Johor · 27 November 2019
2nd session, 3rd meeting · 387 turns · 44,704 words · official PDF ↗
ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.
Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Tuan Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat sejahtera. (Bacaan selawat).
Dukacita dimaklumkan bahawa Yang Berbahagia Dato’ Haji Baharom bin Haji Abdul Ghani telah kembali ke rahmatullah pada 26 November 2019. Allahyarham telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Tanjung Kupang selama dua penggal mulai 25 April 1995 hingga 4 Mac 2004. Dewan ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato’ Haji Baharom bin Haji Abdul Ghani dan marilah kita sama-sama mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Sebagai penghormatan terhadap khidmat Allahyarham, marilah kita berdiri membacakan Al-Fatihah bagi orang Islam dan bertafakur bagi yang bukan Islam. (Dewan bertafakur) Alhamdulillah, terima kasih.
Soalan-Soalan Lisan.Questions
Yang Berhormat Kempas, jemput.
Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam harapan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor 1.
Kejadian bekalan air terputus di beberapa kawasan di negeri Johor ini sering berlaku. Apakah tindakan jangka panjang untuk mengatasi di samping tindakan terhadap syarikat konsesi untuk menjalankan kerja-kerja bekalan iaitu SAJ Ranill supaya lebih efisien serta menambahbaik lagi?
Yang Berhormat Machap, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 2.
Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri Johor dan Syarikat SAJ Ranhill dalam memastikan bekalan air sentiasa mencukupi kepada rakyat untuk tahun akan datang.
Yang Berhormat Pulai Sebatang, jemput.
Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 3.
Dalam memastikan bekalan sumber air mentah mencukupi bagi keperluan rakyat Johor, apakah usaha dan langkah-langkah yang akan diambil semasa berlakunya cuaca panas kering yang menyebabkan paras air di empangan menurun seperti yang berlaku pada bulan Ogos hingga September 2019?
Jemput YB EXCO.
Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya menjawab ketiga-tiga soalan ini secara bersekali. Gangguan bekalan air yang berlaku boleh disebabkan atas dua faktor iaitu berpunca daripada ketidakcukupan bekalan air mentah dan juga kemerosotan kualiti air mentah yang berlaku pada sumber air. Selain itu, gangguan operational juga boleh berlaku akibat kerja-
kerja terancang oleh pihak operator air, pihak Ranhill SAJ ataupun kejadian paip pecah. Namun begitu, kesemua insiden yang melibatkan operational dapat diatasi oleh pihak Ranhill SAJ dalam masa yang ditetapkan. Manakala bagi gangguan yang tidak dirancang, pihak operasi air selaku operator pembekalan air telah melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan bekalan air dapat disalurkan kepada pengguna terbabit dalam masa yang tersingkat. Justeru, dalam memastikan pembekalan air yang berterusan dan efisien kepada pengguna, pihak Ranhill SAJ telah menyenaraikan kerja-kerja jangka pendek dan panjang yang perlu dilaksanakan dalam setiap perancangan perniagaan mengikut tempoh operasi yang telah ditetapkan untuk kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) termasuklah pembinaan loji rawatan air baharu dan juga program penggantian paip lama selain daripada menaik taraf sistem bekalan air yang sedia ada. Kebanyakan kerja-kerja tersebut telah dilaksanakan oleh pihak Pengurusan Aset Air Berhad selari dengan Dasar Penstrukturan Semula Bekalan Air Negara.
Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi menangani isu yang berlaku pada sumber air mentah termasuklah perlanggaran kualiti air, kerajaan negeri melalui BAKAJ telah memulakan tindakan tegas dan tidak kompromi terhadap mereka yang mencemarkan sumber air dengan insiden pencemaran ammonia. Kali terakhir adalah pada April tahun 2019 yang mengakibatkan loji-loji rawatan air di sepanjang Sungai Johor tidak dapat beroperasi selama 96 jam. Kerajaan Johor telah mengambil tindakan dengan membatalkan Lesen Ekstraksi Air ke kilang tersebut selama 8 minggu dan memberi kompaun bernilai RM150,000.00. Lanjutan daripada insiden tersebut, pada Jun 2019, kerajaan Johor juga membuat keputusan untuk tidak lagi memproses permohonan lesen atau pembaharuan Lesen Ekstraksi Air daripada pengilang-pengilang sawit yang telah mencemarkan sumber-sumber air kita. Kerajaan Johor juga berusaha memastikan bekalan air mentah adalah mencukupi bagi membolehkan Ranhill SAJ dapat membekalkan air terawat berjumlah 1,800 juta liter sehari (MLD) namun dengan, namun ini dipengaruhi juga oleh perubahan cuaca. Maka, kerajaan Johor sedang dan akan melaksanakan beberapa tindakan bagi bekalan air mentah berterusan kepada operator air serta memastikan paras air di empangan-empangan adalah stabil.
Yang Berhormat Tuan Speaker, di antara tindakan-tindakan yang sedang diambil adalah seperti berikut:
1. Mengepam berterusan air mentah dari Empangan Seluyut ke Empangan Upper Layang dan Empangan Lebam. 2. Pengepaman berterusan air mentah dari Sungai Johor ke Empangan Upper Layang. 3. Pengepaman berterusan air mentah dari Sungai Linggiu ke Empangan Congok di Mersing.
Selain daripada itu, tindakan-tindakan yang akan dilaksanakan menerusi peruntukan belanjawan negeri 2020 adalah:
1. Melaksanakan program pembenihan awan dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia dengan kos RM1 juta. 2. Melaksanakan pengepaman air mentah dari Kolam Tasik Biru dan Sungai Tiram ke Empangan Upper Layang. 3. Program Pengurangan Air Tidak Berhasil (NRW). 4. Program Kesedaran Penjimatan Air oleh pihak operator air, Ranhill SAJ.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Ranhill SAJ juga akan berusaha untuk mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) daripada kadar 25% sekarang ke 23.9%. Selain daripada itu, rakyat perlu sedar akan kepentingan dan perlunya menggunakannya secara berhemah. Adalah digalakkan agar rakyat mula mengurangkan penggunaan air terawat daripada 220 liter per kapita kepada 210 per kapita. Pengurangan hanya 10 liter per kapita ini dapat menjimatkan air sebanyak 81.72 MLD sehari.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan Johor juga akan mengaktifkan semula balik Majlis Sumber Air Negeri (MSAN) dengan kerjasama antara JPS dan BAKAJ dalam mengenal pastikan sumber-sumber air baru dan melindungi sumber air yang sedia ada. Oleh yang demikian, Majlis ini akan dianggotai oleh pakar-pakar yang terdiri daripada pihak akademik mahupun korporat bagi memastikan kelestarian bekalan air pada masa depan lebih terjamin. Selain daripada itu juga, usaha daripada operator bekalan air, kerajaan negeri dan kerajaan pusat juga telah mengambil inisiatif melaksanakan beberapa projek bagi mengatasi masalah kekurangan air akibat cuaca kemarau dan juga melalui tekanan kepada pertambahan permintaan yang tinggi disebabkan pertambahan penduduk dan pembangunan pesat di sektor industri dan komersial.
Yang Berhormat Tuan Speaker, ingin saya tegaskan juga di sini bahawa sebarang kekurangan bekalan air pada sekitar bulan Ogos dan September 2019 yang lalu ini adalah disebabkan oleh dua situasi iaitu kekurangan taburan hujan atau panas melampau dan sekiranya ramai yang tanya ini, sekiranya ada hujan pun, hujan tersebut tidak mestinya turun dan masuk pada kawasan tadahan air atau empangan air yang sedia ada.
Masa dah 6 minit Yang Berhormat...
Panjang ini, komprehensif Speaker.
Bagi satu minit lagi.
Seterusnya, pembangunan yang telah dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri dan kerajaan pusat pada masa kini adalah Projek Pemindahan Air Mentah Layang 2 Fasa 2 dari Empangan Seluyut ke Empangan Upper Layang oleh kerajaan negeri, penyaluran air mentah dari muka sauk dari Ulu Sungai Sedili Besar ke Empangan Seluyut oleh kerajaan persekutuan bagi daerah Johor Bahru dan pembinaan Empangan Kahang serta Loji Rawatan Air Kahang yang baru serta Sistem Agihan Bagi Daerah Kluang. Rancangan jangka panjang daripada kajian berkenaan bagi memenuhi permintaan bekalan air di daerah Johor Bahru terutamanya kawasan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar adalah melalui pembinaan Empangan Ulu Sedili Besar dengan anggaran kos sebanyak RM300 juta. Hasil daripada pembinaan ini dijangka dapat meningkatkan kapasiti bekalan air mentah sebanyak 1,167 juta liter sehari.
Antara kerja-kerja utama yang terlibat untuk kita terus menaik taraf air di Johor termasuklah pembinaan LRA Pagoh di Muar, pembinaan LRA Buluh Kasap di Segamat yang sekarang sudah masuk peringkat testing and commissioning dan dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada Februari 2020, pembinaan LRA Kahang sedang dalam peringkat pembinaan, pembinaan LRA Layang 2 Johor Bahru yang akan dijangka mula pembinaan pada awal tahun 2020. Menaik taraf empat projek yang telah dinaiktarafkan yang telah siap termasuklah LRA Iskandar, LRA Sembrong Barat, Kluang; LRA Sungai Lebam, Kota Tinggi dan juga LRA Bukit Serampang, Muar dan di Segamat pula LRA Pemanis adalah dalam peringkat akhir pembinaan dan juga LRA Air Panas C di Segamat juga dijangka pembinaan akan bermula pada tahun 2020. Semoga dengan segala perancangan pelaksanaan projek-projek yang disenaraikan dapat mendatangkan manfaat secara keseluruhannya kepada rakyat di negeri Johor. Terima kasih Tuan Speaker.
Ya Kempas.
Air adalah satu sumber yang amat mustahak dalam kehidupan kita sehari-harian. Kegunaan air ini bukan hanya kalau terputus ataupun kekurangan akan melibatkan soal kegunaan domestik bahkan juga dalam soal komersial, contohnya, kilang-kilang, perkapalan dan sebagainya. Negeri Johor adalah negeri yang mengenakan tarif air yang tertinggi di kalangan negeri-negeri lain iaitu RM0.80/1,000 mililiter dibandingkan Pulau Pinang yang membeli air daripada Kedah hanya RM0.34 dan begitu
juga Selangor. Sedangkan Johor ini dikelilingi oleh sungai. Saya rasa dalam soal ini tidak timbul sepatutnya kekurangan air kerana tidak cukup air mentah, gangguan operational, paip bocor kerana ini sudah lama.
Soalannya Yang Berhormat?
Saya melihat pemantauan yang berkala tidak dilaksanakan oleh pemegang konsesi bekalan air iaitu Ranhill SAJ. Kalau air, paip bocor peruntukannya begitu banyak. Yang dipungut daripada mereka-mereka yang hendak menggunakan air ini contohnya wang deposit. Kita di negeri Johor ini banyak pembangunan, saya rasa bukan ratusan juta boleh, bilion dipungut...
Soalan Yang Berhormat, soalan..
Apakah, jadi gunakanlah wang itu. Saya tak nak tengok ada reason seperti ini timbul kerana hanyakan semata-mata syarikat ini nak mengaut keuntungan sedangkan kebajikan untuk rakyat negeri Johor ini tidak diabaikan.
Apakah...
Saya lihat tidak ada tindakan-tindakan tertentu dibuat selama ini dan saya nak tahu daripada syarikat ini kerana baru-baru ini syarikat ini telah mengemukakan untuk menaikkan lagi tarif air...
Apakah soalan Yang Berhormat...dah dua minit dah ni.
Saya kena terangkan dulu. Kalau tak ada, ramai yang tak faham nanti. Bukan sahaja kita tak faham, di luar sana, especially di syarikat yang buat konsesi dia tak faham. Beribu kali cakap dengan dia, macam dia tak faham. Ada orang depan kita ini, dulu dia tahu buat aje kolam air, tapi tak ada treatment water plan.
Soalan Yang Berhormat, nanti sebelah sini bangkit dah tambah masa lagi Yang Berhormat.
Adakah syarikat ini..
Ha, adakah..
Memberikan kata putus dan memberikan keyakinan kepada rakyat Johor khususnya tidak akan menaikkan lagi kadar tarif air...
Ok, Yang Berhormat..
Dan, juga sekiranya ada berlaku seperti apa yang berlaku seperti yang dinyatakan oleh YB Pengerusi Perdagangan Antarabangsa ini tidak berlaku lagi ini. Tindakan-tindakan...kerana kalau kita lihat pada hari ini contohnya di Kahang, ada takungan air tetapi tak ada dengan izin, water treatment plan dan itu akan dibuat oleh PAAB. Saya rasa...
Ok, Yang Berhormat.
PAAB akan mengenakan tarif air. Jadi minta supaya kata putus sama ada SAJ Ranhill ini tidak naikkan tarif air dalam jangka masa panjang.
Terima kasih Yang Berhormat.
Keyakinan kepada kita semua.
Terima kasih Yang Berhormat. Jemput Yang Berhormat EXCO. Anak buah dulu ni.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, sebenarnya soalan asal lebih kepada bekalan air tapi sudah lari kepada tarif. Tapi tidak apalah, saya hanya nak...
Bukan soal tarif, saya nak tanya segala-galanya. Soal macam mana nak improvekan benda ini dan juga tarif air pastikan tidak naik.
Anak murid, anak murid. (Dewan ketawa). Beri peluang anak murid jawab dulu.
Ok, tak apa, tak apa. Boleh, boleh.
Ok, jemput.
Pertama, mungkin kita sentuh dulu berkenaan dengan isu macam mana kita nak mengelakkanlah daripada gangguan air. Seperti yang saya katakan tadi, banyak faktor terlibat kadang-kadang isu cuaca, kadang-kadang paip bocor. Pihak SAJ, saya telah dimaklumkan akan mengadakan operasi untuk menggantikan lebih banyak paip air dalam masa yang terdekat. Dan, tentunya sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kita akan memantau bersama juga dengan SPAN, bersama-sama untuk memastikan insiden-insiden seperti ini dapat dikurangkan.
Untuk isu tarif air ni, saya hanya boleh nyatakan di sini, tarif air ni sebenarnya dia adalah ditentukan oleh pihak SPAN, melalui satu kaedah panggil TSM, Tariff Setting Mechanism. So, apa yang berlaku ialah pihak operasi air di seluruh Malaysia setiap negeri termasuklah Ranhill SAJ akan mengemukakan business plan mereka kepada pihak SPAN dan selepas itu dalam business plan mereka kemungkinan akan menyentuh sama ada perlu untuk menaikkan tarif air dan pihak SPAN akan tentukan sama ada itu adalah munasabah berdasarkan kepada business plan pihak operasi air dan juga jangkaan kos yang terlibat. Untuk sementara masa ini, pihak kerajaan Johor ni, kita masih belum masuk sampai peringkat terakhir untuk apa-apa perbincangan dengan pihak SPAN berkenaan dengan isu ini. Sekian, terima kasih.
Machap.
Yang Berhormat Tuan Speaker, apakah betul ya. Apakah..
Jelas ya, apakah.
Apakah yang dilakukan oleh kerajaan negeri Johor mahupun pihak-pihak yang berkaitan terhadap pihak yang menceroboh di kawasan yang telah digazetkan sebagai kawasan tadahan air hujan ataupun kawasan empangan seperti di Machap, di mana mereka telah menanam sawit ataupun menanam tanaman komersial dan apakah tindakan yang dilakukan? Sebab kawasan ini telah diwartakan sebagai kawasan warta bagi empangan tapi mereka telah menceroboh. Apakah tindakan yang dilakukan? Terima kasih.
Jemput, YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, ini adalah satu soalan yang cukup menarik
daripada Yang Berhormat Machap, yang juga telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Yong Peng dalam isu-isu pencerobohan kepada kawasan tadahan air dan empangan-empangan Johor. Sememangnya pihak BAKAJ peka dan mengetahui isu-isu ini bersama dengan JPS dan dia akan memberi kesan kepada jumlah tadahan air yang dapat kita kumpul di kawasan tadahan air dan pihak kami telah membuat perbincangan dengan pegawai daerah dan juga pejabat tanah untuk kita mengenal pasti parti-parti yang salah ni dan kita akan mengambil tindakan dengan mengeluarkan notis sekiranya diizinkan dengan kerjasama pejabat tanah untuk kita cuba menghalau mana-mana penceroboh yang masuk secara haram. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat boleh ambil kesempatan masuk di tasik di dalam Machap tu. Memang apa yang disebut oleh Machap tu, memang ada kebenarannya, boleh buat lawatan di situ macam mana pencemaran itu berlaku, tanaman kelapa sawit di sekitar tasik tu, lembu-lembu yang dibela di sekitar tu, mungkin boleh membantu.
Nanti saya akan menjemput Yang Berhormat Machap bersama.
Soalan seterusnya Penggaram, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 4.
Johor adalah antara negeri yang telah mencatat kes denggi yang tinggi di Malaysia. Sila maklumkan berkenaan kes yang telah direkodkan pada tahun ini di setiap daerah dan usaha kerajaan negeri melalui jabatan kesihatan bagi mengatasi masalah denggi di negeri Johor?
Jemput, YB EXCO.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk makluman semua Ahli Dewan yang mulia ini, sebanyak 9,491 kes dicatatkan di seluruh negeri Johor sehingga 9 November 2019. Bilangan kes di daerah Johor Bahru mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 7,043 kes diikuti oleh daerah Kluang, 560 kes; Kulai, 450 kes; Batu Pahat, 355 kes; Kota Tinggi, 220 kes; Muar, 217 kes; Segamat, 207 kes; Tangkak, 164 kes; Pontian, 142 kes dan Mersing, 133 kes.
Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah mendapat kerjasama yang sangat baik dan sokongan daripada kerajaan negeri Johor melalui aktiviti-aktiviti pencegahan dan kawalan serta penguatkuasaan yang dilakukan secara bersepadu dengan Pihak Berkuasa Tempatan. Kedua-dua jabatan kesihatan negeri dan kerajaan negeri berkongsi beban dan tanggungjawab baik dari segi sumber manusia, aset dan racun. Antara langkah-langkah yang telah diambil adalah bagi mengatasi masalah kes demam denggi adalah:
1. Edaran surat alert denggi. Surat alert kenaikan kes denggi telah diedarkan kepada kerajaan negeri dan pejabat kesihatan daerah bagi mengingatkan Pihak Berkuasa Tempatan dan daerah untuk meningkatkan aktiviti pencegahan dan kawalan aedes. Surat-surat ini telah dikeluarkan pada Disember 2018 dan Julai 2019. Semua fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta juga telah diberikan peringatan tentang kenaikan kes denggi melalui surat yang telah diedarkan pada 20 Januari 2019 dan 12 Ogos 2019, bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan pesakit denggi.
Surat hebahan langkah pencegahan demam denggi di semua jabatan agama di daerah-daerah dalam negeri Johor telah diedarkan pada 27 Januari 2019. Surat hebahan ini juga diedarkan kepada gereja, tokong dan kuil di seluruh negeri Johor. Teks maklumat berkenaan demam denggi telah diedarkan ke semua pejabat kesihatan daerah di negeri Johor pada 5 Mei 2019, melalui e-mel untuk dihebahkan
di semua masjid dan surau semasa solat tarawih, solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri.
2. Mesyuarat Pengurusan Wabak Denggi Peringkat Negeri Johor. Mesyuarat Jawatankuasa Petugas Khas Denggi Peringkat Negeri Johor telah diadakan sebanyak 2 kali pada tahun ini iaitu pada 19 Februari 2019 dan 25 September 2019 yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor. Mesyuarat ini melibatkan Jabatan Kesihatan Negeri Johor, pejabat-pejabat kesihatan daerah, Pihak Berkuasa Tempatan setiap daerah, SW Corp, CIDB, COMBI, pegawai-pegawai daerah, ahli-ahli majlis, agensi-agensi kerajaan lain seperti Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Imigresen, Jabatan Penerangan Negeri, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Kerja Raya, Persatuan Pengilang-Pengilang Malaysia dan KEJORA.
Mesyuarat Pengurusan Wabak Denggi Peringkat Negeri Johor turut diadakan sebulan sekali bagi mengenal pasti kelemahan dan perkara-perkara yang boleh ditambah baik di dalam kawalan denggi di kawasan wabak. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Bahagian Kesihatan Awam atau Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Jabatan Kesihatan Negeri Johor. Selain itu, bagi daerah-daerah yang mengalami wabak, Mesyuarat Tindakan Wabak Daerah turut diadakan.
3. Mobilisasi anggota kawalan denggi. Memandangkan daerah Johor Bahru mempunyai bilangan kes dan lokaliti wabak tertinggi di negeri Johor, pasukan bantuan dari daerah-daerah telah dimobilisasikan ke daerah Johor Bahru dari awal tahun 2019 sehingga kini. Ianya melibatkan 9 pasukan bantuan daerah bagi membantu di dalam aktiviti kawalan denggi.
4. Aktiviti penguatkuasaan. Sebanyak 15 Operasi Gempur Aedes telah dijalankan tahun ini, yang melibatkan semua daerah di negeri Johor dari bulan Januari 2019 sehingga bulan Oktober 2019. Beberapa Operasi Penguatkuasaan Premis Individu (OPPI) turut dilaksanakan pada tahun ini. Aktiviti susulan dilaksanakan setiap minggu pada minggu-minggu berikutnya sehingga 10 November 2019 sebanyak 494,914 premis telah diperiksa. 241 perintah Notis Seksyen 8 telah dikeluarkan dan 4,901 kompaun telah dikeluarkan.
5. Aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk aedes. Aktiviti search and destroy adalah antara aktiviti utama di dalam usaha menangani peningkatan kes denggi di negara ini. Aktiviti ini juga adalah bertujuan untuk mendapatkan penyertaan masyarakat untuk turut sama membersihkan persekitaran tempat tinggal atau tempat kerja masing-masing agar bebas dari tempat pembiakan nyamuk aedes. Sehingga 31 Oktober 2019, sebanyak 1,144 aktiviti cari dan musnah oleh COMBI telah dijalankan di seluruh negeri Johor yang melibatkan 47,249 orang secara keseluruhannya. Program gotong royong mega telah dilaksanakan sebanyak 2 kali pada tahun ini yang dijalankan serentak di setiap daerah di seluruh negeri Johor. Program ini adalah program kebangsaan yang turut dilaksanakan serentak di seluruh negara.
Dah 6 minit Yang Berhormat.
Sikit lagi. Hebahan umum dan promosi kesihatan. JKNJ turut mengadakan hebahan umum berkaitan pencegahan penyakit demam denggi kepada masyarakat melalui slot ceramah radio serta media sosial. Hebahan dilakukan melalui slot ceramah Radio Johor FM telah dijalankan sebanyak 5 kali pada tahun ini. Hebahan melalui media sosial turut dilakukan secara berkala khususnya melalui page info Denggi Johor dan FB Live. Selain daripada itu, hebahan awam
turut dilaksanakan melalui Unit Bergerak di lokaliti wabak dan edaran teks pencegahan denggi di pusat ibadah dan sekolah.
Sambutan Hari Denggi ASEAN Peringkat Negeri telah dilaksanakan pada 8 September 2019 yang lalu. Sambutan ini yang bertemakan End Dengue Starts With Me, bertujuan untuk mewujudkan inisiatif, advokasi dalam membanteras demam denggi secara bersepadu serta meningkatkan iltizam dan usaha berterusan semua pihak yang terlibat bagi mencegah kejadian denggi ini. Kempen masjid bebas denggi juga telah diadakan pada tahun ini.
Selain itu, aktiviti kawalan nyamuk aedes seperti aktiviti pemusnahan tempat pembiakan, aktiviti semburan terminal fogging serta aktiviti adverse siding akan dijalankan seperti biasa dalam tempoh 24 jam sehingga 3 hari di dalam lingkungan 200 hingga 400 meter radius dari kawasan rumah kes selepas kes denggi didaftarkan. Aktiviti ini dijalankan oleh pejabat kesihatan daerah dan dibantu oleh agensi-agensi lain terutamanya daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Namun begitu, peningkatan kes denggi turut dipengaruhi oleh faktor-faktor yang berada di luar kawalan JKNJ antaranya adalah faktor mobilisasi penduduk, faktor tingkah laku masyarakat, faktor cuaca serta faktor stereotype virus denggi yang dibawa oleh nyamuk aedes. Oleh itu, dalam usaha menangani peningkatan kes denggi di negeri ini kerjasama daripada semua peringkat masyarakat serta agensi amatlah diperlukan. Semoga dengan kerjasama ini kes denggi di negeri Johor dapat diturunkan. Terima kasih.
Ya, Penggaram, jemput.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO Kesihatan, di sini Penggaram ingin tahu selain daripada edarkan surat-surat kepada jabatan-jabatan atau individu, di manakah kebanyakan lokasi yang dapat jentik-jentik pembiakan nyamuk. Jadi, adakah satu punca tanah terbiar atau rumah terbiar menjadi satu punca tempat pembiakan nyamuk?
Jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat Penggaram, sebenarnya, apabila kita lakukan program-program pencegahan ini majoritinya adalah di taman-taman dan juga rumah-rumah. Tetapi untuk makluman, sebagai contoh kita buat di Taman T6, di T6 rumah kosong bersih, tak ada jentik-jentik tetapi rumah yang mempunyai penduduk atau ada orang di dalam, itu yang ada masalah. Jadi untuk itu, baru-baru ini kita telah mengadakan satu program bersama dengan Kejiranan 6, Pasir Gudang melalui KRT dan kita telah pun memohon kepada Jabatan Perpaduan Negara dan dapat persetujuan dari Pengarah Jabatan Negeri Johor, bahawa kita akan jadikan 813 KRT yang ada di seluruh negeri Johor ini sebagai salah satu kumpulan yang merupakan sukarelawan COMBI bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat, seterusnya untuk memastikan bahawa demam denggi ini tidak merebak untuk tahun hadapan. Insya-Allah.
Buluh Kasap, jemput.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO yang memberikan penjelasan yang saya fikir sangat jelas tentang langkah-langkah yang dijalankan oleh pihak kerajaan berkenaan dengan penularan kes denggi. Dan, saya fikir dalam perkara ini kesedaran kepada masyarakat bukan hanya kepada pencegahan dan bahaya denggi. Tetapi saya fikir kesedaran untuk bersama-sama menangani penularan ataupun masalah bersama masyarakat ini.
Jadi, persoalan saya ialah apakah langkah-langkah yang dijalankan oleh kerajaan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk bersama-sama dalam program-program anjuran sama ada oleh agensi kerajaan ataupun NGO, sama ada gotong royong dan sebagainya untuk masyarakat bersama-sama sebab kadang-kadang kita lihat bila gotong-
royong atau ceramah ini, masyarakat yang menganjurkan ataupun kakitangan kerajaan yang ramai, kadang-kadang orang sebelah rumah pun tak keluar untuk dengar dan bersama-sama gotong-royong. Jadi, apa langkah kerajaan? Sekian, terima kasih.
Langkah untuk menarik lebih ramailah maknanya.
Ya.
Terima kasih Yang Berhormat Buluh Kasap. Saya ucapkan tahniah kepada daerah Segamat kerana setakat hari ini tiada pun satu kes kematian dilaporkan di kawasan Segamat. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Tuan Speaker dan semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, seperti saya maklumkan tadi sebagai contoh di Taman T6, Taman Sri Lambak. Berapa isu kita maksudnya, bila kita isytiharkan wabak, tiada masyarakat setempat yang keluar yang hanya ada ialah beberapa pegawai-pegawai kerajaan daripada Majlis Daerah, Jabatan Kesihatan dan juga Pejabat Daerah.
Buluh Kasap datang tak masa tu?
Ha?
Buluh Kasap datang tak?
Buluh Kasap? (Ketawa). Ini di Sri Lambak, Kluang dan isunya ialah sekarang ni bila ada kematian, yang pertama pun masih tak ada masyarakat setempat keluar. Bila ada kematian yang kedua baru masyarakat keluar. Jadi, di sini antara yang penting ialah sikap masyarakat setempat itu sendiri bagi memastikan bahawa kesedaran itu perlu bermula di rumah. Sebab itu sekarang ini Jabatan Kesihatan mulai tahun hadapan kita melalui COMBI akan memastikan setiap satu rumah ada seorang sukarelawan COMBI.
Satu, kita akan mula dengan KRT di mana yang tadi saya sebutkan kita ada 813 KRT untuk bergerak di seluruh negeri Johor dan seterusnya kita akan memastikan bahawa JKP, Jawatankuasa Penduduk dapat berfungsi juga sebagai agen pencegahan dan menyampaikan maklumat kepada masyarakat bahawa bahayanya aedes itu. Jadi, insya-Allah untuk makluman semua, perkara ini kita dah jalankan dan kita akan memastikan dapat kerjasama dari Pihak Berkuasa Tempatan dan juga pihak KRT. Insya-Allah, kita doa sama-sama untuk tahun hadapan bahawa isu denggi ini kita dapat selesaikan dan dapat kurangkan, insya-Allah. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Perling, jemput.
Yang Berhormat Speaker, soalan saya soalan ke 5.
Apakah peranan masyarakat dalam konteks memelihara dan memperkukuhkan perpaduan?
Jemput, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Speaker dan Yang Berhormat Perling. Soalan ialah mengenai peranan masyarakat dalam perpaduan. Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada berbilang kaum, perpaduan menjadi pra-syarat utama bagi memastikan kestabilan dan kemakmuran negara. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk merealisasikan agenda perpaduan di negeri ini atau dalam kata lain, perpaduan adalah tanggungjawab bersama-sama. Ini bermaksud tidak seorang pun daripada kita yang terlepas daripada memikul tugas dan tanggungjawab untuk memastikan negara kita terus
dalam keadaan aman, makmur dan harmoni. Salah satu entiti sosial yang mempunyai peranan yang signifikan dalam memupuk dan memperkukuhkan perpaduan ialah masyarakat. Oleh yang demikian, sebagai anggota masyarakat yang cinta perpaduan, kita mestilah memainkan peranan dengan sebaik-baiknya untuk mendukung dan merealisasikan aspirasi perpaduan kerajaan.
Bagi mencapai tujuan tersebut, antara peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat ialah:
1. Kita mestilah sentiasa bersyukur dan menghargai nikmat keamanan dan kemakmuran yang telah dinikmati selama ini. Jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang sentiasa dalam pergolakan dan peperangan, negara kita sejak sekian lama hidup dalam keadaan yang aman harmoni. Maka adalah menjadi tugas dan tanggungjawab semua yang memastikan perpaduan ini sentiasa dipelihara dan diperkukuhkan dari semasa ke semasa.
2. Masyarakat mestilah sentiasa memelihara, memupuk dan menjalinkan perpaduan yang erat antara satu sama lain. Sepanjang 62 tahun merdeka, negara kita telah banyak mengalami pelbagai cabaran dalam pembangunan negara. Walau bagaimanapun, isu-isu ini telah dapat ditangani dan diurus dengan sebaik-baiknya oleh pihak kerajaan. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya perlulah memecahkan tembok perbezaan kaum antara satu sama lain demi membentuk perpaduan yang diidamkan.
3. Masyarakat juga mestilah berfikir dan bertindak secara rasional dan matang khususnya dalam menghadapi isu-isu yang sensitif yang menyentuh soal agama, kaum, bahasa dan lain-lain. Tindakan-tindakan yang mengikut emosi dan sentimen semata-mata tidak dapat dikawal akan menggugat semangat perpaduan yang sedia terjalin.
4. Masyarakat perlu melibatkan diri secara aktif dalam program atau aktiviti perpaduan. Sebagai contoh, amalan rumah terbuka dan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong merupakan saluran yang efektif untuk menyemai benih perpaduan. Melalui rumah terbuka, kita dapat bergaul mesra dengan kaum lain sempena hari perayaan masing-masing di samping memahami budaya dan adat resam mereka. Melalui aktiviti kemasyarakatan pula, masyarakat dapat bekerjasama menjayakan sesuatu program.
5. Sebagai masyarakat kita perlulah sentiasa mempunyai patriotik dan jati diri yang tinggi terhadap negara. Walaupun apa juga yang berlaku, kita mestilah sentiasa mempertahankan kedaulatan negara kita daripada diganggu oleh anasir-anasir yang negatif.
6. Sentiasa berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara yang menjadi tonggak kepada perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
7. Menumpukan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada raja dan negara. Malaysia adalah sebuah pemerintahan raja yang berperlembagaan dan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ialah ketua negara yang berdaulat. Selaras dengan kedudukan tersebut, maka seluruh rakyat hendaklah menumpukan sepenuh kesetiaan kepada raja dan negara.
8. Sebagai masyarakat yang sayangkan perpaduan, sesungguhnya juga memainkan peranan untuk menyokong dasar-dasar yang telah digubal oleh kerajaan. Kita semua perlu sedar bahawa usaha untuk memupuk dan memperkukuhkan perpaduan bukanlah satu tugas yang mudah dan boleh dicapai dalam masa yang singkat. Sebaliknya, perpaduan adalah merupakan satu usaha berterusan dan memerlukan komitmen serta kesungguhan daripada semua pihak agar ianya terus subur dan jitu.
Kesimpulannya, semua rakyat perlulah menggembleng tenaga tanpa prejudis atau sebarang konspirasi demi menjaminkan kesejahteraan negara. Negara Malaysia tidak akan maju sekiranya tabiat tidak kisah semakin menebal dalam sanubari majoriti masyarakat. Setiap orang perlulah sedar bahawa mereka memainkan peranan dan menggalas tanggungjawab untuk menjana kecemerlangan negara. Terima kasih.
Ya Perling, jemput soalan tambahan.
Terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat EXCO. Jadi, soalan terus, apakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan daripada pihak kerajaan untuk meningkatkan perpaduan di kalangan rakyat kita? Terima kasih.
Jemput.
Terima kasih Yang Berhormat Perling. Kerajaan ada sediakan beberapa instrumen ataupun jabatan untuk memikul perpaduan tetapi yang penting ialah peranan masyarakat. Masyarakat boleh memainkan peranan yang penting dalam beberapa aktiviti tetapi yang asalkan ialah campur gaul dengan masyarakat-masyarakat lain, kaum-kaum dan agama-agama lain. Mereka mesti sama-sama terlibat dalam aktiviti, itu yang penting.
Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan ialah aktiviti sosial, keselamatan seperti yang dilakukan oleh KRT, ekonomi, pendidikan, kebajikan, agama, media, komuniti, patriotisme, kesenian dan kebudayaan, perdampingan sosial dan seperti EXCO Kesihatan nyatakan bahawa kesihatan. Semua masyarakat boleh juga terlibat dalam isu-isu kesihatan untuk kebaikan masyarakat dan juga alam sekitar dan juga rekreasi. Terima kasih.
Ya, Layang-Layang.
Soalan tambahan.
Layang-Layang, jemput, jemput.
Terima kasih. Dalam konteks nak memelihara dan memperkukuhkan perpaduan, isu bendera hari ini menjadi satu polemik di mana ada NGO itu menaikkan bendera yang salah eh.
Lima jalur eh.
Lima bintang. Bintang tu ada 5 bucu macam bendera komunis tu lah. Dan, pada Persidangan yang lepas, Yang Berhormat EXCO ada menyebut mana-mana pihak yang tidak menghormati bendera kita akan diambil tindakan. Masa tu Yang Berhormat tak tahu tapi tak salah saya Yang Berhormat Rengit dan juga Parit Raja telah membetulkan kenyataan Yang Berhormat EXCO. Jadi, soalan saya, apakah tindakan Yang Berhormat sudah ambil kepada mereka yang tidak menghormati bendera kita. Terima kasih.
Jemput, Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Layang-Layang. Yang Berhormat Tuan Speaker, kes ini baru berlaku dan Pihak Berkuasa akan menyiasat dan selepas hasil siasatan barulah kita...
Ini yang lepas Yang Berhormat...
Baru-baru ini berlaku. Bendera ini baru-baru berlaku. Ya, jadi ni sangat awal untuk...
Yang lepas bendera terbalik...
Itulah, memang...
Adakah di Senggarang?
Yang Berhormat, ini bendera ini bawah bidang kuasa negeri ke persekutuan?
Ha ini bawah bidang kuasa Polis, dia buat siasatan, ha lepas siasatan kita boleh ambil tindakan sewajarnya. Tapi kita tidak ada pendirian sebelum penyiasatan itu di selesaikan. Sekian, terima kasih.
Dijemput, Yang Berhormat Panti.
Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 6.
Minta nyatakan secara terperinci berkenaan hasil kajian yang dibuat terhadap penubuhan Universiti Johor setelah RM500,000.00 diperuntukkan bagi tujuan tersebut.
Dijemput YB EXCO.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Menjawab soalan daripada Panti meminta menyatakan secara terperinci berkenaan hasil kajian yang dibuat terhadap penubuhan Universiti Johor setelah RM500,000.00 diperuntukkan.
Untuk menjawab soalan ini, pertama sekali Universiti Johor adalah merupakan satu janji yang diungkapkan di dalam tawaran Pakatan Harapan sewaktu Pilihan Raya ke-14 dan Alhamdulillah, apa yang kita usahakan sekarang ini kita telah sampai kepada fasa yang terakhir, yang mana kajian ini kita berikan dalam bentuk 3 fasa.
Fasa yang pertama, kajian dan analisa keupayaan, di mana kajian yang dibuat adalah kajian keperluan sumber manusia dan latihan sumber manusia, pengajian di peringkat tinggi. Keduanya, analisa keupayaan dan pesaing untuk jurang dapatan. Fasa yang kedua konsep model dan perancangan di mana konsep model dan perniagaan Universiti Johor yang akan dikemukakan. Yang kedua, perancangan struktur fizikal sumber manusia dan kewangan Universiti Johor yang dibuat kajian. Manakala fasa yang ketiga dan fasa yang terakhir iaitu fasa pelan perancangan strategik. Di mana di sini, kajian telah dibuat tentang road map dan pelan perancangan strategik bagi penubuhan Universiti Johor. Seterusnya laporan akhir, di mana dapatan di sini kita menjangkakan insya-Allah setelah laporan akhir diterima di mana kajian yang melibatkan beberapa tenaga profesional, profesor daripada UTM telah melaksanakan tanggungjawabnya dan insya-Allah, pelan ataupun perancangan ini akan diusahakan dalam tempoh yang terdekat.
Ya Panti, jemput.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan. Seperti yang kita maklum kos untuk, cost running universities, dengan izin adalah tinggi untuk menjalankan ataupun menggerakkan sesebuah universiti itu tinggi. Macam kebanyakan macam universiti swasta, Multimedia
Universiti, Universiti Tenaga, Universiti Petronas dia ada di dukung oleh syarikat-syarikat gergasi dan dan syarikat-syarikat besar. Macam, kita tak nak jadi macam Universiti TAR sekarang ini yang ada masalah bila kerajaan mula sekat kewangan mereka, funding mereka setiap tahun. Soalan saya, siapakah, siapakah yang akan menanggung kos perbelanjaan dan operasi Universiti Johor kelak dan adakah bermula dengan Universiti Johor ini, kerajaan Pakatan Harapan negeri akan menterjemah janji menjadi negara yang memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya? Terima kasih.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih atas soalan tambahan daripada Panti. Pertama sekali, kita sedia maklum bahawa apabila sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kalau kita lihat nama-nama universiti ni, negeri Johor aje tak ada nama universiti, itu yang pertama. Walaupun Johor ini dianggap negeri yang kaya, banyak hasil, banyak sumber, banyak pendapatan, tetapi tak ada satu pun nama atas nama Universiti Johor. Jadi ini satu perkara yang kami beranggapan bahawa satu kepincangan kalau kita tak dapat wujudkan dalam suasana keadaan ekonomi kerajaan negeri boleh dianggap antara yang terbaik di seluruh negara, yang pertama.
Yang kedua, atas persoalan siapa yang nak menanggung. Tentulah apabila sebuah universiti itu tadi dibentuk ataupun diusahakan oleh sebuah kerajaan negeri, maka tanggungjawab itu adalah kerajaan negeri. Sebagaimana kita sedia maklum, kerajaan negeri sendiri di bawah satu GLC, GLC kita sendiri ada beberapa buah institusi pendidikan yang kita jaga, KPYPJ, KPJUC, Johor Skill, itu antara agensi-agensi di bawah GLC ataupun di bawah kerajaan, tanggungan kerajaan negeri. Why not kita buat gabungkan ataupun kita usahakan supaya dia betul-betul dijenamakan dengan jenama Johor, Universiti Johor ini, nama yang besar, yang insya-Allah dalam bentuk penswastaan dia akan memberikan impak yang baik, sokongan daripada mana-mana pihak, kita akan usahakan. Dan, saya yakin dan percaya walaupun usaha ini bukan usaha bersendirian, tetapi melalui gahnya kerajaan Johor, kita akan usahakan dan dia bukan dalam bentuk percuma kerana kerajaan apa ni, kerana universiti ini ditubuhkan atas nama universiti swasta. Sekian terima kasih.
Ya Semarang.
Terima kasih Tuan Speaker.
Semarang pula, Benut.
Kalau kita melihat kepada hasil kajian, jadi sebelum kajian dibuat tentu kita ada buat terma rujukannya. Ada, Yang Berhormat pun telah menjelaskan beberapa aspek. Secara keseluruhan kalau ada maklumat, apakah terma rujukan yang kita berikan kepada pihak yang menjalankan kajian untuk penubuhan Universiti Johor ini secara menyeluruh. Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan daripada Benut.
1. Dari segi perundangan, kita lihat dari segi perundangan bagaimana kita nak mergekan ataupun nak tubuhkan yang baru ataupun yang lama kita pertingkatkan.
2. Dari struktur governance iaitu kebolehgabungan tadi. 3. Proses penubuhan dan peranan-peranan di dalam hubungan setiap kebitaran akademik dia. Bagaimana kita nak menggabungkan dan juga cadangan lokasi serta model kewangan.
Jadi ini semua kita telah lihat berdasarkan kepada perkara-perkara yang kita berikan kepada konsultan ataupun kepada mereka yang membuat kajian dan hasil dapatannya insya-Allah,
walaupun benda ini belum dibentangkan pada induk, ada pada saya sebagai bukti dan insya-Allah kita akan bentangkan dalam Mesyuarat Kerajaan. Sekian terima kasih.
Jemput Serom.
Soalan Serom, soalan ke-7.
Saya difahamkan kerajaan negeri bercadang untuk menubuhkan ‘Observatory & Command Centre’. Apakah fungsinya dan sejauh manakah pelaksanaannya sehingga sekarang?
Jemput YB EXCO.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Pusat Pemantauan dan Arahan Negeri Johor dengan izin, Johor Observatory & Command Centre berfungsi sebagai satu platform perkongsian data di mana data-data dikumpul dan dianalisa bagi tujuan menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat secara lebih cepat dan juga berkesan. Infrastruktur asas Pusat Pemantauan dan Arahan Johor ini telah pun siap dibangunkan oleh anak syarikat kerajaan negeri iaitu Digital Johor Sdn. Bhd. di pejabat operasinya di Sri Medini. Pembangunan fasa pertama merangkumi peralatan visual dan server yang dihubungkan dengan Sistem Pengumpulan Data Digital Johor Sdn. Bhd. Pusat Pemantauan Dan Arahan Johor ini membantu pentadbiran kerajaan negeri dalam merancang tindakan yang bersesuaian dan membuat keputusan dengan lebih cepat berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi.
