Johor · 25 November 2021
4th session, 2nd meeting · 147 turns · 36,509 words · official PDF ↗
ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.
Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Tuan Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. (Bacaan selawat).
Hari ini kita menyambung Mesyuarat Kedua (Belanjawan 2022) Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-14.
Soalan-Soalan Lisan.Questions
Yang Berhormat Yong Peng, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 1.
Apakah impak pemasangan CCTV di Yong Peng dan sejak pemasangannya sehingga kini, berapakah kes jenayah atau kemalangan yang telah merujuk kepada CCTV tersebut?
Jemput YB EXCO.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera, salam makmur Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih ke atas Yong Peng atas soalan yang dikemukakan berkaitan dengan CCTV. CCTV ini ada kaitan dengan Program Bandar Selamat.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Program Bandar Selamat di Malaysia diwujudkan pada tahun 2004 di atas arahan Kabinet yang bermesyuarat pada 28 Januari 2004. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan diarahkan untuk menyediakan Program Bandar Selamat untuk mewujudkan alam persekitaran bandar yang lebih selamat.
Majlis Negara untuk Kerajaan Tempatan pada Oktober 2004 mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan ataupun PBT untuk melaksanakan Program Bandar Selamat. Tindakan mengaktifkan semula dan memperluaskan Program Bandar Selamat ini kepada 149 PBT di seluruh negara telah dilaksanakan serta-merta mulai Disember 2009 sehingga Disember 2010 bagi mencapai matlamat mengurangkan kadar jenayah jalanan negara sebanyak 20%.
Takrifan semula Program Bandar Selamat 2020 mengandungi 3 strategi dan 15 langkah pencegahan jenayah. 3 strategi yang dimaksudkan tadi :
1. Mereka bentuk persekitaran fizikal. 2. Pengurusan penyertaan komuniti dan kesedaran awam. 3. Memperkasa kawasan sasaran ataupun hotspot.
Ada 15 langkah pencegahan jenayah iaitu pengasingan laluan pejalan kaki, laluan bermotor, pelaksanaan reka bentuk persekitaran yang selamat, pemetaan GIS jenayah dan buku harian bandar selamat, penyediaan balai polis tetap bergerak, penyediaan cermin keselamatan, penyediaan papan tanda peringatan jenayah, penyediaan penggera keselamatan, penyediaan tempat motosikal berkunci, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan perniagaan dan tempat awam. Yang ini ada kaitan dengan yang disoal oleh Yong Peng. Pencahayaan di kawasan sasaran iaitu di tepi, hadapan, belakang, rumah,
bangunan dan di kaki lima premis perniagaan, tempat awam dan perumahan. Laluan awam tidak terlindung dari pandangan awam, penjanaan aktiviti bersesuaian di kawasan terdedah jenayah serta pendidikan kesedaran awam dan publisiti. Keempat belas, meningkatkan rondaan di kawasan perumahan dan kelima belas, agenda tetap bulanan dalam Majlis Penuh PBT. Itu 15 langkah yang telah digariskan oleh Majlis Negara mengenai Kerajaan Tempatan kepada 149 PBT.
Menjurus kepada soalan Yong Peng, inisiatif CCTV ini adalah satu usaha yang saya sebutkan tadi, sebanyak 631 CCTV ni dah dipasang di seluruh Johor, di seluruh negerilah. Dan, bagi Yong Peng ni, dia ada 2 tempat yang dipasang melibatkan kos RM200,000.00 dan telah siap dan dilaksanakan sepenuhnya pada bulan Februari 2020.
Pemasangan CCTV di kawasan Majlis Daerah Yong Peng ini dapat membantu pihak Majlis Daerah Yong Peng dan pihak Polis dalam memantau keadaan dan keselamatan awam dengan lebih berkesan dan dalam membanteras jenayah. Di samping itu juga, pemasangan CCTV dapat mengesan kesalahan trafik dan jenayah di jalan raya yang berlaku di kawasan pentadbiran.
Garis panduan yang dibagi dengan 15 langkah pencegahan kat kita, sebenarnya memberi kesan. Sebanyak 10 kes kemalangan telah dikesan melalui rujukan CCTV tersebut di Yong Peng ini dan ianya menjadi sumber rujukan pihak polis dalam menyelesaikan kes kemalangan dan kesalahan trafik yang berlaku di kawasan tersebut. Bagi tahun 2020, ada 6 kes yang menjadi rujukan di CCTV tersebut dan bagi tahun 2021 ada 4 kes. Jumlah kes adalah 10 kes bagi kawasan Majlis Daerah Yong Peng.
Itu saja Yang Berhormat Tuan Speaker.
Ya Mengkibol, soalan tambahan.
Terima kasih Tuan Speaker. Dengan teknologi yang semakin canggih, banyak CCTV boleh dipasang asalkan ada wifi. Jadi, adakah pihak penduduk-penduduk di taman-taman masing-masing digalak untuk memasang CCTV sistem dengan kos sendiri dan apakah syarat ataupun kelulusan yang perlu didapatkan untuk memasang sistem CCTV ini.
