Dewan Rakyat · 24 November 2021

15th Parliament, session 4, meeting 2 · 755 turns · 49,837 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum kita mulakan pertanyaan-pertanyaan jawab lisan, saya ada satu pemakluman mengenai dengan booster dose. Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti mana semua sedia maklum, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberikan dos penggalak (booster dose) kepada Ahli-ahli Yang Berhormat pada 2 dan 11 November 2021, sudah dua kali. Susulan daripada itu, pemberian dos penggalak kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang belum menerimanya akan diberikan pada hari esok untuk sesi ketiga bermula pada jam 9 pagi hingga 1 tengah hari di Klinik Parlimen Malaysia. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh menghubungi Datuk Dr. Murugesu Raju di Klinik Parlimen Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat temu janji penerimaan dos penggalak tersebut. Sekian, terima kasih. Sekarang, saya menjemput Yang Berhormat Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Sik. 1 Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan langkah-langkah kementerian bagi menangani perubahan iklim yang sudah pasti memberi kesan kepada industri pertanian negara termasuk penanaman padi yang menjadi sumber makanan utama negara.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNMenteri Pertanian dan Industri Makanan · Beluran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sik. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, MAFI telah mengenal pasti lima cabaran utama dalam sektor agromakanan menjelang 10 tahun akan datang yang perlu ditangani bagi memastikan jaminan sekuriti makanan negara. Cabaran-cabarannya ialah: (i) kekurangan sumber asli; (ii) produktiviti dan inovasi pertanian; (iii) perubahan demografi dan peralihan trend pemakanan; (iv) kehilangan dan pembaziran makanan; dan (v) perubahan iklim. Kesan perubahan iklim semakin ketara dirasai ketika ini. Sepanjang tempoh lima tahun daripada 2017 hingga 2021, seluas 40,828 hektar tanaman padi musnah akibat banjir di Semenanjung Malaysia. Manakala, 9,336 hektar pula mengalami kerosakan akibat kemarau.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNMenteri Pertanian dan Industri Makanan · Beluran

Dalam usaha menangani cabaran perubahan iklim, MAFI melalui Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 (Pelan Tindakan DSMN), antara lain akan mempergiatkan pertanian mampan yang mesra alam dan berdaya tahan terhadap iklim bagi mengurangkan impak perubahan iklim terhadap sektor agromakanan serta memperluaskan penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan pengeluaran makanan dengan kaedah teknologi berasaskan iklim atau climate base technology. Secara khusus, MAFI telah dan sedang mengambil langkah seperti berikut bagi menangani kesan perubahan iklim, khususnya bagi tanaman padi: (i) permohonan dan penggunaan variety yang tahan banjir dan tahan kemarau; (ii) pembangunan variety benih padi yang tahan kepada air masin sekiranya berlaku kesan limpahan air laut di kawasan penanaman padi; (iii) penggunaan peta agricultural rainfall index (ARI) dan peta tanah untuk menentukan kesesuaian tanaman di suatu kawasan serta merancang sistem perparitan dan pengairan; (iv) meningkatkan kaedah penanaman padi berdasarkan panduan mengurus tanaman padi mengikut sasaran; (v) pembinaan kelengkapan infrastruktur amalan pengairan sawah secara alternate wetting and drying; dan (vi) memperkenalkan insurans pertanian untuk mengurangkan risiko kerugian melibatkan bencana disebabkan oleh kesan perubahan iklim. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Silakan soalan tambahan yang pertama, Yang Berhormat Sik.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan dan sangat jelas. MAFI sedang bergerak ke hadapan melihat kesan-kesan perubahan iklim. Sudah dilihat kesan ini, termasuklah bencana banjir yang luar daripada kebiasaan serta air laut pasang besar yang telah melanda khususnya di bawah kawasan tanaman padi iaitu di Dataran Muda, Kedah dan Perlis. Termasuklah, rekod yang terkini semalam lebih 5,849 hektar tanah tanaman padi telah ditenggelami banjir, yang anggaran kerugian lebih daripada RM1 juta. Jadi, soalan saya adakah pihak kementerian bercadang untuk menambahkan lagi dana tabung bencana tanaman padi termasuk memohon sokongan CSR daripada syarikat-syarikat yang berkepentingan bagi membantu para petani melaksanakan semula aktiviti penanaman padi yang rosak akibat banjir. Juga, adakah kementerian melihat bahawa amalan pertanian yang mampan tadi termasuk tidak menggunakan racun dan bahan kimia yang berlebihan untuk mengawal sistem tanah dan sumber air yang dapat mengurangkan impak kesan daripada perubahan iklim. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Sila Yang Berhormat Menteri, 1 minit.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Amalan pertanian mampan merupakan satu tindakan yang berterusan yang diambil oleh kementerian bagi mengajar, mendidik pesawah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap bahan kimia dalam sektor agromakanan. Pensijilan seperti myGAP dan juga myOrganic adalah merupakan pensijilan ke arah tersebut.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Untuk bantuan bencana seperti yang disuarakan oleh Yang Berhormat Sik, kerajaan pada ketika ini melalui Rancangan Malaysia Ke-12 memperuntukkan sebanyak RM80 juta untuk Program Peruntukan Pembangunan Semula Projek Agromakanan

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

(PPSPA) dan juga bantuan di bawah Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP). Ini merupakan dua dana yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi menampung kerosakan sawah padi dan industri agromakanan secara keseluruhannya. Secara spesifik untuk padi, bantuan sebanyak RM10 juta daripada dana CSR BERNAS dan RM2 juta daripada dana yang disumbangkan melalui NAFAS adalah merupakan RM12 juta peruntukan khas yang digunakan untuk menampung kerugian bagi pesawah-pesawah di negara kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan yang kedua. Sila, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya sudah semak pembentangan bajet di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Khusus di bawah subsidi untuk padi ini, angkanya lebih kurang sama. Akan tetapi, kos mengerjakan sawah padi semakin meningkat. Itu fakta pertama. Di sisi lain, harga beras dikawal pada RM2.60 sekilogram. Manakala harga minimum terjamin padi ialah RM1.20 sekilogram. Jadi, jurang antara RM1.20 harga padi dengan RM2.60, di situlah pelbagai pemain― pesawah padi, pengilang, pemborong, dan peruncit. Jadi, ia berlaku harga yang disqueezed, dengan izin. Berhempas-pulas yang penanam padi, nilai padi mereka itu, beras mereka itu hanya RM2.60 sahaja. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Ketika BERNAS memegang monopoli import 30 peratus, sebanyak 60 peratus daripadanya adalah beras dari Vietnam. Apakah kementerian bersedia untuk harga beras tempatan tidak dicapped harganya? Yang dicapped adalah harga beras import. Kalau ditanya, apakah ini memberi kesan kepada vulnerable groups, jawapannya tidak. Mereka masih ada pilihan, beli beras import dari Vietnam, misalnya. Jadi, isunya adalah industri ini sangat tidak adil untuk penanam padi. Jadi, soalan saya tadi adalah apakah kerajaan bersedia untuk membuka cap harga beras yang diusahakan oleh penanam padi tempatan pada ketika tanggungan subsidi kerajaan terus membengkak? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat. Sila, Yang Berhormat Menteri. Satu minit.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Industri padi dan beras negara merupakan satu industri yang highly subsidised oleh kerajaan. Memang betul, kerajaan membelanjakan sebanyak RM1.5 bilion setiap tahun untuk mengadakan subsidi input dan juga subsidi output. Konteks yang dibawakan oleh Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu adalah konteks pendapatan pesawah. Hal ini kerana pada ketika ini, dasar kerajaan adalah di- capped-kan harga beras putih, beras biasa yang dikeluarkan ini tidak melebihi daripada RM1,200 untuk satu tan metrik. Dicappedkan, kerana mengambil kira bahawa populasi Malaysia at large tidak membeli beras lebih daripada RM2.60 satu kilogram di pasaran. Jadi, itu merupakan pertimbangan yang diambil oleh kerajaan. Sebab itu saya katakan bahawa industri pesawah ini highly subsidised. Sebahagian daripada kos pengeluaran padi dan beras negara adalah ditanggung oleh kerajaan. Jumlahnya lebih kurang RM1.5 bilion setahun. Untuk makluman Yang Berhormat, ini merupakan pertimbangan-pertimbangan yang sedang diambil oleh kementerian untuk mengimbangi kos pembelian harga beras di pasaran dengan kos pendapatan yang akan diperoleh oleh pesawah. Kita tahu bahawa pesawah merupakan kumpulan yang masih ramai di bawah B40. Kementerian sedang melihat keadaan ini. Akan tetapi, tentulah pertimbangan perlu diambil dan dibuat berdasarkan kepada pendapatan pesawah dan juga kos pembelian harga beras yang akan ditanggung oleh rakyat Malaysia keseluruhannya.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Jadi, di pihak kementerian, saya ingin mengatakan bahawa kita sedang mengkaji untuk menambah baik dasar capping RM1,200 per tan metrik yang sedang dilaksanakan pada ketika ini. Terima kasih.

Wong Ling BiuDAP · PHSarikei · question

2. Tuan Wong Ling Biu [Sarikei] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan dasar Kerajaan tentang pemindahan balik guru-guru berasal Sarawak dari Semenanjung Malaysia, berapa ramai yang telah dipindahkan balik ke Sarawak pada 5 tahun yang lalu.

Dato’ Dr. Mah Hang SoonTimbalan Menteri Pendidikan I

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sarikei. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) KPM Bilangan 7 Tahun 2021 (Pelaksanaan Permohonan Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Sekolah dan Kolej Vokasional) pada 23 September 2021 bagi menggantikan SPI Bilangan 3 Tahun 1975 (Panduan Bagi Pertukaran Guru-guru) dan SPI Bilangan 1 Tahun 1978 (Tarikh Bagi Pertukaran Guru-guru). SPI tersebut turut menyatakan garis panduan permohonan pertukaran pegawai perkhidmatan pendidikan di sekolah dan kolej vokasional sebagai rujukan kepada pengetua, guru besar dan pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP) yang berkhidmat di sekolah dan kolej vokasional bawah KPM untuk memastikan urusan pertukaran PPP dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan kepada garis panduan tersebut, KPM telah menetapkan tiga prinsip asas pertukaran iaitu kekosongan jawatan, keperluan opsyen serta kepentingan dan keperluan perkhidmatan. Dalam hal ini, permohonan pertukaran boleh dibuat berdasarkan kepada beberapa kategori iaitu: (i) kesihatan; (ii) keselamatan; (iii) mengikut pasangan; dan (iv) lain-lain. Oleh yang demikian, pertimbangan permohonan pertukaran guru dibuat berdasarkan kepada prinsip asas dan kategori permohonan yang telah ditetapkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan kepada rekod KPM, dari tahun 2017 hingga 2021, seramai 1,023 orang PPP yang berasal dari Sarawak telah diluluskan pertukaran dari Semenanjung ke negeri tersebut. Terima kasih.

Tuan Wong Ling BiuDAP · PHSarikei

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya. Berapa ramaikah guru yang enggan mengambil vaksin COVID-19? Bagaimana Kementerian Pendidikan menangani masalah ini?

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sarikei. Walaupun soalan tambahannya tidak berkaitan dengan soalan induk. Sebenarnya kita telah dari semasa ke semasa mengeluarkan angka ataupun statistik yang diminta oleh Yang Berhormat Sarikei. Jadi, di sini...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Kalau tak ada, boleh jawapan bertulis ya.

Sehingga 31 Oktober 2021, jumlah guru yang telah menerima dos pertama vaksin adalah setinggi 99.04 peratus, sementara untuk dos kedua adalah setinggi 97.5 peratus.

Jadi, mengenai tindakan yang akan diambil terhadap guru yang enggan ataupun antivaksin ini, ia akan berpandukan kepada arahan yang telah dan akan dikeluarkan oleh JPA. Terima kasih.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Pasir Mas.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua...

Jempol, Jempol. Jempol dahulu bangun.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan kedua saya bagi kepada orang Sabah, Sarawak. Yang Berhormat Kota Samarahan.

Yang ketiga.

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Okey, terima kasih Tuan Pengerusi. Soalan tambahan soalan saya ialah, isu kekurangan guru untuk negeri Sarawak masih lagi belum diatasi sepenuhnya. Kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada kementerian yang telah pun berusaha untuk membuat pengambilan sebanyak 18 ribu orang guru untuk berkhidmat di Sarawak. Jadi, saya ingin hendak mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, status pengambilan guru berkenaan dan berapakah dari sudut statistik pengambilannya dari negeri Sarawak sendiri? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Samarahan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, proses pengambilan guru one-off yang dibangkitkan sebentar tadi, sedang berlangsung dan urusan ini dijangka selesai pada bulan Disember 2021. Pecahan dan statistik mengenai calon yang akan diambil akan saya salurkan kepada Ahli Yang Berhormat Kota Samarahan. Terima kasih.

Jempol satu lagi. Sedikit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Saya bagi Semenanjung satu lagi soalan, sila Yang Berhormat Jempol.

Ha! Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua yang baik hati, yang bijaksana kerana memberi peluang. Saya difahamkan terdapat banyak faktor menyebabkan seorang guru itu mahu bertukar ke sekolah baharu. Selain daripada kes ‘guru duka lara’, guru yang mengajar di pedalaman juga banyak membuat permohonan. Ini mungkin kerana rumah guru tidak diuruskan dengan baik, bekalan air dan api tidak ada, pencapaian internet tidak ada. Ini salah satu isu yang cukup- dan yang keduanya merujuk kepada Elaun Khas- lokasi, kesusahan. Kadar elaun tersebut sudah 13 tahun, tidak dikaji. Jadi, apakah kadar yang baharu yang diguna pakai melalui bajet yang akan datang? Soalan saya, apakah perancangan jangka panjang kementerian untuk meminimumkan isu permohonan tukar guru yang mengajar di luar bandar? Adakah guru ini diambil dari pedalaman sendiri? Oleh sebab pedalaman dia mengajar- kampung dia sendiri. Jadi tidak ada isu guru yang mungkin ia susah ataupun mohon pertukaran. Jadi, mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab dua soalan saya itu.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Jempol. Dua soalan yang saya kira sangat prihatin terhadap kebajikan guru. Pertama mengenai Elaun Khas. Elaun Khas itu jawapannya akan saya salurkan kemudian. Mengenai pengambilan guru, atau calon guru, calon yang kita ambil dari penempatan yang tertentu lebih memudahkan guru tersebut lebih rela untuk memberikan perkhidmatan di tempat-tempat asal mereka. Itu adalah salah satu daripada faktor-faktor yang telah kita ambil kira. Sebagai contoh, untuk Orang Asli kita sentiasa menggalakkan mereka untuk menjadi guru. Daripada pihak kementerian, kita sentiasa berusaha untuk melaksanakan yang terbaik

untuk memastikan pengambilan guru, kebajikan mereka sentiasa diberikan keutamaan. Terima kasih.

Che Abdullah bin Mat NawiPAS · GSTumpat · question

3. Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat] minta Menteri Kewangan menyatakan, pelan strategi kementerian untuk menyokong keselamatan persaraan rakyat yang semakin kecil berikutan kebenaran pengeluaran wang KWSP dalam pelbagai skim di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Paya Besar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Ahli- ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat pelbagai langkah dan inisiatif telah, sedang dan akan dijalankan oleh KWSP bagi membantu ahlinya mempunyai simpanan yang mencukupi untuk persaraan mereka. Selaras dengan usaha bagi membantu ahli meningkatkan kecukupan simpanan persaraan tersebut, penambahbaikan berterusan ke atas skim KWSP telah dilaksanakan seperti berikut. Pertama, pengeluaran umur 55 tahun dan pengeluaran umur 60 tahun yang lebih fleksibel. Di mana ahli boleh membuat pilihan bayaran pengeluaran sama ada secara sekali gus bulanan, dividen tahunan sahaja atau apa-apa amaun pada bila-bila masa. Ini bertujuan untuk menggalakkan ahli memilih bayaran pengeluaran secara berkala atau bulanan. Dengan ini simpanan ahli akan terus menerima dividen tahunan dan dapat bertahan dengan lama. Kedua Yang Berhormat, tempoh tanggungan mencarum iaitu ahli dan majikan wajib mencarum sehingga umur 75 tahun sekiranya ahli masih bekerja. Ketiga, bagi menggalakkan ahli terus kekal aktif bekerja dan majikan mengambil pekerja berumur 60 tahun ke atas, KWSP tidak mengenakan apa-apa caruman kepada pekerja. Manakala majikan diwajibkan mencarum hanya sebanyak empat peratus. Keempat, memperkenalkan i-Saraan yang membolehkan golongan bekerja sendiri atau mereka yang tiada pendapatan tetap mencarum secara sukarela kepada KWSP. Sebagai inisiatif, kerajaan menyumbang 15 peratus daripada caruman tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun. Kelima, kerajaan memperkenalkan i-Suri. Keenam, kerajaan juga akan memperkenalkan pengeluaran baharu pada tahun ini bagi membolehkan ahli membeli produk insurans atau takaful sepertimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2021. Pengeluaran ini dijangka akan memberi manfaat untuk perlindungan diri sendiri dan keluarga bagi penyakit kritikal dan kematian. Ketujuh Tuan Pengerusi, KWSP juga menyediakan khidmat nasihat secara percuma berhubung perancangan dan pengurusan simpanan persaraan melalui retirement advisory service (RAS) sejak tahun 2014. Kelapan Yang Berhormat, Program Belanjawanku telah dilancarkan iaitu satu panduan perbelanjaan minimum bulanan ke atas kategori dan perkhidmatan untuk pelbagai isi rumah untuk membantu perancangan perbelanjaan peribadi dan keluarga. Tuan Pengerusi, kerajaan akan terus meneliti kaedah-kaedah lain untuk memastikan jaringan keselamatan sosial persaraan rakyat ini akan kembali ke tahap yang sepatutnya. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan, sila Yang Berhormat Tumpat.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tahniah kepada kerajaan di atas pelbagai pelan strategi kementerian bagi menyokong keselamatan persaraan rakyat. Persoalan saya seterusnya, berdasarkan kenyataan KWSP juga hanya 27 peratus ahli KWSP mempunyai simpanan sebanyak RM240 ribu sebagai basic savings menjelang 55 tahun. Tambahan pula, dengan program pengeluaran i-Sinar dan i-Citra

yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 1, ia telah merumitkan kelangsungan dan jaminan hidup selepas persaraan. Ini kerana sepertimana kita sedia maklum, pengeluaran Akaun 1 adalah untuk kegunaan selepas persaraan dan amaun untuk pelaburan manakala Akaun 2 adalah untuk persediaan persaraan yang boleh digunakan untuk tujuan pembayaran pengajian, pembayaran pendahuluan rumah, menampung kos serta bagi tujuan melakukan haji. Justeru itu, amat penting sekali simpanan di Akaun 1 ini diutamakan supaya ia dapat memberi pulangan pelaburan yang baik bagi menjamin persaraan. Maka saya ingin mendapat maklumat tambahan daripada kerajaan. Apakah langkah-langkah kerajaan ataupun KWSP sendiri dalam memastikan simpanan di Akaun 1 ini dapat ditingkatkan dengan segera? Terima kasih.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Tumpat. Untuk makluman Yang Berhormat Tumpat, berdasarkan statistik semasa dan mengambil kira pengeluaran i-Sinar dan i-Citra, dijangka hanya 27 peratus daripada ahli aktif yang berumur 18 sehingga 55 tahun mempunyai simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi kuantum simpanan asas yang ditetapkan mengikut umur. Situasi ini berlaku penurunan bilangan aktif yang mencapai simpanan asas berbanding 36 peratus pada 31 Disember 2020 iaitu sebelum i-Sinar dan i-Citra dilaksanakan kerana kedua-dua program ini telah melibatkan pengeluaran Akaun 1. Yang Berhormat Tumpat, sudah pasti keadaan ini membimbangkan kerana majoriti ahli dijangka tidak mempunyai simpanan yang mencukupi bagi sekurang- kurangnya menampung keperluan asas persaraan kelak. Oleh itu Yang Berhormat, dalam usaha penambah baik simpanan ahli yang telah membuat pengeluaran i-Sinar dan i-Citra daripada Akaun 1, kerajaan telah menetapkan caruman-caruman baharu yang diterima oleh ahli-ahli yang terlibat akan dikreditkan dahulu ke Akaun 1 sepenuhnya sehingga keseluruhan amaun pengeluaran yang diambil daripada Akaun 1 diganti semula.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Setelah itu Yang Berhormat, pecahan caruman akan kembali kepada 70 peratus untuk akaun 1 dan 30 peratus untuk akaun yang kedua. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, sila Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Apakah langkah kerajaan untuk meningkatkan jumlah simpanan KWSP rakyat dalam masa lima tahun bagi menjamin masa depan dalam jangka masa panjang? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana jawapan asal tadi ada lapan kaedah yang kerajaan sedang laksanakan melalui KWSP dan kita, sepertimana di hujung jawapan yang pertama tadi saya sudah maklumkan, kerajaan sedang meneliti pelbagai kaedah. Itu sebabnya semalam KWSP telah mengumumkan beberapa cadangan yang kita akan lakukan pada suku pertama tahun hadapan seperti kita laksanakan i-Sayang dan kita hendak laksanakan i-Lindung supaya sepertimana hasrat Yang Berhormat untuk kita pastikan dalam tempoh lima tahun akan datang simpanan kepada pencarum-pencarum KWSP sentiasa terjamin dan selamat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Soalan tambahan yang ketiga saya beri peluang kepada Yang Berhormat Pasir Gudang.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya difahamkan lebih RM100 bilion telah dikeluarkan oleh KWSP melalui i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra. Soalan saya, apakah kesannya terhadap pulangan pelaburan strategik KWSP? Apakah unjuran dividen kepada pencarum pada tahun ini? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri satu minit.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Inilah soalan yang – ada dua persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang. Keduanya, dividen kita akan maklumkan apabila tamat sahaja tahun 2021 dan akan diumumkan pada tahun hadapan oleh pihak KWSP dan kerajaan. Itu saya harap Yang Berhormat dapat bersabar. Cumanya, soalan bahagian pertama yang dikemukakan oleh Yang Berhormat berkaitan tentang bagaimana pelaburan, adakah ia terjejas? Itu mungkin saya rasa hasrat Yang Berhormat ingin tanya. Untuk makluman Yang Berhormat, walaupun kita telah akui ada pengeluaran sebanyak RM101 bilion melalui i-Sinar, i-Citra dan i-Lestari tetapi ia tidak menjejaskan pasaran kewangan domestik kerana KWSP merupakan antara pemberi atau the biggest player dalam MGS. Jadi perkara itu tidak jadi satu kesan yang negatif kepada pelaburan MGS tetapi walau bagaimanapun kaedah yang kita gunakan, kita ada strategy asset allocation (SAA) yang kita lakukan bagi menampung segala pengeluaran yang dibuat sepanjang tempoh tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Puan Hajah Fuziah binti Salleh (Kuantan).

Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan · question

4. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [Kuantan] minta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan: (a) berkenaan aplikasi Penghijauan Malaysia, berapa jumlah pengguna yang memuat turun aplikasi ini dan berapa banyak rekod penanaman dari kawasan-kawasan luar bandar, serta berapa spesies bernilai yang telah ditanam sepanjang kempen; dan (b) adakah satu rancangan berbentuk “outreach” untuk memaklumkan orang awam tentang program ini.

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih rakan saya dari Kuantan yang bertanya mengenai Program Penghijauan Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Program Penghijauan Malaysia ataupun Kempen Penanaman 100 juta Pokok dalam tempoh lima tahun telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 5 Januari tahun 2021 di Kompleks Seri Perdana Putrajaya dan ianya juga dilancarkan di semua negeri- negeri oleh Yang Amat Berhormat Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA) telah membangunkan satu aplikasi mudah alih yang dinamakan Penghijauan Malaysia dan juga satu laman web khas yang boleh dicapai melalui pautan www.100jutapokok.gov.my. Aplikasi mudah alih dan laman web tersebut boleh digunakan oleh semua agensi kerajaan, swasta ataupun orang awam bagi tujuan merekodkan data penanaman pokok sama ada mewakili agensi mahupun melalui individu. Sistem Pengoperasian Penghijauan Malaysia tidak sebenarnya mengklasifikasikan kawasan luar bandar atau bandar, walau bagaimanapun ianya diklasifikasikan mengikut negeri, agensi atau individu penanam dan juga jenis pokok. Saya ingin maklumkan pada Dewan yang mulia ini bahawa sehingga 22 November 2021 iaitu dua hari yang lepas, sebanyak 23,569,791 pokok telah direkodkan ditanam di seluruh negara. Pada hari ini, saya hendak sebut, berdasarkan laman website yang berkaitan dengan Penghijauan Malaysia ini, saya telah check pukul 10 pagi tadi Yang Berhormat,

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

jumlahnya telah meningkat kepada 23,746,874 pokok. Maknanya dalam tempoh dua hari, Tuan Yang di-Pertua ini telah meningkat sebanyak 177,083 pokok, inilah yang berlaku. Jumlah spesies bernilai dalam empat kategori iaitu, critically endangered, endangered, vulnerable and near threatened berdasarkan the International Union for Conservation of Nature’s Red List of Threatened Species adalah sebanyak 6,451,142 pokok yang merangkumi 322 spesies. Jumlah pengguna aplikasi mudah alih sehingga 22 November adalah 4,139 orang. Bagi jawapan yang kedua, KeTSA melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Perhutanan Sabah, Yayasan Hijau Malaysia, Jabatan Hutan Sarawak dan Jabatan Perhutanan negeri-negeri di Semenanjung sedang melaksanakan pelbagai program untuk mempromosi kepada orang awam Kempen Penanaman Penghijauan Malaysia ini dengan pelbagai program yang dianjurkan melalui Webinar, program penanaman virtual, pertandingan video kreatif, latihan penggunaan laman web dan juga mengadakan hebahan secara berterusan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila Yang Berhormat Kuantan, soalan tambahan pertama.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Saya memang berminat dengan program ini kerana saya rasa ini satu program yang amat baik dan jumlah penanaman pokok juga agak tinggi pencapaiannya iaitu 23 juta lebih kerana target ialah 100 juta dalam masa lima tahun. Namun saya lihat daripada data ini, adakah kemungkinan yang terlibat ialah agensi NGO bukan individu? Ini kerana kalau individu jumlahnya hanya 4,139 yang mendaftar dekat aplikasi. Apakah program yang dirancang, khususnya (specifically) yang melibatkan individu-individu? Adakah Yang Berhormat Menteri bercadang mahu melibatkan Pejabat-pejabat Ahli Parlimen kerana kita boleh bawa program ini ke akar umbi dan individu kalau ada peruntukan supaya mereka memahami betapa pentingnya Projek Penghijauan Malaysia ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Kuantan. Sila, Yang Berhormat Menteri satu minit.

Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Kuantan. Satu pandangan yang cukup bernas dan cukup baik. Saya faham beliau adalah seorang pencinta alam sekitar, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa memang saya akui ada agensi-agensi dan juga NGO yang giat aktif dalam penanaman pokok mencapai 100 juta pokok ini tetapi ada individu dalam laman web yang kita tertera ini. [Sambil membaca daripada telefon bimbit] Saya boleh bagi contoh, seorang yang bernama dengan izin, saya boleh sebut nama orang-orang yang berjasa besar seperti Mr. Gan Chun Keat, yang telah menanam 347 pokok setakat ini, Mr. Afik Ashram sebanyak 244 pokok, Mr. Genius Abin 234 pokok, Mr. Sylvester Lutar 213 pokok dan banyak rekod-rekod yang menunjukkan individu yang berminat. Jadi, cadangan Yang Berhormat Kuantan supaya saya extendkan kepada Pejabat Ahli-ahli Parlimen ini merupakan satu cadangan yang baik. Insya-Allah saya akan laksanakan dengan secepat mungkin. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Jerai, Jerai.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Tebrau.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kuantan.

Saya memang berminat dalam isu ini kerana apa saya nampak, negara kita memang kurang pokok. Kita suka memotong pokok kerana banyak orang merayu kepada

saya kerana pokok jadi isu burung gagak kah dan bertahun-tahun akan jatuh dalam tapak perumahan mereka. Jadi, mereka akan minta potong pokok. Dalam usaha ini, saya hendak tanyalah, apa agensi yang mana, yang paling aktif dalam program ini kerana saya tidak nampak di kawasan khususnya di Daerah Johor Bahru, banyak pokok sudah ditanam. Jadi, apa agensi yang paling aktif dalam program ini. Soal yang kedua, adakah tanaman 23 juta ini yang sudah direkodkan, adakah ini termasuk pokok kelapa sawit, pokok kelapa dan pokok getah yang ditanam oleh pekebun kecil ataupun mana-mana pihak. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih rakan saya daripada Tebrau. Saya hendak maklumkan dengan jelas dalam konteks Program Penghijauan Malaysia ini, pokok yang dikira sebagai masuk dalam kategori 100 juta ini adalah pokok yang merupakan tumbuhan berkayu. Itu dia punya kategori, mempunyai akar, batang, dahan dan daun. So, maknanya pokok yang tidak mempunyai dahan itu tidak masuk. Macam pokok serai, pokok betik, pokok aloe vera, pokok kelapa itu tidak masuk Tuan Yang di- Pertua. Yang lain itu semuanya masuk. Jadi, ini adalah kategori pokok yang kita ambil kira sebagai masuk dalam kategori ini. Adapun agensi yang terlibat secara aktif di dalam Program Penanaman Pokok 100 juta 5 tahun ini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, adalah pertamanya ialah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Hutan Sabah Sarawak, Jabatan Hutan Negeri-negeri, itulah adalah agensi yang paling utama dalam melaksanakan program ini. Saya sendiri telah turun ke negeri-negeri bersama jabatan-jabatan ini untuk penanaman pokok ini. Selain daripada itu terdapat beberapa agensi ataupun NGO yang terlibat secara langsung. Sebagai contohnya saya sebut di sini, Yayasan Hijau Malaysia yang juga memainkan peranan untuk memberikan galakan kepada program ini dan saya suka menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini, ini satu galakan kepada orang awam. Kepada mereka yang menyumbangkan kepada Program Penghijauan Malaysia ini, mereka layak untuk mendapat pelepasan cukai. Ini cukup penting ini. Bagi individu yang membuat sumbangan kepada Yayasan Hijau Malaysia, berpeluang mendapat potongan cukai ditawarkan berdasarkan Seksyen 44(11)(c) Akta Cukai Pendapatan, sebanyak 7 peratus bagi individu dan potongan cukai sebanyak 10 peratus daripada jumlah pendapatan agregat tahunan bagi syarikat. Ini adalah satu galakan yang cukup baik saya rasa dan tidak lupa juga saya menyebut bahawa pihak berkuasa tempatan juga mempunyai peranan penting dalam Program Penghijauan Malaysia ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Pertanyaan seterusnya saya ingin menjemput Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem, Yang Berhormat Serian.

Richard Riot anak JaemSUPP · GPSSerian · question

5. Dato' Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem [Serian] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan bilakah Pejabat Pendidikan Daerah Serian yang sekian lama menumpang di SK Serian, mempunyai bangunan sendiri.

Dato' Dr. Mah Hang SoonTimbalan Menteri Pendidikan I

Terima kasih Yang Berhormat Serian. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM sentiasa komited dalam usaha menyediakan prasarana dan kemudahan infrastruktur pendidikan kepada semua warga pendidik di seluruh negara. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, KPM telah merancang untuk membina bangunan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian, Sarawak bagi mengatasi isu menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Serian. Pada masa ini KPM telah mengenal pasti tapak berstatus hak milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi cadangan pembinaan bangunan PPD Serian. Permohonan pembinaan ini akan dikemukakan untuk pertimbangan agensi Pusat dalam RMKe-12, Rolling Plan Ke-3, tahun 2023, tertakluk kepada keutamaan dan kedudukan kewangan semasa kerajaan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Okey soalan tambahan, sila Yang Berhormat Serian.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi, jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri amat memuaskan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih.

Jadi, soalan saya bukan soalan. Hanya saya ingin kepastian daripada kementerian, agar projek membina bangunan bagi Pejabat Pendidikan Daerah Serian ini dapat mengikut jadual. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, Pejabat Pendidikan Daerah Serian merupakan antara Pejabat Pendidikan Daerah yang terbesar di negeri Sarawak. Pejabat besar, mengawasi 96 buah sekolah rendah dan 6 buah sekolah menengah. Pejabat Pendidikan Daerah Serian yang mempunyai staf seramai 76 orang sekian lama telah menumpang di bangunan SK Serian. Menumpang dan sudah tentu ianya sempit. Bangunan yang boleh memuatkan hanya 40 orang, sedang digunakan oleh seramai 76 staf dan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Serian. Oleh itu saya amat berterima kasih kepada jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dan bukan harapan. Permintaan saya ialah supaya apa yang telah dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi akan menjadi kenyataan, iaitu dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12, Rolling Plan Ke-3 pada tahun 2023. Terima kasih kementerian.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Serian. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Serian. Itu memang akan kita usahakan secara bersungguh-sungguh. Disini, mungkin saya boleh berikan sedikit maklumat tambahan. Selain daripada apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Serian, iaitu maklumat asas Sekolah Kebangsaan Serian, Sarawak, buat masa ini dengan bilangan bilik darjah 25, bilangan kelas 20 dan dengan prasekolah 3, atas tanah 6 ekar, keluasan tapak lapang 4 ekar. Apa yang telah disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Serian, akan kita usahakan bersungguh-sungguh. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Tidak ada tambahan kedua. Saya terus menjemput Yang Berhormat Tuan Kesavan a/l Subramaniam, Yang Berhormat Sungai Siput.

Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput · question

6. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan sektor pertanian sehingga kini masih kekurangan penglibatan golongan muda terutamanya belia berpelajaran tinggi. Apakah langkah- langkah Kementerian bagi menarik minat golongan ini menceburi industri pertanian.

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji SallehPAS · PNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II · Pasir Puteh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat yang mengemukakan soalan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peranan golongan muda adalah amat penting dalam meremajakan dan memodenkan sistem pertanian negara. Dalam hal ini pemerkasaan modal insan diberi penekanan khusus dalam pembangunan jangka panjang sektor agromakanan untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan, memacu hasil dan pendapatan yang lebih tinggi serta merangsang inovasi dan kemampuan penggerak untuk meningkatkan kedudukan dalam rantaian nilai. Secara khususnya strategi dan pelan tindakan yang dirangka melalui DAN2.0 untuk menarik minat dan penyertaan golongan muda dalam sektor pertanian adalah seperti berikut: (i) menjenamakan semula sektor agromakanan dengan pertanian moden dan pintar. Ini bagi merangsangkan generasi muda berminat dengan sektor pertanian; (ii) mewujudkan sumber tenaga kerja industri yang optimum melalui pengintegrasian siswazah ke dalam persekitaran pekerjaan

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji SallehPAS · PNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II · Pasir Puteh

yang berteraskan pertanian menerusi tambahan latihan amali dan perantisan;

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji SallehPAS · PNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II · Pasir Puteh

(iii) meningkatkan pendedahan generasi muda kepada aktiviti pertanian melalui pendidikan bersasar dan kaedah-kaedah lain seperti mewujudkan kawasan pertanian di sekolah-sekolah, di universiti dan seumpamanya; (iv) menyediakan platform biasiswa yang relevan untuk menggalakkan pengambilan ijazah pengajian tinggi dalam bidang yang berkaitan dengan agromakanan; (v) memantapkan lagi program-program yang sedia ada di universiti-universiti yang berkaitan dengan pertanian moden; (vi) melibatkan universiti dengan program-program research ataupun kajian-kajian yang bertahap tinggi yang membabitkan universiti-universiti lain di seluruh dunia; (vii) membangunkan program peralihan untuk siswazah selain daripada bidang pertanian yang berminat untuk menceburi kerjaya dalam sektor agromakanan, dan; (viii) melatih dan menggaji siswazah TVET dan pengeluar makanan yang berpengalaman sebagai agen pemindahan teknologi kepada pengeluar makanan. Pada masa yang sama, MAFI telah melaksanakan Program Agropreneur Muda untuk menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang pertanian. Dari tahun 2016 hingga Oktober 2021, MAFI berjaya membantu 7,693 orang generasi muda melalui program ini melibatkan peruntukan berjumlah RM157.4 juta. Daripada jumlah tersebut, seramai 7,528 orang telah dibantu melalui kelulusan geran Agropreneur Muda bernilai RM134.3 juta. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Sungai Siput.

Tuan Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Soalan tambahan saya, saya ingin nak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sektor pertanian manakah yang paling menarik minat graduan? Seterusnya, berapakah orang agropreneur muda yang berjaya mendapat geran di negeri Perak dan khususnya bagi Parlimen Sungai Siput bagi tahun 2018 hingga 2021? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput yang sangat cakna dengan pemain-pemain industri pertanian di dalam kawasan beliau. Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih dan yang di kawasan Sungai Siput ini, saya akan bagi secara bertulis kerana ia fakta. Cuma respons daripada saya, program pertanian yang diminati oleh generasi muda ataupun kumpulan mahasiswa graduan daripada universiti-universiti ialah pertanian yang moden. Sebarang pertanian yang moden yang mampu meningkatkan hasil yang tinggi, alhamdulillah diceburi oleh kumpulan sasar ini. Mengikut kajian yang kita buat, hampir lebih daripada 90 peratus daripada pencebur dalam bidang ini, mereka berjaya. Oleh sebab mereka mempunyai latar belakang pendidikan pertanian yang tinggi dan mereka berjaya menterjemahkan pengajian mereka dalam bidang pertanian secara praktikal. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Libaran.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ya, memang benar bahawa penglibatan golongan orang muda dan belia juga dalam bidang pertanian juga amat digalakkan. Ini untuk memperkasakan lagi produktiviti industri makanan, sekali gus dapat meningkatkan lagi hasil pengeluaran makanan negara. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, minta Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan bagaimana kerajaan dapat memacu pembangunan industri pertanian dapat diwujudkan dan peluang pekerjaan kepada golongan belia di kawasan luar bandar, terutama di negeri Sabah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Libaran. Sebagaimana Yang Berhormat menyebut, sememangnya salah satu daripada agenda besar yang dipacu oleh pihak kerajaan iaitulah untuk kita memastikan golongan luar bandar ini ada pekerjaan yang memberi satu jaminan kepada keluarganya. Dalam waktu yang sama, mereka boleh menjana kekuatan bekalan makanan negara untuk kita. Kalau kita perhatikan kepada bantuan-bantuan geran yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan, setiap tahun ia meningkat, termasuk di negeri Sabah. Insya-Allah saya kira di negeri Sabah ini, pihak negeri Sabah akan dapat bersama-sama dengan agenda kerajaan. Satu berita yang baik baru-baru ini, apabila Lembaga Industri Nanas telah diterima oleh masyarakat di Sabah. Ia adalah salah satu daripada industri pertanian yang berdaya maju yang mampu mengeluarkan asnaf kepada kumpulan yang biasa. Ini ialah satu program yang baik dan insya-Allah, pihak kerajaan tidak akan lupa kepada kawasan Libaran, insya-Allah. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

[Soalan No. 7 – YB. Dato’ Seri Tiong King Sing (Bintulu) tidak hadir]

Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya · question

8. Puan Maria Chin binti Abdullah [Petaling Jaya] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, adakah kementerian bersedia segerakan pindaan undang-undang sedia ada untuk menjadikan ‘sexual grooming’ sebagai satu jenayah di Malaysia bagi mengelakkan kanak-kanak dan remaja di bawah umur daripada terus menjadi mangsa salah laku kegiatan terkutuk ini.

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya ialah nombor lapan. Saya minta maaf ya, soalan ini ada sedikit perubahan yang mana sebenarnya saya hendak tanya, bolehkah pindaan dibuat supaya mengadakan therapeutic intervention, dengan izin, untuk mengurangkan pesalah berulang? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau Timbalannya menjawab.

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd YusoffPAS · PNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Rantau Panjang

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya atas soalan yang dikemukakan. Oleh sebab soalan itu baru sahaja ada pindaan, jadi saya hanya menjawab dalam data yang sedia ada. Di mana kita di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kita berusaha dan mengambil serius terhadap semua isu yang berkaitan dengan jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan untuk memastikan supaya kanak- kanak diberi perlindungan, terutama berdasarkan Akta Kanak-kanak 2001. Begitu juga di bawah Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang telah digubal untuk memberi perlindungan yang lebih baik dan termasuk juga tentang kepentingan dan kebajikan kanak-kanak bagi pencegahan yang berkesan bagi kesalahan- kesalahan yang melibatkan seksual terhadap kanak-kanak. Jadi, kesalahan penyantunan

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd YusoffPAS · PNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Rantau Panjang

kanak-kanak atau lebih dikenali dengan child grooming ini telah pun dimasukkan dalam akta tersebut dengan hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat. Akta ini sebenarnya di bawah bidang kuasa Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan, sila Yang Berhormat Petaling Jaya.

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Terima kasih. Soalan tambahan saya ialah, bolehkah Yang Berhormat Menteri berkongsi dan mengemas kini kesan program yang dijalankan? Bagaimana dan apa indikator yang boleh digunakan untuk mengukur kesan program itu? Bolehkah data dikongsi dengan orang awam? Oleh sebab selalunya kita tak boleh dapat menganalisis kesan tentang keganasan ini. Saya harap juga, adakah rawatan untuk pesalah dan mangsa melibatkan cara needs based yang terlibat- fokus kepada cara sexual grooming dan juga kepada pesalah? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya atas soalan tambahan dikemukakan. Berdasarkan statistik daripada Polis Diraja Malaysia, terdapat setakat ini 11 kes pengantunan kanak-kanak yang berlaku sejak tahun 2018 sehingga Jun 2021. Di bawah kementerian kita, kita mengadakan pelbagai inisiatif untuk membendung perkara ini. Di antaranya ialah kerjasama yang kita buat bersama dengan Polis Diraja Malaysia, begitu juga dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan juga wakil-wakil daripada pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO). Pelbagai inisiatif yang telah dibuat. Di antaranya untuk kita banyakkan lagi program tentang kempen kesedaran terutama kepada ibu bapa dan juga kepada masyarakat. Perkara ini, kita dengan menghasilkan banyak juga video kesedaran untuk pencegahan jenayah ini kepada kanak- kanak. Kita juga mencadangkan supaya perlunya satu perundangan dan hukuman yang lebih berat terutama yang melibatkan eksploitasi kanak-kanak. Juga, kita merancang untuk melaksanakan tindakan pencegahan yang lebih pantas melalui platform dan talian untuk mengekang sebarang aplikasi di laman-laman web yang berunsur eksploitasi dan jenayah terhadap kanak-kanak. Juga, kita mengadakan program kempen. Kita mengucapkan tahniah juga apabila kerajaan baru ini telah meluluskan sebanyak RM13 juta kepada Bahagian D11 Polis Diraja Malaysia dan mewujudkan 100 perjawatan. Ini sebenarnya adalah sangat membantu dalam menangani isu-isu berkaitan dengan jenayah terhadap kanak-kanak ini. Kita insya-Allah, kita mengharapkan dengan adanya pertambahan jawatan dan peruntukan yang telah disediakan oleh kerajaan ini sebagai mana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi supaya ditambah baik untuk kita memastikan supaya isu-isu berkaitan dengan jenayah seksual terhadap kanak-kanak ini kita dapat bendung bersama, insya-Allah.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri ya. Isu ini bagi saya adalah penting sekiranya ini ialah masalah di dalam masyarakat kita adalah serius. Jadi, soalan saya, kalau adalah satu masalah serius, saya cuma hendak tanya, isu ini adalah daripada golongan masyarakat mana? Maknanya kanak-kanak daripada golongan masyarakat mana yang paling terdedah kepada masalah ini? Apa sebabnya serta langkah-langkah seperti pendidikan dan kaunseling, adakah kesan untuk melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa kepada isu ini? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit. Sila Yang

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Berhormat Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat jawab soalan tambahan tadi.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Okey. Boleh ulang tidak tadi, sebab saya duk ingatkan soalan seterusnya tadi. Soalan, saya minta maaf Yang Berhormat. Soalan tadi yang berkaitan dengan apa yang ditanya tadi?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Tentang- Sila Yang Berhormat Tebrau.

Minta maaf sebab saya ingatkan soalan seterusnya.

Okey, saya boleh ulang.

Saya minta maaf sangat-sangat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Tentang pecahan mangsa tadi.

Saya boleh ulang. Soalan saya adalah adakah masalah ini dalam tahap yang serius di masyarakat kita? Sekiranya ini adalah satu isu yang serius, sila sebutkan kanak-kanak daripada golongan masyarakat mana yang paling terdedah kepada masalah ini? Keduanya, apa sebabnya yang menjadikan mereka menjadi mangsa atau pihak yang terdedah? Juga, apa langkah-langkah telah diambil? Adakah langkah seperti pendidikan dan juga kaunseling adalah pendekatan yang paling kesan untuk melindungi kanak-kanak menjadi mangsa kepada isu ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang dikemukakan. Cabaran kita di dalam kita menangani isu yang berkaitan dengan masalah jenayah, yang berkaitan kanak-kanak ini di antara ialah cabaran melalui media sosial. Di sini adalah perlu kepada kerjasama daripada semua pihak, bukan sahaja badan-badan kerajaan, NGO, orang perseorangan terutama sekali adalah ibu bapa. Oleh sebab itu di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kita bekerjasama melalui mengadakan tindakan bersepadu dengan pelbagai agensi untuk memastikan supaya semua pihak sedar tentang isu ini. Apabila kita buat kajian terutama daripada segi penggunaan internet ya, kita dapati untuk tahun 2020, hanya 34.4 peratus sahaja daripada ibu bapa yang menggunakan aplikasi kawalan dalam melindungi anak-anak di internet. Jadi, masih ramai lagi sebenarnya ibu bapa yang kurang sedar. Jadi, sebab itulah dalam dunia tanpa sempadan hari ini saya mengharapkan supaya semua kita bertanggungjawab dalam memastikan tidak kira kaum, bangsa, agama, kita adalah sama-sama kena melindungi diri kita, keluarga kita dan anak-anak kita daripada bahaya yang di depan kita. Terima kasih.

Boleh minta satu lagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, pertanyaan jawab lisan – saya hendak teruskan sebab dia sudah ambil masa panjang. Saya jemput Yang Berhormat Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli Dungun.

Wan Hassan bin Mohd RamliPAS · PNDungun · question

9. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan rancangan kementerian untuk mempermudahkan urusan permohonan guru-guru yang memohon pertukaran tempat berkhidmat terutamanya kepada yang telah lama berkhidmat di Sabah dan Sarawak.

