Johor · 25 November 2019
2nd session, 3rd meeting · 223 turns · 32,949 words · official PDF ↗
ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.
Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Tuan Speaker.
Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat pagi. (Bacaan selawat). Alhamdulillah kita dapat menyambung semula Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2020) Bagi Penggal Persidangan Kedua, Dewan Negeri Johor Ke-14 hari yang ketiga.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, di dalam soalan lisan ini kita akan ikut format semalam, kita beri masa 5 minit untuk EXCO menjawab, 1 minit untuk setiap soalan tambahan, 2 minit bagi jawapan setiap EXCO kecuali Menteri Besar. Jadi, kita akan ikut format ini seperti hari semalam. Alhamdulillah semalam kita dapat 11 jawapan daripada EXCO dan MB. Insya-Allah hari kalau kita dapat maintain lebih baik dan kalau lebih banyak baik lebih lagi.
Soalan-Soalan Lisan.Questions
Yang Berhormat Benut, jemput.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan yang pertama.
Minta dinyatakan apakah perkembangan terkini pelaksanaan semua inisiatif-inisiatif yang telah diumumkan dalam Belanjawan Johor 2019?
Yang Berhormat Panti, jemput.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Yang Berhormat Tuan Speaker soalan nombor 2 dan 3.
Minta nyatakan peratusan pelaksanaan terkini bagi setiap inisiatif atau titik fokus yang telah diumumkan dalam Belanjawan Johor 2019.
Minta nyatakan kaedah yang kerajaan negeri gunakan untuk memantau prestasi EXCO khususnya dalam pelaksanaan pelbagai perkara yang diumumkan menerusi Belanjawan Johor dan Pelan Pembangunan Mampan Negeri Johor.
Jemput Yang Amat Berhormat.
Bismillahirrahmaanirrahim. (Bacaan selawat). Yang Berhormat Tuan Speaker izinkan saya untuk menjawab soalan Yang Berhormat Panti dan Benut secara bersekali mengenai kaedah kerajaan negeri untuk memantau prestasi EXCO khususnya dalam pelaksanaan Belanjawan 2019. Untuk makluman Yang Berhormat Speaker dan Ahli Dewan kerajaan negeri melalui Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Pemantauan Projek dan Kesejahteraan Rakyat sentiasa memantau kemajuan pelaksanaan titik fokus Belanjawan Johor 2019. Semua titik fokus Belanjawan Johor 2019 menjadi petunjuk prestasi utama atau lebih dikenali sebagai KPI Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor. Untuk maklumat Yang Berhormat, dalam Belanjawan Johor 2019 sebanyak 207 titik fokus telah digarap dalam memandu arah kerajaan negeri Johor. Status pelaksanaannya sehingga 19 November 2019 sebanyak 194 titik fokus yang mewakili 93.7% telah siap dalam pelaksanaannya. Manakala baki sebanyak 13 titik fokus mewakili 6.28% di dalam peringkat awal pelaksanaan.
Seramai 8 orang EXCO telah mencapai 85% pelaksanaan ke atas tiitk fokus Belanjawan Johor 2019. Tahniah.
Titik fokus yang masih dalam perancangan serta dalam, serta sedang dijalankan akan terus dipantau agar titik fokus berkenaan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Dalam Belanjawan Johor 2019 juga, kerajaan negeri Johor telah memperuntukkan sebanyak RM608 juta bagi perbelanjaan pembangunan sehingga 31 Oktober 2019 prestasi perbelanjaan adalah sebanyak 65.27%. Jika dibuat perbandingan prestasi belanja pembangunan negeri Johor dengan RMK-11 pada tarikh yang sama kemajuan perbelanjaan peruntukan pembangunan negeri Johor sedikit lebih tinggi daripada prestasi belanja kemajuan nasional iaitu sebanyak 59.15%.
Untuk makluman Yang Berhormat bagi Belanjawan Johor 2020 yang telah saya bentangkan pada hari Khamis yang lalu, kerajaan negeri telah bersetuju bagi melaksanakan 183 titik fokus. Insya-Allah kita merancang untuk mewujudkan sistem online bagi memantau prestasi pelaksanaan titik fokus Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Pemantauan gerak kerja serta kemajuan KPI ini akan diselaraskan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Pemantauan Projek dan Kesejahteraan Rakyat. Pada waktu yang sama, semua titik fokus yang telah saya bentangkan akan menjadi KPI kepada semua EXCO dan wajib dimasukkan di dalam KPI jabatan yang berkaitan. Semua EXCO akan duduk semeja dengan Ketua Jabatan berkaitan bagi membincangkan gerak kerja pelaksanaan titik fokus tersebut. Kesimpulannya kerajaan negeri yang diterajui oleh kerajaan Pakatan Harapan sentiasa serius dan fokus dalam melakukan perancangan serta pembangunan negeri Johor yang lebih mampan. Sekian, terima kasih.
Ya Benut, jemput.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Amat Berhormat di atas penjelasan berkaitan dengan pelaksanaan insiatif-inisiatif 2019 mahupun 2020. Tahniah kerana adanya kaedah pemantauan yang dikenalkan oleh kerajaan negeri dalam memastikan pencapaian inisiatif-inisiatif yang telah diperkenalkan dapat akhirnya mencapai kejayaan. Jadi, lanjutan Yang Amat Berhormat daripada 2019 oleh kerana adanya pemantauan. Bagi titik fokus 98 dalam Bajet 2020, Yang Amat Berhormat ada menekankan tentang soal mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baru antaranya adalah dari segi gigekonomi ini. Kita tahu bahawa gigekonomi ini adalah berlaku atas dua perkara yang pertama gaji yang tidak setimpal dan keduanya kerana kemahiran ataupun kelayakan mereka itu tidak setimpal dengan pekerjaan yang mereka perolehi maka mereka menyertai aspek ekonomi ini Yang Berhormat Tuan Speaker. Jadi soalannya, dalam menyediakan untuk wanita dan anak muda menuju gigekonomi ini, untuk membangun daya cipta belia ni. Soalan saya ialah adakah inisiatif ini akan dapat dikira sebagai mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi? Kalau ianya Yang Amat Berhormat sebut membangun daya cipta belia untuk menuju gigekonomi ini adakah ia dapat mewujudkan kemahiran tinggi di kalangan belia. Terima kasih.
Jemput Yang Amat Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, jawapan pendek boleh ya, seminit ajekan.
2 minit.
2 minit. Saya kalau jawapan seminit saya nak bagi pendek aje. Insya-Allah kita akan sentiasalah bekerjasama dengan semua EXCO-EXCO dan akan sentiasa mengkaji dan meneliti apa pun program-program yang akan kita dilaksanakan baik belia ataupun wanita mencapai tahap pendapatan yang lebih tinggi. Insya-Allah akan ada lagi banyak perancangan daripada EXCO Belia dan kami sendiri untuk mewujudkan lebih banyak peluang yang lebih baguslah. Dan, untuk saya cukup yakin bahawa insya-Allah semua program-program yang akan kita laksanakan akan memastikan apa pun perancangan akan menambah baik pendapatan masyarakat rakyat negeri Johor, insya-Allah.
Ya, Panti.
Bismillahirrahmannirrahim, terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas jawapan bagi soalan nombor 2 dan 3. Pertama saya hendak menyatakan bahawa setiap inisiatif dan perkara yang hendak dibentangkan di dalam belanjawan siap ataupun dilaksanakan itu adalah suatu perkara, perkara yang saya lebih berminat untuk mengetahui adalah berkaitan dengan impaknya ataupun keberkesanan setiap inisiatif yang telah dilaksanakan melalui itu apa sistem ataupun KPI setiap EXCO ini. Soalan saya adakah kerajaan bersedia untuk apa mengwar-war ataupun membuat laporan ini kepada umum, memberi pelaporan ini kepada umum maknanya diberitahu kepada umum bagaimana setiap inisiatif itu telah siap dan telah memberi impak yang baik kepada bangsa kita. Bangsa Johor.
Progress report lah.
Hah, progress report dan apakah tindakan Yang Amat Berhormat ke atas EXCO-EXCO yang tidak ataupun yang tidak under perform, terima kasih.
Jemput Yang Amat Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, setakat ini alhamdulillah lah, semua EXCO-EXCO saya menunjukkan perform yang bagus, jadi saya rasa tiada isulah yang menunjukkan bahawa tiada EXCO-EXCO yang perform kerana KPI pun kita sentiasa pantau dari semasa ke semasa. Insya-Allah dari segi EXCO Yang Berhormat tidak perlu risau, tidak perlu ragu kerana hubungan yang baik antara EXCO dan Ketua-ketua jabatan menyebabkan kita dapat melaksanakan semua program-program yang telah kita rancangkan. Kemudian tentang kita war-warkan insya-Allah kami akan sentiasa mewar-warkan apa pun program yang telah kami laksanakan dan insya-Allah sepanjang yang saya tahu bahawa kebanyakan program mendapat sambutan yang bagus dan baik daripada masyarakat. Sekian, terima kasih.
Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Pulai Sebatang, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker soalan saya nombor 4.
Berapa ramai penerima Insentif Harapan Siswa pada tahun ini?
Jemput YB EXCO.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Soalan daripada Yang Berhormat Pulai Sebatang. Berapa ramai penerima Insentif Harapan Siswa pada tahun ini? Jawapan bagi soalan yang telah dikemukakan, untuk maklumat pada tahun 2019, kerajaan Johor telah memperuntukkan sebanyak RM2.5 juta bagi tujuan pemberian Insentif Harapan Siswa kepada anak-anak Johor yang mendaftar di pengajian tinggi bagi sesi semester pertama 2018/2019.
Pecahan daripada sumbangan dana pemberian Insentif Harapan Siswa keseluruhan RM2.5 juta datang daripada RM1.5 juta dari Yayasan Pelajaran Johor dan RM1 juta sumbangan dana dari pihak PDT. Kadar bantuan yang diberikan kepada siswa yang mengambil jurusan diploma RM500.00, manakala ijazah, sarjana muda RM1,000.00. Sehingga 30 Oktober 2019, maknanya pada Oktober belum akhir tahun. sejumlah ataupun seramai 2,488 orang pelajar telah berjaya menerima pemberian Insentif Harapan Siswa dengan perbelanjaan sebanyak RM2.095 juta. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Pulai Sebatang, jemput soalan tambahan.
Soalan tambahan saya Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mahu lihat bagaimana Insentif Harapan Siswa ini dipromosikan atau dimaklumkan kepada pihak umum kerana kita mahu lihat supaya insentif ini dapat lebih diterima oleh ramai lagi masyarakat yang berada di luar, pelajar-pelajar dan kalau boleh saya tahu berapakah jumlah pelajar yang telah diterima dari daerah Pontian, sekian.
Jemput YB EXCO.
Pertama sekali kepada jawapan Yang Speaker, Tuan Speaker iaitu permohonan kepada pelajar-pelajar ataupun mahasiswa ini boleh melalui website ataupun laman web www.ypj.gov.com.my di mana ini permintaan ataupun laluan melalui internet dan kalau kita lihat dari segi cara selain daripada promosi berkaitan melalui internet ataupun laman web YPJ secara rasminya melalui laman web YPJ seperti facebook, instagram dan laman webnya. Ia juga dilakukan oleh pejabat-pejabat di pejabat daerah melalui ketua kampung dan pejabat agama islam yang mana kita edarkan borang-borang berkenaan, makluman berkenaan.
Dan, untuk menjawab tentang berapa ramai di peringkat Pontian ataupun pelajar di peringkat Pontian. Saya baca semua daerahlah senang. Jadi yang lain-lain boleh tahu, walaupun yang bertanya Pontian sahaja. Untuk Johor Bahru seramai 849 orang; Batu Pahat 557; Kota Tinggi 164; Kulai 156; Tangkak 92; Muar 183; Mersing 51; Segamat 116; Kluang 139; dan Pontian 181, yang jumlahnya 248 orang. Sekian, terima kasih.
Semarang jemput.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan saya, soalan tambahan saya, adakah peruntukan RM2.5 juta yang diperuntukkan untuk insentif ini dapat dinikmati oleh semua pemohon, dalam erti kata yang lain, adakah pemohon-pemohon yang tidak dapat menerima insentif ini kerana kehabisan peruntukan.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih Semarang. Untuk makluman Dewan dan juga Tuan Speaker, kita menyediakan ada syarat-syarat pemohon kepada Insentif Harapan Siswa ini:
1. Yang pertama sekali syarat dia, pemohon lahir dan menetap di Johor, maknanya IC dia 01.
2. Pemohon terbuka kepada pelajar tahun 1 semester pertama, sama ada diploma atau ijazah, sarjana muda, yang melanjut pelajaran ke IPTA dan IPTS terpilih yang khas khususnya.
3. Pemohon telah mendapat surat tawaran dari institut pengajian tinggi berkenaan.
4. Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih, makna tahun pertama dia boleh dapat, dan kursus tadi mengambil masa lebih daripada setahun.
5. Pendapatan ibu bapa penjaga tidak melebihi RM4,000.00 sebulan dan RM4,000.00 hingga RM5,000.00 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas, maknanya adik beradik dia ramai dengan anak tanggungan di bawah penjaga tadi ramai.
Seterusnya keutamaan akan diberikan kepada jumlah per kapita, jumlah pendapatan isi rumah, jumlah tanggungan yang paling minima. Jadi disenaraikan keseluruhan pemohon dan kita akan letakkan berapa pendapatan per kapita keluarga dan daripada situ kita akan senaraikan untuk pemilihan.
Seterusnya permohonan yang layak menerima pembayaran pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian dan pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain. Itu juga menjadi kategori ataupun menjadi sebab pemilihan kepada pelajar yang berkenaan. Sekian, terima kasih.
Kita di Dewan Johor dihadiri pelawat daripada kawasan Parlimen Bakri seramai 19 orang. Terima kasih kerana hadir pada pagi ini. Seterusnya...
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon supaya Yang Berhormat juga dapat meneliti jawapan yang diberi kerana tak menepati soalan. Soalan yang ditanya ialah sama ada peruntukan yang disediakan RM2.5 juta tu cukup atau tidak untuk menampung permohonan, jadi adakah kerana yang tidak dapat tu oleh kerana kewangan ke apa? Soalannya itu Yang Berhormat.
Ada EXCO nak tu?
Maknanya ada yang tak dapat. Maksud tak dapat tadi berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Jadi daripada jumlah pemohon, seramai beberapa ramai tu, maknanya ada yang tak dapatlah berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah dikemukakan.
Kalau Yang Berhormat sebut tak dapat aje, setengah saat aje. OK seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Kempas, jemput.
Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh, salam sejahtera. Soalan saya soalan nombor 5. Terima kasih.
Beberapa bulan yang lalu, negeri kita mengalami kemarau menyebabkan banyak terjadi kes kebakaran hutan dan tempat pelupusan tanah haram, tanah masalah berstatus perumahan yang terbiar sudah sekian lama. Apakah tindakan yang diambil oleh PBT untuk jangka masa panjang supaya tidak berulang?
Jemput Yang Berhormat EXCO.
Selamat pagi, salam sejahtera Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Kempas yang mengemukakan soalan tersebut.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini dan juga Yang Berhormat Kempas, Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor sentiasa melaksanakan pemantauan di lapangan secara berkala atau berdasarkan aduan awam. Berkaitan masalah semak samun yang meliputi kawasan milik individu, syarikat rizab kerajaan dan kawasan yang tidak dijadualkan dalam jadual kerja pembersihan awam daripada syarikat konsesi yang dilantik oleh SWCorp. Langkah tersebut dilaksanakan bagi memastikan keseluruhan kawasan pentadbiran sentiasa bersih di samping untuk mengelakkan berlakunya bencana yang boleh mengancam kesihatan atau harta seterusnya menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan penduduk-penduduk setempat.
Kerja-kerja pembersihan awam yang dilaksanakan meliputi kerja-kerja pembersihan premis dan kawasan terbiar, kawasan pembersihan yang tidak dijadualkan dan juga tindakan-tindakan terhadap aduan awam.
Yang Berhormat Tuan Speaker, penguatkuasaan undang-undang merupakan sebagai satu kaedah terakhir bagi kawalan kebersihan dan pencemaran alam sekitar. Selepas program promosi dan pendidikan kesihatan dijalankan, tindakan undang-undang yang diambil adalah di bawah peruntukan Akta 171 iaitu Akta Kerajaan Tempatan dan Undang-Undang Kecil yang digubal di bawah peruntukan Akta tersebut. Seperti contohnya Notis Kacau Ganggu (Semak Samun) Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 merupakan satu pemberitahuan amaran kepada penerima berkaitan kesalahan “membiarkan kawasan rumah atau kawasan tanah terbiar dengan dipenuhi semak samun yang boleh menjadikan tempat pembiakan nyamuk dan vermin lain” yang dilakukan dan diberi satu tempoh tertentu iaitu selama 14 hari untuk mengambil langkah pembasmian. Kos pembersihan akan dituntut kepada pemilik atau pemunya premis menggunakan peruntukan Seksyen 82(4) dan Seksyen 114 Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga untuk makluman Ahli Dewan, manakala untuk tindakan rentas agensi akan dilaksanakan bagi kes pelupusan dan pembakaran sisa pepejal secara haram dengan proses pemantauan dilakukan sepenuhnya oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berdasarkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan 2019.
Seterusnya tindakan penguatkuasaan terhadap pembakaran terbuka pula akan diambil oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah peruntukan Seksyen 29(A) iaitu Larangan Ke Atas Pembakaran Terbuka Akta 127. Sekiranya kes pembakaran terbuka sedemikian bersifat skala besar, Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPPD) yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah akan diaktifkan. Jawatankuasa tersebut akan bertindak dalam mengurus dan mengawal selia keperluan logistik yang membabitkan kes yang berkenaan. Melalui Jawatankuasa tersebut, pihak JBPM, pihak jawatankuasa, Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi-agensi yang berkaitan akan menyediakan segala bantuan dan keperluan bagi melicinkan operation. Segala kos yang terbabit dalam proses tersebut akan dibincangkan di dalam Mesyuarat Pengurusan Bencana Daerah dan dituntut daripada Tabung Bencana Negeri. Sekian, terima kasih.
Ya Kempas jemput, soalan tambahan.
Terima kasih Tuan Speaker dan juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan. Saya melihat kebakaran terbuka ini bukan sahaja berlaku di kampung-kampung ataupun di luar bandar. Kerana mereka menjalankan pendekatan untuk meringankan kos, maka dibakarlah kalau dah ditebang pokok-pokok. Tapi juga berlaku di kawasan-kawasan bandar. Saya mengambil contoh seperti di dalam kawasan DUN Kempas. Perkara ini sering berlaku dah bertahun-tahun, tidak ada satu tindakan yang drastik yang boleh menyelesaikan perkara ini iaitu di kawasan Banjaran, tempat pembuangan sampah haram, di mana status tanah ini adalah perumahan. Jadi bukan sahaja tindakan perlu diambil oleh PBT, tetapi apakah tindakan ini tidak diambil oleh pihak Pejabat Tanah, kerana status tanah itu sudah dilanggar, satu. Yang keduanya, dah dikurniakan begitu lama tetapi tidak dibangunkan. Saya rasa kita boleh gunakan seksyen-seksyen tertentu untuk merampas balik.
Soalannya mengapa tidak diambil tindakan?
Ya, perkara ini berulang. Kerana impak daripada pembakaran yang berleluasa ini akan menjadi kacau ganggu seperti udara yang tidak sihat kerana di kawasan saya ni, di Banjaran ini berdekatan dengan kawasan perumahan yang begitu padat di samping sekolah dan sebagainya. Jadi...
Maklum, maklum Yang Berhormat...
Jadi saya rasa kalau hanya sekadar ambil tindakan tetapi tidak berkala, perkara ini akan berulang. Jadi saya minta apakah pihak
kerajaan, EXCO Kerajaan Tempatan dan juga EXCO yang berkenaan ini tindakan selanjutnya supaya tidak berulang kali. Ok terima kasih.
Jemput Yang Berhormat EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Kempas atas soalan tambahan yang dikemukakan. Memang pembakaran terbuka ini disebabkan beberapa faktorlah. Salah satu ialah kerana cuaca dan juga ada sesetengah pihak yang cuba apa ni mengambil peluang untuk seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kempas apa ni untuk menjalankan aktiviti, aktiviti untuk menyelesaikan masalah, mungkin ada semak samun di kawasan lapangan milikan tuan punya tanahlah. Dan berkenaan dengan kes yang berlaku di Banjaran Bukit Kempas, memang dia membawa apa ni, masalah kebersihan dan mencemarkan alam sekitar di kawasan persekitaran di Banjaran Bukit Kempas ini. Dan, sememangnya satu tindakan bersepadu daripada semua agensi-agensi yang berkaitan apa ni telah diadakan, di mana ia terlibat Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah Johor Bahru, Jabatan Alam Sekitar, SWCorp dan beberapa agensi yang lainlah seperti Jabatan Bomba dan agensi-agensi yang berkaitan ini, mereka boleh mengambil tindakan penguatkuasaan mengikut apa ni, undang-undang yang sedia ada di bawah Jabatan mereka.
Untuk soalan yang dikemukakan sama adakah Jabatan apa ni Pejabat Tanah mengambil tindakan. Sememangnya Pejabat Tanah juga ada mengambil tindakan mengikut Seksyen 127, 128 dan 129 di mana seksyen-seksyen tersebut yang pada asasnya adalah untuk meminta apa ni, pemilik tanah untuk meremedi tanah syarat tersebut, syarat tanah tersebut. Bermaksud tidak digunakan untuk tujuan-tujuan yang lain selain daripada apakah syarat tanah yang dinyatakan dalam geran tersebut. Sememangnya notis-notis, Notis 7A pun sudah dikeluarkan ke atas apa ni, pemilik tanah untuk meminta pemilik tanah mengambil tindakan seterusnya. Dan untuk kes di Bukit Kempas ini, dia terlibat 3 pemilik dan ada 2 lagi sebab tidak diterima oleh pemilik tanah, maka kita sedang berusaha menyampaikan notis tersebut kepada pemilik tanah. Notis 7A mengembalikan syarat tanah yang seperti yang dinyatakan. Dan sekiranya tidak, 7B akan dikeluarkan, Notis 7B mengikut seksyen di bawah Kanun Tanah Negara akan dikeluarkan.
Seterusnya ini untuk jawapan...
Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Tuan Speaker...
Sekali Yang Berhormat...
Saya rasa jawapan tu tidak tepat.
Sekali aje, Yang Berhormat.
Apa yang ingin saya katakan ialah perkara ini berulang. Saya dah jadi Wakil Rakyat lebih 20 tahun. Perkara ini telah dibangkitkan begitu lama. Akan ambil tindakan, akan ambil tindakan.
Sekali aje, Yang Berhormat. Minta maaf, minta maaf.
Jawapan yang diberikan tidak sempurna. Bagi saya time frame, bilakah akan diselesaikan masalah yang besar yang mengganggu penduduk di kawasan saya. Terima kasih.
Skudai bagi soalan, Skudai bagi soalan, nanti jawab sekali gus.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Speaker, antara sebab wujudnya tapak sisa haram ni adalah berasal daripada sisa lengai. Bayangkanlah Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam kawasan MBIP, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, ada wujudnya 33 hotspot tapak sisa haram ni.
Jadi, antara cadangan untuk mengatasi masalah ni adalah kita wujudkan satu tapak sisa lengai supaya sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan lebih daripada separuh daripada sisa-sisa, tapak-tapak sisa haram ni. Bagaimanapun, kita menghadapi masalah sebab di kawasan MBIP ini, ada juga sekatan dari segi syarat guna tanah, dari segi zoning dia yang tak kena. Jadi, apakah kebersediaan kerajaan untuk mempercepatkan proses ini supaya kita dapat mewujudkan satu tapak sisa lengai ataupun sekurang-kurangnya kalau tidak dapat tapak sisa lengai satu transfer station ataupun kalau tak dapat juga transfer station, satu pusat ataupun satu stesen kitar semula sisa lengai ni supaya kita dapat mengurangkan ataupun menyelesaikan masalah yang semakin, semakin kritikal sebab di sekitar Bandaraya Johor Bahru ni memang banyak aktiviti-aktiviti pembinaan.
Ok, Yang Berhormat, faham. Yang Berhormat EXCO, jemput.
Terima kasih atas soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Skudai. Memang kita perlu mengambil perhatian yang serius terhadap apa yang dikatakan ini. Setakat ini, memang daripada banyak aduan yang kita juga terima, dia melibatkan sisa-sisa binaan, yang di mana kita perlu mencari satu jalan penyelesaian untuk menyelesaikan macam mana kita, macam mana sisa-sisa binaan ini dapat dilupuskan dengan lebih baik lagi dan mungkin satu pendekatan yang baru perlu diadakan oleh kerajaan negeri dan kita sedang dalam usaha untuk apa ni menjalankan kajian, sama adakah kita adakan satu tapak pelupusan yang khas hanya untuk sisa-sisa binaan.
Dan, untuk saya jawab soalan yang tadi dikemukakan oleh Yang Berhormat Kempas, memang Notis 7B pun sudah dikeluarkan pada 14 Ogos 2019, tetapi mereka tidak hadir dan kita akan mengambil tindakan seterusnya. Saya akan meminta Pejabat Tanah mengambil tindakan seterusnya. Sekian, terima kasih.
Jemput, Yang Berhormat Bukit Pasir.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 6.
Apakah kriteria dan kelayakan untuk membentuk jawatankuasa Masjid dan Surau di peringkat mukim, yang bertanggung jawab menapis permohonan perjawatan pengurusan kariah masjid dan surau sebelum ke peringkat daerah, agar keputusan pemilihan yang dibuat sesuai kelayakannya dan tiada persoalan tentang isu tersebut.
Jemput, YB EXCO.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahitaala warabakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker dan sahabat saya daripada Bukit Pasir.
Berhubung dengan kelayakan untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau. Yang pertama, ianya mestilah beragama Islam, keduanya, ianya mestilah warganegara Malaysia, yang ketiga tidak menganggotai mana-mana Jawatankuasa Pengurusan dan Kariah di masjid yang lain dalam mukim dan daerah yang sama. Berumur tidak kurang daripada 21 tahun, seorang ahli kariah atau penduduk kampung atau taman atau kawasan yang terdapat masjid dan surau di tempat dia menetap.
Mempunyai daya kepimpinan dan komited serta istiqamah dengan pengimarahan masjid dan surau, rajin menghadirkan diri ke masjid dan surau bagi mendirikan solat berjemaah
terutama solat fardu Isyak dan solat fardu Subuh dan lainnya. Mempunyai kelakuan yang baik, tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan jenayah oleh Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil di Malaysia atau di luar Malaysia. Dan juga bukan seorang yang bankrap di bawah Akta Kebankrapan 1967, Akta 360 atau tidak pernah didapati bermasalah atas apa-apa perbuatan atau juga ketinggalan yang dinyatakan di bawah Seksyen 33(6)ABEFHK atau satu Akta Kebankrapan 1967, Akta 360. Jawatankuasa Masjid dan Surau hendaklah mempunyai fungsi seperti berikut untuk mendapatkan senarai nama calon-calon daripada masjid dan surau melalui borang pencalonan yang ditetapkan oleh jabatan dan mengemukakan nama-nama calon kepada Jawatankuasa Masjid dan Surau.
Bagi soalan yang sama juga oleh sahabat saya daripada Bukit Pasir, pemprosesan ini Yang Berhormat Speaker, peringkat pertama ianya akan dibawa di peringkat mukim yang akan dipengerusikan oleh Datuk Penghulu Mukim, yang kemudiannya dihantar ke peringkat daerah untuk tapisan di peringkat daerah, yang akan dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah dan akhirnya akan dihantar ke peringkat negeri yang akan dipengerusikan oleh saya bersama Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau peringkat negeri. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Soalan seterusnya, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan tambahan.
Ok, Buloh Kasap, jemput.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO atas jawapan bagi soalan 6 tadi. Cuma saya tertarik dengan kriteria, rajin berjemaah di masjid dan surau yang berkenaan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam pemilihan Jawatankuasa Masjid dan Surau baru-baru ini terdapat sedikit permasalahan yang timbul di kalangan kariah. Perjumpaan saya dengan beberapa jawatankuasa masjid dan surau, mereka menyatakan bahawa pemilihan yang dibuat berdasarkan kepada kehendak parti, parti tertentu. Kalau saya salah, minta maaflah. Jadi, mereka bimbang, mereka yang bakal dipilih ini ada diantaranya yang bukan ataupun kurang sekali untuk berjemaah selama ini. Jadi, dibimbangi jawatankuasa yang terpilih nanti akan menyebabkan kariah yang lain mungkin menyepi dan sebagainya. Jadi, mohon pencerahan daripada pihak EXCO. Terima kasih.
Jemput, YB EXCO.
Terima kasih sahabat saya dari Buluh Kasap. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya berjanji dalam Dewan ini bahawa pemilihan Jawatankuasa Masjid dan Surau ini tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana kuasa politik walaupun daripada parti politik kerajaan sendiri. Tujuan kami nak menegakkan syiar Islam, nak memakmurkan masjid dan untuk makluman Dewan dan juga sahabat saya daripada Buluh Kasap dan juga Bukit Pasir, sehingga setakat ini status penyerahan borang dan dokumen yang telah pun sampai bagi daerah Johor Bahru, masjid kariah selesai 100, surau kariah selesai 311, belum selesai 19. Bagi daerah Batu Pahat, masjid kariah sudah selesai 161, belum selesai 24. Surau kariah selesai 346, belum selesai 171. Bagi Muar, masjid kariah telah pun selesai sebanyak 73, belum selesai 12; bagi kariah surau, selesai 203, belum selesai 72. Bagi daerah Pontian, kariah masjid, selesai 89, belum selesai tiada, surau kariah, selesai 151, belum selesai, tiada. Bagi Kota Tinggi, masjid kariah selesai 68, belum selesai 2; surau kariah selesai 83, belum selesai 6. Segamat, selesai 57, bagi masjid kariah, belum selesai 6; surau kariah, selesai 72, belum selesai, 23. Bagi daerah Kluang, masjid kariah sudah selesai 68, belum selesai 1; surau kariah, selesai 149, belum selesai, 3. Mersing, masjid kariah selesai 31, belum selesai 1; surau kariah, 32, belum selesai 12. Masjid daerah Kulai,
selesai 30, belum 1, surau kariah selesai 54, belum selesai 8. Bagi Tangkak masjid kariah, selesai 60, belum selesai 2; surau kariah, selesai 124, belum selesai 24.
Status telah mendapat tandatangan pengesahan, Yang Berhormat Speaker. Dan, untuk makluman Ahli-Ahli Dewan, daripada Pegawai Daerah dan serahan telah pun dibuat bagi daerah Johor Bahru, belum dapat terima serahan. Batu Pahat, belum. Muar, belum. Pontian selesai serahan. Kota Tinggi, belum. Segamat, selesai serahan. Kluang, belum. Mersing, selesai serahan. Kulai belum dan Tangkak belum.
Dan, sekali lagi saya berjanji Yang Berhormat, kita tidak akan menggunakan tekanan politik bagi melantik Pengerusi dan Jawatankuasa Kariah Masjid ini bagi kepentingan syiar Islam di negeri Johor. Sekian, Yang Berhormat Speaker.
Ok, Semarang, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan tambahan saya. Niat yang baik, inisiatif yang baik ini, siapakah yang menginisiatifkan, adakah pihak kerajaan ataupun jabatan yang ada? Terima kasih.
Yang Berhormat Bukit Permai, jauh sikit dari mic itu ye. Sebab dia berdengung sikit.
Terima kasih sahabat saya dari Semarang. Pertamanya, apabila saya diberikan tampuk memegang Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, saya mungkin sering bersembahyang, bersolat istikharah bagi saya diberikan kekuatan dan petunjuk untuk saya mendapat ilham, bagaimana saya nak mengimarahkan masjid ini. Dan, salah satu saya melihat sebelum ini pemilihan Jawatankuasa Masjid banyak tertumpu kepada golongan dan kelompok yang tertentu sahaja. Apabila tiba musim pemilihan maka akan dipanggil beberapa orang dari kelompok tertentu untuk menentukan bahawa barisan kepimpinan masjid terdiri daripada satu kelompok dan golongan tertentu.
Atas inisiatif siapa?
Atas inisiatif, telah diputuskan atau pandangan saya diputuskan oleh pihak Jawatankuasa Majlis Agama Islam Negeri Johor di bawah Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau Negeri. Terima kasih.
