Johor · 1 December 2019

2nd session, 3rd meeting · 440 turns · 34,030 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.

Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, selamat pagi. (Bacaan doa). Alhamdulillah kita akan menyambung semula Mesyuarat Ketiga Belanjawan 2020 Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Ke-14, hari ketujuh, 1 Disember 2019.

Soalan-Soalan Lisan.Questions

Speaker

Yang Berhormat Bentayan, jemput.

Tuan Ng Yak HoweDAP · PHBentayan

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 1.

Berapakah jumlah keluasan tanah kerajaan yang telah diambil semula serta nyatakan jumlah kos yang telah ditampung setakat ini bagi projek pembinaan Rumah Mampu Biaya (RMB) oleh Syarikat-Syarikat Lantikan Kerajaan (GLC) yang terlibat?

Speaker

Jemput, YB EXCO.

Tuan Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia · Kota Iskandar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih kepada Bentayan. Soalan adalah berkaitan dengan berapakah jumlah keluasan tanah kerajaan yang telah diambil semula serta nyatakan jumlah kos yang telah ditampung setakat ini bagi projek pembinaan Rumah Mampu Biaya? Yang Berhormat Tuan Speaker, proses Pengambilan Balik Tanah atau ringkasnya PBT di bawah Akta Pengambilan Balik Tanah 1990 melibatkan beberapa daerah di negeri Johor telah pun dimulakan semenjak tahun 2018. Dan jika merujuk kepada rekod terkini sebanyak 11 lot yang terlibat dengan jumlah keluasan tanah yang telah selesai proses pengambilan adalah berjumlah 18.23 hektar bersamaan 45.04 ekar. Maka jumlah kos untuk pembiayaan pampasan PBT yang telah selesai bagi maksud pembangunan Rumah Mampu Biaya Johor adalah bernilai RM20,558,813.70. Walau bagaimanapun, masih terdapat 2 plot tanah berkeluasan 24.8 hektar iaitu daerah Tangkak berkeluasan 10.175 hektar dan daerah Pontian berkeluasan 14.62 hektar yang kini dalam tindakan penyelesaian proses PBT oleh Pentadbir Tanah Daerah. Proses Pengambilan Balik Tanah mengikut daerah. Di daerah Johor Bahru terdapat 2 lot iaitu PLO 709 dengan PLO 700 melibatkan pampasan sebanyak RM6.983 juta. Daerah Kluang melibatkan 4 lot yang melibatkan jumlah pampasan PBT sebanyak RM9.6 juta. Dan daerah Segamat terdapat 5 lot yang melibatkan jumlah pampasan sebanyak RM3.9 juta. Sekian, Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Ya Bentayan, jemput. Soalan tambahan.

Tuan Ng Yak HoweDAP · PHBentayan

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan tambahan saya, berapa lot tanah milik kerajaan ataupun tanah yang diperolehi melalui Pengambilan Balik Tanah yang akan dimasukkan untuk Rumah Mampu Biaya Johor? Sekian, terima kasih.

Speaker

Jemput, YB EXCO.

Tuan Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia · Kota Iskandar

Terima kasih Bentayan di atas soalan tambahan. Yang Berhormat Tuan Speaker, setakat ini untuk fasa pertama kita telah mengemukakan 5 lot tanah milik kerajaan diletak di bawah SSI untuk dimajukan. Dengan rumah Mampu Biaya Johor. Terdapat 2 business modul dengan izin,

untuk pelaksanaan pembinaan Rumah Mampu Biaya Johor di atas tanah milik kerajaan di bawah SSI iaitu :

Kita serahkan kepada GLC kita dengan kita membuat pembinaan 100% komponen pembangunan tersebut adalah merupakan Rumah Mampu Biaya Johor dan kekurangan akibat daripada, kita kata bila buat 100% ni dia akan pastinya akan mengalami kerugian, akan ditampung melalui peruntukan belanjawan kita perolehi dan juga daripada Tabung Amanah. Yang kedua, adalah melalui kerjasama ataupun joint venture dengan izin, ataupun penswastaan yang melibatkan kerjasama dengan pemaju-pemaju pihak swasta. Untuk peringkat pertama, untuk business modul dengan izin, yang pertama yang saya sebutkan tadi, kita serahkan kepada GLC kita melibatkan 5 daerah, iaitu:

1. Di daerah Kulai yang akan melibatkan pembinaan lebih kurang 200 unit Rumah

Mampu Biaya Jenis C dengan B.

2. Terletak di daerah Kluang yang melibatkan 13.4 ekar yang melibatkan pembinaan

Rumah Biaya Jenis C, 158 unit.

3. Terletak di daerah Tangkak seluas 8.65 ekar yang melibatkan 143 jenis Rumah

Mampu Biaya Jenis C dengan D.

4. Adalah terletak di Johor Bahru iaitu Kampung Dato’ Hajah Hasnah yang melibatkan

keluasan 8 ekar yang akan dibina dengan 320 unit Rumah Mampu Biaya Jenis C

Secara Berstrata.

5. Adalah di daerah Batu Pahat iaitu lot 32210 Yong Peng melibatkan keluasan 33.11

ekar yang akan melibatkan pembinaan Rumah Mampu Biaya Johor Jenis C dengan

D ada lebih kurang 250 unit.

Keseluruhan 5 projek ini akan melibatkan pembinaan Rumah Mampu Biaya sebanyak 1,087 unit dan insya-Allah untuk fasa kedua dan ketiga akan kita susuli di tahun-tahun bermula daripada 2020. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Soalan seterusnya Yang Berhormat Sungai Balang, jemput.

Puan Zaiton binti Haji IsmailUMNO · BNSungai Balang

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan No. 2.

Bagi peningkatan prestasi dan kecemerlangan PDK, adakah perancangan kerajaan untuk mengupgradekan kelulusan petugas-petugas ke peringkat diploma pendidikan awal kanak-kanak?

Speaker

Jemput, YB EXCO.

Cik Liow Cai TungDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Johor Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Program Pemulihan Dalam Komuniti iaitu PDK merupakan satu strategi di dalam pembangunan komuniti untuk rehabilitasi penyamaan peluang dan integrasi sosial orang kurang upaya. Program PDK dilaksanakan melalui penglibatan aktif OKU, keluarga dan masyarakat setempat, pendidikan vokasional dan sosial serta menggunakan sumber tempatan. PDK diselia oleh seorang penyelia dan dibantu oleh petugas-petugas yang bertugas untuk memberi perkhidmatan melalui sokongan pembelajaran dan pemulihan secara individual kepada pelatih-pelatih PDK. Selain itu, penyelia juga berperanan sebagai penggerak aktiviti PDK terutamanya bagi pelatih, petugas dan jawatankuasa. Dalam garis panduan pengurusan PDK, lantikan penyelia dan petugas dijalankan melalui pemilihan oleh jawatankuasa yang terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa PDK dan Pegawai JKM. Pihak jabatan tidak menetapkan kelayakan khusus untuk lantikan Petugas selain Sijil Pelajaran Malaysia iaitu SPM tetapi kelayakan khas lantikan Penyelia ialah mesti berkhidmat lebih dari 5 tahun sebagai Petugas.

Selepas lantikan Penyelia dan Petugas PDK mereka akan mengikuti kursus asas Petugas PDK di mana modul yang digunakan adalah fokus kepada proses pembelajaran dan pemulihan di PDK. Petugas adalah wajib mengikuti kursus ini yang telah ditetapkan oleh dalam buku Garis Panduan Pengurusan PDK. Selain kursus asas, Petugas PDK mereka juga diberi pelbagai latihan, kursus dan bengkel berkaitan pengurusan dan kemahiran pelatih di PDK dari semasa ke semasa supaya mereka boleh menyampaikan kepada pelatih dan diaplikasikan di PDK masing-masing. Jabatan sedang dalam usaha untuk menaik taraf pendidikan dan kelulusan Penyelia dan Petugas PDK di seluruh Malaysia termasuk dengan negeri Johor melalui pemberian pensijilan dalam Sijil Kemahiran Malaysia iaitu SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan iaitu pengurusan PDK dan Penjagaan OKU di institusi secara berperingkat. Pensijilan ini memberi pengiktirafan kepada kemahiran dan pengetahuan yang dipunyai melalui penilaian pencapaian terdahulu iaitu PPT. Sehingga Oktober 2019, seramai 150 orang Penyelia dan Petugas PDK negeri Johor yang telah berjaya memperolehi pengiktirafan dan 60 orang calon lagi bakal diiktiraf pada tahun 2020. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya Sungai Balang, soalan tambahan.

Puan Zaiton binti Haji IsmailUMNO · BNSungai Balang

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan tambahan saya, apakah juga nanti setelah itu jawatan PDK akan dijadikan jawatan tetap dan terdapat kenaikan gaji setaraf dengan kelulusan mereka?

Speaker

Jemput, YB EXCO.

Cik Liow Cai TungDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Johor Jaya

YB bertanya berkaitan dengan gaji mereka.

Speaker

Kenaikan pangkat.

Cik Liow Cai TungDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Johor Jaya

Kenaikan pangkat. Setakat ini bagi elaun Pelatih dan juga Petugas di PDK, mereka adalah setaraf iaitu RM800.00 elaun dari kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah memberi mereka tambahan RM200.00. So, ini adalah secara elaun bukan gaji. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya. Yang Berhormat Serom, jemput.

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 3.

Sila nyatakan jika berlakunya sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat atau pihak luar yang lain, contohnya sekatan perdagangan antara kerajaan negeri Johor dengan Iran, maka apakah tindakan cara kerajaan negeri Johor untuk menangani isu ini?

Speaker

Jemput, YB EXCO.

Tuan Jimmy Puah Wee TsePKR · PHPengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti · Bukit Batu

Terima kasih Yang Berhormat Serom. Yang Berhormat Tuan Speaker, pendirian kerajaan Malaysia adalah untuk akur terhadap keputusan sekatan perdagangan yang diputuskan melalui Resolusi Majlis Keselamatan PBB. Dengan izin, Malaysia would abide by United Nation Resolutions in Conforming To Trade Sanctions. Sebagai salah satu anggota pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations, Malaysia adalah komited sepenuhnya dalam mematuhi Resolusi PBB berkaitan isu-isu perdagangan. Isu-isu yang berkaitan dengan sekatan ekonomi di peringkat antarabangsa adalah isu di peringkat negara atau persekutuan. Setakat ini tindakan sekatan ekonomi yang diambil oleh sesebuah negara adalah terhadap negara yang lain dan tidak spesifik ke atas mana-mana negeri. Sebagai contoh, Amerika Syarikat kini sedang melaksanakan sekatan perdagangan terhadap negara seperti Korea Utara, Cuba, Iran, Sudan, Syria dan Venezula. Walau bagaimanapun, pentadbiran negeri Johor turut memantau sebarang permasalahan yang

dihadapi oleh pelabur-pelabur dari pelbagai sektor industri telah ada platform seperti Mesyuarat Berkala IPMC atau Industry Park Management Community di peringkat PBT yang turut disertai oleh wakil MITI bagi pihak industri menyuarakan isu-isu yang timbul akibat dasar yang diperkenalkan di peringkat persekutuan. Kerajaan negeri Johor boleh mengetengahkan isu-isu berkaitan perdagangan dan industri sekiranya terjejas melalui Jawatankuasa Bersama Industri, JBI yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri MITI dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Untuk makluman, Mesyuarat JBI diperkenalkan semenjak tahun 1991 dengan kerjasama berbagai kerajaan negeri sebagai platform pertemuan antara pihak kerajaan persekutuan dengan pihak kerajaan negeri untuk membincangkan dan menyelesaikan isu-isu berkaitan pembangunan perindustrian dan pelaburan di peringkat negeri seluruh Malaysia. Penganjuran Mesyuarat JBI ini juga menunjukkan komitmen pihak MITI di peringkat persekutuan untuk meneruskan kerjasama dengan pihak kerajaan negeri dalam mempergiatkan lagi usaha ke arah membangunkan persekitaran pelaburan perdagangan dan perniagaan yang lebih kondusif menerusi pendekatan khusus bagi setiap negeri. Bagi menangani impak sekatan perdagangan kuasa ekonomi besar yang mempunyai kuasa veto seperti Amerika Syarikat atau China, Malaysia turut menjalinkan lebih banyak kerjasama dengan negara-negara jiran khususnya, negara-negara Asean dan rakan anggota-anggota lain organisasi serantau dan antarabangsa. Terima kasih.

Speaker

Ya, jemput Serom.

Terima kasih Tuan Speaker. Sepertimana yang kita semua maklum bahawa kerajaan Pakatan Harapan telah berjaya membawa menambah jumlah pelaburan khususnya ke Johor dengan jumlah yang berlipat kali ganda, baik di Johor mahupun di Malaysia. Dan jumlah ini suatu yang sangat signifikan untuk kita lihat. Jadi, soalan saya apakah persediaan kerajaan negeri dalam menghadapi situasi sekatan jika ianya berlaku terhadap semua pelaburan-pelaburan yang telah kita bawa khususnya pelaburan yang baru kita bawa dan kalau kita lihat hari ini pelaburan-pelaburan yang kita bawa rata-ratanya adalah daripada negara-negara yang mempunyai hubungan rapat dengan Amerika Syarikat khususnya. Jadi, soalan saya apakah persediaan kerajaan negeri dalam menghadapi situasi ini, kalau kita lihat mungkin boleh diusahakan pelaburan-pelaburan kita bukan hanya berdasarkan kepada negara-negara yang mempunyai hubungan rapat dengan Amerika Syarikat atau negara-negara lain tapi mungkin juga kita boleh usahakan dengan negara-negara yang mempunyai hubungan ekonomi yang lebih baik khususnya seperti negara-negara Islam dan lain-lainnya? Jadi, itu soalan saya. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Jimmy Puah Wee TsePKR · PHPengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti · Bukit Batu

Terima kasih Yang Berhormat Serom. Memang adalah pendirian bukan sahaja kerajaan persekutuan, malah kerajaan negeri Johor untuk kita tidak dengan izin, kita kata, put all the egg in one basket, maknanya tidak akan menumpukan kesemua tumpuan untuk pelaburan kita ke satu atau dua negara tertentu. Itulah kenapa kita dalam kerajaan negeri Johor telah mengambil inisiatif untuk cuba membuat misi galakan perdagangan ke lebih banyak negara. Contohnya, tahun ini sahaja kita telah melawat Dubai, UAE satu negara yang biasanya tidak dalam radar pelaburan kita dan sukacita saya maklumkan apabila saya balik, kita telah dapat satu pelaburan baru dari Dubai RM40 juta di Tanjung Langsat. Selain daripada itu, kita juga melawat negara-negara lain seperti India dan juga baru-baru ini kita juga melawat beberapa negara di Eropah. Maknanya kerajaan Johor amat peka kepada situasi yang global, yang sentiasa bertukar, maka saya setujulah dengan apa yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Serom, kita akan memperluaskan radar kita dalam zon perdagangan kita.Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, saya persilakan Senai. Jemput.

Tuan Tee Boon TsongDAP · PHSenai

Tuan Speaker, Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Senai, soalan 16. Nombor 4. Soalan 4.

Apakah perkembangan projek PTS (Sistem Transit rapid)?

Speaker

Soalan nombor 4, dijemput YB EXCO.

Tuan Haji Mohd Solihan bin BadriBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Tenang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker. Majlis pengumuman berkenaan penerusan projek RTS Link oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah diadakan di Kompleks CIQ, Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru pada 31 Oktober 2019. Majlis telah dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Menteri Kewangan serta Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Atas permohonan Malaysia, Singapura melalui suratnya bertarikh 30 Oktober 2019 telah bersetuju dengan permintaan Malaysia untuk melanjutkan tempoh penangguhan RTS Link sehingga 30 April 2020 tanpa mengenakan kos tambahan. Dalam tempoh pelanjutan selama enam bulan ini, kerajaan akan menyusul kajian terperinci berkenaan perubahan RTS Link dan memuktamadkan pindaan sewajarnya kepada perjanjian-perjanjian asal RTS Link yang termasuk perjanjian dua hala yang telah ditandatangani pada Januari 2018. Bermakna pada 31 Oktober telah ada statement untuk meneruskan, tetapi pada ketika ini atau hari ini, Disember 2019 saya belum dapat perkembangan yang terbaru sekiranya ada perkembangan terbaru, saya akan menjawab secara bertulis kepada Yang Berhormat Senai, terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, Yang Berhormat Layang-Layang. Layang-Layang, dijemput.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNLayang-Layang

Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 5.

Melalui Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI), berapa banyak peluang pekerjaan yang berjaya dihasilkan oleh kerajaan negeri Johor?

Speaker

Dijemput YB EXCO.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi · Parit Yaani

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam harapan. Terima kasih kepada Tuan Speaker, menjawab soalan daripada Layang-Layang, soalan melalui Unit Strategik Modal Insan Johor, berapa banyak peluang pekerjaan yang berjaya dihasilkan oleh kerajaan negeri Johor. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa Unit Strategik Modal Insan atau ringkasnya SMI merupakan satu unit yang bertanggungjawab bagi meneruskan hal-hal berkaitan pembangunan sumber manusia di negeri Johor. Peranan unit ini telah dioptimumkan dan membentuk beberapa teras penting dalam membangunkan modal insan negeri Johor. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker, Unit Strategik Modal Insan dan agensi-agensi yang berkaitan telah mengadakan beberapa siri perbincangan bagi memperhalusi gerak kerja ini. Menerusi unit SMI, sebanyak 31,179 peluang pekerjaan telah ditawarkan, bermula dari Jun 2018 hingga Oktober 2019 menerusi siri Program Karnival Kerjaya Johor Bestari yang telah melibatkan lapan lokasi program. Temuduga terbuka, siri lawatan industri, siri perbincangan bersama pusat latihan serta institut pengajian tinggi, di mana program-program termasuk juga program Johor UpSkilling dan Reskilling yang telah dilaksanakan. Pecahan peluang pekerjaan anjuran SMI dari Jun 2018 hingga Oktober 2019 berjumlah, dipecahkan mengikut sijil, diploma dan ke atas, ini yang ada sijil, ada diploma dan ke atas, sejumlah 14,603 orang, manakala SPM, PMR dan ke bawah, jumlah tawaran yang telah diberi ataupun peluang pekerjaan yang telah diperolehi adalah 16,576. Sekian, terima kasih.

Puan Rashidah binti IsmailUMNO · BNPasir Raja

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, Parit Raja, jemput.

Puan Rashidah binti IsmailUMNO · BNPasir Raja

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Disini saya ingin mengajukan soalan tambahan. Ada tak bidang-bidang baru yang ingin diterokai dan diperkenalkan latihannya di negeri Johor, dan apakah usaha pihak kerajaan untuk memberi penerangan dan pendidikan kepada masyarakat umum bahawa bidang kemahiran ini bukanlah bidang pilihan yang terakhir. Terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi · Parit Yaani

Terima kasih Parit Raja di atas soalan tambahan berkaitan dengan bidang-bidang baru, termasuk apa ini, bidang kemahiran. Seperti mana yang kita sedia maklum YB Tuan Speaker, sebab itu kalau kita lihat dasar tentang TVET ataupun berkaitan dengan latihan vokasional, telah ditumpukan sehinggakan kepada peringkat dipanggil pusat latihan TVET kalau-kalau di bawah kerajaan negeri Johor, di bawah Johor Skill sebagai contoh telah diperuntukkan agak banyak juga dan telah memberikan peluang khusus kepada mereka yang kelulusannya peringkat rendah. Ada di kalangan mereka yang tidak ada SPM, iaitu sekadar SRP ataupun UPSR, PT3 sekarang ini dan diperingkat yang tidak lulus SPM, dia mendapat kursus-kursus daripada Johor Skill melalui latihan TVET. Di sini kita dapat melihat bahawa keperluan dan juga mereka yang menduduki kursus yang berkaitan, dia terus mendapat tawaran pekerjaan sebab pengambilan tadi berdasarkan kepada kursus-kursus permintaan industri. Jadi, ini kejayaan yang kita buat sekarang ini dan pada bulan September yang lepas, lebih kurang 200 pelatih-pelatih yang telah ditempatkan di Johor Skill dalam bidang-bidang yang tertentu berkaitan dengan kemahiran. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, Yang Berhormat Panti.

Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 6.

Minta nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri dan agensi-agensi (bukan agensi kerajaan persekutuan) bagi membantu usahawan kecil dan sederhana (IKS) dalam keadaan ekonomi negara yang semakin lembap ketika ini.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Sheikh ‘Umar Bagharib bin AliDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi · Paloh

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Panti, terima kasih atas soalan yang diajukan. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, di Johor dalam konteks industri kecil dan sederhana ataupun IKS memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan. Bagi usaha meningkat dan juga memperkasakan penyertaan masyarakat dalam bidang keusahawanan pada tahun 2019, kerajaan negeri Johor melalui Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) telah memperuntukkan sebanyak RM6 juta bagi melaksanakan program-program pembangunan keusahawanan seperti latihan, penyediaan dana, pembangunan serta pemasaran produk, infrastruktur, perniagaan dan juga khidmat nasihat. Kerajaan negeri Johor menerusi PUJB juga menawarkan skim bantuan, geran, latihan, padanan, perniagaan, peluang pasaran dan juga inisiatif-inisiatif yang lain.

Suka untuk saya nyatakan di sini, satu jelajah yang telah kita kenali sebagai Jelajah Usahawan Belia, yang telah pun dijalankan selama lebih kurang tiga bulan di setiap daerah telah berjaya mengumpulkan hampir 1,500 anak-anak muda dan sekitar 500 usahawan muda di setiap daerah. Dari dapatan-dapatan hasil daripada jelajah ini, maka satu inisiatif yang telah diambil di peringkat keusahawanan, di peringkat kerajaan negeri, kita telah melaksanakan satu inisiatif Geran Orang Lokal ataupun GOL yang dilaksanakan oleh PUJB di mana geran ini adalah bantuan khas untuk pembelian alat-alat kelengkapan atau

peralatan kepada usahawan muda yang memerlukan bantuan tersebut. Bantuan ini diwujudkan menerusi beberapa segmen yang sesuai dengan demografi usahawan tempatan, seperti mesin yang berkaitan dengan sektor pembuatan seperti keperluan mesin dalam bidang rekaan fesyen ataupun kraf, mesin berkaitan bidang automotif dan juga kerja-kerja besi seperti kimpalan dan sebagainya, serta mesin-mesin yang berkaitan dengan bahan percetakan, mesin yang berkaitan dengan penerbitan audio visual termasuk pembinaan laman sesawang website, dengan izin untuk start up company, dan juga mesin-mesin berkaitan produk minuman dan juga makanan. Selain itu, kita juga ada melaksanakan program padanan perniagaan. Empat pasar raya terlibat dengan padanan perniagaan anjuran PUJB bersama SME Corp Malaysia yang telah berlangsung pada 22 September 2019 iaitu pasar raya Lulu, Amax Mall, Pasar raya Ikhwan dan IM Coop. Hasil daripada penganjuran program ini, sebanyak 24 syarikat yang hadir telah melalui 60 sesi padanan perniagaan dengan potensi jualan keseluruhan berjumlah RM2.22 juta.

Selain itu, diperingkat kerajaan negeri juga buat pertama kalinya pada tahun ini, 2019 telah menganjurkan satu Festival Islam dan Halal Antarabangsa Johor, yang kita kenali sebagai FIJO. Festival ini merupakan salah satu titik sentuh Belanjawan Negeri Johor yang lalu dalam bidang keusahawanan, dan ianya telah mendapat sambutan yang hangat dengan kehadiran pengunjung hampir 90,000 orang dan nilai potensi hasil jualan sebanyak RM7 juta serta berjaya melibatkan 500 sesi padanan perniagaan.

Selain daripada itu, bagi menggalakkan keusahawanan, terdapat pelbagai lagi program yang dilaksanakan bagi merangsang perkembangan IKS Johor. Negeri Johor tidak pernah lekang dalam melaksanakan aktiviti dan bantuan keusahawanan. Negeri Johor juga amat bertuah kerana mempunyai sokongan agensi ataupun jabatan seperti mana yang kita semua maklum, kita ada satu Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor (MPUNJ) yang dianggotai lebih kurang 50 buah agensi yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti keusahawanan. Terima kasih.

Speaker

Panti, jemput, soalan tambahan.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Pertama saya ucapkan tahniah kepada kerajaan negeri di atas program khususnya perkara-perkara yang melibatkan keusahawanan. Cuma, apa, kebanyakan program ini saya lihat lebih tertumpu kepada orang muda, tidak salah, tetapi saya hendak bangkitkan satu, mungkin, persoalan kepada kerajaan negeri tentang bagaimana pula golongan-golongan khususnya yang mungkin telah melebihi golongan muda ini, khususnya di luar bandar, di kampung-kampung, di FELDA dan sebagainya, yang kita lihat mungkin tidak kompetitif ataupun tidak mampu bersaing dengan golongan yang sama di dalam bandar. Mungkin tidak apa, kurang apa, kadar celik IT yang kurang, mungkin dalam keadaan umur begitu, mereka nak buat pinjaman pun susah, dalam keadaan ekonomi, harga komoditi yang tidak menentu, pertanian pun mungkin, harga apa, pendapatan itu kurang, bagaimana kerajaan negeri, apa strategi untuk turun ke kawasan-kawasan luar bandar ini khususnya di FELDA, di kampung-kampung sebab nak harapkan mereka ke bandar, ke PUJB atau sebagainya mungkin jauh. Itulah soalan saya, apakah, apa strategi dan tindakan yang kerajaan negeri ambil untuk golongan yang seperti mereka ini? Terima kasih.

Speaker

Dijemput YB EXCO.

Tuan Haji Sheikh ‘Umar Bagharib bin AliDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi · Paloh

Terima kasih Panti atas soalan tambahan yang telah pun dilontarkan. Suka untuk saya menyinggung di sini bahawa sebenarnya di bawah Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor, bantuan-bantuan ataupun insentif-insentif sedia ada masih lagi terus dijalankan. Antaranya jika saya boleh sebut sebagai contoh, bantuan-bantuan insentif daripada TEKUN, daripada Amanah Ikhtiar Malaysia dan juga jika kita lihat dari segi usahawan-usahawan yang melibatkan diri dengan agro juga masih lagi bantuan-bantuan itu diteruskan sebagai contoh Program Agropreneur yang masih diteruskan, cuma pada tahun

2019 ini, di peringkat kerajaan negeri, di samping kita tidak meninggalkan usahawan-usahawan yang kecil di luar bandar dan sebagainya, kita sememangnya juga ingin memberi focus kepada usahawan-usahawan belia, muda dan juga, jika kita sebut dari segi SME ini small, medium, kerana bantuan-bantuan mikro ini masih kita teruskan, tetapi untuk memastikan ianya ada impak kepada pendapatan dan juga hasil negeri yang kita boleh angkat ialah usahawan-usahawan yang sifatnya small dan juga medium. Pun begitu, suka untuk saya tegaskan di dalam Dewan ini bahawa bantuan-bantuan kecil itu masih ada, bantuan-bantuan mikro itu masih ada, cuma untuk 2019 ini dia tidak menjadi highlight tetapi ianya tidak dihapuskan, ianya masih wujud untuk kita memastikan usahawan-usahawan di luar bandar juga dapat menikmati limpahan insentif yang diberikan oleh kerajaan negeri.

Suka juga untuk saya tegaskan di sini bahawa di bawah Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor, kita ada mesyuarat secara berkala, dan apa yang kita cuba lakukan ialah kita tidak menumpukan mesyuarat ini hanya tertumpu di kawasan Johor Bahru sahaja. Apa yang cuba di buat pembaharuan di peringkat kerajaan pada hari ini dari aspek keusahawanan ialah kita cuba membawa mesyuarat-mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor ini ke zon-zon di dalam seluruh negeri Johor ini, dengan memadankan program mesyuarat ini dengan hari keusahawanan. Cuma mungkin impaknya belum dirasai, saya ingat baru kerajaan pada tahun ini baru 2 kali kita reshuffle bentuk mesyuarat ini dan kita gandingkan dengan hari keusahawanan, insya-Allah by tahun 2020 perubahan ini akan dirasai.

Tujuannya, satu, supaya hari keusahawanan kita dapat outreach lebih ramai lagi usahawan-usahawan khususnya di luar bandar yang tidak perlulah daripada Muar sampai ke JB untuk mengikuti hari keusahawanan tetapi kita buat juga di zon-zon yang lain, zon utara, zon tengah, zon selatan di seluruh negeri Johor ini. Insya-Allah dengan kerjasama dan juga bantuan daripada pihak pejabat daerah dan sebagainya kita dapat mengumpulkan IKS-IKS di kawasan desa dan juga luar bandar di FELDA-FELDA untuk mengetahui dan seterusnya akses kepada bantuan-bantuan yang diutarakan oleh kerajaan negeri. Terima kasih.

Speaker

Tangkak, jemput.

Tuan Ee Chin LiDAP · PHTangkak

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Dalam apa tu PUJB telah melaksanakan satu Geran Orang Lokal. Jadi soalan saya adalah, adakah inisiatif Geran Orang Lokal ini akan diteruskan pada tahun 2020 dan adakah kerajaan negeri akan memperluaskan kategori bagi pemohon-pemohon, terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Sheikh ‘Umar Bagharib bin AliDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi · Paloh

Yang Berhormat Speaker, terima kasih Tangkak atas soalan tambahan. Sebenarnya Geran Orang Lokal ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Cuma di peringkat kerajaan negeri saya sendiri dengan rendah diri memohon maaf sekiranya maklumat ini tidak, tidak sampai dengan tidak virallah kepada semua peringkat kerana ini adalah peringkat kali pertama kita laksanakannya pada tahun 2019 ini. Jika saya boleh sentuh di sini kita menawarkan geran ini sehingga 20,000 kita boleh berikan bantuan atau gran ini kepada satu-satu permohonan.

Dan juga, kita punya peruntukan tahun 2019 sekitar RM1.5 juta dan sekiranya kita bahagi kepada 20,000 geran ini setiap seorang, maka sebenarnya penerima itu adalah sangat terhad. Pun begitu, kita terima permohonan lebih kurang melebihi 1,000 permohonan sebenarnya untuk Geran Orang Lokal ini. Dan oleh kerana itu, ini satu usaha di peringkat jawatankuasa keusahawanan merasakan satu program yang sangat bermanfaat. Kita akan teruskan pada tahun ini, insya-Allah dan kita akan outreach lebih ramai lagi usahawan-usahawan di luar sana.

Pun begitu, bantuan kerajaan negeri tetap ada limitasi. Apa yang boleh dilaksanakan di peringkat kerajaan negeri ialah kita mewar-warkan sebanyak seluas yang mungkin kepada

usahawan-usahawan kita namun tetap ada limit dan terhad. Mana-mana permohonan yang menepati kehendak dan juga elemen-elemen yang kita perlukan, yang itu kita akan dahulukan. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, saya jemput Endau.

Tuan Haji Rosleli bin JahariUMNO · BNJohor Lama

Yang Berhormat Speaker, soalan nombor 7. Adakah kerajaan negeri sedia menyalurkan peruntukan kepada pemain seni daerah Mersing contohnya Buah Pukul Mersing atau Zapin Pulau dalam usaha menyambut Tahun Melawat Johor 2020?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Mohd Khuzzan bin Abu BakarPKR · PHPengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan · Semerah

Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk makluman semua kerajaan negeri dalam pembangunan kesenian di daerah Mersing melalui Yayasan Warisan Johor telah berusaha menyemarakkan kesenian tarian Zapin Johor di kalangan masyarakat tempatan di daerah Mersing. Adanya festival tari rakyat Johor anjuran Yayasan Warisan Johor sebagai acara tahunan, pertandingan Zapin Johor peringkat daerah negeri Johor akan berlangsung dan menghimpunkan pemain-pemain zapin dari seluruh pelosok daerah daripada pelbagai peringkat usia.

Beberapa versi Zapin Johor yang terdapat di daerah Mersing seperti Zapin Tenglu dan Zapin Pulau mempunyai keunikan tersendiri. Keindahan autentik yang terdapat dalam permainan zapin ini perlu diolah dan digarap dengan baik menjadi sebuah karya tari yang dipersembahkan. Demi melahirkan pemain-pemain dan persembahan tarian yang baik, juga sebagai pewarisan khidmat jurulatih tari dan guru-guru terlatih telah disediakan melalui Program Lestari Seni Budaya Negeri Johor di bawah bimbingan Bahagian Pembangunan Seni Budaya Yayasan Warisan Johor.

