Johor · 13 August 2018
1st session, 2nd meeting · 177 turns · 31,616 words · official PDF ↗
ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.
Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Speaker
Bismillahirahmaannirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. (Bacaan selawat). Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, alhamdulillah kita dapat menyambung tugas kita pada pagi ini setelah selesai semalam, sehingga jam 5.00 petang dan kita menyambung pada pagi ini. Saya mengingatkan diri saya dan semua Ahli-Ahli Yang Berhormat bahawa kita sebenarnya telah diberi amanah oleh Allah SWT berada di sini melalui pilihan raya yang lepas. Amanah ini adalah terlalu besar sama ada dari pihak kerajaan dari pihak pembangkang kita mempunyai kuasa untuk melaksanakan tugas dan amanah. Kita ada kekuatan menguruskan kewangan rakyat dan kewangan rakyat ini satu amanah yang sangat besar dan adalah di antara kita sehingga menggunakan ataupun menyalahgunakan kepentingan rakyat dan duit rakyat ini. Pernah diceritakan dalam sirah Rasulullah SAW ketika selepas peperangan sahabat menyatakan ini syahid, telah dikumpulkan mereka yang terkorban. Sahabat menyebut ini syahid, ini syahid, ini syahid. Tapi Rasulullah kata yang ini tidak syahid. Bila ditanya kenapa tidak syahid? Dia kata baginda menyatakan bahawa yang ini tidak syahid kerana dalam peperangan yang lepas dia telah mengambil satu selendang daripada ghanimah, satu selendang milik rakyat, tapi dia gunakan untuk kepentingan peribadi dia. menyebabkan dia tidak diterima amalannya. Bayangkan kalau kita menggunakan hak rakyat yang bukan hak kita, tentulah ianya sesuatu yang sangat tidak baik. Maka saya pada pagi mengambil kesempatan untuk sambil kita, sebelum memulakan majlis ini marilah kita sama-sama ingat mengingat di mana firman Allah SWT dalam surah Al-‘Asr, (membaca surah Al-‘Asr) ‘Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal dan berpesan dengan yang hak dan yang berpesan dengan kesabaran’. Inilah ruang sama-sama kita berpesan-pesan, sesama kita berkenaan dengan hak, berkenaan dengan kesabaran ini. Seterusnya pagi ini kita sambung 1 jam ini insya-Allah untuk soalan lisan. Yang Berhormat Rengit dijemput.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya nombor 1.
Minta penjelasan kerajaan status kewangan Negeri Johor berakhir pada 30.06.2018. Nyatakan jumlah simpanan (reserve) dan kutipan hasil Negeri Johor. Apakah perancangan kerajaan mengukuhkan kewangan dan usaha menambah hasil kerajaan negeri.
Sila Yang Amat Berhormat.
Bismillahirahmannirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat pagi dan salam harapan. Yang Berbahagia Tuan Speaker, izinkan saya menjawab soalan daripada ADUN Rengit mengenai jumlah simpanan atau rizab dan kutipan hasil negeri Johor serta usaha bagi menambahkan hasil kerajaan negeri. Yang Berbahagia Tuan Speaker, serta semua Ahli Dewan sekalian yang saya hormati ini. Persoalan mengenai kedudukan kewangan negeri amat penting dalam memastikan kelancaran urusan pembangunan dan pentadbiran negeri Johor yang bertuah ini. Ketika ini prestasi kewangan negeri Johor adalah pada kedudukan yang amat baik. Di mana hasil, di mana jumlah hasil yang diterima adalah sebanyak RM707.45 juta. Manakala jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM639.24 juta. Ini menunjukkan lebihan surplus berjumlah RM68.21 juta berakhir pada 30 Jun 2018. Manakala jumlah simpanan rizab kerajaan Johor berakhir 30 Jun 2018 adalah berjumlah RM2.585 bilion. Mengenai rancangan untuk mengukuh dan menambahkan hasil negeri, pentadbiran negeri Johor yang diterajui kerajaan Pakatan Harapan sentiasa komited dalam mengukuhkan kedudukan kewangan bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Di dalam menjamin
kesinambungan pembangunan negeri Johor, kestabilan fiskal adalah signifikan dan perlu menjadi matlamat utama. Antara agenda utama yang mencapai kestabilan fiskal adalah :-
1. Bajet telus dan pengurusan kewangan berintegriti. 2. Bajet berpandukan keutamaan negeri. 3. Bajet berimbang secara struktur.
Tiga fokus utama bagi agenda bajet telus dan pengurusan kewangan berintegriti adalah :-
1. Meningkatkan kefahaman dan akauntabiliti. Pegawai-pegawai mengawal pusat-pusat tanggungjawab kewangan. 2. Mengujudkan budaya kecemerlangan dan pengurusan kewangan jabatan-jabatan melalui bina upaya modal insan. 3. Membudayakan integriti dalam pengurusan perolehan dan aset.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli Dewan sekalian, apalah ertinya mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh jika dibelanjakan di tempat yang salah? Atau untuk kepentingan pihak-pihak yang tertentu dan bukan kepada rakyat. Justeru itu 2 fokus utama bagi agenda berpandukan keutamaan negeri adalah :-
1. Mengurangkan konsep siling dalam peruntukan untuk memberi lebih penekanan kepada keperluan sebenar jabatan, projek dan program.
2. Menekankan kepentingan penghasilan outcome melalui kajian semula terutama kepada projek, program yang telah dijalankan secara tradisi.
Seterusnya bagi 3 fokus utama bagi agenda bajet berimbang secara struktur pula adalah :-
1. Mencapai kestabilan fiskal untuk jangka masa panjang bagi memastikan kemapanan kewangan kerajaan negeri.
2. Menstrukturkan semula hasil kerajaan bagi memastikan peningkatan jenis dan amaun hasil berulang seperti hasil cukai tanah, cukai air mentah, road charge, faedah daripada simpanan tetap. Kerajaan juga akan mengurangkan kebergantungan kepada hasil tidak berulang seperti premium tanah, bayaran proses kepada pejabat tanah, lesen-lesen dan pulangan daripada agensi-agensi.
3. Mengurus dan mengawal peningkatan perbelanjaan berulang supaya tidak melebihi hasil berulang. Ini termasuklah gaji, mengawal pengujudan jawatan, unit baru, elaun sewaan, pembayaran tertangguh dan lain-lain komitmen.
Saya juga ambil maklum tentang kekhuatiran setengah-setengah pihak yang mendakwa kerajaan negeri akan mengalami kerugian sekiranya janji-janji yang tertulis dalam manifesto dilaksanakan. Ini saya ingin tegas di sini, dengan pelan yang telah saya nyatakan sebentar tadi dia diyakini mampu untuk mengukuh dan menambah hasil kerajaan negeri. Pendek kata Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini sekalian tidak usah khuatir dengan kedudukan kewangan negeri kerana kami di pihak kerajaan Pakatan Harapan Johor mempunyai perancangan yang holistik untuk kebaikan semua pihak terutamanya rakyat yang memberikan mandat kepada kami. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih atas penjelasan yang penuh yakin Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Nampaknya kali ni Yang Amat Berhormat lebih tenang, tertib berbanding masa beliau sebagai Setiausaha BNBBC dulu, di kerusi nilah kalau tak silap saya dia agresif. Sekarang...
Masa tu macam pembangkang. Sekarang jadi kerajaan.
Dia selalu berbahas dengan Dr. Boo, saya tak boleh sebut Skudai sebab Skudai sekarang dah bertukar orang. Dulu duduk situ, Yang Berhormat Tuan Speaker. Tahniahlah kepada Yang Amat Berhormat yang lebih dan kita doakan mudah-mudahan kesihatan Yang Amat Berhormat ni terus baik dan boleh terus sambung lagi Yang Berhormat 5 Penggal lagi.
Soalannya, soalan. Panjang sangat mukadimah dia.
Dia tidak boleh terus soalan Yang Berhormat Tuan Speaker, pagi-pagi nikan. Jadi, berdasarkan jawapan penjelasan daripada Yang Amat Berhormat tadi, maknanya kedudukan kewangan negeri Johor ni kukuh, mantap. Hasil, ini tidak boleh dinafikan hasil daripada urus tadbir yang baik kerajaan lama. Ini kena akuilah ya. (Dewan bertepuk) kita berbelanja hemah, kita cari duit ya dan usaha-usaha ini hari ini terbukti dengan penjelasan Yang Amat Berhormat dan Yang Amat Berhormat berjanji akan kukuhkan lagi kewangan negeri dan urus tadbir yang lebih baik. Tahniah Yang Amat Berhormat. Cuma saya nak jelaskan sikit, seperti kalau boleh...
Bukan jelaskan Yang Berhormat, soalan.
Nak soalan Yang Berhormat...
Kita ni sebenarnya sesi soalan tambahan, bukan berbahas.
Soalan tambahan Yang Berhormat, hasil kita biasanya RM1.5 bilion setahun berdasarkan 3, 4 tahun yang lepas RM1.5 hasil kita tradisinya daripada cukai tanah. Jadi, saya dalam soalan saya ni ada saya nak sebutkan tadi bagaimana nak tambahkan lagi hasil? Sebab tak boleh, kalau dulu kerajaan BN dapat RM1.5, kali ni kalau boleh kerajaan PH dapat RM2.0 bilion betul tak? Baru ada nilai tambahannya kat situ. Jadi saya, boleh tak kerajaan negeri kali ini kita ambil kepentingan strategik Johor untuk tambah hasil. Kalau berdasarkan hasil tradisi tanah ni, kita tidak boleh dalam lingkungan RM1.5 bilion sahaja, tak boleh lebih selain daripada cukai tanah dan lain-lain. Milik negerikan syarikat Air Johor ni. Dia boleh memberikan sumbangan besar kepada hasil negeri dan ini kepentingan strategik negeri Johor kan? Malah dalam Perjanjian 1946 dulu antara Johor dengan kerajaan Persekutuan, salah satu perkara utama yang tidak boleh dilepaskan yang tak boleh di lepaskan oleh kerajaan negeri ialah air.
Jadi soalannya adakah...
Soalannya ialah...
Adakah boleh dimilik negerikan Syarikat Air Johor.
Soalannya adalah boleh dimilik negerikan Syarikat Air Johor sebab dulu kita rancang, kita rancang dulu, kita nak ambil balik Syarikat Air Johor supaya nak jaga kepentingan strategik kita supaya nak tambah hasil? Boleh tak atau adakah dalam perancangan Yang Amat Berhormat...
Ok, point taken.
... Milik negerikan Syarikat Air Johor dan akhirnya kerajaan negeri boleh tambah hasil? Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.
Ok Terima kasih. Silakan Yang Amat Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Rengit. Saya memang selalu tenang. Tapi saya bukan ADUN Tenang tapi saya ADUN Kempas. Itu pertama. Dulu sebenarnya saya tak agresif.
Kalau tak tenang tak boleh lebih daripada seorang YB, Yang Berhormat. (Dewan ketawa).
Ya...
Kalau tak tenang, tak boleh lebih daripada seorang. (Dewan ketawa).
Itu perkara biasa sebagai seorang lelaki. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya dulu kira macam guru besar juga, kalau saya tak agresif semua EXCO-EXCO pada ketika itu, dia tidur. Oleh kerana saya ada dalam Dewan, dia orang semua kena buat homework. (Dewan bertepuk).
Jadi masa itu, kerajaan BN ini tidur ke?
Lebih kurang macam itu, sebab ada sebahagian besar EXCO mengakui, dia kata Yang Berhormat Kempas lah buat saya berjaga selalu, dia kata. Itu sebab saya katakan saya sebagai guru besar. Salah satu daripada itulah, kerajaan negeri Johor dapat mengumpulkan banyak hasil.
Satu ketika dahulu kerajaan negeri Johor juga defisit, selama dekat 10 tahun sehingga ratusan bilion ringgit. Pertama, oleh kerana saya agresif menekankan sesuatu projek jangan membazir, mencari wang, maka itu sebablah kerajaan berdikit-dikit dapat mengumpulkan wang. Sebahagian daripada tanggungjawab saya pada ketika itu, bukan 100% kerajaan Barisan Nasional sahaja.
Yang keduanya, pada tempoh yang lepas, dia umpama orang tanam pokok durian dah musim gugur. Pada ketika saya dahulu berada tiga penggal, itu jam pokok itu baru nak naik. Jadi lima tahun yang lepas, durian pun gugur, pungutlah. Itu sebab kita tengok ada surplus, kalau tidak kerana pembaziran yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional pada ketika dahulu, bukan setakat hari ini kerajaan negeri Johor ada RM2.5 bilion, bahkan saya rasa RM8 bilion pun ada Tapi alhamdulillah, walau macam mana pun kita masih lagi dalam keadaan surplus dan saya. melihatkan dan juga mendengar apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat daripada Rengit tadi agak silap sedikit. Tidak ada, saya lihat, dalam tempoh 15 tahun yang lepas, hitung panjang pendapatan kerajaan negeri boleh mencecah RM1.5 bilion melainkan ada sesuatu premium yang di luar jangka sahaja.
Kalau kita lihat pada hari ini, tidak begitu banyak projek-projek mega yang dihasilkan, yang dirancangkan oleh kerajaan 5 tahun dahulu iaitu kerajaan Barisan Nasional. Jadi, saya tak dapatlah nak pungut durian kali ini, terpaksa saya juga akan berhempas pulas mencari pelabur dan juga mengadakan pembangunan-pembangunan berskala besar untuk mendapatkan segala bentuk kewangan bagi kita dapat meningkatkan lagi kutipan hasil di dalam negeri.
Jadi, saya rasa anggaran pada setiap tahun RM1.5 bilion itu, itu bukan satu anggaran yang tepat sebenarnya. Pada saya, pada ketika dahulu hanya lebih kurang RM1 bilion sahaja dan apatah lagi pada hari ini yang saya lihat tidak begitu banyak projek-projek besar, mungkin tidak akan dapat mencapai sebesar itu tapi saya akan dan juga ahli-ahli EXCO saya, akan mencari jalan bukan sahaja setakat RM1.5 bilion, mungkin saya akan usahakan lebih daripada itu, Insya-Allah.
Soalan tadi Yang Amat Berhormat, berkenaan SAJ.
Berkenaan dengan pemilikan saham di Syarikat Air Johor. Sebenarnya pada ketika ini, kerajaan negeri Johor melalui anak syarikat, kita mempunyai saham 20%. 20% ini pun kita tidak ada pulangan, tidak ada keuntungan yang kita terima. Saya pun hairan. Bermakna menunjukkan tidak ada keuntungan yang dibuat oleh syarikat SAJ Ranhill ini. Dan hari ini saya dapati bahawa saham SAJ Ranhill ini sudah jatuh. Jadi,
kalau kita lihat sebuah syarikat yang tidak mendapatkan keuntungan, siapa yang nak beli? Tak tahulah kalau YB Rengit banyak duit, dia boleh belilah.
Yang keduanya, syarikat ini dipunyai oleh sebuah syarikat lain yang besar yang mempunyai pelbagai perniagaan di luar negara, saya difahamkan begitulah dia. Ini adalah satu hasil yang dibuat oleh syarikat ini untuk sebuah syarikat di bursa saham Kuala Lumpur. Jadi, kalau kita nak beli saham dia, orang yang punya syarikat ini tak offer pada kita, macam mana kita nak beli? Kalau kita nak beli, di dalam pasaran terbuka, berapa banyak peratusan saham yang kita dapat beli? Dan saya rasa, untuk kita melihat supaya bekalan air ini, pertamanya tentang harga yang pada hari ini yang dibuat perjanjian ini oleh kerajaan barisan yang lama, tarif air di Johor ini adalah yang tertinggi di kalangan negeri-negeri lain di Malaysia ini. Itu sebab saya pun amat dukacita dan simpati kepada pengguna-pengguna.
Jadi, untuk mencari jalan keluar bagi membantu rakyat negeri Johor ini, saya sedang memikirkan untuk, mungkin kalau dapat kelulusan daripada kerajaan negeri untuk menubuhkan satu syarikat air Johor yang baru. Kalau kita boleh lihat negara kita ini ada empat, lima syarikat untuk membekalkan tenaga, kenapa pula tidak di Johor ini kita menubuhkan satu syarikat bekalan air di negeri Johor? Kita juga mempunyai kepakaran, kemahiran dan insya-Allah kita mempunyai kemampuan. Kita nak beli syarikat yang keadaannya sebegitu rupa buat apa? Baik kita tubuhkan satu syarikat air yang baru, itu pemikiran saya. Jadi, saya rasa dengan apa yang saya katakan itu tadi tak mungkin dan tak timbullah persoalan bagaimana yang ditanyakan oleh YB daripada Rengit tadi untuk kerajaan membeli akan syarikat SAJ Ranhill ini, terima kasih.
Larkin.
Terima kasih Tuan Speaker memberi saya ruang untuk buat soalan. Dalam isu pendapatan yang konsisten, saya rasa Pakatan Harapan tidak begitu khuatir, yang membimbangkan kita iaitu soalan saya, berapakah jumlah hutang kerajaan lepas yang ditinggalkan kepada kerajaan Pakatan Harapan setelah diambil kira segala bentuk instrumen jaminan bon ataupun bank guarantee, state guarantee dan bagaimana kerajaan baru ini di bawah pimpinan Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk merancangkan, menyelesaikan hutang-hutang berkenaan, terima kasih.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat kawasan Larkin dulu dipanggil Tanjung Puteri. Untuk menjawab soalan yang dibawa itu, saya ingin menyatakan di sini bahawa baki hutang kerajaan negeri yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional yang lepas sehingga 30 Jun 2018, saya ingin nyatakan satu persatu di dalam Dewan yang mulia ini.
Pertamanya, hutang untuk membina projek perumahan awam kos rendah sebanyak RM16,575,517.67. Bekalan air masih lagi terhutang dan saya masih lagi berbincang dengan kerajaan persekutuan sama ada kerajaan persekutuan boleh membantu untuk kerajaan negeri menyelesaikan dengan secara diberikan out write geran ataupun potongan 50% supaya tanggungan yang besar ini kita tidak memikulnya dengan membayar berbagai-bagai kos iaitu sebanyak RM334,514,923.90.
Hutang yang ditanggung oleh kerajaan negeri kerana menjadi guarantor, penjamin, Perbadanan Johor sebanyak RM50,270,943.55. Lain-lain pinjaman projek pembersihan sungai melibatkan penempatan semula penduduk di Sungai Tebrau, Johor Bahru, RM59,363,582.73. Projek membaik pulih Istana Johor RM64 juta. Kerajaan negeri Johor dalam proses memuktamadkan perjanjian penyelesaian pinjaman kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri Johor yang berjumlah RM100 juta dalam usaha mengurangkan baki hutang.
Kerajaan negeri Johor turut menyelesaikan baki pinjaman bagi projek perumahan awam kos rendah berjumlah RM16,575,517.67. Projek pembersihan sungai melibatkan penempatan
semula projek penduduk di Sungai Tebrau, Johor Bahru jumlah RM59 juta. Dan juga baki pinjaman Perbadanan Johor RM24 juta melalui perjanjian penyelesaian pinjaman kerajaan persekutuan, kerajaan negeri Johor juga bakal memuktamadkan ini.
Jangkaan baki hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan setelah perjanjian set off RM100 juta dimuktamadkan. Jadi, jumlah keseluruhannya ialah RM442,724,967.85. Kerajaan negeri Johor sedang menguruskan permohonan bagi menjadikan baki hutang projek bekalan air sebanyak RM334,514,923.90 sebagai geran daripada Kementerian Kewangan. Ini telah pun saya bincangkan dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan semasa beliau datang kunjung hormat kepada saya di Nusajaya ini, baru-baru ini. Dan oleh kerana kita di dalam satu kerajaan yang sama, mungkin walaupun hutang ini dibuat oleh kerajaan yang lain, kerajaan Barisan Nasional mungkin, kerajaan persekutuan akan membantu untuk menghapus ataupun mengurangkan hutang lapuk yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional, terima kasih.
Jemput.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, ialah walaupun terima kasih Yang Amat Berhormat di atas jawapan yang diberikan dan huraian yang agak meluas, walau bagaimanapun, dengan hutang yang berjumlah lebih RM400 juta dan juga hutang air sahaja adalah RM334 juta, ini bererti bahawa kerajaan negeri hanya lebih sikit sahaja daripada RM100 juta pinjaman hutang dengan kerajaan persekutuan, saya kira itu adalah satu jumlah yang kecil berbanding dengan negeri-negeri lain tapi tak apalah, itu bukan soal, saya rasa, saya cari platform lain untuk bertanya tentang perkara itu.
Untuk soalan pagi ini secara khususnya Yang Berhormat, saya tidak dapat mendengar huraian Yang Berhormat tentang apakah visi Yang Berhormat untuk nak menambah hasil ini. Untuk hendak mengukuhkan kewangan kita, apakah rancangan Yang Berhormat untuk memastikan bahawa RM1.5 juta hasil yang kita perolehi atau yang kita sasarkan pada tahun 2018 itu dapat kita capai. Jadi, saya hendak bertanya Yang Berhormat tentang rancangan Yang Berhormat, Kerajaan Pakatan Harapan. Khususnya dari segi visi Yang Berhormat untuk nak mencapai hasil tersebut. Apakah yang dah Yang Berhormat fikirkan? Terima kasih.
Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat bagi kawasan Benut. Sebagaimana yang saya awal nyatakan tadi iaitu beberapa langkah yang telah pun saya sebutkan itu. Itu salah satu daripada cara untuk mempertingkatkan hasil wang negeri.
Selain daripada itu, saya juga dalam proses untuk menarik para pelabur luar datang ke negeri Johor untuk menanam modal dan daripada penanaman modal itu kita akan mendapat cukai dan berbagai-bagai lagi premium yang akan dibayar oleh pelabur-pelabur asing ini. Kita dalam keadaan yang menguntungkan kerana ada perbalahan dalam soal perdagangan di antara kerajaan Amerika dan juga kerajaan China. Kerana ramai di kalangan peniaga-peniaga dan penanam modal di negeri China sendiri sudah mula lari tidak mahu membuat perniagaan di negeri mereka. Salah satu negeri yang mereka menjadikan tumpuan adalah negeri Johor. Kerana baru-baru ini saya juga didatangi oleh beberapa syarikat-syarikat besar daripada negeri China, di samping saya juga mempunyai perhubungan yang baik dengan beberapa pedagang-pedagang daripada negeri China datang dan berjumpa saya. Contohnya, sebuah kilang benang akan didirikan dengan belanja USD200 juta di Senai dan juga mendirikan sebuah kilang tayar dengan nilai juga USD200 juta di Segamat dan juga saya didatangi oleh beberapa syarikat daripada Perancis, di mana ada sepuluh syarikat yang sekarang berpangkalan di Singapura oleh kerana ada beberapa perkara yang mungkin tidak memberikan keselesaan kepada syarikat ini. Syarikat besar gergasi ini akan berpindah ke negeri Johor. Sebelum ini, syarikat ini juga telah pun menanam modal di negeri Johor, sebanyak USD250 juta dan insya-Allah dalam tempoh yang terdekat ini syarikat-syarikat ini
sedang mengenal pasti di manakah lokasi untuk dibangunkan kilang-kilang dan juga perniagaan yang lain di negeri Johor ini akan dimulakan nanti.
Jadi, inilah salah satu kaedah yang ingin kita realisasikan langkah-langkah yang mana untuk kita menambahkan lagi salah satu daripada cara untuk kita mengumpul segala wang bagi kita masukan di dalam kewangan negeri Johor ini.
Selain daripada itu juga, saya melihat pada hari ini banyak sangat wang negeri Johor ini khususnya yang mengalir keluar. Kita mengimport daging, kita mengimport sayur-sayuran bahkan buah-buahan pun kita import. Jadi, untuk tidak mengalir sebegitu banyak kewangan negeri kita ke Johor, di Johor ini ke negara-negara lain, sedangkan negeri kita ini mempunyai tanah yang subur. Mempunyai infrastruktur yang cukup. Segala kemudahan-kemudahan asasnya pun cukup. Kenapa kita tidak pertingkatkan mutu dan juga hasil pertanian dan juga penternakan ini sendiri. Jadi, saya sekarang ini mempunyai satu perancangan untuk, dalam soal pertanian saya akan, sudah pun berbincang dengan beberapa pakar daripada Ukraine baru-baru ini, kalau kita tengok negara Ukraine walaupun kecil tetapi dengan kepadatan penduduk 40 juta pertanian mereka amat berjaya sekali. Saya terperanjat, duta besar Ukraine datang berjumpa saya, halia yang kita makan hari-hari itu, yang kita beli dekat hypermarket itu, kita import daripada Ukraine. Saya terperanjat. Jadi kalaulah halia yang boleh tumbuh subur di dalam negeri kita ini, sehingga kita import daripada Ukraine, apa maksudnya?. Bermakna pertanian kita ini tidak selaras dengan kemodenan perjalanan pada hari ini. Jadi, saya berbincang untuk saya mempertingkatkan pertanian ini dengan secara mode,n supaya hasil itu bukan sahaja kita dapat gunakan tanpa kita mengimport barang makanan ini, bahkan kita eksport. Jadi, di situ salah satu daripada punca hasil yang kita boleh dapat di dalam, untuk negeri Johor ini.
Dan juga berbagai pendekatan di dalam perancangan saya, yang saya akan isi di dalam blueprint saya yang saya akan lancarkan pada 18.08.2018 ini nanti. Insya-Allah, terima kasih.
Ok. Saya kira selesai untuk soalan lisan yang pertama ini. Cuma saya ingin mengingatkan ataupun memberitahu kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat terutama yang baru, apabila ingin mengemukakan soalan tambahan, tolong tekan mic dekat depan itu, button itu, jadi saya nampak dekat speaker, dekat monitor ini. Kalau tidak saya tidak nampak. Walaupun bangun, tapi saya tidak nampak siapa yang bangun. Tetapi kalau tekan button itu insya-Allah saya akan nampak di sini, dan saya boleh bagi peluang Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk mengemukakan soalan tambahan.
Ok seterusnya, Yang Berhormat Semarang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 2.
Mohon nyatakan pendirian dan perancangan Kerajaan Johor jika ada, ke atas pelaksanaan semua kerja penyelenggaraan Jalan dalam negeri ini yang diserahkan kepada syarikat-syarikat konsesi yang sedia ada.
Ok. Silakan Yang Berhormat EXCO.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera, bismillahhirahmaanirrahim. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat-Yang Berhormat. Kerajaan negeri sedang mengkaji semula pelaksanaan kerja penyelenggaraan jalan di negeri Johor oleh syarikat-syarikat konsesi yang sedia ada. Ini termasuk semakan semula kadar harga bagi kerja-kerja yang dijalankan, skop kerja yang telah diberikan kepada setiap syarikat konsesi, tempoh bagi setiap kontrak konsesi dan implikasi perundangan dan kerugian akibat pampasan yang dijangka terhadap kerajaan negeri sekiranya kontrak tidak dipatuhi dan ditamatkan awal. Terima kasih.
Sila, Semarang.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan tambahan saya, terima kasih kepada Puteri Wangsa. Pertama, saya ingin mengetahui berapakah kos yang terlibat, yang dibayar saban tahun oleh kerajaan negeri kepada syarikat-syarikat konsesi ini? Dan, apakah kos yang akan dikenakan atau perlu ditanggung oleh kerajaan jika konsesi ini ditambah? Dan, bagaimanakah untuk kita memastikan pembahagian yang lebih menyeluruh untuk nikmat para kontraktor-kontraktor dalam negeri ini, dalam urusan penyelenggaraan jalan di negeri Johor di masa yang akan datang? Terima kasih.
Sila, Yang Berhormat EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada Semarang. Ini saya menghormati YB Semarang, saya anggap macam sifu lah, orang lama, sahabat, abang saya sendiri. Jadi, sudah tentu soalan ini, soalan ini sebenarnya kalau saya hendak jawab detail terlalu banyak. Sebab apa, kita sebenarnya ada 3 jalan yang kita bagi konsesi.
1. Jalan-jalan luar bandar di bawah Infra Desa. 2. Jalan-jalan persekutuan di bawah Selia Senggara. 3. Jalan-jalan negeri di bawah AMONA dan TETO.
Jadi, kalau saya hendak baca angka, tetapi saya bagi yang boleh saya bagi detail angka yang lebih kurang paling hampir sekali saya bagi.
1. Selia Selanggara, Selia Selenggara ini kontrak dia, baru disambung sebelum kita kerajaan baru, iaitu 15 April 2018 dan berakhir 16 Februari 2026. Harga kontrak lebih kurang RM3,960.00 sebulan.
2. AMONA dan TETO yang berakhir pada 31 Ogos. AMONA ni, kontrak dia lebih kurang RM272,359,267.00 dan seterusnya TETO RM188,398,249.76.
3. Infra Desa. Infra Desa ini tarikh perolehan tapak iaitu ada dua skop kerja. Skop kerja yang pertama bermula 1 Julai 2015 dan berakhir 30 Jun 2022. Nilai kontrak RM555 juta iaitu pelaksanaan penjagaan jalan-jalan kampung di negeri Johor Darul Takzim. Yang skop kedua, cadangan projek menaik taraf dan melebarkan jalan-jalan kampung sedia ada termasuk pembinaan jalan kampung bagi seluruh negeri Johor. Iaitu tempoh projek tiga tahun tarikh penyelenggaraan tapak 3 Oktober 2016 dan tarikh siap 2 Oktober 2019.
Ok, bagi yang masa terdekat adalah TETO dan Amunah iaitu berakhir 31 Ogos ini. Kita dalam proses kajian yang kita cakap tadi. Dan pendekatan kita, kita tengah mengkaji tentang undang-undang. Seperti yang sedia maklum, isu TETO dan AMONA ini menjadi isu yang diviralkan semasa sebelum pilihan raya dan sampai sekarang diviralkan di media-media dan sebagainya. Dan saya menjawab juga soalan di akhbar yang bahawa kita dalam proses kajian dan dalam masa yang terdekat ini, dalam minggu depan kita ada proses negotation dengan izin, antara kita dengan dua-dua syarikat dan kita mengambil pendekatan win win situation, walaupun ada masyarakat yang di viral dekat luar, syarikat-syarikat ini syarikat kroni yang harganya agak mahal sikit tetapi kita mempunyai pendekatan yang baik sebagai kerajaan yang baru, kita hendakkan supaya akhirnya dua-dua pihak, kerajaan dan juga syarikat ini berada dalam keadaan menang-menang, win win situation. Itu pendekatan kita.