Dato’ Dr. Mah Hang SoonTimbalan Menteri Pendidikan I

Tuan Yang di- Pertua, seperti mana yang telah saya sebut apabila menjawab soalan nombor dua tadi daripada Yang Berhormat Sarikei sebentar tadi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) KPM Bilangan 7 Tahun 2021 bersama

Dato’ Dr. Mah Hang SoonTimbalan Menteri Pendidikan I

Garis Panduan Permohonan Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di sekolah dan kolej vokasional untuk memastikan urusan pertukaran PPP dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan garis panduan tersebut, KPM telah menetapkan tiga prinsip asas pertukaran iaitu: (i) kekosongan jawatan; (ii) keperluan opsyen serta kepentingan; dan (iii) keperluan perkhidmatan. KPM turut membuat penambahbaikan dalam garis panduan tersebut. Penambahbaikan adalah seperti berikut: (i) permohonan dibuka sepanjang tahun; (ii) tempoh sah permohonan adalah satu tahun dari tarikh permohonan; (iii) permohonan dalam talian dibuka kepada semua kumpulan PPP; dan (iv) kelulusan pertukaran dilaksanakan sepanjang tahun bagi penyandang jawatan Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Guru Tingkatan 6. Kelulusan pertukaran bagi PPP yang lain dilaksanakan mengikut sesi penggal persekolahan. Keutamaan pertimbangan kelulusan pertukaran juga kepada PPP yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun di negeri semasa bagi negeri-negeri di Semenanjung atau sekurang-kurangnya tiga tahun di negeri semasa bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Sekiranya tiada kekosongan jawatan dan keperluan opsyen bagi permohonan pertukaran PPP ke negeri yang dimohon, pertimbangan pertukaran akan diberikan kepada negeri pilihan kedua atau ketiga pemohon serta kepada negeri yang berdekatan. KPM sentiasa komited untuk memastikan kebajikan guru diberi keutamaan tanpa menjejaskan kepentingan perkhidmatan pendidikan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Terdapat rungutan yang disuarakan oleh guru-guru bahawa kelulusan permohonan pertukaran tempat berkhidmat terutamanya kepada yang telah lama berkhidmat di Sabah dan Sarawak dibuat tanpa mengikut kekananan yakini seniority, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Ada guru yang tempoh pengalaman berkhidmat yang belum mencukupi sehingga lima tahun telah diberi kelulusan bertukar sedangkan yang telah berkhidmat lebih dari lima tahun belum mendapat bertukar walaupun permohonan telah dibuat. Pohon penjelasan.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Dungun. Sepertimana yang saya terangkan tadi, memang betul, benar bahawa tempoh perkhidmatan susunan guru diambil kira dalam hal ini. Namun, KPM di sini ingin saya menegaskan sekali lagi bahawa prinsip asas pertukaran guru adalah berdasarkan kepada kekosongan jawatan dan keperluan opsyen di sesebuah negeri atau daerah yang dimohon.

Kepentingan dan keperluan perkhidmatan juga diambil kira dalam menguruskan pertukaran guru terutamanya bagi guru yang mengajar mata pelajaran khusus atau memerlukan kelayakan khas. Bagi isu yang diutarakan tadi, pertimbangan kelulusan bagi permohonan pertukaran ke negeri yang dimohon adalah tertakluk kepada kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen. Sebagai contoh, pemohon yang telah berkhidmat lima tahun dan tiga tahun memohon ke negeri yang tiada kekosongan perjawatan seperti negeri Kelantan dan Terengganu. Jadi, tidak dapat dipertimbangkan kelulusan permohonan tersebut berbanding dengan permohonan yang sama ke negeri yang ada kekosongan perjawatan

seperti di negeri Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, maka permohonan tersebut dapat dipertimbangkan kelulusannya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Setiawangsa.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Setiawangsa ingin bertanya berkaitan dengan jawapan sebentar tadi. Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi kekurangan guru-guru sama ada secara umum sebab kita ada kelas-kelas sehingga pelajar lebih daripada 40 orang ataupun mengikut subjek iaitu subjek-subjek kritikal di sekolah-sekolah. Ini terutamanya di negeri-negeri yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi seperti di Kuala Lumpur ataupun di Selangor dan seterusnya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawabnya. Satu minit.

Pelbagai langkah yang telah kita ambil untuk mengatasi masalah yang dibangkitkan tadi iaitu mengenai kekurangan guru baik daripada segi subjek ataupun mata pelajaran yang kritikal. Salah satu langkah yang saya rasa amat penting atau landmark yang telah kita buat adalah pengambilan one-off seramai 18,702 orang guru untuk tahun ini. Jadi, itu salah satu daripada langkah yang telah kita ambil. Selain daripada itu, kita telah juga memikirkan cara-cara yang lain termasuklah– selain daripada cara yang lama iaitu mengikut keperluan opsyen kita juga telah klusterkan pengambilan calon untuk mata pelajaran dalam suatu kluster tertentu. Jadi, diharapkan apa yang kita laksanakan kita buat ke arah tersebut dapat membantu kita mengatasi masalah yang disebutkan tadi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya beri pulang soalan tambahan yang terakhir yang ketiga Yang Berhormat Simpang Renggam.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. [Ketawa] [Tepuk] Saya masih teringat soalan yang dijanjikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab secara bertulis berkaitan guru-guru yang mohon bersara awal dengan sebab-sebabnya dan berapakah bilangan daripada mereka itu terdiri daripada guru cemerlang. Itu dah berlalu dua minggu tetapi sepatutnya lima hari jawapan bertulis. Jadi, saya menuntut daripada kementerian supaya segerakan jawapan tersebut. Akan tetapi, soalan saya berkaitan dengan aduan dan juga keluhan yang tular di media berkaitan layanan tidak berperikemanusiaan terhadap guru-guru yang tidak mengambil vaksin. Ini kerana, apa pun alasan mereka kita lihat ada yang ditempatkan di dalam tandas, ditempatkan di tempat yang terpencil dan sebagainya. Saya kira di sini apa pun tindakan yang ingin diambil– Tadi disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri menunggu arahan daripada JPA. Di samping itu, sambil menunggu itu, janganlah mereka ini dilayan dengan tidak berperikemanusiaan. Mereka juga punya harga diri. Mereka juga guru seorang pendidik. Jadi, apa pun yang ingin dilakukan oleh pihak pentadbir sekolah haruslah berpaksi kepada kemanusiaan. Perbincangan di antara mereka yang terlibat, pihak pentadbir PIBG harus diambil kira supaya ibarat kita “menarik rambut dalam tepung, tepung tidak berselerak, rambut tidak putus”. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Memang jadi keutamaan pihak KPM untuk memberikan keutamaan kepada ataupun terhadap kebajikan guru-guru juga murid-murid dan semua warga pendidikan. Kalau ada apa-apa kes, bolehlah dibangkitkan dan diserahkan kepada pihak KPM dan kita akan buat siasatan yang kalau ada...

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Saya dah sebut. Bukan kerja saya hendak serahkan kes tersebut. KPM lah lihat. Isu dah tular, Tuan Yang di-Pertua...

Saya kata kalau ada. Terima kasih.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Jadi, minta KPM siasat benda itu. Bukannya suruh kami di pihak pembangkang ini pula buat laporan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Simpang Renggam. Saya kata kalau ada, ya. Kalau ada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat bolehlah beri kepada pihak KPM. Kita akan siasat dan ambil tindakan yang selanjutnya. Mengenai apa yang telah disebutkan tadi jawapan yang belum disalurkan sebelum ini akan kita buat dengan kadar yang segera. Terima kasih.

Syed Ibrahim bin Syed NohPKR · PHLedang · question

10. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan: (a) perancangan kementerian dalam memperkasa infrastruktur kemudahan di tempat tumpuan pelancongan terutamanya bagi kawasan pelancongan luar bandar; dan (b) peruntukan yang digunakan kementerian bagi membaik pulih, memulihara dan memperkasa kawasan pelancongan luar bandar.

Datuk Seri Dr. SantharaPKR · PHTimbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Segamat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Ledang, rakan seperjuangan saya di Johor utara. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), melalui pejabat-pejabat MOTAC di seluruh negara sentiasa bekerjasama rapat dengan kerajaan-kerajaan negeri dalam usaha memperkasakan infrastruktur kemudahan di tempat tumpuan pelancong dalam memastikan standard dan kualiti perkhidmatan serta produk-produk pelancongan sentiasa pada tahap yang tinggi. Ini bagi memastikan pelancong berpuas hati mendapat pengalaman yang menarik sekali gus memilih untuk tinggal lebih lama dan melawat lebih banyak tempat menarik di seluruh negara, terutamanya di kawasan luar bandar. Tarikan-tarikan ekopelancongan, khususnya yang tertumpu di luar bandar dan inisiatif berterusan akan diadakan bagi mempromosikan segmen pelancongan luar bandar melalui Kempen Cuti-cuti Malaysia, platform media sosial Tourism Malaysia seperti Facebook dan penggunaan platform digital dan elektronik seperti www.malaysia.travel Untuk soalan 10(b) pula. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Ledang, peruntukan yang diterima oleh MOTAC bagi membaik pulih memulihara memperkasa kawasan pelancongan adalah meliputi kawasan luar bandar dan juga di kawasan bandar. Pada tahun 2021, peruntukan yang diterima di bawah peruntukan pembangunan bagi tujuan ini adalah sebanyak RM153.8 juta. Daripada jumlah tersebut RM57.39 juta telah di peruntukan kepada 50 projek bagi membaik pulih memulihara dan memperkasa kawasan pelancongan di dalam negara. Selain itu, pada tahun 2021 juga MOTAC turut diperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi tujuan pemerkasaan sektor pelancongan, kebudayaan dan warisan. Salah satu komponen peruntukan ini adalah untuk bagi 75 projek penyelenggaraan, kemudahan, pelancongan termasuk pemuliharaan dan juga pemeliharaan tapak bangunan warisan yang berjumlah RM10.23 juta. Melalui Belanjawan 2021 juga, MOTAC turut telah diperuntukkan RM20 juta bagi menaik infrastruktur bagi mempergiat promosi kawasan iaitu kampung-kampung budaya di empat buah negeri iaitu Terengganu, Melaka, Sarawak dan Negeri Sembilan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila, soalan tambahan pertama Yang Berhormat Ledang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Saya lihat bahawa ada kepentingan untuk kita memberikan perhatian kepada beberapa perkara asas berkenaan dengan pelancongan apabila sektor ekonomi sekarang telah dibuka.

Jadi, kalau kita rujuk kepada Pelan Strategik MOTAC 2021-2025 di bawah strategi membangun dan mempromosi produk bitara, bahagian agropelancongan, apakah perincian pertimbangan pihak kementerian dalam memilih satu-satu lokasi itu termasuk dalam kluster agro ataupun ekopelancongan? Apakah perincian pertimbangan pihak kementerian termasuk dalam kluster agro ataupun ekopelancongan? Adakah pihak kementerian ada perancangan– dengan adanya peruntukan sekarang untuk memulihara, memperkasa kawasan-kawasan pelancongan, adakah pihak kementerian mempunyai perancangan untuk mempromosi kawasan- kawasan pergunungan seperti kawasan Gunung Ledang yang dijadikan sebagai destinasi agro dan ekopelancongan serta juga destinasi sejarah dan warisan yang terkenal. Ini kerana kalau di Gunung Ledang contohnya tempiasnya ialah kepada kawasan Yang Berhormat Timbalan juga di Segamat. Jadi, apakah kita ambil kira berkenaan dengan destinasi sejarah dan warisan itu sebagai tarikan pelancong terutamanya adanya kisah Puteri Gunung Ledang di Gunung Ledang.

Kisah ini dijadikan sebagai satu legenda yang baik, boleh dieksploitasi sebagai satu destinasi pelancongan seperti mana juga kita lihat di Korea Selatan Tuan Yang di- Pertua, di Pulau Nami misalnya, Pulau Nami ini dijadikan sebagai daya tarikan sehingga menjadi lokasi drama Korea iaitu Winter Sonata dan kemudian di jadikan sebagai satu tarikan pelancongan dengan mengadakan Winter Sonata Tour. Jadi itu sebagai satu tarikan yang menarik saya rasa sepatutnya kita laksanakan di negara kita. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Dipersilakan Timbalan Menteri.

Datuk Seri Dr. SantharaPKR · PHSegamat

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Soalannya begitu panjang. Saya rasa ada A,B,C,D dalam soalan itu. Saya cuba jawab yang terbaik mungkin. Pertama sekali Yang Berhormat Ledang, mengenai projek-projek bagaimana ia dipilih bagi penyelenggaraan dan juga sebagainya. Pertama sekali bergantung kepada bajet yang diberikan dan kebiasaannya apabila bajet itu diberikan pada bulan Disember dan juga sebagainya, kita akan bekerjasama dengan pejabat-pejabat MOTAC ataupun Tourism di setiap negeri dan permohonan untuk mana projek itu akan datang dari negeri. Maka negeri akan memilih projek-projek berkaitan contohnya kalau di Ledang dan juga sebagainya. Kalau kita dapati, pada tahun ini penyelenggaraan laluan pejalan kaki dan juga kolam mandian awam di sekitar Taman Negara Johor, Gunung Ledang, sebanyak RM300,000 telah diperuntukkan dan program ini akan siap. Inilah program fasa pertama yang kita luluskan pada Mac 2021. Maka begitu juga bagi tahun ini apabila adanya bajet dan juga sebagainya contohnya di Johor utara dan juga mahupun di Segamat. Kita sebagai Ahli Parlimen ini kadang-kadang kita bergantung kepada Exco Kerajaan Negeri untuk memohon kepada MOTAC. Kita sebagai Ahli Parlimen pun tidak boleh memohon terus. Maka ianya harus melalui kerajaan negeri. Satu prosesnya adalah di mana negeri harus submit ataupun menyerahkan dokumen permohonan lebih kurang pada bulan Disember sehingga Januari dan Januari sehingga Mac. MOTAC akan buat saringan ataupun dengan izin evaluate projek-projek berkenaan. Seterusnya pada lebih kurang pada bulan awal April, maka di situlah kelulusan akan diberikan berapa jumlah dan juga kepada negeri mana, kepada projek mana. Ini setelah adakan perbincangan dan juga dengan Jawatankuasa dan juga sebagainya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Minta ringkaskan jawapan Timbalan Menteri.

Datuk Seri Dr. SantharaPKR · PHSegamat

Maka perkara yang lain yang saudara minta mengenai Gunung Ledang dan juga warisan dan juga sebagainya. Saya telah katakan tadi bahawa ianya memang merupakan satu yang penting bagi MOTAC seperti juga di Segamat, jambatan-jambatan terputus dan juga sebagainya ada mempunyai nilai sejarah yang tersendiri.

Datuk Seri Dr. SantharaPKR · PHSegamat

Tuan Yang di-Pertua, jawapan yang pendek tetapi soalan tanya itu A,B,C,D maka yang tertinggal itu kalau ada, saya akan berikan secara bertulis. Boleh Yang Berhormat Ledang? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih yang Timbalan Menteri di atas jawapan yang agak detail itu tadi. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri di Dewan yang mulia ini bahawa Kelantan secara amnya dan Tumpat secara khususnya, mempunyai banyak destinasi pelancongan yang sangat berpotensi untuk dimajukan. Jadi, soalan saya berdasarkan peruntukan ataupun bajet Kementerian Pelancongan pada tahun hadapan, kalau tidak silap saya dalam RM1.14 bilion itu. Berapa banyakkah yang boleh dan akan disalurkan ke Kelantan dan khususnya ke Tumpat dan kalau tidak ada data pun, mungkin boleh beri saya secara yang bertulis untuk tindakan saya seterusnya. Insya-Allah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Dipersilakan Timbalan Menteri. Satu minit.

Datuk Seri Dr. SantharaPKR · PHSegamat

Terima kasih rakan seperjuangan saya, Ahli Parlimen Tumpat yang saya hormati. Seperti yang saya katakan kepada Yang Berhormat Ledang, maka peruntukan dan juga sebagainya kita akan melalui satu proses seperti yang saya telah terangkan. Contohnya kalau di- Yang Berhormat Tumpat, kalau di Tumpat itu mempunyai keperluan untuk kita membaik pulih dan juga sebagainya, diminta untuk berhubung dengan Exco Kerajaan Negeri dan juga pejabat MOTAC di Kelantan, mereka akan mengenal pasti projek. Apakah keperluan yang perlu dibaik pulih atau memelihara dan mereka akan membuat permohonan. Maka berapakah bajet itu, bergantung kepada keperluan projek tersebut. Terima kasih.

Tambahan ketiga. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua

Saya hendak buat lagi satu soalan. Maaf Yang Berhormat, soalan akhir saya hendak jemput Yang Berhormat Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh. Dipersilakan.

Idris bin JusohUMNO · BNBesut · question

11. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [Besut] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan apakah usaha kementerian dalam memantapkan lagi program-program kebolehpasaran graduan di universiti awam (UA), terutamanya mengenai Program 2u2i yang telah diperkenalkan sejak tahun 2015.

Datuk Seri Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNMenteri Pengajian Tinggi · Parit Sulong

Terima kasih Yang Berhormat Besut dan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pengajian Tinggi dari semasa ke semasa sentiasa berusaha memantapkan program-program kebolehpasaran graduan semua di universiti awam. Terdapat dua strategi utama yang ditekankan iaitu pemantapan program reskilling dan upskilling serta pemerkasaan agenda kebolehpasaran graduan. Di bawah strategi pertama, Kementerian Pengajian Tinggi giat melaksanakan langkah-langkah yang berikut bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan. (i) melaksanakan program latihan berbentuk reskilling dan upskilling khusus untuk graduan IPT bagi tahun 2019, 2020 dan 2021 yang masih belum bekerja;

Datuk Seri Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNMenteri Pengajian Tinggi · Parit Sulong

(ii) melaksanakan Program Intervensi kebolehpasaran graduan bagi graduan yang dikenal pasti rendah kadar kebolehpasarannya iaitu CGPA 3.3 ke bawah atau daripada program-program pengajian yang rendah kadar kebolehpasaran iaitu 50 peratus ke bawah; dan (iii) melaksanakan struktur Internship Program yang menawarkan penempatan industri secara kekal kepada pelajar yang mengikuti latihan industri. Sementara itu strategi kedua pula, KPT mengambil pendekatan yang berikut: (i) menyemak dan menambah baik secara berkala kandungan modul dan program akademik yang ditawarkan dengan mengambil kira input daripada industri jabatan dan agensi berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perangkaan Malaysia, Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh, TalentCorp dan badan profesional; (ii) memastikan program-program akademik atau bidang pengajian ditawarkan oleh IPT adalah sejajar dengan keperluan guna tenaga negara; dan (iii) membangunkan pelan strategi kebolehpasaran graduan 2021, 2025 sebagai usaha untuk memastikan pelaksanaan program kebolehpasaran yang lebih tersusun dan memberikan keberhasilan graduan yang lebih holistik dan seimbang. Bagi memperkukuhkan Program 2u2i strategi berikut telah dilaksanakan iaitu: (i) menerap masuk elemen pengkomputeran mudah alih dan sains data ke dalam kokurikulum akademik bagi menyokong transisi kepada IR4.0.; (ii) menjadikan program berasaskan kemahiran dan Program TVET sebagai satu daripada program ditawarkan; (iii) memberikan tumpuan untuk menguar-uarkan program mod Pengajian 2u2i dengan lebih agresif kepada semua institusi pengajian tinggi serta pihak industri khususnya bagi mendapatkan buy in; (iv) melaksanakan sesi libat urus bersama-sama wakil industri melalui inisiatif future workforce engagement series atau forces; dan (v) mengadakan sesi perkongsian ilmu dan pengalaman oleh IPT yang telah melaksanakan Program 2u2i dengan IPT lain. Pada masa kini program ini telah diperkasakan melalui penambahan 18 buah universiti awam dan sehingga sesi pengambilan Oktober 2021, terdapat 107 Program 2u2i yang telah ditawarkan di 18 universiti awam. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan. Yang Berhormat Besut.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi kerana melaksanakan program 2u2i, satu program yang unik di mana ada perimbangan terbaik di antara akademik dan juga industri. Soalan saya ialah apakah tindakan yang diambil untuk memastikan kebolehpasaran ini sentiasa di peringkat yang optimum dan juga apakah langkah memastikan kemahiran insaniah pelajar yang diterapkan memang betul-betul berdaya saing dan juga memenuhi kehendak industri.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Besut di atas soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, saya ada sebutkan lagi studies di dalam jawapan asal saya, ada mengenai dua strategi yang kita tekankan oleh kementerian untuk memastikan tahap kebolehpasaran graduan berada di tahap yang maksimum ataupun optimum iaitu:

(i) memperkukuhkan pelaksanaan program reskilling dan upskilling; dan (ii) memperkukuhkan agenda kebolehpasaran graduan.

Yang mengenai agenda kebolehpasaran graduan ini, kita membuat, melakukan pelaksanaan melalui pelaksanaan pelan strategik kebolehpasaran graduan 2021-2025. Dan pelan ini dibangunkan dengan mengambil kira pandangan dan input industri secara keseluruhan daripada pelbagai sektor. Insya-Allah dalam masa lima tahun akan datang, kementerian yakin pelaksanaan strategi dan inisiatif yang kita rangka ini- kita rangka ini secara bersama dengan pihak industri dan kita laksana secara bekerjasama bersama dengan industri. Insya-Allah kebolehpasaran graduan ini dapat kita optimumkan. Mengenai pengukuhan kemahiran insaniah pula, Yang Berhormat, antaranya kita telah buat banyak latihan kemahiran di industri dan IPT pula menyiapkan satu pembelajaran melalui suasana pekerjaan sebenar di industri dapat. Insya-Allah ini secara tidak langsungnya dapat membentuk dan meningkatkan kebolehpasaran pelajar dan dia dapat mempraktikkan kemahiran insaniah yang telah mereka belajar di kampus. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sebenarnya, Yang Berhormat Hulu Langat bangun terlebih awal. Jadi, Yang Berhormat Hulu Langat silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, anak bangsa Johor. Program 2u2i ini telah diperkenalkan pada tahun 2015. Dan pada tahun 2018, telah ada satu kajian yang meninjau isu kebolehpasaran graduan-graduan kita. Antaranya ialah kerana sikap memilih graduan itu. Kedua, kemahiran berbahasa Inggeris dan yang ketiga, kerja berpasukan dan leadership yang sangat lemah. Sejauh mana kementerian ini meninjau balik program- program selain daripada akademik. Program-program lain yang boleh kita kaitkan dengan hasil kajian yang disebutkan tadi. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Yang Berhormat dari Hulu Langat di atas pertanyaan tersebut. Seperti yang saya katakan tadi, dalam hendak memperbaiki apa juga program dan juga setiap apa yang dilakukan di Kementerian Pengajian Tinggi ini, kita sentiasa mengambil pandangan dan input terutamanya daripada industri secara menyeluruh daripada pelbagai sektor. Dan kerana itulah, kita telah melaksanakan pelan strategik kebolehpasaran graduan 2021-2025, Yang Berhormat. Jadi, setiap input itu kita ambil kira dan kita akan masukkan. Even ke dalam modul juga kita akan laksanakan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat semua, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat semua. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 6.30 petang dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 25 November 2021”.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada yang menyokong?

Datuk Seri Jalaluddin bin AliasUMNO · BNTimbalan Menteri Wilayah Persekutuan · Jelebu

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Saya ada sedikit sahaja pemakluman. Tadi, seperti yang kita dengar usul kita sehingga pukul 6.30 petang sahaja. Kita ada tiga kementerian iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Selalunya amalan saya, saya hendak habiskan semua kementerian. Akan tetapi sayangnya petang ini saya terpaksa menghadiri satu majlis. Jadi, saya tidak dapat hendak cover Timbalan Speaker. Jadi, kita habiskan pukul 6.30. Dan kalau tidak habis, maka kementerian yang terakhir itu kita sambung esok. Terima kasih semua. Ya, Yang Berhormat Bagan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Tuan Yang di-Pertua, Point of Order 36(10). Di mana ada kaitan dengan ucapan Ahli Parlimen yang kononnya tidak dibenarkan sekiranya menyentuh tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan Akta Hasutan. Dan juga berkaitan dengan ucapan di mana perkataan-perkataan yang membangkitkan derhaka kepada negeri ataupun perasaan melawan kuasa kerajaan. Saya sebut peraturan mesyuarat ini, Tuan Yang di-Pertua, kerana Ahli Parlimen Sepanggar semalam telah pun disiasat oleh pihak polis berkaitan dengan satu ucapan yang beliau buat di dalam Parlimen. Dan sungguhpun dalam Parlimen tidak dibantah oleh mana-mana pihak. Malah Tuan Yang di-Pertua pun tidak menghalang ucapannya. Akan tetapi kami tidak faham mengapa hak dan keistimewaan Ahli-ahli Parlimen semasa berucap di Parlimen sekarang telah diremehkan. Malah boleh dianggap dihina dengan satu siasatan oleh polis yang boleh dianggap sebagai menggertak atau intimidation ke atas Ahli Parlimen, khususnya daripada pembangkang. Lebih-lebih lagi, Tuan Yang di-Pertua, di mana apa yang diucapkan oleh Yang Berhormat Sepanggar bukanlah menyatakan secara terbuka untuk memisahkan Sabah dari Malaysia. Akan tetapi hanya tentang apa yang berlaku dalam Sabah. Dan ini pun telah disuarakan oleh Ahli Parlimen Sabah daripada pihak kerajaan iaitu daripada GRS. Akan tetapi kita tidak lihat ada tindakan yang sama yang diambil ke atas mereka. Ini seakan-akan ada double standard dan merupakan satu intimidation ke atas Ahli Parlimen pembangkang, tidak kira sama ada Pakatan Harapan ataupun daripada WARISAN. Malah, kita lihat pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan apabila ada pihak, individu dan organisasi secara terbuka meminta sekolah vernakular, sekolah Cina dan Tamil ditutup sama sekali. Akan tetapi kita tidak lihat bahawa pihak polis mengambil sebarang tindakan. Ini pula Ahli Parlimen ucap dalam Dewan yang mulia ini. Tidak dihalang oleh Speaker dan tidak dihalang oleh mana-mana Ahli Parlimen dan dengan nyata sekali, ketara sekali tidak menyatakan hendak pisahkan Sabah daripada Persekutuan Malaysia tetapi pula diambil tindakan. Kami daripada pihak pembangkang ingin membantah tindakan yang diambil oleh polis kerana ini menjadikan polis bukti ala politik untuk menggertak dan juga mengancam kebebasan dan juga peranan yang dimainkan oleh Ahli Parlimen Pembangkang. Saya harap Tuan Yang di-Pertua boleh masukkan rulling. Kalau pihak polis tidak ambil tindakan, kena rujuk dahulu kepada Speaker. Bila Speaker tidak menentang, mengapa ini menjadi satu isu. Ini sangat tidak adil kepada Yang Berhormat dari Sepanggar dan juga kepada semua Ahli Parlimen dalam Dewan yang mulia ini. Speaker harus menegakkan keunggulan dan juga sovereignty of Parliament dengan izin. Sekian terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Sebelum Tuan Yang di-Pertua menjawab, biar saya memberi kenyataan, menyokong yang dibangkitkan kerana ini juga saya rasa tersentuh peranan Tuan Yang di-Pertua. Kalaupun ada masalah, itu harus dibangkitkan oleh pihak kerajaan dan rujuk pada jawatankuasa untuk mengambil tindakan. Akan tetapi untuk menghalang dan memberi ugutan kepada Ahli Parlimen mengemukakan pandangan, seperti yang berlaku kepada Yang Berhormat Sepanggar, saya rasa sekali lagi create a very dangerous precedent in this House. Kalau strictly speaking kena buat analyst dahulu. Saya sendiri banyak yang saya sentuh, yang boleh dibuat sebagai selaku Ahli Parlimen di Parlimen yang tidak mudah dibuat di luar. Jadi, kalau Tuan Yang di-Pertua ambil tafsiran yang keterlaluan mengikut kehendak ataupun tafsiran polis atau KDN, ia akan menghalang kebebasan kita sampai. Lagipun Parlimen ada cara dan kaedah dia untuk mengambil mana-mana tindakan kepada Ahli Parlimen yang melanggar. Ini pernah berlaku kepada saya sendiri dahulu. Bila saya bangkitkan soal 1Malaysia dan hubungan dengan pandangan Israel dan One Israel dan kemudian dirujuk. Tidak semestinya saya setuju prosesnya tetapi maknanya, dia tidak guna penguat kuasa di luar daripada Parlimen. Jadi, saya minta penegasan walaupun daripada segi substantifnya saya boleh tahu. Saya baca teks ucapan Yang Berhormat Sepanggar. Tidak ada menjurus kepada treasonable offense. Ini hanya penaksiran longgar yang dibuat. Saya sekali lagi usulkan kepada Tuan Yang di-Pertua supaya Tuan Yang di-Pertua campur tangan menyatakan ini ruang Parlimen.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Saya masih ingat baru-baru ini Speaker House of Common– Saya ada minta kawan-kawan forward kepada Tuan Yang di-Pertua, dia tegur Prime Minister Boris Johnson dan mengatakan, “Mr. Prime Minister, I am the Speaker of The House you listen, and I decide”. Okey, saya tidak mencadangkan berlaku begitu...

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Akan tetapi, semangat Parliamentary...

Tuan Yang di-Pertua

Saya tengok video itu.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Baik, terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Sepanggar ada apa-apa hendak cakap? Yang Berhormat Sepanggar, dia habis.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Sedikit Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepanggar. Yang Berhormat Sepanggar dahulu.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Dia bagi laluan kepada saya.

Tuan Yang di-Pertua

No, no, cukup, cukup.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Sedikit sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, maaf.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepanggar dahulu.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

This is the highest debating Chambers in the country.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Sepanggar.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

All MP’s must be allowed to speak without fear or favor.

Tuan Yang di-Pertua

Point made. Sepanggar.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Ini adalah semangat– Saya ingin sukacita mengingatkan kepada Tuan Yang di-Pertua di mana seksyen 124, Kanun Keseksaan, “Mana-mana pihak polis yang cuba menghalang Ahli Parlimen menjalankan tugas boleh disabitkan kesalahan dan boleh dipenjarakan tujuh tahun”...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Ini adalah tanggungjawab Tuan Yang di- Pertua untuk menjaga kemuliaan, keluhuran Dewan yang mulia ini. Sekian. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Sepanggar.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih...

Tuan Yang di-Pertua

Sebenarnya, sebelum Yang Berhormat Sepanggar – sebenarnya saya– terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan dan Yang Berhormat Ketua Pembangkang kerana membangkitkan perkara ini. Saya tidak tahu sebenarnya. Pagi tadi baru saya terbaca sedikit dalam online, tetapi kurang terang apa yang terjadi itu. Kalau boleh saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Sepanggar, seminit, dua minit kemudian.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua sekali lagi. Sebenarnya saya juga agak terkejut apabila pihak polis memanggil saya berkenaan dengan perkara-perkara yang saya telah sentuh di dalam Dewan yang mulia ini. Jelas mengatakan di dalam teks ucapan saya, saya merujuk kepada rungutan- rungutan, suara-suara rakyat Sabah yang hari ini sedang berlaku di negeri Sabah kita pun lihat. Malah bukan di negeri Sabah sahaja Tuan Yang di-Pertua. Rakyat di negeri Sarawak juga telah melakukan suara-suara– Itu yang saya sebut dalam teks ucapan saya pun tajuknya, “Jika Kita Ingin Menyelamatkan Malaysia, Laksanakan Perjanjian Malaysia 1963”. Ini kerana, tanpa Sabah dan Sarawak, there will be no Malaysia. Apa yang saya sebutkan dalam perbahasan saya itu, sebenarnya adalah penzahiran daripada apa yang disuarakan oleh rakyat Sabah di negeri Sabah. Kita tidak mahu berpisah dengan Malaysia tetapi suara-suara yang mengatakan, kalau penganaktirian ini berterusan dilakukan oleh Putrajaya, lebih baik kita keluar daripada Malaysia. Ini disebutkan di dalam media sosial Tuan Yang di-Pertua. Kita boleh lihat di dalam media sosial hari ini, jelas kelihatan perkara-perkara dan suara seumpama ini disebutkan dengan begitu lantangnya. Saya sebut dalam ucapan saya. Di Sarawak ada konvoi mengajak Sarawak keluar Malaysia. Jadi, itu yang saya sebut. Kalau kita tidak mahukan keadaan ini berlaku, Putrajaya kenalah sensitif terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen, baik daripada pihak pembangkang dan juga kerajaan. Perkara ini, apa yang saya sebutkan saya berbahas selepas Yang Berhormat Keningau dan Yang Berhormat Keningau menyebut juga perkara yang sama. Dia cakap jangan sampai golden gist ini lari. Jadi oleh sebab itu saya setuju kepada apa yang disebutkan dan saya sebutkan dalam teks ucapan saya. Akan tetapi kenapa saya dipanggil dan Yang Berhormat Keningau tidak dipanggil? Itulah yang menjadi persoalan kita di sini Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk bercakap sedikit. Saya akan halusi Hansard ucapan Yang Berhormat Sepanggar dan insya-Allah saya mengambil perkara ini dengan serius. Insya-Allah saya akan berkomunikasi dengan pihak yang berkenaan agar apa itu...

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

...hak untuk bercakap di Dewan ..

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

...Dapat dipertahankan.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, terima kasih.

Kalau boleh cadangkan– Hang Tuah Jaya sedikit Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Setiausaha.

Tuan Yang di-Pertua, sedikit.

Tuan Yang di-Pertua

Sudah, terima kasih, cukuplah.

Saya cadangkan supaya Ketua Polis Negara disaman untuk tegaskan perkara ini kerana saya, Tuan Yang di-Pertua, akan membuat proses itu...

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa, saya tengok dahulu.

...Akan tetapi saya cadangkan supaya tindakan tegas diambil Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak pernah saman orang. Itu susah sedikitlah. Silakan Setiausaha.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2022 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2022 dan Anggaran Pembangunan 2022 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Ketiga] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2022 Jawatankuasa — Kepala B.10, B.11 dan B.12 [Jadual] – Kepala P.10 dan P.70 [Anggaran Pembangunan 2022] –Bill

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat semua, Kepala Bekalan B.10, B.11 dan B.12 dan Kepala Pembangunan P.10 dan P.70 di bawah Kementerian Kewangan sekarang ini terbuka untuk dibahas. Sebelum itu Yang Berhormat semua, saya mendapat senarai pembahas. Saya ada 25 orang semuanya. Kita akan cuba habiskan insya-Allah dan target kita ialah supaya Yang Berhormat Menteri Kewangan boleh menjawab sekitar jam 3.00 atau jam 3.15 petang nanti. Ya, Yang Berhormat.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertama, saya ingin menjelaskan bahawa Yang Berhormat Menteri Kewangan tidak menjawab banyak persoalan yang saya bangkitkan. Ini termasuk soal unjuran pertumbuhan. Apa yang kita kehendaki ialah penjelasan mengapa digunakan unjuran yang tertinggi di dunia. Kalau ia ada alasan, dia boleh berikan. Ini di bawah belanjawan negara, aktiviti Butiran 020100 – Strategi Fiskal. Saya mohon supaya diberikan penjelasan. Kedua ialah tentang unjuran jumlah hasil kerajaan yang lebih tinggi ketimbang 2019 yang juga saya bangkitkan yang tidak diberikan penjelasan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Berikutnya ialah dalam perkara yang sama iaitu pertambahan lesen judi yang tidak diberikan penjelasan. Saya tanya bila diluluskan, berapa jumlah diluluskan. Apakah Jemaah Menteri diminta dimaklumkan? Apakah parti-parti Melayu, UMNO, PAS dan BERSATU memberi perakuan dan persetujuan kepada kelulusan perjudian tambahan itu? Belum ada jawapan. Kemudian tentang ketirisan MKN. Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara yang saya anggap sebagai institusi utama demi keselamatan tetapi telah melanggar beberapa peraturan kewangan yang melibatkan kedudukan Perdana Menteri selaku Pengerusi MKN. Apa yang belum dijawab juga tentang Projek 5G DNB walaupun ini disentuh oleh Menteri lain tetapi ini melibatkan kontrak yang juga tentang pendirian kerajaan dalam off- budget agencies atau expenditures. Kemudian, saya bertanya juga tentang pinjaman diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan atau kerajaan iaitu RM500 juta kepada AirAsia. Apakah alasan yang diberikan oleh Kementerian Kewangan memihak kepada AirAsia dan mengetepikan MAS?

Tuan Pengerusi

Pinjamankah atau jaminan Yang Berhormat?

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Pinjaman– jaminan 80 peratus kerajaan. Kemudian, HSR. Saya menyatakan bahawa projek ini dianggap penting tetapi apakah pendirian kerajaan sekarang. Ini terkait kalau diteruskan dengan meminda kedudukan aset company yang 50-50 yang saya anggap tidak adil kerana kepentingan Malaysia itu jauh lebih tinggi. Kemudian, tidak juga dijawab pengambilan alih Lapangan Terbang Subang dan kepentingan dalam WTC Holdings. Mungkin– entah beberapa bilion, tidak dijawab. Kemudian, kita juga mencadangkan tentang peruntukan tambahan Jabatan Audit Negara dan kedudukan dalam J-KOM yang juga tidak dijawab. Ini yang pertama. Kedua, Butiran 030000 – Strategi Pelaburan. Ini kita bangkitkan pertama tentang komponen jaminan kerajaan. Saya minta penjelasan sukuk IPIC, MOF, 1MDB Energy Ltd. semua mencecah tempoh matang tahun 2039 dengan prinsipal RM5 bilion serta USD1.75 bilion untuk 1MDB Energy Ltd.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Kemudian, yang saya tekankan di sini ialah bahawa tidak ada penjelasan. Saya faham Menteri Kewangan tidak semestinya jawab semua di Dewan kerana kekangan waktu. Akan tetapi tidak ada nota bertulis menjelaskan tentang perkara ini. Kemudian – baik, dipendekkan. DNB saya sentuh tadi tetapi kerana ada terlalu banyak kontroversi terkait yang sebahagiannya dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ledang tetapi saya tidak dapat penjelasan yang memuaskan. Butiran 050600 – Pengurusan Audit Dalam. Tugas-tugas Ketua Audit Negara, yang telah kita bangkitkan tentang Jabatan Akauntan Negara. Saya rumuskan sahaja kerana kekangan waktu. Khidmat perunding juga tidak ada penjelasan yang memuaskan kerana kita sebut di sini perunding individu dan had yang dikenakan. Anggaran kos perunding kalau setakat RM50 juta di syarikat-syarikat tempatan. Kalau untuk syarikat-syarikat antarabangsa ditingkatkan. Jadi, ini pun sukar kita mengerti mengapa ada diskriminasi terhadap syarikat tempatan. Sekurang-kurangnya Menteri Kewangan harus mencari jalan untuk membantu mengurangkan beban.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Kemudian, dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Bayan Baru tentang SPANCO, yang juga saya bangkitkan. Menteri jawab kata ada tender tetapi bila ditanya soalan-soalan susulan, tidak dijawab. Mengapa dan kepada syarikat mana belum dijawab. Mengapa kepada syarikat SPANCO walaupun ia RM600 juta lebih tinggi daripada syarikat kedua. Soal SPANCO ini kontroversinya begitu lama dan keuntungan terlalu tinggi mencecah berpuluh bilion kerana kontrak yang begitu lama, 15 tahun yang diberikan baru- baru ini. Jadi, diluluskan umpamanya syarikat yang daripada kontrak yang kita faham, SPANCO Sdn. Bhd RM4.6 bilion, Konsortium Naza-Berjaya RM39 bilion. Perbezaan harga tawaran RM664 juta. Jadi, perbezaan 16.77 peratus itu harus diberi penjelasan oleh Menteri Kewangan. Saya harap jangan Menteri Kewangan ambil ringan hal-hal dibangkitkan. Sekali lagi saya tegaskan, kalau tidak ada waktu mencukupi Menteri wajib menjawab secara bertulis terutama isu-isu dasar dan pokok yang dibangkitkan yang melibatkan wang yang begitu tinggi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Yang Berhormat Alor Gajah dulu. Selepas itu, Yang Berhormat Bagan. Silakan Yang Berhormat Alor Gajah.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Saya ingin merujuk kepada Maksud B.10 Kementerian Kewangan Butiran 020000 – Strategi Fiskal dan Butiran 020200 – Cukai. Saya ingin memberi gambaran ucapan Belanjawan Bajet 2022 di mana datangnya pendapatan negara sebanyak RM322 bilion. Sebahagian besarnya datang daripada cukai, lebih daripada 50 peratus dan hasil bukan cukai 18 ke 20 peratus dan pinjaman dan penggunaan aset kerajaan lebih kurang 30 peratus. Saya ingin menarik perhatian Kementerian Kewangan berkenaan cukai-cukai yang akan membantu menambahkan pendapatan negara. Saya mencadangkan apabila kita mahu melaksanakan dengan izin windfall tax. Kita kena semak semula syarikat mana yang perlu dikenakan cukai. Hari itu disebutkan sebanyak 113 syarikat, senarai Bloomberg yang akan menyumbang kepada dengan izin, windfall tax. Saya hendak semak, Kementerian Kewangan menyemak dan mencadangkan sekiranya syarikat-syarikat bertaraf perintis yang hari ini kita lihat memperoleh keuntungan yang begitu besar. Menggunakan hasil barangan dari negara kita sendiri. Menambah nilai. Diberi tahap perintis selama 12 tahun yang keuntungannya melebihi RM100 juta. Tidak dikenakan cukai. Bukan itu sahaja, syarikat-syarikat yang bertaraf perintis ini apabila dikenakan syarat telah gagal untuk menarik pelaburan yang lain untuk menggunakan hasil-hasil yang ditambah nilai daripada hasil negara kita. Saya hendak beri contoh umpamanya Lynas di Kuantan. Mereka telah mempunyai keuntungan yang begitu besar. Walaupun ada tentangan daripada pihak- pihak tertentu kerajaan membenarkan mereka beroperasi dengan syarat-syarat yang ketat. Contohnya, mengadakan permanent disposal facility (PDF) dengan izin, untuk memastikan kelangsungan pengoperasian itu tanpa melibatkan sisa-sisa yang boleh mendatangkan satu situasi yang membimbangkan kepada rakyat tempatan. Lanjutan dari itu, kalau kita lihat dengan kaedah birokrasi yang kita telah kenakan itu tidak meyakinkan pelabur-pelabur lain untuk datang menyertai skim dalam sektor itu sendiri. Contohnya, kalau dilihatkan syarikat besar Bosch dan Shin-Etsu yang sepatutnya melabur di dalam negara kita. Oleh kerana kerenah birokrasi itu sendiri, kelewatan untuk mengadakan PDF maka pendapatan negara ataupun pulangan daripada pelaburan itu tidak dapat dinyatakan. Jadinya kalau itu yang berlaku, contohnya syarikat Lynas tadi kerana gagal untuk mempercepatkan pembangunan itu. Keyakinan kepada pelaburan asing, mereka menangguhkan pelaburan itu. Jadi, satu skim untuk kita semakan dengan mengenakan cukai sekiranya kita mahu melaksanakan windfall tax tadi. Kalau tidak, mereka ini akan terus mendapat hasil negara kita dengan meninggalkan sisa-sisa dan bukan itu sahaja, apa sahaja yang telah kita bangunkan hari

ini daripada segi pakar-pakar tempatan telah pun drain to other side of the world termasuk juga mereka telah pun berhijrah ke Australia, berhijrah ke United State of America dengan pendapatan yang begitu tinggi. Ini merugikan kepakaran tempatan. Jadi, saya mencadangkan supaya kerajaan menyemak semula syarikat-syarikat yang bertaraf perintis yang tidak dikenakan cukai selama 10 tahun sekiranya kita mahu mengenakan windfall tax. Kerugian pada kerajaan dari sudut menambah pendapatan negara ternyata hari ini. Selama tiga tahun lebih kurang apabila syarikat-syarikat seperti Lynas telah meraih keuntungan tidak memberi keuntungan kepada negara kita. Jadi, perlunya Kementerian Kewangan menyemak semula cukai-cukai yang dicadangkan untuk merangkumi semua syarikat tanpa pengecualian tetapi kita kena imbangkan. Ada juga syarikat-syarikat yang bertaraf perintis memberi pulangan yang tinggi dengan membawa pelaburan asing dalam sektor industri dengan menggunakan barangan keluaran mereka. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah. Yang Berhormat Bagan ya.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Maksud Bekalan B.10, B.11, B.12 dan kod-kod butiran yang berkaitan. Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi

Boleh buka.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ingin minta, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan II ada tak?

Tuan Pengerusi

Ada.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Tidak nampak jauh. Saya nak minta pihak kerajaan, kalau kita lihat daripada segi pemberian perbelanjaan pembangunan kepada negeri-negeri, saya hendak sekali lagi kita tidak dapat satu gambaran yang jelas kerana kalau kita lihat pemberian yang diberikan, nampaknya kalau kita lihat daripada segi peratusan telah berkurangan. Sungguhpun ada dinyatakan bahawa ada tambahan tapi ia masih jauh daripada apa yang sepatutnya diterima. Ini kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri ada dari Sabah. Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri pun tahu, kalau kita lihat dari sudut jumlah peratusan untuk perbelanjaan pembangunan negeri Sabah iaitu untuk Belanjawan 2022 hanyalah sekadar 6.9 peratus. Kalau dibandingkan dengan apa yang diberikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan pada tahun terakhir iaitu Belanjawan 2020, adalah sebanyak 9.3 peratus daripada jumlah perbelanjaan pembangunan secara keseluruhannya. So, ini merupakan satu pengurangan lebih 2 peratus. So, ini kalau kita lihat peratusan yang kita pakai, sama semasa Kerajaan Pakatan Harapan. Sepatutnya bukan dapat RM5.2 bilion seperti yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2022. Sepatutnya mendapat RM7 bilion. So, mengapakah ini tidak diberikan supaya kita dapat pastikan keseimbangan dan juga keadilan kepada negeri-negeri di Sabah dan Sarawak. Tentu perkara ini akan jadi satu perkara penting...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, Yang Berhormat, persoalan itu telah dibahaskan semasa peringkat dasar Yang Berhormat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Bukan, bukan dasar. Ini secara kalau kita lihat dalam kod, ia ada Perbendaharaan Sarawak dan Sabah. So, di sini saya rasa kita lihat secara spesifik dan saya di sini kita juga menyatakan ini bukan sahaja untuk Sabah Sarawak, saya pun kena sebut Pulau Pinang. Pulau Pinang telah dikurangkan daripada RM998 juta kepada RM995 juta.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Sungguhpun belanjawan telah dinaikkan kepada RM332 bilion iaitu paling besar dalam sejarah Malaysia. So, di sini kita harap bahawa sekurang-kurangnya agihkan secara munasabah untuk negeri Sabah dan Sarawak supaya tidak jadi isu, lebih-lebih lagi Tuan Pengerusi, sekarang ada pilihan raya negeri Sarawak pada 6 dan 18 penamaan calon, 18 pembuangan undi. So, kita tak mahu ini jadi satu isu. Biarlah ini diputuskan, berkaitan dengan isu tempatan. Bukanlah dari sudut Kerajaan Persekutuan tidak berikanlah layanan yang adil dan patut kepada negeri Sarawak dan Sabah. So, saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri dari Sabah bolehlah memberikan perhatian tentang perkara ini. Masa itu Yang Berhormat daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri pun menyatakan bersetuju dengan pandangan saya dan menyatakan akan membawa perkara ini di dalam Kabinet. Tapi kita tidak lihat ada apa-apa jadi pun dan sekali lagi, saya harap bahawa pastikan perbelanjaan yang lebih untuk sektor-sektor yang perlukannya. Pastikanlah ia berdasarkan keperluan. Janganlah kita mainkan sentimen-sentimen perkauman not ekstrimisme untuk tujuan pilihan raya. Kita bagi bantuan kepada mereka yang perlukannya bukan untuk tujuan politik. Itulah sebabnya kami sekali lagi mencadangkan, tambahlah RM500 juta untuk Sabah, tambahlah RM500 juta untuk Sarawak, tambahlah RM500 juta untuk kaum bumiputera dan Melayu, tambahlah RM500 juta untuk kaum bukan Melayu yang mereka rasa terpinggir. Ini kerana daripada jumlah peruntukan yang diberikan adalah amat kecil dan tidak adil sekali. So, kita harap perkara ini boleh diberikan perhatian yang serius supaya kita benar-benar capai hasrat Keluarga Malaysia. Apa maksud Keluarga Malaysia, kalau satu bahagian daripada penduduk mereka rasa dipinggirkan, diabaikan sehingga dari sudut Belanjawan 2020, peruntukan yang diberikan adalah amat kurang sekali. So, sekali lagi saya ingin menyatakan perlunya belanjawan ini adil dan munasabah kepada semua pihak. Jangan hanya untuk main politik sahaja, ini kerana akhirnya yang cedera dan parah adalah rakyat Malaysia. So, di sini saya sekali lagi...

