Johor · 4 December 2018

1st session, 3rd meeting · 198 turns · 31,531 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.

Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Bismillahirahmannirahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. (Bacaan selawat). Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Alhamdulillah hari ini merupakan hari keempat Persidangan Dewan Negeri dan esok insya-Allah adalah hari terakhir perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat sebelum Yang Berhormat Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa membuat penggulungan. Semoga persidangan kita berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang. Persidangan diteruskan.

Soalan-Soalan Lisan.Questions

Speaker

Yang Berhormat Stulang, jemput.

Tuan Chen Kah EngDAP · PHStulang

Yang Berhormat Tuan Speaker soalan saya nombor 1.

Nyatakan perancangan dan hala tuju industri pelancongan dalam sektor ekopelancongan memandangkan Johor mempunyai kepelbagaian flora dan fauna yang menarik serta pelan ekopelancongan kebangsaan juga akan tamat pada tahun 2025.

Speaker

Jemput, YB EXCO.

Cik Liow Cai TungDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan · Johor Jaya

Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih ADUN Stulang. Sebagaimana kita sedia maklum bahawa negeri Johor dianugerahkan dengan pelbagai tarikan pelancongan, iaitu dari keunikan sejarah, budaya, makanan, pulau, pantai, taman tema sehinggalah kepada keindahan flora dan fauna yang berpotensi untuk menarik pelancongan domestik serta antarabangsa ke negeri Johor. Tidak dapat dinafikan bahawa produk ekopelancongan sememangnya menjadi salah satu daya tarikan utama kepada pelancong domestik dan antarabangsa di negeri Johor. Antara produk eko pelancongan yang terdapat di negeri Johor adalah seperti Taman Negara Johor, Tanjung Piai; Taman Negara Johor, Pulau Kukup; Taman Negara Johor, Endau-Rompin; Taman Negara Johor, Gunung Ledang dan Taman Negara Johor, Selai.

Untuk makluman kerajaan negeri melalui agensi seperti Perbadanan Taman Negara Johor, Jabatan Perhutanan Negeri Johor dan Tourism Johor sememangnya mempunyai perancangan dan hala tuju untuk memperkasakan ekopelancongan negeri Johor. Di mana perancangan dan hala tuju ini bukanlah semata-mata bagi tujuan pelancongan sahaja tetapi sebaliknya untuk lebih kepada pemuliharaan ekosistem alam sekitar dan mendidik para pelancong serta masyarakat tempatan agar menghargai alam semula jadi.

Antara perancangan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui agensi seperti Perbadanan Taman Negara Johor, Jabatan Perhutanan Negeri Johor dan Tourism Johor adalah seperti berikut :

1. Meningkatkan kemudahan infrastruktur produk ekopelancongan negeri Johor. 2. Memastikan setiap pembangunan di kawasan ekopelancongan negeri Johor tidak menjejaskan ekosistem alam sekitar. 3. Menggalakkan penganjuran aktiviti pelancongan di kawasan ekopelancongan. 4. Mewujudkan pakej-pakej ekopelancongan yang lebih kreatif dan menarik. 5. Memperhebatkan kempen pemasaran dan penggalakan ekopelancongan.

Speaker

Ya, Stulang, soalan tambahan.

Tuan Chen Kah EngDAP · PHStulang

Ya, terima kasih kepada YB EXCO yang memberikan jawapan tersebut. Jadi, memandangkan Taman Negara memang bukan merupakan satu produk dan ekopelancongan dan antara tarikan semulajadi yang penting di negeri Johor, jadi apakah fokus dan juga tindakan kerajaan dalam memastikan Taman Negara ini terus berdaya saing? Terima kasih.

Cik Liow Cai TungDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan · Johor Jaya

Yang Berhormat Tuan Speaker negeri Johor sememangnya amat bertuah dan beruntung apabila dilengkapi dengan 7 Taman Negara yang berusia melebihi 278 juta tahun. Untuk memastikan Taman Negara berdaya saing untuk menarik kehadiran pelancong dari dalam domestik atau luar negara, keunikan Taman Negara di negeri Johor ni diiktiraf apabila melalui pembentangan Belanjawan Johor 2019 yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar iaitu dengan memperuntukkan sebanyak RM1.6 juta bagi tujuan pembangunan di Taman Negara Johor, Endau- Rompin, Selai, Tanjung Piai dan juga Gunung Ledang. Ini adalah bertujuan bagi memastikan produk ekopelancongan ini sentiasa berada di tahap terbaik dalam menyambut kedatangan pelancong.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan Johor melalui Tourism Johor dan Johor National Park Corporation komited untuk mempromosikan Taman Negara di Johor. Antara usaha yang dilakukan termasuk mewujudkan pakej pelancongan yang baru melibatkan Taman Negara selain terus mempromosikan produk pelancongan ini kepada media, agen-agen pelancongan serta kepada pelancong secara terus. Secara tidak langsung usaha ini dapat meningkatkan kesedaran terhadap produk ekopelancongan yang terdapat di negeri Johor.

Speaker

Soalan seterusnya. Yang Berhormat Machap, jemput.

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 2.

Apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh PBT terhadap pemilik lot-lot tanah yang semak dan rumah tinggal yang boleh mendatangkan pelbagai kemudaratan kepada penduduk sekitar?

Speaker

Jemput, YB EXCO.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi · Skudai

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Machap atas soalan yang ditimbulkan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Yang Berhormat Ahli-Ahli, salam sejahtera, salam Harapan Johor saya ucapkan.

Pihak Berkuasa Tempatan negeri Johor sentiasa menjalankan pemantauan bagi memastikan keseluruhan kawasan pentadbiran sentiasa bersih dan berada dalam keadaan yang baik. Menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976 ataupun Akta 171, kacau ganggu ditafsirkan sebagai sesuatu perbuatan, peninggalan atau benda yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan bencana, kegusaran, kesalahan, kerosakan, bahaya atau kecacatan kepada deria penglihatan,bau atau pendengaran, atau yang membencanakan atau berbahaya atau yang mungkin membencanakan atau merbahaya kepada kesihatan atau harta atau yang menjejaskan keselamatan atau hak penduduk umumnya. Oleh itu, bagi menangani masalah premis atau lot-lot tanah yang menjadi kacau ganggu awam terhadap penduduk sekitar, Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengambil langkah perundangan di bawah Akta 171 sebagaimana yang berikut :

1. Seksyen 74, tindakan pendakwaan di mahkamah kepada mana-mana pemunya, penduduk atau penyewa mana-mana rumah, bangunan atau tanah sama ada layak diduduki oleh penyewa atau tidak yang membiarkan rumah, bangunan, tanah itu di mana-mana bahagiannya berada dalam keadaan kotor atau tidak baik atau diliputi tumbuh-tumbuhan rimbun dan mudarat apabila disabitkan didenda tidak melebihi RM1,000.00 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya dan didenda tambahan tidak melebihi RM100.00 bagi setiap satu hari selama tempoh kesalahan diteruskan selepas sabitan.

2. Seksyen 75, kuasa untuk memasuki dan memeriksa rumah atau bangunan. Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengarahkan penduduknya membersihkan kediaman dan Pihak Berkuasa Tempatan boleh memasuki kediaman untuk membersihkan kawasan. Jika perintah Pihak Berkuasa Tempatan tidak dipatuhi, maka tindakan pendakwaan di mahkamah boleh diambil terhadap penduduk rumah dan apabila disabitkan didenda tidak melebihi RM1,000.00 sahaja atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya dan didenda tambahan jika tidak melebihi RM100.00 sahaja bagi setiap satu hari selama tempoh kesalahan diteruskan.

3. Pihak Berkuasa Tempatan juga boleh mengambil langkah-langkah lebih proaktif di bawah Akta yang sama dengan menghantar surat kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk mengguna pakai Seksyen 81(K) dengan mengisytiharkan semak samun sebagai suatu kacau ganggu

bagi memudahkan tindakan terhadap pemilik premis dan lot-lot tanah yang bermasalah. Tindakan tersebut adalah bersesuaian kerana di dalam seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan turut memperuntukkan bahawa setiap kesalahan kacau ganggu di bawah kesalahan yang telah dimasukkan dalam Seksyen 81, Pihak Berkuasa Tempatan boleh menyampaikan suatu notis kepada orang yang telah menyebabkan kacau ganggu itu sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Akta yang sama iaitu sebagaimana yang ditulis dalam Borang B, Notis Mengkehendaki Kacau Ganggu Dihapuskan di bawah Akta 171.

Sekian, terima kasih.

Speaker

Jemput Machap, soalan tambahan.

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih juga kepada penjelasan yang telah dibuat oleh EXCO yang berkaitan. Jadi, Machap melihat ini sebagai satu tanggungjawab kepada PBT bila mana di kawasan Simpang Renggam sendiri terdapat ada beberapa buah rumah yang ditinggal usang, juga kawasan yang tidak didirikan rumah sebaliknya dibiarkan semak. Dan, terbiar agak lama ekoran daripada permasalahan tuntutan harta pusaka yang tidak selesai. Jadi, maknanya bila tuntutan harta pusaka tidak selesai, jadi kawasan itu ataupun rumah ataupun kebun itu terbiar. Ini terletak di kawasan PBT. Jadi, sebagaimana yang telah dijelaskan tadi, bagaimana bila keadaan ini untuk kita cari pewarisnya sukar, jadi menyebabkan kawasan itu terus terbiar, tidak boleh diambil tindakan sebab kita tak tahu siapa pemilik. Jadi kita berharap agar,apakah usaha-usaha yang mungkin boleh difikirkan oleh PBT bagi mengatasi masalah ekoran tidak tahu siapa pemilik. Dan yang kedua, kita lihat juga di kawasan-kawasan bangunan misalnya di kawasan PBT, ada seolah-olahnya bangunan itu terbiar, tidak cantik, tidak bercat. Jadi, adakah peruntukan dari PBT untuk mencantikkan misal kata lukisan mural pada bangunan tersebut seperti mana banyak terdapat di Kluang ataupun juga di Renggam. Jadi peruntukan itu ada atau tidak pada mencantikkan lukisan mural ini? Terima kasih.

Speaker

Jemput.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi · Skudai

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Machap.

Yang Berhormat Tuan Speaker, isu yang timbul adalah berkenaan dengan bangunan yang susah dicari pemilik ataupun ada dispute, dengan izin, hak milik sesuatu harta itu. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, tidak dinafikan bahawa Pihak Berkuasa Tempatan menurut Akta 171 ada kuasa untuk memasuki sesebuah bangunan ataupun harta untuk menghapuskan kacau ganggu yang telah mengganggu ketenteraman, kesejahteraan masyarakat setempat. Bagaimanapun kos tersebut perlu ditanggung oleh pemilik sendiri di mana PBT masuk, boleh masuk untuk membersihkan kacau ganggu tersebut,tapi ikut prosedur kebiasaan kos itu akan dikenakan balik kepada pemilik sekiranya pemilik enggan untuk melaksanakan tanggungjawab dan tugas mereka. Maka, untuk harta-harta yang bermasalah ni mungkin akan timbul isu di mana, siapa akan tanggung kos perbelanjaan itu. Jadi, perkara ini akan diperhalusi dan PBT akan mengambil langkah yang lebih proaktif supaya ketenteraman dan kesejahteraan masyarakat setempat tidak tergugat.

Speaker

Bentayan.

Tuan Ng Yak HoweDAP · PHBentayan

Yang Berhormat Tuan Speaker, melalui masalah ini kan, biasa yang kami dapati bila kita membuat aduan kepada PBT, apakah tindakan yang mereka dilakukan seperti mereka akan bagikan notis kepada pemilik atau dan bagikan saman. Dan, Bentayan nampak kan proses ni dia, mereka agak mengambilkan masa yang agak panjang untuk menyelesaikan masalah ini. Jadi, saya nak tahu mungkin tak ok, pihak PBT untuk mempercepatkan proses tersebut dan lagi satu soalan apakah usaha lain yang lebih proaktif yang boleh dilakukan oleh PBT dalam menyelesaikan masalah tersebut? Terima kasih.

Speaker

Jemput, YB EXCO.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi · Skudai

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bentayan atas soalan yang timbulkan. Yang Berhormat Tuan Speaker, peranan Pihak Berkuasa Tempatan sebagai kerajaan peringkat yang ketiga yang perlu sentiasa dekat di hati rakyat sudah pastinya menjadikan Pihak Berkuasa Tempatan itu sendiri sentiasa mencari jalan penyelesaian terhadap aduan-aduan yang datang daripada masyarakat sekeliling.

Merujuk kepada perkara yang dibangkitkan, PBT sentiasa giat mengenal pasti kawasan lapang dan premis yang terbiar yang menjadi kacau ganggu awam seperti menjadikan tempat pembiakan nyamuk dan tempat haiwan berbisa seperti ular, tikus, lipas yang akan menjejaskan keceriaan kawasan perumahan. Pihak pentadbiran PBT akan menjalankan siasatan di lapangan bagi memastikan aduan yang diterima adalah benar. Sebagai contoh, bagi kes lot-lot tanah yang semak samun, carian maklumat pemilik seperti yang saya sebut tadi akan dijalankan terlebih dahulu secara dalaman melalui Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta atau Jabatan Perancangan Pembangunan sebelum notis menghapuskan kacau ganggu dikeluarkan. Sekiranya jabatan dalaman PBT berkaitan tidak mempunyai data pemilikan tanah kawasan tersebut, carian maklumat akan dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian ataupun di Pejabat Tanah dan Daerah sebelum notis dikeluarkan. Tempoh notis biasanya 7 hingga 14 hari bergantung kepada keadaan semasa kawasan aduan tersebut. Sekiranya pemilik tanah gagal mematuhi notis yang dikeluarkan kertas siasatan akan dibuka dan tindakan mahkamah akan diambil.

Manakala, bagi kes premis atau rumah terbiar Pihak Berkuasa Tempatan akan menjalankan siasatan di lapangan bagi memastikan aduan yang diterima adalah benar dan notis mengkehendaki kacau ganggu dihapuskan, akan ditampal di pagar atau pintu premis tersebut. Dan carian maklumat pemilik rumah juga akan dijalankan dan tempoh notis juga akan diberi. Tempoh notis adalah 7 hingga 14 hari seperti tadi, mengikut keadaan. Pihak Berkuasa Tempatan akan menjalankan kerja-kerja pembersihan dan segala kos akan ditanggung oleh pemilik seperti yang saya sebut tadi. Sekiranya tuan rumah ataupun tuan tanah gagal mematuhi notis yang telah diberikan.

Selain daripada itu, inisiatif untuk menubuhkan task force PBT secara in house juga, PBT akan menjalankan ataupun menggunakan perkhidmatan secara out source melalui kontraktor yang dilantik sebagai satu sokongan dan bantu PBT untuk mengambil tindakan kerja-kerja penghapusan kacau ganggu dengan mengguna pakai Seksyen 81 Akta 171 terhadap kawasan lot-lot tanah lapang dan premis terbiar yang berpemilik yang mempunyai masalah kacau ganggu tersebut. Segala kos yang terlibat sama akan dikenakan dan ditanggung oleh pemilik harta tersebut.

Untuk masalah yang disebut oleh Yang Berhormat Bentayan tadi, iaitu ada kes-kes atau aduan yang telah lama. Kita perlu faham bahawa PBT hanya boleh bertindak sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta 171, maka notis-notis dan prosedur-prosedur perlu diikut. Bagaimanapun, saya yakin melalui apa yang saya sebut tadi iaitu PBT telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk menghilangkan kacau ganggu di sesuatu komuniti atau masyarakat setempat maka perkara ini dapat diselesaikan dengan lebih cepat. Akhirnya, saya nak ingatkan dan harap dapat disebarkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam Dewan mulia ini, bahawa menjamin kebersihan dan keceriaan setempat, masyarakat setempat itu adalah tanggungjawab bersama. Kita tidak boleh bergantung kepada Pihak Berkuasa, semata-mata kepada Pihak Berkuasa Tempatan sahaja. Maka, pembudayaan akar umbi selari dengan semangat atau prinsip Malaysia Baru dengan mengangkat penglibatan rakyat dalam kerangka demokrasi adalah penting. Budaya bergantung kepada inisiatif kerajaan haruslah segera dirombak dan menyuntik pendekatan bawah ke atas atau dengan izin, bottom up approach khususnya dalam konteks merencana dan melaksanakan sesebuah agenda yang mesra komuniti. Semangat kecintaan dan kepunyaan, sense of belonging, dengan izin, harus dipupuk dan dihidupkan dengan kerjasama segenap lapisan masyarakat merangkumi kerajaan, persatuan komuniti atau NGO dan masyarakat setempat supaya dapat menyelesaikan masalah-masalah yang timbulkan seperti tadi. Iaitu lot-lot tanah yang semak samun dan rumah-rumah terbiar boleh diselesaikan dengan kerjasama daripada semua pihak dan bukan semata-matanya bergantung kepada Pihak Berkuasa Tempatan sahaja.

Speaker

Soalan seterusnya. Jemput Yang Berhormat Pasir Raja.

Puan Rashidah binti IsmailUMNO · BNPasir Raja

Yang Berhormat Speaker, soalan No. 3.

Sila nyatakan berapa unit rumah Generasi Kedua FELDA yang telah di bina sepanjang tempoh Mei hingga November 2018.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar · Kota Iskandar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Yang Berhormat ADUN-ADUN sekalian.

Jabatan Perumahan FELDA ditubuhkan pada 3 Disember 2012, bagi merealisasikan Program Transformasi FELDA yang melibatkan pembangunan infrastruktur iaitu pembinaan perumahan untuk Generasi Kedua FELDA. Projek Perumahan Generasi Kedua FELDA ataupun ringkasnya PGBF adalah projek sosial FELDA bagi memenuhi permintaan dan membantu generasi baru FELDA untuk memiliki rumah mampu milik ataupun sekarang dikenal sebagai mampu biaya yang selesa dan sempurna. Dengan pembinaan rumah kediaman ini masalah penggunaan tanah kosong di perumahan tanah rancangan akan dapat diselesaikan secara teratur dan semua pihak mendapat manfaat. Antara objektif Jabatan Perumahan FELDA ditubuhkan :

1. Melaksanakan pembangunan infrastruktur melalui pembinaan perumahan generasi baru FELDA bagi memenuhi permintaan perumahan dalam kalangan generasi baru FELDA yang semakin ramai menetap bersama-sama ibu bapa mereka di Tanah Rancangan FELDA.

2. Menguruskan perlaksanaan projek dengan kontraktor yang berkelayakan untuk membina rumah pasang siap, IBS berdasarkan kepada sasaran yang ditetapkan.

3. Menjalin dan meningkatkan hubungan kerjasama dengan jentera pentadbiran negeri dan agensi lain yang berkaitan.

Setakat ini sebanyak 560 unit rumah di bawah Skim Perumahan Baru FELDA, PGBF telah siap dibina 100%. 360 unit dibina di FELDA Sungai Sibol, manakala 200 unit lagi dibina di FELDA Inas Utara. Surat tawaran dari unit Perumahan FELDA telah diberikan kepada mereka yang berjaya. Terdapat 3 lagi Projek Perumahan Generasi Baru FELDA (PGBF) di FELDA Wilayah Johor Bahru yang melibatkan 1,130 unit iaitu FELDA Papan Timur, 530 unit; FELDA Pasak, 200 unit dan FELDA Bukit Aping Timur 400 unit yang masih belum siap dan dikategorikan sebagai terbengkalai pada tahap 48% sehingga 78% siap. Sekarang ini, pihak FELDA sedang membuat tender baru untuk kerja-kerja menyiapkan semula perumahan tersebut. Projek PGPF adalah dikendalikan sendiri oleh pihak FELDA. Di bawah pentadbiran FELDA daerah Segamat pula terdapat satu projek perumahan Generasi Baru, PGBF yang terbengkalai iaitu FELDA Maokil 1 melibatkan 300 unit siap pada kadar 77% dan kemudiannya FELDA Maokil 2 yang melibatkan 240 unit siap pada tahap 80%. Ini bermakna sepanjang tempoh Mei hingga November 2018 tiada pembinaan rumah baru untuk Generasi Kedua FELDA yang siap dibina. Selain daripada Perumahan Generasi baru FELDA, iaitu PGBF, pihak FELDA juga mengadakan Program Lot Tapak Rumah untuk Generasi Kedua FELDA. Antara program lot tapak rumah yang telah dikeluarkan Notis 5A oleh Pejabat Tanah yang berkenaan terutama;

1. FELDA Sungai Sibol

-468 lot 2. FELDA Penggeli Timur - 502 lot 3. FELDA Inas

-279 lot 4. FELDA Redung 1

-175 lot

Keseluruhannya melibatkan 1,424 lot. Terdapat lagi lebih kurang 3,500 lot yang sedang diusahakan di peringkat pengeluaran hak milik oleh pihak FELDA iaitu melibatkan FELDA Aping Barat, Bukit Ramon, Linggiu, Lok Heng Timur, Endau, Adela, Ulu Penggeli, Bukit Tongkat, Medoi, Nitar 1, Maokil, Pemanis, Kahang Timur, Kahang Barat, Ulu Dengar, Ulu Belitong dan Palong Timur. Sekian, Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Jemput, ada soalan Pasir Raja.

Puan Rashidah binti IsmailUMNO · BNPasir Raja

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan tambahan saya adalah apakah peranan kerajaan negeri dalam memastikan prasaran dan infrastruktur awam di selenggara dan dilengkapkan dengan baik kerana di kawasan saya, di FELDA Bukit Ramun jalan telah pun rosak dan sekarang hanya boleh laluan motor sahaja. Dan, saya telah membuat laporan kepada JD daerah kepada Pegawai Daerah kepada Majlis Daerah tetapi jawapannya adalah tidak ada peruntukan untuk membaiki jalan tersebut?Terima kasih.

Tuan Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar · Kota Iskandar

Terima kasih di atas soalan tambahan. Sebagaimana kita tahu bahawa pengurusan kawasan FELDA ini adalah terletak di bawah FELDA sendiri. Dan sebagaimana yang kita ketahui sekarang ini hutang FELDA berjumlah RM8.025 bilion sebagai yang telah dibentangkan di dalam Kertas Putih oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Apa yang peringkat negeri, yang kita boleh bantu. Sebagaimana yang telah disebutkan dalam sidang yang lepas, iaitu kita menggalakkan supaya FELDA-FELDA yang telah dikeluarkan

geran persendirian supaya ditubuhkan di bawah Ketua Kampung ataupun MPKK, Majlis Perundingan Komuniti Kampung yang terletak di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Dan sebagaimana saya telah sebutkan juga, bahawa kerajaan negeri bercadang bilamana diletakkan di bawah MPKK, bukannya JKKR, maka kita boleh memohon peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar khususnya berkaitan dengan infrastruktur asas, berkaitan dengan jalan raya, letrik, parit dan seumpamanya. Itu sebabnya, kita menggalakkan kawasan-kawasan FELDA yang sekarang ini negeri Johor kita terdapat 73 supaya bila mana dikeluarkan geran individu maka kita galakkan ditubuhkan MPKK termasuk juga kita akan berusaha untuk meletakkan di bawah MARRIS iaitu kelolaan jalan-jalan di bawah JKR. Sekian, Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Jemput, YB Bukit Permai.

Tuan Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHBukit Permai

Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya juga ingin menyokong apa yang rakan saya nyatakan tadi iaitu dari segi Rancangan Perumahan Generasi Kedua FELDA, ada Rancangan FELDA yang mendapat tanah, lot tanah seperti di FELDA Inas Utara dalam DUN Bukit Permai, Yang Berhormat Speaker. Apa yang menjadi masalahnya sekarang ialah pembangunan diberikan melalui lot tanah ini ialah pembangunan infrastrukturnya seperti pembersihan kawasan dan sebagainya. Dan satu lagi projek ialah di bawah SPNB, Yang Berhormat Tuan Speaker, ada Rancangan Tanah FELDA yang pembinaan rumah Generasi Keduanya di kelolakan oleh SPNB. Tetapi SPNB ini Yang Berhormat Tuan Speaker, dia hanya mendirikan rumah tetapi tidak ada perancangan untuk membina jalan dan parit, longkang. Ini yang terjadi di FELDA Bukit Permai yang di bawah pengurusan SPNB. Rumah dah dibuat tapi tidak ada jalan dan tidak ada sistem parit longkang yang dibuat. Jadi saya mohon pada Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat

Speaker

Soalan, soalannya.

Tuan Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHBukit Permai

Soalannya, saya mohon pada kerajaan negeri supaya dapat menubuhkan satu unit khas berhubung dengan pembangunan rumah Generasi Kedua FELDA di negeri Johor. Itu soalan saya dan cadangan saya.

Speaker

Bolehkah, soalan itu, itu bukan soalan itu ? Bolehkah?

Tuan Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHBukit Permai

Saya ingin bagi menambah baik Yang Berhormat Tuan Speaker, menambah baik perancangan membina rumah Generasi Kedua FELDA ini. Bolehkah kerajaan negeri..

Speaker

Baru betul...

Tuan Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHBukit Permai

Bolehkah kerajaan negeri menubuhkan satu unit khas yang, bagi melaksanakan Rancangan Pembangunan Rumah Generasi Kedua FELDA di negeri Johor, terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar · Kota Iskandar

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Permai di atas soalan. Panjang lebar juga soalan tapi inti pati dia pendek aje. Sebagaimana yang telah dilalui oleh FELDA Inas, FELDA Sibol dan juga Pengeli Timur, isu ini bila mana, ini adalah tentang projek di bawah lot tapak rumah FELDA. Di mana FELDA memberikan bantuan kerjasama dari segi mengeluarkan tanah yang akan di pecah sempadan itu kepada Generasi Kedua, tetapi usaha itu secara teknikalnya mesti diusahakan oleh Jawatankuasa Bertindak yang ditubuhkan oleh peneroka atau pun oleh Generasi Kedua yang akan dianugerahkan tanah-tanah tersebut.

Isunya adalah tentang mereka diberikan lot tapak tanah tanpa disediakan infrastruktur asas iaitu jalan raya, parit, elektrik, bekalan air dan seumpamanya. Apa yang telah dilalui oleh beberapa kawasan FELDA sebelum ini sebagaimana disebut oleh ADUN Bukit Permai tadi telah mengadakan kerjasama dengan SPNB di bawah Rumah Mesra Rakyat dan mereka hanya membina rumah di atas lot tersebut tetapi tidak mengadakan ataupun mewujudkan infrastruktur keseluruhan bagi kawasan lot-lot yang di anugerahkan sebagai lot tapak rumah kepada generasi kedua. Sebelum daripada ini, pihak FELDA dalam perundingan kita dengan mereka bersedia untuk menampung kos tersebut. Tetapi, bila mana melihatkan kedudukan kewangan terkini yang semakin tidak selesa disebabkan hutang FELDA

sebahagian saya sebut tadi telah mencecah RM8.025 bilion, pihak FELDA tidak lagi bercadang untuk membiayai infrastruktur yang terlibat.

Oleh itu, cadangan daripada ADUN Bukit Permai tadi bagi mewujudkan unit khas tentang pembinaan rumah bagi Generasi Kedua di atas lot-lot rumah tapak rumah yang disediakan oleh pihak FELDA, satu cadangan yang baik, yang boleh kita pertimbangkan. Dan setakat ini usaha yang dibuat oleh beberapa FELDA yang telah mempunyai program ataupun yang telah mendapat kelulusan pejabat tanah tentang lot-lot tapak rumah telah mengadakan usaha sendiri, mengadakan gotong-royong dan juga mengadakan kumpulan dengan izin, crowd funding bagi membiayai infrastruktur di kawasan mereka. Sekian, Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Soalan seterusnya, dijemput Yang Berhormat Kemelah.

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 4.

Apakah usaha-usaha serius yang sedang dijalankan oleh kerajaan negeri bagi memastikan pencemaran sungai-sungai Johor tidak berlarutan setelah sekian lama berlaku?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Dr. Sahruddin bin JamalBERSATU · PNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian · Bukit Kepong

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Dato’ MB, Yang Berhormat ADUN-ADUN, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Jabatan Alam Sekitar bertindak mengawal dan menguatkuasakan masalah pelepasan efluen atau kumbahan yang dihasilkan oleh punca-punca yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 termasuk kilang-kilang perindustrian, loji-loji kumbahan serta projek-projek pembangunan yang tertakluk kepada Environmental Impact Assessment (EIA) dengan memastikan pematuhan kepada standard pelepasan yang telah ditetapkan bagi setiap kategori premis.

Bermula 1 Januari 2019, kilang-kilang kelapa sawit dan kilang getah dikehendaki untuk mematuhi standard pelepasan sama ada ke alur air atau atas tanah yang lebih ketat iaitu Standard Pelepasan kepada Standard A. Tujuannya adalah untuk mengurangkan beban pencemaran efluen dari kilang kelapa sawit dan getah yang dilepaskan ke dalam sungai-sungai dalam Negeri Johor dan untuk terus memulihara dan memelihara keadaan sungai untuk terus bersih bagi tatapan generasi kini dan generasi akan datang.

Begitu juga dengan projek-projek pembangunan yang tertakluk kepada EIA untuk patuh kepada standard A bagi pelepasan ke alur air. Tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil bagi sebarang ketidakpatuhan ialah dengan mengeluarkan notis arahan, tawaran kompaun, tindakan mahkamah, tahan operasi penyitaan, pelucut hak kan, pelupusan hak, perintah larangan, perintah berhenti kerja, gantung atau batal lesen dan tangkapan.

Walau bagaimanapun, masalah pencemaran sungai di negeri Johor dikenal pasti juga berpunca daripada punca-punca selain yang dinyatakan di atas iaitu termasuklah aktiviti komersial iaitu restoran, gerai, pasar basah, pusat cuci kenderaan, tapak sampah haram dan sebagainya di mana ianya tidak tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling yang memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak untuk memastikan kualiti air sungai dapat dipulihkan. Sekian.

Speaker

Jemput Tangkak.

Tuan Ee Chin LiDAP · PHTangkak

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Kita sedia maklum bahawa mengikut rekod Jabatan Alam Sekitar, dalam 473 sungai di negara kita, antaranya ada 229 sungai telah didapati di cemar dan antaranya punca adalah disebabkan oleh sisa sebagaimana yang telah dikata oleh, dijawab oleh YB EXCO. Sisa itu tidak sahaja daripada sisa kilang tetapi ada juga dari pembuangan sisa dari masyarakat. Jadi saya ingin tanya, apakah usaha yang akan diambil oleh Jabatan Alam Sekitar supaya pembuangan sisa oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab bukan sahaja daripada pekilang tetapi daripada masyarakat dapat dikawal dan apakah pendekatan yang akan diambil. Sekian, terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Dr. Sahruddin bin JamalBERSATU · PNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian · Bukit Kepong

Terima kasih YB Tangkak. Untuk pengetahuan semua, bahawa masalah pencemaran sungai di negeri Johor bukan hanya pihak Jabatan Alam Sekitar sahaja yang perlu memantau. Pencemaran sungai di negeri Johor memerlukan semua agensi-agensi terlibat sama contohnya, PBT, JPS dan semua agensi-agensi yang terlibat untuk memastikan pencemaran sungai tidak terjadilah. Ok. Pihak JPS sentiasa memantau keadaan sungai dan berusaha untuk membuang sisa-sisa yang terdapat di dalam sungai. Namun diharapkan pihak PBT dan masyarakat kena lebih prihatin dan faham bahawa mereka juga terlibat kepada masalah pencemaran sungai. Contohnya kalau kita lihat di kawasan-kawasan perumahan yang berdekatan dengan sungai, kebanyakan masyarakat membuang sampah hanya di dalam sungai. Jadi kesedaran semua pihak diperlukan untuk memastikan tidak terjadi pencemaran di sungai. Sekian, terima kasih.

Speaker

Kemelah, soalan tambahan.