Terima kasih. Jemput Yang Berhormat Larkin, soalan seterusnya.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, soalan Larkin, soalan nombor 7.
Apakah pendirian serta keputusan kerajaan dalam membuat keputusan terhadap kawasan perumahan Larkin dan Kg. Melayu Majidee yang tertakluk di bawah status tanah rizab Melayu?
Jemput, Yang Amat Berhormat.
Bismillahirrahmaanirrahim. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon izin untuk menjawab soalan Yang Berhormat Larkin, berkenaan keputusan kerajaan terhadap kawasan perumahan Larkin dan Kampung Melayu Majidee.
Untuk makluman Yang Berhormat Larkin, terdapat 2 kaedah bagi menjadikan sesuatu plot tanah atau kawasan sebagai rizab Melayu iaitu melalui pengisytiharan oleh Pengarah Tanah dan Galian Johor dengan persetujuan Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam mesyuarat di
bawah Seksyen 3, Enakmen Rizab Melayu Johor 1936 ataupun kemasukan Rizab Melayu atas permohonan pemilik tanah sebagaimana peruntukan Seksyen 6.
Merujuk kepada soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Larkin, berdasarkan rekod di pentadbiran Tanah Johor terdapat 2 kawasan di Larkin telah diisytiharkan sebagai kawasan simpanan Melayu dikenali sebagai kawasan Rizab Melayu Jalan Larkin seluas 12.73 ekar, yang telah diwartakan pada 20 Februari 1975. Dan, kawasan Rizab Melayu Larkin di Larkin Jaya seluas 279 ekar yang telah diwartakan pada 18 Julai 1974.
Di samping itu juga, kawasan Rizab Melayu, Kampung Melayu Majidee seluas 970.418 ekar juga telah diwartakan pada 3 Mac 1949. Sekiranya ada permohonan sambungan pajakan kepada kerajaan negeri, tiada halangan untuk menyambung pajakan tanah kepada 99 tahun.
Untuk makluman Yang Berhormat Larkin, sebagai sebuah kerajaan negeri yang menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan dan Kontrak Sosial yang menjadi asas pembentukan negara ini, kerajaan negeri akan terus mempertahankan status tanah-tanah Rizab Melayu di negeri ini bagi memastikan ianya terus kekal menjadi milik orang-orang Melayu. Apa yang boleh saya katakan di sini, kerajaan negeri akan sentiasa mengambil pendekatan agar status Rizab Melayu tersebut tidak akan menghalang ianya daripada dibangunkan untuk kepentingan orang-orang Melayu. Sekian.
Jemput Larkin.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar Johor di atas satu penjelasan dan jawapan yang lengkap dan ada keprihatinan kepada warga DUN Larkin. Bagi pihak DUN Larkin, jutaan terima kasih di atas komitmen kerajaan negeri untuk menyambung semula list period selama 99 tahun di atas tanah rizab yang dikaitkan tadi dan terima kasih kerana kerajaan telah menunaikan salah satu janji kita dalam PRU yang keempat belas.
Soalannya.
Soalan Larkin, berapa jumlah ekar tambahan tanah Rizab Melayu yang telah didaftar dari tahun 2018 hingga kini dan berapakah jumlah keluasan tanah Rizab Melayu serta peratusannya di seluruh negeri Johor sehingga kini.
Dah jauh tu Yang Berhormat. Tak berkait dengan soalan ini. Terpulang kepada Yang Amat Berhormat nak jawab atau tidak. Tapi saya ingat tak berkaitan dengan soalan ini.
Tak apa Yang Berhormat Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat Larkin, Rizab Tanah Melayu pada April 2018 adalah sebanyak 556,312.421 hektar di mana telah ada peningkatan sebanyak 29.4% dari keluasan negeri Johor. Sebagai contoh bagi daerah Muar di mana daerah Muar mempunyai Rizab Tanah Melayu tertinggi 59.19% kemudian daerah Kota Tinggi menjadi daerah kedua 46.83% dan Segamat 44% daripada keluasan daerah. Sekian, terima kasih.
Seterusnya Yang Berhormat Parit Raja.
Yang Berhormat Tuan Speaker soalan nombor 8.
Minta dinyatakan secara terperinci bilangan penerima pemberian air percuma 10 meter padu mengikut Daerah sehingga kini.
Jemput YB EXCO.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terlebih dahulu terima kasih kepada Yang Berhormat Parit Raja kerana membangkitkan soalan ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini, salah satu langkah kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat adalah dengan melaksanakan dengan memperkenalkan air percuma sebanyak 10 cubic meter atau bersamaan RM8.00 sebulan kepada rakyat golongan B40 Johor. Pemberian air percuma ini juga merupakan salah satu janji 100 hari selepas tertubuhnya kerajaan Pakatan Harapan Johor. Syukur janji ini telah pun kerajaan tunaikan dan ianya tidak berhenti setakat tahun 2019 malah pada Belanjawan 2020 Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan bahawa pemberian air percuma ini akan diteruskan dengan kos RM22.02 juta akan memberi manfaat kepada 229,000 akaun pendaftar di Johor.
Yang Berhormat Tuan Speaker, walau bagaimanapun berdasarkan semakan ke atas senarai golongan B40 yang merupakan penerima bantuan sara hidup bagi negeri Johor dengan pendapatan isi rumah RM3,860.00 ke bawah. Sebanyak 167,402 orang penerima sahaja yang berjaya menikmati pemberian air percuma 10 cubic meter padu ini bagi seluruh negeri Johor sehingga 31 Oktober 2019 mengikut kriteria yang telah disepadankan termasuk penggunaan air tidak boleh melebihi 35 cubic meter atau bersamaan RM46.00 sebulan. Ini bermaksud hanya lebih kurang 75% sahaja akaun berdaftar yang layak dan telah menerima bantuan tersebut. Oleh yang demikian, kita berharap agar rakyat faham hasrat kerajaan iaitu di samping kita ingin memberikan air percuma dengan niat murni untuk membantu rakyat, kerajaan juga sedang mendidik rakyat supaya menggunakan air secara berhemat. Dalam erti kata lain, tidak melakukan pembaziran air kerana mengikut kajian yang telah dijalankan oleh pihak operator secara purata satu keluarga sepatutnya hanya perlu menggunakan 25 cubic meter air terawat untuk kegunaan seharian.
Walaupun negara kita memiliki banyak sumber air, ini tidak bermaksud kita boleh membazir kerana tidak mustahil akibat pelbagai faktor seperti peningkatan suhu global, pencemaran air sungai dan sebagainya boleh menjadi punca kepada krisis air. Oleh itu, masyarakat perlu menyedari bahawa air adalah anugerah yang sangat penting dan perlu digunakan secara berhemat supaya kita semua dapat meneruskan kelangsungan hidup kerana masalah kekurang air terawat boleh mendatangkan pelbagai.
Maklumat mengikut daerah Yang Berhormat. Ok, segerakan.
Sudah sampai ini, justeru secara terperinci bilangan penerima pemberian air percuma 10 meter padu mengikut daerah atau kawasan agensi sehingga kini adalah seperti berikut, untuk kawasan Johor Bahru yang layak adalah 24,710 pemegang akaun, untuk kawasan Pasir Gudang, 22,404; Kulai, 18,604; Batu Pahat, 18,203; Yong Peng, 4,823; Muar, 8,064; Tangkak, 4,790; Kluang, 18,589; Kota Tinggi, 9,562; Segamat, 11,165; Pontian, 8,293; Mersing, 4,335 dan akhir sekali Iskandar Puteri, 13,860, total jumlah penerima 167,402 dan 2 akaun pendaftar. Terima kasih.
Soalan seterusnya, Parit Raja.
Terima kasih jawapan yang diberikan oleh YB EXCO tadi, jika saya semak kepada pencapaian setahun yang pernah diberikan kepada sidang Dewan, tahun 2018 pemberian air percuma 10 meter padu ini memberi manfaat kepada 395,000 isi rumah berpendapatan tidak melebihi RM4,000.00, manakala pada tahun 2020 ini hanya 229,000 orang penerima sahaja. Jadi soalan saya, apakah tindakan kerajaan negeri sekiranya jumlah kumpulan sasar ini meningkat ya pada tahun 2020 nanti sekiranya kumpulan sasar ini meningkat, apakah tindakan atau langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dan apakah kos implikasi kos tersebut telah disediakan atau tidak ada persediaan sekiranya ada pertambahan kumpulan sasar yang memohon. Terima kasih.
Rakyat semakin kaya Yang Berhormat. Kumpulan sasar makin rendah. Jemput.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Parit Raja, seperti yang saya tegaskan tadi, golongan yang layak itu adalah berlandaskan kepada penerima bantuan sara hidup dan saya yakin sebenarnya penerima itu akan menjadi lebih kurang kerana seperti Tuan Speaker ada menyentuh tadi, saya rasa di bawah kerajaan Pakatan Harapan rakyat hidup akan lebih baik tapi walau bagaimanapun, sekiranya ada penambahan, ada keperluan saya dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah bincang kita akan menyediakan peruntukan tambahan daripada Vot Pejabat Menteri Besar. Sekian, terima kasih.
Soalan seterusnya, Yang Berhormat Pulai Sebatang.
Assalamualaikum dan salam sejahtera Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 9.
Mohon dijelaskan dengan lebih lanjut tentang Skim Perumahan Prihatin Johor (SPPJ) dan Skim Perumahan Belia Johor (SPBJ) serta kumpulan sasarannya?
Jemput YB EXCO.
Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat Pulai Sebatang. Skim Perumahan Prihatin Johor ringkasnya SPPJ adalah merupakan satu inisiatif kerajaan bagi membantu golongan terbawah dengan izin lower end dari kumpulan B40 di negeri Johor yang berpendapatan isi rumah RM2500.00 dan ke bawah untuk memiliki rumah kediaman pertama mereka. Golongan ini biasanya menghadapi kesukaran untuk memperolehi pinjaman perumahan daripada pihak bank disebabkan mereka tidak mempunyai penyata pendapatan ataupun tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Dengan kata lain sekiranya, kerajaan tidak membantu mereka, maka mereka berkemungkinan tidak akan dapat memiliki rumah sendiri sepanjang hayat mereka.
Rumah yang ditawarkan adalah rumah daripada jenis RMB Jenis A iaitu berharga RM42,000.00 dan pemohon skim ini tidak perlu membuat pinjaman perumahan daripada pihak bank sebaliknya hanya perlu membayar ansuran bulanan kepada agensi yang dilantik oleh pihak kerajaan. Kadar bayaran bulanan adalah mampu bayar iaitu kurang daripada RM300.00 sebulan. Sebelum seorang pemohon itu layak untuk ditawarkan skim tersebut dia akan melalui tempoh percubaan sewaan sehingga dua hingga lima tahun dan permohonan untuk membuat pilihan untuk membeli tertakluk kepada prestasi bayaran sewa sepanjang tempoh sewaan tersebut. Peruntukan disediakan untuk skim ini adalah RM15 juta untuk tempoh dua tahun dan ianya memungkinkan untuk kita membeli 357 unit Rumah Mampu Biaya Jenis A yang berharga RM42,000.00, bila mana jumlah rumah tersebut mencapai 252 unit maka skim ini sendiri akan menambahkan satu unit Rumah Mampu Biaya Jenis A hasil daripada ansuran bulanan yang diterima daripada 252 unit rumah tersebut dengan kata lain jika tiada peruntukan tambahan daripada kerajaan skim ini akan berkembang dengan sendirinya bila mana unit bertambah. Antara syarat permohonan skim ini adalah pertama warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan juga telah menetap lebih 10 tahun di negeri Johor, pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500.00 sebulan, merupakan hartanah pertama, bujang atau berkahwin layak untuk memohon, wajib mengikuti program pendidikan di bawah agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan pemohon tidak berstatus bankrap.
Skim Perumahan Belia Johor atau ringkasnya SPBJ pula adalah inisiatif kerajaan dalam usaha membantu pasangan muda berkahwin antara berumur 21 hingga 30 tahun bagi mendapatkan rumah transit yang selesa dalam masa yang sama membuat persiapan bagi membeli rumah pertama mereka. Tempoh sewaan rumah transit ini adalah untuk tempoh
maksimum tiga tahun, sewa yang dibayar dalam tempoh tiga tahun tersebut sebahagiannya adalah merupakan simpanan yang akan dikembalikan semula kepada penyewa selepas tempoh sewaan tiga tahun dan jumlah simpanan ini boleh dijadikan bayaran 10% daripada deposit bagi membeli rumah idaman pertama mereka. Jika, mengikut rekod atau prestasi bayaran sewaan adalah baik sepanjang tempoh sewaan tersebut ianya menjadi salah satu pertimbangan utama kepada SUKJ Perumahan jika mereka memohon untuk mendapatkan Rumah Mampu Biaya selepas tamat tempoh tiga tahun sewaan rumah transit tersebut.
Antara syarat bagi skim ini adalah warganegara Malaysia berumur 21 hingga 30 tahun dan menetap lebih 10 tahun di negeri Johor bagi pemohon dan juga pasangan, pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00 sebulan, pemohon dan pasangan tidak memiliki hartanah sendiri, keempat, keutamaan kepada pemohon atau pasangan bekerja di kawasan hartanah yang dipohon wajib mengikuti Program Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan yang keenam, pemohon dan juga pasangan tidak berstatus bankrap. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Ya, Pulai Sebatang.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan terima kasih juga kepada EXCO atas jawapan yang diberikan. Cuma saya ada persoalan, apakah Skim Perumahan Prihatin Johor (SPPJ) ini ditawarkan juga bagi zon B dan zon C? Kalau kita lihat di mana dalam dasar Perumahan Rakyat Johor hanya membenarkan dibina Rumah Mampu Biaya ini Jenis A di landed area dan bukannya bentuk strata. Dimohon penjelasan. Terima kasih.
Jemput, YB EXCO.
Terima kasih kepada Pulai Sebatang di atas soalan tambahan. Skim perumahan ini juga ditawarkan bukan sekadar di zon A yang membenarkan untuk pembinaan rumah berstrata sahaja tetapi juga akan diluaskan kepada zon B dan C yang mana syarat dan Dasar Perumahan Rakyat Johor hanya membenarkan rumah bertanah ataupun landed property dan kemungkinan besar juga jumlah ansuran yang perlu dibayar lebih rendah disebabkan rumah berstrata ini dia mempunyai kos guna sama yang terlibat seperti maintenance fee dan juga ataupun service charge sedangkan rumah bertanah ataupun landed property tidak mempunyai komponen bayaran tersebut. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Ya, Kempas.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Kita sudah pun mengenakan beberapa syarat untuk mereka ataupun pemaju yang tidak mahu membina rumah mampu biaya ini contohnya dikenakan denda sebanyak RM40,000.00 dan kiranya mereka tidak mampu, denda ini perlulah dibayar lebih awal, kalau dahulu kemudian. Tapi kalau mereka tidak mampu untuk membayar lebih awal, mereka dikenakan denda RM60,000.00 dan boleh bayar 50% peringkat awal. Saya nak tanya berapa ramaikah sehingga Oktober tahun ini, pemaju yang ingkar untuk membina rumah biaya dan berapakah jumlah bayaran yang telah diterima dimasukkan dalam Wang Amanah Tabung ini? Terima kasih.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih kepada soalan tambahan daripada Kempas. Saya tidak mempunyai maklumat detail bersama dengan saya sekarang ini tetapi insya-Allah akan dijawab secara bertulis. Tetapi selepas kita melaksanakan Dasar Perumahan baru berkuatkuasa daripada 1 April tahun ini di mana di peringkat KM sendiri di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan, kita tidak akan membenarkan sebarang submission ataupun penyerahan untuk kelulusan Kebenaran Merancang, pemaju tidak memenuhi jumlah minimum 40% unit rumah mampu biaya.
Maknanya kalau pemaju tu buat submission untuk KM, jumlah unit rumah mampu biaya 40% tidak dipenuhi, maka permohonan itu tidak akan diproses. Kecuali yang dijelaskan pada dasar tersebut di atas isu Pengambilan Balik Tanah, pertama dan juga yang kedua, kekangan fizikal tapak itu sendiri, yang mana menyebabkan jumlah yang sepatut dibina 40% itu tidak dapat dibina. Tetapi caj penggantian RM40,000.00 atau RM60,000.00 itu tetap akan dikenakan.
Dengan kata lain, pilihan untuk membayar caj penggantian RM40,000.00 ataupun RM60,000.00 secara ansuran dalam masa 2 tahun ini, bukanlah merupakan pilihan utama kepada pihak pemaju. Mereka mestilah mempunyai niat yang suci untuk membina 40% yang telah ditetapkan dalam Dasar Perumahan Rakyat Johor kita dan insya-Allah detail bayaran kebiasaan ini berlaku bila mana mereka membuat pindaan kepada layout yang asal. Bila buat pindaan kononnya berdasarkan kepada permintaan semasa, unit yang dicadangkan peringkat awal tidak lagi mempunyai permintaan, justeru kebiasaannya akan melibatkan pengurangan daripada jumlah rumah mampu biaya sepatut dibina, oleh itu kadar caj penggantian RM40,000.00 dan RM60,000.00 itu akan dikenakan. Sekian, terima kasih.
Soalan seterusnya Yang Berhormat Bentayan.
Soalan tambahan.
Bagi 2 Yang Berhormat. Nanti lepas ni soalan seterusnya saya bagi. Yang Berhormat Bentayan jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker soalan nombor 10.
Nyatakan jumlah cukai pelancongan yang telah dikembalikan kepada Negeri Johor dari tahun 2018 sehingga kini, termasuk agihan sebanyak RM7.99 juta yang telah dikembalikan pada penghujung bulan Mac 2019 yang lalu serta nyatakan secara jelas apakah tujuan serta kegunaannya.
Yang Berhormat Penawar jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 11.
Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan untuk menaikkan kadar pelancongan di Negeri Johor dan berapakah pulangan balik yang telah diperolehi sepanjang tahun 2018 dan 2019?
Jemput YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Izinkan saya menjawab soalan A21 dari Yang Berhormat Penawar dan A158 dari Yang Berhormat Bentayan bersekali kerana menyentuh perkara yang sama. Kerajaan negeri Johor telah menyediakan sejumlah peruntukan pembangunan bagi sektor pelancongan setiap tahun. Peruntukan pembangunan ini disalurkan kepada pihak Tourism Johor sebagai agensi pelaksanaan terhadap perbelanjaan pembangunan pelancong di seluruh Negeri Johor.
Bagi tahun 2018, peruntukan pembangunan pelancongan sebanyak RM6 juta telah disediakan kepada Tourism Johor. Manakala peruntukan sebanyak RM5,483,500.00 pula disediakan pada tahun 2019. Peruntukan ini digunakan bagi menjalankan kerja-kerja promosi produk pelancongan, naik taraf kemudahan infrastruktur di destinasi pelancongan, latihan bagi pemain industri pelancongan serta program-program pembangunan terhadap kempen pelancongan.
Sepanjang tahun 2017, Negeri Johor telah menerima kehadiran pelawat seramai 14.44 juta orang. Manakala jumlah pelancong bermalam pula adalah seramai 7.41 juta orang. Statistik 2018 pula menunjukkan Negeri Johor telah menerima kehadiran pelawat seramai 15.84 juta. Manakala jumlah pelancongan yang bermalam pula iaitu 7.62 juta. Statistik ini menunjukkan peningkatan antara 3 hingga 5% secara purata setiap tahun. Bagi tahun 2019, Kerajaan Negeri Johor menetapkan sasaran kehadiran pelawat seramai 16.6 juta dan pelancong bermalam adalah seramai 8 juta.
Kerajaan negeri optimis dengan penetapan sasaran kehadiran pelancong ini sekali gus amat yakin ianya dapat dicapai kerana trend kedatangan pelancong menunjukkan peningkatan sejak 3 tahun kebelakangan ini. Ianya di sumbang melalui kesungguhan pihak kerajaan negeri bersama-sama dengan Jabatan dan agensi berkaitan menjalankan aktiviti promosi pelancongan secara berterusan dan menyeluruh. Pihak swasta dan juga pemain industri pelancongan daripada pelbagai bidang juga melibatkan diri dalam menjayakan aktiviti promosi dari semasa ke semasa.
Hasil negeri Johor telah menerima manfaat dari segi pulangan balik dari bentuk perbelanjaan pelancongan yang mana negeri Johor menerima sejumlah RM23.43 bilion pada tahun 2017 dan RM24.8 bilion pada tahun 2018. Maka kerajaan negeri Johor telah menetapkan sasaran perbelanjaan pelancongan sebanyak RM26.04 bilion bagi tahun 2019.
Menerusi Kempen Tahun Melawat Johor 2020, kerajaan negeri telah menetapkan sasaran kehadiran pelawat seramai 18.4 juta dan 8.4 juta bagi pelancong yang bermalam. Maka, dengan sasaran kehadiran pelawat dan pelancong tersebut, kerajaan negeri telah menetapkan sasaran perbelanjaan pelancong sebanyak RM27.32 bilion sepanjang tahun 2020.
Yang Berhormat Tuan Speaker, negeri Johor telah berjaya mengutip cukai pelancongan sebanyak RM15.87 juta sepanjang tahun 2018 di mana negeri Johor merupakan negeri yang mengutip cukai pelancongan keempat tertinggi di Malaysia bagi tahun 2018, selepas negeri Sabah, Pulau Pinang dan Selangor. Cukai pelancongan dikutip oleh pihak Kastam DiRaja Malaysia berdasarkan Akta Cukai Pelancongan 2017, di mana kutipan RM10.00 dikenakan ke atas pelancong luar negara yang menginap satu malam bagi setiap bilik di hotel penginapan.
Bagi... pada tahun, pada 27 Mac 2019, kerajaan persekutuan melalui Kementerian Kewangan telah mengagihkan 50% daripada kutipan cukai pelancongan tahun 2018 kepada kerajaan negeri. Oleh yang demikian, negeri Johor menerima sejumlah RM7.99 juta sebagai hasil baru kerajaan negeri dan agihan 50% hasil kutipan cukai pelancongan ini adalah sebagai satu pemberian baru kepada Kerajaan Negeri dikenali sebagai pemberian pelancongan. Pemberian pelancongan ini bertujuan membolehkan pembangunan sektor pelancongan dan kebudayaan dapat dilaksanakan secara menyeluruh, lestari dan inklusif dalam memacu industri pelancongan dan kebudayaan ke satu tahap yang unggul dan seterusnya menjadi pemangkin kepada sosioekonomi negara. Maka dengan itu, pihak Kementerian Kewangan telah menetapkan bahawa kerajaan negeri menggunakan pemberian pelancongan ini bagi membiayai 3 perkara utama iaitu:
1. Penyelenggaraan dan penyediaan kemudahan pelancongan. 2. Promosi dan pemasaran destinasi pelancongan. 3. Penambahbaikan terhadap pelaporan statistik pelancongan kepada MOTAC.
Kerajaan negeri Johor telah memperuntukkan lebih daripada nilai pemberian pelancongan iaitu sejumlah RM8,291,332.13 bagi perbelanjaan sektor pelancongan dengan menggunakan pemberian pelancongan yang melibatkan beberapa jabatan dan agensi kerajaan seperti Perbadanan Taman Negara Johor, Jabatan Pertanian Negeri Johor, Jabatan Perhutanan Negeri Johor, Pejabat-Pejabat Daerah dan Tourism Johor yang mana selebihnya ditanggung oleh kerajaan negeri.
Masa dah habis Yang Berhormat.
Sekian, terima kasih.
Ya jemput Penawar.
Terima kasih Cik EXCO kita. Jawapan yang panjang dan laju, tak fokus kepada soalan saya. Yang Berhormat Speaker, sebelum saya mulakan soalan, izinkan saya tanya dengan EXCO, jadi atau tak jadi Tahun Melawat Johor pada tahun 2020? Macam tak ada apa-apa aje.
Itu soalanlah tu.
Soalan saya adakah hasil yang diperolehi oleh Kerajaan dari aktiviti pelancongan ini disalurkan kembali kepada rakyat tempatan terutama yang bergiat dalam pelancongan. Sekiranya ada, apakah bentuk pulangan yang disalurkan? Terima kasih.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Pertama, bagi soalan tambahan YB Penawar, soalan asalnya adalah berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan untuk menaikkan kadar pelancongan dan berapakah pulangan balik yang telah diperolehi? So, dengan jawapan saya tadi, saya pun telah sebut dengan jelas sekiranya YB tidak dengar dengan baik-baik, YB bolehlah baca hansard pada hari esok. (Dewan ketawa).
Dan seterusnya untuk sama ada Tahun Melawat Johor berjaya atau tidak, saya yakin bahawa Tahun Melawat Johor akan berjaya dengan peruntukan yang RM15 juta yang diperuntukkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kerajaan negeri Johor. Sekian, terima kasih. (Dewan bertepuk).
Ya Bentayan, soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dengan YB EXCO atas jawapan yang diberi. Soalan tambahan saya, adakah kerajaan negeri Johor akan mengikut langkah kerajaan Pulau Pinang dan Melaka untuk melaksanakan cukai katil di negeri Johor untuk menambahkan pendapatan kerajaan negeri? Jika ya, apakah kadar cukai katil dan bila akan melaksanakan kutipan cukai ini? Sekian, terima kasih.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat YB Bentayan. Untuk cukai katil, sekarang setakat ini kerajaan negeri tidak ada perancangan. Ini adalah disebabkan kerajaan seperti apa yang saya jawab dalam soalan tadi, kerajaan persekutuan telah mengenakan cukai pelancongan iaitu tourism tax iaitu RM10.00 per bilik per malam bagi pelancong asing dan dengan ini 50% daripadanya telah diberi atau dikembali diagihkan balik kepada kerajaan negeri.
Dan untuk kerajaan negeri Johor, kita pun telah dapat RM7.99 juta bagi tahun ini. So setakat ini tidak ada perancangan untuk mengenakan cukai katil seperti negeri lain sebab apa yang saya dimaklumkan, negeri lain mengenakan cukai tersebut adalah sebelum cukai pelancongan dikenakan. So dengan ini, walau bagaimanapun kerajaan negeri Johor akan memperhalusi dan mempertimbangkan sama ada kesesuaian atau keperluan untuk mengenakan cukai katil ini. Sekian, terima kasih.
Seterusnya Yang Berhormat Mahkota.
Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 12.
Gejala vape semakin menular di kalangan pelajar, apakah pelan tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk membendung gejala ini?
Jemput YB EXCO.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Speaker. Penggunaan... soalan dia jawab gejala vape semakin menular di kalangan pelajar, apakah pelan tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk membendung gejala ini?
Penggunaan vape ataupun rokok elektronik di sekolah-sekolah Negeri Johor adalah terkawal. Berdasarkan kepada rekod salah laku murid yang direkodkan oleh pihak sekolah dari Januari hingga Oktober 2019, didapati hanya 757 murid terlibat daripada 576,901 keseluruhan murid negeri Johor iaitu 0.131%.
Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor memandang serius perkara ini dan telah mengarahkan pihak sekolah melaksanakan sesi bimbingan dan kaunseling terhadap mereka yang terlibat. Pihak sekolah juga telah melaksanakan pelbagai intervensi dalam mencegah penggunaan vape tersebut, antaranya program kolaborasi antara Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan Jabatan Kesihatan Negeri, pengedaran pamflet dan poster ke sekolah-sekolah, kempen pencegahan bersama NGO dan penglibatan Persatuan Ibu Bapa Guru serta komuniti.
Semua kesalahan akan dan telah diambil mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi kesalahan rokok elektronik atau vape, surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 17 Tahun 2015, larangan penggunaan rokok elektronik atau vape di sekolah telah pun diedarkan ke sekolah-sekolah dan di negeri Johor untuk dipatuhi. Sekian, terima kasih.
Ya, Mahkota jemput.
Tuan Speaker, tadi dikatakan bahawa ada sejumlah 757 pelajar yang terlibatlah setakat ni. Bilangan tu tetap ada, tetapi adakah telah pun diambil tindakan kepada 757 pelajar ini untuk dijadikan sebagai tauladan kepada yang lain-lain.
Jemput, YB EXCO.
Terima kasih kepada Mahkota di atas soalan tambahan. Sepertimana saya dah jawab tadi, bahawa tindakan yang diambil oleh pihak sekolah berdasarkan kepada surat ataupun surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 17 Tahun 2015, di mana semua eh, murid-murid yang mengingkari larangan, di mana pihak sekolah antara kaedah yang diambil selain daripada memanggil ibu bapa, penjaga terlibat, pelajar-pelajar ini juga boleh diambil tindakan seperti apa yang ada di dalam buku antaranya Borang Akujanji iaitu tidak akan melakukan kembali menghisap rokok eh dan kita kena rampas ataupun kena serahkan vape yang telah dirampas daripada pelajar yang berkenaan. Dan, kepada ibu bapa juga kita panggil untuk kita berikan nasihat dan pada waktu itu kita akan terangkan tentang bencana atau kesan-kesan daripada penyalahgunaan vape ini.
Soalan seterusnya, Yang Berhormat Rengit.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 13.
Minta penjelasan apakah langkah segera dan langkah jangka masa panjang yang diambil oleh pihak kerajaan bagi mengatasi kesesakan di luar dan dalam kawasan Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat bagi menampung jumlah pesakit dan pelawat yang semakin bertambah setiap hari.
Jemput, YB EXCO.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Rengit. Untuk makluman semua, Hospital Sultanah Nora Ismail merupakan hospital berpakar major yang mempunyai 15 bidang khidmat kepakaran seperti berikut iaitu kecemasan, perubatan awam, pembedahan am, perbidanan dan sakit puan, kanak-kanak, bius, ortopedik, mata, kesihatan mental, E&T, bedah mulut dan fasiomasilari, radiologi, patologi dan juga pakar lawatan.
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah katil di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat ialah sebanyak 516 iaitu Blok A, 314 katil manakala Blok B, 202 katil. Kadar pengisian katil iaitu BOR HSNI sejak pertambahan bangunan baru pada tahun 2012 adalah sebanyak iaitu untuk 2013 ia 62.76% dan setakat September 2019 ialah 82.98%. Antara punca kesesakan hospital ialah:-
Pertama, pertambahan perkhidmatan kepakaran di HSNI. Semasa perpindahan hospital ke lokasi sedia ada pada tahun 1994, hanya terdapat 5 kepakaran sahaja iaitu perubatan am, pembedahan am, perbidanan dan sakit puan, kanak-kanak dan bius. Kini jumlah kepakaran telah meningkat 15 bidang. Perkembangan fizikal tidak selari dengan perkembangan perkhidmatan telah menyebabkan kesesakan.
Kedua, kadar kemasukan pesakit yang tinggi. Satu, purata kemasukan pesakit ialah seramai 120 orang sehari. Kedua, selain dari kemasukan pesakit untuk rawatan, bilangan pembedahan elektif dilaksanakan 5 hari seminggu menyebabkan peningkatan kemasukan pesawat, maaf, peningkatan kemasukan pesakit ke wad untuk kes pembedahan.
Punca kesesakan parkir awam. Satu, peningkatan pengisian anggota hospital. Pada tahun 2013, pengisian anggota adalah sebanyak 1,591 orang berbanding tahun 2019 sehingga bulan Oktober 2019, sebanyak 1,966 orang. Pertambahan ini merangkumi pegawai perubatan latihan siswazah, pegawai farmasi kontrak, pegawai penempatan wajib pembantu perubatan.
Kedua, peningkatan bilangan pesakit dan waris yang mendapatkan rawatan di HSNI. Purata kehadiran pesakit secara bulanan ke HSNI, data Januari hingga September 2019 iaitu 6 buah klinik pakar, temujanji untuk pesakit luar seramai 94,589 orang. Jabatan kecemasan 85,683 orang. Hospital menjadi, hospital ini juga menjadi pusat latihan. HSNI diiktiraf sebagai hospital latihan bagi pelajar-pelajar daripada insititusi seperti IMU, Nilai SEGI, Open University, NUMED, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu dan lain-lain. Kewujudan mereka dan tenaga pengajar mereka juga menyumbangkan kepada peningkatan penggunaan parkir di hospital. Untuk makluman semua, tiada lot tanah sedia ada di HSNI untuk cadangan membuat parkir awam tambahan. Ini disebabkan penggunaan tanah sedia ada diberikan keutamaan untuk kegunaan menaik taraf perkhidmatan fasiliti hospital.
Untuk makluman semua, hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat mempunyai 182 lot parkir kenderaan awam dan 60 lot parkir motor awam sejak bangunan ini dibina pada tahun 1994. Dan, pada tahun 2012, lot parkir kenderaan awam bertambah sebanyak 125 lot parkir menjadikan keseluruhan lot parkir kenderaan awam meningkat kepada 307 lot dan 60 lot bagi parkir bermotor. Manakala bagi parkir staf ialah sebanyak 569.
