Johor · 14 August 2018
1st session, 2nd meeting · 242 turns · 30,377 words · official PDF ↗
ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.
Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Speaker
Bismillahirahmaannirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. (Bacaan selawat). Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, ampun Tuanku, patik dan semua Ahli Dewan Negeri merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor sempena Hari Keputeraan Baginda pada 14 Ogos 2018, bersamaan 2 Zulhijah 1439. Didoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Permaisuri dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam pemeliharaan Allah SWT.
Soalan LisanQuestions
Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Tuan Speaker, memandangkan perbahasan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, telah berjalan dengan lancar dan begitu laju, dan ianya memberikan lebih banyak kelonggaran dari segi masa. Maka, saya harap Yang Berhormat Tuan Speaker, dapat mempertimbangkan supaya masa untuk sesi soal jawab ini boleh dipanjangkan untuk kepentingan rakyat. Sebab saya perhatikan untuk beberapa hari yang lepas ini hanya tiga hingga empat soalan sahaja yang boleh dijawab. Maka, sekiranya ada peruntukan masa yang lebih ianya lebih baik untuk kita panjangkan sesi soal jawab supaya lebih banyak isu rakyat boleh di bawa ke Dewan yang mulia ini. Jadi, saya mohon pertimbangan daripada Yang Berhormat Tuan Speaker.
Berapa lama tambah?
Kalau boleh, kalau boleh tambah panjang sikit. Kalau tidak, sekurang-kurangnya sampai pukul 11.00.
Yang Berhormat Tuan Speaker, memandangkan perkara ini dibawa oleh Yang Berhormat Skudai, saya lihat ada patutnya untuk kita memberi ruang yang lebih lagi kepada sesi soalan lisan ini. Bila saya lihat, soalan lisan ada 40 tapi kita dapat jawab sekitar, semalam pun sampai soalan 5. Tetapi pun bila kita hendak tambah lagi soalan tambahan itu, tidak dapat tambah.
Ok.
Jadi, saya mohon juga, saya menyokong supaya sesi soalan lisan ini dapat ditambah masa lagi. Sekian.
Ok, point taken. So, kalau kita lihat baki hari perbahasan ini kita ada dua hari lagi. Selasa dan Rabu, Khamis kita akan memulakan penggulungan. Kalau dua hari ini, kita lihat pada setiap hari kita ada 4 jam 25 minit. Maknanya kalau dua hari kita ada 8 jam 50 minit lagilah. Ok, berbaki pembahas sekarang ini kita ada 18, so 18 kalau kita kali purata 20 minit, kita ada lebih kurang 6 jam lagi lah tetapi kita kalau 8 jam, jumlah yang berbaki ini kita ada 8 jam 50 minit, kemudian pembahas memerlukan 6 jam. So, kalau 8 jam 50 minit kita tolak dengan 6 jam kita ada baki 2 jam 50 minitlah. Ini kira macam surplus lah ya. Lebihan masa itu ada 2 jam 50 minit, jadi saya rasa memang ada ruang untuk ditambah masa. Jadi, saya tambah masa sehingga jam 11.00 pagi lah untuk soalan lisan ini. Ok. Kita terus kepada soalan lisan.
Yang Berhormat Tuan Speaker.
Ya.
Biasanya perkara-perkara seumpama ini elok kita bincang di peringkat Jawatankuasa, Peraturan-Peraturan ke, atau Jawatankuasa mana-mana yang sesuai. Kerana bukan hanya kita melihat dari segi masa untuk menjawab soalan, tetapi banyak juga aspek-aspek untuk menambah baik perbahasan dalam Dewan ini. Saya pun pernah mendengar Yang Berhormat Tuan Speaker sendiri berhasrat untuk supaya lebih perbahasan dapat memberi lebih banyak impak kepada setiap kali persidangan. Jadi elok perkara ini di bawa, kerana saya juga mencadangkan supaya, mungkin agaknya dalam satu kali, dalam satu masa dalam persidangan itu, mungkin ada Menteri Besar question time, khusus kita hendak bertanya Yang Amat Berhormat tentang isu-isu semasa seperti mana Parlimen dan Minister Question Time. Itu juga menarik Yang Berhormat, itu juga satu perkara pembaharuan, penambahbaik di dalam Dewan. Jadi, hari ini kalau kita buat keputusan spontan begini, kerana biasanya pengalaman kita dahulu, kalau kita ada lebih masa, kita akan tamatkan persidangan lebih awal. Maknanya pukul 4.00 kita dah selesai kita, kerana banyak urusan-urusan lain juga boleh kita buat. Jadi, ini satu perkara yang besar Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat pinda sahaja tukar masa pukul 11.00 saya mengesyorkan, mencadangkan supaya bincang di peringkat Jawatankuasa yang akan dibentuk. Semua parti ada wakil nanti. Kita boleh tukar-tukar pandangan dan dapat kita buat satu keputusan dan akhirnya kita cadangkan kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Tidak adil Yang Berhormat kalau kita just terus alih-alih Yang Berhormat buat ruling hari ini pukul 11.00. Terima kasih.
Masa lebihan itu.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sebenarnya saya rasa perkara ini sebenarnya tidak melibatkan sangat tentang Jawatankuasa Peraturan Tetap, di mana Peraturan 15, berkenaan dengan susunan perkara-perkara mesyuarat ianya hanya menetapkan apakah susunan, tetapi tidak menetapkan peruntukan masa. Maka, cadangan yang saya buat tadi adalah dengan harapan bahawa dengan menggunakan budi bicara Tuan Speaker, untuk panjangkan sesi soal jawab untuk hari ini. Kalau boleh, esok juga. Yang memandangkan bahawa waktu, masa untuk perbahasan masih ada cukup untuk kita panjangkan untuk sesi soal jawab. Dan, mungkin ada cadangan kata, ok mungkin lepas ini kita bagi kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat lebih masa untuk berucap, tetapi itu tidak berlaku adil kepada yang telah berucap, di mana mereka dihadkan 15 minit sahaja. Dan, begitu ketat Tuan Speaker mengawal masa itu. Maka, saya harap cadangan saya ini dipertimbangkan atas budi bicara Tuan Speaker.
Ya, terima kasih atas pandangan-pandangan yang telah diberikan tadi ya. Saya memang tertarik dengan pendekatan memberi ruang Menteri Besar time ataupun kita bagi ruang kepada Menteri Besar untuk menjawab isu-isu itu. Tetapi itu, saya kira boleh di bincang nantilah dalam jawatankuasa pilihan untuk melihat kesesuaian di situ ya. Tetapi saya melihat pada waktu ini, lebihan masa itu harus dimanfaatkan untuk kebajikan rakyat melalui jawapan-jawapan daripada para EXCO. Di sana ada ruang-ruang lagi soalan tambahan yang memerlukan lebih lagi penelitian ya. Sebab kita ada 2 jam 50 minit ya. Tapi ini untuk persidangan kali inilah. Akan datang kita lihat dari masa ke semasa lah bagaimana keperluan itu, ruang itu ada. Untuk kali ini kita bagi lagi untuk sampai pukul 11.00. Tetapi akan datang kita lihat lagi keadaan bagaimana. So, fleksibiliti ini akan memberikan akhirnya kepada rakyatlah. Dan, saya kurang setujulah untuk kita tamatkan awal kerana kita telah memang diperuntukkan masa sehingga pukul 5.00 petang ya. Ok. Jadi, saya kira beginilah, maknanya kita untuk kali ini, persidangan kali ini, oleh kerana ada lebihan masa 2 jam 50 minit, kita sehingga pukul 11.00 pagi. Ok? Muktamad ya.
Seterusnya soalan lisan. Yang Berhormat Stulang. Jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 1. Apakah tindakan atau arahan baru daripada kerajaan berkenaan dengan bangunan/pejabat sama ada kekal atau tidak yang terletak di atas tanah Kerajaan Negeri atau PBT yang masih dijadikan pejabat UMNO/MCA/MIC/BN?
Silakan Yang Amat Berhormat.
Bismillahirahmaannirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera, salam harapan dan selamat pagi. Yang Berbahagia Tuan Speaker, Stulang memajukan soalan mengenai status bangunan pejabat politik yang dibangunkan di atas tanah kerajaan negeri.
Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan negeri tidak memberikan kelulusan kepada mana-mana parti politik sama ada daripada kerajaan, parti kerajaan atau pun pembangkang untuk membina, menduduki atau menggunakan bangunan kerajaan di atas tanah kerajaan. Ini sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Kanun Tanah Negara, KTN 1965, yang menyatakan bahawa balai raya, dewan raya, kawasan lapang, tanah perkuburan dan lain-lain kawasan untuk kegunaan awam adalah diwartakan di dalam Seksyen 62 KTN. Walau bagaimanapun tidak dinafikan terdapat pertubuhan bukan kerajaan atau NGO yang menggunakan manfaat kebenaran kerajaan ini bagi tujuan politik. Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dan Pejabat Daerah telah menegaskan supaya premis kerajaan tidak disalah guna bagi tujuan politik seperti yang telah lama dipraktikkan sebelum ini.
Kalau ada premis-premis yang masih digunakan untuk tujuan politik, kelulusan asal yang diberikan kepada NGO tersebut wajar ditarik balik. Kerajaan negeri melalui pentadbiran tanah Johor akan membuat semakan terperinci sekiranya terdapat mana-mana aduan berhubung pembinaan bangunan kekal atau sementara di atas mana-mana tanah kerajaan negeri yang tujuan dijadikan pejabat mana-mana parti politik. Dan, sekiranya bangunan-bangunan tersebut di bina atas tanah kerajaan negeri atau tanah rizab tersebut tanpa sebarang kelulusan daripada pihak berkuasa negeri, maka ia adalah satu pencerobohan tanah kerajaan dan kesalahan di bawah peruntukan Seksyen 425 Tanah Negara atau KTN, dari segi penggunaan bangunan awam kerajaan bagi aktiviti berunsurkan politik, ia adalah terbuka untuk kegunaan semua pihak. Dan, ini termasuk kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Ia sejajar dengan hasrat kerajaan supaya setiap kemudahan yang telah disediakan dapat digunakan secara optima untuk faedah rakyat.
Sehubungan itu, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian boleh memohon kepada PBT yang berkenaan untuk menggunakan kemudahan tersebut. Walau bagaimanapun sekiranya kemudahan awam tersebut digunakan bagi tujuan perjumpaan atau pun perhimpunan yang melibatkan aktiviti penyampaian ceramah perlulah mendapatkan kebenaran dan persetujuan pihak Polis DiRaja Malaysia. Terima kasih.
Stulang.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan jawapan yang diberikan. Sebelum soalan saya, tambahan saya, izinkan saya memberikan sedikit gambaran juga tentang apa yang berlaku sekarang. Adalah kita boleh lihat banyak penggunaan tanah kerajaan untuk menjana pendapatan sendiri terutamanya daripada di kalangan-kalangan pemimpin Barisan Nasional, di mana mereka membina kedai di tanah kerajaan tersebut. Buat bilik untuk sewa kepada pekerja asing pun ada. Jadikan sebagai pejabat kemudian sewa kepada orang, ada juga gerai makanan. Kemudian ada juga kontena-kontena yang diletakan di situ dan kebanyakan mereka masih berselindung di belakang nama NGO atau persatuan di mana pengerusi-pengerusi adalah di kalangan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Dan, ada juga pengalaman saya adalah dengan sinisnya mereka memberitahu bahawa kepada saya mereka cakap, ini duit untuk pembinaan bangunan tersebut adalah daripada Ahli Parlimen atau pun Ahli Dewan Undangan Negeri. Jadi,
Soalannya Yang Berhormat.
Terima kasih, sekejap ya. Jadi, dengan sinisnya mereka mengatakan peruntukan itu daripada Ahli Parlimen mereka, jadi mereka ada hak yang total untuk pakai. Jadi kita tidak boleh mempersoalkan penggunaan tersebut. Jadi, saya hendak tanya, memanglah hasrat kita untuk melihat supaya kita kerajaan mengambil balik semua premis tersebut untuk kepentingan rakyat. Dan soalan saya adalah adakah kerajaan lepas pernah mengurniakan tanah kepada pejabat-pejabat parti Barisan Nasional? Terima kasih.
Sila Yang Amat Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Stulang. Berdasarkan rekod Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) di pentadbiran tanah, terdapat 15 plot tanah dikurniakan kepada UMNO, MCA dan MIC dengan jenis kegunaan bangunan. Namun demikian terdapat sebahagian daripada bangunan pejabat parti komponen Barisan Nasional yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC yang dibangunkan atas tanah kurniaan kerajaan.
Tanah-tanah tersebut telah dikurniakan mengikut peruntukan Seksyen 76 KTN. Secara umumnya, mana-mana tanah yang telah dikeluarkan dokumen hak milik atau geran adalah tertakluk kepada prinsip indivisible atau tidak boleh disangkal. Walau bagaimanapun, tindakan perampasan tanah boleh dilaksanakan sekiranya cukai tanah tidak dibayar ataupun berlaku perlanggaran syarat tanah yang berterusan setelah notis untuk meremedi pelanggaran syarat tersebut tidak dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.
Saya bagi senarai pemilikan tanah, pemilikan hartanah berdaftar di bawah pertubuhan parti politik untuk makluman Ahli-Ahli Dewan ini:
1. Tanah plot 10056 Mukim Bandar, kategori penggunaan bangunan bagi UMNO Bahagian Batu Pahat, keluasannya 5,029 meter persegi;
2. PTB 299 Mukim Jelutong, keluasannya 760 meter persegi, kategori kegunaan adalah bangunan Bahagian Gelang Patah, UMNO Gelang Patah;
3. Lot 45131 Mukim Tebrau, 2600... 2,063 meter persegi, kegunaan bangunan UMNO Bahagian Tebrau;
4. Lot 62 Mukim Bandar, Kulai, 148.7 meter persegi, kegunaan bangunan UMNO Bahagian Kulai;
5. Mukim Batu 6, PLO 94, 185.806 meter persegi bangunan UMNO Cawangan Batu Anam, Segamat;
6. PTB 86, Mukim Minyak Beku, 122 meter persegi bangunan UMNO Cawangan Senggarang;
7. Lot 1377 Mukim Pengerang, 156 meter persegi, bangunan UMNO Cawangan Sungai Rengit, cawangan dia pun dapat;
8. PTB 16413 Mukim Bandar Tangkak, bangunan UMNO Bahagian Ledang;
9. PTB 16414 Mukim Bandar Tangkak, 143 meter persegi, bangunan UMNO Bahagian Ledang;
10. Lot 1727 Mukim Bandar Maharani 1885 meter persegi, bangunan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO);
11. Lot 780 Mukim Bandar Maharani, bangunan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO);
12. PTB 12642 Mukim Bandar Johor Bahru, 5577.706 meter persegi, bangunan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor;
13. Lot 12976 Mukim Chaah Baru, 247 meter persegi, bangunan MCA;
14. Lot 1343 Mukim Bandar Batu Anam, 975 meter persegi, bangunan MCA Cawangan Batu Anam;
15. Mukim Pengerang, PTD 1012 344 meter persegi, MCA Cawangan Pasir Gogok, Pengerang, Kota Tinggi;
Terima kasih Tuan Speaker.
Yang Berhormat MIC tak ada?
Dalam proses barangkali. Saya belum nampak fail tu lagi. Kalau ada mungkin... yalah kita ni kadang-kadang fikir baik aje kan.
Tenggaroh.
Mungkin saya boleh apa, fikir-fikirkan...
Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas jawapan. Saya hanya nak tau, tahun bila benda-benda ini dikurniakan, tanah-tanah ini dikurniakan, tahun yang dikurniakan?
Ada sebahagian daripadanya dah melebihi 10 tahun, ada sebahagian daripadanya dah melebihi 20 tahun. Saya tidak ada dapat rekod tetap. Kadang-kadang dia dah duduk lama, tetapi dia buat bangunan selepas 10 tahun. Jadi sebelum itu dia illegal lah. Macam setinggan lah. Maklum sajalah pada ketika itu kerajaan, siapa yang nak ambil tindakan? Duduk tu lebih lama daripada mohon.
Kerajaan pun duduk jadi setinggan juga Yang Berhormat? (Dewan ketawa).
Lebih daripada itu dulu pun ada. Ya terima kasih.
Ya, Yong Peng.
Terima kasih Speaker. Terima kasih soalan yang detail dari Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Di kawasan Yong Peng, di Pekan Yong Peng, nampaknya Jalan Templer, ada satu bangunan MCA yang begitu lama berdiri sama dan satu bangunan MIC di depan Majlis Daerah Yong Peng. Jadi mintak Kerajaan Negeri telitikan detail-detail dia. Terima kasih.
Ya saya akan ambil perhatian dan saya akan menghubungi pihak Pejabat Tanah dan Daerah Batu Pahat untuk mendapatkan detail dan saya akan berikan segala detailnya kepada Yang Berhormat Yong Peng nanti. Terima kasih.
Last Benut.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan tambahan saya Yang Amat Berhormat Menteri Besar adalah adakah permohonan-permohonan yang dibuat oleh parti-parti politik ini tidak mengikut peraturan, melanggar peraturan atau pun syarat-syarat permohonan atau pemilikan bagi tanah-tanah
yang dimiliki? Dan, adakah juga ini bererti bahawa Yang Amat Berhormat bermula daripada hari ini tidak akan, kerajaan tidak akan melayani sebarang permohonan daripada parti-parti politik untuk memiliki tanah?
Sila Yang Amat Berhormat.
Ya. Saya akui segala permohonan yang lepas itu mengikut peraturan sebagaimana sedia maklum, mohon melalui Pejabat Tanah dan Daerah yang dibawa perakuan itu kepada PTD, lepas tu PTD buat perakuan pergi ke Hasil Bumi dan juga Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan dan sebagainya. Kita teliti benda itu ikut peraturan, tak jadi masalah. Saya tidak pertikaikan soal peraturan. Saya katakan tadi dah duduk 10 tahun, tetapi selepas 10 tahun baru mohon. Bermakna awal tu illegal.
Ada satu tanah bangunan UMNO yang sehingga hari ini pun masih status dia tak tahu lagi. Tetapi still dengan izin, memungut sewa. Bangunan UMNO Sungai Segget, dah ada 2 bangunan, yang hari ini ada bank CIMB. Itu tanah bandar raya punya tetapi bangunan UMNO. UMNO pungut sewa daripada bank CIMB, sedangkan UMNO dan juga Perhubungan UMNO Negeri dah ada bangunan di Jalan Ariffin di Yahya Awal. Itu sebab saya katakan tadi illegal. Ikut permohonan memang saya akui selama ini mana-mana tanah yang sudah pun dikurniakan kepada parti politik khususnya UMNO, MCA dan MIC mengikut peraturan. Itu saya tak pertikaikan.
Jadi untuk kerajaan yang ada ni, kita menerima permohonan daripada parti-parti politik, tetapi dasar yang ada pada kerajaan pada hari ini kita kalau UMNO, MCA nak mohon boleh, ikut prosedur ni. Sama ada lulus tak lulus, is dengan izin, is beyond my control, alright. Tetapi dasar kita hari ini, kita tak menggalakkan parti-parti politik untuk memohon tanah. Sebab parti-parti politik ini dia boleh menggunakan cara-cara yang lain. Melalui pengalaman yang lepas pun, parti pembangkang dia tak ada tanah pun, contohnya macam Parti Pakatan Harapan menumpang ataupun menyewa rumah kedai pun, kita berjaya meraih kemenangan. (Dewan bertepuk). Betul tak? Dapat menubuhkan kerajaan. Tak semestinya kita dapat tanah kita dirikan bangunan, orang sokong kita, tidak. Pejabat saya, sewa 5, 6 ratus sahaja, orang ramai datang. Betul tak?
Tapi dalam pembangkang dulu ramai yang tidak banyak... atas kereta aje Yang Berhormat.
Ya.
Dulu pejabat kawan-kawan daripada pembangkang ini atas kereta aje pejabat sebenarnya.
Atas kereta, lori buruk, van buruk. Betul tak? Saya setuju apa yang Yang Berbahagia Tuan Speaker cakap tadi. Asas... itu sebab kita tak mahu hak rakyat kita ambil, kita rampas, kita rompak. Kalau hak tu hak rakyat, hak untuk tanah itu didirikan sekolah ke, masjid, kita bagi benda-benda yang macam ini. Jadi dasarnya kita tidak melayan sangatlah kalau ada parti-parti politik yang nak memohon tanah. Tetapi kalau nak memohon juga, ikut prosedur, kita terima. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat. Kita akan meneruskan untuk ke soalan yang seterusnya. Sebelum tu saya dapat sedikit makluman bahawa terdapat pemerhati daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia Negeri Johor seramai 18 orang yang diketuai oleh Ketua Penerangan PPBM Negeri Johor. Terima kasih kerana sama-sama di dalam Dewan ini ya. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Machap, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 2.
Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi memperkasa sekolah tahfiz di Negeri Johor.
Sila Yang Berhormat EXCO.
Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Tuan Speaker, pertamanya saya ingin menyampaikan ucapan salam dengan lafaz Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh daripada Yang Berbahagia Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan yang sekarang ini berada di tanah suci. Terima kasih kepada soalan daripada YB Machap.
Adalah diakui bahawa terdapat banyak madrasah tahfiz yang wujud bukan sahaja di Negeri Johor, bahkan di seluruh negara, yang bilangannya sejak kebelakangan ini semakin bertambah tahun demi tahun. Ini berpunca daripada kecenderungan para ibu bapa yang begitu minat dengan silibus yang disediakan di madrasah-madrasah tahfiz yang berfokus kepada penghafalan Al-Quran dan pembentukan sahsiah unggul sebagai seorang Muslim. Di samping itu, tidak ketinggalan juga terdapat beberapa buah madrasah tahfiz yang turut menawarkan, malah pelajaran kebangsaan dalam bidang akademik sehingga di peringkat tingkatan 5 bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ataupun SPM.
Menyedari hakikat ini, kerajaan negeri mengambil sikap akan terus memastikan kewujudannya benar-benar memberi manfaat yang besar kepada golongan sasarannya iaitu para pelajar itu sendiri. Oleh itu, pemerkasaan secara teratur dan berhikmah merupakan langkah yang akan diberi perhatian tinggi termasuk pemerkasaan daripada sudut pengurusan institusi berkenaan, kurikulum yang digunakan dan hala tuju pembelajaran di samping aspek-aspek lain yang berkaitan seperti keadaan fizikal bangunan atau premis yang digunakan, termasuk logistik, keselamatan, perhubungan sosial dan sebagainya.
Oleh itu, Kerajaan Negeri melalui agensi yang bertanggungjawab iaitu Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan mengambil tindakan sebagaimana berikut:
1. Memastikan hanya madrasah tahfiz yang benar-benar mengikut garis panduan pengurusan sahaja yang akan didaftar dan diberikan kebenaran untuk beroperasi di negeri Johor.
2. Memberi lebih bimbingan, khidmat nasihat dan latihan kepada para pengusaha madrasah tahfiz dan guru-guru dalam aspek-aspek tertentu yang utama.
3. Menyalurkan bantuan-bantuan dan sumbangan-sumbangan tertentu bagi menambah baik pengurusan dan juga prasarana sekolah. Dalam hal ini, kerjasama daripada pihak luar bukan kerajaan akan diwujudkan secara kolaborasi.
4. Menyediakan modul pengurusan madrasah tahfiz yang standard yang boleh diguna pakai oleh semua madrasah bagi tujuan penyelarasan dan pengiktirafan Sijil Setara yang akan dikeluarkan.
Adalah menjadi hasrat kerajaan negeri secara bersungguh-sungguh untuk memartabatkan industri tahfiz ini khusus di negeri Johor sebagai salah satu pusat atau tampuk menimba ilmu yang berwibawa, komprehensif serta dipercayai dan disenangi oleh masyarakat terutama warga yang beragama Islam. Untuk itu, kerajaan negeri kini dalam perancangan untuk menubuhkan madrasah tahfiz yang diurus sepenuhnya oleh kerajaan negeri di beberapa buah daerah terpilih. Dengan tertubuhnya madrasah tahfiz itu diharap ianya akan menjadi model kepada madrasah-madrasah tahfiz swasta yang lain yang ada di negeri Johor khususnya. Terima kasih, Yang Berhormat.
Terima kasih, Machap ada soalan tambahan. Silakan.
Terima kasih kepada ulasan yang telah dibuat oleh Wakil daripada EXCO tadi. Cuma Machap ingin mendapatkan penjelasan, ada atau tidak madrasah ada di negeri Johor ini yang masih lagi tidak mendaftar dengan Jabatan Agama Islam ataupun Jabatan Pendidikan Negeri Johor sehinggakan madrasah ini beroperasi tanpa garis panduan daripada Jabatan Agama Islam mahupun Jabatan Pendidikan Negeri Johor di mana kemungkinan bila tidak mendaftar, mereka akan mengajar pelajar-pelajarnya dengan menggunakan cara silibus atau pendekatan yang berbeza dengan madrasah yang berdaftar dengan Jabatan Agama mahupun Jabatan Pendidikan Negeri Johor? Terima kasih.
Sila Yang Berhormat EXCO.
Terima kasih di atas soalan tambahan daripada YB Machap. Setakat ini yang dimaklumkan kepada saya terdapat 101 buah tahfiz swasta di negeri Johor dan mereka dalam proses pendaftaran kerana mereka tidak boleh beroperasi sekiranya tidak mengikut lunas-lunas peraturan yang telah disebutkan sebentar tadi.
Seterusnya, soalan seterusnya. Yang Berhormat Sungai Balang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 3. Minta dinyatakan dengan isu lambakan pekerja asing yang menjadi topik utama kepada kerajaan dahulu oleh pihak kerajaan sekarang, sejauh mana telah dilakukan dalam menangani isu lambakan pekerja asing?
Sila Yang Berhormat EXCO.
Yang Berhormat Tuan Speaker. Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam harapan. Terima kasih Sungai Balang atas soalan tadi. Untuk makluman sidang Dewan yang mulia, sejak peralihan kerajaan yang baru, kerajaan Pakatan Harapan usaha untuk memastikan mandat kerajaan dapat dipenuhi terutamanya menyediakan 200,000 peluang pekerjaan berkualiti kepada rakyat negeri Johor dalam 5 tahun akan datang. Kebergantungan terhadap pekerja asing oleh majikan perlu diminimakan secara berperingkat. Sebagai unit yang berperanan dalam mengadakan koordinasi dengan pihak-pihak berkepentingan dalam pembangunan modal insan negeri Johor, penstrukturan, hala tuju unit Swadaya Insan Negeri Johor, SIJ telah dibentuk dengan beberapa teras utama termasuklah dalam mengurangkan pekerja asing terutamanya pekerja asing tanpa izin, PATI. Kita telah mengadakan sindikasi dengan beberapa pihak seperti Pusat Pelaburan Negeri Johor, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim, YPKDT pada bulan lepas berkaitan dengan perancangan, planning, gerak kerja mengurangkan kebergantungan pekerja asing dengan pembangunan modal insan negeri Johor. Hasil sindikasi memberi beberapa ruang, peluang kepada Unit Swadaya dan agensi-agensi tersebut untuk bentuk inisiatif seperti :
1. Galakan kepada pelaburan perdominasi teknologi tinggi atau automasi berbanding berintensif buruk.
2. Pelaksanaan sistem bersepadu dalam memperkemaskinikan pengurusan, pengambilan kerja asing.
3. Penambahbaikan kepada polisi dan dasar perundangan yang sedia ada dan juga mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja mahir daripada golongan-golongan seperti OKU, ibu tunggal dan sebagainya.
Selain itu, koordinasi dalam pengurusan pekerja asing di peringkat negeri Johor telah dimulakan dengan adanya mesyuarat, task force, pengurusan pekerja asing negeri Johor bersama-sama dengan wakil-wakil jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan. Agensi kawal selia, penguatkuasaan dan industri pada akhir bulan Julai yang lalu. Hasil kajian akhir mengenai keperluan pekerja asing yang dilaksanakan oleh Unit Swadaya telah dibentangkan dan membuktikan keperluan kerajaan negeri untuk mengurangkan bilangan pekerja asing di dalam negeri ini terutamanya di dalam sektor-sektor industri yang berintensif buruk.
Pihak Berkuasa Tempatan perlu diperkasakan sebagai Badan yang berkuasa di peringkat daerah dan negeri selain daripada Jabatan Penguatkuasaan di Jabatan Persekutuan. Manakala, di peringkat Nasional serbuan besar-besaran di sekitar bandar telah giat dilakukan sejak berakhirannya program pemutihan 700,000 pekerja asing pada bulan lalu. Kerajaan negeri Johor menyahut dan menyokong usaha dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan ini dan berharap lambakan pekerja asing ini dapat diatasi dengan lebih efektif. Terima kasih.
Sungai Balang, silakan.
Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat EXCO. Yang Berhormat Tuan Speaker, data dari Kementerian Dalam Negeri setakat 28 Februari menunjukkan terdapat sejumlah 308,197 pekerja asing aktif di negeri Johor. 170,835 pekerja asing sah dalam sektor pembuatan. 54,098 dalam pertanian, 46,260 dalam pembinaan, 6,312 dalam perkhidmatan dan 10,685 pembantu rumah asing. Soalan tambahan saya, memandangkan sektor pembuatan mencatatkan pekerja asing yang teramai, apakah langkah kerajaan negeri untuk mengurangkan kebergantungan sektor ini terhadap pekerja asing tanpa memberikan kesan buruk kepada potensi pertubuhan sektor pembuatan di Johor? Terima kasih.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Memang sektor pembuatan ialah dikategorikan 3D, iaitu dirty, dangerous dan difficult. Dan bidang ini tidak diminati oleh pekerja tempatan. Dan juga, bila projek pembuatan ataupun pembinaan bidang pembinaan itu bila dia habis bekerja yang penting ialah pekerja-pekerja asing mesti dihantar balik. Di sinilah masalah yang terletaknya. Iaitu ramai pekerja asing. Bila tempoh pasport mereka habis, mereka tidak balik, mereka masih tinggal di sini. Dan, untuk makluman Tuan Yang Dipertua,
Speaker...
