Terengganu · 15 September 2021
14th Assembly, 4th session, 1st meeting · 189 turns · 15,754 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Soalan-Soalan LisanQuestions
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula, marilah kita memulakan persidangan kita pada pagi ini untuk mendapat keberkatan dengan kita sama-sama membaca Ummul Quran Al-Fatihah.
Mesyuarat pagi ini diteruskan dengan Soalan-soalan Lisan. Berikut adalah Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-soalan Lisan pada hari ini iaitu pada 15 September 2021:
1 Yang Berhormat Wakil Bukit Besi 2 Yang Berhormat Wakil Rantau Abang 3 Yang Berhormat Wakil Jertih 4 Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan 5 Yang Berhormat Wakil Langkap 6 Yang Berhormat Wakil Bandar 7 Yang Berhormat Wakil Batu Rakit 8 Yang Berhormat Wakil Air Putih 9 Yang Berhormat Wakil Kuala Besut 10 Yang Berhormat Wakil Ajil 11 Yang Berhormat Wakil Permaisuri 12 Yang Berhormat Wakil Kemasik 13 Yang Berhormat Wakil Tepoh 14 Yang Berhormat Wakil Batu Burok 15 Yang Berhormat Wakil Seberang Takir 16 Yang Berhormat Wakil Sura 17 Yang Berhormat Wakil Telemong 18 Yang Berhormat Wakil Buluh Gading 19 Yang Berhormat Wakil Hulu Besut 20 Yang Berhormat Wakil Manir
Sebagaimana yang Ahli Yang Berhormat sedia maklum, hari ini merupakan hari terakhir persidangan kita. Dalam sesi Soalan Lisan, saya seboleh-bolehnya nak
beri peluang kepada seberapa ramai Ahli-ahli Yang Berhormat. Kelmarin daripada 20 soalan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat, kita hanya sempat 8 orang sahaja. Jadi saya harap kita bagilah sikit sorang supaya maksud daripada Soalan-soalan Lisan ini sebagaimana yang saya sebutkan kelmarin dari segi Standing Orders, Perkara 26 (1) ialah untuk mendapat penerangan bukan untuk menjadi helah kepada perbahasan. Jadi biasa kita ambil masa satu jam, jadi kita harap pada hari ini kita meraikan kawan-kawan kita supaya lebih ramai mereka-mereka yang boleh mengemukakan Soalan Lisan. Saya nak mulakan sesi Soalan Lisan ini dengan satu pantun:
Awal pagi jangan diganggu Sudah rancang menjala ikan Bukit Besi sudah menunggu Soalan pertama saya persilakan
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Saya dok dang nak reka jawapan ni. Minta maaf banyak. Soalan saya nombor satu -
Sejauh manakah usahawan, terutamanya dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di Terengganu dan apakah strategi Kerajaan bagi memastikan mereka tidak terkesan dengan pandemik?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan semua yang hadir. Soalan daripada Wakil Bukit Besi bertanyakan tentang sejauh manakah usahawan, terutamanya dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di Terengganu dan apakah strategi Kerajaan bagi memastikan mereka tidak terkesan dengan pandemik? Kemudian, ada juga soalan yang lebih kurang sama daripada Wakil Bandar yang bertanya apakah Kerajaan
memiliki perancangan untuk menyelesaikan masalah para peniaga kecil dan usahawan kecil yang terjejas turut akibat pandemik COVID-19. Jadi izinkan saya untuk menjawab dua soalan ini sekali gus. Boleh Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua?
Sila
Sebenarnya sejauh manakah usahawan, terutamanya dalam Industri Kecil yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan SME Corporation Malaysia mendapati melebihi 80% usahawan IKS mampu bertahan kurang pada tiga bulan, 72% terpaksa tutup operasi sementara waktu, 58% tidak mencatatkan sebarang jualan, 38% dapat bertahan selama sebulan atau kurang dan 19% mencatatkan kerugian lebih RM100,000.00 dan ke atas.
Berdasarkan maklumbalas yang diperolehi daripada YPU pada 30 April 2020, daripada 486 responden yang terdiri daripada lelaki dan perempuan, penemuan adalah sebagaimana berikut;
Jenis Perniagaan Peratus Bilangan IKS Milikan Tunggal 78% 382 orang Perkongsian 8.8% 43 orang Sendirian Berhad 12.3% 60 orang Koperasi 0.3% 1 orang
Strategi untuk mengatasi masalah yang disebut tadi, Kerajaan telah mewujudkan Tabung Pemulihan PKS Terengganu COVID-19. Pada tahun 2020, sebanyak RM2.1 juta dikeluarkan kepada 183 PKS di bawah Tabung Pemulihan PKS Terengganu COVID-19 dengan pemberian tempoh bernafas selama 6 bulan. Tahun 2021, sebanyak 118 permohonan berjumlah RM3.1 juta di bawah Tabung PKS Terengganu COVID-19 akan dinilai dan diproses dalam masa terdekat. Yang kedua ialah tentang memberikan moratorium pembiayaan dan pengecualian sewa premis perniagaan YPU. YPU juga memberi moratorium pembiayaan selama dua bulan kepada peminjam di bawah Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS) dan pengecualian sewa premis perniagaan YPU selama dua bulan pada tahun 2020 dan tahun 2021 adalah seperti berikut;
Tahun Moratorium Pembiayaan Pengecualian Sewa 2020 RM163,282.00 kepada 162 IKS RM463,340.00 kepada 111 penyewa 2021 RM506,612.00 kepada 520 PKS RM360,783.00 kepada 108 penyewa JUMLAH RM669,894.00 kepada 682 PKS RM824,123.00 kepada 219 penyewa
Di samping itu, pihak Kerajaan juga ataupun YPU juga untuk membantu pemasaran lebih berkesan, Antaranya;
1. Mengambil pendekatan untuk pendigitalan pemasaran produk usahawan kecil melalui kursus-kursus dan latihan bagi memperkasakan usahawan kecil dengan pengetahuan serta kemahiran penggunaan platform perniagaan secara digital bagi membolehkan peniaga kecil mengharungi perubahan landskap keusahawan lebih tertumpu kepada pendigitalan dalam realiti sekarang dan norma baharu perniagaan.
2. Memberikan skim geran dan pembiayaan kepada semua golongan usahawan IKS yang bertujuan untuk meningkatkan daya maju usahawan IKS Negeri Terengganu.
3. Menyediakan khidmat nasihat, YPU juga menyediakan khidmat nasihat kepada usahawan dan peniaga melalui seminar dan kursus untuk memperkasakan hasil produk tempatan oleh YPU serta agensi-agensi di bawah pengurusan Pembangunan Usahawan Terengganu (PEUTER), yang dianggotai oleh 40 agensi Persekutuan dan Negeri.
Terima kasih.
Sila Yang Berhormat, satu soalan tambahan.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan soalan tambahan saya
sebenarnya apabila diteliti dengan jawapan daripada EXCO tadi, bukan EXCO Usahawan dok?
Tak apa la jawab untuk Kerajaan je.
EXCO Usahawan mana erk?
Tak pe la dia jawab, bagi pihak…
Tak apa la, cuma apabila kita teliti sebenarnya usahawan IKS kita ini memang menghadapi suasana yang teruklah, dalam ketika pandemik COVID-19 ini sebab saya nak kata rapat sangat tu, tidaklah tetapi senantiasa bersama dengan usahawan dan mendengar keluhan daripada usahawan kita sendiri. Kalau kita tengok 80%, makna yang boleh bertahan tiga bulan tapi pandemik ini sebenarnya dah hampir 2 tahun dah. Cuma soalan tambahan saya nak tanyalah sejauh mana perancangan jangka panjang dalam kita nak menangani masalah usahawan kita yang memang amat terkesanlah, saya cukup bersimpatilah dengan usahawan-usahawan kita, jangan sampai gulung tikarlah, kalau boleh kita cari jalan apakah perancangan untuk jangka masa panjang kepada IKS.
Rasa macam cover belaka dah tadi Yang Berhormat.
Terima kasih.
Jawapan panjang tadi. Tak apa, sila Yang Berhormat.
Jawapan itu nampak mendatar gitu, tetapi biar kita supaya usahawan di luar tu mendengar biar lebih terasa makna Kerajaan mengambil tahu dan caknalah kepada masalah usahawan kita, terima kasih.
Okay, insya-Allah kita tadi mendatar, sekarang kita mendaki pula. Ya,
kita akan terus lakukan apa sahaja yang boleh kita lakukan insya-Allah untuk melihat usahawan-usahawan kecil ini akan terus bangun dan bertahan. Yang saya sebut tadi ialah apa yang telah kita buat dan sedang kita lakukan. Insya-Allah akan datang ini, untuk jangka panjang kita juga telah bekerjasama dengan banyak pihak, contohnya kita bersama mengadakan kerjasama strategik dengan Bank Islam Malaysia Berhad, di bawah Program Pembiayaan Mikro Bangkit yang fokus kepada penjaja dan peniaga kecil dan golongan B40, yang tidak layak mendapat kemudahan perbankan biasa, kita pakai cara ini, salah satu caranya.
Kemudian antara ciri-ciri pembiayaan adalah Kontrak Syariah - Qardhul Hasan, modal hub untuk modal kerja, perbelanjaan modal perniagaan, pembelian mesin peralatan dan sebagainya. Kita buka permohonan ini kepada semua yang terlibat yang terkesan, mudah-mudahan mereka mempunyai peluang untuk meneruskan perniagan mereka dengan melalui pinjaman-pinjaman yang dikendalikan oleh YPU dengan kerjasama daripada Bank Islam Malaysia. Itu salah satu caralah, so maknanya kita akan terus memantau dari semasa ke semasa dan memberikan bantuan termasuk pemasaran yang kita sebutkan tadi, pemasaran melalui pendigitalan, bantu melalui pemasaran melalui perniagaan memberi moratorium jika perlu. Saya rasa itulah lebih kurang yang akan kita buat untuk menjamin supaya IKS ini terus bertahan dan mampu untuk terus hidup, insya-Allah, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
ADUN Bandar ada nak tanya, ADUN Bandar.
Ada soalan tambahan tak, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Nanti sekejap, sebab soalan ini, dia lebih kurang sama dengan soalan daripada ADUN Bandar, saya bagi peluang kepada ADUN Bandar, sila.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya soalan kedua, jadi saya tidak masuk soalan ini.
Macam mana itu?
Soalan saya akan masuk soalan kedua, sebab tu soalan satu saya, jadi saya pilih soalan yang kedua.
Tak apalah. Maknanya tidak ada soalan tambahan.
Tidak ada.
Ada saya, beri ke sayalah Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ada sikit saja soalan tambahan, boleh Dato’ ya? Saya tengok apa yang Kerajaan telah rancang itu sudah bagus tetapi pada saya, itu merupakan plan jangka masa panjang. Tapi sekarang ini Yang Berhormat EXCO tahu ke tidak bahawa bila kita masuk fasa pandemik fasa yang ketiga ini, kita akan buka premis-premis perniagaan kita. Di Terengganu ini, dok soh tengok di luar Kuala Berang dok sohlah, tengok di Kuala Terengganu ini saja, bila nak buka perniagaan ini betapa ramainya peniaga-peniaga kita dok leh nak start kerja, dok leh nak buka kedai kerana modal memang ikat perut dah dia kata, sekitar Kuala Terengganu ini saja, makna kalau 10 kedai deret tu, dua je boleh buka, saya tanya pasal apa dok buka hok lain, takdok modal. Jadi saya berharap Kerajaan Negeri yang ada pada hari ini boleh menyediakan sedikit dana, sedikit supaya boleh start saja, pahtu nak pinjaman bank apa, payah Yang Berhormat. Payah sangat.
Ini cadangan, cadangan Yang Berhormat.
Cadangan saya
Okey, terima kasih.
Cadangan supaya Kerajaan Sejahtera kita ini boleh bantu rakyat. Itu sahaja, terima kasih.
Okey.
Okey, terima kasih. Cadangan itu kita akan teliti dan akan terus membantu, kita pun prihatin sebenarnya. Prihatin sangat kepada …..
Payah teliti-teliti Yang Berhormat, Yang Berhormat kabor kita nak beri..
Dok, maksudnya…
insya-Allah RM500, RM600 je saya rasa
Dok, kita teliti untuk pendetailan, nak tengok macam mana, tadi saya kata dah ada ruang untuk pinjam BIMB tanpa cagaran, so ada perkara-perkara yang boleh kita lakukan bersama agensi lain, ada yang YPU boleh uruskan sendiri. So insya- Allah kerjasama prihatin dan terima kasihlah keprihatinan Yang Berhormat pada IKS kita.
Okey.
Kami pun sama-sama prihatin sebenarnya. Okey terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, saya persilakan Wakil Rantau Abang.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, soalan saya ialah soalan nombor 1 –
Sila nyatakan berapakah jumlah pinjaman yang dikeluarkan oleh Tabung Pinjaman pembinaan rumah di atas tanah sendiri
Sila Yang Berhormat.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau Abang, saya mewakili Yang Berhormat Bukit Tunggal, yang tidak dapat bersama pada pagi ini, marilah sama-sama berdoa untuk sahabat-sahabat kita agar Allah Ta’ala lindungi beliau. Soalan daripada Yang Berhormat Rantau Abang bertanya tentang, sila nyatakan berapakah jumlah pinjaman yang dikeluarkan oleh Tabung Pinjaman pembinaan rumah di atas tanah sendiri. Bagi tahun 2021 sahaja, RM17 juta akan dikeluarkan oleh Tabung Pinjaman bagi pembinaan rumah di atas tanah sendiri. Bagi tahun yang akan datang, RM15 juta atau 30% dari peruntukan semasa yang diluluskan akan digunakan bagi tujuan berkenaan, terima kasih.
Yang Berhormat, satu soalan tambahan.
Soalan tambahan saya yang pertama ialah dalam meluluskan pinjaman bagi permohonan tanah sendiri ini, apakah kelulusan pinjaman perumahan bagi tanah sendiri ini mengikut kuota daerah dan jika ada, berapa peratuskah setiap daerah. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau Abang. Tiada kuota mengikut daerah. Hanya mengikut tentang kelayakan pemohon di dalam e-Perumahan berasaskan e-Perumahan Rumah Mampu Milik dan Skim Pinjaman Perumahan Terengganu, dan mereka memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam skim berikut.
Okay. Saya persilakan wakil Jertih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan yang ketiga-
Berapa banyakkah haiwan ternakan kerbau dan lembu yang berdaftar dengan jabatan perkhidmatan veterinar mengikut daerah di Negeri Terengganu untuk tahun 2018, 2019 dan 2020?
YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi):
Terima kasih kekanda Yang Berhormat Jertih, Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Soalan berkaitan dengan bilangan haiwan ternakan lembu dah kerbau yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu mengikut daerah bagi tiga tahun 2018, 2019 dan 2020. Saya masuk kerbau dululah.
Daerah 2018 2019 2020 Kemaman 1,354 1,295 899 Dungun 2,195 2,170 630 Marang 1,767 394 1,268 Kuala Terengganu 420 647 982 Hulu Terengganu 1,698 1,754 837 Kuala Nerus 514 1,242 24 Besut 133 121 118 Setiu 427 381 327 JUMLAH 8,508 8,004 5,085
Penurunan mendadak pada tahun 2020 ini kerana sebenarnya Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam proses untuk pemutihan data. Jadi proses bancian sedang dilakukan dan setakat ini yang dibanci hanyalah pada angka 5 ribu lebih, masih terdapat lagi kira-kira 20% penternak kerbau yang belum dibuat bancian kerana masalah lokaliti dan penama yang tidak dapat ditemui oleh JPV. Kita letakkan jangka masa sehingga berakhir tahun 2021 proses bancian ini akan selesai. Dalam masa yang sama dalam tempoh dua tahun lepas, banyak sembelihan ditumpukan kepada kerbau disebabkan harga disebabkan harga belian lembu yang tinggi dan bekalan yang sukar, terutamanya daerah Kemaman dan daerah Dungun yang mencatatkan 30-40% sembelihan adalah kerbau.
Baik, saya masuk kepada lembu.
Daerah 2018 2019 2020 Kemaman 2,260 22,678 30,119 Dungun 12,858 12,987 13,401 Marang 10,560 5,191 9,173 Kuala Terengganu 5,269 4,572 8,162 Hulu Terengganu 8,251 7,092 6,360 Kuala Nerus 6,356 3,698 1,151 Besut 12,958 12,993 7,034 Setiu 8,871 9,956 10,033 JUMLAH 87,783 79,167 85,437
Terima kasih.
Soalan tambahan Dato’ Yang di-Pertua, kita tengok trend peningkatan ataupun penurunan berkait dengan ternakan lembu kerbau ini dia tidak banyak berubah, kecuali yang kerbau itu mungkin dalam proses pemutihan. Cuma saya tengok minat terutamanya kepada golongan muda untuk berkecimpung dalam ternakan lembu daging ini merupakan satu trend baru. Cuma mereka menghadapi masalah sebagaimana yang diutarakan oleh ADUN Rantau Abang berkait dengan harga makanan ternakan yang tidak stabil, dan kadang-kadang tinggi yang mana kalau ikut costingnya, dia tidak akan menguntungkan. Kalau nak harapkan makanan hijau, dia bergantung kepada musim. Kalau musim kering, nyakye ke orang kampung. Kalau nak maintain juga, kena beli makanan, kosnya tidak, dipanggil tidak viable dengan pengeluarannya.
Soalan Yang Berhormat?
Cuma soalannya, akhir-akhir ini lepas daripada musim reban baru ini, lembu juga menghadapai masalah sebagaimana kita juga. Kita ada COVID-19, lembu mari COVID jugak, yang mana virus yang menyerang lembu kita ini dia panggil lumpy skin desease. Makna kulit dia jadi netup. Jadi ini merupakan satu ancaman baharu, bukan sahaja kepada Negeri Terengganu tetapi seluruh negara yang mana hari ini kita tengok dalam whatsapp golongan penternak,
macam-macam kaedah dia kata boleh sapu dengan kunyit kuning sahaja, kerana mereka ini masih lagi mencari-cari formula bagaimana, satunya, nak mencegah. Yang kedua, nak merawat. Dan hari ini dikeluarkan arahan oleh Kerajaan, mana-mana lembu pedaging ke, lembu susu ke kalau kena penyakit ini, dia wajib lapor. Kalau tidak lapor, dia kena denda boleh sampai RM20,000.00.
Soalan… soalan Yang Berhormat, soalan.
Soalannya… tadilah, yang pertamanya lagu mana nak cegah daripada ianya merebak. Okay. Kalau dah merebak, kerana di Besut, banyak dah leni ni. Kalau dah merebak, cara mana nak rawat. Dan ada dalam webinar Jabatan Perkhidmatan Haiwan baru ni, dia kata ada vaksin dah. Makna serupa COVID jugak. Lembu ni kalau bubuh vaksin, kalau ikut pegawai veterinar penyakit ni payah kena…
Okey Yang Berhormat,
Jadi adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk membantu? Memberi vaksin untuk mencegah daripada penyakit ini menular di kalangan lembu daging dan lembu tenusu di Negeri Terengganu. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat.
Kita takmboh jadi perbahasan pula. Sila,
YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Terima kasih atas perhatian Jertih kepada sektor penternakan kita. LSD ini, Lumpy Skin Disease dia tumbuh butir-butir dekat kulit lembu. Untuk tahun 2021 yang direkodkan oleh JPV, bilangan penternak kita yang terlibat seramai 16 orang, dengan bilangan ternakan yang disyaki LSD 60, kemudian bila dibuat ujian-ujian klinikal, 10 daripadanya disahkan positif. Bila ternakan ini disahkan positif tindakan kuarantin diambil serta merta kerana LSD ini penyakit yang boleh berjangkit dan ada SOP dari segi kaedah perawatan cuma pelupusannya adalah pilihan yang terakhir dengan cara disembelih. Cuma berbeza dengan disease
lain yang menyerang ternakan, LSD ini bukan zoonosis maknanya bukanlah penyakit yang boleh berjangkit kepada manusia bila dilupuskan daging itu, dipulangkan kepada penternak dan ujian klinikal mengesahkan daging ini selamat untuk dimakan cuma soal nak makan ataupun tidak sahaja. Jadi sebenarnya Jabatan Perkhidmatan Veterinar aware dengan permasalahan ini dalam makluman dan tindakan kita dan kalau sekiranya diperlukan satu bajet untuk tindakan pencegahan dan pengawalan insya-Allah kita akan bincangkan perkara itu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya persilakan Wakil Pengkalan Berangan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan nombor satu -
Berapakah jumlah keseluruhan keluasan tanah kebun nukleus durian di Pengkalan Berangan?
YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Terima kasih Pengkalan Berangan, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan berkaitan dengan keluasan tanah kebun nukleus durian di kawasan Pengkalan Berangan. DUN Pengkalan Berangan adalah merupakan pengeluar utama buah-buahan bermusim di kawasan Marang dan menyumbang kepada kira-kira 20% keluasan kebun durian untuk Negeri Terengganu terutamanya Durian Kampung. Jadi di dusun nukleus Pengkalan Berangan ada enam kelompok, yang pertama kelompok Bukit Seri dengan keluasan 38.7 hektar, yang kedua kelompok Padang Mengkuang dengan keluasan 35.05 hektar, yang ketiga kelompok Jerong Seberang dengan keluasan 25.83 hektar, yang keempat kelompok Jerong Surau dengan keluasan 11.71 hektar, yang kelima kelompok Lubuk Batu keluasan 36.34 hektar dan yang paling luas ialah kelompok Sungai Serai dengan keluasan 120.53 hektar menjadikan keluasan keseluruhan 268.2 hektar.
Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO di atas penjelasan yang diberikan. Kita melihat dengan keluasan 268.2 hektar itu, telah memberi peluang kepada
lebih kurang 427 orang pekebun jadi, soalan saya ialah apabila kita melihat durian ini mampu untuk memberi pendapatan kepada pengusaha memandangkan permintaan yang agak tinggi dan harga yang agak orang kata munasabahlah, jadi apakah langkah yang telah dan sedang dan akan diambil oleh pihak Kerajaan bagi menghasilkan penghasilan buah dapat diteruskan sepanjang tahun bagi memastikan ia mampu untuk memenuhi permintaan dan dalam masa yang sama apakah usaha-usaha Kerajaan untuk meningkatkan menaiktaraf infrastruktur di kawasan kebun khususnya di kawasan dusun nukleus.
YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, setakat ini dengan keluasan 268.2 hektar, hasil untuk semusim kira-kira RM4 juta. Dia masih rendah lagi sebenarnya dan kita menjalankan gerakan secara intensif untuk meningkatkan pengeluaran hasil yang paling utama ialah kita nak ubah cara berfikir pekebun-pekebun kita dan kita selalu tekankan bahawa pokok perlukan A, B, C, D, air, baja, cahaya dan duit. Tiga elemen ini adalah elemen utama yang kadang-kadang pekebun kita silap faham. Bila kita masuk dalam kebun durian, ramai daripada kalangan pekebun kita cuma tebas kebun setahun sekali bila durian nak luruh. Baja tak tahu ke mana, pengairan tak tahu ke mana. Bila kita tanya kenapa tak letak baja? Kenapa tak letak sistem pengairan? Selalunya pekebun akan bagi respond pohon besar dah, buat apa kita buh baja, buat apa kita letak air. Saya jawab walaupun pohon besar dia tetap tak boleh gi kedai sendiri untuk beli baja. Kerana itu fokus kepada pekebun-pekebun ialah ubah cara berfikir dalam Program Pemulihan Dusun. Tanah banyak daripada tanah kebun kita yang berasid dengan PH sekitar tiga hingga empat. Bila kualiti tanah berasid, sebanyak mana kita letak baja pokok tidak akan dapat ambil baja daripada tanah. Jadi kita perlu perbetulkan PH tanah dengan proses pengapuran dan kita perlu pasang sistem pengairan, kerana letak baja tanpa sistem pengairan macam kita makan nasi takdok air. Nanti pokok itu akan lekat. Kerana itulah Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM800,000.00 pada tahun ini, untuk baiki sistem pengairan dan juga untuk pertingkatkan tahap kesuburan tanah, dalam masa yang sama kita juga ada Program Cantuman Dewasa untuk kita transformasikan kebun-kebun durian kampung peninggalan arwah tok, arwah ayah yang tidak lagi produktif untuk kita buat cantuman dewasa dan dicantumkan dengan tunas durian klon sama ada Musang King ataupun Duri
Hitam supaya walaupun batang dia durian kampung dia keluar dahan durian klon dan berbuah dengan buah Musang King ataupun buah Duri Hitam.
Satu lagi adalah kawalan perosak sekarang ini, untuk kawalan perosak kebun durian kita telah menggunakan kaedah dron supaya semburan racun sampai ke serata bahagian pokok dan boleh membasmi perosak-perosak yang biasa menjadi musuh kepada kebun-kebun kita. Berkaitan dengan infrastruktur sebahagian besar daripada tanah yang ditanam durian di enam kelompok dalam dusun nukleus Pengkalan Berangan ini adalah kawasan berbukit yang sangat berpotensi untuk dimajukan sebagai agro tourism, dan kita tengok kemudahan jalan adalah di antara isu utama, kerana itulah pada tahun ini kita telah mula buat secara berperingkat, baiki jalan untuk memudahkan pekebun naik dan bawa turun hasil. Dalam masa yang sama kita tengok kepada way forward kita banyak tempat ini sangat berpotensi dan sangat menarik untuk dijadikan sebagai agro tourism yang mampu meningkatkan pendapatan kepada pekebun dan petani kita. Terima kasih.
Seterusnya saya jemput Wakil Bandar.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, soalan saya soalan yang kedua -
Sejauhmanakah penubuhan Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) akan dapat meningkatkan prestasi pendidikan di Negeri Terengganu?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan juga Sidang Dewan sekalian. Soalan ADUN Bandar berbunyi sejauh manakah penubuhan Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu akan dapat meningkatkan prestasi pendidikan di Negeri Terengganu. Yang Berhormat Dato’
Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, antara hasrat penubuhan Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu ini adalah untuk meningkatkan prestasi dan juga mengekalkan kejayaan pendidikan yang sedia ada di Terengganu dan sebagaimana yang sedia maklum bahawa di bawah pentadbiran pengurusan JPINT ini ada Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu (SMANT) sebanyak 14 buah dan pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan SRIDI satu buah untuk satu DUN maknanya 32 buah dan juga SMIDI lapan buah untuk satu Parlimen yang keseluruhannya akan mengurus 54 buah sekolah. Jadi dengan kadar bilangan sekolah dengan pengurusan pentadbiran dan sebagainya, kita rasa amat wajar persiapan awal diwujudkan untuk menaik taraf bahagian pendidikan yang sedia ada menjadi Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu. Antaranya adalah untuk;
1. Melancarkan urusan pentadbiran, pengurusan, kawalan terhadap sekolah rendah dan menengah kerana ianya berada di bawah satu pengurusan sahaja di bawah satu bumbung.
2. Menyelaras dan menentukan keperluan dan agihan peruntukan kewangan sekolah, bantuan per kapita, biasiswa, serta peruntukan kecemerlangan dapat diagihkan dengan segera dan diurus secara teratur. Untuk makluman Dewan, JPINT juga menyelia 142 buah sekolah ataupun insitutisi pendidikan swasta termasuk pondok, maahad tahfiz dan sebagainya telah diberi peruntukan bantuan oleh Kerajaan Negeri mengikut per kapita.
3. Menyelaras Pelan Kecemerlangan Pendidikan Negeri yang meliputi pembangunan bakat murid dalam bidang ko-kurikulum dan juga sukan.
4. Merancang dan menyelaras program-program utama akademik serta aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan mutu pencapaian dan kecemerlangan murid.
5. Mengenal pasti, merancang dan mengurus Pembangunan Sumber Manusia mengikut keperluan di setiap sekolah bawah kawalan Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, apakah kewajaran penubuhan JPINT ini dan bolehkah Yang Berhormat sedikit terangkan adakah sebarang pencapaian yang ditetapkan oleh Kerajaan dalam pendidikan khususnya Pendidikan Islam di Negeri Terengganu. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, hasrat Kerajaan supaya JPINT ini dapat bergerak seiring dengan JPN Negeri Terengganu dan khususnya melibatkan Institusi Pendidikan Islam yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri kerana itu kita telah cuba untuk membuat penyelarasan supaya tidak terlalu banyak agensi-agensi yang terlibat di bawah institusi yang sama. Jadi antaranya kita telah mengklasifikasikan pengurusan dan pemantauan institusi-institusi pendidikan ini kepada tiga peringkat. Yang pertama pra sekolah iaitu yang berumur empat hingga enam tahun di bawah seliaan Yayasan Islam Terengganu. Sekolah rendah menengah daripada tujuh hingga 19 tahun diselia dan diselaraskan di bawah satu payung sahaja iaitu di bawah Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu dan pengajian tinggi yang melibatkan 18 tahun ke atas akan diletak dan diseliakan di bawah Yayasan Terengganu dan hasrat kita semua urusan melibatkan pendidikan khususnya kepada pelajar-pelajar akan dipermudahcarakan, diseliakan oleh JPINT sendiri bermula tahun ini dengan kelengkapan yang sedia ada termasuk makah lurah dan sebagainya dimanfaatkan sebaik mungkin untuk pelajar-pelajar yang bakal ke luar negara dan kemudahan pengurusan sehingga pelajar tersebut dapat menyambung pengajaran ke luar negara akan diseliakan dengan lebih baik dan lebih kemas kini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya minta maaf pada Wakil Langkap. Saya terlepas pandang tadi. Jadi, saya jemput Wakil Langkap untuk mengemukakan soalan. Sila.