Untuk jangka panjang, permohonan cadangan membina kompleks berpakar yang melibatkan pembinaan 8 aras dan penyediaan parkir bawah tanah 2 tingkat sebanyak 600
lot telah dikemukakan kepada JKNJ melalui penyediaan master plan Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada tahun 2019 pada 15 Julai 2019. Ia melibatkan keluasan tanah di kawasan hospital sebanyak 14,250 meter persegi dengan anggaran kos perbelanjaan sebanyak RM300 juta. Ianya telah dimaklumkan untuk dimasukkan di bawah projek Rancangan Malaysia Ke-12. Sekian, terima kasih.
Jemput, Rengit.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan tambahan. Hospital Sultanah Nora Ismail ini Yang Berhormat, merupakan hospital pakar dan catchment area dia bukan setakat untuk daerah Batu Pahat, dia meliputi Segamat sejauh Chaah, Pontian sejauh Benut dan Kluang hingga ke Sri Lalang.
Tadi kalau berdasarkan jawapan EXCO ni, saya nak ucapkan terima kasih kepada EXCO BORnya menjelang sehingga 2019 ialah 82%. Dia, kalau kita lihat perkembangan daripada masa kadar ni akan bertambah disebabkan kemasukan harian yang cukup ramai. Cadangan untuk menambah lot parking itu saya rasa oklah cuma dalaman ni terutama di Blok A, sesak Yang Berhormat Tuan Speaker, terlalu sesak. Ada pihak sukarelawan ataupun pihak persatuan NGO, yang berteras kebajikan nak beri bantuan menyediakan apa, aircond dan sebagainya, pihak hospital tolak. Kat dalam tu kipas pun tak ada. Ini nama hospital pakar tapi tak ada. Dia nak bagi aircond tak dapat, kipas pun hospital tak boleh terima kerana sistem pendawaiannya tak boleh absorved ataupun tak boleh terima.
Jadi, langkah segera, kita nak langkah segera, yang perancangan tu kita terimalah 5 tahun punya perancangan RM300 juta. Tapi langkah segera, boleh tak pihak Jabatan Kesihatan, pihak hospital selesaikan masalah ini dahulu. Jadi, saya pun nak sumbangkan juga sikit-sikit Yang Berhormat, untuk kebajikan orang Batu Pahat.
Lagi banyak, lagi bagus Yang Berhormat.
Lagi banyak, lagi bagus. YB Penggaram dia kata, dia nak bagi 10 aircond kata dia.
Alhamdulillah.
Jadi kalau boleh diperbaiki.
Saya nak bagi kerusi roda.
Kerusi roda. So, apa perancangan terhadap dalaman ni Yang Berhormat. Tak pe nanti PM tepi.
Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat Rengit. Untuk makluman semua, selepas dilantik untuk memegang Portfolio Kesihatan, saya telah melawat beberapa hospital di seluruh negeri Johor dan antaranya ialah Hospital Batu Pahat dan dalam makluman kami bahawa kepadatan di Blok A itu sendiri dan mempunyai masalah tentang blower dan sebagainya. Tapi yang itu kita telah maklumkan kepada pihak konsesi iaitu Medivest untuk dibaiki dan ianya telah dibaiki. Tapi berkenaan dengan isu penambahan aircond dan juga kipas yang nak diberikan oleh pihak NGO dan pihak-pihak Yang Berhormat, ianya boleh dibuat sebab cuma masalahnya dari kerja-kerja penambahan aset, dia boleh terima selepas itu ianya akan dibuat penambahan aset oleh JKNJ dan selepas itu pihak Jabatan Kesihatan atau pihak hospital dapat memasangkannya.
Untuk makluman semua, Yang Berhormat Penggaram telah pun memberi sebanyak 20 kerusi roda dan isu-isu tentang aset ni sudah selesai. Saya pun dah bagi aircond kepada bahagian sajian untuk pastikan bahawa tempat penempatan susu tu ada aircond kerana sebelum ini tak ada aircond. Jadi, saya terima apa tu kalau ada permasalahan berkenaan
YB-YB untuk memberi ataupun menyumbangkan aircond, kipas dan sebagainya maklumkan kepada kami. Kami akan maklum kepada JKNJ untuk menyegerakan bagi kemudahan dan juga kebaikan untuk semua Bangsa Johor, insya-Allah.
Dan mengenai isu kesesakan ini juga saya ingin maklumkan bahawa program-program penerangan pendidikan juga kita jalankan untuk memastikan bahawa masyarakat atau mereka-mereka yang mendapat rawatan untuk klinik pakar dan juga farmasi mengikut jadual yang diberi waktu pukul 8, pukul 10, pukul 12. Kerana kadang ni kita bila lihat mereka yang mendapat rawatan pukul 10 dan pukul 12 pun datang pukul 8. Ini isu-isu yang kita nampak yang berlaku di hospital. Jadi, insya-Allah kerja-kerja penerangan dan juga pendidikan kita akan teruskan. Sekian, terima kasih.
Saya kira hampir pukul 11. Saya tamatkan soalan lisan pada pagi ini. Sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum dijawab secara lisan, akan dijawab secara bertulis dalam Persidangan sama. Kita berehat 20 minit sehingga 11.20 pagi. Terima kasih.
Persidangan ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.
Persidangan disambung semula pada 11.20 pagi.
Sambungan Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2020) Tahun 2019.Bill
Bismillahirrahmaanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kita akan menyambung perbahasan pada tengah hari ini. Sebelum daripada itu, saya ingin mengingatkan semua Ahli-Ahli Yang Berhormat Perkara 45 (xiii), “Seseorang Ahli itu tidak boleh sekali-kali:
a. Mendatangkan sangkaan-sangkaan yang tidak baik kepada seseorang Ahli lain; b. Menuduh ke atas diri seorang Ahli lain; c. Menggunakan bahasa yang kesat, keras tak apa, tak boleh kesat ye. Menggunakan
bahasa yang kesat. d. Lajak dalam percakapannya yang mengganggui sahsiah seseorang.
Jadi, ini sebagai peringatan kepada semua, sebab saya berada di luar semalam saya perhatikan ada penggunaan perkataan-perkataan yang saya kira tidak sesuai digunakan dalam Dewan yang mulia ini. Saya persilakan seterusnya untuk perbahasan pada pagi ini daripada Gambir. Jemput Gambir.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, selamat pagi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, yang memberikan saya peluang untuk sama-sama membahaskan Belanjawan Johor 2020. Pertamanya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana pada pagi ini saya diberikan peluang untuk membahaskan beberapa perkara yang saya fikir agak menarik berdasarkan kepada ucapan belanjawan yang telah pun disampaikan oleh wakil kita, Bukit Kepong, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, yang saya fikir antara yang terbaik, panjang, komprehensif, lebih panjang daripada ucapan bajet saya waktu saya berada dalam Dewan Negeri satu ketika dahulu 3 jam 05 minit, Speaker kira.
Perkara-perkara yang telah pun dibangkitkan itu adalah bagi saya amat penting untuk menentukan hala tuju baru bagi pembangunan masa depan negeri Johor Darul Ta’zim. Ada 6 Teras Strategik Belanjawan yang telah pun disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, mensejahterakan rakyat, memakmur ekonomi, melestari alam sekitar, membangun modal insan dan memperkasa syiar Islam, mengukuh jati diri dan memugar warisan budaya dan menambah baik tadbir urus yang cekap dan berintegriti. Agak menarik bila mana disebutkan bahawa pertumbuhan ekonomi Johor untuk 2019 dan 2020 dianggarkan sekitar
5.2% sehingga 5.5% yakni satu kadar yang dikatakan lebih tinggi daripada kadar nasional jadi bermakna Johor melalui satu proses pertumbuhan yang lebih pesat berbanding di peringkat nasional. Saya menyentuh beberapa perkara yang agak penting bagi pandangan saya sendiri iaitu dalam tajuk Mensejahterakan Rakyat, isu yang agak paling utama yang diberikan perhatian ialah tentang cara bagaimana kita hendak menangani bebanan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat, khususnya rakyat Johor. Perkara ini bukan baharu, sejak masa-masa lepas pun isu inflasi telah membawa kesan kepada kehidupan rakyat, sama ada di Malaysia amnya ataupun di Johor khususnya. Lebih-lebih lagi kita adalah negeri dikatakan di Selatan Semenanjung berhampiran dengan Singapura, ada faktor-faktor yang membantu tetapi juga ada faktor-faktor yang mungkin mengekang kita disebabkan oleh kerana ramai rakyat Singapura datang berbelanja di sini dengan nilai Dolar Singapura yang jauh lebih tinggi daripada Ringgit Malaysia dan ini sedikit sebanyak telah memberikan tekanan kepada kos sara hidup di Johor Bahru khasnya dan negeri Johor amnya.
Untuk itu saya berpendapat bahawa inisiatif yang sekarang ini sedang diambil oleh kerajaan pusat, untuk menentukan supaya masalah ini dapat kita tangani dengan lebih berkesan untuk satu tempoh jangka yang tidak terlalu lama, seperti bantuan-bantuan yang telah pun disediakan, Bantuan Sara Hidup, mySalam, PeKa B.40, pemberian bantuan subsidi yang masih berterusan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan pusat dan kesan juga berada di Johor, nilainya lebih daripada RM24 bilion. Jadi kalau ada pihak mengatakan kerajaan Pakatan Harapan tidak membantu untuk menanggung sebahagian beban kos sara hidup itu, jumlah RM24 bilion itu pasti dah menunjukkan sangkaan itu adalah tidak tepat. Demikian juga, tentang soal janji kita dalam manifesto untuk menstabilkan harga minyak. Ini agak semua orang terlibat dan dalam tempoh beberapa bulan selepas kita perkenalkan satu bentuk skim kawalan harga minyak yang dianggap terurus, kerajaan pusat terpaksa menanggung hampir RM5.0 bilion setahun.
Yang Berhormat, apa beza turun harga minyak, dengan stabilkan harga minyak?
Stabil pun kadang-kadang ada melibat penurunan macam bila mana kita tahu pada waktu lepas kita apungkan ikut harga pasaran, bila minyak dunia naik, maka terpaksalah kita naik. Tetapi dalam keadaan skim baharu yang kita perkenalkan sebelum daripada ini, kalau pun harga minyak dunia naik untuk RON95, kita kekalkan pada kadar RM2.08. Kalau dia naik RM2.20 pun ada 0.12 sen subsidi yang ditanggung oleh kerajaan. Jadi, ada berbeza sedikit dari segi skim. Baru-baru ini ada juga kenyataan yang mungkin kita hendak melihat semula, iaitu Skim Subsidi Minyak Bersasar. Saya telah memberikan pandangan saya juga kepada pihak Menteri Kewangan supaya jangan tergopoh-gopoh. Mesti meneliti dengan lebih mendalam supaya jangan kesan yang sudah kita mula rasa, di mana minyak sudah dianggap stabil, tidak berubah. Pada keadaan yang dikatakan mungkin membawa kesan yang kurang baik kepada rakyat.
Ada yang menyatakan Yang Berhormat, kita tidak serius, kerajaan tidak serius untuk menurunkan harga minyak ini seperti janji dalam Pakatan Harapan dalam pilihan raya yang lepas.
Kalau tidak serius, tak akan kita menanggung beban hampir RM5.0 bilion ya, ini boleh kita gunakan untuk tujuan-tujuan lain. Tetapi kita tahu minyak ini mempunyai implikasi besar, bukan sahaja soal mereka yang menggunakan kenderaan. Tetapi dalam rantaian bekalan itu, sebahagian daripadanya melibatkan soal minyak. Kesan kenaikan minyak mungkin akan membawa kesan kepada kos pengangkutan. Bila kos pengangkutan naik maka harga barangan yang diangkut oleh pengangkutan mungkin lebih tinggi daripada masa-masa yang lepas. Jadi, itu sebab implikasi daripada skim kawalan ataupun penstabilan yang telah pun kita perkenalkan itu mempunyai kesan. Dan kesan yang setakat ini saya kira adalah amat baik untuk rakyat.
Tuan Speaker, langkah-langkah yang telah pun kita mulakan ini di dukung bersama dengan bajet yang telah pun diperkenalkan oleh kerajaan negeri dalam ucapan Yang Amat
Berhormat Menteri Besar, beberapa perkara-perkara yang telah pun tersenarai saya tak nak ulas semua sekali panjang lebar, bagi saya itu agak baik. Cuma yang biasa disebutkan di situ ialah bagaimana ia hendak dilaksanakan dan berapa peratus daripada perkara yang tersenarai itu, lebih 180 lebih perkara-perkara penting yang telah pun disebutkan itu dapat dipenuhi dalam satu jangka masa setahun ataupun mungkin lebih sikit daripada itu. Jadi yang penting di sini ialah iaitu cara penyampaiannya dan pelaksanaannya, delivery system. Jadi, di sini saya memberikan pandangan agar pihak kerajaan negeri mengambil kira tentang kecekapan dan keupayaan pentadbiran untuk menguruskan perkara itu. Kalau boleh saya cadangkan supaya kita wujudkan delivery task force ataupun pasukan petugas penyampaian.
Katalah ikut sektor-sektor, sektor perindustrian. Ada digariskan panjang lebar apa yang hendak dilaksanakan, berbagai-bagai perkara terutamanya perkara-perkara yang dianggap baharu. Yang hendak diperkenalkan AI, block chain dan sebagainya. Yang ini mungkin memerlukan lebih daripada soal pelaksanaan. Iaitu bagaimana pihak pentadbiran, pegawai penjawat awam memahaminya dan menterjemahkan perkara itu dalam bentuk yang boleh dilaksanakan dan kesannya, outcome dari pelaksanaan itu ialah rakyat merasakan ada perubahan yang telah dilakukan dengan dasar baharu dan juga program yang diperkenalkan itu. Jadi itu bagi saya adalah agak penting. Dan keduanya, ialah untuk membantu perkara itu sampai ke peringkat akar umbi. Saya nak menyentuh sikit soal perkara itu agak remeh, ialah tetapi perjawatan seperti ketua-ketua masyarakat, ketua-ketua kampung. Kalau boleh saya ambil lebih tinggi sikit ialah penghulu, penghulu dan juga ketua-ketua kampung dan sekarang ini ada dipanggil MPKK yang sebenarnya mereka ini mungkin tidaklah kata menjawat jawatan itu sepenuh masa, sebahagian ini secara sukarela. Tetapi pentingnya ialah mereka ini memahami apa yang telah pun disebutkan dalam belanjawan. Dan saya fikir kalau tidak diteliti betul-betul susah nak faham. Apa lagi nak diterjemahkan ataupun hendak terangkan kepada masyarakat umum rakyat biasa apa yang terkandung dalam bajet yang telah dibentangkan tadi, dan apa faedah yang rakyat boleh perolehi, cara bagaimana ia hendak diterima dan sebagainya.
Jadi perkara-perkara seperti itu nampak remeh tapi bagi saya adalah suatu perkara yang amat penting untuk kita berikan perhatian. Saya mengikuti ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, yang saya kira adalah selari dalam konteks dasar kemakmuran bersama, yang telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, eh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini, iaitu jangka waktu 10 tahun ke hadapan kita hendak memastikan supaya ketidakseimbangan dari segi sosioekonomi dan syarikat di Malaysia ini dapat kita perbetulkan dengan cara bersasar. Supaya bidang-bidang yang mana di dapati ada ruang ataupun ada gap di antara kaum antara wilayah, antara kumpulan dalam masyarakat itu dapat kita rapatkan dari segi inisiatif-inisiatif yang hendak dilaksanakan dalam wawasan kemakmuran bersama.
Saya kira ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun telah mengambil kira perkara itu, dan kita hendak melihat mungkin negeri Johor adalah negeri yang pertama mengambil langkah-langkah susulan dengan belanjawan yang telah dibentangkan tadi, setiap sektor-sektor telah disentuh tetapi saya juga menarik, rasa tertarik apabila ada kenyataan yang telah dibentangkan itu untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Pemerkasaan Agenda Bumiputera Negeri Johor. Inilah ucapan, saya kira ini tidak lari daripada usaha kita untuk melaksanakan dasar kemakmuran bersama. Walaupun yang disebutkan itu Bumiputera tidaklah bermakna ini perhatian khusus untuk Bumiputera, maka diabaikan perhatian untuk kumpulan masyarakat dan kaum-kaum yang lain di peringkat negeri Johor. Saya kira tidak ada salahnya perkara itu, kerana kalau kita teliti antara perkara yang hendak ditekankan dalam dasar kemakmuran bersama yang juga di dukung oleh kerajaan negeri ialah untuk menentukan kumpulan B40 yang mana kita tahu sebahagian besar dalam kumpulan B40 itu adalah terdiri daripada Bumiputera, dan juga yang bukan Bumiputera di mana pendapatan isi rumah yang disebutkan ialah RM4,390.00 setahun ini. Ini adalah ukuran telah pun ditetapkan. Dan sebab itu kalau kita melihat dalam soal hendak melaksanakan dasar seperti itu, maka tidak lain dan tidak bukan tumpuan antara lain hendaklah diberikan kepada usaha untuk membangunkan sektor Bumiputera. Saya lihat di sini tersenarai berbagai-bagai
inisiatif yang juga penting di sini, bagaimana ia hendak dilaksanakan? Pasal saya fikir penting, bila sampai hujung tahun hadapan atau bila dibentangkan belanjawan yang tahun 2021 esok ada isu-isu yang akan dibangkitkan. Baik pihak bench di sini ataupun di sebelah sana tentang tahap pencapaian yang telah ditetapkan tadi sama ada 100% ke, dan sebagainya.
Yang saya juga agak menarik dalam belanjawan ini di sentuhkan soal aspek perumahan. Banyak sekali di sini, saya hendak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas. Kerana antara perkara yang telah pun kita teliti yang menjadi perhatian dan keutamaan rakyat keseluruhan bukan sahaja di Johor tetapi di seluruh negara, selain daripada kos sara hidup, soal kedua ialah rumah yang mampu biaya ataupun disebutkan dahulu mampu milik. Jangan mampu lihat, tetapi tidak mampu beli. Jadi ini adalah antara perkara yang ditekankan. Tetapi apabila perkara itu dibangkitkan, ada pencapaian 7,000 unit telah dibina ada lagi 16,000. Jumlah itu tidaklah besar sampai 100,000-200,000. Tetapi biasanya bila soal-soal ini berbangkit, isu yang paling pokok ialah tapak tanah, soal yang pokok ialah soal kelulusan segera, bagaimana ia hendak dilaksanakan dan sebagainya. Jadi, ini saya hendak cadangkan supaya tadi disebutkan awal pun task force untuk sektor perumahan sahaja. Saya tahu ada EXCO perumahan bertanggungjawab untuk menentukan semua sasaran tercapai, tetapi hendak pastikan supaya ada satu dasar tersendiri yang kita cakap dalam Bahasa Inggeris mudahnya fast track, fail pun fast track. Ditandakan, kalau pejabat tanah, ini adalah untuk skim rumah mampu biaya. Maka bila hendak sampai ke situ proses untuk diluluskan, pelan dan sebagainya itu mungkin dibuat dalam tempoh tidak lebih daripada berapa bulan sahaja. Kalau itu dapat dilaksanakan di setiap peringkat maka saya yakin bahawa ini akan dapat dilaksanakan dalam jadual masa yang telah ditetapkan.
Perkara yang juga penting yang disebutkan dalam bajet ini antara lain ialah inisiatif untuk membangunkan sektor pertanian moden. Dalam ucapan saya pada masa yang lepas pun saya sebutkan soal ini kerana saya beranggapan Johor mempunyai potensi besar untuk menjadi, orang kata kawah untuk menghasilkan bahan-bahan makanan yang boleh dikatakan bukan sahaja diguna untuk dalam negeri tetapi boleh dieksport ke luar negara. Kita fikir perkara ini bukan baharu, sudah kita cuba pun. Saya masih ingat waktu saya jadi Menteri Pertanian di pusat pun dulu kita ada kawasan tanah di Kluang untuk menjadikan dia sebagai tapak untuk pertanian moden. Tetapi saya lihat tidak berapa berjaya. Tetapi dengan ada dasar yang ditekankan, di persekutuan pun dasar begitu, di peringkat negeri saya dengar ucapan Menteri Besar menekankan soal sektor ini. Maka ini satu sektor yang harus kita tumpukan, mungkin dari segi nilainya kerana mereka ini adalah petani, nelayan, pekebun kecil, tidak sebesar mana, tetapi sumbangan dari segi pengeluaran bahan makanan ini penting. Kerana Malaysia masih mengimport sebahagian bahan makanannya daripada luar negara. Indonesia, Thailand, ikan dan sebagainya masih kita bawa masuk daripada luar negara sedangkan kita mempunyai keupayaan tetapi tidak di eksploitasi secara bersungguh-sungguh sehingga hasil kita terpaksa mengimport dan bila kita mengimport, kesan import itulah adanya harga barang yang agak melambung dan ini terpaksa ditanggung oleh pengguna-pengguna di dalam negara.
Tuan Speaker, seperkara yang juga disebutkan oleh Yang Amat Berhormat dalam belanjawan ini ialah tentang usaha untuk mensejahterakan rakyat, infrastruktur dan pengangkutan awam. Ini pun satu sektor yang penting. Saya nak sentuh satu sahaja daripada perkara ini, iaitu usaha untuk mengurangkan kesesakan di CIQ Bangunan Sultan Iskandar dan juga Kompleks Sultan Abu Bakar. Kebetulan saya juga dilantik oleh kerajaan pusat untuk mempengerusikan jawatankuasa ini. Kita sudah mengadakan banyak kali mesyuarat dan minggu hadapan kita ada lagi satu mesyuarat di CIQ untuk meneliti, apa yang telah pun kita putuskan ialah langkah jangka pendek untuk mengurangkan kesesakan dan sebagainya tetapi saya lihat dalam situasi yang sedia ada, di CIQ yang sedia ada tak mungkin mampu untuk kita tampung dalam satu jangka waktu yang terdekat ini. Bermakna CIQ yang ada di, apa nama di BSI dan juga TSAB ini sudah sampai ke tahap lebih daripada maksimum. Dia kata kesesakan yang paling teruk sekali di dunia adalah di CIQ di Johor Bahru. The most apa orang kata, congested CIQ in the world, dalam bahasa Inggeris, dengan izin. Ini bukan satu yang kita boleh banggakan. Sebab itu kabinet persekutuan
dan saya kebetulan juga ADUN Gambir diberikan satu tugas untuk meneliti perkara ini dan antara langkah-langkah jangka pendek yang kita sedang ambil ialah kita membuka semula apa yang disebutkan di sini ialah Malaysia automated clearance system, nak mempercepatkan cara-cara untuk orang kata, mengeluarkan kenderaan trafik, bahan barangan dan sebagainya daripada kompleks itu di TSAB. Mempelawa tender perolehan MC, berjumlah RM9 juta yang telah pun kita peruntukkan.
Untuk ini sahaja di CIQ kita ada RM85 juta yang telah diluluskan oleh kerajaan pusat yang ini kita akan gunakan untuk menambah baik kemudahan-kemudahan yang ada di situ, kekurangannya dan sebagainya, mobilisasi pegawai daripada kaunter kurang sesak ke kaunter yang lebih sesak, membuka laluan kontra untuk kereta bukan satu laluan sahaja, dia boleh, boleh 2 laluan jika perlu.(Dewan bertepuk) Wajibkan shif kerja, ni soal-soal pentadbiran yang tidak dilaksanakan dahulu daripada jam 7.00 pagi hingga 8.00 pagi hampir 24 jam. Membuka semula kaunter Mbike. Ini jangka pendek. Kita ada jangka sederhana yang kita akan laksanakan dan yang penting juga untuk jangka panjangnya. Kalau ikut jangka panjang, saya kira kompleks yang sedia ada tak mungkin boleh dapat menampung jumlah pelawat, pelancong yang datang ke negara kita sudah lebih daripada yang sewajarnya. Dan saya telah memaklumkan kepada kerajaan persekutuan supaya antara perkara yang penting ialah untuk membina mungkin jambatan yang ketiga, jambatan ketiga, kalau kerajaan negeri sokong, Dewan negeri sokong, saya akan cuba usahakan supaya inisiatif ini mesti dimulakan sekarang. (Dewan bertepuk).
Sudah ada kajian-kajian awal yang telah dibuat, yang menunjukkan ada keperluan ini. Kalau kita pergi ke negara mana pun seperti kita lihat di Singapura dan Malaysia ni, dia bukan ada satu jambatan, dia dah ada beratus, berpuluh-puluh jambatan. Pasal apa, movement mobiltiy kenderaan dan manusia tu agak lebih, lebih kerap, jadi kita di Singapura dahulu ada satu sahaja, kemudian kita buat, itu pun waktu saya jadi Menteri Besar dulu, YB ketua pembangkang jadi EXCO Kerja Raya pun dulu. Jambatan kedua dah siap, dah digunakan, dua-dua ini dah tak boleh nak menampung lagi dah. Saya kira, selain daripada ada jambatan yang Perdana Menteri cadangkan dulu untuk baiki,Tambak Johor, tetapi jambatan ketiga mungkin tidak buat dalam bentuk jambatan, kita boleh buat dalam bentuk terowong bawah tanah di Selat Tebrau dan kalau itu agak dianggap viable saya kira langkah-langkah segera perlu dibuat mulai sekarang melihat rancangan dan kajian-kajian yang perlu dilaksanakan sebelum ianya dapat dilaksanakan.
Akhir yang kita nak putuskan nanti ialah untuk adakan satu agensi tunggal untuk menjaga sempadan. Yang jadi masalah kita di CIQ yang sedia ada dan juga lain-lain pintu masuk ialah kerana ada hampir 28 agensi, badan pengguna yang menggunakan CIQ. Dan disebabkan itu ada perbedaan dari segi keperluan. Dan dia telah menyebabkan agak kelewatan dari segi proses untuk apa nama ni, kawasan itu di clear kan. Oleh sebab itu, contoh macam di Singapura di banyak negara mereka sudah wujudkan satu apa yang dipanggil border force, jadi kita di Malaysia belum ada ada lagi. Speaker dan sebab itu, itu antara perkara yang kita akan cuba laksanakan...
Masa dah 22 minit Tan Sri.
Lagi seminit dua lagi Tuan Speaker. Tadi Tuan Speaker ada sebutkan, saya pun ada baca ni dalam apa yang dipanggil, hansard ucapan daripada YB Layang-Layang, saya menyebutkan ini juga pasal saya jugak Pengerusi Pakatan Harapan Johor. Kenyataan yang menyatakan bahawa Pakatan Harapan ni munafik. Ada kenyataan di sini ya. Yang Speaker tegurkan mengikut seksyen berapa dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat. Ini memang bukan sahaja salah, berdosa. Kerana bila sebutkan perkara sebegitu bagi saya ialah mungkin kerana agak semangat baru ni menang...
Dulu masa Tan Sri jadi apa nama UMNO Johor dulu ajar ke perkataan munafik ni? Masa jadi pengerusi Johor dulu kan pernah gunakan perkataan munafik ini digunakan?
Tak ada, tak ada. Yang jadi masalah sekarang UMNO dengan PAS. PAS dia kata bukan munafik, PAS kata UMNO kafir. Itu amanat Hadilah. Jadi apa yang disebut di sini saya fikir tak wajar, kenyataan sebegitu di keluar dan saya minta supaya Tuan Speaker buat ruling (Dewan bertepuk) supaya Yang Berhormat Layang-Layang untuk menarik balik dan memohon maaflah. Kami bukan kumpulan munafik, kami adalah orang yang memang hidup berasaskan kepada prinsip dan agama. Pakatan Harapan gabungan yang agak murni, niat yang baik, tak apalah dah menang di Tanjung Piai itu boleh diraikanlah. Tapi itu tidak memberikan satu gambaran seolah-olah perkara yang telah berlaku di negeri Johor khususnya di negara kita ini semuanya tidak betul, apa lagi kalau ada tuduhan-tuduhan yang mengatakan bahawa kita adalah pakatan hancing, tak dapat melaksanakan manifesto semua ini lebih kenyataan politik dan saya minta supaya pihak Yang Berhormat Layang-Layang menarik balik kenyataan itu. Tuan Speaker saya menyokong Bajet 2020. Terima kasih.
Terima kasih daripada Yang Berhormat daripada Gambir. Jadi telah dinyatakan oleh Gambir perkataan munafik tadi, saya mintak Layang-Layang menarik balik kenyataan yang dibuat berkenaan dengan munafik kerana pada saya dia bertentangan dengan Perkara 45 (13) menggunakan bahasa yang kesat dalam Dewan ini. Seterusnya saya mempersilakan Mengkibol.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker Dewan, kerana memberi peluang kepada saya untuk memberikan ucapan di dalam Dewan yang mulia ini. Masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Kita akan menyambut tahun 2020 dalam masa lebih kurang 1 bulan lagi. Tahun 2020, yang pernah kita semua bayangkan sebagai tahun Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan rakyat yang berpendapatan tinggi. Tetapi, rakyat jelata dan semua lapisan masyarakat kini masih berada dalam keadaan ekonomi yang penuh cabaran. Maka saya ingin menyeru semua ahli politik, semua parti politik, semua penjawat awam, marilah kita fokus pada ekonomi. Fokus pada polisi dan pembangunan, pembaharuan yang dapat membawa impak ekonomi dan meningkatkan pendapatan rakyat. Perbincangan saya dengan YDP MPK, contohnya, kita fokus kepada ekonomi, YDP kata YB marilah kita sama-sama membangunkan Kluang. Ini sikap yang betul. Fokuslah pada isu ekonomi.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Peraturan, masa Sidang Dewan berlangsung tidak dibenarkan Ahli-Ahli cross Speaker, kenapa dibenarkan?
Ok, kita akan maklumkan, sepatutnya lalu sebelah kanan.
Kena hormat sikit Tuan Speaker, minta maaf.
Ok. Lepas ini Ahli-Ahli Yang Berhormat kalau ingin keluar, ikut laluan yang sebelah kanan ataupun belakang. Terima kasih kepada Rengit. Teruskan.
Marilah kita fokus kepada isu ekonomi. Rakyat sudah rasa bosan, rasa bosan terhadap pergaduhan politik. Ya, dalam PRK Tanjung Piai yang lalu, PH kalah dengan teruk. Ya, sebab rakyat rasa bosan, bosan terhadap semua ahli politik. Ini undi bosan, sebab rakyat ingin memberi tunjuk ajar kepada Pakatan Harapan, tetapi saya ingin juga ambil kesempatan ini, memohon maaf kepada rakyat sekiranya ketidaksempurnaan kami. Walau bagaimanapun, kita tidak akan putus asa. Impian kita untuk Malaysia Baharu. Kita tidak akan menyimpang dari garis tengah politik sederhana. Dan kita tidak akan bersaing dengan penyebar kebencian politik kaum atau agama. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan setinggi-tinggi penghormatan kepada Puan Norsalwani. Saya rasa semua penjawat awam kenal siapa Puan Norsalwani, Pengarah Sektor Audit Tadbir Urus, Jabatan Audit Negara di atas keberanian beliau menyelamatkan salinan asal Laporan Audit 1MDB, yang diarah dimusnahkan. Saya percaya ini satu teladan yang baik kepada para penjawat awam. Penjawat awam Johor dan saya percaya lebih suka dan lebih bangga bersama dengan kerajaan yang bersih.
Yang Berhormat, pada waktu itu dia tidak mengikut arahan daripada Ketua macam mana Yang Berhormat tu?
Di atas sebab yang tertentu saya masih ingin menyampaikan penghormatan saya kepada beliau. Kita haruslah selalu ingat apakah motif asal kita menceburi politik? Iaitu membawa pembaharuan dan berkhidmat untuk rakyat. Semasa kempen Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai saya terdengar Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersantai bersama rakyat. Beliau kata dia masuk gelanggang politik sebelum PRU 14, sebelum ni seorang doktor. Sebab beliau ingin membawa perubahan. Ramai di antara kita, saya sendiri pun, saya baharu menceburi politik bulan 3, satu bulan sebelum pencalonan. Mengapa kita menceburi? Apakah motif asal kita? Kita mesti selalu ingat apakah motif asal? Kita menceburi politik sebab kita ingin membawa pembaharuan untuk negara, berkhidmat untuk rakyat. Kita mesti fokus pada ekonomi kerana negara serantau seperti Vietnam, Philipine telah berkedudukan lebih berpotensi untuk menarik pelabur asing berbanding dengan Malaysia. Kita perlu kenal pasti daya persaingan kita, keunikan kita, supaya dapat membangun dengan cepat. Contohnya kita boleh menarik pelaburan asing untuk industri pembuatan halal. Untuk eksport, contohnya, Mengkibol cuba menarik pelaburan Pharmaceutical Technology Park, untuk eksport ke pasaran Timur Tengah, bernilai USD300 million, yang saya sudah bincang dengan EXCO Jimmy Phua. Pembangunan sesebuah negara adalah dari keberkesanan pentadbirannya.