Untuk tiap pekerja...
YB EXCO, tidak ada Yang Dipertua, Speaker.
Sorry, untuk makluman Tuan Speaker, untuk tiap pekerja yang sah kita ada 3 pekerja yang tidak sah. Begitulah keadaan di mana PATI, pekerja asing tanpa izin begitu banyak yang ada di sini. Jadi, kita perlu ambil tindakan-tindakan yang tegas mengenai perkara ini dan di kementerian pun, perbincangan pun sedang dilakukan untuk mengendali perkara ini dan kami berharap secepat mungkin, satu tindakan tegas akan diambil. Dan juga, Tuan Speaker, sekarang ialah sebenarnya Rancangan Malaysia Yang Ke-11, mengizinkan hanya 15% daripada pekerja ialah pekerja asing tetapi keadaan yang ada sekarang ialah 43%. Ini menunjukkan betapa serius perkara ini. Jadi, kami harap dengan tindakan-tindakan yang diambil kami boleh tolong kurangkan pekerja asing berperingkat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Salam Muafakat Johor. YB Speaker, sebenarnya Unit Swadaya Insan ini telah ditubuhkan pada Oktober 2016. Dan dalam Bajet 2017, telah pun ditetapkan KPI kepada Unit Swadaya Insan dua perkara :
1. Pelan Rasionalisasi Buruh. 2. Mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.
Ini telah pun ditetapkan ketika pemerintahan yang sebelum ini. Dan penubuhan task force ini pun bukan sesuatu yang baru. Penubuhan task force pekerja asing, di mana Unit Swadaya Insan dengan UPEN menjadi sekretariat di wakili oleh Imigresen, PDRM, Rela, MITI, Johor Investment, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri dan sebagainya. Beberapa kali mesyuarat task force ini telah diadakan untuk merangka satu dasar di negeri Johor kerana kita mesti ada dasar di negeri Johor dalam sektor apa pekerja asing harus dibenarkan dan sektor apa yang tidak harus dibenarkan. Kerana pada hari ini ialah rata-ratanya kita dapat lihat ada majikan yang mengambil peluang dengan membawa masuk pekerja asing dalam bidang di mana pekerja tempatan masih lagi boleh diberi gajikan. Perkara yang paling ketara sekali...
Soalannya ialah?
Ya, I’m coming to that. Paling ketara sekali pergi ke mini market. Di kaunter mini market pun sekarang kita dapat lihat, pekerja asing yang sebenarnya. Yang handle kaunter sedangkan pekerja tempatan masih lagi boleh bekerja sebagai cashier di supermarket dan sebagainya. Jadi, nampaknya ada abuse dalam sistem tersebut. Ada abuse dalam sistem tersebut. Jadi, saya percaya Unit Swadaya Insan dengan UPEN juga telah membuat satu blue print, blue print berkenaan dengan dasar-dasar baru di negeri Johor yang harus diperkenalkan untuk mengurangkan kebergantungan pekerja asing di negeri Johor, sektor apa yang boleh dibenarkan dan sektor apa yang tidak boleh dibenarkan. Tetapi Yang Berhormat Speaker,
Soalannya.
Apa jua dasar yang kita buat, tuan Speaker, apa jua dasar yang kita buat. Kita harus sedar bahawa kelulusan membawa pekerja asing ialah keputusan di peringkat pusat. One Stop Centre yang ada di peringkat pusat yang diwakili oleh agensi-agensi seperti KDN, Pertanian dan sebagainya...
Yang Berhormat kita bukan masa perbahasan.
Ya Speaker, betul.
Soalan tambahan sahaja.
Jadi soalan saya di sini ialah adakah kerajaan negeri Johor yang baru ini telah pun mendesak kerana kita mesti ada suara Johor di peringkat pusat supaya kita dapat tentukan sektor mana harus dibenarkan dan sektor mana yang tidak harus dibenarkan. Jadi saya harap, adakah kerajaan negeri Johor yang baru ini telah pun membuat satu inisiatif sama ada menulis secara official oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya wakil negeri Johor dibenarkan duduk dalam jawatankuasa tertinggi supaya apa jua keputusan berkenaan pekerja asing, suara Johor dapat didengar di situ. Kalau tidak, mereka tak akan dengar apa jua yang kita buat.
Ok, point taken. Point taken.
Yang Terima kasih Yang Berhormat atas soalan. Tuan Speaker, apa yang diberitahu tadi ialah menunjukkan kegagalan kerajaan dulu. Kami baru 3 bulan, tetapi...
Yang Berhormat Speaker, saya minta maaf. Saya ingin mencelah sedikit. Ini bukan kegagalan..
Mana boleh celah.
Kita tubuhkan...
Ini flow, flow.
This is not your floor.
Mana boleh celah.
Kita tubuhkan...
EXCO tengah jawab ni.
Swadaya Insan Bajet 2017.
Diam, diam. Saya minta, saya minta semua duduk. Bila Speaker berucap.
Bila EXCO jawab tak boleh celah.
Saya ingatkan semula, saya ingatkan semula. Kahang.
Sila duduk.
Ok, nanti. Minta saya dulu, nanti dulu. Yang Berhormat. Nanti dulu. EXCO minta duduk dulu. EXCO duduk. Saya ingatkan Peraturan 45, berbahas itu kalau seorang YB, Yang Berhormat berucap, seorang lagi kena duduk. Dia tidak boleh dua-dua sekali berucap, itu Peraturan 45 ya. Maknanya kena berturut-turut, seorang bercakap seorang lagi kena duduk, seorang duduk, kemudian bercakap. Jadi, itulah keteraturan kita dalam Dewan. Kalau semua nak berucap, kita kena keluar Dewan lah buat ceramah dekat luar sana, bawah masing-masing. Ok. Sila YB EXCO.
Terima kasih Tuan Speaker, nampaknya pihak sebelah sana tidak mahu terima hakikatnya. (Dewan ketawa). Tuan Speaker, memang perkara ini di highlight kepada Kementerian Sumber Manusia. Menteri Sumber Manusia pun datang sekali melawat Johor dan pejabat saya. Saya pun berbincang perkara ini dengan beliau. Bagi pihak negeri Johor, apakah tindakan kami? Itu yang penting.
Tuan Speaker, di pihak kerajaan negeri Johor, kami ada satu unit iaitu Unit Swadaya. Kita melakukan tugas melalui unit ini. Dan, unit ini di struktur untuk lebih efektif. Jadi, hala fokus dan hala tujuan pengurusan dan pembangunan modal insan negeri Johor 2018 secara keseluruhannya adalah, kami ingin membuat beberapa perkara. Satu ialah,
Yang Berhormat EXCO, soalan dia tadi berkenaan dengan adakah perlu ada jawatankuasa peringkat negeri Johor ini yang masuk dalam mesyuarat jawatankuasa peringkat nasional? Soalan dia tadi itu.
Tuan Speaker, itu seperti apa saya cakap tadi, kami sudah suara kepada Menteri Sumber
Manusia tetapi beliau pun tidak cadang satu jawatankuasa. Ok. Tetapi apa kita tumpukan ialah menggunakan agensi di bawah kerajaan negeri Johor untuk mengendali tugas ini, ok. Dan, agensi ini di restructure untuk jadi lebih kesan iaitu, unit ini akan di perkasakan untuk mengambil penyelidikan dan survey, pasaran bagaimanakah di luar sana keadaan sumber manusia, keperluan dan juga latihan di ILP. Nombor dua ialah mengumpulkan maklumat dan mewujudkan 200,000 peluang pekerjaan berkualiti. Nombor 3 ialah mengambil apa-apa langkah untuk mengurangkan pekerja asing tanpa izin di negeri Johor. Dan, nombor 4 ialah memperkasakan kerjasama awam, swasta Private Public Partnership dalam agenda membangunkan modal insan. Ini ialah aktiviti-aktiviti atau pun langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri Johor untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Dan kami juga memperstruktur dan koordinasi pembangunan kemahiran oleh agensi dan pusat latihan di dalam negeri Johor. Ini ialah langkah-langkah yang kita ambil untuk kawal keadaan pekerja asing di negeri Johor dan juga kami akan liase dengan Kementerian Sumber Manusia dalam hal ini. Terima kasih.
Terima kasih. Seterusnya soalan.
Speaker, apakah..
Ya. Dia dah panjang tadi, soalan tadi dah panjang ya. Kita teruskan kepada soalan daripada Kemelah.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 4, 5 dan 6.
Soalan 4 Bagaimana kita memastikan bahawa pembahagian tanah diberi kepada yang hak menerimanya dan kuasa tidak disalah guna untuk pemberian tanah tersebut?
Soalan 5 Apakah proses sebenar bagi seorang warga bangsa Johor atau yang telah lama berkhidmat dan sekarang bermastautin di Johor memohon tanah?
Soalan 6 Jika terdapat kes pembahagian tanah telah diberi tidak mengikut proses sebenar ataupun telah berlaku salah guna dalam pemberian tanah, apakah tindakan yang wajar diambil?
Jemput Yang Amat Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga terima kasih kepada ADUN Kemelah. Yang Berbahagian Tuan Speaker, izinkan saya untuk menjawab tiga soalan Kemelah secara bersekali.
Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia, pentadbiran tanah Johor menjalankan perkhidmatan sebagaimana peraturan-peraturan yang termaktub secara perundangan iaitu Kanun Tanah Negara 1965 dan Peraturan Tanah Johor 1966 (Pindaan Tahun 2004) yang memberi garis panduan dalam perkhidmatan teras pentadbiran tanah termasuk pemberi milik tanah. Umumnya, prosedur pemberi milikan tanah melibatkan 4 peringkat. Iaitu peringkat Pejabat Tanah, Pejabat Tanah dan Galian Johor, Jawatankuasa Hasil Bumi dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Setiap permohonan tanah yang diterima akan melalui empat peringkat tersebut untuk diproses dan dinilai terperinci sebelum pembahagian tanah diberikan.
Yang Berhormat Kemelah, proses hendak memiliki tanah ini bukanlah mudah. Bagi memastikan tiada ruang untuk disalah gunakan kuasa. Tetapi ini tidak bermakna pentadbiran negeri bersikap selektif terhadap individu atau badan tertentu. Semua pihak boleh membuat permohonan asalkan mereka memenuhi kelayakan sebagaimana yang dinyatakan dalam Kanun Tanah Negara 1965 dan Peraturan Tanah Johor 1966 (Pindaan
Tahun 2004). Proses pertama permohonan hendaklah mengenal pasti lokasi tanah dan membuat semakan dengan Pejabat Tanah Daerah bagi memastikan tanah tersebut adalah tanah kerajaan. Permohonan boleh dibuat sekiranya tiada perancangan pembangunan kerajaan seperti pembinaan rumah mampu milik Johor, jajaran jalan raya, pembinaan projek pertanian dan lain-lain. Kemudian Pejabat Tanah Daerah akan menyediakan laporan dan mendapatkan pandangan jabatan teknikal mengenai kesesuaian sesuatu tanah untuk diberi milik. Kemudian peranan permohonan ini diangkat ke Pejabat Tanah dan Galian Johor untuk disemak kelayakan pemohon dan kesesuaian tanah untuk diberi milik mengikut dasar-dasar semasa pihak berkuasa negeri. Selepas itu, permohonan ini akan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hasil Bumi yang dipengerusikan oleh saya sendiri sebagai Menteri Besar Johor sebelum di bawa ke peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor untuk keputusan permohonan tersebut.
Untuk makluman Yang Berhormat Kemelah juga, hasil semakan mendapati setakat ini tiada penyalahgunaan kuasa berlaku dalam pemberian milik semasa kerajaan Pakatan Harapan. Tetapi sekiranya ada yang terkilan dengan keputusan pihak berkuasa negeri, pemohon boleh membuat rayuan kepada Menteri Besar Johor untuk dipertimbangkan semula. Selain itu pemohon atau pihak yang tidak puas hati juga boleh mengambil tindakan perundangan sebagaimana di bawah peruntukan Seksyen 418 Kanun Tanah Negara 1965. Pentadbiran Harapan juga menegaskan bahawa setiap pemberi milikan tanah telah diproses dan dinilai secara terperinci dan adil. Justeru, bagi mereka yang berjaya hendaklah membayar premium dan cukai tanah dalam tempoh yang ditetapkan sebagai tanda bersyukur dan terima kasih kepada kerajaan negeri. Terima kasih.
Kemelah, silakan.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas jawapan yang panjang. Tuan Speaker, soalan tambahan saya apakah dasar kerajaan bagi pemberi milikan atau pengurniaan tanah yang telah diusahakan atau dibina oleh masyarakat setempat sekian lama. Terima kasih.
Sila Yang Amat Berhormat.
Terima kasih di atas soalan tambahan. Pencerobohan tanah kerajaan ialah pendudukan di tanah di atas tanah kerajaan secara tidak sah itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa negeri. Pencerobohan tanah kerajaan adalah satu kesalahan, di bawah peruntukan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965, di mana jika sabit kesalahan di kenakan denda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kerajaan Johor pada masa ini adalah tidak bersetuju dengan pencerobohan tanah kerajaan yang dilakukan bagi tujuan untuk memohon pemberi milikan selepas tempoh tertentu. Jadi, banyak perkara ini berlaku di dalam masa-masa yang lepas, kita akan cuba memantau dengan penguatkuasaan kita yang mungkin kita akan tambah lagi supaya perkara itu tidak berleluasa dari masa ke semasa.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Ta’zim juga memberi penekanan bahawa tindakan sewajarnya perlu dilaksanakan ke atas pencerobohan tanah kerajaan yang menjadi amalan sebelum ini, dalam memperolehi pengurniaan tanah kerajaan. Maka, pentadbiran tanah Johor dan pihak berkuasa negeri telah mengambil tindakan dengan menolak permohonan pemberi milikan tanah kerajaan oleh penceroboh kecuali yang telah diceroboh atau penempatan yang telah wujud secara berkelompok melebihi 20 tahun. Namun demikian, permohonan-permohonan ini sekiranya dipertimbangkan sekali pun akan tertakluk kepada elemen pengenaan bayaran premium tambahan, penalti ataupun denda. Tambahan pula dengan senario tanah-tanah kerajaan yang semakin berkurangan. Mana-mana tanah yang diceroboh dengan tanaman kekal seperti kelapa sawit misalnya, akan ditawarkan LPS ataupun tapping right untuk tempoh tertentu dengan izin.
Walau bagaimanapun pihak berkuasa negeri sangat prihatin dengan keperluan rakyat untuk meningkatkan taraf hidup dengan mengusahakan tanaman sebagai salah satu sumber pendapatan. Oleh yang demikian, pihak berkuasa negeri boleh mempertimbangkan dan memberikan kepada mereka pendudukan secara sah dengan pemberian lesen pendudukan sementara atau LPS, atau pajakan rizab atau pajakan tanah hak milik State Secretary Incorporated (SSI) pada mereka yang berkelayakan termasuklah kepada penceroboh itu sendiri.
Kesimpulannya, pihak berkuasa negeri prihatin terhadap keperluan masyarakat setempat dan senario tanah kerajaan yang semakin terhad. Maka, pihak berkuasa negeri telah mempertimbangkan dengan yang sebaiknya dalam memberi milik dan juga mengurniakan tanah kerajaan kepada pihak yang berkelayakan sebagaimana perundangan sedia ada iaitu Kanun Tanah Negara 1965 dan Kaedah Tanah Johor 1966. Tindakan pencerobohan yang boleh, bagi memperolehi tanah perlu dihentikan. Bagi pencerobohan tanah kerajaan yang terlalu lama, pihak berkuasa negeri akan mempertimbangkan sama ada pengurniaan hak milik, pemberian lesen pendudukan sementara atau LPS, pajakan tanah rizab dan pajakan tanah Hak Milik SSI. Ini adalah beberapa pendekatan yang dibuat oleh kerajaan dan dari masa ke semasa kita akan halusi kerana pada hari ini, kita dapati negeri Johor sendiri sudah ketandusan tanah. Kerana sudah banyak pembangunan-pembangunan dalam soal pembangunan perumahan dan kilang dan sebagainya. Bukan itu sahaja, kita juga dalam pendekatan untuk memodenkan pertanian dan penternakan. Maka sudah tentulah kita perlu berjimat dan kita perlu mengenal pasti di mana kalau ada pencerobohan-pencerobohan tanah milik kerajaan ini maka kita perlu ambil semula. Kalau mereka yang menceroboh itu menggunakan tanah itu boleh mendatangkan impak ekonomi yang baik, mungkin kita akan berikan kelonggaran ataupun kalau tidak kerajaan sendiri akan mengambil untuk diusahakan dengan secara yang lebih moden supaya pendapatan negeri kita ini akan bertambah dan ekonomi kita akan kukuh. Maka, Johor akan kita letakkan sebagai negeri yang setiap tahun dalam perbelanjaannya surplus dan kita akan letakkan Johor sebagai sebuah negeri yang berprestasi tinggi di masa-masa yang akan datang. Terima kasih.
Bukit Naning.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya adalah, adakah terdapat kebocoran maklumat daripada agensi kerajaan yang terdahulu bagi proses permohonan tanah, pemohon-pemohon berkelompok yang lebih 20 tahun dengan nama pengusaha tanah. Terima kasih.
Sila Yang Amat Berhormat.
Yang Berhormat Speaker, kita rasa kawalan untuk kita membendung daripada kebocoran itu di peringkat negeri adalah tinggi. Kita sentiasa berwaspada supaya perkara seperti itu tidak akan berlaku. Tetapi kalau ada perkara-perkara terpinggir yang berlaku, itu mungkin di luar kawalan dan kita akan melihat supaya perkara yang sekecil bagaimanapun tidak akan berlaku seperti itu. Insya-Allah saya akan mempastikan dari semasa ke semasa bahkan saya sendiri pun turun ke pejabat-pejabat tanah dan galian dan juga PTD baru-baru ini, untuk melihat bagaimanakah pendekatan yang dibuat oleh penjawat awam mengendalikan kerja mereka pada setiap hari secara hands on. Terima kasih.
Soalan seterusnya dari Sri Medan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan soalan saya soalan yang nombor 7.
Festival Seni Muafakat Johor yang melibatkan pelbagai bangsa, kumpulan seni dan peringkat umur telah berjaya menyemarak Budaya Johor. Adakah Kerajaan baru akan meneruskan usaha positif ini? Apakah inisiatif lain yang akan diambil untuk menyemarak budaya Johor?
Sila Yang Berhormat EXCO.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam harapan. Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya menjawab soalan Yang Berhormat Sri Medan, saya ingin menjawab kenyataan beliau semalam dalam masa perbahasan yang menyatakan bahawa saya bukan orang Semerah. Jadi saya ingin maklumkan di sini...
YB EXCO nanti masa penggulungan ada...
Sikit aje sikit aje...
Penggulungan ambil penggulungan... jawapan ini dulu.
Saya ingin maklumkan bahawa saya dilahirkan di Jalan Masjid di Kampung Sate dan isteri saya orang Parit Bisu. Jadi saya ini sebenarnya orang Semerah. (Dewan bertepuk). Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk menjawab soalan Yang Berhormat Sri Medan, Festival Seni Muafakat Johor akan ditambah baik bagi memberikan kesan yang lebih besar dan bermanfaat. Pada tahun ini, festival akan lebih memfokuskan kepada aspek tarian dengan dinamakan Festival Tari Rakyat Johor. Terbahagi kepada 4 kategori utama iaitu:
1. Pertandingan Zapin Johor; 2. Tarian Tradisional Melayu; 3. Tarian China; dan 4. Tarian India.
Pada kali ini, terdapat penambahan khas pertandingan iaitu tarian tradisional Melayu di samping mengekalkan tarian zapin dengan beberapa penambahan kategori terutamanya kategori bukan Melayu. Ini bertujuan memberi peluang kepada pelbagai kaum untuk menyertai pertandingan, sekali gus memahami budaya masyarakat Melayu yang merupakan inisiatif khusus kerajaan dalam menyemarakkan budaya Johor dan perpaduan di kalangan rakyat.
Pihak kerajaan tidak menyisihkan muzik dalam budaya masyarakat, sebaliknya akan terus mengangkat muzik ghazal, keroncong, nyanyian lagu asli, gendang 24 China, gendang India dan pertandingan kompang yang akan dirancang dilaksanakan dalam Festival Muzik Rakyat Johor pada tahun 2019.
Penganjuran program sebegini bukan sahaja dapat mengekalkan budaya rakyat Johor serta menambah minat generasi muda, malah pada masa yang sama meningkatkan jaringan perpaduan dan sosioekonomi setempat. Selain itu, pelbagai inisiatif lain turut diambil oleh kerajaan bagi menyemarakkan budaya Johor, antaranya jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti sektor awam dan swasta, pusat-pusat pengajian tinggi, badan bukan kerajaan, orang-perseorangan, tokoh budayawan dan penggiat seni, termasuklah melibatkan kerjasama antarabangsa.
Pelbagai program telah turut dilaksanakan seperti bengkel-bengkel muzik meliputi muzik ghazal, keroncong, nyanyian lagu asli, turut tidak ketinggalan bengkel tari, bengkel kesenian Islam dan bengkel seni teater di semua peringkat. Selain itu, pelbagai pihak turut mendapatkan khidmat tenaga pengajar untuk latihan seni meliputi koir dan nasyid seperti di majlis perbandaran tempatan dan swasta.
Begitu juga dengan program kerjasama antara jabatan seperti pementasan teater Lukman Al-Hakim iaitu hasil kerjasama Yayasan Warisan Johor dengan Jabatan Agama Islam Johor yang akan dirancang dipentaskan pada bulan September ini.
Selain dari dalam negara, terdapat juga permintaan dari negara luar yang berminat untuk mengetahui kebudayaan Johor seperti latihan tari zapin dan muzik ghazal di peringkat antarabangsa seperti diadakan di Bahrain baru-baru ini. Sekian, terima kasih.
Sri Medan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga terima kasih kepada rakan saya, Yang Berhormat Semerah selaku EXCO Belia, Sukan dan... EXCO Belia, Sukan, Kebudayaan, Warisan tak ada kan? Pertama sekali saya minta maaflah, saya pun tak tahu asalnya di Jalan Masjid Kampung Sate. Mungkin kalau persempadanan semula PRU15 besok, dah terkeluar kot daripada Semerah. Dah bukan orang Semerah lagi. (Ketawa).
Terima kasih atas jawapan daripada YB EXCO. Saya rasa jawapan yang diberi ini pun, saya tahu disediakan oleh jabatan berkaitanlah. Sama ketika saya menjawab dulu daripada pihak pembangkang pun.
Pecah, pecah rahsia...
Cuma saya ada, saya bukan nak kata apa... nak menunjukkan saya lebih faham atau sebagainya. Kita berkongsi maklumat kerana sekurang-kurangnya ia boleh menambah baiklah eh. Mungkin ada program-program tu, mungkin yang saya telah lakukan atau yang belum sempat lakukan. Kerana tak sangka kita hilang kerajaan dalam masa 5 tahun. Jadi apa yang saya nak nyatakan di sini iaitu yang saya maklumlah bahawa di bawah EXCO Kebudayaan ini dia ada 3 pihak yang terlibat, yang penting yang terlibat secara langsung dalam menggerakkan seni budaya dan warisan.
1. Yayasan Warisan Johor; 2. Majlis Kebudayaan Negeri Johor; dan 3. Di bawah Kerajaan Persekutuan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor
Dan saya lihat ketika 5 tahun yang lalu, saya telah meletakkan bahawa ketiga-tiga pihak ini, mereka akan.. saya selalu meletakkan harapan agar mereka tidak melakukan program-program yang sama kerana kita khuatir akan berlaku mungkin program yang bertindan. Kalau kata Yayasan Warisan Johor buat zapin, nanti Majlis Kebudayaan Negeri Johor akan membuat perkara yang sama.
Soalannya Yang Berhormat. Soalannya?
Soalan dia... baru nak berceloteh sikit. Dari semalam saya tak dapat ruang.
Kita ni sebenarnya soalan tambahan...
Ok,ok.
Bukan perbahasan.
Soalan saya tambahan ada 2 tapi saya gabungkan jadi 1. Yang pertama, Festival Seni Muafakat Johor ini pada pandangan Yang Berhormat EXCO akan diteruskan ataupun mungkin kalau diteruskan, adakah selain daripada Festival Seni Muafakat Johor ini ada banyak acara. Yang saya ingatlah kompang, gendang China, gendang India. Dan apa lagi, ada 1 acara saya lupa. Jadi adakah ada tambahan selain daripada acara tersebut, jika Festival Seni Muafakat Johor ini diteruskan. Perkara yang baik saya rasa kena teruskanlah. Saya kagum dengan apa Yang Amat Berhormat Menteri Besar maklum, yang baik teruskan aje. Saya nak tengok Festival Seni...
Yang Berhormat, Yang Berhormat Sri Medan. Biarlah EXCO yang menjawab soalan itu. Ini Yang Berhormat tanya, Yang Berhormat jawab jugak. (Dewan ketawa). Sila.
Yang Berhormat Sri Medan, untuk makluman semua Ahli-Ahli Dewan bahawa telah ada perbincangan, maksud saya saja ke pejabat EXCO, saya telah mengadakan perbincangan dengan pihak Yayasan Warisan Johor, Majlis Kebudayaan Negeri dan Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara untuk membincangkan program-program yang akan kita teruskan untuk tahun ini dan juga tahun hadapan.
Berkenaan dengan Festival Muafakat Johor, saya pun dah beri jawapan tadikan, jadi memang ada penambah-penambahbaikan seperti penambahan tarian tradisional Melayu yang sebelum ini kita ada kita adakan. Dan kita juga kali ini kita akan memastikan tahun hadapan, program ini bukan sahaja kepada budaya Melayu sahaja, tetapi kita akan perkembangkan lebih, juga kepada budaya masyarakat Tionghua dan juga masyarakat India.
Untuk makluman Yang Berhormat Sri Medan, sebagai salah satu usaha kita untuk mengembangkan seni budaya di kalangan anak-anak muda, kita juga akan memastikan bahawa dalam Festival Muafakat Johor yang akan datang, kita akan mula menerapkan unsur-unsur busking bersama dengan permainan ghazal untuk memastikan bahawa kita dapat menarik ramai anak muda mendekati ghazal ini. Dan sebagai salah satu usaha, kita di Kerajaan Johor ialah akan memberikan peruntukan RM7,000 kepada setiap daerah bagi kita memberi peralatan ghazal kepada setiap daerah sebagai satu usaha kita mengekalkan permainan ghazal dan pengembangan ghazal. Ini usaha saya bagi memastikan bahawa kita terus dapat mengekalkan tradisi permainan ghazal insya-Allah. Dan seperti yang saya jawab tadi daripada segi Festival Seni Muafakat Johor, kita teruskan mana yang baik sepertimana saranan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan akan kita tambah lagi unsur-unsur yang baru bagi membolehkan kita dapat menarik lebih ramai anak muda hadir di Festival Seni Muafakat Johor. Sekian, terima kasih.
Sila Buluh Kasap.
Yang Berhormat Speaker, saya ucap terima kasih dan tahniah kepada EXCO yang memberikan penekanan tentang kebudayaan di peringkat negeri dan daerah. Cuma adakah pihak EXCO bercadang supaya kebudayaan ini diterapkan juga di peringkat sekolah. Kerana kita mendapati bahawa, ambil contoh, tarian zapin dan tarian-tarian lain hanya dimainkan ataupun ditarikan di peringkat daerah dan negeri. Jadi kita bimbang kalau di peringkat asasnya di peringkat sekolah ia akan terkubur. Jadi di peringkat daerah, negeri baru nak dihidupkan semula. Jadi adakah pihak EXCO bercadang untuk diterapkan semula di peringkat sekolah, sama ada menengah atau rendah? Terima kasih.
Sila.
Yang Berhormat Buluh Kasap, terima kasih atas soalan tadi. Sebenarnya program perkembangan tarian tradisional zapin ke peringkat akar umbi telah diadakan terutama di kawasan daerah Johor Bahru, kita telah ada program ini. Dan insya-Allah program-program ini akan diteruskan ke seluruh daerah dan insya-Allah di Batu Pahat ianya akan dibuat di Galeri Dato’ Onn di kawasan Kelab Golf Batu Pahat.
Insya-Allah saya selaku EXCO hari ini, saya bukan sahaja tumpukan kepada belia dan sukan seperti yang dulu-dulu kita ada fokus, tetapi kali ini saya pastikan kita fokus kepada belia, kita fokus kepada sukan dan kita fokus juga kepada kebudayaan kerana itu adalah amanah rakyat kepada kita untuk menerajui portfolio ini. Sekian, terima kasih.
Seterusnya jemput Yang Berhormat Stulang.
Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 8.
Terdapat banyak kemudahan awam seperti balai raya, padang futsal, dewan serbaguna, padang sukan, kemudahan sukan dan sebagainya di mana kunci masih dipegang oleh pemimpin BN. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Johor?
Ok, Yang Berhormat EXCO, oleh kerana tadi Yang Berhormat sebut kita nak banyak soalan kan dalam soalan tambahan. Jadi jawab dengan pendek sahaja. (Dewan ketawa).
Itu sebab kalau saya minta panjang, ada turn saya untuk jawab.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, sebenarnya berdiri di sini nak jawab soalan bukannya senang sebab rakan-rakan di sebelah sana dia orang kononnya lebih memahami pentadbiran di negeri. Lebih-lebih lagi ada yang pernah duduk sebagai EXCO tetapi apa yang saya nak tekankan di sini Yang Berhormat Speaker, walaupun mereka ada pengalaman dalam pentadbiran, itu mungkin pengalaman lama dan sekarang ini kerajaan baru ada dasar baru. Jadi, sabarlah. Sabar Sri Medan.
Fokus, fokus kepada jawapan.
Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, pembangunan dan penyediaan kemudahan awam seperti dewan serbaguna, gelanggang dan padang sukan merupakan terjemahan tanggungjawab dan manfaat yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan kepada pembayar-pembayar cukai di kawasan pentadbirannya. Maka pihak PBT sentiasa komited dalam memastikan bahawa hak milik awam ini tidak akan disalah gunakan mahupun dikacau ganggu sehingga menjejaskan perincian dan komponen kemudahan tersebut. Oleh yang demikian, pihak PBT mengambil ketetapan untuk mengawal sepenuhnya daripada segenap aspek pengurusan kemudahan awam termasuklah soal penyelenggaraan, penggunaan, kebersihan, keselamatan dan sebagainya. Dengan kunci setiap daripadanya dikawal dan disimpan oleh pihak PBT sendiri.
Stulang.
Terima kasih dengan jawapan yang diberikan. Berdasarkan apa yang kita lihat sekarang, masih lagi terdapat sebelum ini banyak juga kemudahan-kemudahan di mana-mana kunci-kunci dipegang oleh pemimpin-pemimpin yang tertentu. Dan, kita tidak juga mahu melihat nanti ada pergaduhan berlaku kerana kunci-kunci tersebut. Dan ada juga kita lihat setengah kemudahan di bawah NGO, di bawah pendaftaran NGO mereka sewa kepada orang dan hasil tidak disalurkan kepada kerajaan PBT. Memang menjadi hasrat kita untuk melihat semua kemudahan ini yang di mana kemudahan ini digunakan adalah duit kerajaan adalah untuk diserah balik kepada PBT untuk mengurus. Jadi, adakah Kerajaan Tempatan dan juga Kerajaan-Kerajaan Tempatan (PBT) yang lain akan mengeluarkan satu surat pekeliling untuk menyuruh mereka menyerah semua kunci-kunci yang belum diserah balik dalam masa satu bulan ke atau dua bulan ke kepada PBT supaya tidak timbul perselisihan kerana bila ada, kami suruh mereka serah balik kepada PBT, mereka suruh tunjuk suratlah dan sebagainya. Cakap yang bukan-bukan dan sebagainya. Jadi, kita nakkan kerajaan supaya PBT keluar surat dalam masa satu bulan ini, kita kutip semua kunci balik di seluruh negeri Johor. Terima kasih.
Ok, silakan Yang berhormat EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Tadi saya telah ikut arahan Tuan Speaker untuk pendek. Jadi sekarang izinkan untuk lebihkan masa, untuk...
Soalannya serah ke tidak sahaja.
Sebab soalan dia pun panjang.
Soalan dia memang, itu semua huraian sahaja. Soalan dia, kunci serah ke tidak saja. (Dewan ketawa).
Yang Berhormat Tuan Speaker. Sebenarnya seperti yang...
Yang Berhormat EXCO, jangan fikir Speaker tak dengar soalan tau.
Saya dengar panjang, saya ingat semua soalan. Yang Berhormat Tuan Speaker, sebenarnya soalan ini telah saya jawab tadi di mana pihak PBT akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyelenggaraan dan pengurusan kemudahan-kemudahan ini. Bagaimanapun,mungkin berlakunya ada kes-kes terpencil yang mana terlepas pandang. Maka, sekiranya Yang Berhormat-Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia, ada terima aduan ataupun ada kes-kes yang berlaku seperti ini bolehlah membuat aduan pada PBT-PBT yang berkenaan. Dan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengulas sekali dasar kerajaan baru tentang kemudahan-kemudahan awam ini di mana apabila seperti yang saya sebut tadi, kemudahan-kemudahan ini dibina untuk kemudahan dan manfaat semua pembayar-pembayar cukai. Dan, apabila kita mengutip cukai kita tak tanya pembayar cukai itu sama ada sokong BN ataupun sokong PH. Maka apabila penggunaannya, penyewaannya tidak sepatutnya kita tanya kau pembangkang ke pemerintah, tidak patut. Ini berlaku dalam pentadbiran terdahulu di mana apabila Pembangkang cuba menyewa dewan akan ditolak ataupun diberikan apa-apa sahaja alasan untuk menolak permohonan tersebut. Tetapi saya memberi jaminan dalam Dewan yang mulia ini, bahawa perkara ini tidak akan berlaku selepas ini. Di mana semua pihak akan diberi layanan yang sama dan adil melainkan ada keutamaan diberikan untuk urusan-urusan kerajaan. Itu tak boleh dielakkan. Selain daripada itu, walaupun Pembangkang cuma menyewa dewan-dewan tersebut adalah dibenarkan. Saya ingin tegaskan dalam Dewan yang mulia ini. Maka sudah tentu jika kita berlaku adil kepada Pembangkang sekiranya ada kes-kes seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Stulang tadi saya mohon kerjasama, pulangkanlah kunci-kunci yang dipegang secepat yang mungkin. Kalau bagi saya sebulan dari sekarang pun dah terlewat dah. Sekarang sudah 3 bulan beralih kuasa. Maka benda-benda itu sepatutnya dipulangkan untuk kegunaan semua orang bukan untuk sesetengah parti sahaja.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih juga jawapan oleh YB EXCO. Saya dengar tadi jawapan daripada YB EXCO mengenai menyeru penyerahan balik kunci yang dipegang oleh pihak-pihak tertentu dan saya ingin bertanya apakah tindakan-tindakan atau undang-undang yang boleh diguna pakai sekiranya pihak tertentu tidak mahu menyerah balik kunci tersebut sekiranya surat notis telah di keluar ataupun arahan telah di keluar dan kalau boleh saya minta juga, sebab kita dapati di seluruh negeri Johor ini, 16 PBT terdapat banyak kemudahan-kemudahan awam ini, boleh tak Yang Berhormat EXCO menyatakan bilangan pegangan kemudahan awam yang terdapat di seluruh negeri Johor oleh PBT-PBT yang berkenaan? Terima kasih.
Terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Tangkak. Nampaknya masih lagi kita berbolak balik tentang isu kunci. Sebenarnya isu kunci ini senang, kalau kita minta dengan baik, bagi baliklah dengan baik. Ini cara sopan. Kita Bangsa Johor beradat. Kita jangan kasar sangat. Sebenarnya kalau sudah sampai bagi notis ataupun sampai denda, hukum itu tak perlulah sampai tahap itu. Sebenarnya kalau bagi PBT, kalau tak dapat kunci senang sahaja, tukar saja kunci. Cuma kita tak nak berlaku sampai, sampai begitu. Jadi, saya rasa jelaslah, jelas
jawapan untuk isu ini. Cuma kita nak kerajaan baru ini, kita prihatin, yang berlaku secara sopan, menjaga imej Bangsa Johor. Itu sahaja.
Ok. Semarang.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya tertarik dengan perkara kecil yang dipanjangkan. Ini bukan soal ghanimah, bukan soal harta rampasan perang. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam perkara ini pada realitinya, sebenarnya ini perkara ini adalah perkara-perkara sepertimana yang Tuan EXCO nyatakan tadi perkara-perkara terpencil yang tidak berlaku di semua tempat. Pada realitinya saya nak maklumkan Dewan ini, kemudahan-kemudahan awam khususnya di desa-desa tidak dibuat di atas tanah kerajaan yang hakiki. Mereka adalah hasil daripada pemberian orang kampung yang mewakafnya kepada kegunaan awam. Dalam hal ini, saya bersetuju sangat bahawa kemudahan awam adalah untuk kemudahan awam. Yang tidak ada siapa yang terkecuali untuk dibenarkan menggunakannya. Saya setuju agar ianya harus tidak di polemikkan dan ianya yang penting ada bangunan pun kalau bangunan milik balai raya diserahkan kuncinya kepada Pejabat Daerah, siapa yang nak menjaganya? Selama ini pun segala maintenance dan juga penjagaannya dilakukan oleh masyarakat setempat. Saya percaya, kalau tidak ada rasa, timbang rasa, rasa berhemah perkara ini tidak timbul. Apatah lagi jangan dibakar dengan dendam kesumat.
Yang Berhormat Speaker, saya percaya perkara ini.
Saya menarik itu, hujahan itu. Tetapi soalannya apa Yang Berhormat?
Soalannya, jangan dibesar-besarkan.
Itu pernyataan. Soalan, soalannya?
Saya nak, saya tak ada. Kalau tak ada pertanyaan pun tak apa.
Ini soalan tambahan Yang Berhormat.
Jangan dibesar-besarkan.
Adakah boleh ia tidak dibesar-besarkan?
Jangan dibesar-besarkan.
Ok, point taken.
Terima kasih, terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Semarang atau soalan tadi. Kerana soalan Yang Berhormat Semarang telah saya jawab apabila saya menjawab soalan daripada Yang Berhormat Tangkak. Tapi kalau misal kata Yang Berhormat Semarang tadi tidak memberi perhatian ke atas jawapan saya, saya tak ada masalah untuk mengulang sekali lagi. Kerajaan baru, Pakatan Harapan memang tidak akan membesar-besarkan isu ini sampai mengeluarkan notis atau memberikan denda atau hukum, tidak. Sekiranya betul bangunan itu adalah milik PBT dan orang memegang kunci masih degil untuk menyerahkan kunci, tukar sahaja kunci. Itu sahaja, settle soalan ini tak ada masalah lagi. Takkan dibesar-besarkan lagi, melainkan orang memegang kunci itu, nak besar-besarkan isu ini. Dan saya rasa pasti, benda ini bukan suatu yang bangga yang boleh dibesar-besarkan. Jadi, settle soalan ini kita tak perlu timbulkan soalan ini dalam Dewan yang mulia inilah. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.
Terima kasih kepada semua. Masa dah lewatlah.
Satu soalan je nak clearkan dengan...
Masa dah lewat.
Tapi nak dapat penjelasan saja sikit. Satu sahaja.
Ok. Last.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.
Tak ada soalan. Sebab masa dah lewat ini sebenarnya. Kita..
Sebab saya nak tanya penjelasan. Ok. Penjelasan soalan dia, ada bangunan dalam PBT, tanah milik PBT tapi bangunan itu agen itu raise fun untuk bil bangunan tersebut. Dia raise fun dia, public funding ke, dia ada raise fun. So, dia ada rasa right sedikit.
Soalan dia, soalan dia.
Dia ada. So, macam mana keadaan PBT masa situasi macam ini.
Ok. 5 saat sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Tenggaroh atas soalan itu. Sebenarnya ini pertama soalan ini dah lari daripada soalan pokok. Kedua, soalan ini dah jatuh pada skop lain di mana dia telah berlakunya pencerobohan ke atas tanah kerajaan. Maknanya, ini adalah satu kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara. Sebab pencerobohan kepada tanah kerajaan adalah satu kesalahan dan saya rasa ini tak sepatutnya menjadi satu isulah.
Saya tertarik dengan ADUN Semarang. Duduk, duduk. Minta duduk, duduk.
Bukan, bukan.
Minta duduk, minta duduk.
EXCO tak faham soalan saya.
Kahang, duduk, Kahang duduk.
Saya bukan cakap pasal cerita...
Kahang duduk dulu Kahang. Terima kasih Kahang. Duduk dulu Kahang. Saya sebenarnya tertarik dengan senior kita daripada Semarang tadi. Jangan dipanjang-panjangkan. Jadi saya rasa itu sahajalah. Ni masa pun kita alhamdulillah pagi ini, dah telah selesai 6 soalan. Satu pencapaian baru kita pagi ini. 6 soalan, pada pagi ini, terima kasih kepada semua. Sekiranya ada soalan yang di senarai, belum dijawab secara lisan akan dijawab secara bertulis dalam Persidangan yang sama. Saya tangguhkan Persidangan pagi ini sehingga pukul 11.20 pagi. Sekian, terima kasih.
Persidangan ditangguhkan pada jam 11.05 pagi.
Persidangan disambung semula pada jam 11.25 pagi.
YB Speaker mengetuai Persidangan.
Sambungan Perbahasan Ke Atas Rundingan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan JohorAddress / budget
Ahli-Ahli Yang Berhormat, perbahasan ini kita sambung sekarang. Ada permintaan daripada Permas. Permas sepatutnya turn sebelum ini tetapi oleh kerana ada keuzuran dia masuk pada hari ini. Silakan Permas.
Permas mohon maaf, terpaksa bercakap agak panjang dan laju sikit sebab masa sangat mencemburukan. Bismillahirrahmaanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Tuan Speaker, yang saya hormati Yang Amat Berhormat Dato’ Osman bin Safian iaitu Menteri Besar Johor, Yang Berhormat Dato’-Dato’, datin-datin, tuan-tuan, puan-puan yang saya kasihi dan hormati. Merafak sembah dan menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di atas berkenan Tuanku merasmikan sidang Dewan baru-baru ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, titah ucapan Baginda Tuanku semestinya menjadi panduan, peringatan dan pengajaran kepada semua Ahli-Ahli Dewan bahawa titah Baginda merupakan keperhatian di bawah Duli Tuanku agar kita selaku wakil suara rakyat negeri Johor Darul Ta’zim menjalankan pelaksanaan, amanah yang diberikan cemerlang dan terbilang.
Permas dengan sukacitanya dan berbangga untuk julung kalinya mengucap setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri yang baru yang diterajui oleh Pakatan Harapan. Permas dengan bangga dan berbesar hati di atas pelantikan Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Osman bin Sapian sebagai Menteri Besar mengetuai barisan pentadbiran negeri baru. Pengalaman dan ilmu Yang Amat Berhormat yang terlalu luas sebagai Ahli DUN selama 3 penggal sudah pasti mampu mengemudi sistem pengurusan dan pentadbiran negeri Johor dengan sempurna dan lancar.
Permas ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang berada di dalam dan di luar Dewan yang mulia ini yang telah memberi sokongan jitu kepada pembentukan kerajaan baru. Kami selaku kerajaan baru, tidak akan mensia-siakan harapan semua rakyat terhadap kami.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Permas ingin mengutarakan beberapa isu. Permas yakin bahawa isu-isu yang akan diketengahkan adalah merupakan isu-isu amat penting dan perlu bagi menambahkan kegemilangan dan ketamadunan negeri Johor Darul Ta’zim, khasnya bagi daerah Pasir Gudang.
Pertamanya ialah isu keselamatan. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, menurut laporan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), populasi Pasir Gudang adalah sebanyak lebih kurang 380,000 orang, dengan jumlah yang telah mencecah ratusan ribu penduduk, pasti isu keselamatan rakyat menjadi keutamaan pihak kerajaan. Kestabilan, keamanan bagi sesuatu kawasan amat penting bagi segala produktiviti yang terbaik. Hal ini kerana ketenteraman dan ketenangan jiwa melalui jaminan keselamatan yang diberikan kerajaan terhadap rakyat, membolehkan rakyat untuk menyumbang kembali hasil kepada kerajaan.
Rakyat di kawasan Pasir Gudang amat memerlukan kestabilan dalam sudut keselamatan mereka. Hal ini kerana tanpa keselamatan dan kestabilan, pelbagai aktiviti jenayah seperti kes ragut, rogol, rompak bersenjata dan sebagainya berlaku di kawasan Pasir Gudang hingga menyebabkan rakyat Pasir Gudang mengalami kegusaran dan ketidakselamatan jiwa.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini,so, isu pertama yang ingin Permas ketengahkan ialah isu penempatan balai polis. Balai polis di kawasan Permas seperti balai polis tempat Taman Scientex beroperasi menggunakan rumah komuniti yang disumbangkan oleh pemaju Taman Scientex yang bukan bertapak di atas kawasan khas yang diperuntukkan bagi kebiasaan balai-balai polis yang lain. Tambahan pula, menurut maklumat bilangan anggota polis yang bertugas dalam masa hanyalah lebih kurang 10 orang anggota sahaja untuk mengawal, memantau dan mencegah jenayah di kawasan sekitarnya, menempatkan penduduk lebih kurang 20,000 orang. Yang Berhormat Tuan Speaker, jumlah anggota polis bertugas yang hanya lebih kurang 10 orang anggota untuk memantau lebih kurang 20,000 penduduk kawasan adalah amat kritikal, bukan sahaja kekurangan jumlah anggota polis yang bertugas tetapi facility yang disediakan yang tidak mencukupi seperti kekurangan kerusi pelawat di balai polis, iaitu tidak sampai 5 tempat duduk disediakan dalam satu masa.
Isu-isu yang wujud seperti ini mengakibatkan Balai Polis Taman Scientex terpaksa memohon bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Alam (IPD) bagi membantu rakyat Scientex dalam menangani laporan jenayah yang berlaku di kawasan mereka. Natijahnya, tindakan dan bantuan yang tiba daripada pihak polis, mengambil masa agak lama hingga menyebabkan rakyat merasa tidak aman, selamat, untuk mendiami kawasan Pasir Gudang.
Sub-sub kedua ialah keamanan. Persekitaran faktor utama Permas ialah pencahayaan lampu-lampu jalan kawasan perumahan dan Lebuhraya Pasir Gudang. Masalah yang timbul ialah jarak antara lampu jalan dan terlalu jauh, menyebabkan jarak pemandangan jalan raya menjadi gelap, menjadi malap, hingga mencetuskan kemalangan kepada pengguna jalan raya. Sebagai contohnya, kawasan Pasir Gudang yang mengalami masalah ini. Setakat maklumat yang saya perolehi iaitu Taman Scientex, Jalan Serindit, Jalan Camar, Jalan Helang. Lebih membimbangkan Permas ialah peningkatan aktiviti jenayah seperti jenayah ragut berlaku akibat pencahayaan yang malap. Begitu juga kewujudan pokok-pokok besar yang menghalang cahaya lampu jalan daripada menerangi jalan kepada pengguna jalan raya di kedua-dua kawasan perumahan dan Lebuhraya Pasir Gudang.
Sub yang ketiga iaitu, ketenteraman awam kawasan Pasir Gudang yang menjadi tumpuan sektor-sektor pembangunan perkilangan dan perindustrian. Tidak boleh tidak, mengundang kehadiran para pekerja asing di kawasan Pasir Gudang khasnya kawasan Permas. Golongan pekerja asing ini perlu dikawal, didisiplinkan agar kewujudan mereka tidak membimbangkan rakyat Pasir Gudang. Adalah kita mahu meningkatkan kadar jenayah seperti cabul dan rogol, merompak, samun di negeri Johor Bahru Darul Ta’zim ini berpunca daripada kehadiran pekerja-pekerja asing yang berleluasa di kawalan kerajaan.
Permas mencadangkan, suatu penempatan khas yang disediakan oleh kerajaan untuk mengawal selia pergerakan pekerja asing agar tidak mencetuskan kegusaran terhadap keselamatan dan ketenangan awam. Dalam penempatan khas tersebut, kerajaan perlu menyediakan kelengkapan asas untuk para pekerja asing seperti kemudahan asrama, restoran, surau dan kedai serbaneka. Pergerakan keluar masuk pekerja asing dihadkan dalam waktu dan tempat tertentu yang dikawal oleh anggota keselamatan seperti polis atau RELA. Dengan kawalan sebegini oleh kerajaan Insya-Allah, kawasan Pasir Gudang akan dapat menenangkan jiwa rakyat Pasir Gudang sekali gus menarik para pelabur disebabkan kestabilan keselamatan yang dijanjikan oleh kerajaan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, pendidikan merupakan isu kedua Permas ingin utarakan di hadapan Dewan yang mulia ini. Lahirnya sebuah negara berwawasan tinggi dan bertamadun adalah daripada sistem pendidikan mantap seperti kita ketahui, negeri Johor Darul Ta’zim telah berabad lamanya mengawalkan sistem pendidikan agama yang sistematik, kemas dan teratur. Negeri Johor merupakan satu-satunya negara mempunyai sistem Darjah Khas antara negara yang mengamalkan sistem tulisan jawi. Permas mencadangkan, pengukuhan kedaulatan Islam selaras dengan Senarai 2 di dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan, supaya kerajaan dalam mewujudkan sekolah tahfiz bersepadu kerajaan bagi 25 kawasan DUN Permas Negeri Johor Darul Ta’zim dibiayai oleh kerajaan
yang sepenuhnya kerana kos pendaftaran seorang bagi untuk kita mendaftarkan sekolah tahfiz yang ada sekarang iaitu mengikut sekolah tahfiz swasta memerlukan sekurang-kurangnya RM500.00 sebulan. Sudah pasti bagi keluarga yang jumlah pendapatannya kurang daripada RM3,000.00 sebulan diiktirafkan sebagai miskin bandar, tidak mampu melaksanakan hasrat mereka untuk mendaftar anak mereka ke sekolah tahfiz.
Permas turut mencadangkan, dengan memasukkan silibus pendidikan bahasa Arab, tulisan jawi serta menggabungkan standard sekolah-sekolah kebangsaan ke dalam silibus sekolah tahfiz bersepadu kerajaan. Sudah tentu negeri Johor merupakan antara negeri yang melahirkan golongan tahfiz yang cemerlang dan profesional. Insya-Allah, dengan usaha kerajaan memurnikan kedaulatan agama Islam menerusi kewujudan sistem sekolah tahfiz bersepadu kerajaan, sistem pendidikan negeri Johor pastinya di seluruh dunia.
Yang Berhormat, ada tiga minit lagi ya.
Ya?
Tiga minit lagi.
Ok. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini dengan membawa isu kesihatan. Ada 2 sub, ada sub isu yang ingin saya unjurkan, iaitu masalah bilangan jumlah hospital awam dan pengurusan sampah yang tidak teratur.
Peningkatan jumlah rakyat Pasir Gudang dari hari ke hari sudah pasti jaminan penyediaan, facility kesihatan amat diperlukan oleh rakyat, khususnya bagi kawasan Pasir Gudang. Secara realitinya, hanya satu hospital awam yang didirikan untuk menampung jumlah penduduk Pasir Gudang yang kian begitu ramai sekarang. Kita digembur-gemburkan dengan majlis pecah tanah bagi pembinaan hospital awam bagi mengurangkan beban Hospital Sultan Ismail (HSI) yang sudah banyak kali dikhabarkan oleh kerajaan terdahulu, malangnya tiada satu projek pembinaan hospital awam yang diadakan.
Tambahan tersebut berjaya dengan jayanya, meskipun sudah dijanjikan kepada rakyat lebih daripada 6 tahun lamanya. Maka, Permas mencadangkan kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan untuk menggerakkan projek pembinaan hospital awam diteruskan. Harapan yang selama ini rakyat idamkan dapat dilaksanakan oleh kerajaan baru.
Seterusnya, Permas ingin mengetengahkan isu sampah yang terlalu banyak yang tidak dapat diuruskan dengan sempurna. Permas menerima banyak aduan daripada rakyat Pasir Gudang berkenaan permasalahan sampah seperti kerisauan pelbagai jenis penyakit, kerisauan pelbagai jenis penyakit berpotensi wujud akibat pengurusan sampah yang tidak teratur hingga menyebabkan rakyat Pasir Gudang sengsara dan merana. Justeru, Permas mencadangkan supaya kerajaan membina satu pusat pelupusan sampah utama yang berteknologi tinggi yang belum pernah dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan negeri di Malaysia ini melainkan di Pasir Gudang, Johor agar pusat pelupusan sampah tersebut bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah timbunan sampah yang tidak terkawal dan terurus, malah pusat pelupusan sampah tersebut mampu menjana hasil kepada kerajaan negeri. Permas yakin kerajaan Pakatan Harapan dapat menyelesaikan segera masalah isu kesihatan yang telah Permas utarakan di hadapan Dewan yang mulia ini.
Dengan izin Yang Berhormat Tuan Speaker, Permas ingin menyatakan sedikit tambahan berkenaan dengan perairan di negeri Johor. Permas mencadangkan agar kerajaan negeri memberikan kelulusan untuk mengutip cukai bagi kesemua aktiviti marin di dalam had tiga batu nautika perairan negeri Johor yang luas bidang kuasa atau tidak dikutip atau tidak diisytiharkan oleh kerajaan persekutuan selaras dengan Senarai 1, Senarai Persekutuan di dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan.
Banyak lagi isu-isu yang ingin Permas ajukan seperti dewan dan sebagainya, rumah mampu milik, namun masa mencemburui kita. Dan di kesempatan ini, di hadapan Dewan yang mulia ini, Permas amat yakin dengan penerajuan kerajaan baru Pakatan Harapan, saya percaya bahawa kerajaan baru ini dapat menunaikan harapan sekali gus memberi sinar keceriaan kepada rakyat Johor, insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Permas yang telah menyampaikan ucapan perbahasannya tadi. Cuma saya ingin maklumkan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, di skrin kita sebelah kanan bawah itu, ada kaunter number, kaunter minit, nanti bila Yang Berhormat berucap, nombor tu akan menurunlah daripada 15 minit sehingga ke 0. Jadi boleh lihat sendirilah berapa minit berbaki menerusi skrin di hadapan Yang Berhormat. Seterusnya, saya persilakan YB Mengkibol.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi peluang untuk membahaskan rundingan menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor sempena Pembukaan Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-14.
Pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih pengundi yang mengundi saya dalam pilihan raya yang lepas. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih pengundi yang tidak mengundi saya tetapi membenarkan saya sebagai salah satu pilihan kepada mereka. Sebagai ADUN mengkibol, saya Wakil Rakyat kepada semua pengundi. (Dewan bertepuk). Isu-isu yang akan Mengkibol bangkitkan dalam Sidang Dewan yang mulia ini adalah seperti berikut:
a. Integriti pengurusan kewangan kerajaan dan syarikat pautan kerajaan (GLC). b. Penyiasatan dan audit projek-projek kerajaan lama. c. Isu-isu tempatan di kawasan DUN Mengkibol.
Dalam Titah ucapan Tuanku Sultan Johor, Tuanku telah bertitah bahawa perkara utama Tuanku tekankan adalah pengurusan kewangan kerajaan. Perenggan 14. Mengikut Laporan Kajian Bank of America, Malaysia dapat menjimatkan RM10 bilion melalui penjimatan dalam pentadbiran kerajaan dan pembasmian rasuah. Tuanku juga bertitah bahawa kerajaan mestilah berusaha untuk mencapai lebihan hasil dan mengekalkan prestasi kemajuan ekonomi, perenggan 15 dan 17. Di Johor, GLC memainkan peranan yang penting dalam aktiviti-aktiviti ekonomi dan juga ditubuhkan untuk membangunkan bidang-bidang penting dalam negeri Johor seperti bidang pendidikan, hartanah dan perubatan agar rakyat boleh menikmati perkhidmatan dan kehidupan yang lebih berkualiti.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sejak pertukaran kerajaan, GLC di seluruh Malaysia bukan sahaja dilanda dengan masalah peletakan atau pelucutan jawatan pengerusi atau pengarah atau ahli lembaga pengarahnya. Berita terbongkar mengenai ganjaran bulanan atau tahunan pihak pengurusannya juga amat menakjubkan. Contohnya, CEO MAVCOM, gaji bulanannya RM85,000.00. Ini menunjukkan bahawa pelantikan dan pengurusan GLC bawah kerajaan dahulu telah menimbulkan banyak soalan, soalan ketidaktelusan dan ketidakberkesanan. Justeru menjejaskan keyakinan orang awam terhadap pengurusan dan prestasi GLC.
Selari dengan Titah Ucapan Tuanku menekankan pengurusan kewangan dan prestasi kemajuan ekonomi, inilah masa yang terbaik untuk Dewan mempertimbangkan penubuhan satu jawatan khas untuk audit pengurusan dan memantau prestasi GLC, termasuk agensi-agensi kerajaan, badan berkanun dan anak syarikat supaya memberikan kuasa untuk audit operasi, prestasi dan pengurusan kewangan GLC negeri Johor.
Kita juga perlu mengadakan mekanisme penyeliaan GLC agar:
1. Pengurusan GLC boleh berjalan dengan telus dan adil tanpa pengaruh politik.
2. Petunjuk prestasi utama (KPI) dan pulangan atas pelaburan (ROI) boleh ditetapkan mengikut piawaian industri. Untuk menjamin manfaat orang awam di samping memastikan GLC menjalankan tanggungjawab sosialnya (CSR).
3. Jawatankuasa audit ini haruslah berkuasa untuk membuat cadangan pelucutan jawatan seseorang pengerusi atau pengarah atau seluruh lembaga pengarah sesebuah GLC kepada jabatan kerajaan yang memegang ekuiti tertinggi di GLC itu. 4. Jawatankuasa audit ini haruslah berkuasa untuk mendedahkan gaji dan faedah yang diberikan kepada seseorang pengerusi, pengarah dan lembaga pengarah sesebuah GLC.
5. Penubuhan jawatankuasa audit ini akan membasmikan penyalahgunaan kuasa dan kerugian pelaburan kerana operasinya sentiasa disemak.
Sebagai contoh, jika kita rujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara terhadap Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), pada Penyata Pendapatan Tahun 2016, muka surat 5, dia akan tanya, apakah itu lain-lain pendapatan sebanyak RM99 juta? Kerana untung tahunan hanya RM17.4 juta. Maksudnya, jika tidak ada lain-lain pendapatan, Kumpulan YPJ mungkin mengalami kerugian. Dan rizab negatifnya RM14.8 juta dan Kumpulan YPJ jual hartanah, jual loji dan peralatan sebanyak RM55 juta dikreditkan, muka surat 57.
Kita mungkin juga akan tanya, mengapa Kumpulan YPJ menanggung kerugian sebanyak RM112.4 juta di Senai-Desaru Expressway Berhad di muka surat 41. Dan terdapat penghutang perdagangan dihapus kira atau write off sebanyak RM8 juta. Alamak!! RM8 juta ini boleh membina empat jambatan jejantas di kawasan saya. Semalam, YB Pasir Raja juga menyebut YPJ, bahawa projek bernilai RM2.7 bilion, iaitu Johor Eco Entertainment Park (JEEP) akan dibangunkan di Bandar akademik YPJ Kota Tinggi. Soalannya, mengapa Yayasan yang ditubuhkan untuk menyediakan kemudahan di bidang pendidikan, muka surat 10, menceburi dalam bidang taman tema?
