Johor · 3 December 2020

14th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 227 turns · 36,442 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.

Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. (Bacaan selawat). Alhamdulillah, kita telah sampai kepada hari yang keenam Mesyuarat Ketiga Belanjawan 2021 Bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Yang Keempat Belas.

Soalan-Soalan Lisan.Questions

Speaker

Yang Berhormat Mengkibol jemput.

Tuan Chew Chong SinDAP · PHMengkibol

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 1.

Apakah rancangan untuk menubuhkan makmal dan fasiliti untuk ujian COVID-19 di CIQ?

Speaker

YB EXCO jemput.

Tuan Vidyananthan a/l RamanadhanMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar · Kahang

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Dalam konteks persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Mengkibol, kerajaan negeri menerusi Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah melantik sebuah syarikat swasta pada bulan Ogos 2020 bagi menyelaras perkhidmatan saringan dan ujian COVID-19 di pintu masuk antarabangsa bagi 2 program khusus iaitu Reciprocal Green Lane (RGL) dan Periodic Commuting Agreement (PCA) di Bangunan Sultan Iskandar serta Kompleks Sultan Abu Bakar.

Syarikat tersebut bertanggungjawab menyelaras beberapa makmal swasta yang telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan ujian terhadap sampel yang diambil di pintu masuk antarabangsa.

Penubuhan makmal di fasiliti tersebut iaitu di CIQ adalah tidak bersesuaian memandangkan sebuah makmal memerlukan standard pengurusan kualiti yang terbaik bagi menjamin keputusan sampel. Terima kasih.

Speaker

Ya Mengkibol, soalan tambahan.

Tuan Chew Chong SinDAP · PHMengkibol

Terima kasih Tuan Speaker dan EXCO Kesihatan. Untuk jawapan tadi, fasiliti saringan yang akan ditambahkan. Soalan saya ialah lebih kepada makmal. Makmal, EXCO pun sudah jawab, keadaan itu mungkin tidak kesesuaian. Tapi kalau kita tengok keperluan, dia memang sangat diperlukan seperti Changi Airport, kerajaan Singapura pun sudah tubuhkan satu makmal. Maka saya minta kerajaan boleh mempertimbangkan sebab waktu dapatkan keputusan dalam waktu yang begitu singkat, adalah satu faktor yang sangat kritikal untuk pembukaan semula sempadan.

Jadi soalan saya, syarat-syarat kuarantin ditentukan oleh negara sendiri. Contohnya, UK membenarkan pelawat dari Singapura masuk UK tanpa kuarantin. Maka soalan saya,

secara saintifik bolehkah kita juga mengecualikan tempoh kuarantin kepada pelawat dari Singapura? Terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Vidyananthan a/l RamanadhanMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar · Kahang

Yang Berhormat Speaker, soalan yang dibangkitkan ialah makmal tetapi telah pun di sampai ke isu kuarantin. Sebenarnya apa jua keputusan yang diambil untuk mengkuarantin seseorang di peringkat negara kita, keputusannya adalah diambil menerusi cadangan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Dalam konteks makmal yang kita ada di negeri Johor, tujuan kita membuat, selepas membuat saringan dan juga makmal, kita memastikan bahawa syarikat yang telah pun dipilih, ini untuk memastikan mereka dapat memberi keputusan pada kadar yang segera. Dan bagi tujuan perkhidmatan di sini, syarikat ini melibatkan 10 makmal swasta dengan kapasiti sebanyak 30 ujian sehari. Dan di negeri Johor juga terdapat 1 makmal swasta yang bertanggungjawab menjalankan ujian COVID khususnya bagi skim RGL, PCA ini dengan kapasiti 1,000 orang sehari. Jadi, pihak syarikat juga sedang dalam proses untuk menambah 2 lagi makmal tambahan di Johor dengan jumlah kapasiti ujian adalah sebanyak 7,000 orang sehari.

Jadi, kalau kita lihat kepada kemasukan mereka dari dalam program RGL, PCA ini, ia tidak pun sampai kepada kuota yang telah pun ditetapkan. Jadi buat masa ini, tidak ada keperluan untuk penambahan makmal ataupun pusat saringan yang baru. Terima kasih.

Speaker

Ya Stulang.

Tuan Chen Kah EngDAP · PHStulang

Terima kasih Tuan Speaker. Berkenaan dengan makmal ujian saringan ini, sebagaimana yang kita sedia tahu ujian saringan sekarang di mana PUS dan close contact, 2 kategori ini berada, dibuat di tempat yang sama. Dan sekarang di Johor ada, kita punya ada kes peningkatan, jadi bilangan close contact dan kluster juga akan meningkat, bilangan mereka yang balik dari Singapura juga, bilangan juga ramai.

Jadi, soalan saya adalah dari segi risiko dan masa menunggu, risiko dan masa menunggu ini, adakah kerajaan bersedia untuk menyediakan satu tempat yang sesuai, satu tempat saringan bagi close contact untuk menjalani ujian saringan? Maksudnya close contact dan PUS dipisahkan. Terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Vidyananthan a/l RamanadhanMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar · Kahang

Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih di atas soalan tambahan. Sebenarnya memang kita sedia maklum dan memang membimbangkan bahawa di negeri Johor terdapat banyak kluster yang timbul setiap hari. Dan kalau kita lihat kepada tindakan yang diambil menerusi Jabatan Kesihatan Negeri Johor, buat masa ini jumlah orang yang disaring adalah kerana mereka secara agresif cuba untuk mencari close contact dan juga surveillance dilakukan secara agresif di peringkat akar umbi supaya kes ini tidak ada penularan. Dan jumlah saringan yang banyak diambil walaupun dalam sesuatu tempat ialah untuk memastikan bahawa tidak ada penularan.

Dan, semua saringan dibuat walaupun dalam konteks close contact dan PUS di tempat yang sama, tetapi standard yang diguna pakai adalah standard untuk memastikan tidak ada penularan, tidak ada apa, sampel yang diberi, keputusan yang diberikan adalah keputusan yang tepat. Dan, mungkin ada yang tertanya-tanya, ada juga gambar-gambar yang viral

contohnya mengapa begitu ramai orang berbaris-baris, terpaksa untuk mengambil swab test? Adakah keseluruhan kampung tersebut sudah pun terjebak dengan COVID-19? Bukan begitu, tetapi usaha yang diambil ialah untuk memutuskan penularan tersebut. We don’t want to take any risk. Itulah sebabnya kadang-kadang kita terpaksa membuat saringan yang begitu ramai supaya we don’t take things for granted dan dalam usaha itu, inilah usaha yang diambil untuk memastikan tidak ada orang terlepas, tidak ada orang terlepas dan kita nak pastikan setiap orang di kawasan tersebut tidak terjebak, tidak positif. Dan sepertimana dikatakan tadi usaha yang begitu agresif diambil.

Dalam konteks Jabatan Kesihatan Negeri Johor ini, dan itulah sebabnya jumlah yang disaring di setiap kluster tu begitu ramai, ada yang sampai 1,000 orang, 2,000 orang, 500 orang, 600 orang dan sebagainya. Kerana tujuan disaring ialah bukan kerana mereka terlibat, sometimes they might not as close contact as well tapi we don’t take things for granted dan kita pastikan bahawa kita, we swab as many people as possible supaya benda ni tak menular. Itu saja sebabnya. Satu lagi jumlah yang disaring itu begitu ramai sekali. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya Yang Berhormat Stulang jemput.

Tuan Chen Kah EngDAP · PHStulang

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 2.

Apakah kekangan yang mengakibatkan projek VEP dan RFID di sempadan Malaysia/Singapura masih belum mencapai angka dan kelancaran yang dirancangkan?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Mohd Solihan bin BadriBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Tenang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, sistem VEP (Vehicle Entry Permit) merupakan satu permit dalam bentuk dokumen yang membenarkan kenderaan negara luar untuk masuk dan berada di Malaysia. Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan bahawa sistem VEP akan diperkenalkan untuk kenderaan negara luar masuk ke Malaysia, dan telah pun diperkenalkan.

Manakala RFID adalah kepanjangan daripada Radio Frequency Identification merupakan teknologi yang dapat mengidentifikasikan sebuah objek menggunakan gelombang mikro yang juga berfungsi apabila kenderaan melalui tol, pengimbas overhead yang akan membaca frekuensi radio dari TNG, RFID tag dan caj tambahan tol. Tag tersebut akan didaftarkan dalam Touch n Go, e-wallet pengguna dan tambang tol akan ditolak daripada baki TNG, e-wallet tersebut.

Status projek VEP secara rasminya telah diserahkan oleh pihak vendor kepada pihak Kementerian Pengangkutan pada 22 Mac 2019. Pihak JPJ amat komited dalam persediaan untuk melaksanakan operasi penguatkuasaan Vehicle Entry Permit. Dan untuk makluman juga, operasi road charge telah beroperasi dari November 2016 dan masih berjalan seperti biasa tanpa apa-apa masalah. Setakat ini mencatatkan kutipan hasil daripada road charge ini yang bermula November 2016 sehingga kini berjumlah Ringgit Malaysia, ni besar ni jumlahnya Yang Berhormat Tuan Speaker, RM358,060,720.00.

Pecahan adalah seperti berikut - dari 2016 sehingga 2020, jumlah kenderaan 17,722, sorry, 17,722,813 dan nilainya ialah seperti yang saya sebutkan tadi RM358,060,720.00.

Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini, terkini pihak JPJ serta MOT masih dan sedang berusaha untuk mempertingkatkan urusan pendaftaran kenderaan asing dari semasa ke semasa bagi memastikan penguatkuasaan VEP dapat dilaksanakan kelak.

Untuk makluman, pihak JPJ juga telah melaksanakan pengagihan tag RFID sebagai pelengkap kepada proses pendaftaran kenderaan asing melalui 4 kaunter agihan iaitu di kawasan Hentian dan Rawat (R&R) Pandan, Gelang Patah, Lima Kedai dan kawasan parking Angsana. Ianya bermula sejak Januari 2019 hingga 18 Mac 2020 iaitu tarikh bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik COVID-19.

Selama tempoh agihan tersebut, sejumlah 65,471 tag RFID telah dipasang dan didaftarkan secara sah kepada kenderaan asing. Walau bagaimanapun, bermula bulan Januari 2020, jumlah kehadiran kenderaan Singapura atau asing yang datang untuk urusan pendaftaran dan pengambilan tag RFID jatuh mendadak dan ia terkesan akibat pintu sempadan ditutup sepenuhnya dan tiada lagi pendaftaran dibuat bermula 18 Mac 2020. Terima kasih.

Speaker

Ya Stulang jemput.

Tuan Chen Kah EngDAP · PHStulang

Terima kasih jawapan yang diberikan oleh YB EXCO. Kita, sebagaimana kita semua sudah tahu, projek RFID dan VEP ini telah pun diputuskan dan dilaksanakan sebelum 2018 semasa kerajaan BN dan masalah pemasangan, kesukaran pemasangan tag RFID ini dan masalah ini pun sudah kita tahu walaupun sebelum COVID.

Jadi soalan saya adalah, oleh kerana pemasangan tag RFID yang belum sampai ke angka yang memuaskan, jadi berapakah kos tambahan, kos tambahan yang perlu ditanggung oleh kerajaan, agak-agaknya berapa kos tambahan akibat daripada kita belum mencapai angka dan kelancaran yang dirancangkan? Terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Mohd Solihan bin BadriBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Tenang

Yang Berhormat Speaker, urusan ini adalah dijalankan oleh kerajaan persekutuan melalui MOT. JPJ melaksanakan sahaja. Saya tidak ada maklumat mengenai itu setakat ini. Saya akan dapatkan daripada pihak berkenaan dan menjawab secara bertulis kepada Yang Berhormat Stulang.

Speaker

Soalan yang seterusnya Yang Berhormat Sri Medan, jemput.

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 3. Adakah kerajaan negeri Johor mempunyai data bilangan kilang haram yang terdapat di dalam negeri Johor dan apakah perancangan kerajaan negeri dalam menangani isu kilang haram ini?

Speaker

Yang Berhormat Bukit Batu jemput

Tuan Jimmy Puah Wee TsePKR · PHBukit Batu

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 4.

Apa tindakan yang telah diambil oleh Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) terhadap kilang haram yang menjadi punca pencemaran air (air berbau pandan) baru-baru ini?

Speaker

Jemput, YB EXCO.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera, salam makmur Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada YB Sri Medan dan juga Bukit Batu atas soalan yang berkaitan dengan kilang haram dan juga perancangan kerajaan bagi menangani kilang haram ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi negeri Johor terdapat sebanyak 2,491 buah kilang haram atau 24.5% kilang yang tidak berlesen, kosong dan juga masih dalam proses permohonannya. Saya bacakan data kilang yang lebih daripada angka 100 lah ya, dibahagi 16 kawasan PBT. Di Johor ni yang kilang banyak sekali ialah daripada 2,491 buah kilang haram. Di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri terdapat 1,694 kilang haram, mewakili 60.3% jumlah kilang haram di seluruh Johor. Johor Bahru, Majlis Bandaraya Johor Bahru ada sebanyak 190 kilang haram dan di Majlis Perbandaran Kulai ada

Yang lain-lain tu ada, Yang Berhormat saya rasa tak perlu saya bacakan keseluruhan, jadi yang nak disebutkan ni, apakah perancangan yang dibuat oleh kerajaan, saya beri contoh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, antara gerak kerja taskforce yang telah dibuat ialah mengenal pasti industri yang mempunyai lesen dan juga tak ada lesen. Premis yang mematuhi atau melanggar syarat lesen, dan yang tidak mematuhi pelan lulus, menghasilkan bahan kimia ataupun sisa buangan, dan premis yang mengganggu ataupun kilang yang mengganggu penduduk sekitar. Itu yang telah dibuat oleh pihak Majlis Bandaraya sebab Iskandar Puteri ini yang paling banyak sekali kilangnya. Dan satu lagi contoh yang perancangan yang telah dibuat oleh pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat yang saya nampak ada tindakan-tindakan positif yang mendapat respons yang baik daripada pengilang kilang ini ialah program pemutihan yang dilakukan MPBP sejak tahun 2019 menyaksikan pengurangan daripada 890 kilang kepada paras 300 pada tahun 2020. Jadi, MPBP berhasrat buat program pemutihan ini sehingga 31 Mac serta menyediakan garis panduan syarat-syarat minima teknikal bagi membantu pemaju merancang permohonan lesen. Selain daripada itu juga, kerajaan bercadang untuk memberi tempoh kepada pengilang yang beroperasi tanpa lesen untuk mendapatkan lesen perniagaan yang sah. Selepas tempoh ini kilang yang tiada data dalam kerajaan akan di arahkan ditutup ataupun menjalani proses perobohan.

Dalam Mesyuarat Negara mengenai kerajaan tempatan Yang Berhormat Tuan Speaker, semua kerajaan negeri minta bahagian undang-undang di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengkaji semula denda yang dikenakan pada hari ini RM5,000.00, dia cadangkan supaya naik RM100,000.00 tapi kita tak bersetuju, terutama kilang-kilang menjadi punca kepada pencemaran air, yang boleh mengganggu penduduk ya. Yang ini kita tak nak, walaupun dendanya ke paras RM1.0 juta kita pun tak setuju, kalau boleh kilang ni lesennya ditutup atau kilang ini dirobohkan. Dan alhamdulillah cadangan kita bagi semua kerajaan negeri bersetuju untuk Bahagian Undang-Undang Kerajaan Tempatan untuk mengkaji semula dan bawa balik kepada Mesyuarat Majlis Negara. Yang Berhormat itu perancangan yang telah dibuat dan mungkin juga kita boleh fikirkan kepada mereka yang memberikan maklumat terhadap operasi kilang haram ini yang mengganggu, menjejaskan mungkin bagi award sikit boleh membantu kita juga lah. Ramai yang akan buat aduan. Tetapi saya ingin tegaskan dalam Dewan yang mulia ini, setakat hari ini masa pandemik COVID ini kita tidak akan ambil tindakan, kecuali bagi kilang yang menjejaskan punca bekalan ataupun yang boleh mengganggu kesihatan penduduk yang melampau. Yang ini kita akan ambil tindakan. Bagi menjawab soalan daripada Bukit Batu, berkaitan dengan pencemaran air yang berbau pandan, ini kilang haram, berbau pandan, kilang ini dikenal pasti sebagai kilang kitar semula yang beroperasi secara haram. Air bau pandan disebabkan oleh bahan tetrahydrofuran, betul sebutan ini Yang Berhormat Pengerusi? Eh, Yang Berhormat Speaker...

Speaker

Masalahnya saya tak nampak ejaan itu.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Tak nampak. Siapa ada doktor...

Tuan Tan Hong PinDAP · PHSkudai

Tetrahydrofuran (THF).

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Ha, betul. Terima kasih Skudai. Tapi dia ada bunyilah ye. (Dewan ketawa).

Speaker

Boleh pakai google voice, boleh.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Ok, ok. Yang digunakan bagi melarutkan bahan plastik, THF ini boleh mengakibatkan batuk dan kesesakan nafas. Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi kes yang dibangkitkan ini, pihak saya baca ringkas Yang Berhormat, Badan Kawal Selia Air (BAKAJ) telah memeriksa dan terdapat bau yang tidak normal dalam air terawat loji pada 19 Julai dan Majlis Perbandaran mengambil tindakan terhadap kilang ini menyebabkan pencemaran air di kawasan pentadbiran MPKU dan kilang ini di atas Lot 792, Jalan Kulai – Kota. Bahagian Penguat kuasa telah mengeluarkan notis kepada pemilik berdasarkan Seksyen 108, dia pengumpulan barang-barang kitar semula tanpa kebenaran, 1 kompaun telah dikeluarkan dan operasi bersepadu Bahagian Teknikal MPKU telah dijalankan pada 9 September melibatkan Bahagian Pelesenan, Pembangunan, Bahagian Perancangan, Unit Undang-Undang, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal (SWCorp) dan Badan Kawal Selia Air (BAKAJ). Hasil siasatan, Bahagian Perlesenan mendapati premis kilang ini tak mempunyai lesen dan telah menjalankan aktiviti perniagaan pusat kitar semula. Jadi bahagian pembangunan telah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 71, 72 Akta Jalan Parit dan Bangunan, dan supaya boleh diruntuhkan bangunan ini dalam tempoh 14 hari, dan notis juga telah dikeluarkan di bawah Akta Perancang Bandar dan Desa 1976, kerana menjalankan pemajuan tanpa kebenaran Pihak Badan Pengurusan Sisa Pepejal juga menjalankan kutipan, risikanlah, pemantauan berkala 10 November kilang ini tidak beroperasi dan pada 11 November ada kedengaran bunyi kerja-kerja pemotongan besi dalam kilang ini. Saya ingin mencadangkan, saya dah bincang dengan MPKu, kalau kita nak ambil tindakan boleh, di bawah Akta 133, di bawah Akta 172 dan Pejabat Tanah melalui tindakan penguatkuasaan boleh dilakukan dari masa ke semasa keadaan tanah yang melanggar syarat tertentu di bawah peruntukan tanah negara dan PTG Johor juga mempunyai unit penguatkuasaan tanah yang mana-mana melanggar syarat boleh ambil tindakan melalui Pentadbir Tanah Daerah dan di bawah peruntukan undang-undang, Pentadbir Tanah boleh menghantar notis dahulu kepada pemilik tanah yang melanggar syarat dan pemilik ada hak, ada hak itu untuk me remedy tanah tersebut. Maksudnya menjadikan syarat asal, kalau dulu tanah pertanian, kita tahu tanah pertanian dia kena jadikan syarat asal, kalau dia melanggar lagi, tindakan boleh dibuat sama ada kita dirobohkan. Sebab ini menjadi punca pencemaran air, menjejaskan loji air, dan memberikan kemudaratan kepada pengguna khususnya di kawasan-kawasan Kulai itu, Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Skudai, Bukit Batu, Minta tekan mic

Tuan Jimmy Puah Wee TsePKR · PHBukit Batu

Ok, terima kasih Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO dari Rengit, sukacita saya nak katakanlah di sini saya cukup gembira ya, tertarik dengan apa yang dikatakan oleh YB EXCO, hasrat political will yang ada pada kerajaan ya, untuk membanteraskan isu kilang haram terutamanya terhadap kilang haram yang menjadi punca pencemaran sumber air kita di Johor. Itu juga satu pendirian yang diambil oleh kerajaan Pakatan Harapan dan diteruskan oleh kerajaan sekarang. Dan saya suka bila mendengar RM1.0 juta kompaun pun kita tak akan lepaskan mereka.

Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk soalan saya itu, saya harap ya Yang Berhormat Rengit tolonglah kita guna layman jangan bagi dia chance lah. Jangan bagi chance kepada syarikat, kepada kilang haram ini sebab ini adalah satu kita kata contoh, kalau orang tahu boleh cemar air dan sampai hari ini berapa bulan dah masih beroperasi, bayangkanlah di Sg. Sayong ya, di Simpang Renggam mana-mana orang berani, sekarang ada 2,500 kilang haram dan kebanyakan kilang haram tu bila dia haram sebab dia buat benda yang haramlah kalau tidak boleh dia mohon lesen sahaja. Biasa haram sebab dia cemar air, cemar udara dan pelbagai-bagai. So, saya harap kerajaan ada political will tak kiralah kerajaan mana pun, untuk kita sama-sama menangani isu ini dan saya harap kalau boleh kerajaan sekarang ni, YB EXCO pergilah jangan kasi dia chance tutup sahaja kilang haram ini.

Speaker

Tak ada soalan Yang Berhormat? Yang Berhormat. Jementah, jemput, Skudai ya, Skudai dulu. Sorry, sorry. Bukan soalan Yang Berhormat.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Dia nak tahu ketegasan kerajaan negeri dalam nak membendung isu yang melibatkan pencemaran air.

Speaker

Tak, penyoal kata tak ada soalan

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Terpulang kepada Tuan Speaker.

Speaker

Sila, sila.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Kalau diizinkan, saya jawab.

Tuan Jimmy Puah Wee TsePKR · PHBukit Batu

Itu soalan saya tersiratlah.(Dewan ketawa).

Speaker

Ok, jemput, jemput.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih, saya ambil masa ringkas. Saya bersetuju dengan pandangan Bukit Batu. Dah sampai masanya kita kena tegas dan saya dah berbincang dengan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kulai, saya dah merujuk kepada perkara-perkara ini Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang, saya juga akan bincang dengan PTG kita tak boleh bagi peluang lagi kepada mereka-mereka yang sengaja dengan jelas mencemarkan punca air. Insya-Allahlah, selepas ini kalau ada ruang masa waktu kita ini, kita akan, bukan ada ruang perlu, untuk kita terus ambil tindakan dan saya akan panggil mesyuarat dan kita akan jemput sekali Bukit Batu bersama kita dalam membendungkan dalam isu ini. Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih.

Speaker

Beri Sri Medan dululah, Sri Medan sebab dia punya soalan tadi.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih juga kepada Yang Berhormat EXCO yang telah memberikan jawapan pada persoalan saya tadi dan saya amat bersetuju dengan apa juga jawapan dan juga tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan. Sebentar tadi Yang Berhormat EXCO ada terangkan tentang soal pemutihan ya, ada 2,491 kilang haram yang tak berlesen sahaja 24.5%. Jadi saya melihat di sini ya, selain daripada soal ekonomi yang agak merudum pada hari ini, tindakan daripada pihak kerajaan mungkin boleh memberi kesan pada dari segi ekonomi. Oleh itu saya melihat dengan kilang-kilang haram yang ada dalam negeri Johor ya, kebanyakan mereka beroperasi atas sebab mereka mendapat bekalan daripada Tenaga Nasional Berhad ataupun SAJ. Adakah pihak kerajaan ya, boleh melakukan penyelarasan antara kerajaan dan agensi-agensi yang berkaitan kerana bila ada supply daripada TNB dan

juga SAJ, jadi mereka boleh beroperasi dan kalau saya lihat di sini dengan apa yang berlaku, soal kilang-kilang haram ini, saya bersetuju dengan apa yang dikatakan rakan saya Yang Berhormat Bukit Batu. 90% saya rasa pencemaran yang berlaku di sungai dan di mana-mana tempat adalah berpunca daripada kilang-kilang haram. Mereka hit and run dengan izin. Jadi mereka melakukan pencemaran dan mereka bila-bila boleh lepas tangan. Jadi,apa tindakan kerajaan dalam untuk kita menangani perkara ini dengan melakukan penyelarasan dengan agensi-agensi kerajaan yang lain?

Kerana contoh, minta maaf Yang Berhormat Speaker. Yang pertama, di tempat saya, di kawasan Sri Medan ada juga kilang yang beroperasi iaitu kilang menternak katak. Mungkin agak pelik, makanan binatang yang dulunya bukan bahan makanan sekarang dah jadi makanan. Jadi hari ini, kilang katak itu selain daripada dia menternak katak dan mereka menjadikan memproses katak tersebut untuk dieksport. Dan tempat yang digunakan untuk menternak katak adalah tempat-tempat yang bukan tempat kawasan industri pun. Jadi,bagaimana kerajaan nak menangani perkara ini?Dan saya rasa dalam keadaan sekarang, hari ini, ekonomi pun saya sebut tadi merudum. Jadi, perlu kah kerajaan bertindak tegas dan juga bagaimana nak menangani soal pekerjaan dan juga sebagainyalah? Kalau boleh kerajaan secara berhemah dan juga mendapat kerjasama daripada semua pihak agensi kerajaan yang lain. Terima kasih.

Speaker

Susah nak jawab ni, sekejap dia suruh tutup sekejap tidak. Jemput Yang Berhormat.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya nak tanya ini, katak jenis apa ya? (Dewan ketawa).

Nak kena jawab ke Speaker?

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Dia tak sebut jelas katak apa ke.

Speaker

Tak apa, buat aje.

Saya ingat Yang Berhormat Speaker, katak yang saya maksudkan katak jenis binatanglah. (Dewan ketawa).

Speaker

Katak yang binatang.

Tuan Jimmy Puah WeeTsePKR · PHBukit Batu

Bukan katak politik ya. (Dewan ketawa).

Speaker

Ok. Teruskan Yang Berhormat, ini tak ada kaitan dengan itu semua.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Ok, ok, ok. Yang Berhormat Tuan Speaker, kita kena berlaku adil.

Speaker

Rengit ni suka aja benda tu, biar dia panjang dan ambil 10 minit.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Kilang ini, kita kena berlaku adil.

Pertama, ada kilang ini yang kita istilahkan kilang haram wujud lama. Dia dah lama wujud di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, cuma dia tak menjalankan proses pemajuan dan dalam program pemutihan yang dijalankan oleh beberapa PBT, kita syaratkan mereka ada buat zon ya, apa buffer zone dan seperti yang ditegaskan oleh rakan saya tadi dari Sri

Medan dalam keadaan pandemik sekarang ini, ramai kalau kita ambil tindakan yang akan diberhentikan kerja.Ini akan menjejaskan juga masa depan ramai pekerja.

Jadi, kita bawa sekali Yang Berhormat Sri Medan dalam usaha program pemutihan, kita bawa sekali agensi terutama sekali alam sekitar yang boleh kita lihat beroperasi mengikut piawaian yang ditetapkan oleh alam sekitar, kita bagi pemutihan. Tetapi kalau kita lihat kilang ini boleh menjejaskan alam sekitar,kita tak akan benarkan mereka beroperasi, kita bagi tempoh mereka untuk berpindah ke lokasi yang ditetapkan kawasan-kawasan taman industri yang telah diwartakan. Tapi kalau masih degil lagi kerana mengganggu dan menjelaskan alam sekitar kita akan ambil tindakan sama ada membuat perobohanlah.

Tapi bagi masalah keadaan-keadaan sekarang memang tak begitu sesuai untuk kita ambil tindakan. Izinkan pihak kerajaan negeri selepas ini baru kita boleh ambil tindakan, pandemik selesai. Yang Berhormat, katak tadi saya akan melawat sendirilah dengan Yang Berhormat Sri Medan, apa jenis katak.

Speaker

Ok juga Yang Berhormat. Panjang lagi Yang Berhormat.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Kalau mengganggu sangat keadaan, mungkin kita boleh ambil tindakan. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih.

Speaker

Skudai, soalan terakhir.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHSkudai

Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker, soalan saya ada kaitan juga dengan soalan Sri Medan, tapi bukan berkenaan katak dan susulan pada jawapan Yang Berhormat EXCO tadi, jadi saya harap Tuan Speaker boleh izinkan saya terangkan sedikit mungkin ambil masa sikit tentang latar belakang...

Speaker

Soalan Yang Berhormat, tak boleh Yang Berhormat.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHSkudai

Dia bagi latar belakang sikit supaya nanti jawapan dia lebih jitu.

Speaker

Tapi latar belakang Yang Berhormat ini 10 minit.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHSkudai

Tak kan 20 minit. Ambil masa sikit aje,

Speaker

Soalan, soalan tambahan Yang Berhormat.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHSkudai

Ok. Yang Berhormat Tuan Speaker, ini kadang kita tengok kilang haram itu seperti yang disebut oleh Yang Berhormat EXCO tadi, kadang dia ada latar belakang, dia ada sejarah dia dan secara amnya kita boleh lihat dia ada 2 jenis, 2 kategori yang secara umum di mana di antaranya adalah haram secara teknikal, iaitu dari segi ubah syarat guna tanah tak betul, dari segi zoning dia tak betul dan sebagainya.

Yang kedua ialah isu pencemaranlah, yang isu pencemaran itu kita tak boleh kompromi. Kita mesti sama ada tutup terus ataupun pindah dan denda dan sebagainya. Bagaimanapun selalunya yang kita hadapi masalah adalah berkenaan haram cara teknikal ini, di mana zoning dia tak betul ataupun salah guna tanah dia tak betul, sebab saya sendiri ada pengalaman pahit dalam isu ini di mana kilang itu dah wujud lama, dah lama dan seberang jalan adalah zon industri.

Seberang sini kebetulan tanahnya zon perumahan dan walaupun zon perumahan jauh juga daripada kawasan perumahan. Yang pelik lagi, di sebelah tanah dia kilang di sebelah

adalah zon industri. Apabila dia cuba nak mohon untuk rezoning kepada zon industri masa itu saya bantu untuk bincang dengan jabatan-jabatan yang berkenaan dan isu ini di bawa untuk rezoning di SPC.

Speaker

Ok, kita faham Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHSkudai

Dan masalah dia, orang yang bawa proposal ataupun kertas kerja untuk rezoning ini ditolak, dia membantah dalam SPC menyebabkan rezoning ini tak betul, tak boleh jalan dan saya lihat isu ini adalah birokrasi. Isu ini, selalu kita kata, mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih dan keadaan-keadaan ini menyebabkan kilang ini pada waktu sekarang walaupun ada order daripada Amerika Syarikat dan sebagainya tak boleh operasi sebab lesen tak ada. Adakah pihak kerajaan ada statistik-statistik yang manakah satu haram secara teknikal dan kita bagi fast track kita bantu dia dan yang haram dia tutup terus, adakah kerajaan ada hasrat sebegini dan adakah data-data statistik-statistik ini dia cukup?

Speaker

Ok, jemput Yang Berhormat.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Terima kasih Skudai. Panjang soalan tambahan. Kerajaan negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kita mengadakan mesyuarat SPC ini kerap. Untuk makluman, 22 hari bulan ini pun kita akan mengadakan mesyuarat. Soal guna tanah ini Yang Berhormat, kita boleh lihat semula, kaji semula. Sebab itu, seperti Yang Berhormat beri contoh, sebelah kanan zon industri, sebelah kiri zon industri, kilang yang sebelah itu yang dah beroperasi lama tidak memperolehi kelulusan untuk operasinya.

Di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar, kita dah tegaskan dari segi zon kegunaan tanah ini kita boleh sesuaikan. Dan saya nak ambil contoh di Batu Pahat, kalau format pemutihan yang dibuat berkaitan dengan teknikal soal bangunan, kemajuan dan sebagainya, boleh kita luluskan dalam SPC 22 hari bulan ini. Ini akan kita berikan garis panduan kepada seluruh kilang-kilang yang terdapat di seluruh kawasan PBT di Johor. Sebab kita perlu bangkit Yang Berhormat di ketika keadaan yang memerlukan tindakan semua pihak, kelonggaran di beberapa perkaralah.

Tapi, bagi kilang yang menyebabkan pencemaran tak ada toleransi dalam hal ini. Tentang data Yang Berhormat bangkitkan tadi saya akan dapatkan data yang berkaitan dengan teknikal, yang berkaitan dengan pencemaran dan saya akan berikan secara bertulis. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Soalan seterusnya.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHSkudai

Yang Berhormat Tuan Speaker, mohon satu lagi.

Speaker

Cukup, cukup,dia nanti lebih masa. Yang Berhormat Parit Yaani, jemput.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih YB Speaker, dalam tempoh enam hari kita berbahas baru sekali saya dapat bertanya. Dulu-dulu saya menjawab, hari ini bertanya pun, baru hari ini dapat. Jadi soalan nombor 5 YB Speaker.

Berapakah kes yang direkodkan oleh JAINJ berkaitan masalah rumah tangga dan penceraian sepanjang pandemik (bulan 3 hingga sekarang)?

Speaker

Jemput.

Tuan Haji Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Bukit Permai

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taalawabarakatuh. Sahabat saya Parit Yaani, berhubung perkara yang telah diutarakan iaitu kes-kes yang melibatkan masalah rumah tangga yang telah pun di rekodkan Yang Berhormat Tuan Speaker, oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor bagi sepanjang tempoh Mac hingga Oktober adalah seperti berikut: Kes-kes yang rumah tangga yang tidak bertanggungjawab jumlahnya sebanyak 415 kes, kes-kes yang melibatkan keluar rumah sebanyak 180 kes, kes-kes bagi penagihan sebanyak 118 kes, kes-kes poligami 47 kes, kes-kes bagi pengabaian nafkah sebanyak 234 kes, kes-kes bagi penderaan sebanyak 96 kes, kes-kes bagi campur tangan sebanyak 159 kes, kes-kes pelbagai sebanyak 128 kes dan kes bagi masalah kesihatan sebanyak 6 kes, kes sumbang mahram sebanyak 2 kes. Jumlah masalah krisis rumah tangga dari Mac hingga Oktober 2020 adalah sebanyak 383 kes.

Bagi masalah kes-kes penceraian di mana yang ditimbulkan oleh sahabat daripada Parit Yaani, adalah seperti berikut:Bagi data-data kes perceraian bagi negeri Johor bagi bulan Mac hingga Oktober semasa PKP bagi daerah Batu Pahat sebanyak 384 kes, bagi daerah Muar sebanyak 238 kes, bagi daerah Segamat sebanyak 102 kes, bagi daerah Johor Bahru 984 kes, bagi daerah Kluang 256 kes, bagi daerah Pontian sebanyak 250 kes, bagi daerah Kota Tinggi sebanyak 250 kes. Maaf Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi daerah Pontian sebanyak 179 kes, bagi daerah Mersing sebanyak 70 kes, bagi daerah Kulai sebanyak 102 kes, bagi daerah Tangkak sebanyak 66 kes. Jumlah perceraian dalam masa Mac hingga Oktober 2020 bagi negeri Johor sebanyak 2,625 kes. Sekian, Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Ya, Parit Yaani.

