengharapkan lebih lagi daripada Bajet 2021 ini. Ini kerana rakyat inginkan bajet yang lebih khusus, yang lebih jitu, yang lebih dengan izin precise kepada kesan langsung masyarakat kepada pandemik COVID-19 yang telah berlaku di seluruh dunia termasuk di negara kita dan juga di negeri kita dan mengikut rekod PERKESO, pada bulan, pada 17 Julai 2020, PERKESO Malaysia telah mengeluarkan angka sebanyak 314,423 majikan telah memohon melalui program subsidi upah 1.0 yang melibatkan 2.54 juta pekerja di peringkat Malaysia. Begitu juga pada 18 November, beberapa hari yang lalu PERKESO juga telah mengeluarkan data untuk program subsidi upah 2.0 iaitu 72,161 majikan yang melibatkan 724,386 orang pekerja dan ini menunjukkan angka yang besar yang mana masyarakat khususnya terlibat dengan kesan langsung pandemik COVID-19 ini. Jadi sebab itulah masyarakat di luar sana amat mengharapkan supaya Bajet ini lebih menjurus kepada kesan yang mereka alami akibat pandemik COVID-19 ini.

Perkara yang kedua, Dato’ yang di-Pertua, merujuk kepada Inisiatif 2, Latihan Kemahiran dan Peluang Pekerjaan sebanyak RM7.52 juta yang telah diperuntukan untuk tahun depan, jadi masyarakat juga hendak tahu daripada RM7.52 juta tersebut berapa ramaikah masyarakat ataupun penduduk Negeri Terengganu yang akan dapat manfaatnya sebab kita sedia maklum bahawa ramai yang terlibat jadi boleh tak pihak kerajaan nyatakan nanti program ini untuk kita boleh anticipate untuk berapa orang, dengan izin Dato’ Yang di-Pertua. Perkara yang berikutnya, Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk kepada Kajian Rancangan Tempatan Daerah yang mana Kajian

Rancangan Tempatan Daerah ini meliputi sehingga tahun 2035, dan diperuntukkan sebanyak RM250,000.00 untuk Kajian Rancangan Tempatan Daerah bagi Daerah Besut, terima kasih, Setiu dan juga Marang. Walau bagaimanapun Dato’ Yang di-Pertua, saya suka ingin mencadangkan juga bahawa dalam Rancangan Kajian Tempatan Daerah tersebut, dimasukkan juga tentang Pelan Induk Saliran Bandar termasuklah reka bentuk terperinci untuk saliran bandar, dan kita sedia maklum bahawa kita sekarang ini dah masuk musim tengkujuh dan kita semua sedia maklum bahawa ada beberapa tempat sekarang ini dan mungkin lepas ini akan lebih teruk lagi sekiranya kita menerima jumlah keamatan hujan ataupun rainfall intensity, dengan izin Dato’ Yang di-Pertua, jumlah keamatan hujan yang lebih daripada 100 mm dalam satu jam kita boleh berlakunya banjir kilat di kawasan perbandaran. Jadi saya mohonlah daripada Rancangan Tempatan Daerah ini dimasukkan juga dengan lebih teliti dan diperhalusi sebaik mungkin supaya sistem perparitan, sistem saliran bandar, macam mana kita nak buat pengawalan di punca untuk mengelakkan berlakunya banjir-banjir kilat di kawasan perbandaran dapat kita diperhalusikan juga, sebab kita masih lagi sekarang ini, hujan yang berlaku hanya berlaku di kawasan pantai, yang kita tengok bahawa berlaku di kawasan pantai pun boleh menyebabkan berlakunya banjir kilat. Kita masih lagi belum menerima kejadian banjir limpahan air dalam lembangan sungai, air sungai tidak melimpah lagi, Dato’ Yang di-Pertua, masih baru peringkat bandar dan sekiranya kalau peringkat bandar pun kita tidak boleh tangani, kita takut kita akan menerima pula kejadian banjir akibat limpahan sungai, akibat berlakunya hujan lebat dalam lembangan sungai-sungai utama khususnya kita di Negeri Terengganu.

Dato’ Yang di-Pertua, perkara yang berikut yang ingin saya nyatakan juga di sini adalah berkenaan dengan SRIDI. Pihak kerajaan sekarang ini telah melaksanakan program untuk menwujudkan SRIDI, cuma yang menjadi persoalan di peringkat orang kampung, di peringkat masyarakat, di peringkat orang ramai di luar sana, dia menanyakan bahawa tentang pelaksanaan program yang telah ada sebelum ini yang dipanggil, di Negeri Terengganu telah ada tiga unit Madrasah Moden Terengganu yang telah dilaksanakan sebelum ini yang mana bajetnya ada juga daripada Kerajaan Negeri dan juga daripada JAKIM. Jadi, seolahnya macam Madrasah Moden Terengganu sekarang ini macam tenggelam sekarang ini, jadi boleh tak pihak kerajaan nyatakan nanti dalam penggulungan nanti, apakah berapa bajetkah yang telah diperuntukan Madrasah Moden Terengganu yang ada 3 unit di Negeri Terengganu sekarang ini dan apakah bajet

pembangunannya, apakah bajet pengurusannya dan berapakah perjawatan yang ada untuk Madrasah Moden Terengganu yang telah ada sehingga ke hari ini.

Okay, Dato’ Yang di-Pertua saya ingin sambung sedikit lagi perkara yang tersebut, saya juga ingin ucap tahniahlah kepada EXCO Pelancongan yang digelar hero tourisms Malaysia dan biasanya hero ini insya-Allah akan boleh menyelamatkan orang dan juga masyarakat, cuma kita di Kuala Besut baru-baru ini dikejutkan dengan satu, bukan peristiwa, satu akan dilaksanakan satu pelaksanaan kutipan cukai untuk pelancong-pelancong yang akan pergi ke Pulau Perhentian sebanyak RM5.00 akan dikutip khususnya untuk pelancong-pelancong di luar Jeti Pelancongan Kuala Besut itu sebanyak RM5.00 untuk pergi ke Pulau Perhentian dan yang menjadi tanda tanya khususnya oleh pihak frontliner pelancongan ataupun tourism frontliner di Kuala Besut bila pelancong sampai ke Jeti Kuala Besut itu, dia kena bayar RM5.00 dulu di kaunter untuk PBT, lepas itu dia beratur di Jeti Taman Laut itu, dia kena bayar pula RM5.00. Jadi ini yang menjadi tanda tanya kenapa kena bayar dua kali macam itu sekali seelok-eloknya perlu dicadangkan semolek-moleknya diadakan perbincangan ataupun sesi dialog ataupun apa jua perbincangan supaya sebelum pelaksanaan ini dilaksanakan.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat Yang di-Pertua, celah sikit. Yang di-Pertua, jadi yang mana hendak pergi ke pulau, kena bayar RM10.00. Kalau sebelum ini berapa?

RM5.00

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Sebelum ini RM5.00, sekarang ini RM10.00 naik lagi RM5.00..

Yang di-Pertua

Selesai Yang Berhormat

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Tambah sikit, Pulau Redang pun begitu juga di jeti kena RM5.00 lepas itu nak pergi kena pulak RM5.00 jadi RM10.00 dan saya mengambil kesempatan orang Pulau Redang kirim salam, saya nak tanya sikit harap EXCO dapat ulas betul ataupun tidak, ada kerajaan hendak mengambil balik dua tanah pengusaha resort anak tempatan dan hendak diberi kepada

pengusaha lain, jadi kalau nak beri jugak beri tempat lainlah, janganlah ambil tempat anak tempatan usaha dah kalau nak ambil. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat, teruskan.

Okay terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, dan yang berikutnya pula sebab sekarang ini semua kita nak turunkan kutipan daripada orang ramai ini tiba-tiba kita minta kutipan pula jadi macam benda yang berlawanan dengan situasi sekarang ini. Okay perkara yang berikut, Dato’ Yang di-Pertua saya ingin..

Yang di-Pertua

Yang Berhormat jaga masa, saya ingat masa sudah cukup ini, jaga masa ya.

Okay Yang di-Pertua saya minta buat, nak tanya pasal break water Kuala Besut, benteng pemecah ombak Kuala Besut, saya faham dia projek Persekutuan cuma nak tahu apakah peranan pihak Kerajaan Negeri supaya minta pihak Persekutuan mempercepatkan Projek Benteng Pemecah Ombak di Kuala Besut tersebut. Yang berikutnya iaitu pasal tanah di padang rangut tadi, tadi pun EXCO sudah jawab supaya kalau boleh perhalusilah, berilah keutamaan kepada yang telah mengusahakan lebih daripada 24 tahun di Kampung Tok Has. Yang berikut Dato’ Yang di-Pertua, saya gi laju ni. Pelaksanaan Kad Sejahtera pada Julai 2019, telah dilaksanakan kalau boleh sampai ke hari ini berapa ramai dah kita bercakap pasal tahun depan yang kita telah dilaksanakan juga, nak tahu berapa ramai yang telah terlibat dengan Kad Sejahtera, berapa ramai yang dapat manfaat daripada mereka dan begitu juga dengan perumahan di Pulau Perhentian, mohon disegerakan dan yang akhirnya Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Sekolah Menengah Kuala Besut baru-baru ini, dua tahun lepas telah menjadi johan peringkat dunia mengenai nuklear, pertandingan nuklear sumber manusia tentang nuklear dan dua hari lepas telah menjadi johan peringkat dunia pula, peringkat antarabangsa iaitu di bawah Panasonic Kids Wittness News yang telah mengalahkan negara Jepun, Vietnam dan juga telah menjadi johan di peringkat antarabangsa iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut. Dato Yang di-Pertua, itu sahaja terima kasih.

Yang di-Pertua

Okay, terima kasih Wakil Kuala Besut, saya jemput Wakil Kijal.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Yang Berhormat, Pegawai Kerajaan, para pemerhati sekalian. Pertama saya mengucapkan jutaan terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya sama membahaskan ucapan belanjawan Bajet bagi tahun 2021 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar.

Saya mengucapkan tahniah keadaan COVID yang melanda negara kita dalam negeri kita, kita dapat bermesyuarat walaupun asalnya tiga hari, empat hari, dikurangkan dua hari kemudian tambah sehari lagi jadi tiga hari. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan saya cuba ingin menyentuh beberapa perkara yang pertama saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan Negeri Terengganu yang telah menyediakan peruntukan bantuan one-off kepada golongan B40 kepada seramai 48,500 isi rumah dengan pemberian sebanyak RM200.00 setiap isi keluarga yang melibatkan kos RM9.7 juta tetapi saya nyatakan bahawa sebenarnya peruntukan ini terlalu kecil iaitu melibatkan 48,500 dibahagikan 32 DUN, lebih kurang 1,515 orang isi rumah bagi satu DUN, dan saya percaya bahawa pada 2018, 2019 Kerajaan Negeri tidak memberikan bantuan dana raya, bantuan lain kepada rakyat Terengganu. Sepatutnya kita off-set 2018, 2019, 2020. Kalau dulu BN bagi RM300.00 sepatutnya Kerajaan Negeri beri RM900.00, sekali gus, kerana apatah lagi dulu kita tak susah sangat macam sekarang dan COVID-19 ini rakyat terlalu susah dan menderita. Apapun kita percaya bahawa Kerajaan Negeri boleh memberikan lebih besar sekurang-kurangnya RM900.00 kepada ketua isi rumah dan jumlah ditambah kepada angka yang lebih besar kerana kita tahu dulu pernah kita bagi antara RM300.00 hingga RM450.00 dan hari ini RM200.00 dan remaja langsung tidak diberikan. Saya harap kita ketepikan semula perkara ini kerana saya meneliti bahawa pelaksanaan Bajet 2020 didapati bahawa masih banyak wang berbaki tidak digunakan atau dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri akibat COVID-19 ini. Pertama sebagai contoh, Program Pembangunan Modal Insan, Pendidikan dan kursus-kursus berjumlah RM20 juta dalam Bajet 2020, saya yakin dan percaya ini tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini. Yang kedua Program Liga

Sukan Utama dan Massa berjumlah RM4.5 juta Negeri Terengganu termasuk juga elaun dalam sektor pelancongan berjumlah RM4 juta, dan juga saya rasa tidak dapat dibelanjakan dan tidak dihabiskan bagi tahun 2020. Ketiga Program Komuniti seperti Kahwin Perdana, Program PEKA, Program Untuk Warga Emas, Program Perpaduan dan sebagainya berjumlah RM2.5 juta juga tidak dapat dibelanjakan kerana masalah SOP pandemik COVID-19. Yang keempat aktiviti pengaitan agama, Himpuan Dakwah, Ceramah Perdana, Program Madinah Ramadan dan sebagainya berjumlah RM4.5 juta juga sebahagian besarnya mungkin terus tidak dibelanjakan. Kesemua ini melibatkan kos sebanyak RM35.5 juta yang disediakan pada 2020, jadi pengagihan RM200.00 tadi melibatkan RM9.7 juta. Kalau digabungkan kedua-dua ini saya rasa insya-Allah rakyat Terengganu mampu mendapat RM900.00 seorang apatah lagi tahun depan nak ada pilihan raya sekurang-kurangnya boleh tahan sedikit MN ni dapat peruntukan banyak untuk rakyat. Selain itu Dato’ Yang di-Pertua, kita percaya bahawa kita mengharapkan golongan belia juga dapat dipertimbangkan balik menerusi apa jua peruntukan yang sedia ada dalam bajet ini untuk diagihkan kepada golongan remaja atau belia yang dulu pernah kerajaan BN berikan sebanyak RM200.00 setiap orang.

Yang kedua, saya merujuk kepada inisiatif kepada penjawat awam sebanyak RM800.00, saya harap kalau boleh berilah sampai RM1000.00 round figure molek lalu dah nampak. RM200.00 lagi tambah. Macam saya kata tadilah peruntukan tidak belanja RM30 juta lebih ini. Di samping itu, saya berharap sepatutnya kerajaan dari segi penjawat awam dibahagi dua kategori iaitu satu lagi dikhaskan kategori golongan bawahan, pekerja am, buruh, drebar dan sebagainya kerana golongan inilah yang paling terkesan akibat COVID-19 kerana mereka tidak ada lagi kerja-kerja lebih masa dan sebagainya. Kalau dulu mereka banyak bergantung pada kerja lebih masa mungkin tak banyak. Antara RM80.00 hingga RM150.00 sebulan tapi besar bagi mereka besar maknanya bagi mereka kalaulah kita katakan tadi kalau kita boleh bagi RM1000.00 atau RM800.00 golongan pegawai-pegawai lain tapi kategori bawahan ini patut ada kategori lain sekurang-kurang RM1200.00 dan sebagainya untuk membela nasib mereka yang serba kekurangan itu. Di samping itu, saya yakin dan percaya bahawa kerajaan mampu memberikan peruntukan ini kerana kita sedar bahawa COVID-19 mungkin tidak berpanjangan mungkin tahun depan habislah tak tahulah tapi sekurang-kurangnya mereka dalam keadaan susah serba kekurangan mendapat pembelaan sewajarnya daripada Kerajaan Negeri.

