Johor · 2 December 2020

14th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 221 turns · 37,386 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.

Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. (Bacaan selawat). Alhamdulillah, kita sudah berada hari yang kelima Mesyuarat Ketiga Belanjawan 2021 Bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Yang Keempat Belas.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Speaker

Yang Berhormat Bukit Batu, jemput.

Tuan Jimmy Puah Wee TsePKR · PHBukit Batu

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 1.

Memandangkan kini kerajaan melaksanakan PKPB, apakah usaha atau cadangan kerajaan untuk membantu mereka yang terpaksa pergi kerja tetapi anak-anak muda tidak dapat dihantar ke taska dan tadika?

Speaker

Yang Berhormat Maharani, jemput.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 2.

Apakah tindakan kerajaan negeri dalam membantu ibu bapa yang terkesan dengan pengumuman mendadak penutupan melibatkan penutupan institusi pengajian tinggi, sekolah, tadika dan taska menyebabkan ibu bapa tidak?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Puan Zaiton binti Haji IsmailUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Sungai Balang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Makmur Johor. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Bukit Batu dan terima kasih Yang Berhormat Maharani.

Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya menjawab bersekali kerana persoalan yang sama berkaitan dengan taska.

Yang Berhormat Tuan Speaker, pihak kerajaan mengambil maklum permasalahan yang dihadapi oleh ibu bapa penjaga yang perlu keluar bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Kerajaan negeri Johor melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membuat perbincangan dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara berkaitan isu ini.

Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Kebajikan Masyarakat bertanggungjawab dengan pengoperasian taska seperti termaktub di bawah peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984. Bagi menangani masalah yang dihadapi oleh ibu bapa penjaga, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia telah mengeluarkan surat edaran kebenaran

pengoperasian taska dan pusat jagaan harian berdaftar bagi kawasan PKPB rujukan MKN/KK/500/0239 Jld. 27(6) bertarikh 9 November 2020. Surat pengoperasian tersebut telah diedarkan kepada semua taska dan pusat jagaan harian yang berdaftar di negeri Johor.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia telah memutuskan supaya taska dan pusat jagaan harian yang menjaga anak-anak ahli keluarga front liners dan ibu bapa yang perlu keluarga bekerja dalam tempoh PKPB adalah dibenarkan beroperasi dengan syarat :

1. Taska hendaklah sah tempoh pendaftaran dengan JKM.

2. Sentiasa mematuhi SOP PKP Pemulihan iaitu garis panduan pencegahan penularan COVID-19 pasca PKP bagi keselamatan warga taska dan sektor penjagaan sosial yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

3. Mendapat kebenaran daripada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri dengan menggunakan borang yang ditetapkan.

4. Surat pengesahan dari majikan ibu bapa atau penjaga untuk bekerja di pejabat atau luar.

Seterusnya, pengusaha taska dan pengendali pusat jagaan harian hendaklah mengisi borang permohonan kebenaran pengoperasian taska dan pusat jagaan berdaftar dalam tempoh PKPB selaras Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke Pejabat Kebajikan Daerah untuk semakan dan mendapatkan ulasan dari Pegawai Kebajikan Daerah. Antara dokumen yang perlu disertakan ialah Sijil Perakuan Pendaftaran Taska, surat pengesahan daripada majikan atau penjaga untuk arahan bekerja di pejabat dan senarai nama kanak-kanak yang akan hadir ke taska disebabkan masalah penjagaan kerana ibu bapa diarahkan untuk bekerja. Borang yang telah disemak akan dihantar ke Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri untuk kelulusan. Di peringkat ibu pejabat JKM Negeri Johor melalui Bahagian Kanak-Kanak dan Bahagian Penguatkuasaan akan menyemak sama ada taska dan pusat jagaan masih dalam tempoh perakuan pendaftaran atau telah tamat tempoh. Sekiranya semua dokumen adalah lengkap dan taska masih sah tempoh pendaftaran, kelulusan adalah mengikut tarikh yang telah dipohon oleh pengusaha taska atau pengendali pusat jagaan atau pada hari berikutnya dari tempoh permohonan.

Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 19 November 2020 iaitu hari terakhir untuk tempoh PKPB, JKM telah meluluskan 168 buah taska yang melibatkan 3,487 orang kanak-kanak dan 105 pusat jagaan harian yang melibatkan 2,098 orang kanak-kanak.

Manakala bagi tadika swasta pula, ia adalah tertakluk kepada bidang kuasa di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Dan saya dimaklumkan pada ketika PKPB, tiada tadika yang beroperasi. Namun pada ketika ini, negeri Johor telah tamat daripada tempoh PKPB kecuali bagi daerah-daerah yang diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negeri. Justeru, Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Negeri Johor di bawah Unit Pendidikan Swasta telah memaklumkan kepada semua pengusaha tadika untuk beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN.

Selain daripada itu untuk makluman Yang Berhormat, bagi taska dan tabika di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat pada ketika ini, hanya taska sahaja yang dibenarkan untuk beroperasi iaitu melibatkan 56 buah taska dan bagi tabika pula, ia tidak beroperasi. Manakala bagi tadika perpaduan, ia adalah tertakluk kepada arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perpaduan Negara. Dan Tadika Agama Johor atau TAJ adalah di bawah seliaan Bahagian Pendidikan Islam Agama Negeri Johor. Terima kasih.

Speaker

Ya, Bukit Batu.

Tuan Jimmy Puah Wee TsePKR · PHBukit Batu

Terima kasih Tuan Speaker. Seperti yang dijawab oleh Yang Berhormat EXCO, salah satu faktor penglibatan kaum wanita dalam sektor tenaga kerja kita ialah kebimbangan mereka, anak-anak mereka tidak dapat dijaga dan kekurangan taska dan tadika di Johor.

Yang Berhormat Tuan Speaker, berdasarkan kepada Jabatan Perangkaan 2019, terdapat hampir 500,000 kaum wanita yang terlibat dalam sektor tenaga kerja di Johor. Tetapi berdasarkan kepada labour force participation rate ataupun kadar penglibatan tenaga kerja di Johor, penglibatan kaum wanita ialah 56.5%. Ini jauh lebih rendah daripada kadar lelaki iaitu 82.6%.

Maka soalan saya yang relevan, bukan sahaja masa PKPB malah pada semua masa, adalah apakah usaha yang telah dibuat oleh kerajaan ini untuk meningkatkan penglibatan kaum wanita dalam sektor tenaga kerja di Johor dan apakah usaha yang bakal dibuat untuk meningkatkan penglibatan mereka? Terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Puan Zaiton binti Haji IsmailUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Sungai Balang

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya rasa soalan ini ialah berkaitan dengan taska. Jadi untuk makluman Yang Berhormat bahawa pekerja, petugas-petugas taska ini ialah berdasarkan kepada permohonan. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker, saya tidak ada data untuk berapa ramai sebab ini adalah berkaitan dengan petugas taska sahaja. Terima kasih.

Speaker

Apa usaha Yang Berhormat? Bukannya bilangan. Apa usaha yang hendak dilaksanakan?

Puan Zaiton binti Haji IsmailUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Sungai Balang

Usaha-usaha yang kita telah buat adalah seperti yang semalam telah saya maklumkan bahawa di bawah YPKDT juga ada terdapat pelbagai program-program yang, apa tu kita telah lakukan dan terpulang kepada mereka-mereka untuk menjalankan khasnya bagi projek-projek penambahan pendapatan. Jadi, saya rasa sekiranya mereka-mereka yang berminat untuk menjalankan projek penambahan pendapatan, saya rasa itu di bawah bidang kuasa saya dan boleh juga mendaftar kepada YPKDT di mana kita boleh menggalakkan lebih banyak lagi usahawan-usahawan tempatan yang ada di negeri Johor. Terima kasih.

Speaker

Maharani jemput.

Terima kasih kepada Tuan Speaker dan EXCO. Jika ditakdirkan PKPB diumumkan kembali di negeri Johor dengan situasi hari ini, apakah tindakan kerajaan negeri untuk memastikan situasi last minute dan kelam kabut tidak berulang setiap kali krisis ini timbul? Apakah tahap kesiapsiagaan kerajaan supaya tidak menambah beban kepada ibu bapa dan anak-anak yang terjejas ini?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Puan Zaiton binti Haji IsmailUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Sungai Balang

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Jawapannya ialah walaupun PKPB akan berulang di masa-masa akan datang, kami masih tetap menunggu arahan daripada pihak Kementerian kebenaran untuk membuka taska sebab ini ialah melibatkan kanak-kanak. Jadi, kita akan

sentiasa bersedia sekiranya mendapat arahan untuk dibuka taska, kita akan terus buka sepertimana yang telah kita lakukan sebelum ini.

Speaker

Soalan seterusnya. Yang Berhormat Parit Raja jemput.

Puan Nor Rashidah binti RamliUMNO · BNParit Raja

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 3.

Mohon dinyatakan inisiatif pihak kerajaan dalam menyelesaikan isu jaringan Internet yang tidak stabil di kawasan luar bandar/pedalaman negeri Johor?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Mazlan bin BujangBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya · Puteri Wangsa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Parit Raja.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa memberi tumpuan kepada penambahbaikan infrastruktur komunikasi melalui penyediaan liputan jalur lebar berkelajuan tinggi dengan menggunakan pelbagai teknologi. Ini adalah untuk membolehkan rakyat di negeri Johor menikmati akses kepada perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi yang lebih menyeluruh terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman negeri Johor.

Di bawah Pelan Jalinan Digital Negara iaitu JENDELA yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 29 Ogos 2020 yang lalu, bagi perkhidmatan jalur lebar mudah alih 4G, sejumlah 185 lokasi baru akan dibina di negeri Johor secara berperingkat. Dari jumlah itu, yang mana sebanyak 66 lokasi baru telah siap setakat bulan Oktober 2020. Manakala sebanyak 2,660 alat pemancar komunikasi sedia ada akan di naik taraf kepada teknologi 4G. Dari jumlah tersebut, sebanyak 2,079 telah siap di naik taraf setakat bulan Oktober 2020. Bagi jalur lebar talian tetap pula sebanyak 417,346 premis di negeri Johor akan disediakan akses kepada perkhidmatan berkelajuan gigabait melalui rangkaian gentian optik sebanyak 39,407 telah disediakan dengan capaian gigabait setakat bulan Oktober 2020. Kesemua inisiatif JENDELA ini akan dilaksanakan secara berperingkat dari tahun 2020 hingga 2022. Walau bagaimanapun, inisiatif pembangunan infrastruktur ini memerlukan kerjasama kepada semua pihak.

Dan untuk makluman Yang Berhormat Speaker dan Ahli-Ahli Dewan, semenjak saya mengambil alih sebagai Pengerusi Jawatankuasa portfolio tersebut, banyak mesyuarat daripada awal lagi, pertemuan-pertemuan, perbincangan dan mesyuarat rasmi diadakan di antara saya dan juga agensi-agensi terutamanya seperti Pejabat Tanah, PBT dan ada juga mesyuarat bersama EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk bantu menyelesaikan isu-isu melibatkan pengambilan balik tanah untuk memastikan projek-projek ini berjalan dengan lancar. Terima kasih.

Speaker

Ya Parit Raja. Soalan tambahan.

Puan Nor Rashidah binti RamliUMNO · BNParit Raja

Terima kasih daripada jawapan Yang Berhormat EXCO. Jadi saya, dalam soalan tambahan ini saya mohon untuk dinyatakan apakah usaha-usaha ataupun langkah-langkah yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri dalam mempertingkatkan capaian Internet ini pada masa yang terdekat khususnya untuk membantu pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM, STPM dan saya difahamkan peperiksaan UPKK dan Darjah Khas juga akan dilaksanakan. Kerana di kawasan kampung-kampung masih lagi terdapat masalah capaian Internet. Terima kasih.

Speaker

Saya ingat Parit Yaani dah ada soal ni benda ni hari tu. Tak apalah, beri sikit.

Tuan Haji Mazlan bin BujangBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya · Puteri Wangsa

Saya sebutkanlah, ada 13 tower yang sedang pembinaan semua di luar bandar. Pertamanya di Kampung Tui, mukim Bukit Kepong Muar. Yang kedua rizab Orang Asli Penan, mukim Sembrong, yang ini lambat sikit sebab ada isu itu hari pasal tanah. Tanah ini milik PERHILITAN dan kita perlukan bawa paper dalam MMK untuk kelulusan pasal punca kuasa dan telah diselesaikan. Insya-Allah telah berjalan dan insya-Allah sebelum akhir tahun ini boleh siap. Seterusnya Kampung Triang Kecil, mukim Triang, daerah Mersing, Johor. Seterusnya Batu 7, dalam Endau, mukim Temerloh daerah Mersing; Ladang Vincent Alyahtama, mukim Ulu Sedili daerah Kota Tinggi; Jalan Lombong, mukim Kota Tinggi, daerah Kota Tinggi; Tanjung Balau Sedili Kechil, daerah Kota Tinggi; Kampung Pecat, Bukit Tanjung Surat, Pengerang; seterusnya Kampung Lin Ting mukim Tanjung Surat, Kota Tinggi. Seterusnya Kampung Nyior, Tanjung Surat, Kota Tinggi; seterusnya Jalan Parit Bugis, Kampung Parit Sulaiman dan seterusnya Jalan Kampung Parit Tasrip, Kampung Haji Ashaari, mukim Ayer Masin, Telok Kerang, Pontian dan terakhir Kampung Buloh Kasap, mukim Sungai Karang, Telok Kerang, Pontian, Johor.

Jadi, itu hari ada jawab pasal inisiatif yang pasal kerajaan persekutuan juga ada pusat-pusat Internet percuma di bawah Kementerian Luar Bandar ada 86 pusat yang ada. Dan, di samping itu juga kita ada Program Johor Free Wifi Fasa 1 yang melibatkan RM12.4 juta; Fasa 2, RM8.9 juta dan seterusnya Johor WIFI 2.0 bajetnya yang baru diumum oleh Yang Amat Berhormat iaitu selama 5 tahun, 2021-2025 sebanyak RM20 juta membantu rakyat mendapatkan liputan secara percuma. Terima kasih.

Speaker

Makin serak ya suara YB.

Tuan Haji Mazlan bin BujangBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya · Puteri Wangsa

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Kota Iskandar, jemput.

Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKota Iskandar

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa dalam pembinaan infrastruktur telekomunikasi negeri Johor, 2 syarikat telah dilantik untuk membina infrastruktur sama ada menara landed ataupun roof top dan semasa kita sebut tadi, Yang Berhormat EXCO sebut tentang JENDELA ataupun dulu dikenali sebagai NSCP Fasa 2, di mana melibatkan pembinaan begitu banyak menara sama ada landed atau roof top yang saya sebutkan tadi. Dan, since land is the state matter, dengan izin, maka semasa kerajaan Pakatan Harapan, kita mewujudkan 2 jawatankuasa disebut Jawatankuasa Induk Infrastruktur Telekomunikasi Negeri Johor dan juga Majlis Komunikasi dan Multimedia Negeri Johor. Di antara peranannya adalah untuk pemudah cara dan synchronize menyelaraskan di antara 2 syarikat konsesi yang dilantik secara berkontrak dengan juga pelaksanaan NSCP ataupun sekarang ini dikenali sebagai JENDELA kerana selain daripada membina infrastruktur, kita juga perlu mengambil kira kejayaan JENDELA ini dari segi bayaran-bayaran yang dikenakan oleh syarikat-syarikat konsesi yang telah dilantik oleh pihak kerajaan sebelum daripada ini. Soalan saya apakah mekanisme setakat ini untuk menyelaras 2 syarikat konsesi ini bagi memastikan mereka memberi kerjasama kepada kerajaan negeri dalam memastikan bahawa matlamat untuk mencapai coverage Internet maksimum pada 2030 sebagaimana dinyatakan oleh NSCP dan juga JENDELA dapat direalisasikan.

Speaker

Jemput Yang Berhormat, soalan bekas EXCO Yang Berhormat.

Tuan Haji Mazlan bin BujangBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya · Puteri Wangsa

Terima kasih Yang Berhormat Iskandar Puteri. Saya Yang Berhormat Speaker, sebenarnya nak menjawab...

Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKota Iskandar

Speaker, saya rasa dah dua kali disebut, kalau Iskandar Puteri, saya di Parlimen. Saya Kota Iskandar.

Tuan Haji Mazlan bin BujangBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya · Puteri Wangsa

Ops, minta maaf. Kota Iskandar.

Speaker

Kota Iskandar. Macam nak pergi Parlimen Yang Berhormat.

Tuan Haji Mazlan bin BujangBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya · Puteri Wangsa

Nak menjawab soalan ini adalah soalan punca kuasa Yang Berhormat Speaker. Sebenarnya, kita di Johor ini kita dah tubuhkan Majlis Digital Johor yang dipengerusikan, diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jadi, tentang Johor ini kita hanya boleh membantu dan memberi nasihat. Segala keputusan melibatkan rate, melibatkan kontrak dan sebagainya adalah bidang kuasa kerajaan persekutuan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Jadi kita tak ada kuasa untuk menentu rate dan juga kontrak. Dan, untuk pengetahuan juga sebenarnya baru ini dibuka untuk, dulu yang kita panggil NSCP yang kita cakap 13 tower tu adalah Fasa 1 eh, Yang Berhormat eh. Jadi, yang Fasa 2 ni sebenarnya baru kontrak dibuka 2 minggu lepas dan belum ada keputusan lagi untuk siapa yang dilantik, kontraktor Telco yang dilantik dan sebagainya. Dan, kita di negeri tak ada kuasa menentukan rate dan sebagainya. Tapi kita berhak memberi panduan atau juga kata orang ni menegur atau memberi pandangan kepada pihak kementerian. Terima kasih.

Speaker

Soalan yang seterusnya Yang Berhormat Sri Medan, jemput.

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 4.

Seperti yang kita sedia maklum rumah adalah keperluan bagi penduduk di negeri Johor. Berapa jumlah rumah mampu milik di negeri Johor yang telah siap dibina bagi tahun 2020 dan adakah ianya mampu untuk menampung keperluan permintaan rakyat untuk memiliki rumah di negeri ini?

Speaker

Jemput YB EXCO. 5 minit.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Makmur Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Medan. Soalannya, berapa unit rumah RMBJ siap pada tahun 2020? Kedua, cukup tak menampung keperluan permintaan? Hari ini saya ikut jalan bandaran, Yang Berhormat Tuan Speaker.

Berdasarkan perancangan 2020 kita sasarkan sebanyak 5,157 unit. Sasaran ini berdasarkan 70% rumah kerja-kerja dibina di tapak. Maksudnya kita masukkan 5,157 kerja-kerja yang telah siap 70%, dalam pembinaan 70%. Cabaran pandemik COVID-19 pada tahun 2020 ni Yang Berhormat, hanya 2,948 unit yang siap. Saya bacakan mengikut daerah. Johor Bahru, 1,805 unit; Kulai, 670; Muar, 58; Batu Pahat, 98; Kluang ada 231; Segamat, 36; Tangkak, 50. Jumlah 2,948. Daripada jumlah yang siap sehingga 2020, 24,427 maknanya mewakili 12.07%. Saya boleh bacakan juga dari segi pecahan dan jenis dan juga nama projek tapi mengambil masa yang panjang. Saya akan serahkan kepada Yang Berhormat Sri Medan secara bertulis untuk pengetahuan Yang Berhormat.

Soalan kedua cukup atau tidak, Yang Berhormat. Jumlah permintaan bagi Rumah Mampu Biaya ini bagi M40 dan B40 terlalu tinggi. Saya beri contoh berdasarkan undian yang kita jalankan secara FB Live untuk satu contoh di Taman Genting Indahpura, Iris Z40 Kulai, unit yang ditawarkan 135, harga RM150,000.00, jenis rumah townhouse. Keseluruhan permohonan, 3,946; yang melepasi syaratnya ialah 441 unitnya 135, layak 441.

Satu lagi contoh Yang Berhormat, sikit je ialah rumah Taman Perbadanan Stulang Baru. Harga RM80,000.00, jenis rumah strata, unit rumah yang ditawarkan 69 tetapi permohonan 3,538 yang melepasi syarat ialah 631. Unit ditawarkan 69. Jadi jumlah permintaannya terlalu tinggi. Jadi kita bercadang nak memperkukuhkan dan memantapkan pendekatan dan olahan baru bagi nak mempastikan 149,000 ni rumah mampu biaya yang dah dipersetujui, diluluskan disiapkan oleh pemaju. Sebab Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam pembentangan Bajet 2021 ada menyebut, ada peruntukan sebanyak RM310 juta dan kita jalankan kempen transisi. Dalam masa yang sama kita nak juga RMBJ, Rumah Mampu Biaya dibina selari dengan projek perumahan yang lain Yang Berhormat.

Dan, akhir sekali, sebagai insentif bagi mereka yang berjaya dan memasuk ke rumah, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam pembentangan bajet, dia setuju untuk memberikan baucar RM3,000.00. Itu kalau nak kira wang pendahuluan pun Yang Berhormat dah lebih mencukupi. Itu kalau memenuhi jawapan, sebab hari ini saya ikut jalan bandaran Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Selalu jalan apa Yang Berhormat? (Dewan ketawa). Sri Medan, jemput.

Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada rakan saya Yang Berhormat EXCO yang telah menjawab soalan saya sebentar tadi. Yang Berhormat Speaker, soal Rumah Mampu Biaya atau Rumah Mampu Milik di negeri Johor ini sebenarnya kita telah digembar-gemburkan daripada 3 atau 5 tahun yang lalu. Ada pernah katakan RM60,000.00 untuk dibina, ada RM100,000.00 kan? Jadi, kita tak perlulah untuk mengimbau perkara-perkara yang lepas, kan? Jadi apa yang saya ingin katakan di sini, saya amat yakin dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga di bawah Yang Berhormat EXCO yang mengerakkan pembinaan Rumah Mampu Biaya atau Rumah Mampu Milik ini. Tadi Yang Berhormat EXCO ada menyebut faktor yang mungkin mengekang daripada merancakkan pembinaan Rumah Mampu Biaya dan Rumah Mampu Milik adalah sebab ekonomi, yang disebabkan oleh COVID-19. Dan, kita akui daripada kekangan ini mungkin faktornya adalah pekerja-pekerja asing yang mungkin tak dapat untuk balik semula ke dalam negara kita.

Speaker

Soalan.

Dengan, ok baru nak masuk soalan Yang Berhormat Speaker. Jumlah belia kalau ikut daripada data terkini, 1.6 juta. Kalau kata belia kahwin antara mereka ini jadi tinggal 800,000. Kalau kata soalnya kita perlukan 30% daripada jumlah mereka yang ada untuk 5 atau 10 tahun akan datang, 480,000 unit diperlukan untuk memenuhi permintaan mereka. Jadi bagaimana dalam keadaan hari ini dengan ekonomi yang merudum, dengan pekerja asing yang tak ada, adakah pihak kerajaan mengambil perkiraan itu untuk menyusun semula berapa jumlah yang perlu dibina untuk 5 tahun yang akan datang dalam menggunakan data-data yang logik dan boleh diterima akal. Kerana, kita tak nak dengar Yang Berhormat Speaker kan, sebut tapi disebut oleh Yang Berhormat EXCO tadi 3,000 lebih yang dijangka nak dibina baru 100 lebih siap. Jadi ini sebenarnya akan menyebabkan kita sentiasa dalam keadaan retorik untuk kita war-warkan kepada pihak luar. Sekian, terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan tadi berkaitan dengan perancangan yang realistik dengan pendekatan yang praktikal. Kita selalu dimaklumkan tentang projek 100,000 unit Rumah Mampu Biaya yang dibina. Tapi, bila kita lihat pencapaiannya daripada 2014 hingga 2020 hanya mampu dibina 24,000 sahaja. Sebab itu saya setuju pandangan Sri Medan, kita tak payah gembar-gemburkan tentang target kita yang besar tapi pencapaian kita yang terlalu rendah. Itu sebab, seperti yang saya maklumkan tadi, dalam tempoh 5 tahun ini, harapan kitalah melalui pendekatan kita bukan setakat dasar sahaja tetapi ialah kita perbincangan kita dengan pemaju. Sebab yang nak buat rumah ni ialah pemaju. Kita hanya meletakkan dasar tetapi pemaju yang akan bina. Tapi kalau ada kelonggaran-kelonggaran yang boleh kita berikan kepada pemaju, saya yakin selepas saya berbincang dengan pimpinan REHDA negeri Johor, mereka bersetuju. Contohnya Yang Berhormat, pelepasan unit penalti yang dikenakan RM40,000.00. terlalu berat. Di Johor Bahru tak boleh dikenakan sama dengan jumlah di kawasan Tangkak atau kawasan Ledang. Yang itu kita sedang fikirkan. Kalau jumlah RM40,000.00 di Johor Bahru sama dengan Tangkak, Mersing, Ledang agak tak praktikal perkara ni Yang Berhormat. Jadi, pada saya, saya nak tegaskan dalam Dewan ini, saya tak berani nak sebut 100,000. Kalau pencapaian kita saya jangka pada paras dalam tempoh 5 tahun ini kalau dapat 50,000 pun saya rasa satu pencapaian yang cukup baiklah. Tetapi dalam masa 5 tahun ni kita mencari, cuba mendapatkan kaedah-kaedah baru, bagaimana kita boleh capai angka 50,000 ini ataupun lebih. Belia tadi saya ingat yang kita sebutkan tadi kalau jumlah 480,000 tu Yang Berhormat Sri Medan sebut tu satu lagi angka yang cukup membimbangkan kita, keperluan rumah yang perlu disediakan oleh mereka. Jadi, saya akan melihat angka itu balik dan keperluannya akan saya sesuaikan dengan keadaan semasa Yang Berhormat. Kalau itu menjawab soalanlah, kalau tak nanti saya akan bincang balik Yang Berhormat Sri Medan.

Speaker

Ok, Kota Iskandar.

Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKota Iskandar

Ok, terima kasih Yang Berhormat Speaker, mula-mula dia tak nak bangun, dengar dia sebut seratus ribu-seratus ribu itu, terpanggil juga untuk buat penjelasan. Dalam kita merancang...

Speaker

Bukan penjelasan Yang Berhormat, soalan.

Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKota Iskandar

Inilah soalan dia. Gold is direction, itu sahajalah. Sebenarnya Yang Berhormat Tuan Speaker, kita ada tiga isu utama dalam menyediakan Rumah Mampu Biaya. Pertamanya supply, penawaran, keduanya adalah distribution, pengagihan dan ketiganya adalah financing, pembiayaan. Itu sebabnya EXCO yang lama dahulu, dia spent dia menggunakan sebahagian besar masa untuk memastikan penawaran yang utama mengikut sejarah negeri Johor adalah disediakan Rumah Mampu Biaya disediakan oleh pihak pemaju perumahan. Mengikut dasar 40% daripada rumah dibina merupakan kuota dan Rumah Mampu Biaya. Sebab apa dalam sejarah kita ada taskforce perumahan, seratus lebih rumah tidak dibina sebab kelemahannya berada dalam Dasar Perumahan Rakyat Johor. Itu sebabnya dalam kerajaan Pakatan Harapan, dasar yang baharu yang telah dikemas kini dan dibuat penambahbaikan dilancarkan pada 1 April 2019 dan saya minta kerajaan yang sedia ada untuk melaksanakan dan buat pemantauan supaya pemaju strictly follow, dengan izin apa pindaan yang telah kita buat. Di antaranya

Speaker

1. Tiada Kebenaran Merancang diberikan kepada pemaju perumahan di peringkat OSC, di peringkat Kerajaan Tempatan. Sekiranya penyerahan ataupun submission itu, jumlah Rumah Mampu Biaya tidak mencukupi. That means straightaway kita tolak.

2. Kalau berlaku kes swap, pemaju dia tak nak bina contoh di Leisure Farm, dia tak nak bina di sana, bina di tempat lain, kita benarkan tetapi dalam kawasan PBT yang sama

dan kos yang perlu ditanggung adalah actual cost. Sebab 42,000 Rumah Mampu Biaya actual cost dia adalah RM80,000.00. Kalau kita kenakan denda RM40,000.00, RM40,000.00 lagi siapa nak tanggung? Tidak akan kerajaan negeri, sebab dia mesti ada konsep cross subsidy yang kita sebutkan selama ini.

3. Rumah Mampu Biaya yang saya masih ingat tidak akan dibina oleh pemaju di fasa yang terakhir. Itu sebabnya, kita melaksanakan penambahbaikan kepada Dasar Perumahan Rakyat Johor itu.

Speaker

Soalan Yang Berhormat, soalan.

Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKota Iskandar

Soalan dia, yang kedua ini tentang pengagihan. Itu sebab dulu banyak Rumah Mampu Biaya siap tetapi tidak sampai kepada kumpulan sasaran disebabkan kuota menegak kerajaan diagihkan oleh parti-parti politik Barisan Nasional pada masa tersebut. Saya masuk EXCO lama bulan Jun, kita mansuhkan kuota KMK bagi make sure setiap unit Rumah Mampu Biaya itu sampai kepada kumpulan sasaran mereka. Bukan kepada ahli-ahli politik yang...

Speaker

Soalannya Yang Berhormat.

Yang Berhormat Speaker, Peraturan 46.

Speaker

Soalan-soalan Yang Berhormat.

Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKota Iskandar

Soalan dia, bagaimanakah kerajaan sekarang hendak memastikan proses penambahbaikan dalam Dasar Perumahan Rakyat Johor yang telah dilancarkan pada 1 April yang disebutkan tadi dibuat pemantauan dan dipatuhi oleh pihak pemaju perumahan? Sekian.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Terima kasih Yang Berhormat Kota Iskandar, saya setujulah Yang Berhormat, apa pun kerja yang kita hendak buat ialah pemantauan tetapi melihat angka 2018, 2019, tidak ada satu pun projek perumahan yang take off during that time Yang Berhormat Tuan Speaker. Tidak ada pekerja pecah tanah tetapi saya tak naklah menyalahkan mana-mana pihak. Sebab itu pemantauan itu perlu dan angka ini Yang Berhormat berdasarkan taskforce yang mengemukakan kepada kita. Kalau projek itu dapat 70%, itu kita kira perancangan. Saya setujulah apa yang dicadangkan dan saya tak nak menegaskan ataupun memberi keputusan ataupun memberikan jawapan yang retorik, sebab itu pendekatan kita, kita lebih praktikal. Saya sebutkan dalam ucapan yang lepas, dasar yang dibuat oleh Kerajaan PH yang lepas, kita ambil. Kita tak pernah gugurkan, malah Rumah Mampu Biaya pun kita tak tolak, Yang Berhormat Kota Iskandar. Dulu Rumah Mampu Milik tukar Rumah Mampu Biaya, kan? Skim, kuota KMK kan? Ini kalau saya nak cerita panjang lagi cerita. Ada juga rakan-rakan Yang Berhormat dulu dalam Pakatan Harapan bertanya, mana rumahnya? Siapa yang bagi? Tetapi tak eloklah untuk kita bercakap dalam Dewan ini Yang Berhormat. Saya rasakan yang terbaik ialah kita jalankan kerja yang ada dan Insya-Allah kita cuba usahakan berdasarkan cadangan Bajet 2021, Peruntukan 310 menggunakan kekuatan sumber tanah kerajaan negeri yang ada melalui GLC, menggunakan kekuatan sumber yang ada melalui pihak swasta tetapi kita kena berbincang juga dengan pihak swasta. Kita fahamlah maknanya pihak swasta ini kena masuk KM dia, bukan setakat projek biasa, projek Rumah Mampu Biaya pun mereka kena sekalikan seperti yang ditegaskan oleh Yang Berhormat. Begitu juga bila sesi hendak diluluskan, pihak PBT pun sama perlu masukkan

permohonan tersebut sekali arung. Maksudnya, kalau nak lulus projek yang lain, projek Rumah Mampu Biaya pun kita nak bersama kelulusannya. Itu jawapan Yang Berhormat.

Speaker

Soalan seterusnya Yang Berhormat Kota Iskandar, jemput.

Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKota Iskandar

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 5.

Apakah strategi kerajaan bagi memastikan Johor masih menjadi destinasi pelaburan utama dalam keadaan ekonomi meleset ekoran pandemik COVID-19 dengan kadar pengangguran yang tinggi serta kadar pertumbuhan ekonomi yang menguncup?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Datuk Mohd. Izhar bin AhmadBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia · Larkin

Bismillahirrahmanirahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Iskandar yang telah mengutarakan satu soalan, tiga dalam satu yang saya memerlukan sedikit masa untuk mengambil kesempatan berkongsi agar soalan ini tidak berlegar lagi, tidak berpusing untuk dua kali, tiga kali. Jadi biarlah saya mulakan.

Kerajaan negeri telah mengatur beberapa langkah bagi menambah nilai pelaburan di negeri ini dengan mengambil kira kesan pandemik COVID-19 terhadap pembangunan ekonomi negeri Johor. Juga, kerajaan negeri telah membentangkan sebanyak 7 ikhtiar besar yang lebih dikenali sebagai 7 Ikhtiar Makmur Johor sebagai langkah keluar dari belenggu COVID-19. Selain dari itu, kerajaan negeri juga sentiasa berbincang dengan kerajaan persekutuan bagi mencari jalan penyelesaian dalam membuka pintu sempadan Johor – Singapura bagi merancakkan kembali aktiviti-aktiviti ekonomi dan pelaburan kepentingan kedua-dua belah pihak negara.

Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya kongsi antara pelan perancangan dan inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi menangani permasalahan dan seterusnya meningkatkan pelaburan negeri Johor pada masa akan datang khususnya pasca COVID-19.

1. Ibrahim Johor Economic Council (IJEC). Negeri Johor menjadi negeri pertama yang berjaya mewujudkan majlis ekonominya sendiri bagi menangani masalah pendapatan negeri. Majlis ekonomi yang digelar Ibrahim Johor Economic Council itu menggunakan terma berdaya tahan demi kemakmuran. IJEC berperanan untuk penyelesaian jangka pendek, sederhana dan panjang untuk ekonomi negeri Johor. Majlis ekonomi ini juga akan mengesyorkan penyelesaian kepada permasalahan yang ada seperti usaha mencipta pekerjaan baharu serta bagaimana Johor dapat mengambil peluang daripada krisis atau perang dagangan di antara China dan Amerika Syarikat. Saranan dari Majlis Ekonomi berkenaan diterjemahkan kepada dasar dan hala tuju ekonomi negeri pada masa akan datang.

2. Pelan Induk Pelaburan Negeri Johor Tahun 2020 hingga tahun 2030. Kerajaan telah merangka dan akan menerbitkan Pelan Pelaburan Negeri Johor 2030 bagi menetapkan hala tuju pelaburan negeri Johor bagi tempoh masa 10 tahun. Pelan ini akan menjadi sumber rujukan bagi mengenal pasti serta merancang langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi memudahkan usaha menarik pelabur ke negeri Johor. Masih mengekalkan prinsip 3H sebagai sektor sasaran iaitu Halal, High Impact, High Tech dan pelan ini telah ditambah nilai dengan elemen emerging technology dan juga industri kreatif.

3. Pembangunan Segi tiga Singapura, Johor dan Kepulauan Riau (SIJORI). Inisiatif SIJORI Capri dilihat sebagai rangsangan untuk mendorong perkembangan kerja sama ekonomi lain yang ada terutama di kalangan anggota negara-negara ASEAN dan selain dari itu, segi tiga pertumbuhan juga penting dalam mengimbangi halangan yang biasanya menghalang kerjasama ekonomi di antara negara anggota-anggota dan membantu negara anggota untuk memanfaatkan kelebihan perbandingan mereka dengan lebih baik. Kejayaan SIJORI Growth Triangle dilihat sebagai satu rangsangan kepada pembentukan segi tiga pertumbuhan ekonomi di rantau ini. Ianya hasil sokongan serta komitmen yang tinggi dari agensi kerajaan mahupun swasta. Kejayaan utama usaha sama strategi yang baik dari pihak kerajaan dan swasta dapat membantu mempercepatkan pencapaian keduanya, pembangunan ekonomi juga integrasi wilayah negara yang terlibat. Usaha ini dilihat dapat memberi kelebihan kepada negeri Johor dan juga negara serantau dalam usaha menarik pelabur asing susulan krisis perdagangan di antara China dan Amerika Syarikat.

4. Johor Economic Tourism & Cultural Office (JETCO). Penubuhan JETCO di Republik Singapura merupakan salah satu daripada 7 Ikhtiar Makmur Johor yang diumumkan pada Jun lepas oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. JETCO akan bergiat aktif dalam usaha membawa masuk pelaburan, mempromosi sektor pelancongan dan kebudayaan dan khususnya di antara Johor dan Singapore. JETCO Singapura turut berperanan menjalinkan kerjasama baik dengan kementerian dan agensi kerajaan pusat serta kerajaan negeri Johor dalam usaha menjaga kebajikan rakyat Johor di Singapura. Kerajaan persekutuan telah pun meluluskan penubuhan Johor Economic Tourism & Cultural Office di Singapura pada 21 Oktober 2020 yang lalu.