Ketika ini, pihak kerajaan negeri sedang dalam perbincangan untuk mendapatkan kebenaran pemegang-pemegang taruh yang berkaitan bagi tujuan perkongsian data. Hal ini bagi memastikan agenda pembangunan negeri dapat dirancang, dilaksana mengikut keperluan yang sepatutnya berpandukan kepada data-data yang telah dianalisa. Sebagai permulaan, beberapa aspek kajian dan fungsi Pusat Pemantauan Arahan Johor telah dikenal pasti sebagaimana berikut :
1. Pengurusan Trafik. 2. Pemantauan Infrastruktur Jalan. 3. Pemantauan ataupun Pembangunan Hartanah Johor. 4. Peluang Pekerjaan. 5. Pemantauan Perparitan dan Saliran. 6. Pengurusan Pelupusan Sisa Pepejal. 7. Pemantauan Kualiti Air dan Udara. 8. Pusat Aduan Rakyat. 9. Pusat Pengurusan Bencana Negeri.
Sebagai contoh, fungsi sebagai Pusat Pengurusan Bencana Negeri yang membolehkan perancangan dan penyelarasan aktiviti bantuan dijalankan antara pegawai di lapangan di kawasan bencana dengan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri. Ini dapat membantu pihak Jawatankuasa mengumpul data dan membuat keputusan dengan lebih cepat dan terancang. Sebahagian data yang dikategorikan sebagai data terbuka dengan izin, open data, oleh pemegang taruh akan dikongsi bersama dengan rakyat melalui portal yang akan dilancarkan nanti bagi manfaat bersama.
Kerajaan juga berhasrat untuk menjadikan Pusat Pemantuan dan Arahan Johor ini berperanan mendapatkan data secara harian daripada beberapa fasa sebagai benchmark, dengan izin, perbandingan harga sebelum rakyat keluar berbelanja. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mempunyai aplikasi seumpama itu yang dinamakan Price Catcher tetapi malangnya tidak dikemaskini secara berterusan. Teknologi Revolusi Industri 4.0 seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan juga Internet Of Thing dengan izin, IOT, boleh digunakan melalui Pusat Pemantauan dan Arahan
Johor seperti untuk menjangka kawasan kemungkinan berlaku banjir, pergerakan lori pemungutan sampah, tahap pencemaran air sungai dan sebagainya.
Fasa perancang berikutnya adalah untuk melebarluaskan pusat ke 10 daerah di negeri Johor. Pusat Pemantauan dan Arahan Johor ini akan dirancang untuk dilancarkan pada suku pertama 2020. Pusat Kawalan Arahan Johor ini merupakan salah sebuah inisiatif yang dirangka dan menjadi komponen penting dalam memastikan negeri Johor mencapai aspirasi sebagai sebuah Negara Bestari dan juga Berprestasi Tinggi. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Soalan seterusnya, Buluh Kasap.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya soalan nombor 8.
Minta kerajaan menyatakan jalan-jalan kampung yang telah dinaik taraf dan dibina baru di negeri ini sepanjang tahun 2017, 2018 dan 2019.
Jemput YB EXCO.
Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Tuan Speaker. Secara keseluruhan pencapaian kerja-kerja menaik taraf dan melebarkan jalan-jalan kampung sedia ada termasuk pembinaan jalan kampung yang baharu bermula Oktober 2016 hingga Oktober 2019, dari segi bilangan ialah sebanyak 670 buah jalan iaitu sepanjang 784 kilometer. Sebanyak 308 buah jalan iaitu sepanjang 532 kilometer adalah kerja-kerja pelebaran dan 352 iaitu sepanjang 252 kilometer adalah kerja-kerja naik taraf. Terima kasih.
Wah, ringkas betul. Buluh Kasap.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih jawapan ringkas itu kerana saya fikir jawapan ringkas ini kerana tidak mengikuti soalan asal saya iaitu saya minta pecahan 2017, 2018, 2019, tak apa kerana soalan tambahan saya, pertama kalau boleh Yang Berhormat EXCO jawab saya secara bertulis pecahan ini dan saya minta Yang Berhormat Speaker, sebelum ini rata-rata pengguna ataupun masyarakat kampung yang ingin memohon jalan dari rumah ke rumah, kerajaan tidak membenarkan membina jalan kampung yang melalui atau menuju ke satu rumah kerana dasarnya hanya kepada dua atau tiga buah rumah sekurang-kurang. Jadi persoalan saya, adakah kerajaan masih mengekalkan dasar ini atau dah boleh dah satu rumah pun dah boleh buat jalan kampung? Terima kasih.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih atas soalan tambahan. Saya boleh menambah dari segi pecahan jalan tadi, dia mengikut daerah. Johor Bahru ada 37 jalan sepanjang tiga tahun itu tetapi yang detailnya 2016, 2017, 2018 dan 2019 itu saya boleh jawab secara bertulis. Tapi sepanjang tiga tahun itu dari segi daerah ialah Johor Bahru, 37; Pontian, 51; Kulai, 25; Kota Tinggi, 36; Mersing, 11; Muar, 31; Ledang, 20; Segamat, 4; Batu Pahat, 94; Kluang, 9.
Dari segi memenuhi kehendak pembinaan jalan ini kita tak tengok parti apa Yang Berhormat Speaker. Permohonan daripada ketua kampung, daripada ADUN, daripada Pegawai Daerah kita akan penuhi ikut peruntukan yang kita ada. Dan mengenai pembinaan jalan-jalan kampung khususnya yang jalan-jalan baharu yang melibatkan satu atau dua rumah itu boleh dipertimbangkan tetapi kita, oleh kerana peruntukan kita tidak mencukupi dan tidak adil sekiranya satu rumah pun kita binakan jalan yang panjang, jadi saya rasa ketika ini ialah...
Bukan tidak mencukupi Yang Berhormat...
Dasar kita ialah melihatkan kepada ...
Bukan tidak mencukupi, terhad.
Terhad, terhad. Sorry terhad. Jadi kita tidaklah apa ini, kita menghadkan kepada sekurang-kurangnya tiga rumah sahaja. Terima kasih.
Soalan seterusnya, Pasir Raja jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 9.
Apakah cadangan penambahbaikan jangka pendek dan panjang untuk sektor penternakan?
Jemput YB EXCO.
Bismillahirrahamnirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam bahagia. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan daripada sahabat saya Pasir Raja, apakah cadangan penambahbaikan jangka pendek dan jangka panjang sektor penternakan di negeri Johor?
Bagi memastikan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor sentiasa relevan dalam industri penternakan di negeri Johor, beberapa pelan jangka pendek dan jangka panjang telah pun dirancang. Antara pelan jangka pendek yang telah dirancang ialah dengan menambahkan lagi program-program bantuan jabatan seperti program Penternakan Rakyat, Bantuan Kesihatan Ternakan, Bantuan Bahan Binaan, bagi bantuan untuk bangunan, ternakan dan lain-lainnya. Selain itu, jabatan juga sedang dalam proses memastikan bahawa semua Taman Kekal Pengeluaran Makanan diusahakan sepenuhnya dengan menaik taraf jalan serta infrastruktur asas yang lain.
Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi pelan jangka panjang, jabatan sedang menyediakan Pelan Pembangunan Hab Peladang, Hab Peladang Negara yang akan dilaksanakan bagi daerah Muar dan Segamat. Pelan ini dijangka mampu menjadikan daerah Muar dan Segamat sebagai penyumbang utama hasil pengeluaran daging lembu negeri Johor seterusnya meningkatkan pengeluaran daging negara sebanyak 4.5% setahun. Pelaksanaan pelan ini dijangka mampu mengurangkan kebergantungan daging import negara.
Selain daripada itu juga, jabatan dengan pihak ECER sedang merancang untuk menjadikan daerah Mersing sebagai pengeluaran ternakan susu negara yang terbesar bagi negeri Johor, insya-Allah. Terima kasih.
Ya, Pasir Raja, jemput. Panti, jemput.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan. Saya melihat sektor penternakan ini adalah sektor yang berpotensi, yang apa, mungkin menjadi salah satu perkara yang boleh diusahakan oleh terutamanya oleh penternak-penternak yang kecil. Soalan saya, kita, kalau kita lihat di pusat, kita ada pelbagai inisiatif, macam Yang Berhormat Menteri pun ada sini, macam inisiatif dari segi penternakan, dari segi apa, pertanian, macam ada, walaupun kita ada isu, dengan sub sektor padi ada isu RM1.4 bilion itu. Tapi, apa pun, yang saya nak tanya soalan saya adalah, jika, apakah kerajaan negeri mempunyai atau intervensi atau inisiatif untuk bantu penternak-penternak kecil ni, bagi mereka memulakan ataupun
memperkembangkan apa, industri penternakan untuk penternakan yang kecil ini terutamanya. Terima kasih.
Jemput, YB EXCO.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada saranan sahabat saya dari Panti. Untuk makluman, dalam jangka pendek ini seperti mana dalam belanjawan kita, langkah pertama nak membantu usahawan kecil ternakan ini ialah ternakan kebun integrasi ayam kampung. Jadi, saya bukalah kepada semua sahabat-sahabat saya, Ahli-Ahli Dewan sama ada bagi pihak kerajaan dan juga pihak yang pembangkang untuk dapat memohon program ini, ini terbuka.
Yang keduanya, ada juga Jabatan Veterinar menjalankan usaha ternakan lembu pawah umpamanya. Setakat...
YB, Peraturan, dia tak boleh sebut Ahli Dewan ni ada berkepentingan eh. Walaupun ayahanda ni baik, tetapi tak boleh sebut Yang Berhormat. Peraturan, sebab ia menyalahi Peraturan Dewan. Sebab ada kepentingan pihak-pihak tertentu dalam Dewan ni.
Maksudnya, menawarkan kepada Ahli Dewan, tak boleh. Maksud dia tu sebenarnya bukan kepada Ahli Dewan tapi kepada rakyat di bawah, betul ya.
Saya faham, minta maaf kalau ni saya terlanggar caranya. Saya tidak bermaksud menawarkan kepada Ahli Dewan. Jadi, saya bukakan peluang ini ialah kepada semua.
Kalau boleh Ahli Dewan, Rengit dia nak. Kalau bolehlah kan, tapi tak boleh ya.
Selain daripada itu juga, ternakan lembu ni boleh dimohon secara kumpulan kecil, sama ada 5 atau 10 orang, tetapi sekarang ni ianya mesti didaftar. Kumpulan kecil ni mesti berdaftar dengan syarikat dia tak boleh atas nama persendirian lagi, kerana ini dasar baru yang dikenalkan oleh kerajaan melalui Jabatan Veterinar, semua ternakan-ternakan, pengusaha ternakan mesti mendaftarkan sebagai satu syarikat untuk mohon sebarang ternakan dan insya-Allah, saya akan berikan kerjasama yang penuh, insya-Allah.
Salah satu lagi rancangan baru pihak Jabatan Veterinar dengan kerjasama FELDA Wilayah Segamat iaitu kita sedang merancang satu hab ternakan ladang rusa yang baru bagi daerah Segamat dan insya-Allah kertas kerja ini jika dipersetujui mudah-mudahan Yang Berhormat Tuan Speaker, daerah Segamat akan menjadi pengeluar hab daging rusa terbesar negeri Johor dengan kerjasama FELDA Wilayah Segamat. Terima kasih.
Ya, Semarang.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan tambahan saya berkenaan dengan sektor penternakan ni, makanan ternakan adalah satu perkara yang, satu bahan yang diimport terlalu besar nilainya oleh negara kita. Dalam usaha untuk memajukan sektor penternakan dalam negeri ini, apakah usaha kerajaan untuk menambah makanan ternakan dalam negeri ini?
Jemput, Yang Berhormat.
Terima kasih kekanda saya dari Semarang. Alhamdulillah, salah satu perancangan Jabatan Veterinar dengan kerajaan negeri ialah kita akan mengadakan satu
ladang rumput rampai iaitu ladang ini akan mengeluarkan hasil makanan daripada rumput rampai bagi lembu, kambing di daerah Mersing dengan kos sebanyak RM300,000.00. Sekian, terima kasih.
Soalan seterusnya, Yang Berhormat Tenggaroh.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 10.
Selepas tragedi pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, apakah tindakan terperinci jangka masa panjang kerajaan negeri bagi memastikan tragedi sama tidak berulang kembali?
Jemput, YB EXCO.
Selamat pagi, salam sejahtera, Yang Berhormat Tuan Speaker. Bagi memastikan insiden pencemaran alam sekitar di kawasan Pasir Gudang tidak berulang, kerajaan negeri telah mengambil tindakan, mengambil langkah dan tindakan bersifat jangka panjang seperti yang berikut:
1. Jabatan Alam Sekitar telah meningkatkan aktiviti penguatkuasaan terhadap pengusaha-pengusaha kilang di sekitar Pasir Gudang agar mematuhi sepenuhnya Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Ini termasuk pemeriksaan ke atas kilang secara berskala, siasatan penguatkuasaan ke atas aduan yang diterima dan penguatkuasaan melalui kaedah Guided Self Regulations dengan izin, notifikasi dan pelaporan alam sekitar secara atas talian atau ringkasnya OER.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sehingga 20 November 2019, sebanyak 394 kertas
pemeriksaan telah dijalankan, di mana 314 kompaun telah di isu dan 7 kertas
siasatan dibuka. Selain daripada itu, Jabatan Alam Sekitar juga mengeluarkan 250
notis arahan kepada pekilang-pekilang yang mempunyai punca pelepasan, punca
pencemaran yang mungkin membawa punca pencemaran ke udara, di mana 76
kertas siasatan telah dibuka setakat ini.
2. Pelaksanaan operasi bersepadu Jabatan Alam Sekitar dijalankan dengan kerjasama pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang atau kita panggil Operasi Ketuk-Ketuk telah dilaksanakan, di mana rondaan, tinjauan dan lawatan ke atas industri dilaksanakan bagi memastikan ke semua operasi industri-industri di Pasir Gudang dipantau tidak kira siang atau malam.
3. Pemantauan atau intipan dengan menggunakan drone telah mula dilaksanakan pada 23 Oktober 2019. Intipan dengan menggunakan drone ini akan sentiasa dijalankan bagi membantu kerja-kerja penguatkuasaan yang lebih efektif dan sistematik.
4. Memantau kilang-kilang yang menjana sisa buangan terjadual melalui sistem Electronic Schedule Waste Information System atau E-SWIS dengan izin, yang mampu mengesan pergerakan pembuangan terjadual daripada kilang pengeluar kepada kemudahan pelupusan yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Setiap kilang yang menghasilkan sistem buangan terjadual adalah bertanggungjawab untuk membuat pemakluman kepada sistem ini.
5. Memasang 25 alat pengukur Photoionization Detector atau kita ringkas PID bagi memantau tahap bahan pencemar Total Volatile Organic Compound (TVOC) di sekitar kawasan perindustrian Pasir Gudang. Sebanyak 22 unit telah dipasang dan 4 unit dijangka selesai pada akhir November 2019, yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2.52 juta.
6. Melaksanakan kajian loading analysis dan caring capasity bagi Pasir Gudang. Melalui kajian ini, ia akan dapat memberikan maklumat berkaitan senario beban pencemaran di Pasir Gudang melalui analisis permodalan atau kita panggil modelling dan selanjutnya memberi cadangan dan tindakan kepada kerajaan yang boleh dilaksanakan bagi memperbaiki situasi di kawasan perindustrian Pasir Gudang serta mencadangkan pelan perlaksanaan berkaitan zon pemampan yang selamat di kawasan perindustrian Pasir Gudang. Kajian ini meliputi 7 tema iaitu air quality & odour, river water, soil & groundwater, chemicals/wastes management, aquatic life, socio economic dan buffer zone analysis dengan izin, Tuan Speaker.
Pada masa ini Unit Pasir Gudang, Jabatan Alam Sekitar juga diwujudkan dan ditempatkan di Menara MPPG, yang telah bermula operasi pada 29 Ogos 2019 dengan kekuatan 4 orang anggota. Dengan adanya anggota JAS di Pasir Gudang, tindakan penguatkuasaan dapat diambil dengan lebih cepat dan efektif. Sekian, terima kasih.
Ya Tenggaroh, jemput.
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan. Yang Berhormat Tuan Speaker, dia ada satu proverb, prevention is better than cure, dengan izin. Sebenarnya, di Sungai Kim Kim ni kita tahu ada syarikat yang telah dihadapkan ke Mahkamah. Saya nak tahu, apa kalau disabit salah, apakah dia punya tindakan atau hukuman yang akan dikenakan, berapa fined dia atau berapa terms dia, kerana kita tahu kerajaan dah belanja berjuta-juta untuk membersihkan Sungai Kim Kim dia.
Kos ni, macam mana kerajaan boleh dapat balik tak daripada syarikat tu? Dan kedua, syarikat ni kadang-kadang syarikat itu dia ada director, A, B, C director. Dia lepas dah kena fined, dia buka syarikat lain, dia buat kilang operasi yang sebenar. So, adakah kerajaan akan mengambil tindakan yang mereka tidak boleh beroperasi selepas ni, director-director yang sama atau dengan proxy dia. Itu saya nak penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO.
Jemput Yang Berhormat.
Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Tenggaroh. Untuk makluman Dewan yang mulia ini dan juga Yang Berhormat Tenggaroh, berkenaan dengan kes pencemaran Sungai Kim Kim di mana telah ada 4 orang, yang apa ni, di saman dan perbicaraan daripada mahkamah akan diadakan pada 3 Disember 2019. So, sebelum apa ni, penghakiman dijatuhkan oleh pihak mahkamah, kita masih tidak boleh mengatakan sama adakah mereka ni salah ke tak salah. So, kita kena tunggu, apa ni penghakiman daripada pihak mahkamah dan tindakan-tindakan seterusnya akan diambil oleh pihak Jabatan Alam Sekitar, untuk makluman Yang Berhormat. Terima kasih.
Ya, Kahang.
Yang Berhormat Speaker, soalan tambahan saya, Yang Berhormat EXCO, selain dari isu Kim-Kim ni, isu pencemaran sering berlaku di semua kawasan. Dan antara punca pencemaran ini berlaku ialah kilang-kilang haram, kadang-kadang kilang-kilang haram ni tidak bertanggungjawab langsung. Jadi, apakah jenis enforcement yang sedang dilakukan di negeri Johor ni terhadap kilang-kilang haram ni. Terima kasih.
Jemput, YB EXCO.
Untuk makluman, terima kasih Yang Berhormat Kahang. Memang kita mengakui memang ada kilang-kilang haram yang menjalankan operasi tanpa apa ni, kelulusan atau
tanpa permit khas daripada pihak-pihak berkuasa. Maka sebenarnya, pihak apa ni, kerajaan negeri di bawah Portfolio saya juga, ada menubuhkan Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, di mana kita akan mengambil tindakan penguatkuasaan bersepadu sekiranya kita menerima aduan-aduan daripada pihak awam. Kalau Yang Berhormat Kahang ada juga aduan atau maklumat yang berkenaan, boleh sampaikan kepada pihak kita, kita akan menjalankan penguatkuasaan yang bersepadu, di mana pihak-pihak berkuasa ini boleh mengeluarkan kompaun atau saman mengikut undang-undang yang sedia ada di bawah portfolio-portfolio mereka. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Skudai, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan 11.
Apakah perancangan kerajaan untuk memastikan golongan belia yang akan berumur 18 tahun, bersedia dan memahami tanggungjawab mereka sebagai pengundi baharu pada masa hadapan?
Jemput, YB EXCO.
Bismilahirrahmaanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Skudai atas soalan yang diajukan. Pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007, Akta 668 yang telah diluluskan oleh Parlimen untuk membolehkan anak-anak muda yang berumur 18 tahun ke atas menjadi sebahagian daripada pengundi secara automatik dan juga menjadi calon dalam pilihan raya, ini merupakan hasil usaha Pakatan Harapan yang melihat dan meletakkan demokrasi dan juga hak mengundi selaras dengan perkembangan semasa.
Rentetan daripada perubahan ini, di peringkat kementerian Belia dan Sukan (KBS), di peringkat pembangunan rakan muda juga telah mewujudkan satu sekolah yang kita panggil sebagai Sekolah Rukun Negara (SRN). Di mana hasrat utama inisiatif ini adalah untuk kita memastikan golongan muda melalui proses kematangan dan juga mendapat pendedahan mengenai peranan yang boleh mereka mainkan dalam politik ataupun siasah dalam negara ini.
Pada Jun 2019, seramai 30 orang pegawai belia dan sukan serta wakil Pertubuhan Belia dari Negeri Sembilan, Melaka dan juga Johor telah menyertai Program Associate Trainer di Sekolah Rukun Negara Peringkat Zon Selatan. Objektifnya adalah untuk melatih mereka ini untuk menjadi penyampai modul pendidikan pengundi bagi Program SRN ataupun Sekolah Rukun Negara ini.
Dalam menuju ke arah pewartaan RUU 668 tersebut pada 2021, kita di peringkat negeri Johor program permulaan Sekolah Rukun Negara ini telah diadakan selama satu hari pada 29 Ogos yang lalu dan bertempat di Dewan Besar KEJORA, Kota Tinggi, dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Dan, juga seramai 200 orang belia dari Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim, Bandar Penawar dan juga Kolej Profesional MARA, termasuk juga dari Majlis Belia-Majlis Belia Peringkat Daerah Kota Tinggi, Johor Bahru, Mersing dan juga Kulai telah menyertai program ini.
Selain itu menerusi agensi Institut Integriti Kepimpinan dan Semangat Dato’ Onn (IKLAS), beberapa program telah mula kita jalankan antaranya Program Minda Perdana, Aspirasi Idealis Anak Muda yang telah diadakan di 15 buah sekolah khusus untuk Pelajar Tingkatan 4 iaitu yang berumur 16 tahun. Selain daripada memberikan penekanan tentang integriti dan kepimpinan pelajar, program ini juga dijalankan untuk melihat demografi dan juga persepsi pelajar sekolah di sekolah-sekolah yang berada di Johor tentang pembangunan negeri dan sejauh mana mereka tahu dan juga boleh terlibat memainkan peranan dalam pembangunan negeri Johor ini. Terima kasih.
Ya, Skudai.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga jawapan daripada Yang Berhormat EXCO. Yang Berhormat Tuan Speaker, selama ini sistem pendidikan kita ataupun masyarakat kita kurang mendedahkan anak murid kepada arena atau suasana persekitaran politik di negara kita. Walau bagaimanapun masa tu undi untuk umur adalah 21. Maka lepas daripada alam sekolah, kami masih berpeluang untuk menceburi bidang politik sebelum mengundi. Jadi, sekarang ni apabila kita dah rendahkan sehingga 18 tahun, makna lepas sahaja daripada mereka graduate terus perlu membuat keputusan. Jadi, adakah sistem akademik kita ataupun sistem...
Bukan lepas graduate, lepas daripada SPM.
Ha, ya. Maksudnya itulah. Makna, adakah kerajaan telah ada planning untuk masukkan ataupun kita kata serapkan pendidikan politik ataupun pendidikan kenegaraan berkenaan sistem pentadbiran negara dan sebagainya ke dalam mata pelajaran sekolah menengah khususnya Pendidikan Sivik. Jadi, adakah pada masa yang sama kerajaan ada rancangan untuk membenarkan parti-parti politik untuk masuk ke sekolah sebagai satu pendedahan kepada anak-anak murid, bagaimanakah politik di dalam real world?
Jemput YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan juga Yang Berhormat Skudai atas soalan tambahan. Saya melihat bahawa persoalan yang cuba dibangkitkan oleh Yang Berhormat Skudai banyak juga kaitannya dengan polisi-polisi atau dasar-dasar yang bakal dikemukakan di peringkat Kementerian, di peringkat federal. Jadi, saya rasa di peringkat kerajaan negeri kuasa kita itu ada limitasinya. Kerana, segala urusan berkaitan kita ingin menerobosi sekolah-sekolah melibatkan sama ada secara langsung parti-parti politik dan sebagainya, ini semua adalah di bawah bidang kuasa kementerian. Namun, saya juga faham dan kita semua menyedari bahawa beberapa ketika sewaktu perkara ini mula timbul, ada beberapa polemik berkaitan dengan pendidikan politik di peringkat sekolah. Namun penghuraian lanjutnya tidaklah ingin saya nyatakan di sini, cuma again saya nyatakan sekali lagi ianya banyak di bawah bidang kuasa di peringkat persekutuan.
Cuma, apa yang saya boleh nyatakan di sini adalah di bawah Belanjawan 2020 yang telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar negeri Johor bahawa di sana ada peruntukan-peruntukan yang diberikan melalui sebagai contoh Johor Youth Development Centre (JOYDEC) untuk pembangunan anak muda dan juga belia dan juga di sana ada disentuh juga berkaitan dengan peruntukan diberikan menerusi IKLAS yang pastilah menekankan kepada pembangunan belia. Dan, di peringkat Portfolio EXCO Belia dan Sukan sendiri dalam kita mencermati isu undi 18 tahun dengan instrumen-instrumen yang kerajaan negeri ada iaitu IKLAS dan di JOYDEC ini akan kita cuba sedaya upaya untuk kita out reach kepada pelajar-pelajar khususnya di peringkat sekolah walaupun mungkin tidak masuk secara langsung di sekolah, tapi kita akan melibatkan pelajar-pelajar untuk memastikan yang pertama sekali ialah kita ingin memberi pengenalan kepada demokrasi berparlimen di negeri dan juga di peringkat negara kita.
Yang kedua, penekanan kepada kesedaran hak-hak demokrasi seawal usia 16, 17 di mana 18 tahun mereka sudah mula boleh mengundi. Dan juga yang ketiga, keterlibatan secara langsung dalam proses demokrasi, proses membuat dasar yang melibatkan anak-anak muda apabila seawal umur 18, mereka boleh mula mengundi.
Ya, Panti.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat EXCO. Saya meneliti jawapan Yang Berhormat EXCO tadi. Banyak
memperkatakan tentang Majlis Belia khususnya dari konteks soalan ini berkaitan pengundi berumur 18 tahun sebagainya. Cuma saya nak, maknanya kita tahu peranan Majlis Belia ini penting. Kita tahu bahawa di peringkat persekutuan sepatutnya diperuntukkan satu dana untuk Majlis Belia ini bergerak dan kita pun tahu daripada berbagai sumber bahawa sekarang ini peruntukan itu tidak terus masuk ke Majlis Belia. Ia perlu melalui satu NGO lain yang ditubuhkan oleh Menteri. So, jika saya nak tanya Yang Berhormat EXCO, adakah perkara ini benar dan jika ya...
Umur 18 tahun ni Yang Berhormat...
Bukan, ni berkaitan dengan Majlis Belia. Jika perkara ini benar pasal peruntukan ni, adakah kerajaan negeri ada satu usaha untuk bantu Majlis Belia ini khususnya? Dan, satu lagi saya nak tanya mungkin YB EXCO boleh jelaskan sikit Mahasiswa Harapan Johor dalam Belanjawan tu sebenarnya program yang seperti mana? Terima kasih.
Jemput YB EXCO.
Baik, terima kasih atas soalan yang diajukan. Saya rasa soalan ini pada dasarnya tidak terkait secara langsung dengan soalan yang dikemukakan secara asasnyalah iaitu berkaitan undi 18. Cuma, saya rasa saya respons jugalah sedikit berkaitan dengan peruntukan kepada Majlis-Majlis Belia dan saya cuma, di sini saya ambil kesempatan pertegaskan apa yang keputusan yang telah pun dinyatakan di peringkat Menteri sendiri, Menteri Belia dan Sukan iaitu peruntukan untuk Majlis-Majlis Belia bukan lagi diberi secara lump sum kepada mana-mana Majlis Belia secara langsung. Tetapi peruntukan itu diubah cara untuk mendapatkan peruntukan tersebut dengan menerusi proposal-proposal program ataupun acara-acara yang ingin dijalankan, aktiviti-aktiviti yang ingin dijalankan. Barangkali kalau dulu katakan kita ambil contoh peruntukannya RM50,000.00 untuk Majlis Belia, tetapi pada kali ini RM50,000.00 itu tidak terus kepada Majlis Belia tertentu. Tetapi katakan satu-satu Majlis Belia contohnya Majlis Belia di Kluang, baik di Kota Tinggi sebagai contoh, kalau ada satu proposal untuk memohon bantuan kepada Majlis Belia, katakan jumlah RM70,000.00 atau RM80,000.00; menerusi proposal tersebut boleh diminta. Jadi, sifatnya lebih fleksi lagi. So, saya rasa isu peruntukan itu tidak ada, sebenarnya tidak wujud. Cuma penyaluran, saluran peruntukan itu ada sedikit berbeza pada era kepimpinan Yang Berhormat Menteri pada ketika ini di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Kemudian yang lain-lain itu banyak juga soalannya diajukan tadi. Saya rasa yang tidak berkaitan secara langsung dengan undi 18, saya rasa saya tidak menjawab di kesempatan ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Johor Lama, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 12.
Jabatan Kebajikan Masyarakat diminta mengkaji kaedah penamatan pelbagai bantuan yang dilihat menyusahkan rakyat. Penerima sedia ada yang ditamatkan bantuan perlu merayu dengan pelbagai dokumen. Kebanyakan yang telibat adalah pemohon dalam lingkungan umur veteran yang uzur.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor mengambil tindakan penamatan bantuan adalah berpandukan kepada Garis Panduan Pengurusan Bantuan Kewangan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah dikeluarkan. Garis panduan ini diguna pakai di seluruh negara dan kaedah penamatan kepada penerima bantuan adalah seperti berikut :
1. Penerima bantuan telah melepasi pendapatan garis kemiskinan itu RM960.00 dan per kapita RM244.00 sebagaimana ketetapan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.
2. Penerima bantuan ini telah mampu dan memohon untuk bantuan yang diterima ditamatkan secara sukarela oleh sebab mereka telah boleh berdikari.
3. Berlaku perubahan status penerima bantuan seperti telah berkahwin, berpindah keluar daripada daerah atau negeri dan penerima bantuan ditanggung sepenuhnya sara hidup oleh anak-anak atau penjaga masing-masing.
4. Penerima bantuan tidak dapat dihubungi melebihi tempoh yang ditetapkan dan semasa lawatan ke rumah penerima bantuan tiada di alamat yang ditetapkan.
5. Akur dengan teguran audit bagi memastikan penerima bantuan layak menerima bantuan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan lain-lain punca yang difikirkan sesuai oleh pegawai penyiasat bagi tujuan untuk tidak meneruskan bantuan mereka.
Jumlah kes bantuan yang telah ditamatkan sehingga Oktober 2019 adalah sebanyak 8,975 kes dan bantuan orang tua adalah yang di antaranya yang paling banyak ditamatkan disebabkan oleh penerima telah meninggal dunia. Penerima bantuan boleh memohon semula bantuan walaupun telah ditamatkan untuk pertimbangan semula dan dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :
1. Mengembalikan borang JKM20 yang telah disempurnakan dengan segera. 2. Hadir sendiri ke pejabat atau wakil bagi menerangkan kedudukan sebenar. 3. Membuat perakuan bahawa bantuan Jabatan masih diperlukan.
Sekian, terima kasih.
Ya, Johor Lama.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih atas jawapan yang diberikan. Cuma isunya di sini ialah kebiasaannya penerima-penerima bantuan ini adalah terdiri daripada orang-orang kurang upaya, ibu-ibu tunggal, ibu-ibu tua dan mereka mungkin terlepas pandang ataupun tidak sedar tentang tarikh tamat, term mereka menerima bantuan. Cadangan saya ataupun soalan saya, boleh atau tidak senarai-senarai nama ini diserahkan kepada Wakil-Wakil Rakyat untuk pihak kami sendiri mengenal pasti mereka ini dan mengingatkan mereka. Sebab apa, bila berlaku kejadian-kejadian terlepas pandang ini, kadang-kadang dah 3 bulan mereka tidak menerima apa-apa bantuan, mereka juga akan ke pejabat Wakil Rakyat untuk bertanya. Dan, kadang-kadang dia menyalahkan pihak kerajaan kerana perkhidmatan diberhentikan ini mungkin tanpa makluman ataupun tanpa notis. Terima kasih Yang Berhormat.
Jemput, YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Johor Lama, oleh berkenaan dengan senarai Jabatan Kebajikan Masyarakat terhadap penerima. Oleh sebab prinsip dan etika pekerja sosial yang telah menekankan bahawa prinsip kerahsiaan client, kita tidak boleh memberikan senarai tersebut atau senarai penerima kepada pejabat tertentu. Walau bagaimanapun, antara program-program yang telah dilaksanakan atau dijalankan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, kita terdapat satu program iaitu Program Sukarelawan. Saya mengalu-alukan sama ada Pejabat ADUN atau sukarelawan yang berminat supaya menjadi Sukarelawan JKM dan membantu pihak JKM untuk memantau penerima tersebut.
Setakat ini terdapat seramai 793 orang sukarelawan di negeri Johor yang memang mereka membantu pemantauan dan juga kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pihak JKM. Sekian, terima kasih.
Maklumat penerima tu, detail memanglah rahsiakan. Tapi, senarai tu pun tak boleh ke beri kepada ADUN-ADUN?
Kalau mengikut prinsip dan etika pekerja sosial, senarai penuh memang kita tidak boleh diberikan kepada pihak lain. Sekian, terima kasih.
Ok, Buluh Kasap.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya bersetuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Johor Lama berkenaan penerima yang tiba-tiba ditarik sumbangan atau peruntukan diberi kepadanya. Jadi, saya ingin cadangkan pada pihak kerajaan atau pun EXCO, kadang-kadang penerima ini tak tahu pun kenapa tiba-tiba tak dapat sumbangan ataupun mereka telah ditamatkan. Mereka tak tahu. Jadi, saya ingin beri pandangan pada pihak kerajaan supaya jelaskan kepada penerima atau keluarga alasan mengapa mereka tidak, ditamatkan, kriteria yang telah tidak menepati dan sebagainya. Dan soalan saya, adakah mereka ini nanti berpeluang menerima semula bantuan ini, jika mereka memenuhi kriteria ini di masa akan datang? Adakah mereka boleh menerima semula, selepas memohon balik dan sebagainya, memohon semula dan sebagainya? Terima kasih.
Ya dijemput, YB EXCO.
Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi penerima yang telah ditamatkan mereka memang boleh dimohon semula bantuan tersebut untuk pertimbangan semula dan apa dokumen-dokumen yang diperlukan seperti tadi saya jawab dalam soalan. Sekian, terima kasih.
Ok sekarang dah pukul 11.00. Jadi saya tamatkan soalan lisan ini. Sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum dijawab secara lisan akan dijawab secara bertulis dalam Persidangan yang sama. Kita berehat sehingga pukul 11.20 kembali ke Dewan. Terima kasih.
Persidangan di tangguhkan pada jam 11.00 pagi.
Persidangan disambung semula pada 11.20 pagi.
Penolong Jurutulis : SAMBUNGAN PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN BACAAN KALI YANG KEDUA BAGI RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN (2020) TAHUN 2019.
(Bacaan doa). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Kita sambung lagi perbahasan kita pada pagi ini. Saya mempersilakan Rengit, jemput.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Muafakat Nasional. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kerana beri ruang dan masa untuk saya turut sama membahaskan Belanjawan Johor bagi Tahun 2020. Secara ikhlas, saya tercari-cari sesuatu yang baru, sesuatu yang lain. Mungkin sesuatu yang berimpak besar dalam belanjawan pada kali ini. Sesuatu yang boleh melonjakkan ekonomi Johor menjadi hab ekonomi serantau atau sesuatu yang bakal mengubah Johor menjadi Permata Selatan di tanah air kita. Atau dalam bahasa mudahnya,
bajet kali ini tak ada, no game changes. Bajet ini, Bajet biasa-biasa sahaja. Rutin tahunan yang perlu dibentangkan oleh sebuah kerajaan. Saya ingat ada formula-formula baharu atau pendekatan-pendekatan baharu dalam mengolah ekonomi Johor yang lebih baik. Malah Bajet 2020 Kerajaan Negeri Johor hari ini masih terikat dengan kerangka kerja dan pendekatan kerajaan BN yang lama.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya lanjutkan ucapan saya, saya nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Speaker kerana pada sidang kali ini membuat peraturan baharu tentang soalan lisan. Ini sesuatu yang baik. Banyak soalan lisan dapat dijawab oleh pihak kerajaan dan banyak perkara dan permasalahan rakyat dapat diketahui. Tapi masih ramai EXCO yang menjawab panjang, sampai 8 minit walaupun telah ditegur oleh Tuan Speaker. Tak apalah, ini peraturan baru, petua baru, kita belajar menyesuaikan diri. Tambah lagi di peringkat kami, soalan tambahan hanya satu minit. Dan, di skrin depan ini ada timing yang cukup mencemaskan. Kami cuba nak menyesuaikan diri di depan skrin yang cukup mencemaskan ini Yang Berhormat Tuan Speaker. Apa pun saya nak ucap…
Nanti saya letak warna merah. Warna merah lagi cemas.
Apa pun saya nak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Kedua, dah dibuat ruling peraturan bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar, EXCO, tak boleh mencelah ketika perbahasan kecuali menjawab soalan atau menggulung perbahasan. Tapi saya masih lihat ada EXCO yang seolah-olah nak menjadi back bench, barangkali gian lama masih lagi terikut-ikut. Agak-agak kalau nak jadi back bench, kena duduk belakang. Dah ramai ada orang yang duduk belakang tu Yang Berhormat Tuan Speaker.
Saya pun ucap tahniahlah kepada Rengit ya kerana sejak akhir-akhir ini agak aktif membangkitkan peraturan dewan. Saya kira selepas daripada menang di Tanjung Piai, begitu.
Ya betul. Semangat dia lain.
Saya ingat dulu masa yang lepas. Sekejap gout, sekejap demam tapi sekarang pulak dia semangat ni ya.
Betul Yang Berhormat. Yang sakit mata tu betul Yang Berhormat.Gout dah tua, dah 60 tahun Yang Berhormat.
Kira semangat selepas menang pilihan raya.
Kerana itu. Bila Tanjung Piai menang lagi bersemangat Yang Berhormat.
Apakah Yang Berhormat ada bercita-cita nak menjadi Menteri Besar akan datang.
Eh tak ada. Tak ada Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ni jadi Wakil Rakyat biasa pun cukuplah. Tak ada masalah.
Jemput, jemput.Teruskan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, perkara pertama yang nak saya sentuh ialah soal pelancongan. Dalam Bajet 2020 tahun depan kita ada event besar Johor. Kita ada SUKMA Johor 2020, kita ada visit Johor 2020. Tahun yang warna warni, tahun yang meriah. Visit Johor 2020 ini tentu bermula daripada 1st Januari 2020 hingga 31 Januari 2020 atau ada tarikh lain saya tak tahu. Atau 1 Disember 2020 hingga 31 Disember 2020. Sebab Yang Berhormat, sehingga hari ini, tidak ada feasibility
mascot di pintu masuk utama Johor, tak ada. Daripada Senai Airport tak ada, Singapore tak ada, lebuh raya pun tak ada. 19.8.2019 Yang Amat Berhormat Menteri Besar rasmikan ke lancarkan mascot Visit Johor ni atas nama Joh The Tiger. Saya tak nampak bayang rimau ni Yang Berhormat.
Rimau dah kurang Yang Berhormat.
Ya?
Rimau dah kurang.
Tak Joh The Tiger ni? Adakah Joh The Tiger ni belum bangun-bangun lagi? Atau Joh The Tiger ni merayau tak tahu jalan nak keluar atau Joh The Tiger ni, dia senyum sendiri kekenyangan. Jadi tak bangkit, Yang Berhormat Tuan Speaker. Jadi ini perkara yang paling-paling mudah sekali yang kerajaan PH boleh buat tapi sehingga dah nak dekat bulan Disember dah. Patutnya promosi Visit Johor 2020 dah meriah. Seluruh lebuh raya dekat Asian Food Channel dah ada. Tak ada Yang Berhormat. Jadi saya tanya mascot tu kat mana ya? Hah, mascot tu kat mana? Tak nampak gambar? Saya tak tahu, kalau silap saya tak tahu. Saya memang tak nampak gambar mascot tu. Dekat Senai tak ada atau di tidur lagi, tak bangun, Yang Berhormat Tuan Speaker.
Satu lagi bukti, kalau kita google. Google ni paling mudah nak dapat maklumat. Kita google tulis Visit Johor 2020.Ada 5 artikel aje yang dalam Visit Johor 2020. Ini tahun depan dah nak buat Visit Johor 2020 ni. Berapa hari dah tinggal? Hari ini 27, bulan depan Disember, sebulan lebih aje lagi. Ada 18 hari bulan 8, dalam artikel, dalam google ni, MB greet tourists to make Visit Johor Year 2020 success. ‘9 September get ready for 2020. 20 Jun, 20 destinasi terpilih, 20 acara domestik dan antarabangsa. Tak ada langsung link website Pelancongan Negeri Johor yang mempromosi Visit Johor 2020. Google ni paling senang Yang Berhormat Tuan Speaker nak tahu cerita. Bukan kita nak cari salah, cuma peranan kita sebagai semak dan juga imbang. Hari ini, itu yang simple yang belum besar-besar kita tak tahu lagi apa cerita ini Yang Berhormat.
Jadi perkara kedua yang saya nak sentuh Yang Berhormat ialah satu lagi produk baharu, khazanah baharu yang ditemui oleh pengkaji UTM, UKM, Jabatan Mineral, Jabatan Geologi hari tu, Endau pun ada sebut, Mersing Geopark. Kajian dah dibuat 2017 dan Tapak Warisan Biologi dan Budaya yang boleh diangkat sebagai, sepertimana Langkawi Geopark dan diiktiraf oleh UNESCO. Ini khazanah besar. Tapi dalam bajet 2020 tidak disambut oleh pihak kerajaan. Patutnya kerajaan bagi peruntukan untuk buat kajian tambahan. Saya tak tahu. Jadi, adakah bahagian pelancongan tahu tak cerita ini atau tak ambil tahu? Ini besar, yang boleh mengubah landskap Mersing dan juga negeri Johor. Pelancong datang ramai nanti akan memberi kesan yang besar kepada Johor, negeri Johor.
Perkara ketiga, Ogos 2018 EXCO ada menyatakan bahawa setiap daerah akan mendirikan hab pelancongan tempat makan buah-buahan, sebagai salah satu persediaan tarik pelancong 2020, sesuai dengan Visit Johor 2020. Jadi, saya nak tanya apa status pembangunan hab pelancongan ini? Signboard pun tak ada, signboard pun tak ada. Kat mana pondok orang nak makan buah-buahan, bas berhenti nak makan tak ada, Yang Berhormat Tuan Speaker. Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, Visit 2020 ini disambut dengan penutupan Hello Kitty by Januari 2020. Dan, Visit 2020 ini disambut dengan cukai katil dan nampaknya cukai katil lebih popular daripada Visit Johor 2020, Yang Berhormat Tuan Speaker. Jangan sampai kerajaan Johor buat-buat cukai bantal, cukai cadar, cukai bilik air, cukai bermacam-macam cukai. Cukuplah namakan cukai pelancongan Johor pun oklah. Jadi dalam Bajet 2020, ada 1.1 juta untuk menyertai Expo Road Show, misi galakan pelancongan tahun 2019. Tahun lepas saya tengok dah berkunjung ke Tokyo, Jepun, Shenzen, Guangzhou. Harap-harap tahun 2020 ini, ramai pelancong datang. Jangan Unit Pelancong Johor pulak, kerajaan negeri yang banyak melancong. Ha yang ini, Yang Berhormat Tuan Speaker.