Malaysian Diaspora atau rakyat Malaysia yang tersebar di merata-rata tempat di seluruh dunia haruslah dijemput balik untuk berkhidmat di tanah air. Saya berharap kerajaan boleh mengadakan strategik khusus demi menyepadankan peluang pekerjaan yang setanding dengan kepakaran mereka, walaupun pada gaji yang mungkin jauh lebih rendah daripada gaji mereka di luar negara. Saya dapati banyak Malaysian balik ke Malaysia bawa skim REP (Return Expertise Program) tetapi mereka tidak dapat cari kerja yang sepadan walaupun mereka sanggup menerima gaji yang jauh lebih rendah, dan akhirnya mereka terpaksalah pergi ke luar negara semula lagi. Menurut data, Talent Corp, seramai hampir 2 juta rakyat Malaysia bermastautin di luar Negara. 120,000 di Australia, 70,000 di Britain, 60,000 di Amerika Syarikat, 20,000 di Kanada. Kebanyakan mereka adalah profesional di dalam bidang kesihatan, pengeluaran, kewangan, saintifik dan perkhidmatan teknikal yang amat diperlukan. Di antara mereka ada yang telah pun terkenal di peringkat antarabangsa dalam bidang mereka. Bakat-bakat profesional ini boleh dijemput balik dan berkhidmat untuk negara Malaysia baru ini. GLC haruslah bekerjasama dengan semua kedutaan dan konsulat Malaysia di luar negeri, Talent Corp dan institusi lain yang berkenaan. GLC dapat menjemput balik bakat-bakat atau profesional-profesional yang berada di luar Negara secara pro aktif, secara pro aktif demi mempertingkatkan prestasi syarikat masing-masing.
Bahagian B, Penyiasatan dan audit projek-projek kerajaan lama. Satu jawatankuasa khas penyiasatan terhadap pentadbiran, perolehan dan kewangan peringkat kerajaan pusat telah ditubuhkan oleh kabinet pada 30 hari bulan Mei ini dan diketuai oleh Tan Sri Ambrin Buang untuk menyiasat projek-projek yang telah dilaksanakan oleh kerajaan lama. Beberapa kementerian atau jabatan telah disenaraikan untuk penyiasatan. Saya ingin menegaskan bahawa penyiasatan ini bukanlah bertujuan politik seperti yang dijelaskan oleh Tan Sri. Probe into procurement not a witch hunt, bukanlah bertujuan politik. Sejajar dengan usaha kerajaan pusat dan juga Titah Ucapan Tuanku bahawa semua kakitangan dan jentera kerajaan supaya sentiasa memberi perkhidmatan yang cemerlang dengan penuh dedikasi dan integriti, perenggan 21. Saya ingin mencadangkan kerajaan negeri untuk menubuhkan
satu Jawatankuasa Khas yang serupa di peringkat negeri untuk menyiasat projek-projek yang dicurigai bawah kerajaan Barisan Nasional Johor yang lepas. Jawatankuasa Khas ini haruslah terdiri daripada individu-individu yang berwibawa dan bebas agar penyiasatan boleh dijalankan dengan adil, saksama dan berkesan.
Selain daripada menyiasat isu yang mengenai kewangan di peringkat negeri, Jawatankuasa ini juga haruslah menyiasat isu-isu kewangan di peringkat Majlis Tempatan sekiranya diperlukan. Salah satu projek gajah putih yang mahal dan harus disiasat ialah projek pusat kontena penjaja, gerai kontena, pusat kecergasan kontena, gym kontena, yang telah dibina tetapi terbengkalai di banyak tempat di Johor. Saya juga mengharapkan kerjasama penuh daripada semua jabatan-jabatan kerajaan yang lebih responsif contohnya Mengkibol ingin sebut dalam ucapan hari ini ialah JPS Daerah Kluang, di mana ia mengambil masa selama 2 bulan, bukan 2 minggu, 2 bulan untuk menjawab soalan memohon maklumat ringkas pengurusan banjir di Daerah Kluang. Dan ini hanya terima selepas Wakil Rakyatnya menghantar dua surat rasmi ADUN Mengkibol dan banyak whatapps dan panggilan telefon daripada pembantu saya kepada JPS.
Isu-isu tempatan kawasan Mengkibol terutamanya telah menjadi harapan yang bertahun-tahun di kalangan orang Kluang supaya jambatan jejantas dapat dibina di persimpangan Taman Sam Hoe dengan Jalan Mersing kerana lengkongan sana merupakan kawasan hitam kemalangan maut. Pembinaan ini memerlukan kos sebanyak lebih kurang RM2 juta dan Mengkibol harap projek ini dapat diberi keutamaan.
Kedua, persimpangan Jalan Kampung Majid, Jalan Mersing dekat Econsave merupakan kawasan banjir yang paling kritikal di mana paras air boleh sampai 0.6 meter dan memerlukan penukaran crossing box culvert ataupun saliran pembentung dengan secepat mungkin.
Ketiga, saya berharap permohonan tanah penduduk Batu 4, Kampung Mengkibol yang terjejas bawah projek landasan kereta api berkembar atau double track dapat dipercepatkan oleh Pejabat Tanah kerana pembersihan tepi landasan telah hampir ke tempat kediaman mereka sekarang.
Keempat, Mengkibol berharap JKR boleh mengambil tindakan segera untuk mengubah suai persimpangan Tol Air Hitam menuju Kluang dari satu lorong kepada 2 lorong disebabkan oleh peningkatan trafik di mana JKR hanya perlu memindahkan lampu trafik di persimpangan yang cukup luas itu dan kesesakan di bottle neck itu dapat diselesai dengan begitu mudah.
Yang Berhormat, ada 1 minit lagi eh.
Kelima, demi menarik pelaburan asing dan memudahkan ibu bapa menikmati waktu keluarga bersama-sama anak-anak mereka, Mengkibol ingin mencadangkan pengembalian cuti mingguan dari Jumaat - Sabtu ke Sabtu – Ahad. Selain daripada itu, untuk menarik pelaburan Mengkibol mencadangkan menubuhkan satu Jawatan Tugas Khas,Special Task Force untuk mengkaji dan merangka dasar-dasar atau strategik khusus untuk pelabur Singapore dan MNC yang berada di Singapore supaya melabur di Johor Selatan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, cabaran yang paling besar untuk kerajaan baru adalah pembaharuan institusi dan mencipta peluang pekerjaan atau aktiviti-aktiviti ekonomi yang berkualiti. Untuk mencapai matlamat ini, Mengkibol mencadangkan kerajaan supaya melancarkan program ekonomi di Johor Tengah dan menubuhkan Johor Information Technology And E-Commerce Counsel yang serupa dengan SITEX di Selangor. Untuk membangunkan Johor sebagai hab perniagaan E-Commerce dan menggalakkan start up baru di kalangan pemuda.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua ADUN yang berada di sini yang datang daripada pelbagai kaum dan agama. Kepelbagaian, kepelbagaian merupakan aset masyarakat Malaysia yang harus kita hargai. Kita sebagai Wakil Rakyat dan juga para kakitangan kerajaan, kakitangan kerajaan haruslah sentiasa mengingatkan diri kita,kita mempunyai peranan yang besar untuk membentuk masyarakat yang lebih bertoleransi terutama dalam isu-isu yang mudah dipermainkan atau dikelirukan oleh sesetengah pihak. Kita haruslah setia kepada prinsip kita, iaitu demi rakyat. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Mengkibol. Seterusnya, Yang Berhormat Panti.
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Salam Muafakat Johor. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, pertama Panti ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua khususnya Bangsa Johor yang masih setia dan bersama perjuangan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Ke-14 yang lepas.
Yang kedua, Panti juga merafak sembah dan menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar atas Titah Ucapan dalam merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Ke-14.
Yang Berhormat Speaker, hari ini Johor diterajui oleh Pakatan Harapan dan bercakap tentang isu ini, isu hala tuju Johor dan ke arah mana negeri tercinta ini dipacu amat penting sekali. Panti menanti dengan penuh minat pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tentang pelan baru, Pelan Tindakan Johor yang telah ataupun yang dinyatakan di dalam akhbar dan akan diumumkan pada 18hb Ogos ini. Panti bersangka baik khususnya bila merujuk pada nombor 7, Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang menyatakan agar pelan tersebut telah dibincangkan dengan semua pihak. Panti berharap agar pelan baru ini lebih menyeluruh dan tidak hanya seperti melepaskan batuk di tangga. Ini contohnya seperti yang telah Kerajaan Barisan Nasional lakukan sebelum ini, 4 tahun lepas dengan munculnya Pelan Suara Hati Johor yang dilancarkan pada 31 Mei 2014, adalah hasil dari kajian yang melibatkan lebih 5,000 responden Bangsa Johor dan juga pemegang taruh yang lain.
Misi utama Pelan Suara Hati Johor, adalah untuk melaksanakan dasar-dasar pembangunan yang jelas berasaskan hasrat dan aspirasi Bangsa Johor. Seperkara lagi, adalah tentang banyak manifesto kerajaan pusat Pakatan Harapan yang tidak ditunaikan dan tidak dilaksanakan khususnya janji 100 hari. Bagaimana harus kerajaan negeri Pakatan Harapan melakukan intervensi atau desakan tentang isu-isu ini. Contohnya, seperti menghapuskan hutang peneroka FELDA.Ini kerana semua maklum bahawa Johor mempunyai jumlah FELDA yang terbesar, jumlah kedua FELDA terbesar di dalam negara termasuklah FELDA di kawasan saya, di Panti sebagai wakil serta kerajaan yang bertanggung-jawab,Panti berpendapat ianya satu tanggung jawab untuk kerajaan negeri Pakatan Harapan memastikan terlaksana janji-janji ini yang telah diketengahkan.
Yang Berhormat Speaker, merujuk kepada Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, nombor 16 dan 18 dan seperti yang disebut juga oleh Yang Berhormat Buloh Kasap, Panti menyarankan agar pihak kerajaan Pakatan Harapan untuk meneliti dan menilai serta melaksanakan pelebaran Lebuhraya Utara Selatan dari Air Hitam ke Johor Bahru dari 4 lorong ke 6 lorong bagi manfaat semua. Hubungan baik negeri dan pusat seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari Ahad perlu dibuktikan untuk tujuan ini.
Nombor 20, Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku selari dengan kehendak dan keperluan kami di Panti khususnya, Panti minta pihak kerajaan Pakatan Harapan untuk memantau dan membuat penguatkuasaan perlombongan pasir sepanjang sungai dan juga persisiran sungai yang entah secara sah atau haram. Ini kerana ada aduan dari penduduk khususnya dari Kampung Kelantan, Kampung Panti, dan Kampung Orang Asli Sayong
Pinang tentang perkara ini yang mana ianya tidak terkawal dan menyebabkan tebing, banyak isu alam sekitar dan tebing runtuh dan menjejaskan pendapatan mereka di kawasan tersebut.
Yang Berhormat Speaker, Johor adalah sebahagian daripada Malaysia dan apa yang berlaku di luar Johor pasti akan juga berlaku sama ada dalam skala kecil atau besar. Hari ini saya mohon untuk pihak kerajaan Pakatan Harapan menyatakan apakah pendirian kerajaan negeri secara rasmi di Dewan yang mulia ini tentang beberapa isu yang bukan sahaja mengancam masa depan generasi kita malah mengganggu gugat agama Islam seperti yang juga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penawar, Yang Berhormat Parit Raja, Yang Berhormat Sungai Balang iaitu isu LGBT. Tidak perlulah saya menghuraikan isu ini kerana rakan-rakan lain sudah membahas dengan jelas dan panjang lebar. Cuma pendirian negeri perlu dan perlu jelas tentang perkara ini.
Isu kedua, adalah cadangan yang dibangkitkan di dalam Dewan Rakyat oleh Timbalan Menteri Kesihatan untuk mewajibkan pesakit yang ingin mendapatkan perkhidmatan di hospital kerajaan menggunakan insurans dan caj RM1.00 dihapuskan. Memang perkara ini masih dalam cadangan tetapi pada saya apabila dalam cadanganlah ianya perlu kita suarakan atau kita bantah supaya ianya tidak berlaku. Saya mencadangkan dan mohon ulasan serta tindakan kerajaan untuk kita dalam Dewan ini,menyatakan bantahan secara rasmi kerajaan negeri Johor tentang dua perkara ini isu LGBT dan juga isu penghapusan RM1.00, caj RM1.00 di hospital.
Yang Berhormat Speaker, isu yang penting yang melibatkan kawasan saya iaitu sebahagian besar warga Panti adalah tentang status penyerahan pentadbiran kawasan KEJORA khususnya di Bandar Tenggara dan Petri Jaya kepada pihak-pihak seperti Majlis Daerah Kota Tinggi, IWK dan lain-lain. Mohon pihak yang terlibat untuk menyelesaikan segera perkara ini. Banyak isu berbangkit seperti isu perjawatan, isu penyerahan fail pegangan dan penyenggaraan aset, isu kesihatan dan perlesenan, isu penyelenggaraan jalan raya, longkang, kumbahan dan utiliti. Isu penyerahan Taman Tasek Bandar Tenggara dan juga isu tentang Air Terjun Gunung Mentahak. Semua ini yang terkesannya adalah warga Panti. Antara akibatnya ialah air kumbahan melimpah, rumput tidak dipotong, kebersihan tidak dijaga dan banyak lagi. Saya bersedia untuk bersama membantu dalam perundingan perkara ini bagi di selesaikan. Cuma, ia perlu dimulai dan diketuai oleh kerajaan atau EXCO terlebih dahulu.
Yang Berhormat Speaker, Panti berpandangan akses wifi, Johor Free Wifi perlu diperluaskan lagi dan berharap pihak kerajaan Pakatan Harapan dapat nyatakan komitmen menyediakan kemudahan ini khususnya di kawasan pendalaman seperti di perkampungan-perkampungan Orang Asli seluruh negeri Johor. Di Panti, ada 3 buah kampung Orang Asli iaitu Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Kampung Kempas Menang dan Kampung Pasir Intan dan juga kampung-kampung tradisional yang lain. Ini kerana akses kepada kemudahan Internet berkelajuan tinggi memberi peluang bagi mereka didedahkan kepada dunia luar. Dalam artikel yang dikeluarkan oleh Bank Dunia pada Mac 2017, ia telah mencadangkan yang berikut kepada pembuat polisi, Internet haruslah diberikan kepada kawasan sekolah, perpustakaan dan premis kerajaan.
Kedua, ia perlu holistik dan mencakupi semua golongan masyarakat, seperti pendidik, pelajar dan orang tua.
Ketiga, Internet haruslah menjadi satu mekanisme untuk mengupayakan masyarakat. Maka Panti berfikiran bahawa akses Internet merupakan satu bentuk hak asasi manusia berdasarkan artikel tersebut.Ini kerana kemudahan Internet adalah asas dan penting kepada semua. Isu atau perkara yang juga penting dan perlu diambil perhatian serta tindakan pihak kerajaan adalah untuk sentiasa memastikan bahawa khidmat dalam membantu serta menyelesaikan isu rakyat hendaklah sentiasa diambil berat.
Banyak terjadi pasca PRU yang mana perkara ini kurang diambil peduli contohnya seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Raja semalam apabila jawatan ketua kampung dilucutkan dengan serta merta dan proses yang memakan masa menjadikan rakyat tidak ada tempat untuk mengadu dan menyelesaikan masalah mereka dengan segera.
Begitu juga apabila pelantikan Ahli Majlis yang asal boleh, ada yang tidak berkelayakan dan tidak mampu memikul tugas dan amanah sebaiknya. Contohnya, di Majlis Daerah Kota Tinggi ada antaranya Ahli Majlis yang berasal bukan dari kawasan Kota Tinggi sendiri. Ini berbeza dengan jawapan yang saya terima secara bertulis pada pagi ini yang mengatakan antara pertimbangan untuk Ahli Majlis adalah peranan mereka di peringkat akar umbi yang diyakini mampu memberi manfaat di kalangan penduduk di setiap kawasan PBT dan saya minta supaya setiap Ahli Majlis yang telah dilantik ini diberi kursus atau latihan bagaimana mereka hendak melaksanakan tanggung jawab mereka dengan sebaiknya.
Yang Berhormat Speaker, akhir-akhir ini berbagai dugaan menimpa bangsa Johor di beberapa tempat seperti ribut, kebakaran dan bencana-bencana lain termasuklah di Panti. Banyak infrastruktur musnah dan tidak dapat digunakan atau perlu diperbaiki. Kerajaan Pakatan Harapan hari ini perlu peka dan Panti mencadangkan agar satu dana bencana dari kerajaan negeri diwujudkan bagi menangani perkara ini, dan boleh dimohon jika berlaku pada masa yang akan datang.
Dalam sektor pelancongan dan bertepatan dengan tumpuan daerah Kota Tinggi, sebagai daerah pelancongan, Panti mohon agar usaha ini dapat dipergiatkan lagi. Bagaimana kita boleh maksimakan potensi pelbagai tempat dan tumpuan khususnya di Panti, contohnya Air Terjun Kota Tinggi, Air Terjun Gunung Muntahak dan juga satu pusat rekreasi di Kg. Lukut itu, RAF Point Adventure.
Yang Berhormat Speaker, walaupun perkara ini sudah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kahang, namun Panti juga ingin bangkitkan perkara yang sama. Ianya berkaitan status santuary gajah yang dirancang dan bila boleh disegerakan. Isu gajah liar ini penting kerana ianya menganggu keselamatan dan juga tanaman, khususnya di Kg. Lukut, Kg. Bukit Bintang, Kg. Temenin, Petra Jaya dan sekitar.
Isu seterusnya adalah berkaitan dengan akses warga Panti dengan perkhidmatan awam. Panti mohon untuk pertimbangan kerajaan Pakatan Harapan dalam menyediakan perkhidmatan bas muafakat. Bas Muafakat Johor atau jenama barunya Bas Harapan Baru Johor dari bandar Kota Tinggi ke Kulai yang melalui Bandar Tenggara. Selain itu kos sara hidup yang semakin teruk disebabkan oleh keputusan kerajaan pusat menghapuskan GST. Malahan akan melaksanakan out dated taxation system iaitu SST bermula 1 September bakal memberi kesan teruk kepada rakyat di Panti dan seluruh negeri Johor. Atas perkara ini, Panti memohon untuk pihak kerajaan negeri, Pakatan Harapan memperkenalkan usaha-usaha dan intervensi yang dapat membantu seluruh bangsa Johor hari ini seperti yang pernah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Antaranya perluasan akses Rumah Mampu Milik Johor, memperkenalkan bas Muafakat Johor dan banyak lagi. Mungkin kerajaan Pakatan Harapan perlu lebih kreatif dalam isu ini selain dari menukar jenama atas usaha yang pernah dilaksanakan.
Yang Berhormat Speaker, bercakap pasal, sebelum Panti mengakhiri perbahasan kali ini, Panti ingin mengulas apa yang telah berlaku semalam. Panti tidak bersetuju dengan Pekan Nanas semalam, tentang isu UEC dan bahasa Melayu kerana bahasa Melayu sememangnya adalah instrumen dan bahasa perpaduan dalam negara kita. Ini berlandaskan beberap perkara dan juga hasil kajian seorang pensyarah, Siti Norayu Mohd, Basir dari Universiti Malaysia Perlis pada tahun 2012 bertajuk ‘Perpaduan etnik menerusi bahasa Melayu’ :
1. Kedudukan Bahasa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 2. Toleransi penggunaan bahasa Melayu di kalangan masyarakat berbagai kaum
3. Bahasa Melayu sebagai lambang jati diri yang dikongsi masyarakat berbilang kaum.
Dan kesimpulannya kajian tersebut menyatakan matlamat bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan telah tercapai dengan penggunaannya yang meluas di Malaysia. Janganlah kita perjudikan perpaduan ini hanya ingin mengikut kehendak setengah pihak. Kita perlulah berlaku adil kepada majoriti, dan mereka yang mengikuti sistem yang telah digunakan sejak lama dahulu. Panti berharap isu-isu dan perkara yang dibangkitkan mendapat perhatian serius oleh kerajaan Pakatan Harapan hari ini. Panti juga sangat berharap jawapan atau penjelasan yang akan diberikan nanti janganlah hanya jawapan mudah untuk melepaskan tanggungjawab seperti ini semua salah Barisan Nasional, akan ambil maklum dan akan dikaji, tetapi hakikatnya hanya sunyi sepi sampai 5 tahun lagi. Panti sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih dan menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Sekian, wabbillahi taufik walhidayah wassalammualaikum warahamatullahi wabarakatuh.
Terima kasih daripada Panti. Awal 2 minit. Seterusnya dari Yang Berhormat Serom. Jemput.
Bismillahirahmaanirahim. (Bacaan doa). Assalammualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, Serom ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberikan keizinan kepada Serom untuk membahaskan rundingan junjungan kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Ta’zim...
Yang Berhormat mic tu turun sikit.
Pada Pembukaan Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 ini. Serom juga ingin mengambil kesempatan memulakan perbahasan ini dengan kita bersama-sama merenung sejenak kepada sepotong ayat al-Quran dari surah Annisa’ ayat 58 yang bermaksud ‘ Dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil’. Sifat adil penguasa terhadap rakyat dalam bidang apa pun, dengan tidak membezakan antara satu sama lain dengan yang lain di dalam pelaksanaan hukum akan menjadi amalan kerajaan hari ini Yang dipimpin Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Haji Osman bin Sapian.
Langkah pertama komitmen ini telah dibuktikan dengan pemberian peruntukan pembangunan Pejabat Menteri Besar yang sama bagi semua Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Keduanya, dengan penyerahan bilik ketua pembangkang bermaksud ketua pembangkang kali ini mempunyai biliknya sendiri, iaitu kepada YB Benut. Kedua-dua langkah ini tidak berlaku dalam sejarah kepimpinan Barisan Nasional insya-Allah kita akan terus bukti keterbukaan kerajaan Pakatan Harapan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, penegasan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, bahawa sejarah perubahan kepimpinan kerajaan negeri Johor yang dilakarkan oleh rakyat dengan izin Allah SWT ini adalah dengan asas dan tujuan yang kekal sama iaitu untuk menjamin kemakmuran negeri dan kesejahteraan hidup rakyat. Perubahan menyeluruh kepimpinan yang menyaksikan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional yang berusia puluhan tahun telah bertukar kepada sebuah kerajaan yang seluruh kepimpinannya adalah muka baru, yang mempunyai inspirasi dan tekad untuk terus membawa, untuk terus membawa harapan negeri Johor dan rakyat Johor menjadi sebuah negeri yang makmur dan sejahtera dengan strategi-strategi terkini bagi pembangunan ekonomi dan rakyat yang menyeluruh dan seimbang. Nilai-nilai kepimpinan baru yang amanah, dan bersatu adalah hasil dari gerak kerja demokrasi wajib memberikan keadilan buat semua rakyat Johor. Suka Serom mengingatkan diri sendiri dan barisan kepimpinan yang baru, dengan izin, ruling government bahawa nama dan nilai yang dibawa oleh kita sangat mudah difahami. Dan telah diterima baik oleh rakyat keseluruhannya. Maka, dengan nama dan nilai ini wajib kita jaga dan
terjemah dengan seluruh gerak kerja bagi agenda bagi mengisi kemenangan yang telah dianugerahkan. Inilah isyarat jelas dan langsung dari rakyat untuk kita semua, Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat Tuan Speaker, negeri Johor yang makmur dan sejahtera adalah citia-cita berterusan kita bersama. Pemimpin dan rakyat Johor bersedia bekerja bersama sekali lagi untuk menjadikan Johor dan Malaysia sebagai sebuah negeri dan negara yang makmur dan dihormati di seluruh dunia, dengan pelbagai pencapaian terbaik. Pencapaian terbaik ini boleh diperolehi dengan izin Allah SWT, dengan gerak kerja berpasukan yang terancang dan seimbang, yang mencakupi pelbagai segmen kehidupan rakyat, baik dari Ahli-Ahli Berhormat Pakatan Harapan mahupun dari Ahli-Ahli Yang Berhormat Barisan Nasional. Hasilnya telah dan akan terus dinikmati secara bersama juga oleh seluruh rakyat dengan setiap ahli keluarga mendapat pekerjaan dan pendapatan yang baik. Pendapatan yang baik dan tinggi adalah petunjuk dengan izin, indicator kepada kemakmuran negeri dan negara. Kemakmuran yang bakal dicapai ini akhirnya nanti wajib memberikan kesejahteraan yang seimbang kepada rakyat. Perkara-perkara berkaitan kebahagiaan, kebajikan dan keselamatan rakyat keseluruhannya, perlu diberikan perhatian serius secara berterusan. Kesejahteraan menyeluruh ini mungkin sukar dicapai, namun ia bukan suatu yang mustahil. Ia mampu dicapai apabila kita semua Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian mampu mendengar dan terus mendengar denyut nadi sebenar kehidupan rakyat. Kebahagiaan, kebajikan dan keselamatan seluruh rakyat adalah petunjuk, dengan izin, indicator penting dalam kita menilai kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Akhirnya kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dapat diukur dan menjadi petunjuk sebenar kepada kejayaan sebuah kepimpinan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon izin mencadangkan kepada kerajaan hari ini untuk mengujudkan satu mekanisme dan formula yang jelas dan mudah agar kemakmuran dan kesejahteraan hari ini boleh diukur dan hasilnya menjadi rujukan kita semua. Untuk perbahasan seterusnya, Serom mohon izin untuk memberi fokus kepada isu-isu tempatan yang berbangkit dan cadangan-cadangan penyelesaian.
Yang Berhormat Tuan Speaker, banjir yang melanda Mukim Kesang di kawasan Parit Fajar, Parit Rawang Ayah Samad Bumi Hijau khususnya kawasan yang berdekatan dengan Kesang dengan Sg. Kesang pada awal Julai 2018 yang lalu dan berlarutan hingga awal Ogos bagi sesetengah kawasan berhampiran telah mengejutkan banyak pihak. Situasi banjir yang juga dikenali oleh masyarakat di situ sebagai banjir termenung, kerana banjir yang tidak surut-surut untuk satu tempoh. Banjir kali ini meliputi kawasan yang lebih besar dari banjir-banjir yang berlaku sebelum ini. Banyak kebun-kebun kelapa sawit peladang-peladang yang tenggelam dan tidak surut-surut. Isu ini menimbulkan kerisauan yang amat sangat di kalangan penduduk-penduduk. Tinjauan Serom ke seluruh kawasan yang terlibat dan yang terkesan dengan banjir ini mendapati puncanya utamanya, punca utamanya ada 2 iaitu:-
1. Projek pembinaan pintasan banjir dan pintu kawalan pasang surut dan kerja-kerja berkaitan bagi rancangan tebatan banjir lembangan Sg, Kesang yang telah tergendala yang memasuki hampir angka tahun ke 3.
2. Kesan tidak langsung dari projek pelurusan Sg. Kesang itu sendiri.
Punca pertama ini adalah akibat daripada kerja-kerja perancangan yang tidak cekap dan tidak mengambil kira keperluan keseluruhan projek. Apa pun akhirnya, rakyatlah yang terpaksa menanggung akibatnya, urusan harian terganggu, rumah rosak dan banyak peralatan rumah yang terjejas teruk akibat banjir.
Punca yang kedua ialah kesan tidak langsung daripada pelurusan Sg. Kesang itu sendiri. Pelurusan Sg. Kesang telah mengakibatkan aliran sungai yang menjadi lebih laju daripada sebelumnya. Saliran RTB, strategi-strategi untuk mengawal isi padu air yang tinggi pada waktu-waktu tertentu khususnya ketika musim hujan. Kemampuan reka bentuk Sg. Kesang juga, yang sedia ada hari ini apabila siap nanti yang dijangka, maksimum dalam tempoh 2
tahun asih belum tentu kesannya. Oleh itu Serom ingin mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini untuk pihak kerajaan, pihak kerajaan membuat kajian sebagai persediaan awal bagi membina apa yang dipanggil sebagai dengan izin, water barage, di mana kawasan-kawasan yang sesuai di sepanjang Sg Kesang yang terlibat water barage dengan izin ini akan bukan sahaja akan berfungsi memperluaskan, memperlahan aliran sungai malah ia juga akan berfungsi menampung sejumlah isi padu air yang di sepanjang Sg. Kesang sendiri bagi mengelak limpahan air di hujung Sg. Kesang yang berkesudahan dengan banjir seperti yang berlaku baru-baru ini. Water barrage, dengan izin, ini juga dapat dimanfaat untuk beberapa tujuan lain bagi manfaat rakyat keseluruhannya. Serom juga menawarkan kepakaran untuk sama-sama membantu mereka bentuk sistem ini berdasarkan kepakaran sedia ada.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Serom juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan Johor yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pelancaran pengecualian fi, lesen penjaja negeri Johor. Tahniah Yang Amat Berhormat. Ini adalah bukti bagi kemakmuran yang diperolehi oleh negeri Johor hari ini perlu dan akan terus dikongsi kepada segenap lapisan masyarakat. Perkongsian kemakmuran ini termasuklah menyokong rakyat berbilang kaum untuk terus mencari nafkah dengan pelbagai usaha perniagaan. Ramai lagi di kalangan para peniaga dan penjaja yang sedang berusaha keras untuk survive, dengan izin, bagi meneruskan perniagaan dalam dunia yang penuh mencabar, seperti kadar sewa premis yang tinggi khususnya bagi mereka yang baru memulakan perniagaan. Kadar gaji pekerja yang tinggi, persaingan yang tinggi, jumlah pelanggan yang merosot dan barangan keperluan bahan mentah yang belum banyak terkesan dengan penurunan atau zero gst, dengan izin. Bagi meneruskan perkongsian kemakmuran ini, Serom ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri dan kerajaan-kerajaan tempatan untuk melihat semula kadar sewa premis yang berpatutan, kepada para peniaga dan penjaja sama ada peniaga pasar malam sehari atau pasar sehari begitu juga pasar bergerak, penjaja bergerak yang terus gigih bersama membangunkan negeri tercinta, walaupun pengecualian fi lesen peniaga telah dilancarkan. Antara usaha yang boleh usahakan ialah seperti memperbanyakkan tapak-tapak khas terbuka, saiz kecil dan sederhana dengan segala kemudahan asas bagi setiap kawasan perumahan, memperkenalkan konsep baru seperti karavan, yang dengan izin, bagi penjaja atau stall beroda dengan reka bentuk yang lebih mudah.
