Johor · 28 November 2019
2nd session, 3rd meeting · 249 turns · 35,673 words · official PDF ↗
ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.
Permasyhuran Dari Yang Berhormat Tuan Speaker.
Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. (Bacaan selawat). Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, alhamdulillah kita dapat menyambung Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2020) Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Ke -14, hari yang keenam, 28 November 2019.
Soalan-Soalan Lisan.Questions
Yang Berhormat Pemanis, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Pemanis soalan nombor 1.
Dengan lebih kebebasan yang diberi kepada media sosial, ramai pengguna telah mengelirukan makna ungkapan kebencian (hate speech) dengan kebebasan bersuara (free speech). Apakah tindakan kerajaan untuk memastikan tren ini tidak berterusan sehingga menjejaskan keharmonian dan perpaduan negara.
Jemput YB EXCO, 5 minit.
Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taalla wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga Pemanis. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa komited untuk menjamin kebebasan bersuara rakyat Malaysia berdasarkan kepada 10 Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, kerajaan telah menerima banyak aduan dan pandangan berkenaan penyalahgunaan media sosial serta cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Kerajaan berpendapat bahawa kebebasan untuk membincangkan perkara-perkara atau berita secara terbuka dan telus di media sosial perlu dikekalkan. Tetapi ianya harus dibuat dengan cara yang berhemah dan tidak mencetuskan sebarang masalah sosial, ketegangan ataupun menjejaskan keselamatan negara.
Usaha ini bukan bertujuan menyekat kebebasan bersuara tetapi untuk mengekalkan kesopanan dan menggalakkan pandangan berbaur hasutan serta sensitif yang boleh memberi kesan terhadap keselamatan negara. Kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia ringkasnya SKMM dengan kerjasama pihak Polis tidak akan berkompromi dan sentiasa komited untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggugat keselamatan, kestabilan dan keharmonian negara yang menjurus kepada polemik perkauman, agama dan juga institusi raja.
Satu jawatankuasa khas dinamakan Jawatankuasa Jenayah Siber PDRM-MCMC telah ditubuhkan bertujuan untuk memerangi ancaman jenayah siber secara lebih strategik dan tersusun. Jawatankuasa yang dianggotai oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM dan SKMM ini berperanan untuk menyelaraskan tindakan penguatkuasaan yang lebih pantas dan bersepadu ke atas sebarang pelakuan jenayah siber di negeri ini, terutama apabila ianya melibatkan isu-isu sensitif seperti 3R dengan izin, (race, religion, royalty), kaum, agama dan juga raja.
Jenis siber di negeri ini juga termasuk Macau scam, perjudian atas talian, pencurian maklumat, pengubahsuaian program atau data komputer dan pengodaman. Berkenaan laporan yang diterima oleh SKMM melibatkan isu 3R, seperti pihak SKMM telah menerima sejumlah 21,296 maklumat daripada orang awam di media sosial dalam tempoh 5 minggu
pertama sejak platform khas ini ditubuhkan 5 minggu pertama semenjak platform khas ini. Penyenarai maklumat bagi kandungan 3R itu diwujudkan pada 17 Ogos 2019 yang lalu. Platform 3R membolehkan rakyat Malaysia untuk memberi maklumat mengenai penyebaran kandungan berisi perkauman, keagamaan dan menghina institusi DiRaja demi kepentingan bersama.
Daripada jumlah keseluruhan maklumat yang diterima oleh SKMM, 19,968 masih dalam proses pengesahan, manakala 259 maklumat yang diterima telah pun diambil tindakan termasuk memulakan siasatan terhadap penyebaran maklumat berkenaan laporan penyalahgunaan dan penurunan kandungan dengan kerjasama pihak penyelia platform media sosial, serta merujuk kepada pihak berkuasa lain untuk tindakan susulan. Tempoh tindakan susulan yang diambil berbeza mengikut setiap kes.
Penelitian SKMM mendapati 80% daripada maklumat yang diterima mempunyai kandungan berbaur perkauman, manakala 20% menjurus kepada isu agama. Dalam perkembangan berkaitan SKMM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, baru-baru ini telah melakukan serbuan di 14 lokasi di tujuh buah negeri iaitu Kedah, Kuala Lumpur, Pahang, Perak, Selangor, Sabah dan Sarawak. Keterangan 14 suspek yang berusia antara 23 sehingga 61 tahun telah diambil untuk membantu siasatan kes ini di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika disabitkan kesalahan suspek boleh didenda maksimum RM50,000.00 atau penjara setahun atau kedua-duanya. Sekian Yang Berhormat Tuan Speaker.
Ya Pemanis, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan tambahan Pemanis adalah selain daripada tindakan undang-undang, adakah kerajaan mempunyai program macam pendidikan, pencegahan untuk mengelak sosial media ini menjadi satu medan untuk ungkapan kebencian? Terima kasih.
Dijemput YB EXCO.
Terima kasih Pemanis di atas soalan tambahan. Terdapat 2 program pendidikan yang dilaksanakan oleh SKMM yang pertama, yang dinamakan sebagai Klik Dengan Bijak (KDB) dan keduanya tentang Program Sebenarnya.my. Klik Dengan Bijak adalah merujuk kepada bagaimana SKMM mendidik rakyat supaya menggunakan media sosial secara berhemah melalui program Klik Dengan Bijak yang diperkenalkan pada tahun 2012. SKMM berusaha membudayakan penggunaan internet secara berhemah menerusi 3 teras utama iaitu, keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitik beratkan kawal selia sendiri. Kini program tersebut telah menjangkau hampir 5 juta rakyat di dalam negara kita.
Yang kedua, adalah tentang website Sebenarnya.my Pihak MCMC atau SKMM telah melancarkan portal Sebenarnya.my di mana portal ini merupakan sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak tentu kesahihannya, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan message segera, blog, laman sesawang dan lain-lain. Melalui portal tersebut kementerian ataupun agensi kerajaan akan memutuskan sama ada berita yang ditularkan itu mempunyai asas dan juga dari segi kesahihan tentang berita tersebut. Dan SKMM, sangat menggalakkan supaya orang ramai menggunakan portal Sebenarnya.my untuk mengetahui kesahihan sesuatu berita yang ditularkan dalam media sosial. Sekian Yang Berhormat Tuan Speaker.
Ya Panti jemput.
Bismillahirrahmaanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat EXCO. Saya nak apa bertanya tentang satu apa isu, kalau kita lihat dari segi kebebasan bersuara dalam media sosial ini mungkin tidak berkaitan dengan apa ataupun tidak direct dengan apa isu ataupun skop yang dijelaskan
tadi, tentang apa banyaknya mungkin orang menggunakan media sosial ni, apa itu contohnya macam peniaga di media sosial. Mereka menggunakan pendekatan yang kadang-kadang yang tidak sesuai dengan norma kita di Malaysia ni ataupun dengan agama kita. Menggunakan apa perkataan-perkataan lucah, menggunakan apa tu berpakaian tidak sempurna dan sebagainya. So, bagaimana kerajaan negeri kita punya tindakan dan yang kedua bagaimana caranya untuk kita ataupun masyarakat jika jumpa dengan apa perkara-perkara seperti ini kita boleh apa kita boleh membantu pihak kerajaan atau pihak berkuasa bagi kita memastikan perkara ini tidak menular dalam media sosial, terima kasih.
Keluar sikit soalan ni Yang Berhormat, terpulanglah kepada YB EXCO.
Terima kasih di atas soalan tambahan daripada Panti. Sebenarnya kerajaan negeri mengambil berat tentang apa yang diutarakan oleh Panti tentang penyalahgunaan platform media sosial dengan menggunakan ungkapan-ungkapan yang tidak baik dan seumpamanya. Akses kepada untuk kerajaan negeri mengambil tindakan ataupun kerajaan adalah menerima laporan polis dan juga laporan terus kepada SKMM. Dan, SKMM dia menyediakan beberapa platform sama ada melalui email, sama ada melalui website dan termasuk juga melalui whatsApp group dan kita boleh google terus kepada website SKMM untuk mendapatkan laluan bagi mengumpulkan atau membuat aduan.
Daripada aduan ini sebenarnya pihak polis atau SKMM akan menyalurkan kerana pelbagai pihak dan juga akta yang berkaitan dengan salah laku yang disebutkan tadi boleh diambil tindakan. Contohnya, seperti menggunakan bahan-bahan lucah kita mempunyai akta tersendiri termasuk juga akta kesalahan syariah di peringkat negeri masing-masing yang boleh kita gunakan termasuk juga kalau ia berbaur scam penipuan boleh diambil tindakan di bawah akta jenayah dan seumpamanya. Yang penting adalah kita sebagai rakyat memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat laporan secara rasmi bagi diambil tindakan susulan dan seterusnya mendakwa mereka yang terbabit dengan salah laku tersebut di peringkat tindakan mahkamah. Sekian, Yang Berhormat Tuan Speaker.
Soalan seterusnya Yang Berhormat Bukit Naning jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 2.
Apakah langkah-langkah keselamatan dibuat bagi portal Dewan Negeri supaya memastikan tiada pencerobohan dilakukan seperti yang berlaku di Universiti Malaya pada baru-baru ini.
Jemput YB EXCO.
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Menjawab soalan daripada Bukit Naning, apakah langkah-langkah keselamatan dibuat bagi portal Dewan Negeri supaya memastikan tiada pencerobohan dilakukan seperti yang berlaku di Universiti Malaya pada baru-baru ini. Pertama sekali kerajaan negeri melalui Bahagian Sains Teknologi dan ICT sangat mementingkan keselamatan siber yang melibatkan aset ICT yang terdiri daripada infrastruktur, aplikasi data dan pengguna sistem dan portal kerajaan. Sebagai agensi yang bertanggungjawab ke atas aset ICT kerajaan, semua aset ICT diberikan perlindungan sebagaimana berikut:
1. Pemasangan peranti keselamatan rangkaian di pusat data kerajaan. 2. Kawalan capaian rangkaian pengguna untuk semua pejabat kerajaan. 3. Penggunaan perisian anti virus untuk komputer yang dibekalkan kepada pengguna. 4. Penggunaan perisian pembangunan sistem versi terkini. 5. Membuat penampalan bagi isu pepijat sistem mengikut saranan siber sekuriti Malaysia. 6. Perujian keselamatan sistem dan portal secara berkala.
7. Penyediaan salinan pendua ataupun backup bagi semua sistem dan portal. 8. Ketersediaan pusat pemulihan sistem selepas bencana bagi sistem kritikal kerajaan. 9. Kawalan capaian berasaskan pengguna yakni domain controller. 10. Kawalan kata laluan sistem sebagaimana dasar keselamatan ICT Johor.
Sekian.
Jemput YB.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang diberikan. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan tambahan saya adalah berapa lama baik pulih dapat dilakukan jika berlaku ancaman pada sistem? Terima kasih.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih kepada Panti atas soalan tambahan. Pertama sekali pihak kerajaan negeri mempunyai pasukan computer emergency response team yang diketuai oleh Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan CIO bagi memberikan respons segera sekiranya berlaku sebarang insiden keselamatan ICT. Baik pulih dapat dilakukan bergantung kepada tahap kerosakan yang berlaku. Namun sejak tahun 2010 belum pernah ada berlaku sebarang insiden melibatkan rangkaian dan sistem kerajaan negeri digodam. Walau bagaimanapun dalam kes gangguan teknikal yang lazim seperti server down, elektrikal, power supply atau kerja-kerja baik pulih bangunan ataupun luaran, ini adalah perkara biasa yang berlaku dan untuk mengatasi gangguan tersebut tempoh perujian baik pulih sistem akan dilakukan mengambil masa sekitar 4 hingga 8 jam. Sekian, terima kasih.
Soalan seterusnya, Yang Berhormat Perling jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker soalan saya soalan 3.
Nyatakan secara terperinci setiap keluasan kawasan dan juga jenis-jenis fasiliti yang disediakan oleh IRDA untuk daerah belia negeri Johor?
Jemput YB EXCO.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Perling atas soalan yang dibangkitkan. Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar ataupun IRDA ditubuhkan di bawah Akta Parlimen 664 yang berperanan sebagai perancang, pemudah cara dan juga pelaksana, bagi program-program promosi untuk pembangunan Iskandar Malaysia. IRDA ini bekerjasama rapat dengan jabatan dan juga agensi persekutuan dan juga agensi negeri untuk memastikan pelaksanaan program dan juga inisiatif terutama yang memberi kepentingan kepada rakyat dilaksanakan secara berselerak dalam usaha untuk memastikan setiap lapisan rakyat mendapat faedah dengan pembangunan koridor ekonomi ini. Dalam konteks ini harus diingatkan bahawa setiap jabatan dan juga agensi berkenaan mempunyai mandat dan juga tugasan khusus dalam menyediakan fasiliti untuk masyarakat tempatan dan termasuklah juga bagi golongan anak muda dan juga belia. Adalah penting supaya sebarang cadangan atau penyediaan fasiliti sama ada dalam bentuk fizikal ataupun dalam bentuk soft enabler, dengan izin, seperti program bantuan pembangunan insaniah, bantuan geran ataupun insentif berkaitan dengan Iskandar Malaysia tidak bertindan antara satu sama lain ataupun tidak berlaku duplikasi dengan peranan yang dijalankan oleh jabatan lain supaya setiap sumber negara atau negeri dapat dibelanjakan secara optimum dan juga efisien. Ini adalah seiring dengan arahan dan juga mesej yang jelas daripada kerajaan persekutuan dan menjadi dasar dalam cadangan sebarang pengagihan belanjawan. Sehubungan dengan itu, sebarang inisiatif program atau projek termasuklah fasilitis untuk golongan belia yang dilaksanakan oleh IRDA itu sendiri, adalah selalunya sebagai projek showcase atau projek
rintis bagi sesuatu idea atau konsep yang belum dilaksanakan ataupun bagi sesuatu projek yang mana objektifnya merentasi fungsi beberapa jabatan kerajaan yang lain. Antara program-program yang berkaitan dengan pembangunan belia yang telah dan sedang dijalankan oleh IRDA itu sendiri.
Yang Pertama. Pembangunan Youth Hub iaitu seluas 15 ekar di Hutan Bandar MBJB yang akan dilancarkan pada tahun hadapan yang merupakan satu kemudahan one stop untuk golongan belia menjalankan aktiviti fizikal dan pembangunan insaniah. Projek Youth Hub Hutan Bandar MBJB adalah merupakan projek hab tempatan dan juga pihak IRDA sedang membangunkan pelan konsep untuk Hab Antarabangsa (Regional) seluas 40 ekar pula di kawasan Iskandar Puteri. Youth Hub atau hab belia adalah suatu platform bagi komuniti belia untuk berkumpul, saling bertukar idea dan pandangan, menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti rekreasi yang bersesuaian dengan minat dan juga cita rasa masa kini generasi belia.
Selain itu juga, inisiatif untuk mengadakan Pusat Orang Desa Iskandar Malaysia (IMPOD) merupakan satu platform bagi komuniti belia luar bandar dan memupuk minat keusahawanan bagi meningkatkan pendapatan mereka serta menjadi tempat untuk sebarang maklumat berkaitan peluang yang tersedia melalui pembangunan yang dilaksanakan di Iskandar Malaysia.
Antara inisiatif lain oleh IRDA ialah Tabung Pemerkasaan Belia Iskandar Malaysia (IMPOWER) merupakan sebuah geran berjumlah RM3 juta dikhaskan untuk memperkasa golongan belia bagi melaksanakan program atau inisiatif yang mampu menambah baik kehidupan komuniti setempat.
Program lain adalah Johor Student Leaders Council (JSLC) merupakan program kepimpinan bagi membina ikon positif di kalangan golongan belia dan menjadikan mereka sekumpulan pemimpin yang akan menerajui Iskandar Malaysia dengan semangat dan kesetiaan yang tinggi kepada negara dan jaga negeri ini.
Seterusnya yang kelima, Program Youth to Biz iaitu sebuah geran berjumlah RM4 juta bagi menggalakkan penyertaan golongan belia dalam aktiviti keusahawanan terutamanya dalam bentuk perniagaan yang berkonsep baru dan juga masa kini.
Pelbagai program pembangunan bakat dan juga kepimpinan (talent development upskilling dan reskiling) dengan izin, untuk golongan belia termasuklah graduan muda, lepasan sekolah, usahawan muda serta profesional semenjak tahun 2008 sehingga kini telah pun turut dijalankan oleh IRDA. Adalah dianggarkan kira-kira lebih RM40 juta telah dibelanjakan untuk memberi manfaat kepada belia-belia tempatan kita.
Suka juga dikongsikan bahawa bagi sesetengah program pembangunan yang dinyatakan ini, penyertaan belia adalah bukan hanya setakat yang menetap di dalam kawasan Iskandar Malaysia sahaja tetapi juga kepada seluruh golongan belia di dalam negeri Johor ini. Terima kasih.
Ya, Perling Jemput.
Berdasarkan fasiliti-fasiliti Yang Berhormat EXCO sebut tadi, mengikut portfolio YB EXCO jugalah bagaimana ia dapat memenuhi keperluan golongan anak muda dan belia terutama di negeri Johor?
Terima kasih. Jemput YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Perling, belia ini dilihat golongan ini akan menjadi pencetus sebagai penggerak ekonomi dan sosial dalam sesebuah negara ataupun negeri ataupun dalam satu-satu bangsa dan mereka juga dengan izin, ialah second tier kepada kepimpinan ataupun pelapis kepimpinan negara pada masa akan datang. Maka jika kita
melihat semula persoalan yang dibangkitkan bagaimanakah inisiatif yang saya sebutkan tadi dapat memenuhi keperluan golongan belia, saya rasa ia tidak syak lagi sememangnya akan membantu golongan belia kita untuk meningkatkan potensi diri mereka sebagai generasi pelapis kepada negeri dan juga negara pada masa akan datang. Suka untuk saya nyatakan di sini salah satu teras utama dalam pelan pembangunan mampan negeri Johor yang telah pernah dinyatakan di Dewan ini juga, merangkumi aspirasi idealis anak muda yang mana mengambil kira peranan serta kecenderungan anak-anak muda dalam aktiviti bagi merancakkan pembangunan ekonomi di negeri Johor ini.
Justeru, pandangan dan juga pemetaan minat anak-anak muda ini adalah penting bagi menetapkan perancangan ekonomi dan hala tuju negeri. Suka untuk saya kongsikan juga menerusi portfolio Belia saya, satu siri Jelajah Exspresi komuniti ataupun jelajah EK telah dijalankan di 10 daerah di negeri Johor dan kaji selidik ini telah pun dijalankan melalui jelajah yang saya sebutkan tadi. Dan, satu siri town hall juga telah dibuat dalam siri jelajah ini. Antara dapatan kajian yang kita perolehi adalah sebanyak 68.7% belia berpendapat bahawa pusat rekreasi ataupun riadah mereka perlu di naik taraf atau diberi penambahbaikan diikuti dengan elemen-elemen lainlah secara kecil-kecil itu seperti gelanggang futsal, padang bola, kompleks sukan dan sebagainya. Hal ini menunjukkan ada satu keperluan yang tinggi dalam kalangan belia untuk mengguna pakai pusat rekreasi ataupun pusat riadah di kalangan belia-belia kita. Saya berpendapat perwujudan Youth Hub dan juga fasiliti yang disediakan ataupun yang telah saya sebutkan dalam soalan yang pertama tadi adalah selari untuk memenuhi keperluan yang disuarakan oleh anak-anak muda dan juga belia di negeri kita ini. Dan, pastinya kemudahan-kemudahan tersebut akan memberi manfaat kepada belia di samping perlunya pemantauan daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan juga portfolio EXCO Belia dalam kerajaan negeri. Terima kasih.
Soalan seterusnya Yang Berhormat Kempas , jemput.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi dan salam sejahtera. Soalan saya soalan nombor 4 Yang Berhormat Tuan Speaker.
Berapakah jumlah kilometer, kos dan status terkini projek-projek pelebaran jalan termasuk pelebaran Jalan Kempas Lama, Kampung Maju Jaya Kempas dalam negeri Johor sembilan bulan pertama tahun 2019?
Jemput YB EXCO.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, pelebaran jalan Kempas lama Kampung Maju Jaya Kempas melibatkan kerja-kerja menaik taraf jajaran jalan sedia ada dari 2 lorong 2 hala kepada 4 lorong 2 hala sepanjang 2.2 km. Kos semasa projek ini adalah RM32,648,000.00 dan dijangka siap pada 2 Februari 2020. Status terkini mengenai jalan ini ialah mengikut jadual kemajuan fizikal 92%, kemajuan kewangan 78.28%, kemajuan fizikal sebenar 60% dan kemajuan kewangan 29.08%. Ini bermakna projek ini terlewat 150 hari. Yang Berhormat Tuan Speaker dan untuk menambah sedikit kelewatan ini berlaku kerana Pengambilan Balik Tanah PBT di mana perbicaraan baru sahaja selesai dan Borang K telah diterima pada 7 November 2019. Oleh yang demikian, perancangan kerja-kerja yang lain sedikit terjejas di tapak.
Yang kedua, pengalihan kerja-kerja utiliti TNB, yakni kabel belum diterima daripada pembekal TNB dan Telekom Malaysia. Begitu juga dengan berikutan itu pihak kontraktor telah memohon lanjutan masa dan telah diberi sebanyak 106 hari. Status terkini akan bersidang mengenai permohonan perlanjutan ini pada 25 yang lepaslah. Pada 25 November 2019. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.
Jemput Yang Berhormat Kempas.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, sebagaimana jawapan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya tadi kelewatan selama 150 hari atau 4 bulan setengah. Ini bukan sahaja kerugian dalam soal guna pakai tetapi juga dalam soal kesesakan yang ada wujud berbagai-bagai-bagai masalah. Saya nak tanya, selain daripada tindakan dan juga apa yang dinyatakan tadi tindakan seterusnya terhadap kelewatan ini. Kerana saya lebih kurang tahulah, syarikat ini mengambil alih daripada syarikat yang awal dahulu yang telah diberikan surat tawaran oleh kerana syarikat itu tuan punya sahamnya meninggal dan syarikat ini hidup. Alih-alih dia tukar kepada syarikat ini, yang tidak berwibawa seperti ini. Sebab saya punya soalan kenapa terjadinya sedemikian rupa dan apakah tindakan drastik yang perlu diambil bukan setakat dia nak minta sambung kita sambung sahaja. Tetapi cara awal tu dah tak betul, kerana ada malpractice yang digunakan. Saya minta, itu soalan saya.
Jemput YB EXCO. Tapi jawab kena betul-betul ya EXCO. Kalau tidak nanti ada soalan yang kedua, pulak.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, sepanjang Tenang menjadi EXCO JKR memang antara masalah yang kita hadapi ialah prestasi kontraktor. Prestasi kontraktor ini di sumbang oleh beberapa faktor antaranya kontraktor yang kurang berwibawa. Ini sejarah lama jadi yang akan datang Tenang dan pihak berkuasa akan memastikan kontraktor yang berpengalaman, mempunyai kewangan yang kukuh sahaja akan dipertimbangkan projek-projek sama ada negeri atau persekutuan dan tindakan biasanya atau tindakan yang boleh kita ambil ialah menamatkan kontraktor berkenaan.
Tak, maksudnya yang Kempas punya isu tadi tu, apa jaminan.
Dalam perkara Kempas ini, saya rasa kita akan melihat kembali performance kontraktor ini dalam masa terdekat dan saya rasa, Tenang rasa kita perlu mengambil tindakan yang tegas sekiranya itu boleh mempercepatkan kesiapan projek berkenaan, terima kasih.
Tuan Speaker...
Satu soalan sahaja Yang Berhormat.
Tak tepat, tak tepat jawapannya. Dah 7 bulan takkan baru nak ambil tindakan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Peraturan. Yang Berhormat dah buat ruling, kena tegas.
Terima kasih.
Kalau itu jadi amalan, kalau sebelah sana boleh buat bererti saya boleh buat juga. Sekarang kita nak upgradekan kita punya Dewan.
Rengitkan inikan selalu, kalau nak kata Pak Sibuk ni dia nombor satu. Saya kasikan pingat Pak Sibuklah.
Ini bukan soal Rengit, bukan soal Kempas. Ini Dewan yang mulia.
Ok, macam saya sebutkan tadi.
Bila dah buat ruling, kita kena patuh pada ruling kita, peraturan kita.
Ok, terima kasih Rengit. Terima kasih Kempas. Sebab tu saya sebut tadi isu tentang Kempas. Saya ingat sebahagiannya di jawab tadi tapi mungkin kalau tak puas hati untuk lepas ini boleh terus berhubung dengan Tenanglah. Ok ada.
Seterusnya saya persilakan Pemanis, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Soalan No. 5.
Keberkesanan penguatkuasaan JAS sangat bergantung pada tindakan sepakat dari PBT, TNB, SAJ, BAKAJ, termasuk pejabat Wakil Rakyat tempatan. Apakah tindakan definatif kerajaan untuk memastikan kerjasama rentasan agensi dan pihak yang berkenaan dalam usaha meningkat keberkesanan penguatkuasaan JAS?
Jemput YB EXCO.
Selamat pagi, salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, pada asasnya isu pengurusan dan penguatkuasaan alam sekitar adalah di bawah Jabatan Alam Sekitar. Walau bagaimanapun, isu pencemaran yang bersifat rentas bidang (cross-sectoral) dengan izin, meliputi pencemaran udara pencemaran udara, air dan sisa toksik memerlukan penglibatan pelbagai agensi berkaitan seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Tenaga Nasional Berhad, syarikat air Ranhill SAJ Sdn. Bhd., Badan Kawal selia Air Johor (BAKAJ) dan peranan pemimpin tempatan sebagai menyokong fungsi Jabatan Alam Sekitar.
Justeru itu, kerajaan negeri Johor telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar yang dianggotai agensi berkaitan bagi menyelaras tindakan dan meningkatkan penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar. Melalui Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar aktiviti kawalan pencemaran alam sekitar akan tertumpu pada 3 fungsi bidang iaitu kawalan pencemaran air, udara dan pengurusan bahan buangan. Pada dasarnya Jawatankuasa Tetap Alam sekitar ini ditubuhkan bagi menangani isu-isu pencemaran di negeri Johor secara menyeluruh melalui pemantauan dan penguatkuasa punca pencemaran secara bersepadu. Jawatankuasa Tetap Alam sekitar juga akan menyelaraskan tindakan antara agensi melalui bidang kuasa masing-masing agar tindakan bersepadu yang diambil bersifat terancang dan berkesan. Sekian, terima kasih.
Ya, jemput Pemanis.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan tambahan saya adalah selain daripada mungkin pemindahan undang-undang ataupun serbuan sepadu yang Pemanis dimaklumkan ia kurang berkesan pasal ada kebocoran maklumat sebelum tindakan itu dijalankan. So, adakah kerajaan negeri dapat bertindak dalam merangka undang-undang yang sedia ada untuk memastikan penguatkuasaan yang lebih pantas dan berkesan. Terima kasih.
Ya, jemput YB EXCO.
Memangnya agensi-agensi atau jabatan-jabatan yang berkaitan di bawah Jawatankuasa ini Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar ini boleh mengambil tindakan penguatkuasaan mengikut bidang kuasa masing-masing. Tetapi semasa kita membuat operasi kita juga akan membuat perbincangan juga supaya operasi yang kita jalankan lebih berkesan dan berkenaan dengan kebocoran maklumat ini, kita memang perlu ada satu kaedahlah yang macam mana kita semasa menjalankan operasi maklumat berkenaan dengan operasi yang akan dijalankan ke atas kilang itu tidak akan dibocorkan kepada pihak-pihak yang tertentu supaya operasi yang dijalankan lebih berkesan.
Macam mana nak elak kebocoran itu Yang Berhormat?
Ya itulah. Kita ada kaedah yang tertentu, kita ada kaedah yang tertentu supaya semasa menjalankan operasi maklumat ini, kita lebih yakin ia tidak akan bocorkan kepada pihak-pihak yang tertentu.
Soalan seterusnya, Yang Berhormat Johor Lama, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Soalan No. 6.
Mohon menyegerakan Penyaluran air dari Sungai Dohol ke Lojir Air Gembut terus disalurkan ke Lojir Air Waha dan Loji Air Lok Heng oleh pihak BAKAJ. Guna pakai peruntukan yang disediakan untuk kajian bagi menyelesaikan isu air dengan segera.
Jemput YB EXCO.
Yang Berhormat Tuan Speaker. Fenomena El Nino yang melanda negeri Johor telah menyebabkan kemerosotan paras air Sungai Gembut dan menyebabkan Loji Rawatan Air Sungai Gembut tidak dapat beroperasi sepenuhnya. Bagi mengatasi masalah ini daripada berterusan, maka dengan sukacita saya nak maklumkan kepada Yang Berhormat Johor Lama dan Dewan yang mulia ini, kerajaan negeri Johor melalui BAKAJ telah mencadangkan dan telah memohon kepada kerajaan persekutuan khususnya Kementerian Air, Tanah dan Sumber untuk melaksanakan Projek Penyaluran Air Mentah dari Mawai Offtick melalui Projek Layang 2 Fasa 1 yang akan dilaksanakan oleh bahagian bekalan air KATS. Sumber air ini akan disalurkan dari sungai Sedili Besar ke LRA Sungai Gembut dengan anggaran kos RM40.77 juta.
Yang Berhormat Tuan Speaker, manakala pihak operator air Ranhill SAJ akan turut menaik taraf Loji Rawatan Air Gembut dan menyalurkan air bersih dari Loji Rawatan Air Gembut ke kawasan FELDA Gugusan Lok Heng dan juga FELDA Gugusan Waha. Sekiranya Projek Penyaluran Air Mentah dari Mawai Offtick ke LRA Sungai Gambut ini dilaksanakan oleh pihak kerajaan persekutuan. Ini akan dapat mengatasi isu bekalan air terawat di kawasan yang dinyatakan pada musim kemarau. Walau bagaimanapun, untuk langkah awal pentadbiran ini kita akan melaksanakan kajian kebolehsanaan projek tersebut atau feasibility study berdasarkan kepada peruntukan yang telah diluluskan sebanyak RM500,000.00 oleh kerajaan negeri Johor semasa Mesyuarat Ketiga Belanjawan 2020 bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 ini.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, komponen Projek Penyaluran Air Mentah dari Sungai Sedili Besar ke Loji Rawatan Air Sungai Gembut adalah seperti berikut :
a. Terlibat pemasangan paip air dengan saiz 600 mm diameter sepanjang 25
kilometer. b. Pembinaan muka sauh bangunan rumah pam dan pencawang masuk utama. c. Kos untuk kajian kemungkiran perkhidmatan perunding, penyeliaan pembinaan,
penyiasatan tanah, pengambilalihan balik tanah dan sebarang kerja-kerja berkaitan.
Dengan pelaksanaan projek-projek ini menunjuklah komitmen kerajaan negeri Johor yang cukup serius untuk cuba menyelesaikan masalah air yang berlaku di kawasan FELDA Gugusan Lok Heng dan juga Waha. Sekian, terima kasih.
Ya, Johor Lama jemput. Soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan terima kasih jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat EXCO. Saya, mengucapkan ribuan terima kasih di atas rancangan yang dibuat dalam masa terdekat ini dan saya kira dalam masa 18 bulan kita memerintah hari ini ada usaha-usaha, sebab itu
saya amat yakin sesebuah kerajaan dia memerlukan perancangan ataupun plan yang ditentang oleh pihak belah sana. Bila kerajaan buat pelan, dipertikaikan. Bila kerajaan buat perancangan, dipertikaikan kerana banyak sangat perancangan tapi saya nak menarik perhatian bahawa tahun kerajaan yang sebelum ini, apakah dia tak ada perancangan untuk penduduk tempatan sedangkan dalam masa berpuluh tahun dahulu hanya memikirkan rakyat lain daripada rakyat Kota Tinggi?
Soalan, soalan Yang Berhormat.
Sebentar Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Air yang ada di Sungai Kota Tinggi itu, digunakan untuk daerah lain dan disalurkan kepada RAPID. Jadi, kerana tak ada perancangan sebab itulah, mangsanya ialah rakyat tempatan di kawasan Lok Heng yang mempunyai 30,000 pengguna. Jadi, soalan saya Yang Berhormat Pengerusi..
Apakah?
Bukan apakah, Yang Berhormat Pengerusi. Itu semalam Yang Berhormat Pengerusi. Soalan saya, bilakah tarikh tepat pelaksanaan Projek Penyaluran Air daripada Gembut ini dapat dilaksanakan supaya saya dapat jawab kepada masyarakat bukan setakat perancangan tetapi pelaksanaan. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih. Jemput Yang berhormat EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Johor Lama. Dan seperti yang saya tegaskan, permohonan pun telah kita buat kepada pihak Kementerian Air, Tanah Dan Sumber dan memandangkan ini adalah kos untuk pencarian sumber air dan piping, peruntukan adalah datang daripada kerajaan persekutuan. Buat masa ini saya tak boleh memberi satu tarikh tepat dan akhir putus tapi saya memberi janji kepada Yang Berhormat Johor Lama, kita akan follow up dan sekiranya ada perkembangan terbaru saya akan maklumkan terus kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
Soalan seterusnya, Yang Berhormat Pasir Raja jemput.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan No. 7.
Senaraikan semua penerima bantuan kebajikan yang terkini di DUN Pasir Raja serta jenis dan jumlah amaun bantuan yang diterima oleh mereka setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat?
Jemput Yang Berhormat Buluh Kasap.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya No. 8.
Minta kerajaan menyatakan jumlah penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut pecahan kaum dan jantina bagi setiap daerah.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Berdasarkan statistik bantuan Jabatan kebajikan Masyarakat Negeri Johor sehingga November 2019, Jabatan sedang mengendalikan 48,235 kes penerima bantuan kewangan di seluruh negeri Johor. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor juga telah membelanjakan sebanyak RM14,903,250.00
sebulan bagi menampung keseluruhan bantuan tersebut. Daripada jumlah tersebut seramai 29,455 orang Melayu di mana iaitu lelaki seramai 13,268, perempuan 16,187 yang menerima bantuan kewangan dan bagi kaum Cina pula iaitu seramai 12,189 penerima yang antaranya adalah untuk lelaki 6,373, perempuan 5,816. Bagi kaum India pula, bagi lelaki adalah 2,128, perempuan adalah 3,216 dan bagi kategori lain-lain etnik adalah 600 lelaki dan 647 perempuan. Bagi DUN Pasir Raja pula, sehingga Oktober 2019 seramai 657 orang sedang menerima bantuan kewangan JKM dengan perbelanjaan sebanyak 221,750.00 setiap bulan. Mereka menerima bantuan kewangan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Tinggi dan pecahan jenis bantuan dan jumlah penerima dan jumlah bantuan sebulan adalah seperti berikut:
1. Bantuan Elaun Pekerja Cacat iaitu jumlah penerima seramai sebanyak 235 kes
dengan jumlah bantuan RM94,000.00. 2. Bantuan Orang Tua, 186 kes dengan bantuan RM65,100.00. 3. Bantuan OKU Tidak Upada, 128 kes dengan jumlah RM32,000.00. 4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar atau Pesakit Kronik Terlantar iaitu 37 kes dengan
jumlah RM12,950.00. 5. Bantuan Kanak-Kanak 64 kes, jumlah RM12,800.00 6. Bantuan Am Negeri 7 kes, RM1,400.00
Sekian, terima kasih.