Dengan ini Mengkibol ingin menyampaikan cadangan pertama saya iaitu di samping 4 Persidangan DUN yang sedia ada, kita haruslah mengadakan Persidangan kecil bulanan dengan topik-topik yang tertentu seperti projek kerja awam, seperti keberkesanan Kerajaan Tempatan, GLC dan lain-lain. Dan, para ADUN dan penjawat awam boleh menghadiri persidangan-persidangan kecil ini secara pilihan mengikut topik atau mengikut jabatannya dan dikecualikan syarat kuorum. Projek kerja awam yang sedang dijalankan adalah menggunakan duit rakyat. Kita harus memastikan pelaksanaan projek-projek ini mempunyai keberkesanan dan ketelusan yang ditetapkan dan persidangan-persidangan bulanan ini boleh menjadi check point untuk tujuan ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan YB-YB sekalian, aspirasi kerajaan Johor bawah Pelan Pembangunan Mampan Johor adalah menuju ke arah negeri yang maju, mampan dan seimbang. Sebelum ini telah saya mengutarakan perancangan ekonomi bersepadu, Lembaran Johor Tengah pada tahun lepas dan cadangan pembinaan Lebuh raya Johor Tengah dalam sidang Dewan bulan Julai. Lembaran Johor Tengah adalah satu rancangan ekonomi bersepadu di mana Kluang sebagai Pusat Pembangunan Ekonomi yang mengintegrasikan bandar-bandar sekitar Kluang, mengintegrasikan perindustrian pertanian, pemprosesan makanan dan pelancongan agro, mengintegrasikan unsur-unsur kebudayaan dan kemanusiaan di kawasan Johor Tengah, mengintegrasikan polisi kerajaan, pelaburan dari luar dan penduduk setempat demi mencapai sinergi atau kesan ekonomi yang lebih ketara.
Manakala lebuh raya Johor Tengah boleh dijadikan sebagai mangkin pembangunan ekonomi seimbang jangka panjang di Johor Tengah. Pembinaan lebuh raya yang baru bukan sahaja dapat mengasingkan trafik tempatan dan trafik terus, tetapi juga boleh mewujudkan satu lingkungan kehidupan ekonomi yang akan membawa impak ekonomi yang sangat-sangat signifikan. Pengasingan trafik tempatan dan trafik terus juga boleh menyelesaikan masalah kemalangan maut yang tinggi di Jalan Batu Pahat atau FT50. Mengkibol percaya pembinaan satu lebuh raya baru adalah lebih kos efektif jangka panjang berbanding dengan kos penyelenggaraan yang beratus juta untuk naik taraf jalan Batu Pahat. Dengan penjimatan masa perjalanan, ianya akan membuka lebih peluang untuk perniagaan, pertumbuhan ekonomi baru dan kemungkinan munculnya perbandaran yang baru. Pejabat saya dan beberapa orang akademik telah mengadakan beberapa perbincangan dan kajian awal mengenai cadangan Lebuhraya Johor Tengah ini. Kami akan menyampaikan butiran yang lebih terperinci kepada pihak-pihak berkenaan pada awal tahun 2020 agar cadangan ini boleh dimasukkan ke dalam Pelan Pembangunan Induk Negeri
Johor di masa depan. Saya juga menyeru BPENJ untuk membuat kajian yang lebih teliti mengenai cadangan ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, lanjutan kepada Lembaran Johor Tengah dan Lebuhraya Johor Tengah tadi, hari ini saya ingin mencadangkan kepada negeri Johor agar membina Koridor Ekonomi Kluang, Batu Pahat, Muar yang merangkumi sekurang-kurangnya 10 DUN. Izinkan saya menyampaikan rangka kasar cadangan ini. Di bawah cadangan Koridor Ekonomi ini kawasan-kawasan di Kluang, Batu Pahat, Muar dengan anggaran sepanjang 100km dan keluasan sebesar 6,224km persegi dan jumlah penduduknya yang melebihi 1 juta dapat dibangunkan secara holistik. Jumlah penduduk adalah 338,000 di daerah Kluang; 470,000 di Batu Pahat dan 278,000 di daerah Muar. Ini adalah 30% daripada populasi negeri Johor.
Di Koridor Ekonomi ini dan dari segi pendapatan menengah atau medium income, Kluang adalah lebih kurang 3,900 kalau berbanding dengan Muar dan Batu Pahat yang berada pada lebih kurang 5,500 dan kita banding dengan Johor Bahru lebih kurang hampir 7,000. Koridor Ekonomi ini haruslah dicurahkan dengan sumber dan pelaksanaan polisi kerajaan, pelaburan dari luar dan penyertaan penduduk setempat untuk mencapai ekonomi sekala. Selain daripada kemudahan infrastruktur dengan Lebuhraya Johor Tengah sebagai teras utama Koridor Ekonomi ini, kemudahan digital merupakan faktor yang paling kritikal. Oleh sebab ini, saya juga mencadangkan kerajaan supaya mengintegrasikan zon ekonomi digital bersama atau co-exist digital economy zone di Koridor Ekonomi ini yang akan menjadi unsur penting dalam menyediakan negeri Johor dalam persaingan era digital. Ia akan menjadi teras utama dalam Pelan Pembangunan Koridor Ekonomi dan dapat membantu pembangunan ekonomi bandar-bandar kecil dengan teknologi era digital.
Pembangunan ekonomi digital merupakan cara membangunkan negeri Johor secara mampan dan seimbang. Semua industri dari sektor pertanian sehingga sektor pelancongan mahupun sektor pertanian, perusahaan semua telah menuju ke arah ekonomi digital. Dalam arus pembangunan ini, pemberi peluang kepada perusahaan besar dan juga perniagaan-perniagaan kecil untuk wujud seiring dan bersama di dalam satu pasaran yang aktif. Untuk perniagaan atau perusahaan kecil, untuk peladang, untuk nelayan dan lain-lain digitalization merupakan satu impian atau khayalan yang jauh dan sukar difahami disebabkan oleh jurang pembangunan teknologi setempat. Dengan kemudahan, dengan ada polisi dan insentif digital co-exist economy zone ini, dengan izin, ianya akan menjadi satu jambatan yang mempermudahkan transformasi ekonomi digital ini di kawasan-kawasan luar bandar dan juga pinggir bandar yang agak ketinggalan dengan arus pendigitalan. Bawah konsep digital co-exist economy zone ini, pejabat ADUN Mengkibol telah pun memulakan satu inisiatif kerjasama dengan Shopee, satu platform e-dagang yang paling besar di rantau Asia Tenggara untuk membantu peladang kecil.
Tuan Speaker, seperti yang telah disampaikan oleh Menteri Kewangan, 14 Digital Enhancement Centre (DEC) telah diperuntukkan di dalam bajet 2020 Kerajaan Persekutuan. Saya ingin mencadangkan Kluang yang berada di lokasi yang paling strategik di tengah-tengah negeri Johor dapat dipilih sebagai lokasi untuk mendirikan DEC Negeri dan juga perpustakaan digital.
Untuk pengetahuan semua, Pejabat ADUN Mengkibol juga telah menganjurkan beberapa program yang berdasarkan ekonomi digital seperti Forum Mulakan Perniagaan dan Ruangan Pejabat Berkongsi (Co-Working Space) seperti Forum Pertanian Pintar (Smart Agriculture), seperti Pilot Project (Fertigasi Pintar), Forum Kecerdasan Buatan (AI) dan Automasi, demi menyediakan Kluang untuk pembangunan ekonomi digital. Selain daripada itu, demi menggalakkan pembangunan ekonomi digital, Mengkibol minta kerajaan negeri menyediakan kemudahan tahap awal ataupun Seed Funding untuk usahawan muda ekonomi digital khususnya untuk bandar-bandar kecil (second tier city) dengan izin, seperti Kluang demi menggalakkan pengembalian orang muda.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan YB-YB sekalian, mengenai isu lambakan hartanah tidak terjual yang bernilai RM22.84 bilion bagi 3 kategori iaitu Pangsapuri Kondo, Pangsapuri Perkhidmatan dan SOHO. Mengkibol ingin memuji pihak kerajaan Johor telah meletakkan syarat-syarat yang begitu menyeluruh. Mengikut data YB EXCO semalam terdapat 23% hartanah tidak terjual yang berharga RM600,000.00 ke atas. Maksudnya, 77% akan terus bergantung kepada pembeli warga tempatan. Maka ingin saya menyaran kepada pihak pemaju supaya turunlah harga, turun harga hartanah. Menurunkan harga hartanah ini sekurang-kurangnya 20% bagi menggalakkan pembelian rumah dalam kalangan warga tempatan. Kalau kita rujuk kepada nisbah pinjaman kepada nilai ataupun loan to value ratio sistem perbankan Malaysia yang kini berada pada 80%. Nisbah pada 80% bermakna sistem perbankan Malaysia dapat menampung penurunan harga hartanah sebanyak 20% tanpa mengakibatkan apa-apa risiko sistemik demi mengelakkan wujudnya persaingan pinjaman perumahan dengan warga tempatan. Pembelian warga asing haruslah disyaratkan pada dana baru yang dibawa masuk dari luar negara.
Yang Berhormat Tuan Speaker, keputusan pilihan raya kecil Tanjung Piai memberi satu pengajaran kepada kita semua. Dengan mandat rakyat, kita harus berusaha keras untuk membina semula negara kita di mana setiap warga Malaysia tanpa mengira bangsa atau warna kulit dapat mencari titik persamaan antara sesama warga negara Malaysia. Walaupun kita mengekalkan identiti persaingan kami dalam etnik atau agama dan sebagai kerajaan reformis, pembaharuan polisi adalah teras utama dan haruslah dijadikan agenda utama kerajaan Johor. Maka, Mengkibol ingin mencadangkan supaya satu Jawatankuasa Pembaharuan Polisi dan Institusi peringkat negeri dapat ditubuhkan.
Sebelum berundur saya ingin menegaskan kerajaan Johor dan semua kerajaan negeri termasuk kerajaan negeri Johor, kita tidak boleh business as usual, dengan izin, bekerja seperti biasa sahaja lagi apabila seluruh dunia telah melangkah ke depan. Negara jiran seperti Singapura telah maju lebih ke hadapan. Tiada alasan bagi kita untuk business as usual. Sebagai pemimpin rakyat, kita harus keluar dari kepompong keselesaan, comfort zone.
Tuan Speaker, dengan izin, business as usual is not an option for us. Sekian terima kasih. Mengkibol mohon menyokong Belanjawan Johor 2020.
Terima kasih Mengkibol.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya minta maaf pada lepas ni siapa yang berucap. Peraturan...
Peraturan berapa...
Nombor 45 Yang Berhormat. 45 Perkara 8. Di awal persidangan tadi, Yang Berhormat sebut Fasal ni, Fasal 45(viii) ini, seorang Ahli tidak boleh sesekali mendatangkan sangkaan-sangkaan yang tidak baik kepada seseorang Ahli lain dan a, b, c dan juga e. Ahli, Ahli ya makna Ahli dalam Dewan ini. Tapi semalam saya perhatikan semasa Yang Berhormat mempengerusikan Dewan, Kempas ada bercakap secara langsung. Saya tak hendak bangun semalam sebab saya hendak bukti. Ini dalam hansard ada bukti ya. Saya bacakan bukti ini. Kempas cakap, tadi YB Rengit dia kata kita u-turn, u-turn ini istilah. Saya kenal dia, dia bukan kata u-turn kaki pusing pun. Saya diam ketika itu tidak bercakap.
Itu rujuk kepada siapa Yang Berhormat?
Yalah, sayalah. Dia sebut ini jelas. Handset ini ada. Saya tengok Tuan Speaker diam sahaja tidak bercakap. Tidak tegur pun. Itu jelas merujuk kepada sahsiah seseorang. Tapi Yang Berhormat Tuan Speaker tidak tegur. Jadi, saya hendak tanya dalam Dewan yang mulia ini, adakah ruling, peraturan baru yang buat ini hanya untuk kita BN, pembangkang sahaja? Atau kena pakai...
Ini bukan buat-buat Yang Berhormat. Ini 46(13).
Yalah, 46(xiii). 45(xiii). Ya, 45(viii). Jadi, saya hendak tanya adakah ruling ini, peraturan yang ini 45 (a,b,c,d) ini hanya untuk kita orang? Tapi masa Tuan Speaker mempengerusikan semalam sidang, tidak bercakap pun hal ini, tak sentuh. Tak boleh. Jadi saya rasa kena tarik balik jugalah. Apa yang disebut. Dan sebenarnya, saya hendak nak sebutkan sikit ada kaitan dengan Layang-Layang cakap ini. Tahun 2008 dahulu, 2008 hingga 2013, seorang Ahli Dewan daripada Skudai bercakap, saya pun masih ingat, dah tak ada lagi. Wakil-wakil sini dah tak ada, Parit Yaani pun tak ada. Ada Parit Yaani masa itu? Dia tuduh kita apa? Kerajaan BN, UMNO apartheid, kita orang diam sahaja diam tak bercakap pun. Apartheid itu lagi teruk tau, hendak mengundi pun tak boleh. Tak suruh pun kita tak suruh pun tarik balik. Kita relaks sahaja. Heboh cerita dekat luar oklah. Tapi Dewan ini baharu kena sikit sahaja dah suruh tarik balik. Saya hormat dengan orang tua-tua Yang Berhormat, jadi kena adillah sikit dalam hal ini.
Ok, ya. Ha ok. Ok.
Jangan guna pakaikan ruling, peraturan hanya untuk kita BN sahaja. Kena pakai semua sekali supaya Dewan ini lebih dipandang mulia dan ada tempat yang sesuailah. Minta maaf, Yang Berhormat Tuan Speaker.
Terima kasih. Terima kasih atas peringatan Rengit. Peraturan ini, yang saya pegang ini bukan hanya untuk pihak kerajaan sahaja, tetapi untuk semua Ahli Dewan ini. Jadi, jika sesiapa Ahli-Ahli yang bertentangan dengan 45(13) itu adalah satu kesalahan dan saya juga mohon bantuan juga daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat seperti 46(2) ya. Jika aturan ketika bangkit perkara menyalahi peraturan mesyuarat, jika bangkit perkara menyalahi peraturan-peraturan mesyuarat maka seorang Ahli bolehlah bangun bercakap dengan serta merta dengan dimulakan cakapnya mengatakan ia bangun itu kerana menegur perkara yang menyalahi peraturan mesyuarat.
Bermakna bahawa tanggungjawab untuk menegur itu bukan daripada saya sahaja, tetapi daripada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat ya, termasuk Rengit sekali. Jadi, kerjasama daripada semua untuk mempastikan bahawa kita mengikut peraturan ini harus adalah, jadi mudahlah kita membuat, melaksanakan tanggungjawab ini dengan jayanya. Saya persilakan seterusnya daripada...
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya agak musykil dengan perkataan munafik yang dikatakan menyalahi peraturan. Kenapa semalam tidak tegur, hari ini baru ditegur. Adakah, adakah ada mesyuarat di luar Dewan, untuk menyatakan bahawa munafik ini salah dari segi peraturan?. Terima kasih.
Itulah saya sebut tadi, 46(2) itu, ya 46(2) kalau ada sesuatu teguran itu perlu dibuat pada waktu itu. Jadi 46-2 itu saya kira iyalah mungkin sebahagian daripada Ahli-Ahli kita ini baru lagi.
Jadi, saya ingin penjelasan Yang Berhormat Tuan Speaker, adakah Tuan Speaker akan menyatakan ruling ke atas Layang-Layang? Setelah Tuan Speaker menyatakan bahawa ia harus ditarik atau ditegur pada ketika itu.
Buloh Kasap, Peraturan Mesyuarat berapa? Buloh Kasap, Peraturan Mesyuarat berapa? Untuk berdiri, untuk mencelah kenyataan Yang Berhormat Tuan Speaker? Peraturan berapa? Peraturan Mesyuarat berapa?
Saya mohon penjelasan Tuan Speaker. Terpulang pada Tuan Speaker sama ada hendak beri penjelasan ataupun tidak, itu sahaja.
Saya tetap dengan keputusan bahawa perkara-perkara yang kesat, tidak boleh disebut dalam Dewan. Itu muktamad. Ya, tidak kira siapalah. Selepas ini, ruling ini dibuat untuk perhatian kita selepas ini supaya kita tidak mengulangi perkara tersebut. Kita bangsa Johor yang penuh dengan tatatertib ya. Saya bangga dengan Ahli-Ahli semua ya, jadi kita hendak pastikan bahawa Dewan ini dalam keadaan yang selesa, maka saya ingatkan bahawa kita tidak boleh menggunakan perkataan yang kesat, itu sahaja. Ok, saya persilakan seterusnya, Pemanis.
Yang Berhormat Tuan Speaker, yang adil, arif dan tegas. Ahli-Ahli Yang Berhormat, selamat petang, kabare dan salam harapan. Bersempena dengan sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Di Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Ta’zim yang ke-61 pada 22 November lalu, patik merafak sembah menjunjung setinggi kasih dan berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku berada dalam keadaan sihat, sejahtera, dilanjutkan usia untuk terus memerintah di atas takhta kerajaan bagi menaungi sekalian rakyat dengan adil dan saksama. Mudah-mudahan dengan berkat kepimpinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, negeri Johor akan terus maju, moden dan berprogresif dengan rakyat Bangsa Johor yang bersatu padu. Daulat Tuanku.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terlebih dahulu izinkan Pemanis kemukakan beberapa fakta berkenaan dengan ekonomi Malaysia. Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia, Consumer Price Indexs (CPI) dengan izin, untuk tahun 2019 setakat ini adalah 122 point dan kadar inflasi adalah sama dengan tahun lepas iaitu pada 1.1%. Akan tetapi jikalau ditinjau dari sudut bulanan, bulan ke bulan, kita mendapati bahawa kadar inflasi kekal rendah dan tidak berubah sejak 5 bulan yang lalu. Kadar inflasi sektor perumahan kekal. Sektor makanan adalah paling rendah sejak 6 bulan yang lepas. Sektor pengangkutan sebenarnya mencatatkan penurunan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, angka-angka ini menunjukkan bahawa langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam mengatasi kos sara hidup adalah berkesan. Berbanding dengan zaman 2016 hingga awal 2018 di mana harga barang naik mendadak sehingga tiada siapa tahu harga hari ini akan berbeza akan naik lagi dalam satu minggu yang akan datang. Harga barangan telah mulai stabil, setelah satu tahun kerajaan Pakatan Harapan mentadbir malah ada yang boleh menurun seperti dalam sektor pengangkutan. Dan, ini termasuk juga pengawalan dan penstabilan harga minyak. Mengikut MPOB, Malaysia Palm Oil Board dengan izin, harga minyak sawit pada 21 November tahun lepas adalah RM1,717.05 setiap metrik tan. Dan harga minyak sawit pada 21 November, minggu lepas adalah RM2,578.05. Ini bermakna harga minyak sawit telah naik sebanyak 50%. Oleh sebab itu, Pemanis berharap agar rakan-rakan seperjuangan yang sebelah sana, sebelum membuat apa-apa tuduhan atau melontarkan sebarang retorik, sila mendapatkan fakta yang terkini, jikalau tidak tuduhan itu namanya fitnah.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Pemanis ingin berucap tahniah dan syabas kepada kerajaan PH yang mengotakan janji dalam Belanjawan 2019, dan sebahagian besar telah siap dilaksanakan, ada yang telah bersedia di peringkat paparan lakaran untuk langkah yang selanjutnya dan ada yang masa dan fasa pelaksanaan. Kerajaan PH dalam proses pelaksanaan sering mengalami teething problem, teething problem dengan izin, bermakna macam budak bila nak tumbuh gigi sakit sikitkan, demam-demam ataupun hiccup, tersedu sedikit sini sana. Tetapi kerajaan PH berazam untuk menyempurnakan apa yang telah dibentangkan dalam belanjawan yang lepas. Banyak inisiatif yang baik kita kekalkan dan teruskan. Misalnya penerima kad sihat telah bertambah dari 250 hingga 850, itu penambahan 600, penerima yang akan mendapat manfaat dari inisiatif kerajaan. Tahniah kepada Yang Berhormat EXCO Kesihatan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, semalam dalam Dewan yang mulia Yang Berhormat Benut banyak menyentuh isu pelan. Termasuk projek HSR, RTS dan pelaksanaan titik fokus belanjawan 2019 seakan-akan pelan itu tidak mustahak. Untuk menjayakan sesuatu program ataupun inisiatif, Pemanis rasa pelan itu mustahak. Bagi klinik, misalnya klinik Pemanis ini dia ada pelan pesakit, treatment plan, pelan rawatan dan untuk bangunan kita ada pelan bangunan, building plan, arkitek ada plan architecture, doktor tu ada pelan doktor pembedahan surgical plan. Mungkinlah kecuali era kerajaan Barisan Nasional memang tak perlu pelan. Bila ada projek bagi sahajalah pada syarikat RM2.00, kroni, tapi itu amalan kerajaan lama yang kurang telus. Pemanis perasan banyak soalan-soalan yang berbentuk tuduhan-tuduhan sebenarnya dia akan dijawab ataupun sudah terjawab dalam sesi soalan lisan dan ada banyak yang kita boleh baca dari handout, dia dalam bentuk tulisan, bakal dibekalkan.
So, Yang Berhormat Tuan Speaker, kalau kita tengok unjuran pertumbuhan negeri Johor adalah dalam kadar 5.2 hingga 5.5% untuk tahun 2020. Jauh lebih tinggi daripada kadar nasional dan global itulah sesuatu yang kita rasa bangga. Dan, prestasi kewangan kerajaan masih kukuh dengan rizab semasa sebanyak RM2.7 bilion, jauh lebih mantap daripada kedudukan kewangan ADUN-ADUN Pakatan Harapan. Ramai yang mengalami defisit sebenarnya. Dalam keadaan ekonomi global yang kurang memuaskan, kerajaan masih mampu menambah 180 juta hingga, sebanyak 780 juta untuk sektor pembangunan. Syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Jawatankuasa Belanjawan atas usaha mereka dalam persiapan Belanjawan 2020 kali ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan Pemanis memberi sedikit pandangan untuk memperhalusi beberapa titik fokus dalam Belanjawan Johor 2020. Langkah semakan semula kadar cukai tanah merupakan satu kaedah yang efektif dalam usaha penstrukturan semula kekayaan, memakmur dan mensejahtera Johor Bestari. Pemanis ingin bercadang agar semakan kadar cukai kali ini, selain daripada mengambil kira status ekonomi pemilik kalangan pesawah juga mengambil kira tanah yang berstatus terbiar. Baik dari agensi kerajaan ataupun pihak swasta. Di Johor utara terutama dalam DUN Pemanis terdapat banyak kegunaan tanah yang mismatched, dengan izin. Makna, Pemanis adalah ramai yang minat, minat menceburi dalam bidang pertanian ataupun ingin meluaskan operasi pertanian mereka, mereka tiada tanah. Dan yang ada tanah tu, mereka dibiarkan sahaja. Pemanis ingin bercadang agar satu surcaj dikenakan pada tanah yang sesuai untuk menanam, tapi dibiarkan. Pemilik tanah digalakkan menyewa tanah milikan mereka kepada orang berminat.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sebenarnya banyak tanah-tanah yang bermasalah, terbiar ini merupakan tanah-tanah yang telah dikurniakan kepada kroni-kroni politik oleh kerajaan dulu. Beratus ribu ekar dalam DUN Pemanis, seperti apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kempas semalam, dalam perbahasan beliau semalam. Sekiranya tanah-tanah yang terbiar boleh diusahakan, Pemanis rasa bukan mustahil Johor menjadi hab pengeluaran makanan yang utama di antara negeri-negeri lain. Dan juga kena mekanis, dengan mekanisme surcaj ini, kerajaan dapat menambah cukai dan menukar tanah yang terbiar menjadi produktif dan sudah tentu pelaksanaan ini seharusnya melibatkan kerajaan negeri dengan bantuan Jabatan Pertanian, Veterinar, Perikanan dan bakal memperkasakan lagi program revolusi hijau.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam Agenda ke-9 Belanjawan 2020, badan bukan kerajaan NGO akan diberi perhatian dan geran untuk aktiviti-aktiviti yang dapat mensejahterakan rakyat. Pemanis ingin bercadang agar inisiatif ini boleh mendapat kolaborasi dari EXCO Portfolio Alam Sekitar dalam usaha membantu dan menggalakkan NGO yang berminat dalam program sungai angkat, di mana NGO-NGO yang terlibat akan membantu kerajaan dalam menjaga kebersihan sungai-sungai di semua daerah.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan Johor dengan bantuan KPKT telah menyediakan pelbagai skim perumahan, untuk golongan yang berbeza pendapat dan permintaan. Pemanis rasa syarat kelayakan itu adalah liat sikit. Misalnya,Skim Perumahan Prihatin
Johor (SPPJ) untuk golongan B40, dengan pendapatan RM2,500.00 sebulan. SPBJ adalah untuk golongan pasangan muda yang berkahwin dengan pendapatan RM5,000.00 sebulan ke bawah. Ramai kat sini sudah tidak layak lah. Rumah mampu biaya untuk golongan B40, Projek Perumahan Rakyat (PPR), RSK semua ni, Yang Berhormat Tuan Speaker, Pemanis mendapati bahawa pada masa kita fokus untuk membantu golongan B40, dalam masalah perumahan ini, adakah kerajaan telah tidak, secara tidak sengaja mengabaikan lapisan bawah golongan M40. Golongan ini, ramai yang tidak layak untuk skim-skim perumahan kerajaan, pada masa yang sama mereka juga tidak mampu membeli rumah tanpa bantuan kerajaan. Sebagai simpulannya, lapisan bawah golongan M40, Middle 40% ramai yang layak mendapat pinjaman bank tetapi untuk rumah-rumah yang berharga rumah mampu milik sahaja. Adakah lebih sesuai jikalau kerajaan Johor mendefinisikan semula B40 menjadi B50 untuk memastikan pelaksanaan inisiatif kerajaan menjadi lebih menyeluruh dan lebih adil saksama.
Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan Pemanis menyentuh sedikit lagi mengenai B40 ini. Dan Pemanis mengaku pandangan Pemanis ada pada titik persamaan dengan Yang Berhormat Benut ya, tak apalah demi semangat Pakatan Harapan politik baru, yang baik kita kongsikan. Mengikut pelapor Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, United Nations Special Rapporteur Philip Alston, dengan izin, pernah memberi ulasan mengenai kadar kemiskinan Malaysia yang beliau rasa kurang realistik iaitu pada kadar 0.4%. Pemanis ingin bercadang, selain daripada menggunakan kaedah Canberra Group Handbook edisi 2011, yang diguna pakai oleh kerajaan persekutuan sekarang, kerajaan Johor juga boleh mengambil rujukan dari kajian lain, seperti dari World Bank. Khazanah Research Institute, (UNICEF) United Nations Children’s Fund, dengan izin, dan lain-lain kajian yang mengguna kaedah kemiskinan relatif, relative poverty, dengan izin, ini akan membolehkan kerajaan dalam proses memformulasi dasar-dasar yang lebih realistik, praktikal dan konsisten dengan kos sara hidup.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Pemanis agak tertarik dengan inisiatif CCTV kerajaan Johor, dan kebetulannya Pemanis baru menerima satu laporan Polis hari Khamis lepas mengenai kes cubaan menculik budak sekolah di Sekolah Agama Mukim Jabi, DUN Pemanis. Pemanis berharap agar inisiatif CCTV ini boleh merangkumi kawasan strategik di luar pagar sekolah, sebagai satu langkah proaktif pencegahan menculik dan menceroboh premis sekolah. CCTV yang canggih berkebolehan cam muka, cam nombor plat kenderaan, juga boleh dipasang secara bfi oleh syarikat swasta di kawasan pembuangan sampah haram dan lokasi strategik berdekatan dengan sungai-sungai supaya pengawalan pencemaran sungai.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Pemanis terpanggil untuk respons sedikit ya, dengan izin, beberapa isu yang dibangkit oleh rakan-rakan sebelah. Terlebih dahulu Pemanis ingin kongsi satu cerita, ini sebenarnya khas untuk Yang Berhormat Layang-Layang yang tak ada kat sini. Tapi tak apalah ini untuk YB-YB yang lain dari sebelah kiri Dewan. Itu berkenaan dengan isu U-turn ni. Semasa PRK Tanjung Piai, Pemanis ada lalu kawasan Layang-Layang masa tu. Separuh jalan mendapati ada jalan tertutup di depan ya. Dan Pemanis dimaklumkan ada satu lubang besar di tengah-tengah jalan masa tu, so, tentulah Pemanis terpaksa buat U-turn, masa U-turn terbacalah satu papan di tepi ya, papan tanda di tepi. Yang tertulis di sana, nama pemaju tu. BN Sdn Bhd. Kontraktor tu Najib Rosmah Construction dan GPS tak tunjuk di sana ada lubang, so apa boleh buat? Kita kena U- turn lah, tapi matlamat sama, tempat yang nak pergi sama Tanjung Piai juga, kereta ke belakang tu tak U-turn dia masuk dalam lubang terus, dan nombor plat kereta BN jugak, BN 007 dan Pemanis dimaklumkan itu kereta orang ADUN Layang-Layang, tapi tak ada kat sini, sorry ya. So, mungkin janji dengan mengambil pendekatan fleksibel memang berbeza. Contoh yang mungkir janji adalah ini satu contoh ya, antara banyak-banyak contoh adalah 6 buah kapal, Littoral combat ship,yang dibeli oleh bekas Menteri Pertahan Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin sebanyak RM9.31 bilion, yang masih belum diterima oleh PV TLDM dan malah minta tambahan RM1.4 bilion lagi, ini sudah lama, belum terima lagi.
Yang Berhormat Tuan Speaker, semalam Yang Berhormat Layang-Layang juga, apa tu rasa kecewa kerana soalan Dewan ditolak sehingga hari ini ponteng Dewan pulak ya. Mungkin kecewa sangat ya. Tapi mohon sampaikan lah pada, apa tu, salam concern dari Pemanis, bukan Layang-Layang seorang kena tolak soalan, ramai Yang Berhormat PH pun soalan ditolak lah tapi satu percubaan yang baik dari Yang Berhormat Layang-Layang, he is not the only one ya, boleh cuba lagi lah ya good luck dengan dia, dengan izin.
Dan berkaitan dengan itu Yang Berhormat Tuan Speaker, Pemanis ingin membetulkan rekod manifesto Pakatan Harapan yang sering disalah petik untuk political mileage murah, cheap political mileage, dengan izin, di mana penangguhan bayaran PTPTN tu dia bukan penghapusan PTPTN itu adalah versi yang betul ya. Dan Yang Berhormat Tuan Speaker, Pemanis ingin berkongsi sedikit maklumat dengan Yang Berhormat Kahang mengenai NGO kaum India tu. Memang dia berlaku di Parlimen Ledang ya. Pemanis adalah Ketua Cabang Keadilan Ledang. Selepas PRU 14, Keadilan Ledang banyak menerima permohonan untuk menubuhkan ranting atau cawangan dari NGO kaum India dan Pemanis memberi maklum balas dari kawan Kahang semalam yang memberi gambaran yang agak berbeza daripada pandangan Yang Berhormat Kahang dan Pemanis ingin meminta Yang Berhormat Kahang semak baliklah status keahlian mereka mungkin ramai yang sudah salin baju, jangan. Tapi saya hormatlah, Yang Berhormat Kahang mempunyai confident level yang agak tinggi ya. Tahniah, dengan izin. Tahniah kepada Yang Berhormat Sungai Balang yang mendapat perhatian yang istimewa Yang Berhormat Menteri Azmin Ali, Yang Amat Berhormat Menteri Bestari dengan ini telah menunjukkan semangat muafakat tulen demi bangsa Johor. Hidup Pakatan Harapan. Tahniah kepada Yang Berhormat Bukit Pasir, sebelum ini PAS yang sering menggunakan perkataan agak kesat ke atas UMNO tetapi lepas kahwin dengan UMNO, UMNO pulak yang mengguna perkataan kesat terhadap Pakatan Harapan, dengan risiko melanggar Perintah Tetap Dewan. Sekali lagi tahniah Yang Berhormat Bukit Pasir dan Yang Berhormat Layang-Layang pasangan yang cukup mantap ya.