Soalan tambahan saya. Kita bagi keluarga Islam, agama Islam ini saya difahamkan dah memang kita pun pernah menguruskan perkara ini, iaitu tentang kursus perkahwinan. Adakah kursus perkahwinan yang dianjurkan oleh Jabatan Agama tidak berkesan sehingga menyebabkan berlakunya perceraian, itu soalan yang antara soalannyalah. Dan apakah peranan dan tindakan kaunseling di Jabatan Agama ataupun di bahagian kaunseling di bahagian kehakiman untuk memastikan bahawa kerukunan rumah tangga yang menyebabkan anak-anak terbiar dapat dipastikan kerukunan rumah tangga itu tak berlaku penceraian? Itu antara persoalan.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Bukit Permai

Terima kasih Yang Berhormat Parit Yaani. Yang Berhormat Tuan Speaker, sebagai asas kepada apa yang telah dibangkitkan oleh Parit Yaani, perkara pertama dan nak mewujudkan perkara yang melibatkan masalah kursus-kursus perkahwinan, SOP yang kita gunakan sekarang ini ialah dalam tempoh PKP ialah dengan cara online kursus ini. Dari segi masalah untuk nak menetapkan masalah-masalah yang dihadapi yang ditimbulkan oleh Parit Yaani, Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Negeri Johor bersama dengan Pejabat Kadi Daerah yang berkenaan akan memanggil mana-mana pasangan yang melibatkan dalam proses perceraian bagi diberikan kaunselor, itu langkah pertama.

Langkah yang kedua, dibuat oleh Bahagian Pembangunan Keluarga dan juga Pejabat Kadi Daerah ialah memanggil keluarga-keluarga yang terlibat bagi mencari rumusan dan juga kaedah-kaedah yang terbaik dalam menyelesaikan masalah yang berbangkit antara pasangan-pasangan terlibat dalam perkara proses perceraian. Dan yang ketiganya, lazimnya pada peringkat akhir kedua-dua pasangan ini akan dipertemukan untuk majlis kaunseling yang akan diuruskan sendiri oleh Bahagian Mahkamah Syariah dan juga Pejabat Kadi Daerah, terima kasih.

Speaker

Buluh Kasap, jemput.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNBuloh Kasap

Terima kasih Tuan Speaker. Jika melihat kepada angka yang diberikan oleh YB EXCO tadi, 2,625 perceraian Mac hingga Oktober bagi negeri Johor. Kalau kita andaikan sebuah keluarga mempunyai 2 orang anak, maknanya kita ada 5,250 orang anak yang kita tidak tahu keadaannya selepas ini.

Jadi, saya setuju dengan apa yang dibangkitkan dalam soalan tambahan Parit Yaani tadi. Berkenaan dengan kursus perkahwinan. Saya fikir EXCO Agama ataupun Jabatan Agama Islam, adakah kita perlu memikirkan untuk menggubal semula silibus kepada kursus perkahwinan tadi supaya bersesuaian dengan keadaan di mana COVID-19 ini mengajar kita bagaimana keluarga terpaksa duduk di rumah bersama-sama. Dulu mungkin silibus ini tak termasuk kepada duduk bersama begitu lama. Mungkin dulu suami isteri berjauhan, kena sabar, tapi hari ini silibus kena tukar, suami isteri duduk bersama, kena bersabar. Jadi adakah...

Speaker

Sabar duduk bersama...

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNBuloh Kasap

Adakah Jabatan Agama mengkaji untuk menggubal silibus ini di masa akan datang? Terima kasih.

Speaker

Duduk sama susah, tak duduk sama pun susah. Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Bukit Permai

Terima kasih Yang Berhormat Buluh Kasap. Memang benar Yang Berhormat Tuan Speaker. Insya-Allah selewat-lewatnya pada Mac 2021, akan ada satu silibus baru tentang asas-asas mengadakan kursus-kursus perkahwinan ini insya-Allah. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, Yang Berhormat Kemelah.

Dr. Sulaiman bin Mohd. NorAMANAH · PHKemelah

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 6.

Dalam tempoh pandemik COVID-19 sehingga kini, berapa jumlah permohonan untuk industri pertanian dan industri ternakan di negeri Johor? Berapa jumlah permohonan tersebut telah dilulus?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Datuk Haji Samsolbari bin JamaliUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Semarang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam tempoh pandemik COVID-19 sehingga kini, di bawah Jabatan Pertanian Negeri Johor, antara program pembangunan pertanian yang telah dilaksanakan bagi membantu isi rumah adalah Program Pertanian Bandar.

Sejumlah RM400,000.00 dari sumber peruntukan kerajaan persekutuan telah disalurkan kepada Jabatan Pertanian Negeri Johor pada tahun 2020. Bantuan adalah berbentuk pembinaan, naik taraf infrastruktur dan kemudahan projek, perolehan input dan peralatan pertanian serta aktiviti pemindahan teknologi pertanian. Agihan pecahan untuk kategori komuniti adalah sebanyak RM111,400.00 melibatkan 22 komuniti. Kategori individu sebanyak RM21,800.00 melibatkan 109 peserta. Kategori sekolah sebanyak RM189,700.00 melibatkan 37 sekolah dan kategori institusi sebanyak RM70,200.00 melibatkan 14 buah institusi.

Tujuan program pembangunan ini adalah bagi membantu isi rumah bandar, meringankan kos hidup melalui pengeluaran sendiri sebahagian daripada bahan makanan yang diperlukan. Program ini juga adalah sebagai pelengkap kepada pembangunan bandar secara keseluruhan. Program ini melibatkan penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar, dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai jabatan dan agensi yang berkaitan di peringkat negeri dan persekutuan. Penyertaan penduduk bandar yang berkaitan dengan kerajaan ataupun di bandar di dalam aktiviti pengeluaran bahan pertanian makanan boleh menambah pendapatan individu atau isi rumah dan seterusnya mengurangkan kos sara hidup di bandar.

Pada bulan Ogos 2020, kesan daripada pandemik COVID-19, Program Pertanian Bandar telah menerima sebanyak 3,569 permohonan daripada kategori komuniti dan individu. Namun yang demikian, jumlah peruntukan yang diterima pada tahun ini adalah RM800,000.00 di bawah PENJANA iaitu Pelan Jana Semula Ekonomi Negara. Berdasarkan peruntukan PENJANA RM800,000.00, hanya sejumlah 928 permohonan sahaja dapat diproses yang mana terdiri daripada 123 komuniti baru dan tambahan akan mendapat faedah dengan cadangan pecahan daerah iaitu 11 komuniti di Batu Pahat, 21 komuniti di Johor Bahru, 20 komuniti di Kluang, 9 di Kota Tinggi, 8 di Kulai, 7 di Mersing, 32 di Muar; 8 Pontian, Segamat 1, Tangkak 16 komuniti.

Bagi individu pula seramai 805 peserta baru dicadangkan untuk Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Kulai, Mersing, Muar, Pontian, Segamat dan Tangkak. Bagi permohonan sebanyak 2,641 masih di peringkat siasatan bagi kelayakan dan akan diproses menjelang tahun 2021.

Di samping itu, kerajaan melalui Jabatan Pertanian telah memberikan bantuan kepada petani dan usaha tani yang terkesan dengan pandemik ini terutama semasa Perintah Kawalan PKP. Sebanyak RM150,000.00 telah diluluskan oleh kerajaan negeri dan agihan berupa bahan import pertanian telah diberikan kepada petani yang terjejas. Seramai 145 tani telah mendapat manfaat.

Manakala pihak Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor telah memperuntukkan peruntukan melalui peruntukan Projek Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Prihatin Rakyat Tahun 2020 dan khas projek Agro Makanan Pertubuhan Peladang (PP) berjumlah RM6,791,500.00 merangkumi peruntukan tanaman sebanyak RM3,787,000.00 untuk 176 ahli PPK, peruntukan ternakan RM1,601,000.00 untuk 86 orang ahli PPK, peruntukan ternak air sebanyak RM305,000.00 untuk 12 ahli PPK dan peruntukan pemasaran iaitu RM1,098,500.00 untuk 12 PPK.

Keduanya, kelulusan bagi projek tanaman kontan di bawah program B40 dengan jumlah, sejumlahnya adalah RM1,090,000.00 untuk 118 ahli PPK. Secara keseluruhannya di bawah LPP, bantuan peruntukan adalah sebanyak RM7,881,500.00 yang melibatkan 388 ahli PPK dan 12 buah PPK.

Manakala pihak Jabatan Veterinar Negeri Johor pula, Jabatan menerima peruntukan bagi pelbagai program pembangunan termasuk program bantuan kepada rakyat. Untuk tahun 2020, sebanyak 720 permohonan diterima daripada penternak. Sebanyak 537 permohonan iaitu 74.38% telah diluluskan untuk bantuan di bawah pelbagai program pembangunan dalam tempoh pandemik 204. Program Penternakan Rakyat (PPR) unggas dan bantuan makanan ternakan ruminan, kesemua program bantuan ini melibatkan peruntukan RM1,917,500.00.00. Terima kasih.

Speaker

Ya Kemelah, jemput soalan tambahan.

Dr. Sulaiman bin Mohd. NorAMANAH · PHKemelah

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang panjang lebar. Sewaktu PKP yang lepas, saya mengambil peluang, ruang dan masa yang ada untuk mengerjakan tanaman sayur saya sendiri di belakang rumah saya, yang tak luas, sekangkang kera sahaja. Dan alhamdulillah sekarang ini saya dapat merasa hasilnya, dapat makan apa ni, tanaman-tanaman sendiri. Walaupun begitu pengalaman saya semasa mengurus tanaman itu saya dapati ada pokok-pokok yang ada masalah contohnya daun sup yang satu ketika waktu PKP di Segamat harganya ialah RM20.00 sekilo, sampai RM20.00 sekilo. Pokok tomato yang sebelum saya berangkat sini baru nak tumbuh 1 biji. Dah beberapa saya cuba.

Jadi, soalan saya ialah apakah peranan Jabatan Pertanian untuk memberi galakan dan bimbingan kepada mereka yang tidak meminta bantuan tetapi ingin menanam tanaman secara kecil-kecilan dan menggalakkan mereka untuk berdikari? Terima kasih.

Speaker

Jemput Yang Berhormat.

Datuk Haji Samsolbari bin JamaliUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Semarang

Terima kasih Yang Berhormat Dr. Kemelah. Tahniah kerana memulakan walaupun kecil-kecilan Program Agro Makanan.

Yang Berhormat Kemelah dan Ahli Dewan, saya ingin maklumkan Yang Berhormat Speaker bahawa setiap mukim dalam negeri Johor ini ada agen pengembang tanaman. Saya nak ulangi sekali lagi. Setiap mukim dalam negeri Johor ini mempunyai agen pengembangan tanaman. Maka gunakanlah sebaik-baiknya. Dia macam Tok Penghulu aje. Saya dah berjumpa mereka dan perkara soal pengembangan extension dalam pertanian ini adalah tugas mereka.

Yang keduanya, soal untuk memberi kepada orang yang mintak ni memang susah sikit Yang Berhormat. Tak mintak dekat rumah pun tak dapat. Jadi kena mintak. Tapi sekurang-kurangnya yang terbaik adalah ada hubungan, repo dengan APT-APT setiap mukim. Saya mengambil kesempatan di sini untuk Ahli Dewan sekalian, untuk soal memajukan agro makanan di masa depan, antara faktornya ialah hubungan baik, jaringan dengan jabatan-jabatan yang berkenaan. Saya ucapkan tahniah dan mengucapkan selamat maju jaya Yang Berhormat Kemelah.

Speaker

Ya Kota Iskandar.

Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKota Iskandar

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih di atas jawapan EXCO. Tadi bagi yang duduk di kampung atau yang mempunyai tanah yang lebih. Macam saya ni yang duduk di Taman Universiti 22 tahun, bukan sekangkang kera langsung tak ada dah sebab kita dah renovate.

Speaker

Dalam pasu boleh Yang Berhormat... dalam pasu...

Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKota Iskandar

Saya tak sampai semua dah cover. Jadi bersetuju kah YB EXCO untuk kita perluaskan konsep pertanian bandar ni dengan kita membenarkan agensi-agensi kerajaan khususnya Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Islam yang mempunyai rizab-rizab tanah dalam kawasan perumahan contohnya tapak masjid, surau dan juga rekreasi yang seumpamanya yang belum ada dana untuk dimajukan, so kita benarkan kawasan ini untuk disewa melalui agensi-agensi berikut bagi membolehkan rakan-rakan kita yang duduk di taman perumahan untuk mengusahakan pertanian bandar tadi macam cendawan, macam fertigasi, bahkan kalau boleh kita buat macam showcase di Langkawi dulu yang saya hadir, satu kontena hasilnya bersamaan dan 1 ekar tanah di lapangan. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Jemput YB EXCO. Semangat Yang Berhormat, semangat pertanian ni.

Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKota Iskandar

Semangat.

Datuk Haji Samsolbari bin JamaliUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Semarang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan tambahan dan juga pertanyaan Kota Iskandar.

Saya nak maklumkan bahawa untuk ke hadapan ini, memang pun kita galakkan program-program tanaman komuniti. Malahan pihak daripada PBT juga telah menyediakan RM800,000.00. Kita ada RM4 juta. Jadi kita ada RM4.8 juta untuk tanaman komuniti yang kita boleh usahakan untuk kita peruntukkan kepada pengusaha-pengusaha.

Pertama Yang Berhormat Tuan Speaker, bertani ni ada untuk sara diri, cukup. Yang kedua, tambah pendapatan dan yang ketiga untuk komersil.

Selain daripada itu juga, saya amat tertarik dengan cadangan dan malahan itu adalah apa yang telah dilakukan sekarang. Pertanian komuniti ini boleh meningkatkan muafakat kerana kerjasama. Kita maklum dengan masalah rumah-rumah dalam bandar, dalam taman-taman. Mereka ada rizab hijau, tanah hijau, kawasan hijau dan green, dan pada masa yang sama ada surau, balai raya dan sebagainya. Yang paling pentingnya kepada kami adalah pengusahanya. Siapa pengusahanya? Yang kedua, ada tapaknya, ada muafakatnya, no problem. Yang penting saya nyatakan tadi, kumpulan sasaran adalah pengusaha secara komited. Yang keduanya ada tapak. Kita akan bantu bantuan seboleh-bolehnya.

Jadi, saya galakkan memang di rumah tak boleh, tetapi gunakanlah kawasan sekitar surau yang ada sepertimana yang telah berlaku seperti kalau saya boleh ambil contoh di Bandar Baru Uda, melalui KRT, NGO, Belia, Jawatankuasa Masjid dan Surau, boleh mengambil kesempatan dalam hal ini. Saya galakkan semua untuk terlibat dengan program agro makanan. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya. Silakan Yang Berhormat Penggaram.

Puan Gan Peck ChengDAP · PHPenggaram

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 7.

Apakah status pelaksanaan Program Bandar Warisan dan ubah status bangunan Majlis Perbandaran Batu Pahat di Jalan Pegawai kepada Muzium Batu Pahat?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Mazlan bin BujangBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya · Puteri Wangsa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Selamat sejahtera, terima kasih Penggaram. Program Bandar Warisan adalah program yang dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat dengan kerjasama Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM), UTM. Maklumat terkini yang diberikan oleh Bahagian Perancang Majlis Perbandaran Batu Pahat ialah Program Bandar Warisan ini tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini, ditangguhkan kerana kekangan peruntukan untuk dilaksanakan. Makluman terkini juga diberikan bahawa ia ditangguhkan dan belum mempunyai sumber-sumber peruntukan daripada pihak federal.

Berkenaan dengan perubahan status bangunan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) di Jalan Pegawai, kepada Muzium Batu Pahat masih belum dapat dilaksanakan sepenuhnya. Bangunan tersebut masih diguna pakai sebagai Pejabat MPBP kerana pejabat yang baru masih belum siap. Terdapat beberapa tindakan perlu dilaksanakan sebelum dapat

mengubah status bangunan tersebut kepada Muzium Batu Pahat, iaitu setelah Majlis Perbandaran Batu Pahat berpindah, sesi penyerahan bangunan kepada pihak Yayasan Warisan Johor perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Setelah itu, barulah pihak Yayasan Warisan Johor perlu mengangkat kertas permohonan kepada kerajaan negeri bagi mengujudkan Muzium Batu Pahat dan akhirnya diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya untuk proses penyelenggaraan dan pengisian dalam bangunan Muzium Batu Pahat. Terima kasih.

Speaker

Semerah, jemput.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Kita faham bahawa warisan ataupun bandar warisan adalah merupakan salah satu yang kita boleh jadikan produk pelancongan dan Batu Pahat, Johor Bahru, Muar mempunyai kesenian ciri-ciri kesenian bangunan warisan yang berbeza. Jadi, adakah pihak Yayasan Warisan Johor akan bekerjasama dengan pihak PBT dan juga pihak Tourism Johor untuk mengetengahkan projek ataupun Program Bandar Warisan bukan sahaja di Batu Pahat tetapi di semua daerah lain sebagai satu produk pelancongan. Terima kasih.

Speaker

Jemput, YB EXCO.

Tuan Haji Mazlan bin BujangBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan & Budaya · Puteri Wangsa

Terima kasih soalan, jawapannya ya. Jadi kita sentiasa membuka cadangan-cadangan daripada PBT untuk melaksanakan dan ini Batu Pahat ini adalah salah satu contoh yang terbaik. Terima kasih.

Speaker

Penggaram.

Puan Gan Peck ChengDAP · PHPenggaram

Yang Berhormat Tuan Speaker, di sini saya nak tanya EXCO, anggaran agak makan masa berapa lama untuk mendapatkan peruntukan tersebut untuk mendirikan muzium di Batu Pahat.

Speaker

Jemput, YB EXCO.

Tuan Haji Mazlan bin BujangBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya · Puteri Wangsa

Ok, terima kasih, soalan tambahan. Pembinaan Muzium Batu Pahat ini dianggarkan menelan belanja sebanyak RM9 juta dengan Jabatan Kerja Raya sebagai pelaksana. Anggaran kos RM9 juta ini adalah melibatkan bukan bangunan sahaja, melibatkan perabot-perabot keperluan dalaman itu yang menampakkan angka ini besar dan sebenarnya ada dibawa dalam mesyuarat oleh YB EXCO Perumahan isu ini secara lisan. Setelah dibawa kepada YB EXCO Perumahan dan kita dah bincangkan secara detail tapi belum ada keputusan dan banyak perkara lagi perlu kita telitikan dan maksud juga yang disampaikan dalam mesyuarat tersebut YB sendiri mempertikaikan macam mana nasib pengguna kat sana bila bangunan itu diguna pakai sekarang ini kebanyakan untuk urusan-urusan rakyat membayar cukai dan sebagainya dan bangunan ini bila dibuat kajian, urusan membayar cukai dan sebagainya adalah di samping bangunan tersebut dan tidak menjejaskan. Jadi tentang bila itu, saya tidak boleh memberi angka yang tepat sebab peruntukan ni kadang-kadang kita minta tahun ini, tahun depan. Kadang-kadang ikut priority kerajaan ya. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya saya persilakan, Mahkota, jemput.

Tuan Muhamad Said bin JonitAMANAH · PHMahkota

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 8.

Banyak perniagaan di Kluang tutup dan ramai kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19 dan ekonomi yang lemah. Apakah usaha kerajaan untuk mengembalikan pekerjaan kepada penduduk setempat?

Speaker

Yang Berhormat Parit Raja, jemput.

Puan Nor Rashidah binti RamliUMNO · BNParit Raja

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 9.

Mohon dinyatakan inisiatif dan peruntukan yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi mengatasi isu pengangguran yang semakin meningkat melibatkan golongan belia?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Datuk Mohd. Izhar bin AhmadBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia · Larkin

Assalammualaikum warahmatulahi wabarakatuh. Bismillahirahmannirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya menjawab pertanyaan Yang Berhormat Mahkota dan Yang Berhormat Parit Raja bersekali, kerana ianya adalah berkaitan, iaitu berkenaan usaha inisiatif kerajaan bagi mengatasi isu pengangguran yang semakin meningkat termasuklah golongan belia. Bagi makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, beberapa inisiatif bagi membantu rakyat negeri ini untuk terus bekerja demi kelangsungan survival kehidupan telah pun dilaksanakan dan giat dijalankan oleh Unit SMI sebagai agensi pelaksana kerajaan negeri. Turut sama juga yang terlibat adalah pelbagai agensi-agensi termasuklah GLC dan mahu pun GLIC. Saya telah pun memberi pencerahan tuntas berkenaan inisiatif kerajaan negeri Johor bagi membantu mereka yang telah diberhentikan pekerjaan atau menganggur pada sesi ini, soal jawab yang kelmarin. Oleh itu izinkan saya kongsikan butiran tersebut kepada Ahli-Ahli Berhormat secara bertulis.

Yang Berhormat Tuan Speaker, menjawab pertanyaan Yang Berhormat Mahkota, berkaitan apakah usaha kerajaan untuk mengembalikan pekerjaan kepada penduduk setempat? Pelbagai program dan inisiatif telah dirancangkan dan akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi mengembalikan pekerjaan kepada penduduk setempat, termasuklah daerah Kluang mahupun DUN Mahkota. Untuk makluman Yang Berhormat Mahkota, pada 21 hingga 23 September tahun 2020 yang lalu, Unit SMI telah pun mengadakan Program Minggu Kerjaya Johor dengan penglibatan seramai 30 majikan dari pelbagai sektor industri yang telah menawarkan sebanyak 1,120 jawatan kosong.

Program ini telah berjalan serentak di 3 lokasi meliputi 3 zon iaitu zon utara, di Dewan Maharani Stadium Muar, zon tengah di Pejabat Tenaga Kerja, Kluang dan zon selatan di Galeria UTC, Johor Bahru. Selain itu, di dalam ucapan belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada Khamis lalu, telah pun dinyatakan cadangan-cadangan inisiatif mahu pun peruntukan bagi tujuan pembangunan ekonomi dan juga memberi manfaat kepada modal insan komuniti setempat.

Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Parit Raja mengenai inisiatif dan peruntukan yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan negeri, bagi mengatasi isu pengangguran yang semakin meningkat, yang melibatkan golongan belia. Sukacita ingin saya maklumkan, majoriti dari inisiatif atau program yang akan dilaksanakan oleh kerajaan secara amnya, terbuka dan tersasar kepada golongan belia. Secara dasarnya individu yang berumur 18 hingga 35 tahun adalah golongan yang majoriti yang terbesar yang bakal menerima manfaat dari inisiatif-inisiatif yang disebutkan sebelum ini. Apa yang penting adalah kesedaran diri belia itu sendiri dalam mencari nilai tambah untuk meneruskan kehidupan seterusnya. Sekian terima kasih.

Speaker

Mahkota

Tuan Muhamad Said bin JonitAMANAH · PHMahkota

Terima kasih Yang Berhormat, soalan tambahan saya, kita ni banyak perniagaan jenis perniagaan. Kalau yang besar-besar mungkinlah di bawah EXCO Larkin tapi ingin saya tumpukan kepada permasalahan perniagaan kecil-kecilan yang mungkin ini di bawah kerajaan tempatan. Ada berkaitan sangat. Yang Berhormat Tuan Speaker, ada 2 jenis perniagaan kecilan yang tertumpu kepada mereka-mereka yang hanya mendapat pendapatan berdasarkan cari makan pagi dan untuk hidup hingga ke petang.

Speaker

Kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang

Tuan Muhamad Said bin JonitAMANAH · PHMahkota

Saya gunakan bahasa yang lain pulaklah. Kerana soalan saya tidak akan bertanyakan tajuk, tapi saya akan bercakap berdasarkan kepada 1 SMS daripada mereka yang terlibat. Iaitu peniaga-peniaga tepi jalan, peniaga-peniaga di warung-warung kecil, peniaga-peniaga yang berada di stall-stall di bawah PBT. “Assalamualaikum YB, saya ada masalah kewangan”, saya ambil satu contoh sahaja ni, “boleh tak YB bantu sikit, YB RM2,000 atau RM3,000,. RM2,000 atau RM3,000, tolong saya YB sejak COVID ini niaga saya slow, banyak perlu saya bayar. Terima kasih YB”. Saya menerimanya pada waktu malam, saya, mungkin yang menulis ni bahasanya tidak terkesan pada mereka yang biasa, tapi pada kesedihan sebagai Wakil Rakyat, memikirkan permasalahan salah satu contoh yang saya terima, inilah bayangan permasalahan rakyat, jadi saya minta janganlah dihalang-halang kalangan-kalangan yang kecil-kecilan ini berniaga di mana-manalah untuk waktu sekarang.

Speaker

Soalan.

Tuan Muhamad Said bin JonitAMANAH · PHMahkota

Soalan saya, itulah soalan saya, saya minta supaya PBT ke, mana-mana pihak ke ha, dan seperti yang saya katakan semasa membahas Bajet 2021, saya katakan, di Kluang, di Mahkota, masih lagi ada pekerja-pekerja asing bekerja di restoran, bekerja di pam-pam minyak dan tempat-tempat lain yang mana peluang pekerjaan itu patut sekarang ini diberikan kepada rakyat tempatan. Terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Datuk Mohd. Izhar bin AhmadBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia · Larkin

Terima kasih sahabat saya DUN Mahkota, inilah rintihan yang semua Wakil Rakyat terima daripada setiap pelosok jadi...

Speaker

Termasuk Larkin sekali.

Datuk Mohd. Izhar bin AhmadBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia · Larkin

Termasuk Larkin, betul. Jadi apa yang ingin saya kongsikan di sini, sepertimana yang telah dinyatakan dalam jawaban saya berkaitan dengan modal insan sebelum ini, ianya dapat kita zahirkan dengan pelancaran dan pelaksanaan pelbagai inisiatif untuk pihak berkenaan. Bagi kita membantu golongan penjaja dan peniaga kecil yang terputus mata pencarian. Kerana apa, kerana dilarang berniaga di kawasan-kawasan tertentu yang tidak mempunyai lesen perniagaan. Memang benda ini berlaku kat tempat saya pun. Jadi kerajaan negeri telah mengambil maklum dan satu usaha sama, kerjasama dengan EXCO PBT yang sedang kami bentuk untuk membantu golongan ini agar mereka dapat teruskan hidup dan teruskan perniagaan, teruskan menyambung mata pencarian mereka seharian, agar mereka diberi masa, diberi tempoh. Kita jangan gunakan terlalu drastik, dan bagi mereka kita bukan nak menghalalkan perniagaan yang haram ataupun tidak berlesen. Dan juga saya bercadang untuk mengadakan satu proses pemutihan, tapi janganlah perkataan saya proses pemutihan ini dimanipulasikan atau disalah tafsir. Jangan dianggap pemutihan itu adalah satu enforcement, pemutihan itu maknanya kita akan cuba

membantu mereka. Pertama kita akan membantu mereka supaya mendapatkan lesen perniagaan. Mendaftarkan mereka, saya akan bekerjasama dengan pihak SSM untuk membuat pendaftaran secara seberapa yang segera dan kita memberi satu pengurusan yang mudah kepada mereka. Dan bila mereka dah berdaftar, dan kita, saya harap pihak PBT akan dapat memberi sedikit kelonggaran ataupun kemudahan kerjasama untuk menempatkan mereka dan dibenarkan mereka berniaga dan beroperasi secara sah. Itulah harapan saya, dan insya-Allah, saya rasa EXCO PBT akan dapat membantu saya dalam hal ini. Sekian, terima kasih.

Speaker

Pekan Nanas.

Tuan Yeo Tung SiongDAP · PHPekan Nanas

Yang Berhormat Tuan Speaker, masalah pengangguran akan menjadi suatu isu yang semakin meruncing dalam masa perebakan COVID. Bagi pihak kerajaan, sebenar kita boleh mendapat banyak data melalui agensi-agensi seperti EPF dan SOCSO. Dan sekiranya mereka menganggur, mereka mungkin sudah berhenti untuk membuat bayaran EPF dan SOCSO setiap bulan. Soalan saya, adakah kerajaan memanfaatkan data-data pembayaran EPF atau SOCSO ataupun apa-apa cara untuk mengumpulkan maklumat-maklumat penganggur dan saya tadi melalui jawapan daripada YB EXCO, kita dapati memang ada banyak usaha dijalankan seperti menjalankan karnival kerjaya tetapi pada masa yang kritikal ini, cara-cara yang lama sebenar berkesan tapi adakah kita bersedia untuk mengambil inisiatif yang lebih banyak ataupun lebih aktif, lebih agresif ataupun macam mana supaya kita secara inisiatif mendapat data-data daripada penganggur dan menghubungi mereka menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka. Sekian, terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Datuk Mohd. Izhar bin AhmadBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia · Larkin

Terima kasih Pekan Nanas. Saya rasa soalan ini saya dah jawab semalam. Saya tertarik dengan perkataan agresif, aktif. Untuk pengetahuan Pekan Nanas, kita di sini we are super active, super aggressive. Kami bekerja tiap-tiap hari kadang tidak kira masa. Dan masalah pengangguran, masalah usahawan setiap hari kami tempuhi. Sekiranya berat mata memandang, lebih berat bahu kami memikul. Jadi, soalan pengangguran ini saya bagi satu contoh. Sekiranya, 1,000 pekerjaan yang kita usahakan, kita kumpul industry player untuk menawarkan, cari peluang pekerjaan, cari industry player yang sihat-sihat bagi tawaran 1,000 jawatan kosong, 3,000 diberhentikan. Jadi perkara ini, dia punya ratio itu kalau 1:3, kita tak akan boleh cope. Tapi kita cuma akan cuba untuk mitigate, mitigasikan dia untuk melebihkan rendah ini bergantung kepada suasana pandemik COVID-19. Sekiranya dia tidak berlarutan, saya rasa insya-Allah usaha kita akan, akhirnya akan dapat kita realisasikan. Terima kasih.

Speaker

Ya, Parit Raja. Soalan tambahan.

Puan Nor Rashidah Binti RamliUMNO · BNParit Raja

Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih jawapan daripada YB EXCO. Jadi saya minta nyatakan adakah program-program yang baik dalam Modal Insan Johor ini seperti program Latihan Kemahiran Johor, Gerak Kerjaya Johor akan dilaksanakan di seluruh daerah dalam negeri Johor ataupun hanya tertumpu di bandar raya Johor Bahru sahaja.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Datuk Mohd. Izhar bin AhmadBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia · Larkin

Terima kasih Yang Berhormat Parit Raja. Soalan yang comel sangat. Untuk makluman, kerajaan negeri sentiasa memantau dan mengambil serius situasi semasa mengenai permasalahan kadar peningkatan pengangguran dan juga yang hilang pekerjaan.

Okey. Dan kita telah mengambil langkah proaktif secara holistik dalam merancangkan seterusnya melaksanakan usaha-usaha untuk membantu golongan-golongan tersebut. Sukacita saya maklumkan, jadual pelaksanaan inisiatif untuk program-program Modal Insan Johor berikutnya telah ditetapkan, ha telah ditetapkan di seluruh daerah tapi yang terdekat selepas ini adalah di Batu Pahat termasuk kawasan DUN Parit Raja Yang Berhormat. Jadi saya harap kita akan berjumpa di sana. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya Yang Berhormat Penawar, jemput.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, pagi-pagi dah berpeluh, soalan saya nombor 10.

Pelajar-pelajar dari keluarga miskin atau keluarga B40 merupakan antara yang terkesan akibat Pandemik COVID-19. Adakah YPKDT menyediakan program yang bersesuaian kepada pelajar-pelajar ini?

Speaker

Pantun daripada semalam pantun ya. Jemput Yang Berhormat EXCO.

Puan Zaiton binti Haji IsmailUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Sungai Balang

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Penawar. Yang Berhormat Tuan Speaker, selain daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Yayasan Pelajaran Johor, kerajaan negeri Johor melalui YPKDT turut mengambil inisiatif dalam merangka program-program yang bersesuaian bagi pelajar-pelajar dari keluarga B40 melalui Program Transformasi Minda Insan yakni PRO-MIS bagi pelajar sekolah menengah dan Program Pembangunan Sahsiah Emosi dan Eksplorasi Diri iaitu PRO-SEED bagi pelajar sekolah rendah. Bagi tahun 2020 Program PRO-MIS dan PRO-SEED dilaksanakan melibatkan pelajar-pelajar dari komuniti yang terpilih. Terdiri daripada keluarga miskin atau B40. Program ini melibatkan semua daerah di negeri Johor dan seramai 220 orang peserta telah menyertai program PRO-MIS dan 220 orang peserta bagi peserta PRO-SEED. Program ini diadakan atas kesedaran kerajaan dalam meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat. Program ini bertujuan bagi memutuskan rantaian kemiskinan di kalangan keluarga berpendapatan rendah bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Penglibatan anak-anak ini bertujuan untuk menjadikan mereka sebagai agen perubahan dalam membentuk sesebuah institusi keluarga yang berkualiti. YPKDT merangka program ini dengan menggunakan kaedah action oriented, dengan izin. Ia dilakukan menerusi pembentukan jati diri di samping berinovasi mencari peluang-peluang yang boleh dimanfaatkan dalam menaikkan taraf sosioekonomi keluarga di masa akan datang. Berikut dengan pandemik COVID-19 ini juga YPKDT turut menyampaikan sumbangan kepada peserta-peserta yang pernah menyertai program PROMIS dan PROSEED sebelum ini.

Seramai 70 orang penerima sumbangan bagi peserta PRO-MIS dan seramai 75 orang sumbangan bagi peserta PRO-SEED. Terima kasih.

Speaker

Ya, Penawar jemput. Soalan tambahan.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih EXCO. Burung siapa hinggap di dahan, izin saya beri soalan tambahan.

Speaker

Sila Yang Berhormat.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Speaker

Kata Arab, kata Arab tak tahu pantun.

Arab celup pandai. Selain program yang disebut oleh Yang Berhormat, adakah YPK menganjurkan program kemahiran bagi menjana pendapatan anak muda yang tidak dapat masuk ke IPTA ataupun IPTS. Dan adakah setakat beri kemahiran sahaja kepada mereka tanpa memberikan bimbingan untuk mereka terus berjaya dalam perniagaan. Terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Puan Zaiton binti Haji IsmailUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Sungai Balang

Terima kasih Yang Berhormat Penawar. Yang Berhormat Tuan Speaker, pada tahun hadapan kerajaan negeri melalui YPKDT turut memberi fokus kepada anak-anak dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi pendidikan untuk diberi kemahiran dan mampu memberi pendapatan kepada mereka. YPKDT telah mewujudkan satu program baru yang dikenali sebagai Skim Permulaan Perniagaan iaitu PEMULA. Melalui program ini, YPKDT akan bekerjasama dengan Giat MARA untuk memberikan dua jenis kursus kepada anak muda lepasan sekolah. Kursus ini akan berfokus kepada kursus dandanan rambut dan kursus mekanikal. Kursus dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan sebagai syarat kelayakan Sijil Kemahiran. Di akhirnya kita mensasarkan peserta ini akan melaksanakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan kaedah mobile preneur. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, Yang Berhormat Skudai, jemput.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHSkudai

Salam sejahtera Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya nombor 11.