Terima kasih.
Pasang dekat mana Yang Berhormat? Kat rumah ke dekat mana, dekat jalan?
Iya pemasangan di taman perumahan.
Jemput YB EXCO.
Buat Tuan Speaker, terima kasih atas Mengkibol atas soalan. Satu usaha dan inisiatif yang terbaik dia, tapi dia melibatkan kawalan berpusat Yang Berhormat eh. Maksudnya kalau nak pasang di kawasan taman itu, mestilah dia ada tempat ataupun pusat kawalan bagi dipantau ataupun di monitor dengan izin daripada masa ke semasa. Jadi, saya rasa kalau boleh berunding dan teknologi yang boleh memungkinkan perkara ini dapat dipantau oleh pihak Majlis Daerah Yong Peng bersama pihak keselamatan PDRM, saya rasa tak ada apa masalahlah. Kita rasa itu satu inisiatif yang baiklah eh. Yang penting maksudnya ada pusat kawalan tu boleh memantau keadaan CCTV di kawasan tersebut Yang Berhormat Tuan Speaker.
Ya Kota Iskandar, soalan tambahan.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih kepada YB EXCO yang memberikan jawapan.
Saya just nak tanya,, ada tak di peringkat kerajaan negeri kita berhasrat untuk mengadakan command control ataupun control command di peringkat PBT supaya pemantauan itu dibuat secara live real time. Sebagaimana sekarang ni banyak diguna pakai di kerajaan tempatan di Indonesia, contohnya di Jakarta, contohnya satu lagi yang sempat saya buat lawatan dahulu di mana control command ini boleh dikongsi bersama maklumat dengan rakyat dan kita pun dah buat pilot project di bawah Digital Johor dahulu, sekarang ni saya rasa telah direbrandinglah kepada nama yang lain. Benda ni saya rasa satu benda yang baik tetapi kita rugi sekiranya tidak memperkembangkan perkara tersebut kerana ianya sangat memberikan peningkatan kualiti kepada kesejahteraan rakyat sama ada daripada aspek keselamatan ataupun daripada aspek-aspek yang lain. Sekian.
Jemput.
Terima kasih kepada Kota Iskandar.
PlanMalaysia sekarang ni dalam usaha untuk merangka satu pelan blueprint untuk Bandar Pintar dan juga selamat di negeri Johor. Kita dah buat engagement sesi libat urus dengan semua Pihak Berkuasa Tempatan, 16 buah Pihak Berkuasa Tempatan. Selain daripada Bandar Pintar juga Bandar Selamat yang saya sebutkan. Untuk program ini maksudnya perkongsian bersama dari segi maklumat tentang diberi kepada awam itu, saya rasa usaha yang baik Yang Berhormat dan boleh digunakan dan sekarang ini MBJB, MBIP, Pasir Gudang sedang ke arah perkara tersebut, dalam program mempastikan Bandar Pintar, Bandar Selamat ini kita dapat manfaatkan bersama dari segi program yang saya sebutkan tadi.
Kita tak ada halangan Yang Berhormat. Mana-mana dasar baik di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kita, mana-mana dasar baik yang dibuat oleh kerajaan lama, kita akan teruskan Yang Berhormat. Kita tak pernah pinggirkan. Ok, ni dasar yang kerajaan PH buat, kita tolak, tak. Mana yang baik yang boleh, termasuklah Pelan Mampan Johor 2030, itu menjadi satu rujukan dalam setiap rancangan pembangunan di negeri Johor di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat. Jadi, jangan risau Yang Berhormat Kota Iskandar eh. Program Yang Berhormat sebut tu kita akan gunakan. Kita bukan, kita sekarang ni ke arah dimensi politik yang baru Yang Berhormat. Kita hendak, kita nak lupakan cara yang lama, yang mana baik yang boleh dilaksanakan, tak kiralah siapa pun yang memerintah, dasar siapa pun, kita akan gunakan dasar tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.
Soalan seterusnya Yang Berhormat Paloh jemput.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Paloh soalan nombor 2.
Seperti pengumuman EXCO Kerja Raya, projek jalan baharu Paloh-Bekok akan menelan belanja sekitar RM199 juta. Mohon nyatakan perincian kos-kos yang bakal terllibat dan jangkaan fasa kerja pembinaan ini sehingga ia sempurna dilaksanakan.
Jemput YB EXCO.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam muafakat Johor dan salam makmur Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Paloh.
Projek membina jalan dari Paloh, Kluang ke Bekok, Segamat, Johor melibatkan jajaran sepanjang 13 kilometer. Kerajaan Persekutuan melalui Rancangan Malaysia Ke-12 Rolling Plan 1 telah meluluskan cadangan projek membina jalan berkenaan. Kos keseluruhan sebanyak RM199 juta merangkumi kerja-kerja pembinaan dan kos pengambilan balik tanah. Projek ini dalam peringkat reka bentuk dan perolehan oleh Jabatan Kerja Raya sebagai pelaksana, manakala peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Peruntukan semasa yang diterima bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM300,000.00. Bermakna kerja-kerja atau proses telah bermula dengan peruntukan yang telah disediakan. Perincian kos yang terlibat tidak dapat dikongsi memandangkan projek ini bakal ditender dalam masa terdekat dan surat setuju terima dijangka dikeluarkan dalam suku pertama tahun depan, 2022.