Terima kasih Tuan Speaker, soalan tambahan saya, antara cabaran penguatkuasaan adalah bilangan penguat kuasa yang di mana jumlahnya adalah tidak mencukupi, contohnya kalau kita lihat di Segamat sendiri kalau berlaku pencemaran sungai ataupun pencemaran udara, pejabat Jabatan Alam Sekitar yang terdekat adalah di Muar, jadi adalah kerajaan negeri akan berusaha untuk menambah bilangan penguat kuasa ataupun jika tidak apakah penyelesaian untuk jangka panjang. Terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Dr. Sahruddin bin JamalBERSATU · PNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian · Bukit Kepong

Terima kasih YB Kemelah. Jabatan Alam Sekitar sedia maklum bahawa kakitangan Jabatan Alam Sekitar adalah tidak terlalu ramai. Contohnya untuk Jabatan Alam Sekitar Muar terpaksa menjaga daerah Muar, daerah Tangkak dan daerah Segamat. Kakitangan Jabatan Alam Sekitar Muar tidak lebih daripada 15 orang sedangkan mereka terpaksa menjaga 3 daerah yang mempunyai lebih 100 buah kilang. Dan untuk pengetahuan semua, Jabatan Alam Sekitar adalah tertakluk kakitangannya adalah di bawah kerajaan persekutuan. Kami akan sentiasa berusahalah untuk menambah jumlah kakitangan untuk memudahkan kami untuk mengadakan penguatkuasaan. Namun harus diingat bahawa penguatkuasaan memerlukan penglibatan daripada pihak PBT itu sendiri dan Jabatan Pengairan dan Saliran. Jadi jika PBT, JPS dan JAS dapat bekerjasama dengan lebih erat, saya rasa pemantauan akan lebih mudah. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, jemput Yang Berhormat Layang-Layang.

Datuk Onn Hafiz Bin GhaziUMNO · BNLayang-Layang

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 5.

Dalam keadaan harga barang yang semakin meningkat dan ekonomi yang tidak menentu, apakah langkah-langkah kerajaan bagi membantu rakyat dan juga pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan negeri?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Dr. Ramakrishnan a/l SuppiahDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan · Bekok

Terima kasih Tuan Speaker. Selamat pagi dan salam sejahtera Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Yang Berhormat Layang-Layang, Ahli-ahli Yang Berhormat, tuan-tuan, puan-puan. Kementerian Penerangan Dalam Negeri Ini Dan Hal Ehwal Pengguna sentiasa peka dan peduli akan usaha-usaha untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat, khasnya kepada, dengan menangani isu kos sara hidup. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kementerian ini termasuklah :

1. Melaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan, iaitu pada empat musim perayaan yang utama iaitu Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas. Pihak Kementerian akan menetapkan harga siling bagi suatu senarai barangan keperluan asas. Skim Kawalan Harga Musim Perayaan ini dapat mengawal peniaga daripada mengaut keuntungan berlebihan dan memastikan harga barang yang ditawarkan adalah berpatutan selain dapat memastikan bekalan adalah mencukupi di pasaran untuk kegunaan pengguna.

2. Menganjurkan program “Back to School” setiap tahun di mana barangan dan peralatan persekolahan dijual dengan harga yang berpatutan. Ini sekali gus dapat membantu para ibu

bapa untuk membuat persiapan bagi anak-anak mereka sebelum bermulanya sesi persekolahan tahun yang baru.

3. Mengadakan usaha sama dengan pihak pengilang, hypermarket, supermarket, dan usahawan yang menjual barangan keperluan asas untuk menjual barang secara terus kepada pengguna tanpa melalui orang tengah seperti mana Karnival Mega Muafakat Johor. Program ini telah bermula pada tahun 2015 dan mencatatkan kejayaan penganjurannya setiap tahun. Program Karnival Mega Muafakat Johor yang terakhir telah pun diadakan pada 17,18 November tahun ini di Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru.

4. Pihak Kementerian ini juga telah dipilih untuk mengendalikan Programme Food Bank Malaysia yang mana menjadi titik permulaan kepada usaha kerajaan untuk meringankan kesan kenaikan kos sara hidup dan mengurangkan pembaziran makanan di kalangan rakyat Malaysia. Modus program ini adalah melalui inisiatif untuk mengumpul makanan yang dihasilkan daripada peruncitan, perhotelan dan restoran untuk diagihkan kepada golongan kurang berkemampuan. Program ini akan dilaksanakan menerusi dua fasa iaitu projek perintis yang bermula sejak Ogos hingga Disember ini, manakala fasa kedua ialah perlaksanaan secara menyeluruh di seluruh negara bermula Januari tahun hadapan.

Golongan sasaran bagi program ini adalah penerima yang terdiri daripada isi rumah

berpendapatan kurang daripada RM930.00 sebulan. Dan, berdasarkan maklumat e-

kasih di seluruh negara terdapat seramai 186,354 ketua isi rumah berada dalam paras garis

kemiskinan. Syarikat pasar raya, pengilang dan industri perhotelan di negeri Johor adalah

diseru untuk bersama-sama KPDNHEP negeri Johor dalam menjayakan Programme Food

Bank Malaysia ini.

5. Kempen Harga Patut turut dilaksanakan bagi memastikan rakyat terus mendapat bekalan

barangan pada harga yang terendah melibatkan pasar raya besar, pasar raya dan pasar mini

di seluruh negara. KPDNHEP negeri Johor baru sahaja menganjurkan Program Kempen

Harga Patut 2018 yang disebut tadi yang mana telah mendapat sambutan hangat daripada

para pengguna dalam mendapatkan bekalan keperluan asas dengan harga yang berpatutan.

6. Bagi tahun 2018, kementerian ini juga telah mewartakan tempoh-tempoh yang berikut untuk menggalakkan para peniaga menawarkan barangan dengan harga yang murah kepada pengguna:

a. Jualan awal tahun, 1 Februari tahun ini hingga 15 Mac tahun ini. b. Karnival Jualan Mega 1Malaysia iaitu 15 Mei tahun ini hingga 31 tahun ini. c. Jualan akhir tahun 1Malaysia iaitu 1 November hingga 31 Disember tahun ini. d. 2 tarikh pilihan peniaga selain tarikh pengawal. e. Jualan murah Hari Sukan Negara 2018 iaitu 1 Oktober hingga 31 Oktober.

Inilah inisiatif-inisiatif kementerian untuk mengendali isu kos sara hidup. Terima kasih.

Speaker

Jemput, Layang-Layang.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNLayang-Layang

Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang cukup baik itu. Cuma, tempoh hari Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah membentangkan inisiatif-inisiatif lain juga untuk membantu mengurangkan beban rakyat. Jadi, saya nak tahu berapakah jumlah keseluruhan peruntukan bajet negeri untuk pertamanya Program Kad Sihat Johor, keduanya Skim Takaful Warga Emas dan ketiganya Insentif Perkahwinan Berkelompok. Terima kasih.

Tuan Dr. Ramakrishnan a/l SuppiahDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan · Bekok

Yang Berhormat Tuan Speaker, nampaknya soalan tambahan sudah lari daripada soal asal. Saya boleh beri jawapan melalui tulisan, terima kasih.

Speaker

Semarang.

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan tambahan saya berkenaan dengan harga barang. Saya nak tahu adakah kerajaan membenarkan jika ada mana-mana pihak yang berhasrat untuk mengadakan jualan barang-barang yang diisytiharkan

senarai barangan harga terkawal di bawah harga yang ditetapkan di mana-mana tempat dalam negeri Johor? Terima kasih.

Tuan Dr. Ramakrishnan a/l SuppiahDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan · Bekok

Isu harga kawalan dikendali oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan semua peniaga mesti ikut apa yang ditetapkan. Tidak boleh lebih daripada siling atas. Jadi, sesiapa pun boleh tapi mereka pasti patuh harga yang ditetapkan. Terima kasih.

Saya lebih murah, bukan lebih mahal.

Tuan Dr. Ramakrishnan a/l SuppiahDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan · Bekok

Mahu jual murah lagi? Oh, itu tak ada masalah. Itu tak ada masalah. Kita jemput peniaga-peniaga berlaku begitu. Terima kasih.

Speaker

Larkin.

Tuan Mohd. Izhar bin AhmadBERSATU · PHLarkin

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya ingin bertanya apakah bentuk ataupun pendekatan yang dibuat oleh pihak kerajaan berkenaan dengan harga-harga barang yang dinikmati bersama oleh rakyat jiran kita iaitu warganegara Singapura yang setiap hari membanjiri di bandar Johor Bahru yang mengganggu barang-barang keperluan harian kita. Terima kasih.

Tuan Dr. Ramakrishnan a/l SuppiahDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan · Bekok

Terima kasih YB Larkin atas soalan tambahan. Memang harga barang bukan sahaja ditetapkan oleh kerajaan tetapi ada banyak faktor yang influenced iaitu mempengaruhi harga itu. Iaitu permintaan barang, penawarannya, persaingan, cuaca, peningkatan kos termasuk kadar upah, bekalan negara pengeluar asal, nilai pertukaran mata wang, harga barang mentah dan juga manipulasi harga. Dan, di Johor kita ada satu lagi isu iaitu kedatangan dari negara jiran untuk beli barang di Johor Bahru. Ini juga influenced, mempengaruhi harga-harga ini. Kementerian selalu memerhatikan apa yang berlaku dan kami akan pantau dan ambil tindakan sewajarnya tapi tidak ada satu tindakan yang ditentukan pada masa ini. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya. Dijemput Yang Berhormat Pekan Nanas.

Tuan Yeo Tung SiongDAP · PHPekan Nanas

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 6.

Sila nyatakan bilangan penumpang Tanjung Belungkor Ferry Terminal dari Tanjung Belungkor ke Changi, Singapore dan dari Changi ke Tanjung Belungkor pada tahun 2015, 2016,2017 dan 2018?

Speaker

Jemput, YB EXCO.

Tuan Haji Mazlan bin BujangBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan · Puteri Wangsa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Yang Berhormat-Berhormat Ahli Sidang Dewan Negeri.

Perangkaan bilangan penumpang Tanjung Belungkor Ferry Terminal dari Tanjung Belungkor ke Changi, Singapore dan dari Changi ke Tanjung Belungkor bagi tahun 2015, 2016, 2017 dan 2018 adalah seperti berikut :

1. Tahun 2015, bilangan masuk 14,171; bilangan keluar 14,319; jumlah keseluruhan 2015, 28,490.

2. Tahun 2016, bilangan masuk 16,084; bilangan keluar, 16,554; keseluruhannya 32,638.

3. Tahun 2017, bilangan masuk 19,135; bilangan keluar, 19,765; jumlah keseluruhan, 38,900.

4. Tahun 2018, statistik sehingga Oktober, bilangan masuk, 16,395; bilangan keluar, 16,716; jumlah keseluruhan, 33,111.

Dan, jumlah untuk keseluruhannya bilangan masuk, 65,785; bilangan keluar, 67,356 dan jumlah secara total 133,139.Terima kasih.

Speaker

Ya, Pekan Nanas.

Tuan Yeo Tung SiongDAP · PHPekan Nanas

Yang Berhormat Tuan Speaker, tadi saya buat sedikit pengiraan dan dapati secara purata terminal feri daripada Tanjung Belungkor pergi ke Changi pada tahun 2015 adalah lebih kurang 40 lebih orang satu hari. Dan pada tahun 2017 adalah 50 lebih orang satu hari, daripada Tanjung Belungkor pergi ke Singapura ataupun daripada Singapura pergi ke Tanjung Belungkor satu hari adalah 40 lebih sampai 50 lebih. Dan memandangkan di negeri Johor kita mengalami kesesakan lalu lintas yang amat serius di Tambak dan Second Link. Sebenarnya pengangkutan di laut boleh memainkan peranan untuk meringankan keadaan ini tetapi mungkin disebabkan kedudukan di Tanjung Belungkor agak jauh daripada Johor Bahru, lebih kurang dia memerlukan masa satu jam setengah untuk penduduk daripada Johor Bahru untuk sampai ke Tanjung Belungkor. Saya nak tanya adakah kerajaan berancangan menggunakan terminal-terminal feri mungkin di Pasir Gudang untuk mengangkut penduduk ataupun pelancong pergi ke Terminal Feri Changi. Sekian, terima kasih.

Speaker

Jemput, YB EXCO.

Tuan Haji Mazlan bin BujangBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan · Puteri Wangsa

Terima kasih Yang Berhormat soalan tambahan. Ikut statistik memanglah kita perhatikan bahawa kita ada peningkatan sebanyak 4,000 setiap tahun. Jadi, sebenarnya kita mengalu-alukan kalau ada cadangan operator-operator untuk menggunakan terutamanya terminal penumpang di Pasir Gudang untuk buat destinasi yang baru ke Singapura. Mungkin daripada Pasir Gudang ke Singapura, ke Changi atau balik semula ke Pasir Gudang, eh. Jadi, itu salah satu cadangan yang baik yang kita boleh ambil kira. Terima kasih.

Speaker

Stulang, dijemput.

Tuan Chen Kah EngDAP · PHStulang

Ya. Terima kasih jawapan yang diberikan YB EXCO dan cadangan yang diberikan YB Pekan Nanas. Sebagaimana yang kita sedia maklum untuk mengurangkan kesesakan di Tambak Johor, salah satu kaedah adalah menjadikan jalan laut ini, perkhidmatan feri ini sebagai realiti. Dan, untuk Tanjung Belungkor ini saya rasa penggunaannya kurang maksima. Jadi, kalau boleh kita mahu buka, sama ada mahu buka di Pasir Gudang ataupun Terminal The Zone, Stulang.

Kemudian, ada satu lagi kekangan yang kita ada sekarang ataupun masalah yang kita ada sekarang adalah kriteria daripada pihak Singapura adalah apabila feri kita berhenti di Changi Port mereka, salah satu kriteria mereka adalah mereka hanya membenarkan setiap feri berhenti di Changi Port dalam selang waktu 45 minit ataupun satu jam. Maksudnya ini akan mengurangkan kekerapan kita apabila kita mengendalikan feri. Jadi, boleh tak, saya ingin mengumumkan masalah ini kepada pihak kerajaan supaya apabila kita berunding dengan pihak Singapura nanti boleh tak kita memendekkan selang masa tu mungkin daripada 30 minit eh ke 30 minit bukannya satu jam ataupun 45 minit. Maksudnya setiap 30 minit kita akan ada, boleh ada satu feri ke Singapura. Terima kasih.

Tuan Haji Mazlan bin BujangBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan · Puteri Wangsa

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Stulang. Sebenarnya jumlah penumpang sebenarnya kebenaran yang kita dapat maksimum adalah 4 trip kita berjalan iaitu pada perkhidmatannya daripada Sabtu dan Ahad, dan hari biasa Isnin hingga Jumaat hanya 2 trip. Jadi, kalau kita melihat daripadanya terutama pada Isnin-Jumaat, demand penumpang belum lagi tahap yang maksimum untuk menggunakan perkhidmatan di feri Tanjung Belungkor. Jika ada permintaan kita tak ada masalah untuk membuat perbincangan tapi perbincangan ini melibatkan kerajaan persekutuan juga. Antara dua kerajaan iaitu kerajaan Malaysia dan juga kerajaan Singapura, bukan di peringkat negeri sahaja. Jadi, terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya. Yang Berhormat Kukup.

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 7.

Berapakah jumlah pusat sembelihan ayam halal di negeri Johor dan adakah pusat-pusat sembelihan ini dipantau secara berkala bagi memastikan semua syarikat ini mengikuti setiap garis panduan yang telah ditetapkan untuk memastikan ianya benar-benar halal?

Speaker

Di jemput YB EXCO.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan · Parit Yaani

Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Harapan. Terima kasih kepada Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat. Berkaitan dengan soalan berapakah jumlah Pusat Sembelihan Ayam Halal di negeri Johor dan adakah pusat-pusat sembelihan ini dipantau secara berkala bagi memastikan semua syarikat ini mengikut setiap garis panduan yang telah ditetapkan untuk memastikan ianya benar-benar halal. Berdasarkan kepada soalan, Tuan Speaker, kita sedia maklum bagi umat Islam untuk dapatkan makanan halal terutamanya binatang yang halal dimakan mestilah melalui penyembelihan. Dan syarat-syarat penyembelihan ini juga kita sedia maklum, mestilah beragama Islam dan sekurang-kurangnya yang beramal, yang beramal maknanya tidak meninggalkan sembahyang. Sehingga kini, Pensijilan Halal Malaysia masih bersifat pilihan. Dan sukarela yakni voluntary kepada mana-mana industri yang berkaitan. Ia merupakan nilai tambah bagi produk untuk tujuan pemasaran bagi meyakinkan pengguna terutamanya pengguna muslim. Pensijilian Halal Malaysia hanya diluluskan kepada pemohon yang memenuhi kriteria Manual dan Standard Pensijilan Halal Malaysia. Di negeri Johor sehingga Oktober 2018, terdapat 10 buah rumah sembelihan ayam yang telah dipersijilkan Pensijilan Halal Malaysia. Pusat Sembelihan yang telah dipersijilkan Pensijilan Halal sentiasa dipantau oleh Jabatan Agama Islam Johor melalui Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Johor dan pemantauan ke pusat-pusat penyembelihan melalui 2 kaedah. Iaitu pemantauan berkala, yang kedua, pemantauan berdasarkan aduan. Pusat penyembelihan yang telah memiliki Pensijilan Halal Malaysia wajib mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan termasuk memiliki tauliah penyembelihan kepada siap juru sembelih. Sepertimana yang saya sebut tadi, tukang sembelih mestilah seorang Islam dan yang beramal dengan agama Islam. Pemantauan sekurang-kurangnya dibuat 2 kali setahun. Sekian, terima kasih.

Speaker

Tenang.

Tuan Mohd. Solihan bin BadriBERSATU · PHTenang

Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin bertanya, Tenang ingin bertanya bolehkah Yang Berhormat EXCO memberitahu Dewan daripada 10 rumah sembelih ayam halal tadi itu, berapa banyak yang dimiliki oleh orang Islam dan sekiranya adakah sebarang insentif untuk menambah lagi jumlah berkenaan? Terima kasih.

Speaker

Jemput, YB EXCO.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan · Parit Yaani

Soalannya bila ditanya berapa milik syarikat-syarikat, pemilik Bumiputera ataupun Islam, Insya-Allah akan saya beri jawapan bertulis nanti sebab di jawapan saya ini memang ada 10, ikut daerah pun ada tetapi cadangan daripada yang saya lihat sebagai penambah baik untuk penyembelihan ini selain daripada syarat Islam dan solat, kita akan meletakkan cadangan supaya memiliki sijil sekurang-kurangnya darjah 6 ataupun Sekolah Khas Agama Johor sebagai tambahan supaya kita memastikan bahawa cara penyembelihan itu betul sepertimana kita sedia maklum darah yang keluar apabila melalui sembelihan tadi, kekejangan urat-urat tadi akan menolak semua darah yang berada di dalam tubuh badan binatang yang disembelih menyebabkan daging tidak akan terkumpul darah-darah beku di dalam daging berkenaan yang boleh menyebabkan daging yang berkenaan adalah lebih baik untuk dimakan. Sekian, terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat, habis kalau daripada luar Johor dia tak ada Sekolah Darjah 6? Tak ada Darjah Khas daripada luar Johor.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan · Parit Yaani

Sekurang-kurangnya ada Sijil Sekolah Agama ataupun yang berkaitan. Terima kasih.

Speaker

Larkin.

Tuan Mohd. Izhar bin AhmadBERSATU · PHLarkin

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Di antara perjanjian, Joint Venture Development Aggreement, dengan izin, di antara pemaju itu MAHA Builders Berhad dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru untuk membangunkan Pasar Borong. Antara syarat yang dikenakan adalah menyediakan Pusat Penyembelihan Ayam dan perkara ini sepatutnya semua Pusat Penyembelihan Ayam ini dicentralize kan di Pasar Borong. Jadi sudah melampaui melebih 10 tahun Pusat Penyembelihan Ayam itu masih tidak wujud dan tidak dicentralize kan di situ lagi. Harap dapat penjelasan.Terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan · Parit Yaani

Berkaitan dengan Pasar Borong. Kalau kita tengok di sini memang sepatutnya ada dibuatkan sedemikian rupa tapi mungkin masalah pengangkutan daripada kandang nak bawa dan juga penempatan dalam bentuk yang lebih besar. Kalau keluar daripada kawasan kandang memerlukan perbelanjaan yang lebih tinggi kepada penternak, yang ini akan menyebabkan kenaikan harga barang ataupun harga ayam nanti. Jadi mungkin satu perkara yang telah difikirkan oleh pihak yang berkaitan sebab bila sebut tentang pemusatan ataupun pengumpulan sembelihan pada satu pusat sahaja mungkin itu jadi masalah kepada penternak-penternak untuk keluarkan ayam tadi pada satu tempat. Jadi perbelanjaan yang agak berat. Walau bagaimanapun, pada pandangan dari segi Jabatan Agama, yang penting penyembelihan itu adalah mengikut kehendak sepertimana yang diajar ataupun dikehendaki oleh ajaran Islam, itu yang lebih penting kepada semua. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya. Jemput, Yang Berhormat Stulang.

Tuan Chen Kah EngDAP · PHStulang

Yang Berhormat Speaker, soalan saya No. 8.Dalam usaha menarik pelaburan dari luar negara, apakah sektor industri pelabruran baru yang diberi penekanan oleh Kerajaan Johor untuk memastikan Johor terus menjadi negeri yang paling digemari pelabur?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Jimmy Puah Wee TsePKR · PHPengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti · Bukit Batu

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Tuan Speaker. Selain daripada industri konvensional atau tradisional, seperti industri pembuatan, perkhidmatan dan oil and gas, kerajaan negeri sekarang akan memberi fokus baru juga kepada industri-industri berdasarkan prinsip 3H yang telah dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar lalu, Belanjawan 2019. Iaitu high technology, dengan izin, high value dan halal industry. Pada tahun 2019 akanlah menjadi satu tahun pecutan untuk negeri Johor dalam merealisasikan Johor sebagai negeri berprestasi tinggi. Kita perlu memberi penekanan kepada industri-industri ini kerana industri-industri inilah merupakan industri penting di peringkat global dalam memacu negeri Johor sebagai negeri berekonomi maju atau dengan izin, advanced economic state. Untuk menjadi sebuah negeri berekonomi maju, negeri Johor memerlukan lebih banyak syarikat-syarikat bertaraf antara bangsa dalam industri berat serta berteknologi tinggi. Kerajaan perlu menarik lebih banyak pelabur asing untuk bertapak di negeri Johor bagi menghasilkan umpamanya jentera, mesin dan barangan elektronik berteknologi tinggi selaras dengan prinsip Industri 4.0.Sektor berteknologi tinggi mampu meningkatkan produktiviti negeri Johor dengan ketara dan memberi impak yang tinggi pada jangka masa yang panjang di mana rantaian bekalan daripada pengeluar sehingga pengguna sangat luas. Setiap peringkat dalam rantaian bekalan ini mempunyai nilai tambah yang boleh ditawarkan beribu-ribu industri kecil. Ianya mampu membuka jaringan bekalan yang sangat luas dan mencipta lagi puluhan malahan ratusan ribu peluang pekerjaan mahir berpendapatan tinggi di negeri Johor.

Yang Berhormat Tuan Speaker, industri halal pula merupakan industri yang semakin mendapat perhatian dan mempunyai potensi yang tinggi untuk diterokai. Keutamaan produk halal bukan sahaja terletak pada sijil tapi penghasilan produk-produk tersebut sendiri mementingkan aspek kualiti dan kebersihan. Beberapa strategi yang berkaitan dengan industri halal akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri di mana ianya melibatkan penggalakan industri halal, pemantauan industri halal serta promosi industri halal yang akan dipergiatkan lagi pada tahun 2019. Buat masa ini, Yang Berhormat Tuan Speaker, negeri Johor telah mengenal pasti industri halal sebagai salah satu sumber baru pertumbuhan ekonomi berdasarkan kepada nilai pasaran halal global yang amat besar. Saiz pasaran ini akan terus berkembang berdasarkan peningkatan kesedaran dan permintaan kepada penduduk dan perkhidmatan halal daripada hampir 1.8 bilion penduduk Islam dari seluruh dunia terutamanya di negara Jepun, Timur Tengah dan juga Eropah. Kerajaan negeri akan memastikan industri-industri yang masuk ke Johor tidak mencemarkan alam sekitar dan ianya lebih menumpukan kepada industri yang berkualiti dan memberikan peluang pekerjaan yang lebih baik dan bermutu kepada bangsa Johor. Satu lagi industri yang mendapat tumpuan kerajaan baru ini adalah industri aero-angkasa atau dengan izin, aero space yang juga adalah merupakan salah satu cabang bidang pertumbuhan baru yang akan dipromosikan oleh kerajaan negeri dalam memastikan Johor terus menjadi negeri yang paling digemari pelabur.

Ekosistem aero-angkasa yang sedia ada di Malaysia dan Singapura akan menyediakan peluang yang baik bagi industri ini untuk terus berkembang. Tumpuan semasa buat masa kini untuk kerajaan

negeri Johor, adalah kepada perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih yang atau dikenali sebagai MRO, maintainance, repair and overhaul, penerbangan serta mengembangkan perkhidmatan kejuruteraan tulen.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, berdasarkan laporan dijangka dari 2014 hingga 2033 jumlah keluaran pesawat kapal terbang di seluruh dunia akan meningkat hampir 36,770 buah di mana 13,460 pesawat tersebut akan berkhidmat di rantau Asia Pasifik. Tambahan, berdasarkan kepada kajian Frost and Sullivan, menjelang tahun 2022 dijangka industri MRO di rantau Asia Pasifik akan mencatat nilai hampir USD23.14 bilion. Juga sukacita saya maklumkan, daripada hasil misi pelaburan atau trade mission baru-baru ini saya ke Toulouse, Perancis pada awal November 2018 dengan kerjasama Chamber and Commerce and Industry France, CCI France, kerajaan negeri telah bermesyuarat dengan beberapa pengusaha industri aero-angkasa dan telah mendapat respons yang positif dari salah sebuah syarikat yang mengadakan perkhidmatan penyelenggaraan dengan pesawat Airbus bagi membangunkan sebuah fasiliti bagi menampung keperluan dan pasaran di seluruh Asia Pasifik. Mereka telah bercadang dan berkemungkinan besar akan membuat lawatan kajian lapangan ke Johor pada tahun depan. Harap-haraplah.

Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri akan sentiasa mengembangkan idea untuk meletakkan bidang aero-angkasa itu, ini menjadi keutamaan. Di samping memperolehi sumber pelaburan yang berkualiti. Johor sentiasa menjadi pilihan dalam pelaburan ekoran lokasinya yang begitu hampir dengan Singapura, mempunyai lapangan terbang bertaraf dunia dan infrastruktur dengan persekitaran yang cukup mesra pelabur dan pro business. Seiring dengan pelan tindakan aero-angkasa kebangsaan, Johor juga dilengkapi dan boleh menyediakan sistem ekologi terbaik bagi industri aero-angkasa terutamanya dari sektor MRO tersebut. Sekian, terima kasih.

Speaker

Stulang, jemput.

Tuan Chen Kah EngDAP · PHStulang

Terima kasih atas jawapan yang diberikan dan kita, YB EXCO telah memberikan penekanan kepada industri berteknologi tinggi, halal dan juga aero space. Jadi apakah langkah ataupun inisiatif untuk mempromosikan hala tuju kita bagi memastikan mereka datang ke Johor, maksudnya apakah langkah yang kita tujukan kepada pelabur sasaran kita supaya mereka beria-ia nak datang ke Johor supaya pelaburan kita terus menjadi keutamaan kepada negeri Johor. Terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Jimmy Puah Wee TsePKR · PHPengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti · Bukit Batu

Terima kasih kepada Yang Berhormat Stulang untuk soalan tambahan beliau. Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk memastikan semua yang dirancang oleh kerajaan itu membawa hasil dan menjadi realiti, beberapa langkah akan diambil oleh kerajaan. Pertama, kami akan mengadakan lebih banyak lagi misi galakan pelaburan atau treat mission untuk lebih memperkenalkan lagi atau promosi potensi Johor sebagai satu negeri yang cukup mesra pelabur dan juga berpotensi untuk pelabur kepada negara-negara sasaran.

Kedua, kerajaan Johor juga akan bekerjasama lebih erat dengan pihak persekutuan seperti agensi-agensi seperti MITI dan MIDA dan MDEC dan juga pihak swasta untuk sama-sama membangunkan industri-industri baru ini.

Ketiga, contohnya, untuk industri halal, kerajaan akan mengadakan berbagai-bagai promosi dan juga memperkenalkan ekosistem yang sedia ada di Johor contohnya seperti di memperkenalkan Halal Park yang sedia ada di Johor dan juga seperti yang dimaklumkan dalam Belanjawan 2019 juga akan mengadakan Halal Fest. Dan akhirnya untuk bidang aeroangkasa, kita juga telah merancang di Johor, tengah dalam rancangan untuk kita mendrafkan satu Pelan Induk Industri Aeroangkasa dan pada masa yang sama pelan induk ini akan dapat panduan daripada The Second Malaysia Aerospace Industry Blueprint 2015-2030 di mana diharapkan dengan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan ini semua yang kita dirancang akan menjadi realiti. Terima kasih.

Speaker

Jementah.

Tuan Tan Chen ChoonDAP · PHJementah

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO, seperti sedia maklum bahawa penyumbang kepada KDNK di negeri Johor ini, sektor perkhidmatan menyumbang sebanyak 48%, lebih kurang 56 bilion, lebih besar daripada

sektor industri. Industri hanya 37% bersamaan lebih kurang 43 bilion kepada KDNK di negeri Johor. Maka ingin saya tahu dari segi usaha untuk menarik pelaburan daripada luar negara untuk sektor perkhidmatan, apakah usaha yang diadakan oleh pihak Johor Invest untuk menarik lebih ramai lagi pelabur-pelabur yang berminat dalam sektor perkhidmatan supaya kita boleh menyumbang lebih besar lagi sektor perkhidmatan kepada KDNK negeri Johor. Ini soalan saya.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Jimmy Puah Wee TsePKR · PHPengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti · Bukit Batu

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Jementah. Memang tidak kita abaikan sektor perkhidmatan, itulah bila kita kata 3H itu, high technology, high value, sebenarnya high value itu kita lebih fokus kepada sektor perkhidmatan. Di negeri Johor umpamanya contohnya di Medini di Iskandar sini, pihak Khazanah telah bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membawa banyak pelabur daripada negara asing contohnya daripada Jepun atau Korea yang fokus kepada industri perkhidmatan. Baru-baru ini sahaja telah membuka satu office baru daripada firma Ng Ten Yang di Johor Bahru di mana mereka akan akhirnya hampir 150 orang akan bekerja di kawasan sini. Begitu juga kita pernah melawat Jepun, dan kita telah menarik banyak perhatian daripada sektor gaming, membuat game daripada komputer atau apps, mereka juga minta untuk datang Johor untuk melabur. Dan ini adalah usaha-usaha yang kita sentiasa buatkan dengan pihak-pihak baik daripada kerajaan dan swasta untuk terus untuk menarik pelaburan-pelaburan yang juga high value dan dari sektor perkhidmatan ke negeri Johor. Terima kasih.

Speaker

Panti.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat EXCO. Berkaitan dengan jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat EXCO tadi, saya jangkakan apa yang dikatakan dari segi 3H dan aero space masih dalam perancangan. Saya cuma nak minta supaya Yang Berhormat EXCO atau kerajaan nyatakan apakah sasaran yang kerajaan negeri telah letakkan untuk sektor-sektor yang baru, yang berpotensi itu untuk kita ataupun kerajaan negeri capai. Sasaran mungkin dari segi bilangan peluang pekerjaan yang akan wujud, nilai ekonomi ataupun pelbagai perkara lain yang akan memberi manfaat kepada kita warga atau bangsa Johor. Sekian, terima kasih.

