Johor · 9 December 2018

1st session, 3rd meeting · 283 turns · 25,918 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.

Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. (Bacaan selawat). Alhamdulillah kita telah berada pada hari yang terakhir bagi Mesyuarat ke 3 Belanjawan 2019 dan Penggal pertama Dewan Negeri Johor yang Ke-14. Pada hari ini juga kita akan sama-sama mendengar penggulungan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkaitan dengan perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat semua.

Soalan-Soalan Lisan.Questions

Speaker

Yang Berhormat Bentayan, jemput.

Tuan Ng Yak HoweDAP · PHBentayan

Yang Berhormat Tuan Speaker,soalan nombor 1.

Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan ke atas tapak pelupusan haram yang mencemarkan alam sekitar?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi · Skudai

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Benyatan atas soalan yang ditimbulkan. Yang Berhormat Tuan Speaker, seperti yang saya telah sebut dalam Dewan yang mulia ini, bahawa di negeri Johor ini kita dah serahkan kuasa pemantauan dan kuasa segala urusan tentang pelupusan sampah akan di selenggara dan dipantau oleh SW Corp. Bagaimanapun kerajaan sentiasa bekerjasama dengan SW Corp supaya memastikan kebersihan dan keceriaan alam sekitar terpelihara.

Yang Berhormat Tuan Speaker, SW Corp akan sentiasa berusaha untuk memerangi lokasi hot spot sampah haram di setiap daerah melalui pelaksanaan operasi pemantauan dan tangkapan dari semasa ke semasa. Operasi bersama agensi lain turut dilaksanakan. Namun masalah sampah haram ini masih lagi berulang. SW Corp turut menasihati orang ramai agar tidak membuang sampah atau bahan binaan hasil daripada aktiviti pengubahan suaian di lokasi yang tidak dibenarkan. Sisa-sisa tersebut perlu dihantar dan dilupuskan di tapak pelupusan yang dibenarkan.

Untuk makluman Yang Berhormat jumlah saman yang telah dikenakan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab di bawah Seksyen 71 Sub 1 Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam pada tahun 2018 adalah sebanyak RM54,000.00 sepanjang tahun 2018.

Iaitu sebanyak 3 kes telah dibawa ke mahkamah. Itu semua berlakunya pada tahun ini dan ini merupakan kes-kes di antara yang pertama yang dibawa ke mahkamah, iaitu pada 28 Oktober lalu telah disabitkan bersalah dan didenda RM16,000.00. Pada 12 Ogos yang lalu RM18,000 didenda. Dan 8 Julai pesalah disabit bersalah dan didenda RM20,000.00. dan ada 2 sebutan kes lagi akan di bawa ke mahkamah pada awal bulan Disember ini. Sebenarnya sebab semasa kita bersidang dalam Dewan yang mulia ini, ada satu sebutan kes sedang berlangsung di Mahkamah Seksyen Johor Bahru.

Seterusnya akan terdapat juga sebutan kes kesalahan di bawah Seksyen 71 Sub 1 Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di mahkamah. Saya menyeru semua orang merangkumi kontraktor ataupun orang awam tidak membuang sampah ke tapak pelupusan haram. Jika didapati bersalah pihak tidak bertanggungjawab ini akan didenda tidak kurang daripada RM10,000.00 dan tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada 6 bulan dan tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya di bawah Seksyen yang sama.

Akhirnya saya juga menyeru tuan tanah tidak boleh membiarkan orang awam atau kontraktor membuang sampah di tanah sendiri dan menyebabkan kacau ganggu. Sekiranya didapati bersalah

pihak yang tidak bertanggungjawab itu akan didenda tidak kurang daripada RM10,000.00 dan tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya di bawah Seksyen 75 Sub 1 Akta Pengurusan Pepejal dan Pembersihan Tahun 2017. Sekian terima kasih.

Speaker

Ya Bentayan.

Tuan Ng Yak HoweDAP · PHBentayan

Yang Berhormat Tuan Speaker, minta YB EXCO nyatakan setakat ini berapa jumlah lokasi yang telah dikenal pasti di negeri Johor dan berapa jumlah lokasi sampah haram ini yang telah diambil tindakan pembersihan dan berapa yang tidak aktif. Terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi · Skudai

Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Bentayan. Sekarang ini sebanyak 320 lokasi hot spot di seluruh negeri Johor yang dapat dikenal pasti oleh SW Corp. Hasil daripada operasi intipan yang dijalankan sehingga pada tahun ini daripada 320 lokasi tersebut sebanyak 275 lokasi yang telah dibersihkan dan tidak aktif. Manakala ada 45 lokasi yang masih aktif dan pengaturan operasi sedang giat diaturkan bagi menahan pesalah-pesalah yang membuang sampah haram di tempat yang tidak dibenarkan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kami dapati bahawa punca kebanyakan lokasi-lokasi hot spot ini berasal daripada pembuangan sisa binaan oleh kontraktor-kontraktor pengubahsuaian. Maka kerajaan sedang mengambil langkah proaktif untuk menyediakan satu kemudahan pelupusan sisa dengan ini supaya menyelesaikan masalah sampah haram ini dengan lebih berkesan.

Speaker

Ya Senggarang.

Tuan Ir. Khairuddin bin A. RahimAMANAH · PHSenggarang

Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat EXCO yang telah memberikan jawapan. Saya ingin bertanya, saya telah membangkitkan beberapa bulanlah tentang pembuangan sampah haram di Bukit Kelicap. Adakah Yang Berhormat EXCO yakin dengan apa yang dibuat oleh SW Corporation sampai sekarang tidak ada apa-apa tindakan dibuat. Sekian terima kasih.

Speaker

Jemput EXCO.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi · Skudai

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang ditimbulkan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya isu di Bukit Kelicap ini satu isu yang lama. Ianya sebenarnya tidak lagi menjadi satu tapak pelupusan yang dibenarkan sebelum ni memang ia, tetapi telah ditutup. Telah ditutup dan masalahnya sekarang ini yang berlaku masalah bukan pada tapak Bukit Kelicap tapi di lot tanah bersebelahan dan memang kerja-kerja pemantauan sentiasa dijalankan oleh SW Corp untuk menahan dan juga mendenda kepada siapa-siapa yang menjalankan kerja-kerja yang tidak bertanggungjawab ini.

Speaker

Soalan seterusnya Yang Berhormat Tanjung Surat.

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 2.

Adakah urusan pengambilan Ketua-Ketua Kampung yang baru seluruh negeri Johor telah selesai sepenuhnya.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar · Kota Iskandar

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar, Yang Berhormat yang Berhormat semuanya. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjung Surat di atas soalan yang dikemukakan.

Untuk makluman Yang Berhormat jumlah keseluruhan perjawatan Ketua Kampung di negeri Johor adalah sebanyak 670 orang. Jumlah perjawatan Ketua Kampung bagi seluruh daerah di negeri Johor adalah seperti berikut. Johor Bahru 45 orang, Muar 96, Batu Pahat 173, Segamat 59, Kluang 38,

Pontian 88, Kota Tinggi 50, Mersing 28, Tangkak 73, Kulai 20, menjadikan jumlah keseluruhannya 670.Untuk makluman Dewan yang mulia sebanyak 3 buah kampung telah dijumudkan atau dimansuhkan iaitu 2 buah kampung di Kota Tinggi dan 1 buah kampung lagi di Mersing. Kebiasaan dijumudkan ini kerana jumlah penduduk semasa telah menyosot daripada awalnya.

Pelantikan Ketua Kampung di negeri Johor telah bermula pada 16 Oktober 2018 yang lalu dan proses pelantikan masih diteruskan sehingga ini. Pelantikan Ketua Kampung ini dilaksanakan secara berperingkat mengikut prosedur yang digariskan dalam Pekeliling Am Kerajaan Johor Bilangan 3 Tahun 2018 yang berkuat kuasa sekarang ini. Bagi lantikan fasa pertama untuk jawatan Ketua Kampung seramai 546 calon Ketua Kampung yang telah diperakukan oleh Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar. Daripada jumlah ini seramai 15 calon Ketua Kampung telah menarik diri disebabkan pelbagai alasan seperti sakit, telah dilantik menjadi Ahli Majlis serta masalah komitmen keluarga dan juga pekerjaan.

Bagi fasa kedua seramai 81 orang lagi calon Ketua Kampung telah diperakukan oleh Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar dan sehingga ini seramai 612 orang Ketua Kampung telah dilantik dan diperakukan menjadikan dari segi peratusan 92%. Ketua Kampung telah diperakukan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Namun begitu masih terdapat jawatan Ketua Kampung yang perlu diiklankan semula atas pelbagai sebab misalnya calon yang berjaya menolak pelantikan sebagaimana saya sebut tadi, tiada calon yang sesuai atau calon yang didapati menghadiri temu duga tidak berkelayakan.

Proses iklan semula jawatan Ketua Kampung ini sedang berjalan meliputi berbaki sebanyak 55 Ketua Kampung di seluruh negeri Johor. Pelantikan setakat ini mengikut pecahan daerah Johor Bahru telah dibuat pelantikan 35, Muar telah dibuat pelantikan 96, Batu Pahat, 164; Segamat, 52; Kluang, 37; Pontian, 83; Kota Tinggi, 38; Mersing, 27; Tangkak, 63; Kulai, 17; Pengisian jawatan Ketua Kampung ini bagi setiap daerah di negeri Johor, insya-Allah dijangka selesai dilaksanakan sebelum hujung tahun ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, bagi jawatan Ketua Masyarakat sebanyak 123 jawatan Ketua Masyarakat Cina, India dan juga Sabah dan Sarawak. Daripada jumlah tersebut seramai 107 Ketua Masyarakat yang terdiri daripada 109 Ketua Masyarakat Cina, 9 Ketua Masyarakat India di seluruh negeri Johor telah dibuat pelantikan dan diperakukan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jumlah Ketua Masyarakat yang berbaki hanyalah 16 lagi perjawatan menjadikan pelantikan mewakili 87% daripada perjawatan Ketua Masyarakat yang ada. Sekian Tuan Speaker.

Speaker

Tanjung Surat.

Di kawasan saya ada 13 Ketua Kampung, 7 selesai tinggal 6, ada satu di kawasan Taman Bayu Damai ini dulu daripada 7 kampung, dalam 7 kampung tu cuma ada 3 Ketua Kampung asal. Sekarang dan pergi ke Taman Bayu Damai, 1 kampung telah dilantik Ketua Kampung iaitu Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang dan Kampung Jawa belum lagi dilantik. Saya nak tanya EXCO adakah nak di apa perkataan tadi, dijumudkan, disatukan atau bagaimana kes di Taman Bayu Damai kerana sekarang baru duduk sebagai taman, dulu kampung-kampung, 7 kampung berkeliaran ada 3 Ketua Kampung. Terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar · Kota Iskandar

Terima kasih di atas soalan tambahan daripada Tanjung Surat berkenaan dengan Ketua Kampung Bayu Damai yang asalnya terdapat 3 buah kampung dan saya tidak ada senarai nama kampung tersebut tetapi kita telah membuat adjustment Ketua Kampung ini insya-Allah saya akan beri keputusan adjustment itu secara bertulis kepada Yang Berhormat.

Speaker

Soalan seterusnya Yang Berhormat Perling, jemput.

Tuan Cheo Yee HowDAP · PHPerling

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 3.

Sejauh manakah kerajaan negeri serius untuk membangunkan industri ekonomi kreatif di Johor?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Sheikh ‘Umar Bagharib bin AliDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif · Paloh

Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Perling ke atas soalan yang dilontarkan. Yang Berhormat Tuan Speaker, selepas kerajaan baru terbentuk pada Pilihan Raya Ke-14 yang lalu, Johor merupakan negeri yang pertama yang mewujudkan Portfolio Ekonomi Kreatif. Dan ini merupakan penanda aras baru baik di peringkat negeri mahupun persekutuan yang mana langkah ini merupakan satu komitmen yang serius oleh kerajaan negeri Johor dalam mendepani cabaran baru dalam Revolusi Industri 4.0. Untuk makluman, langkah kedua yang akan dilaksanakan selepas ini ialah membuat satu kajian bagi mewujudkan satu Pelan Ekonomi Kreatif Negeri Johor. Satu kajian yang komprehensif mengenai latar dan potensi Ekonomi Kreatif Negeri Johor akan diterbitkan dalam bentuk Pelan Tindakan Ekonomi Kreatif Negeri dan setakat hari ini kita hanya bergantung kepada Dasar Industri Kreatif Negara yang telah dihasilkan di peringkat persekutuan. Namun demikian, dalam Dasar Industri Kreatif Negara ini tidak memiliki maklumat yang jelas mengenai situasi industri kreatif di peringkat negeri-negeri termasuklah di peringkat negeri Johor.

Oleh kerana itu, Dasar Kreatif Negara ini merupakan dokumen yang sifatnya nasional dan dasar ini melihat industri kreatif secara makro tanpa memberi penekanan kepada dimensi pemberdayaan komuniti yang lebih bersifat lokal ataupun setempat. Maka, menjadi hasrat blue print, dengan izin, yang akan diwujudkan ini, untuk membangunkan Pelan Tindakan Ekonomi Kreatif yang lebih inklusif dan memiliki dimensi pemberdayaan komuniti setempat seperti anak muda, wanita, orang asal dan sebagainya yang memberi penekanan kepada identiti bangsa Johor yang merupakan identiti rentas bagi seluruh warga Johor. So, ini bagi menjawab persoalan tadi dan seterusnya keseriusan kerajaan negeri juga melalui pelan tindakan yang dirancang ini akan meliputi warisan kebudayaan dan warisan yang jelas dan ketara tangible dan intangible, dengan izin, dan melihat potensinya dalam membangunkan ekonomi setempat melalui pelancongan kreatif, pengkomersilan produk, penjenamaan program dan sebagainya dalam konteks negeri Johor.

Pada masa yang sama juga, pelan tindakan ini akan memastikan satu model kerjasama yang berdaya maju antara komuniti, industri dan pihak kerajaan dapat diwujudkan bagi memastikan kelestarian pelan tindakan ini. Dengan ketiadaan data dan maklumat yang lengkap dan terkini mengenai industri kreatif di negeri Johor ini, maka usaha untuk membuat kajian yang telah saya nyatakan tadi amatlah diperlukan sebelum kerajaan negeri merancang dan melaksanakan agenda pembangunan ekonomi kreatif pada masa yang akan datang. Pelan tindakan ini mengandungi maklumat lengkap insya-Allah, mengenai ekosistem sedia ada di negeri Johor yang meliputi jumlah pemain industri kreatif baik yang aktif mahupun yang tidak aktif secara lengkap. Ia juga akan memberi gambaran jelas sektor-sektor yang telah wujud meliputi pelbagai bidang. Jadi pada dasarnya, dengan mewujudkan Pelan Ekonomi Kreatif Negeri Johor ini merupakan langkah pertama untuk menunjukkan keseriusan kerajaan negeri dalam membangunkan industri ekonomi kreatif di peringkat negeri Johor. Terima kasih.

Speaker

Ya, Perling, jemput.

Tuan Cheo Yee HowDAP · PHPerling

Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapannya dan syabas juga kepada kerajaan negeri kerana dapat menubuhkan portfolio yang baru ini khasnya untuk orang-orang tempatan dekat negeri Johor. Jadi, soalan saya begini, adakah kerajaan negeri Johor akan mengambil kira penglibatan agensi-agensi luar dalam membantu membangunkan industri ini? Itu sahaja, sekian, terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Sheikh ‘Umar Bagharib bin AliDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif · Paloh

Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Perling atas soalan tambahan. Untuk persoalan yang dibangkitkan sebenarnya di peringkat dasarnya untuk kerajaan negeri Johor khususnya dalam pembangunan ekonomi kreatif di peringkat negeri, pihak kerajaan melihat bahawa di peringkat pertama sekali untuk mewujudkan Pelan Ekonomi Kreatif Negeri Johor pun sebenarnya dia memakan masa dan juga komitmen yang tinggi. Justeru, ada beberapa cara untuk memintas perkara ini supaya kerajaan negeri boleh bergerak lebih cepat dalam membangunkan ekonomi kreatif negeri Johor iaitu dengan mengambil kira agensi-agensi baik swasta ataupun awam yang telah sedia ada wujud menjalankan pendokumentasian, kajian dan penyelidikan tentang ekonomi kreatif negeri Johor. Kalau boleh saya sebutkan dalam Dewan ini, antara agensi-agensi atau pakar-pakar yang telah pun membangunkan kajian ataupun menghasilkan satu cetak biru

atau blue print dengan izin, berkaitan ekonomi kreatif di peringkat persekutuan antaranya ialah Think City yang telah banyak membuat kajian dan Think City juga merupakan anchor, dengan izin, kepada pembangunan George Town di Pulau Pinang sehinggalah George Town telah diangkat dari aspek heritage di peringkat UNISCO. So, Think City ini adalah salah satu agensi yang akan kita dekati untuk sama-sama membangunkan Pelan Ekonomi Kreatif Negeri Johor dan sebenarnya dalam satu atau dua bulan mutakhir ini telah pun peringkat kerajaan negeri engaged dengan izin, dengan Think City.

Yang kedua, antaranya adalah Cultural Economy Development Agency ataupun singkatannya CENDANA. CENDANA ini kita telah pergi mengunjungi rasmi ke pejabat CENDANA dan juga CENDANA telah datang ke negeri Johor untuk melihat apakah perkara-perkara yang boleh dikongsi dan boleh dibantu untuk membangunkan ekonomi kreatif negeri Johor. Selain itu, secara kita sedar ataupun tidak sedar, sebenarnya Filem Nasional ataupun FINAS dan juga Balai Seni Negara juga sebenarnya antara entiti-entiti yang terlibat dalam pembangunan industri kreatif di peringkat nasional. So, dengan adanya agensi-agensi yang telah saya nyatakan sebentar tadi diharap dapat menjawab persoalan Yang Berhormat Perling, berkaitan adakah kerajaan negeri akan engaged dengan izin, dengan agensi-agensi luar untuk membangunkan ekonomi kreatif negeri Johor, so pastilah jawapannya, ya, sepertimana yang telah saya sebutkan tadi. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, Yang Berhormat Mahkota, jemput.

Tuan Muhamad Said bin JonitAMANAH · PHMahkota

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 4.

Apakah perancangan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah tanah-tanah wakaf yang terbiar dan tidak digunakan?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan · Parit Yaani

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam harapan. Terima kasih kepada Tuan Speaker. Menjawab soalan daripada Mahkota, pembangunan tanah wakaf tertakluk kepada hujah ataupun tujuan sesuatu wakaf tersebut. Kebanyakan wakaf adalah dalam bentuk wakaf khas seperti tapak masjid, surau, perkuburan, atau sekolah agama. Sekiranya sesuatu tapak itu masih kosong ianya tidak bermakna tidak dibangunkan tetapi masih menunggu masa yang bersesuaian atau masih belum mempunyai peruntukan untuk dibangunkan dengan pembinaan seperti yang dinyatakan pada hajat ataupun hujah wakaf yang tersebut.

Majlis Agama Islam Negeri Johor melalui kelulusan fatwa boleh membenarkan penggunaan tapak wakaf khas untuk dibangunkan dengan pembangunan sementara. Seperti tanaman kontan, dan ternakan sekiranya ia masih belum digunakan. Bagi tapak wakaf am yang berpotensi, Majlis Agama Islam Johor akan membangunkan dengan projek ekonomi mengikut kesesuaian. Sekian, terima kasih.

Speaker

Jemput Mahkota, soalan tambahan.

Tuan Muhamad Said bin JonitAMANAH · PHMahkota

Sekarang kita banyak masalah tentang isu perumahan dari kalangan B40, bolehkah kita gunakan tanah wakaf yang terbiar yang tak digunakan, kita gunakan untuk pembangunan perumahan untuk kalangan B40 ini?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan · Parit Yaani

Untuk makluman Dewan yang mulia dan menjawab soalan tambahan daripada Mahkota. Negeri Johor masih belum ada pembangunan tanah wakaf yang khusus dibangunkan untuk membuat perumahan mampu milik B40. Kerajaan negeri perlu memperhalusi beberapa perkara dan isu yang sering dibangkitkan ialah pemilikan hak milik tanah wakaf kepada pembeli rumah. Terdapat beberapa kaedah bagi menjayakan pemilikan ini antaranya melalui kaedah, pertama, Isti’bal yakni menggantikan tanah wakaf yang ingin digantikan digunakan dengan tanah lain yang sama nilai atau dalam bentuk nilaian semasa. Kaedah kedua melalui pemilikan diberi secara pajakan atau leasehold kepada pembeli bukan status pemilikan kekal. Jika pembangunan rumah dibuat secara bertingkat dan pembeli diberi hak pemilikan strata sahaja, ia masih tidak mengganggu gugat status wakaf tanah berkenaan, bagi memastikan status wakaf masih tetap berkekalan. Sekiranya kerajaan negeri ingin membuat satu dasar yang baru berkaitan dengan pembangunan khusus untuk B40, untuk tanah wakaf untuk membangunkan rumah,

maka Jawatankuasa Fatwa Negeri melalui Mufti dan Majlis Agama Islam Johor perlu bersidang untuk buat keputusan. Jika sekiranya persetujuan dan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar diperolehi maka kerajaan negeri Johor tiada halangan untuk melaksanakan saranan dan juga cadangan daripada YB Mahkota. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, jemput Kemelah.

Yang Berhormat Tuan Speaker soalan nombor 5.

Apakah usaha secara intensif yang bakal di laksana bagi memastikan kawasan utara Johor menjadi kawasan penternakan lembu yang besar di rantau ini?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Dr. Sahruddin bin JamalBERSATU · PNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian · Bukit Kepong

Terima kasih Tuan Speaker, bismillahirrahmanirrahim. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor telah merangka strategi secara holistik dan intensif bagi membangunkan industri penternakan lembu di negeri Johor. Perancangan ini bagi meningkatkan populasi lembu pada masa kini sebanyak 92,000 ekor pada tahun 2018 kepada 100,203 ekor dalam tahun 2025 dengan kenaikan sebanyak 10%. Kawasan utara Johor merujuk kepada daerah Muar, Tangkak dan Segamat, ketiga-tiga daerah ini menyumbang sebanyak 31,450 ekor lembu iaitu 34% berbanding dengan jumlah keseluruhan populasi negeri Johor ini. Penternakan lembu secara integrasi juga akan dipertingkatkan di mana ia menyumbang 60% pengeluaran lembu negeri Johor. Pihak Jabatan mengambil beberapa langkah dan usaha intensif bagi membangunkan lembu di kawasan utara Johor dengan beberapa kaedah berikut.

Daerah Segamat telah difokuskan sebagai hab pembangunan pertanian yang merangkumi penekanan dalam bidang pertanian, penternakan dan perikanan. Ini bermaksud setiap tahun akan ada bajet khas bagi membangunkan industri penternakan lembu. Pihak jabatan telah mengenal pasti kawasan industri perladangan secara integrasi dengan menggalakkan dan menggiatkan penglibatan pihak swasta dalam menjayakan industri penternak lembu negeri Johor.

Pihak Jabatan telah membangunkan pusat Agro Vet bagi mewujudkan rantaian pemasaran pusat pengumpulan, lelongan dan penjualan ternakan antara penternak dan pemborong. Meningkatkan penternakan lembu feedlot dengan kerjasama pihak persekutuan, menggunakan kandang-kadang ladang satelit secara intensif dengan pengisian penuh sebanyak 17 unit kandang lembu. Ladang satelit di negeri Muar, Segamat akan meningkatkan jumlah penternakan lembu di negeri Johor, di mana kapasiti bagi satu kandang setahun 600 ekor. Oleh itu, penggunaan penuh ladang satelit akan menghasilkan 10,200 ekor setahun.

Pihak Jabatan berusaha meningkatkan kemahiran dalam aspek penyampaian teknologi secara berkesan melalui pengembangan veterinar yang lebih tersusun dan sistematik. Ini dibuktikan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor telah menjadi juara keseluruhan bagi program pengembangan veterinar peringkat kebangsaan. Kejayaan ini akan diterapkan untuk membangunkan minda pengusaha kepada penternakan yang berdaya saing dan berdaya maju. Sekian, terima kasih.