Dan, bagi memastikan kontraktor-kontraktor kecil untuk diberi pembelaan atau peluang untuk meraih kontrak yang ada ini. Saya pun baca ada dua kontrak, yang ada kebanyakan lebih kurang syarikat-syarikat ini 50, 60 syarikat. Tetapi apabila kita tengok, perhatikan
kebayakan syarikat ini, syarikat yang sama tahun ke tahun tidak banyak. Adalah sedikit perubahan, dari segi syarikat-syarikat tetapi tidak banyak yang berbeza. Biasanya yang berulang. Inilah masalah yang diviralkan oleh tidak puas hati setengah-setengah syarikat termasuk persatuan kontraktor-kontraktor kecil. Dan kita, pendekatan kita kalau boleh akan datang kita hendak libatkan lebih kuasa kepada kerajaan negeri sama ada kita akan balik semula kepada JKR atau kita akan dudukkan dia di bawah syarikat milik yang ada kepentingan kerajaan supaya kita lebih mudah untuk kita kawal dan sebagainya. Dan juga, kita ada satu lagi badan JCCD untuk memantau tentang perjalanan tersebut. Sekian, terima kasih.
Benut.
Terima kasih Yang berhormat Speaker, tahniah kepada Yang Berhormat EXCO di atas penjelasan yang diberikan. Soalan tambahan saya ialah apabila kerajaan dulu mengambil pendekatan secara konsesi ini, antara perkara yang diharapkan ialah supaya kontraktor-kontraktor yang dilantik ini akan memberi tumpuan kepada kualiti kerja, supaya kerajaan mendapat faedah dari segi value for money, dengan izin. Setiap kontrak yang ditawarkan itu hasil yang diberikan oleh kontraktor itu adalah hasil kerja yang baik, mempunyai teknologi, mempunyai mutu kerja yang baik. Jadi, apabila kerajaan menyemak semula, saya rasa tentunya kerajaan mengambil langkah itu adalah untuk menambah baik. Maka, kalau dulu kita kenakan KPI-KPI kepada syarikat-syarikat konsesi supaya harga yang dikenakan, yang ditawarkan kepada kontraktor-kontraktor kecil munasabah. Jadi, soalan saya Yang Berhormat Speaker ialah apakah usaha kerajaan hari ini untuk menambah baik, selain daripada usaha-usaha KPI yang telah ditetapkan oleh syarikat konsesi, selain daripada usaha untuk memastikan mutu-mutu kerja yang diberi oleh kontraktor itu adalah setimpal dengan harga yang ditetapkan, sebab itu kita adakan secara konsesi. Jadi, apakah usaha-usaha kerajaan yang difikirkan oleh Yang Berhormat supaya kita masih dapat mempertingkatkan lagi mutu kerja dan juga melalui penglibatan kontraktor-kontraktor kelas F?
Sila Yang Berhormat, EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Benut, bekas EXCO Kerja raya sebab tu soalan dia tahu pasal semuanya. Jadi sepatutnya kita ni kerajaan baru, baru 3 bulan ya, walaupun baru kita beriltizam untuk kita buat. Jadi, bagilah juga peluang kepada kita untuk kita merangka dan juga kita menjalankan dan hasilnya tidak akan dapat secara segera. Jadi bagi tujuan itu, sebab itulah kita akan memperkasakan JCCD di bawah UPEN, bahawa kita nak wujudkan :-
1. One stop centre iaitu database. Database ni tujuannya kita untuk mengumpulkan semua maklumat tentang kontraktor-kontraktor di negeri Johor dan kita lepas ni kita akan wajibkan kontraktor-kontraktor yang hendak libatkan diri dalam kerja-kerja dalam negeri Johor kita akan arahkan mereka untuk mendaftar dan pengujudan JCCD sebenarnya bukan zaman saya. Dibuat zaman apa kerajaan dulu, tapi kita seperti yang sedia maklum dalam ucapan titah Yang Amat Mulia Tuanku pun dasar yang baik tu kerajaan yang baru kita akan teruskan dan kita buat penambahbaikan dan database ini bukan setakat merekodkan kontraktor dia juga bertujuan untuk memastikan tak ada sistem monopoli. Yang lepas-lepas banyak juga diviralkan bahawa setengah kontraktor yang ada satu kontraktor boleh pegang lesen berpuluh, daripada G1 sampai G7. Habis dia borong projek-projek kat negeri Johor dan bila ada sistem database ini kita ambil contoh dalam perangkaan saya, contoh kelas G1, G1 ni dalam daerah dia tidak boleh melebihi daripada 3. Jadi dalam sistem database yang kita akan bangunkan, kalau kita key in lebih daripada 3, tak kira apa juga agensi yang terlibat dalam kerajaan negeri Johor, tidak akan boleh key in. Dan JCCD ini akan pantau semua projek-projek tak kira apa juga termasuk kerajaan tempatan, JKR dan sebagainya. Jadi itu dari segi.
2. Bila, bila kita juga merancang bahawa di samping KPI-KPI yang ada pada zaman
pentadbiran kerajaan baru, kita pun mengambil langkah proaktif contohnya seperti
sistem perolehan tender. Sistem perolehan tender kalau dulu sampai 3, 4 hari barulah keluar senarai shortlised. Kali ini kita dalam penambahbaikan, di dalam perancangan supaya masa tu dipendekkan, supaya kalau boleh pada hari yang tutup pukul 12.00, hari yang sama juga shortlisted kita akan dapat supaya kita mengurangkan kebarangkalian bukan saya tidak menuduh, kebarangkalian berlaku proses manipulasi dokumen- dokumen tender. Kita tak ada kontraktor yang merungut kata hantar dokumen tiba-tiba dokumen tak cukup, disqualified jadi itu salah satu pendekatan yang kita buat kerajaan baru, kita juga menambahkan penambah baik sistem perolehan dan juga kita dalam proses untuk membuat rombakan di dalam jawatankuasa-jawatankuasa di dalam JKR untuk penambahbaikan dan bertujuan untuk penambahbaikan bertujuan lebih baik kepada hasil daripada keputusan tender tersebut itu. Terima kasih.
Ok. Kita terus ke soalan yang seterusnya. Dijemput Yang Berhormat Machap.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 3.
Mohon pencerahan usaha-usaha yang dilakukan bagi menarik pelaburan ke negeri Johor.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 4.
Minta dinyatakan jumlah pelaburan luar dan dalam negeri dan pecahan sektornya setakat ini dan apakah sasaran Negeri Johor bagi pertumbuhan ekonomi Negeri Johor bagi tahun 2019 dan bagaimana ianya mampu dicapai.
Jemput Yang Berhormat EXCO.
Selamat sejahtera, salam harapan. Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya menjawab kedua-dua soalan daripada Yang Berhormat Machap dan juga Yang Berhormat Benut secara bersekali. Terutamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Machap dan juga Yang Berhormat Benut kerana sentiasa prihatin dan mengambil berat berkenaan dengan isu pelaburan ke dalam negeri Johor.
Yang Berhormat Tuan Speaker, pelaburan langsung asing atau FDI menjadi sebahagian pelaburan penting dan tidak ketinggalan pelabur-pelabur tempatan atau DDI dalam memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia dan juga negeri Johor. Kemasukan modal asing atau pelaburan membolehkan pelbagai sektor ekonomi seperti pembinaan kilang, hartanah, insurans, dan sewa beli dan juga menjana peluang pekerjaan kepada rakyat Johor. Pelbagai usaha telah dijalankan dalam menarik pelaburan ke negeri Johor.. Kerajaan negeri telah menubuhkan pusat Pelaburan Negeri Johor atau dikenali sebagai JSIC di mana ianya sebuah agensi kerajaan di bawah Unit Perancang Ekonomi Johor dan telah ditubuhkan sejak tahun 2004. Sebagai sebuah agensi pusat sehenti one stop centre, JSIC berperanan membantu pelabur yang ingin melabur dan membawa masuk pelaburan luar dan dalam negara ke negeri Johor dan ianya memastikan segala keperluan yang diperlukan oleh bakal pelabur dapat dipenuhi dengan kerjasama agensi kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan.
Antara fokus industri yang menjadi tumpuan selama ini untuk kerajaan negeri Johor adalah industri petrokimia, industri elektrik dan elektronik, industri kimia, industri makanan dan industri perkhidmatan seperti produk halal, bioteknologi dan teknologi maklumat. Selain itu, kerajaan negeri menyertai misi galakan keluar negara melalui Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC) di mana kerajaan negeri akan menghantar delegasi perdagangan bagi menarik
pelaburan dari luar negara sama dengan cara bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ataupun melalui agensinya seperti MIDA iaitu Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia mahupun misi galakan pelaburan kerajaan negeri sendiri. Delegasi ini bertujuan untuk menyalur serta menyampaikan maklumat kepada pelabur asing mengenai potensi pelaburan di negeri Johor sama ada melalui seminar pelaburan, mesyuarat dan juga kita juga katakan business matching.
Tuan Speaker. JSIC juga memainkan peranan untuk membina jaringan hubungan networking menerusi pejabat MIDA di luar negara. Untuk tahun 2018, beberapa misi galakan pelaburan kerajaan negeri akan dianjurkan di bawah pentadbiran ini dan negara-negara yang akan dilawati bagi tahun ini adalah termasuk Singapura, Jepun, Korea dan juga negara China. Sememangnya pada 27 Ogos 2018, iaitu beberapa hari lagi, satu misi perdagangan dan pelaburan negeri Johor akan ke Singapura yang akan diketuai oleh saya sendiri, di mana ianya melibatkan peserta daripada pihak Singapura seramai hampir 100 orang bakal pelabur. Manakala pada bulan September 2018, delegasi kerajaan negeri Johor akan buat julung kalinya menyertai The 20th China International Fair For Investment Trade atau dipanggil CHIFIT di Xiamen, China.
Tuan Speaker, salah satu faktor yang telah menjadi penarikan untuk para pelabur ke Malaysia dan khususnya Johor, ialah komitmen kerajaan untuk mengekal persekitaran perniagaan yang menyediakan peluang-peluang untuk syarikat-syarikat berkembang dan meraih keuntungan. Komitmen ini terlihat daripada usaha-usaha tetap kerajaan untuk mendapatkan maklum balas sentiasa dan setiap masa daripada komuniti perniagaan melalui saluran-saluran perundingan seperti dialog-dialog dan mesyuarat, yang sering diadakan di antara kerajaan dan sektor swasta. Ini membolehkan pelbagai komuniti perniagaan menyuarakan pandangan-pandangan mereka dan menyumbang kepada pembentukan dasar-dasar kerajaan yang melibatkan mereka sendiri. Bagi memastikan usaha tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih lancar, penubuhan Jawatankuasa Pelaburan Johor atau dikenali JIC yang di pengerusi oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. JIC ditubuhkan bagi menyelaras segala aktiviti pelaburan dan memastikan kesinambungan pelaburan sedia ada serta menambah baik segala polisi pelaburan yang sedia ada. Manakala pada bulan Julai tahun ini juga satu task force yang dikenali sebagai task force pelaburan tanah dan utiliti (PTU) yang di pengerusi oleh saya sendiri telah ditubuhkan buat kali pertama di negeri Johor dan bertindak sebagai satu unit khas dalam mengenal pasti dan menyelaras sebarang isu-isu atau permasalahan yang bakal dibangkitkan atau telah dibangkitkan oleh pelabur atau pemain industri terutamanya yang melibatkan isu-isu tanah, PDD dan juga utiliti di negeri Johor.
Tuan Speaker, kerajaan negeri Johor juga menyokong penuh semua skim galakan kepada para pemodal yang diwujudkan oleh pihak persekutuan. Skim galakan atau insentif ini merupakan antaralah daya tarikan yang mustahak untuk menggalakkan pelaburan asing dalam usaha ini kerajaan persekutuan telah memberi beberapa kelebihan kepada pemodal yang bertaraf perintis seperti pengecualian cukai untuk satu tempoh yang tertentu. Malaysia juga mengamalkan satu dasar pertukaran wang asing yang liberal. Pelabur-pelabur asing dibenarkan membawa keluar keuntungan dan pulangan modal mereka. Ini adalah salah satu insentif negara yang dihargai oleh pelabur asing. Oleh yang demikian, kerajaan negeri Johor sentiasa menyokong apa juga langkah yang telah dilaksanakan di peringkat persekutuan dan terus komited menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi di negeri Johor.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pelaburan dari sektor perkilangan secara keseluruhan pada tahun 2013 sehingga tahun 2017 adalah berjumlah RM115.06 bilion yang telah diterima oleh negeri Johor. Dari jumlah tersebut, pelaburan asing mencatatkan RM38.84 bilion iaitu sebanyak 33.76% daripada jumlah keseluruhan pelaburan. Manakala pelaburan tempatan atau DDI bagi tempoh tersebut adalah sebanyak RM76.22 bilion atau bersamaan dengan 66.24%. Bagi tahun dari 2013 hingga 2017, industri petroleum telah mendominasi jumlah pelaburan yang masuk ke negeri Johor iaitu sebanyak RM72.68 bilion, diikuti dengan industri elektrik dan elektronik (E&E) iaitu sebanyak RM9.33 bilion diikuti juga dengan industri produk mineral bukan logam berjumlah RM6.19 bilion diteruskan dengan
produk kimia dan bahan kimia berjumlah RM5.27 bilion dan akhirnya industri perkilangan makanan RM5.06 bilion. Di bawah pentadbiran baru ini, Tuan Speaker, kami faham adalah tidak wajar untuk hanya bergantung kepada sektor pelaburan tradisional di atas dan ada keperluan untuk kerajaan ini untuk terus meneroka sektor-sektor industri yang baru untuk menjana lebih banyak pelaburan seperti yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi.
Justeru, pada masa depan, selain daripada sektor industri tradisional di atas, kerajaan Johor juga akan memberi tumpuan kepada sektor 3H. Apa itu 3H? 3H adalah high tech, high value dan halal, 3H. Sektor-sektor tumpuan ini bakal memacu Johor kepada satu tahap pertumbuhan ekonomi yang lebih fokus dan cemerlang dalam matlamat kerajaan Johor ini untuk menjadikan negeri Johor sebagai sebuah negeri ekonomi maju atau dalam bahasa Inggeris, advance economic state (AES). Ini bukan saman punya AES, Tuan Speaker, ini advance economic state. Sektor tumpuan ini adalah selaras dengan matlamat kerajaan Johor untuk membangun ekonomi negeri berlandaskan dengan doktrit industri 4.0, di mana banyak industri baru seperti robotic centre dan data centre yang berteknologi tinggi akan bertapak di Johor. Malah, industri halal yang selama ini mungkin hanya berkait dengan industri makanan juga akan dikembangkan ke lapangan farmacitcal dan kosmetik dengan penggunaan teknologi terkini secara digital yang dapat track sumber asal bahan mentah sampai ke produk akhir untuk menjaminkan kehalalan itu.
Maka, sasaran kerajaan negeri Johor bagi tahun 2019 bukan sekadar angka sahaja, malah adalah matlamat pentadbiran ini untuk memastikan pembangunan ekonomi dan pelaburan yang bakal masuk ke negeri Johor adalah bermesra alam sekitar, dapat menaik taraf cara kehidupan serta yang paling pentingnya memberi manfaat kepada rakyat Johor.
Kerajaan negeri akan menitikberatkan usaha meningkatkan pelaburan langsung asing dan juga pelaburan langsung domestik. Sehingga tahun ini bulan Mac 2018, jumlah pelaburan yang diperolehi oleh negeri Johor adalah sebanyak daripada 31 projek di mana jumlah pelaburan asing atau FDI adalah sebanyak RM399,384,499.00 atau hampir RM400 juta manakala untuk pelaburan langsung domestik, jumlah pelaburan yang diperolehi hingga Mac 2018 adalah hampir RM468 juta. Jumlah pelaburan keseluruhan adalah berjumlah RM868,085,396.00 Kerajaan negeri yakin, tren peningkatan jumlah pelaburan FDI dan DDI ini akan terus berkembang dalam tahun 2019 sejajar sejajar dengan polisi kerajaan negeri yang cukup mesra pelabur, terima kasih.
Machap.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih di atas penjelasan yang panjang lebar berkaitan dengan usaha-usaha yang dilakukan bagi menarik pelabur-pelabur ke negeri Johor.
Kita sedia maklum, semasa pentadbiran Barisan Nasional, Johor merupakan destinasi pelaburan utama di Malaysia dan telah dijelaskan tadi telah menarik hampir RM114.9 bilion pelaburan dalam sektor pembuatan, sekitar 2013 sehingga 2017. Jadi, sekarang ini bila ada pertukaran kerajaan daripada BN kepada PH, adakah keyakinan pelabur-pelabur ini terjejas untuk terus melabur di Johor atau bagaimana? Dan adakah pelabur-pelabur yang dulunya telah melabur di Johor, pelaburan mereka disemak semula ataupun diteruskan oleh kerajaan PH? Terima kasih.
Sila, YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat dari Machap. Untuk pelaburan yang telah melabur di Johor, yang kami rasa tidak ada apa halangan atau dengan polisi-polisi kerajaan Pakatan Harapan, kami tiada halangan untuk dia terus melabur di negeri Johor. Malah, seperti contoh yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi, ada sebuah kilang benang di kawasan industri Sedenak yang kini selepas pengambilan kerajaan baru, telah masuk fasa
kedua dan telah melabur USD200 juta dan tahun depan akan masuk ke fasa ketiga dengan pelaburan USD300 juta. Ini menunjukkan, Tuan Speaker, bahawa pelaburnya, sebenarnya tidak ada masalah langsung dengan pertukaran kerajaan di Johor, malah daripada feedback yang saya dapat lebih ramai pelabur ada keyakinan kepada kerajaan ini, kerana kerajaan ini ada reform institusi dan lebih telus dan kita juga mengamalkan sistem seperti open tender dan sistem open tender ini memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur bahawa pelaburan di sini adalah secure, dengan izin, menjamin dan adil. Maka, saya rasa tidak ada apa-apa masalah untuk pelabur untuk terus ke negeri Johor dan daripada apa yang kita sudah dapat dari maklum balas, keyakinan itu bukan sahaja ada malah dia terus meningkat, terima kasih.
Benut.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Kalau kerajaan Pakatan Harapan merasakan bahawa apa yang akan berlaku ini akan lebih baik oleh kerana adanya open tender dan sebagainya, saya harap itulah hakikatnya, open tender ya bukan tender, sebab Yang Amat Berhormat Menteri Besar menjawab, bahawa manifesto kerajaan ialah tender, tender itu ada 3 jenis. Jadi, hari ini Yang Berhormat nak mengesahkan bahawa tender yang hanya diamalkan oleh Pakatan Harapan ialah open tender. Jadi, saya harap walk the talk, terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, unjuran kerajaan yang lepas bahawa pada tahun 2018 ini, kita anggarkan kadar pertumbuhan ekonomi Johor adalah 5.5% hingga 6%. Kita letakkan anggaran itu atau unjuran itu kerana kita yakin dengan program-program sama ada tambahan pelaburan, sama ada melalui jawatankuasa ekonomi baru, Johor di bawah PDT ataupun kajian pelan pembangunan termasuk institut inovasi strategik Johor dan juga program-program seperti Johor Eco Entertainment Park pembangunan pelancongan dan juga program-program veterinari pertanian dan perikanan yang melibatkan RM17.4 juta dalam pemerkasaan industri itu, maka kita unjurkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 5.5% hingga 6%. Jadi, apakah langkah kerajaan hari ini untuk menambah baik unjuran tersebut untuk mempertahankan unjuran tersebut? Adakah Yang Berhormat telah mempunyai sekurang-kurangnya satu kaedah untuk memantau apa yang telah di rancangkan sama ada Yang Berhormat akan meneruskan semua usaha-usaha tersebut ataupun Yang Berhormat ada program-program baru supaya unjuran 5.5% hingga 6% itu tercapai ataupun lebih baik daripada unjuran tersebut?
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Benut. Saya hanya boleh berhujah di bawah portfolio saya sahaja. Untuk dari segi pelaburan, seperti yang saya katakan tadi, pepatah Melayu ada kata, buang yang keruh ambil yang jernih. Kalau adalah polisi yang baik, kita ambil. Kalau polisi yang tak begitu baik, kita perbaikkan. Kalau ada polisi yang langsung tak baik, kita buangkan sajalah. Senang kata, polisi-polisi yang sedia ada ini, yang diwarisi daripada kerajaan BN kalau ada yang baik, kita akan teruskan tetapi pada masa yang sama seperti yang saya katakan tadi Tuan Speaker, kita tidak boleh bergantung sahaja kepada pelaburan tradisional. Kita juga kena meneroka juga aspek-aspek atau pelapangan yang baru untuk memastikan Johor tetap menjadi negeri pelaburan yang pertama, mesra asing. Yang kedua, menjadi tempat atau negeri pelaburan yang diutamakan oleh pelabur asing. Pelbagai program atau inisiatif telah dilakukan oleh kerajaan ini, dan saya yakin di bawah portfolio saya, pelaburan kita dapat menyumbang dan juga dapat menarik lagi banyak pelabur daripada negara asing melalui program-program seperti trade mission, dengan izin, dan juga dialog sesama dengan persatuan-persatuan perniagaan yang sedia ada, terima kasih.
Ok. Seterusnya kita last soalan yang terakhir ini ya. Kita ada lebih kurang lima, sepuluh minit lagi untuk soalan yang terakhir. Soalan lisan, jemput Yang Berhormat Pulai Sebatang.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 5.
Jemput YB EXCO.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya bertanya sekali lagi, minta maaf, saya sempat tanya ruling Yang Berhormat semalam tentang masa kita berbahas ini, makna Yang Berhormat bagi kita jam sampai 11.00 pagi ke?
Pukul 10.50.
Ada lagi 10 minit lagi jadi maknanya hampir pukul 11.00 Yang Berhormat.
Sekarang baru 10.42 kan? Tadi kita ada 5 minit lewat sikit. So, saya anggap kita tambah 5 minit, jadi sampai 10.50 lah, ok. Silakan YB EXCO. Ini banyak persoalan, ini banyak jadi saya kena bagi ruang, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Pulai Sebatang atas soalan yang dikemukakan. Untuk makluman, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat ada menyediakan perkhidmatan kaunseling bagi mengatasi isu ibu depresi dan juga kes-kes keselamatan di taska khususnya yang melibatkan kematian dan kecederaan. Kaunselor JKM akan ke rumah kes bagi memberi sokongan psikologi awal kepada ibu, bapa, adik beradik dan keluarga mangsa.
Seterusnya, kaunselor akan menawarkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada klien sekiranya memerlukan intervensi lanjut. Klien juga boleh hadir ke pejabat untuk menjalani sesi kaunseling dan pegawai kaunselor akan membuat penilaian awal terhadap depresi klien. Pihak kaunselor akan membantu melalui sesi kaunseling sehingga klien stabil. Sekiranya serius, klien akan dirujuk kepada jabatan psikiatri hospital berhampiran klien untuk rawatan selanjutnya.
Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi memastikan keselamatan kanak-kanak di taska, setiap taska yang beroperasi perlu mendapatkan perakuan pendaftaran merujuk kepada Seksyen 7 Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak Tahun 1984. Taska tersebut perlu mematuhi semua kehendak yang berhubungan dengan struktur premis, pencegahan kebakaran, kesihatan, kebersihan dan keselamatan kanak-kanak dan taman asuhan kanak-kanak itu dilengkapkan dan diselenggarakan dengan secukupnya dan sesuai.
Tanggungjawab ibu bapa atau penjaga untuk menghantar anak di taska yang berdaftar, ibu bapa perlu memastikan taska tersebut mempunyai perakuan pendaftaran bagi memastikan taska tersebut mematuhi syarat-syarat pengoperasian sesebuah taska itu dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di dalam peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012. Taska yang berdaftar memerlukan pengusaha dan pengasuh taska yang berkelayakan dan berkemahiran serta lulus kursus asuhan dan didikan awal kanak-kanak PERMATA. Ini dapat mengurangkan risiko berlaku kecuaian akibat daripada pengasuh yang tidak berkemahiran dan tiada kelayakan yang diiktiraf dalam penjagaan kanak-kanak.
Pegawai diberi kuasa, taska juga akan menjalankan pemantauan berkala dan lawatan mengejut untuk memastikan pihak pengendali taska mematuhi isu-isu keselamatan anak-anak di taska. Aduan yang diterima juga diambil tindakan segera. Pengendali taska yang cuai dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan juga akan diberi kompaun dan bagi kes yang lebih serius, taska boleh ditutup.
Pulai Sebatang.
Terima kasih.
Pulai Sebatang, tekan dan berdiri sekali ya. Ok. Sila.
Terima kasih diucapkan kepada YB Speaker. Saya merujuk kepada satu kajian kesihatan dan morbiditi kebangsaan 2017 yang mana menunjukkan 29% rakyat Malaysia ini mengalami masalah kemurungan. Dan peratus ini terus meningkat sehingga, daripada tahun 2011, 11% dan terus meningkat kepada 29% sehingga data tahun 2017. Dan, kadar kemurungan ini dua kali ganda, wanita lebih dua kali ganda berbanding dengan lelaki. Jadi, saya ingin bertanyakan kepada YB EXCO, adakah YB EXCO mempunyai data berkenaan dengan ibu-ibu yang mengalami depresi ini di negeri Johor itu sendiri? Terima kasih.
Sila YB EXCO.
Terima kasih YB Pulai Sebatang. Di negeri Johor ini bilangan sesi, saya mempunyai statistik di mana ibu depresi yang mereka datang ke JKM untuk mendapatkan kaunselor di JKM Negeri Johor. So, bagi statistik ini, daerah Kulai mencatatkan bilangan kes ibu depresi yang paling tinggi iaitu 20 kes dan diikuti oleh daerah Johor Bahru, Kluang dan Batu Pahat iaitu sebanyak 15, 12 dan 10 kes masing-masing. Bagi Mersing mencatatkan 8 kes. Sementara Pontian sebanyak 5 kes dan Kota Tinggi sebanyak 3 kes. Muar dan Iskandar Puteri mencatatkan 2 kes masing-masing, Segamat dan Tangkak pula merupakan daerah terendah bilangan kes iaitu sebanyak 1 kes. Ini membawa kepada jumlah kes ibu depresi yang pernah dikendalikan kaunselor JKM di seluruh negeri Johor adalah sebanyak 69 kes. Terima kasih.
Saya kira tamat setakat ini soalan lisan dan juga soalan tambahan. Sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum dijawab secara lisan, akan dijawab secara bertulis di dalam Persidangan yang sama.
Sambungan Perbahasan Atas Rundingan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan JohorAddress / budget
Kita berehat 20 minit dululah. Ya, kita berehat. Lepas ini kita sambung. Sebab lepas ini ada perbahasan-perbahasan ya. Jadi kita berehat dululah. Ok, so kita berehat 20 minit dulu.
Persidangan ditangguhkan pada jam 10.50 pagi.
Persidangan disambung semula pada jam 11.15 pagi.
YB Speaker mengetuai persidangan.
Bismillahhirahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahli-Ahli Yang Berhormat, perbahasan disambung sekarang. Jemput Yang Berhormat Sungai Balang, kita ada baki 5 minit Yang Berhormat ya. Ok, silakan.
Bismillahhirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Muafakat Johor, salam Sungai Balang Gemilang. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, memberi peluang dua hari berucap, tetapi minta panjangkan sikit sahaja.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Sungai Balang ingin membawa kembali masalah Ketua Kampung. Walaupun dinyatakan bahawa pemilihan ini, pemilihan Ketua Kampung ini adalah ditemu duga oleh Pejabat Daerah dan ditentukan oleh Pegawai Daerah. Tetapi Sungai Balang melihat calon-calonnya ditangkap muat. Asal ada Ketua Kampung sahaja. Malah ada dalam kalangan mereka tidak pun dikenali atau terlibat dengan aktiviti
kemasyarakatan di kampung yang bakal ditadbirnya dan ada pula di antaranya tidak langsung punya masa untuk menghadiri majlis-majlis keagamaan di kampung-kampung.
Jadi, bagaimana mereka mahu memberikan perkhidmatan kepada masyarakat kampung tersebut?. Kita mesti ingat, jawatan Ketua Kampung ini bukanlah jawatan yang dicipta untuk diberikan kepada kawan baik, saudara mara atau sekadar membalas jasa. Tetapi ia adalah jawatan pemimpin yang menjadi tempat mengadu masyarakat di peringkat akar umbi sebelum segala aduan tersebut disalurkan kepada Ahli Majlis, ADUN ataupun Parlimen.
Ketua Kampung inilah individu yang menyampaikan segala aduan bumbung tercabut, rumah terbakar dan sebagai macam perihal rakyat kepada ADUN atau Parlimen. Ketua Kampung inilah yang menjadi pemudah cara kita sebagai ADUN dalam memastikan segala masalah dan kebajikan rakyat dapat diselesaikan dengan segara.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon demi kepentingan rakyat dan paling utama untuk mendapat perhatian Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, boleh meneliti dan melihat kembali senarai Ketua Kampung yang telah dipilih atau akan dilantik di seluruh negeri Johor. Tidak sesekali Sungai Balang angkat isu ini demi kepentingan peribadi apatah lagi mempolitikkan isu ini. Ia adalah semata-mata kerana Sungai Balang mahu segala aspek yang melibatkan rakyat tidak dipandang enteng. Sungai Balang amat-amat berharap Yang Amat Berhormat Menteri Besar memberi respons rasional terhadap perkara ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Sungai Balang juga mahu mengangkat isu yang sangat penting buat kami kaum wanita untuk diambil perhatian oleh pihak kerajaan adalah soal kebenaran makhluk trans-gender memasuki tandas awam wanita yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Agama dalam kenyataan kepada media pada 10 Ogos lalu di Kompleks Islam Putrajaya. Selepas dengan pertemuan dengan aktivis trans-gender yang semua orang tahu namanya, Sungai Balang dapat respons penuh emosi dan marah yang tidak terhingga malah penyokong tegar Pakatan Harapan juga turut menzahirkan rasa marah mereka. Kebenaran kepada golongan ini berkongsi tandas dengan wanita bukan perkara main-main.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soal keselamatan dan lebih utama soal aurat buat wanita Islam perlu dititik beratkan. Kaum wanita akan rasa tidak selamat walaupun dikhabarkan golongan ini tidak sama seperti kaum lelaki biasa. Jika kaum ini mahu menuntut hak, Sungai Balang kira wanita juga ada hak untuk berasa selamat dan selesa. Sungai Balang amat berharap kerajaan negeri menyatakan pendirian dan tindakan terhadap perkara ini. Rakyat pasti mahu dengar pendirian kerajaan negeri Johor.