Yang Berhormat Tuan Speaker, keputusan Tanjung Piai, ia merupakan kemenangan besar buat bangsa Johor, yang bersikap tolerance, bijaksana, inklusif dan berani. Pengundi Tanjung Piai telah menunjukkan kepada semua parti politik...
Dah 22 minit Yang Berhormat. Dah 22 minit ya.
Ok, semalam Yang Berhormat dari Layang-Layang dia puji Timbalan Speaker, dia dapat 20 minit lah. So, Yang Berhormat Speaker, yang handsome ini boleh bagi 3 minit sahaja.
Puji selepas tu dah tak boleh pakai.
Ok saya akan cuba seberapa cepat boleh habiskan. Dan dia menunjukkan bahawa ini adalah kuasa rakyat. Dia bukan apa-apa, tidak berkaitan dengan politik. Dalam kawasan yang majoriti kaum Melayu, calon kaum Cina boleh menang dengan majoriti besar, ini namanya kematangan politik. Satu amaran kepada parti politik BN yang suka memainkan dan menyebar isu perkauman dan agama. Jangan syok sendiri terlalu awal. Kita akan berjumpa lagi di gelanggang dalam PRU 15 dalam 3 tahun lagi. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Tuan Speaker, pokok durian dari masa berbunga hingga durian berputik, untuk tu 100 hingga 130 hari. Sudah tentulah durian 60 hari tu buah tu tak boleh dimakan. Tapi Pemanis rasa kehilangan ayat nak respons bila orang tanya-tanya tentang PTPTN, rumah mampu biaya, kenapa projek belum siap semua-semua ni. Sabarlah sikit eh, satu penggal tu 5 tahun. Jangan sampai bagi cadangan nak tebang pokok durian, nak bubarkan Dewan oleh kerana buah durian 60 hari itu masih tidak boleh dimakan. Ok, secara umumnya perubahan pembangunan dan reformasi memerlukan masa. Ini bukan masalah macam sakit gigi itu, itu senang. Tapi ini bukan main, perkara besar ni. Dan, adalah sangat senang untuk kita mengkritik daripada menjadi kritikal. It easy to criticise than to be critical, dengan izin. Terutamanya bila melibatkan mindset orang-orang yang telah 62 tahun,
melingkungi 3 generasi yang diracuni oleh pemerintah sebelum ini. Sebelum ini rakyat digula-gulakan tanpa mengira kesan sampingannya. Sekarang kita terpaksalah menghadapi pelbagai penyakit, kencing manis, darah tinggi, barah dan sudah tentulah termasuklah sakit gigilah. Meskipun terdapat ramai dari kalangan rakyat, rakan-rakan di sebelah sana lebih mengkritik, namun terdapat jugalah ada yang memberi pandangan yang bernas, yang kritikal terima kasihlah banyak-banyak. Dan, pemanis sangat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Kempas. ADUN-ADUN Pakatan Harapan memang komited dengan agenda reformasi demi kemakmuran negeri Johor dan kesejahteraan...
Lebih 5 minit dah Yang Berhormat ni...
Last minute eh. Kesejahteraan Bangsa Johor.
Simpulkan, simpulkan.
Last eh. Apa gunanya kepok ladang kalau tidak berisi padi, apa gunanya menjadi ADUN kalau tidak berani. Dalam bab agenda reformasi kami tetap mengambil pendirian yang sepadu, sepakat iaitu membujur lalu, melintang patah. Akhir sekali Pemanis ingin menyampaikan sokongan pada belanjawan yang dibentangkan semalam. Sekian, terima kasih.
Ya, terima kasih Pemanis. Seterusnya saya persilakan Sri Medan, jemput.
Bismillahirrahmanirrahim. (Selawat). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam muafakat nasional. Pertama sekali saya ingin mengucap terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi ruang kepada saya, walaupun masa saya rasa dah hampir jam 1.00. Saya tengok tadi apa, Pemanis sedap betul dia menembak sana, menembak sini, kan (ketawa). Kalau ada kat setengah negeri tu dah diisytiharkan dah juara menembak dah. Tak tahu tunggu Speaker umumkanlah juara menembak apa dia ni. Pasal apa saya sebelum saya lupalah...
Tapi, Sri Medan pun kuat menembak juga. Silakan, silakan.
(Ketawa). Kita 60 tahun kena tembak, awak baru berapa bulan je. Jadi, saya amat tertarik dengan apa yang dimaklumkan tadi oleh Pemanis. Sebelum saya terlupa ni saya kena cerita. Dia kata apa ni kita dapat tanah beribu ekar, dikurniakan kroni dan sebagainya. semalam dibawa oleh ADUN Kempas. Hari ini ADUN Gambir sendiri mengakui dia yang apa, dia yang meluluskan ribu ekar tapi projek itu gagal. Tapi, takkan Pemanis tak dengar sendiri tadi macam mana YB Gambir sebut (dewan bertepuk). Jadi, bukan salah kita pun, salah orang yang meluluskanlah. Siapa dia sebelum berada dia dalam Pakatan Harapan? Itu sahaja. Sebab itu saya dah katakan selalu, dalam Dewan Negeri ni, kita seronok bersidang, kita berbahas. Dan kita berbahas bagai mungkin ini blok pembangkang, blok kerajaan. Tapi kita mahu yang membina, bukan instead dah berapa kali kita bersidang, kita dengan tabiat yang sama, perangai yang sama kita hanya mencari salah orang. Saya dah sebut kalau kata anda yang berjanji, anda buatlah, kita tak pernah mengganggu pun. Itulah sebenarnya yang ingin saya kata kat sini Yang Berhormat Tuan Speaker. Sri Medan dah jauh, pulak pergi. Sepatutnya ini yang saya awalkan kerana saya geram tengok Pemanis tadi. Tapi saya akan gunakan bahasa yang paling baiklah, bahasa yang paling halus kerana saya tahu Pemanis mempunyai niat untuk sama-sama untuk membantu Bangsa Johor.
Pertama sekali saya ingin merafak sembah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan walaupun kami daripada blok pembangkang, Barisan Nasional, kami ingin mengucapkan tahniah kepada
Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah membentangkan Belanjawan Johor 2020. Walaupun kita lihat di sini, saya pun baru dimaklumkan semalam rakan saya, dia kata yang lepas ada lebih 200 lebih titik fokus tapi ada 13 lagi belum ditunaikan. Tak apa, ada lagi sebulan lagi lebih kurang. Sebulan lebih lagi, dengan segala hormatnya sila tunaikan.
Dan, hari ini Yang Amat Berhormat menteri Besar telah membentangkan 183 titik fokus yang mana titik fokus tu untuk kesejahteraan rakyat dan macam-macam teras daripada teras 1, 2, 3, 4, 5 dan 6. Jadi, kami sedar dan saya sendiri pun sedar, muhasabah diri Yang Berhormat Tuan Speaker. Apa saya nak katakan pun takkan boleh mengubah apa-apa pun. Tapi kami sebagai tanggungjawab sebagai pembangkang dalam negeri Johor, kami akan sentiasa berusahalah untuk beri bantuan kepada pihak kerajaan untuk mereka melaksanakan apa yang mereka katakan dan kita akan menjadi suara pada rakyat yang di luar sana, insya-Allah. Tapi, saya yakin rakyat akan sentiasa memerhatikan. Saya dah perhatikan dah. Saya nak sebut Tanjung Piai ni pun kadang pun dah ulang-ulang saya ingat. Ketua pembangkang dah sebut, rakan-rakan saya dah sebut, saya belum sebut salam aje. Ha, nanti saya akan sebutlah salam tu. Kerana Tanjung Piai dah menunjukkanlah rakyat dah sedar apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan hari ini mereka telah tolak. Takkan tak sedar lagi, takkan tak sedar lagi, takkan kita berulang-ulang nak bercakap perkara yang sama. Sebab itu jangan asyik menuding jari menyalahkan kita, tak seronok. Jadi kita hari ini, kata kita nak sepakat, kita nak sama-sama, jadi kita dapatlah menggerakkan negeri Johor ini akan menjadi yang paling baik dan paling makmur dalam negara kita Malaysia.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya melihat bahawa ada berapa perkaralah di dalam Belanjawan yang ingin saya sentuh untuk mungkin penambahbaikan atau mungkin sedari atau tidak oleh Yang Berhormat Menteri Besar dan juga rakan-rakan EXCO. Kerana dalam masa perjanjian 100 hari, hari ni dah 10 bulan pun, dah lebih 10 bulan pun tak tunai, kita khuatir dari apa yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Besar akhirnya semuanya pun hanya retorik semata-mata. Wawasan 2020 bukan wawasan yang kata wawasan yang kecil, tapi adalah wawasan yang cukup besar. Hari ini bila tak mampu untuk laksanakan 2020, mereka tangguh lagi jadi 2030, itu kita tak apa tak ada masalah. Yang penting sekali mereka telah, hari ini rakyat dah sedar mereka ini kalau bukan kata perkataan kencing ini nampak lebih apa, mungkin perkataan yang tak manis. Mereka telah ditipu oleh Pakatan, kerajaan Pakatan Harapan. Saya ucap terima kasih kepada rakyat Tanjung Piai yang hari ini telah memberi signal kepada kerajaan Pakatan Harapan. Bangun, bangun, kami 60 lebih tahun, kami dah sedar dah. Kami muhasabah diri tapi kalau dalam keadaan lebih daripada setahun setengah ini, kalau tak sedar lagi, terimalah, tunggulah pada Pilihanraya Umum Ke-15 kita akan mengambil alih balik kerajaan. Bukan sahaja kerajaan negeri, kerajaan Malaysia, insya-Allah.
Kalau Yang Berhormat belah kanan tu dia dah sedar, sebelah kiri ni tak boleh jadi kananlah.
Kita ni kena muhasabah diri. Saya eh, dah pernah dah jadi kerajaan dan saya pernah rasa jadi pembangkang. Saya bersyukur kerana saya mungkin insan terpilih. Jadi, saya baru boleh mula sebut sini salam 15,086. Jadi, kena ingatlah. Jadikan satu apa, tulis kat dalam dinding, kat dinding ke apa, tulis ha 15,086 ni Tanjung Piai dah hukum kita. Bangun, bangkit balik. Kalau tak bangkit, kita akan bangkit pastikan anda semua akan duduk balik sebelah pembangkang.
Yang Berhormat Tuan Speaker, ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh berkenaan dengan Bajet. Yang ada dua perkara yang penting. Yang pertama sekali iaitu tentang inisiatif yang dicadangkan iaitu Teras yang Pertama, mensejahterakan rakyat. Yang pertama sekali dia ada sebut tentang bantuan pada nelayan. Saya pun tak tahulah sama ada nelayan yang dijanjikan RM1,000.00 tu dah serah pun saya pun tak tahulah. Pasal ini untuk 2020, yang 2019 ni saya tak tahu dah serahkan atau belum. Ada menyebut untuk menambahkan pasar tani daripada 57 kepada 67, ha itu saya setuju eh. Kerana itu adalah salah satu cara bagaimana kita nak meningkatkan ekonomi kepada rakyat dalam negeri Johor.
Tapi saya ada satu persoalan iaitu dalam inisiatif yang keempat iaitu bagi Agenda Pertama, menangani kos sara hidup. Jika dilihat kepada inisiatif keempat iaitu kerajaan negeri akan bekerjasama dengan KPDNKK yang akan menganjurkan karnival jualan mega besar-besaran. Jualan ni bagus, saya tahu sebelum ni kerajaan pun ada buat, kerajaan terdahulu pun ada buat. Harga-harga barang mungkin dengan persaingan seperti ini akan harga barang akan turun. Tapi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, adakah kita yakin program seperti ini tidak akan memberi kesan atau menjejaskan atau membunuh secara perlahan-lahan peniaga-peniaga kecil yang ada dalam negeri Johor? Kalau kita lihat sebenarnya Yang Berhormat Tuan Speaker, ramai peniaga terutamanya di kalangan orang Melayu sendiri telah lama merungut, bukan kerana adanya karnival, karnival besar-besaran ni salah satu. Dengan wujudnya pasaraya-pasaraya besar macam Giant, TESCO. Sekarang bukan kata di bandar, di pekan-pekan seperti Parit Raja dan sebagainya, ini lebih lagi akan adanya karnival, sebenarnya akan memberi satu kesan kepada sumber pendapatan peniaga-peniaga kecil. Adakah kerajaan menyedari perkara ini? Selagi kita banyak, kerana mereka ini orang yang mampu, mereka akan menjadi lebih kaya. Tapi kita yang tidak mampu ini akhirnya kita akan apa, dalam keadaan mungkin tenggelam dan mungkin kita tak boleh bersaing. Jadi, saya melihat bahawa akhirnya di kalangan peniaga-peniaga seperti ini akan gulung tikar. Kerana rungutan banyak, di pekan-pekan di tempat saya Pekan Parit Sulong, Pekan Sri Medan, Pekan Semerah, bila di bandar Batu Pahat kita ada pasar raya besar, akhirnya mereka pun tak boleh nak bersaing. Dan mereka sendiri akhirnya gulung tikar. Itu yang kita tak mahu. Dengan agenda yang bagus daripada kerajaan sebenarnya secara perlahan-perlahan, secara senyap akan menyebabkan peniaga-peniaga, usahawan-usahawan itu, terutamanya usahawan belia, usahawan yang digembar-gemburkan dengan pelbagai program usahawan ini akan dibantu dan sebagainya, akhirnya usahawan ini pun tak boleh nak berkembang. Akhirnya rakyat negeri Johor sendiri pun merempat di negeri sendiri.
Jadi, Yang Berhormat Tuan Speaker, dengan adanya masalah yang pelbagai masalah timbul, wujud, hari ini, dengan harga sawitnya jatuh, dengan harga minyaknya tak turun-turun, saya rasa secara tak langsung ini merencatkan penglibatan anak-anak muda dan juga rakyat negeri Johor secara keseluruhan. Kita tak sedar eh, hari-hari kadang kita cakap harga minyak tak turun, harga sekejap jatuh, ha ini dia cakap, ha ini semua pembangkanglah dia kata hari-hari nak cari gaduh apa semua dan sebagainya. Tapi, itulah hakikatnya. Hakikat yang kita kena hadapi. Memang hari ini rakyat memang mengeluh dengan kos sara hidup yang tinggi. Itu memang kita tak boleh nak elak. Kalau dulu saya sebagai EXCO gaji RM20,000.00 lebih bila turun jadi separuh buang kita pun rasa sengsara, sama.
Yang Berhormat ada 10 minit lagi. Teruskan.
Terima kasih. Saya ingatkan sambung petang. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kerana memberi saya untuk meneruskan perbahasan saya. Ada perkara yang kedua yang saya ingin cuba menarik perhatian rakan-rakan iaitu dalam teras yang ketiga iaitu melestarikan alam sekitar. Saya ingin menjunjung kasih di atas keprihatinan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota, Pemangku Raja dalam isu pencemaran yang berlaku dalam negeri Johor. Semua rakan-rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat semua maklum tentang perkara ini. Apa yang dititahkan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota, kita perlu beri perhatian cukup serius. Saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Besar kerana meletakkan alam sekitar ini sebagai satu teras dalam pembentang Bajet tempoh hari.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya melihat soal pencemaran alam sekitar ini, apa yang disebut dalam Belanjawan Johor 2020 ini sebenarnya dia bukan hanya berlaku seperti di dalam buku Belanjawan ini Sungai Skudai, Sungai Tebrau, tapi dia melibatkan banyak tempat dalam negeri Johor. Sebab itu, saya melihat kejadian di Pasir Gudang contohnya, kita di apa, kira malapetakalah, apa yang berlaku di Pasir Gudang tidak mustahil ia akan berlaku di mana-mana. Apa yang saya nampak pada hari ini mungkin di mana-mana negeri
pun berlaku. Terutamanya kita bagi apa tumpuan kepada negeri Johor iaitu kewujudan kilang-kilang haram yang banyak dalam negeri Johor. Kalau saya tanya kepada EXCO mungkin EXCO hari ini mungkin jawab dengan figure yang lain, mungkin minggu depan pun lain kerana terlalu banyak kilang-kilang haram. Kilang-kilang haram ni mereka boleh dibina sesuka hati dan juga pembuangan sisa mereka boleh letak mana tempat yang mana orang tak nampak mereka boleh buang. Jadi ini sebenarnya akan memberi kesan untuk jangka masa pendek atau jangka masa panjang. Jadi apa yang menjadi tanda tanya kepada saya, kilang-kilang haram ini boleh beroperasi. Saya pernah bangkitkan isu ini ketika saya sebagai Ahli Majlis, Ahli Majlis Majlis Daerah Yong Peng dulu iaitu bagaimana kilang-kilang haram ini boleh beroperasi setiap hari dengan mempunyai bekalan eletrik yang sah dan juga bekalan air yang sah? Di sini saya tak faham definisi haram ni hanya pada kerajaan ataupun definisi halal mungkin pada agensi-agensi berkaitan, saya tak payah sebut semua tahu, bila sebut air dan eletrik semua tahu siapa yang, siapa yang menguruskan perkara ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, yang pasti mereka bina kawasan-kawasan ini bukan kawasan yang khas untuk kawasan industri. Jadi mereka ni dia kata mungkin daripada pihak Majlis, Pihak Berkuasa Tempatan tiada kelulusan tapi mungkin daripada segi mereka untuk dapat bekalan letrik, bekalan air tak ada masalah kerana agensi yang ada ni mereka memikirkan keuntungan bukan memikirkan apa kesan untuk jangka masa panjang. Sebab itu Yang Berhormat Tuan Speaker, pihak kerajaan perlu memantau tapi bagaimana kaedah pemantauan yang lebih konsisten untuk memastikan kilang-kilang haram ini dapat kita tangani, kerana penguatkuasaan dan juga perlu dibuat penyelarasan dan juga perbincangan antara agensi-agensi kerana kita khuatir bila terlalu banyak kilang-kilang haram dengan pelepasan asap, sisa-sisa toksik, hanya ia boleh mencemarkan sahaja kalau kita tahu di dalam Belanjawan Sungai Skudai dan juga Sungai Tebrau mungkin boleh berlaku di Sungai Simpang Kiri, di Sungai Muar dan sebagainya.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya yakin setiap pencemaran ini disumbangkan oleh kilang-kilang haram yang ada dalam negeri Johor pun banyak. Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, saya bila soal bercakap soal pencemaran alam sekitar, sebenarnya saya tertarik dengan satu isu yang cukup lama, setiap kali Dewan Negeri saya cakap perkara yang sama. Dan juga rakan saya daripada Yang Berhormat Senggarang pun menyebut perkara yang sama. Saya tak tahu sama ada perkara ini diberi perhatian, sama ada telah mempunyai kelulusan atau perkara ini sedang dipertimbangkan untuk ditangguhkan dan sebagainya, iaitu isu Tapak Pelupusan Bukit Payung. Saya kesian kadang-kadang dengan rakan saya Yang Berhormat Senggarang, bukan kata apa, saya kalau cakap tapi dalam satu keadaan kalau kerajaan tak ambil berat pun tak apa kerana saya tahu saya sebagai pembangkang tapi kalau Yang Berhormat Senggarang sebagai Pengerusi Backbencher kerajaan yang pada hari ini, saya ingat setiap kali dia sebut tapi takde tindakan daripada pihak kerajaan.
Kita dapat rungutan daripada semua pihak, kata Pakatan Harapan kerajaan yang membela rakyat dan sebagainya, kalau kata saya tak mampu dulu sebagai kerajaan tapi hari ini Pakatan Harapan tunjukkanlah. Dapat macam-macam aduan dah. Bila protes daripada orang kampung dan sebagainya, adakah pihak kerajaan hari ini hanya membiarkan seperti angin lalu, seperti air yang berjalan, air yang gerak, akhirnya nanti rakyat akan terima, tak boleh. Kerana mereka telah buat protes yang secara besar-besaran. Kita tak mahu perkara-perkara ini akhirnya akan memberi implikasi yang besar kepada pembangunan negeri Johor pada masa akan datang. Tapak pelupusan sampah itu yang dicadangkan bukan kecil dia memakan masa untuk puluh tahun dan pencemaran mungkin takkan berlaku dalam lima atau 6 bulan tapi akan mula berlaku dalam masa lima atau 6 tahun mendatang. Itu sebab Yang Berhormat Tuan Speaker, saya harap pihak kerajaan mengambil serius kalau kata orang kampung dah tolak, cari tempat lain. Kalau dulu Menteri Besar yang sebelum ni mantan MB kalau nak kata ketua pembangkang MB Fasa 1, MB Fasa 2 tapi kalau saya sebut ni bukan fasa 1, fasa 2, dia macam main bola juga Tuan Speaker. Kapten ni boleh bertukar, mungkin kapten yang separuh masa pertama, kapten separuh masa kedua, saya harap kapten yang ketiga masa kecederaan besok. Tak tahulah macam mana berlaku. Kita nak kata kalau kata mantan MB beritahu dia kata akan pindah tapak pelupusan sampah di Pagoh, teruskanlah. Bukan tukar MB daripada lain parti atau kerajaan. Ini adalah parti yang
sama, kerajaan yang sama, tapi kenapa Yang Amat Berhormat Menteri Besar hari ini tak boleh meneruskan apa yang dicadangkan oleh mantan Menteri Besar yang lama? Itu yang kita khuatir. Akhirnya saya sebagai pemimpin di kawasan DUN Sri Medan dan juga YB Senggarang sebagai Pengerusi NGO dan sebagainya jadi tempelak oleh penduduk di kawasan, kawasan apa Kangkar Merlimau di kawasan Parit Sulong.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya, apa yang saya bangkitkan saya cuba ringkaskanlah masa pun dah cukup terhad. Saya ada perkara yang seterusnya iaitu Agenda Kelima dalam Teras Pertama; Menyantuni Anak Muda. Saya mengucap terima kasih kepada kerajaan terutamanya kepada EXCO Belia yang meneruskan program-program belia sebelum ini. Saya khuatir juga, saya dah selalu sebut kalau awak nak tukar, kalau YB nak tukar nama, nak jenama semula, namakanlah kerana kita tahu apa yang kita lakukan sebelum ini bukan kita cakap kosong kerana kita buat berdasarkan kajian yang telah kita lakukan sepanjang lima tahun.
Kalau hari ini di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor kita ada buat Kajian Indeks Belia Negeri Johor, Kajian Indeks Belia dalam Malaysia cuma dua negeri sahaja yang pertama Sabah, yang kedua negeri Johor. Kalau di Semenanjung, Johor adalah satu-satunya negeri yang telah buat Kajian Indeks Belia Johor. Jadi saya berharap dalam Belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dia kata belia perlukan inilah, usahawan perlukan berapa jutalah, berdasarkan Kajian Indeks Belia yang kita lakukan kerana percayalah Kajian Indeks Belia ini bukan untuk setahun atau dua tahun tapi untuk 10 tahun yang akan datang masih relevan kita gunakan kajian tersebut.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya selalu salah sebut Tan Sri, minta maaf...
Kita berdoa...
Saya doakan, waktu Zohor ni kan. Yang Berhormat Tuan Speaker, SUKMA 2020 ni sebenarnya kita tahukan tadi kalau kata Yang Berhormat mana-mana dia bisik kat saya tak nampak lagi pun banner dan sebagainya, saya tak ada masalah kerana saya tahun SUKMA 2020 bukan hak kerajaan Pakatan Harapan, bukan hak kami Barisan Nasional tetapi SUKMA 2020 adalah hak untuk rakyat negeri Johor. Jadi semua kena sama-sama, saya menyeru rakan-rakan saya daripada blok pembangkang kita akan pastikan SUKMA 2020 berjaya dengan gemilang daripada masa untuk SUKMA 2020. Kerana ini adalah tanggungjawab kita. Orang luar akan tengok. Inilah kejayaan rakyat Johor menganjurkan SUKMA yang terbesar, yang hebat kerana kita mahu jangan kita sebut, ‘Wah ini kerajaan Pakatan Harapan hari ini akan menganjurkan SUKMA, jadi Barisan Nasional tak payah campur’. Jangan. Kerana saya tahu di mana-mana negara pun, luar negara kematangan politik mereka berbeza dengan kematangan politik kita. Kita meletak politik ni di atas, tapi kita tak meletakkan kepentingan rakyat paling atas. Dan itu yang paling bahaya di negara kita Malaysia. Sebab itu Yang Berhormat semua, saya melihat dengan Tahun Melawat Johor, SUKMA 2020, kita harap kita akan sama-sama berganding bahu. Tapi Yang Berhormat, pihak kerajaan kena sedialah kalau kita kritik dan sebagainya, ini bukan untuk kepentingan kita, adalah untuk kepentingan negeri Johor dan juga rakyat negeri Johor.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Teras Pertama Agenda Ke-7, Keselamatan yang dibentangkan tadi YB Pemanis pun ada sebut dia kata CCTV, CCTV ni sekarang pun bahaya juga. Dia gantung baju situ pun dah tak nampak dah YB, gantung kat situ CCTV pun dah tak nampak dah siapa yang bawa kereta ke, siapa berjalan, siapa melompat, tak nampak. Tapi ada satu kajian sebenarnya, saya ada baca dalam satu kajian di London, mereka ni, dia mengkaji bahawa cara untuk mengurangkan jenayah, cara untuk menambah ciri-ciri keselamatan dapat ditambah adalah dengan kita menambah lampu jalan, lampu jalan di setiap jalan-jalan yang utama, yang agak kritikal, di hotspot, yang kata jalan itu mungkin jalan boleh berlaku jenayah.
Tapi yang saya nampak di sini apa yang dicadangkan oleh pihak kerajaan iaitu di bawah peruntukan MARRIS akan ada apa pemasangan lampu-lampu jalan kampung, kalau CCTV ke lampu jalan di kawasan Majlis Perbandaran, Majlis Daerah saya tak risau, tapi yang kita paling risau sekarang jenayah boleh berlaku di mana-mana. Dia bukan hanya di kawasan perbandaran, kawasan apa ni, kawasan Majlis Daerah, pihak berkuasa bukan. Tapi di kawasan kampung sebenarnya perlumbaan haram dah berlaku. Sebab itu hari ini dengan peruntukan MARRIS, saya harap pihak kerajaan menimbangkan untuk menambah lampu-lampu jalan kampung. Kadang-kadang, jalan 5 kilometer, lampunya cuma 5 biji aje. Macam mana dia nak buat jenayah kat sini, rasa bahaya lampu terang nanti dia pergi depan gelap dia buatlah. Jadi, saya harap banyak perkara-perkara yang penting yang perlu diberi keutamaan bukan hanya kerana untuk politik semata-mata. Ini saya memberi seruan kepada rakan-rakan di pihak kerajaan. Apa yang kita rasa, saya doa sama-sama tuan-tuan akan rasa kalau besok tak menunaikan tanggungjawab pada rakyat.
Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, saya rasa itu sahaja apa yang ingin saya katakan di sini dan saya mohon maaf jika ada salah silap dan sebagainya dan saya sentiasa mendoakan Yang Berhormat Tuan Speaker akan sentiasa sihat. Terima kasih kerana beri saya masa lebih daripada tiga minit. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Dewan bertepuk).
Waalaikumussalam warah matullah. Terima kasih kepada Sri Medan yang telah menyelesaikan Perbahasannya. Jadi sekarang sudah 1.12 tengah hari, jadi saya tangguhkan sehingga pukul 2.40 petang.
Persidangan ditangguhkan pada jam 1.12 tengah hari.
Persidangan disambung semula pada jam 2.40 petang.
YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan disambung semula. Yang Berhormat Sungai Balang jemput.
Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Muafakat Johor, Salam Sungai Balang Gemilang. Suka saya mulakan ucapan saya ini dengan kata-kata ahli falsafah Indonesia, ‘Berapa pun cepatnya kebohongan itu, namun kebenaran akan mengejarnya juga’. Jutaan terima diucapkan kerana Sungai Balang diberi ruang dan peluang untuk sama-sama dalam Perbahasan Bajet Negeri Johor bagi tahun 2020. Sungai Balang merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucapan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena hari Keputeraan Baginda pada 22 November 2019 yang ke-61. Allah peliharakan Sultan.
Yang Berhormat Puan Speaker, semalam Yang Berhormat Kempas timbulkan bahawa terdapat jabatan-jabatan yang tidak memberi kerjasama kerajaan sekarang dan minta supaya mana-mana yang tak boleh bekerjasama dengan kerajaan sekarang supaya berhenti sahaja. Jadi saya rasa, dulu pun pernah semasa Yang Berhormat menjadi Menteri Besar Johor pun mengeluarkan perkataan yang sama iaitu minta mana-mana PDK yang masa tu Pengerusi dia ialah daripada Barisan Nasional supaya letakkan jawatan dan kalau tak letak jawatan, elaun pelatih ditahan. Jadi sebenarnya saya rasa mereka ini, ketua-ketua jabatan ini ialah insan biasa jangan fikir kita lebih hebat daripada mereka. Berbicara dengan mereka biarlah berhemah bukan tunjuk kuasa, ego dan ugutan. Suka juga saya ingatkan bahawa Yang Berhormat Kempas juga mengatakan ketua-ketua kampung yang kadang-kadang berurusan di pejabat tidak dipedulikan. Jadi saya rasa bagi ketua-ketua kampung di bawah Pakatan Harapan, kena ada keterampilan diri untuk pergi ke jabatan-jabatan. Janganlah setakat datang pejabat pakai jeans, pakai t-shirt. Jadi tak ada siapa yang nak menghormati ataupun saya cadangkan kursus keterampilan diri diberikan kepada ketua-ketua kampung yang baharu, insya-Allah.
Dan untuk makluman Yang Berhormat Pemanis, bukan peruntukan itu diberi atas sebab Sungai Balang tetapi lebih kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen sebab, cuma tempat itu sahaja diletakkan di DUN Sungai Balang sebab masa kehadiran Yang Berhormat Azmin Ali pun saya tak ada, tidak di undang dan tidak dijemput. Jadi kebetulan tempatnya tak ada, ditempatkan di DUN Sungai Balang.
Terutamanya ucapan tahniah saya tujukan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang telah berjaya membentangkan Belanjawan 2020 bertemakan ‘Makmur dan Kesejahteraan, Mensejahtera Johor Bestari’ pada Khamis lalu. Pembentangan dan persembahan Belanjawan Negeri 2020 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sangat mengkagumkan kerana beliau telah melukis satu senario yang sedap didengar dan dibayangkan untuk mendodoikan kita semua di Dewan yang mulia ini. Belanjawan yang terbesar, hasil meningkat 20% atas persembahan itu saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Namun begitu, saya tidak melihat kebenaran itu. Kualiti sesebuah belanjawan dan perancangan ekonomi dinilai dari beberapa aspek utama iaitu kemampuan negeri membiayai perbelanjaan dan pelaburan yang dirancang secara sihat dan berterusan. Kesejahteraan ekonomi dan kemakmuran yang dicapai oleh negeri dan diagihkan secara adil dan saksama pada rakyat tanpa mengira darjat, musim dan latar belakang. Keberkesanan pelabur masa depan yang dibuat melalui perbelanjaan pembangunan untuk membina kapasiti dan kemampuan ekonomi yang mengguna pakai semaksimum mungkin, potensi tenaga kerja, produktiviti dan kepandaian rakyat dan nilai-nilai yang diperjuangkan melalui belanjawan dan menegakkan yang benar dan membanteras yang salah, amal makruf nahi mungkar melalui pelbagai langkah yang boleh diambil. Namun begitu, Bajet 2020 ini saya sifatkan seperti minum air tak hilang haus. Makan nasi tak hilang lapar, tidur tak hilang mengantuk, ada waze tak jumpa jalan. Begitulah analogi.
