Johor · 24 November 2021
4th session, 2nd meeting · 176 turns · 33,639 words · official PDF ↗
ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.
Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Tuan Speaker.
Bismillahirahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. (Bacaan selawat).
Ahli-Ahli Yang Berhormat, pagi ini kita menyambung semula Mesyuarat Kedua Belanjawan 2022 bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 hari yang kelima.
Soalan-Soalan Lisan.Questions
Yang Berhormat Endau, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 1.
Apakah pelan tindakan pihak Jabatan Pendidikan Negeri kepada calon SPM bagi persediaan menghadapi peperiksaan pada Mac tahun hadapan?
Jemput, Yang Berhormat EXCO.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Bismillahirahmannirrahim. Yang Berhormat Tuan Speaker soalan nombor A13 pendek aje, saya ulangi. Izinkan saya membuka mask ye. Apakah pelan tindakan pihak Jabatan Pendidikan Negeri kepada calon SPM bagi persediaan menghadapi peperiksaan pada Mac tahun hadapan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Jabatan Pendidikan Negeri Johor melalui sektor pembelajaran telah menyediakan portal gerbang pembelajaran digital untuk membantu murid dan guru bagi bahan sokongan pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah terus membantu guru bagi memastikan tugasan mata pelajaran Vokasional, MPV dan Seni yang memerlukan kehadiran murid secara bersemuka dan hands on dapat diselesaikan dengan bimbingan. Pihak sekolah akan membuat simulasi ujian mendengar dan ujian bertutur bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta ujian amali untuk membantu murid memperolehi kefahaman dan kemahiran yang sepatutnya.
Jabatan Pendidikan Negeri Johor melalui sektor pembelajaran membimbing Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk melaksanakan plan, catch up plan berdasarkan kemahiran asas kurikulum pelajar tingkatan 5 mulai awal tahun 2022. Terima kasih Yang Berhormat.
Ya, Endau, jemput soalan tambahan.
Soalan tambahan saya Yang Berhormat. Oleh kerana batch SPM 2021 ni merupakan batch pertama SPM baharu program standard sekolah menengah dan merupakan batch yang paling lama menjalani PDPR bermula daripada mereka tingkatan 4 tahun 2020 lagi. Adakah pihak JPNJ mempunyai pelan intervensi dalam memastikan tidak berlaku keciciran pembelajaran murid-murid ini? Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, mula saya terangkanlah apa tu KB, yang dulu kita panggil KBSM dan sekarang ni KSSM. KBSM ni dulunya dipanggil Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dan yang terbaru ni Kurikulum Standard Sekolah Menengah. Sebenarnya ada sedikit sahaja perbezaan, penekanannya kurikulum standard ni lebih kepada mengembalikan semula ujian-ujian amali dan juga course work.
Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, saya terangkan sedikit iaitu tadi catch up plan iaitu satu pelan dibuat secara 2 fasa. Fasa pertama, fasa dipanggil penilaian iaitu sehingga akhir ni bila sekolah dibuka secara bersemuka. Jadi Kementerian mengarahkan pihak sekolah semua guru-guru mata pelajaran wajib untuk membuat analisis tajuk-tajuk, isi kandungan kurikulum yang mereka mengajar dan mereka kena kenal pasti dan menamakan dalam satu portal yang disediakan khas untuk catch plan ini. Ada kalau kita buka dalam Youtube dia tulis KPM catch plan, kita boleh layari dan kita boleh faham kat situ, dan dia akan listkan apa juga subjek-subjek yang tertinggal, isi kandungan topik-topik ni secara details. Dan pelaksanaannya pada fasa kedua, Januari mereka kena mengulangi atau bukan mengulangi mereka akan mengajar tajuk-tajuk yang mereka tertinggal dan memastikan pelajar ini tidak tertinggal daripada tajuk-tajuk yang sepatutnya mereka perlu tahu.
Dan tadi, saya ada cerita sedikit tentang gerbang pendidikan digital. Kelebihan ni adalah gerbang pembelajaran digital Johor merupakan satu inisiatif sektor pembelajaran JPN Johor menyediakan akses secara percuma bahan-bahan digital oleh guru-guru dalam 4 bidang pembelajaran iaitu bidang bahasa, bidang sains dan bidang matematik, e-vet dan sains sosial. Gerbang pembelajaran digital ini mula dilancarkan pada Januari 2021 dan boleh di akses, di google.com/view/yours/pdp.digital. Kelebihan ini sistem ini telah dirakam jadi subjek-subjek macam amali yang memerlukan simulasi mereka boleh mengulang tayang beberapa kali sehingga mereka dapat faham bagaimana kalau contoh sains soalan amali, macam mana satu eksperimen atau kajian itu dikaji itu dibuat sehingga mereka faham betul-betul isi kandungannya. Terima kasih Yang Berhormat.
Ya, Mengkibol, soalan tambahan.
Terima kasih Tuan Speaker. Semalam saya terima satu jawapan daripada YB EXCO Pendidikan mengenai soalan saya, berapakah pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah yang berhenti?
Ini soalan yang ni, Yang Berhormat, yang semalam, semalamnya.
Dan saya dapat data, dapat sebanyak 7,301 pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah di Johor telah berhenti, berhenti sekolah pada tahun 2019, 2020 dan 2021. Apakah tindakan atau apakah jenis bantuan ataupun polisi kerajaan selain membantu atau memberi kaunseling ataupun mencari kerja atau membantu keluarga-keluarga yang mungkin kebanyakan mereka adalah disebabkan oleh COVID or ekonomi terjejas dan berlakunya berhenti daripada bersekolah. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, pertamanya memang...
Soalan semalam...
Saya dah tahu dah soalan ni. Tapi saya memberi sedikit maklumat, bila berlakunya pandemik COVID eh, jumlah pelajar yang berhenti sekolah makin banyak berkurang ye. Dan mengikut analisis yang lepas, yang saya faham, yang saya dulu, soalan itu ada sebenarnya tetapi tidak dapat dijawab dan saya baca, study soalan dan jawapannya, sebenar bila berlaku pandemik sekolah tidak secara semuka, memang terlalu sikit sangat pelajar, puluhan aje, tak sampai
ratusan pun, saya pun, mungkin pun saya pun argue juga macam mana Yang Berhormat dapat jumlah yang banyak tu sedangkan sekolah dah hampir 2 tahun kita tak buka.
Sekejap buka, sekejap tutup, yang lepas-lepas tu memang saya akui, memang sampai ratusan, lebih kurang 500, 600 sebelum berlakunya pandemik COVID dan kalau ikut analisa tu yang tidak rasmi kebanyakannya berhenti disebabkan oleh masalah gejala sosial, masalah keluarga dan sebagainya. Jadi, itulah saya boleh bagi maklumat dan biasanya pelajar-pelajar ni sebelum diberhentikan sekolah, dipanggil untuk sesi kaunseling eh, dan beberapa prosedur kerajaan dibagi amaran dan sebagainya, jika tidak boleh juga barulah tindakan yang terakhir Jabatan Pendidikan ambil proses kepada buang. Dan polisi kerajaan ni bukan suka-suka nak buang pelajar, sebab apa pelajar ni adalah satu amanah, warisan bangsa kita akan datang kita tidak boleh ambil pendekatan yang keras, even bila pelajar atau guru yang tidak di vaksin, saya kaitkan sikit, kita pun tidak, di Johor ni tidak ambil tindakan yang keras. Saya nak kaitkan cerita ni sebab apa, saya nak cerita pasal approach kita di Johor dan kita dalam kaedah memujuk dan sebagainya supaya mereka ini tidak diberi macam satu hukuman, yang kita harapkan boleh mendatangkan sedikit sebanyak kesan yang mendatang akan datang. Terima kasih Yang Berhormat. Tapi figure tu, Yang Berhormat nanti saya akan bagi dia punya actual angka yang berapa dibuat, saya akan bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat yang bertanya soalan tambahan. Terima kasih.
Soalan seterusnya Yang Berhormat Skudai, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 2 dan 3.
Apakah kapasiti bagi setiap tapak pelupusan dengan menyatakan tindakan selanjutnya yang diambil oleh pihak berkuasa bagi 12 tapak pelupusan yang akan tamat/telah tamat jangka hayat?
Berapakah kuantiti sisa pepejal yang dihasilkan setiap hari di setiap PBT serta menyatakan perancangan dan usaha kerajaan dalam mengurangkan sisa pepejal di Berapakah kuantiti sisa pepejal yang dihasilkan setiap hari di setiap PBT serta menyatakan perancangan dan usaha kerajaan dalam mengurangkan sisa pepejal di negeri Johor dengan menyatakan juga kebersediaan dan penglibatan masyarakat dalam menjayakan usaha-usaha ini.
Dan 3. Seterusnya Yang Berhormat Tangkak, jemput.
Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 4.
Apakah langkah seterusnya yang akan diambil terhadap tapak-tapak pelupusan sampah yang telah ditutup di Johor?
Jemput YB EXCO. YB Skudai ada 2 soalan.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabakaratuh, salam sejahtera, salam makmur Johor.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada YB Skudai dan YB Tangkak atas soalan yang dikemukakan, izinkan saya menjawab bersekali ketiga-tiga soalan ini. Soalan ini berkait dengan tajuk sampahlah ye, walaupun disebut tapak pelupusan tetapi ada kaitan dengan sampah. Selalu kita dengar tentang peribahasa atau simpulan peribahasa Yang Berhormat, sampah masyarakat ni dikaitkan dengan orang yang tak guna dalam masyarakat ye. Jadi, kalau kita kait dengan kehidupan ni barang sampah ni barang yang tak digunakan, barang yang tak boleh pakai, menyemak, menyusahkan dan sebagainya tapi kita kena ubah persepsi ni.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sampah ni boleh membawa kekayaan. Sampah ni boleh menjadi tenaga. Sampah ni boleh menjadi, memberikan kemakmuran dan sampah ni boleh memberi kesejahteraan rakyat sesuai dengan tema bajet pada tahun ini. Ia bukan benda baru Yang Berhormat Tuan Speaker, WTE, WTEW ni. Di negara-negara maju dah melaksanakan perkara ni dah berabad-abad, malah negara jiran Singapura lebih 20 tahun telah menjadikan WTE ni, pengurusan sisa pepejal yang boleh memastikan sampah ni diuruskan baik. Malah kalau menjadi contoh di Tuas, dah ada WTE tersebut. Sampah ini dia jadikan bahan perbahasan di negara kita ni di peringkat Parlimen dan di peringkat DUN, tanpa penyelesaian.
Jadi, Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ni, kita sekarang ni, bertarung dengan soal land field, bertarung dengan soal air leachate, yang tak ada kesudahannya.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan yang dikemukakan oleh YB ADUN Senai dan ADUN Tangkak ada kaitan dengan pelan hala tuju pengurusan sisa pepejal negeri yang berkaitan dengan tapak pelupusan sampah.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bahawa Kerajaan Negeri Johor sudah bersetuju sampah ni, pengurusan sampah ni kita jadikan tenaga, WTE eh dan boleh memberi kekayaan dan sumber baru pendapatan kepada negeri kita. Kerajaan bersetuju anak syarikat kerajaan negeri Permodalan Darul Takzim akan mempunyai kepentingan mewakili kerajaan dalam pelaburan ini. Kita merujuk kepada model pertama di negara kita Smart WTE negara iaitu di Tanah Merah yang diuruskan oleh SAIPARK. Saya sudah dua kali melawat tempat ni Yang Berhormat. Menariknya Yang Berhormat walaupun saya duduk di kawasan dikelilingi oleh timbunan sampah tetapi tiada lalat Yang Berhormat eh. SAIPARK merupakan antara pembekal tenaga hijau utama di negara kita, syarikat yang tersenarai di Saham Kuala Lumpur, anak Johor Yang Berhormat. Saya ingin tegaskan, saya tiada kepentingan, saya tak kenal pun, saya tengok muka pengarah urusan ni, muka dia sama macam Yang Berhormat Tuan Speaker, lebih kurang, iras-iras dia macam gitulah.
Alhamdulillah.
Orang Jawa, Yang Berhormat.
Orang Jawa, dia lebih sikit.
PDT telah menjalinkan kerjasama dengan SAIPARK untuk WTE di Johor dan pembangunan WTE Johor ini telah, kita akan menggunakan PPP pendekatan PPP, Public Private Partnership. Dia, Yang Berhormat Tuan Speaker, kita bersetuju WTE ni sebab ada kaitan eh tapak pelupusan jumlah sampah ni, di Seelong, satu hari di Seelong Yang Berhormat, bagi Bandaraya Johor Bahru, Yang Berhormat dan juga 3 bandar raya ni, dia lebih kurang 1,800 tan. Johor Bahru aje 562 tan, MBIP 562 tan, Bandaraya Johor Bahru 702 tan, Kulai 200 tan dan Pasir Gudang 385 tan. Jumlah hampir 1,800 tan. Dan, di Bukit Payung telah diproses. Digerakkan dulu daripada zaman kerajaan yang lepas dan dalam proses penilaian oleh pihak UKAS. Dan sementara di Kota Tinggi ini, kita tengah susun satu tempat menggunakan kaedah dan teknologi yang murah.
Di Bukit Payung ini Yang Berhormat, kita jangkakan untuk cater Segamat, Muar, Kluang, Tangkak dan Batu Pahat. Satu hari di kawasan ini perlukan membekalkan sampah lebih kurang 800 hingga 900. Yang diperlukan sebuah WTE untuk membekalkan 20 hingga 25 megawatt tenaga sejam ialah 1,000 watt, 1,000 tan sampah. Jadi, bagi kawasan di Bukit Payung ini akan cater untuk Segamat, Muar, Kluang, Tangkak, Batu Pahat, kapasiti hari ini ialah 800 hingga 900 tan.
Di Seelong ini bagi Johor Bahru, Kulai, Pontian, Bandaraya Johor Bahru, MBIP, lebih dari saya sebutkan tadi 1,800.
Di Kota Tinggi kita kena gunakan saiz teknologi yang mudah. Pelaburan ini, walaupun PPE dia bernilai lebih kurang 500, 600 juta dan saya ingin mengajak rakan-rakan, mungkin YB Jementah, YB Skudai selepas ini, sebab kilang ini Smart WTE Tanah Merah ini dia akan mula beroperasi pada 1 Januari 2022. Saya ingat kita kena pergi tengok bagaimana tempat ini yang dah negara-negara jiran dah lama buat, kita baru pertama pelan, Smart WTE yang pertama.
Jadi, untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya sebutkan juga peringkat kedua yang telah kita susun dari segi pengurusan sisa pepejal ialah menggunakan kaedah smart waste collection. Pengerang telah dijadikan bandar smart city. 5 hari bulan ini, saya akan lancarkan Program Smart Waste Collection, kita dah dapat kebenaran daripada pihak kerajaan negeri. Kerajaan Pusat pun bersetuju di bawah Akta 672 dan kita gunakan teknologi daripada Finland. Kalau ini boleh digunakan di bawah Akta 672 ialah untuk CIX bagi sampah komersil, industri dan institution. Kalau ini dapat kita gerakkan, ia juga boleh menambah sumber pendapatan baru kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Kalau dia tidak terikat di bawah Akta 672, dengan soal konsesi yang telah diberikan, dengan skim area yang telah diberikan. Tapi bagi Pengerang, dia tidak terikat dengan konsesi dan skim area untuk makluman Yang Berhormat.
Insya-Allah 5 hari bulan ini, kerajaan negeri akan melancarkan Program Smart Waste Collection, di mana dia tanam tong itu 4 kaki, sensor dah ada, bila sampah penuh sahaja sensor akan memberikan maklumat kepada bilik kawalan dan lori datang dengan satu orang sahaja. Teknologi ini daripada Finland, kita mulakan di Pengerang pada 5 hari bulan 12 ini untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker.
Menjurus kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Skudai, tentang tapak pelupusan. Kita ada 9 tapak pelupusan ya Yang Berhormat. Di Seelong ini Yang Berhormat, dia boleh tahan untuk 15 tahun lagi. Dan kapasiti dia untuk 1 tahun 611,000 tan, kalau sebulan tu dalam lingkungan 50,000 tan lah. Batu 4, Kota Tinggi tahan untuk 2 hingga 4 tahun 83,000 tan setahun dan 7,000 sebulanlah, 7,000 sebulan tan eh. Maokil 4 tahun, setahun, maksud saya 4 tahun ini, dia boleh jangka hayat dia. Kapasiti dia, 104,000 tan setahun, sebulan 8.7 ribu tan. Jemaluang 3 tahun 14,000 tan. Saya rasa, saya tak perlu sebut detail ini Yang Berhormat kerana saya akan serahkan kepada Yang Berhormat untuk dijawab secara bertulis kerana ada rakan-rakan lain yang akan menjawab bagi soalan mereka.
Çuma, Ladang CEP di Simpang Renggam dah ditutup pada 2019. Bukit Bakri ditutup pada 2020. Bekok, Tangkak dah ditutup pada 2018.
Jadi, menjawab soalan tapak ini, tapak-tapak yang dah ditutup oleh apa dibuat Yang Berhormat Tangkak sebut, apa langkah kerajaan terhadap tapak-tapak yang telah ditutup ini. Kalau mengikut peruntukan dan persetujuan kerajaan pusat, setiap sampah yang dibuang dalam tapak pelupusan, tempat tapak pelupusan, kerajaan pusat bersetuju membayar setiap tan RM1, untuk ditutup dan diselenggara.
Jadi Yang Berhormat, kalau tapak-tapak yang dah ditutup seperti di beberapa tempat sebenarnya kita boleh claim daripada kerajaan pusat untuk kita jadikan mungkin ladang solar. Dan kita dah melihat Cypark salah satu pembekal tenaga hijau, tapak pelupusan itu kita boleh jadikan ladang-ladang solar. Dan, kalau lain nak dibuat ialah mungkin boleh dijadikan kawasan rekreasi tapi usaha ini kena diexplore, tak boleh dibiarkan begitu sahaja dan saya telah berbincang dengan PDT, bagaimana PDT dan juga pihak Cypark, kalau usaha ini berjalan, kita nak buat program-program ladang solar di tapak-tapak pelupusan yang telah ditutup ini.
Menjawab soalan daripada YB Skudai, ada 2 soalan yang YB Skudai ini tentang kapasiti jumlah sisa yang dilupuskan setiap hari. Jadi, untuk Seelong itu Yang Berhormat, setakat ini 2 Oktober 2021, jumlah sisa yang dilupuskan 1,800 tan satu hari, merangkumi pihak Iskandar Puteri, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Kulai. 3 eh. Pasir Gudang, dia ada di Tanjung Langsat. Seelong ini akan habis pada 2024. Kerajaan negeri berhutang dengan pihak (ketawa) Yang Berhormat pun tahu, hutang di tapak ini untuk WTE hampir RM124 juta. Kita tak boleh biarkan duit kita mengalir begitu sahaja sebab tu kita kena buat WTE di Seelong. Dan, kalau perjanjian ini dapat, kita kena selesai segera, pihak MBIP, pihak Bandaraya dan juga Kulai bersetuju untuk membayar dan kita ambil tapaki tu untuk bangunkan WTE.
Bagi Tangkak, Segamat, Labis, Mersing ini saya akan jawab secara bertulislah kepada Yang Berhormat kerana panjang untuk jawapan ini.
Menjawab soalan daripada YB Skudai tentang penglibatan masyarakat, kebersediaan masyarakat dalam mengurangkan sisa pepejal ini. Yang paling penting sekali ialah pendidikan, tetapi kesedaran masyarakat terhadap pengurusan sisa sampah ini masih pada tahap yang saya sebutkan tak berapa selesa untuk maklumanlah Dewan yang mulia ini, tapi kita kena usaha, kita tak boleh patah semangat Yang Berhormat. Paling penting sekali pengasingan di punca. Kalau ini dapat kita buat, banyak perkara boleh diselesaikan. Kita boleh asingkan sampah basah, sampah plastik, sampah apa kaca, kertas dan sebagainya. Tapi, isu yang berlaku di negara kita ini, ada setengah masyarakat tuan rumah ini dah buat, tapi bila letakkan kat tempat pembuangan sampah, lori sampah datang, dekat satu lori itu aje yang mereka buang sampah. Jadi akhirnya dimoralisedkan kepada mereka yang ada kesedaran terhadap perkara inilah.
Jadi, selain daripada itu ialah tentang usaha-usaha untuk program kitar semula composing, di kalangan masyarakat dan juga komuniti yang kita gerakkan untuk makluman Dewan yang mulia. Itu sahaja Yang Berhormat tentang beberapa penjelasan atas soalan yang dikemukakan oleh YB Skudai dan juga YB Tangkak. Terima kasih.
Ya Tangkak.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat EXCO. Kami memang mengalu-alukan iaitu sepertimana yang telah dijawab oleh YB EXCO sebentar tadi iaitu WTE (Waste to Energy) akan digunakan untuk pemulihan ataupun memanjangkan apa tu hayat bagi tapak pelupusan. Tapi, soalan daripada Tangkak adalah lebih kepada pemulihan ataupun rawatan terhadap tapak-tapak yang sedia ada dan juga tapak-tapak pelupusan sampah yang telah ditutup sepertimana yang di maklum oleh Yang Berhormat EXCO tadi, beberapa tapak pelupusan sampah di negeri Johor yang telah ditutup sejak tahun 2018 iaitu tapak pelupusan Bekok, Tangkak; Simpang Renggam dan Bukit Bakri yang ditutup pada Februari lalu.
Jadi, soalan Tangkak adalah sekiranya tapak pelupusan sampah yang telah ditutup atau sedia ada mempunyai ruang yang mencukupi, memang dia boleh menggunakan teknologi WTE, tapi bagi contoh tapak pelupusan Bekok, Tangkak memang tak ada ruang lagi untuk membina ataupun menyediakan infrastruktur WTE apakah penyelesaiannya dari ataupun ada apa-apa rancangan dan plan alternatif untuk tapak-tapak pelupusan yang tidak ada ruang untuk menggunakan teknologi WTE? Terima kasih.
Jemput Yang Berhormat.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tangkak. Maksudnya tapak pelupusan yang tak boleh dibangunkan WTE ataupun apa-apa teknologi, apa langkah yang kita nak buat ke atas tapak ini?
Seperti yang saya sebutkan tadi Yang Berhormat, pengalaman Cypark dari segi penyediaan sumber tenaga hijau ini, ladang solar ini, cukup besar di seluruh negara, kerana dia dapat kontrak dengan TNB dan dia telah membuktikan bahawa di tapak-tapak pelupusan yang tak boleh dibangunkan contohnya WTE ini, digunakan untuk ladang solar, kalau ianya sesuai dengan saizlah. Jadi antara yang sesetengah tempat ini, dia boleh jadikan property development Yang Berhormat, kalau ia berhampiran dengan kawasan pembangunan ataupun kawasan yang lain. Tapi, dia memerlukan masa untuk mendap dan sebagainyalah.
Yang boleh kita buat, contohnya di kawasan CEP Simpang Renggam itu ataupun Bukit Bakri, kalau ia melibatkan tanah state ataupun tanah federal dan Bekok, saya sebutkan tadi kita gunakan untuk solarlah, ladang untuk solar ataupun boleh dibangunkan kalau ianya sesuai untuk ladang rekreasi, kawasan rekreasi sebab saya sebutkan tadi federal government setuju dengan izin, untuk pump duit bagi setiap satu tan bagi seluruh kawasan tersebut ialah RM1. Jadi kita dah ada modal kat situ daripada kerajaan pusat untuk menampung kos pembangunan dan juga kos penyelenggaraan. Saya tak dapat figure untuk berapa jumlah tarnish yang dah masuk ke Bekok, Tangkak; Bukit Bakri, Muar dan juga Ladang CEP, 3 ladang yang ditutup.
Tapi yang boleh dibuat, kita manfaatkan seperti cadangan kita gunakan walaupun tapak pelupusan sampah, kita boleh redevelop sebagai kawasan solar untuk membekalkan tenaga atau redevelop untuk kawasan yang lain-lain sama ada kawasan rekreasi. Kalau boleh dibangunkan untuk pembangunan rumah ke, bagus boleh. Tapi, kita menunggu masa lah Yang Berhormat sebab sampah ini perlu pemendapan. Dah dibuat pun, untuk makluman tapi saya tak dapat beri contoh bagaimana pembangunan dilaksanakan di kawasan inilah tetapi memerlukan teknologi dan masa yang panjang untuk ini Yang Berhormat Tuan Speaker.
Yang Berhormat Tuan Speaker.
Simpang Jeram sekejap...
Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga EXCO yang menjawab tadi.
Saya beri Skudai dulu, nanti Simpang Jeram.
Memandangkan ada 2 soalan pokok, maka harap ada kelonggaran sikitlah dari segi bilangan soalan tambahan itu. Di mana tadi, Yang Berhormat EXCO telah panjang lebar bagi penerangan WTE, kemudahan WTE itu. Saya sekarang isu bukan sama kita apa tu sokong atau bantah teknologi ini dan hakikatnya di pasaran di seluruh dunia sekarang, malah di tempatan di Malaysia sendiri, kita ada juga teknologi-teknologi lain selain daripada WTE ataupun incinerator. Dan adakah kerajaan bersedia untuk adopt teknologi-teknologi baharu ini, di mana saya lihat WTE ini dia selalunya dia memerlukan satu kapasiti yang besar seperti Yang Berhormat EXCO tadi ada sebut 800 tan. Dan untuk Johor ini walaupun kita lihat sehari ada lebih kurang 4,000 tan hingga 5,000 tan sampah, tapi dia tidak berkumpul disatu PBT sahaja. Seperti Tangkak saya ambil contoh lebih kurang 200 tan, maka kalau semua tu perlu dihantar ke satu tempat secara berpusat seperti di Bukit Payung, pengangkutan tu satu kos dan kalau sekiranya berlaku kita kata single point failure itu dia akan menjejaskan hampir separuh daripada Johor, PBT-PBT di Utara Johor ni. Jadi saya sebenarnya saya dalam perbahasan 3 hari yang lepas saya juga ada mencadangkan supaya kerajaan mengkaji kemungkinan dan keberkesanan apa itu untuk menjalankan pelupusan sampah di tempat itu sendiri.
Maknanya setiap PBT melupuskan sampah dia di tempatnya sendiri sebab dia akan menyelesaikan masalah tapak sampah haram, sebab apa yang Yang Berhormat EXCO sebut tadi adalah domestic waste iaitu sampah-sampah yang kita kumpul daripada rumah-
rumah. Tapi ada banyak yang dikutip oleh kontraktor swasta, itu adalah satu yang perlu kita fikirkan. Saya dimaklumkan oleh Yang berhormat Tangkak bahawa sejak tutupnya tapak pelupusan sampah di Tangkak, Bekok tu mula dikesan banyak tapak haram di sekitar Tangkak.
Soalan Yang Berhormat, soalan.
Jadi adakah kerajaan telah ataupun berusaha untuk mengubah hala tuju yang telah ditetapkan oleh JPSPN sejak i thing 10, 20 tahun lalu supaya kita melaksanakan pengurusan sampah atau pelupusan pada setempat itu, di tapak itu.
Jemput YB EXCO, ringkas aje ya.
Terima kasih kepada Skudai. Yang Berhormat saya rasa Yang Berhormat pun dulu pernah EXCO Kerajaan Tempatan, saya kena jelaskan, tegaskan dalam Dewan yang mulia ini. Soal sampah ni federal seolah-olah begini ajelah, Johor kena ikut. Yang itulah yang menjadi bebanan kepada kita walaupun tripartite agreement ketika dulu membebankan setengah PBT dan juga negara. Kalau diizinkan dalam perbahasan, saya kena sebutlah benda ini. Kini kena itu, Johor PBT ikut pihak kerajaan negeri kena ikut, sebab itu kita kena ambil langkah baru Yang Berhormat. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat.
Sebab tu saya sebutkan tadi di bawah Akta 672, sampah komersial industri dan institution Yang jadi masalah tempat orang buang sampah haram ini, dia nak buang terlalu mahal kos dia, akhirnya dia buang ke tapak-tapak pelupusan dan akhirnya 38 di kawasan Iskandar Puteri yang menjadi tapak pelupusan sampah yang tak settle sampai sekarang. Sebab tu kita gerakan program yang telah diberi kelulusan Yang Berhormat Menteri di bawah Akta 672 kalau dia tak terikat dengan konsesi dan tak terikat dengan skim arrear kita akan uruskan apa langkah-langkah Yang Berhormat sebutkan tentang tapak pelupusan haram ni, kita nak settle kan. Kalau ini boleh dibuat dan di Pengerang dah dibenarkan, kita akan gerakan di seluruh kawasan PBT untuk makluman Yang Berhormat.
Tentang soalan Yang Berhormat tadi, kawasan-kawasan yang jauh saya telah dimaklumkan bahawa kerajaan persekutuan bersetuju, ini mungkin agak sensitif sikit bagi Pekan Nanas, transfer station, tapi kita kena panas sikit Yang Berhormat sebab saya melihat WTE di Smart di Seremban tu, di Tanah Merah tu memang tersusun dan well organized dan saya cakap saya makan di situ walaupun di kelilingi timbunan sampah tak ada lalat. Yang ini yang persepsi masyarakat selama ini sampah ni kotor, air merecik, yang menjadi perbahasan kita orang tak terima nak buang sampah mesti kawasan tak nak terima.
Tapi insya-Allah, sebab tu saya nak ajak kita pergi tengok ke Tanah Merah kita akan dapat pemerhatian dan dapat buat penilaian bahawa WTE ini dapat membantu. Saya setuju WTE ini apa ini memerlukan pelaburan besar cukupnya sampah, mungkin di Seelong boleh, tapi di Kota Tinggi, di Tangkak macam mana. Sebab tu saya sebutkan tadi di ladang di kawasan Kota Tinggi kita dah nampak ada teknologi lain yang bersesuaian dengan kapasiti sampah di tempat tersebut.
Kita tak gunakan pelaburan sebanyak RM500 juta, mungkin sesuai untuk RM50 juta yang kita akan bawa di kawasan Kota Tinggi, di kawasan FELDA tertentu kalau dapat persetujuan daripada pihak Majlis Daerah Kota Tinggi dan Pengerang, kita dah gerakkan dari segi perbincangan dengan beberapa pihak. Maksudnya taklah semua tempat menggunakan WTE Yang Berhormat Skudai. kita gunakan yang bersesuaian. Tapi insya-Allah, kalau Akta 672 ini ni dapat kita clearkan jangan jadikan Johor ni seolah-olah terima sahaja apa yang ditetapkan oleh di peringkat pusat, kita boleh leraikan isu pengurusan sampah yang dah membebani setahun kita kena bayar, kerajaan PBT Johor kena bayar hampir RM200 juta. RM170 juta untuk pungutan sampah daripada rumah, RM30 juta untuk tapping fees di
beberapa tempat terutamanya di Seelong, untuk makluman Yang Berhormat itu sajalah Yang Berhormat.
Ya Simpang Jeram/
Terima kasih Tuan Speaker dan EXCO Alam Sekitar yang menjawab persoalan pada pagi ini. Saya tak ada masalah tentang teknologi moden, incinerator pun saya rasa zaman semakin canggih dan apa pun peralatan yang nak digunakan. Tuan Speaker saya ingin mendapat penjelasan pagi ini. Ada satu tapak sama ada tapak itu tapak haram atau pun pelupusan sampah yang telah ditutup di Taman Bukit Kempas. Saya rasa isu ini dah sampai ke meja Yang Berhormat EXCO, saya pun dah bawa dalam perbahasan di Parlimen. Itu dalam Kawasan Parlimen saya di Pulai, jadi saya harap ada satu tindakan yang tuntas kerana setakat semalam saya mendapat maklumat daripada persatuan penduduk masih tidak ada lagi satu tindakan yang tuntas yang mereka harapkan, kerana di waktu malam Yang Berhormat satu gas ataupun bahan beracun mengancam penduduk di situ dan saya harap perkara ini once for all saya ingin jawapan yang pasti pada pagi ini. Terima kasih.
Jemput EXCO.