Yang Berhormat Tuan Speaker, ketika keputusan PRU 14 diumumkan, rakyat telah memilih untuk memberi mandat, kepercayaan dan amanah kepada Pakatan Harapan untuk mentadbir negeri. Kami di sebelah sini menerima dengan hati yang terbuka waima begitu, seperti titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, apa sahaja tindakan atau keputusan yang dibuat oleh Pentadbir Kerajaan Negeri harus mengambil kira buruk baik terhadap rakyat. Harus memberi impak terbaik dan meringankan beban hidup rakyat. Sungai Balang juga berharap segala apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu, yang membawa manfaat terhadap rakyat, maka mohon untuk kerajaan hari ini teruskan segala usaha tersebut mengikut kemampuan kerajaan negeri. Seperti contoh, bas Muafakat Johor. Telitilah untuk ditambah baik serta menyebar luas perlaksanaannya kepada bas ekspres atau tambahan capaian laluan yang lebih baik ke kawasan pinggir atau luar bandar.
Sungai Balang yakin...
Yang Berhormat, Yang Berhormat ada 2 minit lagi ya.
Sungai Balang yakin terhadap kebijaksanaan ini dan bukanlah slogan daripada bas Muafakat Johor kepada Bas Harapan Johor.
Yang akhirnya Yang Berhormat Tuan Speaker, Sungai Balang juga ingin membawa perkara berkaitan tentang Sungai Balang iaitu mohon supaya didirikan sebuah balai bomba di kawasan DUN Sungai Balang, kerana terdapat sebuah sahaja balai bomba di daerah Muar dan balai bomba yang sedia ada meliputi Pagoh, Bakri dan Muar. Dan, saya dimaklumkan juga bahawa tanah, tapak tanah telah pun dikenal pasti iaitu di Parit Tunggul, Mukim Seri Menanti. Mudah-mudahan perkara ini dapat direalisasikan dan diberikan sokongan terhadap permohonan ini.
Akhir kata, Sungai Balang amat berharap isu yang Sungai Balang angkat di Dewan ini dipandang, didengar dan diambil tindakan oleh pihak kerajaan. Sungai Balang amat berharap pertukaran parti yang mentadbir kerajaan tidak mengekang segala usaha yang beri manfaat terbaik kepada rakyat. Akhir kata, di kesempatan ini juga Sungai Balang ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kerajaan terdahulu, barisan ketua-ketua jabatan yang telah memberikan kerjasama yang terbaik kepada DUN Sungai Balang. Sungai Balang juga amat berharap Johor akan ditadbir dengan cara Johor, tidak terikut dengan gaya pentadbiran yang lain. Kerana kita mahu Johor tetap jadi Johor, Johor tetap nombor 1.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Sungai Balang DUN Gemilang terletak di dalam tanah bertuah. Biar kini di kerusi pembangkang, tetap berkhidmat tidak beralah. Jadi, Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kerana memberi laluan dan saya sudahi dengan assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sungai Balang Gemilang.
Terima kasih Sungai Balang. Diberi masa dua hari ya. Ok, seterusnya daripada YB Penawar.
Bismillahhirahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Muafakat Bangsa Johor. Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Johor. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan terima kasih Yang Berhormat Speaker kerana memberikan ruang kepada saya untuk bahas, membawa suara rakyat terutamanya DUN Penawar.
Penawar memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya maka kita dapat bersama-sama di Dewan yang mulia ini untuk membincang dan mencari permuafakatan dalam urusan-urusan berkaitan kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat Johor. Terlebih dahulu Penawar ingin merafak sembah, merakamkan setinggi penghargaan dan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor atas Titah DiRaja sempena majlis pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-14 tahun 2018. Sesungguhnya rakyat Johor amat bertuah mempunyai raja yang berdaulat serta amat prihatin terhadap rakyat pembangunan negeri.
Yang Berhormat Speaker, dimulai dengan ingatan Allah SWT yang bermaksud, sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum di antara manusia, supaya kamu menetapkan dengan adil.
Penawar merakamkan ucapan tahniah kepada kepimpinan baru negeri Johor. Benarlah titah Sultan, titah Tuanku Sultan yang menyeru semua supaya niat, mauduk dan tujuan wajib adalah sama iaitu memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat. Menjadi kerajaan bukannya satu perkara yang mudah, yang dituturkan. Ianya bukannya berkisar kepada aku yang paling betul, ataupun engkau yang paling salah, ataupun hanya bermodalkan fitnah, tetapi ianya merentasi segalanya ianya berpaksikan niat yang luhur, konsep yang jelas, tujuan yang berobjektif dengan amanah yang dipikul mesti dilunaskan dan janji itu adalah amanah. Janji bukannya barang kosmetik yang jika pakai 100 hari gerenti berubah 360 darjah. Wajah akan berubah dari tua ke muda, daripada yang penyek hidung yang penyek kepada yang mancung. Dalam barang kosmetik belum tentu ia menjadi, menjanjikan perubahan yang diimpikan. Sebab itulah, bila janji dilihat seperti
barang kosmetik, penjualnya petah berkata-kata, menjanjikan bulan dan bintang, sudah tentu ramai tertarik. Ramai ingin mencuba yang hasilnya belum tentu baik.
Yang Berhormat Tuan Speaker, di sini saya ingin mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada rakan-rakan dalam kerajaan sebelum ini, yang di kepalai oleh mantan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamad Khaled bin Nordin atas usaha gigih dan kerja keras yang telah melaksanakan amanah yang dipikul dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi. Pewarisan yang cukup baik dari penyusunan tadbirnya, mahupun kewangan yang kukuh bagi memudahkan penerusan pentadbiran negeri sepanjang lima tahun yang akan datang. Tetapi, nasib tidak bersama dengan Datuk Seri Khaled Nordin, apa nak kata, malang tidak berbau. Bukan mudah memuaskan hati semua rakyat jelata.
Yang Berhormat Speaker, menyoroti Gagasan Murni Johor Berkemajuan, yang diilhamkan oleh kerajaan yang terdahulu adalah manifestasi yang menjamin kemakmuran negeri dan kesejahteraan hidup rakyat Johor. Saya suka untuk menarik tumpuan Dewan kepada beberapa perkara yang saya kira mustahak untuk dipertimbangkan oleh kerajaan baru, untuk diteruskan usahanya.
1. Johor sebagai kuasa ekonomi selatan mesti dipacu dan dipertahankan. Ingat kerajaan terdahulu meninggalkan pertubuhan ekonomi Johor di kedudukan nombor 1 dan melepasi pencapaian peringkat nasional.
2. Usaha menyediakan perumahan mampu milik kepada rakyat berpendapatan rendah, di bawah inisiatif perumahan Johor perlu diteruskan, dan mesti diperbanyakkan bukan hanya dengan angka 100,000 yang telah pun ditetapkan oleh kerajaan Barisan Nasional. Kerajaan baru mesti ada penambahan, bukan sekadar copy and paste.
3. Inisiatif Johor Prihatin dan Johor Berkemahiran diberikan keutamaan.
4. Johor Islamic sebagai asas pembinaan modal insan.
5. Johor sebagai negeri yang selamat dan bebas jenayah.
Agenda Johor Berkemajuan ini adalah gagasan dari sebuah pasukan yang mempunyai niat luhur, jelas dan tujuan yang berobjektif untuk Bangsa Johor. Bukan satu kesalahan malah bukan satu dosa, untuk meneruskan kesinambungan sebuah gagasan yang terarah ini. Tetapi adalah satu yang tidak bertanggungjawab jika menindakkan malah memberhentikan usaha murni Johor Berkemajuan ini.
Penawar menyokong titah Tuanku yang mengingatkan kepada barisan kepimpinan baru, supaya program yang baik yang telah dibuat oleh pentadbiran dulu perlulah dikekalkan atau ditambah baik, bukannya terus dihentikan. Bukannya hanya menukar nama dan sticker, bukan, bukan begitu. Tetapi haruslah ditambah baik tapi bukan tambah duit. Perubahan pentadbiran kerajaan yang diharapkan oleh rakyat bukannya perubahan kepada pasukannya, malah rakyat mengharapkan sebuah gagasan yang menjangkau harapan yang menggunung. Mengapa perlu kerajaan Pakatan Harapan menukar muafakat kepada harapan? Mengapa perlu takut kepada bayang-bayang sendiri? Muafakat kepada harapan seperti tukar nama angkasawan yang pergi bulan kepada punggok yang merindukan bulan. Di Dewan yang mulia ini, Penawar ingin bertanyakan kepada saf kepimpinan pentadbiran negeri yang baru, adakah anda mengiktiraf Gagasan Johor Berkemajuan sebagai sebuah program yang baik untuk negeri dan Bangsa Johor yang wajar diteruskan usahanya oleh pasukan anda? Pasukan pentadbir Johor yang baru telah menyediakan blueprint harapan untuk Bangsa Johor, jika ada, bila ianya akan di bentang di Dewan ini supaya ianya menjadi dasar yang direkodkan.
Yang Berhormat Speaker, sebagai makluman kerajaan Barisan Nasional telah mengiktirafkan sumbangan wanita dan telah meletakkan komitmen yang tinggi bagi menjayakan penglibatan 30% wanita menjawat jawatan tertinggi dalam membuat keputusan dalam sektor kerajaan mahu pun swasta. Tetapi, setelah diselidiki dan cuba memahami gagasan manifesto Pakatan Harapan Johor, tidak terjumpa satu pelan khusus pun untuk wanita di dalam negeri Johor. Oleh yang demikian, di Dewan yang mulia ini, Penawar ingin bertanyakan apakah pelan ataupun dasar kerajaan negeri bagi memperkemas dan mengangkat kedudukan wanita di negeri Johor? Penawar amat yakin wanita Johor amat berkebolehan dan berkelayakan serta telah memberikan sumbangan dan memainkan peranan penting dalam pembangunan Johor sama seperti kaum lelaki. Penawar menggesa dan sangat mengharapkan kerajaan negeri akan mengadakan agenda khusus pemerkasaan wanita Johor di dalam blueprint negeri yang kami nanti-nantikan ini. Sebagai contoh, rancangan negeri memastikan wanita Johor berpeluang mengisi tempat dalam limpahan peluang pekerjaan hasil pembangunan projek-projek mega seperti RAPID di Pengerang. Jadi, Penawar memohon kerajaan negeri mempertimbangkan lima perkara berikut dalam agenda khusus wanita, iaitu: 1. Mewujudkan satu unit khas, special taskforce, dengan izin, bagi melakukan proses pengumpulan data dan statistik semasa tentang guna tenaga kerja wanita Johor mengikut sektor dan perkhidmatan.
2. Langkah-langkah intervensi yang spesifik bagi memastikan yang wanita Johor akan diberikan peluang yang lebih banyak dalam projek-projek mega.
3. Inisiatif dan program-program khas yang mesti disediakan oleh kerajaan negeri bagi memastikan wujudnya pembinaan kapasiti wanita Johor akan diberikan peluang, kapasiti wanita Johor akan lebih berdaya saing dan bersedia untuk terlibat dalam industri dan sektor berprofil tinggi, contohnya, latihan 3 ke 6 bulan bersama para pemain industri yang dibantu dan disokong oleh kerajaan negeri.
4. Langkah-langkah penguatkuasaan yang lebih menjurus dan tegas agar tidak berlaku diskriminasi kepada wanita dalam sektor-sektor berprofil tinggi. 5. Mewujudkan satu platform rundingan dan kerjasama khas dengan para industri dan institusi pendidikan bagi membolehkan kerajaan negeri dan para pengusaha industri bertukar maklumat, pengetahuan, jangkaan dan perkembangan semasa. Yang Berhormat Speaker, kerajaan negeri sebelum ini telah memulakan inisiatif yang baik, sebagai permulaan melalui Unit Swadaya Insan. Jadi, Penawar kira kerajaan negeri pada hari ini tidak akan mengenepikan Unit ini hanya kerana adalah hasil usaha kerajaan sebelum ini. Sebaliknya, carilah jalan mengoptimumkan Unit ini demi melakukan dasar dan pelan yang Penawar sebutkan ini. Yang Berhormat Speaker, sebagai ibu yang sayangkan keutuhan jati diri generasi, sebagai warganegara yang berpegang kepada adatnya, sebagai seorang Muslim yang mempertahankan syariatnya, sebagai insan yang rasional sedar baik dan buruknya, di sini Penawar ingin bangkitkan pendirian dan pandangan kerajaan negeri berhubung dengan isu Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT). Perbuatan ini dianggap seperti melakukan jenayah akidah dan terkeluar dari agama Islam atau murtad. Ianya juga sesuatu yang keji, kotor, jijik serta merendahkan hukum Allah SWT. Ini kerana masalah sosial ini sangat kerap dibangkit dalam pelbagai aktivis LGBT terutama yang berpegang kepada prinsip humans right, dengan izin, dan isu ini mendapat perhatian khusus dari menteri Pakatan Harapan di
peringkat persekutuan dan aktivis bebas yang merupakan pejuang golongan LGBT ini. Soalan Penawar, memandangkan Pakatan Harapan mengemudi Johor, apakah pendirian kerajaan negeri berhubung perkara ini?
Yang Berhormat…
Adakah kerajaan negeri…
Yang Berhormat ada empat minit lagi ye.
Adakah kerajaan negeri juga menyokong pandangan, aktivis bebas atau sebaliknya. Jika ya, adakah akan wujud peruntukan dana atau program-program khas oleh kerajaan negeri untuk membantu mempromosikan gaya hidup LGBT ini, atau adakah kerajaan negeri mahu dan bersedia untuk mengambil pendirian tegas, jelas dan berprinsip untuk menyatakan secara terbuka bahawa kerajaan negeri tidak akan menyokong sebarang gaya hidup yang terlalu bebas, tidak beretika, tidak sihat dan tidak bermoral ini? Penawar menuntut dan menggesa kerajaan negeri untuk tampil menjawab dan membuat pendirian yang jelas dalam perkara ini kerana budaya hidup songsang seperti ini pasti akan datang dan menular ke Johor. Jadi, supaya kerajaan negeri amat penting untuk perkara diberi perhatian yang sewajarnya. Yang Berhormat Speaker, Penawar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan terdahulu Barisan Nasional yang telah menjadikan Pengerang sebagai hub oil dan gas. Dengan usaha bersungguh-sungguh kerajaan terdahulu di peringkat negeri mahupun persekutuan, ianya telah memberikan limpahan nikmat khasnya di DUN Penawar. Untuk makluman Dewan, DUN Penawar mempunyai 6 buah FELDA, 2 bandar KEJORA dan dua kampung-kampung tradisi. Secara keseluruhannya, kerajaan terdahulu telah melunaskan janji kepada rakyat kerana kerajaan terdahulu sedar ianya adalah satu amanah. Tetapi setelah pentadbiran persekutuan dan negeri berubah, beberapa keperluan rakyat yang diluluskan oleh kerajaan terdahulu telah diberhentikan serta-merta oleh Kementerian Kewangan. Di Dewan yang mulia ini, mewakili rakyat Penawar, saya merayu supaya pembinaan masjid baru di FELDA Semenchu dan FELDA Air Tawar 5 yang telah diluluskan, diteruskan pembinaannya. Ianya adalah satu keperluan yang mendesak untuk rakyat di dua kawasan tersebut. Penawar mohon jasa baik kerajaan negeri untuk mendesak kerajaan Persekutuan, atau gunakanlah peruntukan kerajaan negeri bagi mengembalikan pembinaan tiga buah masjid di Parlimen Pengerang yang melibatkan 2 masjid di DUN Penawar. Seterusnya, berkaitan perumahan mampu milik. Penawar mengharapkan supaya kerajaan dapat selesaikan permasalahan pembinaan rumah generasi FELDA Papan Timur yang telah siap 70%, menghadapi masalah pentadbiran dan juga masalah tanah. Harapan kami, supaya dengan adanya rumah generasi kedua sebanyak 539 buah ini, akan dapat dan ianya mungkin menjadi projek pertama dalam mencapai hasrat pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan untuk mensasarkan 100 unit rumah murah, rumah mampu milik menjelang lima tahun yang akan datang. Yang Berhormat Speaker, selama 60 tahun kami di sini, duduk di sana, mentadbir, mengurus, menjaga kemakmuran negeri yang telah berperlembagaan semenjak tahun 1895, sebuah negeri yang raja sebagai pemerintah negeri tertinggi, mengamalkan demokrasi dengan menekankan konsep musyawarah Melayu dan Islam sebagai agama rasmi negeri. Di sini, Penawar ingin mengingatkan kepada pentadbir kerajaan baru bahawa kerajaan Johor ini adalah kerajaan berperlembagaan terawal di Malaysia, diperintah oleh
Sultan yang memerintah kerajaan segala jajahan dan daerah takluknya, perlembagaan asal Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor dicetak dalam tulisan jawi Melayu. Islam agama rasmi kerajaan Johor dan kedudukannya perlu dipelihara selama tetapi agama lain boleh diamalkan dengan bebas di negeri Johor ini. UTKJ hendaklah dilaksanakan dengan adil kepada seluruh rakyat dan orang-orang asing yang berada di negeri Johor. Oleh yang demikian, pentadbiran kerajaan baru melihat semula manifesto tawaran Pakatan Harapan Johor yang tidak meletakkan agenda Islam dalam agenda 10 janji lima tahun Pakatan Harapan Johor. Penawar inginkan penjelasan. Apakah rancangan negeri bagi menangani kos sara hidup yang akan meningkat setelah pelaksanaan SST? Apakah tindakan dan perancangan kerajaan negeri bagi memastikan tidak berlaku sabotaj atau penipuan harga oleh peniaga-peniaga di Johor? Yang Berhormat Speaker, sebelum berakhir, saya ingin merumuskan dua perkara penting yang saya kira mesti dipertimbangkan dengan adil oleh kerajaan negeri hari ini. 1. Saya sangat berharap agar kerajaan negeri hari ini mengambil pertanggungjawapan untuk menambah baik segala kekurangan yang ada dalam dasar negeri Johor. Janganlah menjadikan amanah dan mandat rakyat ini sebagai peluang untuk menghapuskan segala legasi yang lepas kerana yang rugi nanti bukannya Barisan Nasional tetapi rakyat Johor dan kerajaan sendiri.
2. Penawar sangat berharap yang segala saranan dan cadangan dari kami, wakil-wakil Pembangkang, akan diberikan pertimbangan yang baik kerana semua perkara yang dikemukakan ini sedikit pun tidak berbaur politik, sebaliknya demi kesejahteraan dan kebaikan Bangsa Johor. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada Yang Berhormat Speaker di atas peluang yang diberikan. Saya menjunjung kasih mohon menyokong Titah Tuanku Sultan pemerintah negeri Johor. Sekian.
Terima kasih kepada Penawar. Seterusnya, daripada Tenang.
Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan selawat). Diucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan dalam perbahasan ke atas rundingan menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Yang berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli daripada Kerajaan, pembangkang dan bebas, assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Sejak semalam, Ahli-Ahli Yang Berhormat dari kerajaan, pembangkang dan bebas telah mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih dan perbahasan telah menyentuh pelbagai perkara antaranya pembangunan ekonomi, pendidikan, infrastruktur, alam sekitar, perpaduan kaum dan urus tadbir kerajaan yang baik. Semua ini bertujuan mencapai objektif yang sama iaitu bagi menjamin kemakmuran negeri dan kesejahteraan hidup rakyat Johor. Tenang yakin dengan gandingan barisan EXCO berwibawa Pakatan Harapan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berpengalaman, dengan kerjasama erat pegawai serta kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan akan terus memperkasa pembangunan negeri ini, khususnya dalam aspek keperluan asas termasuk perumahan, pendidikan, pentadbiran, pejabat tanah, pejabat daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan. Dalam usaha meningkatkan dan menjaga kebajikan rakyat negeri Johor agar mereka merasa secara terus nikmat daripada kemajuan dan tadbir urus negeri yang baik.
Yang Berhormat Tuan Speaker, memandangkan Johor merupakan salah sebuah negeri yang termaju di Malaysia, kami dalam Pakatan Harapan akan memastikan kerajaan negeri mengekalkan potensi ini dengan melaksanakan pelbagai langkah memacu pertumbuhan ekonomi Johor ke arah yang lebih cemerlang. Selain itu, Tenang yakin bahawa kerajaan negeri melalui pelbagai agensi yang diwujudkan akan berusaha melahirkan lebih ramai tokoh perniagaan dan usahawan tempatan berjaya dalam perniagaan dan perusahaan kecil dan sederhana. Tenang juga melihat masa depan yang lebih cerah jika usahawan-usahawan berbakat dari etnik Melayu, Cina dan India bekerjasama dengan lebih erat bagi membangunkan negeri ini sesuai dengan roh dan semangat Pakatan Harapan. Dengan semangat dan roh Pakatan Harapan juga dalam tempoh lima tahun ini Tenang yakin kerajaan negeri yang disokong oleh kerajaan pusat akan berjaya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan khususnya kepada rakyat negeri Johor di kawasan-kawasan pembangunan baru, meningkatkan hasil negara dengan memegang kepentingan (stake) atas tiket dalam setiap projek mega di Johor, dan mengkaji semula perjanjian penswastaan yang merugikan kerajaan Johor sebelum ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam keghairahan kita merancang dan membincangkan pembangunan ekonomi, Tenang ingin menarik perhatian kerajaan negeri kepada satu aspek dan persoalan yang juga tidak kurang pentingnya iaitu sekuriti makanan. Sesebuah negara dikatakan mempunyai sekuriti makanan apabila individu, isi rumah atau semua rakyatnya boleh mendapat makanan yang cukup, selamat dan berkhasiat untuk hidup sihat dan aktif. Ia merangkumi empat dimensi termasuk ketersediaan, kebolehcapaian, penggunaan dan kestabilan makanan. Melihat daripada skop ini, secara umumnya negeri kita termasuk negeri Johor tiada masalah sekuriti makanan. Walau bagaimanapun, isu yang dibimbangi adalah kestabilan bekalan makanan kerana kadar sara diri yang tidak mencukupi, import bersih yang semakin meningkat dan permintaan yang sentiasa berubah cita rasa. Malaysia termasuk negeri Johor masih lagi mempunyai kadar sara diri yang rendah bagi makanan yang asas seperti beras, iaitu 72%, daging lembu 28%, daging kambing 10%, susu 5%, buah-buahan 66%, dan sayur-sayuran 39%. Kesan-kesannya negara kita menjadi pengimport bersih makanan dengan defisit tambahan perdagangan yang meningkat dari tahun ke setahun. Contohnya pada tahun 1990, defisit imbangan perdagangan makanan adalah RM1.1 bilion. Pada tahun 2006, ia telah meningkat kepada RM8.5 bilion dan RM18.1 bilion pada tahun 2015. Disebabkan oleh peningkatan import yang lebih tinggi sebanyak purata 10.6% setahun dari tahun 1990 hingga 2015. Pada masa yang sama, peningkatan eksport adalah sebanyak purata 7.8% setahun. Dari segi permintaan pula, kesan daripada kepesatan pertumbuhan ekonomi yang telah menaikkan pendapatan per kapita, bukannya pertambahan dalam penggunaan makanan tetapi juga permintaan terhadap makanan yang mempunyai nilai tinggi seperti daging, susu, sayur-sayuran. Ditambah pula dengan pertambahan penduduk dan perbandaran, tekanan terhadap bekalan makanan adalah semakin tinggi. Melihat kebolehcapaian makanan secara purata isi rumah membelanjakan sebanyak 30.3% pendapatan mereka kepada makanan. Peratus yang tinggi ini memberi implikasi bahawa mereka yang berpendapatan rendah akan terjejas apabila harga makanan naik dengan mendadak dan tidak menentu. Memandang ke hadapan, bagi menjamin bekalan makanan yang mencukupi dengan kualiti khasiat dan cita rasa yang dikehendaki serta harga yang mampu beli, sekuriti makanan tidak boleh dilihat daripada segi keuntungan pelaburan semata-mata, tetapi daripada sudut pulangan sosial. Dalam hal ini, pulangan insentif kerajaan serta pelaburan dalam penyelidikan dan pengembangan adalah keamanan dan kestabilan negara. Ini memerlukan ekosistem dan gandingan di antara polisi, penyelidikan dan keusahawanan. Ini bertepatan dengan janji sepuluh dalam Buku Harapan bagi menjamin keperluan makanan asas dan menjaga kebajikan petani.
Yang Berhormat Tuan Speaker, berdasarkan kepada isu-isu yang saya nyatakan di atas persoalan yang perlu diutarakan adalah, apakah projek pengeluaran makanan yang telah dilaksanakan di negeri Johor? Apakah prestasi projek-projek tersebut? Perlukah projek-projek yang telah dilaksanakan itu di nilai semula bagi memastikan kestabilan bekalan makanan? Bagi negara-negara yang telah mencapai sekuriti makanan yang mapan umpamanya, mempunyai rekod sokongan yang kuat kepada sektor pertanian. Pertimbangan yang teliti terhadap insentif ekonomi untuk pengeluaran pertanian, pelaburan dalam pendidikan, pengembangan dan latihan, justeru, apakah polisi-polisi program yang perlu di gubal semula bagi menjamin bekalan makanan kita? Terdapat dua universiti awam iaitu Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di negeri Johor, bagaimanakah negeri Johor dapat memanfaatkan dalam meningkatkan sekuriti makanan? Hasil penyelidikan perlu di pakej bagi merangkumi inovasi, pengkomersialan dan keusahawanan.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan yang mulia, keusahawanan keluaran makanan belum lagi diamalkan seperti tanaman industri. Justeru ia memerlukan usahawan tani yang boleh mengamalkan pengeluaran makanan secara komersial dan berteknologi tinggi. Apakah program-program yang akan dirancang bagi mengeluarkan usahawan tani yang berjaya? Saya difahamkan, Universiti Putra Malaysia mempunyai Program Inkubasi Usahawan Tani yang telah berjaya menghasilkan usahawan tani yang berjaya. Mungkin elok kita berbincang dengan UPM bagi merangka dan menyusun program berkenaan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya mengambil peluang ini merakamkan ucapan terima kasih kepada pengundi di DUN Tenang kerana memberi kepercayaan kepada wakil Pakatan Harapan menyuarakan kepentingan mereka di Dewan yang mulia ini. Bukan sahaja DUN Tenang, malah pengundi DUN Bekok serta Parlimen Labis telah mengundi bagi memilih Pakatan Harapan sebagai pejuang mereka. Kemenangan ini adalah manifestasi kehampaan mereka kepada Ahli Parlimen dan wakil DUN mereka sebelum ini kerana gagal membawa sebarang pembangunan di kawasan Labis. Labis tertinggal dan arus pembangunan dan dua Ahli Parlimen mereka sebelum ini berjawatan menteri penuh manakala yang tewas baru-baru ini adalah seorang Timbalan Menteri. Oleh yang demikian, Tenang dan juga pastinya Bekok berharap kerajaan negeri dan persekutuan tidak akan menghampakan harapan pengundi Tenang, Bekok dan Labis yang dinafikan hak menikmati pembangunan oleh wakil mereka sebelum ini dengan menimbang beberapa projek yang akan kami majukan.
Yang Berhormat, masa ada lima minit lagi.
Insya-Allah. Antara yang Tenang akan memohon ialah projek pelancongan dengan mengambil peluang kewujudan beberapa tarikan pelancongan di kawasan kami iaitu kolam air panas, air terjun, hutan serta gunung serta berhampiran dengan Taman Negara Endau-Rompin. Selain itu, Tenang juga akan memohon jalan-jalan baru dan pelebaran jalan untuk meningkatkan aktiviti ekonomi di kawasan ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Tenang juga akan mengemukakan cadangan bagi pembinaan institusi latihan dan pendidikan di kawasan Labis bagi meningkatkan jumlah penduduk serta kuasa beli penduduk. Saya yakin dengan adanya pelaburan luar ke Labis, maka ia akan mencetus dan menjana pembangunan baru ekonomi di kawasan ini. Saya akhiri pembentangan ini dengan ucapan terima kasih dan menjunjung duli. Sekian, Assalamualakum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tenang. Seterusnya Yang Berhormat Senai.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi peluang untuk membahaskan rundingan menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor sempena Pembukaan Penggal Sidang Pertama Dewan Negeri Johor
Yang Ke-14. Yang Berhormat Tuan Speaker, ini adalah pertama kali Senai berbahas di dalam Dewan yang mulia ini. Saya ingin membangkitkan isu-isu di dalam sekolah. Terutamanya sekolah kebangsaan. Seperti yang kita tahu, sekolah adalah tempat untuk murid menimba ilmu, sebagai kerajaan, kita bertanggungjawab supaya tempat yang mulia ini tidak di salah gunakan. Apabila Senai melawat ke sekolah sekitar kawasan Senai, Senai didapati ada berapa isu perlu kita ambil perhatian.
Pertama, kantin sekolah. Kantin sekolah menjual makanan yang tidak sihat kepada murid-murid. Senai dapati pada awal tahun ini, kerajaan ada menyatakan satu garis panduan menunjukkan 13 jenis makanan di larang atau tidak dibenarkan di dalam sekolah iaitu:
1. Makanan yang telah melepas tarikh luput. 2. Semua jenis makanan yang berupa permainan seperti cincin, gincu dan lain-lain. 3. Makanan yang telah diproses seperti burger, sosej dan nugget juga tidak digalakkan
di jual. 4. Makanan ringan mengandungi bahan perisa dan berwarna tiruan. 5. Gula-gula dan coklat. 6. Jenis makanan yang telah dijeruk sama ada masam, masin atau manis, basah atau
kering seperti asam masin, jeruk mangga, kulit limau dan jeruk. 7. Makanan yang mengandungi krim dan gula. 8. Makanan segera. 9. Profisi ais dan aiskrim. 10. Makanan ringan bergas dan minuman yang menggunakan bahan pewarna serta
minuman perisa. 11. Minuman tenaga. 12. Teh dan kopi. 13. Minuman yang mengandungi alkohol. Makanan tersebut sememangnya sedap.
Makanan alkohol ada dalam sekolah?
Itu tidak ada. Itu dilarang. Dilarang. Bukan ada, dilarang. Ok. Makanan tersebut sememangnya sedap dan disukai oleh murid-murid, walaupun dewasa. Tetapi semuanya bukan makanan sihat.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Senai, pihak mana yang bertanggungjawab untuk membantu kantin-kantin di sekolah. Murid-murid diajar dalam kelas, kentang goreng bukanlah makanan sihat, tetapi dalam sekolah pula menjual kentang goreng. Kita perlu ambil perhatian tentang kesihatan murid-murid sangat penting. Senai dimaklumkan bahawa pelaporan penaksiran sekolah rendah, menunjukkan lebih kurang 14% menghadapi masalah lebih berat badan. Dalam darjah 6 sahaja, bukan sahaja, bukan sahaja 14% tetapi 63.4% menghadapi badan berat. Mengutamakan kesihatan murid-murid supaya dapat mengelakkan penyakit seperti sesak nafas, darah tinggi dan kencing manis. Selain itu, kebersihan juga amat penting dalam kalangan murid-murid supaya boleh mengelakkan kes keracunan makanan. Penjaja di luar sekolah telah dikenakan pelbagai syarat, mereka juga dipantau dengan tegas supaya lesen berniaga dapat disambung Oleh kerana pelekat di tampal di dalam kedai, mudah kita mengetahui kebersihan, maka kebersihan kedai-kedai gred A,B,C, seterusnya kita boleh pilih sama ada ke tidak kita nak makan di kedai tersebut, tetapi di sekolah pula, tidak kelihatan pelekat tersebut. Sudah berapa kali kes keracunan makanan sudah berlaku, tetapi adakah kita mengangkat perkara ini sebagai tanggungjawab.