Untuk makluman Yang Berhormat Paloh, projek ini melibatkan kerja-kerja membina 2 jambatan baharu dan pengalihan utiliti. Impak dari pembangunan projek ini dapat memendekkan jarak dan masa perjalanan di antara Paloh di Kluang ke Bekok di Segamat. Laluan baharu ini bakal menjimatkan masa perjalanan sekurang-kurangnya 20 minit berbanding 1 jam 10 minit jika melalui Jalan Yong Peng, Paloh, Jalan Negeri J16, Jalan Bekok, Jalan Negeri J150 dan Jalan Persekutuan FT001 yang jauhnya 71.3 kilometer.
Dengan adanya jalan baharu ini kelak, ia akan meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan kepada lebih daripada 30,000 penduduk di kedua-dua point berkenaan, selain daripada penduduk di sekitar kedua-dua daerah itu. Dengan adanya jalan baharu kelak, ia akan meningkatkan tahap keselesaan dan pada masa yang sama, akan menjadi pemangkin kegiatan pelancongan dan ekonomi contohnya pelancongan di Air Terjun Sungai Bantang di Bekok, Taman Negara Endau Rompin Selai juga di Bekok dan beberapa kawasan yang berpotensi dibangunkan di daerah Kluang. Sekian, terima kasih.
Ya, Paloh. Jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih, Yang Berhormat EXCO. Pertama sekali Paloh mengucapkan terima kasih atas projek yang ingin dilaksanakan ini dan daripada jawapan ataupun respons daripada YB EXCO kita dapat simpulkan sekurang-kurangnya ada 3 manfaat yang akan diperolehi oleh kedua-dua check point penduduk di Segamat dan juga Kluang. Yang pertama Paloh ingin sedikit memberitahu di sini bahawa ia akan menjadi sejarah jalan darat antara Johor, antara Kluang ke Segamat. Yang kedua, ia akan memudahkan penduduk dari segi masa dan juga jarak. Dan yang ketiga, ia akan merancakkan aktiviti ekonomi kerana apabila disambung antara Kluang dan Segamat secara terus ini pastilah akan banyak lagi pembangunan yang lebih pesat boleh dibangunkan di dalam kawasan DUN Paloh. Persoalan tambahan yang ingin ditanyakan di sini ialah sekiranya, semenjak pengumuman dibuat baru-baru ini RM199 juta maka kalau kita lihat dari segi jarak itu dibahagikan dengan 13 kilometer, kita akan dapat lihat lebih kurang RM15 juta untuk 1 kilometer bagi kerja-kerja membangunkan jalan ini. Jadi, sebab itu ramai warga Paloh khususnya mula bertanya ini satu peruntukkan yang sangat besar jadi ramai yang happy tetapi bertanya juga besar 1 kilometer RM15 juta. Jadi sebab itu Paloh bertanyakan tentang sedikit perincian jika boleh diberikan tentang kos-kos ini.
Persoalan yang kedua pula, apakah jaminan daripada YB EXCO khususnya kita ingin rekodkan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa projek ini dia tidak akan dikesampingkan pada masa akan datang? Kerana Paloh difahamkan sebenar projek ini bukanlah projek yang baru dibangkitkan tetapi dengan jumlah RM199 juta itu memanglah satu pengumuman yang baru tetapi projek ini bukanlah satu projek yang baru dibangkitkan. Justeru, pernah berlaku dalam beberapa sesi libat urus sewaktu Pakatan Harapan mentadbir dahulu dengan pihak agensi dan sebagainya. Projek ini pernah dilewatkan untuk mendahulukan projek-projek yang lain contohnya di Bukit Nyamuk. Apabila projek pelebaran itu diberikan keutamaan jalan di Bukit Nyamuk itu diberi keutamaan terlebih dahulu sehingga projek jalan
Paloh – Bekok ini di lewatkan sedikit untuk memberi laluan kepada projek yang lain. Jadi, persoalannya di dalam Dewan yang mulia ini apakah jaminan bahawa projek yang sangat penting ini menghubungkan dua daerah ini akan di teruskan tidak akan dikesampingkan pada masa yang akan datang. Terima kasih.
Jemput, YB EXCO.