Yang ketiga Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian ingin menaik taraf Kolej Quran Terengganu Kampus Cawangan Pengkalan Gawi. Saya tak tahu saya ingin mendapat penjelasan kerajaan apakah benar yang dikatakan kerajaan akan menjadikan Projek Perumahan Pegawai Kastam di Pengkalan Gawi untuk dijadikan cawangan Kolej Quran Terengganu. Kalau inilah benar bermakna seolah-olah Kerajaan Negeri Terengganu tidak mahu meneruskan program menjadikan Tasik Kenyir sebagai tasik bebas cukai yang pertama di dunia dan sejak itu projek itu terbengkalai dan saya ingin menarik perhatian kepada ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar semasa membentang Bajet kali pertama 2018 iaitu Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyebut pelancong yang hadir ke Tasik Kenyir pada 2017 adalah seramai 817,000 orang dan tidak ada tempat-tempat lain yang kedatangan pelancong begitu ramai sama ada di Pulau Perhentian di antara 200,000 hingga 250,000, Pulau Redang 250,000 hingga 300,000 setahun. Itu dalam keadaan bebas cukai belum siap. Ini bermakna pentingnya dibangunkan Tasik Kenyir dari segi industri pelancongan. Walaupun satu ketika rakan-rakan saya di sebelah sana menyatakan siapa nak pergi dekat jin tendang. Hari ini terdapat lebih kurang lebih daripada 80 houseboat di Tasik Kenyir beroperasi tapi tak cukup. Saya berjumpa dengan pengusaha yang mengatakan bahawa masa jumpa bulan 10 dulu, dia bulan 11 dah penuh, bulan 12 dah penuh dan saya tak tahu lah kebetulan bekas Menteri Besar Yang Berhormat Ahmad Razif tu ada juga houseboat. Mungkin yang kedua dah sekarang ni yang terbaru Razna. Jadi mungkin tempahan begitu banyak.

Yang di-Pertua

Promosi Yang Berhormat.

Yang di-Pertua

Promosi, promosi.. [ketawa]

Promosi sebab menggambarkan kalau bekas Menteri Besar sendiri ada 2 butir bot houseboat maknanya menggambarkan bahawa dia confident dengan kedatangan pelancong di Tasik Kenyir.

Kijal ada berapa butir?

Kijal tak dok sutir habuk. Bini je ramai. [ketawa] Wat gitu tanya gok. [ketawa] Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Sebab Telemong ada juga sebab tu saya tanya.

Memang Telemong ada saya tahu. Bekas pegawai tadbir dua butir ada. Nak tambah pula tu. Dato’ Yang di-Pertua, kita percaya bahawa kedatangan pelancong ke Tasik Kenyir ini akan bertambah setiap masa. Sebab itulah saya rasa agak terkilan bila Kerajaan Negeri hanya memperuntukkan RM4 juta peruntukan ini. Kata orang Terengganu nak lele mana RM4 juta ni. Patut buat banyak sikit cepatkan projek itu supaya siap kerana sebenarnya kita mempunyai destinasi yang menarik sebab tu saya kalau sebut royat dulu kalau Tasik Kenyir berada di luar negara sudah lama dah dimajukan dan saya ucap terima kasihlah kerana antara wakil rakyat yang hari ini agak kerek sikit lah gi Tasik Kenyir iaitu Yang Berhormat Kawasan Bukit Tunggal, buat kursus pun sana. Tahniah Yang Berhormat Bukit Tunggal nampaknya boleh tahan juga lah.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Bila saya pergi tu? [ketawa] Tunjuk tarikh sekali gok tengok.

Silap, silap

Nok berlawan juga gini ey.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Bila gi or?

Buat kursus baru ni.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Kursus apa pula?

Tak dok kursus-kursus pun. Jangan reka-rekaan gitu dalam Dewan ni.

Dok reka.

Lepas ini saya bagi tarikh.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Kursus mende saya gi. Ce royat sikit.

Yang Berhormat buat kursus untuk anak buah.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Kursus mende?

Dakpe la kita kabo lah lepas ni.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Tak dok kursus-kursusnye.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Kabor betul balik. Alur Limbat, Alur Limbat.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Ai macam mana ni?

[ketawa]

Yang di-Pertua

Teruskan teruskan.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Pakat tembak ngata gitu. Ngata rawa gitu.

Doh Yang Berhormat tak pernah gi?

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Tiga target pun bahang ngata rawa gok.

Doh dok pernah gi Ahli Yang Berhormat ni Tasik Kenyir.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Dok pernah pergi.

Doh kursus dok buat. Tak dok masalah.

Takpe lepas ni. Lepas ni.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Doh bakpe Bukit Tunggal? Kursus kan mende comel kan tu.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Comel dok comel, kalau dok kata dok bukan nok pelawok.

[ketawa]

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Bakpe yang nak marah gitu me? Oyat gi Kenyir nak maroh gitu me, apahal yang naik angin gitu, Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Okay, teruskan-teruskan.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Dia cakap biar betul, kalu dok saya kata dok. Kalau ya saya ngaku ya. Takdok benda apa pun.

Dakpe dakpe ah.

Yang di-Pertua

Okay okay okay.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Pergi cerita lain, …….. cerita lain.

Yang di-Pertua

Teruskan Yang Berhormat.

Dan seterusnya. [ketawa] Dakpe Yang di-Pertua. Saya juga rasa terkilan jugalah tentang peruntukan yang disediakan untuk pembangunan Bukit Besar iaitu Bandar Baharu Bukit Besar disediakan RM3 juta untuk pengambilan balik tanah, infrastruktur dan juga jalan. Jadi tak banyak sangat. Sedangkan kos pengambilan balik tanah saya rasa di Bukit Besar di antara lingkungan RM400,000.00 hingga RM500,000.00 seekar dan kita perlu buat jalan sekurang-kurangnya 2 lorong atau 3 lorong sebelah dan infrastruktur lain. Kalau setakat RM3 juta dok rok Dato’ Yang di-Pertua. Saya harap Kerajaan Negeri kaji baliklah perkara ini. Saya nak ringkas-ringkas je Dato’ Yang di-Pertua.

Tahniah juga kepada Kerajaan Negeri Terengganu kerana akan membuka Pusat Jantung di Kuala Terengganu iaitu di Kuala Terengganu Specialist Hospital pada suku tahun 2021. Hospital baru di Chukai, Kemaman dengan 150 katil. Pembesaran Kuantan Medical Centre dan juga Climb Medical Centre dan merancang untuk pengambil alihan Tawau Specialist Hospital tapi malangnya bagi saya baru-baru ini saya dapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri memberi cadangan untuk menjual Kuantan Medical Centre kepada pihak tertentu. Taklimat telah dipanggil dan akhirnya CEO KMC tak puas hati menentang penjualan ini dan akhirnya beliau meletakkan jawatan. Saya haraplah perkara ini dikaji balik kerajaan kerana saya dimaklumkan lepas kita jual kita nak sewa balik dengan kos yang lebih tinggi. Seterusnya saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Terengganu kerana berjaya meletakkan Terengganu di tempat kedua terbaik keseluruhan purata penginapan bagi bulan September 2020. Tahniah kepada Yang Berhormat Alur Limbat. Waris ni. Ariffin Deraman ADUN Alur Limbat kerana telah terpilih sebagai Malaysia Tourism Hero 2020.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Ke ahli kelab.

Ahli kelab dakpe, waris lagi ahli kelab lagi. Sebab itulah barangkali Duyong Marina Hotel & Resort yang mungkin satu-satunya hotel dan resort di Malaysia mungkin juga sama ada satu dunia yang berjaya melantik seorang Ketua Eksekutif Syariah sesuai dengan slogan “Membangun Bersama Islam Negeri Terengganu” iaitu dengan melantik Ustaz Zulhafiz bin Ahmad Zahid Al-Hafiz, Kad Pengenalan 850922135291, lahir di Sarawak tapi orang

tinggal di Perak besar di Perak dan dengan dibayar gaji sebanyak RM12,000.00 sebulan. Selain daripada itu, tugasnya hanya memberi tazkirah dua kali seminggu, setengah jam setengah jam pastu hilang entah ke mana dan lebih hebat lagi Hotel Duyung Marina Resort ini yang mungkin juga bagi saya satu-satunya hotel di Malaysia ataupun di dunia dalam keadaan COVID-19 ini membuang pekerja, mengecilkan jumlah pekerja tetapi Duyung Marina dapat menambah pekerja baru. Sebab itu saya kata inilah kehebatan Terengganu di musim COVID ini kerana sebagai contoh pada bulan Julai 2020 seramai 17 orang pekerja baru diambil. September 2020 sepuluh orang, Oktober 2020 dua orang, November 2020 empat orang. Jumlah pekerja baru Duyung Marina seramai 33 orang. Tahniah dalam keadaan COVID-19 hotel rugi, teruk sangat tapi dapat ambil 33 pekerja baru. Ini kerajaan prihatin, tahniah saya ucapkan. Selain itu saya percaya bahawa Kerajaan Negeri, saya mencadangkan sebenarnya Kerajaan Negeri boleh menambah hasil pendapatan negeri di masa-masa akan datang dengan syarat Kerajaan Negeri bersedia berunding dengan kerajaan Pusat supaya hak Bertam 307 dikembalikan ke Terengganu sebab ianya memang berada di perairan Terengganu dan kita harap rundingan akan diteruskan dan sehingga ini saya dimaklumkan Kerajaan Pahang tidak mendapat apa-apa bayaran daripada pengeluaran minyak di Bertam 307 kerana itu hak Terengganu dan saya mintalah Yang Amat Berhormat Menteri Besar ataupun semua EXCO atau diajak semua wakil rakyat DUN 32 orang ini pergi jumpa PM untuk pastikan bahawa hak ini dipulangkan ke Negeri Terengganu untuk menambah hasil masyul Negeri Terengganu, insya-Allah, Yang di-Pertua. Di samping itu ada sikit lagi.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya ringkas nak sebut, cakap ringkas doh ni lompat lompat dohni yang pertama mengenai ECRL. Saya nak tahu apakah isu yang berlaku menyebabkan Kerajaan Negeri mengarahkan projek pembinaan keretapi ECRL, pengambilan tanah ini ditangguhkan buat sementara waktu. Saya dimaklumkan Kerajaan Negeri ada mengeluarkan surat supaya kerja-kerja pembinaan pengambilalihan tanah dan sebagainya ditangguhkan buat sementara waktu. Seterusnya saya ingin bertanya Kerajaan Negeri mengenai kelulusan membalak tanah kerajaan di Mukim Teluk Kalung iaitu di hadapan TATI sebelah rumah saya. Tahun 2002 sudah ambil sekali akhirnya menyebabkan Dewan Canselor TATI roboh diterbangkan oleh angin. Sebenarnya kawasan bukit berhadapan laut tidak keluarkan kawasan balak kerana itu merupakan green belt ataupun buffer zone tapi telah dikeluarkan pada 2002 sekarang ini dikeluarkan lagi lebih kurang 50 ekar iaitu ada tiga tempat air terjun. Satu atas Bukit Kijal, satu depan TATIUC yang menjadi tempat driver lori berhenti mandi dan sebagainya, satu

belakang rumah saya. Dahulu saya boleh berkelah belakang rumah saya leni kering kontang.

Seterusnya nak tahu juga bahawa saya dimaklumkan Kerajaan Negeri telah menjual warehouse Chicken Cottage di London dengan harga 722 ribu pound sterling. Kalau dikira dengan lebih kurang RM5.00 lebih hampir RM4 juta wang ini dan saya dapat maklumat bahawa duit ini tidak dimasukkan ke dalam akaun Chicken Cottage. Saya harap Kerajaan Negeri menyiasat perkara ini.

Akhirnya Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menegur rakan-rakan kita yang terakhir iaitu saya dapat maklumat, dulu saya tahu Dato’ Yang di-Pertua telah tegur mengenai peraturan berpakaian di Dewan Undangan Negeri. Dato’ Yang di-Pertua telah tegur suatu ketika dulu tapi nampak tidak diendahkan dan saya terpaksa sebut sekali lagi saya mintalah saya ucap tahniah kepada ADUN Batu Buruk walaupun orang baru tapi mengikut peraturan pakai baju melayu bersongkok tapi ada di kalangan EXCO ni hok lama-lama ni pakai (ketawa) serban. Jadi kita mintalah… boleh rasa Dato’ Yang di-Pertua, klu nak pakai, kita ubah peraturan Dewan boleh pakai serban, boleh pakai jubah, boleh pakai kopiah, boleh pakai tarbus. Dengan syarat kena buat pindaan. Ini teguran saya ini secara baik ini sebab molek doh leni, kalau dulu kasar lagi. Minta maaf Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih, sekian. Saya turut sama menyokong Bajet yang disediakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi tahun 2021, Sekian.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Wakil Manir.

Sebelum pada tu yang akhir. Tiada yang mencelah, kira akhir sekalilah. Okay saya jemput Manir, sila.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat EXCO, Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, serta pegawai-pegawai kerajaan serta pemerhati-pemerhati online dan juga offline sekalian. Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala di atas kurniaan yang diberikan oleh Allah kepada kita dalam keadaan dan suasana yang masih lagi kita

berhadapan dengan suasana yang kita semua maklum dalam keadaan sentiasa berjaga-jaga. Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyebut dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah:

Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyebut sekira-kira maksudnya

“dan peliharalah diri kamu dari huru hara hari kiamat yang pada hari kiamat itu kamu akan dikembalikan kepada Allah kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang daripada kamu menurut apa yang telah diusahakan olehnya dalam keadaan mereka tidak dikurangkan balasan sedikitnya”.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Kita melihat dengan penuh keyakinan bahawa Bajet ataupun Ucapan Belanjawan 2021 ini mempunyai roh ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk kita dapat berhadapan dengan Allah dalam keadaan selamat di dunia dan juga di akhirat. Sebab itulah kita melihat dua perkara penting yang menjadi ukuran belanjawan 2021 ini di antaranya ialah kejatuhan harga minyak mentah dan yang kedua ialah komitmen yang sedia ada pada membayar projek-projek di bawah schedule payment ataupun deffered payment yang sekira-kira anggaran ataupun sekira-kiranya berjumlah RM439 juta dalam tahun ini untuk dibayar schedulenya pada tahun ini dan bersamaan dengan itu juga kita menghadapi COVID-19 yang sudah tentu menjadi suatu cabaran kepada Kerajaan Negeri untuk membayar hutang dan juga menyesuaikan bajet ini dengan keperluan rakyat Negeri Terengganu.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Kita ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga bersama-sama dengan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri yang sangat serius dalam membangunkan pembangunan modal insan yang merupakan fokus utama Kerajaan Negeri dan rakyat Negeri Terengganu juga sangat ingin melihat pelaksanaan agenda Islam terus diperkasakan. Oleh itu kita mengharapkan jabatan-jabatan yang berkaitan

dan juga agensi-agensi pelaksana memainkan peranan yang terbaik kerana rakyat ingin melihat suatu keputusan dan natijah yang cepat dan yang terbaik.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Tahun 2021 diberi tema ataupun diletakkan slogan “Tahun Pertanian Negeri” dan alhamdulillah pihak kerajaan dengan penuh rasa tanggungjawab memperuntukkan sejumlah yang besar, diperuntukkan kepada sektor pertanian sebanyak RM20 juta adalah merupakan suatu jumlah yang nampak besar tetapi dalam kerja-kerja pertanian, ia memerlukan kos yang lebih besar dan ia mempunyai cabaran yang lebih besar.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Saya mengambil contoh bagaimana sektor pertanian yang mungkin boleh dibuat contoh bagaimana kerajaan cuba memperbetulkan Projek Padi Jelapang yang telah dibangunkan pada tahun 2008 yang saya kira-kira telah membelanjakan satu jumlah yang agak besar. Kalau ikut pada rekod, JPS telah membelanjakan RM46.5 juta, pihak pertanian, Jabatan Pertanian telah membelanjakan RM1.9 juta dengan keluasan 832 hektar dan sehingga kini masih belum dapat beroperasi dengan sepenuhnya. Pada bengkel sebelum ini, dalam meletak target untuk baikpulih jelapang ini saya kira-kira RM25 juta lagi untuk memperbaiki dan memperbetulkan semula sistem pengairan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, inilah cabaran oleh sektor pertanian walaupun RM20 juta itu nampak besar tetapi bila mana diletakkan dan disusun, ianya masih tidak mencukupi.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebenarnya inilah satu kesan langsung kepada rakyat Negeri Terengganu untuk melihat rakyat Negeri Terengganu dapat bangun kembali dan ianya bantuan secara tidak langsung bila mana ramai kehilangan pekerjaan. Masing-masing balik ke kampung, cari balik tanah-tanah pusaka untuk dibangunkan sektor pertanian. Oleh kerana itu kita mengharapkan dengan adanya peruntukan yang sebesar ini, dapat mencapai matlamat membantu rakyat Negeri Terengganu dengan cara yang lebih efektif, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kita juga mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga pihak kerajaan yang telah meletakkan dan menyatakan di dalam buku Belanjawan berkenaan dengan pembayaran royalti-royalti

petroleum yang diperolehi insya-Allah secara penuh dan kita juga mengharapkan peringatan demi peringatan agar diberi kepada Kerajaan Persekutuan bahawa bagaimana kos pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 2 yang berjumlah RM1.4 bilion dapat dipulangkan dan dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Terengganu terutamanya dalam keadaan..

