Johor · 23 November 2021
4th session, 2nd meeting · 166 turns · 31,098 words · official PDF ↗
ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.
Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Tuan Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. (Bacaan selawat).
Ahli-Ahli Yang Berhormat, COVID NINETEEN ataupun COVID-19 telah melanda seluruh dunia termasuk negara kita. Setakat hari ini 2,591,486 orang telah dijangkiti dan 30,063 orang telah terkorban di negara kita. Dewan Negeri Johor hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa COVID-19 yang telah terkorban dan mangsa yang menghadapi kesan berpanjangan selepas COVID-19.
Semoga semua mangsa dan keluarga mereka diberi kekuatan untuk menghadapi ujian yang besar ini insya-Allah.
Soalan-Soalan Lisan.Questions
Yang Berhormat Bentayan, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 1.
Apakah status terkini projek naik taraf Jalan Salleh, Muar dari 2 lorong kepada 4 lorong yang sebelum ini dijangka bermula pada tahun 2021?
Jemput YB EXCO.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Bentayan.
Jalan Salleh, Muar berada di laluan jalan negeri J32 dengan panjang jalan adalah 4 km. Jalan Salleh ini merupakan jalan pintasan di antara Bandar Muar dan Bukit Pasir. Jalan Salleh adalah jajaran jalan dalam projek cadangan menaik taraf di bawah tajuk “Menaik taraf Jalan Dari Bandar Muar Ke Pekan Pagoh J32 Sepanjang 20 Kilometer Muar – Johor”. Bagaimanapun, cadangan perancangan projek ini telah disusun semula kerana jajaran Jalan Salleh ini termasuk di dalam cadangan jalan untuk ditukar status dari jalan negeri kepada jalan persekutuan iaitu jalan dari Bandar Muar ke Pekan Labis sepanjang 85 kilometer.
Jajaran jalan Bandar Muar ke Pekan Labis ini sedang dalam proses permohonan pewartaan ke jalan persekutuan. Sekiranya proses pewartaan ini diluluskan, cadangan pelaksanaan projek ini adalah di bawah peruntukan kerajaan persekutuan.
Jajaran sedia ada bagi jalan ini sebahagian besarnya meliputi jalan 2 lorong 2 hala. Walau bagaimanapun, sebahagian kecil jajaran dengan anggaran 3.5 kilometer telah dinaik taraf pada tahun 2017 kepada 4 lorong 2 hala berkembar, dari kawasan Pagoh Jaya hingga ke kawasan tapak agro pertanian Pagoh.
Terdapat juga kawasan kecil jajaran yang telah dinaik taraf melalui proses pembangunan tepi jalan seperti perumahan, rumah kedai, sekolah, naik taraf persimpangan sepanjang 1.5 kilometer yang telah sedia ada 4 lorong berkembar.
Apabila cadangan projek naik taraf 85 kilometer ini siap dilaksanakan kelak, ia akan memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pengguna jalan raya yang menghubungkan 2 daerah iaitu daerah Muar dan daerah Segamat.
Sepanjang laluan ini, terdapat beberapa pekan utama yang berkepadatan penduduk tinggi iaitu Pekan Bukit Pasir, Taman Pagoh Jaya dan Pekan Pagoh. Di samping itu, terdapat pekan-pekan kecil sepanjang laluan J32 ini, antaranya Pekan Lenga dan Bukit Kepong. Sekian, terima kasih.
Ya Bentayan, soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan YB EXCO atas jawapan diberi. Jadi sekarang tengah proseskan untuk tukarkan jalan ini kepada jalan persekutuan? Jadi boleh tahu tak, agak berapa lama masa akan diambilkan untuk proses ini dan berapa kos yang dijangkakan untuk projekkan ini? Sekian, terima kasih.
Setiap jalan negeri yang nak diubah kepada jalan persekutuan dengan pembiayaan kerajaan persekutuan sama ada untuk peningkatan ataupun pelebaran jalan memerlukan pewartaan.
Kerajaan Negeri dalam MMK yang lepas telah meluluskan pengubahan ini dan sekarang dalam proses pewartaan yang akan mengambil masa sedikit sebab dia memerlukan audit untuk mengenal pasti kelebaran, persimpangan, jambatan, sungai sepanjang jalan berkenaan.
So, sekiranya projek ini dilaksanakan kelak, di antara fasa pertama ialah di antara Bandar Muar hingga ke Pekan Pagoh. Dia, saya tak dapat off-hand dia punya bajet, tetapi kita telah menyenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Terima kasih.
Seterusnya Yang Berhormat. Soalan seterusnya Yang Berhormat Penawar jemput.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, tang tang tut keladi wewe, soalan saya nombor 2.
Bagaimanakah kerajaan negeri mengambil langkah mengekang kenaikan harga barangan pasca PKP kerana dijangka harga barang keperluan akan naik secara mendadak.
Jemput Yang Berhormat Bukit Naning.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 3.
Apakah jalan penyelesaian bagi harga barangan keperluan harian yang semakin meningkat selepas pandemik COVID-19, contohnya harga ayam?
Jemput Yang Berhormat Serom.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 4.
Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap situasi kenaikan harga barangan pengguna yang telah meningkat dengan sangat ketara selepas pembukaan sektor ekonomi sehingga ada yang mencecah sehingga 30% - 50% kenaikan dari harga asal?
Jemput Yang Berhormat EXCO.
Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya menjawab ketiga-tiga soalan ini secara bersekali dan saya ingin bahagikan jawapan ini kepada 2 bahagian.
Dan yang pertama adalah mengenai faktor kenaikan harga barangan, yang berlaku dengan mengambil contoh kenaikan harga ayam sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Naning.
Terdapat 2 faktor kenaikan harga ayam iaitu pertama peningkatan kos, iaitu termasuk kos kacang soya, jagung dan kadar pertukaran asing, foreign exchange yang telah meningkat dan menyebabkan harga ayam turut meningkat.
Yang kedua adalah faktor permintaan dan bekalan, demand and supply. Oleh kerana kebanyakan negeri telah memasuki fasa 4 Pelan Pemulihan Negara iaitu PPN, rakyat telah bebas bergerak dan ekonomi juga sedang dalam fasa pemulihan. Situasi ini menyebabkan demand meningkat dan menyebabkan harga barangan seperti ayam juga turut meningkat di mana penternak tidak dapat jangkakan pembukaan fasa-fasa ini, justeru apabila berlaku permintaan tinggi terhadap ayam buat masa ini, penternak memerlukan masa bagi menyediakan ayam. Dan ini akan mengambil masa untuk bekalan ayam menjadi stabil dalam pasaran.
Dan kedua mengenai dengan langkah dan tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga barangan harian –
1. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa memastikan pegawai-pegawai penguat kuasa turun di lapangan serta melakukan pemeriksaan seluruh negeri Johor;
2. Melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) untuk semua perayaan bagi mengawal kenaikan harga barangan utama yang mendapat permintaan yang tinggi semasa musim perayaan;
3. KPDNHEP juga telah menyediakan aplikasi price catcher untuk pengguna membuat perbandingan harga barangan dan buat masa ini ada 432 barang dijual di premis dapat dibandingkan harga yang berdekatan;
4. Mana-mana peniaga yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Pencatutan 2011, iaitu mengaut keuntungan tinggi yang tidak munasabah boleh dikenakan hukuman di bawah Akta yang sama; dan
5. Memasukkan barang asas sebagai barang kawalan sepanjang tahun seperti gula, minyak masak, minyak masak paket, tepung dan topeng muka serta barang-barang keperluan asas terutamanya di sektor peruncitan-peruncitan bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi.
Terima kasih.
Ya Penawar jemput, soalan tambahan.
Terima kasih Tuan. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.
Soalan saya, mohon penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO, walaupun kawalan harga dibuat kepada barang terpilih seperti minyak masak, ayam, namun terdapat kenaikan harga
yang berlaku baru-baru ini. Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak yang berwajib serta apakah tindakan kerajaan negeri untuk membantu golongan rakyat yang susah bagi mendapatkan barangan tersebut dengan kadar yang lebih murah? Terima kasih.
Ok, jemput YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Penawar. Mengikut harga minyak sawit mentah (CPO) yang amat tinggi, harga minyak masak seharusnya meningkat. Isu ayam tadi sudah dijawab. So, sekarang saya akan jawab yang isu minyak yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penawar.
So, sekarang harga minyak sawit mentah dah naik, so harga minyak seharusnya dia naik. Tetapi, kerajaan sudah ambil langkah-langkah yang tertentu untuk memastikan harga yang naik itu dia masih dalam harga yang boleh diterima. Langkah-langkah yang sudah diambil oleh pihak kerajaan termasuk membuat kawalan harga bagi minyak masak dalam bungkusan polybag itu sepanjang tahun untuk 1 kg RM2.50. Itu bawah Program Skim Rasionalisasi Harga Minyak Masak atau COSS untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat dan dia memang RM2.50 sahaja sepanjang tahun.
Nombor 2, kerajaan juga melaksanakan program harga kawalan berasas nilai ambang minyak sawit mentah (CPO). Kita dah buat satu harga siling untuk minyak masak tulen, tapi minyak masak campur itu tidak terkawal dan tidak dikawal. Dan harga maksimum bagi minyak masak 2021 telah berkuat kuasa pada 1 hari bulan Ogos 2021.
Selain itu, untuk memastikan rakyat biasa tidak dibebankan oleh kenaikan minyak sawit mentah, harga yang ditetapkan bawah harga untuk minyak masak 5 kilogram adalah RM30. Untuk 1 kg RM6.70 dan 2 kg RM12.70, 3 kg RM18.70 dan 5 kg maksimum RM29.70. Itu langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan. Terima kasih.
Ya Serom jemput.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat EXCO. Saya ingin mengambil peluang di sini Yang Berhormat sekalian, isu harga barangan yang kita bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini adalah merupakan suatu isu yang sangat serius. Saya ingin menegaskan di sini bahawa kita perlu tangani isu ini secara bersama. Dan apa yang saya lihat daripada jawapan Yang Berhormat EXCO adalah stereotype, sama sepertimana sebelum-sebelumnya di mana tiada suatu idea atau usaha yang di luar kotak yang boleh kita terima di dalam menangani isu ini. Dan kalau kita lihat situasi hari ini adalah situasi bila mana kita baru sahaja, saya boleh katakan, kita baru sahaja keluar daripada pandemik dan kita beralih ke fasa yang lain. Namun demikian, kita faham bahawa situasi hari ini rakyat sangat-sangat terbeban, bukan hanya harga barang tetapi juga dengan pendapatan yang hampir tiada. Jadi di sini, kalau tuan-tuan lihat produk ayam daging mencecah sehingga RM10.00 lebih. Produk sayur-sayuran yang biasanya kalau kita pergi, hatta ke pasar raya, kedai-kedai murah sekalipun masih lagi murah, tapi hari ini pasar raya tersebut bukan hanya murah tapi jauh lebih tinggi daripada harga-harga semasa. Dan begitu juga kepada produk-produk yang lain, yang saya kira turut sama naik terlalu tinggi dan saya ingin menegaskan di sini bahawa kita perlu melihat, YB EXCO perlu melihat, YB Menteri juga perlu melihat isu ini agar rakyat kita tidak terbeban dengan apa yang berlaku. Dan kalau kita lihat kepada mekanisme ini, saya percaya, kalau ayam daging..
Yang Berhormat..
Seperti mana tuan sebut tadi, banyaknya menyebelahi kepada pengeluar, tetapi isu ini adalah rakyat secara keseluruhan yang menanggung.
Soalan, Yang Berhormat.
Jadi kita pergi mana-mana pun, jadi saya mohon dan pertimbangan daripada EXCO kalau tadi kita ada harga siling untuk ayam. Bagaimana pula dengan harga produk-produk sayuran? Kalau kita lihat hari ini kita nak rakyat kita sihat, tapi harga pelbagai sayuran naik jauh tinggi. Jadi apakah rancangan kerajaan hari ini untuk memastikan harga sayuran, produk-produk kesihatan yang lain dapat diturunkan dan rakyat dapat berusaha untuk menambah tahap kesihatan seperti mana yang kita tahu, apa yang berlaku pada hari ini telah menjejaskan sedikit sebanyak kesihatan rakyat secara umum, namun demikian usaha mereka untuk meningkatkan..
Ini bukan perbahasan, Yang Berhormat.
Kembali kesihatan terjejas itu. Jadi mohon pertimbangan pihak EXCO.
Jemput YB EXCO. Panjang sangat soalan dia, jemput.
Terima kasih, Yang Berhormat. Perbahasan YB Serom. Sebenarnya situasi macam ini. Negara kita tengah menghadapi satu situasi unprecedented. Tidak pernah berlaku. Bukan Malaysia, dia satu dunia. So sekarang, the world order has changed. Banyak perkara sudah tukar, sudah tak sama. Kita tak boleh banding, kenapa masa kita kerajaan apa-apa pun harga rendah, sekarang harga dia tak sama, dia memang tak sama, dunia sudah tak sama. Tapi, balik pada soalan yang paling basic. Kenapa harga barangan menaik? Dia sesuatu yang agak simple dan jawapan saya memang konsisten selama ini, sidang Dewan lepas sampai sekarang. Dia berkaitan dengan supply and demand. So, bila permintaan tinggi, bekalan tak cukup, dia akan naik. Itu sesuatu yang kerajaan tidak boleh set. Sayur berapa? Tak boleh, ini pasaran. Kalau kita kata minyak mentah CPU dah naik sampai RM5,000.00, ini kita nak jual RM2.50 sekilo minyak masak, tak ada orang nak tanam sawit lagi. Siapa, tak ada orang nak buat business macam itu. So, kerajaan akan ambil langkah di mana kita seimbangkan. Kita set kan siling. Itu tidak bermakna itu harga yang dijual. Dan, untuk makluman Yang Berhormat Serom, saya memang kerap turun padang untuk check harga. Dan, saya mendapati bahawa ada banyak pasar raya mereka jual barang itu di bawah paras harga siling yang ditetap oleh kerajaan. Itulah tadi saya dah minta mungkin Ahli Dewan juga, semua download, Price Catcher supaya jadi satu seorang pengguna yang bijaksana. Jadi pula pergi sana, mahal-mahal lah, pergi cari tempat lain murah. So, kita kena buat macam tu, untuk memastikan kita jaga dua belah, mungkin pengilang ke, peruncit ke, sampai pengguna. Kita kena jaga macam itu. Bukan nak harga rendah sahaja, tetapi sini tak boleh, nanti orang tak nak tanam sayur lagi. Ha, itulah jawapan saya terima kasih.
Soalan seterusnya, saya silakan Yang Berhormat dari Bukit Pasir, jemput.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya no. 5.
Melihat keadaan ekonomi yang meruncing serta kos sara hidup yang meningkat, apakah kaedah kerajaan bagi membantu usahawan yang terkesan teruk dan berisiko untuk gulung tikar agar mereka dapat meneruskan perniagaan masing-masing dengan suntikan dan galakan yang memberangsangkan.
Jemput, YB EXCO.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan terima kasih kepada ADUN
Bukit Pasir. Kerajaan negeri, mahupun pusat amat komited, sentiasa mengambil perhatian serius terhadap segala isu serta permasalahan yang timbul agar permasalahan tersebut dapat ditangani dan diselesaikan secara berhemah dan efektif. Berbagai pelan perancangan, pelan tindakan mahupun pelaksanaan inisiatif khusus telah pun dilancarkan dan dilaksanakan oleh kerajaan menerusi jabatan atau agensi-agensi yang terbabit. Selain berbagai jenis insentif, mahupun bantuan dalam bentuk pembiayaan ataupun geran telah ditawarkan bagi membantu para usahawan kembali aktif untuk menjalankan operasi perniagaan dan berdaya saing dalam cabaran ekonomi norma baru dan kerajaan juga turut menitikberatkan sektor keusahawanan dengan pengenalan Dasar Keusahawan Nasional 2030. Kerajaan pusat, melalui RMK-12 yang mempergiatkan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan pembangunan keusahawanan melalui galakan usahawan dipacu inovasi dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan yang berkompetitif dan mampan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri juga untuk turut setia dan sentiasa peka, dengan isu semasa yang dialami rakyat negeri Johor khususnya para usahawan. Berbagai kaedah serta mekanisme yang telah diguna pakai oleh kerajaan bagi menyantuni golongan usahawan yang terkesan. Salah satu usaha, yang dibuat bagi mengesan usahawan terbabit adalah menjalinkan kerjasama strategik dan kolaborasi secara terus bersama Pejabat Daerah, agensi-agensi di bawah Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor dan tidak ketinggalan, informasi yang diperolehi dari semua pejabat YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor. Bagi membantu para usahawan di negeri ini kembali berdaya saing dan berdaya maju, pelbagai bentuk insentif dan inisiatif berbentuk skim pembiayaan, geran bantuan perniagaan, padanan perniagaan mahupun program pembangunan usahawan, seperti seminar dan latihan telah pun dilaksanakan sepanjang tempoh PKP iaitu bermula awal tahun 2020 sehingga kini. Semua inisiatif yang telah dilaksanakan telah memberi manfaat hampir kepada 60,000 usahawan di negeri Johor.
Bagi makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, berdasarkan rekod atau laporan oleh agensi-agensi di bawah MPUNJ sehingga Julai 2021, nilai atau jumlah kumulatif bagi permohonan pembiayaan oleh PKS Negeri Johor yang telah diluluskan adalah sebanyak RM332,676,000.00. Ianya telah memanfaatkan sejumlah 21,934 usahawan negeri ini. Selain itu, kerajaan menerusi PUJB juga turut telah memperuntukkan sebanyak RM7 juta bagi pelaksanaan program pembangunan usahawan pasca COVID-19 bagi tahun 2021 yang memberi fokus meningkatkan daya saing serta pendapatan para usahawan di negeri ini, menerusi inisiatif atau program yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh PKP. Skop bantuan yang ditawarkan adalah berbentuk geran bantuan, pembelian mesin dan peralatan atau tambah baik premis, mahupun bantuan tunai, mahupun program latihan kemahiran di mana program-program ini telah memberi manfaat kepada hampir 40,000 usahawan. Antara inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan menerusi PUJB bagi membantu para usahawan secara ringkasnya adalah seperti berikut:-
1. Insentif pembukaan akaun syarikat 2. Jelajah Usahawan Johor 3. Promosi produk PKS 4. Program Latihan Usahawan Johor 5. Perkasa Johor IP 6. SME Go Digital 7. Geran Orang Lokal 8. Program Pembangunan Ekonomi Setempat dan Misi jejak PKS; dan juga 9. Johor Enhancement Entrepreneur Program (EJEP)
Bagi memberi pendedahan serta galakan kepada usaha transformasi digital para usahawan, Johor e-Marketplace juga merupakan inisiatif kerajaan negeri Johor dalam membantu golongan usahawan untuk terus maju menerusi perniagaan secara dalam talian terutamanya semasa menghadapi cabaran pasca COVID-19. Usaha ini dapat memberi manfaat kepada lebih 18,000 usahawan di negeri ini serta jutaan penggunaan platform e-
Dagang Shopee. Selain berpeluang memasarkan produk melalui platform e-Dagang Shopee, para usahawan juga turut diberi bimbingan serta latihan kemahiran menerusi Shopee e-University, secara percuma. Bagi edisi kedua, pelaksanaan inisiatif pada tahun ini dan setakat 31 Oktober 2021, seramai 8,000 usahawan negeri Johor telah pun mengambil bahagian dengan nilai transaksi jualan yang direkodkan adalah bernilai RM81 juta. Terima kasih.
Ya, Bukit Pasir, jemput, soalan tambahan.
Soalan tambahan.
Ya..
Saya nak bertanya dalam, apakah kaedah ataupun mekanisme hebahan yang diguna pakai oleh agensi pelaksana bagi memastikan hebahan inisiatif yang di laksana dapat dicapai oleh golongan sasaran?
Jemput YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Pasir. Satu soalan yang baik yang kita patut tahu macam mana cara kaedah penyampaian itu eh. Bagi makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, kerajaan negeri menerusi pelaksanaan iaitu Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd, giat melaksanakan inisiatif-inisiatif atau program-program yang berbentuk bantuan mahupun pembangunan usahawan bagi membantu para usahawan yang terkesan kembali aktif menjalankan operasi perniagaan. Bagi memberi kesedaran awam, terutama golongan sasaran mengenai tawaran bantuan juga kemahiran yang disediakan agar dapat mencapai dan dapat dimanfaatkan oleh para usahawan. PUJB giat membuat promosi atau hebahan mengenai inisiatif, bantuan ataupun program kemahiran yang mana akan ditawarkan melalui platform media sosial yang popular seperti facebook, instagram, Twitter, Youtube, Telegram, laman web rasmi, Tik Tok dan lain-lain lagi. Selain di platform media sosial PUJB, promosi juga turut dilakukan merentasi platform media sosial melalui agensi-agensi di bawah Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor serta agensi-agensi yang berkaitan. Juga turut tidak ketinggalan dalam membuat hebahan, facebook, face saya sendiri juga dilakukan salah satu platform yang dibuat hebahan dan promosi bagi inisiatif-inisiatif yang akan kita laksanakan. Bagi memastikan capaian ini, capaian hebahan ini lebih meluas, informasi berkaitan inisiatif atau bahan-bahan promosi turut juga dikongsi kepada rakan media untuk disebar luas.
Bagi makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat Bukit Pasir, saya juga turut merancang dan bercadang untuk menerokai platform-platform media yang lain seperti ruang iklan di TV, di radio, digital billboard mahupun papan iklan PBT bagi tujuan hebahan dan promosi bagi semua inisiatif di bawah portfolio saya yang akan kita, saya laksanakan pada tahun hadapan. Namun, ianya bergantung kepada budi bicara dan jasa baik Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk memberi peruntukan tambahan kepada saya bagi tujuan tersebut. Sekian, terima kasih. (Dewan ketawa). Sambil-sambil. (Dewan ketawa)
Ok, soalan seterusnya, saya jemput Tiram.
Salam sejahtera Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan no. 6.
Kebanyakan negara dunia sedang mengadakan kempen penanaman pokok untuk menjaga alam sekitar (kempen kehijauan) apakah tindakan kerajaan negeri Johor?
Jemput YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Tiram. Secara dasarnya, Malaysia telah menjalankan program penanaman pokok bermula pada tahun 2010. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 iaitu kempen penanaman 26 juta pokok dan telah mencapai jumlah penanaman sebanyak 72.16 juta pokok dalam tempoh 2010 hingga 2014. Kesinambungan daripada pencapaian pada kempen 26 juta pokok, iaitu satu program penanaman telah pun dilancarkan pada 5 Januari 2021 dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang mensasarkan tanaman sebanyak 100 juta pokok di seluruh negara. Perlaksanaan program ini adalah bertujuan untuk mengekalkan kawasan hijau di seluruh negara selain memelihara serta memulihara kawasan berhutan, meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pokok dan kawalan berhutan serta memupuk semangat cintakan alam semula jadi.
Ketiga, merakyatkan komitmen dan semangat pengekalan kawasan liputan hijau sebagai satu agenda nasional. Memastikan komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada kawasan keluasan tanah negara dilitupi dengan kawasan berhutan dan pokok-pokok supaya hasrat ini dapat dicapai. Selain daripada itu, ia juga adalah untuk menggalakkan penyertaan agensi kerajaan iaitu persekutuan dan negeri, syarikat swasta dan badan korporat, badan bukan kerajaan, institusi pendidikan, institusi penyelidikan dan orang awam dalam usaha penanaman pokok. Salah satu hasrat daripada program ini ialah merealisasikan Agenda Penghijauan Malaysia sebagai agenda nasional bagi menangani fenomena perubahan iklim dan alam sekitar serta peningkatan kualiti hidup masyarakat. Selain daripada itu, ia juga adalah untuk memperkukuhkan sokongan pembangunan negara ke arah pencapaian Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama dan Sustainable Development Goal 2030.
Yang Berhormat Speaker, pelaksanaan program ini juga melibatkan semua negeri dan di Johor, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah melancarkan program ini di peringkat negeri pada 5 Januari 2021 secara serentak dengan peringkat kebangsaan. Kerajaan negeri Johor menyambut baik program ini dan komited untuk menjayakan program ini dengan mensasarkan tanaman sebanyak 4 juta pokok menjelang akhir tahun 2025. Pelaksanaan program ini bukan hanya melibatkan kerajaan negeri. Ia juga melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan, badan korporat, NGO, persatuan masyarakat, institusi pengajian tinggi, sekolah dan juga individu. Sebanyak 256,510 pokok telah pun ditanam dan melibatkan pelbagai agensi dan juga secara individu sehingga Oktober 2021. Terima kasih.
Ya Skudai, jemput soalan tambahan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan lepas sejak daripada zaman Perdana Menteri yang keempat lagi ada menetapkan sasaran untuk menanam sejuta pokok di seluruh Malaysia, negeri. Maka saya nak tanya, itu tarikh ataupun sasaran tu perlu dicapai pada tahun 2020. Jadi sekarang ini kita pada tahun 2021, saya nak tanya sama ada sejauh manakah sasaran itu tercapai?
Jemput, YB EXCO.
Yang Berhormat Speaker, seperti saya katakan tadi, di peringkat negeri, kita telah pun tanam sebanyak 256,510 pokok sehingga Oktober 2021. Dan sasaran kita adalah sebenarnya ialah sebanyak 800,000 pokok setahun supaya menjelang 2025 kita dapat mencapai sasaran lebih kurang 4 juta pokok. Tapi kita juga harus maklum bahawa kita tak mencapai lagi 800,000 ialah kerana pandemik COVID-19. Di mana ketika itu, sepanjang tahun ini kita telah pun melalui beberapa fasa PKP dan juga lockdown sehingga menyebabkan program-program dan aktiviti-aktiviti seperti yang telah pun kita sasarkan tidak dapat dilaksanakan. Walau bagaimanapun, selepas ini kita akan terus melaksanakan di mana Jabatan Perhutanan
Negeri merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam the lead agency, dalam menanam dan juga memantau pendaftaran penanaman pokok dan juga membuat pengesahan bagi penanaman pokok yang telah pun dilaksanakan di peringkat negeri. Kita akan terus mempastikan bahawa agenda kelestarian alam sekitar ini merupakan agenda yang penting. Dan kita memang berhasrat untuk mencapai jumlah tersebut secepat mungkin. Dan selepas ini kita akan mengadakan banyak program, bukan sahaja melibatkan jabatan-jabatan tetapi juga bersama dengan pihak-pihak NGO, badan korporat untuk mencapai sasaran kita di negeri Johor. Terima kasih.
Soalan seterusnya. Yang Berhormat Serom, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 7.
Apakah kerajaan mempunyai perancangan mengatasi masalah kereta-kereta buruk, terpakai, rosak dan tersadai di merata-rata kawasan seperti di lorong-lorong taman perumahan dan jalan-jalan raya yang semakin bertambah di mana ia merosakkan pemandangan dan mengganggu kelancaran trafik kenderaan di kawasan yang berkenaan?
Jemput, YB EXCO.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Makmur Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada YB Serom yang membangkitkan soal isu kereta, kenderaan buruk terpakai, yang rosak tersadai di merata kawasan utama, di merata kawasan terutama di kawasan PBT yang merosakkan pemandangan dan juga mengganggu kelancaran kenderaan di kawasan trafik. Isu ini Yang Berhormat Tuan Speaker perlu kita selesaikan segera.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 29 hari bulan 7 2020 bersetuju mengambil maklum dengan pemakaian Garis Panduan Pengurusan Kenderaan Terbiar Di Kawasan Operasi Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor sebagaimana Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 2 Tahun 2020 pada 13 Februari 2020. Garis panduan ini adalah untuk membantu Pihak Berkuasa Tempatan dalam pengurusan dan penguatkuasaan kenderaan terbiar dengan lebih cepat dan cekap di kawasan...
Ok.
Cubaan, boleh dengar Tuan Speaker?
Mic aje problem. Speaker, ok. (Dewan ketawa). Mic aje problem. Jemput.
Speaker daripada hari pertama sampai sekarang, ok je.
Jemput.
Cepat dan cekap di kawasan operasi PBT yang bertaraf Majlis Bandaraya, Perbandaran dan Majlis Daerah. Pemakaian garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan peruntukan undang-undang sedia ada iaitu Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171 dan Akta Jalan Parit Bangunan 1974 iaitu Akta 133. Melalui SOP yang seragam ini, kenderaan terbiar boleh dilupuskan dalam tempoh 62 hari hingga 120 hari di mana kalau sebelum ini, dia mengambil masa 6 bulan hingga 12 bulan, hampir setahun. Sekarang ini tinggal 60 hari maknanya 2 bulan ataupun 4 bulan. Walau bagaimanapun perlaksanaan ini terikat, pengurusan
kenderaan terbiar ini terikat dengan 3 perkara iaitu berkaitan dengan kenderaan terbiar, tempat awam dan lebuh. Maksudnya kalau kenderaan terbiar ini Seksyen 461E, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 iaitu Akta 133, tempat awam ialah Seksyen Akta Kerajaan Tempatan 171, lebuh ini Seksyen 2, Akta Kerajaan Tempatan 171 bermaksud jalan, medan, siar kaki, jalan laluan atau jalan susur, jalan keluar atau jalan boleh tembus atau mana-mana jalanlah.
Jadi, proses kerja ni Yang Berhormat Tuan Speaker ialah terima aje aduan, pihak PBT tunda kenderaan ke depoh. Jadi, notis pertama serta-merta dikeluarkan untuk memaklumkan kenderaan telah disita di bawah Seksyen 46(3) Akta 171. Kemudian, PBT akan buat semakan identiti kenderaan melalui MySIKAP atau melalui pemeriksaan bersama dengan JPJ. Kemudian semak juga dengan kenderaan, dengan PDRM serta yang berkaitan dengan syarikat Malaysia, SSM, bank, institusi kewangan dan syarikat insurans dan sebagainyalah. Kemudian, PBT akan buka kertas siasatan i-think. Kenderaan bermasalah ini akan diserah kepada polis. Kenderaan tidak bermasalah, PBT akan keluarkan notis kedua, kalau tak ada tuntutan, PBT akan mengadakan mesyuarat Pelupusan Aset, di sita dan rujuk kepada Timbalan Pendakwa raya untuk mendapatkan izin pendakwaan dan mendapatkan perintah lucuthak. Selepas itu, PBT mohon PUSPAKOM membuat pemeriksaan insitu kenderaan. Kemudian, PBT mohon pertukaran hak milik atau pembatalan pendaftaran kenderaan. Kemudian, PBT melaksanakan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa yang dah disebut awallah. Jadi, setakat itu selesai.