Yang Berhormat Tuan Speaker perkara kedua yang ingin saya sentuh ialah soal masa depan dan negara ini dan negeri. Dalam ucapan saya awal lepas, tahun lepas. Saya sebut demokrasi di Malaysia ini dah nampak matang, masuk era matang. Tapi saya nampak Yang Berhormat, 18 bulan kerajaan PH menguruskan negeri ini Yang Berhormat, negara ini, menyaksikan, membuktikan rakyat hidup dalam keadaan resah, risau, runsing, rumit Yang Berhormat. Mimpi indah yang dijanjikan oleh PH menjadi mimpi yang menakutkan.
Yang menakutkan pimpinan UMNO, Yang Berhormat.
Mimpi indah menjadikan mimpi yang membingungkan Yang Berhormat Tuan Speaker. Kepercayaan yang diberikan oleh sebahagian besar rakyat dibalas oleh PH dengan kehidupan yang memeritkan. Inilah yang sedang dihadapi oleh rakyat pada hari ini. Seperti peribahasa sebut, air susu dibalas dengan air tuba. Rakyat di setiap kelompok merasai kepayahan keperitan hidup, air diminum Yang Berhormat Tuan Speaker, rasa duri, terasa duri. Nasi dimakan terasa serkam.
Ok aje saya makan tadi.
Itu peribahasa Melayu Yang Berhormat. Yang Berhormat Tuan Speaker lagi faham. Orang Melayu ini banyak kiasan dia Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Tuan Speaker sesungguhnya satu, team PH ini team yang pandai berjanji. Pandai menabur kata-kata manis. Menggunakan ayat penyedap bicara. Menanam tebu di hujung bibir, pepatah Melayu ada sebut balik belakang lain bicara, betullah bait lagu Allahyarham SM Salim. “Ku sangka air di pinggir tebing, kiranya tebu di pinggir bibir, ku sangka jujur pancaran batin, rupanya palsu penghias zahir. Ku kira hati jiwa nurani, suci seindah wajah terbayang, ku kira puji seikhlas budi, ku lupa lidah tidak bertulang”.
Yang Berhormat Tuan Speaker, 18 bulan PH menguruskan negeri dan negara jelas membuktikan bahawa Pakatan Harapan saya simpulkan dalam peribahasa Melayu, saya tak hendak sebut ayat-ayat keras Yang Berhormat. Peribahasa Melayu yang sesuai dengan kerajaan PH hari ini ialah, paku dulang paku serpih, mengata orang PH sebenarnya yang lebih. Cakap soal integriti, ketelusan, transparent, kokok berderai ekor bergelumang dengan najis, seperti tepuk air ke dulang, baling batu sembunyi tangan, campak baju nampak kurap, ibarat tikus membaiki labu.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Pakatan Harapan menjanjikan pembaharuan institusi dalam Malaysia Baharu, mereka kata institusi penting perlu berkecuali dan bebas. Tengok apa dah jadi Pengerusi SPR, terang-terang penyokong dan parti mereka, betul tak? Peguam Negara, peguam yang membela mereka. Ketua Pesuruhjaya SPRM, penggerak utama parti mereka. Inilah Malaysia Baharu, tahniah. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Tuan Speaker, dulu Pakatan Harapan kata dapat sahaja Putrajaya, rakyat senang. Rupanya mereka yang bersenang. Hari ini yang popular sampai sekarang, hari ini kita ambil alih Putrajaya, esok minyak turun. Kalau hendak pendidikan percuma sokong kami, kalau tidak mahu teruskanlah menyokong pihak, pilih semula BN. Saya ingat lagi suara orang yang menyebut itu, dalam Dewan ini ada.
Yang Berhormat Tuan Speaker, mereka kata Pakatan Harapan akan turunkan harga, rupanya GST akan menurunkan harga, rupanya GST ni hendak bantu puak-puak mereka yang lari cukai. Tidak mudah kesan perniagaan mereka, perniagaan haram mereka agar dapat meneruskan kelangsungan, kesuburan black economy mereka. Jangan ingat rakyat tak tahu Yang Berhormat Tuan Speaker, banyak lagi janji-janji yang tidak dapat ditunaikan. Tidak cukup dengan itu menyalahkan lagi kerajaan lama, PH ambil alih negara ini hutang bertambah. Alasan hendak bayar hutang 1MDB. Rakyat hari ini menentang, bangun menentang kerana kerajaan yang hari ini dilihat bakal menjerumuskan negara ini kelembah lumpur yang teruk lagi berdebu Yang Berhormat Tuan Speaker.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya sebut kerajaan ini selalu u-turn. Ini diakui sendiri oleh Ahli Parlimen Pakatan Harapan, ya. u-turn Lynas, u-turn AES, u-turn ECRL dan banyak lagi u-turn Yang Berhormat Tuan Speaker. Dan satu lagi yang paling-paling besar Yang Berhormat Tuan Speaker, ialah kejayaan PH ialah merobek perpaduan negara. Perpaduan yang terbina 60 tahun, hari ini habis Yang Berhormat Tuan Speaker. Tolak ansur, toleransi pihak tertentu, hari ini dah berubah Yang Berhormat. Hubungan kaum dalam negara kita ini dah masuk zon kuning ke pergi merah. Ibarat telur di hujung tanduk Yang Berhormat Tuan Speaker, api dalam sekam dan bagai duri dalam daging. Setengah pihak pula jadi kacang lupakan kulit, ibarat Belanda minta tanah Yang Berhormat Tuan Speaker. Belum lagi perjalanan jauh kerajaan PH semua yang ada dalam perlembagaan ini dipertikai sewenang-wenangnya Yang Berhormat Tuan Speaker.
Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, kita tahu ya, selepas ini, selepas PRU yang ke-14 sebenarnya banyak nikmat besar yang kita dapat Yang Berhormat. Bukan kalah, kita tidak nikmat. Kita dapat nikmat besar Yang Berhormat Tuan Speaker. Pertama Yang Berhormat, nikmat besar yang kita terima perpaduan di kalangan kami semakin kukuh. Makin mudah hubungan sesama agama dan bangsa. Tidak susah nak kerja Yang Berhormat, itu sebab dalam Pilihanraya Tanjung Piai kami seronok kerja, seronok kerja sampai hilang, empat calon hilang wang pertaruhan dan Pakatan Harapan lengitlah, kata orang, kata orang Melayu lengit tau, lengit 15,000. Kita bukan riak Yang Berhormat Tuan Speaker, tidak. Bukan Rengit, lengit ha lengit.
Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, penyatuan ummah ini juga memantapkan usaha kami Yang Berhormat dan insya-Allah kami bersedia menunggu PRU yang ke 15. Kita akan lawan ya, tunggu sahajalah ya. Orang tuduh kami macam-macam bila UMNO dan PAS buat penyatuan, dia tuduh kami taliban, dan ada Ahli Dewan dalam ini kata akan berlaku penembakan seperti mana di Christchurch, New Zealand ya. Tapi sebenarnya belum jauh lagi berjalan. Sebenarnya PH sebenarnya yang terlibat dengan pasukan keganasan Yang Berhormat Tuan Speaker.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Ya.
Kalau PAS nak minta DUN Rengit macam mana?
Boleh Yang Berhormat, tak ada masalah. Demi penyatuan ummah dan muafakat nasional.
Ha, tolong rekod itu.
Saya 4 penggal Yang Berhormat, jawatan ini sementara sahaja bukan ada benda Yang Berhormat Tuan Speaker, tak ada masalah.
Sebab PAS ini kuat di Rengit.
Boleh, betul-betul Yang Berhormat. Saya setuju, tapi PAS di Rengitlah banyak bantu saya sejak 2004 Yang Berhormat Tuan Speaker, (Dewan bertepuk). Saya dah mulakan sejak 2004 Yang Berhormat Tuan Speaker. Kawan-kawan Yang Berhormat tu semua saya bantu dekat Rengit.
2004 itu saya masih dalam tu Yang Berhormat. Tak jumpa pun Yang Berhomat pun.
Ya, belum jumpa ya? Dan, Yang Berhormat Tuan Speaker, akhir sekali saya hendak Yang Berhormat,
1 minit sahaja.
Saya nak gulung, saya hendak pesanlah kepada Ahli Dewan ini ya, akhir sekali jangan kerap gunakan perkataan korupsi sebab anda sekarang PH berada di gelanggang korupsi. Jangan bercakap seolah-seolah anda ini macam malaikat. Tapi di sekeliling anda ramai pendusta dan penista, yang jadi rakan anda. Jangan ingat kami cemburu, anda hendak naik apa pun naiklah. Kuasa ada di tangan anda, buatlah apa yang anda suka, kami tetap dengan peranan kami semak dan imbang. Anda hendak buat komik menghasut mengubah sejarah ini, buat. Buatlah selagi anda boleh mempengaruhi dan mendominasi, anda hendak bawa kayu balik, abu balik ke tanah air ini, bawalah balik. Selagi anda boleh mempengaruhi dan mendominasi. Rakyat sedang menilai, jangan tuduh kami menghasut, anda sendiri sekarang berada di lubuk bersama tauke-tauke penghasut.
Dan akhir sekali Yang Berhormat, saya pesan kepada kerajaan PH jangan bertelagah sesama sendiri, tolong rakyat. Jangan berebut nak jadi PM dan MB, tunaikan janji anda. Dan akhir sekali Yang Berhormat jangan sampai di Johor ini Yang Berhormat Tuan Speaker, ini saksi 2 orang ya, kita dua orang Yang Berhormat Tuan Speaker, ada MB fasa ketiga Yang Berhormat, MB Johor fasa ketiga. Cukuplah dengan MB fasa satu, yang tak dengar nasihat Speaker. Buat soalan tambahan dua kali, lebih 5 minit, dah ditegur berkali-kali Speaker, ini sikit sahaja saya usik sikit kan, dia sebut jentik itu Yang Berhormat. Saya usik ayat, ayat pun sopan Yang Berhormat, dia sebut jentik, sepak Yang Berhormat diam sahaja, ialah mentang-mentang kawan, kencing lagi dia sebut...
Peraturan 46(2) itu kita sama-sama bertanggungjawab.
Yalah kawan, yalah tak apalah Yang Berhormat (Dewan ketawa).
Tak, tanggungjawab menegur tu bukan saya sahaja, Rengit juga.
Yalah betullah Yang Berhormat, dan jangan sampai Yang Berhormat MB fasa ketiga. Barang dijauhi Allah lah, malangnya sejarah besar negeri bertuah Johor Darul Ta’zim. Sekian, saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah assamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Rengit, nasihat. Alhamdulillah. Dulu saya banyak kali minta berucap, tapi tak boleh berucap. Tapi alhamdulillah sekarang dah boleh, dan memberikan pandangan-pandangan yang baik, terima kasih. Seterusnya saya persilakan Semarang, jemput.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahirahmaanirahim (Berselawat). Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada Semarang untuk terlibat dalam perbahasan ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, sempena ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Di Pertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Ta’zim. Semarang merafak sembah mengucapkan setinggi tahniah dan berdoa semoga Allah SWT lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam keadaan sihat walafiat, sejahtera, bahagia dan di rahmati dan diberkati Allah SWT.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sejak PH memegang tampok kerajaan sejak Mei tahun yang lalu, rakyat memerhati dengan dekat dan teliti. Sejauh mana kerajaan pusat dan negeri memenuhi cita rasa dan memenuhi ekspektasi ataupun pengharapan mereka yang amat tinggi untuk melihat dan menikmati penambahbaikan yang dijanjikan. Baik dalam segi sosial, ekonominya, perpaduannya dan keselamatannya. Sebagai pemerintah selama lebih 60 tahun, tak dapat dinafikan BN telah terlibat dalam membina negara bangsa ini. Ia bukan semata-mata sumbangan kepimpinan dan dasar peringkat pusat dan negeri semata-mata.
Malahan ianya adalah tak dapat dinafikan, adalah melibatkan kepimpinan daripada penjawat-penjawat awam yang ada dalam negara dan negeri ini dan juga tidak dapat dinafikan adalah daripada kepimpinan yang formal dan non-formal di peringkat akar umbi yang membina masyarakat dan kampung serta desa khususnya dalam negeri Johor Darul Ta’zim ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, apa pun yang dirancang atas nama rakyat dan negeri tidak membawa apa-apa makna jika amalan selektif memilih bulu dan pilih kasi serta diskriminasi politik tidak dihapuskan. Persepsi dan nilaian terhadap kerajaan bukan sekadar terhadap dasar, keterampilan pemimpin negeri semata-mata, namun tindak tanduk pembawa imej kerajaan di akar umbi seperti Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis dan pemimpin institusi masyarakat adalah dekat di mata rakyat. Atas nama demokrasi, rakyat dinamik dan kesaksamaan sosial, mereka juga harus dipantau oleh pihak kerajaan. Agar ianya selari dengan slogan yang di bawa oleh peringkat kepimpinan negeri.
Yang Berhormat Tuan Speaker, semalam saya amat terharu dan menghargai dengan kesungguhan Yang Berhormat EXCO Hal Ehwal Agama yang berjanji, tak ada pula dalam Dewan ini dia, dua kali, dua kali berjanji bahawa pemilihan jawatankuasa masjid dan surau tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana kuasa politik walaupun daripada parti politik kerajaan sendiri. Saya sangat terharu, lebih terharu lagi dia menyatakan bahawa apa yang diketengahkan ini adalah hasil daripada sembahyang istikharahnya, untuk membawa kebaikan institusi agama Islam negeri Johor. Subhanallahlah, hebat. Kalau semua EXCO boleh buat macam ini, selamat negeri Johor Darul Ta’zim ini. (Dewan bertepuk). Ini adalah suatu yang mulia, namun niat yang baik sahaja tidak menghalalkan cara.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya yakin ia perlu dilaksanakan di peringkat akar umbi juga, saya yakin tidak ada kejadian potong nama dan senarai di peringkat negeri dan mungkin daerah, saya percaya. Soal pemilihan jawatankuasa masjid dan surau tidak ada EXCO yang potong nama, tidak ada Kadi yang potong nama, tetapi realitinya Tuan Speaker, realiti di akar umbi sana. Ada juga masih lagi kepimpinan yang dikatakan mewakili kerajaan memotong nama yang diketengahkan oleh masyarakat yang memilih mereka secara kolektif sebagai pemimpin masjid dan surau. (Dewan bertepuk). Ini realitinya. Ia berlaku. Berjanjilah, berikrarlah tetapi kalau yang di bawah sana masih tidak menghayati dan memahami aspirasi kerajaan negeri, susah. Dan inilah antara faktor-faktor yang akan rakyat tolak kerajaan Pakatan Harapan di masa yang akan datang.
Yang Berhormat Tuan Speaker, ada kalanya pemilihan dibuat secara kolektif. Dan kepimpinan ini bukannya bergaji pun, malahan ada di kalangan mereka disuruh letak, Bilal letak jawatan. Nak jawatan dengan syarat dot, dot, dot. Imam 1 letak jawatan, tukar jadi Imam 2. Nak jawatan, dot, dot, dot. Yang Berhormat Tuan Speaker, perkara ini tidak harus berlaku. Sebab itulah slogan yang baik sahaja tidak cukup. Ianya harus dibawa dengan baik di peringkat akar umbi. Sebab itu Yang Berhormat Tuan Speaker, saya nyatakan perkara ini, jangan fobia kalau kehilangan kuasa atau kalau kehilangan pengaruh. Yakinlah, jika kerajaan bukan sahaja dilihat adil, tapi perlu dirasakan adil, sokongan dan kepercayaan akan menyusul.
Yang Berhormat Tuan Speaker, keadilan bukanlah bermaksud kesamarataan semata-mata sebaliknya ia wujud apabila setiap golongan dalam masyarakat mendapat hak masing-masing dan tidak disisihkan dalam masyarakat. Praktis mengganti, mencantas malahan mengugut kepimpinan NGO yang di rasa tidak sehaluan dengan mana-mana parti mesti dihentikan. Ini Johor. Mantan Yang Amat Berhormat Menteri Besar fasa 1 dah mengingatkan diperlukan ada kematangan politik dalam kepimpinan. Kalau masih ada lagi berebut balai raya, gelanggang, ataupun dewan terbuka selepas lebih 20 bulan, lebih 18 bulan memerintah, ini tidak membawa gambaran negeri Johor Bestari. Jangan gunakan kuasa untuk menghukum. Seharusnya gunakan kuasa untuk membantu. Inilah yang diharapkan oleh rakyat. Sebab itulah Yang Berhormat Tuan Speaker, harapnya perkara ini difahami. Sebab itu, jangan dinafikan bahawa pemerintah 60 tahun Barisan Nasional itu adalah buruk semuanya. Dan di peringkat akar umbi realitinya, orang-orang yang tidak didendangkan
namanya sebenarnya banyak membantu membangun kampung dan desa, masyarakat masa di bawah sana.
Yang Berhormat Tuan Speaker, usul menakut-nakutkan kakitangan kerajaan harus dihentikan. Nampak aja kakitangan duduk dengan ahli politik yang tidak serasi dengannya, dah ditegur. Sekolah-sekolah diberi amaran jangan jemput tetapi sumbangan minta juga. Ia tak sampai ke mana. Ia tak sampai ke mana kerana kita telah bersama mereka lebih 60 tahun membangun negara, bangsa yang ada ini Yang Berhormat Tuan Speaker. (Dewan bertepuk). Sebab itulah atas dasar demokrasi terbuka dalam usaha memberi khidmat dan bantuan, saya nak nyatakan, ada juga pemimpin-pemimpin negeri mencemar duli membuat panggilan telefon kepada pegawai-pegawai kerajaan, jangan terlibat dengan program yang ada si anu itu terlibat. Allahuakbar. Kenapalah, kecik sangatlah.
Program politik ke Yang Berhormat ?
Nak saya teruskan benda ini. Biar saya cakap sekerat sahaja.
Teruskan.
Dan negeri ini tidak cukup dengan kajian demi kajian. Kalau kapal dah nak tenggelam tak perlu lagi nak buat jawatankuasa. (Dewan bertepuk). Kajian, kajian, kajian, kajian. Kita memang..
Yang Berhormat, tadi Rengit sebut kajian juga tadi.
Dia memang. Rengit buat kajian dan telah mengubah Rengit sejak tahun 2004 yang lalu sehingga kini. (Dewan bertepuk). Rengit bukan lengit.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam soal ini kita telah menikmati pembangunan daripada IRDA, negeri Johor ini, IRDA sejak tahun 2006. Dewan yang kita duduk bersama ini adalah sebahagian daripada pembangunan bawah IRDA. Lihat sekitarnya dan ia sudah tiba ke peringkat yang penamat. Tetapi realitinya kali ini tahun 2020, untuk menghadap 2020 ini kita tidak nampak apakah sumbangan IRDA daripada pihak persekutuan untuk membangun negeri Johor ini. Persoalannya, adakah kita tidak minta atau pun mereka tidak beri? Sewajarnya ada satu iltizam politik untuk melihat bahawa Johor ini akan mendapat limpahan yang lebih melalui kelebihan koridor-koridor IRDA, ECER seperti yang lalu dalam negeri yang bertuah ini. Dan pastinya Yang Berhormat Tuan Speaker, negeri ini janganlah seperti negara, negeri yang auto pilot, auto cruise. Orang politik mesti ada iltizam politik untuk membawa dan memajukan negeri ini dengan idea yang futuristik bukan biasa-biasa sahaja. Sebab itulah yang kita harapkan, kalau biasa sahaja, same old business kita tidak akan bergerak ke mana. Ya, negeri akan terus berjalan tetapi kita berhadapan dengan masa depan yang lebih mencabar yang memerlukan pendekatan dan juga approach yang berbeza.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan di sini, pri pentingnya untuk menekankan soal inclusivity. Dalam soal perkongsian kesejahteraan ataupun share prosperity yang dilaungkan oleh pihak kerajaan pusat dan negeri. Sewajarnya inclusivity ini dihadkan. Kerajaan yang lalu menekankan pendekatan pembangunan yang holistik. Sebab itu Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam soal menangani pembangunan yang holistik ini difikirkan apa yang perlu di daerah-daerah bukan hanya apa yang diperlukan oleh orang Johor Bahru dan bandaraya-bandaraya sekitarnya semata-mata. Sebab itu taburan pembangunan sosial ini merata, bukannya tertumpu di sebelah mana-mana pihak semata-mata. Sebab itulah inclusivity ini penting. Ini adalah kerana masih ramai yang terabai, tertinggal dan tidak diperkasa. Ia juga wujudnya jurang rasa kepunyaan dalam masyarakat. Kurangnya rasa kepunyaan dalam masyarakat masa
kini. Dan masih wujud jurang dispart ataupun disparity dengan izin, ketidaksamaan dalam kesejahteraan sosial, penglibatan politik. Maka menangani perkara-perkara ini adalah telah tiba masanya Yang Berhormat Tuan Speaker. Gagal dalam menangani inclusivity ini boleh menyebabkan kita membayar kos yang lebih besar di masa depan. Baik dari segi kewangan, sosial, ekonomi dan dari segi politik. Jangan disekat dan diganggu gugat sistem kepimpinan masyarakat. Mereka adalah pembina masyarakat dan tamadun di akar umbi. Dan kita harapkan kerajaan melihat perkara ini. Inclusivity ini adalah amatlah penting. Jangan jadi kerajaan yang syok sendiri.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin merujuk kepada perkara yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar fasa 1 pada 20 hari bulan 11 yang lalu, berkenaan dengan Projek Pertanian Moden Air Hitam. Dia merujuk perbincangannya dengan pengerusi EXCO Pertanian. Tak ada lagi. Dikatakan tanah-tanah di berikan kepada Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Jawatankuasa, Bendahari UMNO Bahagian, lepas itu tapi tak di, telah salah gunakan dengan menanam kelapa sawit bukan tanam kepala sawit semata-mata, disewakan untuk ditanam kelapa sawit. Saya nak maklumkan Yang Berhormat Tuan Speaker, Projek Pertanian Moden Air Hitam ini bermula pada tahun 2004 yang lalu. Pada waktu itu saya baru menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Semarang yang ada ini. Pada waktu itu, Menteri Pertaniannya adalah ADUN Gambir sekarang. Pada waktu itu, idea untuk wujudkan pertanian moden, Projek Pertanian Moden di Air Hitam adalah Ahli Parlimen Langkawi sekarang. Kerajaan negeri tidak ada apa-apa authority ataupun hak untuk menentukan siapa yang terlibat. Dan saya nak maklumkan bahagian yang terlibat adalah Bahagian Industri Tanaman Ternakan dan Perikanan MOA. Menterinya ada dekat sini. Saya nak minta kalau benar benda ini berlaku, saya nak minta supaya Menteri Besar fasa 1 untuk membuat laporan kepada pihak berwajib, SPRM ke, polis ke agar ianya diambil tindakan. (Dewan bertepuk).
Tuan-tuan, Yang Berhormat Tuan Speaker, dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk. Perkara yang benar adalah benar, yang salah adalah salah. Saya anak Ayer Hitam, lahir di Ayer Hitam, dibesarkan di Ayer Hitam dan sampai sekarang masih lagi, di kad pengenalan beralamatkan Ayer Hitam.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga ingin membawa perkara-perkara berkenaan dengan peniaga-peniaga Arena Warna. Hari ini saya mendapat jawapan secara bertulis, untuk 104 orang peniaga di Arena Warna, Ayer Hitam yang telah berjaya dipindahkan daripada Pekan Ayer Hitam ke Kompleks Arena Warna, satu kejayaan hebat kerajaan Pakatan Harapan. Hebat. Saya tanya, apakah insentif yang telah diberikan? Saya nak maklumkan Dewan ini supaya semua orang dengar, tahu PUJB telah memberi RM39,520.00 sebagai pemberian papan iklan gerai peniaga-peniaga. Papan iklan je. Nak tahu apakah yang dimaksudkan dengan insentif bukan sekadar lawatan-lawatan bawa orang datang semata-mata. Apa yang berlaku sekarang peniaga-peniaga di Arena Warna, Yang Berhormat Tuan Speaker, hidup segan mati tak mahu. Ada lebih, 104 gerai di isi, dipindahkan. Mereka akur, mereka yang duduk di hadapan frontage dengan izin okaylah. Semua disewakan dengan kadar yang sama. Baik yang depan, baik yang tepi, baik yang belakang, baik yang tengah, baik yang menghadap ke sebelah belakang, harganya sama. Tidakkah terfikir insentif ini, selalunya kalau cerita insentif ini asyik nak bagi je. Tak ada ke perkataan lain, maknanya insentif ini. Harus difikirkan nasib mereka. Perkataan mereka YB, telur tak pecah YB. Tak pecah telur hari ini YB. Maksudnya tak ada pendapatan langsung di setengah-setengah. Kerana apa, kedudukan mereka, saya minta dalam Dewan ini supaya dilihat perkara ini. Beri insentif jenis apa, insentif. Kalau kita masuk Ekspo Perdagangan, yang depan harga lain, yang corner lot harga lain, yang tepi harga lain, yang belakang harga lain. Ini sama rata sahaja. Lepas tu hantar surat. Saya tak pernah kacau Majlis Daerah Yong Peng ini. Hari ini saya bercakap, Yong Peng tu lagi banyak naik Pejabat Majlis Daerah Yong Peng dari saya tapi ini realitinya. Peniaga kat sana bukan sahaja Melayu, Cina pun meniaga ni...
Masa dah 5 minit.
Masih kosong lagi kat sini Yang Berhormat. (Dewan ketawa).
Timer ni, timer ini selepas dipuji tadi dia terus demam.
Baru 2 minit, baru 2 saat. (Dewan ketawa). Saya akur Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Tuan Speaker, harap ambil mesej saya, satu lagi perkara, saya minta supaya kerajaan negeri ambil kira berkenaan dengan masalah SPNB. Projek Rumah Mesra Rakyat yang telah dan sedang dibina di akar umbi. Rakyat bukan main gembira dengan Projek Mesra Rakyat ini, mereka dapat tanah, dapat rumah. Tanah bapa kasi duduk sebelah rumah. Tanah dicagarkan tetapi saya minta pihak kerajaan negeri memantau berapa banyak yang dah siap, berapa banyak tengah dibuat, berapa banyak yang terbelangkalai sedangkan hak milik mereka dipegang oleh peguam daripada SPNB. Harapkan mereka, mereka adalah mengharapkan agar rumah idaman mereka menjadi kenyataan.
Seterusnya Yang Berhormat Tuan Speaker, saya bawa masalah route 50 Jalan Kluang-Ayer Hitam, saya tak bosan untuk membawanya. Yang Berhormat daripada Semerah lalu lalang, lalu lalang balik Ayer Hitam-Batu Pahat, dia boleh lebih cepat daripada Johor Bahru ke Ayer Hitam daripada Ayer Hitam ke Batu Pahat. Betul tak Yang Berhormat?Kerana keadaannya sesak, satu. Yang keduanya, keselamatan dan inilah jalan yang paling banyak berlaku kemalangan. Saya memperjuangkan ini bukan untuk orang Semarang semata-mata. Yang accident, yang kemalangan ini bukannya semestinya orang Semarang Yang Berhormat Tuan Speaker, entah orang mana pun. Tetapi inilah jalan maut. Apa salahnya dilihat tentang facilities keselamatan jalan seperti speed brake ke, lampu amaran dan malahan tak ada lampu jalan antara Parit Kassan tu sampai kepada Parit Kamil, tak ada. Gelap gelita dan saya dah nyatakan Pak Imam pun dah jadi mangsa.
Dan yang terakhir saya mohon, saya di Ayer Hitam ini ada satu sawah, namanya Sawah Kampung Sagil. Itulah sawah satu-satunya sawah dalam daerah Batu Pahat. Dan itulah juga yang kita pertahankan daripada dulu lagi supaya ia terus wujud Sawah Sagil bukan Sawah Sagil kat Tangkak ya, Sawah Sagil Ayer Hitam. Saya harapkan pihak kerajaan melihat tentang gaji untuk dibawa, tentang peruntukan untuk dibawa, pembangunan tali air konkrit untuk Sawah Sagil ini akan menjadi kenyataan dan akhirnya memberi manfaat kepada warga.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih di atas kesempatan ini. Allah selamatkan Johor. Sekian, wabillahi waltaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih kepada Semarang. Saya first time dengan Semarang ni, sebelum ini biasa dia sebelah petang dan alhamdulillah kali ini sebelah pagi. Seterusnya saya persilakan Penawar. Silakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Yang Berhormat Tuan Speaker, barisan EXCO, Ahli-Ahli Yang Berhormat. Salam Muafakat Bangsa Johor, salam kejayaan Tanjung Piai. Terima kasih Yang Berhormat Speaker kerana memberi ruang kepada Penawar untuk turut serta berbahas pada kali ini.
Barulah elok Yang Berhormat, sebelum ini salam 15,000, ini salam kemenangan. Baru ok sikit.
Penawar memanjatkan syukur ke hadratNya Yang Maha Esa di atas kesempatan yang diberi bagi menunaikan tanggungjawab menyampaikan hasrat rakyat di DUN Penawar agar tidak ada mereka yang tertinggal, tidak ada mereka yang tersisih dari kemakmuran negeri dan kesejahteraan Johor. Terlebih dahulu izinkan Penawar dan seluruh rakyat DUN Penawar merafak sembah
menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena hari keputeraan Baginda pada 22 November 2019. Patik dan seluruh rakyat Penawar mendoakan semoga Allah melanjutkan usia Tuanku dan sentiasa berada di bawah lindungan rahmat keberkatan Allah SWT serta dianugerahkan kesihatan yang baik untuk memimpin sekian rakyat dengan adil dan saksama serta bertambah-tambah daulatnya. Tidak ketinggalan juga, Penawar ingin merakamkan happy birthday kepada sahabat kita Timbalan Speaker. Seterusnya Penawar mengambil kesempatan menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang kedua semenjak PRU Ke-14, dalam tempoh setahun 6 bulan di era pentadbiran Pakatan Harapan kerana membentangkan satu Belanjawan yang sounds good, tajuknya, falsafahnya, dengan 6 Teras Strategik dan 183 Titik Sentuhnya.
Penawar ingin merakamkan syabas, tahniah dan terima kasih kepada seluruh pengundi Parlimen Tanjung Piai yang telah membuat keputusan tepat memilih Barisan Nasional untuk terus memberi perkhidmatan mewakili rakyat di Dewan Rakyat. Penawar yakin kemenangan besar yang tidak terduga itu adalah rindunya pengundi Tanjung Piai kepada logo dacing dan si biru tua. Anak punai anak merbah, hinggap di tunggak mencari sarang, anak sungai lagikan berubah, inikan pula hati orang. Ini adalah satu manifestasi kebangkitan rakyat. Mahukan satu pasukan muafakat nasional yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik. Mensejahterakan, memakmurkan dan yang utama adalah mengota apa yang dijanjikan kepada rakyat. Rakyat hari ini sedang memerhati, merasai keperitan hidup yang dicipta oleh satu kerajaan yang dibina dengan retorik politik juga fitnah yang membabi buta. Sehinggakan setiap kegagalan dibinkan dengan kerajaan yang terdahulu. Oleh yang demikian, Penawar ingin mengingatkan pada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh EXCO dan kepimpinan Pakatan Harapan, sudah-sudahlah menyalahkan orang lain pada setiap kegagalan tetapi bermuhasabah dirilah memperbaiki kesilapan dan terus bekerja. Kami Wakil Rakyat Barisan Nasional amat menyayangi rakyat negeri Johor. Kerana kamilah yang membangunkan negeri ini semenjak sekian lama. Apa yang kami suarakan dan kami sampaikan ini adalah dari rakyat, untuk rakyat. Ayam rintik di pinggir hutan, nampak dari tepi telaga, BN yang baik jadi ingatan, seribu tahun terkenang juga.(Dewan bertepuk).
Penawar mengambil maklum dan faham apa yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam ucapan Belanjawan Negeri Johor 2020. Tahun 2020 adalah garis masa yang digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke-4 dengan temanya, dengan teamnya Barisan Nasional bukannya Perdana Menteri yang ke-7. Untuk melihat Malaysia muncul sebagai negara maju dan berdaya saing. Menyorot kembali imaginasi kanak-kanak pada masa wawasan ini dilancarkan. Bila ditanya Wawasan 2020 mereka menjawab,akan adanya bangunan mencakar langit, akan adanya kereta terbang. Walaupun sampai hari ini yang terbang adalah impian rakyat jelata yang mahukan tol percuma, pendidikan percuma, minyak RM1.50 dan macam-macam lagi yang terbang disebabkan omong kosong demi meraihkan sokongan. Walau bagaimanapun, kita di Johor ini alhamdulillah. Bajet yang dibentangkan masih diunjurkan lebihan sepertimana yang ditinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional. Bila memandang ke muka laut, nampak sampan mudik ke hulu, bila terkenang mulut menyebut, BN yang baik ingat selalu.
Jika kononnya kejayaan Belanjawan 2020 diukur dengan lebihan perbelanjaan yang berjumlah RM302 juta sebenarnya kerana pelbagai bantuan kebajikan. Ini bukan kerana lebih betul, lebih tipu. Sebab banyak sangat bantuan-bantuan kebajikan. Geran-geran dan perniagaan telah dikurangkan. Maknanya rakyat masih lagi tertekan dengan lebihan kewangan yang di ada oleh kerajaan negeri. Dengan lebihan kewangan ini saya percaya kerajaan negeri boleh lakukan lebih banyak lagi intervensi kepada golongan B40 yang seramai lebih kurang 250,000 orang. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Penawar tertarik dengan unjuran lebihan pendapatan kerajaan negeri pada tahun 2020 tetapi apabila diselidiki, 31.69% lebihan hasil negeri ini adalah dari sumber cukai, tekanan kepada kerajaan. Dalam masa yang sama juga, Dewan dimaklumkan bahawa semakan semula kadar cukai tanah berkuat kuasa pada 1 Januari dan dikatakan tidak akan membebankan
rakyat. Boleh munasabah ke Tuan Speaker? Naik tak beban rakyat?Naik bebanlah, sekarang harga mahal. Sardin nak beli pun takut. Dulu sardin orang banjir dia makan. Kita tak makan tapi hari ini sardin harganya berkali ganda. Ha, kangkung lagi teruk. Dan dikatakan bunyinya menarik, sounds good tetapi Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak pula menyatakan secara spesifik peratus penurunan ataupun sebaliknya. Jika kerajaan negeri memutuskan ada kenaikan maka rakyat akan terus ditekan tetapi jika penurunan cukai manakah yang akan dinaikkan untuk mengimbangi hasil kerajaan yang dibentangkan. Rakyat mempunyai mimpi buruk dengan sistem cukai. Sistem cukai 47, apakah dia 47? 47 adalah, PM 4 sama dengan PM 7. 10% SST (PM4) sama dengan 10% SST (PM7). Sama tak ada beza, pusing-pusing kat situ juga. Hasilnya adalah harga barang terus melambung tinggi. Samalah juga jika cukai tanah dinaikkan makanya harga aset-aset hartanah turut akan melambung tinggi yang secara tidak langsung akan membebankan rakyat.
Pihak kerajaan kata semalam barang-barang murah, Yang Berhormat tak pergi beli barang.
Bukan saya tak pergi beli barang, Penawar selalu beli barang. Tambah pula bila dah jadi, Barisan Nasional, dah jadi belah sini. Tak ada tempat nak pergi nak pergi Majlis tak dibenarkan. Orang nak kita tolong, minta tolong dengan kita, kita pun tak boleh bagi tolong. Tapi sumbangan sentiasa berjalan dan bergerak, barang ini yang cakap tu yang tak sebenarnya. Yang cakap tu yang tak pergi.
Duit mana banyak dapat.
Dulu belanja dekat AEON Big RM400.00. Kali ini cuba pergi tak dapat RM900.00, tak dapat baranglah. (Dewan bertepuk).
RM900.00 tak dapat barang, barang apa Yang Berhormat tu? (Dewan ketawa).
Maksudnya kalau tak ada duit RM900.00, tak ada barang. Dulu RM400.00 dah cukup satu rumah beli barang. Ha, kena faham.
Maknanya boleh jugaklah beli barang.
Boleh, tapi kalau gaji tak cukup nak beli apa bang?(Dewan ketawa). Untuk itu, Penawar mewakili rakyat, rakyat Penawar…
Ke Penawar ini beli barang yang mahal-mahal aje.
Penawar tak susah, lobster banyak kat situ.Kita tak makan barang-barang murah.
Lobster, memanglah tak cukup RM900.00.
Ha, itu sebabnya. Saya tak nak lawan Tuan Speaker karang dia suruh saya duduk susah pulak, satu. Yang kedua, dia dah makan masa saya ni. Pandai Tuan Speaker ni.(Dewan ketawa). Untuk itu, Penawar mewakili rakyat Penawar khususnya dan seluruh rakyat negeri Johor memohon agar kerajaan negeri mempertimbangkan secara bijaksana untuk menurunkan kadar cukai tanah bukan menaikkan apabila semakan penguatkuasaan itu diumumkan kelak.
Yang Berhormat Speaker, rakan-rakan dah sebut sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 bersekali dengan Tahun Melawat Johor dalam 3 tahun ini kerajaan negeri daripada zaman Dato’ Seri Khaled pergi kepada Menteri Besar fasa pertama, hari ini Menteri Besar fasa
kedua, hampir RM40 juta untuk program ini dipecahkan kepada penambah baik infrastruktur. Promosi, tak nampak pun dan juga program dan acara-acara pelancongan. Kat mana duit ni? Bak kata Yang Berhormat Rengit, rimau pun dah tak tahu lari ke mana?Ini tak termasuk peruntukan bagi menggalakkan Johor sebagai destinasi pelancongan terulung dan seterusnya memberi manfaat langsung kepada ekonomi rakyat. Kerajaan Barisan Nasional pada masa itu memperuntukkan sejumlah program kampungstay ataupun homestay RM15 juta memberikan kesan langsung pada ekonomi desa. Projek Pelancongan Desa RM2 juta, Tourism Johor RM6 juta untuk promosi RM6 juta dan projek-projek infra berskala besar seperti seperti Johor Eco Entertaiment, Pengerang Waterfront, program-program ini memberikan kesan langsung kepada industri pelancongan di negeri Johor dan juga ekonomi rakyat. Untuk itu, Penawar ingin bertanyakan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, apakah kesan langsung kepada rakyat Johor dan peruntukan yang diberikan kepada pengusaha-pengusaha homestay sempena Tahun Melawat Johor ini? Di sini Penawar ingin menawarkan Parlimen Pengerang sebagai hab pelancongan desa negeri Johor kerana di Pengerang bukan sahaja ada lobster, adanya Desaru Coast, di Pengerang adanya FELDA Semenchu dan FELDA Tunggal yang dinobatkan sebagai anugerah keceriaan kampung FELDA. Dan, di Pengerang juga adanya pelbagai jenis tarikan pelancongan desa tetapi jangan lupa bajetnya untuk Penawar dan Tanjung Surat. Kami sedia berkhidmat demi negeri Johor. Berkaitan dengan itu, sempena Tahun Melawat Johor, Penawar memohon pertimbangan kerajaan negeri untuk mempercepatkan pembinaan masjid baru FELDA Semenchu dan FELDA Air Tawar 5. Dah lulus, tak kan lah kelewatan ini hanya kerana tukar pelaksanaan daripada JKR ke Johor Corp? Penawar bimbang, duit yang diturunkan daripada pusat ini akan terlari ke projek lain dan maklumlah projek ini hendak dilaksanakan di kawasan Barisan Nasional.
Penawar juga mengharapkan menurapkan jalan dalam perkampung FELDA Semenchu kerana FELDA Semenchu telah mendapat anugerah, manalah tahu pelancong datang hendak tengok macam mana hebatnya FELDA Semenchu. Jadi, sepanjang lebih kurang 17 kilometer, jalan ini adalah satu-satunya daripada 42 kawasan FELDA yang dibangunkan di FELDA wilayah Johor Bahru. Bayangkanlah, pada abad ke 21 masih lagi ada jalan kampung yang teruk dan belum dibangunkan lagi seperti di FELDA Semenchu. Kedua-dua perkara ini tidak patutnya berlaku dan dibangkitkan dalam Sidang, kerana ianya sudah sepatutnya selesai di peringkat PBT ataupun komuniti lokal. Tapi, mereka tak boleh laksanakan kalau kerajaan negeri tak beri peruntukan yang cukup untuk mereka melaksanakan.
Yang Berhormat Speaker, selaras dengan ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, bahawa kerajaan Pakatan Harapan tidak pernah mengabaikan rakyat seluruh Johor. Maka, di kesempatan ini Penawar memohon kerajaan negeri memberikan peruntukan bagi keselesaan rakyat Johor khasnya di DUN Penawar. Untuk kawasan-kawasan riadah dibaik pulih dan ditambah peruntukan untuk kampung tradisi perlu ditambah terutama meningkatkan prasarana lampu jalan, baik pulih rumah, jalan rosak dan benteng bagi menghalang banjir perlu disegerakan. Dulu dah buat, tapi semenjak PH tak buat-buat. Macam orang juga, walaupun dulu dah buat tapi lama-lama meningkat umur kita pun naik kerepot. Jadi, kita harap benda ini jangan kata, oh ini semua salah kerajaan Barisan Nasional sekarang anda bertanggungjawab, buat dan laksanakan.
Yang Berhormat Speaker, apabila di amati bajet ini di bawah peruntukan pendidikan, tidak ada disebut bajet untuk pendidikan Islam. Dalam bajet tahun 2018 kerajaan Barisan Nasional peruntukkan RM40 juta untuk pembinaan sekolah agama dan RM2.9 juta untuk pendidikan agama digital. Dalam Bajet 2019 pula di bawah pimpinan Dato’ Osman Sapian, MB fasa 1, di bawah Pelan Strategik Agama Islam negeri Johor, 2030 peruntukan RM500,000 untuk kajian pelan dan RM1.0 juta untuk pendidikan agama juga. Tetapi untuk bajet kali tidak pula kelihatan peruntukan pendidikan Islam, persoalannya adalah apa dah jadi dengan bajet pendidikan Islam? Adakah Yang Amat Berhormat Menteri Besar terlupa memasukkan bajet untuk pendidikan Islam atau ianya tidak penting di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan?
Yang Berhormat Speaker, memandangkan PTPTN telah membatalkan diskaun pinjaman kepada penerima dan tidak meneruskan 20% diskaun kepada peminjam. Penawar mencadangkan supaya kerajaan negeri melalui Yayasan Pelajaran Johor seharusnya memberi pinjaman dan pembiayaan pengajian tinggi bagi meringankan beban para peminjam dari anak Johor. Kerajaan negeri juga perlu memperuntukkan sedikit bajet untuk membantu peminjam yang memperolehi Ijazah Sarjana Muda ataupun kelayakan Second Upper dalam membayar balik pinjaman. Penawar mencadangkan kepada kerajaan negeri, beri diskaun pada kadar 15% daripada pinjaman YPJ ataupun pinjaman dari institusi kerajaan negeri lain amatlah dialu-alukan. Ia dapat menggalakkan dan memberikan pengiktirafan kepada pelajar cemerlang selain dari yang first class degree yang telah mendapat pengecualian membayar cukai balik.