5. Memperkasakan Jawatankuasa Induk Pelaburan Negeri Johor (JIC). Jawatankuasa Induk Pelaburan Negeri Johor akan diperkasakan dengan penubuhan jawatankuasa-jawatankuasa kecil bagi tujuan penambahbaikan struktur organisasi selain dapat meningkatkan lagi produktiviti dengan pelaksanaan yang lebih efisien dalam usaha menarik pelaburan baharu dan seterusnya memelihara pelaburan yang sedia ada. Jawatankuasa tersebut akan berperanan sebagai focal point dan mengenal pasti, merancang dan melaksanakan usaha-usaha pra pelaburan, promosi pelaburan dan pasca pelaburan.

6. Seterusnya sesi engagement bersama Dewan Majlis Perniagaan Asing. Secara fizikal, sesi inter chamber town hall atau roundtable bersama dewan dan majlis perniagaan dewan negara luar yang berada di negeri Johor telah pun diadakan. Sebagai contoh, Johor Briefing and Inter Chamber Networking yang telah diadakan di Fraser Place Puteri Harbour pada 24 Ogos 2020 yang telah disertai oleh Malaysian Dutch Business Council, American Malaysian Chambers of Commerce, British Malaysian Chambers of Commerce, The Malaysian French Chambers of Commerce & Industry, Malaysian Business Council, Malaysian German Chambers of Commerce & Industry (MGCC)dan lain-lain lagi. Secara virtual dan maya sesi webinar bersama prospek pelabur serta wakil daripada beberapa negara sekitar rantau ASIA juga telah dilakukan secara aktif sepanjang tempoh pelaksanaan PKP dan penutupan sempadan antara bangsa. Usaha gigih ini dilihat memberi hasil yang positif dan memberangsangkan. Ianya dapat dizahirkan dengan nilai pelaburan yang sedang diusahakan yang berjumlah RM4.56 bilion.

7. Johor Innovation Alliance (JIA). Usaha sama strategik dan kerja sama pintar di antara agensi kerajaan dan juga swasta dan GLC antaranya adalah IRDA, IIB, IIDV, Educity, Collaborative Research in Engineering, Science & Technology Centre (CRES), Federation of Malaysia Manufacturers dan lain-lain lagi. JIA akan berperanan dalam mengenal pasti, merancang dan seterusnya melaksanakan usaha-usaha kerajaan

negeri untuk menerokai sektor teknologi baharu yang berpotensi serta memberi manfaat kepada kemakmuran ekonomi serta pembangunan modal insan negeri Johor.

Speaker

Ringkaskan Yang Berhormat.

Datuk Mohd. Izhar bin AhmadBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia · Larkin

Ianya menyokong ke arah Revolusi Industri 4.0. JIA juga akan membuat kajian serta melaksanakan usaha-usaha R&D dan inovasi serta teknologi yang berkaitan usaha melahirkan lebih ramai tenaga mahir. Usahawan teknologi dan seterusnya produk masa ke hadapan iaitu Made in Johor akan diperkenalkan dan juga penting di sini penerokaan teknologi Big Data dan Block Chain adalah hab bagi industri Block Chain. Ia ditubuhkan sebagai platform koordinasi rasional yang pertama bagi tujuan inovasi dan memanfaatkan kelebihan teknologi block chain dan lagi satu yang baru-baru ini, KIDEX (Kulai Iskandar Data Exchange) ini penting untuk kita semua tahu.

KIDEX adalah komponen pembangunan yang menampilkan industri perniagaan dan kediaman yang dibina dengan ekosistem yang mengikut tren semasa dalam teknologi digital bagi menyokong industri-industri 4.0. Ianya di bawah sokongan penuh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia serta Pihak Berkuasa Siber dan Digital Malaysia.

KIDEX akan menjadi pemangkin pertumbuhan industri data dan menjadikan Sedenak sebagai Pusat Data Serantau pada masa depan. KIDEX dijangka dapat menarik pelaburan RM17.5 bilion dan setelahnya ia mula beroperasi pada suku tahun pertama 2021. Projek ini dijangka akan menawarkan 1,600 peluang pekerjaan dan merangkumi pekerjaan yang mahir serta pekerja-pekerja separa mahir dalam teknologi maklumat bagi menyokong pengoperasian pusat ini; dan

8. Usaha yang telah dilakukan pembukaan sempadan Johor dan Singapura. Kerajaan negeri ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan persekutuan terutamanya Kementerian Dalam Negeri yang memberikan kerjasama yang amat baik dalam usaha keras dalam memastikan usaha pembukaan sempadan Johor – Singapura dapat direalisasikan. Pembukaan sempadan tersebut yang dibuka secara rasmi pada 17 Ogos yang lalu hanya membenarkan mereka keluar masuk membabitkan kemudahan skim laluan hijau timbal balik iaitu RGL dan peraturan ulang baliknya berkala iaitu PCA.

Speaker

Boleh ringkaskan Yang Berhormat? Ada yang berulang.

Datuk Mohd. Izhar bin AhmadBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia · Larkin

Yang Berhormat Tuan Speaker, secara keseluruhannya, usaha-usaha yang komprehensif adalah diperlukan untuk kita memastikan penstrukturan semula ekosistem pelaburan dan ekonomi di negeri ini. Ianya kita dapat laksanakan dan kita jayakan walaupun inisiatif berpandukan dasar dan perancangan ini dipacu oleh pihak kerajaan, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amatlah diperlukan dalam usaha mengembalikan kemakmuran dan kesejahteraan negeri Johor yang dicintai. Terima kasih.

Speaker

Saya beri pandangan, beberapa perkara yang disebut itu benda yang berulang Yang Amat Berhormat Menteri Besar dah sebut, macam JETCO dan sebagainya. Lain kali benda itu diringkaskan bagi memudahkan dan bagi mengurangkan masa. OK Jementah.

Tuan Tan Chen ChoonDAP · PHJementah

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO berkenaan dengan jawapan yang diberikan. Kalau kita tengok kadar pengangguran pada bulan Januari awal tahun ini ialah 511,700 iaitu pada kadar 3.2%. Dan pada bulan 8 Ogos, ia telah meningkat ke 741,600 iaitu pada kadar 4.7%. Apa yang

saya lihat, jawapan daripada YB EXCO memang itu semua usaha tetapi mungkin terlepas pandang satu lagi bidang yang saya fikir amat penting iaitu renewable energy, tenaga yang boleh diperbaharui, bidang tenaga yang boleh diperbaharui.

Saya masih ingat lagi semasa pentadbiran Pakatan Harapan, kita mempunyai target untuk meningkatkan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui ke peratusan 20% pada tahun 2025. Dan di mana, menurut kajian yang kita dapati ialah dia boleh mendapat pelaburan sebanyak RM33 bilion dan boleh menghasilkan 50,000 pekerjaan yang baharu. Saya mengongsi sedikit...

Speaker

Soalan Yang Berhormat, soalan..

Tuan Tan Chen ChoonDAP · PHJementah

Saya perlu beri sedikit latar belakang, ulasan.

OK kita tengok renewable energy kalau kita bandingkan pekerjaan yang boleh dijanakan, last scale solar kalau berbanding dengan arang batu dan gas yang kita gunakan sekarang untuk menghasilkan elektrik, last scale solar 12.33%, roof top solar 32.86%, bio max 25.11%, biogas 27.38%, waste to energy 25%, sedangkan arang batu hanya 11.34% dan gas 1.44%

Speaker

Soalan Yang Berhormat, soalan.

Tuan Tan Chen ChoonDAP · PHJementah

Dan salah satu apa ni renewable energy yang sangat penting ialah roof top solar. Di Malaysia sahaja kita ada, saya bagi sedikit statistik...

Speaker

Tak perlu, tak perlu Yang Berhormat. Soalannya soalan...

Tuan Tan Chen ChoonDAP · PHJementah

3.2 property...

Speaker

Nanti soalan... soalan Yang Berhormat... Nanti itu penggulungan Yang Berhormat.

Tuan Tan Chen ChoonDAP · PHJementah

Sedikit lagi Yang Berhormat Speaker, sebab ini sangat penting. Commercial lock kita ada 400,000, terrace factory kita ada 90,000, stand alone factory kita ada 21,000 dan shopping complex, kita ada 1,000 shopping complex di seluruh negara. Roof top solar memang satu potensi yang sangat besar.

So, persoalannya ialah bila saya ucap dalam belanjawan saya, saya kata dalam kita menghadapi norma yang baharu ini oleh kerana pandemik COVID-19, kita mesti ada perubahan minda. Perubahan minda sangat penting. So, soalan saya ialah apakah kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat dan juga Yang Berhormat EXCO ada sebarang pelaksanaan atau pendekatan polisi dalam kita menerokai bidang tenaga yang boleh diperbaharui, renewable energy. Saya mohon jawapan.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Datuk Mohd. Izhar bin AhmadBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia · Larkin

Terima kasih YB Jementah. Kita selalu melihat kepada pekerja-pekerja tempatan yang dibuang, pernah tak kita terfikir lambakan pekerja-pekerja asing, yang tengah berlambak yang tak ada kerja sekarang ini? Itu pun satu masalah juga, yang patut kita address, patut kita santuni.

Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah pekerja asing bukan saya nak trigger Dewan di sini, berjumlah 250,000 lebih di Johor yang mana melibatkan sektor pembinaan, pembuatan, perkhidmatan, perkilangan dan perladangan. Dan kita kena, semalam saya telah sentuh.

Maknanya kita kena selamatkan, peliharakan industri player ini agar mereka segar untuk tidak membagi kita masalah, macam mana kita nak mengurus pekerja-pekerja asing. Jadi kita boleh fokus kepada pekerja-pekerja tempatan.

OK menjawab daripada soalan Jementah tadi, ok tentang statistik pengangguran saya dah beri tadi saya tak nak ulang lagi. Itu, bagaimana cadangan tadi sektor-sektor yang kita perlu beri perhatian. Itu memang betul. Sebab itu kita cakap dalam jawapan saya semalam, dalam program up-skilling, re-skilling and multi-skilling. Kita bila nak cari peluang pekerjaan itu, pertama sekali kita kena determine industry player yang berkemampuan untuk menampung mereka-mereka ini semua. Jika tidak, walau benda itu baik pun kita tak dapat usahakan.

Peluang pekerjaan hasil dari pelaburan juga telah memberi sebanyak 10,167 peluang pekerjaan yang telah dijanakan dari hasil pelaburan negeri Johor dalam tahun 2020. Iskandar Malaysia telah mewujudkan sejumlah 798,000 peluang pekerjaan dan dengan 15% daripada jenis pekerjaan melibatkan tenaga kerja mahir dan profesional dalam, dan 16% pula tenaga kerja separuh mahir.

Ini adalah merangkumi 9 sektor ekonomi Iskandar Malaysia iaitu kreatif, pendidikan, kesihatan, logistik, pelancongan, kewangan, petro, oleo dan elektrikal, elektronik dan agro, juga pemproses makanan. Sektor elektrikal dan elektronik masih merupakan sektor yang menawarkan peluang pekerjaan yang terbesar sebanyak 51%. Ini yang saya cakap tadi, kita kena match kan dia dengan industri yang ada, dan keperluan dan kemahiran yang diperlukan, barulah kita dapat boleh membuka dan memikirkan sesuatu yang baharu untuk kita tambah baik. Terima kasih.

Speaker

Ya, Kota Iskandar. Jemput.

Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKota Iskandar

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih EXCO yang di atas jawapan yang diberikan.

Soalan saya daripada 8 strategi disebutkan tadi, sejauh manakah 8 strategi ini telah berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan dan saya pun kebetulan tidak nampak dinyatakan sasaran, berapakah sasaran FDI kita untuk tahun 2020 dan juga mungkin untuk 2021. Kerana kalau ikut statistik daripada pusat, 2018 kita ada 24 bilion, 2019 saya difahamkan kenyataan EXCO semalam 6.5 bilion dan untuk 2020 dan 2021, kita tidak ada sasaran yang dinyatakan. Jadi soalan saya, sejauh manakah 8 strategi tadi dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan? Kalau tidak nanti dia akan jadi retorik balik semulalah.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Datuk Mohd. Izhar bin AhmadBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia · Larkin

Soalan ini juga saya telah kongsikan semalam, iaitu 5.4 bilion yang telah kita telah dah dipersetujui iaitu committed investment dan baki 4,000 itu adalah baki yang dalam proses untuk kita merealisasikan dan kita berharap PKP ataupun gelombang yang ketiga tidak akan berlaku, jadi apa yang kita rancang, kita dapat teruskan. Mengikut apa inisiatif di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam Ikhtiar Makmur Johor, apa yang kita rancangkan bergerak very positive dan kita boleh rasakan pencapaian itu akan dapat kita realisasikan. Insya-Allah. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya Yang Berhormat Kemelah. Jemput.

Dr. Sulaiman bin Mohd. NorAMANAH · PHKemelah

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 6.

Berapakah bilangan lembu dan kambing ternakan dihasil oleh negeri Johor serta berikan unjuran kerajaan negeri untuk meningkat industri ternakan lembu dan kambing untuk masa akan datang?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Datuk Haji Samsolbari bin JamaliUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Semarang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, berdasarkan data banci ternakan 2019, terdapat 96,672 ekor lembu ada dalam negeri Johor. Manakala 36,659 ekor kambing diternak dalam negeri Johor. Dan pada masa yang sama, data menunjukkan berlaku penurunan dalam tempoh 8 tahun bermula daripada 2012 hingga ke 2018. Namun, terdapat sedikit kenaikan pada tahun 2019. Ini menunjukkan industri ternakan lembu masih berpotensi untuk dimajukan.

Bagi ternakan kambing, data menurun sepanjang tahun bermula pada tahun 2012 hingga 2019. Walaupun data tersebut menunjukkan penurunan, pengeluaran daging lembu dan daging kambing tetapi permintaannya meningkat sebanyak 1,057,999 metrik tan daging lembu dan 438,114 metrik tan bagi kambing berbiri pada tahun 2019 berbanding tahun 2018.

Permintaan tinggi terhadap daging lembu berlaku semasa hari raya korban dengan permohonan permit sembelih luar pada tahun 2020 melibatkan sebanyak 4,791 ekor pada tahun 2019 berbanding pada 2019 sebanyak 4,308 ekor sahaja.

Penurunan populasi ruminan adalah disebabkan beberapa faktor iaitu :

1. Ternakan dijual, disembelih berikutan penanaman semula perladangan kelapa sawit;

2. Perladangan swasta tidak membenarkan ternakan dipelihara secara integrasi di bawah pokok kelapa sawit;

3. Kekurangan tanah untuk penternakan dan makanan ternakan;

4. Wabak penyakit ternakan;

5. Terdapat juga operasi, penghentian operasi dan kerana ladang ditutup.

Kadar sara diri (SSR) bagi komoditi ruminan pada 2019 adalah sebanyak 23%. Kerajaan mensasarkan bagi meningkatkan kadar SSR bagi komoditi ruminan ini kepada 30% menjelang 2025. Dengan kata yang lain, kita mensasarkan pada tahun 2025 akan terdapat 99,609 ekor lembu dan 37,773 ekor kambing dan pada masa yang sama juga, sasaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk 2025 adalah untuk mencapai bebas penyakit FMD, brucellosis, tuberculosis, ND, simonolesis dan kekal bebas rabies, HPA dan ASF. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya, Kemelah jemput. Soalan tambahan.

Dr. Sulaiman bin Mohd NorAMANAH · PHKemelah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada tahun ini antara Januari hingga April, negara mengimport lembu sebanyak 61,000 tan metrik. Di mana nilai import tersebut adalah RM801.6 juta. Dalam tempoh yang sama juga negara mengimport daging kambing sebanyak 85,000 tan metrik dengan nilai import RM445.7 juta. Pada tahun, pada Belanjawan 2019, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ketika itu telah mengatakan dalam Belanjawan hasrat kerajaan negeri untuk bekerjasama

dengan Kementerian Pertanian Asas Tani untuk meneliti, menjadikan daerah Muar dan daerah Segamat sebagai hab pengeluaran lembu daging terbesar negara.

Soalan saya adakah hasrat ini akan diteruskan oleh kerajaan sedia ada? Terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Datuk Haji Samsolbari bin JamaliUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Semarang

Terima kasih Yang Berhormat Dr. Kemelah. Berkenaan dengan cadangan untuk menjadikan kawasan Segamat, Muar untuk dijadikan hab kawasan penternakan haiwan, kerajaan negeri akan meneruskan. Apatah lagi Segamat menjadikan hab pertanian dalam negeri Johor. Pada masa yang sama kerajaan negeri berusaha untuk mengoptimumkan penggunaan TKPM-TKPM dan ladang-ladang satelit yang ada dalam negeri Johor agar ianya dapat dioptimumkan penggunaannya dan selanjutnya dapat menyumbang kepada pertambahan populasi ternakan dalam negeri Johor, di samping Belanjawan yang disediakan untuk tahun 2021 sebanyak RM4.88 juta adalah sebahagian daripada komitmen ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Ya, Mengkibol.

Tuan Chew Chong SinDAP · PHMengkibol

Terima kasih Tuan Speaker. Kalau kita rujuk kepada laporan Audit Negara mengenai Yayasan Pelajaran Johor, projek dia Ternakan Ruminan Sdn. Bhd. didapati kerugian terkumpul RM6.71 juta. Soalan saya, adakah Bahagian Analisa dan Pengurusan Strategik Perbendaharaan Negara Johor yang ditubuhkan, ditugaskan untuk memantau GLC sudah memantau ataupun ambil tindakan terhadap GLC ini? Dan, mengapakah setiap pertubuhan ini mempunyai begitu banyak kerugian dan bolehkah kerajaan Johor boleh dapat ambil tindakan atau pemantauan supaya prestasi syarikat ini dan ternakan dapat diperbaiki? Terima kasih.

Speaker

Ya, jemput EXCO.

Datuk Haji Samsolbari bin JamaliUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Semarang

Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Mengkibol, soalan yang berkenaan adalah di luar soalan yang perlu saya jawab. Namun terserah kepada Juruaudit, kerajaan negeri dan juga PAC untuk melihat perkara yang tersebut.

Speaker

Soalan yang seterusnya Yang Berhormat Perling.

Tuan Cheo Yee HowDAP · PHPerling

Terima kasih. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan 7.

Nyatakan bilangan unit kenderaan fogging yang sedia ada untuk mengawal dan membanteras denggi dalam daerah Johor Bahru.

Speaker

Ya, jemput EXCO.

Tuan Vidyananthan a/l RamanadhanMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar · Kahang

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Aktiviti kawalan vektor denggi adalah dengan menggunakan semburan kabus. Semburan kabus tersebut boleh dijalankan dengan menggunakan beberapa jenis mesin iaitu mesin thermal, mesin ultra low volume dan mist blower. Jumlah aset kawalan vektor denggi bagi daerah Johor Bahru adalah seperti berikut : Mesin thermal, 52 unit; Mist blower, 9 unit di mana kedua-dua ini boleh dikendalikan oleh anggota kesihatan tanpa menggunakan kenderaan. Manakala untuk mesin ULV ataupun ultra low volume, mesin ini perlu dibawa dengan menggunakan kenderaan semasa semburan dijalankan dan di daerah

Johor Bahru kita ada 6 unit. Jadi, oleh itu terdapat 6 buah kenderaan yang digunakan bagi aktiviti fogging di daerah Johor Bahru. Terima kasih.

Speaker

Ya Perling, jemput soalan tambahan.

Tuan Cheo Yee HowDAP · PHPerling

Terima kasih atas jawapan daripada YB EXCO. Soalan saya, soalan tambahan saya berbunyi seperti ini. Adakah unit-unit yang sedia ada ini dapat menampung kes-kes denggi yang sekarang ini makin serius di daerah Johor Bahru dan apa tindakan lanjutan daripada itu? Terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Vidyananthan a/l RamanadhanMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar · Kahang

Yang Berhormat Speaker, terima kasih di atas soalan tambahan. Yang Berhormat Perling, sebenarnya bagi saya juga apabila membuat melihat statistik tersebut dengan jumlah kes yang tinggi di daerah Johor Bahru, saya mendapati jumlahnya amat berkurangan. Kerana kalau kita nak ingin ke medan peperangan, kita mesti mempunyai senjata yang mencukupi dan peluru yang mencukupi. Iaitu dalam konteks ini peperangan menentang denggi ini, war against dengue.

Jadi dalam konteks tersebut, kita telah ada dua pendekatan sebenarnya. Pendekatan jangka pendek ialah dalam usaha untuk membanteras untuk mengurangkan kes denggi ini Jabatan Kesihatan sahaja tidak boleh bertindak secara bersendirian. Jadi, dalam usaha jangka pendek ini kita membuat beberapa siri mesyuarat khususnya dengan agensi-agensi lain seperti PBT, saya rasa EXCO KPKT pun dah cukup sinonim dengan denggi kerana saya sendiri telah berjumpa dengan beliau beberapa kali kerana kita memerlukan bantuan tambahan, jadi kita kerahkan dan meminta bantuan daripada PBT-PBT yang juga mempunyai mesin-mesin fogging tersebut untuk membantu dalam operasi bersepadu untuk mengurangkan dalam kes-kes denggi di kawasan-kawasan hotspot.

Dan dalam konteks pendekatan jangka panjang ialah saya percaya Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri maklum bahawa walaupun tidak diumumkan dalam Bajet 2021 tetapi menerusi Jabatan Kesihatan Negeri Johor kita telah pun memaklumkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa kita memerlukan peruntukan tambahan untuk membeli lebih banyak mesin-mesin seperti mesin ULV, mist blower dan thermal termasuk kenderaan untuk kita lebih agresif pada masa-masa akan datang untuk mengurangkan kes denggi khususnya di daerah Johor Bahru ini. Terima kasih.

Speaker

Ya Bekok, soalan tambahan.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan tambahan saya adalah ada persatuan penduduk, persatuan NGO yang prihatin mahu juga bantu Majlis untuk sembur sanitizer ataupun fogging di kawasan perumahan-perumahan mereka. Bolehkah Majlis kerjasama dengan persatuan-persatuan ini untuk sembur di kawasan mereka? Sebab NGO ini ada kemudahan, ada alat untuk sembur. Sebab dulu ada satu kes mereka di saman oleh Majlis kerana mereka sembur. Terima kasih.

Speaker

Jemput. Sembur, sembur ya.

Tuan Vidyananthan a/l RamanadhanMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar · Kahang

Yang Berhormat Speaker, dalam isu denggi ni, isu sanitizer ini tak timbul. Tetapi kita juga sebenarnya dalam usaha untuk mengurangkan kes-kes denggi. Inilah sebenarnya memerlukan peranan dan tanggungjawab masyarakat itu sendiri. Kerana kalau kita lihat penambahan yang begitu mendadak berlaku khususnya ketika musim PKP kerana kebanyakan pada kawasan-kawasan perumahan ataupun terdapat banyak kes-kes di mana rumah tidak berpenghuni ataupun rumah ditinggalkan kerana mereka tidak dapat balik ke rumah masing-masing

apabila kerajaan telah pun mengenakan PKP di kawasan-kawasan tersebut. Jadi dalam keadaan tersebut, kawasan perumahan menjadi mempunyai semak samun dan sebagainya dan ketika itu trend kebanyakan masyarakat membeli makanan khususnya for example daripada Panda ataupun daripada take away dan sebagainya, berlaku banyak kes-kes di mana bekas-bekas makanan, botol-botol minum ini dibuang merata-rata. Dan ini juga telah pun menimbulkan keadaan di mana air mula bertakung dan mendapat kes-kes denggi di kawasan tersebut.

Peranan dan tanggungjawab masyarakat cukup penting. Kita menggalakkan masyarakat terlibat dalam kes-kes ini, tetapi sekiranya ada komuniti atau jawatankuasa yang mempunyai mesin fogging, mungkin ada jawatankuasa masjid dan surau, ada komuniti di peringkat taman-taman, KRT dan sebagainya mereka juga memiliki mesin-mesin fogging ini. tetapi sebelum bertindak disarankan kerana mesin-mesin ini ada yang mengikut speks, speks-speks tertentu di mana kepakaran untuk menguruskan mesin-mesin ini hanya pada mereka yang terlatih, contohnya anggota Bahagian Vektor daripada PBT dan Jabatan Kesihatan dan sebagainya. Jadi kita alukan tetapi berjumpa dengan mereka, mendapat khidmat nasihat daripada mereka dan sekira mendapat kebenaran, apa salahnya sama-sama turun untuk membantu membuat fogging di kawasan perumahan dan komuniti kita itu sendiri. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya Yang Berhormat Bukit Pasir.

Kapt (B) Haji Najib bin LepPAS · GSBukit Pasir

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 8.

Majlis Agama Islam serta Pejabat Tanah memainkan peranan penting dalam urus tadbir tanah wakaf. Berapakah keluasan tanah wakaf keseluruhan di Johor serta pecahan dan status tanah wakaf setiap daerah dan apakah perancangan kerajaan negeri Johor dalam memastikan tanah wakaf tidak terbiar?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Bukit Permai

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat sahabat saya Bukit Pasir.

Untuk makluman Dewan, secara umumnya sehingga November 2020 terdapat sebanyak 4,566 tapak wakaf di seluruh negeri Johor, iaitu seluas 13,364.1677 ekar dan daerah Johor Bahru mencatatkan jumlah bilangan yang tertinggi iaitu sebanyak 858 tapak. Diikuti daerah Batu Pahat sejumlah 834 tapak dan daerah Muar sejumlah 606 tapak.

Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan sahabat saya Bukit Pasir, daripada itu adalah dimaklumkan dalam memastikan tapak-tapak wakaf ini tidak terbiar, Majlis Agama Islam Negeri Johor telah melantik nazir-nazir khas di dalam negeri Johor untuk memajukan tapak-tapak wakaf yang sedia ada. Nazir-nazir khas ini telah dilantik yang terdiri daripada UTHM, UTM, Perbadanan Islam Johor (PIJ), 1Corp iaitu Wakaf UMNO JCorp dan juga pihak MARSAH. Untuk memastikan perkara ini tentang pembangunan tanah-tanah wakaf lebih realistik lagi, Majlis Agama Islam Negeri Johor juga dalam perancangan dan telah pun ditubuhkan iaitu membangunkan satu sistem maklumat tanah wakaf berasaskan GIS dengan izin, iaitu Geographic Information System bersama dengan UTHM dalam nak memastikan bahawa fizikal tanah, keluasan sebenar tanah, kemudahan capaian dan juga pembangunan sekitar perlu dibangunkan dalam usaha nak membangunkan tanah-tanah wakaf ini. Sistem maklumat ini bukan sahaja untuk menjalankan pengurusan dan perancangan atas tanah wakaf secara lebih cekap dan teratur. Ia juga supaya sistem ini berupaya membantu untuk mengenal pasti tanah-tanah wakaf yang sesuai dibangunkan.

Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Dewan, pembangunan tanah-tanah wakaf ini hendaklah dikenal pasti bahawa ianya di bawah Jabatan wakaf, Bahagian Wakaf. Ianya tidak sama dengan pembangunan tanah-tanah wakaf Baitulmal. Maknanya tanah wakaf Johor ini adalah di Bahagian Pembangunan Wakaf dan Pembangunan Tanah di peringkat Baitulmal adalah di bahagian Baitulmal.

Untuk makluman Dewan yang mulia, pembangunan dan pengurusan tanah wakaf di peringkat daerah ditadbir urus oleh amil-amil Baitulmal di peringkat daerah. Secara keseluruhan lampiran bagi pecahan-pecahan tanah wakaf di seluruh negeri Johor, untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli Dewan, bagi daerah Johor Bahru, tanah-tanah pembangunan bagi masjid sejumlah 141, tanah-tanah wakaf masjid. Tanah-tanah wakaf surau berjumlah 372, sekolah agama berjumlah 177, kubur 64, kebajikan am 104, masjid dan kubur jumlah bagi Johor Bahru ialah sebanyak 858 tapak yang berjumlah 1,156.5496 ekar. Bagi daerah Muar, pembangunan tanah wakaf masjid ialah 98, surau 261, sekolah agama 83, kubur 75, kebajikan am 89, jumlah bagi daerah Muar ialah sebanyak 606 tapak, keluasan sebanyak 574.4616 ekar. Bagi daerah Batu Pahat, tapak wakaf masjid berjumlah 152, surau 316, sekolah agama 129, tanah kubur 149, kebajikan am 73, masjid dan kubur sejumlah 13, jumlah bagi daerah Batu Pahat 834 tapak, keluasan ialah 1,131.6737 ekar.

Bagi daerah Kluang, wakaf masjid 71, wakaf surau 141, sekolah agama 62, kubur 55, kebajikan am 30. Jumlah sebenar bagi tapak daerah Kluang 360 sejumlah 748.6884 ekar. Bagi daerah Pontian, tapak masjid 116, tapak surau 175, sekolah agama 83, kubur 126, kebajikan am 72. Jumlah tapak 573 keluasan sebanyak 793.6324 ekar. Bagi daerah Kota Tinggi, tapak masjid 49, tapak surau 73, sekolah agama 47, kubur 60, kebajikan am 37, ketetapan tapak 266, keluasan sebanyak 1,496.1063 ekar. Bagi daerah Segamat, tapak masjid 69, tapak surau 66, tapak sekolah agama 47, kubur 84, kebajikan am 24, jumlah keluasan tapak 289, keluasan sebanyak 673.8531 ekar. Bagi daerah Mersing, tapak masjid 23, tapak surau 19, sekolah agama 27, kubur 24, kebajikan am 30, ketetapan tapak sebanyak 123, keluasan 6,012.3543 ekar. Bagi daerah Kulai, masjid 40, surau 79, sekolah agama 33, kubur 12, kebajikan am 5, ketetapan tapak sebanyak 169, keluasan 200,024.26 ekar. Bagi daerah Tangkak, ketetapan masjid 84, surau 166, sekolah agama 86, kubur 86, kebajikan am 65, ketetapan tapak sebanyak 488, keluasan sebanyak 536,305 ekar. Jumlah keseluruhan keluasan tapak bagi negeri Johor sejumlah 13,364.677 ekar. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Ya, Bukit Pasir, jemput.

Kapt (B) Haji Najib bin LepPAS · GSBukit Pasir

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga Yang Berhormat EXCO. Soalan tambahan saya, kebanyakan yang saya lihat di tanah-tanah wakaf ini adalah tertumpu kepada tanah kubur, yang mana tanah kubur ini diserahkan oleh pemiliknya dalam berbentuk mempunyai tanaman seperti sawit dan sebagainya. Terdapat juga dalam masa di kawasan yang mana tanah-tanah ini diurus tadbir oleh sama ada surau ataupun masjid yang mana hasil daripada tanaman-tanaman tersebut masih dipersoalkan oleh masyarakat dan apa tindakan yang sepatutnya yang kita perlu dalam memastikan supaya urus tadbir tanah-tanah wakaf ini dalam pengurusan yang betul. Setengahnya mengatakan ada daripada pihak MPKK yang menguruskan, ada juga yang mengatakan surau ataupun masjid yang menguruskan, jadi itu soalan tambahan saya.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Bukit Permai

Terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli Dewan, bagi satu perkara sebenarnya tiada apa-apa perkara-perkara yang berkaitan seperti contoh, untuk makluman tiada kelulusan khas

bagi menentukan hujah sesuatu tanah wakaf iaitu wakaf IRSOT. Wakaf ini bermaksud penyerahan mana-mana tanah wakaf oleh mana-mana pihak berkuasa negeri, kerajaan persekutuan atau mana-mana perbadanan, institusi, organisasi atau badan-badan lain menurut hukum syarak. Contohnya, pengurniaan tanah rizab oleh kerajaan Johor kepada Majlis Agama Islam Negeri untuk tapak masjid, sekolah agama ataupun tanah kubur.

Sehubungan dengan itu, walau bagaimanapun wakaf khas memerlukan kelulusan daripada pewakaf untuk menentukan hujah tanah wakaf yang diwakafkan. Wakaf ini diwujudkan bagi maksud khairat tertentu mengikut hukum syarak. Seperti,mewakafkan tanah atau hasil manfaat daripada tanah berkenaan untuk kegunaan masjid, sekolah, surau dan lain-lain perkara. Untuk ini, saya mengambil perhatian memang ada ketetapan setengah-setengah kubur diurus tadbir oleh jawatankuasa masjid ataupun diurus tadbir oleh MPPK. Bagaimanapun dari segi pungutan-pungutan hasil,pungutan-pungutan hasil seperti katakan contoh, pungutan hasil menara sewaan di mana tapak-tapak masjid dan surau ada menggunakan tapak itu untuk bangunan bagi sewaan menara. Ianya hasil tersebut dibagi 50-50 untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker. 50 bagi Majlis Agama Islam Negeri dan 50 dimasukkan terus kepada tabung masjid dan surau. Terima kasih.

Speaker

Ya Semerah, Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat EXCO, tadi kita telah dengar bahawa ada sebanyak 834 tapak di daerah Batu Pahat seluas 1,131.6737 ekar. Jadi, boleh tak Yang Berhormat EXCO maklumkan kepada Semerah dan juga Ahli Dewan, berapakah jumlah tanah ataupun tapak yang telah dimajukan atau diuruskan pada tahun 2020 dan juga tapak yang akan dibangunkan atau dimajukan bagi tahun 2021? Terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Bukit Permai

Terima kasih sahabat saya Semerah. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli Dewan, tanah-tanah wakaf yang tidak diusahakan ataupun belum diuruskan bagi daerah-daerah. Bagi daerah Johor Bahru yang telah pun diuruskan masjid 140, surau 373, sekolah 175, kubur 84 dan am 104. Jumlah 858, telah dibangunkan642, belum dibangunkan 214. Bagi khas daerah Batu Pahat, tanah masjid 152, tanah surau 316, sekolah 129, kubur 149, am 71. Jumlah keseluruhan 832, jumlah yang telah dibangunkan sebanyak 800 tapak, yang belum dibangunkan sebanyak 30 tapak. Terima kasih.

Speaker

Kota Iskandar.

Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKota Iskandar

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih di atas jawapan YB EXCO. Salah satu instrumen pembangunan tanah-tanah wakaf adalah dikenali sebagai ISTIBDAL Wakaf yang telah diputuskan di peringkat Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyatakan sebagai hukumnya harus iaitu penukaran hal tanah wakaf dengan tanah. Yang kedua, penukaran tanah wakaf dengan bangunan yang dibangunkan bangunan baharu ataupun tanah ditukar dengan jumlah wang pampasan.

Saya difahamkan bahawa kerajaan negeri Johor melalui PIJ telah pun melaksanakan wakaf ISBTIDAL ini dan saya rasa ini adalah merupakan satu konsep di mana tanah-tanah wakaf yang tidak pro aktif dimajukan kepada projek perumahan ataupun perindustrian dan sebagainya. Tinggal lagi nilai wakaf itu dikekalkan dalam bentuk bangunan, kalau dulu nilainya adalah berdasar kepada keluasan tanah dinilai tanah tersebut dan dikekalkan dalam bentuk beberapa bangunan daripada pembangunan baharu yang dilaksana di atas tanah tersebut menyamai nilai tanah wakaf yang sebelum dibangunkan. Sejauh manakah pelaksanaan istilah wakaf bersama PIJ ini telah direalisasikan?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Bukit Permai

Terima kasih sahabat saya Kota Iskandar. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker, status bagi tanah-tanah wakaf di Johor ini, suka saya hendak menjelaskan dalam Dewan yang mulia ini iaitu ketetapannya begini, mana-mana tanah wakaf yang dipajakkan ataupun disewakan yang melebihi 3 tahun itu dianggap sebagai satu perkara yang dianggap melebihi 3 tahun dianggap sebagai tanah pajakan. Di bawah 3 tahun dianggap sebagai tanah sewa dan untuk makluman Yang Berhormat bagi Dewan yang mulia ini, keseluruhan bagi tanah-tanah wakaf yang telah pun dibangunkan atau disewa pajak yang telah diurus dari jenis penggunaan tanah. Bagi daerah Batu Pahat, jenis sewaan tanah wakaf 13, premis kediaman 3, premis perniagaan 1, menara 8, bazar waqaf4. Jumlah 27. Bagi daerah Johor Bahru, tanah wakaf 76, premis perniagaan 2, premis kediaman 35, menara 91, tanah wakaf, bazar wakaf 5. Jumlah 20.

Speaker

Tak perlu senaraikan Yang Berhormat, nanti boleh diberi kemudian. Menjawab soalan sahaja.

