Terengganu · 23 April 2026

15th Assembly, 4th session, 1st meeting · 201 turns · 13,363 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Mesyuarat disambung semula, sebelum kita memulakan Persidangan Dewan pada pagi ini, marilah kita sama-sama membaca Ummul Kitab Al-Fatihah.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Timbalan Yang di-Pertua

Mesyuarat pada pagi ini diteruskan dengan soalan-soalan lisan dan berikut adalah Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi Notis untuk mengemukakan soalan-soalan lisan pada hari ini 23 April 2026:-

1. Yang Berhormat Wakil Bandar 2. Yang Berhormat Wakil Jertih 3. Yang Berhormat Wakil Kuala Berang 4. Yang Berhormat Wakil Kemasik 5. Yang Berhormat Wakil Ladang 6. Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan 7. Yang Berhormat Wakil Manir 8. Yang Berhormat Wakil Seberang Takir 9. Yang Berhormat Wakil Permaisuri 10. Yang Berhormat Wakil Hulu Besut 11. Yang Berhormat Wakil Rantau Abang 12. Yang Berhormat Wakil Batu Rakit 13. Yang Berhormat Wakil Langkap 14. Yang Berhormat Wakil Air Putih 15. Yang Berhormat Wakil Telemung 16. Yang Berhormat Wakil Bukit Tunggal 17. Yang Berhormat Wakil Kuala Besut 18. Yang Berhormat Wakil Bukit Besi 19. Yang Berhormat Wakil Sura

Bagi meneruskan persidangan kita pada pagi ini, saya dengan ini mempersilakan Wakil Bandar untuk mengemukakan soalan, silakan.

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

BERHORMAT HAJI AHMAD SHAH BIN MUHAMED (Wakil Bandar): Soalan saya, soalan yang kedua-

Berapakah jumlah lembu dan kambing yang dibawa ke Terengganu bagi program peningkatan populasi ternakan pada

tahun 2025?

Timbalan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Jabi.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Wakil Bandar. Dari tahun 2021 sehingga 2025, jumlah ternakan yang telah dibawa masuk bagi Program Peningkatan Populasi Ternakan sama ada yang menggunakan Bajet Kerajaan Negeri ataupun Bajet daripada Kerajaan Persekutuan adalah 330 ekor lembu, 247 ekor kambing pedaging, 155 ekor kambing tenusu dan 122 ekor biri-biri sebahagian besar ternakan ini dibawa masuk dari Australia. Antara baka yang dibawa masuk ialah induk lembu baka charolais, limousin dan juga brahman kambing pedaging baka boer dan kambing tenusu baka saanen. Penternak yang menerima agihan induk lembu bagi Program Penggandaan Induk melalui sistem pawah, mereka disyaratkan untuk memulangkan satu ekor anak yang lahir daripada induk yang dibekalkan dalam masa tiga tahun untuk kita perluaskan program ini kepada penternak-penternak yang lain pula, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Wakil Jabi. Ada soalan tambahan? Saya nak bagi satu sahaja soalan tambahan bagi setiap soalan.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya mendapat makluman berhubung dengan projek lembu pawah ini, ianya dikatakan tidak berjaya ataupun gagal. Boleh tak Pihak Kerajaan maklumkan apakah faktor ataupun sebab yang menjadikan projek lembu pawah itu tak berjaya? Dan kalau sikit kalau ada maklumat tambahan saya nak minta juga berapa kilo sebenarnya keperluan daging untuk Negeri Terengganu ini secara tahunan dan berapa jumlah yang negeri boleh supply kepada penduduk kita, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bandar. Memang kita akui berdasarkan kepada pengalaman lepas bila disebut sistem lembu pawah ramai yang meragui kerana ada sejarah kegagalannya dan tentu sekali ada kebimbangan takut kegagalan ini berulang

semula dan kita sebenarnya sangat menyedari. Izinkan saya memaklumkan kepada Dewan apa yang sebenarnya Kerajaan Negeri sedang buat. Antara strategi Kerajaan Negeri ialah untuk membangunkan sektor penternakan di kalangan rakyat Terengganu dengan meningkatkan jumlah populasi ternakan yang berkualiti sama ada full blood ataupun pure breed, full blood maknanya baka yang asli 100%, pure breed ini baka yang asli sekitar 80%. Kerajaan Negeri telah berusaha untuk mendapatkan sejumlah dana dan kita telah berjaya mendapatkannya. Dana ini kita nak pulangkan balik kepada rakyat tapi bukan dalam bentuk wang tunai kita telah beli lembu dan lembu yang kita beli ini disahkan pregnant tested in calf ataupun dalam maksud mudah lembu yang telah disahkan bunting dan bukan Kerajaan yang nak bela Kerajaan nak agihkan induk ini supaya baka ini boleh berkembang. Sektor penternakan ini sebenarnya berpotensi untuk berkembang bila kita agihkan kepada penternak tulen yang mempunyai semangat ada jiwa dan kemampuan untuk menternak. Takrif penternak tulen dengan makna penternak mestilah aktif menternak ada kandang, ada tempat untuk ambil sumber makanan dan beberapa kriteria lagi. Sebab itu bila kita agihkan lembu memang kita menerima komplain. Sebab apa beri lembu kepada orang yang dah ada lembu? Saya maklumkan yang kita beri ini bukan bantuan kebajikan. Kalau kita beri lembu kepada orang yang tidak ada lembu, macam mana dia nak bela lembu? Sebelum ini, punca kegagalan utama ialah lembu pawah diagihkan bukan kepada penternak tulen. Kita biasa dengar makluman daripada kakitangan bawahan bila hantar lembu kepada penerima tok peraih siap tunggu dah. Ada yang diminta tolong sediakan tali lembu bila sampai tengok yang disediakan tali kambing tali lembu dengan tali kambing tak tahu nak beza. Macam mana mereka boleh berjaya? Maka lembu pun berpindah milik kepada tok peraih dan jejaknya gagal dikesan. Kemungkinan lembu dah bertukar menjadi gulai kawah. Inilah di antara punca kegagalan dan bila kita agihkan lembu ini kepada penerima mestilah diikat dengan satu Aku Janji dengan satu komitmen kita tidak boleh terlalu lepas. Kerajaan tak minta banyak, cuma dalam tempoh tiga tahun pulangkan balik seekor anak sahaja kepada jabatan tak kiralah anak yang keberapa kemudian ibu, induk dan anak-anak yang lahir selain daripada itu kekal menjadi milik penerima. Suatu syarat dan komitmen yang sebenarnya sangat mudah. Yang penting jabatan akan buat pemantauan dalam masa tiga tahun memastikan induk ini diternak dengan baik bukan dijual atau disembelih ataupun lain-lain helah yang sebenarnya semua dah ada dalam minda kita. Jadi sebelum penipu nak menipu itu kita tahu dah apa yang dia nak tipu. Jadi kita ambil peringatan lebih awal dan dari segi kadar kecukupan sara diri daging lembu dalam konteks di Negeri Terengganu kita ini telah mencapai sekitar 70%

sekarang ini SSR kita maknanya yang kita bawa daripada luar hanyalah sekitar 30% sahaja, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima Kasih Wakil Jabi yang telah mengemukakan jawapan. Seterusnya, saya mempersilakan Wakil Kuala Berang untuk mengemukakan soalan. Ada tiga soalan tu, mana satu yang dipilih?

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Saya pilih soalan nombor dua, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua.

Berapakah jumlah pasangan yang dapat disatukan melalui sistem Portal Jodoh Darul Iman yang telah dilancarkan pada tahun lepas?

Timbalan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Wakil Ajil, soalan nombor dua ditujukan kepada Yang Berhormat Wakil Ajil.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Berang, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Yang Berhormat Kuala Berang berkenaan dengan Portal Jodoh Darul Iman yang telah dilancarkan pada 6 Ogos 2025 oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar dan telah pun menerima pendaftaran keseluruhan seramai 2,841 orang tetapi yang lengkap pendaftarannya ialah 1,929 orang.

Untuk makluman Yang di-Pertua dan semua warga Dewan, masih belum ada pasangan yang telah disatukan maknanya tak kahwin lagilah. Tetapi proses itu telah pun ada 59 pasangan telah diatur pertemuan iaitu 26 pertemuan secara bersemuka dan 33 secara online, 20 pasangan sedang berta'aruf sedang berkenalan, 39 gagal ta'aruf atas sebab-sebab yang tertentu dan alhamdulillah 7 pasangan sudah bertunang. Tetapi belum lagi ada pasangan yang berkahwin dan insya-Allah satu tawaran yang menarik bagi 10 pasangan yang pertama berkahwin,

insya-Allah akan diberi satu pakej melancong ke mana-mana destinasi akan ditentukan kemudian paling jauh luar negara paling dekat dalam negeri, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila, ada soalan tambahan?

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Ya, terima kasih Wakil Ajil. Soalan saya, apakah pihak Kerajaan berpuas hati dengan maklumat tadi ini dan kiranya tidak, apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk menjayakan portal ini? Saya lihat sendirilah berkaitan dengan Portal Jodoh Darul Iman ini, dia ada kalau kita buka ini, dia ada pertama cipta rekod profil. Dia ada tulis nama penuh, jantina, agama, bangsa. Kemudian dia ada di sana pilih taraf kahwin dan saya lihat seperti kurang sempurna kerana di situ ditulis bujang, janda, duda, dan tak termasuk yang sudah berkahwin. Jadi, apa, update lah kepada profil tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila Wakil Ajil. Dia nak suruh bubuh juga, ada dah berkahwin satu, dua.

Ya. Kalau beranak boleh, insya-Allah tapi bukan dalam portal jodoh lah sebab portal jodoh tu kita tetapkan syarat dia untuk yang belum berkahwin ataupun yang duda, balu, janda tapi kalau Kuala Berang nak, kita boleh buat secara offline. Secara manual, insya-Allah dan kita sebenarnya menerima satu lagi permohonan secara lisan oleh bukan Melayu, bukan Islam tetapi setakat ni portal jodoh kita, website kita hanyalah untuk Muslim dan yang belum berkahwin. Permohonan daripada kolaboran dan permohonan daripada itu mungkin akan dipertimbangkan dari semasa ke semasa dan insya-Allah akan ditunaikanlah hasrat Kuala Berang, mudah-mudahan menjadi realiti, insya-Allah.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya saya silakan Wakil Kemasik untuk mengemukakan soalan. Sila.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Kemasik nombor dua-

Apakah tindakan dan perancangan Kerajaan Negeri Terengganu

dan membangunkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta Pusat Kecemerlangan (COE) bagi industry Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) serta apakah statusnya sekarang?

Timbalan Yang di-Pertua

Sila Wakil Kota Putera.

Terima kasih, YB Kemasik. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Jawapannya adalah status semasa berkenaan dengan perancangan REE yang dibangkitkan adalah seperti berikut. Kerajaan Negeri dalam proses penyediaan Pelan Strategik NR-REE Negeri Terengganu untuk diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Melalui pelan strategik ini, pembangunan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) adalah termasuk dalam teras strategik empat, teknologi dan inovasi dengan tiga strategi utama iaitu yang pertama, strategi pewujudan pusat penyelidikan bagi kajian dan perkhidmatan NR-REE. Strategi kedua, mewujudkan badan pensijilan di peringkat negeri dan strategi yang ketiga, pemindahan dan penggunaan teknologi dari dalam dan luar negara.

Kerajaan telah menubuhkan pusat kecemerlangan, Center of Excellence (COE) (dengan izin) bagi menyokong pembangunan industri NR-REE ini secara menyeluruh dan bersepadu di Universiti Kolej TATI atau UCTATI. COE yang dicadangkan ini akan merangkumi tiga komponen utama iaitu yang pertama, pembangunan makmal analisis, lab analisis, berfungsi sebagai makmal mineral milik Kerajaan Negeri bagi menjalankan analisis kuantiti dan kualiti sumber mineral khususnya mineral NR-REE.

Timbalan Yang di-Pertua

Suara mati tak? Tunggu bentar.

Okey. Yang kedua adalah menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) sebagai platform pembangunan teknologi, proses pengekstrakan, penambahbaikan rantaian nilai serta inovasi berkaitan industri NR-REE dan yang

ketiganya, mengadakan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) bagi melahirkan tenaga kerja mahir tempatan serta membangunkan kepakaran teknikal dalam industri NR-REE. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila, ada soalan tambahan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, soalan tambahannya. COE ataupun Center of Excellence ini adalah suatu entiti kritikal yang berfungsi sebagai nadi pakar untuk memacu inovasi dan standard tinggi. Justeru COE should be governed (dengan izin) atau diurus oleh suatu entiti yang kuat. Apakah anak syarikat negeri ataupun GLC atau entiti manakah yang ditubuhkan untuk mengurus hasil bumi Terengganu dan governed by dan COE ini diuruskan khususnya berkenaan dengan NR-REE ini dengan asas ataupun akta peraturan manakah ia ditubuhkan?

Terima kasih atas soalan tambahan. Sekejap. Cubaan.. Okey, majlis mesyuarat...