Khidmat kejurulatihan ini merupakan usaha yang bertujuan melahirkan lebih ramai modal insan atau barisan pelapis dalam kesenian dan budaya daerah Mersing bukan hanya tarian, malah turut diketengahkan tukang jahit busana tradisional. Permintaan yang tinggi terhadap kepentingan dalam mengayakan busana tradisional Melayu negeri Johor turut memperluaskan daya dan meningkatkan ekonomi penduduk tempatan dalam industri kreatif.

Menerusi program yang melibatkan seni persembahan bagi menyemarakkan majlis dan acara, terdapat banyak acara kesenian yang boleh diketengahkan, terutamanya dalam menuju Tahun Melawat Johor 2020 seperti Buah Pukul Mersing iaitu kesenian seni bela diri yang mempunyai pesona dan tarikan tersendiri. Sepertimana usaha yang dijalankan terhadap kesenian tarian Zapin Johor, usaha ini juga harus diteruskan kepada kesenian-kesenian yang lain. Pembangunan seni budaya ini boleh diselaraskan bersama dengan organisasi dan persatuan-persatuan lain seperti Majlis Kebudayaan Negeri dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya Yang Berhormat Penggaram, jemput.

Puan Gan Peck ChengDAP · PHPenggaram

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 8. Terdapat tanah dan rumah ditinggalkan terbiar, sehingga keadaannya yang tidak diurus telah mengganggu kesejahteraan di kawasan kejiranan. Pihak manakah yang

bertanggungjawab untuk mengambil tindakan dan apakah langkah yang boleh diambil kerajaan terhadap rumah dan tanah lapang terbiar ini?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Tan Chen ChoonDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar · Jementah

Selamat pagi, salam sejahtera Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan Penggaram ialah berkenaan tanah dan rumah yang terbiar, sehingga mendatangkan kacau ganggu atau mengganggu kesejahteraan di kawasan persekitaran kejiranan. Bagi soalan ini sebenarnya dia lebih khusus kepada kacau ganggulah, saya nampak soalan dia, so pihak manakah yang boleh bertanggungjawab untuk mengambil tindakan. Sebenarnya bagi tanah-tanah terbiar atau rumah yang terbiar oleh kerana beberapa faktor yang mendatangkan tidak ada ditinggali oleh mana-mana penghuni atau pemilik rumah tak ada atau mungkin berhijrah ke tempat yang lain, mengakibatkan rumah itu terbiar ataupun tanah tidak diusahakan. Yang mungkin mendatangkan apa ni, kacau ganggu disebabkan oleh semak samun yang bertumbuhan dan mungkin boleh mendatangkan kebakaran pada musim kemarau. Dan juga, semak samun ini kadangkala kita mendapati aduan juga yang ada hidupan liar seperti ular, biawak muncul di kawasan-kawasan itu. Bagi Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang di bawah Akta Kerajaan Tempatan di bawah Seksyen 80, 81, 82, 83 dan 84. Sekian, terima kasih.

Speaker

Penggaram, jemput soalan tambahan.

Puan Gan Peck ChengDAP · PHPenggaram

Terima kasih EXCO. Saya memandangkan perkara ini tanah dan rumah terbiar semakin meningkat di mana-mana kawasanlah, jadi saya pun khuatir juga ini akan menjadikan satu tempat yang untuk penagih dadah dan juga setakat ini boleh diambilkan, saya tak dengar akta apalah, yang akta boleh ambil tindakan atas akta yang sedia ada. Jadi saya nak tahu setakat ini dah berapa kes telah diambil tindakan untuk tanah terbiar dan rumah terbiar tersebut?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Tan Chen ChoonDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar · Jementah

Bagi soalan yang dikemukakan berkenaan dengan rumah-rumah yang terbiar yang di datangi oleh macam penagih dadah, aduan atau laporan boleh dikemukakan kepada pihak PDRM. Bagi soalan berkenaan dengan data atau angka-angka berkenaan dengan berapa tindakan yang telah diambil di bawah Kerajaan Tempatan, saya tak ada data di tangan saya sekarang. Walau bagaimanapun saya akan memberi jawapan secara bertulis berkenaan dengan angka tersebut. Sekian, terima kasih.

Speaker

YB Skudai.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHSkudai

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan tersebut. Yang Berhormat Speaker, dunia ini kadang tidak adil, ada ramai orang hartanya banyak tapi tak menjaga harta-hartanya. Tapi ada ramai juga orang-orang miskin yang tak ada rumah. Jadi, tanah untuk hartanah-hartanah terbiar ini sebenarnya ada cadangan yang agresif iaitu kerajaan mengambil alih semua harta yang terbiar ini dan menyewa semula atau memberikannya kepada orang-orang yang memerlukan rumah tu. Jadi, soalan saya memandangkan ini satu cadangan yang begitu agresif, adakah kerajaan bersedia mengambil langkah seperti ini iaitu melucut hak pemilik hartanah itu, untuk hartanah yang terbiar untuk satu tempoh yang lama misal kata 10 tahun, 15 tahun dan apakah rancangan pihak kerajaan dan kebersediaan pihak kerajaan dari segi perundangan dan juga pentadbiran?

Speaker

10 tahun tanam pisang boleh Yang Berhormat, buat rumah tak boleh, jemput.

Tuan Tan Chen ChoonDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar · Jementah

Terima kasih soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Skudai. Berkenaan

dengan cadangan untuk melucuthakkan apa ni, pemilik tanah mempunyai geran tanah tersebut ini adalah di bawah bidang kuasa apa ni, Kanun Tanah Negara. Kita tak boleh ambil tindakan atau tindakan apa ni undang-undang secara tergesa-gesa, sebab walaupun tanah itu terbiar mungkin dia ada pemilik tanah dia. Dan, kita kena tengok syarat kegunaan tanah, apa ni tersebut atau kerajaan tidak boleh mengambil tindakan secara suka hati, mesti mematuhi undang-undang yang sedia ada dan saya nampak kalau kita nak ambil tindakan apa ni merampas tanah atau melucuthakkan apa ni pemilik tanah untuk memiliki tanah tersebut kita perlu mengikut undang-undang yang sedia ada. Sekian, terima kasih.

Speaker

Dewan hari ni dihadiri pelawat daripada kawasan DUN Bukit Kepong seramai 50 orang, pelawat daripada kawasan DUN Perling seramai 20 orang. Terima kasih kerana hadir dalam sidang kali ini. Soalan seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Machap.

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 9.

Nyatakan jumlah pekerjaan yang telah diisi oleh pekerja anak Johor dan jenis pekerjaan yang diceburi itu di negeri Johor?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi · Parit Yaani

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Menjawab soalan daripada Machap, nyatakan jumlah pekerjaan yang telah diisi oleh pekerja anak Johor dan jenis pekerjaan yang diceburi itu di negeri Johor. Alhamdulillah daripada hari pertama persidangan iaitu bermula pada hari Ahad sehingga hari ini nampaknya soalan berkaitan dengan pekerjaan ini begitu menarik perhatian dan alhamdulillah kita sebenarnya memang berusaha untuk memastikan anak-anak Johor lepasan sama ada yang baru habis belajar ataupun yang nak ubah pekerjaan masing-masing memang kita menggalakkan dan kita sedang terus berusaha menyediakan peluang-peluang pekerjaan.

Berdasarkan statistik terkini yang diperolehi daripada portal Johor JobsMalaysia di bawah Jabatan Job Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia terdapat sebanyak 16,997 pencari kerja yang telah berjaya di tempatkan di seluruh negeri Johor. Data tersebut adalah direkodkan daripada Januari sehingga Oktober 2019. Penempatan jawatan tersebut adalah dikategorikan mengikut Malaysia Standard Classification of Occupations (MASCO) dan Malaysian Standard Industrial Classification (MSIC). Daripada jumlah keseluruhan 16,997 yang telah berjaya di tempatkan 5,149 adalah terdiri daripada jawatan profesional, manakala bakinya 11,844 adalah terdiri daripada jawatan bukan profesional dan juga pekerja sokongan, sekian.

Speaker

Ya jemput Machap.

Terima kasih kepada penjelasan Yang Berhormat EXCO, cuma Machap ingin bertanyakan adakah kolej-kolej ataupun pihak-pihak agensi tertentu telah pun menyediakan kemahiran-kemahiran tertentu kepada pekerja-pekerja untuk membolehkan mereka ini bekerja dalam bidang yang ditawarkan tadi, sebab kadangkala ada pekerja yang kadang-kadang memperoleh pengalaman ataupun pengetahuan setelah mereka bekerja. Ada juga kadang-kadang pekerja itu memerlukan kemahiran yang sebelumnya telah pun dilatih oleh kolej ataupun sebagainya. Jadi, Machap ingin menuntut penjelasan atas perkara ini. Terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi · Parit Yaani

Terima kasih pada soalan tambahan daripada Machap. Sepertimana jawapan awal tadi saya telah nyatakan bahawa ada setengah-setengah daripada industri ataupun pemain-

pemain industri ini memang mengemukakan cadangan-cadangan kepada kita punya tempat latihan sebagai contohnya di Pasir Gudang, Institut Kemahiran di Pasir Gudang, Institut Latihan di Penawar dan juga Johor Skill di mana mereka dimaklumkan jenis-jenis pekerjaan yang mereka kehendaki dan daripada situ sebenarnya latihan-latihan tadi diberikan oleh pemain-pemain yang melatih pusat-pusat latihan ini. Sepertimana kalau kita lihat sebagai contohnya, dalam industri berkemahiran tinggi di mana kita telah sepertimana jawapan sebelum daripada ini kita telah memberikan peluang pekerjaan lebih daripada 1,600 peluang pekerjaan yang datangnya daripada sekitar universiti, UTM, UTHM dan juga UiTM yang berada di Segamat ataupun di Pasir Gudang. Jadi, ini memberikan gambaran kepada kita bahawa peluang pekerjaan untuk anak-anak Johor sepertimana saya tegaskan lagi sekali di sini bahawa unjuran bagi sebuah suatu syarikat sahaja yang berkaitan dengan teknologi tinggi ini iaitu mereka akan membawa peluang pekerjaan kepada mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang seperti software development, large scale software development, block change, JAVA, AI dan sebagainya berkaitan dengan IT. 6,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 3 tahun lagi. Jadi, menyeru dan mengajak kepada khususnya di kalangan mahasiswa ataupun mereka yang mempunyai minat dalam bidang IT ini ceburi dalam bidang yang berkaitan dan ianya merupakan bidang kemahiran, pekerja mahir yang berkaitan dengan teknologi terkini. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, Yang Berhormat Endau.

Tuan Haji Rosleli bin JahariUMNO · BNJohor Lama

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan No. 10.

Mohon JKR mengkaji Jalan Mersing – Endau yang kerap berlaku kemalangan apabila hujan sehingga menyebabkan kematian.

Speaker

Jemput, YB EXCO.

Tuan Haji Mohd Solihan bin BadriBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Tenang

Terima kasih Tuan Speaker. Endau bertanya mengenai kajian berhubung dengan Jalan Mersing-Endau yang kerap berlaku kemalangan. Pihak Jabatan Kerja Raya telah mengenalpasti lokasi Jalan Mersing-Endau yang kerap berlaku kemalangan apabila hujan sehingga menyebabkan kemalangan jiwa. Lokasi tersebut telah disenarai sebagai lokasi black spot, dengan izin. Kajian terperinci telah dilakukan berdasarkan keadaan tapak dan keadaan pembaikan yang bakal dilaksanakan telah pun dirancang. Pada masa ini, permohonan peruntukan telah dimajukan kepada kerajaan pusat memandangkan laluan tersebut merupakan jalan persekutuan dan masih menunggu kelulusan. Dan untuk tambahan kepada kawasan-kawasan ini ada satu perkembangan iaitu mengikut Endau, Jalan Bukit Beruk ini memang nama jalan Yang Berhormat Speaker. Jalan Bukit Beruk di Endau berlaku kemalangan jiwa dan baru-baru ini juga telah berlaku, saya telah meminta pihak JKR menyediakan satu laporan, satu laporan forensik telah disediakan dan telah dihantar kepada Bahagian Jalan di JKR untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih, Tuan Speaker.

Speaker

Soalan seterusnya, Yang Berhormat Bentayan, jemput.

Tuan Ng Yak HoweDAP · PHBentayan

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan No. 11.

Apakah perkembangan terkini berkaitan draf perancangan bagi kaedah pembayaran petak parking kereta yang akan menggunakan aplikasi baru sebagai medium pembayaran yang baru serta nyatakan tempoh jangka masa pelaksanaannya yang akan diselaraskan di seluruh PBT di negeri Johor?

Speaker

Jemput, YB EXCO.

Tuan Tan Chen ChoonDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar · Jementah

Terima kasih soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bentayan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sistem letak kupon, letak kereta yang sedia ada di negeri

Johor adalah dibahagikan kepada Zon Iskandar Malaysia dan di luar Zon Iskandar Malaysia. Di mana tempat letak berkupon boleh digunakan dengan berkonsepkan kepada bayar dan pamer. So, ini adalah sistem yang ada sedia ada sekarang. Bagi soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bentayan dengan menggunakan aplikasi baru ini memang kerajaan berhasrat dengan sistem teknologi yang sedia ada sekarang ini, kita kerajaan negeri Johor sedang mempertimbangkan untuk menggunakan aplikasi dengan menggunakan appslah untuk membuat bayaran bagi tempat letak kereta. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, untuk apps ini sekarang kita ada MBJB spot, kalau kita download daripada google atau daripada playstore kita boleh gunakan MBJB spot dengan menggunakan apps tersebut kalau kamu ada di kawasan pentadbiran MBJB dan untuk SMS parking yang sedia ada sekarang adalah di, yang diguna pakai ialah di MBIP dan juga di Segamat, kawasan Majlis Perbandaran Segamat.

Speaker

Ya, Bentayan jemput.

Tuan Ng Yak HoweDAP · PHBentayan

Terima kasih yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan tambahan saya, seperti yang dimaklum oleh YB EXCO tadi, kupon tempat letak kereta setakat ini dibahagikan kepada zon dalam Iskandar dan di luar Iskandar. Soalan saya ialah adakah kerajaan negeri bersedia untuk melaksanakan satu kupon seragam yang boleh diguna pakai di seluruh PBT Johor. Sekian, terima kasih.

Speaker

Jemput, YB EXCO.

Tuan Tan Chen ChoonDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar · Jementah

Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Bentayan. Memang kerajaan negeri berhasrat menggunakan satu sistem aplikasi yang baru di mana ia boleh digunakan di seluruh negeri Johor. Kita tidak perlu ke sesuatu tempat macam kalau kita daripada JB kita pergi Muar, kalau kita tidak membeli kupon di kawasan Zon Muar, kita tidak dapat menggunakan kupon yang sedia ada iaitu kupon yang kita kena bayar dan pamer dalam kereta kita. So, kalau kita ada satu apps yang seragam yang boleh digunakan di seluruh negeri Johor di mana-mana sahaja kita pergi, kita akan dengan lebih senang kita menggunakan apps kita boleh download apps ini dan buat bayaran melalui e-Banking. Dia sebagai satu e-Walletlah untuk menyenangkan kita membayar bayaran ke atas kupon letak kereta. So, ini memang hasrat kerajaan untuk mengadakan suatu apps seperti kita tengok di negeri yang lain di mana di Perak, juga ada satu sistem parking apps yang secara menyeluruh boleh digunakan di mana-mana sahaja. Sekiranya kita pergi kepada negeri Perak, macam oleh itu saya ada berapa sesi perbincangan dengan pemegang taruh untuk berbincang berkenaan dengan perkara ini dan harap apps ini kita boleh diadakan di negeri Johor juga. Ini ialah hasrat kerajaan negeri Johor. Sekian, terima kasih.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHSkudai

Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Ya, jemput Skudai.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHSkudai

Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan ini tanya tentang satu apps bersepadu berkenaan dengan parking ataupun tempat letak kereta tapi jawapan asal daripada Yang Berhormat EXCO adalah berkenaan dengan MBJB dan juga MBIP. Jadi, saya harap mungkin Ketua-Ketua Jabatan yang feed kepada Yang Berhormat EXCO ini biarlah berpandukan kepada soalan yang ditanya sebab soalan yang ditanya adalah perkembangan terkini? Jadi, soalan saya sebab perkara ini telah dibincangkan sejak tahun lepas, tahun 2018. Setelah 18 bulan, apakah status terkini, perkembangan terkini dan rancangan, perancangan kerajaan untuk melancarkan apps ini. Sebab kalau tak silap saya sebenarnya kerajaan ada cadangan untuk melancarkan apps bersepadu seawal pada April tahun ini tetapi oleh sebab ada rombakan barisan MMK perkara ini ataupun rancangan ini ditangguhkan. Jadi, sampai bilakah pelancaran apps ini akan ditangguhkan dan apakah perkembangan terbaru, bagaimanakah apps ini akan memberi manfaat kepada rakyat Johor pada secara amnya?

Speaker

Jemput, YB EXCO.

Tuan Tan Chen ChoonDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar · Jementah

Terima kasih Yang Berhormat Skudai. Memang saya pun baharu mengambil alih lebih kurang 7 bulan dan pelaksanaan apps baharu ini memang dalam kerja saya. Dan saya sedang berusaha dalam masa yang terdekat ini juga saya akan ada satu sesi perbincangan dengan pihak-pihak yang tertentu untuk kita tengok macam mana kita boleh wujudkan apps ini. kita perlu juga mengambil kira bahawa apps yang ada sekarang macam di MBJB dan juga di SMS parking yang sedia ada di MPS dan juga di MBIP, kita juga perlu mengambil kira situasi yang sedia ada yang sekarang.

Speaker

Bila dijangka akan dilancarkan?

Tuan Tan Chen ChoonDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar · Jementah

Apa dia?

Speaker

Bila dijangka akan dilancarkan?

Tuan Tan Chen ChoonDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar · Jementah

Kita akan, sebab ini melibatkan satu kaedah yang baru, so, kita perlu ada perbincangan yang lebih teliti lagi berkenaan dengan macam mana kita nak melaksanakan kaedah baharu ini tapi saya nak cakap secara dasarnya, kerajaan negeri memang berhasrat untuk mengadakan apps yang, satu apps ini yang bersepadu di mana ia boleh digunakan di mana-mana sahaja PBT. Ini ialah dasar dan hasrat kerajaan. Sekian, terima kasih.

Speaker

Jemput, soalan seterusnya, Yang Berhormat Endau, jemput.

Tuan Haji Rosleli bin JahariUMNO · BNJohor Lama

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 12.

Apakah pelan tindakan jangka pendek dan panjang pihak kerajaan berkaitan penyusutan paras air di Empang Labong sehingga membawa kepada bekalan air berjadual ketika ini?

Speaker

Jemput, YB EXCO.

Tuan Jimmy Puah Wee TsePKR · PHPengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti · Bukit Batu

Yang Berhormat Tuan Speaker. Monsun Timur Laut telah bermula pada 24 Oktober 2019, dan dijangka berterusan sehingga Mac 2020. Dalam tempoh ini, negeri Johor akan menerima tiupan angin dari arah Timur Laut dan 4 hingga 6 episod hujan lebat yang menyeluruh dijangka berlaku dan dijangka paras air Empangan Labong akan bertambah berbanding sekarang iaitu fenomena El Nino yang dijangka akan berakhir pada akhir tahun 2019. Fenomena ini berlaku disebabkan penghujung Monsun Timur Laut yang mengakibatkan tempoh kurangnya taburan hujan di seluruh negara. Bagaimanapun, keadaan ini dijangka beransur-ansur reda bermula hujung April 2020 berikutan bermulanya fasa peralihan monsun yang membawa lebih banyak taburan hujan ke seluruh negara.

Yang Berhormat Tuan Speaker, memandangkan fenomena el nino ini menyebabkan berlakunya kemerosotan paras air di Empangan Labong, maka kerajaan negeri Johor akan mengambil langkah jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi masalah tersebut. Sebagai langkah jangka pendek, aktiviti pelepasan air dari Empangan Labong bagi aktiviti pengairan untuk tanaman telah dikurangkan manakala Bekalan Air Berjadual (BAB), telah dilaksanakan dari 1 Oktober 2019 sehingga 25 Oktober 2019 bagi memastikan jangka hayat simpanan air di Empangan Labong dapat bertahan lebih lama berbanding sekiranya tiada pelaksanaan Jadual BAB ini. Selain daripada itu juga, kerajaan negeri Johor menyeru supaya pengguna-pengguna di kawasan Endau dapat menjimatkan penggunaan air sehari pada kadar 100 hingga 210 liter sehari seorang berbanding dengan sekarang purata penggunaan air bersih seorang ialah 230 liter sehari. Kerjasama penduduk kawasan Endau diperlukan bagi memastikan kelangsungan bekalan air bersih kepada penguna-pengguna.

Sehubungan dengan itu, rangka jangka panjang ialah kerajaan Johor akan mengemukakan permohonan kepada kerajaan persekutuan agar dapat melaksanakan Projek Penyaluran Air Mentah dari Sungai Endau ke Empangan Labong. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, Yang Berhormat Kemelah, jemput.

Tuan Mohd. Izhar bin AhmadBERSATU · PHLarkin

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 13.

Apakah dapatan kajian yang menelan belanja RM1 juta terhadap pembangunan Pelabuhan Daerah Segamat yang dijalankan antara usaha sama Johor Corporation dengan Pelabuhan Darat Segamat, seperti yang disebut dalam Bajet 2019 Negeri Johor?

Speaker

Jemput, YB EXCO.

Tuan Haji Mohd Solihan bin BadriBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Tenang

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan ini adalah berkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh Johor Corporation, Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri mengenai Pelabuhan Darat di Segamat. Pelabuhan Darat Segamat ini memang antara projek yang ditunggu-tunggu atau pencetus kepada pembangunan ekonomi Segamat tetapi pembangunannya agak tidak begitu aktif dan saya rasa selepas ini saya akan mengajak Bukit Batu iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perniagaan Antarabangsa Pelaburan dan Utiliti untuk meninjau dan mengadakan mesyuarat apakah sebenarnya isu di sana dan dalam konteks Johor Corporation ini pada peringkat permulaan pembangunan projek ini, Johor Corporation melalui anak syarikatnya iaitu TPM Technopark Sdn. Bhd. yang memiliki ekuiti sebanyak 11.76% saham dalam Segamat Inland Port. Syarikat usaha sama ini meneruskan ataupun menjadi operator Segamat Inland Port. Walau bagaimanapun, penglibatan syarikat ini telah melupuskan kesemua ekuitinya di dalam syarikat usaha sama berkenaan pada tahun 2007 kepada Lembaga Pelabuhan Klang. Berikutan itu, Johor Corporation tidak lagi terlibat dengan operasi dan pelaksanaan Segamat Inland Port. Terima kasih.

Speaker

Buluh Kasap, dijemput.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan asal bertanyakan dapatan kajian yang menelan belanja RM1 juta, tapi jawapan YB EXCO hanya menyebut bahawa ianya ditamatkan dan sebagainya. Jadi, adakah itu menelan belanja RM1 juta? Soalan tambahan saya Yang Berhormat Speaker, bilakah agaknya tarikh sebenar ataupun tahun bila agaknya kerajaan benar-benar boleh melaksanakan ataupun pelabuhan darat Segamat ini boleh digerakkan sepenuhnya? Terima kasih.

Speaker

Dijemput YB EXCO.

Tuan Haji Mohd Solihan bin BadriBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Tenang

Pelabuhan darat Segamat ini sebenarnya menjadi persoalan juga di kalangan kami ADUN Pakatan Harapan di Segamat Tuan Speaker. Sebab ini zaman-zaman dulu punya projek ini, macam tak viable dan sentiasa bertambah peruntukannya sebelum ini.

Speaker

Tempatnya di mana tempatnya?

Tuan Haji Mohd Solihan bin BadriBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Tenang

Tempatnya di kawasan Segamatlah, di antara, di DUN Kemelah, kawasan perindustrian juga ni. Jadi itulah, selepas ini saya akan pastikan, apakah sebenarnya kedudukan projek ini dan saya rasa saya akan jemput Layang-Layang untuk bersama dalam, Buluh Kasap, bersama dalam tinjauan ke kawasan berkenaan. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, Yang Berhormat Penggaram.

Puan Gan Peck ChengDAP · PHPenggaram

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 14. Sehingga kini, terdapat hospital yang masih tidak mempunyai Ahli Lembaga Pelawat yang mencukupi dan proses lantikan Ahli Lembaga Pelawat seperti telah dihentikan. Mengapa lantikan ini tidak lagi diteruskan sebagai mengambil langkah menjaga perhubungan di antara hospital dan komuniti tempatan?

Speaker

Dijemput YB EXCO.

Tuan Mohd Khuzzan bin Abu BakarPKR · PHPengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan · Semerah

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk makluman pada masa ini seramai 156 Ahli Lembaga Pelawat hospital telah dilantik bagi 11 hospital di negeri Johor. Kesemua hospital di negeri Johor telah mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang Ahli Lembaga Pelawat Hospital iaitu bilangan minima untuk penubuhan Ahli Lembaga Pelawat Hospital di semua hospital kecuali Hospital Kota Tinggi yang hanya mempunyai seramai 9 orang Ahli Lembaga Pelawat Hospital mulai November 2019 kerana salah seorang Ahli Lembaga Pelawat hospital telah meletak jawatan atas sebab berpindah dan tidak lagi bermastautin di daerah tersebut. Kementerian Kesihatan masih menjalankan proses pelantikan Ahli Lembaga Pelawat Hospital bagi hospital-hospital negeri Johor yang masih mempunyai kekosongan keahlian Ahli Lembaga Pelawat Hospital. Oleh yang demikian, dakwaan bahawa pelantikan Ahli Lembaga Pelawat Hospital seperti sudah terhenti adalah tidak benar sama sekali. Sebaliknya, usaha yang berterusan sedang diambil oleh Kementerian Kesihatan melalui Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor dan juga pengarah hospital masing-masing untuk mengenal pasti calon-calon yang berkelayakan daripada pelbagai latar belakang bagi mengisi kekosongan Ahli Lembaga Pelawat Hospital yang sedia ada di seluruh negeri Johor. Terima kasih.

Speaker

Penggaram.

Puan Gan Peck ChengDAP · PHPenggaram

Yang Berhormat Tuan Speaker, Penggaram ingin tahu berapakah jumlah Ahli Lembaga Pelawat Hospital di Hospital Sultanah Nora Ismail sehingga hari ini? Sebab HSNI ini memang ramai pesakit. Jadi, memang mewujudkan banyak masalah aduan tentang kadang-kadang tentang hospitallah. Jikalau tiada pelawat yang cukup, Ahli Lembaga Pelawat yang cukup, maka akan mendatangkan banyak masalah juga. Jadi, saya nak minta tahu.

Speaker

Jemput.

Tuan Mohd Khuzzan bin Abu BakarPKR · PHPengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan · Semerah

Terima kasih Yang Berhormat Penggaram. Untuk makluman Yang Berhormat Penggaram, setakat sehingga 9 April 2019, seramai 14 orang Ahli Lembaga Pelawat Hospital Batu Pahat telah dilantik. Untuk makluman semua, untuk berkhidmat kepada rakyat, ia bukan kira kepada jumlah, tetapi saya harap 14 yang ada ini dapat mainkan peranan yang penting. Tahu apakah tugasan-tugasan yang mereka perlu lakukan bagi memastikan bahawa perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat dapat ditunaikan. Untuk makluman semua, walaupun begitu, saya selaku salah seorang ADUN dalam kawasan di daerah Batu Pahat akan memastikan bahawa ianya berjalan dengan lancar semua dan insya-Allah bagi mana-mana kawasan yang kosong ini akan dipenuhi sehingga akhir tahun ini, insya-Allah, terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, Yang Berhormat Skudai, dijemput.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHSkudai

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 15. Nyatakan rancangan kerajaan dalam menangani atau membangun semula blok rumah pangsa Taman Jaya.

Speaker

Dijemput YB EXCO.

Tuan Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia · Kota Iskandar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga Skudai. Soalan adalah nyatakan rancangan kerajaan dalam menangani atau membangun semula blok rumah pangsa Taman Jaya, Skudai yang diisytiharkan tidak selamat sejak tahun 2005. Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, rumah pangsa blok 4 adalah merupakan sebahagian pembangunan perumahan berstrata kos rendah Taman Jaya, Skudai. Komponen pembangunan skim pemajuan kos rendah empat tingkat ini terdiri daripada Blok 2, 44 unit; Blok 3, 48 unit; Blok 4, 64 unit. Blok yang terjejas yang tidak lagi sesuai untuk diduduki adalah merupakan Blok 4 dan pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah mengambil beberapa tindakan seperti berikut: 1. Menawarkan kediaman baru iaitu rumah flat di Taman Impian Emas dan Taman Seri Orkid kepada pemilik-pemilik rumah yang terjejas. Seramai 17 pemilik telah menerima tawaran di Taman Impian Emas dan 7 pemilik menerima tawaran Taman Seri Orkid.

2. Pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah membina pagar keliling bangunan Blok 4, Taman Jaya bagi tujuan keselamatan.

3. Bagi penyewa yang masih tinggal di bangunan tersebut, pihak MBIP telah memohon penempatan rumah sewa kerajaan sebagaimana surat kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Perumahan bertarikh 13 Oktober 2019. Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk makluman, urusan berkaitan pengurusan pendaftaran hak milik, penamatan strata dan lain-lain perkara bagi skim pemajuan berstrata, adalah tertakluk kepada Akta Hakmilik Strata 1985 ataupun Akta 318 dan Akta Pengurusan Strata 2013 ataupun Akta 757 iaitu seperti berikut; bagi sesebuah skim pemajuan berstrata yang ingin ditamatkan atau dibangunkan semula ianya adalah tertakluk peruntukan Seksyen 57, ceraian 1, Akta 318 yang menjelaskan bahawa Perbadanan pengurusan ataupun dengan izin, Management Corporation, sekiranya bangunan itu musnah sama sekali ataupun pemilik petak minta supaya bangunan itu dirobohkan atau dalam hal satu bangunan yang telah termusnah sebahagian daripada bangunan tersebut yang tinggal itu dan perlu dirobohkan, atau hanya terdapat seorang sahaja pemilik bagi kesemua petak-petak yang ada, selepas memastikan bahawa tiada hasil tanah yang tertunggak, boleh diarahkan melalui ketetapan sebulat suara supaya mengambil tindakan untuk menamatkan pecah bahagian bangunan atau tanah itu dan tertakluk kepada apa-apa perintah mahkamah yang mempunyai bidang kuasa competent yang dibuat di bawah Seksyen 7, perbadanan pengurusan itu hendaklah jika diarahkan sedemikian, menyerah simpanan dengan pendaftar suatu pemberitahuan dalam Borang 8 bersama-sama dengan dokumen hakmilik keluaran bagi tanah itu dan juga petak dan bagi blok sementara jika ada. Peruntukan di atas Yang Berhormat Tuan Speaker, menjelaskan bahawa adalah menjadi kewajipan perbadanan pengurusan atau MC untuk mendapatkan ketetapan sebulat suara daripada pemilik-pemilik berdaftar untuk membuat ketetapan tersebut seperti di atas.

Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, mesyuarat agung tahunan (AGM) bagi penubuhan Perbadanan Pengurusan (MC) telah diadakan pada 9 November 2019 yang lalu oleh pemilik-pemilik rumah pangsa kos rendah Taman Jaya. Dengan tertubuhkan badan tersebut, adalah sebagai pihak, sebagai pihak bertanggungjawab bagi tindakan seterusnya seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 57, Akta 318 seperti yang disebutkan di atas tadi. Pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri akan bersama-sama membantu pihak MC bagi mencari jalan penyelesaian terbaik bagi skim pemajuan tersebut. Sekian Yang Berhormat

Tuan Speaker.

Speaker

Saya menjemput Skudai.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHSkudai

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan ini dilontarkan sebagai satu permulaan untuk menarik perhatian dan juga keseluruhan masyarakat berkenaan dengan perkembangan atau pembangunan di kawasan-kawasan rumah pangsa kos rendah ini. Sebenarnya, selain daripada Taman Jaya ini, ada lagi banyak kawasan rumah-rumah pangsa yang memerlukan perhatian kerajaan untuk melihat apakah pembangunan ataupun idea-idea, rejuvenasi di kawasan tersebut. Bagaimanapun, kita balik kepada Taman Jaya ini. Sebenarnya sekarang ini saya lihat blok yang diisytiharkan sebagai blok tidak selamat iaitu Blok 4 ini, nampak tadi telah selesai, kalau kita perhatikan daripada jawapan yang diberikan oleh kerajaan tadi, tapi masalahnya sekarang blok tersebut telah menjadi tempat berkumpulnya sama ada warga asing ataupun penagih dadah. Jadi, apakah langkah-langkah berkesan yang sepatutnya di buat dan boleh di ambil oleh pihak kerajaan untuk mengelakkan blok tidak selamat itu telah menjadikan atau mewujudkan masalah sosial dan apakah rancangan rejuvenasi sekiranya blok itu tidak dirobohkan, apakah cadangan ataupun rancangan yang boleh kita buat untuk memberi makna kepada kawasan tersebut?