Yang Berhormat Tuan Speaker, negeri Johor adalah antara pengeluar beras wangi di Malaysia. Di DUN Serom sahaja, terdapat beberapa tempat kawasan pengeluaran padi dan Serom juga mendapati kawasan ini disuburi dengan kawasan-kawasan pengeluaran beras wangi. Serom sendiri telah melawat kawasan-kawasan yang terlibat dengan pengeluaran beras wangi di Mukim Kundang, Teluk Rimba. Industri ini berpotensi untuk dikembangkan, kerana apa yang Serom difahamkan, pengeluaran beras wangi ini tidak berlaku di kawasan-kawasan jelapang padi seluruh negara. Untuk itu, Serom mohon izin mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk mempertimbangkan secara serius projek pengeluaran beras wangi Johor sebagai satu projek khas dengan memberikan subsidi bagi, juga menyarankan kepada kerajaan negeri untuk menyediakan pelbagai bentuk sokongan lain bagi menjayakan projek ini. Serom percaya, projek ini mampu menjadi antara sektor yang menyumbang kepada peningkatan pendapatan yang berprestasi tinggi kepada kerajaan negeri Johor pada masa-masa akan datang.
Yang Berhormat Tuan Speaker, negeri Johor mempunyai dua universiti besar yang berlatar belakangkan penyelidikan dan pembangunan dengan tenaga pakar yang disegani iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Kewujudan dua universiti besar ini wajar dimanfaatkan sepenuhnya bagi menyokong usaha-usaha kerajaan bagi membangunkan negeri Johor sebagai sebuah negeri berprestasi tinggi yang makmur dan sejahtera. Dua universiti besar ini perlu sentiasa dilibatkan bagi memastikan pembangunan berlaku dengan sokongan teknologi dan kepakaran tempatan. Untuk itu, Serom ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri agar tenaga-tenaga pakar dari kedua-dua universiti ini secara konsisten dilibatkan di pelbagai peringkat, baik di peringkat kawasan DUN dan parlimen, hinggalah di peringkat kerajaan negeri Johor. Serom juga
mencadangkan agar budaya penyelidikan ini dapat dijadikan budaya di kalangan semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, baik di peringkat kawasan dan parlimen masing-masing. Suatu geran yang khas dari kerajaan negeri amat-amat dialukan bagi menyokong usaha ini perlu diteruskan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sukan kenu atau kayak polo adalah sukan baru di negara ini. Sukan ini berpotensi untuk mengharumkan nama Malaysia dan Johor khususnya di pentas dunia berdasarkan pencapaian semasa mereka dalam kejohanan sukan kenu polo antarabangsa baik di Eropah mahu pun Asia. Negeri Johor sangat bertuah kerana kita mempunyai sebuah pasukan yang disegani yang bermain di peringkat antarabangsa bagi mewakili Malaysia. Pasukan ini terdiri daripada 8 orang pemain dengan empat orang pemain simpanan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, lima daripada 8 orang pemain utama pasukan elit adalah anak jati Serom, anak bangsa Johor dengan purata umur pemain kita di bawah umur 21 tahun. Tempat latihan pasukan ini pada ketika ini terletak di Sungai Penarik di Sungai Mati dengan kemudahan latihan yang amat daif. Pasukan kenu polo ini untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker, telah mencatat prestasi yang cemerlang bermula tahun 2017 yang lalu dengan kemenangan gangsa di Kejohanan Asia Championship, dengan izin, manakala pada Julai 2018 yang lalu telah muncul sebagai juara dalam Singapore Kenu Polo Championship, dengan izin. Dan yang terkini, telah dinobatkan sebagai pasukan nombor 9 terbaik dunia dalam World Kenu Polo Championship 2018, dengan izin, yang telah berlangsung di Wellands, Kanada. Sekalung tahniah dirakamkan kepada pasukan ini yang telah mengharumkan nama Johor dan Malaysia amnya.
Selaras dengan pencapaian terbaik pasukan ini, saya mencadangkan pasukan ini diberikan bantuan khas bagi menyokong pembangunan berterusan sukan ini seperti sebuah kolam khas untuk tujuan latihan dan kejohanan serta lain-lain kemudahan lain yang di naik taraf di Pulau Penarik, Sungai Mati, Tangkak, Johor.
Satu minit lagi Yang Berhormat, satu minit lagi.
Akhir kata, Serom mohon Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Menteri Besar Dato’ Haji Osman bin Sapian dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian untuk sama-sama memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada cadangan-cadangan yang telah diutarakan oleh Serom demi negeri Johor yang makmur dan sejahtera. Serom juga merakamkan sokongan kepada semua rundingan-rundingan yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Senggarang sebelum ini. Serom juga ingin merakamkan, ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan ribuan terima kasih kepada seluruh pengundi-pengundi DUN Serom yang telah berani membuat perubahan dalam PRU yang lepas. Sekadar itu dulu Yang Berhormat Tuan Speaker. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih YB Serom. Seterusnya, YB Perling.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Perling ingin ucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahas usul menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor sempena Pembukaan Rasmi Penggal Persidangan Ke-14, Pertama bagi Dewan Negeri Johor Yang Ke-14. Perling juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku kerana sudi menyampaikan Titah Baginda pada Dewan yang mulia ini. Jadi, perubahan cuaca melampau iaitu kalau dengan izin, climax change, yang sebelum ini saya dipanggil Pengkalan Rinting, saya telah bawakan isu ini ke Dewan yang mulia ini. Maklumlah, isu ini perbincangan hangat di merata tempat terutamanya antara kerajaan.
Jadi, kita tengok cuaca yang tidak menentu ini membawa kesan kepada negeri kita. Ada kalanya kita kemarau, ada kalanya kita hujan lebat dan ada statistik yang menunjukkan,
contohnya pada tahun 2011, jumlah hujan kita memang tambah mendadak dan tahun itu tersebut kita ada banyak banjir besar dekat negeri kita. Tambahan pula, dengan adanya perubahan muka bumi asal akibat daripada pembangunan yang adanya sampai merosakkan alam sekitar dan ini telah pun berlaku. Contohnya, dekat kita ambil saja hutan paya bakau laut, jika bandingkan dengan 10 tahun yang lepas, kita dah merosot keluasannya lebih kurang 20% dan apa yang terjadi pada kita.
Saya ambil kembali dalam kawasan saya sendiri. Amnya kita tahu, angin yang bertiup dekat negeri Johor ini adalah lemah, tak kuat, tetapi bulan lepas dalam jangka masa satu bulan sahaja berlaku dua insiden ribut angin yang menyebabkan ada bumbung, rumah bumbung ditiup, pokok tumbang dan ada rakit di Sungai Danga itu ditiup ke Singapura. Jadi, saya juga amat bimbang dengan adanya perubahan cuaca dan perubahan struktur permukaan bumi ini, banjir kilat akan terus berlaku jika kita tak ambil perhatian serius. Jadi, terutamanya kalau hujan lebat dan air pasang tinggi. Sehubungan dengan itu, saya mintalah jasa baik daripada jabatan-jabatan, PBT berkenaan, kita memantaulah longkang-longkang yang sumbat. Kalau buat, boleh kita buat pembersihan dan kita pastikan kalau ada pam air itu berfungsi dengan baik sebelum musim tengkujuh ini. Ini minta jasa baik pihak berkenaan.
Tapi satu lagi, ada kalanya kita lihat kepada notis yang diberi oleh Jabatan Meteorologi, ada kalanya dia ada bagi notis, tapi mungkin satu jam atau dalam masa yang singkat, menjadikan ada kalanya kita pun tak dapat buat penyediaan untuk menghadapi ribut. Ini saya rasa kita pun kena tengok apa untuk membantu kalau boleh notis tu diberi sehari ke, sebab zaman sekarang teknologi moden, saya rasa kita boleh mengatasi masalah ini. Jadi, dua perkara sebenarnya saya ingin minta penjelasan daripada EXCO-EXCO yang berkenaan, sebab masa saya dekat seberang sana, saya bertanya, saya tak ada penjelasan yang jelas.
1. Ada tak kajian yang menyeluruh untuk menangani banjir kilat terutamanya dekat daerah Johor Bahru ini dalam tempoh lima tahun yang lepas? Dan jika ada, apakah langkah diambil dari kajian tersebut.
2. Kita tahu Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Negeri Johor (MTHPI) telah pun ditubuhkan. Jadi, kita ingin tahu apakah program ataupun kajian yang dijalankan oleh Majlis tersebut?
Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kalau terdapat 959 kawasan skim hartanah berstrata, strata title, dengan izin, dengan jumlah unit rumah, kalau pun dalam boleh gunakan petak, 137,205 petak untuk MBJB dan untuk MBIP pula terdapat 398 skim dan angka-angka ini akan meningkat lagi memandangkan pembangunan hartanah yang pesat beberapa tahun ini. Jadi, bila kita ada begitu banyak skim ini, maklumlah pemilik-pemilik itu tambah dan banyak, dan bila pemilik ini banyak, banyaklah masalah yang perlu ditangani terutamanya unit Pesuruhjaya Bangunan dengan singkat kita panggil COB.
Kalau tengok sekarang, COB dekat MBJB, kakitangannya cuma 7 orang, dekat MBIP pulak 6 orang. Kita bandingkan, kita lihat dekat Majlis, sebab kita nak gunakan status yang sama, COB yang peringkat sama, kita ambil macam dekat Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang ada 1,283 skim tetapi kakitangannya atau perjawatannya terdapat 21 orang. Kalau kita nisbahkan, maksudnya dia satu pegawai, dia boleh berkhidmat untuk 61 skim strata title berbanding dengan COB dekat MBJB, dia, kerja dia satu kali ganda, di mana satu pegawai COB dekat MBJB, dia kena layan 137 skim ataupun 19,600 unit, unit itu rumahlah. Ada kalau ikutkan bilangan mungkin bilangan pemilik itu mungkin dia lebih daripada banyak pengundi Ahli-Ahli Dewan dekat sini. Jadi, itulah satu kerja, work load yang sangat banyak. Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk meminta supaya kerajaan negeri boleh membantu COB ini untuk menambahkan perjawatan dan untuk memudahkan COB menjalankan kuasa dan tanggungjawab bawah Akta 757, Akta Pengurusan Strata Title.
Satu lagi berkenaan strata title ini ialah kita tahu perkhidmatan Penasihat Undang-Undang dekat tribunal tu seminggu cuma dua kali, tak silap saya. Kalau boleh, kita minta kerapkan
lagi perkhidmatan ini memandangkan masalah strata title terutama dekat MBJB dan MBIP ini semakin banyak.
Yang Berhormat Tuan Speaker, bila kita buat lawatan dekat kawasan terutamanya di kawasan perdagangan, kita melihat terutamanya dekat kedai tingkat dekat atas, tingkat dua ataupun tingkat selebihnya barang kali kita lihat dia gantung papan tanda sewa, maksudnya dia kosonglah. Jadi, kita pun tanyalah pemilik kedai itu mengapa situ kosong. Dia cakap, ya lah kita tak ada orang nak sewa, tapi ada orang datang nak sewa jadikan tempat kediaman, tapi bila dia tengok tu kedai, atas kedai statusnya ialah berstatus komersial, jadi cukai pintu tu memang status komersil, tambahan lagi dengan elektrik, dengan air pun status komersil, jadi bila semua status komersil, mestilah lebih mahal daripada status kediaman. Jadi, barang kali mereka pun tak nak lah sewa dekat tingkat dua situ. Dan, jadi dekat sini, saya ingin memberi pandangan bahawa, kalau boleh, kalau boleh dekat tingkat dua sebegini kalau nak, ada bolehlah kita mempertimbangkan permohonan supaya tingkat dua dekat kedai tu boleh jadikan status kediaman untuk menyediakan lebih ruang lagi kediaman terutamanya dekat kawasan bandar, kawasan komersil dan memudahkan orang-orang untuk bekerja ataupun bolehlah hidupkan lagi dekat komuniti, dekat kawasan situ.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dua isu berkenaan dengan Kompleks Sultan Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Second Link. Jadi, kita tahu bila Kompleks Sultan Abu Bakar ini, KSAB dengan singkat, dibina dia adalah puluhan tahun dahulu. Kadar jangkaan, kadar penggunaan sekarang adalah 10 kali ganda daripada jangkaan kepenggunaan apabila ia dibina. Jadi, memang untuk jangka masa panjang, kita memerlukan pembinaan atau pembangunan semula struktur bangunan tersebut. Tetapi yang kita minta dekat sini cumanya untuk penyelarasan jangka pendek, di mana satu, saya minta jasa baik daripada pihak penguatkuasa terutamanya penguatkuasa pengangkutan sama ada Polis Lebuhraya atau JPJ untuk berada di bangunan KSAB tersebut bila masa puncak kepenggunaan. Sebab dengan adanya penguatkuasa ini kita boleh kawal sebab barangkali kita menerima kompelin ataupun kita faham ada ramai pengguna ataupun pemandu yang memintas kenderaan lain secara melulu. Jadi, kita perlukan penguatkuasa untuk keluarkan surat kuasa, bukan sahaja kawalan.
Yang kedua, kita faham infrastruktur dan bangunan sebenarnya masih lagi bawah pantauan JKR Pusat. Jadi, saya berpendapat JKR Pusat ni jauh untuk memantaunya kalau boleh kita memang minta JKR Johor untuk mengambil alih atau membantu untuk membuat pantauan terhadap infrastruktur dekat KSAB ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sebenarnya saya ingin mengucapkan tahniah kepada Dewan yang mulia ini, kerana julung kali kita mengiktiraf kedudukan Ketua Pembangkang dan bukan sahaja kita bagi elaun, kita juga bagi bilik pada Ketua Pembangkang. Tetapi dekat sini Tuan Speaker, saya ingin, saya ada sedikit kekeliruan, yang ingin pencerahan daripada Tuan Speaker, di mana kita lalu dekat depan bilik Ketua Pembangkang itu kita sebenarnya nampak ada bill board sidang media dekat situ, boleh ke mereka buat demikian?
Sidang media itu adalah untuk pembangkang. Dan, kita ada 2 pembangkang lagi selain daripada PAS. Pada saya, kalau Barisan Nasional sudah ada muafakat dengan PAS untuk buat sidang media itu tidak ada masalahlah. Hak dialah tetapi dengan syarat PAS accept bahawa itu adalah sidang media Barisan Nasional.
Oh, jadi Tuan Speaker secara prinsipnya pun setujulah dengan ini. Saya keliru, sebab masa sidang yang lepas, masa kita zaman kita dipanggil Pengkalan Rinting oleh Dewan yang mulia ini, kita nak buat PC pun sebenarnya adakalanya dihalau oleh pengawal dan kita pun tak ada ruang, jadi saya mengucapkan syabaslah, saya memberi kenyataan sini sebenarnya bukannya meminta pembangkang untuk berterima kasih kepada kita, sebab ini merupakan hak ADUN Pembangkang dekat Dewan yang mulia ini, yang kalau kita nak berterima kasih pun berterima kasih kepada rakyat yang memberi mandat kepada Pakatan Harapan untuk menjadi kerajaan Johor. Jadi, dan sambil itu dia
memberi, memulangkan hak Ahli Pembangkang dekat Dewan yang mulia ini. Jadi, saya dekat sini sama-samalah kita mainkan peranan masing-masing untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Johor Darul Takzim. Jadi, sebelum saya mengakhiri Dewan yang mulia ini, sebenarnya ada sedikit pandangan yang saya rasa untuk menambah baik urusan Dewan yang mulia ini.
1. Yang saya ingin bawa ialah kita kalau boleh kita tengok mendigitalisekan ataupun secara digital terutamanya kertas-kertas kerja mesyuarat terutamanya untuk soal jawab sebab barangkali bila kita nak jawab dan digital ini kalau boleh kita paparkan kepada awam sebab saya rasa, yang ini maklumat awam yang perlu diketahui oleh orang awam dan senang juga untuk kita buat kerja untuk mencari data dan senang kerja untuk EXCO-EXCO kita, tak payahlah jawab soalan yang berulang kalaulah dah ada dekat situ kita tahu siapa-siapa, Ahli Dewan yang mana pernah tanya soal tersebut kita tengok sahaja dan kita boleh buat rujukan.
2. Saya rasa Dewan yang mulia ini sebenarnya adalah kepentingan orang awam dan saya memang kalau boleh kita minta siaran langsung untuk sidang DUN ini. Ia, bila adanya siaran langsung untuk awam, sekarang ni zaman Internet kita boleh siaran langsung dekat Internet. Saya rasa kita akan jaga diri sebab sekarang ni kalau terus sahaja ada Internet, orang awam boleh tengok kita dan pantau kita dan menjadi pengadil untuk kita. Kita sebagai Ahli Dewan yang mulia ini, memanglah kita kena jaga diri. Ada ke siaran langsung ke tidak ada siaran langsung ke tapi ada siaran langsung ini memang kita akan ingat ada orang tengok kita orang itu. Jadi ini...
Mohon gulung Yang Berhormat.
Ini adalah pendapat saya terhadap Dewan, untuk urusan Dewan yang mulia ini dan dengan ini saya akhiri ucapan saya dan Perling menyokong rundingan yang dibawa oleh Senggarang terima kasih.
Terima kasih Perling. Seterusnya, YB Tenggaroh.
Terima kasih. Salam sejahtera dan Salam Muafakat Johor. Terlebih dahulu Tenggaroh ingin ucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Ke Atas Rundingan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga sebagai, dengan sama sebagai kawan-kawan saya nak ucapkan tahniah kepada kerajaan Pakatan Harapan hari ini kerana telah menjadi kerajaan negeri Johor dan juga tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, tahniah kepada EXCO, tahniah kepada Tuan Speaker atas lantikan-lantikan ke jawatan. Kita kena ucapkan tahniah, itu keputusan rakyat, kita kena menerima keputusan rakyat dengan terbuka.
Dan, saya juga nak ucap terima kasih kepada pengundi saya dari Tenggaroh yang memilih saya untuk kali penggal yang ke-2. So, saya kena ucapkan terima kasih itu ucapan saya. Nak ucapkan tahniah juga ke pasukan JDT kerana telah 5 kali berturut-turut menang Liga Super dan bila saya mengucapkan tahniah ni saya nak selitkan satu soalan pada EXCO Belia, adakah pasukan JDT kali ini ada dapat ganjaran sebab dah menang 5 tahun berturut-turut, ada ganjaran daripada kerajaan negeri ke tak? Itu saya nak tahu aje. Itu nanti bila dia boleh jawab, boleh bagi penjelasan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, ini penggal kedua, penggal pertama saya ini, bila saya datang yang lepas, muda, masa tu saya baru 30, 31, antara 30 hingga 31 tahun.
Jadi, sekarang ni dah tualah.
Sekarang dah tua sikit. Dah ada experience sikit. So, bila muda tu, dah jadi Wakil Rakyat, berkobar-kobar semangat dia, nak buat kerja setiap hari di kawasan pergi jumpa rakyat kita dengar aduan-aduan daripada rakyat, dapat banyak permohonan daripada rakyat. Kita terima setiap hari, setiap hari kita jumpa banyak permohonan kita dah mula terima dan bila permohonan aduan diterima kita tulis surat, kadang-kadang tak dapat jawapan, kadang-kadang ada dapat jawapan so masalah tak selesai. Saya masa tu muda, masalah tak selesai, tak ada pengalaman kan, masalah tak selesai. Lepas itu, saya pergi jumpa ADUN-ADUN yang lama, saya tanya pengalaman mereka, tanya dengan ahli politik yang lama, saya kongsi pendapat daripada mereka, lepas tu mereka ajar, tunjuk ajar, YB tak boleh selalu dekat kawasan aje, kena pergi jabatan-jabatan, jumpa Pejabat MB, jumpa pergi pejabat-pejabat EXCO, pergi pejabat-pejabat kerajaan negeri, pejabat-pejabat kerajaan pusat untuk dapat feedback, nak tanya bantuan macam mana kita nak selesaikan.
Itu pengajaran saya terimalah. Dan, bila saya buat macam tu saya dapat banyak selesaikan banyak masalah. So, saya hari ini saya tengok banyak ADUN-ADUN yang belia muda yang baru, so saya tengok ni banyak masalah dapat kita selesaikan. So, saya nak ucapkan terima kasih masa penggal lepas, banyak masalah saya dapat diselesaikan pada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, mantan Menteri Besar Dato’ Seri Khaled Nordin dan barisan EXCO yang lama kerana telah banyak selesaikan masalah dan juga ketua-ketua jabatan. So, itulah saya kena, kita pertama kena ucap terima kasih kita dah dapat selesaikan masalah, saya nak ucapkan terima kasih.
Dan, daripada pengajaran saya, bila muda saya nak tunjuk ajar kepada kawan saya daripada Tiram semalam yang telah dalam ucapan dia, dia wakil Biro India untuk PKR dan dia dalam ucapan dia cakap MIC telah gagal dan saya ada dengan YB Kahang adalah salah satu wakil daripada MIC, saya rasa saya kadang-kadang kena terpaksa jawab. MIC ni dah 70 tahun, 70 tahun banyak perjuangan dia untuk masyarakat India. Masalah rakyat ni berubah, dia dari keadaan, kalau kita tengok, kalau dulu, tadi YB daripada Perling dia ada cakap pasal hujan, tapi kita ada masalah bila tak ada hujan, Mersing, dua tahun lepas tak ada air. Masalah dia berbeza, setiap kali masalah dia berbeza. Kita nak selesaikan masalah.
So, itu saya nak bagi pengajaran, sebab saya nak bagi dia contoh masalah YB Kahang, masa dia EXCO, yang menjaga hal ehwal masyarakat India, banyak masalah dia selesaikan, banyak masalah yang dia selesaikan dan banyak isu-isu kuil yang berada di tempat-tempat lain diselesaikan. Bukan senang sebab dia ada banyak masalah. Masa tu kalau kita tengok, saya bagi contoh macam YB Kahang, raise hari tu pasal masa Bajet 2018, ada kelulusan untuk mengambil lima pekerja di setiap PBT, masa tahun 2018. Dan pada awal tahun ini, banyak PBT ada penawaran jawatan kosong dan bila banyak masyarakat India buat permohonan tak ada seorang pun yang dapat. Tapi, bila kita dapat balik kata, jawapan daripada PBT-PBT, alasan yang dibagi ialah dia bagi pekerja kontrak dulu priority, alasan munasabah, saya rasa kita tak boleh salahkan. Alasan dia munasabah. Saya terima alasan, saya tak boleh salahkan. So, ini adalah antara masalah kadang-kadang akan terima. Kita dah ada dasar tapi masalah tak dapat diselesaikan.
So, saya nak beritahu pada YB Tiram, contoh juga tapak khairat kematian. Masalah kalau kita tengok pada asal usul dia, banyak masalah dan sekarang dah sampai satu tahap untuk diperjalankan. Ini adalah contoh-contoh perjuangan, tak baik dia cakap, MIC tak buat apa-apa, nasi sudah jadi bubur. Saya nak, itu aje saya punya penjelasan sebab pasal tu saya cakap pasal pengalaman, sebab kita kadang-kadang baru, kita nak buat cepat, tapi kadang-kadang pengalaman itu penting, macam YB Bukit Permai 34 tahun dulu dia jadi Wakil Rakyat dan sekarang dia datang balik, pengalaman dia. Kadang-kadang saya pun nak jumpa dia, nak tanya dia pengalaman dia. Penting, sebab walaupun saya dah dua penggal, tiga penggal saya tak boleh cakap saya dah tahu semua. Kita setiap kali memang belajar dan kali ini kita sebagai pembangkang kita pun tengah belajar juga. Kerajaan, sekarang kita sebagai pembangkang, kita tengah belajar dan kerajaan baru mereka sebagai kerajaan, mereka pun tengah belajar. Pasal tu bila semalam YB Seri Medan dia cakap kita, pembangkang ada 100, untuk janji 100 hari itu tinggal 400 lebih saat, ribu saat tu. Hari ni
kalau ikut saya, 300 lebih saat. Saya, saya bagi mereka, kerajaan baru ni belajar sebab mereka tengah belajar, saya tak boleh terus menyoal mereka. Saya kena bagi mereka belajar. Dan saya percaya mereka boleh belajar dan kita di pembangkang sini, kita memantau untuk kebaikan negeri Johor. Kita bukan nak lawan mereka, apa yang kita bawa, apa yang kita naikkan ialah untuk kebaikan rakyat. Itu hasrat saya.
So, saya berterima kasih kerana diberi peluang kali ni dan saya nak bawa balik satu isu, isu yang sering diperkatakan pasal air baru-baru ini. Saya menyokong tindakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar nak bagi 10 meter padu air percuma kepada golongan B40. Saya menyokong. Tapi ada juga daripada YB Rengit, dia pun ada menanyakan kenapa kita tak beli syarikat air tu, dia ada tanyakan. Dan, jawapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, syarikat itu rugi dan dia bercadang nak membuat syarikat air yang baru. Tapi saya berpendapatan, berpendapat, kalau boleh kita fikirkan pro and cons dia, dengan izin. Mana satu baik mana satu, kalau nak membeli adakah dia baik atau nak mewujudkan yang baru mana satu yang baik, sebab air ni, aset ini kita perlukan balik kepada negeri Johor. Kalau kita dah cakap kita ada rizab surplus sampai berbilion-bilion tapi aset-aset kita tak milik kepada kita tak bagus juga. Kita nak dia balik kepada kita, so lebih banyak orang kita boleh bagi air percuma. Ini kebaikan rakyat dan kalau nak pengalaman yang lebih baik pasal air ini,macam saya pun kadang-kadang merujuk pada YB Benut sebab dia ada pengalaman sebagai EXCO yang menjaga air dulu.
Kalau boleh dapatkan pengalaman, itu saya cakap baru kadang-kadang dapat daripada pengalaman yang lama. Itu penting sebab kita bekerja untuk rakyat, macam YB Mengkibol kita kerja untuk kebaikan rakyat, akhirnya rakyat yang akan menerima apa-apa yang kita berbincang di sini. Dan saya berteruskan daripada itu pasal isu GST yang, YB Tuan Speaker saya nak isu pasal GST.
Bila sidang Dewan yang sebelum ni, bila masa GST nak wujudkan banyak perbincangan nak GST, tak nak GST, nak kekalkan SST itu banyak perbincangan dan dibincangkan banyak dan diperbahaskan dengan banyak. Saya masa tu saya menyokong GST dan sekarang saya masih menyokong GST kerana saya merasa GST ini satu sistem cukai yang telus. Bukan saya seorang nyatakan dia banyak akauntan saya berbincang, mereka pun cakap dia memang telus dan Menteri Kewangan sendiri tidak menafikan dia memang satu sistem percukaian yang telus.
So, apa yang saya nak cadangkan di sini ialah kalau boleh bincang, tengok balik mana satu baik untuk rakyat dan saya nak bila cakap pasal GST saya nak tanya pada kerajaan negeri satu aje. Masa GST dulu semua perkhidmatan kerajaan tidak dikenakan cukai. So bila SST diwujudkan, kalau diwujudkan September ini adakah perkhidmatan kerajaan dikenakan SST. Harap dapat jawapan daripada itulah, perkhidmatan kerajaan dapat kena caj SST tak?Itu satu.
Dan isu yang seterusnya yang saya ingin bawa ialah pasal pelancongan. Pelancongan saya nak ucap tahniah pada EXCO Pelancongan ini sebab baru-baru ini saya dengar dia dah pergi ke Pulau Mersing, Taman Laut Sultan Iskandar, pulau-pulau di Taman Laut Sultan Iskandar itu kawasan saya, kawasan yang saya berkhidmat untuk rakyat. Saya ucapkan tahniah kerana dia telah pergi, tapi sedih sikitlah dia tak jemput saya sekali. Tapi saya ucapkan tahniah, dia prihatin dia pergi jumpa banyak ketua kampung saya dengar, banyak ketua kampung beritahu saya YB prihatin, dia datang dengar.
Saya di sini nak tahu sebab pulau di Mersing ini cantik, saya tahu YB Speaker pun pernah pergi ke pulau-pulau Mersing pun dan memang cantik. Kalau YB EXCO ada masa, ADUN yang tak pernah pergi bawa mereka pergi tengok pulau di Mersing. Pulau dia memang cantik, banyak keunikan, saya pernah pergi ke Maldives, saya pernah pergi ke Krabi, saya pernah pergi banyak tempat, tapi pulau di Mersing ni lagi cantik. Ini memang hakikatnya, pulau di Mersing memang cantik.
So, saya nak EXCO Pelancongan ini kalau boleh apa perancangan, perancangan untuk menarik lebih banyak pelancong ke pulau-pulau tersebut. Sebab dia dah pergi lawat, dia dah tahu mungkin dia dah ada kajian, dah buat macam mana nak buat perancangan so boleh beritahu berkongsi apa perancangan dan bila kita cakap pasal sektor pelancongan juga Yang Berhormat Tuan Speaker, sektor pelancongan ini penting sebab dia menjana pendapatan kerajaan negeri dan juga menjana pendapatan tempatan. Dia menjana pendapatan tempatan dan banyak orang tempatan dapat meraih keuntungan daripada sektor pelancongan.