Yang Berhormat Speaker, mengungkap kembali ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar iaitu golongan wanita turut memainkan peranan dalam pembangunan negara termasuk di negeri Johor. Sumbangan dan pengorbanan mereka ini sememangnya sangat berharga. Bagi mengiktiraf sumbangan wanita, kerajaan negeri akan memperkukuhkan institusi keluarga dengan mengarus perdanakan wanita dalam agenda pembangunan di negeri Johor. Peruntukan yang dicadangkan dalam bajet ini tidak cukup. Ingatlah, seramai 918,208 orang wanita adalah pengundi di negeri Johor dan seramai 1.8 juta penduduk Johor adalah wanita. Maka, kebajikan, penambahan ekonomi, keselesaan hidup wanita mesti diutamakan. Selaku Wakil Rakyat wanita, Penawar lihat seperti peminggiran agenda memperkasakan wanita dalam Bajet 2020 ada tu ada, pada zaman BN dulu pun ada, melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim telah melakukan Program Bantuan Perniagaan kepada ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah. Mana inisiatif ini semenjak kerajaan Pakatan Harapan memerintah? Sepatutnya kerajaan negeri lebih banyak menambah peruntukan seperti skim bantuan guaman wanita, 5,704 ibu tunggal yang direkodkan, yang dianiya oleh lelaki tidak tahu berapa ramai lagi. Program kesedaran dan pembinaan fasiliti bilik mama friendly RM300,000.00 mana cukup. Inisiatif keusahawanan dan penjanaan pendapatan melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim. RM1 juta, tak cukup, RM1 juta sekali sahaja belanja. Kerajaan negeri perlu beri peralatan-peralatan seperti mixer, oven dan peralatan menjahit atau memasak dan lain-lain supaya usahawan wanita boleh menambah pendapatan mereka.
Penawar mencadangkan semua Yayasan di bawah PBT memperkuatkan inisiatif pro wanita dengan memperuntukkan dana yang lebih bagi membantu usahawan wanita. Jangan jadikan Yayasan PBT sebagai tabung dana politik semata-mata, yang duitnya hanya dipakai untuk kepentingan politik. Seperkara lagi Penawar mengharapkan kerajaan negeri menambah pusat ambang kanak-kanak. Inisiatif ini telah diperkenalkan bermula daripada zaman Barisan Nasional, usaha ini memberi manfaat kepada wanita-wanita berkerjaya di sektor kerajaan dan GLC. Mengapa tidak dinyatakan dalam Bajet 2020 pusat-pusat ini penting bagi memastikan harapan, mengarusperdanakan peranan wanita itu dapat direalisasikan?
Oleh itu, Penawar mencadangkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar mempertimbangkan peruntukan khas bagi tujuan meneruskan usaha mewujudkan pusat ambang kanak-kanak ini.
1 minit lagi.
Eh, belum lagi. Yang Berhormat Speaker, pagi ini saya seorang perempuan baru bercakap. Sehubungan dengan itu juga, Penawar ingin bertanya berkenaan Dana Didik Harapan Johor yang diperuntukkan RM100,000.00, RM50.00 satu bayi, bagaimanakah bentuk dana ini disalurkan dan cara memohonnya? Ini kerana jika sebelum ini bajet 2018 Kerajaan Negeri Johor, kerajaan Barisan Nasional memperuntukkan RM500,000.00 di salurkan melalui pembukaan akaun SPPN-i. Begitu juga dengan kad sihat, kad sihat ini rakyat Johor yang ada dalam lingkungan B40, 250,000 orang diberi hanya kepada 19,000 individu, 28,000 keluarga yang lebih itu nak bagi pakai duit apa?
Yang Berhormat Speaker, merujuk kepada peruntukan yang diterima oleh KEJORA, dah nak habis. Selaras dengan Akta KEJORA 1957, pelaksanaan terhadap projek dan program hanya boleh dibuat dalam kawasan atau wilayah KEJORA sahaja. Mohon penjelasan status kelulusan cadangan perluasan kawasan perkhidmatan KEJORA, melibatkan daerah Kota Tinggi dan Kluang. Bilakah ianya akan diluluskan bagi memastikan program dan projek melalui peruntukan yang diterima dari Kementerian Luar Bandar turut dapat dimanfaatkan oleh kampung-kampung pinggiran?
Seterusnya, Penawar mohon EXCO terbabit nyatakan tindakan yang akan diambil bagi isu haiwan. Isu haiwan ini bukan satu isu yang mudah Tuan Speaker, walaupun Wakil Rakyat ini bukan Wakil Rakyat kerajaan di telefon beritahu binatang berkeliaran. Jadi, Penawar mengharapkan supaya satu tindakan dibuat agar pengguna jalan raya terutama di kawasan Penawar iaitu sepanjang jalan Sungai Mas dan Kampung Semenchu terbela daripada ancaman bahaya. Berkaitan dengan sektor pelancongan, saya skip daripada itu eh, projek RAPID.
Masa dah habis Yang Berhormat.
Pengerang sudah hampir siap.
Masa dah 21 minit.
Limpahan ekonomi amatlah positif dan memberangsangkan di kawasan sekitar Pengerang dan berdekatan. Namun begitu, bila RAPID hendak ditutup dah tak lama lagi nak tutup, RAPID jalan tapi dia punya pekerja-pekerja dah tak ada, dah balik. Jadi, masalah yang dihadapi ialah peniaga-peniaga yang meniaga di dalam RAPID. Hari ini mereka tidak ada ruang, tolong berikan tempat untuk mereka untuk berniaga, cari tempat baru untuk mereka berniaga. Dia berebut pula ni, bila Speaker cakap tadi.
Yang Berhormat Speaker, tidak ketinggalan peruntukan usahawan micro, kerajan negeri tak ada bagi apa pun, kerajaan pusat dulu bagi RM900,000.00 hari ini cuma tinggal RM500,000.00, mana cukup untuk negeri Johor. Jadi, kita harapkan ada pula Menteri hari ini, tolong tengok-tengokkan perkara ini. Apakah rasional dengan menaikkan jumlah pasar tani, pasar tani nak ditambahkan di Johor nak tambah 10, yang ada pun orang ramai tak datang. Bukan sahaja tak datang, kadang-kadang yang berniaga tu bukan orang Malaysia. Minta EXCO Pertanian tengok perkara ini.
Bagi memajukan usahawan Johor, Penawar mencadangkan kerajaan negeri memperuntukkan bantuan kepada usahawan Johor dengan menembusi pasaran antarabangsa dengan membawa mereka ke pameran antarabangsa. Usahawan Johor yang berjaya ni dah dapat macam-macam hadiah ini, tak kan sampai di situ, bagi mereka peluang. Kata orang jauh perjalanan luas pandangan, maknanya bagi mereka peluang untuk ke pameran antarabangsa seperti di Dubai, dalam masa yang sama kita juga subsidikan sewaan booth dia, subsidikan tambang kapal terbang dan hotel mereka.
Kesimpulannya?
Penutup Yang Berhormat Speaker,
Ok.
Saya ini jenis orang yang dengar kata.
Em, baguslah.
Sebelum Penawar mengakhiri, marilah kita ingat mengingati budaya masyarakat orang Melayu yang sentiasa mengutamakan adab, maruah dan budaya. Jadi, kalau masuk kampung orang berilah salam. Yang Berhormat Menteri datang, tak maklum, lepas tu buat korban, korban lembu, lembu kerajaan.
Menteri mana tu?
Saya rasa Yang Berhormat Speaker tolong google dan cari. Bila balik, tinggalkan peruntukan RM5,000.00 untuk satu kampung, memalukan. Makna tak ada standard, low classlah.
Ini bukan kesimpulan ini, dan baru punya ini. Kesimpulannya, kesimpulannya.
Ada pula yang dah tanya kesimpulan, nak bercakap pasal perangai orang.
Penutup, penutup.
Ada pula yang datang kawasan orang tak jemput ADUN, tak apa.
Penutup Yang Berhormat, penutup.
Juga, tapi bila rakyat jemput merajuk pula. Ini nak simpul perangai manusia. Macam mana pun dalam setandan kelapa tak semuanya busuk. Penawar ucap terima kasih dan menghargai EXCO Agama, inilah baru dikatakan tua-tua kelapa banyak santannya, lain juga orang berpengalaman. (Dewan bertepuk).
Lain macam sahaja puji.
Bila hadir bukan, pasal dia ada 3 kosong lagi tu. (Dewan ketawa).
Berminat ke?
Ha?
Berminat ke?
Dia ada 3 kosong, saya memang kosong. (Dewan ketawa). Ha, itulah ayat dia. Lain juga orang berpengalaman bila hadir bukan sahaja lawa tuan rumah untuk bersama-sama, malahan tinggalkan peruntukan untuk masyarakat kawasan Barisan Nasional. Terima kasih daun keladi, jemput datang lagi dan bawalah peruntukkan lebih sikit di DUN Penawar. Ada 6 FELDA mereka semua rakan se FELDA dengan EXCO Agama, jangan lupa janji dalam Dewan ini nak turun ke Penawar lagi. Terima kasih juga kepada ADUN Sedili, fuh! hebat ADUN Sedili. Dalam majlis wakil Menteri Besar Johor, tak berlaku rasa saya dalam zaman BN, biasanya EXCO, tetapi hari ini taraf ADUN Sedili hebat.
Pun minat juga dengan ADUN Sedili? (Dewan ketawa).
Masuk kawasan orang, tetap hormat tuan rumah. Ini beza orang politik dan politik dijadikan alat kepentingan diri.
Cukup Yang Berhormat. 25 minit dah.
Suka Penawar mengingatkan, di awal Bismillah ucapan Bajet Menteri Besar Johor sebut, kita kena sama-sama berganding bahu, bangunkan Johor dan jaga keselesaan rakyat. Maka, janganlah orang BN disingkirkan, majlis rasmi kerajaan jangan lupa jemput Barisan Nasional bersama. Apa guna pasang pelita, jika tidak dengan sumbunya, apa guna bermain kata-kata, kalau tidak dengan sungguhnya.
Akhir kata, Penawar ingin memetik semula firman Allah SWT yang dibacakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan saksama, berbuat kebajikan dan memberi bantuan kepada kaum kerabat dan Allah melarang kamu daripada melakukan kemungkaran, permusuhan, kezaliman, Dia memberi pengajaran kepada kamu agar kamu dapat mengambil pelajaran ataupun iktibar.
Yang Berhormat Speaker, pantun terakhir saya. Yang Berhormat Pontian juara pantun, Yang Berhormat Pengkalan Batu juara menembak, rakyat menilai dan menonton, gelagat kerajaan janji haprak. Sekian, wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Begitu bersemangat betul Penawar ini, rupanya ada hati. (Dewan ketawa). Ok, seterusnya saya persilakan, apa pun tahniah kepada Penawar ya. Saya persilakan Simpang Jeram, jemput.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Speaker, saya juga mengambil kesempatan dalam Dewan yang mulia ini untuk merafak sembah menjunjung kasih kepada Seri Paduka Sultan Johor di atas ulang tahun keputeraan baginda dan mendoakan semoga Tuanku dan keluarga sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Dan juga saya mengucapkan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kerana membentangkan Belanjawan tahun ini yang berjumlah hampir RM1.7 bilion.
Tuan Speaker, semasa malam rakyat memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan 9 hari bulan Mei pagi, pada waktu itu kita mengadakan sidang akhbar dan saya ditanya tentang kemenangan itu, kemenangan Pakatan Harapan. Saya menjawab bahawa kemenangan ini adalah merupakan gelombang rakyat yang tanpa terduga tetapi ingat sekiranya kita yang diberikan kemenangan ini tidak menunaikan tanggungjawab, maka rakyat yang telah terdidik dengan pendidikan politik dan berani berubah ini, kita juga akan menerima nasib sebagaimana yang dialami oleh rakan kita di sebelah sana, Barisan Nasional pada waktu itu. Kita insaf, bahawa kemenangan ini adalah amanah yang perlu ditunaikan. Kami mengaku bahawa ada janji-janji manifesto yang masih lagi belum ditunaikan, bukan kita tidak mahu menunaikan dan ada di antaranya telah kita martabatkan sebagai rasa tanggungjawab. Di antaranya kita meletakkan integriti, memberikan kebebasan sepenuhnya kepada Polis DiRaja Malaysia, SPRM. Kita menubuhkan JICC dan kita telah melakukan penambahbaikan di mana Alhamdulillah, pada hari ini SPRM tidak lengah untuk menyiasat termasuk menteri-menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri, EXCO-EXCO. Sekiranya kita ini hanya dilihat di peringkat permulaan, melakukan penyelewengan rasuah ataupun salah guna kuasa. Inilah merupakan reform yang kita berikan kebebasan kepada SPRM dan kepada pasukan yang berkuatkuasa yang kita rasakan penting dan inilah janji kita dan kita mengharapkan perkara ini akan dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.
Rakan-rakan di sebelah sana, saya perhatikan memberikan ucapan, rakan saya daripada Rengit, daripada Semarang dan juga yang paling akhir daripada Penawar. Sekian terima kasih di atas semua teguran-teguran yang telah diberikan. Namun begitu, kita harus melihat secara holistik, kalau tadi saya menyatakan bahawa rakyat mementingkan integriti, rakyat
melihat prestasi kerajaan. Hari ini orang berkata tentang kerajaan Pakatan Harapan, dulu rakyat memberikan mandat hampir 60 tahun kepada kerajaan PERIKATAN, kemudian ditukar nama kepada kerajaan Barisan Nasional. Apa yang penting yang saya pelajari dan kita lusuri sejarah ini adalah rakyat akan bertindak. Saya sering kali menyatakan dalam ucapan saya, di mana-mana sahaja bahawa sekiranya kerajaan Barisan Nasional menegakkan apa yang pernah dilakukan oleh Allahyarham Tun Razak, Tunku Abdul Rahman di mana pada waktu itu integriti diletakkan pada tahap yang paling tinggi, kerajaan Barisan Nasional tidak mungkin tumbang. Saya rasa BN telah buat post mortem kenapa mereka tumbang dalam PRU yang ke-14.
Oleh itu, saya ingin menyatakan bahawa kalau hari ini kerajaan PH berlari sepantas atau pun berlari separuh jalan, kita mengambil baton itu daripada kerajaan Barisan Nasional. Ibarat pelari 100 meter, kalau kita pada hari memacu dengan cepat ke garisan penamat, kerana larian sebelumnya berlari pantas tetapi kalau hari ini kita berada di separuh jalan disebabkan juga oleh pelari sebelum itu berlari tidak sepenuh hati ataupun berlari dengan performance yang kurang, maka dengan sebab itulah pada hari ini kita menilai semua aspek ini pada pandangan yang holistik. Saya ingin memberitahu bahawa di antara perkara-perkara yang kita lakukan adalah merupakan satu penambahbaikan yang rakyat ingin tahu kenapa itu berlaku? Bukan dalam motif untuk kita menyalahkan kerajaan yang lalu. Sebagai contoh, mereka yang mengkhianati duit rakyat, pengkhianat kepada Tabung Haji, pengkhianat kepada FGV, pengkhianat kepada badan-badan umum yang lain tidak mungkin akan diheret ke mahkamah tanpa pertukaran kerajaan. Maknanya, rakyat yang memberikan mandat kepada kami, kami hanya menjalankan tugas dan sekiranya kami yang di sini melakukan perkara yang sama, kami juga esok akan dihukum oleh rakyat. Ini satu peringatan yang saya rasa kita kena fahami bersama. (Dewan bertepuk).
Oleh itu, kalau tadi rakan-rakan daripada Rengit, daripada termasuk Penawar dan termasuk daripada Semarang, ya, saya tidak terusik kerana bahasa itu indah. Menggunakan bidalan-bidalan yang indah, kita orang Johor, we are cultured, kita orang yang paling bersopan tetapi benar kalau kami pada hari ini dilihat mungkin tidak dapat lagi menunaikan manifesto, kokok ayam jantan itu berderai-derai, ekornya bergelumang dengan tahi, jangan fikir tahi di sini sahaja busuk, di sana juga ayam jantan dahulu, yang juga berkokok, adakah tahi anda tidak berbau? (Dewan bertepuk). Maka, ini seharusnya kita perhatikan, maka dengan itu kita perlu compliment, kita perlu tunjuk ajar, kita perlu memperbetulkan antara satu sama lain dan kalau kita menghayati dan mahu Dewan Undangan Negeri Johor ini menepati martabatnya sebagai sebuah Dewan yang diperlihatkan oleh negara-negara maju, bench mark kita adalah House of Common, maka saya sangat berbesar hati, rakan saya daripada Benut, kalau di parlimen anda digelar Her Majesty opposition, tinggi tarafnya. Untuk apa? Untuk kita memperbetulkan antara satu sama lain, check and balance dan pada hari ini yang boleh kami lakukan adalah kami akan memperbetulkan apa yang tidak betul dan anda di sebelah sana juga memberikan teguran apa yang tidak betul kepada kami.
Oleh itu, atas semangat ini, saya rasa bahawa para-para yang kita anggap, saya sering menyebut, kalau saya memuji Tun Razak, saya minta maaf, saya kagum dengan Tun Razak, walau pun parti asal saya bukan UMNO dan saya tidak pernah masuk UMNO tetapi apa yang legasi yang ditinggalkan oleh Tun Razak harus diperlihatkan, diangkat kembali, dalam tempoh 5 tahun banyak institusi dibina, FELDA, FELCRA, MARA, UKM, ITM. Ini jasa besar seorang yang penuh integriti dan pada waktu itu adalah Tun Tan Siew Sin menjadi Menteri Kewangan, tidak timbul masalah Cina-Melayu, Melayu-Cina. Kenapa, Tan Siew Sin menggambarkan anggota kabinet yang penuh wibawa menjaga wang negara. Saya harap naratif ini boleh kita bawa pada masa akan datang.
Tun Razak ok Yang Berhormat? Anak Tun Razak macam mana Yang Berhormat?
Ya, sebab itu bila kita mengambil alih kerajaan yang ada pada hari ini, saya, Tuan Speaker, bukan ialah saya boleh terima tentang anak Tun Razak itu tetapi apa episod yang terjadi itu perlu kita ambil satu
pengajaran. Rakyat tidak pilih anda siapa? Anda anak Tun Razak, anak Hussin Onn, anak siapa pun, siapa pun bapa kita dan keturunan kita, rakyat akan membuat pilihan dan rakyat akan menghukum sekiranya kita melakukan kesalahan dan jatuhnya sebuah kerajaan itu adalah kerana apa yang kita buat sendiri, bukan orang lain yang menjatuhkan kita dan jangan salahkan ibu yang mengandung. Oleh itu, bagi saya, Yang Berhormat, tadi rakan saya daripada Panti juga membuat satu, tidaklah satu kutukan, satu kata-kata sinis yang mengatakan ada skandal atau pun ada isu tentang NAFAS, tentang baja, RM1.4 bilion. Aduh! Dato’ Speaker, kalau itulah wang yang masuk dalam akaun saya.
Belum Dato’ lagi, belum Dato’ lagi, Speaker je.
Yalah, insya-Allah. Kalau begitulah wang skandal saya, wah! bukan main saya pada hari ini, RM1.4 bilion. Saya ingin perbetulkan bahawa perjuangan saya hanya satu, biarlah peladang-peladang, petani-petani kita 900,000 itu kita bela sepenuhnya. Apa pun yang berlaku, saya mahu projek-projek ini diberikan kepada mereka dengan menggunakan tatacara yang betul, bukan skandal, bukan isu. Yang di sebelah sana lama pengalaman dalam kerajaan, janganlah pula buat-buat lupa peraturan kerajaan, prosedur kerajaan, tender kerajaan, punca kuasa kerajaan, punca kuasa menteri, punca kuasa perdana menteri, punca kuasa menteri kewangan. Secara praktikalnya saya sebut tadi, kenapa di zaman Tun Razak, di zaman-zaman yang penuh integriti ini, dipisahkan jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan? Kerana Perdana Menteri tidak boleh mempengaruhi Menteri Kewangan. Itu termaktub di dalam perlembagaan dan itu termaktub di dalam peraturan yang tidak ada mana-mana kuasa yang boleh mempengaruhi Menteri Kewangan. Sebab itu sejauh mana pun menteri nak merayu tentang apa jua projek termasuk direct nego, mestilah hanya boleh diminitkan oleh perdana menteri tetapi yang memuktamadkan adalah Menteri Kewangan. Jadi, duit masih ada dalam Perbendaharaan, RM1.4 bilion untuk petani di luar sana, untuk rakyat petani yang masih miskin yang saya perjuangkan, bukan saya berjuang untuk tauke, untuk saudagar, untuk individu, saya berjuang untuk petani-petani yang mesti mendapat habuan itu dan NAFAS bukan persatuan biasa. (Dewan bertepuk).
NAFAS ditubuhkan atas Akta Peladang. NAFAS adalah sebuah persatuan yang dilindungi oleh kerajaan, dia bukan syarikat swasta, sendirian berhad, syarikat berhad, yang dapat itu nanti akan jual baja, buat baja dan keuntungannya tidak ke mana-mana tetapi NAFAS ada social obligation, dengan izin, dia memberikan dividen, memberikan kebajikan dan seumpamanya. Jadi, saya ingin memperjelaskan di sini bahawa apa yang saya lakukan itu masih lagi dalam peraturan selagi mana ianya tidak dimuktamadkan oleh Kementerian Kewangan. Tetapi setelah, bila saya cabar dalam Parlimen semalam, tidak ada bukti, mana syarikat yang dapat? Tunjukkan kepada saya surat SST. Kalau dia katakan saya menyeleweng, tidak dapat dibuktikan kerana ia masih lagi dalam proses dan insya-Allah apa yang akan dapat RM1.4 bilion itu akan dikembalikan kepada peranan-peranan kita, insya-Allah. Terlanjur itu saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Speaker, semua Ahli Dewan untuk sama-sama menyambut Hari Peladang, Penternak dan Nelayan yang akan bermula esok hingga 1 Disember di Plaza Angsana, Johor Bahru. Insya-Allah, dan kali ini Johor diberikan penghormatan untuk menjadi tuan rumah.
Penawar itu dia kata selalu tak jemput. Ini kita jemput rasmi ini.
Penawar ini tak apa. Dia rakan kita ya. Saya tidak terkesan pun, tak apa. Lepas ini kita boleh minum kopi. (Dewan ketawa).
Bahaya Yang Berhormat tu?
Tak ada bahaya.
Dia kosong satu.
Tak ada bahaya.
Dia kosong satu.
Tak ada masalah. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ucap tahniah di atas inisiatif Yang Berhormat Tuan Speaker, Puan Jurutulis yang menganjurkan satu bengkel ya, memperkasa Dewan Undangan Negeri Johor 2019. Saya rasa Dewan ini kena diperkemaskan, diperkukuhkan. Jangan DUN ini jadi ghost house. Rumah hantu, tak ceria. Saya sukalah kalau saya sebut tadi ini ada boleh bangun, jawab. Rakan saya daripada Benut, kita pernah di Parlimen dahulu. Riuh rendah. Dewan ini tidak boleh kaku ya. Kalau Dewan ini macam, semua macam, semua macam hakim, semua macam lawyer, nanti Dewan ini jadi mahkamah. Kalau semua macam doktor, nanti Dewan ini jadi macam hospital. Semua bersyarah, serius nanti Dewan ini jadi macam universiti. Dewan ini adalah Dewan Rakyat, kena ada keceriaan, gurau senda, kutuk mengutuk sedikit pun tak apa, tak apa. Itu biasa saja. Kalau nak berumah di tepian pantai, kalau takut dilambung ombak, jangan masuk dunia politik. Tak apa. Jadi harus ada satu pembaharuan. Kalau takut sangat, dulu Yang Berhormat Benut, kita ada Kinabatangan, dulu ada Sri Gading, itu semua fighter-fighter dalam Dewan.
Kita ada Rengit, Yang Berhormat.
Ada Rengit, tak apa. Jadi, ada keceriaan. Ada soal jawab. Itu debate. What is the meaning of debate? Debate ini saya pun tak syok. Cakap 2 minit tak boleh ganggu. Let us debate in the very proper way, ada peraturan-peraturan yang boleh kita. Dan jangan dianggap debate itu suatu, kalau nak buat secara langsung pun saya setuju.(Dewan bertepuk). Siapa nak, who want to be stupid on air? Please tell me, (Dewan bertepuk). Kalau live siapa yang nak nampak bodoh dalam kaca tv. Tak ada orang nak bodoh, semua akan prepare. Semua akan buat homework. Semua datang dengan suatu fakta dan figure, jadi saya harap ini dapat diperkasakan. Yang Kedua, Yang Berhormat. Kita ada di sini Yang Berhormat SUK Negeri. Kita ada di sini Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri,
Azan Yang Berhormat, azan Yang Berhormat. Jemput Yang Berhormat, ada lima minit lagi.
(Berhenti sebentar kerana memberi laluan laungan azan)
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya minta maaf dan saya tarik balik. Tadi saya katakan, address pada tuanku tadi, Seri Paduka Baginda sebenarnya Duli Yang Maha Mulia. Saya minta maaf. Maklumlah tak biasa. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya yang sebut tadi Yang Berhormat SUK adalah, Yang Berhormat Pegawai Kewangan dan Yang Berhormat Pegawai Undang-Undang, mereka itu pun dah digelar...
Dan Kewangan lagi satu.
Kewangan, Undang-Undang dan SUK. Mereka ini dari segi jawatan pun disebut Yang Berhormat, address pun Yang Berhormat. Saya mencadangkan peraturan dipinda. Johor kena lead benda ini. Dalam perbahasan yang spesifik, yang benar-benar spesifik, yang memerlukan perangkaan, yang memerlukan kepada suatu fakta yang benar-benar melibatkan pentadbiran kerajaan negeri, maka maknanya mereka juga boleh bangun untuk menjawab persoalan-persoalan itu. Ini bagus saya rasa. Tidaklah maknanya dia mencemarkan atau pun ianya sesuatu yang tidak asing dan saya rasa, di hadapan kita pun ada beberapa pamplet atau pun beberapa dokumen tentang Commonwealth Parliamentary Association, Introduction of Political Parties Participation ini semua ini, saya rasa ini semua hasil daripada lawatan dan kita melihat bagaimana negara dalam Commonwealth ini mempraktikkan roh, house of commons itu. Jadi, jangan nanti Uganda negeri yang di Afrika itu pun lebih maju daripada kita. Saya harap exercise peraturan dan move forward dari segi melakari keceriaan Dewan ini. Jadi, saya
rasa ada perkara-perkara yang tidak salah dan tidak kita ini lari daripada norma atau pun ketatasusilaan dalam sebuah negara Commonwealth sekiranya kita melihat secara keseluruhan tentang perjalanan Dewan. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Speaker dan saya rasa seminar yang lebih besar, seminar yang lebih, yang lebih orang kata holistik perlu dibuat dengan menjemput lagi tokoh-tokoh daripada negara Commonwealth supaya mereka juga dapat memberikan pandangan bagaimana kita menceriakan Dewan ini untuk kepentingan bersama.
Tapi bengkel itu, sebelah sini tak datang Yang Berhormat.
Adakah mereka tak dijemput?
Jemput Yang Berhormat tapi tak datang.
Kena datang. Tak apa. Pengalaman kami, saya juga dulu anggota co-workers di parlimen Yang Berhormat daripada Benut pun. Saya tidak keberatan ikut menteri BN pada waktu itu untuk ke Canada, ke Australia kerana kita banyak belajar sebenarnya. Ada masa kita harus melemparkan garisan politik itu. Ada masa kita kena rapatkan. Dan, ada masa kadang-kadang kita kena putuskan juga sekali sekala. Tapi ini politik yang begitu dinamik yang perlu kita pelajari bersama.
Akhir sekali Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin di hujung ini untuk memberikan sedikit pandangan tentang Doctrine Government Of The Day. Ini harus kita pelajari dan harus kita tekuni dan kadang-kadang menjadi satu budaya. Jangan cakaplah kita lantik sana, lantik sini. Bagi kita yang memerintah, mana-mana parti memerintah, kita akan melantik mereka yang kita paling percayai. Bukan isu UMNO, Amanah, Bersatu dan seumpamanya. Orang kita, orang tidak, kerana mana-mana kerajaan, yang di sana dahulu adakah saya di sini boleh mengharapkan kami dilantik. Please, this is ridiculous. Kita yang menjadi parti pemerintah, kita melantik orang yang kita paling percayai. Itu doktrinnya. Jadi tak usah ungkitlah benda itu. Kalau esok kembali berkuasa, nak lantik kami di sini?. I am very sorry to say that. Jadi tetapi yang dilantik ini mesti memegang integriti, keamanahan. Tunjuk anda competent, dan tunjuk anda boleh melakukan kerja. Kalau tidak rakyat akan maki kita, rakyat akan tolak kita dan rakyat akan benci pada kita. Jadi oleh itu doktrin tentang administration ini ialah perkara normal yang menjadi praktis dalam mana-mana kerajaan.
Yang Keduanya, saya rasa Government Of The Day ini, ada ramai pegawai kerajaan yang bagus. Saya di MOA sentiasa menandatangani sama ada pengurniaan darjah kebesaran, sama ada kenaikan pangkat, saya tidak pernah pilih bulu untuk mereka dilantik. Tetapi ada segelintir yang cuba khianat pada kerajaan yang ada pada hari ini. Dan, saya ingin memberikan sedikit teguran supaya D.O, D.O ini diperhatikan. Saya tidak, saya tidak mahu bermusuh dengan siapa-siapa. Hubungan anggota kerajaan dengan political master ini mesti erat dalam mana-mana doktrin yang kita perakui. Dan kalau mereka melakukan pengkhianatan dalaman, mereka akan dihukum. Thats is the law that it cost. Tapi kalau dah ada keputusan sebagai contoh jangan dikhianati. D.O sebagai contoh ada Ketua Whip, ada lantikan-lantikan, ada keputusan yang telah dibuat tapi surat keluar lain cerita. Ini saya rasa harus diperhatikan supaya kita mencermati amalan ini kerana pegawai kerajaan harus dihormati. Diletakkan pada darjat yang tinggi. Mereka adalah civil servant yang berkhidmat untuk negara dan mereka akan patuh pada government of the day.
Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ucap terima kasih walaupun banyak lagi saya menghormati masa dan berdoa mudah-mudahan kepimpinan PH yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Besar hari ini akan dapat deliver bajet ini dengan penuh amanah, dengan penuh keprihatinan dan kecekapan dan terima kasih pada rakan-rakan di sebelah sana yang sentiasa memberikan teguran dan kita akan compliment dalam sebuah Dewan yang mulia ini. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, wabillahi taufik walhidayah wasalaamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Dewan bertepuk).
Terima kasih Simpang Jeram atas pandangan-pandangan ya. Jadi Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini. Terima kasih.
Persidangan di tangguhkan pada jam 1.00 tengah hari.
Persidangan disambung semula pada jam 2.30 petang.
YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, persidangan disambung semula. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pulai Sebatang.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Puan Timbalan Speaker kerana memberikan peluang kepada Pulai Sebatang untuk mengambil bahagian bagi membahaskan ucapan Belanjawan Johor 2020 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada 21 November yang lepas. Pertamanya, patik merafak sembah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah bersempena dengan ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim pada 22 November 2019 yang lalu. Dan berdoa semoga Allah SWT melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat, sejahtera, bahagia, dirahmati dan diberkati untuk terus menaungi sekalian rakyat dengan adil dan saksama.
Keduanya Pulai Sebatang ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan JDT di atas kejayaan merangkul kejuaraan Liga Super buat kali keenam berturut-turut dan Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh 3 tahun. Sesungguhnya kejayaan ini menyemarakkan lagi rasa cinta dan kasih rakyat terhadap tanah tumpah darah ini.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kerana telah berjaya membentangkan belanjawan yang holistik dan menyentuh semua segmen masyarakat di negeri Johor. Yang paling penting mengutamakan golongan yang memerlukan iaitu golongan B40. Pulai Sebatang juga ingin merakamkan ucapan tahniah kerana Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor telah membentangkan satu belanjawan surplus dengan anggaran lebihan sebanyak RM2.36 juta. Ini membuktikan bahawa dalam kita berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat, kita masih mampu untuk mengamalkan perbelanjaan secara berhemah dan terkawal.
Memakmurkan dan Mensejahtera Johor Bestari. Bertemakan “Memakmurkan dan Mensejahtera Johor Bestari”, belanjawan Johor 2020 bergerak seiring dengan aspirasi wawasan kemakmuran bersama 2030 yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 5 November yang lalu.
Bertepatan firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 30 (Bacaan Ayat al-Quran). Sesungguhnya aku hendak menjadikan seseorang khalifah di muka bumi ini. Kemudian, malaikat menjawab dengan katanya adakah engkau ya tuhan hendak menjadikan di bumi ini orang yang akan membuat bencana dan menumpah darah, berbunuh-bunuhan padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji mu dengan mensucikan mu? Lalu Allah menjawab soalan ini dengan menyatakan, sesungguhnya aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui. Betapa Allah memuliakan manusia dengan melantik mereka sebagai khalifah di muka bumi iaitu pemimpin yang akan memakmurkan alam di muka bumi ini. Kesempurnaan dijadikan nabi Adam sebagai khalifah di muka bumi ini membawa maksud yang mendalam. Manusia seharusnya merenung sejauh mana mereka telah menjalankan amanah, tanggungjawab dan peranan sebagai khalifah.
Justeru, besar hasrat kerajaan agar melihat Belanjawan Johor tahun 2020 ini, kita semua sama-sama bersinergi, berganding bahu untuk menjadikan kehidupan lebih ramai rakyat lebih sejahtera dan berbahagia. Saya juga menyambut baik dan mengucapkan tahniah
kepada inisiatif kerajaan negeri yang berjaya mendapatkan sebanyak 5,379 input daripada 2,565 maklum balas rakyat untuk memastikan bahawa belanjawan benar-benar memenuhi hasrat rakyat di akar umbi. Tahniah juga saya ucapkan kepada EXCO Kerajaan Negeri yang bertungkus lumus menyediakan, merangka belanjawan bagi portfolio masing-masing demi memastikan kelancaran tugas pada tahun hadapan.
Yang Berhormat Speaker, saya juga meneliti ucapan belanjawan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan menyedari bahawa kegusaran rakyat terbesar di bawah adalah kualiti taraf hidup mereka. Isu kos sara hidup, kualiti pendidikan, peluang pekerjaan dan juga prasarana yang baik terus membungkam mereka. Kita perlu sedar bahawa tugas kita selaku wakil rakyat bukanlah berpolitik 24 jam, tetapi kita perlu memastikan bahawa kualiti taraf hidup rakyat ini ditambah baik dari semasa ke semasa. Saya juga berharap agar pihak kerajaan tidak terikut-ikut dan melayan gimik politik murahan dari pembangkang dan fokus untuk memberikan khidmat terbaik kepada kerajaan.
Yang Berhormat Speaker, saya sebenarnya rasa pelik apabila Yang Berhormat hari ini lantang berbicara tentang integriti tanpa melihat carik di kain mereka sendiri. Bahkan, seronok sungguh menggelar-gelar munafik terutamanya mereka lupa bahawa satu dunia menggelarkan kerajaan di bawah pemerintahan mereka sebagai kerajaan kleptokrasi. Kerajaan kelepet duit rakyat bukan sekadar di Malaysia, bahkan satu dunia, mereka lupa rakyat menghumban mereka kerana mereka mencurangi rakyat. Mereka tanya kita dah 18 tahun mana peluang kerja rakyat? Kita tanya pada pihak pembangkang dan 61 tahun dahulunya mereka, kamu buat apa? Pembangkang tanya kita dah 18 bulan mana hapus PTPTN? Mungkin pembangkang lupa dan tak membaca yang nak hapus PTPTN ini kawan muafakat nasional daripada pembangkang iaitu daripada PAS. Pembangkang tanya kita mana janji nak turunkan harga minyak? Mungkin pembangkang lupa, ataupun kurang membaca bahawa janji sebenar kerajaan Pakatan Harapan ialah janji adalah menstabilkan harga minyak dan kita laksanakan dan pembangkang tanya lagi mana gaji minima RM1,500.00? pembangkang lupa hari ini gaji minima sudah mencecah RM1,100.00 berbanding RM1,000.00 di zaman BN. Baru 18 bulan sudah naik RM100.00 Yang Berhormat bayangkan kalau hari ini kerajaan Pakatan Harapan memerintah selama 60 tahun. Di Johor alhamdulillah kita telah berjaya menunaikan kesemua manifesto kita dan yang paling terbaru ialah insentif-insentif yang memberi impak kepada taraf kehidupan rakyat yang paling utama adalah nilai integriti dan juga urus tadbir yang baik.
Mendepani Revolusi Industri Ke-4. Yang Berhormat Speaker, dunia hari ini berdepan dengan cabaran Revolusi Industri ke-4. Begitu juga dengan rantau Asia dan Malaysia juga tidak terkecuali. Johor antara negeri yang maju dan menerima pelaburan tertinggi dan turut terkesan dengan Revolusi Industri ke-4 ini. Revolusi Industri ke-4 adalah satu revolusi yang berteraskan kepada teknologi digital yang akan mengubah gaya kehidupan manusia seluruh dunia. Perkembangan ini berlaku dengan begitu cepat dan pantas dalam industri ini. Perkembangan ini akan memberikan kesan kepada pekerjaan pada masa hadapan. Berdasarkan kepada kajian dan perbincangan yang telah dilakukan oleh World Economic Forum pada Januari 2016. Pada tahun 2018 hingga 2020 syarikat dan perusahaan serta pemain industri akan melakukan pelaburan dalam mengukuhkan sistem penghasilan produk dan perkhidmatan. Pelaburan mereka adalah dalam bidang robotik, kepintaran buatan dan pembangunan sistem kerja menggantikan manusia untuk melakukan kerja-kerja rutin. Seperti contoh, sekarang ini perkhidmatan kaunter telah digantikan dengan mesin-mesin berlaku di bank, downsizing dengan izin, tiket kapal terbang dan sebagainya. Perubahan ini akan terus berkembang. Ini memberi kesan kepada pasaran pekerjaan. Pasaran pekerjaan perubahan dan kemahiran diperlukan juga akan berubah. Industri memerlukan pekerja yang mahir dengan teknologi. Boleh mengawal teknologi dan menguasai teknologi. Pekerjaan yang mana boleh diautomasikan dan dilakukan oleh robot akan hilang. Dan pekerjaan yang memerlukan kemahiran akan terus menjadi permintaan yang tertinggi. Kalau kita lihat, industri logistik yang dijangka akan terkesan daripada kesan revolusi ke-4 sekarang ini telah berkembang pesat kerana masyarakat menggunakan media baharu atas talian dan aplikasi mobil untuk memberi pelbagai barangan dan perkhidmatan. Industri ini ditambah baik dan terus berkembang. Kita dapat lihat ia menjadi pekerjaan baharu bagi anak muda. Dalam
perkembangan yang lain, kita menjangkakan lebih banyak pekerjaan baharu yang akan memberi kerjaya baharu kepada para belia dan memberi pendapatan yang lumayan. Seperti contoh, penggunaan drone, yang sekarang ini digunakan untuk penggambaran dan pembikinan video menjadi satu kerjaya baru.
Yang Berhormat Puan Timbalan Speaker, kerajaan negeri Johor sangat mengambil berat tentang perkembangan ini. pelbagai peruntukan yang telah disediakan untuk bangsa Johor tidak ketinggalan. Antara usahanya ialah menaik taraf perkhidmatan ICT, memperkasakan Pusat Internet Desa, memberi pendekatan kepada capaian digital, membangunkan pusat data raya dan lain-lain lagi. Walaupun begitu, usaha ini harus diperkasakan dengan sistem penyampaian yang baik. Kerajaan negeri juga disarankan supaya peka dengan perkembangan pantas ini dan berusaha mengurangkan birokrasi supaya pelabur boleh dipercepatkan. Rakyat juga boleh mendapat manfaat yang banyak dengan perkembangan teknologi digital. Semua peluang haruslah disampaikan kepada rakyat dengan cepat supaya rakyat mengetahui segala kerja kuat kerajaan dalam menjadikan kehidupan rakyat lebih sejahtera.
Mensejahterakan golongan B40. Yang Berhormat Timbalan Puan Speaker, sejak mula Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan kebajikan dan kesejahteraan golongan B40 tidak pernah dilupakan. Pulai Sebatang menyambut baik inisiatif kerajaan negeri dalam menyediakan peruntukan-peruntukan kepada program-program yang bertumpukan golongan B40. Sebagai contoh, pemberian bekalan makanan percuma kepada golongan B40 melalui program Food Bank mendapat peruntukan sebanyak RM600,000.00 yang mana bakal penerimanya adalah penerima yang berdaftar e-Kasih, golongan asnaf dan juga penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Selain itu, insentif pendidikan kepada mahasiswa B40 di IPT juga diteruskan dengan kadar RM500.00 bagi peringkat diploma dan RM1,000.00 di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Yang Berhormat EXCO Pendidikan Johor yang menjawab soalan saya berkenaan jumlah mahasiswa yang telah menerima insentif Harapan Siswa sehingga tahun ini.
Selain dari itu, insentif Kad Sihat Johor juga diteruskan kepada 28,000 keluarga dan 19,000 individu bakal menerima manfaat dari program ini. inisiatif ini bagi saya adalah satu inisiatif yang sangat baik yang saya sarankan perlu disebarluaskan oleh Wakil Rakyat dari kerajaan mahu juga pembangkang kerana ia bukan sahaja membantu kos perubatan rakyat Johor bahkan menjadikan bangsa Johor ke arah bangsa yang lebih sihat. Selain itu, tidak lupa juga skim air percuma bakal memberi manfaat 10 meter padu air percuma kepada 229,000 pemegang akaun berdaftar bagi golongan B40. Bukan itu sahaja, kerajaan negeri juga komited dalam menjadikan taraf ekonomi rakyat B40 lebih baik dengan memberikan pengecualian bayaran lesen penjaja yang bakal memberi manfaat kepada 3,000 penjaja dari golongan B40 di seluruh negeri Johor.
Memperkasakan Skim Perumahan. Yang Berhormat Timbalan Speaker, skim perumahan yang disebut di dalam ucapan belanjawan ini menarik perhatian saya. Pertama, ia menyentuh keperluan golongan B40, kedua ia mengurangkan beban pasangan muda yang baharu berkahwin untuk mendapatkan kediaman yang selesa. Tidak dapat kita nafikan bahawa isu pemilikan rumah ini adalah isu yang sangat berat dan telah lama menjadi polemik di Malaysia. Dengan harga rumah yang melambung tinggi, harga rumah hanya mampu lihat bukan mampu dimiliki. Skim Perumahan Prihatin Johor ini sebagaimana yang dijawab oleh YB EXCO Perumahan adalah insentif kerajaan bagi membantu golongan terbawah atau lower end, dengan izin. Dari kumpulan B40 yang berpendapatan isi rumah bawah RM2,500.00 dan yang ke bawah untuk memiliki kediaman pertama mereka. Dengan jenis rumah RMBJ jenis A yang bernilai RM42,000.00. Pemohon skim tidak perlu membuat pinjaman daripada pihak bank sebaliknya hanya membayar ansuran bulanan kepada agensi yang dilantik oleh kerajaan. Selain itu, Skim Perumahan Belia Johor pula adalah inisiatif kerajaan dalam usaha membantu pasangan muda yang baharu berkahwin, berusia di antara 21 hingga 30 tahun untuk mendapatkan kediaman yang selesa. Usaha ini adalah satu usaha
yang sangat murni dalam mengurangkan beban orang muda mendepani cabaran sara hidup dan memulakan kehidupan berkeluarga.