[Dewan riuh]

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

menyatakan hal...

Minta laluan, minta laluan.

Tuan Pengerusi

Tolong, tolong sekejap.

Tumpat, Tumpat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ini tak adil untuk semua rakyat Malaysia tambah. Tambah sikit tak jadi masalah.

Tumpat, Tumpat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ini kerana tidak akan memberikan kesan yang serius kalau kita lihat RM2 bilion ini tidak akan memberikan tambahan yang serius ke atas kita punya hutang ataupun...

Tumpat minta laluan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Kita punya defisit bajet. So, tidak ada kesan yang serius. Hanya mereka yang tak peduli tentang masalah rakyat.

Tumpat minta laluan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Hanya mereka yang tak peduli tentang perasaan tidak adil ke atas mereka kerana tidak dapat melatih dengan serius, barulah mereka akan rasa tak berikan kepedulian langsung. Ini saya rasa tidak mencerminkan Keluarga Malaysia yang dihasratkan. Ini hanya tipu orang sahaja. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat Kuala Selangor.

Tak bagi ya?

Tuan Pengerusi

Silakan.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Pengerusi

Waalaikumussalam.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Pengerusi, kita semua sedia maklum akan peranannya Kementerian Kewangan untuk akhirnya mengurus dasar fiskal secara berhemat dan mengurus kewangan awam dengan cekap. Tuan Pengerusi, saya sekadar untuk mengingatkan kita bahawa Bajet 2022 ini bersifat bajet mengembang, sekali gus ia akan pasti meninggalkan kesan atas defisit fiskal yang telah pun kita tahu mengunjurkan 6 peratus KDNK ataupun mungkin juga lebih daripada itu. Tuan Pengerusi, saya ingin membangkitkan atas kepala B.10 Butiran 020000 ini akan strategi fiskal bagi menangani apa yang jelasnya adalah pengurangan pendapatan, yang mana kita perhatikan dalam tinjauan fiskal anggaran hasil Kerajaan Persekutuan 2022 sudah pun diunjurkan pendapatan yang lebih rendah daripada yang asal, daripada yang awal. RM210 bilion ataupun bersamaan dengan 13.9 peratus KDNK dan ini adalah jauh berbeza dengan pendapatan revenue ataupun dari tahun-tahun yang sebelumnya. Dengan kata lain Tuan Pengerusi, kekurangan ini pasti akan menjejaskan kita dalam persoalan pelaburan dan bagaimana untuk merancakkan kembali, memulihkan kembali ekonomi. Tambahan pula kalau kita perhatikan hutang-hutang kita yang sedang yang akan matang. Seterusnya dalam tahun ke depan ini, Sekuriti Kerajaan Malaysia atau MGS, MGII, bil Perbendaharaan RM33 bilion dan juga sukuk perumahan kerajaan RM6 bilion dan seterusnya. Tuan Pengerusi, apa yang saya ingin bangkitkan ya dalam keadaan kita menangani emolumen ataupun OPEX, gaji pencen yang terus membengkak kepada 49 peratus KDNK. Persoalan saya bagi Menteri Kewangan dan Kementerian Kewangan adalah dalam hal Butiran 020000 ini adalah bagaimana untuk kita mengelakkan krisis kewangan yang bakal akan menimpa kerajaan dan negara ini. Bersekali dengan itu juga, saya ingin untuk bertanya akan apakah strategi pelaburan di atas kepala 030000 ya. Kementerian Kewangan bertanggungjawab untuk mencerakinkan strategi ini yang perlu diperdetailkan pelaburan atas kepala 0300 sebab pelaburan strategik yang diperuntukkan sebanyak itu, apakah langkah-langkah dan detail sikit tentang perkara ini perlu diperjelaskan oleh kementerian yang bertanggungjawab untuk bagaimana untuk merancakkan pelaburan dan juga pertumbuhan. Bersekali dengan itu Tuan Pengerusi ialah suntikan modal yang bakal dibuat dalam tahun 2002 yang di atas Kepala Pembangunan P.10, 09000 itu yang diperuntukkan dalam jumlah yang besar, RM13.5 bilion. Saya ingin tahu, apakah dan bagaimanakah akan dirancang, dilaksana, pelaksananya, agensinya, sektornya dan pendetilan ataupun informasi ataupun maklumat tentang perkara ini ia tidak dibutirkan dan saya mahu diberikan penerangan akan perkara ini, bagaimana persoalan RM13.5 bilion akan dilabur dan diharapkan akan dapat menyuntik apa yang dikatakan sebagai pump rambling itu untuk merancakkan ekonomi dalam waktu pemulihan ini. Satu lagi perkara yang mungkin juga saya ingin sentuh adalah persoalan ada di bawah Kepala P.10 Pembangunan, juga 50000, kegiatan PPI atau PFI yang bakal diterokai. Kita ingin tahu apakah akan di– berapakah jumlah yang akan terus dibuat ya dalam keadaan kita sudah banyak memberikan guarantee ataupun government guarantees, jaminan kerajaan dan mungkin sahaja ada yang default menjadi kontinjen liabiliti.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Jadi saya ingin tahu, apakah yang telah dilaksanakan PPI itu? Berapakah yang dalam risiko untuk default dan menjadi contingent liability? Akhir sekali, Tuan Pengerusi kalau diizinkan untuk saya mengangkat sedikit persoalan, melebarkan pendapatan sama ada bawah Kepala/Butiran 060400 – Fi Agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri ataupun juga sekali gus untuk saya bangkitkan dari segi strategi fiskalnya di mana kita bercakap tentang

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

mengembangkan ataupun memulakan cukai makmur yang menyaksikan baru ini bagaimana pasaran bertindak ganas menentang cubaan itu. Dalam keadaan kita punya keupayaan, Tuan Pengerusi untuk mendapatkan apa yang diistilahkan sebagai wang yang keluar dalam bentuknya capital flight, dalam ertinya tax avoidance yang mungkin legal tetapi tidak bermoral. Ia bukan tax evasion yang illegal mengenai Pandora Papers, di manakah daripada segi ini pihak LHDN ataupun Bank Negara Malaysia untuk memulakan tindakan atas perkara ini. Semoga kita dapat melebar dan meningkatkan pendapatan kita. Andainya ia dibawa kembali untuk dilaburkan di negara ini ataupun dengan sekali gus jumlah yang RM1.8 trilion itu adalah jumlah yang besar. Perkara ini saya yakin dari segi Kementerian Kewangan wajar memberikan penumpuan dan investigation sama ada bentuk forensik ataupun apa jua yang lain yang diperlukan, Tuan Pengerusi. Terima kasih atas peluang ini.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Kita ada 50 minit, maka kalau kita patuhi lima minit itu, Yang Berhormat-Yang Berhormat berikut 10 orang boleh berbahas sebelum pukul 1, ya. Saya umumkan Yang Berhormat Beaufort, diikuti oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat berikut, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Jerai dan akhir sekali Yang Berhormat Jelutong sebelum pukul 1, insya- Allah. Sekarang, Yang Berhormat Beaufort. Dipersilakan.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 030100 – Syarikat Pelaburan Kerajaan dan Butiran 030300 – Pelaburan Strategik. Saya ingin tahu apakah pelan cadangan kementerian dalam butiran ini, dalam bidang manakah yang diutamakan untuk pelaburan. Dalam usaha pelaburan ini, adakah kementerian menggunakan khidmat nasihat pakar luaran untuk membuat pelaburan ini? Di mana? Jangka panjang atau jangka pendek? Setakat ini adakah kerajaan mendapat keuntungan atau mengalami kerugian daripada pelaburan yang dibuat? Berapa bilangan syarikat yang mendapat keuntungan setakat ini? Apakah jenis imbuhan yang diberikan ataupun diterima oleh penasihat yang terlibat dalam memberi nasihat kepada kerajaan. Saya ingin tahu, sama ada terdapat pakar-pakar dalam negara, dalam kerajaan yang berupaya untuk memberikan khidmat nasihat dan membantu kerajaan dalam membuat pelaburan yang strategik dan membawa keuntungan kepada negara. Saya juga ingin tahu dalam masa pandemik ini terutamanya, apakah syarikat-syarikat pelaburan ini telah membuat CSR untuk rakyat Malaysia yang terjejas dan amat memerlukan. Butiran 040400 – Perbendaharaan Malaysia Sabah. Saya mohon penjelasan daripada kementerian, apakah fokus peruntukan butiran ini dan bagaimana ianya dilaksanakan? Adakah ianya melalui kerajaan negeri atau agensi-agensi dalam negeri? Siapakah kumpulan sasar penerima peruntukan ini? Berapakah bilangan yang terlibat? Butiran 050300 – Pengurusan Teknologi Maklumat. Apakah sistem teknologi maklumat yang telah dibangunkan oleh kementerian? Sejauh manakah keberkesanan teknologi maklumat yang telah dibangunkan ini, adakah ianya memuaskan dan memenuhi keperluan semasa kementerian dalam dunia digitalisasi ini? Butiran 090000 – Pelbagai Suntikan Modal. Apakah maksud dan tujuan butiran ini? Saya mohon bertanya kepada kementerian untuk menyatakan berapa banyak kah suntikan modal diberikan kepada negeri Sabah atau syarikat-syarikat yang ada di negeri Sabah? Tuan Pengerusi, seperti mana yang kita tahu bahawa sekarang ini kita berada dalam keadaan pandemik dan satu industri yang amat terjejas oleh COVID-19 ini ialah industri penerbangan yang terjejas teruk di seluruh dunia termasuklah syarikat penerbangan kita sendiri iaitu MAS. Adakah kerajaan akan memberikan suntikan modal

kepada syarikat penerbangan negara kita, MAS yang terjejas ataupun mengekalkan keputusan seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri pada tahun 2020? Saya berpandangan bahawa amatlah penting bagi kita menyelamatkan industri penerbangan terutama sekali syarikat kepunyaan negara yang menjadi ikon dan kesayangan kita semua untuk diberikan bantuan dalam bentuk suntikan modal oleh kerajaan dalam masa yang amat memerlukan ini. Saya juga ingin diberikan penjelasan lebih lanjut lagi berkenaan dengan apa yang disebut tentang Perbendaharaan Malaysia Sabah tadi ini. Adakah peruntukan ini hanya untuk membayar gaji ataupun peruntukan untuk pembangunan ataupun peruntukan untuk memberikan bantuan kepada rakyat. Adakah ini mencukupi setakat ini ataupun ini boleh ditambah baik lagi, ditambah lagi bilangannya untuk negeri Sabah yang kita tahu adalah negeri yang amat memerlukan. Kalau berbanding dengan Pulau Pinang yang tidak termasuk dalam golongan negeri yang miskin tetapi disebutkan Sabah ini dan Sarawak ialah negeri yang miskin. Jadi keperluan untuk Sabah dan Sarawak itu tentulah lebih tinggi lagi dan saya amat berharap supaya butiran ini, peruntukannya dapat ditambah lagi bagi memastikan usaha untuk membasmi kemiskinan itu dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan memberi manfaat kepada rakyat di negeri Sabah. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih, Yang Berhormat Beaufort. Yang Berhormat Kota Kinabalu, silakan.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Terima kasih. Saya ingin merujuk kepada satu perkara sahaja iaitu Butiran 021100 – Bayaran Pemansuhan Duti Import dan Eksais atas Barangan Petroleum kepada Negeri Sabah dan Sarawak yang berjumlah RM240 juta. Erti kata Sabah dan Sarawak masing-masing akan menerima jumlah RM120 juta sahaja pada tahun 2022. Saya hendak cerita sedikit untuk sejarah di belakang jumlah RM120 juta ini. Jumlah ini merupakan jumlah yang tidak pernah berubah semenjak tahun 1999, iaitu sudah lebih daripada 20 tahun. Selaras dengan Jadual Kesepuluh, Bahagian Kelima, item nombor satu dalam Perlembagaan Malaysia, Sabah dan Sarawak adalah dibenarkan melevikan duti import dan duti eksais ke atas keluaran petroleum sebagai sumber tambahan hasil yang diserahhakkan kepada negeri Sabah dan Sarawak. Namun demikian pada tahun 1999, Kerajaan Persekutuan pada masa tersebut telah memperkenalkan pindaan terhadap Akta Cukai Jualan 1972 Persekutuan (Pindaan) 1999 yang mana keseluruhan Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak adalah tidak akan mengenakan duti import dan cukai eksais bagi apa-apa barangan. Sebab utama yang diberikan ialah untuk memenuhi keperluan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free Trade Area - AFTA) kononnya bagi memenuhi komitmen Malaysia mengenai perjanjian kawasan perdagangan bebas ASEAN di bawah Skim Common Effective Preferential Tariff. Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan pada masa itu, Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh mendakwa bahawa bagi memenuhi keperluan AFTA di bawah Skim Common Effective Preferential Tariff ini, Malaysia mesti menghapuskan skim duti import dan cukai duti termasuk yang dikenakan oleh Sabah dan Sarawak pada masa tersebut. Sebagai pampasannya atau penggantinya, Malaysia akan memperkenalkan regim cukai khusus supaya tidak akan kehilangan hasil daripada duti import dan duti eksais ke atas produk petroleum kepada kerajaan. Persoalannya, adakah pendapatan Sabah dan Sarawak yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia juga dihapuskan? Jawapannya, tidak dan ini jelas apabila Jadual Kesepuluh, Bahagian Kelima, item nombor satu dalam Perlembagaan Malaysia tidak dipinda atau dihapuskan. Dalam apa jua keadaan pun, Sabah dan Sarawak tidak sepatutnya kehilangan pendapatan daripada sumber duit import dan duti eksais. Kerajaan Persekutuan seharusnya jujur dan ikhlas dan prihatin terhadap perkara ini dan mengubahsuaikan jumlah RM120 juta ini yang tidak pernah disemak atau berubah atau dinaikkan semenjak tahun 1999 iaitu sudah melebihi 20 tahun.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Saya hendak mempersoalkan, adakah ini berkaitan dengan cukai jualan negeri yang dikenakan oleh Sabah dan Sarawak kepada barangan petroleum? Adakah kerajaan yang sekarang ini berpendapat bahawa kalau Sabah dan Sarawak sudah ada cukai jualan negeri dan sumber pendapatan ini tidak payah disemak? Adakah ini maksudnya? Adakah agenda ini diangkat masuk kepada Jawatankuasa MA63 untuk menyemak semula, untuk pampasan, untuk penghapusan duti import dan duti eksais untuk barangan petroleum untuk Sabah dan Sarawak ini? Baru-baru ini rakan saya Yang Berhormat Sepanggar, dia telah disoal siasat oleh pihak polis bagi dakwaan bahawa beliau telah membuat ucapan untuk menghasut agar Sabah keluar dari Malaysia. Bagi saya, Yang Berhormat Sepanggar ini tidak melakukan apa-apa hasutan pun. Beliau hanya memberikan amaran atau saranan agar hak sama dikembalikan ke Sabah. Ini selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 yang ditandatangani di London. Masa itu, G.S Sundang yang merupakan salah seorang yang terlibat dengan pembentukan Malaysia dan orang yang bertanggungjawab mendirikan Batu Sumpah di Keningau dipetik berkata, dengan izin, “If the Malayan Government so persistently refuse to tax warning, in later days, she will pay the heavy price for her disregard of democratic principle. We will continue to recall with growing pertiners of the manner and circumstances through which our rights to the sovereignty of this country and our rights of self determination have been deprived of us when they were almost within our reach. Such sentiment will certainly prevent the people of North Borneo from being reconcile to the idea of being Malaysian citizen.” So, G. S Sundang masa itu sudah pun buat amaran kepada Kerajaan Persekutuan, dan saya rasa ini pun sama apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Sepanggar. So, dengan begitu saya ada harapan yang besar supaya jumlah RM120 juta dalam Butiran 021100 - Bayaran Pemansuhan Duti Import dan Eksais atas Barangan Petroleum ke Negeri Sabah dan Sarawak ini disemak semula. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Sekarang Yang Berhormat Padang Rengas, silakan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya rujuk kepada 020500 - Subsidi dan Bantuan Tunai dan juga 040200 – Bayaran Ganti Pulang Balik dan Hapus Kira Kehilangan Barang-barang dan Wang Kerajaan. Tuan Pengerusi, saya telah ada menerima laporan iaitu bahawa di Kawasan Parlimen kawan saya di Pensiangan, kalau kita pergi ke Pekan Nabawan dan juga Suk, ini merupakan kawasan-kawasan pedalaman. Walaupun pedalaman tetapi ia diduduki oleh rakyat negara Malaysia yang tinggal di sana. Namun, walaupun ia merupakan kawasan pedalaman, kita banyak memahami iaitu aktiviti mengeluarkan barang-barang Malaysia, terutamanya seperti tong gas Petronas dan juga minyak sawit yang mendapat subsidi yang begitu besar di negara kita telah pun diseludupkan ke Kalimantan Tengah kah, Kalimantan Utara tidak silap saya, untuk dijual di sana dengan harga yang jauh lebih tinggi, disabitkan di Indonesia sudah tentulah mereka tidak ada apa-apa subsidi tetapi subsidi harganya murah di Malaysia kerana subsidi kerajaan. Kita faham itu bahawa di kawasan-kawasan sempadan di sana memang banyak jalan tikus. Walaupun ia merupakan jalan tikus tetapi ia digunakan oleh manusia. Jadi kalau begitu, tidaklah menjadi masalah sebenarnya untuk kita memastikan supaya barang-barang subsidi yang dilakukan oleh kerajaan, yang direndahkan harga oleh kerajaan sepatutnya hanya boleh digunakan oleh rakyat Malaysia sahaja. Maka, kalau bilion yang dibelanjakan, kalau kita pastikan iaitu keselamatan sempadan kita ini bersungguh-sungguh, saya kira kita dapat menghalangkan barang- barang ini daripada diseludupkan ke Kalimantan Utara. Kalau kita melawatlah, saya minta

supaya Yang Berhormat Paya Besar, selaku Timbalan Menteri Kewangan, pergi melawat Pensiangan untuk melihat sendiri kalau di sebelah sana, sempadan Indonesia sana kita akan lihat itu bahawa ada sebuah gunung palsu. Gunung palsu ini buatan daripada tong- tong gas yang disubsidikan oleh Petronas. Apabila mereka telah dibawa ke sempadan, mereka tidak dipulangkan balik ke Malaysia. Ia telah pun dihumban, dibuang dalam tempat pembuangan sampah mungkin, sudah menjadi bukit yang besar ya. Jadi, dari situ sahaja kita lihat betapanya usaha kerajaan untuk memberikan harga subsidi kepada barang-barang ini sebenarnya banyak dijual di seberang sempadan dan sudah tentulah sasaran mereka yang sepatutnya mendapat tong gas ini bukanlah rakyat di luar sempadan Malaysia. Jadi, saya minta supaya wang subsidi yang banyak dibelanjakan, saya ingat juga manfaat kalau kita boleh mewujudkan di sempadan-sempadan Malaysia dengan Indonesia, wujudkan Border Guards yang berfungsi – dengan adanya Border Guards ia bermakna bahawa kita dapat memberikan pekerjaan kepada orang-orang tempatan. Beri mereka pekerjaan dan sudah tentu mereka– orang kampung dia kenal terrain semua dan kita latih mereka iaitu bahawa jangan benarkan penyeludupan ini berlaku sewenang- wenangnya kerana ia merugikan kita. Jadi saya akurlah, masa pun sudah tidak cukup. Cuma saya minta kepada Timbalan Menteri Kewangan, pergilah ke Pensiangan, lihat sendiri. Kalau tidak percaya, bawa saya sekali, kita pergi tengok, kita boleh melawat kawasan di sana. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Yang Berhormat Ledang, silakan.

Terima kasih pada Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin membangkitkan berkenaan dengan komitmen kewangan ataupun geran di bawah Butiran 990100 - Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). Mengikut butiran tersebut menyebutkan pada 2021, RM180 juta telah diperuntukkan. Akan tetapi pada Belanjawan 2022, RM55 juta sahaja. Minta Yang Berhormat Menteri jelaskan perincian penurunan peruntukan lebih daripada RM100 juta tersebut. Seterusnya, bagaimana peruntukan untuk bahagian ini diturunkan sedangkan analisis pasaran menjangkakan unjuran yang membimbangkan bagi airport operator sehingga tahun hadapan. Adakah Kementerian Kewangan mengunjurkan bahawa lapangan terbang-lapangan terbang bawah MAHB akan sibuk? Justeru, lebih untung tahun depan berbanding pada 2021. Apakah pertimbangan kerajaan dalam menurunkan angka ini dalam keadaan MAHB terpaksa mewujudkan Program Sukuk Wakalah sehingga nilai RM5 bilion bagi mengurangkan impak kerugian yang terpaksa ditanggung? Apa implikasi kewangan kepada MAHB terkait penurunan ini, sedangkan fakta menunjukkan bahawa MAHB menanggung kos biaya operasi sejumlah RM140 juta untuk 39 buah lapangan terbang di bawah rangkaiannya. Adakah pemegang-pemegang saham MAHB yang lain seperti Khazanah dan juga Kumpulan Wang Persaraan akan menanggung suntikan modal yang lebih? Adakah penurunan ini akan memberi kesan daripada aspek kewangan terhadap pembangunan dan juga masa depan, terutamanya Lapangan Terbang Subang? Saya ingin bertanya juga, adakah penurunan ini juga menjadi satu agenda untuk menekan pihak MAHB supaya membuka ruang kepada pihak swasta untuk mengambil alih pengoperasian lapangan terbang, terutamanya Lapangan Terbang Subang?

Keduanya, Butiran 5000 - PPP/PFI. Saya minta kerajaan memperincikan unjuran sebenar kos serta perbelanjaan yang telah digunakan bagi inisiatif 5G. DNB dijangka membuat siri pinjaman MaD Bank- Deutsche Bank (Malaysia), serta menerbitkan sukuk menjelang tahun hadapan yang keseluruhannya berjumlah RM8 bilion. DNB dijangka membelanjakan antara RM16.5 bilion sehingga RM20 bilion selama 10 tahun untuk

membina jaringan 5G. Perbelanjaan untuk 600 orang staf DNB sahaja dijangka berjumlah RM2.5 bilion atau puratanya RM34,722 seorang untuk sebulan. Memandangkan DNB ini adalah sebuah SPV- special purpose vehicle di bawah Kementerian Kewangan, adakah kerajaan sedar bahawa inisiatif SPV DNB ini memakan jumlah perbelanjaan yang sebesar RM2.5 bilion ini? Saya ingin meminta penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa sebelum ini Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia ada menyebutkan hutang DNB tidak dijamin oleh pihak kerajaan. Minta Yang Berhormat Menteri jelaskan. Sekiranya DNB selaku SPV di bawah Kementerian Kewangan gagal atau mengalami masalah terkait kewangan- siapakah yang akan menanggung kerugian ini? Berkaitan dengan inisiatif ini juga, saya sudah bangkitkan berkenaan dengan isu peruntukan 60 peratus atau RM5.7 bilion bagi kos infrastruktur kepada manfaat bumiputera. Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia hanya membawa penyelesaian pemantauan dan ‘tai chi’ kepada Kementerian Kewangan untuk menjawab. Jadi persoalan saya, atas kebimbangan inisiatif dengan risiko besar ini akan memberikan keuntungan luar biasa kepada syarikat ataupun entiti luar. Kita ada kebimbangan bahawa kepentingan bumiputera itu tidak terjaga, akan dijejaskan oleh sebab ada kepentingan ataupun keuntungan projek ini diberikan kepada syarikat luar dari Malaysia, bukan bumiputera. Apa mekanisme pemantauan kerajaan bagi memastikan pendanaan inisiatif ini tidak disalahgunakan sebagai medium untuk membuat untung dengan hasil yang bermasalah seperti yang berlaku kepada teknologi 4G. Jadi itu sahaja. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Seterusnya Yang Berhormat Tebrau.

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Izinkan saya sertai perbahasan di peringkat Jawatankuasa ini. Tuan Pengerusi, saya ingin sentuh Butiran 050100 – Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri adalah, apakah yang melibatkan di bawah program aktiviti ini? Apakah status pengalihan pelaksanaan Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan? Saya tanya soalan ini oleh sebab kerajaan telah memutuskan untuk menyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan berasaskan akruan dan asas tunai ubah suai mulai tahun 2017, tetapi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan berakhir pada tahun 31 Disember 2020 masih berasas kepada sistem perakaunan tunai. Jadi, saya minta apa penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Apa sebabnya keputusan sudah dibuat dan masa sudah ditetapkan tetapi pada masa ini, masih menggunakan sistem perakaunan secara tunai. Sekarang saya alihkan kepada Butiran 050200 – Pengurusan Wang Tak Dituntut. Saya mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri menyatakan jumlah wang tak dituntut diterima dan masih dipegang oleh kerajaan setakat tahun yang lepas, maknanya tahun 2020. Sekarang saya ingin alihkan kepada Butiran 050600 – Pengurusan Audit Dalaman. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah skop kerja audit dalaman di bawah butiran ini? Adakah skop kerja ini dihadkan menjalankan audit di kementerian sahaja atau dia ada merentas kementerian? Adakah fungsi ini berkesan untuk mengenal pasti risiko dan kelemahan kementerian atau agensi-agensi di bawahnya? Sekiranya fungsi ini berkesan, apa sebabnya banyak projek gagal dan keadaan ini berulang-ulang tahun ke tahun sehingga banyak duit rakyat dibazirkan semata-mata. Jadi saya mahu tanya, kalau berkesan, apakah sebabnya projek kita gagal? Sekarang saya ingin mengalihkan kepada Butiran 060400 – Fi Agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saya tertarik mengapa peruntukan tahun ini sudah menurun kepada RM1.8 bilion berbanding dengan RM2.4 bilion tahun lepas. Apakah sebabnya? Di

bawah tajuk ini, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan, berapa kutipan cukai pendapatan sudah dikutip oleh LHDN setakat 31 Oktober 2021? Maknanya kutipan tahun ini setakat 31 Oktober 2021. Adakah ini sama seperti yang diunjurkan? Sekiranya berkurangan, apakah kesannya kepada pembiayaan kerajaan? Adakah projek-projek yang akan dilambatkan oleh sebab berkurangan kutipan cukai pendapatan? Adakah ini salah satu alasan utama agar projek besar tidak berjalan atau ditangguhkan? Akhirnya, saya pun ingin bertanya, apakah sebabnya untuk mengenakan cukai kepada warga Malaysia yang bermastautin di Malaysia yang bawa duit dari luar negara masuk ke negara kita dengan kadar tiga peratus? Oleh sebab ramai warganegara kalau ada pendapatan di luar negara, dia tidak bermastautin di Malaysia. Jadi, saya tidak nampak ada kesannya untuk menambah kutipan dengan kaedah yang baru-baru dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Terima kasih. Itu soalan saya.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Simpang Renggam ada masalah terdesak untuk pukul 1 tengah hari nanti, tetapi kalau saya panggil Yang Berhormat Simpang Renggam sekarang, maka Yang Berhormat Jelutong terpaksa saya ambil pukul 2.30 petang. Boleh? Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

Saya beri laluan kepada Yang Berhormat Simpang Renggam, rakan saya. Tidak ada masalah.

Tuan Yang di-Pertua

Budayakan... [Suara kurang jelas] Terima kasih. Yang Berhormat Simpang Renggam, silakan.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Terima kasih Tuan Pengerusi. Ringkas sahaja. Butiran 020000 – Strategi Fiskal dan di bawahnya Butiran 020200 – Cukai. Saya ingin merujuk kepada ‘cukai dosa’ ataupun dikenali sebagai sin tax yang bersumberkan kepada Akta 103 ataupun Akta Duti Hiburan (Entertainments Duty Act) 1953 yang mana cukai ini dikenakan sebanyak 25 peratus ke atas tiket-tiket yang dijual di pusat hiburan. Undang-undang yang dimulakan semenjak tahun 1953 ini dulunya pada zaman British lebih merujuk kepada taman hiburan yang di situ terdapat tarian kabaret, perjudian, game, night club, malah ada strip show pada waktu dulu. Maka, ia dinamakan sebagai ‘cukai dosa’ ataupun sin tax. Malangnya cukai yang sama ini, cukai lapuk ini masih lagi dikenakan kepada taman tema hiburan keluarga.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Ini hari kita ada water theme park, kita ada seperti Sunway Lagoon, kita ada pelbagai tema hiburan lain untuk anak-anak. Anak-anak berlibur, mereka belajar. Seperti di Legoland dan juga satu waktu dahulu kita ada Hello Kitty. Malangnya, taman tema hiburan ini dikenakan cukai yang sama. Cukai dosa dikenakan kepada aktiviti taman tema hiburan keluarga yang tidak berdosa. Kesannya apa? Kesannya, mereka terpaksa mengenakan – operator pengendali- pengendali ini mengenakan bayaran tiket yang tinggi kerana cukai yang terpaksa mereka bayarkan. Hakikatnya, taman tema hiburan telah berjaya menarik lebih tujuh juta pengunjung yang mana 30 peratus daripadanya orang antarabangsa yang mana pada tahun 2019 sebanyak RM3.12 bilion keuntungan telah dapat dijana. Di samping itu, kesan memberikan didik hibur kepada anak-anak kita. Jadi bersempena dengan ini, saya meminta supaya Kementerian Kewangan melihat balik cukai ini yang dikenakan ke atas taman tema hiburan keluarga. Hiburan lain tidak apa tetapi taman tema hiburan keluarga seperti yang saya sebutkan tadi, cukai lapuk ini yang mana industri ini telah menanggung hampir RM5 bilion kerugian semenjak

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

lockdown, semenjak kita perintah berkurung dan kemungkinan akan menyaksikan kehilangan 15,000 pekerjaan. Jadi, industri ini perlu dibantu. Maka saya gesa supaya akta ini dipinda untuk menyelamatkan industri taman tema hiburan keluarga dan cukai ini, sementara kita hendak buat pindaan itu, cukai ini digantung. Saya tahu digantung untuk tempoh dua tahun tetapi akan berakhir tahun ini dan juga tahun depan. Diberikan tempoh yang lebih panjang sementara ingin dipinda. Gesaan saya kepada kerajaan dan kepada Kementerian Kewangan, pinda Akta Duti Hiburan 1953 ini. Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Yang Berhormat Kubang Pasu. Silakan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Pertamanya, B.10, Perbendaharaan di bawah Butiran 010100 – Pengurusan Am, Kod 30000 iaitu Aset. Peningkatan yang mendadak daripada hanya RM400,000 tahun ini kepada RM12 juta. Mohon diperincikan. Keduanya, juga saya hendak sentuh seperti yang disentuh oleh Yang Berhormat Tebrau tadi iaitu Butiran 060400 – Fi Agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri. Lembaga Hasil Dalam Negeri, seperti yang kita tahu, adalah agensi yang digunakan oleh kerajaan untuk mengutip cukai langsung daripada rakyat, syarikat korporat dan sebagainya. Mereka mengenakan fi kepada kerajaan untuk mereka melaksanakan perkara tersebut. Persoalannya, sama, apabila LHDN menyasarkan pada tahun hadapan untuk mengutip RM139.3 bilion, fi yang dikenakan ataupun diletak dalam bajet ini adalah sebanyak RM1.8 bilion. Akan tetapi pada tahun semasa, tahun 2021, yang disasarkan RM120 bilion, yang end of July baru kutip RM67.4 bilion, fi yang dikenakan adalah RM2.4 bilion. Jadi persoalan saya ingin dapat penjelasan, adakah kerajaan telah berjaya untuk negotiate untuk menurunkan fi ini walaupun hendak dikutip itu lebih besar? Apa sebabnya yang berlaku sedemikian? Juga berkenaan dengan LHDN ini, kita mengharapkan LHDN sebagai agensi yang mengutip cukai langsung yang banyak untuk kerajaan dan untuk dimanfaatkan kepada rakyat supaya bertindak biarlah mengikut peraturan dan undang-undang secara berhemah. Ya, kita hendak orang bayar cukai tetapi biarlah dengan cara yang dibenarkan oleh undang-undang. Dan supaya tidak ada di sananya double standard. Ada yang sudah dikenakan cukai, kemudian tidak bayar cukai, langsung diambil tindakan. Akan tetapi, ada setengah pula yang diberikan kelonggaran dengan cukai yang sepatut dibayar dengan cukup besar tidak dikenakan ataupun menggunakan mahkamah untuk melengah- lengahkan daripada membayar. Sebab ini adalah cukai yang kita gunakan untuk rakyat. Seterusnya P.10, Pembangunan Perbendaharaan, Butiran 00114 – Projek Pembangunan Langkawi sebanyak RM62.94 juta. Pohon diperincikan projek apa. Kemudian, Butiran 09000 – Pelbagai Suntikan Modal. Tahun ini, RM12.6 bilion. Tahun hadapan, RM13.5 bilion. Butiran ini sebenarnya adalah suntikan untuk bayar hutang komitmen jaminan kerajaan terhadap hutang-hutang syarikat-syarikat di bawah MKD. Sepatutnya diberikan pecahan butiran ini. Saya minta pecahan butiran ini untuk makluman Ahli-ahli Parlimen. Kenapa meningkat pada tahun 2022? Adakah lebih banyak hutang-hutang syarikat yang dijamin kerajaan telah menjadi tanggungan langsung kepada Kerajaan Persekutuan seperti dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi? Ada suntikan lagikah bagi DNB bagi tahun 2022 seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Ledang tadi? Berapa suntikan yang telah diberikan setakat ini kepada DNB? Butiran 91000 – Kenderaan Lanci dan Alat Kelengkapan Kastam. RM100 juta tahun ini. Tahun hadapan RM71 juta. Ini saya ingat kena beri perhatian yang lebih sedikit. Kita minta Kastam membasmi penyeludupan dan sebagainya. Bila sampai ke laut, bot- bot yang digunakan oleh penyeludup ini jauh lebih laju daripada bot-bot yang digunakan

oleh Kastam. Kadang-kadang mampus tengah jalan begitu sahaja. Jadi, kita harap diberikan perhatian supaya― ini juga akan menyebabkan kutipan langsung. Membanteras penyeludupan, kita akan mendapat kutipan yang lebih tinggi. Akhirnya, Tuan Pengerusi, B.11, Perkhidmatan Am Perbendaharaan. Butiran 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai, Kod 40000 iaitu Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Sebanyak RM5.271 bilion pada tahun hadapan berbanding RM5.8 bilion tahun 2021. Kita tahu bahawa jumlah peruntukan ini adalah bagi mengambil kira tambahan subsidi peningkatan harga minyak. Ataupun sebenarnya kerajaan bercadang untuk menaikkan harga siling minyak RON95 kah pada tahun 2022? Sebab, butiran ini telah dikurangkan. Pemberian peruntukan yang menurun adalah tidak munasabah melainkan ada subsidi dan bantuan lain yang ingin dirasionalisasikan oleh kerajaan. Sekiranya ada, mohon pencerahan apa yang hendak dibuat. Sebab peruntukan ini telah turun padahal harga minyak sekarang sedang meningkat naik. Saya ingat itu sahaja, Tuan Pengerusi. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Pengerusi

Walaikumsalam. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Seterusnya, Yang Berhormat Kinabatangan. Silakan.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 040400 – Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Butiran 040000 – Perkhidmatan Kewangan Awam. Tuan Pengerusi, saya mengambil kesempatan ini untuk bertanya dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan sebab persoalan ini sudah berlarutan begitu lama. Saya telah membangkit dalam Dewan ini soal dalam konteks Sabah sendiri iaitu saya meminta Kementerian Kewangan untuk menjanakan satu strategi baharu untuk memberi pembangunan seimbang dengan Sabah. Sebab, Malaysia ini dibentuk bersama-sama dengan negeri Sabah, Sarawak dan Singapura tetapi Singapura sudah keluar. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan memastikan bahawa peruntukan kewangan diberi dengan― saya bercakap dalam konteks Sabah. Lihat secara bijaksana. Jangan dilihat Sabah sebagai sebuah negeri yang disamakan dengan negeri-negeri yang lain sebab ini berbeza. Sabah ini keluasannya pun berbeza dengan negeri-negeri yang lain. Satu Parlimen boleh dikira sebuah negeri di Semenanjung ini. Jadi, oleh kerana itu, pendekatannya kena pendekatan baharu yang boleh membawa negeri Sabah keluar daripada belenggu kemiskinan, keluar daripada masalah ekonomi, keluar daripada masalah infrastruktur dan sebagainya.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kita orang Sabah sudah melawat di Semenanjung ini. Mereka lihat Semenanjung membangun. Jalan-jalan dia bertar sampai ke rumah. Akan tetapi, di Sabah jalan utama pun belum selesai apatah lagi jalan kampung. Jadi, menjadi tanggungjawab Kementerian Kewangan untuk memastikan bahawa peruntukkan harus diperbanyakkan untuk negeri Sabah. Ini di tahap-tahap orang kata, asal- sekadar ada. Tidak ada perubahan. Dahulu RM5 bilion, sekarang tambah RM200 juta. Bagilah Sabah RM10 bilion atau RM15 bilion tiap-tiap tahun dan biar kita merancang. Kita rancang apa yang kita tahu dan apa yang kita boleh lihat untuk membangun negeri Sabah. Akan tetapi kalau dibiarkan begini Tuan Pengerusi, siapa pun Ahli Parlimen yang duduk dari Sabah 10 atau 20 tahun akan datang akan berbicara nada yang serupa, isu yang sama dan tidak akan berhenti di situ sahaja. Oleh sebab itu saya melihat perlu ada strategi baharu. Kementerian Kewangan dan juga mungkin Perdana Menteri perlu berbincang dengan kita di Sabah tentang bagaimana untuk mengurus negeri ini dengan sebaik mungkin. Ini kerana, kami tidak berkemampuan daripada segi kewangan. Pendapatan income negeri Sabah kebanyakannya telah diambil daripada Semenanjung seperti tax, royalti minyak dan sebagainya.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jadi, kita bukan mahu menuntut untuk dikembalikan semua, tetapi bagi kita peruntukkan yang seadil-adilnya yang layak diterima oleh rakyat Sabah untuk kita bangunkan pembangunan di Sabah. Jangan anggap kita ini negatif.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

[Bangun] Minta laluan sedikit mengenai Sabah. Terima kasih Ahli Parlimen Kinabatangan dan terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya, sebab tadi saya dengar dengan penuh berminat dan saya sokong apa yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan tentang keadaan di Sabah yang memerlukan perhatian yang lebih berat daripada Kerajaan Persekutuan. Beliau berkata bahawa tidak kiralah berpuluh-puluh tahun dari sekarang kalau keadaan tidak berubah memang Ahli-ahli Parlimen dari Sabah akan menyatakan benda yang sama. Di sini saya hendak tanya Yang Berhormat Kinabatangan. Adakah Yang Berhormat Kinabatangan bersetuju dengan tindakan kerajaan menyiasat Ahli Parlimen Sepanggar yang sebenarnya juga menyatakan seperti Yang Berhormat dari Kinabatangan ini tentang hak orang Sabah. Adakah adil dan adakah betul tindakan kerajaan menyiasat beliau? Kalau tidak, saya harap kita sama-sama menyeru supaya kerajaan menghentikan siasatan tersebut dan penganiayaan terhadap Ahli Parlimen Sepanggar yang sebenarnya turut memperjuangkan nasib rakyat Sabah. Terima kasih.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya simple. Sekiranya mungkin ada unsur-unsur yang hasutan itu perlu disiasat. Akan tetapi, kalau tidak ada sebaliknya untuk memperjuang untung nasib rakyat Sabah ini harusnya dilaksanakan oleh semua pihak. Jadi ndak apa. Saya rasa polis pun bertindak dengan lebih bijaksana. Dia akan siasat, saya ingat. Kalau tidak ada apa-apa juga, insya-Allah kita berdoa kalau tiada apa-apa kita pun akan membuat bantahan terhadap mungkin perbuatan-perbuatan yang tidak adil ini. Ini kerana, kita mahu keadilan. Kita tidak lagi boleh hidup dalam dunia berpura- pura. Tuan Pengerusi, 30 saat. Saya memohon Kementerian Kewangan lihatlah, guna pancaindera yang Allah SWT bagi itu akal fikiran yang waras, bijaksana. Jangan guna sentimen-sentimen yang boleh merugikan negara Malaysia. Ini kerana, Sabah ini sebahagian dari Malaysia. Kalau Sabah mundur, payah juga. Kita tidak akan menjadi sebuah negara yang boleh dibanggakan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Tuaran. Silakan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin berbahas bagi Maksud Bekalan 11, Perkhidmatan dan Perbendaharaan. Butiran 021700 – Pemberian Penyelenggaraan Cerun Jalan Raya Negeri. Dalam butiran ini, sebanyak RM60 juta telah diperuntukkan. Saya ingin bertanya. Bagaimanakah RM60 juta ini diagih-agihkan pada negeri- negeri? Dalam hal ini, saya ingin bertanya berapa yang diberi pada Sabah supaya rakan saya Yang Berhormat Kinabatangan, Menteri JKR Sabah kerjanya akan ringan sedikit. Ini kerana, terutama dalam musim tengkujuh ini memang banyak jalan yang rosak kerana tanah runtuh dan sebagainya dan perlu diperbaiki. Peruntukkan sebanyak RM60 juta ini sebenarnya tidak banyak. Sedikit ya. Jadi, saya ingin tahu berapa diberi pada Sabah dan untuk tahun hadapan. Tuan Pengerusi, saya juga ingin berbahas pada Butiran 022100 – Pemberian Khas kepada Wilayah Persekutuan. Sebanyak RM29 juta telah diperuntukkan untuk tujuan ini. Saya ingin bertanya. Bagaimana RM29 juta ini diagih-agihkan pada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan dan untuk apa RM29 juta ini? Tentunya yang lebih memerlukan peruntukkan ini ialah Wilayah Persekutuan Labuan sebab Wilayah Persekutuan Labuan masih lagi ke terbelakang berbanding dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Tuan Pengerusi, saya dalam Maksud Bekalan 11 ini mencari lagi butiran yang berkaitan dengan pemberian khas kepada negeri-negeri. Akan tetapi, saya tidak terjumpa dan setelah saya melihat tengok-tengok dalam Perbelanjaan Persekutuan 2022 ini terjumpa pula di Maksud Tanggungan 12 – Perbendaharaan pada muka surat 52. Di situ baharulah ada Butiran 010000 – Pemberian dan Serahan kepada Negeri-negeri. Di situ

terdapat nampak Butiran 10500 – Pemberian Khas Tahunan Sarawak yang telah diberi peruntukkan sebanyak RM16 juta. Butiran 100600 – Pemberian Khas Tahunan Sabah dengan sebanyak RM26,700,00. Saya ingin bertanya apa perbezaan antara ‘Maksud Tanggungan’ ini dan ‘Maksud Bekalan’. Kenapa tidak pemberian khas pada Sabah dan Sarawak ini tidak dimasukkan dalam Maksud Bekalan. Adakah ini disebabkan kerana pemberian khas pada Sabah dan Sarawak ini memang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Jadual Kesepuluh? Adakah itu penyebab ia. Saya ingin bertanya kepada Menteri Kewangan. Adakah itu sebabnya. Kalau itulah sebabnya kenapa pula ada lagi Butiran 010900 – Pemberian Tahunan Untuk Selangor sebanyak RM25 juta? ada juga pemberian Butiran 011000 – Pemberian Tahunan dan Sumbangan Khas Kedah. Kalau saya tengok dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak ada pula peruntukkan ataupun special grant khas untuk negeri Selangor dan negeri kedah. Akan tetapi ada di sini dan dikatakan sebagai Maksud Tanggungan. Apakah maksud itu? Saya ingin bertanya dalam hal itu. Terkait dalam hal ini Tuan Pengerusi ialah berkenaan dengan 40 peratus pemberian pungutan Persekutuan yang harusnya diberi pada Sabah. Banyak sudah disebut di peringkat dasar juga. Rakan-rakan pun di Dewan ini telah banyak menyebut perkara ini. Kita juga telah berbahas peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri. Kita telah bertanya kepada Menteri yang bertanggungjawab tentang hal ehwal Sabah dan Sarawak tentang bagaimanakah sebaik-baik mungkin perkara itu mahu ditangani. Akhirnya akan dibagi pada Sabah dan Sarawak dan sebagainya. Akan tetapi, daripada pihak Kementerian Kewangan, saya ingin bertanya apakah langkah-langkah yang sedang diambil ataupun yang sedang dipertimbangkan oleh kerajaan khususnya oleh Perbendaharaan tentang bagaimana ia mempertimbangkan untuk memberi atau tidak memberi 40 peratus itu? Tidak perlu banyak diceritakan tentang keperluan Sabah dan Sarawak. Banyak sudah diceritakan. Yang Berhormat Kinabatangan pun sudah sebut tadi. Memang kita memerlukan. Jadi, pertanyaan kita di sini ialah apakah langkah-langkah? Apa lagi masalah yang dipertimbangkan oleh pelbagai jawatankuasa jika ada dan sebagainya. Begitu juga dengan hal pemberian khas tahunan Sabah dan Sarawak. Dalam hal Sabah itu, dahulunya Pakatan Harapan telah meningkatkan pemberian ini RM52 juta. Akan tetapi, kerajaan sekarang telah memberikan balik RM26 juta. Saya ingin bertanya kenapa itu? Adakah sebab ia diturunkan balik dan kenapa tidak diteruskan RM52 juta dan sebagainya. Itu persoalannya. Seterusnya, ada disebut oleh Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak mengatakan ada satu, perlu diadakan formula dan sebagainya. Saya ingin tahu apakah formula itu nanti. Apa asas-asas nanti untuk membuat keputusan daripada segi penentuan kuantumnya nanti. Itu sahaja yang saya ingin bahaskan Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Sebelum kita tangguhkan, saya ingin menyatakan senarai pembahas pada sesi pukul 2.30. Matlamat kita adalah untuk Yang Berhormat Menteri Kewangan menggulung, menjawab pada jam 3 macam itu. Jadi saya rasa yang boleh sempat pada jam 2.30 ini ialah Yang Berhormat berikut sahaja iaitu Yang Berhormat Jerai, diikuti dengan Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Sepanggar, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Kangar dan Yang Berhormat Pokok Sena. Yang lain itu saya rasa tidak sempat. Maaf ya. Oleh sebab sudah pukul 1. Saya tempohkan Mesyuarat ini sehingga pukul 2.30 petang nanti. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Pengerusi

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli Yang Berhormat, sekarang saya jemput Yang Berhormat Jerai.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi dan semua sidang Dewan. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan Kementerian Kewangan hari ini. Tuan Pengerusi, saya terus kepada Maksud B.10, Butiran 020500 – Kastam Diraja Malaysia. Dari RM1,194,000,000 kepada RM1,187,000,000 pada tahun 2022 ini menunjukkan kadar peruntukan yang berkurangan. Boleh saya tahu, kenapakah keadaan ini berlaku? Sehingga ke hari ini, pihak Kastam tidak pernah gagal untuk berfungsi sebagai pemungut cukai. Semasa cukai GST diwujudkan, jumlah kutipan adalah sebanyak RM56 bilion berjaya dikutip. Ketirisan dalam pengurusan semua kutipan cukai juga sangat kurang berlaku. Semasa pelaksanaan SST juga, pihak Kastam berjaya mengutip sebanyak RM41 bilion. Sebagai badan yang menjadi antara penyumbang utama pendapatan besar negara maka wajarlah kiranya kementerian mengkaji semula kenaikan pangkat kepada kakitangan yang layak. Selain itu, saya merasakan pertambahan anggota di pelabuhan dan juga sempadan perlu dilihat kerana mereka kekurangan anggota. Dengan pertambahan ini, ia dapat mengekang aktiviti penyeludupan di pelabuhan dan sempadan. Secara tidak langsung dapat meningkatkan kutipan cukai dengan lebih cekap. Masih di butiran yang sama, kita juga mencadangkan supaya dinaik taraf Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kepada Suruhanjaya Kastam Diraja Malaysia (SKDM). Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang merupakan pemungut cukai utama Kerajaan Persekutuan selain LHDN adalah merupakan sebuah agensi kerajaan yang memberikan komitmen yang tinggi kepada kerajaan dalam meningkatkan kutipan hasil kepada negara. Kastam sentiasa memastikan kutipan hasil negara meningkat setiap tahun dan melebihi sasaran ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Tugas dan fungsi Jabatan Kastam sebagai agensi pemungut cukai serta penguatkuasaan dan pencegahan penyeludupan adalah penting dalam membantu ekonomi negara dan sebagai wira ekonomi negara. Untuk itu, adalah wajar supaya Jabatan Kastam dinaik taraf kepada Suruhanjaya Kastam Diraja Malaysia supaya Jabatan Kastam dapat melaksanakan peranan pemungut cukai serta penguatkuasaan yang lebih berkesan dan efektif. Sekiranya diwujudkan sebagai suruhanjaya maka banyak manfaat serta faedah yang dapat diperolehi oleh warga Kastam terutamanya dari segi pembangunan kerjaya pegawai, kenaikan pangkat serta pentadbiran sendiri. Seperti mana yang berlaku kepada Badan Pencegahan Rasuah (BPR) yang dinaik taraf kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Terakhir, P.10, Butiran 90000 – Pejabat dan Rumah Kediaman Kastam. Permohonan kuarters perlu melalui Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri. Pemohon perlu melalui satu proses yang lama dan terpaksa menunggu giliran yang lama untuk mendapatkan permohonan ini. Jika adanya kuarters Jabatan Kastam sendiri di Putrajaya akan lebih mudah pengurusan perumahan bagi kakitangan Kastam yang bertugas di Putrajaya yang dianggarkan seramai lebih 3,000 orang kakitangan. Jadi, saya kira eloklah diwujudkan kuarters Kastam seperti di Kelana Jaya agar ia dapat membantu kakitangan Kastam yang memerlukan penempatan di setiap negeri memandangkan Jabatan Kastam memiliki seramai 14,000 orang kakitangan di seluruh Malaysia. Semoga warga Kastam dapat pencerahan insya-Allah selepas Yang Berhormat Menteri menjawab. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Jelutong. Lima minit.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh dua perkara dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Kewangan. Pertamanya, Butiran 020000 – Strategi Fiskal, di mana anggaran perbelanjaan tahun 2021 adalah RM1,244,000,000 manakala anggaran perbelanjaan tahun 2022 adalah RM1,238,000,000 sahaja. Terdapat pengurangan. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri, kenapakah terdapat pengurangan? Di sini saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk memberi sokongan dan dukungan kepada kakitangan Kementerian Kewangan terutamanya Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk memantapkan lagi kutipan cukai. Di kesempatan ini saya ingin tanya, apakah yang berlaku kepada kutipan cukai yang melibatkan Yang Berhormat Pekan, yang mana beliau masih lagi berhutang RM1.75 bilion dalam anggaran cukai yang belum dibayar? Pada masa yang sama, saya ingin tanya kenapakah beliau diberi kelonggaran untuk ke sana dan ke sini? Kenapakah beliau diberi kelonggaran untuk ke Singapura? Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu bahawa kalau kita berhutang kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri, siapa juga anda, apabila pergi ke airport untuk meninggalkan negara, anda akan dihalang daripada meninggalkan negara. Anda akan disenaraihitamkan. Malahan penghutang-penghutang PTPTN, pelajar-pelajar kita juga pernah disenaraihitamkan. Saya telah terima satu persoalan daripada pengundi di kawasan saya yang merupakan penghutang PTPTN menyatakan bahawa beliau sendiri dilarang daripada meninggalkan negara ketika ingin bercuti. Akan tetapi beliau ingin tanya, kenapakah Yang Berhormat Pekan diberi layanan istimewa? Saya juga menerima satu gambar daripada beliau yang menunjukkan Yang Berhormat Pekan duduk dan minum kopi dengan Yang Berhormat Bera bersama-sama dengan Yang Berhormat Bagan Datuk. Saya ditanya, adakah apa-apa layanan istimewa diberikan kepada Yang Berhormat Pekan? Maklumlah kita tahu Yang Berhormat Pekan ini pernah menggunakan ungkapan you help me, I help you. So, saya cuma minta supaya Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi perhatian kepada perkara ini. Ingat, saya perlu memberi peringatan di bawah Perlembagaan Persekutuan dengan izin Tuan Pengerusi, equality before the law. Barang siapa juga perlu dilayan dengan cara yang adil dan saksama di sisi undang-undang.