Yang Berhormat Simpang Jeram untuk makluman beberapa perkara telah diambil dan Pihak Berkuasa Tempatan dah membincangkan perkara ini di peringkat mesyuarat mereka untuk memastikan di Kempas tu tak berulang lagilah. Jadi saya harap saya tak dapat detail tentang pelan tindakan Yang Berhormat, bagi sikit saya masa untuk saya bincang dengan Datuk Bandar. Kalau ini dapat diselesaikan nanti saya akan bentangkan kepada Yang Berhormat ataupun jawab kepada Yang Berhormat secara bertulis dan hasrat Yang Berhormat ni semua Yang Berhormat kalau boleh tapak-tapak pelupusan sampah yang menjadi isu beban kepada wakil rakyat yang mengganggu penduduk sekitar ni kalau boleh kita selesaikan seberapa segeralah, kalau yang dah tutup pastikan ditutup, ikut apa ni SOP ataupun prosedur yang sepatutnyalah. Insya-Allah kalau bagi Bandaraya saya ingat benda ini boleh kita selesaikan termasuk di Iskandar Puteri.
Kalau ikut peraturan tapak pelupusan sampah haram ini Yang Berhormat, sebenarnya tanah itu boleh dirampas tapi kita tak kan buatlah sebegitu. Kalau nak dibuat saya dah umumkan yang lepas kalau tuan tanah tak uruskan juga tapak pelupusan sampah haram itu walaupun dia tak bertanggungjawab, kita sebenarnya boleh rampas tanah tersebut. Sekian Yang Berhormat Tuan Speaker.
Ya Jementah.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang diberikan berkenaan 2, 3 soalan ini. Saya masih ingat lagi sebelum ini kita duduk di sebelah sana, isu sampah sarap ini memang satu isu yang sangat mencabar dan perlu banyak apa ni fokus dan juga sumber untuk menyelesaikan masalah ini. Saya masih ingat lagi semasa kita di sebelah sana, kita ada, khususnya apa ni Johor Selatan. Kita tahu Tapak Pelupusan Seelong seperti tadi YB EXCO pun ada terangkan, dia memang kutipan sampah dari lebih kurang 4 atau 5 apa ni PBT, semua buang di Tapak Pelupusan Seelong.
Dan semasa saya menjawat jawatan YB EXCO kita memang sudah tahu, kita dimaklumkan bahawa sel-sel di Tapak Pelupusan Seelong pada masa itu pun agak saturated, bermaksud dia sudah agak-agak penuh ni dan pada masa itu pun ada dicadangakan untuk membuka kalau saya tidak silap membuka 2 sel lagi di Tapak Pelupusan Seelong. So, saya nak tahu apakah statusnya sekarang berkenaan dengan sebab Tapak Pelupusan Seelong ini ialah tapak pelupusan yang sanitary dan kita difahamkan yang saya pun pernah ada buat lawatan dekat sana. Setahu saya ada 5 atau 6 sel sudah sangat penuhlah dan memang ada apa ni.
nak percepatkan untuk membuka 2 sel lagi di Tapak Pelupusan Seelong. So, saya nak tahu apakah statusnya. Ini yang pertama.
Yang kedua ialah berkenaan dengan tapak pelupusan di Bukit Payung dan kita tahu bukan hanya gunakan teknologi WTE sahaja tetapi juga ada sebahagian daripadanya ialah sanitary saya difahamkan pada masa itu pelan gambar rajahnya ialah sebegini. So apakah ada perubahan lagi atau dia masih menggunakan cara sebegini dan saya difahamkan sanitary itu mungkin dia akan digunakan 4 atau 5 tahun terlebih dahulu sebelum bergerak ke WTE, ini saya nak tahu apakah status dia buat masa sekarang ini, terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih kepada soalan daripada Jementah. Bagi Seelong ni bagi sel 6, kalau tak silap saya Yang Berhormat kita dah dapat peruntukan daripada federal government RM52 juta untuk kita buka, jadi tak ada isu untuk di Seelong lagilah, sebab kita perlu sejumlah RM56 juta dan kerajaan pusat telah menyalurkan peruntukan dan dah boleh dibuka dan tak ada tentang isu tentang perkara tersebutlah.
Bagi Bukit Payung ini Yang Berhormat, dia pembangunan WTE yang sekarang dalam proses penilaian oleh pihak UPLUS di Jabatan Perdana Menteri. Ia akan membangun makan masa 3, 4 tahunlah, 3 tahunlah saya tengok kalau dia di Tanah Merah tu, sekurang-kurangnya 3 tahun. Jadi saya bersetujulah maksudnya sementara itu akan menggunakan land field untuk perkara tersebut. Land field ini, ia perlu diuruskan secara yang teratur, tidak membebankan kepada penduduk ataupun kawasan ekologi di kawasan Bukit Payung itu sendiri Yang Berhormat. Ini untuk makluman di Seelong dah ada pembukaan sel baru, 5 sel yang dah penuh tu kita buka dengan 1 sel baru, peruntukan daripada federal pun dah sampai, dah diluluskan dan telah tidak isu, masalah untuk beroperasi di Seelong. Di Bukit Payong saya sebutkan pembangunan sementara ini akan menggunakan kaedah itu dululah sementara WTE Bukit Payung dilaksanakan. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, minta satu, sikit saja.
Dah habis dah, maksimum dah.
Sikit sahaja.
Soalan seterusnya Yong Peng.
Yang Berhormat Tuan Speaker soalan nombor 5.
Berapakah jumlah salah laku di kalangan penjawat awam negeri Johor khususnya agensi-agensi penguatkuasaan pada tahun 2018 sehingga kini dan apakah hukuman serta langkah yang diambil bagi membendung masalah ini?
Jemput YB EXCO.
Bismillahirahmaniirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat ADUN Yong Peng. Kita tidak dinafikan ramai penjawat awam kita yang telah menyumbangkan perkhidmatan cemerlang dan berjaya meraih anugerah kecemerlangan di peringkat jabatan, nasional, mahupun peringkat antarabangsa. Namun begitu, masih ada sebilangan kecil yang gagal menyumbangkan khidmat atau prestasi yang baik. Bak kata bidalan, dalam setandan pisang, bukan semuanya elok ataupun baik.
Kerajaan pusat mahupun negeri sentiasa memandang serius mengenai sebarang kes salah laku yang membabitkan penjawat awam di negeri ini. Ini selari dengan kenyataan tegas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abdul Rahman berkaitan tindakan tegas terhadap penjawat awam yang didapati terlibat dengan salah aku haruslah diambil serius oleh semua penjawat awam. Bagi makluman Yang Berhormat Tuan Speakar dan Ahli Yang Berhormat kandungan Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Johor Tahun 1993, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Johor Kelakuan dan Tatatertib Pindaan 2003 dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Johor Kelakuan dan Tatatertib Pindaan 2015 adalah jelas menyatakan bahawa semua penjawat awam di negeri ini perlu patuh dan komited dalam melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan.
Bahagian kedua, second part, peraturan berkenaan menyenaraikan tatacara kelakuan yang sepatutnya dimiliki oleh penjawat awam. Antaranya seorang penjawat awam haruslah pada setiap masa memberi taat setia kepada Yang Dipertuan Agong, negara dan kerajaan. Seseorang penjawat awam juga dilarang membelakangkan tugas am awamnya demi kepentingan persendiriannya, menggunakan kedudukan awamnya demi faedah diri sendiri, berkelakuan sehingga mencemarkan nama perkhidmatan awam, kurang cekap atau kurang berusaha, tidak jujur atau tidak amanah, tidak bertanggungjawab membawa pengaruh atau tekanan dari luar ke dalam perkhidmatan awam juga ingkar perintah dan cuai dalam melaksana tugas.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam kandungan peraturan tersebut juga turut menjelaskan secara terperinci garis peraturan pengendalian kes kesalahan tatatertib dalam kalangan penjawat awam negeri ini. Segala kes salah laku atau tindakan tatatertib bagi seorang anggota penjawat awam akan dirujuk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan yang berfungsi sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib bagi kes-kes tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat yang melibatkan pegawai kumpulan pengurusan dan profesional dalam perkhidmatan awam negeri Johor.
Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan kepada rekod semasa pentadbiran ini sejak tahun 2016 sehingga tahun 2020 tiada kes yang melibatkan tindakan tatatertib yang dipertimbangkan oleh Suruhanjaya. Di samping itu, Suruhanjaya berfungsi sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Johor yang melibatkan kumpulan pelaksana. Sepanjang tahun 2020, Suruhanjaya telah memutuskan 6 kes rayuan tatatertib berbanding dengan 8 kes rayuan pada tahun 2019. Keputusan rayuan tatatertib perkhidmatan awam bagi tahun 2020 dan 2019 adalah mengesahkan keputusan Lembaga Tatatertib Negeri.
Kes yang telah disabitkan adalah ketidakhadiran bertugas dan bentuk hukuman yang telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib Negeri adalah seperti berikut:
1. Lucut hak emolumen mengikut Peraturan 38(C) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Johor (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
2. Buang kerja mengikut Peraturan 38(G) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Johor (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
3. Turun Tiga Pergerakan Gaji mengikut Peraturan 38(E) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Johor (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Yang Berhormat Tuan Speaker, di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pihak SPRM dan agensi penguat kuasa di atas tindakan pro aktif dan berterusan bagi memastikan amalan rasuah dibanteras secara menyeluruh seterusnya dapat meningkatkan integriti dan tadbir urus yang baik dalam perkhidmatan awam di negeri Johor khususnya. Terima kasih.
Ya, Yong Peng jemput, soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan tambahan saya, sekiranya seorang penjawat awam ingin melaporkan kes salah laku mengenai seorang penjawat awam yang lain, adakah pemberi maklumat ini terselamat daripada sebarang tindakan susulan terutamanya bila seorang penjawat awam berpangkat rendah melaporkan aduan terhadap pegawai atasan mereka dan adakah ganjaran akan diberi kepada seorang pemberi maklumat? Terima kasih.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih Tuan Speaker dan ADUN Yong Peng. Bagi menambah baik ketetapan, ketelusan dan tahap efficiency urusan pentadbiran kerajaan negeri memang dah menjadi kebiasaan pegawai awam yang mana digalakkan untuk melaporkan sebarang aduan bagi setiap kesalahan disiplin atau salah laku di jabatan atau agensi masing-masing. Usaha ini juga dilihat dapat membendung ketirisan yang berlaku di dalam sesuatu organisasi terutamanya yang membabitkan penyalahgunaan kuasa di pelbagai peringkat tanpa mengira kedudukan atau sektor sosial mereka.
Bagi memperkasakan usaha ini, para penjawat awam perlu memikul amanah serta bertanggungjawab yang diberikan termasuk bertanggung jawab dalam melaporkan sebarang kes salah laku di kalangan penjawat awam yang lain. Tidak dapat dinafikan terdapat banyak kes salah laku atau masalah disiplin yang tidak dilaporkan susulan kekhuatiran dikenakan tindakan.
Bagi makluman Yang Berhormat Speaker dan ADUN Yong Peng, kerajaan sentiasa mengambil serius dan mengambil peka serta melindungi mana-mana anggota penjawat awam termasuk individu yang menyampaikan maklumat atau memberi informasi maklumat termasuk, atau melaporkan sebarang aduan ataupun kes dan maklumat pelapor akan dirahsiakan dan diberi jaminan bahawa semua butiran yang diberi kepada pihak berkuasa akan dilindungi dan hak keselamatan juga mereka terpelihara. Mengikut peraturan sedia ada seperti yang dah dinyatakan dalam Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan Akta Perlindungan Saksi 2009.
Menjawab soalan tentang ganjaran, ini mengikut peruntukan bagi setiap agensi yang ada RM10,000, yang ada lebih dan tengok merit kes, kes merit itu eh. Terima kasih.
Ya, Senggarang, jemput.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan tambahan saya berkaitan dengan salah laku penjawat awam, saya ada beberapa kalilah membuat laporan di SPRM tentang salah laku penjawat awam. Sekalilah saya dapat, kira ada responslah daripada SPRM tentang Tabung Amanah Perumahan, itu telah lulus, ada laporanlah makna kes itu ditutup tetapi dengan laporan-laporan lain saya sehingga, saya difahamkan tak tahu SOP dia macam mana kan. Sehingga hari ini tak ada maklum balas ye dari pihak SPRM sama ada kes tutup ke, kes buka ke, apakah sebabnya Yang Berhormat EXCO?
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya saya pun tak boleh jawab lebih-lebih, saya pun tak ada akses kepada SPRM, ni bukan bawah Portfolio saya tapi saya cuba jawablah. Biasanya bila berlakunya sesuatu kes, kertas penyiasatan akan dibuat, kes akan dibina, di build up, untuk dijadikan satu kes kukuh untuk mendakwa pesalah setelah mereka mempunyai cukup dengan saksi dan bukti dan setelah mendapat persetujuan daripada pihak Timbalan Pendakwa raya untuk bawa kes, bahan kes, yang mana kes tu ada kekuatan untuk didakwa. Jadi, yang biasa kes-kes dalam siasatan ataupun aduan kita tak
ada akses, kita tidak tahu dan kita cuma tahu bila benda tu dah dihuraikan atau dah dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan eh. Terima kasih.
Soalan seterusnya Yang Berhormat Semerah, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 6.
Berapakah jumlah pesakit jantung dan kematian akibat penyakit jantung bagi negeri Johor mengikut daerah bagi tahun 2020 dan 2021 serta berapakah jumlah pusat rawatan pakar jantung di hospital awam negeri Johor.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Semerah berkaitan dengan jumlah pesakit jantung dan kematian akibat penyakit jantung. Bilangan kemasukan pesakit jantung ke wad dan kematian akibat penyakit jantung di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia Negeri Johor pada tahun 2020 dan tahun 2021 iaitu sehingga 31 Oktober adalah seperti berikut Tuan Speaker, bagi tahun 2020 bilangan kemasukan wad ialah seramai 2,438 orang dan bilangan kematian akibat penyakit jantung adalah 636 orang. Dan, bagi tahun 2021 sehingga 31 Oktober kemasukan ke wad ialah seramai 1,637 orang dan kematian sehingga 31 Oktober ialah seramai 411 orang.
Untuk makluman Yang Berhormat Semerah, mungkin saya kira boleh saya nyatakan statistik Hospital Batu Pahat, bagi tahun 2020 kemasukan ke wad ialah seramai 164 orang dengan 73 kematian dan bagi setakat 31 Oktober tahun ini seramai 218 orang telah pun dimasukkan ke wad dan bilangan kematian adalah seramai 67 orang.
Yang Berhormat Speaker, di negeri Johor buat masa ini hanya terdapat sebuah hospital sahaja sebagai pusat rawatan jantung iaitu dari Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Terima kasih.
Ya, Semerah, soalan tambahan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat EXCO. Kalau kita lihat tadi makluman daripada Yang Berhormat EXCO, kematian akibat penyakit jantung ialah seramai 636 orang untuk tahun 2020. Untuk statistik dari Jabatan Perangkaan Negara menunjukkan bahawa tahun 2020 ada sebanyak 2,018 kematian akibat daripada penyakit jantung iskemik. Yang mana kalau kat sini untuk Batu Pahat ada 73, tapi mengikut data Jabatan Perangkaan Negara menunjukkan di Batu Pahat ada 346 kematian.
Jadi, saya nak minta penjelasanlah daripada Yang Berhormat EXCO dan adakah cadangan-cadangan daripada jumlah-jumlah kalau kita lihat pada 2018, kes sebanyak 2,604 kematian, 2017 ada 1,700 kematian manakala pada 2016 ada 1,411 kematian dan tahun lepas ialah 2,118. Jadi, saya nak dapatkan penjelasan sama ada perancangan dari pihak KKM untuk menubuhkan Unit Pakar Jantung di kawasan Johor Tengah dan di Johor Utara. Terima kasih.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat Semerah, sebenarnya statistik yang saya nyatakan tadi ialah berkaitan dengan bilangan kemasukan ke wad dan juga bilangan kematian tetapi kalau kita lihat secara menyeluruh mungkin statistik Jabatan Perangkaan tadi adalah secara menyeluruh termasuk kes-kes yang melibatkan brought in dead akibat
penyakit jantung. Berdasarkan statistik yang berada di sini kes brought in dead berkaitan penyakit jantung di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia Negeri Johor pada tahun 2020 adalah sebanyak 33% daripada jumlah keseluruhan kematian dan setakat Oktober 2021 adalah sebanyak 27% berbanding keseluruhan.
Jadi, bagi tahun 2020 kes yang melibatkan penyakit jantung brought in dead adalah sebanyak 3,218 dan yang melibatkan penyakit jantung sahaja adalah 1,058 orang dan bagi tahun ini ialah sebanyak 3,118 kes telah pun brought in dead dan 27% sebanyak 849 ialah melibatkan penyakit jantung.
Dan, untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi negeri Johor ketika ini kita beranggapan bahawa setakat sekarang fasiliti dan peralatan rawatan jantung di hospital kerajaan di negeri Johor adalah mencukupi, berdasarkan kepada bilangan pakar jantung yang ada. Dan belum ada permohonan baru daripada Jabatan Kesihatan Negeri Johor untuk menjadikan hospital kerajaan lain sebagai pusat rawatan pakar di sini. Dan pembangunan perkhidmatan klinikal baru memerlukan kemahiran khusus dan latihan intensif di kalangan pakar dan paramedik dan juga penyediaan fasiliti dengan kos yang tinggi. Kalau kita lihat dengan negeri-negeri lain buat masa ini hanya terdapat 7 pusat rawatan jantung hospital kerajaan di negara kita secara rujukan wilayah di Malaysia. Bagi kes-kes yang kompleks iaitu di Pulau Pinang, Selangor, Pahang, Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak. Jadi, hanya ada 7. Jadi buat masa ini di negeri Johor, kita belum ada perancangan tetapi kita juga tengah melihat bahawa sehingga kita dapat mengawal keadaan dan tidak ada keperluan, maka kita tidak akan ada perancangan untuk jadi hospital lain sebagai pusat rawatan jantung.
Dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi hospital kerajaan di negeri Johor, kita ada bilangan pakar jantung di Hospital Sultanah Aminah seramai Cardiologist seramai 5 orang dan Surgeon Cardio Forensic seramai 2 orang. Terima kasih.
Soalan seterusnya Yang Berhormat Perling, jemput.
Yang Berhormat Speaker, soalan saya soalan nombor 7.
Apakah rancangan-rancangan atau pembinaan infrastruktur untuk memastikan keselamatan penunggang basikal yang dilihat semakin bertambah?
Jemput YB EXCO.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Perling. Basikal ada pelbagai jenis dan namanya juga bergantung kepada fungsi dan kegunaannya seperti basikal lajak, basikal lipat, basikal elektrik, basikal BMX, basikal budak pun ada Yang Berhormat Speaker, basikal tua pun ada, basikal mountain bike dan basikal lumba.
Pengayuh atau penunggang basikal pada masa kini untuk tujuan rekreasi, bersenam dan sebagai pengangkutan umum dilihat semakin berkembang di kalangan masyarakat Malaysia. Amalan berbasikal oleh rakyat Malaysia pada ketika ini merupakan mood bertrend yang diminati secara ikutan dan bukan sepanjang masa. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan kesedaran beriadah bersama rakan dan keluarga dengan berbasikal semakin popular ketika ini dan tanpa sedar sebenarnya rakyat Malaysia yang beriadah berbasikal telah menyumbang sifar karbon atau sifar pencemaran. Mengikut kajian, berbasikal dapat mengurangkan sehingga 6 kg karbon dalam sehari, berbanding sekiranya kita menggunakan kenderaan bermotor.
Kerajaan negeri melalui Pelan Pembangunan Mampan Johor 2030 telah merangka dasar bagi mewujudkan perancangan pengangkutan mampan dan di antaranya melalui penekanan kepelbagaian mod pengangkutan seperti bas, rel, pejalan kaki dan basikal.
Oleh yang demikian bagi menggalakkan aktiviti mobiliti aktif seperti menunggang basikal, Pelan 2030 ini telah mencadangkan beberapa inisiatif seperti :
1. Membina laluan khas lorong basikal di kawasan tumpuan aktiviti terutama di pusat bandar, kawasan perumahan, sekolah dan sebagainya.
2. Menyediakan tempat letak basikal di lokasi strategik seperti pusat komersil, kompleks kerajaan dan kawasan rekreasi.
3. Menyediakan maklumat dan peta laluan pejalan kaki serta lorong basikal.
Di Pihak Berkuasa Tempatan pula, garis panduan, reka bentuk laluan basikal hendaklah disediakan. Dengan adanya garis panduan ini, semua cadangan pemajuan wajib menyediakan laluan pejalan kaki dan basikal.
Yang Berhormat Tuan Speaker, penunggang basikal dinasihatkan supaya mematuhi Peraturan 35 dan Peraturan 42, Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 iaitu memasang lampu hadapan dan belakang pada basikal mereka serta memastikan basikal mempunyai brek dan loceng sebagai ciri keselamatan untuk mereka dan pengguna jalan raya yang lain.
Penunggang basikal juga harus memilih lokasi dan masa yang sesuai iaitu di luar waktu puncak dan mengelakkan tempat yang sesak dengan kenderaan yang boleh mengganggu aliran lalu lintas dan meningkatkan risiko kemalangan. Penunggang basikal hendaklah sentiasa bertimbang rasa dan berhati-hati semasa menjalankan aktiviti riadah kerana mereka terdedah kepada bahaya di jalan raya. Terima kasih Tuan Speaker.
Ya Perling jemput, soalan tambahan.
Terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat EXCO. Jadi soalan tambahan saya berbunyi, adakah apa yang tadi EXCO katakan di mana adakan lorong khas ataupun lorong pejalan kaki telah ataupun sedang dijalankan di dalam negeri Johor ini? Sebab kita lihat kalau boleh memang dekat tempat riadah ataupun tempat rekreasi seperti dekat taman-taman rekreasi, sekelilingnya adakan lorong basikal itu merupakan tempat yang lebih sesuai dan pada waktu yang sama boleh menjaga keselamatan penunggang basikal yang kita lihat semakin banyak ni, terima kasih.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih YB Perling. Seperti yang saya sebutkan tadi memang dalam peraturan yang dikenakan dalam kemajuan merancang, pihak PBT akan meminta pemaju-pemaju menyediakan kemudahan seperti itu dan kita menyedari memang kawasan-kawasan yang sekarang menjadi tumpuan pengayuh atau penunggang basikal seperti kawasan pelancongan di Desaru dan tempat-tempat menarik yang sebelum ini kawasan perkampungan, pihak JKR akan sentiasa melihat dari semasa ke semasa keperluan-keperluan jalan di situ dan sekiranya ada keperluan untuk kita mewujudkan laluan basikal malah pejalan kaki, ia akan dipertimbangkan dari semasa ke semasa. Terima kasih.
Soalan seterusnya Yang Berhormat Kemelah, jemput.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker soalan saya soalan nombor 8.
Apakah garis panduan serta syarat terkini yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) bagi penceramah yang ingin berceramah di masjid dan surau di negeri Johor?
Jemput YB EXCO.
Bismillahirrahmannirrahim. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat sahabat saya Kemelah, bagi jawapan yang telah dikemukakan, mereka-mereka yang ingin mengajar ataupun memberi syarahan agama Islam di negeri Johor sama ada di masjid atau di surau atau di mana-mana bahagian dalam negeri Johor, hendaklah memiliki tauliah mengajar dan memberikan syarahan agama Islam oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor. Perkara ini adalah sebagaimana ketetapan dalam Seksyen 118, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor.
Untuk makluman Yang Berhormat dan juga Yang Berhormat Kemelah, tatacara bagi permohonan untuk menjadi penceramah pada peringkat awalnya dikemukakan kepada Pejabat Kadi Daerah. Pejabat Kadi Daerah akan menerima permohonan daripada pemohon dan menapis untuk dihantar ke pihak jawatankuasa peringkat negeri.
Syarat-syarat permohonan untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat Kemelah dan Ahli Dewan, mestilah beragama Islam, beriktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah, aliran Al Asy’ariyah dan Al Maturidiyyah, bermastautin dalam negeri Johor, memiliki kelulusan dalam bidang agama Islam sekurang-kurang Darjah Khas dan permohonan ini dibuka sepanjang tahun. Pemeriksaan bertulis juga akan dilakukan pada setiap pemohon. Manakala pemeriksaan bertulis markah lulus adalah 65% daripada temu duga lisan. Mereka yang lulus dalam peperiksaan bertulis dan mendapat ulasan yang positif dan panel temu duga akan dibawa ke mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Johor untuk perakuan.
Majlis akan memberi pertimbangan dalam semua senarai Yang Berhormat Tuan Speaker, yang dibentangkan sama ada bersetuju atau tidak bersetuju setelah mendapat ulasan dan pandangan daripada Tuan Kadi Daerah. Terima kasih.
Ya Kemelah jemput, soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih kepada YB EXCO atas jawapan tersebut. Sepertimana yang kita tahu bahawa dunia sekarang adalah dunia terbuka, dunia tanpa sempadan. Jadi seseorang penceramah itu dengan mudah boleh berceramah di mana-mana termasuk di rumahnya. Jadi persoalan saya ialah adakah pihak Majlis sendiri membuat pemantauan ataupun ada sekatan atau bagaimana untuk apa ni melihat keadaan begini? Terima kasih.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Kemelah. Untuk makluman Yang Berhormat Speaker dan Ahli Dewan, Pejabat Kadi Daerah memang kita menyediakan sekurang-kurangnya seorang pegawai penyelidik dan penyiasat di mana-mana sahaja permohonan ceramah dibuat sama ada oleh masjid atau surau oleh badan-badan NGO yang lain. Ini bagi memastikan bahawa setiap penceramah itu yang pertamanya dia ada sijil, yang keduanya dia mesti mendapat kebenaran daripada Pejabat Kadi Daerah untuk mengadakan ceramah di...
Ni yang online tak ada permohonan Yang Berhormat...
Iya...
Yang online ni tak ada permohonan. Macam mana tu?
Bagi mengatasi masalah ini, seramai 1,269 orang telah pun ditauliahkan bagi seluruh negeri Johor bagi mengajar dan memberi syarahan di masjid. Cara-cara kaedah bagi mengenal pasti ini biasanya pihak jawatankuasa masjid atau surau akan menghantar laporan kepada Pejabat Kadi Daerah tentang kebenaran ceramah serta isi ceramah disampaikan oleh penceramah-penceramah yang berkenaan. Terima kasih.
Tanjung Surat jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya difahamkan ada senarai penceramah-penceramah yang tidak dibenarkan berceramah di negeri Johor yakni penceramah-penceramah luar. Adakah ini benar? Adakah senarai ada beberapa orang ke, ada senarai? Kalau ada senarai, saya harap dapat beri senarai itu sebagai panduan kepada semua Ahli-Ahli Dewan ini. Dan juga rasa saya macam Tuan Speaker kata, yang macam, yang boleh yang ceramah buat ceramah online ini, orang luar dalam masjid di Johor macam mana? Terima kasih.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat dan insya-Allah saya akan menghantar senarai-senarai mereka-mereka yang diberikan tauliah untuk mengajar dan berceramah sama ada di masjid ataupun di surau kepada Ahli-Ahli Dewan yang berkenaan.
Yang keduanya, dari segi soal media cetak sekarang zaman moden, kami mengakui inilah dia musuh utama yang besar yang kami hadapi, bagi menangkis segala perkara-perkara tohmahan ataupun penyampaian-penyampaian ceramah yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Apa pun Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah pun menubuhkan Unit Khas bekerjasama dengan pihak PDRM dalam perkara ini untuk mengenal pasti mana-mana pihak yang telah menyampaikan ceramah melalui media cetak atau elektronik untuk diambilkan tindakan yang sewajarnya. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
OK Kota Iskandar ya jemput.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih kepada YB EXCO yang menjawab. Alhamdulillah diberitahu tadi bahawa permohonan untuk mendapatkan tauliah mengajar ini dibuka sepanjang tahun. Tetapi banyak rungutan yang kita terima adalah bila sepanjang tahun itu, bila dia orang mohon daripada Januari sehingga kadang-kadang Oktober, November masih lagi tidak dipanggil untuk temu duga dan juga soalan tulisan. Jadi paling tidaknya kita kena ada satu guide line daripada permohonan itu berapa bulan, 3 ke 4 bulan, mereka akan diambil tindakan untuk menghadiri temu duga ataupun soalan bertulis. Sekian.
Jemput YB EXCO.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga Yang Berhormat sahabat saya Kota Iskandar, biasanya tempoh yang diberikan antara 1 hingga 3 bulan. Tetapi jika ada mana-mana Ahli-Ahli Yang Berhormat ada laporan yang mengatakan permohonan untuk mendapatkan sijil tauliah ini tidak mendapat jawapan dalam tempoh 3 bulan, boleh maklumkan terus kepada saya untuk saya ambil tindakan selanjutnya. Terima kasih.
OK soalan seterusnya Yang Berhormat Penawar jemput.
Terima kasih. Duduk termenung di bawah rembulan, bagi pungguk rindukan bulan. Tuan Speaker, soalan saya nombor 9.
Apakah insentif-insentif yang diberikan kepada golongan belia yang telah menceburkan diri dalam pelbagai bidang yang dapat memberi sumbangan kepada pembangunan dalam negeri Johor?
Jemput, kena berpantun juga Yang Berhormat ni EXCO. (Dewan ketawa).
Yang Berhormat Speaker, terima kasih bonda Penawar atas soalan yang disulami pantun, saya cuba jawab.
Bonda ni dia suka soalan belia ni, Yang Berhormat .
Jiwa dia muda walaupun tua Yang Berhormat. Bonda Penawar orangnya lawa, walaupun berusia cantik bergaya, hasrat bonda akan dibawa, agar penawar terus berjaya.
Yang Berhormat Speaker, insentif bagi golongan belia mendapat perhatian daripada kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri. Di peringkat pusat sekurang-kurangnya 15 inisatif yang memberi manfaat kepada belia secara langsung. Bagi memastikan belia tidak tercicir dalam sektor pekerjaan, kemahiran, pendidikan, ekonomi seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam pembentangan Bajet 2022. Di peringkat negeri Johor pula, bagi pihak Orang Muda Johor saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah mengumumkan pelbagai bantuan insentif dan program untuk Orang Muda Johor, baik mahasiswa, usahawan muda, wanita muda, pelajar-pelajar sekolah, profesional muda, atlet-atlet hinggalah ke rider food panda dan grab.
Semua mendapat manfaat dalam Belanjawan Johor 2022. Agenda Orang Muda Johor mendapat perhatian kerajaan dalam menjana perancangan negeri pasca pandemik sekali gus menjawab keresahan dan kerisauan belia yang tertekan akibat daripada pandemik. Sebanyak 24 inisiatif yang memberi manfaat kepada belia secara langsung bagi memastikan belia tidak tercicir dalam sektor pekerjaan, kemahiran, pendidikan dan juga ekonomi. Program Kesukarelaan, Kepimpinan Muda dan Program Sukan Untuk Rakyat juga terus diperhebatkan untuk Orang Muda Johor.
Kerajaan negeri bakal memperuntukkan RM42.5 juta untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif yang menyokong penglibatan dan pembangunan Orang Muda Johor dalam sektor ekonomi dan sosial. Di bawah Agenda Digital Modal Insan, Johor Berkebajikan, Ekonomi Baru, Johor Niaga dan Prasarana, Johor Prihatin, lebih RM170 juta diperuntukkan memberi manfaat secara langsung kepada golongan belia seramai 1.6 juta orang. Pada tahun ini Institut Dato’ Onn telah mengadakan Program Sarjana Talk iaitu platform penyampaian maklumat daripada agensi kerajaan negeri dan persekutuan kepada anak-anak muda di negeri Johor. Ini bagi memudahkan maklumat berkaitan inisiatif-inisiatif kerajaan disampaikan kepada akar umbi.
Institut Dato’ Onn melalui Program Sarjana Talk, Orang Muda Johor telah mengumpulkan segala inisiatif dibantu oleh agensi-agensi berkaitan dan dikongsikan ke laman sosial supaya belia-belia yang berminat boleh menghubungi terus kepada jabatan atau pegawai yang menyelarasnya. Program ini adalah berbentuk rakaman juga di mana setiap agensi akan menerangkan secara terperinci inisiatif yang ditawarkan oleh mereka kepada orang muda di negeri Johor.
Rakaman juga dimuat naik di youtube rasmi Institut Dato’ Onn bertujuan memberikan akses kepada orang muda yang boleh menjadi rujukan ulang tayang. Melalui Sarjana Talk semua agensi telah memaklumkan sebanyak 81 inisiatif digerakkan untuk membantu golongan
muda. Pada tahun 2021 sebanyak RM200 juta diperuntukkan dan disalurkan kepada pembangunan Orang Muda Johor daripada pelbagai kluster. Contohnya, kluster pendidikan, modal insan, keusahawanan dan juga agriculture. Maklumat mengenai jumlah penerima manfaat ini turut dinyatakan agar para pemohon maklum mengenai peluang yang masih ada untuk mereka. Pelbagai program pembangunan diri juga turut dirancang untuk belia mempertingkat kualiti kemahiran diri untuk terus berjuang dalam era pandemik ini. Terima kasih Speaker.
