Terengganu · 14 September 2021
14th Assembly, 4th session, 1st meeting · 248 turns · 17,526 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Mesyuarat disambung semula dan untuk mendapat keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala marilah kita mulakan majlis kita persidangan kita dengan membaca Ummul Kitab Al-Fatihah.
Soalan-Soalan Yang Telah Diberi NotisQuestions
Perkara seterusnya dalam Tertib Pekerjaan Dewan ialah Soalan-soalan Yang Telah Diberi Notis:
(1) Soalan-soalan Bertulis.
(2) Soalan-soalan Lisan.
Jawapan kepada Soalan-soalan Bertulis yang telah diberi notis dan dibentangkan di hadapan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian ialah soalan-soalan daripada:
1.
Yang Berhormat Wakil Tepoh 2.
Yang Berhormat Wakil Batu Burok 3.
Yang Berhormat Wakil Seberang Takir 4.
Yang Berhormat Wakil Sura 5.
Yang Berhormat Wakil Bukit Besi 6.
Yang Berhormat Wakil Buluh Gading 7.
Yang Berhormat Wakil Kuala Besut 8.
Yang Berhormat Wakil Rantau Abang 9.
Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan 10.
Yang Berhormat Wakil Bandar 11.
Yang Berhormat Wakil Air Putih 12.
Yang Berhormat Wakil Kemasik 13.
Yang Berhormat Wakil Wanita
SOALAN-SOALAN LISAN
Soalan-Soalan LisanQuestions
Sekarang kita masuk kepada Soalan-soalan Lisan. Mereka yang telah mengemukakan notis Soalan-soalan Lisan pada hari ini, 14 September 2021 ialah:
1.
Yang Berhormat Wakil Tepoh 2.
Yang Berhormat Wakil Batu Burok 3.
Yang Berhormat Wakil Seberang Takir 4.
Yang Berhormat Wakil Sura 5.
Yang Berhormat Wakil Telemong 6.
Yang Berhormat Wakil Buluh Gading 7.
Yang Berhormat Wakil Hulu Besut 8.
Yang Berhormat Wakil Manir 9.
Yang Berhormat Wakil Bukit Besi 10.
Yang Berhormat Wakil Rantau Abang 11.
Yang Berhormat Wakil Jertih 12.
Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan 13.
Yang Berhormat Wakil Langkap 14.
Yang Berhormat Wakil Bandar 15.
Yang Berhormat Wakil Batu Rakit 16.
Yang Berhormat Wakil Air Putih 17.
Yang Berhormat Wakil Kuala Besut 18.
Yang Berhormat Wakil Ajil 19.
Yang Berhormat Wakil Permaisuri 20.
Yang Berhormat Wakil Kemasik 21.
Yang Berhormat Wakil Wanita
Sebelum kita mulakan sesi Soalan Lisan, saya hendak ingatkan sedikit. Kita sebenarnya dihadkan oleh masa. Oleh sebab itu, saya tidak bercadang untuk memberikan laluan kepada soalan tambahan yang banyaklah terutama soalan-soalan yang tidak bertindih. Adapun soalan-soalan tambahan untuk menjawab soalan-soalan yang bertindih dengan maksud yang telah digabungkan, saya akan memberikan peluang sedikit. Jadi, saya mulakan sesi Soalan Lisan dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Wakil Tepoh, dipersilakan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1-
Pohon dinyatakan laporan kebocoran paip air di dasar Sungai Terengganu awal Ogos tempohari?
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang):
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, Yang Berhormat Dato’-Dato’, Yang Berhormat EXCO, Yang Berhormat Backbencher dan Yang Berhormat sahabat saya sebelah kanan saya ini, semua yang hadir sekalian. Nampaknya soalan daripada Yang Berhormat Tepoh ini ada kesamaan dengan soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Rakit dan juga Yang Berhormat Seberang Takir.
Kita tahu bahawa berkaitan dengan kebocoran air ini melibatkan enam buah DUN dan 104 JPKK yang terlibat. Sudah tentu menjadi minat kepada sahabat-sahabat kita daripada ADUN-ADUN untuk mengetahui lebih jelas. Berkaitan dengan soalan nombor satu ini daripada Yang Berhormat Tepoh iaitu berkaitan dengan nyatakan laporan kebocoran paip air di dasar Sungai Terengganu yang berlaku pada Ogos tempohari.
Sebenarnya telah berlaku dua krisis, krisis yang pertama bermula daripada 2 Ogos berakhir pada 13 Ogos dan krisis yang kedua daripada 23 Ogos berakhir pada 9 September baru-baru ini. Iaitu apa yang berlaku ialah kebocoran paip ataupun paip pecah di dasar Sungai Terengganu antara Jeti Losong Feri sehinggalah ke Bukit Datu yang mana paip ini telah dibina pada tahun 2003 dan siap pada 2006, terima kasih.
Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, difahamkan ditubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan untuk membuat laporan yang lengkap berhubung dengan krisis yang berlaku pada kedua-dua fasa ini. Jadi bolehkah Yang Berhormat menyatakan keanggotaan Jawatankuasa Siasatan ini dan adakah ia
melibatkan mana-mana ahli politik yang berada dalam Jawatankuasa tersebut, terima kasih.
Yang Berhormat, sebelum teruskan menjawab, soalan yang lebih kurang sama daripada Wakil Seberang Takir dan juga Wakil Batu Rakit. Jadi saya cuma hadkan soalan tambahan daripada tuan punya soalan yang asal memang saya bagi peluang kepada dua lagi daripada Wakil yang saya sebutkan tadi. Sila Yang Berhormat.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Memang betul kita telah mengarahkan supaya ditubuhkan Jawatankuasa Siasatan yang diketuai oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN). Siasatan tersebut kita peringkat awalnya masa krisis yang pertama, saya telah mengarahkan supaya disiapkan laporan tersebut dalam masa 30 hari. Tetapi apabila berlaku krisis yang kedua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan supaya Jawatankuasa tersebut menyiasat juga berkaitan dengan krisis yang kedua. Jadi saya suka menyambungkan siasatan tersebut sehingga 24 September ini.
Antara keanggotaannya:
i) Pengarah UPEN / Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) - Pengerusi ii) YB Penasihat Undang-Undang iii) Pengarah Tanah dan Galian iv) Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu v) Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Kuala Terengganu vi) Pejabat Daerah/Pentadbir Tanah Kuala Nerus vii) Pengarah Jabatan Pengairan Saliran (JPS) viii) Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) ix) Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains x) Pengarah Lembaga Air Terengganu (LAUT) xi) Pengarah Jabatan Bekalan Air xii) Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (SATU) dan; xiii) Timbalan Pengarah (Sektoral) UPEN - Urus Setia Jawatankuasa
Itu sahaja daripada Ahli-ahli Jawatankuasa, terima kasih.
Sila Yang Berhormat. Daripada soalan daripada…
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Kijal…
…bertanya soalan yang berkait, saya bagi peluang kepada Wakil Seberang Takir dahulu. Wakil Seberang Takir, sila.
Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua. Saya pertamanya nak ucap tahniahlah kepada Kerajaan Negeri kerana dapat menyelesaikan isu ini walaupun peringkat kalau sebelum ini Kerajaan Negeri menyatakan bahawa Kerajaan terdahulu banyak meninggalkan hutang tetapi projek yang meninggalkan hutang itulah yang telah menyelesaikan krisis yang berlaku baru-baru ini. Soalan yang hendak saya kemukakan ialah berkait dengan punca kerana saya difahamkan bahawa kontraktor yang berkenaan sebelum ini telah mendapat projek ini tetapi tidak berlaku pun. Ini saya rasa adalah disebabkan oleh pemantauan dan juga tindakan yang telah dibuat oleh jabatan-jabatan memastikan bahawa isu ini tidak berlaku tetapi yang menjadi permasalahan di sini kenapa masalah ini berlaku. Adakah kerana kelulusan kedua yang diberi tidak berkait dengan teknikal kerana saya difahamkan dia mesti daripada intake itu ataupun daripada paip SATU itu mesti sekurang-kurangnya 500 meter jaraknya boleh dilakukan untuk proses pengambilan pasir. Jadi ini menunjukkan bahawa satu tindakan yang tidak berapa tepat atau kesalahan yang telah dibuat oleh kontraktor yang sepatutnya tindakan awal diambil yang insya-Allah dan mungkin juga perkara yang berlaku ini tidak akan berlaku. Jadi persoalan saya ialah adakah kontraktor ini telah melakukan kesalahan ataupun kerana kesilapan jabatan-jabatan atau Kerajaan Negeri yang tidak buat pemantauan sehingga berlaku krisis yang menyusahkan hampir 30,000 rumah di kawasan yang terlibat. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Terima kasih ADUN Seberang Takir. Kawasan Yang Berhormat pun terlibat agak banyak iaitu 4,375 akaun yang terlibat di kawasan Seberang Takir. Tadi ada dua benda di sini. Pertama berkaitan projek KTU dan keduanya sebab apa berlaku kebocoran. Projek KTU ini yang mula dilaksanakan pada tahun 2016 dan sehingga kini baru dapat menyelesaikan sebahagian ataupun 50% pengeluaran air iaitu 60 mld dan seterusnya kerja-kerja yang akan dilakukan dijangka siap pada pertengahan tahun hadapan.
Keduanya berkaitan sebab apa berlaku. Berlaku ini ialah kerana pecah paip sebab apa pecah paip ataupun patah paip tersebut ialah kerana hilang sokongan di dasar sungai yang menyebabkan paip tersebut tergantung sejarak lebih kurang 80 meter. Kita tahu bahawa projek ini dilaksanakan pada tahun 2003 dan siap pada tahun 2006 dan waktu itu paip ini ditanam sekitar antara 1.5 meter hingga 2 meter dalam tanah tetapi apa yang berlaku pada tahun ini selepas dibuat siasatan iaitu hilang sokongan ataupun kawasan tersebut terhakis sejarak 80 meter dan kita tahu bahawa sejumlah apabila kita lihat kebelakang sejak 10 tahun ini telah banyak pengusaha-pengusaha pasir yang diluluskan sejarak lebih kurang daripada 5 kilometer dari kawasan tersebut. Sebanyak 12 pengusaha pasir dan sehingga hari ini baru-baru inilah 7 pengusaha pasir masih aktif dan limanya telah berhenti dan kita tidak boleh pinpoint kepada mana-mana pengusaha pasir kerana benda ini telah lama berlaku dan sehingga kini masih 7 tadi masih aktif dan kita tahu apa yang dihasratkan dalam persoalan tersebut ialah berkaitan dengan kontraktor yang mana yang paling hampir yang telah diluluskan oleh kerajaan dalam MMKN pada tahun 2016 telah diluluskan pada satu syarikat. Namanya Syarikat Hairudin. Tahun 2016 dan expired pada tahun 2018 sambung lagi dan akan berakhir pada 31 Disember pada tahun ini. So sebab apa berlaku patah, sebab apa berlaku hakisan. Itulah yang menjadi persoalan kepada kita untuk sama-sama kita renung. Kita lihat dalam maklumat pada tahun 2016 agensi-agensi apabila ada permohonan tanah ataupun permohonan korek pasir ini urusan pasir ini jadi dia minta pada UPEN kemudian ada ulasan daripada agensi-agensi kerajaan dan pada waktu itu kita lihat tidak ada satu pun agensi kerajaan yang menyatakan di sana ada paip. Itulah yang menjadi masalah kerana tidak ada agensi yang menyatakan paip ada di situ, tetapi ada ulasan agensi yang menyatakan muka sauk di bahagian hulu hampir 5 kilometer tetapi sama ada JBA ke SATU ke JPS ke seolah-olah tidak wujud paip di dasar sungai.
Yang Berhormat panjang lagi ke jawapan?
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Agak panjang juga kerana…….
Sebab saya ingat kalau ada penjelasan lanjut boleh dimasukkan dalam penggulungan nantilah sebab kita telah ambil masa dekat 15 minit lebih dah satu soalan.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): So itulah secara dasarnya bahawa pada tahun 2018 pun ulasan daripada agensi pun sama tidak menyentuh berkaitan dengan kewujudan paip di sana. Sekian terima kasih.
Terima Kasih Yang Berhormat.
Sekarang saya ingin mempersilakan Wakil daripada Batu Burok.
Dok wi saya.
macamana kata tadi?
Dok beri saya soalan se?
Soalan daripada Yang Berhormat lebih kurang je dok?
Lebih kurang soalan mungkin tanya hal lain sikit.
Dia kena ambil soalan hok asal Yang Berhormat.
Soalan asal saya pun termasuk dalam soalan asal. Tadi Dato’ Yang di-Pertua kata Seberang Takir dengan Batu Rakit.
Tak apalah, silakan.
Beri ar saya se dok.
Silalah.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya bukan soalan lagi. Hampir sebulan krisis ini berlaku. Ada berduyun-duyun terpaksa beli tong, perniagaan terpaksa ditutup, homestay batal tempahan. Jadi adakah Kerajaan bercadang membayar pampasan ataupun ganti rugi kesusahan kepada yang terkesan akibat daripada krisis air ini dan kalau ada saya cadangkan sekurang-kurangnya RM500.00 satu akaun kerana akaun di Batu Rakit 8,438. Terima kasih.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Terima kasih daripada Batu Rakit. Memang betul kawasan dia sejumlah 8,438 akaun yang terlibat dan kita tahu secara umumnya bahawa kemudahan awam termasuk air, elektrik, komunikasi dan lain-lain memang menjadi tanggungjawab untuk memberi kemudahan kepada rakyat jadi apa yang berlaku apabila ketiadaan air benda ini agak kita kata suatu kemalangan so bila ada kemalangan,
Saya faham dah yang itu…
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Kita tidak menjangkakan….
Cuma saya bangkit sini adakah Kerajaan bercadang untuk membayar pampasan ataupun ganti rugi. Dok payah ulaslah dok apalah jadi panjang pulok, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Tak apa, Yang Berhormat ada ke tidak cukup.
Ada ke dok nak bayar pampasan. Rakyat duk tunggu.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Belum ada lagi
Kita pun “Maju Berkat Sejahtera”. Kerajaan “Maju Berkat Sejahtera” jadi kesejahteraan rakyat ning….
Ya cukup, Yang Berhormat. Sila pihak kerajaan jawab. Ringkas sahaja.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Belum ada lagi Batu Rakit. Ok.
Ok terima kasih.
Saya terus berpindah kepada soalan yang daripada Wakil Batu Burok.
Saya tidak berapa dengar tadi ada ke dok sebab rakyat tertunggu-tunggu.
Cukup-cukup Yang Berhormat.
Ada ke dok saya tidak berapa dengar tadi.
Dah ada doh tadi. Dia telah jawab tadi.
Dok eh saya dok berapa dengar. Jawab sekali lagi.
Macam ini Yang Berhormat…..
Dok eh, Saya dok berapa dengar. Saya yang tanya saya dok dengar.
Yang Berhormat duduk dulu. Duduk dulu.
Saya cuma nak minta penjelasan sebab saya dop dengar. Ada ataupun tidak?
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Belum ada lagi.
Orang lain dengar belaka macamana Batu Rakit dop dengar.
Maksud belum ada, akan ada?
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Kita akan bincanglah.
Cukuplah tu Yang Berhormat.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Ok. Macam hari ini je baru tengok, biasa tegur sokmo.
Bincang dengan saya ke atau bincang macamana tu.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Akan bincanglah.
Panjang lagi ke.
Maksudnya tak doplah ning.
Saya ingat dah jelas dah. Kita orang melayu belaka.
Dok eh betul doh maksudnya tak doklah ke mungkin ada.
Yang Berhormat jangan Yang Berhormat mengelirukan Dewan pula. Dia dah jawab tadi.
Dok saya dok keliru dok saya tanya ada ke tak dok.
Saya nak buat berunding sekarang Perkara 26 maksud yang sebenar membuat soalan ialah mendapatkan penerangan.
Saya hendak dapat penjelasan.
Nanti dulu dengar saya kata dulu. Soalan itu tidak boleh dijadikan helah bagi suatu perbahasan. Ini bukan soal perbahasan. Dia telah jawab ye tidak. Cukup.
betul doh.