Tuan Haji Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Bukit Permai

Soalan bagi yang telah dibangkitkan. Bagi sewaan-sewaan yang telah pun dikemukakan yang di bawah PIJ, bagi keseluruhan sewaan-sewaan bagi tanah wakaf bagi seluruh daerah Johor Bahru, jumlah sebanyak RM45,252.00. Bagi daerah Batu Pahat sejumlah RM45,253,33. Bagi daerah Johor Bahru sejumlah RM363,432.17. Bagi daerah Kluang sejumlah RM45,891.00. Bagi daerah Kota Tinggi RM10,762.00. Bagi daerah Kulai RM35,055.00. Bagi daerah Mersing...

Speaker

Tak perlu senarai Yang Berhormat, Tak perlu baca senarai itu, jawab soalan Kota Iskandar tadi.

Tuan Haji Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Bukit Permai

Jumlah sebenar sewaan ialah sebanyak yang dapat dipungut pada RM561,113.33. Terima kasih.

Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKota Iskandar

Yang Berhormat Speaker, soalan saya rasanya straight forward sahaja. Sejauh mana pelaksanaan skim ISTIBDAL Wakaf yang dijalankan PIJ Holding dilaksanakan sehingga sekarang ini?

Speaker

Yang Berhormat.

Tuan Haji Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Bukit Permai

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya akan menjawab ini dalam masa penggulungan saya. Terima kasih.

Speaker

Ok, kita tamatkan soalan pada pagi ini, sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum dijawab secara lisan, akan dijawab secara bertulis dalam persidangan yang sama. Saya tangguhkan sehingga jam 11.20 pagi.

Persidangan ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Persidangan disambung semula pada jam 11.20 pagi.

Sambungan Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Yang Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2021) Tahun 2020.Bill

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Kita sambung lagi perbahasan pada tengah hari ini, saya persilakan Pasir Raja.

Puan Rashidah binti IsmailUMNO · BNPasir Raja

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Makmur Johor. Pertama sekali izinkan saya mengucapkan terima kasih kerana diberi ruang dan peluang untuk Pasir Raja menyuarakan suara rakyat dan mewakili pendapat, pandangan dan mengemukakan cadangan-cadangan khusus serta turut sama mengambil bahagian di dalam ucapan perbahasan kali ini. Diharapkan agar apa yang akan dibahaskan ini, mampu memberi manfaat dan melakukan yang terbaik buat Johor dan juga rakyat. Terlebih dahulu, patik mewakili warga DUN Pasir Raja ingin merafak sembah, menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2020 bersamaan dengan 6 Rabiulakhir 1442 Hijrah. Di kesempatan ini juga diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang telah membentangkan Belanjawan Johor 2021 yang bertemakan, “Berdaya Tahan Demi Kemakmuran” pada 26 November 2020 yang lalu.

Yang Berhormat Tuan Speaker, seperti yang kita sedia maklum dunia sedang berhadapan dengan ancaman pandemik COVID-19 dan sehingga kini belum ditemui penawar yang betul-betul berkesan untuk menyekat penularan wabak ini. Saban hari kes kematian dilaporkan terus berlaku dan hari ini jumlah kes sudah melonjak dan melebihi 600,000 kes baharu setiap hari di seluruh dunia. Di Malaysia sahaja setakat pada tarikh 1 Disember 2020 jumlah kes mencecah ke angka 67,169 dengan 360 kematian. Bagi negeri Johor, jumlah kes 1,447, kes baharu 68 kes. Dijangka kes-kes akan meningkat lebih tinggi lagi selepas hari ini. Ini telah memberi tekanan yang paling hebat kepada sistem kesihatan negara sekali gus akan menjejaskan keadaan ekonomi negara.

Yang Berhormat Tuan Speaker, kita maklum apa yang sedang dialami oleh rakyat serta ketakutan dan kerisauan yang sentiasa berlegar di dalam fikiran rakyat kini. Apatah lagi, sentimen rakyat yang berpandangan pengorbanan dan usaha mereka selama tempoh PKP yang lepas telah menjadi sia-sia akibat dari beberapa perkara yang kita terlepas pandang di samping sikap segelintir golongan yang tidak mematuhi SOP yang telah diarahkan. Rakyat mengharapkan agar kerajaan sentiasa memastikan mereka berasa terbela dan kerajaan dapat menunjukkan jalan keluar bagi mereka dan negara daripada situasi yang amat menggerunkan ketika ini. Kerana itu, belanjawan kali ini bukan sahaja memerlukan pendekatan luar biasa tetapi juga mestilah berani, kreatif dan memberi inspirasi dan pengharapan kepada rakyat selari dengan tema Belanjawan 2021 iaitu “Berdaya Tahan Demi Kemakmuran”.

Yang Berhormat Tuan Speaker, di dalam Belanjawan Johor 2021 yang dibentangkan terdapat 3 objektif utama, iaitu menjamin ketahanan dan kelangsungan ekonomi, memperkasa dan memberdaya tahan kebajikan rakyat Johor dan menjamin kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Johor. Kesemua objektif ini menjurus kepada memberi bantuan dan pengupayaan kepada semua untuk menempuhi masa yang getir pada ketika ini. 12 agenda dalam strategi pelaksanaan telah digarap dengan baik tanpa meninggalkan mana-mana pihak.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam kehidupan norma baharu hari ini teknologi digital telah memberi kemudahan kepada rakyat untuk terus melangsungkan kehidupan. Cara bekerja, cara berhubung, malah cara membeli belah juga telah berubah. Disebabkan oleh wabak pandemik COVID-19 juga sistem pendidikan negara ini berubah 100% kepada norma baharu. Sistem pendidikan di atas talian menjadi salah satu pilihan yang kita ada bagi meneruskan pembelajaran yang terkandas. Namun, tidak semua tempat mempunyai perkhidmatan Internet yang baik dan ini menyebabkan ada pelajar yang tidak dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan berkesan. Begitu juga di sekolah-

sekolah agama. Ada sekolah agama yang tiada talian telefon apatah lagi Internet sedangkan mereka telah diarah untuk bersedia menghadapi pembelajaran abad ke-21. Oleh itu, di sini Pasir Raja ingin menyatakan bahawa rangkaian jalur lebar di beberapa kawasan dalam DUN Pasir Raja adalah sangat lemah terutama di kawasan-kawasan yang jauh daripada bandar seperti FELDA Bukit Ramun yang langsung tiada pencawang, FELDA Bukit Besar, FELDA Pasir Raja, Kampung Rantau Panjang dan kawasan-kawasan sekitarnya. Besar harapan Pasir Raja agar perkara ini mendapat daripada kerajaan negeri. Semoga Agenda Johor Digital memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat khasnya DUN Pasir Raja.

Yang Berhormat Tuan Speaker, mengikut hasil cerapan yang dilakukan Jabatan Perangkaan, kadar pengangguran bagi negeri Johor meningkat 0.5% kepada 3.2% pada suku pertama tahun ini. Berikutan impak penularan pandemik COVID-19, pengangguran di Johor dijangka meningkat sehingga 170,000 orang berikutan keadaan ekonomi negeri yang perlahan. Bila keadaan ini berlaku dan berterusan maka kadar kemiskinan juga akan bertambah. Jadi, amatlah wajar bila Belanjawan 2021 lebih memfokuskan kepada kebajikan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Johor.

Yang Berhormat Tuan Speaker, inisiatif kerajaan negeri untuk melaksanakan Bantuan Bank Makanan kepada golongan miskin bandar dengan jumlah peruntukan sebanyak RM11 juta di dalam usaha meringankan kesusahan masyarakat yang memerlukan amatlah bertepatan. Pasir Raja ingin mencadangkan agar barangan yang diberikan kepada golongan sasaran ini selain daripada makanan asas disertakan juga makanan basah seperti sayur, telur dan ayam. Di samping kerajaan negeri membantu yang memerlukan ini ia juga mampu membantu petani dan penternak menjana pendapatan mereka.

Yang Berhormat Tuan Speaker, di dalam usaha kerajaan negeri menjadikan sektor pertanian antara sumber hasil terbesar kerajaan negeri Johor pada masa hadapan, Pasir Raja suka untuk mengingatkan beberapa masalah yang dihadapi oleh pekebun-pekebun kecil di kawasan luar bandar. Kebanyakan pekebun-pekebun kecil ini mengusahakan tanaman sayuran dan juga buah-buahan. Masalah yang sering dihadapi adalah gangguan hidupan liar seperti monyet, khinzir dan gajah. Masalah monyet liar ini bukan sahaja di kawasan pendalaman sayur dan buah malah di kawasan perumahan baru dan sekolah juga terdapat monyet liar yang mengganggu penduduk dan pelajar. Pasir Raja amat mengharapkan agar ada inisiatif untuk menangani masalah ini sama ada di sediakan sangkar untuk memerangkap haiwan-haiwan ini dan bagaimana cara untuk melupuskannya.

Yang Berhormat Tuan Speaker, umum mengetahui sektor pelancongan merupakan sektor yang paling terkesan dan terjejas buat masa ini dan dijangka menjadi sektor yang paling lambat dan mengambil masa panjang untuk dipulihkan. Dengan penutupan sempadan negara dan kelembapan ekonomi global membuatkan keadaan industri pelancongan semakin parah. Di bawah Agenda Majestic Johor kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM14 juta kepada Tourism Johor. Diharap dengan suntikan peruntukan ini dapat menaik taraf pusat-pusat pelancongan di dalam negeri Johor. Memandangkan daerah Kota Tinggi adalah daerah yang terkenal dengan daerah bersejarah, Pasir Raja ingin mencadangkan agar tempat-tempat bersejarah yang terbiar dan belum dibangunkan diberi perhatian. Di dalam DUN Pasir Raja terdapat sebuah tempat tinggalan sejarah yang terbiar dan tertinggal. Sejarah Kota Tinggi dan perkembangannya dicatatkan bermula dari tahun 1529 iaitu daerah ini mula diteroka oleh Sultan Alauddin Riayat Syah II. Pengasas kerajaan Johor yang memerintah dari tahun 1528 hingga 1564. Lokasi pertama yang diterokai Baginda dan dijadikan pusat pemerintahan kerajaan Johor Lama adalah di Pekan Tua atau Kota Kara yang terletak di Kampung Sungai Telor di dalam DUN Pasir Raja. Sejarah legenda Badang juga berlaku di dalam DUN Pasir Raja iaitu di FELDA Sungai Sayong yang juga terdapat makam tujuh di situ. Menurut sejarah orang yang meracun Sultan Alauddin Syah, Melaka dikuburkan di sini. Pasir Raja mengharapkan agar tempat-tempat sejarah ini

dipelihara dengan baik agar ianya mampu menjadi tempat tarikan pengkaji sejarah dan juga pelancong tempatan. Usaha ini dapat membantu rakyat tempatan menjana ekonomi sepanjang menjalani fasa norma baharu sementara menunggu industri pelancongan kembali pulih seperti biasa.

Yang Berhormat Tuan Speaker, sepanjang hampir setahun kita menghadapi kemelut yang sukar ini terdapat ramai di kalangan rakyat yang semakin tersepit dengan kos sara hidup yang meningkat. Ramai yang telah dibuang kerja dan terpaksa bekerja sendiri. Bagi mereka yang menyewa rumah ada yang terpaksa balik kampung kerana tidak mampu lagi menyewa. Justeru itu, Pasir Raja sangat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat yang sangat prihatin terhadap perkara ini dengan mengilhamkan Agenda Prasarana Johor. Pasir Raja sangat bersetuju kerajaan negeri berhasrat untuk meningkatkan sasaran pembinaan Rumah Mampu Biaya Johor agar dapat dimiliki oleh golongan sasar iaitu B40, M40 dan juga anak muda. Di sini Pasir Raja ingin memaklumkan bahawa Pasir Raja ada memohon pembinaan penempatan baru di dalam DUN Pasir Raja. Lokasi penempatan ini terletak di Kampung Baru Sungai Telor Kota Tinggi dengan keluasan 120 ekar. Penempatan baharu ini boleh menempatkan 800 lot rumah dengan keluasan 4,000 kaki persegi setiap lot. Jarak dari bandar Kota Tinggi sejauh 12 km. Penempatan ini juga berdekatan dengan Kolej Yayasan Pelajaran Johor. Pasir Raja berharap agar permohonan ini dapat diluluskan dan disegerakan pembinaannya.

Yang Berhormat Tuan Speaker, prasarana penting yang selalu dibangkitkan oleh rakyat adalah jalan raya yang menjadi penghubung antara satu tempat ke tempat yang lain. Pasir Raja ingin memohon penurapan semula jalan utama dari FELDA Bukit Besar hingga ke Orchard memandangkan jalan tersebut telah banyak yang rosak dan selalu berlaku kemalangan. Seterusnya, Pasir Raja juga memohon jalan dari Kampung Seri Delima ke Kampung Seri Aman sepanjang 4 km diturap sepenuhnya. Pasir Raja juga ingin memohon lampu jalan antara simpang Jalan Kulai ke Kampung Sri Jaya kerana sepanjang jalan tersebut tiada langsung lampu jalan. Untuk mengatasi masalah banjir yang berlaku ketika hujan lebat, Pasir Raja memohon parit dan longkang di semua tempat diselenggara dengan baik.

Yang Berhormat Tuan Speaker, di dalam meneruskan kelangsungan hidup dalam era baharu ini yang paling terkesan adalah peniaga-peniaga kecil. Kalau dulu kita hanya dapat melihat penjaja-penjaja menjual barangan makanan ke kenderaan-kenderaan yang berhenti ketika lampu merah di negara-negara lain. Tetapi hari ini, fenomena ini telah dapat kita lihat di negara kita sendiri. Betapa berusahanya mereka untuk mendapatkan wang bagi meneruskan kehidupan. Di sini, Pasir Raja ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat kerana menyediakan inisiatif-inisiatif kepada usahawan dan peniaga-peniaga kecil dalam negeri Johor dalam Agenda Johor Niaga. Pengecualian bayaran lesen penjaja, lesen peniaga PKS mikro, sewa premis dan gerai, sewa tapak pasar malam dan pasar pagi selama setahun berkuat kuasa 1 Januari 2021 amat meringankan beban para penjaja dan peniaga. Pasir Raja amat mengharapkan agar Pihak Berkuasa Tempatan bersikap mesra rakyat terhadap peniaga-peniaga yang berjualan di tepi jalan. Semoga dengan inisiatif-inisiatif yang diberi dapat menjadi penguat semangat kepada golongan-golongan peniaga.

Yang Berhormat Tuan Speaker, 20 Januari 2021 bermulanya persekolahan untuk tahun 2021. Bagi golongan yang kurang berkemampuan tentunya perkara ini akan menjadi satu bebanan kepada mereka. Inisiatif Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor memberi bantuan pakaian seragam sekolah kepada fakir dan miskin di sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan sekolah agama kerajaan Johor adalah sangat dihargai. Begitu juga enam subjek tuisyen secara percuma pada pelajar-pelajar tingkatan 5 dari keluarga B40 amat memberi manfaat kepada 31,478 orang pelajar. Pasir Raja mendoakan agar semua pelajar ini beroleh keputusan yang cemerlang. Di sini

juga Pasir Raja ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat di atas usaha murni melahirkan rakyat Johor yang seimbang, mempunyai siasah dan identiti murni melalui Program Modul Jauhar di bawah Taska Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim dan IQFA di bawah Tabika KEMAS yang memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak yang memfokuskan pendidikan Islam dan asas fardu ain.

Yang Berhormat Tuan Speaker, gelombang ketiga COVID-19 pada masa kini amatlah membimbangkan rakyat walaupun ianya berjaya dikawal dengan baik pada peringkat awal. Tiada guna untuk negara menjalani PKPB, PKPD mahupun PKPP jika masih ada di antara kita bersikap sambil lewa dan tidak mengendahkan ancaman wabak COVID-19 ini. Di sini Pasir Raja ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan front liners yang telah berkorban tenaga, masa dan keselamatan diri bagi memastikan kita semua di dalam keadaan selamat. Mereka bertugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab tanpa mengira penat lelah dan juga waktu. Dan, menjadi tanggungjawab kita juga untuk mempastikan usaha memutuskan rantaian COVID-19 ini berjaya kita landaikan dan putuskan seterusnya.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Belanjawan Johor 2021 ini menyediakan keperluan-keperluan rakyat yang menyeluruh. Harapan Pasir Raja agar ianya dapat diterima dengan berlapang dada dan dilaksanakan dengan baik. Pasir Raja yakin kerajaan juga bersedia dengan hati terbuka menerima cadangan yang diberikan. Marilah kita bersatu hati demi kepentingan rakyat dan negeri Johor yang kita sayangi ini. Buah salak di dalam kantung, kulitnya keras isinya kelat, bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. Pasir Raja menyokong pembentangan Belanjawan Johor 2021. Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Pasir Raja. Suka untuk saya menyatakan di sini bahawa esok kita akan mula mendengar jawapan penggulungan daripada pihak kerajaan atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dan kita ada 11 lagi pembahas yang belum lagi membahas dan hari ini akan diselesaikan seluruhnya, insya-Allah. Jadi dengan itu saya ingin mengingatkan masa yang kita beri sebenarnya antara 15 hingga 20 minit jadi dapatlah dipatuhi itu untuk semua dapat berbahas pada hari ini. Pasir Raja tadi hanya menggunakan masa 18 minit sahaja. Terima kasih. Seterusnya saya persilakan Sedili.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam perjuangan kepada Yang Berhormat Speaker, dan rakan-rakan Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebagai pembuka bicara saya ingin menzahirkan ucapan alhamdulillah dan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya saya diberikan kesempatan sekali lagi berdiri dalam Dewan yang mulia ini mewakili rakyat DUN Sedili untuk bersama-sama mengambil bahagian membahaskan Belanjawan Johor 2021.

Pada kesempatan ini, patik ingin merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2020. Semoga Baginda Tuanku serta keluarga DiRaja akan terus diberkati dan dirahmati untuk terus menaungi negeri Johor Darul Ta’zim.

Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang membentangkan Belanjawan Johor 2021 bertemakan “Berdaya Tahan Demi Kemakmuran” yang menekankan kepada 12 agenda penting yang merupakan strategi pelaksanaan belanjawan kali ini. Saya pasti belanjawan itu dirangka bagi negeri ini mendepani cabaran dan selepas COVID-19. Walau

bagaimanapun, saya merasakan belanjawan itu ada kekurangan terutama tempias yang dapat dinikmati secara langsung di daerah Kota Tinggi khasnya di DUN Sedili. Saya secara keseluruhan menyambut baik belanjawan itu. Terlebih dahulu Sedili ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada petugas barisan hadapan daripada berbagai bidang yang mengorbankan masa dan nyawa mereka untuk memastikan kita sentiasa berada dalam keadaan selamat dan terhindar dari pandemik COVID-19. Terima kasih front liners. Saya bekerja untuk rakyat Sedili jadi tidak kira kerajaan mana yang memerintah kalau rakyat dan DUN Sedili dipinggirkan daripada arus pembangunan saya akan bangkitkan malah dengan kerajaan-kerajaan sebelum ini juga saya pun akan tegur. Kerajaan negeri tidak boleh mengetepikan Sedili yang berpotensi untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya memulakan ucapan ini dengan petikan karya Sasterawan Negara Dato’ Dr. Osman Awang bertajuk “Sifat Orang Johor” yang berbunyi; Kurang ajarnya tetap santun. Lembutnya cukup jantan. Dajalnya masih selamba. Nakalnya bersulam jenaka. Menikam dengan pantun. Menyanggah dengan senyuman. Marahnya dalam tertawa. Merendah bukan menyembah. Meninggi bukan melonjak.

Yang Berhormat Tuan Speaker, ada sebab mengapa saya membuka bicara kali ini dengan puisi karya Sasterawan Negara itu, ia berkait rapat dengan cadangan pembangunan pekan Sedili yang menjadi Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa yang pernah dicadangkan sebelum ini. Rasanya sudah beberapa kali juga saya membangkitkan mengenai cadangan membangunkan pekan Sedili, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pekan Sedili ini sudah wujud sebelum merdeka lagi. Malah Sedili itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan warisan kerana di sinilah Sasterawan Negara Dato’ Dr. Osman Awang dilahirkan dan dibesarkan namun sehingga hari ini pekan Sedili tidak dibangunkan.

Untuk pengetahuan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini, pekan Sedili itu umpama pekan koboi, sebuah pekan yang mundur, tidak mempunyai kemudahan serta infrastruktur yang baik. Pekan itu tidak mempunyai bank, stesen minyak dan tidak juga dilengkapi perhentian bas, betapa daifnya pekan Sedili ini. Menteri Besar daripada Barisan Nasional yang dulu pernah mengadakan lawatan ke pekan Sedili dan beliau berbesar hati mengumumkan supaya pekan Sedili itu dibangunkan dan dilengkapkan dengan kemudahan serta infrastruktur dan beliau telah meminta Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) untuk melaksanakan projek pembangunan itu. Cadangannya adalah untuk membangunkan pekan Sedili sebagai Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa. Jadi saya ingin bertanyakan status berhubung projek pembangunan itu dan berharap supaya kerajaan ini dapat mempertimbangkan supaya projek pembangunan pekan Sedili itu diteruskan. Ini kerana sudah tiba masa Sedili ini menerima pembangunan yang sewajarnya sekali gus dapat merancakkan lagi ekonomi setempat kerana Sedili kini menjadi tumpuan terutama pelancong domestik. Sedili bukan sahaja ada warisan sejarahnya, bukan sahaja ada tempat pelancongan menarik, di Sedili juga terletak tempat penetasan belangkas yang merupakan satu-satunya di dunia, begitu juga di sini ditempatkan Perkampungan Orang Asli Kaum Khanak juga satu-satunya di dunia.

Yang Berhormat Tuan Speaker, selain mahu melihat kerancakan pembangunan di pekan Sedili saya percaya Sedili secara keseluruhan amat berpotensi untuk dijadikan destinasi pelancongan yang menarik serta mampu menawarkan kepelbagaian pilihan produk kepada pelancong baik dari dalam negara mahupun dari luar negara ke Johor. Sedili ini terletak bersebelahan dengan kawasan Desaru yang kian pesat dibangunkan sebagai salah satu tarikan pelancong di negara ini. Namun, saya percaya tidak semua mampu berkunjung di situ dan ianya dapat dikunjungi oleh golongan tertentu sahaja. Dan atas sebab itu saya yakin Sedili dapat memenuhi permintaan pelancongan mampu kunjung yang tidak dapat ditawarkan di Desaru dan pada masa sama melengkapi sektor tersebut antara Desaru dengan Sedili. Pandemik COVID-19 ini juga ada hikmahnya keadaan itu menyumbang

kepada kerancakan pelancongan domestik dan turut Sedili turut dapat limpahannya. Mungkin ramai yang tidak tahu kawasan jalan antara Desaru ke Sedili Kecil ini menjadi tumpuan tempat untuk berbasikal malah ramai golongan orang kenamaan, VIP beriadah dengan berbasikal di kawasan itu sambil menyelusuri kawasan pantai di Tanjung Buluh tempat yang menjadi tumpuan pemain luncur air dan Pantai Jason Bay. Kedua-dua tempat itu juga kini sudah mula sesak kerana menjadi tumpuan orang ramai terutama hujung minggu dan hari cuti umum dan baru-baru ini juga menjadi viral kerana pengunjung terpaksa mengharungi kesesakan jalan hampir 3 jam untuk sampai ke sana.

Ia sememangnya satu kesan yang baik kepada ekonomi setempat namun ia kurang infrastruktur dan kemudahan untuk pengunjung. Justeru, saya berharap Sedili dapat turut sama menerima tempias Belanjawan Johor 2021 menerusi peruntukan di bawah Majestic Johor terutama di kawasan pantai seperti di Jason Bay, Tanjung Buluh dan kawasan sekitar yang mempunyai potensi pelancongan yang besar untuk dimajukan sekali gus, diyakini mampu merancakkan ekonomi dan dapat menyediakan peluang pekerjaan terutama kepada golongan muda. Kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ahli-Ahli Dewan Negeri, jika suka berbasikal, main luncur air atau mahukan ketenangan dan lari daripada hiruk pikuk bandar, marilah berkunjung sebentar di Sedili, silakan di Sedili, segala-galanya ada di Sedili.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyambut baik perancangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk melaksanakan Agenda Johor Digital yang merupakan satu langkah untuk pembangunan ekonomi masa hadapan. Tidak dinafikan zaman sekarang baik di bandar mahupun di kampung, segala perkara semuanya dapat dilakukan di hujung jari dengan menerusi pelbagai platform digital. Di Sedili juga sudah mula merasai kecanggihan teknologi itu. Walau bagaimanapun, capaian Internet di kawasan Sedili ini kurang memuaskan. Capaiannya tidak seperti liputan di bandar, saya percaya jika kerajaan negeri mahu menjayakan Agenda Johor Digital itu dengan setiap pelosok tempat di negeri ini termasuk di kampung perlu disediakan infrastruktur yang baik. Jadi, besarlah harapan saya supaya kerajaan negeri dapat menaik taraf infrastruktur kemudahan Internet di Sedili terutama di tempat tumpuan pelancong kerana dengan capaian Internet yang laju sebagai contoh maka lebih ramai dapat memuat naik gambar-gambar tempat yang dikunjungi mereka di media sosial boleh menjadi viral dan secara tidak langsung dapat mempromosikan Sedili ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, usaha kerajaan negeri dalam mentransformasikan dan merancakkan lagi sektor pertanian adalah amat tepat dan pada masanya terutama bagi menjayakan Agenda Jaminan Bekalan Makanan Negeri Johor. Saya menyambut baik usaha itu dan melihat inisiatif tersebut dapat membantu rakyat yang berminat untuk mengambil bahagian dan dapat menjana pendapatan. Walau bagaimanapun, suka saya ingin memberi cadangan apa pun jua pelan yang bakal dirancang janganlah lupa kepada mereka yang sudah lama berkecimpung dalam sektor pertanian itu. Bantulah mereka dengan memberi kelengkapan sewajarnya seperti bekalan air yang baik, jalan yang baik serta jalinan capaian Internet yang baik supaya pada masa yang sama dapat dimajukan sektor digital itu disesuaikan dengan pertanian. Sedili percaya sekiranya perkara asas itu serba lengkap maka kita di Johor juga dan mungkin di Sedili dapat kita menjayakan industri agro pelancongan seperti di Cameron Highlands. Orang berkunjung ke sana untuk melihat dan memetik, memetik contohnya buah strawberry dan berbagai jenis bunga selain itu mungkin kita juga Sedili boleh menanam berbagai jenis herba tempatan, herba tempatan. Kita boleh jayakan konsep agro pelancongan itu di negeri ini seperti yang banyak dijalankan di luar negara. Merasai pengalaman memetik epal atau anggur sambil melancong sebagai contoh. Di luar negara mereka menjadikan pertanian sebagai produk pelancongan sekali gus saya yakin Sedili mempunyai kelebihan kerana ada kawasan yang sesuai dan tarikan yang dapat menjayakannya jika diberi peluang.

Yang Berhormat Tuan Speaker, tidak kira bagaimana membangunnya sesebuah tempat itu, jika tidak lengkap dengan kemudahan asas seperti air dan pengangkutan awam susah untuk kita menarik orang untuk berkunjung di tempat sama semula. Begitu juga di Sedili, isu air di DUN ini sudah lama dibangkitkan setiap kali Persidangan Dewan Negeri ini dari zaman Barisan Nasional kepada zaman Perikatan Harapan dan kini Perikatan Nasional masih tidak nampak bayang permasalahan itu hendak diselesaikan. Semuanya berjanji mahu menyelesaikannya tapi hakikatnya janji tinggal janji. Yang terseksanya penduduk di DUN Sedili yang sering mendapat gangguan bekalan air. Isu air ini bukan hanya melibatkan satu, dua kampung tapi keseluruhan Sedili ini iaitu melibatkan 32 kampung, 6 FELDA dan 1 kampung Orang Asli. Isu ini sudah berlarutan terlalu lama dan bila berjumpa dengan pemimpin, mereka berjanji kita akan luluskan, kita akan luluskan tapi sampai sekarang pun tidak boleh selesai. Jadi, saya meminta kepada kerajaan negeri Perikatan Nasional ini selesaikan masalah air di DUN Sedili.

Selain isu air, saya hendak bangkitkan masalah pengangkutan awam, perkhidmatan Bas Muafakat Johor dari Bandar Kota Tinggi ke pekan Tanjung Sedili, apakah statusnya? Semasa Dato’ Osman Sapian menjadi Menteri Besar beliau sudah meluluskan laluan Bas Muafakat Nasional itu malah mesyuarat juga, mesyuarat juga sudah dijalankan bersama pihak PAJ, Majlis Daerah dan saya sendiri. Pada awalnya dikatakan ia dijangka boleh memulakan operasi pada September 2019 tetapi ditangguhkan. Semasa Dato’ Dr. Shahruddin Jamal menjadi Menteri Besar pula difahamkan belum lagi dibawa ke mesyuarat untuk kelulusan mendapatkan bas. Saya ada menghubungi PAJ pada tahun lepas dan dimaklumkan Januari tahun ini akan mula beroperasi tetapi malangnya sehingga ke hari ini bayang Bas Muafakat Johor itu langsung tidak kelihatan. Tiada pengangkutan awam itu amat menyukarkan penduduk di kawasan terlibat memandangkan syarikat bas sebelum ini sudah memberhentikan operasinya jadi apa tindakan PAJ untuk isu ini?

Yang Berhormat Tuan Speaker, Sedili ingin membangkitkan soal pembinaan perumahan, mengapa tiada peruntukan untuk membina perumahan kos sederhana, mahupun rumah murah atau mampu milik di Kota Tinggi termasuk DUN Sedili terutama perumahan untuk generasi muda. Apakah kriteria pemilihan kawasan yang dipilih untuk membina Rumah Insan Makmur Johor (RIMJ) menerusi Belanjawan Johor 2021. Perumahan Mampu Milik ini sangat penting untuk belia luar bandar yang rata-ratanya mempunyai pendapatan tetap tetapi tidak mempunyai slip gaji kerana mereka bekerja di ladang, ada yang menjadi nelayan dan petani, sukar untuk mereka membeli rumah. Jadi, bantulah orang muda di luar bandar juga bukan hanya di bandar atau kawasan tumpuan wujudkanlah satu skim yang dapat memudahkan mereka membeli rumah.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Sedili menyambut baik peruntukan dan perhatian untuk belia di negeri ini yang diberikan pada Belanjawan Johor 2021 ini. Mereka ini adalah masa depan kita, namun persoalannya bagaimana belia-belia di kampung dan di luar bandar dapat bersama-sama menikmati tempias belanjawan yang diumumkan itu. Justeru, bagi mengangkat peranan orang muda ini terutama di luar bandar supaya dapat bersama-sama menyumbang dalam kerancakan pembangunan di satu kawasan itu, Sedili ingin mencadangkan supaya jawatan penolong atau pembantu ketua kampung diwujudkan dengan golongan belia diberi peluang mengisi jawatan tersebut dan diberi elaun RM300.00. Saya percaya cadangan itu juga boleh diperluaskan kepada golongan wanita yang dapat membantu dalam hal ehwal wanita. Mereka juga dicadangkan untuk diberi elaun. Struktur organisasi seperti itu sudah diguna pakai di FELDA-FELDA sebelum ini. Justeru, Sedili yakin cadangan itu kalau dapat diangkat oleh kerajaan negeri akan dapat lebih mengiktiraf peranan belia dan wanita di kawasan luar bandar apabila masing-masing berperanan maka kampung-kampung kita pun akan lebih ceria.

Yang Berhormat Tuan Speaker, akhir kata saya sekali lagi ingin menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap dalam Dewan yang mulia ini.

Mewakili rakyat di Sedili membangkitkan pelbagai perkara termasuk memberi pembangunan seiring kepesatan kemajuan serta pembangunan negeri ini. Biar apa pun parti kita dan pendirian kita, marilah kita bersama-sama bergerak seiring sebagai bangsa Johor untuk menjayakan segala perancangan sedia ada mahupun yang sedang dirancang, sedang rancak dirancang demi untuk rakyat dan negeri Johor. Jangan berhenti tolong orang #Sedilipeduli. Sekian wabillahitaufiq walhidayah. Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh. (Dewan bertepuk).

Speaker

Terima kasih kepada Sedili. Walaupun banyak masalah dia sebut tetapi Sedili tetap beberapa penggal di situ, ya, tahniah. Seterusnya Kukup.

Bismillahirahmanirahim. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Kukup dan rakyat di Kukup merafak sembah menjunjung kasih taat setia ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor sempena ulang tahun baginda. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya rasa satu-satunya Dewan, Speaker yang unik saya rasa adalah di Johor ini, yang mana kalau kita tengok kan rasanya kalau kerajaan biasanya Speaker adalah daripada kalangan kerajaan tetapi di Johor ini uniknya dan menunjukkan satu toleransi di antara semua ADUN-ADUN kita, tahniah dan syabas. (Dewan bertepuk).

Speaker

Yang lebih pelik tu yang kalah dekat Kukup tu kat sini itu, lagi pelik tu. (Dewan ketawa).

Tak apa boleh cuba lagi Tuan Speaker, insya-Allah tahun akan datang saya tak akan bertanding insya-Allah. Dan satu lagi unik di Dewan Johor ini di Dewan Negeri Johor ini saya lihat ada 3 bekas Menteri Besar dalam Dewan yang sama bersama dengan Menteri Besar yang sedia ada. Saya rasa Dewan-Dewan lain tak ada seunik di Dewan Johor ini. Dan tahniah Tuan Speaker kerana masih mengekalkan kerusi yang ada pada hari ini dan terima kasih.

Kita semua sedar di negeri Johor ini merupakan satu negeri yang maju dan industri yang boleh dikatakan kedua selepas Selangor dan daripada segi contribution income kepada kerajaan pusat walaupun kita tidak diberitahu berapa banyak tapi kita masih lagi boleh menganggarkan. Saya menganggarkan tidak kurang daripada antara RM10 hingga RM30 bilion yang telah disumbangkan oleh Johor kepada kerajaan pusat.

Dan apa yang menarik di sini adalah apabila per kapita yang pusat memberikan kepada negeri Johor adalah sama dengan negeri lain iaitu sebanyak lebih kurang saya difahamkan RM16.00 satu kepala ataupun per seorang. Jadi kalau kita lihat di negeri Johor ini population cuma ada lebih kurang 3.5 juta ataupun sekitar 3.5 juta, kita tengok kita telah mendapat lebih kurang RM200 juta daripada kerajaan pusat untuk semua pengurusan pembangunan di negeri Johor.

Dan daripada per kapita tersebut kalau kita tengok sepatutnya ianya kalau lebih adil lagi kita kena pakai peratusan apa yang terkumpul daripada setiap negeri. Kalau negeri yang banyak contribution kepada federal kita sepatutnya dapat lebih, cuma di sini selain daripada per kapita pada rakyat di negeri Johor sahaja dan sedangkan di negeri Johor kalau kita lihat berapa ramai migration daripada negeri-negeri lain. Saya rasa tidak kurang daripada 1 juta daripada negeri Sarawak, Sabah, Kelantan, Kedah sampai di negeri Johor ni pun ada Kampung Sabah, YB-YB ataupun Tuan Pengerusi ingin tahu ada Kampung Sabah di sini. Berapa banyak mereka yang tinggal di negeri Johor? Dan selain daripada itu, mereka-mereka kalau daripada negeri lain sudah pasti per kapita yang mereka agihkan oleh pusat pergi kepada negeri masing-masing. Dan mereka ini berada di negeri Johor dan semua apa yang ada infra di negeri Johor juga dipakai sama oleh mereka ini, termasuklah saya yakin tentang apa itu bantuan percuma air 10 metrik padu juga mereka ini mendapat nikmatnya.

Jadi daripada segala apa yang kita ada, infra yang kita ada negeri ini dan dikongsi pakai oleh migration daripada negeri lain termasuklah sebagaimana yang telah diberitahu tadi, EXCO ada menyebut tadi, tak kurang daripada 250,000 rakyat daripada negara asing juga berada di negeri Johor. Jadi kalau kita tengok di sini, memang tidak ada keseimbangan tentang apa yang federal berikan kepada kita dan dengan apa yang rakyat ada di negeri Johor.

Jadi, kita terpaksa menanggung beban dan daripada mana datangnya duit-duit untuk kita menanggung semua mereka ini adalah datangnya daripada negeri Johor, hasil daripada negeri Johor. Jadi, di sini saya ingin menyarankan kepada kerajaan negeri Johor untuk mendapatkan ihsan daripada federal supaya kita mengurangkan jurus defisit kita yang mana kali ini defisit yang pada saya amat tinggi sebanyak RM200 juta defisit kita pada kali ini dan kalau ini dapat kita bantuan daripada kerajaan pusat bagi melihat bukan hanya pada per kapita rakyat sebenar negeri Johor tetapi melihat kepada per kapita yang mereka tinggal di negeri Johor ini sepatutnya kita mendapat lebih daripada itu.