Pasir Raja, jemput. Soalan tambahan.
Terima kasih kepada Tuan Speaker. Terima kasih juga kepada EXCO yang telah memberikan jawapan yang jelas. Kita tahu pendapatan garis kemiskinan untuk bantuan kewangan JKM adalah sebanyak RM900.00. Adakah bantuan kewangan JKM boleh dipertimbangkan sekiranya penerima mempunyai tanggungan yang lebih besar. Maksudnya, mungkin anak ramai ataupun tanggungan kepada ibu bapa. Jadi, adakah JKM dapat mempertimbangkan sekiranya penerima hanya berpendapatan RM900.00 ke bawah dan berapa lamakah tempoh menunggu bagi setiap permohonan?
Ya, jemput YB EXCO.
Terima kasih Tuan Speaker. Bagi pemohon yang tadi disebut oleh Pasir Raja iaitu sama ada boleh menimbangkan tambah untuk peruntukan tersebut. Kita memang ada satu garis panduan dan sekiranya pemohon itu memenuhi syarat-syarat bagi garis panduan dan mengikut setiap kategori dia ada satu tahap maksimum so mereka akan menerima bantuan tersebut mengikut tahap maksimum itu. So, untuk berapa lama diperlukan untuk meluluskan permohonan bantuan sebenarnya tempoh kelulusan permohonan adalah satu bulan sebagaimana piagam pelanggan dengan syarat semua dokumen lengkap seperti apa yang diperlukan. Sekian.
Ya, Buluh Kasap.
Terima kasih yang Berhormat Tuan Speaker. Saya ingin menarik perhatian yang Berhormat EXCO, kita dimaklumkan bahawa jumlah penerima bantuan sara hidup berkurangan dan nilai pun berkurangan. Jadi, adakah pihak JKM bersedia atau telah mendapat bancian jumlah penerima bantuan JKM ini ada peningkatan untuk tahun depan, terima kasih.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih untuk Buluh Kasap. Untuk statistik, memang apa yang statistik yang saya ada dalam tangan penerima untuk setiap tahun memang adalah meningkat. So,
sekiranya ada pemohon baru mereka boleh mengemukakan permohonan mereka pada pihak JKM.
Soalan seterusnya. Silakan Yang Berhormat Tiram, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 9.
Highway Senai ke Desaru E22 perlu adakan susur keluar ke Sungai Tiram. Highway ini memang melalui Sungai Tiram. (Hentian Layang-Layang).
Jemput, YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perancangan dan pembinaan sesebuah persimpangan bertingkat adalah berdasarkan unjuran trafik. Secara amnya, sesebuah atau kedudukan sesebuah persimpangan bertingkat adalah di antara 20 hingga 40 kilometer sepertimana yang diperuntukkan di dalam Perjanjian Konsesi Lebuh Raya. Lokasi persimpangan bertingkat dibina di tempat-tempat strategik berdasarkan unjuran trafik yang disediakan oleh juru perunding bertauliah serta diperakukan oleh bahagian Perancangan Jalan Kementerian Kerja Raya. Lebuh Raya Senai Desaru telah menyediakan Persimpangan Bertingkat Ulu Tiram dan Persimpangan Cahaya Baru dengan jarak 18 kilometer bagi tujuan pergerakan trafik di antara kawasan Ulu Tiram dan Cahaya Baru serta kawasan sekitarnya. Kos pembinaan lebuh raya termasuk persimpangan bertingkat, kos operasi dan penyelenggaraan lebuh raya adalah ditanggung sepenuhnya oleh syarikat konsesi. Kos ini akan dibiayai melalui kutipan tol terhadap trafik yang menggunakan lebuh raya. Sehubungan dengan itu, sebarang cadangan pembinaan persimpangan bertingkat yang baharu, memerlukan kajian trafik supaya ianya berdaya maju. Pada masa ini masih tiada cadangan bagi membina persimpangan bertingkat di kawasan Sungai Tiram dan cadangan persimpangan bertingkat ini boleh dipertimbangkan oleh kerajaan persekutuan sekiranya terdapat keperluan trafik yang tinggi dan berdaya maju di kawasan tersebut. Terima kasih.
Ya jemput, Tiram.
Soalan tambahan Tuan Speaker, walaupun ini kalau tidak mengenai EXCO syarikat konsesi boleh saya tahu syarikat konsesi dan juga ada rungutan daripada semua masyarakat bahawa tol yang dicajkan Senai ke Desaru tu terlalu tinggi, saya minta macam mana ni keadaan ini boleh ke dikurangkan dan saya nak tahu nama konsesi tersebut. Terima kasih.
Jemput.
Terima kasih Tuan Speaker, saya ada rekod nama syarikat ni tapi cari tak jumpa. Saya akan bagi tahu dengan YB Tiram, tetapi mengenai pengurangan kos ni adalah ataupun penetapan rate atau kadar tol ini ditetapkan dalam konsesi. Jadi sekiranya ada permohonan, saya rasa kita boleh kemukakan kepada pihak kerajaan untuk dipertimbangkan. Terima kasih.
Soalan seterusnya. Yang Berhormat Sri Medan, jemput.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 10. Adakah pihak kerajaan mempunyai data khusus tentang kewujudan kilang-kilang haram dan bagaimana pihak kerajaan menangani perkara ini bersama-sama agensi kerajaan yang lain?
Jemput YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Sri Medan yang mengemukakan soalan tersebut. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Pihak Berkuasa Tempatan tidak mempunyai data khususnya berhubung kewujudan kilang-kilang haram dalam kawasan pentadbiran PBT. Walau bagaimanapun, pendekatan pihak PBT dalam menangani kilang-kilang haram adalah dengan melalui penyediaan kajian semula Rancangan Kawasan Khas RKK, perindustrian dan berdasarkan penemuan sewaktu pemantauan, operasi dan pemutihan. Operasi yang bersepadu boleh dijalankan bersama dengan pelbagai pihak dan agensi dan jabatan kerajaan termasuk Jawatan Alam Sekitar, SWCorp, Pejabat Tanah, PDRM, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dan juga boleh melibatkan Angkatan Pertahanan Awam dan mana-mana agensi kerajaan mempunyai bidang kuasa dalam menangani kilang-kilang haram ini dan kewujudan kilang yang tidak berlesen. Penemuan kilang tidak berlesen akan diberikan notis amaran seterusnya tindakan mahkamah diambil kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan tambahan. Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO yang telah memberikan jawapan walaupun soalan saya iaitu jumlah kilang haram yang wujud dalam negeri Johor tak dapat nak dinyatakan, apa yang saya ingin tanyakan di sini iaitu adakah pihak kerajaan ya, saya pun telah maklumkan dalam perbahasan saya tempoh hari, adakah pihak kerajaan akan merancang satu garis panduan baharu atau mekanisme baru atau SOP baharu yang boleh diguna pakai oleh jabatan-jabatan kerajaan atau agensi-agensi kerajaan dalam menangani isu kilang haram kerana kita lihat pada masa sekarang seperti saya sebut dalam perbahasan saya, walaupun status kilang-kilang ini haram, tapi ianya dapat beroperasi dengan mempunyai bekalan air dan juga bekalan elektrik. Ini melibatkan dua agensi utamalah, seperti TNB dan juga SAJ. Adakah pihak kerajaan boleh mewujudkan satu garis panduan baharu untuk mereka guna pakai. Terima kasih.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sri Medan. Memang kalau kilang-kilang ini dia tidak berlesen atau dia diisytiharkan sebagai kilang-kilang haram mungkin disebabkan beberapa faktor. Mungkin mereka kilang ini dia tidak mendapat kelulusan KM atau mungkin syarat kegunaan tanah dia tidak menepati apa ni, operasi kilang itu. Maka pihak kilang, pihak PBT boleh menjalankan pemutihan mengikut apa ni, Akta 172, di bawah Seksyen 22 (5) di mana pihak PBT boleh mempertimbangkan untuk memberikan KMT, Kebenaran Merancang Terhad. Dan memang untuk satu garis panduan yang lebih konkrit untuk menangani isu kilang haram atau kilang tidak berlesen ini, pihak saya tengah akan ada perbincangan dengan agensi-agensi yang berkaitan supaya satu garis panduan bagaimana menangani apa ni, isu kilang-kilang haram termasuk mungkin menjalankan pemutihan supaya apa ni, kilang-kilang yang tidak mendatangkan apa ni, isu-isu pencemaran kepada alam sekitar ini mungkin kita boleh dipertimbangkan untuk diberikan kepada KMT, kerana hanya mungkin kerana kegunaan tanah dia tidak menepati syarat yang sebenarnya. Dan ini kita pihak PBT boleh mempertimbangkan. Sekian, terima kasih.
Ya, Senggarang, jemput.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, soalan tambahan saya, bagaimana kilang-kilang haram ni dia berdiri atas tanah bukan atas angin dekat kampung-kampung. Jadi, perkara ini dah wujud lama kan, wujud lama dan saya mempunyai masalah yang besarlah apabila perkara ini dibangkitkan oleh masyarakat di kampung. Tetapi apabila dibawa dalam Mesyuarat Tindakan Daerah perkara itu berbalik semula ya. Jadi, bagaimana perkara ini boleh wujud ya, seberapa lama ya, dalam tempoh zaman dahulu sampai sekarang yang mana tiada tindakan ya. Dan adakah ada kelemahan di satu pihak kan, pihak kerajaan sendiri? Soalan saya, terima kasih.
Jemput, YB EXCO.
Yang Berhormat Senggarang, memang kita mengakui bahawa kadang kala kilang apa ni kilang yang beroperasi tanpa lesen, ini semasa kita oleh pihak PBT atau pihak-pihak yang berkaitan menjalankan operasi, baharu mereka mengetahui bahawa kilang ini dia tidak ada apa ni, lesen. Ataupun dia tidak ada apa ni, permit yang tertentu daripada pihak berkuasa. Maka ini menimbulkan masalah juga tetapi pada dasarnya kita perlu tengok apakah sebab-sebab yang sebenarnya, mengapa mereka tidak mendapatkan lesen yang berkenaan daripada pihak PBT, kita kena tahu apakah asas dia dan daripada itu kita boleh apa ni, mengariskan langkah-langkah yang lebih konkrit atau mungkin garis panduan yang lebih baik untuk menangani isu ini.
Soalan seterusnya Yang Berhormat Mahkota, jemput.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 11.
Bagaimana kerajaan boleh membantu Bumiputera agar diberi kuota untuk berniaga di pusat perniagaan komersial utama di bandar-bandar?
Jemput YB EXCO.
Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Mahkota, bagaimana kerajaan boleh membantu Bumiputera agar diberi kuota untuk berniaga di pusat perniagaan komersial utama di bandar-bandar? Pada asasnya atau pada secara umumnya, kerajaan tidak memberikan atau menetapkan sebarang kuota untuk premis-premis perniagaan komersial milik swasta. Namun untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini kerajaan negeri melalui Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) adalah komited dengan usaha untuk membangunkan usahawan agar mereka ini diberi peluang untuk bersaing dan juga terus berkembang.
Kita dapat melihat program-program yang telah dijalankan oleh GLC-GLC di Johor ini bagi memberi peluang kepada usahawan Bumiputera meningkatkan potensi diri mereka. Sebagai contoh, lokasi-lokasi seperti Pekan Rabu dan sebagainya merupakan pusat komersial utama yang diuruskan oleh PUJB dan juga ada juga pusat–pusat komersial yang lain yang diuruskan oleh GLC, bertujuan untuk mengalu-alukan usahawan-usahawan Bumiputera untuk berniaga di kedua-dua pusat perniagaan yang telah saya nyatakan tadi. Selain itu, antara usahawan yang pernah mendapat bantuan dari kerajaan negeri juga adalah kalau boleh saya sebutkan dalam Dewan yang mulia ini adalah, Jeiwa, merupakan sebuah NGO yang banyak membantu usahawan-usahawan wanita khususnya di peringkat negeri Johor. Dari maklumat yang kami terima, pihak Jeiwa ini sekarang ini telah berjaya menempatkan satu outlet mereka iaitu dikenali sebagai Jeiwa Power House di Paradigm Mall, Johor Bahru dan antara produk-produk usahawan wanita khususnya, yang dijual adalah berkaitan pemakanan, biskut, frozen food, kek, pakaian dan juga kraftangan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, selain itu juga, antara usaha kerajaan negeri untuk menempatkan usahawan Bumiputera di bandar-bandar ialah dengan mewujudkan ruang-ruang yang pelbagai antaranya penwujudan B5 Johor Street Market. Saya percaya lokasi yang strategik di pusat-pusat bandar Johor Baru ini boleh meningkatkan hasil jualan usahawan-usahawan Bumiputera di negeri Johor ini. Antara bidang perniagaaan usahawan-usahawan yang berniaga di B5 Johor Street Market ialah dalam kontek makanan, pakaian, usahawan food truck, dengan izin, dan lain-lain lagi. Pastinya lokasi yang strategik seperti ini boleh menarik pengunjung sekali gus sebagai identiti baru negeri Johor dalam sektor keusahawan. Terima kasih.
Ya, Paloh, Panti sorry.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih jawapan Yang Berhormat EXCO. Seperti jawapan Yang Berhormat EXCO tadi, banyak apa pengendali pusat komersial ini, ada pelbagai daripada kerajaan, daripada GLC dan juga ada pada syarikat-syarikat swasta. Saya hendak menarik perhatian apa Yang Berhormat EXCO tentang pengendali-pengendali khususnya daripada swasta ni. Yang kadang-kadang apa, cara dia mengendali apa, melayan usahawan-usahawan ni khususnya kadang-kadang tidak mengikut apa aturcara ataupun tatacara yang sebenar, yang betul. Contohnya mereka kadang suka hati pindahkan premis, suka hati naikkan harga apabila tenant tu dilihat ada potensi dan sebagainya. Cuma soalan saya bagaimana mungkin kerajaan khususnya membantu peniaga-peniaga ini tak kiralah Bumiputera ataupun bukan Bumiputera terhadap pengendali pusat komersial ni dari segi khidmat undang-undang ataupun nasihat dari segi perjanjian dan sebagainya untuk kita melindungi mereka jika ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku? Terima kasih.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih Panti atas soalan tambahan, begini ya, saya rasa di peringkat pembangunan keusahawanan negeri Johor, sepertimana yang saya cukup yakin, dan Panti pun sedia maklum dan sangat arif ya, bahawa kita Perbadanan Pembangunan Usahawan Johor ini merupakan sekretariat kepada Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor yang di dalamnya terdiri daripada lebih kurang 50 agensi yang terlibat secara langsung dengan aktiviti keusahawanan. Namun sehingga ke hari ini, secara khusus khidmat dari segi guaman ataupun panduan dalam isu-isu berkaitan dengan perundangan dan sebagainya melibatkan usahawan ini, sehingga kini belum ada lagi secara khusus. Jadi, saya beranggapan bahawa persoalan yang dibangkitkan oleh Panti ini adalah satu isu yang penting untuk dirujuk semula di peringkat EXCO Belia, Sukan dan juga Keusahawanan untuk insya-Allah, kita ambil tindakan yang sewajarnya untuk perkara yang telah dibangkitkan tadi. Terima kasih saya ucap pada Panti atas soalan dan juga saya kira saranan terhadap soalan yang dibangkitkan tadi. Terima kasih.
Soalan seterusnya, saya dipersilakan Penggaram.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 12.
Penggaram adalah pusat bandar Batu Pahat di mana fasiliti komunikasi sangat diperlukan. Malangnya gangguan perkhidmatan telekom masih berlanjutan sehingga kini, dan telah memberi kesan kepada komuniti. Apakah langkah dan jaminan kerajaan bagi memastikan masalah ini dapat di atasi segera?
Jemput, YB EXCO. Jemput YB EXCO, YB Zul jemput. Biasa sampai dalam pukul 10.00 ya ni dah sampai pukul 11.00.
Yang Berhormat Tuan Speaker saya minta bagi laluan selepas daripada ni, saya nak ekstrak, Jawapan ada nanti takut membuang masa Dewan yang mulia ini.
Ok, saya pergi ke seterusnya dahulu kemudian kita balik semula. Yang Berhormat Mengkibol, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 13.
Jadual Kadar Harga yang dikeluarkan oleh JKR menjadi rujukan dalam penyediaan Bill of Quantity (BQ) selalunya jauh lebih tinggi daripada harga pasaran semasa, adakah JKH ini
sebagai harga rujukan sahaja atau mesti diikuti walaupun harganya terlalu tinggi dan tidak munasabah?
Jemput YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Tuan Speaker, Mengkibol ini antara ADUN yang sangat perihatin mengenai projek-projek yang dibelanjakan atau peruntukan yang dibelanjakan oleh kerajaan supaya ia dapat dijimatkan dan itu adalah falsafah yang kita tekankan dalam Pakatan Harapan. Pertanyaan beliau adalah berkaitan dengan kenapa jika dibandingkan projek-projek yang diperolehi daripada kerajaan oleh kontraktor kecil ini mahal dibandingkan dengan sekiranya penerima itu engage ataupun melantik kontraktor sendiri seperti tukang rumah di depan rumah dia atau di kedai, di pekan itulah dan soalan beliau adalah apakah yang memandukan kontraktor kecil itu mendapat ataupun mencapai harganya. Kalau kontraktor besar itu sebut harga dan tender itu dia bersaing tapi kalau kontraktor yang kecil award itu ada panduan-panduan dia sebab projeknya kecil je Yang Berhormat Speaker.
JKR menggunakan pelbagai penerbitan, maklumat, kos sebagai rujukan bergantung kepada projek sama ada besar atau kecil. Sebahagian daripadanya adalah:
a. Jadual Kadar Harga Kerja Kejuruteraan Awam dan Bangunan Tahun 2016 digunakan
untuk perkiraan kos bagi kerja-kerja secara undi yakni ini bawah RM50,000.00 atau kerja sebut harga antara RM50,000.00 hingga RM500,000.00. Kadar harga termasuk kos
upah, buruh, kos harga bahan, kos sewa jentera dan kos pengurusan serta
keuntungan bagi kontraktor. Bila disebut keuntungan inilah ada ketikanya apa ini
dibayangkan bahawa kontraktor mengambil untung sampai 30% jadi kalau projek yang
bernilai RM10,000.00 kontraktor ambil sampai 30% jadi tidak dapat banyaklah yang
penerima nilai yang penerima dapati berbanding kalau penerima melantik kontraktor di
depan rumah mereka atau di pekan yang beliau kenali.
Yang kedua panduan tadi ialah bulan kos purata persegi kerja-kerja pembinaan
bangunan terbitan 12015 ini pun adalah antara maklumat yang diambil kira untuk
menetapkan harga.
c. Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-Kerja Kecil dan Memperbaiki 2014, d. Jadual Kadar Harga Kerja Bangunan Berdasarkan Lukisan dan Spesifikasi 2015, e. Jadual Kadar Harga Penyiasatan Tapak 2012, f. Panduan Maklumat Kos Binaan JKR 2/2018.
Selain itu, pihak JKR juga menggunakan sistem yang disediakan oleh penilai JKR ibu pejabat seperti RATOL atau Rate On Line, Sistem PCE Premo ataupun Limenary Lost Estimate Prediction Model dan juga portal Public Work Lost Information Centre (PWCIC) ke semua rujukan ini di analisa dan data yang diambil adalah dari contoh sebenar dan rujukan tender-tender semasa. Jadi, memang itulah rujukan yang dibuat oleh pihak JKR untuk kerja-kerja terutama kerja kecil, jadi kadang-kadang kita kena mengambil kira juga pelbagai faktor untuk kontraktor kecil yang mendapat kerja-kerja di bawah RM20,000.00 itu memang kadang-kadang dilihat agak tinggi keuntungan tetapi kita menetapkan harga yang ditawarkan itu berdasarkan beberapa rujukan yang sangat wajar. Terima kasih.
Jemput Mengkibol.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih kepada persefahaman YB EXCO bahawa kita selalu ingin memaksimumkan nilai projek kita untuk manfaat rakyat. Di kawasan saya ada beberapa kes yang sebegini di mana ada kontraktor yang sudah dapat dilantik tetapi walaupun pejabat daerah yang mentadbirkan projek-projek ini yang mengeluarkan BQ juga selalu cuba memastikan mereka dapat keuntungan yang mencukupi contohnya 30% atau lebih daripada itu tapi masih ada
kontraktor yang masih pulangkan lantikan sehingga projek dia tak dapat dilaksanakan. Soalan tambahan saya, apakah tindakan yang berkesan dan dapat kita ataupun polisi dapat kita improve dengan izin supaya memastikan projek-projek ini ataupun kontraktor-kontraktor yang selalu pulangkan lantikan tanpa sebab yang kukuh dapat di senarai hitamkan. Sekian, terima kasih.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih Mengkibol. Saya diberi peluang untuk menjawab ini dan saya nak promote satu GLC JCCD. JCCD ditubuhkan oleh kerajaan untuk membantu kontraktor-kontraktor dari segi peningkatan kualiti, penyediaan kewangan, pengurusan dan di sinilah nanti sekiranya kita akan melaksanakan mendaftaran wajib mulai tahun depan di mana kontraktor-kontraktor akan kami latih, akan kami beri sedikit bantuan supaya mereka dapat melaksanakan kerja-kerja dengan cukup cekap. Bagaimanapun, mengenai apakah tindakan kepada kontraktor-kontraktor kecil yang memulangkan kerja itu adalah terserah kepada pihak pengurusan atau pengawal bagi kontraktor berkenaan. Dalam kes ini pegawai daerah ataupun JD daerah boleh menggunakan budi bicara mereka untuk memastikan yang penting projek itu dapat dijalankan dengan sempurna. Terima kasih.
Ya Benut, jemput.
Terima kasih YB Tuan Speaker. Malang bagi kita kalau kontrak yang ditawarkan oleh kerajaan kepada kontraktor dipulangkan semula kerana persepsi ataupun keadaan yang biasa ialah kontrak yang disediakan oleh kerajaan ini selalunya lebih tinggi daripada kontrak-kontrak swasta. Jadi, isunya Yang Berhormat ialah jadual kadar harga yang diguna pakai oleh kerajaan ini berbanding dengan jadual kadar harga yang digunakan oleh pihak swasta berbeza dan lazimnya lebih rendah daripada jadual kadar harga yang diguna pakai oleh kerajaan. Jadi, bila dia pulang kontrak itu, sebab itu saya kata malang kerana sepatutnya harga lebih baik berbanding dengan kontrak-kontrak swasta. Jadi, apakah usaha kerajaan untuk mengelak persepsi yang negatif ini bahawa kerajaan harganya tidak mengikut kadar harga semasa, kadarnya tidak kompetitif seperti kontrak-kontrak yang ditawarkan oleh pihak swasta jadi perbezaan, persepsi itu supaya imej kerajaan itu tidak dianggap sebagai memberi peluang yang berlebihan kepada kontraktor-kontraktor. Terima kasih.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Kontraktor di negeri Johor ini beribu-ribu Tuan Speaker. Tetapi belum ada agensi selain di JCCD yang akan menyusun atur ataupun mengawasi mereka. Jadi sebelum ini, tidak ada satu agensi yang khusus yang mengurus mereka walaupun jumlahnya ramai. EXCO JKR ini mengurus projek ia tak mengurus kontraktor. Kalau EXCO JKR mengurus kontraktor itu nampak macam buyar pulak nanti. Kita nak mengurus kontraktor dan projek sekali. Jadi, dalam kes ini mengenai persepsi bahawa projek-projek yang dilaksanakan oleh kontraktor daripada kerajaan harganya tinggi memang inilah cara kami menerangkan kepada penerima-penerima atau pun ADUN-ADUN kita jadi dari semasa ke semasa saya akan menjelaskan terutama di sinilah nanti peranan JCCD untuk memastikan masalah ini bukan diatasi sepenuhnya tapi dapat dikurangkan. Terima kasih.
Saya balik semula soalan 12 tadi. Jemput YB Penggaram.
Yang Berhormat Tuan Speaker soalan nombor 12.
Penggaram adalah pusat bandar daerah Batu Pahat di mana fasiliti komunikasi sangat diperlukan. Malangnya, gangguan perkhidmatan Telekom masih berlanjutan sehingga kini,
dan telah memberi kesan kepada komuniti. Apakah langkah dan jaminan kerajaan bagi memastikan masalah ini dapat diatasi segera?
Jemput YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Penggaram. Minta maaf Yang Berhormat Tuan Speaker saya prepare tadi untuk soalan 15. Yang Berhormat Tuan Speaker, mengikut maklumat daripada pihak Telekom Malaysia beberapa kawasan di Batu Pahat, Johor telah mengalami gangguan perkhidmatan berikutan kerosakan teruk pada kabel utamanya. Antara kawasan-kawasan terjejas adalah Taman Pantai, Minyak Beku, Taman Ampuan, Taman Joseph, Taman Sri Pantai, Taman Batu Pahat, Taman Maju, Taman Makmur, Taman Soga, Taman Emas, Parit Kangkung, Kampung Petani, Taman Banang Ria, Taman Banang Height, Taman Wira, Taman Damai, Parit Lapis Darat dan juga Parit Gantung.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, masalah gangguan perkhidmatan TM di Batu Pahat ini, telah berjaya diatasi melalui langkah menaik taraf, infrastruktur copper kepada fiber dan projek tersebut telah siap sepenuhnya pada 30 Oktober 2019 yang lalu. Pada masa sekarang ini, TM sedang dalam peringkat untuk memindahkan pelanggan-pelanggan di kawasan terlibat dalam proses naik taraf ini. TM juga berharap untuk mendapatkan kerjasama daripada penduduk-penduduk yang terlibat bagi melicinkan proses menaik taraf dari pertalian copper kepada unify iaitu fiber. Sekian, Yang Berhormat Tuan Speaker.
Ya, jemput Penggaram.
Terima kasih kepada EXCO yang memberi jawapan tersebut. Saya dengar daripada EXCO hampir satu bandar Batu Pahat, bandar Penggaram telah terlibat dalam gangguan line tersebut. Jadi, sekarang bagaimana jikalau pelanggan telekom yang tidak mempunyai bukan pelanggan internet jadi line mereka juga terganggu. Apakah langkah alternatif supaya line mereka boleh memulih balik dan juga saya anggap TM adakah mereka bersiap sedia nak buat sesuatu rangkaian baru sebab ini telah terjejas perniagaan peniaga-peniaga di Batu Pahat.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih di atas soalan tambahan dari Penggaram. Apa yang saya dimaklumkan oleh Telekom Malaysia sekarang ini peringkat mereka mendapatkan kerjasama daripada pemilik-pemilik atau pun penduduk-penduduk di Batu Pahat dan proses ini akan memakan masa sedikit tinggal lagi apa yang disebut tadi tentang gangguan kepada bukan line unify yang disebutkan tadi masih terdapat juga gangguan saya akan ambil maklum tentang perkara ini dan saya akan berikan jawatan secara bertulis selepas daripada ini.
Soalan seterusnya, Yang Berhormat Benut, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya yang ke-14.
Minta dinyatakan daripada jumlah Foreign Direct Investment (FDI) yang berjaya ditarik masuk pada tahun lalu, berapakah antaranya menawarkan pekerjaan berkemahiran dan berteknologi tinggi kepada rakyat Johor?
Jemput YB EXCO.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Speaker. Untuk menjawab soalan daripada Benut yang bertanyakan juga dinyatakan daripada jumlah Foreign Direct Investment (FDI) yang berjaya ditarik masuk pada tahun lalu berapakah
antaranya menawarkan pekerjaan berkemahiran dan berteknologi tinggi kepada rakyat Johor. Berdasarkan maklumat daripada invest Johor pada tahun 2018, nilai pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan di Johor berjumlah RM30.51 bilion ringgit iaitu merangkumi pelaburan domestik berjumlah RM6.47 bilion. Pelaburan FDI berjumlah RM24.04 bilion. Dengan pertambahan pelaburan baru dan pembesaran operasi lebih 10,000 pekerjaan diperlukan dalam operasi perkilangan melibatkan pelbagai sektor ekonomi. Jawatan yang ditawarkan merangkumi kategori pengurusan teknikal, penyelia, juruteknik, pemasaran dan pengendalian mesin dan peralatan. Sebagai contoh kepada soalan berapa ramai melibatkan warga Johor dalam bidang berkemahiran tinggi sebagai contoh dalam lawatan saya dua minggu lepas di Medini 7, secara dekat perkembangan berkaitan dengan teknologi baharu ini iaitu satu syarikat yang namanya i2M Ventures Sdn. Bhd. Di bawah Program GBS Iskandar di mana telah menunjukkan satu pencapaian ataupun dalam bidang teknologi baru di mana bidang yang berkaitan adalah memerlukan kepada kelulusan ijazah dalam bidang kepakaran software development, large skill software development, block change, Java, AI dan kemahiran IT lain-lain, termasuk finance dan akauntan. Di mana anak-anak Johor yang bekerja di situ dalam bidang berkaitan ini, seramai 1,456 orang iaitu 64%. Unjurannya insya-Allah, ada lagi unjuran untuk dalam 3 tahun. Sekian, terima kasih.
Ya, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat di atas penjelasan yang diberikan. Walau bagaimanapun, kita sedia maklum bahawa pekerjaan yang mempunyai teknologi dan berkemahiran tinggi ini sentiasa meningkat dari semasa ke semasa dengan ramai para graduan yang keluar setiap tahun. Jadi, berdasarkan perancangan kerajaan untuk menampung keperluan ini sama ada Yang Berhormat ada tidak gambaran berapakah jumlah pelaburan yang kita harapkan untuk menampung keperluan pasaran ataupun permintaan? Ataupun dari segi sudut, sasaran Yang Berhormat berdasarkan KPI yang dibawa masuk oleh EXCO Pelaburan yang akan dapat menawarkan pekerjaan yang berkemahiran tinggi.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih kepada Benut atas soalan tambahan. Sepertimana yang saya sebut tadi, oleh kerana ianya berada di Medini 7, maknanya dalam tak jauh daripada tempat kita bersidang pada hari ini. Dan, alhamdulillah sepertimana yang saya sebut tadi, jumlah pekerja ataupun staf dia daripada anak Johor sahaja dah ada 64% dan unjuran untuk 3 tahun insya-Allah akan masuk lagi 6,500 unjuran daripada. Ini baru satu syarikat berkaitan dengan block change dan seperti yang saya sebut tadilah. Di mana untuk makluman kepada Dewan yang mulia juga, dia punya gaji minima, permulaan RM2,500.00 sehingga yang tertinggi RM11,000.00. Jadi, ini menunjukkan kepakaran dalam bidang IT, dalam bidang kepakaran tinggi ini memerlukan mereka yang dapat latihan dan sebahagian besarnya datang daripada universiti yang berada di sekitar kita iaitu UTM yang paling ramai, UTHM pun terlibat termasuk juga daripada KPYPJ. Sekian, terima kasih.
Ya Mengkibol, jemput.
Terima kasih Tuan Speaker. Pekerjaan berkemahiran ataupun teknologi tinggi selalu berkaitan dengan syarikat ataupun pelaburan yang berteknologi tinggi. Soalan saya, ini kira sesuai untuk EXCO Jimmy, apakah strategi kita untuk menarik pelaburan sama ada syarikat dalaman ataupun luar negara yang berteknologi seperti Unicorn dan sebagainya untuk memberikan lebih banyak peluang berteknologi tinggi? Terima kasih. .
Ini pekerjaan Yang Berhormat. Berkenaan pekerjaan, terpulanglah kepada YB EXCO.
Sepertimana yang saya sebut tadi, insya-Allah. Sebenarnya berkaitan dengan KPI pelaburan asing ini di mana kita dapat melihat selain daripada bentuk-bentuk berkaitan dengan sektor-sektor yang saya sebut tadi termasuk juga sebenarnya dalam sektor perkhidmatan, di mana sektor perkhidmatan ini berkaitan dengan penjagaan kesihatan, perhotelan, pelancongan serta perkhidmatan sokongan di mana dalam bidang ini pun kita memerlukan pekerjaan yang tidak kurang banyaknya iaitu sekitar 6,000 pekerja yang berkaitan dengan sektor perkhidmatan. Jadi, saya yakin dan percaya kalau berkemahiran tinggi tadi memang kita perlukan banyak lagi foreign, pelaburan asing yang akan masuk jadi, mahu tak mahu kita akan berusaha mencari dana-dana daripada luar negara. Sekian, terima kasih.
Seterusnya Yang Berhormat Senai. Soalan seterusnya, jemput.
Terima kasih Speaker, soalan saya 15.
Apakah perkembangan menambah baik liputan Unifi di setiap daerah?
Jemput YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan juga Senai di atas soalan. Yang Berhormat Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, TM sedang dalam pelaksanaan beberapa peringkat untuk meluaskan liputan unifi ke seluruh negeri Johor. Antara kawasan yang sedang dalam perancangan untuk liputan unifi adalah daerah Mersing, Segamat dan juga Pontian. Bagi proses menambah baik liputan di seluruh daerah, pada masa yang akan datang pihak TM sedang dalam perancangan untuk memperluaskan jaringan gentian optik secara berperingkat bermula dari tahun 2020. Sekian, Yang Berhormat Speaker.
Senai, jemput.
Soalan tambahan, terima kasih atas jawapan daripada EXCO. Soalan tambahan saya, liputan UNIFI ini adakah kita terus akan buat kajian ke, kita berubah ke buat meluaskan 5G, start membuat kajian ke 5G?
Jemput, YB EXCO.
Terima kasih di atas soalan tambahan. Sebagaimana yang telah saya jelaskan dalam Dewan yang mulia sebelum daripada ini, kita di peringkat kerajaan persekutuan mempunyai Pelan 5 tahun dikenali sebagai Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara ataupun The National Fiberisation dan Connectiviti Plan yang bermula daripada 2019 sehinggalah 2023. Di antara tujuan inisiatif ini adalah untuk menyediakan infrastruktur asas kepada perkhidmatan 5G dan ini akan diperluaskan kepada kesemua operator Telco menjelang 2023 dan juga di peringkat beberapa ibu negeri bermula pada 2021 dengan kelajuan speed internet dengan kadar 500 megabyte per second. Sekian, Yang berhormat Tuan Speaker.
Soalan seterusnya, Yang Berhormat Senggarang.
Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya nombor 16.
Setakat hari ini berikan statistik jumlah penagih dadah di seluruh negeri Johor dan apakah tindakan serius kerajaan mengatasi masalah ini.
Jemput YB EXCO.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Yang Berhormat Tuan Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat Senggarang dan semua Ahli Dewan, pada tahun 2018 bilangan penagih dan pengguna dadah di negeri Johor adalah seramai 12,313 orang daripada jumlah keseluruhan penagih dan pengguna dadah seluruh negara seramai 130,788 orang. Jumlah ini adalah keempat tertinggi selepas negeri Pahang, kelantan dan Selangor. Mengikut statistik MyAADK bermula dari 31 Oktober 2017 hingga 31 Oktober 2019, seramai 4,625 orang telah diletakkan di bawah pengawasan AADK Johor atau dikenali sebagai orang Kena Pengawasan (OKP). Kementerian Dalam negeri melalui Agensi Anti Dadah Kebangsaan giat melaksanakan aktiviti pencegahan, rawatan dan pemulihan serta penguatkuasaan kepada semua lapisan masyarakat di seluruh negara termasuk di negeri Johor. Pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan yang melibatkan komuniti dan jabatan kerajaan lain serta Badan Bukan Kerajaan, NGO dilaksanakan melalui pelbagai pendekatan termasuk Program Keluarga Bebas Dadah, Program Institusi Pendidikan Bebas Dadah, Program Tempat Kerja Bebas Dadah dan Program Komuniti Bebas Dadah.