Yang Berhormat Puan Speaker, isu wanita dalam Bajet 2020. Mulakan hujah perbahasan ini, suka Sungai Balang mengangkat isu wanita dalam Bajet 2020. Sungai Balang cuba mendengar dengan teliti Bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Sungai Balang tertunggu-tunggu apakah buah tangan untuk golongan wanita di negeri Johor ini?. Tapi sungguh kecewa kerana jumlah peruntukan seolah-olah Yang Amat Berhormat Menteri Besar macam kurang kasih dengan golongan wanita. Pertamanya, peruntukan RM300,000.00 untuk pembinaan fasiliti bilik Mama Friendly khusus untuk ibu-ibu menyusu. Perkara ini telah dicadangkan dalam Bajet 2019 dengan kadar jumlah yang sama. Sungai Balang tertanya-tanya berdasarkan peruntukan bajet RM300,000.00 tahun lalu, di manakah lokasi yang telah ada bilik Mama Friendly yang selesa dan lengkap dengan keperluan yang memudahkan ibu-ibu menyusu selain daripada bilik Yang Berhormat EXCO sendiri bagi setiap daerah. Hal ini kerana Sungai Balang ada menerima aduan, terdapat bilik menyusu di premis kerajaan yang keadaannya sangat sempit, tidak selesa. Kerusi sofa pun kerusi yang sangat uzur. Malah dalam bilik yang sama juga diletakkan fail-fail dan dokumen jabatan. Seolah-olah bilik menyusu itu juga adalah stor. Jadi Sungai Balang tertanya-tanya adakah kemudahan Mama Friendly ini benar-benar dilaksanakan secara bersepadu atau sekadar penyedap bajet sahaja. Memperlihat seolah-olah kerajaan prihatin dan berapa ramaikah pengguna bilik tersebut di setiap daerah?
Dan yang keduanya, Yang Amat Berhormat juga mengumumkan peruntukan RM1 juta diberi kepada Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim bagi menjalankan program khusus untuk wanita dalam sektor keusahawanan.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga menyenaraikan cadangan program yang akan dilaksanakan iaitu program latihan dan promosi. Sungai Balang kurang pasti program ini bagaimana bentuknya. Mungkin wajar wanita iklankan jualan di Facebook sahaja atau apa bentuknya?
Seterusnya Yang Berhormat Puan Speaker, Mini Karnival Usahawan Anak Muda. Program yang ini mahu fokus pada wanita atau orang muda? Dan dua lagi yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sungai Balang jadi tertanya-tanya dengan peruntukan yang hanya RM1 juta diperuntukkan pula kepada Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim tetapi objektifnya membangun wanita dalam sektor usahawan. Adakah sebenarnya kerajaan negeri sememangnya tidak melihat wanita sebagai elemen yang penting dalam masyarakat dan menggerakkan ekonomi? Dengan hanya peruntukan yang begitu dan program yang seperti itu, Sungai Balang juga kurang pasti adakah memang wanita tidak penting atau EXCO berkaitan tidak buat kerja yang sepatutnya hingga bajet kebajikan wanita dipinggirkan dalam Bajet 2020.
Yang Berhormat Puan Speaker, KWSP i-Suri. Sungai Balang sebelum ini pernah membawakan isu perihal KWSP untuk suri rumah yang dicadangkan oleh kerajaan dalam manifesto mereka dan perkara tersebut telah pun dimasukkan dalam bajet tahun lalu. Namun begitu, terdapat beberapa persoalan yang ingin Sungai Balang bangkitkan di Dewan yang mulia ini. Pertamanya, jika dilihat di laman web KWSP i-Suri tersebut, syaratnya adalah golongan yang berdaftar dengan e-kasih sehingga 30 November 2018. Hal ini bermakna sesiapa yang berdaftar selepas 30 November 2018 itu adalah tidak layak mendapat caruman i-Suri. Mohon penjelasan.
Yang keduanya, i-Suri ini bukanlah kaedah automatik berdaftar oleh isteri kepada ketua isi rumah yang berdaftar dengan e-kasih. Tetapi memerlukan suri rumah itu sendiri memohon mencarum secara sukarela kepada KWSP dan perlu menilai caruman dan perlu mempunyai nilai caruman sukarela minimum RM5.00 sebulan. Setelah itu barulah layak untuk menerima caruman RM40.00 sebulan dari pihak kerajaan.
Ketiga adalah, saya tertanya-tanya juga berapa ramaikah suri rumah di negeri Johor ini yang telah menerima caruman i-Suri bermula Ogos hingga Disember 2018 seperti yang dinyatakan di dalam web KWSP dan berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan oleh pihak kerajaan?
Dan keempat, apakah usaha bersepadu pihak kerajaan untuk menggalakkan suri rumah atau suami mencarum di bawak skim i-Suri ini? Adakah hanya semata-mata membuat iklan yang tidak jelas di televisyen atau ada usaha kaunter bergerak KWSP atau boleh dipohon melalui pejabat Wakil Rakyat dan sebagainya? Hal ini kerana, jika dilihat contoh kerajaan Barisan Nasional dahulu ketika mula-mula melaksanakan BRIM. Terdapat banyak kaunter bergerak yang dibuka bagi memudahkan orang ramai memohon dan mengemas kini data BRIM mereka. Tetapi hari ini terlihat jelas kerajaan nampaknya tidak bersungguh-sungguh dalam pelaksanaan i-Suri yang dinyatakan tujuannya bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara. Kerajaan nampaknya hanya terpaksa dan terperangkap dengan janji sendiri. Sudah tersebut di dalam kempen. Sungai Balang juga mohon penjelasan dan respons pihak kerajaan?
OKU dan petugas PDK. Yang Berhormat Puan Speaker, dalam lapisan kehidupan warga masyarakat kita ini, ada golongan istimewa yang sangat perlu kita prihatin dan kita jaga. Mereka adalah Orang Kurang Upaya. Sejak berpuluh tahun lamanya, Barisan Nasional memerintah golongan ini tidak pernah ditinggalkan dalam setiap bajet negeri. Pasti akan ada sesuatu untuk mereka. Untuk kebajikan mereka, kelangsungan hidup mereka dan keluarga serta masa depan mereka.
Malangnya di bawah Pakatan Harapan ini di dalam Bajet 2020, nasib golongan ini tidak pun, macam tidak dipedulikan. Yang ada hanya satu program yang di sekalikan dengan peruntukan wanita yang RM1 juta iaitu program kesedaran kepada keluarga yang mempunyai anak OKU. Itu sahaja tidak ada yang lain. Sungai Balang kira, kerajaan hari ini kurang memberi perhatian terhadap golongan ini atau mungkin kerajaan tidak mengiktiraf dan tidak menganggap mereka sebahagian daripada warga masyarakat yang perlu dijaga. Jika tidak masakan ini ditiadakan dalam Bajet Johor ini.
Selain itu Yang Berhormat Puan Speaker, di kesempatan ini tidak mahu tidak saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan yang lalu di bawah Barisan Nasional, di bawah pemerintahan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dahulu zaman Barisan Nasional, elaun pusat pelatih iaitu elaun pelatih PDK yang terlalu rendah dapat oleh,terlalu rendah jadi Alhamdulillah, waktu itu kerajaan negeri telah berbaik hati menaikkan elaun petugas daripada RM800.00 ke RM1,000.00. Saya kira ini merupakan usaha kerajaan yang sangat bermakna buat PDK. Walaupun di bawah kerajaan Pakatan Harapan hari ini, OKU dan PDK memang tidak, seolah-olah tidak dipandang. Namun begitu, demi rakyat dan golongan istimewa ini, Sungai Balang mohon keprihatinan kerajaan, pertamanya dapat melihat aspek kebajikan golongan istimewa ini. Keduanya, Sungai Balang mohon agar dapat diteliti sejumlah peruntukan dan kaedah terbaik untuk petugas PDK ini sendiri menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Kita semua sedar dan tahu dalam mendidik anak istimewa ini, setiap tenaga pengajar memerlukan kesabaran yang tinggi kerana mereka perlu mengulangi perkara yang sama bagi membolehkan pelatih mengikut arahan. Ketika ini, sukatan pembelajaran di PDK adalah tertumpu kepada Kemahiran Moto Kasar yang merujuk kepada pergerakan fizikal seperti anggota badan. Manakala Kemahiran Moto Halus juga tertumpu kepada tangan dan mata sebagai contoh mereka memasukkan benang ke dalam manik dan sebagainya.
Pelatih diberikan latihan pra vokasional seperti kelas pertanian, masakan dan kraf tangan tetapi seperkara yang Sungai Balang lihat, amat penting untuk kita terapkan dalam sukatan PDK ini adalah mewujudkan kelas advokasi untuk meningkatkan keyakinan diri pelatih ketika berada di tempat awam. Atas sebab itu, saya mencadangkan kerajaan negeri memberi peruntukan agar tenaga pengajar sedia ada ini menyambung pengajian. Hal ini penting untuk kualiti pendidikan dan pembelajaran pelatih PDK dapat ditingkatkan apabila tenaga pengajar itu sendiri mempunyai tambahan ilmu. Kita perlu ingat anak-anak istimewa ini adalah sebahagian daripada warga masyarakat yang sebenarnya menyumbang sesuatu kepada kita semua dan pastilah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kebajikan mereka dan memastikan mereka mampu berdikari. Ini hasrat kerajaan sekarang, supaya apabila mengambil alih PDK akan menjadikan PDK itu satu pertubuhan yang baik dan terbaik. Jadi saya harap ada sesuatu, langkah-langkah yang dibuat untuk menunjukkan peningkatan prestasi ini.
Yang Berhormat Puan Speaker, peruntukan badan kebajikan sekolah agama dan seterusnya Sungai Balang mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan kerana memperuntukkan sejumlah RM41 juta khusus untuk pembangunan dan membaik pulih sekolah-sekolah agama kerajaan Johor. Sungai Balang kira, bajet ini besar maknanya buat sekolah-sekolah agama seluruh Johor. Namun begitu, Sungai Balang tertanya-tanya adakah peruntukan RM41 juta iaitu termasuk bantuan khas oleh kerajaan negeri khususnya untuk badan kebajikan sekolah agama seluruh negeri Johor. Hal ini kerana semasa pemerintahan BN dulu, terdapat sejumlah peruntukan khusus untuk badan kebajikan sekolah agama. Kita semua maklum, badan kebajikan sekolah agama diwujudkan untuk kebajikan guru dan murid sekolah agama. Ia adalah platform untuk ibu bapa, penjaga memberi cadangan, menyumbang idea, merancang aktiviti berfaedah, cadangan memberi kritikan membina dan kemajuan serta kecemerlangan anak-anak. Jika ada, pihak kerajaan negeri masih menyalurkan bantuan tersebut atau sudah dihapuskan peruntukan tersebut?
Yang Berhormat Puan Speaker, kesinambungan Muar sebagai hab perabot, Sungai Balang ingin tahu apakah status hab perabot di daerah Muar? Apakah peruntukan sudah cukup untuk dilaksanakan kerana dalam bajet tidak pun disentuh atau disebut perkara ini sama ada memerlukan bajet tambahan atau bagaimana?.
Yang Berhormat Puan Speaker, hari ini Sungai Balang memang berdiri di Dewan yang mulia ini sebagai pembangkang tetapi apa yang dikritik itu bukan menentang, menegur bukan membenci, tetapi atas niat murni demi amanah yang dipikul, demi khidmat bakti. Tidak sesekali Sungai Balang menurut emosi melainkan demi amanah rakyat yang kelak nanti akan ditanya Ilahi.
Yang Berhormat Puan Speaker, Sungai Balang ingin mengakhiri ucapan dengan tiga rangkap pantun. Rintik berderai, kilat bersih, lebat hujan di Pekan Jerantut, PRK selesai rakyat memilih, janji kerajaan tetap dituntut. Sulam kembayat cantiknya amat, indah berseri corak direka, undi rakyat suara keramat, bagai tsunami tidak dijangka. Yang akhir, pagi-pagi ke rumah Cik Da, untuk melihat sulam kembayat, hasut rakyat bukan agenda, kami pembangkang sedarkan rakyat.
Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Buluh Kasap, jemput.
Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker. Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 15086. Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker kerana memberikan peluang akhirnya kepada Buluh Kasap untuk mengambil bahagian dalam perbahasan hari ini dalam membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2020, Belanjawan Johor 2020 yang bertema Memakmur dan Mensejahtera Johor Bestari.
Yang Berhormat Puan Speaker, semalam Layang-Layang ada sebut, ‘belated birthday’ dan dia kata Puan Speaker cantik. Saya nak tambah, petang hari hujan lebat, minum kopi tanpa gula, Puan Speaker orang yang hebat, dahlah cantik tenang pula. (Dewan bertepuk).
Terima kasih.
Tetapi Puan Speaker saya bukan berhajat untuk berucap panjang. Kalau saya terlajak, saya harap Puan Speaker tegur saya. Walau bagaimanapun, saya berjanji bahawa perbahasan saya ini terikat kepada pantun ini, ikan baung ikan kelah, buah langsat buah duku, bukan niat mencari salah, demi Johor tanah airku.
Yang Berhormat Puan Speaker, Belanjawan Johor 2020 yang dibentangkan oleh YAB Menteri Besar minggu lalu, telah menyenaraikan 183 Titik Fokus yang menggariskan 6 Teras Strategi Mensejahtera Rakyat, Memakmur Ekonomi, Melestari Alam Sekitar, Membangun Modal Insan dan Memperkasa Syiar Islam, Mengukuh Jati Diri dan Membugar Warisan Budaya serta Menambah Baik Tadbir Urus Yang Cekap Dan Integriti. Dan, sudah pasti ianya untuk memacu pembangunan negeri Johor tercinta ini. Walau bagaimanapun ia dilihat merangkumi banyak perkara, namun saya fikir banyak juga kelompongan yang perlu diperhalusi dan dilihat secara serius oleh pihak kerajaan. Sebagai contoh, Belanjawan Johor 2020 dilihat gagal menyatakan secara jelas peluang-peluang pekerjaan kepada golongan muda dan masyarakat pinggir bandar dan luar bandar kecuali yang ada menyebut 1,200 peluang pekerjaan di Iskandar Puteri. Apatah lagi untuk menterjemahkan cadangan kerajaan untuk membawa pulang pekerja-pekerja di negara ini yang sedang bekerja di Singapura.
Yang Berhormat Puan Speaker, Belanjawan Tahun 2020 ini yang dilihat hanya berkisar kepada pembangunan di kawasan dan Wilayah Tengah dan Selatan negeri Johor. Kerajaan negeri Johor seolah-olah tidak langsung memikirkan pembangunan di Wilayah Utara negeri Johor. Seingat saya pada tahun 2017, sewaktu membentangkan Belanjawan 2018 kerajaan Barisan Nasional ketika itu telah mengumumkan Segamat sebagai Daerah Hab Pertanian. Pelbagai usaha dijalankan termasuk membina dan membuka Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian, menggalakkan penanaman nanas, penternakan rusa dan lembu serta banyak lagi usaha dilakukan untuk merealisasikan Segamat sebagai Hab Pertanian. Kemudian pada penghujung tahun lalu, dalam Belanjawan 2019 menggunakan kaedah copy and paste kerajaan Pakatan Harapan yang baharu mengambil alih pentadbiran di ketika itu juga mengumumkan perkara yang sama dengan mengekalkan Segamat sebagai Hab Pertanian. Namun, pelaksanaan dan aktiviti-aktiviti pertanian di Segamat mulai perlahan dan malang bagi daerah Segamat apabila pada Bajet pada kali ini ia langsung tidak memberikan
peruntukan kepada Segamat sebagai Hab Pertanian. Ia suatu yang merugikan bagi penduduk Segamat. Terutama bagi mereka yang sedang bergiat bagi sektor pertanian ini.
Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri yang memperuntukkan jutaan ringgit untuk sektor pertanian termasuk ratusan ribu ringgit untuk membangunkan projek penanaman kelapa seluas 230 ekar di Tanjung Balau, Kota Tinggi serta 914 ekar penanaman nanas di Ulu Tiram. Ia dilihat usaha serius kerajaan untuk membangunkan sektor pertanian di negeri ini.
Pun begitu Yang Berhormat Puan Speaker, tahun lalu dalam Dewan mulia ini, saya ada menyatakan terima kasih juga kepada kerajaan yang meneruskan memberi tumpuan kepada Segamat dalam sektor pertanian. Malah saya juga mencadangkan di Dewan yang mulia ini, jika kerajaan serius hendak membangunkan Segamat dalam sektor pertanian bukan sahaja membantu petani dan penternak sedia ada, malah apa sahaja pembangunan yang berkaitan dengan sektor pertanian mestilah diletakkan di daerah ini. Ia bukan sahaja berkait dengan penanaman dan penternakan malah perkilangan yang berkaitan dengan pemprosesan hasil pertanian, makmal dan penyelidikan yang berkaitan dengan pertanian seharusnya diletakkan di Segamat. Barulah ia dilihat kerajaan negeri serius membangunkan Segamat sebagai Daerah Pertanian. Tapi apa boleh buat? Walaupun Segamat mempunyai 3 Parlimen yang ketiga-tiganya diwakili kerajaan Pakatan Harapan. Walaupun Segamat ada 6 DUN, 5 daripadanya diwakili oleh Pakatan Harapan. Tetapi saya melihat seolah-olah Segamat dinafikan hak pembangunannya terutama dalam sektor pertanian. Saya ambil kesempatan di sini nak ucap tahniah dan terima kasih kepada pengundi Tanjung Piai yang telah membuat pilihan yang tepat dalam PRK yang lalu.
Puan Speaker, bukan semua tempat Allah ta’ala takdirkan untuk diberi peluang kedua untuk membuat pilihan. Dan, Tanjung Piai ditakdirkan mempunyai peluang untuk membuat pilihan kedua. Terima kasih pengundi Tanjung Piai, tagline, ‘apa lagi mahu tipu’, saya fikir telah mewakili pengundi-pengundi dan rakyat tempat lain untuk memberi isyarat kepada kerajaan bahawa rakyat sudah bersedia untuk menolak kerajaan Pakatan Harapan. Saya percaya pengundi Tanjung Piai faham bahawa dengan mengundi calon Barisan Nasional mereka berkemungkinan tidak lagi berpeluang memperolehi peruntukan dan kemudahan-kemudahan berbanding jika mereka memilih calon Pakatan Harapan. Namun, rakyat dan pengundi hari ini sudah tidak kisah dengan peruntukan dan kemudahan, sebaliknya mereka sudah sedar kesilapan memilih mengikut emosi dan janji manis maka tepatlah seperti pantun Ahli Parlimen Pontian, ‘jika hendak pergi memancing, jangan lupa membawa umpan, jika tak mahu kena kencing, jangan undi Pakatan Harapan’.
Yang Berhormat Puan Speaker, seperkara lagi yang ingin saya bangkit ialah saya nak bertanya kepada kerajaan negeri berkenaan pengumuman yang dibuat semasa Bajet 2019 lalu berkaitan ECER atau Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Dalam Bajet 2019 kerajaan negeri telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk membuat kajian berkaitan perkara-perkara yang ada kaitan dengan meletakkan Segamat sebagai sebahagian daripada Wilayah Ekonomi Pantai Timur ini. Walaupun pada tahun sebelumnya, kerajaan Barisan Nasional telah pun mengumumkan perkara yang sama. Semasa kerajaan Barisan Nasional mengumumkan perkara ini, kerajaan telah meletakkan beberapa perkara asas pembangunan di Segamat apabila meletakkan Segamat sebahagian daripada Wilayah Ekonomi Pantai Timur ini atau ECER. Antaranya, menyediakan ribuan peluang pekerjaan kepada penduduk Segamat. Memberi pengecualian cukai selama 5 ke 10 tahun kepada syarikat yang melabur atau membuka peluang pekerjaan di Segamat dan banyak lagi. Justeru, saya ingin bertanya kepada kerajaan, mengapa Belanjawan 2020 tidak disebut langsung perkara berkenaan ECER ini? Yang kedua, saya nak bertanya kepada kerajaan selepas hampir dua tahun ini apa dapatan daripada kajian kerajaan dalam hal ini yang menelan belanja kos berjumlah RM1 juta ini? Saya fikir masa hampir dua tahun ini pun satu kerugian bagi orang Segamat terutama mereka yang mengharapkan peluang pekerjaan dan dalam penyertaan Segamat sebagai sebahagian daripada Wilayah Ekonomi Pantai Timur ini.
Yang Berhormat Puan Speaker, semalam beberapa orang Yang berhormat ada membangkitkan perkara yang berkaitan penjawat awam. Tadi pun Sungai Balang ada sebut perkara yang sama. Yang sebelah sana ada menyatakan ramai penjawat awam ini tak beri kerjasama pada pemimpin-pemimpin kerajaan termasuk tak beri kerjasama kepada Ketua-Ketua Kampung. Ada yang katanya penjawat awam cuba mensabotaj kerajaan. Ada yang katanya penjawat awam berfikiran seperti kerajaan dahulu.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya fikir mereka yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan negatif terhadap penjawat awam ini mungkin sedang beremosi. Mungkin juga kerana ada permintaan-permintaan mereka yang tidak dapat dipenuhi oleh penjawat kita ini. Saya ingin menarik perhatian kepada kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kelmarin sebelum menamatkan pembentangan Bajet 2020 ada mengungkapkan, saya ingin menjelaskan bahawa pembangunan negeri Johor tidak akan dicapai sepertimana yang kita nikmati hari ini tanpa komitmen, dedikasi dan pengorbanan di kalangan penjawat awam negeri Johor.
Kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini, Yang Berhormat Puan Speaker menafikan dakwaan jahat dan negatif serta sangkaan buruk terhadap penjawat awam negeri ini. Dulu pun saya sukar untuk mendapatkan kerjasama penjawat awam. Tapi bila saya gunakan pendekatan yang betul termasuk mengikut prosedur-prosedur ditetapkan, alhamdulillah akhirnya mereka boleh bekerjasama.
Yang Berhormat Puan Speaker, hari ini saya ambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada jabatan dan penjawat awam yang banyak membantu saya menyelesaikan masalah-masalah rakyat di kawasan saya. Dan, saya percaya walaupun mereka macam terperangkap dengan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri dan pusat seperti yang ada sekarang tak dapat atau dikurangkan BRIM dan bantuan sara hidup. Ada yang dah tak dapat bantuan sekolah anak-anak. Ada yang dah tak dapat pelbagai bantuan. Terbelenggu pula dengan harga barang dan kos sara hidup yang tinggi tapi mereka tetap menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat awam yang berintegriti serta memberi komitmen yang tinggi pada amanah yang dipertanggungjawabkan. Saya percaya kita tak mampu membalas jasa dan pengorbanan mereka ini. Maka apa salahnya kita hormati penjawat awam ini kerana mereka juga berhak untuk dihormati. Kepada penjawat awam saya nak ucap terima kasih dan saya titipkan 2 rangkap pantun untuk penjawat awam. Pulau pandan jauh ke tengah, gunung daik bercabang tiga; hancur badan di kandung tanah, budi yang baik dikenang juga. Luka lama akan menanah, jika lambat kita ubati; ketepikan politik teruskan amanah, moga hidupmu Allah berkati.
Yang Berhormat Puan Speaker, dalam perbahasan saya di Dewan yang mulia ini, sebelum ini, saya telah bangkitkan juga isu Masjid Kampung Sipinang di kawasan saya untuk perhatian Yang Berhormat EXCO Agama. Yang Berhormat EXCO Agama pada ketika itu berjanji akan lihat secara serius perkara ini. Dan, Alhamdulillah terima kasih sebab Yang Berhormat EXCO dah selesaikan isu pembinaan Masjid Kampung Sipinang yang telah terbengkalai beberapa ketika. Terima kasih Yang Berhormat. Dan hari ini saya nak bangkitkan satu lagi masjid yang dirasakan perlu juga mendapat perhatian kerajaan khasnya Jawatankuasa Agama, iaitu Masjid Makam Lubuk Batu, di Segamat. Masjid ini terletak dalam kawasan pinggir bandar dan menjadi tumpuan masyarakat terutama pada hari Jumaat. Masjid ini pernah beberapa kali dinaiki air pada banjir besar. Akibatnya, bukan sahaja tidak boleh digunakan semasa banjir tetapi mengakibatkan kerosakan karpet, peralatan dan terpaksa pula diadakan gotong-royong mencuci selepas banjir surut. Jawatankuasa Masjid telah mengemukakan pelan reka bentuk cadangan mereka dengan anggaran kos lebih kurang RM5 ke RM6 juta.
Semasa kerajaan Barisan Nasional, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itu telah meluluskan peruntukan sebanyak lebih kurang RM2 juta untuk membina masjid baharu. Tetapi Jawatankuasa Masjid dan penduduk tetap berkeras dan berkehendakkan pelan reka bentuk mereka yang mereka cadangkan atas kos RM5 ke RM6 juta itu diguna pakai. Justeru, saya pohon ayahanda YB EXCO Agama melihat permasalahan ini kerana kalau
lambat kos semakin meningkat, masjid pula dinaiki air lagi dan gunakanlah kepakaran untuk menyelesaikan. Gunakanlah pengalaman dan kebijaksanaan YB untuk menyelesaikan permasalahan bersama Jawatankuasa masjid ini.
Juga hari ini Yang Berhormat Puan Speaker, saya cuba bangkitkan dan nak bertanyakan kerjasama kepada kerajaan apa status Loji Air Kuala Paya di Segamat? Adakah ia telah siap sepenuhnya? Ia penting kerana selama ini sebahagian besar Segamat mendapat air daripada Loji Kampung Tengah. Kita harap Loji Air Kuala Paya ini boleh siap sepenuhnya kerana ia boleh menampung kekurangan air dan tekanan air di kawasan sebahagian daripada Bandar Segamat.
Saya juga nak bertanya kepada EXCO Kerja Raya bila Projek Jambatan Kuala Paya yang terbengkalai dan terberhenti boleh dimulakan semula. Macam-macam cerita kita dengar, baik dari pihak pemaju, penduduk mahupun jabatan. Kita ketepikan isu ini cuma bagi saya EXCO yang bertanggungjawab, kalau boleh kita mulakan segera projek yang terberhenti ni dan selesaikan permasalahan berkenaan projek Jambatan Kuala Paya ini.
Yang Berhormat Puan Speaker, kemudian berkaitan dengan Skim Perumahan Prihatin Johor (SPPJ). Pagi tadi Yang Berhormat EXCO telah jelaskan bahawa Skim Perumahan Prihatin Johor ini yang bernilai RM42,000.00 diperuntukkan kepada pemohon berpendapatan RM2,500.00 sebulan. Dan akan membayar kurang daripada RM300.00 sebulan kepada agensi yang dilantik, tempoh sewaan dua tahun, dibuka kepada bujang dan berkahwin. Persoalan saya ialah katalah dah duduk lebih daripada dua tahun, bermakna mereka sudah layak untuk beli rumah tersebut. Selepas empat ke lima tahun, tanggungan semakin besar dan mereka mungkin ada di kalangan, mereka mungkin tak boleh menjelaskan bayaran bulanan. Jadi nak bertanya kepada EXCO, apakah tindakan kerajaan terhadap mereka ini, adakah mereka diberikan syarat lain atau dikeluarkan daripada rumah yang telah mereka sewa dan duduki selepas empat ke lima tahun?
Kemudian saya juga ingin bertanya kepada EXCO Kesihatan tentang status pembinaan Klinik Kesihatan Palong Timur. Untuk makluman Yang Berhormat, Klinik Kesihatan Palong Timur ini telah diluluskan peruntukannya pada tahun 2017 sebelum pilihan raya lagi. Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14, projek ini telah dibatalkan, kemudian setahun kemudian, ia diluluskan semula untuk pembinaan dan saya difahamkan ia telah dalam proses tender dan sebagainya. Jadi saya mohon Yang Berhormat, agaknya apa status pembinaan Klinik Kesihatan Palong Timur ini?
Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya lihat Yang Berhormat Speaker memang tenang. Saya fikir ketenangan kita di sini kerana kita tak macam negeri Melaka. Kita bernasib baik Yang Berhormat sebab haiwan yang namanya babi@beliau ini, yang dikatakan berenang dari negara jiran, nasib baik tidak singgah di kepulauan-kepulauan Johor dan nasib baik juga tidak singgah ke negeri Johor, dia ada singgah di Melaka. Kalau tidak, saya fikir Dewan kita ni pun kecoh nak bincang siapa penembak paling tepat dan paling banyak. Jadi Yang Berhormat, saya fikir bersyukurlah kita kerana kita berada di Dewan Negeri Johor ini yang rata-rata kita mementingkan pembangunan negeri Johor yang kita cintai ini. Kepada YB sebelah sana, janganlah pandang kami sebagai orang yang suka membantah, membangkang sahaja. Inilah cara, inilah sahaja cara untuk kami menyampaikan mesej kepada kerajaan tentang apa yang berlaku di bawah. Sebelum tamatkan hujah saya, perbahasan saya ini, sekali lagi saya nak sebut pantun di awal tadi, Ikan baung ikan kelah, buah langsat buah duku, bukan niat mencari salah, demi Johor tumpah darahku. (Dewan bertepuk). Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Ya, Dewan memang tenang jikalau kita masing-masing boleh menjaga sikap sendiri. Yang Berhormat Yong Peng jemput.
Yang Berhormat Puan Speaker, selamat petang, salam sejahtera dan salam harapan. Yong Peng mengucapkan terima kasih kerana
diberi peluang mengambil bahagian dalam Perbahasan Belanjawan Negeri Johor 2020 yang telah dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 21 November yang lepas. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana laluan baru Bas Muafakat Johor dari Perhentian Bas Yong Peng ke Kangkar Baru telah di masuk dalam Bajet 2020. Terima kasih juga kepada pihak Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) dan Majlis Daerah Yong Peng yang telah banyak membantu sehingga permohonan ini berjaya. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Lam Lee juga merupakan satu kampung yang terdapat ramai warga emas yang memerlukan perkhidmatan Bas Muafakat ini. Maka, Yong Peng memohon supaya Bas Muafakat baru ini dapat masukkan Lam Lee sebagai salah satu destinasi. Lam Lee.
Yang Berhormat Puan Speaker, Empangan Bekok merupakan tadahan air utama negeri Johor dan adalah satu-satunya sumber bekalan air di Yong Peng dan daerah Batu Pahat. Namun isu pencerobohan Empangan Bekok semakin berleluasa khususnya membabitkan kegiatan penanaman kelapa sawit. Penanaman sawit secara haram ini boleh menjejaskan kualiti air yang melibatkan 500,000 pengguna. Penggunaan baja kimia tidak terkawal juga akan menyebabkan pencemaran air dan memudaratkan pengguna. Saya berharap pewartaan Empangan Bekok ini dapat disegerakan agar langkah keselamatan, pencegahan dan undang-undang pencerobohan dapat dikuatkuasakan dengan lebih ketat.
Yang Berhormat Puan Speaker, pada masa ini, negara berada dalam peralihan musim angin timur laut yang akan membawa hujan yang lebat, parit dan sungai tidak dapat menampung air hujan yang banyak menyebabkan banjir berlaku di beberapa kawasan perumahan penduduk dan kawasan pertanian di Yong Peng. Selaku kerajaan yang bertanggungjawab, saya mohon Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk memandang serius perkara ini dan mempertimbangkan permohonan untuk menyelenggarakan sungai dua kali setahun khususnya di Sungai Bekok, Sungai Sedi dan Sungai Temehil. Bencana banjir ini akan dapat dielakkan sekiranya sungai-sungai mempunyai ruang yang cukup untuk menampung limpahan air dari kawasan jalan dan perumahan. Yong Peng juga memohon supaya JPS mengkaji apa kaedah yang boleh digunakan untuk mengelakkan sungai yang baru diselenggara tetapi dipenuh dengan rumput dalam hanya masa dua hingga tiga bulan sahaja.
Yang Berhormat Puan Speaker, sesuai dengan misi SUK Bahagian Perumahan untuk menyediakan kediaman berkualiti yang mampu dimiliki oleh rakyat terutama yang berpendapatan rendah. Saya ingin menyarankan agar diwujudkan Pejabat SUK Bahagian Perumahan di semua daerah. Hal ini akan memudahkan urusan berkaitan perumahan kepada golongan berpendapatan rendah khususnya golongan B40 sekali gus dapat menjimatkan kos, tenaga dan masa mereka.
Yang Berhormat Puan Speaker, Yong Peng juga ingin mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada agensi-agensi kerajaan seperti Majlis Daerah Yong Peng, Balai Polis Yong Peng, Balai Bomba Yong Peng dan juga agensi-agensi yang lain yang memberi Yong Peng banyak pertolongan semasa dari 2018 hingga sekarang. Yang Berhormat Puan Speaker, sekian ucapan Yong Peng. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Endau jemput.