Speaker

Dijemput YB EXCO.

Tuan Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia · Kota Iskandar

Terima kasih Yang Berhormat Skudai di atas soalan tambahan. Kelewatan ini adalah disebabkan kebiasaan rumah berstrata jenis rumah murah ini tidak diambil tindakan sebagai mana yang sepatutnya. Kalau ikut prosedur di bawah hakmilik strata, mereka perlu menubuhkan JMB peringkat awal iaitu Joint Management Board yang diketuai komposisinya daripada penduduk dan juga pemilik petak dan juga pemaju perumahan. Dan setelah kesemua petak-petak dalam bangunan tersebut dikeluarkan hakmilik strata, maka perlu ditubuhkan MC ataupun Perbadanan Pengurusan atau ringkasnya dengan izin, Management Corporation. Dalam kes di Taman Jaya ini Yang Berhormat Speaker, mereka masih belum menubuhkan MC, jadi itu sebabnya kita perlu mengikuti prosedur yang ditetapkan oleh hakmilik strata iaitu menubuhkan badan pengurusan atau MC, kemudian mereka perlu membuat ketetapan supaya mendapat kata putus daripada semua pemilik-pemilik yang terlibat, persetujuan untuk dirobohkan bangunan tersebut ataupun dibangunkan semula. Jadi, ini adalah isu yang biasa dihadapi oleh rumah berstrata jenis kos rendah. Apa pun, perjalanan perkara ini di peringkat penubuhan MC dan mereka akan mengadakan mesyuarat bagi mendapatkan satu ketetapan bersama kepada semua pemilik untuk di atas perkara tersebut. Ada pun tentang pencerobohan yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, saya sebenarnya telah pun mengajukan perkara tersebut beberapa bulan yang lepas kepada pihak MBIP untuk mengambil tindakan tegas supaya rumah yang kosong ini, walaupun telah di pagar tapi masih dicerobohi daripada digunakan tempat aktiviti yang tidak sihat seperti penagihan dadah. Bahkan saya juga difahamkan masih ada tuan tanah yang tinggal di rumah tersebut yang perlu juga di ambil tindakan segera supaya ianya tidak terlibat dalam mengambil risiko yang tidak sepatutnya di ambil oleh mereka, sedangkan sebenarnya Yang Berhormat Tuan Speaker, masih terdapat lebih kurang dalam 20, 30 unit

rumah kos rendah di Taman Impian Emas yang diperuntukkan untuk mereka ini, tetapi mereka tidak mengambilnya kerana mereka perlu beli pada harga yang saya difahamkan harga diskaun dengan kerajaan negeri telah menyediakan pakej bayaran terus kepada kerajaan negeri tanpa melibatkan ansuran ataupun pinjaman daripada pihak bank. Ia merupakan satu keputusan ataupun pakej yang sangat baik tetapi kita pun tidak jelas kenapa 40 orang yang disebutkan tadi daripada 64 unit yang terlibat masih lagi tidak mengambil kesempatan untuk memperolehi rumah mereka di Taman Impian Emas. Sekian

Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Soalan seterusnya, Yang Berhormat Sri Medan.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNRengit

Yang Berhormat Tuan Speaker soalan nombor 16.

Sila nyatakan jumlah pelaburan yang diterima oleh Kerajaan Negeri bagi tahun 2017 dan 2018?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Jimmy Puah Wee TsePKR · PHPengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti · Bukit Batu

Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Rengit telah menanyakan soalan,sila nyatakan jumlah pelaburan yang diterima oleh Kerajaan Negeri bagi tahun 2017 dan 2018? Sukacita saya umumkan kepada Dewan yang mulia ini, pada tahun 2017 nilai pelaburan yang telah diluluskan oleh MIDA bagi sektor pembuatan di negeri Johor adalah sebanyak RM21.93 bilion di mana RM5.1 bilion adalah FDI. Sektor perkhidmatan menerima pelaburan sejumlah RM465.32 juta. Jumlah pelaburan adalah RM22.395 bilion. Bagi tahun 2018, nilai pelaburan yang telah diluluskan oleh MIDA bagi sektor pembuatan di negeri Johor adalah berjumlah RM30.51 bilion di mana pelaburan asing FDI adalah RM24 bilion. Manakala sektor perkhidmatan menerima pelaburan sejumlah RM1.756 bilion. Jumlah pelaburan total keseluruhan adalah RM32.266 bilion.

Untuk pecahan bagi tahun 2018, sudi saya maklumkan untuk tahun 2018 dari Januari kepada Jun 2018, jumlah projek yang telah diluluskan untuk sektor pembuatan adalah 52, pelaburan domestik adalah RM580.7 juta manakala pelaburan asing FDI adalah RM1.1 bilion. Untuk bulan Julai ke Disember tahun 2018 jumlah projek yang telah diluluskan adalah 92. Jumlah pelaburan untuk domestik adalah RM5.89 bilion, manakala untuk pelaburan asing FDI adalah RM22.9 bilion.

Speaker

Soalan seterusnya Yang Berhormat Bentayan, jemput.

Tuan Ng Yak HoweDAP · PHBentayan

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 17.

Adakah terdapatnya KPI untuk tempoh kitaran masa (Cycle Time) yang telah ditetapkan bagi setiap jenis permohonan sama ada berkaitan kerja-kerja mahupun permohonan lesen-lesen di setiap PBT serta adakah ianya dipantau dan dikawalselia?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Tan Chen ChoonDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar · Jementah

Terima kasih soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bentayan. Yang Berhormat Tuan Speaker, terdapat KPI yang telah ditetapkan bagi permohonan lesen perniagaan iaitu sebagaimana Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 2 Tahun 2008 iaitu Garis Panduan Penambahbaikan Pengeluaran Lesen Perniagaan Dan Lesen Komposit Hotel yang mana pengeluaran lesen perniagaan tidak berisiko boleh dikeluarkan serta merta jika permohonan tersebut telah mematuhi syarat-syarat permohonan lesen perniagaan yang ditetapkan.

Manakala untuk pengeluaran lesen perniagaan berisiko, boleh dikeluarkan dalam tempoh 14 hari setelah mendapat kelulusan mesyuarat jawatankuasa di Pihak Berkuasa Tempatan. Selain itu, senarai lesen perniagaan yang tidak berisiko yang dikeluarkan serta merta, turut dimaklumkan di dalam mesyuarat jawatankuasa Pihak Berkuasa Tempatan yang bertindak sebagai badan yang mengawal dan memantau di dalam memastikan garis panduan yang ditetapkan dipatuhi. Proses ini turut dikawal dan dipantau oleh pegawai yang berkenaan. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, Yang Berhormat Benut, jemput.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, soalan nombor 18.

Minta dinyatakan apakah status terkini mengenai Pelan Transformasi Digital Negeri Johor yang telah diumumkan pada Belanjawan Johor 2019 lalu?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi · Parit Yaani

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Speaker. Nampaknya hari ini memang meriah soalan sampai nombor 18, biasanya sepanjang Parit Yaani berada di dalam Dewan ini untuk penggal ke-2 ini rekod sampai 18 soalan yang kena jawab oleh EXCO,

Speaker

Rekod sampai hari Khamis Yang Berhormat.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi · Parit Yaani

Dan alhamdulillah hasil daripada perubahan baik yang telah dibuat oleh Speaker tentang jawapan pendek daripada EXCO, 5 minit sampai 18 soalan, saya pun tak tahu.

Speaker

Baik nanti kita buat 3 minit aje.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi · Parit Yaani

Jadi alhamdulillah, untuk menjawab soalan daripada YB Benut, minta dinyatakan apakah status terkini mengenai Pelan Transformasi Digital Negeri Johor yang telah diumumkan pada Belanjawan Johor 2019 lalu. Jawapannya, kerajaan Johor masih dalam penyediaan Pelan Transformasi Digital Johor di peringkat akhir, sama seperti BSTICT Johor. Walau bagaimanapun, inisiatif yang terdapat di dalam Pelan Tranformasi Digital Negeri Johor ini akan ditambah baik khususnya dalam aspek koordinasi perancangan dan pelaksanaan antara agensi dan industri.

Matlamat utama dalam merencana pembangunan sektor ini adalah bagi menghasilkan satu pelan hala tuju berteraskan revolusi industri 4.0 yang lebih komprehensif dan menyeluruh untuk rujukan kerajaan negeri dalam jangka masa 5 tahun yang akan datang. Sebagai contoh pelan ini, kita turut mendapat sokongan dan inisiatif daripada sektor pendidikan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor, bagi menyemai minat di kalangan pelajar terhadap bidang STEM, (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik).

Di samping dalam usaha yang berterusan ini langkah yang telah dilaksanakan untuk memastikan pelan perancangan ini mencapai hasratnya, Jabatan Pendidikan Negeri telah mengadakan sesi latihan berkonsepkan pengaturcaraan, (cording) dan robotik. Dimana kalau kita sedia maklum bahawa kita juga telah mengadakan kursus pembinaan latihan kepada 220 orang guru dalam bidang STEM dan telah memberikan latihan kepada murid-murid terpilih daripada sekolah rendah, untuk kita pastikan anak-anak bangsa Johor bermula daripada sekolah rendah tu dah ada dah, berkaitan dengan minat dalam bidang yang berkaitan sains dan psikologi ini,iaitu seramai 880 orang murid terpilih daripada sekolah rendah seluruh negeri Johor.

Dan untuk makluman Dewan yang mulia juga, satu pertandingan robotik bukan sekadar kita latih bukan kepada guru dan juga kepada pelajar tetapi juga kita buat satu pertandingan robotik iaitu Johor Robotik School Challenge 2019 telah di adakan pada 22 dan 23 November yang baru lepas, minggu lepas. Jadi, inilah menunjukkan bahawa kesungguhan, kesediaan dan juga harapan kerajaan untuk memastikan bahawa bidang yang berkaitan dengan transformasi-transformasi digital ini akan terus diperkasakan dan diperhebatkan di masa-masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Speaker

Jemput Benut, soalan tambahan.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Yang Berhormat atas jawapan yang diberikan. Kita pertama bahawa Pelan Transformasi Digital ni masih lagi belum siap, tahun dah nak habis Yang Berhormat. Dalam Bajet 2020 kita ada pulak Pelan Halatuju Strategik Johor Bestari, Majlis Komunikasi dan Multimedia Negeri Johor. Kemudian kita ada Pelan Gentian Optik dan kesaling hubungan negara ataupun National FibreOptic and Connectivity Plan dan juga kita ada Jawatankuasa Induk Infrastruktur Telekomunikasi Negeri Johor. Jadi, pelan majlis yang dibentuk ini untuk 2020 ni, adakah ianya merupakan satu usaha selari atau usaha baru, oleh kerana kita tidak dapat gambaran tentang perkembangan Pelan Tranformasi Digital ini. Terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi · Parit Yaani

Ok terima kasih atas soalan tambahan daripada Benut, soalan yang baik dan alhamdulillah ia perlu dijawab. Pertama sekali kalau kita lihat kepada pelan yang lepas, Pelan Transformasi Digital ini lebih kepada aplikasi kita buat perancangan bagaimana tranformasi digital ini kita nak letakkan kepada anak-anak bangsa Johor di peringkat sekolah, di peringkat apa ni pembelajaran peringkat awal. Itu agak sedikit berbeza, manakala majlis yang baru nak ditubuhkan dalam Bajet yang ada pada tahun ini lebih kepada infrastruktur untuk dibawa.

Walau bagaimanapun, kita sedia maklum bahawa dalam inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan di bawah pelan transformasi digital ini juga, di mana kita tetap menganjurkan ataupun melakukan peningkatan kapasiti-kapasiti kepada jalur lebar dan yang berkaitan dengan kelajuan capaian. Jadi, ini ada kaitan secara tidak langsung antara pelan yang lepas dengan majlis yang akan di kemukakan ataupun dalam apa yang disebut dalam belanjawan yang baru ini. Sekian, terima kasih.

Haji Ayub bin JamilUMNO · BNRengit

Soalan tambahan Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Jemput Rengit.

Haji Ayub bin JamilUMNO · BNRengit

Terima kasih atas jawapan EXCO. Boleh tak disebut jangkaan tahun bila, tahun 2023 ke, tahun 2070 ke pelan digital Johor ni boleh dapat disiapkan atau sekarang ni di peringkat fasa berapa. Kalau fasa tu ada 1, 2, 3, 4 dekat mana, terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

2070 tu dah nak kiamat Yang Berhormat.

Haji Ayub bin JamilUMNO · BNRengit

Yalah Tuan Speaker tahu kiamat.

Speaker

Jauh sangat tu, ok jemput.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi · Parit Yaani

Ok terima kasih daripada soalan Rengit, soalan yang boleh dikatakan nakal tu (Dewan ketara). Insya-Allah bila jawapan kita berkata berkaitan dengan peringkat akhir, kalau maknanya ada 10 fasa, fasa yang ke-10 lah dah nak akhir, lepas ni akan dibentangkan. Jadi insya-Allah, jangan bimbang kerana setiap perkara yang kita kemukakan di dalam Dewan yang mulia ini

kita akan kemukakan, kita akan bentangkan dan kita akan umumkan kepada rakyat dapatan kita untuk kepentingan rakyat bersama. Sekian, terima kasih.

Speaker

Last, soalan yang terakhir, jemput Larkin.

Tuan Mohd Izhar bin AhmadBERSATU · PHLarkin

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. soalan Larkin nombor 19.

Apakah pelan tindakan PBT dalam memastikan setiap lesen perniagaan yang dikeluarkan tidak disalahgunakan, ianya termasuk sektor atau zon perniagaan yang ditetapkan?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Tan Chen ChoonDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar · Jementah

Terima kasih soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Larkin. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, penguatkuasaan pemeriksaan dan pemantauan premis secara berkala dilaksanakan dari semasa ke semasa, bagi memastikan aktiviti perniagaan masih kekal sama seperti dalam lesen yang telah diluluskan serta mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan tidak disalahgunakan. Sekiranya didapati disalahgunakan tindakan penguatkuasaan dan pembatalan lesen akan dikenakan pada pemegang lesen. Di samping itu, aduan awam juga amat membantu sekiranya mendapati ada premis yang menjalankan aktiviti-aktiviti yang mencurigakan. Sekian, terima kasih.

Speaker

Larkin, jemput.

Tuan Mohd Izhar bin AhmadBERSATU · PHLarkin

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Terdapat banyak beberapa premis perniagaan yang lesen telah dikeluarkan, tetapi perniagaan berkenaan dikendalikan oleh warga asing terutama dan disalahgunakan, sektor runcit dan makan, binaan dan juga perkhidmatan. Apakah pelan tindakan PBT, pelan tindakan yang lebih efektif agar benda ini dapat dibendung atau memang di luar kawalan atau tak dapat dikawal lagi, terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Tan Chen ChoonDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar · Jementah

Yang Berhormat Tuan Speaker, memang kalau ada aduan yang seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Larkin berkenaan dengan premis, mana-mana premis perniagaan yang diuruskan atau dijalankan oleh warga asing sila maklumkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan, kita akan mengambil tindakan penguatkuasaan. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ok saya kira selesai setakat ini, soalan-soalan lisan kita dah selesai, 19 EXCO menjawab. Saya kira yang terbanyak setakat ini, terima kasih kepada semua.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNLayang-Layang

Yang Berhormat Speaker, Peraturan Mesyuarat 46 (2) dan juga 32 (viii). Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Berapa?

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNLayang-Layang

46 (2) dan juga 32 (viii). Pertamanya Yang Berhormat Speaker, pada 25 November 2019 hari Isnin, Yang Berhormat Speaker ada bercakap tentang Peraturan 46 (2) di muka surat 34 dan juga muka surat 35, yang menyatakan bahawa jika sesiapa Ahli-Ahli yang bertentangan dengan 45 (xiii) itu adalah satu kesalahan. Dan saya juga mohon juga Ahli-Ahli Yang Berhormat seperti 46 (2) ya, jika aturan ketika bangkit perkara menyalahi peraturan mesyuarat. Kemudiannya muka surat seterusny muka surat 35 Yang Berhormat, menjawab soalan yang Berhormat Senator Dato Zahari Buloh Kasap. Itulah saya sebut tadi 46 (2), itu ya 46 (2) kalau ada sesuatu teguran itu perlu dibuat pada waktu itu. Jadi, 46 (2) itu saya kira ialah mungkin sebahagian daripada

Ahli-Ahli kita ini baru lagi. Boleh tak saya minta sebelum saya teruskan, apakah penjelasan maksud Yang Berhormat Speaker maksudkan ini.

Speaker

Yang baru tu bermaksud kebanyakan daripada Ahli-Ahli Dewan kita adalah baru dalam Dewan ini, itu maksudnya lah. Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNLayang-Layang

Peraturan tentang 46(2) Yang Berhormat.

Speaker

46(2) maksud dia apabila ada sesuatu kesalahan pada peraturan, maka semua Ahli Dewan boleh bangun untuk menyatakan apakah pelanggaran yang dilakukan oleh Ahli tersebut.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNLayang-Layang

Jadi dari segi 46(2) dan ia dibaca sekali dengan 46(1) adakah teguran yang dibuat oleh Ahli-Ahli Dewan ini perlu dalam kadar segera bermaksud kalau dari segi peraturannya ialah serta merta ayat yang digunakan dalam 46(1). Jadi, kalau nak tegur adakah serta merta ataupun nak tunggu esok pun boleh Yang Berhormat. Kalau nak tegurlah. Contoh, Yang Berhormat Gambir menegur saya, saya rasa satu hari suntuk selepas itu. Jadi, adakah itu mengikut peraturan mesyuarat ataupun tidak.

Speaker

Peraturan teguran itu ada dualah, nasihat ada dua, teguran ada dua. Satu yang 46 segera tapi juga pada masa Ahli-Ahli Yang Berhormat berucap berbahas dia pun boleh buat teguran juga dalam masa yang sama.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNLayang-Layang

Saya faham, sebab itu Speaker buat ruling terhadap untuk saya menarik balik berdasarkan apa yang ditegur oleh Yang Berhormat Gambir. Jadi, persoalan saya supaya lepas ini jelas untuk semua Ahli Dewan Undangan Negeri sebagai contoh, kalau apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, semasa dia EXCO, dia guna bahasa bagi sayalah, bahasa kesat dia keluar bahasa tahi, berak dan sebagainya. Jadi, saya boleh bercakap sekarang untuk minta dia tarik balik perkataan tersebut ataupun Yang Berhormat Kempas bila dia sebut pasal kencing, saya anggap sebagai bahasa kesat. Saya boleh minta supaya Speaker tarik balik jadi peraturan 46 ini tak terpakailah.

Speaker

Setiap satu persidanganlah. Kalau persidangan tahun lepas ke, sebelum ataupun 10 tahun yang lepas itu tak masuk dalam persidangan inilah, makna dalam persidangan ini boleh ditegur.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNLayang-Layang

Jadi tak perlu serta merta, perlu dalam masa persidangan jadi saya boleh minta...

Speaker

Sebaiknya serta mertalah, makna 46(2) itu serta merta tetapi semasa persidangan juga ada masa perbahasan, so perbahasan itu juga boleh buat teguran.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNLayang-Layang

Ooo, jadi maksudnya kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Kempas tentang perkataan kencing itu, sebabkan ia dalam persidangan ini saya boleh minta dia tarik balik, begitu?

Tuan Tan Hong PinDAP · PHSkudai

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNLayang-Layang

Saya Tanya soalan Yang Berhormat. Biar settle dulu boleh tak?

Speaker

Ok. Tak apa duduk dulu.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHSkudai

Saya bercakap dengan Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Ok, duduk dulu, duduk dulu.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHSkudai

Yang Berhormat Tuan Speaker, sekarang ini isu yang timbul sekarang adalah, adakah arahan ataupun perintah dari atau ruling yang dibuat oleh Yang Berhormat Speaker perlu di akur ataupun diikut. Jadi, sekiranya seseorang Ahli dalam Dewan yang mulia ini, enggan mematuhi ruling daripada Tuan Speaker maka ada wajarnya untuk diambil tindakan ke atas beliau. Jadi, isu sekarang bukan sama ada serta merta atau tidak, segera atau tidak. Isu ini apabila Speaker telah membuat suatu ruling tetapi seseorang Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini, enggan mengikut mematuhi ruling tersebut, maka beliau wajar diambil tindakan dan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Itu sahaja selesai persoalan ini. (Dewan Bertepuk). Segala pembelaan ke apa cakap dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Jangan buang masa kita di sini.Itu sahaja. Yang Berhormat Tuan Speaker saya harap Yang Berhormat Tuan Speaker jangan layan lagi perbincangan ini, biar semua ini dibincangkan dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Kita ada platform, kita ada chanel, forum untuk membincangkan isu ini tapi bukan dalam persidangan kali ini. Sekian, terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNLayang-Layang

Yang Berhormat Speaker, saya tak faham kenapa Yang Berhormat Skudai terlalu emosi. Saya tanya supaya mendapat penjelasan, supaya Dewan yang mulia ini tidak menjadi sarkas Yang Berhormat. Jadi, itulah persoalan saya, maksudnya kalau Yang Berhormat Kempas, contoh, ini untuk kebaikan semua, kalau Yang Berhormat Speaker tak buat ruling sekarang, kita semua lepas ini bila-bila boleh bangkit dan bercakap tentang apa yang disebut tempoh hari, semalam ke dua hari lepas. Ini nak dapat kepastian Yang Berhormat Speaker, boleh tak saya contoh, saya tak akan buat contoh..

Tuan Cheo Yee HowDAP · PHPerling

Yang Berhormat Speaker

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNLayang-Layang

Contoh, bila Yang Berhormat

Tuan Cheo Yee HowDAP · PHPerling

Saya bercakap dengan Yang Berhormat Speaker,

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNRengit

Peraturan mesyuarat mana cakap ini?

Tuan Cheo Yee HowDAP · PHPerling

46(4). Jadi, sebab kita dah ada ruling. Keputusan Speaker adalah muktamad, saya rasa dekat sini kalau kita terus bincang tentang perkara ini, buang masa sahaja. Baik bawa isu itu terhadap Jawatankuasa yang kita refer hari itu. Yang ini saya rasa lebih baik dan untuk kebaikan dan tidak membazirkan masa semua dekat sini. Ini dah ada tetap 46(4) dekat sini.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNLayang-Layang

46(4) Yang Berhormat Speaker, ya, saya akur, keputusan adalah muktamad. Tapi Yang Berhormat Speaker juga perlu akur dengan undang-undang yang termaktub di dalam peraturan betul tak Yang Berhormat? Jadi, saya bukan nak cari salah Yang Berhormat, saya nak penjelasan boleh tak selepas ini, hari inilah contoh, saya tak buat, tapi contoh, saya tidak senang dan saya rasa perkataan yang dibawa oleh Yang Berhormat Kempas adalah perkataan kesat bolehkah hari keesokannya saya bawa. Dia dalam persidangan yang sama Yang Berhormat.

Speaker

Boleh.

Tuan Yeo Tung SiongDAP · PHPekan Nanas

Yang Berhormat Speaker, saya cadanglah kalau ada banyak yang nak ucap next time ada perbahasan guna perbahasan masa sendiri jangan ucap dekat sini. Yang kedua, kalau sudah terlalu lama tau.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNLayang-Layang

Ini peraturan mesyuarat.

Tuan Yeo Tung SiongDAP · PHPekan Nanas

Yang Berhormat Tuan Speaker dia sudah menjadi penyata rasmi, kita sudah dapat satu hard copy, sekarang baru nak cakap nak tarik balik, lewatlah, janganlah, jangan terlalu lambat tau.

Speaker

Ok.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNLayang-Layang

Yang Berhormat ada satu perkara berbangkit. Saya jelas, jadi lepas ini, kalau ada perkara-perkara yang kita nak cakap dibangkitkan hari keesokan pun boleh buat eh Yang Berhormat.

Speaker

Boleh.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNLayang-Layang

Terima kasih. Keduanya Yang Berhormat, ini peraturan mesyuarat 32(viii), pada hari Khamis 28 November Yang Berhormat Stulang membuat rundingan, dia ada tak hari ini? Agar Layang-Layang dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Saya nak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Speaker, adakah keputusan sudah dibuat dan adakah ia muktamad sekarang ini.

Speaker

Saya dah sebut yang lepas.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNLayang-Layang

Jadi, saya akan dibawa ke Jawatankuasa Hak.

Speaker

Ya, ya.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNLayang-Layang

Ok, terima kasih atas jawapan tersebut. Tapi saya nak tanya Yang Berhormat Speaker, macam mana keputusan sudah dibuat sedangkan, ini Yang Berhormat Speaker pun lagi arif daripada saya ini. Sedangkan perbahasan belum dibuat. Kita bagi contoh, setiap rundingan yang dibuat dalam Dewan yang mulia ini, semalam, kita buat tentang isu Chin Peng, sebelum ini, kita bawa rundingan tentang isu Pasir Gudang, pencemaran di situ. Ada perbahasan Yang Berhormat. Kenapa bila bab nak bawa rundingan ini terhadap diri saya Yang Berhormat tidak ada rundingan, tidak ada perbahasan. Kita nak jaga peraturan-peraturan mesyuarat dalam Dewan ini kan. Jadi, kalau kita nak guna peraturan mesyuarat, kita kenalah guna semua peraturan-peraturan mesyuarat Yang Berhormat. Jadi, saya nak tanya sekali lagi, kalau betullah saya sudah dirujuk ke Jawatankuasa, kenapa tak ada perbahasan Yang Berhormat?

Speaker

Layang-Layang duduk. Ok. Berkenaan dengan 32(viii) telah dinyatakan tadi pada waktu itu rundingan telah dibuat oleh Stulang berkenaan dengan Layang-Layang dan pada waktu itu, kita telah selesai takat itu sahaja. Ok. Jadi, memang saya dah merujuk kepada LA berhubung dengan perkara ini. Jadi, pada waktu itu, adalah kesuntukan masa, maka saya tak buat benda tu ya. Jadi, sekarang ini, saya buka semula yang itu ya. Saya buka semula kerana mengikut peraturan 35 ya, mengikut Peraturan 35 perlu di bahas dan juga keputusan dibuat. Ini untuk keadilan kepada semualah ya. Ok, untuk keadilan semua.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNLayang-Layang

Terima kasih Yang Berhormat, Yang Berhormat Speaker adalah pemimpin yang adil.

Speaker

Untuk keadilan semua pada peraturan 35 saya buka semula perkara ini, untuk perbahasan berkenaan dengan rundingan yang telah dibuat oleh Stulang berkenaan dengan pernyataan yang dibuat.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNRengit

Yang Berhormat Tuan Speaker, peraturan 45(viii). Orang ketawakan kita Yang Berhormat. Saya sedih tengok Dewan ini. Kita dah buat keputusan sama ada proses ini salah. Sekarang ini, kita balik semula. Cuba baca 45(viii), Adalah menyalahi peraturan mesyuarat sekiranya seseorang Ahli mencuba hendak menghidupkan semula dalam perbahasan akan satu perkara yang telah diputuskan oleh Dewan Negeri dalam tempoh penggal persidangan yang sedang berjalan itu, jika dikecualikan jika ada dibawa satu rundingan yang tertentu bagi membatalkan keputusan yang tersebut.

Dah bawa ini Yang Berhormat, seolah-olah dah dirujuk kepada Jawatankuasa, kita bawa lagi jadi, macam mana keputusan ini? Ini memalukan Dewan Yang Berhormat. Tapi tak apalah.

Speaker

Tapi peraturan, prosedur itu tak tepat Yang Berhormat. Prosedur yang berlaku itu tak tepat. Jadi, saya fikir kita buka semula untuk tujuan itu.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNRengit

Maknanya, salahlah kita buat hari itu keputusan.

Speaker

Tak, prosedur dia, prosedur dia tak tepat.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNRengit

Kita dah tahu prosedurnya salah, keputusan kita pun salahlah? Itu saya nak tanya itu aje.

Speaker

Sebab itu saya buka kepada perbahasan ini.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNRengit

Ini tak pernah berlaku ini. Dah bawa balik ini, masih buka balik ini Yang Berhormat Tuan Speaker. Kalau ikut peraturan 123 buku ini Yang Berhormat Tuan Speaker, 123 ia ada menyebut secara jelas kalau perkara-perkara yang tak jelas ni Peraturan 123 bagi kesempurnaan perjalanan Dewan, kita boleh rujuk perkara ini kepada Penasihat Undang-Undang dan Penasihat Undang-Undang boleh bercakap dalam perkara ini. Biasanya amalan kita selama saya duduk dalam Dewan ini selama 16 tahun 17 tahun tak pernah berlaku. Ini kali pertama, so kita boleh gunakan peraturan 123 untuk perkara ini.

Speaker

Peraturan berapa Yang Berhormat?

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNRengit

123. Cuba Yang Berhormat Tuan Speaker tengok.

Speaker

123 itu memilih Speaker.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNRengit

Haah. Tak, peraturan fasal 123, cuba tengok.

Speaker

Sekejap ya, saya bacakan.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNRengit

Ha ada, 123, Pegawai kerajaan mengambil bahagian di dalam perjalanan mesyuarat. Yang akhir itu, muka akhir. Ada?

Speaker

Seratus dua puluh tiga.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNRengit

123 samalah seratus dua puluh tiga.

Speaker

123 itu dah lain peraturan dia. 123 ok.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNRengit

Peraturan seratus dua puluh tiga, baca.

Speaker

Ok, sebutkan Yang Berhormat.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNRengit

Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Wang Negeri boleh mengambil bahagian di dalam- di dalam perjalanan mesyuarat Dewan Negeri sebagaimana diprasyaratkan oleh Fasal 6 bagi Bahagian Kedua dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan. Sepatutnya kalau hari itu tidak jelas boleh rujuk.Ini dah perkara ini dah lepas. Bila Layang-Layang bangkit kita rujuk balik. Kesian kita tengok Dewan kita ini Yang Berhormat.

Speaker

Ok. Beginilah Yang Berhormat. Saya sendiri dah merujuk,

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNRengit

Sebab kita dah buat keputusan.

Speaker

Layang-Layang duduk. Saya dah rujuk kepada LA.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNRengit

Yang Berhormat, relaks, relaks.

Speaker

Tak, duduk dulu, duduk dulu, duduk dulu. Saya ada merujuk kepada LA berkenaan dengan perkara tersebut dan LA kata bahawa peraturan 40, maaf ya, peraturan 35 itu perlu dilaksanakan. Saya dah rujuk sebenarnya LA, selepas daripada insiden itu saya melihat kekhilafan di peringkat saya, maka saya dah merujuk kepada LA. Benda itu, prosedur dia tak tepat. Sebab itulah saya buka semula perkara ini, untuk keadilan kepada semua dan ia menjadi satu peringatan kepada semualah. Ok, sekarang saya untuk menjimatkan masa saya buka satu-satu daripada kerajaan satu, daripada pembangkang satu perbahasan. Saya persilakan daripada kerajaan. Usul rundingan berkenaan dengan setuju, setuju dah ada dah, proses yang 10 orang dah selesai, cuma perbahasan aje. Saya bagi satu-satu lepas tu baru buat undian. Ok, saya persilakan daripada kerajaan. Berkenaan dengan usul, berkenaan rundingan terhadap Layang-Layang, jemput. Jemput daripada kerajaan. Ya, jemput Skudai.

Yang Berhormat Speaker, Tuan Speaker, ini agak sukar kita nak reversed balik, kalau kita reversed balik, kita buat macam Fasal 123 tadi tu ataupun Fasal 35 tu, lebih baik kita batalkan sahaja keputusan yang kita buat suatu masa dahulu. Sebab Yang Berhormat...

Speaker

Perlu tak perlu, saya nak ikut prosedur itu aje...

Saya lebih suka untuk mencadangkan Yang Berhormat menggunakan sepenuh kuasa yang ada pada Speaker.

Speaker

Yalah.

Saya syorkan, saya syorkan di sini oleh kerana kita tersilap, jangan ada dalam rekod ini kita tersilap. Jangan ada dalam rekod.

Speaker

Tak apa, tak apa. Pada saya yang penting keadilan tu...

Yang penting, Yang Berhormat ialah batalkan ...

Speaker

Tak perlu.