Terima kasih YB Paloh. Yang pertama mengenai kos, kos yang disebut di sini ialah siling. Siling ini bukan bermakna itu yang akan dibelanjakan ya keseluruhannya. Dan, ia melibatkan kos yang agak besar sebab ia satu jalan baru, yang saya sebut tadi ada PBT dan pembinaan dua jambatan baru. Jambatan pun sekarang ini bahannya mahal dengan besi yang dah naik YB Paloh, kos-kos yang telah naik dan ia melibatkan juga pengalihan utiliti, pengalihan utiliti ini juga sering memakan kos yang tinggi sebab agak rumit pengalihan mungkin termasuk SAJ, TNB dan sebagainya. Dan, oleh kerana JKR adalah pelaksananya dan saya sebagai EXCO JKR diperingkat negeri dan peruntukkan ini daripada federal dan telah diperuntukkan Yang Berhormat Paloh, memang telah ada peruntukkan dan kerja perbelanjaan untuk tahun ini RM300,000.00 itu memang telah disediakan dan urusan untuk penyediaan dokumen-dokumen dan reka bentuk memang telah berjalan, insya-Allah kita berdoa supaya projek ini dapat dilaksanakan pada tarikh yang saya sebutkan, SST pada tahun hadapan. Dan, saya akan mengajak YB Paloh dan juga YB Bekok pada ketika yang sesuai untuk kita, mungkin pecah tanah, kalau boleh kita ikut sekali untuk menyatakan kepada rakyat bahawa kita serius ini adalah satu projek yang baik yang bermanfaat kepada pembangunan ekonomi dan rakyat. Jadi saya secara personal tidak boleh memberi jaminan 100% akan berjalan tetapi daripada bukti ataupun komitmen yang telah ditunjukkan daripada JKR dan KPLB saya yakin dan percaya memang akan dilaksanakan on time. Terima kasih.
Ha, Bekok. Jemput.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan tambahan saya ialah, sekarang ada jalan pasir yang menyambung Bekok dengan Paloh. Jalan pasir ialah di sebelah double track, jalan itu bersih boleh digunakan, hanya tunggu tar sahaja. Adakah apa-apa rancangan untuk tarkan itu jalan pasir dan sambung pekan Bekok dengan Paloh? Terima kasih.
Jemput, YB EXCO.
Terima kasih YB Bekok. Soalan ini sebenarnya lokasi yang berbeza walaupun bunyi Bekok dan Paloh tapi lokasi yang berbeza. Saya faham apa yang dimaksudkan oleh YB Bekok iaitu berkaitan dengan jalan penghubung yang terpisah oleh pembinaan double track. Dan, itu memang ada dalam jawapan saya dalam penggulungan. Kita sedang dalam proses untuk upgrade atau menurap jalan itu. Laluan dah ada memang dalam proses untuk di tarkan atau di crusher run dalam masa terdekat ini. Terima kasih.
Soalan seterusnya. Yang Berhormat Panti.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Panti nombor 3.
Apakah langkah-langkah untuk terus membantu sekolah agama, tadika agama dan madrasah tahfiz dari segi aspek pengurusan serta aspek pembangunan sama ada di bawah pentadbiran kerajaan negeri mahu pun swasta?
Jemput, YB EXCO.
Bismillahhiramanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga Yang Berhormat Panti. Untuk makluman Yang Berhormat, secara asasnya sekolah-sekolah agama dan tadika agama Islam di tadbir urus oleh kerajaan negeri Johor melalui Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Pentadbiran dan pengurusan ini termasuklah lantikan guru-guru, emolumen gaji, bantuan pembangunan, baik pulih, latihan pembangunan staf, termasuk kursus, bengkel dan latihan berkaitan yang diperlukan.
Kerajaan negeri juga sentiasa berusaha untuk membantu sekolah-sekolah agama, tadika agama Johor dan madrasah tahfiz di negeri Johor dengan melaksanakan dengan langkah-langkah yang seperti berikut.
1. Menambah baik pengurusan pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah agama dengan melantik guru-guru agama DG29 seramai 558 orang bagi menampung kekurangan guru disebabkan kematian dan juga persaraan.
2. Melantik guru-guru KAFA seramai 394 orang pada bulan Oktober 2021, dan telah di tawarkan ke sekolah-sekolah agama yang memerlukannya. Jumlah guru KAFA di negeri Johor untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Dewan ialah seramai 2,000 orang.
3. Menambah baik Pengurusan Sumber Manusia di Tadika Agama Johor iaitu TAJ dengan mewujudkan gred perjawatan S19 guru TAJ sebanyak 362 waran di seluruh negeri Johor. Waran yang telah diisi sehingga November 2021 adalah sebanyak 283 orang dan bermula tahun 2022, kerajaan akan melantik 53 orang guru dan menjadikan jumlah seramai 336 orang.
4. Membina Sekolah Agama Kerajaan Johor, SAKJ yang baharu disetiap daerah melalui projek pembangunan fasa 5 sebanyak 30 buah dengan peruntukkan kos sebanyak RM150 juta dan fasa 6 sebanyak 12 buah dengan peruntukkan kos sebanyak RM69 juta. Sebanyak 26 buah sekolah di bawah projek fasa 5 telah pun dibenarkan diduduki dan beroperasi dan 4 buah sekolah lagi masih perlu menyelesaikan masalah teknikal dengan agensi terlibat yang melibatkannya.