Maaf diterima. Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya tiga soalan. Tolak dua tinggal satu. Jadi soalan satu jelah. Terima kasih.
Berapakah bilangan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri yang mengalami kerugian dan kemungkinan akan dijual dan ditutup.
Terima kasih kepada Langkap. Dato’ Yang di-Pertua, soalan itu adalah berkait dengan bilangan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri yang mengalami kerugian dan kemungkinan dijual dan ditutup. Bilangan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri yang mengalami kerugian dan berkemungkinan ditutup pada tahun 2021 berjumlah lapan buah kesemuanya.
Soalan tambahan saya, saya nak tahu berapakah anak syarikat yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri ataupun diwujudkan daripada semenjak daripada 2018 sehingga kini. Berapa anak syarikat? Syarikat baru yang diwujudkan, dan kalau syarikat itu mengalami kerugian, apakah sebab kerugian sama ada dari segi kerugian tu dari segi pengurusan syarikat ke ataupun kerana COVID ke atau di sebaliknya?
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan Langkap di atas soalan tambahan. Soalan yang berkait dengan maklumat pendetailan daripada 2012 itu memerlukan notis dan untuk dilihat dalam data. Walaupun begitu secara umumnya syarikat-syarikat yang mengalami proses penutupan ini, yang disebutkan oleh saya tadi mempunyai pelbagai justifikasi penutupan syarikat antara yang boleh saya sebutkan secara ringkas di sini ialah sebagai contohnya ialah syarikat TI Offshore Services Sdn. Bhd. yang berstatus dormant sejak daripada 2016 dan memang tidak menjalankan apa-apa aktiviti. Contoh yang lain ialah contoh seperti Suterasemai Sdn. Bhd., syarikat yang telah berstatus dormant sejak daripada 2011 tidak mempunyai apa-apa operasi sedangkan setiap tahun kita mempunyai kos pentadbiran tahunan tetap ataupun recurring cost dengan izin yang merangkumi kos pengurusan, kos kesetiausahaan, syarikat, yuran audit, yuran berkanun dan lain-lain yang perlu dibayar walaupun syarikat ini berstatus dormant. Contoh yang lain ialah Terengganu Marine Works Sdn. Bhd. yang tidak beroperasi sejak diambil alih daripada GLC Terengganu pada tahun 2014, yang daripada tahun 2014 juga seperti syarikat TI Merchandise Sdn. Bhd. yang tidak beroperasi sejak mula ditubuhkan pada tahun 2014 dan telah diaktifkan
pada tahun 2018 sebagai syarikat menjual produk cenderamata, tetapi pada tahun 2019 operasi syarikat dihentikan untuk menghentikan persaingan dengan peniaga tempatan dan lain-lain syarikat lagilah yang saya rasa tak, saya ingin sebutkan di sini kesemuanya adalah majoritinya berkait dengan tidak beroperasi, berstatus dormant dan tidak mempunyai pekerja dalam syarikat itu. Terima kasih.
Terima kasih. Seterusnya saya menjemput Wakil Batu Rakit.
Terima Kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Dalam paya banyak hantu.
Soalan saya nombor satu.
Terima kasih.
Ringkas pantun Yang Berhormat.
Berapa buah sekolah SRIDI yang telah beroperasi sehingga kini?
Terima kasih Yang Berhormat Batu Rakit. Soalan nombor satu berbunyi berapa buah sekolah SRIDI yang telah beroperasi sehingga kini, dan untuk itu saya rasa lebih kurang saja beberapa soalan yang berkait dengan SRIDI ini iaitu Seberang Takir dan juga ADUN Wanita. Berapa buah sekolah SRIDI yang telah beroperasi, sembilan campur dua. Terima kasih.
Soalan tambahan saya, berapa buah sekolah SRIDI yang telah mendapat kelulusan daripada Kementerian dan berapakah jumlah kos keseluruhan untuk mewujudkan SRIDI. Terima kasih.
Berkait soalan tambahan tersebut, kita sudah proses untuk mendapatkan kelulusan KPM tapi setakat ini untuk makluman, semua buku teks yang diguna pakai di SRIDI dan SMIDI dibekalkan oleh pihak KPM, jadi urusan itu masih lagi dalam proses. Peruntukan itu minta notislah. Saya tak dok maklumat tu. Terima kasih.
Minta satu lagi. Sekiranya tidak mendapat kelulusan, apakah nasib pelajar-pelajar SRIDI untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sekiranya sekolah-sekolah ini tidak diiktiraf oleh kementerian. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, tidak timbul masalah pengiktirafan sebab kita mengguna pakai kurikulum yang diguna pakai oleh KPM yang pelajar akan mengambil pengajian UPSR cuma termasuk juga pelajar akan mengambil peperiksaan UPSRI dan juga UPKK di bawah JAKIM. Terima Kasih.
Terima kasih. Saya jemput Wakil Air Putih.…
Maksud saya apakah perancangan Kerajaan sekiranya…
Cukup-cukuplah Yang Berhormat
Sekiranya.
Cukup-cukuplah Yang Berhormat.
Sekiranya tidak berbangkit kita dalam guna pakai modul yang dibuat oleh KPM doh. Terima kasih.
Jangan jadi satu perbahasan. Sekarang saya jemput Wakil Air Putih.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya yang pertama-
Penubuhan Urusetia Wanita (USWA) dilihat tepat dalam memperkasakan peranan wanita di Negeri Terengganu. Mohon penjelasan berkait halatuju, peranan serta visi dan misi USWA dalam menggapai objektif penubuhan mereka?
Dato’ Yang di-Pertua. Soalan daripada Air Putih yang berbunyi, penubuhan Urusetia Wanita dilihat tepat dalam memperkasakan peranan Wanita di Negeri Terengganu. Mohon penjelasan berkait hala tuju, peranan serta visi dan misi Urusetia Wanita dalam menggapai objektif penubuhan mereka.
Dato’ Yang di-Pertua, Urusetia Wanita ataupun nama pendeknya USWA ditubuhkan sebagai salah satu wadah pembangunan modal insan bagi wanita di Negeri Terengganu. Hala tuju USWA dalam memastikan pembangunan wanita daripada setiap aspek terjamin adalah;
1. Memperluas dan memperkukuhkan hubungan dengan semua pihak terlibat berteraskan slogan dan moto Kerajaan Negeri Terengganu.
2. Menjadi organisasi pemangkin pelaksanaan dasar dan aktiviti pembangunan wanita mengikut bidang keutamaan dengan menyediakan modul yang lengkap.
3. Menjadi agen perubahan kepada Wanita Terengganu ke arah merealisasikan masyarakat yang sejahtera bersama Islam melalui pembangunan modal insan dan jati diri wanita.
USWA juga berperanan selaku;
1. Urus setia rasmi Kerajaan bagi mendokong aspirasi Kerajaan.
2. Organisasi yang merakyatkan program wanita melalui jaringan pentadbiran lapangan akar umbi dengan mengoptimumkan peranan unit-unit tubuh sedia ada di peringkat daerah.
3. Medium untuk menyampaikan dasar-dasar yang melibatkan wanita di semua sektor melalui jaringan media massa, sosial serta peringkat akar umbi melalui unit-unit tubuh sedia ada di peringkat daerah.
Visi :
Menjadi sebuah agensi wanita yang unggul dalam menggerakkan hala tuju wanita menerusi dasar yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Kebajikan Pembangunan Wanita Keluarga dan Perbadanan Nasional.
Misi :
Membangun Wanita Terengganu yang holistik ke arah menyumbang kepada pencapaian aspirasi Terengganu “Maju, Berkat, Sejahtera” berlandaskan syariat Islam.
Terima kasih ADUN Cukai. Yang Berhormat ADUN Cukai. Kita sudah sedia maklum bahawa Kerajaan Negeri sedang merangka mewujudkan dasar Wanita Negeri Terengganu. Soalan saya sejauh manakah perlaksanaan dan progress penubuhan dasar tersebut. Terima kasih.
Alhamdullilah.
Terima kasih kepada Air Putih selepas melalui pelbagai siri bengkel dengan penglibatan pakar-pakar penyelidik yang dilantik daripada pelbagai aspek ekonomi, kesihatan, agama, pendidikan, politik, perundangan dan sebagainya bagi menyediakan Dasar Wanita Negeri Terengganu yang sudah pun siap sepenuhnya dengan bertemakan “Wanita Solehah Peneraju Bersama”. Dasar Wanita Terengganu bakal dilancarkan pada akhir tahun ini serta pelaksanaan dasar ini akan dijalankan bermula tahun hadapan. Bengkel Pelan Tindakan Strategik Dasar Wanita Terengganu yang melibatkan pelbagai agensi, badan berkanun, parti politik serta NGO insya-Allah bakal dilaksanakan pada awal tahun hadapan selepas kita memasuki fasa yang ketiga ataupun keempat. Insya-Allah.
Terima kasih Yang Berhormat.
Sekarang saya persilakan Wakil Kuala Besut.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor tiga-
Apakah usaha pihak Kerajaan Negeri dalam memantapkan pembangunan insfrastruktur pelancongan di Negeri Terengganu.
Soalan yang ketiga apakah usaha pihak Kerajaan Negeri dalam memantapkan pembangunan infrastuktur pelancongan di Negeri Terengganu. Usaha Kerajaan Negeri melalui JPNT untuk memantapkan infrastruktur pelancongan Negeri Terengganu adalah membina dan menaik taraf kemudahan baru dan sedia ada seperti menaik taraf Kampung Budaya Terengganu, menyelenggara Pusat Penerangan Pelancongan, membaik pulih, memulihara bangunan dan landskap serta kerja-kerja yang berkaitan di Kota Lama Duyong, Kuala Terengganu dan banyak lagilah. Peruntukannya diperolehi daripada Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, di Besut sekarang dalam draf untuk menyiapkan Rancangan Tempatan Daerah Besut 2035 bagi penggantian Rancangan Tempatan Daerah 2020 yang telah expired dan sekarang ini RT2035 ini dalam Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Awam Daerah Besut 2035 dan kami di Besut rasa berterima kasih kerana di atas Rancangan RT2035 ini yang sangat komprehensif dan juga perancangan yang sangat baik cuma Dato’ Yang di-Pertua ada satu cadangan yang menjadi kegusaran kami khususnya di Kuala Besut kerana ada satu cadangan di dalam RT2035 iaitu Rancangan Tempatan Daerah Besut 2035 ini yang mana ada satu cadangan itu untuk mengalihkan jeti pelancongan Kuala Besut daripada Pekan Kuala Besut ke seberang Kastam ke sebelah Southern Breakwater di seberang Kastam. Jadi perkara ini menjadi kegusaran kami kerana sekiranya perkara itu dilaksanakan ia melibatkan infrastruktur pelancongan walaupun masih lagi di peringkat cadangan untuk Rancangan Tempatan tetapi yang menjadi kerisauan kami dia akan menjadi satu zonning yang akan diwartakan mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 jadi saya mohon pihak Kerajaan supaya perkara ini, saya nak kena tanya pihak Kerajaan sama ada hendak meneruskan perancangan ini ataupun
tidak kerana kami warga komuniti Besut khususnya di Kuala Besut memohon supaya perancangan ini supaya dikekalkan zon jeti pelancongan di sebelah Kuala Besut dan jeti perikanan itu dikekalkan di sebelah seberang Kastam kerana masih ada ruang lagi dalam perancangan supaya jeti pelancongan Kuala Besut itu diupgrade dinaik taraf di sebelah Northern Breakwater di sebelah utara breakwater Kuala Besut masih ada lagi ruang untuk dinaik taraf di sebelah situ dan bukannya dialihkan di sebelah seberang Kastam seperti dalam RT2035 ini dan kita semua sedia maklum bahawa…
Jangan jadi perbahasan Yang Berhormat.
Saya cuma hendak…
Jawab apa yang ditanya terus.
Saya hendak beri….
Tak payah, tak payah panjang sangat scenario tu.
Saya hendak beri clear ini. Kita faham bermula 1 September hingga akhir September adalah penyertaan awam bagi kita buat bantahan tetapi kita juga mohon supaya pihak Kerajaan mengambil kira rayuan dan juga keluhan rakyat khususnya di Kuala Besut supaya dikekalkan jeti Kuala Besut di sebelah Kuala Besut. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Soalan dia panjang jadi saya jawap ringkas jadi dalam perancangan jadi kita akan tengok baliklah. Insya-Allah.
Seterusnya saya menjemput Wakil Ajil.
Soalan saya nombor satu-
Bagaimana Kerajaan Negeri memanfaatkan kewujudan pelbagai NGO seperti PERANTAU untuk membantu anak-anak Terengganu yang memerlukan bantuan, terutamanya pada musim PKP ini?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ajil bertanyakan tentang bagaimanakah Kerajaan Negeri memanfaatkan kewujudan pelbagai NGO seperti PERANTAU untuk membantu anak-anak Terengganu yang memerlukan bantuan terutamanya pada musim PKP ini. Untuk makluman Wakil Ajil dan semua yang hadir pada Februari 2020 yang lalu Kerajaan Negeri telah mengadakan bengkel dan perjumpaan di Kuala Lumpur bersama dengan semua 16 Pertubuhan Anak Terengganu di perantauan dan melalui bengkel yang diadakan selama dua hari tersebut kita telah pun menubuhkan satu sekretariat yang dinamakan Jawatankuasa Kepimpinan Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan ataupun dengan ringkas KPATD dan di dalam satu bengkel tersebut juga pelbagai perancangan telah pun dirancang dan telah pun diadakan satu cadangan untuk melakukan satu program yang diberi nama Jaringan 2020 ataupun Jelajah Informasi & Ramah Mesra Anak-anak Terengganu di Perantauan. Namun begitu hanya satu program sahaja yang sempat diadakan iaitu pada 21 Februari 2020 bersama anak-anak Terengganu di Johor yang turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Selepas itu terpaksa ditangguhkan disebabkan kerana PKP 1.0 yang telah pun bermula dan berikutan dengan pelaksanaan PKP 1.0 pada 16 Mac 2020 yang lalu Kerajaan Negeri melalui sekretariat yang saya nyatakan itu telah pun bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM50,000.00 untuk manfaat Persatuan Anak-anak Terengganu bagi membantu keluarga-keluarga anak-anak Terengganu di perantauan yang memerlukan. Seterusnya pada 2021 satu bantuan one-off telah pun juga diberikan pada Jun 2021 kepada Persatuan-persatuan Anak Terengganu di perantauan juga sebanyak RM100,000.00 untuk diberikan kepada 16 persatuan ini bagi membantu keluarga-keluarga anak-anak
Terengganu yang menghadapi masalah dan seramai 500 buah keluarga sebanyak 500 buah keluarga telah pun mendapat manfaat daripada bantuan ini yang disasarkan kepada keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah. Terima kasih.