Ya Penawar, jemput. Soalan tambahan.
Terima kasih EXCO Muda. Dengar soalan tambahan bonda. Apakah usaha kerajaan bagi menggalakkan usahawan muda belia aktif dalam pemasaran digital era globalisasi ini? Terima kasih.
Macam soalan daripada rumah je, baca jer. Jemput.
Yang Berhormat Speaker, dari segi usaha kerajaan untuk menggalakkan usahawan muda menguasai pemasaran digital. Adalah menjadi hasrat Ke Bawah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor untuk membangunkan belia Johor supaya mereka menjadi modal insan yang berkebolehan dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuklah pemasaran digital. Syukur alhamdulillah melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 3.0 Ihsan Negeri Johor dan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Dato’ Hasni bin Mohammad, kerajaan negeri melalui Institut Dato’ Onn telah melaksanakan program latihan dalam talian bagi usahawan belia negeri Johor.
Program ini telah dirancang dan dilaksanakan bagi membantu usahawan-usahawan muda Johor untuk mempelajari pengetahuan yang dapat mengembangkan kemahiran perniagaan dan bangkit daripada cabaran pandemik COVID-19. Latihan ini telah dilaksanakan secara talian oleh Institut Dato’ Onn dengan kerjasama yang cukup baik daripada Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) dan juga Perbadanan Usahawan Negeri Johor (PUJB). Program ini telah dilaksanakan dan telah memberi manfaat kepada hampir 1,200 orang anak muda Johor. Sekian, terima kasih.
Seterusnya Yang Berhormat Machap, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 10.
Sejauh manakah keberkesanan KRT di negeri Johor dalam membantu memupuk perpaduan, membantu keselamatan dan kebersihan di taman-taman semasa COVID-19?
Jemput YB EXCO.
Yang Berhormat Tuan Speaker, ada seorang penyelidik politik yang bernama Ashton Watzney dari Harvard Universiti Michigan dalam kajiannya yang bertajuk, “Ethnic Conflict And Sosial Policy”, mengenai keberkesanan struktur rukun tetangga sebagai entiti akar umbi yang berkesan menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum di negara ini sejak peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa KRT satu entiti penting dan berkesan dalam mengekalkan perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia dan juga di negeri Johor.
Justeru itu izinkan saya mentafsirkan istilah keberkesanan melalui aspek sebagaimana berikut : Pertama, melalui penilaian sistem maklumat ERT kepada KRT yang aktif. Penilaian ini adalah berdasarkan kepada KRT yang aktif dalam menjalankan program-program mereka sehingga tahun 2021. Sebanyak 80% KRT telah dinilai aktif di seluruh negeri Johor.
Kedua, keberkesanan KRT juga dapat dikenal pasti melalui permintaan penduduk untuk menubuhkan KRT di kawasan-kawasan kediaman dan didapati penubuhan semakin meningkat setiap tahun dengan jumlah 8,330 KRT di seluruh negara dan bagi negeri Johor pula pada tahun 2019 terdapat sebanyak 819 KRT telah ditubuhkan. Walaupun pandemik COVID-19 telah melanda dunia dan negara kita bermula tahun 2020 terdapat penambahan bilangan KRT iaitu sebanyak 18 buah menjadi jumlah keseluruhan KRT sebanyak 837 di Johor dan untuk tahun 2021, kita masih terdapat lagi 8 permohonan yang belum dapat diproses.
Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya keberkesanan parti dalam membantu memupuk perpaduan, membantu keselamatan dan kebersihan semasa COVID-19 juga dapat dilihat melalui penganjuran program-program, jika sebelum ini gerak kerja KRT lebih menjurus kepada program-program yang bersifat bersemuka, tapi sejak negara dilanda pandemik COVID-19 pada tahun 2020 hingga kini pelaksanaan aktiviti KRT telah diubahsuai mengikut norma baharu dengan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kesemua program-program yang dijalankan oleh KRT sewaktu PKP mempunyai elemen-elemen perpaduan, keselamatan dan kebersihan adalah seperti yang berikut:
1. Program RT Cares, RT Prihatin yang beri bantuan makanan kepada komuniti B40 dalam KRT yang terjejas dengan pelaksanaan PKP.
2. Program One Hour Clean Up yang aktiviti menjalankan gotong royong dengan mengehadkan bilangan peserta penglibatan komuniti.
3. Program Sanitasi Kawasan Kejiranan.
4. Program COMBI, Hapus Aedes Cegah Denggi melalui memusnahkan pembiakan jentik-jentik nyamuk Aedes.
5. Hebahan bahaya COVID yang membantu pihak berkuasa dengan membuat hebahan dan komuniti agar mematuhi SOP, KKM dan kesedaran bahaya pandemik COVID-19.
6. Rondaan keselamatan kejiranan, SRS di zon hijau sepanjang PKP.
7. Program zon vaksin iaitu meningkatkan kesedaran komuniti untuk mendaftar MySejahtera bagi pemvaksinan dalam komuniti setempat.
8. Program pengukuhan pendidikan Rukun Negara dan silang budaya secara maya melalui pertandingan di peringkat sekolah rendah dan menengah .
9. Webinar Rukun Negara secara maya bersama sekretariat Rukun Negara di IPT dalam negeri Johor.
Sekian, terima kasih.
Saya tamatkan soalan lisan pada pagi. Sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum dijawab secara lisan akan dijawab secara bertulis dalam Persidangan yang sama. Saya tangguhkan Persidangan ini sehingga jam 11.25 pagi. Terima Kasih.
Persidangan ditangguhkan pada jam 11.05 pagi.
Persidangan disambung semula pada jam 11.25 pagi.
Sambungan Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021.Bill
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Ahli-Ahli Yang Berhormat hari ini adalah hari yang terakhir untuk Ahli-Ahli Yang Berhormat berbahas atas rundingan bacaan kali yang kedua bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021.
Esok kita akan mula mendengar jawapan penggulungan daripada pihak kerajaan atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya ulangi semula Ketua Pembangkang diberi masa 45 minit manakala Ahli-Ahli Dewan yang lain diberi masa 15 sehingga 20 minit. Saya mohon kerjasama semua dapat mematuhi masa yang telah diberikan. Saya persilakan Parit Yaani, 45 minit, persilakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (Berselawat.) Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, pertamanya patik merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021 bersamaan 17 Rabiulakhir 1443H. Patik berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam limpah rahmat dan keampunan Allah SWT. Semoga di bawah naungan Tuanku, negeri Johor bertambah aman, makmur dan sejahtera. Daulat Tuanku.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sidang Bajet Tahun 2021 untuk Bajet 2022, menjadi sejarah pada saya, Parit Yaani kerana tak dapat masuk, tiga hari berturut-turut. Rekod negatif, tiga hari tapi oleh kerana peringkat awal itu diuji melalui air liur, awalnya negatif tapi lepas itu negatif lepas bawa ke PCR di peringkat kementerian tapi dianggap dah positif awalnya, baru hari inilah saya dapat berucap. Yang sebenarnya bukan positif tetapi kerana keprihatinan dan juga kebimbangan pihak yang bertanggung jawab iaitu KKM, supaya saya tidak dapat masuk ataupun tidak boleh hadir dalam sidang Dewan ini.
Jadi, di sini jelas bagi kita bahawa COVID-19 yang melanda negara kita pada hari ini, masih berada dalam keadaan membimbangkan pada semua pihak. Semua masih berhati-hati dalam keadaan menghadapi pandemik COVID-19. Jadi, dalam hal ini Parit Yaani berterima kasih kepada pihak KKM yang begitu menjaga hasrat kerajaan dan hasrat rakyat supaya Ahli-Ahli Dewan yang ada di dalam Dewan ini selamat daripada COVID-19 dan kita dapat terus berkhidmat kepada rakyat dalam tempoh selagi belum dibubarkan.
Parit Yaani menyokong kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor bahawa politik Johor lebih menumpukan kepada masalah rakyat. Saya masukkan, saya simpulkan kepada ‘4M’ disebabkan oleh COVID-19. Pertama, masalah ekonomi rakyat. Kita sedia maklum bahawa keadaan ekonomi rakyat pada hari ini khususnya bagi kalangan mereka yang bekerja bukan kerajaan, sama ada di peringkat swasta, kilang dan peniaga-peniaga kantin sekolah, kantin kilang, berapa banyak yang tutup disebabkan oleh masalah tidak ada operasi yang dapat dijalankan Terutamanya pada peringkat awal PKP. Dan, ini jelas kepada kita bahawa perlunya beri perhatian kepada semua pihak bukan sahaja kerajaan, bukan sahaja ahli-ahli politik, bahkan kepada semua rakyat untuk menjaga negara kita ataupun negeri Johor ini daripada isu COVID-19.
Perkara yang kedua, ‘M’ yang kedua adalah pekerjaan. Masalah pekerjaan yang melanda kepada khususnya golongan muda yang baharu bekerja ataupun yang baru habis belajar. Berapa ramai hari ini di kalangan maha siswa ataupun mereka yang ada kelulusan tetapi sukar untuk mendapatkan pekerjaan? Kerana apa? Kerana kilang ataupun pihak-pihak tertentu swasta dan sebagainya mengecilkan operasi mereka. Ada di kalangan kilang-kilang
besar pun bukan mengecil, tutup. Sebagai contohnya kita lihat berapa banyak hotel-hotel besar di Johor Bahru yang tutup operasi mereka dalam tempoh PKP dan dalam tempoh dua tahun COVID-19 ini. Jadi, sini jelas kepada kita bahawa isu berkaitan dengan masalah pekerjaan yang sepatutnya menjadi satu daripada sasaran ataupun kerja-kerja yang patutnya kita laksanakan dengan lebih baik demi kepentingan rakyat yang kita ingin bantu.
Yang ketiga masalah kesihatan dan kesejahteraan rakyat. Pada hari ini sejumlah mereka yang menghidap COVID-19, kalau seluruh negara lebih daripada 1 juta ke 2 juta? Kita pun dah tak tengoklah, kalau dulu kita berebut nak tengok berapa ribu yang kena satu hari? Berapa ratus yang mati? Berapa juta dah penduduk-penduduk Malaysia yang kena COVID-19? Pada hari ini dah macam tak kisah dah, suka hatilah berapa nak kena, sebab apa? Sebab kita dapat melihat apabila kerajaan mengisytiharkan tahap ataupun dipanggil apa ya? Saya pun tak perasan tapi yang dikatakan tahap yang keempat, fasa keempat, beberapa negeri, habis hotel penuh orang pergi, penuh pantai orang pergi, penuh mana-manalah, pusat beli-belah orang pergi, duduk pergi merayau, pergi ke sana ke mari, seolah-olahnya dah tak macam, tak ada lagilah COVID-19. Jadi, ini satu perkara yang kalau kita lihat bahawa kesihatan dan kesejahteraan rakyat ini perlu kita pertingkatkan. Makluman daripada kerajaan, pihak kerajaan kepada rakyat supaya SOP dan sebagainya diperkukuhkan, supaya gelombang kalau dulu kita kata gelombang keempat, lepas itu sekarang ini kata kemungkinannya ada lagi gelombang baharu seperti mana yang kita bimbang, yang berlaku di luar negara.
Masalah yang keempat adalah masalah ekonomi rakyat, emosi rakyat. Kita lihat hari ini, laporan yang tak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak tentang kemurungan sebahagian daripada rakyat kita khusus yang berada di negeri Johor, di Johor Bahru ini. Kerana apa? Kerana pasangannya berada di Singapura, dia berada di Johor. Dah berapa tahun, nak masuk ke tahun kedua, ada yang terus tidak balik lagi kerana masalah pekerjaan di Singapura nak masuk dah tak boleh. Yang tinggal di sini kemurungan, yang di sana pun tak kurang juga murung. Jadi, inilah perkara-perkara yang saya yakin dan percaya dengan tema Belanjawan Johor 2022, Memperhebatkan Kesejahteraan Rakyat. Saya yakin dan percaya, kita bagi pihak, semua pihak, kita akan memberikan sokongan untuk memastikan bajet yang dikemukakan ini sampai betul-betul kepada sasaran. Kita tak mahu kepada apa yang berlaku, nama sahaja bajet pada sesuatu pihak, pada sesuatu apa yang dipanggil sasaran tetapi tak sampai, ini yang kita bimbang.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Para 31, Anggaran Hasil, RM1,671 juta ataupun RM1.671 bilion anggaran yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada cabaran-cabarannya iaitu bergantung kepada, pertama dia kata kemunculan varian baharu dan impak sosioekonomi. Itu sebab saya nyatakan tadi tentang kebimbangan, kebimbangan saya kepada peningkatan semula penyakit ini disebabkan oleh kita tak menjaga, tak menjaga dengan patuh dengan betul, bagaimana kehidupan rakyat iaitu tentang masalah kesihatan mereka?
Yang kedua tentang keadaan ekonomi, peningkatan negara, peringkat negara dan peringkat antara bangsa. Saya nak peringatkan di dalam Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Tuan Speaker. Antara faktor kepercayaan ataupun keyakinan pelabur-pelabur luar untuk melabur di negara kita, kita dengar pada hari ini beberapa syarikat besar, syarikat gergasi dunia keluar daripada Malaysia, kenapa? Tentu ada sebab. Antara sebab, antara faktornya kalau kita lihat, pertama sekali, kestabilan politik. Kestabilan politik ini memberikan gambaran kepada dunia bahawa di sini tidak berlaku sebarang perubahan-perubahan dasar kerajaan, tidak berlaku sebarang bentuk-bentuk yang boleh mengganggu gugat perjanjian sesebuah syarikat dan sebagainya. Jadi, ini satu perkara yang sangat penting untuk kita ambil tindakan. Sebab itu, PH Johor mengambil peranan di sini, kita merasakan bahawa penting untuk kita berikan tumpuan untuk pembangunan negeri Johor. Kita tak fikirkan politicking, kita tak fikirkan tentang seperti mana yang berlaku di Melaka, kita tak nak macam itu. Biar terus sampai ke akhir. Insya-Allah, dan ini kita harapkan kepada semua, sebab rakyat memerhatikan orang politik pada hari ini. Kalau ikutkan keyakinan masyarakat
kepada orang politik, di antara senarai petugas-petugas ataupun penjawat-penjawat awam, orang politik ini paling rendah dipercayai oleh orang ramai hari ini. Sehingga ada yang kata, yang menyatakan bahawa kalau orang yang mencuri duit, orang yang mencuri harta benda kamu, dia mencuri untuk seseorang tetapi orang politik ini mencuri masa depan kamu, masa depan rakyat dengan janji, dengan itu, dengan ini tetapi yang berkeuntungan adalah orang politik. Sebab itu dasar dalam masa kami sebagai kerajaan antara dasar yang kami tolak, kami berhentikan adalah dasar KMK, Kuota Menegak Kerajaan tentang perumahan. Sebab apa kita tahu walaupun kita ini orang politik tetapi kita tidak mahu mengambil kesempatan sebagai seorang politik, mengambil kesempatan itu untuk kepentingan kita sendiri. Kami pun politik, tapi kami tak nak ambil kedudukan itu. Ini benda yang kita nak buat untuk rakyat.
Sebab itulah Yang Berhormat Tuan Speaker, perkara yang kedua yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat,saya menyatakan benda ini, saya ulas balik supaya kita dapat bersama-sama menjaga kepentingan kita. Iaitu keadaan ekonomi peringkat antara bangsa tadi selain pertama tadi tentang kestabilan politik. Perkara yang kedua adalah pemimpin kerajaan yang berintegriti dan beramanah. Kalau kita yang duduk di dalam Dewan ini, kita duduk di depan, kaki tangan kerajaan semua berada di belakang kita, kita yang menentukan dasar kerajaan, kita yang menentukan corak kerajaan, kita yang menentukan segala-galanya bagi sebuah kerajaan, tiba-tiba kita tidak berintegriti, tiba-tiba kita yang tidak beramanah. Saya dapat surat ini, surat yang maklum dah tiga hari tak masuk, tengok-tengok ada surat, saya buka. Surat yang ditulis, Jemputan Majlis Pelancaran Pelan Anti Rasuah Kerajaan Johor. Cuba kita tengok tuan-tuan dan puan-puan, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, 2017 Transparency International Malaysia menyatakan bahawa kedudukan Malaysia pada 2017 pada kedudukan 51 daripada 180 negara. Pada tahun 2018, naik satu tingkat, 62 dan pada tahun 2019 dia jadi lebih baik kepada kedudukan 51. Bila masuk tahun 2020, lonjak balik 2,000, jadi pada tangga 57. Masyarakat dunia melihat tentang korupsi negara kita, mereka melihat tentang perkara-perkara ini. Sebab itu pelabur-pelabur takut nak masuk. Apa yang dibimbangkan? Kalau tadi saya sebut, Parit Yaani sebut tadi tentang, Parit Yaani tak boleh masuk Dewan kerana COVID dianggap ataupun diragui ada COVID, dah tak boleh masuk dah, tiga hari tak boleh masuk. Kenapa kita orang Islam, sebahagian besar pentadbir, kaki tangan kerajaan, sebahagian besar yang memimpin negara, orang Islam. Saya nak bacakan satu ayat yang dinyatakan oleh Allah di dalam Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayat 88, yang bermaksud “Dan janganlah sebahagian dari kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak mengambil sebahagian harta orang lain dengan jalan bebuat dosa padahal kamu mengetahui salahnya”.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kita sebagai orang yang menjaga kepentingan negeri dan rakyat kita yang menguruskan, kita yang membuat dasar, kita yang menentukan. Kerana politik inilah yang menentukan warna kasut anak ke sekolah. Orang politiklah yang menentukan harga barang dan sebagainya. Kita yang menentukan. Dan, apabila kita duduk di situ janganlah kita mengambil kesempatan, belum apa-apa lagi, projek belum jalan lagi baru buka sahaja dan macam-macam urusan yang melibatkan rasuah, orang politik terlibat. Orang yang menguruskan terlibat, saya bimbang sebagaimana amaran yang dijanjikan oleh Allah SWT tadi, ya. Minta sumbangan sebelum, selepas. Ada yang menerima sogokan, macam-macamlah, kerja belum ada lagi. Apa yang dikatakan dan dimaksudkan oleh para ulama ‘makan harta’ bermaksud mendapat harta dengan menyalahgunakan kuasa, menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat keuntungan, dengan melakukan perbuatan rasuah, menipu, pecah amanah dan sebagainya. Saya peringatkan pada diri saya sebab kita pernah duduk di sebelah sana sebagai kerajaan, dan kerajaan dulu pun dah pernah duduk sebagai pembangkang dan hari ini jadi kerajaan balik. Tak apalah, tapi saya peringatkan, kita ada masa, masa untuk kita menilai diri kita seorang-seorang. Betul tidak betul kita buat. Kalau hati kecil kita menyatakan buat yang tak betul itu kita rasa tak apalah, kena muhasabah betul-betullah ya supaya kita termasuk di kalangan orang yang bertaubat, sepertimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “Allah melaknat orang yang memberi
dan menerima rasuah, serta orang yang memberi jalan kepada kedua-dua ini, iaitu beri ataupun terima”. Allah melaknat.
Yang ketiga perkara yang boleh kita ingatkan kepada pihak kerajaan iaitu birokrasi. Permudahkan urusan dan pendekatan tempoh kelulusan supaya halangan-halangan, ya halangan-halangan ataupun tol pelaburan secara telus ini patutnya dapat dilakukan dengan baik di semua peringkat. Kita lihat bagaimana ya, bagaimana Indonesia pada hari ni. Kelapa sawit boleh jadi gula. Dan pengeluar utama kelapa sawit sekarang bukan lagi Malaysia, di Indonesia. Jadi, sebab itulah saya mencadangkan supaya birokrasi sesuatu program, projek kerajaan, permohonan daripada mana-mana pihak untuk buka perniagaan ataupun kilang dan sebagainya kita kena percepat, kena buat yang terbaik untuk kemudahan dan memberi peluang kepada rakyat untuk bekerja. Dan saya, Parit Yaani mencadangkan supaya kalau ada pun bentuk-bentuk industri yang hendak masuk ini, kita ambillah industri yang melibatkan tenaga mahir ataupun separa mahir, sebab itu memberikan keuntungan kepada pekerja-pekerja kita, nilai tambah dengan ilmu yang ada.
Yang keempat, Parit Yaani mencadangkan supaya infrastruktur, supaya pelabur-pelabur daripada luar boleh bersama memberikan sokongan melabur di negeri kita. Infrastrukturnya, sebab kalau kita lihat sebagai contoh, ada beberapa tempat yang waktu kami dahulu di sebelah sana, kita pergi tengok yang katanya hendak buat itu, hendak buat ini, tapi infrastrukturnya masih belum lagi cukup. Jadi, saya mengharapkan infrastruktur ini boleh dimajukan, di lengkap jadi pelabur-pelabur yang datang tadi akan datang lebih mudah untuk melabur di negara kita, di negeri Johor ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Parit Yaani ingin mendapatkan data terkini tentang beberapa perkara yang melibatkan tentang pekerjaan dan kilang. Yang pertama, berapa buah industri besar dan sederhana yang telah memberhentikan operasinya dan tutup di sebabkan pandemik COVID-19? Saya dimaklumkan, Parit Yaani dimaklumkan khususnya di sebelah Pasir Gudang, beberapa industri kilang di tutup. Bila kilang ini di tutup, tentu melibatkan rakyat yang bekerja, rakyat yang bekerja ini ada tanggungan lain. Ada anak, ada isteri, ada keluarga, ada pinjaman rumah, pinjaman kenderaan dan sebagainya. Ini menambahkan seperti mana yang saya sebut tadi tentang masalah emosi rakyat apabila berlakunya pandemik COVID-19 ini.
Yang kedua, berapa ramai pekerja tempatan yang kehilangan pekerjaan disebabkan oleh penutupan dan pengecilan operasi? Kilang-kilang yang berkenaan, hendak tahu. Supaya data itu dengan peruntukkan yang ada kita beri kepada sasaran yang betul, jangan kita peruntukkan tetapi peruntukan itu tidak beri kepada sasaran yang tepat. Ini kita tidak nak, kita dah peruntukkan bajet yang agak besar, maka peruntukkan sampai ini kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Lihat kepada para 41, semangat pendemokrasian. Parit Yaani ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas peruntukkan kepada semua Wakil Rakyat sejumlah RM200,000.00. Alhamdulillah, Parit Yaani ada pengalaman dahulu jadi pembangkang duduk belah sini, Penggal 13 kita minta dulu, dia kata kalau hendak dapat boleh tapi menyeberang sana, tak apalah kita duduk sini.
Akhirnya, kita duduk belah sana kita bagi orang yang duduk belah sini. Nampaknya kali ini kita duduk belah sini balik, dia bagi lagi banyaklah, insya-Allah tak apa kalau kita duduk belah sana pun kita akan bagi, kita tambah lagi pula. (Dewan ketawa.) Jangan tak percaya, jangan tak percaya ya. Ini kita bercakap di dalam Dewan yang mulia. Sebab itu pada saya, dulu pun saya bercakap begitu dan kita yakin kebenaran akan berada di tempatnya. Kebaikan akan berada di tempatnya. Walaupun kalah tak apa tak ada masalah. Bukan kalah menang itu sentiasa berada di satu pihak. Kita kena faham di situ. Bekalan, cuma yang Parit Yaani ingin bertanyakan tentang jumlah yang RM200,000.00 sebenarnya kalau untuk bekalan dan juga pengurusan rasanya sangat baik, tetapi kalau untuk buat projek
kerja-kerja kecil saya rasa, Parit Yaani merasakan ianya sangat terhad, sangat terhad untuk kita dapat laksanakan, jadi kena faham tentang itu.
Berdasarkan kepada satu lagi Parit Yaani mencadangkan kepada pihak kerajaan sekiranya hendak berikan bantuan ini, peruntukkan boleh berdasarkan kepada jumlah pengundi. Itu adalah lebih baik sebagai contoh Parit Yaani ada 25,000 pengundi tambah dengan pengundi baru 18 tahun ke atas yang pertama kali mengundi lebih kurang 13,000. Kalau campurkan ada lebih kurang 35,000 ataupun 38,000 lebih kurang dekat 40,000. Tetapi kawasan-kawasan yang berada di bandar seperti Kota Iskandar, Skudai bandar-bandarlah penambahannya daripada 60,000 tambah 30,000 tambah 40,000 lagi masya-Allah. Bayangkan kalau beri sekadar yang sama dengan kami ini kami pun kesian juga sebab ramai di kalangan kita yang Wakil Rakyat yang duduk dalam kawasan bandar yang pengundinya terlalu ramai. Itu pengundi, penduduk? Lagi ramai. Jadi, saya mengharapkan cadangan supaya bantuan ini boleh berdasarkan kepada jumlah penduduk, eh, jumlah pengundi untuk dapatkan yang Wakil Rakyat kita lebih, lebih selesa untuk membantu rakyat.
Para 45, berkenaan dengan usul JTPD, Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah, permintaan kami walaupun telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kami ucapkan terima kasih. Tetapi kami mohon supaya pertama, kami boleh hadir dengan jemputan bukannya dengan permintaan. Kami boleh jadi pemerhati tak apa tetapi kami kena hadir setiap kali ada mesyuarat yang berkenaan. Yang kedua, kami boleh berikan pandangan, idea sebab itu kepentingan kepada rakyat juga. Kami bawa pandangan, idea itu untuk kepentingan rakyat, bukan untuk kepentingan peribadi kami. Yang ketiga, boleh buat laporan DUN masing-masing. Kita buatkan laporan kita ya, walaupun kita tidak dibenarkan mengundi, tak apa tak ada masalah. Dan, ini juga permintaan kami daripada dahulu, ya daripada dahulu. Dan kalau ini boleh dibuat ianya merupakan satu tindakan yang sangat positif daripada pihak kerajaan bangsa Johor memang berbeza daripada negeri-negeri lain. Ini benda yang amat baik pada kita. Kita kena mulakan, one step ahead dari negeri lain sepatutnya. Ini yang patut kita kena, boleh dilaksanakan.
Mempergiatkan Jaminan Bekalan Makanan Johor, para 49. Saya ingin menarik perhatian kepada Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Tuan Speaker. Inisiatif pertama program pusat pengumpulan pemprosesan dan pembungkusan melibatkan Johor Biotech dan syarikat peneraju. Ini satu benda yang kita lihat sangat baik sekiranya dapat dilaksanakan dengan betul dan betul-betul berfokus kepada hasil petani di kampung-kampung. Waktu pandemik yang ketat hari tu, berapa ramai petani yang menanam pisang terpaksa tengok sahaja pokok pisang, yang masak di atas pokok. Tak boleh di pasarkan, terpaksa membiarkan beratus-ratus, berpuluh-puluh tan nanas di tepi jalan tak boleh nak jual, sebab apa? Sebab suasana pada waktu itu. Walaupun kita mungkin ada pertanian-pertanian MARDI apa sebagainya itulah, FAMA dan sebagainya tetapi kita tak boleh hendak buat, pengurusannya tak ada. Dan saya mengharapkan dengan pembentukan yang dipanggil program pusat pengumpulan pemprosesan dan pembungkusan ini, betul-betul membantu petani di kampung-kampung bukan memberikan peluang kepada konglomerat semakin terus kaya-raya, saya tak hendak macam itu. Kita kena tolong rakyat yang berada di kampung-kampung untuk meningkatkan pendapatan mereka, ini yang penting. Sebab apa, sebab kita sedia maklum bahawa apabila dipanggil syarikat peneraju, ia tentu ada kemampuan untuk program-program yang berkenaan. Untuk dapatkan pengumpulannya, proses, bungkus dan kita pastikan benda itu boleh dieksport ke luar negara.
Ini perkara yang amat penting kepada pendapatan dan kita sedia maklum antara pendapatan negeri Johor antara yang terbaik dalam masa pandemik ini adalah pertanian, hasil pertanian dan kita boleh pertingkatkan. Cuma, apa yang kita dapat laporan daripada rakyat, kampung-kampung tentang pertanian ini, harga baja dengan harga racun sangat tinggi. Melampau-lampau tingginya, berganda-ganda naiknya, bagaimana dari segi kawalan? Apa tindakan kerajaan? Membiarkan harganya naik begitu rupa. Saya mengharapkan, Parit Yaani mengharapkan bahawa kalau katakan memang tak boleh kawal dari segi sudut ini, kena fikirkan tentang subsidi baja dan juga racun kepada pihak yang
petani-petani kampung ini, petani-petani kecil ini. Supaya, dah lah mereka bukannya ada sampai 100, 200 ekar, 50 ekar pun tak ada, di kampung-kampung kadang-kadang adalah 2,3 ekar. Kalau bajanya mahal, racunnya mahal, hasilnya seberapa mereka dapat. Jadi perkara ni saya mengharapkan pihak yang berkaitan, Jabatan Pertanian dan yang seumpamanya dapat membantu. Dan saya ingin bertanya, ingin penjelasan daripada EXCO yang berkaitan, adakah Jabatan Pertanian mempunyai rekod jumlah petani mengikut daerah supaya memudahkan urusan bantuan dan pengumpulan hasil dapat diselenggarakan dengan kemas dan lancar. Ada rekod? Kalau dapat rekod, dapat tahu ikut daerah, itu adalah yang terbaik untuk membantu rakyat.
Para 51, inisiatif ketiga pengeluaran produk tenusu. Saya nak mengingatkan kepada kerajaan kita pernah ada pengalaman di peringkat nasional. Kerajaan Malaysia memperuntukkan RM250 juta untuk NFC. Antara ladangnya berada di Labis. Kalau kita pergi tengok Labis apa jadi? NFC. Akhirnya bebas begitu sahaja. Beri pada kroni yang tak ada pengalaman. Saya nak mengingatkan kepada pihak kerajaan. Pertama sekali, ada tak rekod sama ada Bumiputera ataupun bukan Bumiputera yang terlibat dalam bidang tenusu ini? Saya ada rekod dia. Dan kalau boleh, mereka yang ada pengalaman ini yang kita bantu. Mereka yang ada pengalaman ini yang kita pertingkatkan pengeluarannya, bukan sekadar meningkatkan susunya tetapi produk susu tadi boleh dipelbagaikan. Kalau kata tadi kelapa sawit di Indonesia daripada buah, biji kelapa sawit boleh jadi gula. Kita biji kelapa sawit buat sabun. Ini makin maju kajian-kajian dan Parit Yaani mengharapkan bahawa senarai pengusaha-pengusaha ternak tenusu di Johor ini sama ada Bumiputera atau bukan Bumiputera dan apakah bentuk-bentuk bantuan sebelum ini yang telah diberikan kepada mereka untuk memastikan penternak tenusu ini boleh bersaing kerana kita tahu ini juga antara produk yang besar hasilnya untuk negeri.
Para 52, untuk meningkatkan pengeluaran agro makanan di Johor seluas 12,461 hektar disediakan. Kami di peringkat PH dalam perbincangan dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kita cadangkan ada 18,000 ekar, ni lebih besar rasanya, 12,000 hektar. Alhamdulillah walaupun dia terbuka di banyak daerah, perkara yang pertama yang Parit Yaani ingin penjelasan daripada kerajaan bahawa jenis perjanjian dengan orang yang, ataupun syarikat ataupun individu yang akan dapat tawaran ini, jenis perjanjian. Kalau perjanjian tadi untuk tanam durian, dia tanam durianlah, kalau perjanjian tadi untuk tanam nanas, tanam nanaslah, jangan ada yang bila dah diberikan perjanjian dengan keluasan yang agak baik, agak besar 100 ekar ke 200 ekar, tiba-tiba janji nak tanam A dia pergi tanam kelapa sawit. Ini maklumat yang kita ada, bukan kita tak ada. Dan ada yang dulunya tidak mengikut perjanjian dalam surat perjanjian terima projek ini, apakah langkah kerajaan dah ambil kepada mereka ini? Yang dululah, yang dulu-dulu, ya sebab kita mengharapkan mereka yang betul-betul menerima tanah kerajaan yang ada ini, mereka menggunakan untuk kepentingan kerajaan, untuk pengeluaran makanan yang boleh mengurangkan eksport daripada luar negara.