Speaker

Kemelah, dijemput.

Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih kepada YB EXCO yang telah menjawab. Soalan tambahan saya, sepertimana kita ketahui di Labis, terdapat Pusat Ternakan Lembu Satelit NFC yang telah lama terbiar. Jadi saya ingin mengetahui apakah status Pusat Ternakan Lembut Satelit NFC tersebut dan apakah perancangan kerajaan negeri jika ada terhadap pusat tersebut. Terima kasih.

Speaker

Dijemput YB EXCO.

Tuan Dr. Sahruddin bin JamalBERSATU · PNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian · Bukit Kepong

Terima kasih Tuan Speaker. NFC telah tidak digunakan. Kita menggunakan Ladang Satelit Negeri Johor. Ok, untuk pengetahuan semua, di Johor terdapat 21 ladang satelit dan pihak pusat persekutuan secara berperingkat akan mengisi kesemua 21 ladang satelit yang ada di Negeri Johor. Bagi daerah Segamat, terdapat 5 ladang satelit di TKPM Kota Temalik dan 3 ladang satelit di TKPM Bangas, di

mana pihak veterinar telah memilih beberapa company atau pun syarikat swasta untuk mengisi kekosongan di ladang-ladang satelit tersebut. Telah ada 5 pengusaha yang mengisi di sebahagian ladang satelit yang ada di Segamat, di mana pengusaha yang dikenal pasti diberi sebanyak 20 ekar didirikan kandang, pejabat, waterpump, dia dapat 20 ekar, lepas itu 18 ekar lagi di tanam dengan rumpur, di mana kesemuanya peruntukan daripada persekutuan. Sekian, terima kasih.

Speaker

YB Machap, jemput.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya ingin meminta penjelasan pada EXCO, sejauh mana kejayaan pelaksanaan sistem bantuan yang diberikan kepada penternak-penternak yang ingin memohon atau pun yang telah memohon bantuan membela kambing. Sebab satu masa dahulu dimaklumkan ada bantuan daripada pihak veterinar sebanyak 15 ekor kambing goa yang diberi.

Speaker

Ini lembu Yang Berhormat. Lembu punya kes ini.

Kambing tidak boleh?

Speaker

Kambing tidak masuk, lembu.

Dan …lembu, setakat mana dia punya kejayaan, kalau kata kambing tidak boleh. (Ketawa) Kejayaan bantuan lembu kepada penternak. Terima kasih.

Tuan Dr. Sahruddin bin JamalBERSATU · PNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian · Bukit Kepong

Terima kasih. Pihak veterinar sentiasa memantau dari semasa ke semasalah atas apa pun semua bantuan yang kita berikan. Dan biasanya pengusaha-pengusaha yang berjaya ini dia akan jumpa balik dengan veterinar. Jadi veterinar ada team khusus di mana bertujuan untuk memantau untuk pengusaha-pengusaha. Jadi data secara spesifik berapa yang telah berjaya, berapa yang tidak berjaya itu saya tidak ada, saya akan jawab secara bertulis, tapi Jabatan Veterinar akan sentiasa memantau dan memastikan setiap bantuan, setiap bantuan yang diberikan mencapai sasaran dialah. Sekian, terima kasih.

Speaker

YB Buluh Kasap.

Terima kasih YB Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO dalam penjelasan jawapan tadi dan saya ingin ucapkan terima kasih di atas usaha kerajaan negeri menjadikan wilayah utara Johor sebagai salah satu kawasan penternakan lembu yang besar di rantau ini. Dan jawapan EXCO sebentar tadi menyebutkan tentang penglibatan pihak swasta dalam membangunkan usaha ini. Jadi soalan tambahan saya, adakah ia juga memberikan peluang kepada pengusaha-pengusaha lembu secara individu dan jika ia, apakah syarat-syarat tertentu bagi pengusaha individu ini? Kerana apabila ia nak menjadikan kawasan wilayah utara Johor ini sebagai kawasan ternakan lembu yang besar di rantau ini, sudah pasti banyak pihak yang akan terlibat. Jadi apakah syarat bagi pengusaha secara individu? Terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Dr. Sahruddin bin JamalBERSATU · PNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian · Bukit Kepong

Pihak Jabatan Veterinar sentiasa mengusahakan, sentiasa menggalakkan kepada sesiapapun baik individu, baik koperasi, baik pengarah, apa, individu, koperasi ataupun syarikat-syarikat untuk mengusahakanlah semua tanah-tanah KPM ini. Syarat-syarat dia apa, syarat-syarat dia saya rasa tuan boleh rujuk ke Jabatan Veterinar, Insya-Allah Jabatan Veterinar akan cuba membantu apa permasalahan yang akan tuan-tuan hadapilah. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, Yang Berhormat Perling.

Tuan Cheo Yee HowDAP · PHPerling

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya, soalan nombor 6.

Nyatakan statistik kemasukan pelancong ke negeri Johor mengikut pecahan domestik dan antarabangsa, negara asal, daerah yang dikunjungi, tujuan lawatan dari tahun 2008-2018.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Cik Liow Cai TungDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan · Johor Jaya

Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih ADUN Perling. Kedudukan Negeri Johor yang sangat strategik iaitu terletak di bahagian paling selatan semenanjung Malaysia, dan berjiran pula dengan negeri Singapura telah menjadikan negeri ini sebagai salah satu pintu masuk utama pelawat atau pelancong antarabangsa ke Malaysia. Statistik jumlah kemasukan pelawat atau pelancong antarabangsa mengikut 10 buah negara utama bagi tahun 2010 hingga 2018 yang diperolehi dari Jabatan Imigresen Negeri Johor adalah sepertimana dalam lampiran A. Manakala jumlah pelancong domestik dan antarabangsa yang bermalam di negeri Johor berdasarkan data yang diperolehi dari Tourism Malaysia, melalui hotel survey, dengan izinnya, dari Januari hingga Jun 2018 adalah seperti berikut. Bagi Januari hingga Jun 2018, jumlah pelancong yang bermalam di negeri Johor adalah sebanyak 3,414,321 orang. Oleh sebab statistik yang panjang, statistik untuk tahun 2008 hingga ke tahun 2017 saya akan bagi ADUN Perling secara bertulis. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat 5 daerah utama yang sering dikunjungi oleh pelancong domestik dan antarabangsa di negeri Johor adalah seperti berikut. Pertama, daerah Johor Bahru, kedua daerah Kota Tinggi, ketiga daerah Mersing, kemudian daerah Pontian dan daerah Muar. Kerajaan negeri melalui Tourism Johor mendapati bahawa antara tujuan kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri Johor adalah percutian atau berehat, membeli belah dan hiburan, makanan, mendapatkan rawatan perubatan, menghadiri mesyuarat, seminar atau acara dan kemudian melawat rakan dan saudara.

Yang Berhormat Tuan Speaker, statistik jumlah kemasukan pelawat dan pelancong antarabangsa ke negeri Johor melalui 14 pintu masuk adalah seperti berikut. Bagi tahun 2018, jumlah pelawat atau pelancong antarabangsa yang masuk ke negeri Johor adalah seramai 7,523,580 orang dan antaranya Singapura mencatatkan jumlah kemasukan pelawat dan pelancong yang paling tinggi iaitu 5,601,944 orang. Kemudian adalah dari Indonesia iaitu 690,998 orang.

Speaker

Lepas itu dia balik tidak Yang Berhormat ni? Lepas dia melancong, dia balik negeri dia balik atau dia duduk sini terus?

Cik Liow Cai TungDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan · Johor Jaya

Ada yang datang dan bermalamlah. Terima kasih.

Speaker

Ok, Larkin jemput.

Tuan Mohd. Izhar bin AhmadBERSATU · PHLarkin

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Kita sedia maklum bahawa sektor pelancongan adalah salah satu sektor yang memacukan ekonomi negeri. Selain daripada itu juga, kita patut mesti ada kawalan bagi pelancong-pelancong yang melalukan jenayah, yang terlibat dengan jenayah dalam negeri yang mana kita dapati berlaku beberapa tangkapan. Jadi saya ingin tahu, apakah statistik-statistik kadar jenayah yang melibatkan pelancong antarabangsa. Terima kasih.

Speaker

Dijemput YB EXCO.

Cik Liow Cai TungDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan · Johor Jaya

Yang Berhormat Tuan Speaker. Pandangan saya, soalan ini telah lari daripada apa yang saya boleh bagi sebab jenayah ini terlibat dengan pihak PDRM. Saya tidak dapat menjawab soalan ini tapi saya akan mohon PDRM untuk bagi saya statistik dan kemudian bagi ADUN Larkin. Terima kasih.

Speaker

Ok Perling, jemput.

Tuan Cheo Yee HowDAP · PHPerling

Ok, memandangkan apa itu, Tuan Speaker pun tanya soalan bermalam, jadi kita nak tahu apakah usaha kerajaan negeri untuk mendapatkan statistik pelancong bermalam mengikut daerah-daerah dekat negeri Johor. Ini soalan tambahan saya.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Cik Liow Cai TungDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan · Johor Jaya

Yang Berhormat Tuan Speaker, memang adalah benar iaitu penting bagi kita mendapatkan statistik pelancong bermalam di negeri Johor. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, diseluruh negara Malaysia, terdapat kekurangan dasar iaitu di negeri masing-masing kita tidak mempunyai statistik mengikut daerah, melalui dasar yang sedia ada. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri Johor melalui mesyuarat Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor yang baru diadakan ini telah pun mengadakan

perbincangan dengan Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan dengan perkara ini. Tourism Johor akan menjalankan menjalin kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan juga Margate Tourism Malaysia bagi mendapatkan statistik pelancong bermalam mengikut daerah daripada pihak hotel dan di daerah masing-masing.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pihak saya dimaklumkan oleh pihak MBJB, pihak MBJB pun telah mengambil inisiatif di mana mereka sedang mengkaji untuk mendapatkan statistik dari hotel atau motel pada masa yang akan datang. Dalam masa yang sama, kerajaan negeri juga akan meneruskan usaha untuk mengadakan perbincangan dengan semua pemain industri melalui dialog pertemuan atau Mesyuarat Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor dan seterusnya untuk mendapatkan pandangan berkenaan dengan isu tersebut secara lebih holistik. Kerajaan negeri menyedari kepentingan statistik kehadiran pelancong negeri Johor mengikut daerah ini supaya kami dapat mengenal pasti potensi dan daya saing setiap daerah sebagai destinasi pelancongan. Sekian terima kasih.

Speaker

Jementah.

Tuan Tan Chen ChoonDAP · PHJementah

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Jementah menyambut usaha kerajaan negeri menubuhkan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor. Ini satu tindakan yang baik untuk mempertingkatkan lagi usaha kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan. Soalan saya ialah sama ada Majlis Tindakan Pelancongan ini akan ditubuhkan di setiap daerah atau dibahagikan kepada zon? Contohnya zon utara satu, kita ada satu pejabat, zon tengah kita ada dan zon selatan kita ada satu, supaya jalan kerja untuk koordinasi untuk membangunkan sektor pelancongan kita akan lebih baik lagi dalam usaha ini, dan saya mohon satu pencerahan.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Cik Liow Cai TungDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan · Johor Jaya

Terima kasih ADUN Jementah. Untuk makluman ADUN Jementah, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor ini adalah melibatkan semua PBT dan Pejabat Daerah di negeri Johor. So, pegawai dan juga pengarah semua yang terlibat dan mereka akan mengadakan, kami akan mengadakan mesyuarat pada masa dari masa ke masa. Selain itu, saya juga dapat feedback dengan izinnya, bahawa kekurangan penyelaras di setiap daerah. Dengan itu kami pun telah berbincang dalam Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor supaya pada masa yang akan datang, kami akan kaji sama ada kakitangan yang sedia ada sama ada dapat tidak kita meletakkan seorang pegawai atau penyelaras di setiap daerah. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya Yang Berhormat Tanjung Surat Jemput.

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 7.

Bilakah kerja-kerja menaikkan taraf dari 2 lorong kepada 4 lorong Lebuh raya Senai – Desaru dari Persimpangan Cahaya Baru ke Persimpangan Bandar Penawar akan dilaksanakan?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Mazlan bin BujangBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan · Puteri Wangsa

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera, salam harapan. Bismillahirahmanirahim, Yang Berhormat Tuan Speaker, sebenarnya lebuh raya ini di bawah tangungan kerajaan persekutuan dan kita di peringkat negeri untuk bantu untuk dari segi monitoring, dengan izin. Sebelum itu mengikut maklumat yang saya dapat kerajaan pusat yang lama telah pada bulan Disember 2017 Menteri Kerja Raya pada waktu itu telah mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM380 juta untuk kerja-kerja menaik taraf dan melebarkan Lebuh raya Senai – Desaru daripada 2 lorong kepada 4 lorong melibatkan jarak 26 kilometer bermula daripada persimpangan Cahaya Baru ke persimpangan Bandar Penawar.

Bagaimanapun satu kajian semula dilakukan oleh Kementerian Kewangan bersama Kementerian Kerja Raya pada bulan Julai 2018 untuk mengenal pasti senarai projek Kementerian Kerja Raya yang belum dikeluarkan surat setuju terima dan melakukan kajian untuk penjimatan. Hasil daripada sesi tersebut projek naik taraf pelebaran Lebuh raya Senai – Desaru ditangguhkan. Terima kasih.

Speaker

Tanjung Surat jemput, soalan tambahan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin tanya, kerana jalan ini ada pemegang konsesinya, jadi kalau kerajaan pusat yang mengeluarkan perbelanjaan untuk membuat jalan ini daripada 2, menaikkan taraf daripada 2 lorong kepada 4 lorong, yang collect tol nanti adalah pihak konsesi, jadi macam mana tu adakah kerajaan pusat belanja aje ataupun akan tuntut dengan pihak konsesi? Sekian.

Tuan Haji Mazlan bin BujangBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan · Puteri Wangsa

Terima kasih. Kalau ikut perjanjian awal antara E22 Senai – Desaru dengan kerajaan pusat, bahawa dia ada syarat-syarat dia, syarat-syarat matang tarikhnya adalah 2031, jadi 2031 syarikat tersebut kena diarahkan untuk buat atau bila nilai kekerapan kenderaan yang lalu mencapai angka 30,000 sehari dan keadaan sekarang ni lebih kurang dalam 14,000 lebih. Jadi kalau ikut perjanjian itu memang tidak. Namun begitu, kita tahu bahawa projek tersebut melibatkan hubungan menyokong pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu, PIPC, jadi kita pun ambil inisiatif kerajaan baru dan saya sendiri pun sudah buat pertemuan dengan Menteri Kerja Raya 2 bulan yang lalu di Kuala Lumpur, iaitu kita berhasrat untuk kita mengharapkan projek ini supaya diberi keutamaan. Tapi namun begitu, setakat senarai yang keluar tahun depan tidak ada dalam senarai keutamaan. Terima kasih.

Speaker

Tangkak.

Tuan Ee Chin LiDAP · PHTangkak

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat EXCO. Tuan Speaker, Tangkak ingin tanya apakah sebab kalau ada rekod YB EXCO apakah sebab apabila Lebuh raya Senai – Desaru ini dibuka pada tahun 2011, 7 tahun lepas apakah sebab sebenarnya terjadi, terdapat ada dua lorong saja di tengah-tengah highway ini dan kita boleh nampak sepanjang highway ini memang banyak jambatan termasuk jambatan yang kalau tidak silap paling panjang, cross apa tu Sungai Johor. Dan saya ingin tanya adakah disebabkan kekurangan dari segi kewangan pada masa itu atau ada sebab-sebab lain? Terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO. Dalam dunia ada ke highway 2 lorong ni?

Tuan Haji Mazlan bin BujangBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan · Puteri Wangsa

Yang Berhormat projek ini projek penswastaan. Bila penswastaan sudah tentu syarikat mengambil kira untung rugi. Kalau ikut dulu sebenarnya target utama adalah kita punya kawasan industri Pasir Gudang. Jadi kalau ikut kekerapan tu perkiraan dia untuk boleh membantu syarikat tersebut. Jadi bila ada perancangan baru dan saya pun tak boleh nak apa ni, bagi secara detail sebab saya tak pegang perjanjian kat saya dan saya akan cari maklumat yang lebih tepat dan saya akan bagi secara bertulis. Terima kasih.

Speaker

Tempat lain ada ke jalan 2 lorong ni, highway ni Yang Berhormat. Selain daripada negeri kita?

Tuan Haji Mazlan bin BujangBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan · Puteri Wangsa

Ini perkara yang lama-lamalah. (Dewan ketawa).

Speaker

Soalan seterusnya. Yang Berhormat Kahang jemput.

Soalan nombor 8.

Pembangunan Johor yang bersifat inklusif tidak seharusnya meminggirkan mana-mana golongan sasar. Adakah kerajaan negeri pada hari ini memberi fokus kepada pembangunan golongan Orang Asli dari segi ekonomi, taraf hidup dan pendidikan dan apa langkah yang telah diambil untuk memastikan perkara tersebut?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar · Kota Iskandar

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kahang di atas soalan yang dikemukakan tentang pembangunan ekonomi taraf hidup dan pendidikan masyarakat Orang Asli. Untuk makluman Dewan yang mulia, jumlah perkampungan Orang Asli di negeri Johor adalah sebanyak 60 buah kampung dan melibatkan 3,508 keluarga dengan jumlah keseluruhan penduduk seramai 14,619

orang. Pecahan suku kaum masyarakat Orang Asli di negeri Johor adalah melibatkan suku kaum Jakun, Kuala, Seletar, Kanak, Temuan dan lain-lain suku kaum.

Mereka juga menganut pelbagai agama iaitu Islam, Animisme, Kristian dan juga Buddha. Antara kemudahan-kemudahan asas yang telah ada di perkampungan Orang Asli termasuklah Tabika, bekalan elektrik TNB, bekalan api, bekalan air SAJ, balai rawatan transit kesihatan, rumah penggerak Jabatan Agama Islam Johor, sekolah agama, jeti nelayan, jalan tar di dalam kampung dan juga jalan tar menuju ke perkampungan, rumah PPRT, surau dan juga balai raya.

Peruntukan pembangunan bagi perkampungan Orang Asli di Johor dalam tahun 2018 adalah RM1.755 juta yang meliputi program infrastruktur, program ekonomi, program usahawan, PPRT bina baru dan baik pulih dan program peningkatan pendapatan. Peruntukan ini adalah daripada Jabatan Kebajikan Orang Asli ringkasnya JKOA dan sekarang ini dipindahkan daripada Kementerian Luar Bandar kepada Jabatan Perdana Menteri dan juga peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Untuk makluman Dewan yang mulia, antara bantuan sedia ada daripada kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli ataupun JKOA dan lain-lain agensi adalah seperti berikut. Pertama, bantuan pendidikan di bawah skim bantuan galakan pendidikan. Kedua, pengangkutan percuma pergi dan balik ke sekolah, ketiga, bantuan kewangan saku sekolah menengah sehari RM2.00 mengikut kehadiran. Bantuan biasiswa pelajar orang Asli yang melanjutkan pelajaran ke IPTA, bantuan bimbingan usahawan yang layak, program latihan kemahiran kerjaya ringkasnya PLKK, kursus dan latihan percuma serta peluang pekerjaan setelah tamat kursus, bantuan sara hidup nelayan, bantuan sara hidup JKM, Jabatan kebajikan Masyarakat, peluang pekerjaan kepada belia dan beliawanis orang Asli di bawah pelabuhan Tanjung Pelepas, bantuan rawatan percuma hospital klinik kerajaan.

Untuk makluman, kerajaan negeri Johor telah menyalurkan peruntukan-peruntukan kepada masyarakat Orang Asli sebagaimana berikut. Tahun 2015 sebanyak RM100.000.00; tahun 2016 RM100,000.00 tahun 2017 RM150,000.00. Bagi tahun 2015, 2016 dan 2017 antara aktiviti dan program yang telah dilaksanakan adalah program Masyarakat Orang Asli bersama agensi dan jabatan kerajaan. Program Pendidikan Bersama Komuniti Orang Asli yang melibatkan pelajar orang Asli, belia dan beliawanis serta kanak-kanak orang Asli, lawatan sambil belajar Tok-Tok Batin dan Majlis Perundingan Pengurusan Komuniti Kampung Orang Asli ke Sarawak dan program-program kemasyarakatan dan ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli di semua peringkat daerah masyarakat Orang Asli negeri Johor bersama kerajaan negeri Johor.

Di antara program bersama perkampungan Orang Asli dengan kerajaan negeri dalam tahun 2018 pula adalah, pertama, Projek Ekonomi Rakyat, ringkasnya ERA melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim YPK. Kedua, Projek Fertigasi Cili melibatkan kampung Orang Asli melibatkan Kampung Dalam Parit Sulung Batu Pahat. Ketiga, Projek Lembah Kelulut melibatkan Kampung Orang Asli Puting di Segamat, Kampung Asli Sayong Pinang di Kota Tinggi dan Kampung Orang Asli Searak Api di Muar dan Kampung Orang Asli Pengkalan Tereh di Kluang.

Untuk makluman projek-projek ini mampu untuk meningkatkan taraf hidup dan pendapatan masyarakat Orang Asli. Selain itu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA)turut mengambil berat akan keperluan dan taraf hidup masyarakat Orang Asli pada tahun ini juga JKOA telah memperuntukkan sebanyak RM130,000.00 di bawah program bimbingan usahawan melalui skop bantuan penyediaan peralatan perniagaan, penyediaan premis atau bangunan perniagaan dan strategi perniagaan. Melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar, usahawan-usahawan Orang Asli akan mengikuti kursus-kursus seperti pengendalian koperasi, kursus program inap desa, ekonomi pelancongan di sepanjang tahun 2018.

Untuk makluman juga, di bidang pendidikan JKOA telah mengadakan program-program kecemerlangan pendidikan kepada pelajar Orang Asli yang mengambil peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan juga Tuisyen Rakyat melibatkan peruntukan sebanyak RM90,000.00. Sekian, Tuan Speaker.

Speaker

Jemput Kahang.

Yang Berhormat Speaker,soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat EXCO dengan soalan yang memang complete saya rasa. Kalau kita lihat Yang Berhormat EXCO ada menyebut pasal JKOA. JKOA ini adalah agensi yang menjaga hal

ehwal masyarakat Orang Asli yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan. Dan seperti mana yang dinyatakan tadi di Johor ada 60 perkampungan Orang Asli. Jadi secara spesifik, kalau kita lihat saya ingin tahu apakah sebenarnya usaha kerajaan negeri supaya program-program yang dibuat di peringkat kerajaan negeri itu sendiri sampai ke semua 60 perkampungan Orang Asli. Saya percaya di peringkat kerajaan negeri kita tak ada satu agensi yang menjaga hal ehwal masyarakat Orang Asli dan mengharapkan JKOA yang sering kali kita juga mendapat tahu JKOA ni kekurangan staf, pegawai dan sebagainya.

Dan impak-impak program-program JKOA di peringkat persekutuan pun kadang-kadang jarang sampai di perkampungan Orang Asli. Jadi saya harap kerajaan negeri akan beri fokus supaya program-program yang dibuat di peringkat negeri mesti ada acuannya tersendiri kerana program yang dibentuk untuk Orang Asli tidak boleh sama dengan kaum-kaum yang lain.

Speaker

Soalan Yang Berhormat, soalan.

Jadi saya nak tahu apakah usaha sama ada kerajaan negeri bercadang untuk menubuhkan satu unit khas untuk masyarakat Orang Asli, supaya program-program kerajaan negeri untuk Orang Asli akan sampai terus kepada mereka tanpa mengharapkan JKOA saja untuk memainkan peranan tersebut.

Speaker

Ok jemput YB EXCO.