Jadi ini adalah satu perkara yang saya rasa kita kena discuss dengan kerajaan pusat untuk mendapatkan kita mengurangkan apa itu perbezaan ataupun ketinggian defisit kita. Dan seperkara lagi di Johor ini kalau kita tengok, apa negeri yang nombor 1 terkaya atau terbanyak sekali contribute kepada federal adalah Selangor, sebab apa Selangor ada Kuala Lumpur. Situ memang pusat ekonomi untuk negara Malaysia.

Tetapi kita di Johor ni tak kurangnya, kita ada Singapura, directly or indirectly sepatut kita di Johor ini kita harus bijak untuk mendapat leverage daripada negara Singapura dan kita percaya kalau kita bijak kita boleh mendapat spill over dari Singapura ke negeri Johor kita ini.

Dan sebagaimana kita tahu banyak pelabur-pelabur sebelum ini datang, salah satunya seperti Forest City. Dan kalau apa itu Tuan Speaker ingin tahu apa tu di Forest City mereka juga terlibat dalam pembangunan robotic valley di negara China. Dan mereka ini diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri China untuk membangunkan 10 square km, satu kawasan yang besar untuk dijadikan sebagai robotic valley di China, di Guangzhou.

Dan mereka ini memang dah bersetuju untuk membawa robotic technology ini dan nak dibawa sama apa yang di sana ke Johor. Cumanya kita daripada segi yang mereka masih lagi tertangguh adalah tentang polisi negara kita. Polisi negara kita yang apabila kerajaan bertukar, polisinya bertukar. Ada yang kerajaan dulu telah meluluskan, kerajaan baru bila mengambil kuasa lepas itu membatalkan polisi yang ada, jadi ini merupakan satu perkara yang amat ditakuti oleh semua bukan hanya pelabur daripada negeri China daripada semua dunia. Mereka ini bila melihat polisi kita ini boleh dikatakan polisi yang ala-ala flip flop mereka takut nak melabur ke mari.

Dan mereka membawa pelaburan duit mereka ini ke Vietnam, ke Thailand, ke Indonesia. Saya juga difahamkan banyak pelabur-pelabur daripada China sekarang ini menumpukan ke Indonesia. Jadi ini satu perkara yang amat merugikan kita. Dan daripada Country Garden juga, Forest City mereka ingin bawa, hari itu mereka berbincang mereka mahu mencari tanah untuk bangunkan agriculture.

Speaker

Kenapa pergi ke Indonesia tu Yang Berhormat?

Mungkin di sana polisi mereka lebih stabil dan insentif-insentif yang mereka bagi lebih menarik. Dan di sini insentif pada mulanya mereka dah bagi, kerajaan dah luluskan tetapi apabila berlaku pertukaran, insentif itu ditarik semula. Jadi ini perkara yang amat membimbangkan semua pelabur dan sepatutnya untuk kita menaikkan ekonomi kita polisi kita kena jitu, kita tak boleh ubah, whatever it is, kalau

katakan satu kerajaan telah pun bersetuju kita kena teruskan polisi itu melainkan polisi itu memang ternyata tak bagus untuk negara kita.

Tetapi mungkin kerana untuk nak dapatkan appearance mereka, mereka menukar polisi. Ini adalah satu perkara yang sepatutnya bukan hanya kita di negeri Johor memikirkan, di pusat. Kerajaan pusat patut lebih matang atau lebih tahu supaya polisi kita ni tak menjadi polisi yang dikatakan flip flop. Ini apa Tuan Speaker satu perkara yang saya ingin tekankan di sini. Banyak pelabur-pelabur yang nak datang ke mari, memang mereka akan melihat perkara ini. Jadi itulah perkara yang ingin saya katakan di sini. Dan untuk Johor, Kukup melihat kita memang mempunyai banyak potensi untuk maju ke depan daripada semua industri kita.

In fact kalau kita tengok di Singapura itu sahaja mereka dah mula, bukan mula, memang mereka dah dalam penyingkiran industri-industri yang kasar. Mereka ingin pergi ke industri yang high tech sebab ketandusan, apa kekurangan tanah di sana. Mereka terpaksa mengurangkan apa excuse me, industri-industri yang dikatakan industri heavy industry. Dan di sini kalau kita bijak kita boleh rebut peluang tersebut datang ke negeri Johor. Jadi ini satu perkara yang kita di Johor patut melihat spill over daripada Singapura.

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kukup banyak terlibat dengan pelaburan dan sebagainya. Dalam konteks COVID ini apa yang baru yang perlu digagaskan kepada kerajaan negeri.

Maaf Tuan Speaker, saya tak berapa...

Speaker

Bila COVID ini keadaan luar biasa dalam menghadapi pelaburan-pelaburan begini, apa lagi benda yang berada di luar kotak untuk disampaikan kepada kerajaan negeri supaya kerajaan negeri dapat manfaatkannya, idea-idea barulah maksud saya.

COVID kalau kita tengok Tuan Speaker merupakan satu virus yang memang kita tak boleh nak nafikan. Tetapi we got to learned from the right, I mean the other country, the west, contohnya dengan izin yang mana we got to live with it. Jadi cara yang kita kena mencari kaedah mungkin pelabur yang ingin datang ke mari kita tak kenakan mereka ini dengan apa tu kuarantin 14 hari, sebab ada mereka yang nak datang ke Malaysia ni, bila mereka nak datang ke Malaysia ni kena fikir. Bila mereka nak datang ke Malaysia mereka kena kuarantin14 hari.

Tetapi kalau kita boleh mendapatkan satu kaedah yang mana sebelum mereka datang ke Malaysia, mereka do all the proper test dekat negara masing-masing. Contoh kita di Dewan ni sebelum kita datang ke Dewan kita kena swab test dan kita boleh pastikan kat mana yang hospital yang kita percayai, kita kenakan swab test bagi mereka di negara mereka dan mereka boleh datang ke mari dan apabila kita pasti dan business got to go on, Yang Berhormat Tuan Speaker.

So, kalau kita jadikan COVID ini sebagai satu masalah memang kita tak tahu mungkin kalau kita tengok daripada segi mereka katakan the vaccine mereka dah jumpa tetapi kita tak tahu sampai bila vaksin benar-benar akan dapat digunakan untuk menentang COVID. Jadi sebagaimana yang Tuan Speaker tanyakan tadi, pada saya COVID bukan satu masalah yang besar kalau kita mempunyai satu sistem dan rakyat kita kalau nak keluar pun ke mana pun kita kena ada bilateral, antara government dan government, kita kena ada swab test dan kita boleh ke sana. Jadi ini boleh menarik pelabur dalam keadaan COVID sekarang ni pun. Mungkin di Indonesia mereka laksanakan benda yang sama dan banyak pelabur-pelabur sekarang dah ke sana.

Which is pada Kukup memang ia akan merugikan kita in the long term dan juga the short term. Dan entah daripada, selain daripada pelaburan asing ini kita tengok daripada segi

produk-produk yang akan kita keluarkan dalam kita untuk membantu IKS-IKS sekarang ini. Memang syabas kepada kerajaan negeri Johor yang mana telah menumpukan kepada digital teknologi untuk membantu rakyat dan di sini juga saya terfikir di negeri Johor perlu kita mengadakan satu badan ataupun satu department kita kena tengok daripada segi design development centre.

Daripada segi pengeluaran barang-barang di negeri Johor ini, dari segi packaging mereka, saya tak nampak ada packaging yang proper, saya tak nampak packaging yang interesting dekat dalam market. Kalau kita lihat di Jepun, kalau kita pergi di Jepun sahaja, kita tengok di sana di airport di Jepun, contohnya, love letter itu, kuih love letter itu mereka bungkuskan sampai dia jadi nampak macam kita very tempting untuk beli. Tapi di sini kita tidak, kalau kerepek tu dalam plastik, memang tulah plastik, tak ada label kita dijual.

Jadi, di sini kita di negeri Johor perlu adakan satu design development centre yang mana kita patut membantu IKS-IKS ini ataupun semua syarikat yang mana mereka-mereka ini nak buat design daripada segi packaging kita bantu, nak buat packaging yang macam mana boleh market kan kita bantu. Jadi ini merupakan satu ikhtiar kerajaan yang saya rasakan patut kita laksanakan. Di samping kita membantu mereka mengadakan machinery-machinery untuk mem produce all those product dan kita juga kena tekankan daripada segi packaging-packaging produk-produk ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Tuan Speaker pun datang daripada Tanjung Piai. Saya rasa kita pun tahu di sana banyak nelayan dan potensi di Tanjung Piai dan di sini saya ingin mengambil sikit masa untuk kita menjemput siapa-siapa anglers untuk datang ke Tanjung Piai tetapi Tanjung Piai pekan dia memang the best. Tetapi yang dapat nama Pontian, yang dapat nama YAB kitalah. Orang kalau di Johor ini kalau ikan Pontian dia punya harga ada premium, sebab ikan Pontian lebih sedap, tetapi kebanyakan ikan Pontian tu datang pun daripada Kukup juga. Lembu punya susu, sapi dapat namalah di sini.

Saya melihat Tanjung Piai potensi Tanjung Piai kita boleh jadikan Tanjung Piai sebagai sebuah Angler’s Heaven. Daripada sudut Angler’s Heaven, saya maksudkan syurga kepada pemancing-pemancing. Di sini kita dapat menarik kata orang tu, pelancong-pelancong daripada bukan hanya daripada negara kita tetapi kalau kita betul kita organized kan benda ini kita dapat menarik daripada satu dunia untuk memancing di kawasan Tanjung Piai. Kita di Johor ini beruntung sebab kita mempunyai pantai yang terbesar daripada negeri lain. Sebab kita ada pantai Barat, kita ada pantai Timur, kita ada pantai Selatan jadi kita sepatutnya mengeksploitasikan keadaan muka bumi Allah telah kurniakan kepada kita, jadikan negeri Johor ini sebagai sebuah Angler’s Heaven. atau saya melihat di Tanjung Piai khususnya tetapi sebelum kita dapat jadikan tempat kita Angler’s Heaven, kita perlulah, kerajaan perlulah membantu atau membuat kajian. Kita perlu mengadakan banyak tukun-tukun tiruan contohnya sebab dengan adanya tukun-tukun tiruan kita dapat membiakkan ikan-ikan. Pejabat Pertanian melepaskan benih-benih ikan contohnya. Jadi, di situ kita bukan hanya dapat membantu nelayan-nelayan yang ada tetapi juga menaikkan industri pelancongan untuk Tanjung Piai itu sendiri. Bukan itu sahaja tetapi kita kena juga membantu menaikkan undang-undang kita sebab di sana yang mereka ini mengeluarkan modal untuk membuat tukun-tukun tiruan tetapi akhirnya penjaring-penjaring menggunakan jaring mereka berdekatan dengan tukun-tukun ini. Dan apabila tukun ini diselaputi dengan jaring-jaring yang telah berhanyut itu, ada jaring di dalam kawasan tukun itu ikan tak nak datang lagi. Dan mereka ini telah pun mengeluarkan modal. Banyak mereka mengadukan kepada saya. Jadi di sini kita amat memerlukan kerajaan untuk mengeluarkan rang undang-undang yang mana di kawasan tukun-tukun yang kita bina itu tidak dibenarkan aktiviti menjaring. Dan juga, kalau kita tengok di West, especially negara-negara Barat, mereka ini ada dia punyai SOP ataupun mereka punya ada prosedur untuk memancing. Ikan sebesar mana dan berapa ekor ikan mereka boleh tangkap dan ini semua di control ataupun mereka memastikan sekian bulan apabila ikan dah berlaku, bertelur mereka tidak boleh menangkap

ikan. Jadi, this is the way macam mana cara untuk kita memastikan apa juga investment kita di situ dapat kita gunakan semaksimumnya. Jadi, di sini saya amat mengharapkan supaya dapat kerajaan membantu untuk menaikkan Angler’s Heaven ataupun syurga memancing di kawasan Tanjung Piai.

Dan seperkara lagi Yang Berhormat Tuan Speaker, kita sering mendengar berlakunya banyak pencemaran-pencemaran di negeri, bukan hanya di negeri Selangor tetapi negeri Johor juga berlaku. Dan di sini saya amat mengharapkan kalau boleh air ini termasuk dalam kepentingan negeri. Jadi, kalau boleh kita melihat ataupun relook balik dalam undang-undang tentang pencemaran air. Di sini, Kukup amat menekankan kalau boleh untuk air ini kita kenakan denda yang amat berat. Saya pergi ke Jogja Yang Berhormat Tuan Speaker, saya amat terperanjat pada saya ingat di Indonesia tu ialah daripada segi public awareness dia, daripada segi sungai-sungai mereka kotor, tuan-tuan semua tak percaya, Tuan Speaker tak percaya pergi ke Jogja. Sungai mereka amatlah bersih, di sana. Parit-parit mereka amatlah bersih, di sana. Dan saya terfikir kalau Indonesia boleh buat, takkan Johor tak boleh buat. Takkan Malaysia tak boleh buat. Kalau nak kita ikutkan Malaysia ini kalau pada mata dunia we are of course, we are lebih advanced daripada Indonesia tetapi daripada segi sungai, daripada segi menjaga air di negeri kita ini amat berkurangan. Dan kita kerap dengar seperti Sungai Kim Kim yang baru-baru ini pembuangan sisa kimia ke dalam sungai. This is all the irresponsible people yang telah pun melaksanakan. Dan perkara ini kalau kita nak berhentikan, kita nak mengadakan pemantau sahaja tidak cukup tetapi ini kita perlu, kata orang tu, meningkat ataupun menambah lagi denda. Kita mungkin, kita 4 kali gandakan denda yang ada, kalau sekarang ini katakan denda RM10,000.00 mungkin kita caj RM40,000.00 atau dengan penjara. Jadi, dengan cara ini, I think kita boleh hentikan pencemaran air-air kita dengan lebih efektif di negeri Johor ini.

Speaker

Masa dah 20 minit Yang Berhormat.

Yang Berhormat?

Speaker

Masa dah 20 minit.

Ada lagi 2 second Yang Berhormat. (Dewan Ketawa). Tadi Yang Berhormat, Yang Berhormat tadi ada kacau-kacau sikit tu ada lagilah 5 minit. Tapi oleh kerana saya menghormati rakan-rakan yang nak berucap.

Speaker

1 minitlah, 1 minit Yang Berhormat.

Dengan itu, saya amat mengharapkan Yang Berhormat supaya kita di negeri Johor ini satu rang undang-undang yang tegas kita kenakan kepada mereka yang pencemar-pencemar sungai kita. Jadi, itu yang sangat-sangat mustahak kita dilakukan di sini. Kemudian, sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Kukup. Seterusnya saya persilakan Pekan Nanas. 20 minit Yang Berhormat ya.

Tuan Yeo Tung SiongDAP · PHPekan Nanas

Ya.

Speaker

Jalan baharu dah dapat dah. 20 minit cukup.

Tuan Yeo Tung SiongDAP · PHPekan Nanas

Selamat sejahtera Yang Berhormat Tuan Speaker dan rakan-rakan Ahli Dewan sekalian. Pertama sekali Pekan Nanas ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Belanjawan Johor 2021 setelah dah menunggu satu tahun.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Menteri Besar telah membentangkan satu bajet bertema, “Berdaya Tahan Demi Kemakmuran”. Dalam ucapannya telah mengatakan bahawa ekonomi Johor berada dalam suatu situasi yang amat mencabar di bawah perebakan COVID-19. Menurut Bajet 2021 hasil negeri Johor adalah sebanyak RM1,609 juta manakala anggaran perbelanjaan pada tahun 2021 adalah sebanyak RM1,857 juta. Jumlah Belanjawan Johor 2021 merupakan satu belanjawan defisit sebanyak RM248 juta. Pekan Nanas bersetuju dengan pandangan Menteri Besar bahawa dalam keadaan ekonomi sekarang kerajaan harus belanja lebih daripada biasa. Tindakan ini adalah wajar di mana penambahan perbelanjaan kerajaan dan pengurangan hasil cukai pada krisis ekonomi dapat menyelesaikan masalah kekurangan permintaan pasaran, meningkatkan kemampuan rakyat untuk menjalankan aktiviti perbelanjaan untuk merangsangkan ekonomi pada masa krisis ekonomi. Keadaan kedudukan kewangan kerajaan negeri Johor berada dalam lebihan ataupun defisit. Dia bukan satu-satu tanda yang penting untuk menaik kerajaan apabila kita menghadapi cabaran wabak COVID-19. Tindakan kerajaan perlu menyalurkan bantuan untuk membantu rakyat meringan beban adalah lebih penting buat masa ini. Berbanding dengan risiko kerajaan menghadapi defisit dan prinsip ini merupakan prinsip yang saya pernah pegang apabila membawa usul untuk mengurangkan cukai tanah dalam Dewan yang lepas. Walau bagaimanapun, kerajaan perlu berhati-hati dan jangan terlalu optimistik dalam pembentangan bajet. Apabila Pekan Nanas meneliti Bajet 2021, Pekan Nanas risau anggaran pendapatan yang dibuat, cukai tidak langsung seperti cukai hiburan yang meliputi cukai tiket wayang dan juga cukai tiket taman tema mungkin terlalu optimistik.

Yang Berhormat Tuan Speaker, kita faham hasil cukai wayang dan cukai taman tema pada tahun 2020 pasti terjejas akibat perebakan COVID. Keadaan yang sama mungkin berlarutan kerana sekarang kes COVID di negara kita masih melonjak tinggi. Oleh itu, adalah kerajaan boleh mendapati hasil cukai tiket wayang dan cukai tiket taman tema yang lebih tinggi jika berbanding dengan hasil yang kita dapati pada 2019 adalah sesuatu yang masih belum tentu dapat. Tambahan pula, Persatuan Pameran Filem Malaysia (MAFIM) telah membuat keputusan di mana semua panggung wayang di seluruh Malaysia ditutup mulai 2 November 2020 sehingga suatu tarikh yang akan diumumkan kemudian. Keputusan ini dibuat sebab PKPB yang dijangka dan jumlah filem yang ingin ditonton adalah sedikit. Panggung wayang sekarang menghadapi kerugian yang amat besar akibat kehilangan 90% pelanggan mereka.

Yang Berhormat Tuan Speaker, 90% ini bukan suatu angka yang kecil. Adakah nilai ini akan pulih dan mencatatkan keputusan yang lebih baik berbanding dengan tahun 2019 dan 2020 masih belum dapat ditentu lagi. Manakala, cukai tiket taman tema merupakan suatu hasil yang amat bergantung kepada kedatangan pelancong memandangkan keadaan COVID masih berleluasa. Banyak negara masih berada dalam keadaan, lock down. Keadaan ekonomi masih lembap. Kita tidak boleh tahu bila sektor pelancongan akan pulih. Adakah anggaran pendapatan tersebut masih dapat mencapai sasarannya. Oleh itu, sebagai suatu kerajaan alternatif atau pembangkang yang konstruktif, saya faham belanja defisit adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Apabila negara kita berada dalam situasi ini tetapi kita perlu memastikan bahawa perancangan dan penilaian pada peringkat pembentangan bajet dibuat dengan lebih berhati-hati untuk mengelakkan berlaku defisit yang akan melonjak tinggi dan menjadi luar jangkaan daripada anggaran kita pada masa yang akan datang. Sebab itu, saya memohon pihak kerajaan memberi pencerahan tentang anggaran tersebut. Sekiranya ia tidak munasabah lebih baik kita membuat pindaan pada peringkat awal. Panggung wayang dan taman tema merupakan sektor yang mengalami cabaran serius akibat perebakan COVID. Pekan Nanas menyambut baik dengan usaha kerajaan mengecualikan duti hiburan bagi taman-taman tema dan pusat hiburan. Pada masa yang sama, Pekan Nanas juga ingin memohon jasa baik kerajaan untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya untuk menurunkan kadar cukai tiket wayang dan kadar cukai tiket taman tema untuk mengurangkan kos mereka supaya jika harga tiket mereka dapat diturunkan kita dapat menaikkan daya tarikan mereka khasnya apabila keadaan ekonomi sekarang masih lembap.

Yang Berhormat Tuan Speaker, objektif utama Belanjawan Johor 2021 adalah untuk menjamin ketahanan dan kelangsungan ekonomi, memperkasa dan memperdayakan daya tahan kebajikan rakyat Johor dan menjamin kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Johor. Matlamat ini dapat dijana jika kita dalam strategiknya lebih fokus kepada peningkatan produktiviti dan menyelesaikan masalah pengangguran di negeri Johor.

Yang Berhormat Tuan Speaker, tindakan penubuhan Jawatankuasa Security Makanan Negeri yang melibatkan pemain industri agensi kerajaan dan peruntukan RM6 juta untuk kawasan tanaman seluas 2,148 hektar untuk program Jaminan Bekalan Makanan melalui Agenda Johor Tani adalah suatu permulaan yang baik. Saya bersetuju dengan pandangan Menteri Besar di mana ini adalah masa kita menumpukan sepenuh sumber yang ada bagi menata cara-cara yang baru untuk menggapai kemakmuran bersama, yang penting ini, cara-cara baru. COVID-19 ini merupakan pandemik yang paling serius dalam sejarah manusia. Selepas berlakunya pandemik flu Sepanyol pada 100 tahun yang lepas. Kita tidak boleh menggunakan cara yang lama untuk menghadapi cabaran yang akan semakin meruncing pada masa yang datang. Tidak dapat dinafikan Johor mempunyai aset yang semula jadi seperti tanah yang subur dan tenaga kerja yang sedia ada. Menurut statistik Jabatan Pertanian pada tahun 2019, negeri Johor mempunyai tanah terbiar seluas 10,098 hektar dan melibatkan 4,561 lot tanah. Disebabkan kadar pengangguran semakin meningkat, kita ada banyak sumber tenaga yang sedang berusaha untuk mencari sumber rezeki buat masa ini. Oleh itu, saya bercadang kerajaan untuk menubuhkan satu taskforce untuk memfokuskan perhatian optimumkan semua tanah terbiar di negeri Johor. Taskforce boleh tanah terbiar, boleh ditubuhkan di peringkat negeri dan setiap daerah untuk mengenal pastikan setiap tanah yang berpotensi dibangunkan. Sebagai contoh, daerah Mersing ada tanah terbiar yang paling banyak di Johor sebabnya 3,786 hektar, yang melibatkan 1,142 lot tanah. Taskforce ini perlu mengetahui lot-lot tanah tersebut dan mengkaji cara-cara untuk mengoptimumkan tanah tersebut jika pemilik tidak dapat mengusahakan tanah tersebut adakah langkah alternatif seperti mewujudkan usaha sama pemilik tanah dengan pemain industri lain ataupun menyewakan tanah tersebut kepada orang lain yang berminat untuk mengelakkan pembaziran sumber. Apa jua cara pun boleh kita cuba, asalkan tanah tersebut tidak terbiar. Taskforce ini boleh menerima maklumat-maklumat dari orang awam untuk mengenal pastikan mana tanah yang terbiar untuk mengelakkan pembaziran sumber tanah. Tindakan drastik perlu diambil supaya setiap keping tanah terbiar di negeri Johor dapat digunakan dengan sempurna untuk menjana hasil dan menjana peluang pekerjaan dan meningkatkan produktiviti negeri Johor.

Yang Berhormat Tuan Speaker, isu tanah terbiar pun pernah dibangkitkan dalam sesi soal jawab dan saya juga pernah memberi cadangan kepada kerajaan untuk merujuk kepada Kanun Tanah Negara Seksyen 115, untuk mengambil tindakan terhadap tanah terbiar untuk memastikan tanah pertanian diusahakan secara berterusan. Menurut Seksyen 115, pemilik tanah pertanian tidak memulakan kerja pada tanahnya dalam tempoh 12 bulan dan menyempurnakan kerja dalam tempoh 3 tahun adalah melanggar syarat. Tanah perlu diusahakan dengan tanaman secara berterusan untuk mengelakkan pembaziran sumber. Pentadbir kuasa, Pentadbir Tanah berkuasa melucut hak tanah tersebut kepada pihak kerajaan negeri mengikut seksyen 127, 128 dan 129 Kanun Tanah Negeri jika pemilik tanah tidak mengambil tindakan yang sewajarnya selepas mendapat notis daripada Pentadbir Tanah. Ini menunjukkan dalam sistem perundangan negara kita telah memberi kuasa kepada pihak kerajaan menangani tanah terbiar supaya kerajaan dapat mengoptimumkan penggunaan tanah demi kebaikan ekonomi negara. Sebab itu ada sedikit pandangan yang berlainan kerana ada yang rasa tanah yang terbiar kebanyakan bergantung kepada inisiatif, kepada pemilik tanah tetapi daripada segi undang-undang ia juga merupakan satu tanggungjawab kepada pemilik tanah.

Pekan Nanas juga faham bahawa penguatkuasaan undang-undang tersebut merupakan suatu cabaran yang sangat besar. Oleh itu, saya juga ingin menegaskan ini penting tau kerana kalau tak nanti salah faham, nanti ada perampasan tanah ini kata ini adalah cadangan daripada Pekan Nanas. Nanti saya, orang maki saya, sampai kepala pun busuk, nanti bangunan diceroboh kerana sedangkan saya, ini bukan, ini bukan. Ini penting, saya ingin menegaskan bahawa sebarang penguatkuasaan undang-undang tersebut bukan untuk tujuan perampasan tanah. Ini penting tau, kalau tak nanti orang campak saya masuk sungai. Yang penting kita perlu memohon pemilik untuk meremedi ataupun memulihkan penggunaan tanah tersebut or tindakan perampasan tanah mungkin akan menyebabkan proses perundangan yang rumit dan panjang jika dibawa ke mahkamah. Yang paling penting suatu mesej mengoptimumkan tanah perlu disampaikan untuk mendorong, mendidik dan mendesak pemilik me utilize kan tanah mereka melalui proses penguatkuasaan Kanun Tanah Negara. Jika tidak, banyak orang masih beranggapan bahawa sekiranya mereka ada bayar cukai, tanah terbiar bukan suatu isu undang-undang. Ini adalah konsep yang tidak betul dan tanah bukan sekadar hak milik persendirian yang dikumpulkan sebagai kekayaan. Pemilik tanah juga, juga bertanggung jawab untuk mengusahakan tanah tersebut supaya mendatangkan manfaat kepada masyarakat dan negara dan usaha membangunkan tanah terbiar, Pejabat Tanah, Jabatan Pertanian, Pihak Berkuasa Tempatan, pemain industri perlu memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan suatu persefahaman dengan pemilik tanah supaya kita dapat mewujudkan satu win-win situation sama ada usaha sama, pajakan, sewa ataupun apa-apa cara lain yang boleh membenarkan pemilik tanah, rakyat serta kerajaan mendapat kebaikan daripada pelaksanaan dasar tersebut.

Yang Berhormat Tuan Speaker, cabaran yang kita hadapi hari ini sangat besar, kerajaan sudah tidak ada sumber tanah yang banyak seperti 50 tahun yang dulu, yang memberikan kita menerokai kawasan baru seperti melaksanakan perintah walaupun kita mungkin berazam tinggi tetapi conditional hari ini sudah berubah, kita perlu menggemblengkan setiap tanah terbiar yang sedia ada walaupun bertaburan, berselerak di tempat-tempat berasingan. Ini merupakan sumber yang penting yang perlu kita fokus dan tumpukan perhatian untuk meningkatkan produktiviti dan menjana peluang pekerjaan supaya kita dapat mengharungi cabaran COVID-19. Penguatkuasaan dan pemantauan secara berkala untuk mengelakkan keadaan tanah terbiar dan memaksimumkan penggunaan tanah adalah penting. Dan, saya faham pelaksanaan dasar ini memang bukan suatu kerja yang mudah dijalankan. Tapi, dalam masa yang kritikal ini kita perlu mengambil tindakan yang drastik dan kejayaan dasar ini amat bergantung kepada cara pelaksanaan yang berhati-hati, bertimbang rasa dan berperikemanusiaan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, kadar pengangguran Johor adalah 3% pada tahun 2018, ia menurun kepada 2.7% pada tahun 2019. Kadar pengangguran meningkat menjadi 3.2% pada suku pertama 2020 dan melambung tinggi menjadi 4.9% pada suku yang ketiga. Mengatasi masalah pengangguran perlu menjadi titik fokus dalam pelaksanaan dasar-dasar kerajaan untuk memastikan kebajikan rakyat dan kesejahteraan masyarakat terjamin.

Yang Berhormat Tuan Speaker, PERKESO ada suatu Skuad Prihatin PERKESO yang ditubuhkan untuk mengumpulkan maklumat-maklumat melalui surat khabar, sosial media untuk menghulurkan bantuan kepada Ahli PERKESO yang mengalami kemalangan. Saya bercadang kerajaan menubuhkan satu Skuad Prihatin Pekerjaan melalui agensi-agensi kerajaan seperti PERKESO, Jabatan Tenaga Kerja dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengesan penganggur yang berada di negeri Johor dan mengambil inisiatif untuk membantu menawarkan pekerjaan kepada mereka. Pada masa yang kritikal ini, kerajaan bukan tunggu rakyat yang menghadapi masalah tetapi datang ke ofis untuk memohon bantuan tetapi kita perlu mencontohi cara kerja Skuad Prihatin PERKESO yang mengambil inisiatif untuk turun ke padang, menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang menghadapi masalah.

Saya faham berbagai usaha telah dijalankan oleh Jabatan Tenaga Kerja, Jobs Malaysia untuk menjayakan Karnival Kerjaya di seluruh Johor. Saya juga pernah menganjurkan Karnival Kerjaya dengan usaha sama Jabatan Tenaga Kerja dan Jobs Malaysia di Pekan Nanas. Walau bagaimanapun, pada masa yang genting ini kita perlu lebih aktif ataupun agresif bukan sahaja hanya menganjurkan program dan menunggu mereka tampil ke depan. Masa ini adalah kita turun ke padang, tampil diri ke rakyat yang memerlukan bantuan. Oleh itu, Skuad Prihatin Pekerjaan boleh mengambil inisiatif mengkaji data-data bayaran caruman PERKESO dan EPF setiap bulan. Sesiapa yang henti membuat bayaran, mungkin mereka menghadapi kebuntuan dalam kehidupan mereka, Skuad Prihatin ini boleh menyediakan borang melalui agensi kerajaan, menyediakan google form untuk mengumpulkan data-data penganggur. Skuad Prihatin ini yang ditubuhkan juga boleh fokus untuk menghubungi mereka, untuk mengetahui keadaan mereka, mengatur temu janji dengan syarikat yang memerlukan tenaga kerja.

Speaker

Masa dan hampir-hampir 20 minit Yang Berhormat.

Tuan Yeo Tung SiongDAP · PHPekan Nanas

Sikit, sikit. Jika daerah tertentu tak ada kilang atau syarikat yang memerlukan tenaga kerja yang tinggi, skuad itu boleh mengaturkan temu duga merentasi daerah atau pun mana-mana cara yang sesuai. Pada masa ini, saya berharap kerajaan mempertimbangkan cadangan untuk menubuhkan satu Skuad Prihatin khasnya supaya kita boleh turun ke padang, tampil diri ke hadapan mereka untuk menghulurkan bantuan dengan lebih sistematik dan efektif.

Pekan Nanas menyambut baik dengan pelbagai mekanisme yang dirangka oleh kerajaan untuk menyalurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan. Pada masa yang sama, sekiranya kita berjaya menawarkan peluang pekerjaan kepada penganggur dan mengurangkan kadar pengangguran secara berkesan. Saya yakin rakyat Johor akan mendapat manfaat daripada usaha tersebut.

Yang Berhormat Tuan Speaker...

Speaker

20 minit, Yang Berhormat. Tak boleh masuk, tak boleh masuk point baru Yang Berhormat.

Tuan Yeo Tung SiongDAP · PHPekan Nanas

Ye, saya tahu. Tinggal sedikit. Cadangan terakhir.

Speaker

Simpulkan, simpulkan.

Tuan Yeo Tung SiongDAP · PHPekan Nanas

Cadangan terakhir. Pekan Nanas juga menyambut baik dengan usaha kerajaan untuk mengeluarkan peruntukan RM20 juta untuk Rancangan Tebatan Banjir, pengorekan sungai dan muara sungai dan meningkatkan peruntukan RM40 juta untuk menyelenggarakan parit dan saliran. Saya faham disebabkan sumber terhad tidak ada kerajaan yang mampu untuk memenuhi permintaan semua pihak khasnya apabila kita berada dalam himpitan yang luar biasa. Untuk menyelesaikan banjir kilat di seluruh negeri Johor peruntukan kerajaan mesti terhad untuk selesaikan semua masalah.

Oleh itu, pada masa yang kritikal ini saya bercadang kepada kerajaan untuk mengkaji sungai-sungai yang selalu berlaku banjir di setiap daerah sama ada sungai tersebut sesuai untuk menghasilkan pasir sungai melalui pengorekan sungai. Sekiranya pengorekan sungai boleh mendatangkan hasil melalui penjualan pasir sungai, saya cadang kepada kerajaan untuk menawarkan kerja pengorekan pasir sungai secara tender terbuka. Cara ini membolehkan lebih banyak sungai dan muara sungai dapat dikorek untuk meringankan keadaan banjir kilat. Pihak JPS mungkin dapat menjimatkan kos pengorekan sungai

ataupun dapat mengorek lebih banyak sungai. Kerajaan boleh mendapat hasil daripada jualan cukai pasir sungai melalui Pejabat Tanah dan mungkin kontraktor juga boleh mendapat menjana pendapatan melalui aktiviti tersebut. Walau bagaimanapun, Pekan Nanas sedar di mana cadangan pengeluaran pasir sungai ini berisiko untuk mengundang masalah runtuhan tebing dan kerosakan ke atas persisiran sungai.

Speaker

Ok, Yang Berhormat.

Tuan Yeo Tung SiongDAP · PHPekan Nanas

Ia hanya merupakan cadangan untuk...

Speaker

Selesaikan Yang Berhormat.

Tuan Yeo Tung SiongDAP · PHPekan Nanas

Masa kritikal ini dan pelaksanaan cadangan ini amat memerlukan pemantauan yang rapi daripada agensi kerajaan seperti JPS dan Pejabat Tanah. Oleh itu, jika boleh diterima saya bercadang dihadkan 1 daerah paling banyak 1 sungai untuk peringkat permulaan.

Speaker

Ok, tamatkan Yang Berhormat.

Tuan Yeo Tung SiongDAP · PHPekan Nanas

Yang Berhormat Tuan Speaker, tinggal masalah tempatan.

Speaker

Tak boleh Yang Berhormat.

Tuan Yeo Tung SiongDAP · PHPekan Nanas

Ni last.

Speaker

Tak boleh Yang Berhormat, tak boleh, tak boleh masa dah cukup sangat ni 23 minit.

Tuan Yeo Tung SiongDAP · PHPekan Nanas

3 minit.

Speaker

Cukup Yang Berhormat. Cukup, cukup.

Tuan Yeo Tung SiongDAP · PHPekan Nanas

3 minit, 3 minit.

Speaker

Tak boleh, tak boleh.

Tuan Yeo Tung SiongDAP · PHPekan Nanas

Ah...

Speaker

Minta maaf, minta maaf tidak boleh Yang Berhormat. Masa dah terlalu sempit Yang Berhormat.

Tuan Yeo Tung SiongDAP · PHPekan Nanas

Bolehlah.

Speaker

Masa dah pendek, saya minta maaf. Saya kena tegas sebab kita ramai lagi yang belum berucap Yang Berhormat. Ok, sekian Yang Berhormat. Seterusnya saya persilakan Stulang. Jangan ketawa Yang Berhormat, masa 20 minit.

Tuan Chen Kah EngDAP · PHStulang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. Sebelum memulakan perbahasan, patik ingin merafak sembah menjunjung kasih dan ucapan setinggi-tinggi tahniah ucapan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2020.

Yang Berhormat Speaker, penutupan atau kawalan pergerakan di sempadan Malaysia – Singapura akibat COVID telah mengakibatkan kesan yang amat serius kepada kedua-dua buah negara. Ratusan ribu rakyat Malaysia yang bergantung kepada Tambak Johor terpaksa mengharungi cabaran ekonomi, tekanan hidup, keperitan berpisah dengan keluarga, berdepan dengan pelbagai masalah kewangan, pelbagai masalah keluarga, tanpa ibu bapa, peluang pekerjaan yang tidak menentu dan sebagainya.

Angka ratusan ribu ini masih tidak merangkumi ahli-ahli keluarga mereka. Jika dikaji dari sudut ekonomi setempat Johor Bahru banyak perniagaan telah pun terjejas dan ini juga melibatkan puluhan ribu dan ratusan ribu rakyat. Saya akui juga kerajaan Johor juga setuju bahawa sempadan ini perlu dibuka secepat mungkin untuk memulihkan ekonomi tempatan yang parah. Kebanyakan ADUN-ADUN yang ada dalam Dewan yang mulia ini juga ada menunjukkan keprihatinan mereka terhadap isu Tambak Johor dan juga rakyat yang pengaruhi atas penutupan sempadan ini.