Parit Yaani ingin supaya dapat diperjelaskan jenis-jenis tanaman yang nak ditanam dan pastikan yang menguruskan ini adalah pemberian ataupun anugerah kepada mereka yang betul-betul berkelayakan, bukan kerana kedudukan, bukan kerana apa-apa ya sebab kita sedia maklum bahawa bila pengurusan tentang bentuk-bentuk begini sangat, sangat dekat dengan urusan-urusan yang saya sebut awal tadi iaitu rasuah.
Yang Berhormat Tuan Speaker, tentang kerang-kerangan. Saya, Parit Yaani ada maklumat sedikit tentang satu program yang dibuat oleh seorang petani yang berjaya di negeri Johor. Kita tak pernah dengar ikan kelah dalam sungai di negeri Johor. Selalunya ikan kelah ni kita jumpa di Kelantan, di hulu Kelantan, di hulu Sungai Terengganu, di Sabah, di Sarawak, Johor tak ada. Tapi saya terkejut bila ada satu pengusaha di negeri Johor buat usaha ternak ikan kelah. Ini satu kejayaan dan dia bukan orang lain, orang lain, pengusaha Melayu. Saya mengharapkan pengusaha ini dapat dibantu oleh pihak jabatan yang berkaitan supaya boleh dimajukan terus. Saya tengok kalau seekor tu sekilo harga 3, 400. Bayangkan kalau boleh ya petani-petani kecil kita dengan bantuan kepakaran syarikat ini
maka makin ramai pengeluar-pengeluar berkaitan dengan ternakan kelah ini boleh dimajukan dan Johor menjadi pengeluar utama kelah walaupun dipanggil kelah yang dibela dalam kolam, tetapi ia tidak banyak bezanya sebab dia ada kelah yang kelah kelabu dan kelah merah. Kelah merah ni yang paling mahal. Jadi ini tuan-tuan, Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mengharapkan pihak yang berkaitan dapat melihat tentang pentingnya yang dikatakan agro makanan dalam negara kita, dalam negeri Johor ini dan perlu kita berikan bantuan yang sewajarnya kepada mereka.
Para 56, Pelan Induk Digital Johor, Memperluaskan Pendigitalan Johor. Yang Berhormat rakan-rakan dalam Dewan yang mulia ini. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada EXCO yang berkaitan tentang pendidikan, P&P dalam bentuk PdPR. Saya difahamkan ada bantuan yang diberikan di peringkat federal katanya nak berikan berapa ribu apa ni peranti dan Johor juga nak berikan peranti. Saya mengharapkan peranti-peranti yang diberi ini, beri kepada mereka yang memang boleh guna. Sebab masalah kita adalah masalah capaian Internet. Di kawasan Parit Yaani memang ada beberapa tempat tidak ada capaian. Pelajar-pelajar yang ada barang dia tetapi tak boleh nak guna sebab capaian internet. Jadi sebab itulah kalau kita melihat di sini saya inginkan penjelasan daripada pihak yang berkaitan daerah mana yang paling ramai ataupun paling tinggi kehadiran murid dalam PdPR dan daerah mana yang paling rendah, PdPR nya paling rendah disebabkan oleh masalah capaian Internet.
Saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak yang berkaitan tentang pencapaian ataupun capaian Internet PdPR ini yang tak dapat ni apa resolusinya atau solusi untuk mengatasi masalah PdPR yang tak dapat, yang tak berjaya kepada murid-murid. Baru sekarang kita tahu 2020, 2021 dah tahun kedua murid tak pergi ke sekolah, ada yang dua minggu lepaslah barulah ramai-ramai pergi ke kedai gunting, masing-masing dah rambut dah macam bukan budak sekolah sebab tak pergi sekolah, rambutnya panjang dan kita dapat lihat kesungguhan murid-murid nak pergi ke sekolah semula. Cuma hari ini kita difahamkan ada beberapa sekolah pula ditutup balik kerana COVID-19 yang berada di dalam sekolah. Ini ni semua perkara yang kita sebagai pemimpin politik, pemimpin sama ada di peringkat kerajaan ataupun kami di peringkat sini, kami memikirkan tentang masalah rakyat yang perlu kita bantu bersama dan penjelasan daripada sini juga saya mengharapkan bahawa apa yang dihasratkan oleh kerajaan, rakyat digital dapat dicapai melalui infrastruktur yang ada di seluruh negara. Kadang-kadang kita dekat kawasan bandar pun ada yang tak ada, di tempat-tempat tertentu. Jadi ini perkara-perkara yang sewajarnya kita kena lihat dan kena betul-betul memberikan perhatian ya, capaian Internet ini kalau kita nak bangunkan nak buat apa pun, cadangan daripada mana-mana pihak, fikirkan tentang kepentingan rakyat, bukan kepentingan pihak-pihak tertentu yang kadang-kadang buat projek separuh jalan.
Para 67, 3,000 kit ujian kendiri kepada setiap ADUN. Terima kasih kepada pihak kerajaan yang menyediakan kemudahan ini. Cuma pada saya, Parit Yaani sepertimana yang saya sebut di awal tadi, kalau dikatakan di Kota Iskandar, di Skudai di sebelah bandar ini, penduduknya, pengundinya lebih ramai, maka dengan bilangan 3,000 ini sangat terhad kepada mereka. Tetapi bagi kami sekitar 20,000, 25,000 pengundi, penduduknya mungkin dalam 50,000, 60,000 kami masih boleh rasanya alhamdulillah, tak ada masalah. Jadi dalam hal ini, Parit Yaani mencadangkan kit pemberian, pemberian kit kendiri ini diagihkan kepada ADUN dalam kadar 10%, 10% pengundi. Jadi kalau 10% pengundi munasabahlah, kalau pengundinya ada 60,000, dia boleh dapat 6,000. Kalau pengundinya 50,000, dia boleh dapat 5,000. Jadi ini yang antara perkara yang Parit Yaani cadangkan supaya Wakil-Wakil Rakyat boleh berkhidmat dan rakyat dapat melihat bahawa kesungguhan kita orang politik bukan untuk kepentingan kita, tetapi kita dilahirkan sebagai orang politik untuk menjaga kepentingan negeri, untuk menjaga kepentingan rakyat dan juga untuk menjaga kepentingan yang lebih utama ya, iaitu Allah SWT.
Satu minit lagi Yang Berhormat.
Ya.
Satu minit lagi.
Satu minit lagi? Banyak lagi ni sebab tiga hari tak datang. Tadi ada apa ni ...
Boleh YB, teruskan. (Dewan ketawa).
Speaker masih ada kat atas lagi...
Terima kasih Rengit.
Minta maaf Tuan Speaker.
Terima kasih Rengit, Rengit cadang supaya 1 jam, tak apalah saya lebih patuh kepada Speakerlah, dia duduk ataskan. Kita duduk bawah.
Ok. Akhir sekalilah Para 72 ya, para 72 iaitu Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle. Ini benda yang baik. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan Malaysia yang menjemput sekali kerajaan Johor untuk terlibat dalam perbincangan. Kenapa saya kata terbaik? Kerana kita kena melihat Johor ini ada kelebihan banyak, banyak kelebihannya. Antara yang paling jelas kepada negeri-negeri lain, Johor ada yang dipanggil KPJ, Kumpulan Perubatan Johor, kita menjelajah hampir keseluruhan negeri-negeri dalam Malaysia ini, kita boleh jadi hab kesihatan, kita boleh tunjukkan kehebatan, kepakaran kita yang ada dalam KPJ. Ini satu daripada pelaburan.
Yang kedua, Johor juga kita boleh jadikan hab pendidikan kesihatan, KPJ UC yang masa kami sebagai kerajaan, kami mencadangkan untuk KPJU, KP, KP macam Indonesia pulak. KPJ UC (Dewan ketawa), minta maaf pak ya, KPJ UC untuk dinaikkan taraf kepada Universiti Johor sebab apa? Sebab kita ada dah kepakaran di situ dan kita boleh menjadikan hab pendidikan berkaitan dengan kesihatan untuk zon asia ini. Ini antara perkara yang saya mengharapkanlah ya dan insya-Allah dengan adanya yang dipanggil IMT (Indonesia-Malaysia-Thailand) ini, kita boleh pergunakan ataupun kita boleh majukan hub-hub tertentu untuk negeri kita. Dan akhir sekali hab berkaitan dengan halal hab makanan. Mungkin saya balik semula ke belakang, yang mana kita sedia maklum bahawa halal hab makanan di seluruh dunia, orang ataupun diperlukan lebih daripada USD5 trilion, dia punya pengeluaran makanan. Jadi, andai kata Johor boleh terlibat dengan lebih baik dalam hab makanan halal ini dan kita ada hab makanan di bawah Majlis Agama Islam dahulu, bila saya duduk situ saya ada terlibat di situ dan kita juga ada yang dipanggil, yang menentukan halal haram ini, makmal halal haram di bawah Majlis Agama Islam patutnya dipertingkatkan untuk menjadikan Johor sebagai hab halal Malaysia dan menjadi satu daripada perkara yang penting sebagai pelaburan dan juga sebagai barang-barang eksport pendapatan negara ataupun pendapatan negeri Johor.
Sekian, terima kasih, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Parit Yaani, begitu bersemangat sekali. Lepas ini boleh cuti lagi tiga hari masuk Dewan. Seterusnya, saya persilakan Machap, jemput Machap.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh, salam sejahtera dan Salam Makmur Johor. Pertamanya, Machap ingin merakamkan rasa berbanyak terima kasih kerana diberi peluang
untuk terlibat sama dalam perbahasan, membahaskan Belanjawan Johor 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada Khamis, 18 November yang lalu.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terlebih dahulu patik ingin merafak sembah dan ucap selamat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Yang Dipertuan Negeri dan Jajahan Takluk Johor sempena Hari Keputeraan Tuanku pada 22 November yang lalu. Patik berdoa semoga Duli Yang Maha Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa dalam limpahan rahmat dan lindungan Allah SWT jua.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Machap mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan pasukannya kerana telah memikirkan, merancang dan membentangkan belanjawan terbaik pada saat sumber pendapatan negeri agak terjejas dengan kekurangan sumber pendapatan percukaian, kilang-kilang tidak dapat beroperasi, premis perniagaan, kedai-kedai terpaksa ditutup, pekerja dicutikan, ada yang diberhentikan kerja, sektor pelancongan hampir terhenti seakan lumpuh dan sebagainya ekoran COVID-19. (Dewan bertepuk.)
Dalam keadaan serba kekurangan ini, belanjawan dibentangkan tetap mengambil kira kelangsungan hidup rakyat Johor yang terjejas akibat COVID-19. Dengan kebajikan rakyat tetap menjadi agenda utama melalui pemberian bantuan tunai, bantuan sara hidup, bantuan pendidikan persekolahan bermula dari sekolah tadika hinggalah ke peringkat universiti. Bantuan perubatan pada yang sakit, bantuan kepada golongan muda, golongan tua, pemberian pakej rangsangan kepada peniaga dan pengusaha dan pelbagai lagi bantuan yang diberikan. Justeru, kita kena menerima hakikat Belanjawan Johor 2022 adalah belanjawan defisit. Dengan sebanyak RM286.47 juta, dengan unjuran hasil negeri sebanyak seribu enam ratus tujuh puluh satu juta lima puluh empat ringgit berbanding unjuran perbelanjaan sebanyak RM1,958.01 juta. Secara keseluruhannya, Belanjawan Johor 2022 dibentangkan mampu membawa Johor keluar daripada pandemik COVID-19 yang berpanjangan sekali gus berupaya memulihkan semua sektor ekonomi bagi memberikan kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat. Insya-Allah, sekiranya semua inisiatif dan insentif yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat dilaksanakan seperti yang dirancangkan, saya yakin impaknya mula membuahkan hasil pada suku kedua tahun hadapan.
Machap juga ingin mengucapkan tahniah kerana setakat suku ketiga tahun 2021, sebanyak 141 inisiatif yang terkandung dalam Belanjawan 2021 dengan jumlah peruntukan RM850 juta secara purata telah mencapai tahap KPI sebanyak 85.1%. Ini memperlihatkan, apa yang dirancang telah diusahakan dengan sebaik mungkin bagi mencapai apa yang disasarkan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Machap mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas peruntukan pada tahun 2021, bantuan COVID sebanyak RM150,000.00 untuk membantu mereka yang terkesan teruk dengan COVID-19. Sepanjang COVID-19 yang berlaku, di kawasan Machap, Simpang Renggam ada individu yang menelefon secara langsung untuk meminta bantuan, ada yang minta kita hantar ke rumah mereka untuk diberikan bantuan, ada juga bantuan yang kita salurkan melalui orang-orang tertentu untuk disampaikan kepada mereka yang sewajarnya kita fikirkan untuk diberikan bantuan.
Sepanjang pemerhatian Machap, penduduk di taman agak terkesan dengan COVID-19, ramai merintih, menangis, sedih, hiba lantaran COVID menyekat mereka mencari rezeki terutamanya yang bekerja dengan gaji dibayar mengikut harian. Buruh binaan, pemandu lori, peniaga kecil-kecilan, peniaga makanan, pekerja pembersihan di sekolah, pekerja berkaitan sektor pembinaan dan sebagainya. Mereka ini sebahagiannya di taman, menyewa rumah, mereka terpaksa membayar sewa rumah, terpaksa menanggung
keperluan makan minum keluarga, ada anak kecil yang memerlukan susu dan pampers dan banyak lagi perbelanjaan yang mereka perlu ada untuk menghadapi kehidupan semasa dalam COVID ini. Sementara yang ada kenderaan terpaksa mengangguh pembayaran dan Machap melihat suasana di kampung agak berbeza. Kalau di taman begitu terkesan tapi di kampung agak berbeza sebab di kampung ini sebahagiannya ada memiliki kebun walaupun keluasannya itu tidak luas, walaupun keluasan tidak luas tetapi hasil sawit, hasil panen sawit tersebut, walaupun ada dua ekar atau tiga ekar, dengan pendapatan pada masa itu harga sawit RM800.00 hingga RM950.00 satu tan, dengan hasil ini mampu untuk menyara, membantu penduduk kampung terutamanya dalam menghadapi COVID yang berlaku pada masa itu. Sebab itu, bantuan yang kita beri kepada penduduk masa COVID, penduduk kampung agak kurang terjejas berbanding dengan penduduk di taman-taman.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam belanjawan kali ini juga memperlihatkan kepada kita tentang kematangan politik, semangat pendemokrasian politik dengan pemberian peruntukan setiap Ahli Dewan Undangan Negeri sebanyak RM200,000.00 setahun ditambah dengan RM50,000.00 untuk meraikan perayaan-perayaan terbesar. Semasa BN kalah dalam pilihan raya yang lalu, Machap ada bercakaplah dengan YB Parit Yaani, YB pertimbangkanlah kalau-kalau dapat dipertambahkan lagi sebab kita jadi YB Pembangkang dapat RM50,000.00 tetapi tidak ada reaksi pada masa itu dan kita akurlah, kita akur, kita jadi pembangkang terima RM50,000.00. Kita bersyukur dapat jugalah, sebab sebelum ini tak pernah jadi pembangkang, bila jadi pembangkang dengan tidak ada apa peruntukan memang cukup terseksa, diberi RM50,000.00 kita bersyukur, diberi satu pejabat untuk Ketua Pembangkang pada masa itu, kita terimalah apa pemberian itu. Dengan rasa syukur inilah agaknya Allah tambah nikmat kepada pembangkang, akhirnya 22 bulan kita jadi kerajaan (Dewan bertepuk). Berdasarkan seksa dan peritnya jadi pembangkang ini agaknya, Menteri Besar sekarang ini terbuka hati dia.
Kena jadi pembangkang lagi Yang Berhormat kalau macam itu. (Dewan ketawa).
Dia tambah, dia beri peruntukan RM150,000.00, RM200,00.00 kepada pembangkang.
Jadi pembangkang kena bersyukurlah, Alhamdulillah. Mudah-mudahan dengan syukurnya pembangkang, pada PRU yang ke-15, kita menang lagi, kita tambah lagi untuk pembangkang yang akan datang, insya-Allah. (Dewan ketawa.)
Kalau dah jadi kerajaan lupa Yang Berhormat.
Insya-Allah. Jadi, Tuan Speaker, Machap melihat nada ucapan daripada Ketua Pembangkang menunjukkan rasa berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan peruntukan-peruntukan yang diberi dan juga melihat tajuk ucapan YB daripada Parit Yaani yang memberikan cadangan-cadangan yang harus dilakukan oleh kerajaan dan ini memperlihatkan hubungan pembangkang dengan kerajaan itu nampak baik supaya dengan cadangan-cadangan yang diberi, pihak kerajaan dapat mempertimbangkan untuk menambah baik idea ini, kita terima untuk menambah baik, mudah-mudahan, yang pentingnya cadangan itu mampu untuk membawa Johor kepada sebuah negeri yang lebih makmur dan untuk kesejahteraan rakyat negeri Johor.
Dan kita juga kena sedia menerima hakikat untuk kebaikan rakyat suatu masa nanti kita kena terima sistem dua parti. Kalau parti A yang berkhidmat tidak baik, pilihan raya akan datang kita tolak, kita pilih parti B, parti B memerintah. Kalau parti B tidak baik pilihan raya akan datang, kita pilih parti A, yang pentingnya kedua-dua parti ini berlumba-lumba untuk menunjukkan prestasi yang terbaik, berkhidmat kepada rakyat supaya rakyat ada pilihan parti untuk memperjuangkan kehidupan mereka pada masa akan datang, mana parti yang lebih baik dan ini kita kena bersedia untuk kepentingan generasi bangsa kita pada masa akan datang.
Yang Berhormat Tuan Speaker, memang diakui COVID-19 yang melanda negara kita, kebanyakan aktiviti dalam kehidupan dan tugas seharian perlu dilakukan secara dalam talian terutamanya dalam aktiviti perniagaan bagi membolehkan membangunkan sosio ekonomi rakyat. Kekangannya ialah kita masih mengalami kualiti rangkaian dan kemudahan digital yang terhad. Sebilangan besar perniagaan di bandar mendapat akses yang baik, sementara di luar bandar masih bergelut untuk mempunyai sambungan internet yang stabil. Kerajaan perlu melaksanakan peningkatan akses jalur lebar yang lebih berdaya tinggi kerana ia adalah formula penting kepada perubahan ekonomi tradisi kepada digital yang pantas.
Keperluan kemudahan Internet di kampung-kampung sekarang ini seolah-olah sudah menjadi satu kemestian dengan saudara-mara, rakan taulan, urusan perniagaan mendapatkan maklumat dan sebagainya. Kalau di kampung kita sukar untuk mendapatkan kemudahan internet, tentunya di kampung itu akan ketinggalan dari segi pembangunan. Banyak gesaan dibuat bagi dibina lebih banyak menara telekomunikasi bagi membantu kawasan kampung mendapat capaian talian Internet yang laju. Syarikat telekomunikasi seperti Telekom, Celcom, Maxis, U-Mobile dan sebagainya, haruslah berlumba-lumba membantu masyarakat kampung untuk mendapat kemudahan talian akses yang lebih tinggi. Diharapkan Projek JENDELA yang melibatkan peruntukan sebanyak RM700 juta dengan perkhidmatan 5G akan dapat diperluaskan bagi bantu lebih ramai rakyat Johor memproses akses Internet dan maklumat.
Yang Berhormat Tuan Speaker, cadangan membangunkan pengurusan sisa pepejal yang lestari dah berteknologi tinggi berkonsepkan waste to energy. Pengurusan sisa pepejal ini adalah suatu proses yang rumit dan kritikal untuk memastikan sampah atau sisa pepejal dibuang, ia memerlukan satu ruang kawasan bagi tapak kawasan pembuangan yang luas. Kawasan pembuangan tersebut akan menyebabkan bau busuk dan air leachate atau air larut resap berlaku. Pengalaman Machap tentang ladang CEP tapak buang sampah di kawasan Simpang Renggam begitu menyebalkan di mana air leachate yang berlaku ekoran daripada hujan lebat masuk ke tapak loji, masuk ke loji rawatan air menyebabkan berlaku peningkatan kadar amonia dan sekali gus air akan ditutup serta merta bagi kegunaan penduduk di Simpang Renggam. Alhamdulillah, telah berpindah ke Seelong, maka Machap melihat berapa lama di Seelong ini mampu bertahan dengan semua sampah-sampah yang telah disebut oleh YB EXCO itu tadi dibuang ke situ, kemampuannya untuk menampung sampah-sampah untuk tempoh jangka masa yang lama.
Jadi, Machap melihat di sini loji rawatan thermal incinerator adalah terbaik bagi penyelesaian masalah. Membangunkan pengurusan sisa pepejal yang lestari dan berteknologi moden berkonsepkan waste to energy dapat mengurangkan jumlah sampah dengan penjanaan tenaga daripada pembakaran sisa dapat dimanfaatkan untuk menjana teknologi elektrik bagi kegunaan domestik. Johor sewajarnya menarafkan konsep ekonomi pekeliling berdasarkan strategi serampang tiga mata dengan strategi merangkumi pengurangan sisa, mengitar semula sisa yang tidak dapat dikurangkan, menjana tenaga melalui pelupusan sisa pepejal dengan menggunakan incinerator bagi mengurangkan jumlah sampah. Johor boleh mengikut model Jepun dalam penggunaan sampah menjadi tenaga dengan membina ratusan incinerator yang lebih kecil. Di mana setiap wilayah dan perbandaran, kalau kita di PBT mempunyai tanggungjawab untuk melupuskannya sendiri.
Yang Berhormat Tuan Speaker, agenda prasarana Johor, jalan raya dan jambatan. Peruntukkan RM50 juta bagi pembinaan dan menaik taraf jalan kampung. Di sini, Machap melihat keperluan jalan kampung dinaikkan diperluaskan daripada 32 meter kepada 36 meter. Sebab sekarang ini, kampung bukan sahaja menjadi laluan kepada penduduk kampung untuk bergerak ke suatu tempat tetapi juga banyak lori yang mengangkat kelapa sawit, Nanas, jagung dan sebagainya menggunakan jalan yang sama. Bila berselisih tentunya sebuah kenderaan itu terpaksa ke tepi. Dan, sekarang ini Machap melihat ada kerja-kerja membaik pulih semula jalan dan mengakibatkan ketinggian jalan tersebut, bila
satu kereta atau kenderaan ke tepi hendak naik semula ke jalan tersebut, tinggi tebing itu antara 4 inci hingga 5 inci tentunya kadangkala menyebabkan tayar kepada kenderaan itu akan bocor. Jadi, Machap minta supaya dipertimbangkan perluasan jalan ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, memandangkan satu Jawatankuasa Task Force Masyarakat India yang diwujudkan dalam Belanjawan Johor 2021 yang memfokuskan hal-hal kebajikan, keagamaan dan pendidikan serta peluang pekerjaan kepada masyarakat India. Di Machap, Machap memohon peruntukkan diberikan untuk pembinaan kuil yang tapaknya sudah diperolehi dalam tahun 2016, tetapi mereka kekurangan dana untuk membinanya. Justeru, sampai sekarang kuil yang diberikan tapak itu masih belum dibina kuil. Sebab di Machap tidak ada satu kuil pun yang di bina di DUN Machap, banyak di DUN Layang-Layang. Keperluan masyarakat India di Machap, diminta supaya satu kuil di bina di situ. Sebab keperluan membina kuil tersebut sekarang ini kuil tersebut di bina di tapak Hutan Bandar di Simpang Renggam yang kawasan itu dibangunkan untuk trek jogging, trek penjalan kaki. Bila pembangunan di buat di kawasan Hutan Bandar Simpang Renggam itu, tetapi kuil yang di bina di situ secara tidak sah telah mengganggu kerencatan pembinaan bagi kemudahan Hutan Bandar di Simpang Renggam. Justeru, memandangkan keperluan ini Machap mintalah supaya pihak kerajaan mempertimbangkan tuntutan masyarakat India di Simpang Renggam di DUN Machap untuk di bina kuil. Seterusnya, berkaitan dengan isu geran tanah di Kampung Bukit Batu, Machap. Kadang-kala bila orang sebut Kampung Bukit Batu fikiran mereka fokus kepada Bukit Batu di Kulai. Sebenarnya, di Machap juga ada kawasan Bukit Batu
Kawasan saya jugalah cikgu.
Ada Kampung Bukit Batu, Machap. Jadi, kampung ini telah diberikan geran lebih kepada pemberian tanah lot iaitu sekitar tahun 2016, sudah dapat geran tetapi batu sempadannya masih belum dipasang untuk menunjukkan tanah atau keluasan tanah itu milik siapa. Jadi, penduduk di situ sangat berharaplah agar batu sempadan dapat dipasang segera supaya mereka tahu itu kawasan mereka, dan kalau-kalau nanti mereka buat rumah tiba-tiba bila batu di pasang, tapak rumah itu bukan milik mereka, tentunya menimbulkan kesukaran kepada penduduk yang berada di situ.
1 minit lagi Yang Berhormat.
Seterusnya Machap membawa isu berkaitan dengan permasalahan di perumahan generasi FELDA Ayer Hitam dan ini sudah lama di minta di selesaikan, di mana di kawasan telah hampir 100 lebih penerima tanah di situ membangunkan perumahan tetapi dari segi kemudahan infrastruktur, jalan raya, kemudahan dari segi perparitan tidak di buat sehingga sekarang hingga menyukarkan penduduk di FELDA Ayer Hitam. Sekiranya hujan lebat di perumahan Generasi Kedua ini, bila hujan lebat kadang-kala berlaku banjir. Justeru, dari segi pembinaan perparitan dan jalan sangat diharapkan untuk diambil tindakan segera bagi memberikan kelegaan dan kesejahteraan kepada penduduk di FELDA Ayer Hitam.
Yang Berhormat Tuan Speaker, akhirnya Machap menyokong Belanjawan Johor 2022. (Dewan bertepuk.) Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Machap. Seterusnya saya persilakan Simpang Jeram. Jemput.
Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Speaker, saya memulakan perbahasan pada tengah hari ini dengan membaca sepotong wahyu Allah SWT (Bacaan potongan surah al-Quran.) Yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan supaya amanah itu diserahkan kepada mereka
yang ahli, dan apabila kamu menghukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu menghukum dengan seadil-adilnya”.
Tuan Speaker, izinkan Simpang Jeram juga merafakkan sembah dan juga ucapan tahniah ke atas Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor di atas sambutan keputeraan Baginda dan kita mendoakan semoga Tuanku akan terus mentadbir, bertakhta di negeri Johor Darul Ta’zim ini dan dapat berkongsi segala kerahmatan yang Allah kurniakan untuk kita dan rakyat negeri Johor. Saya juga mengucapkan tahniah di atas pembentangan Belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan juga ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Parit Yaani, Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Johor dan juga Ketua Pembangkang yang saya rasa telah memberikan ucapan dan juga lontaran idea-idea yang sepatutnya kita dapat berkongsi bersama, kita dapat menyampaikan apa yang tersirat dan tersurat dalam Belanjawan ini untuk kepentingan kita bersama.
Saya mungkin bermula dengan beberapa topik yang penting, iaitulah tentang bagaimana isu kematangan politik, kedewasaan kita dalam menterjemahkan pendirian politik kita dalam konteks negara dan negeri Johor itu sendiri. Di peringkat federal saya terlibat secara langsung dalam menyediakan draf sehingganya suatu kesefahaman memorandum persefahaman dapat ditandatangani. Apabila kita melihat isu COVID ini adalah penting untuk rakyat di dahulukan. Maka penterjemahannya adalah bagaimana kita telah mengemukakan suatu peruntukan RM4.5 bilion yang kita rundingkan secara berkhemah dengan Menteri Kewangan yang dilaporkan kepada kabinet dan alhamdulillah bajet ataupun Belanjawan Negara telah pun diluluskan di peringkat dasar. Dan sekarang kami sedang berbahas diperingkat jawatankuasa dan saya yakin tidak ada masalah besar untuk kita peruntukan dan pastikan bahawa RM4.5 bilion itu benar-benar dapat kita sasarkan pada golongan yang sangat memerlukan.
Di Johor ini, saya rasa dan yakin bahawa kita perlu bermula dengan kematangan yang sebahagiannya disebut dengan jelas oleh Yang Berhormat Parit Yaani dan diberikan komentar sebentar tadi oleh Yang Berhormat Machap. Yang juga mencadangkan beberapa idea seolah-olahnya ia mungkin kita boleh bersetuju pada suatu hari nanti mungkin sistem dua parti atapun two parties system akan dapat kita terjemahkan. Cuma perbezaannya dalam negara Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa ini, bagaimanakan sistem dua parti itu dapat kita bina. Tetapi, dia mesti bermula dengan political education. Itulah pendidikan politik dan mesti ada political will. Iltizam politik yang kuat untuk kita membina negara bangsa ini supaya konsep keluarga Malaysia yang diutarakan di peringkat federal dan belanjawan muafakat yang dikemukakan di peringkat negeri ini benar-benar terjelma dan tidak lagi menganaktirikan ataupun mengkesampingkan golongan-golongan tertindas, bangsa-bangsa, agama-agama yang hidup dalam bumbung ini, negeri Johor ini akan mendapat limpahan keadilan, justice for all. Dan, kalau saya orang Islam saya mesti mengatakan Islam for all yang mesti kita memberikan hak kepada semua bangsa dan agama untuk hidup dalam negeri ini dan negara ini sebagai suatu warganegara yang dipertahankan tentang masa depan mereka di bawah Perlembagaan Negara dan juga Perlembagaan Negeri Johor.
Saya juga merasa bangga menjadi anak negeri Johor ataupun bangsa Johor yang bersama-sama boleh menyumbang bagaimana konsep dua parti itu tadi, akan akhirnya rakyat yang akan mendapat keuntungan. The people will benefit, rakyat yang mendapat habuannya. Di Amerika, di antara republican dan democrate mereka bertarung sepanjang abad sekali menang, sekali kalah. United Kingdom antara parti konservatif dan labour parti dan kadang-kadang liberal democrats memberikan sumbangan ke arah kestabilan politik. Di negara-negara kesatuan eropah, parlimen mereka telah jauh meninggalkan kita, we are may be 30 years behind time. Kalau kita bercakap pada hari ini tentang sistem dua parti, saya mengharapkan dan mengunjurkan satu pemikiran baharu, politik baharu. Kalau kita berjaya untuk menandatangi satu memorandum untuk rakyat dan kalau negeri Johor melalui iltizam kita semua mahu peruntukkan-peruntukkan itu untuk rakyat. Bagaimana kita harus menginstitusikan semua idea ini. Adakah diletakkan dalam perks, adakah perlu dipinda
beberapa peraturan mesyuarat? Ataupun ada suatu dokumen yang boleh kita teliti dan boleh dipegang pada masa akan datang. Siapa pun yang memerintah, jatuh bangun parti politik, rakyat tetap mendapat keuntungan. Rakyat tetap dapat menikmati pertarungan politik. Kita boleh compete, kita boleh bertarung, kita boleh melahirkan kepimpinan yang terbaik, yang menang akan selalunya dapat memberikan yang terbaik menjadi kerajaan, dan pembangkang juga boleh terus jadi pembangkang yang constructive dan saya harap kita akan dapat meletakkan ini semua dalam suatu institusi yang boleh kita fikirkan bersama.
Sebab itu saya mencadangkan supaya ada lebih banyak Select Committee, lebih banyak Jawatankuasa Pilihan Khas yang bukan window dressing, yang bukan hanya ditubuhkan untuk melepaskan batuk di tangga, biarlah semua Jawatankuasa Khas ini termasuk PAC yang mesti menjalankan tanggungjawab melakukan check and balance terhadap urus tadbir kerajaan sama ada di peringkat federal dan juga di peringkat negeri. Kalau PAC boleh diberikan authority, diberikan suatu kedudukan yang tinggi dan diiktiraf sepenuhnya oleh Dewan Undangan Negeri ini, saya yakin dan percaya siapa pun yang akan memimpin pada akan datang, siapa pun yang akan jadi Menteri Besar dan barisan EXCO pada masa akan datang, akan merasakan peranan PAC tu sangat penting dan ada wibawa untuk melakukan check and balance. Kalau kita bercakap tentang sistem dua parti itu, di Amerika dalam Dewan Senatnya, mereka boleh melakukan proses impeachment, Presiden Amerika boleh di impeach, dipanggil di hadapan kongres, ini berlaku pada Bill Clinton, boleh berlaku kepada Perdana Menteri atau Presiden dalam negara Kesatuan Eropah yang mana mereka benar-benar established dalam mereka mahu sebuah kerajaan yang stabil, bukan sekadar stabil tetapi punya integriti yang boleh dipertanggungjawabkan. Jadi, saya mengharapkan Tuan Speaker supaya idea dan untuk establish Select Committee ini mesti dibangunkan dan diberikan peruntukan, diberikan segala kebebasan untuk mereka bertanggungjawab. Contohnya dengan Jawatankuasa Dewan, pemilihan Dewan, jawatankuasa untuk pendidikan, jawatankuasa untuk pertanian sebagai contoh, kerana pertanian bukan hanya lagi satu sektor yang, yang apa boleh kita pandang sepi.