Sekarang saya berpindah kepada Wakil Batu Burok. Sila.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor satu-
Sejauh manakah kesan COVID-19 terhadap sektor pelancongan?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, seluruh Ahli Yang Berhormat sekalian. Soalannya sejauh manakah kesan COVID-19 terhadap sektor pelancongan. Kehadiran pandemik COVID-19 telah menjejaskan aktiviti ekonomi berkaitan pelancongan dengan kerugian pendapatan melebihi 100 billion di seluruh Malaysia. PKP dan juga PKPD telah menyebabkan industri berasaskan pelancongan seperti penginapan, makan minum, pengangkutan dan peruncitan merosot teruk ekoran prestasi kedatangan pelancong yang sangat rendah. Berdasarkan laporan jumlah kedatangan pelancong ke Terengganu telah menurun sebanyak 49.1% pada 2020 berbanding 2019 iatu 2.67 juta orang berbanding 5.25 juta pada tahun 2019. Sekian.
Soalan tambahan: Adakah Kerajaan Negeri mempunyai Pelan Pemulihan Pelancongan Negeri bagi menangani pandemik COVID-19 ini.
Merujuk kepada soalan Wakil Batu Burok. Sememangnya Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri telah merangka Pelan Pemulihan Pelancongan Terengganu 2021 bagi menangani kesan COVID-19 antaranya;
1. Reopening Safely (Pembukaan semula sektor pelancongan dengan selamat) Di mana kita telah berusaha untuk memberikan vaksin kepada seluruh penggiat pelancongan dan alhamdulillah usaha yang pertama yang kita buat adalah kita memberikan vaksin di pengusaha dan juga penduduk. Dimulakan dengan Pulau Kapas kemudian Tasik Kenyir, Pulau Perhentian, Pulau Redang dan seterusnya ke semua pulau-pulau yang terdapat pusat-pusat pelancongan, 100% dari segi angkanya kecuali ada sedikit masalah di Pulau Perhentian apabila dos yang pertama kita berikan dan kita tunggu untuk dos yang kedua tiba-tiba ada jangkitan COVID-19 yang agak tinggi terpaksa ditangguhkan dan 6 September baru kita dapat memberikan vaksin yang kedua. Dan juga penggiat-penggiat pelancongan dimainland, dengan izin di sebelah darat ni kita telah selesai, alhamdulillah. Ini usaha yang kita buat.
2. Sokongan Kepada Industri Antaranya sokongan Kerajaan Negeri mengadakan Program Pengindahan dan Keceriaan Produk-produk Pelancongan, tumpuan kepada segmentasi Pelancongan Berasaskan kepada Komuniti (CBT) dengan kita mengenalpasti lebih daripada 40 produk yang kita mengindah dan juga membuat keceriaan produk-produk tersebut. Dan dengan kerjasama yang baik daripada Pejabat Daerah dan PBT-PBT Tempatan dalam usaha untuk memastikan fasiliti di tempat pelancongan di seluruh daerah berada dalam keadaan yang terbaik.
3. Rangsangan permintaan Yang kita buat dengan merangka pelbagai pelan promosi bagi merancakkan kembali sektor pelancongan domestik, mempergiat dan mempelbagaikan kaedah promosi pelancongan negeri menerusi platform Media Perdana Digital dalam menghidupkan semula sektor pelancongan. Mengadakan kempen promosi yang lebih agresif bagi menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara.
4. Mengadakan promosi pelancongan antarabangsa Walaupun di peringkat antarabangsa mereka tidak boleh lagi datang ke Terengganu, insya-Allah kita yakin dalam waktu yang terdekat Kerajaan Malaysia akan membenarkan mereka datang ke Malaysia. Bahkan insya-Allah juga di Negeri Terengganu.
Sekian.
Dato’ Yang di-Pertua…
Sila, sila.. saya nak bagi peluang kepada penanya soalan yang berkaitanlah. Saya persilakan Wakil Kuala Besut.
Okay, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Kebetulan soalan saya hari ini pun berkaitan dengan pelancongan. Kita semua sedia maklum bahawa industri pelancongan
merupakan antara enjin ekonomi utama juga kita di Terengganu. Jadi, sepertimana soalan daripada rakan kita di Batu Burok, kesan COVID-19 ni kepada sektor pelancongan di peringkat negeri. Jadi, soalan saya Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, boleh tak pihak Kerajaan maklum kepada kita apakah sumbangan ataupun bantuan kepada pemain-pemain industri pelancongan ataupun tourism players di Terengganu ini sepanjang tempoh PKP kerana kita nak tahu juga apakah bentuk bantuan sumbangan kepada mereka ini terutamanya travel agent dan juga pemain-pemain industri pelancongan yang lain di peringkat Negeri Terengganu. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ada soalan sebenarnya di belakang esok, nak jawab hari ini ke atau esok?
Terpulang kepada Yang Berhormat.
Sebenarnya kita telah memberikan pelbagai bantuan melalui BERKAT 2.0 dan juga BERKAT 3.0. Antaranya Bantuan Ekonomi Rakyat Negeri Terengganu;
Bil Penerima Jumlah Penerima Nilai Bantuan Jumlah 1 Penarik Beca 50 orang RM400.00 RM20,000.00 2 Bot Penambang 18 orang RM400.00 RM7,200.00 3 Teksi Airport 43 orang RM300.00 RM12,900.00 4 Malim Gunung 31 orang RM300.00 RM9,300.00 5 Pengusaha Bot Tasik Kenyir 178 orang RM300.00 RM53,400.00 6 Pemandu Pelancong 71 orang RM300.00 RM21,300.00 JUMLAH 391 orang RM124,100.00 7 Agensi Pelancongan 437 orang RM300.00 RM131,100.00 8 Pemandu Teksi 394 orang RM300.00 RM118,200.00 JUMLAH KESELURUHAN RM373,400.00
Itu bantuan dan kita juga telah mengisytiharkan kepada penarik beca dan juga bot penambang bantuan bulanan bermula daripada bulan Jun sebanyak
RM200.00 setiap bulan. Itu di antara yang telah kita berikan melalui BERKAT 2.0 dan juga BERKAT 3.0. Sekian.
Mintak maaf.
Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, satu…
… Saya masih bagi peluang pada penanya soalan berkaitan daripada Wakil Sura dan juga Wakil Rantau Abang. Kalau takdok saya nak pindah pada soalan lainlah sebab kita kesuntukan masa
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebab soalan ni ramai sangat orang tertunggu-tunggu ni.
Doh betul dah…
saya nak tanya ni.
saya bagi peluang pada penanya soalan asal dulu.
saya kena beri peluang ni sebab hari ni memang seluruh rakyat Terengganu menunggu soalan ni.
Tak apa, Yang Berhormat boleh sebut dalam Ucapan…
…jadi
…Penggulungan nanti.
…jadi mohon Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Wakil Rantau Abang dengan Wakil Sura ada dok? Tak dok ye, tak dok saya nak pindah
Tak dok, beri ke saya Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
…kepada
Satu soalan je Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
…dok, kita masa, masa tak banyak
soalan ini sangat penting Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua sebab sekarang ini soalannya saya nak tanya ni je sebab berkait dengan peranan yang dimainkan oleh pegawai baru yang diambil oleh Kerajaan Negeri melalui EXCO Pelancongan. Jadi saya nak tahu peranan dia sebab ada macam-macam dengar desas desus ni. Jadi saya rasa elok Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kita mendengar jawapan sebab ada orang kata rapat dengan EXCO lah, hak kata nak kahwin dengan EXCO lah. Jadi banyak isu-isu ni. Saya rasa molek
Tak apalah Yang Berhormat.
…EXCO Pelancongan jawab.
…isu-isu macam itu tak apa saya ingat tak perlu jawab sangat. Kalau ada benda berkaitan pun boleh disebut oleh pihak Kerajaan…
…penting Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua
…sewaktu Penggulungan
sebab sekarang ini Kerajaan terpaksa membelanjakan untuk memberi gaji pada dia. Jadi saya rasa elok sebab kita nak tahu apakah peranan dia sekarang ini kerana ini penting kerana…
Tak apa, tak apa Yang Berhormat.
…kita nak tahu dalam keadaan sekarang ini pelancongan Terengganu ini.
… ini dah lari daripada soalan asal dah.
Saya ingat kalau boleh nak tahu peranan pegawai baru ini paling tidak supaya kita memberi keyakinan kepada player-player pelancongan ini untuk mengetahui dengan kesan yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Saya nak persilakan Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat sekarang ini. Soalan Yang Berhormat sekarang ini yang… Sila..
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan nombor satu. Terima kasih.
Mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia, ekonomi Negeri Terengganu telah menguncup teruk kepada negatif 5.7% pada tahun 2020, bawah daripada peratus nasional. Oleh kerana Kerajaan Negeri sekarang tidak lagi menggunakan pelan ekonomi Kerajaan Negeri (MEN-T), apakah pelan ekonomi Negeri Terengganu yang baharu?
Terima kasih kepada Wakil Seberang Takir atas soalan beliau. Sebelum saya menjawab soalan ini saya mengambil kesempatan pada pagi ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Seberang Takir kerana telah memperolehi PHD beberapa bulan yang lalu. Yang ditanya adalah berkait dengan penguncupan ekonomi Negeri Terengganu dan penggunaan Pelan Ekonomi Negeri sekarang ini. Kita semua sedia maklum bahawa semua negeri dan negara di dunia mengalami penguncupan ekonomi dan sepanjang tahun 2020, data unjuran ekonomi bank dunia menunjukkan bahawa penguncupan ketara dalam pengeluaran di negara ekonomi maju menguncup -7% manakala di negara membangun adalah pada -2.5%. Penyusutan KDNK pada tahun 2020 adalah memang sudah kita jangkakan susulan daripada Pelaksanaan Sekatan dan Kawalan Pergerakan bagi mengekang COVID-19, akibatnya negara kita mengalami penguncupan 5.6% berbanding dengan 4.4% dengan tahun sebelumnya dengan ke semua sektor mencatatkan pertambahan negatif manakala di Negeri Terengganu pula, menguncup 5.7% berbanding dengan 2.5% pada tahun sebelumnya.
Mengenai pelan ekonomi yang menjadi tajuk soalan ini pula, suka saya jelaskan bahawa kelima-lima Terengganu Key Economic Area (TKEA) di bawah Majlis Ekonomi Negeri Terengganu (MEN-T) masih diberikan perhatian dan tanggungjawab untuk menjayakannya dan ianya diberikan kepada beberapa unit dan agensi untuk mengikut bidang fokus masing-masing antaranya ialah kepada Invest Terengganu, kepada Jabatan Pelancongan dan UPEN yang memfokuskan dalam bidang masing-masing. Manakala Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) yang merupakan pelan yang komprehensif merangkumi sektor ekonomi dan sosial akan memandu semua rancangan strategik Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya yang pertama ialah kerana sebelum sepertimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat tadi yang berkait dengan PITAS tapi persoalan yang ingin saya kemukakan ini apakah fungsi PITAS dalam menangani kesan kejatuhan ekonomi yang sangat teruk ini. Sila Dato’ Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, saya cuma nak mengingat sajalah sepertimana yang saya sebut peringkat awal tadi, kita kesuntukan masa saya hanya boleh benarkan satu soalan tambahan sahaja.
Soalan ni
melainkan yang bertindih.
Sebab ini, kenapa saya tanya soalan ni ialah kerana
Tak apa tak apa.
Setakat ini saya sendiri dan juga saya yakin bahawa ramai pegawai-pegawai kita belum jelas lagi berkait dengan PITAS dan saya difahamkan PITAS ini pun belum dirasmikan lagi Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih.
Sila Yang Amat Berhormat:
Saya tadi terima kasih kepada soalan tambahan daripada Seberang Takir. Saya ada sebut tadi bahawa PITAS atau Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 merupakan pelan komprehensif yang merangkumi sehingga 2030 bagi sektor ekonomi dan sosial untuk memandu semua rancangan strategik Kerajaan Negeri dan ingin saya jelaskan bahawa di awal Kerajaan kita dahulu, saya telah menegaskan bahawa mana-mana perkara yang baik dilaksanakan sebelum ini dan perlu penambahbaikan kita akan buat penambahbaikan. Oleh kerana itu mana-mana
yang tersenarai di bawah Majlis Tindakan Ekonomi sebelum ini kita ambil kira dan kita sesuaikan dengan pelan rancangan komprehensif dalam PITAS 2030 dan dalam masa yang sama oleh kerana kita berdepan dengan COVID-19 bermula daripada Mac 2020 maka beberapa perubahan dan observation semasa dengan izin perlu dibuat pengubahsuaian kepada perancangan asal yang ada dalam PITAS perlu dibuat kerana mengambil kira perkembangan ekonomi yang berlaku akibat daripada pandemik COVID-19. Ini juga sebenarnya yang menjadi pendekatan kepada banyak negara-negara di dunia yang lain umpamanya kalau kita baca dalam laporan pakar ekonomi, penulisan mereka dalam beberapa jurnal antaranya ialah dalam sebuah badan Centre for Economic Policy Research dengan izin, yang menggunakan maklumat daripada pakar ekonomi daripada University of Cambridge, Federal Reserve Bank of Dallas dan IMF dalam satu artikel mereka yang bertajuk dengan izin economic consequences of COVID-19, A counterfactual multi-country analysis menyebut bahawa kemelesetan global ataupun globalization dengan izin akibat daripada pandemik COVID-19 adalah berpanjangan dan tidak ada negara yang mampu untuk mengelaknya walau apa jua strategik yang diambil termasuklah negara Sweden yang menggunakan pendekatan dan polisi berbeza dalam menangani pandemik seterusnya mereka menyimpulkan dengan izin Dato’ Speaker, the Swedish case illustrates that no country is immune to the economic fallout of the pandemic because of interconnections and global nature of the shock. Memang kita pada awal kita mempunyai perancangan menerusi PITAS tetapi akibat daripada berlaku pandemik maka terpaksalah dibuat pengubahsuaian dan adjustment dengan izin dari masa ke semasa menyebabkan mungkin setengah daripada kita tidak dapat melihat pelaksanaan PITAS itu secara direct dalam pelaksanaan Pelan Komprehensif Negeri Terengganu. Sekian.
Terima kasih. Seterusnya saya mempersilakan wakil daripada Sura.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Soalan saya yang pertama-
Nyatakan status pembinaan Headland di Pantai Teluk Lipat Dungun
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih daripada ADUN Sura bertanyakan berkaitan status pembinaan Headland di Pantai Teluk Lipat, Dungun. Projek ini memang dalam on going lah. Untuk makluman kita bersama sekarang ini projek ini dalam progress sekitar 20% yang telah diaward kepada syarikat akhir tahun lepas dan insya-Allah projek ini 100% akan siap pada akhir tahun hadapan sekitar bulan Oktober. Terima kasih.
Soalan tambahan pertama, Dato’ Yang di-Pertua sebagaimana yang dinyatakan tadi bahawa sehingga kini progressnya telah berjalan lebih kurang 20%. Jadi saya melihat saya nak dapat maklumat adakah pihak Kerajaan Negeri mendapat maklumat ataupun info daripada syarikat ataupun kontrak berkaitan dengan progress dengan kerja-kerjanya sehingga berakhir Oktober 2022 kerana sehingga kini saya melihat hampir setahun, 20% yang melibatkan pembinaan Headland yang kelima dan keenam sahaja sedangkan masih ada dua lagi Headland tujuh dan lapan yang belum diusik lagi jadi saya bimbang dalam tempoh hanya tinggal setahun sahaja lagi adakah kerja-kerja ini dapat diselesaikan memandangkan kita berada dalam suasana hampir musim tengkujuh untuk tahun ini jadi saya nak dapat maklumat daripada pihak Kerajaan Negeri. Terima kasih.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Terima kasih. Memanglah Yang Berhormat ADUN Kawasan situ, Sura lah. Teluk Lipat ni kawasan Sura, dia agak prihatin kerana hakisan yang teruk berlaku pada beberapa tahun yang lepas dan yang paling teruk pada dua tahun yang lepas, kemudian kita minta Menteri datang waktu itu dan diluluskan projek ini. Kosnya dalam RM57 juta. Kerja-kerja yang perlu yang dilakukan ataupun skop kerja ialah membina headland nombor 5,6,7 dan 8 yang dah ada empat so nak bina empat lagi, kemudian kita tahu bahawa jalan di situ rosak teruk, jadi nak baiki jalan tersebut kemudian nak buat beach nourishment tambun pasir sekitar pantai situ dan memperbaiki apa ni walkway dan jugok gazebo yang telah rosak, so sekarang ini oleh kerana musim tengkujuh bulan 11 bulan 12, pembinaan headland nombor 5 dan 6 perlu disegera dulu sekurang-kurangnya kena letak batu-batu rock itu terlebih dahulu yang besar-besar supaya akhir tahun ini musim tengkujuh ni tidak mengganggu ataupun merosakkan kerja-kerja yang dilakukan dan saya percaya dalam masa lebih kurang 12 bulan lagi
kerja-kerja ini insya-Allah akan dapat disiapkan oleh mereka dan kita tahu projek ECERDC biasanya dia pantau dan dia sentiasa mengikut perjalanan dan progress dia dari semasa ke semasa. Kalaulah tidak siap pun mungkin beberapa hari ataupun beberapa minggu sajalah kerana kebiasaannya projek ECER ini mengikut jadual, biasanya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya persilakan Wakil Telemong.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya yang pertama-
Golongan belia seringkali dikaitkan dengan masalah pengangguran. Sejauh manakah Keberkesanan T-HRDC (Pusat Pembangunan Sumber Manusia Negeri Terengganu) dalam menangani isu pengangguran di Terengganu?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan semua yang hadir. Soalan satu daripada Wakil Telemong ada kaitannya lebih kurang dengan soalan daripada Wakil Bukit Besi.