Tuan Jimmy Puah Wee TsePKR · PHPengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti · Bukit Batu

Terima kasih kepada soalan tambahan Yang Berhormat Panti. Seperti yang sedia maklum, kerajaan telah mensasarkan jumlah pelaburan asing untuk tahun depan pada angka RM8 billion. Dan ini jumlah tentulah termasuk dalam juga industri-industri baru yang kita harap dapat menyumbang kepada RM8 bilion ini. Contohnya untuk industri aeroangkasa seperti yang saya maklum tadi, kita akan mula untuk merancangkan satu Pelan Induk Industri Aeroangkasa dan selepas pelan itu telah siap dirangka kami sedia untuk bentangkan di dalam Dewan dan dalam pelan itu akan jelas nyatakan apakah hasrat dan matlamat yang lebih terperinci yang kita bakal untuk menyumbang kepada bukan sahaja ekonomi negeri Johor malah juga kepada industri hiliran dan juga jumlah pekerja yang kita mungkin boleh latih dan wujudkan untuk orang Johor. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya Yang Berhormat Mahkota, jemput.

Tuan Muhamad Said bin JonitAMANAH · PHMahkota

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 9.

Adakah PBT boleh mengambil alih pengurusan jenazah bukan Islam yang kini amat tinggi dan membebankan rakyat bukan Islam?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi · Skudai

Terima kasih Tuan Speaker dan juga Yang Berhormat Mahkota atas soalan yang ditujukan. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Mahkota apabila saya mendapat soalan dari Yang Berhormat Mahkota, saya berbesar hati sebab Yang Berhormat Mahkota telah menunjukkan satu semangat wasatiyyah yang perlu diberi dan disanjung, disanjung tinggi dikagumi, ini memang semangat yang kita perlukan bagi Malaysia dan juga Johor yang kita cintai ini. Yang Berhormat Mahkota telah menunjukkan kepada kita bahawa apakah maksudnya semangat muafakat itu berkat. Bukan seperti yang ditunjukkan oleh parti sebelah sana, cakap muafakat tapi asyik mengapi-apikan sentimen perkauman.

Speaker

Jawab soalan YB. (Dewan ketawa).

Tuan Tan Hong PinDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi · Skudai

Saya bagi latar belakang sedikit tentang apa soalan daripada Mahkota. Jangan bimbang. Jawab, tengah jawab, jangan kacau. Jangan kacau, kalau tidak nanti saya keluar notis, hapuskan kerajaan lembu nanti. (Dewan ketawa). Untuk makluman Dewan yang mulia ini...

Speaker

Itu buku, buku Akta tu tak payah pegang. Letak, letak. (Dewan ketawa) jemput, jemput..

Tuan Tan Hong PinDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi · Skudai

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, selaras dengan peruntukan Seksyen 94, Akta Kerajaan Tempatan dan 1976 atau pun Akta 171, bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan adalah untuk menyediakan tempat yang sesuai dan bertanggungjawab mengeluarkan lesen bagi menggunakan sesuatu tempat untuk tujuan tanah perkuburan atau tempat membakar mayat. Justeru, penyediaan rizab perkuburan bukan Islam telah diambil kira semasa proses kelulusan pelan susun atur. Seterusnya pelan susun atur yang telah diluluskan tersebut akan diwartakan melalui Rancangan Tempatan Daerah atau pun RTD yang terkini.

Pada masa kini, amalan pengurusan jenazah Islam mahupun bukan Islam adalah di bawah kelolaan Badan Bukan Kerajaan atau NGO ataupun pihak-pihak swasta mengikut kelaziman keagamaan masing-masing golongan masyarakat.

Sehingga kini, Pihak Berkuasa Tempatan masih belum bersedia untuk mengambil alih pengurusan jenazah bukan Islam dengan mengambil kira sensitiviti kaum dan keperluan komuniti semasa. Sekian, jawapannya.

Speaker

Jemput Mahkota.

Tuan Muhamad Said bin JonitAMANAH · PHMahkota

Yang Berhormat Tuan Speaker, dibangkitkan perkara ini kerana kebimbangan sekarang terutama dari kalangan bukan Islam yang telah mula datang ke pejabat ADUN untuk mendapatkan bantuan bagi membiayai kos pengebumian bagi kalangan mereka yang memang daif dan miskin. Jadi kalau kiranya, dan saya dapat melihat seolah-olah kerja-kerja pengebumian ini dah jadi macam satu business kerana jumlahnya sampai terlalu tinggi bagi masyarakat bukan beragama Islam. Jadi itulah saya bangkitkan supaya sekurang-kurangnyalah dapat diperlihatkan lebih jauh oleh kerajaan negeri agar kos ini dapat dikawal dan pastikan bahawa tiap-tiap masyarakat ada hak kerana kita yang hidup ini kita memikirkan yang mati. Kalau dah mati kita tak dapat fikir lagi.

Speaker

Soalannya Yang Berhormat, soalan.

Tuan Muhamad Said bin JonitAMANAH · PHMahkota

Soalannya supaya kita dapat mengawal kos membiayai pengebumian jenazah-jenazah yang saya nyatakan tadi.

Speaker

Jemput Yang Berhormat.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi · Skudai

Terima kasih Yang Berhormat Mahkota atas soalan tersebut dan keprihatinan Yang Berhormat Mahkota terhadap nasib masyarakat bawahan tanpa mengira kaum dan agama. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan negeri telah menyediakan skim takaful warga emas yang mana waris akan mendapat sumbangan RM1,000.00 dan saya percaya ini secara tidak langsung dapat membantu sedikit sebanyak membantu waris atau keluarga dalam menguruskan upacara pengebumian orang-orang yang terlibat ini. Bagi mereka yang mungkin tidak terjatuh dalam golongan manfaat skim takaful ini, saya cadangkan Yang Berhormat Mahkota boleh mendapatkan bantuan daripada NGO-NGO. Setakat ini saya difahamkan bahawa ada NGO-NGO yang bersedia membantu golongan-golongan kurang bernasib baik ini. Kerana saya pun dahulu wakil rakyat di Kluang, saya sedikit sebanyak memahami apa masalah yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Mahkota itu. Jadi, mungkin selepas ini saya boleh berkongsi dengan Yang Berhormat ke manakah boleh disalurkan aduan-aduan ini ataupun permintaan-permintaan ini, NGO mana yang bersedia untuk membantu. Jadi kesimpulannya, Pihak Berkuasa Tempatan setakat ini hanya bersedia untuk menyediakan, ataupun mengeluarkan kebenaran, kelulusan untuk menyediakan fasiliti ataupun kemudahan. Jadi urusan

untuk menguruskan jenazah ini, kita perlu serahkan kepada pihak-pihak yang lebih pakar dan mempunyai, ianya sebab ianya melibatkan sensitiviti kepercayaan dan amalan tradisi sesuatu golongan masyarakat itu. Jadi, saya harap perkara ini dapat terjawab persoalan daripada Yang Berhormat Mahkota.

Speaker

Ok. Sekarang dah pukul 11.00 pagi, so saya tamatkan soalan-soalan lisan pada pagi ini.

Sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum dijawab secara lisan, akan dijawab secara bertulis dalam Persidangan yang sama. Kita berehat sehingga pukul 11.25 pagi. Sekian.

Persidangan ditangguhkan pada jam 11.05 pagi.

Persidangan disambung pada jam 11.25 pagi.

Penolong Jurutulis : SAMBUNGAN PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN BACAAN KALI KEDUA BAGI RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN (2019) TAHUN 2018.

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Enakmen Perbekalan (2019) Tahun 2018 dimulakan sekarang. Dipersilakan Penggaram.

Puan Gan Peck ChengDAP · PHPenggaram

Salam sejahtera, salam Harapan. Penggaram ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang dan peluang untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Belanjawan Johor. Penggaram juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan Belanjawan Johor bagi tahun 2019.

Yang Berhormat Tuan Speaker, baru-baru ini negara digemparkan dengan satu peristiwa rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariaman, Selangor. Sehubungan dengan kejadian itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa kerajaan telah meluluskan satu resolusi dan menetapkan syarat bahawa mana-mana rumah ibadat baru yang akan dibina selepas ini perlu mendapatkan kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan. Berdasarkan kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya ingin menarik perhatian kerajaan terhadap beberapa perkara:

1. Terdapat banyak rumah ibadat di Johor ini telah dibina berpuluhan tahun di atas tanah milikan sendiri. Tetapi status syarat tanah-tanah tersebut masih belum atau tidak diubah syarat kepada status rumah ibadat.

2. Terdapat jawatankuasa atau pemohon rumah-rumah ibadat yang telah mengemukakan permohonan untuk mengubah syarat tanah tetapi permohonan mereka ditolak tanpa diberi alasan. Bukan hanya kesukaran untuk mendapatkan kelulusan ubah syarat, malah sekiranya permohonan mereka ditolak, mereka tidak mengetahui alasannya. Perkara seperti ini memberi kekeliruan kepada pihak jawatankuasa rumah-rumah ibadat, sekali gus menyukarkan mereka untuk membuat penambahbaikan bagi membuat permohonan semula.

3. Terdapat juga permohonan-permohonan yang telah dibuat oleh mereka sehingga kini masih menunggu jawapan. Proses mendapatkan kelulusan yang terlalu lama dan sukar ini juga berlaku pada permohonan kilang-kilang. Ini merupakan salah satu faktor wujudnya banyak rumah ibadat dan bangunan-bangunan lain yang masih tidak mendapat kelulusan dari pihak kerajaan walaupun ianya telah dibina berpuluhan tahun.

Kerajaan sepatutnya mengambil satu garisan panduan berkenaan tempoh masa yang akan diambil oleh kerajaan dalam meluluskan sesuatu permohonan. Malah di dalam proses tersebut, kerajaan juga perlu melibatkan pihak pemohon untuk duduk berbincang bersama supaya mereka tahu atas alasan apa sekiranya sesuatu permohonan mereka tidak diluluskan, supaya mereka tahu apa penambahbaikan yang mereka perlu jalankan lagi mendapatkan kelulusan. Ini secara tidak langsung dapat membuktikan bahawa keprihatinan kerajaan Johor di bawah Pakatan Harapan merentasi sempadan kaum dan agama.

Penggaram berharap Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat memudahkan permohonan rumah-rumah ibadat yang telah lama didirikan atas tanah milikan sendiri untuk mengubah syarat mereka.

Penggaram berharapkan perhatian yang serius tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh rumah-rumah ibadat ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, YB Kahang dan YB Tenggaroh telah menegur bahawa di dalam belanjawan 2019, peruntukan pembangunan masyarakat India telah dikurangkan. Makluman untuk Dewan yang mulia ini, Penggaram sebagai Wakil Rakyat juga telah mendapat permintaan daripada masyarakat Cina. Di dalam belanjawan yang dibentangkan pada 29 November yang lalu, peruntukan pembangunan masyarakat Cina juga dikurangkan dari RM6.5 juta kepada RM3.5 juta. Masyarakat Cina berharap kerajaan negeri Johor dapat mempertimbangkan untuk menambah peruntukan bagi SJKC dan sekolah menengah Cina sebagai satu pelaburan modal insan di negeri Johor.

Yang Berhormat Tuan Speaker, kebelakangan ini terdapat beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja membangkitkan dan menjadikan peristiwa hitam pada 13 Mei 1969 sebagai modal untuk menakut-nakutkan dan mengancam keharmonian masyarakat. Perkara seperti ini merupakan cubaan menggugat keamanan di Malaysia. Kerajaan Johor perlu mengambil inisiatif dalam membanteras anasir seperti ini supaya keamanan di negeri Johor ini dapat di kekal terjamin. Di Singapura, pada 21 Julai 1964, satu peristiwa hitam iaitu rusuhan perkauman telah berlaku. Namun, setelah berdekad peristiwa ini berlaku, kini pada tarikh 21 Julai setiap tahun bukan lagi diingati oleh masyarakat Singapura sebagai satu peristiwa hitam. Bukan itu sahaja, malah pada tarikh tersebut rakyat Singapura menyambut satu perayaan yang dinamakan ‘Racial Harmony Day’ sejak tahun 1997. Perayaan ini disambut oleh semua lapisan masyarakat Singapura yang berbilang kaum sebagai tanda perpaduan masyarakat dan menjadikan peristiwa hitam yang lalu sebagai pengajaran dan iktibar kepada mereka.

Di atas semangat cintakan keharmonian dan kesejahteraan berserta semangat perpaduan bangsa Johor, Penggaram mencadangkan supaya Yang Amat Berhormat Menteri Besar memimpin Johor sebagai perintis dengan menjadikan tarikh 13 Mei pada setiap tahun sebagai satu tarikh perayaan perpaduan kaum di mana ia akan disambut oleh seluruh bangsa Johor. Ini bukan untuk menutup warna hitam sejarah yang pernah berlaku di negara kita, tetapi adalah untuk mencorakkan warna hitam tersebut agar ianya menjadi lebih menarik demi keamanan dan perpaduan masyarakat di negeri Johor.

Yang Berhormat Tuan Speaker, pada ketika peperangan Amerika dengan China sedang rancak berlaku kini dan Asia Tenggara merupakan medan perangnya. Amatlah rugi sekiranya kerajaan Johor tidak membuka ruang untuk mengembangkan kepelbagaian industri di negeri Johor. Kerajaan Johor sepatutnya membantu para pengusaha kilang untuk merebut peluang di atas berlakunya perang-perangan ini. Namun, apa yang berlaku, para pengusaha kilang dilihat lebih berminat untuk melabur dan menjalankan perusahaan kilang mereka di Vietnam dan Indonesia. Bukan hanya kerana kos tenaga kerja yang murah dan produktif, malah proses dan prosedur membuka dan menjalankan perusahaan kilang di sana lebih mudah dan cepat jika di banding di negeri kita. Para pengusaha kilang perlu melalui pelbagai proses prosedur untuk mendirikan dan memulakan operasi sesebuah kilang, yang kadang kala mengambil masa sehingga dua tahun. Tempoh masa yang sangat panjang ini juga merupakan salah satu faktor yang membuat para pengusaha kilang lebih berminat untuk membuka dan memulakan perusahaan kilang mereka di luar negara.

Penggaram berharap kerajaan mengambil inisiatif menghapuskan red tape procedure atau karenah birokrasi yang melambatkan prosedur proses sesuatu permohonan ini dan merangka satu kaedah baru yang mana ia memudahkan para pengusaha kilang untuk memulakan kilang dan melibatkan diri di dalam industri perkilangan dengan lebih cepat. Hal ini secara tidak langsung dapat memperkayakan Johor dengan kepelbagaian industri, selain melahirkan lebih banyak pengusaha-pengusaha kilang tempatan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, beberapa kawasan industri di Batu Pahat seperti di kawasan perindustrian Sri Gading dan Tanjung Labuh telah menghadapi masalah kekurangan prasarana dalam aspek teknologi. Operasi harian mereka seperti perhubungan dan komunikasi yang menggunakan perkhidmatan IT amat memerlukan perkhidmatan jalur lebar yang berkelajuan tinggi. Ketiadaan usaha-usaha meningkatkan kelajuan jalur lebar di kawasan-kawasan industri ini telah menjejaskan kerancakan industri sekali gus memberi impak yang negatif kepada pengusaha-pengusaha kilang. Penggaram berharap satu plan menambahbaikkan perlu dibuat oleh kerajaan supaya dapat membantu pengusaha-pengusaha ini menjalankan operasi kilang mereka dengan lebih efisien dan seterusnya dapat bersaing di peringkat global.

Yang Berhormat Tuan Speaker, semenjak Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri, kita telah berjaya melaksanakan manifesto dalam tempoh 100 hari. Ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan. Namun demikian, ingin Penggaram mencadangkan kepada kerajaan agar mengambil inisiatif yang serius dalam aspek penyampaian maklumat berkaitan segala pencapaian manifesto dan juga program-program masyarakat.

Speaker

Masa berjalan Yang Berhormat.

Puan Gan Peck ChengDAP · PHPenggaram

Saya hilang saya punya ucapan. (Dewan ketawa).

Speaker

Sebab dah lama tak berucap.

Puan Gan Peck ChengDAP · PHPenggaram

Yalah lama tak ucap. (Dewan ketawa).

Speaker

Tak apa bagi masa, bagi masa sikit lagi.

Puan Gan Peck ChengDAP · PHPenggaram

Ok, ok, ada, ada. Kisah kejayaan atau, sorry ya, minta maaf. Kisah kejayaan atau success story ini seharusnya diangkat dan diluaskan semaksimumnya agar rakyat dapat mengetahui apa yang telah dicapai semenjak menjadi kerajaan negeri. Selain daripada itu, adalah penting segala maklumat dan juga penerangan berkaitan dengan segala program-program rakyat yang sedang dan akan dilaksanakan disampaikan dengan cepat secara menyeluruh dan sistematik kepada masyarakat. Aspek ini penting kerana sistem penyampaian maklumat akan menjadi kunci utama kejayaan bagi setiap program yang akan dilaksanakan. Penggaram menyarankan kerajaan negeri harus segera merangka dasar dan perancangan agar aspek ini dapat dilaksanakan dengan seberapa segera.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Penggaram ingin menyentuh sedikit terhadap pemulangan kunci bilik dan elaun yang diberikan kepada Yang Berhormat Benut selaku Ketua Pembangkang. Yang Berhormat seharusnya memanfaatkan pengiktirafan terhadap dirinya sebagai Ketua Pembangkang terlebih dahulu. Yang Berhormat juga sepatut arif bahawa sesuatu perkara yang dilaksanakan perlu mengikut prosedur. Demokrasi mempunyai tatacara untuk dilaksanakan. Sekurang-kurangnya Yang Berhormat Benut patut bersyukur apabila kerajaan Johor di bawah Pakatan Harapan telah mengiktiraf peranan Yang Berhormat sebagai Ketua Pembangkang. Lebih dari itu, pemberian peruntukan oleh kerajaan bagi tujuan pentadbiran kepada semua Ahli Dewan Negeri Pembangkang untuk memastikan perkhidmatan Wakil Rakyat lebih berkesan tanpa mengira latar belakang ideologi politik merupakan amalan demokratik yang tidak pernah wujud pada era pemerintahan kerajaan dahulu. Sebelum ini, sebelum Yang Berhormat menyatakan kegagalan menterjemah demokrasi baik kiranya jika Yang Berhormat dapat menjelaskan terlebih dahulu, mengapa ketika pemerintah kerajaan dahulu jawatan Ketua Pembangkang di Dewan ini tidak diiktiraf. Tapi kini baru menjadi pembangkang berusia 6 bulan, Yang Berhormat terus mahu menuntut kerajaan menterjemahkan demokrasi.

Yang Berhormat sendiri sepatutnya memperakui terlebih dahulu kegagalan kerajaan dahulu dalam menterjemah malah tidak menghormati demokrasi Dewan sejak puluhan tahun. Yang Berhormat sepatutnya berasa malu apabila pengiktirafan yang telah diberi adalah pelaksanaan janji yang telah kami kotakan di mana ia tidak pernah dirasai oleh Ketua Pembangkang terdahulu. Perasaan tidak puas hati Yang Berhormat itu sebenarnya adalah cerminan hasil dari demokrasi yang telah gagal di terjemah sendiri oleh kerajaan yang lalu.

Sebelum Penggaram mengakhiri ucapan, minta izin Penggaram untuk membawakan isu yang diterima daripada YB Yong Peng. Walaupun YB Yong Peng masih di dalam cuti sakit, namun beliau tetap teringatkan kawasannya dan ingin membawa beberapa isu ke dalam Dewan yang mulia ini. Penggaram berpandangan yang sama dengan Yong Peng, YB Yong Peng bahawa kami memandangkan serius berkaitan isu had usia perkahwinan di negeri Johor. Kerajaan mesti mempunyai pendirian teguh dan membuat ketetapan tentang had umur perkahwinan di negeri Johor.

Perkahwinan di usia yang muda patut dilihat sebagai salah satu faktor yang memberi impak negatif kepada masyarakat khasnya dalam melahirkan modal insan yang cemerlang di negeri ini. Di dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang lepas sudah ditetapkan perkahwinan tidak kira Islam atau bukan Islam adalah pada umur 18 tahun. Bagaimanapun, boleh diberi kelonggaran yang mahu berkahwin bawah 18 tahun dan perlu bersebab dan perlu ada kelulusan Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Penggaram mengalu-alukan pendirian Yang Amat Berhormat Menteri Besar di dalam perihal had umur berkahwin dan berharap pindaan akan dibuat terhadap Enakmen berkenaan pada Sidang Dewan Negeri yang akan datang.

Isu-isu yang terus YB Yong Peng yang membawa dalam Dewan yang mulia ini, pertama, YB Yong Peng ingin mengetahui berkenan status Yayasan Harapan Majlis Daerah Yong Peng? Kedua, apakah rancangan Kerajaan Tempatan untuk mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku di Taman Desa Batu, Jalan Kota Semilin, Taman Kota, Jalan Ang Mo San, Jalan Hokkien depan Hotel S3, Jalan Hilir Taman Jaya, Kampung Parit Awang dan Kampung Parit Awang Darat dan Kampung Temehin. Nombor 3, apakah rancangan kerajaan untuk menangani dan mengurangkan kes kemalangan yang sering berlaku di persimpangan Jalan Damai dengan Jalan Aman. Persimpangan Jalan Kota dan Jalan Perdana dan Persimpangan Taman Seri Bertam dan Taman Seri Bayu.

Speaker

Masa dah lebih 15 minit, YB.

Puan Gan Peck ChengDAP · PHPenggaram

Keempat, apakah status perkembangan Masjid di Parit Awang? Nombor 5, apakah rancangan kerajaan dalam mengatasi pencerobohan di kawasan Empangan Bekok dan Sembrong? Dengan ini, adalah dengan sukacitanya Penggaram menyokong cadangan Belanjawan Johor 2019. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Penggaram. Seterusnya Perling.

Tuan Cheo Yee HowDAP · PHPerling

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terlebih dahulu Perling ingin mengucapkan terima kasih kepada Dewan yang mulia ini, kerana diberi peluang untuk memberi ucapan dalam sesi perbahasan belanjawan. Perling juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah memberikan ucapan belanjawan yang inklusif dan mampan untuk kepentingan rakyat Johor Darul Takzim.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin memberi sedikit pandangan berkenaan dengan perbelanjaan ini. Tadi, Penggaram sebenarnya dah ambil point Perling tetapi saya rasa ada sedikit tambah tolak boleh tambah sikit. Sebab Perling pun rasa sekarang ni berlakunya perang dagangan antara China dan Amerika. Jadi banyak pelabur asing sebenarnya mengambil kesempatan untuk mengalihkan kilang daripada negara asal dia terutama daripada China ke negara lain terutama dekat Asia Tenggara. Dan negeri kita sebenarnya ada kelebihan daripada faktor geografi, di mana kita berada di laluan logistik blok yang baik dan kat sebelah kita ada metropolitan aktif perdagangan Singapore lah yang aktif perdagangan, jadi kita kena ambil kesempatan ini. Tetapi bila kita tanya ada feedback dengan izin, ada feedback daripada pengusaha-pengusaha di mana dia kata, memang betul macam katakan bila kita nak set up satu pengusaha atau kilang akan ambil masa ada yang sepanjang dua tahun punyalah proses kita memohon untuk beroperasi, ada yang sampai dua tahun. Dan ada yang kedua aduan daripada pengusaha sendiri di mana cakap banyak maklumat-maklumat ataupun tawaran-tawaran daripada kerajaan yang baik sendiri sebenarnya kurang sampai kepada pengusaha-pengusaha itu sendiri.

Jadi, saya berpendapat dekat sini, kita minta jasa baik daripada agensi-agensi yang berkenaan kalau boleh memanglah kita kena kemas kini proses permohonan kalau boleh kurangkan retain ataupun kita kena tinjau ataupun kaji semula macam mana kita percepatkan. Sebab dalam dunia business ni kita tahu siapa cepat dia dapat dan kalau kita lambat sikit dia pula melabur dekat negara lain. Sebab kita pun ada saingan daripada negara macam Indonesia ke Vietnam ke itulah daripada pesaing kita yang utama kalau dekat Asia Tenggara.

Jadi, kita pun kena kaji semula dan mungkin ini cadanganlah sebab kita tengok ada tak kita kemungkinan untuk tubuhkan satu one stop centre untuk khas pelaburan asing terus ini dekat peringkat negeri Johor ini adalah cadangan daripada saya sendiri.

Yang kedua, Yang Berhormat Tuan Speaker, sektor kedua yang saya ingin sentuh sedikit sebenarnya ialah EXCO Pelancongan. Tadi, EXCO Pelancongan sebenarnya dah ada dalam menjawab soalan dia. Dia ada sentuh bahawa dia ada dari segi pemakanan, semula jadi, tetapi saya dengar dia tercicir satu yang kita amat penting dekat negeri Johor ni. Di mana saya melihat berkenaan dengan kebudayaan dan kesenian dekat Negeri Johor ni di mana saya bercadang agar negeri Johor sendiri sebenarnya boleh menjadi pusat seni dan budaya dekat negara ini. Dekat Johor, seni budaya yang asal di Johor kita ambil contoh dari tok nenek kita ada kuda kepang, keroncong, gamelan, nobat, wayang wong, perahu jong, barongan, zapin kalau kita ada pun gendang 24. Dan

apa tu logo 4 musim tarian singa yang berpalang, yang lompat dari palang itu asal dari Muar Johor dan pelbagai lagi yang kita lihat sebenarnya dia tak dibangunkan secara berstruktur.

Jadi, kita lihat, kita ambil contoh daripada Sarawak di mana pembangunan seni budaya dapat diperkembangkan ataupun dijadikan satu produk pelancongan melalui Pesta Rain Forest yang berlangsung kerap dan mampu menarik ramai pelancong. Jadi, kita lihat Johor mempunyai suatu budaya yang, jika lihat untuk menarik pelancong ni kita ada Pesta Layang-Layang dan kita boleh tambah lagi dengan adanya kepelbagaian budaya yang berasal dari Johor ini. Dan, memanglah kita pun tengok macam dekat sekolah yang dulu pencapaian Sekolah Kebangsaan Perumahan Tampoi 2 yang pernah memenangi pingat emas dalam acara kebudayaan antarabangsa. Sebenarnya, kita boleh mengetengahkan budaya Johor ini dan menarik pelancong. Jadi, satu lagi sebenarnya menarik perhatian kita sebenarnya ialah muzik rock yang di mana Johor pernah dikenali sebagai pembabitan kumpulan rock yang banyak pada tahun 80an dan sekarang masih lagi kita sering dengar ramai kawan-kawan kita yang bergig ada busking, busking tepi jalan. Jadi, kalau busking tepi jalan itu sebenarnya saya minta kalau PBT boleh kita longgarkan sikitlah bagi mereka mohon tapi kita bagi mereka main itu mempelbagaikan aktiviti dan merancakkan keadaan budaya dekat negeri Johor ni. Jadi, saya..

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat mulakan dululah buat busking, jadi mudah sikit.

Tuan Cheo Yee HowDAP · PHPerling

Rasa dekat kawasan saya dekat Pasar Karat sebenarnya dah ada orang busking dekat tepi jalan. Ok, jadi, saya rasa ini juga pendapat saya, perkara ini perlu pergabungan di antara dua jawatankuasa antara Pelancongan dan Kebudayaan. Saya rasa perlu pergabungan sebegini sebab dengan kerjasama sebegini kita boleh buat ataupun kita boleh hasilkan lagi lebih produk pelancongan yang diyakini boleh menarik perhatian pelancong baik daripada negeri sendiri ataupun daripada luar negeri.

Jadi, memang satu-satunya kita sering kata baik produk pelancongan macam mana pun sebenarnya kita perlukan publisiti yang lebih meluas dan lebih kita perlu publisiti yang meluas dan kreatif dan saya menyarankan kalau boleh kita boleh panggillah traveller-traveller ramai traveller yang terkenal dan sekarang ni melalui National Geographic ke ataupun channel-channel dengan izin, yang ternama untuk mempromosikan negeri Johor dan saya minta pihak kerajaan mempertimbangkan untuk membantu mempertingkatkan badan pelancongan kita untuk persediaan Tahun Melawat Johor 2020.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya bila kita perhatikan juga perbelanjaan 2019, dia banyak memfokus pada bidang pertanian, yang saya, menarik perhatian saya ialah berkenaan dengan urban farming dengan izin, ataupun pertanian bandar yang mampu menarik perhatian anak muda atau belia kita. Dalam pemerhatian kita, sebenarnya kita mendapati banyak tanah-tanah kerajaan sama ada negeri atau persekutuan yang terbiar dan tiada sebarang aktiviti.

Jadi, saya mencadangkan di Dewan yang mulia ini, agar tanah yang terbiar itu mampu diusahakan untuk menjadikan tempat pertanian urban dengan menggunakan kaedah hydroponic dengan izin. Sebab rata-rata kalau kita tahu pertanian hidroponik ini dia perlukan ruang yang kecil dan senang dikawal dan dia akan kalau bandingkan dengan tradisional ada yang katakan hasil yang diperolehi adalah baik dan lebih banyak dan sampailah negara jiran kita Singapura dia mensasarkan, dia mensasarkan 40% hasil daripada tomato, tomato yang dia makan tu dalam negeri. Maksudnya dia melalui hidroponik nak hasilkan 40% tomato yang digunakan dalam negeri Singapore itu. Jadi, saya rasa ini satu yang kita boleh menggalakkan dan melibatkan anak-anak muda dan belia kita. Jadi,

Yang Berhormat Tuan Speaker, kita sebut sahaja macam mana tawaran yang kita ada dan kita lihat mangkin atau pun untuk membangunkan sektor-sektor yang saya sebutkan tadi, sektor-sektor mana pun sebenarnya yang paling penting ia merupakan pembangunan infrastruktur atau pun macam mana kita maintenance kepada infrastruktur yang kita sedia ada. Contohnya pengangkutan awam, jalan raya yang baik, internet yang ada, saliran yang baik itu termasuklah adakah banjir kilat itu sentiasa berlaku ke tidak. Saya ingin mengambil kesempatan ini, sebenarnya banjir kilat dekat kawasan kita ini, sebenarnya adalah terkawal. Cumanya kita bimbang bila masa musim tengkujuh yang bakal akan berlaku pada akhir bulan ini atau pun bulan depan itu akan, itulah satu ujian kepada kita sama ada kita betul-betul dah buat maintenance dengan baik dekat-dekat situ. Dan tambahan dengan keadaan keselamatan yang baik, inilah di mana mangkin itu untuk membangunkan ekonomi kita melalui sektor yang kita sebut tadi. Dan, saya yakin bahawa kerajaan Pakatan Harapan Johor boleh mengurus perkara-perkara ini dengan baik. Dan, dengan ini kita boleh menambah daya tarikan

untuk orang-orang kreatif untuk datang ke negeri Johor dan melabur dekat negeri Johor dan seterusnya membangunkan negeri Johor ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebenarnya saya masih ingat lagi, mesyuarat yang lepas, sahabat saya semalam menyebut bahawa akan menggunakan bilik yang disediakan oleh Dewan yang mulia ini, untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat tapi beberapa hari lepas Ketua Pembangkang pula mengumumkan dia nak pulang balik bilik tersebut. Dan, saya pernah kata sebenarnya bilik atau pun pengiktirafan ini sebenarnya bukannya daripada kerajaan sendiri tapi daripada rakyat menyokong permohonan ini. Jadi, saya rasa tindakan sebegini sebenarnya telah membelakangkan hasrat rakyat kita dan tidak menghormati semangat demokrasi kita. Tapi, bila kita lihat kata nak pulang, tapi ada juga kamera yang pacak depan bilik itu untuk sesi media ke apa. Inilah pemerhatian kita sendirilah.