Dato’ Yang di-Pertua, penjelasan. Saya nak perbetul sikit. Minta maaf. Sebenarnya, dana kita diambil untuk pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Kedua, RM1.850 bilion. Tak tau mungkin Kerajaan Negeri bayor doh tinggal baki 1.450 doktaulah kot. Penjelasanlah. Terima kasih.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Terima kasih YB Kijal dan insya-Allah, 1.8 ke, 1.4 ke kita nok balik pitih tu je nok kabonye. Nok cakap macam Telemong dok panda. Cakap ginilah. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, inilah usaha-usaha murni kerajaan untuk memastikan kelangsungan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat Negeri Terengganu.

Yang Berhormat Dato´ Yang di-Pertua,

Bilangan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam DUN Negeri Terengganu berjumlah 32 orang dengan bilangan penduduk ataupun bilangan pengundi itu tidak sama. Ada DUN yang ramai pengundi, ada DUN yang sedikit. Jadi oleh kerana itu, kita mengharapkan Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi yang terbabit membuat suatu permohonan untuk menambah lagi bilangan kerusi DUN di dalam Negeri Terengganu dan insya-Allah dengan pertambahan tersebut rakyat Negeri Terengganu insya-Allah memperolehi perkhidmatan yang lebih baik, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato´ Yang di-Pertua,

Saya teringat kepada apa yang disebut oleh YB Nawi, YB Hulu Besut tadi, berkenaan dengan isu mahal nok daftar perkahwinan. Saya duk check dengan pegawai tadi sebab saya kalu dok saya dok cara sebab saya kacau dia, saya cara tu. Saya check tadi, jumlah dia lebih kurang untuk pendaftaran sebanyak RM205.00 sahaja, pendaftaran. Cumanya denda maksimum RM5,000.00 satu permohonan dan saya tanya bila Enakmen ini diubah. Enakmen ini diubah pada 2017, bukan zaman PAS. Jadi hok tu atas kebijaksanaan sebab

tu saya kata tadi, minta bukti, doh dok mari bukti, saya carilah. Jadi oleh kerana itu insya-Allah, Dewan ini dapat diberikan penjelasan yang terbaik dan insya-Allah kita juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah membentangkan Belanjawan Bajet 2021 dan saya juga ada, sebelum saya akhirkan ini ada satu cadangan daripada mahasiswa, mungkin saya boleh suarakan daripada channel yang lain tetapi oleh kerana dia minta di antaranya minta sebut dalam Dewan, jadi kita sebut. Di antara yang dia sebutnya adalah keperluan Kad Sejahtera Siswa (KSS) yang mungkin boleh, Kad Sejahtera Rakyat ada doh, Kad Sejahtera Siswa pulok dia mintok dan kalau ada keperluan, kalau ada kemampuan, bolehlah diambil pertimbangan insya-Allah.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Manir mohon menyokong ucapan Belanjawan 2021. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Manir sebagai pembahas terakhir dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan ataupun Bajet 2021. Sekarang saya nak persilakan Wakil Kerajaan pula untuk memulakan penggulungan. Saya mulakan daripada Wakil Kota Putera. Sila.

Yang dihormati Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, yang dihormati lagi dikasihi Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, sahabat-sahabat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, wakil-wakil media, seterusnya pemerhati yang mengikuti siaran langsung ini di Facebook ataupun mana-mana carian, sidang hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Pertamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua yang memberikan ruang kepada saya untuk memulakan sesi penggulungan Bajet 2021 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar semalam. Alhamdulillah pertamanya saya juga mengucapkan syukur kepada Allah Subhanahu Wa

Ta’ala kerana kita masih lagi diberikan rezeki untuk terus berada di atas muka bumi Allah ini dan mengecapi segala nikmat-nikmat yang ada dan pada petang ini, pada petang yang berbahagia ini, kita sama-sama menunaikan tanggungjawab kita sebagai Wakil Rakyat dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Mudah-mudahan ianya menjadi satu perkara yang baik yang dapat dinilai dan dilihat apabila kita berpindah alam nanti, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan sahabat-sahabat Yang Berhormat sekalian,

Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang dalam pembentangan Bajet semalam telah memberi keutamaan dalam bidang keusahawanan, dalam membantu rakyat menghadapi COVID-19. Beberapa perkara telah dibentangkan yang akan memberikan kelegaan sedikit kepada khususnya golongan usahawan yang terjejas teruk dalam COVID-19. Sepertimana yang ramai sahabat-sahabat Yang Berhormat sebut dan maklum, COVID-19 ini yang melanda negara kita dan golongan yang terjejas adalah antaranya usahawan. insya-Allah dengan Tabung Pemulihan PKS antaranya yang disebut yang dibentangkan semalam berjumlah RM3.5 juta akan dapat meringankan lagi bebanan usahawan kita. Jika dikirakan cukup, memang untuk menangani COVID yang sebegini tidak akan cukup, tetapi inilah fungsi kita akan menangani kepada yang terjejas teruk dahulu, yang akan kita dahulukan. Bila ditanya terjejas, mungkin semua akan menyatakan ianya terjejas, tetapi kita terpaksa membuat sedikit analisa bagi melihat dan mengkaji dan kita akan membantu mana yang terjejas teruk akan kita bantu dahulu dan yang terjejas sedikit itu akan kita kemudiankan sedikit masa jika kewangan semasa kita mengizinkan.

Dato’ Yang di-Pertua,

Secara umumnya beberapa yang berhormat ada menyentuh berkenaan usahawan keusahawanan dan saya mengambil perhatian kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan terutamanya apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bukit Besi berkenaan tingkatkan usaha dan percepatkan lagi proses permohonan di YPU oleh pemohon-pemohon. Insya-Allah perkara itu saya titik beratkan kepada kakitangan YPU dan kita akan cuba buktikan pada tahun 2021 nanti. Begitu juga disebut supaya membantu usahawan online, kerana ianya menjadi tumpuan mutakhir ini. Rakyat kita menceburkan diri dalam bidang usahawan online. Untuk maklumat Yang Berhormat dan

Dewan yang mulia ini, penekanan ini sedang dijalankan oleh pihak kerajaan dan insya-Allah pada 5 dan 6 Disember ini kita akan mengadakan Kursus Closing Marketing yang akan diberikan oleh coach yang terkenal dalam melibatkan 100 orang peserta. Kos kursus ini yang biasanya dibuat di luar sana berharga RM899 seorang. Ia dibiayai sepenuhnya kali ini oleh kerajaan. Kita berharap peluang ini diambil sepenuhnya oleh usahawan-usahawan online Terengganu. Insya-Allah kerajaan akan mencari, sentiasa mencari peluang-peluang untuk membantu usahawan kita secara berfokus. Begitu juga YPU berjanji untuk menjadi pemudah cara kepada usahawan-usahawan Negeri Terengganu bagi mendapatkan sebahagian daripada peruntukan yang diturunkan oleh Kerajaan Pusat. Jadi saya menyerulah kepada usahawan-usahawan Negeri Terengganu datanglah ke YPU untuk mendapat khidmat nasihat dan bantuan kerana bantuan daripada Kerajaan Persekutuan banyak turun, tetapi tidak diambil oleh ataupun tidak dipohon oleh usahawan-usahawan kita. Jadi insya-Allah YPU akan menjadi pemudah cara kerana semua agensi-agensi itu berada di bawah PEUTER yang telah kita wujudkan sejak sekian lama.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Pihak YPU telah menerima banyak cadangan daripada persatuan usahawan daerah-daerah, orang-orang ramai supaya YPU membuka cawangan di luar Kuala Terengganu. Ini kerana rakyat yang berada berjauhan seperti di Kemaman, Dungun, Besut dan Hulu Terengganu agak sukar untuk datang ke YPU kerana hanya ada di Kuala Terengganu. Pada suatu ketika dulu, kita ada bercadang untuk menjadikan Pusat Khidmat DUN sebagai cawangan YPU, tetapi usaha itu tidak berapa dapat sambutan kerana kesibukan yang telah ada sedia ada di Pusat-pusat Khidmat DUN dan tidak ada petugas tetap yang akan melayan usahawan-usahawan yang datang. Jadi sehubungan dengan itu, YPU akan berusaha untuk menubuhkan suatu Pusat Satelit YPU di beberapa daerah selaras dengan peranan YPU untuk bertanggungjawab mewujudkan usahawan yang berdaya saing, berdaya tahan, berwibawa dan dinamik di tahap global. Dengan menyediakan perkhidmatan cemerlang dan berkualiti menerusi perkongsian pengetahuan keusahawanan, pembiayaan kewangan, kemudahan premis perniagaan, penerokaan peluang-peluang perniagaan, promosi produk dan khidmat nasihat. Dengan itu, insya-Allah pada tahun kita merangkakan pada pertengahan 2021, kita akan mewujudkan beberapa tambahan cawangan satelit YPU ini yang insya-Allah antaranya akan diadakan di pusat-pusat yang YPU sedia ada. Contoh untuk Kuala Terengganu dan Kuala Nerus,

kita akan berpusat sepertimana YPU sekarang, di Besut untuk daerah Besut dan Setiu, di Desa Ukiran Kayu Kampung Raja, di Hulu Terengganu, Business Centre YPU, Marang, Dungun dan Kemaman insya-Allah akan dikenalpasti tempatnya. Daripada jumlah itu, insya-Allah akan dapat meningkatkan lagi khidmat nasihat YPU kepada usahawan-usahawan di Negeri Terengganu ini, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

YPU juga berhasrat untuk menjadikan satu tempat pengumpulan produk usahawan Terengganu bagi melicinkan lagi pemasaran kepada produk-produk usahawan-usahawan kita di peringkat tempatan dan global. Dengan ini, insya-Allah YPU akan menubuhkan suatu pusat bersepadu pemasaran PKS merangkumi pusat pengedaran gudang guna sama PKS, pusat pengumpulan pembungkusan dan pengedaran dalam skala besar. Gudang guna sama pula mampu memenuhi kehendak usahawan PKS untuk menyimpan produk mereka sama ada produk kering, mahupun sejuk beku dengan kaedah sewa yang rendah dan berpatutan. Pusat Bersepadu Pemasaran PKS ini insya-Allah akan dinamakan sebagai Abdul Rahman Auf Haq atau dengan singkatannya ARAH. A kepada Abdul, R-Rahman A-auf, dan H untuk Haq akan berfungsi pada penghujung ataupun penggal ke empat, ataupun sesi ke empat tahun 2021, insya-Allah.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, panjang lagi?

Ada dua tiga perenggan je lagi.

Yang di-Pertua

Oh, takpe. Saya nak tangguhkan dulu Yang Berhormat boleh sambung lepas pada rehat ini.

Okey. insya-Allah.

Yang di-Pertua

Jadi Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan sementara persidangan kita ataupun rehat sekejap, kemudian kita sambung semula pada pukul 4.20 petang. Jaga masa ye.

MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA JAM 4.00 PETANG.

PUKUL 4.25 PETANG

Yang di-Pertua

Mesyuarat disambung semula. Tadi Yang Berhormat Wakil Kota Putera mewakili kerajaan masih dalam sesi penggulungan. Jadi saya jemput Yang Berhormat untuk teruskan penggulungan. Cuma kita pakat jaga masa sikitlah. Sila.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, saya ada beberapa perkara lagi. Yang pertamanya berkenaan dengan Yang Berhormat Batu Buruk tadi ada mencadangkan pihak kerajaan untuk mengambil kesempatan bekerjasama dengan 2.2 bilion Facebook User dan Youtuber dalam mempromosikan perniagaan. Memang Kerajaan Negeri melalui YPU dan juga kerjasama dengan agensi-agensi PEUTER telah mula mengadakan kursus-kursus berkaitan pemasaran penggunaan Facebook Ads, Google Ads, dan sebagainya bagi memastikan usahawan tidak ketinggalan dalam usaha memasarkan produk masing-masing kepada 2.2 bilion pengguna Facebook. Facebook Amazing Terengganu yang mempunyai 204,000 followers juga banyak membantu memperkenalkan usahawan Terengganu dan YPU akan bekerjasama dengan ikon-ikon Facebook dan Youtuber dari Terengganu seperti Syukri Sulaiman Production yang mempunyai 89.3k followers, Ervan Rizuan 24.5k followers, SOHO Project ada 990 followers bagi memperkenalkan perniagaan usahawan Terengganu, insya-Allah. Begitu juga saya menjawab persoalan daripada Bukit Besi yang membangkitkan persoalan sama ada Bajet tahun 2020 untuk TUGAS disalurkan sepenuhnya ataupun tidak, dan berapakah jumlah disalurkan kepada pelaksana. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Bukit Besi, bagi tahun 2020 sebanyak RM4 juta telah disalurkan kepada YPU dan RM1 juta lagi akan diterima dalam masa

terdekat. Jumlah pembiayaan di bawah TUGAS yang telah dikeluarkan setakat ini pada tahun 2020 ialah sebanyak RM5,284,419.24 kepada penerima 436 PKS di bawah TUGAS.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Mengenai peluang pekerjaan, beberapa Yang Berhormat ada membangkitkan dengan COVID ini yang melibatkan ramai yang menganggur. Alhamdulillah kerajaan dengan agensinya yang baru iaitu THRDC telah menanganinya dengan teliti. THRDC dengan kerjasama PERKESO dan 15 agensi lain daripada Kerajaan Negeri dan Pusat telah merancang Karnival Penjana Kerjaya Terengganu 2020 yang dicadangkan pada 10 & 11 Oktober yang lalu di Stadium Tertutup Gong Badak. Walau bagaimanapun, atas nasihat keras daripada KKM, kerana risau akan merebaknya COVID-19, walaupun tarikh tersebut telah dipersetujui perasmian bersama antara Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Terengganu dan Dato’ Saravanan, Menteri Sumber Manusia, karnival tersebut terpaksa ditangguhkan walaupun pihak penganjur telah mendapat pengesahan daripada 80 majikan dan 10,000 peluang pekerjaan ditawarkan dan 7,000 peluang itu ada di dalam Negeri Terengganu. Tetapi perkara itu terpaksa ditangguhkan dan kita sebenarnya di dalam penganjuran yang telah dilaksanakan oleh PERKESO di Negeri Selangor, Melaka dan Perak, dengan jumlah 80 majikan itu, kita antara penganjur yang terbesar. Insya-Allah perkara ini akan dipertimbangkan semula selepas daripada suasana COVID kita ini reda dan dapat nasihat baik daripada pihak KKM, insya-Allah.