Timbalan Yang di-Pertua

Ada masalah sikit.. Terima kasih Bentara.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri MMKN yang bersidang kali ke-31 bertarikh 20 Oktober 2021 telah meluluskan penubuhan Majlis Mineral Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif NR-REE Negeri Tengganu. Kemudian Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) melalui kertas bilangan 210C bertarikh 31 Januari 2024 telah bersetuju meluluskan dan melantik Menteri Besar Incorporated (MBI) sebagai pemegang konsesi NR-REE dan diberikan kuasa kepada MBI Modal Sendirian Berhad anak syarikat MBI untuk menguruskan perihal NR-REE termasuk polisi, pembangunan dan pelaksanaan. Badan yang telah diberi hak milik itu, iaitu MBI, memberikan kebenaran dan hak eksklusif pihak MBI mempunyai kuasa ke atas MBIM untuk menjalankan kajian terperinci berkaitan unsur nadir bumi NR-REE di Negeri Terengganu melalui ujian perintis pilot test. Yang keduanya, pihak MBI mempunyai hak eksklusif ke atas cara dan pihak mana reserved mineral unsur nadir bumi boleh dijual oleh pelombong-pelombong NR-REE dalam bentuk mentah atau NR-REE oksida dan sebagainya. Maknanya ada MBI dilantik sebagai single

aggregator untuk menguruskan REE ini. Syarikat yang dipersetujui dilantik oleh MBI bagi menjalankan pelombongan REE di Negeri Tengganu perlu mematuhi dan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MBI. Di bawah pengurusan NR-REE Negeri Tengganu, terdapat jawatankuasa yang menjalankan tugas dan peranan masing-masing iaitu Majlis Mineral NR-REE Negeri Terengganu. Yang keduanya, Jawatankuasa Hasil NR-REE Negeri Terengganu dan Jawatankuasa Kerja NR-REE Negeri Terengganu di mana ia merupakan jawatankuasa bersama MBI dan PTG. Terima kasih.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Boleh saya..

Timbalan Yang di-Pertua

Saya ingat satu soalan je Yang Berhormat. Saya nak bagi ruang yang lebih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat supaya sebanyak mungkin, seramai mungkin dapat mengemukakan soalan. Saya persilakan Wakil Ladang untuk mengemukakan soalan seterusnya. Minta maaf, Wakil Kuala Berang.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan pertama-

Apakah status terkini pengoperasian semula Taman Pertanian Sekayu?

Timbalan Yang di-Pertua

Sila. Wakil Jabi.

Terima kasih Wakil Ladang. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Isu Taman Pertanian Negeri Sekayu di Telemong di Hulu Terengganu yang pernah menjadi antara lokasi pelancongan agrotourism yang terkenal di Terengganu. Banyak aktiviti menarik yang ditawarkan di sini antaranya taman tema air, ladang buah-buahan, tapak perkhemahan, asrama untuk program, kem ataupun kursus, ladang lebah madu kelulut, kandang ternakan, aktiviti air dan banyak lagi. Menariknya kerana Taman Tema Air di Taman Pertanian Sekayu ni, airnya bersumber terus daripada air bukit yang mengalir jernih dan sejuk. Cuma banjir besar yang melanda pada tahun 2022,

ditambah dengan serangan daripada gajah liar dan fenomena kepala air telah menjejaskan banyak infrastruktur dalam Taman Pertanian Sekayu yang telah mengubah keceriaan menjadi kesuraman.

Sejak daripada tahun 2024, Kerajaan Negeri memperuntukkan kira-kira RM2 juta bagi kerja-kerja pemulihan secara berperingkat dan saya sangat menghargai peranan Jabatan-jabatan Kerajaan di Daerah Hulu Terengganu seperti Pejabat Daerah, JKR, Majlis Daerah, Jabatan Perhutanan, Pejabat ADUN Telemong yang bersama-sama membantu Jabatan Pertanian menjadi jabatan angkat bagi sama-sama menyumbang untuk mengembalikan keceriaan Taman Pertanian Sekayu dan seterusnya menggamit semula kehadiran pengunjung.

Pada 24 Julai 2025, kita mula buka Taman Tema Air di Taman Pertanian Sekayu yang dibuka secara percuma dan kehadiran pengunjung adalah sangat-sangat menggalakkan.

Yang Berhormat Telemong untuk makluman, kehadiran pengunjung bagi tahun 2025 ialah seramai 75,669 orang, satu angka yang sangat besar. Kemudian bermula daripada 25 Mac tahun ini, tahun 2026, beberapa kemudahan lain mula dibuka antaranya tapak perkhemahan, dewan orang ramai dan chalet selepas daripada proses baik pulih selesai dan ada beberapa lagi kemudahan yang sedang dalam proses naik taraf dan baik pulih secara berperingkat bergantung kepada kemampuan kewangan Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada soalan tambahan?

Sikit je. Selepas Taman Pertanian Sekayu berjaya dibuka seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Jabi tadi, sebenarnya apakah pembangunan seterusnya bagi mengembalikan kegemilangan Taman Pertanian Sekayu sebagai destinasi agrotourism pada hari ini? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat.

Ada beberapa infra lagi yang perlu kita naik taraf secara berperingkat, antaranya sebahagian lagi chalet masih tak dapat digunakan, SPH (Sistem Pelindung Hujan) di mana

ditempatkan tanaman fertigasi, Galeri Lebah Madu Kelulut, Jambatan Gantung dan beberapa kemudahan lagi. Dalam Taman Pertanian Sekayu juga ada dusun buah-buahan termasuk buah-buahan nadir, buah-buahan yang jarang ditemui di tempat lain perlu juga dipulihkan. Ada trek pejalan kaki untuk tujuan rekreasi belum pulih sepenuhnya. Kemudian trek jungle trekking juga belum boleh digunakan dan kita mencadangkan untuk beli ATV bagi tujuan keperluan rekreasi bagi peminat sukan lasak. Ini di antara beberapa item yang kita masuk dalam tindakan dalam waktu terdekat ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Minta maaf Kuala Berang, saya tahu. Apa.. Telemung. Saya takboh sebut dua tiga kali.

Haji Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Saya takmboh tanya Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya nak mintok.

Haji Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Saya takmboh tanya soalan.. Saya nak ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Wakil Jabi, dengan Wakil Ladang, tu je. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Sama-sama.. Saya ingat nok soalan pulak saknim, terima kasih Wakil Ladang dan jugok Wakil Kuala Berang lah, Wakil Telemong, saya persilakan seterusnya Wakil Pengkalan Berangan.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Paka segak berkaca mata Soalan saya nombor dua Mohon jawapan untuk maklumat rakyat jelata

Berikutan penyediaan perkhidmatan Sistem Maklumat Pekerjaan

Akar Umbi (SAMPAI), berapakah jumlah skrin yang telah dipasang dan beroperasi sehingga kini dan bagaimana ia dapat membantu rakyat mencari peluang pekerjaan?

Timbalan Yang di-Pertua

Sila Alor Limbat. Soalan ditujukan kepada anda.

Dato' Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Berangan. Jumlah skrin yang dipasang dan beroperasi sehingga kini sebanyak 34 unit skrin Sistem Maklumat Pekerjaan Akar Umbi, ringkasannya (SAMPAI), telah dipasang dan beroperasi di operasi strategik di seluruh negeri. Sistem ini berfungsi sebagai medium penyampaian maklumat peluang pekerjaan kepada rakyat secara langsung melalui paparan skrin digital di peringkat komuniti dan maklumat tersebut dikemas kini dari semasa ke semasa. Antara maklumat yang disampaikan termasuk, tawaran jawatan kosong dengan purata sekitar 35 jawatan setiap bulan kebanyakannya dalam negeri Terengganu. Selain itu, turut dipaparkan peluang pekerjaan dalam industri terpilih seperti penerbangan, perkhidmatan kereta api dan sektor halal. Maklumat program temu duga dan karnival kerjaya, serta peluang latihan peningkatan kemahiran kepada pencari kerja. Melalui sistem ini, rakyat khususnya yang mempunyai akses terhad kepada teknologi maklumat dapat memperoleh maklumat pekerjaan dengan lebih mudah dan cepat. Di samping itu, setiap iklan jawatan turut disertakan kod QR yang membolehkan pencari kerja membuat permohonan secara terus tanpa sebarang kos.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada soalan tambahan? Takdok, saya persilakan Wakil Permaisuri untuk mengemukakan soalan berikutnya.

Mohd Yusop bin MajidBERSATU · PNPermaisuri

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua,

Burung tukang makan kelkaltu Soalan saya nombor satu

Apakah Kerajaan Negeri mengambil kira bahawa Pendidikan T-VET adalah perlu dan penting dalam membina peluang pekerjaan serta memenuhi keperluan pasaran kerja yang pelbagai? Apakah langkah-langkah yang telah diambil agar pelajar yang tercicir dalam bidang akademik dapat mengisi ruang dalam bidang kemahiran?

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan nombor satu. Silakan.

Burung mende tu Yang di-Pertua [ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua

Dok berapa jelas molek saknim burung apa?

Mohd Yusop bin MajidBERSATU · PNPermaisuri

Burung tukang, burung mat..

Timbalan Yang di-Pertua

Burung kukang-kukang gitu. Sila, Yang Berhormat..

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Yang Berhormat ADUN Permaisuri sebagaimana tertera bertanya tentang TVET lah. Kerajaan Terengganu melalui Yayasan Terengganu sentiasa komited dalam memperkukuhkan pembangunan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) sebagai satu daripada teras utama dalam melahirkan tenaga kerja mahir, berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan industri semasa. Bagi tahun ini, tahun 2026 ini, Yayasan Terengganu akan menaja seramai 547 pelajar dalam program kemahiran dan TVET dengan anggaran jumlah peruntukan sebanyak RM7.5 juta. Program ini melibatkan pelbagai bidang teknikal dan industri seperti automotif, kimpalan, teknologi

elektrik, aeroangkasa, maritim, hospitaliti serta teknologi industri, dengan kerjasama 15 institusi sama ada milik Kerajaan ataupun swasta yang berada di Negeri Terengganu ini, dan juga pihak Kerajaan sentiasa mengadakan kerjasama strategik dengan industri untuk memperkukuhkan hubungan antara institusi TVET dan juga pihak industri melalui kerjasama strategik untuk memberi nilai tambah kepada kebolehpasaran graduan. Antaranya seperti kerjasama dengan Batik Air dan juga MAS Malaysia Airlines. Melalui pelaksanaan program Sijil Kemahiran Profesional Juruteknik Kapal Terbang yang menyediakan laluan terus ke industri penerbangan, dan juga dengan industri berat dan teknikal seperti program welding, automotif dan juga pemeriksaan industri NDT melalui TESDEC dan RUANE-TATI. Kerjasama dalam sektor Maritim melalui institusi seperti Ranaco, Akademi Laut Malaysia dan UCTATI bagi memenuhi keperluan tenaga kerja industri laut serta oil and gas. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Ada soalan tambahan?

Mohd Yusop bin MajidBERSATU · PNPermaisuri

Ada sikit soalan tambahan. Terima kasih. Adakah pusat pendidikan, institusi pendidikan TVET dalam Negeri Terengganu kita ini mencukupi atau tidak, masih belum mencukupi kerana hari ini ramai anak-anak muda yang tamat tingkatan tiga, tingkatan lima, yang saya kira apakah rancangan ataupun cadangan daripada pihak Kerajaan untuk memberikan keutamaan kepada anak-anak keluarga asnaf supaya mereka dapat meningkatkan ekonomi keluarga? Terima kasih.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, sebenarnya institusi sama ada di bawah milik Kerajaan Negeri seperti TESDEC, TATI Skills, RUANE-TATI, ataupun TTITC dan sebagainya menyediakan pelbagai program tetapi kekadang kuota yang disediakan itu tidak dipenuhi ataupun diambil peluang oleh anak-anak Terengganu sendirilah. Kalau setengah-setengah negara seperti Jepun, TVET dan sebagainya merupakan pilihan pertama mereka. Semua pelajar dia itu pilih habis TVET baru pergi akademik. Kita ini habis masuk Universiti, masuk Kolej apa sebagainya, hok tak dok aroh sangat je kate, pergi TVET lah. Jadi bukan pilihan utama mereka. Tapi sebahagian besar ada yang kita banyak cover peringkat negeri mahupun institusi-institusi swasta mahupun yang milik Kementerian Sumber Manusia, yang juga menawarkan pelbagai program bagi mengisi keperluan, kemahiran dan juga tenaga kerja seperti GiatMara, ILP, Kolej Vokasional dan sebagainya. Saya rasa pusat-

pusat latihan ini ataupun program-program kursus-kursus yang ditawarkan tidak berbangkitlah. Menyediakan ruang dan peluang serta bantuan kewangan bagi kemudahan untuk anak-anak negeri Terengganu ini memilihnya. Tidak lagi kempen, promosi-promosi juga perlu Ahli-ahli Yang Berhormat dan sebagainya itu untuk membantulah supaya memberi ruang peluang kepada anak-anak ataupun pelajar-pelajar kita dapat menambahkan kemahiran untuk tenaga kerja khususnya di masa-masa yang akan datang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih, seterusnya saya persilakan Wakil Hulu Besut untuk kemukakan soalan.