Terima kasih YB Speaker. Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertamanya, Endau ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Speaker kerana sekali lagi membenarkan Endau mengambil bahagian dalam sesi Perbahasan kali ini. Bersempena dengan ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim pada 22 hari bulan yang lalu, patik bagi pihak rakyat DUN Endau merafak sembah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan berdoa agar Allah SWT melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat, sejahtera,
bahagia, dirahmati dan diberkati untuk terus menaungi sekalian rakyat dengan adil dan saksama.
Sesungguhnya apa yang Endau ingin bahaskan pada kali ini adalah amat penting bagi memastikan pembangunan dan kesejahteraan di kawasan Endau dapat diambil berat oleh pihak kerajaan negeri. Endau juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor kerana berjaya menyediakan serta membentangkan Belanjawan 2020 Negeri Johor Darul Ta’zim. Maka, Endau mengharapkan segala pengumuman dalam belanjawan pada kali ini dapat memberi manfaat kepada semua rakyat Johor dan sudah pasti merancakkan lagi pembangunan negeri ini.
Yang Berhormat Puan Speaker, ada beberapa perkara yang Endau ingin utarakan pada kali ini bagi menyampaikan suara hati masyarakat Endau. Pertamanya, Mersing kawasan Geopark, daripada hutan hujan tropika hingga ke terumbu karangnya, Mersing menyimpan jutaan khazanah alam yang mana menanti untuk terus diterokai. Kepelbagaian geologi, biologi dan keindahan landskap semula jadi sungguh memukau. Jawatankuasa Saintifik dan Pembangunan Mersing Geopark yang telah ditubuhkan pada tahun 2017, dianggotai oleh Jabatan Mineral dan Geosains Johor, Pusat Geotrafik, Jabatan Perhutanan, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan beberapa agensi lain telah menjalankan kajian terperinci berkaitan apa yang sebenarnya ada di Mersing ini.
Sekitar 350 juta tahun lalu, batuan sedimen yang dikenali formasi Mersing telah terenap di dalam lautan yang mana pada ketika itu, seluruh kawasan Nusantara adalah lautan. Akibat daripada pergeseran kerak lautan dan daratan, maka daya tektonik yang kuat inilah menyebabkan formasi Mersing yang berada di bawah lautan telah terangkat sebagai Blok Malaya Timur Indo China. Penemuan fosil paku pakis kuno berusia 300 juta tahun di Mersing telah mengesahkan antara daratan pertama muncul di Nusantara tatkala semua tempat lain masih berada di dalam lautan. Sejak 250 juta tahun yang lalu, telah berlaku letusan gunung berapi yang amat sangat ganas di Mersing. Keadaan lampau ini jauh lebih dahsyat dari Lingkaran Api Pasifik di Sumatera ketika ini. Penemuan bukti batu pirus klas bomvolcano dan debu gunung berapi di persisiran pantai dan pulau-pulau di Mersing mengesahkan Mersing merupakan tapak gunung berapi purba terawal di rantau ini.
Hasil daripada kerencaman sejarah geologi yang pelbagai ini, berserta dengan proses hakisan tropika menghasilkan ratusan landskap semula jadi yang sangat istimewa dan pulau-pulau yang sangat cantik, yang bukan sahaja bernilai kebangsaan, tetapi juga antarabangsa. Atas dasar keistimewaan dan keunikan Mersing yang tersendiri dari aspek warisan geologi, biologi, budaya dan kearifan tempatan ini, maka Jawatankuasa Geopark Kebangsaan telah memilih Mersing sebagai calon yang sesuai untuk dibangunkan sebagai Geopark Kebangsaan pertama di Johor dan keempat selepas Langkawi, Jerai dan Lembah Kinta. Pada 5 September 2019, Jawatankuasa telah membuat pembentangan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor sewaktu lawatan kerja Menteri Besar ke daerah Mersing. Usaha mempromosi dan pendidikan awam tentang Mersing Geopark terus giat dijalankan seperti penganjuran Seminar Mersing Geopark dan penerbitan buku Panduan Meneroka Geopark Mersing. Dengan pengiktirafan kebangsaan dan global, Mersing Geopark bakal dikenali ramai dan dapat menarik ramai pelancong dalam dan luar negara yang mana akhirnya memacu ekonomi komuniti setempat.
Melalui pengiktirafan Mersing sebagai Geopark Kebangsaan Mersing, menjadi pencetus penerokaan potensinya dengan gabungan unsur geologi, ekologi, ekosistem lautan, arkeologi, sejarah dan budaya tempatan, terdapat sebanyak 22 buah geo tapak iaitu tapak warisan semula jadi menarik telah dikenal pasti. Masih belum dikenali ramai sesuai untuk dibangunkan sebagai produk geo pelancongan. Nafas baru yang diberikan kepada Mersing sebagai Geopark Kebangsaan amat tepat waktunya bersempena Tahun Melawat Johor Tahun 2020. Pengiktirafan Mersing sudah tentunya mampu menggamit kehadiran pengunjung bagi menikmati sendiri keunikannya di samping mencetuskan keghairahan penduduk dan orang ramai meneroka pengetahuan di daerah yang tiada seumpamanya di Malaysia. Sesungguhnya, wawasan Mersing Geopark berhasrat menyingkap, mencetuskan
ghairah penerokaan saintifik, memulihara khazanah berharga, memaparkan keunikan alam serta mempertingkatkan nilai dan sosioekonomi penduduk tempatan melalui Prinsip Pembangunan Wilayah Lestari. Inisiatif ini mampu memberikan nafas baru kepada pembangunan sosioekonomi. Komuniti tentunya mendapat faedah secara langsung atau tidak langsung seperti tertubuhnya koperasi berasaskan komuniti peluang pekerjaan baru, memberi perkhidmatan serta meningkatkan ilmu pengetahuan masyarakat. Dengan ini Endau ingin mengusulkan agar pihak kerajaan negeri Johor segera meluluskan cadangan menjadikan Mersing sebagai Geopark Kebangsaan pertama di negeri Johor.
Yang Berhormat Puan Speaker, keduanya adalah berkaitan perkhidmatan perbankan di DUN Endau. Untuk makluman Yang Berhormat Puan Speaker dan sidang Dewan sekalian, buat masa ini terdapat enam buah bank beroperasi di bandar Mersing dan hanya satu bank sahaja beroperasi di pekan Endau. Dengan jarak 30 kilometer antara bandar Mersing dan bandar Endau, ianya amat menyukarkan masyarakat sekitar bandar Endau untuk berurusan di bank-bank di bandar Mersing. Apatah lagi majoritinya tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk ke bandar Mersing. Kemuncaknya apabila tiba hari gaji atau perayaan tertentu, bank yang hanya satu di Endau kerap kehabisan wang dan akhirnya memberi kesan kepada masyarakat Endau. Benar, komposisi penduduk di sekitar bandar Endau tidaklah begitu padat ditambah pula dengan faktor pekan yang kecil tetapi perlu diingat bahawa masyarakat Tanjung Gemok dan Rompin juga ramai dan memerlukan perkhidmatan perbankan. Justeru pada hari ini, Endau berpandangan bahawa perlunya kewujudan sebuah lagi bank yang beroperasi di Pekan Endau untuk kemudahan masyarakat Endau dan sekitar. Endau mohon agar kerajaan negeri agar dapat menimbangkan serta menguruskan permohonan Endau ini dan Endau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan negeri kerana telah memperluaskan perkhidmatan bas muafakat Johor dari Terminal Bas Mersing ke Endau dalam Belanjawan 2020 yang lalu. Endau amat menghargainya.
Ketiga adalah berkaitan pembangunan di daerah Mersing. Di sini Endau ingin menarik perhatian kerajaan negeri berkaitan pembangunan-pembangunan yang telah diumumkan oleh kerajaan negeri untuk daerah Mersing pada belanjawan tahun 2019. Endau amat berterima kasih atas keprihatinan kerajaan negeri dalam membangunkan kawasan Mersing melalui pengumuman projek-projek berskala besar. Contohnya, jambatan bertingkat, jalan pintas iaitu bypass, dengan izin dan projek pendalaman serta pelebaran muara Sungai Mersing. Akan tetapi sehingga kini, kita tidak melihat lagi projek-projek yang telah diumumkan itu masih belum menampakkan gerak kerjanya. Endau berharap agar segala apa yang telah diumumkan oleh kerajaan negeri untuk kepentingan Mersing dapat dilaksanakan sesegera mungkin, manakala pada hari ini kita tahu rakyat sedang menilai prestasi kita sebagai kerajaan. Endau mendoakan agar segala urusan pembangunan di Mersing akan dipermudahkan, insya-Allah.
Yang Berhormat Puan Speaker, keempat adalah berkaitan perkhidmatan kakitangan di Mahkamah Mersing. Baru-baru ini Endau ada mengadakan lawatan ke Mahkamah Mersing, dan Endau melihat sendiri berkaitan dengan infrastruktur serta perjawatan yang ada di situ. Yang menjadi permasalahan di situ adalah kekurangan kakitangan sehingga menyebabkan perkhidmatan yang diberikan pada masyarakat Mersing menjadi sedikit terganggu dan tidak begitu efisien. Difahamkan setakat ini hanya terdapat 2 orang sahaja kakitangan yang berkhidmat di pejabat Majistret Mersing dan ini bagi Endau tidaklah mencukupi dengan kehadiran masyarakat yang makin hari semakin meningkat. Justeru, Endau mencadangkan agar pihak yang berkaitan menambah perjawatan di Mahkamah Mersing agar perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat di Mersing lebih baik, cekap dan efisien.
Yang Berhormat Puan Speaker, kelimanya adalah berkaitan dengan pemakaian baju batik. Di dalam kitab salah satu salatin atau sejarah Melayu, ada disebutkan mengenai batik pada abad ke-17. Menurut catatan sejarah tersebut, Laksamana Hang Nadim diperintahkan Sultan Mahmud untuk belayar ke India untuk mendapatkan 140 potongan kain sarasah iaitu batik dengan corak 40 jenis bunga yang digambarkan pada setiap helai batik tersebut. Apa yang hendak Endau nyatakan di sini adalah alangkah eloknya jika tradisi pemakaian batik ini dapat dihidupkan semula sebagai mana yang lalu dan menjadi salah satu pakaian rasmi penjawat awam. Secara tidak langsung, mereka akan menjadi duta batik Malaysia apabila mereka memakainya di persidangan-persidangan nasional dan antarabangsa. Yang nyatanya batik Mersing akan menjadi antara yang unik kerana ia akan direka dengan suntikan elemen pantai, laut, pulau dan hutan yang begitu sinonim dengan Mersing.
Umum kita ketahui, bahawa dahulu pada setiap minggu hari Khamis, kesemua kakitangan kerajaan mahupun beberapa agensi swasta disyaratkan untuk memakai baju batik. Pemakaian baju batik bagi Endau adalah wajar bagi melambangkan budaya kita sebagai rakyat Malaysia kerana batik ini bukan sahaja dipakai oleh orang Melayu bahkan Cina, India dan lain-lain bangsa juga selesa untuk memakainya. Bukan itu sahaja, ada juga sesetengah majlis yang dianjurkan ditemakan dengan memakai baju batik yang mana ia memberikan keunikan tersendiri di dalam majlis tersebut. Sehubungan itu, besarlah hajat Endau agar kerajaan negeri memperkenalkan semula pemakaian batik sehari dalam setiap minggu agar budaya dan pakaian ini dapat kita kekalkan dan tunjukkan keunikan kepada mata yang memandang serta dapat mempromosi batik Malaysia. Mungkin di Dewan yang mulia ini juga, kita boleh tetapkan sehari sebagai hari untuk semua Ahli Dewan memakai baju batik tanda sokongan kita sebagai Yang Berhormat dalam usaha menanam semula etika pemakaian ini dan menyokong industri batik Malaysia.
Yang Berhormat Puan Speaker, sesungguhnya setiap kejayaan yang berlaku di muka bumi ini adalah atas kehendak Yang Maha Esa. Kita sedang menghampiri penghujung tahun dan mulalah kita memasuki musim monsun yang mana kita jangkakan akan menerima taburan hujan yang tinggi berserta lautan bergelora sehingga Mac tahun hadapan. Sudah pasti kawasan-kawasan yang berisiko dinaiki air atau banjir telah bersiap sedia sebarang kemungkinan dan pemantauan agensi keselamatan juga sudah dimulakan. Bahkan kini para nelayan juga sudah tidak dapat untuk turun ke laut dalam berikutan cuaca yang tidak menentu serta angin yang mula kuat dan membahayakan nyawa mereka. Sudah pasti hal ini mengakibatkan hasil perikanan berkurangan, apatah lagi hasil pendapatan para nelayan juga sudah mula merudum.
Isu ini juga melibatkan para pesawah atau petani yang sejak 2, 3 musim kebelakangan ini, tanaman padi mereka tidak menjadi dan mengalami kerugian dan tiada punca pendapatan. Dalam tempoh mempersiap siaga sebarang kemungkinan, Endau berharap agar kerajaan negeri dapat membantu dengan memberi insentif atau bantuan kewangan kepada para nelayan melalui persatuan nelayan yang ada di Mersing dan juga para pesawah dan petani melalui jabatan Pertanian. Melalui penyaluran dana ini sudah pasti kita sebagai kerajaan telah sedikit sebanyak menghilangkan gundah gulana dan meringankan beban para nelayan dan juga petani dan pesawah.
Di samping itu, persediaan sebelum banjir juga kita perhalusi dengan sebaiknya dengan menyediakan sejumlah dana kewangan kepada Wakil-Wakil Rakyat kawasannya berisiko banjir kerana perbelanjaan ketika banjir adalah amat diperlukan bagi menjaga kebajikan mangsa. Walau bagaimanapun, Endau mendoakan agar negeri Johor terpelihara daripada musibah banjir.
Yang Berhormat Speaker, perkara terakhir yang ingin Endau ingin bangkitkan adalah berkaitan penyediaan infrastruktur sukan. Sukan merupakan antara faktor yang mampu menyatupadukan kita yang berbilang bangsa. Malah sukan juga mampu menarik minat seseorang untuk bersama kita. Kawasan Endau merupakan luar bandar yang mana daerah Mersing tidak mempunyai gedung membeli belah, pusat boling mahupun pawagam. Jadi permainan futsal, bola sepak, bola tampar, takraw dan bola jaring antara aktiviti seharian setiap petang oleh anak-anak muda di Endau. Namun gelanggang yang sedia ada telah banyak rosak dan perlunya penyelenggaraan rapi.
Baru-baru ini, kerajaan negeri di bawah Majlis Sukan Negeri telah menganjurkan Sukan Muafakat Johor 2019 yang mana setiap Wakil Rakyat dikehendaki menganjurkan sukan futsal untuk lelaki dan juga bola jaring wanita bagi mewakili DUN masing-masing ke peringkat negeri Johor. Atas kekurangan infrastruktur, Endau terpaksa menyewa gelanggang futsal dan bola jaring berbumbung di kawasan DUN Tenggaroh. Alhamdulillah, pada Sukan Muafakat Johor tempoh hari, pasukan bola jaring DUN Endau telah merangkul tempat ketiga dan bagi Endau ini sudah cukup membanggakan. Justeru atas kekurangan ini, Endau mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk membina sebuah gelanggang serba guna berbumbung yang mengikut spesifikasi dalam kawasan DUN Endau bagi memudahkan Endau untuk menjalankan aktiviti ataupun menganjurkan sebarang kejuaraan di masa akan datang. Endau juga ingin berkongsi rasa bangga memaklumkan bahawa 3 orang pemain Johor telah terpilih mewakili negara Malaysia ke Kejohanan Bola Jaring Sukan SEA Manila, 2019. Mereka adalah Nor Farihah Razak, Pow Mei Foong dan Norazila Aziz. Mereka bertiga inilah adalah ikon bola jaring Johor. Menjunjung kasih kepada Yang Amat Mulia Che Puan Khaleeda binti Bustaman selaku penaung Diraja Persatuan Bola Jaring Negeri Johor yang amat mengambil berat di atas kecemerlangan bola jaring negeri Johor.
Yang Berhormat Puan Speaker, rasanya cukuplah 7 perkara yang Endau bangkitkan pada sidang kali ini kerana Endau cukup yakin bahawa kerajaan sentiasa cakna dan mengambil berat serta prihatin dengan setiap apa yang diutarakan oleh Ahli Dewan sekalian. Besarlah harapan Endau setinggi Gunung Arung agar kerajaan negeri pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor menimbangkan serta meluluskan apa yang telah Endau bangkitkan. Pesanan Endau buat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor berkaitan apa yang Endau bangkitkan adalah Yang Amat Berhormat fikirlah masak-masak, jangan Yang Amat Berhormat tolak mentah-mentah kerana biarlah kita bekerja berasak-asak akhirnya rakyat jualah yang memangkah.
Oleh itu, yang demikian Endau dengan ini menyokong Belanjawan Johor 2020 yang bertemakan Memakmur dan Mensejahterakan Johor Bestari oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor. Sekian, wabilahitaufik walhidayah wasalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh.
Yang Berhormat Panti, jemput.
Bismillahirahmanirrahim. Asslamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Muafakat Johor. Yang Berhormat Puan Speaker, terima kasih kerana Panti diberi peluang untuk membahaskan Belanjawan 2020 kerajaan negeri pada hari ini.
Belanjawan Johor 2020 seperti yang kita semua maklum ada mempunyai 183 titik fokus dan saya telah meneliti satu persatu titik fokus tersebut, saya buat perbandingan dengan Belanjawan pada tahun lepas dan tahun sebelumnya dan saya boleh buat rumusan bahawa tidak banyak perkara baru yang telah diumumkan. Selebihnya, merupakan perkara yang diulang-ulang, diubah sasaran dan sebagainya. Ada juga perkara-perkara yang diambil bulat-bulat dari Belanjawan Kerajaan Pusat yang telah dibentangkan tempoh hari. Memang tidak salah kalau kita hendak mengulang perkara yang sebelum ini tetapi perlulah ianya lebih baik. Contohnya, dalam isu Rumah Mampu Milik ataupun isu Rumah Mampu Biaya, pada tahun 2018, Belanjawan negeri pada tahun 2018, sasaran pada tahun 2020 adalah tambahan 60,000 unit dan menjelang 2023, 40,000 unit rumah. Tahun 2019, Kerajaan Pakatan Harapan mula memerintah dan telah mengumumkan dalam Belanjawan 2019 berjumlah 100,000 unit rumah tapi pada tahun ini, tempoh 2018 hingga 2019 berjumlah 7,623 unit rumah dengan sasaran tahun 2020 hingga 2023 hanyalah 16,865 unit rumah. So, kalau kita boleh lihat daripada angka tersebut, kita boleh buat perbandingan. Adanya penurunan dan kita, saya Panti tidak bermasalah tentang perkara tersebut. Cuma kita nak tahu apa sebabnya?. Mungkin YB EXCO boleh jawab apabila menggulung perbahasan beberapa yang akan datang. Itu sebab dalam soalan lisan saya pada pagi ini, saya juga ada bertanya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar tentang, dalam soalan tambahan saya tentang laporan KPI EXCO khususnya dari segi impak dan keberkesanan, bukan hanya kita perlu menyiapkan sahaja apa-apa inisiatif yang kita telah bentangkan dan luluskan tetapi ianya perlu ada analisis ataupun analisa tentang kebaikannya. Adakah ia betul-betul berkesan dan sebagainya? Tetapi apabila saya mengutarakan soalan tersebut, jawapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, beliau menyatakan bahawa memang yang kerajaan sentiasa mewarwarkan program-program. Saya tak tanya pun pasal program-program, saya tanya pasal laporan KPI EXCO. So, saya minta selepas, semasa penggulungan nanti YAB Menteri Besar boleh jawab dan bagi komitmen jika kita hendak laksanakan perkara ini.
Seterusnya Yang Berhormat Speaker, antara perkara yang menjadi ataupun yang menjadikan saya teruja pada awalnya apabila mendengar Belanjawan kerajaan negeri dibentangkan ialah tentang dapatan kajian yang memperkatakan tentang peluang pekerjaan. Namun malangnya, hingga akhir pembentangan tidak langsung dinyatakan bagaimana peluang pekerjaan itu dapat diwujudkan. Sudahlah manifesto peluang pekerjaan pilihan raya umum lepas tidak dilaksanakan.Ini juga berkaitan dengan soalan tambahan Yang Berhormat Benut pada pagi tadi, yang tidak dijawab dengan jelas berkaitan inisiatif membangun daya cipta belia, ada atau tidak peluang pekerjaan wujud dalam soalan lisan pada pagi tadi? Tidak dijawab dengan jelas. Mungkin Yang Amat Berhormat Menteri Besar cakap bahawa semua EXCOnya perform tapi mungkin Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri yang tak perform apabila tidak dapat menjawab dengan baik. Apa yang ada dalam Belanjawan tersebut adalah hanya program latihan dengan sedikit elaun. Program-program seperti ini sememangnya baik, ia menyediakan pekerjaan yang lebih baik, itu benar tetapi jika hanya sumber manusia tanpa peluang pekerjaan itu sendiri, bagaimana dan ke mana seharusnya peserta latihan ini boleh mendapatkan pekerjaan?
Yang Berhormat Speaker, saya bagi contoh satu usaha ataupun perkara-perkara yang besar yang bukan sahaja akan memberi impak ekonomi dan limpahan yang baik yang sepatutnya kerajaan negeri cari dan teroka. Pada waktu zaman Barisan Nasional dahulu, kita ada mewujudkan dan menjadikan Pengerang sebagai satu hab minyak dan gas. Sebagai satu kawasan baharu maka peluang pekerjaan wujud bukan sahaja dalam industri minyak dan gas malah industri hiliran seperti penyediaan makanan, dobi dan cucian, industri hotel dan sebagainya. Ini banyak memberi peluang pekerjaan. Seterusnya, apabila ini berlaku maka pada waktu itu dilihat keperluan latihan lain dan maka pada waktu itu Skills
Johor diwujudkan. Itulah perkara-perkara besar yang sepatutnya, yang sekali lagi saya nyatakan, sepatutnya kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini teroka dan bawa ke dalam negeri kita, negeri Johor.
Sebab itu perkara yang seterusnya yang ingin saya bangkitkan adalah amat penting bagi memastikan perkara besar seperti ini dapat diwujudkan. Iaitu kerajaan negeri perlu lebih agresif dalam memasarkan Johor. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya gesalah pergilah buat ekonomi diplomasi, jangan duduk sahaja dalam negeri. Selesa dengan rutin, sejak jadi Menteri Besar, berapa kali Yang Amat Berhormat Menteri Besar keluar dan membuat economy mission? Saya macam tak pernah dengar lagi, jika ada, mohon nyatakan. Kalau nak harapkan YB EXCO, sampai sekarang saya tidak nampak sesuatu yang menjadi realiti. Yang saya dengar sebelum ini, dalam sidang Dewan sebelum ini hanya ungkapan,‘akan melabur, akan datang ke Johor’ dan sebagainya. Yang kita dapat lihat secara realitinya adanya pelabur-pelabur keluar dari negeri Johor, seperti Pinewood. Dan kita dapat lihat Khazanah telah melepaskan pegangan dalam Legoland dan sebagainya.
Pada perbahasan pada kali ini juga saya ingin mengambil kesempatan Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku kerana banyak pergi ke luar negara melobi dan berusaha menarik pelabur datang ke negeri Johor. Satu perkara lagi dan saya minta untuk kerajaan Pakatan Harapan untuk ambil perhatian adalah berkaitan dengan pelan-pelan yang telah diumumkan untuk kajian pada Belanjawan Tahun 2019 untuk dibentangkan kepada umum. Antara pelan yang penting yang secara khusus saya menunggu adalah berkaitan pelan hala tuju Strategik Desa Johor yang telah mendapat peruntukan sebanyak RM1 juta. Apa yang dirancang, bagaimana ianya dirancang dan bagaimana ia hendak dilaksanakan? Dan seterusnya adalah berkaitan dengan yang selalu disebut-sebut iaitu Pelan Pembangunan Mampan. Kita sudah melihat ianya dirasmikan tetapi masih hingga kini kita tidak dapat secara detail, secara jelas apa yang perlu diberi perhatian.
Seterusnya Yang Berhormat Speaker, adalah berkaitan dengan isu yang telah menjadi topik perbualan beberapa hari ataupun beberapa minggu lepas. Ia berkaitan dengan satu laporan oleh Bloomberg pada 17 November iaitu perkara tentang penjualan KFC dan juga laporan The Straits Times, penjualan rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut. Saya masih ingat pada Mei 2014, Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada ketika itu, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Khaled Nordin telah mengumumkan yang JCorp kembali memegang saham majoriti KFC sebanyak 51% berbanding 24% sebelum itu. Bermakna KFC telah menjadi milik Bangsa Johor semula bukan perkara yang mudah untuk kita lakukan perkara itu pada waktu itu. Dan saya maklum Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari ini ada menjawab soalan wartawan dan menafikan perkara tersebut. Pertama, ‘kalau tiada angin masakan pokok bergoyang’. Saya meminta Yang Amat Berhormat Menteri Besar menjawab dalam Dewan ini sekali lagi tentang isu yang dibangkitkan. Adakah benar kerajaan sedang pertimbangkan untuk menjual rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut. Dan yang penting sekali adalah kerana aset-aset ini memberi pulangan bukan sahaja dari segi kewangan malah pulangan ekonomi yang lain kepada kita Bangsa Johor. Seterusnya, sekali lagi saya juga ingin memohon jawapan dari kerajaan Pakatan Harapan berkaitan dengan persoalan adakah lagi aset-aset kerajaan negeri yang lain yang dimiliki secara langsung atau tidak langsung juga dalam pertimbangan untuk dijual dan dilepaskan dengan apa jua alasan sekalipun.
Isu seterusnya adalah isu FELDA. Seperti yang kita maklum, jumlah FELDA di negeri Johor berjumlah 78 buah dan di Panti kita ada 3 buah FELDA di kawasan saya di Linggiu, Sungai Sibol dan Penggeli Timur. Biasanya bila kita membentang dalam Belanjawan pada zaman Barisan Nasional dahulu perkara baharu ataupun ada perlanjutan dan penambahbaikan serta inisiatif, itu kita tidak bangkitkan. Ini saya pelik sebab bila Yang Amat Berhormat Menteri Besar umum pasal PGBF, Projek Perumahan Generasi Baru FELDA. Ini perkara yang perlu diselesaikan sebab sudah berlanjutan. Yang Berhormat EXCO pun sudah berjanji pada sidang Dewan pada 3 Julai 2019 yang lalu tetapi masa itu EXCO janji selesai dalam masa 3 bulan. Dah lebih 3 bulan. Saya minta YB EXCO untuk segerakan perkara ini. FELDA pada ketika ini yang kita semua maklum adalah ataupun boleh kita panggil sebagai
Desa Membangun dan saya minta kerajaan negeri untuk menjadikan FELDA sebagai sebuah kawasan pertembungan strategik di luar bandar. Ini di dalam Belanjawan Negeri pada tahun 2020 ini, perkara ini tidak diberi perhatian malah tidak ada apa pun yang warga FELDA boleh nantikan. Dalam keadaan ekonomi sekarang, dalam keadaan harga komoditi yang tidak tentu, warga FELDA perlu pembelaan dari kerajaan negeri, perlu ada intervensi dan perlu ada inisiatif bukan sahaja untuk peneroka malah untuk generasi kedua dan generasi ketiga. Kerajaan negeri perlu lihat FELDA sebagai wilayah lembah makanan, pertanian dan agro pelancongan contohnya. Lengkapi warga FELDA dengan kemahiran bagi mereka mengambil peluang dalam pembangunan negeri. Contohnya, bagaimana mereka boleh bersaing dalam industri digital kini, perniagaan digital atau industri lain seperti industri minyak dan gas di Pengerang. Mungkin yang saya boleh cadangkan, mungkin Johor boleh mencontohi kerajaan Pahang yang mempunyai EXCO khusus untuk FELDA, Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA dibezakan dengan Hal Ehwal Luar Bandar.
Isu seterusnya, Yang Berhormat Speaker adalah berkaitan dengan isu-isu Orang Asli. Seperti yang kita ketahui kita ada lebih kurang 62 kampung Orang Asli di negeri Johor dan di Panti kita ada beberapa kampung, Kampung Orang Asli Sayung Pinang, Kampung Orang Asli Kempas Menang dan sebagainya. Projek ataupun perkara yang telah diumumkan di dalam Belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar iaitu Projek Akuakultur dan Pemeliharaan Sumber Perikanan yang tumpuannya kepada kawasan Pantai Barat Johor dengan banyak berlaku pencemaran dari sisa industri khususnya selain dari usaha memelihara dan pemuliharaan sungai-sungai saya memberi cadangan, saya mencadangkan bahawa kerajaan negeri harus memberi perhatian dalam pemuliharaan sumber perikanan di sungai-sungai di dalam negeri Johor, bukan hanya di kawasan Pantai Barat. Orang Asli antara sumbernya adalah pendapatan mereka adalah sebagai nelayan darat. Banyak rungutan dan aduan yang diterima antara langkah yang boleh kerajaan negeri ambil adalah memelihara sumber perikanan ini di bawah inisiatif ini di sungai itu ialah dengan melepaskan benih anak-anak ikan secara berkala. Dan juga Projek Ternakan Kupang untuk Orang Asli Kuala Masai seperti yang diumumkan dan saya harap projek-projek seperti ini perlu diperluaskan lagi bukan sahaja di Kuala Masai malah di kawasan-kawasan yang ada penempatan Orang Asli di seluruh negeri Johor.
Isu seterusnya adalah berkaitan dengan agama kita, agama Islam. Isu ini pernah saya bangkitkan dalam perbahasan sebelum ini tentang prasarana sekolah agama di negeri Johor. Saya ucapkan terima kasih kerana isu ini telah dapat perhatian kerajaan negeri dan saya yakin akan memberi manfaat yang besar jika peruntukan sebanyak RM41.8 juta ini dapat dibelanjakan sebaiknya sebelum berakhirnya tahun 2020. Dan saya juga mengharapkan agar kerajaan negeri dapat mempertimbangkan penambahan peruntukan jika diperlukan kelak.
Seterusnya adalah berkaitan dengan isu ataupun perkara yang dibangkitkan iaitu silibus Kesultanan Islam Johor. Saya mencadangkan agar silibus ini dapat diperluaskan ke sekolah-sekolah rendah termasuk sekolah rendah jenis kebangsaan. Ini kerana pada ketika ini tumpuan hanya kepada sekolah-sekolah agama. Ini kerana kalau kita baca pada para 199 iaitu, selain itu Jabatan Agama Islam Johor berusaha memperkukuhkan kefahaman dan penghayatan rakyat terhadap sistem Kesultanan Johor Moden. Ia menyebut rakyat maknanya seluruh Bangsa Johor dan kalau ianya hanya di sekolah agama, pasti hanya yang beragama Islam sahaja. Bincanglah, saya minta kerajaan negeri bincanglah dengan pihak persekutuan bagaimana ianya boleh dilaksanakan dan saya pasti hasrat seperti yang dinyatakan untuk memperkukuhkan jati diri rakyat Bangsa Johor itu akan dapat tercapai apabila semua tidak kira bangsa dan agama terlibat dalam usaha ini.
Akhir sekali, sebelum saya beralih kepada isu-isu tempatan adalah berkaitan dengan isu yang rakan-rakan saya perkatakan sebelum ini juga iaitu berkaitan dengan penjawat awam. Dalam pembentangan Bajet 2020 Yang Amat Berhormat Menteri Besar memang banyak menyebut tentang penjawat awam. Tetapi kesemuanya kecuali perkara tentang bonus, hanyalah pelaporan dan serta pelbagai benchmark yang penjawat awam perlu ikut. Saya yakin dengan pengalaman bekerja bersama mereka sebelum ini, isu ketidakcekapan, isu
tiadanya kerjasama yang dibangkitkan oleh YB Kempas semalam bukanlah perkara yang perlu kita risaukan. Kalau kita imbas pada Belanjawan Negeri pada waktu Barisan Nasional dahulu, kita banyak perkenalkan insentif untuk bantu penjawat awam, antaranya ruang dan bantuan kewangan, melanjutkan pelajaran, itu yang seperti yang dilaporkan Yang Amat Berhormat dalam belanjawan pada hari ini dan juga pinjaman perumahan tanpa faedah, skim takaful kemalangan dan pelbagai lagi. Kesimpulannya, kalau tidak mahu bantu mereka, janganlah sampai menuduh melulu. Sekali lagi saya yakin mereka adalah antara penjawat awam yang baik dan cekap buktinya dapat kita lihat keadaan negeri Johor pada hari ini.