Yang Berhormat Tuan Speaker, jika bukan kita mengambil perhatian tentang perkara ini, siapa lagi ingin bertanggungjawab. Bukan sahaja masalah pemakanan di sekolah, Senai juga dapati beberapa perkara yang tidak patut berlaku di sekolah iaitu koperasi. Seperti kita tahu, koperasi berfungsi menjual alat-alat sekolah, buku latihan supaya dapat meningkatkan beban ibu bapa murid-murid dan guru. Tetapi sesetengah sekolah, koperasi, dalam koperasi dalam sekolah, bukan sahaja menjual barang-barang keperluan murid, tetapi menjual buku diari bercorak kartun, komik, alat tulis warna-warni, pemadam yang mengeluar bau wangi. Selain itu, Senai juga di maklum ada koperasi sekolah yang mengenakan caj
peralatan tulis dengan harga yang lebih mahal berbanding di luar. Seperti yang Senai maklum sebentar tadi, sekolah adalah tempat menimba ilmu, bukan tempat yang berniaga. Oleh kerana sekolah telah terjadi tempat berniaga, ada syarikat yang tidak bertanggungjawab memberikan pelbagai risalah jualan promosi kepada murid-murid dalam sekolah. Perkara ini menjadi bebanan kepada guru-guru di sekolah. Untuk menguruskan sebarang proses jual dan beli, soalan Senai, siapa yang membenarkan syarikat-syarikat ini berniaga di kawasan sekolah?
Yang Berhormat Tuan Speaker, bukan sahaja Senai dimaklumkan bahawa kebanyakan sekolah kebangsaan Cina, terdapat syarikat atau agensi yang menjual insurans kepada murid-murid. Dia orang panggil ia sebagai SPAI, Student Personal Accident Insurance, dengan bayaran sebanyak RM20.00 hingga RM30.00 nampaknya macam tidak mahal sangat tetapi kebanyakan macam sekolah Gred A, Sekolah Kebangsaan Cina Foon Yew mempunyai lebih 3,500 pelajar di ganda dengan RM30.00 jumlahnya adalah sebanyak RM105,000.00 setahun. Jika jumlahkan dengan semua sekolah ia boleh mengautkan keuntungan berjuta-juta. Nampaknya pasaran di sekolah ini memang besar dan tetap. Berbagai jenis perniagaan telah berlaku di dalam sekolah. Tidak kira barang keperluan mahupun bukan keperluan selain membangkit isu ini bukan sahaja isu pelajaran pendidikan tetapi realistik sebenarnya berlaku di dalam sekolah. Senang kata, siapa yang mendapat keuntungan dalam perniagaan, adakah pihak ibu bapa, siapa yang dapat komisen-komisen yang macam ini. Saya mohon kerajaan Pakatan Harapan mengambil berat perkara yang Senai bangkitkan walaupun isu-isu seperti ini sudah berlaku berpuluh-puluh tahun. Kerajaan dulu sudah gagal dalam integriti lah. Mohon Pakatan Harapan ambil tindakan dengan segera. Sekian, terima kasih.
Terima kasih daripada Senai. Seterusnya, Yang Berhormat Sri Medan.
Bismillahirrahmanirrahim, (Bacaan selawat). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, Salam Muafakat Johor, lama tak menyebut Salam Muafakat Johor ini. Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, kerana memberi ruang kepada Sri Medan untuk melibatkan diri dalam sesi perbahasan pada Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-14. Pertama sekali Sri Medan ingin menjunjung kasih di atas Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor ketika Majlis Perasmian Dewan Negeri Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-14.
Perkara yang ketiga, tahniah juga saya ingin ucapkan mengambil kesempatan kepada Yang Berhormat Tuan Speaker yang telah dipilih sebagai Speaker Dewan Negeri Johor dan juga kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker. Tahniah saya ucapkan dari Sri Medan dan juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga rakan-rakan Barisan EXCO Kerajaan Negeri Johor yang baru. Dan yang kelima, banyak tahniah ni YB ya, pasal...
Memanglah banyak tahniah tetapi masa tetap 15 minit ya YB.
Yang kelima, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan JDT kerana setiap tahun ketika saya sebagai EXCO Belia dan Sukan ucapan ini selalu dibuat oleh rakan-rakan tidak kira daripada kerajaan ataupun pembangkang. Dan hari ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan JDT kerana telah berjaya merangkul liga super untuk tahun kelima berturut-turut. Tahniah juga kepada rakan saya EXCO walaupun dua bulan memang rezeki dialah dapat yang kelima. Kita berusaha teruk juga empat kali untuk liga super, ini nama rezeki datang bergolek.
Saya tidak berhajat untuk bercakap panjang pada sidang sesi perbahasan pada pagi ini, saya tak akan menyebut soal 10 manifesto kerajaan negeri, 10 manifesto kerajaan persekutuan kerana kerajaan hari ini dia ada tempoh 5 hari lagi. Nampak pendek tetapi kalau kira jam ada 120 jam. Kalau nak panjang lagi, ada 7,200 minit. Kalau nak panjang lagi ada 432,000 saat. Jadi, saya rasa dalam tempoh 432,000 saat ini Ahli-Ahli Yang
Berhormat barisan EXCO dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya doakanlah yang terbaik. Kalau boleh laksanakan alhamdulillah.
Doa tu ikhlas tak?
Saya ikhlas doa. Kalau boleh laksanakan alhamdulillah. Tapi kalau tak boleh laksanakan, innalillahiwainnailaihirojiun. Kerana akhirnya Pakatan Harapan dia akan menjawab, kalau kat akhirat esok dengan Allah SWT, kalau kat dunia pandai-pandailah jawab dengan rakyat. Kita boleh tolong setakat lagi 5 hari tetapi selepas itu kita mungkin akan bersama-sama dengan rakyat untuk menegakkan apa yang telah dijanjikan insya-Allah.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, rakan-rakan semua, saya lebih tertarik untuk menyentuh beberapa perkaralah. Yang pertama, saya cuba melihat perkara-perkara yang ada kepentingan untuk negeri Johor. Dan yang kedua, mungkin saya akan sentuh berapa perkara iaitu berkenaan isu-isu tempatan yang mana saya mewakili rakyat Sri Medan. Kalau kata saya pernah memegang jawatan EXCO, saya ingat hampir 5 tahun bukan saya kata saya pandai tapi saya nak berkongsi sama-sama dengan rakan-rakan apa sebenarnya yang boleh kita bantu dan apa yang boleh kita sama-sama untuk kita laksanakan untuk kebaikan negeri Johor Darul Ta’zim terutamanya dari pada segi belia, sukan, kebudayaan dan juga warisan. Kalau kita lihat hari ini kalau sepanjang 5 tahun saya sebagai EXCO Kerajaan Negeri Johor apa yang saya tekankan iaitu bagaimana kita hendak memberi keutamaan kepada pembangunan fizikal, pembangunan ekonomi dan juga sosial kepada belia.
Kalau kita lihat pada hari ini saya tertarik dengan apa yang kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat EXCO Belia, Sukan, Kebudayaan iaitu tentang fizikal yang mana saya ingat kita telah cadangkan dan juga pihak IRDA dia telah bersetuju untuk melaksanakan Youth Hub di hutan bandar dan program ini pun telah dilaksanakan. Tetapi apa yang saya nampak di sini, iaitu EXCO Belia Sukan daripada DUN Semerah, kawasan saya juga ini, DUN Semerah, dia menyatakan bahawa Youth Hub ini dia akan bina di setiap daerah, sedangkan apa yang saya tahu bahawa Youth Hub ini adalah di bawah peruntukan khazanah oleh kerajaan persekutuan yang mana Youth Hub ini akan dibina di kawasan Wilayah Iskandar, IRDA dan saya tertarik bila disebut oleh EXCO Belia dan Sukan bahawa Youth Hub ini dia akan dibuat di setiap daerah sedangkan kawasan pentadbiran IRDA hanya di kawasan beberapa daerah yang ada tapi di mana peruntukan yang akan diperolehi untuk membina Youth Hub di setiap daerah, kerana saya setuju, saya tahu, banyak tempat di setiap daerah dan mungkin di zaman saya 5 tahun kita tak mampu untuk laksanakan tetapi bila EXCO Belia dan Sukan mengumumkan perkara yang sama dan akan nyatakan akan buat di semua daerah, alhamdulillah lah.
Saya suka cadangkan di kawasan Parit Sulong, kawasan Parit Sulong, DUN Sri Medan dan Semerah. Buat dekat tengah-tengah lagi mudah. Jadi, Batu Pahat buat di area Parit Sulong kebetulan EXCO Belia dan Sukannya daripada Semerah, walaupun orang luar semerah tapi dia mewakili kawasan DUN Semerah. Itu saya tak ada masalah. Jadi kita boleh bincang sama-sama, kerana yang paling penting sekali untuk kita pastikan belia-belia dalam negeri Johor terutamanya dalam daerah Batu Pahat dan juga di kawasan saya dapat menikmati kemudahan di panggil Youth Hub. Biasa orang kampung mana tahu Youth Hub ni, hub belia saja, hub belia apa ni kan.
Kalau dalam Jawa apa Youth Hub tu?
Entah. (bahasa Jawa). Ingat YB Tuan Speaker lagi tahu pasal dia pun pernah bertanding di kawasan Parit Sulong dulu saya ingat. Dia kalau orang pandai cakap Jawa senang, di kawasan Parit Sulong.
(Cakap Jawa).
Saya harap apa yang diumumkan Yang Berhormat Tuan Speaker saya harap Yang Berhormat EXCO Belia dan Sukan dapat beri penjelasan kepada kami mana peruntukan yang akan di perolehi untuk membina Youth Hub di setiap daerah, kita ada 10 daerah, mungkin di kawasan IRDA kita dah selamatlah, tak ada masalah. Saya dengan di Hutan Bandar pun kita dah buat dah. Saya ingat dalam proses, saya ingat pun lebih daripada peruntukan RM16 juta saya ingat, itu 3 tahun lepas. Kita telah usaha laksanakan dan mungkin zaman EXCO Belia dan Sukan masa tulah dapat nikmat hasil durian yang telah kita tanam. Itu tak ada masalah. Saya okey saja.
Seterusnya Yang Berhormat Tuan Speaker, saya nak sentuh tadi saya sebut fizikal, ekonomi. Ekonomi ini, satu yang saya ingin tekankan, saya tak boleh banyak perkara. Satu yang menjadi satu program yang amat baik yang mana telah kita beri kepada belia-belia terutamanya Belia Islam Negeri Johor. Iaitu kita telah mewujudkan satu bantuan iaitu di bawah Perbadanan Islam Johor, kita pun tak tahu di bawah Perbadanan Islam Johor kita ada peruntukan RM1.0 juta setiap tahun untuk kita membantu usahawan-usahawan belia Islam. Kalau saya boleh pecahkan di sini, saya ingat kita ada bantuan penjaja kecil, kita ada bantuan untuk usahawan, bantuan untuk NGO, ini saya tak tahu sama ada EXCO Belia dan Sukan yang baru akan teruskan program ini kerana yang saya tahu dia tak menggunakan peruntukan kerajaan tetapi menggunakan peruntukan Perbadanan Islam Johor. Dan saya lihat banyak program-program di bawah Perbadanan Islam Johor ini sebenarnya telah memberi banyak manfaat yang cukup besar kepada usahawan-usahawan terutamanya usahawan belia Islam negeri Johor.
Dan yang ketiga, bila saya sebut tentang sosial tadi, saya ingin melihat bahawa sepanjang 3 bulan, saya memang suka kadang kalau orang Melayu cakap “skodeng” dia punya FB, kita nak tengok apa yang dia buat, minta maaf ya tanpa izin, walaupun kita bukan rakan FB tapi saya dah tengok dalam sepanjang 3 bulan, saya tak pernah mendengar satu patah perkataan pun yang menyebut Sukarelawan Darul Ta’zim. Sedangkan ketika zaman saya dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor ini merupakan Menteri Besar Johor yang lepas, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, kita meletakkan bahawa Sukarelawan Darul Ta’zim ini sebagai satu nadi untuk mengaktifkan belia-belia dalam negeri Johor. Kalau ikut daripada sebelum kita kalah, kita mempunyai hampir 20,000 Sukarelawan Darul Ta’zim dalam negeri Johor yang berdaftar, yang buat bantuan sukarela untuk mangsa banjir dan sebagainya tapi hingga hari ini sampai 3 bulan saya belum pernah satu perkataan pun, sama ada malu nak sebut Sukarelawan Darul Ta’zim tu saya tak tahu, kalau Yang Berhormat nak tukar pun, pada Sukarelawan Harapan pun saya tak ada masalah. Tetapi, Sukarelawan Darul Ta’zim ini sebenarnya yang menghidupkan belia-belia dalam negeri Johor. Antara program yang paling nampak berimpak tinggi iaitu Program Johor Future. Selama 3 tahun kita laksanakan saya ingat kita telah membantu hampir 1,000 buah rumah dengan peruntukan kecil untuk kita baik pulih dan sebagainya. Ini belum termasuk kerja-kerja membantu mangsa banjir dan sebagainya. Dan saya harap banyak program-program yang baik seperti ini dapat Yang Berhormat EXCO Belia dan Sukan dan mungkin rakan-rakan yang lain untuk sama-sama ...
Masa ada 4 minit lagi YB.
4 minit?
Ya.
Oh, saya ingat tadi pembukaan tadi tak dikira. Okey, seterusnya Yang Berhormat Tuan Speaker, seperti saya sebut tadi Johor Future dan juga program-program banyak kalau saya nak sebut tentang dana warisan ini banyak. Banyak program yang kita buat sebenarnya tak pernah dibuat di negeri lain. Festival Seni Muafakat Johor, Festival Permainan Tradisional, Anugerah Lagu Johor, ini semua kita dah laksanakan. Saya harap perkara-perkara yang baik, saya pegang kata-kata Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebentar tadikan, dia kata kalau benda yang baik dia akan teruskan, saya okey, tak ada masalah. Benda yang baik kita teruskan nama tu tak
kisahlah, nak tampal sticker ke apa itu kita tak ada masalah, yang penting untuk kepentingan belia-belia, kepentingan negeri, saya cadangkanlah agar kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini dapat meneruskan program-program yang baik.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
Belum ada Tan Sri lagi.
Eh! Minta maaf. (Dewan Ketawa). Mana tahu rezekikan? Dulu Tan Sri. Saya ingat, tapi nampak Speaker kali ini lebih mesra, masa..
2 minit lagi.
Saya nak sentuh tentang sukan. Adalah saya tengok YB EXCO Belia dan Sukan ada berjalan pergi tengok persiapan stadium dan sebagainya, rancangan itu telah diusahakan oleh kerajaan negeri Johor bersama Johor Corporation dan juga KPRJ. Kita menyediakan kemudahan sukan, kita tahu benda ini semua penting untuk orang luar melihat imej negeri Johor. Tetapi saya dah selalu katakan ketika saya sebagai EXCO, hebat macam mana pun kemudahan sukan yang kita ada, tetapi kalau kita tidak mencapai sasaran pingat emas yang ditetapkan kita masih dikategorikan gagal. Jadi kalau sebelum saya bersara, saya mensasarkan 40 pingat emas, tapi tak tahulah kan. Untuk Perak ini macam mana, saya harap, dan saya harap EXCO Belia dan Sukan dapat mensasarkan lebih daripada saya, insya-Allah.Ini di SUKMA Perak dan juga untuk di SUKMA 2020 di negeri Johor nanti kita sasarkan 2 tempat yang teratas.
Seterusnya Yang Berhormat Speaker, saya terus ke, minta masa sikit, isu-isu yang dibangkitkan iaitu isu masalah di kawasan saya. Yang pertama, saya ada mendengar daripada YB Senggarang ya tentang isu Bukit Payung, isu Bukit Payung memang agak letihlah ya. Saya menghadapi,saya ingat lebih daripada lima tahun ya, jadi saya ucap terima kasih kepada rakan saya YB Senggarang yang telah membangkitkan isu Bukit Payung. Bukit Payung ni sebenarnya mendapat bantahan daripada penduduk saya ingat bertahun dah. Kalau dalam whatsapp group saya ingat kan, cukuplah saya ingat kalau rambut saya daripada rambut hitam jadi putih, daripada depan tu penuh dah hilang dah dahi dah kerana memikirkan Bukit Payung. Semua macam YB Khairudin juga saya ingat. YB Khairudin ni bukan orang luar juga, orang Parit Sulong ramai jadi wakil rakyat tapi di kawasan luar. YB Shahrudin ada …
Tapi rambut putih tu bukan sebab perjuangan tudia tetap putih juga rambut.
… tetap putih. Apa yang berlaku di Bukit Payung sebenarnya mendapat bantahan dan saya tadi data, fakta semua dah diterangkan oleh YB Khairudin, dapat bantahan daripada NGO tempatan dan sebagainya. Saya mengambil contoh, apa yang berlaku di Bukit Payung sebenarnya telah berlaku, kejadian ini telah berlaku pengalamannya melalui beberapa tempat. Yang pertama di Bukit Kelicap, yang kedua di Seri Wangi, yang ketiga di Pekan Nanas, Pekan Nanas dan juga di Simpang Renggam. Dia kawasan-kawasan sebenarnya, akhirnya menimbulkan kesan negatif kepada masyarakat di keliling. Saya amat berharap kepada kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini mendengar rintihan daripada rakyat, mendengar rintihan daripada NGO-NGO ini untuk kita membatalkan dan memindahkan ke kawasan selain daripada Bukit Payung.
Mohon gulung YB, mohon gulung.
Gulung ya?
Masa dah habis.
Kerana kita lihat perkara ini akan melibatkan sensitiviti kepada masyarakat tempatan. Perkara yang kedua, saya ada, projek-projek yang saya nampak macam berhenti, dihentikan atau mungkin tak dapat diteruskan iaitu projek jejantas di Parit Sulong. Saya minta kerjasama daripada EXCO Kerja Raya ya, EXCO Kerja Raya, projek jejantas, projek Sekolah Kebangsaan Parit Jawa dan juga masjid-masjid di kawasan Parit Sulong. Saya ingat sebelum pilihan raya telah bermesyuarat, saya ingat di kalangan jawatankuasa masjid dan juga dengan pihak JKR dan sebagainya, saya difahamkan, ini cuma dengar-dengar, kalau boleh jasa baik daripada Yang Berhormat untuk menyemak sama ada projek masjid di Kampung Parit Betong dan juga Kampung Ayer Putih dihentikan atau diteruskan atau dikaji semula. Itu tak kisahlah, kalau kata ada perubahan harga dan sebagainya kerana masjid-masjid ni semua penting, untuk kepentingan awam untuk kepentingan orang Islam di kawasan-kawasan tersebut. Jadi, saya harap pihak Pakatan Harapan yang telah dipilih, kerajaan pada hari ini dapat membantulah sama-sama membantu kita kerana saya terus terang saya katakan saya bukan tadi saya sebut dengan YB Ayub, kita bukan jenis kaki nak belasah, kita nak jadi pembangkang yang baik, kita nak jadi pembangkang yang membela rakyat, kita nak jadi pembangkang yang betul-betul memberi kesan yang positif kepada rakyat keseluruhannya. Jadi, saya harap Pakatan Harapan sentiasa membantu kita bagaimana kita nak merealisasikan apa-apa juga kebaikan dan juga projek-projek pembangunan yang baik untuk rakyat, insya-Allah, ya. Saya terima kasih banyak kepada rakan saya, YB Tan Hong Pin, saya selalu bantu dia kalau ada masalah dari segi KPKT dan sebagainya, insya-Allah. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan terima kasih semua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Seri Medan. Seterusnya, Yang Berhormat Endau.
Bismillahirrahamanirrahim. (Bacaan doa). Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera Endau. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Speaker di atas ruang dan kesempatan yang diberikan kepada saya mewakili rakyat Endau untuk turut serta dalam Perbahasan dalam kali ini. Endau mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Kempas kerana telah dipilih menjadi Menteri Besar Johor yang baru sejurus selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihan raya yang lalu dan juga tahniah kepada seluruh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah terpilih untuk memikul tanggungjawab mengikut portfolio masing-masing. Endau sangat komited untuk bersama dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor bagi memastikan pembangunan kawasan Endau yang telah dirancang serta permohonan yang akan datang dapat dilaksanakan demi kepentingan rakyat yang majoritinya adalah Melayu. Pembangunan yang berterusan ini amat diperlukan oleh rakyat di kawasan Endau memandangkan kawasan ini sebahagian besarnya terdiri dari penduduk yang berpendapatan rendah. Justeru itu, sokongan dari kepimpinan tertinggi negeri Johor ini amatlah diperlukan bagi memastikan masyarakat di kawasan Endau tidak terpinggir. Permulaan perjalanan karier saya ini telah ditakdirkan sedemikian rupa. Walaupun saya dipandang serong oleh pihak-pihak tertentu, namun saya akan terus berusaha sedaya upaya saya untuk berkhidmat membela nasib masyarakat saya di kawasan Endau. Endau amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana memiliki seorang Menteri Besar yang amat memahami dan prihatin kepada saya dan khususnya masyarakat di kawasan Endau. Semoga Yang Amat Berhormat akan mengambil kira kawasan Endau dalam segala perancangan pembangunan negeri Johor dalam masa lima tahun mendatang. Yang Berhormat Speaker, di kesempatan ini, Endau menjunjung kasih Titah Ucapan Baginda Sultan Johor dalam Perasmian Sidang DUN pada 9 Ogos yang lalu. Sudah pasti sebagai seorang Ahli Yang Berhormat, kita semua perlu memartabatkan Dewan yang mulia ini dengan berbahas secara beretika dan mengikut undang-undang serta aturan mesyuarat.
Jangan kita jadikan Dewan yang mulia ini sebagai medan kita melepaskan amarah dan serangan politik kepada individu tertentu sehingga menimbulkan kekecohan di dalam Dewan yang mulia ini. Endau juga berkeyakinan bahawa di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, negeri Johor akan terus membela nasib rakyat dan berusaha sepenuh kudrat bagi mencapai lebihan hasil atau surplus, dengan izin, supaya mempunyai rizab simpanan untuk masa hadapan. Yang Berhormat Speaker, ada beberapa perkara yang ingin saya utarakan berkaitan Dewan Undangan Negeri Endau khususnya, dan Mersing umumnya. Pertama, keperluan pembinaan projek perumahan. Kerajaan masa kini sebagaimana juga kerajaan masa dahulu amat mengambil berat tentang penyediaan rumah kepada rakyat yang berpendapatan rendah. Melalui ikrar kerajaan Pakatan Harapan Negeri Johor untuk menyediakan lebih banyak perumahan mampu milik, bahkan pendekatan baru yang lebih menarik adalah menyediakan potongan bayaran sehingga 50% serta memperkenalkan skim sewa dan milik. Endau melihat pendekatan baru ini lebih berkesan mengatasi masalah rakyat khususnya mereka yang tidak berkemampuan. Di dalam Dewan yang mulia ini, Endau ingin mengambil kesempatan menyeru kepimpinan kerajaan negeri agar dapat memberi persetujuan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membina 300 unit rumah di lokasi Jalan Endau-Mersing, Kampung Tenglu Batu 6 di bawah Program Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang mana saya difahamkan tapaknya telah pun tersedia untuk dibangunkan. Selain daripada projek PPR tersebut, Endau juga difahamkan pihak Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) telah melakukan kajian tapak perumahan bagi membangunkan Projek Rumah Mesra Rakyat Johor di lokasi yang bersebelahan dengan projek PPR tadi. Amat besarlah harapan saya serta rakyat di kawasan Endau agar Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekali lagi sudi meluluskan projek di bawah KPRJ ini. Yang Berhormat Speaker, kedua, saya ingin utarakan, berkaitan Mersing daerah pelancongan dan perikanan. Umum ketahui bahawa Mersing dikelilingi dengan beberapa pulau yang cantik sehingga mampu menarik kemasukan pelancong dalam dan luar negara. Jika kita lihat, terdapat tiga jeti utama yang menghubungkan pelancong ke pulau-pulau tersebut: 1. Jeti di bandar Mersing menghubungkan Pulau Besar, Pulau Tengah, Pulau Hujung, Pulau Rawa, Pulau Pemanggil, Pulau Aur dan Pulau Tioman.
2. Jeti di Tanjung Gemuk menghubungkan ke Pulau Tioman.
3. Jeti di Tanjung Leman menghubungkan Pulau Sibu dan Pulau Tinggi. Jika kita lihat muara jeti di Tanjung Gemuk dan Tanjung Leman telah diperlebarkan dan diperdalamkan sehingga memudahkan pengoperasian pengusaha bot untuk membawa pelancong ke pulau-pulau. Hanya di muara Mersing masih belum diperlebarkan dan diperdalamkan. Alhamdulillah, dalam lawatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor tempoh hari ke daerah Mersing, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah berkomited untuk mengutamakan projek pelebaran dan pendalaman muara Mersing. Terima kasih di atas keprihatinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan rakyat Mersing kini mendoakan agar projek ini dapat dilaksanakan sesegera mungkin. Kita juga sedia maklum bahawa pekerjaan utama penduduk di daerah Mersing selain pertanian adalah perikanan iaitu nelayan pantai dan nelayan laut dalam. Nelayan pantai ini dilarang sama sekali untuk menangkap ikan di kawasan Taman Laut memandangkan kebanyakan pulau telah diwartakan sebagai Taman Laut dan ini menyukarkan mereka untuk mencari rezeki. Endau cadangkan agar kerajaan negeri melalui jabatan yang berkaitan membina tukun tiruan dan perbanyakan di luar kawasan Taman Laut. Pembinaan tukun tiruan ini mampu untuk kita jadikan sebagai satu kawasan pembiakan ikan dan akhirnya kita dapat bantu menyelesaikan masalah nelayan pantai. Dan juga Endau mencadangkan agar
kerajaan negeri menyediakan jeti-jeti pendaratan ikan untuk nelayan-nelayan pantai. Hal ini dapat memudahkan mereka untuk menjual tangkapan hasil kepada peraih mengikut kadar harga yang munasabah serta semasa, sekali gus kita mampu mengurangkan masalah jeti haram dan peraih yang tidak mengikut harga semasa. Yang Berhormat Speaker, ketiga, Endau ingin utarakan berkaitan jalan alternatif yakni bypass, dengan izin, di daerah Mersing. Walaupun Mersing tidaklah sesibuk bandar utama yang lain, namun Mersing merupakan laluan penghubung antara selatan dan pantai timur. Ini dibuktikan dengan setiap kali musim perayaan, beribu-ribu kenderaan melalui dan membanjiri kawasan Mersing sebagai laluan mereka ke destinasi masing-masing. Sehingga akhirnya, menyebabkan kesesakan melampau terutamanya di sekitar bandar Mersing. Hal ini kerana Mersing hanya mempunyai satu jambatan sahaja yang menghubungkan dua kawasan dalam bandar Mersing. Tidak dapat dibayangkan jika berlaku sebarang musibah atau runtuhnya jambatan tersebut, nauzubillahiminzalik, maka sudah pasti terputuslah hubungan jalan darat tersebut. Maka, mengambil kira lawatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar tempoh hari ke daerah Mersing, Endau ingin menegaskan di dalam Dewan yang mulia ini akan keperluan untuk kerajaan negeri membina sebuah jalan alternatif yakni, bypass, dengan izin bagi perhubungan tersebut. Dan ianya sudah pasti akan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di musim perayaan yang berlaku saban tahun di daerah Mersing. Jika projek ini dilaksanakan, maka kerajaan Pakatan Harapan telah membuktikan kebolehupayaan dalam tadbir urus yang cekap, menangani masalah masyarakat setempat. Yang Berhormat Speaker, yang terakhir adalah berkaitan memenuhi janji Pakatan harapan menjadikan negeri Johor sebagai hab makanan terulung. Kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan negeri Johor telah menggariskan beberapa pembaharuan yang mana pada pendapat saya amatlah wajar dilaksanakan. Sebagaimana yang kita semua sudah sedia maklum, baru-baru ini kerajaan negeri telah pun mengumumkan 10 meter padu air percuma.Ini dilaksanakan kerana pimpinan baru negeri benar-benar komited di atas segala janji untuk meringankan beban rakyat negeri Johor yang berpendapatan rendah. Endau percaya pimpinan baru negeri ini akan terus berusaha memenuhi segala janji dan ikrar kepada rakyat negeri ini dalam tempoh beberapa tahun lagi. Antara lain yang menjadi sasaran pimpinan Pakatan Harapan negeri Johor yang sangat dekat dengan masyarakat di Endau adalah untuk menjadikan negeri Johor ini sebagai hab makanan yang terulung. Endau melihat usaha ini sangat diperlukan di masa ini memandangkan kita masih tidak mampu menyediakan keperluan bahan makan kita sendiri. Usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan bagi menjayakan agenda penting ini memandangkan negeri ini khususnya di kawasan Endau masih banyak kawasan yang boleh diteroka dan dibangunkan dengan projek pengeluaran sumber makanan. Endau difahamkan di kawasan saya sendiri terdapat projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) seluas lebih 2 ribu ekar dan zon pengeluaran makanan, ZPM dengan keluasan hampir 500 ekar. Endau ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Exco Pertanian, Kesihatan dan Alam Sekitar iaitu Yang Berhormat Dr. Shahrudin yang dari awal-awal lagi telah membuat program di Endau dan terima kasih juga YB kerana mengundang saya sama dalam program tersebut. Yang Berhormat telah sampai ke Endau dan telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa projek pengeluaran makanan seperti kolam ternakan udang, bilik pertubuhan peladang kawasan Mersing dan melawat projek ternakan di TKPM Pengkalan Batu serta projek tanaman betik di TKPM di Sri Jemaluang. Projek-projek seumpama ini masih memerlukan perhatian yang besar dari kerajaan negeri. Tumpuan yang lebih diperlukan bagi merancang pembangunan naik taraf segala kemudahan asas serta perancangan bagaimana meningkatkan pengeluaran hasil dengan menyediakan lebih banyak kemudahan jentera pertanian. Dengan kemudahan seumpama ini, bukan sahaja dapat meningkatkan hasil pengeluaran, bahkan kita dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja.
Sebagaimana sedia maklum, kekurangan tenaga kerja di dalam sektor pertanian ini amat membimbangkan, lebih-lebih lagi penglibatan yang kurang dari anak-anak muda kita.