Terima kasih di atas penjelasan dan soalan tambahan saya adakah ada di kalangan perantau rakyat Terengganu yang berada di luar khususnya tenaga-tenaga pakar yang dipanggil balik untuk membantu Kerajaan Negeri di dalam beberapa sektor berdasarkan kepakaran masing-masing. Terima Kasih.
Terima kasih kepada Ajil. Ya di antara salah satu tujuan dan matlamat hubungan yang diadakan di antara Kerajaan Negeri dengan Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan ini adalah untuk melihat tenaga-tenaga pakar yang ada di luar yang melibatkan anak-anak Terengganu yang mungkin boleh diambil dan diberikan manfaat kepada Kerajaan Negeri Terengganu itu sendiri dan memang ada beberapa anak-anak perantau yang telah pun dibawa balik ke Terengganu untuk berkhidmat antaranya saya sebut beberapa contoh. Antaranya Tuan Haji Burhanuddin Hilmi Harun yang sekarang ini menjadi CEO di Terengganu Inc. Antaranya lagi adalah Tuan Haji Abdul Karim Endut yang sekarang ini menjadi CEO di SATU dan yang ketiganya Profesor Madya Dr. Mohd Zaki Hamzah yang sekarang ini diberi amanah sebagai Pengarah Eksekutif di Golden Pharos. Terima kasih.
Ahli Yang Berhormat sekalian, masa soalan lisan telah habis. Mana-mana soalan yang tidak sempat dijawab dalam Dewan ini akan dijawab secara bertulis selepas pada ini. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan sementara dewan ini dan kita sambung semula pada pukul 11.00 pagi.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.35 PAGI.
PUKUL 11.10 PAGI
Perbahasan
Mesyuarat disambung semula. Kelmarin saya dah bagi peluang dalam Usul ataupun perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Ucapan DiRaja kepada 6 orang iaitu daripada pihak Kerajaan Wakil Tepoh, Wakil Wanita dan juga Wakil Ajil, daripada pihak kawan kita Wakil Seberang Takir, Wakil Kijal, Wakil Batu Rakit, sama banyak. Jadi, pada hari ini ataupun pada tengahari ini kita akan beri peluang kepada pihak Kerajaan untuk menggulung Usul ataupun perbahasan berhubung dengan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan DiRaja. Mungkin tak semua Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan menggulung bila lagi memandangkan masa yang ada pada kita juga sangat terhad. Dan saya juga mintak kerjasama penggulungan daripada pihak Kerajaan biarlah habis tidak lebih daripada pukul 12.20 tengahari ni. Sebab kita ada tiga Tertib Pekerjaan Dewan lagi iaitu satu usul dan dua Rang Undang-undang Enakmen. Saya juga dimaklumkan ada dua EXCO yang tidak dapat hadir hari ini daripada Yang Berhormat Wakil Kota Putera juga Wakil daripada Bukit Tunggal. Jadi sekarang saya silakan wakil Kerajaan untuk menggulung ataupun untuk membuat penggulungan. Dipersilakan, Wakil Kuala Berang.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang):
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, semua Yang Berhormat-Yang Berhormat. Saya Menjunjung Kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta segala jajahan takluknya sempena istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Yang keempat belas. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah turut serta dalam perbahasan Titah berkenaan. Ucapan penggulungan saya ini akan merangkumi jawapan kepada beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sepanjang perbahasan yang telah berlangsung. Pertamanya, apa yang dibangkitkan oleh ADUN Tepoh, Wakil Seberang Takir, Wakil Kijal dan Wakil Batu Rakit.
Kelmarin perkara yang dibangkitkan berkaitan dengan krisis bekalan air yang berlaku di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Yang Berhormat Tepoh telah memaklumkan bahawa pembiayaan Projek Skim Bekalan Air Kuala Terengganu Utara adalah secara bayaran tertangguh atau deferred payment. Bayaran berkenaan sepatutnya berlaku setelah projek berjaya disiapkan. Namun demikian, pembayaran projek telah berlaku sebelum projek berjaya disiapkan. Yang berhormat Seberang Takir pun ada juga menyarankan Kerajaan Negeri agar menyemak kembali kelulusan pembayaran dan memaklumkan bahawa SST yang dikeluarkan menyatakan bahawa pembayaran setelah projek disiapkan. Untuk makluman kita bersama projek ini kontraktornya ialah Konsortium KJV Sdn.
Bhd.
Kos projeknya, RM1.305 billion.
Projek kosnya ialah RM797,112,925.00. Financial Cost yang terlibat ialah RM508,778,589.00. Surat setuju terima ialah 27 April 2016. Dokumen kontrak 3 Mei 2016. Tarikh mula projek 15 Mei 2016. Perubahan tarikh siap projek 14 Mei 2020. EOT yang pertama diberi selama dua tahun bermula 15 Mei 2020 sehinggalah 14 Mei 2022 dan terdapat addendum contract yang dibuat pada 13 Disember 2016 dan ada Supplement Agreement yang pertama bertarikh 28 Januari 2019. Konsep bayaran projek adalah secara bayaran tertangguh. SST telah menyatakan bayaran dibuat secara berperingkat dan tertangguh dalam tempoh 12 tahun. Bayaran pertama hanya akan bermula pada tahun keempat selepas projek siap dan diambil alih. Namun Kerajaan berhak mengkaji semula kaedah bayaran dengan persetujuan bersama. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri bersetuju melalui dokumen kontrak dan addendum di mana Kerajaan Negeri akan mula membayar bermula bulan yang ke 37 dari date of possession iaitu 15 Mei 2016 di dalam first in first out basis mengikut kerja yang disiapkan. Kerajaan Negeri pada ketika itu telah bersetuju membayar kepada kontraktor melalui Instrument Facilities Payment Certificate atau FPC. Pembiayaan projek ini juga dibuat melalui Program SUKUK berjumlah RM1 billion dan Kerajaan Negeri telah bersetuju sebagai security trustee bagi program ini.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Dato’ Yang di-Pertua, penjelasan. Pertama saya nak tahu ini projek mana sebab ada dua projek air di Terengganu. Terengganu Utara dan Kemaman. Yang Berhormat sebut tu yang mana satu. Yang kedua saya dapati ada percanggahan antara dokumen kontrak dengan apa yang supplement dibuat kemudian. Saya mintak Kerajaan Negeri menyiasat perkara ini apakah berlaku
penyelewengan di peringkat mana. Kalau perlu lapor SPRM, lapor SPRM. Terima kasih.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Kita hanya tumpu hari ini kepada projek KJV Kuala Terengganu Utara. Kita tidak termasuk projek BEWG di Kemaman. FPC mempunyai pertalian dengan Program Pembiayaan SUKUK bagi projek ini di mana sekiranya Kerajaan Negeri tidak membayar sebagaimana tarikh yang dijanjikan di dalam FPC akan menjejaskan Program SUKUK tersebut dan akan collapse. Ini akan memberi kesan yang besar kepada kemajuan projek dan Kerajaan Negeri bakal berdepan dengan isu saman melibatkan kontraktor dan pihak bank. Justeru itu, pembayaran oleh Kerajaan Negeri adalah berdasarkan penerbitan SUKUK oleh pihak KAJV. Kita mula membayar pada tahun lepas, dan pada tahun lepas RM67.44 juta, pada tahun ini RM150.21 juta. Dia kena bayar..
Dato’ Yang di-Pertua, boleh minta pencerahan
Yang Berhormat, bagi laluan tak ini., nak beri laluan tak…sila
Nak pencerahan okey, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Tadi dinyatakan oleh Yang Berhormat EXCO pada 28 Januari 2019 ada satu addendum yang pertama, boleh nyatakan tak tajuk addendum itu, kalau ada dengan Yang Berhormat ataupun intipati addendum itu.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Dato’ Yang di-Pertua, saya kalau kita nak bincang tentang perjanjian ini, saya rasa sampai tengahari ini tak habis. Beberapa puluh helai berkaitan ini dan dia lebih kepada perundangan, jadi kalau nak tahu lebih tepat dia kena minta soalan secara bertulislah.
Ya
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Supaya kita boleh kaji dan kita boleh lihat.
Tak apa Yang Berhormat teruskan, cuma saya peringatkan masa Yang Berhormat sebab kita tidak ada sesi sebelah petang, penggulungan campur dengan tiga lagi agenda kita nak habiskan sebelum pukul 1 dan saya dah sebutkan tadi sesi penggulungan kerajaan saya minta habiskan dalam pukul 12.20, insya-Allah.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Terima kasih. Saya akur Yang Berhormat Dato’. Berkaitan dengan, okey kita habislah deferred payment tadi. Berkaitan dengan Yang Berhormat Seberang Takir dan Yang Berhormat Batu Rakit mencadangkan agar Kerajaan memberi pampasanlah ini secara one-off berjumlah…
Saya sokong.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): RM500.00 kepada semua pemilik akaun yang terjejas. Siapa sokong tadi, tak tengok.
Sayalah 8438, sokong
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Sebenarnya kita tidak sokong nak beri ini..
Bakpe pulok
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Itu alasannya, kita lihat dulu. Pertama, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak RM1,000.00 kepada JPKK pada 4 Ogos yang lalu, kemudian Yang Amat Berhormat Menteri Besar meluluskan 25 Ogos pengumuman sebanyak RM1.04 juta kepada DUN dan juga JPKK yang terlibat, kemudian RM500,000.00 CSR oleh agensi-agensi GLC, kemudian SATU telah memperuntukkan RM1.25 juta untuk membeli air minuman dan juga air mineral untuk diagih-agihkan. Kemudian baru-baru ini kita lihat bahawa pada 4 September…
Boleh celah, air-air saya tak terima berese air ini lalu ikut mana dok tahu…
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Terima kasih Batu Rakit. Kita bekalkan air itu banyak, ada air mineral ada air minuman oleh pihak SATU, kemudian air oleh pihak NGO-NGO dan juga daripada JPKK, daripada ADUN-ADUN berlori-lori semuanya itu. So pada 4 September 2021, Kumpulan TI telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM1.61 juta kepada DUN DUN terjejas iaitu sumbangan daripada syarikat SATU, TDM, daripada EPIC Berhad, Ladang Rakyat dan Terengganu Incorporated. MB pun telah mengumumkan…
Saya celah sikitlah
Yang Berhormat, sekarang ini flow daripada Kerajaan, masa Yang Berhormat terhad dan soalan daripada Yang Berhormat tadi pun saya nampak hok tule je,
Bukan, bukan hok tule
Dengar saya kata dulu masa soal jawab pun, soalan yang sama dah berbangkit dah jadi Yang Berhormat nak jawab juga, saya peringatkan saja ini. Sebab ada tiga orang EXCO lagi yang akan buat penggulungan.
Yang Berhormat
Kita terikat pada SOP, Persidangan mesti habis sebelum pukul 1.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua…
Kalau dia bagi laluan takpe itu saya peringat…
Saya nak minta penjelasan
Nanti dengar dulu, ini flow Kerajaan, Yang Berhormat rujuk kepada Standing Orders, kalau dia bagi laluan, okeylah kalau dia tak bagi laluan tak boleh
Yang Berhormat EXCO duduk dah sakning maknanya dia beri laluan ke saya
Itu saya tanya tadi nak bagi laluan ke tidak
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Saya nak habiskan banyak lagi
Itu saya kata sebab tak boleh, ini flow Kerajaan
Saya faham tapi tadi bila saya bangun, EXCO dah duduk makna dia beri saya laluan.
Itu sebelum saya beri peringatan. Saya ada tanggungjawab nak selesaikan
[audio tidak kedengaran dan pertindihan suara di antara YB Dato’ Yang di-Pertua dan YB Wakil Batu Rakit].
Jawab doh baru ini, jawab doh baru ini, doksoh nok ulang hok tulelah, jawab doh baru ini. Sila.. sila Yang Berhormat
Saya nak penjelasan bantuan-bantuan ini disalurkan ke mana, kepada siapa sebab rakyat ingat Yang Berhormat ADUN yang terima.
Terpulang kepada Yang Berhormat nak jawab atau tidak.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Okey, okey terima kasih Batu Rakit. Semua bantuan itu melalui Pusat Khidmat di DUN masing-masing dan diselaraskan di sana kepada JPKK.
Maksudnya Penyelaras DUN, dia Pusat Khidmat ini ADUN pun Pusat Khidmat juga. Biar jelas, biar tahu bahawa duit ini disalurkan kepada Pengerusi Penyelaras DUN-DUN.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Ya, ya Penyelaras DUN Kepada JPKK
Biar jelas begitu..
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Okey terima kasih.
Sebab rakyat ingat ADUN yang terima. Okey terima kasih.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Kemudian MB kita pun telah membuat pengumuman memberi dua bulan air percuma kepada setiap akaun dan kita lihat bahawa di peringkat
Dato’ Yang di-Pertua, boleh tak saya nak minta laluan sikit saja sebabnya ramai rakyat tanya ini, minta laluan sikit saja iaitu nak tanya bulan berapa dua bulan ini sebab ada rakyat dia bagitahu dia terima bil terakhir baru ini masih lagi makna tidak ada potongan. Jadi nak minta penjelasan bulan berapa yang dua bulan percuma. Terima kasih.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Terima kasih. Dia dua bulan ini kita belum buat keputusan lagilah kerana duk sibuk dengan air minggu lepas ini, lepas ini saya akan bincang baliklah. Dia senang
Jangan berulang hok takdok air pula
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Insya-Allah ada hok ini, hok ini berbeza dari dulu. Insya-Allah sama ada kita combine bulan 10 dan 11 ke, 11, 12 ke ataupun kita rebate kepada jumlah penggunaan katakan bulan 3 dan 4 dulu ke, bulan 6 bulan 7 ke, so kita akan buat keputusan nanti. Kita tahu bahawa baru-baru ini pun lori-lori berjumlah lebih daripada 30 dengan tangka statik yang mana kita lihat bahawa terutamanya daripada Khidmat Malaysia, daripada Jabatan Amal Terengganu, NGO-NGO lain banyak memberi bantuan sehingga kepada siang dan malam bertungkus lumus, membantu untuk mensupplykan, menyampaikan kira kira 2.5 juta liter air sehari, 2.5 juta satu hari satu malam. Begitu juga di pihak DUN-DUN dan NGO-NGO bekerjasama membantu menyampaikan bertreler-treler air untuk minuman dan juga air yang berkualiti iaitu air mineral. Jadi saya rasa sudah tentu tidaklah menjadi masalah yang besar kepada rakyat kita di bawah sana kerana dengan bantuan yang mencukupi sudah tentu kita rasa agak lega. Kemudian permohonan yang RM500.00 itu saya tidak mencadangkan supaya diberi kerana kemudahan-kemudahan dan kewangan yang saya sebutkan tadi. Kalau kita tengok zaman dulu pun, kalau tak ada air UMNO pun tak pernah beri rasanya, seingat sayalah.