Perkara kedua yang saya ingin saya sentuh adalah berkenaan dengan Butiran 060200 – Emolumen Kakitangan Kontrak yang mana kita lihat anggaran perbelanjaan telah meningkat daripada RM14,375,000 pada tahun 2021 kepada RM14,695,000 pada tahun 2022. Saya ingin tanya, berapakah gaji yang dibayar kepada duta-duta khas. Kita ada banyak duta khas. Saya yakin bahawa duta-duta khas ini adalah dilantik secara kontrak. Kita lihat baru-baru ini Yang Berhormat Bera, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membuat pengumuman bahawa Pengerusi MIC, Tan Sri Vigneswaran dilantik sebagai Duta Khas Asia Selatan, untuk Pakistan, India, Bangladesh, Sri Lanka dan mungkin Nepal. Apakah emolumen atau gaji yang akan dibayar kepada beliau? Apakah keistimewaan beliau yang mana beliau dilantik untuk menjadi duta khas? Apakah kelayakan beliau yang luar biasa yang menyebabkan beliau dilantik sebagai duta khas? Kita sudah pun ada duta-duta di Pakistan, India, Sri Lanka, Bangladesh dan Nepal. Jadi, kenapa perlu kita membelanjakan wang. So, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan memberi pencerahan kepada Dewan yang mulia ini, berapakah gaji sebulan? Saya difahamkan beliau menerima sebanyak RM50,000. So, saya minta Yang Berhormat - wang ini wang yang begitu besar. Ini kerana kita lihat doktor- doktor kontrak masih menghadapi masa depan yang tidak tentu. Doktor-doktor kontrak yang membantu kita semasa COVID-19, yang mengharungi cabaran-cabaran masa COVID-19, yang berjasa kepada rakyat Malaysia masa COVID-19 tetapi masih lagi menghadapi masa depan yang tidak tentu. Kenapakah kita perlu belanja wang untuk duta khas terutamanya daripada MIC? Ini persoalan saya. Mohon pencerahan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Masa sudah tamat. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Pasir Salak.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020200 – Cukai. Mengenai cukai. Tadi disebut cukai. Saya ingin bertanya kepada kerajaan khususnya Yang Berhormat Menteri Kewangan. Bolehkah kita kembalikan sistem percukaian ini daripada SST kepada GST? Kerajaan terdahulu telah membuat kesilapan menukarkan sistem percukaian ini kepada SST menyebabkan kita kerugian banyak hasil kerajaan. Elok kalau boleh diperkenalkan semula cukai GST ini dengan segera dan kita boleh mengharapkan pertambahan hasil (revenue) kepada kerajaan. Saya rasa ramai yang menyokong, pihak yang dahulunya tidak menyokong GST pun sekarang ini dah menyesal, mereka dah sedar kesilapan mereka itu. Lagi satu Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 030000 – Strategi Pelaburan. Khususnya mengenai dengan pelaburan kerajaan dalam syarikat-syarikat milik kerajaan ataupun syarikat yang berkaitan dengan kerajaan atau GLC iaitu saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, berapa banyak sumbangan daripada syarikat- syarikat ini kepada usaha untuk membantu membangunkan usahawan syarikat-syarikat bumiputera. Ini kerana kita tahu syarikat-syarikat GLC ini adalah terdiri daripada syarikat gergasi yang mempunyai sumber kewangan yang begitu besar sekali. Beratusan bilion dan mereka ini boleh membantu syarikat bumiputera. Sama ada yang tersenarai atau tidak tersenarai. Kalau sekiranya dapat dibantu syarikat-syarikat yang berpotensi, saya percaya syarikat-syarikat yang sederhana ini pun boleh menjadi satu syarikat yang besar pada suatu masa akan datang. Sebelum ini, saya rasa pada zaman pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional dahulu pihak kerajaan masih itu telah mengetengahkan satu dasar iaitu supaya syarikat- syarikat GLC ini membantu syarikat-syarikat bumiputera, menjadi payung kepada syarikat-syarikat bumiputera. Akan tetapi, malangnya sampai ke hari ini kita tidak mendengar dan tidak mendapat laporan yang terperinci. Kita ingin tahu pelaporan terperinci tentang apa yang telah mereka lakukan dan kejayaan yang telah dicapai dalam usaha ini. Selain daripada itu, diminta janganlah syarikat-syarikat GLC ini, pelaburan- pelaburan kerajaan ini berlawanan atau pun bersaing dengan syarikat-syarikat bumiputera. Janganlah bersaing. Ini kerana keupayaan syarikat bumiputera masih lagi rendah dan sepatutnya dibantu, bukan untuk disaingi. Satu lagi saya ingin membangkitkan ialah Tuan Pengerusi mengenai dengan EPF(KWSP). KWSP ini juga adalah sumber kewangan yang besar kepada apa juga perniagaan. Pada hari ini, yang saya dapati, mengikut pengamatan saya, sumber kewangan yang besar ini tidak dimanfaatkan untuk membantu syarikat-syarikat bumiputera, usahawan-usahawan bumiputera. Usahawan bumiputera, syarikat bumiputera ini dipandang lekeh. Tidak— they do not deserved the support. Dia tidak patut diberi bantuan. Ini kerana kalau ditolong pun tidak menguntungkan. Mungkin akan menyusahkan KWSP sebagai pelabur, sebagai partner, shareholders dalam apa-apa juga perniagaan. Akan tetapi, sebaliknya banyak syarikat-syarikat bukan bumiputera yang mendapat sokongan daripada EPF ini KWSP ini bukan sahaja dengan modal yang kecil tetapi beratus juta dan bilion. Saya ambil contoh... [Disampuk]

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan minggu depanlah. Bukan sekarang.

Saya ambil contoh. Tunggu. Saya ambil contoh umpamanya projek Battersea di London iaitu yang diasaskan oleh Eco World yang mana EPF melabur sekian berapa percent menyebabkan Eco World dengan mudah dengan kekuatan itu, mendapat sokongan daripada kerajaan dan juga sumber-sumber kewangan daripada swasta. Jadi, saya tahu juga EPF juga digunakan untuk membantu YTL dalam banyak projek. Jadi, saya ingin mengingatkan EPF, EPF ada peranan. Ada kemampuan, bantulah syarikat-syarikat bumiputera ini supaya mereka juga boleh membangun maju sebagai syarikat-syarikat yang lain. Sekian terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Tumpat.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh B.10 Perbendaharaan Butiran 020100 – Fiskal dan Ekonomi. Kita sedia maklum mengenai situasi fiskal negara yang semakin terhimpit disebabkan oleh dasar pengembangan fiskal yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2021 dan Belanjawan 2022. Lebihan akaun semasa daripada hasil yang digunakan untuk perbelanjaan mengurus semakin menipis. Sekali gus memerlukan kepada langkah jangka panjang kementerian untuk menanganinya. Dalam perkara ini, saya ingin bertanya, apakah strategi hasil jangka sederhana atau medium term revenue strategy bagi menyediakan perancangan strategik bagi memperkukuhkan fiskal negara supaya lebih berdaya saing untuk berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini. Selain daripada itu, saya juga ingin mengetahui perancangan kementerian secara terperinci bagi terus mengekalkan disiplin fiskal secara pentadbirannya. Antaranya mengawal pembayaran khidmat hutang supaya tidak melebihi 15 peratus daripada perbelanjaan mengurus serta menurunkan kadar defisit fiskal kepada KDNK yang diunjurkan kepada tiga peratus menjelang 2025. Jadi, apa yang dirangka oleh kementerian bagi menstrukturkan semula pengamalan pentadbiran fiskal yang lebih berdisiplin untuk beberapa tahun yang mendatang ini?

Seterusnya, Butiran 020200 – Cukai. Dalam butiran ini saya ingin menyentuh mengenai beberapa Program Khas Pengakuan Sukarela Jabatan Kastam Diraja Malaysia seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2022. Inisiatif ini merupakan suatu yang sangat baik kerana ia dapat membantu kerajaan mengatasi ketirisan kutipan cukai dan menambahkan hasil negara dengan mengurangkan jurang cukai ataupun tax gap ini. Dalam perkara ini saya ingin bertanya, apakah pihak kementerian bercadang untuk menyediakan satu prosedur yang formal terhadap pengecualian penalti dan pendedahan kesilapan pencukaian melalui program khas yang di rancang kementerian? Ketiadaan satu standard prosedur bagi Program Pengakuan Sukarela ketika ini dibimbangkan tidak akan dapat menarik lebih banyak perniagaan untuk menyertainya. Saya juga ingin tahu, berapa nilai sasaran serta pelan masa pelaksanaan program ini dalam menambah hasil pendapatan negara? Seterusnya, Butiran 020300 – Belanjawan Negara. Di bawah butiran ini, saya ingin mendapatkan jawapan kementerian terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2020 bagi penyata kewangan pengauditan serta pematuhan kementerian, dan jabatan, Persekutuan yang menunjukkan berlakunya pembayaran tidak teratur. Kerugian wang awam serta pembaziran yang mencecah RM620 juta. Saya ingin tahu, apakah langkah kerajaan bagi menutup ruang-ruang kelompangan yang ada berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara ini? Selain itu, saya juga meneliti rancangan kementerian untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemantauan Bajet 2022 bagi meningkatkan tahap penyampaian dasar dan polisi kerajaan seperti yang dirangka. Soalan saya, apakah mekanisme pemantauan ini dirancang serta siapakah yang akan menganggotai jawatankuasa berkenaan? Saya juga berharap agar penglibatan golongan pakar, ahli akademik dan golongan tidak berkepentingan dilibatkan dalam jawatankuasa ini supaya ia benar-benar berperanan seperti mana yang diharapkan. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya tadi semasa ucapan Yang Berhormat Bagan. Saya harap Yang Berhormat Bagan ada ya dalam Dewan ini. Saya cuba untuk mencelah apabila Yang Berhormat Bagan dengan begitu confident cuba menyeru supaya jangan kita mainkan sentimen-sentimen perkauman dan ekstremisme untuk tujuan pilihan raya. Tuan Pengerusi yang mempengerusikan Majlis pada masa itu cuba bertanyakan tentang butiran. Oleh sebab keseluruhan ucapan daripada Yang Berhormat Bagan itu, walaupun disebut jangan main politik, jangan main ekstremisme dan sebagainya tetapi keseluruhan ucapan itu tidak merujuk kepada butiran, bahkan penuh dengan ucapan yang

ekstrem dan permainan politik, khususnya mungkin untuk dapat publisiti bagi pilihan raya Sarawak.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Tumpat, make sure ada butiran.

Tuan Pengerusi. Cuma...

Yang Berhormat Tumpat, tumpukan perhatian kepada butiran.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Manakah butiran?

Butiran, butiran seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan.

Yang Berhormat Tumpat, jangan cari fasal, Yang Berhormat Tumpat.

Butiran Yang Berhormat Bagan. Butiran mana yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tuan Pengerusi, ini butiran mana?

Ingat ajaran Tok Guru. Jangan kawan dengan UMNO.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tuan Pengerusi, tidak boleh benarkan.

Tuan Pengerusi, masa, masa.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Ini Peringkat Jawatankuasa.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik

Masa, kita ada pembahas lain.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Minta maaf.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Hendak ceramah politik, balik Tumpat.

Yang Berhormat Tumpat sudah keliru. Yang Berhormat Tumpat sudah keliru.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Buat ceramah... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Minta maaf Yang Berhormat Tumpat, masa sudah habis.

Jangan cari pasal Yang Berhormat Tumpat, nanti kena belasah nanti.

Tuan Pengerusi, hendak sudahkan ayat sahaja.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tidak ikut butiran ini.

Butiran seperti mana yang dirujuk oleh Yang Berhormat Bagan...

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Jangan tuding Yang Berhormat Bagan. Kamu, kamulah.

...Yang meminta supaya kerajaan menambahkan peruntukan...

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Ini ceramah bohong.

...Jumlah RM500 juta kepada bumiputera, RM500 juta juga kepada bukan bumiputera.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tuan Pengerusi, tidak boleh dibenarkan. Ini Jawatankuasa, kita ada peraturan.

Soalan saya, apa bentuk perkiraan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bagan...

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Hendak ceramah politik, balik Tumpat. Jangan buat hal dekat sini.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Apakah bentuk perkiraan yang dikatakan untuk memberikan keadilan kepada semua?

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Berapa ramai bumiputera...

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tuan Pengerusi.

...Dan berapa ramai bukan bumiputera?

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Saya mohon untuk dibicarakan, untuk diambil tindakan ke atas Yang Berhormat Tumpat.

Berapa ramai pula bumiputera yang miskin... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, baik, sudah. Kita telah dengar Yang Berhormat Tumpat. Baik, masa sudah habis Yang Berhormat Tumpat.

Berapa ramai pula bukan bumiputera yang miskin, sepatutnya sebagai... [Pembesar suara dimatikan]

Yang Berhormat Tumpat meracau. Yang Berhormat Tumpat meracau... [Pembesar suara dimatikan]

Sudah habis masa, Tuan Pengerusi... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Minta maaf Yang Berhormat Tumpat, masa sudah habis. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Sepanggar. Dipersilakan lima minit.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran B.10 040100 – Perolehan Kerajaan. Apabila dunia berhadapan dengan penularan wabak COVID-19, Malaysia adalah satu-satunya negara yang telah menguatkuasakan pengisytiharan darurat untuk memerangi COVID-19. Walaupun ramai Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Parlimen ini yang mengatakan dan yakin bahawa undang-undang sedia ada sebenarnya memadai. Namun, kerajaan tetap menyatakan pengisytiharan darurat ialah usaha dan langkah yang terbaik kerajaan untuk memerangi COVID-19. Namun Tuan Pengerusi, apa yang berlaku dalam tempoh darurat, sebanyak 17 projek fizikal berjumlah RM3.25 bilion telah diberikan secara rundingan terus. Apa yang memeranjatkan Tuan Pengerusi, daripada jumlah tersebut tiada satu pun projek fizikal rundingan terus yang melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia. Janganlah jadikan alasan bahawa pembinaan hospital semasa tempoh COVID- 19 tidak praktikal dan lambat, sedangkan negara China boleh siapkan sebuah hospital dalam 10 hari, Rusia boleh sebulan, India, United Kingdom dan pelbagai lagi negara lain juga boleh membina hospital baru dalam tempoh yang singkat. Tuan Pengerusi, selepas darurat tamat, perolehan secara rundingan terus masih lagi diteruskan melibatkan 13 projek berjumlah RM2.2 bilion yang telah pun diberikan SST. Manakala terdapat lagi 13 projek berjumlah RM2.3 bilion yang masih belum diberikan SST. Sebelum saya lebih dedahkan lebih banyak maklumat berkenaan perkara ini, saya minta Yang Berhormat Menteri Kewangan jelaskan di sini dengan jujur, berapakah jumlah keseluruhan projek secara rundingan terus yang dikeluarkan bagi tempoh 2020 sama ada projek fizikal atau bukan fizikal?

Nyatakan satu persatu senarai projek untuk dinilai oleh kami Ahli-ahli Parlimen. Jawapan lisan yang diberikan kepada Yang Berhormat Labuan apabila beliau bertanya berkenaan projek rundingan terus sewaktu tempoh darurat. Kementerian tidak langsung memperincikan senarai projek atau pun jumlahnya. Jawapan yang diberikan adalah agensi kerajaan dibenarkan untuk mempakejkan perolehan tahunan kepada pakej yang lebih kecil untuk dilaksanakan secara sebut harga ataupun undian, berbanding tender. Pertimbangan pengecualian kaedah perolehan secara runding terus dibuat berdasarkan lima kriteria iaitu: (i) melibatkan kesegeraan atau kepentingan awam; (ii) bagi maksud penyeragaman barangan; (iii) satu punca bekalan perkhidmatan pembuatan pemegang franchise; (iv) melibatkan keselamatan strategik; dan (v) kontrak dengan syarikat pembuat bumiputera. Mungkin ada rakan-rakan sama ada di sini ataupun di sana berpendapat bahawa projek rundingan secara terus ini tidak salah selagi mana ia nya mematuhi peraturan dan undang-undang sedia ada. Akan tetapi adakah benar projek rundingan terus ini mengikuti prosedur dan tatacara serta tujuannya seperti yang dijawab Yang Berhormat kementerian? Saya akan ambil satu contoh projek, ini bagi rakyat negeri Sarawak perlu tahu. Di bawah Program Projek Jana Wibawa ataupun nama panjang ia, Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa. Satu kontrak runding terus telah dianugerahkan kepada syarikat Samling Resources Sdn. Berhad, bagi membina Sarawak, Sabah Link Road ataupun Lawas Persimpangan Long Lopeng berjumlah RM1.13 bilion. Carian saya melalui SSM sama ada melalui nama syarikat ataupun nombor pendaftaran tidak menunjukkan sebarang rekod. Akan tetapi saya menjumpai Samling Eco Vest Sdn. Berhad yang merupakan syarikat usaha sama di antara Samling Resources Sdn Bhd dan Eco Vest Berhad. Hasilnya, syarikat Samling Resources Sdn. Berhad ini bukan lah syarikat bumiputera. Saya ada SSM nya di sini, Tuan Pengerusi. Projek yang dikhususkan kepada bumiputera tetapi yang diberikan projek secara rundingan terus, syarikat yang Lembaga Pengarahnya tiada langsung melibatkan kaum bumiputera. Apakah tiada syarikat bumiputera di Sarawak yang layak mendapatkan projek ini? Tuan Pengerusi, bukan satu rahsia lagi bahawa syarikat ini didakwa ada kaitan dengan seorang pemimpin tertinggi Sarawak satu ketika dahulu. Bukan itu sahaja Tuan Pengerusi, minggu lalu sebuah anak syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, Kim Loon Corporation Berhad mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuh mereka telah diberikan kontrak bernilai RM780 juta oleh Samling Resources Sdn. Berhad. Apakah projek yang berjaya diperoleh? Pelaksanaan kerja-kerja utama bagi pembinaan dan penyelenggaraan Projek Pembinaan Rangkaian Jalan Sabah dan Sarawak bagi Persimpangan Lawas-Long Lopeng. Tuan Pengerusi, ini merupakan projek yang sama yang diberikan kepada syarikat Samling secara runding terus oleh kerajaan, berjumlah RM1.13 bilion dan diberikan pula kepada syarikat lain yang bukan juga bumiputera, berjumlah RM780 juta.

Jadi persoalan dia Tuan Pengerusi, ke mana perginya baki RM350 juta ini? Jika MOF sebagaimana dasarnya mengatakan bahawa projek berjumlah kecil, RM1.13 bilion bukan satu jumlah yang kecil. Adakah ini syarikat kontraktor bumiputera? Saya sudah sebutkan melalui carian SSM, bukan syarikat bumiputera. Adakah ini syarikat khas G1 atau G2? Jawapan dia...

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Hidup Melayu!

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Sebagaimana yang kita sebut Yang Berhormat Ahli-ahli Parlimen, baki projek...

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Sepanggar, masa sudah tamat Yang Berhormat Sepanggar. Baik.

Sikit lagi, sikit lagi. Baki projek - kalau diberikan lebih masa, saya boleh. Akan tetapi oleh kerana masa tidak mencukupi...

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya tak boleh bagi masa, yang lain-lain pun semua saya tak bagi masa.

Ya, jadi saya minta kepada Kementerian Kewangan untuk memberikan penjelasan kepada butiran ini kerana ia bersifat kepentingan untuk rakyat Malaysia. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Saya sekarang jemput Yang Berhormat Dungun.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Labuan, satu minit.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terus kepada Butiran 030100 – Syarikat Pelaburan Kerajaan. Saya mempunyai beberapa persoalan berkenaan syarikat pelaburan kerajaan. Pertama, bagaimanakah jumlah wang sebanyak RM10,684,800 akan digunakan dalam membantu syarikat pelaburan kerajaan ini beroperasi? Kedua, bagaimanakah mekanisme yang dilaksanakan oleh kementerian bagi memantau tata kelola dan pengurusan syarikat-syarikat ini dalam setiap urusan dan transaksi agar tidak berlaku ketirisan dan penyelewengan? Butiran 030300 – Pelaburan Strategik. Dalam Aktiviti 3 - Pelaporan Strategik, sebahagian daripada fungsinya ialah untuk merangka dasar pinjaman. Saya ingin bertanya berkenaan pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri. Saya minta penjelasan berkenaan yang pertama, jumlah tunggakan hutang kerajaan-kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan yang terkini. Kedua, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan isu tunggakan ini? Ketiga, apakah ada kemungkinan pinjaman ini mungkin bertambah memandangkan ekonomi global masih belum pulih sepenuhnya? Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 040600 – Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Saya ingin bertanya berkenaan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Salah satu fungsinya adalah membantu Kementerian Kewangan dalam melaksanakan polisi berkaitan harta tanah. Soalan saya yang pertama, apakah peranan jabatan ini di dalam membantu kerajaan untuk mengawal harga rumah dan tanah yang meningkat saban tahun? Jarak antara gaji tahunan pekerja baharu yang memulakan pekerjaan dengan harga rumah yang berkos rendah meningkat berkali-kali ganda sehingga menyebabkan tidak ramai di kalangan mereka mampu membeli rumah. Kedua, dalam membantu pembeli rumah untuk mengetahui harga rumah terkini tanpa dimanipulasi oleh pihak lain. Agak sukar bagi rakyat yang bekerja swasta untuk memohon maklumat harga rumah terkini dengan JPPH. Ini kerana polisi JPPH hanya memberi maklumat harga terkini rumah kepada penjawat awam yang mahu membeli rumah terutamanya mereka yang mahu memohon pembiayaan dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Saya mohon mencadangkan pihak JPPH meletakkan anggaran harga rumah seluruh negara mengikut kawasan dalam portal khusus bagi memastikan ketelusan dalam penetapan harga rumah dalam urusan perjanjian jual beli. Seterusnya Butiran 050700 – Khidmat Perunding. Dalam Aktiviti 7, khidmat perunding ialah memberi nasihat dan perundingan perakaunan kepada agensi kerajaan dan menetapkan peraturan dan prosedur perakaunan dan kewangan untuk Kerajaan Persekutuan, negeri dan agensi. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah maksud khidmat perunding di sini? Adakah ia bermaksud menggunakan perkhidmatan luar dari perjawatan awam?

Seterusnya Butiran 050900 – Institut Perakaunan Negara (IPN). Mengikut maklumat dalam Bajet 2022, sebanyak RM20,373,400 telah diperuntukkan bagi institusi ini. Ia adalah peningkatan berbanding tahun lepas yang hanya RM19,418,600. Soalan saya yang pertama, apakah peranan sebenar institusi ini sebenarnya? Kedua, dalam dokumen Bajet 2022 ini tertera bahawa ia berfungsi membangunkan modal insan melalui program latihan pengurusan perakaunan dan perakaunan kewangan, namun kepada siapakah program ini akan dilaksanakan? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kangar.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangkit untuk membahaskan Maksud Bekalan dan Pembangunan 10 hingga 12 di bawah Kementerian Kewangan. Di bawah Butiran 020200 – Cukai dan juga berkaitan dengan Butiran 170000 iaitu Kumpulan Wang Bagi Pembayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP). Saya ingin bertanya kepada Kementerian Kewangan, berapa banyak yang kita sudah bayar habis cukai input yang sebelum ini gagal dibayar? Bilakah dijangka ia akan habis dan berapa banyakkah yang sudah kita bayar setakat ini? Di bawah Butiran 020300 – Belanjawan Negara, saya ingin bertanya apakah langkah kementerian untuk memastikan perbelanjaan kita menjadi lebih cekap kerana saban tahun kita selalu mendengar banyak projek yang tidak siap dalam tempoh masa mengikut rancangan. Jadi, berapakah kos tambahan kepada kerajaan sejak lima tahun lalu berkaitan projek-projek yang gagal siap mengikut waktunya ini? Seterusnya Butiran 021300 – Pemberian Kemudahan Projek Khas. Apakah perbezaannya dengan Butiran 93500 – Projek Khas di bawah Jabatan Perdana Menteri yang kita bahaskan semalam? Saya minta sedikit penjelasan. Butiran 020400 – Antarabangsa. Sebelum ini kementerian ada membuat, mengambil bon Samurai. Jadi saya hendak tanya, apakah hasilnya? Adakah ia diteruskan? Saya minta sedikit penjelasan. Sekiranya ia tidak lagi diteruskan, kenapa? Butiran 030000 - Strategi Pelaburan. Kalau kita tengok dalam pendapatan pelaburan kerajaan dalam beberapa tahun, lebih kurang lima atau enam tahun kebelakangan ini, secara puratanya, hasil pelaburan kita adalah lebih kurang antara RM20 bilion ke RM30 bilion. Cuma pada tahun 2019, daripada semakan saya, pendapatan pelaburan kerajaan mencecah sehingga RM60 bilion. Jadi, ini satu perbezaan yang agak ketara. Jadi, saya minta untuk tahulah kenapa ada perbezaan ketara dan kenapa kita tidak boleh mendapatkan hasil pelaburan yang lebih tinggi sebagaimana tahun 2019. Butiran 030500 – LADA dan juga berkaitan dengan Butiran 00114 – Projek Pembangunan Langkawi. Kalau kita ambil jumlah keseluruhannya mencecah sehingga RM90 juta. Bagi saya, ini satu jumlah perbelanjaan yang besar bagi Langkawi yang penduduknya hanya ada lebih kurang dalam 115,000 orang sahaja. Jadi saya berharap, kita tahu setiap tahun ada peruntukan khusus untuk Langkawi. Jadi, saya harap walaupun oleh kerana Langkawi ini adalah sebuah kita kata pusat pelancongan yang terkenal di dunia, saya berharap kementerian juga memberikan perhatian kerana apabila kita bercakap pasal pelancongan ini, dia ada rantaian dia. Maksud dia, dia juga melibatkan aspek pengangkutan. Jadi pengangkutan ke Langkawi ini selain daripada pengangkutan udara, kita juga kalau ikut daripada feri itu biasanya laluan di Kuala Perlis itu lebih dekat berbanding laluan Kuala Kedah. Jadi, rantaian ini juga mestilah dipertimbangkan di mana peruntukan ini dapat dibelanjakan. Saya maklum bahawa Kementerian Pengangkutan sudah meluluskan projek untuk pembaharuan jetilah di Kuala Perlis. Jadi, saya harap ada rantaian lain juga dapat dimanfaatkan daripada peruntukan ini. Butiran 050200 – Pengurusan Wang Tak Dituntut. Daripada carian saya, saya sudah sebut dalam perbahasan dasar sebelum ini.

Kita ada harta beku lebih kurang RM90 juta dan juga RM9.4 bilion wang tidak dituntut. Apa yang saya difahamkan bahawa antara sebab kenapa ini berlaku ialah kerana prosesnya yang susah dan juga mahal untuk kita menuntut wang ini dan juga mencairkan yang beku ini. Jadi, apakah langkah kementerian untuk membolehkan perkara ini dapat diselesaikan? Ini kerana jumlah ini agak besar. Kalau ia dapat dicairkan dan dapat dituntut, dapatlah ia memanfaatkan dan boleh bergerak dalam pasaran. Saya sebut juga dalam perbahasan saya, dalam COVID-19, kita ada puluhan ribu yang meninggal yang mana sebahagian mereka yang meninggal ini sudah tentu mempunyai harta juga atau wang tidak dituntut ini. Jadi, kalau dapat kementerian percepatkan, dapat bantu mudahkan proses, sudah tentulah ia dapat memanfaatkan waris-waris mereka yang susah. Selain itu, yang terakhir, Tuan Pengerusi, saya menyemak dalam dokumen yang dibekalkan, saya tidak jumpa butiran sebagaimana tahun-tahun sebelum ini tentang Kumpulan Wang Amanah Negara. Kita tahu Kumpulan Wang Amanah Negara digunakan sebahagiannya untuk bantuan COVID. Saya hendak tahu, berapakah jumlah wang dalam Kumpulan Wang Amanah Negara sekarang dan apakah rancangan kementerian untuk membina semula? Oleh kerana kita sudah gunakan, pinjamkan sekarang, bagaimanakah kementerian akan membina semula Kumpulan Wang Amanah Negara ini untuk masa akan datang? Itu sahaja daripada saya, Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena. Selepas itu, Menteri akan menjawab.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak menyentuh Butiran 040500 – Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam. Sebelum ini, mereka telah menikmati kemudahan pembayaran balik tuntutan fi bayaran berkaitan dengan gadaian pembiayaan perumahan, perletakhakan, kaveat dan lain-lain yang berkaitan dengan fi bayaran pejabat tanah oleh peminjam atau peguam. Sekarang Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam ini sudah tidak lagi menanggung kos ini. Kalau dulunya pesara-pesara, khususnya, mereka bayar dulu, kemudian mereka boleh claim kepada lembaga ini. Sekarang mereka tidak lagi boleh claim dan mereka kena tanggung sendiri. Kalau di negeri-negeri lain, ia agak tidak menjadi masalah tetapi ini berkaitan dengan negeri Kelantan, Tuan Pengerusi. Sebab, negeri Kelantan bayarannya begitu tinggi. Sudah tentu pesara-pesara dan penjawat awam yang bergaji rendah ini, mereka tidak mampu untuk menanggung kos ini. Contohnya, kalau di negeri Kelantan iaitu tahun 2003 sehingga 2018, pelepasan gadaian ialah RM60. Tahun 2019, kenaikan sebanyak RM120. Maknanya 100 peratus kenaikan. Kemudian perletakhakan, kalau dulu tahun 2003 sehingga 2018 ialah RM350. Tahun 2019 ialah RM2,000. Maknanya kenaikan sebanyak 500 peratus. Jadi, mereka tidak mampu. Kalau di negeri Kelantan, saya difahamkan, penjawat awam dan khususnya pesara-pesara ini ada 70,000 orang. Itu belum lagi meliputi di seluruh negara penjawat- penjawat awam yang ada memiliki harta ataupun rumah di negeri Kelantan yang mereka terpaksa menanggung kos pembayaran tersebut. Jadi, dua isulah. Satu, isu negeri Kelantan yang lebih tinggi daripada negeri-negeri lain termasuk dari Pulau Pinang dalam bayaran fi ini. Kalau negeri-negeri lain dalam RM100 ke RM200. Walaupun negeri Kelantan dapat RM400 juta daripada Kerajaan Pusat tetapi mereka lebih banyak menggunakan pembelian kereta-kereta mewah dan sebagainya tetapi tidak menampung untuk kepentingan masyarakat dan rakyat.

Ubat sembelit makan dulu.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kedua ialah lembaga ini sendiri. Lembaga ini saya minta Menteri Kewangan untuk mempertimbangkan tuntutan pesara- pesara ini khususnya untuk menampung pembayaran fi-fi ini. Kemudiannya ialah yang berkaitan dengan Butiran 010200 – Bayaran Sewa Kereta Saloon Jabatan-jabatan Kerajaan. Saya hendak minta supaya Menteri Kewangan untuk menjelaskan berkaitan dengan tender runding yang dikatakan telah pun dibuat untuk pembekal kereta-kereta kepada jabatan kerajaan. Saya difahamkan ada lebih daripada satu syarikat dalam tender runding ini. Saya minta untuk pihak Menteri Kewangan memberitahu apakah nama syarikat-syarikat tersebut dan perbezaan harga yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tersebut. Akhir sekali ialah Butiran... [Disampuk]

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Pokok Sena, tumpang satu soalan.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kejap-kejap. Ya, sikit sahaja.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Okey, terima kasih. Saya hendak minta Yang Berhormat Pokok Sena minta Menteri jelaskan berapakah harga kontrak tentang pembekalan kereta kepada kerajaan. Terima kasih.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Baik, saya bersetuju. Saya minta masuk sebahagian daripada ucapan saya. Kemudian, Butiran 020200 – Cukai. Baru-baru ini, kerajaan dalam pembentangan bajet telah pun mengisytiharkan cukai makmur dan kesan daripada pengisytiharan tersebut, share market kita ini telah merudum dan kehilangan RM33.8 bilion. Saya hendak tahu daripada RM33.8 bilion itu ialah saya hendak tahu tentang syarikat-syarikat ataupun dana awam yang telah pun terlibat kehilangan dalam pasaran iaitu seperti PNB, KWSP, KWAP, Tabung Haji dan sebagainya yang juga mempunyai shares dalam syarikat-syarikat yang disenaraikan. Ini sangat penting untuk kita tahu kerana ia akan memberikan kesan kepada dana awam itu sendiri yang sepatutnya mendapat keuntungan dan perolehan yang lebih baik daripada pasaran, insya-Allah. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat, seramai 19 orang telah berbahas. Sekarang saya jemput Menteri untuk menjawabnya dalam tempoh masa 30 minit. Sila, Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya mulakan dengan isu-isu yang telah dibangkitkan dalam perbahasan pada hari ini. Pertamanya, Yang Berhormat Port Dickson telah membangkitkan isu-isu mengenai pendirian kerajaan sekarang sama ada projek HSR ini akan diteruskan dalam memindah aset syarikat dan kepentingan kepada Malaysia. Jadi, Tuan Pengerusi, pelaksanaan projek HSR turut diumumkan dalam pembentangan Bajet 2021 yang lalu yang mana ia merupakan satu komitmen yang ditunjukkan oleh pihak kerajaan untuk meneruskan projek ini. Akan tetapi, rundingan semula bersama pihak Singapura telah dilaksanakan bagi melaksanakan perubahan ke atas struktur projek yang mana perkara ini dapat mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan serta memberikan lebih kawalan terhadap aset HSR kepada pihak kerajaan. Jadi, setelah beberapa siri rundingan yang dijalankan antara Malaysia dengan Singapura, kesepakatan tidak dapat dicapai mengenai perubahan ini menjelang pelanjutan akhir tempoh penangguhan. Saya hendak mulakan juga― tadi Yang Berhormat Bagan pun ada di sini. Saya ingin mengucapkanlah setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat.

Jadi kalau kita lihat, Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Port Dickson selain daripada isu HSR tadi, ada membangkitkan berhubung keperluan menambah peruntukan kepada Jabatan Audit Negara. Untuk makluman Yang Berhormat, selaras dengan permohonan sebenarnya Ahli- ahli Yang Berhormat termasuk dari parti Yang Berhormat Port Dickson, melalui ucapan penggulungan peringkat dasar Bajet 2022 pada 18 November lepas, kerajaan telah bersetuju agar peruntukan tambahan berjumlah RM10 juta kepada Jabatan Audit Negara bagi memperkukuhkan keupayaan dan mengoptimumkan proses pengauditan. Juga peruntukan tambahan berjumlah RM15 juta ini disediakan bagi meningkatkan keberkesanan peranan Parlimen dalam tadbir urus dengan diperkukuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Peruntukan keseluruhan berjumlah RM10 juta juga diadakan untuk menyokong usaha All-Party Parliamentary Group Malaysia SDG dan juga peruntukan tambahan RM15 juta kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dan agensi berkaitan bagi mengerakkan dan memantapkan ketersediaan data supaya setiap dasar kerajaan lebih inklusif, bersasar dan menyeluruh terutamanya melibatkan penyediaan bajet tahunan negara. Untuk makluman Yang Berhormat Port Dickson, peruntukan tambahan yang keseluruhannya berjumlah RM50 juta ini akan dibiayai melalui penyesuaian semula keutamaan dengan menggunakan peruntukan di bawah sumber Kementerian Kewangan di bawah Maksud B.11, Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 21300. Jadi, pemberian kemudahan projek khas akan disalurkan berdasarkan keperluan tunai agensi- agensi yang terlibat. Untuk makluman Yang Berhormat Tumpat, teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara yang melibatkan kerugian dan pembaziran wang awam RM620 juta juga akan diteliti oleh kerajaan. Tindakan susulan akan diambil supaya sebarang kelemahan pentadbiran ditangani supaya tidak dapat berulang. Pada masa yang sama, sebarang salah laku yang menyumbang kepada kerugian tersebut akan disiasat oleh agensi penguat kuasa yang berkenaan. Jadi, komitmen kerajaan kepada ketelusan dan amalan baik pengurusan kewangan akan turut didukung melalui peruntukan tambahan RM10 juta kepada Jabatan Audit Negara. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Bagan ada di sini. Dia telah bangkitkan semula berhubung peruntukan yang disediakan untuk Sabah dan Sarawak dengan menekankan bahawa peratusan peruntukan yang disediakan kepada Sarawak telah menurun.

Hakikatnya Yang Berhormat Bagan, kita telah menjanjikan peruntukan pada Sarawak sebanyak RM4.4 bilion dalam Belanjawan 2019, Yang Berhormat Bagan. Akan tetapi, seperti Yang Berhormat Bagan tahu, Sarawak pada masa itu hanya berbelanja RM3 bilion. Tidak sampai pun sembilan peratus daripada jumlah perbelanjaan pembangunan kepada negeri. Jadi, kita hendak bandingkan- sebenarnya kerajaan telah menyediakan peruntukan pembangunan pada Sarawak sebanyak RM4.5 bilion iaitu 10 peratus daripada jumlah DE ke negeri bagi tahun 2021 dan juga mengambil kira tambahan yang diumumkan semasa penggulungan, kita mencecah RM4.8 bilion atau 10 peratus untuk tahun 2022. Sabah pula menerima peruntukan pembangunan melebihi RM5 bilion bagi tahun 2021 dan 2022. Di samping itu, Sarawak dan Sabah masing-masing telah menerima lebih RM1.5 bilion pada tahun 2021 dalam Bentuk Bantuan Tunai Prihatin serta Geran Khas Prihatin. Apa yang sangat ketara dalam membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan merupakan penyelesaian komersial yang dicapai antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri Sarawak yang melibatkan bayaran hampir RM3 bilion- tambahan pada tahun 2020 dalam...

Tuan Pengerusi...

...Dalam bentuk hasil cukai jualan negeri bagi menyokong pembangunan di Sarawak. Pendekatan penyelesaian komersial juga telah dipersetujui untuk Sabah. Kerajaan Negeri Sabah telah menerima Cukai Jualan Negeri lima peratus melebihi RM1 bilion tahun ini. Jadi...

Penjelasan...

...Dengan itu, jelas Sabah dan Sarawak meraih lebih manfaat di bawah kerajaan daripada apa yang dijanjikan. Jadi, perkara ini telah diperkukuhkan lagi dengan pengumuman sebanyak RM500 juta tambahan semasa kita menggulung peringkat dasar tadi.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya sama ada peruntukan untuk pembangunan itu juga termasuk peruntukan yang diberikan secara pinjaman. Sebagai contoh di Sabah, peruntukan untuk menaiktarafkan Pelabuhan Sepanggar dengan RM2 bilion lebih iaitu dalam bentuk pinjaman. Jadi kalau dalam bentuk pinjaman, adakah itu dikira sebagai peruntukan pembangunan ataupun tidak? Ini kerana, kerajaan negeri kena membayar balik atau macam mana?

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Yang Berhormat Menteri, boleh tanya?

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Tadi yang mengatakan peruntukan tambahan yang diumumkan semasa menggulung itu RM500 juta untuk Sabah dan Sarawak, adakah ia diagihkan RM250 per negeri dan apakah jenis program atau projek yang akan dilangsungkan?

Terima kasih. Kita bahagikan RM250 juta pada Sabah dan RM250 juta pada Sarawak. Kita telah memberikan perincian dalam penggulungan dasar tetapi mungkin saya boleh menjawab dahulu soalan sebelum ini daripada Yang Berhormat Tuaran tadi. Peruntukan pembangunan tersebut Yang Berhormat termasuk juga pinjaman Yang Berhormat. Daripada segi the break down ataupun pecahan tadi, kita ada pinjaman yang mikro pada Sabah dan Sarawak yang kadar faedahnya kosong peratus dan juga ada untuk projek-projek kecil untuk di Sabah dan Sarawak. Silakan Yang Berhormat Penampang...

Kalau boleh saya ingin menambah soalan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Tuaran.

Boleh saya tambah dahulu. Daripada RM5 bilion itu, berapakah yang dalam bentuk pinjaman dan berapakah daripada segi geran?

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Penampang.

Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan isu peruntukan ini. Bolehkah minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dengan sumbangan-sumbangan ini, berapa banyakah kutipan hasil yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan dari Sabah? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Penampang. Saya tidak ada data itu di tangan saya tetapi saya akan jawab secara bertulis Yang Berhormat.

Akan dijawab secara bertulis kan?

Okey, terima kasih.

Terima kasih. Pecahan itu mungkin saya boleh jawab lagi- bagi saya 15 minit, saya mencari data dalam iPad saya. Ada mengenai bantuan tunai langsung Yang Berhormat Kubang Pasu tadi telah bertanya berhubung dengan peruntukan subsidi dan bantuan tunai yang dikurangkan iaitu sama ada kerajaan akan mengurangkan subsidi dan bantuan kepada rakyat? Ingin saya tekankan bahawa kita komited untuk membantu golongan yang memerlukan dan tiada perancangan untuk tahun 2022 untuk mengurangkan bantuan kepada golongan rentan. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi separuh tahun kedua 2021 sebanyak RM10 bilion bantuan tunai disediakan termasuk bayaran RM500 Geran Khas Prihatin (GKP) dan juga Bantuan Khas COVID-19 (BKC). Minggu ini sahaja sebanyak RM8.8 bilion telah disalurkan dari Julai hingga November tahun ini dan baki RM1.2 bilion lagi BKC akan disalurkan pada Disember. Bagi tahun 2022, kerajaan telah meningkatkan lagi bantuan tunai B40 tetapi peruntukan RM8.2 bilion Bantuan Keluarga Malaysia telah disediakan di bawah Kumpulan Wang COVID-19 (KWC) dan bukan di bawah butiran subsidi dan bantuan tunai. Hendak menjawab tadi soalan Yang Berhormat Tuaran. Pecahan perbelanjaan pembangunan Sabah Yang Berhormat Tuaran, pinjamannya RM560 juta dan langsung RM4.6 bilion. Yang Berhormat Penampang bagi saya masa dahulu. Bagi memastikan tiada yang tercicir, sukacita saya mengumumkan bahawa penerima ini- ini pengumuman baharu. Sukacita saya mengumumkan bahawa penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan permohonannya kerana Bantuan Prihatin Rakyat ataupun Bantuan Khas COVID-19, mereka akan dipertimbangkan untuk Bantuan Keluarga Malaysia secara automatik tanpa perlu membuat permohonan. Kalau sebelum itu mereka tidak dapat kerana mereka telah mendapat bantuan prihatin rakyat. Ini komen-komen daripada Yang Berhormat di sini telah meminta kita memperhalusinya. Di samping itu, data daripada sembilan buah agensi kerajaan yang lain juga merangkumi data eKasih, bantuan JKM, penghuni perumahan awam atau projek perumahan rakyat di bawah DBKL, KPKT, Orang Asli JAKOA, gelandangan berdaftar dengan KPWKM dan DBKL, ibu tunggal yang berdaftar dengan KPWKM, penerima skim insurans PERKESO dan penerima zakat atau Baitulmal di Lembah Klang juga akan dimasukkan ke dalam data permohonan BKM bagi mengurangkan enclosure area. Ini ialah cadangan-cadangan yang kita terima daripada Yang Berhormat semua pada perbahasan sebelum ini juga. Bagi permohonan baharu dan kemas kini BKM pula, tempoh pendaftaran ini akan dibuka mulai 1 Januari sehingga 31 Januari tahun depan. Ini bagi memastikan mereka yang layak dan tiada dalam bekalan data kerajaan masih diberi peluang lagi untuk memohon. Cukai Makmur- ramai yang bercakap mengenai Cukai Makmur ini Tuan Pengerusi. Izinkan saya memberi sedikit pencerahan berhubung pertanyaan Yang Berhormat Alor Gajah. Ada di sini saya jawab dahulu. Yang Berhormat Alor Gajah tentang maksud Butiran 020200 – Cukai di bawah B.10. Untuk makluman Yang Berhormat, butiran ini sebenarnya merujuk kepada perbelanjaan Perbendaharaan sebagai sebuah kementerian iaitu operasi bahagian- bahagian Kementerian Kewangan dan agensinya seperti LHDN, Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang merangkumi bayaran emolumen, kos sewa dan sebagainya. Maka, soalannya tidak merujuk kepada butiran ini. Namun, saya akan jawab. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, 113 buah syarikat yang mencapai tahap pendapatan sebelum cukai melebihi RM100 juta sepanjang dua tahun kewangan yang lalu kebanyakannya syarikat yang berkecimpung dalam industri perbankan, perladangan sawit dan sarung getah. Ini industri yang utama yang kena ini. Izinkan saya untuk menekankan bahawa Cukai Makmur akan dikenakan secara one-off sahaja di peringkat syarikat dan bukan di peringkat pengeluaran akhir ataupun barangan siap. Jadi pendapatan bercukai yang dikenakan adalah setelah mengambil kira semua insentif percukaian yang diberikan. Ini bermakna setelah pendapatan syarikat ditolak insentif cukai tersebut barulah pendapatan yang melebihi RM100 juta setahun ini akan tertakluk pada Cukai Makmur pada kadar 33 peratus. Jadi the marginal increase, dengan izin, ialah sembilan peratus.