Jadi, Yang Berhormat Tuan Speaker, Perling berpendapat sekarang ini adalah masa kita untuk bekerja. Dan, kalau boleh kurangkanlah antara politik. Dan, untuk menstabilkan situasi di negeri kita Perling mencadangkan undang-undang anti lompat parti untuk Ahli Dewan Negeri Johor perlu diadakan supaya dia boleh menjamin kesejahteraan Dewan yang mulia ini dan kepentingan rakyat Johor Darul Ta’zim. Mengapa? Satu, kalau tahu ada lompat parti berlaku pada pilihan raya yang lepas kita tak payah bertungkus lumus untuk berkempen, maka kita terus saja suruh apa tu pengundi untuk undi Barisan Nasional dekat kawasan-kawasan tertentu. Itu sahaja kita tak payah tungkus lumus kena maki. Dan yang kedua, mengikut pemerhatian kita, rakyat sudah mula rasa penat, tenat dengan keadaan seperti ini, lompat parti. Di mana kalau pemerhatian keadaan ini atau pun situasi ini, selepas kan dekat Perak tu lompat parti sehingga jatuhnya kerajaan negeri. Jadi, rakyat sudah panic dengan izin, sudah bosan. Yang paling membimbangkan adalah penolakan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan sebagaimana di negeri Perak yang berlaku yang lepas. Sebab rakyat rasa dia dikhianati.

Saya melihat perkara ini serius dan sebelum perkara ini menjadi lebih parah pada masa akan datang kita kena buat sesuatu. Saya secara peribadi tidak bersetuju dengan isu lompat parti ini baik di sebelah pihak mana sekali pun yang melakukan perkara sedemikian supaya perkara demokrasi negeri kita dan kepentingan rakyat negeri kita boleh dijamin. Dengan ini sekian sahaja ucapan saya. Perling menyokong usul yang dibawa oleh YAB Menteri Besar. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Perling. Seterusnya, Layang-Layang. Jemput Layang-Layang.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNLayang-Layang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Muafakat Johor. Yang Berhormat Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, sidang hadirin yang saya hormati sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurniaNya dapat kita mendengar pembentangan Belanjawan Johor 2019 oleh YAB Menteri Besar pada 29 November 2018.

YB Tuan Speaker, Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YAB Menteri Besar kerana telah membentangkan bajet yang sangat komprehensif207 titik fokus dan menyentuh pelbagai segmen masyarakat. Inilah legasi yang diturunkan oleh pemimpin-pemimpin Johor semenjak Dato’ Jaafar dan Dato’ Onn lagi. Bagi membela dan membangunkan lagi negeri Johor. Keputusan YAB untuk meneruskan inisiatif-inisiatif kerajaan terdahulu juga perlu diiktiraf termasuklah bantuan kepada anak-anak muda, golongan B40 dan warga OKU. Tidak lupa juga usaha untuk meneruskan inisiatif Bas Muafakat Johor yang telah dijenamakan Bas Harapan sejurus selepas PRU. Tetapi dah buat U turn dijenamakan kembali Bas Muafakat Johor dalam bajet tempoh hari. Cuma saya nak ingatkan Yang Berhormat Speaker, tolong jangan lupa tukar sticker Harapan atas bas-bas tersebut dengan izin.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat kerana memberikan kami Wakil-Wakil Rakyat pembangkang peruntukan sebanyak RM50,000.00 setahun untuk pentadbiran. Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa.

Yang Berhormat Tuan Speaker, pada masa yang sama, ada juga perkara-perkara yang mungkin YAB Menteri Besar terlepas pandang. Buat pengetahuan Yang Amat Berhormat, isu kos sara hidup yang lantang disuarakan sebelum ini oleh Pakatan Harapan masih belum ditangani. Kononnya kalau GST dimansuhkan maka harga barangan akan turun. Kononnya kalau GST dimansuhkan beban rakyat akan hilang sekelip mata. Tetapi malangnya apa yang dimomok-momokkan kepada rakyat hanyalah

satu khayalan. Hakikatnya harga barangan masih tinggi. Harga ikan, harga ayam, harga sayuran, harga petrol semuanya masih tinggi.

Speaker

Harga petrol dah turun RM0.30 Yang Berhormat.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNLayang-Layang

Cuma...97.

Speaker

97 turun RM0.30.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNLayang-Layang

95, stay.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNLayang-Layang

Yang Berhormat Ketua Pembangkang saya nak mohon kepastian. Yang Berhormat Ketua Pembangkang semalam kata bahawa harga barang semuanya dah turun. Saya nak check dengan dia nanti dia shopping kat mana?Dekat Lazada ke kat Shopee?

Speaker

Benut.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNLayang-Layang

Ketua Pembangkang, Datuk Hasni. Yang Berhormat Tuan Speaker, bukan itu sahaja, masihkah kau ingat, janji Pakatan Harapan menangguh bayaran PTPTN kepada semua peminjam. Masihkan kau ingat janji Pakatan Harapan menghapuskan hutang peneroka FELDA. Masihkah kau ingat janji pemimpin Pakatan Harapan untuk menghapuskan tol. Dalam keghairahan untuk merampas kuasa, Pakatan Harapan telah menjanjikan bulan dan bintang walau pun mereka sendiri sedar bahawa ia adalah perkara yang sukar untuk dilaksanakan. Akhirnya Pakatan Harapan terpaksa mengakui bahawa janji-janji ini tidak dapat dilaksanakan kerana mereka tidak jangka akan menang dalam pilihan raya umum. Inilah propaganda propolis untuk meraih dan memancing undi. Janji hanya tinggal janji.

Layang-Layang nak berpantun sedikit. Harapan rakyat tinggi menggunung, Hancur berderai menjadi debu; Kesengsaraan rakyat berat ditanggung, Janji Harapan ternyatalah palsu. Yang Berhormat Tuan Speaker, YAB Menteri Besar juga telah menyatakan bahawa kerajaan negeri telah menunaikan ke semua 10 janji dalam tempoh 100 hari. Bagi saya pelaksanaan janji-janji hanyalah indah khabar dari rupa. Ibarat melepaskan batu di tangga. Mengumumkan sesuatu melalui media masa atau facebook tidak bermaksud sudah terlaksana janji-janji tersebut dan lebih penting ialah perlaksanaan. Sebagai contoh, cadangan Jementah dan Layang-Layang ditolak pada sidang DUN yang lepas untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri bagi mengehadkan tempoh jawatan Menteri Besar kepada dua isteri, maaf dua siri. Tersasul. Yang Berhormat Tuan Speaker. (Dewan ketawa).

Speaker

Saya tak jelas, apa tadi.

Tuan Tan Chen ChoonDAP · PHJementah

Hanya satu isteri saja.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNLayang-Layang

Tahniah satu isteri. Tak berani.

Speaker

Kalau nak tersasul, tersasul yang lain. Teruskan, teruskan.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNLayang-Layang

Menghadkan jawatan Menteri Besar kepada dua penggal. Ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri tidak ikhlas dan tidak ada political will untuk melaksanakan janji. Dari segi kad sihat Johor titik fokus kelima, saya ingin bertanya kepada kerajaan berapa ramai sudah mendapat manfaatnya. Saya difahamkan bajet RM150,000.00 akan diagihkan kepada 10 daerah. Saya mohon pencerahan sama ada perkara ini benar atau tidak. Kerana kalau benar ini bermakna 30 orang sahaja penerima di setiap daerah. Dan, kalau ini benar secara purata setiap DUN hanya akan ada lima penerima sahaja.

Yang Berhormat Tuan Speaker, semalam Yang Berhormat Ketua Pembangkang bertanya apakah rating untuk website Kad Sihat Johor. Hari ini saya pula nak tanya betul ke website ini wujud? Sebab saya check tak ada. Cuba YB Tuan Speaker google sikit sama ada ada ke tidak. Kalau ada nanti boleh pm saya. Bagi Skim Takaful Warga Emas pula, bagaimanakah cara untuk memohon. Di Layang-Layang, mereka yang mahu memohon perlu berjumpa dengan penyelaras Pakatan Harapan bukan dengan ADUN di kawasan tersebut. Adakah ini urus tadbir demokrasi dinamik Pakatan Harapan. Dari segi insentif kursus perkahwinan percuma yang memilih fokus kepada golongan belia, berapa ramai pula belia yang sudah menjalani kursus perkahwinan percuma setakat ini. Adakah

benar bahawa mereka kena bayar dahulu dan claim kemudian. Saya bertanya semua ini kerana ramai rakyat di luar sana masih tertanya-tanya cara untuk mendapatkan bantuan kemudahan-kemudahan ini. Adakah ini, urus tadbir cekap, berintegriti dan demokratik yang dilaung-laungkan oleh pihak kerajaan Pakatan Harapan? Nak laksanakan sesuatu janganlah buat ala kadar, sekadar nak dapatkan publisiti murahan selepas itu mendabik dada dengan angkuh mengatakan bahawa segala janji telah ditunaikan.

Speaker

Yang Berhormat, yang nak kursus kahwin tu rakyat ke Yang Berhormat?

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNLayang-Layang

Ha? Saya dah kahwin dah. Alhamdulillah. Jangan begitu, kerana semua ini melibatkan kepentingan rakyat. Yang Berhormat Tuan Speaker, perkara yang kedua yang ingin saya bahaskan adalah belanjawan negeri tidak memberi penekanan yang sewajarnya kepada masyarakat di luar bandar. Peladang, penoreh getah dan petani tidak langsung disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Mereka dipinggirkan oleh kerajaan Pakatan Harapan. Bantuan khas kepada nelayan pula dalam Bajet 2019 ini hanyalah RM1,000.00 berbanding RM2,000.00 pada tahun 2018.

Seperti yang disebut oleh Pemanis, harga komoditi sawit telah jatuh mendadak sejak Mei 2018. Antara sebab utama ialah kerana permintaan kelapa sawit Malaysia daripada negara China telah beralih ke Indonesia. Sebelum ini, hubungan baik antara Malaysia dan China sering dipolitikkan. Pelbagai tuduhan dilemparkan kononnya kerajaan BN mahu menjual negara dan menggadaikan kedaulatan negara. Hakikatnya, perkara tersebut adalah tidak benar dan sengaja dilakukan untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap kerajaan Barisan Nasional. Akibat permainan politik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, pekebun yang menjadi mangsa. Harga sawit adalah pada tahap yang terendah iaitu RM250.00 satu tan. Ini memberi impak yang negatif kepada pekebun-pekebun kelapa sawit. Namun, mereka terus seperti dianaktirikan kerana mungkin mereka bukan penyokong tegar kerajaan. Janganlah berpolitik dengan masa depan dan periuk nasi mereka. Janganlah nanti nak pilihan raya umum barulah nak buat sesuatu. Janganlah nanti, nak pilihan raya umum barulah nak gula-gulakan mereka dengan janji-janji manis.

YB Speaker, secara puratanya setiap peneroka FELDA mempunyai 10 ekar tanah dan dapat menghasilkan sekitar 8 tan sebulan. 8 tan x RM250.00 = RM2,000.00, tolak kos operasi dalam lingkungan RM1,200.00, tinggallah RM800.00. Dengan RM800.00 hasil penebatan inilah mereka terpaksa menanggung keperluan keluarga, menjelaskan hutang, membeli ubat dan sebagainya. Akhirnya, bak kata Pekan Nanas, habuk pun tak ada. Begitulah juga dengan harga getah yang jatuh merudum sekitar RM1.80 sekilogram. Purata pendapatan bulanan penoreh hanyalah sekitar RM400.00 sebulan. Pendapatan mereka adalah di bawah tahap kemiskinan tegar. Siapa nak bela nasib mereka kalau bukan kerajaan?

Tuan Speaker, adakah patut ada pemimpin Pakatan yang suruh mereka bekerja dengan lebih kera? Ada pemimpin Pakatan yang mengatakan nak minta mereka bekerja masa musim tengkujuh. Saya rasa Yang Berhormat Speaker kenal orang ni. Orang yang sama juga mengatakan bahawa satu ekar tanah boleh menghasilkan 12 hingga 15 tan sawit. Semaklah dulu fakta sebelum buat kenyataan. Pening kita dibuatnya Tuan Speaker. Dulu dia mengata Datuk Ahmad Maslan, hari ini rupanya dia lagi teruk. ‘Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih’.

Yang Berhormat Tuan Speaker, apa yang mengecewakan ialah tiada inisiatif khusus yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk membantu menstabilkan harga komoditi-komoditi ini dan apa yang lebih menyedihkan ialah apabila saya membayangkan pada awal tahun 2019 nanti, sesi baru persekolahan akan bermula. Bagaimanakah mereka hendak menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka ini?

Yang Berhormat Speaker, saya ingin mencadangkan agar kerajaan PH memberikan bantuan ‘one-off’ kepada mereka. Alang-alang sudah ada ratusan titik fokus dalam Bajet 2019, Yang Berhormat Speaker boleh tak saya nak mohon? Saya nak mohon supaya masukkan satu lagi titik fokus, titik fokus yang ke-208, iaitu memberikan bantuan ‘one-off’ RM1,000.00 sekurang-kurangnya pengusaha-pengusaha sawit dan getah. Demi rakyat, saya merayu supaya perkara ini dapat dipertimbangkan Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya juga ingin mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu mekanisme baru dengan meletakkan kadar harga lantai RM500.00 setan bagi sawit dan RM3.00 sekilogram bagi getah dalam membantu golongan tersebut menghadapi fasa ketidaktentuan pasaran komoditi.

Yang Berhormat Tuan Speaker, perkara ketiga, saya ingin mendapat pencerahan tentang status perumahan generasi kedua FELDA. Ramai anak-anak muda daripada FELDA Layang-Layang dan kawasan-kawasan FELDA yang lain bertanya tentang perkara ini kerana tiada sebarang perincian yang disentuh berkaitan perkara ini menerusi belanjawan di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri. Sedangkan manifesto Pakatan Harapan telah berjanji untuk membina bandar-bandar baru FELDA yang lengkap dengan kemudahan asas dan internet. Yang Amat Berhormat pun sendiri menyatakan bahawa orang muda sangat penting bagi kerajaan. Jadi, adakah projek perumahan bagi generasi kedua akan diteruskan? Saya menuntut penjelasan berhubung perkara ini.

Yang Berhormat Speaker, menyentuh tentang pendidikan pula. Kerajaan negeri bercadang untuk melaksanakan Universiti Johor. Saya ingin mengingatkan kerajaan bahawa Malaysia bukan negara yang ketandusan universiti. Di Johor sahaja, kerajaan terdahulu sudah membina tiga universiti awam, UTHM, UiTM dan UTM. Pagoh pun telah diwartakan sebagai hab pendidikan. Tidak cukup dengan itu, universiti-universiti swasta pun dibina di sekitar Kota Iskandar. Pendidikan tinggi merupakan peranan kerajaan persekutuan bukan peranan kerajaan negeri. Kerajaan negeri sepatutnya lebih fokus kepada perkara-perkara yang lebih mendesak. Keperluan sekarang adalah untuk kerajaan negeri fokuskan bidang kemahiran, bukannya menambah universiti. Sebagai contoh, Kompleks Pengerang amat memerlukan pekerjaan kemahiran tinggi dan kini kita terpaksa import tenaga buruh dan profesional dari luar negeri Johor.

Di dalam pembentangan Bajet Negeri Johor 2019 ini, dinyatakan bahawa kerajaan negeri akan meneliti untuk menaik taraf atau menggabungkan Kolej Yayasan Pelajaran Johor dan Kolej Pengajian Islam Johor bagi membentuk Universiti Johor. Jika kerajaan masih mahu meneruskan inisiatif menubuhkan universiti pun, saya mencadangkan supaya kerajaan merujuk Bajet 2018 Perkara 232. Sudah ada perancangan untuk menaik taraf Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) sebagai kolej universiti. Ini lebih praktikal dan tidak menelan belanja yang besar. Kajian awal kesesuaian dan kredibiliti pun sudah dibuat. Kolej Universiti MARSAH kelak dijangka berupaya menampung kira-kira 10,000 pelajar. Kajilah perkara ini dengan penuh bijaksana.

Yang Berhormat Speaker, akhir sekali, saya ingin membangkitkan isu penutupan pusat pelupusan sampah di Simpang Renggam. Berapa lama lagi agaknya kajian akan dibuat? Penduduk Layang-Layang masih menunggu dan menuntut supaya pelupusan sampah ini ditutup secepat mungkin kerana kita sedia maklum bahawa hujan lebat berlaku hampir setiap hari kebelakangan ini. Ini menyebabkan limpahan air leachate dari tapak buang sampah ini masuk ke Sungai Ulu Benut dan air daripada sungai ini masuk ke Loji Rawatan Air Simpang Renggam, dan apabila paras ammonia tinggi melebihi 2ppm, maka loji rawatan air akan ditutup serta merta. Jadi, ada dua implikasi di sini. Pertamanya, dari segi kesihatan, keduanya, dari segi kemudahan asas air itu sendiri. Kerajaan dahulu dah ada cadangan penyelesaiannya, dan kerajaan sekarang pun arif dalam hal ini. Pihak Pakatan Harapan jugalah masa pilihan raya umum yang lepas melompat-lompat, berpiket-piket untuk menutupkan pusat pelupusan sampah ini. Jadi bila dah menang, kenapa susah sangat nak buat keputusan? Mana pergi pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang dahulunya memekik-mekik, melompat-lompat ini, mana pergi konsistensi dalam perjuangan membela rakyat?

Yang Berhormat Speaker, saya faham akan permintaan ayahanda Bukit Permai untuk memberi masa dan ruang kepada kerajaan mentadbir kerana mereka adalah kerajaan baru. Kita akan beri masa dan ruang tapi kita tidak akan sekali-kali kompromi soal kepentingan rakyat. Akhir kata, saya dengan rasa penuh rasa rendah diri ingin memohon maaf jika ada tersalah atau tersilap sepanjang perbahasan saya ini. Yang baik itu adalah daripada Allah Subhanahuwataala, dan segala kekhilafan adalah daripada kelemahan saya. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warah matullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Layang-Layang. Seterusnya, Pasir Raja.

Puan Rashidah binti IsmailUMNO · BNPasir Raja

Terima kasih Yang Berhormat Speaker (bacaan selawat). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam muafakat Johor. Pertama sekali patik ingin merafak sembah dan menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Yang Berhormat Speaker, sebelum Pasir Raja memulakan Perbahasan ini, izinkan Pasir Raja mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan juga

Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan yang dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Seri Paduka Mahkota Johor pada 22 November yang lepas sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Yang Berhormat Tuan Speaker, jutaan terima kasih Pasir Raja ucapkan atas ruang dan peluang yang diberikan kepada Pasir Raja untuk turut serta mengambil bahagian di dalam Perbahasan pada kali ini. Pasir Raja amat menghargai peluang ini untuk sama-sama memberikan yang terbaik buat Johor dan juga masyarakat.

Yang Berhormat Tuan Speaker, sejujurnya Pasir Raja ingin menzahirkan rasa kecewa dengan Bajet 2019 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana tiada langsung inisiatif baru yang mampu dijanakan oleh pihak kerajaan dan menambahbaikkan keperluan rakyat. Apa yang dibentangkan di dalam Bajet 2019 tersebut hanyalah satu usul yang pernah diusahakan oleh pihak Barisan Nasional dahulu yang hanya di jenama barukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, pertamanya di dalam Bajet Tahun 2019, yang dibentangkan kerajaan minggu lepas, yang memaklumkan, yang merangkumi 28 sektor dan 207 titik fokus membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM6.774 bilion. Tiada langsung hal ehwal FELDA yang dicadangkan sedangkan kita tahu Johor mempunyai 73 buah FELDA dengan jumlah 27,641 orang peneroka dan 146,000 pengundi. FELDA merupakan salah satu sumber...

Speaker

FELDA bukan, Yang Berhormat, FELDA bukan bawah Persekutuan?

Puan Rashidah binti IsmailUMNO · BNPasir Raja

Ya, bawah Persekutuan tapi kerajaan negeri kena juga bertanggungjawab ke atas pengundi-pengundi yang telah menyokong mereka. FELDA merupakan salah satu sumber yang membantu dalam sistem ekonomi negara kita. Wajarkah disebabkan kelembapan ekonomi yang diramalkan akan berlaku di negara kita menyebabkan Kerajaan PH tidak menyediakan langsung bajet buat masyarakat di FELDA. Berbanding di dalam Bajet 2018 dan dekad baru Johor seperti antaranya pemberian hak milik tanah, naik taraf infrastruktur air, jalan dan jambatan di dalam kawasan FELDA. Untuk belia FELDA, RM1.5 juta telah diperuntukkan di dalam Tabung Latihan Kemahiran Johor untuk Program Latihan Kemahiran, juga di dalam Bajet 2018 terdapat peruntukan untuk menyelia 65 buah sekolah agama di kawasan rancangan FELDA.

Selain itu, kelestarian tanah-tanah rancangan FELDA di dalam kawasan pembangunan Iskandar Malaysia yang dinamakan Village Enhancement Programme dengan izin, iaitu FELDA Bukit Permai, FELDA Taib Andak, FELDA Ulu Tebrau dan FELDA Sungai Tiram. Terdapat juga Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yakni PDK di FELDA Nitar 1 dan Nitar 2 di dalam Bajet 2018.

Yang Berhormat Tuan Speaker, perkara ini Pasir Raja bangkitkan kerana di dalam Bajet 2019, tiada langsung hal ehwal FELDA yang disentuh, sedangkan mengikut pemerhatian Pasir Raja terdapat beberapa perkara yang sepatutnya diambil kira dan diselesaikan Kerajaan Pakatan Harapan. Terdapat banyak isu-isu FELDA yang sepatutnya diselesaikan oleh Kerajaan Pakatan terutama sekali berkenaan kejatuhan harga sawit yang sangat rendah pada masa ini yang menjejaskan pendapatan peneroka FELDA. Ditambah lagi dengan kenaikan harga barang yang semakin meningkat dan menyebabkan kos sara hidup semakin tinggi. Pasir Raja mengharapkan akan ada satu inisiatif daripada Kerajaan PH untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat secara keseluruhan.

Kedua, seperti yang kita tahu dunia zaman kini yang begitu cepat dan pesat membangun memerlukan kita untuk sentiasa peka dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Dan, internet sudah menjadi satu keperluan bukan lagi kehendak masa kini. Perkongsian maklumat pendidikan secara atas latihan yakni online learning dengan izin perkhidmatan komunikasi elektronik dan sebagainya dapat dilakukan jika capaian jaringan internet ada di kawasan kita. Sampai bila kita mahu melihat masyarakat di kawasan FELDA dan luar bandar ketinggalan dan mundur. Pasir Raja mencadangkan kerajaan PH dapat memperluaskan carian jaringan internet di kawasan FELDA agar masyarakat FELDA mampu menikmati kemudahan seperti mana di bandar.

Ketiga, memandangkan kawasan-kawasan di tanah Rancangan FELDA telah membangun dengan baik, Pasir Raja ingin mencadangkan agar mewujudkan PBT yakni Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan-kawasan FELDA untuk memastikan kesejahteraan dan kelestarian masyarakat FELDA dapat di selenggara dengan baik. Dengan adanya PBT di kawasan FELDA ia dapat membendung

masalah rumput yang tidak berpotong, sampah sarap yang tidak di selenggara dengan baik dan PBT juga mampu untuk mengurus tadbir kawasan FELDA dengan lebih baik dan tersusun.

Keempat, permasalahan yang terbesar di kawasan FELDA adalah gejala sosial yang berleluasa di kalangan belia-belia FELDA. Tuntutan hidup yang tidak seimbang antara sosioekonomi dan rohani mendorong kepada gejala sosial di kalangan belia. Bagi melahirkan generasi belia yang berwibawa, berilmu dan berdaya saing masyarakat FELDA sentiasa memerlukan peruntukan yang besar bagi membangun golongan tersebut. Bagaimana kita mampu untuk memperbaiki imej golongan belia sedangkan tiada langsung peruntukan yang diberikan.

Seterusnya, isu sosial pewarisan tanah dan migrasi generasi kedua FELDA ke bandar untuk mencari pekerjaan. Menurut Kajian Laporan Penyiasatan Migrasi dari Jabatan Perangkaan Malaysia 2016, punca utama migrasi luar bandar ke bandar adalah disebabkan kerjaya dan mengikut keluarga. Keluarga yang membangun memerlukan persekitaran yang menggalakkan untuk hidup selesa. Maka, adakah kawasan-kawasan FELDA di Johor ini mempunyai persekitaran yang baik untuk generasi kedua FELDA? Selain itu, Pelan FELDA 2.0 yang memperdaya, yang memberdaya komuniti-komuniti FELDA perlu juga diberi perhatian oleh kerajaan negeri bagi memastikan bahawa pelan ini berjalan seperti yang dirancang ini kerana hal ehwal tanah pertanian dan kerajaan tempatan adalah tanggung jawab kerajaan negeri. Maka tiada alasan untuk mengatakan FELDA di bawah persekutuan atau satu entiti korporat mahupun GLC yang membolehkan kerajaan negeri melepas tangan sepenuhnya dalam mempertahankan nasib orang FELDA.

Seterusnya, permasalahan tentang pendidikan anak-anak FELDA yang perlu pengkhususan yang istimewa dan hala tuju spesifik dalam pembangunan potensi anak FELDA contohnya dalam bidang TVET yang amat cocok dengan persekitaran dan minat anak-anak FELDA. Di manakah inisiatif kerajaan negeri untuk melibatkan lebih ramai anak FELDA di dalam program-program TVET di dalam institusi pendidikan YPJ.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Pasir Raja sangat setuju dengan Yang Berhormat Tenggaroh dan Yang Berhormat Machap tentang pindaan cukai tanah yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan PH. Pada hemat Pasir Raja kenaikan cukai tanah tidak sesuai dilakukan pada waktu ini memandangkan pendapatan para peneroka yang sangat terjejas dengan kejatuhan harga sawit.

Pasir Raja juga memohon agar kenaikan cukai tanah ini ditangguhkan. Pasir Raja mencadangkan agar Kerajaan PH mewujudkan Jawatankuasa Tanah bagi tanah FELDA untuk memudahkan pemilikan geran tanah kepada peneroka-peneroka.

Yang Berhormat Tuan Speaker, yang seterusnya Pasir Raja ingin menyatakan tentang projek pembangunan yang dikenali sebagai Johor Eco-Entertainment Park yang dicadangkan dibangunkan di Bandar Akademi YPJ, Jalan Kulai – Kota Tinggi yang berada di dalam kawasan DUN Pasir Raja. Apakah projek ini akan diteruskan, memandangkan tiada langsung kenyataan tentang projek ini di dalam Bajet Johor 2019? Pasir Raja sangat mengharapkan projek ini terus dijalankan kerana ianya akan memberi peluang pekerjaan yang meluas kepada anak-anak peneroka di FELDA Sungai Sayong, FELDA Bukit Ramun, FELDA Bukit Besar, FELDA Pasir Raja dan juga kampung-kampung yang berdekatan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, di Titik Fokus 32, ada menyatakan peruntukan sebanyak RM500,000.00 diberikan kepada, untuk memperkasakan pembangunan ummah di negeri Johor. Pasir Raja sangat tertarik dengan permasalahan berkaitan dengan nasib guru agama DG29. Pertamanya, Pasir Raja meminta untuk Kerajaan PH menyelesaikan masalah tentang kekurangan tenaga pengajar DG29 di sekolah-sekolah agama di negeri Johor dengan menyegerakan lantikan penempatan ke sekolah bagi guru DG29 lepasan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). Masih ramai guru lepasan MARSAH yang masih belum dilantik walaupun sudah 3 tahun menamatkan pengajian. Keduanya, Kerajaan PH telah menjadikan Guru KAFA sebagai guru sekolah agama tetap. Permasalahannya bagaimana nasib guru DG29 terutama nasib guru yang masih baru keluar daripada MARSAH dan mengapa pelantikan untuk DG29 tidak diumumkan seperti Guru KAFA.

Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya Titik Fokus 33 sebanyak RM4.7 juta diperuntukkan untuk membaik pulih dan menyelenggarakan masjid dan surau di seluruh negeri Johor. Pasir Raja ingin menyatakan bahawa satu projek bina semula Masjid Jamek Al Hikmah, Kampung Baru Sungai Redan telah diluluskan dan penyerahan replika cek bernilai RM1 juta telah diberikan pada akhir tahun

lepas. Masjid tersebut akan dibina di atas tapak masjid lama. Pasir Raja ingin bertanya, apakah projek tersebut akan diteruskan memandangkan projek ini tidak dinyatakan dalam Bajet Johor 2019?

Yang Berhormat Tuan Speaker, di dalam Titik Fokus 106 MAARIS, Pasir Raja ingin menyatakan bahawa Pasir Raja telah membuat permohonan membina jalan baru pintasan di sekolah menengah ke sekolah rendah FELDA Bukit Besar. Dan kami dimaklumkan projek ini masih di dalam perancangan dan dari maklum balas PPNJ masih menunggu keputusan ICU JPM. Pasir Raja berharap agar projek ini diteruskan kerana berlaku banyak kemalangan yang melibatkan pelajar sekolah kerana mereka menggunakan jalan utama iaitu satu-satunya jalan bagi laluan ke sekolah.

Yang Berhormat Tuan Speaker, di dalam Titik Fokus 116. ada menyatakan tentang peruntukan RM3 juta untuk kerja-kerja berkaitan menaik taraf empangan rendah ataupun barrage dengan izin, yang merentasi Sungai Johor. Di sini Pasir ingin menyatakan tentang baraj Sungai Johor dan Sungai Johor adalah nadi bekalan air kepada loji air di sepanjang Sungai Johor terutamanya LRA Semanggar, LRA Sungai Johor dan Johor River Water Treatment Plan. Manakala baraj Sungai Johor bertindak sebagai pemampan dari kemasukan air masin. Baraj Sungai Johor telah siap dibina pada tahun 2017 dengan reka bentuk asal, bukanlah bertindak sebagai takungan sementara. Namun, pihak BAKAJ telah menukar SOP asal dan hasilnya semua LRA mendapat bekalan air mentah dan Empangan Linggiu telah mencapai 68% simpanan. Dengan perubahan SOP, maka sudah tentu terdapat kecacatan pada reka bentuk asal. Pasir Raja difahamkan telah mula terdapat kebocoran pada pintu-pintu yang menyebabkan telah mula ada kemasukan air masin.

Kerjasama di antara pihak BAKAJ, JPS, Johor Ranhill SAJ dan PUB di peringkat operasi tidak dapat dinafikan adalah yang terbaik. Oleh yang demikian, kerajaan negeri perlu membantu pihak BAKAJ dalam memastikan bekalan air mentah berterusan kepada LRA-LRA sepanjang Sungai Johor dengan memberi peruntukan tambahan dengan kos anggaran bagi pembaikan pintu air di baraj tersebut lebih kurang RM4 juta termasuk tambahan stock lock dengan izin, yang akan bertindak sebagai wayar kepada baraj tersebut bagi mengurangkan kos elektrik.

Yang Berhormat Tuan Speaker, di dalam titik fokus 143, sebanyak RM200,000 diperuntukkan untuk sambutan Hari Srikandi Harapan. Pasir Raja amat teruja dan berbesar hati dengan pengiktirafan Yang Amat Menteri Besar kepada kaum wanita. Pasir Raja ingin bertanya apakah kriteria pengiktirafan bagi menghargai peranan kaum wanita yang diuar-uarkan tersebut. Pasir Raja mencadangkan supaya ada pemantauan ke atas program-program tersebut agar ia tidak menjadi program yang syok sendiri, dengan izin memandangkan peruntukkan yang diberi adalah besar.

Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya di dalam titik fokus 158, peruntukkan sebanyak RM1.7 juta diberikan untuk pelaksanaan Projek Pendidikan Islam Digital Negeri Johor. Di sini Pasir Raja mencadangkan untuk memohon kerajaan pakatan untuk mengadakan sekurang-kurangnya sebuah sekolah di dalam setiap Parlimen untuk menggunakan Ipad di dalam pembelajaran. Pada khidmat Pasir Raja, Pemberian Ipad kepada pelajar tersebut inisiatif terbaik bagi menyahut saranan Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk mengurangkan bebanan berat beg sekolah daripada sekadar menukar warna kasut dan stoking.

Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya titik fokus 170 memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi baik pulih sekolah-sekolah bantuan kerajaan. Pasir Raja memaklumkan bahawa terdapat beberapa permasalahan di SMK Laksamana di dalam DUN Pasir Raja pertamanya Pasir Raja memohon untuk menaik taraf padang sekolah tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat Speaker keluasan padang sekolah tersebut adalah 9,600 meter ia diguna pakai juga oleh sekolah-sekolah berhampiran iaitu SMK Laksamana, 1,800 pelajar; SMK Tun Habab, 800 pelajar; SK Bandar, 500 pelajar, SKJ(T) Jalan Tajul, 300 pelajar; SJKC Pei Hwa, 700 pelajar.

Speaker

Yang Berhormat masa dah 20 minit.

Puan Rashidah binti IsmailUMNO · BNPasir Raja

Sikit lagi. Keperluan padang adalah untuk pendidikan jasmani, sukan, riadah dan aktiviti kokurikulum. Keduanya aspek keselamatan. Untuk makluman Tuan Speaker, ada beberapa rumah lama terbiar berdekatan kawasan sekolah tersebut. Rumah ini menjadi kawasan pelajar ponteng sekolah dan melepak. Persekitaran yang tidak kemas dan semak samun mencacatkan pemandangan. Dan ia juga menggalakkan kejadian samun dan jenayah.

Ketiganya kawasan belukar berhampiran sekolah. Ia menjadi ancaman dari binatang-binatang liar seperti babi, ular dan binatang-binatang berbisa yang lain. Seterusnya ancaman pokok-pokok besar.

Pokok boleh tumbang pada bila-bila masa dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang. Suasana sunyi terutama di sebelah petang menyebabkan pelajar dan guru tidak selesa untuk melakukan aktiviti berdekatan kawasan ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, akhir kata Pasir Raja mengharapkan Belanjawan Johor 2019 dapat dilaksanakan dengan baik bukanlah sekadar banyak merancang tetapi tidak dilaksanakan. Pasir Raja amat berharap agar bajet salin dan cetak Johor 2019 dengan cadangan penambahbaikan daripada Pasir Raja dapat direalisasikan demi kepentingan rakyat Johor. Bukan hanya sekadar di atas kertas sahaja. Janganlah jadi sebelum berkuasa dulu, rakyat dizalimi kerajaan. Selepas berkuasa, kerajaan dulu manjakan rakyat. Kami tarik balik segala bantuan. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Pasir Raja. Seterusnya Pulai Sebatang.

Tuan Muhammad Taqiuddin bin ChemanAMANAH · PHPulai Sebatang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberikan Pulai Sebatang peluang untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2019) Tahun 2018.

Terlebih dahulu sempena dengan Ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertua Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim yang ke-60 pada November yang lalu. Patik mengambil kesempatan untuk merafak sembah untuk menjunjung setinggi-tinggi kasih dan berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku berada di dalam keadaan sihat sejahtera, dilanjutkan usia untuk terus memerintah di takhta kerajaan bagi menaungi sekalian rakyat dengan adil dan saksama.

Pulai Sebatang juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri di atas penganugerahan Darjah Mahkota Johor, Yang Membawa Pangkat Pertama Dato’ Sri Mahkota Johor sempena keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan baru-baru ini.

Tahniah juga saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kerana telah berjaya membentangkan belanjawan yang holistik dan menyentuh semua segmen masyarakat di negeri Johor dan yang paling penting mengutamakan golongan yang memerlukan iaitu golongan B40. Pulai Sebatang juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga yang telah membentangkan satu belanjawan surplus dengan anggaran lebihan sebanyak RM3.4 juta. Ini membuktikan bahawa dalam usaha kita untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat kita masih mampu untuk mengamalkan perbelanjaan secara berhemah dan terkawal.

Yang Berhormat Tuan Speaker, inisiatif kebajikan rakyat dan rejuvenasi pengurusan zakat. Berteraskan tema ‘Menerajui Perubahan Mengalas Harapan, Bangsa Johor Bestari’. Saya menyambut baik hasrat Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk meneruskan bantuan bersasar melalui inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan berdasarkan Manifesto Harapan dengan peruntukkan RM32.9 juta. Antara inisiatif-inisiatif ini termasuklah pemberian 10 meter padu air percuma kepada golongan B40 dengan penggunaan kurang daripada 35 meter padu. RM1,000.00 kepada waris warga emas melalui skim takaful warga emas, bantuan kewangan RM500.00 dan RM1,000.00 kepada pelajar daripada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM4,000.00 ke bawah di peringkat diploma dan ijazah melalui inisiatif harapan Johor. Kad Sihat Johor kepada golongan miskin dan miskin tegar dan juga kursus perkahwinan percuma kepada seluruh rakyat Johor yang bermastautin di negeri ini. Inisiatif ini mendapat maklum balas yang sangat dari rakyat Johor sejak ia mula dilaksanakan pada Julai yang lalu. Namun begitu, bagi memastikan bantuan ini benar-benar sampai ke tangan yang memerlukan saya mencadangkan agar kerajaan negeri dapat memperincikan lagi maklumat-maklumat yang diperlukan bagi memenuhi kriteria yang penerima yang telah ditetapkan. Sebagai contoh pemberian air percuma kepada golongan B40 perlu dipastikan bahawa penerima ini benar-benar berada di bawah kumpulan B40 seperti mana yang ditakrifkan di bawah Jabatan Statistik Negara. Begitu juga dengan pemberian bantuan kewangan pendidikan bagi pelajar yang keluarganya berpendapatan di bawah RM4,000.00. Mekanisme untuk mendapatkan maklumat sebenar pendapatan keluarga perlu diteliti dan diperhalusi demi memastikan kesahihan maklumat yang kita terima. Bukan nak berkira tapi yang paling penting bantuan sampai kepada golongan yang kita sasarkan.

Pulai Sebatang juga menyambut baik peruntukan yang telah disalurkan kepada usaha untuk memartabatkan hal ehwal agama Islam di negeri Johor melalui Pelan Strategik Agama Islam Negeri

Johor 2030. Keprihatinan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dalam menambah baik dan membaik pulih keadaan masjid-masjid kerajaan, rumah pegawai, guru-guru agama dan kakitangan agama Islam negeri Johor juga amat dihargai meski pun serangan demi serangan dilakukan terhadap kerajaan Pakatan Harapan bahawa tidak membela agama Islam. Kerajaan negeri menafikan dengan memberi peruntukkan RM256.7 juta bagi melaksanakan projek sekolah agama kerajaan negeri Johor dan memberikan bantuan sebanyak RM1.5 juta kepada sekolah tahfiz.

Namun begitu Pulai Sebatang juga ingin mencadangkan agar satu rejuvenasi dilakukan ke atas sistem pengurusan zakat. Di dalam point ke-7 Pelan Strategik Agama Islam Negeri Johor 2030, ada disentuh tentang pengurusan zakat yang mana terdapat peruntukan sebanyak RM163 juta bagi menjayakan lima kategori bantuan asnaf fakir miskin dan mereka yang memerlukan. Cuma isu tentang zakat ini bukanlah wang atau bentuk bantuan yang diberikan. Tetapi yang ditimbulkan adalah soal birokrasi pengagihan zakat kepada mereka yang memerlukan. Kita perlu memikirkan kaedah atau mekanisme yang lebih baik dalam memastikan bantuan zakat ini assessable dengan izin, atau lebih mudah diperolehi bagi mereka yang benar-benar memerlukan. Justeru Pulai Sebatang ingin mencadangkan agar pihak Lembaga Zakat mencari kaedah active approach bagi mencari dan mengagihkan bantuan zakat kepada golongan asnaf berdasarkan maklumat dari orang ramai. Jika sebelum ini pendekatannya passive approach dilaksanakan mungkin pendekatan active approach ini memudahkan golongan memerlukan untuk memohon dan mendapatkan bantuan. Selain itu Pulai Sebatang juga ingin mencadangkan agar prosedur bagi mendapatkan bantuan zakat dipermudahkan agar kutipan wang zakat ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan sebaik mungkin.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Reformasi Sektor Perumahan, Pulai Sebatang juga menyambut baik usaha kerajaan negeri untuk Reformasi Sektor Perumahan bagi merealisasikan harapan rakyat untuk memiliki kediaman yang selesa. Ia menggambarkan komitmen kerajaan negeri yang cukup tinggi dalam menyelesaikan isu perumahan yang telah lama menjadi kebimbangan rakyat terutamanya golongan anak muda. Penetapan kadar caj gantian dari RM40,000.00 kepada RM60,000.00 bagi setiap unit rumah yang gagal dibina juga diharapkan dapat menyelesaikan masalah projek rumah yang terbengkalai. Di samping itu juga penubuhan Jawatankuasa Task Force bagi memantau projek-projek perumahan mampu biaya diharapkan dapat menjadi pemangkin dalam memastikan matlamat 100,000 buah rumah mampu biaya tercapai. Pulai Sebatan juga ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri kerana dengan isu perumahan ini kerana golongan M40 tidak diabaikan. Pengenalan projek perumahan untuk golongan M40 yang bernilai dari RM150,000.00 hingga RM300,000.00 adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh golongan M40 kerana mereka inilah golongan yang tersepit di tengah-tengah. Mereka tidak layak untuk memohon rumah mampu biaya kerana pendapatan isi rumah mereka telah melebihi had kelayakan. Tetapi pada masa yang sama tidak mampu untuk bersaing dengan harga rumah semasa yang melambung tinggi. Justeru pengumuman ini adalah satu yang mereka nantikan dan dambakan dari kerajaan negeri.

Yang Berhormat Speaker, walaupun begitu Pulai Sebatang ingin menekankan soal spesifikasi dan kualiti rumah yang memenuhi ciri-ciri rumah yang diinginkan oleh pemohon agar sesuai dengan apa yang mereka bayar, selain itu juga saya mengharapkan agar pihak kerajaan negeri dapat memperhalusi sistem permohonan skim ini agar golongan pemodal dan pelabur hartanah tidak mengambil kesempatan untuk mendapatkan sebarang unit rumah yang telah dikhususkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan sahaja. Usaha ini termasuklah dengan mengenakan denda yang tinggi sekiranya mereka yang berjaya mendapatkan unit rumah ini didapati menyewakan unit rumah berkenaan kepada pihak yang lain. Atau tidak mendiami rumah tersebut pada masa yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Dalam mereformasi struktur perumahan, saya juga ingin mohonkan pencerahan daripada Yang Berhormat EXCO Perumahan atas soalan lisan daripada jawapan yang telah diberikan pada dua hari yang lepas, pada 2 Disember 2018, iaitu berkenaan dengan Tabung Amanah Sumbangan Kuota Bumiputera, iaitu pecahan-pecahan yang telah diberikan sebanyak 22 pecahan, ada satu pecahan yang amat meragukan iaitu perbelanjaan ke London sebanyak RM800,000 lebih. Jadi saya mohon dalam sesi penggulungan diperdetailkan lagi berkenaan dengan perbelanjaan ke London sebanyak RM800,000 lebih. Saya rasa ini satu perbelanjaan yang banyak, berapa ramai ke yang pergi sehingga menelankan perbelanjaan sebanyak RM800,000 lebih itu.

Yang Berhormat Speaker, Perpustakaan Awam Johor sebagai pusat pembudayaan ilmu dan pusat kekeluargaan. Pulai Sebatang percaya bahawa selain dari pembangunan yang bersifat material, kerajaan negeri juga tidak mengesampingkan projek pembangunan ilmu dan wacana dalam membangunkan negeri Johor. Negeri Johor telah mempunyai sebuah bandar hab pendidikan iaitu di Pagoh, di samping Batu Pahat dan Johor Bahru juga mempunyai beberapa IPTA dan institusi, Institut Pendidikan Guru. Selain itu, Johor juga berbangga kerana memiliki IPTA dengan perpustakaan

antara yang paling besar di Malaysia iaitu di UTHM. Apa yang menarik adalah perpustakaan di UTHM adalah berkonsepkan kekeluargaan yang mana memberikan akses kepada kanak-kanak untuk masuk ke perpustakaan berkenaan. Justeru Pulai Sebatang ingin mencadangkan agar perpustakaan negeri Johor juga perlu diberikan perhatian lebih demi memastikan agenda pencerahan dan pembangunan intelek berkembang pesat di negeri Johor dan dalam masa yang sama mampu setanding dengan tema yang tumbuh pesat di negeri ini. Perpustakaan negeri berkonsepkan keluarga mampu memberikan suasana yang kondusif sekali gus menarik rakyat Johor untuk berkunjung ke perpustakaan ini dengan lebih kerap. Ini sejajar dengan hasrat Menteri Pendidikan Malaysia yang mahu mewujudkan bangsa membaca melalui program #Malaysia membaca.

Yang Berhormat Speaker, Johor pelopor revolusi Industri 4.0. Dalam era globalisasi ini perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi sangat pesat. Khususnya perkembangan Internet. Oleh kerana itu, dunia industri pun tidak lepas dari perkembangan Internet. Maka keperluan untuk mempersiapkan pelajar seterus seluruh peringkat pengajian yang boleh menjadi pendukung pembangunan industri masa kini yang memerlukan kemahiran yang tinggi dalam pengendalian perkakasan komputer dan perisian terkini.Ini memastikan kita tidak tertinggal dalam era revolusi Industri 4.0.

Speaker

Azan Yang Berhormat.

(Berhenti sebentar bagi memberi laluan laungan azan).

Speaker

Sambung, Yang Berhormat.

Tuan Muhammad Taqiuddin bin ChemanAMANAH · PHPulai Sebatang

Yang Berhormat Speaker, justeru dalam mempersiapkan negeri Johor dengan ledakan revolusi Industri 4.0, saya ingin mencadangkan agar satu program yang mampu untuk menjadi pencetus kepada anak-anak Johor menjadi generasi penggerak industri secara inklusif dilaksanakan. Kita perlu menyediakan peruntukan dan menggembleng tenaga dengan institusi pengajian tinggi di negeri Johor bagi menjadikan Johor sebuah negeri yang bergerak maju seiring dengan revolusi Industri 4.0.Anak-anak Johor perlu didedahkan dengan teknologi agar mereka mempunyai minat yang mendalam dalam bidang teknologi dan menjadi komuniti industri yang inovatif dan kreatif. Pulai Sebatang ingin mencadangkan agar kita melaksanakan program Swadaya Teknologi Anak Johor untuk murid-murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah bagi mencapai hasrat ini. Program ini jika dilaksanakan, kita akan menggunakan teknologi arduino yang merupakan satu kaedah pendidikan yang digunakan secara meluas di serata dunia. Salah seorang pengasas syarikat arduino ini direka cipta sebagai teknologi yang murah yang mampu dimiliki oleh para pelajar untuk mereka merealisasikan idea mereka. Ianya satu sejenis platform pembangunan yang boleh digunakan untuk berinteraksi dengan peralatan luaran seperti mengesan dari sensor dan mengawal peralatan seperti motor dan relay. Ia boleh digunakan untuk membina peralatan elektronik seperti alat penggera, jam digital, papan LED dan juga robot atau apa sahaja mengikut kreativiti semua arduino dibina dengan menggunakan sumber terbuka, open source, oleh itu dapat digunakan dengan lebih mudah dan murah berbanding mikro controller lain yang ada di pasaran. Pulai Sebatang juga ingin mencadangkan program ini boleh dilaksanakan di setiap DUN-DUN di negeri Johor, yang boleh diadakan sepanjang tahun pada hujung minggu ataupun di musim cuti sekolah. Saya berharap sekiranya program ini dilaksanakan, ia akan memberikan impak yang besar kepada tahap celik teknologi anak-anak Johor dan seterusnya kepada kemajuan Johor dalam era revolusi 4.0. Selain itu juga, mewakili DUN Pulai Sebatang, saya juga ingin memohon agar dibina satu Institut Latihan Perindustrian bagi mempersiapkan anak muda di Pontian dengan kemahiran yang sewajarnya, memandangkan KKBN yang sedia ada telah pun ditutup.

Johor sebagai hab kerang-kerangan. Yang Berhormat Speaker, Pulai Sebatang menyambut baik pengumuman Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar berkenaan dengan Belanjawan 2019 yang dibentangkan pada hari Khamis yang lalu meletakkan Johor sebagai hab kerang-kerangan. Buat pengetahuan sidang Dewan di Pontian, jumlah pendaratan kerang untuk daerah Pontian sahaja pada bulan Oktober adalah sebanyak 60 tan. Bagi memastikan bahawa Johor menjadi hab kerang-kerangan yang produktif, maka pengurusan yang efisien perlu diamalkan. Saya ingin mencadangkan, semua pengurusan yang berkaitan dengan penternak kerang-kerang perlu disatukan dan diletakkan di bawah satu sistem pengurusan. Benih-benih kerang yang ada juga tidak boleh dieksport keluar dari negeri Johor dan keutamaan bagi benih-benih yang ada untuk diagihkan di serata daerah yang bersesuaian di negeri ini. Sekiranya terdapat lebihan benih, barulah permit dikeluarkan untuk dieksport keluar. Langkah adalah, langkah ini adalah untuk memastikan bahawa bekalan benih

kerang sentiasa ada dan mencukupi. Selain itu juga, saya juga ingin mencadangkan agar satu sistem penguatkuasaan dan pengeluaran permit diwujudkan bagi membasmi kegiatan penyeludupan kerang dan juga aktiviti pengambilan kerang yang masih belum mencapai tahap matang.

Yang Berhormat Speaker, untuk melangkah lebih jauh di dalam industri kerang-kerangan ini, kita tidak boleh menafikan akan peri pentingnya projek pembangunan dan penyelidikan kerang-kerangan. Ini termasuklah usaha-usaha pembenihan kerang dan juga proses mengenal pasti lokasi-lokasi yang bersesuaian untuk dijadikan pusat pembenihan. Justeru saya mengharapkan agar ada peruntukan khas untuk tujuan penyelidikan bagi industri kerang-kerangan. Saya juga ingin menyarankan kepada pihak kerajaan negeri wujudkan satu one stop center ataupun kompleks yang memuatkan pusat pameran kerang untuk tarikan ekopelancongan, research and development untuk penghasilan kerang dan pusat yang memanfaat, yang dapat memanfaatkan industri kerang-kerangan ini menjadi makanan ternakan, bahan binaan, baja, kraf tangan dari kulit kerang itu.

Speaker

Masa sudah 20 minit Yang Berhormat.

Tuan Muhammad Taqiuddin bin ChemanAMANAH · PHPulai Sebatang

Sikit lagi. One stop center ini akan menjadi tempat tarikan pelancong yang akan mendatangkan keuntungan kepada kerajaan negeri selain ia memberi peluang kepada nelayan-nelayan sekitar kawasan Pontian. Akhirnya dalam menpoint berdayakan golongan belia Johor.

Yang Berhormat Speaker, Pulai Sebatang menyambut baik usaha kerajaan negeri untuk memberdayakan golongan belia Johor. Ia termasuk program-program seperti ADUN Belia Johor dan juga Kepimpinan Muda Johor yang dikelolakan oleh Yayasan Pelajaran Johor. Jika kita sedar bahawa ia penting bagi memastikan golongan belia Johor sentiasa dipersiapkan dengan kemahiran-kemahiran kepimpinan dan juga kemahiran-kemahiran menyelesaikan masalah. Selain itu, ia dapat memastikan bahawa Johor tidak akan ketandusan barisan-barisan pelapis bagi meneruskan kesinambungan generasi pemimpin pada hari ini. Pulai Sebatang juga gembira dengan iltizam yang diberikan oleh kerajaan negeri dalam memastikan penganjuran SUKMA 2020, nanti menjadi antara yang terbaik di dalam sejarah.Inilah SUKMA kedua yang kita anjurkan setelah kali terakhir dianjurkan di negeri Johor pada tahun 1992.Harus juga kita sedari bahawa tahun 2019 adalah tahun yang getir dalam memastikan persiapan SUKMA tahun 2020 berjalan dengan lancar. Tanggungjawab yang diberikan kepada KPRJ juga perlu sentiasa diberikan perhatian khusus agar tidak timbul masalah di saat-saat akhir. Namun begitu, kegusaran Pulai Sebatang adalah lebih kepada pengurusan kewangan Majlis Sukan Negeri. Melihat sepintas lalu dengan Laporan Audit Siri 1 yang telah dibekalkan kepada Pulai Sebatang, daripada muka surat 159, saya khuatir apabila melihat Majlis Sukan (MSN) hanya mampu diberi penarafan 1 bintang sahaja dengan markah sebanyak 41.87%. Pelbagai jenis ketidakpatuhan telah dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara yang perlu diberikan perhatian secara serius oleh kerajaan. Kita tidak mahu sikap dan budaya pengurusan ini berulang lagi di atas prinsip dan semangat Malaysia baru, kita bertekad untuk memastikan ketelusan dan kecekapan di dalam pengurusan kewangan ini.

Yang Berhormat Speaker, saya rasa sekadar itulah dahulu ucapan saya. Saya memohon untuk menyokong ucapan Belanjawan Johor 2019.Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Pulai Sebatang. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini. Sekian.

Persidangan ditangguhkan pada jam 1.00 petang.

Persidangan disambung semula pada jam 2.30 petang

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan disambung semula. Yang Berhormat Parit Raja, jemput.

Puan Nor Rashidah binti RamliUMNO · BNParit Raja

Bismillahirahmannirahim. Assalammualaikum warahmatulahi wabarakatuh dan salam muafakat Johor. Yang Berhormat Puan Speaker, terlebih dahulu bersempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Negeri Johor. Patik dan seluruh rakyat DUN Parit Raja merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat serta mendoakan semoga Allah melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan negeri Johor kekal aman makmur, maju dan rakyatnya hidup bermuafakat di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Syukur ke

hadrat Allah kerana dengan izinNya Parit Raja berpeluang mengambil bahagian membahaskan belanjawan negeri Johor bagi tahun 2019.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor mengakui banyak kemajuan yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu. Apa tidaknya, kerajaan terdahulu yang telah mengusahakan jalan menuju kemerdekaan Tanah Melayu. Seterusnya mengisi kemerdekaan dengan segala usaha dan kesungguhan, membangunkan negara yang mempunyai pelbagai kelompok etnik menganuti pelbagai budaya, kepercayaan dan agama agar dapat hidup aman makmur. Ianya bukan satu jalan yang mudah, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Keamanan dan kesejahteraan yang ada tidak datang melainkan dengan usaha yang gigih. Kini dayung sudah di tangan, perahu sudah di air, kerajaan yang telah diberi mandat mestilah mengupaya dan mensejahtera rakyat negeri Johor dengan lebih baik dari kerajaan terdahulu. Betapa bertuahnya kerajaan yang ada pada hari ini, menyambung kesinambungan kejayaan-kejayaan dan pembangunan yang telah di laksana oleh kerajaan terdahulu.

Yang Berhormat Puan Speaker, Belanjawan 2019 merupakan bajet reclaim, rebrand dan repeat, dengan izin. Apakah tiada idea baru dalam menyusun bajet yang dikatakan Pelan Pembangunan Mampan 2019 hingga 2030? Kerajaan hanya menggunakan dana hasil usaha kerajaan Barisan Nasional selama lebih 60 tahun dan tidak memikirkan bagaimanakah untuk menambah sumber yang sedia ada agar ekonomi lebih mampan. Di manakah kesejahteraan dan membantu meringankan kos...

Tuan Cheo Yee HowDAP · PHPerling

Peraturan Tetap. Peraturan Tetap...

Puan Nor Rashidah binti RamliUMNO · BNParit Raja

Seperti yang dilaungkan-laungkan oleh kerajaan Pakatan Harapan...

Tuan Cheo Yee HowDAP · PHPerling

Yang Berhormat Puan Speaker, Peraturan Tetap 45(C), di mana seorang Ahli itu tidak boleh membaca ucapannya tetapi ia boleh membacanya cabutan daripada, ia boleh daripada kertas-kertas yang bertulis, jadi kita mintak, ini hanya Peraturan Tetap yang ditetapkan.

Timbalan Speaker

Ya.

Puan Nor Rashidah binti RamliUMNO · BNParit Raja

Janganlah janji-janji yang ditabur umpama indah khabar dari rupa. Seperti kaca dihempas ke batu, beginilah perasaan masyarakat luar bandar terutamanya golongan penoreh getah dan pengusaha sawit.

Yang Berhormat Speaker, pertumbuhan ekonomi yang baik mestilah seiring dengan tahap pendidikan yang menjadi salah satu tunjang kepada pembangunan sesebuah negara. Apakah usaha dan idea baru yang diambil oleh kerajaan negeri dalam merapatkan tahap pendidikan dalam kalangan pelajar luar bandar untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar di negeri Johor? Fokus kepada keperluan masa hadapan Johor iaitu keperluan membangunkan pendidikan rakyat negeri Johor merupakan usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional dan kini disambung oleh kerajaan Pakatan Harapan. Antaranya :-

1. Biasiswa Sultan Ibrahim pada tahun 2018 memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 manakala tahun 2019 hanya RM300,000.00 sahaja.

2. Biasiswa Kenangan Dato’ Onn, yang mana biasiswa ini pada asalnya pendapatan keluarga yang dihadkan ialah RM2,000.00 tetapi telah dinaikkan kepada RM3,000.00 juga atas usaha kerajaan yang terdahulu.

3. Program Bantuan Tuisyen SPM YPJ. Dengan peruntukan pada tahun 2018, RM1 juta dengan memberi manfaat 4,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berbanding Bajet 2019, hanya RM300,000.00 bantuan sahaja dijangka 2,500 pelajar yang hanya akan mendapat manfaat ini. Jadi mana yang kata nak bantu ringankan beban rakyat seperti yang dilaung-laungkan sebelum 9 Mei yang lalu. Janganlah seperti kura-kura dalam perahu, tetapi pura-pura tidak tahu.

4. Tuisyen e-Learning yang menjadi kaedah popular masa kini merupakan bajet yang diteruskan. Namun jumlah peruntukan RM200,000.00 adalah angka yang sama pada tahun 2018. Sedangkan seiring dengan kemajuan teknologi masa kini, sudah menjadi kewajaran dan keutamaan bagi pihak kerajaan untuk memikirkan satu inisiatif agar Tuisyen e-Learning ditambah dan diperluas baik agar lebih ramai yang akan mendapat manfaat.

5. Pinjaman Pelajaran Yayasan Pelajaran Johor juga menyusut pada Bajet 2019. Terdahulu tahun 2018 pinjaman ini menyumbang peruntukan sebanyak RM20.35 juta sedangkan pada tahun 2019 hanya RM20 juta sahaja.

6. Program SSPN yakni Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang dijenamakan semula dengan nama Didik, Dana Didik Harapan Johor. Pada tahun 2018, kerajaan ketika itu memperuntukkan dana pembukaan akaun SSPN iaitu RM50.00 seorang sebanyak RM500,000.00 namun 2019, dengan nama Dana Didik Harapan Johor, memperuntukkan dana RM50.00 seorang, dengan jumlah RM100,000.00 sahaja. Ternyata sekali lagi penyusutan jumlah yang besar. Oleh yang demikian, perkara ini saya harap diberikan perhatian.

7. Program Pembangunan Karakter Murid Johor tahun 2018, sebanyak RM500,000.00 diperuntukkan. Kini dijenamakan semula dengan nama Program Pembangunan Sahsiah, Emosi dan Eksplorasi Diri atau kata singkatannya PROCEED.

8. Insentif Harapan Johor yang juga diberi nama baru, yang memperuntukkan peruntukan one-off kepada mahasiswa diploma dan ijazah.

9. Tabung Latihan Kemahiran Johor, pada tahun 2018 memperuntukkan RM5 juta manakala Bajet 2019, hanya RM700,000.00 sahaja.

Yang Berhormat Speaker, Bajet 2019 ada menyebut Program Pengkayaan Bahasa Inggeris. Saya menyambut baik cadangan ini. Namun dengan dana RM200,000.00 dan sasaran 200 orang pelajar untuk seluruh negeri Johor, adalah satu peruntukan yang amat kecil dan amat wajar ditambah. Apakah jaminan dan usaha kerajaan bagi memastikan masyarakat luar bandar mendapat manfaat program ini? Kita tidak mahu masyarakat luar bandar ketinggalan dan kita tidak mahu perbuatan ini umpama, bagai hujan jatuh ke pasir, kerana ini soal melahirkan modal insan. Parit Raja juga ingin mendapatkan kepastian peruntukan yang menyebut 3 perkara :-

1. Mahasiswa Anak Johor dengan peruntukan dana RM500,000.00 iaitu melibatkan 21 Persatuan Mahasiswa Anak Johor

2. Karisma Ta’zim, sebanyak RM200,000.00 meningkatkan kemahiran, kepimpinan mahasiswa

3. Mahasiswa Harapan Johor dengan dana RM1 juta bagi tujuan mengeratkan hubungan mahasiswa Johor dengan masyarakat.

Dengan peruntukan yang besar ini, Parit Raja berharap dapat melahirkan mahasiswa yang bersifat bebas, mahasiswa yang mempunyai jati diri, benar-benar memahami Perlembagaan Negara, benar-benar memahami Prinsip Rukun Negara, memahami sejarah Tanah Melayu, melahirkan masyarakat Malaysia yang sempurna, mempunyai keperibadian tinggi, setia kepada negara serta mempunyai semangat perpaduan dan integrasi nasional yang tinggi antara kaum. Integrasi nasional antara kaum adalah antara aspek yang penting yang perlu ditekankan dalam masyarakat yang berbilang bangsa di negara ini.. Parit Raja juga ingin mendapatkan kepastian sekali lagi saya ulangi, Parit Raja ingin mendapatkan kepastian tentang beberapa peruntukan yang baik oleh kerajaan Barisan Nasional sama ada adakah diteruskan lagi?

1. Projek Tuisyen Yayasan Johor Corporation Pada tahun 2018 sebanyak RM500,000.00 memberi manfaat kepada 1,200 murid di 40 buah sekolah rendah dan kaedah konvensional dan on-line classroom.

2. Peruntukan pemansuhan 4% kos perkhidmatan pinjaman YPJ tanpa sebarang caj dan faedah. Pada tahun 2018 telah memberi manfaat kepada peminjam baru. Dan peminjam yang sedia ada.

3. Tabung Pendidikan Sarjana Permodalan Darul Ta’zim. Pada tahun 2018 telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta diperuntukkan yang memberi manfaat kepada 295 orang mahasiswa dari golongan pendapatan isi rumah kurang dari RM4,000.00

Yang Berhormat Speaker, dalam usaha memperkasa sistem Islam di negeri Johor, ia bukan sahaja melibatkan dana peruntukan yang besar. Malah segala usaha mestilah dilakukan bersungguh-sungguh. 1918 hingga 2018 merupakan 100 tahun, 1 tempoh perjalanan yang amat panjang untuk gigih memantapkan dan bertahan sebagai sistem pendidikan Islam yang unggul di negeri Johor. Oleh yang demikian, Parit Raja mohon pertimbangkanlah untuk dikaji masalah kekurangan tenaga pengajar di sekolah agama kerana ramai lepasan Kolej MARSAH masih menunggu posting malah ada yang sudah 3 tahun belajar tetapi tidak dipanggil. Dan juga usaha untuk menyelenggara dan menaik taraf bangunan-bangunan dan usaha menaik taraf Kolej MARSAH kepada Kolej Universiti diteruskan kerana untuk tujuan memperkasakan sistem pendidikan Islam di negara ini. Universiti Johor yang dicadangkan, untuk menubuhkan sebuah universiti adalah di bawah kuasa dan daripada kerajaan pusat. Dan ianya mempunyai tanggungjawab kewangan yang besar apabila telah dibina. Oleh yang demikian Parit Raja mengharapkan agar negeri Johor, kerajaan negeri Johor memberi fokus kepada Kolej Universiti yang akan di naik taraf di MARSAH daripada memikirkan dan menyediakan dana kajian RM500,000.00 untuk Universiti Johor.