Dato’ Yang di-Pertua,

Saya menerima banyak rungutan daripada rakyat kita di bawah sana, permintaan untuk berniaga secara kecil-kecilan di tepi-tepi jalan. Tetapi permasalahan yang ada sekarang ini adalah kerana mereka tidak mempunyai lesen. Saya merayu kepada EXCO PBT atas nama usahawan agar memberikan kelonggaran kepada rakyat-rakyat kita yang sekarang ini terjejas teruk kerana COVID ini. Jadi saya mencadangkan…

Dato’ Yang di-Pertua, penjelasan Dato’ Yang di-Pertua. Tak payah bawa Dewan, patut dalam mesyuarat tiap-tiap minggu EXCO, cakaplah.

Ambil peluang ni, Abang Mat.

Awak tak betul, tak betul, tak betul, tak betul. Memalukan kerajaan je. Terima kasih.

Tak betul?

Memalukan kerajaan jer. Terima kasih.

Okay. Tak apa saya tangguh permintaan saya itu kepada yang lain. Yang akhirnya Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, apa yang dibangkitkan oleh Kuala Besut semalam berkenaan dengan Peraturan Dewan, tetapi tidak berapa jelas, dan dalam ucapan tadipun Kuala Besut tidak mengulangi semula. Tetapi apa yang saya dapat, yang menyatakan bahawa saya mengelirukan Dewan berkenaan dengan peratusan YPU dengan pihak pelabur di dalam T-MEX. Saya mencadangkan supaya Yang Berhormat Kuala Besut cuba menyemak betul-betul sijil SSM kerana takut ada kekeliruan daripada maklumat yang Yang Berhormat miliki. Saya mempunyai sijil yang asli dan menandakan bahawa memang YPU mempunyai 20% daripada 1 juta saham yang dicadangkan. Jadi, saya mengharapkan perkara tersebut menjadi jawapan…

Pencerahan. Boleh mencelah sikit?

Ya, sila.

Terima Kasih Dato’ Yang di-Pertua. Sebenarnya kita merujuk pada sesi perbahasan yang lepas, kerana difahamkan pada waktu itu hanya ada 100,000 maksudnya tak sampai 20% saham yang dimiliki oleh YPU. Sebab itu saya nak minta pencerahan dan penjelasan oleh Speaker semalam tu. Jadi kalau betul pada waktu tu ada 200,000, okay, sebab kita dapat

sijil bahawa pada waktu sesi perbahasan tersebut, hanya ada 100,000 iaitu tak sampai 20%. Mungkin ada tambahan selepas itu, saya tak tahulah. Itu yang saya maksudkan kelmarin. Lanjutan yang disebut oleh EXCO juga boleh juga cerita apa dia progress ataupun kemajuan T-MEX sekarang ini. Lanjutan yang disebut oleh EXCO sekarang. Terima kasih.

Jadi sebenarnya saya ada pendetailan dan pada tarikh yang saya sebutkan itu pun, sebenarnya saham YPU dah 20%. Insya-Allah, boleh minum air sekali kot Yang Berhormat Kuala Besut, kita dekat je, untuk saya kemukakan bukti yang ada, insya-Allah. Berkenaan dengan status T-MEX sekarang tidak banyak perkembangan kerana COVID, dan insya-Allah apabila sampai masanya nanti, saya akan update dalam Dewan yang mulia ini. Jadi, itu sahaja yang saya ingin gulung dalam perbahasan saya, Dato’ Yang di-Pertua, dan saya juga mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima Kasih Wakil Kota Putera. Saya jemput Wakil Kuala Berang.

Dr. Haji Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua jabatan Negeri dan Federal, pegawai-pegawai media, pemerhati-pemerhati sekalian dan juga pemerhati dalam online dan juga offline. Saya ucap terima kasih diberi peluang untuk menggulung beberapa perkara dalam Bajet pada kali ini. Saya nak cakap secara ringkas sahaja pergi kepada point-point.

Yang di-Pertua

Sangat dialu-alukan Yang Berhormat. Sila.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Ya, ada lima perkara, pertama, berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Kemasik dan juga Yang Berhormat daripada Kijal berkaitan dengan ECRL. Bahawa kita pihak Kerajaan Negeri baru-baru ini membuat satu keputusan untuk menangguh

sementara permit pengeluaran bahan-bahan dari negeri kita ini kerana pihak ECRL seolah-olah tidak membantu kepada bumiputera kita untuk mendapat kerja-kerja kontrak di dalam negeri ini. Kita tahu bahawa keseluruhan anggaran awal projek-projek di negeri kita ini sebanyak RM3 billion tetapi telah dibahagi-bahagikan dalam projek-projek yang kecil dan pihak kita, kita menubuhkan dua konsortium cuba untuk mendapatkan projek-projek tersebut dan kita tidak dapat dan cuma tinggal lagi lebih kurang RM1 billion projek yang akan diaward dan oleh kerana itu kita buat keputusan segera untuk menamatkan atau menangguhkan sementara dan kita akan berbincang semula dengan pihak MRL dan CCCC. Kita memanglah cuba untuk membantu kontraktor-kontraktor tempatan dan juga supaya bahan-bahan diambil dalam negeri kita.

Keduanya berkaitan dengan projek pemecah ombak di Kuala Besut.

Yang di-Pertua penjelasan, adakah benar mengatakan Kerajaan Negeri bersama Konsortium yang ditubuhkan itu memohon supaya RM3 billion projek ECRL di Terengganu diserahkan kepada Konsortium. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Kita telah membuat beberapa siri perbincangan, pertama kita lantik dua konsortium bersama dengan GLC kita. Kemudian kita membuat perbincangan dengan MRL dan juga dengan CCCC. Walaupun mereka tidak bersetuju di peringkat awal, tetapi kita mengharapkan dan kita sentiasa berusaha supaya projek itu diberi kepada kita dan sehingga hari ini kita masih belum mendapat kontrak yang agak besar cuma diberi dalam bentuk upah sahaja projek– projek tertentu kepada GLC kita, jadi kita tidak bersedia lagi untuk menerima. Kita menunggu projek yang lebih besar untuk…

Dato’ Yang di-Pertua, saya kata betul tak kita minta RM3 billion…

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Ya, memang ada kerana kuota di negeri kita ini lebih kurang RM7 billion keseluruhannya, yang mana sebahagiannya adalah untuk membuat tunnel, terowong di Paka dan juga di Bukit Bauk jadi, kerja-kerja specialist ini diberi hak kepada CCCC sahaja, kita letaklah di situ dalam RM4 billion, jadi bakinya lagi adalah lebih kurang RM3 billion yang kita cuba usaha untuk

dapatkan tetapi sehingga hari ini kita masih belum dapat sebab itulah kita nak pergi berbincang semula dengan mereka kita harap berjaya.

Keduanya berkaitan dengan projek pemecah ombak di Kuala Besut, kita tahu bahawa projek itu…

Yang di-Pertua sekali lagi, sampai bila penangguhan ini akan berlaku? Kerana kita harap kita setuju, rundingan mesti dibuat tetapi jangan tunggu lama-lama la…

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Insya-Allah

Kalau boleh tiap-tiap bulan.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Insya-Allah hari jumaat ini telah diberi tarikh.

Kita kena gi acap sikit, biar dia serabut dia beri, alhamdullilah.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Ya, ya, saya insya-Allah bersama dengan Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan berbincang pada hari Jumaat.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Macam Kijal juga soal acap nak bagi serabut. (ketawa)

Dato’ Yang di-Pertua, ada Paka kena bawa seorang, kena bawa hok bekeng sikit, bawa yang tak rok belaka. Bawa jambang, tubuh besar, baru sedap sikit, takut. Ini tak, bawa tak rok lembik je, nak runding guane…

Yang di-Pertua

Okay, okay, (ketawa) teruskan, teruskan..

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Terima kasih Kijal.

Berkaitan dengan projek Kuala Besut ini, projek pemecah ombak yang mana telah diaward pada 2016 lagi dan waktu itu kos dia RM225 juta jadi kita lihat bahawa projek ini

agak sakit sehingga hari ini dalam sekitar 64% sahaja siap. Selepas beberapa kali EOT dan EOT kali ketiga sudah tamat pada bulan September baru-baru ini, jadi sekarang ini pihak JPS Federal akan mengeluarkan surat untuk penamatan. Selepas tamat itu kita kena lantiklah kontraktor baharu dan kita berharaplah supaya dapat disegerakan. Ketiganya, berkaitan dengan loji air di Marang, kita tahu bahawa di Marang ini saya rasa amat beruntung Jambatan Marang pun nak buat, kos RM573 juta. Stesen keretapi terbesar di Negeri Terengganu terletak di daerah Marang juga, dekat Bukit Sawa ataupun dekat Durian Guling, daerah Marang pun besar juga dan kita lihat bahawa suatu keperluan yang mendadak, yang mana air pun perlu diadakan, maka kita telah berbincang dan akan membuat keputusan dalam beberapa bulan lagi untuk menyediakan ataupun membuat loji air baru di Marang yang mana pengambilan airnya memanglah di sungai besar, sungai Terengganu ini, di Kuala Berang iaitu mungkin di Tanggol dan akan ditarik ke sekitar daerah Marang dan seterusnya untuk supply air ke seluruh daerah Marang dan kita haraplah dengan terbentuknya loji ini, harga dia sekitar RM500 juta akan dapat menyelesaikan masalah air di Marang.

Keempatnya, ringkas sahaja, berkaitan dengan pemohonan tambah peruntukan untuk DUN-DUN, yang ini saya sendiri pun setuju untuk tambah RM16.3 juta itu, memang tak berapa mencukupi jadi insya-Allah saya akan berbincang dengan Dato’ Kewangan dan juga atas Yang Amat Berhormat Menteri Besarlah nak lulus ataupun tidak tapi saya bersetujulah supaya ditambahkan lagi bukan hanya sekadar RM16.3 juta bahkan supaya menjadi sebagai asas seperti tahun-tahun lepas juga. Seterusnya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Rakit, sebenarnya semalam, kelmarin kita sebut tak. Kita pergilah ke kawasan tersebut dan kita tengok memang betullah sebagaimana Yang Berhormat Batu Rakit kata ada dua escavator duduk atas darat, kemudian ada hos ataupun paip air lebih kurang saya rasa dalam 800mm diameter dialah, tapi kapal korek takdoklah Yang Berhormat, kapal korek takdok dan apa yang kita dapat maklum bahawa baru-baru ini berlaku oleh kerana ombak kuat ini, kabel untuk ikat ataupun sauh untuk hos tersebut telah putus menyebabkan hos ini naik ke darat dan keadaan agak bahaya jadi kapal korek ini disimpan di Kuala Terengganu. Ini adalah untuk projek yang dikatakan yang RM6.1 juta tersebut iaitu di Pengkalan di mana ni, di kawasan itulah, Telipot, yes, kawasan Telipot. Jadi projek ini, diaward pada tahun lepas, tetapi sebahagian sahaja boleh dilaksanakan pada tahun ini kerana masalah COVID dan juga masalah yang terakhir ini berkaitan dengan tengkujuh jadi baru siap sekitar 8.4%. Oh, minta maaf, 4.5% daripada sepatutnya 8.4% iaitu berkaitan dengan beach nourishment, nak tambun

pasir di kawasan batu-batu yang ada pada hari ini. Hujung sedikit daripada kawasan batu ini iaitu sebagaimana Yang Berhormat sebut iaitu kawasan kubur, hujung dari batu-batu tersebut kita kata Pengkalan Maras sehingga ke utaranya sehinggalah ke Batu Rakit dan juga sehinggalah ke Pagar Ubi, projek itu sekitar enam kilometer dan yang itulah RM90 juta harga dia. Yang itu dalam bentuk design lagi. Bila pun kita tak tahu, kita haraplah supaya peruntukan ataupun design yang tersebut dapat dipercepatkan. Kemudiannya, kita dari segi lawatan kelmarin dengan Pengarah JPS kita dan dia pun telah mengambil satu inisiatif yang baik dan telah bincang dengan Federal bahawa satu peruntukan darurat telah diluluskan RM800,000.00 untuk kerja-kerja awalan, nak letak batu di kawasan sekitar tersebut supaya kawasan kubur dan hujung sikit itu, sekitar 200 meter dengan kos RM800,000.00 ini kita mengharapkan kawasan tersebut akan diselamatkan, insya-Allah Yang Berhormat. Jadi, saya rasa itu sajalah apa yang telah dibangkitkan berkaitan dengan portfolio saya. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima Kasih Yang Berhormat Wakil Kuala Berang. Seterusnya, saya jemput Wakil Alur Limbat. Sila.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Ahli-ahli Dewan sekalian, pegawai-pegawai kerajaan dan semua yang hadir pada hari ini.

Saya ingin menjawab beberapa persoalan. Sebelum daripada ini, yang pertama daripada Yang Berhormat Wanita yang bertanya berkenaan dengan kemudahan PINTAR, menaik taraf kemudahan PINTAR. Alhamdulillah penaiktarafan komputer pada spesifikasi yang lebih baik daripada i3 kepada i5, kerajaan telah memperuntukkan RM700,000.00 sedang berjalan, insya-Allah akan selesai pada akhir tahun ini. Perkhidmatan PINTAR pay macam biasa sedang berjalan. Perkhidmatan Pos Malaysia akan menjadikan PINTAR sebagai hub

pengumpulan barang bagi perkhidmatan Pos Laju dan Pos Malaysia. Saya cuba ringkaskan buat masa ini. Berdasarkan kajian bersama dengan TM, Telekom Malaysia, kelajuan internet insya-Allah akan ditambah baik daripada 1Mbps kepada 100 Mbps di masa akan datang khususnya mengikut kalau kita akan gunakan UniFilah, tempat-tempat yang tertentu.