Yang Berhormat ada tiga minit lagi.
Menyebut hal yang berkaitan pengeluaran makanan ini, Endau juga ingin menyeru kepada kepimpinan negeri agar dapat menyediakan peruntukan yang lebih besar bagi menaik taraf sistem pengairan di dalam kawasan sawah pada Semaloi, Endau. Kemudahan tali air yang disediakan oleh pihak JPS dari Empangan Labung perlu ditampung dengan sumber dari air Sungai Endau. Ini kerana keperluan air untuk kegunaan isi rumah semakin meningkat selari dengan pembangunan masa kini. Seperkara lagi, kawasan sawah padi Semaloi ini juga masih memerlukan peruntukan bagi mengatasi masalah kebocoran sistem pengairan di dalam kawasan sawah. Endau difahamkan, sekiranya masalah-masalah ini dapat diatasi, maka para petani akan dapat menjalankan aktiviti tanaman padi sebanyak dua kali setahun berbanding sekarang ini hanya dapat dilaksanakan satu musim bagi satu tahun.
Di kawasan Endau ini juga selain sawah padi Semaloi, terdapat satu lagi kawasan sawah padi iaitu Air Papan. Ia juga memerlukan perhatian yang amat serius dari kerajaan negeri memandangkan masalah kekurangan bekalan air yang sekian lama berlarutan masih menghantui para pesawah. Jadi, adalah wajar agar beberapa inisiatif dapat dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah ini.
Yang Berhormat Speaker, saya kira itu sahaja apa yang ingin saya sampaikan pada kali ini. Sekali lagi Endau mengucapkan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan ini memberi saya ruang untuk mengutarakan beberapa masalah dan penyelesaian dan saya harap apa yang saya utarakan ini di ambil berat serta akan ada tindakan seterusnya. Sekian terima kasih, Endau menyokong.
Terima kasih Endau. Seterusnya Kemelah.
Bismillahirrahmaanirrahim. (Bacaan doa). Assalamualaikumikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada Yang Berhormat Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Terlebih dahulu Kemelah ingin menjunjung setinggi-tinggi kasih dan penghargaan di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor sudi menyampaikan titah bagi merasmikan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-14. Kemelah ingin mengucapkan tahniah di atas pelantikan Yang Berhormat Speaker dan Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Osman Sapian sebagai Menteri Besar dan barisan Ahli Majlis Kerajaan Negeri Johor serta Ahli-Ahli Yang Berhormat mewakili suara rakyat di dalam Dewan yang mulia ini. Tidak lupa Kemelah ingin mengucapkan tahniah kepada YB Benut yang telah di pilih sebagai Ketua Pembangkang Dewan Negeri Johor Yang Ke-14. Saya kira sebagai satu sejarah di dalam Dewan Negeri Johor. Saya doakan agar kita semua dapat melaksanakan amanah yang di beri dengan sebaik mungkin.
Yang Berhormat Speaker, izinkan saya memulakan perbahasan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan, berkaitan kerajaan tidak berubah, yang berubah hanya kepimpinan. Saya yakin, mana-mana kerajaan yang dipilih rakyat, mewakili suara rakyat akan terus mendaulatkan Undang-Undang Tubuh Johor 1895. Saya juga yakin, kerajaan Pakatan Harapan Johor di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Osman Sapian akan terus memacu pertumbuhan ekonomi dan sosial negeri Johor dan yang lebih penting lagi adalah kemakmuran rakyat, berteraskan ciri kerajaan berintegriti, telus dan urus tadbir serta tatakelola yang baik. Saya berasa syukur kerana kita telah sampai ke tahap ini, di mana kerajaan Pakatan Harapan Johor mengiktiraf kedudukan Ketua Pembangkang di dalam Dewan yang mulia ini. Selain itu, peruntukan juga diberikan kepada ADUN-ADUN pembangkang agar mereka juga dapat mengoperasikan pusat khidmat rakyat dengan sebaik mungkin, dan saya yakin, dan saya rasa keadaan ini amat berbeza sebelum ini, di mana kedudukan ADUN pembangkang tidak diraikan langsung dan tidak diberikan tempat
yang sewajarnya. Hasrat murni memastikan semak dan imbang dengan izin, check and balance, berlaku dengan baik dalam Dewan kita, kita doakan agar ianya berlaku dengan sempurna demi kesejahteraan rakyat.
Yang Berhormat Speaker, di dalam mana-mana negara yang melaksana sistem demokrasi, suara alternatif diraikan secara baik. Kita lihat di Johor sendiri, sebelum-sebelum ini di dalam PRU 13 dan PRU sebelum-sebelumnya, usaha untuk mencapai pembangkang sifar, sering diwar-warkan. Tetapi hakikatnya berlaku sebaliknya, di mana suara pembangkang semakin kuat, sehingga berlaku pertukaran atau perubahan kerajaan yang mewakili rakyat pada PRU Ke-14. Saya yakin bahawa dengan perubahan ini, Pakatan Harapan Johor akan terus berusaha memastikan kemakmuran rakyat, menjadi agenda utama. Bagi kita semua, punca-punca utama kejatuhan sesebuah kerajaan perlu sentiasa menjadi iktibar dan pengajaran kepada parti pemerintah agar terus dapat menjadi pemerintah dalam masa yang lama dan agar tidak mengulangi perkara-perkara yang menyebabkan kejatuhan tersebut. Saya ingin mengambil ingatan daripada ayat Allah S.W.T dalam Surah Ali-Imran ayat 140. Di sebut dalam ayat tersebut, (Firman Allah) “Dan demikian itu, adalah keadaan hari-hari dunia ini dengan peristiwa kemenangan atau kekalahan, kami gilirkan dia antara sesama manusia supaya menjadi pengajaran”
Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya saya ingin menyentuh titah Duli Yang Maha Mulia Sultan berkaitan tanggungjawab terhadap kepentingan negeri Johor dan rakyatnya. Saya ingin bangkitkan berkaitan isu warga tua, yang mana kita semua akan melalui fasa tersebut. Menjelang tahun 2030, negara kita bakal menghadapi fenomena menua. Dengan izin, ageing phenomena. Fenomena menua di sini bermaksud bilangan penduduk yang berusia 60 tahun ke atas semakin meningkat, sedangkan penduduk yang berusia 15 tahun semakin menurun. Apabila berlaku fenomena ini, tidak boleh tidak kos kerajaan menanggung kebajikan kepada warga tua akan semakin meningkat. Jadi saya menyarankan agar langkah-langkah pre-emptive perlu dilaksana dalam menghadapi fenomena yang bakal berlaku ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Sabtu lepas saya bersama-sama dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sukarelawan telah menziarahi seramai 8 orang warga tua di kawasan Kemelah. Dari 8 orang warga tua yang kami ziarahi, 4 dari mereka tinggal bersendirian di rumah tanpa anak-anak. Sebahagian daripada anak-anak atau keluarga terdekat pula tidak dapat tinggal bersama kerana mereka terpaksa bekerja di luar kawasan. Dan fenomena ini saya rasa tidak hanya berlaku di kawasan Kemelah, tetapi merata-rata di kawasan-kawasan lain. Begitu juga perbincangan saya dengan warga-warga tua yang lain, perkara yang ditimbulkan ialah tidak ada siapa anak-anak yang berhasrat kembali untuk tinggal akan di rumah warisan mereka. Maka apa yang berlaku ialah rumah warisan di tinggalkan begitu terbiar.
Begitu juga lawatan saya ke sekolah-sekolah, khususnya di desa mendapati bahawa bilangan pelajar semakin menguncup. Untuk makluman Ahli Dewan, di Johor peratusan penduduk luar bandar mengecil, atau menguncup dari 35.9% pada tahun 2000 menjadi 24.4% pada tahun 2015 dan seterusnya berkurang kepada 23.7% pada tahun 2016. Dan itu adalah hakikat yang kita harus terima iaitu penduduk desa semakin lama semakin mengecil. Oleh itu, saya menyarankan kepada kerajaan Pakatan Harapan Johor, pembangunan desa perlulah diberikan penekanan agar migrasi penduduk dari desa khususnya anak muda dapat kita hentikan dan sebaik mungkin dapat kita reverse ataupun terbalikkan. Usaha yang lebih inovatif perlu di buat agar industri-industri yang berkaitan di desa seperti pertanian, penternakan, dapat digiatkan lagi dengan insentif-insentif yang lebih baik diberikan kepada penduduk tempatan khususnya anak muda. Saya sendiri apabila saya tinggal di kampung, bermastautin di kampung di Labis, daerah Segamat, berusaha untuk menunjukkan contoh bagaimana kita dapat mengusahakan tanaman yang baik. Jadi saya mengusahakan menanam pokok avocado di depan rumah saya. Jadi orang-orang kampung bertanya kepada saya ini pokok apa? Saya sebut ini avocado, dia pun tak pernah dengar avocado.
Nanti bawa buah itu ke mari la.
Tetapi apa yang berlaku ialah kita lihat apabila sesuatu pokok-pokok tanaman ini menjadi lumrah biasa, maka ramai akan berusaha menanamnya dan harganya pula akan menjadi murah. Oleh itu industri hiliran yang bersesuaian perlu kita bangunkan di kawasan setempat agar penerusan kepada tanaman yang sedia ada itu dapat dimanfaatkan oleh penduduk tempatan. Kita berharap bukan hanya Johor menjadi penyumbang besar kepada KDNK negara, tetapi yang lebih penting lagi Johor juga menjadi penyumbang utama dalam isu sekuriti makanan, food security yang telah dibangkitkan oleh beberapa ADUN Yang Berhormat daripada tempat-tempat lain, dan Johor perlu mensasarkan supaya membantu negara mengurangkan kebergantungan import makanan dan daging dari luar negara. Sebenarnya yang disebutkan oleh YB Tenang tadi, antara tempat yang sekarang ini agak terbiar adalah satelit lembu, NFC yang masih lagi tidak diusahakan. Saya cadangkan supaya tempat-tempat ini dibangunkan supaya kita dapat memberi pekerjaan kepada penduduk tempatan. Synergy antara kerajaan negeri dan persekutuan perlu ditingkatkan, apatah lagi apabila kita perlu mempunyai seorang Menteri Pertanian dan Asas Tani dari negeri Johor.
Yang Berhormat Tuan Speaker, di daerah Segamat, rungutan utama yang saya selalu dengar dari penduduk adalah peluang pekerjaan yang amat sedikit misalnya. Segamat adalah satu daerah yang amat berpotensi dengan sumber alam semula jadi dengan apa ni, tanah yang begitu subur dan tempat yang begitu menarik. Telah bertahun daerah Segamat berabai dari segi pembangunan. Pada tahun ini, April 2018, kerajaan lama telah memasukkan daerah Segamat sebagai satu wilayah bawah ECER. Begitu juga kerajaan lama telah berusaha untuk menghidupkan semula Pelabuhan Daerah Segamat ataupun Segamat Inland Port dan saya rasa usaha-usaha ini agak terlewat. Kerajaan negeri harus memberi penekanan tentang pembangunan yang seimbang kerana kita lihat setakat ini, saya merasakan bahawa daerah Segamat agak terkebelakang berbanding dengan wilayah-wilayah di sebelah Selatan Johor. Dan pada PRU yang ke-14, ketidakpuasan rakyat daerah Segamat telah dizahirkan dan kita telah melihat hasil keputusan, daerah Segamat mempunyai tiga parlimen, dan tiga parlimen tersebut telah dimenangi oleh Pakatan Harapan. Enam DUN di Segamat, lima darinya telah dimenangi oleh Pakatan Harapan dan satu hampir dimenangi oleh Pakatan Harapan. Rakyat daerah Segamat memang meletakkan harapan yang tinggi kepada kerajaan Pakatan Harapan Johor untuk membangun daerah Segamat.
Yang Berhormat ada tiga minit lagi.
Antara cabaran yang dihadapi dalam pembangunan daerah Segamat adalah infrastruktur yang cukup yang masih lagi belum cukup menjadi satu syarat untuk pelabur luar melabur di Segamat. Antara rungutan ataupun yang saya dengar daripada pihak pembangunan Segamat sendiri adalah meyakinkan pihak utiliti dan pembekal kuasa elektrik untuk melabur di daerah Segamat agar infrastruktur asas sedia ada dapat dibangunkan dengan lebih baik. Kita menghadapi satu keadaan di mana seperti ayam dan telur iaitu pihak pelabur utiliti sendiri tidak mahu melabur kerana tidak yakin bahawa pelabur akan datang dan pelabur pula apabila nak datang ingin melihat bahawa infrastruktur asas telah sedia ada. Akhirnya rakyat setempat yang menjadi mangsa, tidak ada industri yang dapat dibangunkan dengan baik lalu tidak dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang sebaik mungkin. Dalam hal ini, sekali lagi saya menyeru kepada kerajaan negeri supaya betul-betul memberi penumpuan kepada daerah Segamat agar ia dapat dibangunkan seiring dengan wilayah-wilayah lain di dalam negeri Johor.
Memandangkan masa yang agak terhad, saya juga mengharapkan bahawa pendidikan Islam di negeri Johor yang telah diinstitusikan pada tahun 1918 akan dapat diperkasakan lagi. Sehingga kini kita lihat malangnya Johor masih belum mempunyai institusi pendidikan tinggi. Paling tidak berkaitan dengan pendidikan Islam sebagai kesinambungan kepada pendidikan peringkat awal. Dalam zaman sekarang keperluan semasa memerlukan disiplin pelbagai dalam mengurus kehidupan semasa. Jadi, gabungan antara keperluan teknikal
perlu digabung jalin bagi melahirkan insan yang melihat penyelesaian kepada sesuatu masalah secara menyeluruh. Maka tidak boleh tidak, Johor memerlukan satu universiti yang bakal melahirkan graduan bukan hanya mahir di dalam bidang pendidikan Islam tetapi juga di dalam ilmu-ilmu keduniaan yang lain. Saya ingin mencadangkan agar universiti Johor yang bakal ditubuh kelak sepertimana di dalam manifesto Pakatan Harapan jadi universiti yang unik di rantau ini.
Selain daripada hubungan terus dengan industri membekal tenaga mahir kepada industri tempatan, tenaga mahir yang dilahirkan juga diharap boleh manfaatkan peluang-peluang yang ada malah lebih lagi saya mengharapkan graduan daripada universiti Johor bukan hanya memanfaatkan peluang tetapi juga mencipta peluang-peluang baru. Saya sendiri apabila melawat sekolah-sekolah di kawasan daerah Segamat merasa amat teruja melihatkan begitu banyak aktiviti inovasi yang di buat di peringkat sekolah menengah dan juga begitu di sekolah rendah.
Mohon gulung Yang Berhormat.
Saya merasakan apabila melihat pelajar-pelajar daripada sekolah menengah ini memasuki pertandingan peringkat antarabangsa dan setengahnya telah mendapat anugerah pada peringkat antarabangsa, maka sewajarnya dengan penubuhan universiti Johor kita dapat menempatkan pelajar-pelajar ini ke dalam universiti yang bakal kita bangunkan dengan harapan bahawa pada masa hadapan mereka dapat menyumbang balik kepada negeri Johor. Jadi, saya mohon agar kerajaan negeri bersungguh dalam menubuhkan universiti Johor yang bakal diadakan. Jadi, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya. Saya akhiri di sini dengan wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Kemelah. Seterusnya Yong Peng.
Yang Berhormat Speaker, selamat tengah hari, salam sejahtera dan salam harapan. Yong Peng mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang mengambil bahagian untuk membahaskan usul menjunjung kasih ke atas Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor sempena Pembukaan Rasmi Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-14.
Yang Berhormat Speaker, Yong Peng ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi di kawasan Yong Peng yang telah memberi sokongan dan peluang kepada saya sekali lagi mewakili mereka dalam Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, kekalahan Barisan Nasional pada PRU 14 yang telah memerintah negara selama 60 tahun ini berpunca dari kegagalan kerajaan itu sendiri untuk berlaku adil kepada rakyat. Sebagai contoh, kuota KMK, kuota menegak kerajaan untuk perumahan rumah mampu milik. Perkara ini menyumbang kepada gejala rasuah dan menyebabkan rakyat hilang peluang yang adil untuk memiliki rumah. Yong Peng telah bangkitkan isu ini banyak kali di Dewan ini semasa Yong Peng di sebelah sana agar kuota KMK ini dihapuskan. Sekarang, di bawah pimpinan Pakatan Harapan kuota KMK telah dihapuskan dan tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan YB EXCO Perumahan yang sentiasa mendengar suara rakyat. Janji-janji manifesto Pakatan Harapan juga telah menarik pengundi untuk menukar kerajaan sedia ada. Pemansuhan GST adalah satu contoh pelaksanaan janji manifesto daripada kerajaan Pakatan Harapan yang dinanti-nantikan oleh rakyat.
Yang Berhormat Speaker, sebelum ini Yong Peng telah mengusulkan pengiktirafan status dengan peruntukan dan bilik kepada pihak pembangkang. Setelah pertukaran kerajaan Pakatan Harapan semua ini telah diberi bukan sahaja itu pihak pembangkang juga mendapat peruntukan pejabat ADUN dan bukan hanya diberi kepada ADUN kerajaan sahaja. Ini membuktikan prinsip kerajaan Pakatan Harapan yang adil pihak pembangkang
harus berterima kasih kepada rakyat Johor yang berani menyokong Pakatan Harapan sehingga terbentuk satu kerajaan yang adil.
Yang Berhormat Speaker, dengan bertukarnya kerajaan kepada kerajaan Pakatan Harapan ini, Yong Peng akan memastikan kerjasama dari semua pihak terutamanya Majlis Daerah Yong Peng akan berjalan dengan baik bagi merealisasikan segala projek yang telah dirancangkan. Projek-projek penambahbaikan, naik taraf dan aduan akan diselesaikan secara berkala demi kesejahteraan rakyat di bawah kawasan tadbiran Majlis Daerah Yong Peng. Selepas PRU 14, dalam masa 100 hari saya bersama Yang Dipertua Majlis Daerah Yong Peng telah melawat bersama di kawasan Yong Peng dan akan memastikan segala isu atau masalah yang dibangkitkan akan segera diselesaikan. Dengan ini Yong Peng mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak berwajib seperti Majlis Daerah Yong Peng, PDRM, Bomba, Kesihatan, Telekom, TNB, SAJ, JKR, SWM, JPS dan semua JPS untuk sama-sama berganding bahu menyelesaikan masalah prasarana dan infrastruktur kawasan Yong Peng. Yong Peng juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pejabat Jurutulis dalam segala urusan dalam masa 5 tahun yang lepas.
Yang Berhormat Speaker, Yong Peng telah menerima aduan bahawa Sungai Temehel, Sungai Bekok, Sungai Simpang Kiri dan Sungai Sedi yang ada di kawasan Yong Peng lama tidak diselenggara. Yong Peng berharap JPS agar penyelenggaraan dilakukan dengan baik untuk mengelakkan bencana banjir kawasan Yong Peng dan sekitarnya. Pembersihan sungai harus dilakukan secara berkala sekurang-kurangnya dua kali setahun dan bajetnya dimasukkan ke dalam bajet tahunan agar ia dapat diselenggara secara berterusan.
Yang Berhormat Speaker, Kerajaan Tempatan harus mengadakan dasar, garis panduan dan peraturan sebelum meluluskan satu projek perumahan. Semua sistem saliran seperti perparitan dan longkang di hilir projek harus diambil kira sebelum kelulusan dikeluarkan supaya projek perumahan tidak menjejas sistem pengairan di kawasan tersebut. Sebagai contoh, Taman Damai Jaya Yong Peng yang telah diluluskan dalam zaman BN tetapi telah mengakibatkan kebun-kebun di bahagian hilir tapak projek sering berlaku banjir kilat dan hakisan tanah. Kawasan kebun yang penuh dengan tanah merah telah merosakkan tanaman dan mengakibatkan pendapatan pekebun merosot. Dengan ini, Yong Peng meminta supaya kerajaan negeri dapat memberi peruntukan membina satu longkang konkrit di hilir projek tersebut dan proses pengambilan tanah diperlukan untuk membina longkang konkrit ini.
Yang Berhormat Speaker, jalan tidak rata dan berlubang, struktur jalan dan jambatan yang tidak sempurna, pencahayaan yang tidak mencukupi juga akan mengakibatkan peningkatan kes kemalangan maut di jalan raya. Yong Peng ingin meminta kerajaan membaik pulih keadaan jalan, jambatan dan pencahayaan yang Yong Peng sebutkan di bawah.
1. Jalan Yong Peng ke Labis, beberapa jambatan kembar yang wujud di jalan tersebut amat merbahaya dan bahu jalan yang sentiasa bertakungan air dan berlubang.
2. Jalan Muar dengan jalan raya dan jambatannya yang sempit. Sentiasa bertakungan air semasa hujan.
3. Jambatan Sungai Bekok di Jalan Muar yang sempit di mana ia perlu dilebarkan.
4. Menambah pencahayaan dari Ayer Hitam ke Taman Bahagia, Jalan Kluang.
5. Menambah pencahayaan dan melebarkan jalan Yong Peng ke Kangkar Baru dengan mengalihkan tiang lampu TNB kerana terlalu dekat dengan bahu jalan.
Yang Berhormat Speaker, untuk sampai ke Kampung Haji Mian perlu melalui jalan ke Empangan Bekok. Permintaan penduduk untuk dipasang lampu jalan di persimpangan Empangan Bekok dan Jalan Labis. Harap peruntukan di salur untuk pemasangan lampu seperti yang tersebut di atas. Masa zaman BN tidak dapat pasang. Mari kita kerajaan
Pakatan Harapan menolong penduduk Kampung Haji Mian. Sepatutnya setiap persimpangan perlu dipasang lampu jalan supaya mendapat pencahayaan yang mencukupi sekali gus dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Yang Berhormat Speaker, di kawasan Yong Peng terdapat masalah besar berkaitan dengan sempadan tanah yang mungkin boleh membawa pergaduhan. Ini disebabkan oleh masalah tanah bertindih di Kampung Seri Sepakat, Kampung Haji Kamisan, Kampung Manong dan Kampung Melayu Bertam, tanah ini telah didiami pelbagai generasi dan pendapatan utama penduduk adalah sebagai pekebun. Yong Peng berharap kerajaan negeri dapat mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini.
Yang Berhormat Speaker, Yong Peng juga terima rintihan para pekebun kelapa sawit yang mempunyai kekurangan pekerja untuk mengutip hasil. Hal ini kerana polisi pengambilan pekerja asing yang amat rumit, di harapkan kerajaan dapat mengkaji semula polisi ini supaya dapat memudahkan urusan semua pihak.
Yang Berhormat Speaker...
Yang Berhormat ada lima minit lagi ya. Lima minit lagi, kita nak berehat.
Boleh sambung, banyak untuk kawasan Yong Peng.
15 minit.
Ya, terima kasih. Yang Berhormat Speaker, JKM telah meletakkan syarat bahawa setiap penerima bantuan sara hidup hendaklah memperbaharui permohonan bantuan pada setiap tahun. Ini memberi kesukaran kepada pemohon kerana masalah kewangan dan pengangkutan. Kita sedia maklum majoriti penerima bantuan ini adalah golongan fakir miskin, orang kurang upaya dan warga emas. Urusan dokumentasi juga menyusahkan mereka yang serba kekurangan ini. Yong Peng mencadangkan untuk dilanjutkan tempoh untuk memperbaharui permohonan dari satu tahun ke tiga tahun atau meminta kakitangan JKM sendiri untuk menemui penerima bantuan membantu urusan tersebut. Selain itu proses pembayaran bantuan bulanan yang mengambil masa dua hingga tiga bulan hendaklah dipercepatkan. bantuan bulanan yang mengambil masa dua hingga tiga bulan hendaklah dipercepatkan.
Yang Berhormat Speaker, fasiliti untuk orang kurang upaya tidak mencukupi di semua premis kerajaan terutamanya di tempat parking kenderaan dan lif. Kami mencadangkan wakil OKU di setiap Majlis Kerajaan Tempatan dan Majlis Tindakan Daerah, kerajaan hendaklah mewujudkan dasar yang mesra OKU sekali gus dapat merapatkan jurang antara golongan OKU dan masyarakat.
Yang Berhormat Speaker, Yong Peng mensasarkan kepelbagaian budaya bangsa seperti tiga bahasa di wujud dalam setiap infrastruktur seperti papan tanda jalan dan bangunan-bangunan kerajaan. Penggunaan tiga bahasa seiring dengan perkembangan budaya dan masyarakat di Malaysia. Penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa Malaysia, bahasa Cina dan bahasa Tamil di papan tanda dapat menunjukkan keharmonian antara kaum di negara ini. Yong Peng berharap kerajaan dapat mewujudkan dasar yang lebih terbuka adil dan mesra rakyat. Walaupun sukar kita perlu mengambil langkah pertama dengan berani untuk mencapai matlamat yang lebih besar sekali gus meningkatkan perpaduan dan persefahaman antara rakyat.
Yang Berhormat Speaker, berdasarkan ucapan Sungai Balang semalam, beliau mengatakan seolah-olah kerajaan tidak menunaikan janji manifesto caruman KWSP untuk suri rumah. Untuk pengetahuan Sungai Balang, semua maklumat boleh diperolehi dengan carian website atau merujuk kepada pejabat KWSP berkenaan. Sungai Balang dengan Yong Peng semua sama sebagai Wakil Rakyat, jadi kita perlu haruslah sentiasa mengikuti
perkembangan semasa. Sungai Balang juga mempersoalkan kenyataan Yong Peng untuk memperkasakan golongan wanita dengan melantik wanita sebagai Datuk Bandar atau Yang Dipertua, Sungai Balang diketahui, di sini duduknya seorang Timbalan Speaker wanita dan selama 60 tahun tidak pernah ada di zaman BN. (Dewan bertepuk). Tahniah Penggaram.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, di seluruh negeri Johor dan di Yong Peng sendiri terdapat ramai kanak-kanak yang tidak mempunyai status sebagai warganegara Malaysia. Oleh itu yang tidak mempunyai status sebagai warganegara Malaysia. Oleh itu Yong Peng ingin mengetahui apakah usaha kerajaan untuk menyelesaikan isu kanak-kanak yang tiada kewarganegaraan Malaysia? Kanak-kanak ini akan mengalami keciciran dalam pelajaran kerana ibu bapa atau ibu bapa angkat mereka tidak boleh mendaftarkan mereka ke sekolah kebangsaan. Ibu bapa terpaksa berdepan dengan pelbagai syarat untuk membuat permohonan di Johor Bahru. Yong Peng berharap, pihak kerajaan khususnya PPD Daerah dapat mencari jalan penyelesaian supaya golongan ini dapat diterima dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.
Mohon gulung, mohon gulung.
Baik. Yang Berhormat Speaker, isu yang Yong Peng bangkitkan di Dewan yang mulia ini, adalah suara rakyat. Segala teguran dan cadangan adalah demi keselesaan rakyat jelata. Kejatuhan kerajaan Barisan Nasional yang lepas sebagai satu peringatan kepada kerajaan Pakatan Harapan, bahawa kerajaan perlu sentiasa mengutamakan rakyat. Mari kita bersatu memajukan negeri yang kita cintai ini dan menjadi kerajaan yang prihatin serta adil untuk semua kaum dan agama. Yang Berhormat Speaker, sekian ucapan Yong Peng. Terima kasih.
Terima kasih Yong Peng. Ahli-Ahli Yang Berhormat Persidangan ini saya tangguh sehingga jam 2.30 petang ini.
Persidangan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari.
Persidangan disambung semula pada jam 2.30 petang.
YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan disambung semula. Saya mempersilakan Buloh Kasap, Yang Berhormat Buloh Kasap, jemput.
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Saya mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih kerana diberikan peluang dan kesempatan untuk Buloh Kasap bersama-sama terlibat dalam membahaskan Rundingan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor sewaktu merasmikan Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Ke-14. Sebelum itu, bagi pihak pengundi Buloh Kasap, saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang diberi mandat menerajui kepimpinan negeri bagi Penggal Ke-14. Buloh Kasap juga merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah diberi amanah memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar dan tahniah juga kepada Speaker dan Timbalan Speaker atas amanah ini . dan saya juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi di DUN Buloh Kasap yang telah masih lagi memilih Barisan Nasional bagi mewakili mereka untuk kali ini.
Yang Berhormat Puan Timbalan Speaker, di awal bicara ini juga saya mengajak semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk kita sama-sama mendoakan agar Yang Berhormat Gambir yang sedang bercuti atas faktor kesihatan agar segera sembuh dan kembali sihat untuk bersama-sama kita. Dan, kita mendoakan kepada Allah Taala semoga dipermudahkan segala urusan yang beliau dan keluarga lalui.
Yang Berhormat Puan Timbalan Speaker, oleh kerana ini sidang pertama Dewan Negeri Johor yang saya hadiri, maka menjadi tanggungjawab saya untuk menyatakan beberapa perkara yang berkaitan kawasan yang saya wakili untuk makluman dan tindakan kerajaan baru Johor. Justeru saya berharap sebarang pembangunan yang bakal dilakukan di Johor tidak meninggalkan Buloh Kasap dan Segamat keseluruhannya. Dan saya juga percaya, Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga mengharapkan agar pembangunan di Johor dapat dinikmati oleh semua daerah dan kawasan di Johor ini.
Untuk itu Yang Berhormat Timbalan Speaker, Buloh Kasap sangat berharap agar cadangan kerajaan Barisan Nasional sebelum yang telah mencadangkan Segamat diletakkan di dalam sebahagian dari Wilayah Ekonomi Pantai Timur, ECER akan diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan. Pelbagai pembangunan insentif dan peluang-peluang pekerjaan bakal dinikmati oleh rakyat Johor di Segamat. Ia dijelaskan sendiri oleh CEO ECER dalam perjumpaan bersama pemimpin masyarakat dan wakil-wakil penduduk di Segamat tempoh hari. Justeru, saya percaya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan kerajaan Johor pasti akan meneruskan cadangan ini kerana ia juga akan membantu Pakatan Harapan memenuhi salah satu janji dalam manifesto Pakatan Harapan iaitu menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk Johor.