Nyatakan keberkesanan Dasar Pengasingan Di Punca dengan menyatakan tanan (tonnage) sampah yang di kitar semula bagi setiap PBT mengikut kategori masing-masing setiap tahun bagi tahun 2015-September 2020 serta strategik kerajaan untuk meningkatkan kadar kitar semula di setiap PBT.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam makmur Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker terima kasih kepada Yang Berhormat Skudai yang tanyakan soal keberkesanan Dasar Pengasingan Di Punca dalam bentuk tan bagi setiap PBT. Dan apa strategi kerajaan untuk meningkatkan kadar kitar semula di setiap PBT. Yang Berhormat Tuan Speaker, setakat 1Jun 2016 hingga 31 Ogos 2020, sebanyak 31,289 surat ingatan mesra dan 85 notis kompaun telah dikeluarkan oleh SWCorp bagi seluruh negeri Johor. Sebanyak 201,140 premis telah diperiksa melibatkan 1,428 taman. Untuk makluman Berhormat, kempen Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca SAS, dilaksanakan pada September 2015 dan sehingga kini keseluruhannya menunjukkan peningkatan kadar 36%. Untuk makluman Yang Berhormat, kalau kita lihat pencapaian di seluruh negara sebagai suatu perbandingan. Kadar pencapaian kitar semula di seluruh negara bagi tahun 2015, 15.7% tapi di pada tahun 2020 ini 30.67%. Trend peningkatan ini, jumlah kutipan kitar semula di negeri Johor menunjukkan bahawa pemahaman masyarakat berkaitan pengasingan sisa pepejal semakin baik dan usaha yang baik ini akan dilaksanakan secara berterusan.

Satu contoh yang saya nak sebutkan dalam Dewan yang mulia ini Yang Berhormat ialah MBJB meningkat kadar kitar semulanya daripada 2015 kepada 2020 ini pada kadar 1,728%. Saya bacakan ya dari segi jumlah tonnage mengikut PBT Yang Berhormat secara ringkas dan laju. MBJB, 98 tan. MPKu, 41, MDBP 70, MBIP 89, Pasir Gudang 17 dan jumlah keseluruhannya bagi negeri Johor ialah 879 tan. Strategi yang kita buat, ataupun inisiatif

yang dijalankan sekarang ini ialah mempergiatkan lagi kempen dan taklimat berkaitan dengan pengasingan sisa pepejal di setiap peringkat seperti world clean up day. Aktiviti trash to cash, waste to art, kitar semula di sekolah-sekolah dan juga aktiviti kita recycle. Selain daripada itu memperbanyakkan tong kitar semula di kawasan kediaman untuk menggalakkan pembuangan bahan kitar semula dan pendedahan tentang program kitar semula e-waste dan pewartaan Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam dan peraturan pengurusan sisa pepejal pembersihan awam menetapkan penghasilan sisa dan pemungut sisa perlu memastikan sisa pepejal yang dibuang pengasingan terlebih dahulu serta janaan sisa yang dibuat perlu direkodkan. Itu beberapa inisiatif yang telah dijalankan di peringkat negeri dan insya-Allah untuk makluman Dewan yang mulia ini, salah satu perkara yang saya fokuskan dalam portfolio saya di bawah Kerajaan Tempatan ialah soal sampah ini Yang Berhormat. Dan kita nak jadikan sampah ini waste to energy dan juga waste to wealth untuk memastikan sampah ini kita boleh gunakan untuk tenaga dan juga untuk menjadi duit pada masa-masa yang akan datang. Itu sahaja Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Ok, saya tamatkan soalan pada pagi ini, sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum dijawab secara lisan, akan dijawab secara bertulis dalam persidangan yang sama. Saya tangguhkan sehingga jam 11.20 pagi.

Persidangan ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Persidangan disambung semula pada 11.20 pagi.

Sambungan Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2021) Tahun 2020.Bill

Speaker

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahli-Ahli Yang Berhormat sambungan Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Kedua Bagi Enakmen Perbekalan 2021 Tahun 2020 disambung sekarang. Penggulungan Yang Berhormat Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa. Saya persilakan Yang Berhormat Pengerusi Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna. Jemput.

Dr. Chong Fat FullPKR · PHPengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna · Pemanis

Salam perpaduan dan salam Makmur Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu bersempena dengan sambutan hari ulang tahun, hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri Jajahan Takluk Johor Darul Takzim yang ke-62 pada 22 November 2020. Patik mengambil kesempatan ini merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih dan berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan negeri Johor kekal aman, makmur, maju dan rakyat hidupnya bermuafakat di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Yang Berhormat Tuan Speaker, pertama-tamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada setiap seorang Ahli Dewan yang telah memberikan pandangan yang konstruktif, cadangan dan teguran kepada pihak kerajaan terutamanya beberapa isu di bawah portfolio saya yang meliputi perpaduan, perdagangan dan hal ehwal pengguna negeri Johor. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Haji Hasni bin Mohammad atas pembentangan Belanjawan Johor 2021 pada Khamis yang lepas.

Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya berpantun sedikit. Cantiknya gelang pada ukiran, diserikan pula emas permata, berdaya tahan demi kemakmuran, inilah tema belanjawan Kita. (Dewan bertepuk). Yang Berhormat Tuan Speaker, pejabat saya komited

untuk memperkasakan beberapa jentera dan menambah baik program melalui kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor dan Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna dan Negeri, KPDNHP seperti yang berikut :

1. Bersatu yang pertama, mempertingkatkan penganjuran Program Communications For Behavior Impact (COMBI) dan Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) melalui Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Bagi KRT yang berada di persisiran pantai Johor yang menjadi laluan masuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) akan diperkasakan dan untuk komuniti selamat, Konsep Komuniti Selamat melalui inisiatif seperti Satu Komuniti Satu Polis dan program e-Ronda.

3. Meningkatkan penyertaan kanak-kanak kaum Cina dan India di Tadika Perpaduan.

4. Menambah dan memperkasa peranan Pusat Mediasi Komuniti.

5. Bantuan bank makanan di mana KPDNHP merupakan salah satu agensi yang terlibat.

6. Jualan Makmur Johor akan diteruskan dan untuk makluman Tuan Speaker, usaha yang berikut akan dilaksanakan melalui media sosial iaitu:

i. Membantu rakyat untuk pendaftaran syarikat melalui Suruhanjaya Syarikat

Malaysia (SSM).

ii. Meningkatkan kesedaran perniagaan secara francais.

iii. MyIPO (Perbadanan Harta Intelek).

So, Yang Berhormat Bekok, dalam perbahasan beliau telah meminta supaya semua program perlulah melibatkan semua kaum bagi menyuntik semangat perpaduan. Dan untuk makluman Yang Berhormat, usaha telah pun bermula melalui Jabatan Perpaduan di mana program-program yang dianjurkan serta lantikan jawatankuasa (RT) perlu melibatkan semua kaum sebagaimana garis panduan yang telah diberikan.

Selain itu, Jabatan Perpaduan juga sedang meneliti cadangan yang dikemukakan oleh penyelidik daripada(UTM) Universiti Teknologi Malaysia untuk membuka tawaran melantik pengasuh-pengasuh berbangsa Cina dan India di Tadika Perpaduan sebagai langkah untuk menarik minat kaum selain Melayu, menghantar anak-anak mereka ke Tadika Perpaduan.

Dan Yang Berhormat Mengkibol turut membangkitkan isu mengenai arahan menurunkan papan tanda perniagaan oleh pihak PBT dan pihak saya telah turun padang selepas menerima aduan mengenai isu ini dan terdapat kemungkinan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan ini untuk menimbulkan isu perkauman. Oleh sebab itu, pihak pejabat saya akan membuat penyelarasan dengan YB EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk meneliti dasar-dasar dan undang-undang yang sedia ada mengenai perkara-perkara ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, sepanjang perbahasan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat, ramai di kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat turut membangkitkan perkara berkaitan dengan kesan-kesan sosial akibat krisis pandemik COVID-19 seperti Yang Berhormat Maharani, Yang Berhormat Johor Jaya, Yang Berhormat Yong Peng, Yang Berhormat Stulang, Yang Berhormat Paloh dan ramai lagi.

Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker, terdapat beberapa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang menubuhkan Pusat Mediasi Komuniti, di mana pusat ini berperanan dalam membantu masyarakat ataupun komuniti menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mediator yang dilantik dalam pusat ini adalah mereka yang bertauliah, yang qualified dan telah diberikan latihan yang sewajarnya, untuk membantu bukan saja masalah yang dihadapi dalam komuniti tapi juga masalah keganasan dalam keluarga, tentu termasuk isu Yang Berhormat Stulang bangkitkan burung ke apa dan pihak Jabatan Perpaduan akan mengadakan kerjasama dengan Yang Berhormat EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Yang Berhormat EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar bagi membantu permasalahan ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Endau dan Pasir Raja dalam perbahasannya menyentuh mengenai inisiatif bantuan bank makanan untuk golongan yang amat memerlukan. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker, inisiatif ini akan diselaraskan oleh Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPEN), SUK bawah Khidmat Pengurusan dan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor (KPDNHP).Dan pejabat saya akan memastikan bahawa inisiatif ini dilaksanakan sebaik mungkin dan mengambil kira pandangan yang disampaikan oleh wakil-wakil rakyat. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker kerajaan sedang dalam perancangan agar bantuan bank makanan ini dilaksanakan secara tersusun dan bersasar di mana rakyat yang benar-benar terjejas akan mendapat bantuan mengikut keperluan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Bentayan memberikan cadangan dalam menambah baik inisiatif Jualan Makmur Johor (JMJ), di mana Yang Berhormat Bentayan telah mencadangkan supaya pemberian baucar secara tunai diberikan kepada rakyat B40 yang tidak tahu penggunaan secara atas talian dan seterusnya membantu peniaga dan peruncit tempatan. Pejabat saya menerima baik cadangan tersebut dan akan meneliti kesesuaian pelaksanaannya. Dan untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker, sehingga 30 hari bulan November 2020, seramai 39,500 pengguna telah berjaya mendapat manfaat daripada program ini. Baucar sebanyak RM20.00 telah pun dikreditkan kepada semua pengguna dengan jumlah sebanyak RM790,000.00 seperti yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri Johor.

Yang Berhormat Panti ada memberikan cadangan dan perbahasan mengenai platform e-dagang. Pejabat saya bersetuju dan menggalakkan peniaga-peniaga terutamanya dalam sektor peruncitan, untuk menjalankan perniagaan mereka secara atas talian, online dan pejabat saya akan meneliti perkara-perkara yang di highlight oleh Yang Berhormat Panti, supaya peniaga-peniaga ini tidak dikenakan caj-caj yang boleh menyebabkan mereka rugi apabila menggunakan platform e-dagang.

Yang Berhormat Tuan Speaker, akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi saya peluang untuk menggulung perbahasan Belanjawan 2021 khususnya bagi portfolio Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor. Dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan semua Ahli-Ahli Yang Berhormat atas keprihatinan anda khususnya untuk kedua-dua sektor ini. Dan pejabat saya akan memberi perhatian sepenuhnya terhadap semua teguran, cadangan dan komen serta akan berusaha melaksanakan setiap cadangan yang sesuai yang telah dikemukakan kepada saya. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya, terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna. Seterusnya, saya persilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar. Jemput.

Tuan Vidyananthan a/l RamanadhanMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar · Kahang

Salam sejahtera dan salam makmur Johor. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi penggulungan perbahasan di Mesyuarat Ketiga Belanjawan Bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Yang Ke-14. Patik ingin merakamkan ucapan merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November yang lalu. Semoga negeri Johor Darul Ta’zim akan terus makmur, aman di bawah naungan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Sukacita juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita yang telah membentangkan Belanjawan Negeri Johor 2021 bertemakan Berdaya Tahan Demi Kemakmuran. Belanjawan kali ini adalah bersifat dengan izin unprecedented. Belanjawan ini akan menentukan sama ada ekonomi kita di Johor mampu melonjak balik seperti dahulu atau sebaliknya.

Adakah masyarakat kita dapat menjalani kehidupan yang normal seperti sebelum ini, pasca COVID-19 atau kita hidup dalam fasa norma baharu. Di saat kita menentang wabak ini, ada di antara kita yang telah ditimpa kesusahan. Ada juga yang mengharapkan peluang kedua, maka belanjawan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat ini akan membawa Johor ke arah kalis masa hadapan pasca COVID-19 dan memastikan kebajikan rakyat tidak diabaikan atau lebih tepat, no Johorean left behind.

Yang Berhormat Tuan Speaker, 2020 kita telah dikejutkan dengan serangan musuh yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, yang bernama COVID-19. Kemunculannya di Malaysia adalah di mana sejak kemunculan kita telah banyak belajar dan menimba seribu satu pengalaman sehinggakan ia pertama kali dalam sejarah. Satu penyakit yang memaksa kita menghadapi cara hidup yang baharu atau lebih tepat norma baharu bagi mengekang COVID-19.

Menerusi persidangan kita dari26 November sehingga ke hari ini, telah saya lihat di dalam Dewan yang mulia ini pelbagai maklum balas yang diberikan sama ada dalam bentuk soalan, cadangan, sokongan mahu pun teguran yang dilontarkan oleh pihak di seberang sana,mahu pun rakan-rakan saya di pihak sini telah saya ambil maklum. Sebelum saya menjawab soalan Ahli-Ahli Yang Berhormat, di sini saya juga ingin mengambil sedikit masa untuk kita memberikan setinggi-tinggi penghargaan kita dan terima kasih kepada barisan front liners kita.

Pihak Jabatan Kesihatan, pihak Polis, Angkatan Tentera Malaysia, APM, RELA dan pelbagai agensi yang memainkan peranan besar dalam menjaga kita tidak kira dari segi keselamatan, kesihatan, mahupun sebaliknya tatkala kita menghadapi pandemik COVID-19 tanpa lelah. Terima kasih saya ucapkan. Saya memahami keperitan, penat lelahnya barisan front liners dalam menjaga sempadan kita dan memberikan keutamaan kesihatan kita semua.

Saya melihat dengan kaca mata saya sendiri dan juga telah bersama dengan mereka. Keperitan dan penat lelah mereka ini tidak harus dipandang sebelah mata, malah mereka seharusnya diberikan penghargaan yang setimpal atas jasa mereka terhadap negeri ini. Sebagai penghargaan ke atas pengorbanan masa dan diri mereka, demi keselamatan dan kesihatan kita, dalam Belanjawan Johor 2021 menerusi agenda Johor Madani seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita telah memperuntukkan sebanyak RM6 juta secara keseluruhan tidak termasuk komitmen oleh kerajaan persekutuan kepada barisan front liners yang kita sanjungi.

Saya berharap peruntukan ini dapat memberi sedikit kekuatan kepada front liners kita untuk terus berjuang menentang COVID-19 bersama. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam sidang dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, selain daripada mengekang COVID-19 janganlah kita lupa akan musuh yang jauh tapi lagi nyata iaitu perubahan iklim dan pencemaran alam sekitar. Dalam pembentangan Belanjawan 2021, Yang Amat Berhormat Menteri Besar menekankan akan agenda Johor Madani iaitu membawa masyarakat Johor lebih maju dan alam sekitar merupakan antara tiang yang menggerakkan agenda tersebut.

Bagi konteks alam sekitar pula, belanjawan ini mempunyai visi dengan membawa Johor mendepani perubahan iklim dan peningkatan pemeliharaan hutan. Sebanyak 17 inisiatif yang diketengahkan dan 4 perkara iaitu :

1. Pemuliharaan hutan dan biodiversity. 2. Pemuliharaan ekosistem dan sungai. 3. Tenaga yang diperbaharui iaitu renewal energy dan sisa pepejal. 4. Aktiviti rendah karbon.

Apa yang saya boleh katakan adalah belanjawan ini merupakan satu wadah baharu bagi mengatasi permasalahan kesihatan mahupun alam sekitar. Belanjawan ini berbentuk satu kalis hadapan, a future proof, dengan izin, dalam mendepani COVID-19, perubahan iklim dan alam sekitar.

Yang Berhormat Tuan Speaker, menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semerah berkenaan dengan kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya Jabatan Kesihatan Negeri Johor. Di negeri Johor, terdapat 6 buah hospital berpakar dan sebuah institusi khas yang menyediakan perkhidmatan kepakaran psikiatri. Buat masa ini, terdapat 29 orang pakar psikiatri di negeri Johor seperti taburan berikut: Hospital Permai, 11 orang; Hospital Sultanah Aminah, 5 orang; Hospital Sultan Ismail, 3 orang; Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat, 4 orang; Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, 2 orang; Hospital Segamat, 2 orang; Hospital Enche Besar Hajah Kalsom Kluang, 2 orang. Bagi hospital tanpa pakar terdapat lawatan pakar psikiatri ke daerah tersebut seperti berikut: Hospital Mersing satu bulan sekali; Hospital Kota Tinggi, tiga kali sebulan; Hospital Kulai, dua kali sebulan; Hospital Tangkak, dua kali sebulan.

Pada tahun 2021, terdapat perancangan pertambahan pakar bagi daerah Johor Bahru, Muar dan Segamat.

Bagi kesihatan mental, di antara langkah yang diambil adalah memperkasakan masyarakat untuk lebih pro aktif mendapatkan informasi menangani masalah kesihatan mental iaitu coping mechanism melalui pelbagai webinar yang disediakan oleh badan kerajaan atau agensi NGO yang berkepentingan. Kerajaan negeri juga dalam, sedang mengusulkan satu cadangan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas di mana kertas kerja berkaitan sedang dibangunkan untuk dibentangkan kepada kerajaan negeri pada tahun 2021. Cadangan namanya adalah Healthy Mind Squad Team (HeMS Team). Ia akan melibatkan jabatan kerajaan yang mempunyai perjawatan Pegawai Psikologi seperti Jabatan Kesihatan, Pendidikan, SUK Kerajaan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, LPPKN dan mana-mana jabatan lain dengan Pegawai Psikologi.

Yang Berhormat Semerah juga telah pun bertanyakan berkaitan dengan vaksin. Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk maklumat, terdapat empat jawatankuasa kerja yang telah ditubuhkan di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan bekalan vaksin COVID-19 diperolehi dengan segera, selamat dan sempurna. Salah satu pelan perolehan adalah berkaitan penyimpanan vaksin tersebut. Satu mesyuarat penyelarasan berkaitan perincian pelan perolehan ini juga telah diadakan pada 2 Disember 2020 bagi tujuan

penyelarasan. Pembelian vaksin COVID-19 akan dibuat berdasarkan pertimbangan terhadap kos keseluruhan bagi memastikan vaksin yang dipilih adalah selamat, efektif, berkualiti serta memberikan pulangan nilai terbaik kepada kerajaan. Vaksin perlu didaftarkan dengan Bahagian Regulatory Farmasi Negara sebelum ianya boleh dibuat perolehan. Kaedah pengedaran dan penyimpanan vaksin adalah bergantung kepada jenis vaksin, kuantiti perolehan dan julat suhu penyimpanan. Ketersediaan fasiliti kesihatan untuk menyimpan vaksin yang di bawah paras sejuk beku -70 darjah Celsius dan penyediaan keperluan tambahan dari segi peralatan penyimpanan dan kelengkapan infrastruktur sedang giat diusahakan. Pengurusan rangkaian sejuk perlu dilaksanakan selari dengan garis panduan amalan pengedaran baik iaitu good distribution practice yang dikeluarkan oleh Bahagian Farmasi Negara agar kualiti vaksin tersebut sentiasa terjamin.

Yang Berhormat Tuan Speaker, isu denggi sememangnya menjadi perhatian dari Jabatan Kesihatan. Penyakit demam denggi menjadi salah satu beban penyakit yang tertinggi di negeri Johor. Jabatan Kesihatan Negeri Johor sentiasa komited dalam menjalankan usaha bagi memerangi penyakit demam denggi. Kawalan penyakit demam denggi ini memerlukan kerjasama dari semua pihak terutama masyarakat setempat kerana ia sangat berkait rapat dengan tingkah laku. Kerajaan negeri Johor telah memberi komitmen yang tinggi kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor seperti yang dizahirkan dalam pelancaran Program Johor Perangi Denggi. Di samping itu, bantuan daripada agensi-agensi seperti PBT telah membantu dalam aktiviti kawalan denggi serta memberi bantuan sumber.

Sejak pelancaran Johor Perangi Denggi, kes denggi telah menurun daripada 39 kes seminggu kepada 160 kes seminggu. Dan antara usaha yang dilakukan adalah aktiviti kawalan rektor secara berterusan bagi setiap kes dan wabak sentiasa dijalankan dan aktiviti ini juga dibantu oleh agensi-agensi yang berkaitan. Antara usaha lain ialah edukasi dan mobilisasi sosial bersama inter agensi melalui Kempen Johor Perangi Denggi yang dilancarkan termasuk program-program seperti One Hour Johor Clean Up, I-PAD Program iaitu Inisiatif Pemimpin Advokasi Denggi, Komuniti Denggi Watcher, Kempen Rumahku Bersih Bebas Denggi, Program Gotong-Royong Mega Perangi Denggi, Media Campaign Empowerment, dengan izin, Program Masjid Bebas Denggi dan juga COMBI.

Selain daripada itu, pelbagai aktiviti pendidikan kesihatan juga dijalankan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai di mana sebanyak 1,165 hebahan awam dan 116 info grafik berkenaan cara pencegahan demam denggi telah pun dijalankan, 118,274 risalah dan poster telah diedarkan, tiga sesi temu bual dan 11 video telah pun dihasilkan. Pada masa yang sama juga, operasi penguatkuasaan bagi Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1976 juga telah dijalankan. Sebanyak 3,087 kompaun telah dikeluarkan dengan nilai kompaun yang ditawarkan adalah sebanyak RM1,548,500.00 dan 25 kes dibawa, didakwa di mahkamah. Dan dari segi konteks di peringkat daerah pula, Majlis Tindakan Daerah akan menjadi peneraju keseluruhan program Johor Perangi Denggi ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Yong Peng berkenaan dengan satu kes kematian denggi pada 21 September 2020 yang lalu di Taman Seri Aman, Yong Peng. Penyakit demam denggi berpunca daripada pelbagai faktor. Oleh itu, ia memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak bagi memastikan demam denggi ini dapat dikawal.

Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Perling dan Ahli Dewan sekalian, antara kekangan bagi pemeriksaan premis individu ialah akses ke dalam premis atas pelbagai faktor seperti penghuni bekerja, bekerja keluar di tempat lain, rumah kosong dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan terdapat premis yang tidak dapat dimasuki kerana penghuni bekerja di Singapura atau warga Singapura tidak dapat memasuki Malaysia. Pihak kesihatan akan berusaha untuk mencari pemilik atas bantuan daripada jiran-jiran dan ketua komuniti untuk memaklumkan kepada pemilik tentang keperluan bagi membersihkan

rumah. Bagi premis-premis yang masih tidak dapat dimasuki walaupun lawatan susulan telah dijalankan, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 akan digunakan bagi tujuan pencegahan dan kawalan penyakit demam denggi. Bagi tujuan ini, notis seksyen 5A serta pencarian pemilik untuk dihubungi akan dilakukan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, berkenaan dengan isu keadaan fasiliti kesihatan di hospital-hospital seluruh negeri Johor yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semerah, suka saya ingin kongsikan bagi tahun 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia telah meluluskan peruntukan pembangunan di bawah Butiran Projek 00600 Naik taraf, Ubahsuai dan Pembaikan kepada negeri Johor yang berjumlah RM13,348,074.31 yang merangkumi 90 projek. Walau bagaimanapun, hanya RM8,248,074.31 yang telah diturunkan waran pada tahun ini dengan mengambil kira projek yang boleh dilaksanakan dan dibayar dalam tahun semasa yang merangkumi 92 jumlah projek. Jumlah peruntukan yang diluluskan bagi tahun 2020 ini juga didapati telah meningkat sebanyak 276.08% berbanding jumlah peruntukan yang telah diluluskan pada tahun 2019.

Agihan peruntukan bagi fasiliti yang terlibat adalah seperti berikut: bagi fasiliti hospital, Kementerian Kesihatan Malaysia telah meluluskan peruntukan berjumlah RM8,239,104.60 yang merangkumi 51 projek. Bagi fasiliti klinik kesihatan, peruntukan yang telah diagihkan bagi tujuan pembaikan dan naik taraf adalah berjumlah RM2,298,012.40. Saya pergi sampai ke sen secara teliti untuk Yang Berhormat Semerah ni yang melibat 9 projek. Seterusnya, peruntukan turut diagihkan kepada fasiliti klinik desa yang berjumlah RM511,921.21 melibatkan 7 klinik desa dan 7 buah klinik pergigian berjumlah RM498,003.10. Bagi menjaga kebajikan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia yang menduduki kuarters, peruntukan bagi pembaikan kuarters turut disalurkan yang berjumlah RM646,880.00 yang melibatkan pembaikan ke atas 16 unit kuarters. Seterusnya, KKM turut meluluskan peruntukan bagi sektor sokongan bagi tujuan kelangsungan mutu perkhidmatan kepada rakyat termasuk menaik taraf makmal penyediaan wellness up dan lain-lain merangkumi 7 projek yang berjumlah RM1,242,353.00.

Cadangan klinik desa untuk dijadikan tempat pengambilan ubat susulan mengikut temu janji juga merupakan salah satu cara untuk mengurangkan kesesakan di kaunter farmasi. Perkhidmatan nilai tambah yang sesuai diguna pakai di kaunter klinik desa adalah cara pembekalan ubat susulan setempat di mana ubat-ubat pesakit yang telah ada temu janji untuk pengambilan bulan kedua dan seterusnya akan dibungkus dan dihantar ke klinik desa yang telah dikenal pasti, seterusnya pesakit akan mengambil ubat di klinik tersebut. Bukan sahaja pesakit di kawasan berkenaan, malahan boleh ditawarkan kepada pesakit-pesakit yang tinggal di kawasan berhampiran.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Tiram melontarkan isu berkaitan dengan caj dan fasiliti-fasiliti. Untuk makluman semua, hospital Kementerian Kesihatan Malaysia melaksanakan kajian kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan hospital setiap tahun. Data di kumpul melalui kaedah sequel, keputusan kajian bagi negeri Johor bagi tahun 2019 menunjukkan 96.1% pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Manakala kajian pada tahun 2018 menunjukkan 97.8% pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Setiap tahun Kementerian Kesihatan Malaysia akan meluluskan pembelian peralatan perubatan bagi tujuan tambahan berdasarkan pertambahan beban kerja dan perkembangan perkhidmatan juga penggantian bagi peralatan yang telah dilupuskan. Walau bagaimanapun, kelulusan pembelian dilakukan secara berperingkat. Walaupun perjawatan tidak mencukupi bagi perkhidmatan sedia ada, bagi menangani isu kekurangan petugas, bermula sejak tahun 2016, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mendapat jawatan secara lantikan kontrak terdiri daripada pelbagai kategori jawatan termasuk pegawai perubatan,

pegawai pergigian, farmasi, jururawat, penolong pegawai perubatan dan pegawai kesihatan sains bersekutu.

Untuk makluman caj yang dikenakan oleh hospital swasta di negara ini dikawal di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1988 melalui Jadual ke-13 di dalam Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta. Peraturan ini mengawal antara lain berkaitan fi perundingan konsultasi dan fi tatacara iaitu fi ke atas prosedur yang dilakukan ke atas pesakit. Memang terdapat had minima dan maksima yang telah ditetapkan ke atas fi perundingan tersebut. Bagi fi tatacara pula hanya kadar maksimum telah pun ditetapkan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, berkaitan dengan isu yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Pulai Sebatang tentang ujian-ujian saringan COVID-19 secara bersasar, terutama bagi mukim atau kawasan yang mengalami peningkatan yang mendadak. Jabatan Kesihatan telah menetapkan beberapa kriteria sebagai panduan kepada anggota kesihatan di fasiliti kesihatan untuk menjalankan penilaian risiko dan ujian COVID-19 sekiranya perlu kepada pesakit yang hadir ke fasiliti kesihatan. Iaitu pelanggan yang hadir dengan gejala demam, mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan berisiko terutama zon-zon merah, sejarah berhubung dengan kes-kes positif COVID-19 atau mempunyai ahli keluarga, rakan sekerja, asrama, sekolah atau mana-mana institusi yang mempunyai kluster bergejala. Selain itu, bagi kawasan-kawasan diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) keseluruhan penghuni di kawasan tersebut akan dijalankan ujian COVID-19 sebagai contoh semasa PKPD di Bandar Baru Ibrahim Majid dan Institut Kemahiran Kesihatan Malaysia.

Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Skudai bertanyakan berkenaan dengan bau pandan di sungai. Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan pemeriksaan terhadap premis-premis yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran dan masalah bau pandan dalam air mentah yang terletak dalam Lembangan Sungai Johor termasuk di kawasan perindustrian Bandar Tenggara dan kawasan perindustrian di sekitar Kulai – Kota Tinggi, sekitar Jalan Kulai – Kota Tinggi. Berdasarkan pemeriksaan terhadap keseluruhan 17 premis di kawasan tersebut, Jabatan Alam Sekitar telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan sebanyak 8 tawaran kompaun berjumlah RM16,000.00 berserta 5 notis arahan pembaikan di bawah Seksyen 31 dan 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling. Walau bagaimanapun, punca yang menyebabkan air berbau pandan masih belum dikenal pasti dan siasatan serta pemantauan kawasan berkenaan akan diteruskan.

Keduanya, adalah berkaitan dengan Sungai Kopok yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tiram, Jabatan Alam Sekitar memandang serius isu pencemaran sungai kerana berpotensi menyebabkan sumber air tercemar, memudaratkan ekosistem setempat dan juga menjejaskan kehidupan harian masyarakat secara umum. Bagi menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan pemeriksaan yang berterusan ke atas premis-premis industri yang beroperasi di kawasan perindustrian Tanjung Langsat termasuk yang melepaskan efluen ke Sungai Daing dengan Sungai Kopok di Kampung Perigi Acheh. Sejak tahun 2019 sehingga kini, tindakan penguatkuasaan yang telah diambil ke atas industri-industri yang tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling merangkumi 52 notis arahan, 150 kompaun, 2 penahanan kelengkapan operasi dan 10 kertas siasatan disediakan untuk tindakan pendakwaan.

Yang Berhormat Speaker, isu-isu berkaitan dengan sungai mula mendapat perhatian pelbagai pihak sejak akhir-akhir ini yang mahukan kerajaan negeri mengambil tindakan tertentu bagi memastikan permasalahan berkaitan pencemaran sungai ditangani dengan bijak dan berkesan. Sebagai contoh, isu pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim menjadi isu utama sehingga kini. Sungai Kim-Kim ini merentas kawasan utama pembangunan di Johor Bahru dan di kategorikan sebagai amat tercemar. Selain itu, isu

pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim yang berlaku pada tahun lepas masih menjadi topik perbualan masyarakat sehingga kini.

Perkara ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permas Jaya, kerajaan persekutuan telah menjalankan kajian Caring Capacity Pencemaran di Pasir Gudang pada tahun 2019 dengan melibatkan kepakaran teknikal daripada Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pelaksana dan bersama-sama melibatkan input pelbagai agensi kerajaan negeri. Kajian ini melibatkan perkongsian maklumat dan di antara kerajaan negeri dan persekutuan supaya maklumat yang sama dapat diperolehi dari semua jabatan dan agensi seterusnya hasil kajian dapat dikongsi bersama dan tindakan penyelesaian dapat diambil.

Selanjutnya, inisiatif Pelan Rehabilitasi Sungai Kim Kim telah diluluskan di bawah peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM500,000.00. Peruntukan ini akan disalurkan kepada JPS Johor dan akan melibatkan kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar Johor serta 4 buah universiti. Inisiatif ini akan melibatkan Pembangunan Pelan Taman Eko, Program Kesedaran Awam kepada komuniti setempat dan pelajar sekolah serta aspek kesihatan dan panduan kecemasan sekiranya berlaku bencana. Inisiatif ini akan dijalankan secara berterusan setiap tahun secara berfasa dan fasa pertama pada tahun 2021 akan menyebabkan peruntukan sebanyak RM500,000.00. Perancangan pemulihan Sungai Kim-Kim perlu lebih berholistik dalam mematikan keberkesanannya. Dan oleh yang demikian, inisiatif yang melibatkan kerjasama 4 buah Universiti iaitu UTM, UTHM, UTEM dan USIM ini mampu memulihkan Sungai Kim-Kim secara berperingkat.

Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Penggaram berminat dengan Program Sifar Sampah yang akan dilaksanakan oleh Perbadanan Taman Negara. Kita akan pastikan program ini tidak akan menjadi seperti program hangat-hangat tahi ayam seperti mana yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Penggaram dan saya juga ingin menyatakan di sini bahawa Program ini akan dijalankan di Kampung Benteng, Air Masin Kukup Laut dan Pulau Kukup. Program Sifar Sampah atau Zero Sampah ini dilaksanakan bagi mengurangkan pencemaran sisa pepejal terapung di kawasan Pulau Kukup dan kawasan sekitarnya. Persekitaran yang bersih dan berkualiti ini juga dapat menggalakkan ekopelancongan di persekitaran kawasan Kukup, sebab itu kita mengambil serius tentang program ini.

Yang Berhormat Speaker, berkenaan dengan isu Santuari Gajah Johor yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senggarang dan YB-YB daripada daerah Kota Tinggi, YB Panti, Yang Berhormat Johor Lama dan Sedili. Untuk makluman, bagi projek pembangunan Johor Elephant Sanctuary Fasa 2, 2019-2023 dalam tahun 2021, kerajaan persekutuan menerusi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara akan memperuntukkan sebanyak RM7 juta bagi menjalankan projek-projek seperti berikut :

1. Pembangunan sumber kemudahan pelawat. 2. Pembangunan sumber pengkayaan habitat. 3. Pembinaan halangan fizikal dan sistem pagar elektrik gajah. 4. Perolehan peralatan latihan dan kajian berkaitan gajah. 5. Program bersama masyarakat setempat dan penyediaan pelan pengurusan.

Pelaburan projek pembangunan yang besar ini menggambarkan keseriusan kerajaan dalam mengurangkan permasalahan gangguan gajah ke atas kawasan-kawasan pertanian di seluruh negeri Johor. Di samping itu, pembangunan kemudahan bagi pelawat juga akan berfungsi sebagai ekopelancongan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk makluman fungsi Johor Elephant Sanctuary ialah pengurusan gajah secara in situ memang telah berfungsi sebaik sahaja projek JES telah diserahkan kepada jabatan pada 13 September 2020 yang lalu. Seramai 13 orang kakitangan PERHILITAN juga sudah ditempatkan setakat ini. Mereka akan menjalankan

program pengurusan gajah terutamanya yang melibatkan operasi tangkapan gajah, pemantauan kumpulan gajah, pengurusan sistem pagar elektrik gajah, menjalankan sesi engagement dengan stake holders yang terlibat serta menjalankan program kesedaran awam berkaitan dengan gajah.

Kita sedia maklum bahawa kejadian konflik antara manusia dan hidupan liar seperti gajah di kawasan pertanian adalah kerana kurangnya sumber makanan yang terdapat di dalam hutan. Selain itu, jenis pertanian utama yang ditanam seperti kelapa sawit, pisang dan kelapa merupakan makanan kegemaran gajah. Oleh itu, saya amat bersetuju dengan pendapat Senggarang agar pembukaan hutan dan habitat hidupan liar ini perlu diberhentikan atau jika ianya terpaksa juga dibuat, pelbagai usaha pemulihan habitat perlu dijalankan bagi memastikan sumber makanan hidupan liar ini terus terjamin. Jabatan PERHILITAN Negeri Johor amat prihatin dan kita akan pastikan bahawa tindakan susulan akan diambil.