Tuan Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar · Kota Iskandar

Terima kasih Yang Berhormat Kahang di atas soalan tambahan. Sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa JKOA di bawah kerajaan persekutuan, federal agency dan sebahagian besar peruntukan adalah datangnya daripada JKOA ataupun Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Apa yang kita buat kita di peringkat kerajaan negeri adalah kita bekerjasama dengan agensi daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan juga JKOA untuk menyelaras khususnya tentang pembangunan infrastruktur dan juga kemudahan asas yang banyak melibatkan bidang kuasa kerajaan negeri. Dari segi peruntukan memang saya akui sebahagian besar peruntukan adalah daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan juga JKOA iaitu daripada persekutuan.

Saya tidak pasti kalau dahulu peruntukan jabatan atau peruntukan masyarakat Orang Asli tak sampai ke kampung tu, saya tak pasti sebab apa, tetapi di bawah kerajaan Pakatan Harapan, insya-Allah kita akan pastikan bahawa setiap peruntukan yang di khusus kepada pembangunan masyarakat Orang Asli sama ada daripada agensi persekutuan mahupun daripada kerajaan negeri kita akan pastikan sampai kepada kampung berkenaan seperti yang telah kita usahakan kerajaan negeri contohnya pembangunan perkampungan Orang Asli di Sedohok yang selama ini mereka tidak ada bekalan air dan alhamdulillah kita telah pun berunding dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan mereka pun telah meluluskan peruntukan dan insya-Allah, kerja-kerja membekalkan air bersih ke Kampung Sedohok di Kluang akan dapat dilaksanakan dalam masa yang terdekat. Cadangan untuk mengadakan unit khas untuk pembangunan Orang Asli di peringkat negeri Johor satu cadangan baik dan insya-Allah kalau diluluskan di peringkat kerajaan negeri saya akan jemput YB Kahang untuk turut serta.

Speaker

Soalan seterusnya, Yang Berhormat Semarang, jemput.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, Tuan Speaker. Soalan saya soalan nombor 9.

Bagaimanakah prestasi serta jumlah kutipan zakat dan perbelanjaannya di negeri Johor sehingga kini dan unjurannya sehingga penghujung 2018?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan · Parit Yaani

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam harapan. Terima kasih Tuan Speaker. Untuk menjawab soalan yang dikemukakan daripada Semarang Majlis Agama Islam Negeri Johor mensasarkan pungutan zakat sebanyak RM270 juta bagi tahun 2018. Pencapaian kutipan zakat sehingga 31 Oktober 2018 ialah sebanyak RM214,734,952.21 yang meliputi zakat harta sebanyak RM199,671,015.21, manakala zakat fitrah sebanyak RM15,063,937.00. Sekian, terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat, YB-YB kita semua ini bayar zakat? Jemput.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan tambahan saya, sehingga kini dilihat ada penurunan pungutan daripada RM270 juta yang dianggarkan sehingga hujung tahun ini kerana sekarang ini hanyalah RM214 juta, mudah-mudahan ia akan mencapai RM270 juta. Soalan tambahan saya adalah, berapakah unjuran penggunaannya sepertimana dalam soalan saya dan juga pada setiap tahun berapa peratuskah daripada jumlah pungutan tersebut yang digunakan dan apakah program ataupun pembaharuan untuk menambah kelancaran ataupun kelicinan proses pemberian bantuan daripada Majlis Agama Islam. Terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan · Parit Yaani

Terima kasih kepada Semarang. Perbelanjaan yang dibuat berdasarkan kepada yang telah diagihkan iaitu fakir miskin, RM35,892,307.50; miskin, RM71,814,087.56; amil, RM20,636,122.00; mualaf, RM14,123,159.00; gharim, RM1,395,890.00; ibnu sabil, RM452,553.00; fisabilillah RM52,006,865.00; di mana jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan ataupun diagihkan sehingga 31 Oktober 2018 adalah sebanyak RM196,320,987.00. Di mana, agihan-agihan ini selain daripada secara detail nya termasuklah bagaimana diberikan sebahagian daripadanya adalah bentuk bantuan sara hidup bulanan iaitu seramai 15,561 asnaf fakir dan miskin seluruh negeri Johor menerima bantuan anggaran RM65 juta setahun. Bantuan perubatan, di bawah skim bantuan rawatan buah pinggang, seramai 4,143 orang, iaitu pesakit buah pinggang menerima bantuan rawatan hemodialisis dengan perbelanjaan RM51 juta setahun. Juga bantuan pelbagai rawatan yang lain sebanyak RM19 juta dibelanjakan kepada lebih 3,000 pesakit yang ditanggung oleh wang zakat setiap tahun. Terima kasih.

Speaker

Pulai Sebatang, jemput.

Tuan Muhammad Taqiuddin bin ChemanAMANAH · PHPulai Sebatang

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, soalan tambahan saya, dalam pecahan jumlah kutipan zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor, boleh saya dapatkan berapakah peruntukan yang MAIJ belanjakan untuk pendidikan anak-anak asnaf ini? Sekian.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan · Parit Yaani

Terima kasih kepada Pulai Sebatang. Majlis Agama Islam juga tidak mengabaikan pendidikan anak-anak asnaf sepertimana yang kita sedia maklum, anak-anak ini memerlukan bantuan daripada banyak pihak. Jadi, Majlis Agama Islam mengambil tanggungjawab utama untuk memastikan bahawa anak-anak ini mendapat pendidikan dan juga kesempurnaan dalam masa berurusan ke sekolah dan sama ada pakaian dan juga yuran sekolah. Di mana peruntukan telah dibuat sebanyak RM17.2 juta setahun untuk bantuan pendidikan meliputi RM1.2 juta adalah yuran sekolah, RM5 juta bantuan pakaian seragam, RM3 juta bantuan pendaftaran IPT, Institusi Pengajian Tinggi, derma siswa pelajar luar negara RM2 juta, pinjaman pendidikan pelajar perubatan di Timur Tengah khususnya, iaitu RM5.7 juta dan sumbangan pelajaran secara umum sebanyak RM300,000.00. Kesemua yang dilaksanakan ini adalah daripada peruntukan wang zakat dan program-program seumpama ini tidak akan dapat dicapai sekiranya sasaran kutipan zakat, jauh di bawah. Jadi, mudah-mudahan dengan pembentangan pada pagi ini masyarakat kita orang Islam berlumba-lumba untuk membayar zakat di Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Speaker

Ya, Sedili, jemput.

Soalan tambahan saya, Tuan Speaker, saya difahamkan tadi pihak EXCO pungutan hasil zakat satu tahun lebih kurang RM200 juta lebih dan perbelanjaan lebih kurang RM100 juta lebih. Saya nak tanya, berapakah lebihan pungutan wang zakat yang di kumpul pada setiap tahun sehingga akhir tahun ini? Terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan · Parit Yaani

Untuk makluman sidang Dewan yang mulia, soalan daripada Sedili bahawa kutipan zakat dan perbelanjaan sebenarnya tidak pernah mencukupi untuk dibelanjakan. Kerajaan negeri membantu sedikit untuk urusan pengurusan ataupun untuk urusan perbelanjaan yang berkaitan. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, jemput Yang Berhormat Senai.

Tuan Tee Boon TsongDAP · PHSenai

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 10.

Apakah rancangan PBT untuk menyelesaikan masalah hostel pekerja warga asing?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi · Skudai

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, kerana memberi peluang kedua untuk saya menjawab pada hari ini. Dan terima kasih kepada ADUN Senai atas soalan yang ditimbulkan. Yang Berhormat Tuan Speaker, garis panduan dan piawaian perancangan pekerja asing telah disediakan oleh PLAN Malaysia Negeri Johor dan telah dipertimbangkan untuk diguna pakai pada 21 Julai tahun 2008 oleh Jawatankuasa Perancang Negeri, Bilangan 1/2008. Pemakaian garis panduan ini adalah untuk mewujudkan garis panduan seragam bagi penempatan warga asing secara kekal, berpusat dan terancang di semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di dalam Iskandar Malaysia. Garis panduan ini adalah untuk sebagai panduan kepada Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Pihak Berkuasa Iskandar Malaysia, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, pemaju dan pihak pengurusan dalam merancang pemajuan dan pelaksanaan pembangunan penempatan pekerja asing. Penempatan pekerja asing yang dibenarkan di dalam garis panduan tersebut adalah hostel atau dormitory dan apartment dengan kriteria pemilikan tapak tidak dibenarkan di kawasan perumahan. Selain itu, kepadatan yang dibenarkan bagi sesebuah penempatan pekerja asing hendaklah tidak melebihi 5,000 orang warga asing.

Yang Berhormat Tuan Speaker, masalah kekurangan asrama pekerja asing perlu ditangani bersama oleh semua pihak yang berkaitan agar tidak menimbulkan kacau ganggu kepada masyarakat dan memberi gambaran negatif kepada imej negara kita. Di peringkat PBT, penyediaan asrama pekerja asing yang mencukupi merupakan salah satu agenda utama untuk dilaksanakan bagi menjaga kesejahteraan dan keselamatan pekerja asing. Bagi menyokong komitmen tersebut, mengambil contoh, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah menyediakan Rancangan Kawasan Khas, RKK Perindustrian MBJB yang mengambil kira 38 kawasan perindustrian dalam pentadbiran MBJB dengan keluasan kira-kira 10,730 ekar. Dalam kajian RKK ini, telah dicadangkan lokasi pembinaan asrama pekerja asing di kawasan perindustrian berskala besar seperti di Kawasan Perindustrian Tebrau 4, Desa Cemerlang, Tampoi, Maju Jaya dan Plentong. Berdasarkan statistik terkini, terdapat 6 asrama pekerja asing telah beroperasi dan 3 buah lagi telah diluluskan dan akan dibangunkan dalam masa terdekat.

Selain itu, pihak Majlis juga mensyaratkan, dalam kebenaran merancang, KM, agar pemaju menyediakan asrama pekerja asing bagi pembangunan kawasan perindustrian baru, keluasannya melebihi 20 ekar. Seterusnya bagi kawasan perindustrian yang lama dan telah beroperasi, pihak swasta digalakkan membina asrama pekerja asing secara berpusat bagi disewa kepada pengusaha-pengusaha kilang-kilang yang mempunyai pekerja asing. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya, Senai. Jemput Mengkibol

Tuan Chew Chong SinDAP · PHMengkibol

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih YB EXCO. Bolehkah saya tambah, soalan tambahan saya, apakah langkah-langkah kerajaan atau PBT untuk mengurangkan beban pengusaha ladang memandangkan sekarang keadaan ekonomi yang kurang bagus dan harga kelapa sawit, getah yang jatuh. Contohnya, kalau satu ladang mereka mempunyai pekerja asing 35 orang, kalau mereka bina satu asrama mengikut satu contoh asrama akan gunakan kos sebanyak RM750,000.00. Maksudnya setiap pekerja asing, kosnya untuk asrama adalah lebih kurang RM21,000.00. Apakah langkah-langkah ataupun seperti contoh dalam senarai semak penginapan pekerja asing item pertama ialah CF daripada PBT, adakah kemungkinan bagi PBT melonggarkan syarat-syarat demi mengurangkan beban pengusaha ini? Terima kasih.

Speaker

Jemput EXCO.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi · Skudai

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat Mengkibol yang menimbulkan masalah ini. Sebenarnya isu ini saya lihat latar belakang isu ini akan ditimbulkan adalah berkaitan dengan isu-isu di mana ada banyak ramai buruh asing yang bekerja di dalam bidang perindustrian yang telah

mewujudkan satu masalah, permasalahan di kawasan bandar sebagai salah satu proses urbanisasi di mana kewujudan komuniti atau penempatan buruh-buruh asing ini di dalam taman-taman perumahan telah menimbulkan kerisauan atau kegusaran di masyarakat setempat. Maka, saya lihat persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Mengkibol itu agak tidak selari dengan perbincangan pada hari ini. Yang mana, isu yang ditimbulkan adalah berkenaan dengan warga asing ataupun pekerja-pekerja warga asing di ladang yang melibatkan kebanyakannya bilangan yang tidak terlalu besar kalau kita lihat, kalau dibandingkan dengan warga-warga asing yang terlibat dalam sektor perindustrian. Ini yang pertama, yang kedua kebanyakan warga asing yang bekerja di dalam ladang ini mereka tinggal dalam ladang dan tidak menimbulkan masalah yang terlalu besar di dalam masyarakat setempat. Maka, saya lihat persoalan yang timbul itu agak lari sedikit daripada apa yang dibincangkan pada hari ini. Bagaimanapun, cadangan daripada Yang Berhormat Mengkibol berkenaan dengan kelonggaran dari syarat CCC, kerana syarat tidak boleh dilonggarkan, syarat perlu diperketatkan sebab itu ditetapkan untuk kepentingan bersama dan keselamatan penghuninya. Kalau dikatakan nak kurangkan beban, sepatutnya yuran bayaran yang dikenakan, yang itu boleh dipertimbangkan, tetapi syarat yang ditetapkan perlu diikuti.

Speaker

Larkin.

Tuan Mohd. Izhar bin AhmadBERSATU · PHLarkin

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan yang dibangkitkan di sini ialah apakah rancangan PBT untuk menyelesaikan masalah hostel pekerja asing, warga asing? Jadi adalah agak relevan soalan tadi yang dibangkitkan oleh Mengkibol. Yang lain, soalan saya, setiap hostel warga asing yang hendak dibina kan mesti ada satu garis panduan oleh yang ditetapkan oleh pihak PBT sama ada berapa jauh daripada kawasan perumahan dan berapa jauh hostel itu harus didirikan daripada kawasan perindustrian. Jadi saya nak tahu berapa jauh, parameter yang ditetapkan. Terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi · Skudai

Yang Berhormat Tuan Speaker, berkenaan dengan soalan yang ditimbulkan oleh Larkin, saya rasa apa yang lebih penting perbincangan pada hari ini adalah bagaimanakah kita pastikan bahawa kewujudan komuniti warga asing ini tidak menimbulkan kegusaran di masyarakat setempat. Maka, isu jarak sebenarnya dia tidak memberi kesan yang terlalu tinggi, yang penting bagaimanakah kita mengawal aktiviti buruh-buruh asing ini supaya perkara ini tidak menimbulkan masalah sosial di masyarakat setempat dan ianya sebenarnya untuk PBT, kita hanya dalam proses perancangan, kita boleh kenakan tetapkan satu syarat supaya ada asrama dan di situ lah ada satu tempat penginapan untuk warga-warga asing ini supaya mereka tidak perlu bercampur aduk ataupun pergi ke taman perumahan untuk menyewa rumah dan dijadikan asrama. Itu datangnya semangat di belakang dasar ini. Jadi saya rasa perkara ini boleh diambil kira.

Speaker

Soalan seterusnya, Yang Berhormat Mengkibol.

Tuan Chew Chong SinDAP · PHMengkibol

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 11.

Singapura sebagai negara jiran yang paling dekat dengan Johor, telah menarik 17 juta pelawat dalam tahun 2017. Sila nyatakan langkah-langkah untuk menggalakkan pelawat ini juga melawat negeri Johor.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Cik Liow Cai TungDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan · Johor Jaya

Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat ADUN Mengkibol, statistik jumlah kemasukan pelawat atau pelancong antarabangsa melalui pintu-pintu masuk negeri Johor bagi tempoh Januari hingga Jun 2018 yang diperolehi dari Jabatan Imigresen Negeri Johor mencatatkan peningkatan sebanyak 7.3% iaitu seramai 7.5 juta orang berbanding 7 juta orang pada tahun 2017. Daripada jumlah tersebut, pelawat atau pelancong dari negara Singapura mencatatkan kemasukan paling tinggi iaitu 5.6 juta orang mengikut negara, Indonesia seramai 690,000 dan negara China seramai 386,000 orang. Justeru itu, kerajaan negeri melalui pelbagai agensi secara berterusan mempertingkatkan usaha untuk menarik pelawat atau pelancong antarabangsa khususnya warga negara Singapura yang menggunakan pintu-pintu masuk negeri Johor untuk masuk ke Malaysia agar datang bermalam dan berbelanja di negeri ini. Antara negeri, antara langkah-langkah yang di ambil oleh kerajaan negeri adalah seperti berikut. Pertama, memperhebatkan kempen promosi dan pemasaran pelancongan negeri Johor melalui

penyertaan di dalam pameran-pameran pelancongan yang diadakan di Singapura. Untuk makluman, pada tahun ini kerajaan negeri telah menyertai pameran pelancongan Malaysia Truly Asia pada 24 hingga 26 Ogos 2018, Travel Malaysia pada 19 hingga 21 Oktober 2018 dan ITB Asia pada 17 hingga 19 Oktober 2018. Seterusnya memperbanyakkan penganjuran acara-acara pelancongan yang dapat menarik warga negara Singapura untuk datang atau menyertai acara berkenaan seperti Festival Layang-Layang Sedunia, Pasir Gudang, 113 di seluruh Malaysia, Triton Iskandar Puteri Challenge dan sebagainya. Ketiga, menganjurkan program lawatan pengenalan atau famtrip dengan izinnya kepada agensi pelancongan dan media Singapura.

Pada tahun ini, kerajaan negeri telah menganjurkan satu sesi lawatan pengenalan atau famtrip dengan izinnya kepada agensi pelancongan dan media Singapura iaitu pada 23 April 2018. Melalui program ini, para peserta diberi pendedahan serta di bawa melawat tempat-tempat tarikan pelancongan yang terdapat di sekitar bandar raya Johor Bahru. Dan kemudian mempelbagaikan produk pelancongan negeri Johor di mana sebagaimana yang kita sedia maklum, terdapat beberapa projek pembangunan berkaitan pelancong pada masa kini telah sedang dibangunkan di negeri Johor seperti projek pembangunan Desaru Coast. Kerajaan negeri melalui Tourism Johor akan mengadakan kerjasama dengan Tourism Malaysia di Singapura untuk memperhebatkan kempen pengiklanan dan promosi pelancongan negeri Johor khususnya di media massa Singapura dan kemudian membangunkan pakej-pakej pelancongan negeri Johor yang kreatif dan menarik untuk dipasarkan di negara Singapura. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya Mengkibol, soalan tambahan.

Tuan Chew Chong SinDAP · PHMengkibol

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat EXCO. Memandangkan statistik pertama, 17 juta pelawat ke Singapura, kerajaan Singapura sekarang rasa risau kerana Singapura tidak ada kapasiti yang cukup untuk pelawat atau pun pelancong. Statistik kedua yang diberikan oleh YB EXCO mengenai pelawat asing ke negeri Johor, nampaknya kita masih bergantung kepada pelawat dari Singapura dengan peratusan yang begitu tinggi. Jadi soalan tambahan saya, adakah mungkin kerajaan negeri mohon ataupun melaksanakan visa transit, visa transit sewaktu tiba? Maksudnya kalau 17 juta pelawat pergi ke Singapura, kalau kita memberikan visa transit, mereka mungkin boleh masuk ke Johor melalui CIQ ataupun Senai Airport, kalau kita boleh menarik 1% daripada 17 juta ini, mengikut kiraan saya GDP Johor mungkin boleh meningkat dengan sebanyak 0.153%. Kalau setiap pelawat belanja RM1,000 semasa persinggahan mereka di Johor. Terima kasih.

Speaker

Jemput EXCO.

Cik Liow Cai TungDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan · Johor Jaya

Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi soalan tambahan ADUN Mengkibol, pertama berkenaan dengan pelancong dari luar negara, selain dari negara Singapura, pihak Tourism Johor sedang berusaha atas direct flight yang sedia ada, iaitu mereka dari luar negara ke negeri Johor melalui Senai Airport, dan kami akan berusaha atas direct flight seperti ini dan memperkasakan lagi promosi di negara tersebut. Dan kemudian berkenaan dengan visa on arrival, atau visa transit ini, ini adalah bergantung atas Jabatan Imigresen Imigrasi Negara dan juga persekutuan. Walau bagaimanapun, saya telah pun berbincang dengan pihak MOTAC di persekutuan dan perbincangan antara Tourism Malaysia, antara MOTAC dan juga Jabatan Imigresen Negara masih dijalankan. Sekian, terima kasih.

Speaker

Sedili, jemput.

Yang Berhormat Speaker, soalan tambahan saya, saya yakin dan percaya dengan penambahan 7.3% dengan jumlah 7.5 juta pelancong daripada Singapura datang ke Malaysia, dia datang ke Johor ini untuk laluan sahaja. Saya yakin mereka pergi ke Melaka, pergi ke Kuala Lumpur, Genting Highland. Johor ini tempat laluan sahaja. Saya rasa, kerajaan Johor, EXCO Pelancongan buat satu, saya beri satu jalan sekurang-kurangnya dia mesti pergi ke check point. Semua pelancong nak datang nak pergi ke Kuala Lumpur dan sebagainya dia mesti satu singgah tempat, tempat itu sekurang-kurangnya kita dapat juga duit. Ini kita cuma nama sahaja, setiap tahun 7.5 juta, tahun depan 8 juta, kita cuma angka sahaja.

Speaker

Setakat lalu saja lah.

Setakat lalu saja. Kita kena cari jalan. Contohnya mesti sebelum nak pergi ke Melaka contohnya, dia mesti singgah kat Muar, ada check point. Untuk

kat situ dia kena berbelanja ataupun apa cara sekali pun untuk kerajaan Johor menambahkan pendapatan. Terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Cik Liow Cai TungDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan · Johor Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Tidak, tidak, saya setuju juga ada yang beranggap bahawa.

Speaker

Yang tidak itu apa? yang tidak itu? (Dewan ketawa).

Cik Liow Cai TungDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan · Johor Jaya

Saya setuju juga ada yang beranggap bahawa apabila pelawat atau pelancong dari Singapura itu hanya passed by negeri Johor iaitu ini adalah satu persepsi yang Tourism Johor dan saya sedang berusaha di mana kami, apa kami akan berusaha supaya dalam lima tahun ini negeri Johor boleh tukar persepsi ini dan menjadikan sebagai satu passed by state kepada satu must visit state di negeri Johor. Oleh sebab dengan itu, kami telah berusaha untuk mengenal pasti destinasi-destinasi pelancongan di 10 daerah di dalam negeri Johor. Apa yang saya sebut tadi juga antara usaha-usaha adalah dalam perbincangan, dalam Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor ini. Dengan ini, kami dapat mengenal pasti sama ada pelancong itu mereka melawat, kita dapat statistik di setiap daerah apabila mereka menginap di hotel dan motel tersebut. Sekian, terima kasih.

Speaker

Jam sudah pukul 11, saya kira kita tamatkan soalan-soalan ini. Sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum di jawab secara lisan, akan di jawab secara bertulis dalam Persidangan yang sama. Oleh kerana kita pada hari ini mahu selesai awal, so kita tiada rehatlah. Kita terus sahaja, sambung terus, kalau ada urusan nak keluar, boleh keluar sebentar, masuk balik.

Jurutulis

Soalan-soalan bertulis, jawapan kepada soalan-soalan bertulis oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat ada dibentangkan di atas meja mesyuarat.

Sambungan Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2019) Tahun 2018.Bill

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, perbahasan atas rundingan bagi bacaan kali yang ke-2 Enakmen Perbekalan (2019) Tahun 2018 di sambung sekarang. Di jemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar.