Walaupun isu rentas dan pembukaan sempadan ini merupakan bidang kuasa kerajaan persekutuan, tetapi ia melibatkan jutaan penduduk Johor dan seluruh Malaysia. Jadi, adalah mustahak untuk kita memperdebatkan isu ini di Dewan Negeri yang mulia ini. Sebelum perjalanan harian adalah Malaysia dan Singapura dipulihkan, atau sebelum Tambak Johor dibuka sepenuhnya, cadangan Stulang mengenai isu sempadan adalah berikut: yang pertama, memudahkan rakyat Malaysia yang berada di Singapura boleh pulang ke tanah air dengan lebih mudah memandangkan Singapura sekarang merupakan negara yang berisiko rendah. Sejak pelaksanaan PCA, rakyat Malaysia yang memiliki permit kerja Singapura telah pun merentas sempadan negara untuk pulang ke tanah air. Rakyat Malaysia pulang ke Malaysia melalui PCA telah dibenarkan untuk kuarantin dan mengasingkan diri sehingga keputusan ujian COVID-19 menunjukkan keputusan negatif. Penduduk Johor yang pulang dari Singapura turut dibenarkan untuk kuarantin dan mengasingkan diri di kediaman mereka di Johor, ini melalui PCA. Namun, rakyat Malaysia yang lain termasuk pemastautin tetap Singapura, pemegang kad pelajar, pemegang long term pass atau pemegang sosial pas hanya dapat pulang ke Malaysia sebagai pelawat biasa dan harus menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan dengan perbelanjaan ditanggung sendiri.

Ketika pandemik ini adalah mustahak agar dasar yang dibuat sentiasa dikaji semula dari semasa ke semasa dan perubahan dilakukan apabila diperlukan untuk memberikan bayangan situasi sebenar dan mengurangkan impak ekonomi dan sosial kepada semua rakyat Malaysia. Ini sangat penting, perlu dikaji dari semasa ke semasa. Satu-satunya percanggahan yang ada di antara pelawat melalui PCA dan pelawat lain adalah, walaupun kedua-dua mereka balik dari negara yang sama iaitu Singapura di mana risiko negara tersebut sekarang adalah rendah mereka tidak dibenarkan mengguna PCA tetap diwajibkan menjalani langkah keselamatan kesihatan yang berlainan, kepada mereka yang menggunakan PCA. Jadi tidak terdapat sebarang justifikasi untuk 2 jenis standard yang berlainan ini. Cadangan membenarkan semua rakyat Malaysia yang pulang dari Singapura untuk melalui langkah kesihatan yang sama.

Jadi sudah tiba masanya untuk kerajaan Malaysia mengakui bahawa rakyat Malaysia pulang dari Singapura bukan golongan yang berisiko tinggi. Prosedur kini yang mewajibkan rakyat Malaysia yang pulang dari Singapura untuk menjalani kuarantin 14 hari di pusat kuarantin iaitu langkah sama seperti dikenakan ke atas pelawat asing dari negara berisiko tinggi sememangnya adalah tidak perlu dan perlu dikaji, dirombak dan dihapuskan.

Cadangan saya yang kedua, berkenaan dengan isu sempadan juga iaitu kerajaan Malaysia seharusnya membenarkan rakyat dari negara berisiko rendah untuk masuk ke Malaysia. Tidak dinafikan bahawa keluar masuk sempadan atau pintu masuk perlu dijaga dengan rapi. Walau bagaimanapun untuk memulakan pergerakan antarabangsa, kerajaan boleh

mempertimbangkan agar membenarkan rakyat dari negara berisiko rendah untuk masuk ke Malaysia. Ini sangat penting kerana kita perlu menguruskan sempadan negara pada satu tahap di mana wabak COVID boleh dikawal dan pada masa yang sama ekonomi tempatan dan antarabangsa tetap terpelihara.

WHO dan setiap negara juga ada senarai negara dengan risk assessment level COVID mereka. Maknanya, sama ada negara itu berisiko rendah, sederhana, tinggi atau sangat bahaya adalah diketahui umum. Kalau sempadan terlalu longgar, risiko COVID meningkat, kalau sempadan terlalu ketat, ekonomi runtuh. Jadi, saya ambil contoh adalah kalau kita memegang, kalau kita memegang seekor burung yang kita tangkap, kalau kita pegang dia terlalu kuat, burung mati. Kalau kita pegang terlalu ringan, burung terbang. Sama juga, kalau kita pegang kuat sangat burung mati, kalau pegang ringan sangat burung terbang. Jadi sama juga dengan sempadan kita ialah kita tahu COVID ini sangat bahaya. (Dewan ketawa). Jadi kita sempadan,

Speaker

Ini burung betul tau, bukan burung lain, burung betul. (Dewan ketawa).

Tuan Chen Kah EngDAP · PHStulang

Ini semua otak kotor ni. (Dewan ketawa).

Speaker

Teruskan Yang Berhormat.

Tuan Chen Kah EngDAP · PHStulang

Jadi kalau sempadan kita kalau terlalu ketat kita jaga, ekonomi terjejas. Kalau terlalu longgar pun risiko COVID meningkat. Jadi, membenarkan mereka dari negara berisiko rendah masuk pun bukan kita akan laksanakan sambil lewa sahaja. Kita boleh adakan SOP atau peraturan yang khusus untuk dipatuhi. Mengambil sikap terbuka dan mencari ikhtiar dalam hal ini merupakan satu kaedah damage control akibat COVID agar kita boleh bergerak ke depan.

Yang Berhormat Speaker, sebelum saya meneruskan dengan cadangan-cadangan yang lain secara tuntas, saya ingin persembahkan liku hidup yang dilalui oleh, apa yang telah dilalui oleh mereka sekarang, apabila sempadan Malaysia – Singapura ditutup atau dikawal dengan ketat. Ya, ramai yang hilang kerja, tak kira di Malaysia atau di Singapura. Ada yang tidur jalan, hidup gelandangan di Singapura, ada yang terkandas di Singapura, dah 10 bulan tak balik rumah. Ada yang terpaksa melahirkan anak di Singapura, terpaksa, dengan kos yang begitu tinggi.

Di Johor Bahru pula restoran turun lebih daripada 70%, ada yang tutup terus. Penjaja, peniaga kecil-kecilan satu hari kadang-kadang tak sampai RM50.00. Perniagaan runcit retail business turun 80% pun ada, sektor pelancongan lembap terus. Pemandu teksi di CIQ, kosong. Ya, ini adalah rintihan mereka ada bagi emak di Singapura, bayi di Malaysia, emak di Singapura bayi di Malaysia, bapak emak di Singapura, anak-anak semua di Malaysia, bapak emak sakit, meninggal dunia di Malaysia, anak di Singapura.

Ada yang meninggal dunia di Singapura, meninggal di Singapura tak boleh meninggal dunia di tanah air sendiri. Ada yang bapak hidup sorang, meninggal tak ada orang tahu, anak pun tak tahu, ada tadi Paloh tanya ada orang kahwin lagi. Janganlah ini macam.

Speaker

Dah lama sangat duduk kat Singapura tu, terpaksalah kahwin, jadi terpaksa kebumi, terpaksa juga kahwin.

Tuan Chen Kah EngDAP · PHStulang

Yalah PKP ni banyak masalahlah seperti Johor Jaya tempoh hari pun ada sebutkan, ada laki bini sama-sama terlalu lama gaduh pula, nak cerai pula, ini pun banyak masalah. Jadi sebelum itu awal PKP wanita hamil, warga tua, anak-anak belia...

Speaker

Nasib baik Kempas yang tak stranded kat Singapura, kalau Kempas stranded kat Singapura. (Dewan ketawa).

Tuan Chen Kah EngDAP · PHStulang

Ini mahu jaga 3, 4 ni lagi susah (Dewan ketawa). Ini lagi susah ni, bukan main. Tapi saya ok, saya seorang sahaja. (Dewan ketawa). Jadi wanita hamil, warga tua, kanak-kanak berjalan merentasi Tambak Johor balik ke JB, ini adalah kesusahan mereka.

Jadi, cadangan saya ketiga berkenaan dengan isu rentas sempadan adalah, ini saya rasa sangat penting di mana kita perlu mengadakan perbincangan sekarang supaya kita boleh teruskan apabila wabak COVID telah pun tamat. Adalah berkenaan dengan penubuhan travel bubble Singapura – Johor Bahru. Saya rasa ini sangat penting kita perlu rancangan terperinci di mana kita perlu menunggu semua agensi-agensi yang berkaitan, pihak swasta dan destinasi-destinasi pelancongan, agensi-agensi yang perlu untuk sama-sama membincangkannya.

Ekonomi negeri Johor amat dipengaruhi oleh perbelanjaan, berbelanja para pelancong dari Singapura dan sebaliknya. Namun segala aktiviti pelancongan telah dihentikan kini bagi menghentikan penularan wabak COVID-19 yang amat membimbangkan sebelum ini. Johor telah pun menjadi satu destinasi pilihan kebanyakan rakyat Singapura untuk sekian lama, disebabkan oleh faktor geografi Johor yang berdekatan dengan Singapura.

Atas sebab yang sama ramai penduduk Johor juga turut ke Singapura. Mengawal penularan COVID adalah satu yang cukup penting. Namun langkah-langkah bagi membenarkan aktiviti pelancongan dijalankan juga haruslah diterokai agar dasar-dasar yang tertentu dapat dilaksanakan secepat mungkin sejurus situasi pandemik ini sampai ke satu tahap yang memuaskan. Melalui usaha yang cepat dan lincah ini sebarang pembaziran peluang, sebarang pembaziran peluang dapat dielakkan dan sekali gus meningkatkan daya persaingan kita.

Setelah situasi di Johor dan Singapura bertambah baik, travel bubble Johor – Singapura harus dilaksanakan bagi membenarkan aktiviti pelancongan untuk disambung semula antara kedua-dua bandar, namun tetap dengan langkah-langkah keselamatan yang patut bagi membendung penyebaran wabak COVID-19. Ini harus dilakukan untuk menghidupkan semula berbagai sektor seperti pelancongan tempatan, F&B, peruncitan dan hiburan.

Permohonan haruslah dilakukan oleh agensi pelancongan, semua lawatan berpandu haruslah berserta dengan jadual yang terperinci dan padat, yang jelas menyenaraikan tarikh dan masa bagi setiap lokasi yang akan dilawat oleh kumpulan lawatan berpandu tersebut. Sebagai contoh, destinasi pelancongan terkenal, tempat penginapan, restoran dan pusat beli-belah yang akan dilawat oleh kumpulan lawatan berpandu tersebut. Selain itu, maklumat seperti nama agensi pelancongan, syarikat pengangkutan juga harus disediakan.

Setiap peserta dan pelancongan dalam satu kumpulan lawatan berpandu haruslah dapat sentiasa dihubungi dan dikesan pada bila-bila masa mereka dalam lawatan. Selain itu ujian seperti ujian COVID, prosedur pengesanan, mematuhi peraturan kesihatan, keselamatan merupakan SOP yang juga perlu dijaga.

Cadangan keempat saya adalah berkenaan sempadan juga, berkenaan dengan isu CIQ juga. Jadi bagaimana kita sebagai kerajaan sekarang perlu membuat kesediaan di CIQ, BSI dan CIQ KSAB semasa COVID ini.

Speaker

Azan Yang Berhormat, azan.

(Berhenti sebentar kerana memberi laluan laungan azan).

Speaker

Masa ada 6 minit lagi Yang Berhormat.

Tuan Chen Kah EngDAP · PHStulang

Ok. Jadi, sebagai pemimpin atau kerajaan yang bervisi jauh, Stulang berpendapat baik kerajaan Johor atau kerajaan persekutuan perlu menggunakan masa COVID-19 ini dengan sebaik-baiknya dalam menangani segala isu yang berkaitan dengan sempadan Malaysia – Singapura. Jadi, bagaimana kita berfungsi dengan lebih baik apabila pandemik COVID telah pun beredar, agar kita mahu lihat Tambak Johor sesak lagi. Justeru itu, saya menyeru kepada kerajaan agar membuat persiapan menaik taraf menaikkan rancangan yang telah disyorkan sebelum ini untuk memantau isu kesesakan untuk Tambak Johor semasa tempoh PKP ini atau semasa orang yang menggunakan Tambak Johor adalah minima. Ini adalah kerana segala kerja naik taraf pada masa penggunaan minima ini akan menjimatkan kos, menjimatkan masa dan lebih selamat. Kerisauan kontraktor berkaitan kebahayaan kepada pengguna adalah minima. Kerja naik taraf sistem juga tidak akan membantutkan proses clearance kalau kerja cepat dan lancar maka kos adalah minima.

Jadi cadangan kelima, terakhir saya adalah saya amat setuju dengan usaha pendigitalan pentadbiran yang diketengahkan oleh Menteri Besar, lebih-lebih lagi dalam era ini di mana data adalah penting dan boleh dikecapi dengan teknologi. Saya pernah cadangkan penggunaan big data dan artificial intelligence untuk tujuan kawal selia sempadan sebelum ini. Walau pun ini adalah bidang kuasa persekutuan tetapi Stulang berpendapat Johor sebagai salah satu pintu masuk utama perlu mengambil inisiatif dalam pelaksanaan big data dan AI ini sama ada dari segi memulakan perbincangan dengan persekutuan atau memulakan kajian awalan dalam implementasi ini. Ini sangat penting, ini adalah kerana data yang dikutip cukup banyak dan sempurna. Data dari Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Jabatan JPJ, Jabatan Kesihatan, MAKIS, PDRM, KDN, PTG Johor dan sebagainya. Semua data kita ada. Jadi kita perlu buat pendigitalan dan penggunaan big data dan artificial intelligence. Sekiranya data-data tersebut boleh digabungkan dan dikongsi melalui big data dan AI dan machine learning, dengan izin, maka ia mampu membantu kerajaan dalam banyak keputusan dan andaian yang bijak, tepat dan produktif.

Lantaran itu, Stulang memohon agar peruntukan dana sebanyak RM100,000.00 atau satu angka yang dirasai sesuai, untuk tujuan kajian awal penggunaan big data dan AI dalam kawal selia sempadan di dalam Belanjawan Johor 2021. Jadi, supaya rakyat Malaysia dan anak Johor, kita cintai tanah air kita kata mahu lihat Johor bangkit semula dalam melawan COVID. Stulang berharap kerajaan yang ada sekarang boleh ikhlas dalam segala jua polisi dan rancangan. Kita bukan musuh kerajaan, dan saya juga amat setuju dengan cadangan Tangkak di mana bahawa Wakil Rakyat dari pihak kami boleh di undang untuk mengambil bahagian dalam Mesyuarat Tindakan Daerah kerana kita bukan musuh kerajaan ya. Isu yang kita ketengahkan bukan isu sampai kita ketengahkan pun sama ya. Kita pun ikhlas dan kita hanya ingin menyelesaikan masalah rakyat sahaja. Kita bukan musuh kerajaan, kita ikhlas dan beria-ia dalam menyelesaikan segala permasalahan rakyat ya. Terima kasih juga kepada semua agensi kerajaan dalam membantu rakyat dalam apa jua aspek semasa wabak COVID ini. Natijahnya ya, perbahasan saya kali ini menyentuh tentang isu rakyat susah atas penutupan Tambak, cadangan adalah biar rakyat yang berada di Singapura boleh balik dengan senang, mempertimbangkan pembukaan sempadan untuk negara yang berisiko rendah, melaksanakan apa juga projek yang telah dirancang di CIQ, penggunaan big data dan AI di sempadan dan travel bubble Johor Bahru dan Singapura. Dengan ini Stulang mengucapkan ribuan terima kasih atas peluang yang diberikan. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Stulang. Ahli-Ahli Yang Berhormat Persidangan ini saya tangguhkan ke jam 2.30 petang. Sekian.

Persidangan ditangguhkan pada jam 1.00 petang

Persidangan disambung semula pada jam 2.30 petang.

YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat Persidangan disambung semula. Kita masih ada 7 Ahli Dewan Yang Berhormat belum berbahas lagi. Jadi di sini saya nak minta kerjasama daripada semua, mengikut masa yang diberi iaitu 15 minit hingga 20 minit. Yang Berhormat Permas, jemput.

Bismillahirahmannirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Puan Speaker kerana memberi ruang pada Permas untuk mengulas pembentangan Belanjawan Negeri Johor 2021. Patik dengan ini mengambil kesempatan menzahirkan Selamat Ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Ta’zim pada 22 November 2020 Miladi bersamaan 6 Rabiulakhir 1442 Hijrah. Patik dan seluruh DUN Permas merafak sembah serta menjunjung kasih setinggi-tingginya serta dirgahayu Tuanku di atas singgahsana takhta kerajaan negeri Johor dan naungannya. Permas terlebih dahulu ingin merakam setinggi-tinggi tahniah penghargaan kepada petugas barisan hadapan daripada pelbagai bidang yang mengorbankan masa dan nyawa mereka untuk memastikan kita sentiasa berada dalam keadaan selamat dan terhindar daripada pandemik COVID-19 terima kasih Puan Speaker.

Yang Berhormat Puan Speaker, Permas telah mengambil beberapa hari untuk meneliti, menilai, menyemak pembentangan Belanjawan negeri Johor 2021. Kita maklum bahawa kita sedang berhadapan dengan saat yang getir dan mencabar yang belum pernah kita lalui sejak merdeka 1957. Kita benar-benar berada di antara cabaran demi cabaran ekonomi pandemik COVID-19, penularan wabak denggi, kejatuhan nilai ringgit, rakyat kehilangan pekerjaan, rancangan pembangunan dan lain-lain. Dalam apa jua keadaan sama ada bertatih, merangkak atau bertongkat, kita harus melangkah demi memastikan rakyat Johor terus dibela dan dilindungi. Rakyat tidak mahu mendengar apa masalah kita, mereka hanya mahu mendengar apa yang akan kita lakukan untuk menyelesaikan masalah mereka. Kita harus bersama-sama bekerja kuat menjangkau pemikiran dan ketaksuban, kepatihan demi memastikan rakyat dibela dan terbela. Patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertongkat siku, patah siku bertongkat dagu, patah dagu bertongkat kuku. Sebagai Wakil Rakyat kita maklum dasar-dasar yang dibuat di dalam Dewan yang mulia ini, akan memberikan impak secara langsung atau tidak langsung kepada rakyat di luar sana.

Yang Berhormat Puan Speaker, kita tidak boleh gagal melakukan tugas dan amanah ini kerana ia akan memberi kesan kepada rakyat dan kelembapan ekonomi negeri Johor yang bertuah ini. Yang Berhormat Puan Pengerusi, Permas meneliti cadangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan visinya Johor 2030, iaitu memacu negeri Johor ke arah negeri berdaya saing melalui pembangunan yang dinamik. Membangunkan bangsa Johor ke arah pemikiran kelas pertama secara holistik dengan penekanan kepada modal insan yang progresif, berinovasi dan bestari. Sesuatu yang perlu disokong sebulat suara oleh semua Ahli Dewan yang berada di Dewan yang mulia ini. Tidak kira dari pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang. Selain di atas, Permas juga ingin menambah kerangka Pelan Mampan Pembangunan Johor 2030 dengan diberikan penekanan, perhatian agar ia lebih komprehensif, terarah dan wibawa.

Pertama, Yang Berhormat Puan Pengerusi, Permas juga ingin bertanya mengenai cadangan mengaktifkan semula segi tiga ekonomi Singapura, Johor, Riau dengan ringkasnya SIJORI. Seingat Permas, ia pernah ditubuhkan pada tahun 1994. Permas ingin

bertanya apakah satu kajian baru telah dibuat kepada SIJORI, gagal pada ketika itu? Berapa kos perbelanjaan kerugian atau impak yang dialami pada masa lalu, sudahkan kajian risiko dibuat? Berapakah sasaran keuntungan kerjasama ini?

Yang Berhormat Puan Speaker, cadangan Permas mengapa kita tidak mengambil peluang kerjasama berpotensi antara pembangunan Iskandar Malaysia iaitu ringkas, IRDA, Lembaga kemajuan Johor Tenggara dengan ringkasnya KEJORA, Wilayah Persekutuan Pantai Timur (ECER), ia lebih baik diperhalusi dari kita mengaktifkan SIJORI. Permas melihat potensi kerjasama ini akan lebih menguntungkan rakan luar bandar di samping meningkatkan KDNK sektor pertanian dan industri makanan negeri Johor. Sebagai rekod KDNK, dalam sektor ini menyumbang kepada 16.2% bersamaan dengan RM16.25 bilion jika ini dapat diserap, nescaya KDNK ini akan dapat dipertingkat sejajar dengan matlamat visi Johor 2030.

Yang Berhormat Puan Speaker, mungkin ada yang mengatakan SIJORI ini pemangkin kepada ekonomi antarabangsa, manakala pembangunan wilayah pemangkin kepada ekonomi dalam negeri. Biar Permas mengulas sedikit, SIJORI ini sesuatu usaha sama yang belum pasti kejayaannya. Permas bukan skeptikal. Sejarah telah membuktikan terdapat banyak kegagalan dan cabaran yang tidak dapat kita selesaikan bersama dijangka pada dunia menghadapi krisis ekonomi yang tidak stabil, isu COVID-19, isu minyak serta kebanyakan negara mula mengamalkan dasar perdagangan tertutup dan berlumba-lumba mencari pelaburan serta mengamalkan dasar, dan melindungi perdagangan, pelaburan dan negara masing-masing akan mengakibatkan SIJORI ini berhadapan cabaran yang lebih sukar. Lebih-lebih lagi dalam kewangan defisit kerajaan negeri. Sebab itulah Permas melihat inilah masanya untuk kita memikirkan bagaimana tiga wilayah pembangunan ini dapat saling bahu-membahu, memajukan negeri Johor ini.

Yang Berhormat Puan Speaker, Permas ingin merakamkan jutaan terima kasih dan berbesar hati kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar kerana telah memperuntukkan sebanyak RM35.2 juta bagi pembangunan wilayah Johor Tenggara (KEJORA). KEJORA pasti akan melaksanakan projek-projek pembangunan, sosioekonomi, keusahawanan, infrastruktur, pembangunan, modal insan sebagaimana hasrat kerajaan negeri. Untuk menjadikan sebuah wilayah ini hebat, kemudahan infrastruktur, jalan raya perlulah dipertingkatkan agar mobilasi perniagaan, pergerakan harian masyarakat, perdagangan dapat bergerak dengan cekap dan pantas.

Puan Pengerusi, Permas mencadangkan lebuh raya dari Pasir Gudang – Desaru dinaik taraf kepada empat lorong. Membina sebuah lebuh raya yang menghubungkan Bandar Penawar ke Mersing, ini penting kerana pada Bajet 2019, kerajaan negeri mencadangkan membina sebuah lapangan terbang di Mersing, dengan terbinanya lebuh raya ini kelak,ia akan mengembangkan jajaran perniagaan sosioekonomi dari Pasir Gudang hingga melimpah ke kepulauan di Mersing. Permas berharap cadangan ini dapat direalisasikan sebelum misi Johor 2030.

Yang Berhormat Puan Speaker, Permas ingin menarik perhatian mengenai peruntukkan yang diagihkan, yang dianggarkan sebanyak RM700 juta di bawah MARRIS. Permas berharap, pelebaran Lebuh raya Pasir Gudang dari empat lorong kepada enam lorong bermula dari Taman Rinting ke lingkaran Jalan Pasir Gudang dimasukkan juga di dalam bajet MARRIS ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, jalan tersebut sering rosak, berlaku kemalangan, dinaiki air jika berlaku hujan lebat sehingga kenderaan berat juga tersangkut, apatah lagi kenderaan kecil.

Yang Berhormat Puan Speaker, kedua, Bandar raya Pasir Gudang Pada 22 November 2020 yang lepas, Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah dimasyhurkan menjadi Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Saya mendapat banyak pertanyaan dari masyarakat, apakah

faedah diperolehi dengan kenaikan taraf dari Majlis Perbandaran kepada Majlis Bandaraya? Yang Berhormat Puan Speaker, Permas tidak dapat menjawab pertanyaan ini dengan baik kerana Permas tidak dilibatkan atau dipelawa sewaktu idea penaikan taraf ini dibuat. Mungkin ini adalah SOP perbandaran di mana penglibatan Wakil Rakyat tidak diperlukan dalam perbincangan kenaikan taraf ini. Justeru itu, bila ada yang bertanya apakah faedah yang akan diperolehi dengan kenaikan taraf Perbandaran kepada taraf Bandaraya. Permas hanya dapat komen mungkin cukai pintu naik, lesen perniagaan naik, gred jawatan dinaikkan kepada Datuk Bandar, itu sajalah yang mampu Permas ulas.

Walaupun bagaimana dengan pengiktirafan ini, Permas amat berduka cita kerana banyak isu-isu di Pasir Gudang ini tidak dapat diselesaikan seperti jalan berlubang, longkang tersumbat, banjir kilat, pencemaran sungai, sampah sana sini, isu penjaja kecil, isu car wash, penjaja tepi jalan, trak perniagaan makanan, trak gunting rambut makin sukar, masih sukar diberikan lesen perniagaan, sebaliknya pada masa pandemik COVID-19 ini, pihak penguat kuasa lebih giat dan bekerja kuat mengeluarkan saman dari memberi solusi kepada permasalahan ini. Sehingga hari ini belum pernah bersua muka dengan Yang Berbahagia Datuk Bandar Pasir Gudang, mungkin Permas yang diberikan tanggungjawab oleh rakyat perlu mengutus surat yang rasmi untuk memohon kebenaran bertemu Yang Berbahagia Datuk Bandar.

Ketiga, Program Pemulihan Sungai Kim-Kim. Permas ingin bertanya, peruntukan RM500,000.00, kerjasama empat universiti, UTM, UTHM, USIM, UTEM adakah akan digunakan untuk terus membuat kajian. Apakah hasil kajian-kajian yang lalu dan tindakan yang sedang dijalankan serta bilakah tarikh siap?

Yang Berhormat Puan Pengerusi, Permas juga ingin bertanya, Kementerian Alam Sekitar melalui Jabatan Meteorologi dan juga Jabatan Air Saliran, setiap kali hujan lebat kita sering berhadapan dengan bencana banjir. Apakah kita mempunyai sistem amaran untuk memaklumkan kepada kawan-kawan kepada kawasan-kawasan yang mudah dinaiki air agar penduduk dapat bersiap sedia menghadapi banjir atau bencana alam?

Yang Berhormat Puan Speaker, alhamdulillah sehingga hari ini kalau kita lihat semua, Permas selaku salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang mulia ini, merasa amat bangga dengan semua cetusan idea dan pandangan dari kedua-dua pihak kerajaan dan juga pembangkang yang memberikan fokus permasalahan rakyat, semangat ini perlu diteruskan dan semoga ia dapat menjadi contoh kepada negeri lain yang lain. Insya-Allah. Akhir kata, Permas berharap Dewan yang mulia ini mengambil perhatian agar semua di atas dapat direalisasikan demi memajukan negeri bertuah dan berdaulat Johor Darul Ta’zim. Permas dengan ini menyokong peruntukkan perbelanjaan kerajaan bagi tahun 2021 atau Belanjawan Negeri Johor 2021.

Yang Berhormat Puan Pengerusi, sebelum Permas mengakhiri, izinkan Permas untuk membalas satu pantun daripada YB Penawar. Pantun ya. Saya balas pantun sebab apa hari itu YB bagi pantun kepada YB Speaker, biar saya jawab. Tuan puteri dari kayangan, turun dengan senyuman ayu, keturunan, kefahaman bukan halangan, kerana muhibah kita bersatu.

Kepada Allah kita berserah, Insya-Allah, sekian wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Dewan bertepuk).

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Penawar, jemput. Nak balas pantun ke?

Balas tak pandai, orang Arab. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Yang

Berhormat Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Yang Berhormat-Yang Berhormat, salam muafakat bangsa Johor. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Mewakili seluruh rakyat N38, Penawar merafak sembah menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim. Bersempena hari keputeraan Baginda pada 22 November yang lalu, patik dan seluruh rakyat Penawar mendoakan semoga Allah melanjutkan usia Tuanku, sentiasa berada di bawah lindungan rahmat, keberkatan Allah SWT serta dianugerahkan kesihatan yang baik untuk memimpin sekian rakyat dengan adil dan saksama. Penawar memanjatkan syukur ke hadrat Allah yang Maha Esa pada waktu ini kerana diberi kesempatan dalam Dewan yang mulia ini, bagi menunaikan tanggungjawab menyampaikan hasrat rakyat DUN Penawar agar tidak ada mereka yang tertinggal, tidak ada mereka yang tersisih dari kemakmuran negeri dan kesejahteraan Johor.

Alhamdulillah. Dewan yang telah bersidang selama lima hari telah berjalan dalam suasana yang amat baik, bak kata Speaker semalam, tidak tahu mana kerajaan mana pembangkang. 56 orang ADUN dalam keadaan penuh kekeluargaan selepas tukar kerajaan, kerana kecekapan, keadilan kerajaan, Perikatan Nasional dalam mentadbir dan mengutamakan kepentingan serta kesediaan, kesejahteraan rakyat Johor. Ada burung dalam sangkar, burung lepas susah tangkapnya, buat apa kita bertengkar, bertengkar tiada untungnya. (Dewan bertepuk).

Semua ADUN sebelah kanan tersenyum lebar, bukan kerana pantun Penawar, tapi untung dapat Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang ketiga ini seorang penyabar dan pemurah. Hari pertama Persidangan Ketiga Penggal Ke-14 dah beri tambahan peruntukan 200% pada Perikatan Harapan. Ingat doktor lebih baik sebab dia kerja mengubatkan orang, rupa-rupanya kontraktor bangunan lagi cekap daripada doktor. Penawar yakin Menteri Besar Johor tahu mana bangunan yang rosak dan mana bangunan yang kukuh.

Yang Berhormat Puan Speaker, serta Ahli Dewan sekalian, perasan ataupun tidak, sidang Dewan agak unik kerana urusan mesyuarat diseliakan oleh Speaker dan Timbalan Speaker, Dewan bukan dari kerajaan. Hebat, hebat. Apa ilmu yang dipakai Timbalan Speaker? Boleh share dengan kami? Saya lupa nak jawab pantun daripada Maharani semalam. Hari ini macam orang Arab belajar pantunlah.

Gerangan siapa punya kerja, rumah yang elok ditebuk atapnya, kalau anai-anai dah berleluasa, nak tunggu runtuh baru disapa. Gerangan siapa yang punya kerja, rumah yang elok ditebuk atapnya, apa ditunggu pejuang sia-sia, lebih baik lari dari tanggung dosa.

Rakyat hari ini sedang memerhati, rakyat dalam keadaan susah disebabkan pandemik COVID-19, kita bantu Yang Amat Berhormat MB dan juga EXCOnya peduli perihal rakyat. Sidang Dewan kali ini jelas membuktikan bahawa kerajaan dan pembangkang boleh jadi adik beradik kerana pengalaman Yang Berhormat yang sentiasa sedar bahawa tanggungjawab kita pada pengundi bukan salah menyalah di antara kerajaan dan pembangkang, inilah pentadbiran bijak, bukan seperti si kudung yang mendapat cincin.

Tidak terlambat untuk Penawar melahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada big boss kami Yang Amat Berhormat Menteri Besar Datuk Ir. Hasni kerana dilantik ke posisi Menteri Besar dan seluruh EXCO kerajaan negeri. Tahniah semua, ini adalah satu pasukan Perikatan Nasional yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik, mensejahterakan, memakmurkan rakyat dan merencana kemajuan negeri dan track record yang terbukti cemerlang melalui Barisan Nasional. Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil berbuat kebajikan dan memberi bantuan kepada kaum kerabat dan Allah melarang daripada melakukan kemungkaran, permusuhan dan kezaliman, Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil iktibar.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, sekali lagi Penawar ingin menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan pasukannya. Dah dua kali puji ini, faham-fahamlah Yang Amat Berhormat. Belah kanan 20 peratus, belah kiri mesti lagi lebih, penyokong tegar katanya. Satu Belanjawan rakyat dirangka yang mencakupi seluruh keperluan masa. Mendepani ketidaktentuan ekonomi yang mencabar. Penawar berpandangan belanjawan kali ini adalah game changing, dengan izin kepada asas ekonomi negeri sedia ada. Tahniah juga kepada pasukan yang membantu penyediaan bajet ini, bukan senang nak buat belanjawan dalam keadaan dunia dan negara menghadapi kesukaran. Kerajaan terpaksa berdepan dengan bajet defisit yang tertinggi sebanyak lebih kurang RM250 juta. Sesungguhnya kepada Allah berserah, agar Johor di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kerajaan akan berjaya mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, Penawar mengambil maklum dan faham apa yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam ucapan Belanjawan Negeri Johor 2021. Tahun 2020 adalah garis masa yang digagas oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Ke-4 bukannya ke-7 untuk melihat Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju dan berdaya saing. Tak sabar tunggu ketibaan tahun 2020, tapi rupanya 2020 adalah mimpi ngeri yang ditakdirkan untuk seluruh masyarakat dunia. Diserang pandemik yang tidak tahu datang dari mana. Apa yang dilaksanakan sehingga hari ini adalah kawalan dari merebak. Ini telah memberikan kesan langsung merubah sosial ekonomi rakyat. Rakyat terhimpit dan terkurung. Anak-anak bersekolah di rumah. Perniagaan terjejas. Pembangunan kawasan terbantut dan pelbagai kesan yang tidak boleh dilihat. Mereka mengharapkan wakil mereka di setiap Dewan, Dewan Negeri dan Dewan Rakyat membela nasib mereka. Penawar telah menjajar sekitar DUN yang telah dipertanggungjawabkan mendengar rintihan rakyat, peniaga kecil yang terkesan dengan COVID-19 ini. Selagi ada bantuan yang telah dimaklumkan, kita sampaikan tanpa mengira kawasan. Kita bantu semua dan syarat-syarat yang menyusahkan kita longgarkan. Dalam keadaan ini jangan menyemakkan rakyat dengan syarat-syarat yang tidak munasabah tetapi kita berikan mereka cahaya kehidupan supaya mereka mampu tersenyum. Penawar juga mengharapkan semua agensi duduk sebumbung bagi menentukan bantuan tidak bertindih.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, kita telah dibentangkan dengan angka-angka yang menakutkan. 150 juta penduduk dunia diramalkan terjerumus dalam kemelut kemiskinan melampaui, 32,000 industri kecil dan sederhana terpaksa menamatkan operasi seluruh negara dan banyak lagi. Angka-angka ini disokong pula dengan era penguncupan ekonomi yang amat memeritkan seperti pepatah Melayu, sudah jatuh ditimpa tangga.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, Penawar sinonim dengan industri pelancongan. Di Penawar kita mempunyai Desaru, Batu Layar sebagai pusat peranginan pantai. Arus Desaru sebagai pusat pelancongan sukan, Desaru Theme Park sebagai pusat pelancongan taman tema. Terminal Feri Desaru Coast, semua ini merupakan sumber ekonomi masyarakat setempat. Yang lain ada ke ? Tak ada. Kesemua pembangunan yang baik dan hebat ini telah dirancang sebelum PRU yang ke-14 oleh kerajaan Barisan Nasional. Memberi impak yang besar kepada ekonomi setempat. Limpahan nikmat ini dikongsi bersama dengan pekerja-pekerja dalam sektor-sektor yang disebut tadi tinggal di sekitar Penawar. Malangnya, Yang Berhormat Timbalan Speaker, adakah kacauan, jadi masa tadi tambah 5 minit. Malangnya.

Timbalan Speaker

Tak boleh tambah.