Ya.
Jadi izinkan saya untuk menjawab kedua-duanya.
Gabungkan. Sila.
Golongan belia kalau soalan daripada Telemong seringkali dikaitkan dengan masalah pengangguran. Sejauhmanakah Keberkesanan T-HRDC (Pusat
Pembangunan Sumber Manusia Negeri Terengganu) dalam menangani isu pengganguran di Negeri Terengganu. Manakala soalan daripada Bukit Besi pula sila nyatakan jumlah pengangguran di Terengganu sejak 2020 sehingga sekarang dan apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani masalah tersebut. Kalau ikut kadar pengangguran di Terengganu;
TAHUN KADAR PENGANGGURAN JUMLAH PENGANGGURAN 2020 4.1% 19,800 2021
Suku pertama 3.7% 18,300 Suku Kedua 4.2% 20,000
Okay, nak buat guana pulak nak selesai masalah pengangguran ini? Antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani masalah pengangguran ini adalah pertamanya menubuhkan Urus Setia Pekerjaan Negeri Terengganu (UPNT) yang diurusetiakan secara bersama Pusat Pembangunan Sumber Manusia (THRDC) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Terengganu dengan keahlian sekurang-kurangnya 30 jabatan, agensi, pusat latihan dan pemain industri dan kalau kita lihat pula tugas atau tujuan kita tubuh THRDC ini menjawab Telemong, tujuannya adalah untuk melaksanakan dasar Kerajaan Negeri Terengganu di bawah Teras Strategik 10; Pemerkasaan Keusahawanan dan Pengupayaan Sumber Manusia dalam Pelan Induk Terengganu Sejahtera. Antara objektif penubuhan THRDC; membentuk dan melaksanakan rangka kerja dan pelan koordinasi program inisiatif bagi mengatasi masalah pengangguran dan perlindungan rakyat Negeri Terengganu melalui beberapa perkara, kalau sebut panjang ni, dan melalui pendekatan yang dibuat ini, THRDC telah melalui kerjasama dengan PERKESO telah dapat menempatkan pekerjaan yang agak banyak di Negeri Terengganu melalui satu program yang dibuat melalui penempatan pekerja. Cara-cara jumlah penempatan pekerja yang telah dibuat melalui kerjasama dengan PERKESO;
TAHUN JUMLAH PENEMPATAN PEKERJA (ORANG) 2019 10,122 2020 3,487 2021 (Sehingga 31 Julai) 4,811
Terima kasih.
Sila Yang Berhormat.
Soalan tambahan Dato’ Yang di-Pertua. Sebagaimana yang kita sedia maklum Yang Berhormat, bahawa pengangguran ini adalah satu benda yang bukan kata sekarang je lah, tapi ianya telah berlaku sepanjang masa dan melibatkan semua negeri. Walau bagaimanapun, kita melihat sekarang ini golongan-golongan belia terutamanya B40 terlalu ramai yang menganggur mungkin disebabkan oleh masalah COVID dan kita nak tahu apakah peranan yang dimainkan oleh pihak Kerajaan melalui THRDC ini untuk membantu dan juga untuk menyelesaikan masalah-masalah golongan belia yang semakin meningkat menganggur buat masa sekarang ini, terima kasih.
Sebagaimana disebut tadi, THRDC bekerjasama dengan banyak pihak termasuk PERKESO dan disebut tadi yang terakhirnya mengadakan karnival pekerjaan untuk membolehkan pencari-pencari kerja mengambil peluang untuk mendapatkan kerja. Dan untuk makluman yang terakhir, insya-Allah saya akan sebut bahawa kelmarin pun sebenarnya ada permohonan daripada sebuah syarikat daripada Shah Alam, iaitu daripada Panasonic Appliances Airconditioning Malaysia Bhd yang memerlukan 800 orang pekerja daripada Terengganu. 800 orang pekerja dan insya-Allah pengambilan ini akan segera dibuat bersama dengan THRDC insya-Allah dan mereka cadang untuk buka booth pengambilan di Terengganu dalam masa terdekat ini, insya-Allah. Itu yang terakhir yang dapat saya sebutkan.
Terima kasih Yang Berhormat.
Satu soalan je wakil Telemong, sebab kita kejar masa sebenarnya.
Tak boleh dah?
Kalau tak dok daripada Wakil Bukit Besi, saya terus kepada…
Dok beri doh Dato’ Yang di-Pertua?
Dok, dok beri doh.
Keras Dato’ Yang di-Pertua hari ini.
Tekoh-tekoh je. Saya jemput Wakil daripada Buluh Gading.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor satu-
Sejauh manakah kejayaan Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan pengeluaran hasil padi negeri bagi meningkatkan peratus kadar kecukupan sara diri (SSL) rakyat Negeri Terengganu
YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi):
Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih Buluh Gading. Soalan berkaitan dengan kejayaan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan pengeluaran hasil padi negeri seterusnya meningkatkan kadar cukup sara diri (Self-Sufficient Level) dengan izin.
Dato’ Yang di-Pertua,
SSL padi Negeri Terengganu untuk tahun 2019, 43%. Bagi tahun 2020, SSL meningkat kepada 48.63%, dengan peningkatan sebanyak 5.63%. SSL bagi tahun 2021 belum boleh dikira lagi sebab musim kedua ataupun dipanggil padi luar musim belum masuk musim menuai.
Dato’ Yang di-Pertua,
Data pengeluaran padi musim utama, ataupun disebut padi dalam musim, yang bermula daripada bulan Januari sehingga bulan April setiap tahun, saya buat
bandingan dua tahun yang terakhir. Bagi tahun 2020, bagi musim utama sebanyak 27,317 metrik tan berbanding dengan tahun 2021 sebanyak 31,126 metrik tan. Peningkatan sebanyak 13.9%. Kerajaan melihat berdasarkan kepada unjuran pengeluaran bagi tiga tahun yang terakhir, sasaran kita untuk mencapai target 53% SSL bagi Negeri Terengganu dalam tahun 2021 ini adalah realistik dan mampu untuk kita capai. Bagi musim utama pengeluaran padi, ada beberapa peningkatan di beberapa daerah seperti Dungun. Dungun pada tahun 2020, mengeluarkan 0 metrik tan padi. Alhamdulillah sekarang telah berjaya menyumbang sebanyak 66 metrik tan bagi tahun 2021. Kemaman juga dengan 0 metrik tan bagi tahun 2020, tahun 2021 telah berjaya menyumbang sebanyak 127 metrik tan. Hulu Terengganu menunjukkan peningkatan tertinggi, daripada 289 metrik tan bagi tahun 2020 kepada 439 metrik tan bagi tahun 2021. Tahniah Hulu Terengganu dan Besut kekal sebagai penyumbang utama SSL padi negeri sebanyak 25,967 metrik tan bagi musim utama 2021 berbanding dengan 22,863 metrik tan bagi tahun 2020. Secara dasarnya, keluasan tanah padi kita tidak banyak yang mampu kita tambah. Usaha untuk meningkatkan pengeluaran padi dan meningkatkan SSL, kita fokus untuk tingkatkan hasil per hektar. Sawah padi yang menghasilkan tiga tan per hektar, kita usaha untuk tingkatkan jadi lima tan. Yang dah bersedia menghasilkan lima tan, kita usaha untuk tingkatkan jadi lapan tan. Kawasan yang bertanam setahun sekali, kita baiki dari segi infra dan sistem pengairan supaya mampu untuk dia tanam dua tahun sekali. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pertamanya saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah berjaya meningkatkan kadar peratus kecukupan sara diri (SSL) Negeri Terengganu daripada 43% kepada 48% lebih. Satu peningkatan yang sangat memberansangkan, cuma soalan saya ialah sebagaimana yang kita ketahui bahawa antara unsur penting bagi memastikan usaha kerajaan meningkatkan peratus SSL rakyat Negeri Terengganu, khususnya bagi mencapai 53% ini ialah mewujudkan kilang padi yang mencukupi dan di waktu yang sama kawasan tanah sawah yang luas. Jadi persoalan saya ialah apakah kilang padi yang ada di Terengganu sekarang ini mencukupi dan di waktu yang sama apa usaha kerajaan bagi mengelakkan tanah sawah ini dari ditukar kepada kegunaan-kegunaan yang lain. Terima kasih.
YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Dato’ Yang di-Pertua, kilang padi yang beroperasi di Negeri Terengganu sekarang ini, kita ada satu kilang padi milik BERNAS di Bukit Kenak di Jertih. Yang kedua kilang padi milik Konsortium Lembaga Pertubuhan PELADANG di Baroh Masin di Hulu Besut, dan kita ada tiga kilang yang dioperasikan oleh pihak swasta. Duanya beroperasI di Kampung Kerandang, di Jabi dan satu Bukit Kor di Marang. Dengan lima buah kilang yang beroperasi ianya mencukupi untuk menampung keperluan kira-kira 12 ribu hektar sawah padi kita dan tidak ada lagi padi daripada Negeri Terengganu yang perlu dihantar untuk diproses di negeri lain.
Dato’ Yang di-Pertua,
Secara dasarnya kawasan padi yang aktif bertanam dan berada dalam kawasan jelapang padi IADA KETARA adalah perlu dikekalkan sebagai sawah padi, demi untuk kelangsungan sumber makanan negeri kita. Bagi kawasan sawah padi yang tidak lagi aktif bertanam maka bolehlah di pertimbangkan untuk kegunaan lain seperti lot kediaman dan penempatan, dan Kerajaan memahami keperluan penempatan dan perumahan baru diwujudkan seiring dengan pertambahan jumlah penduduk tapi dalam masa yang sama keperluan sawah padi yang menghasilkan sumber makanan bagi rakyat adalah perlu di pertahanan, kerana itu apabila ada permohonan untuk tukar syarat guna tanah daripada tanah padi kepada kegunaan-kegunaan lain biasanya ianya tertakluk kepada berapa-berapa perkara, yang pertama kita tengok Rancangan Tempatan Daerah dan juga Zon Guna Tanah, yang kedua kita dapatkan pandangan teknikal daripada jabatan-jabatan berkaitan seperti Jabatan Pertanian, PLAN Malaysia, PBT, PTG dan lain-lain dan ada ketikanya untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas kita turun sekali ke lapangan supaya pertimbangan yang kita buat lebih adil dan lebih saksama, terima Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat, saya persilakan Wakil Manir.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua soalan saya pertama-
Apakah perancangan kerajaan dalam menyediakan kemudahan awam jalan, bekalan air dan bekalan elektrik ke kawasan-kawasan baharu RTB terkilan yang telah diserahkan kepada rakyat Negeri Terengganu
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Yang Berhormat Dato’ di-Pertua Dewan, tiga kali dah pagi ini Dato’.
Sila.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Elaun lebih sedikit la dok
Teruskan.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Walau bagaimanapun ucapkan terima kasih kepada adinda saya Yang Berhormat dari Manir, nak tahu berkaitan dengan perancangan kerajaan di Kawasan RTB yang terkilan. RTB ini ada yang terkilan ada yang tidak terkilan. Berkaitan dengan kemudahan infrastruktur ataupun kemudahan awam yang mana kemudahan awam ini kalau di Kawasan RTB ini termasuklah air, elektrik, kemudahan komunikasi, jalan raya, longkang, balai raya, dewan himpunan, taman permainan, surau dan sebagainya. Jadi sudah tentu banyak perkara-perkara yang perlu Kerajaan laksanakan dan kita tahu bahawa agensi kerajaan yang melaksanakan termasuklah Pejabat Tanah, Pejabat Daerah, JKR, JPS, KPLB, BLB dan sebagainya. Jadi dari masa ke semasa Kerajaan sentiasa memberi peruntukan untuk membina kemudahan awam di kawasan RTB sama ada terkilan ataupun tidak terkilan, terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ di-Pertua, apakah Kerajaan Persekutuan ada mempunyai peruntukan tertentu bagi meringankan beban Kerajaan Negeri dalam menyediakan infra dan juga kemudahan awam tersebut? Terima kasih.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Sebagaimana saya sebutkan tadi Yang di-Pertua, bahawa kita sentiasa menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan melalui terutama Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Sudah tentu banyak kita lihat dari setahun ke setahun membantu Negeri kita untuk memberi kemudahan kepada
orang ramai, begitu juga pihak Bekalan Air Luar Bandar termasuk juga di bawah PBT Majlis-majlis Daerah bahagian Elektrik Luar Bandar pun (PELB) pun membantu untuk memasang elektrik ataupun tiang elektrik dan juga kabel-kabel di kawasan luar bandar, jadi sudah tentu mendapat kerjasama yang baik dari masa ke semasa antara Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Federal untuk rakyat kita bersama, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, soalan-soalan yang tidak sempat dijawab pada pagi ini sebagaimana amalan biasa akan dijawab secara bertulis.
Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian…
USUL DI BAWAH PERKARA 30 PERKARA-PERKARA YANG MUSTAHAK BAGI ORANG RAMAI
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Usul di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Ini Usul di bawah Perkara 30.
Ya.
Tidak apa, Yang Berhormat, baca dahulu tajuk sedikit entipati usul itu, kemudian saya minta Bentara untuk mengambil usul tersebut daripada Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adalah saya Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ahli Undangan Negeri Batu Burok mohon mencadangkan bahawa persidangan ini hendaklah ditangguhkan mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan Dewan yang mulia ini menyokong usul rakaman ucapan tahniah buat pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang baharu serta seluruh ahli kabinet.
Ok, cukup sampai itu Yang Berhormat, minta Bentara mengambil Usul daripada Yang Berhormat Wakil Batu Burok.
[Bentara mengambil Usul tersebut daripada Yang Berhormat Wakil Batu Burok dan menyerahkannya kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan]
Okey, saya akan meneliti dahulu Usul ini di bawah Perkara 30, dan insya Allah saya akan beri keputusan ataupun jawapannya selepas rehat nanti. Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli Yang Berhormat sekalian saya tangguhkan sementara Dewan ini, dan kita sambung semula pada pukul 11.00 pagi.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.35 PAGI.
PUKUL 11.05 PAGI
(Selepas Soalan-Soalan Lisan)Questions
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula.
Sebelum rehat tadi saya menerima satu Usul daripada Wakil Batu Burok iaitu Usul di bawah Perkara 30 Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Dewan Undangan Negeri Terengganu dan saya telah meneliti Usul ini, saya berpendapat Usul ini wajar diterima yang mempunyai ciri-ciri perkara tertentu, ada kepentingan orang ramai dan juga perlu disegerakan. Namun begitu, saya tidak berhasrat memandangkan kesuntukan masa kita untuk memberi peluang kepada Ahli Yang Berhormat untuk membahaskan Usul ini. Boleh Yang Berhormat setuju dengan saya supaya Usul ini diterima tanpa bahas? Boleh ya? Tapi macam mana pun, saya memerlukan tidak kurang daripada sembilan orang daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk menyokong Usul ini terlebih
dahulu untuk mencukupkan syarat di bawah Perkara 30 ini. Jadi sila berdiri sekurang-kurangnya sembilan orang. Okey, terima kasih. Jadi, Usul ini telah mendapat sokongan, saya nampak tadi hampir semua Ahli-Ahli Yang Berhormat. Jadi saya nak persilakan pembawa Usul ini iaitu Yang Berhormat Wakil Batu Burok untuk membentangkan Usul tersebut. Sila Yang Berhormat.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, susulan dari peristiwa kegawatan politik yang berlaku di peringkat Kerajaan Persekutuan bulan lalu, yang menyaksikan tumbangnya Kerajaan Persekutuan pimpinan Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dengan kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, hari ini kita menyaksikan berdirinya Kerajaan Persekutuan yang baharu, yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri. Ia sekali gus menamatkan kemelut serta krisis politik yang melanda negara di mana ia hampir menghakis penguasaan politik orang Melayu Islam. Jika krisis politik ini tidak ditangani dengan sebaiknya, yang mungkin menyebabkan kuasa politik negara di bawah Kerajaan Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Harapan sebagaimana yang berlaku selama 22 bulan yang dahulu.