Dari segi promosi, kita sentiasa mempromosikan dan insya-Allah kita akan teruskan promosi dan kita sudah ada sebuah van bergerak untuk tujuan promosi PINTAR ini.

Jawapan yang kedua, yang berkait dengan akses internet. Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk meningkatkan capaian jalur lebar di Negeri Terengganu dengan kita menyokong usaha Kerajaan Persekutuan iaitu program menambahbaik dan meluaskan liputan rangkaian melalui Pelan Jalinan Digital Negara iaitu JENDELA. JENDELA akan menjadi platform penambahbaikan komunikasi digital negara di bawah Rancangan Malaysia yang ke-12 (2021 hingga 2025). Saya terangkan sedikit kadar penembusan sebab banyak soalan yang ditimbulkan oleh masyarakat berkenaan dengan keupayaan internet di Terengganu. Kadar penembusan jalur lebar bagi 100 penduduk di Negeri Terengganu adalah 94.1% yang melibatkan 89.9% bagi jalur lebar mudah alih dan 4.2% bagi jalur lebar talian tetap. Liputan 4G di kawasan berpenduduk Terengganu ialah 87.7% berbanding nasional 91.8%. Terdapat 685 buah menara telekomunikasi sedia ada. Kita sudah ada 685. Ini yang berdaftar, yang 200 lagi yang belum berdaftar sebenarnya yang telah kita kenal pasti dan insya-Allah keperluannya anggarannya 400 buah lagi menara baru bagi menaik taraf liputan 4G di Negeri Terengganu. Negeri Terengganu akan turut mendapat manfaat daripada pelaksanaan JENDELA iaitu yang pertama 78 menara komunikasi baru telah dirancang, daripada jumlah ini 13 sedang dalam proses pelaksanaan dan 65 dalam proses tender. 410 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf secara komersial oleh pemberi perkhidmatan bagi meningkatkan liputan 4G. 13,536 premis juga akan disediakan dengan capaian kepada gentian optik di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Ini secara ringkas.

Berkait dengan pelancongan pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasihlah kepada rakan-rakan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan semua rakan-rakan yang ucap terima kasih kepada saya dengan Anugerah Tourism Hero di mana Majlis Pelancongan Malaysia, Malaysia Tourism Council telah membuat pengiktirafan Anugerah Malaysia Tourism Heroes sempena Malaysia Tourism Gold Summit 2020 yang

lalu. Anugerah ini adalah hasil kerjasama daripada semua pihak terutama semua pegawai dan kakitangan Jabatan Pelancongan Negeri serta jabatan, agensi kerajaan, universiti-universiti khususnya UniSZA yang turut terlibat sama dan juga semua pemain industri pelancongan yang banyak membantu dan memberi sokongan termasuklah semua Ahli-ahli EXCO, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli EXCO, semua Yang Berhormat dan semua pegawai yang ada dalam Dewan ini. Ini adalah hadiah untuk Negeri Terengganu hasil daripada kerjasama semua pihak.

Berkenaan dengan soalan yang dikemukakan oleh beberapa orang ADUN yang berkait dengan pelancongan ini, isu gajah yang diserahkan…

USUL MELANJUTKAN TEMPOH MASA PERSIDANGAN DI BAWAH PERKARA 7 (1A) PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Peraturan Dewan. Peraturan Dewan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, memandangkan masa persidangan akan tamat tempohnya dalam lima minit lagi, pukul 5.00 petang, dengan ini saya mencadangkan supaya tempoh persidangan pada hari ini dilanjutkan sehingga selesai penggulungan daripada Yang Berhormat Wakil Paka mengikut Tertib Pekerjaan Dewan pada hari ini menurut di bawah Perkara 7 (1a), Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Tetap Dewan Undangan Negeri. Terima kasih.

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya telah menerima satu cadangan supaya melanjutkan tempoh masa persidangan pada hari ini. Oleh yang demikian, masa persidangan Dewan ini dilanjutkan sehingga selesai penggulungan daripada Yang Berhormat Wakil Paka sebagaimana yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri yang Keempat belas. Persidangan Dewan diteruskan. Sila.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Saya sambung balik.

Dato’ Yang di-Pertua Dewan, tangkap, pindah gajah adalah inisiatif terakhir selepas

tindakan tembak halau, pemasangan lampu LED, flashlight dan sistem pagar elektrik. Untuk maklumannya, jabatan telah bersepakat bagi gajah-gajah konflik daripada Kemaman, Dungun akan dilepaskan di Sungai Deka. Manakala, gajah-gajah konflik daripada Hulu Terengganu, Besut, Setiu akan dipindahkan ke Royal Belum, Grik. Jadi, ada cadangan supaya pergi pindah kepada KECV. Sebenarnya, keupayaan menguruskan gajah di KECV adalah sedikit boleh kita bincang baliklah. Buat masa ini, sebanyak ada 18 ekor gajah di KECV. Seekor gajah memerlukan minimanya dua orang mahout. Mahout ini hok jaga gajah. Sepatutnya, tiga orang. Seekor gajah, tiga orang tukang jaga, tapi dua pun kira okay doh. Maknanya, sepatutnya 36 orang mahout. Kita ada 12 orang sahaja. Kalau masuk lagi gajah baru, beratlah kita dan belanja juga agak besar. Belanja pada tahun ini adalah RM2.16 juta. Satu jumlah yang kira boleh tahan jugalah.

Berkenaan dengan yang ditimbulkan tadi, tanah di Redang. Adakah ada untuk diadakan resort, dua buah resort baru. Satu resort baru yang melibatkan dua resort asal insya-Allah setakat ni kerajaan masih mengekalkan dua resort tersebut, tiada projek baru di situ.

Daripada ADUN Batu Burok, berkenaan dengan promosi yang melibatkan media influencer bagi promosi di media sosial dengan menggunakan influencer, Kerajaan Negeri telah bersetuju antaranya menyambung Mat Dan. Mat Dan ni dia ada pengikut 888 ribu di Instagram dan lain-lainlah. Kemudian, kita menggunakan personaliti media sosial anak Terengganu antaranya Ustaz Syed Noor Hisyam, Farah Lee, personaliti RTM, Ridhwan Mustafa dan lain-lain sebagaimana yang disebut oleh EXCO Usahawan.

Berkenaan dengan Pakej Pelancongan Islam daripada China ke Terengganu, tempat transit Terengganu ni memang kita mengadakan perbincangan insya-Allah dalam perancangan kita kerana kita tahu had transit dunia di Dubai dan juga Doha tetapi kerana COVID-19 sekarang ini, had transit dunia telah berpindah ke Istanbul, Turki. Terengganu memang bercadang untuk menjadikan sebagai satu had transit bagi pelancongan Islam dan kita sebenarnya telah mengadakan perbincangan dengan pihak yang terbabit khususnya negara China yang mempunyai ramai muslim di sana dan juga di negara-negara Asia khususnya di Indonesia.

Kemudian antara persoalan yang ditimbulkan berkenaan dengan ADUN Wanita, Perkampungan Islam di Terengganu di Kampung Losong insya-Allah, sebenarnya di

Kampung Budaya kita sudah ada sebuah rumah yang terletak di Kompleks Muzium, Kampung Budaya kita adakan aktiviti berzanji, mengaji, kaligraf khat dan lain-lain bersifat muslim dan insya-Allah kita akan pertimbangkan apa yang disebut oleh Yang Berhormat ADUN Wanita.

Berkait dengan apa yang ditimbulkan oleh Kijal. Kenyir sebenarnya kami komited untuk meneruskan projek-projek di Tasik Kenyir, di Pulau Poh, kita ada pembinaan jambatan kita sepatutnya siap pada hujung tahun ini bulan Disember tetapi saya menjangkakan dia akan sambung mungkin sehingga bulan tiga maknanya tahun depan, insya-Allah siap. Begitu juga hotel kita yang ada Pulau Poh, kita jangka juga akan siap pada tahun hadapan dan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar juga telah committed dengan izin untuk menyiapkan Pulau Bebas Cukai, Pulau Bayas dengan kita sekarang ni dalam proses mutual combination, insya-Allah kalau selesai mutual combination kita akan sebenarnya pelbagai players, dengan izin telah datang untuk menyambung atau meneruskan projek masing-masing. Kita tak kata kita akan tutup dan juga kita sebagai contoh KECV, Santuari Gajah dan juga Pulau Rama-rama, Pulau Orkid, kita meneruskan projek tersebut dan ada beberapa pulau lagi yang sedang dalam proses untuk kita majukan. Jadi bukan maksudnya kita lupakan kehebatan Tasik Kenyir yang sebagaimana disebut, insya-Allah kita akan teruskan dan kita akan buat yang terbaik.

Saya sebut sedikit isu berkenaan dengan cas yang dikenakan di Pulau Perhentian. Sebelum ini bayaran cas jeti pada 1 Febuari 2018 di Merang oleh Majlis Daerah Setiu dikenakan cas enam tahun ke atas RM5, lima tahun ke bawah, secara percuma. Kemudian di Pulau Perhentian punca kuasa Seksyen 101 Akta Kerajaan Tempatan 011 C2 pelancongan daripada dalam dan luar dikenakan RM5, penduduk pulau percuma, OKU dan orang tua RM3 kepada rakyat Terengganu. Sebenarnya tujuannya adalah supaya kita mendapat tidak banyak sebenarnya tapi sekurang-kurangnya Kerajaan Negeri atau PBT mendapat sedikit kewangan untuk mengadakan beberapa infra di pulau-pulau yang sememangnya sentiasa kena ada konservasi dia. Jadi, adalah berbaloi sebenarnya untuk kita mengenakan cas…

Dato’ Yang di-Pertua, mohon penjelasan. Boleh tanya penjelasan dok?

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Okay.

Sebaiknya sebelum dilaksanakan kutipan cas, perlu diadakan perbincangan dengan tourism frontliner ataupun pengusaha bot, travel-travel agent di Kuala Besut dan juga Pulau Perhentian dapatlah diperjelaskan kepada pelancong apakah tujuan kutipan cas sebanyak RM5 yang akan dibuat oleh PBT itu. Kita nak upgrade infra ke, kita nak baiki jeti ke dan sebagainya. Jadi sekarang ini pihak mereka ini frontliner ni payah nak jawab kepada pelancong-pelancong yang akan datang. Apakah tujuan cas tu, sebab dua kali cas. Yang pertama mereka tak tahu apakah tujuan cas itu, satu oleh PBT dan satu lagi oleh Taman Laut untuk di Taman Laut.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Untuk penjelasan, pihak MDB telah mengadakan pertemuan dengan pihak yang berkenaan di pulau dan yang terlibat dengan pelancongan di Pulau Perhentian, insya-Allah penyelarasan sebenarnya telah dibuat oleh pihak MDB.

Perjumpaan itu Dato’ Yang di-Pertua hanya pemakluman untuk pelaksanaan maksud kita sebelum laksana, sebelum maklum tu kalau boleh ada perbincangan pula.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Sebenarnya tiada kesan yang besar dia ada pelbagai cara boleh dibuat sama ada contohnya di pihak hotel-hotel pengusaha di Pulau Perhentian. Kalau mereka mengenakan cas, sebenarnya cas yang tinggi satu bilik sehingga ada setengah tempat keseluruhan hotel di pulau-pulau kita ini ada yang satu malam RM1200 seorang. Tak salah kalau mereka boleh contohnya masukkan terus dengan harga dan seumpamanya dan benda-benda macam ini teknikal dan yang penting sekali itulah usaha yang dibuat oleh kerajaan sekarang untuk tidak sahaja kita belanja jutaan ringgit untuk pelancongan tetapi kita juga ada hasil khususnya kepada PBT. Sekian sahaja ucapan saya. Saya rasa saya dah menjawab sebahagian besar dan yang lain mungkin sebagai cadanganlah daripada portfolio saya.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Alur Limbat atas penggulungan tadi. Sekarang saya jemput Wakil Ladang membuat penggulungan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat-Yang Berhormat dan semua pegawai yang hadir pada hari ini ada pihak yang menyinggung tentang soal pelaburan dan peluang pekerjaan. Isu ini telah banyak kali diperjelaskan sebenarnya pada sidang lepas tapi hari ini saya nak beri beberapa figure, statistik berkenaan pencapaian kita untuk makluman bersama. Dari segi perdagangan, satu perdagangan, satu pelaburan. Kalau perdagangan ini sehingga Jun 2020 prestasi perdagangan bagi negeri kita ini yang direkodkan adalah RM4.68 bilion dan prestasi ini sedikit menurun kalau berbanding dengan 2019 tetapi masih okay sebab lebihan dagangan untuk negeri Terengganu untuk tiga bulan berturut-turut ada lebihan sejak Januari 2018. Itu prestasi perdagangan.

Yang keduanya adalah tentang pelaburan. Pelaburan kalau ikut rekod yang dicatat oleh MIDA atau yang dikeluarkan oleh MIDA daripada Januari sehingga Jun 2020 kita ini berada di tempat kelima, di seluruh Malaysia kita di tempat kelima, di belakang Selangor, kalau tak silap saya dan kita telah menerima pelaburan yang berjumlah nilai dia RM1.83 bilion sehingga Jun. Kemudian saya nak sebut sekali lagi tentang jumlah pelaburan ini didasarkan kepada empat peringkat, empat kategori. Pertama, pelaburan yang berpontensi. Ada potensi untuk datang ke Terengganu, ada sepuluh kalau nak sebut panjang pulak. Cukup saya katakan ada sepuluh syarikat yang berminat untuk datang yang berpotensi dengan nilai lebih kurang RM3.38 bilion dan yang committed dan ada dua yang committed dan jumlah dia lebih kurang RM4 bilion yang telah diluluskan RM2.24 bilion, yang direalisasi ada empat juga, RM219 juta. Jadi, kalau kira banyak dah tu.

Lepas tu, pelaburan banyak-banyak ni macam mana pulak tentang peluang pekerjaan. Agak sukar untuk mencatit angka yang sebenarnya peluang-peluang pekerjaan yang telah kita dapati daripada hasil pelaburan bahagian pembuatan manufacturing ini tapi daripada angka yang kita terima daripada Jabatan Tenaga Kerja melalui Pusat Jobs Malaysia, JMC yang bertanggungjawab untuk menyediakan peluang kekosongan jawatan

yang ditawarkan oleh majikan oleh seluruh negara tapi ditawarkan pendaftaran dibuka di Terengganu untuk anak Terengganu melalui statistik Jabatan Tenaga Kerja negeri ini, bilangan pencari kerja yang telah berjaya dibuat penempatan pekerjaan di seluruh negara;

TAHUN 2018 TAHUN 2019 TAHUN 2020 (sehingga Oktober) 9,147 orang 9,738 orang 3,225 orang

Biasa Yang di-Pertua tegur sokmo kalau tengok tang ke lain, arini dok tegur, pasal apa dok tahu. Patut tengok ke dia, dia kata. Takpelah, sebab dengar banyak barangkali. Jumlah keseluruhan sehingga Oktober tahun ini untuk tiga tahun ialah 22,110 orang yang telah mendapat kerja. Itu untuk yang mendaftar di Terengganu tapi kerja itu merata cari, ditempatkan di merata tempat. Khusus untuk penempatan anak Terengganu jati, di Terengganu sehingga 2020 tak ramai 2,129 orang, yang betul-betul anak Terengganu bekerja di Terengganu. Yang lain tu anak Terengganu tapi dapat kerja merata, peluang yang kita cari melalui Jobs Malaysia ni. Sebagaimana yang dibuat oleh YPU yang adakan karnival yang menjanjikan lebih kurang 7,000 pekerjaan nanti. Itu yang kita sebutlah dan sektor yang terlibat ialah lebih kurang 21 sektor yang melibatkan pekerjaan ini. Terima kasih.