Dia yang biasa sehari dua saja, krisis ini lama. Orang terpaksa beli tong, ada yang boreng, berapa kos boreng.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Okey, okey terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Kijal memaklumkan terdapat aduan daripada penduduk setempat berkaitan dengan hakisan dan kita lihat bahawa JPS Negeri Terengganu melalui surat bertarikh 22 Oktober 2020 telah mengeluarkan sepucuk surat kepada Unit Perancang Ekonomi dan Pejabat Tanah Kuala Terengganu, memaklumkan berkaitan aduan yang diterima daripada Encik Mahadzir bin Salleh. JPS telah menjalankan siasatan ke rumah pengadu di Pulau Sekati pada 11 Oktober 2020 dan hasil siasatan adalah sebagai berikut:
1) Pengusaha pasir yang menjalankan operasi pengambilan pasir adalah Encik Mohd Khairuddin bin Haji Rashid di Kg. Bukit Datu sejak tahun 2016.
2) Tiada penandaan boya pada tapak sedutan pasir.
3) Hakisan tebing sungai yang telah terjadi adalah antara 1-3 meter iaitu di kawasan Kampung Pulau Sekati
Tindakan telah diambil oleh Pejabat Tanah Kuala Terengganu dengan tidak mengeluarkan doket kepada pengusaha berdasarkan surat aduan daripada JPS. Sehubungan dengan itu, pengusaha telah menjalankan kerja-kerja pengukuran dan penandaan tapak sebagaimana yang telah ditetapkan. JPS Negeri melalui surat bertarikh 25 November 2020 telah memberi maklumbalas bahawa tiada tegahan dan berpuas hati dengan tindakan yang telah dilaksanakan oleh pengusaha setelah lawatan tapak dibuat bersama pengusaha pada 17 November 2020.
Seterusnya, Yang Berhormat Tepoh menyarankan agar Kerajaan Negeri mewujudkan pelan mitigasi dan juga pelan penyelenggaraan aset-aset bekalan air. Saranan agar Kerajaan Negeri untuk mewujudkan pelan mitigasi dan pelan penyelenggaraan aset-aset bekalan air, dengan perkara-perkara berikut:
1. Memperkasakan Jabatan Bekalan Air sebagai sebuah jabatan teknikal Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab memantau prestasi SATU sebagai pemegang lesen ataupun operator yang menerima pajakan aset daripada Kerajaan Negeri sejak tahun 1999.
2. Mentransformasi Syarikat Air SATU kepada sebuah syarikat operator bekalan air yang mempunyai perancangan yang komprehensif terhadap pelan penyelenggaraan asset, pelan unjuran keperluan bekalan air bagi tempoh jangkamasa pendek, sederhana dan panjang serta pelan risiko terhadap kemalangan.
3. Mengkaji semua keperluan pembentukan perjanjian tambahan bagi perjanjian pengkorporatan antara Kerajaan Negeri dan SATU dengan memasukkan elemen-elemen jaminan keselamatan bekalan air atau Treated Water Security.
4. Berdasarkan perjanjian pengkorporatan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan SATU, SATU sebagai pemegang lesen mempunyai obligasi untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:
i.
Menyelenggara perhubungan di antara paip utama SATU dan paip perkhidmatan, yang mana bekalan diberikan kepada premis ii.
Menyelenggara, membaikpulih dan membesarkan kemudahannya untuk memberikan perkhidmatan terbaik iii. Mendirikan dan menyelenggara pagar yang mencukupi di sekitar loji rawatan dan pada bahagian-bahagian lain sistem bekalan air SATU iv. Menyediakan dan menyelenggara keselamatan yang mencukupi pada kawasan tersebut v.
Mematuhi syarat keselamatan di bawah akta Kawasan Larangan Dan Tempat Larangan 1959
Beberapa penambahbaikan dan pelan mitigasi telah dikenal pasti untuk dilaksanakan meliputi:
a. Penandaan jajaran paip yang ada di seluruh dasar sungai dan laut Terengganu
b. Pemeriksaan secara berkala bagi semua paip terutamanya yang berada di jajaran dasar sungai dan laut
c. Menyediakan pelan risiko bekalan air yang mengandungi maklumat penyelenggaraan baik pulih, penyelenggaraan pencegahan, dan merancang sistem jajaran paip yang sistematik sebagai back-up plan sekiranya terjadi krisis air di masa yang akan datang
d. Kajian berkenaan keadaan semasa paip-paip bekalan air terutamanya jajaran paip dasar sungai atau laut perlu dilaksanakan sekiranya tiada secara berkala terhadap aset-aset bekalan air.
e. Mewartakan zon penampang aset bekalan air terutama aset-aset bekalan air yang dikhuatiri terdedah kepada risiko keselamatan aset akibat aktiviti pembangunan termasuk aktiviti perusahaan pasir sungai di sekeliling aset-aset bekalan
f. Mewartakan kawasan-kawasan sumber air yang berpotensi untuk membekalkan sumber air pada masa yang akan datang
g. Menguatkuasa Enakmen Sumber Air Terengganu 2020 yang telah diluluskan dengan tujuan untuk mengawal selia semua aktiviti berkaitan sumber air dan aktiviti-aktiviti di lembangan sungai yang akan memberi kesan kepada sumber air
h. Mewujudkan Jawatankuasa Lembaga Sungai bagi setiap lembangan sungai di Negeri Terengganu di bawah Enakmen Sumber Air Terengganu 2020 yang akan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah serta dianggotai oleh JPS, JAS dan jabatan-jabatan teknikal lain, di mana urus setia bagi jawatankuasa ini adalah Lembaga Sumber Air Terengganu atau LAUT yang dijangka akan bersidang pada Oktober 2021.
Saya rasa itulah secara ringkas penggulungan bagi pihak saya. Saya ucap terima kasih semua.
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Kuala Berang. Sekarang saya menjemput wakil Kerajaan seterusnya, Wakil Jabi ya. Sila.
YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi):
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Jabi juga mengambil kesempatan untuk Menjunjung Kasih atas Perutusan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan yang telah dibacakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sektor pertanian di antara yang diberikan perhatian khusus oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Dato’ Yang di-Pertua,
Pandemik COVID-19, semua sektor terkesan termasuklah sektor pertanian, penternakan dan perikanan walaupun sektor ini dikategorikan sebagai essential services. Statistik daripada bulan Mac 2020 sehingga 2021, kira-kira 40% hasil pertanian kontan di Negeri Terengganu berkurangan. Antara faktornya ialah kawalan pergerakan yang telah mengehadkan pergerakan rantaian pengeluaran. Ada petani yang positif COVID, ada yang kena kuarantin, dan ramai daripada penggiat dalam sektor pertanian rasa tak selamat untuk berada di luar rumah. Yang kedua, ekoran daripada sekatan yang berlaku, permintaan terhadap hasil keluaran pertanian, penternakan dan perikanan telah menurun secara mendadak. Ini memberikan kesan langsung kepada harga jualan dan lambakan hasil memang tidak dapat dielakkan lagi. Yang ketiga, penutupan sektor restoran dan hotel, telah mengakibatkan hasil ternakan akuakultur seperti kerapu hibrid dan siakap kehilangan pelanggan utama. Natijahnya hasil tidak dapat dijual tetapi dalam masa yang sama penternak tetap perlu menanggung kos makanan ikan. Dan yang keempat, sektor ternakan ruminan berhadapan dengan kenaikan kos makanan ternakan.
Dato’ Yang di-Pertua,
Berhadapan dengan situasi ini, Kerajaan telah menyusun dan melaksanakan pelbagai strategi bagi membantu meringankan beban rakyat. Yang pertama dalam menangani isu pemasaran, Kerajaan Negeri melalui jabatan dan agensi seperti FAMA, LKIM, Peladang, Jabatan Pertanian, Perikanan dan TADC, kita telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Pemasaran untuk mengambil peranan merangka strategi bagaimana kita nak keluar daripada kemelut isu-isu pemasaran sepanjang tempoh pandemik dan kita perkasakan fungsi Agro Bazar, fungsi gerai buah-buahan segar, pasar tani kekal, pasar nelayan, pusat jualan hasil-hasil pertanian, pasar borong, fresh mart, kiosk jualan hasil pertanian dan pelbagai lagi. Mengikut kebenaran yang telah diberikan oleh MKN walaupun dalam tempoh PKP dan PKPD dan kewujudan semua pusat-pusat ini bukanlah dengan maksud Kerajaan nak bersaing dengan rakyat untuk berniaga tetapi Kerajaan cuma menyediakan satu platform bagi pemasaran hasil-hasil titik peluh rakyat kita.
Yang kedua, bila hasil tidak dapat dipasarkan menyebabkan rakyat kehabisan modal pusingan untuk kembali bertanam dan menternak. Menyedari hal ini, Kerajaan telah bantu rakyat untuk bangkit kembali dengan menyalurkan peruntukan sebanyak RM1 juta, merangkumi bantuan biji benih, pam air, mesin
chopper, baja, racun, foliar, sistem pengairan, plastik UV, struktur pelindung hujan, isi meter, mini cultivator dan macam-macam lagi. Dengan tujuan untuk meringankan beban rakyat dan kita nak bantu rakyat untuk kembali berusaha semula.
Yang ketiga, peruntukan sebanyak RM200,000.00 bagi tujuan untuk kita salurkan bantuan makanan ikan kepada kira-kira 700 orang penternak akuakultur, sama ada akuakultur air tawar atau air payau yang berada di seluruh negeri.
Yang keempat, RM300,000.00 kita salurkan bagi bantuan peralatan untuk nelayan Zon A, antaranya kita agihkan fish finder, kit peralatan memancing, kawat bubu, pukat tangsi, dengan seramai 415 orang nelayan pantai Zon A di seluruh negeri telah mendapat manfaat.
Yang kelima, bantuan one-off sebanyak RM500 seorang kepada petani, penternak, nelayan dan pemain dalam industri pengeluaran makanan yang telah disahkan positif COVID-19 sejak PKP 1.0 sejak Mac 2020 sehingga…
Mencelah boleh YB? Boleh?
YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Ya, sila.
Minta laluan, terima kasihlah di atas usaha yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri berkait dengan bantuan kepada nelayan Zon A, tapi saya ada terima rungutan daripada nelayan C Kosong, yang mana C Kosong ini pengeluaran hasil dia adalah ikan rakyat, ikan kembung, boleh buat celup tepung, ikan makna ikan-ikan untuk jualan ikan rakyat dan di Negeri Terengganu ini adalah merupakan kira pemborong utama seluruh negara. Hok Kuala Perlis mari, hok Rantau Panjang, daripada Siam mari sini, hok Kuantan mari sini tetapi mereka dia kata t’inggal. Dia kalau boleh mereka memohon bantuan untuk pemberat unjang, biasanya unjang dia buat dia guna pasir buh dalam guni, dua tiga bulan habis, tapi kalau kita bantu pemberat unjang dia boleh tiga faedah. Pertamanya, dia boleh mengelakkan diri buat unjang dekat dengan pantai, dia buat dekat dengan pulau, dia buat dekat dengan pulau dia takut pukat kokot tu mari ganggu dia, sebab itu mari buat dekat pulau, jadi dekat pulau menjadi
masalah Jabatan Perikanan, jadi bila ada pemberat unjang ini, dia boleh buat jauh sikit maknanya pukat kokot, takut kepada pemberat tadi. Dia boleh jadi tukun, boleh mengelak dia gi jauh…
YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Okey boleh faham dah…
Ringkaskan
Cuma ini, saya tengok kos dia pun tidak banyak, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua
YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Jadi asasnya, nelayan laut dalam C Kosong nak mohon konkrit pemberat unjang, asasnya begitulah.
Asasnya begitu
YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Okey tak ada masalah untuk kita pertimbangkan
Kosnya dalam sebijik RM30 sahaja
YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Ya, ya baik insha-Allah
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Yang kelima, bantuan one-off RM500 kepada petani, nelayan, penternak yang positif COVID-19 sejak daripada PKP 1.0 Mac 2020 sehingga Jun 2021. Seramai 90 orang penerima telah mendapat manfaat suatu gambaran bahawa kerja dalam sektor pertanian ini di antara kerja yang rendah risiko untuk dijangkiti COVID-19.
Dato’ Yang di-Pertua,
Dalam isu kenaikan harga makanan ternakan, kita di Terengganu sebenarnya ada kilang makanan ternakan yang dioperasikan oleh Koperasi Peserta-peserta FELCRA Berhad di Gong Badak tetapi tidak dimanfaatkan sebaiknya sama ada oleh pihak pengilang ataupun pihak penternak, under utilise dengan izin. Sebab itu satu penyelarasan bersama di antara Kerajaan Negeri, pihak kilang dan persatuan penternak serta pihak-pihak berkepentingan lain, kita nak supaya kewujudan kilang ini memberikan impak maksimum kepada penternak kita. Kerajaan Negeri melalui JPV kita telah bantu dari segi kepakaran formula makanan ternakan, kemudian Kerajaan menjadi mediator, jadi orang tengah yang menghubungkan pihak kilang dengan persatuan-persatuan penternak supaya bekalan makanan yang dikeluarkan daripada kilang di Negeri Terengganu dimanfaatkan oleh penternak kita dan kita mampu mendapat kualiti yang setanding dengan harga yang kompetitif lebih rendah daripada sumber makanan yang dibawa daripada luar Terengganu.