Itu minta supaya satu usul baru dibawa kemudian oleh mana-mana Ahli. Kita ada masa lagi.

Speaker

Saya ikut. Duduk dulu Benut. Saya nak berlaku adil kepada semua ya. Peraturan yang dinyatakan di sini walaupun siapa, maka saya kena ikut prosedur yang ada. Saya persilakan daripada kerajaan, untuk perbahasan terhadap rundingan yang dibuat oleh Stulang yang lepas. Ada...

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNRengit

Dia kena pakai Peraturan 29(2) Yang Berhormat, dari segi proses perjalanan nak bawa ni..

Speaker

Tak, kita sambung yang lepas, yang lepas...

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNRengit

Dia kena ada Peraturan 29(2). Dia tak boleh buat macam ni.

Speaker

Tak, kita sambung yang lepas, yang lepas...

Puan Gan Peck ChengDAP · PHPenggaram

Speaker...

Speaker

Rengit duduk dulu, Rengit duduk dulu. Peraturan yang lepas, Layang-Layang telah mengemukakan rundingan ya dan telah disokong oleh 10 orang, tahap 1 tu selesai. Sekarang perbahasan sahaja. Saya persilakan daripada kerajaan. Silakan.

Tuan Dr. Chong Fat FullPKR · PHPemanis

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya cadangkan, kita tangguh dulu, kita break dulu, lepas tu kita boleh sambung.

Speaker

Tak apa terus-terus, kita tak ada masa. Terus-terus.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNRengit

Tak, saya setuju cadangan Pemanis. Lebih baik untuk kesempurnaan perjalanan dalam Dewan. Yang Berhormat pun banyak nak kena refer, rehat dulu.

Speaker

Tak, kita selesaikan terus perkara ini.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNRengit

Kita melalui proses, proses dia ialah seorang Ahli Dewan minta tangguhkan Dewan, 29(2) lepas tu baru mula kan. Kita tak boleh macam gini Yang Berhormat, sambung yang lepas, sambung yang lepas, tak boleh. Kena ada peraturan, kita kena ikut Peraturan 29(2). Peraturan ni tak boleh ikut kita, Yang Berhormat. Kita, tafsiran kalau kita tak jelas, kena ikut kepada Penasihat Undang-Undang, kita tak boleh buat tafsir sendiri, minta maaf Yang Berhormat Tuan Speaker. Kita tak boleh buat tafsiran sendiri, sebab tu saya bacakan Peraturan 123, kalau kita tak jelas, Yang Berhormat Tuan Speaker boleh rujuk kepada Penasihat Undang-Undang yang hadir dalam ni. Dan dia boleh melibatkan diri dalam perbahasan kita. Jadi, untuk kemuliaan Dewan ni berada di tahap yang baik, Yang Berhormat kita tak nak macam Dewan yang lain kan. Kita tak apa, ambil masa, rehat sekejap pastu kita sambung. Saya setuju pandangan Pemanis tadi.

Speaker

Ok, kita berehat 10 minit untuk menyambung semula, kita sambung pukul 11.35 pagi.

Persidangan di tangguhkan pada jam 11.25 pagi. Persidangan di sambung semula pada pukul 11.35 pagi.

Speaker

Bismillahirahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum dijawab secara lisan, akan dijawab secara bertulis dalam persidangan yang sama.

Soalan-Soalan Bertulis.Questions

Jurutulis

Jawapan kepada soalan-soalan bertulis oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat ada dibentangkan di atas meja mesyuarat.

Sambungan Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2020) Tahun 2019.Bill

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat Perbahasan Atas Rundingan bagi bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2020) Tahun 2019, disambung semula. Penggulungan daripada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia, silakan.

Tuan Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia · Kota Iskandar

Bismillahirahmanirrahim. Assalammulaikum warahmatullahitaala wabakaratuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kerana memberikan laluan kepada Kota Iskandar,

untuk membuat penggulungan. Bersempena dengan sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim yang ke-61 pada 22 November 2019 yang lalu. Patik merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih dan berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku berada di dalam keadaan sihat sejahtera, dilanjutkan usia untuk terus memerintah di atas takhta kerajaan bagi menaung sekalian rakyat dengan adil dan saksama. Mudah-mudahan dengan berkat kepimpinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, negeri Johor akan terus maju, moden dan progresif dengan Bangsa Johor yang bersatu padu. Daulat Tuanku. Yang Berhormat Tuan Speaker, Kota Iskandar mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor di atas pembentangan Belanjawan Johor 2020, yang bertemakan “Memakmur Dan Mensejahtera Johor Bestari” dengan 183 titik fokus dan 6 teras strategik bagi memacu pembangunan negeri johor. Belanjawan lebihan dengan izin surplus, bagi tahun yang keenam semenjak 2015, yang juga bersifat menyeluruh dan inklusif ini mudah-mudahan dapat direalisasikan khususnya dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat terutama ke arah mengurangkan kos sara hidup. Yang Berhormat Tuan Speaker, Kota Iskandar mengambil kesempatan juga mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam perbahasan Belanjawan Johor 2020, terima kasih juga diucapkan di atas semua pandangan, nasihat dan teguran yang diberikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, insya-Allah kerajaan sentiasa terbuka dalam menerima sebarang pandangan, nasihat dan juga teguran khusus dalam usaha kita bersama-sama memajukan negeri Johor yang kita kasihi ini. Hadis Nabi Muhammad SAW ada menyebut “Ad Din Nun Nasihah’’ Agama itu adalah nasihat. Di dalam Suratun Az Zuriyat ayat ke-55 juga Allah menyebut (Membaca potongan surah Al-Quran), “berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman”. Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan boleh menerima pandangan, nasihat dan teguran yang berasas kepada hujah tetapi bukan berdasar kepada fitnah dan emosi. Sebagai contoh, Manifesto Pakatan Harapan tidak pernah berjanji dan menghapuskan, untuk menghapuskan PTPTN. Setahu Kota Iskandar, yang menjanjikan untuk menghapuskan hutang PTPTN ini adalah manifesto daripada Parti PAS. Manifesto Pakatan Harapan hanya menjanjikan penangguhan bayaran balik PTPTN sehingga gaji pinjaman mencapai RM4,000.00 sebulan dan juga menghapuskan polisi penyenaraihitaman peminjam PTPTN. Begitu juga dengan isu tol, di mana manifesto menjanjikan untuk menghapuskan tol secara berperingkat dalam masa 5 tahun. Yang Berhormat Tuan Speaker, Kota Iskandar ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional kerana berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil P165 Tanjung Piai baru-baru ini. Kerajaan Pakatan Harapan menerima keputusan tersebut secara hati terbuka. Bahkan kita juga menerima mesej ataupun signal, dengan izin yang dihantar oleh pengundi melalui PRK tersebut. Walau bagaimanapun, suka Kota Iskandar ingatkan rakan-rakan sebelah sana jangan terlalu, bergembira kerana PRK Tanjung Piai bukan segala-galanya, kerana kalah dalam politik ini bukan bermakna kalah untuk selama-lamanya dan juga sebaliknya menang pun bukanlah menang untuk selamanya, kerana badai, banyak bijak pandai menyatakan dengan izin, politics is the art of possibility.

Yang Berhormat Tuan Speaker, walaupun kerajaan Pakatan Harapan baru memerintah selama 18 bulan tetapi kerajaan telah menunjukkan kesunggguhan untuk melakukan agenda perubahan dan juga proses penambahbaikan untuk kebaikan kepada rakyat negeri Johor. Di samping kerajaan memperkenalkan pelbagai insentif peduli rakyat, yang sebahagiannya adalah merupakan perkara yang baru kepada pemerintahan kerajaan Barisan Nasional yang dahulu, contoh seperti Kad Sihat, Skim Takaful Warga Emas, Skim Air Percuma, pengecualian bayaran lesen penjaja, diskaun bayaran tunggakan bayaran sewa PPR dan juga ada skim menghapuskan kuota KMK dan yang terbaharu ialah kita meneruskan usaha pembangkang tetapi kerajaan juga dalam masa yang sama melaksanakan pembaharuan dan juga agenda pembaharuan dan juga penambahbaikan. Kita juga terpaksa berkerja keras untuk menyelesaikan banyak kes-kes janji-janji kerajaan Barisan Nasional yang tidak ditunaikan tetapi disebabkan kerajaan Pakatan Harapan adalah kerajaan yang berjiwa besar, kita berusaha untuk menyelesaikan satu persatu perkara ataupun tunggakan kes-kes yang tidak dapat dilunaskan semasa pemerintahan Barisan Nasional. Sebagai contoh, pertama, dalam aspek perumahan, Taman Setia Indah yang telah terbengkalai melebihi daripada 7 tahun, sekarang dalam proses disiapkan oleh pemaju penyelamat iaitu KPRJ dan insya-Allah akan siap pertengahan tahun hadapan dan projek ini adalah milik SSI. Yang kedua, Taman Sri Molek Perdana, yang telah terbengkalai 6 tahun, sekarang sedang disiapkan oleh kontraktor penyelamat yang telah dilantik dan projek ini adalah milik SPNB. Yang ketiga adalah interchange dengan izin, di Bandar Pulai Jaya, yang telah terbengkalai melebihi daripada 10 tahun dan alhamdulillah mampu disiapkan dalam masa yang terdekat dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun merasmikan pada Isnin 11 November 2019, yang telah mengurangkan hampir 40% kesesakan di Jalan Pontian ke Johor Bahru. Yang keempat adalah isu 1,720 keluarga daripada 6 kawasan setinggan di Johor Bahru termasuk Kampung Dato’ Hajah Hasnah, Desa Jaya dan kampung-kampung yang lain dan alhamdulillah sekarang ni berada di peringkat terakhir pemutihan dan kita akan membuat proses untuk menganugerahkan bagi mereka membuat pembelian sama ada menggunakan pinjaman daripada pihak bank ataupun dengan menggunakan scheme rent to own, sewa beli dengan izin, yang disediakan oleh kerajaan negeri. Ini adalah beberapa contoh terdapatnya projek-projek yang tidak juga dapat dilunaskan, diselesaikan oleh kerajaan yang lepas, yang kita sebagai kerajaan government of the day dengan izin, mengambil tanggung jawab untuk menyelesaikannya. Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan Pakatan Harapan banyak membuat kebaikan dan berusaha bersungguh bagi memastikan rakyat negeri Johor ini beroleh kesejahteraan. Itu sebabnya kita minta supaya rakan-rakan di sebelah sana supaya kita bersifat adil di dalam memberikan pandangan supaya tidak termasuk di dalam huraian di dalam Al-Quran Suratul Maidah ayat ke-8, “janganlah disebabkan oleh kebencian kita kepada suatu kaum itu menyebabkan kita tidak boleh berlaku adil dulu, berlaku adillah kerana keadilan itu lebih dekat kepada takwa”. Yang Berhormat Tuan Speaker, daripada segi sebelah sana kalau berucap, saya rasa semuanya macam perfect dengan izin, tidak ada masalah, rakyat selama ini hidup dalam keadaan senang lenang begitu tetapi sikap kita mendakwa bahawa kitalah yang terbaik, kitalah yang the best of the best dengan izin, merupakan suatu perkara yang perlu diperhalusi semula, kerana saya ingatkan dalam Surahtun Najm ayat 32, Allah menyebut maksudnya, “janganlah kamu menganggap diri kamu suci, orang baik, kerana Allahlah yang lebih mengetahui siapa yang benar-benar bertakwa”. Bahkan, Saidatina Aisyah pernah

ditanya, siapakah orang yang buruk, lalu Saidatina Aisyah menyatakan “orang yang buruk itu ialah orang yang merasa dirinya sentiasa baik”. Yang Berhormat Tuan Speaker, daripada segi indikator ekonomi, kerajaan Pakatan Harapan Johor masih mempertahankan stetoskop prestasi kerajaan Johor sehingga kini. Yang pertama, mengekalkan KDNK Johor lebih tinggi daripada KDNK Nasional pada tahun 2018 iaitu KDNK Johor 5.6% berbanding KDNK Nasional 4.7%. Johor juga adalah masih merupakan penyumbang keempat terbesar kepada KDNK negara iaitu 9.6% selepas daripada Selangor, Wilayah Persekutuan dan juga Sarawak. Johor juga merupa penerima FDI yang tertinggi pada tahun 2018 dan dari segi eksport Johor masih mengekalkan di tempat kedua selepas daripada Pulau Pinang. Sektor pembuatan, sektor pembinaan, sektor perkhidmatan, Johor kita masih mengekalkan pada tangga ketiga di belakang Selangor dan juga Wilayah Persekutuan. Bahkan dari segi rizab tunai iaitu lebihan daripada Akaun Hasil Yang Disatukan masih berjumlah RM1.2 bilion. Tetapi kadang kala rakan-rakan yang di sebelah sana menyatakan kerajaan lepas meninggalkan rizab tunai RM3 bilion tetapi sebenarnya ia memasukkan juga jumlah daripada Akaun Tabung Amanah yang berjumlah hampir RM1.8 bilion menjadikan total keseluruhannya adalah RM3 bilion. Tetapi rizab tunai ini sebenarnya hanya merujuk kepada lebihan daripada Akaun Hasil Yang Disatukan iaitu RM1.2 bilion. Yang Berhormat Tuan Speaker, indikator ekonomi ini menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan berada di landasan yang betul untuk memacu pembangunan negeri Johor lebih maju di masa hadapan. Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan untuk Kota Iskandar menyentuh beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat tentang portfolio Perumahan, Komunikasi dan Multimedia. Yang pertama Kota Iskandar mengucapkan terima kasih kepada Kempas kerana menyokong keputusan kerajaan memberikan inisiatif diskaun 20% bagi pembayaran tunggakan sewa PPR dan RSK untuk tahun 2020. Tahun lepas kerajaan memberikan pemotongan diskaun 50% sebagaimana yang dinyatakan dalam Manifesto Pakatan Harapan Johor. Insentif diskaun 20% ini akan dapat mengurangkan beban kewangan penyewa PPR dan RSK yang berusaha untuk menyelesaikan tunggakan PPR dan RSK yang sekarang ini sehingga Oktober berjumlah RM15.8 juta. Bagi penyewa saya rasa membayar sewaan tepat pada masa, ia akan diberikan insentif hadiah dengan peruntukan yang telah kita luluskan RM200,000.00 dalam Bajet 2020 dan insentif hadiah ini diharap dapat meningkatkan peratusan pembayaran sewa bulanan sekarang berada pada anggaran 40% daripada jumlah sewaan yang sepatutnya diterima oleh kerajaan negeri. Yang ketiga terima kasih juga kepada Skudai kerana bertanyakan peranan dan fungsi Majlis Komunikasi dan Multimedia. Untuk makluman Skudai, peranan dan fungsi Majlis Komunikasi dan Multimedia adalah seperti berikut. 1. Menyelaras inisiatif-inisiatif digital terutama inisiatif yang berkaitan dengan ekonomi digital yang dilaksanakan oleh agensi-agensi di bawah KKMM, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, seperti MDEC, MyNIC dan sebagainya.

2. Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek dan program seperti NFCP (National Fiberisation and Connectivity Plan) dengan izin, dan lain-lain inisiatif pembangunan infrastruktur untuk meningkatkan perkhidmatan telekomunikasi dan multimedia di negeri Johor.

3. Mengenal pasti kekangan dan mencadangkan jalan penyelesaian bagi mengatasi kekangan yang boleh mengganggu perancangan penyelarasan dan juga pelaksanaan.

4. Menyelaras pelaksanaan inisiatif dan program-program dilaksanakan oleh agensi dan jabatan di peringkat negeri untuk mengelakkan berlakunya pertindanan.

5. Memperkasa komunikasi ataupun penerangan di peringkat negeri Johor. Majlis Sains Teknologi dan Inovasi Negeri Johor ataupun ringkasnya JOSTIC yang ditubuhkan adalah lebih terarah kepada pembudayaan teknologi, sains dan ICT serta digital di peringkat sekolah-sekolah, namun Majlis Komunikasi dan Multimedia ini akan memfokuskan kepada perkara-perkara yang telah disebutkan tadi termasuklah cadangan daripada YB Tangkak untuk mewajibkan prasarana asas sistem komunikasi dalam semua permohonan projek pembangunan yang baru yang akan diselaraskan melalui majlis ini. Dan, saya juga suka menambah dari segi pendefinisian yang dibangkitkan oleh Benut tentang NFCP ataupun Pelan Gantian Optik dan Kesalinghubungan Negara termasuk juga Jawatankuasa Induk Infrastruktur dan Telekomunikasi Negeri Johor. Suka saya menyebutkan bahawa Pelan Gantian Optik dan Kesalinghubungan Negara ini adalah merupakan pelan 5 tahun yang dikemukakan oleh kerajaan pusat bagi meluaskan coverage, dengan izin, internet dan juga kelajuan internet dalam negara kita sebagaimana yang saya sebut menjelang 2021, semua ibu negeri termasuk juga kawasan-kawasan yang berimpak tinggi akan mempunyai kelajuan internet pada kadar 500 megabytes per second dan juga menjelang 2023, 98% daripada kawasan berpendudukan termasuk di Sabah dan Sarawak akan mendapat purata kelajuan internet pada 30 megabytes per second. Ini adalah merupakan projek kerajaan persekutuan. Bagi memastikan bahawa projek ini dapat dilaksanakan dan direalisasikan menjelang 2023, itu sebabnya kita di peringkat negeri menubuhkan Jawatankuasa Induk Infrastruktur Telekomunikasi Negeri Johor bagi kita menyelaras dan juga menyelesaikan isu-isu yang berbangkit tentang pelaksanaan Pelan Gantian Optik dan Kesalinghubungan Negara yang saya sebutkan tadi. Makna dia Pelan Gantian Optik ini perlu mendapat kerjasama di antara kerajaan persekutuan melalui MCMC, kerajaan negeri dan juga syarikat telekomunikasi atau ringkasnya TELCO yang berada di negeri Johor. Kemudian, satu lagi yang disebut tentang Pelan Hala Tuju Strategik Johor Bestari ini adalah merupakan ringkasnya saya sebut sebagaimana di Selangor mereka mempunyai Smart Selangor, maka di Johor nanti insya-Allah kita akan ada kita sebut sebagai Johor Bestari dan saya akan ulas selepas daripada ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, Skudai juga bertanya tentang progres pelaksanaan domain johor.my dan juga johorbestari.my atas kerjasama di antara kerajaan negeri dengan MyNIC Berhad yang berada di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Dalam merealisasikan e-Ekonomi Nasional melalui program pendigitalan Johor dengan mewujudkan e-Directory. Untuk pengetahuan Skudai, Bahagian Sains Teknologi Dan ICT Negeri Johor telah memberikan jawapan balas pada 10 September 2019, di mana tidak bersetuju dengan cadangan menggunakan domain johor.my antaranya sebabkan domain johor.my ini masih aktif digunakan untuk sistem-sistem dan portal kerajaan negeri seperti Majlis Sukan Negeri Johor, sukan.johor.my, Tourism Johor, tourism.johor.my, Jabatan Agama Islam untuk e-mualaf.johor.my dan juga PTG Johor, ictpg.johor.my. Walau bagaimanapun Bahagian Sains Teknologi Dan ICT Negeri Johor bersetuju cadangan menggunakan nama domain johorbestari.my bagi tujuan e-directory. Sekarang proses berada di peringkat terakhir, urusan bersama dengan MyNIC dan insya-Allah akan dilaksanakan pada awal tahun hadapan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Skudai juga bertanyakan tentang pelaksanaan e-PBT dan e-Khidmat di PBT negeri Johor. Terdapat 22 model keseluruhannya dan perjanjian asal e-PBT negeri Johor. Walau bagaimanapun 4 model telah dibatalkan kerana terdapat sistem lain yang telah dibangunkan di peringkat negeri atau persekutuan contohnya sistem OCS, Aduan dan sebagainya. Dan, saya rasa saya tak berhajat untuk mempanjangkan ulasan ini sebab sebahagiannya telah dijawab oleh EXCO Bahagian Kerajaan Tempatan. Yang Berhormat Tuan Speaker, Bukit Pasir melahirkan kebimbangan jika harga minima pemilikan kepentingan asing diturunkan kepada RM600,000.00 maka di manipulasi oleh pemaju dengan melambungkan harga unit yang tidak terjual kepada harga yang lebih tinggi agar boleh dilepaskan kepada warga asing. Sebagaimana yang telah saya jelaskan dalam jawapan lisan, bahawa insya-Allah kebimbangan ini tidak akan berlaku disebabkan kita kenakan syarat kepada rumah ataupun hartanah yang hendak dilepaskan itu adalah pertamanya daripada jenis hartanah berstrata ataupun bertingkat yang keduanya sebahagian besar adalah merupakan di bawah kategori perdagangan ataupun commercial iaitu service apartment dan yang ketiganya paling penting adalah ianya merupakan suatu projek yang telah siap dan CCC ataupun Pematuhan Kesiapan Bangunan telah dikeluarkan melebihi daripada 9 bulan. Dengan erti kata lain bahawa harganya telah pun diluluskan oleh Jabatan Perumahan Negara dan mereka tidak boleh lagi untuk mengubah harga sebagaimana yang mereka cuba untuk manipulasi sistem tersebut. Saya bersetuju dengan cadangan Gambir, bahkah itulah yang sedang dilaksanakan iaitu proses pembinaan Rumah Mampu Biaya dilaksana secara fast track, dengan izin, untuk kelulusan sama ada peringkat Kebenaran Merancang (KM) di peringkat PBT atau Serah Balik Dan Kurnia Semula (SBKS) di peringkat Hasil Bumi ataupun PTG supaya proses kelulusan dapat dibuat dalam masa yang ditetapkan. Tambahan pula kita mempunyai sasaran untuk membina 100,000 unit Rumah Mampu Biaya menjelang 2023. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih juga kepada Mengkibol kerana menyokong tindakan kerajaan menurunkan harga minima pemilikan kepentingan asing kepada RM600,000.00 dengan syarat-syarat yang ketat dan juga menyeluruh. Saranan Mengkibol supaya pihak pemaju perumahan menurunkan harga sebenarnya adalah merupakan sesuatu yang bertepatan dengan kuasa pasaran iaitu permintaan dan juga penawaran. Dalam keadaan sekarang di mana permintaan lebih kurang daripada penawaran sudah barang tentunya sepatutnya pihak pemaju menurunkan harga-harga hartanah mereka. Dan, untuk pengetahuan Mengkibol sebahagian besar daripada pemaju-pemaju perumahan telah pun menurunkan harga hartanah mereka yang masih belum terjual sehingga 20% ke 30% daripada harga asal sepertimana yang dilaksanakan sebagai contoh UM Land dan juga Taman Scientex. Saranan Mengkibol untuk warga asing menggunakan dana sendiri untuk membeli hartanah di Johor. Sekarang ini warga asing dibenarkan mendapatkan pinjaman daripada bank tempatan sehingga 70% dan juga boleh sehingga 80% jika warga asing membeli dengan menggunakan skim Malaysia My 2nd Home ataupun ringkasnya MM2H. Saranan Mengkibol baik, kerana bila mereka membawa dana daripada luar tetapi pembayaran dilakukan dalam nilai Ringgit Malaysia maka secara tidak langsung permintaan kepada Ringgit Malaysia akan meningkat dan dengan itu nilai ringgit kita juga akan turut meningkat. Yang Berhormat Tuan Speaker, Pemanis membangkitkan isu seolah-olah kerajaan negeri kurang menyediakan produk untuk Rumah Mampu Biaya untuk golongan B40. Mengikut definisi golongan B40 adalah merujuk kepada kumpulan yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3,500.00. Jika merujuk kepada kategori RMBJ, perumahan disediakan kepada golongan B40 adalah pertama, RMBJ Jenis A yang berharga RM42,000.00 dan

syarat untuk pembelian rumah ini adalah pendapatan kurang daripada RM4,000.00 sebulan. Dan, yang kedua adalah produk yang kita baru perkenalkan dalam Belanjawan 2020 iaitu skim Perumahan Prihatin Johor yang mana pendapatan isi rumah adalah di bawah daripada RM2,500.00. Di samping kategori Rumah Mampu Biaya Johor, sebenarnya B40 juga mereka mempunyai peluang untuk mendapatkan rumah melalui pertama Rumah Mesra Rakyat Johor, sama ada daripada SPNB ataupun melalui anak syarikat kerajaan negeri iaitu KPRJ. Yang kedua, rumah PPR ataupun rumah asnaf di bawah KPLB, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, MAIJ, CSR TNB dan beberapa CR organisasi yang lain. Yang ketiga adalah, rumah sewa di bawah PPR ataupun RSK. Makna dia selain daripada Rumah Mampu Biaya Jenis A dan juga SPPJ yang saya sebutkan tadi mereka masih boleh mendapatkan sama ada daripada rumah mesra, rumah PPR dan juga rumah sewa di bawah PPR dan juga RSK. Yang Berhormat Tuan Speaker, Buloh Kasap bertanyakan berkaitan skim Perumahan Prihatin Johor di mana selepas 4 ke 5 tahun tidak mampu membuat bayaran bulanan apakah tindakan yang akan diambil? Kerajaan seboleh mungkin akan memastikan supaya rumah yang dibeli melalui skim SPPJ ini akhirnya akan dimiliki oleh pemohon yang asal. Maknanya pilihan pertama kerajaan akan cuba membantu supaya pembeli terus mampu membayar ansuran bulanan. Itu sebab peserta di dalam skim SPPJ ini dikenakan syarat untuk mengikuti program pendidikan kewangan yang dikendalikan oleh Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit, AKPK di bawah Bank Negara. Dalam klausa kemungkiran dan penamatan perjanjian ada nyatakan prosedur iaitu bila mana berlaku tunggakan 2 bulan, notis pertama akan diberikan, tunggakan 2 bulan notis peringatan kedua akan diserahkan serta penyerahan pemilikan kosong dan notis penamatan perjanjian. Tetapi sebagaimana saya sebut tadi, keutamaan kerajaan negeri untuk memastikan bahawa rumah yang dibeli di bawah skim SPPJ ini kekal kepada pemohon yang asal. Yong Peng mencadangkan supaya pejabat SUKJ Perumahan dibuka setiap daerah bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan SUKJ Bahagian Perumahan. Setakat ini keperluan untuk wujudkan Pejabat SUKJ Perumahan di setiap daerah dalam negeri Johor tidak begitu mendesak dan tidak berapa ekonomi terutama daripada segi penjawatan, bebanan kerja dan hasil yang dikutip. Setakat ini Pejabat SUKJ Perumahan ada di cawangan di Batu Pahat dan Mersing manakala di Kluang dan Muar serta Tangkak kita buka cawangan di Pejabat Daerah Kluang dan Majlis Perbandaran Muar serta di Pejabat Tangkak. Fungsi cawangan lebih kepada mengutip sewa rumah pangsa dan bayaran sewa beli di daerah-daerah tersebut. Yang Berhormat Tuan Speaker, Panti bertanyakan kenapa rumah mampu biaya yang siap 7,623 unit dan mensasarkan pada tahun 2020 sehingga 2023 adalah 16,865 kenapa berlaku penurunan? Saya rasa Panti mungkin tidak mengikuti ucapan saya pada 24 November yang lepas kerana saya dah jelaskan bahawa 16,865 itu bukanlah merupakan sasaran kepada pembinaan Rumah Mampu Biaya pada tahun 2020 dan 2023 tetapi 16,865 itu adalah merupakan rumah yang sekarang ini berada di peringkat pembinaan, dengan izin, under construction dan dijangka akan siap pada tahun 2020 dan 2023. Bentayan mencadangkan supaya kerajaan negeri menggunakan tanah kerajaan untuk membina Rumah Mampu Biaya termasuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan persekutuan. Untuk pengetahuan YB Bentayan, sumber Rumah Mampu Biaya Johor datangnya daripada 4 sumber utama.

1. Dasar Polisi 40% Rumah Mampu Biaya Johor. 2. Government Link Company ataupun Syarikat Berkaitan Kerajaan Persekutuan termasuk Prima, PPR, PPAM dan SPNB. 3. Syarikat Berkaitan Dengan Kerajaan Negeri ataupun GLC Negeri. 4. Pembangunan di atas tanah kerajaan yang kebiasaannya diletakkan di bawah SSI. Terima kasih saya ucapkan kepada Semarang kerana bertanyakan status Rumah Mesra Rakyat RMR di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sehingga 31 Oktober 2019. Statistik Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut: Di seluruh negeri Johor permohonan adalah 12,037. Permohonan yang diluluskan, 6,733; permohonan yang ditolak atau dibatalkan, 4,600 dan permohonan dalam proses penilaian semula adalah 704. Dan daripada 6,733 yang permohonan diluluskan, daripada jumlah tersebut Rumah Mesra Rakyat yang siap adalah 6,301 dalam proses pembinaan 247, dan di peringkat dokumen perjanjian adalah sebanyak 185. Jumlah permohonan RMR atau Rumah Mesra Rakyat dan jumlah rumah yang telah siap pada tahun 2018 dan 2019 sahaja adalah seperti berikut, 2018 jumlah permohonan 323, jumlah unit disiapkan 582 dan pada tahun 2019 hingga Oktober 2019 jumlah unit yang disiapkan 240. Yang Berhormat Tuan Speaker, Kukup ada bertanya tentang hartanah bumiputera yang sepatutnya berkurang 15% daripada harga pasaran. Tetapi apa yang berlaku mereka sebenarnya pembeli hanya mendapat kurang daripada 15%. Itu sebabnya Yang Berhormat Tuan Speaker dalam Dasar Perumahan Rakyat Johor (DPRJ) yang berkuat kuasa 1 April 2019, mana selepas taburan bumiputera taburan lot bumiputera pihak pemaju perumahan perlulah mengisytiharkan pakej diskaun yang akan diberikan kepada hartanah bumi dan bukan bumi supaya keadaan di mana akhirnya hartanah lot bumi akan dijual akan dijual lebih mahal daripada bukan lot bumi dapat dielakkan. Permas ada bertanya tentang status projek penempatan semula setinggan di Kampung Senibong. Untuk pengetahuan Permas, projek penempatan semula setinggan ini telah dipersetujui antara kerajaan negeri dengan Tebrau Bay Sdn. Bhd. bagi menyediakan kediaman teres 2 tingkat pada harga RM25,000.00 seunit untuk 100 keluarga asal di kampung tersebut. Kaedah pembangunan adalah melalui dengan izin, land swap antara tanah milik Tebrau Bay yang didiami penduduk dengan tanah milik kerajaan negeri. Tiada arahan pemberhentian kerja oleh kerajaan negeri melainkan isu dalaman antara pihak Tebrau Bay selaku pemaju dengan kontraktornya. BPEN, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor telah mengadakan satu mesyuarat bersama dengan pemaju pada 1 September 2019 di mana pihaknya telah dalam tindakan menyediakan mekanisme penyelesaian yang terbaik dari projek ini dan akan memajukan kertas cadang tersebut kepada pihak BPEN. Namun sehingga kini pihak BPEN masih belum menerima apa-apa cadangan penstrukturan semula daripada pihak pemaju. Pihak BPEN telah menerima satu surat daripada pihak pemaju berkenaan dengan extension of time (EOT) bagi projek tersebut bertarikh 8 Oktober 2019. Machap bertanyakan kemungkinan kerajaan negeri mempertimbangkan penempatan semula Kampung Kolam Air yang mengalami banjir setiap tahun dan insya-Allah perkara ini akan diambil perhatian oleh kerajaan. Yang Berhormat Tuan Speaker, Tanjung Surat bertanyakan tentang status pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Punggai, Penggerang yang melibatkan 300 unit dan untuk pengetahuan Tanjung Surat sebenarnya projek PPR Pengerang ini yang terletak di Kampung Punggai telah mengalami status terbengkalai. Dan, pemaju penyelamat ataupun white knights telah dilantik iaitu Am Rich Construction Development Sdn. Bhd. kalau dulu adalah Jinora Corporation Sdn. Bhd. Dan pelantikan kepada kontraktor penyelamat ini adalah untuk tempoh 30 bulan bermula daripada 2 Mac 2019 dan dijangka siap pada 24 September 2021. Dan kalau mengikut daripada lawatan yang dilakukan tentang progress kerja pihak Am Rich kontraktor yang baru pada 15 September 2016 adalah seperti berikut:

Fizikal kemajuan dirancang 6.6%, kemajuan sebenar 6.06%, lewat -3.54 hari. Kewangan kemajuan dirancang 6.76%, kemajuan sebenar 2.85%, lewat 3.91%. Maknanya projek ini di bawah kontraktor utama penyemat sedang melakukan pembinaan mudah-mudahan akan dapat disiapkan sebagaimana tempoh atau tarikh yang saya sebutkan tadi. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam Belanjawan 2020 telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 11 Oktober 2019 peringkat federal yang lalu, pihak kerajaan telah memberikan penekanan terhadap ekonomi digital di mana pelbagai inisiatif berkaitan ekonomi digital telah diletakkan di dalam teras pertama iaitu memacu pertumbuhan ekonomi dalam ekonomi baharu dan era digital. Mengikuti langkah ini, kerajaan negeri Johor juga turut memberikan fokus untuk program-program pendigitalan dan ekonomi digital dengan hasrat untuk menjadikan ekonomi digital sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di masa yang akan datang. Sebahagian negeri Johor yang berada dalam “liga” yang sama dengan negeri Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan dan juga Pulau Pinang, kerajaan negeri juga sudah tentu mempunyai perancangan ke arah menjadikan negeri Johor sebuah negeri yang pintar atau bestari daripada semua aspek. Jika Selangor mempunyai Smart Selangor, insya-Allah Johor pula akan ada Johor Bestari.