Yang Di-pertua, penjelasan. Apakah benar Yayasan Terengganu telah melabur RM4.5 juta untuk buka joint venture kilang pelitup muka dan di mana, siapa yang terlibat?

Itu soalan mana pulak tu. Soalan baru kiranya itu.

Sebut kelmarin tanya tapi tak jawab.

Maring sebut hal sarung tangan..

Kata yang tu tak terlibat yang di Paka

Maring sebut hal sarung tangan, kata tak dok lah. Jadi kalau pelitup muka memang ada kita melabur dan production pertama telah keluar dan kita minta kalau boleh semua Yang Berhormat order dengan kita untuk beli pelitup muka tu harga dia 50 keping RM15.

Syarikat pengeluar nak tau, senang kita order.

Syarikat yang keluar..

Nak order setakat ni order daripada Yayasan Terengganu, insya-Allah dah keluar production dia. Terima kasih, itu saja.

Yang di-Pertua

Ya, terima kasih Wakil Ladang atas penggulungan sebentar tadi. Seterusnya saya jemput Wakil Jabi.

Dato’ Yang Di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan seterusnya semua yang mengikuti persidangan yang dihormati sekalian. Pertama sekali terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan Bajet 2021 serta peruntukan RM20 juta yang disalurkan kepada Sektor Pertanian. Rezeki untuk warga tani, warga penternak dan nelayan Terengganu. Bajet terbesar dalam tempoh 3 tahun terakhir, ia adalah suatu amanah dan cabaran untuk memikul tanggungjawab menguruskan bajet ini sebaiknya. Tanggungjawab dengan makna kami tanggung dan kami perlu jawab sama ada di dunia ataupun di akhirat nanti.

Dato’ Yang Di-Pertua,

Batu Buruk memperingatkan ibrah daripada kisah Nabi Yusuf a.s menyimpan stok bekalan makanan untuk dimanfaatkan di musim kemarau yang panjang sehingga mencecah 7 tahun. Inilah sebenarnya takrif food security, bekerja keras menyimpan ketika aman dan beringat ketika musim bencana.

Dato’ Yang Di-Pertua,

Isu penyimpanan stok makanan pada tahun ini Kerajaan Negeri telah membina bilik sejuk di Jeti LKIM, Marang dengan kapasiti penyimpanan 10 metrik tan dan kerajaan mensasarkan setiap jeti pendaratan ikan perlu ada bilik sejuk yang akan dibina secara berperingkat. Teorinya, simpan ikan ketika musim limpahan hasil tangkapan dan kita manfaatkan ketika waktu kekurangan hasil.

Dato’ Yang Di-Pertua,

Kerajaan juga bersama pihak berwajib seperti FAMA, Lembaga Pertubuhan Peladang, Persatuan Nelayan kawasan dan juga anak syarikat Kerajaan Negeri TADC kita berusaha untuk mempertingkatkan lagi kemampuan penyimpanan sumber makanan sama ada sumber makanannya daripada hasil pertanian, daripada hasil perikanan ataupun daripada hasil penternakan. Antara yang telah sedia ada sekarang ini ialah pusat operasi FAMA di Padang Luas di Besut, bilik sejuk TADC di Telaga Papan di Setiu, bilik sejuk jeti LKIM Marang yang ini yang paling bongsu yang baru siap dibina, bilik sejuk jeti LKIM Besut, bilik sejuk di Pelabuhan Perikanan Chendering, bilik sejuk LKIM Dungun, Pusat Operasi FAMA di Chendering, bilik sejuk PPK Manir, bilik sejuk PPK Marang dan juga bilik sejuk PPK Setiu.

Dato’ Yang Di-Pertua,

Batu Buruk juga menyentuh tentang program memperkayakan sumber perikanan dan ancaman daripada nelayan asing. Untuk makluman Dewan tangkapan bot nelayan asing bagi tahun 2018 sehingga Oktober 2020 sebanyak 346 buah dengan seramai 1,657 orang awok-awok dan kesan daripada pencerobohan nelayan asing ini bukan sahaja

menjejaskan nelayan tempatan ekoran kehilangan sumber tangkapan, unjang rosak, bubu rosak dan sebagainya malah ia juga melibatkan isu ancaman keselamatan kepada nelayan kita dan Dato’ Yang di-Pertua dalam menangani ancaman nelayan asing Kerajaan Persekutuan telah mengadakan Operasi Naga Barat yang dilancarkan pada 1 Mei 2019 yang melibatkan kerjasama 4 agensi iaitu Maritim Malaysia, TLDM, PDRM dan juga Jabatan Perikanan. Operasi daripada Mei 2019 sehinggalah Oktober 2020 telah berjaya menahan sebanyak 190 bot nelayan asing, daripada 190 bot nelayan asing yang ditahan dalam Operasi Naga Barat 42 telah dilucut hak oleh mahkamah. Yang lucut hak ini, kita selam tenggelamkan sebagai tukun tiruan. 95 buah bot didenda dan peralatan dirampas manakala baki 53 buah lagi sedang dalam proses pendakwaan di mahkamah dan APMM secara bersendirian turut melancarkan satu lagi operasi yang dinamakan Operasi Kuda Laut yang telah berjaya menahan sebanyak 57 bot nelayan asing dengan seramai 651 orang awok-awok. Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya merakamkan penghargaan kepada Maritim Malaysia, TLDM, PDRM dan juga jabatan perikanan yang secara berterusan dan proaktif melindungi sumber perikanan laut kita daripada pencerobohan asing.

Dato’ Yang Di-Pertua,

Yang Berhormat Batu Rakit memaklumkan tidak ada dengar sebarang pengumuman pemberian bantuan kepada petani kepada nelayan dan kepada penternak dalam tempoh PKP. Yang Berhormat Batu Rakit bantuan tidak semestinya dalam bentuk wang tunai secara langsung. Kerajaan Negeri memperuntukkan RM200,000.00 melalui TADC untuk menyelesaikan isu pemasaran hasil pertanian dalam tempoh PKP ketika ruang pasaran hampir tertutup rapat. Pusat pengumpulan TADC di Telaga Papan telah diaktifkan untuk menerima lambakan hasil pertanian di antaranya hasil laut, sayur-sayuran, buah-buahan terutamanya hasil tembikai daripada 200 ekar kebun tembikai di Setiu dengan jumlah hasil kira-kira 700 tan dan kemudian disusuli dengan langkah pembukaan lebih 400 kiosk jualan di seluruh negeri bagi kemudahan pasaran ketika tempoh PKP. Dato’ Yang di-Pertua, saya juga turun agih sendiri bantuan input makanan ikan kepada lebih 600 pengusaha aquaculture sama ada air payau atau air tawar di seluruh negeri dari Besut sampai ke Kemaman dan adinda Wakil Kuala Besut turut hadir ketika agihan dilakukan kepada penternak di Sungai Cawat di Kuala Besut. Dalam tempoh PKP, dua kali Yang Berhormat Batu Rakit saya turun ke Batu Rakit untuk bagi sumbangan kepada lapan orang nelayan yang ditimpa bencana ombak besar di Mengabang Telipot dan Yang Berhormat pun ada hadir sama. Dato’ Yang di-Pertua, sila.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Hok tu saya terimalah. Tapi hok tu bantuan biasa. Maksud saya tadi dalam keadaan kaedah COVID ni kan. Okaylah. Terima kasihlah.

Sama-samalah.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Maknanya kalau tak PKP pun hok tu kena bagi juga.

Bantuan-bantuan macam input macam makanan ternakan kita

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Ha terima kasihlah.

Memang namakan Bantuan PKP. Sama-samalah atas terima kasih. Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan juga berusaha keras menguruskan dengan pihak MKN dengan pihak PDRM, Jabatan Kesihatan, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain. Bagi memastikan pergerakan rantaian pengeluaran makanan berterusan tanpa tersekat walaupun dalam tempoh PKP dengan SOP yang sangat ketat. Kaedah kita tidak boleh bantu semua kita tidak tinggal semua. Dato’ Yang di-Pertua, Batu Rakit juga memaklumkan ada petani merungut bantuan seperti baja kurang diterima. Terima kasih saya ambil maklum rungutan ini dan Jabatan Pertanian akan membuat susulan untuk mengenalpasti apakah bentuk bantuan sebenar yang diperlukan kelompok petani di Batu Rakit. Rakyat kita belaka dan insya-Allah menjadi tanggungjawab kita untuk bantu. Kalau yang dimaksudkan bantuan baja itu ialah bantuan baja padi semua pesawah yang cukup syarat sebenarnya wajib dapat bantuan subsidi baja, racun, benih dan juga subsidi harta. Syaratnya Warganegara Malaysia, umur 18 tahun ke atas, ada geran tanah ataupun ada surat kebenaran daripada Land Authority dengan izin dan tanah diusahakan dengan tanaman padi.

Dato’ Yang di-Pertua, Kemasik memohon agar dibina sebuah pusat penyembelihan di kawasan padang ragut Kampung Chabang, Kertih. Cadangan ini diambil perhatian dan feasibiliti study dengan izin akan dilakukan oleh pihak UPEN sebelum daripada kita membuat sebarang ketetapan. Akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua, Hulu Besut membangkitkan isu padang

ragut di kawasan Hulu Besut yang dicadangkan untuk jadikan tapak rumah. Saya sedia maklum tentang wujudnya cadangan ini daripada pimpinan tempatan, pihak Persatuan Padang Ragut pun sudah ada jumpa saya, setakat ini belum ada apa-apa keputusan dibuat. Ia masih di peringkat cadangan awal dan saya bagi komitmen insya-Allah isu ini akan diteliti dengan sebaiknya demi kesaksamaan semua pihak. Terima kasih Jabi mohon menyokong.

Pencerahan, speaker. Untuk yang padang ragut di Kuala Besut tu macam mana?

Ya macam saya jawab dalam sesi soalan lisan tadi. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ya terima kasih. Terima kasih Wakil Jabi. Sekarang saya jemput Wakil Bukit Payong.

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

“Dan kalaulah sesungguhnya (Tuhan berfirman lagi): penduduk beberapa negeri itu, beriman dan bertaqwa, nescaya Kami akan membuka buat mereka berkat-berkat daripada langit dan bumi.

Tetapi mereka telah mendustakan semua penyataan-penyataan daripada Nabi-nabi mereka maka Kami telah mengenakan kepada bala dan pelbagai hukuman dengan sebab apa yang mereka lakukan”.

(Surah Al-A’raf (96) Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Pegawai-pegawai tinggi, seluruh hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian.

Pertamanya kita bersyukur kepada Allah kerana kita telah bersama-sama berbahas tentang tema ucapan Belanjawan 2021 “Melestarikan Kesejahteraan Bersama”. Saya mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang menunjukkan komitmennya untuk mempastikan negeri ini “Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera”. Sudah tentulah dalam perbincangan kita yang panjang kita banyak berbilang-bilang tentang one-off bantuan kewangan dan bantuan pembangunan fizikal. Tetapi kita juga jangan lupa bahawa dalam menghadapi semua suasana yang ada sudah tentulah pembangunan insan khususnya rohani dan jiwa pemikiran mesti diambil perhatian. Oleh kerana itulah Teras yang pertama yang diletakkan oleh pihak kerajaan khususnya Yang Amat Berhormat Dato’ Seri bagi menunjukkan kecaknaan dan kesungguhan bagi meningkatkan pembangunan dan penubuhan agenda Islam ini. Saya tidak bercadang untuk mengulas panjang hanya ada beberapa Yang Berhormat membuat beberapa sentuhan tentang persoalan-persoalan yang berkaitan dengan pembangunan insan dan dakwah seperti Yang Berhormat Manir yang memberi nasihat dan peringatan kepada agensi-agensi yang berkaitan dengan pembangunan agama ini, agar proaktif dan agresif dalam melakukan kerja-kerja pembangunan Islam ini.

Yang kedua, Yang Berhormat Seberang Takir yang tidak dapat bersama kita pada petang ini kemungkinan uzur ataupun suasana banjir ini. Suasana banjir ini tidak boleh larilah. Walaupun demikan ada persoalan yang beliau sebut tentang peruntukan untuk pembangunan insan khususnya yang berkaitan dengan Modul Itqan Insani, DIDI, Kursus Iman Bilal dan kesemua itu insya-Allah kita akan laksanakan dengan sebaik mungkin bagi mempastikan semua pemimpin-pemimpin dan pihak yang ada dalam negeri kita memahami bahawa hidup kita bukan sahaja fizikal tetapi rohani dan dalaman.

Yang berkaitan dengan Yang Berhormat Bukit Besi yang juga menyentuh tentang dakwah saya ucap terima kasih kerana kecaknaan Yang Berhormat Bukit Besi hendak menunjukkan usaha memperkasakan dakwah dan saya harap insya-Allah kita akan terus memperkasakan kerja-kerja dakwah dalam berhadapan dengan suasana pandemik ini payoh juga, tutup masjid, tutup surau nak pergi jumpa kena duduk jauh-jauh. Itulah suasana yang terpaksa kita hadapi. Yang Berhormat ADUN Wanita juga menyentuh beberapa perkara yang berkait dengan pembangunan insan. Semua cadangan-cadangan dan pandangan itu kita ambil manfaat dan kita ambil perhatian, hanya saya mahu

menyebut tentang Yang Berhormat ADUN Wanita dan Yang Berhormat Seberang Takir sebut tentang jumlah peningkatan jumlah penagih dadah yang tinggi ataupun yang paling tinggi nak bandingkan seluruh negeri di Malaysia ini. Saya mengambil kesempatan daripada waktu petang ini singkat untuk mengucapkan syabas kepada pihak AADK, PDRM, PEMADAM dan seluruh agensi yang bersungguh-sungguh untuk mengenalpasti penyakit-penyakit dan pesakit-pesakit ataupun penagih-penagih dadah. Sebab itulah kemungkinan jumlah meningkat ini memang kita rasa malu sikitlah dan kita rasa agak tidak senang dan tidak glamour tetapi ia juga menggambarkan usaha yang bersungguh yang dilakukan oleh pihak AADK, PDRM, pihak Jabatan Pendidikan sendiri di antaranya Jabatan Pendidikan bertungkus lumus melakukan urine test melibatkan pelajar-pelajar sekolah dia membuatkan bagi hendak mempastikan pelajar-pelajar dia ada terlibat penagihan dadah kerana angka yang dibuat itu berasaskan kepada tangkapan. Jadi hok dok tangkap itu kita berasa macam dok nagih tapi sebenarnya kadang-kadang dia penagih yang tidak disedari dan tidak diketahui. Oleh sebab itu usaha yang telah dilakukan oleh PDRM dengan meningkatkan usaha penangkapan dengan memperkenalkan Jihad Dadah di setiap daerah dengan operasi-operasi yang dilakukan. Demikian juga kes tangkapan yang telah dilakukan oleh AADK dalam komuniti meningkat melalui maklumat-maklumat yang diperolehi melalui masyarakat setempat, di waktu yang sama juga kita merasakan bahawa sebahagian di kalangan penagih ini rasa memang sedih dan untuk bertaubat sehingga mereka sukarela bersedia untuk menyertai beberapa program untuk kembali memulihkan diri mereka sehingga mereka bersedia bertemu dengan pihak AADK dan pihak-pihak yang hendak memulihkan mereka. Sebab itulah kes ini agak meningkat dan jumlah mereka agak ramai dan insya-Allah kita sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan penagih-penagih yang sudah kita kenali ini. Antaranya insya-Allah bulan ataupun tahun depan kita akan laksanakan pusat pemulihan penagih dadah secara holistik. Moga-moga insya-Allah, Allah Taala memberikan kekuatan kepada kita semua dalam meyelesaikan masalah masyarakat ini. Saya rasa cukup sekadar itu Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Bukit Payong atas penggulungan ringkas tadi. Seterusnya saya jemput Wakil Bukit Tunggal.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

◌

◌

◌

Yang dihormati Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, rakan-rakan Yang Berhormat daripada PAS dan daripada Muafakat Nasional, daripada UMNO, pegawai-pegawai kerajaan dan seluruh pemerhati sama ada yang berada di dalam Dewan ataupun mengikut atas talian.

