Terengganu · 13 July 2026

15th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 142 turns · 11,289 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

  Լ  Ի Լ   Լ

 

     

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sebelum kita mulakan Persidangan Dewan pada pagi ini, marilah kita sama-sama membaca Ummul Kitab Al-Fatihah.

(Al-Fatihah)

Perkara Pertama di dalam Tertib Pekerjaan Dewan pada hari ini ialah Doa oleh Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua Dewan.

DOA

Dibaca oleh Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan.



UCAPAN DATO’ YANG DIPERTUA DEWAN

Setiausaha Dewan

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Perkara berikut di dalam Tertib Pekerjaan Dewan pada hari ini ialah Ucapan Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua Dewan.

Yang di-Pertua

ဃ  ௌ  Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Terengganu, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, para pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan sekalian.

 Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan limpah rahmat dan keizinan-Nya, kita sekali lagi diberikan kesempatan untuk berhimpun dalam Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Terengganu Yang Kelima Belas.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan, petugas persidangan, pihak media serta seluruh pihak yang terlibat dalam melaksanakan, memastikan perjalanan persidangan Dewan ini dapat dilaksanakan dengan teratur, lancar dan penuh tertib.

Pada hari ini kita menyambung semula agenda Persidangan bagi tahun 2026 setelah melalui Mesyuarat Pertama yang lalu. Saya berharap Persidangan kali ini akan dimanfaatkan sepenuhnya dengan semangat kebersamaan, saling menghormati serta berlandaskan Peraturan-Peraturan Dewan. Gunakanlah masa yang diperuntukkan dengan sebaik-baiknya bagi membahaskan setiap perkara yang dikemukakan demi kepentingan rakyat serta kemajuan Negeri Terengganu.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, perkembangan politik tanah air sejak beberapa minggu kebelakangan



ini memperlihatkan satu lagi episod penting dalam perjalanan demokrasi negara. Pilihan Raya Negeri Johor yang telah berlangsung baru-baru ini telah memberikan mandat baharu kepada wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi yang sah. Bagi pihak Dewan Undangan Negeri Terengganu, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua calon yang telah berjaya memperoleh kepercayaan rakyat untuk memikul amanah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor. Sesungguhnya, keputusan pilihan raya merupakan manifestasi suara rakyat yang perlu dihormati oleh semua pihak. Perubahan landskap politik merupakan lumrah dalam sistem demokrasi.

Dalam tempoh beberapa minggu lagi, perhatian negara pula akan beralih kepada Pilihan Raya Negeri Sembilan yang dijadualkan berlangsung pada 28 Julai nanti. Sudah tentu rakyat sekali lagi membuat penilaian berdasarkan pertimbangan dan kebijaksanaan mereka sendiri. Walau apa jua keputusan yang bakal diterjemahkan nanti, kita berharap proses demokrasi akan terus diperkasakan, manakala institusi Dewan Undangan Negeri di setiap negeri terus memainkan peranan sebagai badan legislatif yang bebas, berwibawa dan menjadi medan perbahasan dasar yang matang dan sejahtera. Kesinambungan pentadbiran yang stabil amat penting bagi memastikan segala dasar pembangunan dapat dilaksanakan secara berterusan demi kesejahteraan rakyat.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri Terengganu atas kejayaan menerima kunjungan rasmi para Duta Kesatuan Eropah ke negeri ini baru-baru ini. Lawatan tersebut merupakan satu pengiktirafan terhadap potensi yang dimiliki oleh Negeri Terengganu dalam berbagai sektor. Kehadiran delegasi tersebut turut membuka ruang kepada pertukaran pandangan, perkongsian pengalaman serta penerokaan peluang kerjasama yang mampu memberi manfaat kepada pembangunan negeri dalam jangka masa yang panjang.

Saya percaya usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam memperluaskan jaringan diplomatik dan hubungan strategik seperti ini akan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap Terengganu sebagai sebuah negeri yang stabil, progresif dan mempunyai potensi pembangunan yang besar.

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dalam kesempatan ini juga, saya ingin mengalu-alukan kehadiran



semula Yang Berhormat ADUN Buluh Gading yang kembali menghadiri persidangan Dewan selepas menjalani rawatan kesihatan beberapa bulan yang lalu. Syukur ke hadrat Allah di atas nikmat kesihatan yang dikurniakan. Mudah-mudahan Yang Berhormat terus diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan dapat kembali melaksanakan amanah kepada rakyat dengan penuh dedikasi. Pada masa yang sama, kita turut mendoakan agar Yang Berhormat ADUN Cukai yang kini masih berada dalam fasa pemulihan kesihatan, diberikan kesembuhan yang sempurna, dipermudahkan segala urusan rawatan dan segera kembali bersama-sama meneruskan tanggungjawab kepada negeri dan rakyat. Sesungguhnya kesihatan merupakan nikmat yang amat besar nilainya. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini mengingatkan semua Ahli Yang Berhormat agar sentiasa memberi perhatian terhadap penjagaan kesihatan dengan menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala. Tanggungjawab sebagai wakil rakyat menuntut komitmen yang tinggi, tenaga yang berterusan serta ketahanan fizikal dan mental yang baik. Kesihatan yang terpelihara bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri dan keluarga, malah memastikan amanah kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bersama seluruh delegasi yang sudi hadir ke persidangan Dewan pada hari ini. Dimaklumkan bahawa SUHAKAM turut mengadakan reruai pameran di bangunan Dewan sepanjang persidangan berlangsung. Selain itu, satu sesi taklimat khas akan diadakan sejurus selesai persidangan pada hari ini. Saya dengan ini menjemput semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan ketua jabatan dan agensi yang hadir pada hari ini agar dapat meluangkan masa menghadiri sesi taklimat tersebut sebagai satu ruang perkongsian ilmu dan pertukaran pandangan mengenai isu-isu berkaitan hak asasi manusia dalam konteks pentadbiran dan perundangan negara. Kerjasama yang terjalin antara Dewan Undangan Negeri Terengganu dan SUHAKAM ini diharapkan dapat memperkukuhkan kefahaman serta meningkatkan jaringan kerjasama institusi dalam usaha memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada kesempatan ini, saya ingin mengalu-alukan kehadiran para pemerhati, pelajar institusi pengajian tinggi, wakil-wakil agensi, delegasi serta semua tetamu yang hadir mengikuti perjalanan persidangan Dewan pada hari



ini. Terima kasih atas kesungguhan dan minat yang ditunjukkan untuk menyaksikan sendiri perjalanan institusi legislatif Negeri Terengganu. Kehadiran saudara dan saudari membuktikan bahawa institusi Dewan Undangan Negeri terus mendapat perhatian masyarakat sebagai medan demokrasi yang penting dalam proses membuat dasar serta menentukan hala tuju pembangunan negeri.

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sebagai mengakhiri ucapan pada pagi ini, saya menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat supaya memanfaatkan sepenuhnya persidangan kali ini dengan penuh rasa tanggungjawab, saling menghormati pandangan antara satu sama lain serta sentiasa berpegang kepada semangat demokrasi yang matang. Sebagai pedoman, izinkan saya menutup ucapan ini dengan 2 potong bidalan Melayu:

"Laksana aur dengan tebing,”

& “sambil bergayuh sambil bertimba."

Bidalan ini mengingatkan kita bahawa kemajuan sesebuah negeri bukan sahaja bergantung kepada semangat kerjasama dan permuafakatan, bahkan menuntut kebijaksanaan menggalas pelbagai tanggungjawab secara serentak. Di samping berperanan menggubal dasar, menyemak dan memperkukuh undang-undang serta melaksanakan fungsi semak dan imbang di dalam Dewan, kita juga memikul amanah untuk terus mendampingi rakyat, memahami denyut nadi mereka dan menyelesaikan berbagai isu di peringkat akar umbi. Semoga semangat inilah yang terus menjadi pedoman kepada kita semua dalam memperkukuh institusi Dewan Undangan Negeri serta berkhidmat dengan sebaik-baiknya demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negeri Terengganu. Moga Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera. Sekian,

ௌ 

 KERTAS-KERTAS KERJA DAN LAPORAN-LAPORAN

Kertas-Kertas Kerja dan Laporan-Laporan

Setiausaha Dewan

Perkara seterusnya dalam Tertib Pekerjaan Dewan ialah Kertas-Kertas Kerja dan Laporan-Laporan.



Yang di-Pertua

Kertas-Kertas Kerja dan Laporan-Laporan yang dibentangkan ialah:

1. Penyata Kewangan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

(D.U.N. Bil.14/2026)

2. Penyata Kewangan Yayasan Islam Terengganu Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

(D.U.N. Bil.15/2026)

3. Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2024 Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu

(D.U.N. Bil 16/2026)

Soalan-Soalan Yang Telah Diberi NotisQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara berikut ialah Soalan-Soalan yang telah diberi notis.

(1) Soalan-soalan Bertulis.

(2) Soalan-soalan Lisan.

Yang di-Pertua

Jawapan-jawapan kepada Soalan-Soalan Bertulis yang telah diberi notis dan dibentangkan di hadapan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian ialah soalan-soalan daripada:

1 Yang Berhormat Wakil Bandar 2 Yang Berhormat Wakil Jertih 3 Yang Berhormat Wakil Kuala Berang 4 Yang Berhormat Wakil Buluh Gading 5 Yang Berhormat Wakil Ladang 6 Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan 7 Yang Berhormat Wakil Seberang Takir 8 Yang Berhormat Wakil Rantau Abang 9 Yang Berhormat Wakil Batu Rakit 10 Yang Berhormat Wakil Langkap



11 Yang Berhormat Wakil Air Putih 12 Yang Berhormat Wakil Telemung 13 Yang Berhormat Wakil Bukit Tunggal 14 Yang Berhormat Wakil Bukit Besi 15 Yang Berhormat Wakil Sura

SOALAN-SOALAN LISAN

Soalan-Soalan LisanQuestions

Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Yang Berhormat Wakil Rakyat yang dikasihi sekalian. Sekarang kita masuk kepada Soalan-Soalan Lisan. Berikut adalah Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah beri notis untuk mengemukakan Soalan-Soalan Lisan pada hari ini 13 Julai 2026.