Jadi untuk makluman Dewan yang mulia, sehingga November 2021, PBT Negeri Johor telah mengambil tindakan notis 2,355 kenderaan yang terbiar. Kemudian sita dan tunda, 802 kenderaan. Lupus, setakat inilah, sebab kita baru mula Yang Berhormat Tuan Speaker, ada 127 kenderaan di mana Pasir Gudang dah lupuskan 109 kenderaan, Tangkak di kawasan Yang Berhormat Serom ada 6 dan di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri ada 12 yang dah dilupuskan dan proses ini sedang berjalan kerana seperti yang saya sebutkan tadi, dia mengambil masa yang begitu lama sikit sebab nak dapatkan pengesahan daripada PDRM, JPJ, pihak insurans yang berkaitan dan sebagainya. Isu utama yang menjadi kekangan kepada pihak PBT untuk melaksanakan program ini ialah bagi Majlis-Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah yang kewangannya tak kukuh. Dia nak kena sewa trak tunda.
Keduanya, depoh untuk menyimpan kenderaan yang disita. Bagi bandar raya, setengah-setengah Majlis Perbandaran yang kuat, isu itu tak ada masalah. Tapi, untuk makluman Dewan yang mulia, Pihak Berkuasa Tempatan telah, sedang masa kini melaksanakan proses menguruskan kenderaan-kenderaan terbiar di taman, di tempat-tempat awam yang ditinggalkan, yang menyemakkan pemandangan dan insya-Allah kalau diberi masa kita akan cuba selesaikan secara berperingkat, untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker.
Ya, Serom.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih di atas penjelasan YB EXCO. Saya melihat komen saya tentang apa yang diberikan, masa yang diambil akan menjadi terlalu panjang sepertimana yang dimaklumkan oleh YB EXCO. Saya ingin mencadangkan sepertimana yang juga diamalkan di beberapa buah negara untuk kerajaan mengkaji untuk memberikan insentif tukar baru kepada kenderaan-kenderaan ini yang mana pemilik sendiri yang memansuhkan kenderaan mereka setiap kali pembelian kereta baharu. Jadi, di sini akan terus menyingkatkan proses kerana pemilik sendiri yang akan memansuhkan pendaftaran dan seterusnya menyerahkan kereta kepada tempat pembelian kenderaan yang mereka lakukan. Jadi, ini mungkin akan menyingkatkan masa proses yang seperti mana yang dimaklumkan. Apa pandangan YB EXCO?
Yang Berhormat Tuan Speaker, masa yang diambil dulu ialah 6 bulan hingga 12 bulan. Pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam sesi debat urusnya dengan beberapa agensi utama seperti PDRM, JPJ setakat ini masa yang boleh dia ada schedule yang dia bagi itu,
itulah masa yang dapat dibuat oleh pihak PBT. Maksudnya, dalam lingkungan 60 hingga 120 hari. Tapi, cadangan daripada Serom tadi saya rasa cukup menarik dan mungkin kita boleh fikirkan sebagai insentif kepada mereka yang terlibat atau kenderaan mereka yang terbiar ini kita boleh gunakan semasa mereka mendaftar kenderaan-kenderaan baharu. Saya rasa Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ambil cadangan daripada Serom ini satu cadangan yang konstruktif untuk kita bersama dan kita akan bawa ke peringkat yang di atas. Kita terikat Yang Berhormat Speaker dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Setakat ini kita buat ini dululah. Tapi, kalau cadangan itu boleh digunakan, saya rasa itu tak menjadi halangan untuk pihak kerajaan melaksanakan program pada masa yang akan datang. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Tuan Speaker...
Yang Berhormat, Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya mungkin agak menyimpang sedikit daripada kenderaan lama tetapi masih lagi berkenaan dengan barang-barang lama di kawasan PBT.
Tinjauan kami mendapati bahawa ada banyak laporan daripada masyarakat di kawasan PBT berkenaan dengan rumah kediaman yang ditinggal lama oleh penghuni. Jadi berkenaan dengan pelupusan kenderaan lama tadi, apakah pula prosedur dan SOP berkaitan rumah di kediaman PBT yang ditinggal lama sehingga membahayakan penghuni yang bersebelahan? Jika soalan ini agak lari daripada soalan asal, saya minta jawapan bertulis daripada pihak EXCO. Terima kasih.
Jemput YB EXCO. Masih mengganggu pemandangan lagi Yang Berhormat.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Buluh Kasap. Saya rasa soalan itu menarik dan saya jawab secara bertulis berdasarkan soalan ini kita perlu apa ni, jawapan yang lebih spesifik Yang Berhormat. Saya minta maaf dalam Dewan ini, insya-Allah saya akan beri jawapan yang bertulis kepada Yang Berhormat sebab ada masa lain untuk rakan-rakan yang lain Yang Berhormat.
Yang Berhormat ini bila dia... Ok, ha Skudai jemput, soalan tambahan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, apabila kita membincangkan isu ini selalunya pertikaian ataupun aduan yang timbul adalah sama ada ia agak ekstrem iaitu adakah sama ada masa respons terlalu lambat ataupun terlalu cepat.
Maksud saya ialah lambat sebab apabila sesebuah kereta yang menimbulkan kacau ganggu di komuniti, terlalu lama sampai, sampai dah ada apa tu, makhluk-makhluk merbahaya tu dia membiak di dalam kereta tu masih ada di sana. Ia telah menimbulkan kerisauan dan ke...
Contoh apa? Contoh dia?
Itu terlalu lambat, tercepat adalah tuan punya kereta datang mengadu dengan kita, di mana kereta saya? Saya letak di tepi jalan tiba-tiba hilang? So, soalan saya hari ini apakah justifikasi ataupun pertimbangan Pihak Berkuasa Tempatan apabila apa tu, berkenaan dengan kenderaan-kenderaan di tepi jalan ni dan berapa lamakah masa respons untuk mengambil tindakan?
Tak silap saya istilah dia kacau ganggu ya Yang Berhormat. Betul ke?
Ya kacau ganggu seperti yang Buluh Kasap tanya tadilah. Walaupun soalan tadi dia boleh pm tepi, tak perlu dibincangkan di sini.
OK jemput YB EXCO.
Tuan Speaker, kalau ikut carta aliran pengurusan kenderaan terbiar di kawasan operasi bagi semua Majlis. Dia kalau terima aje aduan Yang Berhormat, dalam garis panduan baru ni, maksudnya dalam tempoh sehari eh, Pihak Berkuasa Tempatan terima aje aduan, dia terus tunda. Maksudnya PBT tunda kenderaan ke depoh. Dia dapat aje aduan, dalam tempoh sehari PBT boleh bawak, tunda kenderaan ke depoh dan notis pertama seperti yang saya sebutkan awal tadi serta merta dikeluarkan untuk memaklumkan kenderaan telah disita bawah Seksyen 463 Akta 133. Maksudnya, kalau ada aduanlah, within a days dengan izin maksudnya satu hari, pihak PBT boleh ambil aje kenderaan tu, angkat aje kenderaan tu. Jadi tak timbul isu ni Yang Berhormat, tapi kita terikat juga dengan beberapa perkara seperti yang saya sebutkan awal, malah prosesnya untuk membuka kertas siasatannya, ditetapkan 5 hari. PBT membuat semakan kenderaan tadi melalui saya sebutkan tadi, melalui my, portal My Circle atau pemeriksaan kenderaan fizikal oleh JPJ. Lepas tu semakan dengan PDRM and then dia terus buka siasatan. Jadi, katakan orang buat aduan kereta tersadai dekat Skudai lah katakan, dekat Petronas Skudai, tuan Petronas telah mengadu, Majlis Iskandar Puteri boleh datang, ambil hantar ke depoh. Jadi tak timbul, terlalu, masa yang panjang pada sayalah. Ini garis panduan yang telah ditetapkan dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Jadi bukan isu lagilah, pada saya terpaksa menunggu begitu lama. Terpulang kepada Pihak Berkuasa Tempatan Yang Berhormat, how, berapa cepat dia respons terhadap perkara ini.
Setengahnya yang berdepan dengan masalah ini Yang Berhormat ialah bagi kawasan-kawasan Pihak Berkuasa Tempatan yang depohnya tak ada, dia kena sewa. Lori tundanya tak ada, dia kena sewa. Itu kekangan yang kita hadapi sekarang. Tapi kalau bagi Iskandar Puteri, bagi bandar raya, bagi Pasir Gudang, Kulai ataupun Kluang, dia tak ada masalah sebab kewangan dia kukuh. Ini yang kita hadapilah. Tapi kalau Labis contohlah saya minta maaf, kalau Labis dia nak kena sewa trak lori tunda, dia nak sewa depoh (ketawa). That one, kos ni pada Pihak Berkuasa Tempatan. Tapi saya sebutkan awal, tak timbul isu sebab garis panduan dah ada dan melibatkan semua agensi yang berkaitan dan dalam pemakluman mereka Yang Berhormat Tuan Speaker.
Jementah, lastlah Jementah.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat EXCO, saya berpendapat agak komprehensif tadi dan memang kita tahu isu ini ialah satu isu yang agak complicated yang melibatkan banyak jabatan yang perlu bekerjasama untuk menyelesaikan isu ini. Dan, setakat ini kita difahamkan bahawa isu ini ditangani pihak PBT. Dan kita pun tahu bahawa kalau di sesetengah kawasan di sesuatu daerah, bukan semua tempat adalah di bawah pentadbiran PBT. Maka saya ingin tahu sama adakah, apakah tindakan yang akan diambil atau kalau berlakunya sesuatu kes di mana kereta buruk atau rosak ini yang sebenarnya tempatnya ialah di luar pentadbiran PBT dan selepas mendapat aduan daripada penduduk setempat, sama adakah PBT akan mengambil tindakan juga atau oleh kekangan di atas apa ni, undang-undang PBT tidak dapat berbuat demikian dan perlu ambil cara yang lain, ini saya mohon sedikit pandangan atau apakah yang, cara yang akan diambil oleh pihak PBT khususnya di luar pentadbiran PBT tu? Terima kasih.
Yang Berhormat EXCO.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada Jementah. Saya rasa soalan tu cukup menarik, luar kawasan PBT, apa tindakan dan pihak mana yang sepatutnya ambil tindakan?
Kita terikat dengan peraturan Yang Berhormat, bahawa di kawasan PBT ini ada 2. Satu, kawasan kawalan, satu di kawasan operasi dan juga kawasan kawalan. Jadi setakat ini kalau di kawasan kawalan, pihak PBT masih boleh ambil. Tapi kalau katalah ada aduan kereta buruk dan terpakai tu di luar, di kampunglah katakan, tersadai kat tepi jalan, dah ada ular sawa kat situ duduk, yang itu kita kena semak balik Yang Berhormat, bersama dengan Pejabat Daerah. I ingat di peringkat Pejabat Daerah, perkara ini boleh diatasi dengan kerjasama Pejabat Daerah dan juga Majlis Daerah. Dan saya perlu dapatkan penjelasan tentang perkara ini Yang Berhormat sebab kita terikat dari segi peraturan kawasan operasi...
Macam mana nak semak lagi Yang Berhormat, dah ular sawa kat situ...
Hah?
Macam mana nak semak lagi kat situ, ular sawa kat situ...
Baik. Yang itu kena kerjasama daripada Ketua Kampung dan Penghulu. Kalau dah ada ular sawa, tak payahlah nak tunggu Pihak Berkuasa Tempatan, pegawai penguat kuasa sampai nak datang. (Ketawa).
Itu saya cuba mendapatkan penjelasan kalau perkara ini boleh dirujuk ke peringkat kerajaan, saya akan maklum secara bertulis kepada Yang Berhormat. Tapi, saya rasa tak menghalang untuk Pihak Berkuasa Tempatan maksudnya pihak PBT bekerjasama dengan Pejabat Daerah menyelesaikan isu tu Yang Berhormat atas semangat perkara itu perlu diselesaikan. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.
Soalan seterusnya Yang Berhormat Tenggaroh, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 8.
Southern Volunteers telah banyak membantu semasa program vaksinasi di negeri Johor. Apakah perancangan seterusnya untuk Southern Volunteers ini kekal aktif di negeri Johor?
Yang Berhormat Parit Raja jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 9.
Bagaimana perancangan kerajaan negeri untuk terus membentuk budaya kesukarelawan di kalangan belia dan adakah kajian dibuat program PLKN masih relevan bagi memupuk semangat daya tahan dan sukarelawan?
Jemput YB EXCO.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Speaker, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Tenggaroh dan juga Yang Berhormat Parit Raja atas soalan.
Di atas kepimpinan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor dan sokongan penuh Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta barisan EXCO, budaya kesukarelawan telah diperkasakan oleh kerajaan Negeri Johor melalui Southern Volunteers. Sebagaimana Dewan yang mulia ini sedia maklum, pelbagai usaha telah digerakkan melalui Southern Volunteers. Antara program yang kita gerakkan ialah pendaftaran vaksinasi COVID-19 yang dilaksanakan di setiap daerah melalui Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan dengan penglibatan hampir 1,000 orang sukarelawan.
Berkat muafakat kepimpinan daerah, PBT, KKM, agensi-agensi lain termasuk Southern Volunteers, sebanyak 531,896 orang berjaya didaftarkan hanya dalam masa sebulan. Hari ini syukur alhamdulillah seramai 2.8 juta rakyat Johor bersamaan 100% telah membuat pendaftaran vaksinasi.
Seterusnya Southern Volunteers dengan kerjasama KKM dan MyVac juga telah digerakkan bagi membantu 40 Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) di seluruh negeri Johor termasuk di Pusat Vaksinasi Khas (OKU) di Pusat Akuatik Arena Larkin.
Syukur alhamdulillah juga, hari ni seramai 2.8 juta bangsa Johor telah menerima vaksinnya. Southern Volunteers juga digerakkan untuk membantu Pegawai-Pegawai Daerah dan PBT menghulurkan bantuan kepada bangsa Johor yang berada di dalam keadaan kesempitan. Ini adalah hasil usaha daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah mengumumkan sebanyak RM8 juta bagi tujuan Gerobok Makanan.
Insya-Allah pada tahun hadapan pula, SV akan terus digerakkan. Antara fokus yang akan diberikan ialah program COVID Home Monitoring Centre, di mana Southern Volunteers akan membantu KKM ataupun Jabatan Kesihatan Negeri untuk membuat panggilan kepada mereka yang terkesan akibat COVID. Kursus latihan asas kecemasan bagi persediaan ahli SV dalam berhadapan dengan pelbagai bencana seperti banjir, kebakaran dan kemalangan juga akan dibuat bagi menyediakan barisan kesukarelawan yang lebih mantap dan unggul.
Jambori SV juga akan diadakan tahun hadapan, ia merupakan acara tahunan yang dirancang bagi menghimpunkan SV yang berdaftar. Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan dalam program tersebut seperti perkongsian pengalaman bersama tokoh sukarelawan dan perkhemahan. Kita akan mengembangkan program ini di peringkat sekolah menengah dan juga di IPTA bagi menarik lebih ramai sukarelawan di negeri Johor.
Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Parit Raja pula, menerusi kajian keberkesanan PLKN yang dijalankan ke atas 61,000 orang bekas pelatih, ibu bapa, majikan dan masyarakat umum pada 2010, kajian mendapati bahawa melalui program PLKN yang berteraskan modul fizikal, pembangunan karakter, kenegaraan dan juga khidmat komuniti, ia telah berjaya memupuk semangat kesetiaan dan kecintaan kepada negara dengan pencapaian 83.86%. Seperti yang kita sedia maklum, program ini tidak diteruskan melalui kerajaan Pakatan Harapan. Namun begitu, kerajaan pusat sebelum hendak melaksanakan program ini pada masa akan datang perlu mengkaji terlebih dahulu dari segi penambahbaikan, kedudukan kewangan, cadangan tarikh dan masa pelaksanaan memandangkan penularan pandemik COVID-19 ketika ini dan paling penting sekiranya program ini dijalankan secara serentak seluruh negara, penilaian risikonya kenalah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. Terima kasih.
Ya, Tenggaroh, soalan tambahan.
Terima kasih, Yang Berhormat EXCO atas jawapan. Memang tidak dapat dinafikan kerja-kerja yang dilakukan oleh Southern Volunteers khususnya untuk waktu vaksinasi dan kerja-kerja bantuan masa gerobok rezeki yang dijalankan di negeri Johor. Sepatut you bagi pujian dan pada semua Southern Volunteers di negeri Johor. Saya juga ingin mendapatkan sedikit huraian sebab Yang Berhormat EXCO pernah bercakap lepas ini nak gunakan untuk bantuan tentang bencana dan Southern Volunteers digunakan ketika kalau ada bencana. Tapi saya huraikan melalui Yang Berhormat EXCO kalau boleh bagi huraian bagaimana persediaan Southern Volunteers untuk menghadapi bencana di negeri Johor? Oleh sebab, mereka tidak ada masa banjir, atau apa pun mereka tidak ada experience, kalau kita nak bantu macam mana persediaan mereka? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tenggaroh atas soalan tambahan. Dari segi, persediaan Southern Volunteers untuk bencana. Kerajaan Johor melalui Pusat Pembangunan Belia Negeri ataupun lebih dikenali sebagai JOYDEC telah merangka satu basic training, yang dipanggil Program First Aid and Natural Disaster Defence. Ia memberi penekanan dari segi teori, praktikal dan juga riadah bersandarkan 3 teras, iaitu keselamatan darat, air dan juga udara. Program DEFENCE ini akan mendapat kerjasama daripada jabatan-jabatan agensi seperti bomba dan penyelamat, kesihatan, JPAM, Angkatan Pertahanan Awam, Majlis Keselamatan Negara dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart Team). Seperti yang saya sebut tadi, program adalah berbentuk teori dan praktikal. Sasaran peserta akan melibatkan Southern Vouthern di seluruh negeri Johor supaya kita dapat berdepan terutamanya dalam mada bulan-bulan mendatang ini, monsoon season kita akan fokus kepada bencana banjir. Insya-Allah. Sekian.
Soalan seterusnya, Yang Berhormat Kemelah, jemput.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya soalan no. 10.
Berapa banyak jumlah serta nilai dalam ringgit daging lembu dan kambing yang diimport dari luar untuk kegunaan dalam negeri Johor dan usaha kerajaan negeri mengurangkan import ini?
Jemput YB EXCO.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Self Sufficient Level (SSL) dengan izin bagi ternakan lembu kerbau dalam negara adalah berada pada kadar 23%. Bagi negeri Johor, SSL daging lembu, kerbau berada pada kadar 15.87%, dan daging kambing bebiri hanya pada 2.15%. Pada tahun 2020, sebanyak 10,90,000,120 kg ataupun 10,90,000.12 tan daging kerbau, lembu dan kambing yang diimport masuk melalui pintu masuk di negeri Johor dengan nilai dagangan sebanyak RM145,123,189.00, manakala pada tahun 2021 rekod sehingga bulan terkini sebanyak 9,132,319 kg daging kerbau, kambing yang diimport dengan nilai dagangan sebanyak RM126,150,190.00.
Bagi pengimportan haiwan ruminan hidup pula seperti kerbau, lembu dan kambing termasuk yang kemasukannya melalui pintu masuk utama di negeri Johor adalah seperti berikut:-
1. Pada tahun 2020, hanya ternakan ruminan lembu sahaja yang diimport dengan jumlah sebanyak 19,787 ekor dengan nilai dagangan sebanyak RM94,30,789.00.
2. Manakala bagi tahun 2021, sehingga bulan terkini pecahan ternakan ruminan yang diimport adalah kerbau sebanyak 1,308 ekor dengan nilai sebanyak RM6,303,055 lembu sebanyak 14,748 ekor dengan nilai RM79,465,000.00 dan kambing sebanyak 5,173 ekor dengan nilai sebanyak RM4,225,000.00. Jumlah keseluruhan ternakan ruminan bagi tahun 2021 yang diimport melalui pintu masuk negeri Johor adalah sebanyak 21,229 ekor dengan nilai sebanyak RM90,023,154.00.
Berdasarkan rekod-rekod tersebut kita masih kekurangan pengeluaran ternakan dan terpaksa mengimport dari negara luar dengan nilai yang tinggi. Justeru, antara usaha kerajaan negeri bagi mengurangkan jumlah import ini adalah dengan memberi galakan untuk aktiviti penternakan bagi melonjakkan bagi produktiviti pengeluaran produk haiwan ternakan. Antaranya adalah dengan memberikan bantuan infrastruktur dan peralatan ladang dan program permanian berhadas bagi meningkatkan kualiti ternakan.
Pada tahun 2021, kerajaan melalui PENJANA telah memperuntukkan RM3 juta bagi pembangunan hab daging ruminan dan pembangunan lembu integrasi yang memberi manfaat kepada 215 pengusaha penternakan ruminan. Manakala sebanyak 149 pengusaha lembu tenusu akan mendapat manfaat bagi melonjakkan lagi produktivitinya.
Selain daripada itu juga, kerajaan juga memfokuskan program kawalan penyakit ternakan sebagai program vaksinasi agar ternakan bebas daripada penyakit seperti penyakit kuku dan mulut ataupun FMD, lumpy skin disease (LHD), Brucellosis dan sebagainya. Penyakit FMD ini misalnya merupakan penyakit yang sangat mudah merebak dan zoonotic dan boleh menyebabkan kerugian yang tinggi kepada industri ternakan. Jangkitan di kalangan tanpa ternakan tanpa immunity boleh menjadi serius dan menyebabkan kematian di kalangan ternakan. Sementara jangkitan di kalangan lembu tenusu boleh memberi impak ekonomi yang besar.
Oleh itu, negeri Johor telah memulakan langkah Johor ke arah negeri bebas penyakit kuku dan mulut ataupun FMD sehingga tahun 2030. Kerajaan Johor mengambil tindakan mewujudkan zon bebas FMD sebagai salah satu usaha di bawah Agenda Jaminan Bekalan Makanan. Usaha meningkatkan kesihatan haiwan penting untuk menjadikan pengeluaran produk ternakan lebih produktif dan seterusnya ke arah pengeluaran produk ternakan berasaskan pengeluaran yang mampan. Pada tahun 2022, kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM1.33 juta bagi program kawalan penyakit dan kesihatan ternakan. Terima kasih.
Ya, Kemelah jemput, soalan tambahan.
Terima kasih kepada YB EXCO atas jawapan tersebut. Jadi, apa yang saya perhatikan ialah usaha kerajaan untuk menjadikan negeri Johor ini sebagai pengeksport daging lembu dan kambing ini masih jauh lagi kerana kita masih import dengan kadar yang banyak eh, kadar yang banyak. Soalan tambahan saya ialah, antara masalah yang dihadapi oleh penternak lembu kambing khususnya lembu adalah pada suatu ketika bulan Jun sekitar itu harga palette yang begitu tinggi, iaitu naik daripada apa yang saya difahamkan, naik daripada RM43.00 untuk 50kg ke RM55.00, jadi apakah usaha kerajaan negeri untuk memastikan bahawa harga palette ini dapat diberikan dengan harga yang lebih munasabah kepada penternak lain ataupun usaha-usaha lain untuk menyediakan alternatif makanan kepada penternak lembu dan kambing?
Terima kasih Yang Berhormat Kemelah. Itulah, realitinya. Apabila perniagaan, apabila pertanian, sektor pertanian itu dianggap sebagai perniagaan, ianya melibatkan modal. Dan apabila modalnya bertambah sudah pasti kita mengharapkan pengusaha juga akan mendapatkan lebihan daripada apa yang telah diletakkan sebagai modal. Kepada kerajaan negeri, kita menggalakkan sebenarnya untuk mereka penternak-penternak kita ini, dan juga penternak, dan juga petani, untuk lebih inovatif. Mereka tahu apa yang terbaik untuk ternakan mereka. Sebagai satu contoh, tentang masalah palette tadi itu. Itu adalah kerana pembelian makanan yang telah tersedia di dalam pasaran. Tetapi pada masa yang sama, kreativiti dan inovatif yang perlu ada di pihak penternak adalah amat penting. Di sinilah perlunya ilmu. Sebab itu, kita menggalakkan supaya mereka mengenal pasti tentang resipi yang terbaik untuk penternakan mereka. Malahan kita menggalakkan dan menyediakan peruntukan untuk pembelian mesin-mesin palette untuk buat palette dengan resipi yang difikirkan sesuai oleh pihak penternak. Tetapi pada masa yang sama juga, dalam hala tuju strategik pihak DVS pusat, usaha juga dibuat untuk meningkatkan penghasilan makanan ternakan ruminan dalam negara melalui usaha-usaha seperti menyediakan insentif untuk menggalakkan penternak dan pihak swasta mengeluarkan founder dan silage serta menggunakan bahan rumusan makanan sebagai sampingan tempatan untuk rumusan makanan ternakan ruminan. Kita galakkan dan beri insentif. Dan pada masa yang sama juga, mewujudkan intervensi kerajaan dalam pentadbiran harga FKC
ataupun Farm Connell Cake dan juga Farm Connell Expeller iaitu untuk makanan ternakan. Itu adalah usaha-usaha kita. Terima kasih.
Ok, Jementah.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO berkenaan dengan jawapan yang diberikan dan kita juga difahamkan bahawa kerajaan ada satu projek yang telah dijalankan iaitu Lembah Tenusu Jemaluang di mana saya, kita dapati ada peruntukan yang agak banyak juga untuk Belanjawan 2022 ini. Untuk menjadikan Johor sebagai sebuah negeri yang mungkin pada masa depan boleh menjadi pengeksport susu untuk negara kita. Maka, saya juga ingin tahu sama adakah kerajaan ada perancangan atau pernah fikir ada mungkin boleh menjalankan satu pilot project untuk penternakan daging dan lembu yang mungkin dijalankan atas usaha sama syarikat kerajaan negeri dengan pihak swasta? Sama ada pihak kerajaan ada perancangan macam ini dan sekiranya ada saya nampak mungkin, dia akan mengurangkan import daging lembu dan daging kambing dari luar negara dan sebenarnya ini membantu negara kita untuk mengurangkan pengaliran wang tunai kita kepada luar negara dan pada masa yang sama juga boleh apa ini, ada peluang pekerjaan yang lebih untuk rakyat Johor. So, saya nak tau sama adakah pernah difikirkan Yang Berhormat EXCO atau MMK berkenaan perancangan yang sebegini untuk mengurangkan eksport daging lembu dan kambing dari luar negara? Terima kasih.
Terima kasih Jementah. Realitinya kita nak meningkatkan SSL daging ini, ternakan ini daripada 23% kita naik kepada 50%. Manakala, bercerita berkenaan dengan susu sebenarnya, iaitu untuk tenusu pula ataupun kambing tadi itu adalah kita nak naik daripada 2.15% kepada 30% di peringkat kebangsaan. Itu adalah cabaran kita. Berkenaan dengan tenusu, kita tadi bercerita berkenaan dengan lembu pedaging ya, tetapi tak apa. Sebenarnya untuk makluman juga, memang cadangan untuk mewujudkan JDV (Jemaluang Dairy Valley) kerjasama bersama dengan ECER dengan kerajaan negeri adalah satu perkara yang realistik dan itu adalah amat diharapkan. Tetapi namun pada masa yang sama juga kita harus memastikan bahawa ianya akan berjaya. Untuk berjaya, kita nak kena pastikan bahawa pengusahanya itu adalah reliable. Itu adalah cabaran kita yang pertama. Sebab itu kita mengharapkan dan amat berhati-hati untuk memastikan Jemaluang Dairy Valley ini akan menjadi satu lagi pusat pengeluaran susu yang terbesar dalam Malaysia. Bersasarkan kepada pasaran, memang tak ada masalah tapi cabaran kita adalah to get the right party, dengan izin untuk execute benda ini. Dan berkenaan dengan kesediaan kerajaan negeri untuk melihat perkara ini dijayakan, kita terbuka untuk kerjasama bersama dengan private. Dan, saya harus menyatakan secara terus terang bahawa untuk menjayakan perkara ini pihak kerajaan tak mampu. Ia mesti ada sentuhan daripada pihak swasta yang berkaliber dan pakar tentang bidang ini untuk menjalankannya.
Yang Berhormat Tuan Speaker, antara perkara lain untuk meningkatkan lagi populasi ternakan, saya nak bagi makluman bahawa populasi yang ada kat dalam negeri Johor ni lembu sehingga pada tahun 2020 ni, ada 92,732. Itu yang kita dapat daftarkan. Yang kita dapat tahu. Yang kita tak tahu, lagi tak tahu. Kambing kita ada 34,103. Dan, pada masa yang sama kerajaan juga menggalakkan. Kita dia banyak sumber ya. Banyak resources. Sebab itu kita menggalakkan membiakkan pembangunan ladang ternakan ruminan. Antaranya adalah kita nak pastikan bahawa ladang-ladang multiplikasi atau pengganda ni perlu dibangunkan oleh sektor swasta atau agensi perladangan sawit seperti FELDA, RISDA, kita berpuluh ribu, ratusan ribu tanah dan ini sebenarnya adalah tapak yang terbaik untuk Program Ternakan Integrasi tetapi tanah adalah milik orang lain. Jadi, kita menggalakkan pihak-pihak seperti FELDA, RISDA, FELCRA untuk mengoptimumkan penggunaan ladang mereka dengan Program Ternakan Integrasi di ladang-ladang mereka. Dan, pada masa yang sama juga, kita juga menggalakkan pekebun-pekebun kita kalau ada tanah kelapa sawit, petik sawit, bawah buat ternakan integrasi. Dan itulah dan kita tidak boleh mengharap dengan pembelian lembu-lembu hidup dari luar kerana kadang kala kita
bermasalah kesesuaian dengan iklim, dengan iklim yang kita ada ini adalah satu cabaran yang besar. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Soalan yang seterusnya, Yang Berhormat Tenggaroh.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 11.
Melalui Bajet 2021, telah diadakan Program Cari Orang Memerlukan Bantuan (COMB). Berapakah permohonan yang diterima dan bagaimanakah bantuan tersebut disalurkan kepada masyarakat. Dan jika dilihat, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan, adakah ianya diteruskan lagi untuk tahun 2022?