Tuan Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar · Kota Iskandar

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan doa) Yang Berhormat Tuan Speaker, bersempena dengan Sambutan Ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim yang ke-60 pada 22 November 2018 yang lalu, patik merafak sembah menjunjung setinggi kasih dan berdoa supaya Duli Yang Maha Mulia Tuanku dikurniakan dengan kesihatan dan mudah-mudahan dengan berkat kepimpinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, negeri Johor akan terus maju moden dan makmur serta rakyat bangsa Johor hidup bersatu-padu.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Osman Sapian, Menteri Besar Negeri Johor dan Dato Azmi Rohani Setiausaha Kerajaan Johor di atas kurniaan Darjah Mahkota Johor, Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Seri Paduka Johor daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Tahniah juga saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kerana telah berjaya membentangkan Belanjawan 2019 yang bertemakan “Menerajui Perubahan Menggalas Harapan Bangsa Johor Bestari”. Belanjawan yang berasaskan kepada 6 teras strategik merangkumi 28 sektor dan 207 titik fokus bersifat menyeluruh dan menyentuh semua aspek keutamaan, terutamanya kesejahteraan rakyat khusus dari segi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Teras ke 6 belanjawan menggariskan pembentukan urus tadbir cekap, berintegriti dan demokratik yang menjadi asas utama kepada pentadbiran kerajaan. Kerajaan yang hendak kita bentuk bukanlah sahaja cekap dalam aspek urus tadbir tetapi juga berintegriti atau beramanah, dengan kata lain kerajaan di bentuk adalah bebas dari rasuah, salah guna kuasa dan juga kleptokrasi. Itu sebabnya kita mengehadkan jawatan Menteri Besar kepada 2 penggal sahaja, melaksanakan proses pengisytiharan harta termasuk aku janji bebas rasuah dengan SPRM. Melaksanakan proses tender

terbuka kepada kerajaan negeri, GLC dengan izin, syarikat berkaitan kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, YB Benut selaku ketua pembangkang mengatakan Belanjawan 2019 adalah 87% cut and paste ataupun belanjawan 3R dengan izin reclaim, repeat dan rebranding. Suka saya mengingatkan Yang Berhormat -Yang Berhormat sebelah sana bahawa realitinya kerajaan yang diambil oleh Pakatan Harapan selepas PRU-14 adalah sebuah kerajaan telah berjalan atau berkuasa selama 61 tahun, sejak negara mencapai kemerdekaan. Dalam masa yang sama kerajaan Pakatan Harapan mengamalkan pendekatan terbuka terutama dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Di dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah,ayat 148 disebut ungkapan, (bacaan al-Quran), “Hendaklah kamu berlumba-lumba dalam membuat kebajikan”. Oleh itu, mana-mana inisiatif yang baik yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lepas akan diteruskan bahkan dibuat proses penambahbaikan, manakala mana-mana inisiatif yang tidak baik kepada rakyat terlibat dengan budaya rasuah serta salah guna kuasa yang dilaksanakan oleh kerajaan lepas akan dimansuhkan. Ini adalah naratif yang perlu kita fahami.

Hadis Rasulullahlah SAW yang bermaksud, “Kebijaksanaan ataupun hal hikmah adalah barang tercicir milik orang beriman, maka di mana sahaja dia mendapatinya dialah yang berhak memungutnya”. Maksudnya, Islam tidak melarang umatnya mengguna pakai ataupun mengadaptasi sesuatu yang baik walaupun ianya datang daripada bukan islam. Sayidina Umar Al-Khattab, khalifah Islam Ar-Rasyidin banyak melaksanakan pembaharuan dalam sistem pentadbiran kerajaannya, termasuk memperkenalkan sistem jabatan khusus untuk sesuatu tugas dan bidang kuasa yang di adaptasi daripada sistem pentadbiran yang dilaksanakan oleh kerajaan Parsi, yang merupakan kuasa besar politik pada masa tersebut bersama dengan kerajaan Rom.

Jadi Yang Berhormat-Yang Berhormat sebelah sana jangan rasa bimbang kerana setiap kebaikan yang kita laksanakan pasti akan diganjarkan dengan pahala oleh Allah SWT. Indang-indang padi di daik, padi bukit di tampi jua, kalau ada budi BN yang baik walaupun sedikit tetap dikenang jua. Yang Berhormat Tuan Speaker,

Speaker

Tak tepuk eh? Puji tu.

Tuan Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar · Kota Iskandar

Izinkan saya menyebut ungkapan Melayu sebagai wahana untuk peringatan kita bersama sebagai pemimpin terutama berkaitan dengan sahsiah yang sewajarnya dimiliki oleh mereka yang bergelar pemimpin. Memakai syarak’ lahir dan batin, imannya tebal adat pun kental, takwanya nampak ilmu pun banyak. Berdada lapang, berfikiran panjang, bermuka jernih, berlidah fasih. Berpendirian kukuh, berakal senonoh, berpijak tidak berkisar, bercakap tidak beralih, berani menahan uji, setia tahan dicuba, taatnya tahan dilipat, berbekal pada yang hak, duduknya pada yang elok, berbekal pada yang halal, berpetua pada yang berfaedah, berwasiat pada yang bermanfaat.

Speaker

Siapa tu Yang Berhormat?

Tuan Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar · Kota Iskandar

Secara umum Yang Berhormat Speaker, ciri yang seharusnya dimiliki oleh kita sebagai pemimpin. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menyentuh tentang pembangunan Perumahan Mampu Biaya Negeri Johor. Kerajaan perlu melakukan agenda mereformasi sektor perumahan bagi memastikan sasaran pembinaan 100,000 unit Rumah Mampu Biaya dapat di capai menjelang 2023. Saya menyedari sasaran pembinaan 100,000 unit Rumah Mampu Biaya ini bukanlah satu perkara yang mudah untuk dicapai, tetapi dalam masa yang sama bukanlah suatu yang mustahil untuk dicapai. Paling tidak kerajaan berani meletakkan sasaran ataupun goal dengan izin, untuk dicapai dan selepas itu kita berusaha sedapat mungkin atau sebaik mungkin untuk mencapainya.

Pakar motivasi sering menyebut dengan izin,goal is direction. Firman Allah SWT dalam surah Al-Imran ayat 150 menyebut (bacaan al-Quran),“Berazam dengan keputusan terbaik kemudian selebihnya kita bertawakal kepada Allah SWT di atas usaha yang kita lakukan”. Antara reformasi yang perlu dilakukan adalah dalam aspek penyediaan penawaran Rumah Mampu Biaya, sistem pengagihan, kemudahan pembiayaan dan pengurangan kos binaan. Dasar Perumahan Rakyat Johor, DPRJ sedia ada akan digubal, yang telah digubal pada 2012 bagi kawasan Iskandar Malaysia dan 2014 bagi kawasan di luar Iskandar Malaysia, terdapat banyak kelemahan yang boleh di manipulasi oleh pemaju perumahan yang tidak bertanggungjawab. Sebagai bukti sehingga kini sebagaimana saya telah sebut dalam Dewan mulia sebelum ini 134,195 unit rumah dahulunya

Rumah Mampu Milik sekarang dikenali sebagai Rumah Mampu Biaya yang tidak dibina oleh pihak pemaju perumahan.

YB Gambir ada membangkitkan antara isu cabaran dalam pembinaan Rumah Mampu Biaya adalah birokrasi kerajaan yang menyebabkan kelewatan dalam pembinaan Rumah Mampu Biaya. Dasar Perumahan Rakyat Johor 2.0 yang akan dikuatkuasakan awal tahun hadapan akan mengambil kira isu ini sama ada di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dan juga di peringkat SUKJ Bahagian Perumahan. Fungsi serta keberkesanan one stop agency dengan izin OCS sebagai pusat sehenti bagi kelulusan Kebenaran Merancang ataupun KM di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan akan dikaji semula serta dilakukan proses penambahbaikan.

YB Pemanis mencadangkan supaya kerajaan mendefinisikan semula peranan syarikat kerajaan ataupun GLC di samping memperkasakan penglibatan swasta secara aktif dalam konsep penswastaan dalam pembinaan Rumah Mampu Biaya. Sebagaimana yang telah saya jelaskan sebelum ini dalam 4 strategi menyediakan penawaran Rumah Mampu Biaya yang mencukupi adalah strategi pengambilan balik tanah-tanah yang kemudiannya dimajukan oleh GLC kerajaan negeri. Strategi projek penswastaan pula akan melibatkan pemaju perumahan swasta dalam membangunkan tanah-tanah milik kerajaan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Pulai Sebatang membangkitkan tentang dana Tabung Sumbangan Kuota Bumiputera yang digunakan untuk lawatan ke London yang melibatkan perbelanjaan melebihi RM800,000.00. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Pulai Sebatang perjalanan ke London itu adalah untuk lawatan kerja sambil belajar ke Manchester dan London, England juga meninjau dan mempelajari teknologi pembinaan hijau, dasar pembangunan perumahan dan pengurusan perumahan zon antarabangsa pada 25 April 2016 hingga 02 Mei 2016, lawatan ini melibatkan 17 orang yang majoritinya adalah pegawai kerajaan negeri. Lawatan kerja selama 8 hari ini melibatkan kos sebanyak RM822,640.00.

YB Pulai Sebatang juga ada mencadangkan supaya kerajaan negeri mengenakan syarat Rumah Mampu Biaya tidak boleh disewakan. Untuk makluman Yang Berhormat Pulai Sebatang, polisi yang kita ada sekarang syarat rumah tidak boleh disewakan hanya dikenakan kepada rumah Projek Perumahan Rakyat atau ringkasnya PPR yang disewakan pada kadar RM124.00 sebulan dan Rumah Sewa Kerajaan ringkasnya RSK yang disewakan pada kadar RM65.00 sehingga RM150.00 sebulan berdasarkan kepada lokasi dan bilangan bilik tidur. Rasionalnya Rumah Mampu Biaya tidak dikenakan syarat tidak boleh disewakan adalah kadang kala terdapat kes pemilik tidak dapat duduk di rumah tersebut kerana berlakunya perpindahan tempat kerja di atas pelbagai sebab.

YB Tenang ada menyentuh tentang isu kekurangan penawaran rumah tidak dilaporkan tetapi lambakan rumah dilaporkan, seterusnya Yang Berhormat Tenang bertanyakan betulkah berlakunya miss matched dengan izin di antara permintaan dan penawaran. Untuk makluman Yang Berhormat Tenang, jumlah harta kediaman yang tidak terjual dengan izin over hanged residential unit di seluruh negara seperti yang dikeluarkan oleh NAPIC di bawah Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta adalah 29,227 unit atau RM17.238 bilion. Negeri Johor mencatat jumlah hartanah kediaman yang tidak terjual yang tertinggi di Malaysia iaitu 5,988 unit ataupun nilainya RM3.8 bilion, kebanyakan hartanah kediaman yang tidak terjual adalah daripada pangsapuri perkhidmatan ataupun service apartment dengan izin dan hartanah kediaman berharga RM500,000.00 sehingga RM1 juta. Jika berdasarkan kepada statistik di atas, jelas menunjukkan berlakunya miss matched dengan izin, antara permintaan dan penawaran terutama bila mana pemaju perumahan cuba memaksimumkan keuntungan mereka dengan membina lebih banyak rumah berharga tinggi ataupun high end properties dengan izin.

Yang Berhormat Tuan Speaker, ada juga baiknya atau hikmahnya bila berlakunya over hanged properties dengan izin, di mana dengan syarat, kerajaan negeri tidak campur tangan, contohnya kerajaan negeri tidak cuba menyesuaikan paras siling pemilikan warga asing, maka apa yang akan berlaku kepada pasaran berdasar kepada kuasa permintaan dan penawaran,demand supply apa yang akan berlaku dalam keadaan tersebut adalah berlakunya price correction dengan izin, pembetulan kepada harga hartanah yang akan bertindak menurunkan harga hartanah kediaman yang tidak terjual. Maka dengan itu, keadaan ini sebenarnya akan menguntungkan rakyat ataupun pembeli, maknanya dalam pasaran hartanah ini yang Berhormat Tuan Speaker, dia ada keadaan memuncak ataupun bull market, dia ada keadaan pasaran yang menurun dan bila mana pasaran menurun, baiknya kerajaan negeri kita tidak campur tangan. Kita biarkan keadaan pasaran kuasa

pasaran market forces dengan izin permintaan dan penawaran membetulkan harga supaya inilah masanya harga akan menurun dan ia menguntungkan kepada rakyat negeri Johor itu sendiri.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Program Perumahan Rakyat Termiskin ataupun PPRT, saya suka untuk memberikan penerangan tentang Program Perumahan Termiskin ataupun PPRT yang juga dibangkitkan oleh YB Buluh Kasap dalam soalan lisan pada hari Khamis yang lepas. Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) adalah merujuk kepada program membantu dan membaiki atau membina semula rumah yang dimiliki oleh kumpulan miskin, miskin tegar atau golongan asnaf. Antara agensi yang biasa terlibat dalam projek PPRT adalah Kementerian Pembangunan Luar Bandar ataupun KPLB,Majlis Agama Islam Negeri Johor. Mutakhir ini ada juga pihak persendirian seperti NGO dan juga CSR syarikat yang tampil ke hadapan melaksanakan program PPRT, salah satu yang terbaru adalah Tenaga Nasional Berhad atau pun TNB. Program PPRT di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar adalah seperti berikut. 2016, terdapat 261 unit bina baru dan 137, 173 unit baik pulih, binaan baru melibatkan kos RM40,000.00 satu unit, baik pulih melibatkan peruntukan RM10,000.00.2017, 60 unit bina baru dan 227 unit baik pulih yang melibatkan kos binaan baharu RM56,000.00 dan baik pulih juga dinaikkan RM13,000.00. Untuk tahun ini, 2018, 32 unit bina baharu dan 337 baik pulih di mana binaan baharu memperuntukkan RM56,000.00 bagi sebuah rumah dan baik pulih kekal pada kadar RM13,000.00. Jumlah keseluruhan di negeri Johor daripada 2016 hingga 2018 sebanyak 353 unit bina baharu dan 737 baik pulih. Program PPRT di bawah MAINJ atau Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah seperti berikut, dari tahun 2016 sehingga 2017 sebanyak 352 unit PPRT telah dibina dengan harga RM42,000.00. Masih terdapat 107 unit yang masih belum siap, untuk tahun 2018 sebanyak 20 unit PPRT telah diluluskan untuk dibina.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya suka juga menyentuh tentang perkara yang disebut oleh ramai Yang Berhormat khusus sebelah sana tentang pembangunan kawasan FELDA. Di negeri Johor terdapat sebanyak 73 buah rancangan FELDA yang melibatkan 13 kerusi Parlimen, 21 kerusi DUN dan melibatkan seramai 27,290 peneroka. Daripada 27,290 bilangan peneroka, 22,653 atau pun bersamaan 83% telah menerima hak milik persendirian. Hanya 10 rancangan FELDA daripada keseluruhan 73 rancangan FELDA di Johor yang belum menerima hak milik persendirian. Terdapat pelbagai isu yang dihadapi oleh masyarakat FELDA antaranya pemilikan tanah, perumahan generasi kedua FELDA dan juga infrastruktur asas di kawasan FELDA.

Ramai juga di kalangan Yang Berhormat-Yang Berhormat khususnya di sebelah sana yang membangkitkan isu Belanjawan 2019 tidak menyentuh bahkan tiada peruntukan disediakan untuk FELDA. Antaranya YB Layang-Layang, YB Pasir Raja, YB Panti. Walaupun isu FELDA tidak disebut dalam Belanjawan 2019 secara khusus, tidaklah pula bermakna kerajaan negeri berlepas tangan daripada menangani isu-isu yang dihadapi oleh warga FELDA. Ramai juga Yang Berhormat-Yang Berhormat yang membangkitkan tentang isu perumahan generasi kedua FELDA yang saya rasa boleh dirujuk dalam jawapan lisan saya kepada Yang Berhormat Pasir Raja pada hari Selasa yang lepas. Yang Berhormat Penawar ada menyentuh berkaitan 4 projek perumahan generasi baharu FELDA atau ringkasnya PGVF yang terbengkalai dan dalam proses membuat tender semula untuk projek-projek itu. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Jabatan Tadbiran Ibu Pejabat FELDA telah memaklumkan bahawa perkara ini masih dalam peringkat kajian teknikal di setiap lokasi yang terlibat agar nilaian harga atau pun tender yang sepatutnya diberikan tidak lagi mendatangkan masalah di masa yang akan datang di samping memberikan situasi menang-menang di antara FELDA dan juga pihak kontraktor.

Bagi memudahkan pengurusan isu-isu di FELDA, kerajaan negeri mencadangkan supaya FELDA yang telah dikurniakan hak milik individu di gazet sebagai kampung supaya mudah mendapat peruntukan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Kampung FELDA ini perlu menubuhkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung nama ringkasnya MPKK dan bukannya JKKR. Proses ini juga akan memudahkan untuk kerajaan negeri memasukkan penyelenggaraan jalan-jalan FELDA di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan raya Malaysia atau pun MARRIS di bawah kerajaan persekutuan. Yang Berhormat Bukit Permai ada mencadangkan supaya skim tapak lot generasi kedua FELDA di buat secara penswastaan. Saya menerima baik cadangan tersebut dan kerajaan akan mempertimbangkan dengan sebaiknya.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga nak menyentuh tentang soalan daripada Yang Berhormat Kahang tentang 500 unit tapak lot untuk generasi kedua FELDA yang telah dilancarkan sebelum daripada PRU ke-14 tetapi tiada perkembangan selepas daripada itu. Yang Berhormat Tuan Speaker, cadangan asal untuk membina perumahan generasi kedua FELDA adalah sebanyak 550 unit, namun selepas kerja-kerja ukur dijalankan bilangan lot menjadi 432 unit. Cadangan pembinaan adalah

dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad ringkasnya SPNB. Status terkini proses tapisan borang permohonan sudah dibuat pada tahan 2018. Walau bagaimanapun, projek ini ditangguhkan kerana tiada peruntukan dana yang diterima sehingga sekarang ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, pembangunan masyarakat Orang Asli. Saya telah menjelaskan dalam jawapan lisan pada pagi tadi tentang pembangunan masyarakat Orang Asli khususnya kepada YB Senggarang bagi merujuk jawapan yang saya jelaskan pada pagi tadi. Akhirnya sebagai penutup, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua agensi di bawah portfolio saya yang banyak membantu selama ini terutama Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Perumahan (SUKJ), Jabatan Pembangunan Luar Bandar (JPLB), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil, Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan lain-lain agensi. Dan harapan saya, semoga negeri Johor akan terus maju dalam menerajui perubahan khususnya dalam menggalas Harapan Bangsa Johor Yang Bestari. Bulan mengambang bintang berkelipan, pungguk menangis rindukan teman, andai menyinggung tersilap percakapan, ku pohon maaf daripada YB-YB sekalian. Sekian Yang Berhormat Tuan Speaker, wabillahi taufik walhidayah assalamualaikum warahmatullah hita’ala wabarakatuh. (Dewan Bertepuk).

Speaker

Terima kasih kepada YB EXCO Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar dengan pantun-pantunnya sekali. Seterusnya Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan. Jemput untuk penggulungan.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan · Parit Yaani

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Harapan, terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat semua yang hadir di dalam Dewan mulia pada pagi ini. Saya mulakan dengan pantun. Andai terbang si burung nuri, kicaunya saya bagai perindu. Andai sidang ingin berseri ADUN nya perlu senyum selalu. (Dewan bertepuk)

Speaker

Jangan tak senyum.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan · Parit Yaani

Pulau Besar di hujung sana, tempat bersinggah para nelayan, sudah cukup ku dengar semua, tiba masanya menggulung ucapan. Saya mulakan ucapan dengan merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri Johor Darul Ta’zim dan jajahan takluknya. Sempena hari keputeraan yang ke-60 pada 22 November 2018 bersamaan 14 Rabiulawal. Semoga Allah SWT melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk terus memerintah di atas takhta kerajaan bagi menaungi sekalian rakyat dengan adil dan saksama.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, seterusnya saya ingin merakamkan rasa syukur kerana berpeluang untuk menyampaikan ucapan penggulungan di Dewan yang mulia ini, dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor di atas kurniaan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor bersempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar begitu juga dengan Dato’ SS kita.

Menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Benut, berkaitan dengan insentif Harapan Siswa dan Parit Raja. Insentif Harapan Siswa merupakan salah satu dari 10 janji 100 hari Pakatan Harapan yang telah berjaya ditunaikan oleh kerajaan pada hari ini. Seperti biasa, pihak pembangkang selalu menyatakan segala program untuk rakyat yang baik dilaksanakan oleh kerajaan hari ini adalah meneruskan atau copy paste dari kerajaan lama. Tiada agenda baharu. Tapi bila kami mengubah polisi atau idea baharu maka dituduh kerajaan yang ada pada hari ini tidak menghormati idea kerajaan lama. Saya mengharapkan agar pembangkang lebih matang dengan output dari segala dasar kerajaan yang dilakukan. Memberi nilai tambah kepada rakyat atau tidak.

Pihak kerajaan tiada masalah untuk meneruskan sesuatu dasar atau insentif, jika kami yakin dasar lalu yang baik. Kami akan teruskan malah kami akan tambah baik. Inilah kerajaan daripada rakyat, kami datang kepada rakyat kami akan berkhidmat. Saya tahu, pihak pembangkang cemburu dengan kerajaan Pakatan Harapan ini, sebab kami mampu lakukan dengan lebih baik dari pemerintahan yang lalu. Sebagai contoh perhimpunan ICERD semalam. Walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga Menteri Besar kita telah mengumumkan tidak meratifikasikan ICERD tetapi daripada himpunan bantah tukar pula himpunan kesyukuran. Rasanya

mungkin belum pernah berlaku pembangkang mengadakan majlis kesyukuran atas sebab keputusan kerajaan. (Dewan bertepuk).

Menteri Wilayah pun meraikan kehadiran peserta seluruh negara boleh berbelanja di KL tapi kalau zaman dahulu yang nak buat perhimpunan BERSIH atau seumpamanya yang menunggu tu pun bukannya bunga tetapi gas pemedih mata.

Speaker

Bersyukur tu patut doa elok. Tapi doa nak tutupkan kerajaan tu macam mana ni Yang Berhormat?

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan · Parit Yaani

Wallahualam, sebab kita tak dengar apa doa dia. Sebagai contoh insentif Harapan Siswa untuk pelajar ijazah sarjana muda dahulu diperuntukkan RM750.00, kali ini kerajaan telah tambah menjadi RM1,000.00 seorang. Pada tahun ini, PDT, Permodalan Darul Ta’zim turut menyumbang RM1 juta untuk menjayakan insentif Harapan Siswa. Terdapat dua agensi bagi menjayakan pelaksanaan insentif Harapan Siswa iaitu Yayasan Pelajaran Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor. Di mana kalau kita lihat jumlah pelajar yang menerima bantuan diploma dia ada tiga kali, agihan atau pun sumbangan ini dilakukan. Sesi yang pertama Januari, Februari, sesi kedua Jun, Julai, sesi ketiga, September. Di mana selepas kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih, penambahan permohonan daripada bilangan yang sedikit bertambah begitu ramai, di peringkat awal 11 orang dalam Februari untuk diploma dan 91 orang untuk ijazah pada sesi pertama. Tetapi sesi kedua telah bertambah diploma daripada 11 kepada 1,000 lebih 1,096 orang yang diploma. Manakala ijazah bertambah daripada 91 kepada 1,922 orang. Di mana jumlah keseluruhan pelajar yang dibantu iaitu insentif Harapan Siswa seramai 3,110 di bawah Yayasan Pelajaran Johor yang mengendalikannya dengan jumlah kewangan sebanyak RM2,533,750.00. Manakala di bawah Majlis Agama Islam Johor, jumlah yang telah diberikan, pelajar-pelajar diploma seramai 575 manakala jumlah pelajar ijazah seramai 924 yang terdiri daripada anak-anak asnaf. Jumlah kewangan yang diberikan adalah RM1,111,300.00.

Berkaitan dengan insentif perkahwinan yang bertanya YB Machap, YB Panti, YB Layang-Layang, YB Pulai Sebatang, bahawa program insentif kursus perkahwinan pertama juga merupakan salah satu manifesto yang telah berjaya dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Program ini mula berkuat kuasa pada bulan September 2018. Pada tahun 2018 kerajaan sasarkan 34,000 peserta kursus perkahwinan. Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM120.00, di mana bilangan peserta yang telah mengikuti kursus pada bulan September dan Oktober dikira sebagai kursus percuma iaitu seramai 6,856 peserta.