Dengan izin, Yang Berhormat Menteri. Cuma saya hendak mencadangkan kalau kita lihat ada syarikat- syarikat yang bertaraf perintis atau pioneer status, dengan izin yang telah menggunakan hasil daripada negara ini untuk menambah nilai dan mereka dilepaskan cukai selama 12 tahun. Pulangan daripada pelaburan itu tidak mendatangkan faedah yang tinggi contohnya kalau disebutkan tadi Lynas mendapat 12 tahun tax exemption. Mereka ini mendapat manfaat lebih daripada RM100 juta. Jadi, sarana saya untuk menambahkan lagi, syarikat-syarikat ini disemak semula.

Kita impose. Kalau kita hendak melaksanakan, kita rangkumkan mereka dalam kelompok yang 113 ini. Terima kasih.

Yang Berhormat Alor Gajah, betul apa Yang Berhormat Alor Gajah kata tadi. Sekiranya syarikat ini menikmati insentif cukai sebagai contoh taraf ‘perintis’ dengan pengecualian cukai pendapatan sepenuhnya, maka cukai makmur tersebut tidak akan dikenakanlah kepada syarikat tersebut. Akan tetapi cadangan Yang Berhormat supaya kita kenakan- ini akan ada impak kepada pelaburan kita. Hasil daripada cukai makmur ini akan dibelanjakan sebenarnya hanya untuk menyokong inisiatif kerajaan dalam memperkukuhkan kedudukan kesihatan awam, negara dan memelihara kesejahteraan rakyat terutamanya bagi mereka yang amat terjejas disebabkan pandemik COVID-19...

Bukannya semua yang taraf perintis itu. Strategik sektor yang dinampakkan tidak menguntungkan kerajaan mengambil peluang dengan kerakusan untuk membuat keuntungan tanpa mengambil kira contohnya efek kepada negara kita sendiri.

Jadi contohnya, kalau syarikat seperti yang disebutkan tadi tidak membawa pelaburan asing seperti yang diunjurkan atau tidak memberi peluang pekerjaan yang lebih, some form of penalty dengan izin, must be imposed to review balik dia punya tax incentive. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan memperhalusi cadangan tadi. Ada impak positif dan negatif, kita akan adakan sesi libat urus juga dengan mereka semua. Ada satu lagi soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat...

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Labuan.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Labuan.

Ya, Yang Berhormat Labuan, silakan.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Okey, terima kasih. Saya memang cuba hendak dapatkan slot tadi tetapi tak dapat. Jadi, saya ada tiga isu yang berkaitan dengan Labuan Financial Services Authority (FSA). Sekejap sahaja. Berdasarkan laporan tahun 2019 dan 2020 serta statistik bulanan yang dikeluarkan oleh Labuan FSA, semenjak MOF memperkenalkan sistem percukaian baharu di Labuan, lebih 2,000 syarikat yang berdaftar di bawah Labuan FSA telah tutup atau berpindah ke pusat kawasan pesisir pantai yang lain. Pada masa yang sama juga, purata bulanan pendaftaran syarikat yang baharu adalah lebih rendah dari purata bulanan syarikat yang tutup. Ini menyebabkan penurunan pendapatan ketara kepada syarikat- syarikat perkhidmatan seperti trust company dan juga LFSA sendiri, tiada pertumbuhan perniagaan dan sektor perkhidmatan kewangan, malah pertumbuhan negatif semenjak tahun 2019.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Soalan saya, adakah dasar percukaian baharu yang diperkenalkan pada tahun 2019 di Labuan IBFC berjaya menambah hasil cukai atau sebaliknya? Apakah kesan penurunan jumlah syarikat ini kepada pendapatan Labuan FSA? Kalau tak dapat jawapan sekarang boleh beri bertulis.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Isu kedua, terdapat lebih daripada 61 bank berlesen di Labuan IBFC serta lebih kurang 20 bank komersial beroperasi di Labuan. Walau bagaimanapun kebanyakan bank-bank ini tidak menyokong aspirasi Labuan FSA untuk membangunkan perkhidmatan kewangan digital atau digital financial services di Wilayah Persekutuan Labuan seperti digital banking, cryptocurrency broking, credit token dan sebagainya. Ini menimbulkan banyak masalah kepada pemegang lesen DFS yang dikeluarkan oleh LFSA. Alasan yang diberikan oleh bank-bank adalah jenis perniagaan sedemikian adalah berisiko tinggi. Mohon MOF membuat satu garis panduan untuk bank-bank di Labuan agar dapat memberi perkhidmatan bank kepada syarikat-syarikat yang menjalankan perkhidmatan kewangan digital yang berlesen di bawah LFSA. Last Yang Berhormat Menteri, dengan izin the Organization of Economic Co- operation and Development (OECD) had reached an agreement for global minimum tax to resolve international taxation of digital economy. Certain multinational enterprises will be subject to a minimum of 15 percent tax rate effective from 2023, 126 countries had agreed with this. What is Malaysia stands on the matter and how will this effect Labuan as an international financial centre? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Labuan.

Tuan Pengerusi, beri saya lima minit, saya jawab ada isu KDNK.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Ya, saya mohon jawapan kalau boleh hari ini, kalau tak boleh secara bertulis lah.

Okeylah, saya jawab dahulu yang soalan pertama itu. Soalan pertama itu saya boleh jawab. Pada masa ini kesan kepada industri Labuan IBFC tadi masih belum dapat dipastikan memandangkan entiti di Labuan adalah tertakluk kepada percukaian tahun yang sebelumnya, dengan izin the preceding year. Ini bermakna kesan kepada entiti Labuan ini dapat dipastikan selepas entiti Labuan tersebut mengemukakan borang cukai kepada LHDN. Langkah ini diambil supaya Malaysia mematuhi piawaian-piawaian cukai antarabangsa dan bukan semata- mata untuk menambahkan hasil kerajaan. Akan tetapi kita akan memberikan juga jawapan yang lebih detil secara bertulis Yang Berhormat. Unjuran KDNK dan hasil yang tinggi, ramai Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan terutamanya sekali lagi Yang Berhormat Port Dickson. Jadi, ingin saya jawab mengenai unjuran hasil dan KDNK bagi tahun 2022 yang ada mengatakan dilihat tinggi. Sebagai konteks, ekonomi negara dijangka berkembang antara tiga hingga empat peratus pada tahun ini. Meskipun berdepan cabaran terutamanya sepanjang suku ketiga 2021, pelbagai indikator ekonomi utama menunjukkan momentum pemulihan yang kukuh terutamanya apabila negara memasuki suku keempat dan menuju ke tahun hadapan. Ini termasuk penambahbaikan dalam pasaran buruh, dengan kadar pengangguran kita sekarang 4.5 peratus pada bulan September serta lonjakan 24.7 peratus dalam eksport dan juga peningkatan 11.6 peratus dalam nilai jualan sektor pembuatan pada bulan yang sama. Tambahan pula kita menyaksikan peningkatan pada kedua-dua indeks keyakinan perniagaan dan pengguna. Ini yang dipantau oleh MIER. Oleh itu, walaupun KDNK kita menguncup sebanyak 4.5 peratus pada suku ketiga namun bagi sembilan bulan tahun pertama ini pertumbuhan KDNK ini masih lagi positif sebanyak 3 peratus berbanding dengan penguncupan sebanyak 6.4 peratus pada tempoh yang sama tahun lepas. Seperti yang semua tahu, suku ketiga itu ekonomi kita belum lagi dibuka. Keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara untuk kekal di landasan ke arah pemulihan juga selari dengan IMF dan juga World Bank dan menganggarkan KDNK

pada tahun ini lebih kurang 3.3 dan 3.5 peratus. Jadi sehubungan itu, unjuran pertumbuhan ekonomi pada tahun 2022 yang...

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tak ada. Sila teruskan.

Okey, unjuran pertumbuhan ekonomi pada 2022 kita jangkakan 5.5 hingga 6.5 peratus pada tahun 2022. Jadi, dari segi hasil pula, faktor-faktor peningkatan adalah berdasarkan prestasi cukai langsung yang dijangka lebih memberangsangkan kerana KDNK pada kadar 5.5 peratus hingga 6.5 peratus berbanding dengan tahun ini. Prospek pendapatan korporat yang lebih baik disokong oleh pemulihan dan pembukaan ekonomi bermula pada suku ini, suku keempat. Jangkaan peningkatan nilai dan jumlah transaksi daripada segmen hartanah dan juga jangkaan kadar pengangguran kita lebih rendah pada tahun depan kepada empat peratus. Penambahbaikan pentadbiran hasil dengan mempermudah prosedur cukai dan mengurangkan birokrasi. Mengenai prestasi cukai yang tidak langsung akan disokong oleh jangkaan penggunaan swasta ataupun dengan izin private consumption yang lebih tinggi. Jangkaan harga komoditi ini kekal tinggi. Jangkaan pengeluaran dan jualan kenderaan bermotor yang lebih tinggi, ini laporan MAA dan juga jangkaan aktiviti perdagangan antarabangsa yang lebih baik. Jadi selain itu, hasil cukai langsung dan tidak langsung akan dilengkapi oleh jangkaan dividen daripada PETRONAS, dividen sebanyak RM25 bilion, Bank Negara dan juga Khazanah. Untuk makluman Yang Berhormat Port Dickson juga, berdasarkan pelan semasa, unjuran hasil 2022 telah dibuat dengan andaian tiada jualan aset kerajaan atau saham yang dibuat. Unjuran jumlah faedah dan pulangan pelaburan pula yang termasuk terimaan premium daripada aktiviti terbitan sekuriti kerajaan adalah berjumlah sekitar RM8.3 bilion. Jadi di samping itu, kerajaan juga amat peka dan proaktif dalam memastikan hasil yang mampan bagi tempoh pendek dan panjang. Kita juga mengumumkan peningkatan hasil melalui langkah cukai 2022, cukai langsung, pengenalan Nombor Pengenalan Cukai (TIN), ini Yang Berhormat Bagan tahu, bagi memperluaskan akses cukai pendapatan. Mengenakan cukai pendapatan ke atas pendapatan yang terbit dari sumber luar negara dan juga perkenalkan Cukai Makmur tadi.

Yang Berhormat Menteri.

Kumpulan Wang Amanah Negara ada yang tadi...

Yang Berhormat Menteri, tentang pengenalan nombor cukai, adakah nombor cukai dikenalkan kepada orang-orang yang tidak membayar? Saya telah tanya tadi dalam perbahasan saya.

Juga mengenai langkah menyenaraihitamkan yang tidak membayar. Kenapa Yang Berhormat Pekan diberi layanan istimewa?

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Yang Berhormat Pekan. Yang Berhormat Bagan selalu bayar cukai. Kita bayar cukai.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Yang Berhormat Pekan saya tanya. Kenapa diberi layanan istimewa sampai boleh ke Singapura? Kenapa tidak disenaraihitamkan?

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, sudahlah tu. Yang Berhormat Menteri teruskan.

Terima kasih. Saya teruskan lah ya.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya.

Sebenarnya soalan Yang Berhormat Jelutong, semua yang berumur 18 tahun ke atas akan diberi nombor cukai secara automatik bermula tahun 2022 termasuk mereka yang tidak membayar cukai. That is the TIN. Sebenarnya cadangan itu datang daripada kerajaan sebelum ini. Kalau kita lihat ada satu soalan juga mengenai Kumpulan Wang Amanah Negara tadi, kita hendak menegaskan bahawa tiada pindaan yang dibuat...

Yang Berhormat Menteri tidak menjawab soalan saya. Kenapa Yang Berhormat Pekan diberi layanan istimewa? Kenapa beliau dibenarkan ke luar negara.

Itu kerja mahkamah.

Itu bukan isu mahkamah. Faham lah! Kita disenaraihitamkan kalau tidak membayar cukai. Soalan saya, kenapa beliau diberi layanan istimewa? Itu soalan saya. Kenapa tidak disenaraihitamkan? RM1.75 bilion belum dibayar lagi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri boleh menjawab, boleh tidak menjawab.

Tak payah jawab.

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

Tak payah jawab.

Yang Berhormat Jelutong tahu jawapannya. Ini keputusan mahkamah, bukan...

Bukan. Bukan keputusan mahkamah Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri tahu bahawa kalau tidak membayar cukai, beliau akan secara automatik disenaraihitamkan. Banyak rakan saya yang merupakan peguam pernah disenaraihitamkan di lapangan terbang antarabangsa ataupun di mana-mana tempat untuk keluar negara. Kenapa tidak Yang Berhormat Pekan disenaraihitamkan? Isu itu isu mahkamah bicara lain, tetapi bila tidak membayar...

Itu isu mahkamah, mahkamah yang putuskan. Boleh keluar.

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

Bukan, dengar dulu soalan saya Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri pasport Yang Berhormat Pekan mahkamah pegang mana hendak keluar negara, Yang Berhormat kan.

Kenapa Yang Berhormat Baling jawab? Yang Berhormat Baling Menteri Kewangan.

Pasport dia dipegang oleh mahkamah...

Apa ni Yang Berhormat Menteri.

Lagi satu cara kaedah yang dibawa pihak LHDN masih boleh dicabar.

Yang Berhormat Menteri, tolonglah jangan bagi Yang Berhormat Baling jawab, dia tidak tahu apa-apa pun.

Jadi saya- ini pandangan saya Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya hendak teruskan lah.

Yang Berhormat Menteri serahkan tugas kepada Yang Berhormat Baling untuk jawab.

Yang Berhormat Menteri setuju tidak... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya tidak mahu melayan perbahasan ini, saya minta Majlis ini diteruskan.

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya hendak teruskan mengenai pemansuhan petroleum kepada negeri Sabah dan Sarawak.

No. Yang Berhormat Menteri tahukah bahawa saya tanya soalan ini bagi pihak pembayar cukai. Semua pembayar cukai tanya kenapa kalau - kita tahu semua pembayar cukai akan disenaraihitamkan secara automatik oleh LHDN. Kenapa Yang Berhormat Pekan diberi layanan istimewa?

Bagilah peluang Menteri, banyak lagi isu hendak jawab.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan Menteri Kewangan.

Yang Berhormat Jelutong hendak berehat di luar sekejap itu, bagi dia keluar.

Okey, boleh saya teruskan Yang Berhormat?

Jawab bertulis, jawab bertulis nanti.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Apa ini Tuan Pengerusi?

Menteri boleh jawab dengan tidak jawab.

Saya dah sebut tadi Yang Berhormat, Yang Berhormat Pekan mendapat keputusannya daripada mahkamah dan dengan itu pihak LHDN tidak dapat lah menyenaraihitamkan beliau pada masa ini.

Bukan. Mengembalikan pasport adalah perkara lain. Senarai hitamkan seseorang yang tidak bayar...

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jelutong, Menteri dah jawab...

...Isu lain.

Kami tunggu jawapan lagi. Banyak lagi belum jawab.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

...Itu jawapannya. Yang Berhormat Jelutong, sila duduk Yang Berhormat Jelutong.

Adakah Yang Berhormat Menteri takut hendak jawab sebab... [Sambil menunjukkan sehelai kertas]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jelutong, itu sudah...

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Jawab dah.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

...Habis dah.

Pekan ada membuat sesuatu rancangan dengan Yang Amat Berhormat Bera. So, saya hendak tanya...

...Saya berhak untuk tanya perkara ini.

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jelutong, sila duduk Yang Berhormat Jelutong.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Pengerusi saya minta...

Tuan Pengerusi, semua rakyat Malaysia yang tidak bayar cukai akan disenaraihitamkan. Kenapa Yang Berhormat Pekan diberi layanan istimewa? Itu soalan saya.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Menteri dah jawab Yang Berhormat Jelutong, saya minta...

Saya dah jawab tadi Yang Berhormat Jelutong, kalau Yang Berhormat Jelutong memberi sedikit perhatian kepada jawapan saya...

Yang Berhormat Menteri tolong jangan buang masa layanan Yang Berhormat Menteri. Kita ada banyak soalan, kami tidak jawab lagi ini tolong Yang Berhormat Menteri.

Sudahlah Yang Berhormat Baling kenapa hendak menyibuk, bukan Menteri Kewangan pun.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya bagi amaran kepada Yang Berhormat Jelutong. Bangun tanpa ada- saya minta Yang Berhormat Jelutong untuk tidak bercakap lagi kalau tidak saya- I ask you rest outside.

Tuan Pengerusi semua salah Jelutong, saya hendak minta penjelasan.

Yang Berhormat Jelutong boleh berehatlah, berehat Yang Berhormat Jelutong.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Menteri dah jawab. Baik, terima kasih.

Tuan Pengerusi boleh saya teruskan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan, sila.

Ini mengenai pembayaran pemansuhan duti import dan eksais atas barangan petroleum kepada negeri Sabah dan Sarawak. Ini Yang Berhormat Kota Kinabalu.

Tuan Pengerusi, saya minta perkara itu dijelaskan... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya dah cakap tadi. Minta Bentara minta keluar dalam 20 minit keluar. 20 minutes keluar. Saya dah cakap dah. Keputusan saya muktamad. Minta keluar. Saya minta Bentara, minta 20 minit. Dari pukul 5.43 petang sampai lima... 20 minit keluar sekejap. Sila Yang Berhormat Jelutong, sila

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

keluar 20 minit. Bentara sila assist laluan. Saya minta maaf. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong, lain kali buat lagi.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi janganlah ugut orang untuk halau, dia ganti tempat Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Jelutong dulu lagi teruk, baling standing order dan sebagainya. Sekarang dia ganti tempat Jelutong.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sebab itu saya suruh dia rest dulu.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Janganlah dok main ugut begitu, hendak halau-halau itu kuasa, janganlah guna. Kami orang lama ini tengok dulu debat Parlimen lagi hebat.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Tanjong Karang

Baling buku okey lagi, ini baling mikrofon lagi hebat.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Sekarang ini sikit-sikit ugut, sikit-sikit ugut. Apa ini?

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Kota Raja, Peraturan Mesyuarat 37(1)(b)...

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

[Menyampuk]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Bukan.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Betul.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Dah banyak kali. Celahan kena dapat - 37(1) kena minta. Sila teruskan.

Tuan Pengerusi tujuh minit waktu Menteri dah terbiar, tambah lagi masa.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Baling jangan.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Jelutong sudah dikeluarkan, tetapi Tanjong Malim masih hendak tahu apa jawapan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sudah bagi jawapan tadi.

Saya dah beri jawapannya. Ini keputusan mahkamah. Kalau pihak mahkamah dah beri keputusan kita tidak...

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Tidak, bukan. I rasa Menteri...

...Boleh disenaraihitamkan. Kalau...

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

...Menteri salah faham apa yang ditanya oleh Yang Berhormat Jelutong.

Saya hendak teruskanlah. Jangan buang masa, ada banyak soalan lain yang sepatutnya saya jawab.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Yang Berhormat Jelutong tidak tanya tentang mahkamah. Yang Berhormat Jelutong tanya...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Menteri tidak hendak faham itu.

Tuan Pengerusi Yang Berhormat Kota Kinabalu...

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

...Tentang LHDN tidak senarai hitamkan.

...Ada membangkitkan isu jumlah bayaran pemansuhan...

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

...Ini di bawah Kementerian Kewangan.

...Duti import dan eksais atas barangan petroleum kepada negeri Sabah dan Sarawak yang tidak disemak semula sejak tahun 1999. Untuk makluman Yang Berhormat, bayaran ini iaitu sebanyak RM120 juta masing-masing kepada Sabah dan Sarawak seperti yang disediakan di bawah B.11 merupakan pemberian Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri ekoran pemansuhan duti import dan duti eksais ke atas produk petroleum. Pemansuhan ini timbul ekoran berkuat kuasanya Perjanjian AFTA bermula pada 1 Januari 2020. Maka perlu ditekankan bahawa dengan pemansuhan bayaran ini Kerajaan Persekutuan tidak lagi menerima sebarang hasil berkaitan perkara itu kini. Dengan itu Kerajaan Persekutuan menanggung sebanyak RM240 juta setahun kepada negeri Sabah dan Sarawak melalui pembiayaan daripada hasil dan sumber lain iaitu termasuk daripada negeri lain lah. Namun begitu, Kerajaan Persekutuan kini terbuka dan seperti yang disebut semasa penggulungan dasar tempoh hari, bersedia untuk merunding dan meningkatkan pemberian Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak di bawah pemberian khas Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Okey, terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Formulanya penting. Bagaimanakah Kerajaan Pusat dapat identify berapa amaun yang payable dalam special grant to Sabah under Article 112D? Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, saya juga ingin tanya, adakah jawapan kepada soalan Yang Berhormat Sepanggar tadi berkenaan dengan rundingan khas Jana Wibawa. Terima kasih.

Okey, terima kasih. Saya akan pergi ke sana sekejap lagi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri masa sudah tamat, perlu berapa minit lagi Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Lima minit, baik. Sila set lima minit. Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Sampai pukul 4.

Tuan Pengerusi ini mengenai pemberian penyelenggaraan cerun jalan raya negeri. Yang Berhormat Tuaran ada membangkitkan tadi berhubung...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ya, itu satu tentang- minta maaf. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri saya- kalau saya tidak dengar, silap dengar itu defisit bajet ialah 6.5 peratus.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Tahun inilah.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Tahun depan ialah enam?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Memandangkan bahawa telah diturunkan dan tadi telah banyak Ahli Parlimen sebut tentang tambahan peruntukan untuk Sabah dan Sarawak. Sekiranya itu, yang saya telah cadangkan sebelum ini iaitu RM500 juta untuk Sabah, RM500 juta untuk Sarawak, RM500 juta untuk kaum Bumi dan RM500 juta untuk bukan Bumi. Dia hanya tambah kira-kira 0.1 peratus. Bolehkah ini dipertimbangkan supaya kita dapat membantu mereka yang ketinggalan dan juga mereka yang menghadapi masalah? Pada masa yang sama juga bertindak adil dalam belanjawan kepada semua rakyat Malaysia supaya kita boleh menjaga semua tanpa kira kaum, agama dan latar belakang. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Seperti yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Bagan, sebenarnya cadangan yang telah dibangkitkan kita dapat tingkatkan sebanyak RM500 juta itu datang daripada pihak Yang Berhormat Bagan dan rakan-rakan Yang Berhormat yang lain. Akan tetapi buat masa ini kita rasa ini mencukupi buat masa ini akan tetapi kalau perlu dinaikkan kita akan berbincang dan memperhalusi dan akan mempertimbangkan permohonan dan cadangan Yang Berhormat Bagan. Terima kasih.

Tumpat minta laluan, Tumpat.

Ya, saya tadi minta laluan untuk saya bertanyakan Yang Berhormat Bagan tadi masa ucapan Yang Berhormat Bagan tadi yang memohon ataupun mencadangkan supaya ditingkatkan peruntukan RM500 juta untuk Bumiputera, RM500 juta untuk non-bumi. Persoalan saya, sebelum dipertimbangkan oleh kerajaan, apakah asas perkiraan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bagan, RM500 juta untuk Bumiputera, berapa ramai Bumiputera yang ada. RM500 juta untuk bukan non-bumiputera berapa ramai non-bumiputera yang ada. Berapa ramai bumiputera yang miskin, berapa ramai non-bumiputera yang miskin supaya ia benar- benar memberi keadilan, bukan A campur B dibahagikan dengan dua untuk menunjukkan keadilan. Itu persoalan saya dan saya pohon penjelasan daripada kementerian.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ya, saya tidak ada halangan sekiranya tambah kepada bumi RM1 bilion, tambah kepada bukan bumi RM500 juta, itu tidak ada masalah.

No, yang penting pun...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Apa yang penting ialah kita tidak menentang apa yang diperuntukkan kepada kaum bumi.

Tuan Pengerusi, saya pun tidak ada masalah daripada segi peruntukan tambahan kepada mana-mana kaum.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Apa yang kita mahu untuk semua rakyat di Malaysia. So, saya harap Yang Berhormat Tumpat, janganlah main perkauman ekstremisme di sini.

Bukan, bukan itu maksud saya tetapi setiap cadangan mesti berasaskan kepada perkiraan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Oleh sebab beliau selalu suka mainkan perkauman dan ekstremisme untuk mengelirukan rakyat.

Mesti berasaskan kepada perkiraan, tidak semata-mata sebut untuk memainkan sentimen perkauman.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

So, sekali lagi saya sebut, tambah lebih untuk rakyat, kita tidak jadi masalah. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih. Sila duduk, sila duduk. Biar Yang Berhormat Menteri jawab.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, minta laluan. Yang Berhormat Menteri, Padang Serai.

Saya juga seperti Yang Berhormat Bagan, menyokong tambahan kepada mana-mana kaum, cuma ia mesti berasaskan kepada perkiraan, tidak semata-mata main sentimen perkauman untuk cuba bangkitkan masalah perkauman dan sebagainya.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Masa habis, masa habis.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Tumpat, duduk. Yang Berhormat Tumpat, duduk.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Menteri, minta laluan Padang Serai.

Saya hendak jawab Yang Berhormat Penampang tadi mengenai formula. Selepas itu, saya kembali kepada Yang Berhormat Padang Serai. Merujuk kepada persoalan Yang Berhormat Penampang tadi mengenai formula untuk Perkara 112D, mengikut Perlembagaan ia adalah berdasarkan keperluan kerajaan...

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Yang Berhormat Menteri Kewangan, bila duit hendak cukup. Bila kita bagi duit pada Kelantan, negeri miskin, dia beli Mercedes. Bilakah rakyat hendak dapat?

[Dewan ketawa]

[Ketawa] Okey, Yang Berhormat Penampang, sorry banyak yang mengganggu. Keperluan kerajaan bagi menyediakan perkhidmatan kepada rakyat dan pada masa sama mengambil kira kemampuan kewangan. Jadi, kita akan usahakan ini, Yang Berhormat. Kita akan berunding dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Negeri Sarawak seperti yang telah kita beri jaminan pada hari ini dan semasa dasar. Kita akan beri update lah kepada Yang Berhormat semua mengenai perbincangan kita dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak, Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri. Rundingan terus Janawi Bawah...

Saya belum habis jawab yang lain dahulu, Janawi Bawah kejap lagi. Soalan you yang lambat, banyak lagi yang bertanya dulu sebelum ini.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri, kalau tidak sempat, boleh buat jawapan bertulis, Yang Berhormat.

Beaufort pun belum dijawab lagi.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Padang Serai...

Banyak soalan. Ada wang yang tidak dituntut pun ada soalan tadi. Ini Yang Berhormat Tebrau, saya nampak ada di sini.

Bagi sampai pukul 4 lah, Tuan Pengerusi.

Yang Berhormat Tebrau telah bertanyakan tentang pengurusan wang tidak dituntut (WTD) ini. Untuk makluman, sehingga 31 Oktober 2021 terdapat RM12.8 bilion jumlah serahan diterima dan RM2.6 bilion jumlah bayaran balik serta RM2.4 bilion jumlah dikreditkan sebagai hasil. Jadi, bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat mengenai baki wang tidak dituntut, pelaksanaan semakan WTD ini secara dalam talian melalui e-GUMIS telah

mula dilaksanakan pada 1 Januari. Setakat 31 Oktober, seramai 3.1 juta orang telah mendaftar dan 11.6 juta orang telah melawat sistem ini. Silakan, Yang Berhormat. Soalan terakhir dan...

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma tanya tentang tentera sahaja. Elaun Pingat Jasa Malaysia, saya ingin bertanya bahawa elaun Pingat Jasa Malaysia masih belum diperoleh untuk tahun ini dan ini melibatkan 121,816 orang veteran dan hak mereka diabaikan begitu sahaja. Saya mohon penjelasan daripada pihak Kementerian Kewangan mengenai isu ini. Pemberian elaun ini hanya melibatkan kos RM61 juta sahaja. Ini adalah untuk menghargai jasa veteran yang berkorban nyawa untuk negara. Semasa Yang Berhormat Kota Raja menjadi Menteri Pertahanan dan Yang Berhormat Bagan menjadi Menteri Kewangan, dapat. Akan tetapi sekarang tidak dapat, saya hairan. Mohon jawab, Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih. Ini tidak ada dalam butiran di Kementerian Kewangan. Kita akan berbincang dengan Kementerian Pertahanan. Itu sahajalah daripada saya pada petang ini. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Menteri, tentang Vellfire...

Yang Berhormat Menteri...

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kewangan atas jawapan itu. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM15,946,434,600 untuk Kepala B.10, B.11; dan B.12 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2022 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.10, B.11 dan B.12 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.10 dan P.70 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.10 dan P.70 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2022 Jawatankuasa — Kepala B.20 [Jadual]- Kepala P.20 [Anggaran Pembangunan 2022] -Bill

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Kepala Bekalan B.20, dan Kepala Pembangunan P.20 di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi terbuka untuk di bahas sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ada 14 senarai nama. Saya sebut: (i) Yang Berhormat Tebrau; (ii) Yang Berhormat Hang Tuah Jaya; (iii) Yang Berhormat Kuala Krai; (iv) Yang Berhormat Beruas; (v) Yang Berhormat Kemaman; (vi) Yang Berhormat Pokok Sena; (vii) Yang Berhormat Dungun; (viii) Yang Berhormat Seputeh;

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

(ix) Yang Berhormat Jerai; (x) Yang Berhormat Tampin; (xi) Yang Berhormat Setiu; (xii) Yang Berhormat Jempol; (xiii) Yang Berhormat Kota Samarahan; dan (xiv) Yang Berhormat Kalabakan. Saya menjemput Yang Berhormat Tebrau untuk memulakan perbahasan Peringkat Jawatankuasa, lima minit.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Izinkan saya sertai perbahasan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Tuan Pengerusi, butiran-butiran yang saya akan sentuh berkaitan dengan Butiran 020200 – Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Butiran 020300 – Lembaga Koko Malaysia (LKM), Butiran 020400 – Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan juga Butiran 020500 – Lembaga Lada Malaysia (MPB). Saya ingin minta Yang Berhormat Menteri yang baru-baru mengambil alih kementerian ini menyatakan apakah cabaran-cabaran yang kementerian ini hadapi untuk menempatkan kementerian ini ke satu tempat supaya ia boleh menyambung sebahagian besar KDNK atau GDP, dengan izin, pada tahun depan dan seterusnya? Sila nyatakan juga langkah-langkah yang telah diambil oleh keempat-empat lembaga ini supaya pengeluaran-pengeluaran dapat bertambah dengan ketara serta nilai eksportnya boleh meningkat dengan kadar yang ketara. Saya ingin tanya juga, apakah produk-produk downstream yang sedia ada? Apa yang sedang dalam perancangan selanjutnya yang akan menghasilkan produk-produk yang bernilai tinggi agar bukan pengilang-pengilang yang akan untung besar tetapi pekebun-pekebun juga yang akan untung akibat penambahan market demand, dengan izin. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Apa manfaatnya pembangunan MS Standard grading kenaf yang baru-baru diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri tidak lama lalu supaya kenaf boleh jadi satu komoditi yang akan menghasilkan banyak pendapatan kepada pekebun-pekebun, khususnya di kawasan luar bandar? Seterusnya, saya ingin sentuh Butiran 030300 – Menangani Kempen Anti Minyak Sawit. Saya lihat peruntukan yang diminta dalam bajet ini sama dengan tahun yang lepas. Adakah ini bermakna ancaman daripada Kempen Anti Minyak Sawit semakin kurang atau Yang Berhormat Menteri sudah ada strategi baru untuk mengelak atau mengatasi pergerakan anti minyak sawit? Sila nyatakan strategi baru untuk memastikan market demand, dengan izin, bagi minyak sawit akan kekal kuat pada masa yang akan datang. Butiran seterusnya ialah Butiran 030400 – Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, setakat mana MSPO diterima oleh pasaran antarabangsa? Apakah langkah-langkah yang sedang atau akan diambil untuk menempatkan MSPO sebagai satu- kayu ukur yang lebih baik daripada RSPO? Memandangkan Malaysia ialah negara yang paling awal menyediakan pusat R&D, dengan izin, dan sebagainya. Jadi bagi saya, MSPO harus diguna pakai sebagai satu ukur kayu yang lebih penting berbanding dengan RSPO.

Akhir sekali adalah Butiran 030500 - Insentif Pengeluaran Getah (IPG). Saya lihat peruntukan bajet hanya adalah RM180 juta sahaja berbanding dengan RM300 juta sebelum ini. Apa sebab bajet insentif pengeluaran getah dikurangkan sedangkan banyak barang seperti tayar dan sarung tangan memerlukan susu getah? Pengilang-pengilang sarung tangan banyak mengimport susu getah dari Thailand dan Indonesia. Apa sebab atau kekangan yang buat pekebun-pekebun Malaysia tidak jual susu getah yang bernilai lebih tinggi? Adakah kerajaan ada pelan tindakan untuk mengalih kepada pengeluaran susu getah menggantikan sekerap getah yang bernilai lebih rendah berbanding dengan susu getah. Akhir sekali, saya hendak tambah lagi satu adalah di bawah Butiran 040000 - One-off. Di bawah sini adalah satu program peningkatan produktiviti getah diperuntukkan RM15 juta. Apa ini yang disebutkan dalam apa program ini dan apa yang dijangkakan akan dihasilkan dari program? Itu saja daripada saya, daripada soalan saya. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Silakan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Waalaikumussalam.

Pertamanya ialah tentang Butiran 030300, berkaitan dengan menangani kempen anti minyak sawit. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri, kita difahamkan pada awal tahun ini telah pun difailkan satu tindakan undang-undang terhadap EU berkait tentang kempen-kempen yang amat negatif terhadap minyak sawit. Jadi saya ingin tanya, apakah perkembangan pemfailan kes ini dan perkembangan kes ini? Apakah RM20 juta yang diperuntukkan itu memadai dalam konteks untuk kita memainkan peranan yang bersungguh-sungguh menangani isu ini? Ini kerana kita tahu sekarang ini terdapat black campaign, kempen yang pada saya amat teruk. Bagaimana kita memanfaatkan negara-negara yang bersama dengan kita seperti Indonesia dan juga syarikat-syarikat yang mempunyai sumber yang banyak untuk sama-sama kita memanfaatkan, bersepadu dalam usaha kerajaan menangani kempen anti minyak sawit di Eropah ini. Itu yang pertama. Kedua, saya juga ingin bangkitkan Butiran 030400 - MSPO yang diperuntukkan sebanyak RM35 juta. Saya ingin tanya kementerian, apakah fokus utama untuk tahun hadapan ini dan bagaimana kementerian memanfaatkan misalnya Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM)? Dahulunya kita memberikan seperti semacam satu geran RM1 juta untuk KPSM-KPSM ini bergerak secara sendiri. Apakah perkara ini sekarang ini diteruskan ataupun ada kaedah baharu untuk merancakkan lagi industri sawit ini terutamanya melalui KPSM ini kerana kita tahu koperasi-koperasi ini membantu pekebun- pekebun kecil sawit ini. Perkara yang ketiga yang ingin saya bangkitkan ialah Butiran 020400 - Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB). Di sini dinyatakan ada peruntukan sebanyak RM20 juta. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri, dalam industri kayu ini, antara perkara yang saya fikir masih lagi kita tercicir atau mungkin terlepas pandang ialah berkaitan tentang penglibatan bumiputera dalam industri perkayuan ini. Saya ingin tanya kepada kementerian, setakat ini berapa persen, berapakah peratus penglibatan bumiputera termasuk mereka yang muda-muda ini daripada segi aspek designnya dan sebagainya kerana kita tahu bahawa industri kayu ini amat baik untuk kita kembangkan terutama di sebelah Pantai Timur dengan kreativiti mereka untuk membuat reka cipta dan sebagainya. Ini kerana daripada peruntukan yang sedia ada ini saya percaya kalau kita tidak memperuntukkan jumlah yang mencukupi untuk membantu mendanai kumpulan

bumiputera ini, saya percaya ia akan jadi satu perkara yang amat menyedihkan kerana industri kayu ini ia berkait dengan juga industri kreatif. Kita tahu ramai anak-anak muda sekarang ini terlibat dan minat dengan industri kreatif. Seterusnya Tuan Pengerusi ialah tentang Butiran 030600 - IMPAC. IMPAC ini adalah satu institusi yang untuk membantu industri ataupun komoditi ini menarik minat anak-anak muda untuk terlibat aktif di dalam industri ini. Kita hendak pastikan tidak ada lagi ataupun berkurangnya, kita boleh ambil kurang pekerja-pekerja asing. Kita ambil ramai pekerja-pekerja tempat. Jadi, IMPAC satu institusi yang pada saya penting untuk kita memberikan tumpuan. Jadi saya lihat peruntukan yang diberikan amat sedikit, RM1.5 juta. Walhal, saya percaya dalam keadaan sekarang ini kita boleh rancakkan lagi IMPAC ini, institusi komoditi ini untuk menarik ramai lagi anak-anak muda untuk terlibat secara aktif. Apakah strategi kementerian itu ada perubahan ke arah memperkasakan IMPAC ini? Seterusnya Tuan Pengerusi ialah berkait tentang Butiran 030500 - IPG. Saya melihat dalam buku belanjawan ini, RM180 juta diperuntukkan. Kita tahu Insentif Pengeluaran Getah ini akan diberikan kepada mereka yang terkesan dengan musim tengkujuh dan mereka ini merupakan pekebun kecil yang mesti kita bagi dukungan. Cuma saya ingin tanya kementerian, apakah di sana terdapat satu strategi yang lain, iaitu bukan sekadar kita memberikan bantuan sewaktu musim tengkujuh, tetapi ada strategi misalnya untuk menambahkan lagi hasil pertanian mereka. Misalnya kalau berlaku musim tengkujuh, mereka boleh venture ataupun membuat perkara-perkara yang lain yang boleh menambahkan lagi pendapatan. Misalnya di Kedah dulu ada orang tanam cendawan yang boleh menjana pendapatan tambahan sewaktu musim tengkujuh. Jadi saya ingin tanya kementerian, apakah ini dirancakkan lagi? Bukan sekadar kita bagi insentif ataupun IPG ini, tetapi kita juga beri dorongan kepada mereka untuk menambah pendapatan dengan cara yang lain. Akhirnya Tuan Pengerusi ialah berkait tentang - kita tengok bajet atau pembangunan ya. Perkara 11101 - MPOB. Dahulunya RM14 juta kita peruntukkan, sekarang ini untuk tahun depan kita peruntukkan RM39 juta. Jadi, berlaku peningkatan yang agak signifikan. Saya ingin tanya, apakah perincian program pembangunan ini untuk MPOB kerana kita tahu sekarang harga sawit tengah meningkat. Jadi saya percaya dengan peningkatan itu tentunya membantu industri sawit, tetapi kenapa peruntukan yang banyak ini disediakan? Apakah rasionalnya? Kita juga ingin tanya kepada kementerian, ada Butiran 94000. Apakah projek berimpak tinggi perusahaan, perladangan dan komoditi yang diperuntukkan sebanyak RM10 juta? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Silakan Yang Berhormat Kuala Krai.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Pengerusi

Waalaikumussalam.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh maksud B.20, Butiran 030500 - IPG. Ada banyak penurunan daripada RM300 juta kepada RM180 juta. Saya mencadangkan kerajaan perlu meneruskan pembayaran Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada tahap tertinggi walaupun berlaku kenaikan harga getah global. Ini adalah usaha berterusan oleh kerajaan bagi membantu golongan penoreh dan juga pekebun kecil ini. Walaupun harga getah telah meningkat, saya difahamkan kepada RM3.50, RM3.80 sekilogram, saya cadangkan pihak kerajaan tetap meneruskan bayaran IPG sekurang-kurang RM0.50 sekilogram khususnya di musim tengkujuh ini kerana walaupun harga getah naik, tetapi jika dikira dengan jumlah hari yang boleh para penoreh ini boleh menoreh getah, hanya sekitar seminggu sahaja sebulan. Saya dimaklumkan dalam bulan November ini sahaja, hanya sekitar bawah daripada tujuh hari mereka dapat menoreh. Isu yang kedua Tuan Pengerusi ialah maksud P.20, Butiran 11101 - Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Terlebih dahulu saya ingin kepastian apakah moto

kementerian terkini? Sebelum ini “Sawit Anugerah Tuhan” dan “Sayangi Sawitku”. Jadi, yang terkini apa dia Yang Berhormat Menteri? Industri sawit adalah salah satu penyumbang utama pertumbuhan ekonomi Malaysia dan industri ini memberi input kepada pelbagai produk hiliran bernilai tambah yang tinggi dan menyumbang kepada pendapatan eksport negara.

Isu yang saya ingin menarik perhatian pihak kementerian ialah, pertama, isu kekurangan tenaga pekerja. Saya berharap kerajaan dapat mengatasi masalah ini dan berharap akan wujud inisiatif atau program yang membantu mempercepatkan mekanisasi dan automasi di sektor kelapa sawit untuk mengurangi kebergantungan sektor perladangan kepada tenaga kerja dan membantu meningkatkan produktiviti. Dalam masa yang sama, kerajaan sepatutnya melakukan pelbagai R&D termasuk cara inovatif untuk menuai dan memproses buah kelapa sawit serta meningkatkan mekanisme pertanian dan automasi yang tepat termasuk bekerjasama dengan MOSTI dan agensi di bawahnya bagi mempercepatkan usaha mendapatkan mekanisme baharu yang canggih dan sesuai dengan keperluan semasa. Isu kedua dalam Butiran ini, Tuan Pengerusi, ialah produk-produk sawit. Saya juga ingin bertanya dan meminta pihak kementerian agar dapat menyenaraikan produk- produk yang telah dihasilkan oleh Malaysia selain minyak sawit, susu ataupun sebagainya yang biasa kita dengar. Apakah terdapat cadangan produk baharu yang bakal dihasilkan dalam masa terdekat? Negara jiran kita, Indonesia telah memulakan inovasi baharu dengan menghasilkan gula daripada biji kelapa sawit. Saya rasa kita perlu mengambil langkah yang sama dengan mempelbagaikan hasil daripada sawit ini. Saya pasti jika inovasi sebegini dapat kita hasilkan, harga sawit akan terus melonjak dengan lebih tinggi dan tentunya ia akan memberi pulangan yang lebih besar kepada rakyat dan negara kita. Pihak kementerian perlu lebih agresif mempromosikan produk-produk sawit yang dihasilkan oleh negara kita. Peningkatan dalam permintaan minyak sawit sewajarnya diberi perhatian oleh pihak kerajaan dengan memberi peruntukan untuk meningkatkan pelaksanaan program biodiesel bagi sektor pengangkutan dan perindustrian. Isu yang terakhir, Tuan Pengerusi, ialah Maksud P.20, Butiran 11001 – Lembaga Getah Malaysia (LGM). Masalah yang amat ketara dalam sektor tanaman getah ialah mengenai harga pasaran bagi getah. Harga getah adalah amat bergantung pada mekanisme keseimbangan di antara permintaan dan penawaran di pasaran antarabangsa. Ketidakstabilan harga merupakan satu risiko besar dalam pasaran komoditi. Persoalan saya, bagaimana pihak kementerian dapat mengawal harga getah ini supaya tidak turun bawah paras lantai yang ditetapkan oleh kerajaan? Jika jawapannya ialah bergantung pada pasaran antarabangsa, maka perlu ada inisiatif dan peranan kita dalam menangani isu ini. Negara kita menjadi pengeluar getah asli ketujuh di dunia. Dalam masa yang sama, kita banyak menggunakan tayar import dari luar negara. Dengan sumber getah yang sedia ada, kenapa kerajaan tidak menggiatkan lagi industri pengeluaran tayar buatan Malaysia? Adakah sudah terdapat kajian mengenai ini? Saya pasti seandainya kita berjaya menjadi pengeluar tayar dengan menggunakan sumber getah kita sendiri, akan berlaku lonjakan permintaan terhadap getah dan tentu ia akan memberi kelebihan kepada harga getah di dalam negara kita. Kempen-kempen menggunakan tayar buatan Malaysia perlu lebih giat dijalankan oleh pihak kementerian dan juga boleh gunakan peranan NGO. Saya juga ingin kepastian tentang penggunaan getah dalam pembinaan jalan raya sebagaimana yang diuar-uarkan sebelum ini. Berapa peratuskah jumlah campuran getah yang telah digunakan pada tahun ini untuk membina jalan raya? Terima kasih Tuan Pengerusi. Itu sahaja. Wallahualam. Assalamualaikum.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Beruas. Silakan.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya membawa satu perkara di bawah Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi iaitu Butiran 020100 – Kemajuan Industri Komoditi. Tuan Pengerusi, saya amat kecewa kerajaan hanya menggunakan RM9.1 juta untuk kemajuan industri komoditi bagi tahun 2021 dan dianggarkan hendak belanja RM14.6 juta untuk kemajuan industri ini. Tuan Pengerusi, kita tahu, atau ramai tidak tahu, bahawa industri kelapa sawit yang begitu penting kepada negara kita, industri ini sekarang di hujung tanduk. Sungguhpun harganya melambung tinggi tetapi kemungkinan besar industri ini akan lumpuh dan lenyap daripada negara ini dan menyebabkan ada kesan ke atas pendapatan berjuta-juta rakyat negara kita. Tuan Pengerusi, kita tahu bahawa kos pekerja sudah naik melambung tinggi kerana tidak cukup pekerja. Daripada satu laporan, 70 peratus daripada pekerja di ladang kelapa sawit kita ini adalah pekerja asing. Juga, harga baja telah naik mendadak. Negara kita ini juga telah pun mengenakan berlapis-lapis cukai ke atas industri sawit ini termasuk levi pekerja asing, levi untuk penyelidikan, windfall tax, cukai eksport dan juga corporate tax yang pada satu masa, saya mencantumkannya, lebih kurang bersamaan dengan corporate tax 60 peratus. Hari ini kita boleh menikmati harga tinggi adalah semata-mata kerana polisi Indonesia untuk tidak lagi menggalakkan eksport CPO ke negara lain dan telah mengenakan cukai eksportnya sehingga USD200 untuk November 2021 dan eksport levi sebanyak USD175. Jadi, kesemuanya USD375 yang bersamaan dengan RM1,575. Bayangkan kalau satu hari Indonesia tidak lagi mengenakan eksport yang tinggi dan pekerja-pekerja mereka tidak lagi datang ke Malaysia dan kalau harga turun mendadak seperti harga tiga tahun yang lepas, lebih kurang RM1,800 sampai RM2,000 satu metrik tan CPO, kalau berbanding dengan sekarang ini lebih kurang RM5,400 satu metrik tan CPO, bayangkan. Ia akan lumpuh dan tidak lagi mendatangkan keuntungan kepada negara kita. Ini berlaku kepada bijih timah di Malaysia dan satu generasi mereka yang bergantung pada bijih timah menjadi miskin. Jadi, harapan saya ialah kerajaan mesti sekurang-kurangnya daripada lebih kurang RM12 bilion cukai yang diterima daripada industri ini, sekurang-kurangnya RM100 juta mesti digunakan untuk research and development (R&D). Saya hanya bayangkan satu cara sahaja untuk kita mengatasi masalah tenaga buruh yang sangat runcing ini iaitu kita mesti adakan satu teknologi, dengan izin, artificial intelligence yang canggih, yang pintar seperti manusia yang boleh terbang, kemudian memancarkan satu sinaran ke atas buah-buahan dan tahu buah-buahan itu sudah masak atau tidak dan juga tahu mana tangkainya, kemudian menggunakan laser untuk memotong buah ini. Nampaknya macam science fiction tetapi, Tuan Pengerusi, teknologi ini sudah ada dalam bidang perubatan. Harapan saya, dengan jumlah wang yang cukup yang kita laburkan, kita boleh ada teknologi sedemikian untuk mengatasi masalah ini. Kalau ini lebih murah, kita labur setiap tahun RM100 juta, daripada seluruh industri ini lumpuh yang mana kita boleh dapat sampai RM12 bilion cukai setahun. Itu sahaja harapan saya iaitu dinaikkan jumlah untuk R&D ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Yang Berhormat Kemaman, silakan.