Yang ketujuh, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pembangunan tanah rezab padang ragut sebagai padang ragut rakyat supaya penternak mempunyai kawasan cerut rumput yang mencukupi. Sekarang ini, pergantungan kepada pallate, kita cuba cari alternatif dengan sumber makanan hijau dan untuk tahun ini sebanyak 70 ekar padang ragut rakyat sedang dibangunkan di semua daerah dengan progress siapnya kira-kira 75%. Kita juga agihkan mesin chopper supaya sumber makanan alternatif seperti pelepah sawit, batang jagung, rumput napier boleh dihancurkan dengan mesin chopper ini dan menjadi sumber makanan ternakan. Satu lagi saya tertinggal info tadi berkaitan dengan soalan Yang Berhormat Jertih sebenarnya Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak RM100,000.00 diperuntukkan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi tujuan perolehan vaksin LSD dengan tujuan untuk kawalan pencegahan penyakit ternakan.
Yang kelapan, kita juga telah labuhkan unjang khusus untuk warga Pulau Perhentian yang selama ini bergantung rezeki dalam sektor pelancongan supaya mereka ada kawasan tangkapan dan boleh bekerja sebagai nelayan buat sementara waktu sehinggalah aktiviti tourism dibuka semula. Kerja-kerja labuh unjang ini kita akan pertingkatkan di sepanjang pantai Negeri Terengganu termasuklah juga kerja-kerja melabuh tukun yang akan bermula daripada 30 September sehinggalah sampai ke sekitar pertengahan Oktober
yang akan memberi manfaat kepada nelayan-nelayan kita di perairan Terengganu. Untuk makluman Dewan, Kerajaan Negeri pada tahun ini memperuntukkan sebanyak RM1.2 juta bagi kerja-kerja memperkayakan sumber perikanan khususnya tukun dan unjang tambahan RM300,000.00 daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan dan untuk rekod Terengganu adalah satu-satunya negeri yang menyalurkan peruntukan tersendiri bagi tujuan program memperkayakan sumber perikanan.
Yang kesembilan, Dato’ Yang di-Pertua dalam musim PKP ini, ketika nelayan tengah dalam kesempitan alhamdullilah, kita telah berjaya agihkan 600 lesen nelayan sampan yang menoktahkan penantian mereka sejak sekian lama, kiranya ada suka dalam duka.
Yang kesepuluh, walaupun dalam sekatan PKP, kita tidak dapat menjayakan program-program bersaiz mega yang mampu menjana jumlah jualan yang tinggi seperti Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Terengganu, Himpunan Lembu Sado Pantai Timur, Karnival Jualan Buah-Buahan Tempatan dan lain-lain program mega yang menjadi acara tahunan kita tetapi tidak boleh buat semua kita cuba buat apa yang boleh, di antaranya kita anjurkan Karnival My Best Buy, Pertandingan Durian Kampung Premium dan beberapa program lagi. Ini semua bertujuan untuk merangsang pergerakan pasaran dalam tempoh pandemik supaya berlaku sedikit kerancakan, tidak boleh buat semua, kita buat sekadar yang boleh.
Dato’ Yang di-Pertua,
Pihak kami optimis untuk menyempurnakan pelaksanaan 72 program dan 33 projek pertanian yang telah diatur dalam Kalendar Tahun Pertanian Terengganu 2021. Rel perjalanan yang memandu kami ialah Pelan Strategik Pertanian Negeri 2019-2023 dengan objektif utama untuk menjadikan Terengganu negeri pengeluar makanan negara, dan pelaksanaan ini sentiasa dinilai melalui proses kajian semula dari semasa ke semasa untuk kita tengok sejauh mana pencapaian serta merangka strategi bagi kita menangani isu-isu berbangkit yang merencatkan perjalanan.
Akhir sekali, terima kasih kepada semua jabatan dan agensi yang berada dalam keluarga besar pertanian Terengganu. Terima kasih kepada warga petani, penternak dan nelayan yang mewakili kira-kira 70% daripada rakyat
Terengganu. Perjalanan kita masih jauh, ranjau dan halangan di hadapan kita masih banyak. Kekalkan fokus, dan kita giatkan usaha, akhirnya kepada Allah kita berserah segalanya. Jabi mohon menyokong, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih Wakil Jabi.
Sekarang saya mempersilakan Wakil Paka. Sila.
Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Tahun ini alhamdulillah kita merafakkan rasa syukur kepada Allah Ta’ala walaupun dalam suasana pandemik ini kita masih lagi berkesempatan untuk kita hadir dalam Dewan yang mulia ini, untuk sama-sama kita memberi pandangan, bertukar fikiran, dan juga untuk kita sentiasa dapat bermuhasabah, khususnya berkait tentang ucapan Tuanku Sultan ini, untuk memberi ruang kepada kita melakukan yang terbaik dan memperelokkan demi kepentingan rakyat dan juga agama kita di Terenganu ini, insya-Allah. Saya mengambil kesempatan ini dalam suasana COVID ini, usaha pihak Kerajaan bersungguh-sungguh untuk cuba mengatasi pandemik ini dengan mempergiatkan proses imunisasi rakyat dan juga dalam usaha untuk mengekang penyebaran COVID-19 ini dengan mempertingkatkan usaha untuk mengikuti SOP ini. Saya merakamkan ucapan tahniah jazakamullah kepada CITF dan juga MKN serta seluruh warga agensi institusi yang terlibat yang kita melihat mereka telah menggembleng usaha yang bersungguh-sungguh dalam usaha kita khususnya kita di Negeri Terengganu untuk mencapai herd immunity ini. Pun begitu kekadang kita juga rasa terkilan kerana masih ada lagi segelintir walaupun tidak ramai, masih ada lagi segelintir dari kalangan rakyat kita yang enggan untuk mengambil proses imunisasi ini, yang kita sedia maklum adalah untuk kepentingan rakyat dan juga masyarakat serta negara kita. Pihak Kerajaan telah membelanjakan peruntukan yang begitu besar untuk melihat kepentingan nyawa rakyat diutamakan. Dia merupakan salah satu kepentingan yang menjadi asas di dalam Islam untuk menjaga nyawa, kesihatan, akal dan sebagainya. Dan perkara ini sebenarnya selaras dengan apa yang diperingatkan
oleh Rasulullah dan perkara ini telah berlaku sekian lama dalam sirah dan sejarah. Rasulullah telah memperingatkan,
Tidak sewajarnya seorang yang sakit mendatangi orang yang sihat.
(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Cuma dalam bahasa moden disebut kuarantin dan sebagainya. Ataupun hadis yang masyhur yang kita sentiasa dengar
Apabila kamu mendengar satu tempat itu, satu bandar, satu negeri yang ada berpenyakit wabak di sana maka janganlah kamu mendekati, menghadirinya dan apabila kamu berada di negeri tersebut janganlah kamu keluar daripadanya (Hadis Riwayat Muslim)
Kita sedia maklum bagaimana bahkan kita sendiri melihat sejarah mencatatkan bagaimana semasa Kerajaan Uthmaniah Turki sendiri ada dikeluarkan sijil vaksin yang telah berlaku pada zaman mereka. Bahkan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan ini
kerana kepentingan-kepentingan maslahah itu, maka pihak Kerajaan melaksanakan beberapa dasar-dasar dan sebagainya adalah untuk kepentingan rakyat. Dengan mengambil kira perkara ini sudah memakan korban berjuta-juta orang daripada 5 juta penduduk dunia ini yang mati akibat COVID dan hal ini sebenarnya bukan hanya melanda negara kita, tapi juga negara-negara umat Islam, institusi-institusi ulama’ mahupun mufti-mufti negara dan sebagainya telah diselaraskan mempunyai fatwa yang sama bahkan kepakaran kemahiran kedoktoran kesihatan telah digemblengkan dimatlamatkan untuk mengekang perkembangan tetapi dari kalangan masyarakat kadang-kadang jauh, mereka masih lagi berfikiran dan juga berpandangan bukan hanya dari kalangan masyarakat biasa, sekadar kalangan mereka yang bijak pandai yang lebih arif daripada ulama’ dan kadang-kadang lebih pandai dari doktor mereka jadi golongan yang bukan hanya mereka saja tapi mereka turut sama berkempen untuk menghalang usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak Kerajaan ini. Kita harap kita semua dapat memainkan peranan khususnya dari kalangan
Ahli-ahli Yang Berhormat untuk memastikan rakyat di peringkat masing-masing dan juga institusi jabatan dan sebagainya untuk kita berusaha keras untuk mencapai matlamat yang disasarkan oleh pihak Kerajaan.
Pun begitu dalam suasana COVID ini kita melihat dalam isu pendidikan khususnya, walaupun tidak dibolehkan temu secara fizikal dan walaupun kita masih lagi tidak berasa puas hati dengan perkembangan perjalanan pendidikan khususnya melibatkan PdPR tapi daripada positifnya kita melihat bahawa dengan isu yang ada ini telah berlaku anjakan dalam masyarakat kita untuk menggunakan alam maya ataupun pendidikan secara online ini lebih cepat daripada masa dia memandangkan suasana persekitaran telah memaksa masyarakat kita ataupun jabatan yang melibatkan pendidikan untuk mengambil pendekatan ini sebagai usaha untuk melaksanakan tuntutan pendidikan dalam masyarakat kita. Walaupun kita dimaklumkan bahawa ada lebih kurang 4% di Terengganu yang berlakunya keciciran kerana berbagai-bagai faktor dan pelbagai usaha telah diambil perjalanan untuk mereka turut sama terlibat dalam usaha pendidikan secara PdPR ini dan mungkin tahun ini masih lagi ada sebahagian khususnya sekolah rendah tidak akan dibuka dan kita mengharapkan pada bulan Oktober ini nanti insya-Allah khususnya yang pelajar yang terlibat dengan peperiksaan SPM dan juga STPM, STAM dan sebagainya akan mendapat proses imunisasi untuk mereka mula hadir ke sekolah seperti biasa. Pihak Kerajaan Negeri juga berusaha untuk sama-sama membantu meringankan bebanan ini dan kita melihat ruang-ruang lompang jika sekiranya apa yang telah dianjurkan oleh, yang dikeluarkan bantuan di peringkat Kerajaan Pusat untuk kita membantu bagi meringankan bebanan ini. Khususnya dalam usaha PdPR ini pihak Kerajaan Pusat telah menyalurkan Pelan Jaringan Prihatin khususnya kepada B40 yang memberi percuma gajet dan juga datalah yang kita rasa banyak di peringkat golongan-golongan B40 dan pihak Kerajaan Negeri sebagaimana sedia maklum telah membantu lebih kurang 6000 lebih peranti kepada pelajar-pelajar dan juga saya ucap tahniah kepada beberapa agensi-agensi yang turut sama membantu bagi meringankan bebanan ini termasuk KETENGAH, Yayasan Pelajaran Mara, Bank Islam, Yayasan Petronas dan sebagainya turut membantu pelajar-pelajar di Negeri Terengganu untuk kemudahan bagi menghadapi PdPR dalam suasana Covid-19 yang seperti ini. Seingat saya pihak Kerajaan tidak mengurangkan bantuan pendidikan yang telah disalurkan sebelum pada ini sama ada melibatkan Program Anjung Ilmu dan sebagainya mengikut suasana semasa dan keperluan. Bahkan sebagaimana sedia maklum pihak Kerajaan telah pun menyalurkan Skim Pelajar Cemerlang
yang telah sehingga akhir tahun ini sebahagian dalam proses 600 orang pelajar telah mendapat nikmat hasil daripada pelancaran Skim Pelajar Cemerlang ini yang telah diperuntukan oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM15 juta. Alhamdulilah kita melihat sebagaimana yang disebut oleh Wakil Ajil kelmarin pelajar-pelajar kita terus melangkah ke arah kecemerlangan yang lebih baik daripada masa-masa yang lalu jadi tidak timbul kata kita mundur ke belakang dan sebagainya. Bahkan pihak Kerajaan juga menawarkan beberapa skim baru termasuklah yang terbaru adalah Skim al-Ghazali yang berjumlah RM5.3 juta amat membantu khususnya kepada guru-guru dan yang terlibat dengan institusi rakyat dalam menghadapi suasana Covid-19 seperti ini.
Yang terakhir yang ingin saya sentuh apabila Yang berhormat Seberang Takir menyebut tentang perihal hukum hudud dan kita dengan jelas menyatakan bahawa komitmen kita, kesungguhan kita dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah untuk menegak dan melaksanakan syariah Allah Subhanahu Wa ta'ala di atas muka bumi ini telah menjadi matlamat dan usaha serta dasar prinsip perjuangan kita dan ianya selari dengan apa yang difirmankan oleh Allah,
tidak sewajarnya seorang mukmin lelaki dan mukminah seorang perempuan apabila ditentukan oleh Allah dan Rasulnya satu hukuman ketetapan dia mencari pilihan yang lain daripada perkara itu.
Tidak sewajarnya persoalan ini sepatutnya tidak dipersoalkan bahkan ini merupakan ketentuan kewajiban yang kita tidak boleh elak yang kita terpaksa melaksanakannya kerana ini merupakan tuntutan daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala bahkan Allah Ta’ala berfirman
Apabila dikatakan kepada mereka marilah kita sama-sama melaksanakan usaha untuk menegakkan apa yang diperintahkan oleh Allah. Hukum Allah dan Rasul kamu akan dapati golongan-golongan munafik akan menentang sekeras-kerasnya.
Jadi dalam hal ini kita telah mengadakan beberapa bengkel untuk memastikan persiapan dan persediaan kita ke arah pelaksanaan sepenuhnya hukum hudud itu dan kita hanya menunggu kelulusan daripada insya-Allah yang terdekat kita
harap kelulusan Rang Undang-Undang (RUU 355) yang insya-Allah akan memberi ruang seluasnya kepada pihak Kerajaan Negeri bagi melaksanakan apa yang menjadi tuntutan syara’ ini dan sebelum pada itu kita mempersiapkan infrastruktur persiapan yang terbaik dan kita memanfaatkan peruntukan 356 ini. Tiga tahun penjara, RM5,000.00 dan enam kali sebatan ini semaksima mungkin dalam ruang bidang kuasa yang telah diberikan untuk kita memanfaatkan sebaik mungkin dan insya-Allah persiapan ke arah itu dan pihak Mahkamah Syariah bersedia bila-bila masa untuk membuat ataupun melaksanakan apa yang akan diperintahkan ataupun yang akan diluluskan berdasarkan bidang kuasa peruntukan undang-undang yang diberikan dan insya-Allah komitmen kita kesungguhan kita dalam menegakkan sebagai Amanah tanggungjawab yang akan pasti dipersoalkan di hadapan kita ini walau macam manapun apa yang kita tidak mampu untuk dilaksanakan kita tidak tinggalkan tapi kita berusaha mengikut ruang bidang kuasa yang sedia ada insya-Allah untuk manfaatkan bagi mencapai matlamat ataupun motto kita Maju, Berkat dan Sejahtera. Sekadar itu, saya ucap terima kasih jazakumullah. Paka mohon menyokong titah Tuanku Sultan.