Jemput, YB EXCO.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Makmur Johor. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Tenggaroh.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor telah melaksanakan Program COMB yang merupakan salah satu inisiatif Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Johor bagi menyantuni rakyat terutamanya akibat daripada pandemik COVID-19. Program ini telah mensasarkan sebanyak 10,000 penerima manfaat. Program ini melibatkan semua agensi, jabatan di bawah portfolio Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu JKM, Jabatan Pembangunan Wanita, Jabatan Kemajuan Masyarakat, Yayasan Keluarga Darul Ta’zim dan LPPKN.
Untuk makluman Yang Berhormat, JKM negeri Johor diberi tanggungjawab bagi menyelaraskan perlaksanaan Program COMB melalui pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Perlaksanaan Program COMB bermula pada bulan Februari 2021 hingga bulan Mac 2021. Melalui program ini, sebanyak 18,619 permohonan dari seluruh Johor telah berjaya dikumpulkan iaitu melebihi dari jumlah sasaran yang ditentukan. Dari jumlah tersebut, sebanyak 7,398 permohonan telah mendapat kelulusan bantuan manakala 10,681 permohonan tidak layak dipertimbangkan bantuan atas beberapa faktor iaitu pendapatan garis kemiskinan melebihi paras miskin tegar, pemohon tidak menyerahkan dokumen sokongan, pemohon gagal dihubungi dan ada terdapat yang berpindah di luar kawasan. Selain itu terdapat juga pemohon yang tidak berminat dengan perkhidmatan disediakan oleh jabatan.
Data pecahan status pencarian Program COMB Fasa 1 mengikut agensi dan jabatan adalah seperti berikut : Jabatan Kebajikan Masyarakat; 12,351 permohonan; 3,068 lulus dan 9,283 tidak lulus. Jabatan Pembangunan Wanita; 43 permohonan, 29 lulus dan 14 tidak lulus. Jabatan Kemajuan Masyarakat; 4,106 permohonan, 4,098 lulus dan 8 tidak lulus. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga; 116 permohonan, 19 lulus dan 97 tidak lulus. Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim; 2,003 permohonan, 7,024 lulus dan 1,279 tidak lulus.
Jenis perkhidmatan yang diterima oleh pemohon yang berjaya antaranya adalah bantuan kewangan bulanan oleh JKM, kursus keusahawanan dan bimbingan guaman oleh JPW, kursus kemahiran quick win, latihan dan bantuan peralatan perniagaan one off oleh KEMAS, tiket saringan kesihatan oleh LPPKN, perkhidmatan kaunseling dan runding cara iaitu Main Act, serta skim pemulihan perniagaan iaitu formula khas untuk belia oleh YPKDT.
Ya, Tenggaroh jemput soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan. Memang tidak dinafikan ada program memang ada kekurangan di setiap program dijalankan. Bukan semua program yang perfect. Mesti ada program ada kekurangannya. Dalam Program COMB pada untuk fasa kedua, apakah penambahbaikan yang akan diadakan untuk menjadikan Program COMB ini lebih baik Yang Berhormat? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Melihat kepada sambutan dan pencapaian perlaksanaan Program COMB pada awal tahun 2021 ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah menyatakan sokongan agar permohonan ini diteruskan pada tahun 2022 semasa menghadiri retreat Belanjawan Johor 2022 pada Oktober 2021.
Sehubungan dengan itu, di bawah Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Johor akan melaksanakan Program COMB Fasa 2 pada tahun 2022 dengan mensasarkan sebanyak 15,000 penerima manfaat. Tambahan pula program COMB Fasa 2 ini akan melibatkan beberapa agensi atau jabatan tambahan sebagai rakan strategik iaitu Jabatan Pertanian Negeri Johor, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Perbadanan Usahawan Johor dan Yayasan Pelajaran Johor. Mekanisme perlaksanaan program juga telah diperluaskan dengan perlaksanaan aktiviti pendampingan sosial, ziarah kasih, membuka kaunter perkhidmatan agensi dari jabatan di kawasan yang telah dikenal pasti mempunyai penduduk yang memerlukan bantuan, membuat hebahan di media sosial serta permohonan secara atas talian.
Jam telah menunjukkan jam 11.00 pagi. Sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum dijawab secara lisan akan dijawab secara bertulis dalam Persidangan yang sama. Saya tangguhkan Persidangan ini sehingga jam 11.20 pagi. Terima kasih.
Persidangan ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.
Persidangan disambung semula pada jam 11.20 pagi.
Sambungan Perbahasan Atas Rundingan Bagi Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021Bill
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Ahli-Ahli Yang Berhormat Perbahasan Atas Rundingan Bagi Bacaan Kali Kedua Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021 dimulakan sekarang.
Saya mempersilakan Bentayan, jemput.
Salam sejahtera Yang Berhormat Tuan Speaker. Jutaan terima kasih diucapkan kerana sudi memberi peluang kepada Bentayan untuk mengambil bahagian bagi menyertai perbahasan Belanjawan negeri Johor bagi tahun 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari Khamis yang lepas di dalam Dewan yang mulia ini.
Bentayan juga ingin merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bersempena ulang tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Belanjawan Negeri Johor 2022 sepatutnya menjadi hala tuju dan usaha pemulihan ekonomi negeri Johor daripada kemerosotan di samping membantu golongan yang terjejas akibat wabak pandemik ini. Pelaksanaan setiap titik fokus belanjawan adalah penting untuk memastikan semua langkah strategi atau agenda
yang akan dilaksanakan dapat memberi manfaat dan impak positif kepada ekonomi negeri dan juga kepada golongan yang memerlukan. Jadi, keberkesanan perlaksanaan belanjawan perlu dipantau dan dinilai pada akhirnya supaya dapat ditambah baik perlaksanaannya pada masa akan datang.
Dalam ucapan penggulungan belanjawan 2021 yang lepas, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada mengatakan bahawa bagi memastikan keberkesanan belanjawan negeri Johor 2021, sistem KPI diwujudkan untuk setiap Pengerusi Jawatankuasa Negeri yang bertanggungjawab terhadap pelbagai inisiatif di bawah portfolio masing-masing dan semua output dan outcome akan di bentang kepada Menteri Besar dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan. Akan tetapi adakah lebih baik pencapaian ini tidak hanya dibentangkan kepada Menteri Besar sahaja. Sebaliknya dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini supaya semua ADUN dan rakyat negeri dapat menilaikan pencapaian mereka. Walaupun Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada membentangkan pencapaian KPI setiap agenda yang ditetapkan pada Belanjawan Johor 2021 dan ucapan Belanjawan 2022 pada Khamis yang lepas, tetapi agak umumnya pembentangan KPI tersebut. Sepatutnya setiap KPI yang terperinci dan kaedah penilaian harus dikongsikan kepada semua ADUN dan setiap KPI yang ditetapkan adalah nilai yang boleh diukur yang menunjukkan bagaimana setiap agenda mencapai objektif belanjawan. Maka Bentayan berharap laporan KPI untuk setiap Pengerusi Jawatankuasa Negeri dapat di bentang dalam Dewan yang mulia ini dari semasa ke semasa supaya semua ADUN dapat sentiasa memantau dan menilai pencapaian mereka.
Yang Berhormat Tuan Speaker, negeri Johor telah beralih ke Pelan Pemulihan Negara Fasa Ke-4 mulai 25 Oktober 2021. Sehubungan dengan ini, banyak sektor atau industri telah di benar beroperasi tetapi pandemik COVID-19 telah memberi impak yang besar kepada ekonomi negara dan pendapatan rakyat. Sebanyak 20% daripada kumpulan isi rumah M40 yang berpendapatan antara RM4,890.00 hingga RM10,959.00 beralih kepada kumpulan B40 menurut data dari Jabatan Perangkaan Malaysia. Kumpulan T20 turut terkesan akibat pandemik COVID-19 yang mana sebanyak 12.8% isi rumah daripada kumpulan ini telah beralih ke kumpulan M40. Purata pendapatan isi rumah kasar bulanan merosot 10.3% daripada RM7,089.00 tahun lalu berbanding dengan RM7,901.00 yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. Penyumbang utama kepada trend penurunan ini adalah isi rumah atau individu yang mengalami kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan terutama mereka yang berstatus bekerja sendiri dan lain-lain.
Tambahan pula pengurangan pendapatan ini bukan sahaja disebabkan faktor kehilangan pekerjaan, malah turut disumbangkan oleh pengurangan jam bekerja dan penyingkatan guna tenaga tidak penuh berkaitan dengan kemahiran. Pandemik COVID-19 di Malaysia telah memberi kesan besar terhadap ekonomi Malaysia termasuk mengurangi nilai ringgit Malaysia dan penurunan KDNK. Wabak ini juga memberikan kesan buruk kepada beberapa sektor utama termasuk sektor hiburan, peruncitan, perhotelan dan pelancongan. KDNK Malaysia telah menyusut 5.6% sepanjang tahun 2020 lalu mencatat prestasi terburuk sejak krisis kewangan Asia pada tahun 1998.
Yang Berhormat Tuan Speaker, berdasarkan keadaan yang dihadapi sekarang tumpuan Belanjawan Negeri Johor 2022 harus diberikan kepada:
1. Memastikan pandemik COVID-19 terkawal di negeri Johor 2. Meneruskan agenda prihatin rakyat 3. Menyokong kelangsungan perniagaan
Yang Berhormat Tuan Speaker, proses pemulihan ekonomi banyak bergantung kepada tahap kawalan pandemik COVID-19 di mana lebih terkawal atau tapi situasi semasa pandemik lebih cepat ekonomi negeri kembali pulih. Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga 6 November 2021, kumulatif kes Delta di Johor adalah 251 kes. Varian Delta menyebabkan kadar jangkitan virus menjadi lebih cepat, agresif dan
kurang menunjuk respon terhadap rawatan yang diterima. Pakar Immunology Universiti Malaysia Pahang, Dr. Ahmad Mahfudz Ghazali berkata berdasarkan kajian jelas menunjukkan bahawa penerima dos penggalak adalah 11 kali ganda kurang risiko dijangkiti COVID-19 berbanding penerima 2 dos vaksin.
Selain itu katanya penerima dos ketiga vaksin VOVID-19 juga adalah 19 kali ganda kurang risiko untuk mendapatkan jangkitan yang teruk berbanding dengan penerima 2 dos vaksin. Pakar Virologi Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr. Yahya Ahmad Alif berkata ini kerana Varian Delta mempunyai mutasi yang sangat hebat menyebabkan sebaran lebih luar dan menyebabkan kesan yang lebih teruk. Kesemua jenis vaksin yang digunakan di negara ini memerlukan dos ketiga bagi meningkatkan semula kemampuan antibodi badan untuk berhadapan dengan Varian Delta.
Yang Berhormat Tuan Speaker, setakat 20 November 2021 jumlah dos penggalak yang diberi di negeri Johor hanya sekadar 78,057 dos sahaja. Kadar ini agak lambat. Apakah sebab menyebabkan kadar dos ketiga yang lambat sekarang? Bentayan dimaklumkan masih ramai orang yang takut untuk menerima dos ketiga terutamanya golongan warga emas. Adakah kerajaan negeri telah mengkaji apakah sebab mereka menolakkan menerima dos penggalak? Maka, kerajaan harus memberikan penerangan menggunakan data atau bukti saintifik untuk menunjukkan keberkesanan dos penggalak terhadap virus COVID-19 dan lebih menggalakkan rakyat menerima dos penggalak. Maka kerajaan harus mempercepatkan kadar pembelian dos penggalak supaya ancaman virus dapat diturunkan kepada tahap yang terendah.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengatakan, berkata kerajaan negeri akan memperincikan setiap inisiatif dalam Belanjawan Johor 2022 bagi memastikan tiada berlaku keciciran bantuan kepada penerima yang layak. Maka Bentayan berharap segala inisiatif yang disumbangkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 3.0 dapat diteruskan. Sebagai cadangan penambahbaikan Bentayan ingin mempersoalkan mengapa dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Insan Johor 3.0 bantuan one off sebanyak RM500.00 hanya diberi kepada pemegang lesen premis gunting rambut atau salun sahaja. Manakala pemegang lesen premis salun kecantikan tidak mendapatkan bantuan yang sama sedangkan mereka juga tidak dibenarkan beroperasi kita PKP. Maka mereka harus dimasukkan dalam senarai penerima bantuan atau tahun ini.
Kerajaan negeri telah membantu ramai peniaga kecil yang terjejas akibat wabak COVID-19 dengan mengecualikan bayaran tapak perniagaan di pasar tani, pasar pagi dan pasar malam seluruh negeri. Akan tetapi golongan penjaja di tepi-tepi jalan yang menggunakan ruang tempat letak kenderaan atau pemandu teksi yang menggunakan bangunan PBT sebagai pejabat stesen teksi dan ruang tempat letak kenderaan di daerah Muar masih lagi belum membayar sewa bangunan atau caj ruang tempat letak kenderaan secara bulanan, walaupun mereka tidak dapat beroperasi dalam tempoh PKP. Mengapa golongan ini tidak dapat menikmati manfaat inisiatif ini. Maka Bentayan berharap golongan yang tercicir ini dapat juga dikecualikan bayaran sewaan pada tahun ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, rata-rata PKS berdepan kekangan sama seperti masalah sumber kewangan, kepakaran yang terhad, kekangan teknologi dan persaingan. Namun sektor PKS merangkumi lebih 90% syarikat berdaftar sekali gus menjadi tulang belakang ekonomi. Walaupun PPN fasa ke-4 telah membenarkan kebanyakan sektor beroperasi tetapi masih ramai yang belum beroperasi semula disebabkan masalah kekurangan aliran tunai. Bentayan mengalu-alukan kerajaan negeri untuk menyediakan RM100 juta pinjaman tanpa faedah kepada PKS-PKS melalui Bank Rakyat. Tapi Bentayan selalu mendapatkan aduan bahawa pinjaman bank sukar untuk diluluskan disebabkan syarat-syarat yang ketat.
Contohnya PKS harus mempunyai aliran tunai atau kedudukan kewangan yang stabil, akan tetapi dalam tempoh seperti sekarang mana ada lagi PKS yang mempunyai kedudukan kewangan yang sihat. Itulah sebab mereka perlu meminjam wang dari bank. Oleh itu
dengan bantuan dari kerajaan negeri, syarat-syarat pinjaman seperti ini harus dilonggarkan. Pengecualian bayaran lesen penjaja, lesen peniaga PKS, mikro sewa premis dan gerai, sewa tapak pasar malam, pasar pagi dan penjaja tepi jalan harus dilanjutkan pada tahun 2022, kerana perniagaan mereka masih belum pulih ke tahap seperti sebelum pandemik dan mereka masih memerlukan bantuan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Bentayan juga mengalu-alukan kerajaan negeri meneruskan inisiatif Geran Orang Lokal tetapi hanya peruntukan berjumlah RM3.5 juta diperuntukkan. Peruntukan ini agak jauh beza berbanding dengan cadangan Pakatan Harapan iaitu cadangan Pakatan Harapan adalah peruntukan sebanyak RM8 juta. Inisiatif ini dapat membantu PKS atau mikro mendapatkan bantuan mesin atau peralatan-peralatan untuk memulakan semula perniagaan atau perniagaan baru terutamanya kepada golongan belia atau mereka yang telah hilang pekerjaan.
Walaupun peruntukan ini telah bertambah RM500,000.00 di tahun 2022 berbanding dengan peruntukan jumlah RM3 juta di tahun 2021 tetapi peruntukan inisiatif ini harus bertambah dengan lebih banyak pada tahun 2022 terutamanya pada waktu ini semua pihak dan usaha pemulihan ekonomi negeri ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam Belanjawan 2021 Negeri Johor salah satu agenda yang penting untuk memacu pemulihan ekonomi Johor adalah agenda Johor Digital. Apakah perkembangan terkini selepas 1 tahun perlaksanaan agenda Johor Digital? Menurut Ucapan Belanjawan 2022 Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa pencapaian KPI bagi agenda Johor Digital adalah antara 80% hingga 99%.
Tuan Speaker, mohon Bentayan. Tuan Speaker saya nampak timer tak ada on aje, ada keep track tak?
Saya ada simpan rekod, ada 5 minit lagi Yang Berhormat.
Jadi, adakah liputan 4G di setiap negeri Johor telah ditingkatkan dan berapakah peratusan peningkatannya? Berapakah jumlah peluang pekerja baru yang di wujud untuk anak-anak Johor bawah agenda Johor Digital? Apakah perkembangan terkini bagi Digital Johor Corporation atau DJ Corp dan apakah kerja atau projek yang telah dilaksanakan. Sebenarnya kerajaan negeri harus memainkan peranan sebagai pemacu utama kepada agenda ini. Kerajaan negeri boleh mengambil kesempatan melalui program pendigitalan ini untuk menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan dan urus tadbir kerajaan negeri seperti contoh e-PBT.
Konsep sistem e-PBT telah di wujud sejak 2013 namun didapati perkembangan agak lambat walaupun tak lebih daripada 15 tahun. Contohnya merujuk kepada Sistem e-Khidmat Negeri Johor. Setakat hari ini hanya 10 agensi negeri sahaja yang terlibat dalam e-Khidmat iaitu PBT sahaja. Manakala untuk sektor perkhidmatan yang diberi juga hanya terhad kepada bayaran dan semakan lesen, kompaun, cukai, sewa premis sahaja sedangkan banyak permohonan yang di kebanyakan PBT masih menggunakan borang fizikal.
Sejak pandemik COVID-19 mula menular rutin kehidupan seperti bekerja, sekolah dan membeli belah telah berubah dan semakin bergantung kepada kemudahan teknologi digital. Maka kerajaan negeri harus lebih agresif di mana menggalakkan lebih agensi-agensi terlibat dalam pelaksana agenda pendigitalan dan memperluaskan lebih banyak perkhidmatan dalam talian yang sedia ada sekarang kerana dia akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan agensi-agensi kerajaan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Bentayan ingin menyentuh soal banjir kilat di daerah Muar lagi. Pada 20 Oktober 2021, daerah Muar sekali lagi mengalami banjir kilat yang teruk akibat hujan yang lebat pada hari itu. Menurut bacaan yang direkodkan di stesen Tanjung Agas adalah 113 mm air hujan pada hari itu. Seperti tahun 2020 banyak kawasan hotspot
mengalami banjir kilat dan ada tambahan kawasan baru pula di mana tidak pernah mengalami banjir kilat sebelum ini. Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan negara akan mengalami ribut petir dan hujan lebat yang lebih kerap ketika fasa peralihan Monsun Timur Laut bermula 3 November hingga Mac 2022.
Semasa fasa awal Monsun Timur Laut iaitu dari November 2021 hingga awal Januari 2022 episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengenal pasti 278 kawasan hotspot banjir di negeri Johor. Dan antara 41 kawasan hotspot berada di daerah Muar. Bentayan percaya semua PBT, JKR, JPS pun ada data atau senarai sendiri tentang hotspot banjir di setiap kawasan masing-masing. Bentayan ingin menyerukan semua pihak jangan selalu menggunakan alasan air hujan yang banyak yang melebihi kapasiti sistem pengaliran sebagai satu punca utama berlaku banjir. Walaupun faktor ini ada benar dan tidak dapat dikawal tetapi faktor-faktor lain seperti penyelenggaraan parit, sungai dan sistem pengairan air adakah dia dilakukan secara berkala supaya impak banjir ini dapat dikurangkan. Adakah punca-punca utama lain yang menyebabkan banjir kilat di setiap hotspot telah dikenal pasti?
1 minit lagi Yang Berhormat...
Sepatutnya semua agensi dikehendaki mengambilkan pendekatan proaktif untuk mengambil tindakan lebih awal supaya mengurangkan impaknya terlebih dahulu. Jangan bagi masalah banjir kilat ini sentiasa berulang setiap tahun dan kawasan hotspot juga semakin bertambah setiap tahun.
Yang Berhormat Tuan Speaker, akhir kata Bentayan ingin mengharapkan agar kesemua inisiatif yang telah di bentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam Persidangan Belanjawan 2022 pada bagi negeri Johor ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berhemah sekali gus memberi manfaat kepada seluruh di negeri Johor. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Bentayan. Seterusnya saya persilakan Tiram, jemput
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Salam sejahtera, selamat tengah hari. Terlebih dahulu Tiram sebagai bangsa Johor, rakyat Johor merafak sembah menjunjung setinggi kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Ta’zim sempena sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021.
Tuan Speaker, Tema Belanjawan Johor 2022 dipilih Memperhebat Kesejahteraan Johor, sejajar dengan memastikan kesejahteraan ke semua lapisan masyarakat Johor. Usaha-usaha kerajaan menyuntik pembangunan sosioekonomi bangsa Johor. Dalam pada itu meringankan bebanan rakyat yang terhimpit akibat COVID-19 kerajaan telah menggariskan pelbagai rancangan dalam menangani kemiskinan dan mengurangkan ketidaksamarataan daripada pelbagai dimensi. Memperkasa B40 dan mencapai kesaksamaan antara kaum di negara ini. Yang amat menyedihkan ialah pada musim pandemik COVID-19 ini, ramai telah kehilangan punca pendapatan mereka dan masih menganggur.
Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia sekalian, dalam hal ini kaum India juga tidak ketinggalan. Isu kemiskinan tegar kini telah menjadi isu hangat dalam kalangan kaum India dan menjadi punca atau penyebab kepada pelbagai masalah sosial yang lain di negara ini amnya dan di Johor khasnya.
Yang sangat menyedihkan saya ialah ramai yang tidak ada wang untuk menguruskan jenazah keluarga sendiri akibat daripada masalah kemiskinan tegar ini. Tambahan pula, bagi menguruskan mayat, syarikat swasta mengenakan bayaran tidak kurang daripada RM3,500.00. Pada pandangan saya ramai yang meminjam wang daripada ah long-ah long,
menggadaikan emas dan juga lain-lain kewangan yang lain dengan kadar faedah yang terlalu tinggi. Apabila mereka tidak dapat bayar balik faedah ataupun wang yang dipinjam, pelbagai masalah lain pula muncul yang boleh menggugat keselamatan keluarga. Apakah solution kepada masalah ini? Pada pandangan saya, saya menyeru jasa baik kerajaan Johor supaya menyediakan satu dana bagi pengurusan jenazah, mayat amnya bagi semua kaum dan khasnya bagi kaum India di negeri ini.
Di sini saya syorkan dana pengurusan jenazah mayat sebanyak RM1 juta harus diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada kaum India. Tambahan pula saya juga syorkan RM1,000.00 harus diberikan kepada keluarga si mati pada hari kematian, jangan bagi selepas satu bulan. Pada masa itu mereka ini terlalu susah dan dapat dana daripada tempat-tempat lain tu menyusahkan, memudahkan pengurusan mayat dan kerja-kerja berkaitan. Sebenarnya dalam mengesyorkan belanjawan, kita parti pembangkang ada bagi cadangan masalah ini dalam kepada MB tetapi saya rasa dia belum masukkan dalam kita punya belanjawan.
Tuan Speaker, sekarang kita negeri Johor berkebajikan. Kerajaan negeri akan memperuntukkan RM5 juta kepada Yayasan Sultanah Rogayah dan RM7 juta kepada Yayasan Sultanah Fatimah. Saya difahamkan RM5 juta untuk kaum India dan RM7 juta untuk kaum Cina, kalau tidak silaplah. Dan juga dinyatakan tidak cenderung kepada sebarang unsur politik. Saya suka kenyataan tersebut, dan dianggotai dengan golongan profesional saya pun ucapkan syabas kepada MB dan juga kalangan EXCO. Soalannya siapakah yang akan melantik golongan profesional yang tersebut? Hendak tidak. mestilah orang-orang politik terlibat, akan terlibat. Tiram mengesyorkan pemimpin India dan Cina dari pembangkang diberi peluang untuk beri cadangan kalau pelaksanaannya sekiranya mendirikan jawatankuasa pelaksanaan mohon beri peluang kepada pihak pembangkang anggotai dalam jawatankuasa tersebut.
Tuan Speaker, tanah terbiar. Saya terpaksa bercakap pasal tanah terbiar dalam dua penggal ni kita sentiasa bercakap pasal tanah terbiar, apakah keberkesanan itu tidak pasti. Dalam Belanjawan Johor 2022, dapat lihat Program Memperhebatkan Johor Tani. Rama generasi muda ingin menceburkan diri dalam pertanian. Mereka juga ingin menggalakkan, menggiatkan diri dalam pertanian. Halangan ialah, mereka tidak mempunyai tanah, modal dan latihan. Kerajaan perlu membajai keinginan mereka program-program tertentu. Tiram mengesyorkan tanah terbiar perlu digunakan secara meluasnya untuk kegunaan masyarakat. Tiram rasa, untuk permohonan tanah terbiar ini mempunyai beberapa protokol yang susah yang diikutinya, birokrat. Sekiranya prosedur untuk mendapatkan tanah terbiar dimudahkan caranya, ramai anak-anak muda akan menggunakan kesempatan ini. Bukan sahaja anak muda maju dalam pertanian, bahkan dapat bersihkan kawasan-kawasan yang semak samun di kawasan-kawasan perumahan dan juga tepi jalan.
Tuan Speaker, kerajaan perlu adakan kempen pertanian termasuk tanah terbiar supaya kesemua lapisan masyarakat dapat menikmati ataupun kenikmatan melalui penggunaan tanah terbiar ini. Tuan Speaker, lagi sekali saya bercerita pasal kaum India. Indian Task Force. Dalam belanjawan tersebut saya amat kagum dan juga berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Dato’ Menteri Besar, Tiram mengalu-alukan Jawatankuasa Task Force Masyarakat India Johor 2021. Penyerahan krematorium awam kepada PBT Segamat dan Labis untuk tujuan pengurusan dan penyelenggaraan. Saya amat menggalakkan opsyen ini kerana saya baru-baru ni pergi ke Klang dan menghadiri satu kematian di sana, krematorium dia hanya charge RM150.00 sahaja. Di Johor, di swasta tidak kurang daripada RM700.00. Benda ni siapa yang mengesyorkan kepada kerajaan? Saya kalau tidak silap kemungkinan Yang Berhormat Vidya, Ketua MIC negeri Johor saya mengucapkan terima kasih. Ini mesti melaksanakan benda ni secepat mungkin. Tiram mengesyorkan adakan tanah perkuburan dan krematorium setiap daerah Johor yang penduduk India yang padat.
Di samping itu, sila membangunkan projek yang terlepas di Tanjung Langsat, tapak pembinaan krematorium Pooja yang diadakan pada hari yang ke-16. Projek ini bermula pada masa pemerintahan Barisan Nasional, kemudian ambil inisiatif oleh kerajaan PH. Kini kerajaan PN dan BN, Tiram berharap projek ini akan terlaksana secepat mungkin. Tiram juga mengesyorkan adakan tapak krematorium di setiap daerah yang padat penduduk India supaya memudahkan upacara mereka tanpa halangan daripada pihak berkuasa sentiasa mengejar dia keluar, menghalau, beberapa kekacauan dalam upacara tersebut.
Tuan Speaker, kini saya nak bawa isu-isu tempatan. Tiram dapat satu aduan, pengusaha bengkel kereta di kawasan Pasir Putih dan Kota Masai. Mereka memohon beberapa kali dengan saya, bahawa kereta-kereta yang di parking di depan bengkel workshopnya sentiasa diberi saman. Hanya 3 hari diberi peluang untuk parking di depan bengkel tersebut kereta-keretanya yang untuk di repair. Dalam kedai bengkel ruangnya boleh parking maksimum 3 kereta sahaja. Yang lebihnya terpaksa parking di luar. Setiap kedai MPPG penguat kuasa sama bengkel-bengkel tersebut. Ini kawasan Kota Masai dengan Pasir Putih ya khasnya. Kerana parking lebih daripada 3 hari.
Ada mohon pas tahunan ke Yang Berhormat?
Ya?
Tak ada mohon pas tahunan?
Ha...
Parking tu boleh mohon pas tahunan kan?
Mereka meluahkan ketidakpuashatian kepada Tiram. Mereka bukan memperolehi pendapat yang tinggi. Selepas pandemik COVID ini, barulah mereka dapat nafas. Baru MPPG cuba melaksanakan undang-undang dengan keras, mereka terhimpit dan hilang pendapatan. Lebih-lebih lagi bayaran saman rugikan mereka. Mereka mohon diberi kelonggaran sementaralah, sekurang-kurangnya bagi 2 minggu untuk kereta-kereta di parking depan workshop. Kereta-kereta ini bukan sebarangnya, mereka parking untuk repair, di baik pulih. Tiram memohon MPPG a bit flexible lah dengan bengkel-bengkel tersebut, supaya mereka kembali mengubati kecederaan hidupnya daripada pandemik COVID.
Tuan Speaker, saya hari ini tidak prepare banyak ucapan sebab saya ni demam, saya nak balik juga. Walau bagaimanapun saya nak bagi 2 pantun.
Demam boleh masuk Dewan ke? (Dewan ketawa.)
Pergi Terengganu ke Pasar Payang, cari rojak di Seberang Prai, putus sudah kasih sayang, tekan butang untuk bercerai. Lagi satu. PN dan BN menjadi dalang, lompat melompat sampai persisir, simpati Melaka negeri malang, dapat pemimpin menjadi pasir. Sekian, terima kasih.
Itu tak sihat tu. Kalau sihat...
Yang Berhormat Speaker macam mana dia demam boleh masuk Dewan. Dahlah tak pakai mask Yang Berhormat.
Demam atau kurang sihat?
Tak sihat.
Seterusnya, saya persilakan Penggaram. Jemput.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker memberi peluang kepada Penggaram untuk membahas dalam Belanjawan 2022. Penggaram merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021.
Penggaram juga merakamkan ucapan takziah ke atas keluarga yang telah kehilangan ahli keluarga khusus buat anak-anak kecil yang kehilangan ayah atau ibu mereka akibat penularan wabak COVID-19. Penggaram ingin mengucap terima kasih kepada kerajaan Johor telah bersetuju supaya semua Ahli Dewan Undangan Negeri menerima peruntukan yang tetap sebanyak RM200,000.00 setiap tahun. Di sini Penggaram memohon untuk menunjukkan pembahagian kuasa dan fungsi perundangan. Penggaram harap satu peruntukan tetap juga disalurkan kepada Pejabat Speaker atau Dewan Negeri Johor.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Penggaram mempunyai perkara yang akan dibangkit di dalam ucapan ini. Pada bulan Oktober, Penggaram maklum Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah membuat beberapa siri lawatan ke daerah-daerah sebagai cara mendapatkan in put untuk perbelanjaan tahun 2022. Di dalam beberapa siri lawatan tersebut, seorang penasihat kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Datuk Tee Siew Kiong telah membuat kenyataan media meliputi beberapa daerah sebagai input kepada Rancangan Johor 3 tahun dan sebelum Bajet 2022 dibentangkan.