1 Yang Berhormat Wakil Bandar 2 Yang Berhormat Wakil Jertih 3 Yang Berhormat Wakil Kuala Berang 4 Yang Berhormat Wakil Buluh Gading 5 Yang Berhormat Wakil Kemasik 6 Yang Berhormat Wakil Ladang 7 Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan 8 Yang Berhormat Wakil Manir 9 Yang Berhormat Wakil Seberang Takir 10 Yang Berhormat Wakil Permaisuri 11 Yang Berhormat Wakil Hulu Besut 12 Yang Berhormat Wakil Rantau Abang 13 Yang Berhormat Wakil Batu Rakit 14 Yang Berhormat Wakil Langkap 15 Yang Berhormat Wakil Air Putih 16 Yang Berhormat Wakil Telemung 17 Yang Berhormat Wakil Bukit Tunggal 18 Yang Berhormat Wakil Kuala Besut 19 Yang Berhormat Wakil Bukit Besi 20 Yang Berhormat Wakil Sura

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan juga Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan yang dikasihi sekalian. Persidangan kita pada kali ini hanya tentang



soalan-soalan yang dikemukakan. Saya bercadang untuk memberi peluang kepada semua Yang Berhormat agar sempat mengemukakan soalannya pada hari ini. Oleh sebab itu, saya mohon pihak Kerajaan, Yang Berhormat dapat menjawab dengan agak lengkap dan ringkas agar semua Yang Berhormat dapat peluang pada hari ini dalam mengemukakan soalan masing-masing. Dipersilakan Yang Berhormat Wakil Bandar untuk mengemukakan soalan.

 ဃ  Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, barisan EXCO, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Wakil Ketua Jabatan, pemerhati dan para hadirin yang dikasihi sekalian. Soalan saya, soalan pertama-

Sehingga suku 2 Tahun 2026 ini berapakah nilai pelaburan yang telah pasti dan apakah pelaburan yang dalam pertimbangan yang boleh dimasukkan dalam jumlah pelaburan tahun ini?

Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Kota Putera

Լ Ի Լ Լ  ဃ

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, rakan-rakan, Ahli MMKN, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, seterusnya, hadirin hadirat Ahli Dewan yang dimuliakan. Terima kasih kepada ADUN Bandar yang memberi peluang kepada saya untuk memulakan sesi Jawapan Lisan pada sidang kali ini. Jawapannya adalah, soalannya seperti yang tertera cuma soalan itu sehingga pada suku kedua tahun 2026, untuk makluman Dewan untuk yang rasminya nilai pelaburan untuk suku kedua belum dirasmikan lagi saya boleh jawab untuk suku pertama dahulu. Setakat data yang telah dikeluarkan untuk suku pertama tahun 2026, Negeri Terengganu telah menarik pelaburan dengan nilai keseluruhan yang telah diluluskan sebanyak RM399.8 juta, merangkumi sektor perkhidmatan sebanyak RM336.4



juta iaitu 84.1%, sektor perkilangan RM63.4 juta ataupun 15.9%, pelaburan domestik menyumbang 87.1% atau RM348 juta daripada jumlah pelaburan yang diluluskan, manakala pelaburan asing (FI) menyumbang sebanyak 12.9% atau RM51.5 Juta manakala pelaburan berpotensi yang sedang dalam pertimbangkan ada 9 projek melibatkan sektor utiliti, tenaga boleh diperbaharui dan logistik dan hospitaliti. Terima kasih.



Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kota Putera. Ada soalan tambahan, Sila Yang Berhormat Bandar.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Soalan tambahan sayalah, seperti mana yang dimaklumkan kita untuk berbanding tahun 2025 kita mendapat pelaburan sebanyak 6 billion lebih dan ini merupakan suatu angka yang terbaik setakat ini. Boleh tak pihak Kerajaan maklumkan kepada Dewan apakah sebab-sebab yang menyebabkan pada 2025 itu kita mendapat pelaburan yang tinggi. Tahniah, kepada pihak Kerajaan dan untuk tahun 2026 ini adakah kita boleh lagi melonjak lebih tinggi lagi pelaburan seperti mana yang kita dah pernah capai pada 2025. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Kota Putera

Terima kasih, Yang Berhormat DUN Bandar atas soalan tambahan. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, alhamdulillah, pencapaian pada tahun 2025 melebihi 6 Billion Ringgit merupakan rekod pelaburan tertinggi dalam sejarah negeri.

Antara faktor-faktor utama kejayaan ini adalah hasil kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan melalui MIDA dan juga agensi-agensi kerajaan seperti Invest Terengganu, PMINT, Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu, MBI dan juga TI (Terengganu Incorporated) serta semua agensi-agensi berkaitan dalam menarik dan memudahkan cara pelaburan. Antara faktor lain adalah kestabilan pentadbiran negeri, dasar yang mesra pelabur serta kelulusan yang lebih cekap melalui pendekatan full of government serta gabungan pembangunan infrastruktur strategik seperti Pelabuhan Kemaman, ECRL dan bekalan tenaga yang boleh diperbaharui.



Di samping itu juga, Kerajaan Negeri turut mempergiatkan usaha mempromosi pelaburan di peringkat nasional dan antarabangsa dan kita akan menyertai beberapa EKSPO yang juga akan menarik pelaburan ke negeri ini. Faktor yang terpenting adalah dalam kejayaan yang kita kecapi ini adalah melaksanakan cadangan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar supaya melaksana dan menyenaraikan perkara-perkara yang kita panggil low hanging fruits di mana kita telah mempermudahkan banyak perkara hasilnya kita dapat kecapi dengan jumlah pelaburan yang pada 2025. Nilai pelaburan insya-Allah kami sentiasa berusaha untuk mengekal dan cuba untuk mencipta angka baru yang lebih baik. Saya berkeyakinan penuh, dengan kerjasama dan penggemblengan daripada semua pihak perkara ini tidak lagi mustahil untuk kita laksanakan. ௌ

Yang di-Pertua

Terima kasih, kepada Yang Berhormat Kota Putera. Sila Yang Berhormat Manir.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

   Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Soalan tambahan saya berkaitan, dengan pelaburan Negeri Terengganu bagi suku tahun pertama tahun 2026, daripada penjelasan dari pihak Kerajaan saya tidak pasti apakah soalan ini mempunyai jawapan on the spot secara terus, tetapi apakah Kerajaan mempunyai angka berkaitan peluang pekerjaan yang dapat disediakan hasil daripada pelaburan yang disebutkan ini. Terima kasih.

Peluang pekerjaan?

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Haa, Berapakah peluang pekerjaan.

Okey, terima kasih, Yang Berhormat Manir. Dato’ Yang Dipertua soalan tu, sepatutnya ada notis, tapi betulan nota tu ada pada tangan saya, untuk suka pertama tahun 2026, 7 projek yang telah kita luluskan dan telah memberi



peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini berjumlah 254 peluang pekerjaan yang baharu. Terima Kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kota Putera. Seterusnya, saya persilakan Yang Berhormat Jertih.

Yang Berhormat Dato’ di-Pertua, Jertih soalan nombor 2-

Boleh nyatakan jumlah padang rumput ternak di daerah Besut dan juga Setiu?

Yang di-Pertua

Soalan Jertih akan digabungkan dengan soalan Permaisuri. Silakan Yang Berhormat, jawapan sekali.

 Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan pemerhati yang dihormati sekalian.

Kerajaan Negeri menggunakan istilah rizab padang ragut sebagai istilah yang digunakan untuk tanah kerajaan yang diwartakan di bawah Seksyen 62 KTN untuk tujuan aktiviti pengeluaran makanan yang berasaskan kepada penternakan. Tanah rizab padang ragut diuruskan secara berpusat melalui Jawatankuasa Pembangunan Tanah Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Sekarang ini, terdapat 90 lot rizab padang ragut di seluruh negeri berkeluasan 5,964 hektar. Daripada 5,964 hektar, 1,982 hektar ataupun kira-kira 3.3% telah dimajukan dan bakinya kira-kira 3,981 hektar ataupun sekitar 66% masih belum dimajukan. Spesifik kepada Daerah Besut dan Daerah Setiu, merujuk pada soalan daripada Jertih dan juga Permaisuri. Di Daerah Besut terdapat 13 rizab padang ragut berkeluasan 253 hektar. 232 hektar ataupun 92% telah dimajukan, bakinya kira-kira 20 hektar ataupun 8% belum lagi dimajukan. Untuk Daerah Setiu, ada 12 rizab padang ragut berkeluasan 1,172 hektar. 761 hektar ataupun sekitar 65% telah dimajukan, bakinya sekitar 411 Yang Dipertua, Jertih soalan nombor 2-



hektar ataupun 35% masih belum dimajukan. Kaedah Kerajaan untuk memajukan rizab padang ragut ada beberapa pendekatan. Yang pertama, dimajukan sebagai rizab padang ragut rakyat. Yang kedua kita buka untuk pengusaha-pengusaha dalam bidang penternakan memajukan padang ragut dan yang ketiga kita buka kepada pelabur-pelabur yang berpotensi untuk mereka menjalankan projek-projek yang bersaiz besar dan pihak-pihak yang berminat bolehlah mengemukakan permohonan dan cadangan projek kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Jabi. Ada soalan tambahan?

Terima kasih Dato’ Speaker. Mohon senaraikan jumlah pelaburan sektor penternakan dalam negeri kita. Terima kasih.

Kita dalam proses akhir untuk memuktamadkan perjanjian bersama dengan dua syarikat besar dalam bidang penternakan unggas. Yang pertama, Syarikat Huat Lai Resources BHD. Huat Lai ini adalah gergasi sektor peternakan ayam penelur di Malaysia. Keluaran sekarang ini sekitar 8 juta biji telur sehari tetapi mereka berpusat di pantai barat. Kita dalam proses untuk memuktamadkan tapak bagi Huat Lai membuka ladang ayam penelur di Terengganu di beberapa cadangan padang ragut dan insya-Allah dimuktamadkan dalam tempoh terdekat dan sasarannya pengeluaran sebanyak 1 juta biji telur sehari, bermakna penternakan ini akan melibatkan sekitar 1.5 juta ekor ayam penelur yang akan membuka satu dimensi baru sebab sebelum daripada ini tidak pernah ada ladang ayam penelur di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Yang kedua, beberapa hari lepas, kita muktamadkan perbincangan dengan syarikat CAB CAKARAN SDN. BHD. CAB CAKARAN ini adalah Syarikat Public Listed mereka bercadang untuk membuka ladang ternakan ayam pedaging di Terengganu dengan kapasiti pengeluaran 1 juta ekor bagi setiap pusingan, dan perkara-perkara telah dimuktamadkan insya-Allah pada 12 Ogos bulan depan kita akan adakan majlis untuk menandatangani perjanjian di antara Kerajaan Negeri dan syarikat CAB Cakaran SDN. BHD. Ini antara dua pelaburan besar dalam sektor penternakan yang akan masuk ke Negeri Terengganu dalam tempoh yang terdekat. Terima kasih.



Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Jabi, seterusnya sila Yang Berhormat Kuala Berang.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Լ Ի Լ Լ  ဃ

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan, soalan saya soalan nombor satu, cuma saya ingin perbetulkan sedikit soalannya ini.

Yang di-Pertua

Sila.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Adakah pihak Kerajaan Negeri berhasrat mengaktifkan semula kawasan penanaman padi di Kuala Berang seperti Kampung Gaung dan Kampung Telaga, Kampung Padang Ipoh dan Kampung Bukit Gemuroh serta Kampung Kuala Akob yang telah lengkap dengan sistem pengairan bukan pengawasan sedia ada.