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Paka di atas penggulungan tadi. Akhir sekali saya dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar bagi membuat penggulungan Perbahasan Titah Ucapan ataupun perbahasan Menjunjung Kasih atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Dipersilakan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, semua para pendengar dan hadirin sekalian. Alhamdullilah kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala di atas kesempatan yang diberikan kepada kita untuk bersama-sama dalam Dewan yang mulia ini setelah kali terakhir kita berada dalam Dewan ini pada bulan November tahun 2020 yang lalu. Pihak Kerajaan Menjunjung Kasih atas Titah Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Sultan sempena Pembukaan Penggal keempat Dewan Undangan Negeri yang keempat belas ini. Teirma kasih saya ucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat khususnya Yang Berhormat Tepoh, Yang Berhormat Seberang Takir, Yang Berhormat ADUN Wanita, Yang Berhormat Kijal, Yang Berhormat Ajil dan Yang Berhormat Batu Rakit dan lain-lain semua Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu. Saya kira terdapat pandangan-pandangan yang wajar diteliti dan diambil kira oleh Kerajaan dalam membina sebuah Negeri yang Maju, Berkat dan Sejahtera secara bersama tanpa mengira warna politik kepartian. Walaupun begitu sudah tentu pihak Kerajaan mesti menentukan keutamaan pelaksanaan apa jua inisiatif yang ingin dibawa berdasarkan kepada prinsip fiqh aulawiyatnya atau priority. Rakyat Terengganu ada lebih 1.2 juta orang yang mendiami rumah ini dan ada yang perlu disantuni dengan kadar yang segera dan tentunya ada yang dikemudiankan. Umpamanya anak di rumah sendiri ada yang masih pra sekolah, ada yang berada di sekolah rendah dan menengah, ada yang belajar di universiti, ada yang sudah memasuki alam berkeluarga dan tidak lagi tingal bersama. Maka tentunya nilai keperluan anak-anak ini tidak sama. Ada yang perlu disegerakan, ada yang sangat terdesak dan ada yang boleh dikemudiankan dan ada yang boleh mengusahakannya secara sendiri. Maka keutamaan kita sebagai sebuah Kerajaan membantu rakyat mengikut keperluan. Di mana yang terdesak didahulukan, yang dizalimi sekelian lama dibantu terlebih dahulu dalam memenuhi keperluan kehidupan mereka. Suatu ketika Khalifah Umar Abdul Aziz menerima surat daripada Fartunah al-Sawda’ iaitu seorang hamba. Fartunah al-Sawda’ telah menulis surat mengenai tembok tempat kediamannya yang rendah sehingga dengan mudah beliau diserang oleh orang jahat. Khalifah Umar Abdul Aziz segera membalas surat Fartunah al-Sawda’ dan mengarahkan pegawainya di Mesir pada ketika itu iaitu Ayub bin Syurahbil supaya meninggikan tembok rumah Fartunah al-Sawda’. Ini adalah contoh bentuk bantuan bersasar kepada yang memerlukan bukan diberikan kepada setiap rakyat Mesir pada waktu itu. Inilah juga apa yang ditekankan dalam memahami kemaslahatan di mana para ulama’ Islam membahagikannya kepada peringkat ad-Dhoruriyat iaitu jika sekiranya keperluan ini tidak ada nescaya hidup manusia di dunia ini akan menghadapi kesukaran baik di dunia mahupun akhirat.
Maka Kerajaan mengambil pendekatan kepada yang terlibat dengan Dhoruriyat ini diutamakan terlebih dahulu. Yang kedua ialah al-Haajiyat iaitu kepentingan
yang diperlukan oleh manusia bagi memberi kemudahan kepada mereka dan menghilangkan kesempitan yang membawa kepada kesulitan dengan ketiadaannya. Manakala ketiadaannya pula tidaklah sehingga membawa kepincangan dalam kehidupan manusia dan ketiga ialah at-Tahsiiniyat iaitu perkara yang menjadi pelengkap dan hiasan tambahan untuk kesempurnaan manusia.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Berkenaan isu ekonomi yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengambil positif cadangan dan pandangan yang diberikan oleh Ahli Yang Berhormat. Namun saya kira untuk melihat perkembangan ekonomi negeri adalah tidak wajar untuk merujuk pada data-data ekonomi dan sosial bagi tahun 2020 sahaja. Ini kerana semua negeri dan negara juga mengalami penguncupan susulan penutupan sektor-sektor ekonomi hampir sepanjang tahun tersebut untuk mengekang penularan wabak COVID-19. Di sebalik penguncupan-penguncupan 5.7% itu, sepatutnya diakui juga bahawa Kerajaan Negeri telah melakukan yang terbaik untuk menyerap impact atau cushion the impact, dengan izin pandemik COVID-19 apabila berjaya menaikkan kedudukan Negeri Terengganu di kedudukan ke-9 bagi tahun 2020 berbanding kedudukan ke-13 bagi tahun 2018 dan kedudukan ke-11 pada tahun 2019.
Ini menunjukkan bahawa daya tahan ekonomi Negeri Terengganu semakin bertambah baik walaupun dalam suasana yang sangat mencabar. Pengukuhan ini juga dapat dilihat menerusi keupayaan Kerajaan Negeri bersama dengan pelbagai agensi di peringkat Negeri dan Persekutuan bagi membangunkan pelaburan apabila berjaya menambah jumlah pelaburan kepada RM2.95 billion bagi keseluruhan tahun 2020 berbanding RM863.66 juta pada tahun 2019. Kerajaan Negeri juga sedang berusaha keras untuk mencapai sasaran pelaburan berjumlah RM3.75 billion bagi keseluruhan tahun 2021. Menerusi kesemua projek-projek pelaburan ini dijangkakan sebanyak hampir 3,000 peluang pekerjaan dapat diwujudkan di Negeri Terengganu dan insya-Allah prestasi KDNK Terengganu akan kembali tumbuh positif bagi keseluruhan tahun 2021 dan insya-Allah pada tahun 2022 nanti.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Suka juga untuk dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri sedang berusaha keras untuk memastikan ruang fiskal tambahan dapat disediakan bagi Belanjawan 2022. Ini supaya agenda bagi melindungi isi rumah, membela peniaga dan memacu ekonomi Negeri sebagaimana yang ramai disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dapat ditangani bersempena dengan pasca pandemik yang kita hadapi sekarang ini. Justeru itu, saya senantiasa mengalu-alukan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada blok Kerajaan dan Rakan Kerajaan untuk berkongsi pandangan dan cadangan demi masa hadapan yang lebih baik buat rakyat dan Negeri ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Di kesempatan ini saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di atas segala jasa dan pengorbanan dalam menyelesaikan krisis gangguan bekalan air yang melanda baru-baru ini. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau dan Syarikat Air Terengganu (SATU) yang tidak jemu turun padang bagi melihat sendiri perkembangan gerak kerja yang dijalankan. Tidak lupa juga kepada semua ADUN-ADUN, Penyelaras DUN, jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, GLC Kerajaan Negeri dan Persekutuan, semua parti-parti politik, Jabatan Amal, pihak NGO dan para sukarelawan serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung berganding bahu demi kesejahteraan rakyat Terengganu yang terjejas. Terima kasih juga yang tidak terhingga pada seluruh rakyat Terengganu yang berhadapan dengan krisis ini kerana sentiasa sabar dan terus memberi sokongan dan kerjasama kepada Kerajaan Negeri dalam memastikan krisis ini dapat diselesaikan dengan jayanya. Insya-Allah bagi pihak Kerajaan kita akan memperkemaskan lagi sistem bekalan air negeri supaya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan ada bertitah untuk kita mengenepikan perbezaan pendapat dan parti politik agar kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Suka juga untuk saya mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk meneliti suasana politik pada hari ini yang sudah berubah dan melalui berbagai fasa. Tiada lagi mana-mana parti politik yang boleh membentuk
Kerajaan secara bersendirian di peringkat Persekutuan, buktinya adalah dengan terbentuknya Kerajaan Persekutuan pada hari ini, yang disokong oleh pelbagai parti politik atas asas kerjasama. Suasana yang ada pada hari ini membawa kita untuk melihat kerjasama politik dan ianya merupakan pendekatan yang terbaik setakat ini bagi menjamin kestabilan politik peringkat Negeri dan Negara terutamanya kerjasama politik antara parti-parti Melayu Islam.
Semalam atau dalam bahasa kita di Negeri Terengganu ini, kelmarin pada 14 September 2021 merupakan ulangtahun kedua termeterainya Piagam Muafakat Nasional antara PAS dan UMNO yang menjadi pencetus kepada penyatuan umat Islam dan orang-orang Melayu. Penyatuan ini merupakan sesuatu yang dikehendaki oleh rakyat terutamanya mereka yang sudah bosan dengan politik konfrantasi dan politik berbalahan. Rakyat mahu politik yang matang dan memberikan kesejahteraan buat semua. Usia kita baru dua tahun. Namun usaha untuk mendekatkan dan merapatkan kedua buah parti ini sama ada di peringkat kepimpinan mahupun akar umbi tetap perlu kita gerakkan walaupun seinci demi seinci. Dalam usaha ini, pasti banyak yang perlu dipertimbangkan. Banyak kesukarannya dan menyentuh sedikit sebanyak kepentingan masing-masing. Namun sebarang perbezaan dan salah faham wajarlah kita uruskan dan luruskan di meja perundingan dan perbincangan.
Usaha ini tentunya bukan mudah, tambahan pula kita hidup dalam suasana politik yang sebegini selama puluhan tahun pastinya proses mendekatkan dan menyejukkan itu memakan masa. Namun saya optimis jika kita sebagai pemimpin memainkan peranan masing-masing pastinya rakyat akan dapat menikmati hasil penyatuan yang kita gerakkan ini. Bak kata orang tua-tua, yang pekak pelepas bedil, yang buta pengembus lesung, yang bisu penggerak ayam, yang lumpuh penghuni rumah.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Saya ingin mengambil kesempatan juga pada hari ini mewakili seluruh Ahli Dewan mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua petugas frontliners yang terdiri dari berbagai agensi seperti Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Kesihatan, Pihak Berkuasa Tempatan, Pihak Berkuasa PDRM, Angkatan Tentera, APMM, semua kementerian dan jabatan-jabatan yang sama-sama berjuang di medan bagi mengawal dan memulihkan tahap kesihatan dan keselamatan rakyat dalam menghadapi pandemik COVID-19 ini. Marilah kita sama-sama
dalam Dewan ini dengan izin Dato’ Yang di-Pertua, untuk kita sama-sama berikan tepukan dan berdiri sebagai tanda sokongan kita bersama.
[ADUN sama-sama berdiri dan memberi tepukan tanda sokongan]
Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Pencapaian suntikan dos pertama di Negeri Terengganu bagi populasi dewasa telah mencapai 90%, populasi dewasa 18 tahun ke atas. Manakala dos kedua, dua dos adalah 70% populasi dewasa. Dan juga 58.3% bagi keseluruhan populasi Negeri Terengganu. Berdasarkan data ini dan kadar penggunaan katil ICU harian yang terkawal serta kadar jangkitan kes yang mampu menurun insya-Allah kita di Negeri Terengganu mampu untuk keluar dari fasa dua ke fasa tiga, dalam tempoh yang terdekat, mungkin dalam sehari dua ini.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dok berapa jelas tadi jumlah yang divaksinasi. Yang pertama yang kedua, total berapa? 50?
Yang mendapat satu dos untuk populasi dewasa 18 tahun ke atas sebanyak 90% dan yang mendapat dua dos populasi dewasa sebanyak 70%.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Keseluruhan.
Untuk keseluruhan 58.3% berdasarkan 1.2 juta penduduk. Maknanya dalam tempoh tiga minggu lagi kerana selang masa dos pertama dan dos kedua ini ada tiga minggu, kita insya-Allah akan mencapai 90% kerana yang telah cucuk sekali itu ikut mana pun dia akan mari untuk kali yang kedua, jadi insya-Allah dalam masa tiga minggu lagi kita akan capai 90% populasi dewasa. Mengikut unjuran penduduk terdapat kira-kira 74,910 penduduk dewasa lagi yang belum mendapat suntikan, ada 74 hampir 75,000, sehubungan dengan itu, kita menyeru pada mana-mana penduduk dewasa berumur 18 tahun ke atas yang belum mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 agar segera mendapatkannya di mana-
mana PPV awam berdekatan, ianya boleh dilakukan secara walk in atau panggilan melalui mysejahtera. 75,000 yang kita kena cari, di waktu yang sama sebenarnya ada isu tertentu yang berlegar di waktu ini, di kalangan anggota Jawatankuasa Khas menangani pandemik di peringkat Negeri Terengganu, iaitu kadar vaksinasi yang agak rendah di beberapa daerah iaitu Daerah Dungun, Setiu dan Besut berbanding dengan daerah-daerah lain. Isunya ialah, sebenarnya semua pihak di daerah yang berkenaan dari Pejabat Kesihatan Daerah, Agensi-agensi, Pejabat Daerah, Pejabat ADUN dan penyelaras, JPKK sedang mencari seramai mungkin penerima vaksin kerana bilangan individu dalam data mungkin ada, tetapi gagal dikesan di mana mereka berada, dan ada kemungkinan mereka mendapatkan vaksin di daerah sebelah maka nama mereka, data mereka, bilangan mereka dimasukkan dalam data daerah yang sebelah atau di negeri lain tempat mereka bekerja dan tidak berada di kampung halaman mereka sendiri. Ini masalah yang kita hadapi sekarang ini, orang kata puah dah kita dok cari mana lagi orang tak vaksin sampai kita rasa macam tidak ada orang dah, jadi inilah menunjukkan kerjasama semua pihak untuk sama-sama kita cari, kita kejar, kita ajak 75,000 lagi rakyat negeri kita yang belum menerima vaksin. inilah juga kesan yang kita katakan sebagai awkward migration dengan izin di atas apa jua sebab yang munasabah, perkiraan diri mereka berada di negeri tetapi mungkin jasad mereka berada di negeri-negeri lain atas apa jua sebab. Walau bagaimanapun dalam masa yang sama, data dan statistik ini sedang diperhalusi dan dimurnikan bersama agensi berkaitan di peringkat Persekutuan. Tindakan mendapatkan vaksin ini amat penting untuk kita mencapai imuniti kelompok di Negeri Terengganu supaya semua dapat dilindungi daripada jangkitan COVID-19. Suntikan kepada golongan remaja juga akan dimulakan tidak lama lagi, diharapkan semua ibu bapa dan penjaga bersetuju untuk membenarkan anak-anak masing-masing menerima suntikan agar para pelajar kita akan dapat menghadiri persekolahan dalam suasana yang lebih selamat.