Pertama, kerajaan Johor akan selangkah demi selangkah menjadikan Kulai sebagai Pusat Ekonomi Antarabangsa dan Bandar Antarabangsa.
Kedua, Pontian akan menjadi daerah eco-tourism di mana kecantikan pemandangan serta ternakan hasil laut, perindustrian dengan akan menjadikan Pontian digelar sebagai syurga selatan.
Ketiga, Batu Pahat sebagai bandar selamat sejahtera di mana daerah di pinggir laut ini terdapat pelbagai kegiatan ekonomi seperti aktiviti barter trade di Pelabuhan Batu Pahat, pertanian moden, industri, pertanian moden, industri tekstile, kemudahan pelancongan dan industri makanan ringan serta persekitaran yang bersesuaian dengan kehidupan.
Keempat, Tangkak sepatutnya menonjolkan keunikan karektor sebagai nilai tambah kepada Tangkak di dalam eco-tourism.
Berdasarkan keempat-empat kenyataan tersebut, Penggaram ingin bertanyakan beberapa perkara. Pertama, Penggaram ingin mengesahkan, adakah kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh penasihat Yang Amat Berhormat Menteri Besar adalah sebagai hala tuju kerajaan untuk daerah-daerah tersebut. Jika ya, Penggaram ingin tahu di manakah di dalam Bajet 2022 yang telah dibentangkan pada minggu lalu ini diperuntukkan untuk menuju ke aras dasar-dasar tersebut.
Kedua, Penggaram ingin kepastian, adakah Datuk Tee Siew Kiong sebagai penasihat kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar diberi authority untuk mengumumkan sesuatu dasar bagi pihak kerajaan negeri Johor. Di mana ia meliputi sektor ekonomi, pertanian, pelancong dan lain-lain. Penggaram berasa gembira jika perkara-perkara di atas dapat dilaksanakan dan berharap perkara-perkara yang akan dibangkitkan oleh Penggaram dapat menarik perhatian Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan EXCO kerajaan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, di dalam keghairahan kerajaan membangunkan pelbagai pembangunan infrastruktur pelancongan, Penggaram berharap kerajaan tidak melupakan
kewujudan Taman Botani Johor yang terletak di Seri Medan, Batu Pahat. Taman Botani Seri Medan ini asalnya bekas lombong bijih dan dijadikan taman botani untuk penduduk setempat berekreasi. Cantik pemandangannya. Jika ia dibangunkan dengan baik ia akan membantu perkembangkan ekonomi di sekitar Seri Medan, Batu Pahat. Penggaram mendapati ramai lagi yang tidak mengetahui kewujudan Taman Botani Johor tersebut dan merasakan perlunya kerajaan mengambil langkah efektif dari segi pembangunan naik taraf dan promosi. Selain itu, terdapat tempat-tempat menarik di negeri Johor yang sedia ada masih tidak mempunyai fasiliti asas keperluan seperti ketiadaan lampu jalan, tandas dan ada juga yang tidak di selenggara dengan baik.
Penggaram menyarankan kerajaan memandang trend nature tourism di mana rakyat lebih memilih untuk berkunjung ke tempat-tempat yang mempunyai keindahan semula jadi. Sebagai contoh hiking, memancing, perkhemahan di mana aktiviti yang sedang mendapat tempat di kalangan Bangsa Johor tanpa mengira latar belakang kehidupan dan umur. Penggaram memuji inisiatif kerajaan berkaitan Majestic Johor untuk sektor pelancongan di mana ia adalah satu langkah untuk menarik pelancong luar, pelancong luar datang ke negeri Johor. Tetapi Penggaram berharap kerajaan tidak melupakan Bangsa Johor sendiri yang mempunyai pelbagai lapisan masyarakat dari segi pendapatan yang memerlukan kepelbagai aktiviti rekreasi dan pelancongan. Sebagai contoh, Penggaram melihat trend atau minat orang ramai dalam aktiviti hiking, Penggaram mendapati bayaran permit menjalankan aktiviti hiking di Hutan Simpan terlalu mahal iaitu sebanyak RM10.00 ke atas setiap individu. Penggaram ingin mengetahui, apakah rujukan asas kerajaan di dalam menetapkan harga tersebut. Selain itu, Penggaram mendapati kesulitan untuk mendaftar bagi tujuan hiking dan berharap agar kerajaan mengambil langkah untuk mempermudahkan proses ini dan juga bayaran yang munasabah agar Bangsa Johor sendiri dapat menjalankan aktiviti-aktiviti rekreasi dengan lebih mudah.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Penggaram berminat dengan dasar buatan Malaysia yang negara kita pernah laksanakan lama dahulu. Dasar ini juga menggalakkan orang tempatan menceburi bidang usahawan kreatif yang memberi peluang kepada mereka yang mempunyai daya kreatif dan inovatif serta mampu memberi persaingan di dalam industri. Penggaram melihat jika dasar ini boleh di aplikasi di negeri Johor iaitu di desa-desa ia juga mampu membantu kita menangani masalah jurang lapisan penduduk di desa yang kita lihat lebih dihuni warga emas. Selain dapat merapatkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar.
Penggaram melihat ia mampu menggalakkan golongan muda pulang ke kampung halaman untuk memulakan perniagaan melalui rancangan berkelompok masyarakat setempat sekali gus dapat mengisi kelompongan generasi muda di desa-desa. Projek penciptaan tempatan biasanya memberi tumpuan kepada mata pencarian kerana hasilnya boleh dilihat melalui data kuantitatif. Idea utama penciptaan tempatan terus tumpu kepada tiga elemen utama, cerita tempatan, industri dan penduduk. Gabungan elemen-elemen ini, ia lebih berdaya saing dan mampu menarik golongan muda ke kampung halaman sekali gus membangunkan desa serta meningkatkan gaya hidup masyarakat di desa. Kaedah pelaksanaan kebiasaannya adalah kerajaan menyediakan subsidi kewangan dan maklumat dasar dan organisasi tempatan memohon subsidi atau bantuan kerajaan. Ia boleh dijalankan dalam bentuk kerjasama antara pihak industri dan golongan akademik seperti institusi pengajian di kawasan tersebut seperti sekolah-sekolah yang bertindak mengaktifkan komuniti di sekitar dan meningkatkan hubungan antara pelajar dan masyarakat setempat. Penggaram yakin Bangsa Johor mempunyai anak muda yang ingin pulang ke kampung halaman tetapi tidak tahu apa yang mereka boleh lakukan apabila pulang ke kampung halaman. Sudah tentu lebih banyak data demografi dan industri diperlukan untuk rujukan untuk melaksanakan dengan lebih tepat. Penggaram percaya Batu Pahat, khususnya mempunyai potensi besar dalam hal ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Penggaram ingin membangkitkan isu cukai tanah yang dikenakan ke atas tanah milik Persatuan Bola Keranjang di mana tanah tersebut terdirinya
dewan bola keranjang tertutup yang diuruskan oleh Persatuan Bola Kerajang Batu Pahat. Seperti sukan bola sepak, Johor juga telah melahirkan atlet berbakat dalam sukan menembak dan bola keranjang. Sukan bola kerajang sama ada pasukan lelaki atau wanita telah menyumbangkan pelbagai kejayaan kepada negeri Johor di pelbagai peringkat termasuk SUKMA. Kenaikan cukai dari RM1,353.00 kepada RM47,069.00 dirasakan telah mencekik nafas mereka di dalam usaha mereka melahirkan generasi dan bakat di dalam sukan bola keranjang.
Makluman tambahan, bangunan tersebut selalu menjadi arena pertandingan bola keranjang di peringkat daerah, negeri dan juga antarabangsa di mana pembinaannya mengikut spesifikasi gelanggang bola keranjang antarabangsa. Penggaram berpendapat sebagai persatuan yang telah memberi banyak sumbangan, mengharumkan nama negeri Johor malah mengambil tanggungjawab mencungkil serta melahirkan bakat dan atlet sukan bola keranjang. Kenaikan cukai terhadap bangunan-bangunan kompleks sukan seperti tersebut adalah tidak wajar.
Yang Berhormat Tuan Speaker, perkara yang sama juga terjadi atas Persatuan Menembak Negeri Johor di mana cukai tanah yang dikenakan ke atas lapang sasar milik persatuan tersebut meningkat dari RM2,000.00 lebih hingga kepada RM60,000.00. Selain telah banyak menyumbang kepada negeri Johor dengan melahirkan banyak bakat-bakat baru di dalam sukan menembak, persatuan ini telah kerap kali menyediakan lapang sasar sebagai tempat latihan para atlet menembak sebagai persediaan atlet-atlet negeri ke SUKMA dan pelbagai peringkat. Sebagai sebuah pertubuhan non profit, persatuan ini juga menyediakan fasiliti lapang sasar sebagai tempat latihan kepada PDRM dan kakitangan agensi-agensi kerajaan. Kini Penggaram mendapat maklumat persatuan ini telah menerima notis daripada Pejabat Tanah kerana gagal membayar cukai tanah. Persatuan telah diberi tempoh tiga bulan untuk dikenakan tindakan. Perlu untuk kerajaan tahu, persatuan-persatuan ini diwujudkan bukanlah untuk mendapatkan keuntungan tetapi di atas semangat ahli-ahli persatuan dalam sukan tersebut. Di dalam usaha mencungkil bakat dan mempertingkatkan prestasi dan nilai tambah sukan di negeri Johor, Penggaram berharapkan satu tindakan dapat diambil oleh kerajaan khasnya EXCO Belia dan Sukan untuk melihat isu-isu ini agar kerajaan dilihat bukan sekadar retorik tapi benar-benar ingin meningkatkan tahap sukan di negeri Johor.
Yang Berhormat Tuan Speaker, di atas dua perkara asas Bajet 2022, Johor yang tertumpu ke arah mendekati dan meringankan beban rakyat yang terhimpit akibat pandemik COVID serta menggiatkan usaha awalan dalam pemulihan semula sektor ekonomi secara menyeluruh, Penggaram terdapat beberapa cadangan. Penggaram mengucapkan tahniah kepada PBT Batu Pahat di atas meluluskan pelaksanaan pemutihan kilang-kilang haram. Pemutihan ini sebagai satu usaha untuk mengembalikan hasil negeri. Pagi tadi saya tidak sempat mengemukakan soalan saya tetapi saya nak mengucapkan terima kasih kepada EXCO Perumahan sebab memberi penjelasan yang terperinci kepada saya. Saya berharap satu sesi Townhall akan diadakan antara PBT dengan pengusaha kilang sebab maklumat yang terkini ini boleh disampaikan kepada mereka. Saya berharap kerajaan boleh membantu pengusaha-pengusaha yang mempunyai masalah berikut dan juga membantu mereka secara langkah, dengan yang menghadapi masalah kos yang terlalu tinggi ini sebab pemutihan, dia makan kos tinggi. Jadi saya harap EXCO Perumahan dapat membantu kepada mereka. Begitu juga keadaan dengan proses pemutihan jeti-jeti haram yang terdapat di sepanjang pinggir pantai Batu Pahat. Penggaram juga ingin mengetahui status projek second port yang telah dirancangkan lama, apakah status sekarang. Adakah dia akan dijalankan ataupun akan dibatalkan? Saya minta EXCO kerajaan boleh bagi mengetahui perkara ini status second port di Batu Pahat. Akhir kata Penggaram berharap agar kerajaan mempertimbangkan cadangan-cadangan serta memandang serius permasalahan yang dibangkitkan, terima kasih.
Ya terima kasih Penggaram. Seterusnya saya persilakan Bukit Kepong.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Bismillahirahmanirrahim. (Doa) Syukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah perkenan dan kurnianya diberikan kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk saya menyuarakan suara rakyat memberikan pandangan dan mengemukakan cadangan berhubung Belanjawan Johor 2022. Terlebih dahulu izinkan patik merafak sembah menjunjung kasih dan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021 yang lalu. Patik mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Amat dikasihi Pemaisuri Johor berada dalam keafiatan bersemayam di tahkta dengan segala kebesaran dan kedaulatan serta sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Malaysia Johor ke arah pemulihan. Alhamdulillah berkat kesungguhan pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Yassin dalam merencanakan berbagai inisiatif dan program dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19, Malaysia termasuklah negeri Johor ini sedang melalui fasa pemulihan. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah menjadi antara usaha dan benteng penularan wabak yang tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia dan negara ini. Peningkatan kadar vaksinasi lengkap di kalangan rakyat telah membolehkan peralihan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Setelah lebih setahun ekonomi negara dan negeri mengalami penguncupan, pelbagai sektor terpaksa ditutup bagi memutuskan rantaian jangkitan serta masyarakat terbeban dengan kesempitan hidup kini persekitaran mulai berubah seperti asal iaitu sebelum pandemik melanda negara. Negara kini ke arah fasa endemik, pemulihan sedikit demi sedikit sedang berlaku. Walaupun masih berlaku, rakyat perlulah mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan tetapi banyak kelonggaran yang telah dapat untuk rakyat nikmati pada hari ini. Rakyat bebas untuk pergi ke mana sahaja, mereka yang berniaga kembali memulakan semula perniagaan yang diusahakan secara lebih aktif. Dan anak masih kembali ke sekolah untuk sesi pengajaran dan pemulihan PDP dengan bersemuka.
Terima kasih juga kepada kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang telah memungkinkan semua ini terjadi. Penghargaan tidak terhingga kepada seluruh barisan hadapan ataupun frontliners. Tanpa pengorbanan anda semua yang bertungkus umus memerah keringat dengan tanggungjawab di lapangan kita sebagai rakyat tidak mungkin menikmati segala kelonggaran ini. Apa yang pasti ekonomi negara secara keseluruhannya diharap akan kembali cergas dan ini didorong dengan kesungguhan kerajaan pimpinan Perdana Menteri melaksanakan dasar dan tindakan yang dapat membangkitkan semula pasca pandemik.
Di peringkat negeri Johor besarlah harapan Bukit Kepong untuk melihat ekonomi kembali pulih. Pengangguran berkurangan dengan meningkatnya peluang pekerjaan apatah lagi kuasa isi rumah bangkit diupayakan menerusi peruntukan besar Belanjawan Johor 2022. Tidak cukup sekiranya ekonomi kita ini sekadar berdaya tahan semata-mata namun pemulihan itu perlu benar-benar berlaku jika kerajaan negeri mahu objektif memperhebat kesejahteraan Johor dapat direalisasikan sekaligus bukannya naratif retorik sahaja.
Yang Berhormat Tuan Speaker, strategi kewangan Belanjawan Johor 2022. Belanjawan Johor 2022 menyaksikan kerajaan negeri pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekali lagi membentangkan sebuah belanjawan defisit dengan unjuran hasil sebanyak RM1,671.54 juta dan unjuran perbelanjaan pula RM1,958.01 juta. Belanjawan defisit ini sebanyak RM286.42 juta. Strategi kewangan Belanjawan Johor 2022 juga merupakan belanjawan mengembang telah dimaklumkan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah
menyatakan bahawa kerajaan negeri berusaha meningkatkan perbelanjaan dan defisit fiskal untuk menjayakan pelbagai inisiatif di bawah belanjawan ini.
Meskipun pemulihan ekonomi ini sedang berlaku bukanlah ia akan dan terus terjadi dalam satu kecepatan yang tinggi atau luar biasa. Pemulihan ini sudah pasti berlaku sedikit demi sedikit dan implikasinya terhadap rakyat juga memerlukan masa. Maka dengan strategi mengoptimumkan segala sumber yang ada pada kerajaan negeri termasuklah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Johor dan syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) negeri Johor ia menghadirkan rasa gusar Bukit Kepong terhadap sumber hasil 2 entiti ini pada tahun hadapan.
Mengambil contoh pendapatan PBT yang terdiri daripada hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil, PBT juga perlu untuk perbelanjaan pengurusan dan perbelanjaan pembangunan. Sewajarnya kerajaan negeri membantu PBT terutamanya yang mempunyai pendapatan yang rendah. Seandainya kerajaan negeri menyasarkan peningkatan kutipan hasil di kalangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), strategi kewangan Belanjawan Johor 2022 ini iaitu mengoptimumkan segala sumber yang ada perlu diperhalusi secara bersama dengan membincangkan mekanisme dengan lebih mendalam.
Yang Berhormat Tuan Speaker, potensi agro makanan Johor. Belanjawan Johor 2022 akan melaksanakan 4 impetus ekonomi baharu dan 12 agenda utama. Secara peribadi Bukit Kepong melihat kesemua impetus yang dinyatakan begitu dekat cakna dan prihatin dengan pertumbuhan negara serta kemaslahatan rakyat. Iltizam kerajaan negeri untuk menjadikan Johor sebagai hab makanan untuk pasaran domestik, serantau dan bangsa selain membangunkan industri agro makanan amatlah disambut baik, memandangkan Johor mempunyai segala kecukupan bagi menjayakan hasrat ini. Bukit Kepong juga menyambut baik malah menantikan Dasar Agro Makanan Negeri Johor yang bakal memodenkan sektor agro makanan Johor. Semoga dasar ini akan mengoptimumkan penggunaan tanah, terutama tanah terbiar, prasarana, serta menggalakkan penggunan teknologi moden dan aktiviti berskala besar. Ketika menjawat jawatan Menteri Besar, Bukit Kepong telah menyatakan komitmen kerajaan negeri untuk memperkasakan gagasan revolusi hijau dengan penglibatan pelbagai jabatan yang akhirnya menyumbang secara significant kepada ekonomi negeri dan rakyat Johor.
Ia meliputi pembangunan tanah terbiar, pemerkasaan industri tanaman makanan utama, keluasan penanaman kelapa, pembangunan tanaman nanas, aquaculture dan bio sekuriti sumber perikanan, ternakan kupang serta kebun integrasi. Oleh itu menjadi harapan Bukit Kepong untuk melihat potensi Johor dalam industri agro makan ini mampu memacu pertumbuhan, ekonomi negeri secara mikro serta makro dan akhirnya memberi limpahan manfaat kepada rakyat Johor serta meletakkan industri ke tahap yang tertinggi.
Yang Berhormat Tuan Speaker, pemerkasaan pendigitalan Johor menyentuh kepada usaha perluasan pendigitalan Johor amatlah Bukit Kepong tertarik dengan komitmen kerajaan negeri untuk mengangkat tahap pendigitalan seterusnya memperkenalkan Pelan Induk Digital Johor yang akan mencorakkan hala tuju utama digital negeri ini. Hikmah daripada berlakunya pandemik COVID-19 telah menyaksikan segala pekerjaan dan kehdupan seharian rakyat berlaku secara maya tidak kira menerusi telefon bimbit, komputer atau apa juga gadjet yang memiliki jaringan Internet.
Sudah tentu suatu masa nanti penggunaan gajet dan jaringan internet adalah secara optimum. Oleh itu persediaan dan persiapan dikalangan rakyat perlu berlaku pada kadar segera yang. Seluruh rakyat perlu berupaya menguasai pendigitalan ini. Kerajaan negeri .... sebelum ini amatlah menekankan usaha memacu sektor teknologi komunikasi dan maklumat ICT Sains serta teknologi. Bukit Kepong ingin melihat Johor menjadi sebagai negeri pintar. Memiliki kualiti perkhidmatan yang cemerlang malah mempunyai bakat hebat dalam bidang STEM, PVET dan Robotik..
Justeru Bukit Kepong percaya Pelan Induk Digital Johor ini akan bersifat holistik bukan sahaja meningkatkan kapasiti dan kemampuan infrastruktur semata-mata tetapi juga mengutamakan pembangunan insan di kalangan rakyat yang mahir serta menguasai teknologi digital.
Yang Berhormat Tuan Speaker, proaktif menarik pelaburan baharu. Sektor pelaburan merupakan nadi kepada pertumbuhan ekonomi di negeri Johor. Ketika pentadbiran Bukit Kepong sebagai Menteri Besar, kerajaan negeri sedang dalam proses merangka hala tuju Pelan Induk Pelaburan Negeri Johor 2020 dengan matlamat meningkatkan daya saing dan nilai produktiviti pelaburan di negeri Johor. Alhamdulillah pembentangan Belanjawan Johor 2022 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tempoh hari telah menyatakan bahawa pelan ini akan dilancarkan dalam masa terdekat berdasarkan 4 pelan strategi pelaburan bagi tempoh 10 tahun akan datang.
Bukit Kepong melihat peri pentingnya Pelan Induk Pelaburan Negeri Johor 2030 bukan sahaja untuk menjadi asas kepada usaha untuk menjadikan Johor sebagai destinasi pelaburan utama di Asia Tenggara malah pembangunan ekosistem yang menarik minat pelabur asing ke negeri ini. Pada masa sama pelan ini turut akan meletakkan keutamaan kepada soal pemulihan persekitaran pelaburan di negeri Johor dan ia turut menjadikan peluang pekerjaan berkualiti terutamanya kepada anak tempatan, memperkasa sektor e-Dagang serta merangsang pertumbuhan ekonomi.
Dengan 5 perkara yang telah digariskan untuk mengekalkan status Johor sebagai pusat pelaburan berdaya tinggi Bukit Kepong juga berharap agar kewujudan Pagoh Special Economic Zone, dengan izin dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Begitu juga mengoptimumkan pertumbuhan pesat di kawasan Industri Hab Perabot Johor iaitu Muar Furniture Hab sekaligus tidak hanya tertumpu di Wilayah Pembangunan Iskandar sahaja.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Orang Muda Johor, menyentuh agenda Orang Muda Johor pelbagai peruntukan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam pembentangan Belanjawan Johor 2022. Sebanyak RM42.5 juta diperuntukkan untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif yang menyokong penglibatan dan pembangunan Orang Muda Johor. Peruntukan yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini mencakupi inisiatif seperti penubuhan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre di Kluang dan Pasir Gudang, melahirkan pemimpin masa depan Johor serta penglibatan anak muda dalam sukan.
Apa yang menarik perhatian Bukit Kepong di sini adalah berkaitan Dewan Muda Johor. Bukit Kepong sedar Dewan Muda Johor cetusan idea asal Yang Berhormat Menteri Besar yang diwujudkan sejak tahun 2018. Ia merupakan kuasa pendesak dikalangan anak muda di Johor. Melihat kepada carta organisasi Dewan Muda Johor ini dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebagai penaung diikuti Yang Berhormat EXCO Belia dan Sukan sebagai penasihat selain ahli pemegang amanahnya, besarlah harapan Bukit Kepong untuk melihat pelan ini benar-benar memainkan peranannya sebagai kuasa pendesak.
Menerusi pengamatan Bukit Kepong sejak Dewan Muda Johor diwujudkan, badan ini begitu lantang menyalurkan kritikan kepada kerajaan Pakatan Harapan sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri pada ketika itu. Dengan ikhtiar menjadi semak dan imbang dalam tadbir urus kerajaan. Maka kini besarlah harapan Bukit Kepong, Dewan Muda Johor ini benar-benar menepati objektifnya sebagai suara usul yang bebas dan lantang dalam membawa aspirasi anak muda serta masyarakat sekali gus tidak bersuara secara bermusim atau terpilih serta dipengaruhi mana-mana pihak berkepentingan. Ini penting untuk memastikan usaha pemimpin masa depan Johor di bawah agenda anak Muda Johor ini benar-benar menepati matlamatnya sekali gus mengasuh dan membimbing pendidikan kepimpinan yang matang serta tulen.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Temasya SUKMA Johor, keputusan Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia, SUKMA untuk menangguhkan Temasya SUKMA Johor ini ke
tahun 2024 sedikit sebanyak telah memberikan kesan kepada Bukit Kepong. Ini kerana kerja-kerja menyiapkan venue pertandingan serta melatih atlit bagi SUKMA Johor 2024 berlaku ketika pentadbiran Bukit Kepong sebagai Menteri Besar. Sebagai makluman, negeri Johor telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menjadi tuan rumah yang terbaik dalam sejarah temasya sukan dwi tahunan ini. Namun pandemik yang melanda negeri Johor, pandemik yang melanda dunia, negara dan Johor amnya telah menyebabkan pengelolaan temasya ini dibatalkan. Tujuannya apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam pembentangan Belanjawan Johor 2022, kerajaan negeri akan memastikan kemudahan sukan sentiasa diselenggara. Ia sedikit sebanyak menghadirkan rasa lega dan kebimbangan Bukit Kepong. Yang Berhormat EXCO sendiri ketika berucap kepada media baru-baru ini memberitahu bahawa venue dan fasiliti SUKMA Johor akan disewa bagi mengelak infra dan prasarana yang siap terbina menjadi gajah putih. Ia satu komitmen yang besar daripada kerajaan negeri. Bagaimanapun, ia bukanlah satu jaminan kukuh. Semua venue dah SUKMA Johor ini akan dapat bertahan dan sentiasa berada dalam keadaan yang baik sebelum temasya ini. Ia akan melibatkan kos penyelenggaraan yang besar bahkan kos baik pulih jika ia mengalami kecacatan atau kerosakan luar biasa.
Minum air dahulu Yang Berhormat. Minum air dahulu.
Insya-Allah. Justeru Bukit Kepong berharap akan kerjasama kerajaan negeri serta pihak-pihak lain seperti Perbadanan Stadium Negeri Johor, Majlis Sukan Negeri Johor dan Pihak Berkuasa Tempatan agar dapat memastikan venue dan benar-benar diselenggara dan dijaga dengan baik dari semasa ke semasa. Terima kasih. Yang Berhormat Tuan Speaker, peruntukan kepada ADUN.
Kang kena kang dengan izin tu? (Dewan ketawa).
Dengan izin eh. Peruntukan kepada ADUN. Sebelum mengakhiri ucapan perbahasan ini Bukit Kepong dengan penuh sukacita ingin merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah menyediakan peruntukan tetap sebanyak RM200,000.00 setiap DUN kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri Johor. Peruntukan bagi tujuan pengurusan serta pentadbiran di kawasan DUN Undangan Negeri Johor, masing-masing selain peruntukan kecil, bekalan ini jelas sikap keterbukaan kerajaan dalam urus tadbir terhadap semua rakyat di negeri Johor. Begitu juga persetujuan kerajaan negeri untuk memulihkan tambahan RM50,000.00 pada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri bagi tujuan perayaan-perayaan besar seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan lain-lain. Belanjawan Johor 2022 ini jelas membuktikan kerajaan negeri benar-benar mahu semua antara kita bersodariti, bekerjasama sekali gus mempersembahkan kepada rakyat kualiti, cara Johor yang matang, konstruktif serta progresif. Peruntukan yang dinyatakan ini sudah tentu memulihkan kami ADUN-ADUN negeri Johor memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Insya-Allah peruntukan ini akan di manfaat sepenuhnya oleh Bukit Kepong untuk kemaslahatan rakyat di DUN yang diwakili. Namun, Bukit Kepong ingin mengajak semua antara kita terus saling berfaham-fahaman antara satu lain, bekerjasama serta bersama memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat biar pun berbeza pakaian atau lambang politik masing-masing. Masa ini adalah masa untuk kita menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat sebaik sahaja dipilih ketika pilihan raya. Apabila tiba masanya, dan gelanggang pilihan raya dibuka bersaing dan bertandinglah dengan penuh semangat demokrasi. Akhir kata, Bukit Kepong sekali lagi mengucapkan terima kasih atas kesempatan yang diberikan untuk saya menyampaikan ucapan perbahasan Belanjawan Johor 2022. Semoga belanjawan yang diumumkan ini, benar-benar sampai kepada rakyat negeri Johor. (Bacaan doa.) Kepada Allah berserah, muafakat itu berkat. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Bukit Kepong, seterusnya saya persilakan Serom, jemput.
Bismillahirahmannirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, Serom bersama seluruh rakyat DUN kawasan Serom terlebih dahulu ingin merafak sembah, menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim pada 22 November 2021 yang bersamaan dengan 17 Rabiulakhir 1443H. Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dilimpahi keberkatan dan dilanjutkan usia untuk terus memerintah negeri Johor Darul Ta’zim dengan penuh adil dan saksama demi agama bangsa Johor dan tanah air.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Serom juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberikan peluang kepada Serom untuk turut sama dalam perbahasan belanjawan negeri Johor pada 2022 yang akan datang yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ir. Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, Dato’ Menteri Besar Johor pada 18 November yang lalu. Sebuah pembentangan dengan semangat meneruskan proses pendemokrasian khususnya tawaran penyertaan dan penglibatan semua Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri bukan kerajaan di dalam mesyuarat JPTD dan pemberian peruntukan tetap RM200,000.00 kepada semua Ahli Dewan Negeri Johor seramai 56 orang serta pemberian RM50,000.00 kepada bagi majlis-majlis sambutan pelbagai perayaan untuk tahun hadapan adalah sangat dihargai. Semoga semangat ini terus kekal menjadi teras di dalam kepimpinan Yang Amat Berhormat Ir. Dato’ dan menjadi contoh dan ikutan rakyat Johor keseluruhannya.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Serom berpandangan bahawa belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ir. Dato’ Menteri Besar kali ini tidak seperti semangat pembentangan-pembentangan belanjawan negeri Johor yang sebelumnya. Namun Serom dapat merasakan sesuatu yang berbeza iaitu aura baru untuk mengajak seluruh bangsa Johor tanpa mengira latar belakang bangsa, agama malah politik untuk bersatu tenaga kembali berjuang membangunkan Johor sebagai antara kuasa ekonomi Nusantara. Di sebalik pelbagai cabaran dan hambatan yang wujud kesan daripada pandemik COVID-19 yang lalu, berbagai sumber kekuatan rakyat disatukan dan segala perbezaan diketepikan demi Johor yang makmur dan sejahtera. Serom bersama dengan semua Ahli Dewan Negeri bukan kerajaan menyambut baik ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ kali ini yang membenarkan semua Ahli Dewan bukan kerajaan hadir dalam mesyuarat walaupun ia sebaliknya pada Sidang Dewan yang lepas. Ia adalah permohonan ikhlas khususnya dari Serom untuk bersama membangunkan Johor melalui saluran-saluran yang bersesuaian. Serom juga percaya bahawa semua ini adalah demi Johor untuk semua YB dapat menyalurkan laporan dan memberi pandangan mengikut kepakaran dan pengalaman masing-masing untuk diambil tindakan langsung oleh pihak kerajaan. Kelulusan peruntukan tetap RM200,000.00 kepada semua Ahli Dewan turut dikongsi dengan rakyat Johor amnya dan masyarakat Serom khususnya. Semoga segala igauan ngeri dari pandemik COVID-19 segera berlalu pergi dan awan cerah berserta angin dan kadang kala hujan hadir membawa seribu rahmat dan keberkatan untuk seluruh warga rakyat Johor. Suka Serom membawa kembali satu peribahasa yang sangat mendalam maksudnya bagi seorang jurutera bahawa akal tidak sekali datang, runding tak sekali tiba, peribahasa seorang jurutera yang percaya bahawa kerja atau usaha dapat disempurnakan secara beransur-ansur dan ia tidak boleh diselesaikan secara sekali gus jika mahukan hasil yang berkualiti. Maka Serom ingin menyeru kepada seluruh bangsa Johor, baik pimpinan mahupun kita yang dipimpin dan rakyat keseluruhannya untuk terus berusaha melakukan yang terbaik untuk Johor yang lebih cemerlang pada masa depan. Ketepikan segala perbezaan dan satukan hati demi Johor yang tercinta.
Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi memulakan perbahasan Johor 2022, Serom terlebih dahulu ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan Johor mencapai peratus vaksin 97% sepertimana yang dimaklumkan Yang Amat Berhormat Ir. Dato’ Menteri Besar dalam Belanjawan ini kelmarin. Tahniah kepada semua frontliners yang telah menyumbang secara
langsung kepada kejayaan ini. Vaksin adalah sebahagian daripada ikhtiar kita. Kita semua mengharapkan agar imuniti kelompok akan segera wujud bagi membendung jangkitan COVID-19 yang lebih serius kepada pesakit pada masa hadapan. Pada ketika ini pemberian dos penggalak telah dimulakan secara terpilih di seluruh negara. Namun proses pemberiannya tidak selancar dan tersusun sepertimana dos 1 dan 2 vaksin-vaksin yang berkenaan. Tahap keyakinan rakyat terhadap keperluan dos ketiga juga agak bercampur-campur dan keperluannya sendiri banyak dipersoalkan. Jawapan yang diberikan oleh YB EXCO Kesihatan sebelum ini mengenai keperluan dos ketiga berdasarkan ujian darah tahap imunisasi penerima bagi vaksin-vaksin yang berbeza yang dibangkitkan oleh Serom tidak menjawab soalan, malah jauh lebih tersasar. Ini menggambarkan tahap kefahaman YB EXCO sendiri persoalan tersebut. Saya mencadangkan untuk YB EXCO memberikan jawapan bertulis sahaja jika tiada jawapan yang dapat diberikan dan bukannya berlegar-legar dengan jawapan untuk jawapan kepada soalan yang sebelumnya.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Serom juga menzahirkan ucapan tahniah di atas usaha berterusan pihak kerajaan bagi memanfaatkan kedudukan yang sangat strategik Johor dan Malaysia khasnya antara negara-negara yang pesat membangun seperti Indonesia. Singapura dan Thailand serta berada di dalam laluan perdagangan dunia. Penerimaan Johor sebagai anggota baru Indonesia, Malaysia, Thailand, Gross Triangle (GT) semasa Sidang Kemuncak IMTGT yang ke-13 yang lalu di samping pendekatan SIJORI sedia ada, yang terbaik untuk langsung dalam berbagai bidang di antara Singapura, Johor dan Riau, Serom turut berkongsi keyakinan penglibatan Johor ini sama ada kerajaan ataupun swasta dalam IMTGT dan SIJORI akan dapat menikmati sama pelbagai potensi limpahan sektor ekonomi di dalam usaha mengekalkan Johor sebagai antara kuasa ekonomi Nusantara. Kerjasama strategik di antara pelabur-pelabur tempatan dan antarabangsa di kalangan negara-negara terlibat ini wajib dikenal pasti segera bagi manfaat rakyat keseluruhannya.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Serom seterusnya ingin menyentuh mengenai jawapan bertulis kepada soalan lisan yang telah disediakan oleh YB EXCO Kerajaan Tempatan dan YB EXCO Kesihatan yang jelas tiada idea atau usaha luar kotak serta sambil lewa bagi membantu para peniaga kecil sama ada yang terpaksa tutup ataupun tangguh perniagaan semasa tempoh PKP yang lalu. Dan pilihan lain kepada warga yang tidak setuju untuk divaksin dengan alasan yang pelbagai bagi membolehkan mereka melaksanakan segala tanggung jawab dan keperluan sebagai seorang manusia dan rakyat Malaysia sedangkan mereka juga warganegara yang berhak untuk hidup bebas seperti rakyat yang lain.
Persoalannya berapa lamakah mereka tidak akan dibenarkan merentas negeri atau negara, persoalan besar ini wajib dijawab segera. Oleh itu Serom ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan agar mereka yang tidak setuju untuk di vaksin dengan alasan yang tidak boleh diterima untuk dibenarkan merentas negeri dan negara dengan syarat melakukan ujian PCR dan keputusan berkenaan disahkan KKM untuk tempoh tertentu sepanjang melakukan perjalanan rentas negeri dan daerah. Negeri dan negara seperti yang dilakukan di beberapa buah negara. Ini memberikan jalan keluar untuk meneruskan kehidupan tanpa vaksin ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Serom sekali lagi ingin membawa perhatian semua Ahli Persidangan Dewan Negeri Johor mengenai isu kenaikan harga barangan pengguna khususnya barangan keperluan harian yang telah meningkat dengan begitu tinggi sekali hingga ada yang mencecah 30% hingga 40% dari harga sebelum tempoh PKP baru-baru ini. Jawapan YB EXCO tadi tidak dapat diterima jika benar kita berhadapan dengan situasi yang tak pernah kita hadapi sebelum ini iaitu pandemik COVID-19 seperti kata YB EXCO, maka cara kerja dan idea-idea jalan penyelesaian kepada isu ini harusnya juga kesan yang tak pernah terfikir oleh kita.
Di saat rakyat kebanyakannya baru kembali boleh bernafas bagi memulakan kehidupan yang terhenti malah ada yang baru mula berniaga dan bekerja semula dengan baki simpanan wang di bank yang tak berapa ada, harga ayam daging sahaja tidak terfikir hingga
mencecah RM10.00 sekilogram. Di setengah-tengah kedai harga daging RM35.00 hingga RM42.00. Harga minyak masak yang terus meningkat hingga mencecah lebih RM30.00 untuk botol 5 kilogram. Perbezaan harga minyak N95 97 yang mencecah RM1.00 yang sangat ketara seperti tiada kawalan langsung. Belum lagi harga0harga bahan mentah, masakan sayuran tempatan yang lain yang turut melambung di mana apa peranan EXCO, Menteri hari ini. Serom sekali lagi ingin mohon kerajaan mengambil perhatian serius mengenai isu ini. Ianya adalah beban utama rakyat ketika ini. Serom sekali lagi memohon kerajaan mengambil perhatian sekali lagi. Sila turun padang, dengarilah rintihan suara rakyat yang saban hari mengira baki wang yang ada untuk terus hidup pada hari esok.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sekali lagi membawa ke perhatian Ahli Dewan yang mulia ini mengenai ancaman haiwan liar yang pernah Serom bangkitkan sebelum ini, khususnya khinzir dan monyet yang terus membiak dan mengancam segala usaha dan jerit perih rakyat bertani bagi menyara keluarga tanpa usaha untuk membendung mahupun membanteras makhluk perosak ini. Segala usaha pertanian musnah kerana ancaman yang bertali arus tidak putus-putus. Serom banyak menerima aduan, mendengar rintihan dan aduan rakyat saban hari yang bertanya mengenai apa yang boleh mereka lakukan. Serom mohon penyelesaian pihak kerajaan dan apakah inisiatif yang boleh dan telah diambil mengenai perkara ini. Ianya telah berlangsung dua hingga tahun yang terakhir. Mohon juga pencerahan YB EXCO Pertanian mengenai kemungkinan untuk pengeluaran permit khas secara terkawal bagi mengatasi isu ini. Perhatian serius semua pihak mengenai perkara ini adalah amat-amat dihargai.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Serom mengambil maklum mengenai peruntukan RM4.6 bilion dari kerajaan persekutuan bagi perbelanjaan pembangunan pelan 2022 di bawah Rancangan Malaysia Yang Ke-12. Serom mohon sejumlah kecil peruntukan dari jumlah peruntukan yang besar ini yang akan diterima, akan dan telah mengambil kira permohonan. Dan, cadangan Serom kepada Yang Amat Berhormat Ir. Senior Dato’ Menteri Besar untuk pihak kerajaan hari ini menyiapkan pembinaan jambatan di lebuh AMJ yang saya kira semua lalu baru-baru ini, yang menjadi sebahagian daripada projek tebatan banjir, RTB Sungai Kesang di dalam rangkuman 355 projek sambungan yang diisytiharkan dalam ucapan Yang Amat Berhormat Ir. Senior Dato’. Kegagalan penyiapan pembinaan jambatan ini oleh pihak kerajaan terus menghantui rakyat yang terus bimbang dinaiki air rumah mereka setiap kali hujan lebat dan air pasang penuh. Kerajaan demi kerajaan, Menteri Besar demi Menteri Besar, Pegawai Daerah demi Pegawai Daerah telah bertukar, namun ia terus gagal disiapkan. Kerjasama dan sokongan pihak kerajaan hari ini di dalam penyambungan semula dan penyiapan projek ini amat dihargai demi Johor yang makmur dan sejahtera. Serom juga mohon dipertimbangkan untuk projek pelebaran beberapa jambatan sempit sekitar jalan dari Tol Bukit Gambir ke Sungai Mati iaitu jambatan Parit Zain, Jambatan Serom 4, Jambatan di Serom Utama yang saya kira YB EXCO sangat maklum mengenainya yang telah beberapa kali di bangkitkan di Dewan yang mulia ini. Namun, sehingga hari ini tiada tanda-tanda dilaksanakan walaupun ia pernah dimasukkan di dalam belanjawan tahun-tahun yang sebelumnya. Status keselamatan yang melibatkan kemalangan di ketiga-tiga jambatan atau kawasan berhampiran adalah amat-amat membimbangkan. Penjelasan YB EXCO mengenai perkara ini amat diharapkan kerana kadar kemalangan di jambatan terbabit terus meningkat dengan tertangguhnya projek tersebut.
Yang Berhormat Tuan Speaker, akhir kata Serom ingin menyatakan sokongan terbuka kepada isu konsesi yang telah dibangkitkan oleh YB Senggarang, YB Kota Iskandar, YB Semerah di dalam ucapan mereka sebelum ini. Serom mohon pihak kerajaan mengkaji semula pemberian konsesi-konsesi ini khususnya bagi projek-projek kecil yang mana telah menyebabkan ribuan kontraktor Bumiputera kita gulung tikar. Modul-Modul konsesi yang mengaut untung ibarat atas angin ini tidak sepatutnya diamalkan dengan cara untuk membina empayar perniagaan masing-masing. Modul seperti ini bukan sahaja menjejaskan mata pencarian kontraktor-kontraktor terlibat, malah kualiti produk yang dihasilkan turut menjadi bahan bualan rakyat yang keseluruhan. Ini turut menjejaskan usaha negeri dan
negara bagi melahirkan usahawan tempatan yang berdaya maju. Sekali lagi, kalau kita lihat isu ini jika mampu diselesaikan maka usahawan kita mampu pergi jauh dalam industri berkaitan bukan sahaja itu, kantung-kantung kewangan negeri dan negara akan turut meningkat dengan lebih baik.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sekadar itu ucapannya daripada Serom untuk kali ini. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi taala wabakaratuh.
Terima kasih kepada Serom. Saya tangguhkan persidangan ini ke jam 2.30 petang.
Persidangan ditangguhkan pada jam 12.50 tengah hari.
Persidangan disambung semula pada jam 2.30 petang.
YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, persidangan disambung semula. Yang Berhormat Jementah jemput.
Selamat petang, Salam sejahtera. Yang Berhormat Puan Speaker, terima kasih kerana memberi kesempatan kepada Jementah untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2022.
Pertama sekali, Jementah ingin merafak sembah, menjunjung kasih setinggi-tingginya, ucapan tahniah dan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor sempena hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 hari bulan November 2021.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya ingin memulakan perbahasan ini dengan mewakili penduduk-penduduk kawasan DUN Jementah untuk mengucapkan terima kasih kepada barisan hadapan, frontliner di sektor awam khasnya kakitangan dan pegawai dari Jabatan Kesihatan Segamat, Pejabat Daerah Segamat, Pejabat Penerangan Segamat, Jabatan Kebajikan Segamat dan juga badan-badan bukan kerajaan, penderma-penderma yang di sepanjang masa pandemik ini memberi bantuan dan kerjasama kepada penduduk-penduduk kawasan Dun Jementah.
Yang Berhormat Puan Speaker, tema Belanjawan Johor 2021 adalah Berdaya Tahan Demi Kemakmuran. Di dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada ketika itu menyentuh kepentingan kerjasama sektor awam, sektor swasta, pemimpin komuniti setiap rakyat Johor dan ADUN-ADUN kerajaan dan pembangkang untuk membangunkan kembali ekonomi negeri Johor. Tema Belanjawan Johor Tahun 2022 adalah Memperhebat Kesejahteraan Johor dan berlandaskan tagline rasmi iaitu Muafakat Itu Berkat. Yang Amat Berhormat juga menyentuh keperluan solidariti, kerjasama, menggembleng tenaga dan pemikiran untuk menjayakan pelan-pelan ekonomi dan sosial bagi belanjawan tahun 2022.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya bersedia menyahut seruan Yang Amat Berhormat Menteri Besar iaitu demi Johor, demi rakyat Johor, saya Ahli dari pembangkang bersedia memberi kerjasama memulihkan ekonomi negeri Johor dan menyokong pelan-pelan kerajaan yang memanfaatkan warga Johor. Akan tetapi sedikit kecewa, Yang Amat Berhormat, berapa perenggan kemudian di ucapan beliau, Yang Amat Berhormat enggan menerima ADUN pembangkang untuk terlibat bersama di dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah sebagai ahli tetap. Dan hanya setakat bersetuju menjemput kami Ahli-Ahli Pembangkang menjadi pemerhati dalam erti kata yang lain kami adalah sekadar pelawak. Peruntukan wang sebanyak RM200,000.00 yang diperuntukkan kepada semua Ahli-Ahli Dewan saya mengucapkan ribuan terima kasih. Peruntukan tersebut boleh dilabelkan di atas prinsip dan semangat pendemokrasian pentadbiran Yang Amat Berhormat, tetapi bagaimana perancangan wang peruntukan diagihkan dan dibelanjakan.
Pemantauan perjalanan projek bagi perbelanjaan projek yang beratus ribu atau mungkin berjuta di bawah kawasan ADUN pembangkang, kami pula tidak dibenarkan terlibat bersama sebagai ahli tetap dalam JTPD. Bukankah keputusan ini menunjukkan Yang Amat Berhormat tidak konsisten. Pada hari Khamis yang lalu, di dalam ucapan Belanjawan Johor, Yang Amat Berhormat telah menekankan bahawa pentadbiran Yang Amat Berhormat sentiasa bersikap minda terbuka dan berlapang dada untuk menerima cadangan, kritikan dan cadangan yang konstruktif serta juga menerima pakai prinsip dan semangat pendemokrasian tetapi di sini menolak permintaan pihak kami daripada pembangkang.
Yang Berhormat Puan Speaker, sekiranya Yang Amat Berhormat ikhlas bersedia untuk mendengar cadangan, pandangan atau kritikan yang membina daripada ADUN Pembangkang, sepatutnya ADUN Pembangkang harus dijadikan sebagai ahli Ex-Officio dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah bukan sekadar seorang pemerhati sahaja. Kita semua mempunyai janji kepada pengundi-pengundi. Kita semua di Dewan mulia ini adalah suara pengundi di kawasan masing-masing. Kita adalah jambatan di antara pengundi dengan pihak perancang, jentera pelaksana yang terletak di bawah kerajaan, kepada kita sebagai wakil rakyat, penduduk-penduduk di kawasan masing-masing sampaikan pelbagai masalah dan keperluan kawasan tempat tinggal mereka.
Oleh itu, penglibatan ADUN Pembangkang di dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah akan lebih membantu kerajaan mendapatkan maklumat di akar umbi yang lebih menyeluruh untuk mengatasi permasalahan rakyat serta membuat perancangan projek yang benar-benar diperlukan dan mengelakkan pembaziran. Maka, saya dengan ini pohon Yang Amat Berhormat mempertimbangkan semula keputusan Yang Amat Berhormat tersebut. Tidakkah Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengehendaki perancangan pembangunan untuk rakyat di bawah pemantauan semak dan imbang bagi memastikan ia tanpa ketirisan dan kebocoran serta berjalan seperti yang dirancang.
Yang Berhormat Puan Speaker, kita semua boleh duduk di Dewan mulia, di Dewan Negeri yang mulia ini kerana kita telah diberi kepercayaan dan mandat oleh rakyat dalam pilihan raya. Untuk membahaskan suara rakyat ke Dewan yang mulia ini, ini adalah asas kepada adat demokrasi. Kita perlu hormati pilihan rakyat dan setia kepadanya demi kestabilan politik dan kepentingan rakyat terjamin. Kita cuba fikir, kalau sering berlakunya wakil rakyat yang mengkhianati kepercayaan rakyat dengan lompatan parti, kestabilan politik akan terjejas dan akhirnya yang sengsara adalah rakyat jelata. Kepercayaan rakyat ke atas institusi demokrasi juga akan terhakis. Amat malangnya, kita nampak di negeri Johor juga berlakunya pertukaran pemerintahan ekoran rampasan kuasa peristiwa langkah Sheraton. Saya amat berharap perkara ini tidak akan berulang lagi. Kerajaan pilihan rakyat yang diruntuhkan. Ini adalah amat tidak adil buat rakyat negeri Johor. Justeru, demi kepentingan rakyat dan kestabilan politik negeri, saya ingin tahu apakah pentadbiran Yang Amat Berhormat bersedia mengubah undang-undang anti lompat parti agar peristiwa sedemikian tidak berulang lagi.
Yang Berhormat Puan Speaker, selanjutnya di dalam perbahasan ini saya sebagai Ahli dari pihak pembangkang ini akan menjalankan antara tanggungjawab utama saya, iaitu membuat semak dan imbang, check and balance dengan izinnya terhadap urus tadbir kerajaan. Yang Berhormat Puan Speaker, saya telah membaca semula ucapan Belanjawan 2021 di mana perbelanjaan pembangunan pada ketika itu adalah RM850 juta yang diperuntukkan untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif di bawah 12 agenda. Yang Amat Berhormat semasa menyampaikan ucapan Belanjawan 2022 telah memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa, 141 inisiatif yang terkandung dalam Belanjawan 2021 yang diperuntukkan RM850 juta itu dan secara purata telah pun mencapai key perfomance indicator dengan izinnya sebanyak 85.1%. Yang Amat Berhormat telah memaklumkan Dewan ini bahawa dua agenda iaitu agenda Johor Niaga dan agenda Governance Johor telah mencapai KPI 100%. Tujuh agenda mencapai 80% hingga 99%. Dan tiga agenda yang lain mencapai 60% hingga 79% setakat suku ketiga tahun ini. Bolehkah atau sudikah Yang Amat Berhormat membekalkan kepada semua Dewan, semua Ahli Dewan yang mulia
satu laporan yang terperinci yang lengkap berkenaan pencapaian-pencapaian 12 agenda ini. Sekiranya tidak boleh dibekalkan dengan pencapaian 12 agenda, saya minta sekurang-kurangnya dibekalkan laporan bagi dua agenda yang dikatakan telah mencapai KPI 100% iaitu agenda Johor Niaga dan agenda Governance Johor sebelum tahun 2021 ini berakhir.
Belanjawan untuk tahun 2022 adalah bagi melaksanakan empat impetus dan meneruskan atau memperhebatkan 12 agenda utama tahun 2021. Oleh itu, saya telah meneliti bahawa ada di antara inisiatif di bawah agenda-agenda adalah diberi peruntukan lagi di bawah Belanjawan 2022. Saya berpendapat adalah wajar dan patut kerajaan Yang Amat Berhormat bertindak telus dan accountable dengan membekalkan laporan pencapaian agenda-agenda berkenaan. Lebih-lebih lagi, Yang Amat Berhormat telah memberitahu Dewan yang mulia ini kejayaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat begitu memberangsangkan iaitu terdapat dua agenda telah mencapai KPI 100%.
Saya amat percaya orang ramai di luar sana akan tertarik dan ingin tahu maklumat yang terperinci di dalam laporan itu, laporan iaitu KPI yang ditetapkan untuk setiap inisiatif atau agenda. Apakah kayu penyukat untuk menilai bahawa perbelanjaan tersebut sampai kepada kumpulan sasar, bagaimana kerajaan menentukan bahawa kumpulan sasar memanfaat daripadanya dan memperolehi hasil keputusan yang dirancangkan. Tambahan, di dalam proses melaksanakan dan membelanjakan peruntukan berkenaan, apakah kelemahan-kelemahannya. Jementah juga ingin tahu, apakah langkah-langkah yang sedia ada di dalam membelanjakan peruntukan agar dapat mengelakkan dari mengurangkan ketirisan dan kebocoran seperti yang apa yang kita nampak setiap tahun dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Yang Berhormat Puan Speaker, yang disebut di sini adalah amaun peruntukan sebanyak RM850 juta yang diluluskan oleh Dewan ini tahun lalu, untuk perbelanjaan pembangunan. Ini soal wang rakyat, ini soal amanah daripada rakyat yang diberikan kepada kerajaan. Oleh itu, saya dengan ini ingin mencadangkan bahawa kerajaan sewajarnya mengemukakan dua laporan yang terperinci berkenaan pelaksanaan dan pencapaian bagi 12 agenda iaitu satu pada bulan Jun 2022 dan satu lagi pada akhir tahun 2022 bagi belanjawan tahun 2022 ini.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya tertarik dengan impetus Memperluas Pendigitalan di bawah Belanjawan 2022 dan saya percaya ia berkait rapat dengan agenda digital dan agenda Johor Governance. Pandemik COVID-19 telah mengubah gaya hidup, cara kerja dan pengajaran dan pembelajaran di sektor pendidikan. Ia telah memberi satu tolakan atau lebih tepat satu lonjakan kepada masyarakat kita untuk ke arah penggunaan teknologi digital secara lebih menyeluruh. Jika kita tidak bergerak pantas di dalam menyesuaikan diri menerima pakainya, kita akan ketinggalan. Agenda Johor Digital ini adalah satu agenda yang penting, di mana Dewan yang mulia ini telah diminta untuk meluluskan RM21.5 juta untuk agenda ini. Berapakah peruntukan yang diberikan untuk agenda Governance Johor di bawah belanjawan ini untuk mempertingkatkan perkhidmatan awam melalui penyampaian digital?
Di sepanjang tahun lebih ini, sejak pandemik melanda dan ketika Perintah Kawalan Pergerakan iaitu PKP, orang ramai yang perlu berurusan dengan jabatan kerajaan di bawah negeri atau persekutuan, ada yang perlu membuat temu janji terlebih dahulu, waktu urusan jabatan disingkatkan, ada jabatan mengehadkan urusan pendaftaran dokumen harian dan ada jabatan yang mengambil masa yang lebih panjang untuk memproses permohonan kerana ada kakitangan yang perlu work from home atau bekerja dari rumah dengan izin, untuk mematuhi SOP. Saya juga ingin tahu sama adakah pandemik ini sejauh mana telah mengurangkan kutipan hasil oleh kerajaan negeri khasnya dari Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor?
Oleh itu, urusan atas talian itu amat penting. Apakah perkhidmatan-perkhidmatan di bawah kerajaan negeri yang telah dikenal pastikan untuk diperluaskan urusan atas talian untuk
membolehkan kelancaran perkhidmatan sektor tidak terjejas di suasana yang tidak menentu ini?
Selain inisiatif portal JohorPay yang diperuntukkan RM500,000.00 tersebut di bawah Belanjawan 2022, melalui Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (JCS), kerajaan negeri memperuntukkan RM1.5 juta untuk melatih 120 Pegawai Kerajaan Negeri Johor untuk program lantikan kemahiran cloud, dengan izin, dan data analytics. Dengan sejumlah peruntukan RM1.5 juta ini, apakah kerajaan telah mempunyai sasaran untuk penggunaan pengkomputeran awam dalam perkhidmatan awam. Baru-baru ini, semasa Belanjawan 2022 di peringkat persekutuan, ia telah mengumumkan inisiatif menyasarkan penggunaan 80% cloud storage, dengan izin, dalam perkhidmatan kerajaan pada tahun 2022. Apakah kerajaan negeri akan mengikut jejak kerajaan persekutuan ini? Apakah kerajaan ada rancangan untuk menggunakan konsep urusan tanpa kertas, paperless, di mana orang ramai tidak perlu mengisi borang lagi atau mengemukakan dokumen-dokumen secara cetakan ketika berurusan di kaunter pejabat kerajaan memandangkan kini pentadbiran menuju ke arah pengkomputeran awam.
Saya juga ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan inisiatif di dalam Belanjawan 2021 yang memperuntukkan RM10 juta untuk 5 tahun bagi melaksanakan projek Johor WiFi 2.0 untuk meluaskan lokasi capaian internet termasuk di kawasan luar bandar. Apakah perkembangannya setakat ini, berapakah banyak peruntukan telah dibelanjakan dan di manakah lokasi-lokasi ini telah menerima manfaat Johor WiFi 2.0 ini?
Yang Berhormat Puan Speaker, sekarang saya masuk sentuh berkenaan agenda Johor Prihatin. Saya menyokong segala usaha untuk membantu kaum wanita di dalam aspek kerjaya mereka. Di bawah agenda Johor Prihatin, inisiatif memperkasakan dan membangunkan usahawan wanita melalui bantuan asas perniagaan diperuntukkan sebanyak RM500,000.00 dan kursus bimbingan kemahiran diberi peruntukan sejumlah RM130,000.00 yang dikatakan bakal memanfaatkan seramai 550 orang termasuk ibu tunggal dan suri rumah tangga. Apakah bentuk bantuan asas perniagaan yang disampaikan dan bidang perniagaan yang diceburi oleh kaum wanita yang disasarkan di bawah program ini? Setakat mana pencapaian program ini di dalam melahirkan 700 usahawan wanita di bawah inisiatif yang sama di bawah Belanjawan 2021? Ini sebenarnya adalah sambungan daripada Belanjawan 2021.
Johor telah merekodkan kes bunuh diri yang tertinggi di Malaysia. Ahli-Ahli di dalam Dewan yang mulia ini pernah membangkitkan isu ini dan saya tidak bercadang untuk mengulanginya lagi. Akan tetapi, berkenaan peruntukan sebanyak RM800,000.00 untuk melahirkan panel kaunselor yang terlatih dan klinik kaunseling bergerak (Care Van) yang bertujuan untuk menangani masalah mental, saya ingin mendapatkan lebih maklumat berkenaan perbelanjaan amaun ini. Daripada jumlah RM800,000.00, berapakah jumlah yang akan digunakan untuk melatih panel kaunselor dan berapa orang yang dirancangkan akan dilantik dan dari mana individu-individu ini dipilih untuk menjalankan latihan ini? Apakah akan diambil kira kepelbagaian kaum dan bangsa di dalam panel kaunselor yang bakal dilantik itu? Setakat ini, di negeri Johor berapa orang kaunselor yang terlatih sedia ada serta organisasi-organisasi atau pertubuhan yang boleh menghulurkan bantuan kepada warga yang memerlukan kaunseling. Kita mengenai Befriends, adakah kerajaan negeri ada mempertimbangkan untuk mengadakan kerjasama dengan Befriends untuk menangani isu ini.
Di sini, saya ingin bertanya sama ada kerajaan mempunyai statistik berkenaan keganasan rumah tangga di negeri Johor untuk tempoh pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan. Menurut satu laporan, sebanyak 9,015 kes keganasan rumah tangga direkodkan dalam kalangan masyarakat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di seluruh negara bagi tempoh Mac 2020 sehingga Ogos yang lalu. Saya memandang serius isu keganasan rumah tangga kerana ia bukan sekadar membawa kecederaan fizikal, tetapi juga menjejaskan kesihatan mental. Keganasan rumah tangga yang berlaku di hadapan anak-
anak kecil, ia meninggalkan trauma dan kesan yang tidak sihat juga ke atas anak-anak kecil ini. Saya pohon kerajaan negeri memberi perhatian kepada isu ini dan memberi sokongan yang sewajar kepada mangsa keganasan rumah tangga.
Yang Berhormat Puan Speaker, agenda Johor Berkebajikan. Di bawah agenda Johor Berkebajikan, Belanjawan Johor 2021, satu Jawatankuasa Task Force Masyarakat India telah diwujudkan bagi meneliti dan menyelesaikan isu-isu tertangguh kaum India. Apakah isu-isu yang telah dikenal pastikan di kalangan masyarakat India dan tindakan yang telah diambil untuk mengatasinya? Jementah ingin tahu. Bagaimana pula dengan isu kemiskinan di kalangan masyarakat India, khususnya isu perumahan, pendidikan dan pekerjaan di kalangan masyarakat India? Apakah bentuk bantuan yang disalurkan untuk membantu kumpulan sasar ini, selain tiga tindakan yang disenaraikan di dalam Belanjawan 2022 ini. Berapakah banyak ...
YB Jementah sila gulung...
Puan Speaker, boleh bagi sedikit masa lagi? Agak, agak nak akhirlah. Berapa banyak peruntukan yang sebenarnya telah disalurkan kepada masyarakat India di bawah Belanjawan 2021 ini untuk menyelesaikan masalah-masalah dihadapi masyarakat kaum India dan di bawah Belanjawan 2022 ini? berapakah jumlah akan diagihkan pula?