Hari ini COVID melanda kita, kita tak ada satu polisi yang jelas tentang food security dan seumpamanya, maka Select Committee ini bagi saya harus dibangunkan dan diberikan suatu, sesuatu kekuatan dari segi, dari segi perundangannya, dari segi kemampuannya, dan keanggotaannya supaya semua Select Committee ini dapat bertanggungjawab terhadap perjalanan urus tadbir kerajaan yang ada pada hari ini.
Dan demikian juga kalau kita bercakap tentang kestabilan politik, kami bersedia saya boleh bercakap bagi pihak Pakatan Harapan untuk rakyat, untuk kita berhadapan pada hari ini, kita bersedia untuk memberikan pandangan yang terbaik. Kalau di peringkat federal kita melihat atas hasil rundingan kita, kita telah memberikan suatu penjelasan terhadap definisi Ketua Pembangkang. Dalam House of Commons yang menjadi rujukan kita. Kita ni ala Westminster. Ketua Pembangkang itu dipanggil atau digelar Her Majesty Opposition, begitu tinggi kedudukan dalam, bukan sekadar dari segi protokolnya, bukan dari segi panggilannya tetapi dari segi keistimewaan, dari segi bagaimana Ketua Pembangkang boleh akses dengan maklumat kerajaan demi rakyat, bagaimana Ketua Pembangkang boleh hadir dalam mesyuarat tertinggi kerajaan, dalam MKN dan seumpamanya, ini semua telah kita praktikkan. Jadi janganlah kalau kita nak bincang tentang perwakilan kita dalam Mesyuarat Tindakan Daerah pun tak boleh nak tunai pada peringkat ini, takkanlah kita nak bercakap tentang bagaimana penyertaan Ketua Pembangkang di peringkat negeri dan federal dalam mesyuarat yang lebih tinggi daripada itu. So, let it be practical. Biar kita bukan sekadar bercakap tetapi berani untuk kita melaksanakan dan peranan kita dalam Majlis Tindakan Daerah itu adalah untuk apa? Takkanlah saya ADUN Simpang Jeram hadir Mesyuarat Tindakan Daerah Muar untuk minta projek ataupun membawa senarai-senarai kroni-kroni saya untuk dapat projek. Tapi kita rasakan sampai masanya untuk seorang Wakil Rakyat yang diangkat oleh rakyat itu hadir dalam Majlis Tindakan Daerah untuk apa, untuk kita mem-facilitate, untuk kita memberikan pandangan kita, untuk kita bersama, engage melakukan engagement untuk rakyat. Jadi kalau kita bercakap tentang reform, tentang reformasi dalam Dewan ini, semua saya rasa perlu untuk kita laksanakan dan di peringkat
yang paling praktikal di peringkat daerah di mana Wakil Rakyat itu mesti berada dalam Majlis Mesyuarat Tindakan Daerah. Saya faham, kita, kami pun pernah jadi Menteri, kita ada sumpah kerahsiaan, sumpah memegang jawatan, ada rahsia-rahsia kerajaan di mana peringkat yang kita boleh jaga dengan baik. Kalau mereka langgar, ada undang-undang, ada akta yang boleh menghukum mereka. Jangan kerana ada alasan itu, kita, kita meremehkan tentang peranan Wakil Rakyat yang mesti bertindak secara praktikal, secara direct dalam Majlis Tindakan Daerah.
Yang kedua Dato’ Speaker, saya nak cakap sikit tentang Standing Order. Saya rasa very timely, dan saya rujuk di sini tentang Peraturan 45, Rules of Debate ataupun cara-cara berbahas. Kalau buka Kamus Dewan pun apa makna bahas, ada beza bahas, bersyarah, bercakap. Tapi kita berbahas dan Dewan ini Dewan yang paling tinggi, Dewan yang mulia ini. Di hadapan kita adalah anggota pentadbiran. Di sinilah maknanya satu isu rakyat, kepentingan rakyat dan apatah lagi polisi sebuah-sebuah negeri itu diperbahaskan. Jadi takkanlah Menteri Besar bila menggulung perbahasan tentang bajet yang nilainya ratusan juta tak boleh bahas? Tak boleh nak interrupt tak boleh nak tanya. Mungkin pengalaman Parlimen memperlihatkan tentang riuh rendahnya dalam Sidang Parlimen itu tak apa bagi saya. Kalau pergi di House of Commons, malam-malam kalau kita buka video pun, tengok perbahasan House of Commons, panas juga, ada yang kena halau juga, itu Dewan. Tapi apa sebab kita panas, apa sebab perbahasan menjadi hangat, takkanlah kita nak diamkan diri kalau seorang contohnya, Perdana Menteri dapat habuan, minta habuan sampai RM100 juta, saya pun tak nak macam tu. Menteri Besar Johor pun takkanlah sebanyak itu pun kalau nak beri habuan pun, berpada-padalah. Itu yang menyebabkan Dewan panas. Kalau isu 1MDB bukan, bukan satu mitos, bukan cerita Hikayat Hang Tuah, suatu yang berkepentingan negara, Dewan menjadi panas, jadi saya harap Dato’ Speaker, dapat mengetuai dan kita semua boleh bertanggungjawab untuk Standing Order ini dipinda, bukan satu dosa pun nak meminda Standing Order ni.
Perlembagaan Negara yang ditubuhkan oleh Lord Reid yang saya baca dah hampir 40 kali lebih Perlembagaan Negara itu dipinda demi melihat kepada dinamika, melihat kepada perkembangan zaman, melihat kepada bagaimana sesuatu isu negara itu perlu untuk ditangani dengan kebijaksanaan, maka Perlembagaan Negara, The Supreme Law of The Land, of this land, of this country pun boleh dipinda, takkanlah Peraturan Mesyuarat tak boleh dipinda. Jadi, diharap ada satu perbahasan yang sihat, pandangan-pandangan kita yang constructive boleh kita berikan kepada pihak kerajaan yang menuju tadi apa yang disebut oleh Parit Yaani, apa yang telah pun di bahas tadi yang saya dengar oleh Machap bahawa kita perlu kepada sebuah negeri ataupun ahli politik kita menuju kepada suatu kedewasaan dalam kita memberikan yang terbaik kepada rakyat.
Sebab kita diajar, insya-Allah bagi saya, kami tak ada masalah untuk memberi sumbangan ini kerana Islam mengajar kita, Nabi SAW bila di train para sahabat, bukan sekadar sahabat menjadi panglima perang yang hebat, tapi at the same time, sahabat-sahabat menjadi diplomate yang cemerlang, pandai berperang, pandai juga berdamai. Saad bin Abi Waqas, Harith bin Ziyad, ni semua diplomate-diplomate yang agung, Rub’i bin Amir, ini semua diplomate-diplomate yang agung yang boleh menyelesaikan masalah ummah dengan kebijaksanaan diplomasi dan sekarang ini kita tak mahu kepada hard diplomacy, kita mahu kepada soft power, kita bukan nak hard power, kita nak soft power di mana kita perlu meningkatkan skill diplomasi, skill politik kita yang saya rasa yang perlu untuk kita lihat perkembangan Dewan ini dengan lebih baik pada masa akan datang. Jadi, saya harap mungkin tahun depan kalau tak ada yang melompat...
Jangan bubar Yang Berhormat.
Jangan bubar, kalau tak ada lagi adegan yang boleh kita tamatkan melalui ya...
Azan.
(Berhenti sebentar kerana memberi laluan laungan azan).
Dua minit lagi Yang Berhormat.
Tuan Speaker, saya minta tiga minit. Saya akan habiskan sebelum berehat, insya-Allah.
Tuan Speaker, akhir sekali saya nak menyebut tentang rakyat yang terkesan dengan COVID ni is real. Yang susah, yang hilang pekerjaan, yang bunuh diri, yang terkesan ini adalah sangat serius. Kita mungkin ada gaji bulanan, ada pendapatan tetap. Saya nak mohon satu perkara Tuan Speaker, tolonglah kepada mereka-mereka yang membuka warung, gerai-gerai tepi jalan yang terpaksa mereka melakukan perniagaan kecil-kecilan. Saya faham tentang rules of law, ini mungkin bersabit dengan Majlis Perbandaran, Majlis Daerah.
Saya harap DO-DO, PTD-PTD kita dapat menggunakan dengan izin, discretion. Saya tidak boleh menyokong kalau ada perlanggaran, kebersihan ataupun ketenteraman awam yang mungkin boleh terganggu, tetapi janganlah gerai-gerai mereka itu diroboh, dihalau, ditarik lesen, dinaikkan sewa tanpa satu alasan yang munasabah kerana mereka sangat terkesan dengan isu COVID ini. Oleh itu, rayuan saya kepada pegawai kerajaan ini saya berharap supaya Dato’ SS selaku ketua pentadbir dapat mengadakan satu perbincangan dengan pegawai penguat kuasa kita supaya mereka lebih bertolak ansur tanpa kita berkompromi kalau ada perlanggaran, kalau ada perkara-perkara yang mereka, kesalahan yang mereka lakukan, tetapi bagi saya janganlah mereka ini dianaktirikan atau dianggap sebagai golongan bermasalah. Mereka terpaksa buka warung, terpaksa meniaga kecil-kecilan, terpaksa mereka membuat mungkin warung-warung yang sementara kerana kesempitan hidup akibat COVID. Jadi, dengan semangat Muafakat Johor, dengan semangat kasih sayang untuk semua, saya harap mereka dibantu, segala insentif yang kerajaan berikan sampai kepada mereka dan insya-Allah saya rasa belanjawan ini akan dapat menepati sasaran dan kita sama-sama berjuang untuk rakyat negeri Johor khususnya yang memerlukan bantuan kepada kita. Terima kasih Tuan Speaker. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Simpang Jeram. Saya tangguhkan Persidangan ini sehingga jam 2.30 petang. Terima kasih.
Persidangan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari.
Persidangan disambung semula pada jam 2.30 petang.
YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan disambung semula.
Ahli-Ahli Yang Berhormat kita masih ada 8 Ahli Undangan Negeri belum memberi perbahasan. Jadi saya berharap Ahli-Ahli yang akan berbahas mematuhi masa yang diberi iaitu 15 minit hingga 20 minit.
Yang Berhormat YB Stulang, jemput.
Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker. Terlebih dahulu ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Dewan yang mulia ini kerana memberi peluang kepada Stulang untuk membahaskan perbahasan kali ini. Stulang sebagai bangsa Johor ingin merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan
Takluk Negeri Johor Darul Ta’zim sempena sambutan hari ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021.
Yang Berhormat Puan Speaker, hari ini saya akan membahaskan beberapa isu untuk dibawa dalam Dewan yang mulia ini yang berkenaan dengan pembukaan sempadan Malaysia – Singapura, isu-isu pentadbiran, politik, manfaat rakyat dan keutuhan Dewan.
Jadi yang pertama sekali, Stulang ingin membahaskan isu sempadan Malaysia – Singapura, Tambak Johor dan Tuas. Sebagai negeri dan bandar raya yang terletak bersebelahan dengan sempadan antarabangsa, kita tidak boleh lari daripada ekosistem bandar raya sempadan. Iaitu, ekosistem Bandaraya Johor Bahru – Singapura dengan unsur simbiosis. Banyak yang telah kita lalui dalam masa 20 bulan ini yang cukup perit, di mana sempadan telah ditutup akibat COVID-19. Sebelum ini Tambak Johor, Tuas sesak ya. Sesak dengan aliran orang, 360,000 sehari. Pasukan motosikal dengan bilangan keluar masuk sekitar 50,000 sehari seawal, seawal pada awal pagi dan waktu senja. Bandaraya Johor Bahru penuh dengan orang. Setelah sempadan ditutup, keluarga terpisah, perniagaan lembap, ekonomi setempat merudum dan sebagainya. Rakyat menanti-nantikan pembukaan sempadan Malaysia – Singapura. Dalam peralihan era pandemik ke era endemik ini yang memasuki era endemik ini, pembukaan sempadan secara berperingkat akan bermula dalam masa terdekat ini. Harapan rakyat menjelma apabila sempadan akan dibuka semula. People see hope when border is open.
Stulang berharap kerajaan persekutuan akan mengumumkan garis panduan terperinci pembukaan VTL darat secepat mungkin agar tidak timbulnya kucar-kacir apabila VTL darat dibuka nanti. Harap-harap petang ni kot, ya harap-harap petang ni ada pengumuman untuk semua berkenaan dengan VTL darat ya. Dan, cadangan Stulang berkaitan dengan VTL darat Malaysia - Singapura adalah seperti berikut ada 5:
1. Keutamaan diberikan kepada mereka yang ingin rentas sempadan kerana ahli keluarga meninggal dunia atau berada di keadaan kritikal. Ini adalah sebagai satu alternatif yang lebih baik dan praktikal daripada keadaan, daripada death and critical illness emergency visit (DCEV) yang dipraktikkan sekarang.
2. Untuk VTL darat, secepat mungkin berusaha meningkatkan bilangan orang yang dibenarkan apabila berupaya dan sesuai. Bermula dari 1,440 orang kita harap boleh bertambah ke 3,000, 5,000, 10,000 dan seterusnya.
3. Servis kereta api dari Johor Bahru ke Singapura KTM Shuttle Tebrau ini dipulihkan secepat mungkin untuk membantu VTL darat bagi menampung keperluan yang lebih.
4. Merangka garis panduan VTL darat Malaysia-Singapura yang merangkumi kereta persendirian dan motosikal agar ia boleh dilaksanakan sebaik sahaja keadaan membenarkan kerana sekarang VTL hanya menggunakan VTL darat, hanya akan menggunakan bas. Jadi, motosikal dan kereta persendirian ini merupakan dua lagi unsur yang sangat penting dan saya harap ini boleh dilaksanakan, kajian kena dilakukan sekarang supaya dia boleh dilaksanakan sebaik sahaja keadaan membenarkan.
5. Selaras dengan sistem khas Johor Travel Safe, lebih banyak kakitangan diperlukan bagi melicinkan perlaksanaan VTL darat di pintu masuk Johor Bahru – Singapura . Agensi-agensi CIQ, BSI dan CIEQ KSB perlulah bersedia dan meningkatkan keberkesanan untuk menerima cabaran pengembara yang lebih ramai.
Harapan Stulang berkaitan dengan VTL udara pula Malaysia-Singapura adalah, yang pertama, ada dua. VTL udara Penang, Kuching, Kota Kinabalu ke Singapura akan bermula. Walaupun ini merupakan bidang kuasa peringkat persekutuan tetapi saya harap kerajaan Johorlah juga perlu menggerakkan usaha ini untuk menggerakkan pembukaan sempadan
secara berperingkat. Jadi, pembukaan VTL Penang, Kuching, KK ke Singapura adalah penting dan perlu dimulakan. Yang kedua untuk VTL udara ini berharaplah kedua-dua negara, airline kedua-dua negara harga tiket kapal terbang VTL udara adalah tidak mahal.
Seterusnya Yang Berhormat Puan Speaker, ingin saya membawa isu berkaitan dengan pentadbiran, kestabilan politik, manfaat rakyat dan juga keutuhan Dewan ini.Yang pertama ingin saya bahaskan adalah berkaitan dengan anti lompat parti. Stulang menyarankan agar Akta Anti Lompat Parti digubal di negeri Johor. Rakyat rata-rata telah pun muak melihat para Wakil Rakyat memunggah kerusi sana sini. Mengejar kedudukan peribadi dan rakyat seolah-olah tidak boleh buat apa-apa dengan tindakan seperti ini. Kita tidak mahu Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat, oleh kerana dengan nafsu tamak haloba atau gila kuasa menjajah kerusi yang disandang. Bayangkan kerusi boleh dijual beli. Melupakan mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Wakil Rakyat. Melupakan kepercayaan diberikan kepada kita. Merayu rakyat untuk mengundi kepada sebelum pilihan raya, tetapi selepas menang merobohkan jambatan setelah dimenangkan dan diangkat oleh rakyat, ya. Jadi, rakyat menaruh harapan kepada Wakil Rakyat agar menawarkan perkhidmatan kepada rakyat. Bukan memberikan hak kepada wakil rakyat untuk menjual beli kerusi. Kerusi yang kita sandang bukan calang-calang kerusi seperti di kedai perabot. Ini kerusi yang diangkat oleh rakyat dengan penuh harapan dan keikhlasan ke dalam Dewan yang paling mulia ini untuk kebaikan rakyat secara keseluruhan. Banyak alasan boleh diberikan apabila seseorang itu sudah hilang kewarasan sehingga tidak menghiraukan maruah untuk melompat parti.
Justeru itu, anti lompat parti inilah yang boleh mengongkong atau menghalang wakil rakyat boleh dijual beli dengan umpan habuan politik. Bayangkan budaya kerusi Dewan boleh dipunggah sana sini terus berlaku. Apakah yang akan dijadikan kepada rakyat? Pengundi akan tidak akan habis-habis membuang undi tetapi masih gagal mendapatkan satu kerajaan yang stabil. Enakmen anti lompat parti inilah jugalah yang akan memberikan suntikan keyakinan kepada rakyat bahawa undi yang mereka buang dalam peti undi adalah bernilai dan tidak akan dikhianati. Enakmen inilah yang akan menyelesaikan masalah di peringkat pangkal masalah dan mencorakkan kestabilan politik serta pentadbiran untuk manfaat rakyat dan keutuhan Dewan. Enakmen anti lompat parti ini juga merupakan salah satu inti pati utama dalam persefahaman MOU di peringkat persekutuan juga. Lantaran itu adalah perlu untuk kerajaan negeri memikirkan hala tuju kerajaan negeri dalam menggubal undang-undang tersebut selari dengan perundangan persekutuan.
Stulang faham, ini bukan perkara yang senang tetapi hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Jangan kita mengambil sikap tak boleh, terus nak menolak tepi atau tunggulah perkembangan federal. Kita seharusnya dan boleh mengambil sikap yang lebih proaktif dengan mengkaji cara perlaksanaan dengan penubuhan jawatankuasa khas dahulu supaya perlaksanaannya akan lebih cepat dan kita pun mencari jalan-jalan penyelesaian untuk kekangan-kekangan yang akan dihadapi. Dengan ada hala tuju yang jelas ini kita menyelesaikan masalah yang, masalah-masalah ataupun kekangan-kekangan yang akan dihadapi dulu ya, sebelum kita membawa melaksanakan anti lompat parti ini untuk kebaikan rakyat.
Yang Berhormat Puan Speaker, isu yang kedua yang ingin saya bahaskan di sini ialah berkaitan dengan isu mesyuarat JKTD di mana isu ini telah pun hangat diperbahaskan di dalam Dewan ini, pada persidangan kali ini. Berkenaan dengan usaha memantapkan peranan setiap Wakil Rakyat dalam Dewan yang mulia ini, isu penglibatan dalam JKTD telah pun dibangkitkan berkali-kali dalam Dewan ini oleh ramai Wakil Rakyat. Pendirian Stulang dan rakan-rakan seperjuangan dalam blok-blok pembangkang pada masa ini adalah sangat jelas. Iaitu setiap Wakil Rakyat perlu dijemput dalam mesyuarat JKTD. Kami sebenarnya menolong menyelesaikan masalah kawasan rakyat dan juga secara langsung menolong kerajaan membantu rakyat. Kami ingin menyertai mesyuarat JKTD bukan untuk buat kacau, bukan untuk menyusahkan orang. Tiada alasan sebenarnya untuk menjangkau Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat dari menghadiri mesyuarat JKTD untuk bersuara untuk rakyat. Tiada alasan sebenarnya, yang adanya mungkin adalah alasan politik. Jadi dalam
ucapan Bajet MB yang mengatakan bahawa Wakil Rakyat akan dijemput sebagai pemerhati sahaja dan ini telah mencetuskan banyak perbahasan dalam Dewan yang mulia ini. Kita tidak boleh terima sebagai pemerhati sahaja. Walau bagaimanapun di dapati ada perbincangan yang Ketua Pembangkang dengan MB telah membuahkan hasil yang positif. Saya harap MB boleh mengesahkannya. Maknanya Wakil Rakyat bukan kerajaan boleh hadir mesyuarat JKTD dengan pemakluman awal oleh sekretariat JKTD. YB bukan kerajaan juga boleh memberikan laporan dan pandangan serta pihak kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya. Kita harap ini boleh dipersetujui oleh MB dan berharap MB boleh mengesahkan.
Stulang menyambut baik sekiranya ada persefahaman politik baru ini ya dan berharap MB boleh mengesahkan komitmen ini agar kerjasama yang lebih erat boleh dijalinkan di antara semua Wakil Rakyat kerajaan, bukan kerajaan dan para pegawai pelaksana untuk kebaikan rakyat Johor.
Yang ketiga, berkenaan dengan keberkesanan prestasi Dewan Rakyat juga ya. Kami juga berharap peruntukan yang sama rata seperti yang telah pun dikatakan oleh MB berkenaan dengan prinsip dan hala tuju dalam merealisasikan peruntukan sama rata untuk semua ahli Dewan Negeri. Stulang memang menyambut baik inisiatif ini dan kami berharap isu ini boleh diselesaikan dalam penggal ini. Ia tidak akan jadi isu lagi, ya peruntukan sama rata tak akan menjadi isu lagi. Kita mahu ruang dan masa yang lebih banyak di dalam Dewan ini untuk membahaskan isu berkaitan dengan polisi-polisi tanpa membuang masa.
Jadi, peruntukan sama rata ini perlulah dan boleh dijelmakan melalui cara-cara berikut :
1. Ditetapkan melalui enakmen agar ia akan menjadi garis panduan untuk kerajaan penggal yang akan datang.
2. Peruntukan JPD yang sama untuk setiap ADUN.
3. Peruntukan tambahan semasa yang sama untuk semua ADUN.
4. Peruntukan pembangunan dan pembekalan yang sama untuk setiap ADUN sekiranya tidak boleh diberikan kerana masalah teknikal maka ia perlulah disalurkan melalui bentuk lain seperti outright grant.
Jadi, kita juga tidak tahu siapa duduk sini, siapa duduk sana, ya susah mau cakap pada masa akan datang ya. Tetapi, sama ada kita duduk sini atau duduk sana biarlah mengikut kehendak rakyat. Bukan mengikut kehendak sendiri, punggah kerusi sana sini, selit sana sini.
Jadi marilah kita bersama-sama, kita tingkatkan keberkesanan pentadbiran, kestabilan politik untuk keutuhan dewan ini. Dan Stulang berharap cadangan Stulang berkaitan dengan Dewan yang mulia ini, dan juga cadangan harapan berkenaan dengan pembukaan sempadan Malaysia-Singapura, VTL Darat dan VTL Udara, harap-harap apa yang diumumkan petang, ini akan membawa berita yang baik untuk kebaikan seluruh negeri Johor kerana rakyat sekarang, sekarang rakyat Johor yang saya katakan tadi, yang berada di sempadan dan hidup sempadan ini tidak boleh lari dari ekosistem bandar raya sempadan. Jadi Stulang sekali lagi ya, berharap ya, keadaan peralihan dari pandemik kepada endemik ini yang akan membawa perubahan yang lebih besar ya, di mana sempadan akan dibuka secara berperingkat, VTL Udara, VTL Darat dan juga dalam memperkasakan Dewan yang mulia ini, kita mahu penggubalan Akta Anti Lompat Parti, peruntukan sama rata, kehadiran dalam Mesyuarat JKTD dan supaya untuk kebaikan seluruh rakyat Johor. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Sedili, jemput.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera kepada Yang Berhormat Puan Speaker dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat Puan Speaker, pertama sekali saya ingin menzahirkan ucapan Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia serta izinnya saya masih diberi kesempatan berada di dalam Dewan yang mulia ini mewakili rakyat Sedili untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Johor 2022 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor pada 18 November ini. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan kepimpinan kerajaan negeri yang berjaya merangka sebuah belanjawan negeri bagi tahun depan dalam mendepani pelbagai cabaran yang masih membelenggu negeri, negara dan dunia ekoran pandemik COVID-19. Saya mendoakan semoga semua usaha yang di rencana dapat dilaksanakan dengan baik, khususnya bagi memulihkan segera sektor ekonomi negeri.
Yang Berhormat Puan Speaker, dengan kesempatan ini patik merafak sembah dan menzahirkan ucap selamat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Yang Dipertua Negeri dan Jajahan Takluk Johor sempena Hari Keputeraan Tuanku pada 22 November. Patik mendoakan Tuanku dan Tuanku Permaisuri Johor sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT serta dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik. Semoga negeri Johor Darul Ta’zim terus kekal aman dan maju di bawah pemerintahan dan naungan Tuanku. Daulat Tuanku.
Yang Berhormat Puan Speaker, kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, marilah kita terus beristiqamah, bertekad untuk bekerja gigih bagi membantu memulihkan ekonomi negeri serta membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, sama ada wakil rakyat, kerajaan atau pembangkang melaksanakan usaha merancakkan pemulihan ekonomi negeri dan terus berbakti kepada rakyat khususnya di kawasan masing-masing. Saya berharap semua wakil rakyat supaya terus mengingati pesanan Tuanku Sultan supaya berhenti bertelagah dan berebut kuasa. Sebaliknya melaksanakan amanah yang diberikan dengan baik. Jelas titah Tuanku ini memberi gambaran betapa besar harapan baginda dan rakyat Johor supaya semua ahli politik menghentikan pertelagahan dan perebutan kuasa sehingga boleh meruntuhkan kerajaan yang ada seperti yang berlaku di Melaka baru-baru ini.
Cukuplah rakan semua, berdamailah kita, bersatulah kita untuk negara dan negeri tercinta ini. Bersatu dan bersahabatlah kita demi rakyat dan negeri Johor ini. Tahukah rakan semua, bahawa rakyat bukan sahaja sudah muak malah menyampah dengan sikap ahli politik yang terus-terusan berebut kuasa. Rakyat kini dalam kesusahan, usahlah bebankan rakyat dengan kemelut politik yang memburukkan lagi keadaan. Justeru, dengan semangat persahabatan yang tinggi, saya mengajak rakan-rakan dalam pelbagai parti supaya terus mengekalkan sokongan kepada kerajaan Johor sedia ada untuk terus memimpin negeri ini sehingga pilihan raya umum ke-15. Tetapkan hati dan jiwa kita bahawa PRU 15 adalah medan yang terbaik. Yang penting demokrasi, yang paling demokrasi dan menentukan pilihan rakyat terhadap parti dan kerajaan yang mereka inginkan. Apabila tiba masanya, bentang dan umumkanlah manifesto yang ingin dilaksanakan kepada rakyat.
Pandemik COVID-19 ini adalah masalah nyata di hadapan kita yang mesti ditangani segera. Kita tidak harus gagal dalam perjuangan melawan COVID-19 ini. Andai kita gagal, sistem negara dan negeri kita akan runtuh. Justeru, semua kita harus berjuang melawan dan memastikan pandemik COVID-19 dapat ditangani dengan baik dan jayanya. Dengan kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan yang meliputi pelbagai agensi seperti pasukan kesihatan, POLIS, tentera, BOMBA dan lain-lain yang tidak mampu saya sebutkan satu persatu. Anda semua adalah hero dan heroin negara Malaysia yang tercinta ini. Teruskan kekal komited dan bersemangat menjalankan tugas masing-masing walaupun negara kita sudah beralih ke fasa Pelan Pemulihan Negara. Walaupun pelbagai kelonggaran sudah diberikan, namun
situasi ini tidak harus melalaikan kita. Tugas memerangi dan memutuskan rangkaian penularan wabak ini mesti haruskan dijalankan. Sama-sama kita mematuhi SOP yang ditetapkan.
Seperti yang semua sedia maklum, kita tiada pilihan. Satu-satunya jalan keluar yang ada di hadapan kita ini adalah Program Vaksinasi. Alhamdulillah, Program Vaksinasi berjalan lancar dan hampir semua warga dewasa sudah di vaksinasi termasuk bangsa Johor. Bagi meringankan lagi imunisasi, saya berharap semua warganegara yang layak menerima dos penggalak dapat diberikan suntikan dos ketiga ini dengan segera. Bagi golongan anti vaksin cukup-cukuplah menghasut rakyat, menakut-nakutkan rakyat. Fakta dan bukti sains perubatan telah menunjukkan bahawa Program Vaksinasi mampu mengekang dan menangani pandemik COVID-19. Inilah sinar di hujung terowong bagi kita mengatasi pandemik ini. Masih belum terlambat untuk mendapatkan suntikan vaksinasi ini kerana COVID-19 boleh meragut nyawa anda dan insan tersayang. Saya berharap semua pihak, sama ada jabatan dan agensi berkaitan serta pemimpin masyarakat serta rakan-rakan wakil rakyat terus memainkan peranan dengan memberikan penerangan kepada rakyat tentang kebaikan vaksinasi dalam mendepani pandemik COVID-19. Insya-Allah dengan penerangan yang berterusan dan usaha gigih semua pihak, Malaysia amnya, dan Johor khususnya mampu mengharungi tempoh sukar ini dengan baik.
Yang Berhormat Puan Speaker, pandemik COVID-19 ini amat menekan kehidupan semua pihak, khususnya rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Ramai yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan untuk menyara keluarga. Malah jika dahulu mereka berada dalam kategori miskin, kini menjadi miskin tegar dan golongan pertengahan kini menjadi miskin. Natijah situasi ini menyebabkan ramai yang tertekan dalam menjalani kehidupan ini. Justeru, rakyat harus dibantu segera, kerajaan mungkin tidak mampu memberikan bantuan wang tunai sepanjang masa, namun apa yang boleh dilakukan dengan membuka peluang, ruang kepada rakyat untuk mencari pendapatan bagi menampung kehidupan.
Dengan semakin banyak sektor ekonomi yang sudah dibenarkan beroperasi, usaha ini pasti melegakan banyak pihak, khususnya golongan B40 untuk mencari rezeki. Andai ada antara mereka yang ingin berniaga secara kecil-kecilan di hadapan rumah atau bergerak menggunakan motosikal roda tiga, saya berharap pegawai dan anggota penguat kuasa PBT janganlah mengganggu mereka. Berilah mereka ruang mencari pendapatan lebih dalam keadaan yang masih sukar ini. Saya berharap juga, supaya syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri dapat bersama-sama membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan atau memperkenalkan modul bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran orang ramai, khususnya golongan B40 dalam bidang keusahawanan supaya mereka dapat menambah pendapatan. Namun dalam aspek pematuhan SOP, perkara ini tidak boleh di kompromi. Penguatkuasaan yang dijalankan harus tegas dan tidak double standard. Jangan ada pihak tertentu dikenakan denda yang ringan tetapi pihak lain diberi hukuman berat, kompaun atau hukuman yang dikenakan haruslah sama.
Yang Berhormat Puan Speaker, sektor pelancongan adalah antara yang amat terjejas akibat pandemik COVID-19. Banyak pengusaha gulung tikar ekoran sekatan perjalanan rentas daerah, negeri dan sempadan negara ditutup. Alhamdulillah, kini sektor pelancongan mula mengorak langkah ke arah proses pemulihan apabila rentas negeri dan daerah sudah dibenarkan. Insya-Allah, apa bila sempadan negara dibuka kelak, sektor pelancongan pasti beroperasi dengan lebih rancak. Namun bagi merancakkan lagi sektor ini, saya mencadangkan supaya Tourism Johor berganding bahu dengan Tourism Malaysia dalam menggiatkan lagi promosi-promosi pelancongan. Kenal pasti dan bongkar potensi pelancongan yang ada di setiap daerah. Janganlah asyik mempromosikan produk pelancongan yang sama sejak dahulu hingga kini. Misalnya di Sedili dan Tanjung Buluh, kita mempunyai pantai yang indah, keindahannya mampu menarik ramai pengunjung dan berupaya memberi limpahan rezeki kepada banyak pihak termasuk pengusaha resort, inap
desa dan peniaga kecil. Dengan menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong, usaha menggerakkan dan memulihkan semula ekonomi negeri dan negara dapat disegerakan.