Kerajaan melalui AADK juga telah memperkenalkan Projek Rintis bagi membasmi penyalahgunaan dadah secara bersepadu di 12 kawasan berisiko tinggi di seluruh negara yang mana juga melibatkan 2 daerah di negeri Johor iaitu kawasan Johor Bahru, Perling yang melibatkan kawasan Perling, Tampoi, Skudai dan Parit Sulong melibatkan Batu Pahat. Projek Rintis in juga membabitkan kerjasama 9 kementerian, 15 agensi dan NGO di mana tindakan dilaksanakan secara holistik melibatkan semua pihak. AADK juga menyediakan perkhidmatan rawatan, perubatan dan pemulihan kepada penagih dadah melalui 2 pendekatan iaitu Pemulihan Di Dalam Komuniti (PDK) dan Pemulihan Di Dalam Institusi di mana terdapat 30 buah pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di seluruh negara. Di Johor, terdapat 3 institusi iaitu PUSPEN kota Tinggi, Muar dan Tampoi. Klien-klien yang menjalani program rawatan dan pemulihan ini mengikuti pelbagai program dan aktiviti yang boleh membantu proses pemulihan klien dari segi psikologikal, spiritual dan ketahanan jati diri bagi memastikan mereka terus bebas daripada dadah. KDN melalui AADK juga menjalinkan kerjasama strategik dengan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Program Pengurangan Pemudaratan dan Program Rawatan Terapi Gantian, Programme Harm Reduction ialah pendekatan yang komprehensif untuk mengurangkan kesan negatif dari segi kesihatan, sosial dan ekonomi akibat penyalahgunaan dadah kepada individu terutama dalam kalangan penagih-penagih tegar yakni berulang.
Bagi memperluaskan bidang kuasa dan memperkasakan AADK selari dengan peranan penting membasmi penyalahgunaan dadah, Kementerian Dalam Negeri telah juga mengambil tindakan seperti berikut :
1. Mengkaji pindaan Akta Penagih Dadah yakni Rawatan Dan Pemulihan 1983. Bagi
meningkatkan pelaksanaan Program Rawatan dan Pemulihan kepada
penyalahgunaan dadah dan memantapkan kawalan terhadap Pusat Pemulihan
Persendirian, PPDP serta klinik swasta supaya mengikut piawaian minima yang
telah ditetapkan.
2. Mencadangkan Rang Undang-Undang Bahan Khayal yakni Rawatan dan Pemulihan
2019 bagi merawat mereka yang menyalah guna bahan khayal. Bidang utama
AADK di dalam aktiviti penguatkuasaan adalah untuk mengesan klien OKP yang
tidak aktif dan menjejak mereka yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum
di bawah Seksyen 6 (3) Akta Penagih Dadah 1983 kerana melanggar syarat
pengawasan yang telah diperintahkan oleh mahkamah. Selain itu, aktiviti
penguatkuasaan yang lain dilaksanakan seperti menjalankan operasi terhadap
aduan-aduan berkaitan dengan penyalahgunaan dadah yang dikemukakan oleh
orang awam. Ops Cegah yang dilaksanakan oleh Unit Penguatkuasaan dan
Keselamatan AADK adalah untuk menahan mana-mana individu yang disyaki
menagih dadah di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan
pemulihan) 1983. Tangkapan-tangkapan yang dilaksanakan ini adalah untuk
menolong penyalahgunaan dan penagih dadah untuk mendapatkan rawatan dan
pemulihan di dalam Pusat Pemulihan Atau Komuniti.
Dah 5 minit Yang Berhormat.
Ya sikit aje lagi. Penubuhan Pusat Gerakan Hotline, AADK yang beroperasi 24 jam di talian 019-6262233 atau 03-89112233 adalah bagi meningkatkan mutu dan perkhidmatan AADK untuk menangani aduan orang ramai berkaitan dengan penyalahgunaan dadah serta memberi maklumat nasihat berkaitan rawatan dan fasiliti AADK. Sebarang aduan berkaitan penyalahgunaan dadah boleh dibuat melalui medium di atas bagi memastikan kesejahteraan dan kelestarian rakyat dicapai. Pihak kerajaan sentiasa bersama-sama memastikan masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat di negeri Johor dapat dikurangkan dengan komitmen semua pihak. Sekian, terima kasih.
Saya kira masa dah pukul 11.00 ya. Saya tamatkan soalan lisan pada pagi ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker.
Ya Stulang.
Peraturan Tetap 45 (13). Layang-Layang semalam sebut dia tidak tahu keputusan Speaker untuk menarik balik perkataan munafik. Jadi, saya ingin mendapat penjelasan daripada Speaker adakah Layang-Layang sudah ataupun rela menarik balik perkataan tersebut? Terima kasih.
Ok, daripada draf handset daripada 26 haribulan, hari Selasa ini, Layang-Layang ada sebut dalam muka surat 31, saya hormat Yang Berhormat Speaker dah buat ruling semalam tapi kalau nak saya tarik balik kenyataan munafik tunaikanlah janji-janji tersebut. Jadi, bermakna kalau daripada kenyataan ini, penarik balikan itu bersyarat dia tidak tarik balik maksudnya. Dia bersyarat. Dan saya telah jelaskan bahawa, tempoh itu belum tamat lagi kerana tempoh yang dinyatakan oleh Layang-Layang 2 tahun telah berlalu tetapi tidak ditunaikan. Tapi saya dah sebut bahawa tempoh itu adalah 5 tahun. Jadi, kesimpulan daripada hansard ini, Layang-Layang belum lagi menarik balik kenyataan kerajaan Pakatan Harapan, kerajaan munafik. Jadi, saya, sepertimana kenyataan saya pada yang lepas adalah wajar bahawa Layang-Layang menarik balik kenyataan berkenaan dengan kerajaan Pakatan Harapan adalah kerajaan munafik. Saya minta beri peluang kepada Layang-Layang.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Jap, Yang Berhormat Speaker, saya melihat muka surat 35 ya, pada hansard yang sama itu. Muka surat 35, pertamanya saya tak cakap saya tak tahu apa yang Speaker sebut. Saya cakap refer balik kepada hansard untuk kita baca sama-sama, jangan buat ceritalah Yang Berhormat. Pertamanya, itu pertama. Keduanya, dengan izin saya hendak baca muka surat ke-35, saya tetap dengan keputusan bahawa perkara-perkara yang kesat tidak boleh disebut dalam Dewan, itu muktamad. Ya, tak kira siapalah, selepas ini ruling ini dibuat untuk perhatian kita selepas ini supaya kita, selepas ini, supaya kita tidak mengulangi perkara tersebut. Kita bangsa Johor yang penuh dengan tatatertib, saya bangga dengan Ahli-Ahli semua. Selepas ini. Jadi, kenapa hari ini tukar ruling pula Yang Berhormat Speaker? Ini ada. Black and white ini, dan nak kata janji-janji ditunaikan dalam masa 5 tahun, janji saya print ni. Janji manifesto, 10 janji 100 hari, bukan 5 tahun Yang Berhormat Speaker, ni kalau tak nampak tolong print. Saya boleh bagi dekat Yang Berhormat.
Boleh saya minta duduk dulu Layang-Layang ya. Muka surat 30 dalam hansard pada 25 hari bulan, saya dah sebut di situ ya, saya baca semula ya. Saya minta,
muka surat 30 ya, saya minta Layang-Layang menarik balik kenyataan yang telah dibuat berkenaan dengan munafik, kerana pada saya dia bertentangan dengan perkara 45 (13). So, pada saya ini muktamad, bahawa Layang-Layang perlu menarik balik kenyataan itu.
Kemudiannya, Yang Berhormat Speaker membuat ruling pada muka surat 35, so it supersede yang pertama. Keduanya, Jurutulis tolong check, ada peraturan dalam Mesyuarat di mana mengatakan bahawa kalau nak bantah apa-apa Ahli Dewan bercakap, buat masa itu. Bukan 24 jam lepas itu, tak akan peraturan itu pun tak boleh check?
Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam kes Layang-Layang ini saya dah bangkitkan.
Peraturan berapa Yang Berhormat?
Peraturan yang dibangkitkan ini soal perkara berkaitan dengan Layang-Layang pada 25 hari bulan itulah. 26, 46 ya. Yang Berhormat Tuan Speaker dah buat ruling, Yang Berhormat Tuan Speaker nasihatkan kalau boleh selepas ini tiada lagi. Itu yang kita faham. Saya ingat masa Kempas cakap, dia cakap saya pusing-pusing ya, dia pun tak tarik balik. Itu sebab kita kena adil, tak kan hanya untuk Layang-Layang, kan? Mesti juga pada Kempas, tapi saya tak kisahlah, sebab Yang Berhormat Tuan Speaker dah buat keputusan selepas ini, itu fahaman kita. Jadi, kena adillah saya minta, dalam hal ini Yang Berhormat Tuan Speaker.
Begini yang saya jelaskan, pada 25 hari bulan, saya jelaskan bahawa Layang-Layang perlu menarik balik. Jelas itu ya, itu jelas. Nanti duduk, selesaikan dulu, duduk dulu Layang-Layang. Saya jelaskan pada 30 hari bulan Layang-Layang perlu menarik balik. Jadi, apa yang sebut selepas ini, itu bermakna bahawa kita tidak mahu apa-apa yang berlaku sepertimana Layang-Layang ini berlaku lagi selepas ini. Ha, nampak itu (Dewan bertepuk). Maknanya, dia tidaklah menyatakan bahawa bila kata saya selepas ini, itu bermakna Layang-Layang tak perlu tarik balik. Layang-Layang perlu tarik balik, kenapa? Kita tidak mahu benda ini berlaku lagi selepas ini. Ha ok, saya hendak ringkas, saya minta Layang-Layang sekarang tarik balik kenyataan yang dibuat dalam Dewan ini menyatakan dalam hansard ini disebut pada, semasa ucapannya bahawa kerajaan Pakatan Harapan adalah kerajaan munafik, saya minta Layang-Layang tarik balik, muktamad.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya hormat apa yang peraturan.
Tuan Speaker, minta Layang-Layang tarik balik.
Nanti dulu.
Tetapi Yang Berhormat Tuan Speaker, perlu perjelaskan tentang Peraturan 45, sekejap Yang Berhormat ya, (13), 45 yang dengan jelas menyatakan bahawa perkara-perkara yang di anggap sebagai kata-kata durhaka...
Peraturan berapa Yang Berhormat.
45 (17) pun ada, yang menyatakan bahawa ianya perlu dibuat serta-merta, macam ruling Yang Berhormat sebutlah, pada waktu itu. Sesuatu perkataan yang sama ada berbentuk durhaka, hasutan ataupun kata-kata yang menyakiti hati, dia bergantung kepada waktu itu diungkapkan. Kalau Yang Berhormat Rengit, dianggap nak jentik telinga dia, nak apa, kalau dia rasa perkara itu tidak menyakitkan hati dia, tidak melanggar mana-mana peraturan. Tetapi kalau misal kata perkataan hasutan itu mengganggu perasaan dan emosi sebelah sana, ianya harus perlu dibangkitkan pada waktu dan ketika itu. Ada dalam Peraturan Yang Berhormat. Jadi, adakah Yang Berhormat mengatakan ruling ini tidak terpakai? Saya dah bersetuju dengan
pandangan Yang Berhormat beberapa hari yang lepas, kerana Yang Berhormat sendiri menjelaskan bahawa perlu ditegur serta-merta. Itu jelas dalam perkara ini Yang Berhormat. Jadi, kalau Yang Berhormat nak buat ruling lain tak bolehlah. Itu ruling yang ada, yang kita pakai, serta-merta dengan jelas.
Speaker, Tuan Speaker.
Nanti dulu, nanti saya jelaskan dulu ya. Peraturan dalam 45 (13) itu tidak menyatakan bila masa perlu membantah, kan? Seorang Ahli itu tidak boleh sekali-kali, 13 (c), 14 (45), 13(c) menggunakan bahasa yang kesat. Apabila benda ini dibangkitkan oleh Ahli-Ahli yang lain, itu adalah satu kesegeraan yang perlu di ambil tindakan daripada pihak saya ya. Jadi, apabila Gambir menyebut perkara tersebut dan mengulangi apa yang disebut oleh Layang-Layang, maka ruling itu dibuat pada waktu itulah. Jadi, saya kira itulah keputusannya iaitu bahawa Layang-Layang perlu menarik balik dan saya menggunakan 46(4) ya. 46(4), apakala berbangkit sesuatu perkara sama ada seseorang Ahli itu ada menurut Peraturan Mesyuarat atau tidak maka perkara itu hendaklah diputuskan oleh Speaker atau Ahli yang mengetahui mesyuarat atau mempengerusi dan keputusan itu hendaklah sifatkan muktamad di dalam segala masalah berkenaan dengan peraturan dan tatatertib. So, keputusan berkenaan dengan menarik balik kenyataan ini adalah muktamad, 46 (4). Ok, saya minta daripada Layang-Layang untuk tarik balik sekarang.
Yang Berhormat, saya minta untuk membela di sini. Itu saya minta, sebab, apa yang saya katakan ialah benar, dan kebenaran itu sangat sakit ataupun susah hendak di telan. Sebab janji yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan bukan 5 tahun, 100 hari. Ini dah 540 hari Yang Berhormat. Itu satu, keduanya, keduanya, kenapa double standard nak minta saya cakap, kononnya saya guna perkataan kesat. Saya cakap bahasa Arab munafik, dalam bahasa orang Melayu, perkataannya ialah mungkir janji. Saya hendak quote muka surat 31, 24 November drafnya, verbatim pada 24 November, hari Ahad. Ada Yang Berhormat cakap, yang kuat kencing kerajaan dulu, bukan sekarang, Dewan bertepuk. Dia cakap kerajaan Barisan Nasional dulu kuat kencing. Kenapa kenyataan itu tidak di minta tarik balik? Ada Menteri Besar, Menteri Besar fasa ke-2, masa dia jadi EXCO, apa dia kata dekat kerajaan Barisan Nasional, setiap kali kita berak, dia kena bersihkan, berak bersih, berak bersih. Berapa kali dia sebut, kenapa double standard Yang Berhormat? Ini tidak adil. Saya minta keadilan di dalam Dewan yang mulia Yang Berhormat. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Tuan Speaker, ...
Stulang.
Saya rasa kita tak payah membuang masa di sini lagi, untuk terus bertelagah di sini. Jadi, saya menggunakan perintah Peraturan Tetap 32(8), oleh kerana Layang-Layang tidak mematuhi perintah Speaker untuk menarik balik perkataan munafik, maka melalui Peraturan 32(8), Stulang ingin membuat rundingan agar Layang-Layang dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Masa itulah Layang-Layang boleh membela diri dan sebagainya. Jadi saya, Stulang ingin membuat rundingan agar Layang-Layang dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Ok, terima kasih.
Yang Berhormat, kalau nak bawa saya ke Jawatankuasa boleh, tapi jangan double standard Yang Berhormat.
Layang-Layang duduk dulu ok eh. 32(8), sesuatu rundingan yang diakui mustahak oleh Speaker atau yang mengetahui Mesyuarat dan disokong oleh 10 orang Ahli yang bangun pada tempat masing-masing. Ada sokongan 10 orang? (YB Speaker membuat kiraan) 10, ok. So, di masuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Ok.
Yang Berhormat Tuan Speaker, seronok hari ini Dewan, menarik. Tadi Yang Berhormat buat usul supaya Layang-Layang di bawa ke Jawatankuasa Hak lah. Saya nak buat satu usul Yang Berhormat, 29 eh, usul Peraturan 29., Rundingan menangguhkan mesyuarat kerana membahas...
Yang Berhormat, 29, serahkan dokumen tu kepada saya sahaja.
Dah, dah serah. Saya dah serah.
Ok, saya rujuk dulu ya.
Saya dah serah tadi pada Pejabat Jurutulis.
Ha, serah kepada saya. Ok.
Ok, saya hendak minta Dewan ini ditangguhkan kerana hendak membincangkan satu perkara yang cukup mustahak, yang meresahkan rakyat di seluruh negara pada hari ini. Dan, Dewan perlu buat satu ketetapan, semua sekali dalam Dewan ini. Sebab, hari ini ada usaha-usaha untuk memprovokasi perpaduan negara kita. Satu negara resah hari Yang Berhormat Tuan Speaker, dan saya hendak buat usul supaya Dewan ini ditangguhkan dan kita bincang dan bahas buat satu ketetapan supaya Dewan yang mulia ini dapat, saya ingin mohon membawa rundingan supaya ditangguhkan Dewan ini, agar kita bincang perkara yang di segerakan.
Baru-baru ini terdapat pihak yang sengaja ingin mencetuskan kontroversi dan mencabar arahan pihak berkuasa yang telah melarang abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaysia, Chin Peng di bawa pulang ke negara ini. Beliau seorang pengkhianat negara yang telah membawa kesengsaraan kepada rakyat negara ini. Perbuatan ini sengaja dilakukan untuk mencetuskan ketegangan antara kaum, malah mendatangkan ketidakselesaan anggota-anggota perajurit serta mangsa kekejaman pimpinan mendiang. Sensitiviti mereka perlu diambil kira dan janganlah ada pihak yang cuba untuk menghidupkan kembali ideologi PKM ini.
Jadi, Yang Berhormat, saya ingin mengusulkan supaya Dewan ini, yang mulia ini sebulat suara supaya satu tindakan yang keras perlu di ambil kepada mereka yang bertanggungjawab membawa balik mayat abu, mayat, abu mayat ketua pemimpin komunis Malaya, Chin Peng! Dan, walaupun siasatan sedang dibuat. Kita sebagai pemimpin Johor, ingin mendengar suara rakyat dan selaras juga dengan pesanan Tuanku ya. Pesanan Tuanku supaya Galeri Bukit Kepong ni merupakan sejarah hitam bagi negara semasa pembukaan Galeri Bukit Kepong. Saya bawa usul ini Yang Berhormat.
Ya serah pada saya. Ok saya bacakan rundingan yang dibawa oleh Rengit ya, Baru-baru ini terdapat pihak yang sengaja ingin mencetuskan kontroversi dan mencabar arahan pihak berkuasa yang telah melarang abu mayat bekas parti pemimpin parti komunis Malaya (PKM) Ching Peng dibawa pulang ke negara ini. Beliau seorang pengkhianat negara yang telah membawa kesengsaraan kepada rakyat di negara ini. Perbuatan ini sengaja dilakukan untuk mencetuskan ketegangan antara kaum malah mendatangkan ketidakselesaan anggota-anggota parajurit serta mangsa-mangsa kekejaman pimpinan mendiang.
Sensiviti mereka perlu diambil kira jangan ada pihak yang cuba untuk menghidupkan kembali ideologi PKM ini. Saya ingin mengusulkan supaya Dewan yang mulia ini sebulat suara mengusulkan supaya satu tindakan yang keras perlu diambil kepada mereka yang bertanggungjawab membawa balik abu mayat ketua pemimpin komunis Malaya, walaupun Polis sedang siasatan, kita sebagai pemimpin Johor yang mendengar suara rakyat perlu membuat penerangan jelas tentang isu ini. Saya kira isu ini ada mustahaknya perlu disegerakan dan berkepentingan am dan jika ada 10 orang sokongan, kira ada 10, so kita saya terima usul ini untuk di bahas selepas daripada kita berehat saya beri 2 daripada pihak
pembangkang dan 2 daripada pihak kerajaan. So kita tangguh 20 minit sehingga pukul 11.40. Sekian.
Persidangan di tangguhkan pada jam 11.25 pagi.
Persidangan disambung semula pada 11.40 pagi.
Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan selamat sejahtera. Bagi melaksanakan Peraturan 29 yang telah dibawa oleh Rundingan Peraturan 29 yang dibawa oleh Rengit saya persilakan daripada pihak Rengit untuk bentangkan, 2 daripada belah Rengit, 2 daripada pihak kerajaan. Saya bagi 5 minit, cukuplah 5 minit ya, silakan.
Yang Berhormat 2 daripada BN, bukan Rengit,
2 daripada belah kiri, 2 daripada belah kanan saya, jemput.
Assalamualaikum warahmatullahi taalla wabarakatuh, salam sejahtera, salam muafakat nasional. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kerana bersetuju kita bentangkan satu isu, isu masa kini yang cukup sensitif dalam sejarah negara kita Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya mulakan dengan cerita yang cukup menyayat hati ya, betapa 10,000 polis, askar, pejuang yang mempertahankan negara kita mati akibat tindakan ketua pengganas Chin Peng dan ramai yang jadi balu, anak yatim dan ramai lagi yang jadi mangsa.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sejak kebelakangan ini saya lihat provokasi terhadap perpaduan negara ni makin menjadi-jadi dan alhamdulillah saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana mengizinkan kita membincangkan, ini bukan soal orang mati ataupun orang hidup. Yang nak kita bawa dalam Dewan yang mulia ini, ialah soal provokasi kepada perpaduan negara. Kalau benda ini tidak dapat dibendung, tak dapat dikawal daripada sekarang ia akan memberi kesan kepada ketegangan hubungan kaum di negara kita Yang Berhormat Tuan Speaker.
Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, ini juga bukan isu perkauman, ya, bukan isu perkauman, ada juga larangan bukan setakat kepada Chin Peng tetapi kepada Rashid Maidin dan juga Shamsiah Fakeh, Abdullah Sidek. Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, saya sebutkan ini kerana sejak kebelakangan ini kita tengok bendera Malaysia diterbalikkan, bila tanya kenapa berlaku begini, Polis tengah siasat, kenapa diubah bendera Malaysia, bintangnya tinggal 5, Polis tengah siasat. Jadi perkara-perkara ini menjadikan keadaan resah, lebih resah di kalangan penduduk di negara kita.
Yang Berhormat Tuan Speaker, ditambah lagi di Johor ini Yang Berhormat ialah Galeri Bukit Kepong yang dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang ada kaitan sejarah besar bagaimana komunis menyerang 180 orang ini. Dan berlaku di Bukit Kepong, kawasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Jadi, saya kira kita kena buat satu pendirian seluruh Ahli Dewan ini, supaya satu usul kita bahaskan, kena ambil tindakan segera dan perlu laporan dibentangkan kepada seluruh rakyat. Bagaimana abu ini boleh dibawa balik dan sehinggakan ia mencetuskan ketegangan kaum di negara kita. Jadi bukan soal Melayu ataupun Cina, ini keputusan yang telah dibuat oleh kabinet.
Dulu dah ditawarkan kepada Rashid, Chin Peng balik, tapi dia tak nak balik dan bila kerajaan dah buat keputusan yang menjadi hairannya bagaimana abu ini dibawa balik tanpa kawalan Polis. Polis tak tahu sedangkan saya difahamkan polis tahu pergerakan abu mayat tu dari mana ke mana dan sehingga sampai ke teluk. Itu yang menjadi kebimbangan kita pada hari ini, bagaimana kerajaan tak dapat selesaikan masalah ini. Kenapa berlaku zaman kerajaan PH ini Yang Berhormat Tuan Speaker?
Jadi usul saya ialah saya minta kita bincangkan dan buat keputusan agar Johor sepakat, Ahli Dewan Negeri sepakat, sebulat suara supaya kerajaan pusat ambil ketetapan untuk mengambil tindakan segera kepada mereka yang terlibat, tak kiralah siapa yang terlibat supaya benda ini dapat kita selesaikan segera. Kalau tidak Yang Berhormat Tuan Speaker, saya yakin soal ini akan menjadi masalah besar kepada negara ini dan kerajaan PH kena ambil segera tindakan.
Tanjung Piai dah membuktikan bahawa rakyat tolak kerajaan ni PH 15,000. Kalau isu ini tak ambil segera lagi ramai rakyat yang akan bangkit menolak kerajaan PH. Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, ini cadangan saya dan saya nak mintak secara adil, secara jujur, Dewan ini semua sekali buat keputusan sebulat suara, yang penting sebulat suara, bukan pihak BN saja tapi sebulat suara kita minta kerajaan ambil tindakan segera kepada mereka yang sengaja mencetuskan provokasi ini. Sekian, daripada saya Yang Berhormat Tuan Speaker.
Terima kasih. Seterusnya YB Bukit Naning, jemput.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Kami merasakan Bukit Naning bersetuju dengan pendapat bahawa ideologi komunis itu tidak harus kita benarkan sama sekali untuk dibawa ke Malaysia. Tapi soal abu mayat ini adalah soal permohonan daripada keluarga, jadi tidak ada kena mengena dengan apa yang kita fikirkan bahawa kerajaan Malaysia terlibat sama sekali dalam soal pembawaan abu mayat Chin Peng ini. Soal abu mayat Chin Peng ini, Yang Berhormat Tuan Speaker, dibawa ke Malaysia adalah dengan penyeludupan. Jadi, ini adalah soal undang-undang di mana abu mayat ini telah di seludup secara senyap ke dalam Malaysia dan tidak ada permohonan langsung daripada mana-mana pihak.
Jadi Bukit Naning merasakan biarlah isu ini diselesaikan mengikut undang-undang iaitu kita serahkan kepada pihak Polis untuk membuat siasatan dan dakwaan. Jadi, sekali lagi Bukit Naning tegaskan ini tidak melibatkan mana-mana, yang cuba mencetuskan provokasi antara kaum. Ini adalah kehendak pihak keluarga Chin Peng. Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, sekali lagi Bukit Naning tegaskan ini adalah isu keselamatan dan undang-undang dan kita serah kepada pihak Polis untuk meneruskan siasatan dan memberikan pandangan kepada kerajaan Malaysia. Jadi, saya rasa itu sahaja daripada Bukit Naning, terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.
Ya Jemput Benut.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, usul yang kita kemukakan pada pagi ini adalah berkaitan dengan tindakan yang melanggar keputusan kerajaan. Kita juga memahami bahawa perjanjian damai Haatyai yang ditandatangani pada Disember tahun 89. Salah kalau ada pihak yang mengatakan bahawa kita tidak menyedari tentang adanya perjanjian Haatyai tersebut, kita menyedari. Dan saya tidak bersetuju kalau kita hanya melihat dari segi peraturan undang-undang, malah tidak perlu diambil tindakan menyeludup ataupun tidak diambil tindakan menyeludup barang-barang larangan.
Sebagai kefahaman yang kita harus guna pakai, isu yang di hadapan kita ialah bahawa fahaman kita, keputusan kita, penerimaan masyarakat terhadap ideologi komunis ini sememangnya ditolak dan ianya telah dipersetujukan sepertimana dikatakan oleh Yang Berhormat Rengit tadi, ini bukan tentang soal perkauman, ini bukan tentang soal Melayu, Cina atau India. Tetapi kita menyedari bahawa kita amat kesal dengan apa yang dilakukan oleh mereka yang memperjuangkan fahaman komunis, sehinggakan terbentuk satu galeri Bukit Kepong. Jadi, sekiranya kita tidak menyuarakan bantahan kita sebagai rakyat Johor, sebagai badan yang tertinggi, penggubal dasar dan juga undang-undang negeri ini, itu bererti bahawa usaha kita untuk mewujudkan Galeri Bukit Kepong itu satu tindakan yang sia-sia.
Ianya tidak membawa apa-apa erti, galeri itu dibina dan diwujudkan adalah untuk menyedarkan rakyat tentang sejarah hitam dalam negara kita supaya ianya menjadi peringatan, ianya tidak berulang dan ianya adalah sesuatu yang harus kita elak daripada berulang. Maka, tanggungjawab untuk mempastikan keharmonian, perpaduan dan juga kedamaian dalam masyarakat ini adalah menjadi tanggungjawab kita bersama.
Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, bila perkara-perkara yang seumpama ini berlaku Dewan yang mulia ini, sebagai mewakili rakyat negeri Johor perlu ada pendirian. Kita tidak boleh hanya menyerahkan perkara itu kepada tindakan undang-undang. Itu satu perkara yang merupakan lunas-lunas dalam pentadbiran kerajaan, kita ada executif, kita ada treasury kita ada legislator betullah tu. Masing-masing kuasa diberi kuasa secara adil dan saksama.
Tetapi sebagai Dewan ini yang menjaga sensitiviti kita ingin untuk menjamin sesuatu di masa akan datang tidak berulang, maka perkara-perkara begini apabila ianya berlaku, kita undang-undang akan terus berjalan, tetapi sebagai rakyat negeri, sebagai rakyat Malaysia kita harus ada pendirian. Kita menolak sekeras-kerasnya perbuatan untuk membangkitkan semula perkara-perkara yang sensitif. Kita nak kalau boleh perkara yang seumpama ini tindakan yang kita bawa ataupun yang kita sarankan ini melalui usul yang dibentangkan ini adalah terhadap perbuatan membawa balik abu mayat, abu Chin Peng ini. Itu yang menjadi isunya, bukannya tentang abu apa, kucing ke ataupun abu haiwan lain-lain ataupun orang lain-lain, bukan, bukan itu tentang soalnya. Tentang penolakan negara, rakyat negara kita ni terhadap pejuang-pejuang komunis ni. Jadi kita, bila kita benarkan, sedangkan kerajaan Menteri Dalam Negeri sendiri dah pun mengatakan bahawa kerajaan tidak pernah benar abu Chin Peng ini di bawa pulang ke Malaysia. Jadi, ini dah jelas perkara itu melanggar peraturan dan sebagainya bukan itu Yang Berhormat, itu kerajaan buatlah. Tetapi sebagai Dewan yang mulia ini, kita harus ada satu pendirian bahawa kita menolak perbuatan pihak yang cuba mencetuskan perkara ini. Kalau mereka tak seludup bawa masuk perkara apa ini, ini mungkin boleh diuruskan, mungkin boleh dibawa dengan cara yang tidak menimbulkan sentimen marah oleh rakyat. Boleh, bukan tak boleh dibuat. Tapi kenapa harus di seludup? Kenapa harus? Adakah hari ini pengawal petrol border kita zaman PH ni semuanya boleh masuk, tentu tidak. Tentu kerajaan yang ada pada hari ini juga cekap dalam hal mengurus persempadanan. Tapi isu seludup itu ada undang-undangnya. Jadi yang pentingnya ialah kesan daripada perbuatan itu. Jadi, kita harus ada pendirian...
Sudah lima minit Yang Berhormat.
Dewan hanya nak berdiam diri sahaja tentang hal-hal yang sebegini. Jadi dengan itu Yang Berhormat Tuan Speaker, kami sebagai pembangkang merasakan bahawa Dewan ini perlu menolak sekeras-kerasnya dan berkehendakkan satu pendirian dibuat oleh Dewan ini, bahawa kita menolak akan usaha-usaha untuk mencetuskan semula tentang sejarah hitam dalam negara kita. Terima kasih.
Ok. Jemput Senggarang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kerana beri peluang saya untuk membahas tentang perkara ini. Sebagaimana yang sedia maklum bahawa ideologi komunis, satu ideologi yang bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia dan ditolak oleh kerajaan pada masa ini dan pada masa-masa lalu sebelum ini eh. Dan kita pun sedia maklum bahawa sejarahnya perjanjian damai dengan kerajaan di Hatyai, Thailand dengan dinyatakan oleh Benut tadi, pada tahun 1989, Disember 1989, yang telah diuruskan oleh pihak kerajaan pada masa itu. Dan, mengikut berita yang kita bacakan, bahawa kerajaan sebagaimana tidak pernah membenarkan abu mayat bekas Pemimpin Parti Komunis Malaya, PKM Chin Peng, dibawa pulang ke Malaysia. Itu kenyataan daripada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyidddin Yasin. Dan, setakat ini ikut berita yang saya baca bahawa tiada permohonan daripada keluarga untuk membawa mayat pulang ke Malaysia. Dan, perkara itu urusan membawa abu mayat untuk upacara ritual itu diserahkan
kepada keluargakan? Jadi persoalannya, terserah kepada pihak polis untuk, saya serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat perkara ini dan sekiranya bertentangan dengan undang-undang, perlu diambil tindakan. Walau bagaimanapun, bagi kita, stand kita, bahawa ideologi komunis memang tidak dibenarkan di Malaysia. Bertentangan dengan perlembagaan Malaysia dan semua perkara-perkara yang perlu, yang akan dibuat oleh rakyat hendaklah mengikut lunas undang-undang yang telah digariskan oleh Polis DiRaja Malaysia menerusi perlembagaan negara kita Malaysia ini. Sekian, terima kasih.
Ok selesai perbahasan berkenaan dengan usul yang dibuat oleh Rengit. Dan saya melihat dengan teliti, kedua-dua pihak dalam perbahasan ini dan saya berpandangan bahawa Dewan ini menyokong usul yang telah, ataupun rundingan yang telah dibuat oleh Rengit. Ok.
Saya menggunakan Peraturan 29 (3), boleh sahaja tidak payah didapatkan keputusan terhadapnya. So, saya fikir semua Dewan senada tadi. Saya fikir maknanya tak ada yang membantah, jadi usul ini diterimalah oleh Dewan ini. Ok. (Dewan bertepuk).
Terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih tapi ingatkan eh, ini usul pertama dalam sejarah Dewan, usul dari pembangkang dibenarkan dalam Dewan. Ini adalah apa nama, penambahbaikan Dewan untuk kesejahteraan semua eh.
Sambungan Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2020) Tahun 2019.Bill
Ahli-Ahli Yang Berhormat Sambungan Perbahasan Atas Rundingan Bagi Bacaan Kali Kedua Enakmen Perbekalan (2020) Tahun 2019 disambung sekarang.
Saya persilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan Dan Insfrasturktur. Silakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, terlebih dahulu Tenang mengucapkan terima kasih atas peluang selaku penggulung pertama perbahasan atas rundingan menjunjung kasih atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor yang berkenan merasmikan Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14. Bersempena dengan sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Ta’zim yang ke-61 pada 22 November lalu, patik merafak sembah, menjunjung setinggi-tinggi kasih dan berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku berada dalam keadaan sihat, sejahtera dilanjutkan usia dan terus memerintah di atas takhta kerajaan bagi menaungi sekalian rakyat Johor dengan adil dan saksama.