Yang Berhormat Speaker, polisi baru yang diperkenalkan baru-baru ini oleh Menteri Pendidikan dalam 12 inisiatif terbaru di peringkat sekolah, iaitu kanak-kanak tiada kewarganegaraan boleh mula bersekolah mulai tahun 2019. Persoalannya ialah yang pertama, apakah keperluan yang mendesak sehingga polisi ini diperkenalkan di Malaysia? Yang kedua, apakah pihak kementerian telah menjalankan kajian untuk melaksanakan polisi ini? Seterusnya yang ketiga, apakah kumpulan-kumpulan pelaksana, jabatan-jabatan yang terlibat sudah bersedia untuk melaksanakan polisi yang baru ini? Dan yang keempat, apakah pendirian kerajaan negeri Johor terhadap polisi ini? Harapan saya polisi ini tidak dilaksanakan di negeri Johor kerana bimbang terdapat pelbagai pihak yang menangguk di air yang keruh. Perlu ada langkah-langkah penyelesaian mengenai kewarganegaraan terlebih dahulu. Dan yang teramat penting polisi ini adalah polisi yang lemah dan memberi kesan yang buruk kepada masa hadapan negara.

Seterusnya, pengumuman baru-baru ini dalam sistem peperiksaan bagi murid tahun 1, 2 dan 3 yang akan dimansuhkan mulai tahun 2019, merupakan satu berita yang mengejutkan dan ia akan diganti dengan sistem penaksiran yang lebih objektif. Persoalannya, berapa lama kah tempoh kajian dibuat untuk keputusan ini? Yang kedua, siapakah pula yang terlibat dalam membuat keputusan yang besar ini sehingga berkaitan perubahan Sistem Pendidikan Negara. Dan yang ketiga, apakah kumpulan pelaksana telah benar-benar bersedia untuk melaksanakan sistem baru ini? Sedangkan pengumuman pertukaran sistem yang baru dibuat beberapa minggu yang lepas. Janganlah sampai nanti golongan pelaksana yang akan menerima akibat dari perubahan sistem yang begitu mendadak dan murid akan menjadi mangsanya.

Timbalan Speaker

2 minit lagi

Puan Nor Rashidah binti RamliUMNO · BNParit Raja

Dan 12 inisiatif terbaru peringkat sekolah yang akan diumumkan baru-baru ini bahawa guru tiada lagi kerja kekeranian bermula 2019 juga adakah benar-benar dapat dilaksanakan? Parit Raja berharap keputusan ini tidak dibuat secara terburu-buru. Buatlah terlebih dahulu kajian, mintalah pandangan daripada kumpulan-kumpulan profesional dan juga semestinya daripada kumpulan pelaksana kerana akhirnya kumpulan pelaksanalah yang akan melaksanakan segala polisi baru yang telah dibuat oleh pihak kerajaan. Parit Raja berharap segala bajet berhubung dengan pendidikan diberi perhatian yang serius supaya dpat melahirkan modal insan yang sempurna. Sekian ucapan perbahasan Belanjawan Tahun 2019 daripada Parit Raja. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih kepada Yang Berhormat Parit Raja. Seterusnya Yang Berhormat Penawar, jemput.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Timbalan Speaker, serta sidang Dewan sekalian. Pembuka kata, izinkan Penawar mewakili seluruh rakyat DUN Penawar merakamkan ucapan merafak sembah sempena Ulang tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Johor Darul Ta’zim dan seluruh rakyat DUN Penawar sentiasa mendoakan Allah SWT melanjutkan usia baginda

Tuanku. Terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan untuk Penawar terlibat dalam perbahasan pada kali ini. Persidangan yang berjalan dalam suasana yang aman dan baik. Inilah sikap terpuji pembangkang. 6 tahun saya berada di Dewan Negara, ketika itu pembangkang tak sampai 10 orang tapi kecohnya Dewan Negara atas sikap-sikap yang tidak bertanggungjawab mereka ini. 8 tahun tinggalkan suasana Dewan, kali ini masuk kembali dalam status sebagai pembangkang tapi amat terharu dan berbangga kerana Dewan Negeri Johor dipenuhi, Dewan negeri Johor ini mempunyai pembangkang yang dedikasi inilah sikap terbilang pembangkang negeri Johor. (Dewan bertepuk). Penawar kira, tidak perlu untuk Penawar mengulangi betapa Bajet 2019 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat adalah satu bajet yang dianggap copy and paste dengan izin, dalam satu istilah lain iaitu bajet salin kulit. Terbang sekawan burung merpati, hinggap sejenak di dahan berduri, bila berjanji setengah mati, tiada yang tulen semuanya dicopy. (Dewan bertepuk). 83% daripada bajet adalah hasil idea daripada kerajaan Barisan Nasional yang telah dibentangkan oleh mantan Menteri Besar Johor. Penawar mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada YB-YB kerajaan di depan kita kerana amat mengiktiraf pembentangan Belanjawan 2019 yang mana ianya merupakan hasil tangan kerajaan Barisan Nasional. (Dewan bertepuk). Tetapi hari ini Penawar mempunyai beberapa perkara yang khusus untuk dibangkitkan. Walaupun telah dibawa oleh rakan-rakan tetapi Penawar tetap kemukakan permasalahan ini.

Pertama sekali adalah berhubung dengan masalah masyarakat FELDA. Kerajaan kena ingat bahawa FELDA merupakan antara penyumbang ekonomi besar bagi negara kita. Untuk makluman Dewan, di DUN Penawar sahaja kita mempunyai 6 buah perancangan FELDA. Dan di Johor secara keseluruhannya pula kita mempunyai 73 FELDA, yang merupakan jumlah kedua tertinggi di Malaysia. Ini bukan jumlah yang kecil, komuniti FELDA Johor adalah ramai dan semakin bertambah. Ada beberapa buah rancangan yang memasuki generasi ketiga dan keempat. Jadi, kebajikan, program pembangunan sosial serta inisiatif khusus untuk mereka mestilah turut diberikan perhatian lebih-lebih lagi mereka juga adalah bangsa Johor yang selayaknya kita bela dan bangunkan bersama-sama. Namun begitu, Penawar amat kecewa dan tidak berpuas hati apabila Belanjawan Johor 2019 sedikit pun tidak memasukkan titik fokus khusus yang dirancang oleh kerajaan negeri untuk masyarakat FELDA. Bagi membantu peneroka yang sedang dalam masalah akibat kejatuhan harga sawit yang turun sejak pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan. 50%, lebih 50% daripada harga sebelum PRU yang ke-14. Adakah ini antara bukti kecekapan kerajaan Pakatan Harapan dalam menangani masalah hidup rakyat jelata? Ini adalah sesuatu yang sangat tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku. Adakah sememangnya kerajaan negeri berhasrat membiarkan komuniti FELDA Johor terabai dan tidak dipedulikan? Jadi, saya mohon penjelasan berkenaan perkara ini. Adakah kerajaan telah dapat jalan penyelesaian berhubung dengan perumahan generasi kedua yang melibatkan 4 FELDA di kawasan Penawar. Saya berterima kasih kepada EXCO yang telah pun tadi membentangkan bahawa FELDA Papan Timur, maknanya tender akan dikeluarkan tapi bila? Adakah dalam tahun ini ataupun lima tahun yang akan datang? FELDA Sungai Mas, belum dengar apa-apa pun ,FELDA Air Tawar 4 dan 5 belum pun kita nampak apa-apa yang muncul di situ.

Yang Berhormat Speaker, kedua saya ingin menyentuh tentang program perlindungan kepada wanita iaitu titik fokus nombor 140 Program Stop It Survive (SIS) yang diperuntukkan hanya sebanyak RM100,000.00. Saya mempunyai beberapa ulasan berkenaan program ini. Kita mesti faham bahawa sekadar memberikan kesedaran sahaja ia tidak mencukupi, kita mesti menyediakan sistem sokongan serta badan aduan yang khusus, tegas dan berkesan malah satu pasukan peguam atau mereka yang bertauliah dan profesional mesti dibentuk untuk benar-benar membantu mangsa keganasan rumah tangga ini.

Saya ingin merujuk kepada inisiatif kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, kerajaan negeri sebelum ini memperkenalkan Dana Bantuan Guaman Syarie dengan jumlah permulaan sebanyak 5 kali ganda lebih besar dari program SIS. Sekali pun peruntukannya adalah 5 kali lebih besar, kumpulan sasarnya amat berfokus. Ini kerana, kami sangat faham bahawa keganasan dan isu rumah tangga adalah perkara yang paling rumit, sensitif dan kritikal. Malah kepada sesetengah orang ia masih dianggap sebagai perkara yang taboo untuk dibincangkan. Sebab itulah dalam Bajet 2018, kita memfokuskan secara serius kepada bantuan guaman untuk tuntutan kes-kes perkahwinan ataupun di Mahkamah Syariah. Ini termasuklah tuntutan nafkah, hak penjagaan anak bagi tempoh kekal dan harta sepencarian. Jadi, sebagai perbandingan dengan titik fokus nombor 140 ini saya mohon Yang Amat Berhormat menerangkan 3 perkara berikut.

1. Apakah jaminan atau rasional kerajaan bahawa dengan memberikan peruntukan hanya RM100,000.00 atau 5 kali ganda lebih kecil kepada program SIS ini, program ini akan mencapai

matlamatnya? Sedangkan cekupan ataupun golongan sasarnya adalah lebih jauh lebih besar dan ramai.

2. Mengapakah kerajaan negeri memberhentikan peruntukan RM500,000.00 kepada Dana Bantuan Guaman Syarie sedangkan bantuan guaman syarie adalah perkara yang sangat kritikal dan yang diperlukan dalam mana-mana isu rumah tangga atau pertikaian domestik?

3. Dengan memberhentikan dana tersebut selain program SIS, adakah wujud program alternatif untuk dirancang oleh kerajaan negeri untuk membela mereka yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan bantuan guaman syarie.

Yang Berhormat Speaker, perkara ketiga yang ingin Penawar bahaskan adalah berkenaan projek mega di Pengerang fasa yang kedua. Penawar sudah pastinya bersetuju dengan titik fokus ini, ia bukan sahaja merupakan komitmen kerajaan persekutuan tetapi merupakan lanjutan daripada inisiatif BN sebelum ini. Cuma sebagai wakil daripada penduduk di kawasan dalam Parlimen Pengerang, Penawar mempunyai beberapa perkara yang memerlukan penjelasan serta jawapan daripada kerajaan negeri. Pertama, kerajaan negeri mensasarkan 1,700 peluang pekerjaan, jadi Penawar ingin tahu apakah langkah yang diambil oleh kerajaan negeri? (Dewan bertepuk). Dan berapakah peruntukan untuk memastikan yang segala peluang ini, peluang baik ini di Pengerang dapat direbut dan disertai oleh anak-anak Johor, khususnya oleh anak-anak di DUN Penawar dan Parlimen Pengerang. Penjelasan ini sangat penting kerana pihak kerajaan semasa menjadi pembangkang sebelum ini turut membangkitkan tentang keterlibatan anak tempatan ini. Jadi memandangkan sekarang parti anda sudah berkuasa, tunjukkanlah dan pastikanlah apa yang dibangkit sebelum ini dilakukan sekarang.

Kedua, Penawar minta kerajaan negeri membentangkan jumlah penyertaan semasa anak-anak Johor dalam projek-projek mega ini. Dan senaraikan jumlah berapa banyak dan saiz syarikat-syarikat tempatan khususnya milik Bumiputera yang disasarkan untuk terlibat dalam fasal yang kedua ini. Yang ketiga, Penawar mohon penjelasan Yang Amat Berhormat dalam fasal 2 ini, Johor Corporation akan diperuntukkan sebanyak RM191 juta dan jangkaan kemasukan pelaburan adalah sebanyak RM800 juta dari pelaburan luar negara. Dari jumlah ini, peliknya jangkaan pulangan pada kerajaan ini hanya RM96.7 juta. Jadi, bukankah pulangan ini sebenarnya terlalu kecil untuk satu pelaburan yang mencecah RM191 juta. Dan itu kita belum mengambil kira bahawa kadar ekonomi dalam tahun-tahun mendatang akan perlahan dan lembap. Jadi, apakah strategi kerajaan negeri memastikan kita akan dapat mencapai sasaran kemasukan pelaburan berjumlah RM800 juta ini? Keempat, dahulunya Bas Muafakat Johor kemudian ditukar kepada Bas Harapan Johor dan kini kembali kepada asalnya Bas Muafakat Johor. Yang pertamanya saya ingin mengucapkan syabas kepada kerajaan negeri kerana memberi perhatian kepada pengangkutan awam, hasil daripada kerajaan Barisan Nasional yang dahulu. Pengangkutan awam yang baik adalah prasyarat penting untuk Johor menjadi negeri yang berprestasi tinggi. Penukaran dari Bas Muafakat Johor kepada Bas Harapan Johor hanyalah sekadar mengubah logo di bas sahaja. Saya fikir kita akan tukar bas dapatlah merasa bas yang lebih canggih, mesra alam, luas dan baru, rupa-rupanya kita hanya tukar nama bas lama, nama baru. Namun saya mohon penjelasan dan rasional mengapa kerajaan negeri membuat u-turn untuk kembali menggunakan bas Muafakat Johor yang sebelum ini telah dipolitikkan dengan nama bas Harapan Johor dengan membentangkan secara terperinci berapakah jumlah perbelanjaan yang telah dihanguskan akibat keputusan yang bertukar-tukar ini? Janganlah buat sesuatu keputusan ikut nafsu masing-masing. Apa pun terima kasih kerana dengar suara rakyat dan cadangan daripada kami pembangkang. Di dalam Belanjawan 2019 turut dinyatakan bahawa terdapat rancangan untuk memperluaskan operasi laluan bas Muafakat Johor di kawasan Pengerang. Saya berharap ianya betul-betul ditunaikan oleh kerajaan negeri dan tiada lagi kenyataan u-turn yang akan dibuat kelak.

Yang Berhormat Speaker, kita perlukan semua baru. Ekonomi baru dan idea baru untuk majukan Johor. Bukan sekadar tukar nama, kurangkan peruntukan, menaikkan cukai tanah, cukai hiburan atau kadar perkhidmatan. Kesian rakyat macam tertipu dengan janji-janji dulu. Sedangkan pada masa yang sama, tidak ada pun inisiatif lebih baik untuk membantu rakyat, berhadapan dengan kos sara hidup. Sebab itu Penawar lihat, Bajet 2019 ini adalah sekadar 3R, yang disuarakan oleh pihak pembangkang, reclaim, rebrand and repeat. Satu belanjawan yang tiada hala tuju, tiada visi, tiada idea besar bagi negeri Johor yang banyak potensi. Contoh, barangkali bajet kali ini tidak langsung memikirkan penyelesaian yang strategik untuk merancakkan ekonomi negeri. Penurunan perbelanjaan pembangunan sebanyak 14.3% boleh mengakibatkan ekonomi negeri ini merudum dan memberikan impak, impak negatif kepadanya. Malah kerajaan negeri sendiri tidak boleh menerangkan strategi apa yang hendak digunakan untuk menjadikan Johor sebagai negeri

berprestasi tinggi, tidak akan untuk menjadi negeri berprestasi tinggi, kita guna strategi Johor sebagai hab kerang-kerangan sahaja Yang Amat Berhormat, jangan suka bersikap buruk siku. (Dewan bertepuk) Sudah beri, minta balik RM50,000 sibuk sangat bukan banyak, peninggalan hasil kerajaan Barisan Nasional berpuluh-puluh bilion dan juta, RM50,000 tidak ada kudis bagi kerajaan hari ini sepatutnya. Bukan kita minta, tapi itu janji PH semasa PRU yang ke-14, dan itu pun duit hasil tabungan pemerintahan kami dulu. Bila beri, jangan ada niat nak menunjuk-nunjuk. Sesungguhnya dalam Islam, tangan kanan yang memberi, tangan kiri jangan nampak. Seperkara yang hendak Penawar sentuh ialah berkenaan dengan slogan ‘Peduli Rakyat’, yang dilaung-laungkan oleh PH. Hendak diterjemahkan dengan jelas, jangan slogan hanya tinggal slogan, dan makan tuan nanti. Janganlah cakap tidak serupa bikin. Kata peduli rakyat, tetapi saat awal pemerintahan telah ramai ditaburkan pasir, telah ramai ditaburkan pasir pada nasi, pada periuk nasi pegawai-pegawai JASA, Seranta, Pegawai Pusat Internet 1Malaysia, Penggerak Yayasan Pembangunan Keluarga dan pekerja kontrak pertanian yang hari ini mereka adalah penganggur terhormat akibat daripada PRU yang ke-14. Yang menyedihkan kebanyakan mereka, masih ada lagi komitmen hutang rumah dan kereta serta anak-anak yang masih bersekolah. Fikirkanlah, kita ini bak kata orang, manusia biasa, kita jangan ingat kita menang kita berkuasa, kita kena ingat rakyat yang menentukan kemenangan kita semua.

Yang Berhormat Speaker, saya ingin merumuskan tiga perkara. Pertama, saya harap kerajaan negeri khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan dapat menjawab dan memberikan penjelasan berfakta kepada isu yang saya bahaskan ini. Janganlah menjadi perkara-perkara ini sebagai isu politik seperti yang sering dilakukan sebelum ini dan menggunakan alasan beri masa kepada kami untuk lakukan yang terbaik. Sebagai contoh, semasa perbahasan pada sesi yang lalu, Penawar minta kerajaan negeri bertanggungjawab dan kembalikan peruntukan yang dirampas oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk membina dua buah masjid di DUN Penawar. Kedua, saya mohon agar kerajaan negeri kembali mempertimbangkan program serta inisiatif untuk kelompok-kelompok yang tercicir dalam Belanjawan 2019 ini seperti komuniti FELDA. Ketiga, saya berharap kerajaan negeri akan menyemak dan mengemaskan kembali strategi dan perancangan yang dibuat dalam setengah-setengah perkara dalam belanjawan. Banyak sekali titik fokus yang kelihatan sekadar asal ada dan tidak di hurai dengan cara jelas dan terperinci. Ingatlah, kerajaan hari ini mempunyai tugas dan beban yang sangat berat. Bukan sahaja untuk mengatasi pencapaian cemerlang kerajaan Barisan Nasional dahulu, atau menghabiskan sahaja rizab besar dan duit pusaka yang ditinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Tetapi, kerajaan mesti memastikan Johor ini kekal cemerlang dan kekal nombor satu, sekalipun dalam persekitaran ekonomi yang dijangka mencabar dalam tahun yang mendatang.

Mengakhiri perbahasan saya, sekali lagi ingin Penawar ingatkan slogan ‘Peduli Rakyat’ mesti diterjemahkan. Setelah beberapa bulan pemerintahan, slogan ini tidak diguna pakai bagi menggambarkan hasrat kerajaan negeri untuk benar-benar berkhidmat kepada bangsa Johor sekalian. Berapa ramai peminjam PTPTN telah dibodoh-bodohkan oleh kerajaan hari ini. Oleh itu, berdasarkan hujah-hujah yang telah saya sampaikan di atas, terbukti bahawa kerajaan negeri yang ada pada hari ini boleh diumpamakan hanya sebagai menanam tebu di bibir. Akhir sekali, diri rumah dindingnya papan, tikar dianyam asalnya rotan, banyak janji menarik perhatian, rakyat dibuai dengan harapan. Lembut gigi dari gusi, peluang diberi untuk berbakti, janji ditabur berkati-kati, melaksanakannya haram tidak jadi. Sekian, wabillahitaufikwalhidayah, Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. (Dewan bertepuk)

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Penawar. Yang Berhormat Senai, jemput.

Tuan Tee Boon TsongDAP · PHSenai

Selamat petang dan salam Harapan Johor. Terima kasih Puan Speaker, memberi peluang Senai untuk berbahas di Dewan yang mulia ini. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menyampaikan pembentangan Belanjawan 2019 pada 29 November 2018 yang lalu. Saya yakin dan percaya dengan belanjawan yang telah dibentangkan pada tahun hadapan, kerajaan negeri akan terus menambah baik daripada sekarang. Terima kasih Penawar bagi banyak pengalaman yang bahas yang dengan semangat yang betul. So, saya nak tanya, sebelah sana selalu kata ini belanjawan, bajet ini memang copy and paste daripada Barisan Nasional. Saya mengaku ada sesetengah macam serupa, sama, tapi barisan sana dia baca tidak ini? Audit baca tidak? Audit 2017 tahunan telah serahkan pada minggu lepas, I dapat ini, kalau ikut Barisan Nasional, sebelah sana kata bahawa bajet dia memang sempurna, memang sudah cukup baik, tak akan audit buat sampai 200 muka surat. Saya janjilah, saya mencabar Pakatan Harapan walau bajet macam sama, macam serupa, saya cuma nak barisan kerajaan di sini pastikan audit dibuat 100% lain daripada Barisan Nasional, apa yang telah dilakukan.

Ok, Puan Speaker, Senai ingin membangkitkan beberapa isu yang perlu diambil perhatian Senai. Senai dimaklumkan bahawa projek Johor Free WiFi setakat ini jarang digunakan. Mungkin lokasi yang dipasang sedia ada tidak strategik, seperti contoh di kawasan saya, pemasangan Johor Free WiFi di taman rekreasi, Taman Dataran Cahaya Kulai, Hutan Bandar Kulai dan tepi jalan FT1 dilihatnya tidak sesuailah, tidak akan ada orang nak pakai WiFi dia berhenti kereta di jalan besar FT1. Tambahan lagi pada masa kini, pakej langganan Internet melalui rangkaian telefon bimbit yang amat murah dan lebih pantas di lihat lebih menjadi pilihan orang ramai. Kekerapan penggunaan Internet untuk meminta kata luar, kata laluan di restoran dan hotel juga dilihat menurun. Lokasi pemasangan WiFi, Johor Free WiFi yang tidak sesuai dan tidak berstrategik ini juga dilihat sebagai satu pembaziran. Adakah projek Johor Free WiFi perlu meneruskan atau diberhentikan terus? Jika kerajaan masih berhasrat untuk meneruskan projek Johor Free WiFi ini, kajian mengenal kesesuaian lokasi perlu di jalan supaya pengguna dan, supaya penggunaan dan faedah projek ini kepada rakyat dapat dimaksimakan, seperti di kawasan perkampungan, kawasan flat atau kawasan low cost, perumahan low cost. Tetapi harus dipastikan pihak pembekal tidak mempunyai masalah liputan di kawasan-kawasan tersebut.

Puan Speaker, seterusnya Senai mencadangkan supaya sistem CCTV diwujudkan sebagai langkah pengawasan bagi mengelakkan sesuatu jenayah berlaku. Selain itu, ia juga mampu membantu sesuatu penyiasat jika berlaku sebarang jenayah. Di Kulai yang merangkumi kawasan Senai mempunyai lebih kurang 165 buah CCTV. Malangnya daripada bilangan tersebut, hanya 35 buah yang masih berfungsi dan 130 buah lagi tidak berfungsi. Justeru, melihat kepadatan penduduk di Senai, di samping menjalani pertumbuhan pembangunan kawasan perumahan yang kian rancak serta terdapat banyak penempatan warga asing di atas faktor, kawasan perindustrian adalah satu kewajiban dan kerajaan untuk memastikan kesemua CCTV ini dapat beroperasi dengan baik. Harus diingatkan lokasi pasang CCTV ini juga harus diletak ditempat yang strategik mengikut cadangan pihak Polis. Saya dimaklum ada dua ke tiga CCTV di atas pokok. Tidak nampak ada-apa. Nampak daun sahaja. Perkara ini harus diberikan penekanan kerana ianya juga merangkumi salah satu elemen keselamatan.

Puan Speaker, seperti kita semua sedia maklum kehadiran warga asing dalam sektor pembuatan bertujuan bagi merancakkan ekonomi negara, akan tetapi kehadiran mereka tidak dikawal dengan baik. Hanya menimbulkan masalah di sesebuah kawasan penempatan. Masalah ini merangkumi masalah sosial, kebersihan juga persekitaran. Saya ingin menekankan sedikit seperti apa yang berlaku di Senai. Warga asing yang menjadikan premis di kawasan perumahan sebagai asrama, kediaman mereka telah mendatang rasa yang tidak senang kepada masyarakat tempatan. Budaya yang dibawa seperti mandi di luar rumah, bercium di tempat awam, berkumpul di luar rumah sehingga larut malam, mendatangkan ketidak keselesaan kepada warga setempat. Justeru, terdapat sesetengah warga setempat mengambil tindakan untuk berpindah ke kawasan lain yang boleh, yang lebih dirasakan selesa, selamat. Penduduk setempat juga menyatakan bahawa mereka berasa seperti merempat di negara sendiri. Isu kebersihan merupakan satu isu yang sering kali menimbulkan kemarahan penduduk setempat. Warga asing di, warga asing ini membawa budaya dari tempat mereka. Kawasan yang ada di diami mereka sering kali menimbulkan masalah wabak denggi. Bukan hanya tilam dan sampah sarap yang dibuang merata, malah ada paling membimbangkan mereka tanpa rasa takut menjual ayam hidup dan disembelih di kawasan awam.

Puan Speaker, kegiatan judi haram secara terbuka di penempatan warga asing juga semakin hidup. Saya ingin menyarankan agar penempatan khas pekerja asing lebih banyak dibina seperti I-Stay di Indahpura. Pematuhan kebersihan dan aktiviti mereka boleh di kawal dengan tidak mendatangkan masalah kepada penduduk setempat. Para pengurus perusahaan kilang juga tidak harus fikir keuntungan dan menjadikan penduduk tempatan mangsa dalam menghadapi kerenah pekerja warga asing ini. Puan Speaker, Senai kini merupakan bandar yang semakin naik pembangunan kepadatan penduduk seramai lebih kurang 90,000 orang. Airport yang menjadi pintu masuk ke Johor sedang kawasan perkilangan terancang seperti airport, Senai Airport City juga menjadi mercu tanda kehebatan Senai. Tetapi sayang seribu kali sayang. Sedih saya menyatakan bahawa keadaan Balai Polis Senai. Balai Polis tersebut tersangatlah daif. Saya telah melawat sendiri Balai Polis tersebut dengan lihat ruang yang sempit dan tidak cukupi berserta sistem pendawaian elektrik yang sudah lama serta menunggu masa untuk diganti kepada yang baru.

Dimaklumkan pada tahun 2020 Kulai akan menjadi kawasan penduduk kedua tertinggi di Johor. Ianya juga merangkumi kawasan Senai yang kian membangunkan banyak taman perumahan baru dibangunkan tetapi tidak sepadan dengan bilangan anggota Polis dan balai yang ada. Kita juga

perlu ingat bahawa di Senai terdapat banyak penempatan warga asing. Polis memainkan peranan yang sangat penting di kawasan, memastikan keselamatan penduduk sekitar dijaga dengan baik. Jika Balai ini sempit, kecil, usang dan tidak selesa. Bagaimana kita ingin mereka melaksanakan tugas mereka dengan baik.

Pintu masuk bandar yang tersebut juga berbahaya, juga telah meragut nyawa seorang anggota Polis baru-baru ini. Pintu masuk dia memang ada masalah, bukan sahaja anggota Polis lalu, tapi cabaran masuk simpang, saya panggil ia sebagai cabaran. Kawan saya pun meninggal dalam kemalangan dan di tempat yang sama. Itulah memang merbahaya.

Kuarters lama yang menghadapi masalah yang sama, sempit, pendawaian elektrik yang usang, kedudukan tandas kuarters di luar bangunan, bukan dalam bangunan. Tidak lagi boleh diduduki, kuarters tersebut seperti perumahan zaman 60-an dan tidak mengikut reka bentuk terkini. Maka mereka anggota Polis terpaksa memohon kuarters di IPD Kulai. Malang kuarters IPD Kulai pula tidak mencukupi. Mereka tiada pilihan terpaksa pulak menyewa dengan hanya dibekalkan elaun rumah sebanyak RM270.00 sahaja. (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Tujuh Puluh Ringgit sahaja.) Maka atas rasa tanggungjawab, saya mencadang agar peruntukan dapat diberikan untuk menaik taraf dengan membina Balai Polis Senai ini berserta kuarters pembangunan mampan yang kian rancak kita rancang dengan industri baru yang berlaku serta kewujudan kawasan-kawasan perumahan baru di pekan Senai ini. Saya percaya kita harus mempertimbangkan perkara ini dengan segera.

Puan Speaker, saya setuju Yang Berhormat Tangkak semalam mengatakan bahawa dengan isu-isu tentang Ahli Majlis. Ahli Majlis merupakan pelaksana tugas yang ketiga selepas Ahli Parlimen dan ADUN. Mereka juga mengalas tugas yang amat penting bagi memastikan prinsip dasar dan pembaharuan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan diterima oleh mereka yang berada di hadapan. Oleh yang sedemikian, saya sangat berharap agar dapat mempertimbangkan kenaikan elaun Ahli Majlis bagi kelangsungan hidupan mereka. Ada majlis yang terpaksa berhenti kerja kerana dedikasi mereka terhadap rakyat untuk membantu mereka yang di bawah. Ada juga yang bekerja tetapi kalanya terpaksa berkorban mengambil cuti tanpa gaji demi menjalankan tanggung jawab sebagai Ahli Majlis. Mereka juga perlu turun padang untuk melihat masalah penduduk-penduduk di sesuatu kawasan dan zon. Kos-kos ini terpaksa tanggung mereka sendiri. Justeru, saya percaya dengan kenaikan elaun dapat meningkatkan beban dan menjadikan mereka lebih pro aktif dan bersemangat dan dalam melaksanakan tugasan mereka. Serta yang paling utama kan kenaikan elaun ini mendapat memenuhi Ahli Majlis daripada mengambil duit kopi. Kawasan Senai nampaknya ada banyak dewan, dewan serba guna atau balai raya jarang dipakai. Di kawasan saya Kampung Baru Seelong, saya dimaklumkan dewan tersebut dibina lebih 15 tahun tapi...

Timbalan Speaker

Senai, teks.

Tuan Tee Boon TsongDAP · PHSenai

Ok. Ok. Dewan serba guna di kawasan Seelong sudah dibina lebih 15 tahun tapi sampai setakat ni, selepas 15 you, you baca jadual dia tidak diguna lebihi 10 kali. Lain kata, 1 kali, 1 tahun pun tiada. So, dewan serba guna adakah kerajaan Pakatan Harapan, kerajaan negeri Johor akan kita saya cadangkan transformasikan dewan-dewan tersebut serah kepada NGO-NGO tempatan supaya boleh menjalankan fully use lah dengan izin. Kawasan tersebut ia boleh menjadikan apa ni, bangunan sedia ada boleh dijadikan mungkin perpustakaan ke, tuition centre ke dan lain-lain. Tapi balai juga, balai raya juga, banyak balai juga masih ada tanda signboard ya. Masih ada tanda signboard menyata bahawa itu rumah UMNO. Adakah itu milik parti ke, milik kerajaan. Kalau milik kerajaan bila kita nak turunkan signboard-signboard tersebut?

Senai juga membahagikan, ingin membahagikan cadangkan kepada Dewan yang mulia ni. Saya ingin mencadangkan agar pada masa datang mungkin boleh dipertimbangkan untuk perbahasan di dalam Dewan yang mulia ini, melakukan, menggunakan slide atau pun power point, dengan izin. Ini memberikan gambaran yang lebih jelas berkenaan dengan sesuatu keadaan mahu pun sesuatu perkara yang dibangkitkan. Komunikasi lisan hanya dengar bercakap kadang kala tidak mampu menggambarkan tahap keseriusan sesuatu perkara yang dibangkitkan. Kalau kita cakap-cakap jer, cakap ini jalan daif, itu rumah rosak, itu bangunan so kita tak ada gambaran. Mana satu projek kena diprioritikan, diutamakan. Itu cadangan saya.

Cadangan yang lagi satu, satu kali sidang Dewan ya, saya dapat kertas kerja lebih kurang 15 kilo. So pada zaman sekarang kalau kita nak go green life, saya cadangkan dokumen-dokumen disediakan bagilah satu A4 paper dengan que barcode. Kita scan jer boleh jimat banyak kertas dan kos-kos (Dewan bertepuk) untuk Dewan yang mulia ini.

Sekian, Senai juga menyokong juga belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat, sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Jementah, jemput.