Sebab itulah, dalam Belanjawan Johor 2020 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari Khamis yang lepas, kita telah memasukkan Titik Fokus 84 iaitu merangka Pelan Halatuju Strategik Johor Bestari bagi menjadikan Johor sebuah negeri yang berteraskan Revolusi Industri 4.0. Johor Bestari adalah merupakan satu langkah untuk memanfaatkan Teknologi Digital bagi membolehkan negeri Johor menjadi sebuah negeri yang berdaya saing dan lestari di samping memperbaiki kualiti hidup rakyatnya.

Menurut pelan Johor Bestari ini, Gagasan Pintar yang akan dilaksanakan ini merangkumi pelbagai sektor seperti:

1. Smart Government. 2. Smart Environment. 3. Smart Digital Infrastructure. 4. Smart Economy. 5. Smart Living. 6. Smart Mobility. 7. Smart Disaster Management. 8. Smart Energy dan Utility dan seumpamanya.

Buat masa sekarang ini, sebagai inisiatif sebahagian daripada inisiatif ke arah merealisasikan Johor Bestari ini sedang rancak dijalankan seperti mendirikan Pusat Pemantauan dan Arahan Negeri Johor yang juga diletakkan di bawah Titik Fokus 88, Sistem e-PBT, platform e-dagang iaitu Jendela Aplikasi Servis dan Solusi ringkasnya JASS dan Smart Farming dengan projek perintisnya Living Lab Smart Farming di Kawasan Gelang Patah seperti dalam Titik Fokus 89 Belanjawan Johor 2020.

Kerajaan negeri Johor juga turut memberikan sokongan penuh kepada pelaksanaan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) dengan diletakkan dalam Titik Fokus 86 kerana kemudahan infrastruktur NFCP ini sangat penting bagi menarik pelabur asing untuk terus melabur di negeri Johor.

Yang Berhormat Tuan Speaker, pelaksanaan NFCP juga dapat membantu pelaksanaan strategi kerajaan Johor untuk mengurangkan penghijrahan golongan belia daripada kawasan luar bandar ke bandar kerana daripada statistik ianya kadangkala hanya meningkatkan kadar kemiskinan bandar, dengan izin Urban Poverty. Dengan peningkatan luas kawasan liputan dan kelajuan internet melalui pelan ini, golongan belia di luar bandar boleh menjalankan perniagaan secara atas talian dengan lebih baik.

Menerusi Titik Fokus 87, pihak kerajaan negeri Johor juga menubuhkan satu Jawatankuasa Induk Infrastruktur Telekomunikasi di peringkat negeri yang akan berfungsi untuk memantau dan menyelaraskan pelaksanaan Pelan NFCP bagi memastikan pelan ini dapat direalisasikan menjelang 2023.

Alhamdulillah, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan baru-baru ini telah pun menerbitkan Malaysia Smart City Framework setebal 240 muka surat sebagai panduan kepada semua negeri-negeri di Malaysia tentang kriteria utama yang perlu ada kepada Smart City itu sendiri.

YB Tuan Speaker, akhirnya, Kota Iskandar mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan kerajaan di bawah agensi portfolio Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia khususnya SUKJ Bahagian Perumahan, BPENJ, SSI, Timbalan Setiausaha Kerajaan Bahagian Pengurusan, PTG Johor, KPRJ, Digital Johor dan lain-lain agensi yang telah banyak membantu Kota Iskandar dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Sekali lagi, terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor di atas pembentangan Belanjawan Johor 2020 dan Kota Iskandar dengan ini menyokong Belanjawan yang dibentangkan.

Sekian. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia. Ya Stulang.

Tuan Chen Kah EngDAP · PHStulang

Yang Berhormat Tuan Speaker, oleh kerana masalah teknikal yang ditimbulkan oleh Layang-Layang berkenaan dengan isu merujuk Layang-Layang ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Berkenaan masalah teknikal yang ditimbulkan maka memandangkan juga ada banyak lagi muka surat yang perlu dihabiskan dan juga ruang perbahasan juga agak terhad jadi setelah mendapat nasihat daripada Tuan Speaker dan juga LA, saya rasa kita tidak mahu terus memanjangkan isu ini dengan berterusan di dalam Dewan ini, maka atas nasihat LA dan Tuan Speaker... saya bercadang untuk menarik balik usul yang dibawa oleh saya. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ok. Layang-Layang telah menarik balik usul ataupun rundingan yang telah dikemukakan pada 28 November 2019 berkaitan dengan Stulang. Stulang menarik balik rundingan terhadap Layang-Layang. So kes ini selesai. Jadi, Layang-Layang tidak perlu dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Seterusnya, saya jemput Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi. Silakan.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi · Parit Yaani

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Harapan. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya mulakan ucapan saya dengan merafak sembah merakam ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat ulang tahun keputeraan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Ta’zim, patik berdoa agar Allah SWT melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan diberikan kesihatan yang walafiat, sejahtera, bahagia dan diberkati bagi terus memimpin bangsa Johor. Daulat Tuanku.

Ucapan tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, rakan-rakan EXCO serta Penjawat-Penjawat Awam Negeri Johor yang telah berjaya menyediakan sebuah belanjawan yang sangat baik bertemakan “Memakmur dan Mensejahtera Johor Bestari”. Insya-Allah belanjawan ini berjaya mencapai harapan rakyat Johor bagi menjadikan negeri Johor terus membangun sebagai sebuah negeri yang maju dan mampan.

Ucapan penggulungan saya pada pagi ini juga akan menjelaskan beberapa perkara penting di bawah portfolio saya yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan

yang mulia ini. Kita akan meneliti dan mempertimbangkan dengan sewajarnya semua pandangan, teguran dan cadangan yang dikemukakan dengan penuh galasan dan bertanggungjawab.

Menjawab isu-isu pendidikan, Yang Berhormat Tuan Speaker, pendidikan adalah tanggungjawab semua dan kita tidak mahu pendidikan menjadi begitu terasing dengan masyarakat. Pendidikan seharusnya menjadi penyelesai kepada masalah-masalah yang melanda masyarakat dan menjadi memangkin kepada lahirnya masyarakat yang maju, bersatu padu dan berdaya saing. Apa yang ingin saya tekankan adalah tugas mendidik bukanlah tugas guru semata-mata. Setiap daripada kita adalah pendidik dan kita mesti mengalas tanggungjawab ini bersama-sama demi masa depan negara, pepatah Inggeris menyebut “it takes a village to raise a child”. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya “kamu semua adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dipersoalkan tanggungjawabnya terhadap kepimpinannya”.

Soalan yang pertama, YB Parit Raja menyentuh isu Universiti Johor. Berkenaan isu penubuhan Universiti Johor seperti yang telah dibangkitkan oleh Parit Raja insya-Allah kerajaan Pakatan Harapan akan meneruskan hasrat untuk menubuhkan Universiti Johor dan saya yakin universiti ini akan menjadi salah satu kebanggaan Bangsa Johor seperti pasukan bola sepak JDT. Satu ketika dahulu ada pihak memandang sinis dan mempersoalkan ketidakwajaran penubuhan Universiti Johor dengan alasan sudah banyak universiti awam dan universiti swasta di negeri ini termasuk hab pendidikan di Pagoh dan Educity, di Iskandar Puteri sehingga tidak perlunya lagi Universiti Johor ini.

Kerajaan Pakatan Harapan ingin menjelaskan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa berapa ramai cerdik pandai anak Johor yang telah bergraduasi dan yang sedang belajar sama ada di dalam atau di luar negara. Berapa ramai pemimpin negara, tenaga profesional, pemimpin pengurusan tertinggi sama ada dalam kerajaan atau swasta atau GLC yang dipimpin oleh anak-anak Bangsa Johor. Sayangnya mereka mendapat pendidikan bukan atas jenama dari Universiti Johor.

Ayuh, saya mengajak semua yang ada di dalam Dewan yang mulia ini, untuk sama-sama memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT supaya dipermudahkan olehNya kewujudan Universiti Johor dan seterusnya menjadi realiti serta menjadi mercu tanda kehebatan bangsa Johor. Kajian penubuhan Unversiti Johor sebenarnya telah memasuki fasa akhir dengan beberapa cadangan yang memerlukan penelitian akhir dari semua pemegang taruh supaya kelahiran Universiti Johor benar-benar dapat meningkatkan tahap pendidikan berkualiti seterusnya membantu ke arah pembangunan negeri Johor Bestari, seterusnya menjadikan aspirasi negeri Johor Berprestasi Tinggi.

Yang Berhormat Parit Raja menyentuh, Biasiswa Sultan Ibrahim. Berkenaan Biasiswa Sultan Ibrahim yang telah dibangkitkan. Adalah dimaklumkan bahawa pada tahun 2018, kerajaan negeri melalui Yayasan Pelajaran Johor telah memperuntukkan sebanyak RM150,000.00 bagi pembiayaan Biasiswa Sultan Ibrahim iaitu biasiswa yang ditawarkan kepada para pelajar yang melanjutkan pelajaran sepenuh masa di peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah di institut pengajian tinggi awam, di mana berdasarkan permohonan yang diterima sejak beberapa tahun kebelakangan ini tidak begitu menggalakkan dan disebabkan itu peruntukan yang suatu ketika dahulu banyak, terpaksa dikurangkan kepada RM300,000.00 pada tahun hadapan dan dianggarkan peningkatan 10 hingga 15 orang pelajar sahaja yang ditaja. Ini berdasarkan kepada keputusan di peringkat awal, iaitu di peringkat asas, dia mesti mendapat first class degree.

Soalan yang ketiga, persoalan yang ketiga, YB Parit Raja membangkitkan isu Tabung Latihan Kemahiran. Bagi Tabung Latihan Kemahiran Johor (TLKJ) yang turut dibangkitkan oleh Parit Raja pada tahun 2018, kerajaan Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor telah memperuntukkan sebanyak RM5 juta iaitu RM2 juta daripada sumber dana Bahagian Perancangan Ekonomi Johor dan baki selebihnya RM3 juta daripada YPJ. Pecahan pemberian Tabung Latihan Kemahiran pada tahun 2018 adalah RM2 juta kepada

masyarakat umum iaitu RM1.5 juta kepada FELDA dan RM1.5 juta kepada masyarakat India. Jumlah perbelanjaan sebenar Tabung Latihan Kemahiran Johor ini berakhir pada bulan Disember 2018 adalah sebanyak RM2.32 juta.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2019 dan 2020, kerajaan negeri Johor melalui YPJ telah memperuntukkan secara purata sebanyak RM700,000.00 setahun bagi Tabung Latihan Kemahiran Johor. Selain itu, kerajaan negeri masih memfokuskan bantuan Latihan Kemahiran TVET bukan saja melalui Tabung Latihan Kejuruteraan, Tabung Latihan Kemahiran tetapi di bawah Unit Strategik Modal Insan (SMI) dengan peruntukan sebanyak RM4.35 juta. Antara fokus utama pembangunan TVET yang dilaksanakan adalah seperti Program Johor Upskilling dan Reskilling, bantuan peralatan TVET sebanyak RM1 juta kepada Pusat Latihan dan di bawah kelolaan kerajaan negeri Johor dan program Jelajah TVET.

Tujuan latihan kemahiran selain meningkatkan kemahiran seorang dalam bidang yang mereka kuasai juga dapat membantu meningkatkan pendapatan kepada penerima skim ini. Ini membawa maksud latihan kemahiran tersebut bukan sekadar diperuntukkan kepada pelajar di institut pendidikan tetapi juga kepada seluruh warga Johor yang terdiri daripada ibu tunggal, belia, Orang Asli, OKU dan peniaga kecil dan sederhana agar golongan sasar yang telah dikenal pasti ini terus dibantu dengan menambahbaik kemahiran serta mereka mendapat pengurusan kewangan sebagai bantuan serta bantuan peralatan.

Keempat, YB Parit Raja membangkitkan Programme E-Learning dan Tuisyen YPJ. Programme E-Learning yang mula diperkenalkan pada tahun 2017 telah memberi manfaat kepada anggaran 32,000 pelajar. Program ini menggalakkan pelajar untuk mengulangkaji melalui secara atas talian, komputer dan talian Internet merupakan komponen utama yang diperlukan bagi program E-Learning. Pada ketika ini, YPJ memfokuskan golongan sasar pelajar bandar dan mempunyai perancangan untuk memperluaskan kepada pelajar luar bandar seiring dengan kemudahan fasiliti yang diperlukan.

Berkenaan program Tuisyen YPJ juga, kita masih meneruskan program ini dan jumlah pelajar yang ditaja pada tahun ini adalah seramai 3,800 lebih pelajar yang melibatkan pelajar bandar dan luar bandar di seluruh negeri. Daripada segi peratusan sebanyak 24.3% penerima manfaat tuisyen ini adalah pelajar bandar, bakinya 75.7% adalah pelajar luar bandar.

Kelas Tuisyen YPJ merupakan satu inisiatif kerajaan dalam memberi pendidikan yang menyeluruh kepada seluruh murid yang layak. Kelas tuisyen telah disambut baik oleh masyarakat setempat dalam kalangan ibu bapa, murid dan pendidik. Kelas Tuisyen YPJ ini telah dijalankan di semua daerah negeri Johor mengikut keperluan dan ketetapan dalam prosedur YPJ. Terdapat sebanyak 176 buah sekolah yang terlibat dalam program berkenaan.

Perkara 5, Parit Raja membangkitkan isu debat dan SABK. Merujuk kepada isu tajuk debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak di Sekolah Dato’ Abdul Razak, SDAR, Seremban pada 13 Oktober lalu, kerajaan negeri Johor menyokong penuh tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Pihak KPM telah melakukan siasatan melalui Jabatan Pengajian Tinggi dan Ketua Hakim bagi pertandingan debat tersebut telah disiasat mengikut Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000.00 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Di Dewan yang mulia ini, saya ingin menegaskan bahawa pihak kerajaan negeri Johor tidak akan bertolak ansur dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan dengan sengaja atau tidak di dalam menganjurkan program-program yang boleh mengganggu keamanan antara kaum dan agama.

Berkenaan sumbangan kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), yang turut dibangkitkan oleh Parit Raja, suka untuk saya menarik perhatian Ahli-Ahli Dewan kerana

sebelum Pakatan Harapan mengambil alih teraju pentadbiran kerajaan pada Mei 2018, tiada sebarang peruntukan yang dikhususkan kepada sekolah-sekolah agama bantuan kerajaan. Namun, kerajaan Pakatan Harapan dalam tempoh setengah tahun pentadbirannya telah memberikan peruntukan kepada SABK sebanyak berjumlah 32 buah sekolah dan setiap sekolah mendapat RM20,000.00 untuk pembangunan kecil di sekolah masing-masing.

Yang keenam, Parit Raja membangkitkan mengenai pembinaan dewan. Dasar, berdasarkan garis panduan dan peraturan bagi Perancangan Bangunan Edisi Tahun 2015 oleh Jawatankuasa Standard dan Kos, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, pembinaan dewan tertutup disediakan bagi sekolah yang mempunyai 30 bilik darjah ke atas dengan enrollment 900 murid. Bagi sekolah yang saiznya lebih kecil daripada 30 bilik darjah, KPM menyediakan ruang serba guna terbuka untuk kegunaan warga sekolah.

Sehubungan itu, semua pembinaan dewan di dalam sekolah perlulah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dan dimohon melalui JPN, PPD, di mana JPN Johor akan memasukkan setiap permohonan dari sekolah untuk dikemukakan dalam RMK-12. Walau bagaimanapun, kelulusan tersebut juga tertakluk kepada keutamaan dan kedudukan kewangan kerajaan. Selain itu, JPN Johor mengalu-alukan penglibatan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru, LPS serta mana-mana agensi swasta untuk turut serta dalam usaha meningkatkan infrastruktur sekolah yang sedia ada.

Perkara ketujuh, Parit Raja membangkitkan isu komik. Maklum balas isu komik inisiatif jalur dan jalan meraih manfaat bersama telah diurus kumpulan di JPN bermula 24 Oktober lalu dan telah diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri pada 28 Oktober 2019 sebanyak 162 buah. Edaran komik dibuat pihak terbabit secara courier dan terus ke sekolah-sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah jenis kebangsaan di negeri Johor dan diterima secara berperingkat. KDN juga telah hadir di setiap PPD dan sekolah untuk melakukan rampasan komik-komik yang telah diterima.

Perkara kelapan, YB Parit Raja membangkitkan isu mansuh aliran sains. Adakah asrama penuh terlibat juga. Pertama sekali, terma murid aliran sains dan aliran sastera tidak lagi diguna pakai bagi murid tingkatan empat bermula tahun 2020. Ini sejajar dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan, PPPM 2013 – 2025, yang memberi penekanan kepada penguasaan pembelajaran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreatif dan inovasi. Penyelesaian masalah dan kepimpinan untuk bersaing pada peringkat global membawa maksud kelulusan ataupun dasar ini telah dikemukakan dalam pelan pembangunan pendidikan bermula daripada 2013.

Pakej mata pelajaran menengah atas iaitu pakej STEM dan pakej Sastera dan Kemanusiaan akan dilaksanakan menggantikan aliran sains dan sastera. Pakej mata pelajaran menengah atas ini memberi peluang kepada murid untuk mengenal pasti dan memilih mata pelajaran yang bersesuaian mengikut kecenderungan, minat serta kebolehan dalam konteks pembelajaran di menengah atas dengan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh program matrikulasi, pengajian tingkatan enam, institusi pengajian tinggi atau menceburi bidang kerjaya pilihan murid-murid turut diambil kira dalam pemilihan pakej mata pelajaran berkenaan.

Sehubungan itu, sekolah berasrama penuh tidak terkecuali dari pelaksanaan pakej mata pelajaran ini dan murid-murid berkenaan akan mengikut pakej STEM yang terdiri daripada mata pelajaran teras, wajib dan elektif yang merangkumi Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan dan sebagainya.

Menjawab persoalan yang kesembilan, YB Parit Raja membangkitkan isu vape dan kekurangan guru. Yang Berhormat Tuan Speaker, menjawab isu vape atau rokok elektronik, Parit Raja boleh merujuk surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 17 Tahun 2015, murid yang melanggar larangan penggunaan vape diklasifikasikan sebagai kesalahan disiplin berat.

Bagi isu kekurangan guru di Johor, berdasarkan maklumat memang tidak dinafikan berlaku kekurangan guru di Johor dalam bidang-bidang tertentu. Antara cadangan kerajaan negeri Johor kepada Menteri Pendidikan adalah supaya mengambil guru-guru pelatih berdasarkan nisbah bilangan sekolah, pelajar di sebuah sekolah, pelajar di sebuah negeri.

Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor juga telah mengenalpasti masalah kekurangan guru negeri Johor yang melibatkan sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di negeri ini. Maklumat yang diperolehi hingga kini telah diambil maklum oleh pihak jabatan untuk dibawa ke Bahagian Kementerian Pendidikan. Untuk jelas, untuk penjelasan lanjut tentang kekurangan guru di SMK adalah sebanyak 731 orang berdasarkan waran perjawatan yang diluluskan bagi data berakhir 27 November 2019. Kekurangan ataupun terkini adalah kekurangan guru mengikut jenis sekolah di negeri Johor sehingga 1.1.2020. Sekolah jenis kebangsaan, jenis-jenis sekolah dia, sekolah menengah kebangsaan 731 orang, sekolah kebangsaan 879 orang, SJKC 334 orang, SJKT 15 orang. Jumlah keseluruhan 1,959 orang kekurangan guru.

Perkara kesepuluh, menjawab YB Tangkak membangkitkan jumlah wang yang telah disalur balik kepada YPJ oleh YPJ Holdings setiap tahun. YPJ Holdings Sdn Bhd atau YPJ Holdings adalah sebuah anak syarikat milik penuh Yayasan Pelajaran Johor dan telah ditubuhkan pada 24 November 1993, dengan modal berbayar sebanyak RM25 juta. Tujuan ia ditubuhkan adalah untuk memegang aset YPJ dan melaburkan aset-aset tersebut di dalam pelbagai bentuk perniagaan bagi menjana dana tabung kebajikan dan pelajaran YPJ, yang berperanan memberi pinjaman pelajaran dan biasiswa kepada anak-anak Johor sama ada di peringkat sekolah menengah atau universiti.

Selain daripada itu, YPJ Holdings juga menyalurkan dana kepada YPJ bagi tujuan pendidikan kepada anak-anak Johor dan luar Johor menerusi kolej-kolej Kumpulan Pendidikan YPJ dan meningkatkan pencapaian pelajar luar bandar di dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Seperti Program Hikmah Tuisyen Kampung yang dijalankan oleh YPJ dengan kerjasama Jabatan Pendidikan. Sehingga bulan Disember, sehingga bulan November 2019, YPJ Holdings telah menyalurkan sebanyak RM5 juta kepada Yayasan Pelajaran Johor bagi tujuan pinjaman pendidikan. YPJ Holdings dijangka akan menyalurkan dana tambahan daripada, di antara RM7.5 juta hingga RM10 juta sebelum berakhir 2019.

Menjawab isu-isu sumber manusia, YB Kahang membangkitkan keperluan tenaga asing dikhususkan dalam sektor tertentu. Untuk makluman Yang Berhormat Speaker, bagi menjawab soalan Kahang berkaitan keperluan tenaga pekerja asing dikhususkan dalam sektor tertentu, secara amnya hasrat kerajaan untuk membenarkan penggajian pekerja asing adalah merupakan langkah sementara sahaja bagi memenuhi keperluan pihak industri terhadap keperluan tenaga kerja yang tidak diisi oleh pekerja tempatan. Bagi tujuan pengkhususan, keperluan guna tenaga asing hanya ditumpukan dalam sektor-sektor strategik sahaja.

Pada masa ini, terdapat beberapa sektor sahaja yang dibenarkan bagi penggajian pekerja asing iaitu perkilangan, perladangan, pertanian, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian, termasuk juga perkhidmatan restoran (tukang masak), pembersihan, pencucian, pulau peranginan, SPA refleksologi, hotel, kedi taman tema, pengendalian kargo dan rumah kebajikan. Kebanyakan peluang pekerjaan yang diwujudkan di Malaysia termasuk di negeri Johor tertumpu kepada pekerjaan berkemahiran rendah dan sederhana kerana industri di negeri ini masih lagi bergantung kepada kos tenaga buruh yang rendah di pelbagai sektor.

Selain itu, bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negeri tanpa kebergantungan serius terhadap guna tenaga asing beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan negeri:

1. Sektor perladangan, Kerajaan menggalakkan penggunaan teknologi automasi seperti mesin cantas, alat pembungkusan secara mekanikal dan struktur jaring kalis serangga untuk aktiviti pembungkusan buah-buahan.

2. Dalam sektor perkhidmatan, penggunaan mesin mencuci pinggan mangkuk di restoran dan sistem self service di restoran dan pam minyak telah mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.

3. Dalam sektor pembinaan, penggunaan teknologi berasaskan Industrial Building System (IBS) digalakkan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga buruh asing.

Kedua, YB Panti dan Buluh Kasap bangkitkan isu peluang pekerjaan. Yang Berhormat Tuan Speaker, sejak penubuhan Unit Strategik Modal Insan Johor melalui program-program yang telah dianjurkan, lebih daripada 49,000 peluang pekerjaan telah ditawarkan kepada rakyat Johor. Bagi pelaksanaan inisiatif pada tahun 2019 ini, antara usaha yang sedang giat dijalankan oleh kerajaan negeri melalui Unit SMI adalah seperti penganjuran siri Karnival Kerjaya Johor Bestari, Program Johor Upskilling And Reskilling, Program Perantisan Sistem Latihan Dual Nasional serta Inisiatif Pensijilan Tenaga Mahir Johor melalui Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu.

Melalui Program Karnival Johor Bestari peringkat negeri yang telah diadakan pada 20 dan 21 April 2019 di Galleria, Kotaraya yang lalu, lebih daripada 5,000 peluang pekerjaan telah ditawarkan dengan penglibatan majikan sebanyak 80 syarikat. Manakala karnival kerjaya peringkat zon telah diadakan di beberapa daerah seperti Tangkak dan Batu Pahat. Bagi penganjuran di daerah Tangkak, jadual 3 Ogos 2019 bertempat di Dewan Jubli Intan Tangkak telah menyasarkan peluang pekerjaan 1,000 manakala di Batu Pahat diadakan di Big AEON juga menyasarkan peluang pekerjaan 1,000.

Bagi Program Johor Upskilling & Reskilling, sasaran program latihan kemahiran ini adalah untuk meningkatkan kemahiran kepada 200 tenaga kerja sedia ada terutamanya di kalangan pencari kerja yang mempunyai kelayakan minima UPSR sehingga Diploma untuk mendapat peluang tawaran pekerjaan yang lebih baik dengan gaji yang lebih kompetitif.

Melalui Program Perantisan Melalui Sistem Latihan Dual Nasional, inisiatif program yang julung kali diadakan ini adalah bertujuan untuk memastikan 100 tenaga kerja di negeri Johor terutamanya golongan belia untuk memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia dan memperolehi pekerjaan dengan menggunakan kemahiran tambahan yang di perolehi. Melalui program ini, peserta akan menjalani 30% latihan teori dan selebihnya 70% bagi latihan praktikal di industri.

Bagi Inisiatif Pensijilan Tenaga Mahir Johor melalui Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu, program ini menyasarkan penglibatan di kalangan pekerja yang mempunyai pengalaman melebihi 2 tahun dan tidak mempunyai kelulusan formal untuk mendapat Sijil Kemahiran Malaysia bagi tujuan pembangunan kerjaya dan mengelakkan pengangguran dalam tempoh masa yang lama sekiranya diberhentikan kerja oleh majikan. Pekerja-pekerja mahir ini perlu membuktikan keterampilan yang boleh dimiliki atau diperolehi untuk dinilai dan disahkan di samping syarat-syarat lain yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, SMI mensasarkan sekurang-kurangnya 100 orang pekerja mendapat pensijilan kemahiran pada tahun 2019.

Isu yang dibangkitkan peratus kadar pengangguran di negeri Johor dan usaha-usaha mengurangkannya. Kadar pengangguran terkini ialah 3%, sumber daripada Jabatan Perangkaan Malaysia berbanding pada tahun 2017 iaitu 3.4%. Dalam usaha mengurangkan kadar ini, kerajaan negeri telah memberi komitmen melalui beberapa inisiatif dan program yang telah diperkenalkan melalui Bajet 2019 dan telah dilaksanakan pada tahun ini melalui Unit SMI seperti Karnival Kerjaya Johor Bestari, Program Johor Upskilling & Reskilling, Program Perantisan Melalui Sistem Latihan Dual Nasional dan Inisiatif Pensijilan Tenaga Mahir Johor melalui Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu.

Selain itu, Muar Furniture Park dibangunkan oleh Johor Corporation melalui anak syarikatnya iaitu TPM Technopark Sdn Bhd dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2023. Johor Corporation merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam pembangunan Muar Furniture Park serta menarik pelaburan dalam industri perabot. Muar Furniture Park mampu menempatkan antara 180 hingga 220 syarikat, di mana 112 syarikat merupakan syarikat yang berpangkalan di Muar dan sekali gus akan membuka peluang pekerjaan dan tenaga mahir di negara kita. Dari sudut tenaga kerja yang berpotensi, terdapat 3 buah sekolah yang menawarkan Pendidikan Vokasional Menengah Atas yang menawarkan Teknologi Pembuatan Perabot iaitu Sekolah Menengah Dato’ Menteri di Daerah Batu Pahat, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir di Daerah Tangkak dan Sekolah Menengah Kebangsaan Perling, Johor Bahru.

Menjawab soalan YB Skudai membangkitkan mewujudkan domain johorbestari.my dan juga johor.my. Untuk makluman Skudai, Pejabat SUK Johor telah terima permohonan dari Digital Johor untuk menggunakan nama johorbestari dan telah diluluskan sebagaimana surat BSTICT bertarikh 10 September 2019.

Sebagai penutup Yang Berhormat Tuan Speaker, mengakhiri penggulungan pada hari ini, saya ingin membaca satu pepatah, if you want to touch the past, touch rock. Sebab itu kalau kita tengok pusara ada batu atasnya, benda-benda lama, kenangan lama. If you want to touch the present, touch a flower. Kalau kita pegang bunga tahi ayam baunya tak eloklah. Tapi, kita akan cari bunga yang baik-baik untuk kita hidu. Ya, begitulah. If you want to touch the future, touch a life. Jadi, insya-Allah perancangan kerajaan hari ini adalah perancangan yang baik untuk rakyat seluruhnya. Sebelum saya mengakhiri penggulungan pada hari ini, saya melahirkan rasa gembira dan syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan Kerajaan Pakatan Harapan mentadbir negeri Johor sehingga kita telah menikmati kejayaan-kejayaan yang dicapai insya-Allah, semoga kejayaan yang dikecapi pada tahun lalu dan tahun ini dan tahun akan datang diurus sewajarnya dan dipertingkatkan dengan jayanya. Saya juga berharap agar segala perancangan dan strategi pembangunan yang telah dibuat akan dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kesejahteraan rakyat jelata dan kemakmuran negeri kita yang tercinta. Mudah-mudahan tahun 2020 memberi keazaman yang lebih baik untuk kita bekerja kuat dan membawa nikmat serta kebahagiaan kepada rakyat, dan kita semua. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi. Selepas ini kita ada penggulungan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan beberapa lagi prosedur-prosedur yang perlu diselesaikan dan saya kira memakan masa yang agak panjang. Oleh itu, saya tangguhkan dulu Persidangan ini sehingga pukul 2:30 petang.

Persidangan ditangguhkan pada 1:00 tengah hari.

Persidangan disambung semula pada 2:30 petang.

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Kita sambung lagi penggulungan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, jemput Dato’.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNMenteri Besar · Bukit Kepong

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah bersama-sama terlibat dalam suatu sesi soal jawab dan perbahasan yang menarik di sepanjang Persidangan Dewan Negeri berlangsung. Dalam perbahasan tersebut, terdapat pelbagai teguran dan idea bernas yang telah dikemukakan. Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Johor amat terbuka dan menghormati suara serta perbahasan dari pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga mengambil kesempatan dalam ucapan penggulungan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat Timbalan Speaker kerana telah dapat memastikan Persidangan Dewan berjalan dengan lancar dan sempurna. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan kerana telah membantu dalam proses penyediaan jawapan untuk dijawab oleh saya dan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di dalam Dewan yang mulia ini.

Selain itu, ucapan penghargaan turut dititipkan buat rakan-rakan media cetak dan elektronik yang telah membuat liputan serta menyebarkan maklumat berkaitan dengan pelbagai inisiatif kerajaan negeri di sepanjang sidang Dewan berlangsung sehingga ke hari ini. Bagi Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah menunjukkan kualiti perbahasan yang baik, saya juga ingin merakamkan penghargaan dan rasa terima kasih yang tidak terhingga. Harus saya nyatakan sebegini kerana di sebalik perbezaan pandangan politik, Persidangan Dewan masih boleh berlangsung dalam suasana yang teratur, harmoni dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Inilah amalan demokrasi yang matang yang kita dambakan di Johor. (Dewan bertepuk).