Pandemik COVID-19, industri pelancongan ini adalah yang amat terkesan dan ramai pemain industri ini kehilangan pekerjaan. Mengungkapkan kembali apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri

Besar, mengakui bahawa ekonomi akan mengalami keluk pemulihan berbentuk ‘K’ di mana industri pelancongan akan berhadapan dengan trend yang menurun. Tapi saya yakin dan percaya, EXCO Pelancongan orang muda, tenaga muda, nafsu muda. Untuk itu, saya yakin, saya ingin bertanyakan kepada Yang Amat Berhormat, apakah bentuk perancangan khusus merancakkan semula industri pelancongan khususnya di Penawar selain daripada inisiatif-inisiatif one-off yang diumumkan supaya industri pelancongan tetap utuh sebagai sumber pendapatan negeri.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, Penawar mahukan kerajaan negeri benar-benar serius menjadikan Pengerang khususnya, Penawar sebagai hab pelancongan utama negeri Johor. Untuk makluman Yang Berhormat sidang Dewan, di Penawar terdapat projek-projek gajah putih dan bangunan milik kerajaan yang terbiar. Ianya menjadi wajah Penawar cacat sedikit di mata pelancong luar. Apalah salahnya jika bangunan kerajaan yang terbiar difungsikan semula. Kegunaannya kepada awam sebagai contoh diberi sewa kepada persatuan belia mahupun mana-mana NGO supaya ianya dapat dipulihkan penggunaannya. Dalam masa yang sama, sebagai bandar pelancongan utama negeri Johor, walaupun belum digazetkan. Kerajaan negeri bantulah naik taraf semua kemudahan awam seperti hentian bas dan teksi Penawar. Biarlah nampak world class sedikit. Di samping itu pusat-pusat perniagaan yang moden, selesa dan berfokus perlu dibangunkan untuk kemudahan pelancong sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat setempat berniaga. Di situ mesti ada seafood, western food, masakan Melayu, masakan Johor dan sebagainya. Kerana ianya juga adalah daya tarikan pelancong untuk berehat dan beriadah di Penawar.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, tanah kosong yang terbiar. Saya tadi tengok, pihak yang belah sini asyik sebut tanah terbiar je. Pada masa dia kerajaan, dia tahu mana terbiar tu. Tanah kosong yang terbiar juga harus dibenarkan. Digunakan untuk pusat pertanian moden agar dapat berfungsi sebagai salah satu agro pelancongan negeri. Manakala jalan utama dari Kota Tinggi ke Desaru juga hendaklah dinaikkan taraf dengan menjadikan kiri dan kanan jalan dalam keadaan yang sedap mata memandang bukan dipenuhi dengan semak dan samun.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, sehubungan dengan itu Penawar ingin menawarkan dan memohon dipertimbangkan dalam Pelan Induk Pelancongan Johor 2014-2023, Parlimen Pengerang sebagai hab pelancongan kesihatan negeri Johor cadangan bertujuan untuk memperluaskan jaringan peluang pekerjaan masyarakat tempatan. Persekitaran yang menenangkan dan mendamaikan suasana persekitaran perubatan. Akses jalan raya dan lebuh raya. Sektor pelancongan, perubatan mempunyai potensi yang tinggi dalam membantu pertumbuhan ekonomi negeri Johor dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 8% daripada tahun 2016 hingga 2018. Suka dicadangkan untuk pertimbangan di bawah agenda I. Inisiatif baucar pelancongan untuk merancakkan segmentasi penginapan serta shopping dan retail ini boleh disertakan. Kebenaran rentas negeri atau sempadan dan melonggarkan beberapa SOP yang perlu sebagai tarikan jika PKPB diteruskan hingga ke tahun depan.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, perkara yang lain yang boleh dilihat sebagai menambah produk pelancongan di Penawar adalah Muzium Ketuanan Melayu. Ianya penting sebagai mengekalkan dan menjaga ketamadunan bangsa Melayu Johor. Penawar, 98% penduduknya adalah bangsa Melayu. Dengan kependudukan yang ada pada hari ini, 98% penduduk adalah orang Melayu, suka dicadangkan kepada kerajaan negeri menilai untuk memberikan status Penawar sebagai Bandar Melayu. Ianya akan memberi kesan kepada pemilikan aset-aset yang akan disyaratkan 80% projek-projek perumahan mesti dimiliki oleh orang Melayu. Ini bertujuan untuk menjaga kepentingan orang Melayu di Penawar.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, umum maklum dengan hadirnya Desaru Coast, RAPID, ianya memberi manfaat kepada masyarakat setempat walaupun begitu kehadirannya begitu,

kehadiran juga memberi kesan ketidakseragaman pembangunan di DUN Penawar. Pengerang berkeluasan 74,000 hektar dan dihuni oleh 151,000 orang penduduk. Dibahagi kepada 5 mukim iaitu Tanjung Surat, Pantai Timur, Pengerang, Johor Lama dan Sedili Kecil. Pengerang boleh dibahagikan kepada beberapa sektor utama iaitu pertanian yang merangkumi kawasan FELDA dan kampung tradisi. Oil and gas, Perbandaran baru RAPID, pelancongan di Desaru Coast, pendidikan di Bandar Penawar dan yang terbaru adalah bandar pintar. Tidak kurang dengan itu, kawasan Tanjung Pengeli di mana terletaknya Pusat Latihan Rekrut Tentera Laut Diraja Malaysia dizonkan sebagai kawasan keselamatan di dalam Pelan Tindakan Kota Tinggi 2020. Manakala, usaha menaikkan taraf Desaru sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa telah dilaksanakan. Dan turut menyokong pembangunan Pengerang adalah lebuh raya Senai Desaru telah membuka pelbagai peluang pembangunan.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, walaupun begitu pembangunan yang seimbang, bandar baru yang sedia ada adalah dituntut. Keperluan pentadbiran daerah khusus untuk Pengerang bagi merancakkan pembangunan yang seimbang dan urus tadbir kerajaan yang lebih efisien dan berfokus. Penawar mencadangkan untuk kerajaan negeri mempertimbangkan supaya Pengerang dijadikan daerah baru yang ke-11 negeri Johor sejajar dengan pengisytiharan Pengerang sebagai Majlis Perbandaran. Penawar sedar, untuk menaikkan taraf Pengerang kepada daerah penuh mesti mendapat persetujuan pihak berkuasa negeri dan diwartakan di bawah Seksyen 11 Kanun Tanah Negara. Walaupun cadangan ini memerlukan penelitian dan kajian yang mendalam, Penawar optimis dengan adanya daerah baru ini, akan membantu merancakkan ekonomi setempat dan tarikan kepada pelaburan luar. Antara asas pertimbangan yang diambil kira untuk menaik taraf kepada daerah penuh adalah:

1. Keperluan kepada kemudahan infrastruktur yang dilihat amat mencukupi. Manakala penambahan penduduk secara sedikit demi sedikit akan meningkat.

2. Bagaimanapun, perlu diutamakan adalah keperluan kepada jentera pentadbiran daerah. Daerah penuh kerana Pengerang berpotensi sebagai salah satu kawasan pembangunan ekonomi di negeri Johor pada masa akan datang. Namun yang paling utama adalah, penubuhan daerah baru ini tidak akan memberi kesan kepada daerah-daerah lain yang sedia ada.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, keperluan yang besar kepada fasiliti utama seperti hospital dan UTC perlu dipertimbangkan. Penawar mohon untuk kerajaan negeri membantu mempertimbangkan permohonan ini untuk dibawa ke dalam Rancangan Malaysia Ke-8 yang bakal dibentangkan pada Mac 2021 ini. sebelum saya mengakhiri perbahasan, rupanya saya bagus Yang Berhormat Timbalan Speaker, dah nak habis. Bagus rupanya, saya ingatkan saya tak boleh habis, rupanya saya boleh habis. Tapi tak apa, saya standby banyak pantun Yang Berhormat Timbalan Speaker. Saya menghormati Yang Berhormat Timbalan Speaker seorang wanita, saya juga wanita. Sebelum saya mengakhiri perbahasan belanjawan ini, saya ingin menarik perhatian Dewan dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri berkaitan tentang dua perkara.

Pertamanya, bantuan peralatan untuk mesin oleh Yayasan Pembangunan Keluarga atau pun mana-mana agensi yang berkaitan bagi meningkatkan ekonomi keluarga. Daripada RM3,000.00 tunaikanlah RM5,000.00 ke RM10,000.00 kerana kadang-kadang mesin yang diberi itu, orang dah ada. Mesin yang diberi itu kecil tak sesuai untuk dijadikan untuk pengusaha. Orang mintak mesin sulam diberi mesin jahit tepi. Ini dua perkara yang berbeza. Jadi kita mengharapkan supaya jabatan-jabatan berkenaan cuba ambil satu, apa ini kata orang, biar sedikit orang dapat tapi matlamatnya sampai. Niat murni ini adalah bagus di peringkat dasar tetapi ianya akan terbantut di peringkat matlamat pelaksanaan. Jika kerajaan negeri tidak menyediakan support system. Dan yang baik dan akhirnya mesin yang

diperuntukkan tidak dipakai atau dimanfaatkan secara optimum. Untuk itu, saya mohon pihak berkenaan nyatakan apakah pelan perancangan kerajaan dalam membantu penerima mempromosikan produk atau memasarkan produk agar matlamat pemberian tersebut tercapai.

Kedua, berkaitan perkara pemberian juga iaitu pemberian haiwan. Lembu ke, kambing ke, kambing jenis apa, saya pun tidak tahu. Saya tidak pernah bela kambing. Oleh Veterinar, dasar bagus tetapi objektif nya akhirnya tidak tercapai. Lembu tidak ada, saya kalau unta, ada. Dasar bagus tetapi objektif akhirnya tidak tercapai kerana kurangnya pemantauan disebabkan kurangnya kakitangan. Penawar mencadangkan perkara ini dinilai semula, tambah kakitangan jabatan agar objektifnya tercapai. Dia bagi lembu, dia biarkan lembu itu. Lembu itu demam ke tak demam mana orang tahu. Orang fikir nak duit sahaja. Sebelum lembu itu mati, dia jual lembu itu. Jadi kita harap supaya matlamat kerajaan tercapai. Tujuan nak membantu ini untuk menambahkan ternakan supaya kita tidak beli daripada luar negara, berapa lama, berapa tahun dah program ini dijalankan. Tetapi kita masih gagal melahirkan lebih ramai pengusaha yang benar-benar berjaya. Melahirkan lebih ramai pengusaha yang benar-benar berjaya, Jabatan kena cari kaedah lain, janganlah bantuan yang diberi sekadar melepaskan batuk di tangga. Saya faham 22 bulan kelemahan orang sana.

Timbalan Speaker

Saya fikir Penawar faham masa sudah nak sampai.

Haah, saya faham Pengerusi, sekejap aje lagi. Yang Berhormat Timbalan Speaker sebagai akhirnya, saya dengan rasa rendah diri dengan penuh penghormatan dan penghargaan, mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua anggota front liner, anggota keselamatan, kesihatan, penghantar makanan seluruh yang terlibat, setiap hari berdepan dengan risiko COVID-19 demi menjaga kesihatan rakyat, kepada kerajaan negeri, seringlah bantu-bantu ADUN-ADUN, kerana kamilah sasaran mereka yang ditimpa musibah ini. Perikatan Nasional memimpin rakyat, memimpin dengan semangat muafakat, wahai teman bantulah rakyat, kepada Allah mohon berkat. Wahai sahabat lupakan sengketa, kita muafakat rakyat sejahtera, ayuh bersama gemilang tenaga, menjayakan misi kemakmuran bersama. Dengan kata-kata Penawar menyokong Bajet 2021 yang telah dibentangkan. Sekian, wabillahi taufik walhidayah, assalammualaikum warahmatulahi wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Tenggaroh, jemput.

Terima kasih, Puan Speaker. Salam sejahtera dan salam muafakat Johor. Terlebih dahulu patik ingin merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertua Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2020 yang lalu.

Yang Berhormat Puan Speaker, Tenggaroh juga ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Johor Tahun 2021. Yang Berhormat Puan Speaker, sebelum saya meneruskan perbahasan saya mengenai Belanjawan 2021, ingin saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi pihak saya, bagi pihak Yang Berhormat Kahang, MIC negeri Johor dan juga masyarakat India negeri Johor. Kenapa? Pada tahun 2013, tahun pertama saya menjadi Wakil Rakyat dan pada masa itu YB Kahang merupakan EXCO juga. Program inklusif masyarakat India dimulakan. Peruntukan khas untuk masyarakat India dimulakan dari RM3.0 juta dan meningkat hingga ke RM8.0 juta pada Belanjawan 2018.

Akan tetapi selepas pilihan raya Belanjawan 2019 dan 2020 hanya RM3.0 juta diperuntukkan untuk masyarakat India. Tetapi sekarang, selepas peralihan kuasa peruntukan dinaikkan balik kepada RM4.0 juta. Bukan itu sahaja, satu taskforce masyarakat India juga diwujudkan untuk melihat isu-isu tertangguh masyarakat India. Sebagai contoh, tapak khairat kematian masyarakat India yang tertangguh ini. Ini jelas menunjukkan kerajaan mana yang lebih prihatin kepada masyarakat India di Johor. Sekali lagi terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Yang Berhormat Speaker, Belanjawan 2021 merupakan satu belanjawan yang penuh dengan cabaran, kerana keredupan ekonomi dunia dan Malaysia dan juga Johor akibat pandemik COVID-19. Kemelesetan ekonomi adalah salah satu punca utama Belanjawan 2021 kali ini merupakan belanjawan defisit. Memang ramai tidak menyoal belanjawan defisit ini akan tetapi apa yang patut dipuji ialah Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyatakan strategi pemulihan ekonomi negeri Johor yang akan dipacu oleh 3 agenda iaitu Jaminan Bekalan Makanan, Johor Digital dan juga penubuhan Johor Economic Trade and Cultural Office di Singapura. Agenda Jaminan Bekalan Makanan Negeri atau Johor Food Security, dalam satu artikel National Geography ada menyebut dengan izin, by 2050 the earth will be home to as many as 10 billion people, up from today’s 7.5 billion. If massive increases in agriculture yield are not achieved, match by massive decreases in the use of water and fossil fuel, a billion or more people may face starvation. Ini jelas menunjukkan betapa pentingnya sektor pertanian terutamanya food security, dalam menjana balik ekonomi negeri Johor. Untuk Tenggaroh, dalam Agenda Jaminan Bekalan Makanan, ada 2 perkara yang perlu dilihat secara penting untuk memacu ekonomi Johor.

Pertama ialah dengan izin, optimization of land. seperti yang dikatakan Yang Berhormat Pekan Nenas, selalu saya tak setuju dengan dia, tetapi untuk perkara ini saya setuju dengan dia. Netherland, merupakan salah satu negara utama dalam pengeluaran makanan. Jumlah saiz tanah negara Netherland adalah lebih kurang 41,800 square km. Manakala jumlah saiz tanah Johor adalah lebih kurang 19,166 square km. Ini bermaksud Netherland adalah lebih kurang 2 kali ganda besar daripada Johor sahaja. Akan tetapi, hasil dalam sektor pengeluaran makanan untuk Netherland adalah lebih kurang 85 bilion Euro setiap tahun. Ikut saiz tanah hasil kita patut lebih kurang 40 bilion Euro, tetapi benda ni tak berlaku. Kenapa ini berlaku? Kerana kita tidak mengoptimumkan tanah dengan betul. Sebagai contoh, tanah pertanian PKPM di Johor, lebih kurang 18,000 ekar tanah digunakan untuk tujuan PKPM tetapi kesemuanya digunakan adakah kesemuanya digunakan dengan penuh? Saya rasa tahap masih tahap penggunaannya adalah dalam lingkungan 60% hingga 70% sahaja. Ini adalah salah satu contoh di mana optimization tidak digunakan dengan baik. Bagaimana kita boleh mengoptimumkan penggunaan tanah? Salah satu kaedah adalah adaptasi teknologi dalam pertanian bagi peningkatan produktiviti. Precision agriculture, dengan izin, yang merupakan konsep pertanian moden membolehkan petani mengawal aktiviti seperti pembajaan, pengairan dan makhluk perosak melalui penggunaan teknologi Internet Of Thing, penggunaan teknologi juga meningkatkan produktiviti dengan penggunaan tanah dan membantu petani menambahkan pendapatan. Oleh yang demikian optimization of land, dengan izin, sangat penting dalam agenda jaminan bekalan makanan negeri Johor.

Kedua, pengujudan export centre. Export centre ini boleh diwujudkan oleh kerajaan negeri atau jika kita tidak mempunyai dana yang besar, satu public private initiative dengan izin, boleh dikemukakan. Apakah fungsi export centre ini? Export centre bukan sahaja menjadi tempat pengumpulan hasil dan pengeksportan hasil tetapi ia patut mempunyai kapasiti storage. Storage ini bermaksud export centre mempunyai peti sejuk yang boleh menyimpan

hasil pertanian untuk satu tempoh yang lama dan ia masih menjaga the freshness of food, dengan izin, sebagai contoh, durian adalah salah satu jenis makanan seasonal di Johor. Tapi dengan adanya storage system ini, kita boleh mendapat durian sepanjang tahun. Export centre patut dibekalkan dengan keluasan tanah yang mencukupi untuk mereka membuat pertanian mereka sendiri, untuk menjaga supply mereka. Ini adalah kerana tak ada seorang akan masuk dalam business dengan mengharapkan supply daripada orang lain. Di sinilah baru dengan government intervention, dengan izin, semua petani-petani skala kecil atau persatuan-persatuan pertanian boleh membuat perjanjian private dengan export centre ni untuk membekalkan produk pertanian mereka. Dengan kewujudan export centre ini juga ia boleh meningkatkan hasil kerajaan negeri kerana di sinilah baru kerajaan negeri boleh memikirkan satu jenis cukai baru kepada export centre ini untuk menambah hasil negeri. Kalau tidak produk makanan akan dieksport dari Johor tapi kerajaan negeri tidak mendapat hasil kerana kita hanya boleh menambah hasil melalui cukai tanah sahaja.

Yang Berhormat Speaker, agenda Johor Economic Trade and Culture Office di Singapura. Singapura dah lama ada konsulat di Johor untuk menjaga kepentingan Singapura di Johor, Tapi kita tidak punyai wakil di Singapura. Dengan wujudnya JETCO di Singapura sekarang menunjukkan the seriousness of Johor, dengan izin. Kita selalu bercakap untuk bersaing dengan Singapura tetapi apa yang selalu berlaku ialah kita melihat Singapura dari bahagian belakang dan bukan the way forward of Singapore. Dengan kewujudan JETCO, ia akan mengorak langkah ke hadapan apabila kita bersaing secara positif bersama Singapura. Seperti dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, tugas utama JETCO adalah untuk mempromosi prospek pelaburan ke negeri Johor. JETCO juga dengan kerjasama Invest Johor perlu meningkatkan usaha pelaburan at an international level, dengan izin. JETCO bukan sahaja perlu tengok pada Singapura tapi saya rasa JETCO perlu juga lihat pada Indonesia kerana ia merupakan salah satu negara yang sedang ,membangun dengan pesat. Johor tidak patut ketinggalan untuk menarik pelabur-pelabur dari Indonesia juga.

Yang Berhormat Puan Speaker, pada hari ini saya ingin menyentuh beberapa perkara mengenai penutupan sempadan Singapura – Malaysia. Sudah lebih dari 8 bulan sempadan yang paling tersibuk di dunia ditutup. Selama berpuluh tahunnya sempadan kita menjadi lebih daripada sekadar sempadan. Ia adalah nadi denyut hidup bagi 200,000 rakyat Malaysia malah lebih daripada itu. Saya ingin memberikan konteks kepada penutupan sempadan Singapura – Malaysia ini kepada Dewan yang mulia ini, agar kita dapat sama-sama fahami dan berbincang secara demokratik mengenainya.

Pertama, penutupan sempadan ini berlaku tatkala pandemik COVID-19 sedang menular dengan liar, gelombang pertama, gelombang kedua membawa ke gelombang ketiga, penutupan sempadan adalah satu keperluan bagi membendung pandemik ini daripada terus berlarutan.

Kedua, meskipun begitu penutupan sempadan ini memberi impak yang begitu besar kepada rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura. Ianya memberi impak yang besar kepada cara hidup, sumber pendapatan dan sosial mereka yang berkaitan.

Konteks ketiga, penutupan sempadan Malaysia – Singapura memaksa kita melihat semula dan the notion of cross border economy, dengan izin, mengenai kelebihan dan kekurangan kepada Malaysia dan Johor.

Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menyatakan beberapa hari lalu bahawa pembukaan penuh sempadan mungkin akan terganggu akibat

kes COVID-19 yang meningkat di Johor dan Malaysia umumnya. Kita dapat melihat di sini bahawa keputusan pembukaan sempadan Malaysia – Singapura tidaklah semudah yang diinginkan. Ia amat berkait rapat dengan betapa seriusnya pandemik ini dan bagaimana usaha-usaha kita membendung COVID-19 ini berhasil. Singapura berhak untuk mengetatkan mahu pun melonggarkan prosedur berdasarkan keperluan bagi membendung pandemik ini. Namun begitu, dengan izin rakyat Malaysia dan Johor di Singapura, seakan menjadi collateral damage kepada usaha-usaha demikian. Berita Harian bertarikh 22 November yang lalu, bertajuk rakyat kita jadi gelandangan di Singapura merupakan satu artikel dan pendedahan yang menyayat hati. Dalam artikel tersebut telah dinyatakan bahawa disebabkan kos sara hidup tinggi di negara jiran itu, ramai rakyat Malaysia yang sebelum ini berulang alik ke Singapura terpaksa berkorban bagi menanggung keluarga kerana ada juga yang dipotong gaji bulanan oleh majikan akibat pandemik COVID-19. Maka kita harus bertanya kepada para majikan yang terlibat, tatkala pekerja-pekerja Malaysia di Singapura selama bertahun lamanya telah membanting tulang untuk meningkatkan taraf ekonomi negara itu, kini begitu kah jasa mereka dibalas? Di manakah penglibatan dan pembelaan daripada majikan-majikan Singapura kepada pekerja-pekerja Malaysia tatkala mereka amat memerlukan pembelaan?

Yang Berhormat Puan Speaker, kerajaan persekutuan, kerajaan Singapura dan kerajaan negeri, sedang cuba sedaya upaya bagi memastikan nasib rakyat Malaysia dibela. Pembelaan dan belas kasihan haruslah holistik dan inklusif dari pelbagai pihak dan melalui pelbagai usaha. Sebab itulah Johor melalui NGO belia berkaitan, dengan kerjasama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura akan menjalankan misi bakul makanan kepada mereka yang terkandas di sana. Meskipun ada yang memperlekehkan usaha ini, namun ia adalah satu usaha permulaan yang dalam kemampuan kerajaan negeri untuk rakyat Malaysia di Singapura. Sedikit sebanyak kerajaan negeri dapat menyantuni mereka. Sementara usaha membuka semula sempadan sedang giat diusahakan dan sementara usaha-usaha lain sedang dijalankan, maka kita jangan tangguhkan apa sahaja usaha bagi membantu rakyat kita di Singapura. Meski sekecil atau sebesar mana pun, mengambil kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada NGO yang terlibat mengenai NGO Singapura yang mengambil kisah nasib pekerja Malaysia yang terkandas di sana. Saya juga menyeru kepada majikan-majikan Singapura yang secara langsung mahupun tidak secara langsung yang telah menyelesaikan pekerja Malaysia di sana dengan membiarkan mengendahkan kebajikan pekerja kita di sana. Ingatlah, humanity knows no boundaries, inilah masa untuk kalian memberi balik kepada pekerja-pekerja Malaysia. Berikan mereka sokongan yang sepatutnya, dan belalah mereka, dengan izin, yes, everyone is effected by COVID-19 and business is badly but who is not effected, everyone is especially those who are from the working class and earning minimum wage, who are refused the right to come back to their families in Johor because of constraint not put forward by government, but by the employer on themselves.

Yang Berhormat Puan Speaker, dahulu kita amat bangga dengan fenomena cross border economy ini, namun kita pilih untuk mengendahkan isu-isu berkaitan yang structural sifatnya apabila ia melibatkan ekonomi rentas sempadan. Dengan penutupan sempadan Malaysia – Singapura ini, wujud beberapa masalah ekonomi yang kita harus kaji dan selesai bersama. Seperti contoh, seperti soal gaji, pekerja Malaysia memilih untuk bekerja di Singapura kerana kadar tukar mata wang yang lebih tinggi memihak kepada Malaysia dan lebih lumayan. Namun begitu apabila sempadan di tutup, dan pekerja Malaysia yang dahulunya bekerja di Singapura dan kini perlu bekerja di Malaysia, mereka tidak lagi mendapat gaji selumayan dahulu. Mereka yang sebelum ini bekerja dalam bidang dangerous, dirty and difficult di Singapura mungkin perlu melakukan pekerjaan yang sama di sini tapi dengan

bayaran yang lebih rendah. Persoalannya, adakah struktur ekonomi dan labour market kita bersedia untuk mendepani konteks seperti ini. Bayangkan dengan keadaan ekonomi tidak menentu sekarang, patut kah kita melihat kebaikan-kebaikan cross border ekonomi dengan sama? Bolehkah Johor menyediakan peluang pekerjaan yang berdaya saing, yang bergaji setimpal dengan kemahiran yang dikehendaki majikan? Kenapa Johor harus memikirkan semua ini? Kerana Singapura dengan izin, as much as we want to leverage on Singapore’s economy growth, Johor must also be ready to ensure we are ready for future economic shocks. Maksudnya ekonomi Johor harus bersedia dalam mendepani ketidaktentuan masa hadapan. Meminjam kata Yang Amat Berhormat Menteri Besar, do not let the pandemic go to waste. Ini adalah peluang kita untuk mereka semula, memperbaharui dan mewujudkan peluang-peluang baru dengan struktur ekonomi kita, ia memerlukan penglibatan semua pihak merentasi pelbagai bidang.

Yang Amat Berhormat sendiri telah mengumumkan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan satu bentuk bancian isi rumah negeri Johor untuk melihat keadaan isi rumah seluruh negeri. Ini adalah, ini adalah antara contoh mengambil peluang pandemik ini untuk melihat keadaan sosioekonomi rakyat Johor secara serius. Singapura dan Johor adalah satu unit. Itu sentiasa menjadi pemahaman kita di Johor. Kita telah lama menjalin hubungan, memberikan kebaikan dan manfaat kepada satu sama lain. Oleh itu, saya percaya kita dapat mengatasi ujian ini bersama-sama.

Yang Berhormat Puan Speaker, sedikit mengenai isu pelancongan, khususnya di Mersing. Baru-baru ini, program geopark telah di perkenalkan di Mersing, dan saya tadi dalam sesi soal jawab ingin bertanya kepada EXCO tapi tak sampai giliran, tapi sekarang saya ingin tanya kepada Yang Berhormat EXCO, apakah status cadangan untuk memperakui Mersing sebagai Geopark Kebangsaan dan juga calon UNESCO Global Geopark. Saya juga ingin sebagai rakyat Mersing dan juga rakyat Johor nak tahu kebaikan geopark untuk rakyat-rakyat Mersing, sebab kadang-kadang kita nak tahu, bila kita dah wujudkan geopark adakah ia ada kebaikan untuk rakyat. Kita tak nak nanti harga naik, cukai naik, ini merisaukan rakyat. Itu yang rakyat fikirkan dan selalu tanya kepada kita sebagai Wakil Rakyat. So saya harap Yang Berhormat EXCO dapat memberi penjelasan yang lebih jelas dan agar rakyat dapat menilai adakah geopark ni baik untuk Mersing.

Yang kedua, saya sudah tengok daripada sektor Tourism Johor. Kalau kita lihat di Sabah dan juga di Selangor, tourism di Sabah dan Selangor ini di in corporatized. Maksudnya lebih kurang macam privatizes sikit. Kenapa dia buat macam itu? Sebab dia melibatkan lebih, lebih ramai expert dalam bidang pelancongan terlibat sama dan urus menaikkan pelancongan. So saya harap kalau boleh, kerajaan negeri juga cuba memikirkan cara-cara untuk in corporatized sektor pelancongan ini sebab sekarang kalau kita tengok dengan COVID-19, pandemik COVID-19 sektor pelancongan yang terjejas paling banyak. Dan inilah masanya untuk kita improvise, tahun lepas kita patut buat, tahun ini kita patut buat Tahun Melawat Johor tidak menjadi. So, kali ini mungkin kita hendak buat tahun depan atau tahun seterusnya, tapi sebelum kita buat, kita buat perancangan yang betul. When the border is open back dengan izin, kita kena bagi the best. Kita kena be the best kerana inilah rakyat Mersing punya sektor, rakyat-rakyat pulau di Mersing. Kepulauan Mersing memang cantik dan unik. Tidak ada di, kalau saya boleh cakap saya pernah pergi ke Maldives, kepulauan Mersing lagi cantik. I know, Maldives of Malaysia, terima kasih.

Satu lagi isu pasal Mersing Yang Berhormat Tuan Speaker saya ingin bawa ialah pasal jambatan di Mersing. Seperti kata sahabat saya Yang Berhormat Endau, dia dari hari pertama jadi Wakil Rakyat, dia dah raised kan isu ini. Saya dari 2013 setiap ucapan perbahasan saya raised kan isu ini. Saya tahu trafik di Jambatan Mersing ini memang setiap kali musim perayaan, setiap kali musim cuti sekolah berlaku, dan I rasa kita ada dulu Wakil Rakyat terlibat dalam satu group aduan Mersing, dan masa cuti sekolah, cuti umum,

saya rasa kita terus silent dalam group itu sebab rakyat mula mengadu, trafik dua jam YB, kita tidak boleh lepas dua jam nak menyeberang jambatan dia ngam-ngam masa dua jam, dan kita sudah banyak kali, saya tahu ini bukan peruntukan ini bukan melalui kerajaan negeri. Memang kerajaan negeri sudah bawakan ke kerajaan persekutuan, dan saya harapkan dengan Yang Berhormat Gambir yang juga Perdana Menteri Malaysia ambil perhatian ini sebab dua suara Wakil Rakyat di sini memerlukan Mersing. Dengan sektor pelancongan pun, kita nak meningkatkan sektor pelancongan kita tak nak pelancongan datang tersangkut di Mersing masa cuti. So benda ini penting untuk Tenggaroh dan juga Endau. Yang Berhormat Speaker, secara kesimpulannya.

Timbalan Speaker

Sila gulung.

Nak gulunglah ini. Secara kesimpulannya, memetik ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, tiada kerajaan yang mampu memberikan segalanya kepada semuanya, dengan sebanyaknya, tatkala berada dalam himpitan yang luar biasa waktu ini. Namun kesemua 12 agenda kebajikan, keberdayaan dan keberhasilan yang membentuk Belanjawan 2021 telah sedikit sebanyak menyentuk kesemua lapisan masyarakat dan Tenggaroh mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ucapan terima kasih saya bukan macam melepaskan batuk di tangga, kerana apabila saya melihat perbahasan rakan-rakan di barisan pembangkang, macam sukar nak mengucapkan terima kasih atas kenaikan peruntukan iaitu lebih kurang tiga kali ganda dan juga cadangan menaikkan elaun Ketua Pembangkang. Oleh itu, sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan rakan-rakan EXCO dan penjawat awam negeri, saya mohon menyokong, sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Paloh, jemput.

Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Bacaan doa). Terlebih dahulu Paloh dan juga seluruh rakyat di kawasan ingin merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Johor Darul Takzim, sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November yang lalu. Terima kasih juga Yang Berhormat Puan Speaker atas kesempatan untuk membahaskan Belanjawan Johor 2021 pada kali ini dan pada dasarnya dalam beberapa minggu lagi kita semua akan memasuki gerbang 2021, dan juga tahun 2020 ini telah pun menjadi satu sejarah yang paling getir dalam sejarah peradaban manusia yang terhampir ini ialah kerana bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia kita berhadapan dengan COVID-19 seperti mana yang kita semua maklum. Dan juga dengan berlakunya pandemik ini maka pelbagai program rancangan tergendala atau terbantut dan juga ia mengganggu kompas sosial dan juga ekonomi rakyat sama ada di peringkat Malaysia ataupun rakyat Johor sendiri.

Orang Melayu ada menyebutkan, sekali air bah, sekali pantai berubah. Begitulah umpamanya keadaan kita pada hari ini, kita pula terpaksa sesuaikan diri dengan norma baharu dalam pada kita bersama-sama melawan pandemik COVID-19 ini.

Yang Berhormat Puan Speaker, selepas daripada penularan wabak COVID-19 ini, maka perintah kawalan pergerakan telah pun dilaksanakan secara berperingkat bermula daripada bulan Mac sehinggalah ke hari ini. Ianya memberikan impak yang negatif kepada aktiviti ekonomi rakyat. Ramai orang kehilangan pekerjaan ini semua kita sedia tahu, kita sedia maklum, bahkan telah banyak kali dibangkitkan di dalam Dewan ini. Ramai orang yang hilang punca pendapatan. Kalau kita lihat laporan World Bank meramalkan ekonomi negara akan menguncup 3.1% pada tahun 2020 ini akibat kelembapan ekonomi dunia berikutan

penularan wabak COVID-19, ditambah dengan penguatkuasaan PKP, aktiviti ekonomi rakyat semakin terhad dan semakin mengecil, kita ini ibaratnya sudah jatuh, ditimpa lagi tangga. Antara bulan Januari sehingga Julai tahun ini, lebih kurang 15,666 orang rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan dan terkesan berikutan pelaksanaan PKP, dan juga PKP ini di Malaysia kalau di peringkat negeri Johor ini, rakan di sebelah kita, Singapura mereka ini mengamalkan circuit breaker measures, dan juga sektor yang terkesan teruk adalah sektor perkhidmatan, kemudian diikuti oleh sektor pembuatan dan juga pembinaan.

Pada hemat saya, penularan wabak ini bukan sahaja memberikan impak ekonomi semata-mata, tetapi juga kita boleh sebut untuk dirakamkan dalam Dewan yang mulia ini mengakibatkan tragedi kemanusiaan, tragedi nyawa, jiwa yang tidak pernah kita bayangkan sebelum daripada ini. Kita biasa dengar orang kadang kala meninggal dunia kerana peperangan, kita juga pernah dengar orang meninggal dunia kerana sakit, tapi dalam pandemik ini, orang juga ada yang mengorbankan nyawa kerana tekanan jiwa dan mental. Kalau kita boleh lihat pada bulan Oktober yang lalu, lebih kurang kalau tidak silap saya 15 atau 16 Oktober yang lalu, kita dikejutkan apabila satu orang rakyat Malaysia dia terjun daripada apartmen di Singapura, daripada tingkat 8, umur 30-an, umur saya itu, umur 30-an kerana tekanan jiwa, mental. Apabila lebih kurang 8, 9 bulan terperangkap di Singapura. Dikatakan sehari sebelum dia membuat keputusan untuk terjun, dia ada menghubungi isteri dan keluarganya, ceria. Tapi hakikatnya jiwa dia sangat parah dan luka yang kita semua kena insafi. Happy, esoknya terjun bangunan dan satu nyawa telah melayang daripada warga kita, warga Malaysia.

Seperti yang semua Ahli Dewan yang mulia sedia maklum, tahun 2020 bukan sahaja memberi cabaran kepada rakyat Johor khususnya dalam konteks penularan COVID-19, tetapi kita juga berhadapan dengan unprecedented case, bukan sahaja wabak, sebenarnya politik kita juga telah mengalami satu pengalaman yang saya ingat kalau saya sebagai orang yang berusia 30-an ini tidak pernah lagi melalui saat ini. Kita melihat bagaimana penjajaran semula politik dalam negara, perubahan kerajaan dan akhirnya di negeri Johor juga mendapat tempiasnya, berlaku perubahan kerajaan. Buat kali pertamanya perbezaan kerusi antara kerajaan dan pembangkang di Dewan yang mulia ini dipisahkan dengan dua kerusi sahaja, dalam erti kata yang lain kerajaan memerintah negeri Johor pada hari ini disebutkan kerajaan Perikatan Nasional pada hari ini mentadbir dengan majoriti yang sangat tipis. Dua kerusi sahaja. Sebab itu apabila Bandar Penawar sebut macam, ialah kita bagi peluang lah kan, cuma sebenarnya sangat tipis, dan ia berlaku kerana krisis politik yang kita tidak sangka-sangka juga. Sebab itu saya rasa kita semua kena menginsafi perkara ini. Ibarat pepatah menyebut, “duduk di pucuk rebung, kalau kita bergerak, akan patah, kita digerakkan pun patah”.

Mungkin kalau di sini bergerak sedikit, akan berlaku sesuatu dalam politik Johor. Dan kalau di sebelah sana digerakkan pun akan berlaku perubahan juga peringkat negeri Johor. Dan juga ibarat telur sesangkak, kalau sebiji sahaja pecah barangkali yang lain juga akan turut pecah sama. Sebab itu saya suka melihat sebagai seorang Muslim, suka melihat merenung dengan satu firman tuhan di dalam al-Quran, Allah SWT sebut (bacaan surah al-Baqarah ayat 216). Betul ya ustaz. Al-Baqarah, 216 boleh semak. Barangkali ada perkara yang kamu rasa ianya tidak bagus untuk kamu tetapi sebenarnya ia baik untuk kita di sisi Allah. Dan barangkali benda itu kita rasa, bagus untuk kita tapi boleh jadi tidak baik di kesudahannya. Sebab itu saya suka untuk melihat apa yang berlaku pada hari ini, pandemik COVID-19 dan juga penjajaran politik dalam negara dan juga negeri ini melihat dua hikmah daripada apa yang berlaku yang mungkin kita boleh renung-renungkan.

Yang pertama saya akan bercakap dari segi semangat demokrasi, semak dan imbang, keberkesanan perbahasan kita di sini, dan juga peranan kita sebagai seorang Wakil Rakyat. Ia akan menyentuh juga sedikit nanti apa yang telah disebutkan dalam bajet ataupun Belanjawan Johor 2021.