Yang Berhormat Puan Speaker, sebelum saya mengakhiri ingin saya jelaskan di sini, setiap kali saya diberi peluang untuk berucap di dalam Dewan yang mulia ini, berkenaan di kawasan isu-isu yang berlanjutan dulu hingga kini. Yang pertama, berkenaan isu air.
Yang kedua, berkenaan dengan bas henti-henti. Untuk pengetahuan Puan Speaker, pada 2018 telah bersetuju dan pihak kami telah bermesyuarat dengan pihak kerajaan negeri bersama dengan Majlis Daerah Kota Tinggi untuk bermulanya perjalanan penggunaan bas henti-henti sepanjang 62 kilometer. Setiap tahun kami menelefon akan berunding, tak lama lagi, tak lama lagi sehinggalah akhir 2021. Ini yang menyebabkan akhirnya kawasan-kawasan di luar bandar yang terkesan dari segi pengangkutan.
Yang ketiga, berkenaan dengan infra di kawasan lot-lot tapak Rumah Generasi Kedua. Alhamdulillah, pada 2019 kawasan DUN Sedili seramai 3,245 orang telah menerima lot-lot tapak Rumah Generasi Kedua. Tapi, mereka-mereka ini tidak dapat melaksanakan untuk membina rumah, kerana tak ada infrastruktur. Saya mohon di sini supaya kerajaan negeri kerana kerajaan negeri kena ambil tahu juga tentang pembangunan di kawasan FELDA kerana FELDA adalah merupakan salah satu pendapatan yang terbesar cukai untuk kerajaan negeri Johor. Saya mengharap supaya tiba masanya untuk kerajaan negeri bagi infra kepada pemilik-pemilik lot tapak Rumah Generasi Kedua FELDA.
Yang keempat, pembangunan Pekan Tanjung Sedili. Daripada 2016 hinggalah kepada hari ini satu bentuk pun tak ada, apa benda yang telah dijanjikan.
Seterusnya Yang Berhormat Puan Speaker, di kesempatan ini, ini adalah realitinya saya di kesempatan ini, betul-betul mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mana beliau telah mengembalikan maruah, hak peneroka-peneroka FELDA di seluruh Malaysia ke atas tanah FGV seluas 351,000 hektar. Untuk pengetahuan Puan Yang Dipertua, Puan Speaker, sebelum ini 351,000 hektar adalah milik tanah FELDA tapi dengan pendapatan sehingga kemuncak dia RM1.8 bilion dengan nilai harga buah kelapa sawit hari ini lebih kurang RM3.5 bilion tapi telah diswastakan kepada FGV, hasil FELDA cuma dapat RM250 juta dan daripada situlah FELDA tidak dapat pendapatan yang tetap. Dan Alhamdulillah yang mana Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi sukuk RM9.9 bilion untuk mengambil alih, mengambil balik tanah hak FELDA saya ucapkan terima kasih.
Dan yang keduanya, saya nak ucapkan juga kepada beliau, yang mana pelupusan hutang sebanyak RM8.3 bilion kepada setiap peneroka-peneroka yang ada di Malaysia melibatkan 317 FELDA dengan nilai RM8.3 bilion. Saya rasa ini adalah benda yang kenyataan kerana kepada peneroka-peneroka yang berhutang, ada yang RM200,000, RM150,000 tapi telah ditolak hutang sebanyak 80%. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin.
Dan seterusnya berkenaan dengan pelupusan, sorry, dengan, berkenaan dengan defisit pendapatan peneroka setiap bulan. Jadi tuan-tuan yang saya hormati, Puan Speaker, dalam hal seperti ini sepatutnya setiap pemimpin yang melakukan kejayaan perlulah kita kena jelaskan dan kita terangkan supaya setiap siapa-siapa jadi pemimpin, siapa-siapa jadi Perdana Menteri dia kena jelaskan bukan ditutup atau disembunyikan setiap kebaikan daripada beliau. Oleh sebab tu, sebelum saya mengakhiri ucapan Sedili berharap semua Wakil Rakyat dapat berganding bahu dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19 yang masih membelenggu kehidupan kita hingga kini. Lupakan sementara perbezaan amal politik, tumpu harus diberikan terhadap usaha mengekang dan melawan pandemik COVID-19 dan memulihkan ekonomi negeri demi kesejahteraan rakyat. Semoga semua usaha kita diberkati oleh Allah SWT.
Akhir sekali saya ingin menzahirkan penghargaan serta ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap dalam Dewan yang mulia ini bagi mewakili rakyat Sedili. Sekian wabillahitaufik walhidayah, assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Parit Raja, jemput.
Bismillahirahmanirahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Yang Berhormat Puan Speaker. Terlebih dahulu patik dan seluruh warga Parit Raja merafak sembah menjunjung kasih dan setinggi tahniah serta ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021. Patik dan seluruh warga Parit Raja mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia dalam keafiatan serta seluruh keluarga Diraja sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan keampunan Allah juga. Semoga di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku negeri Johor bertambah aman, makmur dan sejahtera. Daulat Tuanku.
Yang Berhormat Puan Speaker, Parit Raja diberi peluang berbahas untuk menyokong rundingan Belanjawan 2022 dalam sidang Dewan ini. Parit Raja merakamkan kesyukuran atas Pembentangan Belanjawan Negeri Johor bagi tahun 2022 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dengan penuh keazaman dan iltizam untuk terus memacu kesejahteraan rakyat negeri Johor. Parit Raja menyifatkan negeri Johor mempunyai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, mengemudi negeri ketika saat dan berdepan dalam tempoh sukar dengan penuh semangat patriotik, menggariskan strategi memulihkan ekonomi negeri sekali gus mensejahterakan kehidupan rakyat berlandaskan objektif Memperhebat Kesejahteraan Johor.
Sejak pandemik melanda negara, negeri dan juga seluruh dunia, ia telah merubah budaya kehidupan kita sehingga begitu terkesan kepada semua sektor mahupun sekecil-kecilnya kehidupan sesebuah isi rumah dan keluarga. Walaupun kita tidak pernah melalui episod peperangan bertemu penjajah, namun berperang dengan wabak COVID-19 merupakan satu situasi yang amat sukar dan menyulitkan apatah lagi berhadapan kehilangan ahli keluarga, tempat bergantung dan kehilangan sumber pendapatan. Justeru, Parit Raja berpandangan bahawa pendirian Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor sentiasa bersifat telus dan terbuka serta bertanggungjawab membentangkan prestasi pelaksanaan belanjawan, senario dan unjuran ekonomi negeri serta keupayaan negeri ketika mengurus belanjawan negeri, mengurus pandemik, seterusnya kini tumpuan untuk merancakkan semula ekonomi dan kesejahteraan negeri.
Yang Berhormat Puan Speaker, raja dan rakyat berpisah tiada. Rakyat dibantu dan dikasihi keluarga Diraja. Menjunjung tinggi sistem beraja, makmur Johor harmoni sejahtera. Parit Raja merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor serta Tuanku Permaisuri Johor dan Duli Yang Amat Mulia Tuanku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor di atas keprihatinan menyalurkan bantuan demi bantuan kepada rakyat negeri Johor khususnya ketika berhadapan dengan situasi pandemik, begitu juga pendekatan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor mengambil pendekatan menyantuni golongan belia melalui Orang Muda Johor dan pelbagai aktiviti. Semoga Allah sentiasa melimpahkan nikmat rahmat serta keberkatan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor dan keluarga Diraja.
Yang Berhormat Puan Speaker, strategi belanjawan negeri johor memberi fokus kepada 4 impetus baru. Izinkan Parit Raja mengemukakan beberapa pandangan melalui impetus yang pertama, Memperkasa Perlindungan Sosial dan Pemberdayaan Modal Insan. Pihak kerajaan melalui pelbagai agensi kerajaan telah menyalurkan banyak bantuan sama ada berbentuk tunai secara bulanan seperti melalui JKM dan Majlis Agama Islam Negeri Johor dan juga bantuan berbentuk bakul makanan. Namun, kesedaran yang paling penting
perlindungan keselamatan sosial pekerja yang amat bermanfaat terutamanya dalam menghadapi pandemik. Akta Keselamatan Sosial yang diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1969 bertujuan memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka. Pada 1 Julai 1972, Akta Keselamatan Sosial 1969 telah dengan rasminya dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Tun Hussein dengan tertubuhnya PERKESO memberi perlindungan keselamatan sosial yang sangat memberi manfaat. Kini dengan skim baru yang ditawarkan kepada semua individu yang bekerja sendiri, rakyat negeri Johor seharusnya tidak melepaskan peluang, manfaat peluang buat diri dan keluarga. Usaha memberi kesedaran kepada masyarakat awam perlu dilipat gandakan agar kehidupan lebih sejahtera terutama menghadapi tempoh untuk bangkit selepas pandemik ini. Betapa dengan keprihatinan pemimpin 6 dekad yang lalu telah menitik beratkan kesejahteraan sosial rakyat dengan inisiatif seperti ini secara tidak langsung sebagai usaha untuk memperkasakan golongan B40.
Selain itu, pandemik mengajar kita betapa pentingnya kemudahan sistem kesihatan di kawasan yang paling hampir dengan warga kampung iaitu klinik-klinik desa yang menampung perkhidmatan kepada penduduk yang semakin bertambah perlulah dinilai semula untuk ditambah baik dan dinaiktarafkan. Parit raja juga berharap tawaran baru dapat diberikan kepada rakyat johor khasnya anak muda untuk memiliki rumah pertama. Yang Berhormat Puan Speaker, dalam usaha Pemerdayaan Modal Insan beberapa aspek penting yang perlu diberi perhatian. Terdapatnya, bangunan Tabika Kemas yang dalam keadaan perlu diberi perhatian dan di baik pulih dengan segera. Tabika Kemas masih mendapat perhatian di kalangan masyarakat namun dengan arus perdana transformasi pendidikan juga perlu dijelmakan dalam institusi ini. Betapa ramai profesional dan frontliners yang telah berjaya melalui sistem pendidikan ini.
Seterusnya, memperkasa Taska Permata Kemas dalam modul lindungi Permata Johor agar memberi peluang kepada anak-anak luar bandar mengikuti pendidikan awal kanak-kanak. Yang Berhormat Speaker, melalui impetus kedua mempertingkatkan bekalan makanan Johor. Beberapa cadangan penambahbaikan iaitu merangka pelan jangka pendek dan jangka panjang dalam memastikan harga sawit sentiasa berada pada tahap yang memberi manfaat kepada rakyat. Yang kedua, merangka pelan jangka pendek dan jangka panjang dalam menaikkan harga getah dan harga koko. Melalui Dasar Agro Makanan Negeri Johor, PENJANA dan program keusahawanan yang lebih inklusif dengan memperluaskan geran bantuan kepada pemain industri terutamanya anak muda dan golongan wanita di samping dapat mengurangkan masalah pengangguran, kerajaan negeri diharap dapat membuka peluang dan menyediakan inisiatif yang lebih luas kepada usahawan kecil yang berminat untuk memulakan Projek Rintis. Bantuan peralatan kepada usahawan industri kecil dan sederhana, bantuan khidmat nasihat kepada usahawan. Persaingan kepada syarikat besar sememangnya wujud namun peranan perusahaan kecil dan sederhana juga amat penting sebagai tulang belakang ekonomi.
Seterusnya, mempergiat dan memperluaskan program keusahawanan memberi tumpuan kepada setiap daerah-daerah dalam menyediakan latihan dan kursus keusahawanan kepada rakyat negeri Johor. Mengadakan kerjasama strategik dengan pengusaha kilang baja dan racun sebagai langkah kawalan harga kepada petani. Menyediakan insentif geran bagi menambah bilangan rumah sembelihan berdaftar di negeri Johor dengan memberi peluang kepada penternak baru yang berpotensi. Rangka pelan bagi mengawal kenaikan harga barangan pengguna agar bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada pengguna tetapi memacu ekonomi agar terus berdaya saing. Dan diharap dapat melanjutkan juga tempoh permohonan kepada pekebun-pekebun kecil bagi mendapatkan persijilan MSP ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, melalui Strategi Pemerkasaan Digital dalam Belanjawan 2022 amat bertepatan buat masa kini. Kebergantungan semua sektor dalam dunia digital telah mempercepatkan proses transformasi. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dalam pembentangan Belanjawan 2021 telah meletakkan benchmark bahawa keperluan jalur lebar sebagai utiliti ketiga selepas elektrik dan air di setiap kawasan pembangunan
yang baru bagi memastikan rakyat Johor sentiasa terhubung dengan akses jalur lebar yang menyeluruh dan berkualiti bagi menjayakan hasrat ini.
Maka seiring dengan hasrat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, agensi kerajaan dan pihak swasta harus sama memadu usaha dan kerjasama erat agar dapat membangunkan negeri Johor dengan hala tuju utama dalam memperkasakan digital. Pembangunan Johor WIFI mengambil tempoh 5 tahun, wajar diberi perhatian agar benar-benar diberi fokus untuk meluaskan capaian di kawasan luar bandar. Pelan Jalinan Digital negara ataupun JENDELA dengan tambahan menara telekomunikasi baru, naik taraf pemancar telekomunikasi kepada sistem 4G amat dinantikan dan diharapkan dapat memberi impak tinggi kepada seluruh warga Johor khasnya di Parit Raja dan daerah Batu Pahat.
Yang Berhormat Speaker, melalui strategi ekosistem pelaburan dan bumi hijau, diharap pihak kerajaan dapat terus memelihara dan memulihara hutan-hutan lipur dan taman eko rimba, taman-taman rekreasi di negeri Johor. Seterusnya, menambah trek pejalan kaki di mana Kawasan-kawasan rekreasi ini dipelihara terus sumber alam dapat membuka ruang kepada rakyat untuk menikmati gaya hidup sihat.
Yang Berhormat Puan Speaker, sejak lebih 6 dekad yang lalu kita merdeka dan mentadbir negara dan negeri dengan acuan kita sendiri. Dari sebuah negara yang kaya dengan sumber alam, kini kita menjadi negara dan negeri yang maju dan makmur. Ianya hasil kebijaksanaan rakyat memilih pemimpin dan kebijaksanaan pemimpin sehingga kestabilan dapat memacu kemakmuran negara. Keakraban rakyat pula dari pelbagai kaum dan agama dapat hidup dengan suasana yang harmoni dengan dasar yang ada dapat menjalankan aktiviti ekonomi dan kepelbagaian kaum menikmati kehidupan yang lebih sejahtera hasil manfaat dari kestabilan demi kemakmuran. Keadaan ini tidak datang dengan sendiri kerana kunci kestabilan itulah yang memacu kemakmuran dan kemajuan negara.
Namun setelah melalui satu episod pilihan raya umum, bagi menterjemah proses demokrasi, Pilihan Raya yang ke-14 telah pun mengubah landskap politik juga cara pemikiran rakyat. Manakala sebelumnya rakyat di hidang dengan himpunan jalanan, berlaku kasar kepada penguatkuasaan keselamatan dan juga melampaui undang-undang. Rakyat dibuai dengan janji manis di luar batasan dan kemampuan perlaksanaan. Lantaran itu di dalam Dewan yang mulia ini juga, kita telah mengalami perubahan hanya dalam satu tempoh pilihan raya. Sesungguhnya mana-mana parti pun yang mengemudi sebagai kerajaan buat masa ini bukan satu tempoh yang mudah, jauh sekali untuk berbangga diri, tetapi ini merupakan ujian buat kita dalam melaksanakan tanggungjawab besar kepada rakyat. Bukan sahaja menghadapi penyakit COVID-19 tetapi satu fenomena perubahan landskap politik yang amat luar biasa. Apatah lagi dalam keadaan sekarang ini kita perlukan satu tabungan kewangan yang stabil untuk mengurus rakyat di waktu pandemik. Itulah hasil kestabilan demi kemakmuran pentadbiran yang lalu.
Peranan Ahli Dewan sebagai penyemak imbang di terjemah dan dimanfaatkan sebaik-baiknya. Ahli Yang Berhormat berpeluang berbahas di Dewan yang mulia ini. Manakala di peringkat daerah-daerah, peranan Pengerusi JKTD pula membawa permasalahan seperti isu setempat dan itu jugalah yang dilaksanakan apabila berlaku perubahan corak pemerintahan negara pada Mei 2018. Kita menghormati amalan ini. Oleh yang demikian, walau tidak turut serta dalam Mesyuarat JKTD isu-isu rakyat masih pun dibawa ke peringkat daerah. Jadi, kita berharap kita sama-sama menghormati apa yang telah kita putuskan dan kita pun menghormati Yang Berhormat Puan Speaker, menghormati kedudukan Yang Berhormat Speaker kita, tengok Yang Berhormat Puan Speaker kita steady je di situ ya. Budaya muafakat Johor itulah kita.
Yang Berhormat Puan Speaker, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang telah menyalurkan peruntukan kepada semua Ahli Dewan untuk membantu rakyat dengan prinsip terbuka
mengetepikan perbezaan fahaman serta memandang tugas ahli Dewan selaku Wakil Rakyat. Maka dengan berjiwa besar Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor meletakkan tangga harap bahawa Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat menyalurkan peruntukan bagi membantu rakyat.
Yang Berhormat Speaker, sekali lagi patik merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tuanku Mahkota Johor di atas keprihatinan Yang Amat Mulia Tuanku bagi memastikan program vaksinasi mencapai matlamatnya. Syukur Alhamdulillah negeri Johor menjadi salah satu negeri yang membantu negara dalam mencapai tahap imuniti kelompok.
Parit Raja mengambil kesempatan di dalam Dewan yang mulia ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti, jasa dan pengorbanan barisan hadapan yang bertungkus lumus melaksanakan tugas tanpa lelah. Kegigihan frontliners memastikan kesejahteraan rakyat agar terus terjamin merupakan satu semangat yang luar biasa dan pengorbanan yang besar buat negara. Penghargaan dan terima kasih juga kepada seluruh agensi kerajaan yang berganding bahu membantu dalam segala aspek bagi memenuhi keselamatan dan kesejahteraan rakyat terus terjamin.
Yang Berhormat Speaker, Parit Raja ingin tegaskan betapa peri pentingnya kita tetap dan terus bernaung menjunjung tinggi institusi diraja dan perlembagaan persekutuan serta Undang-Undang Tubuh Negeri Johor. Payung kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor telah membentuk dan keharmonian bangsa Johor. Sebagai rakyat, marilah kita terus menjunjung perlembagaan dan meletakkan sepenuh taat setia kita kepada raja dan negara. Betapa Duli Yang Maha Mulia Tuanku meletakkan kepentingan rakyat sebagai perkara utama, maka sudah menjadi kewajipan rakyat pula meletakkan sepenuh ketaatan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Yang Berhormat Speaker, bagi merealisasikan Belanjawan Johor marilah kita berganding bahu memastikan bangsa Johor berjaya untuk keluar dari pelbagai masalah yang wujud akibat pandemik dengan cara dan budaya Johor. Hormat-menghormati tunjang kekuatan kita. Muafakat membawa berkat. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Sekian, Parit Raja mohon menyokong Belanjawan 2022. Wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Pulai Sebatang, jemput.
Terima kasih Puan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taa’la wabarakatuh. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT dengan limpah dan rahmatNya kita dapat sama-sama bersidang di Dewan yang mulia pada hari ini.
Ampun Tuanku Pulai Sebatang ingin merafak sembah takzim, menjunjung setinggi-tinggi kasih dan mengucapkan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021. Patik mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia serta sentiasa berada dalam keredaan dan keberkatan Allah SWT.
Pulai Sebatang ingin mengucapkan terima kasih di atas ruang yang diberikan bagi membahaskan Belanjawan Johor 2022 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar minggu lalu.
Pertama sekali, Pulai Sebatang juga ingin mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional yang baru membentuk kerajaan baharu di Melaka tanpa memerlukan sokongan dari PBBM dan juga Pas. Walaupun aneh tapi itulah drama politik Malaysia, gabungan parti pemerintah
di persekutuan bertembung sesama sendiri di pilihan raya negeri demi kemaslahatan ummah katanya. Di mulut perkataan demi rakyat tidak pernah lupa untuk ditunggang. Namun, tindakan demi tindakan menunjukkan sebaliknya sehingga akhirnya terpaksa membawa pembubaran DUN dan seterusnya pilihan raya negeri. Kita semua maklum bahawa hari ini rakyat sudah jelik dengan melihat perilaku ahli politik yang tidak henti merencanakan bagi mendapatkan kuasa. Mereka semakin hari semakin tersepit dengan krisis ekonomi, pendidikan. Anak-anak sudah lama tidak bersekolah, kadar pengangguran semakin meningkat. Rakyat seolah hilang kepercayaan kepada orang politik untuk membela nasib mereka. Apabila berkempen, rakyat memerhatikan bahawa orang politik rancak menagih undi mereka. Walaupun begitu, Pulai Sebatang yakin bahawa di Johor tidak akan berlaku peristiwa sedemikian rupa walaupun kita dengar ada ADUN yang boleh acah-acah nak tekan button untuk PRN di Johor. Beliau sendiri pun diturunkan di persekutuan. Begitulah sunnah kehidupan, yang khianat akan dikhianati.
Keduanya Pulai Sebatang juga yakin seluruh Ahli Dewan yang mulia ini mempunyai kewarasan bahawa kesejahteraan rakyat wajib didahulukan berbanding yang lain. Sebab itu, hari ini kita dapat lihat Speaker masih lagi orang yang sama walaupun kerajaan bertukar. Inilah kematangan yang wajar dicontohi oleh mana-mana Dewan Negeri dan Dewan Rakyat. Bukan itu sahaja, Johor juga mendahului dalam membina kesepakatan kerajaan dan pembangkang dalam menangani krisis kesihatan dan ekonomi dek terpukul oleh kesan pandemik dan pada masa yang sama berusaha untuk meringankan beban rakyat yang dihimpit oleh keadaan yang sedia ada. Secara umumnya, Pulai Sebatang melihat bahawa ucapan Belanjawan pada kali ini lebih memfokuskan pada pemulihan krisis. Namun, saya tertanya apakah tiada lagi bantuan subsidi bersasar yang diberikan? Jika dilihat hanya ada bantuan melalui MAIJ yang memfokuskan golongan asnaf, selain itu Pulai Sebatang juga kurang jelas dengan sumber pendapatan kerajaan negeri tahun hadapan bagi menampung kantung kewangan kerajaan.
Yang Berhormat Puan Speaker, apa yang kurang di dalam ucapan kali ini adalah kurangnya komitmen reformasi institusi apa yang kita boleh lihat adalah pemakluman bahawa peruntukan sekian, sekian, namun tidak ada yang menyentuh soal reformasi institusi itu sendiri. Pulai Sebatang ingin sebelum ini Speaker Dewan ada usaha untuk membawa reformasi kepada Dewan ini. Pulai Sebatang berpandangan usaha ini perlu diteruskan kerana reformasi ini suatu proses yang sihat. Janganlah kita lihat dari sudut istilah yang sinonim dengan mana-mana sosok sahaja. Kita kena tengok dan lihat pada sense sebuah penubuhan. Kerana itu Pulai Sebatang berpandangan bahawa Dewan ini perlu ada penyelidik untuk membuat penilaian apa lagi reformasi yang boleh dilakukan agar roh demokrasi itu subur berfungsi di Dewan yang mulia ini.
Pulai Sebatang mengucapkan terima kasih kepada yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas respons terhadap permintaan Wakil Rakyat supaya diberi ruang yang signifikan di dalam mesyuarat Tindakan Daerah. Namun pada hemat Pulai Sebatang peranan sebagai pemerhati dalam Mesyuarat JKTD masih lagi kelabu. Adakah peranan kami sebagai Wakil Rakyat dibenarkan untuk bersuara, melontarkan buah fikiran atau sekadar dapat menyaksikan sahaja mesyuarat berlangsung tanpa sebarang ruang untuk Wakil Rakyat menyampaikan cadangan mereka. Pulai Sebatang ingin menegaskan bahawa isu penyertaan wakil rakyat di dalam Mesyuarat JKTD telah banyak kali dibangkitkan oleh Wakil-wakil Rakyat di DUN ini. Dan, Pulai Sebatang yakin bahawa peranan yang bermakna dapat membuahkan suatu yang baik dan sihat buat pembangunan rakyat di kawasan yang diwakili oleh Wakil-wakil Rakyat bukan hanya sekadar satu usaha kosmetik yang hanya nampak cantik di mata. Pulai Sebatang percaya bahawa dalam proses demokrasi yang sihat, Wakil-wakil Rakyat pembangkang juga diberi ruang yang sama dalam proses pembuat dasar dan keputusan. Bukan sekadar menjadi pemerhati di dalam mesyuarat, justeru Pulai Sebatang mengharapkan agar ada perincian yang lebih murni sewaktu ucapan penggulungan nanti.
Yang Berhormat Puan Speaker, hari ini netizen sedang membincangkan kenyataan NGO, Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia bahawa lebih ramai anak muda akan diisytiharkan muflis menjelang berakhirnya bantuan moratorium bersasar kerajaan. Presidennya menyatakan bahawa beliau menerima secara purata 30 panggilan setiap hari memaklumkan hal muflis. Oleh itu, Pulai Sebatang mencadangkan agar kerajaan negeri dapat mengesan sekiranya ada anak muda yang masih perlu bergantung kepada moratorium agar diberikan bantuan secara bersasar agar mereka tidak mencari jalan yang tidak dikehendaki. Pergi berjumpa dengan along kerana mereka masih muda yang hanya terhimpit dengan desakan ekonomi kepada situasi semasa.
Yang Berhormat Puan Speaker, Pulai Sebatang juga ingin menegur supaya kerajaan mengeluarkan kenyataan yang bertanggungjawab apabila rakyat mempersoalkan tindakan kerajaan. Contohnya, kenyataan EXCO Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna baru-baru ini yang menggores hati rakyat yang sedang bergelut dengan krisis kenaikan harga barang. Sewajarnya dalam tempoh ini kerajaan boleh keluarkan satu kenyataan yang bersifat menyelesaikan dan meleraikan kekusutan rakyat.
Bayangkan tempoh hari, ada rakan mengadu kepada saya purata harga seekor ayam sekitar RM20.00 hingga RM22.00 bahkan ada kedai yang menjual setengah ekor berbanding seekor. Harga telur ayam juga naik. Terbaru saya mohon kerajaan semak aduan harga sayur yang dikatakan meningkat sehingga 200%. Ini adalah perkara yang real berlaku di lapangan dan memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat. Jadi Pulai Sebatang nak minta supaya kerajaan buatlah kerja, turun kelapangan tanya rakyat bukan sekadar hanya lontarkan kenyataan seolah-olah melepaskan batuk di tangga sahaja. Pulai Sebatang apabila dengar jawapan itu memang rasa kecewa seolah-olah lepas tangan, tidak ada yang dinamik dalam menjawab soalan berkenaan. Kenaikan harga bahan mentah yang disebut betullah teori yang kerajaan sebut. Apabila permintaan meningkat, harga akan naik. Cuma yang rakyat nak tahu kenapa kenaikan harga ini terlalu tinggi dan mendadak seolah tiada kawalan dari kerajaan. Isu harga ayam naik mendadak ini bukan baharu. Sewaktu Aidilfitri tempoh hari, rakyat juga mengadu sekilo ayam sampai RM9.50.
Yang Berhormat Puan Speaker, isu jaminan bekalan makanan sudah menjadi isu kritikal. Hari ini kita melihat lonjakan luar biasa harga bahan mentah dan juga keperluan harian ayam, telur misalnya telah membuat kenaikan di tahap luar kemampuan rakyat. Apakah kerajaan hari ini mahu berdalih bahawa tiada apa yang boleh dilakukan kerana kita kekurangan bekalan dan permintaan yang meningkat. Cuba jelaskan apa yang menyebabkan permintaan terhadap bahan mentah ini yang lain dari tahun sebelum-sebelum ini. Melainkan kita sememangnya tidak memberikan perhatian khusus terhadap isu bekalan makanan ini. Justeru, Pulai Sebatang mengharapkan isu food security ini tidak hanya sekadar menjadi projek ekonomi kerajaan negeri bahkan dinilai dan melihat masalah sebenar yang dihadapi oleh rakyat Johor.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya ingin mengangkat semula cadangan berkaitan elaun pegawai masjid dan surau berserta noja. Mereka ini telah menabur bakti dengan berkhidmat seikhlas hati dalam menegakkan syiar Islam dan kemakmuran masjid dan surau di Johor. Mereka menjalankan pelbagai program-program yang baik, menguruskan program-program mengimarahkan masjid dan surau. Mereka juga memastikan bahawa surau dan masjid dalam keadaan bersih dan selesa. Membimbing ahli kariah melalui program-program kuliah harian dan mingguan melalui guru takmir, menjadi peranan perantara Jabatan Agama Islam Johor dan masyarakat dalam menerangkan, menyampaikan informasi yang tepat dari Majlis Agama terutamanya sewaktu pandemik. Justeru Pulai Sebatang mencadangkan agar Majlis Agama Islam Negeri Johor memberi kadar elaun berikut, yang sebelum ini pegawai masjid tidak menerima sebarang elaun daripada Majlis MAIJ. Mereka hanya terima daripada JAKIM, RM850.00. Apa kiralah jika pihak MAIJ dapat menambah elaun RM350.00 pada imam 1 dan iman 2. Seterusnya kepada bilal, Jabatan Agama Islam Negeri Johor tidak memberikan sebarang elaun. Elaun hanya daripada JAKIM, RM100.00 sebulan. RM100.00 sebulan ini diberikan kepada bilal,
jadi apa kiranya jika ditambahkan RM500.00 menjadikan RM600.00 kepada bilal. Manakala noja di masjid diberi RM400.00 yang mana sebelum ini hanyalah RM80.00 sahaja diberikan elaun kepada noja. Begitu juga dengan pegawai surau, imam, Pulai Sebatang mencadangkan supaya diberi RM500.00, bilal RM400.00 mana kala noja RM350.00. Besar harapan Pulai Sebatang agar dapat diluluskan, kerana mereka bertungkus lumus memakmurkan masjid dan surau terutamanya sewaktu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Pulai Sebatang memohon supaya EXCO dapat menjawab dan memberikan penjelasan.
Yang Berhormat Puan Speaker, yang akhirnya Pulai Sebatang ingin membangkitkan lagi sekali dalam Dewan yang mulia ini berkaitan sistem perparitan di kawasan DUN Pulai Sebatang. Rasanya isu ini tidak pernah gagal dibangkitkan di dalam ucapan perbahasan Pulai Sebatang memandangkan isu ini ialah isu yang tidak berkesudahan. Tahun ini sahaja di daerah Pontian khususnya, di Pulai Sebatang telah beberapa kali dilanda banjir dan biasanya banjir termenung. Air tidak boleh keluar, kebun, rumah, kandang ternakan tenggelam berhari-hari. Jadi apabila Pulai Sebatang turun bertemu, mereka memohon penjelasan. Pastinya akan ditanya bila hal ini akan diselesaikan. Dan pastinya bagi Pulai Sebatang tidak dapat tidak masalah ini mesti diselesaikan sebelum berakhirnya penggal ini. Hasil tinjauan Pulai Sebatang mendapati sistem perparitan di kawasan yang terlibat terutamanya parit-parit terhubung di Sungai Sanglang dan Sungai Ayer Baloi kurang memuaskan dan memerlukan penyelenggaraan dari pihak JPS dengan segera. Antara tindakan yang perlu segera dilaksanakan adalah usaha menggali semula Sungai Ayer Baloi dan Sungai Sanglang bermula dari kuala hingga ke hulu sungai. Ini bagi memastikan bencana banjir seumpama ini tidak perlu lagi menjadi kerisauan penduduk di sekitar masa hadapan. Justeru Pulai Sebatang memohon agar kerajaan negeri dapat menyegerakan peruntukan penyelenggaraan di DUN Pulai Sebatang bagi mengatasi masalah ini di masa hadapan.
Sebelum menutup ucapan perbahasan Pulai Sebatang pada hari ini, Pulai Sebatang berharap kita semua dapat terus komited dalam memerangi COVID pandemik ini. Janganlah ada apa juga aksi dan stunt politik yang akhirnya membawa kerugian kepada rakyat. Pulai Sebatang yakin dan percaya bahawa Johor akan sentiasa di hadapan bukan hanya pada bola sepak bahkan di dalam politik dan tadbir urus negeri. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Kota Iskandar, jemput.
Terima kasih Puan Speaker. Bismillahirahmannirrahim (bacaan doa). Pertamanya patik merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021. Patik berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia dalam keafiatan sentiasa dalam limpah rahmat dan keampunan Allah SWT.