Tuan Speaker, kepesatan ekonomi negeri Johor yang sedang menuju ke arah menjadi sebuah negeri maju, berdaya saing, mampan dan dinamik perlu disokong dengan infrastruktur yang lengkap dan sistem pengangkutan awam yang moden, bersepadu serta bertaraf dunia. Kerajaan negeri mempunyai hala tuju yang jelas untuk mencapai hasrat pemodenan sistem pengangkutan awam dan infrastruktur negeri. Kerajaan negeri juga telah merangka beberapa pelan perancangan yang melibatkan pengangkutan awam dan infrastruktur yang saling melengkapi serta di susun secara inklusif melangkaui setiap pelusuk kawasan atau daerah di negeri Johor. Dari Tanjung Piai hingga ke Tanjung Mas di Muar tanpa mengira sama ada kawasan itu milik pembangkang ataupun kerajaan. Sebagai contoh, Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Johor 2045 yang dirangka khas untuk memodenkan sistem pengangkutan awam di negeri Johor dengan mengambil kira jaringan rangkaian sistem pengangkutan di seluruh negara. Secara keseluruhannya, terdapat 6 pelan
rujukan yang akan dijadikan panduan dengan penetapan pelbagai sasaran yang ingin dicapai bagi fasa jangka pendek dan jangka sederhana serta jangka panjang. Setiap pelan pembangunan yang disediakan dan dilaksanakan dipastikan ia selari dengan pelan yang telah dirangka atau dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan. Di sini, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Dan Pengangkutan serta Infrastruktur merakamkan terima kasih atas peranan pihak berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) dan pihak berkuasa Pembangunan Wilayah Timur (ECER) yang turut menjadi penyumbang kepada pembangunan negeri Johor. Tenang juga memandang penting kepada peranan dan sumbangan PIPC iaitu Pengerang Integrated Petroleum Complex khususnya di Pengerang.
Sepanjang persidangan yang bermula Ahad, 24 November, pelbagai perkara disentuh oleh Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini mengenai portfolio JKR, Pengangkutan dan Infrastruktur.
Yang Berhormat Tuan Speaker, antara lain ialah cadangan penyusunan jeti dan feri di negeri Johor yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Benut. Ketika ini terdapat 9 jeti penumpang yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan penumpang dari Johor dan ke destinasi-destinasi antarabangsa di Indonesia dan di Singapura. Setiap satu mempunyai keunikan sendiri dan keunikan ini perlu diselaraskan dengan kajian pengurusan setiap jeti bagi melihat keadaan semasa, keperluan dan kemampuan jeti-jeti sedia ada untuk memenuhi keperluan sektor ekonomi dan perindustrian. Potensi pembangunan setiap jeti juga perlu diambil berat bagi melihat keupayaan jeti-jeti di negeri ini menyumbang dari segi ekonomi pada masa akan datang. Hasil kajian pengurusan jeti ini juga akan membantu pihak kerajaan untuk membuat perancangan dan menambah baik laluan pengangkutan air dan perkhidmatan yang disediakan.
Tinjauan mendapati masih ada penambahbaikan yang perlu dari segi reka bentuk struktur terminal dan kemudahan awam. Antaranya ialah signage atau tunjuk arah dan papan informasi yang tidak mencukupi bagi menayangkan laluan dan masa perjalanan feri. Yang kedua, kemudahan surau dan tandas awam yang tidak diurus dengan baik. Yang ketiga, ruang menunggu yang tidak selesa dan kekurangan perkhidmatan food and baverages dengan izin, F&B dan grocery atau runcit. Keempat, ketiadaan kaunter-kaunter perkhidmatan sokongan pengangkutan awam darat yang lain. Kelima, ketiadaan keselamatan menyeluruh termasuk sistem CCTV, kawalan komprehensif keluar masuk barangan dan penumpang. Keenam, loading bay yang selamat bagi menaik dan menurun penumpang terutama penumpang OKU. Maka dengan itu, kerajaan negeri berpendapat bahawa perlunya satu kajian khusus bagi menambah baik infra dan perkhidmatan terminal-terminal feri dan jeti penumpang di seluruh negeri Johor agar ianya menepati standard antarabangsa memandangkan terminal feri dan jeti penumpang merupakan antara pintu-pintu masuk pelancong negara ini. Oleh yang demikian, persepsi pertama berkenaan negara inI bermula di terminal. Dengan itu, jika kita mempunyai standard yang tinggi untuk kemudahan di terminal, ia adalah gambaran pertama bagi negara kita yang sudah bertamadun dari segi budaya dan kemajuan rakyatnya.
9 terminal feri yang bergerak aktif ketika ini ialah:
1. Terminal Feri Antarabangsa Kukup, yang diuruskan oleh Pengangkutan Awam Johor yang menawarkan laluan ke Tanjung Balai sebanyak 5 slot setiap hari.
2. Terminal Tanjung Penggelih, yang diuruskan oleh Jabatan Laut Wilayah Selatan yang menawarkan laluan ke Batam sebanyak 1 slot setiap hari.
3. Terminal Feri Tanjung Belungkor, yang diuruskan oleh Marina Ireland Venture Capital Sdn. Bhd. yang menawarkan laluan ke Changi sebanyak 2 lot, 2 slot satu hari dan Batam 1 slot sehari.
4. Terminal Feri Pasir Gudang, yang diuruskan oleh Pasir Gudang Terminal Sdn. Bhd. yang menawarkan laluan ke Batam 5 slot, sory, maaf sebanyak 9 slot dan laluan ke Tanjung Pinang sebanyak 2 slot.
5. Terminal Feri Stulang Laut, yang diuruskan oleh Berjaya Waterfront Sdn. Bhd. yang menawarkan laluan ke Batam sebanyak 15 slot dan Harbour Bay, Batam sebanyak 8 slot, laluan Tanjung Pinang pula sebanyak 3 slot.
6. Terminal Feri Muar, yang diuruskan oleh Jabatan Laut Wilayah Selatan, yang menawarkan laluan ke Bengkalis sebanyak 2 slot dan laluan ke Dumai sebanyak 2 slot.
7. Terminal Feri Mersing, yang diuruskan oleh Jabatan Laut Wilayah Selatan dan menawarkan laluan ke Pulau Tioman dan slot laluan berdasarkan jadual bulanan.
8. Terminal Feri Batu Pahat, yang diuruskan oleh Minyak Beku Feri Terminal Sdn. Bhd. yang menawarkan laluan ke Selat Panjang sebanyak 1 slot.
9. Terminal Feri Puteri Harbour, yang diuruskan oleh UEM Sunrise Sdn. Bhd. yang menawarkan laluan ke Tanjung Balai 6 slot dan ke Batam sebanyak 5 slot.
Buat masa ini, kesemua terminal feri di Johor sedang memberi perkhidmatan kepada 10,000 penumpang sehari, pergi dan balik sebab itulah pentingnya kita susunkan feri dan terminal ini supaya ia dapat menyumbang satu, apa ni, satu, satu bukan sahaja imej kepada negeri Johor tapi menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri Johor.
Benut juga ada bertanya mengenai high speed rail atau HSR dan RTS yang ditangguhkan. Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan pembangunan HSR bukan ditangguhkan, tetapi sedang dalam kajian teliti bagi menentukan jajaran yang paling sesuai. Kerajaan negeri mengalu-alukan pelaksanaan projek berimpak tinggi ini. Walau bagaimanapun, kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan bagi menangguhkan projek HSR, perlaksanaannya sehingga 31 Mei 2020 untuk menilai pelaksanaan serta pengurangan kos projek. Antara perkara yang diperhalusi adalah:
1. Mengoptimumkan kos pembinaan melalui kajian semula jenis struktur dan kos pengambilan tanah. 2. Mengoptimumkan rancangan perolehan dan pelaksanaan projek. 3. Reka bentuk yang mematuhi keperluan teknikal. 4. Meminimakan impak sosial dan persekitaran.
Mengenai RTS pula, telah dijelaskan sebelum ini oleh Yang Berhormat Gambir, bagaimana pun bolehlah ditambah lagi bahawa pada 18 Oktober 2019, Kementerian Pengangkutan Malaysia telah mendapat kelulusan daripada Kabinet untuk meneruskan projek RTS dengan perubahan kepada struktur, skop dan spesifikasi projek. Kos keseluruhan projek yang baru, dianggarkan dapat dikurangkan daripada RM4.93 bilion kepada RM3.16 bilion iaitu penjimatan sebanyak RM1.77 bilion iaitu 36% daripada anggaran asal. Lebih rendah daripada kos asal sewaktu projek ini di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan Pakatan Harapan yang baharu ini sentiasa memberi prihatin kepada kos perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan supaya dia memberi impak ataupun pulangan yang maksimum kepada rakyat. Sebab itulah baru-baru ini, saya, lawatan ke Tanjung Piai, ada sebuah jambatan di sana, yang menyeberangi Sungai Pulai, hasil daripada perundingan semula dengan pihak kontraktor, Pakatan Harapan telah berjaya mengurangkan kos pembinaan jambatan itu sebanyak RM20 juta. (Dewan bertepuk). RM20 juta itu Yang Berhormat Tuan Speaker, boleh buat banyak kelas-kelas baru, klinik, jambatan, jalan kampung. Jadi, itulah Pakatan Harapan dia sentiasa mencari jalan macam mana kita hendak mengurangkan kos dan mengoptimumkan hasil.
Yang Berhormat Tuan Speaker, satu ciri penting dalam struktur projek RTS yang telah disemak semula adalah mengenai penglibatan pemaju, pemilik tanah Bukit Cagar untuk membiayai dan membolehkan projek ini diteruskan dengan kos tanah yang dikecualikan. Digabungkan dengan kos pembinaan dan sistem rail yang dioptimumkan, kerajaan berjaya mencapai penjimatan yang ketara sekali gus menjadikannya lebih berdaya maju dari segi kewangan.
Yang Berhormat Speaker, Benut juga telah menyentuh mengenai mengapa tidak ada kajian yang berkaitan dengan cadangan melebarkan, menambah lane kepada Lebuh Raya Utara - Selatan. Untuk makluman Yang Berhormat Speaker dan Ahli Yang Berhormat Benut, Lebuh Raya Utara - Selatan di bina berdasarkan perjanjian konsesi, pembinaan tambahan atau pembesaran lebuh raya sama ada dari 4 kepada 6 lorong adalah mengikut perjanjian konsesi. Oleh itu, pihak kerajaan sekiranya ingin membuat sendiri, dia kena membiayai sepenuhnya, unless syarikat konsesi itu bersetuju. Walau bagaimanapun, beberapa siri perbincangan telah dijalankan berkaitan dengan cadangan pelebaran Lebuh Raya Utara - Selatan bersama PLUS, Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuh Raya. Pihak IRDA juga telah mencadangkan kepada pihak kerajaan persekutuan agar perkara ini diperhalusi dan bagi dilaksanakan. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri juga telah memohon supaya kerajaan pusat memasukan cadangan ini, makna kami di kerajaan negeri telah memasukkan cadangan ini dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
Yang Berhormat Tuan Speaker, ada beberapa lagi yang ditimbulkan oleh ADUN-ADUN kita mengenai kemudahan lampu jalan dan sebagainya. Contohnya, daripada YB dari Kahang, jadi ini adalah antara yang kami dapati, jalan masuk ke FELDA Ulu Penggeli merupakan jalan persekutuan yang bersambung dengan laluan utama FT091 jalan Kluang - Kota Tinggi. Kemalangan yang sering kali berlaku di simpang masuk jalan FELDA Ulu Penggeli dari laluan utama FT091 ini adalah berpunca daripada masalah pencahayaan pada waktu malam. Berdasarkan kepada pemantauan yang dijalankan di tapak, di dapati hanya terdapat 1 batang tiang lampu sahaja di simpang tiga laluan masuk ke FELDA tersebut. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini, pihak Jabatan Kerja Raya negeri telah membuat permohonan peruntukan kepada kerajaan pusat sebanyak RM200,000.00 pada Februari 2019. Kerja-kerja pemasangan lampu jalan ini akan dilaksanakan setelah peruntukkan ini diluluskan. Pemasangan lampu jalan di kawasan persimpangan jalan besar Belitong ke Renggam telah pun disenaraikan di bawah peruntukan pembangunan negeri RJ5T bagi program tahun 2020 yang mana dijangka dilaksanakan pada Mei tahun depan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, ada juga persoalan mengenai peruntukan kerajaan persekutuan bagi menyelenggara jalan negeri dan jalan kampung melalui program MARRIS. Untuk pengetahuan semua Yang Berhormat, peruntukkan MARRIS, jalan negeri tidak boleh digunakan untuk penyelenggaraan jalan persekutuan. Kerana, ia menyalahi tatacara pengurusan di dalam garis panduan MARRIS. Peruntukkan MARRIS hanya boleh atau dibenarkan untuk penyelenggaraan jalan-jalan raya negeri sahaja. Selaras dengan perkara 109(1) (6) Perlembagaan Persekutuan.
Seri Medan ada mengemukakan beberapa persoalan tapi saya rasa telah saya akan ulas dalam seterusnya. Mengkibol ada mencadangkan bagi membina lebuh raya baru demi mencapai synergy atau kesan ekonomi yang lebih ketara, berdasarkan record level of service (LOS) sedia ada, jalan penghubung Batu Pahat – Kluang – Mersing, FT50 masih mampu menampung kapasiti kenderaan dan tidak perlu pelebaran atau jalan alternatif. Namun begitu, dari aspek keselamatan dan kajian yang telah dibuat, FT50 perlu di naik taraf dengan membina pembahagi jalan dan pusingan U, bagi mengurangkan statistik kemalangan jalan raya. Projek menaik taraf FT50 ini telah di senarai utama dalam, dimasukkan dalam program Rancangan Malaysia Ke-12. Walau bagaimanapun, sekiranya jalan baru perlu dibina, kajian dari aspek sosial dan ekonomi perlu dilaksanakan terlebih dahulu.
Ada persoalan mengenai perkara yang sama dan ingin saya mengumumkan bahawa pihak kerajaan telah meluluskan, membina medium pusingan U dan kerja-kerja berkaitan di jalan
Batu Pahat - Ayer Hitam, 4 lane, dual carriageway fasa 3A. Yang ini dah lulus, daripada kilometer 35 sehingga kilometer 36 iaitu Parit Sempadan, Batu Pahat hingga selepas tol Ayer Hitam. Sepanjang 14 kilometer, so peruntukkan telah diluluskan, insya-Allah kita dalam proses untuk memastikan ia melalui proses seterusnya.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Pasir Raja ada memohon agar peruntukan pembinaan jalan baru pintasan di antara sekolah menengah ke sekolah rendah di FELDA Bukit Besar yang telah dibatalkan, diluluskan semula bagi menangani isu kemalangan yang sering berlaku di jalan tersebut kerana ia jalan utama yang satu-satunya jalan bagi menuju ke sekolah.
Yang Berhormat Tuan Speaker, peruntukan bagi melaksanakan projek pembinaan jalan baru pintasan di antara sekolah menengah ke sekolah rendah di FELDA Bukit Besar ini belum dilaksanakan pada tahun ini, belum dilaksanakan. Walau bagaimanapun, cadangan bagi meneruskan projek tersebut akan dipohon semula menerusi peruntukan tahun hadapan melalui peruntukan Jabatan Perdana Menteri. Saya pohonkan Pasir Raja dan juga Ahli Dewan yang lain sekiranya tidak kira dari pembangkang atau kerajaan supaya mengingatkan saya dari semasa ke semasa mengenai projek-projek keperluan di kawasan masing-masing untuk saya angkat sama ada di peringkat jabatan, di peringkat kerajaan negeri atau di peringkat pusat.
Buluh Kasap ada bertanya mengenai projek jambatan Kuala Paya yang terbengkalai dan terhenti, bilakah boleh dimulakan semula? Yang Berhormat Speaker, untuk makluman, tarikh siap asal projek ini adalah pada 14 Februari 2019. Lanjutan masa yang pertama telah diluluskan kepada pihak kontraktor sehingga 28 Julai 2019. Namun begitu, sehingga ke hari ini tiada kerja-kerja fizikal yang dilaksanakan di tapak dan pihak Jabatan Kerja Raya mendapati pihak kontraktor tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan dan menyiapkan projek ini. Oleh yang demikian, Jabatan Kerja Raya telah mengeluarkan notis untuk tujuan penamatan pada 8 Oktober 2019 yang lalu. Status terkini projek tersebut adalah dalam tindakan penamatan kerja.
Inilah Yang Berhormat Tuan Speaker, antara masalah yang dihadapi oleh kami ialah, kontraktor-kontraktor yang tidak berwibawa. Ini cerita-cerita lama, ini kadang-kadang, kontraktor RM2.00 pun dapat projek berjuta-juta. Jadi, sekarang ini seperti yang saya sebutkan sebelum ini, kita akan memastikan kontraktor-kontraktor yang mempunyai pengalaman, yang mempunyai kewangan yang mencukupi dan mempunyai kesungguhan akan di utamakan dalam pemilihan untuk mendapat kerja-kerja sama ada di peringkat negeri ataupun persekutuan.
Permas ada bertanya mengenai keselamatan rakyat untuk terminal feri antarabangsa. Beliau menyentuh secara spesifik terminal Pasir Gudang. Terminal ini diuruskan oleh Pasir Gudang Terminal Sdn. Bhd. yang menawarkan laluan ke Batam sebanyak 7 slot, memuatkan seramai 17,000 penumpang sebulan. Dan laluan ke Tanjung Pinang sebanyak 2 slot memuatkan seramai 400 penumpang sebulan. Terminal ini membantu pihak kerajaan menghantar pulang PATI Indonesia ke Tanjung Pinang, memandangkan terminal ini adalah laluan pintu keluar yang paling hampir dengan Tanjung Pinang.
Dari segi keselamatan pada tahun 2018, mencatatkan satu kes penyeludupan haiwan terancam yakni burung dan diselesaikan oleh pihak PERHILITAN. Satu kes penyeludupan dadah dan kes diserahkan kepada IPD Seri Alam, dan satu kes kecurian barang syarikat dan diserahkan kepada IPS Seri Alam. Pada tahun 2019 terdapat dua kes kehilangan dan kecurian beg duit. Satu kes pecah kereta dan satu kes langgar lari. Jika melihat kepada rekod ini kerajaan, kejadian isu keselamatan adalah isu terpencil yang berlaku di Pasir Gudang, dan terminal mematuhi kehendak ISPS (Statement Of Compliance) di mana pengurusan terminal telah menjalankan latihan dan drill keselamatan sebanyak tujuh kali setahun, 4 kali setahun dan lain-lain latihan kompetensi kepada seluruh anggota keselamatan dan petugas di terminal feri Pasir Gudang.
Berkaitan isu-isu keselamatan feri di perairan pula, tiada yang dilaporkan setakat ini. Hal ini kerana terminal mematuhi dengan ketat keperluan ISPS yang sudah ditetapkan oleh Jabatan Laut. Namun, pengurusan terminal pula dari semasa ke semasa selalu diingatkan supaya menambah baik infra dan perkhidmatan di tempat masing-masing.
Permas juga ingin tahu mengenai projek hospital Pasir Gudang. Hospital ini adalah milik Kementerian Kesihatan, tapi JKR adalah agensi pelaksana. Jadi, JKR adalah komponen penting bagi memastikan projek-projek sama ada federal atau persekutuan ini dapat dilaksanakan mengikut jadual. Pembinaan hospital Pasir Gudang yang di cadangkan atas, di bina di Jalan Gunung Besar, Seri Alam masih lagi berjalan seperti mana yang dirancangkan. Anggaran kos projek yang berjumlah RM500 juta telah pun ditutup tender, tendernya telah ditutup pada 21 November 2019 yang lalu. Statistik kini, projek tersebut adalah di dalam peringkat Jawatankuasa Penilaian. Berdasarkan jadual perancangan, Surat Setuju Terima akan dikeluarkan pada 13 April 2020, insya-Allah.
Tenggaroh bertanya mengenai status jambatan Mersing. Yang Berhormat Speaker, sebagaimana sedia maklum, bagi mengatasi kesesakan jambatan Mersing terutama ketika musim perayaan, kerajaan negeri telah mencadangkan agar pembinaan by pass dilaksanakan. Pihak Jabatan Kerja Raya negeri telah mengenal pasti lokasi pembinaan jalan Mersing by pass serta membuat anggaran kos yang berjumlah RM75 juta untuk dilaksanakan. Untuk makluman, projek Mersing by pass ini telah di pohon dalam senarai keutamaan pada RMK-11, RP Ke-5 tetapi tidak diluluskan. Walau bagaimanapun, projek ini akan terus di pohon sebagai senarai keutamaan dalam RMKe-12 dan berita baik pada hari ini ialah, Yang Amat Berhormat kita sangat prihatin mengenai projek ini dan hari ini beliau telah, saya difahamkan oleh pihak JKR bahawa Yang Amat Berhormat akan membawa perkara ini secara personal kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang mengadakan lawatan ke Johor pada hari ini.
Soalan Tenggaroh pula, mengharapkan bajet untuk lampu jalan dapat diselesaikan masalah lampu jalan di kawasan beliau. Lampu jalan ni sebenarnya ada yang dilaksanakan oleh KPLB, ada yang dibuat oleh Pejabat Daerah dan ada juga di JKR. Dan kita memang sentiasa memastikan bahawa projek-projek ini akan dilaksanakan sekiranya peruntukan yang telah tersedia. Permohonan peruntukan sebanyak RM21 juta yang dibuat bagi cadangan program tahun 2019, masih belum diluluskan di peringkat kerajaan pusat. Jabatan Kerja Raya akan memohon semula di bawah program tahun 2020 bagi mengatasi masalah pencahayaan di laluan yang dimaksudkan dan di laluan-laluan lain, bagi memastikan rakyat kita dapat menikmati hidup dan kualiti yang lebih baik termasuk di luar bandar.
Yang Berhormat Speaker, ada juga di antara Ahli Dewan yang mulia ini menyebut mengenai keperluan penambahbaikan projek jalan-jalan di peringkat FELDA seperti dalam pembentangan bajet tahun ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menyatakan bahawa beliau akan memohon peruntukan khas daripada kerajaan persekutuan sebanyak RM30 juta khusus bagi menambah baik lagi jalan-jalan di kawasan FELDA. Bagaimanapun, ada menyebut bahawa kenapa projek MARRIS ni tidak digunakan untuk projek-projek di kawasan FELDA. MARRIS adalah untuk jalan-jalan negeri, jalan-jalan kampung jadi FELDA sebelum ini di bawah Jabatan ataupun projek persekutuan. Sebab itu dengan permohonan dan insya-Allah kalau kita dapat RM30 juta ni dapatlah kita melaksanakan projek-projek di kawasan FELDA.
Senai ada bertanya mengenai apakah status jalan pintas Senai-Kulai yang tertangguh? Dan adakah ianya dapat dibina? Saya difahamkan dan terima kasih pihak Senai telah mengadakan satu proposal dengan hasil kajiannya yang menunjukkan bahawa perlunya pembinaan jalan berkenaan. Tiada masalah, kami di peringkat negeri akan mengangkat cadangan itu supaya disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Ada menyebut mengenai apakah peranan IRDA dalam Bajet 2020 sebab tidak dijelaskan dengan apa, dengan teliti dalam bajet berkenaan sebab IRDA mempunyai program dia yang sendiri. IRDA akan terus memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar bagi Wilayah Iskandar Malaysia. Pada tahun 2020 IRDA akan memulakan
perlaksanaan projek bas Rapid Transit satu sistem pengangkutan Massa yang berdaya saing dengan cakupan perkhidmatan seluas 90% dari kawasan berpendudukan. Projek ini dijangka dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat melalui pengurangan kos sara hidup, akses kepada pendidikan, kesihatan dan pekerjaan. IRDA juga memastikan pelaksanaan projek-projek sedia ada diteruskan dengan sokongan kerajaan negeri dan agensi-agensi tempatan melalui perbelanjaan pembangunan oleh kerajaan persekutuan antaranya menaik taraf persimpangan bertingkat Kempas sedia ada di Lebuh Raya Utara Selatan yang telah berjalan dengan kos sebanyak RM50 juta. Dua, pihak IRDA akan melaksanakan kajian penambah baikkan jalan dari jalan Lingkaran Dalam ke Lebuh Raya Penyebaran Timur, Johor Bahru EDL dan dari EDL ke pusat bandar Johor Bahru dengan kos sebanyak RM2 juta. Ini adalah kos bagi kajian ya.
IRDA juga telah mencadangkan kepada kerajaan persekutuan agar menimbangkan kebolehlaksanaan projek-projek berikut :
1. Pelebaran Lebuh Raya Utara-Selatan, yang saya sebutkan tadi; 2. Menaik taraf laluan persekutuan 1. 3. Pemanjangan Lebuh Raya Persisir Barat bagi membuka kawasan pertumbuhan baharu, menampung peningkatan trafik dan memastikan aktiviti logistik dapat terus diperkasakan bagi pembangunan ekonomi yang mampan.
Pihak IRDA juga menarik pelbagai dana antarabangsa dalam aspek meningkatkan mobiliti dan alam sekitar. Kerajaan Britian melalui Prosperity Fund 2018 telah memperuntukkan sejumlah 3 juta pound sterling bagi melaksanakan kajian sistem pengurusan mobiliti bersepadu dan pintar serta projek perintis di Iskandar Malaysia. Saya yakin IRDA akan terus memainkan peranan yang penting meletakkan Iskandar Malaysia dan Johor pada amnya, di peta dunia melalui komitmen terhadap pembangunan rendah karbon serta lain-lain aspek dalam alam sekitar. IRDA juga pasti akan terus komited dalam meningkatkan penyertaan ekonomi dan kapasiti komuniti terutama belia melalui pelbagai projek seperti Youth Hub Village Enhancement Programme, Kawan Iskandar Malaysia dan lain-lain seperti mana yang telah dibentang dalam jawapan Yang Berhormat EXCO Belia sebentar tadi.
Semarang ada menyebut sekali lagi mengenai Ayer Hitam, Batu Pahat, Ayer Hitam Batu Pahat tu panjang, jadi bahagian-bahagian yang ADUN berkenaan di kawasan mereka dia akan timbulkan dan terima kasih. Dalam aspek keselamatan lagi sekali kajian yang dibuat di FT 50 perlu dinaik taraf dengan membina pembahagi jalan dan pusingan U. Yang pertama tadi saya telah menyebutkan bahawa fasa 3A telah diluluskan dan fasa membina median pusingan U dan kerja-kerja berkaitan di Jalan Batu Pahat, Ayer Hitam, Kluang FT 050, 4 lane, Dual Carriage Way, fasa 3B dari km 35 sehingga km 49 akan disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Yang pertama tadi telah diluluskan, tetapi fasa yang seterusnya akan diangkat apa ni, permohonan ini selepas fasa yang pertama tadi selesai dilaksanakan.
Rakan saya dari Sedili ada menimbulkan beberapa masalah dan permohonan. Semalam pegawai-pegawai saya telah tengok google dan terus ke lokasi bukan saya physically ke sana, sebab dah petang, malam jadi kita buka google, memang ada beberapa kawasan itu perlu dilihat semula tetapi ada juga jalan-jalan yang kelihatan lengang dan dan tidaklah begitu mendesak untuk di naik tarafkan. Bagaimanapun, memang dari semasa ke semasa, saya selepas ini akan, saya telah memberitahu pegawai JKR bahawa kita perlu ke kawasan melihat jalan-jalan berkenaan untuk memastikan untuk melihat sendiri apakah status dan kedudukan jalan-jalan berkenaan. Dan ada beberapa jalan yang disebutkan oleh Sedili seperti Sedili ke Sedili Kecil, kita akan tengok balik. Bagaimanapun, saya mendapati kawasan tu belum begitu mendesak sangat untuk di naik taraf atau pelebaran.
Pekan Nanas ada menyebut mengenai beberapa jalan di sana yang dikatakan sekiranya kita dapat melaksanakan ni maka akan meningkatlah graf Pakatan Harapan, saya memang setuju. Kita banyak buat projek kat sana pun, penilaian mereka kadang-kadang berbeza. Kita bagi banyak projek pun berbeza, tapi saya sebagai EXCO yang dipertanggungjawabkan
di Sungai Boh baru-baru ini, saya ucapkan terima kasih. Saya berjanji dengan penduduk Sungai Boh sekiranya Pakatan Harapan menang, saya akan terus jadi bapak angkat di sana. Tetapi oleh kerana kita tidak bernasib baik, kita tewas, saya akan terus juga ke sana dan alhamdulilah, ada meningkat di tempat lain mungkin menurun tetapi di Sungai Boh, pengundi Pakatan Harapan meningkat 5 orang, cukuplah tu. So, aim kita bukan yang ni, aim kita akan PRU 15 di mana kita akan sapu dua-duanya. Tapi kita kena buat kerjalah, betul tak kawan-kawan? (Dewan bertepuk).
Projek pembinaan jalan pintas dari Jalan Sawah ke Pekan Ulu Choh akan dilaksanakan secara berfasa. Bagi fasa 1 masih di peringkat pembinaan. Sebenarnya dalam peringkat pembinaan, kemajuan di tapak telah mencapai 50% pembinaan dan dijangka siap pada pertengahan tahun 2020. Manakala fasa 2 projek tersebut akan ditender apabila projek fasa 1 siap sepenuhnya.
Perling ada menyebutkan mengenai kontraktor-kontraktor yang membuat kerja atau melaksanakan kerja di waktu puncak, tengah hari, pagi di mana menyebabkan kesesakan. Memang kita JKR ada menetapkan satu sistem di panggil trafic management system untuk memastikan kontraktor-kontraktor yang menjalankan kerja semasa di jalan raya menggunakan waktu yang terbaik untuk melaksanakan projeknya. Tapi kita tak dapatkan menetapkan kepada mereka supaya kerja waktu malam sahaja. Kalau kerja waktu malam sahaja, nanti kos dia akan meningkat dengan dia punya kos buruh yang meningkat jadi nanti kos untuk membina satu jalan itu meningkat. Tetapi oleh yang demikian, kita selalu mengharapkan supaya mereka menggunakan peraturan iaitu traffic management system untuk mengurangkan kesannya kepada sesuatu projek itu, mengurangkan kesan kepada apa ni, lalu lintas iaitu mengurangkan masalah kepada penduduk sekitar.
Dah 34 minit Yang Berhormat.
Oh, dah lebih ya.
Dah 34 minit.
Oh tu sebab ini penting, jalan ni kadang-kadang ni kan. Ah sini bukan retorik, ni banyak fakta saya salah sebut kang, salah sebut, panjang jalan ni kang. Saya rasa ada satu helai lagi Yang Berhormat, JKR dan agensi-agensi di bawah saya yang meliputi darat, laut, udara dan apa ni, rel ini akan memastikan dan sentiasa memikirkan apakah perubahan yang kita akan buat dalam masa tahun-tahun yang akan datang supaya Pakatan Harapan dilihat mempunyai vision, bagi memajukan lagi negeri Johor khususnya dalam infra dan struktur. So, saya mengakhiri ucapan ini dengan mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, kepada Ahli-Ahli Dewan dan saya membuka pintu saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa JKR, Pengangkutan dan Infrastruktur sentiasa membuka tanpa appointment, tanpa apa boleh berjumpa saya untuk mencadangkan dan melihat balik cadangan-cadangan bagi penyediaan infrastruktur bagi negeri Johor ni untuk faedah rakyat. Sekian, terima kasih. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya memulakan ucapan penggulungan dengan terlebih dahulu merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih dan sekalung ucapan tahniah atas sambutan ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor yang ke-61 pada 22 November yang lalu. Hidupkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Tuanku Sultan Johor sentiasa berada dalam keadaan yang sihat.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih, malah menyambut baik atas segala saranan dan pandangan bernas Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri demi merealisasikan gagasan memakmur dan mensejahtera Johor Bestari sebagaimana menjadi asas Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 21 November yang lalu. Sebanyak 6 Teras strategi telah digariskan menjadi tulang belakang pembentangan belanjawan tahun hadapan. Teras melestarikan alam sekitar, mensejahtera rakyat, dan menambah baik tadbir urus yang cekap dan berintegriti secara langsung berhubung kait dengan portfolio jawatan yang diamanahkan kepada saya.
Yang Berhormat Tuan Speaker, insiden pencemaran di Pasir Gudang sememangnya menjadi titik kebangkitan kami di barisan pimpinan, di barisan kepimpinan kerajaan negeri dan juga sekalian rakyat negeri Johor yang kini memberi perhatian dan komitmen serius terhadap peri pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah alam sekitar kita. Lantaran itu, pengurusan alam sekitar menjadi titik fokus saya sebaik menggalas amanah ini dan merakam sekalung penghargaan kepada barisan kepimpinan kerajaan negeri yang meluluskan penubuhan Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar Negeri Johor bagi menyelaras pengurusan alam sekitar secara bersepadu dan berkesan dengan semangat muafakat itu berkat. Jawatankuasa yang dipengerusikan saya pada hari ini akan berpaksikan kepada visi memacu pembangunan mampan ke arah kemakmuran bersama, dengan hasrat untuk mendukung dan memenuhi setiap matlamat yang difokuskan di dalam dokumen antarabangsa matlamat Pembangunan Mampan 2030, atau sustainable development gold dengan izin 2030. Saya komited malah yakin bahawa Belanjawan Johor 2020 ini dengan disokong oleh Belanjawan 2020 oleh kerajaan persekutuan mampu mengangkat kembali nilai khazanah alam sekitar, tat kala ancaman ekologi kini semakin menampakkan kesan.
Lanjutan daripada itu ucapan saya pada hari ini akan dipecahkan kepada 3 segmen mengikut portfolio iaitu Alam Sekitar, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar. Yang Berhormat Tuan Speaker, sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar minggu lalu, Majlis Rendah Karbon Negeri Johor (JLCC) ditubuhkan sebagai platform membincangkan dan merancang inisiatif berkaitan rendah karbon secara terancang sekaligus memperhebat usaha membentuk masyarakat rendah karbon dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.
Inisiatif rendah karbon ini telah menjadi perhatian Ahli-Ahli Dewan sama ada melalui sesi soal lisan mahupun sesi perbahasan sepanjang Persidangan kali ini. Antara yang menarik perhatian saya adalah berkaitan dengan pelaksanaan mekanisme cukai karbon sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Skudai dan juga Yang Berhormat Senai. Pada dasarnya mekanisme cukai karbon perlu diperhalusi agar perlaksanaannya nanti tidak tergesa-gesa memandangkan di peringkat kerajaan persekutuan sendiri telah memutuskan bahawa cukai tersebut tidak sesuai dilaksanakan pada masa kini, dengan ketetapan untuk memacu kedatangan pelabur asing ke negara kita.
Walau bagaimanapun, saranan yang dibuat oleh Yang Berhormat Skudai dan Yang Berhormat Senai akan diberi perhatian oleh kerajaan negeri Johor dengan membawanya ke meja perbincangan bersama Kementerian MESTECC dan Kementerian Kewangan bagi melihat potensi pelaksanaannya kesan perundangan dan sokongan dasar di peringkat kerajaan persekutuan dan negeri. Sebagai persediaan ke arah pelaksanaan mekanisme tersebut Johor Low Carbon Council dalam mesyuarat pertamanya yang lalu telah mengambil ketetapan untuk mewujudkan pangkalan maklumat pelepasan karbon, melalui inisiatif yang mengkira dan merekod pelepasan karbon seperti building energy monitoring and reporting system bank dan comprehensive assesement system for building enviroment effeciency (CASBEE). Pembentukan masyarakat rendah karbon yang telah mula dilaksanakan sejak tahun 2012 di kawasan Iskandar Malaysia akan diperhebat melalui JLCC seiring dengan matlamat digagaskan oleh SDG 2030. Bagi mempergiat usaha tersebut 5 Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan Iskandar Malaysia ditetapkan sebagai perintis bagi menjayakan inisiatif low carbon society sekaligus menyumbang kepada inventori pelepasan
gas rumah hijau. Oleh itu, sukacita saya maklumkan bahawa Kajian Inventori Gas Rumah Hijau Iskandar dijangka akan bermula pada awal tahun 2020 yang akan dipantau oleh Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Johor (BPEN) dengan membabitkan perkongsian kos daripada 5 PBT di kawasan zon Iskandar.