Yang Berhormat Pasir Raja, membangkitkan mengenai gangguan hidupan liar seperti babi hutan, gajah dan kera. Malah ketiga-tiga spesies hidupan liar ini merekodkan gangguan yang tertinggi diterima oleh pihak PERHILITAN Negeri Johor. Walau bagaimanapun, sepanjang tahun 2019, hanya 12 aduan berkaitan konflik kera dan tiada aduan berkaitan konflik gajah diterima oleh pihak jabatan di kawasan Pasir Raja. Manakala tempoh September hingga November 2020 hanya 6 aduan gangguan kera diterima. Sehubungan itu, Jabatan PERHILITAN dengan usaha, berusaha untuk menyelesaikan dan mengurangkan populasi kera di Kawasan DUN Pasir Raja melalui tindakan berikut : menjalankan siasatan dan pemantauan bagi setiap aduan, memasang perangkap dan melupuskan kera-kera yang ditangkap, mengambil tindakan secara menembak mati kera-kera tersebut jika usaha memerangkap tidak berkesan atau gangguan melibatkan serangan ke atas manusia dan juga memberi khidmat nasihat dan perbincangan dengan masyarakat setempat.

Sebelum saya berakhir Yang Berhormat Speaker, ramai daripada kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat bertanyakan tentang Kad Sihat Johor. Suka ingin saya kongsikan bahawa Program Kad Sihat Johor masih lagi diteruskan bagi tahun 2021. Untuk makluman semua Ahli-Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, secara dasarnya pelaksanaan Kad Sihat Johor ini bertujuan untuk membantu golongan kumpulan B40, B40 di negeri Johor. Pada tahun 2018, penerima Kad Sihat Johor pada fasa pertama ialah adalah disasarkan kepada golongan e-Kasih bagi setiap daerah di negeri Johor iaitu maksimum seramai 4,000 orang penerima yang telah diperuntukkan, memperuntukkan sejumlah RM1.2 juta.

Pada tahun 2020, penerima Kad Sihat Johor pada fasa kedua ini disasarkan seramai 47,600 orang penerima dengan peruntukan adalah sebanyak RM2 juta. Selain dari itu, pemilik Kad Sihat Johor ini berhak menerima rawatan kesihatan dan perubatan hospital, klinik swasta di 287 klinik panel. Di samping itu, Kad Sihat Johor yang ditawarkan bernilai RM500.00 setahun bagi keluarga, RM350.00 bagi setiap individu dengan had penggunaan RM50.00 bagi setiap rawatan.

Berdasarkan statistik penggunaan Kad Sihat Johor pada tahun 2020, jumlah keseluruhan penerima Kad Sihat adalah sebanyak 24,400 orang penerima iaitu sekitar 51.26% sahaja berbanding dengan kuota keseluruhan penerima yang diperuntukkan iaitu sebanyak 47,600 orang. Hal ini disebabkan oleh kebanyakan kuota di setiap DUN tidak dapat dipenuhi yang menyebabkan impak Kad Sihat Johor 2020 kurang menampakkan hasil. Pihak kerajaan negeri sedang meneliti mekanisme yang lebih produktif dan berkesan bagi pelaksanaan Kad Sihat Johor bagi tahun 2021. Sekiranya mekanisme yang lebih produktif dan berkesan dapat dikenal pasti, pihak kerajaan akan mengumumkan supaya pemegang Kad Sihat ini dapat menikmati manfaatnya secara berterusan di masa hadapan dan kita juga akan

memaklumkan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kuota penerima Kad Sihat Johor bagi tahun 2021 adalah sebanyak 47,000 seperti mana saya katakan tadi.

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebagai EXCO yang menjaga hal ehwal masyarakat India di negeri Johor, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar menerusi Ucapan Bajet mengumumkan penambahan peruntukan bagi masyarakat India kepada RM4 juta bagi tahun 2021.

Menjawab soalan daripada YB Bekok dan YB Tiram, Yayasan Sultanah Rogayah akan meneliti segala permohonan dan akan memastikan setiap permohonan diberi perhatian termasuklah kepada kuil-kuil dan sekolah-sekolah Tamil.

Yang Berhormat Tuan Speaker, kesimpulan daripada ucapan, jawapan dan cadangan yang telah saya utarakan sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan kepada sesi sidang Dewan akan soalan dan perkara yang diutarakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Akhir sekali, selaku EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar, saya amat berbangga dengan jabatan dan pasukan yang berada di bawah portfolio dalam keadaan pandemik COVID-19 yang tidak tahu penamatnya mereka bekerja keras tanpa mengenal penat lelah, bertungkus lumus memastikan kualiti hidup kita dan keselamatan kita terjaga. Pengorbanan mereka saya hargai. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan mahupun di peringkat negeri dan juga di peringkat pusat kerana sentiasa memberi kerjasama dalam segala aspek untuk memastikan kita memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh perkara-perkara yang berkaitan di bawah portfolio saya, saya telah cuba yang terbaik untuk memberi semua jawapan kepada semua isu-isu yang dibangkitkan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat perkara-perkara yang terlepas pandang, tindakan susulan akan diambil oleh ketua-ketua jabatan saya. Semoga segala yang tersimpul dapat dihuraikan, yang keruh dijernihkan, yang kurang ditambahkan. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar. Seterusnya, saya persilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, jemput.

Datuk Mohd. Izhar bin AhmadBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia · Larkin

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Bismillahirahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera dan salam Makmur Johor Tuan Yang DiPertua, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat dari pihak kerajaan mahupun barisan pembangkang dan seterusnya Ahli-Ahli Dewan yang saya hormati dan dikasihi dan dimuliakan sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin merafak sembah, menjunjung kasih dan merakamkan setinggi-tinggi tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2020 yang lalu. Semoga ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dikurniakan kesihatan, kekuatan dan keberkatan untuk terus kekal kala bersemayam di atas singgahsana takhta pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan jua hendaknya.

Yang Berhormat Tuan Speaker, bertemu sekali lagi dalam sesi penggulungan kali ini terlebih dahulu bagi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang

Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi soal jawab mahupun sesi perbahasan kerana telah memberi input, pandangan, syor serta idea yang bernas dan tidak lupa juga teguran yang boleh diambil perhatian dan diimplementasikan ke arah kebaikan oleh kerajaan demi kemakmuran serta kesejahteraan negeri dan rakyat Johor khususnya.

Di sini izinkan saya berkongsi sepotong ayat suci al-Quran (bacaan Surah Al-Maidah Ayat 2). Petikan surah Al-Maidah ayat 2. Terjemahan petikan ayat tersebut bermaksud, “ Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa. Dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sesungguh seksa Allah itu amatlah berat sekali”. Sekalung tahniah kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat kerana telah berjaya mewujudkan satu sesi sidang yang harmoni dengan penjagaan adab dan bahasa yang baik ketika beraksi dalam Dewan yang mulia ini. Saya memandang ke hadapan agar amalan ini dapat diteruskan dan dikekalkan pada sesi-sesi sidang yang akan datang. Sebelum saya meneruskan ucapan penggulungan saya, izinkan saya belanja serangkap pantun buat hiburan serta pedoman semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dan hadirin yang di Dewan yang mulia ini. Singgah di Benut membeli berangan, enak dimakan satu persatu. Berbeza ideologi bukan satu halangan, demi rakyat marilah kita bersatu padu.

Yang Berhormat Tuan Speaker, sepanjang sesi sidang Mesyuarat Ketiga Belanjawan 2020, Bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 yang berlangsung, saya telah mengambil perhatian serius dan meneliti isu-isu yang dibangkitkan sepanjang sesi sidang perbahasan bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2021 tahun 2020. Terdapat banyak perkara-perkara penting yang menjadi fokus utama kerajaan bagi mengadaptasikan situasi semasa dan seterusnya menangani serangan pandemik COVID-19. Dalam seminggu sidang perbahasan yang telah berlangsung, jelas sekali ada beberapa isu yang mendapat perhatian Ahli-Ahli Yang Berhormat. Tidak kurang daripada 40 orang Ahli-Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian untuk membahaskan isu-isu berkaitan dengan Belanjawan Johor 2021 dan secara amnya isu-isu yang telah dibangkitkan adalah berkisar mengenai langkah dan usaha-usaha kerajaan dalam memelihara kebajikan serta kesejahteraan rakyat. Dan juga usaha kerajaan dalam meningkatkan aliran tunai pendapatan dan ekonomi negeri khususnya sektor pelaburan dan juga usaha kerajaan dalam sektor pembangunan usahawan dan koperasi, dan akhir sekali usaha kerajaan dalam memberi nilai tambah kepada pembangunan modal insan negeri ini agar isu berkaitan pengangguran dan pembaziran guna tenaga kerja dapat diatasi dan ditangani.

Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri Johor di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Datuk Haji Hasni Mohammad, amat peka dan prihatin terhadap kemaslahatan rakyat yang dihadapi dan sentiasa berusaha gigih dalam membantu meringankan beban dan seterusnya menyelesaikan permasalahan yang timbul. Kita faham akan situasi semasa terutamanya dalam menghadapi, mengadaptasi norma baru susulan pandemik COVID-19. Ramai pihak mahupun individu yang telah terkesan secara langsung. Ramai yang memerlukan bantuan mahupun sokongan dalam usaha untuk kembalikan bernafas dan meneruskan kelangsungan hidup yang telah terjejas. Saya yakin yang Ahli-Ahli Yang Berhormat semua turut bersependapat yang rakyat kini memerlukan wang, ilmu pengetahuan dan juga kemahiran untuk terus hidup dan kekal. Bantahan, bertahan dalam menempuh cabaran hidup dalam norma yang baru. Sehubungan itu, saya akan menstrukturkan ucapan penggulungan saya kepada tiga bahagian atau tiga kategori berdasarkan portfolio di bawah tanggungjawab saya yang kini menjadi perhatian dan topik yang hangat di ketika ini iaitu sektor pelaburan, sektor pembangunan usahawan, perniagaan serta koperasi dan akhirnya sektor pembangunan modal insan.

Saya akan cuba menjawab semua persoalan dan perkara yang berbangkit berkaitan 3 sektor yang dinyatakan tadi memandangkan ianya di bawah tanggungjawab saya serta bidang kuasa saya. Dan insya-Allah saya akan mengakhiri ucapan penggulungan saya

dengan mengulas kesimpulan peruntukan Perbekalan Belanjawan Negeri Johor bagi Tahun 2021.

Yang Berhormat Tuan Speaker, seperti semua Ahli-Ahli Yang Berhormat telah sedia maklum, Belanjawan Johor 2021 memang telah dijangka akan menjadi belanjawan defisit susulan situasi semasa ekonomi seluruh dunia yang sedang berhadapan dan bergelut dengan keadaan luar biasa akibat penularan pandemik COVID-19. Unjuran belanjawan defisit sebanyak RM248 juta itu adalah disebabkan ketidakseimbangan hasil pendapatan negeri melalui cukai dan lain-lain lagi adalah jauh lebih rendah berbanding kos perbelanjaan yang tinggi yang terpaksa kerajaan peruntukan demi memelihara kebajikan serta keperluan rakyat selain memulihkan kembali pembangunan sosioekonomi negeri ini.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun membentangkan Belanjawan 2021 yang kita lihat amat realistik dan holistik bagi memacu negeri Johor menempuh cabaran mendatang khususnya pasca COVID-19. Sebanyak 12 agenda yang menjadi fokus utama yang terdiri, Johor Tani, Johor Digital, Johor Niaga, Modal Insan Johor, Governance Johor, Majestic Johor, Masyarakat Johor, Orang Muda Johor, Johor Madani, Johor Prihatin dan Johor Berkebajikan telah pun digariskan untuk diperlaksanakan pada tahun hadapan dan ianya dipandu oleh tiga objektif utama iaitu :

1. Menjamin ketahanan dan kelangsungan ekonomi 2. Memperkasakan dan memperdaya tahan kebajikan rakyat Johor 3. Menjamin kesejahteraan dan kemakmuran rakyat negeri Johor

Saya yakin Ahli-Ahli Yang Berhormat, yang bijaksana semuanya telah pun mengkaji dengan mendalam dan arif dengan segala isi kandungan belanjawan tersebut. Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri Johor yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak pernah mengenal erti lelah dalam mencari jalan penyelesaian segala krisis yang timbul dan seterusnya memacu kembali ekonomi negeri ini ke landasan yang asal dan yang lebih cerah. Kerajaan mengambil pendekatan serius berkenaan isu ekonomi mahupun tenaga kerja yang terkesan teruk akibat penutupan sempadan antarabangsa susulan penularan pandemik COVID-19. Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Mengkibol, Yang Berhormat Panti, Yang Berhormat Kukup, Yang Berhormat Stulang, Yang Berhormat Tenggaroh dan Yang Berhormat Bukit Batu dalam sesi perbahasan sebelum ini, sektor pelaburan turut tidak terkecuali dalam menerima kesan langsung yang buruk akibat pandemik COVID-19.

Saya tidak menafikan ada segelintir Ahli-Ahli Yang Berhormat telah mempersoalkan malah mempertikaikan tentang status pencapaian atau nilai semasa sektor pelaburan. Adalah tidak adil bagi saya jika pertikaian dan perbandingan itu dibuat berdasarkan dua situasi dan keadaan yang berbeza iaitu julat masa atau tahun tanpa ancaman COVID-19, 2019 dibandingkan dengan julat tahun masa yang sekarang adalah faktor adalah berbeza. Saya juga tidak mahu menggunakan alasan bahawa COVID-19 adalah faktor utama penurunan kadar pelaburan tahun ini. Dan sentiasa mengamalkan sikap optimis dalam usaha menarik pelabur dan meningkatkan nilai pelaburan negeri Johor. Ini dapat dizahirkan dengan kejayaan membawa masuk nilai pelaburan sebanyak RM5.7 bilion selain daripada RM45 bilion nilai pelaburan yang sedang diusahakan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, berkaitan kebimbangan Yang Berhormat Bukit Batu mengenai strategi dan hala tuju sektor pelaburan negeri ini. Kebimbangan Yang Berhormat Bukit Batu akan terlerai dan terjawab apabila Pelan Induk Pelaburan Negeri Johor Tahun 2030 dilancarkan pada tahun hadapan. Ini kerana semua informasi dan maklumat berkaitan Yang Berhormat perlukan ada terkandung dan diperjelaskan secara tuntas di dalam pelan tersebut. Memetik kenyataan Yang Berhormat Mengkibol mengenai cadangan agar kerajaan memberi insentif untuk menarik pelaburan baru, ianya sudah berada dalam perancangan

kerajaan di mana kerajaan negeri ini dalam usaha mempertimbangkan pemberian insentif berbentuk kemudahan rebat sewaan pejabat percuma kepada dewan atau majlis perniagaan dan pelaburan asing untuk memulakan operasi mereka di negeri ini. Ianya dilihat dapat menarik para pelabur ke negeri ini kerana mempunyai kemudahan bagi tujuan pengurusan. Namun begitu, inisiatif ini masih di peringkat kajian.

Yang Berhormat Tuan Speaker, menyentuh kepada sektor keusahawanan, ramai Ahli-Ahli Yang Berhormat telah pun mengambil bahagian dan membangkitkan beberapa isu atau perkara berkaitan nasib para usahawan terutamanya golongan usahawan mikro dan PKS yang terjejas teruk dan hampir lumpuh susulan pelaksanaan arahan PKP, PKBB dan PKPB bagi membendung penularan pandemik COVID-19. Tidak dapat dinafikan ada di antara usahawan yang terpaksa gulung tikar kerana lagi mampu untuk meneruskan operasi perniagaan akibat mengalami kerugian yang amat tinggi dan berterusan. Kerajaan negeri ini amat peka dan prihatin dengan isu-isu yang telah dikongsikan oleh Yang Berhormat Kota Iskandar, Yang Berhormat Machap, Yang Berhormat Endau dan Yang Berhormat Tanjung Surat, Yang Berhormat Parit Raja, Yang Berhormat Sedili, Yang Berhormat Penawar dan Yang Berhormat Paloh.

Sehubungan itu, kerajaan negeri telah pun mengumumkan pelaksanaan pelbagai inisiatif dan juga peruntukan bagi membantu golongan usahawan yang terjejas ini. Antara program Geran Orang Lokal 3.0 jika sebelum ini peruntukan laksanakan program adalah sebanyak RM1.5 juta. Kerajaan negeri ini di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun berbesar hati menambahkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan adalah RM3 juta pada tahun 2021.

Yang Berhormat Tuan Speaker, menarik pada Yang Berhormat Endau, Yang Berhormat Tanjung Surat dan Parit Raja yang menyatakan cadangan memohon pihak kerajaan untuk melanjutkan tempoh pengecualian bayaran lesen perniagaan selain dapat menyambung semula pengecualian bayaran tapak perniagaan bagi peniaga-peniaga pasar tani, pasar malam dan pasar pagi di semua kawasan PBT yang berakhir pada bulan Oktober 2020 yang lalu. Sukacita ingin maklumkan dan memetik ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan negeri telah pun bersetuju untuk merealisasikan apa yang telah dicadangkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Yang Berhormat Tuan Speaker, menyentuh sektor modal insan, saya amat tertarik dengan petikan ucapan Yang Berhormat Parit Yaani yang menyatakan terdapat peruntukan dari kerajaan negeri Johor yang tidak dibelanjakan langsung iaitu modal insan yang melibatkan peruntukan RM3 juta. Di sini saya mohon maaf menyangkal dan memperbetulkan dakwaan tersebut. Bagi makluman Yang Berhormat Parit Yaani, agensi kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pembangunan sumber manusia atau modal insan negeri ini iaitu unit SMI telah pun berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif atau pun program yang mensasarkan peningkatan kemahiran mahupun, mahupun penempatan pekerjaan bagi individu yang telah diberhentikan pekerjaan dan mahupun penganggur.

Peruntukan RM3 juta telah pun diguna pakai bagi tujuan tersebut. Di sini saya kongsikan antara inisiatif yang telah dilaksanakan menggunakan peruntukan tersebut. Program Minggu Kerja Johor yang telah diadakan serentak 3 buah lokasi iaitu di Muar, zon utara, Kluang, di zon tengah dan daerah Johor Bahru, zon selatan. Pelaksanaan inisiatif ini melibatkan peruntukan RM100,000.00. Kedua, program up-skilling dan re-skilling yang menawarkan 16 kursus latihan kemahiran dan sedang giat dilaksanakan melibatkan peruntukan RM2 juta dan akhir sekali dan yang ketiga, program Insan Johor. Program yang melibatkan peruntukan RM1 juta telah memberi manfaat kepada 400 orang pelatih.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya amat berbesar hati dan berbangga dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang sentiasa bersedia untuk berlapang

dada mendengar idea, pandangan serta teguran daripada rakan-rakan di barisan pembangkang meskipun perbezaan ideologi politik. Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun mempamerkan sikap profesional seorang pemimpin yang menghormati sistem demokrasi dengan mengiktirafkan kedudukan pembangkang Dewan Negeri Johor. Ianya telah dizahirkan dengan penambahan peruntukan ADUN Pembangkang daripada RM50,000.00 kepada RM150,000.00. Selain cadangan untuk menaikkan elaun ketua Pembangkang daripada RM3,000.00 kepada RM5,000.00. Syabas saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah mengambil langkah bijak yang turut mendapat penghargaan seperti yang dinyatakan dalam ucapan perbahasan Yang Berhormat Parit Yaani, Yang Berhormat Bukit Kepong, Tangkak, Paloh, Bekok, Pengerang dan tidak lupa juga Yang Berhormat Skudai.

Yang Berhormat Tuan Speaker, merujuk kepada petikan ucapan perbahasan Yang Berhormat Parit Yaani, Yang Berhormat Machap, Yong Peng, Johor Jaya, Tiram¸ Pulai Sebatang dan juga Pasir Raja, tidak dapat dinafikan bahawa para petugas barisan hadapan, front liners yang sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi dan menangani serangan pandemik COVID-19 perlu dipandang tinggi dan diberi penghormatan. Pengorbanan mereka menghadapi risiko jangkitan yang mendatangkan bahaya mahupun kematian demi menjalankan tanggungjawab atas tugasan harian yang perlu diberi pujian dan penghormatan. Sehubungan itu, di kesempatan ini saya ingin menzahirkan penghargaan saya kepada adiwira-adiwira ini dengan menyambut baik dan sangat mengalu-alukan pemberian insentif tunai kepada lebih kurang 30,000 petugas barisan hadapan oleh kerajaan negeri Johor.

Yang Berhormat Tuan Speaker, di sini juga saya ingin memohon kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar agar dapat sekiranya dipertimbangkan cadangan saya agar insentif bantuan ini dapat dipanjangkan kepada golongan pengamal media di negeri ini. Bagi makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pengamal media di negeri ini adalah antara individu yang terkesan teruk dari sudut ekonomi susulan arahan PKP, PKPB dengan gaji pokok yang rendah, majoriti daripada mereka ini bergantung kepada pendapatan tambahan yang diperolehi menerusi bayaran-bayaran elaun bahan berita yang telah disediakan dan disiarkan. Selain itu, mereka juga turut berhadapan dengan risiko jangkitan kerana terpaksa turun ke lapangan dalam usaha menggali informasi untuk dikongsikan kepada masyarakat umum. Melihat kepada pengorbanan dan sumbangan mereka ini, wajarlah mereka-mereka ini diberi pengiktirafan dan ganjaran.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga turut menyambut baik dengan saranan Yang Berhormat Parit Yaani, Yang Berhormat Senggarang, Kempas yang telah mencadangkan agar dilaksanakan pemotongan gaji beberapa pihak terutamanya barisan kepimpinan tertinggi seperti Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan EXCO bagi tujuan Tabung Khas COVID-19. Langkah ini secara tidak langsung dapat kita menzahirkan keprihatinan serta pengorbanan para pemimpin atau Wakil Rakyat di negeri ini dalam usaha membantu dan meringankan beban kemaslahatan bangsa Johor.

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya mengakhiri penggulungan saya izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni Mohammad, barisan pegawai-pegawai eksekutif negeri terdiri daripada Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri dan kakitangan, Yang Berhormat Dato’ Perbendaharaan Kerajaan Negeri dan kakitangan dan juga badan, UPENJ atas usaha keras dalam menyediakan Belanjawan 2021 yang bertemakan, “Berdaya Tahan Demi Kemakmuran”. Justeru itu, saya menyeru kepada semua sahabat Ahli-Ahli Yang Berhormat marilah kita bersama-sama menyahut seruan Yang Amat Berhormat Menteri Besar agar bersolidariti demi Johor dan membuktikan kesetiaan kita terhadap negeri Johor yang dicintai.

Akhir kalam terimalah serangkap pantun dari saya sebagai penutup bicara. Tiada kata secantik bahasa, hendak ku luahkan perasaan, serangan COVID-19 semuanya terasa, Belanjawan 2021 sokong diluluskan. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warah matullahi wabarakatuh. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB Pengerusi Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan, jemput.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan · Layang-Layang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam makmur Johor. Terima kasih Yang Berhormat Speaker kerana memberi saya peluang untuk menggulung pada hari ini. Terlebih dahulu, patik ingin merafak sembah menjunjung kasih serta merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Baginda pada 22 November 2020 yang lalu. Patik ingin mengambil kesempatan ini juga untuk menjunjung setinggi-tinggi kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor yang telah menitahkan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim untuk mengetuai dan memimpin segala urusan dan aktiviti melibatkan belia di negeri Johor ini. Syukur alhamdulillah, ini merupakan satu penghormatan buat setiap orang muda di negeri Johor.

Yang Berhormat Speaker, sebagai Wakil Rakyat DUN Layang-Layang saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Datuk Haji Hasni bin Mohamad atas pembentangan Belanjawan Negeri yang sangat inklusif, menyeluruh dan begitu menyelami detak hati dan suara naluri rakyat Johor. Layang-Layang yakin serta percaya bahawa usaha daripada kerajaan negeri ini berupaya membantu memulihkan ekonomi serta meringankan beban dan jerih rakyat Johor yang terkesan secara langsung mahupun tidak langsung dek musibah pandemik COVID-19 ini. Belanjawan Johor 2021 dengan tema, ‘Berdaya Tahan Demi Kemakmuran’ ini menyaksikan pelbagai inisiatif dan insentif khas diperuntukkan kepada OMJ atau Orang Muda Johor dan sektor pelancongan. Sebanyak RM57.3 juta diperuntukkan untuk Orang Muda Johor manakala RM14 juta pula diperuntukkan untuk sektor pelancongan. Syukur alhamdulillah, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Allah SWT mengingatkan kita untuk sentiasa bersyukur seperti dalam Surah Ibrahim, ayat ke-7, “dan ingatkanlah ketika Tuhanmu memperingatkan sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kami kufur nikmat maka sesungguhnya azabku sangat pedih”.

Yang Berhormat Speaker, banyak perkara telah dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sepanjang sesi perbahasan ini, sama ada dalam bentuk cadangan idea yang bernas, sokongan, soalan mahupun teguran. Terima kasih Yang Berhormat Kempas, Sri Medan, Mahkota, Semerah, Mengkibol, Penawar, Johor Jaya, Johor Lama, Parit Raja, Pasir Raja, Panti, Tenggaroh, Buluh Kasap, Stulang, Semerah dan Yong Peng yang telah menyentuh perkara-perkara yang berhubung kait dengan portfolio saya iaitu pelancongan, belia dan sukan. Saya menghargai setiap cadangan serta teguran membina yang telah dikemukakan bagi memastikan kerajaan negeri dapat berkhidmat dengan lebih cepat dan efektif dalam menyelesaikan permasalahan rakyat dan mengundi masa depan rakyat Johor. Pantang bersiasah tidak senonoh, cabar mencabar mencari musuh, ke dalam bertikai keluar bergaduh, rakyat sengsara negeri pun runtuh. Pantang bersiasah menurutkan nafsu, berebut kuasa palu-memalu, tamakkan harta tak ingat malu, negeri rosak bertimbun seteru.

Yang Berhormat Speaker, sepanjang lima hari perbahasan, sektor pelancongan diberikan penekanan yang begitu signifikan, pastinya ini bukanlah sesuatu di luar jangkaan kerana pelancongan merupakan antara sektor yang paling terjejas akibat pandemik COVID-19 ini.

Namun, apa yang lebih penting adalah hakikat bahawa penekanan yang dibuat di dalam Dewan yang mulia ini tidak lain dan tidak bukan menterjemahkan betapa Ahli-Ahli Yang Berhormat memahami cabaran dan jerih perit yang digalas oleh penggiat industri pelancongan...

Speaker, Peraturan Berbahas 45 (v), terima kasih.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan · Layang-Layang

Yang Berhormat Speaker, saya menjawab soalan. Yang Berhormat Penawar tolong jangan mengganggu boleh tak?

Speaker

45(v) berapa tu Yang Berhormat, 45 berapa?

Kacaulah. Tak boleh angkat kertas tu. (Dewan ketawa).

Speaker

Orang muda Yang Berhormat. Teruskan Yang Berhormat.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan · Layang-Layang

Terima kasih Yang Berhormat Speaker yang bijaksana, tolong jangan bagi dia mic lagi Yang Berhormat Speaker. (Dewan ketawa).

Speaker

Itu hak dia Yang Berhormat. Jemput, jemput teruskan.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan · Layang-Layang

Apa yang lebih penting adalah hakikat bahawa penekanan yang dibuat di dalam Dewan ini mencerminkan betapa Yang Berhormat sekalian prihatin terhadap apa yang berlaku dan sebab itu telah mengutarakan akan peri pentingnya sempadan Johor – Singapura dibuka semula. Percayalah di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Hasni Mohammad, kerajaan negeri akan terus berusaha untuk membuka sempadan negeri secepat mungkin dengan mengambil kira cadangan Ahli-Ahli Yang Berhormat dan membawanya ke sesi-sesi perbincangan kerajaan negeri dengan Putrajaya dan kerajaan Singapura.

Yang Berhormat Speaker, dalam belanjawan yang diumumkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Majestic Johor telah diangkat menjadi agenda yang sangat penting untuk negeri Johor. Cetusan idea Majestic Johor ini bukanlah sesuatu yang ternukil dengan tidak sengaja, ianya dipilih kerana perkataan Majestic itu sendiri. Sangat Johor. Ia benar-benar melambangkan negeri Johor. Satu perkataan yang hanya digunakan bagi memanifestasikan sesuatu yang amat indah dan menakjubkan dan itulah Johor negeri cantik menawan yang kaya dengan pelbagai tarikan. Subhanallah, segala puji bagi Allah SWT yang telah menganugerahkan negeri Johor dengan begitu banyak keindahan dan keajaiban alam yang sangat luar biasa. Bayangkan gunung-gunung di Johor sahaja ada 18 buah, lima di utara, lima di barat, lima di selatan dan tiga di timur. Taman negara pula ada 6 dan terdapat sejumlah 131 buah pulau di Darul Ta’zim ini, majoritinya terletak di Mersing.

Yang Berhormat Speaker, pulau-pulau di Mersing diseliputi panorama yang cukup mempesonakan, pasirnya putih bersih, air laut hijau kebiruan, manakala dasarnya cukup jernih. Sebab itu ramai yang mengatakan seperti Yang Berhormat Tenggaroh sebut The Maldives of Malaysia, dengan izin. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti snorkeling, diving dan island hoping. Saya percaya Yang Berhormat Johor Jaya mantan EXCO Pelancongan yang juga merupakan seorang diver boleh mengesahkan apa yang saya katakan ini.

Namun begitu, tidak ramai rakyat Malaysia yang berkunjung ke pulau-pulau di daerah Mersing, kebanyakan mereka menggunakan jeti di bandar Mersing untuk pergi ke Pulau Tioman, Pahang. Bayangkan...

Tuan Tan Hong PengDAP · PHSkudai

Peraturan...

Speaker

Ya Skudai, sekejap.

Tuan Tan Hong PengDAP · PHSkudai

Yang Berhormat Speaker, isu yang dibangkitkan oleh Penawar tadi...

Speaker

Peraturan, Peraturan berapa Yang Berhormat?

Tuan Tan Hong PengDAP · PHSkudai

Peraturan 45 (v), seseorang Ahli itu tidak boleh membacakan ucapannya tetapi ia boleh membacakan cabutan-cabutan daripada kertas-kertas yang bertulis. Tadi saya lihat Yang Berhormat EXCO tadi baca, ikut aje, dia bukan cabutan. Jadi, tapi, ruling Yang Berhormat Speaker tadi kata itu hak dia. Tapi ini isu Peraturan, jadi saya harap...

Speaker

Itu bukan hak EXCO, hak Penawar tadi Yang Berhormat.

Tuan Tan Hong PengDAP · PHSkudai

Tak, tak maksud dia, baca jangan sampai angkat macam ni lah, tak eloklah. Sebab semalam Perling pun ditegur apabila diangkat. Saya harap perkara ini boleh ini lah...

Yang Berhormat Speaker, Peraturan 45 (ii), tidak boleh disampuk, ia tidak boleh disampuk melainkan jika menyalahi Peraturan Mesyuarat. Tadi Yang Berhormat Speaker maklumkan dah.

Tuan Tan Chen ChoonDAP · PHJementah

Dia tidak menyampuk, dia, dia....Yang Berhormat Skudai ada kata Peraturan-Peraturan Mesyuarat, dia tidak menyampuk...

Speaker

Nanti dulu, nanti dulu. Beri Sri Medan dulu.

Beri Sri Medan dululah, satu-satu.

Speaker

Beri Sri Medan dulu bercakap.

Tuan Tan Chen ChoonDAP · PHJementah

Dia tidak menyampuk pun.

Sekejap YB ye, satu-satu. Tadi Yang Berhormat Speaker dah maklum Peraturan 45 bilangan (v), seorang tidak boleh membacakan ucapannya tetapi ia boleh membacakan cabutan. Saya anggap dia tu cabutan tu aje sebenarnya. Tak ada apa yang salah pun ya. Saya ingat semua pun menggunakan perkara yang sama Yang Berhormat Speaker. Jadi Peraturan 45 (ii), tolong jangan sampuk. Tidak boleh disampuk melainkan jika menyalahi Peraturan. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Iyalah, dia pun ada hak untuk boleh menyampuk sebab menyalahi Peraturan pada pandangan Skudai tadilah. So, saya nasihat beginilah pada EXCO tidak terus membaca, ikut Peraturan 45 (v) tadi tu. Tinggikan dia punya tu, tinggikan dia punya tempat untuk memudahkan membuat semakan, jemput teruskan.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan · Layang-Layang

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Siap Yang Berhormat Penawar. (Dewan ketawa). Saya pun dah tak tahu saya kat mana Yang Berhormat Speaker. (Dewan ketawa).

Yang Berhormat Speaker, ha ni betul-betul saya nak tegur, Peraturan 45 Bilangan (xiii) (d), lajak dan percakapannya yang mengganggui sahsiah seseorang, pasal mungkin ada satu ugutan, takut juga saya, terima kasih.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan · Layang-Layang

Ugutan (Dewan ketawa).

Speaker

Ini betul-betul semak dan imbang ni.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan · Layang-Layang

Betul-betul. Tak tahu mana kerajaan mana pembangkang, Yang Berhormat.

Speaker

Jemput, jemput.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan · Layang-Layang

Yang Berhormat Speaker, namun begitu tidak ramai Malaysia yang berkunjung ke pulau-pulau di daerah Mersing...

Speaker

Ok nampak smart Yang Berhormat, nampak smart.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan · Layang-Layang

Kebanyakan menggunakan jeti di bandar Mersing untuk pergi ke Pulai Tioman, Pahang. Bayangkan, pelancong menggunakan infrastruktur yang kita bina bagi kemudahan dan keselesaan pelancong untuk pergi ke negeri lain. Masih ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu tentang keindahan di kepulauan Mersing.

Yang Berhormat Speaker, selain daripada kepulauan Mersing, pulau lain yang juga mempunyai potensi ecotourism yang cukup besar adalah Pulau Kukup. Sebanyak RM6 juta telah dibelanjakan untuk membangunkan pulau pelancongan yang penuh dengan paya bakau ini. Dengan keluasan 647 hektar, Pulau Kukup adalah antara pulau terbesar tanpa penghuni di dunia. Pulau ini mendapat pengiktirafan sebagai tanah lembap berkepentingan antarabangsa oleh Biro Persidangan Geneva. Pulau Kukup mempunyai 27 spesies bakau asli, 111 spesies ikan dan 23 spesies burung. Bukan itu sahaja, Pulau Kukup juga mensajikan suasana perkampungan nelayan, kelongnya menjadi tempat pembiakan hidupan laut dan burung-burung berterbangan di kawasan pokok bakau.