Dan yang kedua nanti mungkin saya akan menyebut sedikit dari segi ekonomi. Saya melihat, walau pun banyak pihak yang mentafsirkan penjajaran politik pada hari ini dan suasana COVID-19 yang berlaku pada hari ini suatu musibah namun pada hemat saya kita harus mengambil sikap proaktif dan juga kita mesti mendepaninya dengan rasa yang positif. Orang putih pula dia kalau kata, dia kata blessing in disguise, dengan izin. Dalam satu perkara yang tak baik itu mungkin ada blessing dia. Ia memberikan kita di Johor ini sebenarnya peluang untuk memperkasakan prinsip semak dan imbang yang merupakan tunjang kepada sistem demokrasi kita. Rakan-rakan di sebelah sana kata, setiap tindakan kerajaan mestilah disokong. Dia sudah tidak jadi begitu. Pembangkang lazimnya akan membangkang, pun sudah tidak jadi begitu bila berlaku penjajaran semula politik ini. Bahkan dalam satu konteks yang lain saya mengharapkan pihak kerajaan akan melibatkan secara lebih aktif dan lebih luas peranan Wakil-Wakil Rakyat daripada pembangkang di sebelah sini untuk sama-sama dalam sebarang pembentukan sama ada belanjawan kah ia, atau pun sebarang polisi untuk kebaikan negara ataupun negeri kita Johor yang kita cintai ini. sebab itu, saya suka mengambil suatu angka, 48%. Apa benda 48% ini?. 48% ini adalah suara yang diwakili oleh ADUN-ADUN atau Wakil Rakyat-Wakil Rakyat Pembangkang pada hari ini. di sebelah sana ada 52% sahaja. Sebab itu kalau kerajaan ataupun kita di Dewan yang mulia ini memilih untuk mengesampingkan suara pembangkang dalam proses membuat sebarang dasar dan polisi yang baik untuk kerajaan, hakikatnya kita menafikan 48% suara rakyat yang kita wakili.

Saya ingin mengucapkan setinggi tinggi terima kasih, tadi YB Tenggaroh menyebut tidak ada ucapan terima kasih apabila Menteri Besar umumkan RM150,000.00 peruntukan untuk ADUN pembangkang. Saya tak rasa, tak ada yang ucap terima kasih. Saya ingat Mahkota pun ada ucap terima kasih, Parit Yaani pun ada ucap terima kasih dan saya pun nak mengulangi, terima kasih kita ucapkan. RM150,000.00 peruntukan untuk ADUN Pembangkang. Puan Speaker pun ada sebut juga terima kasih. Di negeri-negeri lain peranan pembangkang mungkin dihadkan. Ada limitasinya namun tidak bermakna negeri Johor kita mesti ikut tauladan yang mereka laksanakan. Di negeri Johor apabila keadaan begini kita ambil peluang untuk menjadi lebih demokratik, lebih profesional melayan sama ada ADUN di peringkat kerajaan ataupun pembangkang dengan layanan yang sama rata seperti mana yang disebut oleh rakan-rakan Wakil Rakyat di sebelah sini bahawa we are not enemy of the state, dengan izin. Kita bukannya musuh kepada negeri ini. Kami adalah pembangkang yang legal berada di dalam institusi yang legal, dan berperanan secara legal untuk kebaikan negeri yang kita cintai ini. Sebab itu, RM150,000.00 ini kita ucap banyak-banyak terima kasih tapi kalau boleh bagi lebih, bukan minta lebih ini sebab orang bagi betis nak bagi siku Sri Medan, tak. (Dewan ketawa). Maknanya peruntukan yang diberikan kepada Wakil-Wakil Rakyat diagihkan secara sama rata supaya kita boleh memberi perkhidmatan di sebelah sini kepada 48% kawasan rakyat-rakyat yang berada di dalam kawasan-kawasan pembangkang. Paloh tak boleh nafikan, apa yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Harapan mungkin tidak setimpal jauh daripada apa yang diberikan oleh kerajaan yang ada pada hari ini.

Tetapi Paloh boleh berbangga dan kita boleh rakamkan kebanggaan kita ini bahawa itu adalah satu, dipanggil tipping point. Kita buka pintu untuk beri peruntukan kepada pembangkang. Dan hari ini kerajaan Perikatan Nasional menaikkan lagi bantuan itu dan kita harap bantuan itu mungkin boleh dinaikkan lagi sama rata sebelum kerajaan ini mungkin bertukar lagi pada masa akan datang. Mungkin di sebelah sini pula jadi kerajaan. Kita juga perlulah menjadi tauladan kepada negeri-negeri yang lain untuk muncul sebagai negeri yang pertama mengambil kira dan melibatkan peranan pembangkang dalam soal pentadbiran negeri juga. Kita ingin peranan kita diberikan secara lebih holistik. Pihak pembangkang boleh memainkan peranan sebagai strategy partner dalam proses pembangunan negeri. Bukankah, bukankah kerajaan negeri Johor ini sejarahnya telah membuktikan kita merupakan negeri Melayu pertama yang mempunyai sistem pentadbiran awam yang

tersusun dan juga negeri yang pertama pemerintahannya berpandukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor. Yang pertama lagi dalam perkara-perkara seumpamanya, maka inilah masa yang saya sebutkan tadi blessing in disguise. Perkara, tempoh atau pun saat yang sesuai, moment yang sesuai untuk kita memainkan peranan yang lebih demokratik kepada seluruh Wakil-Wakil Rakyat yang berada di dalam Dewan yang mulia ini.

Selaras dengan prinsip urus tadbir yang baik, good governance, dengan izin dalam amalan demokrasi. Saya juga dengan penuh takzim dan dengan rendah diri mencadangkan di Dewan yang mulia ini, untuk menimbangkan bagi menubuhkan jawatan-jawatankuasa pilihan, select committee, misalnya berkaitan ekonomi, berkaitan pelaburan, berkaitan perumahan, berkaitan kerajaan tempatan dan sebagainya yang boleh kita bentuk yang dianggotai oleh Ahli-Ahli Dewan tak kira daripada pihak kerajaan ataupun pembangkang. Selain itu, Yang Berhormat Puan Speaker kalau kita zoom in lagi di peringkat lebih bawah lagi, lebih dasar lagi, lebih hampir lagi dengan rakyat, mengapa tidak, jika boleh Wakil-Wakil Rakyat tak kira daripada kerajaan ataupun pembangkang, khususnya pembangkanglah pada ketika ini tidak berlaku pada Wakil Rakyat pembangkang dibenarkan untuk masuk ke dalam mesyuarat JKTD, Jawatankuasa Tindakan Daerah untuk mengangkat isu-isu rakyat yang mereka terima di peringkat bawah, di peringkat rakyat di kawasan masing-masing. Saya Paloh cukup yakin dan percaya perkara ini bukan mudah tetapi itulah saya katakan tadi kalau kita menginsafi semula apa yang dinyatakan oleh tuhan bahawa barangkali kita tidak berapa suka perkara ini tetapi ia baik untuk kita mengambil peluang. Jadi, seize the moment, dengan izin kita ambil peluang ini.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, sedikit berkaitan pekerjaan berteraskan keusahawanan dan juga keterkaitannya dengan digitalisasi. Penularan COVID-19 bukan sahaja merupakan wake up call kepada semua pihak untuk sama-sama bekerja sama dalam memastikan kebajikan rakyat terpelihara. Ia juga harus dipandang sebagai seruan untuk melaksanakan proses transformasi ekonomi dan juga pentadbiran negeri. Di seluruh dunia, setiap negara sedang melaksanakan proses transformasi untuk sesuaikan diri mereka dengan perkembangan norma baharu pada hari ini. Dan juga kita sedar ataupun tidak sedar penularan COVID-19 ini telah membawa fenomena digitalisasi. Fenomena digital. Sebagai nuansa yang mutakhir yang terkini dalam norma baru kita. Apa benda yang tidak terkait dengan digital bila berlaku pandemik ini. Semua benda terkait dengan digital. Kita bukannya berkata soal ekonomi sahaja kita perlu ada platform digital. Pendidikan juga. Nak diselesaikan masalah dari sudut pendidikan juga dengan digitalisasi pada fasa pandemik ini.

Sebab itu Yang Berhormat Puan Speaker, istilah-istilah work from home dan anak-anak pula hari ini dia kenal dengan online classroom, google meet classroom, atau pun zoom classroom. Ini semua dah menjadi suatu perkara yang lazim apabila berdepan dengan pandemik pada hari ini. Kita harus ambil peluang dengan menjadikan negeri Johor ini sebagai pemangkin agenda digitalisasi negara.

Sebab itu, hari ini kita lihat, kalau kita ambil contoh apa yang berlaku di Thailand, yang dilaksanakan oleh Thaksin pada ketika itu dalam kerajaan beliau, Thai Rak Thai Government sekitar 2001 sehingga 2006. Dia telah melancarkan entrepreneurship stimulus program, dia panggil one tambon one product. Kita di Malaysia ini ada juga satu daerah satu industri. Perkara ini sudah pun berjalan. Kita boleh perkembang dan perluaskan lagi perkara ini. Di mana kalau kita boleh menyediakan mikro kredit polisi memberi pinjaman, diberikan secara berkadar dengan perniagaan, kesesuaian perniagaan yang dirancang dan mungkin kalau kita nak memikirkan pembayaran semula pun boleh juga tetapi secara lebih fleksibel berdasarkan keuntungan yang diperolehi oleh usahawan yang memohon sama ada secara mingguan atau bulanan, perkara ini kita mesti laksanakan.

Saya mengimbau kembali sewaktu pertama kali masuk ke pejabat sebagai seorang EXCO, beberapa tahun yang lalu, 2 tahun yang lalu aje bukan beberapa tahun jauh sangat pun.

Apabila kita melancarkan Geran Orang Lokal. Tahun 2019 kita lancarkan geran sehingga RM20,000.00 Geran Orang Lokal. Tahun 2020, kita turunkan jumlah pemberian itu kepada RM10,000.00 sebab kita menganalisa bentuk-bentuk permohonan dan lazimnya sekitar berapa jumlah yang dipohon oleh para usahawan. Kita turunkan kepada RM10,000.00 dan kita tingkatkan volume penerima. Saya bukan tak baca Belanjawan ini, saya baca. Bahawa Geran Orang Lokal pada tahun ini diteruskan. Saya ucap tahniah dan terima kasih Geran Orang Lokal ini sebab diteruskan dan ditingkatkan peruntukannya daripada RM1.5 juta kepada RM3 juta. Saya yakin kalaulah kita dapat meneruskan mikro kredit polisi ini dengan memperluaskan lagi penerimanya, insya-Allah kita dapat membantu lebih ramai usahawan pada saat ekonomi yang sedang sempit ini. Masa dah habis, saya faham. Sedikit lagi. Sebab itu kita perlu memanfaatkan platform digital. Satu sahaja sebelum saya akhiri.

Saya teringat, sewaktu saya masuk dalam pejabat EXCO, bila waktu itu kita nak buat SUKMA. Saya rasa di sini ramai orang, orang menyedari. Saya katakan kepada agensi yang membantu MSNJ, Sport Johor dan sebagainya, kalau orang sebuk SUKMA Johor, kita nak the best, makna orang sebut SUKMA, oh SUKMA Johor itu, orang terus teringat Johor. Itu enthusiast, keinginan sebagai seorang EXCO lah pada ketika itu. Orang sebut Johor, kita ada, kita ada segala kelengkapan yang terbaik dan orang sebut SUKMA, orang akan ingat, oh SUKMA Johor the best. Jadi sebab itu pada kali ini saya mengharapkan agenda digital yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan digalas oleh keseluruhan EXCO dan seluruh jenteranya, kita harapkan supaya bila orang sebut Johor, agenda digital, dia mesti menjadi prime, mesti menjadi agenda yang utama, yang besar. Kalau orang sebut Selangor, orang sebut oh Smart Selangor. Selangor meletakkan 2025 menjadi negeri yang hebat di rantau Asia ini dari segi Smart Selangor. Jadi mengapa tidak, bila kita sebut Johor, orang sebut Digital Johor. Wifi laju sana. Bagus semuanya prasarana cantik. Dan dia punya operasi dalam kerajaan, PBT semuanya memang berasaskan digital. Jadi kalau perkara ini kita boleh angkat, boleh pick up, insya-Allah nama Johor akan menjadi semakin tinggi dan nama Johor akan menjadi engine head dengan izin, kepada pergerakan negeri-negeri lain di persekutuan kita ini. Dan saya akan akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun. Mendayung sampan ke Johor Bahru, sambil mendayung mengikat teraju, ayuhlah kita semua berganding bahu, harapan Johor makmur dan maju. Wabillahitaufik walhidayah, assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Bukit Batu, jemput.

Tuan Jimmy Puah Wee TsePKR · PHBukit Batu

Terima kasih Puan Speaker kerana memberi peluang kepada Bukit Batu untuk turut terlibat dalam perbahasan rundingan bajet petang ini. Terdahulu izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Besar Johor kerana naikkan peruntukan ADUN Pembangkang, Yang Berhormat Tenggaroh tak ada ya. Saya nampak ini sebagai satu kemajuan prinsip demokrasi yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan dan kini disambung oleh kerajaan Perikatan. Harap-harap tak kira siapalah saja yang jadi kerajaan pada masa yang akan datang, akan teruskan dengan usaha ini malah saya harap menambah baik lagi usaha ini.

Disebut juga oleh Menteri Besar dalam kenyataannya bahawa tambahan ini sebenarnya adalah satu pengiktirafan kepada role ADUN pembangkang, peranan ADUN pembangkang dalam satu sistem demokrasi terutamanya bila ADUN di sebelah sini memberi constructive criticism. Maka saya haraplah kerajaan hari ini boleh berbesar hati dan dengar pandangan-pandangan yang telah dihujahkan oleh Ahli-Ahli di sini baik dari sebelah back bencher ataupun daripada pembangkang. Ambillah pandangan kita, criticism kita dengan buka hati. Kalau yang kurang, kita boleh baikkan. Kalau yang baik kita tambah lagi baik. Kalau ada cadangan yang bernas, yang bagus apa salahnya kerajaan guna pakai walaupun datang dari pihak pembangkang. Saya seperti semua anak Johor juga doa dan harap Johor makmur, rakyat sejahtera Puan Speaker.

Puan Speaker, minggu lepas Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah membentangkan Bajet 2021 kerajaan baru ini. Bagi saya ini adalah satu Bajet COVID, malah ia juga adalah satu Bajet Pasca COVID-19. Maknanya, bajet ini bukan sahaja perlu menangani isu yang bangkit akibat pandemik ini, tetapi bajet ini juga perlu cukup komprehensif untuk memulakan proses pemulihan ekonomi negeri akibat pandemik COVID. Saya tertarik dengan salah satu impetus ekonomi baru yang disebut oleh Menteri Besar untuk start dengan izin, ekonomi negeri iaitu agenda Johor Food Security dan juga Johor Tani. Ingin saya kongsikan 5 point bagi kita, pandangan saya, untuk kita boleh berjaya berhijrah dari lapangan pertanian sekarang kepada Industry Agriculture Global.

Isu pertama yang perlu kita tangani, isu tanah. Seperti ramai juga kawan-kawan di sini Ahli-Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu tanah, terutamanya isu tanah terbiar. Seperti yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya petik, “Agriculture is a game of volume.” Nombor. Kena banyak rancangan untuk pembangunan sektor ini tergantung kepada keseriusan kerajaan untuk memberi tanah yang secukupnya kepada orang yang sesuai.

Puan Speaker, Johor banyak tanah. Tapi macam mana kerajaan nak pastikan tanah-tanah terbiar itu diusahakan oleh pemain yang tulen dan dengan efektif dan efisien. Telah dinyatakan dalam Dewan ini ada hampir 10,000 hektar tanah terbiar saja di Johor. Saya nak tanya di sini, apa mekanisme yang telah dirancang oleh kerajaan untuk memastikan semua rakyat Johor tidak kira bangsa, tidak kira agama, tidak kira falsafah politiknya, latar belakangnya berhak untuk dengan izin, a piece of the pie, dalam skim pembangunan Johor ini. Sekarang banyak tanah telah dikurniakan atau diberi kepada penanam dalam bentuk LPS atau pajakan jangka pendek. Sebenarnya ini adalah tidak sesuai. Akses kepada tanah merupakan pre-condition atau syarat preliminary untuk menjayakan Skim Johor Tani ini. Begitu juga saya faham di Sedili kini kerajaan ada projek di Sedili, di J-Biotech. Saya difahamkan program J-Biotech ini ada hampir 1,000 hektar tanah yang masih tidak digunakan. Tapi saya ingin syorkan kepada kerajaan, semasa saya dalam kerajaan ramai yang sebenarnya tanya nak akses kepada tanah di J-Biotech, Sedili tetapi harganya terlalu tinggi. Mungkin kerajaan boleh planning fikirkan agar harganya boleh turun sedikit memandangkan sekarang kita cuba pulih balik ekonomi untuk menjayakan Skim Johor Tani ini.

Kedua, Puan Speaker, salah satu isu dalam sektor pertanian yang kita kena hadapi ialah isu tenaga kerja. Pertanian adalah satu sektor yang sangat labour intensive. Tapi sekarang kebanyakan pekerja dalam sektor ini adalah kita jujurlah adalah pekerja asing. Orang Indonesia. Maka, 2 soalan kini timbul. Pertama, adakah kita mempunyai cukup tenaga kerja untuk mendukung agenda Johor Tani ini dan adakah ini bermakna kita kena terus bergantung kepada pekerja asing, padahal ramai anak Johor yang kini menganggur dan kehilangan kerja akibat pandemik COVID ini? Menteri Besar ada sebut ada keperluannya untuk kita guna teknologi tinggi dan smart technology dalam sektor pertanian moden. Ya, itu memang satu cadangan yang sangat bagus. Tapi ingin saya sebut di sini, tidak mungkin atau hampir tidak mungkin ada pelabur atau orang yang buat business akan berani melabur berjuta-juta ringgit sekiranya status tanahnya tidak secure. Ini ada link dengan point saya di atas. Puan Speaker tak ada orang, siapa berani beli machine naik taraf infrastruktur jika status tanah itu ialah LPS atau pajakan hanya 10 tahun. So, saya harap kerajaan boleh ambil perhatian ini.

Ketiga, isu subsidi dan yield, buat masa kini sistem subsidi yang diberi oleh agensi kerajaan seperti FAMA, adalah berasas kepada input method seperti pemberian fertilizer dan pesticide untuk membantu petani-petani pada peringkat awal penanaman. Walaupun ada baiknya sistem subsidi ini, tapi kena akui sistem ini boleh disalah guna oleh sekumpulan orang yang ambil fertilizer atau pesticide subsidi ini tapi bukan diguna di ladang mereka tapi terus jual kepada pihak ketiga untuk cash, tunai. Hakikatnya pengeluaran tanaman mereka

dan yield mereka sangat rendah. Tidak menepati matlamat kita. Ini berbeza dengan sistem output method di mana kita patut utamakan pemberian subsidi untuk menggalak pengeluaran yang lebih tinggi iaitu subsidi hanya diberi bila penanam atau petani tersebut mencapai satu angka pengeluaran. He must hit the target. Sistem ini telah dibuat dengan berjaya di Sekinchan, di Selangor. Untuk buat perbandingan. Puratanya, di Malaysia untuk 3 hektar tanah untuk padi, purata pengeluaran adalah hampir 4,000 kilo, 4 tan. Tetapi di Sekinchan, untuk jumlah tanah yang sama dengan gunanya sistem output method ini yield mereka adalah 10,000 kg atau 10 tan. Maka, saya cadangkan kerajaan boleh meninjau satu sistem hybrid, di mana kita beri separuh subsidi pada permulaan dan separuh lagi bila penanam itu hit the target, dengan izin. Ini akan membantu mereka pada permulaan dan pada masa yang sama memberi motivasi kepada mereka untuk meningkat pengeluaran mereka kerana ada subsidi atau ganjaran pada fasa yang kedua itu.

Keempat, untuk menjayakan Johor Tani, kita juga kena perhatikan isu perparitan dan logistik. Untuk menjayakan ini, JPS juga perlu main satu peranan yang sangat penting. Kerana sistem perparitan perlu dalam keadaan yang terbaik. Kita ada keperluan untuk rancang sistem irigasi yang lengkap dan bersasar. Begitu juga dengan sektor logistik, mesti sempurna untuk memastikan barang-barang tanaman boleh dihantar dan diedarkan ke final destination, dengan izin, dalam masa yang tersingkat untuk memastikan bahan tanaman adalah sentiasa segar, fresh. Ini adalah salah satu punca kejayaan industri pertanian di Taiwan dan Jepun. Hari ini, anggur yang dipetik di Hokkaido boleh sampai di Malaysia dalam kurang daripada 48 jam. Itulah kenapa sektor pertanian di Taiwan dan Jepun begitu berjaya, Puan Speaker.

Akhir sekali, point kelima, isu multiplier, chain effect. Untuk menjayakan Johor Tani kita kena pelbagaikan lagi jenis tanaman kita. Kita tidak boleh bergantung sahaja kepada tanaman kontan atau sawit. Saya boleh beri satu contoh yang boleh menunjukkan dengan tanaman yang betul, kita boleh kembang multiplier dan chain effect. Saya beri contoh cocoa bean.

Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, untuk tahun 2019, jumlah eksport cocoa bean Malaysia adalah RM1.14 bilion. RM1.14 bilion cocoa bean eksport keluar daripada Malaysia. Tetapi, jumlah eksport untuk produk koko maknanya benda-benda cocoa powder ke benda yang ada kaitan dengan koko-koko, sabun ke, adalah RM5.5 bilion. Tapi malangnya, 99% daripada cocoa bean yang diguna untuk kita eksport RM5.5 bilion ini adalah import dari luar negara. Kalau kita banding sekarang, RM1.14 bilion boleh sampai RM5.5 bilion, maknanya multiply effect dalam industri koko ini daripada cocoa bean kepada produk koko adalah hampir 4 kali ganda. Sangat bazir kalau kita bergantung kepada import cocoa bean. Bila kita boleh sendiri tanam koko, bukan sahaja di Malaysia malah di Johor.

Saya difahamkan, zaman dahulu pernah kita ada satu ladang koko yang paling besar di Malaysia terletak di Estet Sagil IOI dekat Tangkak, tapi hari ini sudah tiada. Ini hanya satu contoh sahaja, tapi saya nak highlight di sini, untuk kita menjadikan Johor sebagai sebuah industri power house dalam sektor pertanian kita kena industrialize sektor ini. kena ada multiplier effect, kena ada kilang untuk pembuatan bahan tanaman. Kita tidak boleh berhenti sahaja di kawasan makanan kontan sahaja.

Puan Speaker, pada 15 November 2020, Malaysia telah menangani Regional Comprehensive Economic Partnership Agreement (RCEP). RCEP ini melibatkan 15 negara dan merupakan trade block paling besar di dunia. Jauh lebih besar daripada mana-mana trade block dunia termasuk EU. GTP kesemua 15 negara dalam RCEP adalah hampir USD26 trilion. USD26 trilion bukan million, bukan bilion, trilion iaitu hampir 30% GDV dunia dan merangkumi 2.2 bilion orang iaitu 1/3 orang dalam dunia ini tinggal dalam zon kawasan RCEP ini. RCEP adalah satu game changer terutamanya kepada golongan SME di Malaysia dan Johor. Di Malaysia anggaran ada hampir 1 juta SME, Johor ada hampir 100,000. Salah satu ciri RCEP ialah yang tidak pernah nampak di dalam STL lain ialah penurunan atau

pelepasan tarif bukan sahaja untuk produk akhir, tetapi untuk bahan mentah dalam proses pembinaan yang mungkin di cover oleh FTA lain, tetapi buat sementara masa ini tidak lagi dikuatkuasakan lagi. What are this meant for SME, saya bagi satu contoh macam mana SME boleh untung daripada RCEP. Contoh,satu SME yang kita kata buat kek, kek berkualiti tinggi. Syarikat ini boleh import susu dari Australia bebas tarif, boleh ambil laici dari China bebas tarif, boleh import longan dari Thailand bebas tarif, akhirnya kek yang dia siap itu boleh jual ke Jepun, jual ke Korea juga bebas tarif di sana. Tentu lah harga yang sampai di Jepun atau Korea itu adalah lebih kompetitif berbanding dahulu. Maka soalan saya hari ini, sebab saya tak pernah dengar Menteri Besar ataupun EXCO sebut ini dalam Bajet, apakah usaha kerajaan Johor untuk memastikan Johor ini sedia mengambil kesempatan bila kita masuk era RCEP ini.

Yang Berhormat EXCO Pelaburan, bila bentang strategi pelaburan tidak pun ada sebut RCEP dan paling bimbangnya saya tidak nampak ada apa visi untuk memudahkan pelabur asing untuk pilih Johor sebagai destinasi pelaburan utama. Dalam Bajet tahun ini juga, tidak ada sentuh apa-apa insentif yang significant oleh kerajaan kepada pelabur asing. Pada Bajet 2020 tahun lepas, sekurang-kurangnya, ada sebut kerajaan akan menubuhkan fast lane di pejabat tanah untuk memudahkan pelabur menangani masalah tanah dalam masa 14 hari.

Yang Berhormat Puan Speaker, pelabur-pelabur perlu satu sistem yang kurang birokrasi, easy to do business. Adakah Invest Johor sanggup dan dapat menubuhkan satu OSC (One Stop Center) untuk menyelesaikan masalah pelabur. Di samping itu, saya juga cadangkan kerajaan beri insentif kepada pelabur-pelabur seperti tarif air dan elektrik yang lebih rendah untuk 10 tahun terdahulu dan juga bebas pembayaran cas KUJ bagi pelabur asing. Ini semua penting sebab kita bukan sahaja bersaing dengan negeri Selangor, negeri Sarawak atau Pulau Pinang untuk pelabur tetapi juga dengan negara-negara lain seperti Batam, Indonesia; Vietnam dan Thailand.

Seterusnya, saya gembira dan tahniah kepada kerajaan Johor negara menubuh JETCO di Singapura, itu adalah satu usaha yang baik yang memang dinanti-nantikan. Saya tak ada masalah, malah saya kata tahniah. Tapi saya hanya nak katakan why stop at Singapore? Why stop at Singapore? Hari ini Singapore bukan pelabur utama di Johor. Pelabur pertama di Johor ialah China. China telah melabur sekurang-kurangnya USD10 billion bersamaan RM40 bilion ke Iskandar sahaja, kawasan Iskandar. Bukan Johor, Iskandar sahaja. Dan dengan RCEP, China is the main player sebab RCEP ini tidak termasuk India dan yang paling pentingnya Amerika Syarikat tidak dalam RCEP. Maknanya, RCEP ini main player adalah China dan kita tidak patut letak pandangan kita kepada SIJORI Indonesia tetapi patut kita pergi China. Dan kalau cadangan saya, kita bukan buka satu di China, kita buka dua office di China. Satu kita buka di Shanghai. Shanghai adalah Finance Capital China, kebanyakan syarikat top di China ialah HQ di Shanghai.

Kedua, untuk kita mendukung agenda Digital Johor, untuk kita mendukung idea Smart Johor, kita perlu buka satu JETCO office di Shenzhen. Kenapa di Shenzen? Shenzhen adalah satu bandar yang paling pintar di Johor, eh di China. Beberapa syarikat major di dunia bertapak di Shenzhen. Contohnya, Huawei adalah bertapak di Shenzhen. Kita nampak Ten Cent juga bertapak di Shenzhen, kita nak bangunkan drone industri kita, number one drone maker in the world, DGI pun juga di Shenzhen. Di samping itu juga, JETCO juga memain peranan untuk tarik pelancongan, kenapa kita tidak tarik pelancong daripada China. Sekarang kalau China, orang nak datang Malaysia dia hanya tahu pergi Penang, Sabah atau Melaka. Kita patut guna office JETCO di China untuk tarik mereka untuk melancong di Johor juga.

Dengan izin Puan Speaker, sudah 20 minit, saya cuba pendekkan, sekejap sahaja. Syabas, status penaiktarafan, naik taraf BAKAJ kepada Lembaga Pengurusan Air Johor, long

overdue. Saya harap pungutan BAKAJ boleh diguna dengan baik untuk meneroka lebih banyak sumber air dan pemulihan dan penjagaan sumber yang sedia ada. Saya harap, kuasa BAKAJ boleh diperluaskan terutamanya dalam hal penguatkuasaan. Sekarang BAKAJ ada hak kompaun, denda tetapi saya harap boleh diperluaskan sehingga ada kuasa untuk tutup kilang atau ladang atau premis yang mencemar sumber air Johor.

Kedua, saya juga harap kerajaan boleh pastikan pembinaan Projek Air Layang 2 Fasa 1 adalah on track, on schedule untuk menampung kekurangan rizab air di Johor Selatan. 160 mld sehari adalah satu jumlah yang amat diperlukan untuk kita menuju ke self-dependency terutamanya bila ada krisis kurang air. Saya juga harap, kerajaan boleh terus dengan projek kerajaan Pakatan Harapan untuk membina piping air dari Sungai Sedili ke Loji Rawatan Air Gembut sekali gus menyelesaikan masalah di Lok Heng dan Gugusan Waha seperti yang diminta oleh Sedili tiap-tiap tahun. Saya kasihan orang Kota ini, sampai sekarang masih tidak selesai masalah ini.

Akhirnya, saya nak sentuh sedikit sahaja berkenaan dengan isu wawasan. Kerajaan negeri Johor telah memperuntukkan RM6 juta kepada Yayasan Sultanah Fatimah untuk masyarakat Cina dan RM4 juta kepada Yayasan Sultanah Rogayah kepada masyarakat India. Saya tiada masalah dengan jumlah ini, bagus, tapi saya hanya terkilan, saya tak faham mengapa duit kerajaan ini perlu disalurkan kepada Yayasan? Kenapa duit ini tidak boleh diguna oleh dan diuruskan oleh EXCO atau Menteri Besar yang sedia ada. Adakah ini bermakna kerajaan, bermakna Menteri Besar tiada kepercayaan kepada EXCO-EXCO yang kita ada ini, kita ada EXCO Cina, ada India untuk mengurus duit yang untuk komuniti masyarakat Cina dan India. Sebab dulu Pakatan Harapan, duit ini diuruskan oleh Pejabat Menteri Besar dengan rundingan dan pandangan daripada EXCO-EXCO berkenaan. Kalau isu untuk komuniti masyarakat Cina, dia akan bincang dengan EXCO Cina, untuk India dia akan bincang dengan EXCO India tapi kenapa kerajaan Perikatan Nasional nak bagi kepada Yayasan? Bila beri kepada Yayasan mungkin kurang telus dan mereka bukan orang yang Wakil Rakyat. Mereka tidak ada tanggungjawab kepada rakyat dengan penggunaan duit kerajaan. Kita beza, masa itu dalam kerajaan Pakatan Harapan.

So, akhir sekali, last sekali isu tempatan sahaja saya nak bawa Puan Speaker, selekoh S.

Timbalan Speaker

Masa sudah tak ada.

Tuan Jimmy Puah Wee TsePKR · PHBukit Batu

1 minit sahaja Puan Speaker. Selekoh S ini, YB Kerja Raya ada di sini. Selekoh S ini di Batu 24, 25 Kulai, telah sepatutnya siap habis bina pada tahun Jun 2020. Tapi sampai hari ini, baru-baru ini pun belum siap habis. Beberapa hari lepas satu lane, sebenarnya dia dua lane eh, satu lane telah buka. Saya tak tahu siapa buka, saya nak minta penjelasan. Satu lane telah buka, ada orang guna jalan itu. Kita tak tahu adakah ia buka secara rasmi oleh kerajaan atau tidak, tetapi satu lane sudah buka dan nampaknya tidak begitu selamat. Harap dapat pencerahan daripada JKR adakah jalan terus di Batu 24, 25 itu telah secara sahnya telah dibuka oleh kerajaan.

Kedua, isu yang berkaitan juga, ada sebuah ada satu tanah di sebelah selekoh S itu, kini dia tak ada jalan akses sebab jalan sudah lurus. Di jalan dulu itu, S itu dia ada, dia boleh masuk ladang dia. Tapi sebab jalan sudah lurus dia tiada akses tanah, akses jalan untuk masuk tanah dia. Saya harap pihak JKR boleh beri satu rancangan, planning macam mana kita boleh beri akses jalan kepada peladang itu untuk dia masuk kepada tanah dia sementara jalan ini diteruskan. Saya harap sekali lagi, saya berterima kasihlah kepada Speaker kerana memberi saya peluang untuk ucap di sini. Dan saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih. Terima kasih kepada Jurutulis, terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, terima kasih kepada semua kakitangan, agensi yang telah memberi kerjasama selama ini. Saya jujur, kita pun tak sure adakah kita ada peluang lagi untuk berucap pada sesi yang akan datang. Mungkin.

(Berhenti sebentar kerana memberi laluan laungan azan)

Timbalan Speaker

Yang Berhormat sudah tamatkan ucapan perbahasan?

Tuan Jimmy Puah Wee TsePKR · PHBukit Batu

30 saat, 30 saat. Mungkin di antara kita di sini akan balik duduk dalam Dewan ini pada masa akan datang sebagai Ahli Dewan, mungkin ada yang akan jadi EXCO, mungkin ada pergi Parlimen, mungkin ada jadi Menteri, mungkin akan jadi Perdana Menteri, mungkin kita akan duduk di sana, mungkin kita akan duduk bersama tapi yang pentingnya saya ambil peluang ini untuk I wish you all the best. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Johor Lama, jemput.

Tuan Haji Rosleli bin JahariUMNO · BNJohor Lama

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatulahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Puan Speaker, terlebih dahulu saya merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Speaker, kerana memberi peluang dan ruang untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Johor 2021 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari Khamis yang lepas.

Yang Berhormat Puan Speaker, patik dan seluruh warga DUN Johor Lama ingin merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Ta’zim atas Hari Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2020.

Yang Berhormat Puan Speaker, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan Belanjawan Johor yang bertemakan “Berdaya Tahan Demi Kemakmuran” yang di dalamnya terkandung pelbagai inisiatif dan usaha bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, memulihkan ekonomi serta membina daya tahan fiskal dan ekonomi negeri menerusi 3 asas utama yang menjadi inti pati Belanjawan kali ini demi menyantuni rakyat Johor.

Belanjawan Johor 2021 kita fahami sebagai ikhtiar, ikhtiar bagi fasa pemulihan ekonomi selepas Pakej Rangsangan Ekonomi Ehsan Johor 2020. Sebagaimana yang kita semua maklum, pandemik COVID-19 telah sekelip mata merubah ekosistem ekonomi negara serta negeri Johor yang kita cintai ini ke arah suram dan merudum. Pendekatan-pendekatan yang dahulunya bersifat komprehensif, kini dilihat tidak lagi praktikal dan bersesuaian dengan keadaan semasa. Kita telah menempuhi sesuatu keadaan yang mana belum pernah kebanyakan daripada kita mengalami sebelum ini. Namun begitu, saya yakin dengan inisiatif dan keprihatinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta barisan EXCO menangani permasalahan ekonomi ini secara bijaksana serta terus mengutamakan kebajikan rakyat. Insya-Allah, kita akan temui jalan penyelesaiannya dengan pendekatan pengurusan ekonomi yang mampan dan bersesuaian ketika ini.

Yang Berhormat Puan Speaker, keprihatinan, kesedaran dan komitmen Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta barisan kepimpinan kerajaan Johor terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat sangat jelas terpampang dalam Belanjawan Johor 2021 ini. Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kepimpinan kerajaan negeri sedar bahawa kekuatan dan pengukuhan ekonomi negeri secara bersendirian tidak akan mendatangkan hasil yang berfaedah tanpa diimbangi dengan kebajikan serta kesejahteraan rakyatnya sendiri. Apa guna sekiranya kerajaan negeri kukuh dari segi pendapatan ekonominya, tetapi keadaan ekonomi rakyatnya di luar sangat tidak stabil. Justeru itu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kerajaan negeri melalui pembentangan belanjawannya yang bersifat defisit ini

adalah menunjukkan komitmen dan kesediaan kerajaan untuk berbelanja dengan mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat sebagai keutamaan berbanding dengan hasil perolehan kerajaan. Atas sebab itu dan apa juga keadaan sekalipun, kesejahteraan rakyat sama sekali tidak boleh dipinggirkan. Meskipun kita melalui beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan yang dimulakan pada 18 Mac lalu bagi mengekang penularan wabak itu dan seterusnya PKP nanti hingga 6 Disember 2020. Dalam tempoh ini, kerajaan masih terus membela rakyat sedapat mungkin.

Selain bantuan yang disalurkan melalui pelbagai agensi kerajaan, kerajaan negeri turut memberi Bantuan Tunai Ihsan COVID-19 Johor RM250.00 dan RM500.00 amat membantu dan memberi manfaat kepada penerimanya. Johor Lama merakamkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang prihatin kepada golongan terbabit kerana mereka sebelum ini tidak menerima sebarang bantuan BSH atau BPN.