Saya mendapat maklum daripada beberapa ADUN telah mengadu kepada saya ada berapa sekolah agama yang masih dalam proses tidak siap, dan insya-Allah saya akan turun padang bersama dengan KPRJ Builders yang bertanggungjawab dalam melaksanakan pembinaan sekolah-sekolah agama ini.
Seterusnya merancang untuk mewujudkan Sekolah Rendah Agama Bersepadu, SRAB di negeri Johor di daerah Kulai, Pasir Gudang, Tangkak bagi menjadikan keseluruhannya sebanyak 10 buah sekolah. Seterusnya bagi memastikan kawasan sekolah agama bersih dan terurus Majlis Agama Islam Negeri Johor meneruskan memperuntukkan RM2,500,000.00 bagi menampung kos pembersihan kawasan sekolah agama gred A, B yang ditetapkan di bawah Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Sekian, terima kasih.
Ya, Kemelah.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.
Minta maaf, bagi Pasir Raja dahulu. Pasir Raja dahulu. Lepas ini baru Kemelah. Jemput, Pasir Raja.
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih di atas jawapan daripada YB EXCO. Memandangkan bahawa Sekolah Rendah Agama Bersepadu, selalunya penuh bila di awal tahun. Saya ingin bertanya kepada YB EXCO,
adakah kerajaan berhasrat untuk menambah Sekolah Rendah Agama Bersepadu di setiap daerah? Maksudnya setakat hari ini, cuma satu sekolah SRAB sahaja di setiap daerah. Adakah kerajaan bercadang untuk menjadikan dua ataupun tiga sekolah di setiap daerah. Terima kasih.
Jemput, YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli Dewan dalam muzakarah Pelan Pembangunan, Pembangunan Pendidikan Islam Negeri Johor tahun 2030 insya-Allah dalam jangka masa tersebut setiap daerah akan diwujudkan sekolah agama ini. Terima kasih, Yang Berhormat.
Ya, Kemelah tadi. Soalan tambahan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. Saya ingin bertanya kepada YB EXCO berkaitan dengan status terkini guru-guru agama ataupun guru tadika agama sambilan dan kontrak sama ada mereka telah dimasukkan di dalam skim PERKESO ataupun belum lagi? Terima kasih.
Itu tak ada dalam, tak ada kaitan betul tu. Tapi saya jemputlah, YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan mengambil perkara ini sebagai satu perkara yang penting kerana, sudah kami juga sedang mendapat satu surat daripada Kesatuan Guru-Guru Agama di negeri Johor bagi memastikan bahawa cadangan untuk skim ini dapat diberikan kepada guru-guru agama. Insya-Allah perkara ini telah pun di bawa ke Bahagian Pendidikan Islam Negeri Johor dan dijangka pada bulan Disember ini satu mesyuarat khas akan ditentukan, bagi menentukan perkara ini. Terima kasih.
Bagi Paloh tu, Paloh. Jemput, soalan tambahan.
Ok, terima kasih Yang Berhormat Speaker, Pasir Raja dalam soalan tambahan tadi ada menyentuh tentang SRAB juga, dan ini terkait dengan langkah-langkah membantu sekolah agama. Apa yang ingin Paloh bangkitkan ialah jika kita lihat SRAB ini sudah menjadi satu produk dan jenama yang agak branding yang cukup baik di negeri Johor dan tidak ada mungkin di negeri-negeri yang lain. Tetapi bukan sahaja soal menambah sekolah SRAB di setiap daerah, sekolah SRAB yang sedia ada juga sebenarnya berada di dalam keadaan serba kekurangan pada pandangan Paloh. Sebagai contoh, SRAB di daerah Kluang. Apa yang berlaku ialah dalam satu kelas, contohnya untuk pengambilan darjah 1 ada dua kelas sahaja. Tetapi pengambilan seramai 80 orang pelajar. Satu kelas mengandungi 40 orang pelajar. Jadi kalau pun bukanlah dari aspek menambah sekolah, setidak-tidaknya Paloh merasakan bahawa penambahan infrastruktur fizikal di sekolah SRAB itu mesti dilakukan tambahan. Di Kluang masih meminjam lagi padang bola daripada pihak yang lain dan masih lagi hanya ada satu blok bangunan, sekolah agama yang terkini lebih canggih daripada sekolah SRAB yang sudah dan branding itu sudah establish dengan izin. Jadi, apakah komitmen di peringkat kerajaan negeri untuk kalau tidak menambah sekali pun sekurang-kurangnya menambah infrastruktur sedia ada di dalam sekolah-sekolah SRAB di dalam setiap daerah ini, mohon penjelasan. Terima kasih.
Jemput, YB EXCO.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Paloh. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ambil maklum perkara ini. Dan, satu jawatankuasa bertindak yang saya sendiri ketuai bagi memastikan semua perjalanan pentadbiran SRAB dan juga sekolah-sekolah agama di negeri Johor dari
segi kebaikan, kerosakan dan sebagainya dapat diambil tindakan segera. Dan, saya maklumkan kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, saya sendiri mengetuai jawatankuasa bertindak ini bagi memastikan perkara tersebut tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Terima kasih.