Namun krisis dan kemelut politik ini sebenarnya banyak memberikan kepada kita pengajaran, petunjuk mahupun panduan akan akibatnya jika kita sebagai umat Islam di dalam negara tidak bersatu padu dan bekerjasama dalam soal poilitik terutamanya untuk kemajuan dan kesejahteraan ummah. Pertikaian, permusuhan dan berlainan ideologi politik tidak semestinya membawa kepada perpecahan dan permusuhan tetapi jika dicari titik persamaan dan persaudaraan berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah , kita akan dapati bahawa terdapat banyak persamaan yang boleh menjurus kepada perpaduan dan kekuatan ummah demi untuk kesejahteraan rakyat dan negara. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Oleh itu, saya menyarankan agar marilah kita sama-sama mengambil iktibar akan peristiwa yang telah berlaku dan mengukuhkan kembali perpaduan dan
kesatuan demi untuk kesejahteraan ummah dan negara yang tercinta ini di samping memberikan contoh dan tauladan yang baik kepada rakyat jelata bahawa perpaduan dan kesatuan akan lebih memberikan manfaat kepada kita semua sama ada untuk jangka masa pendek mahupun panjang.
Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin, mantan Perdana Menteri di atas segala usaha dan jasa kepada rakyat dan negara terutamanya ketika berdepan dengan wabak pandemik COVID -19 di mana kebajikan dan kesejahteraan rakyat amat diutamakan oleh beliau dan pentadbirannya.
Saya percaya Kerajaan yang ada pada hari ini akan meneruskan legasinya dalam usaha memerangi wabak pandemik COVID-19, memulihkan ekonomi negara, mengembalikan kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat dan negara serta meletakkan negara kembali kepada landasan yang betul baik dari sudut ekonomi, kebajikan rakyat dan negara serta kemakmuran yang berpanjangan.
Dengan ini saya ingin mengusulkan kepada Dewan yang mulia ini untuk menyokong kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri dan Kerajaan Persekutuan pimpinannya di samping menggesa seluruh Ahli Dewan yang mulia ini agar turut sama menyokong Usul ini agar kestabilan politik negara terus terpelihara dan negara kekal aman serta makmur. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, mohon mencadang. Sekian,
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Batu Burok yang telah mengemukakan Usul di bawah Perkara 30 dan sebelum itu saya dah mendapat sokongan daripada hampir semua Yang Berhormat untuk menyokong Usul yang telah dibawa. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat diteruskan kepada Tertib Pekerjaan Dewan seterusnya. Sila Setiausaha.
Usul Yang Telah Diberi NotisMotion
Perkara berikut di dalam Tertib Pekerjaan Dewan ialah Usul Yang Telah Diberi Notis. Dipersilakan Yang Berhormat Haji Satiful Bahari bin Mamat, Wakil Paka untuk mengemukakan usul.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:-
“Bahawa Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada hari ini membuat KETETAPAN bersetuju merakam dan merafak sembah ucapan penghargaan dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan kerana menyampaikan Perutusan Titah DiRaja mengenai dasar-dasar Kerajaan bersempena dengan Pembukaan Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Keempat Belas dan bersetuju merafak sembah ikrar taat setia Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan bersedia memberi kerjasama yang erat kepada pentadbiran Negeri supaya dasar-dasar Kerajaan dapat dilaksanakan dengan sempurna demi kepentingan Negeri dan rakyat keseluruhannya.”
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Usul ini.
Terima kasih. Usul ini telah mendapat sokongan. Sebelum saya buka untuk perbahasan, saya sekali lagi nak mengingatkan Yang Berhormat, kita tidak ada perbahasan ataupun sidang pada sebelah petang jadi masa yang ada pada kita hanya daripada sekarang hingga tengahari ini pukul 1.00 tengahari. Saya dah berhubung yang pertama, dengan pengerusi BBC, yang kedua dengan Yang Berhormat Wakil Kijal untuk menentukan mereka yang akan mengambil bahagian dalam perbahasan yang saya akan buka sekarang, jadi untuk mereka yang terlibat dalam perbahasan, perjalanan Usul saya bagi masa 20 minit, begitu juga kepada ketua kawan-kawan kita 20 minit dan yang lain itu selama 15 minit. Jadi saya persilakan. Sila Wakil daripada Tepoh.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, Ketua-Ketua Jabatan serta hadirin-hadirat yang sedang mengikuti siaran langsung persidangan kali ini. Alhamdullilah saya bersyukur kepada Allah diberi peluang untuk bersama-sama mengambil bahagian membahaskan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Saya mengambil kesempatan pada pagi ini memulakan ucapan ini dengan memetik satu ayat dari al-Quranul-Karim, firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala
“Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah keseluruhannya. Janganlah sekali-kali kamu berpecah belah”
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kesempatan ini saya merakam dan merafak sembah Ucapan Penghargaan dan Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang telah berkenan untuk memberikan amanah dan Titah Ucapan Merasmi dan Menyempurnakan Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Keempat Belas. Saya meneliti ucapan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang sangat penting untuk dihayati dalam keadaan kita berada di suasana pandemik COVID-19. Tuanku memperingatkan kita sebagai ahli badan perundangan dan pemimpin politik supaya memelihara perpaduan, saling hormat menghormati, menjauhi fitnah, menjunjung profesionalisme, bersikap rasional dan objektif, mematuhi undang-undang, membuktikan Islam sebagai sistem kehidupan, mengutamakan kepentingan rakyat mengatasi diri dan parti. Itulah intipati yang saya lihat apa yang telah dinyatakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Justeru atas semangat ini, saya mencadangkan agar istilah pembangkang, opposition dengan izin, tidak lagi digunakan di Dewan ini, sebaliknya kita gantikan dengan istilah Rakan Kerajaan, Government Partner dengan izin. Itulah juga semangat daripada usul tergempar yang telah dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat Batu Burok sebentar tadi dan disokong oleh semua.
Yang Berhormat kawan-kawan kita boleh setuju tak istilah itu? Boleh deh? Okey teruskan.
Saya juga ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada blok Kerajaan dan juga dari Rakan Kerajaan terhadap fokus-fokus utama yang telah digariskan oleh Tuanku kelmarin. Antaranya adalah perancangan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan mestilah dibuat dengan teliti supaya kita dapat merangsang pemulihan dan juga pertumbuhan ekonomi. Kita dapat menjamin kelestarian alam dan juga kita dapat menyejahterakan rakyat. Tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana setelah mengambil alih pentadbiran selepas PRU-14 yang lalu berjaya melonjakkan pertumbuhan KDNK Terengganu kepada 3.3 peratus pada tahun 2019 berbanding 2.5 peratus pada tahun 2018, penguncupan 5.7 peratus pada tahun 2020 bukanlah di luar jangkaan memandangkan seluruh dunia sedang menghadapi pandemik COVID-19 dan penguncupan ini juga adalah sejajar dengan prestasi negara kita yang menguncup 5.6 peratus. Di sebalik penguncupan itu tahniah sekali lagi kepada Kerajaan Negeri kerana berjaya membawa keluar Negeri Terengganu daripada terus tersenarai di kedudukan lima terbawah. Mengambil kira unjuran di peringkat nasional dan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial diharapkan KDNK Terengganu dapat kembali bertumbuh positif bagi keseluruhan tahun 2021 dan juga pada tahun 2022. Pembangunan pelaburan hendaklah ditingkatkan menerusi integrasi pelbagai sumber jaya melibatkan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Negeri serta jabatan dan agensi peringkat Negeri dan Persekutuan.
Tahniah sekali lagi kepada Kerajaan Negeri kerana berjaya menambah jumlah pelaburan kepada RM2.95 billion bagi keseluruhan tahun 2020 berbanding RM863.66 juta pada tahun 2019 walaupun dalam persekitaran ekonomi yang sangat mencabar. Berdasarkan prestasi ini Kerajaan Negeri diyakini dapat menunaikan hasrat untuk meningkatkan jumlah pelaburan kepada RM3.75 billion dan mampu sebenarnya untuk menjana sebanyak 2,800 peluang pekerjaan pada 2021 menerusi 12 projek seperti yang dirancang. Justeru, beberapa tindakan strategik mesti dilaksanakan secara berfokus antaranya, mesti memanfaatkan Terengganu Petroleum Council (TPC) dalam pemerolehan projek untuk Terengganu-based company.
Menstruktur semula dan memperkasa Invest Terengganu, bagi merancakkan pelaburan berimpak tinggi, menyemak dan menambah baik prosedur permohonan dan kelulusan projek pelaburan, mengemaskini dan menambah baik dasar dan peraturan berkaitan tanah terbiar supaya dapat dimajukan serta menaik taraf fasiliti dan prasarana kawasan perindustrian.
Saya juga ingin menyentuh isu berkenaan perkhidmatan air bersih, sangat wajar untuk kita tambah baik bagi mengelakkan risiko dan impak gangguan berskala besar. Insiden gangguan bekalan air baru-baru ini sememangnya meninggalkan pengalaman berharga kepada banyak pihak termasuk kepada pengguna, kepada parti politik, kepada Syarikat Air Terengganu dan tidak terkecuali kepada pihak Kerajaan Negeri sendiri. Apapun manis atau pahit pengalaman itu biarlah ia menatijahkan manfaat untuk masa hadapan kita semua. Saya menghargai usaha Kerajaan terdahulu dalam merangka Projek Bekalan Air Kuala Terengganu Utara dalam penggal yang lalu, juga sewaktu saya masih lagi menjadi wakil pembangkang, kita tidak pernah menafikan kebaikan projek ini cuma kita mempersoalkan pilihan yang digunakan secara deferred payment hingga menyebabkan berlaku peningkatan kos yang berganda sebab itu boleh disemak balik ucapan-ucapan melalui hansard yang telah disampaikan pada penggal yang lalu bagaimana kita mempersoalkan berkenaan dengan pembiayaan projek ini secara deferred payment. Malah apabila kita melihat perkara ini berlaku, lebih malang sebenarnya yang kita memahami konsep deffered payment ini pembayarannya akan dimulakan selepas projeknya selesai. Tetapi berbeza dengan Projek Bekalan Air Kuala Terengganu Utara. Walaupun projek ini belum lagi melabuhkan tirai, belum lagi ditamatkan, masih lagi dalam pembikinan, kita sudah terpaksa untuk memulakan pembayaran yang sangat jauh berbeza dengan konsep deferred payment setelah selesai projek dilaksanakan barulah kita memulakan proses pembayaran. Tahun ini sahaja, melalui Projek Kuala Terengganu Utara, kita perlu membuat pembayaran sebanyak RM150 juta tidak termasuk dengan pembayaran-pembayaran bagi projek-projek yang lain.
Dato’ Yang di-Pertua, lemas sikit cakap pakai mask ini. Supaya insiden seperti ini tidak lagi berulang, saya harap Kerajaan Negeri dapat memastikan pihak SATU, Jabatan Bekalan Air dan juga LAUT bekerjasama dalam menyediakan Pelan Mitigasi dan Rancangan Strategik Perkhidmatan Bekalan Air, memperkasa pengurusan perkhidmatan bekalan air terutamanya berkaitan penyelenggaraan, pembaikan dan operasi sistem bekalan air yang melibatkan jajaran paip air, muka sauk dan loji rawatan air hendaklah dipertingkatkan. Merancakkan kemajuan projek-projek perkhidmatan bekalan air yang sedang berjalan, saya juga merakamkan ucapan tahniah kerana pada Bajet yang lalu, perbelanjaan untuk air adalah di antara yang tinggi dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya, mengoptimumkan sumber air daripada sungai, tasik dan juga penuaian air hujan.
Dato’ Yang di-Pertua,
Program bantuan dan sokongan kepada isi rumah miskin dan individu terjejas, terutamanya pekerja sektor pertanian dan pelancongan, penjaja dan peniaga kecil serta usahawan mikro kecil dan sederhana perlu diberikan perhatian. Mengenai perkara ini, terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana sentiasa prihatin dengan kepayahan yang dihadapi oleh rakyat. Kita sedar suasana yang dialami oleh kita pada hari ini berbeza dengan situasi tahun-tahun sebelum bukan sahaja dilalui oleh kita malahan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri yang lain termasuk negara-negara yang lain dalam situasi pandemik yang tidak tahu bilakah akan tamat dan berakhir. Umpamanya pengumuman empat Pakej Rangsangan Terengganu Cakna berjumlah RM12.6 juta dan bantuan-bantuan lain berjumlah RM3.69 juta semasa PKP 1. Seterusnya RM19 juta lagi untuk menghadapi PKP 2. Kemudian, RM34.32 juta bagi inisiatif khas COVID-19 menerusi Belanjawan 2021 dan lebih RM6.4 juta susulan PKP 3 menerusi dua siri Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT). Setidak-tidaknya walaupun tidak mampu menanggung sepenuhnya, ia mampu meringankan beban isi rumah miskin, pekerja sub sector pelancongan, penjaja dan peniaga kecil serta usahawan mikro kecil dan sederhana. Kerana kami difahamkan komitmen yang terikat oleh pihak Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan hutang kepada kontraktor hasil daripada kerja-kerja yang bersifat pembayaran secara berjadual dan juga pembayaran bertangguh ini mencecah hampir RM450 juta bagi tahun ini. Walaupun kekangan seperti itu dilalui, setidaknya inisiatif-inisiatif seperti ini memberi sedikit kelegaan di samping apa yang telah dicurahkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Malaysia, antaranya rakyat Terengganu.
Tahniah juga kepada Kerajaan Negeri atas kejayaan membangunkan sebuah sistem pangkalan data yang lebih bersepadu. Kewujudan Sistem Profil Rakyat Terengganu 2.0 ini berupaya meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian bantuan Kerajaan kepada semua rakyat yang berkenaan. Diharap Kerajaan Negeri dapat pula menumpukan usaha menambah baik aspek permohonan, kelulusan, pakej atau skim bantuan dan penyelarasan bersama semua penyedia-penyedia bantuan. Persediaan pada aspek ini amat perlu dibuat memandangkan pendapatan isi rumah kasar bulanan penengah Negeri Terengganu pada 2020 turun sebanyak 13.6% kepada RM4,790.00 berbanding 2019, RM5,545.00. Manakala insiden kemiskinan mutlak Negeri Terengganu pula meningkat 5.9 mata peratus kepada 12% berbanding 2019, 6.1%.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Inisiatif untuk menaiktaraf Kolej Al-Quran Terengganu menjadi kolej universiti hendaklah diteruskan bagi memperkasa dan melengkapkan rantaian sistem pendidikan berteraskan Islam dari peringkat pra-sekolah sehingga ke peringkat tinggi di bawah Kerajaan Negeri. Semasa membentangkan Belanjawan 2021 tahun lalu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM11 juta untuk menambahbaik emolumen dan program pengajian, bilangan pegawai dan kakitangan, menaiktaraf kampus cawangan di Pengkalan Gawi serta membina kampus baharu di Durian Mentangau, Dungun. Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri. Susulan Titah Tuanku ini juga, diharap Kerajaan Negeri dapat menyediakan peruntukan yang sesuai untuk tahun 2022 bagi menjayakan fasa-fasa projek pembangunan di Durian Mentangau ini.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga turut memberikan fokus tentang Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqul Billah, Kuala Nerus yang dijangka beroperasi pada Februari 2022. Untuk melihat bandar ini hidup dan bercahaya, suka saya mencadangkan agar pihak Kerajaan Negeri dapat mewujudkan sebuah Kawasan Penempatan Kakitangan Awam Kerajaan Terengganu dan juga Kerajaan Persekutuan jika ada keupayaan dari pelbagai peringkat untuk mendiami di kawasan ini sebagai satu nukleus penting untuk memastikan bandar ini hidup. Sementara itu, penempatan rakyat awam juga wajar dibangunkan di kawasan bandar baharu ini untuk melihat pertumbuhan ekonomi yang pesat dan cepat. Bandar Hijau yang diimpikan dalam perancangan asal ini hendaklah dibuktikan oleh pihak berkuasa untuk dijadikan contoh bandar baharu lestari.