Dengan rasa rendah diri, patik menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada patik untuk menerajui urusan pentadbiran kerajaan negeri. Patik bersama sekalian Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dan jentera pentadbiran kerajaan negeri akan terus menjalankan tugas dan amanah yang digalas dengan sebaik mungkin, atas titah nasihat serta pandangan bernas daripada Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan atas sokongan yang diberikan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat antaranya Kempas, Skudai, Bukit Naning, Tangkak, Gambir, Permas, Larkin, Pulai Sebatang dan semua Wakil Rakyat dari Pakatan Harapan yang lain, terima kasih. Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada Seri Medan, Kahang dan Sungai Balang atas penghargaan diberikan kepada Belanjawan Johor 2020. Pada hemat saya, amalan politik matang dengan memberi sokongan kepada yang baik dan memberi kritikan yang membina, mampu menjadikan negeri Johor lebih makmur dan sejahtera. Malah saya cukup berkeyakinan sokongan yang dizahirkan ini bukanlah dibuat-buat atau sekadar menanam tebu di tepi bibir sahaja, tetapi ia adalah hadir dari lubuk sanubari dan hati yang ikhlas Ahli-Ahli Yang Berhormat semua.

Saya juga ingin menyampaikan khabar gembira yang baru sahaja saya dimaklumkan oleh MPOB berkaitan kenaikan harga minyak sawit mentah (MSM) ketika ini sedang menunjukkan trend peningkatan yang begitu ketara, sekali gus mencerminkan usaha-usaha kerajaan pada masa ini telah berjaya meningkatkan harga minyak sawit. (Dewan bertepuk). Harga buah tandan segar sawit (BTS) juga meningkat seiring dengan peningkatan harga minyak sawit mentah (MSM) ini. Harga panduan harian se tan buah tandan segar (BTS) di negeri Johor kawasan selatan pada 27 November 2019 adalah RM540.00 bagi gred A; RM515.00 bagi gred B dan RM490.00 bagi gred C. Perbezaan ini berbanding harga buah tandan segar (BTS) dua bulan sebelum ini di mana pada September, harga bagi gred A adalah RM406.00; gred B RM386.00 dan gred C RM366.00 setandan bertarikh 27 September 2019. Manakala harga pada bulan Oktober pula, bagi gred A adalah RM448.00; gred B RM427.00 dan gred C RM405.00 bertarikh 29 Oktober 2018. Tahniah kepada kerajaan Pakatan Harapan dan warga FELDA. (Dewan bertepuk).

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin memberi maklum balas dan menjawab beberapa persoalan dan isu penting yang telah dibangkitkan di sepanjang sesi perbahasan Dewan pada minggu lalu.

Pertama, isu yang dibangkitkan oleh Benut dan Kahang yang menyatakan belanjawan saya bentangkan merupakan suatu belanjawan yang tiada hala tuju dan tidak mengambil kira suara hati rakyat. Berdasarkan kenyataan yang dibuat jelas sekali rakan-rakan saya di

sebelah sana sebenarnya tidak memahami, tidak menghayati serta tidak mengerti segala inti pati belanjawan yang telah dibentangkan oleh saya tempoh hari. Sesungguhnya, Belanjawan Johor 2020 ini telah merujuk kepada pelbagai perkara daripada pengurusan kewangan sehinggalah pembentukan dasar, perancangan dan pelan bagi menambah baik pentadbiran negeri Johor. Selain itu, terdapat pelbagai insentif dan inisiatif yang telah diteruskan dengan penambahbaikan serta yang baharu dalam belanjawan ini yang merangkumi peringkat awal usia sehingga peringkat warga emas.

Kedua, saya juga ingin menjawab pertikaian dan cakap-cakap daripada blok pembangkang yang mendakwa kerajaan Pakatan Harapan Johor tidak menunaikan janji-janji Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14. Itu adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana kerajaan Johor telah berjaya memenuhi janji-janji dalam tempoh 100 hari pentadbiran selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri. Malah Johor merupakan negeri pertama yang berjaya menunaikan tawaran 10 janji dalam tempoh 100 hari. (Dewan bertepuk). Jika kita imbas kembali pengumuman tersebut telah pun dibuat dalam satu majlis yang bersekali dengan Majlis Pelancaran Gerak Kerja Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030 pada tahun 2018 oleh mantan Menteri Besar Johor.

Walau bagaimanapun, bagi manifesto yang melibatkan kerajaan persekutuan, saya amat berkeyakinan dengan kewibawaan kepimpinan Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia serta barisan-barisan Menteri Kabinetnya. Insya-Allah kepimpinan di peringkat persekutuan akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk melaksanakan semua manifesto seperti mana tercatat di dalam buku harapan berjudul Membina Negara Memenuhi Harapan. Rakan-rakan pembangkang usahlah sibuk memperkatakan perihal manifesto Pakatan Harapan ini kerana ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional sendiri pun, anda semua juga pernah menabur pelbagai janji dan di antara janji-janjinya yang dibuat gagal untuk ditunaikan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya izinkan saya merujuk kepada ucapan Benut, Panti dan Kempas yang bertanyakan tentang status Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030. Untuk menjawab perkara ini, saya ingin merujuk kepada beberapa aspek dan petunjuk:

Yang pertama, sebagai antara dokumen rujukan utama strategi pertumbuhan ekonomi dan beberapa teras penting berkaitan, penyediaan dokumen Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030 perlu dilihat secara menyeluruh melibatkan sesi libat urus bersama pelbagai pihak termasuk jabatan kerajaan sama ada di peringkat daerah, negeri, persekutuan, pihak swasta, pimpinan di peringkat tempatan dan rakyat secara keseluruhannya. Ia juga perlu diamati secara teliti bagi memastikan ianya dapat mencapai matlamat yang ditetapkan dalam tempoh masa yang panjang.

Kedua, pelan ini merupakan satu pelan holistik dan inklusif yang merangkumi kesemua pelan dan dasar sedia ada kerajaan negeri Johor serta disesuaikan dengan pelbagai dasar baharu di peringkat persekutuan. Sebagai contoh, Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030 merupakan kesinambungan dan penambahbaikan strategi dan inisiatif dokumen-dokumen perancangan negeri Johor yang disediakan sebelum ini seperti Pelan Pertumbuhan Strategik Johor, Rancangan Struktur Negeri Johor 2030, Pelan Pembangunan Komprehensif 2 Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Dokumen Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 serta pelan-pelan perancangan lain yang berkaitan.

Ketiga, untuk makluman Dewan yang mulia, pelancaran yang dibuat oleh mantan Menteri Besar pada tahun lepas adalah lebih menjurus kepada pelancaran gerak kerja Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030. Ini membuktikan komitmen dan iltizam kerajaan negeri kepada rakyat Johor yang kami amat serius dalam menyediakan pelan ini demi kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran negeri Johor.

Keempat, pelan ini turut dijadikan inti pati utama bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri yang mampan dan dinamik selain memberi manfaat terhadap rakyat bangsa Johor secara keseluruhannya.

Kelima, pelan ini sudah pun berada di peringkat akhir penyediaannya dan dijangka akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2020. Malah, pelan ini mengandungi langkah-langkah strategik yang perlu dilaksanakan untuk jangka pendek, sederhana dan panjang.

Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya saya ingin merujuk kepada Kempas yang membangkitkan isu penempatan setinggan di mana rumah-rumah dibina secara tidak sah di atas tanah-tanah kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan, tanah-tanah rizab mahupun tanah-tanah milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), bahkan di atas tanah-tanah milik swasta. Bagi menangani masalah setinggan secara holistik dan menyeluruh, kita memerlukan political will yang tinggi bagi membentuk sebuah negeri dan negara maju selaras dengan Gagasan Malaysia Baharu yang berpaksikan kepada Rule Of Law di mana semua rakyatnya mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Pendekatan kerajaan negeri untuk tidak membenarkan kewujudan setinggan baharu dan seterusnya berusaha menyelesaikan setinggan-setinggan lama adalah suatu bentuk komitmen kerajaan bagi memastikan kehidupan rakyat yang lebih baik, teratur dan terancang. Bagi merealisasikan penyelesaian setinggan tersebut, sehingga kini kerajaan negeri Johor telah membina sebanyak 9,095 unit rumah daripada 10 buah program perumahan rakyat. Untuk makluman Dewan, daripada 9,095 unit rumah tersebut, sebanyak 8,939 unit telah diisi, manakala masih terdapat 156 unit lagi kekosongan yang akan diuruskan dengan kadar segera.

Sebagai langkah ke hadapan atau way forward, dengan izin, terhadap penyelesaian setinggan di negeri Johor, suka untuk saya maklumkan di sini bahawa semua Pegawai Daerah perlu memperkasa Mesyuarat Task Force Perumahan dan Setinggan terutamanya di daerah Johor Bahru. Di dalam mesyuarat ini, PBT akan melaporkan status kemajuan pembinaan rumah mampu biaya serta program perumahan rakyat. Malah Pentadbir Tanah Daerah juga akan melaporkan status kemajuan pengurusan setinggan di daerah-daerah. Sebagai makluman, Pejabat Setiausaha Kerajaan, Bahagian Perumahan akan menjadi penyelaras kepada mesyuarat ini. Di peringkat negeri pula Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia akan mempengerusikan mesyuarat setiap dua bulan yang turut dihadiri oleh Pengarah Pejabat Tanah dan Galian, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Pemantauan Projek dan Kesejahteraan Rakyat), Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan) serta Pejabat Setiausaha Kerajaan (Bahagian Kerajaan Tempatan). Jawatankuasa ini berperanan untuk memantau dan mencari penyelesaian secara tuntas bagi menangani penempatan-penempatan setinggan. Secara jelas kerajaan negeri benar-benar ingin merealisasikan hasrat sifar setinggan di negeri Johor.

Yang Berhormat Tuan Speaker, berhubung isu yang dibangkitkan oleh Yong Peng iaitu permohonan untuk mewartakan segera Empangan Bekok bagi mengelakkan berlakunya sebarang pencerobohan, saya ingin menegaskan bahawa kerajaan negeri sentiasa mengambil tindakan tegas sebagai usaha kepada penjagaan sumber-sumber air di negeri ini. Untuk makluman Yang Berhormat, kawasan Empangan Bekok melibatkan tiga daerah dengan keseluruhan keluasannya adalah 2,444.12 hektar atau 6,039.54 ekar. Tiga daerah yang dimaksudkan adalah Kluang seluas 82.78 hektar, Segamat seluas 299.24 hektar dan Batu Pahat seluas 2,062.1 hektar. Tanah Empangan Bekok ini adalah hasil daripada proses pengambilan balik tanah melibatkan tanah-tanah bermilik sebagaimana Warta Kerajaan Bilangan 1059 bertarikh 9 Oktober 1986 dan proses ini telah pun sempurna pendaftaran Borang K dan diendorse dengan izin, di dalam hak milik yang terlibat. Proses pengambilan tanah ini adalah di bawah kerajaan persekutuan dan agensi pengambil adalah Jabatan Pengairan dan Saliran. Memandangkan tanah ini hasil daripada proses pengambilan balik tanah, masih terdapat tanaman-tanaman asal yang sebahagian besarnya adalah tanaman kelapa sawit masih berada di atas tanah ini. Pihak JPS pernah memberi kebenaran kepada pemilik tanah asal bagi mengambil hasil tanaman kelapa sawit secara sewaan atau pajakan,

tetapi ianya telah ditamatkan atas sebab menimbulkan gangguan kepada kualiti air di kawasan empangan ini.

Selain itu, bagi pewartaan kawasan Empangan Bekok ini, pihak JPS telah melantik juru ukur bagi menjalankan kerja-kerja pengukuran untuk tujuan pewartaan. Juru ukur yang dilantik telah menjalankan kerja-kerja pengukuran dengan merujuk draf pelan untuk disemak oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Johor. Setelah draf pelan ini disiapkan, ianya akan dirujuk kepada Pejabat Tanah Daerah bagi diperakukan pada kerajaan negeri untuk dirizabkan di bawah Seksyen 62 Kanan Tanah Negara 1965.

Yang Berhormat Tuan Speaker, merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Bentayan yang meminta kerajaan negeri untuk mempertimbangkan pengambilan semula tanah-tanah terbiar untuk pembinaan rumah mampu biaya. Kerajaan negeri Johor amat mengalu-alukan perhatian dan cadangan yang dikemukakan oleh Bentayan berhubung penyediaan rumah mampu biaya di daerah Muar. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan negeri sememangnya memberi penumpuan kepada penyediaan Rumah Mampu Biaya di negeri Johor dan perkara ini juga telah dimasukkan sebagai agenda kedua pada Strategi Pertama iaitu Mensejahtera Rakyat dalam Belanjawan Negeri Johor yang saya umumkan pada 21 November yang lalu. Oleh yang demikian, sekiranya Bentayan dapat mengenal pasti mana-mana tapak yang bersesuaian, bolehlah dimaklumkan kepada Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Taskforce Perumahan di peringkat daerah. Cadangan-cadangan yang dikemukakan akan dibuat kajian kesesuaian tapak dan seterusnya akan ditentukan sumber peruntukan yang mencukupi sebelum apa-apa permohonan pengambilan balik tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 dimajukan secara rasmi kepada Pentadbir Tanah Daerah.

Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya, isu yang dibangkitkan oleh Machap mengenai isu kurniaan tanah kepada penduduk Kampung Bukit Nyamuk, Kampung Paya dan Kampung Haji Hamzah, Kluang. Kerajaan Negeri Johor akan terus mengambil pendekatan melupuskan tanah-tanah kerajaan melalui kurniaan khususnya bagi tujuan pembangunan rumah kediaman. Iltizam Kerajaan Negeri Johor ini bukanlah cakap-cakap kosong atau janji-janji yang tidak ditepati sebagaimana yang sering didakwa oleh pembangkang. Sebaliknya ia diterjemahkan dengan penuh kesungguhan, kerja kuat dan semangat muafakat yang tinggi sehingga rakyat dapat merasai nikmatnya. Pada tahun 2019 misalnya, kerajaan negeri telah meluluskan sebanyak 3,901 lot tapak rumah untuk Generasi Harapan FELDA di daerah Kota Tinggi. Saya juga, ingin merujuk kepada kurniaan tanah kepada penduduk-penduduk di Simpang Renggam, pentadbiran tanah telah menerima sejumlah 2,333 pemohon dari Kampung Haji Hamzah dan 408 pemohon dari Kampung Paya (Haji Baseri). Daripada permohonan yang diterima, kerajaan negeri telah pun meluluskan kurniaan tanah di Kampung Haji Hamzah kepada seramai 179 pemohon dan 298 pemohon di Kampung Paya. Majlis penyampaian hak milik tanah bagi dua Kampung Haji Hamzah dan Kampung Paya telah saya sampaikan pada September yang lalu, ketika siri lawatan rasmi saya ke daerah Kluang. Pada bulan Mac 2019 yang lalu juga, telah berlangsung Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah kepada penduduk FELDA Ulu Dengar dan FELCRA Sungai Sepuluh, berjumlah 1,503 hak milik. Walau bagaimanapun, merujuk kepada rekod di pentadbiran tanah, masih terdapat baki dua buah kampung iaitu Kampung Bukit Nyamuk yang melibatkan seramai 203 pemohon dan Kampung Seri Maju Jaya seramai 256 pemohon, masih dalam tindakan Pentadbir Tanah Johor untuk dibawa pertimbangan kerajaan dalam masa terdekat, insya-Allah.

Merujuk kepada apa yang dibangkitkan oleh Machap bahawa berlaku keciciran daripada penerimaan kurniaan tanah tersebut, maka dinasihatkan pemohon berkenaan untuk hadir ke Pejabat Tanah Daerah Kluang bagi menyemak status permohonan semasa. Ini kerana terdapat sebahagian pemohon, yang berkemungkinan tidak memberikan kerjasama apabila gagal memberikan dokumen yang lengkap walaupun telah diingatkan berulang kali oleh Pentadbir Tanah Daerah. Situasi ini telah menyebabkan berkemungkinan, nama-nama pemohon tersebut tidak dibawa bersama di dalam permohonan berkelompok tersebut.

Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya, isu yang dibangkitkan oleh Maharani dan Penawar mengenai semakan semula Pindaan Cukai Tanah yang akan berkuat kuasa 1 Januari 2020. Merujuk kepada Seksyen 101 (5) Kanun Tanah Negara, seksyen ini memberikan kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk menyemak kadar cukai tanah pada bila-bila masa dan boleh dikuatkuasakan selepas kadar cukai yang sedang diguna pakai melebihi tempoh sepuluh tahun dari tarikh ianya berkuat kuasa. Pindaan Cukai Tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri adalah bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa dan selari dengan pertumbuhan struktur pembangunan semasa. Ia juga bertepatan dengan Seksyen 101 (1) Kanun Tanah Negara yang membenarkan Pihak Berkuasa Negeri membuat semakan secara berkala mengikut peruntukan-peruntukan yang tertakluk di bawah subseksyen (5). Oleh itu, tujuan semakan semula kadar cukai tanah negeri Johor ini, adalah untuk menggantikan kadar cukai semasa yang telah melebihi tempoh 10 tahun. Kadar cukai tanah sedia ada telah diwartakan sebagaimana Warta Kerajaan Negeri Johor J.P.U 95 bertarikh 16 Disember 2004 yang berkuat kuasa sejak tahun 2005 sehingga sekarang.

Sebagai makluman, Selangor, Kelantan, Perak, Perlis dan Kedah adalah antara lima buah negeri yang telah melaksanakan semakan semula kadar cukai tanah selepas tahun 2014, dan untuk makluman Dewan yang mulia, negeri Johor adalah di antara negeri yang masih belum melaksanakan semakan semula kadar cukai tanah di mana semakan kali terakhir adalah pada tahun 2014 iaitu 15 tahun dahulu. Oleh yang demikian, semakan semula kadar cukai tanah adalah wajar, namun apa yang lebih penting dan telah saya tegaskan sejak dari awal lagi bahawa, Pindaan Cukai Tanah ini tidak akan membebankan golongan B40 kerana tiada kenaikan cukai tanah yang melibatkan kediaman strata kos rendah dan sederhana, serta mereka yang memiliki tanah-tanah kebun bersaiz kecil. Sebagai tambahan, kerajaan negeri telah pun meminta pentadbiran Tanah Johor bersiap sedia untuk memberi penjelasan dan pencerahan kepada orang ramai berhubung pelaksanaan Pindaan Cukai Tanah, termasuk hebahan melalui media masa (seperti radio dan televisyen). Untuk pendekatan media sosial pula, saya menyeru dan mengajak semua Ahli Yang Berhormat agar jangan lupa 'like dan share', dengan izin infografik di Facebook, Instagram serta Twitter pentadbiran Tanah Johor bagi memudahkan rakyat memahami dengan lebih jelas berhubung pelaksanaan Pindaan Cukai Tanah pada tahun 2020. Pada masa yang sama, pegawai-pegawai di seluruh pentadbiran Tanah Johor telah bersiap sedia untuk memberi penerangan mengenai pindaan kadar cukai tanah kepada orang awam. Apa jua masalah atau ketidakfahaman berhubung pelaksanaan Pindaan Cukai Tanah ini akan dijelaskan dengan baik, dengan sebaik mungkin oleh pegawai-pegawai yang berkenaan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya, berhubung dengan isu dibangkitkan oleh Kukup berkaitan lebihan tanah Rizab Melayu di Johor di mana Yang Berhormat mempersoalkan bagaimana ia boleh bertambah dan adakah pertambahan ini akan lebih menguntungkan orang Melayu atau sebaliknya. Sebagai menjawab kepada perkara ini, Kukup berkemungkinan tidak mendengar atau kurang meneliti jawapan soalan lisan saya mengenai tanah Rizab Melayu. Bagaimanapun Kukup boleh rujuk kepada hansard yang disediakan di atas meja Yang Berhormat. Saya juga berasa janggal dengan kenyataan yang sangat skeptikal oleh Kukup yang seolah-olah memandang rendah kepada usaha kerajaan negeri untuk mempertingkatkan pegangan tanah oleh orang-orang Melayu tanpa memberikan apa-apa jua cadangan yang konstruktif. Kerajaan negeri pada hari ini akan bersikap tegas, dalam memastikan apa juga permohonan penggantian tanah Rizab Melayu, hanya akan dipertimbangkan sekiranya, tanah-tanah terlibat dengan penggantian ini memenuhi elemen similar charactar, dengan izin bahkan kita telah tetapkan tanah-tanah yang hendak diganti perlulah mempunyai keluasan dan nilai yang lebih tinggi. Dalam hampir setiap sesi persidangan Dewan yang mulia ini, sering kali dibangkitkan adalah persoalan data berkaitan keluasan tanah Rizab Melayu dan perbandingannya dengan keluasan negeri. Tidak dapat dinafikan, menjadi tumpuan kerajaan negeri untuk terus meningkatkan keluasan tanah Rizab Melayu. Bagaimanapun persoalan yang lebih utama, adalah sejauh mana tanah-tanah Rizab Melayu tersebut dapat meningkatkan taraf ekonomi orang-orang Melayu. Perkara-perkara ini perlu diberi perhatian bagi memastikan ianya tidak akan mengekang potensi

pembangunan tanah-tanah Rizab Melayu sedangkan secara umumnya, kos pembangunan adalah sama tanpa mengira status tanah tersebut adalah Rizab Melayu atau sebaliknya.

Saya percaya nilaian tanah-tanah Rizab Melayu tidak seharusnya menjadi rendah kerana statusnya itu sendiri, ini terbukti apabila penilaian tanah-tanah Rizab Melayu dilakukan untuk tujuan pengambilan semula tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960, ianya dinilai as it is, dengan izin tanpa melihat endorsan Rizab Melayu yang terdapat di dalam dokumen hak milik atau geran. Sehubungan dengan itu, saya berpandangan kajian awal perlu dimulakan bagi memastikan, tanah-tanah Rizab Melayu tidak disifatkan sebagai second class, dengan izin. Sebaliknya, ia mempunyai nilai tambah yang diiktiraf khususnya dalam pembangunan yang hendak dilaksanakan kerana ini sekali gus dapat meningkatkan pembangunan ekonomi orang-orang Melayu. Usaha ini, adalah jauh lebih utama berbanding kita sekadar berbangga atau berpuas hati dengan data keluasan tanah Rizab Melayu yang kita ada.

Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya, saya merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh Gambir berkaitan isu kesesakan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ). Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan persekutuan atas kelulusan projek-projek infrastruktur dan prasarana yang akan dilaksanakan di negeri Johor pada tahun 2020. Kerajaan negeri juga berterima kasih di atas komitmen kerajaan persekutuan yang telah pun memberikan peruntukan sejumlah RM85 juta bagi mengatasi kesesakan di CIQ Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Linkedua. Malah, penubuhan Jawatankuasa Khas mengenai kesesakan di Tambak Johor yang dipengerusikan oleh Gambir adalah bukti kerajaan persekutuan bersikap serius dalam mengotakan janji-janjinya kepada rakyat. Kami juga mengambil maklum tentang pelaksanaan inisiatif untuk mengurangkan kesesakan di Tambak Johor terbahagi kepada tiga fasa iaitu jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Untuk makluman sidang Dewan, langkah-langkah perancangan seperti reka bentuk teknikal sedang dilaksanakan, bagi kerja-kerja pembangunan iaitu ubah suai atau naik taraf bangunan yang akan bermula pada tahun 2020. Antara inisiatif utama yang sedang diambil adalah pembukaan semula Malaysia Automated Clearance System (MACS) dan pembukaan penuh kaunter motosikal M-BIKE bagi mempercepatkan proses pemeriksaan dan pengeluaran kenderaan, trafik, barang-barang dan sebagainya. Di samping itu, usaha menambah baik kemudahan-kemudahan yang terdapat di CIQ Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar juga dilakukan. Inisiatif baharu ini sudah mula dijalankan dan dijangka akan selesai dalam tahun hadapan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dengan adanya kemudahan-kemudahan yang baharu dan berteknologi tinggi, pelbagai manfaat dari segi mempercepatkan proses pergerakan tenaga kerja kaunter dapat dilihat. Sebagai contoh, mobilisasi pegawai yang bertugas di kaunter yang kurang sesak ke kaunter yang lebih sesak. Sementara itu, setelah kajian dijalankan, kerajaan persekutuan mendapati terdapat keperluan untuk membina sebuah jambatan yang akan bertindak sebagai movement mobility kenderaan di Tambak Johor bagi menampung bilangan pengguna yang semakin bertambah dari sehari ke sehari. Ini adalah antara inisiatif jangka masa panjang yang telah dicadangkan dan masih lagi dalam proses penelitian. Kesemua ini adalah bukti yang menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan amat menitikberatkan setiap isu dan permasalahan yang melibatkan kesejahteraan rakyat tanpa mengabaikan semua lapisan masyarakat di negeri ini.

Izinkan saya berkongsi sedikit pengalaman saya sewaktu berada di kawasan Tambak Johor pada hari Ahad lepas. Saya bersama-sama dengan Pengarah Imigresen Negeri Johor dan Timbalan Pengarah Kastam Negeri Johor bagi memantau aliran trafik di kawasan tersebut pada pukul 9.30 malam. Saya mendapati kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut telah bertambah baik berbanding keadaan laluan tersebut pada hari Ahad yang lepas. Alhamdulillah melalui pemantauan saya, tempoh kesesakan trafik dapat dikurangkan dalam jangka masa 15 hingga 30 minit. Situasi ini adalah satu perubahan yang positif berbanding keadaan kesesakan lalu lintas di kawasan yang sama pada dua bulan yang lepas yang

mencatatkan tempoh sekitar dua jam. Saya yakin perkembangan ini adalah kesan dari langkah-langkah pelaksanaan penambahbaikan kemudahan di CIQ. Dengan ini, saya menggesa semua pihak yang terlibat termasuk agensi-agensi dan badan-badan kerajaan yang terlibat serta pihak swasta untuk bekerjasama menjayakan inisiatif-inisiatif yang diperakukan oleh Jawatankuasa Khas Mengenai Kesesakan di Tambak Johor melalui joint actions ke arah mencari penyelesaian terhadap isu kesesakan lalu lintas di Tambak Johor atau CIQ Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar.

Seterusnya, saya merujuk kepada ucapan Benut, yang bertanyakan tentang pendirian kerajaan negeri supaya tidak berdolak-dalik terhadap projek-projek berskala besar di Johor seperti isu penangguhan pembinaan RTS dan HSR. Kerajaan negeri sudah pun menzahirkan sokongan terhadap rundingan serta pengumuman kerajaan persekutuan berkaitan isu ini yang masih berlangsung di antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Singapura. Saya percaya ia akan menghasilkan keputusan menang-menang (win-win situation) terhadap kedua-dua belah pihak.

Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya, saya ingin menyentuh kepada penghargaan kerajaan negeri terhadap anggota perkhidmatan awam di Johor yang sudah pasti turut mendepani pelbagai cabaran dalam memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada rakyat. Meskipun Pakatan Harapan baharu sahaja mengemudi bahtera pentadbiran kerajaan negeri Johor selama tempoh 18 bulan, komitmen dan dedikasi yang telah ditunjukkan oleh penjawat awam di negeri ini amatlah positif dan profesional. Kepimpinan kerajaan negeri mendapat sokongan yang padu daripada ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai mahupun kakitangan di peringkat rendah dengan baik sekali. (Dewan bertepuk). Ingin saya ulang sekali lagi, sokongan padu dan daya usaha yang telah dicurahkan oleh penjawat awam menjadi antara faktor kejayaan pelaksanaan dasar mahupun agenda yang telah dirancang serta ditetapkan oleh saya dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor.

Adalah menjadi harapan dan doa saya, agar sokongan ini akan terus subur dan mekar malah berterusan serta dilestarikan pada masa-masa yang akan datang, demi rakyat bangsa Johor. Lebih penting dan utama adalah perkhidmatan kita kepada negeri dan negara yang kita cintai serta semua golongan rakyat. Usahlah dibiarkan rasa sangsi antara kita menebal sehingga boleh menjejaskan perkhidmatan dan melunturkan semangat anggota perkhidmatan awam untuk memajukan dan mensejahterakan negeri Johor ini. Kita punya misi dan visi yang sangat besar untuk dicapai, kita punya matlamat yang perlu direalisasikan, malah kita punya impian yang mahu untuk dicapai. Justeru, kepada semua Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan seluruh penjawat awam, marilah kita bermuafakat bagi menjayakan setiap agenda demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat. Sebagai sebuah kerajaan negeri yang prihatin terhadap kemaslahatan setiap lapisan masyarakat, kebajikan penjawat awam turut diberikan perhatian. Dalam pembentangan Belanjawan Johor 2020, saya telah pun membuat satu pengumuman iaitu pelarasan semua elaun guru KAFA yang akan mula berkuat kuasa pada Januari 2020. Antara pengiktirafan lain, pentadbiran di peringkat daerah terus diperkasakan di mana kerajaan negeri akan memastikan peranan Pegawai Daerah ditambah nilai sekali gus menjadi rujukan bagi Wakil-Wakil Rakyat dan masyarakat setempat.

Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya, saya ingin menjawab isu jualan KFC dan Pizza Hut, atau lebih tepat lagi melupuskan kadar pelaburan JCorp dalam QSR Brands yang menerajui dua (2) jenama ini di pasaran. Saya tegaskan bahawa ia adalah berita yang berasaskan spekulasi seperti yang dibangkitkan oleh Panti. JCorp kini telah meningkatkan pegangannya kepada 56% dalam QSR Brands berbanding 27% pada tahun 2012, dan pelaburan ini kini bernilai RM3.33 bilion. Manakala sebanyak 44% lagi adalah dalam pegangan CVC/EPF yang sentiasa menilai tahap pelaburan termasuk menjual pegangan mereka dalam QSR. Mungkin dari situlah keluar ura-ura ini. JCorp mempunyai strategi mengembangkan lagi business QSR Brands yang tidak semestinya dalam bentuk restoran sahaja di masa hadapan. JCorp turut memacu industri halal dengan memperkukuhkan lagi

kedudukan peringkat pertengahan dan huluan industri ayam. Ini membolehkan QSR Brands membekalkan daging ayam halal segar dan produk sejuk beku di Malaysia dan pasaran dunia, satu potensi strategik dan lebih besar lagi dari segi ekonomi, pekerjaan mahupun keusahawanan. Saya berharap pencerahan dan fakta-fakta yang dikemukakan ini akan memberi gambaran yang lebih jelas dan tepat mengenai kesamaran mahupun keraguan terhadap JCorp. Kerajaan negeri akan membantu JCorp untuk meningkatkan lagi prestasinya agar dapat terus memainkan peranannya secara maksimum kepada negeri dan rakyat Johor.

Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya saya merujuk pula ucapan Penawar yang meminta penjelasan mengenai peruntukan Pendidikan Islam yang dikatakan tidak dimasukkan langsung dalam Belanjawan Johor 2020. Suka untuk saya ulangi bahawa teras keempat dalam Belanjawan Johor 2020 adalah Membangun Modal Insan dan Memperkasa Syiar Islam. Jika dilihat kepada teras tersebut, mana mungkin saya dan kerajaan negeri Johor boleh terlupa untuk memasukkan peruntukan atau menyediakan insentif dan inisiatif dalam belanjawan sulung saya ini. Kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM41.8 juta bagi tujuan pembangunan dan melaksanakan baik pulih Sekolah-Sekolah Agama Kerajaan Johor di seluruh negeri ini. Ini kerana kerajaan negeri amat memberikan perhatian terhadap soal pembangunan prasarana Pendidikan Islam di negeri Johor. Begitu juga dengan pengenalan silibus baharu bagi meningkatkan kefahaman mengenai institusi sistem Kesultanan Islam Johor yang akan diperkenalkan secara berperingkat di sekolah-sekolah agama kerajaan Johor bermula Januari 2020.

Selain itu, Jabatan Agama akan menyelenggara sekolah-sekolah agama bagi menambah baik prasarana, rasionalisasi skim guru Tadika Agama Johor dengan jangkaan implikasi kewangan RM9.2 juta serta menyelaras semua elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) berjumlah RM1.67 juta. Oleh itu, adakah Penawar sedar akan komitmen yang telah dizahirkan oleh kerajaan negeri dalam Belanjawan Johor 2020 berkaitan Pendidikan Islam di negeri ini? Maka, saya berharap dan meminta agar Penawar dan Ahli-Ahli Yang Berhormat lain, dapat panjang-panjangkan segala perkara baik yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan ini agar sampai ke pengetahuan rakyat di peringkat akar umbi.

Seterusnya, saya merujuk kepada ucapan Kempas dan Rengit yang risau terhadap promosi yang masih belum kelihatan berkenaan Tahun Melawat Johor 2020 dan SUKMA XX Johor 2020. Sebenarnya, telah banyak usaha yang dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi bagi mempromosikan SUKMA XX Johor 2020 dan Tahun Melawat Johor 2020. Di antara medium promosi yang digunakan adalah melalui hebahan radio, pemasangan 39 buah papan iklan utama, program jerayawara ke setiap daerah, pemasangan 20 bus wrapping dan penyertaan dalam program-program yang berimpak besar di seluruh negara. Pihak Sekretariat juga turut melaksanakan promosi di semua platform media sosial. Harapan saya agar dua program utama negeri ini dapat dijayakan dengan gilang-gemilang berkat muafakat bangsa Johor sekali gus Johor menjadi penganjur terbaik dalam sejarah penganjuran kedua-dua acara besar ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, pembentangan Belanjawan Johor 2020 kali ini adalah bertitik tolak kepada usaha dan langkah untuk membangunkan negeri Johor ke tahap Negeri Berprestasi Tinggi, Bangsa Johor Bestari. Sebagai penutup bicara, saya memohon maaf atas sebarang kesilapan dan keterlanjuran kata sepanjang Persidangan ini berlangsung.