Yang Berhormat Tuan Speaker, umum mengetahui keadaan sungai di negeri Johor berada pada tahap yang membimbangkan sehingga mendapatkan perhatian daripada berbagai pihak termasuk Pemangku Raja Johor. Malah, isu berkaitan kebersihan sungai di seluruh Johor telah disuarakan di dalam Dewan yang mulia ini oleh Yang Berhormat Pemanis pada 25 November yang lalu. Sebagaimana yang dicadangkan, kerajaan negeri Johor sememangnya mengambil kira peranan semua pihak dan segenap lapisan masyarakat dalam memulihara dan memelihara sungai-sungai yang menjadi akses negeri ini.
Lanjutan daripada itu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mencadangkan pada minggu lalu tentang pelaksanaan Program Satu Daerah Satu Sungai melalui peruntukan Belanjawan Johor 2020 dengan dikelolakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Sehubungan dengan itu, saya menyeru agar segenap lapisan masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di serata negeri Johor untuk bersama menjayakan inisiatif tersebut dan memastikan sungai-sungai kita kembali bersih dan jernih. Saya juga mengajak Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk melibat sama dalam menghebahkan kepada penduduk di kawasan masing-masing bagi menjayakan inisiatif tersebut.
Yang Berhormat Tuan Speaker, akhir-akhir ini konflik gajah di negeri Johor khususnya di daerah Kota Tinggi, Mersing, Kluang dan Segamat telah tular di laman web sosial, malah turut dilaporkan oleh media cetak. Masalah ini telah turut dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat melalui soalan lisan dan bertulis, malah turut menjadi topik perbahasan oleh Yang Berhormat Kahang pada 24 November yang lalu. Sebagai pencerahan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, Jabatan PERHILITAN Negeri Johor telah mengambil proaktif melalui rondaan, pemantauan dan tembak dihalau di kawasan tumpuan konflik bagi mengurangkan dan menyelesaikan secara jangka pendek konflik gajah.
Di samping itu langkah bersifat jangka panjang turut dilaksanakan melalui pemasangan Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) sepanjang 56.8 km di Kampung Silik Lukuk, Kluang, Kampung Tenang Labis dan Kampung Mawai, Kota Tinggi membabitkan kos pembinaan berjumlah RM2.705 juta. Selain itu, pemasangan kolar satelit sebagai Sistem Amaran Awal Pergerakan Gajah turut dilaksanakan oleh pihak PERHILITAN dan operasi tangkap pindah gajah mengikut keperluan. Kerajaan negeri Johor amat prihatin dan serius berhubung konflik gajah ini kerana turut membabitkan nyawa penduduk sekitar.
Susulan daripada itu, PERHILITAN telah mengadakan program libat urus bersama pihak berkepentingan yang berkaitan dengan pengurusan gajah negeri Johor, di samping mengadakan Program Seranta dan Kesedaran Awam serta khidmat nasihat bersama masyarakat terutamanya pemimpin tempatan dan pekebun bagi mengurus konflik manusia-gajah. Penyelesaian jangka panjang yang kini dinantikan oleh kerajaan negeri Johor adalah pembinaan Santuari Gajah Johor (JES) yang menyaksikan kerja-kerja pembangunan fasa membabitkan pembangunan pejabat, bangunan kuarantin atau kurungan malam berkapisiti 7 ekor gajah serta berek kakitangan telah siap dan diserahkan kepada pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran selaku pegawai penguasa. Santuari Gajah Johor kini masih melalui proses akhir bagi mensiap kemudahan bekalan elektrik dan padang ragut gajah sebelum diserahkan kepada Jabatan PERHILITAN selaku agensi pemilik.
Yang Berhormat Tuan Speaker, selain gajah saya juga memandang serius masalah gangguan kera yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senggarang semasa sesi perbahasan semalam, berdasarkan 18 aduan yang direkodkan oleh Jabatan PERHILITAN Negeri Johor di kawasan Yang Berhormat Senggarang. Langkah proaktif yang bersifat jangka panjang dan pendek telah diambil bagi memastikan keselamatan penduduk sentiasa terjamin. Antara langkah tersebut adalah melalui pemasangan 2 perangkap kera dan 9 buah perangkap corong serta melupuskan kera-kera yang ditangkap.
Faktor seperti kadar pemandirian (survival), tanah pertanian terbiar dan pembukaan kawasan hutan telah mengubah kepada konflik kehidupan liar seperti kera. Walau bagaimanapun, Jabatan PERHILITAN Negeri Johor telah berjaya menangkap dan melupuskan sebanyak 66,275 ekor kera sepanjang tempoh tahun 2014 sehingga 2018 di seluruh negeri Johor. Prihatin akan gangguan dan ancaman haiwan liar sedemikian, pihak Jabatan PERHILITAN telah melaksanakan operasi bersepadu dengan membabitkan pihak Angkatan Relawan Rakyat (RELA) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MBKK) dan pemburu berlesen bagi haiwan berkenaan di seluruh negeri Johor.
Yang Berhormat Tuan Speaker, persoalan tentang usaha membangunkan Taman Negara Kukup, Johor Pulau Kukup telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Benut semasa sesi perbahasan pada 24 November lalu. Ditegaskan bahawa kerajaan negeri Johor pada hari ini komited dalam memelihara dan memulihara khazanah alam yang jelas di terjemah melalui langkah pewartaan semula Pulau Kukup sebagai Taman Negara di bawah seliaan Perbadanan Taman Negara Johor berkuatkuasa pada 31 Januari 2019 yang lalu.
Untuk makluman sidang Dewan yang mulia status tapak RAMSAR yang dimiliki oleh Taman Negara tersebut akan dimanfaatkan sebaiknya, dengan suntikan nilai ekonomi setempat dalam prospek eko pelancongan sebagaimana telah sedia diraih. Lantaran Itu Pihak Perbadanan Taman Negara Johor telah merancang dan bakal diperuntukkan melalui Rancangan Johor 5 Tahun (RJ5T) dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK 12) bagi membaik pulih dan menaik taraf perlaksanaan pelancongan berbentuk kemudahan, keselamatan dan keselesaan pengunjung.
Langkah pewartaan semula Pulau Kukup sebagai Taman Negara turut mengambil kira khazanah miliknya yang menyeimbang pembangunan sekali gus memenuhi cita-cita kerajaan negeri melestarikan alam sekitar. Justeru itu, saya menyarankan agar Yang Berhormat Benut perlu juga melihat prospek yang meluas dimiliki Taman Negara ini iaitu dari segi hab pendidikan alam sekitar di samping menjadi tumpuan aktiviti penyelidikan berkaitan bakau, membabitkan institusi pendidikan sebagai justifikasi langkah tersebut.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya meneruskan ucapan penggulungan ini dengan menyentuh segmen Kerajaan Tempatan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Pengurusan sisa pepejal telah mendapat perhatian serius dan dibangkitkan semasa sesi perbahasan oleh Yang Berhormat dari Sri Medan, Permas dan Panti. Proses perbandaran dan pembangunan yang pesat di negeri Johor telah menyaksikan peningkatan penghasilan sisa buangan sehingga mencecah purata 3,600 metrik tan sampah sehari, bermaksud lebih kurang 1 rakyat negeri Johor 1 kilogram setiap hari.
Namun begitu, proses sedemikian juga telah memberi kesan langsung kepada jangka hayat tapak pelupusan di negeri Johor. Sebagaimana yang diputuskan oleh kerajaan negeri Johor pada Mei yang lalu, pemindahan Tapak Pelupusan Sanitari Bukit Payung yang bermula sejak tahun 2007 di bawah pimpinan kerajaan terdahulu akan diteruskan bagi menampung keperluan pelupusan sisa buangan di Wilayah Utara Johor. Kerajaan negeri telah mengadakan sesi rundingan bersama kumpulan pembantah malah mewujudkan jawatankuasa teknikal bagi meneliti semula tapak baharu yang bersesuaian sebagai alternatif kepada tapak pelupusan sampah Bukit Payung.
Walau bagaimanapun, hasil siasatan, jawatankuasa mendapati tapak berpotensi tersebut tidak bersesuaian kerana berhampiran dengan sumber air dan tanah gambut yang mudah terbakar. Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri ingin memaklumkan bahawa Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Bukit Payung akan diteruskan dengan menguna pakai konsep Waste To Energy (WTE) yang bersifat mesra alam, bersih, berteknologi hijau dan berkeluasan minimum. Kerajaan negeri Johor yakin bahawa Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Bukit Payung merupakan kaedah penyelesaian terbaik bagi pengurusan sisa pepejal di wilayah utara Johor.
Yang Berhormat Tuan Speaker, ucapan perbahasan Yang Berhormat Permas pada kelmarin turut menarik perhatian saya dalam ucapan penggulungannya pada hari ini yang menyentuh tentang sistem pelupusan sisa pepejal berteknologi insinerator di Pasir Gudang. Saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan pencerahan tentang pengurusan sisa pepejal di Pasir Gudang. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat tapak pelupusan Tanjung Langsat mempunyai 2 sel dan kini bergantung kepada 1 sel yang telah melebihi kapisiti dan keupayaan operasinya.
Dengan mengambil maklum keperluan warga Pasir Gudang, kerajaan negeri Johor telah memutuskan untuk memperkenalkan konsep Waste To Wealth (WTW) yang bakal dilaksanakan secara perintis di tapak pelupusan tersebut sebagai menampung keperluan sedia ada. Keputusan melaksanakan projek perintis bakal menyaksikan kerjasama strategik membabitkan pihak Permodalan Darul Ta’zim, (PDT) dan JBiotech yang kini di peringkat penilaian lanjut terhadap kesesuaian teknologi dan keutuhan modal perniagaan. Kerajaan negeri Johor berpandangan bahawa konsep WTW mampu dan perlu dilaksanakan di tapak pelupusan Tanjung Langsat berteraskan sistem pengurusan sisa berintegrasi dan efektif serta berkeupayaan mengurangkan tanggungan kos kerajaan negeri.
Yang Berhormat Tuan Speaker...
Azan Yang Berhormat. Saya kira, saya minta EXCO tangguh sahaja, sambung pada petang. So kita rehat ketika ini. So, kita berjumpa pada 2.30 petang.
Persidangan di tangguhkan pada jam 1.00 tengah hari.
Persidangan disambung semula pada jam 2.30 petang.
YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, penggulungan disambung semula. YB EXCO, YB Tan.
Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker. Yang Berhormat Puan Speaker, seterusnya saya menyambung ucapan penggulungan saya. Seterusnya saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Panti yang menyentuh tentang bekas tapak pelulusan Bandar Tenggara. Untuk makluman Dewan yang mulia, tapak pelupusan berkenaan beroperasi semasa kawasan Bandar Tenggara di bawah pentadbiran Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), dan ditamatkan operasinya setelah kawasan Bandar Tenggara di tadbir oleh Majlis Daerah Kota Tinggi. Kerajaan negeri Johor memandang serius insiden kebakaran sehingga menjejaskan udara persekitaran sekaligus mengganggu sesi persekolahan di kawasan berkenaan. Justeru itu, kerajaan negeri telah bertindak melalui Majlis Daerah Kota Tinggi untuk mengawal kebakaran di tapak berkenaan bersama pihak KEJORA. Langkah jangka panjang juga sedang dilaksanakan oleh pihak Majlis Daerah Kota Tinggi yang telah dikemukakan kepada pihak Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) untuk proses penutupan selamat tapak pelupusan berkenaan. Manakala pihak KEJORA pula telah mengambil inisiatif jangka pendek membabitkan pihak ketiga melalui aktiviti pengumpulan gas metana.
Yang Berhormat Puan Speaker, kerajaan negeri juga, kerajaan negeri Johor komited dalam mereformasi Pihak Berkuasa Tempatan. Dan, langkah utama yang dilaksanakan dengan memalui proses pendigitalan melalui sistem e-PBT negeri Johor berlandaskan 24 modul. Proses pendigitalan PBT sememangnya menjadi keutamaan namun, pelaksanaannya memerlukan ketelitian dengan mengambil kira integriti maklumat dalam menguruskan perkhidmatan dalam talian. Saya juga ingin mengambil perhatian Ahli-Ahli Yang Berhormat tentang sistem e-Khidmat yang dibangunkan sebagai portal setempat dan kembang bayaran bagi perkhidmatan PBT sekaligus memudahkan orang awam berinteraksi secara terus dan mencapai perkhidmatan e-PBT secara atas talian. Sistem e-PBT telah mula dilaksanakan di
Majlis Bandaraya Johor Bahru pada tahun 2016 dan diikuti dengan Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Majlis Perbandaran Kulai, Majlis Daerah Kota Tinggi, Majlis Daerah Pontian dan Pihak Berkuasa Tempatan Penggerang serta disusuli dengan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri pada 1 Januari nanti.
Justeru itu, saya optimistik bahawa sistem e-Khidmat ini akan dilaksanakan sepenuhnya di seluruh PBT negeri Johor pada tahun hadapan dengan mempercepat penggunaan kesemua modul PBT Johor serta melaksanakan proses migrasi maklumat dengan sempurna dan menepati piawaiannya.
Yang Berhormat Puan Speaker, keprihatinan Yang Berhormat Tenggaroh dan Yang Berhormat Kahang menyentuh isu pengurusan krematorium dalam persidangan kali ini telah menarik perhatian saya untuk tampil memberikan penjelasan. Sukacita adalah dimaklumkan bahawa kermotarium yang dibina di kawasan Majlis Perbandaran Segamat dan Majlis Daerah Labis dijangka siap dan diserahkan kepada agensi pengurusan menjelang hujung tahun ini. Penyerahan tersebut bakal dibuat sebaik sahaja kerajaan negeri Johor membincangkan kertas dasar hala tuju pengurusan krematorium pertama tersebut. Sebagai pencerahan pembinaan krematorium tersebut telah siap pada tahun 2018, namun gagal beroperasi atas faktor jalan masuk yang tidak sempurna dan kegagalan kontraktor menyiapkan kerja penyambungan utiliti. Justeru itu, pimpinan kerajaan yang prihatin ini telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM1.15 juta pada September lalu untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Yang Berhormat Puan Speaker, perkara akhir yang mendapat perhatian saya pada persidangan kali ini adalah soal pengurusan banjir kilat di Pusat Bandar Johor Bahru melalui sesi perbahasan oleh Yang Berhormat Puteri Wangsa. Majlis Bandaraya Johor Bahru untuk komited mengatasi masalah banjir kilat di pusat bandar khususnya di Jalan Trus, lantas sejumlah RM10 juta diperuntukkan bagi projek pengindahan landskap dan menaik taraf infrastruktur pusat bandar membabitkan Jalan Abdullah, Jalan Ibrahim, Jalan Trus, Jalan Ungku Puan dan Jalan Duke. Projek yang bermula pada Julai 2018 ini dijangka siap pada Mei 2020. Turut merangkumi kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan sepanjang 400 meter di Jalan Trus. Kerajaan negeri yakin bahawa kerja-kerja menaik taraf yang sedang berlangsung tersebut bakal menangani masalah banjir kilat secara tuntas di pusat bandar.
Yang Berhormat Puan Speaker, terima kasih juga atas keprihatinan dan cadangan Yang Berhormat Senai. Kerajaan negeri Johor memandang serius kemunculan bilangan kilang-kilang tanpa lesen premis yang semakin meningkat di negeri Johor. Ini mungkin disebabkan keadaan kilang yang tidak menepati zoning ataupun syarat kegunaan tanah. Justeru itu, kerajaan akan mengambil cara pendekatan dengan mengadakan sesi perbincangan bersama jabatan-jabatan berkaitan untuk mengatasi masalah kemunculan kilang-kilang tanpa lesen premis ini. Buat sementara waktu ini, PBT boleh mempertimbangkan dengan mengguna pakai kaedah yang lebih praktikal iaitu melalui kelulusan Kebenaran Merancang Terhad, (KMT) di bawah seksyen 22(5) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, atau kita selalu katakan Akta 172 dengan syarat-syarat yang ditetapkan tetapi khusus yang paling, syarat yang paling penting ialah aktiviti-aktiviti kilang yang tanpa lesen premis ini tidak harus menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar atau membuat kacau ganggu kepada penduduk-penduduk yang berhampiran.
Yang Berhormat Puan Speaker, sebagai mengakhiri ucapan penggulungan ini, saya ingin sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan negeri pada hari ini komited untuk mereformasi kerajaan tempatan, mensejahterakan rakyat dan melestarikan alam sekitar. Justeru itu, sokongan dan dukungan semua pihak termasuk masyarakat akar umbi amat penting bagi mencapai aspirasi tersebut. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada kakitangan awam dari setiap agensi di bawah portfolio tersebut yang telah bertungkus lumus membantu saya untuk menjalankan kerja saya, menjalankan tanggungjawab saya dan juga apa ini, membantu saya menyediakan ucapan penggulungan ini. Terima kasih dan syabas atas khidmat bakti anda semua.
Dengan ini, Yang Berhormat Puan Speaker, saya mengakhiri ucapan penggulungan saya hari ini, semoga Johor terus maju dan sejahtera di bawah pimpinan kerajaan negeri Johor Pakatan Harapan. Sekian, terima kasih.
Dewan menjemput YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi untuk membuat penggulungan.
Yang Berhormat Puan Speaker, terima kasih atas kesempatan ini. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu sempena dengan ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim yang ke-61, patik ingin mengambil kesempatan ini untuk merafak sembah, menjunjung setinggi kasih dan mendoakan supaya Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa sihat dan dapat memimpin rakyat dengan adil dan saksama.
Yang Berhormat Puan Timbalan Speaker, genap sudah setahun yang lalu belanjawan pertama negeri Johor di bawah kerajaan Pakatan Harapan telah di bentang dan dilaksanakan. Semua laporan, program-program yang telah dijalankan dalam Belanjawan 2019 itu jelas sekali kerajaan Pakatan Harapan terus komited untuk mentadbir dan hasilnya kini dapat dinikmati oleh rakyat jelata. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Dato’ Dr. Sahruddin Jamal atas pembentangan belanjawan negeri yang bertema “Memakmur dan Mensejahtera Johor Bestari”. Sekalung tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada pihak Bahagian Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor, BPEN, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan, Ahli-Ahli EXCO bersama pasukannya serta semua agensi-agensi negeri yang terlibat dalam penyediaan belanjawan pada kali ini. Negeri Johor lambang tarikan, banyak sejarah kejayaan terbukti. Terima kasih kami ucapkan, kobarkan semangat teruskan berbakti.
Yang Berhormat Puan Timbalan Speaker, kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim membawa pulang piala Malaysia adalah tonik paling penting kepada atlet dan juga kontinjen SUKMA Johor. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, kumpulan pengurusan pasukan, para pemain, jurulatih dan pastinya ke bawah Duli Pemangku Raja atas kejayaan yang amat membanggakan kita semua ini. Sememangnya, sememangnya sukan menyatukan rakyat tidak mengira perbezaan politik mahupun bangsa dan agama. Dan, kejayaan ini pastinya akan menyuntik semangat kepada para atlet muda kita yang akan bertarung dalam SUKMA Johor 2020 ini kelak.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, persediaan SUKMA Johor 2020 kini sudah memasuki fasa yang akhir di mana segala persediaan meliputi infrastruktur, fasiliti, latihan atlet serta hal ehwal penganjuran sedang giat rancak berjalan. Izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk memberi sedikit kemas kini laporan kemajuan semasa projek pembangunan kemudahan sukan Malaysia ke-20, SUKMA ke-20, Johor 2020. Dan, sebagai rekod dalam Dewan yang mulia ini, yang pertama sekali bagi projek bina baharu yang pertama ialah Arena Emas yang akan menempatkan venue sukan skuash, memanah, lawn ball dan juga petanque. Sekarang ini peratus kemajuannya adalah 65.4% dan ianya adalah terkehadapan sebanyak 0.4% dari segi kemajuannya.
Yang kedua, bina baharu pusat menembak di Sportcity Mount Austin, Johor Bahru. Peratus kemajuannya adalah 49.44% dan sedikit lewat 1.2%. Yang seterusnya adalah velodrome berada pada peratus kemajuan 63.83% iaitu terkehadapan 1.66% dan seterusnya adalah stadium olahraga dan juga stadium ragbi, kedua-dua ini terletak di Sportcity Mount Austin juga. Kalau kita lihat stadium olahraga, peratus kemajuan adalah 97.39% sedikit terkebelakang iaitu 2.61% kelewatan. Kemudian stadium ragbi adalah status kemajuannya 82.86% terkebelakang ataupun kelewatan 17.6%. Kemudian seterusnya adalah pusat sukan air di Tasik Rekreasi Edu-hub Pagoh yang akan menempatkan acara kanu, berada pada status kemajuannya adalah 10% di mana terkehadapan 4%. Seterusnya adalah pusat
pelayaran KRAMSAU, Bandar Penawar. Status kemajuan adalah 2% iaitu terkehadapan 2%. Kemudian Stadium Tertutup di Arena Larkin Johor Bahru menempatkan sukan badminton, 97% terkebelakang sikit, terlewat sedikit 3%. Kemudian Dataran Bolasepak Educity status kemajuannya adalah 56.8%, kelewatan 0.3%. Ini adalah status bagi binaan baru. Manakala bagi projek-projek menaik taraf venue SUKMA bagi Pusat Akuatik di Arena, Larkin, Johor Bahru, peratus status kemajuan 97%, kelewatan 3%; warm up pool dan juga timing system status kemajuan 2%, kelewatan 3%; kemudian Dewan Bola Keranjang Johor Bahru di Arena, Larkin; status kemajuan 34.7% iaitu kelewatan 18.3%. Pun begitu ada yang terkehadapan dan juga ada kelewatan. Namun semuanya adalah secara umumnya berada pada progres yang baik dan di peringkat kerajaan negeri, kita ingin memastikan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum acara SUKMA ini berlangsung kita akan dapat menyiapkan keseluruhan venue-venue yang telah saya nyatakan tadi. Selain daripada itu, suka untuk saya memberikan sedikit status kemas kini jumlah sukarelawan SUKMA yang telah berdaftar adalah 7,249 orang manakala sukarelawan bagi para SUKMA pula adalah 3,302 orang yang telah mendaftar.
Yang Berhormat Puan Timbalan Speaker, baru-baru ini saya telah mengadakan lawatan ke pusat-pusat latihan untuk melihat sendiri latihan para atlet dan saya begitu yakin dan percaya dengan keupayaan pihak Majlis Sukan Negeri Johor yang telah menyediakan latihan komprehensif seawal tahun 2018 lagi. Dengan komitmen atlet dan juga jurulatih di sepanjang tempoh latihan dan persediaan ini, insya-Allah pungutan pingat kontinjen Johor akan lebih baik berbanding tahun SUKMA 2018. Prestasi para atlet dan pasukan sentiasa dipantau rapi sepanjang tahun 2019 ini dan daripada analisis semasa ini kita meletakkan sasaran di Dewan yang mulia ini saya nyatakan 40 pingat emas, kemudian barulah kita boleh berbicara soal menjadi juara dalam SUKMA ke-20, Johor 2020. Antara sukan yang berpotensi untuk memberikan pulangan pingat kepada kontinjen SUKMA Johor adalah olahraga, sukan renang, kenu dan berbasikal, yang mana kita akan memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada sukan-sukan individu. Insya-Allah saya amat yakin dengan baki sekurang-kurangnya 8 bulan lagi, pasukan kita akan mampu untuk menambah lagi jumlah pungutan pingat. Malah dengan semangat dan sokongan padu para peminat dan penyokong pada atlet-atlet dan kontinjen Johor kita menjangkakan persembahan atlet-atlet muda ini akan mencapai tahap kemuncak pada temasya kali ini. Untuk maksud itu, saya menggesa semua pihak dari pihak ADUN-ADUN juga, pihak Ahli Parlimen hinggalah sekolah dan keluarga untuk sama-sama kita turun membawa para penyokong hadir dan memberi sokongan moral kepada pasukan Harimau Selatan kita ini. Misi kali ini adalah misi juara, insya-Allah.
Yang Berhormat Puan Timbalan Speaker, soalan yang sering saya timbulkan baik di dalam apa juga sesi wawancara dan sebagainya, bahkan di dalam Dewan ini yang lalu juga iaitu persoalan apa selepas SUKMA? Ini adalah soalan yang relevan yang harus kita sedari maksudnya. Seperti yang telah saya sebutkan dalam sesi yang lalu di Dewan yang mulia ini, kepentingan menganjurkan suatu temasya sukan seperti SUKMA Johor 2020 ini tidak dapat disangkal lagi. Namun demikian, cabaran sebenar bukan hanya soal penganjuran temasya sukan itu, sebaliknya pelan-pelan pembangunan sukan yang berterusan, sistematik dan komprehensif yang menjadi nadi dan nafas untuk pembangunan yang berterusan. Apalah gunanya kita membelanjakan wang rakyat jika hanya sekadar untuk sebuah penganjuran sukan dan selepas itu prasarana sukan ini terbiar dan tidak membawa apa-apa faedah kepada atlet dan juga rakyat teramai.
Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucap tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor kerana telah bersetuju untuk menjayakan suatu wawasan sukan yang baru bagi rakyat di negeri Johor ini. Inilah jawapan saya bagi mereka yang bertanya what after SUKMA, dengan izin ataupun apa selepas SUKMA? Pelan tindakan ini amat penting dalam memastikan pembangunan atlet dapat diterus dan dipertingkatkan. Malah ia mampu menjadi pemacu atau driver baharu, dengan izin, dalam pembangunan sosio ekonomi rakyat negeri Johor. Insya-Allah tidak lama lagi Johor akan memiliki jika tidak salah saya ungkapkan di sini, Bukit Jalilnya yang tersendiri di negeri Johor ini, insya-Allah.
Sebuah fasiliti sukan yang komprehensif sebagai Bandar Sukan Johor yang insya-Allah akan muncul dalam mendepani industri sukan negeri pada masa akan datang. Ada 3 teras utama dalam Pelan Tindakan Sukan Johor ataupun PTSJ ini sebagai Pemandu baru ekonomi Johor menerusi industri sukan.
Pertamanya infra dan juga fasiliti. Apakah infra dan fasiliti ketika ini tidak mencukupi? Hakikatnya dalam unjuran penduduk Malaysia dan negeri Johor kadar populasi itu berkembang dengan sangat pantas. Justeru, infra dan fasiliti yang kita ada tidak akan mampu menampung jumlah permintaan yang tinggi pada masa akan datang. Selain daripada itu infra dan fasiliti yang akan dibina haruslah berkualiti tinggi. Sebagai contoh, veledrom yang sedang dibina ketika ini telah menggunakan kepakaran dan juga teknologi dari German dan telah diiktiraf oleh Persatuan Berbasikal Dunia. Padang olahraga kita juga khas untuk acara olahraga yang mana ia menjadi satu-satunya gelanggang di Malaysia yang seumpama itu.
Selain daripada itu, infra dan fasiliti dalam Bandar Sukan Johor ini bukan sahaja lengkap, malah standard fasiliti ini harus mencapai piawaian antarabangsa. Ini adalah penting memandangkan permintaan penganjuran sukan-sukan berprestij semakin tinggi. Strategi ini mampu meletakkan Johor di dalam peta sukan dunia yang menjanjikan insya-Allah pulangan setimpal yang dilaburkan.
Yang kedua, pengisian dalam Bandar Sukan ataupun Johor Sport City ini telah, ialah penganjuran sukan bertaraf antarabangsa dan berprestij. Ini mengambil kira faktor kelebihan geografi yang strategik yang ada pada Johor iaitu berdekatan dengan Singapura dan juga Indonesia. Penganjuran sukan bertaraf dunia ini juga mampu menjadi destinasi pelancongan sukan atau sport tourism di kalangan negara-negara Asia dan juga dunia.
Teras ketiga ialah hasrat untuk menjadikan sukan sebagai budaya atau gaya hidup di kalangan keluarga rakyat Johor. Rakyat yang aktif dan cergas bersukan akan menjadi pemangkin kepada generasi yang memelihara dan mementingkan kualiti hidup yang sihat malah minat kepada sukan dapat dipupuk sedari usia kecil oleh ibu bapa yang aktif dan juga cergas.
Yang Berhormat Puan Timbalan Speaker, agenda pembangunan belia. Indeks Belia Malaysia (IBM) merupakan satu instrumen yang berfungsi sebagai indikator penting untuk kita melihat perkembangan kualiti dan kesejahteraan hidup anak-anak muda kita khususnya di Johor. Dari indikasi ini juga kita akan dapat melihat dan lebih memahami peranan anak muda dalam konteks sosial, budaya, ekonomi dan politik yang kita lihat sifatnya berubah-ubah pada setiap masa dan setiap zaman. Agenda anak muda sentiasa menjadi topik penting dan menarik untuk diangkat dan dibincangkan. Apatah lagi peranan mereka dalam sebuah Malaysia Baru cukup besar dan cukup berpengaruh.
Yang Berhormat Puan Timbalan Speaker, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia ataupun Institute for Youth Research Malaysia (IYRES) bagi negeri Johor sahaja unjuran jumlah belia yang ada pada tahun 2020 adalah 1.7 juta belia anak muda berbanding 1.39 juta pada tahun 2017. Jumlah ini meliputi hampir 40% ataupun hampir 40% populasi penduduk negeri Johor. Pastinya apabila takrif baru had umur belia yang telah dipinda baru-baru ini dilaksanakan pada tahun 2021, kita akan melihat penambahan jumlah anak muda yang amat ketara di negara dan juga negeri ini. Jumlah ini merupakan jumlah yang cukup besar untuk diurus kepada segala keperluan mereka. Kumpulan belia merupakan kumpulan tenaga kerja yang besar dengan usia atau umur yang tinggi nilai produktivitinya.
Dalam mana-mana negara di dunia, kemampuan pembangunan golongan muda akan memberi impak secara langsung dalam ekonomi produktiviti dan seterusnya keluaran dalam negara ataupun KDNK. Namun, baru-baru ini telah dilaporkan tentang dapatan dari Kajian Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia oleh AIA Vitality 2019 dengan izin, dengan kerjasama
agensi Penyelidikan Rand Europe dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkaitan sektor pekerjaan di Malaysia telah mendapati bahawa sebanyak 51% pekerja di negara ini mengalami sekurang-kurangnya 1 dimensi tekanan membabitkan pekerjaan mereka termasuklah tidur yang tidak mencukupi, beban kerja yang sangat berat dan masalah kewangan. Selain daripada itu, kesihatan mental juga dikaitkan dengan tahap produktiviti kerja. Kajian tersebut menunjukkan 53% pekerja di negara ini tidak mendapat tidur yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya selama 7 jam setiap hari.
Selain daripada itu, masalah kesihatan juga menjadi penyumbang kepada keadaan ini. Pekerja di negara ini juga didapati kurang mengamalkan gaya hidup sihat, menyebabkan mereka ini tua sebelum waktunya, ataupun tua sebelum usia sebenarnya. Ini dibuktikan apabila 98% pekerja mengikut ujian usia oleh AIA Vitality Age. Berdasarkan statistik tahap kesihatan mental belia mengikut negeri di Malaysia oleh Institutes for Public Health, National Institut of Health, Ministry of Health Malaysia 2018 meletakkan belia negeri Johor dalam kategori yang agak terkawal dengan skor kemurungan ataupun depresi 14%, tekanan ataupun stress dengan izin 9.3% dan kerisauan ataupun anxiety, dengan izin, sebanyak 37%. Masalah mental ini menjadi penyebab kepada penyakit Skizofrenia, kemurungan, gangguan bipolar yang mana jika gagal dikawal atau dirawat lebih awal akan membawa pesakit cenderung untuk membunuh diri, nauzubillahiminzalik. Dan, ini perlu dielakkan sama sekali.
Berdasarkan semua senario-senario ini meletakkan golongan belia sebagai bukan sahaja kumpulan yang perlu diberi perhatian serius malah mereka adalah pemegang taruh yang terbesar dalam pertumbuhan sosio ekonomi tempatan. Berdasarkan IBM, Indeks Belia Malaysia tadi terdapat 12 domain atau kluster yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan dan juga agensi dengan serius. Jadi 12 domain ini pula terdapat 4 cabaran utama bagi golongan belia iaitu politik, sosial, ekonomi dan juga teknologi.
Yang Berhormat Puan Timbalan Speaker, dari 12 domain dan 4 cabaran ini, kami merumuskan bahawa penumpuan Dasar Pembangunan Belia bagi negeri Johor pada tahun hadapan akan kita tumpukan kepada peningkatan keupayaan anak muda dalam bidang ekonomi dan keusahawanan, teknologi, kreativiti dan kepimpinan dalam masyarakat. Merujuk kepada prestasi program-program yang telah dijalankan pada tahun 2019 ini, sebanyak 125 program telah dijayakan di setiap daerah di negeri Johor dan dari jumlah ini seramai sekitar 27,730 orang belia telah menyertai dan mendapat manfaat daripada program-program ini. Ini merupakan suatu peningkatan sebanyak 25.5% berbanding tahun 2018. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada pihak Institut Integriti Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn (IKLAS) dan Johor Youth Development Centre (JOYDEC) yang cukup komited menjalankan semua program-program ini dengan jayanya.
Yang Berhormat Puan Timbalan Speaker, kita masuk kepada agenda keusahawanan dan koperasi negeri Johor. Sepanjang tahun 2019 ini, kerajaan telah melaksanakan semua inisiatif pembangunan usahawan dan koperasi negeri Johor dan impak yang diterima amatlah memberangsangkan, sungguh pun dalam keadaan suasana ekonomi dunia dan negara yang agak perlahan. Dari program–program ini kerajaan telah mengenal pasti segala kelemahan dan kekuatan usahawan-usahawan tempatan kita. Saya amat berterima kasih atas usaha yang telah dilaksanakan oleh semua agensi-agensi khususnya di bawah Majlis Pembangunan Usahawan negeri Johor (MPUNJ). Penganjuran program-program keusahawanan sepanjang tahun 2019 ini telah berjaya menarik sekitar 85,000 orang pengunjung dan seramai 2,829,000 usahawan tempatan telah menyertainya. Untuk segmen Usahawan Mikro di bawah Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ini merupakan jumlah yang amat membanggakan. Manakala agensi negeri dan persekutuan yang telah terlibat adalah sebanyak 37 buah institusi di mana sebanyak 145 sesi padanan produk yang melibatkan 79 buah syarikat telah berjaya kita laksanakan. Segmen padanan ini meliputi produk-produk kreatif, produk-produk pertanian, hiasan, makanan dan minuman, produk kesihatan dan perniagaan yang berasaskan perkhidmatan. Nilai anggaran bagi hasil padanan ini adalah sebanyak RM9.491 juta. Jumlah ini akan mampu dipertingkatkan lagi pada tahun hadapan
memandangkan negeri Johor akan menganjurkan SUKMA 2020 dan Tahun Melawat Johor 2020.