Kedudukan kewangan Kerajaan harus diperkukuh menerusi sistem perancangan, pemantauan dan pengawalan yang berkesan supaya setiap perbelanjaan yang dibuat adalah cost-effective dan high impact. Bagi memenuhi keperluan rakyat mengharungi pasca pandemik, menerusi pelbagai bantuan dan sokongan, cabaran amat besar sekali terutama pada aspek kewangan. Namun Kerajaan Negeri dipercayai dapat memberikan komitmen untuk memperbesar saiz Belanjawan 2022 berbanding Belanjawan 2021. Bagi memastikan ruang fiskel tambahan ini dapat disediakan, dicadangkan kepada Kerajaan Negeri menerusi Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu untuk menyemak semula perbelanjaan awam, menilai prestasi pelaksanaan inisiatif
Bajet 2021 dan meningkatkan kecekapan kutipan hasil bagi masa berbaki tahun ini. Selain itu, Kerajaan Negeri juga perlu terus memanfaatkan sepenuhnya inisatif dan meneroka kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan serta menggalakkan penyertaan awam swasta untuk mengukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri. Usaha-usaha bagi memulihkan semula keyakinan peniaga, keyakinan pelabur, serta pengguna mesti sentiasa menjadi keutamaan dalam memacu aliran kewangan dan pertumbuhan ekonomi dalam Negeri.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Hujung ucapan ini saya ingin mengambil peluang memohon agar Dewan yang mulia ini memberikan satu penghormatan buat mantan ADUN Tepoh yang telah meninggal dunia malam Jumaat tempoh hari. Almarhum Ustaz Dr. Abu Bakar Abdullah yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Tepoh dan juga pernah mengambil tanggungjawab sebagai salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merupakan tokoh ulamak, pendidik dan pemimpin yang telah banyak berbakti kepada rakyat dan Negeri Terengganu. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengurniakan rahmat dan kasih sayang-Nya kepada Almarhum dan kita semua. Terima kasih atas keprihatinan dan perhatian semua Ahli Yang Berhormat. Tepoh mohon menyokong.
Terima kasih Wakil daripada Tepoh yang telah memulakan perbahasan Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan. Sebelum pada saya teruskan kepada pembahas berikutnya suka saya memberikan peringatan supaya perkara-perkara berkait dengan Standing Orders Perkara-perkara 46 sentiasa diberikan perhatian oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sila saya jemput pembahas seterusnya. Sila Wakil Seberang Takir.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, para-para Pegawai Kerajaan, tuan-tuan, puan-
puan yang dihormati sekalian. Pertamanya saya merakamkan ucapan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama berucap dan Menjunjung Kasih di atas Titah Ucapan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku al-Sultan Negeri Terengganu. Pada kesempatan yang terhad ini ada tiga perkara yang ingin saya sentuhkan.
Yang pertama ialah berkait dengan gesaan agar dirangka dan dilaksanakan perancangan ekonomi. Saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat tentang beberapa data dan indicators social economy rakyat untuk Negeri Terengganu. Data ini dan indikator ini boleh kita rujuk daripada Laporan Sosial Ekonomi Tahun 2020 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dan satu daripadanya telah dizahirkan dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku al-Sultan. Pertama kadar pertumbuhan atau KDNK Negeri Terengganu yang menguncup teruk kepada -5.7%. Memang semua negeri mencatatkan pengucupan tetapi Negeri Terengganu menguncup dengan kadar di bawah paras nasional. Yang kedua kadar inflasi yang dilihat melalui indeks harga pengguna ataupun IHP jatuh -1.3% juga di bawah paras nasional. Ketiga purata gaji dan upah bulanan menyusut -12.4% juga di bawah paras nasional. Bagi golongan siswazah Negeri Terengganu, purata gaji dan upah bulanan yang mereka terima menyusut ketara kepada -11.8% juga di bawah paras nasional dan keempat kadar pengangguran meningkat kepada 4.1%.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Angka-angka ini dalam bahasa yang mudah bermaksud ramai rakyat Terengganu yang menganggur, punca pendapatan hilang, duit dalam tangan dengan izin cash in hand sudah berkurang, harga barang mahal, ekonomi jatuh dan senario ini lebih teruk daripada peringkat nasional. Inilah keadaan ekonomi rakyat semasa atau dengan izin people’s economy di Terengganu. Angka-angka ini juga menunjukkan kita tidak ada sebarang perancangan ekonomi sebenarnya. Malah saya belum nampak sebarang perancangan ekonomi sebelum pandemik ataupun semasa pandemik. Kalau tidak masakan ianya dizahirkan dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku al-Sultan. Saya membawa suara rakyat. Saya gesa Kerajaan Negeri dan hal ini juga terkandung dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku al-Sultan. Saya gesa Kerajaan Negeri rangkalah satu Pelan Ekonomi Rakyat atau dengan izin people’s economic dengan titik-titik sentuhan ataupun dengan touch points dengan izin yang dikenalpasti. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat
Dato’ Seri kerana memaklumkan tadi dalam menjawab soalan saya tadi masih menggunapakaikan NP. Cuma kalau sebaiknya gunakanlah makmal transformasi dengan lab mengikut sektor yang telah kita lakukan sebelum ini. Ramai pegawai yang terlibat sebelum ini semasa kita merangka dan kita melaksanakan mentee. Ramai pemain industri yang menyumbangkan idea dan tenaga. Mereka tahu apa yang perlu dibuat. Saya difahamkan sekarang Kerajaan Negeri ada PITAS dan terima kasih Dato’ Seri atas ucapan tahniah kepada saya tadi kerana kebetulan thesis saya pun menggunakan PINTAS. Ada „N’ je yang itu PITAS tetapi saya percaya ramai yang belum nampak apa sebenarnya yang Kerajaan Negeri hendak buat melalui PITAS. Jauh sekali untuk merangka suatu yang besar. Contohnya bagaimana hendak berhadapan dengan impak COVID-19 ini. Saya sudah banyak kali bertanya tentang PITAS ini. Kalau ikut, tengok daripada soalan-soalan yang lalu banyak berkisar tentang PITAS ini. Justeru saya ingin menggesa Kerajaan Negeri untuk segera merangka Pelan Ekonomi Rakyat untuk Negeri Terengganu. Keutamaan kita sekarang ini ialah untuk mengembangkan ekonomi rakyat atau dengan izin people’s economy dan memperkasa atau dengan izin empower tenaga kerja melalui proses reskilling dan upskilling bagi mereka yang baharu hendak bekerja, mereka yang hilang pekerjaan ataupun mereka yang pendapatannya berkurang dan saya cadangkan Kerajaan Negeri rujuklah semula pegawai-pegawai Kerajaan kita yang laksanakan mentee dahulu. Belajar daripada mereka dan janganlah terlalu bergantung kepada pendokong-pendokong parti untuk buat kerja-kerja Kerajaan lagi.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Berkaitan itu juga dengan isu perancangan ekonomi ini, saya hendak mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan pertama, pemberian bantuan one-off kepada mahasiswa dan mahasiswi anak Terengganu. Saya ingin cadangkan supaya Kerajaan Negeri mempertimbangkan bantuan one-off sebanyak RM300.00 kepada setiap mahasiswa dan mahasiswi anak Terengganu. Bantuan ini melibatkan 40,000 orang pelajar di IPT dan boleh mereka gunakan untuk pembelian data internet selama enam bulan dengan nilai RM50.00 sebulan. Jumlah peruntukan sebanyak 12 juta.
Pembelian data intenet ini hendaklah dibuat di kedai-kedai dalam Negeri Terengganu dalam kita hendak membantu industri ekonomi setempat. Malah kalau boleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri tambahkan bantuan one-off
kepada B40. Bantuan-bantuan yang bersifat one-off ini harus dipertimbangkan kerana dana raya sudah tidak ada. Kalau adapun dikurangkan sepanjang pemerintahan Kerajaan ini. Kita juga perlu segerakan penyaluran tunai ke tangan rakyat supaya mereka ada kemampuan untuk berbelanja dan menyumbang terus kepada ekonomi. Kurangkan perbelanjaan untuk infrastruktur seperti pembinaan bangunan baharu kerana saya yakin rakyat bersetuju bahawa infrastruktur di Terengganu ini sudah kebanyakannya sudah lengkap dan kerana itu, maka kita perlu memastikan apa yang kita laksanakan ini adalah untuk memulihkan ekonomi dengan cepat dan meluas berbanding penyediaan tunai di tangan rakyat.
Kedua baucer atau rebat untuk pelanggan hotel atau homestay yang berdaftar bagi merancakkan pelancongan Negeri Terengganu. Saya cadangkan Kerajaan Negeri pertimbangkan pemberian baucer dan rebat ini untuk memastikan bahawa kita dapat membantu terutama dari segi industri pelancongan. Yang ini saya ingat Yang Berhormat EXCO Pelancongan boleh berbincang dengan pegawai yang baru dilantik untuk kita bantu dalam kaedah ini dan yang ketiga saya rasa boleh dipertimbangkan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri moratorium selama tiga bulan untuk semua jenis bayaran pinjaman yang dikeluarkan melalui Kerajaan Negeri atau semua agensi yang dibawahnya.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Isu kedua yang ingin saya bangkitkan dalam perbahasan saya ialah memartabatkan Islam dan membuktikan kemampuan sistem Islam sebagai Ad-Din. Hal ini turut disentuh dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku semalam. Saya cuma ingin dapatkan kepastian, apakah Kerajaan Negeri di bawah PAS akan melaksanakan hukum hudud di Negeri Terengganu. Soalan yang mudah dan jawapan tentu mudah sama ada ya atau tidak. Dan sekiranya jawapannya ya, bilakah hukum hudud akan dilaksanakan di Negeri Terengganu? Dan perkara yang ketiga, ialah isu krisis bekalan air di kawasan Kuala Nerus yang disebut oleh sahabat saya tadi. Cuma ada yang disebut oleh Wakil Tepoh tadi, saya pun terkejut mendengar apabila diberitahu bahawa deferred payment, dengan izin adalah berbeza dengan kaedah yang biasa. Kerana dalam pengetahuan saya, keputusan yang telah dibuat oleh Kerajaan yang terdahulu dalam Surat Setuju Terima atau LA, bayaran adalah lepas siap projek. Dan saya dimaklumkan bahawa dokumen kontrak ada klausa tambahan di mana bayaran perlu dibuat sebelum projek itu disiapkan. Yang itu saya
dimaklumkan di luar daripada keputusan yang dibuat oleh Kerajaan yang terdahulu. Jadi saya harap Yang Amat Berhormat Dato’ Seri dan Kerajaan check semula betul atau tidak bahawa keputusan untuk bayar dalam keadaan projek tidak siap melalui kaedah deferred payment itu adalah dibuat semasa Kerajaan yang terdahulu.
Kita ambil maklum tentang masalah yang mungkin diluar jangkauan dan kita ambil maklum tentang usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam mengurus krisis air di Kuala Nerus. Saya pada berkesempatan ini nak ucap setinggi ucapan terima kasih terutama kepada Kerajaan Negeri, pihak SATU, jabatan-jabatan yang terlibat, NGO-NGO, orang perseorangan yang telah membantu, yang saya nampak bertungkus lumus termasuk juga daripada negeri-negeri lain yang telah menghantar tangki-tangki, lori-lori tanker, dan ada yang sampai menghantarkan water treatment, dengan izin jadi banyak pihak-pihak agensi yang telah membantu alhamdulillah dan masalah ataupun krisis ini dapat diselesaikan dan kita doakan semoga isu ini tidak akan timbul lagi untuk masa-masa yang akan datang kerana apa yang telah dibuat oleh Kerajaan terdahulu bahawa insya-Allah projek air di KTU dan juga projek air di Kemaman ini akan bertahan sehingga tahun 2035.
Petugas-petugas sukarela Yang Berhormat tidak sebut dok?
Ya?
Petugas-petugas sukarela Yang Berhormat tidak sebut.
Semua sekali petugas-petugas sukarela dan juga pihak SATU. Cuma yang menjadi kehairanan kepada saya Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ada saya dapat ada bantuan yang diberi oleh pihak SATU, CSR SATU untuk beli air. Tapi saya tengok air tak ada cop pun SATU, selalu yang saya difahamkan sebelum ni SATU ada keluarkan air sendiri. Jadi saya rasa untuk masa yang akan datanglah, lain kali kalau pihak SATU boleh bagi air dia lah, maknanya dia ni macam-macam cop ada. Jadi kalau boleh saya rasa elok pihak
SATU dia ada keluar air dia sendiri jadi elok kalau dapat diberi air jenama SATU sendiri.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Dok sempat nok cop tu.
Dia ada air sendiri SATU kan?
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Betul, tetapi keluarkan dalam masa yang agak segera, tak dapat diproses. Even nak cop label pun tak sempat.
Sebab saya difahamkan memang SATU ada keluar dan dia ada jual air dia. Sebab itu hari saya pergi kat hospital yang telah diberi sumbangan oleh satu syarikat yang berkait dengan COVID-19 saya tengok ada cop SATU.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Memang ada, tetapi untuk yang ni kita nak segera. Yang penting rakyat dapat air dulu.
Jadi maknanya, maksudnya, memang setakat ini stok bekalan air SATU memang tidak ada lah?
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Dia dalam proses mengikut masa.
Jadi saya harap
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Itu memang tak boleh.
Lepas pada ni, SATU kena banyakkan bekalan air SATU tu.
Tak apa Yang Berhormat, mana-mana pun untuk bantu rakyat.
Sebab satu lagi, perniagaan yang boleh dibuat oleh SATU sebenarnya. Cuma dalam hal ini, saya rasa usaha dan bantuan bagi mereka yang terkesan dengan krisis bekalan air ini boleh tingkatkan lagi sepertimana yang disebut oleh sahabat saya sebelum ini, di mana sahabat saya ada menanya tadi, ada atau tidak Kerajaan akan beri bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat yang melibatkan hampir 29,000 pengguna ataupun 29,000 akaun. Ada yang terlibat kerja tersendiri, ada yang terlibat berniaga. Jadi saya haraplah Kerajaan boleh pertimbangkan untuk membantu kerana kebetulan baru-baru ini saya nampak banyak bantuan datang daripada NGO dan juga pihak-pihak syarikat. Jadi saya rasa tidak menjadi satu liabiliti ataupun beban kepada Kerajaan sepertimana berlaku banjir, sebagaimana berlaku malapetaka dan kita dapati ada bantuan yang diberi. Kalau ikut pada banjir ada bantuan daripada Pusat, dan ada juga bantuan daripada Negeri. Dan saya rasa eloklah Yang Amat Berhormat Dato’ Seri dan Kerajaan dapat mempertimbangkan terutama kepada mereka yang terkesan dengan apa yang berlaku ini supaya diwujudkan satu bantuan untuk membantu mereka dalam saat-saat yang sebegini. Jadi kerana itulah, saya harap bahawa Kerajaan dapat memberikan satu bantuan yang terbaik terutama kepada mereka yang terlibat secara langsung dan saya harap jugak supaya Kerajaan juga mengambil iktibar dengan apa yang berlaku ini supaya boleh menjadi pedoman kepada Kerajaan untuk membuat keputusan pada masa-masa yang akan datang. Dan satu lagi saya pohon juga Kerajaan untuk melihat semula tindakan yang telah dibuat terhadap paip di kawasan Losong dan Bukit Datu supaya ditambahkan lagi dua paip poli itu. Kalau sebelum ini saya difahamkan dua sahaja paip poli baru boleh menyumbang 100% dan kalau dapat ditambah dua lagi kita akan dapat menyumbangkan 100% bekalan air untuk menjadi satu back up, dengan izin kalau isu ini berlaku untuk masa yang akan datang. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, sekianlah saja apa yang perbahasan yang saya buat dan saya mohon menyokong dan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku al-Sultan, sekian.