Yang di-Pertua

Terima kasih, seterusnya Yang Berhormat Jabi.

Terima kasih Kuala Berang, walaupun berada dalam sektor perubatan tetap mengambil perhatian berat kepada sektor pertanian. Benar sebagaimana yang disebut dalam soalan. Kuala Berang dulu antara kawasan pengeluar padi di Hulu Terengganu terutamanya di Kampung Gaung, Kampung Telaga, Kampung Padang Ipoh, Kampung Bukit Gemuroh dan juga Kampung Kuala Akob.

Adakah pihak Kerajaan Negeri berhasrat mengaktifkan semula kawasan yang dahulunya aktif dengan aktiviti penanaman padi di beberapa lokasi di Kuala Berang seperti di Kampung Gaung dan Kampung Telaga, Kampung Padang Ipoh dan Kampung Bukit Gemuroh serta Kampung Kuala Akob? Kawasan ini lengkap dengan sistem pengairan sedia ada, namun telah dibiarkan tanpa diusahakan sejak sekian lama?



Kerajaan telah membina sistem pengairan dan infrastruktur yang lengkap tetapi akhirnya dia semakin lesu dan semakin malap dan sekarang ini terbiar tanpa diusahakan. Punca sawah-sawah padi di kampung-kampung yang saya nyatakan tadi terbiar tidak diusahakan bukan kerana infra, bukan kerana sistem pengairan dan saliran tetapi kerana apabila generasi lama pemilik tanah tidak lagi berdaya untuk mengerjakan tanah anak-anak, pewaris, generasi muda tidak berminat untuk menjadi pesawah. Ketiadaan pengusaha aktif ini dikenal pasti sebagai punca utama, di samping perubahan syarat guna tanah dan juga cabaran dari segi ekonomi semasa termasuk kos input dan juga peralatan jentera dan sebagainya.

Dari segi kita, Kerajaan Negeri, memang kita tidak pernah berundur daripada satu objek yang besar dalam Pelan Strategik Pertanian Terengganu untuk kita sentiasa mempertingkatkan pengeluaran makanan ruji di Negeri ini. Mana-mana sawah yang tidak aktif, kita letak kan sasaran untuk diaktifkan cuma dalam konteks di Kuala Berang, tanah tersebut adalah tanah milik, dia bukan tanah kerajaan jadi bergantung kepada komitmen dan kesungguhan pemilik untuk nak mengusahakan semula, kalau kita nak wat masuk pelabur, tanah itu berada berpecah-pecah ataupun scattered dengan izin maka dia tidak ekonomi untuk pelabur memajukan tanah, dan sekiranya ada komitmen di pihak pemilik maka Kerajaan Negeri tentu sekali bersedia untuk mengaktifkan dengan beberapa penumpuan antaranya pemulihan infra yang telah terbiar agak lama, pemberian insentif kawalan guna tanah, termasuklah Kerajaan Negeri bersedia untuk membantu dari segi penggunaan teknologi moden dan juga jentera. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sila.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ dari Jabi.

Kita lihat dari tadi jawapannya adalah tanah individu, so saya haraplah supaya pihak Kerajaan bukanlah individu, kerana individu ini untuk berkumpul menyatakan satu persetujuan agak susah, jadi kita harap supaya pihak Kerajaan membuat satu platform supaya semua tanah-tanah ini dikumpulkan atau dipajak atau sebagainya supaya kita dapat aktif, kita aktifkan kawasan-kawasan tersebut dengan modelnya yang kita rasa agak, apa ni yang lebih baik dapat menyelesaikan….



Yang di-Pertua

Soalan, Yang Berhormat, soalan…

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

So, saya haraplah supaya pihak Kerajaan mengambil inisiatif tersebut, bila dan berapa kosnya sudah tentu dapat difikirkan.

Insya-Allah saya akan minta supaya jabatan sama dengan Pejabat Tanah Hulu untuk kita kumpulkan semua pemilik-pemilik tanah di kampung-kampung yang dinyatakan tadi dan kita akan bincang dari segi perancangan ke hadapan way forwardnya bagaimana untuk tanah yang buat setakat masa ini memang kita masih kekalkan sebagai zon padi, tidak ditukar dari segi syarat guna tanah dan kita berharap dia tidak ditukar, kita pertahankan sebagai zon padi untuk kita hijaukan semula. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya persila Yang Berhormat Buluh Gading.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

  Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Buluh Gading soalan nombor satu-

Apakah status terkini Program Residensi Rakyat (PRR) Kampung Jeram dalam kawasan DUN Buluh Gading?

Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Wakaf Mempelam.

 Լ Ի Լ Լ  ဃ



Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, rakan-rakan, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Buluh Gading, sahabat saya yang bertanyakan soalan seperti yang tertera di atas.

Untuk makluman Yang Berhormat, status terkini Program Residensi Rakyat (PRR) Kampung Jeram dalam kawasan DUN Buluh Gading kini berada pada peringkat penyelesaian tanah. Pada masa ini, proses pendaftaran hak milik tanah kepada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) sedang dilaksanakan bagi melengkapkan keperluan pemilikan tapak projek. Insya-Allah selepas proses pendaftaran hak milik tanah tersebut selesai, pihak KPKT akan meneruskan pelaksanaan projek dengan memulakan proses perolehan dan juga pembinaan program PRR Kampung Jeram mengikut prosedur serta jadual pelaksanaan yang telah ditetapkan. Dan insya-Allah, di peringkat Kerajaan Negeri kita akan bekerjasama rapat dengan KPKT dan PMINT bagi memastikan semua urusan-urusan yang berkaitan dapat diselesaikan dengan segera agar projek ini dapat dilaksanakan mengikut jadual dan seterusnya memberikan manfaat kepada rakyat, khususnya di DUN Buluh Gading. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat, sila ada soalan tambahan?

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Terima kasih, Yang Dato’ di-Pertua. Berdasarkan apa yang telah diberikan penjelasan oleh Pihak Kerajaan sebentar tadi, saya nak tahu bilakah agaknya Projek PRR ini dijangka bermula dan berapakah kos projek, serta berapakah jumlah unit yang akan dibina dan harga jualan setiap unit. Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat Buluh Gading. insya-Allah, setelah urusan pendaftaran hak milik tersebut selesai, pihak KPKT akan meneruskan pelaksanaan projek dan berdasarkan kepada perancangan yang telah ditetapkan, kita menjangkakan bahawa kerja-kerja pembinaan insya-Allah akan dapat dimulakan pada September tahun 2026, iaitu tahun ini juga. Dan anggaran kos projek ini adalah berjumlah RM42.9 juta, dan insya-Allah ianya melibatkan jumlah sebanyak 150 unit rumah pangsa, dan insya-Allah harga jualan yang telah pun ditetapkan setiap unit rumah adalah RM60,000 seunit. Terima kasih.

Dipertua.

kasih, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Berdasarkan apa yang telah diberikan penjelasan oleh Pihak Kerajaan sebentar tadi, saya nak tahu bilakah agaknya Projek PRR ini dijangka bermula dan berapakah kos projek, serta berapakah jumlah unit yang akan dibina dan harga jualan setiap unit. Terima kasih.



Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Wakaf Mempelam. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Kemasik.

Լ Ի Լ Լ  Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Soalan Kemasik nombor tiga-

Apakah kemajuan perlaksanaan program dan aktiviti yang telah dirancang dalam Bajet 2026 sehingga kini khususnya untuk perkara berkaitan meningkatkan keupayaan rakyat Negeri Terengganu termasuk peluang pekerjaan dan keusahawanan?

Yang di-Pertua

Soalan Kemasik nombor tiga, silakan Yang Berhormat Alur Limbat.

Dato’ Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kemasik. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan, Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh pegawai-pegawai kerajaan dan seluruh pemerhati sekalian.

Sehingga Mei 2026, beberapa inisiatif di bawah Bajet 2026 yang bertujuan meningkatkan keupayaan Rakyat Terengganu, khususnya dalam bidang keusahawanan dan peluang pekerjaan telah berjaya dilaksanakan atau sedang dalam pelaksanaan. Antara kemajuan yang telah dicapai antaranya i-SUTRA telah siap dibangunkan dan digunakan sebagai pengkalan data bersepadu usahawan bagi menyokong perancangan dasar dan program yang lebih bersasar. Di mana i-SUTRA ini adalah bagi meningkatkan keupayaan pengkalan data sahabat usahawan Terengganu yang telah dinaik taraf kepada i-SUTRA. Bertujuannya untuk memudahkan penggubalan dasar, pengwujudan program yang lebih bersasar, pantas dan tepat. Yang kedua, Majlis Halal Terengganu telah ditubuhkan secara rasmi pada 28 Januari 2026 sebagai platform penyelarasan pembangunan industri halal negeri. Yang ketiga, Program Usahawan Belia Sejahtera sedang dilaksanakan melibatkan 40 peserta asnaf MAIDAM dengan pembiayaan RM420,480.00 daripada Maybank Islamik. Yang keempat, TikTok Studio YPU sedang dalam fasa penyediaan dan dijangka



beroperasi pada Julai 2026 bagi memperkukuh keupayaan pemasaran digital usahawan. Yang kelima, Program Sijil Anak Terengganu (ATC) sedang diperkukuhkan melalui pindaan syarat pendaftaran bagi meningkatkan penyertaan koridor dan vendor PETRONAS. Yang keenam, Program SAPOT telah melibatkan lima usahawan terpilih bagi meningkatkan promosi dan pemasaran produk melalui kerjasama dengan pempengaruh digital. Yang ketujuh, Karnival Usahawan & Koperasi serta Festival Halal. Insya-Allah kita rancang dan diadakan pada suku keempat pada tahun 2026.

Yang di-Pertua

Terima kasih Alur Limbat. Ada soalan tambahan. Silakan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Apakah inisiatif dan insentif yang Kerajaan sediakan bagi menggalakkan lagi ataupun mengaktifkan lagi ekosistem usahawan, khususnya PMKS kita?

Dato’ Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Di antara inisiatif tambahan yang disediakan bagi menggalakkan ekosistem perniagaan khusus kepada usahawan PMKS.

1. Moratorium di bawah Skim Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS). Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberikan moratorium bayaran balik pembiayaan di bawah Skim Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS) bagi tempoh tujuh bulan, iaitu bermula Jun 2026 sehingga Disember 2026.

2. Pembiayaan dan geran secara satu nisbah satu. Yayasan Pembangunan Usahawan, Kerajaan Negeri melalui YPU sedang dalam kajian bagi pelaksanaan pembiayaan dan geran satu nisbah satu dengan jumlah maksimum RM10,000 perusahaan, pembiayaan sebanyak RM5,000 dan geran sebanyak RM5,000 kepada usahawan yang layak. Inisiatif ini akan dapat membantu usahawan untuk lebih berdaya saing.