Berdaya Belia Johor. Yang Berhormat Timbalan Speaker, golongan belia perlu diberikan lebih perhatian kerana mereka adalah aset kepada negara. Program pembangunan belia juga perlu diberi perhatian sewajarnya dalam usaha untuk membentuk belia Johor lebih berdaya saing dan berkarisma. Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana menyediakan peruntukan dan platform kondusif untuk belia mengembangkan bakat dan potensi mereka. Projek Bandar Belia Malaysia, di Bandar Renggam, Kluang adalah idea yang sangat bernas dan inisiatif untuk membina sebanyak mungkin pusat-pusat aktiviti belia. Selain itu peruntukan bagi pengisian hab belia di Hutan Bandar melalui pembangunan ekonomi kreatif, keusahawanan dan sukan juga di harap meningkat lagi engagement belia Johor dengan kerajaan negeri. Saya juga menyambut baik hasrat kerajaan negeri untuk memperkasa Pusat Pembangunan Belia Johor (JOYDEC) yang bertujuan memantapkan lagi jati diri belia Johor dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00.
Tourism Johor Pemangkin Pertumbuhan Ekonomi Johor. Yang Berhormat Timbalan Speaker, tahun 2020 bakal menjadi tahun yang penting kepada kerajaan Johor kerana tahun hadapan merupakan Tahun Melawat Johor. Saya berpandangan bahawa pertumbuhan ekonomi Johor akan menjadi lebih pesat memandangkan kita bakal menerima jumlah pelancongan yang lebih besar dari dalam dan luar negara. Tenaga perlu digembleng sehabis baik bagi memastikan Tahun Melawat Johor 2020 ini berjaya. Menarik juga jika diperhatikan di dalam ucapan belanjawan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada menyebut tentang pembangunan kampung warisan. Saya juga mengambil maklum bahawa kerajaan melalui kerajaan negeri melalui Tourism Johor ada melaksanakan program Desa Stay. Justeru saya ingin mencadangkan program Desa Stay ini juga direformasikan membawa bersama idea kampung warisan. Secara peribadi, saya merasakan projek ini boleh dipromosikan menjadi satu tourism landmark, dengan izin, bukan sahaja pada tahun hadapan, begitu juga pada tahun yang berikutnya. Trend pelancongan dunia hari ini menyaksikan peningkatan kepada permintaan expectation tourism. Satu kajian yang dijalankan oleh booking.com mendapati 60% daripada pelancong merasakan lebih bernilai berbanding pakej pelancongan yang mana ia memberi lebih kepuasan melalui meaningful engagement. Dengan nilai budaya setempat seperti masyarakat sejarah dan juga makanan yang menarik.
Yang Berhormat Puan Timbalan Speaker, selain ini juga kerajaan negeri juga boleh meneroka cabaran cabang baharu pelancongan seperti pelancongan sukan. Sukan extreme. Kita di Johor banyak menganjurkan acara sukan dan antara sport tourism yang ada ialah Pusat Latihan JDT dan juga Stadium JDT. Sebelum ini...
Sila gulung.
Sikit lagi.
Satu minit lagi.
Baik. Sebelum ini di Larkin, selepas ini di Nusajaya, insya-Allah Johor, Johor Motor cross Series di peringkat kebangsaan, Golf Johor Amateur Open peringkat kebangsaan dan lain-lain lagi. Kita ambil contoh 2 bulan lepas, PETRONAS Cupprix dianjurkan di Pontian, hotel, homestay di sekitar Pontian penuh kerana bukan sahaja peminat cupprixnya hadir tetapi juga sekeluarga dan rakan-rakan pelumba sekali gus menggalakkan pertumbuhan ekonomi di daerah Pontian. Begitu juga dengan Extreme Sport Tourism sebagai contoh acara sky diving di Segamat. Kerajaan negeri hari ini perlu melihat aspek ini bagaimana sukan ini boleh menjadi pemangkin dalam menjadikan Johor sebagai destinasi pelancongan utama sukan extreme Malaysia.
Yang Berhormat Timbalan Puan Timbalan Speaker, secara keseluruhannya saya berpendapat belanjawan tahun ini adalah belanjawan yang baik, komprehensif dan menyentuh semua segmen masyarakat yang baik. Apa yang saya harapkan adalah info inisiatif-inisiatif ini perlu disampaikan kepada rakyat dengan apa juga platform supaya rakyat dapat menikmati bantuan-bantuan ini sebaiknya. Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pemberian bonus sebulan gaji atau minimum RM2,000.00. Ini adalah tanda penghargaan kerajaan negeri ke atas kerja kuat penjawat awam Johor dalam membangunkan negeri ini. Dengan ini, saya menyokong Belanjawan Johor Tahun 2020. Sekian, terima kasih.
Dewan mengalu-alukan kehadiran pelawat daripada ADUN kawasan Pemanis seramai 4 orang. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kukup.
Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker. Assalamualaikum, pertama-tama saya ingin mengucapkan tahniah kepada BN yang telah pun menang besar sewaktu pilihan raya di daerah Tanjung Piai, kawasan saya ya. (Dewan bertepuk) Itu kawasan Parlimen saya di DUN Kukup. Dan, tahniah kepada Menteri Besar kerana telah pun melaksanakan tugas membentangkan Belanjawan untuk 2020. Dan cuma untuk saya belanjawan ini lebih bermakna jika melihat resultnya, keputusannya, pada pembentangannya. Pembentangannya cuma kita boleh draw what ever kita nak, tetapi pada saya yang mustahak adalah bendanya sampai kepada rakyat. Dan pada saya, saya menjawab balik kepada Belanjawan 2019, contohnya, dan yang saya persoalkan adakah belanjawan tersebut mengenai sasaran kepada rakyat. Adakah rakyat berpuas hati dengan belanjawan tersebut? Tetapi saya confirmkan dengan keputusan apa yang kita lihat kepada pilihan raya yang lepas, pilihan raya PRK di Tanjung Piai, yang rata-rata memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional atau pembangkang.
Di sini saya merumuskan bahawa kemungkinan Belanjawan 2019 tak cukup bagus untuk mereka jadi mereka tak dapat merasakan akhirnya memberi kemenangan kepada pihak Barisan Nasional. (Dewan bertepuk). Tahniah ya. Dan juga tadi YB Pulai Sebatang menyentuh tentang 10 janji-janji yang telah ditunaikan. Dan ada yang telah dibawa oleh rakan-rakan saya di sini menanyakan berkenaan dengan seterusnya manifesto peringkat nasional, yang mana persoalannya, bila masa harga minyak nak diturunkan kepada RM1.50? Yang mana saya rasa inilah satu perkara kalau nak berjanji di masa akan datang, kita menjanjikan benda yang lebih logik. Saya membandingkan satu botol air 1 liter hari ini pun harga nak RM2.00. Ini satu liter minyak yang nak diturunkan kepada RM1.50 ni memang tak ada logiknya. Jadi, saya bertanyakan kenapa mereka sanggup lebih awal-awal lagi perkara yang tak boleh mereka tunaikan? Mereka janjikan. Dan, kalau dituduh ini satu perkara munafik, di sebelah sana pasti marah ya. Ini bukan katanya, ini bukan munafik dan saya terpanggil untuk membangkitkan perkara manifesto setelah tadi terdengar Pulai Sebatang memperkatakan, mengusulkan perkara ini ya. Dan satu lagi bila nak dihapuskan PTPTN ni dan juga bila nak dihapuskan tol? Ini juga yang rakyat hendak sebenarnya. Mereka nak lihat ini. Saya harapkan kalau betul-betul kerajaan hari ini gentleman mereka tunaikan. Mereka tunaikan apa yang mereka katakan tadi, hapuskan semua tol, hapuskan PTPTN dan bagi harga minyak RM1.50 dan kalau ini dapat dilaksanakan, insya-Allah rakyat akan terus sokong kepada PH. Itu yang rakyat harapkan hari ini.
Jadi, pilihan raya yang lepas kalau kita tengok inilah 3 perkara yang utama saya lihat kenapa kekalahan Barisan Nasional, kerana kita tidak dapat menjanjikan kepada perkara sama, sebab kita lebih realistik, kita lebih kata orang tu, nak berjanji kepada perkara yang kita pasti, kita boleh tunaikan. Dan, kita taklah marah kalau orang kata kita ni dituduh munafik ya, jadi sebab kita memang tak pernah berjanji perkara yang kita tidak boleh tunaikan tuan-tuan. Dan, saya juga tertarik apabila dua hari sudah saya mendengar Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengatakan tanah rizab Melayu bertambah keluasannya. Dan saya nak tanyakan macam mana, kenapa tanah kawasan ini boleh bertambah ya? Senang-senang boleh bertambah rizab Melayu, boleh bertambah beratus ribu ekar. Cumanya saya nak tanyakan di sini, pertambahan ini adakah pertambahan lebih elok kepada rizab Melayu atau kepada orang Melayu atau ianya merugikan orang Melayu?
Setahu rizab Melayu kalau nak di tukarkan tanah-tanah rizab Melayu yang letakkan di zon A atau di zon bandar-bandar sebenarnya tanah ini merupakan yang memang mudah untuk dibangunkan. Dan jika ianya nak dibangunkan ianya perlu diganti kepada satu tapak yang lain ya. Kalau tak silap saya, dan di sini saya lihat kemungkinan adakah tapak yang digantikan ini duduknya di mana? Zonnya di mana? Adakah di tepi hutan atau di dalam hutan atau di tanah ladang yang memang kepada harga rizab Melayu di dalam bandar kalau kita nak alihkan di dalam hutan ataupun di tepi hutan setelah pasti keluasannya bertambah dan bila bertambah, bila masa tanah ini besok kalau nak dimajukan adakah tanah ini berpeluang untuk dimajukan? So, di sini persoalannya adakah rizab Melayu ditukar pindahkan itu menguntungkan orang Melayu? Ini perlu dijawab Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri ya. Sebab pada saya, kalau tak menguntungkan orang Melayu, kalau kita nak sewenang-wenangnya memindahkan tanah rizab Melayu ni di luar kawasan zon-zon yang berpotensi, maka ianya amat merugikan orang Melayu itu sendiri tuan-tuan.
Dan seperkara lagi, saya ingin tanyakan kepada Yang Amat Berhormat tentang Bumiputera diskaun untuk kedai-kedai, rumah apa tu, rumah-rumah ya, kita akan dapat Bumiputera diskaun. Saya nak tanyakan sebenar-benarnya berapa Bumiputera diskaun ini? Kalau dikatakan 15% untuk kita beli kedai adakah kita dapat 15% daripada harga yang dijualkan. Adakah itu benar? Sebab, apa yang saya difahamkan sebenarnya kita tak dapat 15%, yang kita dapat beberapa peratus. Yang kaum lain dapat diskaun daripada cara-cara yang lain. Akhirnya mungkin kita dapat 2, 3, 5 peratus sahaja. Dan akhirnya, yang memberi kesan kepada kita orang Melayu yang membeli ini, sebab apabila kita beli tanah status Bumiputera maka kita boleh nak jual kepada bukan Bumiputera selagi kita tak mendapat pelepasan daripada kerajaan. Jadi di sini dahlah kita beli, kita mungkin tertipu dengan diskaun hanya yang sikit tetapi kita tak boleh masuk ke pasaran yang terbuka yang mana kalau kita beli hartanah international, ianya memberi peluang kepada kita mendapatkan pulangan yang lebih baik. Tetapi di sini kalau kita beli Bumiputera tak dapat kita lepaskan daripada Bumiputera status, kita tak boleh jual dan kita kena jual kepada antara bumiputera yang rasanya harganya tak akan naik. Jadi di sini, saya Kukup ingin mendapat kepastian daripada kerajaan untuk memberitahu dengan sebenar-benarnya berapakah nilai sebenar diskaun Bumiputera? Sebab bila dengar 15% ni tinggi, tetapi tak semestinya 15% itu, ianya sebenarnya yang kita dapat diskaun tuan-tuan dan puan-puan ya Jadi saya inginkan jawapan daripada pihak kerajaan ya.
Dan berbalik kepada belanjawan ya, berbalik kepada Belanjawan 2020 yang dibentangkan, saya melihat apa yang berlaku di negeri Johor setelah 18 bulan yang kita lalui ya. Ekonomi kita saya tak rasa dalam Dewan ini bersetuju yang mengatakan ekonomi kita makin bagus ya. Saya tak rasa dalam Dewan ini walaupun pihak kerajaan atau pihak-pihak pembangkang ataupun yang duduk di pihak kerajaan ya mengatakan ekonomi kita bertambah bagus. Sebenarnya apa yang saya rasakan hari ini ekonomi kita bertambah kata orang tu menurun ataupun bertambah mengurang sekali, apa pertumbuhan ekonomi kita, dan ini apa yang kita dapat rasakan hari ini kalau kita lihat pada harga hartanah banyak pemaju-pemaju telah pun mula menurunkan harga-harga hartanah mereka. Sebab apa mereka menurunkan harga hartanah mereka? Kalau tak lain kerana mereka tak mampu nak jual, jadi apabila mereka tak laku nak jual itu yang menunjukkan satu situasi ekonomi yang tidak bagus ya, jadi ekonomi yang mundur di negeri Johor ini.
Dibandingkan sewaktu kerajaan yang dulu, di mana waktu itu saya difahamkan ada lebih RM70 bilion FDI yang mereka sedang usahakan untuk dibawa masuk kepada ke negeri Johor dan sewaktu itu saya masih ingat lagi kita merupakan sebelum itu kerajaan defisit tetapi setelah PRU 14, kita menjadi kerajaan surplus dan kemakmuran ekonomi waktu itu memang berkembang dan kita nampak pelabur-pelabur asing begitu tertarik untuk datang ke negeri Johor.
Sementelah lagi pelabur-pelabur daripada negeri China, tetapi setelah berlakunya banyak tohmahan-tohmahan atau banyak tuduhan kepada syarikat seperti Forest City yang mana syarikat tersebut tak pun terlibat langsung dalam apa-apa politician ataupun apa-apa politik influence tetapi telah menjadi mangsa kepada situasi politik waktu ini ya. Dan akhirnya hari
ini kalau dulu kita tengok Forest City begitu kata orang tu pesat membangun, tetapi hari ini sad to say, nak jual hartanah apa, nak jual kedai-kedai ataupun nak jual bangunan-bangunan yang dah siap di sana memang amat sukar sekali pada hari. Memang drop, by not 10% but tetapi lebih daripada kepada 90% ya Yang Berhormat-Yang Berhormat, ya. That is so bad economy.
Dan hari ini kita di sini, kita sibuk berpoliticking, sedar tak kita hampir lebih 50% kakitangan di Forest City akan diberhentikan kerja tak lama lagi ya. Sedar tak sedar. Kerana sibuk berpoliticking, kita sibuk hentam menghentam, kita tak fokus pada ekonomi, akhirnya rakyat yang jadi mangsa dan kesiannya, yang akan dibuang yang mereka-mereka setengahnya menyokong kerajaan hari ini. Mereka juga terpaksa menjadi mangsa, jadi kita kena fikirkan sebagaimana yang dikatakan oleh Kempas, kita sepatut kita kena pastikan kerajaan kita hari ini memikir, menitik beratkan macam mana nak memajukan negara selain daripada berpoliticking nak menghancurkan negeri Johor. Saya tak nampak, saya tak tahu berapa lama Johor can afford to stand like this situation, dengan izin.
Saya tak tahu berapa lama Johor mampu dengan tidak ada FDI masuk dalam negeri Johor hal ini amat payah sekali ya, dengan adanya FDI yang masuk begitu besar sekali USD100 bilion ditahan, disekat ditohmah dan macam-macam lagi, akhirnya syarikat ini takut, pembeli-pembeli takut nak datang ke Malaysia, nak datang ke Johor khususnya ya. Sedangkan sebuah syarikat di Forest City, kalau tuan-tuan tengok di sana, mereka ada lebih 2,000 projek currently berlaku di dunia, kalau Malaysia ataupun di Johor buat perangai, kenapa mereka nak tunggu dekat Johor? Mereka boleh bawa duit mereka ke mana-mana dalam dunia ini. Sedar tak kita berapa susahnya nak bawa mereka ni datang ke negeri Johor. Tetapi senang kita hancurkan tuan-tuan. Datang ambil gambar, janji macam ini, orang takut nak datang. Hari ini polisi kita friendly, besok polisi kita bertukar. Lusa polisi lagi bertukar, sampai orang satu dunia mengatakan apa, a fix flog policy country. Macam mana kita nak majukan negara kita? Kalau polisi di negeri dan polisi di federal itu sendiri bercanggah, sedangkan Forest City yang menikmati adalah kerajaan negeri Johor sendiri. Kerajaan negeri ada 20% kat dalam tu, menjana ekonomi untuk bukan hanya kepada negeri Johor malah kepada negara. Pekerja-pekerja datang semua daripada semua seluruh Malaysia bekerja di sana. Patut syarikat macam ini lebih di ketengah lagi, lebih dibelai lagi, tapi tidak tuan-tuan, puan-puan. Kompeni macam ini yang menjadi apa, yang menjadi sasarannya. Dan, lepas itu kita nak pergi ke China nak pujuk orang China nak datang lagi, nak datang investment, sapa berani. Pokoknya sapa nak, awak dah buat macam-macam lepas tu nak pujuk, sapa berani. Ah ini masalahnya kita hari ini.
Justeru itu, saya amat mengharapkan dalam kita berpolitiking, dalam kita sibuk mencari kata orang tu kuasa, tetapi ekonomi negeri Johor ini itulah satu amanat oleh rakyat yang dipertanggungjawabkan kepada kita semua. Tuan-tuan dan puan-puan, sebab saya tak sanggup tengok negeri Johor hari ini makin hari makin lemah, makin hari dulu kita saya boleh banggakan negeri Johor walaupun dalam keadaan negara ekonomi tidak begitu memberangsangkan tetapi Johor contribute one the best, tuan-tuan dan puan-puan. One of the best we are, we are the best state seperti mana yang ketua pembangkang mengatakan state by design that is we are before, dulu dengan izin, tetapi hari ini tidak. Ke mana arah tuju yang kita nak bawakan ni semua, blaming each other.
Sana berak sini cuci, sapa suruh cuci? Kita tak suruh cuci, awak kata nak ambil janda yang banyak-banyak ni, ambil. Tapi dah dapat janda yang banyak-banyak ni, jaga betul-betul, bukannya dah dapat sewenang-wenangnya semua tak betul. Ha, ini kerajaan lama, tak betul kerajaan lama, this is the thing, apa yang saya sentiasa dapat, siapa yang sentiasa dengar daripada kerajaan hari ini. Jadi, amat malang sekali dan ini perkara-perkara yang saya kena lihat berlaku di negeri Johor. We build Johor but please di sebelah sana build Johor, amanah dah diberikan, build Johor. (Dewan bertepuk). bukan nak hancurkan ya, build Johor, bangunkan negeri Johor.
Minta maaf Yang Berhormat Timbalan Speaker, a bit emotional sebab saya sedih tengok negeri saya. I want see Johor prosper the other way we run dengan izin, minta maaf. Saya
juga tertarik apabila dikatakan ialah perkara-perkara yang lampau seperti Amanah Saham Johor. Kalau kita lihat balik Amanah Saham Johor ni sapa yang createnya, sapa punya idea, di mana orang tu sekarang? Adakah bersama dengan kita atau di sebelah sana. Jadi this other thing, don’t blame each other, stop blaming, build the nation, build Johor, kita bangunkan Johor bersama-sama. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kukup. Yang Berhormat Tiram jemput.
Salam sejahtera, salam harapan Johor sekalung asperiasasi kepada Yang Berhormat Speaker kerana memberi ruang kepada Tiram untuk menyertai dalam sesi perbahasan Belanjawan 2020 yang telah di bentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada Khamis yang lalu. Patik mewakili rakyat di kawasan DUN Tiram khususnya, negeri Johor amnya merafak sembah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera, bahagia dan berkati sempena dengan ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2019.
Ucapan tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan serta penjawat-penjawat awam negeri Johor yang telah berjaya menyediakan sebuah belanjawan yang sangat hebat, bertema ‘Memakmur dan Mensejahtera Johor Bestari’ yang dipercayai akan memastikan negeri Johor terus membangun sebagai sebuah negeri yang maju dan mampan.
Yang Berhormat Puan Speaker, walaupun kita negara Malaysia sudah mengadakan beberapa Dasar Ekonomi Baru, belanjawan-belanjawan peringkat kebangsaan dan juga negeri-negeri, tetapi saya Tiram yang memandang masih ada jurang kemiskinan antara kaya dengan miskin terlalu banyak. Masalah jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin di hadapi hampir semua negara, sama ada negara mundur, membangun atau maju. Keperluan merapatkan jurang perbezaan antara 2 golongan ini boleh dikatakan amat mendesak kerana kesannya terhadap masyarakat cukup besar. Kebiasaannya kita akan merujuk senario yang kaya semakin kaya. Manakala yang miskin pula semakin miskin. Lantas jurang antara kedua-dua golongan ini semakin meluas. Ia mencetus rasa tidak puas hati di kalangan orang miskin yang merasakan diri mereka ditindas, dipinggirkan, tidak dipedulikan dan jauh ketinggalan.
Ini boleh mengundang pemberontakan dalam kalangan masyarakat di negara luar sehingga mencetus rusuhan dan perang saudara. Di negara kita isu jurang kemiskinan dan kaya banyak dikaitkan dengan identiti kaum serta lokasi kedudukan mereka. Umumnya apabila fakir fund, miskin kaya dirujuk berdasarkan identiti kaum, dengan mudah kita mengkategorikan majoriti golongan berpendapatan rendah B40 dengan izin, dan pertengahan atau sederhana M40 adalah Melayu dan India, manakala kelompok berpendapatan tinggi T20 pula majoritinya Cina. Struktur ekonomi mengikut kaum ia selari sektor ekonomi mengikut kaum apabila orang Cina berada di bandar dan menguasai aspek perniagaan atau ekonomi.
Manakala Melayu berada di luar bandar dengan fokus kepada sektor pertanian dengan sebahagian berkhidmat dalam sektor kerajaan. Bagi masyarakat India pula sentimen luar bandar dan estet masih menebal. Struktur ekonomi mereka juga masih tidak menentu dengan hanya sebilangan kecil berjaya dalam bidang perniagaan atau menjadi profesional seperti peguam ataupun doktor. Ringkasnya orang Melayu dan India masih bergelut menstabilkan struktur ekonomi masing-masing. Ini mewujudkan jurang ketara antara kelompok kaya dengan miskin di negara kita.
Bagi menangani isu ini kerajaan perlu memberi penekanan kepada beberapa indikator. Antaranya isu peluang pekerjaan, kadar gaji rendah, kenaikan kos sara hidup tinggi, serta label dan imej pekerjaan mengikut kaum dan lokasi. Umum mengetahui masyarakat Cina suka berniaga dan tidak begitu gemar makan gaji berbeza dengan orang Melayu dan
sebahagian kaum India. Jika mahu kurangkan jurang antara B40, M40 dengan T20, peluang pekerjaan perlu terus dipertingkatkan dan dipastikan selari dengan kadar gaji sesuai.
Sudah tiba masanya mentaliti orang Melayu diubah jika mahu terus maju dan kaya orang Melayu perlu bergiat aktif dalam perniagaan. Identiti bidang perniagaannya hanya dimilikki orang Cina tidak boleh lagi wujud walaupun perniagaan dilihat sektor berisiko tinggi. Hakikatnya inilah lubuk emas yang boleh memajukan kedudukan diri dan keluarga serta membantu mengeluarkan kita dari garis kemiskinan tegar.
Peluang platform dan insentif berterusan perlu disediakan kerajaan untuk membantu orang Melayu menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan walaupun secara kecil-kecilan. Selain itu jurang kekayaan antara miskin dan kaya sering dirujuk kemampuan pemilikan harta, terutamanya rumah hari ini B40 dan M40 hanya mampu melihat rumah di bina pemaju kerana harga jualannya terlalu tinggi. Jurang pemilikan rumah juga. yang pemilikan besar terutamanya dipertingkatkan dan dipastikan selari dengan kadar gaji sesuai.
Tiram berasa kaum India di negeri Johor perlukan bantuan dan galakan daripada kerajaan PH Johor, kerana mereka tidak dapat bersaing dengan sahabat bangsa-bangsa lain. Tempat Berhala Kuil Hindu, Sekolah Tamil, peluang pekerjaan di sektor kerajaan, perniagaan dan sebagainya. Sekiranya mereka dipinggirkan daripada arus pembangunan,akan kemungkinan mengundang beberapa perkara yang tidak diingini. Tiram mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan PH memperuntukkan RM3 juta pembangunan kaum India di Johor.
Walau bagaimanapun, Tiram rasa dana itu tidak mencukupi, kerana keperluan dan jangkaan expectation dengan izinnya, lebih daripada kerajaan Pakatan Harapan. Katanya kerajaan dahulu memperuntukkan lebih daripada RM3 juta. Tidak dapat dinafikan dalam keadaan ini juga kebanyakan kaum India masih menyokong tegar dengan kerajaan PH. Tiram berharap besar kerajaan PH Johor akan memberi peruntukan tambahan kepada kaum India apabila ada permintaan.
Yang Berhormat Puan Speaker, sejajar dengan Belanjawan 2020, teras ketiga Melestarikan Alam Sekitar Penggunaan Plastik menjadi buah mulut seluruh dunia. Bahaya plastik terhadap kehidupan, manusia dan plastik bagai tidak boleh dipisahkan kerana ramai bergantung kepada penggunaan barangan plastik dalam kehidupan harian. Boleh dikatakan setiap rumah pasti mempunyai barangan plastik kerana kelebihan tahan lama, kalis air, cantik dan murah menyebabkan ia menjadi pilihan masyarakat selain membantu memudahkan banyak urusan harian mereka.
Tidak kurang juga ramai menganggap lambakan penggunaan bahan plastik sebagai isu remeh sehinggakan mereka membuang sampah merata-rata dan bukan di tempat sepatutnya. Namun di sebalik itu ramai tidak menyedari plastik adalah musuh senyap kepada manusia dan boleh membunuh. Perkara itu dikongsikan pakar Pathology, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Datuk Mustapha Ali Mohammad bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya plastik kepada manusia dan alam sekitar. Menurutnya ada 3 bahan asas dalam pembuatan plastik iaitu platelet, bisfenol dan kadangkala dicampuri dengan polimagnetic di fanel addest platelet adalah bahan paling banyak digunakan dan berfungsi melembutkan plastik yang keras. Kedua tertinggi adalah BPA sebagai menjadikan plastik lebih keras, Kedua tertinggi adalah BPA sebagai bahan menjadikan bahan plastik lebih keras, tahan lama dan menghalangnya daripada pudar. Ketiga adalah PBDA dan bahan ini menjadikan plastik kalis air yang banyak digunakan dalam penghasilan telefon bimbit dan barangan elektrik. Bagaimanapun menurutnya wujud beberapa bahan lain yang lebih bertoksik seperti pewarna dan pewangi.
Apabila bahan ini masuk ke dalam tubuh manusia ia akan tersimpan di dalam lemak dan boleh menyebabkan gangguan sistem badan terutama pada kanak-kanak. Kandungan platelet yang banyak dalam darah atau badan manusia boleh menyebabkan kegemukan
atau obesiti. Selain itu katanya kesan lain adalah gangguan terhadap organ pembiakan terutama kepada kanak-kanak termasuk kelewatan akil baligh.
Satu perkara amat penting untuk ketahui bahan ini ialah mengganggu proses pembentukan janin dalam kandungannya sekiranya ibu banyak terdedah kepada platelet Ada beberapa kemungkinan lain yang boleh terjadi seperti kecacatan dan bayi akan mengalami gangguan organ pembiakan apabila dewasa kelak.
Jelasnya laporan mengaitkan plastik dengan masalah kesihatan lain termasuk kanser juga. Kedua-dua bahan yang saya tadi katakan akan terkumpul dalam badan kehidupan lautan iaitu ikan apabila memakan plankton ataupun tumbuhan laut yang sudah dicemari mikro plastik dan nano plastik. Ia akan terkumpul dalam badan ikan kerana haiwan ini tidak mampu menghadam kedua-dua bahan berkenaan. Pengumpulan bahan ini yang banyak akan menyebabkan kehidupan haiwan ini terganggu atau boleh mengakibatkan kematian jika jumlahnya terlalu tinggi. Jelasnya kehadiran bahan-bahan ini tidak boleh dirasai manusia kerana mikro plastik atau nano plastik tidak berbau atau warna tetapi bahan kimia berkenaan akan meresap tubuh manusia sehingga memberi kesan buruk terhadap kesihatan. Apabila bahan ini susah hendak mereput, ia akan menambahkan lagi bilangan plastik sedia ada hingga menjadi beban kepada alam sekitar. Ada beberapa negara sudah mula gunakan alas ataupun beg-beg dengan diikat, dibuat daripada tumbuhan yang senang reput dan tidak membawa keburukan kepada manusia. Ada beberapa negara mengharamkan kegunaan plastik. Lebih 70 negara, Afrika, negara-negara Afrika seperti Kenya, Mali, Cameroon, Uganda, Euthopia, di Asia pula Bangladesh, Cambodia, Hong Kong, India, Australia dan juga ke negara maju dan membangun. Tiram memohon kepada kerajaan Malaysia dan juga Johor, perlu mengambil tindakan drastik dan mengharamkan penggunaan plastik demi menyelamat dunia yang kita cintai daripada ancaman plastik.
Yang Berhormat Speaker, jalan adalah terlalu penting. Salah satu prasarana yang digunakan oleh manusia atau transportasi untuk melakukan perjalanan. Siapa yang tidak mengenal jalan raya, kita ketahui jalan raya merupakan satu hal yang penting di mana jalan raya memiliki fungsi sebagai penghubung antara jalan ke suatu jalannya. Dengan jalan raya seperti pengertian jalan raya merupakan jalan utama yang biasa digunakan oleh manusia, oleh individu untuk melakukan perjalanan. Jalan raya biasanya diertikan sebagai jalan utama yang memiliki fungsi untuk menghubungkan tetapi apa yang saya nampak, Tiram nampak di kawasan DUN Tiram, kebanyakan jalannya belum diperbetulkan walaupun kita sudah ada suatu belanjawan, kita menghadapi ataupun kita bermaju untuk suatu negara yang maju tetapi di kawasan-kawasan tertentunya kalau jalannya tidak betul, bagaimana boleh kita menggelar diri kita sebagai negara membangun ataupun maju. Jadi, sebagai alat penghubung, ini kita mesti perbetulkan kebanyakan jalan terutamanya di Bandar Tiram sendirinya, jalannya tidak betul. Saya memohon kepada pihak-pihak yang berkuasa yang bertanggungjawab mengambil tindakan untuk membetulkan jalan.
Yang Berhormat Speaker, kepentingan padang permainan dan taman rekreasi ataupun hutan bandar di kawasan perumahan dan kawasan perbandaran. Isu ini pada penggal yang lepas saya sudah bawa mengenai hutan bandar. Padang permainan dan taman rekreasi di kawasan perumahan semakin berkurangan. Menurut laporan sebuah kajian, fenomena ini disebabkan oleh sikap endah tak endah pengusaha perumahan serta terlepas pandang oleh Majlis Bandaraya ataupun Majlis Perbandaran demi menjimatkan kos dan perbelanjaan. Mereka menyingkirkan pembinaan padang permainan dan taman rekreasi daripada projek pembinaan perumahan. Taman rekreasi merupakan tempat untuk warga taman perumahan beriadah dan berekreasi. Padang permainan menyediakan tempat untuk warga tamah perumahan mengisi masa lapang pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ataupun cuti-cuti awam. Mereka tidak perlu bersusah payah pergi ke tempat lain untuk menjalankan aktiviti hari keluarga. Mereka boleh menjalankan aktiviti hari keluarga di taman rekreasi bersama-sama keluarga dan seterusnya mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Setiap pagi warga taman perumahan suka bersenam di padang permainan. Padang permainan menjadi tempat mereka berbual-bual sambil bersenam. Mereka selalunya membuat senaman secara berkumpulan ataupun berjalan-jalan sambil menghirup udara yang segar dan nyaman.
Anak-anak kecil suka bermain di padang permainan. Padang permainan merupakan kesukaan anak-anak kecil kerana tempatnya yang luas. Pada hari-hari yang istimewa juga hutan bandar ataupun taman rekreasi menjadi tempat perayaan seperti Hari Kebangsaan dan sebagainya.
Yang Berhormat Puan Speaker, perkhidmatan-perkhidmatan ini terlalu penting untuk suatu masyarakat yang sihat terutamanya kaum remaja ataupun warga pemuda. Menjadikan tempat ini tempat lepak untuk mengadakan aktiviti-aktiviti sihat. Untuk menghindarkan daripada aktiviti-aktiviti negatif seperti kongsi gelap ataupun menggunakan dadah merbahaya. Perlu adakan hutan bandar ataupun taman rekreasi di semua tempat terutamanya di kawasan Tiram. Tiram sudah lama memohon, sudah berkali-kali mohon. Kawasan Tiram ataupun di Parlimen Tebrau memerlukan suatu tempat hutan bandar ataupun taman rekreasi untuk menikmati keadaan ini.
Dengan ini saya menyimpulkan Belanjawan 2020 yang bentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya menyokong belanjawan tersebut. Terima kasih.
Yang Berhormat Perling, jemput.
Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker, selamat sejahtera, salam harapan dan selamat petang kepada semua. Perling ingin mengucapkan terima kasih kepada Dewan yang mulia ini kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2020. Sempena dengan Ulang tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim Yang Ke-61 pada 22 November yang lalu patik ingin mengambil kesempatan ini untuk merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih dan doakan supaya Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa sihat dan dapat memimpin rakyat dengan adil dan saksama. Mudah-mudahan dengan berkat kepimpinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, negeri Johor akan terus maju, moden dan progresif dengan rakyat bangsa Johor yang bersatu padu.
Yang Berhormat Puan Speaker, Perling mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana membentangkan perbelanjaan negeri Johor tahun 2020 yang bertemakan “Memakmur Dan Mensejahtera Johor Bestari” dan saya berpendapat bajet ini adalah inklusif dan komprehensif.
Yang Berhormat Speaker, Perling dapat perhatikan ketika EXCO-EXCO menjawab soalan, banyak yang telah menyebut dengan penggunaan teknologi terkini dan malahan dalam pembentangan bajet, Yang Amat Berhormat Menteri Besar terdapat 9 titik fokus yang membincangkan memacu sains dan ICT. Jadi, dalam Persidangan ini kita asyik dengar sahaja perkataan yang trending, IOT, IOT, IOT, dalam bidang terutamanya bidang perdagangan, pertanian dan pengurusan bandar. Jadi, saya ingin berikan sedikit pandangan terhadap penggunaan perkembangan IOT ini.
Pertama, pengumpulan data melalui IOT yang seterusnya boleh membina big data, dengan izin untuk menggunakan pengurusan terutama dalam sektor good, smart governance, smart city dan smart disaster management. Salah satu yang boleh dikatakan IOT adalah CCTV. Rata-rata kita bincangkan kelebihan CCTV dalam aspek keselamatan awam ataupun kita boleh memantau keadaan bandar raya terutamanya untuk lalu lintas. Tetapi, kini, CCTV adalah satu fungsi yang lebih penting lagi. Di mana dia merupakan satu sumber mengumpul data-data dalam bandar raya, lalu lintas, bilangan kenderaan, bilangan pejalan kaki. Jadi, di sini saya pun faham sebelum ini pada tahun 2013, bawah IRDA yang melibatkan peruntukan sebanyak RM245 juta dan pemasangan sebanyak 1,467 unit CCTV ini. Apakah statusnya? Jadi balik kepada IOT. Kalau kita ada IOT yang membantu mengumpul data tapi kita tak ada medium ataupun pangkalan data untuk memproses, menyimpan, menganalisisnya, sia-sia juga dengan pemasangan alat-alat IOT kita ini. Sehubungan itu, penyediaan medium penerima data dan pangkalan data juga memainkan peranan yang amat penting. Antaranya
yang disebutkan oleh Tangkak dalam ucapannya yang lepas berkenaan dengan e-PBT amatlah penting dalam perkembangan IOT dalam pentadbiran.
Yang Berhormat Puan Speaker, tadi saya bincang sedikit, berkenaan dengan penggunaan IOT dan sekarang saya ingin bincang sikit pasal perkembangan IOT dalam negeri kita. Saya percaya dekat negeri kita, kita ada ramai yang berbakat untuk mencipta alat-alat yang berkenaan dengan IOT yang saya sebutkan termasuk penulisan software yang saya sebutkan dalam sidang Dewan yang lepas pada mereka, tapi rata-rata mereka bukannya kita manusia ada kekurangan, dan rata-ratanya dia tak semestinya ada cukup modal untuk buat menjadi usahawan ataupun memasarkan barang-barang mereka. Pada waktu yang sama, sebenarnya kita ada ramai terutamanya belia yang ingin menceburi dalam bidang perniagaan tetapi tak cukup kemahiran tertentu.
Jadi, di sini sebenarnya saya pun ingin mengambil kesempatan ini mengalu-alukan geran-geran terutamanya geran orang local yang merupakan insentif kerajaan untuk memperkasakan usahawan belia terutamanya untuk usahawan kecil dan sederhana. Jadi balik kembali kepada yang kita cerita pasal pencipta dengan usahawan itu. Jadi di sinilah business incubator untuk start up dengan izin, kalau Bahasa Inggeris business incubator for start up ini satu perkataan yang trending lagi yang menyediakan ruang dan infrastruktur yang murah dan mengumpulkan bakat-bakat, mengumpulkan idea-idea dekat satu tempat dan mewujudkan satu rangkaian perniagaan dalam satu kawasan memainkan peranan yang penting. Jadi, untuk memperkasakan business incubator untuk start up ini, kita kena mengambil kira beberapa faktor. Antaranya, pasukan pengendalian yang berpengalaman dan profesional dan satu lagi ialah pemain-pemain industri yang utama yang ternama ataupun pengalaman untuk mengendali institusi ini.
Saya ambil contoh, hari itu EXCO pun ada sebut pasal Station F yang dia baru lawat dekat Perancis itu. Ini ialah merupakan satu business incubator start up yang terbesar di dunia. Sebenarnya dikendali oleh seorang yang bernama Roxanne Varza. Latar belakang beliau sebenarnya adalah pernah mengendali start up project untuk Microsoft dekat Station F tersebut pun terdapat banyak industri besar seperti Facebook, Microsoft yang bertapak dalam Station F tersebut. Jadi saya pun ingin mengambil satu contoh yang kurang baik untuk kita menjadi contoh adalah MARA Digital Mall yang dilaporkan sepi dekat surat khabar. Hal ini kalau kita bandingkan dengan permulaan set up MARA Digital Mall ini kerana pada permulaannya pun tiada pemain industri yang penting atau besar atau berpengalaman di dalam mall tersebut jika dibandingkan dengan Plaza Low Yatt yang berkembang dengan adanya pemain-pemain besar industri yang utama masuk ke dalam gelanggang dekat Plaza Low Yatt ini. Yang penting, sebenarnya satu faktor yang penting adalah seperti Station F. Institusi ini sebenarnya mengumpul dan cuba membantu bakat-bakat tanpa mengira apa kaum, bangsa, kewarganegaraan, umur dan ini barulah berupaya bersaing dan berkembang menjadi business incubator yang terbesar di dunia.
Yang Berhormat Puan Speaker, sebelum berkembang pesat e-Perdagangan dan IOT di Korea Selatan, sebenarnya Korea Selatan telah memperuntukkan banyak dana terhadap pembangunan jaringan jalur lebar berkapasiti tinggi, high speed broadband, dengan izin. Hal ini kerana IOT amat bergantung kepada jaringan yang kita ada untuk menyampaikan maklumat dan sangat bergantung kepada berapa pantasnya tulang belakang ataupun dengan izin, backbones network yang kita ada. Kalau kita ibaratkan IOT sebagai satu mentol cahaya, mentol cahaya, jaringan high speed broadband ini merupakan elektrik yang sedia ada boleh mencairkan mentol tersebut. Jadi kita ambil satu contoh, kita akan gunakan IOT dalam bidang agriculture di mana rata-rata agriculture ini jauh daripada kawasan bandar dan kalau kita gunakan IOT tersebut untuk dalam sensor suhu, sensor tanah, sensor dan sebagainya, tanpa jalur lebar ini kita tak dapat maklumat daripada sensor-sensor tersebut daripada tapak pertanian tersebut. Tambahan pulak kalau bertambahnya alat-alat IOT ini dalam negeri kita. Kalau kita tak ada high speed apa tu, broadband yang cukup berkapasiti gigabyte, kita tak akan berfungsi dengan baik untuk alat-alat tersebut.
Saya memang masih kesal lagi dengan keadaan jalur lebar sekarang di negeri kita. Jangan kata di luar bandar yang kini jaringan masih lagi berkapasiti rendah. Maka dalam kawasan Perling saya sendiri dekat Taman Sutera Ungu, Hijau masih lagi tiada perkhidmatan Unify yang kalau berbandingkan dengan tempat lain-lain di sekitar bandar, memang kita dah ada jalur lebar tinggi tetapi ada lagi yang tak dapat unify service bila kita barangkali kita tanya, sebab yang diberi ialah tak cukup penggunaan untuk menampung infrastruktur jalur lebar tersebut. Jadi, saya rasa benda ni tidak boleh berlaku. Jadi kita juga jangan macam kerajaan yang lepas lah, asyik bila kita tanya ada tak benda ini, dia cakap ada, tetapi ambil contoh salah satu contoh ialah Johor Free Wifi, dia memang ada tetapi kapasitinya rendah untuk download satu gambar pun kita ambil masa yang panjang. Jadi, banyak negara sebenarnya sekarang telah membangunkan rangkaian 5G dalam negara sendiri bukannya sebab kita nak download video dalam satu minit sahaja, tetapi adalah untuk pembangunan IOT sendiri. Jadi, saya yakin dengan adanya pelan gentian optik dan kesalingan negara NFCP ini dapat kita memberi ruang yang cukup selesa bukan sahaja penyampaian maklumat yang lebih pantas tapi penggunaan dan pembangunan IOT.