Pertamanya saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang telah membentangkan Bajet yang komprehensif walaupun dalam keadaan kita jangkaan hasil semakin mengecil, menguncup. Namun begitu bagi portfolio saya ini, saya mengucap berbanyak terima kasih kerana masih lagi mengekalkan satu peruntukan yang besar untuk bawah Jawatankuasa Kesihatan, Perumahan dan Alam Sekitar yang saya kira-kira bahagian perumahan mencecah sehingga RM91.5 juta, kesihatan RM9 juta, PBT hampir RM200 juta lebih. Ini untuk menjaga kebersihan negeri kita, bandar kita dan juga jumlah keseluruhan RM300 juta lebih kurang yang telah diperuntukkan di bawah Portfolio Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar. Saya juga suka mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan tiga projek perumahan baharu di bawah kerajaan Pusat yang bernilai RM166.5 juta. Ini bukan merupakan satu nilai yang kecil tetapi jumlah yang besar untuk Negeri Terengganu dan memang kita berusaha sebenarnya berjumpa dengan pihak kerajaan Pusat supaya lebih banyak peruntukan-peruntukan Pusat diturunkan ke Negeri Terengganu yang memang negeri kita masih jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri di Pantai Barat. Maka dengan kerjasama seperti ini diharapkan pada masa-masa yang akan datang akan lebih banyak lagi projek Pusat yang akan datang ke Negeri kita. Juga kos peruntukan RM10 juta untuk Projek Intergrated Island Waste Management. Ini juga satu perkara yang sudah lama kita bincang bagaimana nak menjaga kelestarian alam sekitar di pulau-pulau kita kerana pulau-pulau kita merupakan tempat tumpuan pelancong yang ramai datang ke Terengganu untuk ke pulau-pulau peranginan di lautan kita. Jadi sudah tentulah tanggungjawab yang besar untuk kita menjaga kelestarian pulau kita khususnya tentang terumbu karang dan sebagainya untuk mengekalkan kedatangan pelancong ke negeri yang tercinta ini. Maka kerjasama yang

sebegini, sumbangan yang telah diberikan ini insya-Allah akan dapat mengekalkan Terengganu antara destinasi pelancongan yang terbaik di dalam negara kita.

Begitu juga dalam soal peruntukan, kita juga berusaha untuk mendapatkan peruntukan Pusat untuk menaik taraf selain daripada kerajaan Negeri meluluskan RM500,000.00 untuk menaik taraf Tapak Pelupusan Sampah di Sungai Ikan dan kita sedang berusaha juga untuk mendapatkan peruntukan kerajaan Pusat melalui KPKT supaya kita akan dapat satu tapak pelupusan sampah yang kekal yang besar di Negeri Terengganu dan dalam perundingan kita nampaknya cerohlah dan akan dapat satu tempat pelupusan sampah yang besar di Pantai Timur ini.

Selain daripada itu suka saya pergi satu per satulah apa yang telah ditimbulkan oleh yang berhormat sekalian tentang portfolio bawah saya ini yang pertamanya kepada Batu Buruk, Yang Berhormat Batu Buruk menimbulkan soal pengecualian bayaran lesen penjaja kecil. Memang ini hasrat kerajaan untuk membantu peniaga-peniaga kecil kita supaya mereka dapat meneruskan pekerjaan di musim PKP ataupun COVID-19 ini walaupun kerajaan sebenarnya akan kehilangan hasil melalui PBT sekitar RM320,000.00 seluruh Negeri Terengganu. Begitu juga antara yang disebutkan juga daripada ADUN yang berkaitan dengan membenarkan juga disebut oleh rakan saya, rakan EXCO membenarkan dan penjaja-penjaja dan peniaga-peniaga kecil ini berniaga di tempat-tempat strategik. Memang selama ini pun di musim PKP ini kita tidaklah bertindak keras kepada penjaja-penjaja kita walaupun ramai juga melanggar peraturan. Selagi peraturan yang dilanggar itu tidak melibatkan keselamatan diri mereka dan juga pengguna jalan raya khususnya kita boleh bertolak ansur dan memang kita sediakan tempat-tempat yang selamat untuk peniaga-peniaga dan penjaja kita berniaga dan dipermudahkan untuk mendapat lesen tetapi kalau tak nak mohon ini masalah kita. Kita nak mudahkan dia mendapat lesen, tapi kena mohon tidak boleh terus automatik lesen itu terbang. Ini yang jadi masalah, orang kita ini dia jenis nak mengelak pula nak ambil lesen. Tujuan ambil lesen ini ialah untuk kita boleh mengawal khususnya dari segi kesihatan. Kalau peniaga-peniaga makanan, kalau tidak dijaga kesihatan mereka dan tidak diberi suntikan, bimbang dia jadi agen untuk menyebarkan keracunan makanan. Ini akan menyusahkan lebih ramai orang dan juga bebanan juga kepada kerajaan untuk merawat mereka-mereka ini. Maka pencegahan itulah yang kita utamakan. Jadi kita tidak berhalangan untuk memberi kelonggaran kepada peniaga-peniaga kita untuk berniaga di tempat yang

difikirkan strategik tetapi soal keselamatan dan juga soal kesihatan juga perlu kita balance-kita imbangkan.

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya berkaitan dengan pengecualian sewa rumah RMM. Memang semasa PKP dahulu bermula daripada bulan empat, lima dan enam telah diberi pengecualian dan sewa juga tangguhan bayaran balik sewa beli untuk semua premis-premis bawah Kerajaan Negeri dan juga bawah GLC. Di situ kita telah menanggung satu kehilangan hasil yang agak besar juga, lebih daripada RM4 juta seluruhnya dan insya-Allah kita akan pertimbangan cadangan daripada Telemong ini untuk kita pertimbangkan balik dan melihat kepada keadaan semasa ini bagaimana kesan yang akan terkena akibat daripada PKPP ini kepada peniaga-peniaga kecil kita, insya-Allah dalam pengetahuan kita. Tentang yang dibangkitkan oleh wanita, oleh ADUN Wanita sisa-sisa kumbahan di Tasik Kenyir dan juga sampah di tumpuan pelancong di Tasik Kenyir untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Berhormat, sistem pengurusan kumbahan daripada bot Tasik Kenyir ini memang sudah ada dikeluarkan peraturan-peraturan, sebab setiap bot ini kena ada lesen, diperbaharui lesen setiap tahun dan KETENGAH telah menyediakan Eco Bus, tongkang yang terapung yang fungsi dia, tugas dia adalah untuk menyedut air kumbahan daripada House Boat yang ada tangki inilah, ini kita ada ketetapan untuk mereka ini, memunggahkan ataupun membuang hasil buangan kita dalam itu, kumbahan ini bukan hanya air basuhan tapi juga air najis itu, memang disediakan satu tongkang ini ditetapkan supaya mereka membuang ke dalam melalui tongkang kita bukan buang merata-rata di dalam tasik, tetapi memanglah semuanya ada kos bila penuh pergi buang tongkang ini kena bayar, jadi kena bayar kadang-kadang adalah mereka yang membuang semasa perjalanan sikit-sikit, jadi tidaklah kerap sangat dia kena masuk ke tempat penyedutan najis tersebut, jadi jimat kos dia. Ini benda-benda perkara yang memanglah orang kita cuba nak menggelak bila kena bayaran ini, dan insya-Allah penguatkuasa di musim-musim ini doklah paksa sungguh sangat nak paksa mereka ini tapi kita beri pendidikanlah semasa penyambungan lesen tersebut tetapi ada juga pengusaha-pengusaha bot mengunakan tangki septic ini bot yang lama, model Seberang Takir takdok, model Seberang Takir mungkin yang baru kot ada septic tank bawah tu saya rasa adalah, sebab dia harga mahal kot tetapi yang lama-lama ini memang tiada dan memang dinasihatkan supaya mereka ni menyediakan demi untuk menjaga kebersihan Tasik Kenyir yang menjadi destinasi pelancongan kita ini. Tentang sisa pepejal memang disediakan tempat kumpul sampah kita ada sediakan dua tong Roro, Majlis Daerah Hulu Terengganu dan sampah itu hendaklah dibuang ke dalam pembuangan sampah dan

dikutip oleh pekerja-pekerja kita, tetapi saya rasa tidak tahulah kadang-kadang orang kita sama macam atas darat juga, suka buang sampah merata-rata, jadi dekat Drawbridge kita pun dah ada tong sampah pun masih ditinggal merata-rata ini memang satu penyakit yang kita perlu mendidik rakyat kita supaya mematuhi peraturan-peraturan demi untuk kesejahteraan kita bersama sebenarnya.

Seterusnya daripada Seberang Takir, Seberang Takir menyebutkan tentang inisiatif-inisiatif Go Green and 3R yang kenapa ditanya ditangung kerajaan sampai RM200,000.00 dan boleh bekerjasama dengan GLC, memang ada kerjasama dengan GLC, ini peruntukan kerajaan RM200,000.00 tidak cukup kalau nak kira, dia sebahagian daripada program itu ditanggung oleh kerajaan dan sebahagian ditanggung oleh GLC. Kita buat kerjasama kalau nak kira mana cukup RM200,000.00 sahaja ini adalah sebab inilah sumbangan kerajaan, bahagian kerajaan, bahagian GLC lain cerita. Pengkalan Berangan membangkitkan tentang, Pengkalan Berangan sebenarnya yang bangkitkan tentang menjaja di tempat strategik.

Tentang Tabung Perumahan Rakyat, alhamdulillah, inilah yang ditunggu-tunggu kerana Rakyat Terengganu ini bukan semuanya kerja makan gaji yang ada slip gaji, yang boleh dapat kelulusan bank dengan mudah untuk bina rumah sendiri dan Kerajaan Negeri pun telah banyak memberi lot-lot tanah RTB kepada Rakyat Negeri Terengganu, mereka ada tanah tetapi tidak mampu nak buat rumah, tanah memang dah ada, tapak ada, tapi nak buat rumah baru RM80,000.00 sehingga RM100,000.00 itu pun rumah yang style Rumah Mampu Milik (RMM). Tapi di mana dia nak cari duit maka bila pergi ke bank kebanyakkan tidak diluluskan oleh bank, kerana tidak cukup syarat-syarat yang ditetapkan, maka oleh itulah, kita minta kerajaan untuk memperuntukkan sejumlah peruntukkan dan alhamdulillah diluluskan oleh kita sejumlah RM50 juta dan ini kita sedang sebenarnya dah ada perundingan dengan pihak untuk melaksanakan mengurus dana bagaimana kaedah untuk kita menyalurkan peruntukan ini kepada pemohon-pemohon di seluruh Negeri Terengganu khusus untuk bina rumah di atas tanah sendiri. Insya-Allah dengan ada peruntukan ini kita akan dapat insya-Allah di awal tahun depan kita boleh laksanakan Tabung Pinjaman ini untuk rakyat jadi, tahniahlah kepada Rakyat Terengganu, terima kasih Kerajaan Negeri Terengganu yang telah bermurah hati untuk menyediakan peruntukan yang begitu besar sebanyak RM50 juta.

Berkaitan dengan Hospital Daerah Marang yang disebutkan sebenarnya ia memang dalam perancangan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, untuk membina sebuah hospital di Lot PT 22642 Bukit Kor, tanah dah ada pun, dah siap tapak cuma perlu macam mana kita nak dapatkan peruntukkan daripada kerajaan pusat, sebab ini hospital di bawah Kerajaan Pusat, hospital ini hospital yang besar juga yang kita kenali sebagai Hospital Pakar Major samalah yang ada semua displin kepakaran yang melibatkan dua fasa sebenarnya pihak JKN membuat permohonan telah masuk ke dalam rolling plan 1 RMK-11 dan juga dipohon kali ke dua rolling plan yang keempat RMK-11, 2018 dan kita pohon lagi rolling plan yang kedua RMK-12, harap-harap dengan hubungan baik kita dengan Kerajaan Pusat dan dengan Marang dapat banyak peruntukan harap-harap dapat lulus peruntukan hospital, untuk Daerah Marang ini insya-Allah berdoalah dan kita usaha supaya ia dapat disegerakan untuk binaan hospital berpakar major di Daerah Marang. Kuala Besut membangkitkan tentang Kad Sejahtera 2019, 2020. Untuk fasa 2019 2020 kita telah menerima ataupun mengeluarkan 12,126 penerima yang melibatkan bayaran yang telah kita buat sebanyak RM887.849.20 dan insya-Allah fasa kedua sedang berjalan dan peruntukan sudah diberikan kita akan meningkat kepada 16,000 dan 4000 lagi kita buka lagi ruang kepada pemohon-pemohon yang layak, mungkin kita boleh dipertimbangkan juga kelmarin yang disebutkan untuk Kad Sejahtera Siswa dalam 4000 yang ada baki kita. Berkaitan dengan yang dibangkitkan oleh,

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Minta laluan sedikit

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Sila

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Klinik yang sah laku ini, semua klinik ke macam mana? Terima kasih.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Okay terima kasih, dia tidak semua klinik kita offer pada semua klinik swasta tetapi tidak semua hendak menyertainya, kebanyakannya kata nak tunggu dan lihat dulu, bagaimana kerajaan buat bayaranlah, masing-masing biasa dia lebih query tentang cepat lambat bayaran oleh pihak kerajaan dalam kepala masing-masing biasa kerajaan lambat bayar jadi, klinik-klinik kecil ini kita bayar cash jadi kalau lambat bayar dia tidak sempat nak pusing modal, maka yang terlibat angkanya, nanti saya cari jap angka neh, payah juga

mencari angka tengah-tengah gini ni, tetapi lebih kurang dalam 40 buah klinik daripada 160 lebih klinik swasta di seluruh Negeri Terengganu kita proses lagi insya-Allah dengan bayaran-bayaran yang kita buat ini sambutan yang lihat yang wait and see akan masuk untuk pada ini, untuk isi borang untuk mereka jadi panel. Maaflah Setiu, Setiu ada empat klinik satu pun tak nak, tidak bersedia jadi klinik panel kita, Setiu takdikan, minta maaflah bukan salah kita, nak buat macam mana, nak paksa orang tidak boleh dahlah ada empat je klinik, tak nak apa ni jadi panel kita, tak apa kita sedang berunding, insya-Allah. Seterusnya berkaitan dengan kanda saya ini, daripada Kijal terutamanya berkaitan dengan Duyung Marina. Duyung Marina sebelum PKP dia mencatatkan jualan RM442,000.00 maka beberapa inovasi telah buat oleh pengurusan Duyung Marina yang baru ini dengan beberapa produk-produk baru dan juga pemasaran-pemasaran cara yang baru maka dia telah dapat meningkat hasil kepada RM923,000.00 sebulan. [ketawa] Kecil sangat, setahun, setahun. Jadi untuk tahun ini sudah, ehh….tengok semula sebulan, sebulan RM923,000.00 sebulan. Ini yang last sekali sebelum PKPB bulan September. Ini suatu peningkatan jualan yang besar yang sudah orang panggil mencatat sedikit keuntungan, dok payoh nak berhutang lagi doh. Apa kesannya untuk membuat produk baharu sudah tentu perlu kakitangan yang baharu untuk penambahan kakitangan, jadi berbaloilah kalau dia tambah kakitangan itu dan hasil jualannya meningkat kepada 100%, RM400,000.00 kepada RM900,000.00. Ini suatu kejayaan bagi kita dan patut kita beri sokongan. Begitu juga satu lagi yang dia ambil kakitangan ialah bahagian landskap. Landskap telah ditamatkan kontrak dan dibuat inhouse maka inhouse ditambah kakitangan untuk menjimatkan kos.