Yang Berhormat Puan Speaker, dasar kepimpinan menerusi Belanjawan Johor oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan tema “Berdaya Tahan Demi Kemakmuran” yang merangkumi 7 Ikhtiar Makmur Johor merupakan daya usaha serta kesungguhan kerajaan untuk melestarikan kesinambungan pemulihan ekonomi susulan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 2020 yang telah diluluskan September lalu. Pastinya akan disambut baik sepenuhnya oleh rakyat Johor. Adalah diakui dalam hayat ekonomi Johor yang mula menguncup akibat COVID-19. Kita tidak akan leka, malah akan terus memastikan supaya sasaran pemulihan ekonomi ini mencapai dan fokus kepada sasaran dan pelaksanaannya. Tidak dinafikan ramai peniaga dan usahawan IKS yang terkesan, malah hampir gulung tikar akibat kemerosotan pendapatan perniagaan mereka. Sebagai contoh, saya menerima rintihan daripada lebih 200 ahli Persatuan Kebajikan Pasar Lambak, Kota Tinggi yang bergantung hidup semata-mata dari sumber hasil perniagaan mereka berikutan penularan wabak COVID-19 di daerah Kota Tinggi, aktiviti perniagaan Pasar Lambak berkenaan terpaksa ditutup. Maka dengan itu, sumber rezeki untuk periuk nasi mereka juga turut tertutup. Adalah diharapkan rangsangan pemulihan ekonomi dari Belanjawan Johor 2021 ini dapat ditimbang tara untuk membantu golongan peniaga seumpama ini.

Johor Lama sekali lagi yakin dan percaya bahawa Belanjawan Johor 2021 bakal membawa sinar harapan murni kepada seluruh bangsa Johor. Baru-baru ini, di dalam Dewan yang mulia ini ada beberapa Ahli Dewan, Ahli Yang Berhormat dalam ucapan perbahasannya menyentuh tentang tema Belanjawan, “Berdaya Tahan Demi Kemakmuran”. Yang Berhormat-Yang Berhormat tersebut telah mempersoalkan apa itu berdaya tahan dan dikatakan ia agak tergantung. Di dalam Dewan yang mulia ini, Johor Lama ingin menjelaskan sedikit tentang apa itu berdaya tahan. Berdaya dalam kamus Dewan Bahasa membawa maksud mempunyai tenaga, berupaya, mempunyai keupayaan, mempunyai fikiran dan ikhtiar. Manakala Yang Berhormat Puan Speaker, tahan bermaksud tidak luntur, tidak runtuh, bersikap tegar dan bersifat rintangan dalam menempuhi cabaran. Jadi Berdaya Tahan Demi Kemakmuran itu membawa maksud mempunyai tenaga dan keupayaan buah fikiran dan ikhtiar dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19 agar institusi dan kemakmuran negeri Johor secara keseluruhannya dapat dipertahankan dan tidak mudah runtuh.

Yang Berhormat Puan Speaker, berdaya tahan ini sebenarnya bersifat resistance dengan izin, ia bersifat dinamik dan fleksibel. Iaitu ia sentiasa boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian masa dan situasi yang dihadapi dan frasa kata ini sangat sesuai untuk kita gunakan dalam mendepani pandemik COVID-19 ini kerana pendekatan dan ikhtiar yang ingin dilakukan perlu sentiasa disesuaikan dengan situasi-situasi yang berlaku pada masanya. Ia pendekatan yang boleh mengikut situasi semasa.

Yang Berhormat Puan Speaker, sebentar tadi ADUN Paloh mengatakan bahawa seeloknya kerajaan pada hari ini, Yang Amat Berhormat dapat melibatkan para pembangkang di dalam

merencanakan belanjawan dan melibatkan pembangkang di dalam pembangunan masyarakat setempat. Saya rasa, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah memulakan satu langkah yang baik iaitu dengan memberikan sumbangan sebanyak RM150,000.00 kepada semua ADUN-ADUN pembangkang. Saya rasa ini adalah satu permulaan yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat, kerana saya beranggapan, pendapat saya Yang Amat Berhormat beranggapan bahawa semua Ahli Pembangkang diibaratkan seperti ular yang menyusup akar. Mereka tidak akan hilang bisanya, sebab itu Yang Amat Berhormat perlu menjaga semua Wakil Rakyat khasnya daripada pembangkang. Tapi kalau nak sama rata, saya rasa tak boleh lah sebab kalau kita bagi sama rata, nanti saya pun hilang pengaruh di kalangan Yang Berhormat ADUN-ADUN. Cuma saya beranggapan, Yang Amat Berhormat belum lagi sebut tentang peruntukan RM150,000.00 itu sama ada berbentuk projek atau sebagainya. Elok juga ADUN-ADUN meminta kepada Yang Amat Berhormat supaya dijadikan peruntukan ini sebagai peruntukan terus ataupun peruntukan aktiviti. Jadi, itu lebih elok rasanya supaya kita sama-sama dapat membangunkan masyarakat negeri Johor ini dan sama-sama, pada beberapa hari nanti kita sama-sama luluskan bajet ini 100%.

Tuan-tuan Yang Berhormat. Pujian terbaik kita sebenarnya pada hari ini, kita kena letakkan pada parti-parti politik di negeri Johor kerana sentiasa menjunjung titah Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Johor untuk tidak menimbulkan suasana ketegangan politik di negeri ini. Sehubungan itu, dalam keadaan ancaman kesejahteraan pandemik COVID ini, kemerosotan ekonomi serta pelbagai isu global, peranan ahli-ahli politik dengan tidak menimbulkan polemik dan berusaha mengekalkan permuafakatan politik sedia ada perlu terus dipelihara. Perbezaan aliran politik serta karenah prinsip perjuangan bukan menjadi benteng atau tembok untuk kita menzahirkan matlamat mengutamakan keupayaan Johor untuk terus cemerlang. Binalah agenda untuk bersama membangun Johor melalui platform parti politik masing-masing. Sudah sampai masanya jalinan kerjasama antara parti politik meskipun asalnya berlainan tari dan paluan gendang boleh sahaja dicipta irama yang baharu demi kesejahteraan dan kemakmuran bangsa Johor. Parti politik termasuk pembangkang seharusnya berganding bahu bersama kerajaan untuk menangani segala kemelut termasuk isu COVID di samping membantu apa cara yang terdaya kepada rakyat yang terkesan.

Yang Berhormat Puan Speaker, selanjutnya Johor Lama mengambil kesempatan yang terbatas ini untuk merakamkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menguruskan atau menyelesaikan isu yang berbangkit berkaitan dengan masalah air di Loji Lok Heng dan di Sedili. Saya amat bangga dan mengharapkan projek ini akan dapat disegerakan dalam masa yang terdekat ini. Dan juga saya sebagai, saya mewakili semua penduduk di Taman Aman dan Taman Aman di Kota Tinggi serta komunitinya di atas kesediaan kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran serta Yang Berhormat Datuk Haji Samsolbari, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar menangani isu banjir di kawasan terbabit menerusi kelulusan dalam Rancangan Malaysia ke-11 nanti.

Masalah di tempat saya Yang Berhormat Puan Speaker ialah pertamanya pada hari ini saya rasa cukup cemburu dengan daerah Pengerang ataupun DUN Penawar kerana dulunya tadi Yang Berhormat ADUN Penawar ada sebut, tadi dia sebut dia nak minta jadikan dia sebagai daerah Pengerang, daerah sendiri Pengerang. Dulu Yang Berhormat Puan Speaker, sebelum dia jadi sebuah MPP, segala pengurusan-pengurusan perbelanjaan dan sebagainya untuk menjadikan MPP Pengerang sebagai satu Majlis Perbandaran, modalnya adalah dikeluarkan Majlis Daerah Kota Tinggi, Yang Berhormat Puan Speaker. Tetapi, bila dia dah kaya, dia dapat peruntukan, dia dapat jumlah pendapatan RM200 juta Puan Pengerusi, dia keluar daripada Majlis Daerah Kota Tinggi, tinggallah Majlis Daerah Kota Tinggi tercepuk aje gitulah. Dengan pendapatan tak berapa Puan Pengerusi, betul. Sekarang ini, dia begitu kaya Puan Pengerusi, datang baju pun hari ini warna-warna. Hari ini dia nak keluar pula lagi daripada daerah Kota Tinggi nak jadi daerah sendiri Puan Pengerusi. Yang tinggal di Kota Tinggi apa Puan Pengerusi? Masalah Puan Pengerusi. Air

pun daripada Sedili Puan Pengerusi, kita hantar kepada Pengerang. Tapi di Kota Tinggi tidak ada air Puan Pengerusi. Sedili itu yang membekalkan air ke Pengerang Puan Pengerusi. Kita tidak ada air. Air itu lalu di Johor Lama, lalu di Lok Heng, kita pun tak dapat Puan Pengerusi. Yang dapat daerah yang kaya Puan Pengerusi.

Timbalan Speaker

Potong sampai ke Johor Lama kah?

Tuan Haji Rosleli bin JahariUMNO · BNJohor Lama

Ah lepas ini saya potong Puan Pengerusi. Dia dapat RM200 juta dia lari Puan Pengerusi. Kita tinggal dengan masalah. Itu isu air Puan Pengerusi. Lagi satu, saya nak katakan isu gajah ini, Puan Pengerusi. Gajah pun pandai, Puan Pengerusi. Dulu dia masuk kawasan Pengerang, sekarang sampai Lok Heng sepanjang Penawar dia tak masuk lagi ke kawasan Pengerang. Sebab dia dah tahu, gajah pun tahu daerah Majlis Daerah dengan daerah Majlis Perbandaran Pengerang. Puan Pengerusi boleh tanya…

Timbalan Speaker

Sebab dia tahu Penawar sudah kaya kah?

Tuan Haji Rosleli bin JahariUMNO · BNJohor Lama

Ya betul. Puan Pengerusi tanya ADUN Panti dan ADUN Pasir Raja termasuk ADUN Sedili. Puan Speaker. ADUN Panti, ADUN Pasir Raja, Sedili dan Johor Lama. Kita ni menanggung gajah berkeliaran Puan Pengerusi. Kita menanggung, dia sampai di Lok Heng aje Puan Pengerusi, di sempadan Bandar Penawar itu. Lepas itu dia balik semula ke Sedili. Saya minta Puan Speaker, selepas ini, tak. Sebab apa saya dah minta PERHILITAN halau gajah, dia tak buat. Jadi satu cara saya rasa, naikkan Majlis Daerah Kota Tinggi ini kepada Majlis Perbandaran Kota Tinggi, (Dewan bertepuk), supaya gajah ini akan lari ke Mersing, Endau dan Tenggaroh. (Dewan ketawa). Gajah tahu Puan Pengerusi. Saya dah cuba bertahun, Puan Pengerusi.

Yang Kedua Puan Pengerusi, masalah kita ini pendatang Myanmar Puan Speaker. Kenapa tiba-tiba daerah Kota Tinggi ini jadi penempatan Myanmar, Puan Pengerusi. Dia duduk di satu tempat perumahan di Taman Aman. Dia membawa budaya dia, masalah dia, adat dia, cara dia, Puan Speaker. Dia boleh membuat kedai, dia boleh berniaga dalam keadaan sekarang, dalam keadaan COVID ini, dia tidak ikut norma-norma kita, berkumpul. Saya cadangkan Puan Pengerusi, sebab saya tengok perkampungan ini, perumahan ini hampir 99% adalah penduduk tempatan tapi dengan kehadirannya pendatang Myanmar ini yang gunakan UNCHR ini Puan Pengerusi, mereka seolah-olah jadikan perkampungan ini seperti kampung dia. Rakyat tempatan rasa marah. Rakyat tempatan rasa terhina. Pertama dia kata, kenapa kerajaan membenarkan benda ini berlaku sedangkan mereka membayar cukai, mereka membayar apa-apa semua tetapi yang menikmati adalah pelarian ini. Saya berharap, Puan Speaker supaya Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar yang bertanggungjawab menerima kemasukan mereka ini, tempatkan mereka di satu tempat yang berasingan supaya mereka hiduplah dengan budayanya di situ. Supaya dia tidak mempengaruhi. Kalau kita nak kata dia Islam, nak kata dia berbudaya baik, saya dah tengok dah Puan Pengerusi. Saya khuatir anak-anak kita terpengaruh dengan apa yang dibawa oleh mereka. Jadi Puan Pengerusi, saya rasa itu sahaja daripada Johor Lama. Banyak isu-isu yang telah dijawab secara bertulis oleh Yang Berhormat EXCO-EXCO dan Yang Berhormat Menteri Besar. Saya usap terima kasih banyak-banyak sebab benda ini lah menjadikan kekuatan saya sebagai Wakil Rakyat untuk berhadapan dengan masyarakat. Jadi akhir kata Yang Berhormat Puan Speaker, Johor Lama memohon menyokong pembentangan Belanjawan Johor 2021. Wabillahitaufikwalhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. (Dewan bertepuk).

Timbalan Speaker

Jadi kita tinggal seorang Ahli Yang Berhormat sahaja iaitu Yang Berhormat dari Buluh Kasap, jemput.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNBuloh Kasap

Bismillahirrahmanirrahim, (doa dan selawat). Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Makmur Johor. Terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Speaker kerana memberikan ruang dan peluang untuk saya sebagai pembahas terakhir untuk membahaskan Belanjawan Johor 2021 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 26 November yang lalu.

Terlebih dahulu patik mewakili pengundi dan masyarakat DUN Buluh Kasap menjunjung kasih dan mempersembahkan ucap selamat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2020 bersamaan 6 Rabiulakhir 1442 Hijrah yang lalu.

Buluh Kasap juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang masih terus menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sejak mula pandemik COVID-19 menular di negara ini, Mac lalu hingga hari ini dan hingga bila kita semua tak tahu. Namun, sesungguhnya jasa dan pengorbanan anda semua sangat besar nilainya dan akan dikenang sampai bila-bila.

Yang Berhormat Puan Speaker, Belanjawan Negeri Johor 2021 yang dibentangkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 26 November lalu dengan tema Berdaya Tahan Demi Kemakmuran telah menyentuh pelbagai sektor dan hampir keseluruhan rakyat Johor menerima tempias dari belanjawan tersebut. Ia menepati penantian dan harapan rakyat Johor yang terkesan oleh pandemik COVID-19 yang mereka hadapi sejak Mac lalu. Sebab itu Buluh Kasap mewakili rakyat Johor mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan Belanjawan Johor 2021 terutama mereka yang tersenarai sebagai penerima bantuan segera, termasuk bantuan one-off dan antara penerima-penerima bantuan one-off ini termasuklah RM300.00 selama 2 bulan kepada penerima e-Kasih, RM500.00 kepada penyewa premis pasar malam dan peniaga-peniaga berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan, RM300.00 bagi pemilik teksi dan sebagainya. Dan banyak lagi bantuan one-off yang tersenarai melalui Majlis Agama Negeri Johor, industri pelancongan dan sebagainya. Ia hampir diterima oleh seluruh rakyat Johor.

Dalam masa yang sama, Buluh Kasap berharap pihak kerajaan juga melihat kepada kumpulan imam, bilal dan noja yang tidak tersenarai dalam penerima bantuan one-off dalam belanjawan yang dibentangkan. Mereka mungkin bukan kumpulan front liners, mungkin dilihat tidak terjejas pendapatan sewaktu PKP dan pandemik dan jarang sekali mendengar mereka mengeluh dan merungut akan tanggungjawab mereka. Tetapi imam, bilal dan noja ini adalah mereka yang setiap hari mendoakan kesejahteraan rakyat, pemimpin dan negara. Jadi, Buluh Kasap berpandangan imam, bilal dan noja ini wajar dimasukkan dalam kumpulan penerima bantuan one-off seperti kumpulan-kumpulan lain. Moga Allah Ta’ala makbulkan doa mereka selama ini, amin.

Yang Berhormat Puan Speaker, Buluh Kasap sangat bersetuju dengan 3 agenda dan tunggak utama kepada usaha pemulihan dan ketahanan ekonomi Johor yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat dalam pembentangan Belanjawan Johor ini. Agenda Jaminan Bekalan Makanan Negeri Johor, Agenda Johor Digital dan JETCO di Singapura adalah satu usaha memperkasa kekuatan sedia ada di Johor. Jaminan bekalan makanan negeri Johor misalnya Puan Speaker, potensi-potensi yang ada di Johor dengan kedudukan Johor yang strategik dan tanahnya subur saya kira mampu menjadikan agenda dan harapan ini satu kenyataan. Bagi memastikan bekalan makanan Johor dilonjakkan ke satu tahap yang lebih besar jumlah pengeluaran dan hasilnya daripada setia ada serta bagi menjadikan Johor pengeluar bekalan makanan terbesar, maka Buluh Kasap berpandangan kerajaan perlu melibatkan bukan hanya pemain-pemain sedia ada tetapi perlu melibatkan dan mewujudkan pemain-pemain baru.

Tanah Johor yang subur, kedudukan yang strategik serta tanah-tanah terbiar yang banyak di Johor seharusnya dikongsi dan diusahakan sama oleh pemain-pemain baru. Ia bukan sahaja mampu membantu kerajaan mencapai agenda ini, malah mampu juga mewujudkan usahawan-usahawan baru selain usahawan-usahawan tani sedia ada. Tetapi Puan Speaker, Buluh Kasap faham dan tidak menafikan untuk mewujudkan pemain-pemain baru ini bukan satu perkara yang mudah. Kerajaan mesti memikirkan kaedah dan cara yang sesuai ke arah itu. Petani-petani atau usahawan baru ini mungkin boleh dibimbing dan dipantau selama tempoh tertentu oleh agensi-agensi berkaitan atau usahawan-usahawan tani yang telah berjaya. Atau mungkin boleh diwujudkan petani angkat dan sebagainya. Semua ini bagi memastikan petani-petani dan usahawan-usahawan baru mampu dilahirkan seterusnya membantu kerajaan menjayakan Agenda Food Security, dengan izin.

Yang Berhormat Puan Speaker, bagi Agenda Johor Digital, Buluh Kasap sangat setuju bila mana kerajaan mengumumkan bahawa rakyat Johor bakal mendapat manfaat daripadanya. Ia termasuk meningkatkan liputan 4G di seluruh negeri. Pelaksanaan projek Wifi 2.0 serta memastikan capaian Internet diperluas ke kawasan luar bandar. Ia pasti akan menggembirakan rakyat Johor terutama mereka yang menghadapi masalah capaian Internet sebelum ini. Saya ambil contoh misalnya Puan Speaker di Buluh Kasap, sebuah kampung, Kampung Gelang Cincin mempunyai sebuah sekolah rendah, sekolah agama, pusat tahfiz, penempatan FELCRA tetapi tidak mempunyai capaian Internet yang memuaskan. Ia sering mendapat rungutan guru-guru dan penduduk. Jika agenda kerajaan ini mampu sampai ke sini, ia bukan sahaja menyelesaikan masalah Internet penduduk tempatan tetapi juga menyelesaikan masalah penduduk penempatan FELCRA, ladang dan kampung-kampung berhampiran. Justeru, agenda kerajaan ini kami sokong dan kawasan-kawasan seperti ini tidak ketinggalan lagi.

Yang Berhormat Puan Speaker, Buluh Kasap merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri yang menunjukkan keprihatinan kepada penyewa-penyewa rumah PPR dan rumah sewa kerajaan atau RSK. Sudah tentu ia sangat bermakna kerana kebanyakan penyewa kedua-dua rumah ini adalah mereka yang berpendapatan rendah. Cuma dalam konteks perumahan untuk rakyat ini, Buluh Kasap ingin menyentuh berkaitan cadangan kerajaan memperkenalkan program rumah sewa beli. Yang pertama Yang Berhormat Puan Speaker, Buluh Kasap merasakan pihak kerajaan perlu meletakkan syarat yang jelas supaya mereka yang benar-benar layak sahaja akan memiliki rumah ini. Kedua, apabila melibatkan kerjasama dengan pihak bank, maka Buluh Kasap mengharapkan agar bakal penyewa ini perlu ada pengecualian-pengecualian tertentu atau pelepasan-pelepasan tertentu serta jaminan-jaminan tertentu kerana saya fikir mereka yang ingin menyewa dan membeli ini mungkin ada yang mempunyai rekod yang tidak baik dalam rekod bank. Jika ini dapat dilakukan, program sewa beli ini akan menepati matlamat dan sasaran kerajaan.

Ketiganya Yang Berhormat Puan Speaker, di Segamat ada sebuah kawasan penempatan program perumahan rakyat (PPR) iaitu PPR Batu Anam. Yang Berhormat Puan Speaker, saya sering mendapat pertanyaan daripada penduduk PPR ini. bila mereka akan diserap ke program sewa beli? Mereka maklumkan pada saya sebelum ini ada cadangan menjadikan PPR Batu Anam ini sebuah rumah sewa beli sebagai rumah sewa beli. Untuk makluman Puan Speaker juga kebanyakan penyewa ini telah menetap di sini lebih 10 tahun. Jadi soalan Buluh Kasap, adakah benar PPR Batu Anam ini dicadangkan untuk diserap atau dijadikan rumah sewa beli? Jika ya, bila agaknya pelaksanaan program tersebut? Jika tidak, Buluh Kasap ingin menyampaikan hasrat dan harapan penduduk PPR Batu Anam ini agar mereka diserap kepada cadangan kerajaan ke program rumah sewa beli. Mereka bersetuju untuk mematuhi apa saja syarat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan nanti.

Yang Berhormat Puan Speaker, Buluh Kasap juga ingin bertanya status terkini cadangan kerajaan untuk pembinaan rumah mampu milik di kawasan Parlimen Segamat. Iaitu yang

pertama, di Kampung Paya Lebar dan yang kedua berhampiran Taman Suria, Buluh Kasap. Puan Speaker, kita selalu sangat mendengar ada Wakil Rakyat mempersoalkan kuota menegak kerajaan atau KMK yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Ia seolah-olah sesuatu penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin Barisan Nasional sebelum ini. Jadi Buluh Kasap ingin penjelasan daripada EXCO yang berkenaan. Apakah rasional sebenarnya RMK ini? Yang keduanya, adakah kerajaan selepas Barisan Nasional tidak pernah menjalankan sistem kuota-kuota kepada mana-mana pihak?

Yang Berhormat Puan Speaker, berkaitan pengurusan sumber air pula, saya mewakili penduduk kawasan Buluh Kasap ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kerajaan negeri yang telah membina sebuah loji air di Buluh Kasap bagi menyelesaikan masalah bekalan dan tekanan air di kawasan sekitar Buluh Kasap. Namun ada beberapa perkara ingin Buluh Kasap bangkitkan hari ini. Yang pertamanya Puan Speaker, loji air Buluh Kasap ini sudah siap, tekanan air menjadi kuat, maka banyak berlaku insiden paip-paip air pecah disebabkan tekanan air ini. Maka saya mohon pihak berkaitan untuk meneliti sama ada keperluan untuk menukar paip-paip lama ini.

Yang keduanya, kawasan Gemas Bahru terdapat beberapa penempatan terutama taman-taman perumahan yang masih lagi kerap mengalami gangguan bekalan air. Dan yang ketiganya pula Puan Speaker, masalah bekalan air di beberapa rumah di Kampung Kuala Paya. Untuk makluman Puan Speaker, loji air Buluh Kasap ini dibina di Kampung Kuala Paya. Tetapi, ada banyak rumah di Kuala Paya sendiri tidak menerima bekalan air, terutama di Jalan Muhammad dan Jalan Rahmat. Lebih kurang 30 buah rumah. Ia umpama air melalui depan rumah mereka tapi mereka tak dapat air. Justeru, kami telah berjumpa dengan pihak SAJ Ranhil Segamat, bincangkan perkara ini dan kami cadangkan beberapa perkara termasuk pembinaan paip-paip khas ke rumah-rumah di Jalan Muhammad dan Rahmat ini atau yang keduanya membina tangki mini di kawasan penempatan atau Kampung Kuala Paya ini. Dengan jumlah peruntukan jutaan ringgit yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat, maka Buluh Kasap merayu kepada pihak kerajaan melihat dan seterusnya mencari jalan penyelesaian kepada perkara yang Buluh Kasap bangkitkan.

Yang Berhormat Puan Speaker, dalam jawapan lisan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kelmarin, Yang Amat Berhormat ada menyebut dan memberi contoh sebuah penempatan di Jepun iaitu bandar Komamoto yang mempunyai 800,000 penduduk dan menggunakan sumber air bawah tanah 100%. Buluh Kasap sekadar ingin berkongsi, di kawasan Buluh Kasap ada sebuah kampung yang juga menggunakan sumber air asli bawah tanah. Projek ini adalah projek Agency Remote Sensing Malaysia atau ARSM di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia atau JMG. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang telah dibina di Kampung Mensudut Lama sudah lama pada tahun 2014 yang lalu. Cuma, ia tidak disalurkan ke rumah-rumah kediaman tetapi duduk mengambil air secara berpusat di pusat penapisan. Projek ini telah membolehkan penduduk kampung dan sekitarnya mendapat bekalan air dari sumber bawah tanah ini. Justeru, Buluh Kasap bersetuju jika kerajaan negeri bercadang untuk meneroka sumber air bawah tanah bagi kemudahan penduduk dan rakyat di masa akan datang. Cuma Yang Berhormat Puan Speaker, projek sumber air bawah tanah di Kampung Mensudut Lama ini sudah lebih 5 tahun digunakan. Sepatutnya ia diservis atau diselia secara berkala bagi memastikan tahap kebersihannya. Sebelum ini, air ini boleh terus diminum selamat untuk kesihatan, tetapi hari ini tidak boleh lagi kerana tidak di selenggara kerana tidak mempunyai bajet dan peruntukan. Jadi, Buluh Kasap harap kerajaan akan menyediakan peruntukan yang sepatutnya bagi memastikan penduduk di sini boleh terus menikmati bekalan air bawah tanah ini. Buluh Kasap juga memohon jika perlu pihak kerajaan atau agensi-agensi berkenaan membuat kajian dan tinjauan sama ada sesuai atau tidak sumber air bawah tanah di Kampung Mensudut Lama ini disalurkan ke rumah-rumah kediaman di kawasan ini.

Yang Berhormat Puan Speaker, Buluh Kasap juga mengucapkan terima kasih bila mana dalam belanjawan ini juga ada dinyatakan peruntukan sebanyak RM7.5 juta untuk projek bekalan elektrik luar bandar termasuk di Kulai, Kota Tinggi dan Segamat. Ia akan memastikan rakyat Johor walau di mana berada dapat menikmati bantuan bekalan elektrik dengan lebih baik. Di Segamat, Buluh Kasap berharap masalah bekalan elektrik di beberapa kawasan penempatan terutama kampung-kampung akan diambil perhatian pihak kerajaan negeri termasuk KPLB. Bekalan elektrik di Kampung Balai Badang misalnya, sudah tidak mampu menampung jumlah pengguna sedia ada sehingga terdapat beberapa rumah kerap mengalami gangguan bekalan dan terdapat beberapa rumah yang langsung tidak mempunyai bekalan elektrik. Melalui pemantauan kami bersama pihak Tenaga Nasional Berhad atau TNB kawasan ini memerlukan Compact Sub Station atau CSUB sebagai jalan penyelesaian dengan anggaran kos bernilai hampir RM1 juta.

Yang Berhormat Puan Speaker, Belanjawan bertema Berdaya Tahan Demi Kemakmuran juga melihat bagaimana Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan sesuatu yang di luar jangkauan atau jangkaan semua pihak. Dengan menambahkan peruntukan semua Wakil Rakyat Pembangkang daripada RM50,000.00 kepada RM150,000.00, serta menaikkan elaun Ketua Pembangkang. Ia seharusnya dijadikan alasan kepada semua pihak untuk lebih gigih memberikan khidmat kepada rakyat. RM150,000.00 sudah pasti sangat besar nilainya dan banyak perkara boleh selesaikan.

Dalam perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat juga sebelum ini, ada beberapa Ahli Berhormat dari pihak pembangkang menyatakan hasrat mereka untuk bersama-sama dalam Mesyuarat Tindakan Daerah di kawasan masing-masing. Buluh Kasap tidak berhasrat untuk menidakkan suara mereka, cuma bagi pihak Buluh Kasap kami rasa tidak, kami fikir ia sesuatu yang tidak sesuai dilakukan waktu ini kerana memandangkan kerajaan telah melantik penyelaras DUN di setiap kawasan yang diwakili oleh ADUN bukan kerajaan. Ia adalah perkara yang telah dijalankan kerajaan terdahulu dan kerajaan yang ada hari ini meneruskan mana-mana yang difikirkan baik bagi mereka.

Yang Berhormat Puan Speaker, pandemik COVID-19 yang melanda negara dan dunia telah memberi kesan kepada semua sektor dalam kumpulan masyarakat. Dalam bab ini, Buluh Kasap sekali lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kerajaan negeri apabila memberikan perhatian yang sangat serius kepada Orang Muda Johor. Peruntukan yang besar berjumlah RM57.3 juta kepada Orang Muda ini seharusnya menjadi bukti bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar seorang yang sangat prihatin terhadap Orang Muda Johor. Ia sesuatu yang sangat baik yang perlu dimanfaatkan oleh lebih 1.5 juta Orang Muda Johor. Mewakili orang muda dan belia di Segamat, Buluh Kasap ingin menarik perhatian kerajaan negeri khususnya Yang Berhormat Dato’ Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Belia dan Sukan berkaitan Hab Belia yang baru sahaja diserahkan kepada Majlis Belia Daerah Segamat beberapa bulan lalu.

Untuk makluman warga Dewan, Hab Belia Segamat satu-satunya Hab Belia yang ada di negeri Johor. Terima kasih kepada kerajaan negeri khasnya mantan Menteri Besar Johor yang lalu Dato’ Mohamad Khaled Haji Nordin yang telah meluluskan peruntukan Hab Belia Segamat pada tahun 2017 dan siap pada tahun berikutnya. Hab Belia ini baru beroperasi, masih banyak lagi kekurangannya. Justeru, Buluh Kasap memohon agar kerajaan negeri memperkasa Hab Belia Segamat dengan menambah kemudahan-kemudahan yang ada agar Hab Belia ini dapat berperanan sepenuhnya kepada warga belia dan Orang Muda Segamat.

Yang Berhormat Puan Speaker, dalam sektor pendidikan pula, Buluh Kasap ingin menzahirkan rasa bangga kepada guru-guru kita yang begitu komited dalam meneruskan pengajaran dan pembelajaran dalam masa negara menghadapi pandemik COVID-19 dan

Perintah Kawalan Pergerakan. Pelbagai kaedah digunakan oleh warga pendidik ini, semuanya untuk memastikan anak-anak kita terus menerima pendidikan. Ia banyak halangan dan kekangan yang dihadapi. Namun mereka tetap gigih memikul tanggungjawab ini. Untuk itu, Buluh Kasap mengambil kesempatan merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada warga pendidik dan Buluh Kasap juga mencadangkan kepada kerajaan agar guru-guru sekolah menengah, rendah dan sekolah agama ini diberikan peruntukan atau bantuan khas bagi meringankan bebanan mereka dalam membeli kertas pendua, dakwat printer dan lain-lain keperluan yang mereka gunakan setiap hari kepada pelajar-pelajar mereka.

Yang Berhormat Puan Speaker, baru-baru ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penulis Johor atau PPJ kali ke-43. Tahniah kepada penerima-penerima anugerah yang disampaikan pada malam itu. Terutamanya Encik Amiruddin bin Mat Ali Hanafiah, Ketua 1 Persatuan Penulis Johor yang dinobatkan sebagai Pejuang Sastera Johor. Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mencadangkan Persatuan Penulis Johor ini bekerjasama dengan Akademik JCS. Buluh Kasap percaya kerjasama Persatuan Penulis Johor dengan Akademik JCS ini mampu melaksanakan harapan dan aspirasi kerajaan Johor dan harap satu peruntukan yang khusus diperuntukkan kepada persatuan ini melalui Akademik JCS bagi tujuan menggerakkan program-program penulisan selain daripada sebidang tanah yang diluluskan oleh kerajaan negeri pada malam itu.

Yang Berhormat Puan Speaker, belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar memperlihatkan kepada kita bagaimana keprihatinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kepada keseluruhan rakyat Johor dengan pemberian bantuan dan sumbangan yang besar kepada rakyat Johor. Namun Buluh Kasap teringat satu ungkapan, jangan diberi ikan, tapi berilah pancing. Apa yang Buluh Kasap maksudkan ialah one-off yang diberi kita ucap terima kasih, dalam masa yang sama kita minta supaya agensi-agensi berkenaan menambah jumlah peralatan kepada dan jumlah penerima. Contohnya, kalau RISDA ada, contohnya kalau pertanian ada 100 barang, tambah kepada 200. Kalau JKM ada 200 barang, tambah kepada 300 supaya lebih ramai mereka menerima peralatan dan sumbangan ini. Yang Berhormat Puan Speaker saya ringkaskan.

Perkara yang ingin saya ringkaskan tapi minta perhatian kerajaan ialah :

1. Mohon kerajaan semak sagu hati yang belum diterima oleh mantan-mantan ketua kampung yang telah tamat perkhidmatan sejak 2017 dan 2018.

2. Mohon kerajaan mengkaji semula cadangan Buluh Kasap agar sebuah galeri KTM didirikan di Segamat dengan mengekalkan sebahagian daripada landasan dan rel kereta api yang tidak lagi digunakan selepas Projek Kereta api Berkembar Gemas – Johor Bahru siap kelak.

3. Mohon kerajaan kaji semula dasar kerajaan yang hanya akan menurap jalan dalam kampung yang menghubungkan 2 atau 3 buah rumah. Sebaliknya, jika dilihat bersesuaian bolehlah dibina atau diturap walaupun menghubungkan sebuah rumah sahaja.

4. Mohon kerajaan giatkan juga kempen memerangi denggi kerana kes denggi Johor sekarang amat membimbangkan selain pandemik COVID-19. Sehingga 1 Disember 2020 jumlah kumulatif denggi tahun ini adalah seramai 11,040 orang dengan jumlah kematian 42 kematian.

5. Ada banyak kuarters dan rumah guru yang dah lama tak berpenghuni. Adakah tak jadi kesalahan untuk membenarkan orang awam menyewa rumah-rumah ini dengan syarat-syarat yang ditetapkan pihak kerajaan.

6. Tahniah kepada EXCO banyak peruntukan diberikan kepada orang susah, miskin terutama ibu tunggal. Cuma persoalan saya, tak adakah peruntukan untuk bapa tunggal? Kesian bapa tunggal. Yang Berhormat Puan Speaker, ada orang kata berilah lebih sikit one-off, ada yang kata one-off bentuk wang tunai, ada juga kata one-off bentuk suri rumah. (Dewan ketawa).

Yang Berhormat Puan Speaker, Buluh Kasap berpandangan supaya pihak-pihak berkenaan atau EXCO-EXCO berkenaan lihat juga keperluan-keperluan yang diperlukan oleh bapa tunggal. Mereka bukan orang senang semuanya. Memang bapa tunggal jarang kita melihat mereka...

Timbalan Speaker

Jadi, kena lantik seorang EXCO untuk jaga bapa tunggallah. (Dewan ketawa).

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNBuloh Kasap

Itu kita serah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Tetapi saya fikir bapa-bapa tunggal ini pun perlu dilihat keperluan-keperluannya kerana mereka juga ada yang kesempitan, mereka juga ada yang terlantar sakit dan sebagainya.

Puan Speaker akhir sekali, Buluh Kasap ingin menyatakan perkara yang sering kali Buluh Kasap bawa dalam setiap perhimpunan di Dewan yang mulia ini iaitu isu tanah umum di kawasan Buluh Kasap. Mengikut rekod kami di Segamat lebih 10 kawasan tanah umum telah dibuka untuk permohonan sebelum ini. Sebahagiannya terletak di kawasan Buluh Kasap dan telah ditemu duga seawal 2005 dan 2006. Namun sehingga hari ini, pihak kerajaan belum pernah atau masih belum membuat sebarang keputusan. Justeru, Buluh Kasap merayu sempena bajet bertemakan “Berdaya Tahan Demi Kemakmuran” ini, Buluh kasap merayu kepada pihak kerajaan khasnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar agar dapat menyelesaikan sebahagian daripada isu yang tertangguh sekian lama ini.

Yang Berhormat Puan Speaker, sekian hujah saya dan Buluh Kasap mohon menyokong. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wasalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2021) Tahun 2020 telah selesai. Esok adalah penggulungan daripada pihak kerajaan atas perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Jadi, persidangan ini saya tangguhkan sehingga esok, 3 Disember 2020, pada jam 9.30 pagi.

Persidangan di tangguhkan pada jam 5.12 petang.