Daripada 6,856 peserta, seramai 5816 peserta dengan jumlah sumbangan RM697,920.00 disumbangkan terus oleh peserta-peserta kursus. Bermakna mereka merelakan untuk disumbangkan kepada kerajaan. Manakala seramai 1,040 orang peserta menuntut semula yuran kursus yang berjumlah RM124,800.00. Kaedah yang digunakan untuk membuat tuntutan balik bayaran adalah seperti berikut; kita berikan kepada peserta borang sama ada nak tuntut ataupun tak nak menuntut iaitu terus menyumbang. Peserta perlu menghantar borang tuntutan kepada Pejabat Agama Daerah. Borang permohonan yang telah diterima daripada pemohon akan disemak dan disahkan oleh Kadi Daerah dan dihantar ke Unit Kewangan Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Agama Islam Johor untuk proses pembayaran. Duit tuntutan akan dimasukkan ke dalam akaun pemohon 14 hari daripada tarikh dokumen diserahkan ke Unit Kewangan Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Resit pembayaran tuntutan semula akan dihantar Pejabat Kadi Daerah untuk direkodkan dan diedarkan kepada pemohon. Peserta diberikan pilihan untuk membuat, menuntut kembali ataupun seperti mana yang saya nyatakan tadi.

Berkaitan dengan menjawab soalan YB Machap, YB Layang-Layang dan YB Pulai Sebatang mengenai Program Takaful Warga Emas Negeri Johor. Di mana program ini juga adalah merupakan program baru yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan dengan menawarkan bantuan sebanyak RM1,000.00 kepada waris warga emas yang telah meninggal. Tiada yuran pendaftaran yang dikenakan kepada peserta. Walaupun tuduhan menyatakan kita buat pilih kasih dan seumpamanya. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, program ini telah disasarkan seramai 11,200 iaitu setiap DUN 200 orang. Setakat 4 Disember 2018, jumlah peserta yang telah direkodkan seramai 6,415 dan pembayaran daripada skim yang telah diperuntukkan oleh kerajaan yang telah dibayar sebanyak RM320,750.00 dan akan diselesaikan seluruh sasaran iaitu seramai 11,200 sebelum ataupun pada 20 Disember tahun ini.

Untuk makluman Dewan yang mulia, sejak program dikuatkuasakan terdapat 10 tuntutan yang telah direkodkan. 6 daripada tuntutan datangnya daripada DUN pembangkang. 2 daripada DUN Panti, 2 daripada DUN Seri Medan, 1 Kukup dan 1 Benut. Manakala bagi DUN Kerajaan hanya 4 sahaja, 2 daripada Tiram 1 daripada Puteri Wangsa dan 1 Johor Lama. Kesemua wang khairat akan diserahkan kepada waris yang meninggal dunia sejurus wang tuntutan diterima oleh pihak takaful.

Berkaitan dengan pendidikan Islam yang dibangkitkan oleh YB Panti, YB Parit Raja, mengenai lepasan MARSAH yang masih tidak dipanggil menjadi guru DG29. Pertama sekali saya ucapkan terima kasih di atas pengakuan Panti dan Parit Raja bahawa sudah 3 tahun tiada lantikan guru DG29. Insya-Allah saya akan menyelesaikan dan mengambil tindakan dan Jabatan Agama Islam akan laksanakan. Sebagaimana untuk makluman Yang Berhormat, Bahagian Pendidikan Agama Islam telah mengambil langkah proaktif. Jabatan agama telah maklumkan kekosongan guru DG29 pada pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Urusan melantik perjawatan guru baru DG29 dilakukan oleh SPAJ, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor. Iklan perjawatan DG29 guru agama kerajaan johor sentiasa dibuka sepanjang tahun. Semua yang berminat sama ada lepasan MARSAH, Guru KAFA dan orang awam boleh memohon. Mereka yang memenuhi syarat permohonan akan dipanggil untuk ditemu duga. Lepasan MARSAH perlu bersaing dengan pemohon-pemohon luar dan dalaman yang terdiri daripada guru KAFA yang turut mempunyai diploma pendidikan. Ini yang menyebabkan tidak semua lepasan MARSAH berjaya memohon sebagai guru agama kerajaan Johor. Dalam persaingan yang sihat ini, Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Johor akan memperolehi guru yang terbaik dan berkualiti secara tidak langsung akan terus mempertingkatkan kualiti Pendidikan agama Islam di Johor.

Untuk maklumat YB, sebanyak 200 kekosongan guru KAFA di negeri Johor akan diisi selewat-lewatnya bulan Mac 2019 untuk menampung kekurangan guru Sekolah Agama Kerajaan Johor.

Menjawab pertanyaan dari YB Pulai Sebatang dan YB Semarang mengenai Pelan Strategik Agama Islam Negeri Johor 2030 iaitu Memperkasa Pembangunan Ummah Di Negeri Johor. Jangan Risau YB Semarang dan YB Pulai Sebatang, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk memartabatkan fasal 57 dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor (UUTKJ) 1895 yang menyebutkan Islam adalah agama negeri selama-lamanya. Kerajaan pada hari ini tidak berminat melaksanakan penjenamaan Islam sebagaimana Zaman Kerajaan BN sebelum ini. Kerajaan pada hari ini akan terus mendaulatkan Islam dan kami akan menunjukkan kepada semua, Islam satu agama penuh Rahmatan ataupun Rahmatan Lil Alamin. Mana-mana organisasi di dunia tidak boleh statik dan berada dalam zon selesa, comfort zone dengan izin, kerana cabaran dan persaingan semasa dan masa hadapan semakin hebat.

Perancangan merupakan persiapan untuk menghadapi masa hadapan. Mana-mana organisasi yang gagal merancang dikatakan merancang untuk gagal. Oleh itu, Jabatan Agama Islam Johor seperti organisasi lain, perlu bersedia merancang untuk menghadapi masa hadapan yang semakin mencabar dan persaingan sengit terutama sekali berkaitan dengan keperluan agama Islam dengan berbekalkan sumber-sumber yang amat terhad.

Objektif-objektif umum lain Pelan Perancangan Strategik Agama Islam Negeri Johor.

1. Merancang hala tuju, matlamat, melaksana, menilai dan mengukur prestasi agensi-agensi di dalam Sektor Agama Islam bagi memastikan penyampaian perkhidmatan Sektor Awam Agama berada pada tahap yang cemerlang;

2. Memberi pengiktirafan kepada agensi-agensi di dalam Sektor Agama Islam yang telah menunjukkan tahap tadbir urus yang terbaik serta sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan yang unggul;

3. Memberi publisiti yang meluas mengenai dasar, strategi, pengurusan kualiti serta amalan terbaik yang telah membawa kejayaan kepada organisasi berasaskan Agama Islam.

Jika kita lihat Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, titik fokus 37, kerajaan negeri Johor telah memperuntukkan RM500,000.00 untuk pengurusan tanah kubur bersepadu dalam negeri Johor. Malangnya, tiada seorang pun YB yang menyentuh titik fokus berkaitan kubur ini, walaupun suatu hari nanti kita pasti akan kembali ke rumah abadi kita.

Untuk maklumat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, pihak saya telah mengadakan beberapa kerjasama, pertemuan, perbincangan untuk mengatasi masalah kubur yang kritikal pada hari ini khususnya dalam daerah Johor Bahru, melibatkan tidak kurang 10 agensi kerajaan yang berkaitan dengan tanah dan sebagainya.

Hasil daripada mesyuarat maka tertubuh 4 jawatankuasa utama iaitu Jawatankuasa Piawaian, Jawatankuasa Tabung, Jawatankuasa Pencarian Tanah dan Jawatankuasa Inventori, untuk memastikan bahawa jenazah umat Islam yang meninggal khususnya dalam daerah Johor Bahru ada tempat untuk dikebumikan.

Menjawab persoalan yang telah diberikan oleh YB Maharani dan juga YB Pulai Sebatang mengenai Zakat, saya telah menghuraikan jawapan panjang lebar dalam jawapan sebentar tadi.

Menjawab soalan YB Parit Raja berkaitan dengan banyak dasar-dasar Kementerian Pelajaran Malaysia, saya mencadangkan bertanding Parlimen selepas ini. (Dewan ketawa). Soalannya banyak berkaitan tentang dasar, dasar kerajaan di peringkat Kementerian. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang berkaitan dengan negeri sebagai contoh Biasiswa Sultan Ibrahim, kenapa diturunkan. Sebenarnya, untuk makluman, pada tahun 2018, Biasiswa Sultan Ibrahim diperuntukkan sebanyak RM135,000.00 bukan RM500,000.00.

Yang kedua, berkaitan dengan pinjaman Yayasan Pelajaran Johor. Pada tahun 2018, RM20.35 juta tetapi pada tahun 2019, RM 20 juta. Untuk makluman YB Parit Raja, bahawa peruntukkan itu dikurangkan berdasarkan kepada pulangan semula iaitu sebanyak 14.5% tidak digunakan dalam tahun lepas. Di sini kita dapat menjimatkan kewangan dan pihak YPJ telah meletakkan sasaran iaitu cukup dengan RM20 juta.

Berkaitan dengan Dana Didik Harapan Johor, di mana peruntukkan RM500,000.00 tahun 2018. Ini saya terpaksa jawablah ya. Ia data-data dan tahun. Pada tahun 2019, diberikan RM100,000.00 oleh Menteri Besar kita. Kenapa begitu? Kerana permohonan pada tahun lepas, jumlah permohonan pada tahun lepas sehingga 5 Disember 2018 hanya seramai 1,886 yang membawa maksud bajetnya tidak diperlukan sebanyak sebegitu rupa, iaitu 1,886 hanya memerlukan kewangan RM82,600.00. Maka, pada tahun ini keperluan hanya RM100,000.00 yang diperuntukkan.

Berkaitan dengan persoalan daripada Pasir Raja, jangan ketepikan anak-anak FELDA dalam Kolej Yayasan Pelajaran Johor. Untuk makluman Dewan yang mulia, anak-anak daripada warga FELDA pada tahun 1, ada seramai 48 pelajar daripada anak warga FELDA, tahun 2 ada 402 pelajar dan tahun 3 ada 54 orang pelajar.

Persoalan yang dikemukakan oleh Kahang dan Tiram berkaitan dengan peruntukkan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, pada tahun ini peruntukan sebanyak RM1.45juta telah dilaksanakan dan juga sedang dalam proses pelaksanaan.

Persoalan yang dikemukakan oleh Tenang berkaitan dengan kekurangan guru. Untuk makluman kepada Dewan, bahawa negeri Johor memerlukan guru sama ada sekolah rendah ataupun sekolah menengah seramai 46,971 orang. Daripada jumlah tersebut, 19,877 guru adalah datangnya daripada orang luar Johor, yang membawa maksud anak-anak Johor ataupun Bangsa Johor yang menjadi guru di negeri Johor tak lebih daripada 60%. Maknanya 42% orang luar yang membawa maksud juga bahawa permohonan ke luar negeri Johor berdasarkan alasan-alasan yang mereka ada amat besar menyebabkan kesukaran untuk guru-guru atau pun kakitangan guru di sekolah dapat dikekalkan dengan yang mencukupi.

Menjawab persoalan berkait dengan bahasa Inggeris daripada Parit Raja bahawa program pengkayaan bahasa Inggeris seperti program Galus SPM dan juga UPSR terus dilaksanakan di peringkat sekolah untuk memastikan program ataupun anak-anak didikan, anak-anak pelajar kita dapat menjawab dengan baik dan berjaya dalam penguasaan bahasa Inggeris.

Menjawab persoalan daripada Senggarang berkaitan dengan bantuan yang diterima oleh anak nelayan dan anak Orang Asli setelah mendapat mengesahkan daripada e-Kasih bantuan awal persekolahan sebanyak RM100.00, bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin e-Damak RM100.00,Rancangan Makanan Tambahan RM2.50 seorang kali 190 hari iaitu RM475.00 setahun.

Berkaitan dengan persoalan perpustakaan yang dibangkitkan oleh ADUN Maharani dan ADUN Pulai Sebatang. Kita sedia maklum negeri Johor terdapat 42 perpustakaan desa dan 16 perpustakaan cawangan yang dibina sejak Rancangan Malaysia ke 6 di mana sebahagiannya berada dalam keadaan yang daif. Kerajaan negeri perlu mengambil inisiatif untuk menaikkan taraf perpustakaan secara berperingkat. Kalau dilihat perpustakaan ibu pejabat mereka telah melakukan transformasi untuk kekal di abad 21 dengan menjadikan perpustakaan sebagai dengan izin fun learning place and active partners in education system. Untuk itu perpustakaan kini merangkumi 4 perkhidmatan yang sangat baik iaitu perkhidmatan perpustakaan, perkhidmatan petro sains, perkhidmatan marker space dan perkhidmatan front ini apa yang terdapat di perpustakaan utama kita di jalan Yahya Awal. Di mana daerah Johor Bahru merupakan pengunjung yang paling ramai seramai 523,600 orang, daerah Pontian yang paling sedikit iaitu 22,239 orang. Jumlah bilangan pengunjung seluruh perpustakaan yang ada di negeri Johor berjumlah 1,073,660,000 orang.

Untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Tenang, Panti, Sungai Balang, Parit Raja, Senggarang dan Layang-layang berkaitan dengan Universiti Johor. Johor telah mempunyai 2 buah kolej di bawah pengurusan Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KPYJ) dan Kolej Pengajian Islam Johor iaitu MARSAH. Memandangkan keperluan semasa dari segi pembangunan dan permintaan industri untuk tenaga mahir sepertimana diperbahaskan oleh YB Layang-layang ada menyatakan keperluan sekarang adalah untuk kerajaan negeri fokuskan bidang kemahiran bukannya menambah universiti sebagai contoh Kompleks Pengerang amat memerlukan pekerja kemahiran tinggi dan kini kita terpaksa import tenaga buruh dan profesional daripada luar negeri johor maka kami telah memutuskan, kerajaan Pakatan Harapan Johor memutuskan untuk menaikkan taraf 2 kolej milik kerajaan Johor ke taraf Universiti.

Konsep Universiti Johor mempunyai cadangan nilai unik, sendiri berbanding universiti-universiti yang ada perancangan universiti johor dibuat dengan teliti bagi memastikan universiti johor ini mampan dari segi kewangan dan benar-benar mengisi keperluan yang berbeza dan menjadi pelengkap institusi sedia ada. Penubuhan universiti johor akan dilaksanakan mengikut fasa 3 iaitu, perancangan, operasi dan pelaksanaan. Antara faktor yang menjadikan Universiti Johor berbeza ialah konsep Universiti Johor, federated and consoladeration, cord helix atau universiti industri, Universiti Industri Kerajaan Komuniti akan diperkenalkan. Industri akan menjadi sebahagian daripada universiti, industri yang berkaitan akan menjadi industri angkat dari tahun 1 dan kajian kes berasaskan dari universiti akan di perinci. Universiti Johor ini juga dirancang bersama industri untuk melahirkan bentuk graduan yang dikehendaki di akhir pengajian. Kursus-kursus akan dirancang mengikut keperluan bidang dan industri jux box style offering. Konsep urbanization juga sedang dalam kajian. Rancangan ini mampu menyokong revolusi industri 4.0. Selain itu insentif penglibatan industri akan diperkenalkan seperti pemotongan cukai, geran penempatan dan lain-lain. Penubuhan industri, penubuhan Universiti Johor adalah relevan untuk memenuhi tuntutan pembangunan pesat negeri Johor. Kronologi perangkaan penubuhan Universiti Johor kita telah mengadakan pertemuan, beberapa kali pertemuan, dan yang terakhir adalah sumbang saran keperluan Universiti Johor yang melibatkan sebahagian besarnya tenaga-tenaga pakar dalam universiti termasuk jabatan-jabatan kerajaan, agensi-agensi, GLC dan juga pemain industri.

Yang Berhormat Speaker, sebelum saya mengakhiri penggulungan pada pagi ini, catitan pengalaman di dalam Dewan yang mulia, penggal ke 13 kami sedar bahawa kami pembangkang, dulunya pembangkang tidak diiktiraf sebagai ketua pembangkang walaupun kami usulkan beberapa kali. Ketua pembangkang tiada elaun, ketua pembangkang tiada bilik, pembangkang tiada peruntukan untuk urusan pejabat ADUN tetapi kami tetap bersama sarapan, makan tengah hari dan minum petang di bilik rehat ADUN. Bersama-sama bertepuk tampar walaupun YB Sedili, YB Sedili ye, selalu perli saya, memerli Parit Yaani sewaktu ucapannya. Kami pembangkang tetap hadir ke bilik rehat ADUN. Pada penggal yang lepas, YB Mengkibol, YB Tangkak, YB Sungai Abong tetap masuk bilik berasap dengan YB Tenggara, YB Sedili, YB Benut, YB Medan eh Seri Medan,

Speaker

Si saudara mara merokok ini.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan · Parit Yaani

Untuk bakar kemenyan.

Speaker

Rakan-rakan rokok,

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan · Parit Yaani

Bagi menghalau nyamuk walaupun di tempat berhawa dingin. Apa yang Parit Yaani nampak nak nyatakan pada pagi bahawa betapa kami melaksanakan demokrasi sejak menjadi pembangkang. Kami teruskan apabila kami

menjadi kerajaan sekarang ini. Kami telah melalui pengalaman di zalimi sewaktu nak adakan ceramah dan perhimpunan. Yang membubuh kami gas pemedih mata, belantan, black maria, ditahan semalaman di lokap termasuk tuan Speaker.

Speaker

Speaker mana yang dulu ke sekarang.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan · Parit Yaani

Dulu-dulu. Tapi kami teruskan berusaha mendekati rakyat dengan menerangkan pelbagai isu berbangkit secara demokrasi. Kami usahakan surat khabar sendiri seperti akhbar amanah, akhbar keadilan, akhbar roket yang tidak pernah menerima sebarang saman dari mahkamah atas sebab fitnah. Alhamdulillah, sekarang kerajaan pakatan harapan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kita akan terus berusaha menjadikan negeri, negara Malaysia dan Johor kembali kepada kecemerlangannya seperti yang silam-silam. Kakitangan kerajaan tidak di ganggu untuk menjalankan tugas dengan penuh amanah, berintegriti, boleh membuat siasatan, membuat pendakwaan dan berani membuat keputusan dengan adil dan saksama sekiranya ada di kalangan ahli-ahli politik ataupun di pihak kerajaan yang melakukan kesalahan.

Parit Yaani ingin menjelaskan kepada semua kakitangan awam, pimpinan politik dan semua rakyat termasuk ahli perniagaan, bahawa negara kita ada undang-undang. Negara kita ada kedaulatan dan negara kita perlukan pimpinan yang boleh membawa keamanan, kemakmuran dan kemajuan kepada rakyat jelata. ADUN-ADUN kerajaan, ini lah harapan dan daripada rakyat yang telah berani buat perubahan dalam pilihan raya 14 tanpa sebarang kekacauan. Di sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Di sangka BN parti yang menang, rupanya PH mandat diberi. Hebatnya rakyat Malaysia, hebatnya Bangsa Johor saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan, cadangan dan pertanyaan, tidak dilupakan kepada semua kakitangan awam kerajaan Johor dan kerajaan persekutuan atas usaha yang telah dilakukan dalam membangunkan negeri yang kita cintai dengan penuh tanggungjawab dan profesional.

Saya berjanji akan memberi perhatian sewajarnya kepada semua cadangan dan teguran demi kepentingan awam terutamanya dalam bidang agama Islam dan pendidikan di mana saya di amanahkan untuk menjaganya. Akhir sekali, Tuan Speaker, ingin saya menarik perhatian kepada semua mengenai satu kisah zaman Nabi Musa AS, Nabi Musa AS melihat bangkai seekor anjing yang mati di padang pasir, bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya. Sahabat-sahabat Nabi Musa AS menutup hidung, malah ada yang loya dengan keadaan mata anjing yang hampir pecah dan isi perut yang terburai akan tetapi Nasi Musa AS berkata alangkah putihnya gigi anjing itu, maka sahabat-sahabat Nabi Musa bertanya kepada Nabi Musa. Mengapa boleh berkata demikian. Lalu Nabi Musa menjawab aku sedang belajar melihat kebaikan dan kecantikan di dalam keburukan. Pengajarannya di sini semoga kita semua boleh melihat kebaikan di dalam diri seorang waimah musuh kita sekalipun. Insya-Allah hati kita akan bertambah senang dan tenang. Jadilah seperti lebah walaupun hidup di dalam lautan sampah, bunga juga yang dicarinya. Jangan lah jadi seperti lalat walaupun hidup di taman yang indah sampah juga yang dinantikannya. Semoga ikatan kita sang insan akan lebih erat dan harmoni tanpa ada rasa dengki, iri hati dan benci membenci. Sekiranya kita melihat sesuatu yang buruk pada orang lain ia adalah cerminan untuk diri kita kerana hanya orang yang hatinya bersih selalu melihat kebaikan pada orang lain. Saya menyokong pembentangan belanjawan Johor 2019 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Osman bin Sapian, Menteri Besar Johor. Sekian terima kasih, Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan. Yang Berhormat sebut saya pernah ada dalam lokap. Jadi kalau ahli-ahli pembangkang nak belajar hidup dalam lokap saya boleh kursus percuma. Tandas tanpa dinding, tidur di atas lantai simen. Tak silap saya Yang Berhormat Menteri Besar pun pernah ada pengalaman itu. Ok. Dari Selama ke Parit Sulong, ini semua orang pantun saya pun buat pantun sikitlah ye. Parit Selama ke Parit Sulong, bawa bersama buah Bidara, EXCO Agama selesai menggulung, tiba masa MB berbicara. Jemput yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menjawab.

Dato’ Haji Osman bin Haji SapianBERSATU · PHMenteri Besar · Kempas

Terima kasih yang Berhormat Tuan Speaker, Bismillahirahmanirahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam harapan Johor. Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertama sekali izinkan saya mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas segala sokongan padu yang diberikan kepada

kepimpinan saya iaitu kerajaan Pakatan Harapan serta kritikan membina oleh barisan pembangkang sepanjang persidangan dewan negeri kali ini.

Saya tidak lupa juga untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker, kerana dapat, berjaya untuk melaksanakan tugas dengan sempurna dan baik sekali. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah. (Dewan bertepuk).

Di samping itu, saya juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan terima kasih kepada Cik Jurutulis, Timbalan Jurutulis, ketua-ketua jabatan dan juga kepada EXCO-EXCO saya yang berani, yang bersemangat, yang sentiasa ingin belajar daripada kesilapan walaupun, kurang pengalaman tetapi semangat Ahli-Ahli EXCO saya sungguh tinggi sekali, saya ucapkan tahniah dan terima kasih. (Dewan bertepuk).

Begitu juga kepada ketua-ketua jabatan yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Johor, Pegawai Kewangan Negeri yang tidak henti sentiasa memberikan pandangan dan juga sokongan serta kerjasama yang sungguh baik.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan Mesyuarat Ketiga Belanjawan Johor 2019 Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 ini. Mudah-mudahan pembentangan Belanjawan Johor 2019 ini akan dapat kita manfaatkan, agar rakyat dapat manfaatkan untuk melihat supaya pembangunan negeri Johor ini akan sentiasa terus maju dari semasa ke semasa.

Seterusnya, saya dengan rendah diri merafakkan ucapan menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor di atas pengurniaan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato' Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ)kepada patik dan juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.

Segala atas nasihat, pandangan bernas serta teguran-teguran membina daripada DYMM Sultan turut kami terima sebaiknya dan memastikan untuk menambah baik perkhidmatan kami seiring ke arah menjadikan Johor sebuah Negeri Berprestasi Tinggi, Bangsa Johor Bestari. Pihak Kerajaan Pakatan Harapan berjanji akan melakukan yang terbaik demi seluruh rakyat Bangsa Johor.

Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan yang dinyatakan dalam sesi perbahasan oleh Yang Berhormat dari Penggaram, Perling, Pulai Sebatang, Tenang, Pemanis, Bukit Naning, Bukit Permai,Senggarang, Tangkak, Endau, Pekan Nanas, Larkin, Machap, Layang-Layang, Sungai Balang dan Gambir, serta Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain.

Saya yakin, kepercayaan serta sokongan yang diucapkan itu datang ikhlas dari hati Ahli-Ahli Yang Berhormat semua. Walaupun secara dasarnya, kami kerajaan Pakatan Harapan baru mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Johor selama kurang daripada tempoh setahun mentadbir, tetapi kami mempunyai visi untuk mengekalkan dan memastikan kemajuan negeri Johor tidak terhenti hanya kerana perubahan kerajaan yang mentadbir.