Yang Berhormat Puan Speaker, Kota Iskandar mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor kerana telah berjaya membentangkan Belanjawan Johor 2022 yang bertemakan, “Memperhebatkan Kesejahteraan Johor”, pada 18 November yang lalu, yang merupakan belanjawan defisit sebanyak RM286.47 juta berbanding RM248.14 juta pada tahun yang lepas. Belanjawan defisit 2 tahun berturut-turut ini sudah dijangka khusus dalam usaha kerajaan memerangi pandemik COVID-19 dan juga proses pemulihan ekonomi Johor.
Yang Berhormat Puan Speaker, Kota Iskandar juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua anggota barisan hadapan, fronliners yang banyak berkorban dalam memerangi pandemik COVID-19, di mana kadar vaksinasi populasi dewasa telah mencapai 97%.
Yang Berhormat Puan Speaker, Kota Iskandar ingin memulakan perbahasan dengan memberi sedikit respons kepada ucapan Yang Behormat daripada Penawar dan juga Pasir Raja yang menyentuh tentang peruntukan tambahan RM250,000.00 yang diberikan kepada 27 ADUN Pakatan Harapan. Apabila dipetik sama ada diberi betis nak peha ataupun seperti Belanda meminta tanah adalah tidak tepat. Kalau bahasa Arab dipanggil “Kias maalfa’iq”, kias yang batil kerana apa, peruntukan RM250,000.00 ini bukan untuk kepentingan peribadi, tetapi adalah untuk rakyat di kawasan kita yang dilantik. Sayugia permulaan kepada benih dan asas kepada politik budiman dimulai di zaman kerajaan Pakatan Harapan, di mana kita memberikan peruntukan RM50,000.00 DUN Pembangkang, walaupun jumlahnya kecil tetapi yang pastinya permulaan telah dimulai oleh kerajaan Pakatan Harapan.
Selama 60 kerajaan BN sebelum daripada ini tidak pernah memberikan peruntukan kalau mengikut kajian saya kepada pembangkang that is a fact yang kita kena terima. Alhamdulilah, politik budiman ini telah disambut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekarang dan dibuat proses penambahbaikan dan ini merupakan suatu yang sangat baik sebenarnya. Bahkan digalakkan di dalam Islam, kerana di sana dalam al-Quran disebutkan “fastabiqul kharat’, berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebajikan dan kebaikan. Yang penting akhirnya rakyat yang akan mendapat manfaat ataupun kelebihan.
Negeri Johor boleh terus maju jauh ke hadapan. Politik conventional yang diamalkan sekarang diubah kepada politik baharu. Apa dia politik baharu, iaitu politik integriti, politik nilai dan juga politik budiman. Untuk tujuan tersebut Yang Berhormat Puan Speaker, Kota Iskandar ingin mencadangkan supaya di bawah Governance Johor dimasukkan peruntukan di mana Yang Amat Berhormat Menteri Besar, EXCO dan ADUN wajib membuat pengisytiharan harta secara terbuka, sama ada seperti dilaksanakan semasa kerajaan Pakatan Harapan atau sekurang-kurang kepada SPRM. Pengisytiharan harta ini akan meningkatkan integriti keamanahan kerajaan negeri Johor. Allah SWT menyatakan dalam suratul al-Ahzab ayat 72,(bacaan al-Quran) di mana disebutkan, “ Allah SWT telah membentangkan amanah kepada langit, gunung, bukit bukau tetapi semuanya enggan menerima amanah tersebut lalu diterima amanah tersebut oleh manusia yang sangat kerdil”. Lalu Allah telah menyatakan (bacaan al-Quran) iaitu, “Sebahagian besar manusia ini adalah jahil dan juga bodoh”. Di mana amanah ini disebut oleh para muasyirin iqamatuldin iaitu menegakkan agama Islam dan mentadbir dunia, negara dengan panduan daripada Islam, kerana dalam agama kita ada unsur haram dan halal. Dalam agama kita ada unsur pahala dan dosa. Ini akan menjadi suatu wahzan, pertimbangan dalam kita membuat setiap keputusan supaya keputusan itu adalah yang terbaik untuk rakyat yang kita wakili.
Yang Berhormat Puan Speaker, rakan sahabat saya YB Parit Yaani tadi ada menyebut tentang kemungkinan selepas ini mungkin bukan sekarang, selepas ini, peruntukan kepada ADUN ini bukan lagi dibuat secara sama rata, sama rasa, tetapi berdasarkan kepada jumlah pengundi yang ada di kawasan mereka. Contoh seperti saya di Kota Iskandar ini Puan Speaker, sekarang ini aje ada 69,000 pengundi dan akan tambah pengundi 18 tahun automatik akan cecah 100,000 orang. Yang Berhormat Menteri Besar, pengundi dia di Benut ada 20,000 sahaja. Pening juga. Tapi kadang-kadang lagi senang saya tidur...
Lima kali ganda.
Tak larat nak fikir, jadi cepat tidur. Yang Berhormat Puan Speaker, itu sebabnya insya-Allah kita ada usul tentang penubuhan Jawatankuasa Pilihan untuk membuat kajian tentang peningkatan jumlah pengundi yang tiba-tiba mendadak di beberapa Parlimen dan juga DUN di negeri Johor. Mudah-mudahan usul ini diterima dan kita boleh bergerak dengan lebih baik supaya setiap ADUN dapat memberikan perkhidmatan yang efektif berdasar kepada jumlah average, jumlah purata kepada bilangan pengundi di 56 DUN di negeri Johor.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya nak menyentuh tentang isu perumahan yang ada satu dua ADUN telah menyentuh iaitu tentang Program Khas Rumah Johor untuk B40 dan juga M40. Saya tak pastilah Puan Speaker orang kata sekarang ini dah tak ada B40, yang ada B50. Maknanya akibat daripada pandemik, telah banyak golongan M40, 10% telah jatuh kepada B40. Seharusnya sekarang ini kita ada B50, M30 dan T10. Di mana dikatakan bahawa 153,712 unit Rumah Mampu Biaya Johor yang boleh dibina dengan melibatkan keluasan tanah 4,500 hektar, saya rasa perkara ini merujuk kepada jumlah Rumah Mampu Biaya yang tidak dibina oleh pemaju semenjak Dasar Perumahan Rakyat Johor diperkenalkan. Makna, sebab apa? Sebab pemaju tidak membina rumah tersebut disebabkan berlakunya banyak loopholes dengan izin ataupun kelemahan dalam Dasar Perumahan Rakyat Johor kita. Masa itu berlakulah Rumah Mampu Biaya dibina pada fasa terakhir, mereka minta pengecualian bayar denda dan seumpamanya. Itu sebabnya EXCO Perumahan Pakatan Harapan dulu meluangkan masa untuk membuat libat urus dan juga bengkel bagi memperkasakan Dasar Perumahan Rakyat Johor. Dan, alhamdulillah pada 1 April 2019 Pakatan Harapan telah melancarkan Dasar Perumahan Rakyat 2.0 yang banyak dilakukan pelbagai penambahbaikan. Di mana di antara yang kita tekankan semasa submission dengan izin, untuk mendapatkan KM di PBT sekira layout yang dihantar oleh pemaju jelas menunjukkan jumlah Rumah Mampu Biaya tidak mencukupi dengan purpose, dengan senang hati mereka, maka permohonan itu mestilah ditolak supaya setiap pemaju mesti mengambil tanggungjawab membina Rumah Mampu Biaya 40% daripada jumlah keseluruhan unit sebagaimana yang ditetapkan oleh Dasar Perumahan Rakyat Johor. Kecuali boleh membayar denda RM40,000 ke RM60,000 sekiranya disebabkan faktor fizikal, saiz tanah yang kecil, keadaan geografi banyak parit, sungai ke atas tanah tersebut ataupun shape tanah itu, bentuk tidak mengizinkan dan berlaku kekurangan barulah pihak pemaju perumahan dibenarkan membayar denda RM40,000 ke RM60,000 bagi setiap unit Rumah Mampu Biaya yang tidak dibina oleh pihak pemaju.
Kota Iskandar juga ingin mendapatkan penjelasan daripada EXCO yang berkenaan sebab saya rasa dalam sidang yang lepas atau bajet lepas telah dinyatakan satu Program Kempen Transisi 2.0 yang saya yakin dan saya merujuk kepada isu yang sama iaitu isu pemaju yang gagal membina Rumah Mampu Biaya sebagaimana yang telah ditetapkan. Komen saya, tentang Program Khas Rumah ini kerana disebut bahawa tanah ini akan diberikan kepada kerajaan negeri. Ok, tetapi kalau ikut Dasar Perumahan Rakyat Johor, pemaju mesti membina rumah di atas tanah, dua elemen, mesti ada rumah dan juga tanah. Sekarang ini kerajaan negeri bersedia menerima tanah sahaja. Jadi siapa yang akan menanggung kos pembinaan rumah ini dan kita tahu bahawa pembinaan kos rumah rendah ini tidak menguntungkan pemaju dan ada elemen cross subsidi, saya bimbang nanti 4,990 hektar ini sebahagian besar terpaksa diberi laluan kepada pemaju mungkin telah diswastakan untuk dibina rumah mewah sebab apa, nak menggunakan sebahagian daripada keuntungan pembangunan rumah mewah ini untuk menampung kos Rumah Mampu Biaya Johor. Ini juga perlu diambil kira kerana kita akan berlaku tidak adil kepada pemaju yang telah memenuhi syarat membina Rumah Mampu Biaya sebagaimana ditetapkan oleh Dasar Perumahan Rakyat Johor iaitu 40%.
Yang Berhormat Puan Speaker, persoalan juga adalah siapa yang akan membina rumah ataupun yang akan memajukan tanah seluas yang kita sebutkan tadi 4,990. Adakah melalui GLC ataupun syarikat berkaitan kerajaan negeri, kita ada KPRJ, kita ada Johor Land, kita ada PIJ, PIJH ataupun akan diswastakan? Dan, pengalaman kerajaan Johor tentang penswastaan ini banyak majoritinya gagal. Indah khabar daripada rupa.
Yang Berhormat Puan Speaker, kita meminta supaya program ini dikaji semula supaya benar-benar perkara ini mendatangkan keuntungan ataupun kemanfaatan kepada rakyat dan bukannya sebaliknya mendatangkan keuntungan kepada pihak-pihak yang lain, yang terlibat dengan kerja-kerja perlaksanaan pembangunan Rumah Mampu Biaya di atas tanah yang disebutkan tadi. Termasuk dalam polisi yang baru yang kita perkenalkan itu adalah setiap fasa itu mesti ada komponen Rumah Mampu Biaya, istilah dia adalah proportionate dan concurrent tidak akan berlaku lagi Rumah Mampu Biaya di bina di fasa terakhir tetapi
setiap fasa mempunyai jumlah dan peratusan Rumah Mampu Biaya sebagaimana yang dibenarkan termasuk juga pemaju kalau lokasinya begitu hebat strategik kita benarkan dia relocate dengan izin ke kawasan lain tetapi mesti dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan yang sama dan mesti dibina oleh mereka dan kalau mereka menyerahkan tanah itu kepada kerajaan mestilah bersama dengan kos pembinaan sebenar Rumah Mampu Biaya tersebut.
Yang Berhormat Puan Speaker, seterusnya saya nak sentuh tentang perlaksanaan syarikat konsesi di negeri Johor. Rakan saya YB Senggarang telah menyentuh tentang Konsesi Safwa Global Ventures. Rakan saya YB Sri Medan juga dah menyentuh tentang konsesi penyelenggaraan jalan kampung saya mohon Yang Berhormat Menteri Besar ataupun EXCO yang berkenaan.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Speaker, tadi sebut minta maaf eh, peraturan 45, betul ke tadi Yang Berhormat sebut Sri Medan ke apa tadi. Saya dengar macam Sri Medan tadi.
Minta maaf bukan Sri Medan. YB Senggarang dan juga saudara YB Khuzzan, Semerah.
Yang Berhormat Speaker, mohon Kota Iskandar tarik balik.
Mohon betulkan, mohon betulkan.
Saya tarik balik. Mungkin untuk PRU yang akan datang kot. Saya minta supaya Yang Berhormat Menteri Besar atau EXCO yang berkenaan membuat penerangan di Dewan yang mulia ini, betulkah jalan kampung yang selama ini diberikan konsesi kepada Infra Desa Sdn Bhd bagi beberapa daerah Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat, Kluang dan juga Teto Engineering bagi pihak Pontian, Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi sekarang ini telah diserahkan konsesi tersebut kepada satu syarikat dinamakan Qul Holding (M) Sdn. Bhd. sebagaimana dinyatakan dalam bajet belanjawan melibatkan peruntukan sebanyak RM50 juta setahun? Saya minta dijelaskan.
Yang Berhormat Puan Speaker, sebenarnya tiada masalah untuk kerajaan negeri melantik syarikat konsesi asalkan pertama ianya mesti menguntungkan rakyat, tidak merugikan rakyat. Yang kedua tidak merugikan kontraktor-kontraktor yang sedia ada khususnya kontraktor kecil G1 dan G2 dan yang ketiganya mestilah kos efektif. Kita tidak mahu, terjadi di mana konsesi ada yang klausa dalam perjanjian sangat berat sebelah, tidak memihak kepada kerajaan tetapi memihak kepada pihak konsesi, ini tidak seharusnya berlaku.
Sebagaimana ada satu perjanjian di dalam itu disebut dengan izin The rates for the works shall be reviewed upwards, at a rate mutually agreed by the parties. The rate for the work shall be reviewed upward, maknanya kajian semula kepada kadar itu mestilah menaik, sedangkan saya Property Consultant bila kita buat rent review dia subjek kepada keadaan ekonomi sama ada menaik mendatar ataupun menurun tetapi this particular agreement dengan izin, dia sebut bahawa shall be reviewed upward, ini kita kata tidak kos efektif. Maknanya dia menguntungkan pihak konsesi bukannya pihak kerajaan sebab dia sebut syarat konsesi mestilah kos efektif. Bukan saya menentang konsesi tetapi perjalanan konsesi itu mesti tidak membebankan kewangan negeri dan tidak merugikan rakyat kita.
Kota Iskandar ingin menyentuh tentang perenggan 129 belanjawan, di mana disebut tentang RM30 juta disediakan bagi kerja menaik taraf dan menggantikan jalan trafik sederhana MTB. Saya fahamkan bahawa pihak IDJ akan mengambil alih ataupun akan dilantik menjadi konsesi untuk membina 200 jambatan MTB. Jambatan MTB adalah jambatan luar bandar di kawasan pertanian dengan peruntukan RM150 juta ataupun RM30 juta setahun. Saya minta perkara ini dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ataupun EXCO yang berkenaan. Betulkah kenyataan saya ini? Kalau betul, huraikan kenapa perlu melantik IDJ
yang mana kepakaran sebagai mereka tahu adalah tentang pembinaan jalan, jalan kampung sedangkan ratusan jambatan MTB ini selama ini diurus dan diselenggarakan oleh JPS yang mempunyai kepakaran. Kenapa ia diuruskan oleh satu entiti yang berauthority, mempunyai kepakaran diserahkan kepada satu syarikat konsesi yang so call dia hebat tetapi sebenarnya dia tidak memiliik kemahiran dan kepakaran dalam membina dan menguruskan jambatan. Apa yang bimbang, apa yang membimbangkan saya adalah nanti mereka akan melakukan kontrak secara build and design, reka dan bina melantik konsultan luar akan menyebabkan kos pembinaan kepada jambatan ini semakin tinggi. Dan apakah rasional, adakah telah dibuat inventori forensik kepada setiap issuance of this jambatan? Sama ada jambatan ini perlu dibina, perlu di selenggara, perlu dinaiktarafkan kerana jambatan-jambatan ini tidak boleh kita naikkan taraf begitu sahaja sekiranya status jalan tersebut di luar bandar tidak dinaikkan taraf. Suddenly jalan kampung ada jambatan yang besar, ini tidak bersesuaian dan tidak memenuhi dari segi teknikal jambatan tersebut. Oleh itu saya harap...
Kota Iskandar sila gulung.
Saya berharap Yang Berhormat Puan Speaker, perkara ini dijelaskan dalam Dewan yang mulia ini bukan untuk saya menuding jari, tetapi untuk kebaikan kita bersama supaya bila mana dilaksanakan konsesi ini untuk tempoh 5 tahun ianya tidak membebankan sebagaimana saya sebut tadi kewangan kerajaan negeri dan juga tidak merugikan rakyat yang sekarang ini dilanda dengan pandemik COVID-19.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya nak sebutlah yang terakhir mungkin, kepada sahabat sayalah YB Rengit. Dulu, masa 29 November 2020 dalam sidang DUN dinyatakan bahawa saya sebut lah ya, saya ambil daripada hansard kita. Bagi tahun 2018, 2019 tiada kerja-kerja pecah tanah sepanjang tempoh tersebut, kenyataan ini menggambarkan seolah-olah tidak ada Rumah Mampu Biaya yang mula dibina pada pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan pada 2018 dan 2019. Masa Persidangan tersebut saya tidak mempunyai data dalam tangan saya. Persidangan lepas pun ada, saya ada, tapi saya tak sempat nak sebut. Jadi saya nak sebut untuk direkodkan dalam hansard ataupun minit Dewan ini. Sebenarnya walaupun tidak ada pecah tanah dilakukan tidak bermakna tidak ada pemaju yang membina rumah berdasarkan kepada Dasar Perumahan Rakyat Johor iaitu 40% saya sebutkan.
Untuk tahun 2018, terdapat 7 projek perumahan yang mula dibina yang melibatkan sebanyak 2,077 unit Rumah Mampu Biaya Johor. Pada tahun 2019 terdapat 28 projek perumahan yang mula dibina yang melibatkan sebanyak 3,663 unit Rumah Mampu Biaya detail dia saya ada tak perlu saya sebut dalam ucapan saya pada petang ini.
Akhirnya, saya menutup ucapan saya dengan membaca sepotong ayat dalam surah Al-Araf ayat 96 (bacaan ayat al-Quran) ‘dan sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan kepada mereka berakah daripada langit dan bumi tetapi ternyata mereka mendustakan ayat-ayat kami maka kami seksa mereka sesuai dengan apa yang mereka telah kerjakan’. Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Mahkota, jemput.
Bismillahirahmanirahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Bacaan doa). Terlebih dahulu patik merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021. Patik dan seluruh rakyat di Mahkota sentiasa mendoakan keafiatan dan sentiasa dalam, semoga Tuanku dalam limpahan rahmat dan keampunan Allah SWT. Saya ada sembilan perkara
nak disampaikan, tapi oleh kerana mungkin antara 15 minit sahaja, maka mungkin tidak dapat disampaikan semuanyalah. Tapi yang penting, umur sekarang dah 68 tahun. Pertama kali jadi Wakil Rakyat, dan saya rasakan bertanggungjawab, saya ingin menyampaikan. Kalau dalam bahasa Indonesia punya cakap kena curhat. Curhat ini makna bagi curahan hati untuk semualah tatapan Wakil Rakyat dan juga yang di luar sana. Kita dah merdeka 64 tahun. Malaysia yang kita cintai, Johor yang kita sayangi. Sebagai sebuah negara dan negeri, kita ini berbilang kaum. India, Cina, Melayu, Kadazan dan macam-macam. Tapi yang kita bimbangkan, warisan-warisan yang telah ditinggalkan selama 64 tahun ini mampukah kita pertahankan? Mampukah akan ia dapat kita jadikan sebagai warisan kepada anak cucu kita? Saya hanya ada lima cucu, mungkin yang lain-lain ada lebih dan sebagainya. Apa yang kita lakukan sekarang akan diterjemah oleh anak cucu kita di masa akan datang. Saya bimbang banyak keputusan-keputusan pemimpin besar yang menggunakan perkauman berusaha memegang tampuk pentadbiran dengan menggunakan isu-isu yang amat sensitif dan membimbangkan saya, membimbangkan Mahkota untuk masa depan negara. Hakikatnya, apa yang dilakukan sekarang ialah strategi pecah dan perintah ahli politik demi terus menguasai sesuatu kumpulan.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, Tuan Yang Dipertua, orang Melayu baharu dipermainkan dengan strategi politik perkauman yang sebegini buruk. Sejak Tanah Melayu dijajah oleh Portugis, Inggeris, Jepun, strategi ini diguna pakai. Majoriti di Malaysia, majoriti di Johor adalah bangsa Melayu. Kuasai bangsa Melayu maka dapatlah pemimpin politik memerintah eksekutif kerajaan di peringkat pusat dan juga di peringkat negeri. Ini selalu ditekankan, kita ini berbilang bangsa, berbilang kaum dan di Johor pula Bangsa Johor, di Malaysia pula sekarang Keluarga Malaysia, tapi approach-approach yang dibuat, perkara-perkara yang ditimbulkan, cadangan-cadangan demi kebaikan negara dan negeri adakah sebenarnya menjurus kepada usaha yang sedemikian untuk masa hadapan negara dan negeri? Kerana saya melihat, Mahkota melihat pemikiran lama, aib orang Melayu, kamu akan hilang tongkat. Siapa yang tak takut kalau hilang tongkat? Tapi, adakah ini satu ingatan yang paling baik untuk membolehkan kita menterjemahkan usaha? Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kerajaan yang dipimpin oleh sebelah sana mencadangkan bajet bahagian terbaik. Tapi kalau bajet-bajet demikian tidak diterjemahkan secara adil, tidak memberi apa makna.
Saya ambil contoh satu lah, saya tak nak ulas banyak-banyak, ada satu terjemahan kepada, ada satu peruntukan melalui Yayasan Sultan Rogayah dan, eh Yayasan Sultanah Rogayah dan Yayasan Sultanah Fatimah. Satu untuk masyarakat Cina, satu untuk masyarakat Melayu. Bila di keluar, dekat luar tu tanya, ada sahabat saya, orang asli, mana peruntukan untuk orang asli? Tidak ada. Pasal? Dia pun masyarakat besar juga, tambah-tambah dia adalah masyarakat asal, kita panggil pun orang asal, bukan orang asli, orang asal. Dan bila diterjemahkan sedemikian, seolah-olah ada Cina, ada India, ada Melayu. Mana dia bangsa Johor dia yang kita laung-laungkan hari-hari cakap? Tidak ada.
Jadi cadangan saya, kalau boleh bajet yang ini jangan sebut-sebutlah untuk siapa, tapi letakkan sajalah seperti yang cadangan sebelum daripada ini ada usul daripada salah sorang Ahli Dewan, letakkan di bawah Menteri Besar. Cina ke, India ke, siapa ke yang tinggal, selagi dia tinggal di negeri Johor, layak untuk mohon dan diberikan peruntukan sedemikian. Di situ dah nampak, kita boleh nampak tak ada bangsa-bangsa ini semua, tinggal bangsa Johor je. Jadi, Johor kena mulakan lah sebegini dan saya juga difahamkan di beberapa Parlimen pun sama, peruntukan untuk masyarakat Melayu sekian, bukan Melayu sekian, apa ini? Sampai bila benda-benda begini nak diteruskan? Ini kita nak duduk ini, saya 68 tahun, tidak lama lagi mungkin tidak ada lah. Tapi ke depan anak cucu kita ini akan menghadapinya.
Jadi, Mahkota mengharapkan satu keadilan dalam Belanjawan Negeri Johor yang telah dibentangkan, sebagai negeri meletakkan istilah Bangsa Johor yang tidak mengira bangsa dan agama, keadilan perlu ditegakkan. Slogan boleh dicipta, 1 Malaysia, Keluarga
Malaysia, Bangsa Malaysia, Bangsa Johor, namun apakah benar-benar kita menghayatinya dan menterjemahkannya ke dalam perlaksanaan harian-harian.
Yang Berhormat Tuan Speaker, ini untuk pertanian pula. Projek Pertanian Moden di Ayer Hitam. Kawasan itu 9,000 ekar, memang di bawah, apa ini, di bawah federal, saya faham. Tapi telah menjadi, diilhamkan oleh Yang Teramat Mulia Tun Mahathir pada 2004 YB, apa ini, Yang Berhormat Speaker, Timbalan Speaker, 2004, ini 2021. Apa yang telah berlaku pada tanah 9,000 ekar itu sekarang? Kalau ini pun 9,000 ekar ini pun negeri Johor oleh kerana itu mungkin hak federal, saya pun tak pastilah bentuknya macam mana, kita perhatikan saja, tidak memberikan apa manfaat kepada rakyat. Apa yang sebenarnya kita nak buat di negeri Johor ini, sedangkan untuk makluman Timbalan Speaker, mengikut statistik 2019, sektor pertanian menyumbang 12.2% ataupun RM16.4 bilion kepada ekonomi negeri Johor berbanding dengan 51%, RM68.5 bilion sektor perkhidmatan, betul. Tinggi perkhidmatan daripada pertanian, tapi bila sampai COVID, sebenarnya yang mampu mempertahankan ekonomi negeri mana-mana juga, kalau Tuan Timbalan Speaker boleh semak laporan World Bank, mereka yang ada kekuatan dalam pertanian seperti Vietnam mampu bertahan dari segi GDV nya.
Kita banyak tanah, kalau dekat tanah pertanian moden itu lereng cantik, apanya, kesuburan tanah baik, access road dekat, dekat ke Singapore untuk hantar produk kita, tapi segala-galanya tidak digunakan, kerana apa? Banyak sangatlah dia punya kelemahan-kelemahanlah ke arah untuk mencapai matlamat. Jadi saya minta supaya kita ambil perhatian, pihak kerajaan negeri Johor melihat bagaimana kita nak bersama-sama pastikan bahawa 9,000 ekar itu kalau boleh dalam bahasa yang mudah kita ambillah, kita bangunkanlah, kita mampu, banyak syarikat-syarikat yang boleh buat, banyak individu-individu yang boleh buat, hingga sekarang masih menyewa pula di mana-mana selain dari tempat yang paling sesuai tadi. Saya bangkitkan pertanian juga kerana isu dalam masa PKP, saya ingat telah dibangkitkan oleh beberapa ADUN. Pasaran tak boleh dibuat, nanas tidak boleh dijual, kerana apa? Masalah PKP. Produk dah ada, tapi tak boleh dipasarkan kerana kelemahan juga. Jadi kalau semua peringkat nak problem, nak pasarkan problem, jadi di mana kejayaan kita dalam bidang pertanian yang boleh mampu untuk menampung segala kelemahan, kekurangan pendapatan daripada perkhidmatan. Ini kita tak payah cakap lagilah. Susahnya nak mohon tanah, tingginya sewa bayaran dan sebagainya.
Seperkara lagi tentang sungailah. Program 1 Daerah 1 Sungai yang bertujuan menjaga sungai. Kalau menjaga sungai, Mahkota menyokong 100%. Tapi Mahkota tak nak lah sungai itu cantik. Mahkota kalau hujan je satu jam, tambah-tambah tengah malam, dia tak boleh tidur dah. Sahih bawa banjir. Ada rumah dinaiki air, bukan setakat tangga dia, tapi sampai ke tempat tidur. Ha ini kerana apa? Kelemahan-kelemahan pengurusan. Banyak permit pembangunan-pembangunan, banyak kerja-kerja tanah yang tidak mengikut spesifikasi hingga menyebabkan air itu kelodak-kelodaknya tadi turun ke bawah dan menyebabkan sungai-sungai menjadi cetek dan akhirnya banjir berlaku. Jadi, tiap-tiap hari ini sekarang mulai daripada hari Ahad, Isnin, Selasa dan hari ini terus hari-hari hujan. Malam-malam memang tidak boleh tidurlah. Tak apalah, pasal orang tua memang malam memang tak tidurlah.
Dan seperkara lagi tentang pendidikan agama. Minta maaf, ini tentang tahfiz-tahfiz. Saya difahamkan di negeri Johor ada 122 tahfiz semuanya. Daripada 122 hanya 12 sahaja yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Saya selalulah, tapi tak pernah masuk sejak daripada rakyat tak pernah masuk ke mana-mana juga tahfiz yang tidak berdaftar. Minta maaf saya katakan bahawa, dalam itu ramai anak-anak kecil yang diberikan pendidikan untuk hafalan al-Quran dan lain-lain yang diajar. Saya bimbang ke mana arah tuju anak-anak ini nak di bawa oleh kitalah. Kalau kita tak uruskan dengan cara yang terbaik, maaf cakap sekali lagi kalau kita tengok daripada luarlah, dia punya bangunan, tengok anak-anak yang ada pakai pakaian anak-anak, sangat sedih. Saya difahamkan bahawa Jabatan Agama Johor ada pelantikan nazir sekolah. Saya tahu. Terima kasih. Hanya memeriksa tahfiz-tahfiz yang berdaftar. Apa yang berlaku pada yang tidak berdaftar
ada 110? Kalau dekat 110 itu ada 20 sahaja anak murid tiap-tiap tahun, maknanya ada hampir 2,000 anak-anak yang keluar daripada sana, ke mana nak pergi dia orang ni? Apa sistem pendidikan yang dibuat? Memang ada betul, ada silibus yang disediakan oleh Pejabat Agama, ada itu, ada ini, betul, tapi adakah benar-benar direalisasikan di peringkat tahfiz itu sendiri? Dalam bajet kita ada tak bagi pada tahfiz-tahfiz ni? Saya belum dapat menyemak sepenuhnya. Jadi, kebimbangan ini kalau tahfiz kata tahfiz medic memang di bawah kerajaan negeri, betul, ok, fair enough, tapi ini tahfiz yang tidak berdaftar.
Saya ada 3 perkara nak dibangkitkan dari segi isu di peringkat DUN iaitu pertama, kita ada dari segi perumahan. Saya ingat masa zaman PH dulu, ada lawatan oleh EXCO Perumahan di mana ada satu tapak akan dibina rumah mampu biaya saya rasa. Jadi, saya minta pada EXCO dapat mempercepatkanlah kerja-kerja ini untuk membolehkan penyelesaian masalah perumahan di kawasan Mahkota. Dan satu lagi, extreme park. Extreme park dibina sebelum pilihan raya, PRU 14. Sampai sekarang tak digunakan.
Sila duduk. Azan, sila duduk. (Berhenti sebentar kerana memberi laluan laungan azan.)
Mahkota, dua minit.
Terima kasih Yang Berhormat. Satu lagi projek pembinaan jambatan di jalan Kampung Paya Kluang yang sempit dan menghalang penglihatan pemandu. Jalan dah siap, jambatan saja tak siap. Jalan cukup lebarlah. Minta perhatian oleh pihak yang berkenaan.
Dan satu lagi tentang Pendigitalan Negeri Johor, ini penting. Di Mahkota kami telah menerima banyak aduan rakyat, baik ketiadaan peranti yang mencukupi tapi yang lebih memalukan tiada capaian internet. Jadi, minta perhatian dan selanjutnya tentang Internet Mahasiswa. Mengenai Program Internet Mahasiswa Johor untuk 3,000 pelajar bernilai RM1.7 setahun. Saya ingat jumlah itu tidak cukuplah. Harap benda ini dapat dipertimbangkan lagi dengan sejumlah yang lebih mencukupi ataupun syarikat-syarikat konglomerat telekomunikasi ini buat CSR lah, untung banyak-banyak bagilah sikit pada rakyat negeri Johor.
Dan, satu perkara lagi tentang kesihatan. Kita bercakap tentang COVID-19, sebenarnya kalau dekat Mahkota permasalahan denggi ini ada juga berlaku lagi. Jadi, saya mencadangkan ini memerangi penyakit ini dan tahniah juga saya berikan kepada Pejabat Kesihatan Kluang, melalui kempen-kempen yang telah mereka lakukan seperti 10 Minutes Challenge, 1 Hour Johore Clean Up yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor, adalah satu program yang baik dan perlu dipromosikan dengan lebih giat. Untuk kempen ini disarankan di kawasan-kawasan tapi berada dalam kerangka bebas COVID-19.
Jadi itu sajalah yang dapat saya sampaikan pada kali ini dan saya mengharapkan supaya yang penting bajet yang di bentang dan akan diluluskan dapatlah diterjemahkan secara yang lebih sempurna. Semoga kita dapat membentuk masyarakat yang lebih baik di masa hadapan demi anak cucu kita pada masa hadapan. Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Yang Berhormat Buluh Kasap, jemput.
Bismillahirrahmanirrahim (Berselawat). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang dan salam Makmur Johor. terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker kerana memberi peluang dan keizinan kepada saya mewakili Buluh Kasap mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini bagi membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2022, Belanjawan 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor baru lalu.