Mohd Husaimi HussinBERSATU · PNHulu Besut

Timbalan Yang di-Pertua, Hulu Besut soalan nombor dua-

Adakah terdapat pelan baharu untuk memperkasakan asnaf keluar daripada kemiskinan?

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan nombor dua dipersilakan Wakil Ajil, ya.

Terima kasih, Hulu Besut. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Hulu Besut berkenaan dengan adakah terdapat pelan baharu untuk memperkasakan asnaf keluar dari kemiskinan dan untuk makluman warga Dewan, satu pelan progresif dan komprehensif bagi tahun 2026 yang diuruskan oleh pihak MAIDAM untuk membantu asnaf keluar daripada garis kemiskinan dan trend baru sekarang ini MAIDAM bukan sekadar memberi bantuan yang disebut sebagai one-off bantuan, tetapi lebih kepada bukan sekadar berikan tapi beri joran untuk mereka keluar sendiri daripada garis kemiskinan dan di antaranya ialah pelan pembangunan usahawan yang mana MAIDAM menyasarkan pengurangan bilangan asnaf fakir

miskin sebanyak 5% daripada keseluruhan 29,000 KIR Ketua Isi Rumah dan fakir miskin, dan untuk mencapai sasaran ini terdapat sebahagian dari asnaf dibantu menerusi bantuan berbentuk konsumtif, terutama bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan kronik dan kelainan upaya, yang mana golongan ini sudah tidak mampu menjana pendapatan sendiri dan bagi mereka yang masih lagi berkeupayaan dan berproduktif, MAIDAM menyediakan bantuan kepada mereka dalam bentuk produktif khususnya aktiviti pemberdayaan ekonomi dan peningkatan kemahiran dan juga kaedah pelaksanaan melalui Program Pembangunan Modal Insan, Keusahawanan Asnaf, Integrasi Data dan Teknologi, Pembangunan Modal Insan melalui Yayasan Pendidikan MAIDAM dan sebagainyalah. Okey, Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Ada tambahan Hulu Besut? Banyak doh program tu..

Mohd Husaimi HussinBERSATU · PNHulu Besut

Apakah langkah konkrit yang boleh mengurangkan kebergantungan terhadap bantuan sebab ada setengah itu dia suka dapat bantuan yang saya dapat lihat satu keluarga itu sampai RM4,000 sebulan dia dapat bantuan. Lebih daripada gaji.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila Wakil Ajil.

Ya, terima kasih, Hulu Besut. Kebergantungan kepada Kerajaan ini merupakan satu daripada fenomena rakyat kita sekarang ini dan melalui kursus-kursus, program-program, kita mengharapkan rakyat kita tidak terlalu bergantung kepada Kerajaan dan lebih kepada usaha sendiri dan bantuan-bantuan yang diberi seperti yang saya sebut tadi dan bantuan-bantuan yang diberi oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dalam bentuk, mereka kita beri modal dan perlu dibayar balik, bila beri modal dan perlu dibayar balik seperti yang saya sebut dalam PJD dalam ulasan rumusan semalam, iaitu Pinjaman Jaya Diri oleh Yayasan Pembangunan Keluarga, beri pinjaman secara qardhul hasan RM20,000 beri, RM20,000 bayar balik. Bukan beri percuma, bila beri secara pinjaman ini akan menguatkan mereka untuk berusaha supaya paling-paling tidak, boleh bayar balik pinjaman tersebut. Kalau kita beri secara percuma, sudah tentulah mereka akan mengharapkan sumbangan seterusnya-seterusnya. Jadi kebergantungan itu akan berterusan dari semasa ke semasa. Sebab itulah cara kita berinya ialah secara yang saya sebut tadi, beri

joran. Jangan terlalu banyak berikan, kecuali semasa terdesak sahaja. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih, Wakil Ajil.

Seterusnya, saya persilakan Wakil Rantau Abang untuk kemukakan soalan.

Mohd Fadhli Rahmi bin ZulkifliPAS · PNRantau Abang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Rantau Abang, soalan nombor satu-

Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi Cadangan Projek Perumahan Baru Khas untuk nelayan di Kampung Seberang Pintasan, Kampung Baru?

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan nombor satu dikemukakan kepada Wakil Jabi. Silakan.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan berkaitan dengan perumahan khas untuk nelayan di kawasan Rantau Abang. Perumahan khas untuk nelayan ini ada dua kategori. Satunya yang dibina di atas tanah Kerajaan yang kita namakan sebagai PSN, Penempatan Semula Nelayan.

Sekarang ini di Terengganu kita ada tiga tapak PSN yang telah siap dan dalam proses untuk disiapkan. PSN Beting Lintang di Besut dan PSN Pulau Sekepeng di Kemaman telah selesai diagihkan kunci. Tinggal PSN Seberang Penarik di Setiu dalam proses untuk disiapkan dan kita sasarkan insya-Allah boleh diagihkan kunci sebelum daripada akhir tahun 2026 ini. Kerajaan Negeri membelanjakan sekitar

RM25 juta ditampung dengan bajet daripada Kementerian Pertanian RM13 juta, tak termasuk tanah yang diberikan percuma oleh Kerajaan Negeri.

Jadi untuk PSN, Penempatan Semula Nelayan, buat masa sekarang ni hanya tiga (3) ini sahaja dan keputusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Perumahan Nelayan di peringkat kementerian meminta Kerajaan Negeri fokus untuk menyelesaikan projek ini, kemudian mengisi dengan peserta lepas tu barulah sekiranya ada tapak yang bersesuaian kita boleh angkat permohonan kepada kementerian. Bila kita angkat, insya-Allah kita akan timbangkan daerah-daerah yang mempunyai jumlah nelayan yang ramai termasuklah di antara dalam perhatian kita ialah Dungun, jadi kalau ikut target Kerajaan Negeri kita nak biar setiap daerah sekurang-kurangnya ada satu penempatan semula nelayan. Okey, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Puas hati ke ada soalan tambahan lagi? Sila.

Mohd Fadhli Rahmi bin ZulkifliPAS · PNRantau Abang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Memandangkan tidak ada perancangan pembinaan di Rantau Abang buat masa sekarang ni, apakah langkah-langkah konkrit daripada pihak kerajaan dalam tempoh setahun dua ini untuk membantu nelayan yang masih tidak mempunyai kediaman sempurna termasuklah bantuan baik pulih ataupun sewaan subsidi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila.

Ya, Timbalan Yang di-Pertua, ada satu tajuk lagi di bawah projek kos perumahan nelayan iaitu bantuan bina rumah di atas tanah sendiri dengan kos RM84,000 dan ada bantuan untuk baik pulih rumah dengan kos RM20,000. Yang ini boleh dipohon walaupun kita tidak ada projek penempatan semula nelayan di kawasan tersebut. Untuk tahun 2026, LKIM mendapat peruntukan sebanyak RM896,000 dan kita sedang dalam proses bina baharu empat (4) buah, kemudian baik pulih 28 buah. Satu lagi kita jangan terlupa bahawa nelayan juga adalah anggota masyarakat sebagaimana anggota masyarakat yang lain, yang mereka berhak untuk mendapat bantuan di bawah projek perumahan Terengganu Ku Sejahtera. Jadi yang tu juga boleh digunakan untuk bantu nelayan kita. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya rasa jelas dah jawapan itu. Seterusnya, saya persilakan Wakil Batu Rakit untuk mengemukakan soalan. Sila.

Mohd Shafizi bin IsmailPAS · PNBatu Rakit

Timbalan Yang di-Pertua, izinkan saya mulakan soalan dengan dua rangkap pantun.

Yang Berhormat Paka semalam marah dikatakan tua Aik, pagi ini berspek hitam jadi muda Yang Berhormat Kijal sebelah, jangan ikut itu petua Soalan saya tunggu rangkap kedua

EXCO sukan tumpuan anak muda ADUN Tepoh, orangnya tidak tua Padang permainan itulah tempatnya Soalannya Timbalan Yang di-Pertua, saya pilih nombor dua

Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk sediakan satu padang permainan setiap DUN atau baik pulih yang telah sedia ada?

Timbalan Yang di-Pertua

Sila, terima kasih. Soalan nombor dua kepada Wakil Tepoh ni. Orang muda dia kata. Sila.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih. Soalan yang dikemukakan oleh Wakil Batu Rakit sebentar tadi. Panjang pantun dia, dokdang nak balas rasanya ni. Soalan yang dikemukakan adalah berkenaan dengan, Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk sediakan satu padang permainan setiap DUN atau baik pulih yang telah sedia ada.

Merujuk soalan yang dikemukakan oleh Batu Rakit, ada dua maksud untuk padang permainan ini, iaitu satu adalah padang permainan untuk aktiviti sukan dan yang kedua adalah padang permainan yang bersifat rekreasi. Bagi agenda padang permainan untuk sukan seperti padang bola sepak, gelanggang takraw, gelanggang futsal, gelanggang bola tampar dan lain-lain sukan yang menjadi pilihan bagi kebanyakan masyarakat yang terlibat dengan sukan-sukan ini, semua lokasi-lokasi ini ia dimiliki dan juga dijaga oleh pelbagai pihak.

Mengikut semakan kita, ada yang berada di bawah pejabat daerah. Ada juga padang sifat sukan ini berada di bawah PBT setempat. Ada yang berada di bawah Jabatan Belia dan Sukan. Ada yang berada di bawah Majlis Sukan Negeri. Ada yang berada di bawah pihak JPKK dan lain-lain lagi untuk proses, manakala jika padang permainan yang bersifat rekreasi, ia berada di bawah PBT setempat yang saya tidak uruskan perkara tersebut. Walau bagaimanapun, untuk berkongsi maklumat, saya akan ambil ruang ini untuk kongsikan maklumat. Bagi proses baik pulih padang-padang ini, pihak JPKK setempat atau pejabat ADUN hendaklah mengemukakan permohonan secara rasmi untuk baik pulih atau cadangan bina baharu. Ia juga melalui proses-proses biasa seperti melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah dan Pejabat Daerah ataupun PBT akan memulakan proses untuk membuat permohonan bajet. Jika sekiranya keperluan tu sangat mendesak dan sangat utama, pihak Ahli-ahli Yang Berhormat boleh memaklumkan kepada pihak Kerajaan Negeri melalui UPEN untuk usaha-usaha ini. Buat masa ini pihak Kerajaan Negeri sentiasa berusaha memastikan semua fasiliti keperluan rakyat dapat dijaga dan dipastikan semuanya terjaga dengan baik. Fasiliti-fasiliti bawah PBT untuk taman rekreasi juga sentiasa berada di bawah pemantauan pihak PBT. Pihak PBT bekerjasama dengan jabatan dan agensi persekutuan seperti Jabatan Landskap Negara, Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Belia dan Sukan dan juga Kementerian Ekonomi. Walaupun semua permohonan ini diangkat, ia tentunya masih lagi tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan oleh UPEN, jabatan, agensi dan kementerian berkaitan. Begitu juga pihak UPEN dan PBT mempunyai aturan kepentingan tersendiri sama ada menyediakan atau membaik pulih padang permainan bergantung kepada keperluan keadaan setempat bagi memaksimakan lagi penggunaan. Justeru merujuk pada soalan yang dikemukakan, saya rumuskan Kerajaan Negeri sentiasa bersedia untuk memenuhi keperluan berkenaan tetapi masih terhad kepada semakan keperluan, keutamaan

dan pastinya masih tertakluk kepada bajet yang disedia dan diluluskan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Batu Rakit ada soalan tambahan?

Mohd Shafizi bin IsmailPAS · PNBatu Rakit

Alhamdulillah, terima kasih Yang Berhormat Tepuh. Saya sangat gembiralah dengan jawapan itu, cuma sebelum ini, soalan saya ni sebab banyak permohonan yang kita buat pada Kerajaan untuk terutamanya baik pulih, padang-padang yang rosak, yang telah ditinggalkan sebelum ini. Permohonan daripada kita kepada Kerajaan Negeri akhir-akhir yang dilaksanakan balik kepada pusat khidmat sendiri. Jadi begitu dengan peruntukan P02 yang diberikan, jadi kalau begitu berlaku mungkin tak perlu dah kita mohon dengan Kerajaan Negeri. Jadi saya harapkan dengan ucapan ataupun jawapan daripada Yang Berhormat EXCO tadi insya-Allah kita akan uruskan sebaik mungkin selepas ini dan kita harapkan pihak Kerajaan Negeri apa ambil perhatian dengan sebaiknyalah terutamanya padang-padang bola sepak dan juga padang bola futsal yang kita kira hari ini memang sangat diharapkanlah oleh anak-anak muda kita. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih, bukan soalan tu dok, kenyataan. Jadi mungkin lepas ini Batu Rakit boleh berjumpa dengan EXCO secara terus jika ada permohonan-permohonan yang berkaitan dengan padang ataupun taman permainan.

Seterusnya, silakan Wakil Langkap untuk mengemukakan soalan.