Satu lagi perkembangan IOT ini sangatlah bersaing dan persaingan ini tanpa sempadan. Jadi di sini, saya ingin sebut kita kenalah bekerjasama untuk mencari jalan. Kalau boleh kita kenalah fokus. Saya ambil satu contoh, sekarang kalau kita bandingkan dengan negara-negara maju yang besar memang ada kalanya kita tak dapat bersaing tetapi kita kena fokus. Macamlah Taiwan sekarang kebanyakan industri mereka fokus dekat machinery sendiri. Jadi ramai yang masih beli machinery dengan Taiwan sendiri. Jadi saya cadangkan dekat sini kalau kita ingin bangunkan IOT, kita boleh bangunkan dalam bidang pertanian sebab ramai yang dalam negeri kita ni terlibat dalam pertanian dan saya yakin kalau kita melalui living like smart farming dan Revolusi Hijau dapat membangunkan IOT dalam bidang ini, seterusnya meningkatkan daya saing dalam bidang ini. Jadi, saya juga yakin dengan Pelan Hala tuju Strategi Johor Bestari dan penubuhan Majlis Komunikasi dan Multimedia Johor bukan sahaja kita. kita bukan sahaja wujudkan alat IOT tetapi kita boleh wujudkan komuniti, bangunkan komuniti industri yang boleh membangunkan IOT seterusnya menjadikan negeri Johor sebuah negeri yang berteraskan Revolusi Perindustrian 4.0.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya di sini saya sebenarnya ingin mengetahui ada tak garis panduan kita dalam bila kita lakukan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur, mestilah pada waktu yang tidak mengganggu orang awam. saya ambil satu contoh, di jalan raya yang lalu lintasnya sibuk pada waktu siang, rata-rata pada waktu siang jalan raya sibuk, jadi kerja raya, kerja menaik taraf itu mungkin dia boleh diaturkan pada waktu malam. Berapa kali kita terjumpa ada kerja naik taraf dijalankan ketika waktu siang dan waktu kenderaan sibuk. Jadi, saya rasa, satu contoh yang berlaku dekat kawasan kita ialah pada Ahad lepas, baru lepas, ada kerja pemasangan paip dan kena tutup jalan dekat Jalan Persiaran Perdana dalam Taman Sri Yaakub yang sibuk, sepatutnya sibuk pada pagi Ahad, tetapi yang menyebabkan keadaan lagi sibuk dan sesak lalu lintas memanglah telefon saya pun terus call yang tak berhenti. Dan seterusnya satu lagi adakah kita kena wujudkan cara pemantauan untuk kerja-kerja menaik taraf itu ikut jadual yang ditetapkan dan dia tidak menyusahkan orang awam ataupun ketika menjalankan kerja dia memberikan gangguan yang paling minimum dan memastikan keselamatan orang awam. Macam berlaku menaiktarafkan sistem saliran dekat Jalan Trus, kita memang mengalu-alukan penaiktarafan ini sebab kalau tak naik taraf, saliran kat situ memang dah stuck, apa tu, ada banjir kilat sering berlaku dekat kawasan situ. Tetapi bila buat kerja t,u memang ada banyak telah mengganggu peniagaan-perniagaan di sana. Malahan, ada takungan yang busuk dekat apa persimpangan jalan Tanjung ni yang telah mengganggu perniagaan di situ dan yang di mana kawasan situ merupakan salah satu tempat tarikan pelancong terutamanya, terutamanya pada bulan Disember dan rata-rata ramai yang bergantung kepada bulan Disember ni untuk menampung perniagaan mereka di situ.
Dan, satu lagi bila kita komplen pasal longkang sumbat memang ada kontraktor yang datang gali, to be fair, memang ada yang datang gali, tetapi lepas gali kesan pepejal yang dia gali itu dia tinggalkan ditepi longkang sahaja dan hujan berlaku, sisa pepejal itu mengalir balik ke dalam longkang tersebut. Benda ini sebenarnya berlaku depan dekat pejabat saya,
dekat Jalan Sutera. Jadi, apa yang saya katakan, adakah kita telah mengambil tindakan terhadap kontraktor-kontraktor yang tidak menjalankan tugas dengan baik ataupun boleh dikatakan tidak bertanggungjawab ini?
Saya sebenarnya mendapat maklumat ketika Kempas adalah Menteri Besar, Kempas telah memberhentikan kontrak seramai 100 lebih orang kontraktor SWM, tetapi ada maklumat mengatakan ada kalangan kontraktor tu masih bekerja lagi. Jadi jika kontraktor-kontraktor yang tidak menjalankan tugas dengan baik ini terus dilantik, bukan sahaja tidak adil kepada kontraktor yang bertanggung jawab, malahan dia akan membuatkan imej kerajaan kita lebih teruk kalau kita tidak mengambil serius terhadap perkara ini.
Jadi Yang Berhormat Puan Speaker, sedia maklum kita akan menganjurkan SUKMA pada tahun depan. Sememangnya kita yakin, kita dapat menganjurkan SUKMA yang berjaya di negeri Johor ini dengan adanya kerjasama dari semua pihak termasuk GLC-GLC, rakan-rakan kita dekat sini, jadi dekat sini sebenarnya kita ingin tahu sedikit sebanyak ada apa bantuan yang kita dapat daripada kerajaan persekutuan terutamanya peruntukan, memandangkan ini sukan yang melibatkan semua pihak di Malaysia? Dan saya pun rasa, ramai juga ingin tahu apakah peratus progres ataupun perlaksanaan kerja jawatankuasa-jawatankuasa SUKMA 2020 setakat hari ini? Berapakah peratusnya kita ingin tahu dan saya ada satu cadangan di mana kita lihat kita sebagai tuan rumah kita ada advantage, dengan izin, untuk memilih acara-acara pilihan yang kita tandingi yang menguntungkan kitalah. Jadi saya ambil contoh, mungkin angkat berat, jadi saya ingin tahu apakah sukan pilihan yang akan kita pilih dalam sukan SUKMA 2020 ini?
Yang Berhormat Puan Speaker, saya juga mengambil kesempatan ini untuk ucapkan tahniah kepada Dewan yang mulia ini, Jurutulis kerana berjaya kita mengembalikan laman web, mengembalikan sudah 6 tahun yang lepas kita pernah ada laman web, dan sekarang kita kembalikan dan ini memang memudahkan kerja-kerja dan kita dapat memperkenalkan Dewan yang mulia ini kepada orang awam dan ini merupakan satu...
Sila gulung.
Boleh, boleh. Ini merupakan satu pengubah baik dan transformasi Dewan dalam era digital ini yang selama ini Tangkak, Skudai yang sebelum ini Mengkibol, Skudai dan saya sendiri sering menyebut dalam Persidangan yang lepas, Timbalan Speaker sendiri pun pernah sebutkan. Jadi kalau, jikalah siaran langsung Dewan yang mulia, siaran langsung boleh kita adakah di Dewan yang mulia ini, adalah lebih baik dan sebenarnya ada orang tolak jawatankuasa pilihan tadi, tapi saya mengalukan jawatankuasa pilihan sebab dengan ini saya rasa kita serba sedikit sebanyak sebagai legislative kita boleh membantu rakan-rakan kita di eksekutif dan saya yakin dengan langkah-langkah yang kita buat bersama-sama untuk membuat perubahan, kita dapat memperkasakan lagi fungsi Dewan yang mulia ini. Dengan sedikit pandangan tadi, sekian sahaja daripada Perling. Perling menyokong.
Yang Berhormat Stulang jemput.
Terima kasih Puan Speaker, kerana membenarkan Stulang untuk menyertai perbahasan Belanjawan 2020 di Dewan yang mulia ini. Sempena ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Patik merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa diberkati, kesihatan, kesejahteraan, kebahagiaan dan bertambah-tambah daulat.
Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan EXCO yang cukup dedikasi dalam membentangkan satu belanjawan yang cukup komprehensif, inklusif, adil, saksama berpandangan jauh di mana yang mengambil kira keperluan seluruh rakyat Johor melalui 6 teras dengan 183 titik sentuhan. Jadi sebelum saya, saya tidak dapat puji satu persatu titik sentuhan tersebut tetapi ingin saya memberi penekanan kepada beberapa titik
sentuhan yang cukup penting dan baik. Tapi sebelum itu biar saya, Stulang membawa satu isu berkenaan dengan Kim Teng Park. Stulang sekali lagi demi nasib dan hak penduduk Kim Teng Park, ingin mengetengahkan isu pengambilan tanah Kim Teng Park oleh syarikat swasta. Pada Persidangan yang lepas, saya telah menekankan bahawa pihak swasta yang ingin mengambil tanah di Kim Teng Park perlu menawarkan harga yang munasabah kepada para penduduk. Perlu disedari bahawa harga hartanah di sekitar Kim Teng Park telah melambung tinggi sejak kebelakangan ini kerana pembangunan yang pesat. Saya ingin mengambil beberapa contoh dan berdasarkan harga yang ditawarkan dalam property dulu, contohnya, harga tawaran untuk pangsapuri SKS Pavilion, harga tawaran adalah RM850.00 hingga RM1,000.00 satu kaki per segi yakni dalam property dulu. Harga tawaran untuk Astaka Bukit Senyum adalah RM1,000.00 hingga RM1,500.00 satu kaki per segi, harga tawaran Try Tower Resident adalah sekitar RM1,100.00 hingga RM1,400.00 satu kaki per segi. Cukup tinggi ya. Harga tawaran untuk Paragon Suite CIQ sekitar RM800.00 hingga RM1,000.00 satu kaki per segi. Harga tawaran untuk RNF pula adalah sekitar RM1,200.00 satu kaki per segi. Jadi berapakah harga tanah Kim Teng Park landed yang munasabah? Kesemua contoh adalah, adalah contoh hartanah pencakar langit dengan banyak lot strata dibina di atas tanah yang kecil. Jadi cuba bayangkan berapa banyakkah lot hartanah strata yang boleh dibina di atas tanah Kim Teng Park. Berapa banyakkah lot komersial yang boleh dibina? Justeru itu berapakah harga pampasan yang patut dibayar kepada para penduduk oleh syarikat swasta yang ingin memajukan kawasan tersebut.
Sebagai rujukan tanah Kampung Baru Kuala Lumpur akan dipampas dengan harga RM1,000.00 satu kaki persegi. Di sini saya bukan ingin menetapkan harga bagi pihak penduduk ataupun menawarkan harga daripada pihak pemaju tetapi saya hanya melemparkan soalan angka secara rawak untuk tatapan bersama. Yang pertama, adakah pampasan sekitar RM300.00 satu kaki persegi adil? Yang kedua, adakah pampasan sekitar RM1,000.00 satu kaki persegi tinggi? Yang ketiga, adakah pampasan sekitar RM1,500.00 satu kaki persegi terlampau tinggi? Yang keempat, jadi apakah harga yang dirasakan win-win kepada semua pihak?
Lebih-lebih lagi projek RTS dengan Hentian Terminal akan dibina bersebelahan dengan tanah Kim Teng Park. Penduduk Kim Teng Park tidak boleh menerima hakikat bahawa mereka tidak mendapat sebarang limpahan daripada projek RTS tetapi semua limpahan dan hasil pembangunan ini akan dikaut oleh satu syarikat swasta. Ini tidak adil.
Saya juga mencadangkan agar kerajaan melalui Jawatankuasa Perancangan Negeri dengan izin State Planning Commitee agar menzonkan Kim Teng Park sebagai zon komersial. Ini adalah kerana yang pertama, kawasan di sekitar Kim Teng Park merupakan kawasan dengan penzonan komersial. Yang kedua, kerajaan negeri juga setakat ini telah meluluskan rancangan pengambilan tanah Kim Teng Park sebanyak dua kali melalui Seksyen 4, di mana permohonan penggunaan tanah adalah untuk tujuan komersial. Jadi adalah logik untuk tanah Kim Teng Park dizonkan sebagai zon komersial. Yang ketiga, menzonkan Kim Teng Park sebagai zon komersial akan membawa kepada penilaian harga hartanah yang lebih tinggi di mana hak para penduduk akan lebih terbela. Jadi akhir kata, nasihat saya kepada syarikat swasta yang ingin mengambil tanah janganlah mengambil tanah Kim Teng Park sekiranya tidak mampu atau tidak rela memampas penduduk dengan harga munasabah.
Stulang menyambut baik komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri dalam memantau isu kesesakan di sempadan Malaysia-Singapura di mana dengan jelas dalam Belanjawan 2020, perkara 69, 70, 71 dengan jelas menunjukkan kerajaan tidak pernah leka dalam hal ini di mana ada menyentuh tentang peruntukkan RM85 juta, RTS culvert di bawah Tambak Johor untuk aliran air dan RTS sebenarnya kita tidak pernah dolak dalih seperti yang didakwa oleh Benut. Projek ini Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan telah umumkan dengan jelas pada bulan lepas bahawa kita akan teruskan setelah memperhalusi banyak perkara. Jadi dijangkakan ia boleh menampung aliran orang sebanyak 10,000 orang setiap jam.
Jadi untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, pada Persidangan yang lepas saya juga ada mengemukakan penggunaan atau jumlah aliran orang yang melalui Tambak Johor CIQ BSI. Di Julai 2018 adalah 150,000 orang, bulan 12, 2018 adalah 215,000 dan Mei 2019 adalah 260,000. Jadi saya selaku wakil rakyat di pintu masuk Johor di Tambak Johor ini telah pun mengemukakan banyak cadangan penambahbaikan. Terima kasih kepada kerajaan dan agensi berkaitan yang telah menerima cadangan-cadangan tersebut.
YB Gambir selaku Menteri Dalam Negeri yang sekarang mengetuai Jawatankuasa Kesesakan Peringkat Persekutuan juga menunjukkan komitmen tinggi dengan mengemukakan rancangan jangka pendek dan panjang. Cadangan YB Gambir selaku, selaku Menteri KDN berkenaan dengan perlunya jambatan ketiga Malaysia - Singapura sama ada dalam bentuk jambatan atau terowong adalah cukup tepat. Stulang menyokong penuh cadangan ini dan usaha pelaksanaan ini. Ini bagi menampung keperluan aliran orang yang semakin meningkat.
Stulang juga menyambut baik inisiatif kerajaan dalam mempelopori inisiatif pemasangan solar panel di bangunan kerajaan dan solar terapung di empangan. Pemasangan sistem solar panel ini juga akan dilaksanakan di pusat pentadbiran Kota Iskandar. Satu inisiatif yang disebut dalam perkara 191 dan 192 ini selain dapat mengurangkan bil tanggungan elektrik ia juga menyumbang kepada pembangunan mesra alam dan lestari. Stulang mencadangkan agar CIQ BSI, Bangunan Sultan Iskandar juga boleh memulakan kajian pelaksanaan dan pemasangan panel solar di atas bumbung bangunan CIQ BSI. Ini adalah kerana jumlah bil elektrik untuk CIQ BSI dan JB Central setiap bulan adalah mendekati RM1.5 juta. Penggunaan solar panel ini akan membolehkan CIQ BSI menjimatkan wang sekurang-kurangnya RM750,000.00 sebulan atau RM9 juta setahun. Ini merupakan satu angka yang cukup besar di mana kita boleh usahakan untuk kita jimatkan wang. Jadi saya mencadangkan agar BPH, Bahagian Pengurusan Hartanah di peringkat persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri untuk mengkaji pelaksanaan ini untuk penjimatan dan kelestarian alam sekitar. Inisiatif pemasangan solar panel ini juga bolehlah ya, diperpanjangkan ataupun diikuti oleh PBT di mana kita mungkin boleh memasang lampu solar panel di lorong-lorong belakang kawasan perumahan untuk menerangkan lorong-lorong belakang kawasan perumahan untuk mengelakkan ataupun mengelakkan kes-kes kecurian dan jenayah. Saya rasa pemasangan lampu solar ini di belakang rumah-rumah, lorong-lorong kawasan perumahan merupakan satu inisiatif yang juga boleh diperpanjangkan.
Stulang juga akhirnya ingin mengulangi amanat daripada Tuan Speaker yang mengingatkan Ahli-Ahli Dewan agar tidak menggunakan kata-kata yang kesat dalam perbahasan. Jadi, Layang-Layang ada mengeluarkan satu perkataan di mana saya rasa cukup tidak sesuai. Di mana perkataan bunuh digunakan. Saya berharap YB...
Yang Berhormat Speaker, Peraturan Mesyuarat 14(xiii), mendatangkan sangkaan yang tidak baik kepada seorang Ahli. Saya guna perkataan itu bertanyakan soalan bukan menyatakan bahawa kerajaan nak membunuh. Jadi jangan buat prasangka lah Yang Berhormat.
Jadi, saya berharap YB boleh menggunakan bahasa atau menunjukkan adab perbahasan yang sepadan dengan kedudukan YB sebagai Wakil Rakyat. Janganlah…
Sekali lagi lah. Dia masih meneruskan prasangka ini. Kalau nak menasihatkan saya, nasihatkan Ahli-Ahli Yang Berhormat sebelah sana. Saya nak quote.
Yang Berhormat Puan Speaker, YB tidak boleh jawab tanpa dapat kebenaran daripada Speaker. Terima kasih.
Yang Berhormat Speaker, Peraturan 14(xiii), ini seolah-olah mengatakan bahawa saya menggunakan perkataan-perkataan yang kesat. Saya bertanya soalan.
Saya hanya mengatakan, menggunakan perkataan ini kurang sesuai.
Layang-Layang, sila duduk.
Jadi janganlah menggunakan hak imuniti dalam Dewan ini untuk mencetuskan provokasi yang tidak membawa sebarang makna. Kemudian, bukan kita sebagai insan biasa, kita ini semua insan biasa, manusia biasa, bukan kita sebagai insan biasa untuk menentukan atau menghakimi sesiapa sebagai munafik. Perlu disedari hanya Tuhan sahaja yang berkuasa untuk menghakimi sesiapa yang munafik. (Dewan bertepuk). Adalah mudah untuk kita menyifatkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan terdiri daripada pemimpin yang disebutkan sebagai munafik tetapi perlu disedari bahawa ramai pemimpin Barisan Nasional sendiri sekarang yang berdepan dengan pertuduhan penyelewengan, korupsi dan salah guna kuasa. (Dewan bertepuk). Jadi lah, jangan kita, janganlah kita ini angkuh, ya Tuan Speaker, eh Puan Speaker. Tuan Speaker ada minta tarik balik tetapi sampai sekarang pun tidak dipedulikan. Jadi saya…
Pembetulan, tiada suruh tarik balik pun.
Semasa YB Layang-Layang tiada, memang Speaker ada minta tarik balik. Tapi pada masa itu Layang-Layang tiada.
Boleh saya baca apa ruling Yang Berhormat Speaker semalam?
Bukan semalam, yang pada hari kedua.
Yalah. Ada rulingnya. Boleh kita baca.
Saya nasihatkan untuk baca dan set esok lah. Buat apa keputusan-keputusan yang dirasakan perlu.
Sebab itu satu fitnah.
Penawar juga ada mengatakan, cukup betul tu jasa baik dikenang 100 tahun. Cukup betul, cukup tepat. Jasa baik memang dikenang 100 tahun dan perlu diingat juga semua Ahli-Ahli Yang Berhormat di sini dan seluruh rakyat yang mendengar perbahasan kali ini dan saya nak tegaskan di sini, adalah jasa baik dikenang 100 tahun, dosa rompak diingat 1,000 tahun. (Dewan bertepuk).
Akhirnya, saya sekali lagi mengucap ribuan terima kasih kepada semua agensi kerajaan yang bekerjasama dengan kerajaan sekarang dan juga saya sebagai Wakil Rakyat untuk melaksanakan misi-misi dan objektif-objektif untuk mencapai matlamat memajukan Johor ini marilah kita sama-sama, marilah kita sama-sama menggembleng tenaga melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat untuk pembangunan bersama. Stulang akhirnya menyokong usul yang dibawa oleh Kempas. Sekian, terima kasih.
Yang tadi YB, Yang Berhormat Layang-Layang boleh rujukkan hari yang 25 November, handsard yang ke 25 kalau tak silap.
Ya, muka surat 35, boleh saya baca Yang Berhormat Speaker? Rulingnya, saya tetap dengan keputusan bahawa…
Yang Berhormat Puan Speaker, ini bukan giliran Yang Berhormat...
Saya tanya boleh ke tidak?
Tak boleh. Yang Berhormat Speaker...
Awak Speaker ke? Awak Speaker ke Yang Berhormat?
Yang Berhormat Speaker kena tegas...
Yang Berhormat Speaker ke?
Yang Berhormat Layang Layang...
Kena buat keputusan bagi pihak dia?
Sila duduk. Saya cuma minta rujukan hansard yang 25 November, ok? Persidangan ni, saya tangguh kepada jam 4.20 minit untuk rehat dan selepas itu kita akan sambung balik.
Persidangan di tangguhkan pada jam 4.10 petang.
Persidangan disambung semula pada 4.20 petang.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan disambung semula. Yang Berhormat Johor Lama, jemput.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Yang saya hormati Puan Speaker, Yang Berhormat ADUN-ADUN, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana memberikan kesempatan kepada saya untuk membahaskan usul dalam Bajet 2020 yang telah dibentangkan pada Khamis yang lepas. Dalam pengamatan saya, bajet yang dibentangkan “Memakmur dan Mensejahterakan Johor Bestari” beri manfaat kepada 38 juta penduduk, meliputi semua sektor melalui 183 titik fokus yang perlu dilaksanakan. Keseluruhan bajet kali ini membawa peningkatan peruntukan sebanyak RM1.783 bilion ataupun lebihan RM2.36 juta dari tahun sebelumnya. Jadi, manfaat Bajet 2020 bagi rakyat Johor dapat dirumuskan sebagai amat membantu golongan terbabit. Jadi kepada kerajaan dan kepada Yang Amat Berhormat, saya amat berharap semua perkara-perkara yang baik ini dapat diteruskan dan jangan dihiraukan, apa yang membuat sesuatu yang boleh melambatkan ataupun merencatkan rancangan yang dijalankan. Ibarat tidak umpat yang membunuh, tidak puji yang mengenyangkan
Yang Berhormat Puan Speaker, bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Yang Dipertuan Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim yang ke-61 pada 22 November yang lalu. Patik merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih dan berdoa semoga ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berada dalam keadaan sihat sejahtera, dilanjutkan usia.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya bagi pihak penduduk masyarakat Johor Lama ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah merancang ataupun akan melaksanakan beberapa projek yang besar di kawasan Johor Lama khasnya. Iaitu yang pertama berkaitan dengan jambatan baru di bypass Kota Tinggi yang selama ni menimbulkan kesesakan yang amat sangat bila masa puncak dan musim-musim perayaan
yang dianggarkan nilai projeknya melebihi RM150 juta yang akan menjadi tanda mercu bagi daerah Kota Tinggi.
Yang kedua, jalan baru antara tambahan jalan dari kampung Johor Lama ke Guntung Nenas bernilai RM40 juta.
Yang ketiga, yang paling penting ialah pembinaan klinik kesihatan K33 ataupun KK3 yang bernilai lebih kurang RM33 juta. Ini juga akan mengurangkan ataupun mengatasi masalah kesesakan klinik di Hospital Kota Tinggi yang begitu teruk selama ini. Dan alhamdulillah, projek ini insya-Allah akan dilaksanakan pada tahun hadapan.
Begitu juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan yang mengambil usaha dalam proses-proses penyerahan hak milik tanah peneroka FELDA yang tergantung begitu lama sebelum ini dan juga kelulusan untuk tanah-tanah untuk generasi harapan FELDA yang bernilai lebih ataupun berjumlah lebih daripada 1,000 lot-lot baharu. Cuma saya berharap projek-projek rumah ini kepada Gen2 yang diserahkan kepada FDVF, mohon pihak kerajaan negeri mengambil alih urusan ini, maksud saya kerajaan negeri dan melalui KPRJ untuk menguruskan perumahan untuk generasi kedua FELDA supaya pengurusan-pengurusan, standard rumah, jenis-jenis rumah dan masalah-masalah yang berbangkit seperti parit, longkang dan sebagainya dapat di atasi dengan lebih baik dan lebih tersusun
Yang Berhormat Puan Speaker, Kota Tinggi bermulanya sejarah Kesultanan Johor Lama di sini pada tahun 1529, lebih kurang 450 tahun dahulu. Satu hal yang Johor Lama ingin utarakan berkaitan Sungai Johor yang sepanjang 122.7 kilometer ni dan merupakan sungai utama bukan sahaja turut membekalkan sejumlah 257 juta gelen air mentah kepada jiran kita Republik Singapura, ianya turut memberi manfaat kepada sebilangan besar penduduk yang mendiami tebing sungai sebagai nelayan, mereka turun memancing atau menjala udang galah dan hasil marin yang lain. Selain menggamit pemancing udang galah dari luar Kota Tinggi dan kini menjadi salah satu padang pancing domestik yang terkemuka kerana didakwa udang galah di sungai ni agak enak berbanding kawasan pancing yang lain. Namun sejak akhir-akhir ini tangkapan udang galah dan ikan semakin merosot berikutan kekurangan sumber hidupan itu sendiri di dalam sungai. Pemerhatian dan kajian fenomena ini perlu dijalankan agar Sungai Johor ini masih boleh memberi rezeki kepada para nelayan di sini. Sungai Johor di samping menyimpan rasa suka duka dari lipatan sejarah silamnya ianya terus di selusuri orang dengan mudik ke hulu dan hilir bagi melihat peninggalan sejarah dan ekologi di sepanjang tebing sungai seperti Kota Raja, Kota Panchur, Kota Tauhid, Kota Johor Lama dan tidak kurang para sarjana dan pengkaji yang terus mengkaji isi naskhah Sulatis Salatin atau sejarah Melayu yang disusun oleh Tun Sri Lanang dengan berkunjung sendiri ke tempat kelahirannya di Kota Seluyut. Seluyut, saujana mata memandang, udaranya sejuk, sepoi, nikmat. Sejarah Melayu karya agung dikarang untuk merujuk pelbagai maklumat.
Namun begitu di Kota Seluyut yang terletak di tepi tebing Sungai Johor agak sukar untuk pelawat atau pelancong naik ke darat kerana ketiadaan jeti yang kondusif dan selamat. Oleh itu, Johor Lama mohon pertimbangan kerajaan negeri meningkatkan prasarana yang sesuai serta membina jeti konkrit di situ. Apabila Sungai Johor dibangunkan dengan serius, ianya secara tidak langsung dapat memberi alternatif kepada kehidupan nelayan yang hanya bergantung kepada hasil tangkapan hidupan sungai semata-mata, mereka nanti boleh menceburi agro pelancongan dengan penyewaan bot, homestay dan membina gerai-gerai makan, namun semua itu perlu disokong oleh agensi-agensi yang terlibat dan terbabit. Manakala pohon-pohon berembang yang tumbuh di tebing sungai berhampiran Kampung Makam dan kawasan sekitar menjadi habitat kunang-kunang telah menarik minat orang ramai untuk melihatnya pada waktu malam dengan menyewa bot yang diusahakan oleh pengusaha. Oleh itu, langkah melindungi dan kawalan ke atas sumber flora dan fauna terbabit diperlukan supaya tidak terancam dan pupus.
Dan sepanjang sungai ini, Yang Berhormat Puan Speaker di akhirnya di kawasan Teluk Sengat itu bolehlah di jadi satu perkampungan tempat makan kerana sekarang ini setiap
malam di pekan Teluk Sengat di sediakan makanan seafood yang diperolehi ikan segar daripada sungai terbabit. Pada hari in,i rata-rata pelancong daripada luar negara ramai yang datang ke tempat ini. Mohon dijadikan pekan Teluk Sengat ini sebagai satu destinasi pelancong yang boleh meningkatkan pendapatan para nelayan dan penduduk setempat.
Yang Berhormat Puan Speaker, di Johor Lama saya nak bangkitkan beberapa isu yang masih boleh dipertimbangkan. Yang pertama, menurap jalan dari sepanjang Simpang Makam Mawai ke Air Tawar 2 dan Teluk Sengat. Jalan ini nampaknya tidak selesa untuk pelancong ataupun penduduk di sekitar ini menggunakan jalan raya ini kerana terlalu dah hampir rosak. Yang ketiga, mohon menyambung jalan daripada, tadi dah ada jalan baharu daripada Johor Lama ke Guntung Nenas, minta projek ini disambungkan daripada Guntung Nenas sambung ke Ladang Antong dan simpang keluar ke simpang Air Tawar 3. Apabila siap kelak nanti, dia akan jadi satu jalan shortcut yang lebih baik, lebih cantik, maknanya dia masuk daripada simpang Air Tawar 3 keluar ke apa ni Guntung Nenas lalu ke Johor Lama masuk ke Teluk Sengat terus dan kemudian dia akan terus ke highway Senai-Desaru. Di situ di mana dulu kerajaan pernah berjanji untuk membuat satu susur keluar jadi kalau itu berlaku bermakna kesesakan untuk menuju ke Penawar dapat diatasi.
Seterusnya Yang Berhormat Puan Speaker, ialah masalah berkaitan dengan air. Setiap kali saya membangkitkan masalah, memang berkaitan dengan air di kawasan saya di khasnya di kawasan Gugusan Lok Heng. Saya maklum bahawa pihak BAKAJ dan SAJ sedang berusaha keras untuk memastikan takungan-takungan air dan baraj yang dibina dapat menampung kekurangan air khasnya bila musim kemarau ataupun musim panas dan saya difahamkan juga sekarang pihak kerajaan sedang membuat satu kajian yang serius untuk menyambungkan air sama ada dari Sungai Sedili masuk ke Gembut dan terus ke Waha dan Lok Heng. Dan saya difahamkan mungkin pihak kerajaan akan dapat membina sebuah lagi empangan khasnya untuk masyarakat di Kota Tinggi. Saya berharap, projek ini dapatlah diteruskan supaya masalah air tidak lagi berbangkit. Sedangkan di Kota Tinggi kita hanya membekalkan air-air yang bersih dan cantik ke negara jiran kita dan kepada rapid di Pengerang. Sedangkan masyarakat di Kota Tinggi masih lagi menghadapi masalah kekurangan air.
Perkara seterusnya Yang Berhormat Puan Speaker, yang saya mencadangkan, ingin membuat satu cadangan untuk tambahan acara Visit 2020 Johor kerana di kawasan saya di FELDA Pasak pada tahun 2017, kita telah menganjurkan satu program berbasikal Pasak Challange di mana peserta lebih kurang 1,265 orang yang terdiri daripada peserta daripada Singapura 160 orang, Filipina 20 orang, Indonesia 45 orang, Great Britain 10 orang dan selebihnya daripada peserta-peserta daripada Malaysia. Dan pada Sabtu ini, 30 hari bulan kita Johor Lama bersama dengan Pasak Challange kita buat satu program iaitu fun ride sebab kita nak tengok sambutan mereka kepada program basikal ini dan setakat ini telah ada 500 orang peserta. Saya berharap program ini dapat dimasukkan dalam kalendar pelancongan pada tahun hadapan.
Yang Berhormat Puan Speaker, merujuk kepada ucapan-ucapan pihak pembangkang, saya dapati ramai yang dah elok, ramai ADUN-ADUN yang dah memberikan cadangan-cadangan yang baik sambil dia membantah ataupun membahaskan tetapi saya tengoklah Yang Berhormat Puan Speaker, YB Layang-Layang ni, dia semuanya yang di bentang oleh kerajaan, semuanya salah, semuanya tak betul, sehingga dia kata dia pergi ke kawasan Layang-Layang, dia hampir-hampir ke dah menangis. Tapi kalau kita merujuk Yang Berhormat Speaker apa yang dibentangkan oleh kerajaan kalau saya nak baca sampai pukul 6 petang ni mungkin tak habis Yang Berhormat Speaker, banyak untuk rakyat, untuk rakyat, banyak tapi kita janganlah anggap, ataupun kita anggap diri kita ini seperti si buta berbini cantik, si kudung beroleh cincin, si bisu bercakap atau si tuli mendengar. Jadi saya mintalah Yang Berhormat Layang-Layang lebih peka, lebih alert, program-program yang dijalankan oleh kerajaan. Hari ini hanya membangkitkan isu-isu yang rata-ratanya menimbulkan provokasi. Kenapa tak diucapkan tahniah kepada kerajaan pada hari ini yang memberikan gaji ataupun bonus sebulan gaji dan pendapatan dua ribu sebulan. Yang Berhormat sedia maklum bahawa ini merupakan sejarah dalam pentadbiran negeri Johor
Yang Berhormat Speaker. Inilah pertama kali kakitangan kerajaan mendapat bonus sebulan gaji di negeri Johor dan RM2,000 Tuan Pengerusi. Patut perkara ini dihebahkan, bukan kerana apa ini, isu kita tidak menyokong kakitangan kerajaan. (Dewan bertepuk).
Jadi selalu di cakap bajet yang kita bentangkan ini tidak profesional, bajet ini penipu tak buat tapi kita perlu ingat janji PRU 13 Yang Berhormat Tuan Speaker, dari 60 janji, hanya 21 sahaja yang dilaksanakan Yang Berhormat Tuan Speaker. Jadi mana janji-janji yang lain Yang Berhormat. Jadi benda ini semua berlaku Yang Berhormat. Jadi kemenangan saya nak beritahulah sikit, kemenangan di Tanjung Piai ni Yang Berhormat Speaker, saya tidak terperanjat, saya tidak terperanjat Yang Berhormat Speaker. Hari ini sahaja Yang Berhormat Speaker tengok dah dua tiga hari ini, mula-mula memang bersemangat, Salam 15,000, Salam 15,000, sampai petang tadi saya tak dengar lagi dah Salam 15,000 Yang Berhormat. Dia dah jadi salam sejahtera, dah jadi salam macam-macam dah. Saya harap benda ini janganlah ibarat macam hangat-hangat tahi ayam. Kalau kita nak berjuang, berjuang terus, lawan terus. Jangan kita hangat-hangat tahi ayam. Sebab apa Yang Berhormat, saya nak cakap satu lagi, teknik yang digunakan pilihan raya kali ini betul Yang Berhormat, tekniknya betul kerana dia talam dua muka Yang Berhormat.
Mula-mula perjuangan dia Perpaduan Ummah. Bercakap, bila cakap sikit, takbir. Pergi program semua berjubah, pakai songkok haji Yang Berhormat, tapi bila letak calon Cina, berbangsa Cina, tiba-tiba tukar Muafakat Nasional. Tukar terus agenda, tukar terus konsep, tukar terus semua sekali. Sebab itu hari ini Yang Berhormat Speaker, bila ADUN Menteri Pertanian tadi bercakap, mereka dah gelabah dah Yang Berhormat. Mereka dah gelabah dah Yang Berhormat, sebab apa, MCA jadi juara pula dalam Malaysia ini, dalam isu NAFAS ini Yang Berhormat. MCA pula yang bercakap bagi pihak, saya nak tanya yang memperjuangkan Perpaduan Ummah hari ini, dia setuju tak apa Yang Berhormat Menteri bahawa peruntukan yang diminta kepada Menteri Pertanian yang diminta ini, nak diagihkan kepada petani-petani yang terdiri daripada orang-orang miskin daripada kalangan petani-petani Melayu. Mereka tidak memperjuangkan langsung Yang Berhormat Puan Speaker. Mereka jadi kaku, nak berjuang ibarat nak ditegur mati bapak, nak ditelan mati mak. Sebab konsep dia dah berubah dah, daripada Perpaduan Ummah kepada Muafakat Nasional. Sebab itu, hari ini Tenggaroh dia dah hidup dah. Dulu masa perjuangan Permuafakatan Ummah, dah tidak ada dah nama ini, Tenggaroh apa ini, apa inilah. Dah tidak ada dah sebab contoh macam Tenggaroh Yang Berhormat Speaker, penghuni Melayunya 99% adalah Melayu. Dah tidak ada dah kalau ikut Perpaduan Ummah dah tidak ada dah, dah buang habis dah. Tapi nasib baiklah diubah kepada Muafakat Nasional. Jadi perjuangan mereka ini talam dua muka Yang Berhormat Speaker. Itu sebab saya tidak terperanjat. Dia depan lain cakap lain. Nanti dengan bangsa ini dia cakap lain, bangsa lain dia cakap lain.
Satu janji Yang Berhormat, yang paling popular di Tanjung Piai Yang Berhormat Speaker ialah janji mengerjakan umrah. Saya tidak kisah Yang Berhormat, dia janji mengerjakan umrah tetapi Yang Berhormat kena tahu, umrah ini adalah salah satu ajaran agama Islam, ajaran orang Islam. Saya dengar betul-betul.
Sila gulung ya, tinggal satu minit.
Last ni, saya dengar betul-betul ucapan daripada calon ataupun Wee Jeck Seng. Dia kata dia akan memberi umrah kepada semua rakyat, dia tak cakap pengundi, semua rakyat di Tanjung Piai yang berumur 60 tahun ke atas. Saya kira pengundi yang 60 tahun ke atas termasuk Cina, India dan sebagainya 12,000 lebih. Tapi saya tak nak. Saya kira yang apa ni, yang orang Melayu Islam yang ditawarkan dengan umrah ini. Di Pekan Nanas 2,688 lebih kurang, di Kukup 3,462. Bila saya jumlahkan jumlah dia 6,150 Yang Berhormat. Oklah sekarang ni, dalam suasana sekarang ini kita nak pergi umrah, berapa bayaran kita pergi umrah Yang Berhormat Speaker.
Tak apalah, kita berdoa dia dapat tunaikan.
Nanti Yang Berhormat. Yang paling murah kita jangkakan RM6,000.00 Yang Berhormat, kalau kita campur dengan RM300.00, bermakna RM6,300.00 Yang Berhormat. Kalau RM6,300.00 kita darabkan dengan 6,150 jumlah dia RM36,900,300.00 Yang Berhormat. Ini janji pilihan raya Yang Berhormat. RM36 juta. Saya tidak kisah kalau dia boleh bagi, tak kisah Yang Berhormat. Tapi Yang Berhormat, saya nak ceritalah orang Tanjung Piai, berkaitan dengan hukum ni sikit Yang Berhormat. Hukum umrah ni Yang Berhormat, yang pertama hukum dia wajib. Umrah ni wajib ada dua. Satu, umrah musim haji, satu umrah nazar dan satu lagi umrah sunat boleh dilakukan pada bila-bila masa. Umrah mabrur hanya diterima dari yang halal yang mahmudah dari yang halal, yang haram. Tanah suci tetap menerima sesiapa sahaja orang yang nak pergi umrah, yang nak ke sana walaupun dari sumber haram, cuma pahala Allah sahaja yang menentu memberikan atau menolak walaupun dia bertaubat.
Sila gulung ya.
Orang yang mengerjakan umrah dari sumber haram, saya nak cakap ini sumber tak tahu sumber mana Yang Berhormat sebab sumber ini pada saya sumber yang mencurigakan. Dari sumber haram jika tidak bertaubat, dia akan diuji dengan Allah SWT. Sama ada dengan bertambahannya dia kaya terus, dalam keadaan dia dikutuk oleh malaikat dan Allah, dan dibimbangi mati nanti Su’ulhotimah kerana menerima ataupun kerana menghina amalan umrah, wallahualam. Jadi Yang Berhormat Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Puan Speaker, dengan akhir kata itu, janganlah kita sentiasa nak menyalahkan orang dan janganlah kerana perjuangan politik, kita membelakangkan budaya bangsa, budaya agama kerana untuk kepentingan politik. Bukan kerana kepentingan agama bangsa, tapi kerana kepentingan politik. Jadi akhir kata saya menyokong perbahasan ataupun penerangan bajet yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor.
Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi taalawabarakatuh.
Ok Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan di bawah Peraturan Tetap Bilangan 32(8), supaya Dewan ini tidak ditangguhkan sehingga perbahasan atas rundingan bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2020 Tahun 2019 oleh Ahli-Ahli Dewan Negeri diselesaikan pada petang ini juga.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan ini.
Ada yang sokong? Sebab melebihi 10 orang Ahli-Ahli yang menyokong rundingan tersebut, saya rasa rundingan ini penting juga sebab kita dapat selesai pada petang ini dan esok EXCO-EXCO boleh menggulung dengan jawapan yang lebih terperinci untuk soalan-soalan yang dibangkit oleh YB-YB dan suka saya nak mengingatkan kepada semua YB-YB sekira nak menggunakan peraturan tetap, kena tunjukkan Peraturan Tetap sebab tadi YB Layang-Layang rujukkan kepada Peraturan Tetap tetapi tiada 14(13), jadi pastikan kalau nak pakai Peraturan Tetap, kena pakai yang betul. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Senggarang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat sejahtera, Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat tuan-tuan, puan-puan sekalian. (Doa) Terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Speaker yang telah memberi peluang kepada Senggarang untuk membahaskan Belanjawan Johor 2020 yang bertemakan Makmur dan Mensejahtera Johor Bestari. Yang Berhormat Puan Speaker, dalam kesempatan Dewan yang mulia ini, sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan takluk Johor Darul Ta’zim yang ke 61-tahun, patik mewakili rakyat DUN Senggarang merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih dan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sihat sejahtera untuk terus memerintah di atas takhta kerajaan bagi menaungi sekalian rakyat Johor Darul Ta’zim.
Yang Berhormat Puan Speaker, Senggarang ingin mengucapkan tahniah di atas pembentangan Belanjawan 2020 bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Ke 14 yang telah di bentang oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sahruddin bin Jamal, selaku Menteri Besar Johor, tahniah juga kepada semua Ahli Majlis Kerajaan dan juga pegawai awam yang sama-sama membantu bagi menyiapkan dokumen Belanjawan Johor 2020, Memakmur dan Mensejahtera Johor Bestari.
Yang Berhormat Puan Speaker, belanjawan negeri Johor pada kali ini Belanjawan Johor 2020, Memakmur dan Mensejahtera Johor Bestari merupakan belanjawan yang sungguh baik dan diharapkan apa yang terkandung dalam belanjawan tersebut dapat dilaksanakan secepat mungkin untuk kebaikan rakyat negeri Johor. Yang Berhormat Puan Speaker, di dalam Belanjawan Johor 2020, kerajaan negeri telah menyenaraikan sebanyak 183 titik fokus yang telah digariskan dalam enam teras strategi bagi memacu pembangunan negeri Johor sebagaimana yang kita sedia maklum, saya tidak perlu huraikan enam teras titik, enam teras utama belanjawan tersebut.
Yang Berhormat Puan Speaker, PRK Tanjung Piai baru selesai dijalankan dan rakyat telah memilih berdasarkan penilaian mereka. Senggarang boleh beranggapan bahawa rakyat di Tanjung Piai rasanya tidak mempunyai maklumat yang cukup berhubung dengan inisiatif program yang telah dijalankan oleh kerajaan Pakatan Harapan dan besarnya masalah yang perlu diselesaikan oleh kerajaan Pakatan Harapan. Banyak program inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan tetapi mungkin tidak dirasai oleh ataupun tidak dapat diketahui oleh rakyat di sana. Senggarang menghormati pilihan raya dan rakyat berhak memilih sesiapa yang mereka suka. Senggarang mendapati perkara utama yang kerajaan Pakatan Harapan perlu respons terhadap isyarat PRK Tanjung Piai ialah menangani masalah peningkatan kos sara hidup yang utama selain daripada perkara-perkara yang lain. Teringat Senggarang di dalam satu tulisan di akhbar satu ketika dulu, perbualan seorang pelancong Eropah, dengan seorang Penandi Sarawak. Kata pelancong Eropah, “aku sangat kagum dengan keindahan dan kecantikan alam semula jadi negeri kamu ini”. Pelancong Eropah kata kepada orang Penan di Sarawak. Jawab orang Penan tersebut, “Tuan, saya tidak merasa apa-apa pun tentang keindahan tersebut, setiap hari saya hanya memikirkan bagaimana hendak mengisi perut ahli-ahli keluarga saya supaya tidak kelaparan”. Agaknya itulah hakikat rakyat pada hari ini yang dihimpit dengan peningkatan kos sara hidup.
Yang Berhormat Puan Speaker, alhamdulillah dalam teras pertama Belanjawan Negeri Johor kerajaan Pakatan Harapan telah menjadikan kos sara hidup agenda utama yang sentiasa menjadi perhatian kerajaan Pakatan Harapan pada tahun hadapan insya-Allah. Apabila diamati di dalam belanjawan tersebut, kerajaan negeri telah bercadang memperluaskan pelaksanaan Program Bank Makanan Food Bank, dengan izin di seluruh negeri Johor kepada golongan B40. Dengan peruntukan RM600,000.00 dan tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Besar yang telah sungguh prihatin kepada masalah golongan marhaen. Selain daripada Program Bank Makanan, untuk golongan B40 Senggarang juga mencadangkan agar golongan M40 juga perlu diambil perhatian dalam isu ini.