Ahli-Ahli Yang Berhormat kalau berkunjung pasti terpesona. Namun begitu, sama seperti kepulauan Mersing tidak ramai rakyat Malaysia dan Johor tahu tentang fakta-fakta keindahan Pulau Kukup. Ada sebabnya saya berkongsi semua ini, tak kenal maka tak cinta. Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan yang saya hormati sekalian, sudah 6 hari kita bersidang di dalam Dewan yang tersergam indah ini. Dewan ini juga dikenali sebagai permata Kota Iskandar. Bangunan dan Dewan yang mulia ini adalah satu-satunya bangunan pentadbiran di Malaysia yang membenarkan pelancong datang untuk berziarah. Falsafah pembangunan Kota Iskandar ini menghadap paksi kiblat yang menggabungkan seni bina kerajaan Islam Uthmaniah yang beribu kota Alhambra Sepanyol dan juga Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru. Dewan ini pula juga istimewa dengan seni binanya yang menceritakan tentang Johor, al-Quran yang terletak di atas sana sebagai hikmah dan panduan kepada semua EXCO yang berada di dalam Dewan ini. Kerusi biru melambangkan warna DiRaja, U-Shape Sitting melambangkan cara pemerintahan moden seperti di Westminster, hiasan pewter, gambir, lada hitam, bumbung berbentuk nanas semuanya sinonim dengan Johor. Malah kalau Ahli-Ahli Yang Berhormat berdiri dan bercakap di tengah Dewan ini akan ada suara gema yang unik tidak ada tempat di mana-mana Dewan ya tapi Yang Berhormat jangan bagi Penawar sebab dia nanti cakap yang bukan-bukan, Yang Berhormat Speaker.

Yang Berhormat Speaker…

Speaker

Jangan ada keluar Peraturan baru nanti.

Yang Berhormat Speaker, saya, Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Speaker...

Speaker

Peraturan berapa,Yang Berhormat?

Peraturan 45 (xiii) (a), mendatangkan sangkaan-sangkaan yang tidak baik kepada seseorang Ahli lain. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. (Dewan ketawa).

Speaker

Walaupun Yang Berhormat ada masalah dengan Penawar, tidak boleh dizahirkan masalah itu Yang Berhormat. (Dewan ketawa).

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan · Layang-Layang

Baik,Yang Berhormat Speaker, saya cuba tarik balik. Sama seperti Pulau Mersing dan Kukup Yang Berhormat, tidak ramai rakyat Johor, tentang, Johor tahu tentang fakta-fakta tentang Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Speaker, kurangnya promosi atau hebahan yang efektif dan strategik adalah antara puncanya produk-produk pelancongan di Johor kurang dikunjungi dan dilawati. Berdasarkan laporan Tourism Malaysia, kedudukan ataupun rangking pelancongan Johor merudum dari tangga ketiga dari tahun 2016 dan 2018 ke tangga ketujuh pada tahun lepas. Sebab itu, Tourism Johor kini memberikan tumpuan kepada promosi dan marketing. Fasa pertama akan lebih tertumpu kepada domestic tourism dan fasa kedua pula akan tertumpu kepada pelancong antarabangsa. Tourism Johor sedang dan akan mempromosikan ke semua jenis produk pelancongan melalui pelbagai medium seperti Fam-trip bersama media sosial, Instagram, Facebook, Twitter sehingga kita akan menyiarkan program bersiri Travelog yang mempromosikan, dipromosikan oleh selebriti-selebriti terkenal tanah air sebagai contoh selebriti terkenal Elizabeth Tan adalah artis jemputan bagi daerah Mersing. Sekali pandang macam Yang Berhormat Penawar.

Speaker

Itu tak ada masalah, yang tu.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan · Layang-Layang

Itu pujian ya. Tapi artis yang pergi membuat promosi di Desaru ialah Alif Satar Yang Berhormat, bukan main lagi Penawar berlari dengan Alif Satar di pantai Desaru macam model Baywatch. Yang Berhormat Speaker, program bersiri Travelog ini bertajuk Majestic Johor, dia bakal mempamerkan produk-produk pelancongan dan insya-Allah akan ditayangkan di Astro Ria pada 11 Disember tahun ini. Antara daerah-daerah yang terlibat termasuklah Muar, Johor Bahru, Iskandar Puteri, Kluang, Tangkak, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan juga Desaru.

Yang Berhormat Speaker, untuk fasa kedua pembikinan video artikel-artikel tentang produk-produk pelancongan Johor akan dibangunkan dalam pelbagai bahasa seperti Mandarin, Jepun, Korean dan juga Arabic. Tujuannya supaya kita dapat mengetengahkan dan mempromosikan produk-produk pelancongan Johor ke China, Jepun, Korea dan juga Timur Tengah dengan lebih agresif. Saya juga ingin merayu kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini untuk sama-sama membantu mempromosikan produk-produk pelancongan supaya rating Johor diletakkan di tempat yang sepatutnya.

Yang Berhormat Speaker, Johor Tourism Interchange atau JTI dengan peruntukan RM500,000.00 pula akan dibangunkan bagi mentransformasikan ekonomi digital pelancongan. JTI akan menghubungkan semua pemilik produk, operator pelancongan serta penggiat industri dalam satu Digital Market Place. Ini akan memudahkan kita menjual produk-produk pelancongan ke seluruh dunia. Selain itu, galakan daripada Kementerian Pelancongan memperuntukkan sebanyak RM200 juta melalui Tourism Malaysia. Kerajaan

negeri melalui Tourism Johor akan bekerjasama rapat dengan MOTAC negeri dan Tourism Malaysia Wilayah Selatan dalam memastikan negeri Johor menerima insentif tersebut dengan jumlah yang paling maksima.

Yang Berhormat Tuan Speaker, antara inisiatif lain di bawah agenda Majestic Johor adalah untuk meneliti semula Pelan Pelancongan Negeri Johor 2014-2023. Tujuan penelitian semula adalah bagi memastikan hala tuju sektor pelancongan dapat dirancang dengan lebih tersusun dan mengikut trend semasa. Saya menyambut baik semua cadangan daripada Yang Berhormat Semerah, Yang Berhormat Yong Peng, Pulai Sebatang, Panti, Serom, Sedili, Kukup termasuklah Penawar. Pelan Pelancongan negeri khusus untuk Cultural dan Heritage, Food Tourism, Sport Tourism, Medical Tourism, Edu Tourism dan Eco Tourism, semuanya akan diperhalusi kembali bagi dan mengambil kira cadangan-cadangan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Menjawab soalan Yang Berhormat Johor Jaya dan Stulang, untuk keselesaan pengunjung dan pelancong sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan untuk kerja-kerja menaik taraf prasarana dan infrastruktur Kompleks Sultan Abu Bakar dan Bangunan Sultan Iskandar Johor Bahru atau lebih dikenali sebagai CIQ JB. Kerja-kerja sudah berjalan dan dijangka siap seawal tahun hadapan.

Yang Berhormat Speaker, merujuk kepada Yang Berhormat Tenggaroh semalam, pihak kerajaan negeri juga menyambut baik akan cadangan untuk incorporatized Tourism Johor. Untuk makluman Tourism Johor kini di peringkat perbincangan dan perincian maklumat berkaitan penubuhan Tourism Johor Incorporated(TJI) untuk pertimbangan kerajaan negeri. Penubuhan TJI ini bertujuan untuk memperkasakan dan mendaya upayakan Tourism Johor. Usaha ini juga dilihat dapat membantu pejabat JETCO di Singapura. Tindakan sebegini juga akan membuka ruang dan peluang yang lebih meluas untuk Tourism Johor memacu sektor pelancongan negeri Johor terutamanya dalam menarik pakar-pakar pelancongan untuk berkhidmat dalam industri negeri ini.

Yang Berhormat Speaker, saya beralih kepada Agenda OMJ, Orang Muda Johor. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Haji Hasni Mohammad atas kesudian beliau untuk mendengar dan menerima cadangan anak-anak muda dalam menyediakan belanjawan tahun ini. Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah memperuntukkan RM57 juta khas untuk orang muda Johor dalam 5 teras utama. Lebih 42 titik sentuhan yang akan memanfaatkan 1.6 juta rakyat Johor belia. Orang muda Johor sangat bertuah kerana mempunyai seorang Menteri Besar yang memahami, prihatin dan berjiwa muda sama seperti Yang Berhormat Penawar cuma dia, nafsu dia, pun macam orang muda.(Dewan ketawa). Bantuan dan undangan, undangan orang muda kepada Yang Amat Berhormat tidak pernah ditolak tidak kira dari platform Southern Volunteers, Dewan Muda Johor, Mahasiswa hinggalah ke Persatuan Tinju. Cadangan dan pandangan kepimpinan pemuda dan puteri, Majlis Belia Negeri Johor, Dewan Muda Johor dan Majlis Belia FELDA Johor diperhalusi satu persatu menunjukkan keprihatinan dan ketelitian beliau terhadap masa depan orang muda di Johor.

Yang Berhormat Speaker, kerajaan negeri menyambut baik titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor untuk mewujudkan Tunku Mahkota Ismail Youth Center(TMIYC) di setiap daerah. TMIYC Johor Bahru akan disempurnakan pembukaannya oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor pada pertengahan bulan ini insya-Allah. Manakala majlis pecah tanah di daerah Muar akan disempurnakan pada akhir tahun ini. TMIYC berperanan menjadi pusat pembangunan belia, keusahawanan, pusat aktiviti sini, sukan dan rekreasi serta program bermanfaat mengikut keperluan belia di setiap daerah.

Seterusnya, Yang Berhormat Speaker, kerajaan negeri juga merancang untuk membangun Gym Rakyat yang bertujuan melahirkan rakyat Johor yang mementingkan gaya hidup sihat

dengan memelihara kesihatan fizikal dan mental dalam aktiviti harian. Seterusnya, Southern Volunteers juga diwujudkan untuk mengkoordinasi dan menggalakkan lagi penyertaan para belia dalam aktiviti kemasyarakatan dan khidmat bakti kepada bangsa Johor. Pada pagi ini, alhamdulillah suka saya melaporkan flag off misi penghantaran Bakul Makanan Southern Volunteers bagi rakyat Johor dan Malaysia yang terkandas di Singapura telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Untuk fasa pertama 1,000 bakul makanan akan dihantar untuk rakyat Malaysia yang terkandas di Singapura, yang berada di Singapura, maaf. Usaha ini dilakukan bersama-sama pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Majlis Singapore Association, PAJ dan KPJ.

Yang Berhormat Speaker, kerajaan Johor juga beriltizam untuk melahirkan lebih ramai pemimpin-pemimpin muda yang mampu bersaing dengan mana-mana anak muda di negeri atau negara lain. Mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan belia-belia di mana-mana negara maju. Kerajaan negeri melalui IKLAS atau sekarang dikenali sebagai Institut Dato’ Onn dan Dewan Muda Johor akan mengukuhkan Program Pembangunan Kepimpinan dan Bina Sahsiah bagi mempertingkatkan kepimpinan belia sekali gus melahirkan putera puteri terbaik bangsa. Penubuhan Johor Youth Database juga akan menjadi pangkalan data maklumat bagi 16.6 juta belia negeri Johor. Segala maklumat yang diperolehi melalui pangkalan data ini dapat membantu dalam merancang, menggubal dasar-dasar untuk anak-anak muda negeri Johor. Saya juga berterima kasih atas pengumuman Dana Galakan Persatuan Belia Negeri Johor bagi melaksanakan pelbagai program meliputi aktiviti kesukarelawan khidmat bakti masyarakat, belia, sukan dan rekreasi.

Yang Berhormat Speaker, apa yang juga menggembirakan orang muda Johor, terutamanya golongan mahasiswa adalah pemberian one-off sebanyak RM150.00 kepada 35,000 mahasiswa anak Johor daripada keluarga B40 yang melibatkan peruntukan RM5.2 juta. Bantuan ini diharap dapat meringankan beban kos sara hidup mahasiswa seperti menampung kos pembayaran Internet bagi pembelajaran kuliah secara online.

Yang Berhormat Speaker, bagi sektor sukan pula kerajaan negeri menerusi MSNJ telah merancang hala tuju atlet SUKMA Johor untuk masa depan mereka yang lebih terjamin. Antaranya dengan memperkenalkan beberapa inisiatif yang saya bentangkan tempoh hari. Antaranya pemberian insentif untuk atlet SUKMA, biasiswa program pengajian luar kampus dengan kerjasama UiTM, pemberian biasiswa dan pinjaman YPJ kepada atlet, Program Perantis Iskandar dan Program Titanium X yang akan diteruskan.

Alhamdulillah, seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam belanjawan baru-baru ini, kerajaan negeri dengan hasil usaha KPRJ dan MSNJ sudah merangka Johor Sports Master Plan 2030, dengan izin. Pelan induk ini akan memberikan hala tuju baharu kepada industri sukan negeri Johor. Bukan sahaja untuk gaya hidup dan pembangunan atlet semata-mata, tetapi menjadikan sukan sebagai sumber ekonomi baharu kepada kerajaan negeri Johor. Pelan ini juga akan menjadi pelan jangka panjang yang komprehensif untuk kemudahan sukan di negeri Johor dan meletakkan Johor di dalam peta dunia. Kita mahu jadikan Johor as a sports power house of South East Asia.

Yang Berhormat Speaker, saya mengucapkan juga jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat yang memperluas program aktif Johor melalui penganjuran Sukan Makmur Johor. Sukan Makmur ini telah dibuat oleh Dato’ Zul dahulu, masa dia jadi EXCO. Bagi merakyatkan sukan serta menggalakkan aktiviti sukan sebagai sebahagian gaya hidup rakyat negeri Johor yang akan dilaksanakan di kesemua 56 DUN.

Speaker

Azan Yang Berhormat.

(Berhenti sebentar kerana memberi laluan azan).

Speaker

Jemput, jemput. Silakan.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan · Layang-Layang

Yang Berhormat Speaker, dari segi prasarana sukan pula, sukacita saya maklumkan bahawa kerajaan negeri bercadang untuk membina sebuah Pusat Sukan Tempur atau Johor Combat Sports Centre dengan peruntukan sebanyak RM4.5 juta. Pusat ini akan dilengkapi dengan fasiliti sukan seperti tinju, silat, judo, taekwondo dan lawan pedang di dalam satu tempat. Ini bertujuan untuk pembangunan atlet dan menjadikan sukan tempur sebagai salah satu sukan utama di negeri Johor. Selain itu, kerajaan negeri juga akan menyediakan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi melengkapkan peralatan di pusat sukan berprestasi tinggi Nusa Duta, Johor Bahru.

Yang Berhormat Speaker, akhir sekali seperti yang kita semua sedia maklum Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita semua sedia maklum, rakyat sedang susah. 80,000 rakyat Johor dijangka hilang pekerjaan akibat pandemik COVID-19. Di sektor pelancongan ribuan yang sudah diberhentikan kerja dan ribuan juga sudah dipotong pendapatan bulanan. Pemandu-pemandu teksi dan pemandu-pemandu pelancong merintih dan menangis mengadu nasib. Sedih dan sayu apabila mendengar permasalahan yang terpaksa mereka hadapi untuk menerusi kehidupan. Saya merayu kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dari pihak kerajaan dan juga pembangkang berhentilah sebentar sengketa antara kita. Kerana rakyat memerlukan segala tenaga dan kudrat kita untuk berkhidmat dan berbakti kepada mereka.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah menambahkan peruntukan kepada kawan-kawan kita yang berada di sana. Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Paloh dan juga Bukit Batu, you are not the enemy of the state. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan, yang rapat kita eratkan. Mungkin kah ini hikmah ujian tahun 2020. Marilah kita sama-sama terus istiqamah dalam memastikan segala usaha yang kita lakukan sebagai wakil rakyat dapat membuahkan hasil demi bangsa Johor dan negeri yang kita cintai. Marilah kita berganding bahu dalam memastikan agenda perjuangan demi bangsa Johor sentiasa didahulukan dan sama-samalah kita cuba mencari titik persamaan agar kita dapat mengharungi masa yang getir ini bersama. Ini bukan sesuatu perkara yang mudah tetapi ia juga bukan mustahil untuk dilaksanakan. Allah SWT berfirman dalam surah al-Imran, ayat 103. (Bacaan ayat). Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan lalu Allah menyatukan hati-hati kamu agar kamu menjadi saudara yang berkasih sayang. Sekian, wabillahi taufik walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan ke sehingga jam 2.30 petang ini. Sekian.

Persidangan ditangguhkan pada jam 1.06 petang.

Persidangan disambung semula pada jam 2.30 petang.

Yang Berhormat Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat Persidangan disambung semula. Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat jemput.

Puan Zaiton binti Haji IsmailUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Sungai Balang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Makmur Johor. Yang Berhormat Puan Speaker, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan untuk memberi ucapan

penggulungan bagi pihak kerajaan dalam Persidangan Penggal Ketiga Bagi Dewan Negeri Johor Ke-14.

Yang Berhormat Puan Speaker, pertamanya patik ingin merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat pada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Ta’zim sempena sambutan hari ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2020 bersamaan 6 Rabiulakhir 1442 Hijrah.

Yang Berhormat Puan Speaker, alhamdulillah pada bulan Mac yang lalu, saya telah mengangkat sumpah taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan kerajaan negeri Johor dan menjadi salah seorang daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor bagi portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Insya-Allah saya akan memikul tanggungjawab ini dengan penuh amanah, berintegriti bagi memastikan segala keperluan dan kepentingan rakyat menjadi fokus utama dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah mentadbir kerajaan negeri Johor dengan penuh dedikasi ditambah pula dengan pembentangan Belanjawan Johor 2021 yang sangat inklusif, lestari dan sejahtera untuk segenap lapisan masyarakat Johor. Belanjawan ini merupakan satu anggaran perbelanjaan negeri yang tidak boleh disangkal kebaikannya dan pasti tidak boleh dinafikan manfaatnya. Dengan bertemakan “Berdaya Tahan Demi Kemakmuran” yang merangkumi 3 objektif utama dan 12 agenda, saya secara peribadi amat berharap semua pihak tidak kiralah sama ada agensi kerajaan mahupun swasta, peringkat kepimpinan tertinggi sehinggalah kepimpinan di peringkat kampung dapat melaksanakan kesemua inisiatif belanjawan ini dengan jayanya. Kerana saya percaya sesuatu dasar yang baik itu jika tidak disokong dan dilaksanakan dengan baik ia tidak akan menjadi. Pentadbiran kerajaan negeri melalui kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang sentiasa menekankan konsep kemakmuran bagi memastikan semua anak Johor menerima manfaat dan limpahan ekonomi di tanah permata selatan ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan ucapan Belanjawan Johor 2021 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang menyentuh perkara-perkara berkaitan portfolio saya, khususnya dalam soal-soal pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Sememangnya banyak perkara yang telah dikemukakan semasa sesi perbahasan ini. Sama ada yang berbentuk soalan, cadangan, sokongan malah tidak kurang juga ada respons yang berbentuk teguran. Walau apa pun rupa dan ragam respons yang diberikan, saya sentiasa berlapang dada untuk menilai setiap soalan dan memberi perhatian akan segala cadangan yang sesuai demi memastikan rancangan ekonomi yang saksama lagi seimbang bagi mencapai matlamatnya serta boleh direalisasikan.

Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Mahkota telah menyentuh mengenai Agenda Johor Prihatin dalam Belanjawan Johor 2021 mengenai Program Cari Orang Memerlukan Bantuan iaitu COMB. Kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi oleh rakyat dan sentiasa bergerak menyantuni rakyat yang memerlukan dengan pelbagai kaedah. Saya juga mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Mahkota terhadap kebajikan rakyat terutamanya di kawasan Flat Haji Manan yang terletak di bandar Kluang. Pihak JKM juga telah mengambil tindakan tentang perkara ini dan sehingga kini seramai 84 penghuni di Flat Haji Manan telah menerima bantuan kewangan dari JKM seperti bantuan kanak-kanak, bantuan orang tua, bantuan OKU tidak berupaya bekerja, bantuan am dan lain-lain bantuan mengikut kepada keperluan mereka. Jumlah keseluruhan bantuan disalurkan adalah sebanyak RM26,909.00.

Seterusnya, Yang Berhormat Bukit Naning telah membahaskan mengenai kerisauan peruntukan yang akan disalurkan kepada pertubuhan bukan kerajaan dalam melaksanakan Program COMB ini. Ingin saya jelaskan dalam Dewan yang mulia ini, bahawa Program COMB hanyalah menggunakan peruntukan sedia ada daripada kerajaan persekutuan dan tidak melibatkan satu jumlah yang besar kepada agensi-agensi mahupun NGO. Pelaksanaan program ini adalah dengan kerjasama agensi-agensi di bawah portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor seperti JKM, YPKDT, Jabatan Pembangunan Wanita, KEMAS dan LPPKN. Walau bagaimanapun, saya amat menggalakkan untuk NGO-NGO turut menjadi ejen kepada kerajaan untuk mengenal pasti masyarakat yang memerlukan bantuan untuk dibantu. Sekiranya Yang Berhormat Bukit Naning ada senarai-senarai nama yang layak menerima bantuan boleh juga menghantar terus kepada saya untuk kita membuat penilaian sebelum bantuan diluluskan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Saya juga mengalu-alukan supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini turut serta mengambil bahagian dalam Program COMB ini.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, program COMB ini bukanlah semata-mata untuk mencari mereka yang memerlukan bantuan bulanan. Mereka-mereka yang mencari ruang untuk bantuan khusus menjana pendapatan. Kursus peningkatan kemahiran juga turut menjadi fokus utama Program COMB ini. Ini bagi memastikan mereka mendapat saluran yang betul untuk menikmati manfaat dan ruang yang disediakan oleh kerajaan negeri.

Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Jementah ingin mendapatkan jumlah aduan mengenai kes keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak sepanjang tempoh penularan COVID-19. Kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat sedia maklum mengenai statistik kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan oleh Talian Kasih bermula 18 Mac 2020 hingga 30 Oktober 2020 iaitu tempoh PKP adalah sebanyak 264 aduan. Manakala statistik kes yang dikendalikan oleh JKM Negeri Johor sebanyak 53 kes. Dimaklumkan perbezaan kes aduan di Talian Kasih dan kes keganasan rumah tangga yang dikendalikan oleh JKM Johor adalah disebabkan kebanyakan kes yang dikendalikan oleh Talian Kes adalah berbentuk mendapatkan khidmat nasihat dan aduan awal berkaitan masalah rumah tangga yang tidak memerlukan tindakan lanjut di peringkat JKM. Sementara kes di JKM Johor adalah kes yang telah di ambil tindakan lanjut yang memerlukan perintah pelindungan dari mahkamah seperti yang termaktub di dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan rujukan untuk sesi kaunseling. JKM Johor telah melaksanakan beberapa tindakan dalam membantu mangsa kes keganasan rumah tangga sepanjang tempoh PKP sebagaimana termaktub di dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, Akta 521 yang telah diambil oleh Pegawai Pelindung JKM dan pegawai kaunselor dalam membantu mangsa keganasan rumah tangga.

Yang pertama, memberi khidmat nasihat kepada mangsa sebanyak 34 kes. Memberi perintah pelindungan sementara kepada mangsa yang memerlukan pelindungan segera sebanyak 14 kes. Membantu mangsa mendapatkan perintah pelindungan di mahkamah sebanyak 3 kes dan memberi perkhidmatan kaunseling kepada mangsa sebanyak 2 kes.

Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Bukit Naning telah mencadangkan agar pihak kerajaan menyalurkan bantuan kepada mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19 walaupun tidak tergolong dalam kategori e-Kasih. Ingin saya maklumkan di Dewan yang mulia ini, kerajaan negeri Johor telah menunjukkan satu inisiatif khas yang dikenali sebagai Bantuan Ihsan Johor yang dikendalikan oleh Perbendaharaan Negeri Johor. Inisiatif ini diwujudkan bagi mereka yang tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Malah, kerajaan persekutuan juga telah membenarkan program i-Lestari dan i-Sinar yang membolehkan masyarakat terkesan dengan COVID-19 mengeluarkan caruman KWSP mereka untuk menampung sebahagian daripada keperluan kehidupan mereka.

Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Penggaram telah memberi cadangan kepada kerajaan negeri agar menyediakan sejumlah bajet bagi menyediakan perkhidmatan kaunseling yang lebih efektif dan menyeluruh kepada masyarakat melalui agensi-agensi sedia ada. Saya suka kongsikan dalam Dewan yang mulia ini, bahawa kerajaan negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim telah merencana program Profesionalisme Kaunselor negeri Johor menerusi Bajet Negeri Johor 2021. Program ini bertujuan bagi mengumpulkan dan menggabungkan tenaga pakar dari kalangan kaunselor-kaunselor di negeri Johor dari pelbagai agensi dalam memperkasa perkhidmatan kaunseling di samping menangani masalah sosial. Program ini juga bertujuan mempromosi perkhidmatan kaunseling secara percuma kepada seluruh lapisan masyarakat sekali gus memupuk kesejahteraan psikologi dari segi kestabilan emosi, fikiran dan tingkah laku dalam kalangan masyarakat negeri Johor. Bagi tahun 2021 YPKDT juga akan melaksanakan Johor Sport Programme for Community (SPAC), program ini bertujuan menangani masalah sosial di peringkat komuniti di samping membina jati diri di kalangan belia.

Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Jementah ingin mengetahui apakah inisiatif-inisiatif yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri kepada pembangunan keluarga dan golongan wanita dengan peruntukan RM2.3 juta sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semasa pembentangan Belanjawan Johor 2021. Sebenarnya program-program yang diperuntukkan dengan nilai RM2.3 juta ini telah pun Yang Amat Berhormat Menteri Besar nyatakan satu per satu dalam Belanjawan Johor 2021.

Justeru, saya kongsikan secara ringkas pada Yang Berhormat, kerajaan negeri melalui YPKDT di dalam agenda ke-11 iaitu Johor Prihatin akan melaksanakan 6 program utama yang disokong oleh program-program sampingan seperti:

1. Center of Suri Johor yang berfungsi sebagai pusat latihan dan kemahiran bagi pembangunan diri dan modal insan golongan sasar. Dijangka seramai 700 orang usahawan akan mendapat manfaat dalam program ini. Center of Suri Johor dengan izin, akan diperkasakan dengan melaksanakan pelbagai program antaranya Woman Income Generating Skill Project (WINGS), skim bantuan peralatan perniagaan dan kursus inspirasi usahawan berfokus.

2. Pesona Wanita Profesional. Tujuan inisiatif ini diperkenalkan pada tahun 2021 adalah untuk menyokong dasar wanita negara dalam usaha mengintegrasikan kaum wanita dalam semua sektor pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka bagi tujuan meningkatkan mutu kehidupan dalam bidang masing-masing serta mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita terhadap diskriminasi berasaskan gender.

3. Pembangunan Data Wanita Dalam Keluarga Negeri Johor. Pembangunan data ini adalah penting bagi memastikan data-data wanita dan keluarga terus dikemas kini untuk memudahkan kerajaan negeri mengenal pasti golongan yang perlu di bantu dan diperkasakan.

4. Program Intervensi Keluarga dan Komuniti. Program intervensi keluarga dan komuniti ini menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri dalam memperkukuhkan institusi kekeluargaan masyarakat Johor. Antara program yang akan dilaksanakan ialah Program Ikon Keluarga Sakinah, Program Kembara Keluarga Sejahtera, Johor Support Programme for Community, Program Modul Keluarga Sejahtera dan Modul Keluarga Sakinah Negeri Johor.

5. Program Latihan dan Promosi iaitu PLP. PLP merupakan program pembangunan Orang Kurang Upaya yang memberi fokus dalam meningkatkan kemahiran golongan OKU bagi meningkatkan pendapatan keluarga.

6. Program kesedaran kepada keluarga yang mempunyai anak-anak OKU iaitu KOKU. Program ini akan dibuat dalam bentuk road show yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat yang mempunyai anak-anak OKU. Mengenal potensi dan peluang-peluang anak-anak OKU dalam membantu keluarga dan masyarakat.

Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Johor Jaya ingin mengetahui status pelaksanaan Skim Bantuan Guaman di bawah kelolaan YPKDT. Untuk makluman, pelaksanaan Skim Bantuan Guaman Wanita Negeri Johor 2020 telah digugurkan setelah mendapat pandangan dan ulasan daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor serta keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah YPKDT kali ke-19 tahun 2020. Di antara ulasan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor adalah merujuk kepada beberapa akta yang berkaitan sebagaimana berikut:

1. Seksyen 2A Akta Bantuan Guaman 1971. 2. Seksyen 12 Bahagian 4 Akta Bantuan Guaman 1971. 3. Seksyen 13 Bahagian 4 Akta Bantuan Guaman 1971. 4. Seksyen 15 Bahagian 4 Akta Bantuan Guaman 1971. 5. Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman 2017. 6. Seksyen 2B Akta Bantuan Guaman 1971.

Justeru itu, berdasarkan peruntukan undang-undang di atas, perkara berkaitan khidmat bantuan guaman kepada masyarakat umum terutamanya berpendapatan kurang daripada RM30,000.00 setahun telah diperuntukkan di bawah Akta Bantuan Guaman 1971 dan Peraturan-Peraturannya dengan bayaran sebanyak RM10.00.

Sehubungan dengan itu, wanita negeri Johor yang memerlukan bantuan guaman bagi kes perundangan sivil dalam rumah tangga mereka hendaklah merujuk kepada Jabatan Bantuan Guaman yang melibatkan kos yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat, YPKDT terus melaksanakan perkhidmatan kaunseling kepada klien-klien yang hadir ke pejabat YPKDT untuk mendapatkan khidmat nasihat. Sehingga Disember 2020, YPKDT telah mengendalikan sebanyak 57 kes kaunseling yang melibatkan isu-isu dalam perkahwinan dan kekeluargaan. Manakala melalui JKM pula, bermula Januari hingga Oktober 2020 kaunselor jabatan telah menjalankan sebanyak 970 sesi kaunseling pada klien dari pelbagai kumpulan sasar.

Di samping itu juga sebanyak 2,161 klien yang terkesan di sebabkan pandemik COVID-19 telah menjalani sesi intervensi jangka pendek dan intervensi krisis bersama kaunselor. Kaunselor juga telah menjalankan sebanyak 1,222 ujian psikologi kepada klien dan turut menjalankan 97 program psiko pendidikan yang melibatkan seramai 5,093 orang peserta.

Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Johor Jaya telah mencadangkan untuk menubuhkan sebuah rumah shelter atau rumah transit sementara untuk wanita yang mengalami masalah keluarga. Kerajaan negeri melalui JKM juga telah menubuhkan rumah shelter atau rumah transit sementara supaya mereka yang menghadapi masalah keganasan rumah tangga atau keganasan wanita dapat dibantu dengan segera. Di bawah kendalian jabatan, telah disediakan tempat selamat. Yang di wartakan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 sejak 15 Disember 2006 dan di negeri Johor terdapat sebanyak 4 buah institusi yang telah diwartakan iaitu:

1. Rumah Seri Kenangan Johor Bahru 2. Taman Sinar Harapan Tampoi

3. Taman Sinar Harapan Jubli 4. Desa Bina Diri Mersing

Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah mendapat kerjasama daripada agensi seperti pertubuhan pertolongan wanita dan juga pertubuhan pergerakan wanita Johor serta Majlis Agama Islam Johor dalam memberi pelindungan kepada mangsa keganasan rumah tangga. Untuk makluman Yang Berhormat sekiranya mangsa tinggal di kediaman sendiri atau kediaman saudara, terdapat perundangan yang termaktub di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 Pindaan 2017 yang bertujuan untuk melindungi mangsa semasa tempoh menunggu siasatan. Di bawah peruntukan akta tersebut mangsa boleh mendapatkan perlindungan interim di bawah Seksyen 12 GAKRT 1994, perintah pelindungan di bawah Seksyen 13 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan perintah pelindungan kecemasan yang akan dibantu oleh pegawai pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat. Menurut rekod jabatan berdasarkan kes yang kebanyakannya mangsa memilih untuk tinggal di rumah kenalan dan ahli keluarga. Statistik pada tahun 2019 sebanyak 5 kes memilih tinggal sementara di rumah kenalan dan 1 kes di rumah keluarga. Pada tahun 2020 seramai 5 mangsa telah memilih untuk tinggal di rumah kenalan.

Yang Berhormat Puan Speaker, sebelum menjawab kepada isu yang di bawa oleh Yang Berhormat Johor Jaya mengenai dengan status terkini dengan rancangan seterusnya dalam Bilik Mama Friendly, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Johor Jaya yang telah menggerakkan inisiatif penyediaan ruang penyusuan ibu kepada ibu-ibu yang bekerja dalam menggalakkan lagi aktiviti pemberian susu kepada bayi. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah bilik Mama Friendly yang telah disediakan sehingga November 2020 adalah sebanyak 52 bilik yang memberikan manfaat kepada lebih 209 pengguna. Program ini ternyata mendapat sambutan baik daripada masyarakat negeri Johor khasnya pada guru-guru sekolah. Program ini juga akan diteruskan pada tahun 2021 dengan diperluaskan lagi di agensi-agensi kerajaan, sektor-sektor swasta, PBT, institut-institut pengajian tinggi awam dan swasta serta pusat-pusat membeli belah.

Yang Berhormat Puan Speaker, terima kasih juga saya ucapkan kepada Yang Berhormat Parit Raja yang mengambil berat terhadap inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri untuk memperkasa dan mengaktifkan peranan wanita Johor. Berkenaan dengan isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Parit Raja mengenai pengkhususan wanita dalam bidang pertanian. Ingin saya maklumkan bahawa kerajaan negeri melalui YPKDT telah menyahut cabaran dengan menjayakan Projek Pembangun Ekonomi Rakyat (PROPER) pada tahun 2020 dan penglibatan seramai 56 orang melibatkan 10 daerah di negeri Johor. Daripada 56 peserta, seramai 39 orang adalah terdiri dari wanita. Ini menunjukkan YPKDT memberikan ruang atau kuota khusus dalam wanita kepada wanita dalam menjalankan projek pertanian dan ini terbukti jumlah hasil tertinggi yang telah dikeluarkan oleh komuniti adalah dari Batu Pahat dan Kluang yang mana peserta projek PROPER keseluruhannya dari kalangan wanita. Sehingga kini daerah Batu Pahat telah memperolehi hasil sebanyak RM10,140.60 dan daerah Kluang dengan hasil RM5,946.10. Berdasarkan data ini jelaslah wanita mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki. Saya yakin wanita boleh.

Saya juga percaya di bawah portfolio pertanian Yang Berhormat EXCO Pertanian, Industri dan Asas Tani mempunyai peruntukan yang boleh dimanfaatkan oleh usahawan tani wanita sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam Belanjawan Johor 2021 mengenai Agenda Johor Tani.

Yang Berhormat Puan Speaker, mengenai bantuan bakul makanan yang diberikan oleh JKM kepada golongan sasar sebagaimana yang dibangkit oleh Yang Berhormat Pasir Raja, ingin saya maklumkan bahawa semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat bagi daerah-daerah yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, bakul makanan di berikan

adalah termasuk keperluan barangan basah. Manakala, bagi bantuan bakul makanan di luar kawasan PKPD berdasarkan kepada SOP yang telah ditetapkan oleh ibu pejabat JKM hanya menyatakan 12 item makanan kering dalam bakul makanan. Bantuan makanan basah diberikan kepada penyelarasan bersama agensi lain dan NGO. Ini adalah bagi mengelakkan barangan tersebut rosak akibat disimpan dalam tempoh melebihi 3 hari.

Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Buluh Kasap telah mengetengahkan cadangan untuk kerajaan turut, kerajaan negeri turut memberi fokus kepada kebajikan golongan bapa tunggal. Saya rasakan ini satu cadangan yang baik. Dan insya-Allah melalui agenda Johor Prihatin iaitu pembangunan data wanita dan keluarga negeri Johor kita akan mengenal pasti terlebih dahulu data-data kaum lelaki yang berstatus bapa tunggal. Untuk bantuan-bantuan di bawah YPKDT, terdapat pelbagai program yang boleh kita libatkan bersama golongan bapa tunggal dan sebenarnya kita tiada seberang halangan untuk libat sama bapa tunggal seperti dalam program yang sedia ada seperti PROPER, Bantuan Keusahawanan Johor, Pakej Food Delivery serta kursus-kursus bagi peningkatan pendapatan dan lain-lain yang bersesuaian. Malah, di JKM juga memberi bantuan kepada golongan bapa tunggal melalui anak-anak mereka yang bersekolah iaitu di bawah bantuan kanak-kanak. Kadar skim bantuan kanak-kanak adalah sebanyak maksimum RM450.00 sebulan iaitu RM100.00 bagi setiap anak dalam keluarga. Berdasarkan statistik JKM sehingga Disember 2020, seramai 5,719 keluarga telah menerima bantuan kanak-kanak di seluruh negeri Johor. Daripada jumlah keseluruhan, penerima bantuan kanak-kanak ini, seramai 552 adalah merupakan golongan bapa tunggal dengan perbelanjaan sebanyak RM138,000.00 sebulan dan telah memberi manfaat kepada seramai 1,656 orang kanak-kanak.

Yang Berhormat Puan Speaker, inilah sahaja yang dapat saya sampaikan untuk sesi penggulungan kali ini, terima kasih saya ucapkan sekali lagi kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan dan cadangan yang melibatkan jabatan di bawah portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat soalan berbangkit yang belum dijawab, pihak-pihak Yang Berhormat boleh terus berhubungan dengan pejabat saya untuk mendapatkan jawapan secara bertulis. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan dan kakitangan jabatan di bawah portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang sentiasa bertungkus lumus dan bersiap sedia dengan segala tugas yang dipertanggungjawabkan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, hari ini merupakan sambutan Hari Orang Kurang Upaya Sedunia Tahun 2020 dengan tema Membina Kesejahteraan OKU, Mendepani Perubahan. Saya berharap semua masyarakat terus mengambil berat dan ambil peduli terhadap golongan istimewa ini kerana mereka juga adalah sebahagian daripada kita. Saya juga menyarankan agar golongan OKU terus berusaha dan pandai mengambil peluang terhadap peluang dan inisiatif yang diberikan oleh kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri kepada mereka.

Akhir kata di kesempatan yang ada ini, saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan iaitu kakitangan hospital kerajaan mahu pun swasta, anggota Polis, anggota RELA, Jabatan Kebajikan Masyarakat, para petugas media dan sukarelawan yang bertungkus lumus menjaga rakyat Malaysia dalam memerangi wabak COVID-19. Kita doakan agar wabak COVID-19 ini dapat dikawal dan akhirnya dapat ditangani dengan baik. Selendang satin bersandar ratu, elok beralun warna celang, PWKM prihatin rakyat dibantu, sama membantu sambil membangun Johor gemilang. Motif melur sulam kebayat, halus susunan seni aturan, bajet Johor santuni rakyat, berdaya tahan demi kemakmuran. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wasssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur, jemput.

Tuan Haji Mohd Solihan bin BadriBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Tenang

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera, segala puji bagi Allah SWT dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Yang Berhormat Puan Timbalan Speaker, terlebih dahulu Tenang ingin mengambil kesempatan ini bagi merafak sembah, menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2020 bersamaan 6 Rabiulakhir 1442 Hijrah. Patik juga ingin merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tuanku Mahkota Johor serta keseluruhan pasukan Bola Sepak Johor Darul Ta’zim atas pencapaian cemerlang merangkul Piala Liga Super buat kali ke-7 pada tahun ini, tahniah diucapkan.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, Tenang ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana telah diberi ruang dan kesempatan untuk sama-sama mengambil bahagian dalam sesi Perbahasan Belanjawan yang bertema, Berdaya Tahan Demi Kemakmuran. Sebelum langkah lebih lanjut, izinkan Tenang untuk menyentuh sedikit perihal Belanjawan 2021 oleh kerajaan persekutuan pimpinan Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohammad Yassin, Perdana Menteri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pagoh dan ADUN Gambir. Pada Khamis yang lalu, kita semua telah menyaksikan Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Senator Tengku Dato’ Seri Zafrul bin Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia telah berjaya diluluskan pada peringkat dasar di Dewan Rakyat selepas mendapat sokongan daripada majoriti Ahli-Ahli Parlimen Malaysia. Tenang ingin mengambil kesempatan dalam ucapan penggulungan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat di Parlimen kerana telah bersatu hati untuk memastikan belanjawan penting negara bagi tahun hadapan berjaya diluluskan. Ucapan setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada kerajaan persekutuan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berjaya membentangkan sebuah belanjawan yang cakna dan dekat dengan hati rakyat Malaysia dan Johor amnya. Malah dengan izin Allah SWT, Tenang percaya Belanjawan 2021 juga akan diterima dengan baik dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa dan seterusnya diluluskan sekali lagi demi negara serta rakyat yang kita cintai.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, Tenang juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor atas pembentangan Belanjawan Negeri Tahun 2021 dengan menimbangkan pelbagai sektor dan memberi perhatian yang saksama dalam suasana menghadapi wabak COVID-19 ini. Tenang juga mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan Bajet Belanjawan Negeri Johor 2021 dan menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan portfolio Tenang khususnya dalam soal Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur. Kepesatan ekonomi Johor yang sedang menuju ke arah menjadi sebuah negara maju, berdaya saing, mampan dan dinamik perlu disokong dengan infrastruktur yang lengkap dan sistem pengangkutan awam yang moden bersepadu serta bertaraf dunia. Kerajaan negeri mempunyai hala tuju yang jelas untuk mencapai hasrat pemodenan sistem pengangkutan awam dan infrastruktur negeri. Kerajaan negeri telah merangka beberapa pelan perancangan yang melibatkan pengangkutan awam dan infrastruktur yang saling melengkapi serta disusun secara inklusif melangkaui setiap pelosok kawasan atau daerah di negeri Johor dari Tanjung Piai hingga ke Tanjung Emas di Muar. Sebagai contoh, Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Johor 2045 yang dirangka khas

untuk memodenkan sistem pengangkutan awam di negeri Johor dengan mengambil kira jaringan rangkaian sistem pengangkutan di seluruh negara. Secara keseluruhannya, terdapat 6 pelan rujukan yang akan dijadikan panduan dengan penempatan pelbagai sasaran yang ingin dicapai bagi fasa jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Setiap pelan pembangunan yang disediakan dan dilaksanakan perlulah selari dengan pelan yang telah dirangka atau dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan. Di sini, Tenang ingin merakamkan terima kasih atas peranan Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Timur (ECER) yang turut menjadi penyumbang kepada pembangunan negeri Johor. Tenang juga memandang penting kepada peranan dan sumbangan PIPC, Pengerang Integrated Petroleum Complex khususnya Pengerang.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, isu-isu berbangkit yang telah dikemukakan oleh Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini, terima kasih diucapkan dan antaranya ialah Bas Muafakat Johor. Antara perkara yang dibangkitkan dalam perbahasan yang berkaitan portfolio Tenang adalah pertama, agenda Prasarana Johor iaitu perkhidmatan Bas Muafakat Johor bagi menambah bilangan pengguna perkhidmatan bas dalam daerah negeri Johor. Berhubung soal dari Yang Berhormat Machap, pihak PAJ Pengangkutan Awam Johor tidak mempunyai sebarang halangan laluan Bas Muafakat Johor yang dicadangkan di kawasan Machap. Memandangkan antara tujuan perkhidmatan Bas Muafakat Johor ini diwujudkan adalah untuk accessibility dan kemudahsampaian rakyat. Sekiranya terdapat cadangan untuk laluan ini, pihak PAJ terlebih dahulu akan memperhalusi dengan membuat kajian bagi mengetahui tahap keperluan perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan ini dengan lebih lanjut melalui maklumat seperti jumlah permintaan OD, origin destination atau asal destinasi dan kumpulan pengguna yang inginkan perkhidmatan ini. Kajian ini penting agar kepenggunaan perkhidmatan Bas Muafakat Johor ini bukan sahaja digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah, malah digunakan secara menyeluruh oleh penduduk setempat. Walau bagaimanapun, cadangan ini perlu dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Lalu Lintas Pihak Berkuasa Tempatan dan perlu dibincangkan dan perlu perbincangan yang lebih lanjut untuk melihat impak kos kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan kawasan tersebut.

Yang Berhormat Yong Peng dan Yang Berhormat Sedili juga ada menekankan isu yang sama berkenaan laluan Bas Muafakat Johor di kawasan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Perbincangan di kawasan bersama Yang Berhormat telah dilaksanakan oleh PAJ dan semakan laluan serta kajian juga telah dijalankan bagi mendapatkan pandangan penduduk terhadap kesesuaian laluan tersebut untuk dilaksanakan. Perkara ini telah diperincikan termasuk kos pengoperasian di kawasan tersebut dan akan dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi mendapat kelulusan. Proses terkini adalah pihak Perbadanan Pengangkutan Awam Johor sedang menunggu kelulusan dari MMK berkaitan laluan yang telah dicadangkan ini.

Yang Berhormat Puan Timbalan Speaker, mengenai e-hailing pula, ketika pandemik yang sedang melanda seluruh negara, kerajaan amat mengambil berat mengenai isu ekonomi yang kian merudum. Tenang pasti ramai masyarakat di luar sana yang terkesan akibat penularan wabak pandemik ini terutama apabila kerajaan mengumumkan PKP dan PKPB perlu dilaksanakan. Oleh yang demikian, soalan dari Yang Berhormat Mahkota berkenaan pemandu-pemandu e-hailing dan teksi yang terkesan, pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha dalam membantu pemandu-pemandu e-hailing dan teksi yang terkesan akibat COVID-19. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan kerajaan ialah pemberian Bantuan Prihatin Nasional RM500.00 kepada pemandu e-hailing dan RM600.00 kepada pemandu teksi yang layak, one-off. Kerajaan negeri juga turut mengambil perhatian melalui Bajet Belanjawan Johor 2021 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar melalui Agenda Johor Berkebajikan iaitu pemberian wang tunai RM100.00 kepada 20,000 pemandu e-hailing dan penghantar makanan di Johor serta pemberian wang tunai

RM500.00, one-off kepada 5,205 pemilik teksi limousin dan teksi lapangan terbang. Selain itu, mengambil kira kesesuaian pemandu untuk menjana pendapatan ketika ini, Kementerian Pengangkutan juga telah memberi kelonggaran kepada kenderaan yang telah tamat tempoh had usia untuk terus beroperasi selama setahun selagi tertakluk kepada kelulusan pemeriksaan PUSPAKOM kenderaan tersebut. Langkah-langkah sementara bagi mengurangkan kesan penyakit Corona Virus yang telah diwartakan dan dikuatkuasakan pada 23 Oktober 2020 juga akan membantu e-hailing dan pemandu teksi untuk menjalankan perkhidmatan sebagai kenderaan barangan. Contohnya, seperti penghantaran parcel dan lain-lain.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, ada disentuh mengenai jeti haram yang sepatutnya dilesenkan bagi mendapat atau meningkatkan hasil kerajaan, Kempas ada menyentuh perkara ini. Di negeri Johor yang giat tumbuh seperti cendawan, katanya banyak jeti-jeti haram di negeri ini, untuk makluman. Pertumbuhan pembangunan negeri Johor telah menjadi penyumbang kepada permohonan jeti-jeti persendirian di Pentadbiran Tanah Johor. Pentadbiran Tanah Johor bertindak ke atas setiap permohonan yang diterima khususnya kepada aspek perundangan tanah yang berkuat kuasa. Oleh itu, terdapat beberapa mekanisme pelupusan tanah yang boleh dilaksanakan berdasarkan perundangan tanah seperti Lesen Pendudukan Sementara (LPS), perizaban dan pemberian milik. Maklumat ini saya rasa berguna kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian yang khususnya di kawasan masing-masing terletak di tepi Pantai dan ada isu-isu mengenai jeti sama ada jeti haram atau jeti yang telah dilesenkan. Sehubungan dengan itu, Lesen Pendudukan Sementara (LPS) ialah satu bentuk pelupusan tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri iaitu satu cara di mana Pihak Berkuasa Negeri membenarkan tanah diduduki atau digunakan seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 42(1) & (c) dan Seksyen 66 Kanun Tanah Negara 1965. Permohonan LPS ini boleh dikemukakan kepada Pejabat Tanah Daerah bagi diproses dan seterusnya diangkat untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri. Antara permohonan LPS yang diterima termasuklah bagi tujuan pembinaan jeti, selain itu kedudukan jeti dan struktur berada di perairan dan melibatkan isu keselamatan, maka kesesuaian tempoh kelulusan LPS diberikan untuk tempoh 3 tahun dan diperbaharui bagi setiap tahun di mana ianya perlu dikemukakan di Pejabat Tanah Daerah.

Di samping itu, permohonan jeti juga boleh dilupuskan dengan cara perizaban di bawah Seksyen 62 KTN 1965 bagi tujuan Rizab Pegawai Pengawal yang dinamakan sebagai mengurus, bagi mengurus, menyelia dan mengawal jeti tersebut. Kelulusan kerizaban diberikan berdasarkan keterangan konklusif bahawa tanah yang diperihalkan itu dirizabkan untuk maksud awam sama ada pembinaan itu oleh agensi kerajaan untuk maksud awam. Sama ada pembinaan itu oleh agensi kerajaan sama ada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri dan pihak yang bertanggungjawab bagi tujuan kemudahan awam atau kepentingan negara. Khususnya, seterusnya perizaban juga boleh dilakukan untuk jeti-jeti yang digunakan bagi manfaat sosioekonomi negeri dan negara seperti jeti pelancongan, jeti perikanan, jeti di pelabuhan dan sebagainya. Lanjutan itu, satu lagi bentuk pelupusan tanah bagi tujuan jeti ini juga boleh dilaksanakan secara pemberian milik di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1965 yang memberi kepentingan secara eksklusif kepada pemilik tanah berdaftar. Tanggungjawab dan pengawalan terletak kepada pemilik berdaftar.

Di antara pendekatan yang boleh diambil oleh kerajaan negeri adalah bagi jeti-jeti persendirian dan komersial yang terletak di kawasan hadapan perairan negeri sama ada laut, pantai atau sungai boleh diberi milik kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI) dengan tempoh pajakan tidak melebihi 21 tahun dan pihak SSI boleh membuat pajakan kepada individu atau syarikat bagi tujuan jeti tertentu. Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri boleh menetapkan tempoh sesuatu pajakan melebihi daripada 21 tahun. Dalam konteks Pentadbiran Tanah Johor, pemohon-pemohon bagi tujuan jeti akan dirujuk kepada beberapa jabatan teknikal seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia,

Badan Kawal Selia Air Johor, PlanMalaysia, Jabatan Alam Sekitar dan beberapa jabatan yang berkaitan. Selanjutnya, permohonan yang diterima itu akan turut dirujuk kepada pertimbangan Jawatankuasa Keselamatan Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah.

Berdasarkan kepada rekod semasa di Pentadbir Tanah Johor terdapat sejumlah 186 pengusaha jeti di negeri Johor di mana 49 daripadanya telah pun diluluskan oleh kerajaan negeri. Sejumlah 37 permohonan masih dalam tindakan Pentadbir Tanah Johor untuk dibawa pertimbangan kepada Pihak Berkuasa Negeri. Serta terdapat juga persoalan atau query-query bagi dokumen yang tidak lengkap dan tindakan ulasan jabatan teknikal. Manakala, selebihnya tiada permohonan rasmi yang diterima di Pentadbiran Tanah Johor.

Bagi makluman Yang Berhormat Kempas juga, pelaksanaan tindakan pemutihan jeti telah dilaksanakan di beberapa daerah di antaranya ialah daerah Batu Pahat dan Mersing. Tindakan proaktif ini adalah bagi memastikan tiada jeti-jeti haram dibina sepanjang sungai serta pemantauan penguatkuasaan atas jeti-jeti diluluskan mematuhi syarat-syarat kelulusan dan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan di atas jeti. Pendudukan secara tidak sah atas tanah kerajaan merupakan satu kesalahan dan boleh diambil tindakan.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, ada persoalan mengenai pelabuhan kedua di Batu Pahat. Satu perjanjian penswastaan telah ditandatangani bagi pembangunan di atas Lot PTD 504 Mukim Bagan dan Lot PTD 1668 Mukim Peserai, Batu Pahat, Johor. Komponen pembangunan projek ini pada asalnya meliputi liquid bulk, marine yard, contena yard, general kargo terminal, tapak CIQ, ruang Polis dan terminal feri serta komponen perumahan dan kedai pejabat dengan izin, yang dalam bahasa Inggeris tadi, Puan Speaker. Walau bagaimanapun, pihak syarikat telah membuat permohonan pindaan pelan, susun atur serta perubahan komponen pembangunan yang baru kepada kerajaan negeri pada awal tahun ini. Perubahan komponen ini perlu diteliti kerana ianya melibatkan hal-hal berkaitan dengan pulangan kepada kerajaan berbanding dengan cadangan asal.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya mengakui ada beberapa isu berkaitan dengan kedudukan jeti di Jalan Syahbandar yang memang menimbulkan sedikit masalah iaitu kesesakan dan sepanjang jalan Sungai Batu Pahat juga telah dikenal pasti terdapat jeti-jeti haram yang belum didaftarkan. Untuk makluman, menurut semakan PTG, jeti-jeti yang berada di sepanjang Sungai Batu Pahat itu yang sebahagiannya terletak di atas tanah JPS, permohonan yang telah dan ada keputusan lulus dan aktif 2. Permohonan yang telah ada keputusan tolak, 12. Permohonan baru yang masih dalam tindakan PTD, 3.

Yang Berhormat Puan Speaker, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang sangat prihatin dengan isu-isu projek jalan dan jambatan di kawasan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Bagi tahun 2021, kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM53 juta untuk projek-projek pembangunan bagi tahun depan sahaja, yang mengandungi 40 tajuk. Jadi, senarainya panjang, cuma apa yang telah ditimbulkan saya akan ulas di sini.

Yang Berhormat Parit Yaani ada menyebut berkenaan bilakah projek naik taraf Jalan Bindu akan disiapkan sepenuhnya? Untuk makluman Yang Berhormat, projek tersebut telah pun diberi lanjutan masa pertama dan kedua di mana yang pertama adalah disebabkan atas faktor kelewatan pengambilan balik tanah manakala lanjutan masa kedua diberikan atas faktor PKP yang melayakkan kontraktor memohon lanjutan masa sebanyak 114 hari. Walau bagaimanapun, projek naik taraf di Jalan Bindu sehingga kini telah pun mencapai sehingga 93% siap. Dan tarikh sebenar siap projek setelah mendapat lanjutan masa kedua ialah pada 22 Disember 2020. Perkara kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Yaani adalah status jalan dan traffic light Sekolah Agama Bindu untuk makluman Yang Berhormat Parit Yaani, oh Parit Yaani tak ada. JKR Daerah Batu Pahat telah pun memohon

untuk menaik taraf lampu isyarat sedia ada daripada 3 fasa kepada 4 fasa di bawah Rancangan Johor 5 tahun, RJTS-5.

Seterusnya Yang Berhormat Timbalan Speaker, Yang Berhormat Endau ada menyebut mengenai projek pelebaran Jambatan Mersing sedia ada yang telah dibatalkan kerana ada cadangan membina Mersing bypass sebagai laluan alternatif di mana laluan alternatif ini akan dapat membantu mengurangkan kesesakan bandar Mersing. Laluan baru ini telah dimasukkan dalam RMK-12 yang telah dimajukan kepada Kementerian Kerja Raya. Keutamaan yang dimasukkan dalam keutamaan yang kedua dalam senarai. Walau bagaimanapun, maklumat terkini projek tersebut tidak terpilih untuk Rolling Plan-1 dan kemungkinan akan dipilih dalam rolling plan seterusnya. JKR Johor telah meletakkan permohonan projek Mersing bypass ini sebagai keutamaan kedua namun pihak JKR pula telah mengubah sedikit perancangan mereka dengan mengutamakan hab perabot di Muar dahulu untuk dilaksanakan kerana lebih penting hasil daripada lawatan Menteri Ekonomi dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tempoh hari selepas menilaikan kesan ekonomi kepada pembangunan kawasan berkenaan.

Yang Berhormat Speaker, Tenang seterusnya sekali lagi tentang perkara yang dibahaskan oleh Penggaram mengenai tapak lampu isyarat di Persimpangan Kluang di Majlis Batu Pahat, Tanjung Labuh. JKR mengambil maklum isu berkenaan dan untuk makluman Yang Berhormat Penggaram, pihak pemaju belum membuat proses Certificate Of Completion And Compliance, CCC, dengan izin dan disebabkan itu pihak projek tersebut belum lagi dapat diserah kepada agensi yang berkenaan yang dipertanggungjawabkan.

Seterusnya mengenai status projek membina laluan baharu Jalan Kampung Rahmat merentas estet di Sri Gading, Batu Pahat, Johor. Mengikut jadual sebenar projek tersebut akan siap pada 28 September 2020. Namun pihak JKR mendapati projek ini telah berlaku kelewatan berdasarkan kepada peratus bagi kerja yang berakhir pada 23 November 2020. JKR, kemajuan kerja masih terlewat sebanyak 7.24% bagi kerja-kerja premix, road furniture dan electrical work, dengan izin. Setelah mengambil kira prestasi semasa ketika di tapak mendapati masalah yang dihadapi adalah kekurangan tenaga kerja. JKR memandang serius berkenaan isu kegagalan kontraktor yang tidak dapat menyiapkan projek dalam tempoh masa yang ditetapkan. Oleh itu, kontraktor telah dikenakan LAD, denda kerana lewat dengan jumlah sehari sebanyak RM5,303.30.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, Bukit Kepong ada menanyakan berkenaan dengan pembinaan bypass Bukit Pasir, pelebaran Jalan Muar – Pagoh serta naik taraf beberapa jambatan di Jalan Muar – Labis. Untuk makluman Yang Berhormat, projek jalan bypass Bukit Pasir sedang dalam peringkat reka bentuk terperinci oleh perunding yang dilantik. Proses tender hanya akan dibuat setelah proses pengambilan balik tanah selesai yang mana dijangka selesai pada penghujung tahun depan. Bagi projek jambatan iaitu projek menaik taraf jambatan Sungai Tui juga dalam proses reka bentuk dan projek ini dijangka akan ditender pada pertengahan tahun depan.

Yang Berhormat Mengkibol ada membahaskan status projek menaik taraf Jalan di Sri Lalang, Kluang, ianya telah pun siap. Kajian terperinci dan telah dimasukkan di dalam permohonan RMK Ke-12. Walau bagaimanapun, projek ini masih belum tersenarai untuk dilaksanakan dalam RP-1 dan pihak JKR Johor akan terus menyenaraikan projek ini sebagai keutamaan dalam rolling plan yang seterusnya.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, Tenang teruskan lagi dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permas iaitu berkenaan cadangan kerja menaik taraf bagi melebarkan ruang Kompleks Sultan Abu Bakar. Untuk makluman, kerja-kerja menaik taraf bagi melebarkan ruang Kompleks Sultan Abu Bakar untuk menampung lebih ramai pelancong dengan anggaran kos sebanyak RM16 juta masih lagi dalam peringkat

perancangan dan semakan reka bentuk oleh pihak keselamatan dalam negeri. Walau bagaimanapun, kerja-kerja membaiki bumbung tertutup bagi mengelak tempias ketika hujan sudah hampir 60% siap dan dijangka akan siap sepenuhnya pada 13 Januari tahun depan. Pihak JKR juga sedang melakukan kerja-kerja pembaikan kemudahan yang lain di Kompleks Sultan Abu Bakar dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM18.5 juta yang mana kos ini tidak termasuk kos menaik taraf terminal bas import dan eksport termasuk penambahan bumbung di kawasan parking bas yang berjumlah RM16 juta sebagaimana yang disebut tadi.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, untuk makluman semua Ahli Dewan ini sistem maklumat rekod-rekod jalan raya Malaysia atau Malaysian Road Record Informal System (MARRIS) yang digunakan bagi tujuan merekod data-data jalan raya seluruh negeri merangkumi jalan raya negeri, jalan raya perbandaran, jalan kawasan perumahan murah, lorong belakang, jalan sehala, kawasan pelancongan, jalan kampung dan jalan pertanian. Oleh yang demikian, jalan di bawah Lebuh raya Pasir Gudang ini yang ditimbulkan oleh Johor Jaya dan juga Permas tidak boleh didaftarkan di bawah MARRIS. Kerja-kerja penyelenggaraan Lebuh raya Pasir Gudang adalah terletak di bawah konsesi persekutuan. Bagaimanapun, peruntukan telah diminta bagi tahun depan untuk meningkatkan lagi struktur sebahagian daripada Lebuh raya Pasir Gudang dengan nilai sebanyak RM7.6 juta yang akan dilaksanakan sebaik sahaja peruntukan itu diterima dan program naik taraf jalan dari 4 lorong kepada 6 lorong dari Seksyen 22 sepanjang 5.5 kilometer juga dalam fasa reka bentuk dan dijangka di tender pada Mei 2021.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya rasa jawapan ini agak panjang tapi saya cuba ambil yang penting termasuk juga masalah ataupun isu yang ditimbulkan oleh Kemelah iaitu mengenai bekalan elektrik di kawasan industri Segamat 2.

Tenang ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kempas dan ini ialah mengenai dengan pandangan Yang Berhormat Kempas mengenai perizaban jalan atau rizab Pihak Berkuasa Tempatan, PBT berkaitan dengan tiang-tiang elektrik. Sedia maklum bahawa TNB adalah syarikat milik kerajaan persekutuan yang mana segala keputusan yang berkaitan polisi dan dasar adalah tertakluk kepada keputusan kerajaan persekutuan, mengambil kira Akta Bekalan Elektrik 1990 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Bagi tapak pencawang elektrik yang perlu di bina bagi tujuan pembangunan dan menaik taraf infrastruktur elektrik, proses pengambilan tanah mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 perlu dilaksanakan. Ianya melibatkan pemilikan tanah individu dan swasta. Bagi tanah kerajaan, TNB perlu memohon pajakan untuk tempoh tertentu iaitu melalui Serah Balik Kurnia Semula bagi tujuan penyediaan infrastruktur bekalan elektrik bagi tujuan pembangunan. Bagi tiang-tiang dan laluan kabel sama ada atas atau di bawah tanah, TNB hanya mendapat kebenaran untuk izin lalu sahaja sepertimana termaktub dalam Akta Bekalan Elektrik 1990. Seberang kos tambahan yang akan dikenakan kepada TNB akan memberi kesan kepada kadar tarif sedia ada di mana tarif sekarang adalah antara yang terendah di dunia.

Cadangan Yang Berhormat bukan diperlekehkan sebaliknya memerlukan kajian lebih serius untuk, kerana ia melibatkan beberapa kementerian seperti Kementerian Kewangan selaku pemegang saham terbesar dalam TNB, Kementerian Tenaga Sumber Asli dan juga Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Yang Berhormat,

Timbalan Speaker

Panjang lagi YB EXCO?

Tuan Haji Mohd Solihan bin BadriBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Tenang

Saya hendak habiskan dengan, sebenarnya ada lagi tapi saya rasa saya boleh memberi jawapan ini kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat secara bertulis selepas ini.

Bagaimanapun, saya ingin mengakhiri penggulungan saya ini dengan mengulas sedikit Paloh ada menyebut bahawa mungkin nasib kita ini tidak menentu di masa akan datang, mungkin di sana, mungkin di sini kan. Tetapi apa yang kita perlu ialah kita komited kepada tugas kita. Cuma, saya mohon untuk mengakhiri dengan 2 rangkap pantun Yang Berhormat Timbalan Speaker, tapi dalam bentuk berlagu sikitlah. Tadi Yang Berhormat Speaker, memberi kebenaran, saya rasa Yang Berhormat Timbalan Speaker pun memberi kebenaran. Boleh ya? (Nyanyian lagu).

Tajuk Johor, Tanjung Puteri, Selat Tebrau airnya biru. Pembangkang kini, semakin bestari, selepas berpengalaman memerintah negeri. Atas Bukit Tanjung Puteri, Taman Hiburan indah berseri. Di mana pun Tenang akan berdiri, doa-doa lah jadi Menteri. (Dewan ketawa).

Sekian sahaja Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya ada banyak lagi yang disentuh oleh Ahli Dewan, saya akan menulis surat kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk memberi penjelasan. Saya akhiri penggulungan ini dengan lafaz wabilillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Tenang mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih YB EXCO. Sebab nyanyian itu semua dah bersemangat sekarang. (Dewan ketawa). Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, jemput.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera, salam Makmur Johor. Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri Johor, Yang Berhormat Dato’ PKN, Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Speaker kerana memberikan peluang kepada Rengit untuk terlibat sama dalam perbahasan Belanjawan 2021 pada petang ini yang hujan selepas mendengar nyanyian daripada Tenang tadi. Terlebih dahulu patik merafak sembah menjunjung kasih mengucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November bersamaan 09 Rabiulakhir 1422 Hijrah. Patik juga merafak sembah menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan JDT yang menjuarai Liga Super 7 kali berturut-turut. (Dewan bertepuk).

Yang Berhormat Puan Speaker, pertamanya Rengit ingin mengucapkan, merakamkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan Bajet 2021 bertema “Berdaya Tahan Demi Kemakmuran”. Seorang yang berlatar belakangkan jurutera diberi tanggungjawab menakhodai sebuah kapal yang belayar di ketika lautan bergelora, ombak besar, angin yang tak berhenti, taufan sesekali menerjah kapal yang dikemudikan. Alhamdulillah, kapal terus belayar menjuju destinasinya. Yang Amat Berhormat diberi tanggungjawab menguruskan negeri Johor ketika Johor dan negara berdepan dengan cabaran besar pandemik COVID-19. Bertekad mahu menjadikan pertanian sumber hasil negeri Johor pada masa yang akan datang. Dengan 3 strategi Pelan Jaminan Makanan, Digital Johor, JETCO, berserta 12 agenda Johor Berkebajikan, Keberdayaan dan Keberhasilan.

Yang Berhormat Puan Speaker, pertanian bukan lagi setakat perniagaan, meminjam slogan mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Pak Lah tetapi juga pertanian juga penyatuan. Yang Berhormat Puan Speaker, apa yang saya katakan kerana di Dewan ini semuanya bercakap soal pertanian. Dengan nada yang sama, harapan yang sama, tidak kira di pihak kerajaan atau rakan di sebelah sana, semuanya bersetuju supaya di segerakan Pelan Jaminan Makanan Johor.

Yang Berhormat Puan Speaker, saya hendak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Speaker, yang tidak ada dalam Dewan dan juga Yang Berhormat Puan Speaker, kerana memperlihatkan profesionalisme yang cukup tinggi dalam mengendalikan urusan dan perjalanan Dewan (Dewan bertepuk). Sejak cabaran dan gelombang politik besar, besar negeri Johor ini Yang Berhormat. Saya sudah berada dalam Dewan Negeri Johor ini 17 tahun tanpa putus, mohon Allah ampunkan saya. Saya boleh katakan Yang Berhormat Speaker kita adalah antara yang terbaik di negara kita. (Dewan bertepuk). Begitu juga dengan Puan Speaker kita, daripada Penggaram yang tegas mengendalikan Dewan tanpa melihat kerajaan ataupun sahabatnya. Sekalung tahniah kepada Puan Speaker. (Dewan bertepuk).

Inilah keunikan Johor, inilah kelainan Johor seperti yang disebut oleh Kukup. Mungkin ada yang berkata, statement saya ini agak cynical sebab YB sekarang berada di peringkat kerajaan. Jadi boleh bercakap begitu, tidak. Saya ingin tegaskan di Dewan yang mulia ini sejak 2004 lagi, sejak saya menjadi Wakil Rakyat di kawasan saya, penggerak bagi program Excel Pendidikan Rengit, saya semuanya terdiri daripada cikgu-cikgu daripada PAS yang membantu saya ketika UMNO dan PAS masih lagi berperang. Tidak ada lagi Muafakat Nasional ketika itu. Saya ambil pendekatan bahawa sebagai Wakil Rakyat, semua kelompok adalah sama dan banyak mereka membantu saya dan suatu ketika Cabang PAS menulis surat kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, minta saya dikekalkan pada pilihan raya 2008.

Yang Berhormat Puan Speaker, malah saya ingin juga beritahu dalam Dewan yang mulia ini satu ketika 2014 dan 2015, saya pernah berbincang dengan Yang Berhormat Puan Speaker, di Hotel Pelican, minum petang. Ketika itu saya masih kerajaan tentang cadangan untuk mewujudkan select committee di Dewan Johor. Saksinya masih ada, hidup lagi. Betul Yang Berhormat Puan Speaker? Tak nampak mengangguk dia tu. Ha, dia mengangguk. Bincang untuk wujudkan select committee di Dewan Undangan Negeri. Tapi usaha yang saya cuba buat ini Yang Berhormat Puan Speaker gagal kerana setengahnya mungkin tidak dapat menerima apa yang kita cadangkan. Kita perlu politik baru, perlu pendekatan baru di zaman yang menuntut keterbukaan dan juga ketelusan di semua pihak.

Yang Berhormat Puan Speaker, saya hendak mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Dewan yang membangkitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Perumahan dan juga Pihak Berkuasa Tempatan. Portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini merupakan tanggungjawab yang mencabar ketika usia saya 61 tahun. Bukan senang, berat cabarannya, dugaannya, kadang-kadang Yang Berhormat Puan Speaker, tak boleh tidur. Sejak kebelakangan ini saya kerap terjaga, mimpi Bekok, Senai dan juga Tangkak. Bekok kata bila mahu lantik ini Ahli Majlis? Senai, dalam mimpi saya dia buat lukisan mural gambar Ahli Majlis yang tak nampak muka. Tangkak pula kata, tak apa. Kita buat saja kerja walaupun tak ada jawatan kepada Ketua Masyarakat Cina yang telah ditamatkan perkhidmatan mereka. Mimpi-mimpi ini Yang Berhormat Puan Speaker, menyebabkan saya selalu jaga tengah malam.

Yang Berhormat Puan Speaker, saya mula ucapan saya ini dengan serangkap pantun. Kisah burung dan juga katak. Burung Serindit di pegang lari, Katak Bayam lompat menari, tema Berdaya Tahan nama di beri, demi kemakmuran Johor lestari.