Azmi bin MaarofPAS · PNLangkap

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan dua-

Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan potensi pelancongan di kawasan seperti Lata Ulu Kasar dan Lata Payong supaya dapat meningkatkan ekonomi penduduk setempat?

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan dua, silakan Wakil Kijal.

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Langkap. Soalan seperti mana yang tertera. Kerajaan Negeri telah merangka pendekatan strategik dan berfokus bagi membangunkan potensi pelancongan di Lata Ulu Kasar dan Lata Payung dengan menjadikan pelancongan berasaskan komuniti (CBT) sebagai pemacu utama pembangunan ekonomi setempat. Sebagai langkah konkrit, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM300,000.00 bagi memperkasakan pelaksanaan community-based tourism di kawasan tersebut. Usaha ini juga disokong oleh Kerajaan Persekutuan melalui peruntukan tambahan sebanyak RM250,000.00 daripada Kementerian Pelancongan bagi menaik taraf kemudahan di Taman Eko Rimba. Penambahbaikan ini melibatkan aspek infrastruktur asas, keselamatan, kebersihan serta kemudahan pelawat bagi meningkatkan pengalaman pelancong secara menyeluruh. Melalui pelaksanaan inisiatif ini, Kerajaan Negeri menyasarkan peningkatan jumlah kedatangan pelancong ke kawasan Setiu secara berperingkat, seterusnya merangsang aktiviti ekonomi setempat. Pembangunan ini dijangka mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada komuniti setempat, termasuk dalam sektor penginapan, makanan, pemandu pelancong serta penjualan produk tempatan seperti kraf tangan dan juga hasil tani.

Yang lebih penting lagi, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, ialah limpahan hasil daripada sektor pelancongan ini akan terus dinikmati oleh pemain industri dan komuniti setempat, sekali gus meningkatkan pendapatan isi rumah dan juga memperkukuhkan ekonomi luar bandar, dan secara keseluruhannya, pendekatan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan pembangunan pelancongan yang bukan sahaja berdaya saing dan mampan tetapi juga memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat di peringkat akar umbi. Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada soalan tambahan, Yang Berhormat Langkap?

Azmi bin MaarofPAS · PNLangkap

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kijal. Apa ini, sejak kebelakangan ini, di Lata Payong, Lata Ulu Kasar dan juga di Pelong, kejadian apa ni, lemas melibatkan kematian. Yang peliknya, dia terlibat ni yang daripada pelajar-pelajar universiti. Jadi kita pun rasa

pelik jugalah. Kejadian pertamanya di Lata Payong tu pelajar daripada UMT. Yang kedua, dalam masa terdekat juga, pelajar IPG di Taman Rekreasi Persendirian di Pelong dan yang terbaru pada Ahad baru ini rasanya pelajar UMT juga di Ulu Kasar. Jadi soalan saya, apakah langkah-langkah yang telah ataupun akan diambil oleh Kerajaan berhubung dengan kejadian, untuk mengelak daripada kejadian apa ni, lemas di kawasan-kawasan Lata ni? Jadi, minta apa ni, penjelasan daripada Yang Berhormat Kijal. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila Wakil Kijal.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Langkap. Soalan yang agak luar biasa tetapi, ianya kadang-kadang kemalangan ataupun kejadian yang berlaku ini macam nok geroh pun ada juga. Sebab yang pertama, kita lihat seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Langkap, tertumpu kepada pelajar. Kalau nok geroh ni dia tak tertumpu kepada pelajar, tetapi apabila tertumpu, maka ianya perlu kita ambil berat, dan langkah-langkah keselamatan, insya-Allah, kita akan beri tumpuan.

Walau bagaimanapun, di kawasan Ulu Kasar yang dulunya tidak mempunyai kehadiran pelancong, tetapi oleh kerana ada beberapa produk baharu di Lata Ulu Kasar ini, termasuklah dengan santuari kelahnya, mini lagi, masih dalam berusaha lagi, dan tercatat kehadiran ke situ lebih kurang 30,000 setahun. Maksudnya, ramai pelancong dah nak pergi ke Lata Ulu Kasar yang selama ini sunyi, dan sekarang apabila berlaku lemas dan kita nampak anak-anak muda ni terlampau ghairah sebenarnya. Terlampau ghairah, sebab ada beberapa aktiviti di Lata ni agak luar biasa dan agak mencabar. Oleh sebab itu, saya insya-Allah, kita akan berdepan dengan pengusaha community-based tourism ni supaya mereka menyediakan lebih banyak lagi kelengkapan-kelengkapan keselamatan dari segi individu itu sendiri, seperti life jacket dan sebagainya. Itu sangat penting kalau dia melibatkan air terjun ataupun melibatkan banyak air. Jadi, terima kasih kepada Yang Berhormat Langkap dan insya-Allah kita akan buat satu perjumpaan untuk kita bincang secara kaedah mana untuk kita nak elak daripada lemas. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Kijal. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, sama ada daripada Kerajaan dan penyokong Kerajaan, ketua-ketua jabatan, negeri dan

persekutuan, wakil-wakil, dan semua para pemerhati, di kiri lebih ramai daripada di kanan. Alhamdulillah, kita telah mendengar sepuluh soalan berserta dengan jawapan-jawapan daripada Yang Berhormat Wakil-wakil Kerajaan. Oleh itu, Yang Amat Berhormat Dato' Seri dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan dahulu sementara Dewan ini untuk rehat dan insya-Allah akan disambung semula pada pukul 11.00 pagi. Terima kasih.

MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.30 PAGI

PUKUL 10.50 PAGI

(Selepas Soalan-Soalan Lisan)Questions

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Kita masih lagi dalam sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan DiRaja. Sebelum saya mempersilakan Wakil Kerajaan seterusnya bagi menyampaikan ucapan penggulungannya, kita agak terhad masa sebagaimana yang diatur dan saya yakin dan saya sedar bahawa setiap Yang Berhormat kita banyak perkara yang hendak disampaikan, Wakil Kerajaan banyak yang perlu diperjelaskan dan dijawab, dengan sebab masa kita terhad dan persidangan kita ada aturan-aturan yang telah ditetapkan, maka saya mohon daripada dua Wakil Kerajaan, yang akan gulung, pastikan agar pukul 11.40 tamat kedua-duanya, bagilah dua orang macam mana pun. Ha ha, betul dok, berhenti awal lagi bagus. Pukul 11.40 saya akan hentikan ucapan sebab Yang Amat Berhormat Dato' Seri akan buat penggulungan seterusnya. Moga segala jawapan-jawapan yang tidak sempat disampaikan dapat diperjelaskan di ruang-ruang yang lain, insya-Allah. Seterusnya dipersilakan Yang

Berhormat Wakil Kijal untuk meneruskan sesi penggulungan kita pada pagi ini. Dipersilakan.

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Berusaha Ketua-ketua Jabatan dan Agensi, Yang Berhormat, Yang Dihormati para pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, petugas media, semua tetamu dan pemerhati sekalian. Alhamdulillah, sama-sama kita memanjat kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana masih lagi diberi kesihatan yang sempurna kepada kita untuk sama-sama dalam Majlis Penggulungan sempena Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri yang Kelimabelas, mudah-mudahan kita semua sentiasa dalam barakah Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, terlebih dahulu, patik bagi pihak Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, merafak sembah setinggi-tinggi menjunjung kasih atas Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kelima Belas pada 20 April 2026 yang lalu, telah menggariskan secara jelas hala tuju pembangunan negeri secara menyeluruh khususnya dalam sektor pelancongan, kebudayaan, alam sekitar dan perubahan iklim. Bagi suku pertama 2026, berdasarkan profil pelancongan domestik dan tempoh lawatan yang lebih singkat ke Negeri Terengganu, diunjurkan menerima sekitar 2.45 juta pengunjung dan juga pelancong dengan impak ekonomi dianggarkan sekitar RM700 hingga RM750 juta. Momentum ini dipacu oleh pelancongan domestik termasuk perantau yang pulang beraya manakala prestasi sebenar dijangka akan lebih ketara pada suku kedua insya-Allah apabila tiba musim pulau dibuka, semuanya akan menjadi habuan atau akan menjadi tarikan kepada semua pelancong sama ada domestik atau juga antarabangsa dan sehubungan dengan itu, unjuran keseluruhan sebanyak 9 juta

pelancong pada tahun 2026 adalah insya-Allah realistik berdasarkan kepada momentum pertumbuhan semasa.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat atas Soalan Bertulis dan Lisan yang telah dikemukakan sepanjang sesi persidangan ini. Saya juga merakamkan setinggi penghargaan kepada 8 Ahli Yang Berhormat yang telah membahas perkara dan isu di bawah tanggungjawab jawatankuasa ini sepanjang sesi perbahasan. Justeru, bagi menjawab dan mengulas perkara yang dibangkitkan saya akan memperincikan isu-isu utama mengikut topik. Insya-Allah akan menjimatkan sedikit masa.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang pertama, isu kesesakan lalu lintas di kawasan tumpuan pelancongan musim puncak ini telah dijawab oleh Yang Berhormat Wakaf Mempelam. Yang kedua, isu kepentingan kebersihan dan kelestarian, ini juga sebahagiannya sudah dijawab oleh Yang Berhormat Wakaf Mempelam, tetapi dalam segmen, segmen ataupun sektor pelancongan, kita mempunyai jawapan-jawapan yang tentu dan selaras dengan Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkait dengan kepentingan kebersihan, Kerajaan Negeri sangat komited untuk memperkukuhkan budaya kebersihan sebagai asas utama kepada kelestarian pelancong, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, aspek kebersihan merupakan antara elemen utama dalam pembangunan dan pemerkasaan produk pelancongan negeri sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri sentiasa komited memastikan setiap lokasi tumpuan pelancong berada pada tahap kebersihan yang tinggi dan memuaskan. Usaha ini dilaksanakan secara berterusan pelbagai inisiatif antaranya program pembersihan pantai, pembersihan dasar laut di pulau-pulau peranginan utama serta kerjasama yang strategik bersama dengan pihak berkuasa tempatan, agensi berkaitan dan juga komuniti setempat. Kerajaan Negeri juga akan mendukung secara serius untuk memperkukuhkan slogan "Negeri Bersih Allah Kasih", sebagai mesej kesedaran berterusan kepada rakyat dan pelawat. Pendekatan pendidikan serta kesedaran awam akan terus dipergiatkan bagi memastikan amalan menjaga kebersihan dapat dibudayakan dan dipikul kepada semua yang bertanggungjawab dan insya-Allah dalam masa yang terdekat kita akan lancarkan lancarkan satu tagline “Terengganu Sapu Bersih”.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, memperkasakan penginapan yang selesa, seiring dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu

berkaitan pemerkasaan premis penginapan yang selesa di Negeri Terengganu, merujuk pada data premis penginapan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Terengganu terdapat 188 buah penginapan berdaftar di seluruh negeri dengan jumlah keseluruhan bilik sebanyak 9,258 buah. Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa peningkatan jumlah pelancong khususnya pada musim puncak telah memberi tekanan terhadap ketersediaan premis penginapan di Negeri ini. Maknenya, dok cukop. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri memperhalusi serta menambah baik proses kelulusan pembangunan premis penginapan agar lebih cekap, telus dan mesra pelabur tanpa menjejaskan pematuhan kepada peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa.