Dalam pengamatan Senggarang dengan masyarakat di tempat di Senggarang sendiri banyak masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat khususnya B40, khusus kepada mereka-mereka yang sakit, orang tua, atau pun buat mereka-mereka yang bed ridden dan yang masih terbaring di atas katil. Bagi mereka apa yang mereka perlukan adalah susu, susu dan pampers ya, susu kadang kala satu tin harga lebih kurang RM100.00 tapi 3 hari dah habis. Cuba bayangkan ya 3 hari habis sebulan maknanya lebih kurang 10 tin, 10 tin hampir RM1,000.00 juga tetapi kadang kala mereka mendapat peruntukan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat hanya sekitar RM300.00, RM400.00 ya untuk sebulan. Saya pernah mendapatikan ada dikalangan mereka yang terpaksa, terpaksa ikat perut kan, tak minum susu walaupun keperluan makan tersebut mustahak untuk kesihatan. Mereka-mereka yang didapati koma selepas menghadapi kemalangan ataupun sakit-sakit yang lain. Sebab itu
Senggarang mencadangkan supaya kan, supaya program ini diperluaskan kepada bantuan orang-orang tua khususnya pampers pun agak mahal, dan juga susu, bantuan susu sebagaimana ada dilaksanakan di negeri-negeri yang lain. Bantuan khusus untuk orang tua dan juga golongan-golongan orang yang kurang upaya yang didapati sakit koma di rumah-rumah masing-masing.
Yang Berhormat Puan Speaker, rakyat rasa tertekan dengan harga barang yang terus naik, nilaian ringgit terus merosot. Anak-anak susah payah belajar tetapi setelah mendapat ijazah atau sijil dan kadang kala susah untuk mencari pekerjaan. Di sini Senggarang ingin membahaskan beberapa perkara dalam Belanjawan ini yang Senggarang akan sentuh supaya mungkin ada nilai tambah yang boleh diambil daripada ucapan Senggarang ini.
Di dalam mengekang kenaikan harga makanan kerajaan hendaklah, kerajaan pusat, saya menyeru kerajaan pusat atau kerajaan negeri hendaklah berupaya membuat dasar supaya harga barangan harian sayur, ikan, ayam, daging dan sebagainya dapat diturunkan. Pada masa ini pun harga barang pun dah turun, rata-rata harga barang didapati turun apabila ada hari-hari perayaan pun tidaklah nampak harga barang naik. Tidak seperti masa-masa dahulu. Di peringkat kerajaan pusat Senggarang mencadangkan agar semua AP barang makanan dihapuskan secara berperingkat-peringkat bukan sekali gus supaya rakyat dapat membeli barang keperluan dengan harga yang ditentukan oleh pasaran bebas. Bukan syarikat-syarikat pemegang AP. Ada pemegang-pemegang AP hanya mengambil untung dengan menjual kuota AP yang mereka miliki kepada peniaga-peniaga tulen yang lain.
Selain daripada itu, Senggarang mencadangkan agar kerajaan negeri membuat dasar sekiranya perlu seperti mensyaratkan semua pemilik-pemilik tanah mesti membangunkan tanah mereka. Pemilik tanah terbiar mungkin, pemilik-pemilik tanah yang membiarkan tanah mungkin dikenakan warning, dikenakan amaran, dikenakan denda supaya sekiranya mereka tidak mampu membangunkan tanah itu mereka boleh menyewakan kepada pihak lain atau menjualnya. Jadi maknanya tidaklah banyak tanah terbiar di dalam negeri Johor Darul Ta’zim ini.
Senggarang juga mencadangkan kerajaan negeri menjalankan kempen menggalakkan rakyat bercucuk tanam di sekitar rumah bagi menampung keperluan sendiri. Mereka yang berminat perlu dibantu dengan bekalan benih, baja, peralatan seperti fertigasi atau hidroponik untuk mereka yang tinggal di rumah-rumah pangsa. Terima kasih di atas, di dalam Belanjawan ini ada juga tercacat di dalam Program Revolusi Hijau yang telah digariskan dalam pembentangan Belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor.
Yang Berhormat Puan Speaker, dalam kita menghadapi masalah harian orang-orang kampung khususnya mungkin di Senggarang sahaja di tempat lain mungkin tiada. Saya sudah beberapa kali bercakap di dalam Dewan ini tentang masalah monyet. Saya dah rasa tiga kali cakap dalam Dewan ini. Masalah monyet yang rasanya sampai sekarang tidak dapat diatasi. Monyet ini perlu kita hapuskan kerana ia adalah makhluk perosak yang menghalang penduduk-penduduk kampung untuk bertanam sebab itu banyak rumah-rumah di kampung-kampung, pokok-pokok ubi di tanam di tepi jalan, pokok ubi, pokok pisang tanam di tepi parit. Rizab JPS, kerana kat belakang tak boleh tanam lagi dah kan. Kerana monyet tak pergi ke jalan raya. Belakang rumah memang tak boleh, boleh tanam kelapa sawit saja. Nasib baik kelapa sawit itu monyet tak makan kalau tidak habis semua. Jadi harapan saya supaya masalah monyet ini masalah yang agak serius dihadapi oleh masyarakat di kampung, bukan sahaja di kampung tetapi di Senggarang di taman-taman mereka, monyet-monyet ini masuk rumah, mengganggu, pakai baju, makan dalam rumah dan perkara ini rasanya sudah ke tahap yang sangat membimbangkan dan mungkin satu masa akan menyerang kita apabila mereka sudah banyak mereka akan menyerang kita. Jadi pada saya lemahnya pihak jabatan sekiranya masalah monyet ini pun gagal untuk kita atasi. Kalau kita masih ragu untuk membunuhnya mungkin ada, ada fatwa ke apa maka kita boleh lah merujuk kepada yang bijaksana tuan Mufti tentang hukum membunuh binatang tersebut.
Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, di dalam Belanjawan negeri Johor yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dalam aspek keselamatan yang mana telah, dalam agenda 7 slot ke 7, keselamatan. Sebanyak RM2.1 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan Program Bandar Selamat. Pasang CCTV dan lain-lain. Di sini Senggarang ingin mengambil perhatian Dewan yang mulia ini tentang SRS, Skim Rondaan Sukarela dan berharap kerajaan mengambil berat tentang SRS. Skim Rondaan Sukarela ataupun SRS adalah satu skim yang dipohon oleh sekumpulan pemastautin dalam Kawasan Rukun Tetangga yang terdiri sekurang-kurangnya 20 orang dan berumur 18 tahun ke atas yang mana telah dilancarkan pada 21 Februari 2004 di Pulau Pinang. Tujuan penubuhan skim ini, SRS adalah untuk membantu pihak berkuasa membendung kegiatan jenayah dan gejala di komuniti setempat, di taman-taman. Permohonan untuk mengendalikan SRS di keseluruhan atau sebahagian kawasan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Rukun Tetangga atau Jawatankuasa Sektor Pendaftaran. SRS bertugas secara sukarela dalam membantu polis menangani jenayah satu kawasan. Saya dapati daripada, daripada aduan, daripada pihak MPKK dan juga penghulu dapati bahawa pada masa ini SRS tidak mendapat apa-apa peruntukan, peruntukan dari pihak kerajaan kerana dah ada tubuh MPKK, dulu ada JKKK ada Jawatankuasa Keselamatan Kampung. Jadi Senggarang mencadangkan agar kerajaan Pakatan Harapan, kerajaan negeri menggarapkan penglibatan terus kepada komuniti kampung SRS ini kepada MPKK dan juga kepada Mukim.
Kedua, mempromosikan dan diperluaskan kepada semua komuniti dan kampung dengan memberi penghargaan dan pengiktirafan. Ketiga, Senggarang mengharapkan diberikan peruntukan atau geran tahunan bagi pentadbiran dan pengurusan. Oleh kerana dalam aspek keselamatan, kerajaan telah meneruskan lebih kurang RM2.1 juta tadi diharapkan perkara ini dapat dipanjangkan, diperluaskan kepada keselamatan di taman-taman dan juga di kampung-kampung.
Yang Berhormat Puan Speaker, Senggarang juga ingin membahaskan berkenan teras ketiga iaitu alam sekitar. Senggarang ucapkan tahniah di atas penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Dan Penyelesaian Pencemaran Sungai dengan penekanan utama diberikan kepada sungai-sungai yang kritikal. Senggarang pernah mencadangkan dalam Dewan yang mulia ini satu masa di dalam Sidang yang lalu, agar kerajaan wujudkan tabung amanah pemulihan sungai dan sumber air. Antara cadangan Senggarang adalah fokus tabung tersebut adalah sebagai dana bantuan bagi mengadakan operasi pencegahan serta pemuliharaan khususnya kepada sungai-sungai dan lain-lain yang menjadi sumber air mentah di negeri ini. Situasinya sekarang yang jelas sungai-sungai, rizab-rizab sungai yang rosak teruk akibat penerokaan hutan yang tidak terkawal serta sungai menjadi cetek disebabkan kegiatan lombong yang juga tidak terkawal. Diharapkan pihak penguatkuasaan daripada Jabatan Alam Sekitar dapat mengambil berat perkara ini dan penguatkuasaan dapat dijalankan secara, secara berintegriti.
Yang Berhormat Puan Speaker, Senggarang ingin membangkitkan di Dewan yang mulia ini tentang masalah kebencian yang melampau rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang mengakibatkan Pakatan Harapan tewas di Tanjung Piai. Di sini saya lihat peranan cybertrooper, mungkin ada janji Pakatan Harapan yang belum tertunai, ya ada yang belum tertunai mungkin ada masa dan akan ditunai dalam masa, dalam masa yang sama banyak juga masalah negara telah mula diselesaikan oleh kerajaan Pakatan Harapan. Jadi keburukan kerajaan Pakatan Harapan telah berjaya dimainkan oleh pihak blok pembangkang. Kerajaan, sebenarnya kerajaan berjaya membetulkan akaun Tabung Haji dengan membelanjakan lebih RM9 bilion tetapi pembangkang berjaya menggambarkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan telah menyerahkan aset-aset Tabung Haji kepada bangsa asing untuk ditadbir.
Harga minyak telah dapat distabilkan, bagaimana YB Pulai Sebatang menyatakan tadi tetapi pembangkang terus memainkan isu dengan menyatakan bahawa sepatutnya harga minyak RM1.50 sahaja per liter. Sebab apa pembangkang berjaya dalam soal ini ya, kerana
mereka mungkin, mungkin lah ada dana yang banyak yang mampu untuk menggarapkan semua cybertrooper. Jadi saya mencadangkan di pihak kerajaan pula, di pihak kerajaan pula sekarang ini kerajaan masih mencari pendirian antara tuntutan integriti dan tuntutan kewangan bagi melawan dakyah yang ada. Apa pun, kerajaan perlu mencari jalan untuk menyediakan cybertrooper untuk melawan agenda negatif mereka. Sukacita dimaklumkan dalam Dewan yang mulia ini ya, kerajaan China melantik lebih 200,000 orang cybertrooper untuk menjaga polisi kerajaan mereka.
Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Senggarang ingin membangkitkan isu tempatan, isu Senggarang iaitu pertama tadi pun dah dijawab oleh EXCO kan Kerja Raya iaitu isu jambatan Senggarang yang sempit dan kerap berlaku kemalangan maut, sebulan mungkin dua orang, tiga orang maut, diharapkan pihak kerajaan dapat mengambil berat terhadap pembinaan jambatan baharu di Senggarang dan juga pembinaan lampu isyarat di pekan Senggarang, yang saya kira, Senggarang kira boleh mengurangkan kemalangan maut di pekan Senggarang ini.
Yang kedua iaitu isu Klinik Kesihatan Senggarang, saya mendapat maklum bahawa Klinik Kesihatan Senggarang tiada kuarters bagi pegawai yang on call itu saya maklum. Jadi apabila on call dia punya kakitangan tidur di bilik apa, bilik apa jaga kan? Itulah saya difahamkanlah jadi pun saya ada sekali pernah ada kemalangan saya cuba hubung Klinik Senggarang tapi macam tak ada respons ya, saya tak tahu ada sebenarnya di sana tiada kuarters, tiada kuarters bagi pegawai yang on call untuk kecemasan. Diharapkan pihak kerajaan dapat mengambil berat perkara ini.
Dan akhir sekali iaitu isu rosak, jalan rosak teruk eh, isu Federal Road 005 daripada Rengit ke Batu Pahat yang mana kerosakan amat berat eh, ha retak saya rasa Yang Berhormat EXCO pun ada maklum perkara ini. Cuma saya pernah membangkitkan perkara ini dalam Mesyuarat Tindakan Daerah, tentang kenderaan berat, kenderaan berat bukan berat kenderaan yang sangat berat melalui jalan tersebut. Sebenarnya, jalan tersebut saya maklum eh saya maklum bahawa banyak kenderaan berat membawa bauksit, saya rasa bauksit dan bijih melalui jalan tersebut. Dan saya mendapat maklum bahawa jalan tersebut bukan jalan laluan, laluan yang telah di gazette untuk apa tu bijih tersebut melalui sebab itu saya harapkan supaya satu, satu, saya nak tuntas eh supaya pengusaha-pengusaha tersebut dapat melalui jalan yang telah digazette kan oleh pihak PTG khususnya. Supaya keselamatan penduduk. Untuk makluman Ahli Dewan eh, bahawa Yang Berhormat Speaker, bahawa lori-lori bauksit ni jalan masuk sampai jalan negeri pun dia masuk, masuk ke Sungai Suloh, masuk ke Sungai Ayam sepatutnya tak boleh lalu kawasan tersebut. Saya telah membangkitkan perkara-perkara ini dalam Mesyuarat Tindakan Daerah eh, saya faham tentang bijih ini adalah merupakan hasil negeri eh tetapi perlu diingatkan eh bahawa kawasan jalan pun besar juga eh, kerosakan jalan pun agak besar eh kalau nak repair kan? Kalau kita eh, nak tanya balik, mungkin nak diimbangi balik pasir dan kerosakan jalan yang telah dialami oleh disebabkan oleh lori-lori tersebut eh. Jadi saya harap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik supaya, oleh pihak yang berwajib supaya masalah ini dapat di atasi dengan cara yang harmoni.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Speaker yang telah memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan belanjawan pada petang ini. Semoga saya doakan, semoga pihak kerajaan dapat melaksanakan program yang telah dirancangkan demi kemakmuran negeri Johor. Dan Senggarang mengharapkan agar pelaksanaan program itu, program-program yang akan diluluskan dalam Dewan ini dapat dilaksanakan secara yang pantas, jangan makan masa. Saya dan rakyat sebenarnya nak pantas, ini bukan zaman dahulu, lambat, kena pantas. Oleh yang demikian Senggarang dengan ini menyokong Belanjawan 2020 yang bertemakan Memakmur Dan Mensejahterakan Johor Bestari oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Dr. Sahruddin Jamal Menteri Besar Johor. Sekian, wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Mahkota, jemput.
Terima Kasih Puan Timbalan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Bacaan doa). Yang Berhormat Puan Timbalan Speaker, Mahkota mengucapkan banyak terima kasih kerana telah memberikan peluang kepada Mahkota untuk menyampaikan ucapan perbahasan Mesyuarat Ketiga Belanjawan 2020, Persidangan Kedua Sidang Dewan Negeri Johor Ke-14.
Bersempena dengan sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Negeri dan Jajahan bagi Negeri Johor Darul Ta’zim yang ke-61 pada 22 November yang lalu. Mahkota mengambil kesempatan ini untuk merafak sembah, menjunjung setinggi kasih dan berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku berada dalam keadaan sihat.
Puan Timbalan Speaker, sejarah telah membuktikan bahawa kerajaan Johor merupakan antara negeri yang menempatkan pendidikan Islam pada landasan yang betul dan baik dalam pembentukan insan sejak abad yang ke-19. Usaha memajukan pendidikan Islam ini terbukti mampu memberikan kesepaduan ilmu kepada seluruh masyarakat Islam Johor sejak dibangunkan hingga kini. Sekolah Agama Kerajaan Johor diwujudkan atas titah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Abu Bakar dengan memastikan semua kanak-kanak Islam di negeri Johor mendapat pendidikan agama yang teratur, sempurna dan dikawal oleh pemerintah. Kini Sekolah Agama Johor diterima oleh masyarakat Islam Johor sebagai satu keperluan walaupun pada yang sama anak-anak mereka mendapat pendidikan agama menerusi pelajaran Pendidikan Islam diajar di sekolah rendah dan menengah.
Untuk makluman Puan Timbalan Speaker, mengikut statistik terkini sekolah Agama di negeri Johor yang saya perolehi adalah sebanyak 580 buah. Yang memberikan pendidikan kepada 186,410 orang murid dan dikendalikan oleh 4,658 guru, termasuk guru KAFA, guru Tadika Agama Johor, TAJ, dan seramai 95 orang guru agama di sekolah menengah. Untuk perhatian EXCO Agama, saya membangkitkan perkara ini adalah untuk dinilai semua semula. Adakah ratio bilangan murid dengan bilangan guru terdiri daripada ustazah dan ustaz ini wajar? Kerana kalau bilangan yang saya lihat dan saya amati bahawa ini adalah satu kedudukan yang benar-benar memberatkan kepada guru untuk membolehkan guru terdiri daripada ustaz dan ustazah memberikan pendidikan yang benar-benar memberikan impak yang baik kepada anak dan memberi insan yang berguna pada masa hadapan.
Saya memikirkan perkara ini dari segi pendidikan Islam kerana saya ingin mencadangkan bahawa pelaksanaan pendidikan agama yang tersusun dan teratur dan dilengkapkan dengan bilangan guru yang jumlah yang cukup itulah sahaja inti pati kepada kekuatan masyarakat Islam di negeri Johor. Dan di samping itu juga, kita perlu melihat pula kebajikan guru-guru ni, untuk makluman tuan-tuan, Yang Berhormat Timbalan Speaker, ada setengah-setengah ustazah-ustazah dan ustaz-ustaz ni jawatan dia jawatan kontrak. Ada yang dah sampai nak pencen pun masih kontrak. Perkara ini patutnya telah lah diselesaikan daripada dulu, kalau inilah kaedahnya masa kita dah dapat melihat kepentingan pendidikan agama saya bimbang tak ramai lagi orang nak jadi guru-guru mengajar agama di sekolah-sekolah agama. Kerana pengajaran dan pembelajaran dalam kelas memerlukan satu ratio yang benar-benar baik. Skim perkhidmatn guru-guru ini perlu dikaji. Seperti yang saya katakan tadi untuk melihat guru-guru kalau dalam keadaan skim gaji kontrak maka tak ada faedah-faedah yang boleh diperolehi oleh kalangan ini. Jadi, sampai bila perkara ini perlu di atasi dan saya mencadangkan kerana mereka ni tiap-tiap dua tahun terpaksa menandatangani satu kontrak baharu bagi membolehkan dia terus menjadi ustaz dan ustazah.
Dan yang ketiga, dari segi pendidikan ini juga ialah dari segi buku teks. Makluman yang saya terima di kawasan DUN saya, sekolah agama menerima teks, buku teks kitab-kitab ni pada bulan Jun untuk 2019. Pendidikan telah berlalu, tapi buku teks datang hanya pertengahan tahun. Dalam masa 6 bulan awal pendidikan, terpaksalah guru-guru ni pergi photostat buku-buku teks ni, perbelanjaan ditanggung oleh guru-guru. Jadi inilah kalau boleh kita lihatlah, kerajaan sekarang lihat, kerana inilah kerana pada saya, saya suka perkara
yang basic, we got to, berbalik kepada benda basic, kalau benda-benda basic kita tak dapat sempurnakan tak mampu kita perjuangkan, maka banyak perkara-perkara yang lebih besar yang ingin kita kemukakan tak akan berjaya.
Puan Timbalan Speaker, kelewatan buku teks ni bukan sahaja membebankan guru-guru tetapi juga murid-murid kerana tidak semua murid-murid dapat belajar dengan bersungguh kiranya tidak ada kekuatan ataupun tidak ada kemudahan yang sebegini.
Yang Berhormat Puan Timbalan Speaker, saya juga ingin bercakap tentang kesaksamaan gender yang terletak dalam teras kelima dalam Pelan Pembangunan Mampan, Sustainable Development Goal, dengan izin. Kerana saya memikirkan bahawa terutamanya di Dewan Undangan Negeri Mahkota, mungkin kalau saya cakap ni saya akan dicap sebagai golongan pejuang IT, IT is bukan information technology, IT ialah ibu tunggal. Tempat saya ramai ibu tunggal yang datang ke pejabat DUN minta bantuan kerana kesusahan hidup. Ha, ini yang kita perlu fikirkan ni, kadang-kadang ada 4, 5 ini kerana bahana golongan-golongan saya lah. Meninggalkan keluarga, tidak memberikan apa nafkah yang baik setelah meninggalkan, tidak menjanjikan jumlah wang yang cukup untuk membolehkan keluarga hidup dalam suasana keadaan hidup yang sekarang maka saya terfikir dan Mahkota mengalu-alukan. Kerajaan telah berusaha dalam usaha memperkasakan wanita. Alhamdulillah. Tapi banyak ruang-ruang daripada pihak kerajaan negeri, berikanlah sedikit peruntukan mungkin di Dewan Undangan lain-lain ni tak ramai janda tapi di DUN Mahkota saya benar-benar minta tolong. Begitu juga mungkin dengan Mengkibol kerana duduk sebelah kerana masalah ini semua terkait rapat antara DUN Mahkota dengan DUN Mengkibol. Kerana datang kepada kami minta bantuan, kami tak ada jumlah wang yang cukup untuk membantu. Jadi salah satu cara yang saya cadangkan ialah, sekarang kerajaan telah mencadangkan untuk mengadakan tadika-tadika ataupun apa itu, pusat-pusat asuhan, ambillah daripada kalangan IT-IT ini untuk memberikan pendidikan di samping dia dapat menjaga anak-anaknya dalam masa yang sama juga mampu untuk memperolehi pendapat dari pekerja yang diberikan sebagai tenaga pengajar di tadika-tadika dan juga pusat-pusat asuhan.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, satu perkara lagi yang saya panjangkan ialah dari masalah memperkasa anak-anak dan remaja. Di sana sini sekarang masih lagi walaupun telah ada mungkin undang-undang yang mengatakan bahawa kiranya ada tangkapan terhadap anak-anak yang naik basikal lajak ini akan diambil tindakan terhadap ibu bapa. Tapi saya rasa ini bukan cara yang terbaiklah untuk kita dapat mengatasi masalah ini kerana yang saya nampak saya katakan ialah terutama perkara ini banyak berlaku di kawasan-kawasan bandar kerana sebahagian daripada DUN Mahkota ini adalah kawasan bandar, terdiri daripada penduduk di flat-flat dan apa ini, dan rumah-rumah apa ini, kawasan bandar yang ada kemudahan untuk diadakan basikal lajak ini berlaku. Jadi kalau boleh, saya mencadangkan dan mengusulkan supaya diadakan satu sistem pendidikan khusus untuk anak-anak di bandar bermula dengan satu pendidikan Al-Quran yang basic juga ditempatkan di pejabat-pejabat DUN dengan skala yang kecil dahulu dan kita dahulukan dan akhirnya tempat ini dijadikan tempat yang kita namakan sebagai pusat untuk mendidik anak-anak supaya dijadikan tempat untuk mereka mendapat ilmu tambahan selain daripada pendidikan yang mereka perolehi di sekolah-sekolah dan di tempat-tempat yang lain. Dan saya juga mencadangkan di pihak-pihak kerajaan dapat membuat sekurang-kurangnya satu pejabat DUN, satu kawasan DUN satu tempat untuk basikal lajak ini buat dia punya pertandinganlah. Macam dia punya gelanggang basikal lajak kerana kalau kita nak berhentikan, tak boleh, memang akan berlaku kerana ia akan datang waktu malam, di waktu kita di luar daripada kawalan kita. Jadi ini melibatkan mungkin daripada EXCO Sukan memikirkanlah yang terbaik. Kalau kita boleh membuat kaedah-kaedah yang lain dalam sukan-sukan yang lebih besar, mengapa tidak perkara-perkara sebegini juga untuk menampung permasalahan yang ada ini kita dapat lakukan.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya juga ingin bercakap tentang masalah penambahbaikan terhadap mutu perkhidmatan di hospital yang perlu diambil perhatian dan tindakan di daerah Kluang. Hospital Enche Besar Hajah Khalsom, Kluang telah memohon projek menaik taraf bangunan feature ward, dengan izin, sedia ada kepada wad am, general
ward, berkapasiti 38 katil dengan kos keseluruhan RM57 juta. Ini sebenarnya urusan federal, apa ini, kerajaan persekutuan, tetapi saya nak maklumkan di sini bahawa kita di Kluang mengharapkan tambahan wad ini bagi mengatasi masalah kesesakan di hospital yang berlaku sekarang kerana daripada apa maklumat yang saya perolehi, terdapat keperluan wad tambahan bagi menampung keperluan rawatan pesakit yang semakin bertambah berdasarkan bed occupancy rate bagi hospital yang melebihi 100% berturut-turut bagi tahun 2017 dan 2018. Jadi saya berharap kerajaan negeri dapat memainkan peranan, dapat kita tambahan wad.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, Kluang juga merupakan laluan projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru yang beroperasi pada 2022. Saya pernah mengemukakan perkara ini dalam Persidangan yang terawal daripada ini dan selanjutan daripada itu saya juga memohon sekali lagi, Kluang adalah bandar ataupun, bandar yang terletak di tengah-tengah negeri Johor. Pelbagai tempat-tempat menarik boleh dibangunkan di Kluang seperti menunjukkan muzium berkonsepkan kebudayaan, warisan kerana keunikan, Mahkota mencadangkan sebuah muzium kereta api dibina di Kluang kerana sejarah Kluang di dalam bidang lokomotif terserlah.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya telah dimaklumkan bahawa satu peruntukan membina sebuah stadium hoki di daerah Kluang telah dicadangkan dalam senarai peruntukan oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi pelaksanaan pembinaannya pada 2020, dalam sekitar RM2.4 juta. Daerah Kluang merupakan satu-satunya daerah yang melahirkan ramai atlet dalam bidang ini, sukan hoki sejak 40 tahun yang lalu. Mahkota mohon sebuah padang hoki yang lebih baik, menggunakan rumput tiruan ataupun artificial grass yang dipanggil astrotuf. Justeru itu, satu permohonan telah dimajukan kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk tujuan tersebut dan saya mohon jasa baik Yang Berhormat Pengerusi Belia Dan Sukan, Pembangunan Usahawan Dan Koperasi supaya menyambut baik dan memberi sokongan terhadap permohonan yang pada dasarnya telah dipersetujui oleh pihak Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya ingin bercakap sedikit tentang isu skandal RM1.4 bilion kontrak untuk membekal input pertanian sektor padi kerana saya adalah merupakan salah seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah NAFAS. Bila gambar saya tersiar, menunjukkan bahawa skandal dalam bahasa yang dinyatakan oleh setengah-setengah pihak mengatakan skandal ini sesuatu yang tidak wajar dilakukan oleh siapa-siapa. Tetapi kenyataan bahawa skandal RM1.4 bilion yang menunjukkan gambar Ahli Lembaga Pengarah seramai lima orang daripada 11 orang, ini benar-benar satu cara berpolitik paling kotor kerana kami ada seramai 11 orang Ahli Lembaga Pengarah dengan hanya memaparkan lima gambar yang ada, melibatkan juga saya sebagai ADUN Mahkota, saya rasa ini satu permainan yang kotor yang amat jijiklah. Jadi kita tolonglah, kepada mana-mana Wakil Rakyat sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri ataupun Parlimen, sebelum mengeluarkan apa-apa juga kenyataan, dapatkan maklumat terperinci dan betul supaya kita tidak akan dicerca di masa hadapan kerana saya sebagai Wakil Rakyat dan juga Ahli Lembaga Pengarah amat berduka cita apa yang berlaku. Dan, saya mengharapkan mereka-mereka yang membuat tuduhan itu akan dirahmati dan diredhai Allah dan diampunkanlah dosa-dosa daripada membuat tuduhan-tuduhan sebegitu kerana kita bimbang, kerana dosa-dosa dengan membuat tuduhan yang tidak betul mungkin sukarlah untuk dimaafkan.
Itu sahaja ucapan saya, saya ucapkan banyak terima kasih dan saya sekali lagi terima kasih kepada Puan Timbalan Speaker dan saya rasakan ini adalah satu bajet yang benar-benar telah memberikan satu dorongan kepada rakyat untuk terus menyokong kerajaan Pakatan Harapan dan Mahkota dengan ini mohon menyokong Belanjawan Johor 2020. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Pekan Nanas, jemput.
Selamat sejahtera Yang Berhormat Puan Speaker dan rakan-rakan Ahli Dewan Undangan sekalian. Pekan Nanas ingin mengucap terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Johor 2020. Pertama sekali, Pekan Nanas ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana membentangkan suatu belanjawan yang inklusif dan menyeluruh dengan tema “Memakmur dan Mensejahtera Johor Bestari”. Kesejahteraan rakyat perlu diberi keutamaan dalam apa-apa jua pelaksanaan dasar kerajaan. Pekan Nanas telah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Johor dua penggal, pernah membaca belanjawan yang dibentangkan sama ada daripada kerajaan Barisan Nasional mahupun kerajaan Pakatan Harapan. Oleh itu, dalam perbahasan hari ini, Pekan Nanas akan mengambil beberapa dasar yang sedang dilaksanakan dan membuat perbandingan dengan zaman pemerintahan kerajaan Barisan Nasional untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Benut dalam Dewan yang lepas, iaitu “Di mana kejayaan dan pencapaian kerajaan Pakatan Harapan setakat ini?”. Tapi, Benut tidak adalah. Yang Berhormat Puan Speaker, melalui Belanjawan 2020, kerajaan Pakatan Harapan telah berusaha menangani masalah kos sara hidup dan mencapai suatu peningkatan yang ketara walaupun kerajaan Pakatan Harapan hanya memegang kuasa 18 bulan. Dalam Belanjawan 2020, kerajaan Pakatan Harapan telah meningkatkan penerima skim air percuma kepada 229,000 penerima golongan B40 dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM22.02 juta. Program Air Percuma ini pernah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional dalam belanjawan yang lepas. Berapa jumlah penerima skim Bantuan Air Percuma ketika masa itu? Kita boleh tanya Benut yang pada masa itu merupakan EXCO Kerja Raya dan Infrastruktur yang bertanggungjawab untuk pelaksanaan dasar ini. Tapi Benut tidak adalah. Tidak apa. Sasaran 5,000 penerima tetapi dalam masa pelaksanaan, yang menerima manfaat daripada program air percuma tidak sampai 3,000. Pekan Nanas pernah memberi cadangan untuk meningkatkan bilangan penerima program Air Percuma, tetapi cadangan tersebut tidak dilaksanakan pada zaman pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Pekan Nanas faham bukan senang kerajaan hendak meningkatkan jumlah penerima program bantuan air percuma, kerana ia melibatkan suatu peruntukan yang besar. Kesian betul, mungkin Benut pada masa itu hati berhasrat nak tolong, tapi kerajaan masa itu tidak mampu. Sayangnya Benut memang tidak ada lah, tidak apa. Dulu, pada zaman pemerintahan Barisan Nasional penerima program air percuma tak sampai 3,000, dalam masa 18 bulan, kerajaan Pakatan Harapan meningkatkan jumlah penerima kepada 229,000 orang. Ini menunjukkan suatu peningkatan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan kerajaan Barisan Nasional yang lepas. Benut, adakah ini bukan suatu kejayaan kerajaan Pakatan Harapan? Kalau Benut masih tidak faham, Pekan Nanas bagilah sikit tuition. Dulu saya cikgulah, pernah ajar matematik. Hari ini tolong buat sikit ulang kaji. Kalau 229,000 dibahagikan dengan 3,000, kita dapat 76. Ini bermakna di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan, 76 kali ganda lebih banyak penduduk mendapat manfaat di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan melalui Program Air Percuma. Janganlah disebabkan hendak nak berpolitik dalam Dewan, janganlah disebabkan jealous cemburu kepada keupayaan kerajaan Pakatan Harapan sampai menafikan segala usaha kita, dan manfaat yang dinikmati oleh rakyat di negeri Johor. Kalau ini bukan suatu kejayaan kerajaan Pakatan Harapan, suatu kerajaan yang hanya mentadbir 18 bulan, apa cara untuk menilai kejayaan sesuatu kerajaan? Takkan 3,000 penerima program air percuma lebih baik daripada 229,000 penerima. Adakah ini logik? Tak malu ke masih nak buat tuduhan kepada kerajaan kini memandangkan bila sendiri memegang kuasa tidak dapat berkhidmat dengan baik. Tapi, di sebelah sana, malu apa bosku. Malu apa? Curi duit rakyat berbilion-
bilion ringgit melalui 1MDB, tabung haji untuk membeli cincin, membeli handbag bagi bini pun tak rasa malu. Malu apa bosku, sana?
Yang Berhormat Puan Speaker, walaupun sebagai ahli dalam kerajaan Pakatan Harapan, kita tidak boleh berpuas hati terhadap kejayaan yang sedia ada. Keputusan PRK Tanjung Piai telah membuktikan kerajaan Pakatan Harapan masih ada banyak kelemahan. Rakyat masih tidak berpuas hati terhadap prestasi kita. Walaupun kita telah banyak usaha, walaupun banyak usaha telah dijalankan, keputusan PRK adalah pahit, tetapi membawa maklumat yang penting untuk kerajaan Pakatan Harapan. Hari ini, rakyat sudah sedar. Rakyat sudah bangkit. Keputusan PRK adalah suatu kemenangan rakyat. Kerajaan Pakatan Harapan tidak boleh meraih sokongan berlari menyalahkan kerajaan yang lepas ataupun meletakkan skandal-skandal yang pernah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Walaupun bosku itu pada akhirnya mungkin masuk penjara, pengundi hanya perlu kirim salam 1MDB dan mengucapkan selamat datang bosku ke Sungai Buloh. Ha, ia tidak bermakna mereka perlu sokong Pakatan Harapan jika kita tidak dapat berfungsi dengan baik. Masa PRK, saya pernah ditanya oleh penyokong tegar Pakatan Harapan. Apa sudah jadi kerajaan Pakatan Harapan? Dia menuduh Pakatan Harapan sudah ubah bila menjadi kerajaan. Pakatan Harapan pada dulu tegas membantah segala tahanan tanpa bicara yang mengancami hak asasi rakyat tapi hari ini bila menjadi kerajaan ADUN dan EXCO kerajaan masih ditahan tanpa bicara di bawah SOSMA.
Kalau Pakatan Harapan tidak dapat mempertahankan hak-hak EXCO dan ADUN, macam mana mereka percaya Pakatan Harapan dapat mempertahankan hak rakyat. Mata air saya menitis dalam hati aku. Bila ditanya begini tapi memang susah untuk nak jelas. Isu-isu yang dibangkitkan bukan sebab ia melibatkan Wakil Rakyat Pakatan Harapan ataupun Pakatan Harapan berniat untuk mempengaruhi keputusan institusi kerajaan untuk membebaskan mereka, bukan. Semua orang yang disyaki melakukan kesalahan perlulah disiasat tetap perlu disiasat. Tetapi mereka berhak diikat jamin macam bosku lah yang mencuri duit berbilion-bilion juga berhak ikat jamin selagi beliau belum dikenakan hukuman di mahkamah. Hari ini, bila kita membaca dokumen-dokumen kerajaan, masih ada banyak dokumen di kawal di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Rakyat sebenar berhak untuk mendapat maklumat tentang perlaksanaan dasar kerajaan. Undang-undang yang sedia ada perlu dikaji dan digubal dengan cepat. Prinsip dan perjuangan kita selama ini untuk menggubal dan memansuh undang-undang yang zalim, yang mengancam hak asasi rakyat perlu ditunaikan. Melalui keputusan PRK Tanjung Piai, kita perlu menerima suatu signal yang kuat iaitu rakyat mengalu-alukan perubahan daripada kerajaan Pakatan Harapan.
Yang Berhormat Puan Speaker, kita perlu berusaha dan bekerja kuat untuk menunaikan janji sedia menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk memenuhi permintaan pengundi. Banyak perubahan perlu kita buat untuk menambah baik negara yang kita cintai ini. Oleh itu, walaupun Pekan Nanas mengakui bahawa Program Air Percuma yang telah dilaksanakan dengan baik tapi pada masa yang sama Pekan Nanas menyeru kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk meningkatkan pemberian Program Air Percuma daripada 10 meter padu kepada 20 meter padu khasnya kepada golongan miskin dan miskin tegar yang menerima bantuan daripada e-Kasih, Baitulmal ataupun JKM. Jika keadaan kewangan mengizinkan, ia seterusnya perlu diperluaskan kepada golongan B40 dan bukan ini sahaja, saya juga menyeru pihak kerajaan memperluaskan Program Air Percuma kepada golongan M40 apabila keadaan kewangan kerajaan negeri Johor semakin bertambah baik.
Yang Berhormat Puan Speaker, sebagai ahli politik kita perlu bercita-cita tinggi dan memastikan rakyat dapat menikmati pengagihan dan limpahan ekonomi secara adil dan saksama. Walaupun cita-cita itu mungkin merupakan suatu mission impossible untuk rakan-rakan di sebelah sana, tapi saya yakin dengan ketelusan dan keberkesanan kerajaan Pakatan Harapan. Kita dapat menambahbaik Program Air Percuma pada masa yang akan datang. Pihak kerajaan Pakatan Harapan tidak akan puas hati terhadap kejayaan yang sedia ada, walaupun kita telah mencapai kejayaan yang besar bila berbanding dengan kerajaan Barisan Nasional yang lepas. Kita akan terus berjuang untuk rakyat dan yakin
kerajaan negeri Johor akan memberi tawaran dan perkhidmatan yang lebih baik pada masa yang akan datang.
Yang Berhormat Puan Speaker, kalau kita membaca Belanjawan 2020 secara teliti, kita akan dapati kerajaan Pakatan Harapan amat prihatin terhadap kebajikan orang awam. Yang tidak rasa mungkin sebab dia tidak baca dengan baik ataupun ada motif politik yang lain. Dalam Belanjawan 2020 kerajaan negeri komited untuk meneruskan pelbagai inisiatif di bawah Akujanji Pakatan Harapan. Kad Sihat Johor yang telah disasarkan akan manfaatkan seramai 28,000 keluarga dan 19,000 individu dalam kalangan B40 dengan menggunakan peruntukan RM2 juta berbanding dengan sasaran 14,000 penerima kad Sihat pada tahun 2019. Usaha ini juga telah dilipatgandakan. Rakan di sana, bila nak ucap memang pandai malangnya cakap tak serupa bikin. Dalam zaman pemerintahan Barisan Nasional pernahkah mereka melaksanakan Program Kad Sihat? Berapakah tawaran Kad Sihat kerajaan Barisan Nasional ditawarkan kepada rakyat bila mereka berkuasa? Berapa? Sifar tau. Pekan Nanas ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada usaha kerajaan Pakatan Harapan yang telah melipatgandakan Kad Sihat melalui Belanjawan 2020. Usaha ini perlu diteruskan dan dipertingkatkan pada masa yang akan datang agar lebih banyak rakyat menikmati manfaat daripada program ini.
Yang Berhormat Puan Speaker, Pekan Nanas juga menyambut baik dengan usaha kerajaan negeri Johor untuk menyediakan peruntukan sebanyak RM58 juta menaik taraf jalan serta jabatan di seluruh negeri Johor. Ini merupakan suatu usaha dan inisiatif yang baik. Malah Pekan Nanas ingin memohon pencerahan daripada kerajaan tentang perkembangan projek pembinaan Jalan Pintas daripada Jalan Sawah ke Jalan Ulu Choh kerana projek ini tidak disebut dalam mana-mana Belanjawan negeri Johor 2020. Projek ini telah banyak kali ditanya dan dibangkitkan dalam Dewan oleh Pekan Nanas bertahun-tahun. Tidak kira dalam zaman pemerintahan Barisan nasional atau Pakatan Harapan. Saya buat sikit semakan dan ringkasan tentang jawapan-jawapan yang pernah saya penuhi dalam Dewan yang lepas. Menurut jawapan daripada soalan bertulis pada April 2016, soalan saya adalah sila memberi pencerahan mengenai rancangan membina jalan pintas daripada Jalan Sawah ke Ulu Choh sepanjang 56 km serta anggaran kos pembinaan dan jangka masa siap projek tersebut. jawapan yang saya dapat pada masa itu projek membina jalan pintas daripada Jalan Sawah ke Pekan Ulu Choh telah dimasukkan dalam senarai projek Rancangan Johor 5 tahun daripada 2016 hingga 2000 dengan anggaran kos RM20 juta. Bila ditanya pada September 2017, jawapan daripada EXCO Kerja Raya pada masa itu adalah kerajaan negeri Johor telah meluluskan peruntukan untuk melaksanakan projek membina jalan pintas Pekan Nenas bermula daripada persimpangan Jalan Pekan Nanas-Tanjung Piai melalui jalan Sawah dan seterusnya ke Pekan Ulu Choh. Jurutera perunding yang dilantik sedang menyediakan reka bentuk awalan jajaran yang di cadang berdasarkan peruntukan. Projek ini dijangka akan bermula pada tahun, pada bulan Jun 2018. Pada bulan Jun 2018, projek ini masih belum dimulakan.
Menurut jawapan yang saya dapati pada Julai 2019, Projek Pembinaan jalan pintas daripada jalan Sawah ke Pekan Ulu Choh bagi Fasa 1 masih di peringkat reka bentuk awalan dan dijangka tender pada Disember 2019. Soalannya, ha sudah beberapa kali tanya, adakah projek ini di tender pada Disember 2019 dan akan dilaksanakan bagi tahun 2020? Jika projek ini masih ditangguhkan apakah sebab dan bila masa tender projek ini akan dijalankan? Projek ini adalah penting untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan bandar Pekan Nenas. Jika projek ini tercicir dalam Belanjawan 2020, saya memohon projek ini dimasukkan dalam Belanjawan 2020 memandangkan Belanjawan 2020 masih ada lebihan sebanyak 2.36 juta supaya proses tender dan pelaksanaan projek ini tidak akan dilambatkan. Projek Pekan Nenas juga memohon jawapan yang diperlui melalui Dewan adalah profesional dan tepat. Bukan setiap kalinya ditanya, masa perlaksanaan ditunda. Bukan sahaja esok, lusa tetapi daripada setahun ke setahun. Perkara ini perlu dipandang serius supaya maklumat yang saya perlui melalui Dewan tidak mempedulikan orang awam. Dan, kesianlah kalau dalam penggal ini, projek itu masih tidak dilaksanakan. Saya pun rasa malulah nak jumpa dengan pengundi. Padan muka saya kalau balik ke kawasan saya. Sebab itu...
Sila gulunglah. Satu minit lagi.
Ha, EXCO-EXCO dan Kerajaan Negeri Johor. Yang Berhormat Puan Speaker, sepanjang saya menyandang jawatan sebagai ADUN Pekan Nanas, aduan yang paling banyak saya terima adalah keadaan jalan raya daripada Pontian ke Pekan Nanas. Disebabkan jalan raya dibina di atas tanah gambut, keadaan jalan raya di kawasan tersebut selalu mendak dan retak walaupun kerja-kerja penolakan semula jalan raya selalu dijalankan. Di page facebook saya, bila saya pergi menghadiri aktiviti orang tanya di bawah post saya tentang keadaan jalan tersebut. Bila saya nak pergi memberi sumbangan kecemasan orang pun tanya benda yang sama, apa-apa post dekat facebook saya orang terus tentang, tanya saya tentang keadaan jalan raya tersebut. Ini menunjukkan betapa penting orang awam menumpu perhatian terhadap keadaan jalan raya di kawasan tersebut. Untuk menyelesaikan masalah jalan raya...