Tetapi kami akan memastikan Johor terus kekal maju dan kita jelas dengan hala tuju yang kita bawa untuk negeri Johor. Justeru itu, saya ingin menyeru agar semua dapat mengekalkan kemuafakatan dan bersama-sama memastikan pentadbiran negeri Johor berada pada tahap yang terbaik.

Kewangan negeri Johor di bawah kerajaan Pakatan Harapan berada di tahap yang kukuh dan kerajaan negeri berupaya untuk membentangkan Belanjawan Johor 2019 lebihan. Pembentangan pertama di bawah kerajaan pada hari ini menyaksikan lebihan sebanyak RM3.43 juta, peningkatan sebanyak RM2.29 juta juga berbanding RM1.14 juta pada tahun lalu. Ini merupakan suatu positif dan saya ingin mengambil peluang ini mengajak semua pihak untuk sama-sama memberikan yang terbaik kepada negeri Johor dan seluruh rakyat.

Saya ingin menyeru dan mengajak pihak di sebelah sana juga untuk bersama-sama menyumbang idea-idea bernas dalam usaha kita untuk memastikan negeri Johor dapat mengekalkan momentumnya dan hentikanlah sikap saling menuding jari. Marilah kita bersama-sama memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat negeri Johor.

Yang Berhormat Tuan Speaker,dakwaan Belanjawan Johor 2019 bersifat “copy and paste”. Pertama, saya ingin menjawab Belanjawan Johor 2019, sepanjang sesi persidangan Dewan kali ini. Kita telah mendengar pelbagai maklum balas tentang Belanjawan Johor 2019.

Perkara ini bukan sahaja mendapat ulasan segera daripada pihak sebelah sana selepas pembentangannya pada 29 November yang lalu, tetapi perkara ini masih hangat dibincangkan seperti mana dibangkitkan di dalam hujah-hujah Benut, Kahang, Tenggaroh, Panti, Tanjung Surat, Penawar, Sungai Balang, Penggaram, Layang-Layang, Pasir Raja, Buluh Kasap, Bukit Permai dan Semarang di dalam Dewan yang mulia ini.

Saya rasa apa yang ingin saya jawab ini sudah pun dijawab oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan tadi. Saya lihat ada pembahas yang memberikan kritikan membina malah tidak kurang juga ada yang sekadar ingin mengkritik tanpa cadangan penambahbaikan.

Antara dakwaan-dakwaan yang dilontarkan oleh barisan Ahli-Ahli Yang Berhormat di sebelah sana adalah belanjawan sulung kerajaan Pakatan Harapan kali ini bersifat copy and right dengan izin,belanjawan 3R, iaitu Recreate, Rebrand dan Recycle.Ini juga telah pun dihuraikan oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan tadi.

Dalam keghairahan pihak sebelah sana menuding jari kerajaan pada hari ini membentangkan belanjawan, inisiatif-inisiatif kerajaan terdahulu, satu persoalan saya, bagaimana Ahli-Ahli Yang Berhormat mengira jumlah titik fokus yangtelah di copy oleh kerajaan pada hari ini.

Ini kerana saya dapati, seramai empat Ahli Yang Berhormat daripada Barisan Nasional memberikan angka peratusan berbeza. Seolah-olah di kalangan mereka tidak ada persefahaman dan memberikan fakta yang betul.

Semarang dalam hujahnya menyatakan bahawa realiti belanjawan pada hari ini hanya 87% pengulangan daripada kerajaan terdahulu, Panti pula menegaskan sebanyak 85% inti pati belanjawan merupakan inisiatif-inisiatif kerajaan terdahulu. Manakala, Penawar mendakwa 83% daripada belanjawan merupakan idea daripada kerajaan Barisan Nasional yang telah dibentangkan oleh mantan Menteri Besar Johor. Tenggaroh pula membawa dakwaan sama, di mana 80% adalah milik kerajaan sebelum ini. Ini juga sudah dijawab secara terang-terangan oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan juga Pendidikan tadi. Oleh itu, suka untuk saya memberikan penjelasan di sini, di mana jumlah keseluruhan titik fokus dalam Belanjawan Johor 2019 adalah sebanyak 207. Daripada jumlah tersebut 91 titik fokus adalah inisiatif baharu yang diperkenalkan kerajaan negeri Johor.

Ingin saya tegaskan di sini, sebagai kerajaan yang pro rakyat, kami tidak mengabaikan mana-mana inisiatif sedia ada malah melakukan penambahbaikan berdasarkan aspirasi dan keupayaan semasa kerajaan negeri Johor. Antaranya, kerajaan negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor telah menambah baik Insentif Harapan Siswa. Ini juga sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan tadi.

Selain itu, kerajaan juga telah mengetengahkan bidang ekonomi kreatif yang memastikan kerancakan ekonomi di Johor berterusan, ini juga memberikan peluang untuk rakyat bidang ini dan menjadikannya sebagai satu aktiviti ekonomi tumpuan di daerah Kluang. Ini salah satu idea ataupun pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini.

Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan negeri Johor merupakan sebuah kerajaan negeri yang mengambil kira maklum balas dari suara rakyat berdasarkan falsafah demokrasi, iaitu, “dari rakyat, untuk rakyat dan kepada rakyat dalam setiap rancangan pembangunannya”. Justeru itu, mana-mana inisiatif yang memberi kesejahteraan kepada rakyat Johor, kami teruskan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi Johor tidak terencat. Inilah keindahan sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan. Gabungan idea daripada pihak kerajaan dan pembangkang ini diolah dan ditambah baik dan hasilnya rakyat mendapat manfaat yang terbanyak.

Saya ingin juga menjawab tentang satu persoalan iaitu Kelewatan Proses Tukar Milik Rumah Ibadat. Seterusnya Penggaram ada membangkitkan isu kelulusan Rumah Ibadat Bukan Islam, atau ringkasnya RIBI yang mengambil tempoh yang agak lama. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan negeri menggunakan Surat Pekeliling Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Johor

(JKKN) Bil 2/98 sebagai garis panduan kepada sebarang permohonan bina baru, pemulihan, pengubahsuaian dan pembesaran RIBI perlu dibawa pertimbangan oleh JKKN.

Kelulusan RIBI akan mengambil sedikit masa kerana permohonan tersebut perlu dibawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Daerah (JKKD). Jabatan kerajaan seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPPD) dan Jabatan Agama Islam yang akan memberikan ulasan teknikal sebelum pertimbangan dibuat di dalam Mesyuarat JKKD itu.

Jabatan berkenaan akan melihat kesesuaian tapak, faktor keselamatan, kesan keharmonian kejiranan setempat, perancangan pembangunan di persekitaran tapak cadangan pembinaan RIBI serta kesesuaian reka bentuk dan struktur bangunan sebagaimana undang-undang di setiap jabatan yang berkaitan. Kemudian barulah keputusan JKKD ini akan dibawa kepada mesyuarat JKKN bagi penelitian, pertimbangan dan seterusnya kelulusan.

Prosedur yang ditetapkan inilah yang menyebabkan proses permohonan rumah-rumah ibadat ini memakan masa kerana ia perlu diteliti satu persatu atau dengan izin,case by case. Antara punca sesuatu permohonan itu memakan masa adalah kerana ada di antara pemilik rumah ibadat yang membina struktur terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Sebagaimana bagi mempercepatkan keputusan permohonan, Majlis Keselamatan Negeri Johor melalui Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Kecil Bangunan Keagamaan Bukan Islam bagi meneliti semua permohonan baru serta kes-kes rayuan bagi permohonan yang telah ditolak sebagaimana keputusan mesyuarat JKKN pada 25 September 1996.

Seterusnya peruntukan Program Bantuan Kepada Masyarakat India, saya ingin sentuh berkenaan dengan peruntukan masyarakat India yang dikemukakan oleh Kahang dan Tenggaroh. Sidang Dewan sekalian, tidak pernah terlintas di fikiran kami untuk penipu ataupun menindas masyarakat India seperti yang didakwa oleh pihak sebelah sana.

Kami telah meluluskan peruntukan RM3 juta untuk usahawan, kebajikan dan baik pulih sekolah untuk masyarakat India. Perlu difahami bahawa pemberian bantuan ini amat telus dan mengikut keperluan semasa. Ini tidak termasuk peruntukan-peruntukan tambahan-tambahan yang lain, yang mungkin diberikan secara terus daripada saya dan juga Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain ataupun ada peruntukan-peruntukan secara one-off, dengan izin.

Cadangan Kahang untuk mewujudkan Unit Hal Ehwal Khas masyarakat India bagi negeri Johor adalah satu cadangan yang sudah pun tertinggal. Untuk makluman semua, di setiap daerah mempunyai seorang Pegawai Perhubungan Masyarakat India yang ditempatkan di Pejabat Daerah.

Saya juga mempunyai pembantu khusus daripada kaum India yang melihat, meneliti dan juga menyelesaikan masalah-masalah kaum India daripada masa ke semasa. Mereka akan menerima isu secara terus, turun ke rumah–rumah untuk membuat siasatan lanjut ke atas aduan yang diberikan dan seterusnya memberikan bantuan yang sewajarnya melalui agensi pemberian bantuan seperti JKM dan sebagainya. Malah Yang Berhormat Bekok akan mempengerusikan mesyuarat bulanan bersama-sama Pegawai Perhubungan Masyarakat India di setiap daerah bagi penyelarasan pelbagai isu melibatkan masyarakat India di Johor.

Jadi saya minta Kahang dan Tenggaroh jangan risau, segala persoalan berbangkit atau permasalahan-permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat India akan saya bincang dan mencari jalan penyelesaiannya bersama juga Yang Berhormat daripada Tiram dan Bekok.

Bagaimanapun, saya sedikit terkilan kerana tindakan mempersoalkan bantuan berasaskan kaum ini saya anggap permainan politik kuno dan tidak matang oleh kerajaan lepas. Dengan semangat Malaysia Baharu, kerajaan negeri memberikan pelbagai bantuan tanpa membezakan kaum, agama malah ideologi politik sekalipun. Ini dapat dilihat melalui Insentif harapan Johor, seperti Kad Sihat Johor, Program Air Percuma, Baucar Rumah Mampu Biaya dan pelbagai lagi. Semua bantuan ini diberikan secara adil dan saksama kepada yang berkelayakan kerana kita semua adalah bangsa Johor.

Ingin saya membangkitkan persoalan pelupusan hutang kerajaan negeri oleh kerajaan pusat. Seterusnya saya ingin bercakap tentang usaha untuk memastikan tahap kewangan negeri berada pada tahap sihat. Saya rasa perlu membuat penjelasan dan penegasan berkaitan isu pelupusan

hutang kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan sebanyak RM189 juta seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Benut.

Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kedudukan terkini baki hutang kerajaan negeri Johor kepada kerajaan persekutuan adalah sebanyak RM520.94 juta di mana pecahan pinjaman adalah seperti berikut :

1. Projek Bekalan Air - RM334.5 juta 2. Perbadanan Johor (JCorp) - RM50.27 juta 3. Projek Perumahan Awam Kos Rendah - RM16.57 juta 4. Lain–Lain Pinjaman - RM123.36 juta

Oleh yang demikian, sebaik sahaja Perjanjian Penyelesaian Pinjaman Kerajaan Antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor ini dimuktamadkan, jumlah hutang kerajaan negeri yang akan dihapus kira oleh kerajaan persekutuan adalah sebanyak RM289 juta iaitu RM100 juta bagi Projek Kecemasan Pemindahan Air Mentah dari Skim Pembekalan Air Mentah kepada Refinery and Petrochemical Integrated Development, Pengerang dengan izin ataupun PAMER ke Empangan Upper Layang dan RM189 Juta lagi bagi pinjaman projek bekalan air ke luar bandar iaitu sebahagian daripada hutang projek bekalan air kerajaan negeri sebanyak RM334 juta itu.

Manakala, baki hutang projek bekalan air sebanyak RM145 juta pula adalah di dalam peringkat akhir rundingan di antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan.

Di samping itu, bagi pinjaman Perbadanan Johor, Johor Corporation, ianya dibayar mengikut Jadual Bayaran Balik seperti yang telah ditetapkan dalam perjanjian dengan kerajaan persekutuan. Pinjaman lain yang dibuat oleh kerajaan negeri daripada kerajaan persekutuan adalah pinjaman bagi membiayai Projek Kerja Membaik Pulih Bangunan Negeri yang berjumlah RM64 juta.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, tiada faedah dikenakan ke atas pinjaman ini. Tempoh bayaran balik yang telah ditetapkan adalah selama 20 tahun dan kerajaan negeri akan mula membuat bayaran balik ke atas pinjaman pada tahun 2019 dengan jumlah RM3.2 juta setahun.

Sehubungan itu, jangkaan baki keseluruhan pinjaman kerajaan negeri Johor daripada kerajaan persekutuan adalah sebanyak RM231 juta yang merangkumi RM145 juta iaitu baki hutang projek bekalan air. RM22 juta iaitu baki pinjaman bagi projek-projek di bawah Perbadanan Johor dan RM64 juta bagi pinjaman-pinjaman lain. Saya akui usaha mendapatkan pelupusan hutang ini telah dilakukan pentadbiran lepas. Tetapi tidak berjaya dilakukan mungkin kerana tiada kesungguhan.

Yang Berhormat Benut, bila kita bercakap tentang hutang kerajaan negeri dengan kerajaan pusat, satu perkara yang perlu kita lihat sebagai tunjang kepada penyelesaiannya adalah hubungan baik antara pemimpin. Mungkin saya mempunyai hubungan baik dengan Perdana Menteri. Banyak urusan pentadbiran dapat kami bincangkan secara bersama dan mencapai persetujuan demi kebaikan semua pihak khususnya bangsa Johor. Saya sendiri berjumpa Menteri Kewangan di pejabatnya di Putrajaya membincangkan perkara ini. Seterusnya, pada Julai lepas, Menteri Kewangan sendiri telah hadir ke pejabat saya ingin meneliti secara lebih dekat isu pelupusan hutang kerajaan negeri oleh kerajaan pusat.

Namun, ini amat berbeza dengan apa yang berlaku sebelum ini, di mana Yang Berhormat Menteri Besar tidak mempunyai mungkin hubungan sehinggakan banyak urusan-urusan yang melibatkan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan tertangguh serta tidak dapat diselesaikan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menyentuh tentang kenaikan elaun kepada Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Majlis. Seterusnya, bercakap mengenai soal kewangan, Yang Berhormat Pemanis, Tangkak dan Senai ada meminta pertimbangan agar elaun Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Majlis dikaji semula untuk dinaikkan.

Pada hemah saya, kenaikan gaji atau elaun ini tidak perlu dilakukan pada ketika ini kerana dalam tempoh kurang setahun pentadbiran ini masih banyak yang perlu dilakukan. ADUN-ADUN dan Ahli Majlis juga perlu membuktikan kita benar-benar berkhidmat untuk rakyat yang telah memberikan amanah kepada kita.

Malah sebagai langkah penjimatan, gaji Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) juga dipotong sebanyak 10% sehingga hari ini. Langkah penjimatan ini bukanlah retorik politik semata-mata kerana daripada terdapat beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang akan membentangkan belanjawan defisit pada tahun ini. Namun sebagai langkah mengurangkan beban kewangan tersebut, kerajaan negeri mengambil inisiatif dengan memberikan geran keseimbangan kepada PBT terlibat dengan jumlah keseluruhan RM 13.7 juta.

Yang Berhormat Tuan Speaker, isu penubuhan Majlis Ekonomi Negeri Johor. Yang Berhormat Gambir ada mencadangkan bagi kerajaan menubuhkan Majlis Ekonomi Negeri Johor amatlah disambut baik oleh kerajaan negeri Johor. Ini bagi menjamin pembangunan ekonomi negeri untuk bergerak lebih pesat dan lestari. Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor atau ringkasnya UPENJ akan menjadi urus setia kepada Majlis yang akan ditubuhkan kelak dengan mengenal pasti pakar-pakar ekonomi, ahli-ahli akademik dan pemain-pemain industri, dewan-dewan perniagaan serta pemegang taruh berkaitan. Mungkin model terhampir yang boleh dijadikan landasan adalah pewujudan Malaysian Institute of Economic Research (MIER), namun penubuhan Majlis Ekonomi Johor akan difokuskan kepada suatu acuan yang tersendiri dengan mengutamakan identiti, kekuatan dan peluang yang sedia ada serta potensi negeri Johor. Semoga penubuhan Majlis Ekonomi Johor dapat direalisasikan dan yang paling utama dapat memainkan peranan sebagai nakhoda dalam menentukan haluan negeri sesuai dengan tujuan penubuhan majlis tersebut.

Ibarat pepatah lama, sebatang lidi amatlah rapuh, namun keutuhan segenggam lidi tidak mudah dipatahkan begitu sahaja. Hanya dengan kemuafakatan semua pihak berkepentingan, negeri Johor akan menjadi lebih kukuh dan perkasa.

Yang Berhormat Tuan Speaker, pemantauan terhadap syarikat berkaitan kerajaan atau ringkasnya GLC dan Audit Forensik. Seterusnya, Mengkibol dan Semarang menyentuh hasrat kerajaan negeri Johor untuk melakukan Audit Forensik kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan Johor. Hasil penelitian saya, bukan hanya kerana hutang yang ditanggung oleh GLC, tetapi memang ada ketirisan yang berlaku di GLC Johor ini. Saya ambil contoh, JCorp yang mempunyai hutang berjumlah RM4.16 bilion. Saya tidak menafikan JCorp telah memberikan pulangan kepada rakyat Johor dalam pelbagai bentuk bantuan seperti pembinaan Klinik dan Hospital wakaf An-Nur, menyediakan peluang pekerjaan, membina rumah mampu biaya melalui syarikat Johor Land dan banyak lagi. Kita juga mengakui JCorp tanpa gagal telah memenuhi obligasi hutang mengikut jadual yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, masih ada keperluan untuk melakukan audit forensik bagi lihat perjalanan GLC Johor ini semua sekiranya berlaku apa-apa ketirisan. Kita akan bawa semua laporan awal kewangan GLC ini kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam ataupun PAC Negeri Johor. Seterusnya melantik pakar juruaudit profesional bebas untuk melihat sekiranya ada berlaku ketirisan oleh kepimpinan negeri terdahulu. Langkah seterusnya seperti tindakan perundangan akan dilakukan sekiranya terbukti berlaku ketirisan itu.

Yang Berhormat Tuan Speaker, kadar tarif air Johor tertinggi. Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya saya ingin mengulas mengenai kadar tarif air di mana Bentayan ada memohon semakan dan kajian semula terhadap kadar tarif. Kerajaan negeri sedar bahawa tarif air di negeri ini merupakan yang tertinggi berbanding di negeri-negeri lain. Saya sedar isu berkaitan tarif air ini merupakan antara isu yang dekat di hati rakyat. Kerajaan negeri juga mempunyai iltizam begitu tinggi untuk berusaha menurunkan tarif air. Namun kita perlu sedar, kerajaan negeri hanya mempunyai pegangan saham minoriti iaitu sebanyak 20% dalam syarikat penyedia air tunggal negeri iaitu Ranhill SAJ. Disebabkan itu, sukar untuk kerajaan negeri membuat keputusan sekiranya tidak mendapat persetujuan daripada Ahli Lembaga Pengarah untuk menurunkan tarif air. Walaupun kerajaan negeri mempunyai kuasa, tetapi kita juga perlu berbincang dari masa ke semasa dengan syarikat ini. Kerajaan negeri sedang melakukan rundingan berterusan demi memastikan rakyat dapat menikmati kadar tarif air yang lebih rendah. Pihak Ranhill SAJ juga ada menyatakan formula mereka untuk menurunkan kadar tarif air tetapi formula tersebut dilihat tidak menyebelahi kerajaan negeri.

Saya ingin mengingatkan Ranhill SAJ, agar berpegang kepada slogan mereka “Setitis yang bermakna.” Sebagai kerajaan negeri sebarang keputusan yang di buat perlulah pro-rakyat ataupun mengutamakan rakyat. Tetapi sekiranya usaha tersebut menemui jalan buntu, kerajaan negeri mungkin mempunyai beberapa strategi lagi untuk memastikan akhirnya kadar tarif air ini diturunkan.

Antaranya, kerajaan negeri merancang untuk mewujudkan syarikat air baru dengan menggunakan teknologi Jepun. (Dewan Bertepuk). Manakala mekanisme pelaksanaannya sekarang ini sedang

dikaji. Usaha ini perlu dibuat bagi mengelakkan berlakunya monopoli sesuatu syarikat yang boleh bertindak sewenang-wenangnya kerana tiada persaingan atau penyedia-penyedia yang lain.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Seterusnya, saya ingin mengulas sedikit tentang isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum atau ICERD. Terima kasih kepada Pemanis yang menyokong keputusan kerajaan negeri berkaitan isu ini. Keputusan untuk tidak meratifikasikan ICERD ini merupakan satu keputusan konsensus yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan. Kita berpegang kepada pendirian yang sama. Cuma permintaan saya, janganlah dipolitikkan lagi isu ini kerana ia akhirnya akan membawa kepada perpecahan antara kita. Sepatutnya, kita di Johor menunjukkan contoh yang baik. Kita perlu menolak perundangan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Yang Berhormat Tuan Speaker, menyentuh tentang peruntukan dan bantuan kepada FELDA. Ini juga sedikit sebanyak telah pun dihuraikan oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Luar Bandar. Sekarang, saya sentuh pula isu berhubung dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, atau ringkasnya (FELDA) seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Benut, Kahang, Pemanis, Tenggaroh, Sedili, Johor Lama Bukit Permai, Panti, Buluh Kasap, Penawar, Pasir Raja dan Layang-Layang.

Semua sedia maklum, ketika ini FELDA sedang mengalami masalah aliran tunai yang amat kritikal akibat kelemahan dalam tadbir urus korporat dan pengurusan kewangan tidak bertanggungjawab yang akhirnya mengakibatkan FELDA menanggung hutang sebanyak RM8 bilion. Hutang ini adalah peninggalan legasi kepimpinan yang terdahulu. Secara asasnya, kerajaan negeri Johor sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyatnya, termasuk FELDA. Hujah-hujah yang dibahaskan di dalam Persidangan Dewan pada kali ini telah mempersoalkan rumah-rumah bagi generasi kedua, FELDA tidak dimasukkan di dalam titik fokus Belanjawan Johor 2019 serta masyarakat FELDA dipinggirkan. Secara dasarnya, kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan mana-mana kelompok rakyat di negeri ini, termasuk pembangunan secara tumpuan khusus kepada masyarakat di FELDA dan juga FELCRA yang mana ianya merupakan salah satu daripada lapan kategori kampung.

Antara perancangan yang telah disediakan adalah melalui penyediaan Pelan Hala Tuju Strategik Desa Johor yang akan mula dilaksanakan pada tahun 2019, sekali gus menjadikan pelengkap kepada Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara 2030. Strategi ini antaranya, akan memberikan tumpuan kepada aspek peningkatan aktiviti dan produktiviti desa, pengurusan alam sekitar yang mampan serta penyediaan infrastruktur yang berkesan. Manakala, dari sudut pengurniaan hak milik tanah, kerajaan negeri komited untuk segera menyelesaikan permohonan-permohonan hak milik oleh peneroka asal.

Dalam pembentangan Belanjawan Johor 2019, di bawah titik fokus yang ke 149 iaitu Penyelesaian Permohonan Tanah Berkelompok, pihak Pejabat Tanah dan Galian akan menyelesaikan 5,767 permohonan tanah melibatkan 9 daerah secara berperingkat dan antara kawasan yang terlibat adalah di FELDA Tenggaroh 1 dan FELDA Tenggaroh 7 di daerah Mersing. Majlis penyampaian Notis 5A kepada peneroka FELDA yang berkelayakan ini akan dibuat awal tahun depan.