Ini antara plan business yang dibuat oleh Duyong Marina memastikan tidak terus dalam keadaan kerugian. Jadi bagi saya ini satu perkara yang positif yang telah dibuat untuk memajukan Duyong Marina dan tidak bergantung lagi suntikan dana daripada kerajaan melalui Lembaga Tabung, ADUN Yang Berhormat Kijal.

Yang di-Pertua

Dakpe ah tu, senyap doh tu. [ketawa]

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Soal jual Kuantan Medical Centre, apa yang saya dimaklumkan, dia ada bos dia, tak leh cakap sini. Perkara itu tidak berlaku, tidak ada pun jualan Kuantan Medical Centre kepada pihak swasta malahan TDM melalui Kumpulan Medic Iman akan menambah lagi hospitalnya. Antaranya akan bina sebuah hospital di Chukai yang insya-Allah mungkin nama kita KMI

Chukai-Kumpulan Medic Iman Chukai dan juga ditawar disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan kita cadang juga buka satu lagi di Kota Bharu dan juga di Kulim, Kedah. Ada empat, jadi takkanlah yang ada kita nak jual. Kita nak bina lagi rangkaian hospital di bawah TDM. TDM bukan sahaja perladangan tetapi juga dari segi kesihatan. Ini antara usaha-usaha yang dibuat bagi menambah hasil kepada GLC kita.

Manir tidak sebut, Manir dia timbul Kad Sejahtera untuk dibagi kepada siswa dia sebut tadi. Jadi itu sahajalah soalan-soalan yang ditimbulkan bawah Portfolio saya dan sekali lagi saya mengucap berbanyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang telah memperuntukan satu peruntukan yang agak besar di bawah portfolio saya dan semoga insya-Allah amanah ini satu amanah yang besar, besar duit besarlah amanahnya dan saya harap tuan-tuan semua doalah semoga dapat dilaksanakan perancangan-perancangan dengan sebaik-baiknya. Semoga kita terlepas untuk jawab bukan sahaja di dunia tetapi di hadapan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Jadi saya menyokong Pembentangan Bajet yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Bukit Tunggal di atas penggulungan tadi. Seterusnya saya nak jemput yang terakhir daripada Wakil Paka, saya persilakan.

Alhamdulillahirabbil Alamin Wassolatu Wassalamu ‘Ala Asyrofil Anbiya’i Wal Mursalin Wa’ala Alihi Wa asha bihi Wamman Tabiahum bi’ihsani Ila Yau Middin Amma bad.

Alhamdulillah kita merafakkan rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam suasana seperti ini kita masih lagi dapat meneruskan sidang Dewan Undangan kita untuk Belanjawan 2021. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan syabas

kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kerana berjaya membentang Bajet ataupun Belanjawan 2021 yang bertajuk “Melestarikan Kesejahteraan Bersama”.

Dalam suasana kewangan yang agak terhad, hanya sekadar RM1.3 billion dan dalam masa yang sama kita terpaksa membayar deferred payment, schedule payment RM439 juta yang lalu. Sebenarnya hanya sekadar RM930 juta sahaja kewangan yang kita ada untuk Bajet ataupun untuk Belanjawan 2021 tetapi insya-Allah dengan hasil kerjasama semua pihak insya-Allah kita harapkan supaya kita dapat memanafaatkan setiap ringgit dan sen yang ada untuk kita sampai kepada golongan sasar yang telah kita cadangkan dalam Bajet ini saya rasa sahabat-sahabat saya sudah banyak menyentuh tentang isu Bajet ini dan saya hanya ingin menyentuh beberapa persoalan yang berkait dengan portfolio saya.

Yang pertama Wakil Wanita menyentuh tentang isu supaya kalau boleh diberi tempoh pendaftaran kepada mereka yang berkahwin di luar negara tanpa didenda. Ini memang orang puan nak gitu ke? [ketawa] Saya bimbang kalau kita lulus habis ini dengan Telemong-Telemong angkut bas gi nikah Golok kekgi.

Mohon pencerahan sikit maksudnya tempoh masa contoh kita buat sehari dia daftarkan perkahwinan dia sebab daripada mereka susuk baik dia serah diri sehari itu secara percuma.

Automatik ikut kita akan memberi galakan mereka ni berkahwin di sana.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Dato’ Yang di-Pertua, minta celahan sikit.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Saya menyokong penuh apa yang di….

[mecelah] Haa…Jaga baik tu, ada udang di sebalik….(ketawa)

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Saya harap Yang Berhormat EXCO tolong pertimbangkanlah. Terima kasih.

[Ketawa] Haa… jaga baik Telemong tu. Nampak sokong muslimat tu, hakikat kekgi jujuk dia pakat gi kekgi. Free kan tidak kena denda apa. Jadi kita pihak kerajaan walaupun peraturan ini dibuat undang-undang yang lalu tapi kita rasa ada keperluan dia. Kemungkinan penapisan ataupun pemutihan, itu mungkin perlu kerana dah ada anak apa sebagainya dok daftar menimbulkan permasalahan, hokni kemungkinan untuk kita beri kemudahan-kemudahan pengecualian untuk mereka ini dipermudahkan untuk pendaftaran. Jadi kalau kita beri tempoh, okey dalam tempoh sebulan dia daftar free saya rasa tidak cukup tanah orang pakat gi nikah. Kita pun dok tahu kale ni [ketawa]

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Kita ikut etek ke?

[Ketawa] Mungkin…. ahli kelab dok ikut apa err? Jadi saya rasa muslimat check baliklah. Kita dok berapa setuju mana tapi kalau itu hasrat muslimat lepas pada ini dan kita buat muslimat pakat marah tidak undi kita berat ah [ketawa]

Maksud saya mengisytiharkan perkahwinan bukan menyembunyikan. Isytiharkan perkahwinan dia.

Faham dah tu… bila dia isytihar mari dia tidak kena apa-apa.

sebab apa takut nak isytihar perkahwinan?

Takut….

Takdok masalah

Yang di-Pertua

Yang Berhormat….

Yang di-Pertua

Bagi peluang dia cakap molek, beralus, bincang molek…

Cakap molek, beralus molek, risiko dia, negatif positif dia. Orang laki ini dia takdok masalah mana sebenarnya. Allah…tapi kesan dia. Kalau dok caye tanyalah ADUN Kijal, dia ada pengalaman bab ni.[ketawa]

Yang di-Pertua

Kijal dok apa dia cc besar

Tak apalah tapi kita beri pandangan, check balik tapi itu kenyataan yang dibuat oleh Wakil YB ADUN Wanita, kesan dia tu hok laki kita suka belakalah ni nampok chance dohlah ni, kesan dia itu menyebabkan kadar pernikahan di luar Negeri Terengganu khususnya di Thailand akan meningkat ni sebab free, sebab seluruh negeri-negeri Malaysia ini kena denda belaka. Jadi check baliklah, sembahyang istikharah semula. Wak tu kita bincang balik semula, insya-Allah.

Yang di-Pertua

Takpe, bagi peluang, bagi peluang ke dia.

Ya, bagi peluang.

Yang kedua berkait dengan Tabung Pendidikan RM2 juta Yang berhormat Batu Rakitlah. Tabung Pendidikan ini berkait dengan hasrat kerajaan untuk membantu JPNT untuk buat soalan apa dan sebagainya untuk diedar kepada pelajar-pelajar dalam menghadapi peperiksaanlah. Untuk tahun ini kemungkinan tidak berlakulah sebab peperiksaan tak dok, kelas tak dok. Bukan maknanya kita peruntukan untuk pendidikan RM2 juta. Hoktu salah fahamlah. Untuk JPNT sahaja untuk fotostat soalan apa sebagainya RM2 juta. Ini pun dilakukan oleh kerajaan sebelum pada ni. Kita meneruskan seperti biasa. Cuma hok tahun dulu kerajaan dulu dok bayar je zaman aku bayar RM8 juta. Tahi tinggal, okay gurau je. Tapi gitu la main RM2 juta RM2 juta RM2 juta dok bayar. Yayasan Terengganu kata nak cetak hutang banyak ni Ustaz, Yang Berhormat. Doh Kata doh bakpe orang dulu lulus sahaja.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Ambil alih semua kena ambil.

Nikah dengan janda faham dah.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Main..

Tapi janda boros do oh lalu, ya RM400 juta lebih.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Ye nok hok sedap saje dok jadi. Kena tanggung juga hok dok sedap pun.

Betul dah. Ambil dok sedar kita nja gak kadang-kadang. Base janda tidak sedar. Kadang-kadang.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Nja sedap dakpe.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Okay dan termasuk juga Kerajaan Negeri sudah memberi peruntukan untuk buat tuisyen rakyat. Sebab suasana kita tengok secara online ini kita pun minta respond daripada JPNT apa dok semua pendidikan secara online ini berlakulah dan kalau ada pun tak ramai yang follow sebab kemampuan ibu bapa menyediakan orang panggil gadjetlah. Kalau ada empat orang anak dia serentak kelas maya memang tidak sempatlah. Kadang ibu bapa pergi kerja apa orang panggil bawa handphone tidak berlaku mende itu. Jadi kita masih lagi mencadangkan secara biasalah konvensional dengan tuisyen rakyat untuk pergi ke kawasan setempat dan kita telah meluluskan kepada peringkat DUN sebanyak apa RM10,000.00 satu DUN untuk buat tuisyen rakyat khususnya menghadapi peperiksaan dan juga untuk seminar lonjakan akhir menghadapi peperiksaan, kita buat juga satu. Jadi setiap DUN biar cath up belaka khususnya di luar-luar bandarlah.

Yang ketiga berkait dengan SRIDI dan juga madrasah moden. Kuala Besut, saya rasa acapkali doh terang ni Dato’ Pengerusi, dia dokleh nak beza lagi SRIDI dengan madrasah moden. SRIDI sekolah rendah, madrasah moden sekolah menengah. Allah sakittan sungguh [ketawa] berapa kali diberi penerangan, penjelasan Yang Berhormat, ni dah ni

tahun ke berapa doh, 11 doh, dua akan dibuat pulok di Besut apa sebagainya. SRIDI-Sekolah Rendah Islam Darul Iman, pelajar dia umur darjah satu, 7 tahun hingga 12 tahun. Madrasah Moden ni sekolah menengah dan usia antara 13 sehingga peringkat SPM.

Yang Berhormat, jangan marah, tanya.

Dok marah, cara jawab gitu [ketawa]. Macam Kijal juga, saya tahu dah, peseng dia jawab gitu, macam nak perang, tapi dok perang, biasa

Yang di-Pertua

Takpelah. Bukan apa, dia jawab sungguh itu je.

Hor, sungguh [ketawa]

Suara serok sikit, base dia doh, kena sungguh.

Boleh cerita tak, bajet yang diterima oleh JAKIM khas untuk Madrasah Moden. Berapa kita terima tahun ini, berapa…

JAKIM benda pula, itu soalan lain pula Yang Berhormat.

Takpelah, yang turun melalui Kerajaan Negeri kepada madrasah moden.

Madrasah Moden?

Berapa khas untuk bajet.

Ye soalan…

untuk Madrasah Moden.

Yang Berhormat ada soalan esoklah, madrasah moden, saya jawab esok.

Yang di-Pertua

Haa, jawab esoklah.

Okay.

Yang akhir berkait dengan Pusat Kompleks Kastam Gawi, ADUN Kijal tanya, projek itu siap akhir 2016. 2017, Jun macam itulah diserahkan projek itu siap apa sebagainya. 2017, 2018, 2019, 2020 masih lagi tidak diguna dan dimanfaatkan bangunan tersebut. Jadi kita takmboh jadi bangunan orang panggil gajah putih, hantu raya pula duk situ ramai, jadi kita rasa perlu manfaatkan. Suasana yang berlaku, pihak KQT Kolej Quran Terengganu ini dah buat kerjasama dengan UniSZA akan memulakan tahun depan orang panggil course bachelor, kos ijazah dia. Jadi dengan tempat yang ada agak terhad, dengan apa IQT yang ada, jadi dia akan buka cawangan di Telemong, Telemong ork, kawasan Telemong, untuk memajukan kawasan itu, insya-Allah daripada pelajar gi apa benda….

Terima kasih eh. Terima kasih banyak.

Kohor tambah maju situ insya-Allah. Jadi kapasiti dia boleh muat 700 orang. Jadi saya rasa untuk sementara kita beri kepada pihak KQT lah untuk apa orang panggil buka branch cawangan dia insya-Allah, untuk menyelesaikan banyak masalah yang berkait dengan perkembangan nak extend KQT.

Saya rasa itu kot, saya ucap terima kasih. Saya ambil kesempatan ini untuk menyokong ucapan Bajet 2021 yang dibentangkan oleh Dato’ Seri Menteri Besar. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Paka di atas penggulungan yang terakhir. Alhamdulillah kita telah selesai penggulungan daripada semua Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, cuma insya-Allah esok Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan membuat penggulungan dan kita akan selesaikan Rang Udang-undang Perbekalan ataupun Bajet 2021 selepas soalan Lisan esok. Untuk itu saya tangguhkan persidangan kita kepada hari esok, 25 November jam 9.30 pagi dan kita tangguhkan dengan tasbih kafarah dan Suratul ‘Asr.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 6.00 PETANG