Yang keduanya, Puan Timbalan Speaker, dalam bajet-bajet yang dibentangkan oleh kerajaan sebelum ini, sering disebutkan bahawa Segamat diletakkan sebagai hab pertanian negeri Johor. Maka Buloh Kasap sangat berharap agar kerajaan Pakatan Harapan akan menyambung usaha-usaha memajukan dan meningkatkan Segamat sebagai hab pertanian ini. Kami sangat mengharapkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kerajaan Johor bukan sahaja meneruskan peruntukan-peruntukan besar ke arah pengembangan pertanian ini malah menambah dan meningkatkan usaha sedia ada. Buloh Kasap mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kerajaan Johor agar apa sahaja pembangunan yang di Johor yang berkaitan dengan pertanian mestilah diletakkan di Segamat. Contohnya jika ada agensi dan pihak-pihak yang ingin melabur atau membuka perusahaan dan sebagainya yang berkaitan dengan pertanian perlulah dijalankan di Segamat. Ini akan menunjukkan keseriusan kerajaan negeri dalam menjadikan Segamat sebagai hab pertanian. Usaha memperkenalkan durian Segamat, limau barli, duku langsat dan sebagainya selama ini sangat membantu petani-petani di Segamat. Malah saya percaya ia akan lebih berjaya lagi dengan mengambil kira Yang Berhormat Simpang Jeram adalah Menteri Pertanian di peringkat kerajaan Nasional.
Untuk itu, saya juga ingin bertanya kepada kerajaan negeri, apakah langkah-langkah yang bakal dilakukan oleh kerajaan dalam memastikan pembangunan hab pertanian di Segamat dapat dilipat gandakan bagi tahun-tahun yang mendatang. Menyentuh pula, tagline “Peduli Rakyat” yang sering disebut-sebut oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sebelum ini, maka Buloh Kasap sangat berharap ia diterjemahkan dalam mengatasi masalah-masalah yang dihadapi rakyat. Buloh Kasap seperti juga Wakil-Wakil Rakyat lain ingin membangkitkan isu gangguan air yang sering berlaku terutamanya di Segamat. Rakyat mungkin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri apabila menjanjikan pemberian air percuma 10 meter padu kepada golongan sasar yang melibatkan seramai 229,307 orang mulai 1 September 2018 ini dengan anggaran peruntukan sebanyak RM22.02 juta. Namun usaha memberi air percuma kepada rakyat ini, rasanya tidak dirasai kenikmatannya jika masalah gangguan air ini tidak diselesaikan. Memang di Segamat ini sedang dibina loji rawatan air yang diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini namun kami di Buloh Kasap merasakan selain pembinaan loji air ini beberapa langkah lain juga perlu dilakukan antaranya, paip-paip sedia ada yang perlu diganti kerana keadaannya yang telah uzur dan usang. Kerajaan juga seharusnya memikirkan untuk membina tangki-tangki air tambahan terutama di kawasan Batu Anam dan Gemas baru yang mempunyai pertambahan penduduk yang begitu pesat. Tangki bekalan air sedia ada dirasakan tidak dapat menampung jumlah penduduk di kawasan tersebut termasuk selepas pembinaan kem tentera, PULAPOL dan Sekolah Menengah Sains Segamat.
Untuk tajuk peduli rakyat juga, saya memohon pihak kerajaan untuk mendengar suara penduduk Segamat khasnya di sekitar pekan Jementah yang sekian lama dibelenggu dengan bau busuk dari kilang sawit yang dibina berdekatan dengan penempatan di sana. Saya percaya Yang Berhormat Jementah juga bersetuju dengan Buloh Kasap, bahawa isu ini menjadi topik utama masyarakat di Segamat, kita harap dan pelbagai alasan oleh banyak pihak berkaitan isu ini namun ia tidak pernah menyelesaikan masalah rakyat Segamat. Maka hari ini kita harap kerajaan Pakatan Harapan menyatakan pendirian kerajaan dalam isu kilang sawit di pinggir pekan Jementah ini. Saya juga ingin menyentuh isu permohonan tanah di Segamat yang telah tertangguh sekian lama. Tanah Jelebak dan Bukit Bujang misalnya antara contoh permohonan tertangguh yang saya maksudkan, kebetulan tanah-tanah ini terletak di kawasan Buloh Kasap. Maka saya harap tanah-tanah yang telah ditemu duga sejak lebih sepuluh tahun lalu diumumkan oleh pihak kerajaan Pakatan Harapan seperti juga dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional atas tajuk peduli rakyat.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya juga ambil kesempatan di sini mengucapkan tahniah kepada kerajaan Johor yang menunjukkan komitmen yang tinggi dalam Skim Rumah Sewa Beli. Jawapan-jawapan yang diberikan oleh EXCO semalam meyakinkan saya bahawa ia mampu dilaksanakan. Dalam hal ini, saya ingin menyampaikan hasrat dan permohonan Persatuan Penduduk Perumahan Rakyat, PPR Batu Anam Segamat yang memohon agar perumahan yang sedang mereka diami sekarang di jadikan model atau contoh daripada projek Skim Rumah Sewa Beli yang dirancang kerajaan negeri. Mereka faham dan sedar bahawa rumah PPR yang mereka diami sekarang bersyarat sewaan tetapi mereka juga pernah dimaklumkan permohonan asal pembinaan rumah ini adalah atas konsep sewa beli....
Syarat sewaan tetapi mereka juga pernah dimaklumkan permohonan asal pembinaan rumah ini adalah atas konsep sewa beli. Jadi terpulang kepada kerajaan negeri sama ada untuk menimbangkan permohonan mereka ini atau sebaliknya.
YB Timbalan Speaker, saya bersetuju dengan YB Benut semalam apabila YB Benut menyatakan kerajaan Pakatan Harapan hari ini mewarisi kerajaan negeri yang berada dalam keadaan yang sangat baik daripada segi ekonomi dan kewangan. Malah kerajaan negeri ditunjukkan dengan perancangan dan hala tuju yang cukup jelas, sehinggakan meletakkan saingan kita bukan di kalangan negeri-negeri di dalam negara sahaja, sebaliknya bersiap menyaingi dan mengejar Singapura. Maka cabaran yang seharusnya dihadapi kerajaan hari ini bukan sahaja memenuhi Janji Manifesto sahaja malah kekal menjadikan Johor sebagai negeri nombor satu dalam negara. Justeru bagi saya, Buloh Kasap mencadangkan langkah-langkah segera seharusnya dilakukan oleh kerajaan ke arah itu. Antaranya ialah melaksanakan dan mempercepatkan cadangan pembinaan HSR. Ini akan memungkinkan kehadiran pelabur dan pelancong yang bertambah ke negeri Johor. Selain daripada itu, kerajaan Johor juga perlu mempercepatkan pelaksanaan Projek Penglebaran Lebuh raya Utara Selatan dari Melaka ke Johor Bahru daripada 2 lorong kepada 3 lorong. Dan saya percaya, kita semua mengakui bahawa lebuh raya yang sedia ada ini sudah tidak mampu menampung jumlah kenderaan terutama di hujung minggu dan hari-hari perayaan. Sebenarnya Yang Berhormat Timbalan Speaker, ianya telah disebut dalam janji-janji kerajaan Barisan Nasional juga terpulang kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk menilai kewajaran atas cadangan Penglebaran Lebuh Raya Utara Selatan ini.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, akhir sekali Buloh Kasap merakamkan tahniah kepada kerajaan yang menjanjikan perkara-perkara yang baik untuk rakyat. Buloh Kasap juga bersetuju dengan Sri Medan pagi tadi bahawa walaupun kami di sebelah sini namun jauh di sudut hati kami apa yang lebih utama adalah kebajikan dan kepentingan rakyat Johor keseluruhannya. Justeru, kami mendoakan agar kerajaan Pakatan Harapan bukan sahaja mampu memenuhi Janji-Janji Manifesto 100 hari malah kita sama-sama cuba untuk bantu Pakatan Harapan memenuhi janji-janji selama lima tahun ini. Dan insya-Allah, kami sentiasa mendoakan kejayaan negeri Johor yang kita sayangi. Sekian, Buloh Kasap menyokong.
Terima kasih kepada YB Buloh Kasap. Seterusnya jemput Parit Raja.YB Parit Raja.
(Doa). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Muafakat Johor. Yang Berhormat Timbalan Speaker, syukur ke hadrat SWT kerana dengan izin dan inayatNya, Parit Raja berpeluang mengambil bahagian membahaskan usul menjunjung kasih di atas Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar merasmikan Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor yang Ke-14. Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar merupakan Ketua Negeri dan Ketua Agama Islam dan sentiasa memastikan negeri ini kekal kuat dan utuh serta payung dan puncak keadilan negeri. Parit Raja menjunjung kasih di atas Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam Perkara 8 bertitah, “Agar Ahli Dewan memikirkan tentang kesan jangka panjang dan implikasi kewangan yang terlibat bukan hanya untuk meraih sokongan politik”.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, Parit Raja ingin membawa perhatian menghormati hala tuju dan Dasar Pendidikan Negara. Parit Raja melahirkan kebimbangan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu atau UEC akan membuka ruang kepada pendidikan lain membelakangkan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan seterusnya menyebabkan rakyat tidak menghormati Dasar Pendidikan Negara. Ini adalah demi menjaga kedaulatan serta dasar-dasar Negara, menegakkan keadilan sosial dan memelihara pembinaan negara bangsa. Parit Raja juga melahirkan kebimbangan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama ataupun UEC dengan izin, hanya akan mewujudkan jurang antara kaum yang bertentangan dengan usaha negara yang sentiasa berusaha untuk mewujudkan dan memupuk perpaduan kaum. Kerajaan sepatutnya menumpukan usaha terhadap perpaduan nasional bukannya menjerumuskan rakyat berbilang kaum ke dalam segmentasi pendidikan seperti ini. Perpaduan antara kaum tidak akan berjaya diwujudkan sekiranya Sijil UEC diberikan pengiktirafan kerana sukatan UEC diambil dari negara Taiwan. Tidak mematuhi Dasar Pendidikan Kebangsaan, mengetepikan akta Bahasa kebangsaan 1963 dan 1967.Tidak mengambil Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar. Menjauhkan lagi penguasaan Bahasa Melayu. Semangat patriotisme Guangzong diragui kerana sukatan subjek Sejarah mengutamakan nilai negara Taiwan berbanding negara Malaysia. Dan persaingan semakin sengit dengan lambakan kemasukan pelajar yang mengambil Sijil UEC ke dalam IPTA. Parit Raja melahirkan kebimbangan sekiranya lambakan graduan UEC pada masa hadapan akan menyebabkan kuota bukan bumiputera di universiti dinaikkan atau ditambah bilangannya, yang mana pelajar Melayu merupakan bangsa majoriti. Parit Raja berharap dalam tempoh kajian ini, pihak berwajib disarankan membuat pertimbangan yang sewajarnya demi perpaduan dan kesejahteraan, keharmonian antara kaum untuk menikmati kehidupan yang aman makmur di tanah air tercinta ini.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, LGBT bertentangan dengan Dasar Pendidikan Negara. Dalam kepesatan kemajuan pembangunan negara serta pelbagai usaha dalam segala bidang perhatian yang begitu serius perlu diberi tumpuan iaitu isu yang sedang hangat diperjuangkan dan dituntut oleh sebahagian pihak berkaitan memberi pengiktirafan kepada golongan LGBT. Parit Raja melahirkan rasa kecewa dan amat kesal pada masa negara sedang memacu pembangunan yang begitu pesat, isu-isu LGBT dibangkitkan oleh setengah pihak. Walaupun kerusi Parit Raja diwakili oleh Barisan Nasional namun suara rakyat tidak dapat dan tidak boleh dinafikan hak mereka kerana keresahan yang amat mendalam bagi jangka masa yang panjang berkaitan isu ini. Parit Raja ingin menegaskan bahawa Dasar dan Sistem Pendidikan Negara akan terganggu, lemah dan rosak sekiranya LGBT ini diiktiraf walau atas alasan apa jua sekali pun termasuklah alasan hak kebebasan dan hak kemanusiaan.
Parit Raja juga ingin menegaskan bahawa LGBT adalah amat bertentangan dengan agama serta nilai budaya dan amalan murni dalam Sistem Pendidikan Negara. Yang Berhormat Timbalan Speaker, adakah golongan LGBT serta pihak yang memberi perhatian kepada golongan tersebut ini sedar apabila LGBT diiktiraf, rakyat akan terkesan. Antaranya :
1. Murid dan pelajar sekolah sama ada dari peringkat awal persekolahan hingga ke peringkat tertinggi akan timbul kekeliruan dengan nilai budaya dan sistem sosial di sekolah adalah amat berbeza apabila mereka pulang dari sekolah. Mungkin di sekitar tempat tinggal mereka ada yang mengamalkan LGBT, mempamerkan nilai dan budaya yang bertentangan dengan apa yang telah mereka pelajari di sekolah. Sedangkan dalam usia anak-anak ini mereka amat cepat menyerap pelajaran dari sekeliling kehidupan mereka. Anak-anak dan remaja adalah cerminan masa depan negara dan aset negara yang sangat-sangat bernilai.
Yang Berhormat Timbalan Speaker,
2. Golongan yang terkesan ialah golongan pendidik di institusi pendidikan sama ada di peringkat awal persekolahan hingga ke peringkat yang tertinggi akan turut terkesan, jika golongan LGBT ini diiktiraf dan diberikan tempat dalam masyarakat. Guru bukan sahaja bertanggungjawab mengajar subjek yang telah ditetapkan, malah guru adalah sebagai role model, dengan izin kepada anak didik. Guru juga umpama ibu ayah yang menjadi tempat rujuk anak-anak di sekolah. Oleh yang demikian, bagaimana mungkin seorang guru dapat menerapkan nilai murni, budaya dan amalan murni di sekolah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menjadi Dasar Pendidikan Negara yang telah digubal oleh pakar-pakar pendidikan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara setiap aktiviti pendidikan diadakan bagi mencapai inti pati utama untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan bagi mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Manakala falsafah pendidikan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara. Menjamin pembangunan individu dan memelihara satu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Tugas guru mungkin dilihat mudah, namun amat berat untuk di laksana. Oleh yang demikian, masyarakat perlu memainkan peranan yang penting bagi membantu memacu kejayaan sistem pendidikan negara.
Yang Berhormat Timbalan Speaker,
3. Tahap kesihatan rakyat juga mungkin akan terjejas dengan pengiktirafan kepada golongan LGBT. Pendidikan kesihatan yang diberikan di sekolah bukan semata-mata menyembuh, mengurang atau mencegah penyakit malah untuk mencapai keadaan fizikal, mental dan sosial yang optimum untuk individu, keluarga dan komuniti. Program pendidikan kesihatan menggalakkan, meningkatkan dan memudahkan penyerapan serta aplikasi pengetahuan kesihatan untuk meningkatkan gaya hidup sihat dalam hidup kita untuk sepanjang hayat. Setiap individu perlu faham dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pendidikan kesihatan agar dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat. Namun, terdapat sebilangan ahli masyarakat memilih mengamalkan seks songsang yang jelas berpotensi menjejaskan kesihatan jangka masa panjang sedangkan mereka boleh memilih untuk hidup dalam keadaan sejahtera dan tidak memudaratkan diri.
4. Sistem sosial akan terganggu dengan pengiktirafan kepada golongan LGBT sedangkan apa yang diperjuangkan oleh pihak LGBT menyalahi fitrah kehidupan kita dan amat bimbang jika tidak dibendung oleh pihak kerajaan. Oleh yang demikian, terimalah hakikat bahawa fitrah kehidupan manusia adalah berpasangan lelaki dan perempuan bukanlah sesama jantina. Parit Raja ingin mengajukan soalan, bagaimana
pembangunan sosial, sukarelawan dan sukan sebagaimana yang dibahaskan oleh YB Seri Medan tadi dapat dibangunkan jika kita berhadapan dengan golongan LGBT ini?
Yang Berhormat Timbalan Speaker, Parit Raja juga ingin melahirkan rasa kekesalan di atas teguran seorang doktor perubatan iaitu Doktor Noriliani Muhammad yang menulis surat terbuka berkaitan bantahan terhadap LGBT yang telah dipadam posting, dengan izin, beliau di laman sosial. Parit Raja ingin bertanya adakah benar doktor ini diambil tindakan tata tertib? Jika golongan LGBT diberi perhatian media dan seumpamanya mengapa doktor yang atas rasa tanggungjawab untuk melihat rakyat negara ini hidup dengan gaya hidup sihat tetapi diberi layanan sebegini. Parit Raja menjunjung kasih di atas Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar iaitu, “hendaklah bersikap terbuka mendengar pendapat orang lain bukannya menolak segala cadangan yang tidak selari dengan kehendak politik atau kepentingan sendiri”. Beberapa persoalan yang ingin diajukan oleh rakyat kepada pihak yang memberi pengiktirafan kepada pihak LGBT iaitu :-
1. Adakah trans-gender ataupun pengamal LGBT diberikan tandas khas memandangkan golongan wanita tidak mahu berkongsi tandas dengan mereka?
2. Adakah golongan trans-gender ini ada bilik rawatan lain sekiranya golongan ini menerima di wad hospital? Sedangkan golongan wanita mahukan hak wad wanita terpelihara daripada anasir lain. Adakah golongan trans-gender ini ada bilik rawatan lain?
3. Bagi yang beragama Islam, tentunya golongan wanita mahu hak untuk beribadah di tempat yang lebih selesa dan selamat dari berkongsi dengan golongan ini.
4. Apabila meninggal dunia bagaimana urusan jenazahnya akan diuruskan oleh orang yang masih hidup?
Yang Berhormat Timbalan Speaker, jangan kita menafikan hak yang telah Allah tentukan kepada manusia. Sebaliknya, marilah kita sama-sama kembali berpegang kepada al-Quran dan as Sunah yang mengajak kepada kebaikan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat yang rukun dan harmoni. Parit Raja berharap golongan ini terus diberi sokongan agar dapat menjadi menjalani kehidupan dengan gaya hidup sihat. Oleh yang demikian, Parit Raja mahukan pendirian yang jelas oleh kerajaan negeri dan pusat bahawa LGBT ini adalah bertentangan dengan dasar pendidikan negara.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, Parit Raja juga ingin mengajukan soalan berkaitan program Ikhfaa ataupun program Iqra’ dan fardu ain yang telah dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu yang kini sudah diteruskan lagi di seluruh negeri Johor. Di peringkat pendidikan awal program Ikhfaa di tadika KEMAS di negeri Johor. Sejak diperkenalkan pada tahun 2014, program ini telah berjaya mendidik 9,165 kanak-kanak melalui 196 buah tadika, tabika KEMAS. Lanjutan kepada kejayaan ini bagi tahun 2018, sebanyak 44 buah lagi tadika KEMAS telah ditambah menjadikan keseluruhan tadika KEMAS yang mempunyai program Infak adalah 240 buah. Dianggarkan 4,800 kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah akan menerima manfaat program ini. Parit Raja mohon dipertimbangkan semula kerana program ini memberi manfaat kepada tadika KEMAS.
Parit Raja ingin mengemukakan isu tempatan. Klinik Kesihatan Parit Raja, Batu Pahat menampung pesakit luar seramai 254 sehari. Klinik ibu dan anak 80 orang sehari, purata kehadiran klinik mencecah angka 7,000 pesakit setiap bulan dengan kepadatan penduduk yang ramai dijangka semakin meningkat setiap tahun serta wujudnya taman-taman perumahan baru. Adalah dirasakan kemampuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik adalah agak terbatas. Berdasarkan senario semasa kemampuan warga klinik dalam memberikan perkhidmatan terbaik adalah terbatas. Adalah diharapkan agar pembinaan klinik baru berserta kuarters dapat disegerakan demi kesejahteraan rakyat.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, mengikut statistik daerah Batu Pahat, populasi pekan Parit Raja adalah kedua teramai setelah Bandar Batu Pahat dan kehadiran klinik juga adalah berada di tangga kedua setelah klinik kesihatan Batu Pahat. Klinik Kesihatan Parit Raja juga menampung purata 40 kes kecemasan setiap bulan dan kes bukan kecemasan kemalangan sebanyak 200 kes. Maka, Parit Raja berharap Klinik Kesihatan Parit Raja dapat di naik taraf kepada Poliklinik dan dapat memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat.
YB Parit Raja lima minit lagi.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, ada sikit perkara lagi berkaitan dengan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ataupun PDK banyak berperanan membantu OKU berdikari melalui pemberian kemahiran yang bersesuaian kepada orang kurang upaya, di samping menjadi platform untuk menyuburkan sifat prihatin masyarakat. Sehubungan dengan itu, pembinaan baru 4 buah PDK yang telah diluluskan dalam Bajet 2018, maka parit Raja memohon agar 4 PDK yang telah diluluskan dalam Bajet 2018 diharap dapat diteruskan oleh kerajaan yang baru iaitu :-
1. Di Pemanis, Segamat. 2. Di Kahang, Kluang. 3. Di Parit Raja, Batu Pahat. 4. Di FELDA Nitar 2, di Mersing.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, Parit Raja menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Yang DiPertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Ta’zim. Sekian, ucapan dari Parit Raja. Sekian, wabbilahitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
Untuk makluman YB Parit Raja, pelajar yang memegang UEC bukan sahaja diambil oleh universiti negara Taiwan, tapi banyak negara lagi. Misalnya di Singapura, Australia, Amerika pun ambil pelajar UEC dan juga YB Timbalan Menteri Pertahanan negara kita, Liew Chin Tong sebagai pelajar UEC juga. Kalau ada peluang, saya nak menjemput YB Parit Raja untuk melawat ke Sekolah Menengah Cina.
Seterusnya saya menjemput YB Pekan Nanas.
Selamat sejahtera Yang Berhormat Timbalan Speaker dan Ahli Dewan sekalian. Pertama sekali Pekan Nanas mengambil ketetapan merafak sembah setinggi-tinggi kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor, berangkat ke Dewan yang mulia dan seterusnya bertitah merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor ke-14. Saya juga mengucap terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker kerana diberi kesempatan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, pilihan raya yang lepas, merupakan kali pertama dalam sejarah Johor di mana rakyat memberi mandat kepada Pakatan Harapan untuk menjadi parti pemerintah. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat yang memberi sokongan kepada Pakatan Harapan. Seperti yang disarankan oleh Duli Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Johor, jawatan yang diberikan rakyat mempunyai tanggungjawab yang besar dan perlu dipikul dengan jujur dan amanah. Pekan Nanas berjanji akan mempertahankan hak dan kepentingan rakyat dalam Dewan yang mulia ini. Walaupun Dewan Negeri baru mulakan persidangan pada bulan ini, Pekan Nanas telah menjalankan tugas dan tanggungjawab saya sejak dipilih sebagai Wakil Rakyat pada bulan Mei yang lepas. Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada agensi-agensi kerajaan yang memberi kerjasama kepada saya sepanjang masa ini. Tidak kira peristiwa emergency seperti memberi bantuan kepada mangsa banjir kilat, ribut, kebakaran bersama saya ataupun menyelesaikan masalah dan aduan harian penduduk tempatan.
Selepas menjadi parti pemerintah, Pekan Nanas mula berpeluang menghadiri mesyuarat-mesyuarat kerajaan seperti Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah, Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group Daerah untuk membasmikan kemiskinan, walaupun Pekan Nanas menjadi Wakil Rakyat dalam penggal yang kedua. Pekan Nanas dapati masih baru dalam urusan kerajaan dan memerlukan bantuan, nasihat dan kerjasama daripada ketua-ketua agensi kerajaan dalam urusan membantu rakyat menyelesaikan masalah mereka.
Seperti yang disarankan Duli Yang Amat Mulia Tuanku Sultan, setiap Ahli Dewan hendaklah bersikap terbuka dan mendengar pendapat orang lain. Oleh itu, Pekan Nanas dengan hati yang terbuka, bila-bila masa bersedia menerima pandangan, cadangan daripada mana-mana pihak supaya dapat menjadi penyelesai yang lebih sempurna untuk memastikan kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat terjamin. Pekan Nanas juga bersedia memberi perkhidmatan kepada semua rakyat tidak kira perbezaan bangsa, agama ataupun fahaman politik. Tidak kira rakyat menyokong atau tidak pernah memberi sokongan pada masa pilihan raya kepada kita, Pekan Nanas faham tugas kerajaan adalah tetap memberi perkhidmatan kepada semua rakyat tanpa pilih kasih. Saya juga yakin dalam kerajaan Pakatan Harapan tidak ada sesiapapun akan terpinggir dalam arus pembangunan sampailah kedudukan pemimpin pembangkang. Kerajaan Pakatan Harapan juga sanggup mengiktirafnya dengan menyediakan office dan peruntukan. Setiap ADUN pembangkang juga memberi, yang memerlukan peruntukan untuk operasi pejabat mereka tidak seperti pada zaman pemerintahan Barisan Nasional. Kalau pembangkang hendak mendapat peruntukan, perlu berusaha dan berjuang untuk memastikan Pakatan Harapan masih berada dalam kuasa. Sebab itu rakan di sebelah sana, teruskan usaha dan perjuangan ini. (Dewan bertepuk).
Pekan Nanas juga mengucapkan tahniah kepada Pakatan Harapan kerana dalam masa yang singkat ini telah merealisasikan banyak janji yang tercatat dalam manifesto Pakatan Harapan seperti yang disarankan Duli Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Johor, kerajaan Pakatan Harapan akan membentuk suatu kerajaan yang mantap dan memastikan program baik yang dibuat pentadbiran dahulu akan dikekalkan dan ditambah baik. Sebagai contoh, program pemberian insentif 10 meter padu air percuma kepada rakyat Johor yang pernah dilaksanakan oleh rakan sebelah sana, dengan peruntukan RM7.34 juta setahun, pada tahun 2018 akan ditambah dan diperluaskan kepada 229,307 orang penerima dengan kos anggaran RM22.02 juta, pada tahun 2019. Ini membuktikan kerajaan Pakatan Harapan berazam mempertahankan kepentingan rakyat tanpa mengambil kira sebarang kehendak politik ataupun kepentingan diri sendiri. Tidak mengambil kira kehendak politik ataupun kepentingan diri sendiri. Ini merupakan suatu unsur yang sangat penting dalam pembentukan kerajaan baru. Unsur dan faktor ini sekali lagi terbukti, dimiliki oleh kerajaan Pakatan Harapan apabila kita membuat keputusan menghapuskan sistem kuota menegakkan kerajaan (KMK) ataupun selalu dikenali sebagai kuota politik dan dipandang sebagai salah satu punca yang mengundang ketirisan dan gejala rasuah. Tahniah kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Kita berjanji dalam kerajaan Pakatan Harapan tidak ada seorang pun, tidak kira ahli politik ataupun penjawat awam boleh menyalahgunakan kuasa dan kedudukan mereka untuk mengaut keuntungan demi diri sendiri. Sepanjang masa ini, rakyat dipenuhi cerita pink diamond beratus juta, kapal layar berbilion-bilion, wang tunai dan harta simpan di dalam rumah, berbilion-bilion lebih hebat daripada bank. Perkara-perkara yang telah mengkhianati rakyat ini, tidak akan diulangi dalam sejarah Malaysia kerana kerajaan Pakatan Harapan bukan kerajaan kleptokrasi.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, Benut mengatakan keadaan tidak ada EXCO yang memegang portfolio keselamatan dan kerisauan portfolio keselamatan digugurkan dalam kerajaan Pakatan Harapan. Pekan Nanas mengimbas kembali portfolio yang ada pada zaman pemerintahan Barisan Nasional. Yang pertama, EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga, EXCO Pendidikan Pembangunan Usahawan dan Koperasi, EXCO Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan, EXCO Kerja, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, EXCO Perpaduan Sumber Manusia, EXCO Agama, EXCO Perumahan dan Sumber Manusia, EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan, EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani dan
EXCO Belia Sukan, Kebudayaan dan Warisan termasuk yang dipegang Menteri Besar, Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan Perancangan Negeri di antaranya. Juga tidak ada EXCO khasnya memegang portfolio keselamatan sebab itu masalah keselamatan, portfolio Keselamatan telah digugurkan tidak wujud pada zaman pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan malah pada zaman pemerintahan Barisan Nasional, kita menyaksikan apabila EXCO ditahan dan disiasat SPRM, beratus-ratus handbag mewah dirampas, berderet-deret kereta mewah diheret masa itu. Bukan sahaja portfolio sementara sampai EXCO orang pun pernah hilang dalam Kabinet Negeri dan Dewan Negeri. Itu barulah kisah benar. Peristiwa rompakan kekayaan wang negara seterusnya mencetuskan rompakan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dalam sejarah Johor. Itulah sebab kenapa kita hari ini tukar tempat duduk dan saya yakin kerajaan Pakatan Harapan akan belajar pengalaman tersebut dan mengelakkan diri menjadi kerajaan ................. ataupun yang disebut Benut, kerajaan kelentongkrasi. Walaupun nampaknya macam tidak ada EXCO yang memegang portfolio Keselamatan malah strategi-strategi yang berfokus, isu-isu keselamatan juga akan dipantau baik oleh kerajaan Pakatan Harapan.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, Pekan Nanas juga tidak bersetuju dengan pandangan Parit Raja yang mengatakan pengiktirafan UEC akan mengganggu perpaduan bangsa. Parit Raja juga mempunyai pandangan yang salah dan membuat tuduhan yang tidak berasas kerana bahan pengajaran UEC bukan berasal daripada Taiwan, semua bahan pengajaran mereka berasal dari Malaysia. Bahasa bukan faktor utama untuk perpaduan bangsa sebagai contoh, Taiwan dan China, Korea Selatan dan Korea Utara. Walaupun menggunakan bahasa yang sama tetapi tetap pecah kepada dua negara yang berlainan. Manakala penduduk Swiss yang menggunakan bahasa Jerman, Itali dan Perancis sebagai bahasa ibunda masing-masing. Terkenal sebagai satu negara yang bersatu padu dan disanjung tinggi di seluruh dunia. Oleh itu, dasar kerajaan yang adil, baru merupakan asas perpaduan bangsa sesuatu negara.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, izinkan saya bentangkan beberapa isu tempatan kawasan Pekan Nanas. Pertama, keadaan jalan daripada Pontian ke Pekan Nanas berada dalam keadaan teruk. Khasnya di kawasan Batu 29, Pengkalan Raja. Keadaan ini akan membawa risiko kepada pengguna jalan raya dan kerajaan perlu mengeluarkan peruntukan segera untuk membaiki jalan di kawasan tersebut. Kedua, kesesakan lalu lintas yang berlaku setiap di kawasan Pekan Nanas perlu diselesaikan dengan sempurna. Kerajaan telah mengeluarkan peruntukan lebih kurang RM4 juta untuk meluaskan jalan daripada persimpangan Batu 24 ke Taman Mas Merah yang merupakan ................. di kawasan Pekan Nanas dan dijangka siap pada Februari 2019. Malah untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas Pekan Nanas sepanjang tahun beberapa jalan atau notis perlu dilaksanakan. Pekan Nanas berharap projek pembinaan jalan akses Pontian, Johor Bahru daripada kawasan Seri Bunian ke Pulai Interchange dapat direalisasikan. Projek ini telah disenaraikan sejak Rancangan Malaysia Ke-8 dan masih belum diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 atas sebab kekurangan peruntukan kerajaan persekutuan.