3. Penyertaan produk PMKS di Kedai Mesra Petronas. Jawatankuasa Bersama antara Kerajaan Negeri dan juga Petronas telah bersetuju untuk memperkukuh dan meningkatkan penyertaan produk PMKS dari Terengganu untuk pasaran di Kedai Mesra Petronas. Pelaksanaan sedang



dalam tindakan. YPU juga akan turut meningkatkan penyertaan produk PMKS Terengganu di lain-lain stesen minyak selain daripada Petronas.

4. Terengganu Showcase, khususnya di Negeri SG4. Terengganu Showcase ini sebenarnya telah dilaksanakan di pelbagai tempat. Tapi yang terbaru insya-Allah kita akan adakan pada 24 hingga 27 September 2026 di Aman Central Mall, di Alor Setar, Kedah. Sekian.

ဃ

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Alur Limbat. Seterusnya, saya persilakan Yang Berhormat Ladang.

 Terima kasih, Dato’ Yang Dipertua, soalan saya, soalan pertama -

Apakah polisi atau garis panduan yang ditetapkan untuk memastikan projek perindustrian baharu mematuhi prinsip ESG (Environmental

Yang di-Pertua

Soalan pertama, Yang Berhormat Kota Putera.

Terima kasih, Yang Berhormat Ladang, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Pematuhan prinsip ESG ataupun Environmental, Social and Governance bagi projek-projek perindustrian baharu di Negeri Terengganu dilaksanakan melalui dasar, garis panduan dan peraturan yang digariskan dalam Dasar Pembangunan Pelaburan Perindustrian Negeri Terengganu 2023-2030 yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu pada 12 Ogos tahun 2025. Kerajaan Negeri komited memastikan setiap projek perindustrian baharu memenuhi prinsip ESG sebagai syarat ke arah pembangunan industri yang mampan, berdaya saing dan bertanggungjawab. Bagi elemen alam sekitar ataupun environmental, semua aktiviti perindustrian termasuk sektor huluan, upstream dengan izin, seperti perlombongan, hendaklah dilaksanakan dengan meminimumkan impak terhadap alam sekitar serta memelihara ekosistem setempat. Pembangunan



kawasan industri dan penyediaan infrastruktur juga perlu berteraskan konsep pembangunan mampan, sustainable development, serta mematuhi semua keperluan kawal selia, termasuk kelulusan EIA oleh Jabatan Alam Sekitar tertakluk kepada jenis dan skala projek.

Yang keduanya bagi elemen sosial, Kerajaan Negeri menggalakkan pelabur memberi keutamaan pada pengambilan tenaga kerja tempatan dengan sasaran sekurang-kurangnya 70% daripada rakyat Negeri Terengganu ataupun rakyat Malaysia termasuk peluang kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Bagi sektor tertentu keutamaan turut diberikan kepada penyertaan Bumiputra Terengganu selaras dengan keperluan industri dan dasar semasa, dan bagi elemen yang ketiga, tadbir urus ataupun governance, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Industri Negeri Terengganu (JPINT), yang dipengerusikan oleh EXCO Industri berkaitan dan dianggotai oleh UPEN, Pengarah Tanah dan Galian (PTG), PMINT, MIDA serta agensi-agensi teknikal yang berkaitan. Jawatankuasa ini berperanan menilai permohonan pelaburan secara menyeluruh, memantau pelaksanaan projek memastikan pematuhan terhadap dasar undang-undang dan syarat kelulusan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Ada soalan? Sila.

Soalan tambahan saya. Berdasarkan kepada pengalaman semasa, apakah halangan ataupun hambatan terhadap industri dalam melaksanakan pematuhan polisi, environmental, social and governance ini? Terima kasih.

Terima kasih ADUN Ladang. Dato’ Yang Dipertua, cabaran ataupun halangan, hambatan semasa berdasarkan pengalaman yang kita lihat adalah apabila projek-projek itu melibatkan EIA, dan kita mempunyai senarai yang agak panjang, projek-projek yang melibatkan EIA ini tertangguh lama kerana mendapatkan kelulusan daripada pihak Kementerian. Pihak Kerajaan Negeri telah pun berusaha dan telah juga melawat ataupun pergi ke Kementerian untuk mencari jalan ataupun titik penyelesaian yang lebih baik dan juga cepat bagi membantu pelabur-pelabur yang datang ke negeri kita ini dapat kelulusan cepat dari segi EIA itu sendiri, dan insya-Allah dengan kerjasama baik yang telah ditunjukkan oleh pihak Kementerian, kita cuba untuk meningkatkan



proses-proses kelulusan EIA itu. Di samping itu juga halangan yang ada adalah kos permulaan operasi yang tinggi, dengan kenaikan harga bahan api yang tinggi ini, menyebabkan kos operasi yang tinggi dan juga kita melihat apabila datangnya projek-projek yang berteknologi tinggi kekurangan pakar ataupun tenaga mahir bagi pihak pelabur untuk mendapatkan tenaga tempatan. Perkara ini kita cuba selaraskan dengan pihak institusi-institusi pengajian supaya dapat melahirkan tenaga kerja yang sesuai dengan kedatangan teknologi dan pelabur. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Pengkalan Berangan.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

 ဃ  Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Soalan nombor tiga-

Apakah persediaan Kerajaan Negeri dalam menghadapi peningkatan bilangan warga emas menjelang tahun 2030 dari aspek kesihatan, penjagaan sosial dan perlindungan pendapatan?

Yang di-Pertua

Soalan ketiga, sila Yang Berhormat Ajil.

ဃ  Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, dan Ahli-Ahli Majlis, Ahli Dewan semua. Soalan, terima kasih kepada Pengkalan Berangan yang bertanya berkenaan dengan persediaan Kerajaan Negeri menghadapi peningkatan warga emas khususnya menjelang tahun 2030 dan untuk makluman semua, kita ada dua persiapan ataupun dua persediaan. Yang pertama, menambahkan kadar kelahiran ataupun mempercepatkan kadar kelahiran supaya capaian 15% lambat tercapai, 15% warga emas sebab apabila 15% daripada penduduk adalah warga emas, maka negeri ataupun negara tersebut akan diisytiharkan sebagai negara tua atau negeri tua. Jadi kita berusaha untuk melambatkan proses penuaan negeri melalui kadar kelahiran yang cepat dan ramai. Melalui Yayasan Pembangunan Keluarga, sebagaimana



yang telah pun dilancarkan pada 8 Ogos 2025 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, iaitu Portal Jodoh. Portal Jodoh setakat ini, dah satu pasang berkahwin, satu pasang dah melaksanakan perkahwinan dan dijangka pada tahun ini, insya-Allah mungkin dalam 10 pasang yang akan melangsungkan perkahwinan melalui Portal Jodoh. 

Yang di-Pertua

Sambutan bagus dok Portal Jodoh ni?

Ye?

Yang di-Pertua

Sambutan bagus dok?

Sambutan?

Alhamdulillah, Tapi untuk yang belum kahwin lagi lah. Kalau Dato' Yang Dipertua nok kita buat portal lain.

Yang di-Pertua

Boleh, boleh, boleh. EXCO dululah.

Insya-Allah.

Kemudian yang kedua, bila dah jumpa jodoh, mereka mungkin menghadapi masalah untuk kahwin cepat atas dasar, atas sebab faktor kewangan. Jadi melalui Yayasan Pembangunan Keluarga, kita laksanakan Kahwin Perdana supaya mereka cepat kahwin, cepat dapat anak dan anak yang ramai. Apabila ramai anak, maka proses penuaan itu akan lambat sebab bila 15% warga emas maka kita nak lambatkan 15% itu mestilah melalui proses kelahiran yang ramai dan di samping itu kita juga memperkenalkan beberapa perkara melalui PITAS, melalui dasar warga emas yang dalam perangkaan iaitu antaranya ialah penekanan kepada konsep negeri berkebajikan. Inisiatif yang bertujuan untuk kesejahteraan sosial memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial dan memastikan kebajikan warga emas terus terpelihara. Antaranya ialah aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di PAWE, Pusat Aktiviti Warga Emas di 8 buah daerah di Negeri Terengganu dan PAWE ini mendapat dana daripada geran tahunan sebanyak RM50,000 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga program khidmat bantu di rumah iaitu JKM menyediakan perkhidmatan untuk membantu warga emas yang berada di rumah yang terlantar, yang perlu kepada bantuan untuk pengurusan kehidupan mereka dan juga penjagaan di Institusi Rumah



Ehsan di Dungun bagi pesakit yang terlantar dan yang tidak mempunyai waris. Dia ada penempatan di Bandar Al-Muktafi Billah Shah yang kapasitinya seramai 100 orang dalam satu masa menguruskan pesakit yang terlantar yang daif dan tidak mempunyai waris. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Ada soalan tambahan?

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Ok, terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas penjelasan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, konsep Terengganu Maju Berkat Sejahtera bukan sahaja menumpukan pembangunan fizikal bahkan menekankan kepada kesejahteraan insan. Jadi soalan saya, apakah strategi Kerajaan untuk memperkukuhkan institusi keluarga, masjid, komuniti serta NGO dalam membudayakan penjagaan warga emas sebagai satu amanah agama dan sebagai satu tanggungjawab bersama dalam masa yang sama membangunkan ruang-ruang ataupun peluang-peluang pekerjaan sebagai ekonomi penjagaan ataupun care economy dengan izin yang mampu membuka peluang-peluang pekerjaan kepada belia di Negeri Terengganu.

ௌ  

Terima kasih soalan tambahan Pengkalan Berangan berkenaan dengan strategi itu dan untuk makluman semua kita sedang dalam perancangan dalam rangka membentuk Pelan Induk Warga Emas Sejahtera Terengganu (PIMAS), yang kini berada dalam proses penggubalan dan pelan ini akan menjadi kerangka tindakan menyeluruh negeri dalam menghadapi peningkatan bilangan warga emas melalui satunya aspek kesihatan, memperkukuh akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan mesra dengan warga emas dan juga penjagaan sosial serta sokongan komuniti melalui aktiviti-aktiviti khususnya di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) melalui seperti program riadah, program kuliah-kuliah agama di PAWE dan juga di masjid dan aktiviti-aktiviti temu mesra antara warga emas di pusat-pusat aktiviti warga emas serta juga perlindungan pendapatan dan juga kesejahteraan ekonomi bagi warga emas dan Kerajaan telah meluluskan baru ini dalam mesyuarat MMKN, sambungan kepada pencen rakyat yang telah dilaksanakan dahulu. Ini siri kedua, yang mana warga emas yang mencapai umur 60 tahun ke atas yang memenuhi syarat-syaratnya akan dapat pencen rakyat sebanyak RM50 satu bulan, RM600 setahun. Jadi bagi



mempastikan pelan yang dibangunkan benar-benar komprehensif, relevan dan juga memenuhi keperluan semasa dan cabaran masa hadapan, Kerajaan insya-Allah akan terus komited melaksanakan sesi libat urus secara menyeluruh bersama beberapa agensi kerajaan dan juga swasta untuk sama-sama membantu warga emas dalam kehidupan mereka supaya kehidupan lebih sejahtera dan ingat, kena ingatlah sebab yang di kalangan kita, di kalangan warga Dewan ini, mungkin akan mencapai satu masa, akan capai warga emas juga, jadi insya-Allah, kita bersedia dan saya memang saya dengan Telemong dah warga emas dah. Terima kasih.  ௌ 



Yang di-Pertua

Telemong dok warga emas lagi tu, warga perak baru dia. Sila Yang Berhormat Manir. 