Ya, Semerah. Last.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Kita maklum dengan apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Paloh tadi mengenai fasiliti dan juga bangunan kalau kita lihat sekolah-sekolah lain ada Pusat Sumber dan buat kemahiran kerja, tapi di sekolah SRAB Tak ada. Kita mohon dan sebagainya baru ada. Tapi masalah yang saya ingin bertanya ini ialah status permohonan yang telah kita buat untuk sekolah SRAB, Batu Pahat yang mana saya dimaklumkan oleh pihak sekolah bahawa pihak Jabatan Agama telah pun datang untuk melihat keadaan dan juga kawasan yang sesuai untuk pembinaan. Jadi saya mohon status terkini daripada pihak Yang Berhormat EXCO. Terima kasih.
Jemput EXCO.
Terima Yang Berhormat, insya-Allah saya akan mendapatkan laporan ini dengan segera dan saya berjanji dalam minggu hadapan saya akan turun ke sekolah tersebut untuk melihat keadaan sebenar. Terima kasih.
Soalan seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Sri Medan. Jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 4.
Golongan kanak-kanak istimewa adalah sebahagian daripada mereka yang tergolong dalam kumpulan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mana mereka juga memerlukan perhatian dan sokongan daripada masyarakat. Apakah perancangan kerajaan negeri bagi membantu golongan ini agar nasib mereka terbela/terjaga?
Jemput YB EXCO.
Bismillahirahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Sri Medan. Yang Berhormat Tuan Speaker, menjawab soalan YB Sri Medan, kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor sentiasa mengambil berat dan perihatian golongan kanak-kanak Orang Kurang Upaya yang merupakan salah satu kumpulan sasar JKM Johor. Mengikut rekod statistik JKM Johor, jumlah OKU berdaftar di negeri Johor sehingga November 2021 adalah seramai 68,120 orang, seperti jadual berikut: Kategori OKU penglihatan seramai 5,450; pendengaran, 4,428; pertuturan, 373; fizikal 24,268; pembelajaran, 23,892; mental, 6,498; pelbagai, 3,208, keseluruhanya berjumlah 68,120.
Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan negeri melalui JKM Johor akan memperluaskan promosi bagi menggalakkan orang ramai khususnya kanak-kanak OKU supaya berdaftar segera dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. JKM Johor telah membuat perancangan untuk mengadakan kempen pendaftaran OKU di negeri Johor pada tahun hadapan mengikut norma-norma baru dan SOP, pencegahan serta kawalan pencegahan penyakit COVID-19 yang ditetapkan. Selain itu, semasa kempen tersebut akan turut mempromosikan permohonan pendaftaran OKU secara dalam talian di bawah program MY Daftar OKU bagi mempermudahkan lagi pendaftaran OKU khususnya bagi ketidakupayaan yang jelas.
Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Permohonan OKU, Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya dan JKM Johor juga menambah baik garis panduan pengoperasian bagi memantapkan pengurusan Program Pemulihan Dalam Komuniti. Garis panduan tersebut merangkumi dari segi latihan dan pemulihan yang akan diberikan kepada kanak-kanak OKU yang menjalani pemulihan di PDK. Di samping itu juga, program pemulilhan pada pelatih PDK juga akan dimantapkan melalui rancangan pembelajaran inidividu mengikut norma-norma baru dan SOP pencegahan dan kawalan penyakit COVID-19. Terima kasih.
Yang Berhormat Pekan Nanas, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, di dalam golongan OKU ada 1 golongan yang dikategori sebagai autism dan saya dapati mereka memerlukan rawatan daripada Occupational Therapy dan Speech Therapy. Tapi masalah yang dihadapi sekarang adalah hospital kerajaan. Mereka tidak mempunyai kakitangan sumber tenaga yang mencukupi dan fasiliti pun tidak mencukupi menyebabkan mereka menunggu lama untuk mendapat rawatan ST dan OT. Dan walau pun ibu bapa mereka boleh menghantar anak-anak mereka ke pihak swasta untuk mendapat perkhidmatan ini, tetapi kosnya adalah amat tinggi. Adakah kerajaan berancangan untuk menyediakan subsidi kepada keluarga–keluarga yang B40 supaya mereka boleh apabila mereka pergi ke pihak swasta mungkin mereka bayar 1 kali. Tetapi kerajaan subsidi 1 kali kerana masa ke masa untuk budak-budak ini untuk mendapat rawatan yang baik adalah kalau boleh sebelum umur 7. Dia punya effect adalah baik sebab itu adakah kerajaan boleh mempertimbangkan untuk memberi subsidi supaya mereka boleh mendapat rawatan yang mencukupi untuk mengatasi kekangan yang berlaku di institusi perubatan kerajaan. Sekian, terima kasih.
Soalan Yang Berhormat. Soalan, soalannya apa?