Kalau kita tengok masa sidang yang kerajaan BN yang lepas, dia mensasarkan lebih kurang 5 juta pelancong, tapi kita dapat terima lebih kurang 9 juta pelancong. Itu peningkatan secara keseluruhan ramai orang pelancong datang ke Johor dan antara punca mungkin kita boleh cakap Legoland antara punca kita boleh cakap Helokitty Land, Universal Studio dan juga antara punca yang penting itu juga international route yang baru yang baru ke airport. Kita tengok Lapangan Terbang Senai ni ada banyak international route yang baru datang.
Saya nak tanya sini apa perancangan EXCO Pelancongan untuk ada nak penambahan international route sebab ni penting kalau orang direct boleh datang ke Johor lagi banyak, lagi senang, kalau dia pergi ke Kuala Lumpur atau Singapura nak datang ke Johor kadang-kadang dia dah sampai sana, dia pergi tempat lain pulak. So dia datang ke Johor dia dah memang ada idea,so kalau boleh nak tanya EXCO Pelancongan kalau ada penambahan route pelancongan untuk destinasi international dari direct ke Johor, itu satu.
Dan sejurus dengan itu ada beberapa isu kawasan saya nak bawa di sini. Kalau kita tengok Mersing masa saya jadi wakil rakyat ada beberapa peruntukan yang dapat diluluskan melalui ECER. Ini untuk kegunaan rakyat misal kata kita lampu jalan dari Simpang Tenggaroh ke Tanjung Leman, R & R Tenggaroh dan juga Jeti Sungai Jemaluang untuk jeti yang baru. Saya nak tahu status permohonan-permohonan,sebab awal tahun dah diluluskan tapi bila ada pertukaran kerajaan kita tak tahu lagi pertukaran status saya hanya nak tahu apa status dia.
Yang Berhormat, Yang Berhormat ada 2 minit lagi ya.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya nak status dia sebab rakyat dah mula tanya saya, YB apa status dia saya pun nak tahu penjelasan untuk status dia dan akhir sekali Yang Berhormat Tuan Speaker, saya nak ucapkan terima kasih kepada kerajaan Pakatan kerana mengiktiraf kedudukan pembangkang, Ketua Pembangkang hari ini ada pejabat dia, ada Ketua Pembangkang, mengiktiraf ini baik apa yang baik, kita cakap yang baik. Dan saya juga memohon kalau Tuan Speaker saya tengok kali ini kita tengok dalam Sidang Dewan ini banyak belia sebagai kalau belia kita cakap bawah 40 tahun sebagai Wakil Rakyat, sebagai ADUN. Kalau kita tengok lebih dari 10, 20% ada yang lebih kurang 30an.
Kalau kita tengok EXCO-EXCO kita pun ada 32, 33, 37 muda. Jawatan dia tinggi tanggungjawab dia tinggi. Tapi apa yang menyedihkan dia Tuan Speaker, EXCO ini satu penggal 5 tahun kalau dia jadi 2 penggal 10 tahun. Mungkin sekarang 32 tahun, 2 penggal 42 tahun. Kalau mereka tak dipilih balik, dicalonkan balik oleh parti masing-masing atau tak menang atau kalah dalam pilihan raya, apa keadaan mereka. Mereka tak dapat pencen, mereka tak kan dapat pencen, 50 tahun baru dapat pencen.
Ini merisaukan sebab tanggungjawab mereka tu penting, jawatan tu penting dan bayangkan keadaan,kita nak lebih banyak belia jadi Wakil Rakyat, tapi keadaan mereka macam mana nak datang kalau 40 tahun digugurkan tak menang, tapi tak dapat pencen, mereka akan terasa takut bila mereka ada pegang portfolio penting mungkin ada risiko rasuah akan datang. Sebab mereka nak jaga keluarga mereka untuk anak mereka, bayangkan mereka anak mereka baru muda. Saya bukan cakap pasal mereka pasal saya ada kawan-kawan saya sekali tapi kita nak lebih banyak belia datang ke Dewan ni. Kita nak lebih banyak belia datang ke Dewan tapi kita kena bagi mereka satu platform.
Mohon gulung, gulung.
Itu dah terakhir, tapi yang ni penting sebab saya rasa, bukan saya nak cakap, saya harap rakan-rakan saya di sebelah sana pun ini saya menyuarakan semua sekali. Ini satu isu tapi tak di perhatikan, selalu Wakil Rakyat bawa isu untuk rakyat tapi kita kena bawa apa yang kekurangan di sini juga. Dan saya ucap terima kasih kepada Tuan Speaker, kerana bagi saya peluang berucap dalam Sidang Dewan ini yang pertama, kita akan berucap lagi panjang lagi lepas ini dan terima kasih kepada Tuan Speaker saya mohon menyokong dan akhir kata pembangkang ni kita bukan lawan, kita berada di sini sebagai kawan untuk kebaikan kerajaan negeri Johor. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga 2.30 petang ini.
Persidangan ditangguhkan pada jam 1.00 petang.
Persidangan disambung semula pada jam 2.30 petang.
YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, perbahasan disambung sekarang. Berita dukacita,bagi ditangguh Johor terlibat kemalangan di Bukit Pasir bagi laluan Pagoh ke Muar. Maklumat awal pemandu bas diserang sakit jantung kita doakan semoga pemandu dan penumpang dapat diselamatkan. EXCO Kerja Raya dan Infrastruktur dan Pengangkutan mohon mengecualikan menghadiri pada sebelah petang ini untuk menziarahi mangsa-mangsa kemalangan. Ahli-Ahli Yang Berhormat, seterusnya saya mempersilakan YB Tanjung Surat.
Bismillahirahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh salam sejahtera dan salam Muafakat Johor. Tuan Speaker, terlebih dahulu Tanjung Surat ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Speaker kerana memberi peluang untuk turut serta membahas titah ucapan Tuanku Sultan Johor ketika merasmikan Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 pada hari Khamis lalu, 9 Ogos 2018. Tanjung Surat turut menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan TaklukJohor Darul Ta’zim kerana berkenan berangkat dan seterusnya merasmikan Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Johor Yang Ke-14.
Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku kekal sihat walafiat dan diberi taufik dan hidayah oleh Allah SWT untuk terus memerintah negeri Johor Darul Ta’zim. Dalam kesempatan ini saya ingin menarik beberapa ungkapan-ungkapan dari ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, dapat saya sebutkan di sini untuk panduan kita bersama, ada 4 yang saya nak ketengahkan.
Titah baginda, “Oleh yang demikian mana-mana program yang baik yang telah dibuat oleh pentadbiran dahulu perlulah dikekalkan atau ditambah baik bukannya diberhentikan”. Satu lagi yang menarik minat saya, “setiap Ahli Dewan juga hendaklah bersikap terbuka dan mendengar pendapat orang lain, bukannya terus menolak cadangan yang tidak selari dengan kehendak politik atau kepentingan diri sendiri. “Selain daripada itu baginda bertitah”, kerajaan juga hendaklah mengekalkan prestasi kemajuan ekonomi negeri yang tinggi dengan menggalakkan pelaburan yang berterusan dari dalam dan luar negara. Bagi menggalakkan lebih banyak pelabur untuk datang ke negeri Johor,” titah baginda,” kerajaan perlu menyediakan infrastruktur awam yang baik, dasar yang konsisten dan insentif yang menarik”.
Puan Speaker, Tanjung Surat mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi tahniah kepada Pakatan Harapan yang telah memenangi Pilihanraya Ke-14 di peringkat negeri Johor dan persekutuan. Diharap kerajaan negeri baru ini dapat mentadbir negeri Johor ke tahap yang lebih gemilang, gemblingkanlah perkhidmatan Pegawai Tadbir Negeri Johor yang berpengalaman dan berwibawa. Secara peribadi saya telah berurusan dengan Pegawai-Pegawai Tadbir Johor sejak 1982 ketika menjadi Jurutera Daerah JKR Segamat. Kemudian, dalam sektor swasta sebagai Jurutera Perunding yang mendapat beberapa projek kerajaan negeri, dan akhir sekali sejak 2013 sebagai Ahli Dewan Negeri Johor. Saya mendapati Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Johor sebagai kumpulan Pegawai Pentadbir yang mesra rakyat, responsif dan bertanggungjawab. Saya yakin parti mana sekalipun yang memimpin kerajaan negeri, khidmat mereka memang boleh diharapkan. Begitu juga pegawai-pegawai dari jabatan-jabatan persekutuan ataupun negeri yang ada di negeri Johor yang sentiasa bersedia memberi kerjasama.
Puan Speaker, sebagai ADUN dari kawasan pembangunan mega iaitu di Pengerang, pembangunan ini atau lebih dikenali sebagai PIPC, Pengerang Intergrated Petroleum Complex atau Pembangunan Kompleks Petroleum Pengerang sedang dibangunkan oleh dua pelabur besar tanah air iaitu Petronas dan Dialog Berhad. Bagi Petronas, pembangunan di atas tanah, 6,239 ekar telah dimulakan pembinaannya sejak 2014 dan dijangka siap pada suku tahun pertama, pada suku pertama tahun 2019. Dengan tersiapnya nanti, komponen utama pembangunan iaitu loji penapis minyak, dengan izin refinery, akan dapat memproses 300,000 tong sehari minyak mentah. Setakat penghujung Jun tahun ini, kemajuan kerja keseluruhan mencecah 92%, anggaran kos keseluruhannya hampir mencecah RM110 bilion. Bagi syarikat Dialog pula sedang dalam pembinaan fasa ke-3, fasa 1 dan 2 telah siap dan sudah pun beroperasi. Insya-Allah, pembangunan ini kalau tidak sebesar, tapi seiras nanti akan boleh di panggil Rotterdam of the East dengan izin. Anggaran kos bila siap fasa ke-3 dijangkakan mencecah RM10 bilion. Selain daripada itu, mega projek yang besar yang disebutkan tadi di Pengerang juga ada pembangunan pelancongan mega yang hampir siap fasa 1 kesemuanya bernilai RM4.5 bilion. Ini melibatkan pembinaan lapangan golf 45 lubang, 3 buah hotel bertaraf antarabangsa, taman tema air serta pusat peruncitan. Salah satu usaha yang baik yang telah dibuat oleh pentadbiran terdahulu ialah dengan penubuhan Pihak Berkuasa Pengerang, Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang atau PBT untuk menyokong pertumbuhan dan pembangunan pesat Pengerang Intergrated Petroleum Complex ini dan kawasan sekitarnya. Jcorp telah dilantik untuk mentadbir PBT Pengerang sehingga satu masa yang diputuskan oleh kerajaan negeri kelak. Pembangunan PIPC di Pengerang adalah pembangunan extensive luar biasa yang melibatkan penempatan 7 buah kampung, penempatan semula 7 buah kampung, 6 telah lama dipindahkan, sebuah dalam proses penempatan semula. Semua kampung ditempatkan semula di sebuah taman yang di panggil Taman Bayu Damai.
Puan Speaker, saya ingin berkongsi bagaimana pembangunan yang begini pesat tidak boleh di buat dengan orang kata pendekatan yang business as usual, dengan izin. Ia hendaklah dikendalikan dengan satu agensi-agensi kerajaan yang telah dan akan terus membantu pembangunan mega ini. Kerajaan dahulu telah memilih PBT Pengerang dikendalikan oleh pihak Jcorp. Ini adalah kerana Jcorp telah mempunyai pengalaman yang begitu luas dalam mentadbir dan mengurus Majlis Perbandaran Pasir Gudang, MPPG selama 32 tahun. Dibuktikan lagi pencapaian serta pengiktirafan dan anugerah. Perlu PBT yang competent khususnya dalam menguruskan pembangunan kawasan perindustian, khususnya industri berat seperti PIPC bermula dari pemprosesan pelan pembangunan hingga kepada pengeluaran lesen perniagaaan. Pengalaman menarik pelaburan khususnya dari luar negara ada juga di dalam atau boleh juga dikendalikan oleh pihak Jcorp. Jcorp berpengalaman menerbit bon bagi membiayai projek-projek pembangunan dengan menggunakan, dengan mengurangkan beban kerajaan negeri. Mobilisasi anggota pekerja PBT Pengerang dari Jcorp yang sedia ada yang berpengalaman dalam memberi perkhidmatan yang cekap dan berkualiti, bersedia menyediakan pembiayaan kewangan dalam tempoh yang dipersetujui serta mampu berdikari dan cekap dalam menyediakan kewangan.
Oleh yang demikian, dalam bulan Jun 2014, Majlis Mesyuarat Kerajaan telah memutuskan supaya Perbadanan Johor, Jcorp diberi mandat mentadbir kawasan Pengerang secara penuh berdasarkan Seksyen 7, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171 yang dikenali sebagai Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT Pengerang. Dalam masa ditubuhkan,sejak ditubuhkan pada 1.1.2017, PBT Pengerang telah mencapai beberapa kejayaan dalam memacu pembangunan di kawasan industri minyak dan gas, khasnya dan seluruh Pengerang amnya. Mereka telah menerima pencapaian, anugerah PBT oleh pelbagai badan. Mereka juga ada Program Pensijilan Sistem Pengurusan Anti Rasuah, ISO 37001-2016. Mereka juga telah menubuhkan Pengerang Emergency Mutual Aid ataupun PEMA untuk menyelaras, merancang dan bekerjasama dengan pihak MKN, Polis, Bomba dan jabatan kerajaan dan pekilang-pekilang yang berisiko tinggi dalam menghadapi sebarang bencana. Selain daripada itu, PBT juga Pengerang juga johan pertandingan landskap laman dalam kategori Majlis Daerah. Juga telah ditubuhkan Yayasan Pengerang oleh PBT Pengerang yang mana objektifnya memastikan nikmat pembangunan di Pengerang turut dikecapi oleh komuniti setempat khususnya kumpulan sasaran seperti golongan miskin, pesakit kronik, selain melaksanakan program-program kemasyarakatan dan pendidikan. Dari maklumbalas yang saya dapat daripada penduduk di Pengerang dan juga pemain-pemain ataupun business players di Pengerang sangat berpuas hati dengan khidmat yang diberikan oleh PBT Pengerang. Saya difahamkan jika, untuk seketika diberi mandat kononnya sekurang-kurangnya untuk 5 tahun, jadi saya harap dapat PBT Pengerang ini di bawah Jcorp dibenarkan setidak-tidaknya 5 tahun untuk terus berfungsi seperti sekarang. Harap-harap bila sudah sampai 5 tahun nanti PBT Pengerang bawah Jcorp ini dapat menyerah kepada kerajaan negeri sebuah PBT yang mempunyai pejabat sendiri, ibu pejabat sendiri. Jadi cantik sangatlah dan mungkin ketika itu PBT Pengerang mungkin bertukar nama kepada Majlis Perbandaran Pengerang. Insya-Allah.
Puan Speaker, selain daripada itu, saya ingin membawa isu tempatan saya selain daripada projek besar tadi, pada 11 November 2016, kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk membinakan sebuah masjid di Taman Bayu Damai Pengerang, taman yang 7 kampung berpindah. Buat masa ini, tidak ada masjid, ada surau. Satu surau sahaja. Ada tanah telah diwartakan untuk masjid, jadi kerajaan ketika itu telah meluluskan RM5 juta untuk pembinaan masjid. Sekarang surau yang ada di situ dibenarkan oleh Jabatan Agama Islam Johor untuk mendirikan solat Jumaat, itupun tidak muat, ada yang pegi ke kampung-kampung berhampiran. Jadi saya minta kerjasama kerajaan negeri supaya membantu untuk mendapat semula peruntukan RM5 juta ini supaya masjid ini dapat dibina dengan segera. Kalau tidak dapat juga, saya mohon daripada EXCO Agama, dekat Mekah minta dia doa yang baik-baik supaya kalau tidak ada peruntukan kerajaan pusat, gunakanlah kita ada Tabung Pembangunan Masjid dan Surau Johor. Gunakanlah kerana keperluan yang begitu mendadak.
Puan Speaker, saya ingin membawa isu-isu infrastruktur di Pengerang. Kerajaan pusat telah membelanjakan lebih RM2 bilion untuk membina infrastruktur atau prasarana untuk menyokong pembangunan industri minyak dan gas di Pengerang. Semua sedang dalam construction, ada satu yang sudah siap daripada lebih kurang 6 batang jalan, projek melebarkan sungai, mendirikan sekolah, penempatan semula Balai Bomba, Kompleks LKIM, apa yang menyedihkan saya, hanya satu sahaja daripada beberapa projek itu yang dah siap. Yang lainnya semua lewat. Semua lewat. Yang patutnya kalau tuan-tuan Ahli-Ahli Yang Berhormat pergi ke Pengerang, sampai ke Sungai Rengit, jalan daripada Penawar, Bandar Penawar keluar daripada tol nak pergi ke Sungai Rengit lebih kurang 27 kilometer, patutnya 30 Julai 2017 sudah siap, tapi malangnya tidak siap-siap lagi walaupun di buka untuk penggunaan awam, kegunaan awam, tapi tidak siap-siap lagi untuk diserahkan kepada JKR. Saya dapat jawapan daripada, walaupun tidak sempat bertanya tadi, daripada EXCO Kerja raya.
Tinggal tiga minit. Tiga minit lagi.
Berapa minit? Tiga. Ok. Daripada EXCO jawapannya, tarikh baru ialah 30 Oktober 2018. Ini yang Penawar ke
Sungai Rengit ini. Yang lain-lain ini rasa saya tidak sempat untuk meraikan bermulanya operasi RAPID awal tahun depan. Jadi, saya harap pihak kerajaan dapat menengok perkara ini supaya kita dapat perhubungan dan juga membantu pembangunan industri minyak dan gas di Pengerang dengan begitu meyakinkan pelabur.
Tuan-tuan dan puan-puan, Puan Speaker, projek di Pengerang setakat ini yang saya tahu baik Petronas atau Dialog tidak ada terjejas dengan pertukaran kerajaan. Jadi, saya harap begitulah dan kedua-dua projek ini boleh katakan on time mengikut masa dan dapat dilaksanakan dengan baik. Jadi sampai Aramco satu syarikat minyak gergasi dunia datang melabur di rapid. Bukan kita, kita suka Aramco datang, bukan itu sahaja kita suka dia datang, dia datang itu, dia menarik pemain-pemain minyak dan gas yang lain untuk melabur di Pengerang di masa akan datang. Itu yang kita nak. Jadi segala infrastruktur yang tidak siap, tidak senonoh ini betulkanlah dan cepatkanlah supaya industri minyak dan gas ini setaraf dunia ada di Pengerang, di negeri Johor Darul Takzim.
Puan Speaker.
Sila gulung, satu minit.
Satu minit pula tadi tiga. (Dewan Ketawa). Okeylah, kalau suruh saya habiskan cepat saya last sekalilah. Saya ingin mendapat kepastian, kita kadang-kadang cakap dalam Dewan ini kata orang tolong semak fact dululahkan. Saya ingin mendapat kepastian, mengenai kisah yang dibawa oleh Simpang Jeram, kononnya ketika Allahyarham Tun Abdul Razak sedang sakit, beliau meminta agar keluarga beliau dibawa ke London untuk menziarahi beliau yang sangat uzur ketika itu. Menurut cerita Simpang Jeram, mendiang Tun Tan Siew Sin kononnya Menteri Kewangan ketika itu hanya membenarkan Toh Puan Raha, isteri Tun Razak dibiayai oleh kerajaan manakala anak-anak beliau hendaklah diterbangkan ke London dengan tanggungan sendiri. Ini kononnya berlaku tidak lama sebelum Allahyarham Tun Razak meninggal dunia pada awal tahun, Januari 1976. Saya ingat betul tarikh ini, masa itu saya baru sampai ke Scotland belajar, baru 4 bulan di UK, Tun Abdul Razak meninggal dunia. Dalam rekod yang ada, telah disemak, mendiang Tun Tan Siew Sin berhenti dari menganggotai Kabinet Malaysia pada 8 April 1974. Sedangkan cerita yang dibawa oleh Simpang Jeram berlaku sekitar Januari 1976. Nampaknya ada yang tak kena dengan kisah dan pengajaran yang hendak dibawa. Dalam hendak menceritakan kehebatan, integriti pemimpin yang lalu, pemimpin-pemimpin BN pula tu, cerita yang hendak dibawa hendaklah mempunyai integriti juga. Ini adalah untuk mengelakkan dari kisah yang dibawa nanti dilabel sebagai kelentongkrasi.
Puan Speaker, saya dah tiga hari kita sama-sama di sini selepas perasmian, tak ada seorang pun berpantun. Jadi saya nak menutup ucapan saya, perbahasan saya dengan pantun. Ikan gelama, ikan tenggiri, dijual sama ikan kembung, tiba masa mengundur diri, Tanjung Surat mohon menyokong. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih YB Tanjung Surat. YB Bentayan, jemput.
Selamat petang dan salam sejahtera. Bentayan ingin mengambil bahagian untuk membahas usul menjunjung kasih ke atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor sempena Pembukaan Rasmi Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-14. Bentayan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku kerana sudi menyampaikan titah Baginda kepada Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat Puan Speaker, izinkan Bentayan mengutarakan beberapa isu-isu yang bakal membawa impak kepada kawasan yang Bentayan wakil pada petang ini. Pertama, Bentayan ingin memartabatkan projek bandar perabut dengan merealisasikan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pengeksport perabut kelima terbesar di persada
dunia. Seterusnya, mengekalkan daerah Muar sebagai hab perabut utama terbesar di Malaysia dengan kira-kira 700 kilang yang menyumbang di antara 45% hingga 58% daripada jumlah eksport perabut di Malaysia. Daerah Muar juga telah dikenali sebagai Bandar Perabut Malaysia. Memandangkan potensi industri perabut dan kayu kayan di Muar ini sangat tinggi pada masa hadapan di samping menjadi pengeluar bagi pelbagai perabut yang bermutu tinggi dianggarkan setakat ini kira-kira RM10.14 bilion nilai eksport produk perabut dieksport ke pasaran luar negara di seluruh dunia dan nilai eksport yang disasarkan bernilai RM16 bilion pada tahun 2020. Dengan memperolehi pendapatan yang besar melalui pertukaran asing untuk negara ini, industri perabut yang berkembang pesat di Muar menyaksikan banyak industri dan kilang kecil beralih ke kawasan perindustrian di daerah Muar iaitu di Pagoh, Bukit Pasir, Bukit Bakri, Parit Jamil dan Tanjung Agas. Bagi mewujudkan kelompok pembuatan perabut dengan industri sokongan penting, penglibatan sub kontraktor ini juga memastikan daya saing global Muar dalam harga dan kualiti. Berikutan Muar telah menjadi bandar perabut malaysia yang terkenal di peringkat antarabangsa. Oleh kerana kebanyakan kilang-kilang kecil tersebut beroperasi di tapak yang bukan bertaraf industri, ia bukan sahaja menyukarkan mereka memohon lesen pengkilangan malah juga menjejaskan permohonan tenaga pekerja asing. Demi menyelesaikan masalah-masalah tersebut kerajaan negeri Johor telah membantu kilang-kilang perabut tersebut supaya dapat terus berkembang maju dengan teratur dan terancang. Johor Corporation (JCorp) telah diberi tanggungjawab untuk membangunkan suatu hab perabut yang bersepadu dan terancang di Bukit Bakri dengan dinamakan Muar Furniture Park.
Di samping itu, kilang-kilang kecil yang berstatus haram ini juga banyak menjalankan aktiviti-aktiviti perkilangan perabut di merata tempat termasuk di sekitar kawasan kediaman penduduk dan sebagainya. Dia memberi impak buruk kepada penduduk-penduduk sekitar yang menjejas dengan pencemaran seperti habuk-habuk kayu, kesan daripada pemprosesan perabut itu. Selain mendatangkan pelbagai penyakit kepada penduduk setempat. Maka, penempatan semula kilang-kilang haram di daerah Muar ke hab perabut ini juga dapat menolong menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Tetapi, kilang-kilang haram menghadapi masalah kewangan di mana sukar bagi mereka untuk mendapatkan pinjaman daripada bank. Justeru itu, Bentayan ingin menegaskan kepada pihak kerajaan negeri untuk mengambil serius perkara ini. Seterusnya mewujudkan pelbagai insentif yang istimewa secara pakej pengecualian daripada duti import, pinjaman jangka panjang dengan kadar bunga yang rendah, insentif kewangan serta pelan jaminan kerajaan seterusnya memudahkan pekilang-pekilang haram ini berpindah ke kawasan yang telah disediakan iaitu Muar Furniture Park.
Yang Berhormat Puan Speaker, kedua, persaingan yang berterusan masa kini memberikan kepada setiap pengilang mencarikan jalan untuk terus kekal berdaya saing di peringkat global. Satu cara yang memastikan pengilang terus kekal dalam persaingan adalah melalui peningkatan kualiti dan kuantiti produk yang dihasilkan dengan mengeksploitasikan teknologi automasi dan pemodalan. Teknologi memainkan peranan yang amat penting dalam aspek pembangunan mahupun dalam aspek pengeluaran barang, perkhidmatan, pendidikan, komunikasi serta pengangkutan. Menurut Federick, teknologi adalah satu alat pengetahuan dan seni yang dapat diguna untuk memperbaikkan kualiti dan meningkatkan kuantiti produk atau untuk menciptakan produk yang baru. Automasi adalah satu teknologi yang memanfaatkan aplikasi mekanikal, elektronik dan sistem komputer untuk mengoperasi dan mengendalikan pengeluaran dengan lebih cekap. Walaupun automasi bergerak sendiri sebagai penggantian tenaga manusia oleh mesin tetapi automasi tidak mudah menggantikan aktiviti manusia. Justeru itu, dengan memperkenalkan sistem pendidikan baru di daerah Muar iaitu pendidikan berteraskan teknikal dan vokasional, ianya dapat melahirkan tenaga mahir di dalam industri perabut sesuai dengan keperluan industri perabut di Malaysia terutamanya di daerah Muar. Pendidikan ini juga bertujuan sebagai satu peluang baru bagi belia-belia di daerah ini dalam menceburi bidang industri perabut. Di samping itu, ianya dapat melahirkan graduate-graduate yang berkualiti seterusnya dapat mengekalkan kualiti penghasilan produk-produk perabut yang berkualiti tinggi untuk dipasarkan di Malaysia mahupun di luar negara.
Sehubungan dengan itu, isu berkenaan lambakan pekerja-pekerja asing juga dapat diselesaikan sekiranya teknologi ini diwujudkan di setiap industri. Sekali gus membuka peluang kepada tenaga mahir daripada kalangan warga tempatan khususnya pada belia di daerah Muar. Di samping itu, pendapatan pekerja dapat dipertingkatkan dengan meningkatkan kemahiran mereka.
Yang Berhormat Puan Speaker, ketiga, selain daripada dinobatkan sebagai bandar pelancongan terbersih ASEAN, Bentayan juga ingin memperkasakan sektor pelancongan di daerah Muar sebagai sektor pelancongan utama di Malaysia. Bandar Muar merupakan bandar yang keempat terbesar di negeri Johor yang juga dikenali sebagai Bandar Maharani, Bandar Diraja. Seperti yang telah diketahui, daerah Muar juga kaya dengan pelbagai budaya, sejarah dan khazanah masyarakat tempatan di samping terkenal dengan pelbagai makanan yang popular di sini, seterusnya menjadikan Muar sebagai di antara destinasi pelancongan tumpuan di Malaysia. Oleh itu, Bentayan juga ingin mengutarakan berkenaan penubuhan sebuah muzium warisan tarian singa yang berperanan sebagai sebuah institusi yang memberi pemahaman dan pendidikan kepada masyarakat tentang kebanggaan tarian singa Muar yang telah mengharumkan nama Malaysia sebagai juara dunia dalam arena antarabangsa.
Selain itu, pemulihan bagi bangunan-bangunan warisan pra sejarah ini juga perlu dititikberatkan supaya dianya tidak hilang ditelan zaman akibat pembangunan yang semakin pesat di daerah Muar. Pemulihan bangunan-bangunan pra sejarah ini juga bertujuan sebagai satu tarikan bagi sektor pelancongan di daerah Muar. Di mana dianya boleh dijadikan sebagai muzium kebudayaan mahupun muzium sejarah yang menempatkan pelbagai sejarah-sejarah yang terdapat di daerah Muar suatu masa dahulu. Selain itu bangunan-bangunan pre sejarah ini juga bertujuan sebagai satu tarikan bagi sektor perindustri, pelancongan, sektor pelancongan di daerah Muar di mana ianya boleh dijadikan sebagai muzium kebudayaan mahupun muzium sejarah yang menempatkan pelbagai sejarah-sejarah yang terdapat di daerah Muar suatu masa dahulu. Selain itu, bangunan-bangunan pre sejarah ini juga boleh dijadikan satu daya tarikan pelancongan dengan cara menjadikan ia sebagai sebuah restoran makanan berkonsepkan old town dengan mengekalkan ciri-ciri seni bina yang asli di samping menghidangkan makanan-makanan yang popular di daerah Muar atau menjadikan homestay dan sebagainya. Seterusnya, membuatkan para pelancong ingin berkunjung ke daerah Muar.