Antara langkah, yang dilaksanakan termasuk memperkemaskan penyelarasan antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi teknikal serta pihak berkepentingan bagi mempercepatkan proses kelulusan. Dalam pada masa yang sama, pihak pelabur dan pemaju dalam mematuhi sepenuhnya garis panduan serta syarat yang ditetapkan bagi memastikan pembangunan yang dilaksanakan selaras dengan prinsip kelestarian. Pendekatan ini penting bagi memastikan peningkatan kapasiti penginapan berlaku secara seimbang dengan pertumbuhan sektor pelancongan seterusnya memperkukuhkan daya saing Negeri Terengganu sebagai destinasi pelancong utama.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, seterusnya pemerkasaan kebudayaan negeri. Menjunjung Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkaitan dengan pemerkasaan kebudayaan negeri, Kerajaan Negeri memelihara dan memperkasakan warisan seni budaya sebagai identiti negeri. Sehubungan dengan itu, usaha pendokumentasian sedang dan akan serta dilaksanakan terhadap seni tradisi Ulek Mayang dan Rodat sebagai langkah memelihara warisan kita. Kajian yang sedang dijalankan ini oleh Lembaga Muzium Negeri Terengganu kini telah mencapai kira-kira 50% meliputi aspek asal-usul, fungsi serta perubahan semasa termasuk kajian lapangan melalui temu bual bersama penggiat seni dan pihak berkaitan bagi memastikan ketulenan maklumat. Dari aspek dokumentasi, rakaman gerak tari serta elemen persembahan termasuk bahan dan peralatan telah dilaksanakan secara sistematik bagi tujuan pemeliharaan dan juga rujukan, dalam masa yang sama, pendokumentasian seni Rodat juga akan dilaksanakan dalam masa terdekat dan kini berada di peringkat pengumpulan maklumat. Secara keseluruhannya, usaha ini penting bukan sahaja untuk memelihara warisan, memelihara warisan budaya, malah menjadi sumber pendidikan dan pengukuhan identiti Negeri Terengganu Darul Iman.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, yang seterusnya, pemerkasaan produk ekopelancongan Negeri Terengganu. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat ADUN Hulu Besut, ADUN Telemong dan ADUN Bukit Besi atas keprihatinan serta cadangan dalam memperkasakan ekopelancongan Daerah Besut, Daerah Hulu Terengganu dan Daerah Dungun. Cadangan ini selari dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk mempelbagaikan produk pelancongan berasaskan alam semula jadi di samping memelihara biodiversiti dan juga kelestarian ekosistem. Kerajaan Negeri telah mempertimbangkan kelulusan beberapa projek menaik taraf kemudahan ekopelancongan. Yang pertama, menaik taraf asas Eco Camp di Taman Eko Rimba Lata Belatan, Besut kelulusan bajet RM300,000 doh lulus doh, bila-bila masa dia boleh buat. Menaik taraf penyelenggaraan fasiliti Eco Camp Lata Tembakah, Besut juga RM500,000. Menaik taraf kemudahan Sekayu, Hulu Terengganu RM160,000. Menaik taraf kemudahan Cemerong, Dungun RM150,000 untuk makluman Yang Berhormat, secara dasarnya, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu tiada halangan dan bersetuju dengan cadangan penubuhan Santuari Kelah di Lata Tembakah. Penubuhan ini berpotensi menjadi produk baharu ekopelancongan yang mampu menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan tersebut serta menaikkan daya tarikan ekopelancongan Negeri secara mampan. insya-Allah. Walau bagaimanapun, aspek pengurusan masih memerlukan penyelarasan lanjut antara Jabatan Perhutanan Negeri dan pihak berkepentingan. Sehubungan dengan itu, lawatan tapak telah diadakan pada 20 Januari 2026 melibatkan agensi berkaitan diikuti kajian tapak serta inventori sumber perikanan darat oleh Jabatan Perikanan Negeri Terengganu pada 10 hingga 12 Februari 2026 bagi menilaikan kesesuaian lokasi. Dalam masa yang sama, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu sedang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur di Lata Tembakah, pelepasan Ikan Kelah akan dilaksanakan selepas kerja penyelenggaraan tersebut. Langkah ini dijangka dapat memperkukuhkan pemuliharaan spesis Kelah serta meningkatkan nilai tarikan ekopelancongan negeri secara mampan dan berdaya saing.

Selain itu, Air Terjun Sekayu kini sedang melalui proses transformasi berperingkat tinggi bagi mengembalikan peranan sebagai ikon ekopelancongan Hulu Terengganu. Antaranya peruntukan yang telah kita luluskan iaitu satu, penyelenggaraan kemudahan termasuk tandas, CCTV, laluan pejalan kaki, dewan pintu gerbang dan tapak perkhemahan sebanyak RM150,000. Kerja pencahayaan kawasan geotapak RM50,000.

Haji Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua.

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Penyelenggaraan infrastruktur keseluruhan RM330,000.

Yang di-Pertua

Tunggu dulu, Telemung duduk dulu.

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Telemung ni tambah ni, saya baca, gaduh ni, boleh? Saya okey je . Boleh?

Yang di-Pertua

Sila-sila.

Haji Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Wakil Kijal.

Yang di-Pertua

Tanya bab gajah ke ni?

Haji Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Ringkas je ni. Dia tengoklah, kita di Air Terjun Sekayu ni, rosaknya air terjun dan lain-lainlah. Tapi, dok napok nok buat ni, buat cat bangunan, buat tar, jadi rasa tak kena ni. Tak kena dengan cara nampak, kita nak air terjun yang rosak kerana kepala air dulu tu diperbaiki, bukan baiki bangunan, bukan baiki tandas.

Yang di-Pertua

Baiki air terjun?

Haji Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Perlu juga, tapi saya hairan ni lebih utama, terima kasih.

Yang di-Pertua

Sila.

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat ADUN Telemung. Kita lulus satu bajet berpandukan kepada permohonan, jadi permohonan daripada Telemung, Hulu Terengganu, hok ni je yang kita ada, takdok permohonan untuk nak baiki air terjun lagi ni, jadi akan datang ni.

Haji Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Dok gini, saya ingat dulu, YB EXCO dah maklum.

Yang di-Pertua

Duduk sorang, duduk. Kijal duduk.

Haji Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Nok mari buat mende ni, mende ni tapi yang ownernya ialah Jabatan Perhutanan. Jadi saya napok Jabatan Perhutanan ni kena ambil perhatian sikitlah, jangan tengok tandas, jalan, tu biasa je.

Yang di-Pertua

Ya, ya. faham faham. Sila Kijal. Apa Kijal ambil perhatian je lah.

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Kita ambil perhatian lah dengan Jabatan Perhutanan, kita bincang semula.

Yang di-Pertua

Terus kepada jawapan.

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Nampaknya banyak dah, ke Telemong ni. Tapi Dato' Yang di-Pertua, untuk meningkatkan daya tarikan pelancong di Negeri Terengganu, kita akan menilai penaiktarafan infrastruktur di kawasan Cengal Besar jugok, di Dungun dan Sungai Kelemin melalui permohonan kepada Kerajaan Persekutuan, insya-Allah. Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri akan memperkasakan penglibatan komuniti melalui penubuhan kawasan pelancongan berasaskan komuniti yang saya sebutkan tadi community-based tourism tu dengan izin, yang baharu dan berpotensi ke arah pembangunan ekonomi yang inklusif dan juga mampan.

Dato' Yang di-Pertua dan rakan sekalian, pembinaan Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) di DUN Telemung, ini panggil DUN Telemung ni memang dok lari daripada gajah, Dato' Yang di-Pertua, dan kita ucapkan banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Telemung ini kerana dia selalu membangkitkan isu-isu yang agak berbahaya kepada masyarakat DUN Telemung, dan untuk makluman Yang Berhormat, projek Sistem Pagar Elektrik (SPEG) telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia yang Ke-13 (RMK13) di beberapa lokasi di Negeri Terengganu

iaitu Kampung Gerdong, Hulu Terengganu 12 kilometer, Kampung Lubuk Periuk, Hulu Terengganu 10 kilometer, Kampung Air Putih, Kemaman 7.9 kilometer, dan Kampung Ban Ho, Kemaman 13.25 kilometer dengan kos keseluruhan dianggarkan RM6.4 juta.

Projek ini dijadualkan akan dilaksanakan dalam tempoh 43 bulan bermula September 2025 hingga ke 2029 dan kini berada pada peringkat reka bentuk serta semakan tapak. Sebagai langkah proaktif jangka pendek, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri dan Negara telah memasang Sistem Pagar Elektrik Komuniti (SPEGKOM) di Kampung Basung, Hulu Terengganu pada tahun 2025 sepanjang 4 kilometer dengan kos RM376,777 menggunakan peruntukan EFT Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation, dengan izin.

Dato' Yang di-Pertua, Muara Sungai Kijal ditanya oleh ADUN Permaisuri, ada sikit nak jawab. Kuala Kijal sebenarnya ADUN Permaisuri untuk Dewan Yang Mulia, bukan sekadar projek pembangunan. Ia adalah kisah bagaimana suara rakyat didengar apabila kawasan ini dibangun dan menjadi Awana Golf and Country Resort dengan penglibatan Genting Group, ia datang bersama dengan satu perjanjian pajakan yang sangat panjang iaitu 99 tahun. Pada awalnya mungkin ia dilihat sebagai kemajuan tetapi lama-kelamaan rakyat mula merasai kesannya. Nelayan sukar keluar masuk, pantai terhakis dan kuala cetek dan banjir berulang-ulang setahun dua kali, tiga kali. Rakyat mengeluh dan suara mereka berhak kita dengar. Bagi rakyat, bila rakyat bersuara, kita mesti bertindak. Selama 30 tahun, Kuala Kijal dimiliki oleh Awana dan ada usaha rundingan dibuat di era Barisan Nasional tetapi gagal. Kita akui perjanjian lama bukan mudah untuk kita ubah, namun kita tidak boleh berhenti di situ, pendekatan baru, rundingan, bukan konfrontasi.

Dalam tempoh kira-kira setahun setengah, kita diberi mandat supaya usaha rundingan diteruskan dengan pendekatan yang lebih berfokus. Mendengar keluhan rakyat secara langsung, berunding secara matang dengan semua pihak, mencari penyelesaian yang praktikal. Alhamdulillah, hasilnya hari ini Kuala Kijal menjadi milik rakyat. Apa maknanya kepada rakyat? Ini bukan sekadar soal tanah Dato' Yang di-Pertua, ini soal hak nelayan kembali terbela. Kawalan kuala boleh kita pulihkan, Kerajaan boleh bertindak untuk atasi masalah hakisan dan juga banjir, insya-Allah dan langkah seterusnya, Dato' Yang di-Pertua, pemulihan kuala,

mitigasi banjir, pembangunan yang lebih tersusun dan juga mesra rakyat, ni baru fasa pertama.

Nak masuk fasa kedua. Insya-Allah, kita nak pastikan pembangunan selepas ini benar-benar memberi manfaat kepada semua dan anggaran kos yang telah dikira lebih kurang untuk membuat breakwater, dengan izin sepanjang 3 kilometer sehingga Pantai Penunjuk, sebanyak kurang lebih RM150 hingga RM200 juta. Sementara ke arah pembinaan secara total, sekurang-kurangnya Kerajaan hari ini boleh berbelanja kerana menjadi hak milik kita RM30,000 hingga RM40,000 setahun untuk buka Muka Kuala bagi memudahkan air keluar masuk dan nelayan boleh ke laut. Janji kepimpinan kita, kita belajar daripada pengalaman, kita tidak menolak pelaburan tetapi kita tidak akan abaikan hak rakyat, kita tidak lepaskan kawalan aset strategik, kita tidak ulang kesilapan yang lama dan saya percaya, rakyat tidak minta banyak Dato' Yang di-Pertua, rakyat hanya minta untuk didengar, dibela, dan tidak dilupakan. Insya-Allah,

Mohd Yusop bin MajidBERSATU · PNPermaisuri

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kijal.

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

insya-Allah, selagi kita diberi amanah, insya-Allah kita pastikan suara rakyat sentiasa ke hadapan.

Yang di-Pertua

Tak apa, Permaisuri, biar dulu. Tak apa, Permaisuri, semula-semula.

Mohd Yusop bin MajidBERSATU · PNPermaisuri

Saya nak tanya sikit, Yang Berhormat Kijal, minta laluan, boleh?

Yang di-Pertua

Tak apa, biar dulu. Permaisuri, prabis-prabis.

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Habis, dah tu?

Mohd Yusop bin MajidBERSATU · PNPermaisuri

Boleh?

Yang di-Pertua

dok apa, semula Permaisuri.

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Jelas doh ork?

Yang di-Pertua

Saya Pengerusi ni.

Mohd Yusop bin MajidBERSATU · PNPermaisuri

Boleh Yang Berhormat?

Yang di-Pertua

Dok, dok, tak boleh. Teruskan.

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Yang seterusnya Dato' Yang di-Pertua, cadangan program berimpak tinggi di Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri mengambil maklum cadangan Yang Berhormat ADUN Kemasik berhubung dengan penganjuran Terengganu International Air Show dengan izin, di Lapangan Terbang Kerteh. Acara ini berpotensi menjadi pemangkin baru ekonomi negeri serta platform integrasi pelancongan teknologi dan juga industri aeroangkasa. Dengan perancangan rapi, ia berupaya muncul sebagai acara ikonik tahunan Pantai Timur. Kerajaan Negeri menyokong secara strategik pelaksanaan inisiatif ini tertakluk kepada pematuhan sepenuhnya terhadap aspek keselamatan mengikut piawaian yang telah ditetapkan dan seterusnya, Dato' Yang di-Pertua, kebimbangan kehadiran pelancong Tok Bali. Ini dah dijawab oleh ADUN Wakaf Mempelam. Cadangan subsidi minyak terkait jugak dengan sektor pelancongan.

Yang di-Pertua

Okay, Yang Berhormat.

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Akhir doh ni

Yang di-Pertua

Okay baik.

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Sektor pelancongan tidak boleh terus dianaktirikan dan pelaksanaan subsidi bahan api bersasar perlu kita utamakan. Kementerian perlu memberi tanggungjawab untuk memastikan pemain industri tidak terus menanggung peningkatan kos tanpa sokongan yang setimpal. Pelancongan adalah sektor strategik negara untuk menjana ekonomi, membuka peluang pekerjaan dan merancakkan rantaian industri.