Sila gulung masa sudah tamat.
...suatu kajian penyelidikan yang terdiri daripada pasukan Universiti Tun Hussein Onn telah datang ke daerah Pontian untuk menjalankan kajian seismik pada bulan Jun yang lepas. Sepanjang 2 minggu, sepanjang masa 2 minggu untuk mencari langkah membaiki jalan raya tersebut. Pekan Nanas ingin memohon pencerahan hasil kajian tersebut dan memohon kerajaan mengeluarkan peruntukan yang sewajarnya untuk membaiki jalan raya tersebut mengikut cadangan-cadangan yang dikeluarkan oleh pasukan UTHM.
Yang Berhormat Puan Speaker, Pekan nanas memohon pihak kerajaan memandang berat tentang usaha dan kajian UTHM kerana ia merupakan suatu cara...
Pekan Nanas, masa sudah tamat.
...untuk membaiki jalan raya...
Kita kena memberi peluang kepada YB-YB lain.
...ya. Dan akhir, akhir sekali, jika jalan itu dapat dibaikkan dengan secara berkesan melalui kajian selidik yang dijalankan, dia akan merupakan suatu kejayaan bagi kerajaan Pakatan Harapan kerana selama ini jalan itu gagal untuk dibaiki dengan sempurna. Sebab itu, saya pun meringkaskan ucapan saya. Dengan ini saya menyokong Belanjawan Negeri Johor yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Sedili, jemput. Masa dalam 25 minit.
Bismilillahirrahmanirrahim, asssalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Berselawat). Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker kerana memberi peluang untuk saya berucap pada hari ini. Sebelum itu, saya terlebih dahulu merafak sembah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Darul Ta’zim pada 22 November yang lepas.
Yang Berhormat Puan Speaker, sebenarnya saya dah dua penggal, saya tidak berucap dalam Dewan ini kerana saya rasa saya masih bersabar dengar sahabat-sahabat saya di sebelah sana. Tapi bila mana baru-baru ini ucapan-ucapan yang seolah-olah saya tak bersama dengan mereka, saya bersama dengan mereka lebih kurang 10 tahun. Sebab itulah sikap-sikap mereka ini yang menyebabkan kalah kerana mereka tidak mempelajari kelemahan dan kesilapan yang dicipta olehnya.
Terlebih dahulu saya, untuk menyampaikan rintihan rakyat Sedili, yang mana terima kasih kepada pihak kerajaan dalam Bajet 2020 telah meluluskan Bas Muafakat Johor sebanyak 67 kilometer antara Kota Tinggi ke Sedili yang difahamkan beroperasi pada bulan Disember ini dan untuk nak beritahu kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker, permohonan ini dah banyak kali dah. Pada sebelum-sebelum ini, jawapan EXCO sebelum ini, masalah kewangan, tak ekonomi, tak ramai orang, tapi alhamdulillah dalam masa berapa bulan yang kita bawa, telah diambil tindakan oleh kerajaan, terima kasih kepada kerajaan khasnya kepada PAJ. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Puan Speaker, ada beberapa isu yang saya rasakan sudah bertahun-tahun yang telah tidak dapat diselesaikan dan hampir 10 tahun saya berucap dalam Dewan yang mulia ini iaitu berkenaan isu air. Saya mengharapkan supaya EXCO kerajaan yang ada pada hari ini sila ambil berat. Berkenaan dengan isu air. Hampir 35 tahun isu air khasnya yang melibatkan 32 kampung, 6 FELDA, ada beberapa FELCRA dan Orang Asli, satu DUN tak ada air. 35 tahun. Setiap kali saya bawa perkara ini, saya nak cerita pun itu rakan saya daripada Benut, dia EXCO waktu itu. EXCO Air. Saya cakap dengan dia, air tak ada, air tak ada dan baru-baru ini dalam Bajet 2020, saya difahamkan dalam bajet tersebut telah memberi peruntukan sebanyak RM500,000.00 dalam buat kajian. Saya mintalah kalau boleh jangan buat kajian-kajian lagi. 35 tahun tak ada air.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya mengharapkan supaya EXCO kali ini kena ambil perhatian bersungguh-sungguh, jangan buat kajian-kajian, sama ingat. Kita ini khasnya orang beragama Islam, berucap dalam Dewan yang mulia ini disaksikan Al-Quran, kita junjung Al-Quran itu. Apa yang kita perkatakan kena kotakan. Kita bercakap dalam Dewan ini bersaksikan Al-Quran. Saya minta EXCO-EXCO pada kali ini nak cakap, nak berjanji tengok atas itu. Kita jangan sampai dibalas oleh Allah SWT sepertimana di sebelah sana, dia kalah teruk tuan-tuan dan puan-puan. Jadi, saya mengharapkan berkenaan isu air ini jangan dibuat main-main. Yang lepas, EXCO ketika itu Benut, dia janji dah banyak kali. Saya pun nak kata nasib baik dia tak ada. Adakah itu boleh dikatakan kencing? Kerana dia berjanji.
Seterusnya Yang Berhormat Timbalan Speaker, berkenaan isu permohonan tanah Generasi ke-2. Kebetulan saya anak peneroka FELDA. Anak peneroka FELDA Air Tawar 2. Saya dibesarkan di FELDA Air Tawar 2, Johor Lama anak FELDA Air Tawar 3. Isu Generasi Ke-2 ini 10 tahun saya bercakap dalam Dewan ini. Ketika itu pun EXCO dia itulah Benut. Jaga FELDA. Saya cerita setiap kali bagi Generasi FELDA tanah lot 4,000 ke 5,000 kaki persegi, 10 tahun tak dilayan, bagi dalam ucapan ini, masa penggulungan langsung tak jawab. Hari ini, saya nak memuji kerajaan yang ada. Dalam masa beberapa bulan, 1 bulan, kita mohon bulan ini, sebanyak 2,000 pemohon, dalam masa 3 bulan dah dapat borang 5A dan dah bayar premium pun, dijangkakan hak milik akan keluar dalam masa terdekat. Tak sampai 3 tahun, 3 bulan. (Dewan bertepuk).
Saya nak cakap dia tak dengar pun tak apa, kat luar mungkin dia dengar ini, tak apa. Adakah janji dia selama ini akan dia uruskan dianggap itu “kencing”? Saya yakin, itulah “kencing”. Yang Berhormat Speaker, jumlah pemohon tanah Generasi ke-2 FELDA di kawasan DUN saya melibatkan 6 FELDA, hampir 2,009 orang, ni tengah bayar premium ni. Secara tak langsung hasil kerajaan negeri, kalau kita ambil 5,000 kaki kalikan dengan RM1.00 kalikan dengan 2,000 orang, pendapatan kerajaan lebih kurang RM20 juta dalam isu bagi hak milik Generasi ke-2 kepada anak-anak peneroka FELDA. Satu, yang keduanya, keluasan rizab tanah Melayu. Saya tadi sempat kira lebih kurang, dah tak ingat dah kat mana kertas itu. Keluasan tanah Rizab Melayu. Yang ketiga, pemilikan hartanah anak-anak Melayu di kawasan Generasi ke-2 FELDA, nilai dia hari ini lebih kurang RM60,000.00, dah cakap dah, banyak kali cakap, tapi itulah Benut tak nak dengar. Sebab itu, Yang Berhormat Puan Speaker, saya mengharapkan supaya perkara-perkara seperti ini yang saya tak nak ulang lagi harap EXCO-EXCO kena ambil maklumat apa yang saya sampaikan berkenaan dengan isu tanah Generasi Ke-2 teruskan usaha murni. Saya berbanyak-banyak terima kasih.
Yang ketiganya, berkenaan isu jalan. Isu jalan yang ketiga, selama 10 tahun juga saya merayu dalam Dewan yang mulia ini. Dalam bajet, dua kali bajet sebut, jalan Bandar Penawar ke Sedili dan ke Mersing RM150,000.00, dua kali sebut. Saya dengan bangganya pergi ke kawasan saya, “Jangan takut tuan-tuan, tak lama lagi kita dapat peruntukan RM150 juta.” Dua kali.
Belum janji.
Sampai ke parit dia, pun tak dilaksanakan.
Dia sudah janji, tapi belum tunai.
Dalam bajet saya ingat Timbalan Speaker ada waktu itu bajet yang lepas. Janji untuk kawasan DUN Sedili. Jadi saya minta EXCO JKR catit, supaya perkara ini diteruskan dengan kerajaan yang ada, kerana dah rakyat yang lama dah tunggu lama, RM150 juta kerana yang Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, Sedili dah, Penawar dah membangun...
Tiada gelaran Dato’ lah. Belum dapat lagi.
Mudah-mudahanlah. Jadi saya mengharapkan adakah, nak tanya juga, adakah itu dianggap kencing? Pasal dah dalam bajet dia sebut.
Yang keempatnya isu Orang Asli. Yang Berhormat Timbalan Speaker, Orang Asli kaum Kanak ada satu-satunya di dunia hanya di Sedili. Kaum Kanak, satu-satunya yang wujud ada di Sedili. Saya dah banyak kali juga cakap tentang untuk nak membangunkan Kaum Asli ini. Boleh jadikan produk pelancongan. Saya mengharap EXCO Pelancongan yang ada dulu itu masa jadi pembangkang di sebelah sana pun saya cakap dah banyak kali. Saya harap EXCO yang baru ini sila ambil tindakan, ini produk pelancongan. Satu-satunya. Ini ramai yang datang sana, daripada German, daripada universiti datang kat situ, kita dah buat kajian, EXCO kerajaan negeri macam tak kisah, pelancong datang tak ramai, tapi kita EXCO ambil tak kisah. Saya mengharap EXCO yang ada kali ini sila ambil perhatian. Berkenaan pembangunan khasnya untuk Orang-Orang Asli.
Yang kelima, isu pembangunan di Sedili. Ini pun janji lama. Tak taulah kencing, tak kencing, lebih kurang kencing. Dalam lawatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang terdahulu, datang ke kawasan Sedili, berucap depan rumah, depan orang ramai, dalam pekan Sedili, dia umumkan pekan Sedili akan dibangunkan oleh pihak KPRJ. Orang Sedili semua bangun, tepuk tangan kerana dekat pekan Sedili itu tanah individu. Jalan yang ada itu, itu tanah individu. Yang Amat Berhormat yang dulu, dia umumkan akan dibangunkan oleh pihak KPRJ, akhirnya sampai hari ini pun tak dilaksanakan.
Saya mengharapkan supaya ambil perhatian kepada EXCO-EXCO yang terlibat. Walaupun kerajaan baharu tapi sekurang-kurangnya demi rakyat, kita tak kira siapa yang penting pembangunan itu untuk ditujukan kepada rakyat. Dalam isu pembangunan tadi berkenaan dengan jalan, yang keduanya lawatan Yang Amat Berhormat Kerajaan dulu, dalam ucapannya juga meluluskan pembinaan jambatan baru di Kampung Teluk sebanyak RM5 juta. Orang kampung tepuk tangan, bangun. Di kawasan DUN Sedili ini, ada 32 kampung sebahagian daripadanya nelayan. Di Kampung Teluk itu ada dua buah sekolah, ada empat kampung, hasil pertanian mereka kelapa sawit, jambatan baru-baru ini saya pergi tinggal besi saja. Ini kalau roboh ni, macam mana budak dua buah sekolah nak pergi, hasil-hasil pertanian. Saya mengharap, dah bagi, dah janji dah RM5 juta tapi tak dilaksanakan. Saya mengharapkan EXCO yang terlibat sila ambil perhatian.
Masih lagi dalam lawatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dulu, dalam ucapan dia meluluskan RM150,000.00 pembinaan baik pulih masjid di pekan Tanjung Sedili. Siap
tunjuk RM150,000.00, orang kampung tepuk tangan, seronoknya. Hari ini, masih tak dilaksanakan lagi. Adakah itu dianggap kencing?
Dalam ucapan lawatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar terdahulu, luluskan permohonan tanah daripada penceroboh-penceroboh sebanyak 250 ekar kepada penceroboh-penceroboh lama di Kampung Tuan Seh. Makcik-makcik ini baru-baru ini dah empat orang meninggal dunia, yang dijanjikan untuk bagi tanah, satu orang dua ekar. Sebanyak 250 ekar kepada orang miskin. Hari ini khasnya di Kampung Tuan Seh semua orang kampung tepuk tangan. Hari ini, tak ada cerita apa-apa pun. Adakah juga ini dianggap kencing? Dalam ucapan Yang Amat Berhormat kerajaan dahulu juga, dalam lawatan ke Sedili, akan membangunkan Pantai Teluk Mahkota ataupun Jason Bay. Akhirnya, sehingga hari ini tak dibuat dan terima kasih kepada kerajaan melalui Majlis Daerah kerana sedikit demi sedikit pembangunan yang dibuat duit daripada KPKT. Saya ucapkan terima kasih kepada Majlis Daerah walaupun tak sebanyak mana, walaupun sedikit tapi sekurang-kurangnya itulah satu-satunya pantai yang ada. Pantai di dalam daerah Kota Tinggi. Daerah Kota Tinggi mempunyai pantai terpanjang dalam daerah. Di kawasan Sedili itulah pantai Jason Bay, daripada saya belum lahir, sampai ke hari ini, keadaan dan cara dia sama, tak ada perbezaan. Saya mengharap supaya EXCO Pelancongan, dulu EXCO Pelancongan ada janji dengan saya nak datang ke tempat saya, saya tunggu. Baru duduk 18 bulan dia janji nak datang ke tempat saya. Masa itu kat luar Dewan ini, dah janji, sampai sekarang pun tak datang. Saya suruh tengok pantai Jason Bay.
Jadi, saya harapkan supaya selepas ini, saya mengharapkan supaya pihak kerajaan ambil tahu kerana dalam pembentangan bajet baru-baru ini oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang ke-17, daerah Kota Tinggi, pungutan hasil ketiga terbesar dalam negeri Johor. Jadi saya mengharapkan supaya diberi perhatian dari segi bajet untuk khasnya di kawasan Sedili.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ni bukan kita nak tunjuk hebat, tidak. Tapi untuk EXCO-EXCO yang ada ni belajar, belajar ada EXCO dulu khasnya di medan, bukan Medan yang ni, medan yang dulu. Saya boleh sebut Yang Berhormat Dato’ Ahmad Zahri. Kita boleh tiru cara dia bekerja. Setiap soalan-soalan yang kita kemukakan dalam masa kita ada 2 minggu, 3 minggu kita hantar soalan-soalan, dia baca soalan-soalan dalam senyap-senyap dia pergi ke kawasan-kawasan yang Wakil Rakyat bagi soalan-soalan. Dia pergi. Pergi ke Kota malam-malam buta, pergi ke Kota Tinggi kerana soalan kita berkaitan. Dia pagi kadang-kadang dia pergi, dah lepas pergi baru dia telefon kita. Kerana apa, bila ada soalan-soalan tambahan, secara automatik EXCO boleh jawab.
Hari ini EXCO-EXCO sekadar membaca bagi soalan tambahan, nanti saya akan bagi jawapan bertulis. Bila bagi soalan tambahan, maklumat tak ada dalam saya, nanti saya akan bagi jawapan bertulis. Kita dah pergi ke dunia, ke Johor untuk nak buat perubahan. Cara bekerja kita kena buat macam tu. Ni, soalan-soalan dah lama dah keluar dah. Dah dekat sebulan keluar soalan. Boleh bagi soalan tambahan, tak dapat jawab. Saya harap supaya EXCO-EXCO yang ada ni buat bersungguh-sungguh, study betul-betul. Jangan hanya kita menjawab dengan membaca kertas di depan kita.
Yang Berhormat Speaker, di kesempatan ini juga Sedili memohon bagi menyelesaikan isu-isu lama yang telah bertahun-tahun yang rasanya perlu diambil kira. Yang pertama supaya kerajaan negeri bangunkanlah tanah-tanah wakaf yang ada di Kota Tinggi mahupun di Johor. Saya dikhabarkan tanah-tanah wakaf yang ada di negeri Johor hampir dekat 5,000 ekar yang terbiar, yang kosong, yang semak samun. Jadi, saya mengharapkan supaya Majlis Agama Islam memikirkan cari kaedah dan bagaimana untuk nak membangunkan tanah-tanah wakaf tersebut.
Yang kedua, baik pulih jalan antara Jalan Kota Tinggi ke Mersing khasnya antara Kota Tinggi ke Mersing, Kampung Bukit Samsu. Kalau hujan je memang banjir. Ramai daripada orang Mersing nak pergi ke Johor akan terkandas. Dah lama kita minta untuk dinaikkan
taraf. Saya minta EXCO yang berkenaan sila ambil perhatian berkenaan selekoh tajam di Kampung Bukit Samsu, jalan besar antara Kota Tinggi ke Johor.
Yang ketiga, memohon kerajaan negeri melebarkan jalan daripada Jalan Kampung Mawai ke Sungai Mas. Kampung Mawai sampai ke Sungai Mas melibatkan ada 8 FELDA. Kalau campur Sungai Mas, 9 FELDA. Itulah jalan utama. Jalan yang sempit daripada tertubuhnya FELDA hingga hari ini jalan dia kecil. Sebab itu banyak kemalangan berlaku jalan tersebut. Saya menyeru dan memohon kepada pihak kerajaan supaya ambil tahu, ambil berat, ambil perhatian berkenaan jalan kampung Mawai ke Sungai Mas.
Yang keempat, baik pulih Jalan Tanjung Sedili ke Sedili Kecil. Itu kawasan daripada Pekan Sedili nak pergi ke Sedili Kecil lalu Jason Bay. Sekarang Bas Muafakat Johor nak mula beroperasi. Jalan dia terlampau teruk. Ramai yang telah meninggal dunia kerana jalan yang dah lama tak diperbaiki.
Yang kelima, memohon baik pulih jalan bermula daripada Jalan Mawai ke Kampung Sayang. Itu jalan dia sempit. Jalan dia pun banyak kemalangan telah berlaku. Saya mengharapkan supaya yang terlibat sila ambil perhatian. Sedili memohon dan mencadangkan agar seterusnya persempadanan semula PBT Pengerang untuk dikaji semula. Saya mohon supaya kawasan DUN Sedili khasnya, sekarang ni Timbalan Speaker, di kawasan DUN Sedili yang terlibat PBT Pengerang hanya di penghujung yakni di Sedili Kecil. Ambil di Gugusan Waha dan FELDA Air Tawar 2 bawa ke Pengerang. Saya minta supaya PBT Pengerang diluaskan sehingga ke Kampung Sedili Besar sampai ke Mawai, Aping Timur dan Aping Barat dimasukkan dalam PBT Pengerang. So, mohonlah untuk dikaji balik semula.
Yang kedua, berkenaan dengan FELCRA. Saya mengharapkan supaya FELCRA, kerajaan memikir balik tertubuhnya FELCRA adalah memberi kerajaan negeri memberi tanah-tanah kosong kepada FELCRA untuk membangunkan tanah-tanah tersebut. Dah siap tanam dan sebagainya baru diisi peneroka-peneroka. Hari ini banyak tanah-tanah FELCRA yang tak diisi oleh peneroka-peneroka, malahan dah tanam kelapa sawit dah dua kali kerajaan negeri tak dapat duit. Cukai tak bayar sebab itu saya minta contohnya di FELCRA Sungai Ara, dulu tu masalah air.
Sila gulung. Tinggal seminit.
Jadi, saya minta supaya FELCRA kerajaan memikir balik tentang FELCRA dan merayu kepada FELCRA tolong sediakan bas sekolah kerana Januari akan datang pelajar-pelajar sekolah menengah di FELCRA Sungai Ara tak dapat pergi ke sekolah kerana bas tak ada.
Yang Berhormat Speaker, tak pelah saya patuh. Banyak lagi saya nak cakap. Jadi, saya mengharapkan supaya pihak pembangkang sana, sahabat-sahabat saya di sana walaupun dah tak ada orang dah, ni boleh ambil gambar ni. Ni boleh ambil gambar ni, diviralkan ni. Bayangkan daripada 26 orang yang ada cuma 3 orang. Bayangkan daripada 26 orang yang ada cuma 3 orang. Jadi, kalau kita dulu tu kalau tak ada macam tu masa di sini jadi pembangkang dah diviralkan. Ambil, ambil gambar, cepat sikit. Jadi Yang Berhormat Datuk Speaker, saya pun tak de niat nak cakap panjang lagi, cuma saya ingin mengucapkan terima kasih khasnya kepada jabatan-jabatan yang sentiasa bekerja keras khasnya pembangunan di kawasan Sedili. Saya cuma nak mengucapkan terima kasih kerana tak jemu-jemu dan terima kasih juga kepada semua rakyat di Sedili khasnya yang masih lagi menunggu pembangunan di kawasan Sedili.
Yang Berhormat Speaker, Sedili menyokong pembentangan Bajet 2020 negeri Johor. Sekian, terima kasih. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Puteri Wangsa, jemput.
Mic baru. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan Selawat). Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terlebih dahulu izin saya merafak sembah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertua bagi negeri Johor dan Jajahan Takluk yang hari keputeraan jatuh pada 22 November yang lepas.
Yang Berhormat Speaker, ini hari saya nak berucap ni macam main bola dalam stadium kosong. Tapi yang tinggal referee aje. Musuh pun dah tak ramai. Saya tengok ball picker pun dah tak ada. Penyokong pun dah balik. Mungkinlah permainan tak hebat mana agaknya kita.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya rasa belum terlambat lagi untuk mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional yang telah memenangi PRK Tanjung Piai P.158. Tahniah. Saya ucap terima kasih tu Tuan Speaker dengan saya tu. 165.
165.
Jadi, walaupun eh, walaupun Barisan Nasional menang eh, kita di pihak ni, saya sebagai Ketua Parti pun saya tak ada lagi tekan butang panik. Sebab apa kita imbau, dalam kehidupan ini kita kena imbau sejarah. Dulu ingat sebelum Pilihanraya 14, kita ada dua Pilihan raya Kecil yang paling hampir iaitu di Sungai Besar dan di Kuala Kangsar. Kita kalah masa tu. Bersoraklah sahabat-sahabat kita kat sebelah tapi bila berlaku pilihan raya dalam tempoh pilihan raya yang lebih kurang tak jauh masanya kita menang dengan hebatnya. Jadi, sebab tulah pilihan raya Kecil ni tidak memberi sebarang gambaran yang tepat tentang maksud sokongan rakyat. Jadi, cuma kita dekat sini kita membuktikan kita lebih baik semasa PRK yang lalu di mana tak ada pun saya dengar sebarang bantahan atau rungutan di pihak sebelah yang mengatakan bahawa SPR bertindak tidak jujur, SPR berat sebelah dan sebagainya. Ini mencerminkan melambangkan kerajaan kita jauh lebih baik bab pentadbiran, dari segi Suruhanjaya Pilihan Raya. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ni sebenarnya bertekad hari ini kalau boleh tak naklah bantai-membantai, jentik-menjentik dengan iltizam yang baru. Tadi pun saya mendengar Yang Berhormat Sedili berucap rupanya ada Quran dekat atas. Saya pun macam sebelum ni saya tak perasanlah. Saya cubalah untuk beriltizam untuk tak hendak provokasi dan sebagainya tapi bila duduk di sini hendak tak hendak kena cakap sikitlah. Bukanlah kata orang menampar tidak, jentik sikit-sikit je. Jadi, Yang Berhormat saya sebenarnya bila Kukup ini hari berucap saya rindu, lama tak jumpa dia. Bukan tak jumpa kat sini, masa PRK kawasan dia saya cari tak jumpa juga. Tak ada eh. Yang Berhormat jumpa dia? Tapi hari ini Yang Berhormat saya dengar macam-macam dia menyalahkan kita dan kerajaan persekutuan kononnya kita ni tidak dasar kita flip flop lah, berubah dan sebagainya tidak menggalakkan pelaburan. Setahu sayalah, saya pun bekas EXCO dan sampai ini hari saya pun tanya rakan-rakan EXCO kita tak ada ubah pun dasar pasal apa ni, pasal pelabur asing. Dan, juga di peringkat federal pun tak ada apa yang berubah. Makna dulu kita cakap bila kita ambil alih kerajaan segala dasar yang tidak perlu diubah di rasa baik kita ikut aje. Saya pun tak pasti mana datangnya tuduhan yang mengatakan bahawa kita ni tak mesra pelabur. Cuma saya tak naklah jawab. Saya pun Yang Berhormat Puteri Wangsa ni bukan duduk dalam gua. Kita baca juga surat khabar. Kita baca juga kita mengikuti media-media. Sebenarnya sales Country Garden ni, bukan dia masalah kerana orang tak beli kerana sebab tak ada tarikan. Tapi sebenarnya ada melibatkan tentang dasar negara China sendiri. China sekarang sudah mengamalkan satu dasar kawalan keluaran wang tunai yang lebih ketat. Jadi, saya haraplah pihak Country Garden jangan menyalahkan kita dan Kukup sendiri tidak menyalahkan kita cubalah baiki keadaan sendiri kalau kita macam main bola, kalau kita kalah jangan salahkan padang. Mungkin kita kaki bangku. Jadi dalam business pun macam gitu juga. Janganlah terlalu mengharapkan fokus kepada satu negara aje. Banyak lagi negara dalam dunia tentang sales. Jadi, takkanlah kita nak mengajar. Jadi itu Yang Berhormat Speaker.
Seterusnya kita imbau juga sedikit pasal Tanjung Piai eh. Tanjung Piai ni mencerminkan kalau dulu orang politik cakap jadi King Maker dalam politik, dengan izin. Tapi saya tengok result Tanjung Piai ni sebenarnya rakyatlah King Maker dia bukan orang politik dengan izin Allah. Mereka boleh tukar keputusan dalam masa terdekat sebab PRU dengan PRK ni jarak dia belum sampai dua tahun ni aje. Jadi, kita pun sebelah sini, kita pun sama-sama kena muhasabah diri. Kita tengok apa kekurangan kita dan kita belajar pada kelemahan kita ambil tindakan. Dan, yang sebelah sana janganlah sorak. Mentang-mentang macam menang PRK, macam ubah kerajaan, sebenar kerajaan tak ubah lagi, masih kita kerajaan lagi eh. Tak apa, hero kalah kemudian, hero menang kemudian, kalah dulu.
Sidang Dewan yang dimuliakan, saya mengambil kira kata-kata daripada Sri Medan berkata selepas PRU 14, mereka ini semua dah insaf akan punca-punca kesalahan dan kekalahan BN. Tapi sebenarnya suka saya mengikuti juga, maklumlah parti saya lama, sayang itu masih ada sikit-sikit. Kalau kita tengok insaf macam tak insaf sebab baru-baru pemilihan dalam parti mereka-mereka yang merosakkan imej dan nama baik parti masih lagi menerajui kepimpinan, macam mana cakap dah insaf? Saya rasa yang insaf sebelah sini, saya nak lompat sebab apa tak nak bersubahat, kita insaf kita lompat cepat-cepat. Yang sana masih tak insaf lah tu. Dan yang baharu ini makin pelik dan hairan, kami pula, orang yang terlibat dengan tuduhan berpuluh-puluh tuduhan dan diarah bela diri, maknanya ada lah fakta, ada lah bukti yang jelas. Sebab itu diarah bela diri. Dilantik pula jadi penasihat. Ini penasihat ke punahsihat? Jadi saya pun tak faham di mana keinsafan itu.
Yang Berhormat Puan Speaker, lagi satu isu. Eh, apasal keluar kat TV ni? (Dewan ketawa).
Dia minta YB letak teks atas meja.
Lagi satu, Puteri Wangsa nak bangkitkan kalau boleh, pencapaian manifesto PH ini Yang Berhormat sebelah tak payahlah selalu ungkit-ungkitkan, kita capai ke tak tercapai. Sebab apa, kalau nak ikut sejarah, PRU 13, kalau kita kaji masa itu, bos mu menjanjikan 60 perkara dan dicapai, dicapai cuma 21 daripada 60 saja manifesto. Jadi, kalau ikut percentage barulah 35% saja manifesto dicapai oleh kerajaan Barisan Nasional. Kalau ikut markah peperiksaan SPM, gagal lah. Sebab itu tak masuk universiti. Jadi, saya lihat juga dalam facebook, maklumlah kita ikut rentak orang muda Yang Berhormat, kita tengok juga siapa ini yang selalu cakap kita ini gagal manifesto, rakyat tolak kerajaan tapi bila kita scroll, kita tengok dalam itu kebanyakan yang berkata-kata ini bukan rakyat biasa, pengundi, semua orang-orang berjawatan dalam parti pembangkang, AJK Bahagian lah, sama ada keris atau bulan. Jadi kita pusing-pusing, saya tengok mana fakta yang katakan rakyat ni marah. Saya pun tak nampak lah sangat Yang Berhormat eh. Ini banyak Yang Berhormat, sebab apa lambat ni, sebab nak dipendekkan.
Yang Berhormat Puan Speaker, sebenarnya banyak juga usaha dan keputusan yang kerajaan buat untuk membantu kurangkan beban kos sara hidup rakyat, seperti tadi pun sahabat kita sebelah sini dah bercakapkan pasal menstabilkan harga minyak Ron 95 dan juga Diesel. Kami juga semak daripada rekod Ron 95 pada tahun 2019 tidak pernah melebihi harga RM2.20. Kalau dulu pernah naik sampai RM2.50 pun pernah. Dan pernah turun di bulan Januari RM1.92. Jadi kita tak lah macam dulu. Kalau dulu, hari Rabu semua nak beratur dekat pam minyak. Nak tengok naik ke turun, jadi satu kerja pula. Sekarang ini lebih stabil. Kita tak payah buang masa dekat pam minyak Yang Berhormat. Jadi, di samping itu di Johor ini mungkin ramai yang tak tahu, mungkin tak perasan, kerajaan persekutuan sudah menghapuskan tol untuk motosikal di Link Kedua sebenarnya. Jadi, ini juga memberi manfaat banyak, terutama mereka-mereka yang bekerja naik motor daripada Johor Bahru ke Singapura.
Seterusnya, pencapaian kerajaan pusat yang terserlah telah dapat mengurangkan kos projek on going. Seperti projek-projek mega, ECRL, iaitu Jajaran Kereta api Pantai Timur sebanyak RM21.5 bilion. Bukannya sikit tau, RM21.5 bilion. Agaknya kalau kumpul duit itu dalam Dewan ini, saya ingat boleh penuh Dewan ini. Ada pula fitnah, cakap di media
bahawa itu bukan cost saving tapi down sizing. Sebenarnya itu tidak berlaku. Bukan senang eh, kerajaan nak bincang turunkan harga yang telah dipersetujui yang termetrai oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu. Saya cuma hairan, kenapa kerajaan Barisan Nasional dahulu bersetuju dengan harga yang terlalu mahal? Saya tengok macam ada sesuatu yang macam tak kena. Saya tak fikirlah pemimpin yang buat rundingan itu terlalu kurang cerdik dan ada kemungkinan berlaku perkara-perkara ibaratkan seperti ada udang di sebalik batu. Ada pendapat editor-editor akhbar antarabangsa yang menyatakan kerajaan Malaysia PH telah berjaya dari China Debt Threat iaitu perangkap hutang China. Kejayaan rundingan baru tersebut di samping kita menurunkan harga, kejayaan rundingan tersebut adalah sebahagian dari skop kerja hendaklah diberikan kepada kontraktor tempatan. Dulu tak, semua dia bolot. Jadi langkah ini akan memberi peluang kepada pekerjaan, kepada warga Malaysia dan sudah tentu kontraktor tempatan akan mengambil atau membeli bahan-bahan mentah tempatan dan akan membantu merancakkan ekonomi domestik.
Satu lagi projek on going yang berjaya dikurangkan kosnya adalah Projek LRT3 Jajaran dari Johan Setia Klang ke Bandar Utama. Asal kos RM31.65 bilion dan turun kepada RM16.63 bilion. Jadi kita jimat 47% iaitu RM15.02 bilion. Satu lagi pencapaian terbaru yang berlaku di negeri Johor adalah kejayaan kerajaan pusat melalui rundingan bilateral, kerajaan Singapura dengan Malaysia tentang projek RTS (Rapid Transit System) yang menggabungkan sistem monorel dari sistem JB Sentral terus ke Woodland. Perjanjian awal RM4.9 bilion dan yang terbaru hanya RM3.1 bilion. Jadi kita jimat RM1.77 bilion iaitu lebih kurang 36%. Kalau kita kira matematik, tiga projek yang besar ini saja, kerajaan persekutuan telah jimatkan lebih kurang hampir RM40 bilion duit rakyat. RM40 bilion ini kalau kita ambil kiralah, untuk kos membina hospital sebanyak RM300 juta, kita boleh membina lebih 100 lebih sikit hospital di Malaysia. Itu anggaran kos, maknanya kalau kita bagi secara purata di Malaysia, kita boleh membina tujuh buah hospital bagi setiap negeri. Jadi, saya cakap pasal hospital ini supaya mudah untuk menggambarkan sebab apa hospital ini tak susah kira. Biasanya pembinaan hospital ini ikut katil. Satu katil harga lebih kurang RM1.1 juta. Jadi kalau macam hospital Pasir Gudang dia ada 300 katil maknanya RM330 juta sebab itu senang nak kira sebab itu saya ambil analogi dia.
Puteri Wangsa pun terkejut sebab bos mu selalu terkejut, Puteri Wangsa pun terkejut juga lah dengan hujah kononnya penghapusan GST yang diganti SST tidak menguntungkan rakyat. Penurunan hasil cukai sebanyak RM21 bilion. Jadi sebenarnya, bila kita tukar daripada GST dan SST, duit ini datang daripada cukai, duit rakyat. Kalau kita punya kurangan RM21 bilion, makna rakyat untung lah. Makna kita kurang ambil duit rakyat. Jadi, dekat situ dah membuktikan tak payahlah kita nak cerita dengan detail, saya ambil contoh kalau dulu kita beli barang-barang pembinaan katalah kita nak buat rumah, kita membeli RM10,000.00 barang-barang, barang sebenarnya bukanlah naik, bukanlah turun, barangnya sama. Tinggal lagi kita tak payah bayar GST 6%. Kalau RM10,000.00 kita dah kena bayar extra RM600.00. itulah kita jimat kat situ.
Sidang Dewan yang dimuliakan, kebiasaannya bila kita nak sambut Hari Raya Aidilfitri, banyaklah keluhan rakyat tentang barang-barang keperluan naik mendadak. Tapi dah dua tahun Hari Raya Aidilfitri disambut bersama kerajaan PH, rungutan-rungutan atau aduan-aduan yang banyak kebiasaannya amat sangat berkurangan. Secara peribadi saya, saya sendiri pantau seperti harga ayam muda. Ayam muda ini biasanya yang lepas saya tengok hanya RM5.00 lebih saja. Mahal-mahal pun RM6.00. Dulu kita pernah beli ayam RM8.00 lebih sampai satu kilo. Jadi, saya tak nampak harga barang-barang ini, yang saya cakap ini fakta, saya pernah ambil sendiri dalam smart phone saya, dengan izin, saya sendiri snap untuk bukti saya simpan sebagai kenang-kenangan, kalau orang cakap bohong, ini lah bukti dia.
Sidang Dewan yang dimuliakan, tapi jika berlaku sebarang bencana zaman kerajaan PH, mudah sangat penyokong-penyokong seberang mengalahkan kononnya kita ni dapat bala dari Allah kerana memilih kerajaan PH dan saya teliti juga scroll, bila tengok detail yang mengata ini pun lagi bukan rakyat biasa, sama juga orang yang sama menyokong kerajaan sebelah. Yang ada jawatan. Jadi, bukan rakyat biasa Yang Berhormat. Saya ambil contoh
lah, kes pencemaran di Pasir Gudang. Mudah sangat ada segelintir orang yang menuding jari kononnya nak jadi hero, sepatutnya pada ketika tersebut, kita bersatu memberi sokongan kepada kerajaan dan semua anggota kerajaan melalui agensi-agensi penyelamat seperti kumpulan perubatan, bomba, JPAM, PDRM, Angkatan Tentera, Jabatan Alam Sekitar, MPPG, JPS dan lain-lain, mereka inilah yang layak dijadikan hero bukan orang politik yang cuba menangguk di air keroh.
Sidang Dewan yang dimuliakan, Puteri Wangsa juga ingin membawa isu banjir kilat di Bandaraya Johor Bahru. Bila hujan turun dengan lebat di bandar raya, saya Puteri Wangsa, Johor Jaya, Stulang dan Pekan Nenas mula cemas dan risau. Nak tidur malam pun tak lena. Sejak lima tahun terakhir ini, banyak tempat-tempat rendah mudah sangat dinaiki air disebabkan limpahan air sungai dan parit besar. 10 tahun dulu, masa saya kecil-kecil lagi, handsome masa itu, bukanlah tak banjir, tapi tak sekerap masa sekarang. Kesian rakyat. Dan kita sebagai Yang Berhormat ADUN pun jadi mangsa kemarahan. Kat rumah kalau tengok facebook bukan kena puji, kena balun pasal banjir. Yang ada cakap YB tak buat kerja. Saya cakap YB bukan superman, baru setahun lebih pegang jawatan tak boleh selesai dengan secara drastik tapi tak apalah. Jadi YB kita tagak jugalah. Perkara ini tiap-tiap kali dibawa dalam Mesyuarat Tindakan Daerah dan Puteri Wangsa semasa menjadi EXCO kerajaan telah beberapa kali buat mesyuarat khas untuk tindakan. Namun, kini, saya Puteri Wangsa tak duduk lagi dalam Dewan dan tak nampak hasil positif melalui tindakan yang agresif. Puteri Wangsa juga mohon EXCO Infrastruktur dan Menteri Besar mengambil langkah yang serius dan agresif.
Yang Berhormat Speaker dan Sidang Dewan, peristiwa banjir ini sepatutnya menyedarkan kita supaya kita mengkaji, apakah punca sebenar ia berlaku. Kita kena peka dan insaf kesilapan-kesilapan kita meluluskan sesebuah kawasan pembangunan. Kesemua kawasan banjir ini melibatkan dua sungai utama iaitu Sungai Tebrau dan Sungai Ulu Pulai. Di kuala kedua-dua sungai tersebut, Allah, tuhan menjadikan semula jadi paya-paya bakau yang amat luas dan berfungsi untuk sebagai pertamanya original dengan izin, detention pond, untuk menyimpan air berlakunya limpahan air sungai disebabkan oleh hujan lebat.
Yang kedua, tempat pembiakan anak-anak ikan yang bila besar menjadi hasil tangkapan kepada nelayan-nelayan. Apabila pihak PBT dan kerajaan negeri meluluskan pembangunan di kawasan paya bakau tersebut, maka berlakulah banjir kilat disebabkan kerakusan pemaju menambak paya-paya tersebut untuk dijadikan kawasan pembangunan...
YB, masih panjang lagi?
Sikit lagi. Jadi, mata pencarian nelayan pun semakin sukar sebab ikan semakin kurang dan kawasan tangkapan dan pembiakan yang semakin mengecil. Apabila tangkapan nelayan berkurangan harga ikan mula naik di pasaran dan memberi kesan kos sara hidup yang tinggi. Jadi, saya tadi buktikan dalam ini ada laporan tangkapan ikan laut sejak tahun 2016, 2015 hasil tangkapan setahun lebih kurang 120,000 tan setahun dan sekarang turun sehingga tahun lepas 65,000 tan setahun. Jadi, dari segi angka, fakta ini menunjukkan memang terjejas nelayan-nelayan kita.
Sidang Dewan dimuliakan, kebanyakan kawasan pembangunan paya bakau ini telah diluluskan oleh kerajaan negeri yang lalu dan apabila Puteri Wangsa berada dalam barisan EXCO selalu tidak bersetuju kawasan paya bakau ini untuk dibangunkan. Tapi, ramai yang kurang faham akibat kesan jangka pendek dan jangka panjang.
Puteri Wangsa bukan nak jadi hero rakyat, tapi cukuplah sekadar sebagai satu tanggungjawab pemimpin yang akan dihisap dan diperhitungkan di akhirat kelak. Bila kita melihat kawasan semasa banjir, timbul perasaan sebak melihat harta-harta benda mereka rosak. Perabot mereka rosak, alat-alat elektrik mereka rosak, kereta mereka rosak dan majoriti mereka ini dari golongan bawahan. Ada yang mengadu nak tanggung keluarga hari-hari pun susah, apatah lagi nak beli perabot baru dan barang elektrik baru. Puteri Wangsa
sangat faham keazaban, kesengsaraan mereka ini sebab kami pun dilahirkan dari keluarga yang lebih kurang sama.
Pada sidang Dewan sekalian, akhir kata ada beberapa perkara. Saya selalulah tengok persidangan Parlimen Singapura. Saya tengok, saya bezakan persidangan kita dengan Parlimen Malaysia banyak perbezaan. Saya tengok dekat sana, cara mereka berhujah dan sebagainya lebih harmoni, lebih fakta dan tidak retorik. Dan, kalau boleh benda yang baik tu, tak kiralah di sebelah sana atau sebelah sini, kalau kita boleh ikut, kita contohilah teladan yang baik. Dan, kita tengok dari segi pengurusan dan sebagainya, Singapura jauh lebih baik kita. Dari segi indeks, integriti, salah guna kuasa pun mereka berada di rangking yang baik. Jadi tak payah nak cari jauh-jauh teladan. Kadang di sebelah kita pun, diseberang banyak teladan yang kita boleh ambil. Jadi, akhir sekali, Puteri Wangsa menyokong pembentangan Bajet 2020 kerajaan PH.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Dewan bertepuk)
Ahli-Ahli Yang Berhormat, jadi tamatlah perbahasan petang ini. Esok, kita akan mula mendengar jawapan penggulungan daripada pihak kerajaan atas perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Jadi, persidangan ini saya tangguhkan sehingga esok, 28 November 2019, jam 9:30 pagi.
Persidangan ditangguhkan pada jam 6:43 petang.
Pegawai-Pegawai Bertugas:
Jurutulis Cik Hajah Shubanah binti Yusuf, SIJ, PIS.
Penolong Jurutulis Encik Hasnul Atmam bin Othman Puan Farrah Diana binti Mohammad
Ketua Unit Dewan Puan Hajah Asiah binti Moklis, PSI.
Pembantu Penerbitan Puan Malina binti Mohd Nasir Puan Noraisah binti Mohd Yusof Encik Ariff bin Abu Bakar
Pembantu Operasi (Bentara) Encik Razine bin Sulaiman Encik Hamdan bin Markom Encik Norhayadi bin Hussien Encik Muhamad Khirunizam bin Pahmi Encik Mohd Norazri bin Kasim Encik Mohd Sapri bin Manan Encik Muhamad Khairul Asyraf bin Abdullah Encik Muhammad Khairul bin Arop
Setiausaha Pejabat (Pelapor Dewan) Puan Hajah Zalinah binti Ali, PSI. Puan Azlin bin Bahrin Puan Hajah Saniah binti Kassim Puan Hajah Rumiah binti Sumirono Puan Zahiti binti Muhamad Hamdi Puan Junaidah binti Paing Puan Siti Rojimah binti Abd. Razak Puan Hajah Haironisha binti Zainal Abidin Puan Fareza binti Musa Puan Noor Dalilah binti Dahalan Puan Shuriati binti Abdul Hajar Puan Norlydialina binti Ithnin Puan Norazilawati binti Masri Puan Norhafizah binti Osman
Rakaman Encik Azizan bin Md. Sidi Encik Khairul Annuar bin Umar Usman
Juruaudio Video Encik Noorazhan bin Mohd Salleh Encik Ismail bin Abu Bakar