Di samping itu, kerajaan-kerajaan telah mewujudkan Muar Central, perlu dilaksanakan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang kerap berlaku di bandar Muar. Akibat dari pembangunan yang pesat dan penambahan populasi penduduk yang bakal berlaku di daerah Muar ini. Muar Central telah dirancang bawah perancangan kawasan khas Bandar Maharani Bandar DiRaja 2017, di mana terminal pengangkutan awam sedia ada serta pasar awam dipindah ke Muar Central. Projek perancangan ini melibatkan peruntukan yang agak besar untuk melaksanakan perancangan ini. Maka, Bentayan ingin memintakan pihak kerajaan negeri Johor membantu supaya perancangan ini dapat dicapai pada akhirnya. Yang Berhormat Puan Speaker, keempat, usaha dalam mempromosikan buah-buahan tempatan seperti durian, durian merah, nanas dan tebu demi menjanakan peningkatan ekonomi dan sektor pertanian di daerah Muar. Kerajaan perlu mengambil perhatian berkenaan isu ini kerana ianya sedikit sebanyak mempengaruhi sektor pelancongan di Muar. Pasar baru bagi buah-buahan, khususnya bagi tanaman durian perlu diperluas lagi kerana penanaman durian semakin bertambah beberapa tahun berdekatan ini. Maka kita tak boleh hanya bergantung kepada pasaran yang sedia ada seperti Singapura dan negeri China. Pasaran-pasaran baru yang boleh dipertimbangkan adalah seperti Taiwan, Hong Kong, Jepun dan Korea. Di samping itu, dalam pelbagai inisiatif termasuk memperkenalkan produk baru berasaskan durian dan sebagainya menjadikan pertumbuhan ekonomi di daerah Muar ini terus meningkat, seterusnya menjadikan daerah Muar sebagai salah satu pengeluar produk-produk berasaskan durian terbesar di Malaysia. Pelbagai
tawaran insentif dari kerajaan juga diperlukan bagi membantu para pertani mahupun peladang di daerah Muar. Ini agak menjadi salah satu sektor pendapatan tinggi dan mampan. Yang Berhormat Puan Speaker, kelima, Bentayan ingin mendapati bahawa kerajaan yang lalu kurang memberi perhatian berkenaan industri nurseri yang agak penting di daerah Muar ini. Industri nurseri di daerah Muar juga merupakan pusat tumbuhan landskap negara yang mempunyai lebih daripada 300 nurseri, tanaman hiasan dan landskap di daerah Muar dengan peningkatan hasil sebanyak RM200 juta setahun pada setakat ini. Permintaan dijangka agak tinggi dalam sektor perumahan dan rekreasi pada masa kini menyebabkan industri tanaman hiasan ini semakin berkembang dan bersaing dengan pesat di Muar. Selain memberikan pelbagai tawaran insentif kepada industri-industri ini, cadangan bagi mengadakan satu kawasan khas yang berfungsi sebagai pusat pameran nurseri bertemakan taman juga perlu diteruskan kerana ianya dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Seterusnya, menjadikan salah satu sektor pelancongan di daerah Muar ini iaitu membangunkan agro pelancongan.
YB Bentayan, tiga minit lagi.
Ok. Yang Berhormat Puan Speaker, yang akhir, Jalan Salleh merupakan jalan persekutuan yang menghubungkan antara Bandar Muar dengan Bandar Universiti Pagoh. Manakala, Jalan Bakri pula merupakan jalan persekutuan yang menghubungi antara Bandar Muar dengan Bukit Bakri. Kesesakan trafik yang kerap berlaku di jalan ini menandakan bahawa penambahan populasi penduduk di tiga kawasan ini semakin bertambah dan semakin pesat membangun disebabkan hab pendidikan tinggi berada di Pagoh dan hab perabot berada di Bukit Bakri. Persoalan yang ingin Bentayan tanyakan kepada pihak kerajaan adalah, apakah perancangan jangka masa panjang pihak yang berkenaan dalam menyelesaikan perkara tersebut dan berapakah penambahan populasi penduduk di sekitar daerah Muar setakat ini? Adakah segala infrastruktur di daerah Muar ini dilengkapi dengan secukupnya bagi menampung peningkatan populasi penduduk di daerah ini? Bentayan memohon jasa baik pihak kerajaan untuk menimbangkan perkara ini agar segala infrastruktur di daerah ini mampu menampung pertambahan populasi penduduk di sini.
Yang Berhormat Puan Speaker, itulah junjung kasih saya pada hari ini, sekian, terima kasih.
Seterusnya, saya mempersilakan YB Mahkota.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh (bacaan doa). Yang Berhormat Puan Speaker, Mahkota ingin mengambil bahagian dalam perbahasan usul menjunjung kasih ke bawah titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor sempena Pembukaan Rasmi Penggal Pertama Dewan Negeri Johor ke 14. Mahkota juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku kerana sudi menyampaikan titah Baginda kepada Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Puan Speaker, saya ingin menyampaikan di dalam Dewan ini yang pertama, tentang masalah alam sekitar yang berlaku bukan sahaja di negeri Johor, tapi juga di seluruh Malaysia. Mengikut laporan yang telah saya tatapi, pada tahun 2001, sejumlah 16,000 tan metrik sehari sisa pepejal dikumpulkan pada 2001 dan peningkatannya hingga 19,100 metrik tan sehari pada 2005 dan menjangkakan kenaikan 30,000 tan sehari pada tahun 2020. Secara puratanya, warga Malaysia menjana sebanyak lebih kurang 0.8 kilogram sisa pepejal setiap hari. Bayangkanlah tuan-tuan kalau ini sebenarnya berlaku pada negara dengan tidak ada kawalan yang terbaik dari pihak-pihak yang benar-benar dapat memberikan perhatian, saya bimbang lambakan-lambakan sisa pepejal yang tidak
terurus bukan sahaja akan memberikan kesan pencemaran kepada alam sekitar tapi akan menimbulkan masalah kepada warga Malaysia, warga Johor yang tinggal di dalam suasana yang tidak akan sihat dan memberi gambaran bahawa inilah pengakhir bagi manusia-manusia yang tidak memahami tentang kepentingan alam sekitar. Oleh itu, Mahkota menyarankan agar program kitar semula bahan buangan yang telah lama tertinggal atau sengaja ditinggalkan atau memang tidak diberi perhatian terutamanya oleh PBT agar diberikan perhatian yang sepenuhnya untuk membolehkan kita membina semula sebuah negara, sebuah negeri yang benar-benar dapat menjamin keselesaan kepada semua, di mana sekarang jarang-jarang kita lihat tong biru, tong hijau, tong oren. Jadi, kita mengharapkan supaya dan saya mencadangkan supaya terutamanya di kawasan-kawasan perumahan, bangunan-bangunan kerajaan, sekolah-sekolah dapat diberikan bekalan-bekalan yang sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan yang kita harapkan. Yang Berhormat Puan Speaker, saya mantan kakitangan FELDA, walaupun dalam Mahkota tidak ada rancangan FELDA, adalah wajar saya bercakap sedikit sebanyak tentang masalah FELDA walaupun sebelum daripada ini telah dua, tiga orang ahli Dewan yang bercakap tentang isu FELDA, tapi saya lebih menjuruskan kepada apa yang telah berlaku sekarang dalam FELDA yang terakhir ini. Untuk makluman Yang Berhormat Puan Speaker, Board of Director FELDA ataupun Ahli Lembaga FELDA telah ditubuhkan, yang dipengerusikan oleh Tan Sri Megat Zaharuddin (ex MAYBANK Chairman). Kemudian, dianggotai oleh Dato’ Aznah Mansor (Lawyer), Haji Tambi Omar (Pengurus Besar, Perbadanan Pertanian Selangor), Koh Chin Poi (PPB Oil Palm & Agribusiness), Muhammad Ghaus, Dato’ Shireen and Zahara (Asset Management), Dato’ Frankie Anthony Dass (MD Sime Darby Plantiation), Dato’ Haji Ghani Ali, Dato’ Yusof Ismail (SU Finance Strategic), Tan Sri Yusof Basiron (Malaysian Palm Oil Council) dan Haji Shamsuddin Osman, seorang peneroka. Yang Berhormat Puan Speaker, kalau kita lihat, sebelum itu saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka-mereka ini kerana telah diberikan satu pelantikan bagi membolehkan keputusan dibuat, apa yang patut diambil kepada FELDA setelah berbagai-bagai masalah timbul dan pengakhirnya kesan yang buruk diterima oleh peneroka. Tapi yang rasa dukacita saya ataupun Mahkota ialah tidak ada daripada kalangan ahli lembaga itu dari kalangan mereka yang benar-benar faham dan mengetahui bahawa isu ataupun perkara yang perlu dititikberatkan ialah masalah sosioekonomi peneroka. Tak ada satu orang pun daripada ahli lembaga yang telah dipilih adalah mereka yang pakar dalam bidangnya. Yang paling mendukacitakan, langsung tidak dipandang mantan-mantan Pengarah Besar FELDA, mantan Pengerusi FELDA, mantan pegawai-pegawai yang lain yang memang terlibat dalam urusan sosioekonomi peneroka khususnya. Kalau terdahulu daripada ini, negeri-negeri di mana daripada kalangan negeri Johor dan juga Pahang, ada duduk di dalam Ahli Lembaga FELDA sebagai mereka yang mewakili negeri-negeri. Tapi kali ini nampak tak ada, sedangkan untuk makluman Yang Berhormat Puan Speaker, lebih kurang hampir 180,000 hektar tanah Johor telah diberikan kepada FELDA untuk diurus. 124,000 hektar diberikan kepada peneroka dan lebih kurang 34,000 hektar diberikan kepada FELDA Global Venture untuk diuruskan untuk menjana pendapatan, kononnya untuk menjana pendapatan bagi peneroka dan akhirnya FGV juga hilang daripada FELDA itu sendiri. Jadi dalam Dewan yang mulia ini saya mengusulkan bahawa kerajaan negeri supaya dapat memohon sekurang-kurangnya satu seatAhli Lembaga Pengarah datang daripada yang mewakili negeri Johor.
Yang Berhormat Puan Speaker, FELDA merupakan satu tempat pembinaan ekonomi bagi rakyat miskin. Tapi kalau inilah yang berlaku kepada FELDA, saya tidak nampak bahawa FELDA boleh bangun kerana kalau melihat kepada apa yang telah diucapkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi di Parlimen baru-baru ini bahawa FELDA menanggung hutang lebih daripada RM8 bilion. Untuk makluman Yang Berhormat Puan Speaker, kali terakhir saya meninggalkan FELDA 2007 dan saya kembali semula kepada FELDA pada 2010 dan pada waktu itu FELDA mempunyai wang tunai sebanyak RM6 bilion. Bayangkan dalam masa 10
tahun, FELDA pula berhutang sebanyak RM8 bilion. Inilah kerosakan yang dilakukan oleh pimpinan-pimpinan yang memang tidak boleh dimaafkan, kalau semalam pihak sebelah sana memaklumkan bahawa kalau perkara-perkara dalam yang kita janjikan 100 hari, kalau kita tidak dapat lahirkan ataupun tidak buktikan boleh dijalankan, maka janji kita ini kalau orang Islam boleh jadi munafik. Tapi bayangkanlah inilah yang berlaku pada FELDA, kerosakan FELDA dilakukan oleh mereka-mereka yang benar-benar tidak bertanggungjawab, yang telah diberi kuasa dan diberi tanggungjawab dan diberi penghargaan oleh peneroka felda, tapi akhirnya, FELDA tidak mampu lagi hidup dan saya rasa FELDA hampir-hampir tidak boleh bangun, melainkan kerajaan persekutuan sanggup membantu sekurang-kurangnya tiap-tiap tahun memberikan geran lebih daripada RM1.5 bilion. Dan saya juga mencadangkan agar mereka-mereka yang telah memberi hutang kepada Felda terutamanya KWSP dan bank dapat merangkakan semula jadual pembayaran balik, kalau tidak FELDA memang tidak dapat bangun lagi.
Seperkara yang ingin saya sampaikan lagi satu, Yang Berhormat Puan Speaker, isu pendidikan. Pada 3 Ogos 2018 yang lalu, Datuk Salahuddin Ayub selaku Menteri Pertanian dan Industri Tani, ADUN Jeram dan Ahli Parlimen Pulai telah membuat kenyataan bahawa Malaysia memerlukan sebuah universiti yang pengajaran dan pembelajarannya berfokus kepada bidang pertanian. Mahkota mencadangkan supaya dapat disokong oleh kerajaan negeri, Kluang berpotensi diberikan sebuah sekurang-kurangnya kolej pertanian kerana berasaskan kepada segala kemudahan sekarang di Kluang ada. Kalau Yang Berhormat Puan Speaker datang daripada Ayer Hitam, Puan Speaker boleh jumpa Pusat Latihan Veterinar, Pusat Latihan Pertanian, Pusat Latihan Ternakan Ayam dan sebagainya termasuk juga Pusat Pertanian yang memberikan peluang pekerjaan, peluang latihan, peluang untuk menjana pendapatan dan kalau dilihat di sekeliling jalan-jalan daripada Kluang menghala ke Bandar Tenggara, kita boleh lihat MARDI, kita boleh jumpa PORIM, kita boleh jumpa MARDI dan sebagainya. Ini adalah tempat-tempat latihan yang sesuai boleh dijadikan tempat untuk latihan para graduan yang akan diberikan tempat di sana. Dan menghala pula ke Jalan Mersing, kita akan jumpa ladang-ladang yang begitu banyak yang boleh dijadikan juga sebagai tempat latihan. Jadi Mahkota mencadangkan kalau diterima dan seharusnya dapat dipertimbangkan supaya Kluang dijadikan sebagai tempat kerana selama ini Kluang tidak adapun sebuah pusat latihan ataupun pusat pengajian yang boleh memberikan satu perkembangan ekonomi. Kalau dibandingkan dengan Parit Raja dahulu, Kluang ini lebih maju, tetapi sekarang kalau kita lihat, Parit Raja lebih berkembang luas, lebih maju, kerana apa? Kerana ada sebuah universiti. Kluang hanya ada rail coffee. Itu sahaja. Jadi lain tidak ada. Jadi kalau siapa datang Kluang, ada rail coffee sahaja yang boleh menjamu tuan-tuan. Tetapi kalau diberikan sebuah sekurangnya kolej ataupun kolej universiti, kalau lebih baik sebuah universiti, saya rasakan Mahkota, bandar Kluang akan lebih maju untuk masa hadapan. (Dewan bertepuk)
Yang Berhormat Puan Speaker, sekali lagi saya nyatakan dari segi pendidikan, Sekolah Agama Kerajaan Negeri, Alhamdulillah, negeri Johor mempunyai satu sistem pengajian sekolah agama yang begitu baik, tapi perlu diingat bahawa ada juga beberapa kelemahan di sana sini yang memerlukan perhatian daripada pihak kerajaan untuk memastikan bahawa kerana sekarang di Kluang masih ada lagi sekolah agama yang menumpang di sekolah kebangsaan. Jadi tolong dapat kita perhatikan terutamanya dari segi EXCO Agama, EXCO Pendidikan dapat melihat perkara ini, dan saya juga ingin membangkitkan isu masalah elaun guru-guru Al-Quran. Ini suatu yang pelik berlaku, belum saya, kerana saya baru-baru ini telah didatangi oleh Pengerusi Persatuan Kebajikan Guru-Guru Al-Quran Negeri Johor. Saya maklumkan di sini bahawa, elaun guru am Al-Quran RM6.25/jam, guru khas RM4.16/jam, guru berzanji RM100/jam. Jadi di mana kewajarannyalah perkara-perkara yang sebegini. Jadi minta Jabatan Agama dapat melihat perkara ini dan supaya kita dapat memikirkan apakah langkah-langkah yang terbaik dan yang penting kita Pakatan Harapan yang memperjuangkan dan pastikan bahawa agama Islam tegak di negara kita, kita hendaklah melihat perkara begini supaya boleh jadikan kebaikan untuk seluruh guru-guru agama di negeri Johor.
Yang Berhormat Puan Pengerusi, seperkara lagi yang ingin saya sampaikan dari segi masalah jalan, FT50 daripada Ayer Hitam ke Kluang. Kita akan menjadikan Kluang sebagai satu pusat pelancongan pertanian. Tapi dengan keadaan jalan yang tidak sempurna, yang tidak sehebat mana yang memungkinkan pelancong-pelancong datang, saya tidak fikir bahawa ini akan memberikan satu yang terbaik untuk Kluang. Jadi Mahkota mengharapkan supaya diberikan perhatian yang paling serius kerana kita akan bergerak ke arah supaya Kluang menjadi lebih maju, ternama di masa hadapan, jadi kami mohonkan supaya FT50 sepanjang lebih kurang 20 kilometer, tolong dipertingkatkan untuk membolehkan pencapaian yang kita perlukan. Selain daripada itu, jalan daripada Kluang menghala ke Kahang, di kawasan ini merupakan kawasan-kawasan industri, kawasan-kawasan kilang, tapi jalan yang ada di sana tidak memungkinkan kenderaan-kenderaan berat untuk bergerak dan juga menjejaskan pergerakan kereta-kereta yang kecil kerana masalah keadaan jalan yang tidak sempurna dan hingga menyebabkan kadang-kadang berlaku kemalangan yang tidak, yang menjejaskan perjalanan sehari-hari.
YB Mahkota tiga minit lagi.
Yang Berhormat Puan Pengerusi, Puan Speaker, cabaran paling besar kerajaan baru sekarang ialah, kami juga Mahkota dan juga Mengkibol dan Parlimen Kluang mengharapkan penciptaan peluang pekerjaan, aktiviti ekonomi yang berkualiti untuk mencapai matlamat ini, kami cadangkan supaya dilancarkan Program Ekonomi Lembaran Johor Tengah yang meliputi 8 ADUN. Minta maaflah saya terpaksa mewakili beberapa ADUN termasuk juga di sebelah sana kerana kita ada rancangan yang kita panggil sebagai Johor Information Technology And E-Commerce Council dengan izin, supaya serupa dengan C-Tech di Selangor, program ini memerlukan kerjasama daripada kawasan DUN-DUN yang saya nyatakan tadi, iaitu melibatkan Paloh, Kahang, Mahkota, Mengkibol, Layang-Layang, Machap, Yong Peng dan Semerah kerana kita lihat bahawa disanalah terletak perkembangan pertanian yang begitu baik untuk kita ketengahkan dan dalam masa yang sama kita dapat gunakan tempat ini sebagai tempat pelancongan.
Jadi untuk itu, saya mencadangkan agar kerajaan negeri dapat memikirkan perkara ini untuk membangunkan Johor sebagai hub perniagaan e-commerce dan menggalakkan start up baru dikalangan pemuda. Jadi untuk itu dan akhirnya, Mahkota mengucapkan berbanyak terima kasih terutamanya kepada JCS, kepada ketua-ketua jabatan, kerana terutamanya di Kluang telah memberikan sepenuh kerjasama kepada kami wakil-wakil rakyat yang baru terpilih, saya ini kira wakil yang barulah, kalau semalam kata wakil Machap mengatakan bahawa kadang-kadang ada wakil rakyat menang, mengalahkan orang-orang yang banyak berjasa, mengalahkan banyak orang-orang yang banyak ternama, saya mungkin tersinggung jugalah kerana saya bukan orang yang terkenal, tak pernah berjasa pun kepada orang Kluang, tak pernah berjasa pun di mana-mana, tetapi boleh menang, itu kehendak Allah, Yang Berhormat Machap. Jadi saya mohonlah supaya dapat perkara ini yang saya sampaikan tadi dapat dipertimbangkan demi kebaikan semua. Wabillahi taufik walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya tangguhkan Persidangan ini selama 15 minit.
Persidangan ditangguhkan pada jam 3.45 petang.
Persidangan disambung semula pada jam 4.00 petang.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan disambung semula. Saya menjemput Yang Berhormat Semarang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera dan Salam Muafakat Johor. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Puan Speaker, Innalillahi wainnailaihirojiun, kita sampaikan takziah kepada Encik
Nordin bin Kosnin, pemandu bas Muafakat Johor yang ditukar nama Amanah Johor, Harapan Johor, bas Harapan Johor yang telah meninggal sebentar tadi. Al-fatihah.
Yang Berhormat Puan Speaker, Semarang mengucapkan jutaan terima kasih serta penghargaan di atas peluang yang diberikan untuk sama-sama terlibat dalam perbahasan atas usul menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor yang telah sudi merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 baru-baru ini. Seterusnya Semarang ingin mengucapkan setinggi-tinggi dengan ikhlas, setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua Ahli Dewan Negeri yang telah terpilih dan dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya yang lalu untuk menganggotai Dewan ini dan selanjutnya mewakili rakyat di kawasan masing-masing. Saya juga ucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan Menteri Besar, EXCO dan tidak tertinggal kepada Yang Berhormat Speaker dan Timbalan Speaker. Sesungguhnya kami redha dengan apa yang berlaku. Tak payah lagi dipertikaikan bahawa kita terima seadanya. Mereka merancang, Allah merancang, sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik perancang. (Firman Allah).
Yang Berhormat Puan Speaker, kita berlapang dada dengan apa dan yang lebih penting adalah tugasan ini harus dipikul dengan ikhlas dan amanah, dan saya ingin mengajak Ahli Dewan semua yang ada untuk kita mendakap dan menghayati realiti yang berada di hadapan kita. Sesungguhnya untuk meroboh sesuatu bangunan itu, satu institusi mahu pun satu tamadun itu adalah lebih mudah daripada membinanya daripada mula. Untuk membakar sentimen menghakis keyakinan dan sokongan adalah lebih senang dan mudah. Apatah lagi kalau berstrategi matlamat menghalalkan cara.
Yang Berhormat Puan Speaker, dengan izin what you see, what you sow, is what you reap. Apa yang kita taburkan benih itulah yang akan kita dapat. Sebab itulah dalam hal ini kita sewajarnya tidak terperanjat dengan apa yang berlaku, tetapi sewajarnya mengambilnya sebagai iktibar dan amanah yang sepatutnya kita laksanakan. Di hadapan kita ini adalah amanah, amanah yang kita pikul, yang perlu kita jawab kepada rakyat jelata dan di akhirat nanti kepada Allah SWT. Yang Berhormat Puan Speaker, kerajaan ini bukannya piala pusingan yang kita berusaha untuk kita menang gila-gila, lepas tu kita dah menang kita rilek belaka. Tetapi sebenarnya adalah satu pengharapan daripada mereka yang kita janjikan, yang kita raih sokongan,untuk melihat kita berperanan dan melihat kepada masalah dan keperluan mereka di akar umbi. Ianya saya ingatkan bahawa bukan sahaja akan diukur secara kuantitatif semata-mata tetapi secara kualitatif. Yang Berhormat Puan Speaker, kita akan diuji dengan janji-janji kita. Kerajaan yang lalu juga berjanji, tetapi mereka berjanji berdasarkan lingkungan usaha dan keupayaan serta kemampuan yang ada, berfakta, boleh dibaca dan dilihat serta dikira. Manakala kerajaan masa kini pada waktu itu juga berjanji, berjanji berdasarkan keperluan memancing sokongan. Jadi, pandai-pandailah untuk mempastikan apa kita sarankan, kita cadangkan, yang kita komen dan kita tegur agar diperbaiki daripada masa ke semasa. Barang diingat kumpulan yang hebat tunjukkan hasil, kumpulan yang lemah hanya beri alasan dan alasan daripada masa ke semasa. Sepanjang perbahasan ini tiada seorang pun di sebelah sana di pihak kerajaan yang membawa isu beban kos sara hidup rakyat. Kalau dulu Dewan ini menjadi pentas dan medan daripada mula Persidangan hingga akhir Persidangan, tentang soal kekurangan, kesengsaraan rakyat, kebejatan kerajaan dan sebagainya. Apakah semuanya sudah selesai? Adakah semuanya telah menjadi baik serta merta? Realitinya, bagaimana dengan kos barangan kos harga barang? Bagaimana dengan harga minyak? Bagaimana dengan harga komoditi sawit, getah? Bagaimana dengan harga-harga barangan kegunaan harian? Bagaimana? Bagaimana dengan keluarnya pengaliran keluar dana asing RM11.8 bilion sehingga 14 Julai yang baru lalu daripada pasaran ekuiti?
Yang Berhormat Puan Speaker, ini adalah perkara-perkara yang akan ditanya. Saya tak nak mempertikaikan banyak sangat tentang janji-janji 100 hari, kerana kepada saya ini semua adalah gimik-gimik politik dan kita tidak sewajarnya menggula-gulakan rakyat dengan senarai 10 yang kita buat sedangkan ianya tidak dapat di rasa dan dinikmati, apatah lagi untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh rakyat di bawah sana. Yang Berhormat Puan Speaker, dulu semua mencemuh kebejatan GST yang dikatakan penyebab kesengsaraan rakyat. Yang cacat, yang sihat, yang kecil bayi, yang besar, yang dewasa, yang tua, semua terlibat dengan GST. Kerajaan memutuskan zero GST, apakah harga barang telah turun? Selepas ini dicadangkan SST. Bolehkah dijanjikan akan turun dan realitinya apabila menceritakan tentang ketelusan, akhirnya pihak kerajaan, pak menteri mengakui bahawa GST adalah satu cukai yang telus dan bermanfaat, tetapi atas dasar politik ianya ditukar. Tak apalah asalkan apa pun dibuat kebaikan diterima, manfaatnya dirasai oleh rakyat jelata. Yang Berhormat Puan Speaker, realitinya semuanya tidak semudah yang dikata. Kita tak boleh jawab, kalau tak mahu kena cukai jangan beli barang. Tak boleh, kalau dulu orang cakap macam gitu berbakul-bakul kena maki. Yang Berhormat Puan Speaker, realitinya tak semudah yang dikata dan sekarang ini di hadapan kita adalah amanah. Jangan lepaskan tanggungjawab ini dengan menyalahkan orang yang lain. Jangan tidakkan mereka yang sebelum ini yang telah menabur budi dan juga membawa pembangunan. Yang salah ia salah, tetapi yang benar katakan benar. Tak sampai ke mana menyalahkan pihak yang lain. Kalau kita masih lagi bersikap escapism melaksanakan escapism. asal jawab, asal menjawab, ini harus direntikan. Selain janji bagaimana dengan cerita-cerita yang telah terbukti fitnah, siapa yang nak pikul benda ni semua. Tepuk dada tanya selera. Dan pada masa yang sama yang lebih penting adalah jangan tidak kan yang lalu, tunjukkan kehebatan, jangan nak tunjukkan hebat dengan menyalahkan orang lain. Orang akan mengukur kehebatan kita daripada hasil yang kita tunjukkan. Saya nak menyentuh sedikit berkenaan dengan apa yang diutarakan tentang MMK kuota MMK ini, KMK ini. Apa yang masalah sangat dengan KMK ini. KMK ini sebenarnya Yang Berhormat Puan Speaker telah diwujudkan sejak tahun 1997 yang lalu dalam era kepimpinan Bukit Gambir ketika menjadi Menteri Besar Johor Darul Ta’zim ini. Ianya adalah satu perkara yang baik tetapi ia tidak baik kalau disalahgunakan, dia satu benda yang baik. Cuba ditengok balik berapa ramai penerima-penerima kuota KMK ini yang tak dapat rumah. Dia tidak terkecuali daripada memenuhi syarat-syarat daripada SUK Bahagian Perumahan. Ada yang tidak cukup layak, ada yang kerana tidak cukup rekod kewangannya dan sebagainya. Bayangkan kalian akan menghadapi orang-orang public,awam yang datang ke pejabat Tuan-tuan Yang Berhormat-Yang Berhormat memohon bagaimana atau lagi dengan izin mereka yang desperate tidak ada tempat penginapan nak buat rumah, tak ada rumah. Adakah anda akan menyatakan bahawa pergi SUK isi borang, sedangkan kita tahu dia benar-benar memerlukan. Ya, memang benar saya setuju kalau salah laku disalahgunakan, abusing memang tak betul, tetapi itu bukannya dosa yang paling besar kerajaan yang lalu yang menghalalkannya untuk ditumbangkan. Yang Berhormat Puan Speaker, sebab itulah jangan sampai kita kondem sangat akhirnya nanti apabila ada kes-kes ini datang kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat kita menelan ego dan melakukan double standard memenuhi permintaan mereka dengan menafikan pihak lain yang menghormati sistem yang sedia ada. Yang Berhormat Puan Speaker, berkenaan dengan isu UEC ini, kepada saya no big deal dengan izin. Yang Berhormat Puan Speaker, tak perlu menjawab bagi pihak kerajaan kerana Yang Berhormat Puan Speaker telah diangkat martabatnya sebagai pengendali Dewan, satu martabat yang mulia, biar pihak kerajaan yang menjawabnya.
Sebenarnya saya ingin menyatakan bahawa tidak semua yang kita mahu dan kita minta mesti didapati. Amanah untuk memperjuangkannya tu telah diambil, maka kita tunggulah apa keputusannya. Dan pada masa yang sama kita harus adil kepada mereka yang akur dan setia kepada sistem yang ada, mengikut sistem pendidikan yang ada. Dan kepada mereka yang memilih kepada sistem yang lain ia tak apa, kerana ini adalah demokrasi yang ada. Tak apa, tetapi tidak adillah ikut tak nak ikut sistem yang mula-mula lepas tu nak balik kepada yang ada. Ia memang benar sekarang ini ada kelulusan UEC yang menjadi Timbalan Menteri dan sebagainya. Pada saya itu tidak memeranjatkan malahan graduan dan graduan daripada Kemunting pun ramai yang menjadi menteri-menteri. Yang Berhormat Puan Speaker, saya ingin beberapa perkara sini berkenaan dengan pejabat pembangkang, saya nak mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana memenuhi permintaan rakyat untuk memberi ruang kepada pejabat kepada pembangkang. Tahniah, tetapi pada masa yang sama janganlah diungkit-ungkit, jangan gundah gelana, kita sebenarnya adalah satu cabaran apabila diberi pejabat, sejauh mana kita akan menggunakannya sepenuhnya. Itulah menjadi bilik kecil untuk kita bersua dan berbincang, duduk bersama-sama. Dan kita lebih takut kalau dikatakan dibagi facilities tapi tak pandai nak menggunakan. Jadi janganlah jadi buruk siku, gundah gelana tentang apa yang kita nyatakan. Sahabat ku Perling, usah gundah gelana. Kita akan gunakan sebaik-baiknya. Yang Berhormat Puan Speaker, saya ingin menceritakan berkenaan dengan food security dengan izin, keselamatan makanan yang merangkumi 3 perkara iaitu affordability kemampuan iaitu availability dengan izin, kewujudan dan kesediaadaan dan sustainability iaitu kelestarian. Dalam konteks negeri Johor kita mahu dengar dalam sektor pertanian apakah tindakan dan langkah yang dibuat oleh kerajaan dengan resources yang ada dalam negeri Johor ini dengan tanah yang banyak, pantai yang di sekeliling negeri. Apa yang kita nak buat untuk mempastikan kita menjadi juara. Dan kita telah ambil maklum kita ini adalah pengeluar ayam yang terbesar, telur yang terbesar, sayur yang ada. Bagaimana kita boleh menyumbang?Bukan itu sahaja saya ingin harus memasukkan dengan lebih ke dalam lagi iaitu soal makanan haiwan. Kita cerita pasal makanan, kita cerita sayur, saya nak menjurus kepada haiwan, apakah yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan negeri Johor untuk mempastikan ternakan haiwan ini cukup, supply daging cukup? Realitinya Yang Berhormat Puan Speaker,ingredient makanan haiwan ternakan ini 50% adalah jagung. Jagung adalah 50% dan Malaysia ini memerlukan 3 juta tan satu tahun yang keseluruhannya diimport dari luar negara sudah pasti ia memerlukan belanja yang besar dan kos yang besar. Jadinya kalau kurang makanan haiwan, kuranglah haiwan. Sebab itu saya ingin menyatakan bahawa dan meminta kerajaan negeri membuat langkah-langkah tertentu, dasar-dasar untuk mempastikan tanaman jagung dalam negeri Johor ini akan dilakukan agar dapat mengurangkan kebergantungan kita kepada import jagung di masa yang akan datang.