Oh. Adakah kerajaan bersedia dan boleh membuat pertimbangan untuk memberi subsidi kepada golongan B40 bagi keluarga yang ada budak autism supaya mereka boleh lebih kerap untuk mendapat rawatan ini? Terima kasih.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat dan soalan. Untuk menjawab soalan itu setakat ini di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, hanya melalui perubatan daripada mendapatkan perubatan pada hospital kerajaan dan autism ialah mungkin mendapatkan rawatan daripada pihak hospital dan sekiranya tidak mampu atau tidak berkemampuan mungkin boleh menulis surat untuk memohon bantuan kepada perubatan tersebut tetapi buat masa ini, kita tidak ada apa itu tanggungan untuk perubatan tersebut. Terima kasih.
Ya Tangkak, jemput.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, kita tahu bagi golongan yang kurang upaya ini atau pun kita panggil kanak-kanak istimewa ini, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat memang ada menubuhkan pemulihan dalam komuniti iaitu dipanggil PDK. Di setiap DUN, saya rasa memang ada wujud di negeri Johor ada PDK, PDK ini ditubuh untuk memberi latihan yang bersesuaian mengikut keperluan dan jenis kecacatan bagi pelatih-pelatih dan juga supaya mereka tidak diasingkan oleh keluarga, oleh rakan atau pun masyarakat. Tetapi isu yang ingin saya bawa pagi ini nak minta apa tu perhatian atau pun menarik perhatian pihak JKM dan pihak EXCO adalah tentang saya bagi contoh, PDK di bandar Tangkak merupakan satu bangunan yang sangat uzur dan pada tahun 2018, 2019 kami melalui peruntukan DUN Tangkak telah ada memperuntukkan atau pun menyumbang untuk membaiki termasuk bumbung, termasuk apa tu, infra-infra dalam
tetapi soalan saya adalah saya rasa bukan sahaja bangunan PDK di bandar Tangkak sahaja menghadapi masalah ini, saya rasa banyak lagi PDK yang kerana dengan kekurangan peruntukan, dan saya ingin tanya adakah JKM negeri Johor dan ada rancangan supaya kami dapat memberi satu keadaan ataupun satu suasana yang lebih selesa bagi pelatih dan juga petugas PDK. Terima kasih Tuan Speaker.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Tangkak atas soalan. Menjawab soalan tersebut saya mengucapkan terima kasih Yang Berhormat Tangkak yang telah membantu ke faedah di PDK. Saya rasa untuk program akan datang , untuk baik pulih dan sebagainya, saya harap YB Tangkak dapat mengemukakan permohonan apa tu untuk baik pulih insya-Allah. Kalau tahun hadapan insya-Allah kita akan bagi sepertimana yang dibuat oleh pada YB Penggaram yang memohon ya peruntukan untuk baik pulih PDK. Terima kasih.
Ya Kota Iskandar.
Terima kasih Tuan Speaker dan juga terima kasih kepada YB EXCO yang telah menjawab soalan. Sebenarnya soalan saya tadi telah diambil oleh Tangkak. Sedikit lanjutan daripada itu, PDK di Nusajaya pun mengalami keadaan sama peruntukan yang diberikan oleh JKM sekadar untuk penggajian kepada petugas, tetapi tidak melibatkan kepada peruntukan untuk baik pulih ataupun penyelenggaraan bangunan.
Soalan saya adalah pelatih di PDK ini adalah golongan OKU, dan mereka ini kita harap boleh bersama dengan masyarakat tidak dipinggirkan. Justeru itu di antara saya cadangankan PDK sahaja selain melatih pelajar-pelajar itu kena membuat engagement supaya pelajar ini boleh diutarakan untuk mendapat pekerjaan, di komuniti mereka sendiri sebab budak-budak ni selesa di komuniti mereka sendiri seperti di PDK Nusajaya diusahakan contoh, tanaman cendawan tiram dan juga lada organik dan budak-budak ini yang telah belajar di sana itu digajikan. Jadi paling tidaknya mereka boleh menyara kehidupan mereka dan juga dapat membantu keluarga mreka. Maknanya saya harap PDK ini dikembangkan aktiviti mereka bukan sekadar melatih pelajar-pelajar ini, pelatih ini juga boleh berdikari dan menghasilkan pendapatan sendiri.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih YB ke atas soalan. Untuk makluman bahawa PDK ini ialah sekarang telah didaftarkan bawah ROS dan pengerusi-pengerusi PDK boleh membuat pembaharuan atau pun apa pun aktiviti untuk menjalankan sama ada projek tanaman dan sebagainya terserah kepada pengendalian pengerusi-pengerusi PDK itu sendiri. Dan saya juga ingin menambah untuk makluman Yang Berhormat pada tahun hadapan kita akan mengadakan Program Bangkit OKU di mana kita membantu orang kurang upaya berpotesi untuk bekerja, di mana kita akan menjalin kerjasama strategik dengan syarikat mengenai latihan kemahiran kerajaan dan swasta sebagai platform melatih pekerja mahir di pelbagai bidang.
Yang keduanya kita akan mempromosi produk-produk perniagaan dan perkhidmatan golongan OKU. Jadi, di sini saya berharap Yang Berhormat akan mengambil kesempatan untuk produk-produk di PDK dan yang ketiga ialah Program khas atau pun khusus kepada kursus latihan kemahiran dan promosi terhadap produk dan perkhidmatan mereka. Terima kasih.