Walaupun projek ini melibatkan anggaran peruntukan yang tinggi lebih kurang RM400 juta malah dia akan membawa pembangunan yang signifikan kepada daerah Pontian. Dalam proses menunggu peruntukan daripada kerajaan persekutuan untuk merealisasikan projek pembinaan jalan pintas Johor Bahru-Pontian. Kerajaan negeri juga merancang membina jalan pintas daripada Jalan Sawah ke Ulu Choh. Saya berharap kerajaan Johor dapat menyediakan lebih banyak peruntukan dalam bajet 2019 yang akan datang untuk mempercepatkan proses pelaksanaan pembinaan jalan pintas daripada Jalan Sawah ke Ulu Choh. Ketiga, Daerah Pontian memerlukan pembinaan sebuah hospital baru. Hospital sedia ada di daerah Pontian telah uzur dan bersejarah melebihi 10 tahun. Pada zaman pemerintahan Barisan Nasional, beberapa lot tanah yang terletak di antara Taman Mutiara dan Taman Desa Molek, Batu 34 pernah dirancang untuk digunakan sebagai tapak pembinaan hospital baru di Pontian. Malah, perancangan tersebut telah berubah dan lot-lot tanah berikut telah ditukar kegunaannya daripada pembinaan hospital kepada tapak pembinaan perumahan dan perindustrian dalam draf Rancangan Daerah Pontian 2030. Pekan Nenas menegaskan bahawa pembinaan hospital baru adalah suatu keperluan yang
mendesak. Oleh itu saya berharap tapak yang berada di Batu 34, boleh dikekalkan sebagai tapak pembinaan hospital. Sekiranya mendapati tapak tersebut sudah sesuai lagi untuk pembinaan hospital baru, kerajaan perlu mencari suatu tapak yang baru untuk perancangan jangka masa panjang untuk membina hospital baru pada masa akan datang.
Yang Berhormat Pekan Nanas, empat minit lagi ya.
Boleh rehat, nanti sambung. Menurut draf Rancangan Daerah Pontian 2030, saya mendapati rancangan menaik taraf hospital sedia ada yang melibatkan kos RM100 juta terletak dalam fasa pelaksanaan jangka masa panjang. Di mana pelaksanaan projek akan dijalankan pada tahun 2026 sampai 2030. Sekiranya rancangan pembinaan hospital baru memerlukan masa yang panjang, kerajaan perlu mengeluarkan peruntukan untuk menaiktarafkan hospital sedia ada di Pontian Besar dalam jangka masa yang tersingkat. Bukannya membiarkan pembangunan yang melibatkan kepentingan rakyat mengambil masa yang terlalu lama seperti yang dijalankan pada zaman kerajaan Barisan Nasional. Keempat, di daerah Pontian, kawasan Pontian Kecil dan Rambah ada padang bola sepak. Malah Pekan Nenas yang merupakan suatu kawasan penduduk yang padat masih belum ada tempat riadah yang sesuai untuk golongan muda. Oleh itu Pekan Nanas, memohon pihak kerajaan membina sebuah mini stadium di kawasan Pekan Nanas.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, aktiviti kenduri rakyat dan perasmian Dusun Durian Landak Agro Tourism yang dijalankan di Kampung Air Putih Pekan Nanas semalam mendapat sambutan yang baik. Ini menunjukkan kawasan Pekan Nanas berpotensi menjadi pusat agro pelancongan di negeri Johor. Pada masa yang sama, infrastruktur seperti jalan kampung perlu ditingkatkan untuk mempermudahkan pergerakan pelancong. Di samping itu, dasar Satu Daerah, Satu Industri dan perkembangan industri tani di sesuatu tempat bukan sahaja akan meningkatkan pendapatan penduduk tempatan dan petani, ia juga memainkan peranan menaik perhatian pelancong untuk membeli produk tempatan sebagai cendera hati. Oleh itu, saya ingin mendapat pencerahan tentang status tapak kilang Time Apple Malaysia Berhad yang telah terbengkalai lebih kurang 10 tahun. Saya juga berharap pihak kerajaan mengkaji kesesuaian dan kemungkinan tapak tersebut digunakan semula sebagai tumpuan industri tani di kawasan Pekan Nanas. Berbanding dengan dibiarkan terbengkalai...
Sila gulung. Sila gulung.
Okey, boleh. Lebih baik tempat itu digunakan sebagai inkubator kepada pengusaha-pengusaha tempatan yang berhasrat menghasilkan produk industri tani dan juga industri yang berasaskan konsep 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle dengan menggunakan hasil pertanian sebagai bahan mentah. Akhir sekali, daerah Pontian juga merupakan satu tempat yang unit untuk menjalankan eko pelancongan. Malaysia ada enam tapak RAMSAR. Di mana tiga daripada tapak RAMSAR terletak di daerah Pontian iaitu Sungai Pulai, Tanjung Piai dan Pulau Kukup. Ini merupakan kurniaan Allah kepada warga Pontian. Potensi daerah Pontian untuk menjadi tumpuan pelancong adalah tinggi. Saya pernah membuat tinjauan bersama Speaker, Pegawai Daerah, Penghulu di sepanjang Sungai Pulai dan Pulau Kukup dan mendapati kawasan tersebut berpotensi menjadi tumpuan eko pelancongan. Sungai Pulai amat cantik dan menarik bagi pelancong yang cintai alam sekitar. Jika pelancong bertolak dari jeti Jeram Batu mereka boleh sampai ke Kukup untuk menikmati makanan laut dan perjalanan ini merupakan satu pengalaman yang baru jika berbanding perjalanan di atas darat. Pelancong berpeluang menikmati pemandangan yang cantik sepanjang Sungai Pulai dan dalam perjalanan laluan sungai ini, pelancong juga boleh melawat ke Jeti Parit Jerman yang pernah diusahakan oleh orang Jerman pada abad ke-19. Satu tempat yang bersejarah juga boleh singgah di rumah rakit, sangkar ikan ataupun memancing ikan dan berkayak di Sungai Pulai. Oleh itu pembangunan Sungai Pulai menjadi destinasi ekopelancongan adalah amat berpotensi. Untuk menjayakan destinasi pelancongan ini, Pekan Nanas memerlukan bantuan kerajaan sama ada meningkatkan infrastruktur seperti jalan raya dan jeti atau pun mempermudahkan proses permohonan lesen pengusaha yang berminat untuk mengangkat pelancong daripada Jeti
Jeram Batu sampai ke Kukup ataupun aktiviti-aktiviti di atas Sungai Pulai. Yang Berhormat Timbalan Speaker..
Masa sudah nak habis.
Saya mengakhiri ucapan saya dengan satu cadangan supaya masa Persidangan Dewan dipanjangkan kepada dua minggu supaya semua Ahli Dewan mempunyai lebih banyak masa dalam sesi soal jawab dan perbahasan. Sekian, terima kasih. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Tiram, jemput.
Salam sejahtera, salam reformasi, salam harapan. Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat MMK, ahli-ahli Yang Berhormat ADUN-ADUN, ketua-ketua jabatan, Datuk Bandar, YDP-YDP dan kesemua yang dihormati yang berada dalam Dewan yang mulai ini. Patik Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulai Tuanku Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri Jajahan Takluk Johor Darul Takzim, perasmian DUN pada penggal Ke-14. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, memberi peluang
Puan Speaker.
Puan Speaker, memberi peluang untuk berbahas dalam Dewan yang mulia ini. Teks tak boleh diubah sedikit. Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Puan Speaker, saya ini ada dua watak, satu sebagai ADUN Tiram dan juga saya sebagai Ketua Biro Masyarakat India Negeri Johor, PKR bagi PKR, jadi saya terpaksa jugalah dan juga wakil rakyat yang tunggal untuk PKR, India di Johor ini. Oleh kerana itu, saya terpaksa bercakap mengenai kaum India juga di sini.
Puan Speaker, seperti mana yang disuarakan oleh Yang Berhormat Vidyananthan Kahang bahawa ada dua perkara iaitu satu, mengenai tapak upacara sembahyang di Tanjung Langsat di kawasan saya dan juga mengenai kontraktor-kontraktor India mengenai kedua-duanya kita telah bincang dan sudah ajukan kepada Dato’ Menteri Besar benda ini. Dan juga pada hari ini mengenai kontraktor-kontraktor India, satu pasukan daripada Ahli Parlimen-Ahli Parlimen India sudah berjumpa pada petang tadi dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Kita juga prihatin terhadap kaum India dan juga Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Puan Speaker, kaum India telah dipinggirkan beberapa lama pada pemerintahan Barisan Nasional tidak mencukupi pembangunan mereka, kemajuan mereka. Satu kenyataan yang terang dan bersuluh iaitu kaum India di negara ini amnya, di negeri Johor khasnya telah dibelakangkan oleh kerajaan Barisan Nasional sejak merdeka sehingga PRU 14. Dalam lain perkataan, mungkin rancangan-rancangan oleh kerajaan sebelum ini tidak kesampaian kepada kaum India. Dalam hal ini, kelalaian MIC juga telah menjadi salah satu faktor utama masyarakat India ketinggalan dalam ekonomi, pendidikan, peluang pekerjaan dan lain-lain bidang utama di negara ini. Oleh sebab-sebab kerajaan dahulu tidak peka kepada keperluan kaum India, masyarakat India telah mengetepikan kerajaan tersebut dan mula menyokong Pakatan Harapan dengan kepercayaan bahawa kerajaan Pakatan Harapan dapat menyuluh dalam kehidupan mereka. Mereka sangat harapkan kerajaan Pakatan Harapan akan melakukan sesuatu demi kebaikan mereka. Dalam hal ini, Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir, pernah menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Harapan akan memperhalusi Pelan Tindakan Masyarakat India, Malaysian India Blue Print yang diperkenalkan kerajaan terdahulu bagi memastikan kesejahteraan kaum India khususnya golongan isi rumah berpendapatan rendah. Rancangan itu sudah lambatlah, nasi sudah bubur.
Menteri Sumber Manusia, Yang Berhormat M Kulasegaran berkata, kerajaan akan meneliti semula dan membuat penambahbaikan MIB supaya golongan sasaran iaitu Kumpulan B40 menerima manfaat secara keseluruhannya. MIB dilancarkan oleh Bekas Perdana Menteri
pada April 2017 sebagai satu dokumen rasmi kerajaan untuk pembangunan kaum India bagi tempoh 10 tahun akan datang tetapi tidak menjadi kenyataan sebab mereka telah ditewaskan. Yang Berhormat Kula berkata perincian lanjut berhubung MIB dan isu-isu lain antaranya Amanah Saham 1Malaysia dan Unit Pembangunan Sosial Ekonomi Masyarakat India akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas mengenai masyarakat India yang diadakan yang seperti mana yang dikatakan tadi mereka tengah bincang dengan Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir pada hari ini. Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui pengaduan kaum India masalah-masalah mereka tidak ditangani dengan baik sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri. Tetapi banyak sumber peruntukan kepada mereka ketika itu melalui MIC ungkapan dia, apa yang dia kata, “entah macam mana peruntukan itu pergi ke tempat lain”. Tetapi saya berharap kali ini mereka akan mendapatkannya terus daripada kerajaan beliau.
Sehubungan itu, beliau berjanji akan melakukan lebih baik dalam pembangunan ekonomi, peluang pekerjaan dalam kerajaan, peluang pendidikan serta peluang perniagaan untuk membantu masyarakat India jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum yang ke-14, kini sudah menang. Mereka, ataupun Tun Dr. Mahathir akan berusaha tambahan pula ramai penganalisis melihat kaum India sebagai penentu PRU ke-14 dan Dr. Mahathir nampaknya bersetuju dengan pendapat itu. Mantan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak juga nampaknya menyedari hal itu, akhirnya beliau mendakwa menerima pujian kerana melakukan lebih banyak usaha membantu pendidikan bahasa Tamil berbanding dengan bekas Perdana Menteri-Perdana Menteri lain. Jadi ertinya, Perdana-Perdana Menteri yang lain dan juga kerajaan Barisan Nasional tidak menumpukan perhatian kepada bahasa Tamil dan juga sekolah Tamil. Maka saya menyeru kerajaan Pakatan Harapan khususnya di negeri Johor supaya dapat memperuntukkan dana khas untuk pembangunan kaum India dalam semua aspek yang mereka ketinggalan ataupun telah ditinggalkan. Dengan adanya dana tersebut, ianya boleh disalurkan dalam satu saluran yang betul supaya ia bermanfaat kaum India di negeri ini.
Untuk makluman pihak Dewan, kaum India masih ramai yang hidup di bawah garisan kemiskinan. Yang berpendidikan tidak mendapat peluang pekerjaan yang diidam-idamkan. Ada pula yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang kritikal walaupun mereka layak. Ramai remaja telah memilih jalan songsang. Mereka rasa kecewa, ramai telah menyertai kongsi gelap iaitu gengsterisme. Peratus kaum India di negara ini adalah lingkungan 7% tetapi remaja yang menyertai kongsi-kongsi gelap amat menyedihkan. Bagaimanakah kita perlu membendung masalah ini?Bagaimanakah kita boleh mengekalkan sokongan kaum India terhadap PH selama-lamanya? Maka satu rancangan atau program murni atau dana perlu diwujudkan demi kebaikan kaum India khasnya.
Puan Speaker, saya menerima banyak kunjungan daripada pelajar-pelajar India yang belajar di luar negara, ada yang belajar dalam, tidak mencukupi dana. Dalam erti kata atau satu ungkapan dalam bahasa Tamil, pendita berkata (bahasa Tamil), Ertinya, “dalam kebudayaan India mereka merasakan ilmu itu terlalu penting walaupun kita minta sedekah daripada siapa-siapa mesti mahu belajar mendapatkan ilmu”.Oleh kerana itu, kita perlukan sesuatu perhatian khas terhadap kaum India yang dipinggirkan selama-lama ini.
Puan Speaker, sekarang saya menyentuh kepada perkara-perkara yang umum dan juga kawasan saya. Pencemaran alam, pembakaran terbuka telah mengakibatkan atau merupakan punca pencemaran udara di negara ini. Isu ini bukan sahaja melibatkan negara ini malah semua negara di Asia Tenggara. Kadangkala krisis ini ditambahkan pula dengan jerebu dari Indonesia yang biasanya membawa kemudaratan kepada Malaysia khasnya dan negeri Johor yang berhampiran dengan kepulauan Indonesia amnya. Di mana penutupan sekolah akibat jerebu telah dilaksanakan di Malaysia. Ia menjejaskan hampir 4 juta pelajar di Malaysia pada dua tahun yang lalu. Antara acara yang terganggu atau dibatalkan kerana jerebu itu ialah FINA Swimming World Cup 2015 di Singapura dan Kuala Lumpur di Marathon di Malaysia. Jika kita lihat sehingga September tahun lepas lebih 3,000 kes pembakaran terbuka dikesan di seluruh negara.18 kes telah disiasat untuk diambil tindakan di Mahkamah dan 215 lagi dikenakan kompaun. Yang aneh sekali, pembakaran terbuka
yang melibatkan kawasan hutan pertanian, industri, pembinaan, tapak pelupusan sampah, belukar dan pembakaran terbuka kecil masih dilakukan di pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembakaran terbuka dianggap sebagai kaedah yang biasa digunakan untuk melupuskan sisa tanaman, mengawal serangga di samping menyediakan ladang pertanian untuk penanaman seterusnya. Penggunaan api untuk menghapuskan sisa tanaman adalah mudah, murah dan lazim dilakukan oleh petani. Peralihan skala kecil serta pekebun kecil. Konsesi perladangan menguntungkan telah menyebabkan berlaku peralihan kepada perladangan kelapa sawit dan perladangan industri kayu yang meningkatkan pembakaran terbuka terutama di kawasan yang mempunyai bio-jisim kering. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kesalahan berkenaan disiasat Seksyen 29 (A) Akta Kualiti Alam Sekeliling1974, mereka yang disabitkan dengan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh didenda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksimum sebanyak RM2,000.00 juga dikenakan bagi setiap kesalahan. Namun demikian, orang ramai melakukan aktiviti pembakaran terbuka makin hari makin bertambah. Di kawasan saya sendiri Tiram, di Taman Nora, Taman Desa Cemerlang, pembakaran terbuka menjadi isu hangat di kalangan penduduknya. Kubur Cina menjadi sasaran utama. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab membeli sampah-sampah di merata tempat, membakar terbuka dan mencari besi buruk untuk membuat perniagaan pendapatan secara haram. Apabila jawatankuasa dan penduduk sekitar tegur, mereka menggunakan kekerasan iaitu pihak yang bertanggungjawab menggunakan kekerasan dan menghalau mereka. Saya memohon PBT perlu mengambil tindakan sewajarnya dalam soal ini. Kita perlu menjaga dunia ini. Dunia ini adalah rumah kita, bersih daripada pencemarannya. Apakah ianya perlu dibiarkan sahaja dengan alasan masyarakat di negara ini tidak boleh dibetulkan ataupun perlu dibendung atau diatasi dengan cara-cara yang lebih profesional selain daripada undang-undang?
Yang Berhormat Puan Speaker, perniagaan warga asing. Ini paling penting sekali di negara ini. Segelintir warga asing di bandar raya di sini dikesan menyalah-gunakan pas lawatan sosial untuk berniaga tanpa kebenaran. Malah ada antara warga asing terbabit monopoli aktiviti perniagaan di beberapa kawasan pusat bandar dan berhampiran dengan bandar sehingga menjejaskan peniaga tempatan. Aduan peniaga tempatan berhubung kegiatan warga asing terbabit sehingga menjejaskan periuk nasi mereka, banyak diterima. Hasil pemantauan mendapati, warga asing terbabit mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti perniagaan di bandar raya Johor Bahru.
Untuk menjaga kebajikan dan periuk nasi peniaga tempatan, kita terpaksa mengambil tindakan tegas terhadap peniaga asing yang bermaharajalela. Mereka juga telah melanggar peraturan Imigresen menyalah-gunakan pas lawatan sosial untuk berniaga di negara ini.Ini perlu dibanteras sebelum menjadi lebih serius sehingga mengancam periuk nasi peniaga tempatan. Kita tidak mahu mereka mengambil peluang ini sehingga menjejaskan ekonomi penduduk tempatan yang menjalankan perniagaan secara sah. Warga asing mendominasi perniagaan terutamanya perniagaan di pasar menjual buah-buahan, karpet, pakaian, minuman dan makanan. Ada di antara mereka sudah menjadi majikan di negara ini sekali gus digelar jutawan di kampung halaman mereka. Ironinya, ramai warga Thailand berniaga di restoran tom yam, warga India bekerja di kedai gunting rambut dan restoran mamak. Warga Indonesia pula mendominasi perniagaan runcit manakala pendatang Myanmar berniaga sayur di pasar borong dan ada yang menjadi kontraktor binaan. Sudah pasti sesiapa yang rajin berusaha boleh berjaya di bumi Malaysia yang sememangnya menawarkan banyak peluang perniagaan. Kehadiran warga asing di negara ini mungkin menjadi kebiasaan kepada pihak berkuasa tetapi tidak kepada rakyat tempatan. Tanpa sedar, rakyat tempatan menjadi penyumbang kepada ekonomi mereka kerana menggunakan perkhidmatan dan barangan yang dijual. Bagaimanapun, mengapa pendatang asing tanpa izin, PATI, memperoleh peluang perniagaan di negara ini sedangkan mereka sepatutnya bekerja dan bukannya menjalankan perniagaan.
Adakah mereka mendaftarkan perniagaan masing-masing sedangkan hanya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang layak menjadi pelabur dan pedagang di negara ini. Pekerja asing sepatutnya bekerja…
3 minit lagi.
Bekerja dan bukannya menjalankan perniagaan, mereka hanya layak bekerja dalam 5 sektor yang dibenarkan kerajaan Malaysia iaitu perkilangan, perladangan, pertanian, pembinaan dan 15 jenis pekerjaan dalam sektor perkhidmatan. Tak ada pun disebutkan mereka boleh dibenarkan berniaga. Kawasan saya sendiri di Tiram, Taman Desa Cemerlang ada peniaga asing bermaharajalela. Mereka mendirikan khemah di depan kedai-kedai yang sah, yang mempunyai lesen berniaga. Pekedai sah hilang pendapatan sampai tak mampu bayar sewa. Ramai pekedai datang kepada saya mengadu mengenai hal ini. Saya telah lapor kepada pihak tempatan. Kerajaan negeri Johor juga perlu ambil tindakan terhadap penduduk tempatan yang mahu keuntungan cepat tanpa bersusah payah sanggup memberikan sewa kepada pendatang asing berniaga di premis mereka. Ramai PATI Indonesia, peniaga Indonesia menjadi penjaja ubat tradisional dan kain di sekitar Johor Bahru. Tetapi tidak diambil tindakan. Perkara ini harus diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan negeri. Yang Berhormat...
Sila gulung.
Puan Speaker, ini last sekali tak cukup masa bagi aku banyak. Ancaman grab car. Perkhidmatan ini bukan lagi sesuatu yang baharu dalam kalangan masyarakat kita terutamanya di kawasan bandar. Saya tak nak baca tekslah, saya mahu cakap nanti lambat, banyak hal. Puan Speaker, grab car sudah ancam kehidupan pemandu teksi. Sila ambil perhatian yang serius. Banyak hal saya tak dapat cakap di sini. Terlalu serius. Sampai dia boleh mogok, sampai datang ke rumah saya, saya datang saya punya pejabat, bermogok depan saya. Mereka tak boleh dapat. Sebab saya di bawa ke tempat dia, saya berdiri dua jam, 2, 3 orang saja datang untuk perkhidmatan teksi. Hancur mereka. Dan local issue saya tak mahu cakap banyak ni tak ada cukup masa. Kg. Penderam di kawasan saya, Tiram, Kg. Penderam di Masai, kita sudah merdeka beberapa tahun tetapi sana lebih kurang 60 hingga 70 rumah penghuni semua Melayu tidak ada air. Ini paling serius sekali. Banyak kali mereka sudah mohon, tetapi mereka telah permohonan mereka ditolak, dan juga lagi satu perkara yang paling penting sekali di Kg. Pasir Putih, status tanah untuk surau di sana. Kedua-dua ini memberi cabaran kepada saya di Tiram. Jadi, oleh kerana itu kerajaan negeri perlu mengambil serius, saya telah membuat banyak kerja untuk mereka, perlu membanteras ataupun menyelesaikan masalah mereka.
Masa sudah habis.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Speaker. Sekiranya saya buat ada dalam ucapan saya, silap ataupun salah minta maaf. Terima kasih.
Terima kasih YB Tiram. Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebelum saya tangguhkan persidangan ini untuk berehat 15 minit. Sukacita dimaklumkan bahawa semua ahli Yang Berhormat dan Ketua-ketua Jabatan dipersilakan untuk menghadiri majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Johor Tahun 2018 sebelum jam 5.30 petang ini bertempat di Persiaran Puteri Selatan, Kota Iskandar, Iskandar Puteri. Berhadapan Hotel Jen Puteri Harbour. Untuk makluman, dua buah bas telah disediakan pergi dan balik sehingga jam 5.15 petang di aras bawah Pejabat Jurutulis untuk Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Ketua-ketua Jabatan hadir ke majlis pelancaran tersebut. Saya menangguhkan Persidangan ini 15 minit. Lepas ini Pasir Raja.
Persidangan ditangguhkan pada jam 3.42 petang.
Persidangan disambung semula pada jam 3.57 petang.
Bismillahirahmannirahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam muafakat
Johor. Yang Berhormat Puan Speaker, terima kasih di atas peluang yang telah diberikan kepada Pasir Raja untuk mengambil bahagian dalam perbahasan rundingan menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Terlebih dahulu Pasir Raja ingin mengambil kesempatan merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, Timbalan Speaker Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerajaan Negeri dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Pakatan Harapan yang telah dipilih. Tahniah juga kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat pembangkang dan juga bebas.
Yang Berhormat Puan Speaker, Pasir Raja ingin menjuruskan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan tentang mana-mana program yang baik, yang telah dibuat oleh pentadbiran dahulu perlulah dikekalkan. Dan ditambah baik dan bukanlah harus dihentikan. Dan jawatan yang diberikan ini mempunyai tanggungjawab yang besar dan mesti dipikul dengan jujur dan amanah. Justeru itu, Pasir Raja berharap kerajaan PH dapat melaksanakan segala janji-janji manifesto yang telah diikrarkan pada pilihan raya yang lalu.
Yang Berhormat Puan Speaker, Johor mempunyai 73 FELDA, yang meliputi 13 kawasan Parlimen dan 21 DUN dengan jumlah 27,641 orang peneroka dan 146,000 pengundi. Ia sekali gus meletakkan Johor sebagai negeri yang mempunyai jumlah FELDA kedua terbanyak di negara ini. Pasir Raja sangat tertarik tentang beberapa permasalahan yang melanda peneroka-peneroka FELDA. Menurut laporan daripada RAM Rating Services Berhad, harga minyak sawit mentah dijangka rendah antara 2,300 dan 2,500 setan metrik dalam tahun ini berbanding 2,783 setan metrik pada tahun lepas. Cadangan Parlimen Kesatuan Eropah (EU) untuk mengharamkan penggunaan minyak sawit dalam pengeluaran api bio dijangka akan menjejaskan harga minyak sawit mentah pada tempoh terdekat. Memandangkan EU merupakan pasaran eksport kedua terbesar bagi Malaysia. Kuantum kegunaan minyak sawit di dalam pengeluaran bahan api bio diesel di Kesatuan Eropah berjumlah sebanyak 3.5 juta tan setara kepada kira-kira 5% daripada pengeluaran minyak global pada tahun 2017. Kejatuhan harga sawit sangat membebankan kepada peneroka-peneroka FELDA. Justeru itu, Pasir Raja berharap agar kerajaan negeri dapat memikirkan dan mengambil satu inisiatif bagi membantu peneroka –peneroka FELDA.
Yang Berhormat Puan Speaker, permasalahan kedua yang berlaku di FELDA adalah tentang generasi kedua. Generasi kedua juga harus diberikan perhatian. Pasir Raja mencadangkan tanah-tanah terbiar atau belum di usaha di tanah rancangan FELDA, wajar diberikan dan diusahakan oleh generasi kedua bagi menjana ekonomi. Selain meningkatkan pendapatan mereka. Adalah digalakkan agar FELDA memberi ruang dan peluang kepada generasi kedua yang berkemahiran dalam sektor pertanian mengusahakan tanah-tanah terbiar tersebut. Sejajar dengan permodenan negara, satu kerangka dan strategi perancangan pembangunan ekonomi untuk generasi kedua FELDA haruslah dilaksanakan bagi memulih ekonomi serta meningkatkan taraf pendapatan mereka.
Yang Berhormat Puan Speaker, di samping memperkasakan ekonomi generasi kedua, Pasir Raja juga berharap penempatan bagi generasi kedua tidak dipinggirkan. Kerajaan terdahulu telah merangka dan melaksanakan rumah untuk generasi kedua. Pasir Raja berharap agar usaha ini diteruskan dan prasarana juga harus dititikberatkan. Masih terdapat rumah-rumah generasi kedua yang tiada kemudahan jalan berturap dan perparitan.
Yang Berhormat Puan Speaker, permasalahan ketiga yang harus ditangani di FELDA adalah gejala sosial dan penyalahgunaan dadah. Pergaulan bebas dan kurangnya aktiviti yang berfaedah di FELDA dan juga pengaruh luar yang tidak bermoral menambah burukkan lagi permasalahan ini. Seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Kahang semalam dalam Bajet 2018, kerajaan Barisan Nasional telah memperuntukkan sebanyak RM5.0 juta untuk dana Tabung Latihan Kemahiran. Tabung tersebut bertujuan untuk kursus dan latihan kemahiran kepada belia dan daripada jumlah tersebut RM1.5 juta telah diperuntukkan kepada belia FELDA. Pasir Raja berpendapat sekiranya dana tersebut diagih dan diguna pakai dengan betul, maka persatuan belia FELDA dapat mengadakan aktiviti yang lebih bermanfaat kepada para belia dan gejala sosial yang berlaku di FELDA dapat dibendung.
Yang Berhormat Puan Speaker, pada 4 Februari yang lepas, program Perintis FELDA 2.0 di Lurah Bilut di signifikan dalam usaha mentransformasikan FELDA di seluruh negara secara berperingkat bagi membangunkan warga tanah rancangan berkenaan. Projek perintis bermula di FELDA Lurah Bilut iaitu FELDA pertama negara ini bakal membuka jalan kepada FELDA-FELDA lain yang melibatkan 317 tanah rancangan dengan bilangan 112,635 peneroka dalam Malaysia. Pembangunan transformasi FELDA 2.0 Lurah Bilut amat menarik kerana mempunyai 3 faktor utama iaitu:-
1. Sejarah warisan 2. Kelestarian alam 3. Perhubungan Internet yang baik
Program ini juga memberi nafas baru dalam melancarkan aktiviti ekonomi sekali gus memberi manfaat kepada warga FELDA terutama golongan belia. Antara tujuan FELDA 2.0 adalah langkah untuk mentransformasikan 317 tanah FELDA di seluruh negara. Inisiatif ini telah dimulakan di FELDA Lurah Bilut dengan mengujudkan Bilut Digital Valley. Dengan menaik taraf infrastruktur Internet 4G dan fiber optik serta sumber manusia yang memberi kesan kepada 6,000 peneroka. Masalah pekerjaan orang muda, menurut Ketua Penyelidik Ambank Research kadar pengangguran orang muda adalah 3 kali lebih tinggi daripada kadar pengangguran. Orang muda di FELDA yakni generasi kedua memerlukan janji atau peluang pekerjaan selain daripada bidang hiliran berasaskan kelapa sawit dan pekerjaan berprestasi tinggi. Kekurangan pekerjaan mungkin akan mewujudkan lebih banyak masalah sosial di kawasan FELDA terutamanya dalam kalangan pemuda Melayu. Pendidikan dan pembangunan modal insan amat perlu untuk pemuda Melayu dalam FELDA jika mahu mereka dilengkapi dengan kemahiran ekonomi berpendapatan tinggi. Perlu ada usaha selari daripada FELDA dan kerajaan negeri untuk membantu dan membangunkan modal insan di dalam FELDA. Terutamanya dalam memberikan soft skill pada orang muda. Menurut Malaysia Institute Of Economic Research, dengan izin, 81% graduan universiti kurang berkemahiran. FELDA 2.0 dilakukan berdasarkan empat teras iaitu :-
1. Persekitaran lestari Persekitaran yang lestari dapat membentuk komuniti yang lebih bertanggungjawab dan sejahtera. Setiap anggota masyarakat wajar melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti melestarikan alam sekitar. Mutakhir ini banyak aktiviti yang dikelolakan oleh pelbagai pihak dari dalam negara mahupun peringkat global untuk menggalakkan setiap anggota masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti melestarikan alam sekitar. Aktiviti ini amat membina generasi yang sejahtera serta cintakan alam sekitar.