YB Semarang 3 minit lagi.
Astagfirullahilazim. Pada masa yang sama, pada masa yang sama, harus pastikan rantaian nilainya tidak terputus. Rantaian nilai ni penting. Value change, dengan izin. Jangan kita suruh tanam ini, tanam itu, tanam itu tetapi tidak lengkap dengan rantaian nilainya. Pastikan kerajaan melihat tentang perkara ini dan kenal pasti ianya harus dilakukan. Jadi ini adalah penting.
Yang Berhormat Tuan Speaker, negeri berprestasi tinggi, bangsa negeri, Bangsa Johor bestari. Saya nak ingatkan bahawa, kita harus berjaya merancang dan juga berjaya melaksanakan perancangan dan memberi nikmat menyeluruh. Dipendekkan, saya nak bawa soal tempatan, Mahkota bawah FP50 Ayer Hitam ke Kluang, saya terus membawa FT50, jalan raya FT50 Yang Berhormat daripada Ayer Hitam ke Batu Pahat. Telah terbukti dan telah termaktub sebagai jalan itu adalah jalur jalan maut, dalam Malaysia bukan Batu Pahat, bukannya Johor. Jalan maut. Saya nak mencadangkan benda ni telah anjurkan, telah diusulkan sebelum ini, tinggal kejayaannya belum menjadi. Supaya dilakukan
penambah pencahayaan jalan FT50 khususnya antara Parit Raja dan Ayer Hitam jalan maut ni Puan Speaker, real betul tau. Lampu tak de, emboss, lihat sahajalah jalan protokol kita pergi ke Senai tiang lampu baru-baru. Ke mana tiangnya, kita ada persetujuan ambil tiang lama second hand pun tak apa. Dah sanggup dah, Majlis Bandaraya, Majlis Bandaraya apa, Iskandar Puteri. Dah ok dah. Kerjasama dengan JKR, gunakanlah tiang second hand pun tak apa, Semarang, orang Ayer Hitam terima. Ia juga menjadi isu dan dibawa oleh pihak Pakatan waktu nak pilihan raya, ayuh sekarang. Lebih buruk lagi simpang maut Taman UPC diusahakan, dah dapat RM400,000.00 dah datang Selia Senggara, bawa traktor datang dah buat. Jentolak dah datang nak buat kerja, peruntukan ditarik balik apabila tukar kerajaan. Ini ke sayang rakyat? Saya nak melihat, saya tak kisah kerajaan mana yang buat. Yang penting rakyat Semarang, rakyat Ayer Hitam, rakyat negeri Johor dan pengguna jalan (dewan bertepuk) FT50 mendapat nikmatnya. Berlaku ikhlaslah dan pada masa yang sama saya nak tahu apa pendapat kerajaan negeri Johor tentang perlaksanaan MSPO, Malaysia Standard Palm Oil yang dikenakan oleh para penanam-penanam sawit di seluruh negara ni. Harga tengah merudum...
YB Semarang sila gulung.
Harga tengah merudum. (dewan ketawa) Saya tak merudum lagi. Kena buat pelaksanaan MSPO. Kalau laksana MSPO sekadar pergi ke majlis daerah, daftar nama dapat certificate macam penjaja tak apa juga. Ada kosnya pula. Kena ikut comply kepada syarat-syarat yang ada kos. Ini semua membebankan rakyat. Jadi apa stand kerajaan negeri tentang perkara ini?
Yang Berhormat Puan Speaker, saya harapkan juga bahawa masalah rakyat khususnya para asnaf saya minta Majlis Agama Islam melihat tentang perkara ni. Banyak lagi rumah-rumah terbakar yang telah dapat keputusan, kelulusan daripada pihak yang berwajib, dah terima gembira, terima kasih. Dah buat bubur merah, tak buat kenduri, belum lagi. Buat bubur merah dapat rumah baru. Dah bertahun tak buat, lihat tentang perkara ni. Kita bercerita berkenaan dengan kebajikan rakyat bukan, inilah perkara-perkara yang dilihat. Yang Berhormat Puan Speaker, saya juga berharap bahawa...
Belum habis lagi ya?
Sikit lagi Yang Berhormat Speaker. Saya suka tengok Yang Berhormat Puan Speaker. (Dewan ketawa). Yang Berhormat Puan Speaker, realitinya Puan Speaker, kita sedang dilihat oleh rakyat. Pengharapan mereka tinggi. Janganlah harapan tinggal harapan kerana pengharapan mereka cukup tinggi. Saya berterima kasih kepada jabatan-jabatan kerajaan negeri Johor, yang telah membantu Semarang selama ini. Dan tak apa, saya pun redha jika ada jabatan-jabatan kerajaan yang malu-malu sekarang nak berinteraksi dengan DUN Semarang. Tak apa saya faham. Tak payah tolong DUN Semarang, yang penting tolong rakyat. Sekarang nak hidup adalah amanah, amanah yang mesti dilakukan. Amanah yang perlu dilaksanakan. Tak selamat kalau kita menganiaya orang lain. Yang hak tetap hak.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya terima kasih tak payah ungkit lagi tentang bilik pembangkang kami. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, saya mohon menyokong. (Dewan bertepuk).
Terima kasih kepada Yang Berhormat Semarang. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Johor Lama.
Bismillahirahmaanirrahim (Bacaan selawat). Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Puan Speaker, barisan kepimpinan EXCO, Ahli-Ahli Berhormat tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Terlebih dahulu saya mewakili seluruh Bangsa Johor di kawasan Johor Lama, amat berbesar hati serta terharu kerana diberi peluang dan kesempatan menjunjung setinggi-tinggi kasih atas titah Diraja oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor,
sempena pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri Bagi Penggal Ke-14 ini. Saya hayati titah ucapan ke bawah Duli Tuanku, begitu prihatin dan sentiasa berhasrat untuk mendahulukan kebajikan rakyat. Di samping memayungi negeri Johor Darul Ta’zim dengan penuh daulat dan makmur.
Yang Berhormat Puan Speaker, dalam membantu menyamaratakan nikmat Ilahi dan mengimbangi kemajuan negeri, agar rakyat jelata di seluruh pelosok desa, kampung, mukim, bandar dan daerah dapat mengecap manfaat dan kesejahteraan hidup. Perlulah kita sentiasa meninjau sama ada kalangan mereka itu tidak terkesan dalam jangka waktu pendek atau panjang ke atas sesuatu perancangan yang bakal dilaksanakan. Apa guna sesuatu kawasan itu pesat, maju dibangunkan, sedangkan dalam waktu yang sama kita meminggirkan satu kawasan lain, yang dahulunya kita lanskapkan sedemikian rupa dengan upah belanja membangunkannya yang menelan jumlah yang amat besar, berjuta ringgit.
Yang Berhormat Puan Speaker, kebimbangan saya berasas ketika ini apabila melihat senario bandar Kota Tinggi di dalam kawasan Johor Lama. Bandar bersejarah akan menjadi bandar yang mati, malap, atau bandar Cowboy, dengan izin, malah benar-benar menepati jolokan bandar ini hanya akan tinggal kenangan sebagai bandar bersejarah sahaja satu ketika nanti. Dengan adanya by pass Kota Tinggi dan Lebuh raya Desaru-Senai. Perjalanan Desaru ke Johor cuma mengambil masa hanya beberapa minit. Orang ramai yang ingin ke Mersing dan ke Pengerang tidak perlu singgah ke bandar Kota Tinggi. Dengan yang demikian, para peniaga yang berapa di bandar Kota Tinggi juga semakin mengeluh, dan mengakibatkan perniagaan masing-masing semakin merosot akibat kekurangan. pengunjung.
Walaupun Kota Tinggi terkenal dengan pusat pelancongan seperti lokasi Air Terjun, dan tempat-tempat bersejarah, tetapi dalam mengejar masa dan menyingkatkan perjalanan, ianya tidak lagi menggamit orang untuk singgah ke bandar Kota Tinggi. Promosi dan usaha memperbaiki infrastruktur bandar Kota Tinggi tentunya perlu meningkatkan prestasi kewangan Majlis Daerah Kota Tinggi. Persoalannya Majlis Daerah Kota Tinggi juga bakal menghadapi masa depan yang suram seperti kesuraman bandar Kota Tinggi itu sendiri. Begitulah halnya Majlis Daerah Kota Tinggi dengan keluasan liputan pentadbiran akan mengalami neraca kewangan yang tidak seimbang antara pendapatan yang terhad dan perbelanjaan mengurus yang jauh lebih besar. MDKT dalam tahun 2018, dijangka mengalami defisit, dengan izin, sebanyak RM3.47 juta. Malah jika berterusan akibat kehilangan hasil, dan bebanan perbelanjaan yang tinggi, rizab simpanan Majlis Daerah berjumlah RM19.0 juta akan habis dalam tempoh terdekat.
Justeru itu, saya ingin menarik perhatian Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk menimbangkan semula hasrat kerajaan negeri meluluskan pengambilan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang mulai Januari 2019. Pemberian semula taraf pentadbiran kawasan Pengerang di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kota Tinggi seperti sebelum ini tentunya berupaya mengelakkan masalah MDKT terus memikul beban kekurangan sumber pendapatan di masa akan datang. Rasionalnya pengucupan saiz tanggungan Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang bermula apabila kebanyakan penempatan penduduk dari Sungai Kapal, Teluk Empang dan Langkah Baik, Batu Mas, Kampung Jawa dan Sungai Buntu, meliputi 8,000 hektar telah diambil di ambil sebagai kawasan Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang. Dengan sendirinya membawa impak pentadbiran sebagaimana yang dinyatakan.
Yang Berhormat Puan Speaker, kita Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang mentadbir urus kawasan penempatan yang kecil, meliputi kawasan bandar Penawar dan Pekan Sungai Rengit sahaja. Pendapatan yang melimpah ruah hasil perolehan itu barangkali hanya dinikmati oleh kira-kira 70,000 rakyat asing yang bekerja di projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia ataupun RAPID. Oleh itu, kesediaan mengembalikan Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang yang kini di bawah pentadbiran JCORP, anak syarikat kerajaan negeri kepada pentadbiran Majlis Daerah Tinggi bagai sireh pulang ke ganggang. Langkah dan pertimbangan prihatin Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar
Johor itu juga akan dilihat penyelamat umpama memberi pelampung kepada seorang yang hampir kelemasan saya sendiri sebagai pembayar cukai, sudah berpuluh tahun tinggal di kawasan Majlis Daerah Kota Tinggi belum merasai lagi satu perkhidmatan yang betul-betul ummph, dan luar biasa sebagaimana yang terdapat di lain-lain tempat dalam kawasan Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran. Sebagai contoh, Yang Berhormat Speaker, Taman rekreasi tempat berjoging dan beriadah di Taman Tasik Johor Bahru terdapat jugalah air pancuran yang boleh menari-nari berirama. Tapi tasik di Kota Tinggi, airnya bertakung di sana sini. Semak, dan kadang-kadang tidak terurus. Jadi Yang Berhormat Speaker, saban hari saya menggunakan kawasan ini, berjalan kaki beribu langkah sehari, berjumpa dengan ramai lapisan masyarakat yang muda dan tua dan berbagai bangsa, keluhan mereka tetap sama. Mereka hendakkan tempat yang lebih istimewa, bersih, segar dan menyeronokkan. Saya amat yakin seandainya Majlis Perbandaran Kota Tinggi menjadi kenyataan yang meliputi semula kawasan asalnya, yang hampir meliputi 3 Parlimen, termasuk kawasan RAPID, yang asalnya dibangunkan oleh Majlis Daerah Kota Tinggi, akan berlaku perubahan kepada yang pertamanya, Bandar Kota Tinggi itu sendiri akan menjadi tumpuan semula kerana banyak tempat-tempat riadah, menikmati pensejarahan lama, banyak tempat makanan tempatan akan mampu disediakan, khasnya makanan eksotik laut seperti belangkas, gong-gong, brongan, siput sedut, lokan, asam pedas ikan sembilang dan ikan mayong serta shell out dapat dibina dan dibangunkan. Pihak perbandaran akan menyediakan gerai-gerai makan di pinggiran sungai dan menjadikan sungai sebagai laluan persisiran, pensejarahan kerajaan Johor dari Bandar Kota Tinggi sehingga ke hilir di Teluk Sengat.
Sungai merupakan sumber ekonomi yang komersil dengan tersedianya nanti rumah-rumah rakit dan kelong. Bukan sahaja menghidupkan ekonomi dan menjana pendapatan masyarakat tempatan, tetapi yang utamanya memberi peluang kepada pelancong menukar suasana hiruk-pikuk kepada menikmati alam yang mendamaikan.
Yang keduanya, akan tiada lagi rungutan pembayar cukai terhadap perkhidmatan majlis daerah kepada isu-isu pembersihan di kawasan kediaman, pembaikan dan penyelenggaraan parit, longkang, lampu awam dan potong rumput. Banyak dewan-dewan untuk diadakan majlis-majlis keramaian dapat dibina. Kota Tinggi juga melahirkan ramai pemain bola sepak untuk dibekalkan kepada JDT di dalam beberapa kategori umur sejak berdekad lamanya. Jika kewangan pihak majlis yang mantap dan mencukupi, saya amat yakin banyak lagi perkara-perkara yang munasabah dapat dibina dan diadakan, seperti pembinaan stadium dan padang bola yang setaraf, atau sekurang-kurangnya mempunyai lampu limpah yang membolehkan latihan dan pertandingan diadakan sebelah malam. Dengan ini tentu banyak masa dapat diperuntukkan bagi menjamin keselesaan dan mutu permainan dan ramai lagi bakat-bakat baru dapat dicungkil kerana permainan bola sepak merupakan satu profesion yang menjamin masa depan anak-anak muda.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya amat yakin seandainya Majlis Daerah Kota Tinggi dapat dikembalikan semula kawasan dan persempadanan seperti hak mereka terdahulu dan dinaiktaraf sebagai satu kawasan perbandaran maka banyak sangat kebaikannya kepada pengundi dan masyarakat dan menjadi penyelesaian kepada banyak isu dan permasalahan kerajaan dapat diselesaikan. Pembangunan haruslah merata dan adil. Sepatutnya dirasai oleh semua rakyat jika pun sebahagian besar Kota Tinggi ini tidak terlibat dengan pembangunan dan perancangan ekonomi oleh kerajaan negeri, cukuplah kita merasai tempiasnya. Sekurang-kurangnya diperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik atau rumah-rumah yang bersesuaian. Diadakan juga pusat-pusat latihan seperti minyak dan gas atau pusat-pusat latihan vokasional dan pekerja terlatih agar Kota Tinggi menjadi tempat kediaman yang selesa, menjadi pusat membekalkan tenaga pekerja mahir dan separuh mahir dan pastinya di Kota Tinggi ini akan menjadi pilihan pekerja-pekerja menetap, yang akan dibekalkan kepada industri di persekitaran Kota Tinggi. Dengan kapasiti penduduk yang ramai dan mempunyai kuasa pembeli yang tinggi, maka ini akan meningkatkan peluang perniagaan kecil dan besar di Bandar Kota Tinggi. Bandar Kota Tinggi akan membangun dan lebih ceria dengan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti sama ada ekonomi,
riadah atau kemasyarakatan ataupun kawasan-kawasan kediaman dengan persekitaran yang menyeronokkan.
Puan Yang Dipertua, dengan ini saya menyokong titah duli Tuanku. Sekian, wabilahitaufik walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
YB, Yang Berhormat Pemanis.
Yang Berhormat Puan Speaker, Pemanis menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor berangkat ke Dewan yang mulia ini dan bertitah merasmikan Penggal Persidangan Pertama bagi Dewan Negeri Johor yang ke-14. Selamat petang, kabare, salam harapan. Pemanis ingin mengucap tahniah dan syabas atas lantikan Yang Berhormat Tuan Speaker dan Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta barisan EXCO dan juga Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah menang dalam PRU -14.
Yang Berhormat Puan Speaker, kerajaan baru Pakatan Harapan menghadapi pelbagai cabaran selepas memenangi pilihan raya. Pemanis menganggap cabaran utama yang dihadapi termasuk usaha menyempurnakan Manifesto 100 hari dan Manifesto 5 tahun. Walaupun PH menjadi…
Yang Berhormat Pemanis, sila duduk.
(Dewan berhenti seketika bagi menghormati laungan azan)
Sila sambung.
Terima kasih Puan Speaker. Kerajaan Pakatan harapan merupakan kerajaan yang belum sampai setahun jagung pun. 100 hari pun belum sampai dan saya memohon agar Ahli-Ahli Yang Berhormat sebelah sana bagi kami sikit masa, bersabar sikitlah.
Yang berhormat Puan Speaker, Pemanis berasa bersyukur kerana kali ini kita mempunyai pembangkang yang cukup kuat dan mantap dan berkali-kali cuba mensekolahkan kerajaan baru dalam bab pentadbiran negeri. Kita mempunyai pembangkang yang pernah memerintah selama 61 tahun, pembangkang yang cukup berpengalaman dan juga cukup banyak membuat kesilapan dan bakal menjadi pakar pemantau kerajaan baru. Tapi apa yang kami lebih takut adalah pemantauan daripada golongan rakyat yang makin jadi pandai dan bijaksana.
Yang Berhormat Puan Speaker, Pemanis juga ingin mengambil kesempatan ini mengucap setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dari kem Pembangkang termasuk Seri Medan, Layang-Layang, Tenggaroh, Semarang, yang baru sahaja membangkitkan isu kos sara hidup yang membawa mesej yang positif. Yang betul tu betullah. Konstruktif dan bersemangat muafakat tulen, tetapi Pemanis berharap jangan setakat hangat-hangat tahi ayam sahaja.
Yang Berhormat Puan Speaker, izinkan Pemanis membawa isu pengiktirafan UEC ataupun United Examination Certificate dengan izin, ke dalam Dewan yang mulia ini. Mungkin ini merupakan satu isu yang redundant, berulang dengan izin. Namun atas permintaan rakyat DUN Pemanis, Pemanis terpaksa. Pemanis berasa pendirian kerajaan persekutuan itu tidak sepatutnya menjadi batu penghalang kepada kerajaan Johor mengiktiraf UEC di Johor. Soalan yang Pemanis ingin bertanya,
1. Apanya susah sangat nak iktirafkan UEC? 2. Adakah pengiktirafan UEC bermakna kita sudah mengorbankan dasar pendidikan negara?
3. Kerajaan boleh mengiktiraf kelulusan dari luar negara, kenapa diskriminasikan UEC yang telah pun diiktiraf di banyak negara yang maju? 4. Pendapat Pemanis adalah isu UEC ini merupakan satu senjata strategi kotor Barisan Nasional untuk memancing undi kaum Cina. Kerajaan baru harus melangkah satu milestone baru, let’s walk a new mile together dengan izin, dan tidak terperangkap lagi dengan mindset Barisan Nasional. Kita harus berfikir di luar kotak, iaitu pengiktirafan UEC merupakan satu isu akademik dan tidak berkaitan langsung dengan isu lain. Itu sahaja.
Yang Berhormat Puan Speaker, berkenaan dengan bab bahasa dan perpaduan negara, dengan isu UEC ini izinkan saya memberi satu contoh. I’m a diplomate member of the Royal College Of Surgeon United Kingdom, does it make me a lesser Malaysian. Agree. Itulah Yang Berhormat Puan Speaker, Pemanis rasa usah kita mengaitkan isu bahasa dengan UEC, usah kita berkait perpaduan negara dengan UEC. Dan Pemanis berasa golongan yang boleh dianggap lebih mengkhianati negara, menderhaka bangsa Malaysia yang memecahkan perpaduan rakyat, yang melakukan kezaliman kepada rakyat adalah mereka yang kleptokrat bukan golongan dari UEC. Dengan ini Yang Berhormat Puan Speaker, Pemanis ingin menyeru agar kerajaan Johor mengikut jejak langkah Pulau Pinang, Selangor, Perak, Sarawak dan lain-lain negeri untuk mengiktiraf United Examination Certificate di Johor.
Yang Berhormat Puan Speaker, izinkan Pemanis membawa isu kawasan Pemanis ke Dewan yang mulia ini. Kawasan Pemanis mempunyai banyak masalah. Kebanyakannya diwarisi dari kerajaan lama. DUN pemanis mempunyai 3 FELDA, antaranya FELDA Pemanis 1 dan FELDA Pemanis 2, merupakan antara kubu yang paling kuat Barisan Nasional di Johor. Pemanis boleh kata termenang di DUN Pemanis. Tidak sangka. Termenang. FELDA Pemanis sering mengalami masalah tekanan air dan bekalan air kerana tangki air belum siap. Ini disebabkan oleh kerajaan lama robohkan tangki lama sebelum tangki baru disiapkan. Projek pembinaan tangki telah pun tergendala. Masalah ini telah berterusan agak lama dan banyak membawa masalah kepada ADUN Pemanis yang sibuk menjadi tukang menjaga bekalan air terutamanya masa hari-hari perayaan. Lagipun Hari Raya Haji sudah pun dekat. Pemanis ingin memohon pertolongan EXCO yang berkenaan untuk berhubung dengan pihak FELDA supaya projek tersebut dapat disiapkan secepat mungkin.
Satu lagi masalah dari kubu kuat BN FELDA Pemanis 2, Masjid Nur Hidayah yang dijangka siap pada 16 Januari 2018 sekarang sudah masuk bulan Ogos masih tidak siap-siap lagi. Pemanis ingin memohon jasa baik Majlis Agama Islam Johor untuk menyusul isu ini yang melibatkan perbelanjaan lebih daripada RM3 juta. FELDA pemanis juga menghadapi masalah pelupusan sampah. Pihak pengurusan telah mengarahkan peneroka supaya menguruskan pelupusan sampah masing-masing mulai bulan Ogos. Alasan yang diberi adalah kekangan bajet.
Yang Berhormat Puan Speaker, ini bermakna peneroka kena melakukan pembakaran terbuka dan kecemaran udara. Pemanis harap masalah ini juga boleh dapat perhatian dari EXCO yang berkenaan. Yang Berhormat Puan Speaker, meskipun menghadapi banyak masalah yang meruncing namun ramai peneroka masih totok UMNO. Ini membuktikan satu hakikat iaitu indoktrinasi minda rakyat dengan maklumat yang half true, half truth dengan izin bermakna separuh benar dan menyeleweng merupakan satu kezaliman humanity.
Yang Berhormat Puan Speaker, Pemanis yakin kerajaan baru kita akan menangani cabaran ini bersama dengan hati yang ikhlas dan insya-Allah, kita dapat menawan hati peneroka dalam PRU yang akan datang. Yang Berhormat Puan Speaker, baru-baru ini Loji Air Kg. Tengah 1 dan 2 yang menerima air dari Sungai Segamat, kawasan Pemanis mengalami satu krisis pencemaran manganese yang menyebabkan banyak ikan mati. Pemanis bersama dengan YB Kemelah menjalankan lawatan loji dan kami telah pun bersetuju bersama-sama dengan pegawai yang berkenaan supaya tidak membongkarkan insiden tersebut selagi kualiti air masih dalam kawalan.
Maklum balas yang terkini yang Pemanis terima semalam menunjukkan bahawa masalah pencemaran air mentah Loji Kg. Tengah sudah pun terkawal. Pemanis mencuba meminta bantuan melalui SAJ Ranhill supaya Jabatan Perikanan menyiasat sebab kematian ikan-ikan sungai tapi tiada tindakan diambil. Walaupun masalah tersebut telah diatasi, lawatan kerja Pemanis ke loji tersebut mendedahkan beberapa kelemahan pengurusan sungai dan bekalan air kita. Pemanis mendapati tiada satu agensi tunggal ataupun jawatankuasa bertindak pantas dalam pengurusan hal-hal sungai. Bila ditanya siapa yang patut bertanggungjawab untuk membersihkan bangkai ikan-ikan yang sudah decomposed dan busuk dalam sungai, tiada pegawai yang boleh memberi jawapan.
Yang Berhormat Puan Speaker, terdapat 8 agensi kerajaan yang menjaga sungai JPS, KKM, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perikanan, Pejabat Tanah, SAJ Ranhill, Pejabat Hutan dan BAKAJ. Yang Berhormat Puan Speaker, bila satu perkara sudah menjadi everybody business is nobody business dengan izin, ataupun bila satu perkara sudah menjadi tanggungjawab semua orang tiada sesiapa akan bertanggungjawab. Pemanis ingin bercadang agar satu garis panduan ataupun Jawatankuasa Khas ataupun Enakmen perlu diadakan, sebagai langkah proaktif untuk menangani isu yang sama dengan lebih berkesan pada masa depan.
Yang Berhormat Puan Speaker, sektor pertanian di Johor merekodkan nilai ditambah berjumlah RM15.3 bilion pada tahun 2017. Meningkat sebanyak RM1.3 bilion berbanding dengan tahun 2016. Prestasi tersebut adalah dipengaruhi oleh peningkatan 2 angka ke dalam aktiviti kelapa sawit yang menyumbangkan sebanyak 48.4% kepada keseluruhan sektor pertanian Johor. Untuk meningkatkan pengeluaran makanan, selain daripada minyak kelapa sawit, Yang Berhormat Puan Speaker, Segamat telah dirancang sebagai satu hab pertanian eko dan agro pelancongan, gaya hidup dan cabaran serantau yang dijana oleh teknologi moden, sumber lestari dan pemasaran effective agriculture power house.
Yang Berhormat Puan Speaker, secara terus terang Pemanis kurang faham apa yang dimaksudkan dengan topik yang Pemanis copy and paste dari satu Laporan Pelan Pertumbuhan Strategik Johor Daerah Segamat, Pemanis tak faham. Pemanis mempunyai masalah menghadam istilah dan ayat yang kira bombastic. Selepas membaca laporan tersebut tak ada apa-apa pun yang excited. Pemanis lebih tertarik dengan pendekatan ataupun approach Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang lebih direct dan senang difahami iaitu negara kita perlu kurangkan mengimport makanan. Segamat telah dipilih sebagai satu hab pertanian. Kita harus mempelajari teknologi moden pertanian dari negara lain termasuk Ukraine. Satu contoh adalah menanam halia, direct.
Yang Berhormat Puan Speaker, Pemanis ingin menggesa kerajaan negeri dan EXCO yang berkenaan agar berhati-hati dengan proposal dan projek-projek yang telah dirancang oleh kerajaan lepas. Indah dari luar, kosong dari dalam dan paling penting sekali bukan berasas bukti ataupun evidence based, dengan izin. Projek-projek paper work yang melibatkan peruntukan berjuta-juta ringgit seumpama ini harus dikaji semula untuk mengelak daripada menjadi projek gajah putih, macam NFC.
Yang Berhormat Puan Speaker, Pemanis terpanggil untuk menyentuh isu-isu LGBT iaitu Lesbian, Gay Bisexual, Transgender secara ringkas ya. Dari segi penyelidikan perubatan yang baru diterima oleh Pemanis semalam, terlebih dahulu Pemanis ingin menegaskan :
1. Pemanis lelaki yang normal, Ciri kejantanan yang cukup, sempurna. 2. Pandangan berasaskan penyelidikan, scientific view, perubatan. 3. Tiada berkaitan dengan isu agama. 4. Dari perspektif kemanusiaan.
Yang Berhormat Puan Speaker, mengikut kaji selidik Savik dari Karolinska Institute di Stockholm, Sweden, scan otak golongan LGBT menunjukkan ianya satu trait ataupun ciri yang telah ditetapkan secara biologi. Implikasinya, maknanya bukan mereka memilih
hendak menjadi LGBT, oleh sebab itu Pemanis berasa dari perspektif kemanusiaan, kerajaan dan orang ramai seharusnya melayan LGBT dengan lebih adil dan prihatin. Dan memang maklumat yang saya dapat dari pesakit saya yang LGBT, yang jadi pesakit saya di klinik yang pernah masuk balai, ialah paling sangat-sangat kasihan bila mereka pergi tempat tak tahu nak masuk sel lelaki ke, perempuan ke.
Bila pergi balai kena buka baju semua, memang kasihan, so, kita, itulah macam tu dari segi scientific point of view, dari segi kemanusiaan saya rasa kita kena buat sesuatu yang lebih adil dan prihatin. Akhir sekali Pemanis meminta supaya statistik-statistik, angka-angka laporan kerajaan agar boleh disampaikan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat lebih awal untuk menyenangkan Ahli-Ahli Yang Berhormat mengarang ucapan. Kalau tidak fakta tak ada dan alhamdulillah akhirnya giliran Pemanis dah over. Sekian, Pemanis sokong rundingan titah Tuanku. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga hari esok Rabu, 15 Ogos 2018, jam 9.30 pagi.
Persidangan ditangguhkan pada jam 4.50 petang.