Yang Berhormat Puan Speaker, agenda Johor Niaga. Di bawah agenda Johor Niaga ada disebut Program Khas Rumah Johor. Setakat ini, saya ingin tahu berapakah syarikat pemaju perumahan yang dikenal pasti gagal melaksanakan perumahan RMBJ iaitu Rumah Mampu Biaya Johor? Adalah pengetahuan umum bahawa negeri Johor mempunyai hartanah tidak terjual yang tertinggi di seluruh negara. Baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah dilaporkan berkata bahawa di kawasan Bandaraya Johor Bahru lebih 70,000 unit rumah yang tidak terjual, belum diduduki dan mungkin sudah diduduki tetapi yang mungkin sudah dijual tetapi tidak diduduki. Setakat ini, apakah tindakan penyelesaian masalah ini, pada masa yang sama setakat mana Home Ownership Campaign serta insentif pengecualian setem duti untuk perjanjian jual beli dan perjanjian pinjaman bagi rumah kediaman pertama yang diumumkan oleh kerajaan persekutuan membantu untuk mengatasi masalah rumah kediaman yang tidak terjual di negeri Johor ini?.
Selanjutnya, peruntukan RM4.6 bilion bagi perbelanjaan pembangunan Rolling Plan 2 Tahun 2022 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi Negeri Johor yang merangkumi 355 projek sambungan dan 79 projek baharu. Jementah pohon dibekalkan senarai projek-projek tersebut. Jementah turut memohon dibekalkan satu senarai projek-projek yang dijalankan dengan peruntukan Belanjawan 2021, status pelaksanaannya dan nilai setiap projek bagi kawasan DUN Jementah. Begitu juga satu senarai projek yang bakal dilaksanakan di kawasan DUN Jementah dengan peruntukan Belanjawan 2022.
Yang Berhormat Puan Speaker, jentera kerajaan yang akan menentukan sejauh mana peruntukan kewangan yang diagihkan untuk projek pembangunan, program yang dirancangkan sama ada akan sampai kepada kumpulan sasarnya dan mencapai hasil seperti yang digariskan di bawah belanjawan ini.
Yang Berhormat Puan Speaker, “Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh”. Ini tidak asing daripada kita semua. Saya menggunakan peribahasa ini dalam konteks bahawa biar kita mempunyai perbezaan fahaman politik di dalam suasana ekonomi yang tidak menentu akibat daripada pandemik COVID, semoga negeri Johor dapat mengharunginya dan keluar daripada kesannya, jika kita bersatu di dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan satu niat, objektif yang sama iaitu mengutamakan rakyat dan tanah air tercinta kita. Ini adalah kuasa yang membolehkan kita melalui apa sahaja cabaran-cabaran yang bakal menanti kita. Dengan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan, Yang Berhormat Puan Speaker. Saya mengakhiri ucapan saya dengan, sekian terima kasih.
Yang Berhormat Johor Jaya. Jemput.
Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker. Terima kasih atas peluang yang diberi untuk bahas dalam Dewan yang mulia ini. Johor Jaya merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim. Sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021. Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah membentangkan Belanjawan 2022 yang bertema “Memperhebat Kesejahteraan Johor”, dengan asas mendekati dan meringankan beban rakyat yang terhimpit akibat pandemik COVID-19 dan memulihkan semula sektor ekonomi secara menyeluruh. Dari pandemik ke endemik COVID-19, dari kehidupan biasa sehingga norma baharu hinggalah Perintah Kawalan Pergerakan yang berturut-turut. Kehidupan rakyat terjejas. Rakyat kehilangan kerja, kehilangan ahli keluarga kesayangan dan sebagainya. Isu kesihatan dan pemulihan ekonomi negara turut jadi isu yang paling penting bagi rakyat.
Dalam pembentangan Belanjawan 2022, amat kecewa bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak sentuh Kad Sihat Johor. Kad Sihat Johor merupakan satu inisiatif kerajaan Pakatan Harapan kepada rakyat Johor khususnya golongan B40 bagi meringankan beban kos perubatan golongan B40. Setelah Kad Sihat Johor dilancarkan, golongan sasaran dapat menikmati subsidi RM50.00 setiap kali mendapat rawatan di klinik panel sebanyak 10 kali iaitu RM500.00. Kad Sihat Johor memang dapat sambutan yang baik daripada rakyat Johor. Menurut statistik, terdapat 221,015 orang pesakit COVID-19 di negeri Johor sejak pandemik ini menular. Dengan ini saya yakin ramai yang antaranya yang kontak rapat yang perlu menjalankan RTK, PCR mahupun kuarantin sama ada di PKRC atau di hotel. Bukan semuanya yang mampu membiayai kos tersebut. Kita memang tahu agensi kesihatan, hospital sudah mencapai kapasiti maksimum selama ini. Oleh itu, pentingnya Kad Sihat Johor kepada golongan B40 bagi meringankan beban kos perubatan mereka. Terutamanya apabila mereka tidak mampu, mereka tidak mahu pergi buat ujian RTK ataupun PCR sebab itu semua kos tambahan bagi mereka. Kadangkala perjalanan iaitu kos transport yang pergi ke PKRC atau hospital itu pun menjadi satu concern kepada mereka. Itulah jadi salah satu sebab jangkitan COVID-19 tidak dapat dikesan pada waktu awal. Dengan ini adalah penting bagi pelancaran semula Kad Sihat Johor, pertama membolehkan mereka pergi klinik swasta yang merupakan panel yang dekat dengan rumah mereka dan kedua meringankan beban KKM dan anggota barisan hadapan. Ketiga, bagi mereka yang perlu menjalankan RTK dan PCR boleh menggunakan Kad Sihat Johor sebagai subsidi.
Yang Berhormat Puan Speaker, sektor pelancongan menghadapi cabaran besar semasa pandemik dan adalah penting bagi pihak kerajaan negeri merancak semula sektor pelancongan. Pihak kerajaan telah memperuntukkan RM4 juta sebagai insentif, insentif khas kepada penggiat industri pelancong. Termasuk operator hotel bajet, operator chalet dan resort, pemandu pelancong dan juga pengusaha bot pelancong. Ini adalah satu inisiatif galakan yang baik namun kalau kita kira setiap penerima cuma dapat RM1,000.00 hingga RM2,000.00 sahaja. Bagi merangsang sektor pelancongan, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM1.5 juta sebagai baucar pelancongan Johor. Dan ini telah pun dilancarkan pada awal bulan ini. Baucar ini di tebus sehingga 30 November. Adakah baucar ini sudah semua habis ditebus dan kategori mana yang paling ramai pelancong menebus baucar ini? 15,000 baucar tidak mencukupi di mana kita perlu menggalak pelancong domestik untuk membantu ekonomi tempatan. Johor Jaya menyeru supaya pihak kerajaan meningkatkan lagi peruntukan dan juga bilangan baucar supaya dapat menjana lebih revenue apabila pelancong membuat kunjungan tempatan. Selain daripada itu, adalah penting juga untuk mewujudkan suasana pelancongan yang selamat kepada pelancong terutamanya pada waktu endemik ini. Singapura sebagai negara yang terdekat dan menyumbang paling ramai jumlah pelancong ke negeri Johor. Ramai pelancong
Singapura sudah menunggu-nunggu atas pembukaan semula sempadan Singapore – Malaysia. Dengan ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar turut membangkitkan dengan memberi peruntukan RM500,000.00 bagi memperkenalkan Majestic Johor Save dan menyediakan satu pasukan petugas melakukan pemeriksaan ke atas pemandu pelancong dua kali setahun. Johor Jaya ingin tanya, dan juga minta penjelasan atas program ini sama ada pasukan petugas ini terdiri daripada golongan atau pihak mana? Apa sebenarnya tanggungjawab mereka?
Yang Berhormat Puan Speaker, selain pelbagai inisiatif promosi, adalah penting juga bagi menaik taraf atau maintain produk pelancongan yang sedia ada. Tambahan pula perlu sentiasa mencungkil idea baharu atau produk baharu supaya Johor dapat bersaing dengan negeri lain dalam sektor pelancongan. Johor Jaya terdapat banyak, Johor telah banyak khazanah dan produk pelancongan yang boleh diterokai. Apakah produk baharu yang akan dibawa selain produk yang sedia ada. Kepulauan Mersing dikatakan sebagai Maldives Malaysia, dan pada masa yang sama Semporna atau Pulau Sipadan di Sabah juga di gelar sebagai Maldives di Malaysia. Saya dapati Pulau Sipadan telah pun mengambil pelbagai tindakan termasuk penguatkuasaan yang ketat dan mengehadkan bilangan pelancong supaya dapat memelihara keindahan marine menjamin sustainability marine dan pada masa yang sama dapat menarik pelancong dan menjana ekonomi tempatan. Dalam soalan saya semalam, YB EXCO sudah pun jelaskan tindakan pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan marine. Memang penting bagi mengurus ekosistem tetapi kepulauan Mersing yang terkenal dengan pantai yang putih dan bersih, air laut yang jernih dan cerah tambahan haiwan marine seperti whale shark, dengan izinnya, manta ray, dolphin dan dugong yang menarik. Ini semuanya adalah khazanah yang penting bagi kita. Tetapi sektor pelancongan di kepulauan Mersing tidak berkembang pesat seperti di Pulau Sipadan, bagaimana pihak Tourism atau apa usaha dan tindakan yang akan diusahakan oleh pihak Tourism untuk mengambil kesempatan kekayaan yang sedia ada ini untuk menarik pelancong khususnya penyelam.
Yang Berhormat Puan Speaker, dalam musim pandemik COVID-19 yang masih melanda ini ramai yang sedang menstabilkan kewangan keluarga mereka dan tidak kurang juga yang masih terjejas lagi. Permohonan bantuan yang ingin ditujukan kepada JKM daripada pelbagai kategori golongan sasar turut semakin meningkat. Baru-baru ini saya telah menerima beberapa keluhan daripada golongan OKU iaitu bayaran RM100.00 bagi mereka mendapatkan pengesahan Pegawai Perubatan di hospital kerajaan semasa mereka ingin membuat permohonan kad OKU. Johor Jaya ingin mendapat penjelasan terhadap perkara ini, dalam keadaan kewangan rakyat yang semakin mencabar ini mereka yang ingin membuat permohonan memang sudah menghadapi tekanan ekonomi. Saya berharap sekiranya pihak KKM dan JKM dapat bersama-sama pertimbangkan bayaran tersebut dan meringankan beban bagi golongan OKU.
Yang Berhormat Puan Speaker, dulu mungkin pada musim hujan kita risau banjir akan berlaku. Tetapi sekarang ini tidak perlulah sampai musim hujan, setiap kali hujan turun dengan lebat sahaja automatik Kampung Bendahara, Kampung Saujana dan Taman Seri Pandan mestilah banjir kilat. Rumah-rumah yang kena tetap sama sahaja, setiap kali saya tanya MBJB tolak JPS, JPS pula tolak JKR, JKR pula tolak MBJB. Itulah apa yang berlaku, lepas itu masalah tetap sama. Johor Jaya mohon supaya jabatan yang bertanggungjawab duduklah sama-sama carilah cara penyelesaian jangka panjang untuk menyelesaikan masalah ini. Selain itu, Johor Jaya ingin tanya status perkembangan pembinaan Hospital Pasir Gudang yang dinanti-nantikan oleh penduduk tempatan. Berapakah kadar peratusan kerja-kerja pembinaan Hospital Pasir Gudang yang siap projek ini dilanjutkan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sebelum ini.
Yang Berhormat Puan Speaker, sebelum Johor Jaya mengakhiri ucapan saya ramai antara Wakil Rakyat kita yang menyuarakan hasrat kita iaitu menghadiri JKTD. Ini penting sebab kita tidak kira siang atau malam, Isnin atau Ahad penduduk tetap hubungi Wakil Rakyat atau pejabat kita apabila mereka menghadapi masalah. Terutamanya pada waktu malam atau
emergency. JKTD adalah satu platform yang paling baik sebab sidang Dewan pun bukan dijalankan setiap bulan. Oleh itu, apabila mandat sudah diberi di situlah kita bertanggungjawab untuk menyuarakan masalah rakyat.
Yang Berhormat Puan Speaker, permintaan peruntukan bukanlah satu isu baru. Sejak dulu kita menjadi pembangkang kita dah minta peruntukan supaya ada kepada penduduk tempatan. Ada kepada Wakil Rakyat tidak kira sama ada dari kerajaan atau pembangkang. Bukannya peruntukan bagi Wakil Rakyat sendiri tetapi peruntukan itu tetap diagih kepada penduduk. Dengan itu, apabila kerajaan Pakatan Harapan, apabila Pakatan Harapan menjadi kerajaan tidak perlulah pembangkang pada masa itu minta, kerajaan PH tetap bagi peruntukan. Walaupun tidak banyak tetapi itu pun dah mencipta satu langkah baru buka pintu atau dikatakan telah merintis satu jalan baru. Kita bersyukur kerana Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menjemput Wakil Rakyat PH untuk memberi idea dan cadangan dalam perbincangan Belanjawan 2022. Pasir Raja haruslah bersifat dan sikap yang lebih terbuka jangan pegang lagi politik UMNO yang lama, jangan sombong. Tanggungjawab Wakil Rakyat adalah check and balance, kalau Wakil Rakyat tidak boleh tanya dalam Dewan yang mulia ini apa fungsi dan makna duduk dalam Dewan yang mulia ini. Pasir Raja perlulah belajar dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, supaya dengan satu mind set politik yang baru, jangan lebih sudu dari kuah. Bukan selama-lamanya jadi kerajaan, dan kita usahakan untuk semua Wakil Rakyat. Akhir kata, Johor Jaya mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua anggota barisan hadapan, frontliners yang terus berkorban untuk negara tidak kira sama ada kerajaan atau pembangkang. Sama-sama kita memerangi pandemik COVID, memulihkan ekonomi demi kebaikan rakyat dan negara. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Kemelah. Jemput.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Speaker. Bismillahirahmanirrahim. (Doa). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Puan Speaker, Kemelah dan seluruh warga DUN Kemelah merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim. Sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda Tuanku pada 22 November 2021. Patik berdoa moga negeri Johor terus aman makmur dan sejahtera di bawah naungan Tuanku. Kemelah mengucapkan tahniah atas pembentangan Belanjawan Johor 2022 bertemakan, “Memperhebat Kesejahteraan Johor”, oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor.
Yang Berhormat Puan Speaker, Kemelah ingin membangkitkan 3 perkara utama yang berkaitan dengan Belanjawan Johor 2022.
Pertama, berkaitan pencapaian 100% KPI dalam agenda Governance Johor. Soalan yang Kemelah ingin bangkitkan adalah merujuk kembali empat inisiatif yang dilaksanakan melalui pemerkasaan penjawat awam dan inisiatif permodenan seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan Johor 2021. Kemelah tertanya berapa ramai Pegawai Tadbir Negeri yang telah melalui kursus kelayakan profesional dalam bidang teknikal dan bukan teknikal.
Kedua berapa ramai pegawai tadbir negeri yang telah mendapat kenaikan pangkat secara Time Based berasaskan Kecemerlangan untuk kali kedua. Profesor Tan Sri Dato Sri Dr Nor Azlan Razali, Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi dalam satu webinar bertajuk Unlocking Malaysia’s Digital Economy Growth telah menyatakan Malaysia telah mempunyai banyak rancangan dan pelan tindakan yang dirangka oleh agensi kerajaan, mengenalpasti bidang yang memerlukan penambahbaikan dan cadangan penyelesaian tetapi tiada komitmen untuk pelaksanaannya.
Walaupun tertubuh Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor, adalah satu permulaan yang baik tetapi ukuran pencapaian sebenar adalah urus tadbir yang baik sehingga berlaku
peningkatan ketara terhadap sistem penyampaian kepada rakyat. Kemelah ingin menyebut sekali lagi ciri pimpinan yang perlu ada untuk memakmur sesebuah negara. Berasas ciri yang disebut dalam al-Quran Surah Yusof Ayat 55 (Ayat al-Quran), yang membawa maksud “Jadikanlah aku bendaharawan negara iaitu merujuk kepada negeri Mesir ketika itu oleh Nabi Yusof, sesungguhnya aku pandai menjaya (boleh dipercayai), lagi berpengetahuan (mempunyai ilmu yang luas dan pengalaman dalam pekerjaan yang ditangani),” Surah Yusof ayat 55.
Yang Berhormat Puan Pengerusi, Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam telah menyatakan pada 1 Disember 2020 dalam Dewan yang mulia ini, salah satu langkah yang akan diambil bermula pada bulan Januari 2021 terhadap aduan-aduan kelewatan permohonan di peringkat daerah daripada pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah semua pemohon-pemohon yang dimajukan kepada pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor hendaklah diberi jawapan dalam tempoh 14 hingga 21 hari.
Saya ingin membangkit isu permohonan daripada pihak Jawatankuasa Masjid Naimah Kampung Melayu Raya, Segamat kepada pejabat Jabatan Agama Islam Daerah Segamat untuk mengutip khairat bagi membangun dan memperbaiki bumbung masjid yang telah diserang anai-anai, surat telah dihantar pada 29 November 2020...
(masalah teknikal)
Boleh tak?
Ok. Untuk makluman Ahli Dewan Yang Mulia ini, masjid ini telah dibina pada tahun 1952. Setelah surat diterima, tiada maklumbalas dari pihak jabatan lalu pihak masjid telah meneruskan usaha pembaikan. Malangnya notis berhenti baik pulih telah dibuat pada 24 Mei 2021. Persoalannya ialah siapakah yang akan bertanggungjawab jika bumbung masjid tu runtuh pada para jemaah masjid?
Yang Berhormat Puan Speaker, salah satu penyakit yang digeruni oleh penanam kelapa sawit adalah ganoderma atau nama penuhnya ganodermataceae. Penyakit reput pangkal batang. Saya dimaklum pokok sawit yang awalnya nampak elok di atas tiba-tiba tumbang. Saya bawa perkara ini kerana selain meningkatkan efisien sistem penyampaian, yang lebih utama adalah meningkatkan integriti dalam melaksanakan tanggungjawab. Salah guna kuasa dan rasuah adalah gejala dan penyakit yang menyerang seperti mana anai-anai yang menyerang rumah kayu, yang nampak cantik di luar tetapi menunggu masa untuk runtuh. KPI Good Governance seharusnya merangkumi peratus penurunan kes-kes rasuah sehingga sifar rasuah di Johor. Begitu juga mewujudkan persekitaran baik yang menghalang salah guna kuasa dalam apa bentuk sekali pun. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh firma antarabangsa ibsource terhadap 500 responden, kajian yang bertajuk, “Apa Yang Merisaukan Malaysia” atau “What Worries Malaysia”, 54% risau terhadap keadaan kewangan negara dan rasuah, sementara 51% terhadap wabak COVID-19. Ini adalah kajian terkini.
Yang Berhormat Puan Speaker, Kemelah amat mengalu-alukan ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada ucapan penggulungan mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Keempat bertarikh 7 September 2021. Di mana Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menyatakan kerajaan negeri bersedia untuk secara perlahan-lahan melaksanakan reformasi Dewan Negeri Johor, mengikut kesesuaian dan keperluan dalam penggal Persidangan ini. Bagi menubuhkan lebih banyak Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Khas Peringkat Dewan Negeri. Kita sedia faham, mereformasi institusi yang melibat kepentingan rakyat mengambil masa, melalui proses evolusi. Sebagai Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat, seharusnya segala kepentingan rakyat didahulukan.
Pakatan Harapan telah memulakan walaupun bukan sempurna, usaha tersebut contohnya ialah usaha mengehad tempoh Menteri Besar, pengisytiharan harta oleh semua ADUN dan
salinan diberi kepada SPRM, pengiktirafan kedudukan ketua pembangkang, peruntukan permulaan kepada semua ADUN bukan kerajaan yang sebelum ini tidak pernah diterima dan sekarang ini ditambah baik oleh kerajaan sedia ada. Adalah antara usaha berperingkat menambahbaik Dewan Negeri. Kereta yang hendak bergerak pun akan bergerak bermula secara perlahan sebelum mencapai satu tahap kelajuan yang lancar.
Di dalam Dewan, Sidang Dewan Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kedua, Kemelah sendiri telah membangkitkan apabila mendengar rintihan daripada ADUN-ADUN yang sebelah sana yang duduk di sini ketika itu akan betapa susahnya tidak berada di dalam Mesyuarat Tindakan Daerah. Dan Kemelah ketika itu berdoa pada satu ketika supaya mereka semua berada di dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah. Perlu diingat, kuasa terletak Menteri Besar, dua Menteri Besar sebelum ini kini tidak duduk di sebelah sini sewajarnya juga soalan kenapa ADUN-ADUN bukan kerajaan ketika itu tidak dimasukkan bersama dalam Mesyuarat Tindakan Daerah ditanya kepada mereka juga.
Forum yang terbaik bagi memastikan Dewan Negeri diperkasa telah dibuat melalui Bengkel Memperkasa Dewan Negeri yang berlaku pada 8 dan 9 September 2019, di mana 5 resolusi telah tercapai. Kemelah mengharapkan supaya ada Bengkel Memperkasa Dewan Negeri 2.0 supaya kita sama-sama tak kira sama ada ADUN di sebelah sini ataupun di sebelah sana, supaya kita sama-sama, dapat bersama-sama berbincang untuk melihat bagaimana kita boleh memperkasakan lagi Dewan Yang Mulia ini.
Memetik kata-kata Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan izin, “while executive power in the brain which sets all the parts into motion, if the brain is paralyze, the individual still be alive, however as soon the heart stop functioning the individual is dead”. Antara usaha mudah yang boleh dilaksana kerajaan negeri ialah menyediakan penyelidik-penyelidik bagi Dewan Negeri agar Ahli Dewan dapat manfaatkan penyelidik supaya membuat kajian terhadap isu-isu yang spesifik, dengan itu point-point perbahasan Ahli Dewan dapat ditambah baik melalui kajian dan data.
Yang Berhormat Puan Speaker, isu kedua yang ingin Kemelah bangkitkan adalah pembangunan yang seimbang dan adil. Menurut jawapan dari Yang Amat Berhormat Menteri Besar kepada soalan Kemelah dalam Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Keempat bagi statistik bilangan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar, terdapat peningkatan ketara iaitu sebanyak 4,939%, Kemelah ulang sekali lagi 4,939%, hampir 5,000 daripada 170 KIR, Ketua Isi Rumah pada 17 Mac 2020 kepada 8,567 KIR pada 25 Julai 2021. Bilangan KIR miskin juga telah meningkat sebanyak 195%, daripada 3,209 KIR pada 17 Mac 2021 kepada 9,471 KIR pada 25 Julai 2021. KIR ditarif sebagai seorang dalam kalangan ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggungjawab terhadap kebajikan isi rumah di mana dia tinggal. Daerah Batu Pahat, Johor Bahru dan Kota Tinggi mencatatkan jumlah miskin tegar tertinggi di negeri Johor. Kemelah ingin bangkitkan bahawa impak COVID-19 begitu besar hingga menambahkan lagi golongan miskin bandar. Kemelah menyaran agar satu garis dasar atau baseline diguna dalam menilai keberkesanan bantuan-bantuan yang diterima golongan yang terkesan sama ada golongan B40 atau pun M40. Satu perkara penting yang perlu ditangani kerajaan yang perlu kita sedia maklum iaitu golongan B40 atau 20% paling bawah daripada golongan berpendapatan, membentuk hanya 5.9% daripada bahagian pendapatan negara. Sementara T bagi golongan T10, teratas atau 10% berpendapatan teratas mengambil 30.7 daripada pendapatan negara.
Ini menunjukkan wujud satu jurang atau gap yang besar yang perlu kita lihat akibat daripada COVID-19. Jurang pendapatan boleh diukur boleh Pekali Gini, Gini Coefficient dengan nilai yang lebih tinggi menunjukkan ketidaksamaan pendapatan yang lebih tinggi. Malah sebelum pandemik ketidaksamaan pendapatan di Malaysia telah meningkat dengan nilai Pekali Gini meningkat daripada 0.399 pada 2016 kepada 0.407 pada 2019. Jadi persoalannya, apakah kesan segala bantuan yang kita beri ini terhadap jurang pendapatan? Perlu diingat, kerajaan membantu rakyat dengan membenar rakyat mengeluarkan wang simpanan mereka di hari tua. Hanya 3% pencarum KWSP mampu bersara. Menurut seorang pegawai Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja, sambil menyatakan bahawa pengeluaran berkaitan COVID-19 sejak 2 tahun lalu memberi impak besar besar kepada simpanan pencarum. Apabila disebut dalam Belanjawan Negeri Johor 2022, Johor ekonomi Johor bakal tumbuh pra-krisis dalam separuh masa pertama tahun 2022, Kemelah berharap petunjuk yang diguna bukan hanya melibat KDNK tetapi juga petunjuk berkaitan kehidupan sosial dan spiritual termasuk kesejahteraan keluarga.
Perkara ketiga yang ingin Kemelah sentuh adalah berkaitan pembangunan daerah Segamat. Perdana Menteri Ke-6, Segamat dimasukkan dalam wilayah ECER sejurus sebelum PRU Ke-14. Di dalam, dimasukkan, kedudukan Segamat dimasukkan dalam Pelan Induk ECER atau EMP 2.0 pada tahun 2019 oleh Perdana Menteri Ke-8. Seterusnya dimasukkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusi Perdana Menteri Ke-9 iaitu pada bulan Oktober yang lepas. Saya harap sangat jangalah kena tunggu Perdana Menteri Ke-10 baru masuk Parlimen untuk kelulusan. Inilah bencana keadaan politik yang tidak stabil, merencat pembangunan wilayah dan daerah, yang merasa bahananya adalah rakyat jelata. Daerah Segamat bukan hanya kaya dengan tanah untuk pertanian dan juga ternakan malah punyai banyak tempat menarik semula jadi, kebun, dusun untuk pelancongan eko dan agro. Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia, kalau tidak pernah dengar antara tempat yang menarik di Segamat ialah air terjun bawah tanah.
Di daerah Segamat terdapat dua produk pelancongan negeri Johor berasas kluster pembangunan pelancongan atau Tourism Development Centre (TDC) Eco Adventure Challenge Taman Negara Endau-Rompin dan TDC Orchard Route, dusun durian dan buah-buahan tempatan. Selain itu, tempat sejarah yang menarik juga menjadi tarikan pelancong. Bilangan pelancong melawat Melaka pada tahun 2019 ialah 239.1 juta. Dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM103.2 bilion. Kemelah yakin dengan strategi menggiatkan promosi pelancongan tempat menarik, pakej yang bersesuaian, Segamat bakal menjadi destinasi pelancongan yang dapat menyaingi negeri Melaka. Kemelah berharap semua pemegang taruh di pelbagai peringkat dapat bekerjasama untuk merealisasi impian ini.
Akhir kata, Kemelah ingin mengucap terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Speaker memberi ruang kepada Kemelah membahas ucapan rundingan Belanjawan Johor 2022. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Perling, jemput.
Terima kasih Puan Speaker. Terlebih dahulu terima kasih kepada Dewan yang mulia ini kerana memberi peluang kepada Perling untuk membahaskan Rundingan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 18 November yang lalu. Terlebih dahulu, patik ingin merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021 yang lepas.
Yang Berhormat Puan Speaker, dalam ucapan perbelanjaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menyebut berkenaan dengan penyediaan sebanyak RM21.5 juta untuk agenda Johor Digital yang mempunyai 15 inisiatif dan agenda-agenda ini amatlah bergantung kepada faktor berkenaan satu perkhidmatan asas iaitu Internet. Kita semua tahu Internet merupakan medium yang penyambungan antara dunia ke semua pelusuk dalam negeri Johor termasuk luar bandar dan telah memberi peluang-peluang kepada semua rakyat untuk belajar berniaga dan sebagainya.
Malahan, produk ikonik era perindustrian iaitu kereta kini dengan pembangunan pesat kereta elektronik pada era informasi kini seterus, yang seterusnya menjurus kepada perkembangan kereta tanpa pemandu dengan izin, driveless car, keberkesanan
penggunaan kereta jenis ini amatlah bergantung kepada Internet. Ini cuma salah satu contoh hasil daripada era industri 4.0 dan banyak lagi yang berkenaan dengan perkembangan Big Data, IOT, AI, Artificial Intelligent, dengan izin, yang merupakan perkembangan teknologi trend semasa juga berkembang, sangat bergantung kepda Internet. Sehubungan dengan itu, Perling akan membincangkan tiga aspek iaitu kadar penembusan, kelajuan ataupun kestabilan dan harga berkenaan dengan Internet dengan membuat perbandingan dengan beberapa negara jiran, memandangkan perkembangan Internet juga merupakan satu daya tarikan atau daya saing antarabangsa.
Menurut laporan daripada MCMC pada suku kedua tahun 2021, kadar penembusan jalur lebar mudah alih di negeri Johor adalah 136%, manakala kadar penembusan talian tetap jalur lebar di negeri Johor adalah 37.4%. Dan jika kita bercakap dekat sini tak ada Internet, sebenarnya adalah masalah kelajuan ataupun kestabilan Internet itu sendiri. Rata-rata perkhidmatan Internet yang bagus adalah akan membekalkan kelajuan muat turun antara 50 Mbps sehingga 100 Mbs dengan kestabilan sekurang-kurangnya 25 Mbps pada setiap masa. Mengikut speed test global index, purata kelajuan global adalah 68.44 Mbs untuk muat turun daripada jalur lebar mudah alih mobile dan 116.86 Mbs untuk muat turun daripada jalur lebar talian tetap untuk bulan Oktober tahun 2021, baharu laporan bulan lepas.
Jadi purata bagi Malaysia pula, bagi jalur lebar mudah alih adalah 34.46 Mbs dan merupakan tangga kelima dalam Asia Tenggara selepas Singapura, Thailand, Vietnam dan Philippine. Dan ia merupakan jauh lebih rendah daripada purata dunia, purata global. Dan, purata muat turun daripada jalur lebih tetap, talian tetap untuk Malaysia adalah 110.84 Mbs dan merupakan tangga ketiga dalam Asia Tenggara selepas Singapura, Thailand dan juga, ini merupakan di bawah purata dunia juga. Ini cuma satu rujukan untuk Dewan yang mulia ini kerana, ini berkaitan dengan daya saing perkembangan Internet serantau. Di sini Perling ingin mengambil contoh kesan daripada kelajuan, kesan kelajuan atau kestabilan ini mengganggu Internet ataupun harian kita. Dekat kawasan pedalaman seperti dekat Kampung Peta, Mersing, murid-murid terpaksa bergerak 20 kilometer dari rumah ke tepi hutan untuk mendapatkan pelajaran atas talian padahal sekolah cuma di tepi rumah mereka sahaja. Dan ada mahasiswa-mahasiswa yang daripada kawasan-kawasan pedalaman ini terpaksa menyewa bilik di pekan yang berdekatan cuma untuk mendapatkan kelajuan Internet yang lebih stabil dan pantas untuk pembelajaran dalam talian. Hal ini juga berlaku dekat Kampung Sungai Temun dalam DUN Perling. Speed test mudah alih dekat kampung tersebut cuma 2 Mbs menyebabkan murid-murid terpaksa keluar dari rumah dan belajar atas talian di rumah yang ada jalur lebar talian tetap. Jadi ini bukan lagi pembelajaran dan pembelajaran dalam rumah, ni dekat luar rumah.