Sebelum saya akhiri penggulungan saya pada kali ini, saya mewakili semua Ahli-ahli Berhormat ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, Setiausaha Dewan, Bentara, Pejabat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri atas penambahkanbaikan sistem paparan dan cara pengendalian pada hari ini, pada sidang kali ini, alhamdulillah, terima kasih di atas penambahbaikan ini, dan sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam
persidangan kita pada kali ini, insya-Allah ianya akan dikira sebagai suatu amal kebajikan di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala, sekianlah sahaja.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Wakil Rhu Rendang, yang telah membuat pengulungan terakhir bagi pihak kerajaan. Alhamdulillah, penggulungan bagi pihak Kerajaan telah selesai, sekarang saya buka kepada undian-
Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
USUL INI DITERIMA.
PERLANTIKAN AHLI DEWAN NEGARA
Perkara berikut ialah Pelantikan Ahli Dewan Negara
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong telah memaklumkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, bahawa terdapat satu kekosongan Ahli Dewan Negara yang telah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu telah berlaku. Kekosongan ini adalah disebabkan tamatnya tempoh perkhidmatan seorang Ahli Dewan Negara yang lepas dan meminta supaya dipilih seorang Ahli Dewan Negara yang baru, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan telah menitahkan supaya diadakan pemilihan seorang Ahli Dewan Negara dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri bagi memenuhi kekosongan itu. Oleh itu, Dewan Undangan Negeri Terengganu dikehendaki memilih seorang Ahli Dewan Negara menurut Perkara 45 (1A) Perlembagaan Malaysia mengikut Jadual Ketujuh, maka saya dengan hormatnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk mengemukakan cadangan, sila Yang Berhormat.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya ingin mengemukakan cadangan pemilihan seorang calon dan mohon mencadangkan
“Bahawa Dewan Undangan Negeri ini bersetuju memilih semua Yang Berbahagia Dato’ Haji Husain bin Awang sebagai Ahli Dewan Negara untuk mewakili Dewan Undangan Negeri di dalam Dewan Negara Malaysia menurut Perkara 45 (1A) Perlembagaan Malaysia bagi mengisi kekosongan”.
Yang Berhormat Dato' di-Pertua, saya ingin juga menyampaikan sedikit ringkasan dan latar belakang mengenai dengan calon yang saya kemukakan untuk mewakili Dewan Undangan Negeri ini di Dewan Negara.
Biodata Calon
Yang Berbahagia Dato' Haji Hussain Bin Awang adalah merupakan anak tempatan Daerah Besut, Terengganu dilahirkan pada tanggal 10 Ogos 1946 dan dikurniakan sepuluh orang cahaya mata bersama isteri, Toh Puan Hajjah Maliah Binti Mohamad.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jertih dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Setelah mendapat keputusan yang cemerlang beliau ditawarkan untuk meyambung pengajian ke Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan mendapat Ijazah Pertama (BA).
Beliau telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada Julai 2018 sehingga Julai 2021. Beliau juga berpengalaman luas sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, di mana beliau telah diberi kepercayaan untuk menerajui Dewan Undangan Negeri Terengganu dari tahun 1999 sehingga 2004. Beliau juga mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan merupakan seorang mantan Pensyarah dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu dan juga Pensyarah Kolej Islam, Klang, Selangor.
Bergerak aktif dalam bidang politik di mana beliau merupakan seorang Ahli Majlis Syura Ulama, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama’ PAS Pusat yang dilantik sejak tahun 2013 hingga sekarang. Terkini beliau telah dilantik pada tahun 2017 sebagai Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.
Yang Berbahagia Dato' Haji Hussain Bin Awang juga telah dikurniakan Anugerah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu pada tahun 2002 dan Pingkat Jasa Pendamai (JP) pada tahun 2001.
Saya kemukakan latar belakang ini, semoga dengan penyertaan beliau sebagai wakil Terengganu dalam Dewan Negera akan dapat memberikan suatu sumbangan kepada agama, negara, dan juga negeri. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
Ahli ahli Yang Berhormat sekelian, cadangan memilih seorang Ahli Dewan Negara menurut Perkara 45 (1A) Perlembagaan Malaysia mengikut Jadual Ketujuh bagi mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu telah diterima dan mendapat sokongan. Sekarang saya kemukakan kepada undian.
Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
USUL INI DITERIMA.
Ahli Yang Berhormat sekelian, dengan ini saya mengisytiharkan bahawa Yang Berbahagia Dato' Haji Husain bin Awang telah dipilih menjadi Ahli Dewan Negara mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi mengisi kekosongan yang ada. Saya ucapkan tahniah dan syabas. Selamat bertugas untuk kecemerlangan negeri dan rakyat Terengganu. Oleh kerana beliau berada bersama kita pada tengahari ini, saya jemput untuk berdiri sekejap.
[Yang Berhormat Dato’ Haji Husain bin Awang berdiri dan diikuti oleh tepukan sokongan dari Dewan].
Terima kasih Yang Berhormat sekalian.
Rang Undang-UndangBill
Perkara berikut ialah Rang Undang-Undang.
Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Haji Tengku Hassan Bin Tengku Omar, Wakil Ladang mengemukakan Rang Undang-Undang yang pertama.
Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu (Pindaan) 2021Bill
Bacaan Kali Yang Pertama
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang Orang Melayu 1360 [En. Tr. 17/1360], dibaca bagi kali yang pertama.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon meyokong cadangan tersebut.
Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang pertama.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI ORANG MELAYU 1360, DIBACA BAGI KALI YANG PERTAMA
Bacaan Kali Yang Kedua
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu 1360, dibaca bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda perenggan 9 (iii) Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-orang Melayu 1360 supaya SMALL MEDIUM ENTERPRISE DEVELOPMENT BANK MALAYSIA BERHAD menjadi badan yang kepadanya Tanah Orang-Orang Melayu boleh dipindahmilik.
IMPLIKASI KEWANGAN
Rang Undang-undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk perbahasan. Ada sesiapa Yang Berhormat yang ingin berucap?
Oleh kerana tiada perbahasan, kita teruskan pembentangan Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu 1360. Sekarang saya buka kepada undian -
Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI ORANG MELAYU 1360, DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA
Dalam Jawatankuasa
Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI ORANG MELAYU 1360 TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI DENGAN TIADA PINDAAN DENGAN SEBULAT SUARA
Mesyuarat balik semula
Bacaan Kali Yang Ketiga
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu 1360Bill
DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI YANG BERIKUT:
1 (1) ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKAN ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI ORANG-ORANG MELAYU (PINDAAN) 2021.
(2) ENAKMEN INI HENDAKLAH MULA BERKUAT KUASA PADA TARIKH PENYIARANNYA DALAM WARTA.
Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu (Pindaan) 2021.
Dipersilakan Yang Berhormat Ariffin bin Deraman, Wakil Alur Limbat mengemukakan Rang Undang-Undang yang kedua.
Enakmen Taman Negeri Terengganu (Pindaan) 2021Bill
Bacaan Kali Yang Pertama
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Taman Negeri Terengganu 2017, dibaca bagi kali yang pertama.
YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang pertama.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN TAMAN NEGERI TERENGGANU 2017, DIBACA KALI YANG PERTAMA
Bacaan Kali Yang Kedua
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Taman Negeri Terengganu 2017, dibaca bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Enakmen Taman Negeri Terengganu 2017 [Enakmen Bil. 2 Tahun 2017]
2.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan.
3.
Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan tafsiran “Pihak Berkuasa Negeri” dan “tanah Negeri” di bawah seksyen 2 Enakmen ibu dengan menafsirkan Pihak Berkuasa Negeri dan jenis-jenis tanah Negeri.
4.
Fasal 3 bertujuan untuk menggantikan Seksyen 8 Enakmen ibu dengan memberikan kapasiti dan entiti perundangan kepada Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu
5.
Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan Seksyen 8A dalam Enakmen ibu bagi memperuntukkan perincian meterai biasa Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu.
6.
Fasal 5 bertujuan untuk menambah Seksyen 9A dalam Enakmen ibu bagi
memperuntukkan tertib mesyuarat Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu.
7.
Fasal 6 bertujuan untuk meminda perenggan 13(1)(a) Enakmen ibu bagi memperuntukkan keperluan pewartaan Pelan Pengurusan Taman Negeri.
8.
Fasal 7 bertujuan untuk meminda subseksyen 15(1) Enakmen ibu bagi memperuntukkan bahawa Pengarah Taman Negeri yang dilantik hendaklah daripada kalangan anggota perkhidmatan awam Negeri Terengganu.
Pindaan kepada subseksyen 15(2) adalah bagi memperuntukkan bahawa Timbalan Pengarah Taman Negeri dan Pegawai Taman Negeri boleh dilantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam Negeri Terengganu.
9.
Fasal 8 bertujuan untuk memasukkan seksyen 16A baru dalam Enakmen ibu untuk memperuntukkan kuasa kepada Majlis untuk melantik pakar, pegawai atau pekhidmat, untuk menentukan terma-terma dan syarat-syarat pelantikan mereka dan pemakaian Enakmen Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2002 [En.Tr.1/2002]. Seksyen 16B baru adalah untuk memperuntukkan butiran-butiran orang yang tidak boleh dilantik sebagai Ahli Majlis atau sebagai Pengarah, Timbalan Pengarah Taman Negeri, Pegawai Taman Negeri, pegawai atau pekhidmat Majlis atau sebagai ahli Jawatankuasa. Seksyen 16C baru adalah untuk memperuntukkan perwakilan kuasa oleh Pengarah di bawah Enakmen ibu. Seksyen 16D baru adalah untuk memperuntukkan butiran-butiran penentuan terma-terma perkhidmatan dan peraturan disiplin yang terpakai kepada Timbalan Pengarah Taman Negeri, Pegawai Taman Negeri, pegawai atau pekhidmat Majlis, kecuali mereka yang dilantik dalam kalangan anggota perkhidmatan awam Negeri Terengganu. Sekyen 16E baru adalah untuk memperuntukkan kuasa Majlis untuk melaksanakan penamatan perkhidmatan di atas kepentingan awam.
10. Fasal 9 bertujuan untuk menggantikan seksyen 17 Enakmen ibu untuk memberikan perincian lanjut berkait penubuhan Kumpulan Wang Taman Negeri Terengganu dan sumber wangnya, perbelanjaannya dan penyalurannya kepada Kerajaan Negeri Terengganu dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
11. Fasal 10 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 17A dalam Enakmen ibu untuk memperuntukkan perincian berkait penubuhan Kumpulan Wang Pembangunan Taman Negeri, sumber wang dan perbelanjaannya. Seksyen 17B baru adalah untuk memperuntukkan perincian berkait penubuhan Kumpulan Wang Penajaan Taman Negeri, sumber wang dan perbelanjaannya. Seksyen 17C baru adalah untuk memperuntukkan pemberian kuasa kepada Majlis untuk membuat pinjaman bagi menjalankan obligasinya di bawah Enakmen ibu. Seksyen 17D baru adalah untuk memperuntukkan pemberian kuasa kepada Majlis untuk membuat pelaburan bagi wang yang tidak dibelanjakan di dalam Kumpulan Wang Taman Negeri Terengganu. Seksyen 17E baru adalah untuk memperuntukkan tatacara bagi pengurusan perintah atau cek yang ditanggungkan ke atas akaun Majlis. Seksyen 17F baru adalah untuk memperuntukkan tatacara berkait akaun dan penguaditan akaun-akaun Majlis. Seksyen 17G baru adalah untuk memperuntukkan tahun kewangan Majlis dan perbelanjaan amaun yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi setiap tahun daripada Kumpulan Wang Taman Negeri Terengganu.
12. Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 31 Enakmen ibu untuk memberi perlindungan kepada pegawai dan pekhidmat yang dilantik di bawah seksyen 16A.
IMPLIKASI KEWANGAN
Rang Undang-undang ini akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya tidak dapat ditentukan sekarang ini. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk perbahasan. Ada sesiapa Yang Berhormat yang ingin berucap?
Oleh kerana tiada perbahasan, kita teruskan pembentangan Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen
untuk meminda Enakmen Taman Negeri Terengganu 2017. Sekarang saya buka kepada undian -
Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN TAMAN NEGERI TERENGGANU 2017, DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA
Dalam Jawatankuasa
Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN TAMAN NEGERI TERENGGANU 2017 TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI DENGAN TIADA PINDAAN DENGAN SEBULAT SUARA
Mesyuarat balik semula
Bacaan Kali Yang Ketiga
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Taman Negeri Terengganu 2017Bill
DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI YANG BERIKUT:
1 (1) ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKAN ENAKMEN TAMAN NEGERI TERENGGANU (PINDAAN) 2021
(2) ENAKMEN INI MULA BERKUAT KUASA PADA TARIKH YANG DITETAPKAN OLEH PIHAK BERKUASA NEGERI MELALUI PEMBERITAHUAN DALAM WARTA DAN PIHAK BERKUASA NEGERI BOLEH MENETAPKAN TARIKH-TARIKH YANG BERLAINAN BAGI PERMULAAN KUAT KUASA PERUNTUKAN YANG BERLAINAN DALAM ENAKMEN INI
Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu (Pindaan) 2021.
TangguhanAdjournment
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan kepada suatu masa yang akan ditetapkan kemudian.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya tangguhkan Sidang Dewan ini, saya ingin mengambil kesempatan, yang pertamanya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh Ahli Yang Berhormat sekelian selama 3 hari persidangan kita termasuklah kita telah menghabiskan persidangan hari yang terakhir pada masa yang telah diperuntukkan SOPnya oleh Majlis Keselamatan Negara dan Majlis Keselamatan Negeri. Yang keduanya, oleh kerana kekangan SOP saya juga memohon maaf kepada ketua-ketua jabatan yang pada kelazimannya sentiasa bersama di dalam persidangan sebegini tetapi tidak boleh bersama dan mereka mengikutinya secara atas talian. Begitu juga saya memohon maaf kepada pihak media, yang tidak dapat bertugas seperti biasa termasuklah berada di bilik yang dikhaskan tetapi saya nampak mereka juga gigih, berita tetap keluar pada setiap hari. Tidak lupa juga saya mengucapkan berbanyak terima kasih khususnya kepada Jabatan Kesihatan Negeri yang bekerjasama menguruskan pengesanan COVID-19 sepanjang kita berada dalam persidangan pada kali ini dan juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan persidangan pada kali ini. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan sentiasa memberkati setiap kali persidangan kita.
Dengan ini saya tangguhkan Persidangan Dewan ini ke suatu masa dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan marilah kita tangguhkan dengan sama-sama membaca tasbih Kaffarah dan Surah Al-„Asr.
DEWAN DITANGGUHKAN ADA JAM 12.50 TENGAHARI.