Terima kasih Wakil Seberang Takir. Saya mengucapkan terima kasih kerana menggunakan masa yang telah
diperuntukkan dengan sebaik-baiknya. Saya persilakan lagi Yang Berhormat ADUN Wanita. Sila.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat yang dikasihi sekalian. Pertamanya jutaan terima kasih diucapkan kerana memberi peluang kepada saya dalam sesi perbahasan Menjunjung Kasih Titah Tuanku al-Sultan pada hari yang penuh barakah ini.
Di kesempatan ini, saya ingin menarik perhatian Dewan dengan melontarkan tiga isu utama. Yang pertama, memacu ekonomi rakyat Terengganu. Pandemik COVID-19 memberikan impak yang besar terhadap sektor ekonomi negara bahkan dunia dan di bumi Darul Iman ini juga turut tidak terkecuali merasai kesannya. Untuk makluman semua, kajian impak COVID-19 ke atas sosioekonomi, individu dan perniagaan di Terengganu telah dibentangkan oleh Professor Dr. Nur Azura Sanusi dari UMT pada Ogos 2020 yang lalu. Hasil kajian mendapati, 73% wanita di Terengganu berpendapat PKP mempengaruhi perbelanjaan bulanan mereka. Antara faktornya ialah kekerapan menambah stok barangan makanan berikutan ahli keluarga yang banyak masa berada di rumah. Ramai rakyat yang terjejas pendapatan, termasuklah sektor IKS dan wujudnya kemiskinan baharu akibat COVID-19. Situasi ini amat getir apabila ramai daripada M40 dan T20 yang turut terkesan. Berdasarkan Titah Tuanku, pengangguran di negeri ini meningkat kepada 4.1% berbanding 3.5% tahun 2019.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak Kerajaan Persekutuan dan pihak Kerajaan Negeri kerana telah menyediakan pelbagai pakej rangsangan ekonomi seperti PENJANA, PRIHATIN dan BERKAT buat rakyat. Saya menerima maklumbalas daripada agensi yang mengendalikan program latihan dan kemahiran kepada rakyat Terengganu. Apa yang menggusarkan terdapat sebahagian penerima bantuan tidak
memanfaatkan insentif yang disediakan sepenuhnya. Hal ini mungkin disebabkan kurangnya kesedaran dan mentaliti untuk meningkatkan taraf kehidupan menjadi lebih baik. Oleh hal yang demikian, saya melihat perlunya dilakukan transformasi mentaliti ataupun pemikiran dalam masyarakat kita. Rakyat perlu dididik supaya merebut peluang yang ada dan memanfaatkannya secara optimum. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman di dalam surah al-Ra’du ayat yang ke 11 yang bermaksud “sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa pada diri mereka”.
Dato’ Yang di-Pertua,
Terengganu bergerak maju dalam pelbagai sektor termasuk menumpukan isu pembelaan hak dan perlindungan terhadap Wanita. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Haji Hanafiah Mat, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional kerana telah menubuhkan Raudhatul Jannah atau lebih dikenali sebagai Villa Mawaddah yang merupakan pusat perlindungan bagi anak-anak terbiar. Usaha ini sangat penting bagi membela nasib anak-anak yang tidak mendapat perlindungan sewajarnya. Mereka ini perlu diberikan pembelaan dari sudut pendidikan, keselamatan dan kebajikan. Begitu juga saya mengambil ruang dan peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan kerana menubuhkan Darul Barakah yang merupakan Pusat Pemulihan Dadah secara holistik. Melihat kepada manfaat besar yang bakal diperoleh, saya mencadangkan agar Darul Barakah ini menerima kemasukan penagih wanita. Hal ini ekoran daripada terdapat peningkatan wanita menjadi penagih dadah. Baru-baru ini saya menerima maklumat daripada One Stop Crisis Centre, Hospital Sultanah Nur Zahirah bahawa bilangan wanita yang melahirkan anak dan didapati positif dadah semakin meningkat, semakin bertambah dan semakin membarah. Kesannya bayi yang dilahirkan menerima komplikasi kesihatan daripada penggunaan dadah oleh si ibu. Sehubungan dengan itu, saya mengharapkan sokongan semua pihak untuk sentiasa menambah baik operasi dan modul kebajikan terhadap golongan yang kurang bernasib baik ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Merujuk kepada data yang direkodkan oleh PDRM pada tahun 2020 sebanyak 288 kes keganasan rumahtangga berlaku di Terengganu. Rekod terkini yang diperolehi daripada OSCC HSNZ menyatakan bahawa 114 kes dari Januari hingga Ogos 2021 dilaporkan dan kes yang dilaporkan merangkumi kes rogol, kes cabul, liwat serta penderaan rumahtangga dan kanak-kanak. Paling merisaukan apabila kami mendapati kesedaran mangsa untuk melaporkan kejadian yang menimpa mereka masih berada pada tahap yang rendah. Hal ini kerana mangsa berhadapan dengan ugutan dan ancaman sekiranya membuat laporan dan juga demi menjaga maruah keluarga. Hal ini dibimbangi akan membawa kesan kepada kesihatan mental dan bakal menerima titik hitam sepanjang hidup. Oleh itu, saya ingin mencadangkan satu solusi yang boleh dilaksanakan segera agar mangsa dapat dilindungi. Menurut perbincangan saya bersama dengan pihak OSCC pengurusan mangsa bagi kes yang dilaporkan menjadi rumit terutamanya selepas waktu bekerja dan pada hari cuti am. Seringkali terjadi mangsa diminta pulang semula ke rumah selepas menerima rawatan kerana tiada tempat untuk berlindung. Apabila pihak OSCC menghubungi semula pada waktu bekerja kebanyakan mangsa tidak mahu tampil untuk meneruskan prosedur. Amat malang lagi dalam tempoh ini mangsa terdedah dengan ancaman berulangnya kes terhadap diri mangsa. Saya tidak menafikan wujudnya institusi kebajikan di bawah JKM iaitu Taman Sinar Harapan yang menjadi pusat perlindungan sementara, namun saya ingin menyuarakan tentang proses penempatan ini mengambil masa yang panjang, mengambil masa yang lama dan hanya dapat dijalankan semasa waktu bekerja sahaja. Lebih kritikal lagi tiada pusat perlindungan sementara yang beroperasi 24 jam untuk menempatkan mangsa sementara menunggu kes disiasat oleh pihak berwajib. Oleh itu saya menggesa agar proses birokrasi ini dapat diringkaskan sekali gus menyegerakan perlindungan kepada mangsa yang terlibat. Selain itu juga, saya juga ingin mencadangkan agar kita mewujudkan pusat perlindungan sementara di premis yang sedia ada maksudnya sebagai contoh kita boleh memperbagaikan fungsi masjid yang bersesuaian untuk menempatkan mangsa di sana. Masjid yang terlibat boleh diletakkan di bawah pemantauan PDRM, JKM dan JPKK setempat.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Semenjak pandemik COVID-19 melanda, banyak kes kesihatan mental yang dilaporkan. PDRM merekodkan kes bunuh diri yang tinggi dalam kalangan wanita. Dalam tempoh 2019 sehingga Mei 2021, sebanyak 1427 kes
melibatkan Wanita dicatatkan berbanding 281 kes bagi lelaki di seluruh negara. Menurut Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental HSNZ, Dr. Tuan Sharifah Tuan Hadi, sebelum musim PKP, pesakit yang datang ke hospital ialah mereka yang mempunyai major psychotic illness dalam kata lain mereka yang datang ialah pesakit yang mempunyai masalah kecelaruan pemikiran namun trend ini berubah dengan peningkatan kedatangan pesakit bagi kes keresahan ataupun anxiety dan juga kes kemurungan ataupun depression. Buat pengetahuan semua Ahli Yang Berhormat 60% daripada jumlah pesakit yang hadir adalah wanita. Pada musim ini golongan lelaki tidak terkecuali untuk menerima rawatan kesihatan mental. Pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan mental di kalangan wanita. Pertama, wanita yang bekerja dari rumah mempunyai tuntutan berganda. Mereka terpaksa mengalas tanggungjawab di pejabat dan juga di rumah. Dan yang kedua wanita yang mengharungi perhubungan jarak jauh ataupun PJJ dengan suami. Dan yang ketiga, sikap segelintir suami yang tidak menyedari peranan dan tanggungjawab dalam menguruskan rumahtangga sehingga menyebabkan isteri menanggung bebanan sendirian.
Selaras dengan pelan Publisiti Kesihatan Mental di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), KKM telah melancarkan program LET’S Talk, Minda Sihat. Tujuannya ialah untuk menggalakkan rakyat mendapatkan sokongan dan bantuan bagi mencapai kesejahteraan mental. Begitu juga dengan kemudahan talian bantuan sokongan psikososial seperti talian kasih. Kita perlu, yang perlu digunapakai secara maksimum oleh rakyat. Kerajaan telah menyediakan sistem yang tersusun untuk membantu rakyat dalam isu ini. Tahniah saya ucapkan, namun sejauh mana capaian maklumat tersebut beredar kepada rakyat khususnya rakyat Terengganu lebih khusus lagi kepada wanita Terengganu. Ini harus disemak semula dan ditambah baik. Ekoran daripada hal itu Kerajaan Negeri perlu mengambil langkah proaktif dan mempromosikan kesejahteraan kesihatan mental di pelbagai peringkat. Capaian maklumat perlu diperhebat ke pelbagai segmen masyarakat yang tidak sekadar bertumpu pada hebahan atas talian semata-mata. Promosi perlu diperluas lagi dengan edaran risalah ataupun flyer dan penggunaan gegantung ataupun (bunting), papan iklan, billboard di kawasan tumpuan ramai. Begitu juga usahasama dengan badan bukan kerajaan dalam menjalankan kempen kesedaran kepada masyarakat.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Kalau kita imbas, kalau kita tengoklah pengalaman. Kesedaran masyarakat untuk mendapatkan khidmat kaunseling sebenarnya masih lagi berada di tahap yang rendah. Saya tertarik dengan idea Rawatan Psikologi Awalan ataupun Psychological First-Aid (PFA) yang perlu dikuasai oleh setiap individu bagi mengatasi masalah tekanan. Justeru itu, dengan adanya ilmu PFA ini mampu meredakan komplikasi tekanan yang dihadapi.
Justeru, saya turut mencadangkan agar Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) di setiap DUN untuk menjadi pemudah cara bagi rakyat mendapatkan khidmat nasihat. Hal ini sangat penting agar khidmat nasihat didapati dengan pantas dan bernas agar proses celik akal dapat dibina dalam menghadapi situasi tekanan mental. Diharapkan dengan inisiatif ini rakyat memperoleh pengetahuan tentang kemudahan bantuan sokongan yang disediakan supaya memperoleh bantuan sewajarnya.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Berikutan isu-isu yang telah saya lontarkan tadi, iaitu yang pertama isu ekonomi, yang kedua isu sosial, dan yang ketiga isu kesihatan mental, dapat saya simpulkan bahawa perlunya gabung jalin semua pihak untuk mengaktifkan Majlis Sosial Negeri Terengganu agar dengan kadar segera sepertimana yang telah saya lontarkan pada sidang yang lepas. Majlis ini bertanggungjawab dan berperanan untuk mewujudkan integrasi antara semua pihak bagi menatijahkan satu solusi yang terbaik. Sumbang saran dan gabungan idea serta tenaga daripada pelbagai agensi diperlukan dalam menguruskan masalah sosial di Negeri ini.
Dato’ Yang di-Pertua,
Dengan lafaz rafak dan takzim, saya Menjunjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Terima kasih kepada ADUN Wanita. Seterusnya saya persilakan, lagi… Yang Berhormat nak bercakap. Sila, Wakil Kijal.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal):
Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Besar, barisan EXCO, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdullah saya bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua yang telah memberi peluang kepada saya untuk berucap pada kali ini. Sebagaimana yang Dato’ Yang di-Pertua sebut, Dato’ Yang di-Pertua telah menelefon saya menyatakan, oleh kerana masa terhad, SOP yang ketat, maka pihak kami hanya dibenarkan dua orang sahaja yang berucap. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Saya juga turut sama menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Terengganu yang telah menitahkan ucapannya menerusi warkah yang dibacakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan saya mengambil kesempatan ini juga untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program-program vaksinasi kepada rakyat Terengganu dan kita berharap bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan para EXCO berbincang dengan pihak Kerajaan Pusat untuk menambah lebih ramai lagi vaksinasi dapat dibuat di Terengganu terutama selepas ini kepada golongan pelajar. Kerana saya telah mengutarakan perkara ini suatu ketika dahulu, tetapi ditempelak oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, menyatakan bahawa nak vaksin ini bukan mudah, semacam tahan lori Gardenia di tepi jalan. Jadi saya merasa dukacitalah, seorang Timbalan Menteri yang berasal daripada Terengganu, wakil Ahli Parlimen Terengganu berucap demikian, sedangkan beliau sendiri adalah Timbalan Menteri kepada menteri yang jaga vaksin. Sepatutnya beliau mengambil inisiatif berbincang dengan menteri beliau sendiri, ataupun Perdana Menteri untuk mendapat tambahan vaksinasi kepada Terengganu atau sekurang-kurangnya bagi daerah Kuala Terengganu. Ini satu jawapan yang tidak bertanggungjawab bagi saya. Dan saya akui bahawa begitu juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar, seorang yang bijak, cerdik, dapat PHD dalam bidang aero angkasa, mungkin merupakan satu-satunya anak Terengganu yang pertama dapat kita lahirkan daripada hasil sekolah menengah sains yang telah diwujudkan oleh Kerajaan Perikatan Barisan Nasional. Tetapi bagi saya, saya nak sebut sedikit, saya merasa terkilan apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar seolah-olah memperkecilkan usaha yang
dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional kerana beliau menyebut pada 2008, Kerajaan membelanja kira-kira RM80 juta untuk dana raya, dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar tanya, berapa banyak? RM250.00? RM300.00? Berapa lama boleh bertahan? Enam bulan? Tiga bulan? Ini bagi saya suatu yang tidak seharusnya diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besarlah sebagai seorang yang bijak, cerdik, tetapi bagi saya jawapan yang diberikan itu kurang bijaksana, kerana jelas kita sebut bahawa ini adalah dana raya. Dana raya bermakna bantuan yang diberikan oleh kerajaan bagi menyambut raya, meringankan beban kepada rakyat. Bukan bantuan sara hidup dan sebagainya untuk tiga bulan, enam bulan… untuk rayalah. Ini saya rasa satu kesilapan yang dilakukan oleh Menteri Besar. Saya harap perkara ini dapat diperbaiki. Semasa berucap tu, berhati-hatilah. Dan begitu juga saya lihat dalam Titah Ucapan Tuanku menyebut mengenai Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu telah merekodkan sejumlah 508 buah masjid dan 1550 buah surau telah siap dibina seluruh Negeri Terengganu. Sejak bila? Sepatutnya jawapan ini, kita tahu Kerajaan sediakan, beritahulah semasa pentadbiran Kerajaan PAS dan Maju, Berkat dan Sejahtera ini dalam tempoh tiga tahun. Berapa buah masjid dibina, berapa buah surau dibina, bukan kita rangkumkan sejak dulu lagi, sejak PAS merdeka sampai sekarang. Ini angka-angka ini tidak tepat dan tidak menggambarkan usaha-usaha dilakukan oleh Kerajaan ketika ini. Justeru itu saya berharap di lain masa supaya Kerajaan lebih peka tentang Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku ini supaya ianya menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku yang terkini dan sebagainya. Di samping itu, saya ingin menarik perhatian warga Dewan yang mulia pada hari ini, iaitu bacaan terakhir Tuanku kalau saya baca Dato’ Yang di-Pertua, “…akhirnya Beta berdoa Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar bersama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan serta dengan kerjasama padu daripada jentera pentadbiran awam akan mendapat petunjuk dan bimbingan Ilahi bagi menyempurnakan tanggungjawab dan amanah secara adil dan saksama, jujur lagi ikhlas, amanah lagi berintegriti.” Ini suatu penekanan yang dibuat oleh Tuanku, supaya… mungkin barangkali Tuanku sedar, ada perkara-perkara yang tidak menepati apa yang Baginda ucapkan ini, sebab tu Baginda menegurkan perkara ini dan saya sebenarnya banyak nak disampaikan, tetapi setakat ini saya hanya ingin membawa satu isu yang diperkatakan pada hari ini mengenai pelaburan Yayasan Terengganu, melalui anak syarikat String Hectares dan usaha membuka kilang pelaburan untuk membuat penutup muka, mask ini, yang mana saya dimaklumkan di peringkat awal lagi pihak tidak berapa bersetuju mana dengan pelaburan ini kerana, saya tidak tahulah. Peringkat awal saya
dimaklumkan pelaburan hanya RM2 juta melibatkan 40% akhirnya EXCO yang bertanggungjawab tentang pelaburan Yayasan Terengganu berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menambah pelaburan ini menjadi RM4 juta lebih. Dan saya mendapati bahawa jumlah pelaburan Sterling Hectares Sdn. Bhd. dan syarikat Hygenia Sdn. Bhd. yang sebanyak RM4,538,831.00 iaitu mewakili 49% pelaburan, dan saya lihat bahawa banyak perkara-perkara yang tidak seharusnya berlaku dalam pelaburan ini, kerana banyak benda-benda pelik. Yang pertama kita lihat bahawa Sterling Hectares membuat bayaran pertama kepada akaun Hygenia Sdn. Bhd. pada 11 Jun 2020 sebanyak RM2,308,354.00. Malangnya pada 19 Jun 2020, Ahad Khan telah memindahkan ataupun transfer wang sebanyak RM1.3 juta ke akaun peribadi beliau. Takkanlah kita tidak ada wakil dalam pelaburan itu yang sign check dan sebagainya, beri kebenaran atau resolusi. Yang kedua, pada 28 Julai 2020, Sterling Hectares telah memasukkan wang ke dalam akaun Hygenia Sdn. Bhd. sebanyak RM2,210,077.00 ke dalam akaun Hygenia Sdn. Bhd. Malangnya, pada hari yang sama, 28.7.2020, Ahad Khan telah membuat pindahan wang transfer kepada akaun peribadi beliau sebanyak RM2 juta. Jadi saya lihat ini adalah suatu yang tidak kena, dan begitu juga apabila dilaporkan bahawa Abdul Ahad Khan ini tidak pernah apabila pihak Yayasan menegur dan membuat beberapa perkara. Sehingga Mac 2021, pihak pengurusan tidak menerima apa-apa status akaun syarikat serta status jualan walaupun surat telah dihantar untuk memohon status terkini syarikat Hygenia Sdn. Bhd. menerusi surat pengurusan ini bertarikh 15 Februari 2021, dan banyak barang-barang yang tidak dibayar ketika itu menyebabkan hutang sebanyak RM181,000.00. Dan dengan integriti ini, saya rasa dukacitalah sahabat saya Wakil Ladang yang saya hormati suatu ketika dahulu, bila berceramah pernah menceritakan tentang kehebatan Saidina Ummar Al-Khattab mentadbir negara, mentadbir khazanah negara, bila pada waktu malam Umur Al-Khattab bertugas menyiapkan kerja-kerja negara mengunakan lilin kerajaan, kemudian buat kerja peribadi hembus lilin kerajaan, pakai lilin peribadi. Begitu juga pen, gunakan pen kerajaan apabila buat kerja peribadi bertukar kepada pen peribadi. Saya hormati beliau seorang pegawai tinggi kerajaan bergerak dengan ABIM dan sebagainya tetapi apabila beliau diberi peluang ini saya merasa dukacita apabila banyak berlaku ketimpangan perkara-perkara berlaku, iaitu sehinggakan Pengarah Yayasan Terengganu dan juga Ahad Khan dan juga Wahidur Rahman.