Yang Berhormat Puan Timbalan Speaker yang bijak bestari, Jelajah Usahawan Belia yang dijalankan selama 3 bulan di setiap daerah telah berjaya mengumpulkan hampir, telah berjaya mengumpulkan hampir 1,500 anak muda dan sekitar 500 usahawan muda setiap daerah. Ini bermakna secara purata di setiap daerah kita mempunyai sekurang-kurangnya sekitar 50 orang usahawan belia. Dari sesi-sesi townhall, dengan izin, siri jelajah ini kita mengetahui bahawa usahawan-usahawan muda ini mempunyai bakat dan idea yang berpotensi untuk kita bantu dan kita kembangkan. Dari dapatan-dapatan inilah maka inisiatif Geran Orang Lokal ataupun GOL telah dilaksanakan oleh Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) di mana geran ini adalah bantuan khas untuk pembelian alat kelengkapan atau peralatan kepada usahawan muda yang memerlukannya. Bantuan ini diwujudkan menerusi beberapa segmen yang sesuai dengan demografi usahawan tempatan seperti mesin yang berkaitan dengan sektor pembuatan, keperluan, seperti keperluan mesin dalam bidang rekaan fesyen ataupun kraf, mesin yang berkaitan bidang automotif dan kerja-kerja besi seperti kimpalan, cutter serta mesin-mesin yang berkaitan dengan bahan percetakan, mesin yang berkaitan dengan penerbitan audio visual termasuk pembinaan laman sesawang atau website dengan izin untuk start up company, dengan izin dan juga mesin-mesin berkaitan produk minuman dan makanan.
Sebanyak 1,500 pemohon telah diterima yang mana secara purata jika dibahagikan ia akan merangkumi sebanyak 150 usahawan dari setiap daerah. Ini adalah suatu indikasi yang memberangsangkan, namun demikian kita menyedari bahawa jumlah ini agak sukar untuk ditampung oleh kerajaan negeri keseluruhannya. Oleh yang demikian, seperti mana dalam ucapan belanjawan yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar baru-baru ini, maka kerajaan negeri akan menambah dan melaksanakan Geran Orang Lokal 2.0 pada tahun hadapan demi memastikan tidak ada usahawan muda yang keciciran.
Berikutan agenda Koperasi Negeri Johor Tahun 2019 ini kita telah berjaya bukan sahaja melaksanakan Program Azam Usahawan Muda di peringkat negeri yang meliputi empat zon sebagai saringan di semua sekolah-sekolah negeri Johor, malah kita telah berjaya membawa bakat-bakat muda ini ke peringkat nasional sebagai pendedahan dan kita telah berjaya menduduki tempat ketiga secara keseluruhan peringkat kebangsaan di pertandingan Young Enterpreneur Strive For Success (YESS) baru-baru ini. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Koperasi MRSM Batu Pahat, tahniah saya ucapkan kepada adik-adik ataupun pelajar sekolah yang berjaya ini. Kita percaya dengan pencapaian yang di raih ketika ini akan dapat menjadi motivasi dan inspirasi yang besar kepada seluruh pelajar-pelajar yang merupakan usahawan muda anak negeri Johor. Atas kejayaan ini, kerajaan komited untuk memperbaiki dan meneruskan lagi inisiatif ini pada tahun hadapan. Berdasarkan kompas Dasar Keusahawanan Negera (DKN) yang mahu menjadikan negara kita sebagai negara keusahawanan, kerajaan negeri komited untuk menjadi juara dalam misi ini dengan menerus dan menambahbaik segala program dan latihan di bawah portfolio Pembangunan Usahawan Dan Koperasi. Antara perkara-perkara asas yang ditambah baik lagi adalah meliputi polisi dan pelaksanaan dasar di peringkat jabatan dan Pihak Berkuasa Tempatan yang akan memberi manfaat bukan sahaja kepada usahawan, malah kepada seluruh rakyat Johor.
Seterusnya kerajaan negeri juga akan turut menekankan aspek pemantauan yang lebih sistematik dalam semua agensi pelaksana di bawah MPUNJ agar kita dapat memastikan segala sumber-sumber kerajaan akan dapat dimanfaatkan secara optimum kepada usahawan-usahawan kita. Pusat Data Usahawan Johor (PDU) akan kita wujudkan. Fokus program akan diberikan penekanan kepada penambahan dan perwujudan peluang pekerjaan. Ini akan menjadi matlamat utama kerajaan negeri bagi tahun 2020.
Yang Berhormat Puan Timbalan Speaker yang baik hati, Insya-Allah saya dah nak tamat ini. Ingin saya merumuskan ucapan penggulungan saya ini dengan melihat kembali kepada perkara-perkara pokok yang telah pun diangkat. Ingin saya tegaskan lagi di sini sasaran
utama kita dalam SUKMA Johor 2020 adalah untuk menjadi penganjur yang terbaik yang mana tugas sebagai penganjur terbaik ini bukan sahaja oleh pihak penganjur tetapi juga sambutan rakyat dalam temasya ini. Kita mahu semua pihak daripada atlet, kontinjen, kerajaan, swasta dan rakyat mendapat manfaat dari temasya ini. Saya juga ingin maklumkan di sini, kalau ada Ahli-Ahli Yang Berhormat ingin mengadakan lawatan ke venue-venue SUKMA yang telah kita bangunkan, saya sangat mengalu-alukan. Insya-Allah kita boleh buat perancangan sama ada Wakil-Wakil Rakyat di sebelah pembangkang atau kerajaan, kita sama-sama boleh kita adakan satu lawatan ke venue-venue SUKMA. Menarik, semua Ahli-Ahli Yang Berhormat kita boleh tengok nanti Insya-Allah. Agenda belia Johor pastinya akan menjadi pemangkin kejayaan negeri pada masa hadapan. Justeru, kelestarian pembangunan belia akan sentiasa di pantau dan dipertingkatkan lagi. Penciptaan pekerjaan baharu berdasarkan kemahiran kendiri akan diutamakan. Kita tahu bahawa anak-anak muda di Johor ini mempunya bakat yang besar dan kita tidak mahu ada mana-mana kumpulan belia yang tercicir. Belia adalah rakan kerajaan, kerajaan tidak akan maju jika tidak punya rakan seakrab belia-belia kita. Dan untuk itu, saya mengajak semua anak-anak muda untuk tampil dan mengambil kesempatan ini untuk memajukan diri dan juga komuniti kita. Dalam aspek perkembangan usahawan dan koperasi, keutamaan kita ialah meneruskan agenda memberdaya usahawan dan bakat-bakat muda kita dalam bidang perniagaan dalam pelbagai aspek, sama ada latihan, bantuan kewangan, fasiliti dan juga infra. Saya amat berharap para usahawan tempatan bersikap positif dan sentiasa mahu memajukan diri, jangan menunggu bantuan sampai, sebaliknya jangan menunggu bantuan sampai, sebaliknya majulah ke hadapan meneroka segala peluang yang ada. Dengan ini saya sudahi, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar dijemput.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Salam bahagia dan salam sejahtera. Yang Berhormat Puan Speaker, dan Ahli-Ahli Dewan. Pertama-pertama patik ingin merafak sembah junjung kasih ke atas Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Bagi Negeri Yang Dipertuan Johor Darul Ta’zim sempena dengan hari keputeraan baginda, patik bagi pihak seluruh rakyat DUN Bukit Permai merafak sembah dan mendoakan semoga Allah memberikan kesejahteraan Ke Bawah Duli untuk terus memerintah Johor dengan aman makmur dan sejahtera. Yang Berhormat Puan Speaker, kalau saya bercakap kurang, kurang bernafsu, saya mohon maaf kerana malam tadi saya kurang tidur, nak tidur saya tak boleh nak tidur kerana saya teringat-ingat apa yang Penawar katakan petang semalam. (Dewan ketawa). Tak boleh tidur saya Speaker, susah saya dibuatnya.
Yang Berhormat Puan Speaker, antara perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh rakan-rakan Dewan seperti Sungai Balang ialah tentang peruntukan sebanyak RM41 juta termasuk bantuan khas oleh kerajaan negeri khususnya kepada badan kebajikan, sekolah agama negeri Johor. Kalau sekolah agama kita panggil badan kebajikan Puan Speaker, tapi kalau di peringkat sekolah kebangsaan ia dikenali sebagai PIBG. Untuk makluman Yang Berhormat bahawa peruntukan sebanyak RM41 juta untuk membangun dan membaik pulih sekolah-sekolah agama kerajaan negeri Johor adalah tidak termasuk bantuan khas oleh kerajaan negeri Johor khususnya untuk badan kebajikan sekolah agama (BKSA) seluruh negeri Johor. Bagi tahun 2019, kerajaan telah memberikan bantuan kepada BKSA ini secara one-off, kepada 576 buah sekolah agama kerajaan Johor iaitu SAKJ dan 5 buah sekolah tambahan iaitu sekolah menengah agama kerajaan Johor di Kluang, Maahad Johor, Maahad di Pontian, SMA Parit Raja dan SMA Bugisiah di Benut yang mana peruntukan sejumlah sebanyak RM2,880,000.00 bantuan ini diberikan secara pukal sebanyak RM5,000.00 bagi setiap sekolah. Bagi Belanjawan 2020, pihak kerajaan telah menyalurkan peruntukan BKSA tersebut kepada SAKJ di negeri Johor. Sebagai tambahan, pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) pula pada tahun 2019 telah memperuntukkan sebanyak RM1,916,000.00 bagi 570 buah SAKJ mengikut gred sekolah tersebut. Bagi gred A, 50
buah sekolah berjumlah RM250,000.00; bagi gred B, 88 buah sekolah berjumlah RM438,000.00; bagi gred C, 440 buah sekolah berjumlah RM1,320,000.00.
Yang Berhormat Puan Speaker, maklum balas yang saya dapat daripada Ahli Dewan saya ucapkan terima kasih atas perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan sekolah-sekolah agama. Dan Insya-Allah mengikut fasa perancangan pembangunan sekolah agama bagi tahap yang kelima ini yang akan dimajukan oleh KPRJ melalui anak syarikatnya KPRJ Builders akan mula dilaksanakan pada tahun 2020.
Yang Berhormat Puan Speaker, di samping itu juga salah satu daripada program yang sedang dirancang oleh pihak Majlis di bawah ilham saya iaitu kita nak memberikan nafas baharu Program Pembudayaan Al-Quran, maka salah satu perancangan besar pada tahun 2020 ialah kita akan melaksanakan Program Pembudayaan Al-Quran mengikut DUN. Setiap DUN akan kita lancarkan Program Pembudayaan Al-Quran ini dan insya-Allah Program Pembudayaan Al-Quran akan menjadi satu inspirasi kepada semua DUN-DUN di negeri Johor yang mana sedang kita rancangkan, kita akan ambil satu masa sama ada selepas solat Asar atau solat Maghrib, semua DUN akan memilih satu masjid, kita akan membacakan satu surah serentak bagi seluruh negeri Johor dalam satu jangka masa yang sama bagi seluruh setiap DUN dalam negeri Johor. Mudah-mudahan rancangan ini yang saya ilhamkan bagi kita nak mempertinggikan syiar Islam akan mendapat sambutan semua Ahli-Ahli Dewan di negeri Johor sama ada di pihak kerajaan mahupun di pihak pakatan pembangkang.
Yang Berhormat Puan Speaker, di samping itu juga, perkara-perkara yang dibangkitkan dengan masalah-masalah yang melibatkan sekolah, silibus sekolah agama Johor yang baharu seperti yang disarankan oleh sahabat saya daripada Panti, supaya kalau boleh silibus KIJ iaitu Kesultanan Islam Johor ini diserapkan kepada sekolah kebangsaan. Untuk makluman Yang Berhormat dan Ahli-Ahli Dewan, KIJ ataupun Kesultanan Islam Johor hanya diguna pakai di sekolah-sekolah agama kerajaan Johor sahaja. Ia tidak boleh diguna pakai di sekolah-sekolah kebangsaan kerana kemungkinannya ia akan bertentangan dengan dasar silibus sekolah di pihak Kementerian Pendidikan dengan Bahagian Pendidikan Sekolah Agama Negeri Johor. Apa pun silibus ini ianya juga akan dapat dimanfaati oleh pelajar-pelajar di peringkat sekolah kebangsaan kerana pada saya, boleh katakan hampir 100% setiap pelajar di sekolah kebangsaan adalah juga merupakan pelajar di sekolah-sekolah agama kerajaan negeri Johor.
Yang Berhormat Puan Speaker, jumlah murid seperti yang dinyatakan diminta dimaklumkan bagi negeri Johor yang bersekolah pada tahun 2019 bagi sekolah agama kerajaan Johor berjumlah 184,365 orang, bagi sekolah SRAB berjumlah 3,565 orang, bagi Darjah Khas berjumlah 15,477 orang. Jumlah keseluruhan murid bagi peringkat sekolah agama di negeri Johor ialah berjumlah 203,407 orang. Ini bermakna secara tidak langsung Yang Berhormat Puan Speaker, murid-murid yang berada di sekolah agama kerajaan Johor, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah tingkatan 1 akan mempelajari subjek KIJ ini secara langsung dan tidak langsung.
Bagi guru-guru KAFA, saya mengucapkan tahniah, mulai tahun 2020 kerajaan telah meluluskan sebanyak 240 orang guru untuk mengajar empat jam setengah yang melibatkan kos tambahan berjumlah sebanyak RM1,670,400.00. Jumlah semua yang mengajar empat jam setengah bagi tahun 2020 ialah berjumlah 2,090 orang. JAKIM juga telah menaikkan kadar bagi elaun guru KAFA sebanyak RM100.00 bagi setiap seorang iaitu elaun dari JAKIM, RM900.00 campur RM100.00 berjumlah RM1,000.00. Elaun daripada kerajaan Johor RM512.00, jumlah elaun semuanya RM1,512.00 bagi setiap seorang. Sebulan bagi setiap seorang.
Yang Berhormat Puan Speaker dan juga Ahli Dewan, maklumat guru Tadika Agama Johor (TAJ). Alhamdulillah kerajaan telah menitikberatkan bagi menaikkan gred guru tadika agama Johor (TAJ) yang berjumlah seramai 519 orang. Jumlah waran guru TAJ sedia ada ialah 316 orang, naik taraf ke gred baharu S19 sejumlah 316 orang, tambahan guru baharu
naik taraf berjumlah S19 ialah 46 orang, jumlah perbelanjaan keseluruhan bagi keperluan ini, 316 campur dengan 46 kali 36 orang bagi setahun ialah RM10,509,516.00.
Yang Berhormat Puan Speaker, kerajaan juga sedang memikirkan bagaimana nak membaik pulih soal-soal perkara masjid-masjid dan surau-surau yang memerlukan bantuan baik pulih. Untuk tujuan ini, sepertimana yang telah diumumkan dalam bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor baru-baru ini, bajet bagi pembaikan surau-surau dan masjid, mana-mana Yang Berhormat Ahli Dewan yang ada masalah kerosakan masjid ataupun surau bolehlah memajukan permohonan ini terus kepada kerajaan negeri melalui saya dan salinan permohonan ini hendaklah dimajukan tuan Pejabat Kadi Daerah supaya dapat saya pertimbangkan. Dalam nak menentukan pembaikan masjid dan surau, saya memberi jaminan kepada Yang Berhormat Speaker dan Dewan yang mulia ini, kerajaan Pakatan Harapan akan memenuhi permintaan yang semampu mungkin walau daripada pihak mana sekalipun dalam usaha kita nak meninggikan syiar Islam, dan insya-Allah kalau ada permohonan daripada pihak-pihak Ahli Dewan daripada pihak pembangkang saya akan menimbangkan dengan saksamanya, insya-Allah.
Yang Berhormat Puan Speaker, berhubung dengan masalah penambahan rancangan daripada Ahli Yang Berhormat Kempas meminta supaya pihak zakat menimbangkan untuk membeli rumah daripada wang zakat. Untuk makluman Yang Berhormat Speaker dan Ahli Dewan daripada Kempas, sahabat saya Yang Berhormat Dato’ Haji Osman bin Sapian, semalam juga saya telah bermesyuarat dengan pegawai-pegawai di peringkat portfolio saya dan saya telah pun meminta Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Johor, BPEN Johor, Unit Perancang Ekonomi Johor supaya dapat menimbangkan perkara ini dan bermesyuarat dengan pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor. Dan secara dasarnya, Majlis Agama Islam Negeri Johor menyambut baik cadangan ini dan insya-Allah mudah-mudahan ia akan menjadi kenyataan.
Yang Berhormat Puan Speaker, seperti mana yang telah diminta tentang agihan-agihan perkara pemberian zakat. Penerima bantuan skim-skim bantuan zakat, pemberian bantuan bagi Januari hingga Oktober 2019. Bantuan sara hidup bulanan, agihan berjumlah sebanyak RM61,628,000.00 yang melibatkan 16,014 orang. Bantuan hari raya sebanyak RM8,224,350.00 yang melibatkan 66,275 orang. Bantuan bencana alam sejumlah RM157,400.00 yang melibatkan 232 orang. Rawatan dialisis berjumlah sebanyak RM40,973,378.72 yang melibatkan 467 orang. Perubatan pelbagai, one off sebanyak RM2,489,700.03 berjumlah 474 orang. Bantuan bulanan sebanyak RM17,308,261.94 berjumlah 3,169 orang. Bantuan pesakit jantung, IJN sebanyak RM637,865.75 berjumlah 119 orang. Lain-lain bantuan bentuk pelajaran, yuran sekolah sebanyak RM1 juta yang melibatkan 10,000 orang pelajar. Bantuan pakaian sekolah, sejumlah RM3,727,705.00 yang melibatkan 33,860 orang pelajar. Pendaftaran IPT sejumlah RM1,983,200.00 yang melibatkan 2,615 orang. Begitulah sebahagian daripada pembahagian-pembahagian asnaf yang telah diberikan pada masa yang lepas.
Untuk ini bagi makluman Ahli Dewan yang telah menimbulkan masalah masjid Kampung Lubuk Batu Segamat. Kerajaan pusat pada awalnya telah pun meluluskan peruntukan sebanyak RM2.6 juta pada tahun 2017. Apa pun, saya dimaklumkan kemudahan peruntukan ini dibatalkan dan tiada kelulusan baru sehinggalah tahun 2018 yang lalu. Saya telah meminta Bahagian Pengurusan Masjid untuk melihat perkara ini, supaya perkara ini jika benar peruntukan RM2.6 juta telah pun diluluskan kita akan merayu kepada kerajaan pusat, supaya peruntukan ini dapat disegerakan bagi kerja-kerja menaik taraf Masjid Makam Lubuk Batu di Segamat. Begitu juga Masjid Lukmanul Al-Hakim bagi Kampung Kelantan, Kota Tinggi. Kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2 juta pada tahun 2017. Kemudian dibatalkan dan akhirnya mendapat kelulusan sebanyak RM500,000.00. Kos sebenar adalah RM1.7 juta. Kos tambahan ini memerlukan komitmen kerajaan negeri sebanyak RM1.2 juta bagi melaksanakan projek ini.
Yang Berhormat Puan Speaker, perkara-perkara lain dari segi bantuan khas nelayan seperti yang disuarakan oleh wakil Seri Medan, Panti dan juga wakil daripada Mersing.
Saya mengucapkan terima kasih. Dan untuk makluman, seperti yang telah dimaklumkan dalam bantuan nelayan kawasan Johor Selatan 2019 telah pun diserahkan kepada seramai 1,513 nelayan. Dan saya telah diminta untuk menyampaikan masalah suara nelayan ini jika boleh seperti yang Ahli-Ahli Dewan minta, jika boleh nelayan-nelayan kawasan Pantai Timur seperti Pengerang dan Mersing, kawasan nelayan-nelayan Pantai Barat seperti Muar, Batu Pahat diberikan perhatian tentang bantuan peruntukan RM1,000.00 ini. Saya telah pun memaklumkan kepada pegawai pihak Perancang Ekonomi Negeri dan insya-Allah satu kertas kerja cadangan akan disediakan untuk dibawa kepada kerajaan negeri bagi menimbangkan masalah permintaan daripada nelayan-nelayan zon Pantai Timur dan zon Pantai Barat.
Yang Berhormat Puan Speaker, dari segi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor, dalam jangka pendeknya dan pelan jangka panjangnya, Jabatan Veterinar telah merancang bagi pembangunan hab pedaging negeri Johor bagi tempoh 2021-2025 iaitu Rancangan RMK-12. Pelan ini meliputi 6 strategi utama :
1. Peningkatan populasi pedaging ruminan. 2. Penggalakan teknologi moden. 3. Pembangunan Segamat Agrovet sebagai pusat sehenti pemasaran. 4. Meningkatkan kesihatan ternakan. 5. Meningkatkan mutu perkhidmatan haiwan. 6. Meningkatkan program pembiakan haiwan.
Untuk ini rangkaian pemasaran program, lelongan ternakan secara berjadual sebanyak 3 bulan sekali, Yang Berhormat Speaker akan diadakan di Agrovet Segamat. Memperkenalkan konsep meat shop dengan izin dan juga prime card dengan izin. Konsep pasar tani kekal juga akan di adakan pada setiap minggu dengan mengadakan jualan harga runtuh pada setiap akhir bulan. Program ini akan bermula pada tahun 2020.
Yang Berhormat Puan Speaker, salah satu jangka panjang pihak Jabatan Veterinar dengan pihak BPN negeri iaitu dengan ECCR ialah akan mengadakan satu ladang ternakan lembu tenusu yang terbesar di negeri Johor, seluas sebanyak 2,500 ekar di daerah Mersing. Dan jika ini berhasil, projek ini dijangka akan bermula tahun 2021, negeri Johor akan menjadi pengeluar, pengeluar lembu tenusu yang terbesar di negara kita.
Berhubung dengan saranan Yang Berhormat Ahli Semarang, sahabat saya tentang bagaimana nak meningkatkan hasil pemakanan haiwan. Satu projek penanaman sagu rumbia sebagai makanan ternakan juga telah dirancang di TKPM, Taman Kekal Pengeluaran Makanan Kampung Tol, Bukit Kepong. Memandangkan kawasan tersebut berpaya dan mengaplikasikan kaedah yang telah dilaksanakan di Pusat Penyelidikan dan Pembiakan Kerbau dan Rusa di Telipok, Sandakan Sabah. Mudah-mudahan hasrat rakan daripada Ahli Yang Berhormat Semarang untuk Johor melahirkan makanan bagi ternakan akan dapat kita hasilkan. Insya-Allah.
Yang Berhormat Puan Speaker, perkara-perkara lain dari segi komoditi yang telah dihasilkan dari peringkat kita Jabatan Veterinar Negeri Johor. Bagi komoditi tahun 2019, daging lembu dan kerbau, jumlah tan metrik sebanyak 4,787,095 metrik, nilainya sebanyak RM105,334,900.00. Bagi daging lembu dan bebiri sebanyak 98.75 tan metrik, jumlah dagangannya RM2,962,500.00. Daging ayam dan itik, daging ayam dan itik, 426,912 tan metrik, jumlah dagangan RM1,852,934.60. Bagi daging-daging ternakan lain, Jumlah metrik tan sebanyak 23,312,000. Jumlah dagangan RM163,296,037.60. Bagi telur ayam dan itik, jumlah metrik tan sebanyak 191,375 tan metrik, jumlah dagangan RM1,128,553.769.
Dan, saya berharap juga kepada mana-mana pengusaha yang berhasrat untuk mengadakan ternakan ayam, mengikut keputusan kerajaan negeri, semua permohonan bagi ternakan ayam mestilah dalam sistem kandang yang tertutup.
Yang Berhormat Puan Speaker, dari segi Jabatan Pertanian saya amat mengambil komitmen yang tegas. Bahawa mana-mana tanaman kekal, pengeluaran makanan yang di bawah Jabatan Pertanian, yang tidak diusahakan oleh mereka yang telah diberikan peluang, saya telah pun meminta Jabatan Pertanian supaya kita memberikan 3 bulan tempoh terakhir kepada mana mereka yang tidak berusaha, kita akan keluarkan dari senarai sebagai peserta di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Jabatan Pertanian Negeri Johor. Apa pun, saya cukup yakin komitmen kita dalam revolusi hijau. Seperti yang telah saya sarankan mudah-mudahan ianya akan menjadi satu anjakan paradigma bagi petani-petani di negeri Johor.
Bagi makluman Dewan, saya bukanlah bercakap kosong apabila saya bercakap, Rancangan Gagasan Revolusi Hijau yang pertama di FELDA Ulu Tebrau telah pun termetri sebanyak 30 ekar. Para peserta daripada peneroka melalui koperasi diberikan projek tanaman nanas MD2. Bagi projek untuk menjadikan Johor sebagai pengeluar hab lada hitam semula, sebanyak 16 orang peserta telah pun kita pilih di FELDA Inas, seluas kawasan 10 ekar sebagai peserta tanaman lada hitam di negeri Johor.
Yang Berhormat Puan Speaker, begitulah serba ringkas yang dapat saya sarankan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mudah-mudahan Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat kita bersama-sama dan saya ucapkan tahniah di atas kemenangan parti Barisan Nasional bagi Parlimen Tanjung Piai. Saya berlapang dada dan berjiwa besar. Mudah-mudahan rakan-rakan saya juga di peringkat kerajaan berjiwa besar. Anggap ini sebagai satu cabaran dan insya-Allah, kita memperbaiki segera kelemahan kita. Kita kenal pasti apa yang rakyat hendak supaya insya-Allah kita akan kembali semula sebagai kuasa besar di negeri Johor dan di peringkat persekutuan sebagai parti kerajaan Pakatan Harapan (Dewan bertepuk).
Kepada Yang Berhormat Penawar (Dewan ketawa). Yang Berhormat Penawar, saya sampai tak tidur malam tadi.
Gembira ke sedih ?
Yang Berhormat Penawar, Encik Anuar pergi ke Rasau, tumpang berteduh di pokok sena, janganlah Penawar berasa risau, kalau jodoh tidak ke mana. (Dewan ketawa dan bertepuk).
Kepada Penawar juga, naik kereta sambil mengait, duduk sarapan itik serati, biar berjuta bintang di langit, bintang Pakatan Harapan tetap di hati. Sekian, wabilahitaufik walhidayah wasalamualaikum warahmtullahi wabarakatuh. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, dijemput.
Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, salam sejahtera, salam harapan. Terlebih dahulu patik dengan ini merafak sembah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor sentiasa dalam keadaan sihat, sejahtera, bahagia dan diberkati sempena dengan ulang tahun hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2019.
Ucapan tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan saudara seperjuangan Ahli-Ahli Mesyuarat, Majlis Mesyuarat Kerajaan serta penjawat awam negeri Johor yang telah berjaya menyediakan sebuah belanjawan yang bertema “Memakmur dan Mensejahtera Johor Bestari” yang kami percayai akan memastikan negeri Johor terus membangun sebagai sebuah negeri yang maju dan mampan. Saya juga ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada pasukan JDT yang memenangi Piala Malaysia.
Yang Berhormat Puan Speaker, isu TABIKA Perpaduan. Yang Berhormat Kahang membangkit isu ini dalam ucapan perbahasannya menyuarakan pendapat bahawa TABIKA
Perpaduan perlu kemajuan yang lebih baik. Puan Speaker, sehingga kini terdapat sebanyak 206 buah kelas TABIKA Perpaduan yang sedang beroperasi di seluruh negeri Johor. Objektif utama penubuhan TABIKA Perpaduan ialah untuk menyediakan pendidikan awal kanak-kanak berumur di antara 4 hingga 6 tahun bagi membolehkan mereka menghayati nilai-nilai perpaduan, hidup bermasyarakat dan sebagai persediaan ke alam persekolahan kelak. Memang tidak dapat dinafikan bahawa perpaduan mesti dipupuk bermula daripada kanak-kanak lagi dan TABIKA atau TADIKA adalah merupakan tapak semaian yang paling penting. Menyedari hakikat tersebut, maka pelbagai inisiatif yang telah diambil oleh pihak kerajaan khususnya melalui TABIKA Perpaduan ke arah melahirkan generasi yang mempunyai semangat patriotik dan perpaduan yang jitu. Dalam usaha ini antara aspek yang paling penting adalah penyediaan kelas TADIKA yang mempunyai persekitaran yang kondusif, ceria, selamat dan selesa untuk kanak-kanak belajar dan bermain. Pihak kerajaan memang sentiasa memberi penekanan penting kepada perkara ini dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk meningkatkan prasarana dan keceriaan di kelas-kelas TABIKA Perpaduan. Memang menjadi keutamaan kerajaan sejak sekian lama untuk meningkatkan penyertaan kanak-kanak berbilang kaum di TABIKA Perpaduan. Ini kerana TABIKA Perpaduan memberi fokus untuk menerapkan nilai-nilai perpaduan di peringkat kanak-kanak dan diharapkan mereka akan menjadi generasi berkualiti untuk menangani kecemerlangan negara. Justeru itu, selain dari segi prasarana pihak jabatan juga telah mengambil beberapa inisiatif lain untuk meningkatkan prestasi dan kecemerlangan TABIKA Perpaduan bagi menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang terbaik di samping mempromosikan TABIKA Perpaduan kepada masyarakat berbilang kaum. Sebagai makluman Ahli-Ahli Dewan, sebahagian daripada inisiatif ini telah dapat dilaksanakan dengan sokongan dan peruntukan daripada kerajaan negeri di bawah Program Pelan Harapan Johor 2019. Antaranya ialah :
1. Melaksanakan seminar, kursus, bengkel dan latihan secara berterusan kepada guru-guru dan penolong guru untuk meningkatkan tahap profesionalisme mereka.
2. Pada tahun ini jabatan telah memperkenalkan Program Kelab Cendekiawan (KLIK) atau ringkasnya KLIK yang menggabungkan semua aktiviti galakan membaca, aktiviti-aktiti akademik dan bukan akademik, sukan dan juga sosial.
3. Melaksanakan penarafan bintang atau star rating, dengan izinnya.
4. Melaksanakan Program Pintar Kreatif di peringkat negeri dan daerah yang bertujuan untuk mencungkil bakat dan potensi guru-guru dan kanak-kanak TADIKA untuk melahirkan guru-guru dan kanak-kanak yang kreatif dan berinovatif.
Justerunya, usul juga akan diambil secara berterusan oleh pihak kerajaan negeri bersama Jabatan Perpaduan untuk melantikkan lebih ramai tenaga pekerja dari pelbagai kaum yang berkelayakan sebagai Guru dan Penolong Guru di TABIKA Perpaduan. Untuk makluman Dewan, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM1 juta untuk tujuan ini.
Yang kedua ialah isu bendera terbalik. Yang Berhormat Layang-Layang telah bangkitkan soal ini dalam soalan tambahan. Isu bendera terbalik dan baru-baru juga isu bendera bintang 5, mahupun pemasangan bendera secara tidak betul adalah antara isu yang sentiasa dipantau oleh Jabatan Perpaduan. Semasa isu ini berlaku pada bulan Ogos yang lalu, semua pegawai dan KRT telah diarahkan untuk memantau isu pasangan bendera terbalik di daerah masing-masing dan beberapa isu yang dapat dikesan seperti di Johor Bahru, Kluang dan Batu Pahat telah dilaporkan ke Ibu Pejabat. Jabatan telah juga mengesahkan isu yang berlaku. Walau bagaimanapun, pihak Jabatan Perpaduan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengenakan sebarang tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang terlibat. Ini ialah isu pihak keselamatan. Tetapi Jabatan Perpaduan bersama kerajaan negeri akan mengambil pendekatan untuk memastikan pihak-pihak yang terlibat sentiasa mengikut peraturan yang betul. Sebagai langkah untuk menangani isu ini, pihak Jabatan akan melaksanakan Program Kesedaran atau Kepekaan masyarakat mengenai pemasangan bendera yang betul. Justeru itu, saya amat berharap
agar semua pihak dapat mengambil serius mengenai isu bendera ini dan sama-sama memastikan perkara ini tidak berulang lagi. Bendera adalah lambang kedaulatan dan semangat patriotisme kepada negara kita. Setelah 61 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, sepatutnya semangat perpaduan dan patriotik kepada negara mesti diperkukuhkan. Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita berganding bahu dan memikul tanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan dan perpaduan yang kita capai bersama selama ini. Saya merayu kepada Ahli-Ahli Dewan yang berada di Dewan ini, marilah kita memperbudayakan perpaduan dan bukan memperpolitikkan perpaduan dan juga, meraikan kepelbagaian.
Yang ketiga, Yang Berhormat Puan Speaker, isu kos sara hidup. Rata-rata kebanyakan Ahli-Ahli Yang Berhormat telah bangkitkan isu kos sara hidup. Yang Berhormat Benut, Yang Berhormat Kahang, Yang Berhormat Penawar, Tangkak, Bukit Naning, Pemanis, Senggarang, Larkin dan Yang Berhormat Maharani bangkitkan isu kos sara hidup. Kos sara hidup ialah satu isu yang sentiasa berada di semua masa pun dan semua negara pun. Ini ialah satu isu yang kita kena mengendali tetapi ini bukan begitu senang. Ada banyak-banyak perkara terlibat dalam isu ini iaitu satu, kos barangan di pengaruhi oleh nilai mata wang pembekalan dan permintaan cuaca dan sebagainya, beberapa perkara. Jadi, berbilang pertanian sangat penting dalam isu mengendali kos sara hidup.
Oleh sebab itu, Puan Speaker, isu ini sangat meluas dan terlibat semua masyarakat dan semua agensi-agensi kerajaan dan peningkatan kos sara hidup meliputi pelbagai aspek. Antaranya ialah kos perumahan, kos barang makanan, kos kesihatan, kos pendidikan dan juga kos pengangkutan. Jadi, ini ialah satu kawasan, satu bidang yang sangat luas. Kita perlu satu cara mengendali yang keseluruhan. Jadi, oleh sebab itu, kerajaan Pakatan Harapan juga telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup yang dipengerusi oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan juga bertanggungjawab berkenaan diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebagai Urus setia utama, sebagai inisiatif meningkatkan keberkesanan usaha kerajaan dalam memastikan harga barang tidak meningkat terlalu tinggi di samping penguatkuasaan undang-undang berhubung kenaikan harga barangan. Jawatankuasa ini sentiasa membincangkan pelbagai strategi dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara fungsi jawatankuasa berkenaan adalah untuk mengkaji rantaian atau pengedaran barangan tersebut yang mana ianya bermula daripada peringkat pengeluar ladang pengimport hingga peringkat pemborong dan seterusnya kepada peringkat terakhir iaitu peruncit. Laporan kajian berkenaan telah dikemukakan kepada Sekretariat Jawatankuasa ini di peringkat KPDNHEP di pusat. Kajian ini membabitkan penglibatan semua pejabat KPDNHEP seluruh negara amnya dan 8 pejabat KPDNHEP negeri Johor khasnya. Ini merangkumi barangan keperluan asas rakyat Malaysia secara amnya dan rakyat Johor khususnya.