Tuan Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi memberi peluang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa. Saya teruskan kepada Butiran 030300 – Menangani Kempen Anti Minyak Sawit. Industri minyak sawit memainkan peranan penting dalam sektor ekonomi negara.

Tuan Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman

Kalau kita melihat pada tahun 2019, industri ini menyumbangkan 4.67 peratus kepada Keluaran Dalam Negara (KDNK) dan sekitar 37.9 peratus kepada KDNK Pertanian. Sementara itu, jumlah pendapatan eksport pula sekitar RM64.84 bilion. Walaupun prestasi pencapaian bagi komoditi ini amat memberangsangkan, perlu diakui bahawa cabaran yang dihadapi oleh industri minyak sawit di peringkat global mempengaruhi kedudukan pasarannya. Isu yang paling ke hadapan ialah serangan melalui Kempen Anti Minyak Sawit yang mengaitkan isu kesihatan alam sekitar dan hak asasi manusia secara pukul ratanya. Serangan ini nyata memberi kesan dalam memalitkan sentimen negatif terhadap minyak sawit negara seterusnya menyebabkan penurunan permintaan produk berasaskan komoditi tersebut. Kalau kita melihat bagaimana kebanyakan masyarakat di negara-negara Eropah amat sensitif apabila melibatkan isu-isu kelestarian alam sekitar dan juga hak asasi manusia. Disebabkan faktor tersebut, sering kali berita-berita daripada saluran media dan komunikasi berkenaan isu tersebut diambil terus tanpa menyelidiki fakta secara sahih dan tepat. Soalannya, sejauh manakah kerajaan menggunakan strategi advokasi melalui saluran media sosial untuk memulihkan imej minyak sawit negara di peringkat global? Hal ini kerana, seperti yang kita maklum platform media sosial mempunyai keterangkuman yang jauh lebih meluas sekali gus kesalah fahaman mengenai minyak sawit boleh diperbetulkan dengan lebih pantas dan berkesan lagi. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh mengenai Butiran 030300 – Persijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO). Di bawah program khusus kementerian, galakan terhadap pekebun sawit di negara ini untuk mendapatkan pengiktirafan Sijil Minyak Sawit MAMPAN Malaysia (MSPO) memberi manfaat kepada lebih 400 ribu orang pekebun kecil terutamanya 258,657 orang pekebun kecil persendirian. Antara fokus utama di bawah MSPO ini ialah untuk membantu pekebun mendapatkan hasil Buah Tandan Segar (BTS) yang bermutu tinggi secara langsung dapat meningkatkan kadar perahan minyak seterusnya mampu meningkatkan pendapatan pekebun kecil. Oleh itu, mohon penjelasan pihak kementerian mengenai statistik peratusan terkini pekebun kecil sawit yang telah mendaftar di bawah MSPO mengikut negeri dan apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian bagi memastikan 100 peratus pekebun kecil pekebun sawit ini di negara kita ini mendapat pensijilan MSPO? Seterusnya kedua, sejauh manakah pengiktirafan MSPO ini diterima di peringkat global dan sejauh mana ia telah menarik pelaburan baharu ke negara ini serta membantu kementerian meneroka pasaran baharu untuk tujuan eksport minyak sawit ini? Mohon penjelasan daripada pihak kementerian? Tuan Pengerusi, seterusnya terakhir di bawah Butiran 040100 – Program Peningkatan Produktiviti Getah yang akan diperkenalkan pada tahun 2022 ini dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM15 juta. Saya mohon penjelasan kementerian apakah bentuk program yang akan dilaksanakan untuk meningkatkan produktiviti getah sedia ada dan sejauh manakah perancangan program tersebut mengambil kira pekebun kecil yang dihimpit keperitan dan kemiskinan susulan harga getah yang rendah pada hari ini? Selain itu, saya juga telah meneliti jawapan daripada pihak kementerian berkenaan isu cadangan harga lantai getah sebanyak RM3.50 sekilogram bermula pada Januari tahun depan 2022. Oleh itu saya ingin menzahirkan penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri atas pertimbangan untuk mengkaji cadangan tersebut dengan mengambil kira pandangan daripada kementerian-kementerian yang lain berkenaannya. Oleh itu saya berharap ia menjadi kenyataan khususnya bagi membantu para pekebun kecil kita di luar sama. Saya turut berpendapat bahawa harga lantai yang dicadangkan ini mampu membantu lebih ramai kalangan pekebun kecil untuk keluar daripada himpitan kemiskinan hidup.

Tuan Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman

Bukan itu sahaja bahkan ia bakal turut menarik golongan anak muda untuk berkecimpung dalam sebagai pekebun kecil seterusnya mampu memacu ekonomi secara mikro di kawasan-kawasan luar bandar khususnya. Saya rasa itu sahaja Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Kemaman. saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena, silakan.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak menyentuh tentang Lembaga Getah Malaysia. Walaupun tidak ada dalam Butiran ‘B’ tidak ada dalam ‘P’ sahaja. Saya harap sepatutnya lain kali maknanya perlu ada butiran di dalam ‘B’ iaitu berkaitan dengan Belanja Mengurus iaitu bagi Lembaga Getah Malaysia. Lembaga Kenaf, Lembaga Koko, Lembaga Perindustrian Kayu, Lembaga Lada ada tetapi saya hendak sentuh menggunakan P.20, Butiran 11001 – Lembaga Getah Malaysia. Akan tetapi, bukan berkaitan dengan butiran peruntukan yang disebut. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang status tawaran pajakan bagi Lot Nombor 20013, Seksyen 88, Jalan Ampang Kuala Lumpur milik Lembaga Getah Malaysia kepada Al-Noor Foundation. Yang disebut dengan nilai pajakan sebanyak RM0.70 sekaki per segi bagi tempoh 15 campur 10 tahun dengan kenaikan kadar pajakan sebanyak 10 peratus setiap lima tahun yang telah menimbulkan mengenai isu sangat kontroversi sebelum ini yang berkaitan dengan arahan yang dibuat oleh Menteri yang sebelum daripada Yang Berhormat. Begitu juga berkaitan dengan cadangan, arahan daripada pihak Menteri pada waktu itu iaitu cadangan supaya LGM mengenal pasti lot tanah yang bersesuaian dicadangkan dijual bagi menampung kos operasi. Jadi saya hendak tanya status kedua- dua perkara ini apakah telah di-confirm-kan bahawa pajakan itu berlaku dengan kadar yang disebut sebelum itu? Adakah benar LGM tidak mampu lagi menampung kos operasi sehingga terpaksa menjual tanah-tanah yang dikatakan bersesuaian bagi dijual untuk menampung kos operasi. Ini sepertimana yang disebut oleh satu arahan yang keluar oleh pegawai-pegawai di peringkat kementerian yang menggunakan Arahan-arahan Menteri. Inilah yang telah menimbulkan isu kontroversi sehingga berlaku peletakan jawatan Pengerusi LGM iaitu Ahli Parlimen daripada Lipis ataupun Jerantut kerana berlaku ketidaksetujuan daripada segi keputusan yang telah dibuat oleh pihak Menteri. Terakhirnya saya hendak dapatkan penjelasan Butiran 030500 – Insentif Pengeluaran Getah (IPG). Kalau kita lihat dalam buku ini Tuan Pengerusi Yang Berhormat Menteri... [Menunjukkan senaskhah dokumen] Diperuntukkan sebanyak RM180 juta sedangkan kalau dilihat dalam Anggaran Perbelanjaan 2021, untuk tahun 2021 RM300 juta. Jadi, kenapakah berlaku pengurangan yang begitu besar? Adakah ini menunjukkan bahawa pengurangan dari sudut pekebun kecil yang berdaftar dengan pihak kerajaan dengan pihak yang berkuasa? Ini sangat penting sebab saya bimbang bahawa kalau keadaan ini tidak ditangani secara yang baik sebaiknya jika berlaku sesuatu keadaan maka akan terkesan kepada pekebun-pekebun kecil itu sendiri. Jadi, saya minta bahawa kalau berlaku pengurangan ataupun masih banyak lagi pekebun-pekebun kecil yang tidak berdaftar satu operasi besar-besaran perlu dibuat dengan segera untuk mendaftarkan mereka supaya mereka tidak terkesan daripada kejatuhan harga getah dan mereka akan mendapat bantuan insentif ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Dungun, silakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Butiran 020100 – Kemajuan Industri Komoditi. Dengan peruntukan yang ada itu apakah perancangan penggunaan teknologi terkini dan penghasilan produk berasaskan komoditi bernilai tambah tinggi khusus bagi minyak sawit? Seterusnya Butiran 020200 – Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN). Saya ingin bertanyakan beberapa persoalan berkenaan Lembaga Kenaf dan Tembakau. Pertama, sejauh manakah industri tembakau mampu bertahan dalam negara kita pada dekad ini dan masa akan datang? Kedua, apakah fungsi kenaf telah berjaya menggantikan tembakau dalam masa terdekat ini seperti pernah diuar-uarkan sebelum ini?

Ketiga, apakah perancangan kementerian untuk memperhebatkan industri kenaf yang amat berpotensi menjadi sumber pendapatan yang lumayan kepada para pengusaha? Seterusnya, Butiran 020500 – Lembaga Lada Malaysia (MPB). Jika dilihat kepada Bajet 2022, jumlah yang diperuntukkan adalah sebanyak RM21 juta iaitu jumlah yang sama pada tahun ini. Soalan saya yang pertama, Lembaga Lada Malaysia yakni MPB menjangka harga lada akan meningkat secara berperingkat bermula 2021 berikutan harga lada telah mengalami penurunan pada 2016 dan 2017 serta berterusan hingga 2020. Apakah, unjuran harga lada pada tahun 2022? Kedua, jika harga lada meningkat, apakah peruntukkan RM21 juta sudah termasuk inisiatif dan program yang akan dilaksanakan bagi menarik lebih ramai anak muda terlibat dalam industri ini? Ketiga, setakat maklumat September 2020, Malaysia telah mengimport lada mewakili 53.7 peratus dari Vietnam daripada jumlah keseluruhan import lada Malaysia. Soalan saya, adakah kementerian merancang untuk mengurangkan kebergantungan terhadap lada import? Apakah peluang-peluang yang telah diberi kepada pengusaha- pengusaha tempatan dalam memasarkan lada tempatan kerana fungsi Lembaga Lada Malaysia ialah memaju, membangun dan mengawal selia industri lada menerusi penggalakan penanaman, peningkatan penyelidikan, pengeluaran serta pemasaran industri lada. Seterusnya, saya ingin untuk menyebut dari Butiran 030500 – Insentif Pengeluaran Getah (IPG). Soalan saya, apakah beza Insentif Pengeluaran Getah dengan Butiran 040100 – Program Peningkatan Produktiviti Getah? Kedua, mengapa peruntukkannya dikurangkan dari RM300 juta kepada RM180 juta? Adakah peruntukkan RM180 juta itu sudah mencukupi? Ketiga, adakah bekalan getah pada waktu ini sudah mencukupi bagi menampung industri getah yang masih rancak walaupun ekonomi global masih belum pulih sepenuhnya? Keempat, apakah kementerian akan membuat penyelidikan jangka panjang bagi memastikan industri getah negara kekal relevan merangkumi beberapa teknologi penting dalam sektor barangan getah? Pengeluaran getah asli merosot 33.5 peratus kepada 23,013 tan pada April 2021 berbanding 34,616 tan pada April 2020 menurut Jabatan Perangkaan Malaysia. Pengurangan stok ini turut dipengaruhi oleh faktor di peringkat penawaran. Justeru, stok sedia ada juga digunakan bagi menampung pengurangan pengeluaran itu. Penurunan ini berikutan kebimbangan mengenai pasaran getah di peringkat global. Soalan saya, apakah perancangan kementerian untuk jangka masa panjang bagi menangani masalah ketidaktentuan harga getah bagi memastikan pendapatan rakyat yang terlibat dalam sektor ini menjadi stabil. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Seterusnya Yang Berhormat Seputeh. Silakan.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya rujuk kepada Bekalan 20, Butiran 030300. Saya hendak bincang tentang isu berkaitan dengan fungsi pejabat MPOC di luar negara. Tuan Pengerusi, saya difahamkan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) mempunyai beberapa pejabat di luar negara sebagai usaha untuk mempromosi minyak sawit Malaysia. Lokasi pejabat-pejabat MPOC ini biasanya terletak di negara atau bandar yang strategik supaya pegawai MPOC tersebut boleh berkhidmat untuk pengimport minyak sawit di rantau berkenaan secara berkesan. Walau bagaimanapun, di bawah arahan mantan Menteri MPIC, beliau mengarahkan pejabat MPOC yang baru dibuka di Saudi Arab dengan tujuan mempromosi minyak sawit Malaysia di Timur Tengah. Saya rasa aneh kerana MPOC telah mempunyai dua pejabat di Timur Tengah iaitu di Istanbul dan Cairo untuk memberi perkhidmatan kepada pengimport minyak sawit di pasaran Timur Tengah. Selain itu, MPOB juga mempunyai pejabatnya di Cairo. Sebelum ini, pengurusan MPOC yang menghadapi kekurangan eksport minyak sawit ke Mesir kerana persaingan hebat daripada Indonesia. MPOC telah menurun pangkat atau downgrade pejabat Cairo dan mengekalkannya sebagai pejabat hubungan atau market liaison office. Akan tetapi menumpukan segala usaha mempromosi minyak sawit di Timur Tengah di Istanbul di Turki. Strategi ini memang sudah berjaya dan ia memang juga jimat kos. Saya setuju usaha kementerian dan juga MPOC untuk mempromosi minyak sawit Malaysia di rantau Timur Tengah termasuk di Saudi Arab. Akan tetapi pejabat baharu di Saudi Arab memang adalah berlebihan ataupun kita kata redundant kerana kebanyakan pengimportan minyak sawit dari Saudi Arab itu adalah dari Indonesia. Perdagangan ataupun trade di Saudi Arab ini hampir dimonopoli oleh seorang pengimport minyak sawit yang tunggal, yang selalu beli minyak sawit berdasarkan siapa tawar harga yang murah dan selalunya syarikat itu beli dari Indonesia. Jadi, memandangkan Kementerian Kewangan hanya memperuntukkan RM20 juta kepada MPOC untuk tahun hadapan, saya memang ingin menyoal sama ada perlunya MPOC mewujudkan tiga pejabat di Timur Tengah iaitu di Istanbul, Riyadh dan Cairo. Perbelanjaan pengurusan tahunan setiap pejabat di Timur Tengah ini adalah RM1 juta. Bukankah ini satu bentuk pembaziran? Selain itu, adalah penting bagi kementerian untuk meneliti sama ada keadaan redundancy yang sama berlaku di rantau yang lain seperti di Shanghai, di Brazil dan Washington DC. Di mana tempat-tempat ini juga menghadapi keadaan yang sama di mana wujudnya pejabat MPOB dan MPOC. Saya ingin mencadangkan Yang Berhormat Menteri mengkaji atau menyatukan atau kita kata consolidate, operasi pejabat dan agensi minyak sawit ini. Dana yang dijimatkan mungkin boleh digunakan untuk mempromosi minyak sawit Malaysia di tempat lain khususnya di benua Afrika dan di rantau Asian yang menunjukkan peningkatan pengimportan minyak sawit dari Malaysia. Sehubungan dengan itu, saya juga dengar terdapatnya cadangan bagi kementerian untuk menutup pejabat MPOC di Amerika Syarikat dan Eropah kerana kempen anti sawit telah menyebabkan pengurangan pengimportan minyak sawit sama ada dari Malaysia ataupun Indonesia. Saya ingin mencadangkan supaya kementerian jangan menutup pejabat-pejabat ini kerana kita memang perlu wakil daripada MPOC ataupun MPOB di negara-negara barat ini untuk memberi keterangan tentang kebaikan dan khasiat minyak sawit di negara- negara barat ini yang mempunyai kempen anti sawit yang kuat. Kita memang perlu ada wakil untuk menceritakan tentang usaha-usaha yang positif yang dilakukan oleh industri sawit Malaysia termasuk MPIC seperti usaha pensijilan MSPO, usaha penanaman pokok rimba hutan dan konservasi dan segala usaha yang mesra dengan alam sekitar kepada negara-negara barat tersebut demi menaikkan imej minyak sawit di Malaysia. Tuan Pengerusi, sedikit saya hendak tambah iaitu tentang Tun Abdul Razak Research Centre (IPPTAR) berkaitan Butiran11001 – Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Semasa saya pegang jawatan di MPIC pada tahun 2018, saya difahamkan Tun Abdul Razak Research Center (TARRC) yang merupakan Pusat Kajian Sains dan Teknologi Getah yang terletak di London mengalami kerugian hampir RM30 juta setiap tahun. Bekas Pengerusi Lembaga Getah Malaysia dan anggota-anggota Lembaga kemudian mengambil banyak langkah untuk menjalankan penstrukturan semula dan mereka berjaya mengurangkan kerugian sehingga RM20 juta setahun. Saya ingin tahu, apakah progress terbaru dari segi pengurangan kos di TARRC sekarang? Apakah Lembaga Getah Malaysia telah lakukan ke atas Skim Persaraan Pegawai TARRC yang memakan perbelanjaan yang amat tinggi dan kebanyakan mereka adalah pegawai British ini? Apakah langkah yang telah diambil untuk mengurangkan kos perbelanjaan pembayaran gaji dan juga pension pegawai British di TARRC ini? Memandangkan TARRC telah mengalami kerugian hampir lebih 20 tahun dan ia memang tidak mengeluarkan apa-apa pencapaian daripada segi kajian sains di institut tersebut, apakah dasar jangka sederhana dan jangka panjang, kita kata medium term and long term kementerian terhadap TARRC? Apakah kementerian mempunyai rancangan untuk tutup operasi TARRC di London sebagai langkah untuk menjimatkan kos perbelanjaan? Tuan Pengerusi dan juga saya ingin sentuh sedikit tentang Lembaga Kenaf dan Tembakau Malaysia itu di Butiran 00401 – Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).

Tuan Pengerusi

Ringkas ya Yang Berhormat. Ringkas.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Sedikit sahaja hendak tanya. Bila saya pegang jawatan Menteri di MPIC, Kementerian Kewangan pernah memberi arahan untuk menutup Lembaga Kenaf dan Tembakau Malaysia demi untuk menjimatkan kos perbelanjaan kerana Lembaga Kenaf memang tidak membawa progress yang memuaskan. Pada waktu itu MPIC pernah mengadakan beberapa perbincangan untuk tutup Lembaga ini dan sektor tembakau akan dipindah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Saya ingin tahu, apakah rancangan kementerian terhadap penutupan Lembaga Kenaf dan Tembakau ini? Apakah perancangan jangka panjang bagi Lembaga Kenaf dan Tembakau Malaysia? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Yang Berhormat Jerai. Silakan.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam peringkat jawatankuasa untuk Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Ringkas sahaja. Perkara P.20, Butiran11200 - Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB). Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH). PPLH 1.0 dilaksanakan pembangunannya selama 15 tahun telah tamat pada tahun 2020 yang lalu. Diharapkan industri perkayuan negara akan mula menikmati hasil bahan mentah perkayuan melalui tahun 2021. Ini penting bagi menampung sebahagian daripada kekurangan bahan mentah dan tidak sepenuhnya bergantung pada hasil hutan asli. PPLH 2.0 kelestarian bahan mentah industri perkayuan penting bagi memastikan industri perkayuan negara terus memacu ekonomi negara. Kerajaan melalui Belanjawan 2020 telah memperuntukkan sejumlah RM500 juta di bawah kepimpinan Yang Berhormat Dato’ Dr. Khairuddin Aman Razali yang menerajui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah merangka pelan pelaksanaan Program Pembangunan Ladang Hutan yang mana pelaksanaan tersebut adalah menggunakan kaedah pembiayaan perjanjian patuh syariah berbanding sebelumnya kaedah konvensional. Kaedah pembiayaan patuh syariah ini memberi ruang perjanjian pembiayaan yang lebih adil dan saksama di antara pengusaha ladang hutan dan pihak kerajaan melalui FPDSB diharapkan Yang Berhormat Menteri dan kerajaan sekarang terus mengekalkan pelan pembiayaan patuh syariah ini untuk terus dilaksanakan bagi memastikan kepentingan kerajaan melalui Forest Plantation Development Sendirian Berhad dan keuntungan bagi pengusaha ladang dapat dicapai. Sekian Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Yang Berhormat Tampin. Silakan.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tampin terlibat sama di dalam membicarakan soal Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi ini hanya satu Butiran sahaja iaitu Butiran 030000 – Program Khusus merujuk kepada Butiran 030300 – Menangani Kempen Anti Minyak Sawit. Butiran ini menelan belanja sejumlah RM20 juta. Jumlah yang sama pada tahun 2021. Soalan saya, sejauh mana kerajaan telah melakukan kempen dalam pelbagai saluran sehingga mampu mengurangkan tekanan daripada pihak yang tidak selesa dalam penggunaan minyak sawit. Apakah kerajaan telah membuat kerjasama yang serius dengan negara-negara pengeluar sawit untuk melawan kempen anti sawit ini. Kita maklum kerajaan telah mengadakan sesi konsultasi secara maya bersama EU berhubung tindakan undang-undang ke atas kesatuan berkenaan berkaitan isu yang dikaitkan dengan diskriminasi kepada industri sawit yang mana kementerian dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara akan memfailkan tindakan undang-undang terhadap Kesatuan Eropah. Soalan saya, sejauh mana ia telah dijalankan? Apakah tindakan susulan yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam menangani masalah ini? Berapakah kewangan yang di peruntukan sekiranya tindakan undang-undang dilakukan? Tampin juga amat kurang selesa dengan kenyataan yang contradict pihak kerajaan yang dikeluarkan pada Julai 2021 oleh Yang Berhormat Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ketika itu yang mana kerajaan tidak menganggap usaha EU untuk memboikot minyak sawit adalah satu kerugian yang besar pada industri negara. Dengan kenyataan yang dilakukan pada November 2021, yang mana sekatan dan kempen anti minyak sawit oleh Kesatuan Eropah terhadap minyak sawit Malaysia sejak dua tahun yang lepas telah memberi kesan serta mewujudkan persepsi yang negatif terutamanya di kalangan pengguna minyak kelapa sawit. Berdasarkan kepada kenyataan tersebut, Tampin ingin bertanya apakah usaha dan strategi yang dilakukan oleh kerajaan untuk melebar luas pemasaran minyak sawit negara yang boleh mendorong kepada peningkatan harga sawit dan meningkatkan pendapatan masyarakat. Selain daripada Iran, Uzbekistan dikatakan berminat membeli minyak sawit. Terdapat juga negara-negara di Benua Eropah, Amerika Utara dan Asia Tengah menunjukkan minat untuk membeli minyak sawit negara. Kita dimaklumkan begitu. Soalan saya, sejauh mana pengukuhan kesediaan negara-negara tersebut telah dilakukan? Bagaimana ia dilakukan dan apakah strategi kerajaan dalam memastikan penggunaan minyak sawit disukai oleh pengguna. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Yang Berhormat Setiu. Silakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Membaca sepotong doa] Tuan Pengerusi, Butiran pertama yang saya ingin sentuh ialah Butiran 020100 – Kemajuan Industri Komoditi ialah berkenaan kekurangan tenaga kerja dalam industri sawit. Industri sawit merupakan antara penyumbang besar pada hasil negara. Namun, apa yang berlaku pada hari ini kekurangan tenaga kerja menyebabkan hasil sawit berkurangan sehingga 10 hingga 20 peratus dari potensi pengeluaran. Hal ini kerana 75 peratus pekerja dalam sektor minyak sawit adalah tenaga kerja asing. Pada masa ini terdapat kekurangan sekitar 37,000 pekerja dalam industri berkenaan yang boleh memberi kesan kepada pengeluaran buah tandan segar (FBB) sebanyak 25 peratus. Justeru, saya menyokong penuh tindakan kerajaan dengan menubuhkan Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit (MARCOP) bagi memberi tumpuan kepada teknologi mekanisasi dan automasi terkini. Usaha ini memanifestasikan kerajaan amat menitik berat tentang penyelidikan bagi penggunaan teknologi dalam sektor ini bagi menarik lebih ramai anak muda menyertai sektor perladangan. Namun begitu, penyelidikan ini mensasarkan hasil dalam masa lima tahun. Oleh itu, apakah pelan

jangka pendek kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan tenaga kerja asing dan menarik lebih ramai belia menyertai sektor ini? Selain itu, apakah inisiatif kerajaan bagi menarik lebih ramai penggiat industri komoditi untuk bersama-sama melabur bagi memastikan penggunaan teknologi dalam bidang ini dapat digunakan secara meluas.

Seterusnya, saya ingin memohon pembinaan satu lagi kilang sawit di Parlimen Setiu. Hal ini kerana kilang sawit yang sedia ada tidak mencukupi serta membebankan pekebun sawit untuk menghantar hasil tuaian mereka, terutama ketika tiba musim buah sawit yang banyak. Tuan Pengerusi, isu seterusnya berkait dengan persaingan yang wujud antara RISDA dengan pemegang Permit Autoriti Transaksi-Getah (PAT-G). Saya mendapat aduan di mana terdapat pekebun kecil terpaksa menjual hasil kepada RISDA sahaja sekiranya ingin mendapat bantuan baja daripada RISDA, sedangkan bantuan tersebut sepatutnya disalurkan kepada semua pekebun kecil tanpa meletakkan syarat hasil jualan hanya diberikan kepada RISDA. Perkara ini menyebabkan pemegang lesen tidak mendapat apa-apa hasil, sekali gus kebanyakan daripada mereka memilih untuk tidak menyambung lesen tersebut. Oleh itu, apakah tindakan pihak kementerian bagi menyelesaikan isu tersebut? Tuan Pengerusi, seterusnya merujuk kepada perkara Butiran 020500 – Lembaga Lada Malaysia (MPB). Malaysia merupakan negara pengeluar lada lima terbesar di dunia selepas Vietnam, Brazil, Indonesia dan India serta 98 peratus tanaman lada di negara ini ditanam di Sarawak. Walau bagaimanapun, negara kita masih lagi bergantung kepada import lada daripada negara-negara luar seperti Vietnam. Lebih-lebih lagi pengeluaran lada negara pada tahun ini merosot kepada 30 ribu tan metrik berbanding 35,539 tan metrik pada tahun lepas disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk cuaca yang tidak menentu dan pandemik COVID-19. Oleh itu, industri ini memerlukan pengeluaran secara besar-besaran dengan membuka lebih banyak ladang penanaman yang berskala besar. Usaha ini memerlukan pelabur besar dari negara luar sepertimana yang dilakukan oleh Vietnam, membawa masuk pelabur dari India untuk menanam lada. Justeru, apa langkah kerajaan dalam menarik lebih ramai pelabur dari luar negara, khususnya untuk memajukan lagi industri tersebut? Butiran seterusnya, Butiran 030700 – Penyelenggaraan dan Pembaikan. Tuan Pengerusi, merujuk pada butiran di atas, mohon penjelasan pihak kementerian. Apa bentuk penyelenggaraan dan pembaikan yang akan dijalankan, melibatkan pertambahan peruntukan daripada tiada peruntukan pada tahun lepas kepada RM15 juta bagi tahun 2022? Akhir sekali, Butiran 020200 – Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN). Saya hendak tanya, sejauh manakah tanaman kenaf dapat menggantikan tembakau sebagai sumber pendapatan petani? Berapakah keluasan tanaman tembakau yang telah diganti dengan kenaf? Di Setiu ada kilang kenaf yang telah dibina. Sejauh manakah kilang kenaf tersebut telah dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada belia-belia tempatan? Sekian, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Dipersilakan Yang Berhormat Jempol.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian pada hari ini di dalam Rang Undang- undang Perbekalan 2022, peringkat Jawatankuasa, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komuniti. Butiran 030500 – Insentif Pengeluaran Getah (IPG).

Sebelum ini, peruntukan IPG ditingkatkan sekali ganda kepada RM300 juta adalah bertujuan menstabilkan pendapatan para pekebun kecil. Bagi tahun 2022, peruntukan IPG akan dikurangkan kepada RM180 juta, pemotongan sebanyak RM120 juta berbanding peruntukan tahun 2021 iaitu RM300 juta. Realiti hari ini, pendapatan pekebun kecil masih belum stabil dan jauh ketinggalan daripada had pendapatan garis kemiskinan negara iaitu RM2,208 sebulan. Soalan saya, apakah rasionalnya kementerian memotong peruntukan IPG sebanyak 40 peratus? Apakah peruntukan sebanyak RM180 juta ini memadai dan mencukupi sepanjang tahun 2022? Apakah jaminan kementerian mengenai isu kelewatan pembayaran tuntutan IPG yang pernah berlaku sebelum ini dan tidak akan berulang untuk tahun hadapan? Secara peribadinya, saya amat merasa dukacita dengan pemotongan ini kerana peruntukan tersebut sepatutnya dinaikkan ke paras harga pengaktifan boleh ditingkatkan. Semasa pembahasan Rang Undang-undang Rancangan Malaysia Ke-12 dan peringkat dasar, saya juga telah mencadangkan agar paras harga pengaktifan IPG ditingkatkan kepada RM3.50 sekilo. Justeru itu, saya ingin mendapatkan penjelasan secara terperinci. Apakah kekangan sebenarnya kementerian untuk melaksanakan cadangan tersebut? Sedangkan cadangan tersebut wajar dilaksanakan bagi membantu para pekebun kecil berhadapan dengan ketidakstabilan harga komoditi getah. Butiran 020100 – Kemajuan Industri Komoditi. Pembekuan pengambilan pekerja asing sebelum ini telah meletakkan sektor peladang di tahap kritikal dan mengakibatkan kerugian mencecah RM10 bilion. Syukur alhamdulillah kemasukan seramai 32 ribu orang tenaga buruh asing ke sektor perladangan yang dijangka bermula hujung bulan ini memberi sedikit kelegaan. Persoalannya, sampai bilakah sektor perladangan negara perlu berterusan kepada tenaga buruh asing? Langkah tersebut adalah bersifat sementara dan tidak mampan dalam memajukan sektor industri komoditi negara secara holistik. Soalan saya, apakah usaha-usaha yang telah dibuat dan sedang dirangka oleh kementerian untuk menaikkan minat warga tempatan menyertai sektor perladangan? Pada hemat saya, sudah tiba masanya sektor perladangan negara dipelopori oleh warga tempatan dan bukan lagi mengharapkan tenaga asing dari negara luar. Kementerian seharusnya menggunakan peruntukan ini untuk mewujudkan insentif khas kepada warga tempatan yang terlibat dalam sektor perladangan. Saya mencadangkan agar kementerian memperkenalkan elaun sara hidup sebanyak RM300 sebulan untuk tempoh dua tahun kepada warga tempatan. Perkara ini perlu dipertimbangkan kerana sektor perladangan memerlukan tenaga kerja yang mencukupi bagi memastikan pengeluaran hasil yang lumayan. Butiran 030300 – Menangani Kempen Anti Minyak Sawit. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kementerian yang cukup komited dalam menangani Kempen Anti Minyak Sawit. Isu ini sememangnya tidak boleh dipandang remeh kerana Kesatuan Eropah (EU) merupakan pasaran kedua terbesar minyak sawit negara selepas China. Kempen yang sudah berlarutan selama 30 tahun sememangnya perlu, memberi kesan negatif terhadap pengeluaran dan perdagangan komoditi tersebut. Soalan saya, apakah strategi kementerian untuk memberi naratif baru yang lebih berkesan bagi memerangi Kempen Anti Minyak Sawit secara holistik? Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah eksport minyak sawit mencatatkan penurunan sebanyak 1.04 juta tan ataupun 10.2 peratus bagi tempoh Januari 2021 hingga Ogos 2021 berbanding tempoh yang sama pada tahun 2020. Soalan saya, apakah pelan intervensi kementerian, sekiranya jumlah eksport sawit ke pasaran EU terus mencatatkan penurunan? Apakah perancangan kementerian untuk memastikan harga terus mampan dan tidak berlaku lambakan yang berpunca daripada kempen tersebut menerusi peruntukan sebanyak RM20 juta bagi menangani perkara ini pada tahun 2022? Saya ingin mengetahui, apakah usaha yang dilakukan? Adakah peruntukan tersebut mencukupi untuk mengatasi Kempen Anti Minyak Sawit yang tidak ada penghujungnya?

Akhir sekali, berkenaan penyertaan negara bersama Indonesia yang memfailkan undang-undang terhadap EU pada 15 Januari 2021. Apakah perkembangan terkini dan sejauh manakah tindakan tersebut mendatangkan kebaikan kepada negara? Sekian sahaja daripada saya. Saya harap segala perkara dan persoalan yang telah dibangkitkan sebentar tadi dapat diberi perhatian dan tindakan selanjutnya oleh kementerian. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Dipersilakan Yang Berhormat Kota Samarahan.

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk sama berbahas peringkat Jawatankuasa, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Tuan Pengerusi, saya terus ke Butiran 030500 – Insentif Pengeluaran Getah (IPG). Saya ingin memohon penjelasan, kenapa peruntukan ini berkurangan dengan begitu ketara sekali iaitu sebanyak 40 peratus iaitu pada tahun 2021 sebanyak RM300 juta dan pada tahun 2022 hanya RM180 juta? Saya merasakan pengurangan ini amat tidak adil memandangkan insentif pengeluaran getah ini amat penting dalam usaha kita meningkatkan pendapatan ataupun meningkatkan program dan aktiviti untuk pekebun- pekebun getah. Tuan Pengerusi, satu isu yang amat ketara ataupun yang hebat diperkatakan berkaitan getah ialah harga lantai yang rendah. Harga lantai ini telah menyebabkan ramai pekebun kecil kita berada di bawah garis kelompok kemiskinan. Keperluan untuk pihak kerajaan menetapkan harga lantai getah kepada RM3.50 sekilo untuk membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup pekebun kecil perlu diambil perhatian yang serius. Berdasarkan tahun 2020 dan juga tahun 2021, Lembaga Getah Malaysia (LGM) akan membayar sebanyak RM1.40 bagi setiap satu kilogram kandungan sekerap getah dan 90 sen bagi setiap satu kilogram lateks. Manakala RM1.40 bagi satu kilogram untuk kandungan getah kering, getah keping. Di Sarawak, Kerajaan Negeri Sarawak membayar tambahan 50 sen untuk setiap satu kilogram sekerap cawan dan getah keping menjadikan insentif untuk sekerap cawan dan getah keping menjadi RM1.90. Apakah harga RM3.50 dapat direalisasikan memandangkan harga yang dibayar pada tahun 2020 dan tahun 2021 hanya RM1.40? Tambahan pula, kita merasakan kenaikan harga lantai getah kepada RM3.50 adalah amat wajar kerana barangan keperluan termasuk input pertanian seperti racun dan baja meningkat begitu ketara sekali. Apakah mekanisme kementerian untuk memastikan barangan input pertanian khasnya untuk tanaman sawit ini dapat kita bantu? Tuan Pengerusi, kedua, Butiran 040100 – Program Peningkatan Produktiviti Getah, one-off RM15 juta. Saya ingin mohon penjelasan kerajaan, apakah program- program yang termasuk dalam program peningkatan produktiviti getah ini? Selain daripada itu, saya ingin menarik perhatian kementerian terutama LGM, adakah perancangan kerajaan untuk menyediakan satu fasiliti memproses lateks di Sarawak, khususnya di Kota Samarahan? Projek Transformasi Perusahaan Industri Getah yang merupakan projek pembangunan Pusat Pemprosesan Getah Krip Berkelompok di seluruh negara bakal diperkenalkan kepada industri hiliran getah. Projek ini keseluruhannya akan dapat menjayakan transformasi sektor pekebun kecil dengan diusahakan secara berkelompok dan perkongsian keuntungan secara bersama pada peringkat pekebun kecil, koperasi dan juga usahawan. Oleh itu, penjualan lateks lebih mempunyai nilai pasaran yang lebih tinggi berbanding daripada penjualan susu getah beku. Oleh itu, saya mohon pihak kementerian dan juga LGM untuk mempertimbangkan bagi menyediakan fasiliti memproses lateks di Sarawak.

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Seterusnya Butiran 11101 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang mendapat peruntukan RM81 juta. Kita mengalu-alukan pertimbangan kerajaan untuk menyediakan geran untuk penanaman semula kelapa sawit untuk pekebun-pekebun kecil. Oleh itu, saya mohon penjelasan kementerian, berapakah peruntukan yang bakal diagihkan kepada pekebun-pekebun sawit di Sarawak untuk tujuan ini? Memandangkan di Sarawak ini kita mempunyai keluasan tanaman pekebun- pekebun kecil yang luas iaitu 193,173 hektar yang mana banyak dari kebun-kebun ini sudah berusia dan kurang mengeluarkan keluaran produktiviti yang tinggi. Oleh itu, kita mengharapkan geran peruntukan untuk proses penanaman semula kebun-kebun sawit yang telah berusia ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Kota Samarahan. Akhir sekali Yang Berhormat Kalabakan. Silakan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. Saya terus kepada Butiran 020300 – Lembaga Koko Malaysia (LKM). Butiran ini mendapat peruntukan RM31 juta untuk tahun 2022. Memandangkan Tawau mempunyai Kompleks Penyelidikan dan Pembangunan Koko Malaysia yang sudah wujud berpuluh tahun dan hingga kini masih dioperasikan, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah perancangan yang diusahakan oleh Lembaga Koko Malaysia untuk terus menggalakkan penanaman koko di Sabah yang sudah hampir ditinggalkan oleh usahawan-usahawan perladangan kecil dan besar yang lebih berfokus kepada tanaman sawit? Apa sebenarnya cabaran yang dihadapi oleh industri koko di negara kita? Apakah perancangan kementerian untuk menggalakkan semula industri ini dihidupkan? Saya juga ingin menyentuh Butiran 020400 – Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB). Butiran ini mendapat peruntukan sebanyak RM20 juta. Di Tawau kita ada pejabat MTIB yang kelihatannya tidak berapa aktif dalam penggalakan industri hiliran kayu kayan yang mana terdapat banyak sumber kayu kayan di Kalabakan dan Tawau. Pelesenan adalah kuasa penuh Jabatan Hutan Sabah. Kita ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah sebenarnya fungsi dan tugas pejabat MTIB dalam usaha mempergiatkan industri hiliran di Kalabakan dan Tawau? Terakhir, saya ingin menyentuh Butiran 020100 – Kemajuan Industri Komoditi. Butiran ini juga mendapat peruntukan sebanyak RM14.6 juta untuk tahun 2022. Antara isu-isu yang besar yang selalu diutarakan oleh pemain industri perladangan sawit adalah masalah buruh, penuaian sawit. Jadi saya ingin bertanya, apakah perancangan kementerian dalam membantu industri perladangan dalam menangani isu ini? Peruntukan untuk membangunkan teknologi baharu dalam industri perladangan sawit yang sangat berintensifkan buruh harus diberikan keutamaan untuk peruntukan ini. Jadi saya juga ingin bertanya perancangan kementerian untuk terus meminta pemilik- pemilik syarikat perladangan sawit yang besar yang terdapat di Tawau dan Kalabakan seperti FELDA, Sime Darby dan juga GLC, syarikat-syarikat GLC perladangan milik negeri Sabah untuk menumpukan usaha memperbanyakkan pembinaan kilang untuk memproses produk akhir seperti minyak masak untuk pasaran tempatan di Sabah. Dengan pembukaan kilang-kilang produk akhir ini, ia membolehkan peluang pekerjaan diwujudkan kepada anak-anak tempatan di Sabah. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Dengan itu, tamatlah sesi perbahasan di peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. Saya sekarang menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, 20 minit Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti KamaruddinPKR · PHMenteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi · Ampang

Bismillahi Rahmani Rahim, alhamdulillah. Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dalam perbahasan Kementerian Perusahaan,

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti KamaruddinPKR · PHMenteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi · Ampang

Perladangan dan Komoditi iaitu seramai 14 orang yang telah mengambil bahagian. Ada beberapa perkara yang bertindih. Jadi, insya-Allah saya akan menjawab dengan cara keseluruhan. Ada juga soalan-soalan yang spesifik yang insya-Allahaakan kita beri jawapan bertulis sekiranya tidak cukup masa. Saya rasa definitely tidak cukup masa. So, saya ingin merangkumi. Saya ucapkan terima kasih kerana semua yang berbahas pada hari ini menunjukkan minat dan menunjukkan betapa mereka risau sekiranya kalau komoditi negara kita tidak diurus dengan baik, tidak dipasarkan dengan baik, tidak dapat tingkatkan eksport dan ia akan mengurangkan hasil pendapatan negara.

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti KamaruddinPKR · PHMenteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi · Ampang

Jadi, Kementerian Komoditi ini ialah satu kementerian yang penting kerana ianya menghasilkan pendapatan kepada negara dan untuk mendukung program pemulihan ekonomi negara. Jadi, kami daripada kementerian ini memandang serius dan komited untuk memastikan semua komoditi yang di bawah kementerian ini akan diusahakan untuk meningkatkan pendapatan pada tahun-tahun yang akan datang. Ini kita berbahas tentang Bajet 2022. Walaupun kementerian ini melihat bahawa tidak ada peningkatan peruntukan pada tahun ini tetapi semua ahli mesyuarat ataupun Ahli Dewan Rakyat kena faham bahawa kementerian ini is agency-driven ministry, dengan izin. Jadi, banyak kegiatan dan juga usaha-usaha dilaksanakan oleh peringkat agensi. Akan tetapi, kali ini kementerian memastikan bahawa ada satu sinergi yang lebih mantap antara kementerian dan juga agensi-agensi ini, keenam-enam agensi yang ada di bawah kementerian ini. Juga, kita hendak memastikan ada juga sinergi yang mantap di antara intra-agency dan juga di antara inter-agency. Ini kerana ianya mereka harus melihat bahawa ini adalah di bawah satu payung kementerian dan kita harus bekerjasama untuk memastikan semua komoditi-komoditi di bawah kementerian ini akan dapat meningkatkan segala usaha-usaha dari segi teknologi, daripada segi pasaran, daripada segi imej, daripada segi kedudukan dan daripada segi menentang serangan-serangan. Jadi, inilah pendirian kementerian dan pendekatan kementerian ketika ini. Jadi, isu-isu yang dibawakan oleh Ahli Dewan Rakyat adalah mengenai isu anti sawit, kempen anti sawit yang hanya diperuntukkan RM20 juta. Tahun lepas RM20 juta, tahun ini RM20 juta dan tahun hadapan juga RM20 juta. Pihak kementerian tidak mengatakan ia tidak cukup ataupun cukup. Insya-Allah, pihak kementerian akan berusaha sedaya upaya dengan wang yang kita ada ini untuk mengambil pendekatan baharu untuk menangani isu sawit ini. Sudah tentu kempen sawit ini― satu kes yang dibawa ke WTO iaitu DS, dia panggil Dispute Settlement 600 yang mana kita telah menyaman EU untuk mengambil tindakan kerana mendiskriminasikan sawit kita. Indonesia juga membuat langkah yang sama. Cuma, Indonesia awal dan kita lewat sedikit. Jadi, ketika ini, sudah ada pertemuan dan juga perbincangan melalui virtual dan ianya kemungkinan dalam hujung Januari 2022 ada satu pendengaran yang mana, insya- Allah, saya sendiri akan menghadirkan diri untuk memberikan pembentangan yang lebih khusus dan lebih jelas tentang kedudukan industri sawit kita dalam negara ini. Kebetulan semalam saya bertemu dengan ambassador EU yang telah berjumpa dengan saya dan juga kakitangan kerajaan, MPIC, memberikan satu pendekatan yang lebih lembut. Tidaklah sekerasnya seperti yang kita baca dalam berita dan dalam news yang telah dikeluarkan. Jadi, pendekatan MPIC adalah untuk memastikan bahawa kita engage dengan EU dan kita engage dengan USA daripada segi kempen anti sawit ini dan juga force labor. Jadi, kempen anti sawit ini, saya telah minta untuk bertemu dengan pihak EU pada awal Januari untuk membentangkan kerana mungkin mereka tidak mendapat update yang terkini daripada usaha-usaha kementerian untuk memastikan bahawa apa tanggapan- tanggapan dan tuduhan-tuduhan yang telah diberikan oleh EU adalah perkara yang tidak benar. Ini kerana banyak andaian-andaian yang diberikan oleh NGO-NGO hanya dengan satu atau dua aduan dan mereka telah membuat satu rumusan yang sangat drastik kepada industri sawit kita. Oleh kerana itu, kita harus pergi untuk menjelaskan kepada mereka, mesti ada satu engagement system yang mana kalau ada aduan, mesti divalidate dulu. Sudah

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti KamaruddinPKR · PHMenteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi · Ampang

divalidate, barulah dia boleh dibuat tuduhan. Jika langkah-langkah yang harus kita laksanakan, kita harus laksanakan. Ini antara perkara-perkara yang akan kita bentangkan kepada mereka. Mereka juga tidak tahu bahawa kita di Malaysia ini kita telah menjalankan banyak aktiviti-aktiviti untuk memastikan bahawa sawit kita adalah sawit yang mampan dan ianya mempunyai aktiviti-aktiviti sustainable dan sebagainya. Jadi, daripada pihak kementerian, langkah-langkah yang kita akan laksanakan adalah― ini yang general for all the product, for all the commodity― memang kita akan look at the R&D, kita lihat dari pasaran, kita lihat bagaimana teknologi dan juga bagaimana kita hendak buat strategik partnership dan bagaimana kita hendak mengangkat atau menambah baik sistem huluan dan hiliran. Ini semua dalam rancangan kami. Cuma, saya menekankan tentang sawit sahaja dalam perbahasan ini. Jadi, dalam perbahasan sawit ini, apakah perkara-perkara yang kementerian akan laksanakan? Di antaranya adalah kementerian akan melaksanakan program― memperkukuhkan ya, kerana mereka selalu menuduh tentang cara kita melayani pekerja- pekerja asing. Jadi, kementerian ini, insya-Allah akan mengeluarkan satu polisi plantation housing yang mana kita akan menunjukkan dengan cara transparent apa itu vital living condition untuk pekerja-pekerja ini dan juga apakah lifestyle yang harus diberikan kepada pekerja-pekerja ini. Ini kerana kalau mereka diperukkan di dalam plantation, di dalam hutan-hutan, maka pekerja-pekerja mungkin tidak ada lifestyle. Ini satu lagi penambahbaikan daripada segi humanitarian aspect, daripada cara hidup pekerja-pekerja asing ini. Jadi, MPSO juga satu lagi fakta bahawa mungkin dia tak tahu kita sudah 93 peratus MPSO peladang-peladang...