Bagi generasi kedua FELDA, kerajaan negeri juga sedia menimbangkan permohonan-permohonan tapak rumah. Mekanisme pengurniaan ini dibuat menerusi, sama ada kurniaan secara terus plot-plot tapak rumah kepada pemohon di kalangan generasi kedua yang berkelayakan atau kurniaan suatu plot kepada FELDA yang kemudiannya akan dibangunkan kawasan perumahan di bawah Program Perumahan Generasi Baru FELDA (PGBF) oleh FELDA sendiri dan dijual kepada generasi kedua. Pada masa ini, permohonan tanah yang diterima akan diproses berdasarkan garis panduan Pengarah Tanah dan Galian Johor pada 27 September 2004 bagi tujuan pengurniaan lot tapak rumah kepada generasi kedua dalam FELDA negeri Johor. Kerajaan negeri mempunyai hasrat dan merancang untuk memperbaiki sekolah-sekolah agama, masjid dan surau yang terletak di dalam kawasan FELDA.

Kita mengambil maklum, bahawa Seksyen 34 Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 (Akta 530) memperkatakan tentang peletak hak tanah kepada FELDA apabila Pihak Berkuasa Negeri mengisytiharkan di bawah seksyen 4 bahawa kawasan-kawasan tersebut akan dimajukan olehnya. Bermakna, tanggungjawab ini di bawah kelolaan FELDA. Untuk tujuan tersebut kerajaan negeri akan berbincang dengan pihak Kementerian dan FELDA bagi membolehkan tapak-tapak masjid, surau, sekolah agama dan lain-lain rizab Agama Islam diberi milik kepada Majlis Agama Islam

Negeri Johor selaku pemegang amanah tunggal semua wakaf di negeri Johor ini. Perbincangan ini akan dilaksanakan bagi mempastikan proses ini berjalan selari dengan peruntukan-peruntukan yang terdapat di dalam Akta 530 di samping untuk memenuhi Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor.

Dengan usaha sedemikian, kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Johor serta Majlis Agama Islam Negeri Johor dapat melakukan pemantauan dan pembaikkan sekolah-sekolah agama, masjid dan surau di kawasan FELDA dan secara langsungnya ia memberikan manfaat kepada penduduk dan orang kampung FELDA ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, selain daripada persoalan terhadap isu pemberian tanah yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat, kerajaan negeri juga prihatin terhadap soal pembangunan, infrastruktur dan juga sosioekonomi generasi kedua FELDA ini. Kerajaan negeri akan menyediakan infrastruktur seperti membina jalan raya, menyediakan lampu jalan dan bekalan air, dalam usaha menjamin kesejahteraan hidup warga FELDA. Kerajaan negeri juga akan mengenal pasti kawasan yang masih lagi tidak mempunyai keperluan asas yang mencukupi dan membuat anggaran perbelanjaan yang akan ditanggung bagi melengkapkan kehidupan warga FELDA ini.

Bagi memantapkan sosioekonomi pula, kerajaan negeri akan memperkasakan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta menggalakkan pertanian moden seperti menggunakan kaedah hidroponik dan fertigasi. Ini secara tidak langsung akan membuka ruang keusahawanan yang mampu meningkatkan lagi taraf hidup warga FELDA. Untuk Ahli-Ahli Yang Berhormat, makluman tambahan berkaitan isu pemilikan tanah generasi kedua, saya ingin membacakan sedikit senarai generasi FELDA kedua yang boleh dipertimbangkan untuk dikurniakan tanah bagi tanah lot tapak rumah pada tahun 2019. Pertama, daerah Mersing bagi DUN Tenggaroh, FELDA Tenggaroh 3, melibatkan 191 plot permohonan bagi tanah seluas 23 ekar. Kedua, daerah Kota Tinggi bagi DUN Sedili dan Johor Lama. DUN Sedili, FELDA Bukit Easter, FELDA Bukit Waha, FELDA Tenggaroh Selatan 1, FELDA Aping Timur, FELDA Aping Barat, FELDA Simpang Waha. Bagi DUN Johor Lama, FELDA Lok Heng Selatan, FELDA Lok Heng Timur, FELDA Lok Heng Barat. Keseluruhan permohonan bagi DUN Sedili dan juga DUN Johor Lama ialah seramai 3,000 pemohon. Kesemua permohonan ini telah dikeluarkan jadual, satu, iaitu Borang Permohonan Tanah oleh Pejabat Tanah Dan Daerah. Kesemua permohonan tanah ini diproses berdasarkan garis panduan Pengarah Tanah dan Galian Johor pada 27 September. Bagi tujuan penggunaan lot tapak rumah kepada generasi kedua dalam FELDA negeri Johor. Insya-Allah kita akan realisasikan permohonan-permohonan ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menyentuh sedikit tentang status Pulau Kukup sebagai Taman Negara Johor. Saya ingin mengambil kesempatan dalam sesi penggulungan ini untuk membuat sedikit penjelasan berhubung status Pulau Kukup, di Pontian. Isu status Pulau Kukup sebagai Taman Negara telah mengundang kegusaran daripada rakyat sehingga ada yang membuat petisyen bantahan pengguguran status tersebut. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, keputusan menggugurkan status Pulau Kukup sebagai Taman Negara dibuat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 7 Mac 2018 iaitu ketika BN mentadbir negeri ini. Tindakan tersebut hanya diketahui oleh pentadbiran saya apabila pembatalan rizab berkenaan diwartakan selepas mendapat kelulusan MMK ketika pentadbiran BN dan kemudiannya dilaporkan oleh media. Saya akui terkejut dengan laporan berita tersebut lebih-lebih lagi apabila ada rakan-rakan dalam Pakatan Harapan yang menuduh pentadbiran kerajaan negeri bertindak meluluskan pengguguran tersebut sedangkan hakikatnya ia berlaku ketika pentadbiran yang lalu.

Seperti yang diketahui umum, perubahan status Taman Negara itu dibuat bagi meletakkan Pulau Kukup sebagai Tanah Kesultanan ini bagi mempastikan pulau tersebut terus dilindungi dengan lebih baik berikutan perubahan statusnya. Ringkasnya, apabila sesuatu kawasan diubah kedudukannya menjadi Tanah Kesultanan, ia termaktub dalam Enakmen Kesultanan 1934 bermaksud tiada sebarang pembangunan boleh dilakukan di kawasan tersebut. Bagaimanapun, penjelasan mengenai pelepasan status Pulau Kukup yang diiktiraf sebagai pulau hutan paya bakau, masih tidak mampu meredakan kegusaran rakyat. Sebagai sebuah kerajaan negeri yang berpaksikan kepada rakyat, saya akan mempastikan Pulau Kukup kekal sebagai Taman Negara Johor. (Dewan Bertepuk).

Hasil perbincangan, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenaan untuk Pulau Kukup terus kekal digunakan sebagai kawasan Taman Negara dan hendaklah dijaga dan dikawal selia oleh kerajaan negeri di bawah Perbadanan Taman Negara Johor. Ini bertujuan menjadikannya sebuah produk pelancongan pada masa kini dan juga pada masa-masa yang akan datang. Patik menjunjung kasih atas titah berkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Tindakan tersebut menunjukkan keprihatinan Tuanku terhadap kepentingan hutan paya bakau yang

bertindak sebagai penahan ombak semula jadi dan juga memelihara kepentingan biodiversiti dan juga rakyat. Status mengenai Pulau Kukup ini juga telah diusulkan dalam Dewan ini dan saya bersetuju memaklumkan untuk membincangkan usul ini dalam MMK. Oleh yang demikian isu Pulau Kukup ini tidak perlulah dipanjangkan lagi memandangkan ianya masih kekal sebagai Taman Negara Johor, Pulau Kukup.

Di dalam Dewan yang mulia ini juga, saya sebagai wakil rakyat dan juga Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri ingin menegaskan juga kepentingan rakyat akan didahulukan walaupun berdepan dengan berbagai-bagai rintangan. Saya bukanlah boneka kepada sesiapa tetapi bertuankan rakyat yang memberikan kepercayaan kepada saya. Ini tidak akan sekali-kali saya khianati. Percayalah, saya dan barisan EXCO akan terus bekerja kuat untuk mempastikan negeri ini berdaulat. Kami tidak akan sekali-kali mengkhianati hak dan amanah rakyat ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum mengakhiri ucapan penggulungan saya, saya ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan ke atas kepimpinan saya dan seluruh penjawat awam negeri Johor sekali lagi. Saya dan barisan EXCO serta penjawat awam di Johor akan terus berusaha memberikan yang terbaik untuk rakyat dan negeri Johor ini. Saya berharap Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat berfikir dengan lebih rasional dan terbuka. Dewan ini selayaknya untuk kita berkongsi idea dan mencapai persefahaman dalam memberikan kesejahteraan kepada rakyat dan bukan untuk individu-individu yang sering memandang serong kepada kerajaan pada hari ini.

Marilah kita menolak segala perbezaan antara kita dalam memakmurkan dan memajukan negeri ini bagi memastikan kita berupaya meningkatkan tahap negeri Johor menjadi negeri terbaik di negara malah di rantau ini.

Saya tidak reti berpantun serupa seperti EXCO saya yang lain ini, cuma satu sahaja pantun. Kalau ada sumur di ladang bolehkah saya menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, kita akan berjumpa di tahun hadapan lagi.

Speaker

Insya-Allah.

Dato’ Haji Osman bin Haji SapianBERSATU · PHMenteri Besar · Kempas

Terima kasih. Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YAB yang telah menggulung perbahasan.

Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2019) Tahun 2018 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara ini dipersetujukan. Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua.

Jurutulis

Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan yang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2019 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

Dewan Bersidang Sebagai Jawatankuasa.

Jurutulis

JADUAL.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM1,617,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.01, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hendaklah Jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Haji Osman bin Haji SapianBERSATU · PHMenteri Besar · Kempas

Bagi Maksud Bekalan B.01, peruntukan sebanyak RM1,617,000.00 adalah diperlukan untuk pengurusan pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM880,000.00 diperlukan untuk pembayaran emolumen serta elaun-elaun kepada anggota-anggota jabatan dan bakinya sebanyak RM737,000.00 ialah untuk perbelanjaan-perbelanjaan pengurusan yang lain.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM144,604,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Haji Osman bin Haji SapianBERSATU · PHMenteri Besar · Kempas

Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan sebanyak RM144,604,000.00 diperlukan bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran pejabat-pejabat di bawah kawalan Pejabat Setiausaha Kerajaan dalam melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti kerajaan bagi memajukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat negeri Johor. Peruntukan yang diperlukan bagi tiap-tiap aktiviti adalah seperti berikut:-Bahagian Pengurusan, RM28,761,000.00; Pelbagai Perkhidmatan, RM44,734,000.00; Menteri Besar Johor, RM 14,721,000.00; Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor, RM6,384,000.00; Dewan Negeri Johor, RM19,335,000.00; Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, RM7,462,000.00; Audit Dalam, RM1,124,000.00; Pemberian Kepada Agensi, RM14,750,000.00; Kem Sultan Ibrahim, RM7,333,000.00.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM31,011,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi · Skudai

Bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, sejumlah RM31,011,000 disediakan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut:- Kerajaan Tempatan, RM11,991,000.00; Bahagian Sains Teknologi Dan ICT Negeri Johor, RM17,246,000.00; Landskap, RM1,774,000.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM7,925,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar · Kota Iskandar

Peruntukan berjumlah RM7,925,000.00 disediakan di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran di bawah Bahagian Perumahan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM6,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Cik Liow Cai TungDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan · Johor Jaya

Bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, sejumlah RM6,000,000.00 disediakan bagi pelaksanaan aktiviti Hal Ehwal Wanita dan Keluarga.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM18,000,000 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan dan RM11,500,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Mohd. Khuzzan bin Abu BakarPKR · PHPengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan · Semerah

Peruntukan berjumlah RM18,000,000.00 disediakan di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, bagi Program Rakan Muda dan kegiatan-kegiatan sukan negeri.

Di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan sebanyak RM11,500,000.00 disediakan untuk pelaksanaan kegiatan-kegiatan Kebudayaan, Seni dan Warisan Negeri Johor.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli- Ahli Yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM3,431,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Jimmy Puah Wee TsePKR · PHPengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti · Bukit Batu

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, peruntukan berjumlah RM3,431,000.00 disediakan di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, bagi aktiviti-aktiviti di bawah Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ).

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM1,976,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan hendaklah jadi sebahagian Jadual ini.

Cik Liow Cai TungDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan · Johor Jaya

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, sejumlah RM1,976,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran bagi Tourism Johor.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM1,395,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Jimmy Puah Wee TsePKR · PHPengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti · Bukit Batu

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, sejumlah RM1,395,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran bagi Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC).

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM17,314,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.04, Perbendaharaan Negeri hendaklah jadi sebahagian Jadual ini.

Dato’ Haji Osman bin Haji SapianBERSATU · PHMenteri Besar · Kempas

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.04, peruntukan sebanyak RM17,314,000.00 diperlukan bagi Pengurusan dan Pentadbiran Perbendaharaan Negeri. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM6,135,000.00 diperuntukkan untuk perbelanjaan emolumen, RM2,941,000.00 untuk perbelanjaan Perkhidmatan dan Bekalan, RM50,000.00 untuk pemilikan aset, RM188,000.00 untuk perbelanjaan Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap dan baki RM8,000,000.00 untuk perbelanjaan Pulang balik Hasil dan Hapus kira.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

(Berhenti sebentar kerana memberi laluan laungan azan).

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM20,223,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.07, Jabatan Pertanian; RM72,707,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran; RM10,126,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.10, Jabatan Perkhidmatan Veterinar jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Dr. Sahruddin bin JamalBERSATU · PNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian · Bukit Kepong

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.07, Jabatan Pertanian peruntukan yang disediakan bagi tahun 2019 berjumlah RM20,223,000.00 ianya adalah bagi menampung segala perbelanjaan

pentadbiran dan pengurusan Pejabat-pejabat Pertanian di seluruh negeri merangkumi perbelanjaan emolumen anggota jabatan dan perbelanjaan-perbelanjaan lain di bawah aktiviti Pentadbiran Am.

Di bawah Maksud Bekalan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran peruntukan yang diperlukan adalah berjumlah RM72,707,000.00. Sejumlah RM30,012,000.00 disediakan untuk perbelanjaan emolumen, RM41,900,000.00 diperlukan untuk perkhidmatan dan bekalan termasuk pengendalian dan penyelenggaraan sungai-sungai, RM180,000.00 disediakan untuk pemilihan aset jabatan dan RM615,000.00 pula disediakan untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap termasuk bayaran gantian cuti rehat kepada anggota-anggota jabatan yang bersara.

Di bawah Maksud Bekalan B.10, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, peruntukan sebanyak RM10,126,000.00 diperlukan untuk perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar termasuk emolumen kakitangan dan bagi melaksanakan tugas-tugas pengurusan yang berkaitan dengan haiwan serta meningkatkan kemajuan industri ternakan di seluruh negeri.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM7,030,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.12, Pejabat Kebun Bunga DiRaja Johor hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi · Skudai

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.12, peruntukan berjumlah RM7,030,000.00 diperuntukkan untuk perbelanjaan pengurusan Pejabat Kebun Bunga DiRaja Johor.

Pengerusi

Perkara ini dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM4,687,000.00 bagi kepala perbelanjaan B.13, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar · Kota Iskandar

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, peruntukan sebanyak RM4,687,000.00 di bawah Maksud Bekalan B.13 pula adalah untuk Jabatan Perancangan Bandar dan Desa bagi melaksanakan tugas-tugas pengawalan pembangunan fizikal, penyelarasan perancangan fizikal serta penyediaan rancangan-rancangan tempatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM15,637,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.19, Jabatan Perhutanan hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Haji Osman bin Haji SapianBERSATU · PHMenteri Besar · Kempas

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.14, peruntukan sebanyak RM15,637,000.00 diperlukan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran Jabatan Perhutanan. Dari jumlah tersebut, sebanyak RM13,146,000.00 adalah perbelanjaan emolumen. Manakala baki sebanyak RM2,491,000.00 adalah untuk lain-lain perbelanjaan termasuk perkhidmatan dan bekalan jabatan, aset serta pemberian dan kenaan bayaran tetap.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM252,169,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.21, Jabatan Agama Islam hendaklah jadi sebahagian dari Jadual ini.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan · Parit Yaani

Bagi Maksud Bekalan B.21, Jabatan Agama Islam, peruntukan sebanyak RM252,169,000.00 diperlukan untuk melaksanakan kegiatan-kegiatan agama Islam di dalam usaha-usaha meningkatkan syiar Islam termasuk perbelanjaan pengurusan di bawah pendidikan Agama Islam. Serta bantuan kepada sekolah-sekolah Arab dan Sekolah Agama Rakyat, KAFA. Peruntukan yang diperlukan bagi tiap-tiap

aktiviti ialah sebagaimana berikut:- Jabatan Agama Islam yakni pentadbiran am RM58,690,000.00; pendidikan agama Islam, RM193,479,000.00.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM26,986,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.23, bagi Jabatan Kebajikan Masyarakat hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Cik Liow Cai TungDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan · Johor Jaya

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat peruntukan yang diperlukan bagi tahun 2019 ialah berjumlah RM26,986,000.00. Dari jumlah tersebut, sebanyak RM4,534,000.00 diperlukan untuk pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan. RM2,280,000.00 untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan, RM167,000.00 untuk pemilikan aset dan baki sebanyak RM20,005,000.00 untuk pemberian dan berkenaan bayaran tetap yang merupakan bantuan-bantuan dan sumbangan kebajikan kepada individu dan juga masyarakat. Ini termasuklah bantuan kepada penduduk-penduduk miskin dan bantuan malapetaka seperti banjir.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM77,309,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.24, Jabatan Kerja Raya hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Haji Mazlan bin BujangBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan · Puteri Wangsa

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.24, Jabatan Kerja Raya, peruntukan yang diperlukan bagi tahun 2019 ialah berjumlah RM77,309,000.00. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM54,430,000.00 diperlukan untuk pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan, RM22,010,000.00 untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan, RM220,000.00 untuk pemilikan aset, RM631,000.00 untuk perbelanjaan, pemberian dan kenaan bayaran tetap manakala baki sebanyak RM18,000.00 diperlukan bagi menampung perbelanjaan-perbelanjaan lain jabatan. Terima kasih.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM4,265,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.26, Muzium DiRaja Abu Bakar, Istana Besar Johor; dan RM630,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.28, sumbangan kepada Kumpulan Wang Berkanun hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Haji Osman bin Haji SapianBERSATU · PHMenteri Besar · Kempas

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.26, Muzium DiRaja Abu Bakar Istana Besar Johor, peruntukan yang diperlukan ialah berjumlah RM4,265,000.00. Dari jumlah tersebut sebanyak RM2,525,000.00 adalah perbelanjaan emolumen, manakala baki sebanyak RM1,740,000.00 adalah untuk lain-lain perbelanjaan termasuk perkhidmatan dan bekalan jabatan, aset dan berkenaan bayaran tetap.

Di bawah Maksud Bekalan B.28 pula, peruntukan sebanyak RM630,000,000.00 diperlukan untuk sumbangan kepada Kumpulan Wang Berkanun. Jumlah tersebut diperlukan sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM11,147,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.29 bagi Jabatan Kehakiman Syariah; dan RM2,031,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.32, Jabatan Mufti hendaklah jadi sebahagian dari Jadual ini.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan · Parit Yaani

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.29, peruntukan sebanyak RM11,147,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran Jabatan Kehakiman Syariah bagi tahun 2019. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM7,153,000.00 disediakan untuk perbelanjaan emolumen,

sebanyak RM3,674,000.00 untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan, sebanyak RM205,000.00 untuk perbelanjaan pemilikan aset dan sebanyak RM115,000.00 untuk perbelanjaan, pemberian dan kenaan bayaran tetap.

Di bawah Maksud Bekalan B.32, peruntukan sebanyak RM2,031,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran bagi Jabatan Mufti. Terima kasih.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM4,806,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.41, Pejabat Daerah Johor Bahru; RM5,334,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.42, Pejabat Daerah Muar; RM5,248,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat; RM4,071,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.44, Pejabat Daerah Pontian; RM4,819,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.45, Pejabat Daerah Segamat; RM4,196,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.46, Pejabat Daerah Kluang; RM4,952,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi; RM3,964,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.48, Pejabat Daerah Mersing; RM3,550,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.49, Pejabat Daerah Kulai; dan RM3,240,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.50, Pejabat Daerah Tangkak dengan ini hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Haji Osman bin Haji SapianBERSATU · PHMenteri Besar · Kempas

Yang Berhormat Tuan Speaker, di bawah Maksud Bekalan B.41, Pejabat Daerah Johor Bahru diperuntukkan sebanyak RM4,806,000.00; di bawah Maksud Bekalan B.42, Pejabat Daerah Muar diperuntukkan sebanyak RM5,334,000.00; di bawah Maksud Bekalan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat diperuntukkan sebanyak RM5,248,000.00; di bawah Maksud Bekalan B.44, Pejabat Daerah Pontian diperuntukkan sebanyak RM4,071,000.00; di bawah Maksud Bekalan B.45, Pejabat Daerah Segamat diperuntukkan sebanyak RM4,819,000.00; di bawah Maksud Bekalan B.46, Pejabat Daerah Kluang diperuntukkan sebanyak RM4,196,000.00; di bawah maksud Bekalan B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi diperuntukkan sebanyak RM4,952,000.00; di bawah Maksud Bekalan B.48, Pejabat Daerah Mersing diperuntukkan sebanyak RM3,964,000.00; di bawah Maksud Bekalan B.49, Pejabat Daerah Kulai diperuntukkan sebanyak RM3,550,000.00 dan di bawah Maksud Bekalan B.50, Pejabat Daerah Tangkak diperuntukkan sebanyak RM3,240,000.00 kesemua peruntukan tersebut disediakan bagi perbelanjaan pengurusan pentadbiran Pejabat-Pejabat Daerah di seluruh negeri Johor.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu seupaya wang sebanyak RM24,815,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.51, Pejabat Tanah dan Galian; RM6,221,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.52, Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru; RM5,353,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan Pejabat Tanah Muar; RM5,892,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat; RM3,521,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.55, Pejabat Tanah Pontian; RM4,802,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.56, Pejabat Tanah Segamat; RM4,514,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B. 57, Pejabat Tanah Kluang; RM4,737,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi; RM3,309,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.59, Pejabat Tanah Mersing; RM3,207,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.60, Pejabat Tanah Kulai; RM3,173,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.61, Pejabat Tanah Tangkak hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Haji Osman bin Haji SapianBERSATU · PHMenteri Besar · Kempas

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.51, Pejabat Tanah Dan Galian, diperuntukkan sebanyak RM24,815,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru diperuntukkan sebanyak RM6,221,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.53, Pejabat Tanah Muar diperuntukkan sebanyak RM5,353,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat diperuntukkan sebanyak RM5,892,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.55, Pejabat Tanah Pontian diperuntukkan sebanyak RM3,521,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.56, Pejabat Tanah Segamat diperuntukkan sebanyak RM4,802,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.57, Pejabat Tanah Kluang diperuntukkan sebanyak RM4,514,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi diperuntukkan sebanyak RM4,737,000.00 dan di bawah Maksud Bekalan B.59, Pejabat Tanah Mersing diperuntukkan sebanyak RM3,309,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.60, Pejabat Tanah Kulai diperuntukkan sebanyak RM3,207,000.00 dan di bawah Maksud Bekalan B.61, Pejabat Tanah Tangkak diperuntukkan sebanyak RM3,173,000.00. Kesemua

peruntukan tersebut disediakan bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran Pejabat-Pejabat Tanah di seluruh negeri Johor.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Jadual jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Jurutulis

FASAL 2

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Fasal Yang Pertama

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal Yang Pertama jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal Yang Pertama jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Dewan Negeri bersidang semula.

Dato’ Haji Osman bin Haji SapianBERSATU · PHMenteri Besar · Kempas

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam Jawatankuasa satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan; maka saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan · Parit Yaani

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan (2019) Tahun 2018 dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan.

Jurutulis

Bahawa dengan ini adalah Diperundang-undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut : Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan (2019) Tahun 2018 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2019.

Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Johor Tahun 2019.