Di sini saya ingin juga memperkenalkan satu aplikasi dinamakan Price Catcher. Price Catcher adalah satu aplikasi telefon pintar bagi memudahkan pengguna mendapatkan maklumat harga barangan keperluan asas di premis-premis terpilih. Aplikasi ini juga mempasti, memastikan rakyat terus mendapat bekalan barangan yang pada harga yang terendah melibatkan pasar raya besar, pasar raya dan pasar mini di seluruh negara. Pengguna boleh membuat perbandingan harga di antara premis atau pasar raya berhampiran dan berkongsi maklumat tersebut melalui platform media sosial. Melalui aplikasi ini juga pengguna boleh mendapatkan hebahan maklumat secara terus daripada pihak KPDNHEP contohnya hebahan harga runcit petroleum, harga skim, harga maksima, musim perayaan dan sebagainya. Pihak kerajaan bersama KPDNHEP negeri Johor akan terus mempergiat aktiviti penguatkuasaan terutamanya dalam isu harga barangan dan perkhidmatan agar para peniaga tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga hanya untuk mendapatkan keuntungan yang berkelebihan. Jadi, saya mohon bahawa para pengguna gunakan aplikasi ini, Price Catcher di mana semua maklumat harga barangan di seluruh Malaysia ada di situ. Jadi, pengguna boleh jadi lebih bijak dalam pilihan mereka.
Selain itu, kerajaan negeri juga dalam Belanjawan 2020 telah menerapkan beberapa inisiatif khas untuk mengurangkan beban kos sara hidup yang kian meningkat. Antaranya ialah :
1. Program Bank Makanan (Food Bank) yang akan dilaksanakan di seluruh negeri Johor dengan membekalkan makanan keperluan harian kepada golongan B40 dan penerima bantuan e-Kasih, asnaf dan penerimaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dipercayai dapat meringankan beban kehidupan mereka. Jadi, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM600,000.00 untuk program ini. Program ini ialah untuk menjimatkan makanan lebihan dan edarkan makanan lebih kepada golongan miskin yang berada di PPR flat atau kampung-kampung termasuk juga murid-murid universiti. Mereka pun ada panggil untuk bantuan ini.
2. Skim Air Percuma sebanyak 10 meter padu. Ini adalah salah satu janji manifesto Pakatan Harapan. Janji ini pun sudah ditunai.
3. Kad Sihat Johor.
4. Baucer RM1,000.00 kepada pembeli rumah mampu biaya yang meringankan kos memasuki rumah baru.
5. Bantuan Khas kepada nelayan yang baru-baru ini diedarkan.
6. Bantuan Insentif kepada pelajar B40.
7. Pengecualian bayaran lesen penaja. Ini semua adalah daripada manifesto 100 hari negeri Johor.
8. Skim Takaful Warga Emas.
9. Skim Perumahan Prihatin Johor.
10. Skim Perumahan Belia Johor.
11. Diskaun Pengurangan 20% dan juga memperluaskan perkhidmatan Bas Muafakat Johor dan juga Program Free Ride Bus.
Ini semua program-program bantu golongan miskin mengendali kos sara hidup. Selain daripada itu, ADUN-ADUN Pakatan Harapan pun ada peruntukan untuk mengedar, Ahli-Ahli Parlimen pun ada peruntukan untuk mengedar. Jadi, ada banyak cara kerajaan membantu rakyat miskin. Untuk mengendali kos sara hidup.
Puan Speaker, isu yang keempat ialah isu sama ada karnival jualan mampu menangani masalah kos sara hidup yang dibangkit oleh Yang Berhormat Pasir Raja. Penganjuran Karnival Jualan Mega Johor adalah sebagai usaha kesinambungan daripada Festival Trak Johor 2015, Karnival Mega Sales Johor 2016 dan Karnival Jualan Mega Muafakat Johor 2017 dan Karnival Jualan Mega Muafakat Johor 2018. Kesemua program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan terutamanya dalam memupuk budaya kepenggunaan bijak serta jualan pada harga berpatutan iaitu pelbagai pilihan barangan terus dari kilang kepada pengguna. Justeru, kerajaan negeri Johor bercadang untuk menganjurkan Karnival Jualan Mega Johor 2019 dalam menangani kos sara hidup dan kesejahteraan rakyat di samping memupuk masyarakat pengguna yang berdaya upaya.
Keprihatinan kerajaan negeri Johor mengenai kos sara hidup terus di terjemah menerusi cadangan penganjuran karnival berbentuk jualan harga patut dan pameran sebagai salah satu alternatif untuk mengurangkan beban rakyat. Karnival ni merupakan suatu signature event kerajaan Johor bagi sektor kepenggunaan dan pada masa yang sama mewujudkan sinergi antara agensi kerajaan dan peniaga sebagai pilihan kepada masyarakat untuk berbelanja pada harga yang berpatutan. Karnival ini berkonsepkan gabungan jualan terus
dari kilang, kilang ke dan penglibatan terus kepada pengguna. Secara tidak langsung, karnival ini juga dapat memberi kesedaran kepada usahawan, pengeluar dan industri untuk turut serta dan menyokong usaha kerajaan dalam membantu pengguna mengurangkan kos sara hidup. Karnival ini juga menekankan outreach dan impak kepada rakyat dan penggunaan dengan menawarkan pelbagai produk keperluan asas dan harian pada harga promosi. Pengguna berpeluang untuk membeli terus daripada pengeluar tanpa melalui pelbagai lapisan perniagaan seperti pemborong dan peruncit serta mendapat informasi dan pengetahuan daripada pelbagai agensi kerajaan yang turut serta dalam karnival ini.
Yang Berhormat Puan Speaker, isu kelima yang dibangkit oleh Yang Berhormat Kahang iaitu PIBG dan LPS di sekolah Tamil. Sekarang ramai.
EXCO ini biarkan kita serahkan kepada EXCO Pendidikan.
Ok, baik, terima kasih. Dan juga satu lagi enam, ialah penglibatan ataupun pemimpin-pemimpin masyarakat yang jumpa pejabat saya, saya selalu galakan perubahan daripada kepimpinan masyarakat-masyarakat sebab dulu mereka di kerajaan yang sekarang pembangkang. Dan mereka ramai orang terlibat dalam kebajikan. Jadi, saya bila mereka datang jumpa saya, saya selalu minta mereka libat dalam aktiviti-aktiviti yang lebih bermakna kepada masyarakat seperti kemahiran, pemindahan baru dan sebagainya. Bukan hanya kebajikan sahaja. Jadi, saya nampak NGO-NGO lama yang jumpa saya, mereka selalu terlibat dalam kebajikan. Jadi oleh sebab itulah saya suruh mereka tukar kepimpinan NGO-NGO.
Isu yang terakhir Puan Speaker ialah isu tapak khairat masyarakat India yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenggaroh.
YB EXCO Rama, itu hasil bumi adalah kuasa Menteri Besar, jadi kita pulangkan kepada Menteri Besar untuk jawab.
Ok, baik, terima kasih. Itu sahaja ucapan saya, gulungan saya, sekian terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, persidangan ini saya tangguhkan sehingga pukul 4.05 untuk rehat.
Persidangan ditangguhkan pada jam 3:50 petang.
Persidangan disambung semula pada jam 4:05 petang.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan di sambung semula. Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan, jemput.
Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Harapan Johor. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker kerana memberi saya ruang dan peluang untuk menyertai sesi perbahasan penggulungan Belanjawan 2020 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada Khamis yang lalu. Di kesempatan ini patik merakamkan ucapan merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat hari keputeraan rasmi yang ke-61 kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim pada 22 November 2019. Daulat Tuanku.
Sukacita juga saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Dr
Sahruddin Haji Jamal yang telah membentangkan belanjawan negeri Johor tahun 2020 bertemakan “Memakmur, Mensejahterakan Johor Bestari” dengan menggariskan enam teras strategi utama iaitu Mensejahterakan Rakyat, Memakmurkan Ekonomi, Melestarikan Alam Sekitar, Membangun Modal Insan dan Memperkasa Syiar Islam serta dua teras lain adalah Mengukur Jati Diri dan Membuka Warisan Budaya serta Menambah Baik Tadbir Urus Dengan Cekap dan Berintegriti.
Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan cadangan, pandangan serta teguran berkaitan dengan jabatan serta agensi di bawah portfolio Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan. Saya mengambil setiap maklum balas yang diberikan dengan berlapang dada dan menilai setiap satunya supaya diberi perhatian demi kesejahteraan rakyat di negeri ini.
Yang Berhormat Puan Speaker, bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh ADUN Panti berkaitan pusat hemodialisis seluruh negeri dan berapa ada setiap daerah, bagaimana penambahan dapat dilaksanakan khususnya di kawasan luar bandar. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Panti, di negeri Johor terdapat 11 buah hospital kerajaan dan dua pusat dialisis komuniti di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia yang menyediakan perkhidmatan rawatan hemodialisis. Terdapat juga empat buah pusat rawatan hemodialisis di bawah pengurusan dan seliaan agensi kerajaan yang lain. Selain itu, terdapat 91 pusat hemodialisis swasta yang beroperasi di negeri Johor. Dua pusat hemodialisis di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia telah beroperasi di Simpang Renggam, Kluang dan Bandar Mas, Kota Tinggi. Satu pusat hemodialisis di FELDA Tenggara 2 dengan kapasiti 10 mesin dialisis dalam proses pelaksanaan projek untuk penduduk sekitar.
Berhubung proses pelaksanaan pusat hemodialisis di FELDA Tenggara 2, pihak KKM telah melantik kontraktor namun binaan fizikal belum dilaksanakan lagi. Status kini sedang finalize, keperluan bilik-bilik iaitu room data, walk interaction, jangka mula kerja pada tahun 2020. Selain daripada projek ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia belum ada cadangan untuk melaksanakan projek yang sama di kawasan lain dalam negeri Johor. Walau bagaimanapun, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mempelawa syarikat swasta atau NGO yang berminat dan berkelayakan untuk menyediakan perkhidmatan ini bagi penduduk di luar bandar. Berikut adalah pecahan pusat hemodialisis kerajaan, swasta, NGO mengikut daerah. Johor Bahru - 34, Kulai - 6, Muar - 11, Tangkak - 6, Batu Pahat - 15, Segamat - 7, Kluang - 11, Pontian - 7, Mersing - 3 dan Kota Tinggi - 8.
Permohonan baru penubuhan pusat hemodialisis swasta yang belum beroperasi adalah seperti berikut:
1. Hospital Pakar Kencana. 2. KPJ UTM Specialist Hospital. 3. KPJ Batu Pahat Specialist Hospital. 4. KPJ Kluang Specialist Hospital. 5. KPJ Pontian Specialist Hospital.
Yang Berhormat Puan Speaker, menjawab soalan yang dibangkitkan oleh ADUN Buluh Kasap mengenai status pembinaan Klinik Kesihatan Palong Timur berikutan sebelum ini ianya dikatakan telah diluluskan peruntukan pada tahun 2017. Untuk makluman Yang Berhormat, projek Klinik Kesihatan jenis 5 dengan kuaters Palong Timur, Segamat telah diluluskan di bawah Rolling Plan-4 Rancangan Malaysia Ke-10. Agensi pelaksana bagi projek ini ialah Jabatan Kerja Raya Johor. Iklan tender telah dikeluarkan pada 1 April 2019, taklimat tender dan lawatan tapak telah diadakan pada 8 Mei 2019, seterusnya tender ditutup pada 10 Jun 2019. Penilaian tender bagi projek ini telah selesai dilaksanakan dan telah diangkat kepada Lembaga Tender untuk bersidang. Walau bagaimanapun, pengeluaran surat setuju terima (SST) ditangguhkan sehingga As Tendered Detailed Abstract (ATDA) diluluskan. Terdapat kenaikan kos bagi projek Klinik Kesihatan jenis 5
dengan Kuaters Palong Timur, Segamat berbanding kos Preliminary Detailed Abstract (PDA) yang telah diluluskan sebelum ini.
Pada masa ini, permohonan kenaikan kos projek sedang diteliti di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum diangkat kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) bagi tujuan timbangan dan kelulusan.
Untuk makluman semua, saya juga ada mendapat soalan berkenaan Hospital Pasir Gudang yang telah dijawab oleh EXCO Kerja Raya. Jadi, saya selaku EXCO Kesihatan akan terus memantau pembinaan projek-projek ini dari semasa ke semasa dan akan memastikan ianya siap pada waktu yang telah ditetapkan.
Yang Berhormat Puan Speaker, seterusnya mengenai cadangan ADUN Bentayan yang mencadangkan agar kerajaan mewujudkan satu kaedah baru sebagai langkah penyelesaian dan tambah baik sistem pengurusan Kad Sihat Johor. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Bentayan, pihak kerajaan telah membuat penambahbaikan bagi tahun 2020. Justeru itu, had pembiayaan dinaikkan bagi kategori B individu dari RM200.00 kepada RM350.00, manakala had pembiayaan bagi kategori keluarga dikekalkan pada kadar RM500.00. Berkenaan cadangan mewujudkan konsep paperless, pihak kerajaan akan mempertimbangkan dan membuat penambahbaikan lagi untuk lebih memudahkan penerima Kad Sihat Johor. Cara-cara pendaftaran Kad Sihat Johor boleh didaftarkan secara atas talian di www.sihatjohor.com.my. Walau bagaimanapun, permohonan secara manual masih diterima bagi memudahkan pemohon yang tiada kemudahan internet dan komputer.
Yang Berhormat Puan Speaker, bagi cadangan yang diajukan oleh ADUN Machap yang mencadangkan supaya orang yang menerima rawatan dialisis diberikan sedikit peruntukan kos pengangkutan bagi membantu golongan yang menghidap sakit dialisis ini. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Machap, kerajaan negeri amat prihatin dengan pesakit dialisis ini. Malah terdapat beberapa agensi dan jabatan yang boleh menyalurkan bantuan khususnya meringankan beban pesakit. Bagaimanapun, antara agensi yang boleh menyalurkan bantuan adalah seperti pihak Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri Johor. Untuk bantuan kos pengangkutan ke pusat rawatan dialisis, MAIJ ada menyediakan bantuan kewangan tetapi ianya terhad kepada pesakit yang tiada kemampuan, contohnya tidak mempunyai waris yang boleh menghantar dan tiada pendapatan sama sekali. Bantuan diberi secara tunai atau dibayar terus kepada pusat dialisis.
Yang Berhormat Puan Speaker, seterusnya mengenai cadangan ADUN Maharani yang mencadangkan kerajaan negeri untuk mempergiat kempen-kempen saringan kesihatan mental, khususnya di kalangan wanita di setiap daerah bagi memupuk kesedaran rakyat mengenai kepentingan kesejahteraan kesihatan minda, selain membanteras terhadap kesihatan mental. Untuk makluman Yang Berhormat, dari aspek kesihatan berdasarkan National Health Morbidity Survey (NHMS) 2015, prevalen masalah kesihatan mental di kalangan rakyat Malaysia yang berumur melebihi 16 tahun adalah 29.2%, prevalen negeri Johor pula menunjukkan 22.2% dari penduduknya mempunyai masalah kesihatan mental.
Secara keseluruhan, kajian ini mendapati mereka yang berisiko adalah golongan wanita yang muda dan dari keluarga yang berpendapatan rendah. Isu kesihatan mental ini jika tidak ditangani dengan baik boleh berakhir dengan penyakit mental. Oleh itu, negeri Johor mempunyai keutamaan kepada kesihatan mental sebagai salah satu isu yang harus ditangani dengan baik. Program kesihatan mental negeri Johor melalui Pelan Strategik Kesihatan Mental berusaha untuk memastikan individu, keluarga dan masyarakat sihat dan menyedari potensi diri serta boleh berdaya terhadap stress kehidupan, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat.
Pelan Strategik Kesihatan Mental Negeri Johor bertujuan untuk :
1. Menyediakan perkhidmatan kesihatan mental yang memberikan penekanan terhadap promosi kesihatan mental dan pencegahan masalah-masalah psikososial.
2. Perkhidmatan rawatan pemulihan dan rehabilitasi bagi pesakit mental kronik yang mencukupi dan sesuai bagi penjagaan pelanggan yang memerlukan agar dapat mengurangkan morbiditi, mortaliti dan kecacatan.
3. Mewujudkan persekitaran keluarga, masyarakat dan negeri yang melindungi pesakit mental kronik.
Pada strategi ini, mempunyai empat fokus utama iaitu promosi kesedaran, saringan awal dan rawatan, rehabilitasi psikososial dalam komuniti dan kerjasama intersektorial.
Di antara aktiviti perkhidmatan kesihatan mental negeri Johor adalah saringan kesihatan mental bagi pengesanan awal gejala kesihatan mental, saringan DASS (Depression, Anxiety, Stress Scale) merupakan salah satu ujian pengukuran tahap kesihatan mental dan dilaksanakan di semua klinik kesihatan dan program-program out reach kesihatan. Ianya diterapkan juga di dalam program KOSPEN di mana sukarelawan KOSPEN dilatih untuk membuat saringan DASS ini di komuniti mereka dan seterusnya merujuk kes ke klinik kesihatan berdekatan. Perkhidmatan kesihatan mental di komuniti, Community Mental Health Centre (CMHC) juga diwujudkan bagi memberi kemudahcapaian rawatan serta rehabilitasi dan intervensi psikososial kepada pesakit di dalam komuniti. Untuk masa ini, CMHC sedia ada di Puncak Damai, Klinik Kesihatan Masai dan Kuarters Lama Hospital Muar. CMHC di Klinik Kesihatan Tenglu akan bermula awal 2020 dan penubuhan pusat-pusat kesihatan mental di komuniti akan diperluaskan lagi di masa hadapan. Aktiviti promosi dengan kolaborasi pelbagai agensi dan badan sukarela NGO seperti Befrienders bagi meningkatkan kesedaran berkenaan kesihatan mental. Aktiviti promosi ini dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun di samping kempen kesedaran dalam skala lebih besar pada bulan kesihatan mental iaitu bulan Oktober.
Kakitangan kesihatan juga dilatih dengan kemahiran PFA iaitu Psycosocial First Aid, bertujuan menangani masalah psikososial di kalangan mereka yang terbabit dengan bencana. Setiap klinik kesihatan telah mempunyai pasukan PFA masing-masing. Kakitangan kesihatan juga telah dilatih dengan pelbagai aktiviti, intervensi kesihatan mental seperti mempromosikan Happiness Programme dan Pencegahan Bunuh Diri. Perkhidmatan ini dimantapkan lagi melalui kerjasama erat dengan pakar-pakar psikiatri di hospital-hospital. Selain itu, kolaborasi dengan jabatan-jabatan dan NGO diadakan untuk memberi kesedaran dan kemahiran menangani isu-isu kesihatan mental di kalangan kumpulan tersebut. Kaunselor-kaunselor sekolah misalnya dilatih untuk memberi perkhidmatan kaunseling bagi pelajar yang di saring dengan DASS.
Kerajaan sangat menyokong segala usaha untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan minda rakyat Johor. Adalah diharapkan semua ahli masyarakat dapat sama-sama berusaha untuk memastikan mereka mengamalkan gaya hidup sihat bagi menjaga kesejahteraan kesihatan mental. Pendekatan psikologi yang berorientasikan pencegahan seharusnya dititikberatkan di samping menjalani saringan kesihatan mental agar kita dapat mengambil langkah awal mengurangkan keadaan yang boleh menggugatkan minda kita.
Yang Berhormat Puan Speaker, seterusnya menjawab soalan berbangkit ADUN Mahkota, mengenai naik taraf ruang wad am dengan kapasiti 38 katil di Hospital Enche Besar Hajah Kalsom di Kluang. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Mahkota, permohonan Projek Naik Taraf Bangunan Future Ward sedia ada di HEBHK Kluang, Johor kepada wad am atau general ward berkapasiti 38 katil dengan kos keseluruhan sebanyak RM57 juta telah dimohon di bawah Rolling Plan Ke-4 2020 RMKe-11. Mesyuarat semakan permohonan projek di KKM telah diadakan pada 11 Februari 2019. Projek naik taraf ini juga pernah dimohon di bawah Rolling Plan Ke-2 dan Rolling Plan Ke-4 RMK-11. Permohonan projek naik taraf yang sama akan dimajukan semula di bawah projek RMK-12 memandangkan terdapat keperluan mewujudkan wad tambahan bagi menampung keperluan perawatan pesakit dalam yang semakin bertambah berdasarkan Bed Occupancy Reach iaitu BOR bagi hospital ini yang telah melebihi 100% berturut-turut bagi tahun 2017 dan 2018.
Selain itu, ADUN Mahkota turut mencadangkan agar kerajaan negeri dapat mewujudkan sebuah muzium kereta api di Kluang. Untuk makluman, Keretapi Tanah Melayu Berhad sedang dalam perancangan membangunkan muzium kereta api pertama Malaysia. Ketika ini, perancangan dan penyelidikan sedang giat dilaksanakan bagi membolehkan hasrat mengadakan muzium tersebut direalisasikan. Ini termasuk menjalinkan kerjasama rapat dengan Jabatan Muzium Negara, mengemas kini semua inventori, merekod, menjalankan program konservensi serta penukaran semua khazanah berkaitan kereta api yang dimiliki oleh KTMB di semua lokasi di seluruh semenanjung Malaysia termasuk yang terdapat di Johor Bahru.
Yang Berhormat Puan Speaker, bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh ADUN Senggarang berkaitan perancangan kerajaan tentang pembinaan kuarters di Klinik Kesihatan Senggarang untuk kakitangan. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Senggarang, bagi setiap perancangan pembinaan baru kemudahan klinik kesihatan jenis 3 berserta kuarters, keluasan saiz tapak minimum yang disarankan adalah 5 ekar. Memandangkan keluasan tapak Klinik Kesihatan Senggarang yang sedia ada adalah hanya 1.7 ekar. Justeru itu, KK Jenis 3 Senggarang yang dibina pada sebelum tahun 2012 ini tidak melibatkan pembinaan kuarters sekali. Walau bagaimanapun, pihak JKNJ tetap prihatin terhadap keperluan kuarters untuk staff dan dalam proses mengenal pasti lokasi berdekatan yang sesuai untuk dicadangkan bagi pembinaan kuarters pada masa hadapan. Perancangan pembinaan baru dan naik taraf akan dilaksanakan secara berperingkat dan dibuat mengikut keutamaan bagi setiap daerah dan negeri pada setiap tahun melalui Rancangan Malaysia. JKNJ dan KKM akan terus berusaha untuk menaik taraf semua fasiliti kesihatan termasuk klinik kesihatan, klinik desa dan kuarters yang dinyatakan mengikut keperluan setempat. Kemampuan kerajaan dan memenuhi keutamaan Unit Perancang Ekonomi pada masa hadapan.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya nak sentuh sikit apa yang terdapat di dalam Belanjawan 2020 iaitu menerusi titik fokus 170, di mana ianya akan dilaksanakan Latihan Kain Benang Dan Lestari Seni Budaya Johor dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00. Menerusi titik fokus berkenaan, akan diadakan Program Bakat Tenun dan ianya membolehkan Yayasan Warisan Johor untuk mencari tenaga mahir dalam bidang tenunan khasnya untuk rakyat di negeri Johor di samping mereka motif-motif baharu bersama Institusi Kraftangan Negara. Projek ini merupakan perjanjian persefahaman bersama dengan Institusi Kraftangan Negara dengan tujuan menyebarluaskan maklumat sejarah, seni dan warisan negeri Johor dan memperbanyak rekaan motif-motif Johor dalam membina identiti serta jati diri Johor.
Yang Berhormat Puan Speaker, di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan pembentangan 183 Titik Fokus untuk dilaksanakan pada tahun 2020. Saya berharap mandat yang diberikan itu dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai sasarannya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan jabatan di bawah Portfolio saya serta agensi-agensi kerajaan di atas kerjasama dan sokongan serta bantuan yang telah diberikan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan sepanjang saya berkhidmat di bawah Portfolio Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan. Kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh perkara-perkara yang berkaitan di bawah portfolio saya dan saya telah cuba untuk memberikan jawapan kepada isu-isu yang dibangkitkan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat perkara-perkara yang terlepas pandang, tindakan susulan akan diambil oleh ketua-ketua jabatan saya. Semoga segala yang tersimpul dapat diuraikan, yang keruh dijernihkan, yang kurang dapat ditambahkan. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti di jemput.
Salam sejahtera dan salam harapan Johor. Yang Berhormat Puan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu Yang Berhormat Speaker, sempena Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim pada 22 November ini, patik merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat moga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa diberi kesihatan yang baik, kesejahteraan dan kebahagiaan. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, kerana telah berjaya membentangkan Belanjawan Negeri Johor tahun 2020. Satu belanjawan yang inklusif dan komprehensif, yang merangkumi 6 Teras Strategik, 183 titik fokus yang saya kira menyeluruh dan pasti akan dapat menjaga kepentingan seluruh rakyat negeri bertuah ini.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya mulakan dengan menjawab atau menggulung beberapa persoalan berkaitan dengan isu air, kemudian akan diikuti oleh isu JPS, kemudian isu pelaburan dan seterusnya menyentuh isu yang bersangkut paut dengan utiliti terutamanya yang berkaitan dengan TNB.
Pertama, saya ingin menjelaskan isu ketiadaan air Kampung Bukit Kenangan dan Kampung Pinggir, Simpang Renggam yang telah dibangkitkan dalam Sidang Dewan ini oleh Yang Berhormat Machap. Yang Berhormat, seperti yang sedia maklum, berikutan cuaca panas dan kering yang melanda negara kita pada bulan Julai sehingga Oktober yang lalu telah memberi impak kepada kawasan-kawasan tadahan air di negeri Johor. Antara empangan yang terkesan adalah Empangan Machap yang membekalkan air mentah kepada Loji Rawatan Air Simpang Renggam yang mengalami penyusutan ke tahap kritikal yang menyebabkan bekalan air berjadual terpaksa dijalankan bagi memastikan jangka hayat air mentah dapat dipanjangkan.
Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Ranhill SAJ akan melakukan pembenihan awan di beberapa empangan yang kritikal bersama juga dengan kerajaan Johor melalui BAKAJ sebagai persiapan menghadapi cuaca musim panas dan kering yang diramalkan akan bermula pada hujung bulan Januari 2020 yang akan datang. Merujuk kepada Kampung Bukit Kenangan dan Kampung Bukit Pinggir, secara geografinya kampung-kampung tersebut berada di kawasan yang tinggi. Untuk makluman Yang Berhormat, pada hari normal, bacaan semasa tekanan di kawasan tersebut adalah di antara 11 hingga 15 meter dan bagi mengatasi masalah tekanan rendah, kaedah in line pumping dilakukan agar penduduk menerima bekalan air bersih. Namun begitu, bekalan air bersih dibekalkan melalui lori tangki ke kawasan yang berhadapan dengan gangguan bekalan air akan juga terus dijalankan.
Bagi mengatasi kekerapan paip pecah dalam jangka masa panjang, pihak operasi air Ranhill SAJ telah menyenaraikan cadangan penggantian paip-paip lama setiap tahun dan akan dilaksanakan projek tersebut melalui pihak PAAB mengikut peruntukan yang telah diluluskan oleh mereka setiap tahun. Selain itu, kerja penyelenggaraan aset secara berjadual sentiasa dilaksanakan bagi memastikan semua aset bekalan air dalam keadaan berfungsi sepenuhnya. Aset-aset yang rosak dan tidak berfungsi dikenal pasti lebih awal untuk kerja pembaikan dan pertukaran kepada aset yang baru.
Manakala bagi persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Buluh Kasap, status Loji Rawatan Air Kuala Paya atau lebih dikenali sebagai Loji Rawatan Air Buluh Kasap telah siap dibina sepenuhnya dan sedang menjalani kerja-kerja testing and commisioning (T&C) dengan izin. Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi daripada pihak PAAB, Loji Rawatan Air tersebut dijangka boleh beroperasi sepenuhnya pada bulan Februari 2020.
Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Benut ada membangkitkan isu kerajaan hanya bergantung kepada hanya satu sumber air sahaja. Suka saya tegaskan dalam Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan Johor sememangnya berusaha untuk mengenal pasti sumber-sumber air alternatif bagi memastikan negeri Johor mempunyai sumber air yang
mencukupi dan berterusan untuk dibekalkan kepada operator air. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan Johor adalah mengenal pasti beberapa sumber air alternatif untuk digunakan sama ada untuk domestik mahupun industri sebagaimana berikut:
1. Kerajaan negeri akan mengaktifkan balik semula Majlis Sumber Air Negeri.
2. Penggunaan air kitar semula atau recycle water daripada loji-loji kumbahan air. Kerajaan Johor telah bersetuju agar loji-loji kumbahan domestik di Pasir Gudang dan Bandaraya Johor Bahru akan di serahkan kepada pihak IWK dengan kerjasama GLC Johor untuk di kitar semula dan boleh digunakan oleh sektor industri.
3. Proses penyulingan Air Laut atau desalination water. Kerajaan Johor juga telah mengenal pasti dua cadangan Loji Penyulingan Air Laut di bahagian timur Johor bagi dibekalkan kepada kawasan industri Pengerang dan di bahagian barat bagi kawasan industri Tanjung Bin. Berdasarkan maklumat awal, loji penyulingan hendaklah khas dibekalkan kepada kawasan industri kerana ia tidak perlu diproses hingga ke tahap air yang boleh diminum. Loji-loji ini wajar dipacu oleh pihak swasta dengan syarat mereka diberi hak memasarkan produk hanya di dalam kawasan industri.
4. Cadangan Coastal Reservoir. Coastal Reservoir ini dicadangkan dibangunkan di pesisir sungai, kuala sungai. Dua cadangan Coastal Reservoir dicadangkan dibangunkan di kiri dan kanan Sungai Johor. Manakala, satu lagi cadangan Coastal Reservoir akan dibangunkan di Sungai Pulai. Sekiranya ianya dibina, maka ia boleh membekalkan air yang secukupnya ke daerah Pontian, Johor Bahru dan Pengerang.
5. Cadangan Air Bawah Tanah Tube Well kerajaan Johor ini menggunakan air bawah tanah sebagai sumber alternatif kepada loji-loji rawatan air. Ianya telah dilaksanakan di Lok Heng yang boleh menghasilkan maksimum 1 juta liter air sehari. Kerja-kerja pembinaan telaga juga sedang dilaksanakan di Gembut dan Tanjung Sedili. Selain daripada itu pihak BPENJ, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri sedang mengenal pastikan kaedah terbaik untuk mengenal pasti kawasan air bawah tanah mempunyai kualiti air tanah yang mencukupi. Namun, harus diingat bahawa Geran Pembangunan Sumber Air adalah di bawah tanggungjawab kerajaan persekutuan selaras dengan Perjanjian Migrasi Air di negeri Johor pada tahun 2009.
Yang Berhormat Puan Speaker, berkaitan memperkukuhkan BAKAJ, Yang Berhormat Benut tak perlu khuatir kerana kerajaan Johor sememangnya memberi perhatian penuh dalam memperkukuhkan BAKAJ dengan tenaga kerja berjumlah 14 orang dalam tahun 2015. Kini pada tahun 2019 sekarang BAKAJ mempunyai staf seramai 54 orang tenaga kerja. Bilangan penambahan dari segi Jurutera, Pegawai Sains serta Pegawai Makmal Uji kaji telah ditambahkan.
Selain daripada itu, sahabat saya daripada Bukit Pasir ada membangkitkan isu peruntukan yang telah disalurkan berjumlah RM3.5 juta bagi infrastruktur dan pengurusan air. Untuk makluman Bukit Pasir, peruntukan RM3.5 juta yang diperuntukkan untuk infrastruktur dan pengurusan bagi belanjawan ini sebenarnya adalah perbelanjaan untuk pembayaran bil air mentah kepada Petronas dari Empangan Seluyut ke Empangan Lebam. Perbelanjaan pengurusan RM3.5 juta ini diuruskan oleh Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Johor. Sehingga 26 Oktober 2019, telah tamat bekalan air berjadual di kawasan Simpang Renggam dan Benut. Kawasan-kawasan ini mendapat bekalan air terawat daripada Loji Rawatan Air Simpang Renggam. Air Simpang Renggam sekian lama menghadapi gangguan terutamanya dari air limpahan air leachate dari Pusat Pelupusan sampah CEP. Namun, kita perlu bersyukur pusat tersebut telah ditutup dan kerja-kerja parit bandar sedang disiapkan oleh pihak JPS.
Ini ditambah lagi pada Empangan Machap pada ketika itu berada di bawah paras kritikal 14.40 meter, manakala BAB dilaksanakan bagi membolehkan simpanan air mentah berpanjangan. Saya berterima kasihlah bahawa pada hari ini Empangan Machap kini
berada dalam paras 16.17 meter dan telah melimpah dengan membekalkan air mentah yang mencukupi ke LRA Simpang Renggam kerana paras maksimum simpanan sebelum limpahan adalah 16 meter.
Yang Berhormat Puan Speaker, isu JPS. Yang Berhormat Yong Peng pada sidang ini telah mengemukakan persoalan berkaitan isu pencerobohan Empangan Bekok yang semakin berleluasa. Untuk makluman Yang Berhormat Yong Peng, status perizaban bagi tujuan pengawalan, keselamatan, pencegahan dan tindakan undang-undang bagi Empangan Bekok telah melalui beberapa peringkat perbincangan dan pihak-pihak berkaitan. Tindakan yang dimulakan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dahulunya, kini diteruskan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS). Mesyuarat Penyelarasan terkini bagi tujuan ini telah diadakan pada 30 Oktober 2019 lalu oleh Pejabat Tanah Daerah Batu Pahat dan pihak kami akan pantau dan terus berbincang dengan semua stakeholder untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.
Untuk makluman juga, bagi tujuan menambah kapasiti penyimpanan air Empangan Bekok untuk bekalan air, projek menaik taraf Empangan Bekok kini telah bermula pada 14 November 2019 dengan tempoh penyiapan sepanjang 2 tahun iaitu sehingga 13 November 2021. Projek dari peruntukan kerajaan persekutuan di bawah KATS ini diuruskan oleh JPS Malaysia dan dengan seliaan oleh JPS Negeri Johor. Apabila siap nanti, kapasiti empangan untuk menyimpan air sekarang sebanyak 32 juta meter padu akan bertambah menjadi 70 juta meter padu iaitu melebihi sekali ganda daripada kapasiti sedia ada sekarang. Paras air empangan juga akan bertambah dengan ketara tetapi masih dalam kawasan lembangan atau tapak empangan sedia ada.
Isu seterusnya adalah berkaitan isu masalah banjir atau saliran yang tidak berfungsi dengan baik yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Panti. Untuk makluman Yang Berhormat, kerja penyelenggaraan sungai-sungai, saliran-saliran dan perlaksanaan projek tebatan banjir sentiasa dilaksanakan oleh pihak JPS dari semasa ke semasa, sama ada menggunakan peruntukan negeri ataupun peruntukan persekutuan bagi mengurangkan risiko banjir. Jumlah kelulusan peruntukan tahunan bergantung kepada banyak faktor antaranya ialah seperti kebolehan pelaksanaan sesuatu projek, keperluan kepada pengambilan balik tanah dan lain-lain. Sekiranya tidak dipertimbangkan pada tahun semasa, ianya boleh diluluskan pada tahun-tahun akan datang. Kerja-kerja penyelenggaraan Sungai Temenin dan cabang-cabangnya telah dilaksanakan pada pertengahan tahun 2019, manakala untuk Kampung Lukut yang melibatkan Sungai Jemberut ianya dijadualkan dalam program kerja pada awal tahun 2020 nanti. Begitu juga dengan kerja penyelenggaraan sungai parit di Kampung Jawa dan FELDA Sungai Sibol, ia juga dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2020.