Seterusnya saya beralih kepada beberapa isu, isu kawasan yang ingin saya nyatakan pada hari ini. Yang pertama, adalah yang berkaitan dengan bekas tapak pelupusan sampah yang terletak di sebelah Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara 2 yang sering mengalami kebakaran. Dan saya haraplah, sebab perkara ini berlaku sejak bulan Januari 2019 dan saya harap agar kerajaan dapat mencari satu kaedah agar dapat melaksanakan ataupun memastikan perkara ini tidak berulang sebab ia sentiasa berulang. Yang kedua, adalah berkaitan dengan penyelenggaraan ataupun isu penyelenggaraan jalan raya yang ada di antaranya disebut dalam Belanjawan Johor 2020, saya minta untuk kerajaan negeri antara faktor ataupun yang perlu diberi perhatian adalah bila menyelenggara jalan itu bukan hanya disebabkan adanya pilihan raya kecil sahaja tetapi adalah tentang berapa kerap jalan itu berlakunya kemalangan. Sebab di kawasan saya, di Bandar Tenggara banyak ataupun jalan yang menghala ke Kluang sering menjadi kawasan kemalangan khususnya motosikal dan untuk pengetahuan Yang Berhormat Speaker lebih 2 orang mangsa telah meninggal dunia sepanjang tahun 2019 ditambah pula dengan beberapa kemalangan yang mengakibatkan antaranya lumpuh dan cacat anggota.
Isu seterusnya adalah berkaitan dengan peruntukkan parit dan saliran. Pada tahun 2019, diperuntukkan sebanyak RM23 juta untuk projek tebatan banjir dan saliran dan pada tahun ini ianya menurun iaitu hanya sejumlah RM6 juta. Cuma saya berharap agar kerajaan dapat memberi perhatian di kawasan-kawasan khususnya di kawasan saya yang dilihat seperti di kawasan Kampung Lukut, Temening, Kampung Jawa, FELDA Sungai Sibol yang kerap menghadapi masalah banjir kilat kerana parit ataupun longkang ataupun saliran ini tidak dapat berfungsi degan baik dan perlu diselenggara.
Seterusnya adalah berkaitan dengan isu ataupun perkara, apa, pusat hemodialisis yang banyak ataupun yang berada di negeri Johor. Kebanyakan, kebanyakan bantuan adalah penambahan kepada mesin hemodialisis dan saya harap untuk, apa, kerajaan pertimbangkan, kita tambah pusat hemodialisis itu sendiri sebab kita tahu jika pesakit-pesakit ini kebanyakannya mengalami kesukaran untuk bergerak dengan pada keadaan ekonomi sekarang, kos untuk mengadakan ataupun membuat hemodialisis ini adalah tinggi daripada segi kos perjalanan dan sebagainya. Dan saya harap untuk ditambah pusat hemodialisis ini sekurang-kurangnya mungkin satu di setiap DUN.
Dan terakhir adalah berkaitan dengan satu masjid iaitu Masjid Jamek Lukman Nur Hakim di Kampung Kelantan, saya difahamkan peruntukan untuk baik pulih masjid ini telah diluluskan pada tahun 2017 dan ianya ditarik balik selepas pilihan raya umum sebab, atas sebab apa pun saya tidak, tidak, tidak pasti tetapi saya harap kerajaan Pakatan Harapan dapat mempertimbangkan, sebab masjid ini saya dapat makluman dah retak dan saya tidak, apa, tidak mahu perkara-perkara yang buruk berlaku pada masa yang akan datang.
Sebagai penutup Yang Berhormat Speaker, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih dan saya mohon Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Yang Berhormat EXCO-EXCO yang terlibat untuk menjawab soalan-soalan yang telah dibangkitkan kalaupun cadangan itu, kalaupun cadangan saya itu, saya tak pastilah sebab sebelum ini pun ada dicadangkan banyak perkara tetapi kerajaan tidak ambil peduli. Tapi saya haraplah beberapa perkara untuk diteliti dan mungkin kita boleh lihatlah kalaupun pembangkang punya cadangan tidak diambil peduli, cadangan-cadangan yang baik, yang dinyatakan oleh pihak-pihak penyokong kerajaan contohnya yang saya dapat dengar tadi ialah yang
dibangkitkan oleh Mengkibol iaitu berkaitan dengan Koridor Ekonomi, satu perkara yang perlu diberi perhatian dan dilaksanakan. Dan kita tengoklah bagaimana EXCO dan Menteri Besar menggulung dan menjawab soalan-soalan yang saya bangkitkan. Sekian saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wasalammualaikum warahmatulahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Panti. Yang Berhormat Pasir Raja, jemput.
Terima kasih yang Berhormat Puan Speaker.
Bismillahirahmanirahmin. Alhamdulillahirabbilalamin wabihinastain. Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh. Salam Muafakat Johor dan salam 15,086. Terlebih dahulu Pasir Raja ingin merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat Sempena Ulang Tahun Keputeraan Kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertua Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim pada 22 November yang lalu.
Di kesempatan ini juga Pasir Raja menzahirkan jutaan tahniah kepada Yang Berhormat Datuk Haji Hasni Mohamad, Ketua Pembangkang negeri Johor, pasukan jentera, seluruh penyokong dan pengundi di atas kemenangan Barisan Nasional di PRK P165 Tanjung Piai yang beroleh kemenangan besar dengan majoriti 15,086.
Yang Berhormat Puan Speaker, Pasir Raja ingin memulakan ucapan perbahasan pada kali ini dengan ucapan terima kasih kerana memberi ruang dan peluang untuk turut serta mengambil bahagian di dalam ucapan perbahasan pada kali ini. Diharapkan agar apa yang akan dibahaskan Pasir Raja mampu memberi manfaat serta memberi yang terbaik buat Johor juga masyarakat.
Yang Berhormat Puan Speaker, sejujurnya Pasir Raja sekali lagi ingin menzahirkan rasa kecewa dengan Belanjawan 2020 yang dibentangkan dalam keadaan ekonomi negara yang semakin tenat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Falsafah Belanjawan 2020 iaitu “dari rakyat untuk rakyat kepada rakyat” adalah satu ungkapan yang enak didengar namun amat sukar untuk dilaksanakan. Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat, rakyat yang telah memilih Pakatan Harapan pasti ternanti-nanti akan pembentangan ini. Malangnya, bak kata pepatah pembentangan Belanjawan 2020 hanyalah indah khabar dari rupa, kerana apa yang dibentangkan di dalam Belanjawan 2020 hanyalah satu usul yang dijenamakan semula.
Yang Berhormat Tuan Speaker, di dalam Belanjawan Johor 2020 menyatakan ada 6 teras strategik dan 183 Titik Fokus membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1,768.63 juta. Di sini Pasir Raja ingin menyentuh beberapa perkara berkenaan Belanjawan Johor 2020 yang dibentangkan pada Khamis yang lalu.
Yang Berhormat Puan Speaker, pertamanya Pasir Raja ingin menyentuh tentang 4 daripada 5 inisiatif yang telah dibentangkan untuk menangani kos sara hidup di dalam teras kedua iaitu Memakmurkan Ekonomi.
Di dalam teras kedua, Memakmurkan Ekonomi iaitu inisiatif pertama, kerajaan negeri dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menambah 10 pasar tani yang menjadikan bilangannya bertambah dari 57 ke 67 untuk keseluruhan negeri Johor. Dengan andaian nisbah satu daerah dengan mempunyai 6 atau 7 pasar tani, adakah ianya mampu untuk menampung seluruh kawasan kerana tidak sampai 50% rakyat di dalam satu-satu daerah yang akan dapat menikmati harga barang yang dijanjikan murah di pasar tani. Dengan keadaan ekonomi yang semakin kritikal, dengan pendapatan yang tidak stabil, dengan peluang pekerjaan yang tidak ada, dengan kenaikan harga barang yang semakin meningkat, apakah jaminan kerajaan negeri bagi memastikan harga barang yang dijual di pasar tani adalah lebih murah berbanding di tempat lain? Dan bagaimanakah dengan penambahan sebanyak 10 pasar tani ini mampu menangani masalah kos sara hidup
yang semakin meningkat memandangkan secara logiknya setiap daerah hanya menerima satu penambahan pasar tani sahaja?
Keduanya, di dalam inisiatif kedua kerajaan negeri akan menjalankan satu program buat golongan nelayan iaitu bantuan khas kepada golongan nelayan yang akan menerima RM1,000.00 bagi meringankan kos sara hidup nelayan. Bukankah bantuan untuk nelayan telah pun dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu bermula pada tahun 2015, bukan setakat RM1,000.00 malah kerajaan Barisan Nasional memberikan sebanyak RM2,000.00 kepada nelayan. Untuk satu keadilan kepada rakyat marhaen, Pasir Raja ingin bertanya bagaimana pula dengan nasib pekebun kecil, penoreh getah atau peneroka, peneroka FELDA yang turut merasai kenaikan kos sara hidup. Apakah kerajaan negeri memandang sepi golongan-golongan seperti mereka?. Menurut Pasir Raja, seharusnya mereka juga diberikan bantuan dan juga bimbingan dalam menangani masalah kos sara hidup ini.
Seterusnya di dalam inisiatif keempat, kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan menganjurkan Karnival Jualan Mega Johor dengan peruntukan sebanyak RM800,000.00. Persoalannya, apakah karnival seperti ini benar-benar mampu menangani masalah kos sara hidup yang semakin menekan rakyat kini?. Di dalam keadaan rakyat yang serba tertekan dengan ekonomi yang menguncup, tiada peluang pekerjaan, tiada kepercayaan pelabur luar yang datang melabur, adakah rakyat berani berbelanja besar bagi memeriahkan karnival mega?. Pasir Raja berpendapat Karnival Jualan Mega bukanlah satu jalan penyelesaian terbaik untuk membantu rakyat menangani masalah kos sara hidup kerana ianya tidak mensasarkan kepada keseluruhan rakyat. Pelaksanaannya hanyalah tertumpu kepada kawasan dan golongan yang berkemampuan sahaja. Bagaimana pula dengan nasib golongan B40 atau golongan miskin?
Yang Berhormat Puan Speaker, Pasir Raja suka mencadangkan supaya kerajaan negeri sepatutnya melaksanakan satu tindakan atau inisiatif yang mampu membantu setiap golongan terutamanya golongan B40 yang jelas-jelas terbeban dengan masalah kos sara hidup, bukannya tertumpu kepada golongan mampu milik yang lain. Yang kedua, kerajaan negeri perlu memikirkan jalan penyelesaian terbaik bagi menangani masalah kos sara hidup dek kelembapan ekonomi yang semakin tenat kerana kerajaan Pakatan Harapan menjanjikan menurunkan, penurunan harga barang sekiranya SST dilaksanakan, namun sehingga kini harga barang semakin tinggi dan janji hanya tinggal janji.
Yang Berhormat Puan Speaker, di dalam Belanjawan Johor 2020 tidak ada sedikit pun dinyatakan peruntukkan untuk membantu ekonomi warga FELDA dan luar bandar. Kita sedia maklum Johor mempunyai 27,641 orang peneroka dan 146,000 pengundi. Apakah wajar bagi kerajaan negeri untuk tidak mengambil tahu kesulitan dan permasalahan warga FELDA di dalam menghadapi kemelut kos sara hidup memandangkan kejatuhan harga sawit dan getah yang merudum. Kita janganlah terpedaya dengan kenyataan calon Pakatan Harapan di PRK Tanjung Piai yang menyatakan masyarakat luar bandar boleh hidup dengan pendapatan hanya RM1,000.00. Kita harus ingat bahawa orang kampung juga mempunyai tanggungjawab yang besar sama seperti warga bandar. Mereka juga harus membayar bil semasa, sewa rumah, minyak kenderaan, keperluan dapur, keperluan anak-anak yang bersekolah, walaupun mereka boleh menanam sayur di belakang rumah. Dengan pendapatan hanya RM1,000.00 tidak mampu untuk menampung segala perbelanjaan tersebut. Di sini Pasir Raja merayu agar kerajaan negeri dapat membantu warga FELDA dan luar bandar meringankan beban mereka dengan bantuan-bantuan yang sewajarnya.
Yang Berhormat Puan Speaker, Pasir Raja ingin mengucapkan terima kasih di atas peruntukkan MARRIS yang diberikan oleh kerajaan pusat sebanyak RM700 juta dan usaha kerajaan negeri bagi mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Kewangan Malaysia bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan FELDA dengan menggunakan peruntukkan tersebut yang dianggarkan sebanyak RM330 juta. Melalui peruntukan tersebut,
Pasir Raja ingin memohon semula pembinaan jalan baru pintasan di antara sekolah menengah ke sekolah rendah di FELDA Bukit Besar yang telah dibatalkan. Pasir Raja ingin memohon agar projek ini dapat diluluskan kerana telah banyak berlaku kemalangan yang melibatkan pelajar sekolah memandangkan mereka menggunakan jalan utama iaitu jalan, satu-satunya jalan bagi menuju ke sekolah. Di samping itu, Pasir Raja juga mengucapkan terima kasih di atas kelulusan dan pembinaan jambatan konkrit di jalan pintas FELDA Bukit Ramun yang telah dilaksanakan. Pasir Raja memohon agar projek ini dipantau kerana baru seminggu siap, tetapi besi halangan tidak dikimpal dengan baik.
Yang Berhormat Puan Speaker, di dalam Teras Pertama Mensejahterakan Rakyat, peruntukan sebanyak RM12.96 juta akan diberikan buat pemasangan 6,625 unit lampu jalan kampung. Pasir Raja ingin menyatakan bahawa terdapat beberapa lampu jalan di dalam kawasan DUN Pasir Raja yang perlu dibaiki dan ditambah. Di sini Pasir Raja memaklumkan bahawa lampu jalan di simpang masuk FELDA Sungai Sayong, FELDA Bukit Ramun dan FELDA Pasir Raja perlu dibaiki kerana sudah tidak berfungsi dengan baik. Manakala lampu jalan di kawasan perkuburan FELDA Pasir Raja dan rumah generasi kedua FELDA Pasir Raja perlu ditambah kerana kawasan yang gelap dan membahayakan pengguna jalan raya terutama pada waktu malam.
Yang Berhormat Puan Speaker, Pasir Raja amat teruja apabila Ahli Yang Berhormat kerajaan mengatakan rakyat sangat berpuas hati dengan kerajaan sekarang. Kerajaan sekarang sangat efisien dalam menangani masalah rakyat dan telah menunaikan janji-janji manifesto PRU-14. Tetapi bila kita berada di lapangan, hampir semua rakyat mengeluh kerana mereka masih tercari-cari manifesto manakah yang telah tertunai janjinya, melainkan menghapuskan GST. Dulu dijanjikan tol tiada, tapi sekarang jurutol yang tiada. Jika dulu dijanjikan 50% hutang peneroka akan dimansuhkan, tapi sekarang 50% pendapatan peneroka yang hilang. Jika dulu dijanjikan hutang PTPTN tidak perlu dibayar tetapi sekarang hutang mesti bayar. Jika dulu dijanjikan pendidikan percuma tetapi sekarang bayaran persekolahan berlipat kali ganda. Jika dulu dijanjikan harga minyak RM1.50 tapi sekarang naik berpuluh-puluh sen. Jika dulu dijanjikan sejuta peluang pekerjaan tapi sekarang ramai yang diberhentikan kerja. Jika dulu dijanjikan SST harga barang turun tetapi sekarang harga barang berlipat kali ganda. Jika dulu dijanjikan pendapatan diselaraskan minimum RM1,500.00 tapi sekarang RM1,100.00 sudah cukup untuk rakyat. Jika dulu dijanjikan sejuta rumah mampu milik tetapi sekarang yang dibina kebanyakannya rumah mampu tengok.
Yang Berhormat Puan Speaker, Pasir Raja mohon jadilah kerajaan yang peduli rakyat, dengarlah rintihan rakyat. Dulu Pakatan Harapan mempunyai ramai penganalisis ekonomi yang hebat, tetapi sekarang di manakah mereka? Dulu setiap hari mereka menghasut rakyat supaya, seperti kata seorang pakar ekonomi kononnya agar rakyat mengundi mereka sekarang PH telah pun menjadi kerajaan. Maka, paculah ekonomi dengan lebih baik. Tunailah segala janji-janji, tunjuklah kehebatan pakar-pakar ekonomi yang cakap berdegar-degar dahulu, buktikan kepada rakyat bahawa mereka tidak salah pilih. Jangan asyik menyalahkan kerajaan BN...
(Berhenti sebentar kerana memberi laluan laungan azan)
Janganlah asyik menyalahkan kerajaan BN, jangan menyalahkan penjawat awam, mereka menjalankan tanggungjawab mengikut arahan kerajaan sekarang. Mereka taat menurut perintah walaupun di dalam hati kecil mereka mengatakan kerajaan yang ada ini lebih merumitkan dengan pelbagai peraturan baru.
Perbaiki perilaku pemimpin jangan ada yang perasuah, perogol, salah laku seks sejenis, pengganas, penjual negara di kalangan pemimpin-pemimpin kerajaan, seperti mana yang ditohmahkan kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Perkasakan undang-undang, jadilah pemimpin yang adil kepada rakyat, bukan pemimpin yang zalim dan menganiaya rakyat.
Kalau dulu kata hutang negara mencapai RM1 trilion sedangkan hanya RM686 bilion sahaja tidak perlulah nak kotakan hingga menjadikan RM1 trilion. Jadilah kerajaan yang membangun negara seperti kerajaan Barisan Nasional dahulu, bukan kerajaan yang memusnahkan negara dengan menjual harta-harta negara satu persatu. Perkara-perkara ini yang membuat rakyat benci kepada kerajaan PH. Bukan kami yang menggelarkan mereka kerajaan pakatan hancing, tetapi rakyat yang memberi gelaran tersebut. Tugas kami memberi kesedaran kepada rakyat, bukan menghasut rakyat. Jadi, peringatan kepada rakan-rakan dan juga diri saya sendiri berubahlah. Kami di sebelah sini akan sentiasa menyokong tindakan kerajaan asalkan untuk kesejahteraan rakyat.
Akhir kata, Pasir Raja mengharapkan Belanjawan Johor 2020 dapat dilaksanakan dengan baik bukanlah sekadar omongan kosong dan tidak seperti yang dijanjikan. Tiada beradik si anak tunggal, duduk seorang tiada berteman, kalau tak nak jadi kerajaan sepenggal, tunaikan segala yang telah dijanjikan, sekian, terima kasih. (Dewan bertepuk).
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Raja. Yang Berhormat Bentayan, jemput.
Selamat petang, salam sejahtera dan Salam Harapan. Yang Berhormat Puan Speaker, jutaan terima kasih diucapkan kerana sudi memberi peluang kepada Bentayan untuk mengambil bahagian bagi menyertai Perbahasan Belanjawan Negeri Johor bagi tahun 2020 yang telah berjaya dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari Khamis yang lepas di dalam Dewan yang mulia ini.
Bentayan juga ingin merafak sembah takzim dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bersempena ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 hari bulan November yang lalu.
Yang Berhormat Puan Speaker, isu yang pertama Bentayan ingin membangkitkan adalah berkaitan pembangunan Rumah Mampu Biaya di daerah Muar. Sektor perumahan sememangnya merupakan satu keperluan asas sosial penduduk yang amat penting selain menjadi salah satu penyumbang kepada peningkatan kualiti hidup masyarakat di daerah Muar. Maka dengan ini, pembangunan sektor perumahan mempunyai peranan yang amat penting dalam penubuhan sosioekonomi penduduk selaras dengan usaha serta kerjasama berterusan antara sektor awam serta sektor swasta di dalam mewujudkan persekitaran tempat tinggal Bentayan ini berkualiti, kondusif serta mampu milik.
Bentayan juga mendapati bahawa pihak kerajaan juga mempunyai empat pelan strategi utama yang akan dijadikan titik fokus di dalam usaha-usaha melaksanakan tawaran bagi menyediakan rumah mampu biaya yang mencukupi serta selesai untuk didiami rakyat di negeri ini. Antaranya, satu, pembangunan rumah mampu biaya yang akan dimajukan oleh pihak pemaju perumahan swasta. Dua, pengambilan semula tanah milikan kerajaan untuk diguna sebagai lokasi pembangunan rumah mampu biaya. Tiga, usaha-usaha kemajuan pembangunan bersama di antara negeri, kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan. Empat, projek penswastaan.
Yang Berhormat Puan Speaker, berdasarkan maklum balas yang telah diterima daripada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Komunikasi dan Multimedia pada 30 hari bulan Jun 2019 yang lalu, jumlah keseluruhan bagi permohonan RMB di negeri Johor adalah dianggarkan sebanyak 42,981 permohonan setakat ini. Dan difahamkan permohonan yang telah diterima bagi daerah Muar pula telah mencatat jumlah permohonan sebanyak 1,885 permohonan. Merujuk kepada olahan Jabatan Perangkaan Malaysia 2018 Mylocal State Johor dengan izin, 2017 dan iDESA 2018. Unjuran tambahan keperluan perumahan kos rendah dan mampu milik, mampu biaya sebanyak 3,149 buah unit menjelang tahun 2025 dan 9,725 buah unit menjelang tahun 2030 di daerah Muar. Setakat ini jumlah unit perumahan semasa di sekitar kawasan MPM pula adalah berjumlah 94,204 unit dan 20,958 unit merupakan rumah kos rendah, iaitu 22.2%.
Namun setakat ini, setelah dibuat penelitian serta perhitungan, kami mendapati jumlah unit rumah yang hanya akan mampu dibina siap dalam jangka tempoh masa sepanjang 9 tahun itu iaitu dari 2014 hingga 2023 adalah sebanyak 1,071 buah unit sahaja berbanding jumlah yang dirancangkan. Kerana pada setakat ini sebanyak 138 buah unit RMMJ sahaja telah siap dibina di kawasan bandar dan Bakri. 131 buah unit RMB masih sedang di dalam pembinaan di kawasan bandar dan Bakri dan sebanyak 802 unit RMB pula akan dibina di kawasan bandar dan Jorak. Manakala 4,262 buah unit RMB pula merupakan rizab rancangan di kawasan Bakri, bandar dan Jorak. Menjadikanlah kadar purata jumlah unit rumah yang hanya mampu disiapkan di dalam tempoh masa setahun puratanya adalah hanya sebanyak 134 buah unit rumah sahaja.
Maka, berdasarkan penelitian serta perhitungan yang telah dilakukan, sasaran 3,149 buah unit rumah itu berkemungkinan tidak akan dapat dicapai dengan hanya berbekalkan jarak tempoh masa yang singkat. Selain terdapat juga faktor-faktor lain yang menjadi permasalahan antaranya berkaitan kadar permohonan yang diterima melebihi kadar tawaran rumah yang disediakan. Selain faktor lokasi cadangan bagi pembinaan RMB tersebut juga berkait rapat dengan faktor kekurangan ketiadaan tanah dan memerlukan unjuran keperluan tambahan guna tanah perumahan bagi menjalankan projek kemajuan tersebut.
Sehubungan itu, Bentayan ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan negeri agar mengutamakan cadangan bagi mengambil, pengambilan semula tanah milikan kerajaan yang akan digunakan sebagai lokasi pembangunan RMB serta cadangan untuk menjalinkan hubungan kerjasama di antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan bagi projek-projek kemajuan pembangunan RMB tersebut di daerah Muar.
Yang Berhormat Puan Speaker, Bentayan menyambut baik kepada peruntukan akan diberikan dengan jumlah sebanyak RM2 juta kepada golongan B40 mengikut pecahan iaitu dengan tambahan sehingga jumlah seramai 28,000 buah keluarga dan 19,000 individu yang akan mendapat manfaat daripada inisiatif Kad Sihat Johor dalam belanjawan 2020. Tawaran inisiatif kerajaan Pakatan Harapan ini adalah bertujuan untuk menjadikan keprihatinan kerajaan negeri Johor terhadap kualiti taraf hidup rakyat yang mana membolehkan golongan yang berkelayakan untuk mendapatkan rawatan kesihatan secara percuma di klinik-klinik swasta dan yang menjadikan panel.
Di samping itu ianya dapat meringankan aset rakyat untuk mendapatkan rawatan kesihatan asas serta dapat meringankan beban kos sara hidup bagi golongan yang berpendapatan rendah. Pertumbuhan ekonomi yang mampan dan terus berdaya saing juga ditentukan oleh kesihatan rakyat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan perbelanjaan kerajaan untuk perkhidmatan kesihatan adalah 5%. Namun, suka ingin Bentayan tekankan di sini adalah berkenaan tatacara permohonan inisiatif tersebut yang mana ianya perlu diperbaiki dari pelbagai sudut agar inisiatif ini dapat diuruskan dengan lancar tanpa sebarang permasalahan, serta tiada menimbulkan kekeliruan kepada para pemohon mahu pun pihak pengurusan untuk menguruskannya. Justeru itu, Bentayan ingin mencadangkan agar kerajaan dapat mewujudkan satu kaedah baru sebagai langkah penyelesaian di samping ianya dapat memberi kesan positif di atas penambahbaikan di dalam sistem pengurusan Kad Sihat Johor ini. Antaranya mewujudkan konsep paperless dengan izin, di mana pemohon hanya perlu membuat permohonan secara atas talian melalui laman sesawang yang telah disediakan tanpa perlu mencatat kembali butiran lengkap permohonan yang telah diisi tersebut untuk dikemukakan kepada pihak ADUN mahupun penyelaras DUN bagi mendapatkan pengakuan atau pengesahan. Manakala pihak ADUN mahupun penyelaras DUN hanya perlu diberikan akses secara atas talian sebagai kaedah baru untuk membuat pengakuan atau pengesahan, bagi permohonan-permohonan tersebut yang mana ianya jauh lebih mudah serta menjimatkan masa.
Yang Berhormat Puan Speaker, selain itu para pemohon akan diakses terus ke DUN-DUN yang berkaitan bagi memudahkan proses permohonan apabila nombor kad pengenalan diri dimasukkan pada ruangan di laman sesawang yang tersedia, memandangkan terdapat jumlah kuota permohonan-permohonan bagi setiap DUN. Justeru, Bentayan menyeru agar pihak kerajaan negeri dapat menyelesaikan permasalahan-permasalahan sebagaimana yang telah diutarakan sebentar tadi agar insentif Kad Sihat Johor ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh para penerima, selain ianya bertujuan untuk meringankan sedikit bebanan tanggungan kos sara hidup yang semakin mencabar saat ini. Yang Berhormat Puan Speaker, kami sedia maklum seluruh PBT telah disasarkan untuk menanam agar pokok agar sasaran bagi program penanaman 170,000 pohon pokok dapat dicapai selain menjadi galakan baru untuk menjaga serta mengekalkan keindahan alam sekitar. Namun, dengan adanya galakan sebegini penambahan jumlah tanaman pokok ini juga akan menimbulkan permasalahan-permasalahan yang sering dibangkitkan, iaitu berkaitan kerja-kerja penyelenggaraan pokok tersebut apabila ianya semakin membesar dan subur dan ianya akan melibatkan penambahan kos bagi proses-proses penyelenggaraan tersebut. Justeru itu, pihak kerajaan negeri perlulah mengkaji semula kadar jumlah peruntukan sedia ada yang disalurkan sebagai tanggungan kos penyelenggaraan tersebut. Selain membuat penambahan peruntukan yang mencukupi agar segala proses serta kerja-kerja penyelenggaraan pokok-pokok tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan serta dapat menjaminkan persekitaran yang selamat dan bersih. Bentayan ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan negeri Johor terutamanya kepada Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Johor kerana telah sudi menyebar luas skop-skop bagi peruntukan MARRIS yang mana bukan sahaja hanya terhad untuk kerja-kerja premis, jalan raya, serta kerja-kerja perparitan atau saliran malah ianya turut melibatkan sama kerja-kerja penyelenggaraan pokok. Pihak Majlis Perbandaran Muar turut memaklumkan, Bentayan juga sedia maklum melalui pihak MPM bahawanya pihak Pegawai Kewangan Negeri juga telah pun meluluskan sejumlah peruntukan sejumlah RM1.3 juta untuk akan disalurkan untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pokok serta kerja-kerja yang berkaitan. Yang Berhormat Puan Speaker, namun demikian Bentayan juga mendapati bahawa terdapat beberapa kekurangan melalui aspek pelaksanaan kerja berikutan pelaksanaan bagi kerja-kerja penyelenggaraan ini hanya di laku oleh sebuah syarikat kontraktor sahaja, yang dilantik melalui proses perolehan iaitu secara tender terbuka bagi setiap tahun. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kadar aduan bagi kerja-kerja penyelenggaraan pokok ini adalah merupakan di antara aduan-aduan yang sering kali dikemukakan serta yang paling tinggi jumlahnya di MPM. Oleh kerana kaedah pelaksanaan yang dibenarkan adalah dengan hanya melantik sebuah syarikat kontraktor sahaja. Sebagai bandar perlaksanaan yang mana akan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan tersebut bagi seluruh kawasan-kawasan yang terlibat di sekitar daerah Muar, iaitu telah menyebabkan responds time dengan izin, akan menjadi lewat daripada dari tarikh aduan dan kelewatan di dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan tersebut. Berikutan teguran penyelia-penyelia yang berkaitan terhadap tahap kualiti kerja yang tidak menepati spesifikasi kerja yang telah diberikan, selain wujudnya kes-kes tangkapan oleh pihak penguat kuasa MPM disebabkan atas ada di antara mereka yang dikenakan tindakan undang-undang di atas kesalahan-kesalahan yang telah mereka lakukan. Antaranya kesalahan membuang sisa-sisa pokok di lokasi yang tidak dibenarkan dan lain-lain lagi yang berkaitan.
Yang Berhormat Puan Speaker, justeru Bentayan ingin mencadangkan agar pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan tersebut tidak hanya di laku oleh sebuah syarikat kontraktor sahaja, malah ianya perlu dilaksanakan sekurang-kurang oleh 2 buah syarikat kontraktor mahupun lebih pada tahun-tahun hadapan dengan pindaan baru iaitu mensyaratkan tatacara perolehan yang akan melantikkan syarikat kontraktor kelas G1 kerana bukan sahaja respond time dengan izin dan tarikh aduan akan menjadi jauh lebih cepat malah ianya juga dapat membantu melancarkan kembali pertumbuhan ekonomi untuk syarikat-syarikat kontraktor selain membuka peluang-peluang baru kepada lebih ramai lagi syarikat kontraktor kelas G1 yang ada di daerah Muar. Yang Berhormat Puan Speaker, akhir kata Bentayan adalah dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Bentayan dengan ini menyokong agar cadangan Belanjawan Negeri Johor pada tahun 2020 ini untuk diterima. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada YB Bentayan. Ahli-Ahli Yang Berhormat, persidangan ini saya tangguhkan sehingga esok 26 November 2019 jam 9.30 pagi. Persidangan ditangguhkan pada jam 4.44 petang.
Pegawai-Pegawai Bertugas:
Jurutulis Cik Hajah Shubanah binti Yusuf, SIJ., PIS.
Penolong Jurutulis Encik Hasnul Atmam bin Othman Puan Farrah Diana binti Mohammad
Ketua Unit Dewan Puan Hajah Asiah binti Moklis, PSI.
Pembantu Penerbitan Puan Malina binti Mohd Nasir Puan Noraisah binti Mohd Yusof Encik Ariff bin Abu Bakar
Pembantu Operasi (Bentara) Encik Razine bin Sulaiman Encik Hamdan bin Markom Encik Norhayadi bin Hussien Encik Muhamad Khirunizam bin Pahmi Encik Mohd Norazri bin Kasim Encik Mohd Sapri bin Manan Encik Muhamad Khairul Asyraf bin Abdullah Encik Muhammad Khairul bin Arop
Setiausaha Pejabat (Pelapor Dewan) Puan Hajah Zalinah binti Ali, PSI. Puan Hajah Azlin binti Bahrin Puan Hajah Saniah binti Kassim Puan Hajah Rumiah binti Sumirono Puan Zahiti binti Muhamad Hamdi Puan Siti Rojimah binti Abd. Razak Puan Hajah Haironisha binti Zainal Abidin Puan Junaidah binti Paing Puan Shuriati binti Abdul Hajar Puan Norlydialina binti Ithnin Puan Norhafizah binti Osman Puan Raihanah binti Ismail
Rakaman Encik Nor Risam bin Esa Encik Azizan bin Md. Sidi Encik Khairul Annuar bin Umar Usman
Juruaudio Video Encik Noorazhan bin Mohd Salleh Encik Ismail bin Abu Bakar