Ampun Tuanku, sebelum meneruskan perbahasan ini patik mewakili seluruh warga Buluh Kasap merafak sembah menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah serta ucapan syukur dan ucapan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021. Kami warga Buluh Kasap juga mendoakan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia serta berada dalam limpah rahmat Allah SWT.
Yang Berhormat Puan Speaker, awal perbahasan ini Buluh Kasap ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada barisan hadapan negara yang sejak mula pandemik COVID-19 melanda negara hingga hari ini masih setia menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Ketika arahan PKP, seluruh negara semua orang diarah duduk di rumah, mereka cekal menjalankan tanggungjawab. Ketika kebenaran rentas negeri, ramai rakyat mengambil peluang balik kampung dan melancong. Barisan hadapan tetap dengan tugas dan tanggungjawab mereka. Justeru, Buluh Kasap merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan hadapan negara tak kira di mana berada terutama sekali mereka yang berada di Segamat. Jasa dan pengorbanan anda semua tak mampu kami balas dengan hadiah dan kata-kata. Kepada Allah kami serahkan.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya juga mewakili warga Buluh Kasap ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor khasnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan Belanjawan 2022 minggu lalu dengan tema Memperhebat Kesejahteraan Johor. Belanjawan 2022 menyaksikan 2 tahun berturut-turut kerajaan membentangkan belanjawan defisit selepas Belanjawan 2021 tahun lalu. Buluh Kasap percaya, keberanian Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor ini pastinya difahami dan disokong oleh seluruh warga Dewan demi kebaikan rakyat Johor keseluruhannya. Ia juga sangat penting dalam masa kerajaan bersedia memacu ekonomi negeri selepas terikat lama dengan pandemik COVID-19 sejak hampir 2 tahun lalu. Usaha-usaha yang dicadangkan kerajaan dalam Belanjawan 2022 ini terutama dengan 12 agenda besar dilihat mampu membantu ekonomi Johor bangkit semula terutama sektor-sektor yang teruk terjejas sebelum ini.
Yang Berhormat Puan Speaker, Buluh Kasap adalah sebahagian dari kawasan dalam daerah Segamat. Sejak beberapa tahun lalu, kerajaan negeri telah mengumumkan bahawa Segamat sebagai daerah pertanian. Sejak itu, pelbagai usaha dijalankan semata-mata untuk pastikan agenda Segamat daerah pertanian dapat direalisasikan. Untuk itu juga, Buluh Kasap mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memperuntukkan peruntukan yang besar dalam sektor pertanian melalui Agenda Johor Tani dan peruntukan sebanyak RM18.9 juta dengan 15 inisiatif merangkumi 32 projek di bawah jabatan berkaitan.
Yang Berhormat Puan Speaker, berkaitan Segamat sebagai daerah pertanian. Buluh Kasap ingin mendapatkan penjelasan daripada EXCO yang berkaitan, berkaitan pencapaian, perkembangan dan prestasi serta peningkatan pertanian dan penternakan di Segamat. Sejak 10 tahun kebelakangan iaitu sejak 2010 sekurang-kurangnya sehingga 2021 atau 2020. Antaranya, satu, jumlah penternak dan petani daerah Segamat. Dua, jumlah hasil pertanian dan penternakan. Tiga keluasan kawasan, kawasan yang digunakan untuk pertanian dan penternakan dan keempat jumlah bekalan hasil pertanian dan penternakan yang disumbangkan Segamat kepada bekalan makanan negeri Johor. Ia penting Yang Berhormat Puan Speaker bagi menunjukkan bahawa objektif menjadikan Segamat sebagai daerah pertanian benar-benar berjaya dan disambut oleh pemain-pemain sektor ini di Segamat khasnya. Jika dapatannya nanti menunjukkan prestasi tidak menggalakkan dan tiada peningkatan, maka ia dianggap tidak berjaya dan perlu tindakan-tindakan lain diambil pihak kerajaan negeri.
Buluh Kasap juga Puan Speaker ingin menarik perhatian pihak kerajaan, agar Segamat sebagai daerah hab pertanian janganlah dilihat hanya tumpuan kepada penternakan dan cucuk tanam semata-mata. Tetapi mestilah melibatkan perkara-perkara lain yang lebih
besar. Sekali lagi Buluh Kasap ingin mencadangkan di dalam Dewan yang mulia ini, kerajaan negeri melebar luaskan aktiviti-aktiviti pertanian di Segamat bukan hanya kerja-kerja pertanian dan ternakan sahaja tetapi termasuk juga pembinaan kilang, pusat-pusat penyelidikan dan lain-lain perkara yang ada kaitan dengan pertanian. Ia mungkin boleh dilaksanakan dengan memberikan insentif dan keistimewaan-keistimewaan tertentu seperti pengecualian cukai dan sebagainya kepada mereka yang melabur dalam sektor pertanian di Segamat. Jika ini boleh dilakukan, Buluh Kasap percaya daerah Segamat mampu dibangunkan sebagai daerah pertanian dengan lebih menyeluruh. Dalam erti kata lain Yang Berhormat Puan Speaker, jika ada pelabur datang ke Johor, ingin melabur apa bentuk pun jika ada kaitan dengan pertanian, maka kerajaan negeri boleh mencadangkan mereka untuk melabur di Segamat.
Jika melabur di Segamat, mereka akan diberikan pelbagai keistimewaan termasuk pengecualian cukai dan sebagainya. Mungkin dalam satu tempoh-tempoh tertentu yang mereka tidak boleh perolehi jika melabur di tempat lain. Ini mungkin akan bantu perkembangan sektor pertanian di Segamat atas nama daerah pertanian. Buluh Kasap kerap bangkitkan perkara ini kerana walaupun setiap tahun diumumkan Segamat Hab Pertanian, Segamat daerah pertanian tetapi secara jujur, bila disebut perkara pertanian di Johor ramai akan melihat Ayer Hitam, bukan cemburu YB, tapi di mana keutamaan Segamat sebagai daerah pertanian?
Yang Berhormat Puan Speaker, alhamdulillah, baru-baru ini kerajaan pusat telah mengumumkan persetujuan kerajaan untuk meletakkan Segamat sebagai salah satu daerah dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau ECER. Buluh Kasap merakamkan ucapan terima kasih atas pengumuman ini dan apa yang penduduk Segamat harapkan ialah limpahan pembangunan pantai timur nanti akan sampai ke Segamat dan dinikmati oleh penduduk Segamat. Pembangunan ECER ini perlu mengambil kira Segamat sebagai daerah pertanian. Insentif-insentif dan keistimewaan kepada pelabur-pelabur sektor pertanian yang saya sebutkan di awal tadi mungkin boleh diambil kira oleh kerajaan dan pihak-pihak berkepentingan di dalam ECER ini. Barulah pelabur-pelabur sektor pertanian berminat untuk melabur di Segamat. Sekali gus mampu melonjakkan ekonomi dan pembangunan pertanian di Segamat. Dalam perkara ini Buluh Kasap harap pihak-pihak berkaitan perlu turun ke Segamat bagi membentangkan perancangan dan gerak kerja ECER di Segamat kepada pemimpin-pemimpin masyarakat di Segamat khasnya. Ia penting bagi masyarakat dan penduduk bersedia menerima limpahan pembangunan pantai timur ini. Segamat perlu dimaklumkan bentuk pembangunan, kawasan-kawasan terlibat, peluang-peluang pekerjaan dan sebagainya. Perkara ini perlu digerakkan segera kerana pengumuman asal telah lama iaitu sejak sebelum PRU ke-14 lagi, jangan pula sampai PRU 15, ia masih belum bermula.
Yang Berhormat Puan Speaker, sekali lagi Buluh Kasap melihat peruntukan besar agenda Johor Tani yang diumumkan kerajaan pada Belanjawan 2022 menunjukkan kerajaan serius untuk membangunkan sektor pertanian di negeri ini. Ia termasuk peruntukan sebanyak RM2.9 juta, bagi memperkasa pengeluaran tanaman makanan, buah-buahan jangka pendek, kontan, sayur-sayuran dan sebagainya. Ia mesti direbut oleh pemain-pemain sektor ini terutama yang menambah hasil pengeluaran mereka, cumanya Puan Speaker, Buluh Kasap berpandangan, kerajaan seharusnya juga melihat cabaran yang sedang dan akan dihadapi oleh petani-petani ini. Antara yang sedang dihadapi petani, pekebun dan pengusaha kebun-kebun pertanian ialah harga baja, racun dan peralatan-peralatan lain yang terlalu tinggi waktu ini. Ia, kami faham dan maklum ia bukan hanya berlaku di Johor, malah seluruh negara seperti jawapan lisan YB EXCO semalam. Tetapi jika tidak diatasi dan diambil maklum, Buluh Kasap bimbang usaha yang dilakukan kerajaan termasuk pengumuman bajet besar kerajaan dalam sektor pertanian ini, tidak dapat dinikmati nikmatnya oleh para pekebun dan petani. Jika kerajaan boleh umumkan boleh kecualikan lesen perniagaan bagi peniaga-peniaga kecil, kerajaan boleh umumkan pengecualian sewa rumah dan premis-premis kerajaan, maka Buluh Kasap berharap kerajaan juga mampu fikirkan pengumuman yang sesuai bagi pemain-pemain sektor ini bagi membantu menyelesaikan masalah harga barang keperluan petani yang terlalu tinggi waktu ini.
Yang Berhormat Puan Speaker, Pilihan Raya Ke-14 telah lama berlalu, lebih 3 tahun lalu ada yang mendapat nikmat dari keputusan Pilihan Raya Ke-14 ini dan tidak kurang juga ada yang terkesan dengan keputusan tersebut. Ia mungkin dah agak lama tetapi kita tak pernah lupa, bagi saya yang mewakili kawasan Buluh Kasap, keputusan Pilihan Raya Ke-14 sangat meninggalkan kesan. Kerana Buluh Kasap, ketika itu menjadi pembangkang. Banyak pengalaman selama 22 bulan mewakili rakyat sebagai pembangkang, sebab itu apa yang dibangkitkan oleh rakan-rakan di sebelah sana, Buluh Kasao mudah memahaminya. Namun percayalah Yang Berhormat, apa Yang Berhormat lalui hari ini sebenarnya laut, jauh lebih baik daripada apa yang kami lalui dulu. Ini semua hasil keikhlasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor mentadbir negeri dengan niat dan hasrat melihat rakyat Johor mendapat nikmat dari pembangunan dan pentadbiran negeri kerajaan negeri hari ini, tanpa mengira kawasan kerajaan mahupun pembangkang.
Yang Berhormat Puan Speaker, Buluh Kasap mengajak semua Ahli Dewan melihat insan yang mewakili Benut, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, orangnya lembut dan sentiasa tersenyum, namun di dalam hatinya dan dirinya tak lepas dari memikirkan pembangunan negeri serta kebajikan rakyatnya. Yang Amat Berhormat Benut mengambil alih kerajaan negeri Johor sebagai Menteri Besar Johor dalam keadaan negeri dan negara tersepit dengan pandemik COVID-19. Sudah pasti sukar bagi beliau memulakan tugas sebagai Menteri Besar Johor di tengah jalan dalam masa yang sama terikat dengan pelbagai SOP dan PKP. Namun beliau berjaya menggerakkan kerajaan negeri menempuh cabaran pandemik COVID-19. Kita dan rakyat Johor, pasti ingat bagaimana kebajikan rakyat diletakkan sebagai keutamaan Menteri Besar Johor ketika, itu tanpa mengira batasan fahaman politik.
Selain daripada pelbagai bentuk kebajikan kepada rakyat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor memperuntukkan peruntukan khusus kepada semua Wakil Rakyat untuk membantu rakyat dan pengundi yang terkesan ketika itu. Sebab itu, Yang Berhormat kita bertuah dan seharusnya bersyukur bila ditakdirkan insan ini diangkat sebagai Menteri Besar Johor. Menteri Besar kita ni Yang Berhormat tak pernah pun mengeluarkan arahan berhentikan ketua-ketua kampung secara serta merta, tak pernah pun mengarahkan rampasan barangan dan kunci dewan, hentikan pegawai-pegawai lantikan kerajaan dan banyak lagi. Inilah kebijaksanaan dan keikhlasan dalam mentadbir.
Kebijaksanaan dan keikhlasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor baru-baru ini dizahirkan lagi dengan pengumuman semua Yang Berhormat menerima peruntukan tetap RM200,000.00 setiap tahun, tambah lagi RM50,000.00 untuk tujuan perayaan besar, tak cukup dengan itu Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga mengumumkan Wakil-Wakil Rakyat Pembangkang akan dijemput menyertai Mesyuarat JPPD sebagai turut hadir atau pemerhati. Kalau YB kata YB Wakil Rakyat dipilih sah oleh rakyat, dulu kami pun wakil rakyat dipilih sah oleh rakyat, kalau YB berkata YB tak berkhidmat, YB nak berkhidmat kepada rakyat, dulu kami pun berkhidmat untuk rakyat. Selama 22 bulan, tak ada isu pun kami tak dapat berkhidmat pada rakyat, yang penting pada saya Yang Berhormat, gunakan kebijaksanaan dan budi bicara kita, pasti YB boleh beri khidmat yang terbaik macam kami dulu.
Yang Berhormat Puan Speaker, ini bukan pula bermaksud Buluh Kasap tidak setuju dengan apa dibangkit rakan-rakan Wakil Rakyat pembangkang, cuma bagi saya, Buluh Kasap kita janganlah gelojoh sangat dengan pengumuman dan keikhlasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar tunjukkan untuk membantu memudahkan khidmat ADUN-ADUN di kawasan masing-masing. Seperti kenyataan Yang Berhormat Kemelah semalam “kereta yang hendak bergerak pun akan bermula perlahan lahan sebelum mencapai satu tahap kelajuan yang lancar” dengan izin. Yang Berhormat kena akui kawasan-kawasan pembangkang sekarang ini sedang diwakili oleh seorang wakil atas nama Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DUN, kalau ADUN pembangkang hadir dan ambil bahagian dalam mesyuarat kerajaan bermakna kawasan YB ada dua wakil dan ini tidak adil pula kepada kawasan-
kawasan kerajaan. Jadi, sekali lagi jangan gelojoh sangat, mungkin penggal-penggal akan datang boleh diperbetulkan, ditambah baik sama ada ADUN atau Penyelaras DUN yang boleh hadir dan ambil bahagian dalam mesyuarat.
YB, saya mengajak, berbanggalah kita di waktu kita menjadi Ahli Dewan ini, menjadi Wakil-Wakil Rakyat Johor. Kita telah memulakan politik yang matang tanpa membezakan fahaman politk, sama ada Wakil Rakyat kerajaan mahupun Wakil Rakyat pembangkang. Marilah kita jadikan Dewan Negeri Johor dan Wakil-Wakil Rakyat DUN Johor dilihat matang di mata masyarakat, bukan sahaja negeri Johor tapi menjadi contoh di negeri lain. Tahniah Yang Berhormat dan terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kesediaan kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM21.5 juta dalam agenda Johor Digital untuk membangunkan sosioekonomi rakyat sangat bersesuaian waktu ini. Semasa PKP kerana pandemik COVID-19, ramai yang beralih kepada perniagaan online, bukan itu sahaja malah mesyuarat-mesyuarat jabatan kerajaan dan NGO turut dijalankan secara atas talian, termasuk juga pengajaran dan pembelajaran turut terlibat apabila semua sekolah menjalankan sesi persekolahan secara PDPR. Maka tindakan kerajaan menyediakan peruntukan besar dalam Johor Digital ini sangat dihargai dan tepat masanya. Dan Buluh Kasap bersetuju apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor menyatakan dalam belanjawan tersebut terdapat beberapa isu yang mendesak berkaitan jurang digital termasuk dari segi pencapaian akses internet, peranti digital, pengetahuan orang ramai dan sebagainya. Untuk itu sekali lagi, di Dewan mulia ini Buluh Kasap mohon kerajaan melihat keperluan akses internet di kawasan pinggir bandar dan luar bandar, sebagai contoh Kampung Gelang Cincin di Buluh Kasap yang hanya jarak lebih kurang 8 kilometer dari bandar Segamat tetapi tidak mempunyai akses internet. Waktu PDPR, guru-guru terpaksa keluar dari kampung untuk mendapatkan capaian internet. Begitu juga peniaga-peniaga online yang menghadapi masalah untuk urus niaga. Justeru, di dalam agenda Johor Digital ini mohon dilihat keperluan-keperluan di luar, di kawasan luar dan pinggir bandar.
Buluh Kasap, sila gulung.
Ya, Yang Berhormat Puan Sepaker, Buluh Kasap juga nak ambil kesempatan menyentuh berkaitan agenda ke-7 iaitu Majestic Johor bagi merancakkan semula sektor pelancongan di Johor. Umum mengetahui semasa pandemik COVID-19 ini, antara yang terjejas teruk adalah sektor pelancongan. Kerana itu, Buluh Kasap menyokong dan berterima kasih bila peruntukan yang besar juga dikhaskan untuk sektor pelancongan, Buluh Kasap mengucapkan tahniah atas usaha gigih EXCO-EXCO dan kerajaan negeri untuk menarik pelancong-pelancong ke negeri Johor. Dalam hal ini, Buluh Kasap ingin mendapatkan statistik jumlah kehadiran pelancong dalam dan luar Johor selepas sektor pelancongan mula dibuka.
Buluh Kasap mengakui Segamat daerah yang tak banyak kawasan tarikan pelancong kecuali sektor pertanian dan beberapa kawasan air terjun. Untuk itu, Buluh Kasap ingin mengambil peluang untuk kerajaan melihat jambatan landasan kereta api yang terdapat di bandar Segamat, beberapa NGO di Segamat, termasuk Persatuan Sejarah telah mencadangkan jambatan ini dijadikan tarikan pelancong selepas kereta api elektrik mengambil alih laluan kereta api Gemas-Johor Bahru. Mereka berharap, ia akan dijadikan sejarah kereta api Segamat dan menjadikannya sebagai Galeri Kereta api Segamat. Kertas cadangan telah dihantarkan kepada EXCO Pelancongan dan ia juga akan dihantar kepada untuk kajian EXCO Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya.
Sebelum mengakhiri perbahasan ini, saya mewakili penduduk kawasan Buluh Kasap ingin menyatakan ucapan terima kasih kepada agensi-agensi dan jabatan kerajaan yang banyak membantu kami menyelesaikan masalah dan isu berbangkit penduduk Buluh Kasap. Terima kasih pegawai-pegawai ICU KPLB, Pegawai Daerah Segamat, Majlis Perbandaran Segamat dan lain-lain agensi dan jawatan yang tak dapat disebutkan satu persatu. Kerana
itu Yang Berhormat Puan Speaker, Buluh Kasap mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kerana mengumumkan Bantuan Khas Kewangan 2021 setengah bulan gaji kepada semua penjawat awam negeri Johor, ia suatu yang perlu disambut baik dan jadi suntikan untuk kita semua. Bersama-sama lipat gandakan usaha bantu kerajaan memacu negeri ke arah lebih pesat selepas negeri terbelenggu dengan pandemik COVID-19.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Sri Medan, jemput.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. (Selawat). Pertama sekali, saya ingin menzahirkan seluruh rakyat DUN Sri Medan merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Sultan Yang Di-pertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021. Patik berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam limpahan rahmat Allah SWT. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Speaker yang telah memberi izin pada saya untuk membahaskan, pertama kali sebenarnya saya menjadi pembahas yang terakhir, macam ni rupanya rasanya senyap sunyi.
Ramai.
YB Jementah, saya sempat buka Buku Peraturan dalam Peraturan Tetap Bilangan, dia kata kalau ada bantahan di kalangan Ahli kita ni, jika tak cukup daripada suku bilangan Ahli Dewan negeri boleh ditangguhkan persidangan kita pada petang ini, tapi tadi saya kira cukup lebih daripada 14.
Lebih daripada 14.
Terima kasih. Saya banyak mendengar daripada rakan-rakan, Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya ingat cerita soal demokrasi, pendemokrasian, hampir 70% rakan-rakan sebelah sana bahas soal Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah dan juga tentang peruntukan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat. Tadi, bila rasa mengantuk tadi tersedar sekejap tadi bila Yang Berhormat Kota Iskandar bagus juga, bila Yang Berhormat menegur rakan-rakan saya daripada Bandar Penawar dan juga Parit Raja, akhirnya saya dapat juga pulangkan paku buah keras. Tapi saya maklum dan memang apa yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Kota Iskandar memang tidak ada kena mengena dengan saya pun. Teruk saya kena keluar Dewan nanti karang, sampai hilang jawatan saya.
Pada Yang Berhormat Puan Speaker, saya faham dan maklum, oleh kerana dengan masa yang singkat ini saya cuba sikitlah apa-apa yang mungkin tidak perlu untuk saya bahaskan pada petang ini dan saya pun lihat rakan-rakan saya pun dah banyak bercerita soal belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Besar. Dan juga hebatnya kita bercerita soal apa yang dibahaskan oleh rakan-rakan sebelah sana tentang JTPD, peruntukan, ada yang kata cukup, ada yang kata tidak cukup, ada yang kata apa satu pegangan yang kata benda ini akan berterusan sampai bila-bila, ia akhirnya seperti menenggelamkan kemenangan kita di Melaka tempoh hari. Saya ingat YB Jementah pun tidak ada ucap tahniah pun, YB Jimmy Puah pun tidak ada ucap tahniah. Saya tunggu juga tadi daripada YB Bukit Batu, Parit Yaani ucap tahniah kepada kita.
Alhamdulillah, Allah Taala bagi kemenangan kepada Barisan Nasional. Kemenangan itu juga satu, saya rasa bukan satu kebanggaan pun, sebab itu saya dah pesan kepada rakan-
rakan sebelum kita berbahas, kurangkan kita punya provokasi kepada rakan-rakan sebelah sana. Kerana kita tahu apa yang berlaku di Melaka tidak mungkin berlaku di negeri Johor kerana tadi pun saya dapat komitmen daripada rakan-rakan sebelah sana, kalau tengok gaya itu, saya nak menyebut perkataan, nak tekan-tekan apa ke saya takut, takut ada yang kecil hati. Jadi, saya lihat apa yang berlaku di negeri Melaka sebenarnya bukan satu cita-cita daripada rakan-rakan sebelah sana. Jadi kita serahkan kepada tuhan apa yang kita lakukan pada hari ini. Sebab itu bila Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor nak membentangkan bajet pada 18 hari bulan yang lepas, sebenarnya selalu terlintas dalam pemikiran saya, bagaimana penerimaan rakan-rakan daripada pihak kerajaan mungkin insya-Allah tidak ada masalah, tetapi penerimaan daripada rakan-rakan dari sebelah sana, sama ada mereka akan menyokong.
Hari ini bila satu keadaan kita di kalangan YB-YB pun kalau kata 28 hari bulan kita nak mengundi, kita pun tidak tahu nasib kita. Sama ada kita positif atau negatif. Sebulan itu kita dah berkira, sebelah sana mesej dah macam-macam. Kadang cerita dia kata hari ini kerajaan akan umumkan 27-27, Speaker akan menentukan. No, no, no. Jadi, kita ini di pihak kerajaan sebenarnya risau apa yang kita bahaskan selama seminggu, kita bukan untuk kepentingan Ahli-ahli Wakil Rakyat pun, tuan-tuan pun, Ahli-Ahli Yang Berhormat di sebelah sana pun menyebut kita mesti menjaga rakyat, rakyat kita utamakan. Inilah yang kita bawa sebenarnya oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor untuk kita membantu rakyat dan kita memastikan rakyat semua ini akan terbela dan daripada akibat daripada COVID-19 yang melanda dalam negara kita.
Sebab itu Yang Berhormat Puan Speaker, bukan soal apa, kita takut. Bukan soal kita tidak tahu nak menjadi, saya tidak payah sebutlah perkataan ‘butang’ itu kan. Kami di barisan kerajaan ini kita nak menunjukkan dekat luar sana bahawa kita ini mengamalkan satu budaya politik yang matang. Gaya politik yang bukan sepanjang masa kita nama politik, lepas pilihan raya selesailah. Macam Melaka pun kalau kita nak terkinja-kinja, kita menang kita nak tunjukkan, membangkitkan kemarahan sebelah sana buat apa, tidak ada makna pun, kita dah rasa dah 22 bulan kita jadi pembangkang dah. Ketika kita jadi pembangkang, kita tidak adalah kita nak meratap sampai guling-guling dekat jalan, kita reda. Kita tahu inilah sebenarnya ujian yang akan kita tempuhi dalam masa lima tahun, bukan 22 bulan, lima tahun. Bukan kita ada satu keinginan wah kita nak buat rampasan kuasa atau sebagainya, bukan. Tidak ada dalam agenda ataupun juga niat kita untuk kita memberi kerajaan sebagai Menteri Besar Johor daripada kerajaan Barisan Nasional, bukan, daripada Perikatan Nasional, bukan. Kita nak pada ketika itu kita sebagai pembangkang, kita akan bergerak juga, kita akan cuba sedaya upaya kita untuk bantu rakyat di luar sana. Kerana itulah matlamat kita.
Tapi Allah Taala punya kuasa, dan ditakdirkan kita memperolehi kerajaan semula selepas 22 bulan. Apa yang tuan-tuan, apa yang Ahli-ahli Yang Berhormat dapat seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, mungkin suatu perkara dari segi peruntukan, benda yang mungkin di luar kotak pemikiran saya sebenarnya. Dulu kita macam menagih jugalah dengan apa, kerajaan yang sebelum ini, berilah kita bantuan sikit untuk kita dapatlah kita menyantuni rakyat. Alhamdulillah bagi RM50,000.00. saya pun, saya akui bukan kata semua sana tidak betul, tidak ada. Apa yang betul saya cakap betul, tapi oleh kerana dengan apa yang diberi RM50,000.00 seperti yang di kata oleh Kota Iskandar. Kita beri lagi lebih lima kali ganda daripada yang kerajaan sebelum ini. Kerana kita tahu, apa yang dilalui oleh Wakil Rakyat, Ahli-Ahli Yang Berhormat pada hari ini bukan seperti Ahli-ahli Yang Berhormat 10 tahun, 20 tahun dulu, beza. Hari ini apa yang berlaku kemelesetan ekonomi dan kesusahan rakyat bukan seperti kemelesetan tahun 98, tahun 80, bukan, ini adalah kerana pandemik COVID-19. Hampir 90% lebih mereka yang terkesan akibat COVID-19. Sebab itu Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor sentiasa memberi penekanan dan juga kepada kita semua sebagai Ahli-Ahli Wakil Rakyat kerajaan untuk beri tumpuan penuh kepada kemaslahatan rakyat. Jangan berpolitik sepanjang masa, saya kenal Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Beliau sebagai EXCO, saya pun bekas EXCO. Hari ini saya sebagai bekas EXCO dan rakan EXCO yang ada di hadapan saya
semua tahu bagaimana kita ingin mencorakkan ekonomi semula, bagaimana kita nak dapatkan satu momentum untuk kita membantu rakyat dalam keadaan yang lebih pantas.
Yang Berhormat Puan Speaker, ia bukan suatu yang mustahil, sebab itu kesatuan antara kita antara kerajaan dan juga pembangkang ini perlu. Takkan kita hari-hari kita nak cerita menumbangkan kerajaan, menumbangkan itu, ini, bukan. Saya ingat kalau kita seperti ibarat menumbangkan rumah kalau nak bina balik bukan senang. Saya ingat ketika saya sebagai EXCO Warisan dan Kebudayaan Negeri Johor, YB Stulang dia ada bangkitkan ketika itu, rumah Wong Ah Fook, sampai hari ini pun rumah Wong Ah Fook tidak boleh nak bina, itu baru rumah. Kalau kerajaan tumbang, dalam keadaan rakyat hari ini terbeban dengan pelbagai masalah dan sebagainya, saya yakin, hari ini bukan kata kerajaan dipersalahkan, pihak pembangkang pun di sana akan dipersalahkan.
Sebab itu Yang Berhormat Puan Speaker, saya melihat bahawa demokrasi yang kita junjung pada hari ini bukan kita sekadar nak melalak, bukan sekadar kita nak terpekik terlolong, tapi akhirnya kita meletakkan demokrasi itu yang kita sebut pendemokrasian, demokrasi letak di bawah tapak kaki kita. Jangan. Kita Ahli-Ahli Yang Berhormat, rakyat perjuangan rakyat entah ke mana, akhirnya semua akan menyusahkan rakyat.
Yang Berhormat Puan Speaker, tadi rakan-rakan saya ada menyentuh tentang peruntukan yang di beri dan saya pun ada maklum keadaan Dewan ini tentang peruntukan RM250,000.00. Saya rasa ini semua keistimewaan yang Ahli-Ahli Yang Berhormat pembangkang dan juga kerajaan dapat pada hari ini. Jadi kita anggaplah kalau kata semua yang kita minta ini tidak semua pun kita boleh dapat. Kadang-kadang saya pun risau, bila tidak dapat nanti ada yang kecil hati. Saya kalau anggap Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini macam abang long lah, bukan Ah Long, abang long. Abang long ini dalam satu keluarga, ada mungkin adik-adik yang ramai, belum tentu abang long tidak boleh nak puaskan hati semua orang. Takkan boleh dapat memuaskan hati semua orang. Macam saya kalau saya sebagai ayah kepada anak-anak saya, bukan saya boleh memuaskan hati semua orang pun. Anak-anak saya, saya tidak boleh puaskan hati semua. Mesti ada yang dapat kurang, yang dapat lebih. Tapi hakikatnya, apa yang kita cuba amalkan dalam negeri Johor bahawa apa yang ada ini demokrasi itu mesti bergerak secara lebih baik dan matang. Jangan sampai kita bergaduh dengan perkara-perkara yang tidak elok.
Saya paling risau Yang Berhormat Puan Speaker, bila rundingan daripada sebelah sana, pada 28 hari bulan akan ada dua rundingan, lepas itu kita akan bentang bajet, risau. Seperti yang saya sebutkan tadi, saya harap kita tunjukkanlah di luar sana, kita tunjukkan orang yang di negeri Melaka ke, Negeri Sembilan ke, negeri mana, Johor pada 28 hari bulan ini kita akan sepenuh hati dan di seluruh Ahli-Ahli Yang Berhormat menyokong bajet Belanjawan Negeri Johor untuk 2022, boleh? Boleh tak? Tunduk pula Paloh kan? Betul YB? Saya ikhlaslah, saya ingin katakan dengan rakan-rakan pembangkang di sebelah sana, cubalah fikir kita ada lagi berapa jam ini, ada lagi kurang daripada 60 jam kan? saya ingat tidak mustahil. Saya ingat tidak ada pun saya dah sebut perkataan janganlah kita berlebih-lebihan dengan sana, kita menang pun, menang tetap menang, menang.
Tak cukup meyakinkan tu, tak meyakinkan itu, lagi sikit lagi, lagi sikit lagi.
Terima kasih. Ok Yang Berhormat Speaker, saya ingat saya tidak payah sentuhlah, masa pun dah, saya ingat sudah 12 minit, jam 5 petang. Banyak sebenarnya saya nak sebut Pakej Rangsangan, pasal hari ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dia membentangkan bajet defisit, saya ingat dalam sejarah apa Johor Moden daripada... Susah sebenarnya nak jadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini, membentangkan bajet dua kali, 2021, 2022. Dua-dua belanjawan defisit. Ada orang cakap membazir, begitu begini, tapi tuan-tuan, Ahli-Ahli Yang Berhormat, sepanjang program Rangsangan Ekonomi di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, RM400 juta telah dibelanjakan. Penerimanya lebih daripada 1
juta penerima di kalangan rakyat negeri Johor. Sebab itu kita mohonlah jasa baik daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang di belah sana, pada 28 hari bulan saya kena terus terang apa yang kita akan lalui. Sebagai bangsa Johor, kita mempunyai satu tanggungjawab yang cukup besar, kita perlu memastikan Bajet 2022 negeri Johor lulus dengan sebulat suara. Jadi dengan kata-kata ini, saya mengakhiri perbahasan saya. Terima kasih kerana memberi ruang dan saya memohon maaf kalau ada salah silap daripada semua. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Medan. Perbahasan kita telah selesai dijalankan. Esok adalah jawapan daripada EXCO-EXCO atas soalan yang dibangkitkan. Jadi Ahli-Ahli Yang Berhormat, persidangan ini saya tangguhkan sehingga esok, 25 November 2021, jam 9.30 pagi.
Persidangan ditangguhkan pada jam 5.05 petang.