Tuan Tan Chen ChoonDAP · PHJementah

Salam sejahtera Yang Berhormat Puan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga semua penjawat awam yang hadir pada mesyuarat Dewan Negeri hari ini. Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2019 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada minggu yang lalu. Jementah juga ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan salam doa kepada Mohamad, Encik Mohamad Adil bin Mohd. Kassim, iaitu ahli Bomba dan Penyelamat yang telah mengalami kecederaan yang parah pada insiden rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Mahamaryaman di USJ, Subang Jaya minggu yang lepas. Semoga beliau cepat sembuh dan keluar daripada keadaan kritikal dan balik kepada pangkuan kerja dia.

Sesungguhnya negara kita tiada tempat untuk apa ni, perusuh-perusuh melakukan rusuhan. Dan, kita difahamkan bahawa pertembungan yang berlaku di Subang Jaya ni sebenarnya bukan satu isu perkauman. Dia satu isu boleh dikatakan swasta, dengan pihak kuil dan oleh kerana cara yang digunakan tidak betul dan berlakunya rusuhan sebegini. Dan, ditambahkan lagi dengan sentimen-sentimen, keluarkan apa ni, kenyataan yang tidak bertanggung jawab maka berlakulah rusuhan ini. Kita bersyukurlah di negeri Johor ini kita tidak berlaku, kita masih aman damai, kita juga ucapkan kepada pihak Polis yang telah menjalankan tanggung jawab mereka dengan baik. Mengambil tindakan serta merta untuk memberhentikan rusuhan ini.

YB Puan Speaker, Jementah menyambut baik Belanjawan 2019 yang telah dibentangkan dan berpendapat bahawa Belanjawan ini adalah satu belanjawan yang sangat inklusif dan menyeluruh dengan 6 teras strategi dan 207 sentuhan. Walaupun belanjawan ini sering kali dibangkitkan oleh pihak pembangkang sana, katakan satu belanjawan yang rebranding, cut and copy daripada kerajaan Barisan Nasional. Tetapi ingin saya tegaskan di sini, bahawa barisan Nasional sudah ditolak oleh pihak rakyat. Sudah ditolak oleh rakyat jelata pada pilihan raya yang lalu. Maka perlulah jangan masih hidup dalam sindrom penafian, don’t live in denial syndrome, menerima hakikat bahawa belanjawan ini adalah satu belanjawan yang baik untuk rakyat kepada rakyat.

Yang Berhormat Puan Speaker, cabaran yang sebenarnya dalam belanjawan ini bukan content dia, tetapi pelaksanaannya. Macam mana kita nak mempastikan bahawa pencapaian, pelaksanaan ini adalah penting daripada belanjawan ini. Macam, mana kita nak mempastikan bahawa strategi dan semua perkara-perkara yang telah disenaraikan dalam belanjawan ini dapat disampaikan kepada akar umbi rakyat jelata itu yang penting. Walau pun kita ada agensi-agensi pelaksana, jabatan-jabatan yang membantu kerajaan, tetapi kita sering juga mendapati bahawa banyak polisi yang baik tetapi tidak akhir-akhirnya tidak disampaikan kepada apa ni akar umbi, rakyat jelata. Saya amat terkejut bila saya bangun pagi ni saya nampak satu laporan daripada Malaysia Kini bahawa Laporan Ketua Audit Negara 2017, Siri Kedua yang telah melaporkan bahawa peruntukan untuk mendirikan Rumah Mampu Milik atau Rumah Mampu Biaya di kawasan FELDA pada belanjawan 2016. Kerajaan persekutuan tak ada peruntukan. Satu sen pun tak ada. Kosong. Itu sebenarnya janji kosong. Tidak seharusnya berlaku. Tetapi memang dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri Kedua telah melaporkan bahawa Bajet 2016 peruntukan tidak diberikan walau pun setelah diumumkan tetapi peruntukan tak ada, kosong. So ini sebenarnya janji kosonglah. Oleh pihak kerajaan Barisan Nasional. Kerajaan persekutuan. Maka ingin saya memperingatkan bahawa kita jangan berulang praktis yang sebegini. Kita Pakatan Harapan, kita telah diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya yang lalu dan kita harus bersungguh-sungguh untuk mempastikan bahawa semua inti sari atau limpahan daripada belanjawan ini dapat diberikan kepada rakyat. Maka, kita juga berharap jangan pada masa depan kita nampak, kita baca laporan daripada Ketua Audit Negara bahawa Pakatan Harapan yang sebenarnya tidak menunaikan janji. Maka, ingin saya membawa satu cadangan untuk kerajaan mempertimbangkan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas task force audit atau pemantauan, supaya semua perkara yang membawa maksud kewangan yang akan dibelanjakan, dipantau dengan secara lebih baik supaya betul-betul dijalankan apa ni pelaksanaannya dan mencapai status apa ni pencapai pelaksanaan yang kita ingin yang kita hasrat harapkan. Harap boleh dipertimbangkan oleh pihak kerajaan negeri.

Yang kedua, berkenaan dengan isu rumah. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat EXCO yang telah banyak berusaha untuk menangani masalah isu perumahan yang saya nampak dalam bajet ini ada 100 nak, cita-cita untuk membina 100,000 Rumah Mampu Biaya pada tahun 2023. Dan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan seperti RM87 juta untuk mengambil balik tanah untuk membina Rumah Mampu Milik, 40% daripada projek perumahan mesti dibina dengan RMB. Dan juga RM1.5 bilion membina PPR, PPAM dan PRIMA dan sebagainya. Saya tertarik dengan kadar caj gantian Rumah Mampu Milik yang tidak dibina, di mana kalau pemaju tidak apa ni berjaya membina Rumah Mampu Milik akan dikenakan caj gantian RM40K hingga RM60,000.00 lah. Saya berpendapat bahawa mengenakan kadar caj gantian boleh, tetapi kalau kita sudah meletakkan polisi 40% daripada projek perumahan mesti dibina dengan Rumah Mampu Biaya dan pada masa yang sama kita meletakkan kadar caj gantian kalau tidak membina Rumah Mampu Biaya. Ini macam ada bercanggah sikit, macam maka saya ingin membuat cadangan untuk mengehadkan itu peratusan 40% ini supaya pihak pemaju betul-betul membina Rumah Mampu Biaya untuk rakyat jelata yang mereka yang tak mampu memiliki rumah. Dan selain daripada itu, kita juga kena tengok secara teliti bahawa kadar caj gantian ini kalau diberi, kalau dicajkan, maka pemaju perumahan mereka kena caj ini, mereka akan caj balik kepada pembeli rumah lah, yang lain. Ini bermaksud bahawa harga rumah harga rumah akan dinaikkan. Dan ini bertambah lagi keadaan yang tidak begitu baik, bertambahkan keadaan yang susah lagi untuk pembeli-pembeli rumah sebenar ingin membeli satu rumah. Dan saya mohon pihak Yang Berhormat EXCO untuk mempertimbangkan perkara ini, 40% ini sama adakah kita mesti ada dalam polisi kita? 40%ni mesti bina? Dan kadar caj gantian ini kalau boleh, di apa ni dikajikan semula, macam mana kita nak mengehadkan itu dia punya cajlah supaya tidak mengakibatkan kenaikan harga rumah. Ini yang saya mohon Yang Berhormat EXCO untuk telitikan.

Yang ketiga, berkenaan dengan keluhan petani sayur-sayuran dan buah-buahan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya telah menerima maklum balas daripada banyak petani sayur-sayuran dan buah-buahan berkenaan dengan permit kerja pekerja asing yang mereka upah yang lebih daripada 10 tahun. Sebelum ini bayaran levi telah diumumkan oleh pihak kementerian adalah sebanyak RM10,000.00 untuk mereka yang ingin menyambungkan permit mereka ke tahun yang ke-11. Dan, walaupun melalui surat khabar, pihak kementerian telah mengumumkan untuk menurunkan itu kadar levi kepada RM3,500.00, tetapi saya masih menerima maklum balas daripada majikan khususnya mereka yang mengupah petani-petani buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengupah pekerja asing. Mereka pergi Jabatan Imigresen dan dimaklumkan oleh pegawai Jabatan Imigresen bahawa mereka belum menerima notis rasmi lagi daripada pihak kementerian berkenaan dengan pengurangan bayaran levi ini. Maka mereka masih perlu membayar RM10,000.00 lah untuk pekerja asing yang ingin sambung apa ni permit kerja dia untuk tahun yang ke-11. Maka, saya ingin memohon pihak yang berkuasa, yang berkenaan meneliti perkara ini supaya mempercepatkan proses mengeluarkan notis rasmi kepada Jabatan Imigresen. Sebab RM10,000.00 bukan satu angka yang kecil dan sesetengah mereka petani ini, mereka mengupah banyak pekerja asing juga sebab tak semua warganegara kita yang sudi bekerja sebagai dikatakan pekerjaan yang 3D lah so mereka kena upah pekerja asing.

Satu lagi ialah berkenaan dengan tempat tinggal pekerja asing. Mengikut Akta Standard Minima Perumahan Dan Kemudahan Pekerja 1990, tempat tinggal pekerja asing yang disediakan majikan perlu mematuhi keperluan asas seperti tempat tidur, ruang riadah, bilik air dan dapur semasa membuat permohonan kemasukan pekerja asing. Akan tetapi baru-baru ini pihak Jabatan Tenaga Kerja telah menetapkan syarat yang lebih ketat lah, tidak mengizinkan rumah macam bentuk kontena atau rumah bentuk zink tidak boleh digunakan lagi. Dan majikan diminta untuk membina rumah di atas tanah. Tetapi, kita mesti faham petani-petani atau majikan ini mereka kadang kala mereka apa ni, tanah yang mereka usahakan ini bukan tanah milik mereka sendiri, mereka sewa. Dan ini memang membawa kesusahan kepada mereka lah untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak kementerian. Maka, ingin saya mohon apa ni pihak berkuasa berkenaan untuk mengkaji perkara ini sama ada kah rumah bentuk kontena atau zink sudah cukup. Sebab kalau mereka dapat menyediakan tempat tidur, ruang riadah, bilik air dan dapur sudah cukuplah walaupun rumah itu dalam bentuk kontena atau pun dalam bentuk zink. Saya mohon pihak berkuasa berkenaan untuk menelitikan perkara ini.

Seterusnya ingin saya membawa isu berkenaan dengan program iSURI. Seperti sedia maklum Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan program iSURI untuk golongan suri rumah yang berumur daripada 18 tahun hingga 60 tahun sebagai satu usaha kerajaan Pakatan Harapan untuk memberi pengiktirafan kepada golongan suri rumah yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat dan negara. Seperti yang termaktub dalam Manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya yang lalu. Dan suri rumah yang layak dalam program ini hanya

perlu membuat bayaran caruman RM5.00 setiap bulan dan dalam akuan KWSP dan kerajaan persekutuan akan membuat bayaran caruman RM40.00 setiap bulan kepada penerima. Kita juga sedia maklum bahawa pada peringkat awalnya pelaksanaan program ini, pihak KPWKM telah mengumumkan bahawa mereka yang layak hanya diberikan kepada peserta e-Kasih sahaja yang telah berdaftar sebelum 30 Jun 2018.

Yang Berhormat Puan Speaker, menurut maklumat yang saya perolehi daripada pihak ICU sehingga 23 November 2018, jumlah warga suri rumah dari Johor yang layak untuk menerima program iSURI adalah 7,373 di negeri Johor yang layak untuk menerima, yang layak dimasukkan ke dalam program iSURI ini. Tetapi status pencapaian yang saya dapati, yang saya data yang saya dapati sehingga 23 November 2018 di negeri Johor, mereka yang berjaya berdaftar dengan KWSP untuk program iSURI di negeri Johor hanya 1,114 sahaja atau 15.1%. Ini peratusan yang agak tidak memuaskan kerana ia tidak selaras dengan usaha kerajaan untuk mengagihkan sumber dengan lebih saksama kepada golongan tersasar.

Timbalan Speaker

2 minit lagi.

Tuan Tan Chen ChoonDAP · PHJementah

Ya, akan dihabiskan dalam masa yang diizinkan. Maka saya minta pihak berkenaan supaya apa ni mengkaji semula mechanism pelaksanaan ini supaya ia dapat dimanfaatkan kepada rakyat dengan lebih baik lagi. Mechanism yang lebih berefektif lah dan mengurangkan red tape sebaik-baiknya kalau boleh.

Isu yang seterusnya ialah berkenaan dengan, dah tak ada. Tiga isu sahaja sebab masa yang diberikan 20 minit. So, hanya yang saya boleh cakap berkenaan dengan tiga isu yang ingin saya bawa tapi kita jangan berulang apa yang Barisan Nasional buat, Pakatan Harapan perlu terus berjuang untuk kebaikan dan kebajikan rakyat dengan ini saya menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Tenang. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih kepada Yang Berhormat Jementah. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga jam 4.00 petang ini.

Persidangan ditangguhkan pada jam 3.45 petang.

Persidangan disambung semula pada jam 4.00 petang

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan disambung semula. Yang Berhormat Sungai Balang, jemput.

Puan Zaiton binti IsmailUMNO · BNSungai Balang

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam muafakat Johor, salam Sungai Balang Gemilang. Saya mula ucapan perbahasan ini dengan kata-kata dari ahli falsafah Greek “bercakap-cakap adalah bertukar fikiran, bertukar pendapat dan bertukar pengalaman, rahsia bercakap ialah pandai bicara, pandai bertanya dan pandai mendengar”. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Speaker kerana Sungai Balang diberi ruang dan peluang untuk sama-sama dalam perbahasan Bajet Negeri Johor 2019. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada YB-YB PH yang khasnya YB Jementah. Kerana telah diberi kepercayaan jadi, pada saya buatlah kerja, jangan setiap kali dalam ucapan menyalahkan pembangkang di sini. Waktu YB-YB seperti YB Pekan Nanas, YB Jementah, dulu duduk di sini lebih hebat tapi kami tetap dengan semangat jitu tidaklah kata setiap kali, setiap kali daripada awal lagi menyalahkan pembangkang. Kami pun namanya pembangkang macam YB juga jadi sikapnya sama cuma kami lebih berhemah.

Pertamanya ucapan tahniah saya tujukan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang telah berjaya membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan Menerajui Perubahan, Menggalas Harapan Bangsa Johor Bestari pada Khamis yang lalu.

Belanjawan Johor 2019 ini merupakan belanjawan sulung kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Harapan. Sebenarnya membuktikan Pakatan Harapan sebenarnya sangat yakin dan percaya terhadap segala dasar yang dilaksanakan oleh pemerintahan terdahulu. Sungai Balang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kerana meneruskan segala langkah dan dasar kerajaan terdahulu. Apabila diteruskan bermakna di hati dan fikiran kerajaan hari ini segala yang dilaksanakan kerajaan terdahulu adalah baik. Terima kasih

banyak-banyak atas keyakinan itu. Mana tidaknya, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor pun ialah hasil didikan UMNO. Jadi sayang itu tetap ada, insya-Allah.

Namun begitu, apabila sebuah belanjawan negeri atau negara dibentangkan, ia perlu memenuhi kepada 2 persoalan utama.

1. Mengukuh paksi ekonomi dan memacu pertumbuhan rancak dengan maksud meningkatkan hasil dan pendapatan.

2. Mempastikan perbelanjaan terurus untuk memperkemaskan prasarana dan memastikan pengagihan adil dan saksama buat segenap lapisan masyarakat di bandar, pinggir bandar dan luar bandar.

Walaupun bajet ini banyak meneruskan dasar dan langkah terdahulu, tetapi terdapat banyak golongan yang mereka tinggalkan. Sekali gus tidak menjawab persoalan yang dinyatakan tadi.

Yang Berhormat Puan Speaker, Sungai Balang ternanti-nanti dalam belanjawan ini mampu membantu golongan petani dan pekebun kecil. Hal ini kerana kita tahu dalam belanjawan kerajaan pusat, golongan ini ditinggalkan. Adakah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan di peringkat negeri dan pusat ini telah membuat kesepakatan untuk meninggalkan golongan petani dan pekebun kecil yang sudah pasti menetap di kawasan luar bandar. Adakah pihak kerajaan melihat golongan petani dan pekebun di kampung-kampung ini tidak penting? Golongan petani dan pekebun kecil ini juga perlu meneruskan kehidupan mereka. Mempunyai tanggungan untuk diberi makan. Tetapi, dalam belanjawan yang dibentangkan kali ini, tidak ada apa-apa yang boleh membantu mereka. Sudahlah Yang Berhormat Menteri di persekutuan suruh penoreh pergi menoreh di musim hujan, tengkujuh. Kerajaan negeri pula ambil tindakan acuh tak acuh.

Sungai Balang juga jadi tertanya-tanya, adakah kemungkinan kerana kawasan Yang Amat Berhormat Kempas tidak ada petani dan pekebun kecil? Maka, mungkin tidak terpandang atau terlintas kebajikan golongan ini dalam ingatan Yang Amat Berhormat. Sungai Balang amat berharap pihak kerajaan dapat melihat perkara ini. Soal kebajikan dan taraf hidup mereka. Mereka juga rakyat Johor yang menjadi tanggungjawab kerajaan negeri.

Yang Berhormat Puan Speaker, menyentuh soal projek belia tani. Sungai Balang menyambut baik langkah kerajaan negeri yang mahu melahirkan golongan belia sebagai petani. Sungai Balang merasakan ini merupakan langkah yang baik agar bidang pertanian menjadi pilihan pekerjaan untuk golongan belia. Keadaan ini kerana, pertumbuhan sektor pertanian secara komprehensif begini memerlukan penglibatan para pekerja mahir dan profesional. Usaha pertanian sebagai suatu perniagaan agar terus mereka mampu memberi pekerjaan kepada orang lain. Hal ini kerana Sungai Balang melihat setiap sektor yang kita bangunkan secara bersepadu harus mampu memberi peluang kerja kepada masyarakat setempat terutamanya golongan belia agar mereka tidak perlu berhijrah jauh ke tempat lain. Malah, pertanian ini seharusnya menjadi pekerjaan pilihan dalam kalangan belia. Bukannya sekadar pilihan terakhir kerana tiada pekerjaan lain.

Hal ini bermakna aktiviti pertanian dijalankan dengan lebih serius berdasarkan ilmu-ilmu yang bersesuaian. Pendekatan ini memberi erti penglibatan pekerja mahir dalam sektor pertanian. Dari sudut pengeluaran, petani yang telah dibekalkan dengan ilmu pertanian yang cukup akan mengamalkan kaedah pertanian dan pengurusan pertanian yang baik untuk memaksimumkan keuntungan. Dengan ini, aktiviti pertanian dijalankan sebagai satu perniagaan dan menjana hasil pendapatan untuk masyarakat. Dan aktiviti pertanian akan berpindah dari status pertanian tradisi kepada satu pekerjaan yang lebih sistematik. Tetapi, Sungai Balang tertanya-tanya, apakah kaedah khusus untuk melatih golongan belia tani seperti yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Kempas? Adakah golongan belia ini sekadar ditawarkan kursus kemahiran dalam bidang pertanian dalam tempoh tertentu atau akan dibimbing secara jangka masa panjang atau akan juga diberikan dana bantuan untuk memulakan usaha pertanian dan adakah juga projek belia tani khusus untuk golongan belia yang telah menjalankan usaha tani secara kecil-kecilan dijemput untuk menambah ilmu kemahiran?

Hal ini kerana, jika kita merujuk kepada pembentangan Yang Amat Berhormat Kempas, diperuntukkan sebanyak RM300,000.00 dengan mensasarkan penglibatan seramai 100 orang golongan belia. Jika kita kira kasar bermakna peruntukan diperuntukkan RM3,000.00 untuk setiap seorang. Tidaklah termasuk ditolak kos-kos pengurusan yang lain. Jadi, apakah bentuk kaedah

yang akan dilaksanakan. Kita tidak mahu perkara ini sekadar di bentang dan diutarakan untuk menyedapkan bajet bukan untuk pelaksanaan yang berkesan bukan sekadar harapan tidak menjadi kenyataan.

Yang Berhormat Puan Speaker, Sungai Balang melahirkan rasa gembira kepada Yang Amat Berhormat Kempas menyentuh soal pembangunan wanita melalui teras Membangun Pesona, dan Srikandi Masyarakat dalam bajet yang dibentangkan. Terima kasih diucapkan kepada kerajaan negeri kerana mengambil berat soal wanita. Yang Amat Berhormat Kempas pun pastilah sangat memahami wanita. Walaupun di dalam belanjawan digunakan istilah srikandi, Sungai Balang pun kurang pasti mengapa tidak digunakan istilah wanita? Srikandi ini yang kita maklum adalah Persatuan Isteri Tentera yang telah ditubuhkan sekian lama. Sungai Balang melihat usaha untuk membantu golongan ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah untuk mendapat pendapatan dari rumah adalah sangat baik. Namun begitu, pembangunan golongan wanita itu untuk menambah pendapatan ini harus dilaksanakan secara bersepadu. Usaha ini harus digarap untuk setiap wanita terutamanya ibu tunggal yang telah menerima bantuan perlu dibimbing dan sentiasa dipantau sehingga mereka benar-benar boleh berdikari dan perniagaan mereka stabil. Kita mahu jika hari ini melalui bantuan kewangan atau latihan yang diberi mereka mampu memulakan perniagaan tetapi perniagaan itu hanya mampu bertahan selama 6 bulan atas sebab kekurangan ilmu atau kekangan mengurus anak dan keluarga. Hal ini kerana terdapat dalam kalangan ibu tunggal yang kurang cekap membahagikan masa untuk menguruskan perniagaan dan keluarga. Yang akhirnya atas faktor tersebut perniagaan itu akan terhenti.

Yang Berhormat Puan Speaker, ketika Yang Amat Berhormat Kempas mengumumkan program Mama Friendly yang dinyatakan sebagai sebuah program yang menyokong dasar penyusuan susu ibu, dengan peruntukan dana RM50,000.00 dan kompleks kerajaan negeri sebagai perintis, Sungai Balang tertanya-tanya apakah bentuk program ini? Adakah kerajaan negeri menyediakan bilik khusus untuk kakitangan wanita kerajaan negeri yang masih lagi menyusukan anak, kemudahan memerah susu dapat disimpan susu badan atau bentuk program yang berbeza? Saya mohon kerajaan dapat perjelaskan bentuk program ini.

Selain itu juga, saya tertunggu-tunggu pengumuman Yang Amat Berhormat Kempas untuk menyokong dan melaksana perkara yang pernah dicadangkan oleh kerajaan persekutuan untuk membina pusat jagaan atau pusat asuhan anak-anak di kompleks pejabat kerajaan atau mungkin adakah ia juga merupakan komponen dalam program Mama Friendly? Saya melihat pusat asuhan atau pusat jagaan berdekatan dengan tempat kerja ibu adalah sangat membantu ibu-ibu bekerja dengan lebih tenang kerana anak mereka berada berdekatan dengan mereka. Maka, saya mohon sekiranya ia tidak termasuk dalam program Mama Friendly itu, apa kiranya kerajaan negeri meneliti perkara ini agar setelah dilaksanakan oleh kerajaan negeri akan diikuti oleh yang lain.

Yang Berhormat Puan Speaker, Sungai Balang mengucapkan jutaan terima kasih pada pihak kerajaan negeri kerana tidak membatalkan projek pembinaan 30 sekolah agama fasa 5 yang telah dibentangkan dalam bajet lalu diteruskan dengan bajet kali ini. Syukur, alhamdulillah. Setidaknya, kerajaan negeri terlihat sedikit komited dalam memastikan Sekolah Agama Johor yang mencapai usia 100 tahun itu tetap terjaga. Namun begitu, Sungai Balang tertanya-tanya adakah peruntukan untuk Badan Kebajikan Sekolah Agama telah ditiadakan dalam Belanjawan Negeri 2019? Adakah dana tersebut telah dihentikan? Sungai Balang sangat berharap agar Yang Amat Berhormat Kempas dapat melihat perkara ini kerana dana tersebut sangat besar maknanya terhadap Badan Kebajikan Sekolah Agama terutama sekolah agama kawasan luar bandar.

Yang Berhormat Puan Speaker, menyentuh dalam teras yang sama, Sungai Balang mohon pengesahan dan penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Kempas mengenai status pelaksanaan infak bila saya bawa infak bukanlah bermakna arahan daripada sesiapa tetapi inilah hasrat daripada Sungai Balang. Yang telah diberhentikan sejak Julai yang lalu dengan alasan memerlukan pengesahan dari pentadbiran kerajaan baru. Oleh itu, diruang ini Sungai Balang mohon kepada kerajaan negeri agar program infak ini diteruskan pada tahun 2019. Kita semua tahu dan saya yakin Yang Amat Berhormat Kempas juga tahu bahawa infak ini menekankan bacaan Al-Quran dan hafazan termasuk doa-doa pendek asas fardu ain dan solat juga Bahasa Arab dan juga tulisan Jawi. Program infak ini telah berlangsung selama 4 tahun bermula dari 2014 melalui peruntukan kerajaan negeri terdahulu. Sehingga kini ribuan anak-anak tabika yang terpilih untuk program ini telah menerima manfaat hasil didikan mualim dan mualimat infak yang gigih dan beriltizam melahirkan insan rabbani dan celik rohani. Sungai Balang sangat berharap Yang Amat Berhormat Kempas memberi perhatian akan perkara ini. Sungai Balang melihat sekurang-kurangnya, melalui infak ini ia

dapat dijadikan tapak semaian untuk menyediakan benih-benih yang baik seterusnya membesar mengikut acuan Malaysia Baru.

Yang Berhormat Puan Speaker, selain itu juga, Sungai Balang merasa terpanggil untuk membangkitkan status naik taraf MARSAH kepada Kolej Universiti yang sepatutnya dilaksanakan pada tahun 2019. Walaupun telah dibentangkan dalam belanjawan, mengenai kajian menubuhkan Universiti Johor dengan peruntukan dana RM500,000.00 namun naik taraf MARSAH sangat penting dalam pembangunan Islam kerana MARSAH sangat berpotensi dan berada pada kedudukan yang tepat untuk memainkan peranan lebih besar dan strategik dalam memenuhi keperluan melahirkan pendidik dan guru agama yang terbaik. Malah MARSAH perlu diberikan mandat menjadi institut melatih pendidik atau guru agama kerana kita bukan sahaja memerlukan graduan Pengajian Islam yang terbaik tetapi juga pendidik dan guru agama yang terbaik. Graduan MARSAH juga boleh memainkan peranan membangunkan umat Islam di Johor dan Malaysia secara keseluruhannya bagi mengukuhkan nilai-nilai dan karakter Islam agar bagi mengatasi masalah kemerosotan moral dan masyarakat. Dengan ilmu yang ada pada mereka, ilmu yang bersandarkan wahyu, ilmu berdasarkan tauhid maka mereka pasti boleh berperanan lebih besar untuk membangunkan bangsa dan umat Islam di Johor dan Malaysia ini. Mereka juga boleh menjadi benteng moral Johor yang berkemajuan, menjadi pendiri karakter Johor berkemajuan, dan menjadi barisan hadapan membangunkan karakter sangat kukuh nilai-nilai Islam terutamanya dari segi akhlak. Sungai Balang amat berharap respons Yang Amat Berhormat Kempas tentang perkara ini adalah satu yang baik demi Islam.

Yang Berhormat Puan Speaker, di awal pembentangan bajet, Yang Amat Berhormat Kempas beliau telah menyatakan antara teras perjuangan Pakatan Harapan adalah meringankan kos sara hidup rakyat. Maka, antara perkara utama apabila kita menyebut kos sara hidup adalah melibatkan kos barang keperluan harian. Tetapi di dalam pembentangan Belanjawan Negeri Johor ini tidak ada perenggan yang memberi fokus mengenai perkara ini. Kita tahu kerajaan Pakatan Harapan telah menghapuskan GST lalu diganti dengan SST. Walau pahit untuk diakui, walau mahu tidak mahu diakui harga barang keperluan harian banyak yang melambung tinggi naik harganya. Malangnya tidak dapat melihat apa-apa insentif baru yang boleh dicadangkan untuk membantu meringankan sedikit beban rakyat. Dalam Bajet 2018, Karnival Pengguna Muafakat Johor iaitu sebuah karnival yang menawarkan barangan keperluan harian dengan harga yang murah. Selain itu usaha membuka kedai 1MCOOP yang juga menawarkan harga lebih murah dibuka di banyak tempat. Jadi, adakah kerajaan negeri hari ini akan meneruskan segala langkah yang dinyatakan sebentar tadi atau ada tawaran insentif baru atau akan tukar nama atau hentikan segala langkah ini kerana kerajaan merasakan ini bukan perkara penting. Sungai Balang amat berharap perkara ini tidak dientengkan oleh kerajaan negeri. Benar isu kawalan harga barang adalah bidang kuasa kerajaan pusat tetapi kerajaan negeri turut sama bertanggungjawab membantu meringankan beban rakyat.

Yang Berhormat Puan Speaker, sedikit yang ingin Sungai Balang kongsikan ialah berkenaan apa yang berlaku di dalam Majlis Sejiwa Parlimen Muar pada 18 November 2018 di Dewan Terbuka Sungai Balang. Tadi, Yang Berhormat kata jangan politikkan program. Jadi di sini, atas tiket Pengerusi JPKRT Parlimen Muar yang masih lagi memegang jawatan tersebut sehingga 31 Disember 2018 telah diundang oleh Pengerusi Jirannita yang dihadiri oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Johor. Apa yang menyedihkan telah berlaku, Tuan Pengarah minta kepada Penyelia Perpaduan supaya Pengerusi JPKRT yang telah pun sampai ke majlis tersebut lebih awal supaya meninggalkan tempat tersebut kerana tuan pengarah akan datang dan menurutnya beliau tidak mahu ada kompelin daripada pihak atasan akan kehadiran Pengerusi JPKRT sedangkan jamuan semua di sponsor oleh pengerusi tersebut. Di sini Sungai Balang ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO, adakah semua jawatan yang dipegang sekarang ini oleh kebanyakannya daripada UMNO sebagai Pengerusi JPKRT, Pengerusi KRT, Pengerusi Jiran Muda dan Pengerusi Jiranita dengan sendiri gugur atau berubah apabila Kerajaan Pakatan Harapan memerintah? Akan tetapi yang menghairankan saya, mengapakah Pengarah Perpaduan mengadakan perjumpaan pula dengan beberapa kumpulan KRT dan DUN Sungai Balang selepas itu?

Timbalan Speaker

Sungai Balang, 2 minit lagi.

Puan Zaiton binti IsmailUMNO · BNSungai Balang

Dek sebab mungkin tak berapa nak cerdik, patutnya pengarah ini terus berpegang teguh dengan arahan dan tidak perlu mengadakan perjumpaan ini dan beberapa kali mohon juga nak berjumpa dengan saya. Jadi saya mohon supaya perkara-perkara ini seperti Yang Berhormat sana kata jangan dipolitikkan. Jadi saya harap apa yang dikata akan dikota.

Seperkara lagi yang ingin saya kongsi ialah, saya mohon selaku ADUN-ADUN kerajaan harus tahu persempadanan dia sendiri, jadi, dan juga saya juga mohon kepada ketua-ketua jabatan tahu persempadanan setiap wakil rakyat walaupun nak merasmikan majlis. Jadi tak payahlah langgar kawasan. Sebab saya selalu kena. Jadi jangan selalu terbabas. Pada saya, wakil rakyat yang telah diberi mandat oleh pengundi harus memberi fokus pada kawasan sendiri bukannya pergi kawasan orang lain. Mungkin kawasan saya boleh dapat ramai orang yang hadir jadi wakil rakyat datang situ. Jadi saya mohon supaya perkara ini diambil perhatian. Sebab biarlah pengundi bagi kita mandat, dia rasa keberadaan kita.

Jadi Yang Berhormat, Puan Speaker, hari ini kami berada di blok ini sebagai Pembangkang, mungkin terlintas dalam fikiran rakan-rakan di pihak kerajaan atau pemerhati di atas sana bahawa kami pihak pembangkang sengaja mencari setiap satu kesalahan kerajaan. Hakikatnya kami bukan bangun bersuara atas sebab dendam atau hasad dengki, tapi kami bersuara dan mengkritik adalah demi rakyat, demi agama dan negeri kami ini. Itu pegangan prinsip parti yang kami dukungi sejak 60 tahun yang lalu. Kami yang masih ada di dewan ini adalah individu yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat untuk membela nasib mereka.