Selain itu, mana-mana soalan ataupun cadangan Yang Berhormat sekalian yang tidak sempat dijawab atau diberikan penjelasan, kerajaan negeri pasti akan menelitinya kembali. Malah ingin saya nyatakan bahawa Johor pada masa kini telah menjadi semakin makmur dan mandiri. Negeri Johor telah berupaya memberikan pembangunan bersifat inklusif yang berpaksikan rakyat. Johor secara keseluruhan telah menunjukkan prestasi pembangunan yang pesat, seimbang, lestari dan inklusif. Angka-angka yang kita peroleh menunjukkan Johor mencatatkan prestasi membanggakan dalam banyak perkara. Sebab itu, Belanjawan

Johor 2020 kita jangkakan terus mengalami lebihan atau surplus, dengan izin, yang berpunca daripada dasar fiskal negeri yang berkesan dengan pelaksanaan perbelanjaan berhemah dan berintegriti selain pengurusan cekap atas hasil yang mampan. Kerajaan negeri Johor akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan yang seimbang, adil serta berkualiti demi kesejahteraan hidup rakyat. Janganlah kekalahan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai dijadikan sebagai ukuran terhadap prestasi semasa pentadbiran kerajaan negeri pada hari ini. Penilaian yang dibuat perlulah adil dan secara matang. Kepimpinan kerajaan negeri pada hari ini sentiasa terbuka dalam menerima kritikan yang membina daripada pelbagai pihak termasuklah barisan Ahli-Ahli Yang Berhormat pembangkang. Bagaimanapun, jika berterusan mengkritik di pelbagai medium untuk menunjukkan kelemahan dan kekurangan kerajaan negeri tanpa mengetengahkan sebarang cadangan atau pandangan yang boleh membantu kerajaan negeri, itu bukanlah ciri atau sifat yang wajar.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama membulatkan tekad di bawah payung Bangsa Johor yang muafakat bagi memacu negeri ini merentasi fahaman dan ideologi politik ke arah mensejahtera rakyat dan memakmurkan negeri Johor yang kita cintai. Saya mengakhiri ucapan penggulungan ini dengan membaca sajak, Johor Darul Ta’zim, di sinilah kita dilahirkan, di sinilah kita dibesarkan, di sinilah kita mendapat pelbagai nikmat. Marilah kita kukuhkan semangat muafakat, marilah kita memajukan negeri dan kesejahteraan rakyat, marilah kita pertahankan sebuah kedaulatan dan kemerdekaan, marilah kita menghayati legasi sejarah negeri yang gemilang, sayangi Johor Darul Ta’zim. Johor Darul Ta’zim di sinilah lahirnya sebuah cinta abadi. (Bacaan dalam Bahasa Arab). Kepada Allah berserah, muafakat itu berkat. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian terima kasih.

Speaker

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2020) Tahun 2019 dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli-Ahli Yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua.

JURUTULIS : Suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Untuk Perkhidmatan Tahun 2020 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

Speaker

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Jurutulis : Jadual.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM1,259,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.01 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi · Parit Yaani

Bagi Maksud Bekalan B.01, peruntukan sebanyak RM1,259,000.00 adalah diperlukan untuk pengurusan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM870,000.00 diperlukan untuk pembayaran emolumen serta elaun-elaun kepada anggota-anggota jabatan dan bakinya sebanyak RM389,000.00 ialah untuk perbelanjaan-perbelanjaan pengurusan yang lain.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM143,711,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNMenteri Besar · Bukit Kepong

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan sebanyak RM143,711,000.00 diperlukan bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran pejabat-pejabat di bawah kawalan Pejabat Setiausaha Kerajaan telah melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti kerajaan bagi memajukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat negeri Johor. Peruntukan yang diperlukan bagi tiap-tiap aktiviti adalah seperti berikut; Bahagian Pengurusan, RM32,624,000.00; pelbagai perkhidmatan, RM40,403,000.00; Menteri Besar Johor, RM14,765,000.00; Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor, RM7,491,000.00; Dewan Negeri Johor, RM19,679,000.00; Audit Dalam, RM1,489,000.00; pemberian kepada agensi RM15,000,000.00; Kem Sultan Ibrahim, RM12,260,000.00.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah sebanyak, wang sebanyak RM24,491,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi · Parit Yaani

Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi Maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan sejumlah RM24,491,000.00 disediakan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut; Bahagian Pengurusan Sumber Manusia RM7,297,000.00, Bahagian Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor RM17,194,000.00. Sekian terima kasih.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM8,056,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia · Kota Iskandar

Yang Berhormat Tuan Speaker, peruntukan berjumlah RM8,056,000.00 disediakan di bawah Maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran Bahagian Perumahan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM8,493,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian dari Jadual ini.

Cik Liow Cai TungDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Johor Jaya

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan sejumlah RM8,493,000.00 disediakan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut; Hal Ehwal Wanita dan Keluarga RM6,500,000.00, Pelancongan RM1,993,000.00.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang ialah jumlah wang sebanyak RM6,319,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Jimmy Puah Wee TsePKR · PHPengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti · Bukit Batu

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan sejumlah RM6,319,000.00 disediakan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut; Badan

Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) RM4,855,000.00 untuk Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC) RM1,464,000.00.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM11,500,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Mohd Khuzzan bin Abu BakarPKR · PHPengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan · Semerah

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan peruntukan sebanyak RM11,500,000.00 disediakan untuk pelaksanaan kegiatan-kegiatan kebudayaan seni dan warisan negeri Johor.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM22,500,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian jadual ini.

Tuan Haji Sheikh ‘Umar Bagharib bin AliDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi · Paloh

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, peruntukan berjumlah RM22,500,000.00 disediakan di bawah Maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan bagi Program Rakan Muda dan kegiatan-kegiatan sukan negeri.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM16,073,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Tan Chen ChoonDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar · Jementah

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan sejumlah RM16,073,000.00 disediakan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut; bagi Kerajaan Tempatan perbelanjaan, peruntukan adalah sebanyak RM14,285,000.00, bagi Jabatan Landskap peruntukan adalah sebanyak RM1,788,000.00.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM12,108,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.04 Perbendaharaan Negeri itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNMenteri Besar · Bukit Kepong

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.04 peruntukan sebanyak RM12,108,000.00 diperlukan bagi pengurusan dan pentadbiran Perbendaharaan Negeri.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM6,972,000.00 diperuntukkan untuk perbelanjaan emolumen, RM2,852,000.00 untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan, RM132,000.00 untuk pemilikan aset, RM152,000.00 untuk perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap dan baki RM2,000,000.00 untuk perbelanjaan pulang balik hasil dan hapus kira.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM20,655,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.07 Jabatan Pertanian itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar · Bukit Permai

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.07 peruntukan sebanyak RM20,655,000.00 adalah diperlukan bagi untuk pengurusan Jabatan Pertanian. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM15,677,000.00 diperlukan untuk pembayaran emolumen serta elaun-elaun kepada anggota-anggota jabatan dan bakinya sebanyak RM4,978,000.00 adalah, ialah untuk perbelanjaan-perbelanjaan pengurusan yang lain.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM71,468,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.08 Jabatan Pengairan dan Saliran itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Haji Mohd Solihan bin BadriBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Tenang

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.08 Jabatan Pengairan dan Saliran, peruntukan yang diperlukan adalah berjumlah RM71,468,000.00. Sejumlah RM29,657,000.00 disediakan untuk perbelanjaan emolumen, RM41,054,000.00 diperlukan untuk perkhidmatan dan bekalan termasuk pengendalian dan penyelenggaraan sungai-sungai, RM330,000.00 disediakan untuk pemilikan aset jabatan dan RM427,000.00 pula disediakan untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap termasuk bayaran gantian cuti rehat kepada anggota-anggota jabatan yang bersara.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM10,334,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.10 Jabatan Perkhidmatan Veterinar itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar · Bukit Permai

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.10, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, peruntukan sebanyak RM10,334,000.00 diperlukan untuk perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar termasuk emolumen kakitangan dan bagi melaksanakan tugas-tugas pengurusan yang berkaitan dengan haiwan serta meningkatkan kemajuan industri ternakan di seluruh negeri. Terima kasih.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM6,922,000.00 bagi kepala perbelanjaan B.12, Pejabat Kebun Bunga Diraja itu, RM5,158,000.00 bagi kepala perbelanjaan B.13, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Tan Chen ChoonDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar · Jementah

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.12, peruntukkan sejumlah RM6,922,000 diperlukan untuk perbelanjaan bagi pengurusan Pejabat Kebun Bunga Diraja Johor. Peruntukan sebanyak RM5,158,000.00 di bawah Maksud Bekalan B.13, pula adalah untuk Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa bagi melaksanakan tugas-tugas pengawalan pembangunan fizikal, penyelarasan perancangan fizikal serta penyediaan rancangan-rancangan tempatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM16,809,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.19, Jabatan Perhutanan itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNMenteri Besar · Bukit Kepong

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.19, peruntukan sebanyak RM16,809,000.00 diperlukan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran Jabatan Perhutanan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM13,798,000.00 adalah perbelanjaan emolumen manakala baki sebanyak RM3,011,000.00 adalah untuk lain-lain perbelanjaan termasuk perkhidmatan dan bekalan jabatan, aset serta pembelian dan kenaan bayaran tetap.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM266,651,000.00 bagi kepala perbelanjaan B.21, Jabatan Agama Islam itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar · Bukit Permai

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.21, Jabatan Agama Islam peruntukan sebanyak RM266,651,000.00 diperlukan untuk melaksanakan kegiatan-kegiatan Agama Islam di dalam usaha-usaha meninggikan syiar Islam termasuk perbelanjaan penggunaan di bawah pendidikan agama Islam serta bantuan kepada sekolah-sekolah Arab dan sekolah agama rakyat, KAFA. Peruntukan diperlukan bagi tiap-tiap aktiviti ialah sebagaimana berikut :

1. Jabatan Agama Islam, Bahagian Pentadbiran Am, sebanyak RM57,961,000.00 2. Pendidikan Agama Islam, RM208,690,000.00

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM27,903,000.00 bagi kepala perbelanjaan B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Cik Liow Cai TungDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Johor Jaya

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat, peruntukan yang diperlukan bagi tahun 2020 ialah berjumlah RM27,903,000.00. Dari jumlah tersebut sebanyak RM4,582,000.00 diperlukan untuk pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan, RM2,562,000.00 untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan, RM210,000.00 untuk pemilikan aset dan baki sebanyak RM20,549,000.00 untuk perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap yang merupakan bantuan-bantuan dan sumbangan kebajikan kepada individu dan juga masyarakat. Ini termasuklah bantuan kepada penduduk-penduduk miskin dan bantuan mala petaka seperti banjir.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM82,477,000.00 bagi kepala perbelanjaan B.24, Jabatan Kerja Raya itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Haji Mohd Solihan bin BadriBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Tenang

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.24 Jabatan Kerja Raya peruntukan yang diperlukan bagi tahun 2020 ialah berjumlah RM82,477,000.00. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM54,099,000.00 diperlukan untuk pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan, RM26,670,000.00 untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan, RM610,000.00 untuk pemilikan aset, RM1,079,000.00 untuk perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap manakala baki sebanyak RM19,000.00 diperlukan bagi menampung perbelanjaan-perbelanjaan lain jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM5,137,000.00 bagi kepala perbelanjaan B.26, Muzium Diraja Abu Bakar Istana Besar Johor itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Mohd Khuzzan bin Abu BakarPKR · PHPengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan · Semerah

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.26, Muzium Diraja Abu Bakar Istana Besar Johor, peruntukan yang diperlukan ialah berjumlah RM5,137,000.00. Dari jumlah tersebut sebanyak RM2,933,000.00 adalah perbelanjaan emolumen manakala baki sebanyak RM2,204,000.00 adalah untuk lain-lain perbelanjaan termasuk perkhidmatan dan bekalan jabatan, aset dan kenaan bayaran tetap.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM820,500,000.00 bagi kepala perbelanjaan B.26, Sumbangan Kepada Kumpulan Wang Berkanun itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNMenteri Besar · Bukit Kepong

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.28 pula, peruntukan sebanyak RM820,500,000.00 diperlukan untuk sumbangan kepada Kumpulan Wang Berkanun. Jumlah tersebut diperlukan sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang-Kumpulan Wang di bawah Seksyen 10 yang lain.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM10,879,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.29, Jabatan Kehakiman Syariah itu, RM2,892,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.32, Jabatan Mufti itu dan RM2,245,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.33, Jabatan Pendakwaan Syariah itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar · Bukit Permai

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.29 peruntukan sebanyak RM10,879,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran Jabatan Kehakiman Syariah bagi tahun 2020. Dari jumlah tersebut, sebanyak RM6,673,000.00 disediakan untuk perbelanjaan emolumen. Sebanyak RM3,782,000.00 untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan. Sebanyak RM373,000.00 untuk perbelanjaan pemilikan aset dan sebanyak RM51,000.00 untuk perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap. Di bawah Maksud Bekalan B.32, peruntukan sebanyak RM2,892,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran bagi Jabatan Mufti. Di bawah Maksud Bekalan B.33, peruntukan sebanyak RM2,245,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran bagi Jabatan Pendakwaan Syariah.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM4,883,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.41, Pejabat Daerah Johor Bahru itu, RM5,159,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.42, Pejabat Daerah Muar itu, RM5,198,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat itu, RM4,369,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.44, Pejabat Daerah Pontian itu, RM4,406,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.45, Pejabat Daerah Segamat itu, RM4,340,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.46, Pejabat Daerah Kluang itu, RM4,692,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi itu, RM4,188,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.48, Pejabat Daerah Mersing itu, RM3,415,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.49, Pejabat Daerah Kulai itu dan RM3,245,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.50, Pejabat Daerah Tangkak itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNMenteri Besar · Bukit Kepong

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.41, Pejabat Daerah Johor Bahru diperuntukkan sebanyak RM4,883,000.00, di bawah Maksud Bekalan B.42, Pejabat Daerah Muar diperuntukkan sebanyak RM5,159,000.00, di bawah Maksud Bekalan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat diperuntukkan sebanyak RM5,198,000.00, di bawah Maksud Bekalan B.44, Pejabat Daerah Pontian, diperuntukkan sebanyak RM4,369,000.00, di bawah Maksud Bekalan B.45, Pejabat Daerah Segamat, diperuntukkan sebanyak RM4,406,000.00, di bawah Maksud Bekalan B.46, Pejabat Daerah Kluang diperuntukkan sebanyak RM4,340,000.00, di bawah Maksud Bekalan B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi, diperuntukkan sebanyak RM4,692,000.00, di bawah Maksud Bekalan B.48, Pejabat Daerah Mersing, diperuntukkan sebanyak RM4,188,000.00, di bawah Maksud Bekalan B.49, Pejabat Daerah Kulai, diperuntukkan sebanyak RM3,415,000.00 dan di bawah Maksud Bekalan B.50, Pejabat Daerah Tangkak diperuntukkan sebanyak RM3,245,000.00. Kesemua peruntukan tersebut disediakan bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran pejabat-pejabat daerah di seluruh negeri Johor.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM34,959,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.51, Pejabat Tanah Dan Galian itu, RM6,821,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru itu, RM5,243,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.53, Pejabat Tanah Muar itu, RM6,450,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat itu, RM3,489,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.55, Pejabat Tanah Pontian itu, RM4,893,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.56, Pejabat Tanah Segamat itu, RM4,703,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.57, Pejabat Tanah Kluang itu, RM5,109,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi itu, RM3,421,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B59, Pejabat Tanah Mersing itu, RM3,191,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B60, Pejabat Tanah Kulai itu, RM3,573,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B61, Pejabat Tanah Tangkak itu; hendaklah jadi sebahagian daripada jadual ini.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNMenteri Besar · Bukit Kepong

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.51, Pejabat Tanah dan Galian, diperuntukkan sebanyak RM34,959,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru diperuntukkan sebanyak RM6,821,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.53, Pejabat Tanah Muar diperuntukkan sebanyak RM5,243,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat diperuntukkan sebanyak RM6,450,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.55, Pejabat Tanah Pontian diperuntukkan sebanyak RM3,489,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.56, Pejabat Tanah Segamat diperuntukkan sebanyak RM4,893,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.57, Pejabat Tanah Kluang diperuntukkan sebanyak RM4,703,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi diperuntukkan sebanyak RM5,109,000.00 dan di bawah Maksud Bekalan B.59, Pejabat Tanah Mersing diperuntukkan sebanyak RM3,421,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.60, Pejabat Tanah Kulai diperuntukkan sebanyak RM3,191,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.61 Pejabat Tanah Tangkak

diperuntukkan sebanyak RM3,573,000.00. Kesemua peruntukkan tersebut disediakan bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran pejabat-pejabat tanah di seluruh negeri Johor.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Jadual jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Jurutulis

FASAL 2.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, dipersetujukan. Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Fasal Yang Pertama.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal Yang Pertama jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, dipersetujukan. Fasal Yang Pertama jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Pengerusi

Dewan Negeri Bersidang Semula.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNMenteri Besar · Bukit Kepong

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam Jawatankuasa satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan, maka saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi · Parit Yaani

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan (2020) Tahun 2019 dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibaca kali ketiga dan diluluskan.

Jurutulis

Bahawa dengan ini adalah Diperundang-Undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut; Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan (2020) tahun 2019 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2020. Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Johor Tahun 2020.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNMenteri Besar · Bukit Kepong

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Dewan ini serta merta berpindah menjadi Jawatankuasa bagi keseluruhan Dewan Negeri untuk menimbangkan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Johor Tahun 2020 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 33 Tahun 2019 dan memperakukan sama ada peranggaran itu patut diluluskan oleh Dewan ini dengan dipinda atau tiada dipinda. Peruntukan yang diperlukan untuk Peranggaran Pembangunan Tahun 2020 adalah berjumlah RM780,000,000.00, di bawah empat jawatankuasa seperti berikut;

1. Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Negeri Johor, RM578,900,000.00. 2. Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor, RM60,000,000.00. 3. Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, RM103,100,000.00. 4. Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Negeri Johor, RM38,000,000.00.

Penjelasan lanjut bagi peruntukkan tersebut akan diberi di peringkat jawatankuasa berkenaan.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi · Parit Yaani

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju dengan rundingan itu, dipersetujukan.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM280,000,000.00, bagi Kepala Perbelanjaan P.70 Pejabat Menteri Besar Johor itu, RM207,310,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.71, Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) itu, RM91,590,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.72, Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) itu dipersetujukan.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNMenteri Besar · Bukit Kepong

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Pembangunan 70, Pejabat Menteri Besar Johor peruntukkan sebanyak RM280,000,000.00 disediakan bagi tahun 2020. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM216,000,000.00 diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja pembangunan, termasuk pembangunan fizikal, pembangunan sosial dan pembangunan kerja-kerja kecil. Sebanyak RM14,000,000.00 pula disediakan untuk perbelanjaan Pengambilan Balik Tanah bagi tujuan projek-projek pembangunan kemudahan awam, manakala selebihnya sebanyak RM50,000,000.00 disediakan bagi projek-projek khas daerah di seluruh negeri Johor.

Di bawah Maksud Pembangunan 71, Pejabat Setiausaha Kerajaan, Bahagian Pembangunan, peruntukkan sebanyak RM207,310,000.00 disediakan untuk tahun 2020. Sebanyak RM27,000,000.00 disediakan bagi projek pembangunan ekonomi dan inklusif. Sejumlah RM67,300,000.00 pula diperuntukkan bagi projek-projek pembangunan perumahan dan kerajaan tempatan. Selain daripada itu, RM14,000,000.00 disediakan bagi projek-projek di bawah pertanian dan industri asas tani, untuk pembangunan modal insan, keluarga dan masyarakat, diperuntukan sejumlah RM9,912,000.00 .

Bagi pelaksanaan projek-projek Perhutanan, Taman Negara dan Pengurusan Sumber Air, disediakan sejumlah RM55,298,000.00 manakala RM9,000,000.00 disediakan bagi pembangunan Sains, Teknologi dan Inovasi. RM5,000,000.00 disediakan bagi program pembangunan Belia dan Sukan. Akhir sekali, bagi penggalakan aktiviti pelancongan di negeri Johor, peruntukan sejumlah RM19,800,000.00 disediakan. Di bawah Maksud Pembangunan 72, Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), peruntukan sebanyak RM91,590,000.00 disediakan untuk tahun 2020. Sebanyak RM64,058,000.00 disediakan bagi kerja-kerja penyelenggaraan baik pulih dan naik taraf kuarters kerajaan dan bangunan negeri, bangunan-bangunan milik kerajaan negeri di luar negeri Johor dan bangunan-bangunan kerajaan di pusat pentadbiran kerajaan negeri, Kota Iskandar serta Masjid Kota Iskandar. Di samping itu juga, sebanyak RM4,817,000.00 disediakan bagi bayaran-bayaran berkaitan dengan Kota Iskandar, sebanyak RM7,975,000.00 pula disediakan bagi pembinaan bangunan-bangunan kerajaan negeri, RM14,300,00.00 disediakan bagi kerja-kerja kecil dan akhir sekali sebanyak RM440,000.00 disediakan bagi kenderaan penguatkuasaan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mohon untuk penjelasan.

Pengerusi

Dah lulus dah Yang Berhormat. Dah lulus.

Boleh diminta, di butiran kan, butiran pada perkara kod 70 pembangunan bagi maksud 7005 ni projek khas daerah sebanyak RM50,000,000.00 dan juga di bawah kod 71005 di bawah perhutanan Taman Negara dan pengurusan sumber air sebanyak RM55,000,000.00.

Pengerusi

Yang Berhormat, dah dipersetujui dah ni.

Tahu, memang kita dah bersetuju tapi di sini, di peringkat jawatankuasa memberi saya peluang untuk mendapatkan penjelasan.

Pengerusi

Dah lepas Yang Berhormat.

Kita dah setujukan, cuma kita nak mohon penjelasan, kalau ada projek khas itu apakah projek-projek khasnya, dan peruntukan untuk 71005 ini adakah Taman Negara itu termasuk juga program untuk Taman Pulau Kukup? Kalau ada maklumat.

Speaker

Dijemput Yang Amat Berhormat.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNMenteri Besar · Bukit Kepong

Terima kasih kepada Benut. Saya akan rujuk balik kepada jabatan yang berkenaan nanti, terima kasih.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM60,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.73 Jabatan Agama Islam itu dipersetujukan.

Tuan Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar · Bukit Permai

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Pembangunan 73, Jabatan Agama Islam, peruntukkan sebanyak RM60,000,000.00 disediakan untuk tahun 2020. Sejumlah RM2,350,000.00 disediakan untuk Pusat Islam Iskandar, Pusat Islam Iskandar Johor dan sebanyak RM43,400,000.00 pula untuk pembangunan sekolah-sekolah agama di seluruh negeri Johor serta Pejabat Pendidikan Islam Negeri Johor. Peruntukan sejumlah RM5,150,000.00 disediakan bagi kenderaan penguatkuasaan dan jentera kelengkapan masjid-masjid kerajaan, pelaksanaan kerja-kerja yang direncanakan bagi membina rumah pegawai, guru-guru agama dan juga kakitangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Peruntukan sejumlah RM2,700,000.00 pula adalah bagi kelengkapan dan kemudahan di Makam Diraja dan tanah-tanah perkuburan. Peruntukan sebanyak RM6,400,000.00 adalah untuk membina dan memperelok masjid-masjid jamek, bangunan-bangunan Pejabat Agama Islam Negeri Johor dan bangunan-bangunan Mahkamah Syariah Negeri Johor.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM103,100,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.74 Jabatan Kerja Raya itu dipersetujukan.

Tuan Haji Mohd Solihan bin BadriBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Tenang

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Pembangunan 74, Jabatan Kerja Raya, peruntukan sebanyak RM103,100,000.00 disediakan untuk tahun 2020. Sebanyak RM58,000,000.00 diperlukan untuk kerja-kerja pembinaan, menaik taraf serta memperelok jalan dan jambatan negeri dan sebanyak RM6,000,000.00 untuk melebar jalan-jalan negeri, membina tembok tepi sungai dan rancangan mengelak banjir. Peruntukan sejumlah RM3,100,000.00 juga disediakan untuk menaik taraf sistem mekanikal dan elektrikal di bangunan-bangunan kerajaan dan RM3,000,000.00 diperuntukkan untuk kerja-kerja kecil yang lain. Sejumlah RM4,500,000.00 disediakan untuk kerja-kerja pembinaan, menaik taraf

dan ubahsuai bangunan-bangunan kerajaan negeri Johor. Bagi menaik taraf bangunan-bangunan utama kerajaan serta kemudahan dan keperluan bangunan, sejumlah RM5,500,000.00 pula disediakan sebagai peruntukan. Sejumlah RM19 juta diperuntukkan untuk bangunan-bangunan negeri, manakala RM2 juta adalah untuk bangunan Yayasan Warisan Johor. Akhir sekali RM2 juta disediakan untuk pembelian kenderaan dan jentera.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM38,000,000.00 juta bagi kepala perbelanjaan P.75 Jabatan Pengairan dan Saliran itu dipersetujukan.

Tuan Jimmy Puah Wee TsePKR · PHPengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti · Bukit Batu

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi maksud Pembangunan 75 Jabatan dan Pengairan Saliran, peruntukan RM38,000,000.00 disediakan untuk pelaksanaan projek-projek bagi tahun 2020. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM2,750,000.00 adalah bagi pembelian jentera, kenderaan, loji dan pintu air serta kelengkapan dan sebanyak RM1,500,000.00 disediakan untuk bangunan-bangunan jabatan. Sebanyak RM1,230,000.00 pula disediakan untuk projek pengukuran dan penyiasatan bagi projek-projek saliran dan pengairan.

Di samping itu sebanyak RM25,540,000.00 disediakan bagi Rancangan Tebatan Banjir, Rancangan Saliran Bandar, Rancangan Kawalan Hakisan Pantai dan Rancangan Pengurusan dan akhir sekali sebanyak RM6,980,000.00 disediakan bagi pengurusan sumber air dan hidrologi, pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran pertanian dan rancangan penggalian kuala-kuala sungai di seluruh negeri Johor.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapat keputusan.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNRengit

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, butiran, 73 ni, bukan 75 Jabatan Pengairan dan Saliran. Ada RM38,000,000.00 yang diperuntukkan untuk pembangunan 2020. Saya ingin dapat sikit penjelasan bagi 3 daerah utama ini, yang dulunya di letakkan di bawah Johor Barat. Di Muar, Batu Pahat dan Pontian ini mempunyai panjang sungai dan parit yang paling panjang sekali. Di Muar ada 786 km, Batu Pahat 2,903, Pontian ada 942.51. Jadi penganggaran bagi jumlah panjang sungai 3 daerah ini, 4,700. Kita ingin dapat sedikit anggaran, anggaran pecahan bagi 3 daerah, sebab daerah ini yang paling panjang sekali sungai di seluruh negeri Johor. Jadi, peruntukan ini kita ingin tahulah pecahan dia, kalau ada maklumat-maklumat.

Pengerusi

Jemput Yang Berhormat.

Tuan Jimmy Puah Wee TsePKR · PHPengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti · Bukit Batu

Untuk makluman Yang Berhormat Rengit, keseluruhan di Johor ada 929 batang sungai, 7,000 lebih km panjangnya. Peruntukannya adalah untuk ke semua kawasan 10 daerah di Johor, tentulah seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Rengit, 3 daerah yang dimaklumkan tu adalah keutamaan pihak JPS. Sebarang pecahan nanti saya akan serahkan secara bertulis kepada Yang Berhormat.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNMenteri Besar · Bukit Kepong

Yang Berhormat Pengerusi, oleh sebab Maksud Peranggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 33 Tahun 2019 itu telah pun selesai ditimbangkan, maka saya membawa rundingan supaya ketetapan-ketetapan jawatankuasa itu dimaklumkan serta merta kepada Dewan Negeri.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Dewan Negeri bersidang semula.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNMenteri Besar · Bukit Kepong

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa jawatankuasa Dewan ini telah pun menimbang dan meluluskan tanpa pindaan maksud-maksud peranggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 33 Tahun 2019. Dari itu saya membawa rundingan supaya Dewan ini bersetuju dengan ketetapan-ketetapan jawatankuasa itu, iaitu peruntukan wang berjumlah RM780,000,000.00 yang dicadangkan bagi anggaran perbelanjaan pembangunan tahun 2020 itu diluluskan oleh Dewan Negeri ini. Dan dengan itu mengambil ketetapan bahawa sejumlah wang yang tidak melebihi RM780,000,000 hendaklah dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan dalam tahun kewangan 2020 bagi menyempurnakan maksud yang dinyatakan dalam kertas mesyuarat yang tersebut.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi · Parit Yaani

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, rundingan itu dipersetujukan.

Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan (No.2) Tahun 2019.Bill

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNMenteri Besar · Bukit Kepong

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya rang undang-undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (No.2) Tahun 2019 dibacakan kali yang pertama.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi · Parit Yaani

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang pertama.

Jurutulis

Suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2019 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNMenteri Besar · Bukit Kepong

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa saya akan membawa rundingan untuk bacaan kali yang kedua bagi rang undang-undang ini pada hari ini juga. Dan saya membawa rundingan supaya Peraturan Tetap 112(2) ditangguhkan sementara agar pertimbangan rang undang-undang ini pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan pada hari ini juga.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi · Parit Yaani

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Peraturan Tetap 112(2) ditangguhkan sementara.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNMenteri Besar · Bukit Kepong

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Tambahan peruntukan ini merupakan tambahan yang kedua bagi perbelanjaan bekalan tahun 2019. Tambahan peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak RM49,138,000.00 sebagaimana yang dimasukkan di dalam enakmen perbekalan tambahan di bawah 6 jawatankuasa seperti berikut:

Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Negeri Johor, RM32,688,000.00; Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Negeri Johor, RM615,000.00; Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan

dan Warisan Negeri Johor, RM390,000.00; Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Johor, RM6,901,000.00; Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Negeri Johor, RM262,000.00; Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor RM8,282,000.00. Penjelasan lanjut bagi tambahan-tambahan tersebut akan diberi di peringkat jawatankuasa berkenaan.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi · Parit Yaani

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan di hadapan Dewan ini adalah supaya rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua.

JURUTULIS : Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2019 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu.

Speaker

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Jurutulis

JADUAL.

Pengerusi

Perkara di hadapan jawatankuasa ini adalah jumlah wang sebanyak RM1,807,000.00 bagi kepala perbelanjaan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan bagi pengurusan itu; RM7,780,000.00 bagi kepala perbelanjaan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan pelbagai perkhidmatan itu; RM668,000.00 bagi kepala perbelanjaan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan bagi Perancangan Ekonomi Negeri itu; RM121,000.00 bagi kepala perbelanjaan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan Audit Dalam itu hendaklah jadi sebahagian daripada jadual ini.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNMenteri Besar · Bukit Kepong

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan Bahagian Pengurusan peruntukan tambahan sebanyak RM1,807,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan perbelanjaan dalam pengurusan jabatan. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM807,000.00 adalah untuk pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan dan baki sebanyak RM1,000,000.00 lagi adalah untuk menampung bayaran perhubungan dan utiliti jabatan.

Bagi Maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan pelbagai perkhidmatan peruntukan tambahan sebanyak RM7,780,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan perbelanjaan bekalan dan bahan-bahan lain jabatan. Bagi Maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Johor peruntukan tambahan sebanyak RM668,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan perbelanjaan dalam pengurusan jabatan. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM553,000.00 adalah untuk pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan dan baki sebanyak RM115,000.00 lagi adalah untuk pembelian kenderaan dan jentera. Bagi Maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan Unit Audit Dalam peruntukan tambahan sebanyak RM121,000.00 diperlukan untuk menampung pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM126,000 bagi kepala Perbelanjaan B03 Pejabat Setiausaha Kerajaan Bahagian Kerajaan Tempatan itu dan RM136,000 bagi Kepala Perbelanjaan B03 Pejabat Setiausaha Kerajaan Jabatan Lanskap Negeri Johor itu hendaklah jadi sebahagian daripada jadual ini.