Pohon laluan, Yang Berhormat Dato’ di-Pertua, saya pohon penjelasan daripada
Kijal dengan banyak perkara-perkara yang telah disenaraikan tadi, oleh kerana ia melibatkan kalaulah dikatakan sebagai salah laku, adakah ia berada di dalam pengetahuan SPRM dan saya rasa hak untuk menyiasat perkara ini adalah pihak SPRM untuk menentukan semua perkara dan saya rasa kalau ada bukti itu, serah kepada SPRM je lah, sebab saya rasa kita sangat terbuka dalam hal-hal seperti ini.
Yang Berhormat, sebelum Yang Berhormat respond, saya cuma nak mengingatkan sahajalah dari segi Standing Orders dalam perkara 46, ceraian (xiii) antaranya:
a) Menyindir tuduhan menyerong terhadap Ahli-ahli yang lain b) Membuat tuduhan terhadap peribadi yang lain
Saya minta berjaga-jagalah dalam konteks peraturan dalam Dewan kita ini.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua itu, saya sedar peraturan itu, kerana kes ini masih tidak dibawa ke mahkamah lagi, kalau dibawa ke mahkamah, kita tak boleh bincang tentang perkara ini dalam mahkamah. Tapi sehingga ini SPR masih lagi tergantung, kerana mungkin tangan-tangan ghaib daripada Putrajaya, sebab itu saya nak sebut tadi, iaitu Pengarah Yayasan, Ahad Khan, Wahidur Rahman telah ditahan tapi ADUN Ladang tidak ditahan. Minta maaf saya sebut Yang di-Pertua, sebab jelas kepada kita saya tengok saya boleh bagi bukti ini dari segi pelaburan tetapi kita tengok sini bagaimana ADUN Ladang mendapat kepentingan, kes X70, TBJ 828.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua ini bukan mahkamah, saya rasa kalau ada kes bawa ke SPRM bukan sini kita nak buat keputusan nak bincang nak tu apa.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Sebab itu…
tuduhan apa dan sebagainya rasa tak sewajarnya Yang Berhormat Kijal.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Mahkamah tidak membuat keputusan lagi, tidak dibawa mahkamah lagi maka kita bolehlah kita bercakap.
Itu sahaja Yang Berhormat…
Dewan ini bukan mahkamah Yang Berhormat jangan tukar bimbor gitu.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Bukan nak tukar bimbor, nak kabor ini, penjelasan ini, nak minta penjelasan ni.
Saya ingat dulu, Dato’ Yang di-Pertua, bila kes melibatkan SPRM, melibatkan mahkamah, Speaker dulu tidak beri terus bercakap.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): tidak lagi ini, tidak bawa lagi
Saya dulu cakap doh dulu, isu-isu sebegini kita bercakap dah, jadi saya rasa serah kepada SPRM lah
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): lepas ini kita serah lah
Kalau kata tangan ghaib Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun daripada BN dah, jadi kita serah kepada dia lah untuk membuat keputusan ini
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Tak apa saya nak penjelasan dahulu ADUN Ladang ada.
Saya rasa tidak timbul tangan ghaib, jadi kita dok panjang benda ini, sangat tidak adil kita sebut dalam Dewan lepas diputuskan lagi, kita lembang guaner pun.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): nak lembang guaner bukan Negeri Maju Berkat Sejahtera
Jadi saya nak minta Kijal supaya menghormati juga, saya dulu hormat benda ini, kita sebut-sebut Speaker tidak beri, kita cari benda lain pula, terima kasih.
Itu yang saya peringat tadi Yang Berhormat, saya tidak menggunakan perkara 46(vii) dalam isu perkara-perkara menjadi subjudice apabila ada kaitan dengan kes mahkamah, tetapi saya mengingatkan Ahli Yang Berhormat Kijal dalam Perkara 46 (xiii) itu ialah membuat tuduhan terhadap peribadi-peribadi yang mana ini tidak dibenarkan dalam peraturan Dewan kita. Jadi apa pun perkara-perkara Yang Berhormat rasa ada isu yang asas yang kuat yang perlu diambil perjalanan oleh SPRM ataupun mahkamah biarkan pihak yang berkenaan mengambil perjalanan. Yang Berhormat dah sebutkan tadi saya ingat cukup setakat itu Yang Berhormat.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Cuma satu Dato’ Yang di-Pertua
Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kijal mohon penjelasan, kita nak tahu benar ke tidak sedangkan Pengarah Yayasan ditahan, adakah kes benda ini, jadi kita nak penjelasan adakah berlaku kalau dok berlaku kabor dok berlakulah, takdok masalah.
Tidak .
Dok eh, siapa yang nak jawab
Okey.
bukan di dalam Dewan ini, sebab SPRM tu, kena tanya SPRM.
Kerajaan kena jawablah
Bidang kuasa dia, nak tanya kita bakpe dok tahan dok tahan, bukan kuasa kita nak pergi tahan
Betul dah bukan kuasa kita, tapi kita nak dengar-dengar cakap ini kita nak penjelasan macam tadi tentang EXCO Pelancongan tadi, kita nak penjelasan rakyat di bawah dengar perkara-perkara ini jadi kita nak minta penjelasan di-Pertua ada ke tidak
ini telah melibatkan pertuduhan, ada tangan-tangan ghaiblah gi kacau, tu merupakan tuduhan tu, bukan penjelasan tu Yang Berhormat.
[audio tidak dapat dengar disebabkan pertindihan suara]
Yang berhormat, saya minta kita kembali kepada Peraturan Dewan, Standing Orders, tadi Yang Berhormat kata saya ini keras, saya lembut dah ini. Benda yang disebut oleh Wakil Kijal
Betul Yang Berhormat Yang di-Pertua. Kita pun…
Nanti dulu. Bila saya bercakap Peraturan Dewannya, Yang Berhormat kena duduk. Itu peraturannya. Apa yang saya peringatkan tadi, ialah perkara yang menjadi Peraturan Dewan, khususnya Perkara 46(xiii). Ini bukan soal 46(vii) yang yang bersifat subjudice di mahkamah. Apa disebutkan tadi itu adalah bukan lagi sebagai minta penjelasan, ini dah jadi satu tuduhan sedangkan dalam sistem yang ada dalam negara kita ini apa-apa perkara yang dianggap menjadi satu asas kepada tuduhan ataupun nak disabitkan kesalahan, kita ada sistem dia, sistemnya ialah SPRM akan menerima apa saja aduan daripada mana-mana pihak, orang jumpa dia sendiri ke, orang whatsapp ke, orang telefon ke, dia akan buat siasatan. Siasatan yang dibuat itu tidak semestinya orang yang berkenaan itu salah tidak tapi itu adalah tugas dia, begitu juga kalau pun satu kes itu pada pihak SPRM ada asas, dibawa kepada peguam Negara (AG,) tidak semestinya apabila kes itu dibuat mahkamah orang berkenaan bersalah, jadi itu sistemnya. Jadi apabila
Wakil Kijal sebut tadi benda yang bersikap anggapan dan juga saya nampak sudah jadi satu pertuduhan saya fikir ini sudah berlawanan dengan kita punya Standing Orders jadi apa yang disebut itu dah sebut, cukup setakat itu. Minta Yang Berhormat alih isu lain pula, saya nampak Yang Berhormat banyak isu ini, saya takut padan main isu ini sahaja hari ini.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Terima kasih Yang di-Pertua. Kita bersidang sekejap je ni, cuma satulah saya nak beritahu Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, ini bukan tuduhan. Ini fakta, saya ada semua lengkap gambar dan sebagainya.
Tidak boleh, Yang Berhormat.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Tapi saya tak mboh sebut lagi Yang di-Pertua.
Tidak boleh Yang Berhormat. Tak boleh kata itu fakta, tak boleh. Mahkamah telah tentukan. SPRM akan buat kerja.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Saya minta satu lagi Dato’ Yang di-Pertua, supaya pihak Yayasan Terengganu, Kerajaan buat laporan polis mengenai salah laku yang dilakukan oleh Ahad Khan, salah sebab duit ini kita masuk dalam syarikat, kenapa dia sebab apa dia pindah transfer ke akaun dia, saya mintalah Kerajaan melalui Yayasan Terengganu mengambil tindakan membuat laporan polis tentang Ahad Khan.
Tak apa Yang Berhormat, tak apa.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Ini pandangan, cadangan saya, dan saya beritahu saya beri tempoh dua minggu kepada Kerajaan.
Itu pandangan Yang Berhormatlah, tidak apa setakat itu.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Bukan pandangan, sepatutnya…
Yang Berhormat boleh beralih kepada isu lain pula.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Ok, lepas itu Dato’ Yang di-Pertua, saya banyak lagi isulah isu air, aduan laporan kepada UPEN, lepas itu 2020 tentang runtuhan tebing dan sebagainya tetapi Kerajaan Negeri mendiamkan diri menyebabkan berlakunya patah paip kerana mengunakan water jet untuk memecahkan pasir sungai yang atasnya terdapat lumpur-lumpur menyebabkan benda tu keras jadi batu, benda bukan baru tetapi dipandang enteng oleh pihak Kerajaan. Perkara ini perlu diambil perhatian segera saya haraplah sebab semua ini menimbulkan masalah.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Ada laporan ke Yang Berhormat Kijal?
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Eh wakpe tak dok nya
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Acu cuba tunjuk nak tengok, hok mana se
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Oh oo, main-main, kita tidak cakap sahajalah, Dato Yang di-Pertua, saya tengah cari banyak sangat benda ni, kita bukan kaki lebong ini, kita ada integriti kita. Dato’ Yang di-Pertua, mintak maaf Dato’ tengah cari
Kena cepat sedikit Yang Berhormat, sebab saya bukan apa, masa ini…
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Hak ni, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Pejabat Setiausaha Negeri surat bertarikh 22 Oktober 2020, ditujukan aduan kerosakan tebing sungai kesan pada kerja operasi pengambilan pasir di Kampung Pulau Sekati, Kuala Terengganu.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Ini laporan daripada seorang penduduk daripada Pulau Sekati, tetapi JPS telah ambil tindakan.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): JPS hantar tindakan betul, hantar kepada UPEN, UPEN tindakan apa ambil?
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Hantar kepada UPEN, berkaitan dengan tiga perkara. JPS minta supaya diperhatikan tiga perkara di sini, pertama bahawa pemilik, pengusaha tersebut ialah..
Sepatutnya Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua penggulungan patutnya. Bukan sekarang ini, kena bagi ruang kepada Yang Berhormat Kijal.
Dia celah sikit je la
Jadi minta Kerajaan jawab dalam penggulungan lepas ini. Terima kasih.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Dah dia kata dia banyak bukti, so saya mintak la, apa buktinya..
Yang Berhormat Kijal, masa guana masa, saya beri sedikit lagi la masa , masa kecederaan
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): takpe masa cedera, cedera la, dah memang cedera nak wat guane doh, tak ada masalah. Cedera main cara cedera [ketawa]. Saya cuma minta lepas ini gulung, tak apa saya ada belaka, tak ada masalah. Tak ada masalah.
Sila Yang Berhormat, teruskan, teruskan
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Terima kasih la, tamat dah.
Habis dah?
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Habis la
Oow saya ingat banyak benda, banyak benda nak kabo
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Banyak benda nak cakap, tunggu bulan depan, bulan 12 pula [ketawa], panjang sikit, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Tapi lepas hawa dah, lepas hawa la
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Dok lepas hawa lagi
Okey, terima kasih Wakil Kijal, yang telah menggunakan masa dengan sebaiknya walaupun ada sedikit masa kecederaan tadi. Saya jemput kita ada masa sikit lagi, saya jemput Wakil daripada Ajil, sila.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat dan rakan-rakan semua. Pertama sekali marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kehadrat Allah Ta’ala kerana diberi ruang masa untuk saya meneruskan perbahasan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan saya ingin menarik perhatian Dewan berkenaan dengan ucapan penghargaan Tuanku Sultan tentang kejayaan pendidikan Negeri Terengganu dalam pendidikan SPM dan STPM khususnya yang mana dalam STPM, Negeri Terengganu mengungguli
STPM peringkat kebangsaan tiga kali berturut-turut. Tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri Terengganu, tahniah kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Tuanku Sultan juga mengucapkan tahniah kepada Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu yang baharu ditubuhkan pada tahun ini dengan peruntukan perbelanjaan Tahun 2021 sebanyak RM40,697,176.13.