Dalam hal ini juga terlibat dengan kos, macam dekat cerita dekat Kampung Sungai Temun itu, kos untuk mendapatkan perkhidmatan Internet di mana masih ramai pelajar atau murid tidak mampu untuk mencapai Internet kerana faktor tidak mampu mempunyai perisian atau kos untuk menampung perkhidmatan Internet. Jika tiada usaha penurunan harga pada zaman kerajaan PH, saya rasa harga berkenaan dengan perkhidmatan ini akan lebih tinggi lagi. Kita boleh buat perbandingan lagi, kita bandingkan dengan Vietnam yang mobile service dia lagi pantas daripada kita. Dia cuma menggunakan RM0.68 untuk setiap megabyte dan Thailand pula cuma menggunakan RM0.48 untuk setiap megabyte, padahal, manakala Malaysia pula menggunakan RM0.96 untuk setiap megabyte. Ini satu perbandingan. Perling faham sebenarnya JENDELA banyak usaha dibuat untuk menambah baik kualiti Internet di negeri kita. Pada waktu yang sama, sebenarnya kita juga ingin kalau boleh menawarkan harga yang perkhidmatan yang lebih berkemampuan untuk lebih ramai rakyat yang boleh guna kemudahan asas ini.
Yang Berhormat Puan Speaker, Bangsa-Bangsa Bersatu telah menetapkan bahawa Internet sebagai keperluan asas manusia selain daripada makanan, air, elektrik. Jadi dekat sini, Perling ingin tahu bagaimanakah perjalanan Internet sebagai utiliti ketiga selain daripada elektrik dan air menjadi syarat kelulusan KM dalam sesuatu pembangunan di PBT di negeri
Johor? Hal ini seperti yang disebut oleh Tangkak semalam, ada pemaju telah menyediakan infrastruktur berkenaan dengan jalur lebar talian tetap tetapi ISP, dengan izin, Internet Service Provider dalam bahasa Melayu, pembekal talian Internet masih perlu mencapai satu bilangan permohonan baharu memasang port jalur lebar yang berkenaan atau port yang berkenaan cuma disediakan satu jumlah yang cepat mohon sahaja. Jadi dalam situasi ini tidak akan menjamin keperluan asas rakyat untuk penggunaan Internet terutamanya untuk jalur lebar talian tetap.
Satu yang lebih membimbangkan dengan situasi, dengan tanpa saingan di negara kita, ISP dalam negara kita akan menghalang rakyat kita untuk mencapai perkhidmatan Internet yang lebih baik memandangkan Starlink, syarikat ISP Elon Musk yang akan membekalkan Internet melalui satelit yang dikatakan tanpa sempadan meliputi Malaysia pada tahun depan walaupun dengan harga USD99.00, ia tetap akan membekalkan 50 Mbps sehingga 102 Mbps. Pada waktu yang sama, difahamkan pada tahun 2025, liputan lengkap seluruh negara untuk 5G di mana fahaman kita 5G ni dia lebih berfrekuensi tinggi tetapi gelombangnya lebih pendek. Jadi dijangkakan akan lebih pencawang akan dipasang dan jika pencawang-pencawang ni dipasang di tempat awam, Perling berharap pemasangan pencawang ni dia mengikut ketetapan PBT masing-masing. Dan jika boleh kalau ada penduduk dia bantah ke atau rasa risau ke, saya rasa cubalah berkomunikasi dengan penduduk-penduduk tempatan tu untuk tujuan kurangkan salah faham antara satu, antara penduduk tempatan dengan pembangunan negara kita.
Yang Berhormat Puan Speaker, dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga menyatakan akan mewujudkan portal setempat untuk kemudahan rakyat berurusan dengan kerajaan. Tujuan portal sememangnya memudahkan rakyat. Sehubungan itu, kalau boleh, interface atau paparan yang berkenaan dengan portal tersebut bolehlah mesra rakyat ataupun metologi penggunaan portal tersebut mesralah sikit rakyat. Sebab ramai lagi yang sebenarnya kurang faham walaupun mereka tengah belajar dalam zaman pandemik, ramai yang kena belajar aplikasi ni tetapi teknikal-teknikal, perkara teknikal ni ramai sebenarnya tak faham.
Saya ambil contoh, jika kita nk uploadkan gambar ke aplikasi MySejahtera ke atau eHSSO ke dia kena kecilkan gambar kita kepada saiz 250 kilo byte. Jadi, dengan orang ramai yang sebenarnya dia cuma tahu ambil gambar dan setiap kali kita mengambil gambar itu kita ber mega-mega byte, jadi untuk mengecilkan gambar dia sebenarnya satu teknikal isu yang perlu belajar. Jadi, adakalanya ramai pemohon dia dah upload tapi gambar dia tak terang ataupun kurang jelas menyebabkan permohonan mereka ditolak ataupun jenis dokumen yang mereka upload tu tak betul, juga ditolak permohonan mereka. Jadi, Perling berharap kerajaan selain juga menjalankan kempen mendidik atau menjaga untuk portal tersebut penggunaan portal tersebut, untuk orang ramai terutamanya yang tidak fasih bahasa teknikal ni untuk kemudahan orang ramai.
Yang Berhormat Puan Speaker, pada bulan lepas MBJB telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM7.5 juta untuk sistem pam automatik di Kampung Pasir dengan Jalan Kolam Ayer dan RM600,000.00 untuk penyelenggaraan saliran juga dalam kawasan MBJB. Perling sememangnya mengalu-alukan tetapi antara untuk sistem pam automatik siap dijangkakan bulan Ogos tahun depan. Jadi, kita kena mengambil perhatian berkenaan beberapa perkara terutamanya banjir kilat dan kini menjelang musim tengkujuh sekarang pun dah hujan dan belum lagi air bah besar luar biasa yang sering berlaku pada hujung tahun dalam pesisiran pantai Lido. Jadi, Perling ingin juga mengambil perhatian Dewan yang mulia ini, di mana pada 18 hari bulan, bulan ini semasa pembukaan perasmian sebelum loceng Dewan yang mulia ini berbunyi kali kedua, Perling menerima panggilan daripada orang kampung memaklumkan bahawa Kampung Pasir dan sekitarnya mengalami banjir kilat. Dalam telefon tersebut juga, penduduk memaklumkan pegawai yang sepatutnya menghidupkan pam itu datang lambat. Jadi, sebelum ini sememangnya berlakunya banjir yang kebanyakkan kalau disebabkan oleh faktor manusia di mana pernah berlaku pam air tidak hidup, pintu air tidak dapat menutup ketika diperlukan.
Di sini, memandangkan sekarang masa yang singkat dan Perling minta supaya penyelenggaraan saliran-saliran berdekatan sama ada di anak sungai saliran yang sudah cetek atau longkang-longkang yang tersumbat, bolehlah dibersihkan dahulu dan memastikan pam yang sedia ada boleh berfungsi. Sememangnya, YB EXCO semalam ada menyebut pasal air laut meningkat dan untuk jangka masa panjang sebenarnya sekitar Pantai Lido, Sungai Skudai dia memerlukan pemetaan baru memandangkan landskap di kawasan sana telah berubah besar dengan adanya mega-mega projek dekat situ. Hal ini selepas pemetaan baru kita boleh mengenal pasti apa sistem pembendungan banjir yang lebih sesuai memandangkan dekat Jalan Taha, Jalan Kolam Air dekat situ pun air naik bertakung.
Selain itu, sisa pepejal juga merupakan sebab utama banjir kilat yang menyumbang kepada penyumbatan saliran dan merosakan pam air. Pada waktu yang sama, ada sebahagian daripada kawasan-kawasan kampung yang masih lagi tiada lori sampah masuk dan ada yang tidak bertanggungjawab terus membuang sampah ke saliran air. Memandangkan semua situasi sebenarnya perlu kerjasama orang tempatan di jalan dekat sini adanya pasukan sukarelawan yang membantu menjaga saliran air yang berkarat atau sekurang-kurangnya membantu dalam perihal menghidupkan pam untuk masa yang terdekat. Selain itu, memandangkan kini banyak aplikasi berkenaan IOT digunakan untuk menyelesaikan masalah pentadbiran. Adakah pam automatik yang akan dipasang berkenaan dengan ada unsur IOT yang membantu dalam penghidupan pam ini?
Yang Berhormat Puan Speaker, Perling mengalu-alukan adanya VTL darat di mana kita tengok Facebook ataupun surat khabar dah ada raptai telah dijalankan. Kita sememang-memangnya mengalu-alukan tindakan ini tetapi suatu benda Perling ingin tahu sebab setiap kali dengan melepasi negara ataupun melepasi sempadan, ia sememang-memangnya ada details-details ataupun syarat-syaratnya tertentu. Saya berharap jika, jika adanya VTL ini, raptai hari ini berjaya. Syarat-syarat yang berkenaan dengan VTL ini boleh diumumkan dan dipersetujui oleh dua-dua pihak, dua-dua negara syarat di bahagian Malaysia ini boleh diumumkan secepat mungkin untuk memudahkan traveller-traveller daripada Singapore untuk masuk ke Malaysia memandangkan syarat-syarat antara syarat-syarat kemungkinan ada yang perlukan pemeriksaan PCR ke atau selain penyediaan dokumen, mereka juga memerlukan masa untuk penyediaan itu. Jadi, ini adalah satu permintaan daripada diri sendiri dan pada waktu sama sebenarnya saya dimaklumkan walaupun kedua-dua causeway kita, kedua-dua laluan sempadan negara kita tidak tiada penjalan kaki ataupun biasa lori tetap berjalan. Ada rintihan daripada pemandu-pemandu lori yang mengatakan masih lagi lambat terutamanya bila masuk balik ke Malaysia selepas mereka memunggah barang di Singapura dan saya menganggap kita kena buat persediaan terutamanya bila kita nak buka sempadan kita dan mengambil ataupun welcome orang ramai masuk ke negara kita. Lori pula merupakan salah faktor kesesakan pada masa, adanya pembukaan sempadan itu. Jadi, kita kena ambil kesempatan ini, buat kajian berkenaan dengan kepantasan lori ataupun gangguan lori tersebut untuk tidak menyebabkan kesesakan lalulintas di jambatan sama ada dekat causeway ataupun di Second Link sendiri.
Jadi Yang Berhormat Puan Speaker, sebenarnya dengan adanya peruntukan tetap bagi semua RM200,000.00 kepada semua Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini, merupakan satu langkah progresif, ataupun satu langkah yang matang bagi Perling. Dan tidak usahlah kita bandingkan siapa yang lagi teruk. Kalau hendak bandingkan yang lagi teruk sebelum 22 bulan itu, kita langsung tidak ada peluang untuk bajetkan peruntukan, sebab kita tidak ada peruntukan pada masa itu. Sebab saya melihat satu benda yang progresif, dalam hal ini kita kena melihat ke hadapan dan satu lagi yang progresif juga berkenaan dengan JKTD. Di sini, saya ingin juga mengetahui fungsi pemerhati dalam JKTD yang dimaksudkan oleh Menteri Besar. Sememangnya membenarkan semua ADUN untuk menghadiri satu JKTD juga merupakan satu langkah yang matang atau progresif dalam arena politik Johor Darul Ta’zim ini.
Dan yang ketiga berkenaan dengan jika boleh sebenarnya saya mengulangi apa yang saya pernah katakan semasa Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Johor Yang Ke-14 itu berkenaan dengan enakmen anti lompat parti. Di mana, sekali lagi saya mengatakan enakmen sebegini sebenarnya menjamin kestabilan politik di negeri kita sendiri. Inilah sedikit pandangan dari Perling untuk berkenaan dengan yang kematangan ataupun progresif di negeri Johor ini dan akhirnya Perling ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua frontliner yang bertungkus-lumus dan membantu kita melawan COVID ini dan tidak lupa juga ambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada staff-staff di pejabat Jurutulis yang tungkus-lumus bermalam-malam untuk menyediakan verbatim supaya kita lebih tahu apa berlaku semalam dan ini sahajalah daripada Perling. Sekian sahaja, terima kasih.
Yang Berhormat Senai. Jemput.
Selamat petang, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker, kerana memberikan Senai peluang berbahas di Dewan yang mulia ini. Senai juga ingin merakamkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kerana telah membentangkan Belanjawan 2022. Tahniah Senai ucapkan, nampaknya Belanjawan 2022 memberikan banyak manafaat kepada setiap lapisan masyarakat. Tetapi bagi Senai, belanjawan ini ada ruang untuk menambah baik lagi.
Puan Speaker, Senai ingin memberikan beberapa pandangan dan soalan kepada kerajaan negeri Johor. Pertama, penduduk di daerah Kulai pada tahun 2020 adalah sejumlah 481,095 orang dan dijangka akan meningkat kepada 659,355 orang menjelang tahun 2025. Iaitu, seiring dengan perkembangan industri dan ekonomi serta kawasan perumahan yang baharu dan besar. Apabila peningkatan penduduk secara mendadak, Klinik Kesihatan Kulai Besar dan Klinik Kesihatan Bukit Liki tidak dapat lagi menampung jumlah pengunjung dan keadaan memberikan kesan yang serius kerana pengunjung tidak dapat menerima perkhidmatan rawatan kesihatan pada tahap yang terbaik. Justeru, satu Klinik Kesihatan yang baharu perlulah di wujud di Senai. Kerana Senai hanya mempunyai Klinik Desa. Sedangkan kawasan tersebut telah mengalami kepesatan, pembangunan dan kepadatan penduduk. Tambah lagi, pejabat kesihatan dari Kulai tidak mempunyai bangunan pejabatnya sendiri. Kini pejabat tersebut menumpang di Klinik Kesihatan Kulai Besar. Pada 10 hari bulan April 2019, pihak kami telah buat memohon semakan status tapak untuk membina Klinik Kesihatan Jenis Dua PTD. No 105, 166, Mukim Senai dari Kulai negeri Johor. Seluasnya 4.99 ekar dan untuk Pejabat Kesihatan Daerah Kulai, yang baharu di Lot Nombor 24035, Mukim Kulai, Daerah Kulai Negeri Johor seluasnya 1.2 ekar.
Untuk makluman, kedua-dua tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri Johor buat masa sekarang. Sekiranya KKM bersetuju untuk membina klinik kesihatan dan pejabat kesihatan daerah tersebut, KKM perlu mengemukakan permohonan tanah terlebih dahulu melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, kepada Pejabat Daerah Kulai. Seterusnya PTD Kulai akan memberikan maklum balas sama ada tanah tersebut akan diberi milik atau diberi rizab. Perkara ini adalah berdasar kepada arahan teknikal dasar pengurniaan tanah kepada jabatan atau agensi di negeri Johor. Senai nak tanya apakah perkembangan permohonan ini? Adakah terdapat cadangan yang sedang, masih dibincang lagi?
Puan Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini, katil setiap ada di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim iaitu Hospital Kulai mempunyai kurang daripada 100 buah katil sahaja. Walau bilangan penduduk Kulai telah mencapai lebih kurang 500,000 orang, jumlah ini tidak dapat menampung kapasiti pesakit yang perlu mendapatkan rawatan susulan dan bantuan daripada doktor. Pernah berlaku tragedi pesakit terkorban akibat tindakan lambat oleh pihak hospital. Senai tidak mahu perkara ini berulang lagi, Senai mencadangkan agar bilangan katil dapat di tambah lagi agar dapat meningkat, meringankan pengunjung di Hospital Sultan Ismail dan Sultanah Aminah Johor Bahru juga. Seperti sedia maklum, daerah Kulai hanya mempunyai satu hospital sahaja. Jikalau berlaku sebarang
kecemasan pengunjung tiada pilihan lain daripada mengunjungi Hospital Kulai. Senai harap-harap sangat kerajaan negeri Johor dapat memberikan bajet untuk menaik taraf Hospital Kulai. Selain itu dapat menambah penjawat lagi agar pengunjung dapat berkhidmat rawatan pada tahap yang terbaik.
Puan Speaker, pada 26 Julai 2021, kemalangan telah berlaku. Jejantas Senai Utama telah dilanggar oleh sebuah lori pasir. Lepas kajian mendapati bahawa struktur jejantas tersebut tidak lagi selamat untuk digunakan. Pihak MPKU telah menutup jejantas tersebut pada 29 Julai 2020 yang lalu sehingga kinilah belum buka lagi. Penduduk kawasan berhampiran perlu menggunakan jejantas tersebut untuk menyeberangi jalan tetapi pihak MPKU memaklumkan bahawa mereka tidak mempunyai bajet untuk membaik pulih jejantas tersebut. Perkara ini perlu disegerakan Puan Speaker. Kenderaan yang melalui jalan ke sana amat laju dan membahayakan nyawa-nyawa penduduk. Senai ingin mohon kerajaan ambil perhatian.
Sepanjang masa ini ramai penduduk telah membuat aduan dan pertanyaan di pejabat ADUN Senai mengenai jejantas Senai Utama, mahupun di sosial media. Perkara ini menjadi satu tanda tanya untuk semua pihak, jelaslah bahawa soal ini dan aduan ini menunjuk tahap kebimbangan penduduk. Baru-baru ini Senai dikhabarkan satu kemalangan berlaku lagi sebelum Deepavali, seorang wanita dilanggar oleh sebuah kenderaan dan tidak nasib wanita tersebut terkorban. Senai tidak mahu untuk berdiam diri lagi dengan berita ini. Berapa banyak lagi nyawa yang bakal terkorban? Untuk pengetahuan Senai telah memohon peruntukan khas sebanyak RM2 juta daripada kerajaan Johor pada hujung tahun 2020, tapi sampai sekarang belum dapat sebarang balasan daripada kerajaan.
Dimaklumkan MPKU telah melantik perundingan untuk mereka membentuk semula jejantas baru dan telah menentu kos keseluruhan pembinaan jejantas tersebut dijangkakan pelaksanaan akan bermula pada awal tahun 2022. Senai ucapkan tahniahlah terhadap kerja baik pulih dapat dilaksanakan seperti apa yang dijanji. Senai tak faham satu jejantas bukan projek besar, bukan projek mega, kenapa ambil masa lebih setahun tak siap-siap lagi? Sejujurnya Senai berasa kerajaan tidak mengambil serius isu jejantas ini, malah hanya memberi tumpuan kepada lanskap kawasan. Senai difahamkan pada tahun 2021, MPKU telah belanja sejumlah RM14 juta untuk menanam pokok dan bunga untuk mencantikkan lagi daerah Kulai. Senai tidak mempunyai sebarang halangan pihak berkenaan ingin menceriakan lagi di kawasan Kulai. Tetapi, peruntukan itu adalah duit rakyat. Saya rasa rakyat lebih prefer dengan izin, kerajaan mengguna duit tersebut untuk membaiki semula infrastruktur menurap jalan lubang, membaiki sistem perparitan dan banyak lagi masalah boleh diselesaikan. Senai harap EXCO-EXCO ambil perhatian.
Puan Speaker, isu banjir kilat di Senai. Sekiranya hujan lebat berlarutan, jalan dari Kulai ke Senai mengalami banjir teruk sehingga pam minyak dan pasaraya berdekatan juga dinaiki air. Kali ini memberikan kesan amat teruk kepada penduduk dan pengguna jalan raya sebagai contoh apabila hujan lebat berlaku pada waktu puncak, keadaan lalu lintas menjadikan sesak kerana banyak kereta tidak dapat melalui jalan raya tersebut dan juga ada yang bernasib malang kenderaan mereka rosak akibat dimasuki air banjir. Pemilik pasaraya dan pam minyak terdekat juga mengalami kerugian akibat banjir kilat ini. Senai berasa amat simpati kerana penduduk terpaksa menghadapi perkara ini yang sama setiap kali hujan lebat berlarutan berlaku. Justeru, adakah terdapat penyelesaian dan sampai bila penduduk Senai perlu menghadapi dengan isu ini.
Bila berlaku banjir kilat di beberapa kampung dan taman, Senai cuba memohon bantuan daripada JKM dan pejabat daerah untuk membantu mangsa-mangsa banjir tetapi malangnya saya dimaklumkan berdasarkan garis panduan mereka, sekiranya banjir berlaku kurang daripada 6 jam, ianya bukan kira sebagai bencana. Jadi, mangsa banjir tidak dapat mendapat pampasan dan terpaksa menanggung kerugian dan kos mereka. Senai berharap garis panduan dapat dikaji semula agar golongan ini tidak terlepas pandang dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mereka.
Puan Speaker, isu Ketua Masyarakat. Isu ketua masyarakat untuk kampung baru, Senai berasa hairan. Mengapa kerajaan telah mentadbir lebih kurang 2 tahun tetapi masih belum melantik Ketua Masyarakat Cina.? Di seluruh negeri, kita mempunyai lebih 140 kampung baru. Senai berasa ini adalah satu kerugian yang amat besar. Pada zaman PH setiap kampung baru mendapat peruntukan sebanyak RM100,000.00 dari PKPT melaksanakan projek-projek kecil seperti menambah baik kemudahan, membaiki longkang, menurap jalan yang berlubang dan sebagainya. Tapi kini telah mengalami kerugian sebanyak RM14 juta. Jika kerajaan negeri tidak mempunyai calon dari BN atau PH, saya rasa PH sedia menghantar calon yang layak untuk menjadikan ketua masyarakat dengan serta merta.
Puan Speaker, Pentadbiran Tanah Johor telah melaksanakan Fast Track NIL bermula 9 Januari 2020 sehingga Jun 2021. Tujuan pelaksanaan fast track adalah menggalakkan mana-mana tanah yang tertakluk kepada kegunaan di bawah Seksyen 53 Kanun Tanah Negara. Melalui Fast Track NIL ini juga, tanahnya akan dibenarkan membuat permohonan mengubah kategori dan syarat kegunaan tanah sama ada kategori pertanian, kategori bangunan, kategori kediaman dan kategori industri. Berdasarkan rekod sehingga 30 Jun 2021, sebanyak 12,907 permohonan diterima berbanding dengan 35,944 hak milik berstatus atas NIL inilah bawa kepada 36% sahaja. Senai harap program ini dapat diteruskan supaya yang 64% lagi mempunyai peluang untuk mengubahkan syarat kegunaan tanah mereka.
Dalam program ini Senai dapati terdapat kesilapan juga. Di kawasan Senai ada sebuah kilang haram. Semasa program ini dijalankan, mereka turut serta rela membayar denda dan premium tanah untuk memutihkan kilang-kilang tersebut. Tapi dukacita dimaklumkan, kilang haram ini mempunyai dua tanah, satu telah lulus dah bayar premium, denda dah lantik engineer untuk buat pelan bangunan tapi satu ditolak. So, saya harap perkara seperti ini boleh dapatlah perhatian daripada EXCO dan mohon jasa baik daripada Menteri Besar memberikan perhatian. So, orang dah rela, dah bayar cukai, dah bayar premium, semua dah bayar, kosnya bukan sikit, berjuta-juta lepas itu satu tanah dilulus, tapi yang lain satu dengan syarat yang sama ditolak. Itulah, pelik.
Okay, akhir. Senai berasa sedikit kecewa Program Kad Sihat Johor telah diberhentikan. Berita ini telah mendatangkan kesedaran terhadap rakyat Johor. Senai mendapati telah ramai permohonan yang berjaya mendapatkan manfaat daripada inisiatif tersebut. Bagi inisiatif juga boleh mengurangkan beban hospital, mengurangkan nombor pengunjung. So saya amat sedihlah program ini terus diberhentikan walau dalam teks ucapan EXCO-EXCO kata akan teruskan tapi sampai sekarang belum. So, untuk maklumat Dewan yang mulia ini, kad sihat ini, walau kerajaan telah diberhentikan tapi kawan saya Mengkibol dia telah melancarkan Kad Perubatan Mengkibol pada awal bulan Oktober. Seramai 1,300 penerima B40 dapat manfaat ini. Kalau Mengkibol mampu nak buat kad sihat sendiri, kenapa Kerajaan Negeri Johor tidak.
So akhir, ok, Perling juga sebut Enakmen Anti Lompat Parti. Senai juga ingin ambil kesempatan ini saya menyokong Enakmen Anti Lompat Parti ini memang dalam MOU antara PH dengan kerajaan pusat. Saya harap-harap sangat enakmen ini akan dibawa dalam Dewan yang mulia ini supaya kita boleh bahas bersama-sama dan dapat meluluskan. Akhirnya, saya harap kerajaan dapat memberikan perhatian kepada semua soalan dan cadangan daripada Senai. Dengan ini Senai akan mempertimbangkan untuk menyokong Belanjawan 2022. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Pekan Nanas, jemput.
Yang Berhormat Puan Speaker dan rakan-rakan Ahli Dewan sekalian. Pertama sekali, Pekan Nanas ingin mengambil ketetapan merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor sempena Hari Keputeraan Tuanku Sultan Johor pada 22 November 2021 yang lepas. Pekan Nanas juga ingin mengucapkan
terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2022 Negeri Johor.
Yang Berhormat Puan Speaker, tema Belanjawan Johor 2022, Memperhebatkan Kesejahteraan Johor, merupakan suatu tema yang bersesuaian dengan keadaan Johor yang telah mengalami pelbagai impak akibat pandemik COVID-19. Dalam usaha memperhebatkan kesejahteraan Johor, kita sebagai Wakil Rakyat dan pemimpin kita bertanggungjawab untuk memberi cadangan serta mencari langkah-langkah dan mekanisme baru untuk meringankan beban rakyat yang terhimpit akibat COVID-19 untuk memastikan nasib setiap orang yang menerima musibah dapat dibela dan kebajikan mereka dapat dijamin.
Yang Berhormat Puan Speaker, kerajaan kita perlu menuju ke arah syncless government dimana kesinambungan antara agensi-agensi kerajaan perlu baik dan membolehkan pentadbiran dijalankan dengan lancar seperti tidak ada sebarang cela diantara dua agensi yang berlainan. Di negara kita terdapat banyak agensi yang boleh memohon bantuan kecemasan. Jika kesinambungan agensi-agensi yang boleh memberi bantuan kecemasan dapat dipertingkatkan, maka rakyat yang memerlukan bantuan akan dapat dijaga rapi oleh banyak agensi yang telah ditubuhkan. Sebagai contoh, ibu tunggal yang pergi ke JKM untuk memohon bantuan ibu tunggal mungkin mereka tidak sedar bahawa suami mereka adalah ahli PERKESO dan mereka layak untuk mendapat bantuan pencen PENAKAT sebab suami yang meninggal dunia adalah ahli PERKESO. Jika kesinambungan antara agensi-agensi adalah baik, maka JKM boleh mengambil inisiatif untuk menghubungi PERKESO untuk menyemak status ibu tunggal tersebut dan memastikan adakah beliau juga layak untuk mendapat bantuan daripada PERKESO.
Saya pernah membangkitkan persoalan adakah JKM bersedia bekerjasama dengan agensi-agensi seperti PERKESO, EPF ataupun agensi-agensi lain untuk memastikan kebajikan dan manfaat ibu tunggal dapat dibela. Ini adalah disebabkan sepanjang masa saya menjalankan tugas, saya mendapati banyak ibu tunggal yang memainkan peranan sebagai suri rumah tangga. Kadang kala mereka tidak sedar dan tidak tahu hak dan cara untuk membuat permohonan melalui PERKESO, EPF ataupun agensi-agensi yang lain. Sepanjang saya memegang jawatan sebagai Wakil Rakyat, saya pernah banyak kali menghubungi Skuad Prihatin PERKESO untuk menziarahi keluarga yang memerlukan bantuan dan mempermudahkan proses permohonan bantuan. Dengan mengambil inisiatif menjarak ke keluarga yang memerlukan dan mempermudahkan proses permohonan banyak keluarga boleh mendapat bantuan daripada PERKESO melalui Skuad Prihatin dengan cepat dan berkesan. Oleh itu saya juga bercadang kepada kerajaan untuk menubuhkan satu Skuad Prihatin yang sama di KWSP untuk menjalankan tugas yang serupa dengan Skuad Prihatin PERKESO untuk mempermudahkan urusan permohonan bantuan dan menjaga kebajikan ahli-ahli KWSP.
Di samping itu, JKM yang merupakan agensi menjaga kebajikan masyarakat boleh di upgrade menjadi satu One Off Center untuk memainkan peranan untuk menyelaraskan segala bantuan kecemasan daripada agensi kerajaan seperti PERKESO, KWSP dan sebagainya. Orang yang datang untuk memohon bantuan di JKM juga boleh mendapat maklumat dan saluran untuk mendapatkan bantuan daripada agensi-agensi yang bersesuaian. Pekan Nanas berharap dengan ada kesinambungan yang sistematik dan rapi kerajaan kita dapat mengujudkan satu mekanisme yang lagi sistematik dan rapi, tersusun dan usaha kita untuk menyalurkan bantuan kepada mana-mana orang yang memerlukan.
Yang Berhormat Puan Speaker, Pekan Nanas juga bercadang kerajaan menyediakan bantuan kewangan kepada golongan budak istimewa, terutamanya pesakit Autisme untuk menerima rawatan Occupation Therapy (OT) ataupun Speech Therapy (ST). Menurut kajian WHO, setiap 160 budak, terdapat satu budak yang menghadapi masalah Spectrum Autisme, dan mengikut CDC, Center For Disease Control Amerika Syarikat, setiap 54 budak terdapat satu budak yang menghadapi gangguan Spectrum Autisme. Ekoran kesedaran masyarakat
dan kemajuan dalam bidang perubatan telah membolehkan sebanyak, semakin banyak budak boleh didapati menghadapi masalah Spectrum Autisme selepas mereka menjalankan diagnosis.
Yang Berhormat Puan Speaker, sebelum umur 7 tahun merupakan peluang keemasan bagi budak Autisme untuk menerima rawatan. Institusi perubatan kerajaan yang sedia ada membekalkan rawatan Occupation Therapy yang mementingkan kemahiran harian dan Speech Therapy untuk meningkatkan penguasaan pertuturan. Di seluruh Johor, semua hospital kerajaan dan 27 buah klinik kesihatan membekalkan perkhidmatan Occupational Therapy kepada budak Autisme. Manakala hanya HSA, HSI, hospital kerajaan di Batu Pahat, Muar dan Kluang dapat menyediakan perkhidmatan Speech Therapy. (Gangguan teknikal.)