Tuan Tan Chen ChoonDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar · Jementah

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B03 Pejabat Setiausaha

Kerajaan Bahagian Kerajaan Tempatan diperuntukkan sebanyak RM126,000.00 untuk menampung pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan, bagi Maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan Jabatan Lanskap Negeri Johor diperuntukkan sebanyak RM136,000.00 untuk menampung pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM203,000.00 bagi kepala perbelanjaan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan Badan Kawal Selia Air Negeri Johor itu hendaklah jadi sebahagian daripada jadual ini.

Tuan Dr. Ramakrishnan a/l SuppiahDAP · PHPengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna · Bekok

Yang Berhormat Tuan Pengerusi bagi Maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan Badan Kawal Selia Air Negeri Johor peruntukan tambahan sebanyak RM203,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan perbelanjaan dalam pengurusan jabatan. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM41,000.00 adalah untuk pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan. Sebanyak RM40,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran perhubungan dan utiliti jabatan dan sebanyak RM67,000.00 untuk perbelanjaan perkhidmatan ikhtisas dan perkhidmatan lain yang dibeli dan hospitaliti dan sebanyak RM55,000.00 untuk menampung pembelian harta modal jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM287,000.00 bagi kepala perbelanjaan B.07 Jabatan Pertanian itu hendaklah jadi sebahagian daripada jadual ini.

Tuan Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar · Bukit Permai

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.07 Jabatan Pertanian diperuntukan sebanyak RM287,000.00 untuk menampung pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM412,000.00 bagi kepala perbelanjaan B.08 Jabatan Pengairan dan Saliran hendaklah jadi sebahagian daripada jadual ini.

Tuan Jimmy Puah Wee TsePKR · PHPengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti · Bukit Batu

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.08 Jabatan Pengairan dan Saliran diperuntukkan sebanyak RM412,000.00 diperlukan untuk menampung pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM899,000.00 bagi kepala perbelanjaan B.19 Jabatan Perhutanan itu hendaklah jadi sebahagian daripada jadual ini.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNMenteri Besar · Bukit Kepong

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.19 Jabatan Perhutanan Peruntukan tambahan sebanyak RM899,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan perbelanjaan dalam pengurusan jabatan. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM624,000.00 adalah untuk menampung pembayaran emolumen kepada anggota-anggota

jabatan sebanyak RM260,000.00 diperlukan untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan jabatan dan baki sebanyak RM15,000.00 diperlukan bagi pembayaran gantian cuti rehat kepada anggota jabatan yang bersara.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput, angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM5,908,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B21 Jabatan Agama Islam itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar · Bukit Permai

Yang Berhormat Tuan Pengerusi bagi Maksud Bekalan B21 Jabatan Agama Islam, diperuntukkan sebanyak RM5,908,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan perbelanjaan Bahagian Pendidikan Islam. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM3,288,000.00 adalah untuk pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan dan baki sebanyak RM2,620,000.00 lagi adalah untuk menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan tahun 2018 dan Bantuan Hari Raya tahun 2019.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM8,282,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B24 Jabatan Kerja Raya itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Haji Mohd Solihan bin BadriBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Tenang

Yang Berhormat Tuan Pengerusi bagi Maksud Bekalan B24 Jabatan Kerja Raya, diperuntukkan sebanyak RM8,282,000.00 untuk menampung kekurangan perbelanjaan dalam pengurusan jabatan. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM975,000.00 adalah untuk pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan. Sebanyak RM6,700,000.00 lagi adalah untuk sewaan jabatan. Sebanyak RM340,000.00 adalah untuk penyelenggaraan dan pembaikan kecil yang dibeli. Manakala selebihnya sebanyak RM267,000.00 diperlukan bagi pembiayaan gantian cuti rehat kepada anggota-anggota yang bersara.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM390,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B26 Muzium DiRaja Abu Bakar, Istana Besar Johor itu hendaklah jadi sebahagian dari Jadual ini.

Tuan Mohd Khuzzan bin Abu BakarPKR · PHPengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan · Semerah

Yang Berhormat Tuan Pengerusi bagi Maksud B26 Muzium DiRaja Abu Bakar, Istana Besar Johor diperuntukkan sebanyak RM390,000.00 untuk menampung perbelanjaan perhubungan dan utiliti jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM20 juta bagi Kepala Perbelanjaan B28, Sumbangan kepada Kumpulan Wang Berkanun itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNMenteri Besar · Bukit Kepong

Yang Berhormat Tuan Pengerusi bagi Maksud B28 Sumbangan Kepada Kumpulan Wang Berkanun diperuntukkan sebanyak RM20 juta untuk menampung caruman ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan bagi tujuan perbelanjaan projek-projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat negeri Johor.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM396,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B29 Jabatan Kehakiman Syariah itu dan RM310,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B32 Jabatan Mufti itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar · Bukit Permai

Yang Berhormat Tuan Pengerusi bagi Maksud Bekalan B29 Jabatan Kehakiman Syariah, diperuntukkan sebanyak RM396,000.00. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM96,000.00 adalah untuk menampung pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan dan baki sebanyak RM300,000.00 lagi adalah untuk menampung perbelanjaan perhubungan dan utiliti jabatan. Bagi Maksud Bekalan B32 Jabatan Mufti, diperuntukkan sebanyak RM310,000.00 untuk menampung pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM110,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B44, Pejabat Daerah Pontian itu; RM71,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B47, Pejabat Daerah Kota Tinggi itu; RM51,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B48, Pejabat Daerah Mersing itu; RM254,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B52, Pejabat Tanah Johor Bahru itu; RM44,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B53, Pejabat Tanah Muar itu; RM348,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B54, Pejabat Tanah Batu Pahat itu; RM83,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B55, Pejabat Tanah Pontian itu; RM102,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B56, Pejabat Tanah Segamat itu; RM197,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B58, Pejabat Tanah Kota Tinggi itu; RM136,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B59, Pejabat Tanah Mersing itu; RM17,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B61, Pejabat Tanah Tangkak itu jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNMenteri Besar · Bukit Kepong

Yang Berhormat Tuan Pengerusi bagi Maksud Bekalan B44 Pejabat Daerah Pontian, diperuntukkan sebanyak RM110,000.00. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM68,000.00 adalah untuk pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan dan baki sebanyak RM42,000.00 diperlukan untuk perbelanjaan perhubungan dan utiliti jabatan.

Bagi Maksud Bekalan B47 Pejabat Daerah Kota Tinggi, diperuntukkan sebanyak RM71,000.00 untuk pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan. Bagi Maksud Bekalan B48 Pejabat Daerah Mersing, diperuntukkan sebanyak RM51,000.00 untuk pembayaran gantian cuti rehat kepada anggota jabatan yang bersara. Bagi Maksud Bekalan B52, Pejabat Tanah Johor Bahru, diperuntukkan sebanyak RM254,000.00 untuk menampung pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan. Bagi Maksud Bekalan B53 Pejabat Tanah Muar, diperuntukkan RM44,000.00 untuk menampung pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan. Bagi Maksud Bekalan B54 Pejabat Tanah Batu Pahat, diperuntukkan sebanyak RM348,000.00 untuk menampung pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan. Bagi Maksud Bekalan B55 Pejabat Tanah Pontian, diperuntukkan sebanyak RM83,000.00 untuk menampung pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan. Bagi Maksud Bekalan B56 Pejabat Tanah Segamat, diperuntukkan sebanyak RM102,000.00 untuk menampung pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan. Bagi Maksud Bekalan B58 Pejabat Tanah Kota Tinggi, diperuntukkan sebanyak RM197,000.00. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM184,00.00 adalah untuk pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan dan baki sebanyak RM13,000.00 untuk pembayaran gantian cuti rehat kepada anggota jabatan yang bersara dalam pengurusan pentadbiran. Bagi Maksud Bekalan B59 Pejabat Tanah Mersing, diperuntukkan sebanyak RM136,000.00 untuk menampung pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan. Bagi Maksud

Bekalan B61 Pejabat Tanah Tangkak, diperuntukkan sebanyak RM17,000.00 untuk menampung pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Jadual jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Jurutulis

FASAL 2.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju Fasal 2 jadi sebahagian dari Rang Undang-Undang ini.

Jurutulis

Fasal Yang Pertama.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal Yang Pertama jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal Yang Pertama jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Pengerusi

Dewan Negeri Bersidang Semula.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNMenteri Besar · Bukit Kepong

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun dipertimbangkan dalam Jawatankuasa satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan. Maka, saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi · Parit Yaani

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan di hadapan Dewan ini adalah supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (No. 2) Tahun 2019, dibacakan kali ketiga dan diluluskan sekarang.

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibacakan kali ketiga dan diluluskan.

Jurutulis

Bahawa dengan ini adalah diperundang-undangkan oleh Dewan negeri Johor adalah seperti berikut:

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (No. 2) Tahun 2019.

Peranggaran Tambahan Pembangunan Kedua Tahun 2019

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNMenteri Besar · Bukit Kepong

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Dewan ini serta merta berpindah menjadi Jawatankuasa bagi keseluruhan Dewan Negeri untuk menimbangkan Peranggaran Tambahan Pembangunan Kedua Tahun 2019 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 31 Tahun 2019 dan memperakukan sama ada peranggaran itu patut diluluskan oleh Dewan ini dengan dipinda atau tiada dipinda.

Tambahan peruntukan pembangunan yang kedua bagi tahun 2019 adalah sebanyak RM57,381,000.00 dan diletakkan di bawah 3 Jawatankuasa yang berikut:

1. Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan

Pembangunan Ekonomi Negeri Johor, RM32,824,000.00.

2. Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar

Negeri Johor, RM1,206,000.00

3. Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor,

RM23,351,000.00.

Penjelasan lanjut bagi tambahan-tambahan tersebut akan diberi di peringkat Jawatankuasa berkenaan.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi · Parit Yaani

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju dengan rundingan itu dipersetujukan.

Dewan Bersidang Sebagai Jawatankuasa.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah sebanyak RM32,824,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.71, Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) itu dipersetujukan.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNMenteri Besar · Bukit Kepong

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Pembangunan P.71, Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), memerlukan tambahan peruntukan sebanyak RM32,824,000.00 untuk menampung kekurangan perbelanjaan bagi proses set off pinjaman kerajaan negeri Johor kepada Perbadanan Johor bagi pembangunan, pengurusan dan penyelenggaraan sukan negeri Johor.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu wang sebanyak RM1,206,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.73, Jabatan Agama Islam itu dipersetujukan.

Tuan Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar · Bukit Permai

Yang Berhormat Tuan Pengerusi bagi Maksud Pembangunan P.73, Jabatan Agama Islam, memerlukan tambahan peruntukan sebanyak RM1,206,000.00 untuk menampung kekurangan perbelanjaan bagi cadangan membina dan menyiapkan satu blok tambahan sekolah agama 3 tingkat di Sekolah Agama Taman Daya Johor Bahru dan menyiapkan satu blok tambahan sekolah agama 3 tingkat 24 bilik darjah di sekolah Agama Taman Kota Masai, Jalan Nanas. Penyelenggaraan Sekolah Agama Kerajaan (SAKJ), seluruh daerah negeri Johor serta mereka bentuk, membina dan menyiapkan Sekolah Agama Bandar Putra, Kulai, Johor.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM23,351,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.74, Jabatan Kerja Raya itu dipersetujukan.

Tuan Haji Mohd Solihan bin BadriBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Tenang

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Pembangunan P.74, Jabatan Kerja Raya memerlukan tambahan peruntukan sebanyak RM23,351,000.00 untuk menampung kekurangan perbelanjaan bagi penyelenggaraan jalan dan jambatan yang telah siap dan menampung kos kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf bangunan Istana dan Muzium DiRaja Abu Bakar.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNMenteri Besar · Bukit Kepong

Yang Berhormat Pengerusi oleh sebab maksud-maksud perbelanjaan peranggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 31 Tahun 2019 telah pun selesai ditimbangkan maka saya membawa rundingan supaya ketetapan-ketetapan Jawatankuasa itu dimaklumkan serta merta kepada Dewan Negeri.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan; Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Perkara itu dipersetujukan.

Pengerusi

Dewan Negeri Bersidang Semula.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNMenteri Besar · Bukit Kepong

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Jawatankuasa Dewan ini telah pun menimbang dan meluluskan tanpa pindaan maksud-maksud peranggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 31 Tahun 2019; dari itu, saya membawa rundingan supaya Dewan ini bersetuju bahawa peruntukan wang berjumlah RM57,381,000.00 yang dicadangkan bagi Peranggaran Tambahan Pembangunan Kedua Tahun 2019 itu diluluskan oleh Dewan Negeri ini dan dengan ini mengambil ketetapan bahawa sejumlah wang yang tidak melebihi RM57,381,000.00 hendaklah dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan dalam Tahun Kewangan 2019 bagi menyempurnakan maksud yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat yang tersebut.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi · Parit Yaani

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rundingan itu dipersetujukan.

Rundingan Mengenai Pengisytiharan Harta Ahli-Ahli Dewan Negeri.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNMenteri Besar · Bukit Kepong

Yang Berhormat Tuan Speaker, Saya mohon membawa rundingan mengenai Pengisytiharan Harta Ahli-Ahli Dewan Negeri Johor pada hari ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, Kemuliaan dan keunggulan Dewan Negeri terletak pada keutuhan institusi Dewan Negeri dan Ahlinya. Penghormatan terhadap Dewan Negeri dapat dilihat dari imejnya secara kolektif, penampilan dan kewibawaannya, mesra rakyat serta bertanggungjawab kepada rakyat. Penghormatan terhadap Ahli Dewan Negeri pula terletak pada tata kelakuan yang beretika dan berintegriti, kesungguhan melaksanakan tugas, bertanggungjawab dan mempunyai profesionalisme yang tinggi.

Yang Berhormat Tuan Speaker, apabila kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada Mei 2018, Anggota Pentadbiran Negeri Johor telah mengorak langkah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah pada 8 Ogos 2018. Kerajaan negeri menyedari bahawa pada masa ini tiada undang-undang yang mewajibkan Ahli Dewan Negeri mengisytiharkan harta. Oleh sebab itu, kerajaan negeri berpandangan rundingan yang dikemukakan ini merupakan cara terbaik dalam menguatkuasakan tindakan mewajibkan Ahli Dewan Negeri mengisytiharkan harta. Ketetapan yang dibuat oleh Dewan Negeri mengenai perkara ini akan mengikat semua Ahli Dewan Negeri. Sekiranya Ahli Dewan Negeri tidak mematuhi ketetapan Dewan, mereka boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri.

Ahli Dewan Negeri hendaklah mengisytiharkan harta mereka suami isteri, anak-anak mereka yang berumur 21 tahun ke bawah dan pemegang amanah dengan mengisi Borang Akuan Berkanun yang ditetapkan oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Negeri Johor. Terdapat 3 Borang Akuan Berkanun iaitu Borang Pengisytiharan Harta, Pengisytiharan

Harta Tambahan dan Pelupusan Harta. Borang ini perlu dihantar kepada Yang Berhormat Speaker Dewan Negeri Johor dalam tempoh 6 bulan sehingga 1 Jun 2020 dari tarikh rundingan ini dipersetujukan dan disalinkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Senarai nama dan butiran harta Ahli Dewan Negeri akan dipaparkan dalam portal Dewan Negeri Johor dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menerima akuan berkanun berkenaan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Kerajaan negeri sentiasa menitik beratkan usaha-usaha menambah baik tadbir urus yang cekap dan berintegriti bukan sahaja di kalangan penjawat awam malahan perlu juga melibatkan Ahli Dewan Negeri melalui pengisytiharan harta mereka supaya akauntabiliti dan ketelusan akan menjadi contoh kepada para penjawat awam. Ini selari juga di bawah Teras Keenam Belanjawan Johor 2020.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi · Parit Yaani

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rundingan itu telah disokong dan dibuka untuk perbahasan sekarang. Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya membenarkan hanya 4 orang Ahli Yang Berhormat berucap sekiranya ada. Tempoh masa yang diberikan untuk setiap pembahas ialah 3 minit. Silakan.

Tuan Ir. Khairuddin bin A. RahimAMANAH · PHSenggarang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, YAB Berhormat, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih di atas kebenaran Yang Berhormat Speaker untuk membenarkan saya berbahas bagi usul rundingan ini.

Yang Berhormat Speaker, sebagaimana yang kita maklum bahawa pengisytiharan harta bagi semua ADUN ada disebutkan di dalam manifesto Pakatan Harapan semasa kita sebelum PRU Ke-14 yang lalu. Setelah kita menang, kita perintah ini maknanya kita kena laksanakan janji kita iaitu bahawa semua ADUN perlu isytihar harta.

Yang Berhormat Tuan Speaker, penyakit rasuah sudah menjadi satu budaya seolah-olah tiada siapa yang benar-benar boleh menebat dirinya daripada rasuah. Tidak kira orang biasa, penjawat awam, orang politik, orang alim, orang warak, apatah lagi ahli politik seperti saya dan para ADUN yang ada pada hari ini dan juga pemimpin besar pada masa ini.

Yang Berhormat Speaker, perkara ini perlu kepada pencegahan bukan semata-mata pemulihan, ia perlu satu tindakan luar biasa dalam keadaan di mana rakyat sudah luntur kepercayaan terhadap ahli politik yang dianggapi buruk kerap memunggah kekayaan kerana menyalahgunakan kekayaan dan kuasa.

Yang Berhormat Tuan Speaker, jadi dengan pengisytiharan ini rakyat boleh melihat sendiri sikap seseorang Wakil Rakyat jumlah aset bersih seseorang ADUN dan sikap berani dan bertanggungjawab ini diharapkan, meniupkan suatu nafas baru kepada landskap politik negeri Johor yang dipimpin oleh Pakatan Harapan dan sewajarnya disambut baik oleh semua ahli politik dan semua rakyat di seluruh negeri Johor.

Yang Berhormat Tuan Speaker, walaupun ahli politik sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi, jika sekiranya Wakil Rakyat tidak diwajibkan isytihar harta, namun pendekatan sukarela ini diharapkan menjadi contoh dan pendorong untuk yang lain turut sama isytihar harta kan. Ia satu isyarat yang jelas komitmen kerajaan Pakatan Harapan untuk memusuhi rasuah dan salah guna kedudukan. Selain kesediaan untuk dinilai secara telus oleh rakyat ia merupakan petanda terkehadapan dalam menginstitusikan budaya disiplin dan kepertanggungjawaban setiap Wakil Rakyat dan juga penjawat awam.

Yang Berhormat Tuan Speaker, justeru itu menjadikan budaya mengisytiharkan harta di kalangan ahli politik boleh mewujudkan suasana persekitaran yang mengurangkan rasuah kerana mereka sedar bahawa rakyat menilai mereka. Ia diharapkan boleh mengembalikan keyakinan rakyat kepada kepimpinan yang amanah, telus dan bertanggungjawab.

Speaker

Empat minit Yang Berhormat.

Tuan Ir. Khairuddin bin A. RahimAMANAH · PHSenggarang

Ya.

Speaker

Empat minit.

Tuan Ir. Khairuddin bin A. RahimAMANAH · PHSenggarang

Ok. Dengan perkataan ini sekiranya penjawat awam dan ahli politik berniat mengambil wang suapan atau berbelanja secara melampau melebihi pendapatan sedangkan mereka tahu butir-butir berkenaan perlu masuk dalam pengisytiharan harta tahunan yang boleh diteliti oleh juruaudit dan rakyat, maka niat dan aktiviti rasuah dapat dikekang. Yang Berhormat Speaker, jadi rasanya perkara itu mudah, jadi maka sekarang bukanlah lagi masa keselesaan, najis rasuah sudah terlalu berakar umbi dalam negara mangsanya ialah politik hidup rakyat dan kemajuan. Adil dan saksama buat seluruh negara. Oleh itu, saya Senggarang menyokong usul yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Sekian, terima kasih. (Dewan bertepuk).

Speaker

Ok, ada yang lain. Jemput.

Tuan Dr. Chong Fat FullPKR · PHPemanis

Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih kerana Pemanis diberi peluang untuk berbahas dalam usul Pengisytiharan Harta ADUN di Johor. Inisiatif pengisytiharan harta merupakan satu langkah kerajaan Pakatan Harapan untuk menunjukkan kepada rakyat komitmen kerajaan Pakatan Harapan terhadap aspek integriti dan ketelusan untuk mengelakkan segala tohmahan. Kita harus memulakan proses ini dengan ketelusan dan kerajaan Pakatan Harapan walk the talk.

Yang Berhormat Tuan Speaker, rakyat melantik kita untuk memajukan negara dan bukan untuk mendapatkan kekayaan dengan cara yang tidak halal dan kerajaan Pakatan Harapan yang dilantik melalui proses demokrasi, kita memegang tanggungjawab untuk selalu bersedia dan terbuka untuk scrutiny rakyat. Dari 1 Julai lepas Dewan Rakyat sudah sebulat suara meluluskan usul mewajibkan semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang mengisytiharkan harta masing-masing dan berasal usul semua Ahli Parlimen termasuk isteri ataupun isteri-isteri, suami, anak semua kena isytiharkan harta mereka. Tapi, statistik dari laman web SPRM menunjukkan bahawa hampir semua Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat termasuk Timbalan Menteri sendiri Pakatan Harapan sorry, termasuk Perdana Menteri sudah membuat demikian tapi tidak satu pun daripada blok pembangkang yang mengisytiharkan harta mereka atas sebab-sebab yang kita semua pun tak tahu. Dan Johor memang tiada undang-undang yang mewajibkan ADUN mengisytiharkan harta, Perak sudah buat demikian dan Pulai Pinang, Selangor mereka sudah ambil satu langkah yang lebih ke depan di mana negeri Pulau Pinang dengan Selangor telah mengubah akta mereka iaitu Enakmen Kebebasan Maklumat dan saya rasa memang munasabah bagi Dewan ini kita terima atau kita sokong usul yang diusulkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ada yang lain, jemput. Tiga minit Yang Berhormat.

Yang Berhormat Tuan Speaker, berkenaan rundingan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat mengenai pengisytiharan harta alih oleh Ahli Dewan Negeri, mungkin saya boleh memulakan dengan sedikit membuat definisi tentang pengisytiharan harta ini. Asset declaration dengan izin, should provide an avenue for verification and persecution mechanism for non-compliance or illicit enrichment of public officials. Sementara saya juga bersetuju dengan pandangan Yang

Amat Berhormat bahawa terdapatnya kelemahan dalam undang-undang atau struktur sekarang. Itulah adalah satu kelemahan kerana tidak ada peruntukan undang-undang untuk mereka yang tidak mahu mengisytiharkan harta. Tidak ada peruntukan undang-undang. Maka, pada hari ni, petang ini Dewan yang mulia di Johor ini mengambil ketetapan bagi meningkatkan integriti, imej dan juga penampilan Ahli Dewan maka elok kita isytiharkan harta.

Yang Berhormat Tuan Speaker, memiliki harta atau aset luar biasa ini bukanlah suatu kesalahan. Kalau boleh, saya juga huraikan kenyataan yang dibuat di bawah MACC, “Further, public officials can be punished for unexplained wealth under Malaysian Laws. Under Section 36(3) of the Malaysian Anti-Corruption Commission Act, a public official can be convicted for illicit enrichment and receive up to 20 years imprisonment and a fine which is not less than five times the value of the excess, if the excess is capable of being valued, or MYR10,000.00, whichever is higher. However, the burden of proof to establish the offence is put on the prosecution, i.e. the prosecution must establish the predicate offence.

Merely, having unexplained wealth or unjust enrichment is not an offence by itself. This has led to the difficulty of bringing the corrupt public officials to the criminal court as the investigation must be able to prove where the asset comes from and why the asset is given to the public officials. It might be one of the reasons that there has not been a conviction under the above section since 2009”.

Tak ada Yang Berhormat. Tidak ada sebarang pendakwaan terhadap kegagalan mengisytiharkan harta. Tidak memberikan informasi yang menyeluruh mengenai punca aset yang diisytiharkan sebaliknya hanya jumlah aset yang dikumpul. Itu borang pengisytiharan harta.

Yang Berhormat kita tidak mahu tujuan pengisytiharan harta ini bersifat politik. Persoalannya ialah kalau ada kesungguhan di pihak kerajaan untuk menetapkan pengisytiharan harta, saya ingin mengesyorkan supaya diwujudkan undang-undang khusus bagi penjawat awam dulu, bagi Yang Amat Berhormat dan barisan EXCO dulu kerana mereka adalah public officers, bukan kita-kita ni Wakil Rakyat. Kita bukannya public officers dulu, public officers ni dulu, kita rangka Rang Undang-Undang itu lebih berintegriti, itu lebih meningkatkan imej kita. Kepada kita ni sebagai Wakil-Wakil Rakyat ni kita bukan public officers Yang Berhormat. Jadi perlu ada undang-undang khusus...

Speaker

Empat minit Yang Berhormat.

Yang enggan... kepada mereka yang enggan mengisytihar harta. Seminit lagi Yang Berhormat. Dan, perlu menyatakan bukan sahaja jumlah aset tetapi juga punca aset dan kekayaan. Jadi, dengan itu saya tidak bermasalah untuk menyokong pengisytiharan untuk harta dibuat tetapi kerajaan lebih dilihat betul-betul bersungguh-sungguh, betul-betul berniat untuk membawa imej, membawa satu penampilan kerana ini melibatkan data, maklumat peribadi...

Speaker

Cadangan tambahanlah.

Yes, data-data maklumat yang kita bekalkan ini jatuh ke tangan sebelah sana, kalau bertujuan untuk nak menjahanamkan kita, maklumat-maklumat, data-data peribadi ini boleh terlepas kerana tidak ada undang-undang yang menyekat. Jadi itulah yang dapat saya bangkitkan dalam perbahasan petang ini. Terima kasih.

Speaker

Jemput. 2 aje.

Yang Berhormat Speaker, pertama sekali usaha untuk pengisytiharan harta ini merupakan, dia akan menambah kepercayaan rakyat kepada kerajaan khususnya menangkis persepsi negatif terhadap Wakil-Wakil

Rakyat. Pada masa yang sama, pelabur juga akan yakin kepada pentadbiran kerajaan dalam konteks soal integriti, akauntabiliti, good governance, dengan izin dan juga ketulusan. Dan, usaha ini bukan sesuatu yang baharu, malah banyak negara contohnya Singapura dan Thailand juga mempunyai undang-undang tersendiri untuk memastikan legislators mereka mengisytiharkan harta dan saya percaya dengan usaha ini ia akan mengurangkan salah laku birokrasi, salah guna kuasa, rasuah dan juga conflict interest.

Yang Berhormat Speaker, kita berharap bahawa kerajaan ikhlas dalam membawa rundingan ini. Janganlah anti corruption tool ini ianya digunakan sebagai anti corruption tool dan bukannya political tool ya dalam konteks pengisytiharan harta oleh Wakil-Wakil Rakyat. Dan, keikhlasan kerajaan kita harus lihat dalam konteks sepatutnya pengisytiharan harta ini bermula dengan rakan-rakan EXCO dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar seperti mana yang dikatakan oleh rakan saya tadi. Mereka sepatutnya menunjukkan jalan yang betul, mereka sepatutnya mengisytiharkan harta-harta mereka...

Speaker

EXCO dah...

Dan mereka adalah officers.

Speaker

Yang Berhormat, EXCO dah isytihar...

Tahniahlah kalau EXCO dah buat maknanya. Dan pada masa yang sama kita Wakil-Wakil Rakyat ini, lebih-lebih lagi Wakil-Wakil Rakyat Pembangkang ini, kita hanya menerima elaun, kita tak terima gaji dan ketelusan kita dapat dilihat dalam konteks kita berinteraksi dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Lembaga Hasil Dalam Negeri monitor setiap orang yang mempunyai pendapatan dengan secara mendalam. Dan, satu lagi ialah sepatutnya pengisytiharan harta ni sepatutnya bermula pada awal penggal apabila kita mula menjadi Wakil Rakyat, kita mengangkat sumpah sebagai Wakil-Wakil Rakyat, ketika itulah usaha ini harus dibawa dan supaya kita dapat bezakan pada awal penggal berapa banyak harta kita dan pertengahan penggal berapa pula harta kita, dan bukannya ketika dalam pertengahan penggal ini.

Dan dalam rundingan yang dibentangkan tadi juga tidak jelas apakah mekanisme untuk memantau data-data tersebut dan memang dikatakan ianya akan diberikan kepada Speaker, tetapi apakah mechanism dia kepada Speaker, bagaimana kita boleh rasa yang apa informasi yang disampaikan kepada Speaker, kita bukan tidak mempertikaikan keikhlasan Speaker, tetapi mechanism dia macam mana, di mana Speaker akan menyimpan data-data tersebut dan sebagainya. Dan, adakah kerajaan negeri telah pun mengambil kira konteks Akta, Personal Data Protection Act ini sebelum membawa rundingan ini dan adakah data-data tersebut, akta tersebut telah pun dilihat secara mendalam? Dan, usaha kerajaan mengatakan sekiranya rundingan ini tidak ada, tidak diikuti oleh mana-mana Wakil Rakyat, ia akan dibawa kepada Jawatankuasa Hak dan Asasi. Jadi, ini jelas menunjukkan sama ada dalam konteks perundangan kerajaan negeri boleh berbuat demikian? Sama ada dalam konteks perundangan, is it legally binding, dengan izin untuk memaksa seorang Wakil Rakyat untuk mengatakan you harus meletakkan ataupun mengisytiharkan harta, sekiranya gagal akan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak Asasi dan sebagainya.

Jadi Yang Berhormat Speaker, saya rasa banyak perkara yang tidak jelas menerusi rundingan ini. Saya rasa tak menjadi masalah untuk kita mengisytiharkan masalah, tidak jadi masalah tetapi kita nak security, kita nak melihat kewibawaan kerajaan dalam konteks bahawa kerajaan ikhlas, ada profesionalisme dalam membawa rundingan tersebut. Until dan unless, dengan izin, isu-isu ini tidak diselesaikan, tidak ada penjelasan yang mendalam diberikan, tidak salah sekiranya kerajaan menangguh rundingan ini ya. Menangguh rundingan ini, dah betul-betul ikhlas, bawalah enakmen. Bawa enakmen di mana menerusi enakmen akan mewajibkan semua Wakil Rakyat yang ada di Dewan yang mulia ini, tak kiralah di pihak kerajaan ataupun di pihak pembangkang untuk mengisytiharkan harta. Sekian terima kasih.

Speaker

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rundingan itu, ini dipersetujukan.

Tuan Haji Aminolhuda bin Haji HassanAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi · Parit Yaani

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Dewan ini ditangguhkan.

Tuan Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHPengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia · Kota Iskandar

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Alhamdulillah, selesai sudah Persidangan kali ini ya. Terima kasih diucapkan kepada semua Ahli-Ahli Dewan, ketua-ketua jabatan, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Semoga kita berjumpa di Persidangan akan datang, insya-Allah. Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Persidangan ditangguhkan pada jam 4.58 petang.

Pegawai-Pegawai Bertugas:

Speaker

Jurutulis Cik Hajah Shubanah binti Yusuf, SIJ, PIS.

Penolong Jurutulis Encik Hasnul Atmam bin Othman Puan Farrah Diana binti Mohammad

Ketua Unit Dewan Puan Hajah Asiah binti Moklis, PSI.

Pembantu Penerbitan Puan Malina binti Mohd Nasir Puan Noraisah binti Mohd Yusof Encik Ariff bin Abu Bakar

Pembantu Operasi (Bentara) Encik Razine bin Sulaiman Encik Hamdan bin Markom Encik Norhayadi bin Hussien Encik Muhamad Khirunizam bin Pahmi Encik Mohd Norazri bin Kasim Encik Mohd Sapri bin Manan Encik Muhamad Khairul Asyraf bin Abdullah Encik Muhammad Khairul bin Arop

Setiausaha Pejabat (Pelapor Dewan) Puan Hajah Zalinah binti Ali, PSI. Puan Hajah Saniah binti Kassim Puan Zahiti binti Muhamad Hamdi Puan Azlin binti Bahrin Puan Noor Dalilah binti Dahalan Puan Norazilawati binti Masri Puan Fakhrinnazia binti Fuad Puan Raihanah binti Ismail

Rakaman Encik Nor Risam bin Esa Encik Azizan bin Md. Sidi Encik Khairul Annuar bin Umar Usman

Juruaudio Video Encik Noorazhan bin Mohd Salleh Encik Ismail bin Abu Bakar