Justeru itu, Kementerian di Putrajaya wajar memperkenalkan mekanisme subsidi bersasar yang telus dan berimpak tinggi khususnya untuk pengangkutan pelancongan seperti bas, van dan juga motorboat. Kesan daripada kenaikan bahan api ini amat dirasai oleh pengusaha houseboat, chalet dan bot penumpang ke pulau yang bergantung sepenuhnya kepada diesel dan juga petrol. Tanpa campur tangan Kementerian, kos ini akan terus dipindahkan kepada pelancong dan menjejaskan daya saing destinasi tempatan. Jadi Kementerian benar-benar mesti serius. Tindakan mesti melangkaui retorik, dasar perlu adil, pelaksanaan perlu segera. Kelewatan hanya akan membebankan industri dan juga rakyat. Dalam masa yang sama, Kementerian tidak boleh sekadar menafikan, kerana rakyat mahukan ketelusan yang penuh. Isu 200 juta liter diesel ke Australia serta penghantaran sebelum ini ke Filipina menimbulkan persoalan berulang dan siapa di sebalik aliran ini dan bagaimana Malaysia dikaitkan. Jika benar bukan milik negara kita maka Kementerian wajib tampil dengan penjelasan yang lebih terperinci bukan sekadar jawapan umum. Dalam keadaan rakyat berdepan dengan kos sara hidup yang meningkat, sebarang kekeliruan hanya akan menghakis keyakinan. Rakyat tidak mahu spekulasi retual tapi rakyat mahukan fakta dan ketelusan. Oleh kerana tidak dibenarkan lagi dah, saya tutup dengan bukan pantun. Sikit sajalah saya nak tutup ni. Kerajaan Negeri kekal. Beritahu kepada Yang Berhormat, Kerajaan Negeri kekal komited untuk memastikan pelancongan dilaksanakan secara seimbang antara pertumbuhan ekonomi pemeliharaan alam sekitar dan juga kesejahteraan komuniti.

Segala pandangan yang dibangkitkan akan terus diteliti dan diambil tindakan sewajarnya. Dengan itu, saya menyokong dan menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu.

Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat, kalau beri dua jam pun dakpe tapi dalam Dewan terhad masa, Yang Berhormat. Seterusnya, saya persilakan, Yang Berhormat Paka, untuk menyampaikan ucapan penggulungannya.

Pertamanya, terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua yang memberi peluang kepada Paka untuk turut sama-sama membuat ucapan bagi merakamkan dan merafak sembah Ucapan Penghargaan dan Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pemangku Raja Terengganu kerana menyampaikan Titah DiRaja mengenai dasar-dasar Kerajaan bersempena dengan pembukaan Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri kali yang Kelimabelas.

Yang Berhormat, Dato' Yang di-Pertua, isu pendidikan sama seperti isu kesihatan, makanan dan sebagainya yang perlu sentiasa kita utamakan demi kelangsungan, kesejahteraan dan mengharapkan keberkatan buat rakyat kita Negeri Terengganu untuk masa-masa yang mendatang. Oleh kerana itu, kita memberi keutamaan pendidikan sejak masa peringkat awal kanak-kanak dengan mewujudkan Skim Mus'ab bin Umair, maka antara yang kita perhatikan adalah peperiksaan di peringkat UPKK yang kita rasa peringkat paling awal.

Pada Sidang yang lalu telah dibangkitkan isu status peperiksaan UPKK. Pada tahun yang lalu, 2024, keputusan 9A pelajar lebih kurang 1,499 orang, iaitu lebih kurang 7.17%. Alhamdulillah, pada 2025, angka ini meningkat kepada 2,549 orang dengan jumlah 1.59% walaupun masih lagi jauh tetapi insya-Allah kita berusaha untuk ke arah penambahbaikan agar sentiasa lebih baik daripada masa ke semasa. SRIDI yang juga mengambil peperiksaan UPKK pada tahun 2024 dengan GPS peringkat Negeri Terengganu 2.01 dan peringkat kebangsaan 1.85, SRIDI kita di Terengganu di bawah seliaan JPINT, GPS dia 1.24, lebih baik daripada GPS peringkat kebangsaan dan pada tahun 2025 Negeri Terengganu 1.83 dan GPS peringkat kebangsaan 2.00 alhamdulillah, SRIDI masih lagi bertambah baik, iaitu 1.18.

Jadi saya ucap tahniah kepada pihak JPINT dan juga pihak Yayasan Islam Terengganu yang menyelia UPKK ini dan di kesempatan ini, Dewan ingin merakamkan ucapan tahniah kepada adik Nurul Aina Solehah binti Zainuddin daripada Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan, Kuala Terengganu. Walaupun beliau OKU cacat penglihatan tapi berjaya meraih 8A 1B, antara yang terbaik dan meskipun, ibu dan bapa juga OKU penglihatan yang sama tapi alhamdulillah

anaknya mendapat kecemerlangan yang seperti itu. Kita harap ini mendapat dorongan kepada anak-anak yang lain yang sihat sejahtera agar menjadi motivasi pendorong ke arah mendapat keputusan yang lebih baik.

Saya sebagaimana Yang Berhormat Bandar mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak JPN, JPINT, Yayasan Terengganu, Yayasan Islam Terengganu dan juga semua warga pendidik di atas kejayaan keputusan peperiksaan SPM tahun 2025 yang diumumkan baru-baru ini. Daripada 175 pusat, 17,457 pelajar yang mengambil peperiksaan SPM, gred purata JPN negeri dengan 4.17 lebih baik pada tahun lalu, 2024 4.31 dan tahun 2023 4.41. Jadi apapun data-data yang kita sedia maklum ini tetapi yang menjadi kebimbangan kita ataupun concern kita adalah pelajar-pelajar yang gagal, yang tercicir ataupun yang tidak mempunyai sijil. Masih lagi 3.3%. Itu pun lebih baik daripada tahun 2024. Jadi kita harapkan supaya kita dapat berusaha untuk meminimakan sebaik mungkin anak-anak Terengganu, pelajar-pelajar ke arah yang lebih berjaya di masa akan datanglah.

Mohon mencelah.

Yang di-Pertua

Jertih

Terima kasih Dato' Speaker Dewan. Tahniah kepada Paka di atas kejayaan portfolio termasuk seorang pelajar anak DUN Jertih yang mendapat tempat ketiga dunia. Baik, soalan saya pada Paka bagaimana usaha untuk menangani masalah keciciran pelajar, saya rasa sangat serius di peringkat negeri kita. Isu menangani keciciran pelajar.

Yang di-Pertua

Teruskan Paka

Isu keciciran pelajar ini merupakan isu yang berterusan daripada tahun ke tahun dan dengan kerjasama daripada semua pihak, PPD, JPN, pihak sekolah dan juga pimpinan masyarakat untuk saling menggembleng tenaga bagi cuba menyelesaikan permasalahan-permasalahan khususnya pelajar-pelajar yang berisiko cicir ini. Mereka ada sistem dia sendiri yang mengenal pasti pelajar-pelajar yang tidak hadir dan data-data ini diproses dan ada beberapa usaha untuk mencapai KPI dia paling

kurang 97% secara bulanan untuk memastikan kehadiran pelajar-pelajar tersebut. Antaranya, libat urus dengan ibu bapa pendekatan kolaborasi melibatkan pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat dan sampai peringkat terpaksa pergi ke rumah pelajar tersebutlah untuk mengenal pasti pemasalahan-pemasalahan yang dihadapi dan kita harap dengan usaha yang berterusan dan lebih sistematik ini dapat mencapai matlamat untuk sifar murid cicir untuk masa-masa yang akan datang insya-Allah. Terima kasih.

Kelangsungan daripada itu, pihak Kerajaan Negeri kepada pelajar-pelajar yang cemerlang, kita menawarkan biasiswa dan pihak Kerajaan Negeri bermula tahun 2026 ini telah menambah peruntukan biasiswa SPC, Skim Pelajar Cemerlang. Daripada 2018 sehingga 2025, RM5 juta untuk biasiswa SPC dan RM10 juta untuk pinjaman tapi untuk 2026 ini ditambah kepada RM8 juta. RM7 juta daripada melalui Yayasan Terengganu dan juga RM1 juta Yayasan Terengganu bersama GLC maknanya RM8 juta untuk SPC pelajar di samping mengekalkan RM10 juta untuk pinjaman. Jadi pada tahun 2025, pihak Kerajaan Negeri menaja 3,147 pelajar, ramai daripada pelajar-pelajar cemerlang negeri Terengganu dan berjumlah RM46.7 juta. Jadi pada tahun ini, 2026 kita menjangkakan kita boleh menaja sehingga 3,931 pelajar dengan nilaian berjumlah RM57.1 juta.

Seterusnya, berkait dengan isu STEM yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sura, sebenarnya kita Terengganu ini tidaklah kritikal sangat. Pada tahun 2026 ini kita tengok dari segi keseluruhan pelajar-pelajar STEM daripada murid tingkatan 4 ada 19,174 pelajar sama ada melibatkan STEM A, STEM B, C1 dan C2 secara keseluruhan...

Mohd Shafizi bin IsmailPAS · PNBatu Rakit

Yang Berhormat...

Mohd Shafizi bin IsmailPAS · PNBatu Rakit

Mende apa STEM?

Yang di-Pertua

Mende apa? Nak minta mende?

Bukan setem tepek surat tu..

Yang di-Pertua

Nak minta mende? Duduk. Biar lu, biar lu biar peramat lu.

Panjang nak cerita kalau STEM A, STEM B ni ada ambil Sains Tulen keseluruhan.

Yang di-Pertua

Ya.. ya.

Ambil sebahagian...

Yang di-Pertua

Ringkaskan..

Kita minum air kedian..

Yang di-Pertua

Minum air kekgi...

Lambat MB nak cakak pulak ni..semula-semula Yang Berhormat.

Yang di-Pertua

Spek hitam doh hari ni tu...

Batu Rakit nak kata sokmo ke Paka ni guane...Daripada pelajar 19,000 kita di Terengganu ni, ada 7,693 makna 40.12% makna meningkat daripada tahun-tahun sebelum pada nilah yang paling tinggi pada tahun 2022 iaitu 43.95%, tahun 2024 dia menurun, 2025 dia menurun tapi 2026 ni alhamdulillah dia naik balik lebih kurang 40% jadi kerana itu pihak Kerajaan Negeri juga mewujudkan aliran Sains Tulen di SMIDI dan sebagainya untuk menambahkan lagi bilangan pelajar dan juga ruang-ruang bagi mereka untuk mendapat peluang untuk meningkatkan bilangan pelajar ke arah memilih STEMlah dan juga kita harap kempen-kempenlah Yang

Berhormat apa dan sebagainya sekolah-sekolah semua untuk mempertingkatkan apatah lagi kita di IMTIAZ menggabung jalinkan antara Tahfiz, Hafazan dan juga STEM. Saya rasa banyak sangat nak cakap ni jadi kita beri ruang kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Paka...

Orang pun dah nampak gelap dah...

Yang di-Pertua

Dok berapa nampak gelap dah...

Jadi nak ucap terima kasih...dan Paka mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Zaman P-Ramlee dulu...terima kasih Yang Berhormat Paka. Terima kasih kepada semua Yang Berhormat Wakil Kerajaan yang telah menyampaikan ucapan penggulungannya sejak semalam ataupun kelmarin dan ucapan yang telah disampaikan oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat kita. Kita sebenarnya berada di penghujung majlis ataupun ruang penggulungan kali ini dan saya sedar bahawa banyak soalan-soalan yang nak ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat kita dan sebahagian daripada soalan-soalan yang dikemukakan tidak sempat dijawab. Maka bolehlah berbincang di ruang-ruang yang lain. Sekarang tibalah masanya, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar membuat penggulungan terakhir. Saya dengan ini mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar untuk menyampaikan ucapan penggulungannya, dipersilakan.

Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Dewan Rakyat dan Negara, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pegawai-pegawai, wakil dari

syarikat berkaitan Kerajaan, GLC dan Badan Berkanun, Para Pemerhati di atas sana, tetamu jemputan dan semua yang hadir dalam Dewan Yang Mulia ini. Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala di atas kesempatan yang telah diberikan kepada kita semua untuk sama-sama berada dalam Dewan Yang Mulia ini dengan penuh harmoni dan sejahtera.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu. Juga terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pandangan-pandangan yang bernas dan menarik untuk diteliti dan dipertimbangkan bagi mencapai matlamat Terengganu Maju, Berkat, dan Sejahtera. Saya dapati kali ini perbahasan di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam suasana yang lebih baik dengan cadangan-cadangan dan pandangan-pandangan yang telah diberikan.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Besut, Kuala Berang, Kemasik dan Manir yang menyentuh tentang hasil Kerajaan Negeri termasuk royalti serta peranan GLC dalam memangkin ekonomi negeri. Secara asasnya, pada tahun 2025 jumlah hasil negeri adalah berjumlah RM1.92 bilion. Jumlah hasil ini melibatkan hasil cukai sebanyak RM104.9 juta, hasil bukan cukai berjumlah RM282.3 juta dan terimaan bukan hasil sebanyak RM1.54 bilion di mana RM1.37 bilion daripadanya merupakan bayaran royalti petroleum. Untuk rekod daripada RM1.3 bilion royalti ini hanya RM659 juta sahaja yang disalurkan terus ke akaun Kerajaan Negeri. Manakala RM713 juta atau 52% daripada royalti petroleum tidak disalurkan terus ke akaun Kerajaan Negeri. Keadaan ini mengulangi penyaluran royalti pada tahun 2023 yang disalurkan hanya RM802 juta daripada RM1.52 bilion dan untuk tahun 2024 disalurkan hanya RM733 juta daripada RM1.55 bilion. Secara kumulatifnya, sebanyak RM2.25 bilion tidak disalurkan kepada Kerajaan Negeri secara terus.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, walaupun Kerajaan Negeri berdepan dengan pelbagai tekanan yang bolehlah kita katakan sebagai paksa rela ini dan kaedah pembayaran yang ajaib berbanding dengan negeri yang sama parti antara negeri dan persekutuan. Alhamdulillah, dari sudut yang lain kita telah berjaya meningkatkan hasil janaan Kerajaan Negeri kepada RM454.69 juta untuk tahun 2025 berbanding RM267.77 juta pada tahun 2024.