Dato’ Haji Osman bin Haji SapianBERSATU · PHMenteri Besar · Kempas

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Dewan ini serta-merta berpindah menjadi Jawatankuasa bagi keseluruhan Dewan Negeri untuk menimbangkan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Johor Tahun 2019 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 21 Tahun 2018 dan memperakukan sama ada peranggaran itu patut diluluskan oleh Dewan ini dengan dipinda atau tiada dipinda.

Peruntukan yang diperlukan untuk Peranggaran Pembangunan Tahun 2019 adalah berjumlah RM600,000,000.00 di bawah Empat ( 4 ) Jawatankuasa seperti berikut:-Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Negeri Johor, RM405,000,000.00; Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor, RM60,000,000.00; Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri Johor, RM100,000,000.00; Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri Johor, RM35,000,000.00.

Penjelasan lanjut bagi peruntukan tersebut akan diberi di peringkat jawatankuasa berkenaan.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan · Parit Yaani

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, rundingan itu dipersetujukan.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM185,000,000.00.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.70, Pejabat Menteri Besar Johor; RM126,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.71, Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pembangunan); RM94,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.72, Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dipersetujukan.

Dato’ Haji Osman bin Haji SapianBERSATU · PHMenteri Besar · Kempas

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Pembangunan 70, Pejabat Menteri Besar Johor, peruntukan sebanyak RM185,000,000.00 disediakan bagi tahun 2019. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM121,000,000.00 diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja pembangunan termasuk pembangunan fizikal, pembangunan sosial dan pembangunan kerja-kerja kecil. Sebanyak RM14,000,000.00 pula disediakan untuk perbelanjaan pengambilan balik tanah bagi tujuan projek-projek pembangunan kemudahan awam manakala selebihnya sebanyak RM50,000,000.00 disediakan bagi projek-projek khas daerah di seluruh negeri Johor.

Di bawah Maksud Pembangunan 71, Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), peruntukan sebanyak RM126,000,000.00 disediakan untuk tahun 2019. Sebanyak RM18,490,000.00 disediakan bagi projek pembangunan ekonomi dan inklusif. Sejumlah RM28,995,000.00 pula diperuntukkan bagi projek-projek pembangunan perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Selain daripada itu, RM13,522,000.00 disediakan bagi projek-projek di bawah pertanian dan industri asas tani. Untuk pembangunan modal insan, keluarga dan masyarakat, diperuntukkan sejumlah RM6,200,000.00. Bagi pelaksanaan projek-projek berkaitan perhutanan, Taman Negara dan pengurusan sumber air, disediakan sejumlah RM21,213,000.00, manakala RM10,000,000.00 disediakan bagi pembangunan sains, teknologi dan inovasi. RM21,300,000.00 pula disediakan bagi program pembangunan belia dan sukan. Akhir sekali, bagi penggalakan aktiviti pelancongan di negeri Johor, peruntukan sejumlah RM6,280,000.00 disediakan.

Di bawah Maksud Pembangunan 72, Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), peruntukan sebanyak RM94,000,000.00 disediakan untuk tahun 2019. Sebanyak RM44,483,000.00 disediakan bagi kerja-kerja Penyelenggaraan, baik pulih dan naik taraf kuarters kerajaan dan bangunan negeri, bangunan-bangunan milik kerajaan negeri di luar negeri Johor dan bangunan-bangunan kerajaan di pusat pentadbiran kerajaan negeri, Kota Iskandar serta Masjid Kota Iskandar. Di samping itu juga, sebanyak RM15,000,000.00 disediakan bagi bayaran-bayaran yang berkaitan dengan Kota Iskandar. Sebanyak RM19,044,000.00 pula disediakan bagi pembinaan bangunan-bangunan kerajaan negeri, RM14,000,000.00 disediakan bagi kerja-kerja kecil dan akhir sekali sebanyak RM1,473,000.00 disediakan bagi kenderaan penguatkuasaan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM60,000,000 bagi Kepala Perbelanjaan P.73, Jabatan Agama Islam dipersetujukan.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan · Parit Yaani

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Pembangunan 73, Jabatan Agama Islam, peruntukan sebanyak RM60,000,000.00 disediakan untuk tahun 2019. Sejumlah RM2,000,000.00 disediakan untuk Pusat Islam Iskandar, Johor dan RM39,815,000.00 pula untuk pembangunan sekolah-sekolah agama di seluruh negeri Johor serta Pejabat Pendidikan Islam Negeri Johor. Peruntukan sejumlah RM3,720,000.00 disediakan bagi kenderaan penguatkuasaan dan jentera, kelengkapan masjid-masjid kerajaan, pelaksanaan kerja-kerja yang dirancangkan bagi membina Rumah Pegawai, Guru-guru Agama dan Kakitangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Peruntukan sejumlah RM2,960,000.00 lagi adalah bagi kelengkapan dan kemudahan di Makam DiRaja dan tanah-tanah perkuburan. Peruntukan sebanyak RM11,505,000.00 pula adalah untuk membina dan memperelok masjid-masjid jamek, bangunan-bangunan Pejabat Agama Islam Negeri Johor dan bangunan-bangunan Mahkamah Syariah Negeri Johor.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM100,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.74, Jabatan Kerja Raya dipersetujukan.

Tuan Haji Mazlan bin BujangBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan · Puteri Wangsa

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Pembangunan 74, Jabatan Kerja Raya peruntukan sebanyak RM100,000,000.00 disediakan untuk tahun 2019. Sebanyak RM53,000,000.00 diperlukan untuk kerja-kerja pembinaan, menaik taraf serta memperelok jalan dan jambatan negeri dan sebanyak RM2,000,000.00 untuk melebar jalan-jalan negeri, membina tembok tepi sungai dan rancangan mengelak banjir.

Peruntukan sejumlah RM3,500,000.00 juga disediakan untuk menaik taraf sistem mekanikal dan elektrikal di bangunan-bangunan kerajaan dan RM3,000,000.00 diperuntukkan untuk kerja-kerja kecil yang lain. Sejumlah RM2,500,000.00 disediakan untuk kerja-kerja pembinaan, menaik taraf dan ubahsuai bangunan-bangunan kerajaan di negeri Johor. Bagi menaik taraf bangunan-bangunan utama kerajaan serta kemudahan dan keperluan bangunan, sejumlah RM8,000,000.00 pula disediakan sebagai peruntukan.

Sejumlah RM24,500,000.00 diperuntukkan untuk bangunan-bangunan negeri, manakala RM3,000,000.00 adalah untuk bangunan Yayasan Warisan Johor. Akhir sekali RM500,000.00 disediakan untuk pembelian kenderaan dan jentera. Terima kasih.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM35,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.75, Jabatan Pengairan dan Saliran dipersetujukan.

Tuan Dr. Sahruddin bin JamalBERSATU · PNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian · Bukit Kepong

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Pembangunan 75, Jabatan Pengairan dan Saliran, peruntukan sebanyak RM35,000,000.00 disediakan untuk pelaksanaan projek-projek bagi tahun 2019. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1,300,000.00 adalah bagi pembelian jentera, kenderaan, loji dan pintu air serta kelengkapan dan sebanyak RM1,020,000.00 disediakan untuk bangunan-bangunan jabatan. Sebanyak RM660,000.00 disediakan untuk projek pengukuran dan penyiasatan bagi projek-projek saliran dan pengairan. Di samping itu, sebanyak RM23,130,000.00 disediakan bagi Rancangan Tebatan Banjir, Rancangan Saliran Bandar, Rancangan Kawalan Hakisan Pantai dan Rancangan Pengurusan dan akhir sekali sebanyak RM8,890,000.00 disediakan bagi pelaksanaan projek-projek saliran dan pengairan yang lain di seluruh negeri Johor. Terima kasih.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Dato’ Haji Osman bin Haji SapianBERSATU · PHMenteri Besar · Kempas

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, oleh sebab maksud-maksud peranggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 21 Tahun 2018 itu telah pun selesai ditimbangkan, maka saya membawa rundingan supaya ketetapan-ketetapan Jawatankuasa itu dimaklumkan serta-merta kepada Dewan Negeri.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Dewan Negeri bersidang semula.

Dato’ Haji Osman bin Haji SapianBERSATU · PHMenteri Besar · Kempas

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Jawatankuasa Dewan ini telah pun menimbang dan meluluskan tanpa pindaan maksud-maksud peranggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 21 tahun 2018. Dari itu, saya membawa rundingan supaya Dewan ini bersetuju dengan ketetapan-ketetapan Jawatankuasa itu iaitu: - peruntukan wang berjumlah RM600,000,000.00 yang dicadangkan bagi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2019 itu diluluskan oleh Dewan Negeri ini.

Dan, dengan itu mengambil ketetapan bahawa sejumlah wang yang tidak melebihi RM600,000,000.00 hendaklah dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan dalam Tahun Kewangan 2019 bagi menyempurnakan maksud yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat yang tersebut.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan · Parit Yaani

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli- Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, rundingan itu dipersetujukan.

Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan (No. 2) Tahun 2018.Bill

Dato’ Haji Osman bin Haji SapianBERSATU · PHMenteri Besar · Kempas

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (No.2) Tahun 2018 dibacakan kali yang pertama.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan · Parit Yaani

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang pertama.

Jurutulis

Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2018 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu.

Dato’ Haji Osman bin Haji SapianBERSATU · PHMenteri Besar · Kempas

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa saya akan membawa rundingan untuk bacaan kali yang kedua bagi Rang Undang-Undang ini pada hari ini juga dan saya membawa rundingan supaya Peraturan Tetap 112(2) ditangguhkan sementara agar pertimbangan Rang Undang-Undang ini pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan pada hari ini juga.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan · Parit Yaani

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, rundingan itu dipersetujukan.

Peraturan Tetap 112(2) ditangguhkan sementara.

Dato’ Haji Osman bin Haji SapianBERSATU · PHMenteri Besar · Kempas

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tambahan Peruntukan ini merupakan tambahan yang Kedua bagi Perbelanjaan Bekalan Tahun 2018. Tambahan Peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak RM65,335,000.00 sebagaimana yang dimaksudkan di dalam Enakmen Perbekalan Tambahan di bawah Enam (6) Jawatankuasa seperti berikut:- Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Negeri Johor, RM49,190,000.00; Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor, RM6,242,000.00; Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor, RM129,000.00; Jawatankuasa kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi Negeri Johor, RM2,675,000.00; Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri Johor, RM6,087,000.00; Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri Johor, RM1,012,000.00.

Penjelasan lanjut bagi tambahan-tambahan tersebut akan diberi di peringkat Jawatankuasa berkenaan.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan · Parit Yaani

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua.

Jurutulis

Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2018 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Jurutulis

JADUAL.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM14,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.01, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam; RM4,627,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, Bahagian Pengurusan; RM4,703,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, Pelbagai Perkhidmatan; RM72,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri; dan RM75,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Audit Dalam hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Haji Osman bin Haji SapianBERSATU · PHMenteri Besar · Kempas

Yang Berhormat Tuan Speaker, di bawah Maksud Bekalan B.01, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor diperuntukkan sebanyak RM14,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada kakitangan jabatan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bil. 1 Tahun 2017 dan Bil. 1 Tahun 2018.

Di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Pengurusan diperuntukkan sebanyak RM4,627,000.00. Sebanyak RM1,751,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran emolumen dan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bil. 1 Tahun 2017 dan Bil. 1 Tahun 2018 manakala selebihnya sebanyak RM2,876,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran perhubungan dan utiliti jabatan.

Di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Pelbagai Perkhidmatan diperuntukkan sebanyak RM4,703,000.00. Sebanyak RM3,861,000.00 diperlukan bagi menampung perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan jabatan manakala selebihnya sebanyak RM842,000.00 diperlukan bagi menampung perbelanjaan harta modal-harta modal yang lain jabatan.

Di bawah Maksud Bekalan B.03, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor diperuntukkan sebanyak RM72,000.00.00 bagi menampung Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bil. 1 Tahun 2017 dan Bil. 1 Tahun 2018.

Di bawah Maksud Bekalan B.03, Audit Dalam diperuntukkan sebanyak RM75,000.00 bagi menampung bayaran emolumen dan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bil. 1 Tahun 2017 dan Bil. 1 Tahun 2018.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM2,299,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Bahagian Kerajaan Tempatan; dan RM184,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Jabatan Landskap hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi · Skudai

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.03, Kerajaan Tempatan diperuntukkan sebanyak RM2,299,000.00. Sebanyak RM60,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran emolumen kepada kakitangan jabatan. Sebanyak RM319,000.00 diperlukan menampung perbelanjaan perhubungan dan utiliti manakala selebihnya sebanyak RM1,920,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran Caruman Bantu Kadar Atas Harta-harta Kerajaan Negeri.

Di bawah Maksud Bekalan B.03, Jabatan Landskap diperuntukkan sebanyak RM184,000.00 bagi menampung bayaran emolumen kepada kakitangan jabatan dan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bil. 1 Tahun 2017 dan Bil. 1 Tahun 2018.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM129,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Perumahan hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar · Kota Iskandar

Di bawah Maksud Bekalan B.03, Perumahan diperuntukkan sebanyak RM129,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bil. 1 Tahun 2017 dan Bil. 1 Tahun 2018.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM19,043,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.04, Perbendaharaan Negeri hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Haji Osman bin Haji SapianBERSATU · PHMenteri Besar · Kempas

Di bawah Maksud Bekalan B.04, Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor diperuntukkan sebanyak RM19,043,000.00 bagi menampung perbelanjaan pulangan balik hasil dan hapus kira termasuk hapus kira kehilangan yang melibatkan perbelanjaan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM786,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran; dan RM226,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.10, Jabatan Perkhidmatan Veterinar hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Dr. Sahruddin bin JamalBERSATU · PNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian · Bukit Kepong

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor diperuntukkan sebanyak RM786,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bil. 1 Tahun 2017 dan Bil. 1 Tahun 2018.

Di bawah Maksud Bekalan B.10, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor diperuntukkan sebanyak RM226,000.00 bagi menampung bayaran emolumen dan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bil. 1 Tahun 2017 dan Bil. 1 Tahun 2018.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM192,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.12, Pejabat Kebun Bunga DiRaja Johor hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi · Skudai

Di bawah Maksud Bekalan B.12, Pejabat Kebun Bunga DiRaja Johor diperuntukkan sebanyak RM192,000.00. Sebanyak RM163,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bil. 1 Tahun 2017 dan Bil. 1 Tahun 2018 manakala selebihnya sebanyak RM29,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran gantian cuti rehat kepada kakitangan jabatan yang bersara pilihan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM327,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.19, Jabatan Perhutanan hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Haji Osman bin Haji SapianBERSATU · PHMenteri Besar · Kempas

Di bawah Maksud Bekalan B.19, Jabatan Perhutanan Negeri Johor diperuntukkan sebanyak RM327,000.00. Sebanyak RM299,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran emolumen dan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bil. 1 Tahun 2017 dan Bil. 1 Tahun 2018 manakala selebihnya sebanyak RM28,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran gantian cuti rehat kepada kakitangan jabatan yang bersara.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM5,542,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.21, Jabatan Agama Islam hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan · Parit Yaani

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.21, Jabatan Agama Islam Negeri Johor diperuntukkan sebanyak RM5,542,000.00. Sebanyak RM2,934,000.00 diperuntukkan di bawah bahagian pengurusan bagi menampung bayaran emolumen kepada kakitangan yang baru dilantik, bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018. Perbelanjaan perhubungan dan utiliti jabatan dan bayaran gantian cuti rehat kepada kakitangan yang bersara wajib, bersara pilihan dan yang telah meninggal dunia. Manakala selebihnya sebanyak RM2,608,000.00 diperlukan bagi Bahagian Pendidikan Islam bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan dan juga bayaran-bayaran gantian cuti rehat kepada kakitangan jabatan yang bersara dan kakitangan kontrak jabatan. Terima kasih.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM6,087,0000.00 bagi kepala perbelanjaan B.24, Jabatan Kerja Raya hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Haji Mazlan bin BujangBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan · Puteri Wangsa

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.24, Jabatan Kerja Raya Negeri Johor diperuntukkan sebanyak RM6,087,000.00, sebanyak RM1,224,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018. Sebanyak RM4,820,000.00 diperlukan bagi menampung perbelanjaan sewaan bagi majlis-majlis rasmi kerajaan manakala selebihnya sebanyak RM43,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran gantian cuti rehat kepada kakitangan yang bersara. Terima kasih.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM264,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.26, Muzium DiRaja Abu Bakar, Istana Besar Johor; dan RM17,906,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.28, sumbangan kepada Kumpulan Wang Berkanun hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Haji Osman bin Haji SapianBERSATU · PHMenteri Besar · Kempas

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.26, Muzium DiRaja Abu Bakar Istana Besar Johor diperuntukkan sebanyak RM264,000.00. Sebanyak RM51,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018. Manakala selebihnya sebanyak RM213,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran utiliti di bangunan Muzium DiRaja Abu Bakar, Istana Besar Johor.

Di bawah Maksud Bekalan B.28, sumbangan kepada Kumpulan Wang Berkanun diperuntukkan sebanyak RM17,906,000.00 bagi menampung penyelarasan semula akaun pinjaman badan-badan berkanun lain bagi bayaran penggunaan air bersih dan kepada Public Utilities Board, Singapura.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM685,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.29, Jabatan Kehakiman Syariah; dan RM15,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.32, Jabatan Mufti hendaklah jadi sebahagian dari Jadual ini.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan · Parit Yaani

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.29, Jabatan Kehakiman Syariah, diperuntukkan sebanyak RM685,000.00. Sebanyak RM314,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran emolumen dan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1

Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018. Manakala selebihnya sebanyak RM371,000.00 diperlukan bagi menampung perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan jabatan.

Di bawah Maksud Bekalan B.32, Jabatan Mufti, diperuntukkan sebanyak RM15,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan. Terima kasih.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM425,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B41, Pejabat Daerah Johor Bahru; RM50,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat; RM160,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.44, Pejabat Daerah Pontian; RM106,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.45, Pejabat Daerah Segamat; RM34,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi; RM55,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.49, Pejabat Daerah Kulai; dan RM116,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru; RM102,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.53, Pejabat Tanah Muar; RM99,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat; RM59,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.55, Pejabat Tanah Pontian; RM329,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.56, Pejabat Tanah Segamat; RM346,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.57, Pejabat Tanah Kluang; RM78,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi; RM85,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.59, Pejabat Tanah Mersing; RM60,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.60, Pejabat Tanah Kulai; dan RM55,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.61, Pejabat Tanah Tangkak hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Haji Osman bin Haji SapianBERSATU · PHMenteri Besar · Kempas

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud B.41, Pejabat Daerah Johor Bahru diperuntukkan sebanyak RM425,000.00 bagi menampung bayaran emolumen dan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan.

Di bawah Maksud Bekalan B.51, Pejabat Daerah Batu Pahat diperuntukkan sebanyak RM50,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan.

Di bawah Maksud Bekalan B.44, Pejabat Daerah Pontian diperuntukkan sebanyak RM160,000.00. Sebanyak RM105,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran emolumen dan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan. Manakala selebihnya sebanyak RM55,000.000 diperlukan bagi menampung bayaran gantian cuti rehat kepada kakitangan yang bersara pilihan pada tahun 2018.

Di bawah Maksud Bekalan B.45, Pejabat Daerah Segamat diperuntukkan sebanyak RM106,000.00 bagi menampung bayaran elaun tetap kepada kakitangan jabatan selepas penaiktarafan Majlis Daerah Segamat kepada Majlis Perbandaran Segamat dan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018.

Di bawah Maksud Bekalan B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi diperuntukkan sebanyak RM34,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan.

Di bawah Maksud Bekalan B.49, Pejabat Daerah Kulai diperuntukkan sebanyak RM55,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan.

Di bawah Maksud Bekalan B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru diperuntukkan sebanyak RM116,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan.

Di bawah Maksud Bekalan B.53, Pejabat Tanah Muar diperuntukkan sebanyak RM102,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan.

Di bawah Maksud Bekalan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat diperuntukkan sebanyak RM99,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan.

Di bawah Maksud Bekalan B.55, Pejabat Tanah Pontian diperuntukkan sebanyak RM59,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan.

Di bawah Maksud Bekalan B.56, Pejabat Tanah Segamat diperuntukkan sebanyak RM329,000.00 bagi menampung bayaran emolumen kepada kakitangan jabatan termasuk kenaikan elaun tetap selepas penaiktarafan Majlis Daerah Segamat kepada Majlis Perbandaran Segamat dan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan.

Di bawah Maksud Bekalan B.57, Pejabat Tanah Kluang diperuntukkan sebanyak RM346,000.00 bagi menampung bayaran emolumen dan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan.

Di bawah Maksud Bekalan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi diperuntukkan sebanyak RM78,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan.

Di bawah Maksud Bekalan B.59, Pejabat Tanah Mersing diperuntukkan sebanyak RM85,000.00 bagi menampung bayaran emolumen kepada tiga orang kakitangan baru jabatan dan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018.

Di bawah Maksud Bekalan B.60, Pejabat Tanah Kulai diperuntukkan sebanyak RM60,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan.

Di bawah Maksud Bekalan B.61, Pejabat Tanah Tangkak, diperuntukkan sebanyak RM55,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2017 dan Bilangan 1 Tahun 2018 kepada kakitangan jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Jadual jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Jurutulis

Fasal 2.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Fasal Yang Pertama.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal Yang Pertama jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal Yang Pertama jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Dewan Negeri bersidang semula.

Dato’ Haji Osman bin Haji SapianBERSATU · PHMenteri Besar · Kempas

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya memohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun dipertimbangkan dalam Jawatankuasa satu persatu dan dipersetujukan

tanpa pindaan, maka saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan · Parit Yaani

Yang Berhormat Tuan Speaker,saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan(No. 2) Tahun 2018 dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan.

Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan,yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan.

Jurutulis

Bahawa dengan ini adalah Diperundang-undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut:- Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (No. 2)Tahun 2018.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan · Parit Yaani

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Dewan ini ditangguhkan.

Tuan Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar · Kota Iskandar

Yang Berhormat Tuan Speaker,saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Alhamdulillah, selesai sudah Persidangan kali ini. Terima kasih diucapkan kepada semua Ahli-Ahli Dewan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan dan semua yang terlibat. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan dalam peti, kalau ada silap dan salah jangan disimpan di dalam hati. Kalau pergi mencari galah, mohon singgah di ladang kami, kalau ada urusan yang salah, mohon semua maafkan kami. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Persidangan ditangguhkan pada jam 2.10 petang.

Pegawai-Pegawai Bertugas:

Speaker

Jurutulis Cik Hajah Shubanah binti Yusuf

Penolong Jurutulis Encik Hasnul Atmam bin Othman Puan Farrah Diana binti Mohammad

Ketua Unit Dewan Puan Norliza binti Md. Aris

Pembantu Penerbitan Puan Malina binti Mohd Nasir Puan Noraisah binti Mohd Yusof Encik Ariff bin Abu Bakar

Pembantu Operasi (Bentara) Encik Razine bin Sulaiman Encik Hamdan bin Markom Encik Norhayadi bin Hussien Encik Muhamad Khirunizam bin Pahmi Encik Mohd Norazri bin Kasim Encik Mohd Sapri bin Manan Encik Muhamad Khairul Asyraf bin Abdullah Encik Muhammad Khairul bin Arop

Setiausaha Pejabat (Pelapor Dewan) Puan Hajah Zalinah binti Ali Puan Hajah Saniah binti Kassim Puan Fareza binti Musa Puan Hajah Azlin binti Bahrin Puan Hajah Rumiah binti Semirono Puan Junaidah binti Paing Puan Siti Rojimah binti Abd. Razak Puan Norlydialina binti Ithnain Puan Norazilawati binti Masri Puan Noor Dalilah binti Dahalan Puan Zahiti binti Muhamad Hamdi Puan Shuriati binti Abdul Hajar Puan Hajah Haironisha binti Zainal Abidin Puan Norhafizah binti Osman Puan Raihanah binti Ismail Siti Rohani binti Ahmad Suhaimi

Rakaman Encik Nor Risam bin Esa Encik Azizan bin Md. Sidi

Juruaudio Video Encik Noorazhan bin Mohd Salleh