Yang Berhormat Puan Speaker, kalau melihat teks ucapan ini panjang, saya cuba ringkaskan seberapa ringkas dalam masa yang terbatas. Di bawah portfolio Perumahan Yang Berhormat Puan Speaker, dalam Belanjawan 2021 Yang Amat Berhormat mengumumkan RM310 juta untuk kita bina lebih banyak Rumah Mampu Biaya. Kita akan gunakan segala kekuatan sumber yang ada di semua peringkat, di pihak kerajaan, di pihak swasta, pihak pemaju untuk membantu menawarkan lebih banyak Rumah Mampu Biaya

bagi kelompok M40 dan juga B40. Kita menggunakan sumber tanah kerajaan negeri, menggunakan sumber kewangan yang ada. Sama ada wang, duit yang ada kaitan dengan sumbangan ataupun penalti, tidak kiralah duit daripada Tabung Infrastruktur Perumahan atau pun infra yang lain untuk membina rumah ini. Membantu pemaju dalam memberikan kelonggaran menyediakan Rumah Mampu Biaya, menjemput bersama syarikat berkaitan kerajaan untuk membina Rumah Mampu Biaya, menjemput syarikat senarai awam dengan tawaran menarik dengan soal tanah kos tanah yang kurang, yang rendah. Langkah lain yang kita buat ialah memperkukuhkan data di peringkat lapangan dan mengenal pasti projek pemaju, lokasi bilangan unit Rumah Mampu Biaya di setiap daerah.

Yang Berhormat Speaker, mudah-mudahan dalam tempoh 5 tahun ini bukan retorik, insya-Allah kita berusaha untuk membina sekurang-kurangnya 50,000 unit rumah. Yang Berhormat Puan Speaker, portfolio Perumahan juga bertekad untuk memastikan satu keluarga satu rumah. Slogan yang dibuat oleh Yang Berhormat Kota Iskandar. portfolio juga dalam masa yang sama seperti yang disebut oleh Yang Amat Berhormat dalam Bajet 2001, menyediakan baucar RM3,000.00 kepada mereka yang berjaya menduduki Rumah Mampu Biaya, pengecualian sewa PPR, RSK 1 Januari hingga 31 Disember kepada 9,000 orang. Skim Perumahan Prihatin Johor, 10 juta Rent To Own bersama Maybank ini akan saya ulas nanti, pembinaan Rumah Ihsan Johor 20 juta, Kajian Kualiti Hidup PPR dan RSK 1.5 juta, EXPO Harta Tanah di Johor serta memantapkan kerjasama Bahagian Perumahan dengan Persatuan Pemaju Perumahan Negeri Johor dan mengubah pendekatan pegawai dan staf Bahagian Perumahan Negeri Johor daripada pegawai penguat kuasa kepada pegawai pemasaran dan menjadi rakan pembeli dan juga pemaju.

Yang Berhormat Puan Speaker, dalam masa yang sama juga pihak PBT, PTG dan pemaju swasta untuk memastikan pembangunan Rumah Mampu Biaya ini dia bersekali dengan rumah projek-projek perumahan yang lain. Juga disertakan dengan kempen transisi dan di bawah kerajaan persekutuan kita akan berusaha untuk memastikan rumah mesra rakyat ini dapat diteruskan.

Di peringkat kerajaan tempatan Yang Berhormat Puan Speaker, pengecualian sewa lesen perniagaan seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Besar bagi semua jenis perniagaan terutamanya yang ada kaitan dengan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan, peruntukan wang one-off kepada peniaga pasar tani dan juga pasar malam ataupun peniaga yang lain PKS Mikro, Pelan Pembangunan Bandar Warisan Johor, Batu Pahat, Johor Bahru dan juga Muar, Program Impak Bumi Hijau, Program Penanaman Seratus Ribu Pokok dengan belanja minima RM700,000.00 dengan kerjasama pihak Wakaf An-Nur dan inisiatif solar seperti yang dibangkitkan pernah disuarakan oleh Jementah, Inisiatif Solar Supply Agreement Renewable Energy (SARE) di semua PBT di bawah Program Rendah Karbon, kita akan mulakan kerja ini kerana kita dah diberitahu, Yang Amat Berhormat telah memutuskan dalam belanjawan ini dan pendekatan ini saya sebutkan kita menggunakan pendekatan PFI tanpa melibatkan peruntukan daripada Majlis. Satu lagi ialah inisiatif penyelarasan sisa pintar di Majlis Perbandaran Pengerang dengan peruntukan lebih daripada RM3.2 juta dan Program Pembangunan Kampung Tradisi di kawasan-kawasan PBT, Program Digitalisasi Johor yang menggunakan sumber sedia ada di PBT dan Program Naik Taraf Majlis Daerah Pontian kepada Perbandaran Pontian.

Yang Berhormat Puan Speaker, saya ingin sebutkan seperti yang disebutkan oleh Mengkibol di akhir lawatan Yang Amat Berhormat bersama saya ke Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Yang Amat Berhormat berpesan kepada pasukan penguat kuasa ataupun pasukan beruniform agar mengamalkan sikap lemah lembut dan menjadi kawan kepada semua yang ada kaitan di kawasan PBT, itu pesan Yang Amat Berhormat kepada pegawai penguat kuasa semasa lawatan. Saya harap Mengkibol dapat memahami pendekatan ini dan kita akan cuba menyelesaikan perkara-perkara yang dibangkitkan berkaitan dengan perkara penguat kuasa.

Yang Berhormat Puan Speaker, Kota Iskandar ada membangkitkan tentang penalti Rumah Mampu Biaya, duit itu ke mana? Insya-Allah saya akan bincang bersama dengan Dato’ PKN, Dato’ PTG berapa jumlah duit yang sepatutnya masuk ke akaun Kumpulan Akaun Pembangunan Infrastruktur yang ditegur oleh pihak Audit. Program sewa beli Rent To Own bersama Maybank Islamic ini Yang Berhormat Puan Speaker, kita peringkat awal ini dah ada persetujuan daripada Maybank, daripada harga RM250,000.00 hingga RM700,00.00 selepas ini kita akan susun pada harga RM150,000.00. Kebaikan dalam program ini ialah, ini adalah mekanisma yang agak mudah untuk pembeli rumah mendapatkan pembiayaan bank, kita beri tempoh 5 tahun dan dalam tempoh 5 tahun ini, pihak pembeli perlu mendisiplinkan kewangan mereka dan mereka boleh membeli rumah seperti yang saya sebutkan dengan menggunakan harga yang asal. Syarat-syarat bagi menyertai program ini ialah syarat kelayakan umur 18 hingga 70 tahun, tidak mempunyai komitmen bayaran pembayaran perumahan yang lain, boleh membawa maksimum 3 penjamin dan score credit, saya nak maklumkan ini ialah yang menjadi kekangan kepada banyak pembeli dari segi pembiayaan, score credit lemah ini akan dipertimbangkan. Kalau dalam skim biasa, konvensional biasa perkara ini agak sukar tetapi di bawah Program Rent To Own ini, score credit yang lemah akan juga dipertimbangkan dan insya-Allah doakan program ini kalau dapat kita muktamadkan kita akan mulakan program ini pada 1 Januari 2021.

Dibangkitkan juga tentang cadangan Lembaga Perumahan dan Harta Tanah Johor, saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini pada 19 Ogos 2020 pukul 2 petang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Bahagian Perumahan telah mengadakan perbincangan bersama Penasihat Undang-Undang bagi semakan semula Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan juga Harta Tanah 2014 dan kita bercadang Yang Berhormat Kota Iskandar untuk bawa semula perkara ini ke dalam Dewan untuk dipertimbang dan diluluskan. Saya mohon sokongan daripada Kota Iskandar bagi menjayakan pelaksanaan Lembaga Perumahan dan Harta Tanah Johor ini. Dari segi pembinaan perumahan yang dibangkitkan oleh YB Endau, terdapat dua projek di kawasan Endau iaitu 2013 Taman Nelayan ada 61 unit, Taman Dato’ Ajib ada 156 unit dan untuk makluman Yang Berhormat Ëndau, Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Perumahan akan menjalankan kajian semula data permintaan bagi kawasan Endau dan juga Mersing dan bagi Yang Berhormat Bukit Kepong bertanya tentang status isu projek perumahan Johor Land. Melalui maklumat daripada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor, pihak Johor Land sedang mengkaji kebolehlaksanaan projek ini disebabkan situasi semasa ekonomi dan permintaan pasaran di kawasan tersebut perlu dilihat semula.

Yang Berhormat Bekok bertanyakan soal pembinaan Rumah Rendah Mampu Milik di Chaah. Majlis Mesyuarat Kerajaan Bilangan 1452/2017 bertarikh 9 Ogos, telah mengambil keputusan bersetuju bagi pengambilan balik tanah (PBT) SD5218 sebagai Lot 6201, satu Mukim Chaah seluas 11.977 ekar dengan kos RM1.5 juta bagi tujuan pembinaan Rumah Mampu Milik Johor oleh PIJ Holdings Sdn. Bhd. dan sedang menunggu arahan daripada pihak kerajaan Yang Berhormat dan bagi perumahan SPNB di Chaah untuk makluman Bekok, Projek Taman Chaah Idaman telah diberhentikan pembinaannya pada tahun 2019 kerana pada ketika ianya dibina, projek ini kurang berdaya maju untuk dibangunkan atas faktor-faktor tertentu dan tiada pembeli yang telah menandatangani perjanjian jual beli pada ketika itu dan ianya ditangguhkan. Pihak SPNB sedang dalam peringkat kajian lanjutan bagi merangka pelan tindakan susulan bagi projek ini, Yang Berhormat.

Yang Berhormat Puan Speaker, seterusnya pengecualian sewa ke atas Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Kerajaan Skim Bersasar sepanjang 2021, yang ini saya disebutkan berpendapatan RM4,000.00 ke bawah dan keadaan sosioekonomi COVID yang agak membimbangkan ini, kita jangka sebanyak daripada 12,115 unit rumah ini hasil bancian sebanyak 9,101 adalah penyewa yang layak dan menerima inisiatif ini, manakala 3,014 unit kediaman tidak layak disebabkan beberapa perkara. Pertama mereka sub let

sewa atas sewa, yang kedua mereka ceroboh, masuk tanpa kebenaran dan yang ketiga meninggalkan premis kediaman melebihi 3 bulan, tidak mengemukakan salinan dokumen, memperbaharui perjanjian dan ada kes-kes jenayah, penyalahgunaan dadah, maksiat, kecurian dan sebagainya. 3,114 ini akan tidak terlibat dalam Program Pengecualian Sewa Bersasar 2021, Yang Berhormat Puan Speaker. Bagi Program Sewa Beli PPR Batu Anam yang dibangkitkan, diajukan oleh Yang Berhormat Buluh Kasap, PPR Batu Anam adalah projek yang melibatkan 102 unit rumah di atas tanah seluas 3.6 hektar milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Projek ini dibina oleh KPKT dan telah diserahkan kepada Pejabat SUK Bahagian Perumahan pada 27 April. Sehingga kini untuk makluman Yang Berhormat Buluh Kasap, tiada cadangan daripada pihak KPKT untuk menjadikan skim sewa beli kepada penyewa-penyewa yang tersebutlah. Satu lagi ialah kuota khas dan juga kuota KMK, untuk makluman Yang Berhormat ialah kuota khas yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Buluh Kasap, pembahagian dia lebih kurang sama sahaja iaitu 80% pada kuota awam, kuota khas pun 80%, kuota KMK pun 80% dan pecahan dia kuota awam Melayu 65%, kuota awam Cina 25%, kuota awam India 10% dan kuota prihatin begitu juga 65%, 25%, 10% dan kuota khas ini yang diperkenalkan melalui Mesyuarat MMK pada 12 Jun 2020 yang lepas, sama juga kuota khas ini 5% untuk kuota belia, kuota OKU pun 5% dan kuota Prihatin pun 10%. Nama sahaja diubah Yang Berhormat tetapi agihannya kita faham, setengahnya sebelum ini menggunakan saluran politik dan ini mungkin juga sebahagian juga menggunakan saluran politik, Yang Berhormat.

Yang Berhormat Puan Speaker mengenai rumah veteran yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Pasir mengenai kem penempatan veteran berskala besar, dia masih perlu melalui proses permohonan perumahan biasalah yang dibuat oleh pihak kerajaan. Semerah juga membangkitkan Rumah Ihsan Makmur Johor, ini kepada mereka yang susah yang daif dalam focus group kerajaan negeri pada tahun depan bersetuju untuk RM20 juta dengan kita jangka lebih kurang 400 unit rumah yang akan kita bina. Tentang cadangan di tanah veterinar itu Yang Berhormat mungkin kita boleh timbangkan untuk buat rumah PPR bagi membantu mereka seramai 320 yang susah di kawasan Batu Pahat. Bagi kerajaan tempatan saya cuba ringkaskan Yang Berhormat Puan Speaker, yang dibangkitkan oleh Parit Yaani, ini kisah Bukit Payung yang katanya memilukan. Projek ini dah dimulakan 1 Jun 2018 dan dijangka berakhir pada 2021. Projek ini menggunakan land field pelupusan sanitari dan juga WTE dan ini perkara yang cukup penting kerana di sebelah selatan kita dah selesai tapak pelupusan. Antara tanah kerajaan negeri dengan persekutuan kita dah ada swap tanah dan selesai. Di tengah ini, di Batu Pahat ini, kalau dapat disiapkan, insya-Allah benda ini dapat membantu dari segi pengurusan sisa pepejal kita. Cuma kelewatannya, EOT nya ialah selama 114 hari, Yang Berhormat. Parit Yaani juga membangkitkan Yang Berhormat, Parit Yaani juga membangkitkan soal penerima Inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 2020. Saya ingin menjelaskan di Dewan yang mulia ini, kita bagi bantuan itu semua sama, Yang Berhormat. Saya ingin bagikan jumlah dia, bagi 16 PBT ini bagi kaum Melayu 25,154, bagi kaum Cina 22,394 dan bagi kaum India 2,991 dan lain-lain kaum ialah 565 orang. Itu jumlah Yang Berhormat.

Seterusnya perkembangan laluan dan jambatan menghubungkan Taman Seri Wangsa ke Taman Seri Berkat. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, jalan dan jambatan tersebut dibuat oleh pihak persendirian dan di atas tanah persendirian untuk kegunaan jalan pintas dari Taman Seri Wangsa ke Taman Puteri Jaya dan sebaliknya. Tuan-tuan tanah ini memberi kebenaran kepada penduduk untuk menggunakan jalan tersebut dan Majlis Perbandaran Batu Pahat pernah membantu untuk membuat tampalan sekiranya jalan tersebut berlubang dan atas dasar tanggungjawab. Dan juga atas keprihatinan Majlis Perbandaran Batu Pahat akan menyelesaikan masalah dengan membaiki tebing jambatan runtuh tersebut pada tahun hadapan dan berdasarkan semakan permohonan pemajuan di kawasan tersebut terdapat lot bersebelahan Taman Seri Wangsa yang telah lulus Kebenaran Merancang atau KM dan berpotensi untuk disambungkan ke Taman Seri Berkat

jika lot-lot bersebelahan juga mengemukakan Kebenaran Merancang untuk dibangunkan, untuk makluman Yang Berhormat Parit Yaani.

Seterusnya Yang Berhormat Timbalan Speaker, Bukit Pasir membangkitkan kajian semula pelaksanaan Rancangan Tempatan Daerah Muar 2030 agar tidak menghimpit masyarakat tempatan dengan pembangunan yang tidak selari dengan ciri-ciri sebuah bandar bestari. Yang Berhormat Puan Speaker, mulai 15 November 2020 hingga 15 Disember 2020, Program Pameran Publisiti telah dijalankan secara serentak di 5 lokasi, iaitu Dewan Jubli Intan Muar, Pejabat Jabatan Pembangunan dan Landskap MPM, Pejabat Daerah Muar, Pejabat Tanah Muar dan Pejabat PLAN Malaysia Johor, Kota Iskandar. Jadi, Yang Berhormat Bukit Pasir boleh menyemak dokumen perancangan ini dan semua adalah terbuka untuk memberikan sebarang komen, cadangan, pandangan, bantahan terhadap mana-mana kandungan draf RTD Muar 2030 Penggantian dan semua cadangan, bantahan diterima dalam tempoh publisiti dan juga penyertaan awam yang akan dibawa ke pertimbangan Jawatankuasa Sains dan Tempatan dan Kenegarawan sebelum RTD itu diwartakan dan seterusnya untuk pemakaian kelak.

Pembetungan seperti yang dibangkitkan oleh Kempas, saya lajukan sedikit Yang Berhormat, sistem MPJ terdiri daripada septic tank, terminal septic tank, column opsidenal, separa mechanical dan banyak lagilah Yang Berhormat, saya rasa. Untuk makluman ini, ada 185 yang diselenggarakan oleh MBJB dan mengikut, dia punya reka bentuk mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh JPP dan juga SPAN. Semua pembangunan di kawasan ini mengikut Kebenaran Merancang yang telah ditetapkan.

MBJB pada masa ini menyelenggarakan 98 loji rawatan kumbahan awam dan 37 rumah pam di kawasan pentadbiran MBJB melalui kontraktor penyelenggaraan tahunan sehinggalah dibuat penyerahan kepada agensi yang dilantik oleh pihak kerajaan. Bagaimana pun, MBJB bersedia untuk menyerahkan pengoperasian loji ini pada bila-bila masa kepada pihak yang lebih pakar agar ia lebih terurus dan sistematik.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Skudai, mengenai One-Stop Centre 3.0 Plus Online ini, untuk makluman Yang Berhormat Skudai adalah pembekal sistem vendor yang dilantik oleh KPKT dalam pelaksanaan OSC 3.0 Plus merupakan panduan agensi teknikal dalaman dan luaran, pihak pemaju, perunding, profesional, orang awam dan semua yang berkepentingan dalam urusan pengeluaran permit pembinaan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Tujuan pelaksanaan sistem OSC 3.0 Plus ini adalah bagi mewujudkan keseragaman dari segi pelaksanaan di semua PBT dan ianya merupakan penambah baik dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dari segi aspek kawalan pemajuan merangkumi keseluruhan peringkat pembinaan. Epbt akan diteruskan untuk makluman Yang Berhormat, dan dalam usaha kita membantu diteruskan, diperkemaskan dalam usaha kita membantu pendigitalan usaha PBT di Johor.

Rentetan daripada satu lagi Yang Berhormat Timbalan Speaker, tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Yong Peng mengenai kedudukan tanah terbiar di kawasan-kawasan PBT. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan telah meluluskan beberapa perkara yang cukup besar mengenai kedudukan tanah-tanah yang tidak diusahakan di kawasan PBT dan kerajaan telah meluluskan yang pertamanya ialah mengenai Kebun Komuniti. Ini penglibatan komuniti dalam membuat kebun-kebun kecil untuk keperluan sara diri dan kita telah membuat roadmap nya, kita telah menyediakan buku panduan dan akan kita lancarkan dalam masa terdekat. Satu lagi, ialah Kebun Bandar. Yang ini banyak dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Dewan, dan insya-Allah Yang Berhormat Puan Speaker, kertas ini pun telah diluluskan oleh pihak kerajaan, kita bersama PLAN Malaysia, Jabatan Pertanian, PBT, PTG akan mengenal pasti tanah-tanah yang kosong lebih daripada 1 ekar, tanah pemaju, tanah pesuruhjaya, tanah persekutuan ataupun tanah kerajaan negeri atau tanah GLC yang tidak diusahakan untuk kita bangunkan sebagai kebun bandar. Ini

berteraskan kepada kebun commercial based. Yang ini kita buat dan bukunya telah siap insya-Allah Yang Berhormat, kita akan panggil industry player yang terlibat untuk kita pastikan kebun-kebun kawasan yang terbiar sama ada di kawasan PBT ini dapat kita bangunkan bagi membantu pelan jaminan makanan negeri Johor.

Menjawab soalan daripada Yong Peng tentang tindakan PBT membaik pulih sistem perparitan yang kotor, rosak dan berpotensi menjadi pembiakan nyamuk. Beberapa tindakan telah dibuat oleh pihak Majlis Daerah Yong Peng untuk mengatasi masalah ini, bagi Jalan Kota 8, tindakan pembersihan telah dilaksanakan oleh MDYP atau Majlis Daerah Yong Peng. Bagi Taman Desa untuk makluman Yang Berhormat, perbincangan bersama pihak pemaju telah diadakan. Bagi Taman Damai Jaya, ia melibatkan pihak Jabatan Pengairan dan perbincangan dua pihak telah diadakan bagi mengatasi masalah-masalah banjir yang memerlukan peruntukan dan kerjasama pengadu untuk membina parit. Hasil daripada perbincangan pihak JPS akan bersetuju untuk mendalamkan kawasan di Taman Damai. Saya hendak ucapkan juga tahniah kepada Yong Peng walau pun dalam keadaan agak cabarannya besar tetapi sentiasa membangkitkan su-isu yang berkaitan dengan kawasan Yang Berhormat.

Satu lagi yang dibangkitkan oleh ADUN Tangkak, Yang Berhormat Tangkak mengenai kekosongan ketua masyarakat. Yang ini selalu Yang Berhormat Tangkak, saya selalu mimpi malam-malam yang saya sebutkan tadi, bagi sedikit masa saya untuk membantu dan nak menyelesaikan dan saya jangka benda ini boleh kita selesaikan selewat-lewatnya awal tahun depan. Saya susah juga hendak mencari formula ini, kadang-kadang menggunakan masa yang panjang untuk berbincang dengan rakan-rakan.

Satu lagi yang dibangkitkan oleh Parit Raja mengenai ruang niaga penjaja, bantuan makanan, di kawasan MPBP, di kawasan Majlis Perbandaran akan naik taraf Pasar Awam Parit Raja. Untuk makluman Parit Raja, pada tahun 2021 dan kita sedang meneliti semula penambahan ruang-ruang niaga memandangkan keluasan tapak sedia ada adalah terhad. Satu lagi tapak-tapak penjaja harian di Taman Kristal, Taman Cempaka Biru dan Taman Universiti di mana setiap tempat boleh menempatkan 20 penjaja, setakat ini tidak mengenakan apa-apa caj sewa di atas petak parking dan hanya mengenakan syarat bayaran sumbangan kebersihan sebanyak RM60.00 setahun dan serta permit kereta sorong sebanyak RM9.00 setahun dan ini saya akan bincang semula dengan pihak majlis untuk kalau boleh kita bantu peniaga-peniaga ini. Bagi penempatan food truck, MP telah menempatkan di Taman Universiti dan terdapat 4 food truck di kawasan penjaja. Dan untuk makluman...

Timbalan Speaker

YB EXCO, 3 minit lagi, boleh?

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Ok, saya cuba habiskan. Kalau tidak sempat nanti saya jawab yang bertulis lah Yang Berhormat. Banyak lagi yang dikemukakan, ada yang berkaitan dengan penjaja, ada berkaitan dengan bantuan makanan yang dibangkitkan oleh Pasir Raja. Ada perkara yang dibangkitkan YB daripada Serom. Yang ini saya rasa, saya perlu jawablah sebab ini penting. Berkaitan dengan keputusan Majlis Daerah Tangkak tidak membenarkan peniaga pasar tani, pasar pagi peniaga, saya rasa satu keputusan yang agak silap dibuat oleh Majlis Daerah kerana keputusan di peringkat negeri telah memutuskan bahawa, kena buat penilaian risiko yang diputuskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah. Majlis Daerah tidak boleh buat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah. Jadi, tidak sewajarnya ditutup dalam keadaan yang cukup mencabar pada masa ini dan saya akan minta Majlis Daerah Tangkak untuk mengkaji semula penutupan semua pasar dan kalau boleh kita buka seberapa cepat yang mungkin.

Yang Berhormat Tiram banyak bangkitkan soal infrastruktur dan juga Permas ada membangkitkan soal pemulihan Sungai Kim-Kim. Kenapa naik taraf Majlis Bandaraya? Saya nak umumkan secara ringkas, Yang Berhormat, bila naik taraf Bandaraya ini, kita dapat geran keseimbangan sebanyak RM5 juta daripada kerajaan persekutuan. Ini satu kelebihan dan isu-isu lain yang dibangkitkan tentang digital ini, yang dibangkitkan oleh Tangkak, kita akan merangka pelan supaya jalur lebar ini menjadi utiliti ke-3 kepada sebarang projek pembangunan yang akan dikemukakan kepada pihak PBT. Kita tahu, air dan juga elektrik dan kali ini perlu masukkan jalur lebar dalam sebarang projek kemajuan KM dalam setiap projek pembangunan.

Sekali lagi Yang Berhormat, tentang yang dibangkitkan oleh Johor Jaya, panjang jawapannya dia ini. Saya minta, saya akan jawab secara bertulis dan bagi Endau ini, saya ingat telah dijawab oleh Yang Berhormat EXCO Pelaburan dan akhir sekali Yang Berhormat tentang lesen-lesen ini yang dibangkitkan oleh Parit Raja juga dan juga Endau. Kita beri pengecualian ini banyak, beri insentif ini kepada 34,835 tapak pasar malam dan juga pasar pagi di seluruh Johor.

Itu sahaja Yang Berhormat Puan Speaker, saya akhiri ucapan penggulungan ini dengan pertamanya nak mengucapkan terima kasih kepada semua ADUN yang telah mengemukakan cadangan, pandangan dan insya-Allah apa juga kekurangan kita akan perbaiki dan saya juga hendak mengucapkan terima kasih kepada semua front liners di pihak PBT, di pihak Pejabat Kesihatan yang banyak membantu menghadapi cabaran pandemik COVID-19 di seluruh Johor daripada bulan Mac sehinggalah sekarang. Mudah-mudahan setiap usaha yang dapat, yang telah kita buat, akan mendapat keredhaan daripada Allah SWT. Saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Terima kasih kepada EXCO Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebab pujian kepada Speaker dan juga saya berpendapat ideologi yang tidak sama tidak menghalang kita berkongsi pandangan. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam.

Tuan Haji Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Bukit Permai

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Puan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Ampun Tuanku beribu-ribu ampun sembah patik mohon diampun. Adalah patik dengan segala hormat takzimnya memohon ampun berdatang sembah serta dengan ingatan tulus ikhlas merafak ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena hari ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2020. Patik berdoa ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat-Nya mengurniakan keselamatan dan kesihatan serta dilanjutkan apalah jua kiranya akan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta bertambah-tambah lagi dengan darjah kebesaran dan kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku bagi menaungi patik sekalian dengan saksama, kekal memerintah di atas takhta kerajaan negeri Johor Darul Ta’zim dengan aman dan sentosa. Patik juga berdoa semoga Allah lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor. Kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan Che Puan Khaleeda binti Bustamam, Putera-putera dan Puteri serta Kerabat DiRaja sekalian. Semoga sentiasa berada di dalam keadaan sihat wal’afiat dan selamat sejahtera. Amin, Ya Rabbulalamin.

Pertama-tama, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pemimpin utama negeri kita Yang Amat Berhormat Datuk Hasni bin Mohammad, selaku Menteri Besar Johor Darul Ta’zim yang telah mentadbir urus kerajaan Perikatan Nasional pada hari ini yang telah melakukan satu anjakan paradigma dengan melahirkan satu gagasan aspirasi rakyat yang berteraskan kepada Makmur Johor dalam pembentangan Belanjawan Johor 2021. Jauhari sahaja yang mengenal manikam.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya Ahli-Ahli Dewan yang telah menimbulkan beberapa perkara yang berkaitan dengan perkara-perkara yang di bawah portfolio saya selaku Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor. Kepada Yang Berhormat sahabat saya Parit Yaani, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) telah mengagihkan sebanyak RM561,500.00 melibatkan seramai 5,615 orang anak yatim dalam jagaan keluarga yang dikategorikan sebagai fakir miskin di seluruh negeri Johor secara one-off yang mana setiap anak yatim menerima sumbangan tunai sebanyak RM100.00. MAIJ juga telah melaksanakan Majlis Penyampaian Bantuan Fidyah kepada anak-anak yatim dalam jagaan keluarga, kepada semua daerah pada 24 Oktober 2020 sepertimana pecahan senarai yang berikut Yang Berhormat Timbalan Speaker. Bagi daerah Johor Bahru, sejumlah 1,202 orang anak yatim dengan peruntukan RM120,200.00 , bagi daerah Batu Pahat seramai 325 orang anak yatim berjumlah RM32,500.00, bagi daerah Muar Yang Berhormat Timbalan Speaker, seramai 1,052 orang berjumlah RM105,200.00, bagi daerah Kota Tinggi seramai 270 orang berjumlah RM27,000.00, bagi daerah Segamat seramai 91 orang berjumlah RM9,100.00, bagi daerah Mersing berjumlah 407 orang, RM40,700.00, bagi daerah Pontian 576 orang, berjumlah RM57,600.00, bagi daerah Kluang 930 orang, RM64,200.00, bagi daerah Tangkak, 642 orang, RM64,200.00 dan daerah Kulai sejumlah 120 orang, RM12,000.00, jumlah besar sebanyak RM561,500.00.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, merujuk kepada sahabat saya Yang Berhormat Mahkota dan Buluh Kasap, bagi bantuan kepada golongan yang bukan penerima bantuan bulanan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) pada cadangan asal hanya 12,000 penerima dengan bajet sejumlah RM2.4 juta sahaja. Tetapi MAIJ telah menambah lagi sebanyak RM1 juta dengan penambahan seramai 5,000 penerima yang menjadikan sebanyak 17,000 penerima bantuan khas yang bukan menerima bantuan bulanan MAIJ yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam ucapan bajet dan untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Speaker dan rakan-rakan saya Ahli-Ahli Dewan, sehingga setakat hari ini, jam 11:50 pagi, seramai 6,154 orang telah pun memajukan permohonan kepada MAIJ dan saya berharap dengan apa yang disarankan oleh rakan saya dari Mahkota jika terdapat penambahan-penambahan pihak kami akan memikirkan untuk melanjutkan tarikh pendaftaran ini yang bermula dari 1 Disember hingga 14 Disember.

Untuk makluman Yang Berhormat Parit Raja dan Parit Yaani, JT Lab telah memberikan taklimat berkaitan pencapaiannya dalam Mesyuarat Majlis Halal Bilangan 1/2020, JT Lab telah memaklumkan berkenaan pengiktirafan dan akreditasi yang diperolehi oleh Jabatan Standard Malaysia kepada JT Lab, Majlis Halal Negeri Johor sentiasa mengikuti dan menyokong perkembangan JT Lab selari dengan kehendak kerajaan Johor untuk menjadikan JT Lab sebagai sebuah pusat analisis dan penyelidikan komersil yang diiktiraf dunia. Sebahagian dalam ucapan Belanjawan 2021 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Kesemua fungsi kapasiti dan kepakaran yang ada pada JT Lab tersebut akan menyokong Johor sebagai hab halal global. Saya mohon jasa baik kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker dan juga rakan-rakan Ahli Dewan dan semua jabatan-jabatan kerajaan supaya menggunakan JT Lab ini sebagai fungsi untuk mendapatkan segala bentuk analisis dan saya ucap terima kasih kepada dua jabatan kerajaan iaitu Jabatan Veterinar Negeri Johor, Jabatan Pertanian dan FAMA Negeri Johor yang telah menjadikan JT Lab sebagai pusat rujukan mereka.

Untuk makluman Yang Berhormat Parit Yaani dan Semerah, berkenaan mengenai status terkini proses 37 buah rumah bantuan asnaf, dengan adanya penubuhan akaun amanah di Pejabat Daerah, pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor telah mendapatkan juga kerjasama dengan Kumpulan Prasarana Rakyat Negeri Johor (KPRJ) dan juga Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dalam mempercepatkan proses pembinaan ini. Hasil daripada kerjasama ini proses pembinaan 37 buah rumah asnaf seperti yang ditimbulkan, seperti berikut; projek pembinaan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor bagi daerah Mersing

sebanyak 10 buah rumah, Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi daerah Muar, 6 buah rumah, daerah Tangkak, 4 buah rumah, daerah Batu Pahat 1 buah rumah. Bagi Pejabat Daerah Mersing, 7 buah rumah, daerah Batu Pahat 9 buah rumah. Seperti mana yang diminta oleh rakan saya Yang Berhormat Parit Yaani, untuk makluman, jumlah perumahan asnaf yang telah disiapkan dari tahun 2015 hingga 2020 adalah seperti berikut Yang Berhormat Timbalan Speaker, daerah Johor Bahru sebanyak 6 buah rumah, daerah Batu Pahat 52 buah rumah, daerah Muar 50 buah rumah, daerah Batu Pahat 69 rumah, daerah Segamat 24 rumah, daerah Kluang 34 rumah, daerah Kota Tinggi 8 buah rumah, daerah Mersing 39 buah rumah, daerah Pontian 30 buah rumah, daerah Tangkak 42 buah rumah, daerah Kulai 6 buah rumah, jumlah keseluruhan sebanyak 310 buah rumah.

Untuk makluman sahabat saya Yang Berhormat Bukit Kepong, pembinaan rumah transit Bukit Kepong yang bermula pada tahun 2017 telah menghadapi kelewatan. Apabila kontraktor utama tidak dapat menyiapkan pembinaan kompleks tersebut mengikut tempoh yang telah pun ditetapkan. Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Speaker, buat masa ini tindakan amaran pertama kepada pihak juru perunding AHK Arkitek Hanan telah pun dikeluarkan. Perkembangan terkini berkaitan rumah tersebut, rumah transit ini permohonan Kebenaran Merancang akan dipohon kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi pengasingan Fasa 1 yang telah dibina iaitu surau, balai rewang dan gerai dan Fasa 2 pembinaan yang melibatkan 32 unit rumah kediaman.

Untuk makluman Yang Berhormat DUN Bukit Pasir, kerajaan Johor melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah bersetuju memberikan kebenaran kepada madrasah dan pusat-pusat tahfiz di negeri Johor memulakan sesi pembelajaran bermula pada 20 Disember 2020 sehingga tamat sesi persekolahan sebenar madrasah dan pusat tahfiz tersebut. Walau bagaimanapun, kebenaran ini hanya tertakluk kepada madrasah dan pusat tahfiz yang telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan madrasah yang tidak berada dalam zon merah dalam tempoh PKPB seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Berkenaan dengan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI), Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) di negeri Johor adalah institusi swasta yang belum berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Walau bagaimanapun, pihak JAINJ telah pun mengemukakan rayuan kepada mereka ini supaya membuat pendaftaran dengan pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Untuk makluman Yang Berhormat Penggaram, pembangunan sekolah agama Fasa 6 bagi tempoh 5 tahun akan datang tidak melibatkan Bukit Pasir, Batu Pahat. Walau bagaimanapun, apa yang telah ditimbulkan oleh Penggaram sejumlah RM41,742.00 telah diberikan peruntukan pada tahun 2019 untuk kerja-kerja baik pulih sekolah tersebut. Untuk makluman Penggaram, cadangan untuk membina bangunan baru sekolah tersebut telah dimajukan kepada pihak kerajaan di satu tanah wakaf Majlis Agama Islam Negeri Johor di Taman Maju. Pihak Unit Pembangunan JAINJ dan MAIJ akan berusaha membina bangunan tersebut melalui fasa-fasa pembinaan yang akan datang.

Kepada semua pernyataan Ahli-Ahli Dewan yang memerlukan butiran perbelanjaan baik sekolah-sekolah agama bagi tahun 2019 dan 2020, saya tak boleh baca Yang Berhormat kerana terlalu panjang, pejabat saya akan menghantar senarai-senarai kerja-kerja baik pulih sekolah agama kepada semua Ahli-Ahli Dewan dalam Dewan Undangan Negeri Johor ini insya-Allah.

Untuk makluman sahabat saya Semerah, Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Negeri Johor telah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Ianya bermula pada tahun 2012. Lantikan guru-gurunya adalah di bawah kerajaan pusat iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia di samping bajet-

bajet pembangunan dan baik sekolah. Namun demikian, kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan tambahan kepada SRAB Johor bagi menampung kos-kos penyelenggaraan dan baik pulih kecil kepada sekolah-sekolah tersebut.