Angka ini merupakan suatu sejarah baharu di negeri Terengganu. Sebelum ini, capaian hasil negeri tidak pernah mencapai angka RM300 juta. Saya mengambil kesempatan hari ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama berusaha untuk meningkatkan hasil Negeri Terengganu sekali gus merealisasikan sebahagian pelan penjanaan pendapatan baharu atau New Income Terengganu dengan izin yang kita sasarkan hasil negeri sebanyak RM500 juta menjelang tahun 2030. Selain daripada itu juga, menyentuh berkenaan dengan anak Syarikat Kerajaan Negeri atau GLC, saya masih ingat pada tahun-tahun pertama pentadbiran kita, pada tahun 2018 dahulu, kita telah melakukan beberapa transformasi pengurusan dan penjajaran atau re-alignment, dengan izin terhadap GLC. Alhamdulillah, hari ini kita telah dapat merasai hasil daripada usaha sebelum ini.

Antaranya, yang pertama, pendapatan kasar atau gross revenue, dengan izin Kumpulan Terengganu Inc. daripada RM964 juta pada tahun 2018 telah berjaya kita tingkatkan kepada RM2 bilion pada tahun 2025. Dalam tempoh tujuh tahun ini, kita berjaya meningkatkan pendapatan Kumpulan TI sebanyak RM1 bilion atau 104%. Untuk pelan jangka panjang 5 tahun, Kumpulan TI menyasarkan pendapatan RM3.9 bilion pada tahun 2030. Peningkatan sebanyak RM1.9 bilion atau 95% dari tahun 2025. Yang kedua, pendapatan TDM Berhad pula meningkat daripada RM398 juta pada tahun 2018 kepada RM768 juta pada tahun 2025. Pada tahun 2018, TDM Berhad telah mengalami kerugian sebanyak RM36 juta dan alhamdulillah kita telah berjaya pulihkan hasilnya pada tahun 2025, TDM telah berjaya mencatatkan keuntungan RM19 juta. Pendapatan EPIC juga meningkat kepada RM409.4 juta pada tahun 2025 berbanding dengan RM296.9 juta pada tahun 2018. Tahniah dan terima kasih kepada semua. Semoga prestasi yang baik ini akan terus dipertingkatkan sama ada di peringkat negeri, agensi, badan berkanun dan GLC untuk manfaat rakyat dan Negeri Terengganu.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bandar, Pengkalan Berangan, Ladang, Sura, Rantau Abang, Air Putih dan Bukit Besi, membahaskan berkenaan dengan konflik geopolitik yang sedang berlaku dan kesannya kepada negara serta negeri kita. Terima kasih atas pelbagai cadangan dan saranan yang diberikan dan saya dapati sudah ada respon yang telah diberikan oleh Yang Berhormat EXCO-EXCO, mengenai pelbagai inisiatif yang telah, sedang dan akan diambil berdasarkan kepada portfolio masing-masing. Namun, izinkan saya menambah sedikit sebagai melengkapkan respon-respon yang telah diberikan sebelum ini.

Sebagaimana yang kita semua tahu, kedudukan geopolitik semasa telah memberi kesan langsung kepada ekonomi negeri. Ianya berpunca dari kuasa besar Amerika Syarikat dan rejim Zionis yang telah mengambil tindakan unilateral terkutuk yang kita kategorikan sebagai state terrorism dengan izin ke atas Republik Islam Iran. Kesannya, chain reaction atau domino effect dengan izin daripada peningkatan harga minyak adalah sangat besar dan meliputi semua sektor ekonomi. Situasi ekonomi stagflasi atau situasi di mana berlaku kelembapan atau kemerosotan pertumbuhan ekonomi dan kenaikan kadar inflasi berlaku secara serentak. Kesan kepada pengeluar atau firma adalah meningkatkan kos pengeluaran dan kesan kepada pengguna pula adalah peningkatan harga barang yang menjejaskan disposable income atau pendapatan boleh guna yang akhirnya mengurangkan kuasa beli rakyat. Kesan sebegini adalah kepada semua rakyat. Semua rakyat berdepan dengan tekanan ekonomi bermakna tanpa mengira keahlian parti politik, tanpa membezakan apakah anutan agama seseorang, tanpa mengira kaum dan etnik, tua dan muda, semua terkesan kepada tekanan ekonomi yang sedemikian. Oleh yang demikian, sebarang langkah untuk mewujudkan dasar intervensi perlulah berlaku adil kepada semua kelompok. Itulah komitmen kita kepada rakyat Negeri Terengganu dan kita juga berharap agar pendekatan yang sama diamalkan oleh semua pihak berkuasa termasuk Kerajaan Persekutuan. Manakala bagi ekonomi negeri Terengganu, untuk sektor perkhidmatan khususnya subsektor borong dan runcit, sektor pertanian dan sektor pembinaan dijangka paling teruk terjejas. Dalam keadaan kedudukan fiskal negeri yang ketat, ekoran isu-isu yang berkait dengan wang royalti petroleum, keupayaan Kerajaan Negeri agak terbatas. Namun demikian, Kerajaan Negeri tidak berdiam diri dan saya telah meminta Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Perbendaharaan dan UPEN untuk menilai dan menyusun semula perbelanjaan negeri dan inisiatif bantuan serta sokongan kepada golongan rentan. Oleh itu, Kerajaan Negeri akan membuat penjajaran semula atau re-alignment, dengan izin terhadap Belanjawan Negeri. Yang pertama, pengubahsuaian belanjawan akan memfokuskan kepada perbelanjaan untuk menggerakkan ekonomi yang menjurus kepada sector base dengan izin. Iaitu memberi tumpuan kepada sektor keutamaan yang mempunyai rantaian ekonomi terluas dan penglibatan rakyat paling ramai tanpa pengabaian sektor lain iaitu merujuk kepada sumbangan dalam KDNK.

Yang kedua, pelaksanaan program-program keraian yang juga akan dikurangkan serta dikaji semula untuk memberi tumpuan kepada suntikan insentif ekonomi dalam pelbagai bentuk. Manakala bagi inisiatif sokongan dan bantuan kepada

rakyat, Kerajaan Negeri telah mengumumkan pemberian moratorium kepada peminjam-peminjam Skim Pinjaman Modal Tani (SPMT) sehingga 12 bulan. Kerajaan Negeri juga sedang membuat kajian terhadap beberapa inisiatif-inisiatif lain. Yang pertama, pemberian moratorium kepada peminjam-peminjam Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera atau TUGAS. Kedua, pemberian insentif pesawah. Ketiga, kajian semula beberapa item dalam jadual kadar harga Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu khususnya melibatkan bahan-bahan binaan yang mengalami kenaikan harga yang mendadak. Selain dari itu, pelaksanaan projek pembangunan dan program akan dibuat nilaian semula keperluannya. Projek atau program yang berimpak tinggi dan memberi kesan langsung kepada rakyat dan ekonomi, khususnya dalam sektor pertanian, IKS dan pelancongan akan terus dilaksanakan.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Sura, Jertih dan Bukit Tunggal ada membangkitkan berkenaan agenda penyatuan ummah sempena penganjuran Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah kali kelima dan Himpunan Alam Melayu 2026. Saya kira Yang Berhormat EXCO telah memberikan ulasan yang baik, namun saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan beberapa pandangan. Negeri Terengganu perlu menjadi penghubung utama dan menunjukkan contoh dalam agenda penyatuan ini, terutamanya melibatkan orang Melayu Islam. Kita tidak boleh membiarkan perbezaan politik atau kepelbagaian aliran mazhab menjadi benih perpecahan yang menggugat kestabilan negara. Sebaliknya, kita wajib memastikan ukhuwah sesama umat Islam terus terpelihara. Oleh itu, semua pemimpin dan wadah perjuangan di pelbagai bidang perlu mengetepikan kepentingan sempit. Kita perlu sedar bahawa perpecahan-perpecahan akan hanya melemahkan kuasa kolektif umat Islam. Dengan menyatukan matlamat demi kemaslahatan ummah, kita mampu membina sebuah kepimpinan yang teguh dan dihormati, tanpa membiarkan perbezaan pandangan, termasuk perbezaan fahaman politik, agar tidak menjadi punca keretakan ukhuwah. Sebagai pemimpin, kitalah yang mencorak bentuk negara, negeri dan rakyat kita sendiri. Namun, di masa yang sama, harus juga kita ingat bahawa kerangka penyatuan ummah ini tidak sekali-kali meminggirkan elemen perpaduan antara kaum. Pada hari ini, hubungan antara kaum di negara kita seolah-olah berada di persimpangan yang membimbangkan dan ada saatnya dilihat semakin renggang dan menjarak dalam diam. Kita mesti yakin bahawa masyarakat majmuk yang kita warisi ini adalah merupakan suatu nikmat Tuhan yang tiada taranya. Namun tanpa pengurusan yang bijak, ia boleh berubah menjadi malapetaka, sebagaimana yang telah meranapkan keharmonian di negara-negara

luar, termasuk negara yang menjadi juara demokrasi dan hak asasi manusia. Kita juga harus ingat bahawa kita dipilih untuk menjadi pemimpin semua rakyat, bukan untuk orang Melayu sahaja, bahkan untuk semua kaum, kaum Cina, Tamil, Kadazan, Iban, Bidayuh dan sebagainya. Sudah tiba masanya untuk kita menghidupkan kembali roh integrasi nasional, bukan sekadar sebagai suatu konsep politik tetapi sebagai suatu janji ikhlas untuk saling mengenali dan menghormati antara satu sama lain. Kita mahu melihat setiap rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang berdiri teguh dengan semangat toleransi yang bukan sekadar setuju untuk tidak bersetuju, malah benar-benar menghormati maruah sesama insan. Kita perlu mengimbau kembali saat-saat di mana perbezaan warna kulit dan budaya menjadi kekuatan, bukannya jurang pemisah.

Marilah kita merangkul diversity dengan izin atau warna-warni perbezaan ini dengan hati yang terbuka. Biarlah kepelbagaian ini menjadi simfoni yang indah dalam membina sebuah negara bangsa yang berjaya dan pada akhirnya, kualiti sesebuah tamadun itu tidak dinilai pada menggahnya bangunan, tetapi pada sejauh mana kita mampu hidup rukun dan damai sebagai suatu komuniti besar Malaysia.

Jika kita mengikuti media sosial, contohnya jika kita melihat video pemilik akaun Facebook minyak hitam jalanan original, ini sebagai satu contoh. Yang membaiki motosikal seorang pelanggan berbangsa Cina yang dalam kesempitan tanpa mengambil upah. Apa yang menggembirakan saya ialah semangat persaudaraan yang merentas sempadan kaum dan agama di mana kesusahan seorang manusia dirasai bersama tanpa prejudis identiti. Itulah juga yang kita ikuti dalam satu eksperimen sosial atau social experiment dengan izin yang dilakukan oleh seorang pemuda berbangsa Cina yang mengunjungi beberapa rumah orang Melayu di kampung di Terengganu untuk meminta ihsan bantuan dan dilayan dengan penuh rasa hormat dan harmoni sehingga menyebabkan air mata kita bergenang atas satu sebab bahawa inilah semangat keharmonian, hormat-menghormati, faham-memahami dan budaya serta adat kita sebagai rakyat Malaysia yang kita impikan selama ini. Lebih menyentuh hati saya, berkumpulnya masyarakat daripada pelbagai kaum memberikan komen-komen positif akan perpaduan kaum di negara kita. Inilah gambaran sebenar naluri kita yang rindukan perpaduan dan cintakan keharmonian. Kita perlukan lebih banyak video dan naratif sebegini untuk mengajak kembali rakyat Malaysia ke arah perpaduan, bukannya perpecahan. Oleh itu, saya menggesa setiap perkara yang kontroversi dan menyentuh sensitiviti perlulah diselesaikan dengan cara perundingan, diplomasi dan dalam suasana kekeluargaan. Bukannya dilayan dengan cara konfrontasi dan apologetik. Malah,

yang paling utama, segala pertelingkahan mesti kembali kepada asas yang membina negara kita, kepada asas Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan, undang-undang dan kontrak sosial yang membentuk negara kita.