2. Komuniti berdaya tahan. Seiring dengan teknologi dan pesat pembangunan pelbagai bentuk cabaran yang dihadapi oleh masyarakat seperti aspek persekitaran dan juga sosioekonomi. Oleh itu pembentukan masyarakat yang lebih berdaya tahan perlu dititik beratkan dalam menuju kaedah persekitaran yang lebih sihat dan sejahtera. Setiap anggota masyarakat harus mempersiapkan diri untuk menjadi lebih cekal dalam menghadapi tekanan daripada dalam mahupun dari luaran. Pembentukan komuniti dan berdaya tahan boleh membentuk peribadi diri setiap ahli masyarakat untuk menjadi lebih berusaha, kental dan tidak berputus asa.
Yang Berhormat Puan Speaker, perkara keempat adalah Komuniti Pintar. Dewasa ini masyarakat semakin maju dan berhubung dan terhubung seiring dengan revolusi digital yang semakin pesat berkembang. Serentak dengan itu, pelbagai pihak daripada pelbagai sektor akan berusaha untuk memberikan kemudahan infrastruktur yang lebih berkesan, perkhidmatan yang cekap, memberi sokongan antara satu sama lain serta menganalisis maklumat yang tepat untuk kebaikan bersama. Komuniti pintar membuka mata masyarakat ke arah kehidupan digital serta penyelesaian masalah yang lebih berinovasi di mana semua pihak dapat mengaplikasikan kemudahan teknologi untuk mengumpul dan menganalisis maklumat bagi menyelesaikan masalah atau isu. Dengan wujudnya komuniti pintar, pelbagai manfaat dapat dicapai seperti perubahan gaya hidup yang lebih moden, ekonomi
yang lebih kukuh, pentadbiran negara yang lebih cekap serta persekitaran yang lebih sihat dan selamat. Dan yang keempat, komuniti sihat. Hidup yang sihat bermula daripada rumah, sekolah, tempat kerja, kawasan kejiranan dan juga komuniti. Taraf kesihatan seseorang boleh dipengaruhi oleh amalan seperti pemakanan yang seimbang, hidup yang kekal aktif, tidak merokok dan melakukan pemeriksaan kesihatan berskala. Selain daripada itu, pihak kesihatan kita juga boleh dipengaruhi daripada segi hubungan kemasyarakatan dan ekonomi seperti sokongan dan interaksi daripada rumah, sekolah, tempat kerja, kejiranan, komuniti serta kebersihan dari sudut fizikal iaitu air, makanan dan udara. Pasir Raja ingin bertanya, adakah kerajaan PH negeri Johor akan melaksanakan program tersebut di setiap FELDA dalam negeri johor dan juga apakah kerajaan negeri akan menyokong sebarang usaha untuk memajukan FELDA termasuk mengukuhkan ia serta menjadikan FELDA sebuah Konglomerat berprestasi unggul.
Yang Berhormat Puan Speaker, pada akhir 31 Mei yang lepas, kerajaan negeri telah menamatkan perkhidmatan 1,700 ketua-ketua kampung dengan alasan bagi menstruktur semula pentadbiran ketua kampung yang lebih berintegriti. Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkata, semua ketua kampung yang telah dilantik haruslah berkelayakan dan berkebolehan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. Pasir Raja ingin bertanya, apakah kelayakan dan kriteria yang harus ada pada ketua kampung yang akan dipilih bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan? Mengapakah ketua-ketua kampung yang sedia ada, yang ada berkelayakan tidak dikekalkan?
Yang Berhormat Puan Speaker, adalah telah diketahui umum bahawa perkhidmatan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) amat membantu dalam mengawal dan menjaga ketenteraman awam selain daripada Polis. Anggota RELA juga ditugaskan mengawal lalu lintas sekiranya ada apa-apa majlis rasmi. Juga perkhidmatan RELA amat diperlukan dalam membantu mencegah jenayah kecil. Pasir Raja merasakan adalah tidak wajar bagi sebuah agensi itu ditamatkan atau dikecilkan peranannya sebelum ada perbincangan yang terperinci.
Yang Berhormat Puan Speaker, Pasir Raja telah membuat permohonan membina jalan baru pintasan di antara sekolah menengah ke Sekolah Rendah FELDA Bukit Besar dan juga telah disempurnakan Majlis Pecah Tanah oleh JKR pada 5 Mei 2018. Ini adalah permasalahan di kawasan Pasir Raja. Kami dimaklumkan bahawa projek ini telah, masih dalam perancangan (reka bentuk), dan daripada maklum balas PPNJ, masih menunggu keputusan ICU JPM sama ada projek ini diteruskan atau pun dibatalkan. Pasir Raja berharap agar projek ini diteruskan kerana telah berlaku banyak kemalangan yang melibatkan pelajar sekolah kerana mereka menggunakan jalan utama iaitu satu-satunya jalan bagi laluan ke sekolah. Harap dapat pertimbangan daripada EXCO kerajaan negeri agar jalan ini diluluskan.
Yang Berhormat Puan Speaker, satu projek pembangunan yang dikenali sebagai Johor Eco Entertainment Park (JEEP) yang akan dibangunkan di Akademi YPJ Jalan Kulai – Kota Tinggi. Projek ini bernilai RM2.7 juta, hah RM2.7 bilion, maaf. Secara keseluruhannya, yang akan dimulakan dengan fasa satu pada tahun hadapan dengan kos berjumlah RM698.7 juta. Taman tema ini bercirikan eko tropika, pembelajaran alam persekitaran dan hubungan 3E. Projek ini akan membuka peluang kepada kerajaan, kepada anak-anak muda khasnya di kawasan Pasir Raja. Soalannya, apakah projek ini akan diteruskan atau ditangguhkan dan sekiranya ditangguhkan, kenapa?
Yang Berhormat Puan Speaker, akhir kata di kesempatan ini Pasir Raja ingin menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat dan pengundi Pasir Raja yang telah memilih saya sebagai wakil yang menghubungkan kerajaan dan juga rakyat. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ketua-ketua jabatan di peringkat daerah kerana memberi kerjasama kepada Pasir Raja dalam menangani masalah rakyat di kawasan.
Sekian wabillahitaufik walhidayah wasallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Layang-Layang, jemput.
Bismillahirahmannirrahim. (Doa) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Muafakat Johor. Timbalan Speaker yang bijaksana, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Speaker, Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Kempas sebagai Menteri Besar yang baru, barisan EXCO, ADUN-ADUN Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Pas, Bebas.
Di kesempatan ini kita menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Sultan Johor semasa Perasmian Dewan Negeri Johor pada 9 Ogos 2018. Baginda telah mengingatkan kita bahawa jawatan yang kita pegang mempunyai tanggungjawab yang besar dan mesti dipikul dengan jujur dan amanah. Dan seperti yang disebut oleh Ketua Pembangkang, pihak Barisan Nasional akan juga memikul tanggungjawab ini secara profesional dan constructive dengan izin, demi kebaikan negeri dan rakyat Johor. Atas semangat jujur, amanah, profesional dan constructive ini, saya ingin menyentuh tiga perkara pada hari ini.
Pertamanya, saya ingin menyentuh tentang Janji 100 Hari Pakatan Harapan dalam manifesto semasa Pilihan Raya Umum Ke-14. Janji-janji dibuat di peringkat nasional dan negeri bagi meraih undi rakyat. Di peringkat nasional antara janji manifesto yang menarik perhatian umum ialah janji penghapusan GST, penghapusan tol, menghapuskan hutang peneroka FELDA dan juga menangguh bayaran PTPTN. Di peringkat negeri pula, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menyatakan bahawa tujuh daripada 10 janji sedang dilaksanakan atau sudah dirasmikan. Suka saya ingatkan bahawa janji 100 hari ini tinggal lima hari lagi untuk dilaksanakan dan diselesaikan. Dan pada masa yang sama, saya sangat faham bahawa pihak kerajaan meminta masa yang lebih untuk melaksanakan janji-janji ini bagi membuahkan hasil atas pelbagai alasan dan sebab.
Cadangan saya mungkin pada PRU 15 nanti, manifesto Pakatan Harapan jangan janji 100 hari, mungkin boleh janji 100++ hari. Namun begitu, apa yang lebih penting ialah pelaksanaan dan implementations, dengan izin. Janji-janji kerajaan dan apa sahaja perancangan kerajaan negeri demi kepentingan rakyat Johor perlu dilihat secara teliti. Niat yang baik perlu diurus dan ditadbir dengan baik. Sebagai contoh, Yang Berhormat Jementah semalam dalam soalan-soalan tambahan bertanya tentang meminda dan memasukkan satu klausa dalam Undang-Undang Tubuh Johor bagi mengehadkan seseorang menjadi Menteri Besar selama dua penggal.
Layang-Layang bersetuju dengan cadangan Jementah. Janji mengehadkan seorang menjadi Menteri Besar selama dua penggal tidak selesai dengan sekadar pengumuman. Yang Amat Menteri Besar yang tidak hadir sekarang ini, barisan EXCO dan sahabat-sahabat ADUN di dalam Dewan yang mulia ini, boleh melakar sejarah jika kita dapat memasukkan klausa ini dalam Undang-Undang Tubuh Johor. Ia akan menunjukkan keikhlasan dan kejujuran kita terhadap rakyat. Oleh itu, saya ingin mencadangkan supaya Pegawai-pegawai Undang-Undang Negeri supaya melihat perkara ini untuk merealisasikan demi kebaikan pentadbiran negeri selaras dengan kehendak pelbagai pihak.
Selain itu, janji insentif kemasukan IPT perlu dilihat juga pelaksanaannya. Ramai anak-anak muda Johor termasuklah anak-anak muda di Layang-Layang di dalam golongan B40, yang akan memasuki IPTA dalam masa terdekat masih belum lagi mendapat bantuan daripada kerajaan negeri. Kita perlu lihat kepada mekanisme untuk mewar-warkan inisiatif ini dan cara pelaksanaannya perlu dilihat secara terperinci bagi memastikan nikmat ini dapat dirasai rakyat sehingga ke akar umbi. Ini termasuklah inisiatif-inisiatif lain seperti Kad Sihat Johor, Skim Takaful Warga Emas dan Insentif Perkahwinan Berkelompok.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya juga ingin menyentuh tentang Projek Perumahan Rakyat ataupun RMMJ yang diumumkan oleh pihak Pakatan Harapan, ingin membina
100,000 unit rumah mampu milik dalam masa 5 tahun. Saya nak mencadangkan demi kesejahteraan keseluruhan rakyat negeri Johor, bahawa kita buat rumah mampu milik ini di semua DUN-DUN yang berada di Johor, 56. Kerana semua kawasan memerlukan rumah-rumah mampu milik itu, saya minta supaya EXCO untuk mempertimbangkan perkara ini secara serius.
Perkara kedua yang ingin saya sentuh ialah tentang keutuhan dan kedaulatan negeri dan negara. Ia berkenaan keputusan International Court Of Justice, dengan izin ICJ yang telah memutuskan pada tahun 2008, bahawa Batu Putih atau lebih dikenali sebagai Pedra Branca menjadi milik Singapura. Batuan Tengah ataupun Middle Rock pula menjadi milik negara Malaysia, negeri Johor dan Tubir Selatan atau lebih dikenali sebagai South Ledge akan menjadi milik negara yang mana wilayahnya terletak. Saya difahamkan bahawa wilayah laut di bawah Law Of The Sea Convention dengan izin, untuk Batu Putih dan Batuan Tengah belum dimuktamadkan. Namun begitu, penguatkuasaan oleh kerajaan negara Singapura sudah dibuat sehinggakan nelayan-nelayan di negeri Johor yang menghampiri Batu Putih telah dihalau ataupun diusir daripada kawasan wilayah laut mengelilingi Batu Putih. Jadi, persoalan saya adakah pihak kerajaan negeri Johor telah melaksanakan perkara yang sama untuk Batuan Tengah? Pada masa yang sama, adalah penting supaya Tubir Selatan menjadi milik Johor, milik Malaysia. Ini adalah penting untuk kita gunakan untuk melukis garis pangkal bagi kita menuntut wilayah laut kita ini. Saya berharap kerajaan negeri melalui agensi-agensi yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan keutuhan dan kedaulatan wilayah negeri dan eksploitasi sumber daya alam memihak juga kepada rakyat Johor.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, perkara yang ketiga dan terakhir ialah tentang isu penutupan pusat pelupusan sampah Simpang Renggam yang terletak di CEP, di DUN Layang-Layang. Perkara ini telah dibangkitkan oleh Machap semalam. Dan pada hari ini, saya ingin memberi penekanan tentang isu ini. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, setiap kali hujan lebat, maka berlakulah pencemaran air. Dan pencemaran air ini menyusahkan rakyat di kawasan Layang-Layang dan juga Parlimen Simpang Renggam termasuklah DUN Machap. Sampah yang dilupuskan di Layang-Layang ini datangnya bukan daripada Parlimen Simpang Renggam sahaja, ia datang daripada PBT Batu Pahat dan juga PBT Kluang. Jadi, sampah-sampah yang datang daripada Kluang dan Batu Pahat semuanya dilupuskan di PBT Simpang Renggam khususnya di DUN Layang-Layang. Keadaan ini telah menyebabkan rakyat di Layang-Layang marah. Dan pada masa yang sama, pihak Pakatan Harapan sebelum pilihan raya umum yang ke 14 telah berpiket di hadapan pusat pelupusan sampah ini meminta supaya pusat pelupusan sampah ini ditutup. Jadi, saya nak tanya pihak Pakatan Harapan yang hari ini menjadi kerajaan, dulu sebelum pilihan raya sebelum menang bermati-matian nak tutupkan pusat pelupusan ini. Adakah pihak Pakatan sudah berubah pandangan apabila sudah menang pilihan raya?
Saya difahamkan juga penyelesaiannya sudah ada, Yang Berhormat Puan Speaker, tapi Yang Berhormat Bukit Payong, Sri Medan, minta maaf ya, orang baru, dimaafkan ya. Saya difahamkan bahawa pusat pelupusan sampah di Bukit Payong telah dikenal pasti untuk dijadikan pusat pelupusan sampah yang baru. Tetapi, mereka mahu menjadikan kawasan ini taman rekreasi. Sampah yang dibawa oleh kawasan-kawasan ini, Batu Pahat dan juga Kluang, tanah yang sudah dikenal pasti, dia nak buat taman rekreasi. Yang merana ialah masyarakat dan rakyat di DUN Layang-Layang. Jadi saya minta tolonglah, saya merayu kepada kerajaan negeri dan juga EXCO-EXCO untuk melihat kembali perkara ini, kerana kita perlu bipartisan, berkecuali dalam perkara yang melibatkan kepentingan rakyat.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, Puan Speaker yang saya hormati, secara kesimpulannya di dalam perkara-perkara yang melibatkan kesejahteraan rakyat, negeri dan juga negara kerajaan dan pembangkang perlulah berkecuali ataupun bipartisan dengan izin, terutamanya dalam perkara-perkara yang saya sentuh tadi iaitu pendidikan, kedaulatan negara dan juga kesejahteraan alam sekitar. Sekian daripada saya, Layang-Layang mohon menyokong. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Layang-Layang. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Bukit Permai. Jemput.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera khasnya kepada Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar, Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri, sahabat-sahabat saya, Ahli-Ahli Yang Berhormat, sama ada yang sebaris dengan saya ataupun yang tidak sebaris dengan saya.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya merasa terpanggil dan terharu pada hari dan saat ketika ini, setelah 34 tahun hanya dengan izin Allah saya kembali semula sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Johor pada hari dan saat ketika ini. (Dewan bertepuk). Saya mohon supaya kehadiran saya setelah 34 tahun ini, Pejabat Jurutulis boleh jadikan ia sebagai satu rekod. (Dewan ketawa). Ini betul. Dan rekod ini mungkin tak ada pun terjadi di mana-mana Dewan Negeri dalam negara kita di Malaysia ini. Dan saya yakin juga, rekod saya ini tak akan dipecahkan oleh rakan-rakan saya yang ada dalam Dewan pada petang ini, Yang Berhormat Puan Speaker, tak ada, tak akan jumpa punya. Insya-Allah. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Puan Speaker, salah satu daripada institusi kependudukan dalam negeri kita ialah rancangan tanah FELDA. Saya bersetuju dengan rakan saya daripada Pasir Raja yang banyak mengutarakan masalah-masalah rancangan tanah FELDA. Salah satu daripada masalah rancangan tanah FELDA sekarang ini Yang Berhormat Puan Speaker, ialah ada FELDA dalam negeri Johor ini...
Sila duduk.
Sebanyak 70 buah rancangan FELDA.
Sila duduk.
(Dewan berhenti seketika bagi menghormati laungan azan).
Yang Berhormat Puan Speaker, dalam negeri Johor kita ini kita ada 70 buah rancangan tanah FELDA dan tidak ada keseragaman dalam mengurus tadbir rancangan tanah FELDA ini kerana ada FELDA yang mengamalkan sistem JKKR, Jawatankuasa Kemajuan Rancangan, ada FELDA yang mengamalkan sistem JKKK, Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung. Jadi, saya berharap kepada kerajaan negeri Johor supaya dapat menyelaraskan kesemua rancangan tanah FELDA ini sama ada dalam JKKR ataupun dalam JKKK.
Yang Berhormat Puan Speaker, apa yang menjadi masalah kita ialah apabila penubuhan JKKR ini dikekalkan, Pengurus Rancangan akan menjadi pengerusi kepada JKKR. Kalau JKKK, maka Ketua Kampung akan menjadi pengerusi kepada JKKK. Bezanya JKKK tidak meliputi semua Ketua Blok menjadi jawatankuasanya. Jadi saya suka menyarankan kepada kerajaan negeri di mana-mana rancangan tanah FELDA yang masih kekal dengan JKKK supaya dilantik semua Ketua Blok menjadi jawatankuasa dalam kawasan tersebut sepertimana yang dibuat oleh JKKR iaitu semua Ketua Blok menjadi jawatankuasa dalam JKKR. Ini satu yang perlu dipandang serius oleh kerajaan negeri kerana Johor sajalah Yang Berhormat Puan Speaker, yang mana rancangan tanah FELDA kita ini ada sistem JKKK.
Yang Berhormat Puan Speaker, di samping itu, pembangunan rancangan tanah generasi kedua FELDA juga harus diberikan perhatian. Saya bersetuju dengan rakan kita daripada Pasir Raja dan inilah yang kita harapkan sama ada kita di sini atau di sana. Marilah kita bekerjasama bagai aur dengan tebing. Perkara yang telah lalu biarkanlah berlalu, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Inilah mungkin nasib yang dialami oleh sahabat-sahabat saya di depan sana Yang Berhormat Puan Speaker.
Yang Berhormat Puan Speaker, salah satu daripada ini ialah sebagai contoh umpamanya rancangan tanah perumahan generasi kedua FELDA yang di bawah SPNB di FELDA Bukit Permai. Rumah dah siap, saya dukacita kerana perancangan SPNB di rancangan tanah FELDA ini dia tahu buat rumah saja. Kerajaan bagi tanah, dia tahu buat rumah tapi tidak ada perancangan untuk sistem jalan dan perparitan. Seperti terjadi di FELDA Bukit Permai sekarang ini, rumah siap, orang nak pindah tak boleh Yang Berhormat Puan Speaker, kerana jalan tak ada, sistem perparitan pun tak ada. Jadi saya berharap dalam masa akan datang SPNB dalam merancang pembentukan pembinaan rumah generasi kedua di FELDA siapkan sekali dengan struktur perparitan ataupun jalan masuk ke tapak-tapak rancangan tanah tersebut.
Yang Berhormat Puan Speaker, di kawasan FELDA juga kita berharap dalam Dewan Negeri saya ada satu FELDA Bukit Permai, dalam Dewan Negeri Bukit Batu, FELDA Bukit Batu. Kedua FELDA ini, dia bermesyuarat, dia berurusan dengan FELDA Utara. Maka kedua rancangan tanah FELDA ini kalau ada apa juga rumusan peringkat rancangan maka dia bermesyuarat di FELDA kawasan utara iaitu di Segamat. Maka saya menyarankan supaya kedua-dua FELDA ini, FELDA Bukit Batu dan FELDA Bukit Permai ditarik masuk ke dalam FELDA Wilayah Johor Bahru supaya perhubungan mereka dalam urusan rancangan dengan wilayah tidak jauh sangat.
Yang Berhormat Puan Speaker, dalam menghadapi masalah FELDA ini, kerajaan mesti bertindak tegas dan saya difahamkan bahawa sekarang ini permasalahan FELDA terletak di bawah jawatankuasa EXCO Pembangunan Luar Bandar. Tapi dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin mencadangkan supaya satu jawatankuasa khusus tentang hal ehwal dan pembangunan FELDA diwujudkan oleh kerajaan negeri dan bertaraf EXCO ataupun pembangunan masalah FELDA ini terus diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Menteri Besar, itu cadangan saya Yang Berhormat Puan Speaker.
Yang Berhormat Puan Speaker, sebagai sebuah daerah sedang membangun, Kulai, saya difahamkan sedang dalam perancangan untuk diadakan sebuah pusat pentadbiran kerajaan yang baru. Terima kasih saya pada kerajaan negeri kerana telah membawa perancangan yang baik untuk pusat pentadbiran kerajaan daerah yang baru di Kulai. Cuma saya ingin menarik perhatian Dewan ini, jika boleh, kalau ada tanah yang kosong lagi, dalam perancangan pusat pentadbiran daerah yang baru ini, di tempatkanlah mana-mana jabatan kerajaan Yang Berhormat Puan Speaker, di Kulai yang saya rasa berselerak macam sarang tebuan, jabatan ini di sana, jabatan ini di sini, dapat disatukan bagi memudahkan perkhidmatan rakyat kepada jabatan-jabatan kerajaan yang berkenaan. Atau yang keduanya, jika kekosongan jabatan kerajaan yang ada sekarang ini pindah ke jabatan kerajaan yang baru, pusat pentadbiran yang baru, saya berharap supaya satu pelan induk pengubahsuaian sekarang ini dapat diadakan supaya semua jabatan-jabatan kerajaan yang berselerak di Kulai ini dapat ditempatkan di bangunan pejabat kerajaan yang sedia ada sekarang.
Yang Berhormat Puan Speaker, satu lagi perkara ialah RTC, di Terminal Bas Kulai. Saya ingin menarik perhatian kepada Dewan yang mulia ini, saya tengok, saya lihat, saya kaji, RTC di Terminal Bas Kulai ini Yang Berhormat Puan Speaker, macam hidup segan mati tak mahu. Jadi saya berharap pihak urus setia kerajaan negeri ataupun yang di bawah di bidang mana-mana jabatan EXCO supaya dapat meneliti semua fungsi-fungsi jabatan-jabatan kerajaan yang ada di RTC Terminal Bas Kulai. Supaya masyarakat lebih peka, masyarakat lebih inovatif untuk mengambil kesempatan tentang kemudahan-kemudahan yang sedia ada di RTC Terminal Bas Kulai.
Yang Berhormat Puan Speaker, salah satu daripada agensi-agensi kerajaan yang lantikannya banyak daripada kalangan-kalangan orang politik ialah KEMAS. Saya suka menarik perhatian Dewan yang mulia ini Yang Berhormat Puan Speaker, supaya mereka-mereka ini yang satu ketika dulu dilantik di kalangan kepimpinan pemimpin UMNO di peringkat bahagian supaya dapat menyedari bahawa sekarang ini kami adalah kerajaan
pakatan yang baru dan diberi mandat yang baru dan saya berharap pegawai-pegawai lantikan politik dalam KEMAS ini mestilah menunjukkan taat setia dia, kesungguhan dia untuk bekerja kepada kerajaan Pakatan Harapan yang baru pada hari ini. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Puan Speaker, salah satu jalan pintasan antara tempat saya FELDA Taib Andak ke FELDA Inas, saya suka menarik perhatian kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya ada suatu keadaan jalan yang amat merbahaya. Naik bukit, turun mencuram dan setakat ini 3 kemalangan maut telah pun berlaku di kawasan yang sama, di tempat yang sama. Jadi saya mohon pihak Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan pihak JKR dapat menilai semula tahap kecerunan bukit yang tersebut yang setakat ini telah pun mengorbankan 3 nyawa iaitu jalan pintas FELDA Inas ke FELDA Taib Andak.
Yang Berhormat Puan Speaker, salah satu lagi perkara yang saya nak ceritakan ialah pembangunan iaitu kawasan pembangunan khas Kulai-Sedenak 2025. Saya berharap supaya Pengerusi Jawatankuasa yang berkenaan dan juga sahabat saya Yang Berhormat Saudara Jimmy Puah dapat meneliti dan melihat bahawa pembangunan khas kawasan Kulai-Sedenak ini betul-betul menepati perincian bagi memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan penduduk tempatan. Saya tidak mahu rancangan hebat, gah tetapi ibarat kata bidalan Melayu Puan Speaker, kera di rimba disusukan, tapi anak di rumah mati kelaparan. Saya berharap Yang Berhormat Speaker dan juga Yang Berhormat EXCO dapat memahami masalah ini supaya ianya menjadi betul-betul matlamat kerajaan untuk membangun kawasan, memberi manfaat kepada rakyat tempatan kita. Bukan memberi keutamaan kepada pekerja-pekerja asing dari luar negara kita.
Yang Berhormat Puan Speaker, salah satu dari perancangan kerajaan kita ini ialah, kita hidup ini akan mati. Saya juga akan mati, Yang Berhormat Speaker juga akan mati. Jadi, jalan akhir kita ialah kita akan disemadikan di tanah kubur. Semua bangsa begitu. Saya suka menarik perhatian ini Yang Berhormat Puan Speaker, iaitu berhubung dengan masalah tanah kubur di Indah Pura, Kulai. Kita ada beberapa ekar telah di rizab sebagai tanah kubur, dan saya minta satu peruntukan segera dapat diluluskan bagi kerja-kerja pembersihan dan penjenamaan yang baru tanah kubur di Indah Pura, Kulai kerana tanah perkuburan orang Islam di Batu 23 Kulai sudah pun penuh dan saya rasa ianya kalau tidak diusahakan tanah perkuburan Islam yang baru di Indah Pura, Kulai, saya bimbang satu hari besok, masalah untuk mengebumikan jenazah akan menimbulkan masalah bagi penduduk Islam di daerah Kulai.
Yang Berhormat Puan Speaker, sekali lagi saya ingin tegaskan di sini ialah, soal bagaimana kita nak menentukan masalah kesesakan yang paling teruk di kawasan Majlis Perbandaran Kulai bermula dari Senai sampai ke Saleng sampailah ke Pekan Kulai, sampailah ke Bandar Pura dan Indah Pura. Saya minta jawatankuasa yang terlibat, jabatan-jabatan yang terlibat supaya dapat mengenal pasti bagaimanakah kaedah dan cara kita supaya kesesakan yang paling teruk sekarang ini, bermula dari Senai sampai ke Saleng, masuk ke lapangan terbang, pergi ke Indah Pura, pergi ke Bandar Putra sampai ke Kulai, Nauzubillah yang Berhormat Puan Speaker. Sesekali saya minta Puan Speaker rasalah bagaimana sesaknya jalan ini waktu puncak-puncak ini, ia berlaku.
Yang Berhormat Puan Speaker, salah satu perkara lagi ialah, kepada pihak jawatankuasa iaitu jalan perhubungan iaitu dipanggil Jalan MCA. Saya bukan nak menimbulkan MCA dalam Dewan ini, tidak. Tapi jalan ini memang nama dia Jalan MCA. Iaitu Jalan MCA dari Kampung Sungai Siang, di Murni Jaya, nak pergi ke Bandar Seri Perani pergi ke bandar Tenggara, saya mohon pihak EXCO yang terlibat dan jawatankuasa yang terlibat supaya dapat disegerakan projek Jalan MCA, Kampung Sungai Siam Murni Jaya ke Bandar Tenggara ini kerana ia telah pun berlarutan sebanyak lebih kurang 20 tahun Yang Berhormat Speaker.
Yang Berhormat Speaker, salah satu buah tangan Timbalan Perdana Menteri kita dahulu, Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin sebelum dia dipecat ialah jalan hubungan antara
Sedenak dengan Murni Jaya. Saya ingat lagi Yang Amat Berhormat waktu itu Timbalan Perdana Menteri memberikan peruntukan khas di bawah Pejabat Pembangunan Negeri sebanyak RM3 Juta. Dalam lawatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya telah menimbulkan perkara ini supaya kerajaan mengambil alih tanah-tanah jalan di ladang tersebut untuk jalan tersebut dinaikkan taraf sejajar sebagai jalan negeri atau jalan persekutuan. Saya rasa Yang Berhormat Puan Speaker, soal nak mengambil tamah ni tak menjadi masalah sebabnya jalan estet yang kita gunakan sekarang ini adalah estet kepunyaan JCorp iaitu anak syarikat kerajaan negeri Johor. Jadi, saya berharap kepada pihak JCorp, janganlah banyak cerita, janganlah banyak songel bak kata orang Jawa, serahkan saja tanah rizab jalan tu kepada JKR atau kerajaan negeri, selesai masalah.
Yang Berhormat Speaker, saya berharap perkara-perkara ini mendapat perhatian daripada semua pihak kerana saya menganggap bahawa Kulai ini akan menjadi destinasi pelancongan yang hebat. Pelancongan yang hebat ni, kita ada JPO umpamanya, kita ada Lapangan Terbang Antarabangsa. Sehingga sekarang ini tidak kurang dari 13 destinasi luar negara yang boleh beroperasi dari Lapangan Terbang Senai. Saya berharap juga, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dapat melihat secara dekat, sama ada beliau dah pergi ke tidak Hutan Lipur Gunung Pulai, saya pun tak tau lagi, tapi saya berharap supaya EXCO yang berkenaan dapat melihat secara dekat masalah-masalah prasarana yang ada di Hutan Lipur Gunung Pulai.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya berharap supaya kita sama-sama panjang umur dan dapat kita berjumpa lagi. Dan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga rakan-rakan EXCO dan sahabat-sahabat saya yang seberang sana, arak-arak kelapa puan, tidak puan kelapa bali, harap hati saya kepada tuan puan, tidak tuan puan siapalah lagi. Saya ADUN Bukit Permai dengan ini menjunjung kasih atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim bagi merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Keempat Belas. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Terima kasih kepada YB Bukit Permai. Disebabkan masih ada satu Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Johor sedang menanti ketibaan Ahli-Ahli Yang Berhormat, juga bagi tidak menyusahkan YB Mengkibol untuk berucap dua hari, saya menangguhkan Persidangan ini sehingga hari esok, Selasa 14 Ogos 2018, jam 9.30 pagi.
Persidangan ditangguhkan pada jam 4.50 petang.