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

MSPO.

MSPO. Sorry. MSPO telah mencapai 93 percent daripada pekebun-pekebun kita. Ini juga telah diiktiraf. Saya baru bermesyuarat dengan syarikat dari Chongqing, China yang mana akan mengiktiraf MP...

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

MSPO.

Yang akan mengiktiraf MSPO untuk diadopt untuk diangkat oleh China menggunakan sistem MSPO kita. Jadi, ini satu lagi bukti bahawa pengiktirafan yang diberikan menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai tahap yang tinggi daripada segi menilai pekebun-pekebun sawit kita. Kita juga menonjolkan circular economy yang akan kita laksanakan dan juga kita menonjolkan tentang forest, hutan yang kita limit-kan sebanyak sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan hutan akan dikekalkan. Land size yang kita akan gunakan untuk sawit adalah sebanyak 6.5 million hektar. Ini antara perkara-perkara yang kita akan memperjelaskan kepada EU dan juga MARCOP iaitu satu― semua tadi sebut tentang R&D dan sebagainya. Saya juga baru melancarkan minggu lepas. MARCOP ini adalah satu organisasi, council, yang telah kita tubuhkan yang mana kita akan menggalakkan R&D untuk industri kelapa sawit. Ini bukan― Yang Berhormat Beruas tadi sebut RM100 juta. Kita telah memberikan RM60 juta setakat ini, Yang Berhormat Beruas, kepada program ini untuk R&D. Yang Berhormat Beruas juga kata kalau boleh buat flying man, insya-Allah ada flying man in the form of drone. Saya sudah lihat. Insya-Allah, dalam masa tiga tahun, dron ini boleh kita laksanakan. Dron yang ada AI, yang ada cutter, ada AI yang mana boleh mengenal pasti pokok buah yang sudah matang dan boleh diharvest. Selepas itu ada graber drone juga yang akan mengangkat buah tandan itu dan masukkan dalam truck. So, this is in process. I’ve seen, saya sudah lihat gambarannya dan saya kira dalam masa tiga tahun ini boleh dilaksanakan. Kalau ini dapat dilaksanakan, insya-Allah pekerja-pekerja tempatan, anak-anak muda guarantee suka pasal dia orang suka pakai dron. Jadi dia boleh dron sana, dron sini dalam ladang sawit ya. Jadi, ini akan meningkatkan lagi pekerja tempatan.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Bagus, Yang Berhormat Menteri.

Apakah usaha kita untuk memastikan bahawa pekerja asing kita tetap kekal, dapat kita dibekalkan dengan lebih sustainable? Saya faham negara Malaysia, kita ada dua produk yang saya rasa sangat- sangat penting kepada negara kita. Satu adalah sawit, kedua ialah rubber glove. Rubber glove is number one in the world dan sawit adalah yang kedua. Kita kedua daripada Indonesia kerana Indonesia ada kawasan yang luas dan labor force yang ramai kerana population mereka yang besar. Jadi, memandangkan dua komoditi ini adalah penting kepada negara dan kita adalah sebuah negara small nation, 32 juta sahaja manusia yang ada dalam negara kita kalau dibandingkan dengan China, dengan Indonesia yang 20 kali ganda besar daripada kita, maka kita harus mencari satu kaedah baharu bagaimana kita hendak memastikan bahawa bekalan pekerja-pekerja asing dapat kita jamin agar ia akan dapat melancarkan penuaian atau harvesting of our sawit plantation.

Jadi kementerian telah minta kebenaran untuk diberikan ruang menggunakan kaedah G2G dengan sourcing country dan juga kita akan transparent daripada segi recruiting agent-nya, gajinya, insentifnya dan sebagainya. Ini akan dilaksanakan as a long- term plan because we want to make sure that we sustain this supply of foreign workers for this period of three or five years in order for us to maintain our market, dengan izin, so that we do not lose our market share to China or Indonesia and the other country as well. Jadi ini merupakan langkah long-term untuk menangani masalah labor for short- term period three to five years. Insya-Allah kalau teknologi itu sudah berhasil kita akan dapat gunakan pekerja-pekerja tempatan. Jadi, banyak lagi langkah-langkah strategik yang kita akan laksanakan untuk memastikan bahawa industri-industri dalam komoditi ini dapat mendatangkan hasil yang lebih baik. Saya cuba hendak memberikan sedikit penjelasan. Kita ada enam buah produk. Produk yang betul-betul komoditi yang besar merupakan sawit, timber dan juga getah, okey tiga. Yang lagi tiga kenaf, pepper dan juga koko. Ini saya anggap adalah small industries, yang mana ia lebih bersikap cottage industry. Akan tetapi walau bagaimanapun, saya lihat banyak potential dalam pasaran koko terutamanya dan juga di pasaran kenaf. Jadi, untuk koko kita membuat strategic partnership kerana untuk pengetahuan semua Ahli Dewan Rakyat, we have one very high- quality brand of chocolate iaitu namanya Beryl's. Tuan Pengerusi, tahu tidak Beryl's is product of Malaysia? Do you know? You do not know, right... [Ketawa] Okay, so, alhamdulillah. So, Beryl's is our number one flagship and the quality of the chocolate is high quality insya-Allah…

Yang Berhormat, saya cadangkan Yang Berhormat bagi hadiah untuk kita cuba, coklat sedap. Tuan Pengerusi, setuju?

Insya-Allah, saya ada ini... [Menunjukkan sepaket coklat] Beryl's Almond Chocolate. Saya makan. Nanti sekejap lagi boleh test sikitlah. Ini satu sahaja.

Menteri makan seorang mana boleh. Menteri jangan makan seorang.

Menteri bagi satu seorang petang ini.

Insya-Allah, I will give them. Jadi Beryl's is high quality production dan ia setanding dengan coklat antarabangsa. Jadi kita akan menggunakan syarikat ini untuk melahirkan lebih ramai supporting entrepreneurs untuk tingkatkan lagi pasaran mereka. Ketika ini baharu, pasaran tidak sampai RM1 bilion, baru half of billion. Ini yang kita akan cuba pasarkan dan kita will use this flagship to make sure that our chocolate product is competitive daripada segi kualiti, rasa semua sedap cuma pasaran dan kemampuan kapasiti itu tidak cukup. Jadi ini kita akan insya-Allah perkukuhkan lagi,

menambahkan lagi support system iaitu support small industry yang akan menjadi feeder kepada Beryl's company ini. Keduanya...

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Menteri sikit...

Tuan Ma'mun bin SulaimanWARISANKalabakan

Menteri sikit...

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Menteri saya sikit...

Nanti saya hendak habiskan sikit. kedua, tentang kenaf... [Disampuk]

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Tidak berkenaan...

Tuan Ma'mun bin SulaimanWARISANKalabakan

Fasal koko.

Kejap, saya hendak habis kenaf dulu. So, kenaf kita juga membuat strategic partnership because kita lihat kenaf ini ada potensi. Kenaf buat apa? Buat tilam dan kereta automatif yang lapik in between your door untuk insulation. So, kenaf ini banyak ia punya penggunaan daripada A sampai Z boleh pakai kenaf itu. Hendak buat jalan boleh. Hendak buat bantal boleh. Tilam boleh. Buat macam-macam boleh. Jut dia punya batang itu bila kita itu, ia jadi jut. Jut ini kita gunakan boleh buat baju dan macam-macam. Jadi saya lihat ada potensi ini. Jadi untuk kilang di Setiu. Tadi disebut Yang Berhormat Setiu. Kita invest in the kilang RM26 juta with the one line processing. Kita matched partnership dengan one of the popular syarikat pengeluaran barang-barang bedding iaitu Akemi yang mana mereka akan menggunakan kilang ini untuk memproses jut dan juga menghasilkan fiber untuk dibuat tilam dan bantal dan mereka suda ada ready market untuk dieksport. So, antara perkara-perkara yang kita laksanakan untuk memastikan bahawa komoditi kita akan terus meningkatkan pendapatan. So, saya hendak... [Ketawa]

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Ya, Menteri hanya tinggal empat minit. Saya tengok macam coklat, macam-macam Menteri menyebut. Saya takut Menteri terlangsung. Bukan apa orang kampung hendak tunggu- saya sebutkan tadi segala harga lantai getah. Apa perancangan. Ini benda yang kilang tidak payah cerita.

Ya, betul. Okey, tidak apa. This is in the list. Okey, tidak apa Yang Berhormat Jempol do not cut me. This is the list because I sudah kata ada empat perkara yang common interest. Satu, anti kempen sawit, MSPO dan juga getah punya harga Yang Berhormat Jempol. Yang Berhormat Jempol ini sudah tanya banyak kali sudah semenjak saya dalam Dewan ini. Saya sudah jawab banyak kali juga. Tak apalah, insya-Allah Yang Berhormat Jempol ini dia hendak dengar juga lagi. Jadi hendak memudahkan dia menceritakan balik kepada orang kampung dia. Jadi untuk harga getah- tadi saya belum habis lagi sedikit mengenai sawit tadi. Kita juga akan memastikan bahawa kita akan membuat Kempen Sawit Kembali Balik, back to basic. Kita akan membuat kempen balik dalam negara, ke sekolah-sekolah, dalam TV untuk menyatakan bahawa sawit kita adalah sawit yang sangat berkualiti tinggi. It’s full of goodness. Jadi kita harus memperkenalkan balik agar anak-anak kita- dan juga kita akan pergi buat pengiklanan di hotel-hotel agar foreigners atau tourist datang, dia tahu sawit is our number one commodity and it is the best in the world, it is the best quality and we have to maintain it. Jadi kita kena pastikan bahawa lagu ini atau naratif ini harus diteruskan sama ada di lokal atau di antarabangsa. Antaranya lagi seperti Yang Berhormat Seputeh menyebut iaitu strategi juga kita akan target kepada syarikat-syarikat ataupun negara-negara Central Asia untuk memperkukuhkan kita punya market share. Kita juga ada majlis bersama dengan Indonesia untuk memastikan bahawa Indonesia dengan Malaysia akan bersama dalam segi memperkukuhkan harga sawit, pasaran sawit dan juga sama-sama menentang kempen anti minyak sawit.

Jadi untuk IPG- semua orang kata kenapa dulu RM300 juta sekarang RM180 juta. Ini kerana, tahun ini tahun 2021 harga getah tinggi. Jadi kita tidak menggunakan RM300 juta itu dengan sepenuhnya. Jadi, oleh sebab itu berkurangan berdasarkan daripada apa yang diperlukan. Jadi tidak apa. Sekiranya ada kekurangan- sekiranya 2022 nauzubillah kita dihadapi dengan masalah kita boleh apply atau mohon daripada Kementerian Kewangan. Jadi, Yang Berhormat Jempol usaha untuk meningkatkan harga lantai, seperti apa saya ingat Kementerian Kewangan sudah jawab dan insya-Allah kita tengah dalam perancangan dalam perbincangan dan ada satu- jawatankuasa, yang telah ditubuhkan untuk study perkara ini dan insya-Allah akan memberikan cadangan. Pada saya, seperti saya sebut dahulu dalam jawapan lisan bahawa kalau kita restructure lagi semua- dengan bawah RISDA, bawah Menteri Ekonomi iaitu kita akan satukan wang dana peruntukan yang diberi atau peruntukan-peruntukan yang ada. Kita satukan insya-Allah kita boleh restructure semula dan meningkatkan harga lantai itu. Jadi, saya minta Yang Berhormat Jempol sabar, insya-Allah tengah dilaksanakan. Jangan berdiri lagi sekali tanya benda yang sama insya-Allah... [Ketawa] Jangan marah Yang Berhormat Jempol. Jadi, tidak payah- duit itu memang sebab this year kita gunakan kurang dan ia diturunkan. Jadi satu lagi. Yang Berhormat Seputeh because I give Yang Berhormat Seputeh answer because Yang Berhormat Seputeh is the mantan Minister and she knows a lot of things that is happening in this Ministry. So, saya akan jawab because- saya setuju dengan Yang Berhormat Seputeh mengenai pejabat-pejabat di luar negara. Saya belum ada masa lagi untuk kaji dan selidik kepada keseluruhannya dan untuk melihatkan taburan distribution of the officers. I have not, the real time to spend. Insya-Allah, I will be looking into that sebab saya juga seorang yang sangat prihatin daripada segi perbelanjaan kos. Kalau tidak efektif dan tidak mendatangkan keuntungan, redundant dan sebagainya. We have to cut losses. This is what we are doing. Itu juga sama dengan TAR College- Tun Abdul Razak Research College. Itu pun saya pertama kali bila saya dengar kena bayar tanggung pencen kadar British, at a rate of British punya kadar pencen daripada pekerja itu sampai anak cicit dan sebagainya. Saya ingat ini satu perkara yang tidak patut dibiarkan. Insya-Allah we will look into how do we cut losses and how do we try to still use the expertise for research.

But at that same time jangan tanggung bebanan yang banyak itu Yang Berhormat Seputeh. I agree with you so kita akan usahakan perkara ini. Saya juga ingin menyentuh tentang– saya ingat saya sudah sentuh perkara-perkara yang main topic yang telah dibangkitkan iaitu tentang anti sawit, pekerja-pekerja, MPSO, getah dan pada keseluruhannya bagaimana kita akan menggunakan wang yang telah diperuntukkan untuk kita meningkatkan lagi produktiviti dan hasil dalam negara kita dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sepatutnya soalan Yang Berhormat Jempol dijawab secara bertulis supaya dia boleh baca banyak kali. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM417,482,300 untuk Kepala B.20 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2022 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.20 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi

Seterusnya, Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.20 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.20 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2022 Jawatankuasa — Kepala B.21 [Jadual] – Kepala P.21 [Anggaran Pembangunan 2022] –Bill

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat semua, Kepala Bekalan B.21 dan Kepala Pembangunan P.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sekarang terbuka untuk dibahas. Kita ada 28 orang pembahas. Kita akan mulakan, sehingga pukul 6.30 atau 6.45 petang ini. Saya rasa petang ini dapat kita dengar perbahasan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berikut. Yang Berhormat Jempol diikuti dengan Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Tuaran dan mungkin juga Yang Berhormat Beaufort dan Yang Berhormat Batu Gajah. Dipersilakan Yang Berhormat Jempol.

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia. Saya mengambil bahagian dalam RUU Perbekalan 2022 peringkat Jawatankuasa, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Butiran 40002 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Berkenaan cadangan untuk membina dan menyiapkan pasar tani kekal (PTK) di Palong 4, Palong 5 dan Palong 6 di atas sebahagian tanah kerajaan Mukim Rompin, daerah Jempol. Projek ini telah pun bermula pada 17 Ogos 2020 dan tarikh jangkaan siap ialah 15 November 2021. Ini bermakna tempoh masa yang diberikan untuk menyiapkan projek selama 16 bulan. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa] Berdasarkan kemajuan fizikal setakat ini iaitu 24 November yang lalu, kemajuan hanyalah 46 peratus dan terlewat daripada jangkaan walaupun ia telah diberikan EOT hingga Januari. Saya berharap dan saya amat kecewa dan penduduk di sana pun amat kecewa kerana projek yang bernilai hanya RM2 juta lebih gagal disiapkan oleh FAMA. Jadi, dalam keadaan begini, saya berharap ketua pengarah yang ada pada FAMA ini pastikan projek-projek ada impak kepada rakyat mesti disiapkan. Jangan ketua pengarah ini duduk di pejabat dan membiarkan projek berjalan, yang tidak berjalan pun hingga hari ini, hanya 46 peratus. Ini merugikan peruntukan kerajaan dan juga merugikan rakyat persekitaran kawasan Felda Palong 4, Felda Palong 5 dan Felda Palong 6 kerana menanti projek pasar tani kekal tidak siap-siap, bukannya RM200 juta hanya RM2 juta lebih pun tidak boleh siap. Ini macam mana jadi ketua pengarah ini? Jadi, saya memohon supaya perkara ini diambil tindakan segera supaya kementerian juga melihat. Ini satu projek, kalau banyak projek yang diberikan pastinya FAMA, pemasaran yang ada ini bertindak bersungguh-sungguh tanpa merugikan rakyat, peruntukan sebegini rupa pun tidak mampu untuk dilaksanakan. Butiran 90400 – Industri Padi dan Beras. Sebelum ini, kehadiran tenaga buruh asing adalah untuk mengisi peluang pekerjaan, kini tiada siapa yang menyangka warga asing terutama Bangladesh, etnik Rohingya kini mampu bergelar tauke dalam sektor padi. Menurut Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, setakat ini telah mengesan lebih 200 orang petani import mengusahakan penanaman padi di negara ini. Mereka ini terlibat dalam amalan agronomi termasuklah aktiviti menuai tapak semaian dan mekanisasi. Ini adalah satu keadaan yang tidak sihat kepada pekerja tempatan kerana dalam tempoh beberapa tahun akan datang tidak mustahil mereka ini akan menguasai jelapang padi. Saya difahamkan, sekitar jelapang padi di kawasan saya iaitu daerah Jempol, Kampung Lonek, Bahau turut berlaku sebegini rupa. Pesawah tempatan seolah-olah tidak berminat untuk mengusahakan dan bertindak dengan membuat pajakan kepada warga

asing. Justeru itu, apakah reaksi dan tindakan kementerian terhadap kepincangan yang berlaku? Saya tahu pelbagai inisiatif dilakukan oleh kementerian untuk meningkatkan pendapatan para petani seperti SMART Sawah Berskala Besar tetapi jika kehadiran pesawah warga asing ini tidak dibendung, petani tempatan tidak mendapat manfaat, warga asing pula akan monopoli industri padi negara. Saya mencadangkan kepada kementerian memperkenalkan program pemutihan kawasan skim luar jelapang padi dengan kadar segera supaya perkara ini tidak berpanjangan. Butiran 90200 – Industri Tanaman, Ternakan dan Perikanan. Pertamanya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana telah memperuntukkan iaitu pada tahun 2022 sebanyak RM33 juta berbanding dengan RM18 juta sebelum ini. Industri-industri ini bukan sahaja memerlukan nafas baru, namun industri tersebut juga memerlukan pelapis baru untuk memperkukuhkan sektor pertanian dan industri makanan. Hal ini kerana industri tersebut masih lagi dipelopori oleh orang yang sudah berumur. Manakala penglibatan golongan muda amat menyedihkan. Soalan saya, berapa nisbah penglibatan terkini antara warga tua dan warga muda mengikut pecahan tanaman, ternakan dan perikanan? Kekurangan penglibatan golongan muda sudah tentulah berkait rapat dengan persepsi masyarakat terhadap industri tersebut. Meskipun pelbagai galakan dan saranan telah diusahakan sejak sekian lama. Sekiranya keadaan terus berlarutan sudah tentulah akan memberi kesan yang besar dan boleh merencatkan Dasar Sekuriti Makanan Negara. Soalan saya, apakah strategi kementerian bagi meningkatkan imej pertanian dan menjadikan sektor tersebut lebih menarik dan menguntungkan supaya dapat memikat generasi baru? Apakah kementerian bercadang untuk memperkenalkan insentif khas seperti elaun sara hidup kepada golongan belia yang menceburi bidang berkenaan? Saya berpendapat sudah tentu...

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Masa sudah habis.

...Sedikit sahaja lagi. Saya berpendapat sudah tiba masanya untuk kementerian melakukan peremajaan dan pembaharuan secara holistik agar nafas baru dapat ditiupkan kepada industri tersebut. Saya mencadangkan kementerian membentuk dasar baru dengan meletakkan pekerja di sektor berkaitan sebagai kategori khidmat negara kerana ia berada dalam barisan ekonomi yang bersifat food security. Last, last. Butiran 40001 – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). MARDI merupakan salah sebuah institusi yang menjadi tunjang dalam menentukan jatuh bangun sektor pertanian dan industri makanan negara. Peranan yang dimainkan oleh industri tersebut amat penting iaitu melakukan penyelidikan dan pembangunan R&D terhadap pengeluaran, pemprosesan, tanaman, ternakan dan sebagainya. Saya ingin berterima kasih atas peningkatan peruntukan sebanyak RM31 juta pada tahun 2022 berbanding RM24 juta sebelumnya. Setakat tahun 2020, masih banyak jenis tanaman dan ternakan direkodkan tahap SSL yang rendah serta memerlukan R&D untuk meningkatkan pengeluaran.

Antaranya halia 16.2 peratus, cili 30.8 peratus, mangga 30.2 peratus, daging kambing 12.1 peratus dan daging lembu 23 peratus. Jadi kesemuanya merupakan jenis makanan popular menjadi pilihan dan kegemaran sebahagian besar rakyat Malaysia. Soalan saya, apakah jenis makanan ternakan akan menjadi fokus utama kementerian menjelang tahun 2022 dan meningkatkan kadar SSL ini. Saya berpendapat MARDI hendaklah memberi tumpuan kepada penghasilan benih padi baharu supaya dapat mencapai sasaran tahap SSL beras iaitu 75 peratus penghujung RMKe-12. Sekian, Tuan Pengerusi yang telah beri ruang kepada saya dan segala persoalan yang saya bangkitkan mohon supaya tindakan segera oleh MAFI dengan tuntas dan bernas. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya turut ingin menyertai perbahasan peringkat jawatankuasa untuk Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Butiran 02000 – Bekalan Makanan. Kerajaan walaupun telah melancarkan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 yang antara lain menjamin bekalan makanan mencukupi dan selamat. Akan tetapi pada pandangan saya ia harus juga memastikan bekalan makanan ini murah dan juga mampu milik (affordable) supaya rakyat jelata dapat menikmati makanan yang selamat dan murah. Saya ingin membangkitkan isu yang sangat mendukacitakan kerana kenaikan harga sayur-sayuran. Saya telah menerima laporan-laporan daripada orang awam dan juga persatuan pengguna di beberapa tempat bahawa harga sayur-sayuran – ada tempat yang naik sehingga 200 peratus. Maksudnya kerajaan gagal untuk membuat kawalan terhadap harga sayuran. Antara contoh, kubis bunga naik daripada RM7 sampai RM16 sekilogram. Sawi pendek RM3 naik kepada RM9. Brokoli RM8 naik sampai RM20. Sawi RM5 naik sampai RM8. Kacang buncis RM8 naik kepada RM15 sekilogram. Kubis RM4 naik kepada RM6. Cili merah, cili hijau. Itulah rungutan masyarakat awam sekarang bahawa barang naik, seperti slogan dahulu Barisan Nasional, Barang Naik. Bukan sahaja harga sayur-sayuran naik 200 peratus, saya juga menerima rungutan harga ayam naik dan juga pada sebelum ini ada yang kurang daripada RM8 sekilogram. Sekarang ada yang melebihi RM10 sekilogram. Persoalan saya, apakah tugas Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) walaupun merangka satu dasar yang begitu berbunga-bunga tetapi gagal dalam mengawal harga barang pertanian. Bukan sahaja harga sayur naik, harga ayam juga naik. Harga telur juga naik. Saya menerima laporan bahawa telur gred A ada yang telah naik dari RM10 sepapan kepada RM12 sepapan. Ada yang naik sampai RM3 sepapan. Itu menunjukkan kegagalan MAFI untuk mengawal – kegagalan Dasar Agromakanan Negara 2.0. Walaupun saya mendengar Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menjawab pelbagai soalan tetapi saya hendak mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Pertanian kerana Menteri Pertanian yang boleh memberikan jawapan kepada persoalan yang saya bangkitkan. Tuan Pengerusi, Butiran 020600 – Perkhidmatan Kawalan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). Saya ingin mendengar, apakah laporan terkini tentang kartel daging haram. Bagaimana Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) gagal dalam mengawal kemasukan daging haram. Ini kerana ia satu institusi yang begitu penting dan satu jabatan yang begitu penting. Walaupun peruntukan daripada kementerian di bawah bajet ini telah naik daripada RM4.789 bilion kepada RM4.817 bilion, akan tetapi ia tidak dapat mengekang kenaikan harga makanan pertanian dan juga gagal dari segi kawalan MAQIS. Satu perkara yang saya ingin bangkitkan ialah Butiran 040100 – Bertugas ke Luar Negara. Di kedutaan dan juga di beberapa foreign mission di luar negara, kita mempunyai satu jawatan atau tugas Agriculture Attaché yang sepatutnya bertugas untuk facilitate trade berkenaan dengan pertanian. Akan tetapi saya dapati bahawa Agriculture Attaché di negara China, European Union dan United States telah gagal dalam tugas mereka untuk facilitate trade berkenaan dengan hasil-hasil pertanian. Itulah saya ingin membangkitkan berkaitan tentang harga barangan, kegagalan Agriculture Attaché dan juga kegagalan MAQIS. Saya ingin mendengar penjelasan Yang Berhormat Menteri. Itu sahaja Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Dungun.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 020000 – Bekalan Makanan Negara. Soalan saya adalah bagi melancarkan rantaian bekalan makanan, kementerian telah menggerakkan program Pasar Segar Terkawal (PST) yang kini beroperasi di 144 lokasi seluruh negara. Apakah keberkesanan program Pasar Segar Terkawal (PST) ini dan apakah aspek pemasaran dalam talian turut diperluaskan ke kementerian secara sepenuhnya dalam memastikan penggunaan aplikasi dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai pengusaha. Seterusnya, adakah Dasar Sekuriti Negara yang telah diperkenalkan oleh Jawatankuasa Kabinet mengenai jaminan makanan, sudah memastikan perancangan dapat dilaksanakan. Apakah status semasa kedudukan bekalan makanan utama yang lain seperti daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini kerana kepentingan bekalan adalah sangat mustahak, memastikan bahawa permintaan mencukupi dengan bekalan yang ada. Jika tidak, akan berlaku masalah inflasi. Seterusnya Butiran 020100 – Industri Padi dan Beras. Soalan saya adalah mengapa jumlah peruntukan untuk industri ini dikurangkan daripada RM63,092,400 kepada RM59,343,000 memandangkan kementerian dalam perancangan untuk meningkatkan self-sufficient level (SSL) beras kepada 73.80 peratus pada tahun depan. Adakah peruntukan ini sudah mencukupi? Adakah negara kita sudah berada dalam landasan yang tepat menuju ke sasaran 73.40 peratus pada waktu ini. Adakah peruntukan ini sudah termasuk usaha peningkatan daripada segi subsidi input dan output bagi memberi manfaat kepada anggaran 300,000 pesawah. Butiran 020300 – Pertanian. Pertamanya, mengapakah peruntukan diturunkan kepada RM180,942,300 pada tahun 2022? Kedua, apakah perancangan kementerian bagi membantu sebilangan kecil petani yang masih lagi tidak menggunakan teknologi secara sepenuhnya dalam menjalankan kerja pertanian mereka? Ketiga, apakah perancangan kementerian untuk mengutamakan penggunaan makanan ternakan tempatan bagi memastikan harga produk daging terus menjadi stabil di pasaran tempatan? Keempat, adakah kementerian sudah melakukan pemeriksaan yang teliti bagi memastikan petani-petani mendapat pelbagai jenis subsidi seperti subsidi benih atau subsidi baja dan mengelakkan ketirisan? Butiran 020600 – Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). Pertama, adakah tahap pemeriksaan di MAQIS sudah dipertingkatkan secara maksimum bagi mengelakkan isu daging beku yang tidak halal berulang lagi? Kedua, adakah peruntukan sebanyak RM30,350,000 sudah mencukupi bagi memastikan tata kelola dalam kuarantin dan pemeriksaan di MAQIS sudah mencapai standard antarabangsa?

Seterusnya, Butiran 030100 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Pertama, bagaimanakah pelan strategik jangka masa panjang oleh FAMA dalam menghapuskan penggunaan orang tengah dalam urusan jual beli hasil pertanian? Kedua, bagaimanakah FAMA memanfaatkan teknologi bagi membantu pemasaran hasil pertanian di kalangan petani? Ketiga, FAMA memainkan peranan menemukan usahawan dengan pengeluar tempatan melalui Program Ladang Kontrak bagi memastikan hasil pertanian dapat dijual. Apakah keberkesanan Program Ladang Kontrak ini dalam menjamin bekalan makanan? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Alor Setar.

Tuan Chan Ming KaiPKR · PHAlor Setar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma ingin sentuh tiga perkara. Pertama, perkara Kepala B.21 Butiran 020100 – Industri Padi dan Beras. Tuan Pengerusi, beras merupakan satu jenis perniagaan yang strategik. Walaupun kita tidak menguntungkan tetapi untuk menjamin bekalan tersebut, maka kita terpaksa usahakan. Akan tetapi di sini kita faham, petani dan pesawah minta naikkan

Tuan Chan Ming KaiPKR · PHAlor Setar

harga supaya menampung kos tetapi pada waktu yang sama, kita risau juga harga padi kalau naik, harga beras pun juga naik. Maka, dalam keadaan yang kontroversi ini, ada perkara yang boleh kita tambah baik tanpa mewujudkan kontroversi. Contohnya, di bawah Industri Padi dan Beras. Saya hendak tanya kementerian, berapa makmal, lab ujian yang kita sedia ada dan kakitangan yang sedia ada untuk menyelesaikan proses ujian tersebut? Kita sering kali menghadapi masalah benih padi ini kerana khususnya di Kedah yang banyak memerlukan varieti MR297 ini. Varieti ini beza, ia makan masa satu bulan untuk rehat, bukan seperti biasa 14 hari. Akan tetapi dalam proses yang sebelum ini, selepas dapat ambil sampel sampai ke makmal, seharusnya 14 hari tetapi ditangguhkan lagi, tambah lagi satu bulan untuk waktu rehat itu. Maka akhirnya, dari musim satu masuk ke musim dua, selalunya tidak sempat untuk kita hasilkan benih padi untuk bekalan pada waktu yang sesuai. Itulah sebabnya asalnya dalam musim yang lepas ini, tengah bulan September yang sepatutnya waktu taburan tetapi benih padi belum sedia. Akan tetapi dalam perkara ini sepatutnya kementerian boleh selesaikan dengan tambahkan fasiliti makmal. Saya hendak minta kalau boleh, minta kakitangan dan juga staf yang uruskan Jabatan Pertanian dalam makmal ini percepatkan, kurangkan birokrasi. Kalaulah ada kilang yang sudah sediakan sampel, call sahaja, bagi WhatsApp sahaja, terus mai angkat lah. Janganlah hantar surat, tunggu dua hari baru mai angkat sampel, lepas itu sini sudah penuh, tidak cukup, hendak hantar pi Penang sana untuk buat ujian, buat makmal lagi 14 hari, kadangkala lagi tunda lagi dan lebih daripada 14 hari baru kembali. Itu kalau campur lagi satu bulan untuk waktu rehat itu, pasti tidak cukup masa untuk kita sediakan benih padi pada waktu yang diperlukan. Maka, saya rasa kementerian boleh tambahkan fasiliti dalam bab itu supaya kurangkan urusan birokrasi ini yang menyebabkan kelewatan ataupun kelambakan benih padi. Kedua, saya sambut hasrat ataupun usaha baik kementerian untuk kenal pasti ladang-ladang yang harus, yang bakal untuk membekalkan, supply kepada kilang padi ataupun supplier bekalan benih padi ini dengan kenal pasti ladang ia, pacak papan semua itu. Akan tetapi masalahnya, MoU yang ditandatangani antara peladang, pesawah dengan kilang atau pembekal tersebut tidak terikat. Maksudnya, kalau ada peladang yang sudah tandatangan, kata hendak supply benih padi kilang ini, sampai benih dia sudah masak elok, maka dia boleh jual kepada pembekal lain. Tiba-tiba kuota yang diterima oleh kilang tersebut tidak dapat difulfill kerana pada waktu yang perlu, dia tidak dapat supply itu. Maka, perlu kita usahakan, kurangkan masalah ini. Butiran yang kedua, Butiran 040500 – Subsidi dan Insentif Tanaman Padi. Saya minta kementerian tolong semak, mengapa setiap tahun, setiap musim, insentif untuk pembajakan ini selalu lewat. Contohnya, musim pertama sudah selesai, sudah masuk musim kedua, masih belum dapat insentif subsidi untuk pembajakan pada musim pertama. Mengapa setiap musim pun lewat? Untuk baja dan racun, saya minta kementerian tolong semak kepada NAFAS sebagai pembekal. Kita faham harga naik racun ataupun baja tetapi sebelum ini saya pernah bangkitkan, harga yang dijual oleh NAFAS kepada PBK untuk racun itu sebenarnya lebih mahal dari luar pasaran. Maka, kalau kita boleh kurangkan harga tersebut ikut pasaran, maka kita dapat subsidi yang sama tetapi boleh beri lebih banyak racun kepada peladang-peladang yang perlu. Tidak perlu kita tambah daripada subsidi yang lebih ataupun kalau kita tambah pun, kita boleh menggunakan sepenuhnya sumber- sumber yang kita ada. Dalam waktu yang sama saya minta kementerian, kenaikan harga baja sudah satu yang bebanlah. Masalahnya ramai di antara peladang ini ada yang gagal dimasukkan di bawah PBK. Dihalang ataupun tidak dapat daftar di bawah PBK, maka kalau baja yang dibekal oleh PBK pun terpaksa mereka bayar lebih untuk transport tersebut. Kalaulah mereka memang tidak dibenarkan masuk PBK, sebahagian besar ialah peladang- peladang bukan Melayu. Kalau tidak dibenarkan masuk PBK, tolonglah bagi subsidi yang lebih, khususnya untuk baja, transport fees tersebut supaya menanggung beban mereka.

Tuan Chan Ming KaiPKR · PHAlor Setar

Akhir sekali, untuk perkara Kepala P.21, Butiran 12800 – Pemodenan Sistem Pengairan Padi. Kementerian, saya hendak tanya sejauh mana kemajuan projek pembangunan sistem pengairan tersier untuk Projek EPP10 ini? Jumlahnya semua adalah merangkumi 43 blok, yang hanya selesai empat blok dan ada 10 blok dalam pembinaan. Dalam jangka masa 2021 sehingga 2025 sepatutnya kena selesaikan. Akan tetapi di Kedah dalam 20 blok tersebut, sejauh mana penyelesaian? Itu satu masalah bagi Kedah kerana zaman dulu semua orang pakat untuk kongsi satu daripada ‘ayaq’ tetapi sekarang sudah tukar tiga generasi ‘ayaq’ dengan anak dengan cucu semua tidak kenal. Maka, hendak guna ‘ayaq’ tengah jalan, terusan tengah ini kena kongsi, kena bayar tol ‘ayaq’ itu lagi. Maka, kita selesaikan perairan ini, maka bolehlah kita mempertingkatkan hasil tersebut. Maka, saya minta kementerian jawab bagaimana kemajuan projek tersebut dan sejauh mana kita boleh selesaikan dalam masa terdekat?

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar.

Tuan Chan Ming KaiPKR · PHAlor Setar

Sedikit sahaja daripada saya Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya ingin menyentuh Butiran 020000 – Bekalan Makanan Negara, khususnya Butiran 020100 - Industri Padi dan Beras yang mendapat peruntukan sebanyak RM59.3 juta bagi tahun 2022 berbanding RM61.1 juta, pengurangan sebanyak RM3.8 juta ataupun enam peratus bagi mensasarkan SSL beras dengan mengambil kira perubahan corak makanan ke arah makanan berprotein dan permintaan kepada beras istimewa. Saya ingin membangkitkan pengurangan peruntukan sebanyak enam peratus ini agak tinggi, khususnya bagi memajukan dan membangunkan tanaman padi negara. Apakah rasionalnya peruntukan ini dikurangkan sehingga enam peratus? Saya dimaklumkan oleh pesawah-pesawah padi telah merosot semenjak tiga tahun ini dari tujuh tan kepada lapan tan sekeping, tiga ekar kepada hanya tiga hingga lima tan disebabkan serangan penyakit. Padi angin dan kerosakan pokok padi disebabkan ditenggelami air dan angin. Dalam masa yang sama, kos untuk menanam padi pula telah meningkat kepada RM3,000 kepada RM5,000 bagi sekeping ataupun tiga ekar sawah. Contohnya, harga benih padi yang telah meningkat daripada 1,200 kepada hampir 2,000 input pertanian seperti baja dan racun telah meningkat kepada 30 peratus. Pesawah yang mengusahakan tiga ekar sawah perlu mendapatkan hasil sekurang-kurangnya enam tan hasil padi untuk menampung kos penanaman padi. Sedangkan sekarang hasil padi kurang daripada lima tan ataupun tiga ekar sawah. Sewaan sawah padi juga telah menurun daripada RM3,000 hingga RM4,000 kepada RM2,000 hingga RM3,000 sahaja. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan, khasnya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Apakah langkah kerajaan bagi meningkatkan semula hasil tanaman padi, khususnya di kawasan Parlimen Sabak Bernam dan Sungai Besar supaya setanding dengan pengeluaran padi di Sekinchan yang mencapai 12 tan bagi sekeping ataupun tiga ekar sawah?

Adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan konsep tanaman ladang padi berkelompok di kawasan Parlimen Sabak Bernam dan Sungai Besar bagi mengatasi kenaikan kos tanaman padi dan meningkatkan hasil dan mutu padi? Saya ingin mencadangkan agar kerajaan segera menjalankan kajian khususnya berhubung dengan kemerosotan padi di kawasan Parlimen Sabak Bernam. Saya ingin mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Lembaga Kemajuan Padi Negara bagi

meningkatkan pengeluaran hasil padi, memajukan industri padi dan beras negara serta memperbaiki kedudukan sosioekonomi pesawah padi seluruh negara yang kebanyakannya kini termasuk dalam golongan B40. Seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 020200 – Pengairan dan Saliran Pertanian, yang mendapat peruntukan sebanyak RM11.3 juta tahun 2022 dan RM11.2 juta tahun 2021. Antaranya bagi tujuan memastikan program pertanian yang dirancang oleh kementerian mengikut jadual. Sehubungan ini, saya ingin membangkitkan saliran pertanian dan palong-palong sawah di kawasan Parlimen Sabak Bernam dan Sungai Besar yang kebanyakannya telah lama sudah rosak yang menyebabkan tanaman padi terjejas dan terlewat daripada jadual yang ditetapkan setiap bulan Mac dan Oktober setiap tahun. Saya ingin mohon kerajaan memperbaiki atau menggantikan palong-palong yang telah rosak. Akhirnya saya ingin menyentuh Butiran 030000 – Industri Agromakanan dan Keusahawanan Tani, khususnya 030300 - Latihan Kemahiran Pertanian. Saya ingin mendapat penjelasan kementerian, setakat manakah pelaksanaan program latihan kemahiran pertanian berteraskan sistem latihan berkembar ini khususnya bagi melahirkan usahawan di kalangan graduan dan usahawan graduan tani? Akhir sekali, saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri ataupun Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk melihat tanaman pokok kurma. Pokok kurma ini biasanya berada di Timur Tengah dan kini berada di Sabak Bernam yang sedang diusahakan oleh seorang pengusaha, Encik Mazlan, sebanyak 5,000 pokok. Saya mengharapkan kepada kementerian untuk membuat R&D, kajian tentang potensi pokok kurma ini. Sekarang sudah mula berbunga dan pokok kurma ini telah diusahakan di Thailand dan juga di Indonesia. Nampaknya, mereka telah berjaya. Saya ingin bertanya soalan, adakah kementerian bercadang untuk mengembangkan industri kurma di Malaysia ini? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak menyentuh Butiran 020300 – Pertanian. Dalam kawasan saya ini ada dua daerah, Daerah Kota Setar dan juga Daerah Pokok Sena. Daerah Pokok Sena pun telah diklasifikasikan oleh Jabatan Pertanian sebagai kluster pisang untuk penanaman pisang. Memang ramai penanam pisang yang telah pun mengambil bahagian di dalam Daerah Pokok Sena dan mereka sangat berjaya iaitu yang mengendalikan tanaman pisang di tanah pertanian biasa. Ada satu lagi kumpulan Tuan Pengerusi, iaitu sejumlah hampir 100 orang juga yang lebih daripada hampir 300 relong kedah ini yang menanam pisang di dalam kebun getah iaitu di waktu pekebun kecil itu menanam semula. Jadi, mereka mengambil bahagian untuk menumpang menanam pokok pisang dan memang sangat berjaya. Akan tetapi masalahnya, mereka tidak mendapat bantuan ataupun mendapat apa-apa bantuan subsidi baja dan sebagainya. Mereka bergantung kepada perbelanjaan sendiri. Saya telah pun mengadakan pertemuan dengan mereka dan bersama dengan Pegawai Pertanian Daerah, dimaklumkan bahawa mereka tidak boleh menyalurkan bantuan kepada penanam pisang ini kerana dia ditanam di dalam kebun getah oleh sebab pekebun kecil itu telah pun mendapat bantuan daripada RISDA iaitu bantuan penanaman semula, sedangkan yang buat tanaman pisang ini bukan tuan pekebun kecil itu, tetapi orang lain yang datang untuk menumpang menanam pisang di waktu tanaman semula getah. Jadi saya hendak minta soal prosedur ini, SOP ini mesti dikaji balik supaya walaupun pekebun getah itu telah mendapat bantuan tanaman semula, tetapi yang tanam pisang ini dia tidak dapat bantuan apa-apa. Bantuan itu kepada pekebun kecil itu, jadi Jabatan Pertanian perlu memberikan perhatian untuk membantu mereka. Ini sebab mereka ada inisiatif untuk buat sendiri di waktu pusingan tanaman semula getah ini diletakkan tanaman selingan iaitu tanaman pisang. Ini suatu kejayaan yang sangat besar, orang kampung telah berjaya dalam pengendalian tanaman pisang ini.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Keduanya ialah Butiran 020100 – Industri Padi dan Beras. Saya lihat dalam bajet ini, dalam industri padi dan beras menurun daripada RM63 juta kepada RM59 juta. Begitu juga ada belanjawan yang berkaitan dengan industri padi ini tidak bertambah iaitu subsidi harga padi, subsidi dan intensif tanaman padi tidak berubah daripada segi angkanya. Maknanya, seolah-olahnya kita tidak melihat kepada keperluan yang diperlukan oleh petani-petani padi. Hari ini mereka telah menganggap bahawa mereka adalah golongan yang membiayai harga beras yang murah yang boleh didapati oleh rakyat kebanyakan termasuk Yang Berhormat Pekan yang ditawarkan rumah dan tanah RM100 juta ini, dapat beras yang murah dengan keringat daripada petani-petani ini sedangkan mereka telah terpaksa menanggung kos kenaikan untuk menghasilkan pengeluaran padi dalam negara kita akibat daripada isu-isu kos yang berkaitan dengan soal kenaikan benih, kenaikan racun, kenaikan baja dan sebagainya. Ini sebab racun tidak cukup dengan subsidi yang diberikan oleh pihak kerajaan. Mereka perlu berikan racun yang lain. Begitu juga baja, mereka terpaksa beli baja yang lain untuk menampung industri padi yang mereka terlibat. Jadi, sebab itu saya minta, hari ini hari yang ke-91 menuju 100 hari kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Bera ini. Hari ini hari yang ke-91 kalau tidak silap saya, hanya ada sembilan hari lagilah tidak boleh selesai lagi masalah ini. Lagi sembilan hari tidak boleh hendak selesai lagi masalah ini sedangkan mereka sudah merintih, sudah menangis berhadapan dengan permasalahan kos yang sangat tinggi. Begitu juga dengan isu-isu yang berkaitan dengan kenaikan harga barang, harga makanan, harga ayam, harga daging dan sebagainya. Sudah hendak sampai 100 hari, tidak ada lagi penyelesaian sedangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan untuk tempoh 100 hari ini, setiap kementerian itu mesti berikan satu faktor ‘wow’. Jadi, kita melihat yang ‘wow’ ini ‘wow’ juga, ‘wow’ terkejut.

[Dewan ketawa]

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

‘Wow’ rakyat terkejut. Wow! Naik harga. Wow! Harga ayam naik RM14.00. Wow! Yang Berhormat Pekan dapat tanah RM100 juta. ‘Wow’ juga. [Ketawa] Jadi, kita hendak ‘wow’ ini ‘wow’ yang melegakan rakyat iaitu alhamdulillah, ‘wow’ disertai dengan alhamdulillah. [Disampuk] Alhamdulillah, dapat harga yang murah dan sebagainya. Jadi, ini yang perlu dilihat oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Begitu juga, akhir sekali Yang Berhormat...

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Minta rumuskan.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Akhir sekali, Butiran 030300 – Latihan Kemahiran Pertanian. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada sebut dalam Rancangan Malaysia Ke-12 untuk memberikan fokus kepada isu yang berkaitan dengan TVET ini. Akan tetapi saya nampak di sini, bajet ini telah menurun daripada RM33 juta kepada RM32 juta. Jadi bagi saya, sesuatu yang sangat tidak wajar bagaimana untuk kita hendak bangunkan, hendak develop lagi latihan kemahiran kepada sektor pertanian ini supaya lebih ramai anak-anak muda untuk menyertai sektor pertanian dalam negara kita. Jadi saya harap bahawa kerajaan harus memberikan tumpuan, kementerian harus memberikan tumpuan kepada soal latihan kemahiran ini dengan menambahkan lagi peruntukan dan begitu juga dengan peruntukan-peruntukan kepada sektor padi dan beras. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Jerai.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk perbahasan Jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Saya menyentuh berkaitan perkara B.21 Butiran 020900 – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Saya ingin memohon kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia (MAFI) untuk memberi kebenaran khusus dengan menjadikan MADA sebagai pengeluar benih tunggal utama di Kedah.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

MADA perlu menghasilkan benih padi keluaran sendiri untuk kawalan yang sistematik. Kita boleh minta pihak MADA untuk menjadi pengeluar benih padi agar kawalan jumlah kadar dan harga dapat dibuat. Syarikat pengeluar benih tidak adapun petak sawah tapi mereka kutip benih padi dari merata tempat untuk menjual anak benih.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Seterusnya, MADA juga hasilkan sendiri benih padi yang sesuai ditanam di kawasan MADA dan di luar kawasan MADA. Selain daripada dapat mengawal harga, menghasilkan benih padi keluaran sendiri juga dapat menjamin kualiti yang sama dengan kawalan sistematik disebabkan penularan isu kekurangan benih padi bagi musim penanaman musim kedua tahun 2021. Kedua, Maksud B.21, Butiran 020100 – Industri Padi dan Beras. Saya ingin bertanya, kenapa peruntukan dari RM63 juta lebih diturunkan menjadi RM59 juta? Industri padi kian hangat diperkatakan kerana ia merupakan makanan ruji penduduk negara kita. Faktor kekurangan padi di pasaran disebabkan wujudnya pemilihan benih monovariety oleh pesawah. Kecenderungan pesawah memilih satu variety sahaja bagi penanaman musim utama tahun 2021. Kecenderungan pesawah di kawasan MADA adalah untuk mendapatkan variety MR297 kerana memberi persepsi pulangan yang lebih tinggi daripada variety lain. Secara umumnya, benih padi di pasaran mencukupi sekiranya tidak wujud kecenderungan monovariety ini. Penanaman padi secara monovariety adalah tidak digalakkan penggunaannya kerana mendedahkan serangan perosak dan penyakit skala besar dan dikhuatiri menjejaskan hasil padi pesawah. Ketiga, Maksud B.21, Butiran 040500 – Subsidi dan Insentif Tanaman Padi. Subsidi racun baja. Kerajaan juga dilihat perlu mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah kenaikan melampau harga input pertanian racun baja. Selain itu, bagi mengimbangi kos input, subsidi pengeluaran padi mentah mesti dinaikkan daripada RM361 tan metrik kepada RM501 tan metrik. Difahamkan selama ini pesawah terpaksa menanggung kos bersawah yang naik berkali ganda setiap tahun. Namun, jumlah subsidi yang diterima masih di tahap yang lama. Kenaikan harga racun baja sangat keterlaluan. Kita minta kerajaan kita untuk membantu golongan pesawah ini dengan memantau harga pasaran racun. Terkini, ada racun tong besar setahun yang lepas berharga RM185 sekarang menjadi RM330. Keempat, Maksud B.21, Butiran 040400 – Subsidi Harga Padi. NAFAS tidak lagi menjadi pengedar tunggal benih padi. Disebabkan ini, ada keluhan daripada petani yang perlu membeli harga lebih daripada harga maksimum yang ditetapkan. Sebelum ini ketika NAFAS jadi pengeluar tunggal benih padi, tidak ada masalah harga. Cuma yang ada ialah isu variety benih dan kualiti. Pada pandangan saya, harga belian padi disyorkan dinaikkan kepada harga sepatutnya memandangkan kos pengurusan sawah macam jentera upah dan lain-lain telah pun naik yang membebankan petani. Sekian, terima kasih

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Papar.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Papar terus pada Maksud B.21, Butiran 040600 – Subsidi dan Insentif Nelayan. Diperuntukkan sejumlah RM151.2 juta yang mana jumlah ini kekal sama seperti tahun lalu. Saya ingin tahu pecahan peruntukan ini. Berapakah jumlah subsidi dan berapa pula jumlah untuk inisiatif nelayan? Kalau boleh, berikan juga pecahan jenis subsidi dan insentif yang diberi. Kedua, berkenaan dengan elaun nelayan sebanyak RM300. Saya berharap agar kerajaan akan dapat menaikkan elaun ini kepada RM500. Apa yang saya ingin tanyakan di sini ialah elaun RM300 ini, saya ingin bertanya sekali lagi, berapakah jumlah nelayan di Parlimen Papar yang diberikan elaun pada tahun 2020 dan juga tahun 2021? Sewaktu COVID-19 melanda, adakah senarai jumlah penerima ini berkurangan atau sebaliknya? Ketiga, saya ingin bertanya berkenaan dengan bantuan perumahan nelayan. Adakah terdapat peruntukan bagi tujuan ini? Ini kerana saya tidak nampak di mana-mana butirannya. Diharap kerajaan akan memberi perhatian perkara ini.