Akhirnya, marilah kita mengurus kepelbagaian ini dengan penuh hikmah. Kita raikan keunikan masyarakat majmuk ini bukan sebagai liabiliti tetapi sebagai suatu aset kekuatan. Kita berazam untuk memimpin naratif penyatuan Melayu-Islam dan perpaduan antara kaum di Malaysia sebagai prasyarat kepada kestabilan nasional, ia akan menjamin kesejahteraan setiap rakyat tanpa mengira warna kulit dalam negara Malaysia yang tercinta ini. Biarlah dari bumi Terengganu ini bermulanya sebuah gerakan yang menyatukan hati, memadamkan api prejudis dan membina semula sebuah negara bangsa yang rukun, damai dan disegani di mata dunia.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, akhirnya sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat yang berpartisipasi dalam perbahasan sepanjang sidang DUN dijalankan dan Bentara Dewan yang menjalankan tugas dengan penuh cemerlang sepanjang sidang ini berjalan, dan dengan ini saya menyokong dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, penggulungan daripada pihak Kerajaan telah selesai. Sekarang saya buka kepada undian-

Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara

USUL INI DITERIMA

Rang Undang-UndangBill

Setiausaha Dewan

Perkara berikut ialah Rang Undang-undang.

Dipersilakan Yang Berhormat Dato' Haji Satiful Bahari bin Mamat, Wakil Paka, mengemukakan Rang Undang-undang yang pertama-

ENAKMEN PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU (PINDAAN) 2025

Bacaan Kali Yang Pertama

Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu 1965, dibaca bagi kali pertama.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang enakmen ini dibaca bagi kali yang pertama.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU 1965 DIBACA BAGI KALI YANG PERTAMA

Bacaan Kali Yang Kedua

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama suatu enakmen untuk meminda Enakmen Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu 1965 dibaca bagi kali yang kedua.

Rang Undang-undang ini bertujuan untuk meminda Enakmen Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu 1965.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda Seksyen 5 Enakmen bagi menetapkan Setiausaha Kerajaan Terengganu sebagai Timbalan Pengerusi Perbadanan.

Fasal 3 bertujuan untuk meminda Subseksyen 10(3) Enakmen bagi membolehkan mana-mana ahli yang dibenarkan oleh Perbadanan untuk hadir dan menandatangani apa-apa surat cara semasa cap mohor dicapkan selain dengan kehadiran dan tandatangan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang undang-undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk perbahasan. Sila mana-mana Yang Berhormat, yang bersedia untuk berucap.

Oleh kerana tiada apa-apa perbahasan, kita teruskan pembentangan Rang Enakmen Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu 1965. Sekarang, saya buka kepada undian-

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Perbadanan Memajukan Iktisad NegeriBill

Yang di-Pertua

TERENGGANU 1965 DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA

Yang di-Pertua

Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.

Dalam Jawatankuasa

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU 1965 TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI TANPA PINDAAN DENGAN SEBULAT SUARA

Yang di-Pertua

Mesyuarat balik semula

Bacaan Kali Yang Ketiga

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Dewan, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu 1965Bill

Yang di-Pertua

DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI YANG BERIKUT:

1 (1) ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKAN ENAKMEN PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU (PINDAAN) 2026

(2)

Enakmen Ini Mula Berkuat Kuasa Pada Tarikh Yang Ditetapkan Oleh Perbadanan Melalui Pemberitahuan Dalam WartaBill

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi Enakmen Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (Pindaan) 2026

ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI ORANG-ORANG MELAYU (PINDAAN) 2026

Setiausaha Dewan

Dipersilakan, Yang Berhormat Datuk Razali bin Idris, Wakil Kijal, mengemukakan Rang Undang-Undang yang kedua, Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-orang Melayu (Pindaan) 2026

Bacaan Kali Yang Pertama

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Tanah Simpan bagi Orang-orang Melayu 1360, dibaca pada kali pertama.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang pertama.

Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang MelayuBill

Yang di-Pertua

1360 DIBACA BAGI KALI YANG PERTAMA

Bacaan Kali Yang Kedua

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Tanah Simpan bagi Orang-orang Melayu 1360 dibaca kali yang kedua.

Rang Undang-undang ini bertujuan untuk meminda subsection 5(iii) Enakmen Tanah Simpan bagi Orang-orang Melayu 1360 untuk memasukkan SPNB Idaman Sdn. Bhd. dan TDM Berhad sebagai badan yang kepadanya pemegang Melayu boleh dipindah milik.

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Yang Berhormat. Pohon penjelasan, sebab saya dengar tadi, subsection 5. Tapi yang ditulis ni 9. Betul ke?

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Subsection 9.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Yang saya dengar tadi subsection 5(iii).

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Kalau silap, saya betulkan balik 9(iii).

Yang di-Pertua

Okey, kita teruskan.

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk perbahasan.

Kita telah pun mendengar cadangan dan juga sokongan terhadap usul yang dikemukakan tanpa apa-apa perbahasan. Kita teruskan pembentangan Enakmen Tanah Simpan bagi Orang-orang Melayu 1360. Sekarang saya buka kepada undian-

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang MelayuBill

Yang di-Pertua

1360 DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA

Yang di-Pertua

Mesyuarat sekarang menjadi jawatankuasa.

Dalam Jawatankuasa

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI ORANG-ORANG MELAYU TELAH DITIMBANG DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI TANPA PINDAAN DENGAN SEBULAT SUARA

Yang di-Pertua

Mesyuarat balik semula

Bacaan Kali Yang Ketiga

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan/pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dibaca pada kali yang ketiga dan diluluskan.

Yang di-Pertua

Buat semula. Buang se tu, jangan baca belaka kertas...

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Mohon ulang. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya maklumkan Rang Undang-undang Enakmen ini telah ditimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan. Terima kasih.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Yang Berhormat, Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan.

Yang di-Pertua

Baik, Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.

Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu 1360Bill

Yang di-Pertua

DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA

UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI YANG BERIKUT:

1 (1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Tanah Simpan bagi Orang-orang Melayu (Pindaan) 2026.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi Enakmen Tanah Simpan bagi Orang-orang Melayu (Pindaan) 2026.

Pelantikan Ahli Dewan Negara

Setiausaha Dewan

Perkara berikut ialah pelantikan Ahli Dewan Negara.

Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong telah memaklumkan kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu bahawa terdapat satu kekosongan Ahli Dewan Negara yang telah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu telah berlaku. Kekosongan ini ialah disebabkan tamatnya tempoh perkhidmatan seorang Ahli Dewan Negara yang lepas dan meminta supaya dipilih seorang Ahli Dewan Negara yang baharu. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan telah menitahkan supaya diadakan pemilihan seorang Ahli Dewan Negara dalam persidangan Dewan Undangan Negeri bagi memenuhi kekosongan itu. Oleh itu, Dewan Undangan Negeri Terengganu dikehendaki memilih seorang Ahli Dewan Negara menurut Perkara 45(1A) Perlembagaan Malaysia mengikut Jadual Ketujuh. Maka saya dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato' Seri untuk mengemukakan cadangan. Sila Yang Amat Berhormat Dato' Seri.

Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya ingin mengemukakan cadangan pemilihan seorang calon dan mohon mencadangkan bahawa Dewan Undangan

Negeri ini bersetuju memilih Yang Berbahagia Tuan Haji Husin bin Ismail sebagai Ahli Dewan Negara untuk mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu di dalam Dewan Negara Malaysia menurut Perkara 45(1A) Perlembagaan Malaysia bagi mengisi kekosongan.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya ingin juga menyampaikan sedikit ringkasan dan latar belakang mengenai dengan calon yang saya kemukakan untuk mewakili Dewan Undangan Negeri ini ke Dewan Negara.

BIODATA CALON

Yang Berbahagia Haji Husin bin Ismail dilahirkan pada 10 Mei 1955 di Kampung Tebakang, Bukit Payung, Marang, Terengganu. Beliau seterusnya melanjutkan pengajian dalam bidang pertanian di Universiti Pertanian Malaysia yang menjadi asas kepada pembentukan awal kerjaya dan pemikirannya dalam pembangunan masyarakat.

Perjalanan kepimpinan beliau bermula seawal tahun 1991 apabila beliau mengasaskan Unit Amal Malaysia, seterusnya memegang peranan sebagai Ketua Komander dan Pengurus Eksekutif Jabatan Amal Malaysia. Dalam bidang kemasyarakatan dan koperasi, beliau turut mengasaskan serta mempengerusikan Koperasi Kariah Masjid Terbakang (KOMIT), selain terlibat dalam Konsortium Kedai Runcit Koperasi Kariah Masjid Terengganu Berhad (K4MART), serta berperanan sebagai Setiausaha Majlis Perunding Koperasi berkenaan. Dalam bidang pendidikan dan dakwah, beliau merupakan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) serta Pengasas dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Regional Advocacy Center for Dakwah Regency Center (PDS) yang memberi fokus kepada pembangunan pendidikan berteraskan Al-Quran dan usaha dakwah.

Dalam bidang kemanusiaan, beliau merupakan Pengasas dan Presiden Amal Foundation of Malaysia serta International Federation for Relief and Development (IFRD) selain mengasaskan Muktamar Dakwah Malaysia (MDM), terlibat dalam penganjuran International Conference on Marawi serta mengetuai Sekretariat bersama Human Development Academy. Sumbangan beliau turut dizahirkan melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif sosial seperti Penubuhan Vila Dakwah, Vila Mawaddah sebagai pusat jagaan dan rehab serta Warung Makan Sahabat bagi

membantu golongan memerlukan di samping mengetuai misi bantuan kemanusiaan di lebih 40 buah negara.

Di peringkat antarabangsa, beliau aktif dalam pelbagai program dan persidangan termasuk seminar dakwah, persidangan perpaduan ummah dan ekspo perdagangan Islam, serta menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai negara seperti Uganda, Afghanistan, Sudan dan negara-negara Asia termasuk pemeteraian memorandum persefahaman bagi tujuan pembangunan bersama. Dalam sektor korporat, beliau berperanan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Kemaman Supply Base Sdn. Bhd. sejak tahun 2018 hingga kini.

Sepanjang penggal perkhidmatannya sebagai Senator Dewan Negara Malaysia mewakili Terengganu dari 15 Mac 2023 hingga 14 Mac 2026, beliau telah memperlihatkan komitmen berterusan dalam memperkukuh peranan legislatif negara, antaranya terlibat dalam jawatankuasa pilihan khas berkaitan tatakelola, integriti dan anti-rasuah, serta menganggotai jawatankuasa pemilihan, jawatankuasa pengundian dalam Dewan Negara serta kelab senator, di samping aktif dalam Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia. Kecemerlangan dan sumbangan beliau turut dizahirkan melalui pengurniaan Darjah Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SMZ) oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu pada tahun 2025.

Justeru berasaskan pengalaman luas rekod perkhidmatan yang konsisten serta sumbangan merentas pelbagai bidang yang telah dizahirkan, saya dengan penuh hormat mengemukakan Yang Berbahagia Haji Husin bin Ismail sebagai Wakil Negeri Terengganu di Dewan Negara bagi terus membawa suara negeri ini ke peringkat persekutuan serta memperkukuh peranan legislatif negara dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Usul itu.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan memilih seorang Ahli Dewan Negara menurut Perkara 45(1A) Perlembagaan Malaysia mengikut Jadual Ketujuh bagi mewakili Dewan Undangan

Negeri Terengganu telah diterima dan mendapat sokongan. Sekarang, saya kemukakan kepada undian-

Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara

USUL INI DITERIMA

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa Yang Berbahagia Tuan Haji Husin bin Ismail telah dipilih menjadi Ahli Dewan Negara mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi mengisi kekosongan yang ada. Saya ucapkan tahniah dan syabas, selamat bertugas untuk kecemerlangan Negeri dan rakyat Terengganu. Bagi menghormati pelantikan beliau sebagai Ahli Dewan Negara ataupun Senator bagi mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu, saya mohon Yang Berhormat Haji Husin bin Ismail berdiri untuk diperkenalkan kepada hadirin. Di sebelah kiri saya. Terima kasih.

[Yang Berbahagia Tuan Haji Hussin bin Ismail berdiri]

TANGGUHAN

Setiausaha Dewan

Perkara berikut ialah tangguhan.

Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya ingin mohon mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan kepada suatu masa yang akan ditetapkan kemudian.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Ketua-ketua Jabatan, para pemerhati. Sebelum saya tangguhkan Persidangan Dewan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Juga, Ketua-ketua Jabatan dan para pemerhati, media dan semua hadirin dan hadirat.

Akhirnya saya tangguhkan Persidangan Dewan ini ke suatu masa dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Dan marilah sama-sama kita sentiasa berdoa kepada Allah agar Allah memberikan kebaikan, kejayaan dan kemenangan kepada seluruh umat Islam khususnya di Palestin, di Gaza dan juga mengecam sekeras-kerasnya terhadap tindakan-tindakan zalim yang dilakukan oleh mana-mana pihak khususnya Amerika Syarikat dan Israel. Marilah kita di samping membaca doa agar kita sentiasa juga mengingati Allah. Kita tamatkan dengan tasbih Kaffarah dan Suratul Al-'Asr.

MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA PUKUL 12.20 TENGAHARI