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

 Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, soalan yang pertama-

Apakah status pembangunan Kenyir Geopark dan langkah Kerajaan Negeri dalam memastikan kawasan ini diurus sebagai geopark yang lestari?

Yang di-Pertua

Soalan pertama.

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

ဃ   Լ Ի Լ Լ  Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Manir. Soalan seperti mana yang tertera.

Yang pertamanya, status Pembangunan Kenyir Geopark. Kenyir Geopark telah diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan yang ke-30 pada Mei 2023 dan ia merupakan Geopark Kebangsaan yang ke-9 di Malaysia. Kawasan geopark ini meliputi kira-kira 244,900 hektar di daerah Hulu Besut, Terengganu serta



mempunyai 15 geotapak, 10 biotapak, 11 tapak budaya dan 1 tapak geoarkeologi yang menjadi aset penting kepada negeri kita, Terengganu. Pembangunan Kenyir Geopark kini memberi tumpuan kepada pengukuhan tadbir urus, pemuliharaan warisan geologi dan biodiversiti dan pembangunan geopelancongan secara mampan serta memperkasakan komuniti setempat.

Dato’ Yang Dipertua, langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi memastikan Kenyir Geopark diuruskan secara lestari. Pada tahun 2024 hingga 2026, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM3.775 juta kepada Pejabat Daerah Hulu Terengganu bagi melaksanakan pelbagai projek yang melibatkan pemeliharaan geowarisan, pembangunan produk geopelancongan, penambahbaikan kemudahan geopark, program pendidikan dan kesedaran awam serta pembangunan kapasiti untuk komuniti setempat. Bagi memastikan geopark terus diurus secara lestari, Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa langkah utama, antaranya:

i. Memelihara warisan geologi, biodiversiti, budaya dan geoarkeologi melalui usaha pemeliharaan geotapak dan tapak warisan yang mempunyai nilai saintifik tinggi.

ii. Membangunkan geopelancongan secara mampan berasaskan prinsip konservasi, pendidikan dan kelestarian bagi menjana manfaat ekonomi kepada komuniti setempat, tanpa menjejaskan khazanah-khazanah lain.

iii. Memperkasakan komuniti setempat melalui pembangunan geoproduk, latihan kemahiran, keusahawanan dan menyediakan perkhidmatan pelancongan.

iv. Memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (GMG), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Jabatan Perhilitan, KETENGAH, Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu, Lembaga Sumber Air Terengganu serta institusi pengajian tinggi dalam aspek pemuliharaan, penyelidikan dan pengurusan geotapak.

v. Memuktamadkan Pelan Pengurusan Kenyir Geopark dan Pelan Pembangunan Kenyir Geopark sebagai panduan pembangunan jangka panjang serta membuat persediaan bagi penilaian semula status Geopark



Kebangsaan pada tahun 2027 dan seterusnya ke arah pencalonan sebagai UNESCO Global Geopark. Kerajaan Negeri sangat komited bagi memastikan Kenyir Geopark terus diurus secara lestari agar kekal sebagai aset warisan dan produk pelancongan berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada rakyat serta pembangunan Negeri Terengganu.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Ada soalan tambahan. Sila Yang Berhormat Manir.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, berdasarkan penerangan pihak Kerajaan, kita dapat gambarkan bahawa Kerajaan membelanjakan satu peruntukan yang agak besar bagi pembangunan yang disebutkan tadi. Apakah Kerajaan punya indikator kejayaan yang boleh dijelaskan di dalam Dewan yang mulia ini, terima kasih.

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Terima kasih.

Soalan tambahan yang luar biasa, insya-Allah. Antara indikator utama kejayaan Pembangunan Kenyir Geopark ialah peningkatan jumlah kehadiran pengunjung ke Tasik Kenyir, daripada 218,157 orang pada tahun 2023 kepada 454,765 orang pada tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 108.5% dalam tempoh 2 tahun. Selain itu, Kerajaan Negeri telah meningkatkan kualiti kemudahan pelancongan melalui pelaksanaan pelbagai projek seperti menaik taraf jeti pelancongan, pembinaan RV Park, mercu tanda baru Tasik Kenyir, penyediaan kemudahan awam serta pemasangan lampu solar pintar dan CCTV bagi meningkatkan keselesaan serta keselamatan pengunjung ke Tasik Kenyir. Dari aspek kelestarian, Kerajaan Negeri turut meluluskan peruntukan sebanyak RM2.4 juta di bawah Ekologi Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) pada tahun 2026, baru lagi Dato’ Yang Dipertua, bagi memastikan projek pembinaan tambatan rumah bot, pengkalan bot baru dan sistem pengurusan sisa kumbahan rumah bot di Pulau Poh dan projek ini bertujuan untuk mengurus dan mengumpul pemindahan rawatan dan pelupusan sisa kumbahan secara lebih sistematik bagi memelihara ekosistem Tasik Kenyir di samping menjadikan Pulau Poh sebagai pusat tambatan dan hub utama kepada operasi houseboat yang merata-rata di kala ini, dan insya-Allah kita akan dalam masa terdekat, kita akan buat libat urus dengan pengusaha-pengusaha houseboat supaya turun naik penumpang adalah di pengkalan yang kita nak sediakan di



Pulau Poh supaya kegunaan Pulau Poh itu secara lestari dan kita nak Pulau Poh itu sebagai pusat perniagaan Tasik Kenyir, kita nak ganti daripada Pengkalan Gawi kepada Pulau Poh. Yang ini melibatkan ke semua pengusaha-pengusaha di Tasik Kenyir dan untuk pengetahuan Dewan Yang Mulia, premis penginapan Primula By The Lake, Tasik Kenyir yang telah mula beroperasi pada 1 Julai 2026 turut mencerminkan keyakinan sektor swasta terhadap potensi Tasik Kenyir sebagai destinasi Pelancongan Antarabangsa.

 Untuk pengetahuan Dewan Yang Mulia, hotel ini begitu lama terbiar dan sudah beberapa investor datang untuk berbincang dan ada yang menolak macam-macam dan akhirnya, akhirnya kita berusaha secara bersungguh-sungguh untuk memastikan yang ditinggal tidak merana dan hotel boleh beroperasi daripada 1 Julai dan alhamdulillah TI telah menggunakan inisiatif yang sangat baik dan bekerjasama dengan Primula dan juga Permai dan dia menguruskan hotel tersebut dengan sempurna dan projection saya nak bagi tahu Dewan Yang Mulia, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, insya-Allah pada tahun 2026 occupation kepenuhan hotel tersebut 89%. Tahun 2027 85% dan tahun 2028 98% ini membuktikan bahawasanya insya-Allah hotel tersebut dan Pulau Poh akan menjadi tumpuan kepada pelancong sama ada dalam ataupun luar negara dan insya-Allah Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya juga difahamkan Waterpark yang telah berkubur akan dibaik pulih semula insya-Allah dalam masa terdekat oleh agensi ataupun GLC Kerajaan Negeri, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua penjelasan daripada saya. Terima kasih. 

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Wakil Kijal. Seterusnya saya persila Yang Berhormat Wakil Seberang Takir. 

Haji Khazan bin Che MatBERSATU · PNSeberang Takir

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, soalan saya nombor 1, berkaitan Bot Penambang.

Bot penambang Seberang Takir semakin lesu mutakhir ini kerana beberapa faktor seperti bot yang tiada kelulusan Jabatan Laut dan jeti serta persekitarannya yang tidak sempurna, apa rancangan Kerajaan Negeri bagi menangani isu ini?



Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat. 



Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada semua, terima kasih kepada Yang Berhormat Seberang Takir, soalan sepertimana yang tertera. Memang Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap cabaran yang dihadapi oleh pengusaha Bot Penambang Seberang Takir. Memandangkan perkhidmatan ini merupakan Warisan Pengangkutan Air Tradisional serta salah satu produk pelancongan Negeri Terengganu. Jadi kemerosotan perkhidmatan ini berpunca daripada beberapa faktor antaranya ialah pematuhan pelesenan dan keselamatan vessel maksudnya keselamatan bot.   Satu lagi kemudahan jeti yang perlu ditambah baik serta perubahan corak penggunaan pengangkutan oleh masyarakat. Jadi kita boleh tengok hari ini bot penambang di Seberang Takir bukan lagi untuk transfer orang daripada Seberang Takir ke Pasar, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua dan kita akan cuba tambah nilai insya-Allah. Bagi menangani isu tersebut, Kerajaan Negeri bersama Jabatan Laut Malaysia, Lembaga Sumber Air Terengganu, LAUT, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan agensi berkaitan sedang melaksanakan beberapa langkah iaitu memudahkan cara urusan pelesenan dan pematuhan keselamatan.   Dia nak permudahkan lagi supaya bot penambang suddu itu boleh diguna pakai walaupun nampak usang dan kita akan naik taraf jeti. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, jeti boleh tahan lagi tapi jalan masuk ke jeti itu agak sempit dan jalan tersebut tanah tersebut adalah tanah orang awam. Terpaksa Kerajaan berfikir sama ada untuk pengambilan semula tanah dan sebagainyalah. Jadi dalam kita punya kerangka untuk membaik pulih ataupun menambah nilai kawasan Jeti Penambang di Seberang Takir dan selain daripada itu, LAUT pada prinsipnya telah bersetuju, baru kita bincang telah bersetuju untuk memperkenalkan kebenaran selain daripada lesen kita ada satu lagi kebenaran yang dipanggil kebenaran Izin Lalu. Ini Kerajaan Negeri yang menguruskan prosedur Izin Lalu bagi operasi sama ada waktu siang ataupun waktu malam untuk menambahkan lagi pendapatan kepada pengusaha-pengusaha bot tersebut. Jadi Kerajaan Negeri yakin bahawa melalui kerjasama di antara semua agensi yang terlibat dan pengusaha bot penambang pun kena terlibat sama perkhidmatan ini insya-Allah akan diperkasakan daripada masa ke semasa. Untuk pengetahuan Dewan Yang Mulia, bot penambang yang masih ada kurang lebih dalam sebelas buah dan saya pergi buat lawatan dengan Yang Berhormat Seberang Takir baru-baru ini ada tiga, empat buah je hok yang enjin dia boleh



bergerak lagi itu pun kesianlah. Jadi Kerajaan akan menilai semula akan mengambil inisiatif ini untuk memastikan bot tersebut ditambah nilai dan diguna pakai untuk servis seterusnya. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Seberang Takir.  