Yang Berhormat Puan Speaker, berkenaan dengan isu pelaburan. Saya mengambil maklum mengenai apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senai. Untuk makluman Senai, saya ingin menyatakan komitmen kerajaan untuk menangani isu kilang haram ini, bukan setakat kilang haram tetapi juga isu-isu yang melibatkan pencemaran alam sekitar.
Bagi pelan jangka panjang, strategi kerajaan negeri adalah seperti berikut; kawalan dari segi penetapan, di mana hanya kilang yang terletak dalam kawasan industri sahaja akan disokong oleh Invest Johor melalui pengeluaran No Objection Letter atau NOL seperti yang dikehendaki oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sebelum lesen pengilang dikeluarkan kepada pihak syarikat.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, mana-mana syarikat yang ingin membuat, mendapatkan lesen pembuatan, pengilang ini mesti mendapatkan permohonan daripada MIDA dan dapat No Objection Letter daripada pihak kerajaan negeri Johor dan sebarang pengeluaran lebih daripada 2.5 juta perlu membuat permohonan.
Selain daripada itu, bagi memastikan pematuhan berterusan kilang, kerajaan negeri melalui Invest Johor dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan dan MIDA diminta untuk
mempertingkatkan penguatkuasaan termasuk penguatkuasaan yang dijalankan secara bersepadu dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. Kerajaan juga menyarankan semua agensi kerajaan persekutuan dan negeri untuk memainkan peranan antara lainnya dengan mengadakan kempen-kempen pemutihan kilang haram, program turun padang agensi bagi mempromosikan inisiatif dan juga insentif yang ditawarkan oleh kerajaan kepada pemain industri.
Yang Berhormat Puan Speaker, sejak Mei 2018 sehingga Jun 2019, pelbagai inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan negeri dalam menarik pelaburan ke negeri ini dengan kerjasama erat MIDA dan lain-lain agensi dalam misi penggalakan pelaburan dan perdagangan. Untuk rekod, dari Jun sehingga Disember 2018, 6 bulan, bila kerajaan Pakatan Harapan telah ditubuhkan jumlah pelaburan yang diterima oleh negeri Johor adalah berjumlah RM29.5 bilion dalam sektor-sektor seperti berikut, elektrikal dan elektronik, petrochemical, kimia dan produk berasaskan kimia, jentera dan peralatan, teknologi makanan, pharmaceutical dan perkhidmatan.
Manakala jumlah pelaburan yang direalisasikan sehingga Disember 2018 pula adalah berjumlah RM8.96 bilion. Jumlah peluang pekerjaan yang telah diwujudkan adalah seramai 3,197 orang dengan 40 projek telah dijalankan. Antara nama-nama besar pelabur yang telah merealisasikan pelaburan mereka adalah seperti berikut :
1. ST Microelectronics Sdn. Bhd. dalam E&E di Muar, nilai pelaburan RM7.5 bilion dari Belanda.
2. Daiichi Seiko (M) Sdn. Bhd, E&E di Iskandar Puteri dari negara Jepun, pelaburan RM297 juta.
3. Barnes Airmortive Malaysia Sdn. Bhd. di kawasan Iskandar, nilai pelaburan RM179 juta dari Amerika Syarikat.
4. Zenith Palm Sdn. Bhd., pembuatan makanan di Johor Bahru, RM156 juta, Malaysia-Indonesia.
5. Orgkhim Chemical Petrochemical di Tanjung Langsat, jumlah pelaburan RM240 juta dari Rusia.
6. Aztech E&E di kawasan Iskandar, jumlah pelaburan RM250 juta dari Singapura.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi tahun 2019, dari Januari sehingga Jun, negeri Johor telah berjaya menarik pelaburan sejumlah hampir RM4 bilion, pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan sahaja. Sebanyak 62 projek telah diluluskan dan dijangka akan mewujudkan seramai 2,501 peluang pekerjaan untuk negeri Johor. Antara syarikat-syarikat yang telah melabur di negeri Johor pada masa tersebut adalah termasuk Pengerang Independent Terminal Sdn. Bhd., CGPC Industrial Building System Sdn. Bhd. dan Mosanto (M) Malaysia Sdn. Bhd. Kerajaan negeri melalui agensinya Invest Johor dengan kerjasama MIDA akan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya bagi membantu para pelabur bagi memastikan kelancaran dan kejayaan pelaksanaan projek-projek pelaburan ini di negeri ini.
Untuk makluman Yang Berhormat Panti, bagi tahun 2020 memang akan ada penglibatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dalam beberapa misi galakan pelaburan dan perdagangan yang akan diatur oleh Invest Johor dan juga melibatkan pejabat saya.
Puan Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Perling kerana peka kepada dunia global ekonomi yang sekian bertukar hari ini. Sememangnya, untuk industri setaraf inkubator dan digital ekonomi, kerajaan sentiasa menggalak industri-industri ini dengan kerjasama dengan pihak GLC dan juga pihak swasta. Contohnya, saya ingin nak tegaskan di sini, pada 15 dan 16 Januari ini
eh, di Johor akan menjadi tuan rumah kepada Base Conference, satu conference bertaraf antarabangsa yang melibatkan setaraf dan digital ekonomi di mana di jangka 1,500 orang menjadi peserta yang akan diadakan di Iskandar Malaysia. Saya mengalu-alukan mana-mana Yang Berhormat kalau yang nak melibat diri, nak hadir, boleh hubungi saya. Sebenarnya ada tiket tu, USD79, tapi kalau melalui saya mungkin boleh dapat free lah.
Selain daripada itu, kerajaan Johor juga dalam bajet ada menyebut kita ada membuat pemberian geran. Geran RM1 juta untuk setara-setara usahawan-usahawan negeri Johor, harap dengan ini boleh membantu membangunkan sektor digital setara dan inkubator di Johor. Saya juga ingin nak tegaskan di sini adalah usaha-usaha negeri Johor untuk kita mengembangkan industri setara dan inkubator ini sebab ia selaras dengan haluan 3H negeri Johor. Dan, saya faham untuk kita membangunkan industri ini kita perlu pupukan satu ekosistem yang sangat lengkap. Ha, itulah, justeru itu daripada lawatan saya ke Silicon Valley dan baru-baru ini ke Station F kami telah mendapat banyak hubungan, contact telah dijalin dan diharap dalam masa yang akan datang, kerajaan dengan GLC akan sama-sama bekerjasama dengan syarikat-syarikat di luar negara untuk mendapat lebih banyak mentorship ataupun venture capitalist ke Johor, agar Johor ini boleh dapat muncul dalam bidang mereka, isu-isu pelaburan dalam setara dan inkubator. Dan, tentunya mudah-mudahan kita pun harap Unicorn pertama, Unicorn pertama Malaysia ni akan dilahirkan di Johor. Sebab setakat ini Malaysia belum ada Unicorn lagi. Kalau dengan usaha semua saya memang harap Unicorn pertama ni boleh wujud daripada Johor.
Selain daripada itu Puan Speaker, berkaitan isu letupan di Pengerang Integrated Complex yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjung Surat, ianya dikendalikan oleh Petronas pada April lalu. Kerajaan negeri memang peka kepada isu terutamanya apabila ianya melibatkan keselamatan penduduk berdekatan iaitu Kampung Lepau. Kerajaan negeri memandang serius hal ini akan segera berbincang dengan pihak Petronas dan juga JPDC, kaedah terbaik bagi mengatasi masalah ni. Mungkin antaranya adalah dengan meminta pihak Petronas atau mana-mana pihak untuk memikirkan cara untuk memindahkan penduduk ini kepada satu kawasan yang lebih sesuai dan selamat.
Yang Berhormat Puan Speaker, seterusnya isu berkaitan dengan elektrik dan TNB. Bagi menjawab perbahasan daripada Yang Berhormat Kemelah, saya ingin menyatakan adalah dimaklumkan setakat bulan November 2019, peratus kegunaan bekalan elektrik bagi daerah Segamat adalah sebanyak 26% iaitu 96 mega watt sahaja berbanding keupayaan pembahagian bekalan elektrik yang terkini sebanyak 387 mega watt. Ini bermakna keupayaan sistem bekalan elektrik di daerah Segamat masih boleh menampung sebarang permintaan tambahan sama ada daripada pelabur sedia ada dan pelabur baru yang ingin melabur terutama di kawasan perindustrian Segamat.
Isu yang sering ditimbulkan oleh pelabur atau pemaju adalah kos caj sambungan pengguna (CSP) yang tinggi dikenakan apabila mereka mengemukakan permohonan kepada TNB melalui konsultan elektrik. Analisis yang dibuat menunjukkan kos yang terlibat adalah caj tambahan yang mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak PBT dan juga agensi lain di mana mensyaratkan sebarang kerja-kerja utiliti perlu menggunakan kaedah HDD atau dipanggil Horizontal Direct Drilling selaras dengan Garis Panduan Permohonan Bekalan Elektrik yang dipersetujui oleh Suruhanjaya Tenaga. Caj ini perlu ditanggung sepenuh oleh pihak pelabur atau pemaju.
Pihak TNB Johor telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan pembekal baru di kawasan Perindustrian Segamat 2 bagi mengatasi masalah ini. Jumlah kos yang terlibat bagi mewujudkan pencawang pembahagian utama Segamat 2 adalah sebanyak RM33.79 juta, manakala punca bekalan ke PPU Segamat 2 ini disalurkan daripada PMU Bukit Siput iaitu lebih daripada 9 kilometer. Pihak TNB akan memasang mobile PPU yang akan berfungsi sebagai interim source dahulu dan ianya dijangka dapat di mula tugas pada akhir bulan Jun 2020. Manakala pembinaan PPU Segamat 2 sepenuhnya dijangka dapat disiapkan pada akhir bulan Mei 2022 dengan erti kata lain, pembinaan mobile PPU yang akan siap pada
akhir Jun 2020 akan dapat menyediakan suntikan baru kepada sistem bekalan elektrik yang lebih stabil dan berdaya harap.
Yang Berhormat Kahang pula membangkitkan isu berkaitan projek bekalan elektrik di Kampung Orang Asli Berasau dan Sungai Pucur, Kluang. Adalah dimaklumkan bahawa kerajaan persekutuan melalui KPLB telah melantik TNB untuk melaksanakan projek bekalan elektrik luar bandar untuk tahun 2017 dan 2018. Sambungan talian grid ke perkampungan Orang Asli di Semenanjung Malaysia secara reka dan bina (design and build). Ia juga melibatkan dua perkampungan orang Asli di Kluang, Johor iaitu Sungai Pucuh dan Perasau. Bagi memastikan bekalan elektrik berdaya harap, pihak TNB telah membuat kajian ke atas sistem bekalan elektrik sedia ada dan keputusan kajian adalah seperti berikut mengikut kepada peraturan yang kita di bawah Garis Panduan ST bahawa nilai minima kejatuhan bagi BE Voltan tinggi adalah 10.5KV.
Berdasarkan kepada keputusan kajian tersebut, paras voltan yang diperolehi adalah di bawah paras yang tidak dibenarkan oleh ST. Oleh yang demikian, perlaksanaan projek ini tidak dapat dijalankan. Walau bagaimanapun, pihak TNB telah membuat beberapa cadangan bagi memastikan bekalan elektrik yang konsisten dapat disalurkan kepada penduduk di kawasan tersebut. Ini termasuklah pihak TNB akan menaik taraf sistem 11KV sedia ada melalui pembinaan baru pencawang masuk utama PMU 132KV di Kahang daerah Kluang. Pembinaan PMU ini akan mengambil masa minima 5 tahun untuk dilaksanakan dengan kos RM36.48 juta.
Akhir sekali, Yang Berhormat Sri Medan ada menimbulkan isu kilang haram beroperasi dengan mempunyai bekalan elektrik yang sah, yang tidak sah. Untuk makluman Sri Medan, TNB sebagai pemegang lesen adalah tertakluk kepada Akta Bekalan Elektrik 1990 dan peraturan-peraturan di bawah mengikut AB di bawahnya, mengikut ABE akta ini menyatakan bahawa pemegang lesen adalah wajib untuk memberi bekalan elektrik kepada sesiapa sahaja yang pohon. Walau bagaimanapun, selepas pindaan pada tahun 2016, TNB telah menetapkan syarat permohonan bekalan elektrik premis industri dan komersial dengan mengenakan syarat tambahan seperti kebenaran merancang, kelulusan pihak PBT dan juga kebenaran pemilik tanah yang sah. Oleh yang demikian, Pihak Berkuasa sekarang memaklumkan, perlu sebarang pihak yang ingin memohon bekalan elektrik daripada TNB perlu mengemukakan dokumen-dokumen tersebut sekiranya mereka gagal, maka TNB tidak akan membekalkan mana-mana elektrik kepada kawasan tersebut.
Yang Berhormat Puan Speaker, setakat ini sahajalah pencerahan-pencerahan yang saya dapat memberikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan. Akhir sekali, sekali lagi pihak saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas keprihatinan, perhatian, teguran dan sokongan yang berterusan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat khasnya terhadap Jawatankuasa saya, saya memberikan komitmen penuh akan mengambil perhatian dan tindakan ke atas setiap perkara yang telah dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dijemput.
Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi penggulungan perbahasan ini. Sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim, patik merafak sembah menjunjung kasih semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera.
Ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kerana telah membentangkan Belanjawan Johor 2020 yang bertemakan “Memakmur dan Mensejahtera Johor Bestari” pada hari Khamis yang lepas. Saya ingin mengambil kesempatan ini juga
untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh portfolio saya.
Yang Berhormat Puan Speaker, Sungai Balang, Penggaram, Penawar dan Tangkak telah membangkitkan persoalan mengenai Program Mama Friendly. Izinkan saya menyampaikan satu peribahasa kepada Yang Berhormat Sungai Balang, paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Sebelum saya memperincikan jawapan mengenai Program Mama Friendly, saya ingin memperbetulkan kenyataan Sungai Balang mengenai peruntukan projek ini. Sungai Balang telah mengatakan bahawa kecewa kerana jumlah peruntukan yang diberi kepada Mama Friendly adalah sama sahaja dengan Belanjawan 2019.
Untuk makluman semua, peruntukan projek Mama Friendly bagi tahun 2019 adalah sebanyak RM50,000.00 seperti yang dicatatkan dalam Belanjawan 2019, Titik Fokus 141. Untuk tahun 2020, peruntukan adalah RM300,000.00 seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan 2020 iaitu peningkatan sebanyak 6 kali ganda. Sungai Balang harus membaca Titik Fokus dengan teliti, supaya tidak mengelirukan Dewan yang mulia ini.
Saya memang bangga dengan kerajaan Pakatan Harapan negeri Johor kerana mengambil berat terhadap golongan wanita khususnya ibu yang menyusu. Kerajaan negeri Johor merupakan negeri yang pertama yang mewujudkan Program Mama Friendly. Setakat ini terdapat 10 dari Pihak Berkuasa Tempatan, 22 buah sekolah di sekitar Johor Bahru, Pasir Gudang dan Kulai, 5 syarikat swasta dan 1 Badan Bukan Kerajaan yang menandatangani persefahaman (MOU) bersama YPKDT. YPKDT akan memantau penyediaan bilik ini.
Saya turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih atas kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri dan Ahli Parlimen yang telah memberi peruntukan kepada sekolah dalam kawasan masing-masing untuk mewujudkan bilik Mama Friendly. Sambutan yang baik di peringkat sekolah kerana terdapat ramai guru yang mengandung, yang amat memerlukan satu bilik penyusuan yang lebih sempurna di pihak sekolah. Selama ini memanglah begitu cabaran ibu tempat penyusuan yang terpaksa memerah susu badan di tempat yang tidak sesuai dan sempit seperti kereta, bawah meja, bilik stor atau pantry. Inilah usaha pihak kerajaan negeri yang ingin membawa kempen kesedaran supaya semua pihak terutama kepada Ketua-Ketua Jabatan, Pengarah-Pengarah Syarikat atau majikan-majikan akan lebih prihatin tentang keperluan ibu yang menyusukan anak dan hal yang berkaitan dengan penyusuan susu ibu serta kepentingan tempat penyusuan di pejabat masing-masing. Dan, ini turut menyokong dasar penyusuan susu ibu di peringkat kebangsaan.
Untuk i-Suri, Skim i-Suri adalah insentif khas kerajaan untuk suri rumah dan wanita yang berdaftar dalam pangkalan data kemiskinan nasional iaitu e-Kasih. Fasa pertama skim ini telah dilancarkan pada 8 Ogos 2018 dan mula berkuat kuasa pada 15 Ogos 2018 dan dilaksanakan oleh KWSP. Dan, bagi mereka yang daftar sebelum 30 November 2018. Bagi mereka yang berdaftar selepas itu, sekiranya mereka layak, akan disenaraikan dalam Fasa Kedua nanti. Manakala bagi mereka yang tidak tersenarai dalam e-Kasih, mereka boleh mohon i-Saraan jika layak dengan syarat-syarat yang dikenakan.
Pembayaran insentif kerajaan akan dibuat sebanyak 2 kali setahun iaitu bagi pelaksanaan setiap 6 bulan. Bagi negeri Johor, sebanyak 1,164 orang yang telah mendaftar caruman i-Suri bagi tempoh 15 Ogos 2018 hingga 31 Disember 2018. Dari jumlah tersebut, sebanyak 825 orang telah mencarum melibatkan jumlah RM28,472.00 dengan insentif kerajaan pula adalah sebanyak RM181,111.00. Kerajaan amat prihatin dan mengambil serius akan status pendaftaran i-Suri. Selain daripada menyediakan iklan melalui media elektronik, risalah, poster dan banner, KPWKM melalui JPW sebagai penggerak utama i-Suri giat turun ke kawasan-kawasan kampung dan pedalaman dengan kerjasama Pejabat Daerah, ICU, KWSP dan BSN bagi memastikan maklumat berkaitan dengan i-Suri sampai kepada golongan sasar. Pada sesi turun padang ini, peserta e-Kasih boleh terus membuat pendaftaran dan mencarum pada ketika itu. Selain daripada cawangan tetap KWSP di
seluruh Malaysia, turut terdapat Team Mobile KWSP yang bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain bagi meningkatkan jumlah pendaftaran i-Suri.
Yang Berhormat Puan Speaker, berkenaan dengan isu golongan OKU dan PDK. Ucapan Sungai Balang seolah-olah kerajaan Pakatan Harapan meminggirkan golongan OKU. Ini adalah sangat tidak tepat dan mempunyai niat yang serong. Kerajaan Pakatan Harapan sentiasa prihatin terhadap golongan OKU. Hal ini jelas dilihat dengan kerajaan meneruskan pemberian bantuan kewangan bagi golongan OKU di negeri Johor iaitu elaun pekerja cacat. Seramai 11,630 orang yang menerima manfaat yang melibatkan RM51.7 juta setahun. Manakala bantuan OKU tidak bekerja seramai 8,811 orang yang akan menerima manfaat itu dan melibatkan RM24.23 juta setahun. Terdapat 29 buah pertubuhan sukarelawan kebajikan iaitu PSK OKU bagi negeri Johor yang menerima peruntukan geran daripada kerajaan persekutuan dengan jumlah keseluruhan RM2.73 juta. Dan, Kerajaan Negeri Johor masih meneruskan pemberian elaun tambahan kepada penyelia dan petugas PDK negeri Johor sebanyak RM200.00 sebulan dan bagi bantuan khas kewangan pula sebanyak RM2,000.00 seorang seperti kakitangan awam negeri Johor yang lain. Perkara ini bagi menghargai perkhidmatan mereka kepada golongan OKU yang sememangnya amat mencabar.
Kerajaan juga menyediakan penjagaan dan pemulihan OKU termasuk OKU terlantar di Taman Sinar Harapan, Tampoi dan Taman Sinar Harapan Jubli dengan jumlah penghuni seramai 267 orang yang melibatkan peruntukan kerajaan persekutuan sebanyak RM7.5 juta. Dalam Garis Panduan Pengurusan PDK, lantikan penyelia dan petugas dijalankan melalui pemilihan oleh jawatankuasa. Pihak Jabatan tidak menetapkan kelayakan khusus untuk lantikan petugas selain SPM iaitu Sijil Pelajaran Malaysia. Jabatan sedang dalam usaha untuk menaik taraf pendidikan dan kelulusan penyelia dan petugas PDK di seluruh Malaysia termasuk juga dengan negeri Johor dalam mengiktiraf pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia, SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan iaitu pengurusan PDK dan penjagaan OKU di institusi secara berperingkat.
Sehingga ke hari ini seramai 156 orang penyelia dan petugas PDK negeri Johor telah berjaya memperoleh sijil dan 60 orang calon lagi yang bakal diiktiraf pada tahun 2020. Selain daripada itu, Kursus Asas Bahasa Isyarat Malaysia iaitu KABIM merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri Johor melalui YPKDT bertujuan untuk mewujudkan perkhidmatan mesra OKU di negeri Johor dengan melahirkan pegawai-pegawai kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab. Memberi kesedaran kepada peserta agar dapat memahami dan mengaplikasi penggunaan bahasa isyarat untuk memenuhi keperluan komunikasi dengan baik dan berkesan serta meningkatkan bilangan penjawat awam negeri Johor yang mahir menggunakan bahasa isyarat Malaysia apabila berurusan dengan pelanggan OKU kategori pekak.
Pada tahun 2019, KABIM telah dilaksana melibatkan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan, swasta dan orang awam. Selain KABIM, kerajaan negeri juga mempunyai program latihan dan promosi iaitu PLP dilaksanakan adalah dengan usaha untuk mencapai objektif berikut:
1. Melatih golongan OKU, ibu tunggal dan golongan berpendapatan rendah, mahir dalam pelbagai bidang secara teknikal.
2. Meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan dan mengurangkan kebergantungan negara terhadap sumber tenaga asing bagi memenuhi pasaran kerja tempatan ekonomi negara. Vendor yang dilantik akan membantu peserta dari segi latihan, promosi, peningkatan kemahiran serta pemantauan dan menggalakkan golongan OKU, ibu tunggal dan golongan berpendapatan rendah bekerjasama bagi faedah di bidang ekonomi supaya taraf hidup golongan tersebut ditingkatkan.
3. Mewujudkan usahawan dan produk-produk perniagaan di bawah YPKDT dan seterusnya memudahkan pencarian tenaga kerja oleh pihak Industri serta perkhidmatan yang disediakan oleh YPKDT melalui web YPKDT.
Bagi tahun 2019, YPKDT melalui Unit Pembangunan OKU telah mengadakan 4 kursus iaitu baik pulih gajet, baik pulih komputer, urutan spa dan housekeeping yang melibatkan 50 peserta. Dan melalui 50 penyertaan kursus ini, YPKDT telah berjaya menempatkan 5 orang OKU di sektor pelancongan dan 10 orang OKU sebagai penerima bantuan peralatan bagi menggalakkan mereka menjana pendapatan dengan lebih baik.
Bagi tahun 2020 pula, YPKDT akan memfokus lebih kepada kursus-kursus yang mempersediakan OKU sebelum menghadapi alam pekerjaan atau pekerjaan baru yang bakal mereka lakukan. Kursus-kursus berikut adalah seperti berikut :
1. Perkhidmatan 2. Pelancongan & Hospitaliti 3. Teknologi Maklumat
Oleh itu diharapkan program ini terus berjaya melahirkan OKU yang berdaya saing dan mampu untuk melakukan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan lebih baik, seiring dengan masyarakat yang bukan OKU dan terus terlibat secara langsung dalam meningkatkan ekonomi negara.
YB EXCO, rasa berapa minit boleh tamat?
10 minit lagi.
10 minit? Jadi, kita teruskan habiskan 10 minit lepas itu baru tangguhkan Dewan.
Yang Berhormat Puan Speaker, bagi ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah pula, YPKDT telah mula menjalankan kursus-kursus latihan secara berfokus dalam bidang yang diceburi dan pemantauan dilakukan serta memilih produk-produk serta perkhidmatan yang berpotensi untuk diiklankan kepada masyarakat umum. Tujuannya adalah bagi memudahkan golongan ini memasarkan produk serta perkhidmatan serta memudahkan masyarakat memperolehi maklumat menerusi atas talian. Pendekatan ini telah membuka kepada peluang perniagaan yang lebih luas dan mudah untuk diperolehi.
Yang Berhormat Puan Speaker, bagi tahun 2020, YPKDT telah merancang pelbagai aktiviti bagi meningkatkan dan memperkasa ekonomi wanita Johor. Antaranya adalah Women’s Income-Generating Skills Project iaitu WINGS dengan izinnya, atau Projek Kemahiran Menjana Pendapatan Wanita 2020. Projek WINGS ini adalah merupakan projek menjana pendapatan khusus buat golongan ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah di mana mereka akan diberikan latihan, kursus serta bengkel pelbagai bidang kemahiran seperti bengkel masakan, jahitan, urutan, solekan, kraf dan macam-macam lagi. Peserta akan diberi kursus-kursus asas, seterusnya kepada kursus-kursus lanjutan, sehingga mampu menggunakan kemahiran yang diperolehi bagi menjana pendapatan dari rumah. Selain itu, para peserta yang berpotensi dalam bidang keusahawanan akan diberikan kursus asas perniagaan bagi menjalankan perniagaan sendiri.
Justeru, YPKDT akan bertanggungjawab memantau prestasi para peserta, sekali gus memberikan kursus-kursus keusahawanan dan kursus berfokus iaitu Kursus Intensif Usahawan Berfokus serta menyediakan pelbagai platform perniagaan bagi mereka mengembangkan perniagaan sedia ada ke peringkat yang lebih baik. Dengan ini, YPKDT juga akan mewujudkan satu komuniti usahawan wanita Johor di bawah projek Bazarsuri Johor yang akan menjadi satu platform kepada usahawan ibu tunggal dan wanita.
Pada tahun 2020, YPKDT mensasarkan 400 penyertaan ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah di seluruh negeri Johor bagi menyertai pelbagai kursus kemahiran yang saya sebut tadi. So, dengan ini, ini terbukti bahawa kerajaan Negeri tidak meminggirkan peranan wanita dalam masyarakat dan menggerakkan ekonomi malah terus memperkasakan peranan golongan ini agar tidak hanya selesa pada keadaan yang dimiliki kini, tetapi akan sentiasa berdaya saing dan mampu bersama-sama dengan anak muda membawa peranan masing-masing dalam membangunkan ekonomi keluarga.
Yang Berhormat Puan Speaker, Skim Bantuan Guaman Wanita Negeri Johor dilaksanakan untuk membantu golongan wanita yang kurang bernasib baik atau menghadapi kes perundang-undangan sivil dalam rumah tangga. Dan bukan ini sahaja, malah YPKDT telah mewujudkan satu talian bebas cukai, iaitu Talian Helpline YPKDT iaitu 1300-80-7000 supaya memudahkan wanita untuk mendapatkan informasi dan maklumat tentang perkhidmatan kaunseling dan rundingan YPKDT.
Secara keseluruhannya, pihak pembangkang dalam ucapan mereka sering menuduh seolah-olah Kerajaan Negeri Johor meminggirkan kaum wanita dan saya ingin tegaskan di mana peruntukan yang diberi adalah lebih tinggi berbanding dengan tahun sebelum ini iaitu Belanjawan Johor 2020 memperuntukkan RM3.4 juta, manakala tahun sebelum ini cuma RM900,000.00 bagi program pemerkasaan wanita.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya ingin menasihati Rengit walaupun Rengit tidak ada di sini, supaya sentiasa memberikan perhatian kepada sesi Persidangan Dewan. Inilah beliau tidak berada dalam Dewan, kerana Rengit membangkitkan mengenai cukai katil di mana saya telah pun tegaskan bahawa setakat ini Kerajaan Negeri Johor tidak mempunyai perancangan untuk memperkenalkan cukai katil ini.
Untuk menjawab Wakil Rakyat ADUN dari Rengit, Kempas, Penawar, Tangkak, yang bersentuh dengan Tahun Melawat Johor 2020, Kerajaan Negeri Johor melalui Tourism Johor memang sangat komited dalam mempromosikan dan memperhebatkan lagi kempen Tahun Melawat Johor 2020 sebagai negeri pelancongan yang mesti dilawati. Dengan ini, atas kerjasama daripada semua pihak beberapa inisiatif dan pelan tindakan yang telah dilaksanakan dan seperti rancangan adalah seperti berikut :
1. Telah dilancarkan iaitu Majlis Pra Pelancaran Logo & Maskot Tahun Melawat Johor 2020.
2. Menyertai pameran-pameran pelancongan anjuran MATTA di pelbagai negeri dan negeri Johor telah pun dipilih sebagai destinasi pilihan Malaysia di MATTA Kuala Lumpur.
3. Dan seterusnya, Program roadshow yang akan dilaksanakan di setiap daerah di negeri Johor pada tahun 2020 melalui kaedah pendekatan pameran pelancongan dan travel mart.
4. Dan seterusnya, penyertaan misi pelancongan di Malaysia Fair Jepun, Travel Mart di Shenzhen dan Guangzhou, China.
5. Dan juga memperhebatkan hebahan aktiviti, program dan promosi Tahun Melawat Johor melalui facebook Tourism Johor.
6. Seterusnya adalah mengatur siri lawatan FAM Trip yang merangkumi media-media, penerbit filem, bloggers serta social influencer dengan izinnya, antarabangsa dan nasional yang mempunyai influencers yang tinggi. Saya ambil contoh di mana kita telah engage seorang media influencer yang telah mewujudkan satu video bagi negeri Johor dan terdapat 900,000 penonton bagi video promosi negeri Johor di China dan juga agensi-agensi pelancongan dalam dan luar negara.
7. Mempertingkatkan kerjasama strategik dengan pihak Air Asia dan Keretapi Tanah Melayu Berhad bagi program pengiklanan sempena Tahun Melawat Johor.
8. Menjalinkan kerjasama bersama pihak-pihak swasta atau pengiklanan untuk promosi Tahun Melawat Johor.
9. Menjalinkan kerjasama dengan pihak Perbadanan Pengangkutan Awam Johor iaitu PAJ bagi kempen promosi di Bas Muafakat Johor.
10. Kempen pengiklanan dengan kerjasama pihak pengusaha feri, khususnya bagi laluan dari Johor Bahru ke Batam, Indonesia.
11. Memperkukuhkan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan bagi tayangan video korporat Tourism Johor di paparan LED di seluruh Johor.
12. Tourism Johor telah mengetengahkan 20 destinasi dan 20 acara pelancongan bagi Tahun Melawat Johor dan ini berasaskan keunikan tersendiri daerah tersebut sebagai destinasi pelancongan.
13. Mengedarkan bahan-bahan promosi di majlis-majlis atau program yang dianjurkan oleh jabatan, agensi atau pihak NGO.
14. Menganjurkan acara pelancongan dengan kerjasama pelbagai pihak bagi menyemarakkan kempen Tahun Melawat Johor.
15. Membuat promosi Tahun Melawat Johor melalui majalah-majalah pelancongan bersama dengan pihak pemain industri.
Tidak dinafikan bahawa pasaran Indonesia turut merupakan pasaran kedua terpenting selepas Singapura. Dan, statistik kemasukan pelancong dari Indonesia termasuk Kepulauan Riau sama ada melalui pintu masuk laut dan udara ke negeri Johor telah menunjukkan peningkatan sebanyak 7% iaitu 814,000 orang pada tahun 2018 kepada 872,000 orang sehingga Ogos tahun 2019.
Seterusnya Yang Berhormat Puan Speaker, daerah Tangkak turut merupakan salah satu lokasi yang mempunyai tempat-tempat pelancongan yang menarik serta berdaya saing dengan kedudukan geografi daerah yang merupakan laluan pintu masuk pertama menerusi Lebuhraya Utara-Selatan. Tourism Johor dengan kerjasama Majlis Daerah Tangkak dalam proses memaparkan imej produk pelancongan dan mewujudkan pakej pelancongan yang kreatif.
Kepada rakan-rakan pembangkang yang kata tak nampak Jo seperti Yang Berhormat Rengit walaupun dia tidak ada dalam Dewan ini, saya akan, Yang Berhormat Puan Speaker, kemungkinan adalah keinginan sangat yang mereka nak ambil gambar dengan Jo, so, dengan izin saya akan membawa Jo datang ke Dewan yang mulia ini pada hari Ahad dan saya jemputlah Ahli-Ahli Dewan yang dalam Dewan yang mulia ini supaya jangan terlepas peluang ini dan ambil gambar dengan Jo dan bantulah kita untuk membuat kempen dan promosi untuk Tahun Melawat Johor. Selain daripada itu, kepada rakan-rakan yang tidak nampak promosi untuk Tahun Melawat Johor, saya pun jemputlah Ahli-Ahli Dewan supaya like and share Facebook Tourism Johor kerana kita ada banyak kuiz yang telah dijalankan dalam facebook kita dan mana tahu Yang Berhormat boleh juga menang hadiah yang istimewa itu. So, dengan ini saya memang mengalu-alukan kerjasama daripada semua pihak.
So, sebagai penutup, saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Speaker kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam sesi penggulungan pada hari ini. Dan, terima kasih juga kepada Yang Berhormat
yang telah menyentuh portfolio Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat Negeri Johor.
Sebelum saya akhiri penggulungan saya hari ini, izinkan saya menyampaikan dua rangkap pantun. Dari Segamat ke Tanjung Piai, tanah selatan benua Asia, Johor indah lagi permai, rakyatnya santun pekerti mulia. Tujuh syarat Puteri Ledang, hebat lagenda sejarah tersohor, marilah kita rakyat terbilang, jayakan Tahun Melawat Johor. Sekian terima kasih. (Dewan bertepuk).
Marilah kita semua bekerjasama untuk menjayakan Visit Johor 2020. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga hari Ahad, 1 Disember 2019, jam 9:30 pagi.
Persidangan ditangguhkan pada jam 5:23 petang.
Pegawai-Pegawai Bertugas:
Jurutulis Cik Hajah Shubanah binti Yusuf, SIJ, PIS.
Penolong Jurutulis Encik Hasnul Atmam bin Othman Puan Farrah Diana binti Mohammad
Ketua Unit Dewan Puan Hajah Asiah binti Moklis, PSI.
Pembantu Penerbitan Puan Malina binti Mohd Nasir Puan Noraisah binti Mohd Yusof Encik Ariff bin Abu Bakar
Pembantu Operasi (Bentara) Encik Razine bin Sulaiman Encik Hamdan bin Markom Encik Norhayadi bin Hussien Encik Muhamad Khirunizam bin Pahmi Encik Mohd Norazri bin Kasim Encik Mohd Sapri bin Manan Encik Muhamad Khairul Asyraf bin Abdullah Encik Muhammad Khairul bin Arop
Setiausaha Pejabat (Pelapor Dewan) Puan Azlin bin Bahrin Puan Hajah Saniah binti Kassim Puan Hajah Rumiah binti Sumirono Puan Zahiti binti Muhamad Hamdi Puan Junaidah binti Paing Puan Siti Rojimah binti Abd. Razak Puan Hajah Haironisha binti Zainal Abidin Puan Noor Dalilah binti Dahalan Puan Shuriati binti Abdul Hajar Puan Norazilawati binti Masri Puan Norhafizah binti Osman Puan Raihanah binti Ismail Pun Fakhrinnazia binti Fuad
Rakaman Encik Azizan bin Md. Sidi Encik Khairul Annuar bin Umar Usman
Juruaudio Video Encik Noorazhan bin Mohd Salleh Encik Ismail bin Abu Bakar