Timbalan Speaker

Sila duduk, azan.

(Berhenti sebentar bagi memberi laluan laungan azan).

Puan Zaiton binti IsmailUMNO · BNSungai Balang

Ini adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu kami pikul. Sungai balang sendiri tidak mahu kelak nanti dipersoalkan di sana kerana tidak amanah. Sebelum menutup bicara, di sidang yang lepas, Yang Berhormat Kempas cakap bahawa kepimpinan BN dia bagi 4P, 2P dia bagi penipu dan penyamun dan beliau kata 2P cari sendiri. Tapi hari ini, Sungai Balang juga nak bagi jugalah pengiktirafan Bajet 2019 pada kerajaan Pakatan Harapan 3R iaitu reclaim, rebrand dan repeat, dengan izin. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Balang. Seterusnya Yang Berhormat Buluh Kasap jemput.

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum Waramatullahi Wabarakatuh. Saya mulakan perbahasan saya pada hari ini dengan mengucapkan terima kasih kepada Speaker kerana memberikan kesempatan untuk saya bersama-sama dalam membahaskan Belanjawan Negeri Johor 2019 dengan tema Menerajui Perubahan, Menggalas Harapan Bangsa Johor Bestari. Terima kasih Timbalan Speaker.

Sebagai rakyat Johor, sudah tentu saya dan jutaan rakyat dan bangsa Johor tertunggu-tunggu untuk mendengar Bajet kerajaan baharu buat pertama kalinya. Pelbagai perkara dan kluster telah disebut dan dimasukkan dalam Bajet ini. Secara pintas lalu, Bajet ini telah dilihat sangat prihatin kepada rakyat. Namun, agak malang kumpulan pekebun kecil dan peneroka FELDA tidak langsung diberi perhatian dalam Bajet Kerajaan Negeri kali ini. Ia suatu yang sangat menyedihkan lebih-lebih lagi Johor antara negeri yang mempunyai kumpulan rakyat pekebun kecil dan peneroka FELDA yang agak besar. Apakah kebajikan masyarakat luar bandar yang ditinggalkan ini ada kaitan dengan kesukaran kerajaan negeri untuk melantik ketua-ketua kampung? Ada banyak lagi kampung-kampung yang belum ada ketua kampung. Malah ada ketua kampung yang telah meletakkan jawatan walaupun baru 2 minggu menerima tauliah dan angkat sumpah jawatan. Untuk itu, di awal bicara ini Buluh Kasap ingin penjelasan kerajaan negeri selepas lebih 5 bulan, bilakah agaknya isu pelantikan ketua-ketua kampung ini dapat diselesaikan?

Memang semua pihak di Johor menaruh harapan yang tinggi, belanjawan yang pertama kali kerajaan Pakatan Harapan dan sepatutnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan EXCO menetapkan hala tuju yang jelas dalam Bajet pertama kali kerajaan ini. Kerajaan negeri sepatutnya mengambil peluang menunjukkan kepada rakyat dan bangsa johor betapa beruntungnya mereka memilih kerajaan baru ini dan keberuntungan itu sepatutnya diterjemahkan dalam bajet pertama kerajaan ini. Saya tak pasti daerah dan kawasan lain tetapi bagi saya di Segamat bajet negeri Johor 2019 ini hanya kelihatan cantik dan manis di kulitnya sahaja dan tajuknya juga, tetapi isi dan terjemahannya untuk Segamat agak kosong dan longgar.

Timbalan Speaker, semasa pembentangan bajet tempoh hari, mungkin ramai yang beranggapan untungnya orang Segamat, sebab seingat saya hampir 30 kali yang berhormat kempas menyebut

Segamat dalam pembentangan tersebut. Namun hakikatnya, bagi saya dan ramai penduduk Segamat yang mendengarnya sebagai satu seolah-olah menggula-gulakan orang Segamat. Saya sangat setuju pembinaan bangunan, ambil contoh bangunan tambahan Hospital Segamat. Saya sangat setuju pembinaan bangunan tambahan Hospital Segamat. Pertambahan penduduk daerah Segamat yang begitu ketara termasuk dengan pembukaan taman-taman perumahan baru, kolej-kolej pendidikan, pusat latihan Polis, kem tentera dan lain-lain menjadi penyumbang pertambahan penduduk di Segamat. Namun saya nak maklumkan Dewan yang mulia ini, peruntukkan RM90.5 juta yang diumumkan itu telah pun diluluskan kerajaan pusat sebelum ini. Ia telah dimulakan pembinaannya awal tahun ini. Tetapi selepas 7% kerja-kerja dijalankan, kerajaan baru Pakatan Harapan selepas pilihan raya ke-14 telah mengarahkan pemberhentian kerja tersebut dan terima kasih Yang Berhormat Kempas telah mengumumkan pembinaannya semula dalam Bajet yang baru lalu. Ia mungkin sesuatu yang menggembirakan tetapi sesuatu yang disambung semula. Apa pun terima kasih Yang Amat Berhormat kerana membantu menyambung semula kerja-kerja pembinaan bangunan tambahan Hospital Segamat.

Seterusnya kelulusan peruntukkan pelaksanaan projek infrastruktur awam yang dilaksanakan oleh Jabatan kerja Raya untuk tahun 2019. Kita sangat mengalu-alukan pelaksanaan projek infrastruktur yang diumumkan kerajaan ini. Sememangnya projek-projek ini bakal membantu dan memudahkan rakyat Johor. Dalam bajet berkenaan ada 8 projek infrastruktur yang akan dilaksanakan pada tahun 2019. Namun di Segamat ia bukanlah suatu yang menggembirakan kerana semuanya cerita lama yang dibarukan. Contohnya, Jalan Yong Peng ke Segamat, dari Kampung Desa Temu Jodoh ke Kampung Kuan Sai bernilai RM90.3 juta yang sudah pun 47% siap dalam pembinaan. Tetapi tak apalah, ia bukanlah kawasan saya. Yang saya nak sebutkan ialah Jalan Sebaya, Kampung Bukit Bujang, Kampung Balai Badang hingga kampung Besut Lama dengan anggaran RM70 juta yang diumumkan oleh kerajaan negeri. Untuk makluman Dewan yang mulia, Jalan ini juga telah diluluskan kerajaan terdahulu dan sedang dalam pembinaan dengan kerja 50% telah siap. Menurut masyarakat di kampung-kampung berkenaan boleh melihat kerja-kerja pembinaannya. Bagaimana pula Yang Amat berhormat boleh mengumumkan ia merupakan projek yang akan dilaksanakan untuk tahun 2019. Bagi saya, ia adalah kerja yang bakal disiapkan untuk tahun 2019. Satu lagi Timbalan Speaker, projek menaik taraf Jalan Muar ke Tangkak ke Segamat. Pakej 3 yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri dengan kos RM134.6 juta sepanjang 10.5 km. Hampir setiap hari saya melalui jalan ini. Kalau ikut pemerhatian saya, sudah pun 40% siap pembinaannya. Bagaimana kerajaan negeri boleh menyatakan ia projek infrastruktur yang bakal dijalankan untuk tahun 2019. Timbalan Speaker, untuk Jalan Muar, Tangkak dan Segamat ini, bagi kami di Segamat, hubungan rapat kerajaan negeri dan pusat seperti yang diuarkan haruslah diterjemahkan dengan meminta peruntukkan baru untuk Pakej 1A yang lebih diperlukan. Ia bakal mengurangkan kesesakan masuk ke Bandar Segamat dari Jementah dan Tangkak. Kadang-kadang keadaan beratur dan bersesak hingga 2 hingga ke 4 km mengambil masa hingga ke 1 jam untuk masuk ke Segamat terutama di hujung minggu dan hari cuti. Ini yang sepatutnya kerajaan negeri usaha dan percepatkan. Jadi saya tak pasti sama ada pegawai-pegawai di Jabatan Kerja Raya tak memberi taklimat sepenuhnya kepada Yang Amat Berhormat atau saya yang terkeliru dengan kenyataan dalam Bajet tersebut. Apa pun, dari aspek infrastruktur, Buluh Kasap ingin menyatakan ia tiada perkara baharu yang menggembirakan orang Segamat.

Timbalan Speaker, untuk infrastruktur air pula, Segamat merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan negeri yang berusaha untuk memberikan dan menyalurkan air bersih kepada penduduk Johor. Jutaan ringgit disebutkan dalam bajet tersebut. Namun di Segamat saya berharap, Buluh Kasap berharap kerajaan negeri akan melihat keperluan penggantian paip-paip air rumah ke rumah yang lebih baik dilakukan. Ini penting kerana projek pembinaan loji rawatan air Buluh Kasap di Kampung Kuala Paya sudah hampir siap. Ia bakal menyaksikan masalah tekanan air di kawasan Buluh Kasap, Batu Anam dan Gemas Baru dapat diatasi. Buluh Kasap bimbang apabila tekanan air ini kuat nanti akan menyebabkan paip-paip air sekitar kawasan ini akan kerap pecah kerana tidak dapat menampung tekanan air yang dijangka lebih kuat. Maka Buluh Kasap pohon penggantian paip-paip lama di sekitar Buluh Kasap, Batu Anam dan Gemas baru ini dapat dilaksanakan secepat mungkin. Menyentuh soal persetujuan kerajaan menyelesaikan permohonan-permohonan tanah pula, Buluh Kasap mengucapkan terima kasih kerana di dalam Bajet tersebut ada dinyatakan beberapa permohonan yang bakal diselesaikan oleh kerajaan negeri. Dalam perbahasan saya dalam mesyuarat dewan yang lalu, Buluh Kasap ada menyatakan beberapa permohonan tanah yang perlu disegerakan kerana telah tertangguh lama. Justeru, Buluh Kasap ingin menyatakan sekali lagi, di kawasan Buluh Kasap selain tanah Bukit Bujang yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat dalam bajet tempoh hari ada beberapa kawasan lagi yang masih menunggu persetujuan kerajaan negeri. Antaranya Bukit Bujang 1 dan 2, tanah umum Jelebak, Buku Hijau Balai Badang dan banyak lagi kawasan yang telah tertangguh sekian lama. Kesemua ini telah ditemu duga lebih 10 tahun malah

ada yang sudah hampir 20 tahun. Maka saya harap kerajaan Pakatan Harapan yang dikatakan dari rakyat untuk rakyat akan menyelesaikan masalah yang tertangguh lama ini. Seperkara lagi yang ingin Buluh Kasap ingin sentuh ialah kenyataan Yang Amat Berhormat dalam pembentangan Bajet Negeri 2019 yang lalu iaitu memenuhi manifesto Pakatan Harapan untuk memberi tumpuan terhadap pembangunan di wilayah utara negeri Johor. Ia termasuk Segamat, ia di sokong dengan cadangan untuk memasukkan Segamat di dalam kawasan ekonomi Pantai Timur atau ECER.

Cuma Buluh Kasap ingin bertanya betulkah ada dalam manifesto untuk masukkan Segamat dalam ECER? Jika betul ia adalah satu tindakan yang agak terkebelakang kerana kerajaan Barisan Nasional lalu sudah pun mengumumkan perkara ini dalam lawatan mantan Perdana Menteri ke Segamat pada awal 2018. (Dewan bertepuk). Ia juga telah dipersetujui kerajaan negeri dan telah pun dibentangkan dalam bajet dan manifesto yang lalu. Jadi sekali lagi saya ucap terima kasih kepada kerajaan negeri kerana menyebutnya sekali lagi, ia akan menjadikan satu kenyataan bahawa Segamat akan dimasukkan dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau ECER kerana ada banyak manfaat yang bakal diperolehi oleh masyarakat Segamat dengan terlaksananya cadangan ini. Ia dinyatakan sendiri oleh pegawai-pegawai dari ECER yang datang ke Segamat awal tahun 2018 yang lalu.

Peluang-peluang pekerjaan termasuk kemudahan-kemudahan serta beberapa insentif kepada pelabur-pelabur akan diberikan jika mereka membuka peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan di Segamat. Jadi, Buluh Kasap memang sangat bersetuju agar kerajaan negeri meneruskan cadangan memasukkan Segamat dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau ECER. Cuma Timbalan Speaker saya bimbang Segamat masih gagal membangun dan bersaing dengan daerah lain jika pertanian yang dijalankan di Segamat hanya berkisar pada aktiviti pertanian kebun dan ladang sahaja. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya jika Segamat dan wilayah daerah utara Johor ini ingin dibangunkan dalam bidang pertanian maka jangan hanya tumpu kepada aktiviti pertanian kebun sahaja, tetapi libatkan peluang-peluang lain yang berkaitan dengan pertanian.

Ambil contoh sebarang R&D atau penyelidikan, pusat-pusat penyelidikan, kilang dan sebagainya yang ada kaitan dengan pertanian seharusnya dibuka di Segamat atau utara Johor. Ini akan membolehkan Segamat dan utara Johor bersaing dengan daerah lain dan mereka tumpukan kepada pertanian, maka barulah Segamat berperanan dan membangun sebagai pusat pembangunan ekonomi berasaskan pertanian. Dan saya percaya dengan meletakkan Segamat di dalam Wilayah ECER ini akan boleh membantu Segamat membangun kerana ada banyak kemudahan dan kebaikan yang diperolehi daripada kemasukannya dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur ini.

Menyentuh cadangan kerajaan negeri untuk menjalankan Perumahan Mampu Biaya pula melalui strategi keempat, Yang Berhormat Kempas ada menyatakan melalui pelaksanaan projek-projek penswastaan, ada menyebut 1,794 buah rumah mampu biaya sedang dibina termasuk di Segamat. Cuma saya difahamkan ia sedang dibina, jadi saya ingin penjelasan kerajaan negeri bagaimana status keputusan kerajaan tentang cadangan membina perumahan di kawasan Kampung Paya Lebar dan kawasan berhampiran Taman Suria Buluh Kasap yang telah pun dibuat kajian oleh kerajaan negeri yang lalu.

Timbalan Speaker, seterusnya saya bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh Jementah baru tadi tentang kemudahan Wifi. Saya setuju bahawa kemudahan Wifi ini boleh tak kita letakkan nombor 2 kerana ada lagi kawasan pedalaman dan kampung yang belum ada liputan telefon pun. Jadi mengapa tidak kerajaan negeri memikirkan untuk mereka dapat liputan telefon dulu baru mendapatkan kemudahan Wifi. Jadi Yang Berhormat, saya harap agar perkara ini dapat dipertimbangkan kerana kawasan Buluh Kasap ada lagi banyak kampung yang tidak mendapat liputan telefon.

Yang Berhormat Speaker, sekali lagi saya nak ucap tahniah kepada kerajaan negeri yang telah membentangkan Bajet 2019, bajet pertama kerajaan Pakatan Harapan. Namun saya tak pasti adakah bajet ini di bincang sama dengan barisan EXCO kita. Saya bimbang sangat kalau Yang Amat Berhormat Menteri Besar hanya merancang dan merangka tanpa merujuk kepada EXCO-EXCO berkenaan, kerana ada banyak perkara yang dibangkitkan oleh ADUN-ADUN kita yang nampaknya seolah-olah tidak ada kerjasama dan perbincangan antara Menteri Besar dengan EXCO. Jadi kalau ia tidak ada perbincangan maka saya fikir ia satu perkara yang perlu diperbetulkan untuk masa hadapan.

Antara contoh yang paling jelas ialah kemudahan infrastruktur yang berlaku di Segamat. Saya fikir JKR boleh mengesahkan jalan-jalan infrastruktur yang saya sebutkan tadi memang sedang dalam pembinaan hingga ada jalan yang sudah 50% siap yang sepatutnya diberi kepada Segamat ialah jalan-jalan baru yang harus dibina untuk tahun hadapan. Jadi Timbalan Speaker saya ucap terima kasih juga kepada kerajaan negeri yang telah menyebut hampir 30 kali Segamat walaupun Segamat tidak adalah satu yang istimewa dalam bajet ini.

Timbalan Speaker

Buluh Kasap, dua minit lagi.

Timbalan Speaker saya fikir itu sahaja, dua minit tadi saya bagi kepada rakan saya, terima kasih. (Dewan bertepuk).

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Semarang, jemput.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Muafakat Johor. Terima kasih di atas kesempatan Semarang merafak sembah ucapan tahniah serta ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku sempena ulang tahun hari keputeraan Tuanku yang ke 60. Semoga Allah SWT terus memelihara dan memberkati Tuanku.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, telah 18 tahun barisan Pakatan yang berkali-kali bertukar nama dan keahlian, membidas dan memperkecil bajet negeri saban tahun, kini giliran mereka pula mengemukakan bajet, akhirnya berjaya untuk melaksanakan tugas mengemukakan bajet. Kita ghairah menanti, kita khususnya rakyat mempunyai pengharapan yang sangat tinggi kerana hero-hero mereka sudah pasti menawarkan yang lebih baik, yang lebih ‘wow’, yang lebih ‘umph’, selari dengan kritikan dan bidasan mereka sebagai pembangkang yang sebelum ini. Namun segala harapan hancur berderai, anti climax. Walau bagaimanapun, tahniah kepada kerajaan Johor kerana berjaya mengemukakan bajet negeri tak kiralah bagaimana ia digubal dan siapa yang menggubalnya.

Yang Berhormat Puan Speaker, realitinya kita bukan hanya menyatakan kosong tentang reclaim, rebrand dan repeat. Realitinya 87% adalah pengulangan daripada bajet yang lepas. Yang Berhormat Puan Speaker, dimaklumkan kerajaan telah menggunakan google form dengan tepat makluman daripada 3,193 responden tetapi realitinya ia adalah 0.001% daripada rakyat negeri Johor ini. Ia sudah pasti tidak mencakupi 659 kampung, 73 FELDA, 60 kampung Orang Asli, lebih 550 penempatan estet dalam negeri Johor ini. Menggunakan google form ini Yang Berhormat Puan Speaker, hanyalah respons daripada kumpulan atau komuniti millennial, bukan orang kampung dan bukan daripada pelbagai lapisan. Kalau saudara Buluh Kasap tadi khuatir kalau EXCO tidak diajak bincang, saya yakin macam saya pun dah mula percaya bahawa para back benches daripada Pakatan Harapan tidak dimaklumkan.

Timbalan Speaker

Semarang, maknanya orang kampung tak pandai isi google form ke?

Saya minta Puan Speaker bezakan google form dengan cara yang lain. Saya tak nak sambung lebih. Yang Berhormat Puan Speaker, dengan pengurangan belanja pembangunan sebanyak 14.3% bagaimana boleh mencipta pertumbuhan. Dengan pengurangan belanja mengurus sebanyak 30%, adakah ia menjadikan pentadbiran lebih efektif? Bajet ini adalah bajet yang tidak pro business. Realitinya Yang Berhormat Puan Speaker, realitinya saya setuju dengan apa yang dinyatakan oleh Pemanis yang menyatakan bahawa, Mengkibol, minta maaf, agar kerajaan tidak mempunyai sindrom penafian, atau denial syndrome tadi. Jementah kata pembangkang jangan denial syndrome. Rakan anda sendiri pun mengingatkan supaya jangan berada dalam denial syndrome. (Dewan bertepuk).

Realitinya sekarang ini saya tak nak cerita banyak-banyak, nilai wangnya merudum, harga komoditi jatuh, sawit RM250.00 paling rendah dalam di Malaysia, di Indonesia paling rendah adalah RM291.00 paling rendah, ringgit bukan rupiah. Kos sara hidup yang terus naik, kes pemberhentian yang banyak, yang ramai, bukan nak tambahkan jawatan kakitangan kerajaan, nak tambahkan jawatan-jawatan ataupun peluang pekerjaan, 17,000 lebih orang berhenti jangan tinggal 17 x 1, berapa orang anak. Anda menganiaya mereka dan anda perlu menjawabnya dan pada masa yang sama rizab negara yang merudum, FDI yang merosot panjang lagi.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya tidak melihat, tak mendengar macam waktu Yang Berhormat Timbalan Speaker kat sini gagah, memperjuangkan sebagai pejuang sosial yang dulunya

lantang mendesak kerajaan menangani kos sara hidup, berhentikan, isu-isu pusat pun bawa dekat Johor, kita tak ada bawa cerita pasal isu pusat pun, cerita Johor. Yang Berhormat Timbalan Speaker, realitinya bajet ini tiada idea besar. Kalau dulu kita meletakkan target bench marks kita adalah mengejar singa, sekarang kini ke arah hab kerang-kerangan. Business like usual, tak ada yang baru, banyak merancang bukan melaksana, pengumuman dibuat tanpa feasibility study dengan izin, tiada implikasi kos, tiada mekanisme yang terperinci, saya nak ambil contoh, orang nak ada universiti, kita pun nak ada universiti, bertahun-tahun kerajaan dahulu menjemput universiti-universiti daripada mana-mana seluruh dunia datang ke Johor, berpuluh-puluh universiti swasta telah ada, tup-tup Johor nak buat universiti. Tanpa memikirkan tentang bagaimana kita pentingkan adalah menambah kemahiran bukan nak menambah graduan. Ini dia pelan-pelan tindakan, pelan-pelan strategik, ini ada pula Pelan Strategik Agama Islam pula. Ini pelan strategik Agama Islam, Agama Islam ini macam mana? Dulu kita ada Islam Islami berbanding dulu kita ada Johor Islami, penggemblengan institusi Islam yang ada, ini Pelan Strategik Agama Islam. Islam syumul. Pelan Rejuvenasi Desa, perasan tak kerajaan bahawa kita kerajaan dulu dah ada pun Pelan Rejuvenasi Desa ini, tanpa sebarang kos, zero kos di pihak kerajaan. Adakah sedar ke tidak?

Yang Berhormat Timbalan Speaker, bajet ini menyebabkan kesenjangan yang melebar, kerana tiada unsur inclusiveness atau keterangkuman dalam bajet ini. Lihatlah seolah-olah tiada inisiatif yang dinyatakan FELDAnya, nelayannya, orang mudanya, orang muda ini jangan hanya dibakar sentimen dan emosinya. Mudah untuk bakar sentimen dan emosinya tetapi pada masa yang sama kerajaan patut menyediakan yang terbaik untuk mereka memperbaiki diri tetapi gagal. Kalau ke mana perginya keterangkuman ini, bantuan khas masyarakat India saudara kita bawa, masyarakat Cina, bantuan khas masyarakat Borneo nya, bantuan khas nelayannya, hancur. Anak muda peluang kemahiran semakin menguncup.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, tiada sumber baru pendapatan untuk negeri malahan Yang Amat Berhormat dalam ucapan bajetnya menjangkakan pertumbuhan ekonomi Johor berkembang 5 hingga 5 ½ % bersandarkan jangkaan bermulanya projek minyak dan gas di Pengerang. Projek apa ni? Projek inilah yang pembangkang-pembangkang yang dulu bantai, bantah habis-habisan. (Dewan Bertepuk). Sekarang berharap daripada kerajaan yang ada, syukur alhamdulillah. Sekurang-kurangnya buruk-buruk menyumbang pada kerajaan yang ada. Tiada dasar fiskal yang tidak menggalak pertumbuhan, dasar fiskal yang ada tidak menggalakkan pertumbuhan.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, dulu Johor Global, sekarang ini Johor Global yang kembali menjadi Johor bersifat setempat. Dulu kita cerita berkenaan dengan dekad. Bajet, pelan pembangunan mampan Johor yang ada ini saya berani menyatakan adalah bajet tiada refleksi ke arah Johor yang mampan. Saya nak tekankan di sini, kita dulu pergi ke arah menuju sebagai Economic Power House dengan izin, ataupun kuasa ekonomi, Johor sebagai pusat pelaburan antarabangsa tetapi realitinya bajet ini membawa ekonomi Johor yang beraspirasikan global kembali menjadi Johor bersifat setempat. Sayang seribu kali sayang.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, dalam isu kos sara hidup, kita tidak melihat naratif yang jelas kerajaan untuk menanganinya. Kad Sihat Johor. Dari survey yang kita buat lebih 90% orang tak tahu berkenaan dengan Kad Sihat Johor. Pulaknya pulak di confirm kan pulak website pun tak ada. Kalaulah nak cakap yang... Bajet ini seperti bajet jabatan bukannya bajet sebuah negeri gabungan belanjawan jabatan-jabatan. Tak salah lah kalau ada pihak yang menyatakan Buluh Kasap menyatakan bahawa tak check ke? Tak periksa ke? Gabungan belanjawan jabatan-jabatan, peruntukan untuk program one-off tiada infra, tiada perancangan jangka masa yang panjang, sekadar angka tanpa mekanisme.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya juga nak mengambil kesempatan di sini lah, Yang Berhormat Kempas ada menyatakan berkenaan dengan hasratnya untuk membuat forensik audit untuk Johor GLC. Saya nak bacakan sikit. Apakah dia forensik audit? Ia adalah pemeriksaan dan penilaian sesuatu syarikat untuk tujuan pendakwaan seorang atas kesalahan penyelewengan, kecuaian atas tuntutan kewangan dan digunakan sebagai pembuktian di Mahkamah. Semuanya bermula dengan laporan salah laku dan diikuti dengan pendakwaan. Keperluan mengadakan forensik audit kepada Johor GLC untuk mendakwanya, mendakwa adanya salah urus fiskal ke atas badan korporat hanya berdasarkan kepada nilai hutang yang ditanggung adalah suatu yang tidak matang. Malahan, prestasi sebuah korporat juga harus diukur sumbangannya CSR nya, nilai asetnya, dividen yang dikeluarkan dapatan dan keluaran tunai dan keupayaan untuk membayar hutang institusi. Bukan mudah nak buat forensik audit. Tak sedap sikit, tak suka sikit dan tak semuanya syarikat yang rugi kerana salah laku ataupun salah urus.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya ingin menyentuh tentang perkara pendemokrasian dinamik dan kesaksamaan sosial yang menjadi Teras 4 Bajet 2019. Saya nak ingatkan, yang berlaku pemberhentian pelantikan lebih 600 orang ketua kampung di seluruh negeri, realiti apa yang berlaku, ada kampung lain orang yang duduk dalam kampung lain jadi ketua kampung dalam kampung yang satu lagi. Tadi dia katakan ada yang letak jawatan, ada yang tak mampu pun nak buat JKK, sekarang bukan JKKK apa benda tu? MPKK lah, pun tak mampu. Ini pendemokrasian, kita nak yang lebih baik. Kalau yang tak bagus, yang tua, yang lumpuh, tukar ok lah, tak ada masalah. Ini ditukar pemberhentian dan pelantikan Ahli Majlis PBT, orang Johor Bahru jadi Ahli Majlis dekat Yong Peng ini apa ada hal ni? (Dewan Bertepuk). Ini realiti yang berlaku dekat bawah.

Dan, pada masa yang sama Yang Berhormat Timbalan Speaker, ini berkenaan dengan polemik ketua pembangkang menyerahkan bilik dan juga elaunnya yang diterima. Saya nak nyatakan, bukan kita besar kepala. Tetapi kita respect kita tabik kerana kerajaan yang ada sekarang memenuhi janjinya kepada rakyat untuk mengiktiraf pembangkang. Bukan sekadar beri bilik, beri elaun, kasi peruntukan, lebih dari itu kita pun cuba menjiwai yang dikatakan Malaysia Baru, nak jadi pembangkang yang berhemah, menyumbang kepada rakyat, ini yang kita nak kan, kita nak buat ada check and balance dengan izin, kalau dulu mereka menyatakan kita akan tubuhkan select committee, nah sekarang tuan-tuan berkuasa, tubuhkanlah, kami pun kalau diajak jadi jawatankuasanya boleh bersama. Kalau tuan-tuan Yang Berhormat kerajaan tak sanggup, pihak kerajaan tak bersedia kami harap jika kami di sebelah pembangkang mewujudkan corcus contohnya untuk membincangkan hubungan yang besar-besar, hubungan Johor-Singapore, isu masa depan sumber air dan lain-lain, terlibatlah sama, dan insya-Allah, dalam jawatankuasa apa pun yang terlibat kami tahu tuan-tuan pun kerajaan dan kami tahu tuan-tuan lebih demokratik, kita pun malu kalau dilihat tidak demokratik, kita akan akur dengan keputusan, anda mempunyai kuantiti, ada kekuatan, kita akur tetapi pandangan kami harus tidak diperlekehkan. Ini yang kita cuba, kata slogan Malaysia Baru, buatlah betul-betul. Ini kalau nak buat Maulidur Rasul pun tak boleh orang nak berucap untuk wakil rakyat, pendemokrasian apa jadahnya. (Dewan Bertepuk). Kita tidak akan mempertikaikan. Usahlah fobia dengan pembangkang, ini pembangkang Malaysia Baru. Jangan fobia.

Saya juga nak bawa sikitlah, nak tambah sikitlah. Sungai Balang cerita infak. Ini program infak tambah aje peruntukan tahun ini RM1.3 milion RM1.3 juta, untuk pendidikan awal kanak-kanak. Kanak-kanak KEMAS yang kebanyakannya di luar bandar. Kenapa lah ditamatkan? Saya nak cakap dekat tempat saya ada, dekat dalam Parlimen Ayer Hitam ada 9 kelas tadika yang ada ini, 5 nya daripada DUN Semarang, ada 165 orang pelajar yang terlibat dan sekarang ini terkontang-kanting, gurunya pun berhenti kerana apa, tidak ada peruntukan tambahan, tidak ada peruntukan daripada pejabat Menteri Besar. Tak ke sedih? Kasi lah peluang. Kata prihatin untuk B40. Ini semakin ditutup, yang ada tak mampu nak buat baru yang ada diberhentikan. (Dewan Bertepuk). Ini tak betul, tak betul.

Sebab itu Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya ingin menekankan bahawa kita bersedia menjadi pembangkang dan kita menghayati bahawa kita pembangkang. Dan kita nak menyahut apa yang dikatakan demokrasi dinamik dan kesaksamaan sosial ini sepenuh-penuhnya. Sebab itu saya maklum kedudukan kita bersama dan saya harap kita terus menghormati sesama diri kita. Bukan soal bilik, bukan nanti ada pula yang kata, tengok, pembangkang pun dijemput ke majlis, alahai, jemputan aje. Jemputan aje kita pun tak ada hal lah, banyak hal lagi lah. Terima kasih lah atas jemputan, itu bukannya tanda indikator pendemokrasian dinamik. Terjemahkan supaya rakyat tengok. Bukan kerana kita besar kepala. Sebab itu saya harap kita hayati bersama. Kalau sayangkan negeri ini, jangan fobia pembangkang. Kita saling hormat-menghormati. Macam dulu kita hormat yang baik kata baik, terima kasih antara kawan-kawan saya melihat bahawa ada semacam confused tentang identiti di kalangan ADUN-ADUN PH ni. Tak apa lah. Ambil masa, masa ini adalah musim honeymoon , jalan lah. Kita tengok aje. Dan lebih ramai lagi di keliling kita ini kakitangan kerajaan yang menjadi saksi melihat dan menilai apa yang dirancang dan akan dilaksanakan.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya teringat satu perkara. Si lumpuh berhasrat untuk bergerak, si gagah disekat untuk bertapak, percayalah dua-dua tak akan pergi ke mana-mana. Kalau faham. Dan pada masa yang sama, Yang Berhormat Timbalan Speaker, orang cerita pasal falsafah kita pun nak sebutlah Abraham Lincoln kata, “Kamu boleh mempermainkan semua orang di setengah-setengah masa, dan setengah-setengah orang dalam semua masa. Tapi kamu tak boleh mempermainkan semua orang dalam semua masa”. Sekian terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. (Dewan Bertepuk).

Timbalan Speaker

Terima kasih kepada Yang Berhormat Semarang. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga esok, 5 hari bulan Disember 2018 jam 9.30 pagi.

Persidangan ditangguhkan pada jam 5.00 petang.