Yang di-Pertua

Ada soalan tambahan? Yang Berhormat Seberang Takir. 

Haji Khazan bin Che MatBERSATU · PNSeberang Takir

Sikit Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Bot-bot penambang ini macam Yang Berhormat EXCO Kerajaan jawab tadi sambutannya kurang bot-bot pun dok berapa molek dan seperti masa kita sama-sama melawat ini ada hok nak jual dah bot ni. Jadi bot gi mari daripada Seberang Takir ke belakang Pasar Payang ni dok berapa banyak kalau orang mari naik hantar Pasar Payang nak balik semula itu tak dok bot yang menunggu sebab jeti di belakang Pasar Payang itu tak berapa sesuai dan arus yang kuat bot kalau dia tunggu situ dia terandah di tebing jeti mudah rosak jadi biasa dia hantar dia akan balik semula. Jadi itu antara faktor lah, cuma saya nak tanya pihak Kerajaan ada dok cadangan untuk mengambil alih? Sebab kalau semua pakat jual saya bimbang benda ini yang lama dah, dah jadi warisan orang kenal daripada sebelum ada jambatan, ada jambatan pun orang masih guna lagi supaya kita dapat kekalkan bot penambang ini. Ada dok cadangan Kerajaan ambil alih bot-bot ini sebab kerajaan saya tengok ada duk buat Syarikat Pengangkutan Cas Ligas, Cas Ligas Sdn Bhd ni saya duk dengar kerajaan belanja kat sejuta setahun tapi penggunaannya tak berapa balah mana. Tapi kalau kita alih kepada bot penambang, dok semua pun katakan sebahagian itu mungkin Kerajaan boleh bayar insentif bulanan pada tuan-tuan bot. Jadi dia orang boleh standby sokmo saya rasa ini lebih baik kerana dia ada banyak nilai, nilai pelancongan ada situ, nilai sejarah ada situ. Mungkin saya rasa ini mungkin boleh difikirkan. Macam mana pandangan Kerajaan? Terima kasih.  

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya sebenarnya bersekali dengan Yang Berhormat Seberang Takir pergi tengok bot dan jeti dan mungkin Yang Berhormat Seberang Takir lupa, kita, saya tanya nak jual dok bot ni? Takmoh jual? Yang Berhormat Seberang Takir dok ingat tu. Dia takmoh jual, tuan bot takmo jual. 



Haji Khazan bin Che MatBERSATU · PNSeberang Takir

Ada hok nok jual Yang Berhormat…  

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Saya tanya berapa harga? Dia kata RM25,000.00, mahal RM25,000.00 bot tu. Tapi takpe, kita bersetuju tapi masih lagi pengusaha itu nak bagitahu Dewan Yang Mulia, pengusaha itu masih nak menguruskan warisan tok nenek dia, itu pokok nombor satu. Dia rela tukar enjin bot itu kalau orang kita kata juga mahal tali pada lembu. Bot dah jadi murah, enjin yang lagi mahal dia tukar enjin Isuzu macam-macam. Jadi saya dah berbincang dengan beberapa rakan-rakan termasuklah Cas Ligas untuk membuat libat urus supaya kita kekalkan konsep Bot Pelancong itu tetapi servisnya kita tukar daripada kita hantar orang ke pasar kepada, dia panggil baru ini River Cruise.   Untuk pengetahuan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dan Dewan Yang Mulia, sebenarnya Kerajaan Negeri dah ambil inisiatif baru kita dah cuba nak naik taraf bot tersebut tapi bot tersebut terlampau berat dan kos terlampau tinggi. Maka kita buat kerjasama dengan Universiti Teknologi Melaka, UTEM untuk design bot tapi bot sekoci bukan bot sepertimana yang ada di Seberang Takir. Bot sekoci dua buah dan kita menyokong untuk dapat geran daripada MOSTI dan siap dah bot itu sekarang ini, insya-Allah kita akan launch dalam masa yang terdekat. Dua buah bot sekoci yang direka khusus oleh Universiti Teknologi Melaka yang mana Universiti Teknologi Melaka ini juga lah yang menambah nilai e-Teksi, e-beca, saya panggil nama lama.. e-Beca yang mana beca dah ada bateri dah ada pengusaha baru dah berjaya dah e-Beca tu, jadi sekarang e-Bot, kita nama, tapi bot ini bukan untuk membawa penumpang daripada Seberang Takir ke Pasar Payang. Bot ni untuk River Cruise dan tambang dia pun boleh cerita lebih daripada RM30. Bot penambang daripada Seberang Takir ke Pasar Payang tok lari daripada RM3, Dato’ Yang Dipertua doh bile nok dapat cari makan RM3. Kabo tiket mahal, orang kampung maroh selaluh jadi terpaksa kita kene tamboh nilai. Jadi, untuk menjawab soalan Seberang Takir. Alhamdulillah, Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk memastikan bot-bot Seberang Takir tu, akan dibaikpulih, akan ditambah nilai, akan dibuat libat urus, dan dalam masa yang sama kita buat e-Bot. Kalau sekiranya e-Bot ni berjaya dan pengusahanya di kalangan generasi penerus maka e-Bot ini akan menjadi satu lagi daya tarikan dalam sungai Negeri Terengganu. Kita dah bincang dengan beberapa agensi di bawah portfolio saya termasuk Jabatan Pelancongan, termasuk dengan Muzium yang mempunyai



pengkalan sedia ada untuk kita guna pakai pengkalan tersebut dan ada 2 buah bot, insya-Allah, kalau Dato’ Yang Dipertua nok naik pun, kita ajok naik kekgi dalam masa terdekat ni, kita tengok sejauh mana e-Bot yang tak guna enjin. Kalau berjaya kita akan memperkenalkan kepada pelancong yang datang ke Negeri Terengganu sekarang ni. Pelancong mari Terengganu sekarang ni, nok tengok suasana malam nok tengok drawbridge, pencahayaan macam mana dan saya dapat maklumat daripada pengusaha-pengusaha river cruise di sekitar Taman Tamadun Islam tu pendapatan dia melebihi 10 Ribu Ringgit sebulan. Jadi kita kena ke arah tu lah sekarang ni, insya-Allah Dato’ Yang Dipertua, saya akan bersama beberapa agensi di bawah portfolio saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan bot penambang Seberang Takir tidak hilang mungkin ditambah nilai servis dan menambahkan input baru untuk memastikan sungai Negeri Terengganu menjadi satu lagi punca, pencarian kepada, khususnya kepada rakyat sekitar Kuala Terengganu dan juga Kuala Nerus. Itulah, Yang Dipertua terima kasih banyak pada soalan dan soalan tambahan. 

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kijal, seterusnya sila Yang Berhormat Hulu Besut.

Mohd Husaimi bin HussinBERSATU · PNHulu Besut

  Terima kasih, Dato’ Yang Dipertua, Hulu Besut soalan nombor 1-

Apakah langkah strategik yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) dalam memastikan perancangan dan tadbir urus pengurusan kawasan Taman Negeri dilaksanakan secara komprehensif selari dengan dasar dan garis panduan biodiversiti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat, soalan Hulu Besut, kita bermula kali ni takdok soalan tambahan doh eh, perabih deh sebab kita pun lewat doh.

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Soalan Hulu Besut ni, terlampau teknikal, jadi saya baca ah, banyak angka Yang Dipertua



Yang di-Pertua

Ringkas je eh, angka ringkas

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Soalan seperti mana yang tertera. Insya-Allah Kerajaan Negeri melalui Pengurusan Taman Negeri (MPTN) sentiasa memperkukuhkan perancangan dan takbir urus pengurusan kawasan taman negeri secara komprensif dan mampan selaras dengan dasar kepelbagaian bioteknologi kebangsaan 2022, 2023 serta kerangka biodiversiti Global Kunming-Montreal. Haa orang puteh. Antara langkah strategik yang telah dilaksanakan ialah memperkukuhkan takbir urus dan penyelarasan pengurusan taman negeri melalui penubuhan jawatankuasa biodiversiti sebagai platform untuk menyelaras memantau dan menilai pelaksanaan program pemuliharaan penyelidikan dan pengurusan biodiversiti. Yang kedua, melaksanakan pengurusan berasaskan sains dan pematuhan perundangan melalui penyelidikan inventori, biodiversiti serta pematuhan kepada Akta Akses kepada sumber biologi dan pengkongsian faedah 2017 Akta 795 dan Prinsip Protokol Nagoya.

Yang Ketiga, memperkukuhkan penguatkuasaan dan pemantauan kawasan taman negeri melalui penubuhan pasukan pemantauan khas Tasik Kenyir, Kenyir Rangers, serta penggunaan teknologi sperti mana camera trap, CCTV, dan Drone bagi melindungi biodiversiti dan membanteraskan aktiviti pencerobohan. Seterusnya, Dato’ Yang Dipertua memperkukuhkan kerjasama strategik dengan agensi kerajaan institusi pengajian tinggi, dan pertubuhan bukan kerajaan dalam penyelidikan pemantauan biodiversiti perlindungan habitat dan pemuliharaan spesis yang terancam. Seterusnya, yang terakhir memperkasakan pendidikan kesedaran awal dan penglibatan masyarakat melalui pelaksanaan program Communication, Eduction and Public Awareness (CEPA), bagi meningkatkan kesedaran dan penyertaan masyarakat dalam usaha pemuliharaan biodiversiti. Semua langkah ini, dilaksanakan bagi memastikan kawasan pengurusan taman negeri memenuhi amalan terbaik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sekali gus menyokong pelaksanaan dasar kepelbagaian biologi kebangsaan 2022, 2023, kerangka biodiversiti Global Kunming-Montreal. serta sasaran global 30x30, itu sahaja Dato’ Yang Dipertua.

Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Kijal. Seterusnya, Yang Berhormat Rantau Abang.



Լ Ի Լ Լ 

 Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Rantau Abang soalan nombor 3-

Memandangkan DUN Rantau Abang mempunyai potensi besar dalam sektor pelancongan, pertanian, industri tenaga boleh baharu (RE) atau tenaga hijau dan ekonomi komuniti, apakah pelan Tindakan khusus Kerajaan Negeri untuk menjadikan Rantau Abang sebagai zon pertumbuhan ekonomi baharu yang mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada belia serta meningkatkan pendapatan penduduk setempat dalam tempoh lima tahun akan datang?

Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Kota Putera.