Cuba YB.
Thank you. Terima kasih. Ok. Disebabkan kekangan sumber tenaga dan fasiliti, budak Autisme dijadualkan menunggu selama satu sehingga 3 bulan untuk menerima setiap kali rawatan Occupation Therapy manakala untuk Speech Therapy pula mereka perlu menunggu selama sampai 4 sampai 8 bulan untuk mendapat rawatan setiap kali. Kekurangan peluang mendapat rawatan OT dan ST di institusi perubatan kerajaan akan menyebabkan perkembangan mereka terbantut walaupun ibu bapa boleh menghantar anak mereka ke pihak swasta untuk menerima perkhidmatan rawatan tersebut. Maka kos perkhidmatan OT dan ST adalah lebih kurang RM100 satu jam dengan keadaan kekurangan peluang menerima rawatan melalui institusi perubatan kerajaan dan kos rawatan adalah tinggi melalui pihak swasta. Mereka yang berasal daripada keluarga B40 adalah amat sukar untuk... (Gangguan teknikal.)
Yang berhormat Puan Speaker, saya sambung. Dengan keadaan kekurangan peluang menerima rawatan melalui institusi perubatan kerajaan dan kos rawatan adalah tinggi melalui pihak swasta. Mereka yang berasal daripada keluarga B40 adalah amat sukar untuk mendapat rawatan yang mencukupi. Manakala keberkesanan rawatan yang paling baik adalah sebelum mereka mencapai umur 7 tahun. Untuk jangka masa panjang, kerajaan perlu melatih dan meningkatkan bilangan pegawai perubatan pakar untuk mengatasi keadaan ini. Malah dalam persediaan jangka masa pendek, kerajaan boleh dengan menyediakan peruntukan untuk mensubsidi keluarga B40 supaya mereka berpeluang menghantar anak Autisme mereka ke institusi swasta untuk menerima perkhidmatan rawatan ST dan OT. Ia juga akan merupakan suatu cara untuk menyelesaikan kekangan sumber tenaga dan fasiliti klinik kesihatan dan hospital kerajaan. Pembelajaran dan rawatan budak Autisme perlu mendapat perhatian daripada pihak kerajaan untuk memastikan perkembangan mereka dijaga rapi, untuk menyesuaikan diri kepada masyarakat dan mengelakkan segala isu sosial yang akan timbul pada masa depan. Usaha ini juga sejajar dengan tema Belanjawan 2022 untuk memperhebatkan kesejahteraan Johor. Saya berharap cadangan ini boleh mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak kerajaan.
Yang Berhormat Puan Speaker, selain daripada memperuntukkan RM3 juta untuk persediaan peralatan pelindung peribadi dan kit ujian kendiri kepada PKS dan FAMA di seluruh Johor. Pekan Nanas bercadang kerajaan untuk menyediakan kit ujian kendiri kepada sekolah-sekolah untuk menjalankan saringan secara berkala kepada pelajar setiap minggu khasnya bagi sekolah-sekolah rendah yang mana pelajarnya masih belum menerima suntikan vaksin. Ini adalah untuk mengelakkan berlaku kluster COVID yang berpunca daripada pesakit tanpa gejala dan merebak luas apabila mereka tidak dikesan dalam masa yang singkat.
Pekan Nanas juga menyeru pihak kerajaan untuk mempercepatkan progress pemberian vaksin dos Booster untuk meningkatkan ketahanan rakyat terhadap virus COVID 19. Menurut kajian yang dijalankan, keberkesanan vaksin Pfizer berkurangan selepas 6 bulan
manakala Sinovac adalah 3 bulan. Oleh itu, kerajaan perlu mengejar masa untuk memastikan rakyat tidak menunggu lama untuk mendapat dos Booster kerana ia akan meningkatkan risiko menjangkiti COVID 19 apabila keberkesanan imuniti berkurang selepas tempoh yang dinyatakan atas.
Yang Berhormat Puan Speaker, Pekan Nanas juga ingin menarik perhatian Dewan mengenai isu banjir kilat yang sering berlaku di Kampung Paya Embun dan Kampung Seri Gambut. Pada 2 November yang lepas, hujan lebat telah menyebabkan banjir kilat berlaku di Kampung Paya Embun lagi. Memandangkan ramalan fenomena air pasang besar akan berlaku pada 4 November sampai 7 November, saya menanggung kos untuk menyewa Eskavator untuk membersihkan Sungai Air Tam yang mengalir berhampiran Kampung Paya Embun untuk meringankan keadaan banjir kilat. Apabila kerja penyelenggaraan dijalankan, saya mendapati banyak pasir sungai termendak dalam sungai tersebut. Saya difahamkan oleh penduduk tempatan bahawa Sungai Air Tam sudah menjadi semakin cetek akibat mendakkan pasir. Mereka kata, dulu mereka boleh terjun dari jambatan dan berenang dalam sungai. Tapi kalau hari ini, kalau mereka terjun, pasti akan masuk ICU hospital kerana sungai sudah menjadi semakin cetek dan penuh dengan pasir. Mendapan pasir yang banyak merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan banjir kilat selalu berlaku.
Yang Berhormat Puan Speaker, kalau kita tengok Kampung Paya Embun, Paya ini biasa bermakna ada banyak lumpur, tapi hari ini lumpur di dalam sungai telah diganti oleh mendapan pasir. Kita perlu memandang serius terhadap keadaan ini. Saya bercadang kepada pihak kerajaan untuk mengkaji dan membuka tender terbuka kepada mana-mana kontraktor yang berminat mengeluarkan pasir sungai di kawasan tersebut. Keadaan yang serupa juga berlaku di Kampung Seri Gambut. Apabila saya membuat tinjauan tapak dan turun ke Sungai Pontian Besar, paras sungai hanya sampai di paras lutut saya. Penduduk tempatan juga menyatakan bahawa sungai tersebut dulu adalah amat dalam. Tapi hari ini mereka telah dapat menyeberang sungai tersebut dengan mudah akibat mendapan pasir yang menyebabkan sungai menjadi semakin cetek. Saya pernah mencadangkan kepada kerajaan untuk menggerakkan pasir sungai untuk menyelesaikan masalah banjir yang selalu berlaku dalam sidang Dewan yang lepas. Cara ini dapat menjimatkan perbelanjaan JPS untuk menyelenggara sungai yang banyak hasil pasir dan menjana pendapatan kepada kerajaan melalui Pejabat Tanah, kontraktor juga boleh mendapat keuntungan melalui aktiviti pengeluaran pasir sungai dan yang paling penting, masalah banjir kilat yang selalu menghantui penduduk tempatan dapat dikurangkan. Pekan Nanas percaya dengan adanya pemantauan yang rapi semua pihak akan mendapat manfaat melalui cara ini.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya juga mendapati parit di Kampung Seri Gambut yang mengalir ke Sungai Pontian Besar tidak ada pintu air juga menyebabkan air daripada Sungai Pontian Besar melimpah masuk ke kawasan kampung apabila hujan lebat. Memandangkan kawasan Seri Gambut juga merupakan satu hotspot yang selalu berlaku banjir kilat, saya menyeru pihak JPS membina satu pintu air di kawasan tersebut.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya juga memohon pihak JKR untuk memasang lampu jalan daripada kawasan Taman Utama ke Taman mewah di kawasan Pekan Nanas memandangkan banyak kemalangan jalan raya berlaku di kawasan tersebut. Saya juga memohon kerajaan mengadakan satu sesi Townhall untuk memahami pandangan penduduk Pekan Nanas terhadap usaha pemindahan sampah Pekan Nanas dan menyelesaikan persoalan mereka dengan memberi penjelasan dan maklumat yang betul terhadap pelaksanaan Projek Pusat Pemindahan Sampah yang sedang dijalankan. Projek itu, sedang mendapat bantahan oleh sebahagian penduduk tempatan dan saya mendapati terdapat pelbagai hujah bantahan yang telah mengelirukan orang awam, saya berpandangan bahawa mesej yang betul perlu disalurkan kepada orang awam melalui kerajaan. Di antaranya ada dakwaan yang saya baca melalui kenyataan surat khabar yang menyatakan Pekan Nanas akan menjadi pusat pengendalian sampah untuk kawasan Johor Selatan jika Pusat Pemindahan Sampah siap dibina. Terdapat juga dakwaan bahawa
masalah pencemaran akan menjadi lebih serius jika Pusat Pemindahan Sampah siap dibina, saya rasa sepanjang pengetahuan saya, saya berharap suatu sesi Town Hall dapat dijalankan supaya kerajaan dapat mendengar apa-apa persoalan dan keraguan orang tempatan dan kerajaan juga berpeluang menyebarkan maklumat yang benar berdasarkan soalan-soalan dan juga dakwaan-dakwaan yang dibangkitkan oleh rakyat supaya mereka boleh mendapat lebih banyak maklumat berkenaan dengan pusat pemindahan sampah tersebut.
Yang Berhormat Puan Speaker, akhir sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua Ahli yang berada dalam Dewan ini. Kita telah mencipta suatu sejarah yang amat bermakna dalam Dewan ini. Sebelum berlaku pertukaran kerajaan, tidak pernah ada Wakil Rakyat pembangkang di Johor mendapat peruntukan daripada kerajaan sepanjang 60 tahun, tidak pernah ada. Saya dan banyak rakan di sini pernah menjadi Wakil Rakyat yang tidak menerima apa-apa peruntukan daripada kerajaan. Sebab itu kita pernah menjadi pembangkang, kami faham masalah yang dihadapi oleh pembangkang jika tidak ada peruntukan. Oleh itu, Pakatan Harapan memulakan memberi peruntukan sebanyak RM50,000.00 kepada pembangkang dan selepas pemerintahan 22 bulan, usaha ini diteruskan dan peruntukan dinaikkan kepada RM250,000.00 oleh Menteri Besar, Dato’ Hasni hari ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Menteri Besar atas pemberian peruntukan tersebut. Keadaan pembangkang satu sen peruntukan pun tiada sepanjang pemerintah, selama pemerintahan selama 60 tahun adalah salah. Pakatan Harapan memberi peruntukan RM50,000.00 kepada pembangkang juga adalah tidak mencukupi. Tapi let by gone, be by gone. Pekan Nanas berharap rakan di dalam Dewan yang mulia ini melepaskan apa-apa kesilapan yang pernah berlaku pada masa yang lepas. Janganlah mengulangi kesalahan dulu dan pandang secara positif untuk masa yang akan datang. Jangan disebabkan persaingan politik, pihak yang berkuasa mengambil kesempatan untuk menindas parti pembangkang, seolah-olah nak menghulurkan kaki, untuk menyangkut orang yang sedang berlari.
Kita perlu mewujudkan suatu senario politik yang matang untuk bersaing secara positif dan adil, untuk memastikan rakyat boleh mendapat manfaat. Rakyat yang mencetuskan pertukaran pemerintahan politik sebenarnya merupakan penyumbang utama kepada kematangan politik yang berlaku di negeri Johor. Oleh itu, saya berharap dasar penyaluran peruntukan kepada pembangkang dan juga membenarkan Wakil Rakyat pembangkang menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Daerah akan menjadi suatu persefahaman politik dalam Dewan yang mulia ini. Tidak kira sesiapa, mungkin Barisan Nasional, mungkin PN, mungkin PH, tidak kira siapa yang akan memerintah pada masa yang akan datang, dasar-dasar ini perlu menjadi suatu tradisi dan budaya dalam Dewan yang mulia ini untuk memastikan Wakil Rakyat pembangkang berpeluang memberi perkhidmatan yang terbaik untuk memanfaatkan rakyat di negeri Johor. Jika persefahaman politik ini dapat dicapai, ia akan menunjukkan kematangan politik yang wujud di negeri Johor dan apabila persefahaman politik ini berjaya dicapai, ia akan merupakan suatu kejayaan dan membawa kebaikan kepada rakyat yang kita cintai.
Saya berharap dasar yang baik ini akan berterusan selama-lamanya dalam Dewan yang mulia ini pada masa yang akan datang. Saya sebagai Wakil Rakyat berjanji akan berusaha menpertahankan tradisi yang baru atau persefahaman politik pada masa yang akan datang. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Mengkibol, jemput.
Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker kerana memberikan kesempatan untuk Mengkibol turut serta dalam perbahasan pembentangan Belanjawan Negeri Johor 2022. Mengkibol ingin merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, sempena ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22
November yang lalu. Puan Speaker, saya ada ucapan yang panjang, mungkin sampai pukul enam.
Janganlah, semua orang salah you seorang nanti.
Ucapan saya termasuk empat bahagian. (A) komen terhadap Belanjawan 2022 Negeri Johor, (B) soalan mengenai Laporan Ketua Audit Negara tahun 2019, (C) Cadangan Enakmen Anti Lompat Parti, D Cadangan Pembangunan Infrastruktur Link Johor. (A) Belanjawan 2022 Negeri Johor. Mari kita tengok muka surat 5, anggaran hasil 2022, sewa rumah pangsa dijangka meningkat daripada RM1.97 juta pada tahun ini kepada RM4.4 juta tahun 2022. Adakah ini bermaksud kerajaan akan menaik sewa rumah pangsa sebanyak lebih dua kali ganda? Muka surat 6, denda lewat bayar cukai tanah dijangka meningkat daripada RM4.78 juta pada tahun 2020 kepada RM21.558 juta tahun depan. Adakah ini bermaksud kerajaan akan mengejar rakyat untuk pembayaran cukai walaupun mereka terjejas oleh COVID dan ramai sudah tidak mampu bayar? Manakala kilang dan peniaga kecil tidak beroperasi dalam tempoh PKP akibat COVID-19, oleh itu terdapat peniaga yang memang tidak mampu membayar cukai tanah untuk tahun ini dan tahun depan. Denda sedemikian akan menyusahkan lagi peniaga sehingga mereka terpaksa mengurangkan pekerja demi mengurangkan kos pentadbiran, berkurangan peluang pekerjaan akan mengakibatkan pemulihan ekonomi Johor terjejas. Muka surat 2, anggaran tahun 2022 cukai tanah semasa adalah RM620 juta dengan tunggakan RM118 juta atau 20%. Ini menunjukkan atau membuktikan bahawa rakyat tidak mampu membayar.
Mengkibol mencadang pembatalan denda lewat bayar untuk cukai tanah. Ini sebenarnya seperti polisi yang telah diamalkan oleh PBT di mana cukai harta tidak payah bayar, tidak payah bayar denda lewat bayar. Ini untuk cukai harta. Dan saya bercadang mempertimbangkan juga permohonan remisi atau pulang balik cukai bagi kedai dan kilang yang tidak beroperasi dan tidak dapat di sewa. Jumlah peruntukan pembangunan belanjawan 2022 adalah sebanyak RM870 juta. Hanya RM20 juta sahaja peningkatan berbanding dengan RM850 juta pada tahun 2021. Mengkibol bercadang demi merangsang pemulihan dan momentum ekonomi, kita harus mengikut belanjawan seperti kerajaan persekutuan dalam meningkatkan peruntukan pembangunan dengan signifikan. Kerajaan pusat meningkat sebanyak RM45 bilion. Mengkibol bercadang peruntukan pembangunan negeri Johor haruslah tidak kurang daripada RM1 bilion. Pada tahun 2021, JPS telah diberikan peruntukan pentadbiran RM76 juta dan juga peruntukan pembangunan sejumlah RM43 juta. Tetapi peruntukan pembangunan JPS tidak dispesifikkan dalam anggaran Belanjawan 2022. YB EXCO Kerajaan Tempatan, menjawab dalam Dewan bahawa akan membelanjakan RM32 juta untuk tindakan penyelesaian belanja di daerah Batu Pahat, tahniah kepada penduduk Batu Pahat. Ini menunjukkan bahawa JPS memerlukan lebih banyak ataupun jauh lebih banyak peruntukan pada tahun depan untuk mengambil tindakan terhadap cuaca ekstrem dan kawalan banjir negeri Johor termasuk banjir kilat teruk yang berlaku di Johor Bahru baru-baru ini. Termasuk juga tempat lain seperti di Kluang dan Kota Tinggi.
Saya mengalu-alukan kerajaan negeri untuk menyediakan RM100 juta pinjaman tanpa faedah kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau SME melalui Bank Rakyat dan Bank SME. Saya berharap tumpuan akan diberikan untuk memberi bantuan, membantu PKS yang menghadapi masalah operasi, masalah cash flow dan tidak dapat memperolehi pinjaman daripada bank komersial. Bukannya memilih syarikat yang baik kerana takut hutang lapuk. Jumlah RM100 juta ini memang rasa tidak mencukupi untuk sebanyak 120 ribu PKS di Johor di mana 80% daripada mereka adalah dalam sektor perkhidmatan yang sangat terjejas oleh pengawalan pergerakan dan tidak dapat berniaga selama empat bulan. Sekira ia RM100 juta dipinjamkan secara purata sebanyak RM50,000 maka hanya 2,000 PKS sahaja yang boleh dapat dibantu.
Menurut jawapan bertulis daripada YB EXCO Kerajaan Tempatan pada Persidangan DUN bulan Ogos yang lalu, peruntukan tahunan bagi 123 kampung baru di negeri Johor bagi
tahun 2020 dan 2021 telah di batal dan di tarik balik oleh Jabatan Kerajaan Tempatan di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 16 Julai 2021, akibat ketua masyarakat tidak dapat dilantik oleh kerajaan negeri Johor. Kegagalan pelantikan ketua masyarakat Kampung Baru Cina di negeri Johor bagi tahun 2020, tahun 2021 disebabkan oleh isu politik dalaman kerajaan negeri. Akibat kegagalan ini, kesemua 123 Kampung Baru Cina ini telah kehilangan peruntukan pembangunan infrastruktur sebanyak RM24.6 juta dari KPKT. Kehilangan peluang pembangunan ini ditanggung oleh penduduk, ini tidak adil. Maka kerajaan negeri saya minta haruslah dipertanggungjawabkan untuk memohon balik peruntukan pembangunan ini bagi kedua-dua tahun. Kerajaan negeri tidak harus membiarkan sahaja kerugian besar di tanggung penduduk Kampung Baru. Memandangkan Kampung Baru Cina seluruh Malaysia telah dipindah dari KPKT ke Kementerian Perpaduan, Mengkibol bercadang YB EXCO Perpaduan menyediakan kertas kerja untuk kelulusan MMK secepat mungkin. Sekiranya pelantikan politik ini masih tidak dapat diluluskan oleh MMK, lebih baik biar penduduk kampung pilihlah ketua kampung masing-masing. Kerajaan negeri memohon balik peruntukan ini dari kerajaan persekutuan demi melaksanakan projek penyusunan semula kampung yang dalam keadaan sangat uzur yang tidak sesuai didiami. Mengkibol sebenarnya dibesarkan juga di kampung sebegini, rumah papan setinggan.
Di kawasan Mengkibol, terdapat Kampung Gunung Lambak yang mempunyai 400 keluarga dalam rumah-rumah papan setinggan yang sangat uzur, tidak tersusun di sekeping tanah yang tidak rata. Penghuni membina rumah papan sendiri sejak banjir besar Kluang tahun 1969. Ia dijangka memerlukan peruntukan pembangunan melebihi RM10 juta untuk membina kemudahan infrastruktur termasuk jalan dan sistem pembetungan. Tiada sistem pembetungan di kampung ini. Peruntukan pembangunan tahunan sebuah kampung baharu adalah tidak mencukupi untuk kerja penyusunan semula seperti Kampung Gunung Lambak. Sekarang kebetulan ada peruntukan kumulatif ini selama dua tahun mohon dapat digunakan untuk menyelesaikan isu ini. Sekiranya kerajaan negeri masih tidak dapat berkompromi dengan isu pelantikan ketua masyarakat, Mengkibol bercadang kuasa pelaksanaan projek pembangunan kampung baharu ditugaskan kepada pada para ADUN iaitu Wakil Rakyat yang dipilih oleh penduduk supaya pembangunan kampung baharu dapat dijalankan seperti sebelum ini.
Yang Berhormat Puan Speaker, Bahagian B, Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019, izinkan saya baca rumusan audit. Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan pada tahun 2019 berjumlah RM2.653 bilion, meningkat sebanyak 7.7%. Hasil yang dikutip oleh kerajaan negeri tahun 2019 berjumlah RM1.745 bilion meningkat 13.1%. Pelaburan kerajaan negeri dan dalam simpanan tetap meningkat hampir RM300 juta ataupun 16.8%, hasil hutang awam pada tahun 2019 menurun sebanyak hampir RM300 juta atau 57.3%. Hutang ataupun pinjaman lain tahun ini, 2019 berjumlah RM60.8 juta menurun sebanyak 49%. Tahniah kepada kerajaan Johor, kerajaan pada waktu itu kerajaan PH mencapai prestasi yang banyak terima pujian daripada Ketua Audit Negara. Komen Ketua Audit Negara terhadap kerajaan negeri muka surat 2-33, 2-34, pinjaman boleh dituntut yang disalurkan kepada SAJ adalah sebanyak RM334.51 juta dan tiada pembayaran balik sejak tahun 2018. Pada tahun 2019, Kementerian Kewangan setuju RM189 juta dihapus kira dengan balance sekarang RM145 juta. Mengkibol bercadang sebahagian daripada amaun ini dihapus kira dengan syarat SAJ perlu menurun kadar air atau pun memberi pelepasan bayaran bil air kepada rumah kos rendah dan sederhana.
Muka surat 2-42, syor audit berkata kerajaan negeri harus mencari sumber kewangan baru. Mengkibol bercadang tanah kerajaan dalam kategori tanah terbiar kerajaan yang sebanyak 18,000 ekar haruslah disewakan kepada rakyat demi mendapatkan hasil sewa. Mengikut jawapan yang saya terima tahun lepas bulan November, di seluruh Johor terdapat 18,000 ekar tanah terbiar kerajaan, bukan swasta, kerajaan. Dalam paragraph 13.3 menyatakan terdapat pelaburan yang berisiko dan tidak menerima pulangan dividen. Apakah pelaburan tersebut dan apakah tindakan yang telah diambil susulan laporan audit yang dikeluarkan?
Laporan Ketua Audit terhadap jabatan-jabatan dan agensi kerajaan. Muka surat 3-9, 3-10, 3-11, Majlis Sukan Negeri Johor mendapat Pendapat Penafian ataupun Qualified Opinion, dalam accounting satu terminologi, Qualified Opinion daripada Juruaudit negara akibat kegagalan menyediakan rekod dokumen dan maklumat yang secukupnya untuk membuktikan baki-baki akaun dan transaksi yang berlaku. Penyata Kewangan Tahun 2016 hanya diserahkan pada tahun 2019. Pemiutang RM1.41 juta tiada dokumen sokongan, pendapatan RM34.5 juta tidak dapat disahkan, perbelanjaan RM14 juta tidak dapat disahkan. Pendapat Penafian, Qualified Opinion, satu perkara yang sangat serius dari segi accounting. Apakah tindakan yang telah diambil terhadap pengurusan dan juru akaun? Muka surat 3-22, syor Audit paragraph 10.3, terdapat lima badan berkanun dan satu MAI yang belum mengemukakan Penyata Kewangan untuk Audit. Mengikut Akta Audit 1957, Ketua Audit Negara mempunyai kuasa untuk mengaudit Penyata Kewangan agensi kerajaan negeri. Mengkibol minta dan menyeru semua agensi mengikut arahan dan bekerjasama kepada Jabatan Ketua Audit Negara supaya memastikan penyediaan Penyata Kewangan memenuhi piawaian perakaunan, lengkap dan auditable.
Muka surat 4-09, 4-10, laporan juga dapati pembayaran yang tidak teratur contohnya, bayaran Misi Galakan Pelaburan yang sebanyak RM282,000.00, kerana Pesanan Kerajaan dikeluarkan selepas perkhidmatan disempurnakan. Seperti yang disyorkan oleh Ketua Audit Negara dalam Syor Audit, kalau saya baca dari laporan, tindakan sewajarnya perlu dikenakan kerana tidak mematuhi arahan jabatan seperti yang tertakluk dalam peraturan kewangan dan SOP.
Bas Muafakat Johor, nilai pelaburan sebanyak RM100 juta berdasarkan pendapat Juruaudit dalam muka surat 1-13, 17, 20, 29, 31, 36 dan 39. Jumlah penumpang jauh lebih rendah daripada kapasiti sebenar tempat duduk, penurunan disebabkan oleh jadual perjalanan tidak memenuhi keperluan penumpang, PAJ tidak menjamin kawasan operasi selari dengan keperluan pengguna, semakan audit dapati berlaku 80 kelewatan pembayaran, penggunaan bas yang melebihi tempoh menyebabkan bas kerap rosak, bas rosak menyebabkan trip perjalanan tidak ikut jadual, Juruaudit Negara berpendapat bahawa tindakan susulan tidak diambil oleh PAJ. Mengkibol bercadang kerajaan negeri menilai semua program ini dan YB EXCO ambil tindakan susulan seperti diminta oleh Juruaudit Negara.
Puan Speaker, Bahagian C: Enakmen Anti Lompat Parti dalam ucapan Dewan saya di bulan Ogos, Mengkibol telah pun mencadangkan bahawa Enakmen Kebebasan Maklumat dan Enakmen Anti Lompat Parti harus digubal dan di lulus oleh Dewan, untuk kepentingan awam. Sejak sekian lama kita menghadapi kucar-kacir politik kerana terdapat Wakil Rakyat ataupun parti dalam pakatan yang berpaling tadah menyebabkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat ditumbangkan. Maka, undang-undang perlu digubal untuk mendapatkan keyakinan rakyat dalam sistem demokrasi, demi meningkatkan kestabilan politik, demi memastikan keputusan para pengundi terus dihormati. Reformasi undang-undang ini perlu disegerakan, undang-undang berkaitan dengan anti lompat parti perlu dilaksanakan supaya mengenakan tindakan mengosongkan kerusi mereka yang lompat parti. Dia boleh menjadi pemangkin kestabilan politik, menghalangkan Wakil Rakyat melompat parti sekali gus memberi hak bersuara kepada pengundi.
Ahli Parlimen Pengerang Johor, YB Azlina menghantar notis cadangan usul Rang Undang-Undang Pemecatan Ahli Parlimen pada Dewan Rakyat dan juga bertemu dengan Yang Dipertua Melaka untuk membincangkan Rang Undang-Undang Lompat Parti dan Accountability Politic atau dikenali sebagai RUU Hybrid kerana ia termasuk recall election ataupun pemilihan semula seperti yang diamalkan di beberapa negara Komanwel. Apa itu recall election? Ianya merupakan mekanisme yang membolehkan rakyat tarik balik mandat yang diberikan kepada Wakil Rakyat sekiranya seseorang itu melompat parti, membolehkan Pilihan Raya Kecil diadakan. Undang-Undang Anti Lompat Parti membawa kesan yang serta merta kerana ia melibatkan kerusi terlibat dikosongkan segera dan Pilihan Raya Kecil diadakan, maka Wakil Rakyat yang melompat parti terus hilang nilai kegunaan politiknya secara serta merta. Ia merangkumi Wakil Rakyat yang keluar parti tetapi ia tidak
merangkumi Wakil Rakyat yang dipecat oleh parti demi memelihara ruang demokrasi politik. Manakala Undang Undang Recall Election adalah memberikan kuasa kepada SPR untuk melakukan referendum melalui petisyen melalui pengundi. Kedua-dua undang-undang ini sebenarnya saling melengkapi, complementary harus dilakukan serentak dalam satu enakmen. Mengkibol bercadang satu bengkel, satu bengkel di bawah Dewan Negeri Johor boleh ditubuhkan bagi menjalankan kajian supaya satu RUU Anti Lompat Parti boleh dibentangkan dalam Dewan pada Mesyuarat Penggal Persidangan ini yang akan datang bulan Mac tahun depan.
YB Mengkibol, sila gulung.
Ok, bahagian terakhir cadangan pembangunan infrastruktur negeri Johor. Pertama, membina Lebuh Raya Johor Tengah yang menghubungi Batu Pahat, Ayer Hitam, Kluang dengan jarak 40 kilometer. Dengan ini perjalanan dari Kluang ke batu Pahat Dapat dipendekkan kepada 30 minit, dan satu lingkungan kehidupan dalam jarak 30 minit radius bagi kedua-dua bandar utama ini dapat diwujudkan. Dan seterusnya aktiviti akan meningkat secara significant. Kita mengasingkan trafik terus, thru traffic daripada trafik setempat, menyambung pusat bandar Batu Pahat ke Yong Peng Selatan dan seterusnya ke bandar Kluang.
Kedua, membina seksyen jalan sambungan 20 kilometer dari Layang-Layang terus ke Kulai dan juga seksyen jalan sambungan 15 kilometer dari Bandar Tengggara terus ke SDE highway supaya menyambung ke Ulu Tiram ke Senai Airport ke Malaysia-Singapore Second Link. Kedua sambungan ini dijadikan jalan alternatif yang selari dengan lebuh raya Utara Selatan. Kedua-dua cadangan ini selari dengan Pelan Pembangunan Mampan Johor 2030 bagi tujuan perancangan dan pembangunan untuk mencapai pembangunan ekonomi seimbang dan holistik.
Ini juga selaras dengan Rancangan Fizikal Negara Ke-4 (RFN 4). Terima kasih kepada Berita Harian yang memberikan satu coverage yang detail RFN Ke-4. Johor Tengah merupakan zon promosi pembangunan dan demikian, oleh demikian rangkaian pengangkutan bahagian Johor Tengah harus diberikan tumpuan, diberikan tumpuan dan naik taraf demi menampung keperluan pertumbuhan ekonomi seperti yang dirancang oleh RFN 4. Projek jalan sambungan yang dicadangkan tadi Layang-Layang ataupun dari Bandar Tenggara adalah berasaskan jalan raya sedia ada, sedia ada di mana hanya sebahagian jalan sambungan baharu perlu dibina, maka dengan kos pembangunan infrastucture yang jauh lebih rendang ia dapat membawa, mencapai impak yang jauh lebih besar. Sekian, terima kasih.
Terima kasih YB Mengkibol. Persidangan ini saya tangguhkan sehingga esok, 24 November 2021, jam 9.30 pagi.
Persidangan ditangguhkan pada jam 5.00 petang.