Untuk makluman Yang Berhormat Serom dan Parit Raja, sehingga 15 November 2020, kekosongan jawatan tetap Guru Agama Kerajaan Johor iaitu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Gred DG 29 adalah sebanyak 948 kekosongan. Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Speaker, perkara ini telah diambil maklum oleh kerajaan negeri melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor (SPAJ) dan berusaha mengisi kekosongan. SPAJ dalam proses temu duga calon yang berkelayakan bagi Gred DG 29 mulai 1 November 2020 yang lalu. Namun begitu atas faktor keselamatan temu duga ini ditangguhkan sementara melihat kepada akibat pengumuman PKPB oleh kerajaan persekutuan. DG 29 ini dijangka akan disambung semula dalam masa terdekat dan mula mengisi kekosongan pada awal tahun 2021 dengan jumlah anggaran pengambilan calon baru seramai 500 orang, untuk maklumat Yang Berhormat Timbalan Speaker.

Seterusnya bagi skim perkhidmatan guru dan staf sokongan yang berkhidmat di SAKJ sentiasa diberikan perhatian dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG 29 bertaraf tetap, telah diselaraskan kepada gred yang setaraf dengan guru-guru di Kementerian Pendidikan Malaysia dan disyaratkan mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Diploma Pendidikan. Selain itu skim gaji dan manfaat-manfaat lain yang turut diterima sama seperti kakitangan awam. Namun begitu, bagi pengisian guru secara kontrak iaitu guru KAFA seramai 2,090 orang yang berkhidmat di Sekolah Agama Kerajaan Johor di seluruh negeri Johor dapat menampung keperluan guru di Sekolah Agama Kerajaan Johor. Skim ini adalah seperti yang telah ditetapkan oleh JAKIM dan selaras dengan negeri-negeri lain. Bagi staf sokongan pula, hanya pembantu tadbir sahaja yang ditugaskan di SAKJ bersesuaian dengan skim dan keperluan semasa di peringkat pentadbiran sekolah agama.

YB Timbalan Speaker saya memulakan kelangsungan ini. Menjawab isu berkaitan nisbah guru, pada masa ini Jabatan Agama Islam Negeri Johor, menggunakan kayu ukur guru dan murid dengan nisbah 1 nisbah 3.5 secara purata bagi seluruh negeri Johor. Kepada penyataan bagi pihak Pasir Raja, pada masa ini semua sekolah agama kerajaan tidak dibekalkan talian telefon. Bagaimanapun pihak pentadbiran sekolah agama kerajaan Johor boleh mengambil inisiatif untuk memasang talian telefon di sekolah masing-masing dengan kosnya di tanggung oleh pihak berkuasa badan kebajikan sekolah yang berkenaan yang ada menerima sumbangan sebanyak RM3,000.00 hingga RM5,000.00 setahun. Saya mengucapkan terima kasih kepada cadangan ini dan insya-Allah Jabatan Pendidikan Islam Negeri Johor akan mengkajikan satu kertas cadangan untuk dibawa kepada kerajaan negeri bagi dicadangkan bahawa semua sekolah-sekolah agama negeri Johor dibekalkan dengan talian telefon, untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Speaker.

Yang Berhormat Puan Speaker, dalam usaha untuk kita menerapkan sejarah Kesultanan Islam negeri Johor, bermula pada tahun ini, pelajar tahun 1, 2 dan 3 telah memulakan pelajaran Sejarah Kesultanan Islam Negeri Johor. Kepada pelajar tahun 3, 4 dan 5 pada tahun 2021 dan darjah khas pada tahun 2022. Apabila mereka ini dewasa kelak untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Speaker, mereka ini tidak akan dibutakan sejarah oleh golongan-golongan yang cuba nak memecahbelahkan perpaduan rakyat Johor tentang Kesultanan dan Keislaman di negeri Johor ini. Selain itu, kita juga berbangga apabila Universiti Al-Azhar Mesir telah memilih negara kita Malaysia di antara 2 negara di seluruh dunia selain Indonesia untuk dijadikan sebagai Pusat Pembelajaran Bahasa Arab Universiti Al-Azhar. Di Malaysia kita lebih bersyukur Yang Berhormat Timbalan Speaker, negeri Johor telah dipilih sebagai Pusat Pembelajaran Bahasa Arab Mesir Universiti Al-Azhar yang mana pusat ini telah pun diperkenankan oleh Ke Bawah Duli yang Maha Mulia Tuanku Sultan dengan namanya Pusat Pembelajaran Bahasa Arab Dato Sayyid Alwee Al-Haddad

mengambil sempena nama Mufti negeri Johor yang pertama. Untuk makluman YB Parit Yaani, Tangkak dan Yong Peng, kerajaan telah mengarahkan Perbadanan Islam Johor untuk meneliti, memperhalusi dan menambah baik manfaat kepada program-program Takaful Warga Emas Negeri Johor ini. Sehubungan dengan itu, seperti mana yang telah saya nyatakan di sini jumlah permohonan yang diterima tahun 2019 mengikut DUN dalam seramai 11,200 penerima. Jumlah permohonan yang diterima bagi tahun 2020 sehingga Ogos masih lagi 11,200 dan masih dalam pending approval untuk dengan izin, untuk ke jumlah seramai 28,000 pemohon.

Untuk makluman YB Senggarang kerajaan melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah menubuhkan 16 Pusat Kegiatan Saudara Kita (Darul Ukhuwah) yang ditempatkan di 10 daerah dalam negeri Johor. Satu Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita telah diwujudkan di setiap daerah bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti Darul Ukhuwah tersebut. Peranan Darul Ukhuwah antaranya ialah memberi bimbingan dan bantuan jika ada di kalangan saudara-saudara kita yang memerlukan pendidikan dan bimbingan dari segi agama termasuklah Orang-orang Asli yang mana setakat ini, untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Speaker dan Dewan, seramai 86 orang guru saudara kita dan 32 orang tenaga pengajar orang asli telah dilantik bagi menjalankan sesi bimbingan kepada mereka. Sebuah Rumah Perlindungan Saudara Kita juga telah diwujudkan di Parit Raja, Batu Pahat bagi membantu saudara kita yang memerlukan perlindungan sementara dan juga bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan dan tidak berwaris.

Yang Berhormat Timbalan Speaker dan Ahli Dewan, untuk makluman YB Kemelah, Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Negeri Johor ada membuka sesi kaunseling dan khidmat nasihat kepada pasangan suami isteri dan keluarga yang mengalami masalah rumah tangga semasa COVID-19 ini dan yang berhubung kait dengan masalah-masalah ketahanan mental. Untuk makluman YB Buluh Kasap, terima kasih kepada Yang Berhormat atas keprihatinan terhadap pegawai masjid, surau dan noja. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi Bajet 2021, pihak JAKIM akan memberikan bantuan one-off kepada pegawai masjid iaitu imam, bilal dan noja sebanyak RM500.00. Walau bagaimanapun, bantuan tersebut tidak termasuk pegawai surau. Sehubungan dengan itu, Jabatan Agama Islam Negeri Johor akan memajukan permohonan kepada kerajaan negeri dan MAINJ supaya kebajikan pegawai-pegawai surau juga terbela dengan jumlah yang akan ditentukan kemudian dengan melihat kepada kemampuan kewangan.

Untuk makluman YB Semerah, terdapat sebanyak 735 buah tapak tanah perkuburan Islam dengan keluasan 3,454 ekar bagi seluruh negeri Johor. Untuk Yang berhormat, bagi menguruskan tadbir tanah-tanah perkuburan sekarang ini, dan untuk makluman YB Timbalan Speaker juga satu Jawatankuasa telah pun ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Tabung Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Negeri Johor. Dan saya merayu semua Ahli Yang Berhormat yang ada permasalahan tentang pembangunan tanah-tanah kubur di kawasan masing-masing boleh la memajukan masalah ini kepada Jawatankuasa ini, insya-Allah.

Timbalan Speaker

YB EXCO 3 minit lagi ya.

Tuan Haji Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Bukit Permai

YB Speaker, kalau mungkin dapat tambah sikit ini mustahak Yang Berhormat Timbalan Speaker. Akhirnya, saya membuat pencerahan terhadap persoalan Rahmatan Lil Alamin yangg dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senggarang dan Briged ASWAJA yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Maharani. Yang Berhormat Timbalan Speaker dan Ahli Dewan, penubuhan Briged ASWAJA ini amat penting dalam kita nak membentuk satu gagasan kumpulan yang mempertahankan akidah Ahli Sunah Wal Jamaah yang menjadi teras bagi negeri Johor selama ini.

Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Speaker dan Ahli Dewan terdapat senarai ajaran sesat di negeri Johor daripada tahun 2000 hingga 2017, sejumlah 30 kumpulan ajaran sesat di negeri Johor iaitu bagi tahun 2000 ajaran Kardiani, ajaran Pertubuhan Bahin, ajaran al-Arqam. Pada tahun 2001 ajaran di Gunung Ledang Tangkak, ajaran Ilmu Tadalik hakikat ihsan. Bagi tahun 2005, ajaran Ayah Pin, bagi tahun 2007 ajaran Meragukan Ustaz Rajid, bagi tahun 2008 ajaran Ayah Guru gunung, bagi tahun 2009 ajaran Layar Bahtera, ajaran Umar bin Daud, ajaran Ustaz Zin, bagi tahun 2010 ajaran Kampung Temenin Kota Tinggi, ajaran Minyak Beku Batu Pahat, ajaran Haji Banuar Kulai Jaya, bagi tahun 2011, ajaran Taslim Bukit Easter Kota Tinggi, ajaran Ibrahim Kota Tinggi, ajaran Shafie Sahlan dan juga ajaran nagara. Bagi tahun 2012, ajaran Wak Jamil Taman Universiti, ajaran Panji Langit, bagi tahun 2013 ajaran Tunas Tuhan Harun, ajaran Remaja Geng 14, ajaran zikir Istigfar Istiniah, ajaran Kain Putih Kain Putih Kain Kuning, bagi tahun 2014, ajaran Militia Ibrahim, 2015, ajaran Nahri Nashi, 2016 ajaran Zikir Nafas, 2017, ajaran Yayi. Akhirnya Yang Berhormat Timbalan Speaker, senarai ajaran fahaman sesat yang telah difatwakan sesat oleh Lajnah Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor adalah seperti berikut:

1. Ajaran Kardiani 2. Ajaran Pertubuhan Bahin 3. Ajaran ilmu Tadlik iaitu Hakikat Insan 4. Ajaran Gunung Ledang Tangkak 5. Ajaran Ayah Pin 6. Ajaran Taslim 7. Ajaran Haji Banuar bin Roslan 8. Ajaran Militia Ibrahim 9. Ajaran Ilmu Makrifat 10. Zikir Nafas Rahmatan Lilalamin 11. Ajaran Yayi 12. Fahaman Histahrilk 13. Ajaran Syiah

Akhirnya, Yang Berhormat Timbalan Speaker saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Dewan yang telah memberikan cadangan yang terbaik bagi jabatan saya. Mudah-mudahan dipanjangkan umur kita berjumpa lagi. Kalau ada sumur di ladang, izinkan kami menumpang mandi, jika ada umur yang panjang, insya-Allah kita akan berjumpa lagi dalam menyahut sidang Dewan yang akan datang. Saya menyokong usul bagi pembangunan Belanjawan Johor 2021. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Timbalan Speaker

YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya, jemput.

Tuan Haji Mazlan bin BujangBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya · Puteri Wangsa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam makmur Johor. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, (Bacaan doa). Yang Berhormat Puan Speaker, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sekali lagi memberi berpeluang menggulung dalam sesi penggulungan perbahasan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 ini. Terlebih dahulu patik ingin merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Ta’zim sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2020 bersamaan 6 Rabiulakhir 1442 Hijrah. Patik mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta seluruh keluarga Di Raja akan terus diberkati, dirahmati dalam menaungi negeri Johor dengan makmur, sejahtera dan harmoni.

Yang Berhormat Puan Speaker, pendidikan memainkan peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti kerana pendidikan merupakan antara petunjuk terpenting dalam kualiti hidup manusia. Pendidikan mempunyai hubungan rapat dengan ilmu, dan ilmu dikenal pasti sebagai faktor hasil. Dengan pendidikan maka lahirlah para cerdik pandai. Hal ini secara langsungnya memperlihatkan perkaitan antara pendidikan dengan pembangunan sesebuah negara. Apabila dengan lahirnya para cerdik pandai maka segala pentadbiran dan pengurusan negara dapat diuruskan dengan baik dan para cerdik pandai inilah yang bakal menaikkan nama negara. Alhamdulillah Belanjawan Kerajaan Persekutuan 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperuntukkan sebanyak RM50.4 bilion untuk perbelanjaan KPM sebagai sebuah kementerian yang terbesar mendapat jumlah atau lebih kurang 15.6% daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan persekutuan. Dalam sidang Dewan penggal ini, yang diselubungi oleh wabak pandemik COVID-19 banyak persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Dewan yang mengutarakan kebimbangan terhadap nasib pelajar-pelajar sekolah dan universiti terutamanya mereka-mereka yang menghadapi peperiksaan SPM dan STPM. Dan saya secara peribadi saya akui sedikit sebanyak memberi kesan. Walaupun bidang pendidikan ini merupakan organisasi yang terletak di bawah tanggungjawab utamanya kepada kerajaan persekutuan, namun kerajaan negeri Johor amat komited dalam menjayakan agenda pendidikan yang lestari berpandukan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dalam mencapai matlamat falsafah pendidikan negara.

Oleh itu, para pelajar di negeri Johor yang unik ini telah didedahkan dengan pelbagai modul termasuk yang telah disampaikan secara terperinci oleh YB EXCO Kesultanan Islam Johor (KIJ) yang dikelolai oleh Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Johor dan kerajaan negeri Johor juga memperkenalkan Modul Karakter Murid Johor (KRMJ) dikelolai oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang dimasukkan dalam bidang akademik yang digunakan dalam menyerap elemen-elemen teras rukun negara dan jati diri bangsa Johor. Oleh itu, kerajaan Johor berharap agar kita dapat melahirkan bangsa Johor yang berkualiti dari segi intelektual, rohani dan jasmani selaras dengan falsafah pendidikan negara.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, setelah kerajaan persekutuan mengumumkan Perintah Tempoh Kawalan Pergerakan Bersyarat berkuat kuasa akibat pandemik COVID-19 dan Johor Bahru telah diisytiharkan sebagai zon merah. Kerajaan Johor melalui Jabatan Pendidikan Johor telah melakukan arahan, surat kepada semua Pengetua dan Guru Besar iaitu pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran di luar (PDPR) sepanjang penutupan sekolah semasa PKPB bertarikh 9 November 2020 bagi memastikan guru melaksanakan PDPR secara dalam talian atau medium lain yang bersesuaian. Perkara ini akan diteruskan sehingga pembukaan semula sekolah pada tahun depan. Semua murid sekolah rendah dan sebahagian daripada pelajar sekolah menengah agar memulakan sesi persekolahan secara bersemuka melalui Januari 2021.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, kerajaan negeri juga telah mengambil beberapa inisiatif bagi membantu murid seperti yang dicadangkan di dalam Belanjawan 2021, iaitu pemberian wang tunai sebanyak RM100.00 one-off kepada pelajar sekolah menengah dengan peruntukan sebanyak RM18.4 juta. Pandemik COVID-19 ini juga telah menidakkan pembelajaran secara konvensional iaitu secara bersemuka, face to face, dengan izin yang kita akui lebih efektif. Namun, banyak inisiatif yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk melaksanakan pembelajaran dan pengajaran secara atas talian, atau pembelajaran dan pengajaran dari rumah, TV Pendidikan yang disiarkan setiap hari iaitu di saluran TV, Radio di Malaysia melalui TV1, TV2, TV Okey, NTV9 dan Astro TV Tutor. Siaran TV Pendidikan merangkumi pelbagai aspek sekolah rendah, menengah bagi menampung defisit talian dan gadget. Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menghasilkan 25 slot rakaman video standard broadcasting TV Pendidikan, dengan izin bagi tujuan tayangan di Saluran TV Okey, RN, RTM dengan tumpuan kepada mata pelajaran peperiksaan awam SPM dan STPM sepanjang tempoh

PKP dan 18 slot telah berjaya ditayangkan. Banyak lagi modul-modul, alternatif di atas talian yang boleh dilayari contohnya Google Classroom yang begitu efektif, yang diakui oleh Yang Berhormat Paloh dalam ucapan perbahasan sidang Dewan semalam. Banyak juga inisiatif Persatuan Ibu dan Bapa membiayai modul-modul atas talian yang diperkenalkan oleh pihak swasta seperti Skor A, dengan izin. Sebagai alternatif jangka pendek, pembekalan bahan bacaan tambahan PBT yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang berjumlah RM118,400.00 melibatkan 50 buah sekolah rendah serta 96 buah judul buku Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris boleh dimanfaatkan pihak sekolah sebagai bahan bacaan pinjaman kepada murid bagi tujuan pembelajaran tanpa peranti dan akses Internet supaya tidak berlaku defisit pembelajaran.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, pelan data 1GB Internet Service Provider, ISP mohon izin, yang dibekalkan kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga 31 Disember 2020 juga membantu murid-murid memuat turun bahan-bahan yang dibekalkan guru menggunakan aplikasi WhatsApp, telegram dan Microsoft gozella, yang menggunakan data yang rendah berbanding kaedah streaming pedagogy, mohon izin. Bagi pelajar yang memiliki peranti sama ada dibekalkan atau dipinjam oleh ibu bapa, Jabatan Pendidikan Negeri Johor juga telah menyediakan alternatif capaian kandungan pembelajaran dalam talian menerusi gerbang pembelajaran digital yang boleh diakses guru dan murid menggunakan ID Delima yang dibekalkan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui www.site.google.com/view/kiosk/KBDPDigital. Di samping itu juga, Jabatan Pendidikan Negeri Johor juga telah menyediakan inisiatif Youtube, Cikgutube Johor yang mempunyai lebih 380 kandungan video mata pelajaran yang terpilih yang dihasilkan oleh guru-guru negeri Johor bagi tujuan kandungan pembelajaran kendiri boleh secara dalam talian dan boleh dilayari menerusi pautan www.site.google.com/view/cikgutubejohor. Kedua-dua inisiatif ini boleh diakses oleh para pelajar pada bila-bila masa sahaja pada waktu pagi atau selepas ibu bapa balik kerja di pusat-pusat Internet dan sebagainya. Inisiatif ini juga dapat menyelesaikan isu bagi menampung defisit talian dan gadget dialami oleh kebanyakan golongan B40.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, kerajaan negeri Johor juga melalui Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah bertindak proaktif dengan menggalakkan pihak sekolah menyediakan bahan pembelajaran dalam bentuk cetakan untuk edaran murid-murid dalam pelbagai bentuk modul berlandaskan sukatan pelajaran. Dalam melalui Revolusi Industri 4.0 pelajar mengimpikan satu ekosistem pembelajaran yang tidak lagi terhad kepada bilik darjah dan pembelajaran secara bersemuka. Sepatutnya pelajar boleh menelaah ilmu walau di mana mereka berada dan tenaga pengajar juga boleh untuk menyampaikan ilmu tanpa perlu menghadirkan diri ke bilik darjah. Kerajaan negeri juga melalui Jabatan Pendidikan Negeri Johor amat komited dalam membantu mengoptimumkan kadar boleh capaian jaringan Internet di kawasan luar bandar melalui perbincangan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Perbincangan yang diadakan adalah untuk meningkatkan kadar capaian meluas jaringan Internet di kawasan luar bandar kepada capaian rangkaian fiber atau rangkaian long term evolution, dengan izin di samping memperkasakan pusat Internet desa atau komuniti di kawasan luar bandar serta memperluaskan kemudahan Johor Wifi bagi kemudahan akses Internet. Istilah tidak dapat belajar kerana sekolah ditutup tidak seharusnya dijadikan alasan yang besar khususnya pada revolusi Industri 4.0 kerana pelbagai alternatif yang menggunakan teknologi sebagai platform membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan tanpa perlu bertemu mata. Kerjasama antara ibu bapa dan guru juga amat penting dalam pemantauan dan sokongan kepada pelajar supaya untuk terus menuntut ilmu sama ada di sekolah mahupun di rumah. Kerajaan negeri juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga pendidik yang bertungkus lumus dalam meneruskan PDPR semasa PKP ini, anda juga dianggap sebagai front liners ketika ini.

Seterus, Yang Berhormat saya hendak menambah sedikit. Sejak saya mengambil alih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan saya cuba membantu menyelesaikan masalah guru, yang paling ketara iaitu masalah guru-guru yang di posting kan, dipanggil guru-guru duka lara yang di posting kan jauh daripada suami dan isteri. Dan alhamdulillah, setelah perbincangan dan mesyuarat banyak keputusan yang diambil dan sekarang banyak dimulakan dan guru-guru ini dapat berkhidmat dengan pasangan, hampir dengan pasangan masing-masing. Kalau dulu, hendak naik pangkat contohnya biasanya daripada Johor Bahru nak jadi Guru Besar terpaksa keluar daripada Johor Bahru, tetapi kita dah minimumkan masalah tersebut dan kita berharap perkara ini berterusan dan juga di kawasan pedalaman Yang Berhormat terutama kawasan-kawasan Orang Asli masalah guru tiada kuarters iaitu rumah kerajaan. Dan di kawasan perkampungan Orang Asli ini, guru-guru saya lihat tiada peluang untuk menyewa rumah-rumah di perkampungan tersebut. Oleh sebab itu, saya sendiri mengambil inisiatif pilot projek di Kampung Peta dengan sumbangan daripada, dana daripada KPRJ dan juga Pejabat Menteri Besar sebanyak RM50,000.00 dan juga RM25,000.00 daripada Ahli Parlimen untuk membina 2 buah kuarters dengan konsep gotong-royong di samping membina, kami juga menanamkan semangat setia kawan dan team building di kalangan guru di sana dan alhamdulillah projek berjalan sekarang, 50%.

Saya seterusnya ingin menyentuh isu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jaya yang telah disebutkan oleh Parit Yaani yang masih belum disiapkan sejak mula dibina akhir tahun 2013. Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil tindakan untuk mengeluarkan notis penamatan pengambilan kerja kontraktor. Notis untuk tujuan penamatan kerja kontraktor masih dalam semakan Penasihat Undang-Undang dan proses lantikan kontraktor penyelamat dijangka selesai pada bulan Mei 2021 dan jangkaan sekolah dapat beroperasi sepenuhnya bermula pada awal 2023. Dan selepas itu juga, Parit Raja ada menyatakan kebimbangan tentang masalah baik pulih struktur bangunan yang telah mengalami kerosakan di Sekolah Kebangsaan Parit Raja, perkara ini telah diambil maklum dan telah dipanjangkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya untuk tindakan selanjutnya.

Yang Berhormat Speaker, sebenarnya saya sendiri buat kunjungan kepada semua projek-projek di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Di Malaysia, projek-projek sakit kategori sakit dan saya sendiri telah mempengerusikan dan banyak dibantu oleh agensi-agensi kerajaan untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah tertangguh. Dan alhamdulillah selepas tersebut, banyaklah kita selesaikan masalah-masalah sekolah yang mengalami masalahnya.

Seterusnya, saya ingin menyentuh masalah yang diutarakan oleh Endau tentang keperluan penambahan sekolah menengah kebangsaan. Untuk makluman Yang Berhormat, keperluan pembinaan sekolah di suatu kawasan adalah mengambil kira kepadatan penduduk dan juga permintaan oleh masyarakat setempat serta bilangan enrolment murid di sekolah berhampiran. Walau bagaimanapun, kelulusan pembinaan sekolah di kawasan tersebut tertakluk kepada kemampuan kewangan semasa kerajaan. Kapasiti Sekolah Menengah Kebangsaan Hussien masih mencukupi untuk menampung bilangan kepadatan penduduk di DUN Endau.

Dan seterusnya, bagi mengatasi jurang liputan ini, liputan Internet dengan lebih efektif, pelbagai program peringkat nasional telah diperkenalkan seperti National Fiberization and Connectivity Plan iaitu dulu dinamakan NFCP dan kini telah dijenamakan sebagai Pelan Jalinan Digital Negara, (JENDELA) setelah bertukar kerajaan yang akan menjadi platform penambahbaikan komunikasi digital negara. Pada 26 November yang lalu, Menteri Besar Johor telah mengumumkan Agenda Johor Digital semasa ucapan Belanjawan 2021. Kerajaan negeri Johor sangat komited dalam membangunkan aktiviti ekonomi digital. Pada 29 Ogos yang lalu pula Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Pelan Tindakan

Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang menjadi platform penambahbaikan komunikasi digital negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, 2021 hingga 2025. Pelan Tindakan JENDELA telah dibangunkan secara kolektif oleh pemain industri dan pihak kerajaan melalui sesi Makmal Infrastruktur Digital Negara yang dianjurkan oleh SKMM dari 13 Julai hingga 14 Ogos 2020 bagi memperingkatkan tahap kesalinghubungan dan kualiti pengalaman, perkhidmatan komunikasi di seluruh negara. Pihak kerajaan melalui pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah bersedia maklum dan sentiasa prihatin akan masalah liputan di kawasan luar bandar atau pedalaman negeri Johor serta negeri-negeri lain. Di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) oleh SKMM di Johor banyak infrastruktur komunikasi telah dibangunkan di luar bandar seperti pembangunan di 156 buah menara telekomunikasi, menaik taraf 506 menara sedia ada kepada perkhidmatan 3G dan 4G, menyediakan lebih 134,000 premis bagi capaian jalur lebar talian tetap, pembinaan 86 pusat Internet dengan program pembangunan insan dan lain-lain. Dianggarkan pelaburan bagi pelaksanaan JENDELA di negeri Johor adalah sebanyak RM2.5 bilion yang sebahagian besarnya melalui pelaburan langsung oleh para pemain industri dan selebihnya melalui pihak kerajaan. Pelan Tindakan JENDELA yang akan dilaksanakan dalam 2 fasa telah dibangunkan secara kolektif oleh pemain industri dan pihak kerajaan berdasarkan aspirasi nasional bagi mencapai 100% dengan izin, liputan 4G di kawasan berpenduduk dengan kelajuan 100mbps dengan izin, serta akses kelajuan jalur lebar talian tetap berkelajuan gigabyte 1,000 megabyte per second yang seterusnya akan menjadi asas kukuh bagi peralihan kepada teknologi 5G.

Dalam fasa 1 JENDELA juga melibatkan pembinaan sebanyak 107 menara komunikasi baharu serta penaiktarafan 393 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada kepada perkhidmatan 4G di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat oleh SKMM. Manakala penambahan sebanyak 65 menara baharu dan 1,960 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf melalui pelaburan langsung. Pelan tindakan JENDELA ini adalah usaha semua pihak dan kejayaan pelaksanaannya memerlukan kerjasama daripada semua pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Fasa Kedua JENDELA yang akan bermula 2022 ke atas adalah peralihan kepada teknologi 5G yang akan disusuli selepas platform yang dilaksanakan di Fasa 1 diperkukuhkan. Namun sedemikian, pada 20 November 2020, Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia telah mengumumkan rancangan Malaysia untuk mula menggunakan rangkaian 5G tahun ini telah ditangguhkan bagi memberi keutamaan pelan JENDELA yang pada asal rangkaian 5G dijadualkan mula beroperasi di Malaysia pada suku ketiga 2020, tetapi kerajaan yang berubah telah menukar perancangan untuk penuhkan rangkaian 4G terlebih dahulu sebelum memulakan 5G. Ini dijangka dilaksanakan pada penghujung tahun 2022.

Antara punca yang ditangguhkan oleh kementerian adalah disebabkan beberapa faktor. Yang pertamanya, kesediaan rakyat untuk menggunakan rangkaian 5G. Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia, jalur lebar 5G memerlukan telefon pintar yang lebih canggih seperti Iphone 12, Samsung Galaxy S20 dan Huawei 40. Telefon-telefon yang macam saya pakai dan juga Yang Berhormat banyak kita pakai ini tidak sesuai untuk liputan 5G dan itu sebab. Yang keduanya, tentang masalah kawal selia dan seterusnya jurang charge 4G dengan 5G.

Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Perling ada mengutarakan tentang perkara Internet Of Things (IOT). Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Sains Teknologi dan ICT dipertanggungjawabkan bagi pelaksanaan pembangunan dan pengoperasian segala bentuk infrastruktur dan inisiatif ICT bagi kerajaan dan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Bahagian ini juga berperanan dalam membangunkan kompetensi ICT di kalangan penjawat awam negeri Johor. Bahagian ini juga tidak ketinggalan dalam memanfaatkan teknologi IR 40 untuk kegunaan kerajaan negeri. Pembangunan teknologi IOT ini telah diadaptasikan dalam pemantauan Pusat Data Kerajaan. Pusat Data yang beroperasi 24 jam sehari 365 hari setahun tanpa berhenti ini di pantau menggunakan teknologi IOT dalam Sistem

Pemantauan Persekitaran (EMS). Sistem Pemantauan Persekitaran akan menghantar maklumat berkaitan suhu pusat data, kelembapan. Selain dari IOT, bahagian ini juga menggunakan teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang lain dalam pelaksanaan ICT untuk kerajaan negeri Johor.

Antaranya menggunakan pengkomputeran awan persendirian iaitu dipanggil cloud computing bagi Pusat Data dan Pusat Pemulihan Data Kerajaan (DRC). Ini bagi memastikan perkhidmatan elektronik kerajaan berada di tahap ketersediaan yang tinggi. Kerajaan negeri juga bakal dapat mengadaptasikan teknologi Robotics Process Automation (RPA) dengan izin, yang disediakan di dalam aplikasi HRMIS yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Golongan mahasiswa, adalah golongan yang diharapkan satu hari nanti sebagai golongan yang akan mengepalai dan memacu dan memandu rakyat negeri Johor ke arah kesejahteraan ekonomi, fizikal, rohani, jasmani terarah kepada kecemerlangan dalam kemakmuran semua. Oleh sebab itu, kerajaan negeri sentiasa memperuntukkan jumlah kewangan yang sewajarnya mengikut kemampuan pendapatan kerajaan negeri secara total. Semasa wabak bermula COVID-19, kerajaan negeri telah menyalurkan dana RM1.08 juta kepada 4,926 orang mahasiswa keluarga B40 dalam Skim Pakej Rangsangan Prihatin Negeri Johor.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Mahasiswa Universiti dan Persatuan Mahasiswa Negeri Johor di IPTA dan IPTS kerajaan Johor. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah bersetuju melalui peruntukannya yang sedia ada menambah lagi wang sebanyak RM1 juta kepada 500 orang mahasiswa melalui kaedah penyampaian dan pelaksanaan yang sama, iaitu lebih kurang RM200.00 setiap pelajar. Dalam Belanjawan 2021 yang di bentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kerajaan terus menyalurkan pinjaman pelajaran IPT sebayak RM14.7 juta, RM300,000.00 Biasiswa Sultan Ibrahim, RM150,000.00 Tabung Pendidikan Sarjana PDT, RM500,000.00 kepada Persatuan Mahasiswa Johor dan RM500,000.00 Program Duta Mahasiswa Johor.

Bagi memartabatkan warisan dan budaya negeri Johor yang kaya dari segi sejarah, peradaban termasuk seni dan budaya, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah merasmikan sebuah Pelan Induk Johor sebagai Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa 2020 hingga 2024 selama 5 tahun pada 8 Oktober 2020 di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar. Pelan induk untuk 5 tahun ini mempunyai 9 teras strategik iaitu, 4 Teras Strategik Asas iaitu Institusi Islam dan Kesultanan Melayu Johor, Kepimpinan Melayu Johor, Warisan Budaya Johor dan Bahasa dan Persuratan Melayu Johor. 5 Teras lagi strategi penggerak pula iaitu Ekonomi Melayu, Pelancongan Warisan Dan Budaya, Pendidikan dan Pengislahan Awam dan Pustaka Warisan Digital dan Iltizam Politik. Gabungan antara Teras Strategik Asas dan Teras Strategik Penggerak berupaya membawa negeri Johor menjadikan negeri yang mempunyai dasar dan pelan tindakan jangka panjang bagi memartabatkan Tamadun Melayu dan mengangkat ke taraf antarabangsa. Bagi menjayakan pelaksanaan pelan induk ini dengan lebih berimpak tinggi dan menjamin ketelitiannya selari dengan aspirasi Johor menjadi Pusat Tamadun Antarabangsa, konsep projek berjenama diperkenalkan.

Timbalan Speaker

Dua minit lagi ya, YB EXCO.

Tuan Haji Mazlan bin BujangBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya · Puteri Wangsa

Projek berjenama bermaksud projek dalam ekosistem lengkap bertujuan mengangkat satu aspek Tamadun Melayu Johor melalui satu projek khas yang boleh dilaksanakan secara jangka pendek dan sederhana. Projek berjenama perlu mempunyai penggerak utama mewakili agensi kerajaan berkaitan dan disokong oleh beberapa agensi awam, swasta dan bukan kerajaan. 12 Projek Berjenama diperkenalkan, iaitu Kampung Tradisi Tamadun Melayu Johor, Kota Budaya Berkembar, Johor Kreatif, Johorpedia, Zapin Johor, Digital Warisan

Johor, Galeri Seni Muzium Daerah, Kursi Tamadun Melayu Johor, Intelek Awam Johor, Sarjana Johor, Budirelawan Dan Warisan Alami Johor. Impak daripada pandemik COVID-19 yang melanda negeri pada tahun ini, beberapa pendekatan idea telah diusahakan untuk meneruskan kelangsungan aktiviti seni dan budaya disesuaikan dengan SOP yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Majoriti aktiviti telah disesuaikan dengan kaedah di atas talian melalui Facebook, Instagram dan YouTube. Beberapa contoh yang terbaik adalah Pertandingan Nyanyian Lagu Asli, Pertandingan Memperaga Busana Tradisi Johor, Program Sajian Warisan Johor dan Pertandingan Video Pendek Tari Zapin Johor. Seminar dan kursus-kursus yang berkaitan juga terpaksa dijalankan di dalam kumpulan yang terlalu kecil. Kesemua inisiatif ini menggambarkan usaha kerajaan negeri memperkasa warisan dan budaya tidak terhenti walaupun menghadapi cabaran baharu terlalu berbeza dan di luar jangka.

Sebelum mengakhiri penggulungan saya pada hari ini Yang Berhormat Speaker, terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih saya setinggi-tingginya kepada semua barisan hadapan negara yang telah mengorbankan masa dan nyawa mereka untuk memastikan kita selamat daripada ancaman COVID-19. Yang Berhormat Puan Speaker, orang pantun, saya pun nak pantun pendek ajelah. Jangan nyanyi lah, nyanyi tak laku karang, dah hujan. Burung terbang ke Kuala Sedili, kalau tercalon, menang, kita jumpa lagi. Sekian, saya mengakhiri penggulungan saya dengan wabillahi taufiq walhidayah. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Kemajuan Luar Bandar dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan membuat penggulungan pada hari Ahad, 6 Disember 2020.

Persidangan ini saya tangguhkan sehingga hari Ahad, 6 Disember 2020 jam 9.30 pagi.

Persidangan ditangguhkan pada jam 5.08 petang.