Terima Kasih Rantau Abang. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, secara telusnya tiada pelan tindakan khusus untuk Rantau Abang sebagai zon pertubuhan ekonomi baharu dan juga kita ada khusus kepada dun-dun pelan untuk pertumbuhan zon ekonomi ini. Cuma, dalam perseptif zon pertumbuhan ekonomi baharu berasaskan industri hijau dan tenaga boleh diperbaharui Lembah Silika Terengganu ataupun SLT di Dungun merupakan salah satu rantaian industri silika yang merangkumi aktiviti perlombongan pemprosesan silika berketulenan tinggi dan industri hiliran berkaitan teknologi solar, semi conducate elektronik serta teknologi hijau, pembangunan ini turut disokong oleh operasi perlombongan dan pemprosesan silika sedia ada, serta Tapak Projek Terengganu Silika Marang Sdn. Bhd. yang akan memperkukuhkan lagi ekosistem industri silika negeri. Selain itu, pemprosesan pengoperasian ECRL yang dijadualkan bermula pada awal tahun 2027 dengan Stesen ECRL Dungun di Batu 7 akan meningkatkan kecekapan logistik mengurangkan kos pengangkutan serta memperkukuhkan daya saing pelaburan di kawasan ini. Kemudahan tersebut dalam radias 10 kilometer dijadikan, dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan industri silika, tenaga hijau dan industri hiliran berkaitan serta sekali gus memberi limpahan ekonomi kepada penduduk Dungun dan DUN Rantau Abang. Terima kasih.

Mohd Fadhli Rahmi bin ZulkifliPAS · PNRantau Abang



Yang di-Pertua

Terima kasih Kota Putera.

Seterusnya, Yang Berhormat Batu Rakit.

Mohd Shafizi bin IsmailPAS · PNBatu Rakit

 Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, izinkan saya mulakan dengan dua rangkap pantun

Dato’ Yang Dipertua, orangnya hebat Masuk ke Dewan semua berdiri, Pelaksanaan syariat perlu diperketat Agar negeri terus diberkati.

Dari Batu Rakit ke Kuala Terengganu Dewan Undangan Negeri sedang bersidang Pelaksanaan syariat menjadi tumpuanku.

Soalan Batu Rakit nombor 1 kini dibentang

Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk agihkan peruntukan kepada DUN-DUN bagi menjayakan perlaksanaan syariah hingga ke peringkat daerah-daerah dan kampung-kampung sebagaimana yang dirancang oleh Kerajaan Negeri?

Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Kawasan Batu Buruk.

Լ Ի Լ Լ 

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Rakit yang mengemukakan soalan, bagi menjayakan agenda pelaksanaan syariah hingga ke peringkat daerah dan komuniti Kerajaan Negeri, telah melaksanakan Program “Bersamamu Rakyat Indahnya Hidup Bersyariat” yang melibatkan semua daerah dan DUN di Negeri Terengganu. Peruntukan yang diagihkan



adalah sebanyak RM50,000 kepada setiap DUN dan peruntukan tersebut diselaras melalui Pejabat Daerah masing-masing.

Program ini memberi tumpuan kepada program-program aktiviti dakwah dan penerapan penghayatan “Indahnya Hidup Bersyariat” kepada semua peringkat komuniti. Program ini juga bertujuan memperkasakan program berkebajikan kepada semua rakyat di Negeri Terengganu ke arah mencapai matlamat untuk menjadi Negeri Maju, Berkat dan Sejahtera. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Langkap.

Azmi bin MaarofPAS · PNLangkap

 Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, soalan saya nombor satu.

Apakah punca sebenar yang telah menyeabkan gangguan bekalan air yang serius di daerah Setiu baru-baru ini dan apakah langkah yang akan diambil oleh pihak SATU agar perkara yang sama tidak akan berulang pada masa hadapan?

Yang di-Pertua

Soalan nombor satu, sila pihak Kerajaan.

Terima kasih Langkap, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, soalan ini sepatutnya dijawab oleh Yang Berhormat Dato' Hanafiah tapi kerana beliau keuzuran, saya diberi tanggungjawab untuk membacakan jawapan yang telah disediakan. Gangguan bekalan air yang berlaku di daerah Setiu baru-baru ini adalah berpunca daripada ketidakupayaan dua buah loji rawatan air LRA untuk beroperasi seperti biasa. Insiden tersebut berlaku pada tarikh dan masa yang berbeza, melibatkan LRA Sungai Tong dan LRA Bukit Kemudu. Sekali gus menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna di kawasan yang terjejas. Bagi mengelakkan dan mengurangkan risiko kejadian sama berulang, pihak SATU telah mengambil langkah drastik dalam melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penggantian pam air mentah yang rosak dalam tempoh insiden yang berlaku pada 27 hingga 31 Mei 2026 bagi LRA Sungai Tong manakala 4



hingga 8 Jun 2026 bagi LRA Kemudu bagi memulihkan operasi sistem pengambilan air mentah. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kota Putera. Seterusnya, sila Yang Berhormat Air Putih.

Mohd Hafiz bin AdamPAS · PNAir Putih

Լ Ի Լ Լ  ဃ

Yang berhormat Dato' Yang Dipertua, Air Putih soalan nombor dua-

Apakah usaha dan tindakan pihak Kerajaan Negeri dalam menangani isu rumah mampu milik yang sangat tinggi permintaaannya. Air Putih telah mencadangkan beberapa lokasi namun langkah seterusnya masih lagi tergantung?

Yang di-Pertua

Soalan nombor dua. Sila Yang Berhormat Wakaf Mempelam.

Լ Ի Լ Լ 

ဃ

Yang berhormat Dato' Yang Dipertua, Yang Berhormat Air Putih yang telah pun bertanyakan soalan seperti yang tertera. Untuk makluman Yang Berhormat Air Putih, pelbagai usaha secara berterusan telah pun dilakukan oleh pihak kerajaan di dalam merancakkan lagi program untuk memperbanyakkan Rumah Mampu Milik.

Di antaranya adalah tiga perkara yang sering saya nyatakan adalah pelaksanaan penambahbaikan dasar perumahan Rumah Mampu Milik secara perswastaan untuk merancakkan lagi pelibatan pemaju swasta di dalam menyediakan Rumah Mampu Milik. Yang keduanya adalah penerusan kerjasama yang berterusan bersama dengan Kerajaan Persekutuan melalui beberapa Kementerian. Di antaranya adalah KPKT, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, KKDW, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, dan juga KPKN, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.



Selain daripada itu, kerjasama yang erat dan rancak juga diadakan bersama dengan beberapa agensi seperti SPMB dan lain-lain lagi, dan selain daripada tiga perkara tersebut, suka saya jelaskan bahawa Kerajaan Negeri juga telah pun baru sahaja meluluskan dua program baharu dalam usaha untuk memperluaskan lagi penyediaan Rumah Mampu Milik kepada rakyat Terengganu. Di antaranya, yang pertamanya adalah program pembinaan Rumah Mampu Milik di atas tanah milik sendiri dan tanah rancangan berkelompok ataupun RTB yang dikenali sebagai Program Rahmat.

Melalui program ini, rakyat Negeri Terengganu yang memiliki tanah sendiri akan diberi peluang untuk membina rumah di atas tanah masing-masing dengan bantuan Kerajaan Negeri, dan bagi menjayakan hasrat tersebut, pemohon yang layak ditawarkan pinjaman perumahan tanpa faedah oleh Kerajaan Negeri. Program ini menawarkan tiga pilihan reka bentuk dengan keluasan 750 kaki persegi, 850 kaki persegi dan 950 kaki persegi, dengan anggaran harga bermula daripada RM82,500 hingga RM104,500.

Pada peringkat permulaan, Kerajaan Negeri akan melaksanakan pembinaan sebanyak 320 buah rumah melibatkan 10 buah rumah bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri dan pelaksanaannya akan dibuat secara berfasa. Program yang kedua, ialah Program Pembinaan Rumah Mampu Milik Berskala Kecil ataupun RMMBK. Menerusi program ini, Kerajaan Negeri akan mengenal pasti tanah-tanah milik Kerajaan di setiap kawasan di dalam Dewan Undangan Negeri yang bersaiz kecil, lazimnya yang kurang daripada satu ekar, untuk dibangunkan sebagai projek Perumahan Mampu Milik berskala kecil dan setiap projek akan melibatkan pembinaan di antara satu hingga empat unit rumah sahaja, dengan harga jualan ditetapkan pada RM100,000 seunit. Pendekatan ini insyaAllah akan membolehkan pembangunan Rumah Mampu Milik dilaksanakan secara lebih menyeluruh tanpa hanya perlu bergantung kepada projek-projek berskala besar yang sudah pasti memerlukan kos pembangunan yang tinggi serta tempoh pelaksanaan yang lebih panjang. Di samping itu, pelaksanaan program ini dijaga dapat mengoptimumkan penggunaan tanah-tanah milik Kerajaan yang terbiar ataupun yang belum dimanfaatkan.

InsyaAllah kedua-dua program ini boleh diambil perhatian bukan sahaja oleh Ahli Yang Berhormat Air Putih tetapi semua Ahli-ahli Yang Berhormat di seluruh Negeri Terengganu. Seterusnya untuk makluman Air Putih juga berkenaan



dengan lokasi yang telah pun dicadangkan oleh pihak Air Putih, pihak Kerajaan Negeri di dalam penelitian menerusi SUK (PERUMAHAN) berkenaan dengan cadangan tersebut yang kita akan teliti dengan telitinya kesesuaian, dan dengan pihak manakah yang kita akan adakan kerjasama, dan untuk makluman Yang Berhormat Air Putih juga di antara projek perumahan yang telah pun siap dilaksanakan di dalam DUN Air Putih bermula 2018 hingga sekarang ialah projek Rumah Mampu Milik Sri Bandi yang melibatkan pembinaan sebanyak 220 buah rumah Mampu Milik, manakala projek yang dalam pembinaan pula ialah Program Pemajuan Kawasan (PPK) Air Putih yang dilaksanakan di bawah KKDW yang melibatkan sebanyak 200 unit yang sekarang ini telah pun mencapai 95% pelaksanaan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Wakaf Mempelam, seterusnya Yang Berhormat Bukit Tunggal.

Lsr. Haji Zaharudin bin ZahidPAS · PNBukit Tunggal

Լ Ի Լ Լ  ဃ

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. 

Pergi ke pasar membawa raga, Soalan saya nombor tiga.

Terima kasih.

Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi menjadikan perusahaan pembuatan bot di Pulau Duyung sebagai salah stu destinasi pelancong yang bersifat ‘edu-tourism’?

Yang di-Pertua

Sila Yang Berhomat Kijal. Ringkaskan…

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

ဃ

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tunggal, soalan sepertimana yang tertera di skrin. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Kerajaan Negeri insya-Allah sedang merancang untuk membangunkan Pulau



Duyung sebagai destinasi pelancongan berasaskan warisan pembinaan bot tradisional dengan memanfaatkan keunikan industri pembuatan bot sebagai produk, Education Tourism. Yang kedua, bagi menggalakkan penganjuran bengkel dan demonstrasi pembinaan replika bot kayu, seni ukiran serta teknik pertukangan tradisional sebagai pengalaman interaktif kepada pelawat.