JAPIN ataupun Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu ini asalnya adalah Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu telah diluluskan oleh MMKN dalam mesyuarat 27 Januari tahun ini untuk diangkat menjadi satu jabatan yang mempunyai pusat tanggungjawab ataupun PTJ dan saya merakamkan ucapan tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri di atas usaha ini, untuk memperkasa pendidikan di Negeri Terengganu secara yang lebih kemas dan lebih holistik menggabungkan empat agensi yang sebelum ini terlibat dengan pendidikan. Sebelum ini di negeri kita Negeri Terengganu, ada empat agensi yang menguruskan sekolah-sekolah di negeri kita iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu yang banyak menguruskan sekolah menengah agama SABK, Yayasan Terengganu menguruskan Sekolah Menengah IMTIAZ, Yayasan Islam Terengganu menguruskan Pondok Moden dan juga INSPI, (Institut Pengajian Ilmu Islam) di Kemaman dan juga MAIDAM yang menguruskan Madrasah Moden MAIDAM dan alhamdullilah dengan usaha Kerajaan Negeri menubuhkan Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu ini, saya menaruh harapan pendidikan di Negeri Terengganu akan mencapai satu tahap yang lebih bersistematik dalam menguruskan hal ehwal pendidikan yang digabungkan di dalam satu jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu, ataupun kalau boleh saya ringkaskan sebagai JAPIN, yang tetap meneruskan agenda pendidikan kebangsaan berasaskan kepada dasar pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan negara berasaskan empat elemen di dalam pendidikan kebangsaan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Jadi dengan penggabungan ini akan mempermudahkan gerak kerja pendidikan di bawah satu pusat tanggungjawab dan saya melihat di sini juga, Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu dan juga pihak kita Kerajaan Negeri Terengganu mempunyai satu cabaran yang agak hebat untuk terus mengekali pencapaian di dalam peperiksaan awam sama ada SPM ataupun STPM dan juga STAM yang selama ini terbukti Sekolah Menengah IMTIAZ contohnya mengungguli di peringkat kebangsaan dan Sekolah Menengah IMTIAZ ini kalau kita ikut susur galur sejarah penubuhan sejak daripada di bawah kepimpinan
Menteri Besar, Yang Berhormat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang menubuhkan Kolej Islam Sains Terengganu di Kuala Berang ataupun nama ringkas dia KIST dan KIST telah ditukarkan namanya kepada IMTIAZ pada zaman pemerintahan Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh dan juga selain daripada KIST, ada sebuah lagi institusi pendidikan berasrama penuh di Dungun iaitu yang dipanggil KOSTAQ dan juga ditukarkan kepada IMTIAZ dan untuk makluman Ahli Dewan, KIST di Kuala Berang yang ditukarkan kepada nama IMTIAZ di dalam daftar sekolah masih lagi menggunakan nama KIST, Kolej Islam Sains Terengganu.
Apa yang saya nak sebut berkenaan dengan kejayaan Sekolah Menengah IMTIAZ yang menjadi cabaran baharu kepada Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu yang mana selama ini IMTIAZ di bawah pengurusan IMTIAZ Yayasan Terengganu dan Sekolah Menengah IMTIAZ Besut contohnya merupakan di antara sekolah terbaik negara dan Sekolah Menengah IMTIAZ Kuala Terengganu berada di tempat yang kedua dalam ranking sekolah-sekolah terbaik dan Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud berada di tempat yang ketiga dan Sekolah Menengah IMTIAZ Besut pada SPM 2020 telah melahirkan dua orang pelajar straight A+. Ini merupakan satu kejayaan yang agak luar biasa yang perlu menjadi cabaran kepada Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu dan kejayaan-kejayaan tersebut meletakkan pelajar-pelajar kita ke arah di tempat suatu tempat yang agak istimewa dan Kerajaan Terengganu melalui Yayasan Terengganu telah membelanjakan sejumlah RM13.7 juta sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menaja pelajar-pelajar cemerlang di bawah Skim Pelajar Cemerlang (SPC) ke luar negara dan tajaan-tajaan ini juga melibatkan RM2.5 juta untuk Sarjana dan PHD serta RM1.26 juta untuk ACCA, dan ini membuktikan bahawa pihak Kerajaan Negeri sangat mengambil berat tentang pendidikan untuk anak-anak Terengganu, dan dengan tertubuhnya SRIDI dan SMIDI, Sekolah Rendah Islam Darul Iman dan juga Sekolah Menengah Islam Darul Iman. Sebenarnya dalam tanpa kita sedari, dua buah institusi ini telah membekalkan banyak peluang-peluang pekerjaan. Peluang pekerjaan dan juga peluang perniagaan kepada pihak-pihak yang berkaitan dan sekarang ini ada 148 guru di bawah SRIDI dan SMIDI secara contract of service dengan izin, dan pada tahun 2022 insya-Allah 68 guru baru akan ditambah dan secara kontraklah dan kita mengharapkan pihak Kerajaan akan menggandakan usaha untuk mendapatkan waran perjawatan ke gred DG41 kepada semua guru SRIDI dan SMIDI supaya mereka dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang.
Di negara-negara maju tuan-tuan, seperti di Switzerland, Belanda, Jerman, Belgium dan juga Korea Selatan, kebanyakan negara-negara maju ini meletakkan guru, kebajikan guru di tempat yang sangat hebat. Di Korea Selatan, kebanyakan guru mereka mendapat gaji purata bulanan RM15,000.00, menggambarkan pengiktirafan negara tersebut kepada guru-guru. Jadi kita taklah sampai nak harap, nak tingkat sampai RM15,000.00 ataupun RM10,000.00. Cuma saya mengharapkan pihak Kerajaan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan waran perjawatan kepada guru ini supaya dapat dilantik sebagai guru tetap berpencen ataupun guru tetap tidak berpencen. Mana-mana satu itu merupakan option dengan izin ataupun pilihan sebagaimana yang ada di arus pendidikan kebangsaan dan juga di bawah SABK. Jadi, keadaan ini perlu supaya guru-guru kita dapat memberi khidmat bakti yang sepenuhnya tanpa memikirkan tentang perjawatan mereka yang dalam keadaan tidak tetap dan juga kemungkinan boleh kita katakan agak terumbang-ambing dan tahun 2019, alhamdulillah melalui usaha Yang Berhormat EXCO Pendidikan telah berjaya melantik 76 guru yang ketinggalan. Nak kata hok kena nyaknye, dok, tapi hok ting’gal. 76 guru di hampir kebanyakan sekolah termasuklah di Maahad Tahfiz yang mana ada terdapat seorang guru yang 22 tahun berkhidmat secara kontrak tidak dilantik ke jawatan tetap DG41 dan pada tahun 2019 telah pun 76 daripada mereka dilantik secara tetap sebagai satu penghargaan kepada guru-guru yang lama berkhidmat tetapi masih lagi dalam keadaan kontrak.
Jadi, saya banding dengan pendidikan ataupun guru-guru yang ada di negara-negara maju tersebut, merupakan satu aset yang sangat besar untuk kita jaga guru-guru ini, kerana gurulah kita ada di Dewan ini. Kerana gurulah sektor-sektor pembuatan, sektor-sektor minyak, petroleum, gas dan sebagainya kita dapat melahirkan tenaga-tenaga mahir hasil daripada kerja keras guru. Jadi sebab itu saya rasa kita perlu mengangkat martabat guru sekurang-kurangnya untuk meletakkan mereka pada satu jawatan, kalau tak boleh setanding dengan jawatan-jawatan yang hebat pun, cukuplah saya rasa mereka diberi jawatan tetap sama ada sebagaimana yang saya sebut tadi secara berpencen ataupun pilihan di bawah KWSP, dan, habis dah?
Dua tiga kucing berlari Manakan sama si kucing belang Hajat di hati nak terus berdiri Masa tak beri ruang
Jadi, saya rasa cukup sekadar itu. Saya mohon menyokong Titah Ucapan Tuanku Sultan.
Terima kasih Wakil Ajil. Saya tengok jam dengan SOP yang dibuat dan janji saya, ada sikit masa sebenarnya, saya boleh jemput seorang lagi tapi dengan syarat berhenti sebelum pada pukul satu. Ada?
Saya.
Ha sila, wakil mana? Wakil Batu Rakit.
Aaa.
Wane Dato’ dok berapa ingat doh?
Haa, tapi Wakil Batu Rakit dia walaupun kadang-kadang dok berapa tu dengan saya kadang-kadang, saya masih sayang pada dia. Bagi masa pada dia.
Terima kasih Dato’. Marah-marah sayang.
Sila-sila.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan semua yang menyaksikan secara maya.
Pertama sekali saya ucapkan terima kasihlah kerana Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua memberi ruang kepada saya untuk sama-sama berbahas Titah Menjunjung Kasih di atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku
Sultan. Perkara pertama yang saya nak sebut ialah perkara tentang pendidikan. Umum mengetahui bahawa pendidikan kita sekarang ini telah menginjak ke arah pendidikan digital di mana Terengganu merupakan sebuah negeri yang sentiasa ke depan dalam pendidikan ini. Cuma sejak-sejak akhir ini, dengan pandemik COVID-19 ini, agak sukar kepada pelajar-pelajar kita yang terpaksa melalui pembelajaran di rumah kerana ramai di kalangan pelajar-pelajar kita yang tidak boleh mencapai akses internet dan juga kekurangan peranti, terutamanya bagi keluarga miskin dan golongan B40 yang terkesan dengan perkara ini.
Selaku Kerajaan Negeri yang prihatin dengan slogan Maju, Berkat, Sejahtera ini, sewajarnya perkara ini perlu diatasi dengan segera melalui peruntukan yang sebelum ini banyak diberikan oleh Kerajaan dahulu yang telah meletakkan pendidikan di Negeri Terengganu terkedepan berbanding di negeri-negeri lain, dan daripada dapatan yang dilaksanakan secara maya bersama pengetua, guru besar, ibu bapa, kita dapati bahawa proses PdPR yang berlaku sekarang menjadi semakin sendu dan sepi kerana ketiadaan kemudahan access internet dan juga kekurangan peranti pada setiap keluarga dan murid. Jadi apakah tindakan Kerajaan bagi mengatasi masalah ini kerana saya difahamkan baru-baru ini ada Kerajaan Negeri memberi sumbangan difahamkan 50 tablet setiap DUN. Kalau DUN Batu Rakit ada 17 buah sekolah beri 50 makna tidak mencukupi. Dulu di zaman Yang Berhormat Kijal dulu beri e-Book kepada semua murid. Saya rasalah Kerajaan perlu fikirlah kerana memang pembelajaran secara online ini akan berterusan sampai bila-bila. Oleh sebab itu, saya mencadangkan kepada pihak Kerajaan supaya mempertingkatkan access internet dan juga bantuan peranti ataupun mudah bayar kita wat kiralah bagaimana supaya anak-anak kita ini dapat kemudahan peralatan ini.
Kerana kadang-kadang sebuah keluarga itu ada satu sahaja. Lima orang anak belajar terpaksa kongsi-kongsi. Jadi mungkin boleh fikir balik, boleh upgrade sebagaimana di zaman era Yang Berhormat Kijal dulu buat e-Book dulu, bolehlah kita kongsi-kongsi bagaimana untuk supaya anak-anak kita ini, pelajar-pelajar kita ini mendapat kemudahan yang sewajarnya dan yang kedua, sekali lagi saya ingin bangkitkan tentang krisis air. Ini bukan perkara mudah sebenarnya. Cukup payah bagi rakyat. Berat bahu yang mengangkut air, berat lagi beban kewangan yang ditanggung rakyat tentang krisis air ini. Saya tak boh sebut banyaklah sebab Yang Berhormat Seberang Takir pun sebut tadi jadi saya berharap sekali lagi kerana memang cukup terbeban dengan keadaan
sekarang pandemic COVID-19 dan sebagainya jadi memang rakyat kita cukup terkesan dan saya mencadangkan kepada pihak Kerajaan berilah pampasan kerugian kerana bagi yang ada kedai dok boleh buka kedai. Bagi yang ada homestay, batal tempahan. Bagi setengah-setengah tu terpaksa beli tong yang berharga RM300, RM400 sutir. Orang yang tak dop tong kena pergi angkut air kena keluar minyak. Jadi apa kiranya Kerajaan sekiranya boleh memberi pampasan ataupun ganti rugi sekurang-kurangnya RM500.00 macam bencana banjir juga.
Lening ada dop lagi air Yang Berhormat.
Ya
Air ada dop lagi lening.
Air ada doh..
Alhamdulillah.
Tapi sebulan hok beratnya. Dop tido malam.
Saya nak pasti jer. Takut masalah ini masih ada lagi.
Tetapi Kerajaan Negeri dok tolong doh ke Yang Berhormat beloh ning. Gi anto kat lain sokmo. Beri Yang Berhormat etek. Biarlah air ada pong boleh hantar. Yang Amat Berhormat Menteri Besar boleh bantu lagi air mineral apa semua lalu ikut kita etek.
Tahun lepas beri dan yang terakhir saya ucap tahniahlah kepada pihak Kerajaan kerana dengan slogan yang baik “Maju, Berkat, Sejahtera” tetapi dah tiga tahun lebih. Adakah kita buat post mortem? Sejauh mana “Maju, Berkat, Sejahtera” kita ini menepati objektif yang dikehendaki. Adakah negeri kita ini maju? Maksud saya sesuatu yang kita buat hari ini sudah tentu kita hendak melihat ke
depan lebih baik seperti kata hari ini lebih baik dari semalam, besok lebih baik daripada hari ini. Kalaulah hari ini lebih teruk dari semalam, kita tidak lalui kemajuan ini jadi apakah pembangunan baru yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan selama tiga tahun lebih ini dan seterusnya adakah sekarang ini, negeri kita ini berada dalam keadaan berkat? Adakah dengan tidak mengurangkan bantuan-bantuan, tidak ada bantuan-bantuan. Adakah negeri kita berkat? Sejahtera, dengan krisis air, dengan orang tidak ada pekerjaan dengan tidak ada peluang pekerjaan. Adakah negeri kita sejahtera? Dan kalau ini semua tidak, patutnya slogan ini kena tukarlah ork. Saya google-google kalau maju lawan dia tak dop doh se je mundur.
Masa Yang Berhormat.
Ye.
Lepas tu kalau berkat plok. Kalau cari kata lawan dia. Musibah jer. Google-google tengok musibah jer dan kalau sejahtera pulak…
Laluan sekali Batu Rakit.
Saya google…
Yang Berhormat ada minta laluan sikit. Nak bagi ke dok?
Dewan yang mulia dok leh rujuk doh google tu dok betul.
Doh kalau betul lagu mana? Maju lawan dia kalau betul tidak maju. Tidak maju mundurlah. Adakah slogan ini patut ditukar?
Doh Terengganu ning maju dok Batu Rakit?
Dok tahulah. Dia maju ning lebih baik daripada yang lalu.
Doh jawab dulu maju ke dok Batu Rakit?
Maksud saya lebih baik daripada yang lalu.
Hok dulu molek dop lagi nak tanya?
Nanti biar EXCO jawablah.
Yang Berhormat sambung-sambung. Dok soh bahaslah menda-menda yang bersifat relatif ning tak payah panjang-panjang.
Betul.
Saya nak lihat negeri kita ini maju ke depan. Adakah Kerajaan telah buat post mortem sejauh mana kita lalui “Maju, Berkat, Sejahtera” ini. Kalaulah tidak ke arah itu, macam saya kata tadilah mundur, musibah, huru hara.
Betul-betul, sebab nanti kalau kita nak bahas menda yang relatif panjang pulak, nanti orang kata Terengganu boleh hasil minyak berbillion-billion sejak keluar minyak dulu. Orang bahang ikut itu plok. Okeylah habiskan ayat terakhir Yang Berhormat. Sebab SOP pukul satu sekarang ini. Kita habis yang terakhir sekarang ini.
Dakpelah saya berhenti awal. Ucap terima kasih banyak. Mintak maaf banyak kalua ada salah silap, tapi Yang Berhormat Speaker jangan marah sangat saya.
Dok marah.
Cara tu macam nak marah sokmo saya.
Dok Yang Berhormat dok kena line. Orang lain molek-molek ada.
Saya menyokong Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Terima Kasih.
Terima kasih, sahabat saya Wakil daripada Batu Rakit, yang telah….
Jadi naik pangkat hari ni. Hari ni sahabat, terima kasih banyak.
Naik pangkatlah tadi pasal, cadangan lepas awal. Cadangan dari BBC tadi, takut Yang Berhormat tidak dengar jer tadi nak panggil tu beralus tak boh sebut parti pembangkang kena pakat molek ar. Okey terima kasih Yang Berhormat. Alhamdullilah kita telah selesai perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Saya ucap terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian walaupun mungkin ada lagi ahli Yang Berhormat yang hendak mengambil bahagian tetapi memandangkan kita terikat dengan SOP yang telah ditetapkan setakat itu sahajalah yang saya boleh meraikan Tertib Persidangan Dewan kali ini dan insya-Allah esok giliran Kerajaan pula akan gulung, Jadi Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya tangguhkkan sementara persidangan kita ini sehingga ke hari esok 15 September 2021 jam 9.30 pagi dengan membaca tasbih kaffarah dan Suratul „Asr.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 1.00 PETANG