Keempat, selain daripada elaun, apakah langkah yang diambil oleh kementerian bagi menambah pendapatan nelayan di Papar? Sebagai contoh, ternakan ikan dalam sangkar, produk hiliran dan sebagainya. Kelima, apakah strategi kementerian bagi mengeluarkan nelayan daripada kancah kemiskinan? Maksud B.21, Butiran 020700 – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Maksud P.21, Butiran 00500 dan Butiran 40005. Pengurusan diperuntukkan RM106 juta, manakala peruntukan pembangunan masing-masing berjumlah RM40 juta dan RM30 juta. Jumlah ini meningkat berbanding tahun lalu. Saya ingin tahu, mengapa peruntukan pembangunan untuk LKIM ada dua butiran? Adakah kerana dua projek yang berlainan? Mengapa butiran tidak disatukan sahaja? Kedua, saya ingin tahu peranan LKIM dalam mengusahakan kemajuan ekonomi para nelayan khususnya di Daerah Papar. Berapakah jumlah nelayan yang telah menceburi bidang perniagaan dalam tempoh lima tahun ini dan jenis perniagaan apakah yang mereka telah usahakan? Seperti yang pernah saya utarakan, bahawa LKIM juga pernah mengendalikan pembuatan dan pembinaan membaik pulih rumah-rumah nelayan yang telah rosak. Berapakah peruntukan yang telah diagihkan untuk tujuan ini di seluruh Sabah? LKIM boleh memberi bantuan pukat, bot, jaket keselamatan dan apa-apa yang diperlukan oleh nelayan. Yang penting, berilah LKIM peruntukan yang mencukupi. Saya juga menyarankan kepada pegawai-pegawai LKIM supaya terus turun padang menyantuni nelayan-nelayan ini. Pegawai-pegawai ini harus kita adakan KPI tersendiri yang harus diadili oleh nelayan-nelayan yang berkenaan. Dengan peruntukan yang ada untuk mempermudahkan nelayan-nelayan pantai, saya merayu kepada kementerian untuk membina semula, membaik pulih jeti-jeti yang telah rosak akibat banjir. Saya juga berpendapat bahawa perkampungan nelayan di Daerah Papar terutamanya Kampung Kuala dan Kuala Dalam harus dijadikan perkampungan contoh, di mana jalan-jalan kampung, perparitan, bekalan air, elektrik harus diperbaiki dengan sempurna. Ramai di antara mereka ini yang suka bersukan, beriadah. Jadi, apa salahnya kita baik pulih semua padang dan juga gelanggang- gelanggang takraw, bola tampar dan sebagainya. Maksud B.21, Butiran 040400 – Subsidi Harga Padi. Tahun 2020 diperuntukkan sebanyak RM620 juta, tahun 2021 menurun kepada RM570 juta dan tahun ini kekal pada RM570 juta. Adakah kementerian bercadang memberikan subsidi benih padi yang diterima oleh pengilang kepada petani untuk menyelesaikan masalah harga benih padi ini? Ini kerana petani terpaksa membeli benih padi pada harga yang mahal apabila kilang dan juga peruncit menjual benih pada harga melebihi RM35 iaitu sekitar RM40 hingga RM50 bagi satu beg seberat 20 kilogram. Petani juga berhadapan dengan kenaikan kos import pertanian yang melampau kemampuan mereka iaitu kos baja, kos racun rumpai dan kemungkinan besar perkhidmatan mesin padi dan traktor. Sebagai contoh, harga racun rumpai yang dahulunya RM40 sebotol kini naik melambung hingga RM80 sebotol sekali gus menyebabkan petani menanggung kenaikan kos tinggi sehingga 80 peratus. Apakah langkah-langkah yang harus difikirkan oleh kerajaan dalam membantu petani mendapat keuntungan daripada permulaan proses penanaman hinggalah pengilangan? Kita lihat banyak yang mengaut untung adalah orang-orang yang terlibat dari proses ini tetapi bukan petani. Ramai yang tidak dapat untung yang sepatutnya. Jadi, saya memohon kepada kerajaan untuk melakukan yang terbaik.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Masa sudah habis, Yang Berhormat Papar.

Yang terakhir, saya menyarankan kerajaan untuk menyediakan jentera-jentera keperluan untuk membajak, menanam dan menuai padi yang cukup. Kerajaan mesti mengelakkan pembaziran sewaktu menuai kerana jentera yang tidak cukup untuk menangani keperluan petani. Sekian, terima kasih. Papar mengundur diri.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Seterusnya dijemput Yang Berhormat Sik.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 020100 – Industri Padi dan Beras. Secara puratanya, keperluan tahunan beras bagi rakyat Malaysia adalah 25 juta tan metrik manakala pengeluaran beras negara pula sekitar 70 peratus daripada keperluan itu. Negara mengimport 700,000 tan metrik hingga 900,000 tan metrik beras setiap tahun atau sekitar 30 peratus. Bagi memperkukuhkan peranan bidang penyelidikan untuk meningkatkan pengeluaran beras negara serta meningkatkan aktiviti yang mempunyai nilai tambah yang tinggi dalam sektor pertanian, saya mencadangkan penubuhan Rice Centre of Excellence (RICE), dengan izin. Ia bertujuan mewujudkan kerjasama pintar antara agensi dan juga pihak swasta serta universiti tempatan termasuklah MARDI, NAFAS, MADA, Lembaga Pertubuhan Peladang dan diselia oleh MAFI bagi menjamin sekuriti bekalan beras negara serta bebas kebergantungan kepada beras import. Kedua, Program Smart Sawah Berskala Besar (SBB) adalah sangat penting untuk dilaksanakan dengan sebaiknya oleh para petani kita bagi mengoptimumkan hasil padi dan seterusnya meningkatkan pendapatan negara. Syarikat peneraju yang bersama dalam program Smart SBB ini perlu mempunyai tanggungjawab sosial yang tinggi dan tidak boleh mengambil kesempatan mengaut keuntungan yang berlipat ganda hasil daripada inisiatif ini. Kerajaan perlu memberi garis panduan yang jelas bagi menyediakan kontrak antara syarikat peneraju dan petani supaya kepentingan petani dan tanah-tanah sawah tetap diberi keutamaan. Selain daripada itu, syarikat peneraju bagi pelaksanaan program ini perlu ditambah jumlahnya bagi mewujudkan ruang kompetitif yang lebih besar untuk para petani memilih syarikat yang terbaik bagi mengusahakan tanah sawah secara skala besar ini. Ia juga boleh dibuka kepada institusi-institusi wakaf dan zakat yang memiliki keupayaan modal besar serta komitmen sangat tinggi untuk membantu para asnaf dan petani yang miskin yang terlibat secara langsung dalam program ini. Bagi negeri Kedah, Lembaga Zakat Negeri Kedah telah bersedia untuk menjadi salah satu syarikat peneraju sekiranya diberi kebenaran oleh MAFI. Seterusnya, ia juga boleh mengurangkan isu kebergantungan ataupun kemasukan pekerja asing yang telah pun terlibat secara langsung seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Jempol tadi. Seterusnya Butiran 020900 – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Peruntukan mengurus MADA yang berjumlah RM91,294,100.00 iaitu jumlah yang sama pada tahun 2021 didapati tidak mencukupi untuk membiayai kerja-kerja berkaitan penyelenggaraan khususnya tali air dan parit di kawasan sawah padi. Ini berisiko menyebabkan kegagalan fungsi pengurusan air ke sawah. Pertanyaan saya, adakah peruntukan mengurus kepada MADA akan ditambah? Penurunan peruntukan juga antara lain akan menjejaskan fungsi operasi pengairan dan saliran di kawasan MADA yang dapat mengganggu aktiviti penanaman padi. Sehubungan dengan itu, MADA melihat terdapat keperluan untuk memohon kelulusan peruntukan tambahan di bawah komponen mengurus seperti sebelum ini bagi menjamin kelestarian tanaman padi di kawasan MADA. Dalam jawapan oleh Yang Berhormat Menteri MAFI dalam ucapan peringkat dasar telah dimaklumkan bahawa peruntukan tambahan ini telah diangkat kepada MOF untuk dipertimbangkan dan saya mengucapkan terima kasih. Seterusnya Butiran 040400 – Subsidi Harga Padi dan Butiran 040500 – Subsidi dan Intensif Tanaman Padi. Jumlah kedua butiran ini yang berjumlah RM1.53 bilion. Ketika ini, harga beras tidak dinaikkan seiring peningkatan kos import yang melambung tinggi sehingga 100 peratus. Kos mengerjakan sawah naik berkali ganda hampir setiap tahun termasuk kos jentera dan upah. Pemotongan pemutuan padi yang sangat tinggi dan tidak dapat dikawal oleh pihak kerajaan.

Ada pengilang-pengilang yang mengambil kesempatan dengan membuat pemotongan pemutuan padi dengan tidak mengikut kaedah dan garis panduan yang ditetapkan oleh kementerian. Ini berpunca daripada kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan. Maka, saya sarankan supaya kerajaan memperhalusi kaedah yang lebih sistematik dan menyeluruh bagi melihat isu ini sebagai keutamaan dalam agenda kementerian membantu petani dan mengukuhkan sekuriti makanan negara. Seterusnya, Butiran 94000 – Projek Pemacu Pertanian. Pelaksanaan sistem pengairan tersier bagi membaiki sistem pengurusan air ke sawah padi perlu diteruskan di mana projek ini telah bermula pada tahun 2011 di bawah program NKEA EBP10. Mohon pihak kerajaan untuk mempertimbangkan peruntukan khususnya kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda sehingga selesai semua blok pengairan dilengkapi dengan sistem tersier Seterusnya, Butiran 02900 – Program dan Pembangunan Punca Air. Petani- petani di kawasan MADA sedang menunggu pelaksanaan projek menaiktaraf sistem tersier di blok-blok pengairan yang telah lama diumumkan oleh kerajaan. Ada setengah daripada blok-blok tersebut telah siap sepenuhnya dan ada lagi yang belum dimulai. Satu lagi projek yang telah lama diumumkan adalah projek Skim Permindahan Air Jeniang ataupun Jeniang Transfer yang terletak di Daerah Sik. Setakat ini, hanya fasa satu yang telah disiapkan. Mohon pihak kementerian untuk menyatakan; pertama, apakah status semasa dan hala tuju bagi kedua-dua projek ini. Kedua, adakah pelaksanaan projek ini masih dalam perancangan pihak kementerian.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Masa dah tamat, Yang Berhormat Sik.

Terakhir, Tuan Pengerusi. Butiran 10005 – Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan. Saban tahun, kita terus mengimport bekalan makanan daripada luar untuk menampung ketidakcukupan makanan dalam negara. Saya percaya sebenarnya ramai pemain industri di luar sana yang sebenarnya berkemampuan untuk meningkatkan hasil pengeluaran bahan makanan. Saya jangkakan sekiranya pihak kementerian ada menyediakan insentif-insentif dalam bentuk pengecualian cukai, ini akan dapat menarik minat pelabur dari dalam dan luar negara bagi merancakkan pengeluaran makanan dalam negara. Mohon kementerian untuk menyatakan apakah usaha kerajaan untuk mengurangkan import makanan dengan melibatkan lebih banyak syarikat swasta dan golongan profesional dalam bidang pertanian ini. Apakah insentif-insentif yang telah disediakan untuk usaha-usaha ini. Tuan Pengerusi, sekian terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tuaran.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas bagi Maksud Bekalan 21 –Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Butiran 020000 – Bekalan Makanan Negara. Tuan Pengerusi, bekalan makanan betul-betul terasa pada ketika pandemik COVID-19 ini. Oleh sebab itu, segala kekuatan negara perlu digemblengkan untuk dipastikan kita dapat memastikan adanya makanan. Dalam hal ini, saya ingin bertanya kepada kementerian apakah langkah-langkah yang sedang diambil untuk memastikan supaya tanah-tanah terbiar khususnya tanah-tanah sawah yang terbiar dapat dibangunkan semula supaya dapat mengeluarkan padi dan sebagainya. Di kawasan saya di Tuaran, memang sudah banyak kawasan sawah yang tidak dapat diusahakan oleh sebab masalah pengairan dan saliran. Pada satu ketika dahulu, telah dibuat estimate dan kita cuma memerlukan lebih kurang RM20 juta untuk pastikan supaya pengairan dan saliran untuk sawah padi di Tuaran dapat di atas. Akan tetapi, oleh sebab ada masalah peruntukan dari Pusat ketika itu, ia tidak dapat dilaksanakan. Saya ingin bertanya sekarang ini, kita ada seorang menteri daripada Sabah dalam pertanyaan ini sama ada projek ini dapat diteruskan supaya tanah-tanah

terbiar seperti sawah di Tuaran itu dapat dibangunkan kembali. Jika tidak, nanti tanah- tanah ini akan tumbuh dengan rumah-rumah dan bangunan dan sebagainya. Jadi, sayang daripada segi mengeluarkan makanan. Seterusnya, Butiran 030000 – Industri Agromakanan dan Keusahawanan Tani yang juga telah menyenaraikan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Dalam hal ini, saya sedar bahawa FAMA ada mempunyai satu platform untuk pemasaran iaitu agrobusiness. Ia telah dibina oleh pihak MIMOS dahulu untuk FAMA. Saya tahu ini sebab saya tahu apa yang dibuat oleh MIMOS dahulu untuk FAMA. Saya ingin bertanya sama ada pihak kementerian telah – apakah langkah-langkah kementerian untuk mempromosi platform ini supaya usahawan-usahawan tani khususnya golongan muda dapat menggunakan sebaik-baik mungkin platform ini untuk memasarkan hasil-hasil pertanian mereka secara e-commerce. Potensinya begitu besar sebab dia boleh memasarkan di seluruh dunia sebenarnya.

Cumanya, barangkali ramai anak-anak muda yang tidak tahu adanya kemudahan ini ya, platform ini untuk membuat pasaran. Jadi, saya ingin tahu apakah kementerian memberi peruntukan atau membuat program untuk mempromosi platform e-commerce yang dibuat oleh FAMA ini? Kemudian, daripada segi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), saya tahu yang kerajaan Sabah belum lagi menerima Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia di Sabah, belum lagi ya. Jadi, saya nampak peruntukan pun besar juga dibuat di sini, lebih kurang RM27 juta daripada segi mengurus dan ada lagi peruntukan untuk pembangunan. Saya ingin tahu bagaimanakah Kerajaan Persekutuan boleh membantu petani-petani yang terlibat dalam penanaman nanas, usahawan-usahawan menanam nanas di Sabah? Oleh kerana LPNM ini tidak dapat diperluaskan di Sabah jadi bagaimana membantu usahawan-usahawan? Mereka yang terlibat dalam penanaman nanas ini di Sabah, di kawasan saya di Tuaran memang ramai yang menanam nanas dan pada ketika COVID-19 ini ia terbiar begitu sahaja sebab memasarkan pun masalah. Kita nampak tidak ada yang memberi bantuan pada mereka. Kemudian, dalam Butiran 04700 – Pembangunan Industri Padi. Dalam hal ini, saya ingin tahu apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk membangun dan menolong mereka yang terlibat dalam penanaman padi bukit? Di Sabah ini ramai yang terlibat dalam penanaman padi bukit termasuk di kawasan saya di Tuaran. Apakah bantuan-bantuan yang sedang dan diberi oleh kementerian? Terakhir, LKIM kepada nelayan-nelayan kita. Saya juga ingin tahu apakah bantuan-bantuan yang diberikan kepada nelayan-nelayan kita dan apakah langkah- langkah untuk memastikan supaya produktiviti mereka dapat ditingkatkan? Itu sahaja yang saya ingin katakan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Yang Berhormat, masa ikut usul habis 6.30 tetapi saya boleh guna Peraturan Mesyuarat 12(1) dan (3) untuk extend 15 minit maksimum. Oleh itu, saya jemput Yang Berhormat Beaufort kemudian Yang Berhormat Batu Gajah, sharp lima minit seorang. Silakan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 020100 – Industri Padi dan Beras. Saya lihat bahawa SSL untuk tahun 2021 secaranya 82.39 peratus tetapi peruntukan yang diperuntukkan untuk tahun hadapan adalah diturunkan dari tahun lalu. Jika melihat ini, saya minta penjelasan daripada kementerian bagaimana pula diturunkan ini sedangkan ada usaha adalah untuk meningkatkan SSL untuk beras? Akan tetapi terdapat pengurangan daripada bajet. Berapakah kadar subsidi harga padi yang dicadangkan oleh kementerian? Adakah kerajaan berhasrat untuk menurunkan kadar subsidi harga padi? Apakah insentif-

insentif baharu kementerian dalam menambah baik lagi industri padi dan beras di negara kita? Adakah perancangan strategik kementerian untuk seluruh Malaysia dalam menambahkan lagi bekalan beras untuk negara? Apakah langkah-langkah kementerian untuk meluaskan penanaman padi dan pengeluaran beras di Sabah yang pada masa ini adalah pada tahap 30 peratus manakala 70 peratus lagi adalah diimport sedangkan beras adalah makanan staple bagi rakyat negara kita Malaysia termasuk juga di Sabah. Butiran 020300 – Pertanian. Sejauh manakah kementerian telah mengkaji untuk memperkenalkan teknik pertanian dengan pembangunan teknologi terkini bagi memastikan para petani dapat menghasilkan produk yang dapat memenuhi kehendak dan keperluan semasa. Sudah tiba masanya kementerian membuat penilaian dan kajian yang holistik mengenai bagaimana untuk memperkasa para petani kita, dahulu hanya memberikan bantuan peralatan dan geran dan kursus. Apakah lagi inisiatif untuk menambah kemahiran, pengetahuan dan mempelbagaikan hasil pertanian dan membantu pemasaran? Apakah usaha untuk menolong petani kita menghasilkan baja-baja dalam negara kita? Difahamkan hanya 15 peratus belia terlibat dalam sektor pertanian. Ini daripada 14.6 juta belia di negara. Persepsi para belia pada sektor ini perlu diperbaiki lagi. Apakah program-program terbaharu kementerian dalam meningkatkan peratus penglibatan orang muda belia dalam sektor pertanian ini? Saya mencadangkan supaya kementerian mengadakan sesi libat urus bersama kaum belia, orang-orang muda termasuk mereka yang berada di IPT dan persatuan- persatuan belia untuk mengenal pasti cita rasa jenis pertanian yang mereka minati dan yang mana mereka mempunyai pengetahuan asas untuk mereka terokai dengan sokongan kementerian. Kita memerlukan lebih ramai lagi kaum belia kita khususnya yang berada di luar bandar untuk terlibat dalam bidang pertanian ini. Butiran 020500 – Perikanan. Rata-rata nelayan adalah tergolong dalam golongan yang miskin. Saya sekalikan dengan Butiran 040600 – Subsidi dan Insentif Nelayan. Saya dapati perikanan adalah satu industri yang penting. Berapakah peruntukan yang akan disalurkan ke negeri Sabah daripada peruntukan yang disediakan untuk tahun hadapan? Apakah usaha kementerian dalam memperkasa para nelayan dalam butiran perikanan ini? Apakah program atau kaedah yang dirangka oleh kementerian dalam melibatkan lagi juga para belia dan orang muda dalam sektor perikanan ini dalam mencipta peluang pekerjaan? Berapakah peruntukan yang disediakan untuk sokongan bantuan pukat, enjin bot dan membaiki jeti-jeti nelayan yang terdapat di kawasan-kawasan nelayan? Kita tahu kawasan-kawasan nelayan adalah kawasan yang miskin. Saya mohon para nelayan di kawasan saya khususnya di kawasan Kuala Penyu dan daerah kecil Menumbok dapat diberikan perhatian agar mereka dapat meningkatkan lagi pendapatan mereka khususnya dalam memberikan bantuan bot-bot, pukat-pukat dan enjin-enjin juga seperti mana yang saya sebutkan tadi membaiki jeti nelayan selain daripada membantu perumahan mereka. Saya juga meminta kepada kementerian supaya menyediakan juga peruntukan untuk mewujudkan industri hiliran di kawasan-kawasan nelayan ini kerana kita mahu supaya bukan sahaja nelayan itu mendapat pendapatan daripada tangkapan mereka tetapi juga kaum keluarga mereka dapat melakukan industri hiliran yang dapat menambah baik ekonomi mereka, menambah pendapatan mereka dan mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Yang terakhir saya menjemput Yang Berhormat Batu gajah.

Terima kasih Tuan Pengerusi. B.21 Butiran 020300 – Pertanian. Dalam RMKe-12, sektor pertanian pintar memberi perhatian yang khusus. Kerajaan menyasarkan purata pertumbuhan produktiviti

buruh ditingkatkan 2.5 peratus dalam sektor pertanian dari tahun 2021 hingga 2025. Jumlah eksport pertanian pula disasarkan kepada RM90.6 bilion menjelang tahun 2025. Program perintis eLadang membuktikan hasil pengeluaran telah ditingkatkan sebanyak 12 peratus dan mengurangkan tenaga kerja sebanyak 50 peratus. Ini membuktikan pertanian pintar boleh membawa keuntungan kepada pengusaha. Oleh itu, berapakah jumlah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan bagi tujuan R&D dan pelaksanaan pertanian pintar sepanjang tempoh RMKe-12? Sejauh manakah petani-petani dan penternak-penternak di negara kita telah bersedia untuk menerima pendigitalan dan kemasukan teknologi canggih, automasi dan mekanisasi dalam usaha meningkatkan produktiviti mereka? Masih dalam butiran yang sama, pertanian organik. Pertanian organik adalah pertanian yang mesra alam, ecologically sound dan menghasilkan produk yang selamat. Terdapat beberapa halangan daripada segi pelaksanaan yang menyebabkan pertanian organik masih lembap di negara kita. Tahap komitmen yang rendah daripada kalangan petani, kekurangan sokongan daripada pihak kerajaan, masalah pemasaran bagi produk-produk yang dihasilkan dan ketidakstabilan harga adalah antara punca-punca yang masih merencatkan pertanian organik. (i) apakah usaha-usaha kerajaan dalam menggiatkan lagi pertanian organik di negara kita?; (ii) nyatakan juga kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh pertanian petani kita melalui pertanian organik?; (iii) sejauh manakah pertanian bersepadu atau integrated farming telah berjaya di negara kita?; (iv) berapakah ramai petani kita yang memegang Sijil Organik Malaysia (SOM) setakat ini?; (v) adakah label dan pensijilan SOM ini benar-benar organik?; (vi) bagaimanakah jika petani atau pengeluar yang tidak memiliki SOM menjual produk mereka melalui petani yang mempunyai SOM?; (vii) apakah sasaran jangka pendek dan juga jangka panjang dalam usaha mempertingkatkan penglibatan petani-petani kita dalam pertanian organik?; dan

(viii) adakah sebarang usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan untuk mempromosikan pertanian organik di peringkat mikro seperti di peringkat rumah tangga. Butiran 020000 – Bekalan Makanan Negara. Laporan Jabatan Pertanian menyatakan bahawa pada tahun 2019, hanya 24 daripada 42 komoditi iaitu 57 peratus pertanian merekodkan kadar sara diri (SSR) melebihi seratus peratus. Sayur-sayuran seperti kubis dan cili hanya merekodkan kadar sara diri kurang daripada 40 peratus. Manakala, daging kambing biri-biri 12.1 peratus, daging lembu atau kerbau, 23.7 peratus dan susu segar 59.3 peratus. Ini menunjukkan kadar kebergantungan yang tinggi bagi bahan makanan utama. Justeru, kekurangan ini akan memberi kesan buruk kepada sekuriti makanan dan harga yang tidak dapat dikawal dengan baik. Hari ini, saya difahamkan harga kubis bunga, brokoli, sawi, kacang buncis, cili dan lain-lain lagi telah meningkat dengan begitu mendadak. Ini akan amat membebankan rakyat Malaysia. Saya ingin tahu, bagaimanakah kerajaan akan mengatasi masalah ini. Tuan Pengerusi, isu terakhir. Butiran 030000 – Industri Agromakanan dan Keusahawanan Petani. Seorang sahabat saya yang bernama Silva Kumar mengusahakan penternakan lebah madu di Ulu Yam. Beliau hanya mengusahakan penternakan ini di kawasan seluas setengah ekar dengan 55 sarang selama lebih kurang

dua tahun. Beliau dapat menghasilkan pendapatan yang munasabah walaupun diusahakan secara kecil-kecilan. Beliau mempunyai tanah seluas tujuh ekar yang masih belum diusahakan tetapi tidak mempunyai modal untuk mempergiatkan lagi penternakan lebah madu dengan skala yang lebih besar. Beliau memerlukan bantuan kewangan lebih kurang RM400 ribu untuk meluaskan usaha penternakan lebah yang mempunyai potensi yang cukup tinggi. Bagaimanakah kementerian boleh membantu beliau dan penternak-penternak lebah madu yang lain? Industri ini mempunyai potensi yang tinggi daripada segi pasaran dalam dan di luar negara. Saya juga telah menonton satu video dalam youtube di mana seorang graduan dari Kelantan yang mempunyai 80 sarang lebah kelulut, di sekeliling rumahnya mempunyai pendapatan bulanan RM3 ribu dan RM8 ribu sebulan. Jadi, industri ini mempunyai potensi yang cukup tinggi dan bagaimanakah kementerian akan membantu semua pengusaha yang berminat dan yang sedang mengusahakan dalam industri ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Yang Berhormat, kita akan sambung esok kerana kita ada seramai 16 Yang Berhormat lagi yang belum berbahas.

Setiu, seorang lagi Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Selepas MQT dan soalan- soalan jawab lisan esok. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai majlis mesyuarat. [Majlis mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi esok, Khamis, 25 November 2021. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.45 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Perancangan Bagi Menghadapi Masalah Banjir Yang Berlarutan di Alor Gajah, MelakaSpecial Chamber

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman, salah satu kes aduan banjir yang telah saya terima adalah masalah banjir di jalan utama Paya Datuk, Alor Gajah, Melaka.

Pada 19 September 2021, saya telah mengadakan lawatan ke lokasi banjir setelah menerima aduan sering berlaku banjir di kawasan tersebut. Banjir sedalam 1.2 meter yang berlaku sejak beberapa tahun yang lalu telah mengakibatkan kerosakan harta benda, rumah ibadat dan rumah-rumah sekitarnya. Kejadian banjir di Durian Tunggal dan Gadek yang kerap berlaku hampir dua kali seminggu apabila tiba musim hujan sangat membebankan penduduk-penduduk dengan anggaran kerugian berjumlah jutaan ringgit keseluruhannya.

Sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab di kawasan Parlimen Alor Gajah, saya ingin membangkitkan masalah banjir yang sering dihadapi oleh penduduk-penduduk sekitar Alor Gajah. Masalah ini bukanlah baharu malahan sudah terjadi lebih 30 tahun lamanya dan menjadi semakin kerap sejak beberapa tahun kebelakangan ini oleh sebab tiada perancangan yang menyeluruh dan membenarkan pembangunan dan pembinaan yang baharu.

Memetik kepada Bajet 2022, Kerajaan Persekutuan melalui kementerian berkaitan memperuntukkan sejumlah RM450 juta bagi melaksanakan pelbagai inisiatif keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian biodiversiti negara termasuk projek pemuliharaan alam seperti mengatasi banjir di Melaka.

Sebahagian ini akan menjadi pembaziran sekiranya masalah banjir ini tidak diselesaikan secepat yang mungkin.

Kalau dianggarkan selama lima penggal atau lebih daripada 25 tahun, perkara ini sering dibangkitkan. Kerajaan selalu memberikan bantuan apabila bencana seperti ini berlaku. Kalau dianggarkan daripada segi kos, melibatkan kerugian harta benda, ia lebih lagi melampaui kos untuk membina itu sendiri.

Jadi, kerajaan perlu mengambil perhatian perkara ini dengan serius.

Susulan daripada itu, saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air agar bekerjasama dengan kementerian-kementerian yang berkaitan untuk menangguhkan sebarang kerja-kerja pembangunan buat sementara waktu dan memberi sepenuh perhatian menyelesaikan krisis banjir di Alor Gajah, Melaka.

Mengikut praktis yang saya faham, di negara-negara yang membangun, dalam setiap perancangan pembangunan memerlukan 100 tahun Storm Plan untuk memastikan Flood Mitigation Plan atau perancangan tambatan banjir ini diserahkan secara menyeluruh di mana pihak yang bertanggungjawab perlu mempunyai anggaran kebarangkalian kejadian ribut berlaku atau hujan lebat berlaku dalam mana-mana tahun tertentu untuk memberi ruang kepada pelan mitigasi banjir yang menyeluruh.

Maka dengan ini, saya memohon pihak kementerian agar memberi sepenuh perhatian terhadap krisis banjir dengan menangani beberapa kerenah birokrasi. Contohnya, saya bersedia sebagai Ahli Parlimen untuk memperuntukkan sedikit perbelanjaan untuk membina tebatan banjir itu? Akan tetapi, oleh sebab kerenah birokrasi – kita telah memohon contohnya, kepada majlis daerah, sebab ia melibatkan perancangan keseluruhan daripada negara iaitu jalan-jalan Persekutuan.

Maka, ada rintangan, ada kekangan untuk kita melaksanakan projek itu.

Secara jangka pendek, saya mohon sekiranya kita hendak melaksanakan secara keseluruhan Rancangan Tebatan Banjir, saya memohon supaya tempat yang disebutkan tadi, yang selalu berlaku banjir dimudahcarakan supaya saya boleh membelanjakan sedikit daripada NGO sekalipun ataupun peruntukan Parlimen untuk menangani masalah ini dalam jangka masa yang pendek, spesifik untuk kawasan yang saya sebutkan tadi. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHTimbalan Menteri Alam Sekitar dan Air · Nibong Tebal

Boleh, Tuan Yang di-Pertua saya mohon keizinan untuk membuka pelitup muka?

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila, sila.

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah. Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mengambil berat dan peduli akan masalah banjir yang berlaku di kawasan Parlimen Alor Gajah.

Lanjutan daripada apa Yang Berhormat bangkitkan, berdasarkan rekod JPS sepanjang tahun 2021, sehingga 15 November tahun ini, terdapat dua kali kejadian banjir yang direkodkan di daerah Alor Gajah. Kejadian banjir yang terkini adalah pada 1 November 2021. Kejadian banjir ini berlaku berikutan air sungai yang telah melimpahi tebing atau kombinasi faktor limpahan tebing sungai, kapasiti perparitan tidak mencukupi dan aliran balik dengan izin, backflow yang disebabkan aras sungai yang tinggi ketika hujan lebat hingga melebihi outlet perparitan.

Kejadian banjir pada 1 November 2021 di DUN Durian Tunggal, melibatkan kawasan di Bukit Tambun, Kampung Padang Keladi, Simpang Garing Durian Tunggal, Taman Seri Tuah Permai, Durian Tunggal, Taman Murai, Durian Tunggal dan Pekan Durian Tunggal. Banjir yang berlaku adalah disebabkan hujan

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

lebat di kawasan hulu Sungai Durian Tunggal, kawasan lebuh Sungai Udang, Paya Rumput, Alor Gajah di sekitar Ayer Keroh serta seluruh kawasan Durian Tunggal.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, kawasan yang berkenaan dengan banjir ini adalah merupakan kawasan rendah dan ia berhampiran dengan sungai, parit dan tanah yang sebahagiannya melalui lot-lot tanah hak milik persendirian.

Kawasan ini juga merupakan laluan sungai utama dari upstream iaitu Sungai Tebong, Sungai Batang Melaka dan Sungai Kemuning.

Kesemua adalah merupakan hulu sungai dari sebelah Negeri Sembilan.

Kejadian ini menyebabkan limpahan air Sungai Durian Tunggal dan Sungai Padang Keladi. Purata kedalaman kawasan yang terkesan akibat banjir ini adalah kira-kira 0.3 hingga satu meter. Hujan maksimum tiga jam yang direkodkan di Stesen Ladang Lendu adalah 97 milimeter dan tempoh kala ulangan bagi hujan maksimum tiga jam adalah lima tahun Average Recurrence Interval (ARI). Untuk makluman, kategori bacaan keamatan hujan yang melebihi 60 milimeter dalam sejam bagi kawasan ini dikategorikan sebagai hujan yang sangat lebat. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi kejadian banjir yang berlaku di jalan utama Paya Datok, Alor Gajah, Melaka adalah disebabkan oleh saiz faktor lintasan parit yang melintasi jalan raya bersaiz kecil dan berada pada kedudukan yang lebih tinggi daripada saliran sedia ada menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan sempurna ketika hujan yang lebat.

Total lintasan tersebut adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Kerja Raya, Melaka. Manakala, bagi kejadian banjir di kawasan Durian Tunggal dan Gadik adalah disebabkan oleh keadaan sungai sempit dan berliku serta keadaan ban sungai yang rendah. JPS menghadapi kesukaran untuk menjalankan kerja- kerja penyelenggaraan sungai kerana ia tidak mempunyai rizab penyelenggaraan.

Bagi tindakan jangka panjang, Jabatan Pengaliran dan Saliran telah melaksanakan tiga projek Rancangan Tambatan Banjir yang dalam peringkat prapelaksanaan melibatkan Parlimen Alor Gajah dengan sasaran mengurangkan risiko banjir seperti berikut:

(i) bagi Projek RTB Alor Gajah Fasa 1 yang direka bentuk dengan tahap perlindungan sehingga 50 tahun ARI dijangka seramai 1,275 penduduk terselamat dari banjir dan seluas 262.76 hektar kawasan akan bebas daripada banjir; dan

(ii) manakala Projek RTB Sungai Melaka Fasa 1 yang direka bentuk dengan tahap perlindungan sehingga 50 tahun ARI dijangka dapat mengurangkan kawasan risiko banjir seluas 1,500 hektar dari keseluruhan kawasan lembangan Sungai Melaka kepada 200 hektar dan mengurangkan bilangan mangsa banjir iaitu seramai 10,000 orang mangsa banjir di kawasan sekitar; dan

(iii) bagi Projek Menaik Taraf Kolam Tebatan Banjir Krubong- Durian Tunggal pula, yang direka bentuk dengan tahap perlindungan sehingga 50 tahun ARI, berupaya mengurangkan kawasan risiko banjir dengan anggaran daripada 1,900 hektar kepada 300 hektar, mengurangkan bilangan penduduk terjejas akibat banjir dengan anggaran daripada 15,000 orang kepada 1,000 orang dan

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

mengurangkan kedalaman banjir daripada 1.5 meter kepada 0.1 meter.

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga memberi perhatian secara khusus mengenai isu pembersihan dan mengoptimumkan kapasiti saluran ataupun sungai sebagai langkah mitigasi jangka pendek melalui Program Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir Pelbagai Negeri.

Skop kerja yang terlibat di bawah program ini adalah kerja pengorekan sungai, muara sungai, pembinaan struktur hakisan tebing sungai, membuang kelodak, sampah, sisa pepejal, menaik taraf dan menyelenggarakan aset atau struktur kawalan banjir yang bertujuan mengurangkan risiko banjir. Di bawah program ini, KASA membantu Kerajaan Negeri Melaka dengan menyalurkan peruntukan sebanyak RM99,000 bagi melaksanakan lima kerja bagi mengurangkan risiko banjir di Parlimen Alor Gajah.

Manakala, di bawah butiran projek berskala kecil di bawah Inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) – Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir, sebanyak 18 kerja telah dilaksanakan dengan kos berjumlah RM1.5 juta untuk Parlimen Alor Gajah. Selain itu, KASA melalui JPS telah mengambil inisiatif membantu Kerajaan Negeri Melaka dengan menyalurkan peruntukan sebanyak RM786,199.60 bagi menyelenggarakan 33 unit kolam takungan banjir di kawasan Alor Gajah.

Sukacita juga dinyatakan di sini juga, punca-punca yang menyebabkan banjir ini adalah daripada pelbagai faktor. Selain daripada faktor semula jadi seperti keamatan hujan yang tinggi dalam masa yang singkat, faktor pembangunan seperti yang disebut Yang Berhormat tadi, yang tidak menurut kaedah dan amalan yang baik juga menyumbang kepada risiko banjir.

Sebagai contoh, pembangunan pemajuan tanah yang tidak mengikut kehendak Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) terutamanya yang berkaitan dengan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP) boleh menyebabkan kejadian banjir berulang di kawasan-kawasan sebelah hilir meskipun terdapat Projek Tebatan Banjir yang dilaksanakan.

Bagi mengurangkan risiko kejadian banjir di kawasan pembangunan ini, KASA melalui JPS mengguna pakai Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) sebagai garis panduan perancangan infrastruktur mesra alam yang memastikan pemaju membina saliran seperti kolam takungan banjir bertujuan mengurangkan aliran puncak supaya ia tidak membebankan sistem saliran di hilir. MSMA juga menggariskan reka bentuk infrastruktur saliran bagi Projek RTB dibuat berpandukan Pelan Guna Tanah yang dirancang berdasarkan Pelan Struktur Negeri dan Pelan Tempatan Daerah bagi sesuatu kawasan.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, JPS bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa bekerjasama memantapkan lagi mekanisme pematuhan ulasan saliran oleh JPS dalam proses permohonan kebenaran merancang bagi sesebuah pembangunan dalam sistem dengan izin, One Stop Centre 3.0 (OSC).

Selain daripada itu, JPS juga akan mengaktifkan Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) di Alor Gajah. Program ini akan membangunkan model ramalan banjir bagi Sungai Melaka pada tahun 2022 dan dijangka siap beroperasi pada penghujung tahun 2023. Sistem ramalan banjir yang akan dibangunkan ini

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

akan berupaya meramal dan memberi amaran kejadian banjir semasa musim monsun seawal dua hari sebelum kejadian banjir berlaku.

Buat masa ini, terdapat tujuh buah stesen hidrologi sedia ada di kawasan Alor Gajah untuk mengumpul maklumat hujan dan mengesan banjir. Melalui perlaksanaan PRAB ini, 17 lagi stesen hidrologi akan dibina di kawasan Alor Gajah terdiri daripada stesen hujan, aras air, sukat luah, sejatan, kelembapan dan kamera. Dua buah stesen siren amaran juga akan dibina di lokasi yang strategik bagi memberi amaran banjir kepada penduduk sekitar.

Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

[Bangun] Boleh tanya soalan?

Tuan Yang di-Pertua

Sebenarnya tidak boleh Yang Berhormat. Tapi, silakan.

Tidak boleh ya?

Ini kerana, saya hendak sentuh soal kerajaan. Perkara ini, Tuan Yang di-Pertua, rancangan baik, itu tahniah. Cuma, pelaksanaan saya sebutkan kerenah birokrasi.

Saya hendak secepat mungkin. Contohnya, perkara ini berulang. Jadi perlu kerjasama antara majlis daerah, JKR Melaka dan juga melibatkan jalan Persekutuan supaya kita boleh tangani isu tersebut secepat mungkin.

Kalau perlu, Ahli Parlimen membantu – contoh disebutkan di Kampung Paya Datok, kita tahu masalah saluran itu kecil, tetapi tempat takungan air itu besar. Jadi dari hulu ke hilir air tidak lari. Jadi, saya mohon supaya ini diberikan perhatian cepat, sebab masjid banjir, rumah banjir, orang jual pisang goreng pun banjir. Ini kerana, jalan itu tinggi, Yang Berhormat pun faham. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Okey, Tuan Yang di-Pertua. Saya ambil perhatian.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Masalah Habitat Gajah Yang Terancam Mengganggu Penduduk Ulu Tiram dan Sungai Tiram, Parlimen TebrauSpecial Chamber

Terima kasih,Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli. Saya telah mengambil maklum aduan penduduk terhadap isu gajah yang berkeliaran di beberapa kawasan Ulu Tiram. Sebagaimana dilaporkan iaitu terdapat 30 ekor gajah yang disyaki tersesat atau terpisah daripada kumpulan gajah panti dan terdapat enam aduan terhadap kes ini.

Baru-baru ini di mana dua ekor gajah dipercayai berkeliaran dari Batu 14 setengah Sungai Tiram ke kawasan belakang Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) dengan melintasi Taman Perumahan Tiram Bandar Tiram.

Gajah (Elephas Maximus) merupakan salah satu daripada tiga spesies gajah yang masih tinggal. Spesies ini dianggap terancam dengan antara 25,600 dan 32,750 ekor yang masih hidup liar. Gajah cenderung berada di tepi air. Gajah

dianggap sebagai spesies kunci kerana impaknya terhadap alam sekitar termasuk ekologi dan aktiviti.

Pengurusan dan Ekologi Gajah Malaysia (MEME), sebuah pertubuhan bukan kerajaan mendapati bilangan populasi gajah di Semenanjung Malaysia semakin menurun disebabkan pelbagai jenis ancaman terhadap gajah. Habitat ini tidak mempunyai kawasan untuk membiak malahan semakin diancam kerana ada pihak yang memburu untuk mendapatkan keuntungan. Walau bagaimanapun, haiwan ini mula berkeliaran kerana tiada tempat yang selesa serta menjamin ekologi.

Haiwan ini juga mula mendapat perhatian media arus perdana kerana bilangan begitu banyak yang mengakibatkan kerosakan pada tanaman dan boleh menjejaskan keselamatan penduduk. Jabatan PERHILITAN telah datang melawat tempat kejadian tersebut atas sebab menerima aduan penduduk namun tiada solusi yang efektif dalam menangani isu ini seperti kerosakan pada tanaman menyebabkan penduduk tidak selesa dengan kehadiran haiwan tersebut.

Perkara ini akan menjadi serius sekiranya tiada langkah atau tindakan awal untuk memastikan haiwan peliharaan tidak dianiaya dan kerosakan tanaman serta keselamatan penduduk terjamin. Soalan saya ialah:

(i) apakah tindakan kerajaan dalam memastikan penduduk yang menghadapi perkara ini dapat diselesaikan dan pada masa yang sama gajah-gajah dan hidupan liar lain mempunyai kawasan untuk membiak agar tidak mengganggu penduduk; dan

(ii) sekiranya mereka akan ditangkap untuk ditempatkan di kawasan lain, adakah kawasan itu akan diwartakan supaya tiada gangguan daripada pihak mana-mana sehingga masalah yang disebutkan berulang.

Semoga permohonan ini dapat dipertimbangkan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekian, terima kasih.

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNTimbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli · Saratok

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tebrau kerana membawa isu gajah. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) amat prihatin mengenai konflik gajah di kawasan Sungai Tiram.

Berdasarkan kepada pemantauan data pergerakan gajah oleh Jabatan PERHILITAN, gangguan gajah di kawasan ini adalah daripada pecahan kumpulan Gajah Panti yang tersesat dan hanya melibatkan dua ekor gajah. Kumpulan Gajah Panti adalah kumpulan gajah di kawasan Kota Tinggi yang terdiri daripada 30 hingga 40 ekor gajah yang sering berkeliaran di sekitar kawasan Kampung Mawai, Kampung Lukut, Felda Tenggaroh 2, Tanjung Sedili, Felcra Sungai Ara, Kampung Telok, Felda Lok Heng dan Kambau.

Sebagai langkah awal, Jabatan PERHILITAN Negeri Johor telah menjalankan pemantauan terhadap aduan gajah yang telah dibangkitkan oleh penduduk terjejas dan kawalan malam juga telah dijalankan di lokasi aduan. Isu ini sebenarnya telah selesai di mana dua ekor gajah yang tersesat tersebut telah

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNTimbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli · Saratok

dihalau semula ke kawasan habitatnya yang asal. Walau bagaimanapun, sekiranya keadaan semakin serius, Jabatan PERHILITAN akan mengambil tindakan susulan dengan menjalankan operasi tangkapan dan memindahkan gajah-gajah yang tersesat ini ke habitat yang lebih bersesuaian.

Untuk menjawab soalan kedua, untuk pengetahuan Yang Berhormat, gajah yang menimbulkan konflik dan berjaya ditangkap akan dipindahkan ke habitat yang lebih luas dan sesuai seperti Taman Negeri Royal Belum, Taman Negara dan Taman Negara Endau-Rompin. Selain itu, kerajaan juga telah membangunkan Santuari Gajah Negeri Johor (Johor Elephant Sanctuary-JES) seluas 72.993 hektar bagi mengurangkan masalah konflik manusia dan gajah di negeri Johor. Kapasiti JES adalah sebanyak tujuh ekor di padok gajah dan kawasan padang ragut pula boleh menampung sehingga 30 ekor gajah.

JES merupakan kaedah penyelesaian jangka masa panjang bagi menangani masalah ancaman gajah-gajah liar di kawasan penduduk, pertanian dan komersial dengan kaedah menangkap pindah dan penempatan secara in-situ ke satu kawasan santuari gajah yang dilindungi di kawasan jajaran habitatnya dan boleh hidup harmoni dengan manusia dalam landskap ekologinya yang lengkap serta boleh menampung populasi gajah residen sedia ada.

Selain itu, JES berperanan untuk:

(i) mengurangkan masalah ancaman gajah-gajah konflik dengan kaedah tangkap pindah dan penempatan secara in-situ di kawasan pelepasan yang ditetapkan;

(ii) meningkatkan keupayaan Managed Elephant Ranges

(MERs) melalui pengurusan habitat seperti mana ditetapkan dalam National Elephant Conservation Action Plan (NECAP); dan

(iii) menyediakan peluang aktiviti ekopelancongan lestari yang mampu menjana ekonomi serta meningkatkan hasil pendapatan kepada masyarakat setempat.

Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Ahli-ahli Yang Berhormat semua, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, Khamis, 25 November 2021. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.58 petang]