Yang ketiga memperkenalkan pakej lawatan pendidikan yang memberi peluang kepada pelajar, penyelidik serta pelancong melihat sendiri proses pembinaan bot tradisional dan berinteraksi dengan tukang bot tempatan. Memperkukuhkan promosi melalui Tahun Melawat Terengganu 2027 dengan kita ketengahkan warisan pembinaan bot tradisional sebagai salah satu produk pelancongan ikonik negeri di Pulau Duyung insya-Allah. Memperkasakan penglibatan komuniti setempat dan pengusaha bot sebagai rakan strategik bagi pembangunan produk Edu-tourism melalui penyediaan pakej lawatan.

Untuk tujuan tersebut, saya nak berpakat dengan Yang Berhormat Bukit Tunggal supaya Yang Berhormat Bukit Tunggal menyediakan sekumpulan anak tempatan untuk kita upgradekan dia sebagai CBT, Community Based Tourism sebab saya dah buat lawatan dan saya melihat di situ kalau ada pengusaha yang mempunyai roh, roh pertukangan walaupun dia tak pandai menukang, tapi roh untuk memajukan Pulau Duyung sebagai pusat Education Tourism yang berpandukan atau berkait rapat dengan pembinaan bot, maka insya-Allah pihak Jabatan Pelancongan akan memberi guideline untuk kita wujudkan satu lagi community-based tourism di Pulau Duyong. Itu saja Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih banyak-banyak. ௌ

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kijal. Seterusnya, Yang Berhormat Kuala Besut.

Haji Azbi bin SallehPAS · PNKuala Besut

Լ Ի Լ Լ   Terima kasih, Dato' Yang Dipertua. Soalan saya, soalan nombor tiga-

Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi ke kawasan perindustrian sedia ada seperti di Kertih, Telok Kalong dan Gong Badak?



Yang di-Pertua

Soalan nombor tiga. Sila.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Besut. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Kerajaan Negeri telah melantik PMINT sebagai badan yang mengurus dan mempromosikan tanah industri di seluruh Negeri Terengganu, termasuk Teluk Kalong dan Gong Badak, manakala di Kertih, Terengganu Inc Properties melalui pihak ketiga sebagai pihak yang menguruskan. Dalam usaha untuk menarik pelaburan, pelbagai aktiviti promosi telah dilaksanakan, antaranya penyertaan di pelbagai ekspo dan pameran seperti Expo Selangor Investment and Industrial Park (SPARK) 2025 di Kuala Lumpur, International Greentech and Eco Products Exhibition and Conference Malaysia (IGEM) 2025 dan pelbagai lagi sesi libat urus bersama pelabur telah dilaksanakan.

Selain daripada itu, bagi menyokong pembangunan dan perkembangan industri secara strategik dan tersusun, pihak Kerajaan juga telah mengklasifikasikan fokus pembangunan mengikut lokasi kawasan industri, antaranya seperti yang pertama Kawasan Perindustrian Kertih, kita jadikan hub industri berintensif tenaga dan hiliran, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong kita jadikan hub pembuatan heavy-industry perkapalan dan logistik, dan Kawasan Perindustrian Gong Badak, industri halal dan pembuatan ringan. Tambahan pula bagi melengkapkan infrastruktur dan kemudahan asas bagi menarik pelabur, Kerajaan Negeri telah memohon peruntukan berjumlah RM2.609 juta daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), bagi projek menaik taraf infrastruktur asas di kawasan perindustrian sedia ada di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-13) bagi tahun 2026. Cadangan projek tersebut adalah merangkumi menaik taraf jalan dan perparitan di kawasan perindustrian yang terpilih di negeri ini. Terima kasih. ௌ

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kota Putera. Seterusnya, Yang Berhormat Bukit Besi.

Ghazali bin SulaimanPAS · PNBukit Besi

Լ Ի Լ Լ   Terima kasih Yang Dipertua, Bukit Besi soalan nombor satu -



Adakah Kerajaan Negeri bercadang menubuhkan lebih banyak pusat pembangunan kemahiran khusus untuk beliawanis di kawasan luar bandar?

Yang di-Pertua

Soalan nombor satu.

 Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Bukit Besi, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, serta semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dan tidak dilupakan pada semua pemerhati, wakil-wakil jabatan yang turut bersama pada hari ini.

Sebagaimana soalan yang telah dikemukakan dan tertera di skrin berkenaan dengan pusat pembangunan kemahiran khusus untuk beliawanis dalam kawasan luar bandar. Untuk makluman Bukit Besi, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memperluaskan akses pendidikan dan latihan kemahiran kepada belia dan beliawanis untuk seluruh Negeri Terengganu, termasuk dalam kawasan luar bandar. Pada masa ini, Terengganu telah pun memiliki beberapa institusi TVET yang menawarkan latihan kemahiran dalam pelbagai bidang seperti Terengganu Skills, TATIUC dan juga TTITC.

Selain itu, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu turut melaksanakan pelbagai kursus kemahiran khusus kepada beliawanis setiap daerah. Kemudahan ini sebenarnya turut disokong oleh institusi latihan milik Kerajaan Persekutuan dan juga sektor swasta yang beroperasi dalam negeri ini. Berdasarkan kapasiti semasa, institusi-institusi sedia ada masih mampu menampung keperluan latihan kemahiran bagi belia dan juga beliawanis yang berada di seluruh Negeri Terengganu, termasuk yang berada dalam kawasan luar bandar.

Oleh itu, Kerajaan Negeri pada masa ini tidak bercadang untuk menubuhkan institusi TVET yang baru, sebaliknya memberi tumpuan untuk memperkukuhkan institusi sedia ada agar lebih berdaya saing dan memenuhi keperluan industri semasa. Walau bagaimanapun, bagi memenuhi hasrat Bukit Besi, jika sekiranya ada kumpulan sasaran yang ingin dibangunkan, pihak DUN boleh untuk



mengemukakan cadangan kepada pihak kami bagi kita meneliti cadangan-cadangan yang boleh untuk kita melunasi keperluan-keperluan tersebut insya-Allah. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Tepoh. Seterusnya, silakan Yang Berhormat Sura.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ di-Pertua Dewan atas berikan peluang Sura untuk tanya soalan yang terakhir. Soalan Sura, soalan nombor tiga-

Berapakah jumlah dana yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi pembangunan usahawan Terengganu dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini dan berapakah jumlah usahawan yang telah menerima manfaat daripada dana tersebut?

Dato’ Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan dan terima kasih kepada YB Sura dan semua yang hadir pada hari ini. Jumlah dana yang telah diterima oleh, daripada Kerajaan Negeri bagi pembangunan usahawan Terengganu dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini adalah sebanyak RM6,248,214.00 dan jumlah usahawan yang telah menerima manfaat daripada dana tersebut ialah seramai 10,426 orang sebagaimana termasuk pembiayaan yang dikeluarkan melalui pusingan bayaran balik pinjaman.

TAHUN JUMLAH DANA BILANGAN USAHAWAN 2023 RM1,503,914.00 3,770.

2024 RM1,706,736.00 2,361 2025 RM3,037,564.00 4,295 JUMLAH RM6,248,214.00 10,426

Sekian,

FAUZI (Wakil Sura): Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua



Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat, Ahli-Ahli Dewan yang telah mengemukakan soalan dan diucap terima kasih kepada semua Yang Berhormat EXCO yang telah menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dan saya sengaja untuk memastikan semua soalan yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Dewan dapat dijawab dalam Dewan ini tapi kerana masa yang agak terhad, hari ini kita panjangkan sedikit bagi memberi ruang agar ia menjadi rekod, menjadi catatan kepada Dewan ini bahawa Yang Berhormat masing-masing telah mengemukakan soalan dan yang keduanya agar Wakil Rakyat ataupun rakyat-rakyat di DUN masing-masing tahu bahawa Wakil Rakyat dia tanya soalan. Hanya dokdan menjawab habis. Kan dia kata mari Dewan ini tidur. Senyap je… Itu juga satu benda yang penting yang perlu diambil perhatian oleh kita semua.

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, alhamdulillah kita telah berjaya menyempurnakan soalan-soalan lisan pada pagi ini. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua. Dengan itu kita akan meneruskan mesyuarat kepada Tertib Pekerjaan Dewan yang seterusnya iaitu Rang Undang-undang.

Rang Undang-UndangBill

Setiausaha Dewan

Perkara berikut ialah Rang Undang-undang.

Dipersilakan Yang Berhormat Dato' Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Wakil Wakaf Mempelam, mengemukakan Rang Undang-undang-

ENAKMEN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI (PINDAAN) 2026

Bacaan Kali Yang Pertama

  Լ  Ի Լ   Լ         ဃ 

  



Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri 1959, dibaca bagi kali pertama.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang pertama.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI 1959 DIBACA BAGI KALI YANG PERTAMA

Bacaan Kali Yang Kedua

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama suatu enakmen untuk meminda Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri 1959 dibaca bagi kali yang kedua.

Rang Undang-undang ini bertujuan untuk meminda Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri 1959.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan penetapan Tarikh permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda perenggan 1 Jadual kepada Enakmen yang dicadangkan untuk mengadakan peruntukan bagi kenaikan gaji, elaun temu duga, kemudahan suit urusan dan Kemudahan Pembelian Telefon Bimbit kepada ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri.

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang undang-undang ini akan melibatkan Kerajaan Negeri Terengganu dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan



sekarang ini. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk perbahasan. Yang Berhormat mana? Takdok? Kita teruskan pembentangan dan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri 1959.Sekarang, saya buka kepada undian-

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI 1959 DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA

Yang di-Pertua

Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.

Dalam Jawatankuasa

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI 1959 TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI TANPA PINDAAN DENGAN SEBULAT SUARA

Yang di-Pertua

Mesyuarat balik semula

Bacaan Kali Yang Ketiga

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya maklumkan



bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua Dewan, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI 1959

DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI YANG BERIKUT:



1 (1) ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKAN ENAKMEN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI (PINDAAN) 2026



Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (Pindaan) 2026

TANGGUHAN

Setiausaha Dewan

Perkara berikut ialah tangguhan.

Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya ingin mohon mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan kepada suatu masa yang akan ditetapkan kemudian.

Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya menangguhkan persidangan ini, saya mengulangi ingatan selepas ini ada taklimat khusus bersama dengan tetamu kita daripada Suhakam agar Yang



Berhormat-Yang Berhormat dapat meluangkan sedikit masa dan ketua-ketua jabatan untuk bersama dengan tetamu kita. Seterusnya, saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Moga Allah Ta'ala berikan keberkatan kepada semua yang hadir pada hari ini, Ketua-ketua jabatan, Agensi Kerajaan dan dipersilakan Yang Berhormat menuju ke Negeri Sembilan bagi menunaikan kerja yang seterusnya dalam Pilihanraya Negeri Sembilan yang pengundi awalnya pada 28 Julai 2026 dan pengundi penuhnya pada 1 Ogos 2026. Akhirnya saya tangguhkan persidangan Dewan ini ke suatu masa dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan marilah kita sama-sama membaca Tasbih Kaffarah dan Suratul Al-'Asr.

 

      

MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA PUKUL 11.26 PAGI