Ya, Pasir Raja, soalan tambahan.
Terima kasih Tuan Speaker saya ingin makluman Yang Berhormat EXCO daripada 68,120 orang yang telah didaftarkan, berapakah jumlah mereka mengikut kategori umur dan sekiranya penjaga kepada OKU-OKU terlantar meninggal dunia, siapakah yang akan dipertanggung jawabkan untuk menjaga kanak-kanak OKU ini? Terima kasih.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Raja. Menjawab soalan itu, statistik yang saya bacakan sebanyak 68,120 orang itu ialah daripada 1.1.2000 hingga 15.11.2021 untuk kategori umur. 0 - 6 tahun sebanyak 1,005 orang; 6 tahun hingga 12 tahun 6,796; 13 tahun hingga 18 tahun 6,661; 19 tahun hingga 21 tahun, 3,578; 22 tahun hingga 35 tahun seramai 14,457; 36 tahun 45 tahun 9,057 dan 46 tahun 59 tahun seramai 13,766 dan akhirnya 60 tahun ke atas seramai 12,800 orang, iaitu keseluruhan berjumlah 68,120 orang. Menjawab kepada soalan yang kedua di mana sekiranya kedua ibu bapa pelatih OKU meninggal dunia ini ialah bergantung kepada waris yang akan menjaga mereka ini. Terima kasih.
Soalan seterusnya Yang Berhormat Parit Raja jemput.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat soalan Parit Raja nombor 5.
Minta dinyatakan usaha dan langkah kerajaan negeri bagi menggalakan belia menjalankan aktiviti dan perusahan industri asas tani selepas tempoh pandemik?
Jemput YB EXCO.
Bismillahirahmannirrahim, assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Parit Raja. Fokus kerajaan negeri dalam memperkasa sektor pertanian tidak terkecuali dalam membantu golongan belia yang terlibat dalam sektor pertanian dan industri makanan yang merangkumi kesemua bidang di sepanjangan rantaian nilai seperti tanaman, ternakan, perikanan dan juga termasuklah industri makanan atau industri asas tani. Program IoT diwujudkan adalah untuk membangunkan usahawa dalam bidang pemprosesan makanan yang menekankan pembangunan dan peningkatan kualiti produk di pasaran global. Sehubungan dengan itu, aspek promosi pemasaran pembiayaan dan teknologi akan diberi tumpuan supaya pemangkin mencapai objektif program. Cadangan juga kepada aktiviti pemprosesan atau nilai tambah dan membangunkan usahawan industri asas tani nasional yang bersepadu ke arah penglibatan pendapatan bagi usahawan tani.
Yang Berhormat Tuan Speaker, di bawah Jabatan Pertanian terdapat beberapa pelbagai insentif atau program telah dijalankan bagi menjalankan peningkatan belia dalam menjalankan aktiviti perusahaan industri asas tani. Melalui program khusus untuk belia atau pun umum. Sebagai contoh untuk tahun 2021, melalui Program Belia Tani dan Program Agropreneur Muda, ianya telah memanfaatkan sebanyak 47 orang usahawan tani belia dengan nilai keseluruhan bantuan sebanyak RM680,000.00. Daripada jumlah tersebut, 18 orang belia adalah menjalankan perusahaan IAT dan mendapat bantuan berjumlah RM281,935.00 keseluruhannya.
Pada tahun 2021 juga kerajaan negeri telah memperuntukkan insentif berjumlah RM1.2 juta bagi Program Pembangunan Industri Asas Tani. Dan pada tahun 2022, kerajaan negeri telah meningkatkan peruntukan bagi pembangunan IAT ini sebanyak 100%, sebanyak RM2.1 juta. Manakala bagi Program Pembangunan Belia Tani, kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian telah memperuntukkan RM300,000.00.
Selain daripada itu, para usahawan tani dalam kalangan belia juga boleh memanfaatkan program-program di bawah Jabatan Pertanian seperti Program Pembangunan IAT, Change Upgrade Project ataupun CUP, Program 3P Pembungkusan, Pelabelan dan Pemasaran dan High Infact Project (HIP) peruntukan dan ini adalah daripada peruntukan persekutuan.
Yang keduanya adalah insentif pengeluaran makanan selamat. Yang ketiga, insentif pemilikan teknologi mekanisasi dan yang keempat, insentif kolaborasi syarikat peneraju.
Bagi program pengeluaran makanan selamat, pemilikan teknologi mekanisasi dan kolaborasi syarikat peneraju sehingga kini seramai 96 orang pengusaha IAT telah mendapat manfaat dalam daripada program tersebut. Dan peruntukannya adalah RM1.6 juta.
Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi belia yang mengusahakan bidang ternakan pula, Jabatan Perkhidmatan Veterinar berperanan dalam memberi fasiliti bagi memudahcara golongan ini untuk menjalankan perusahaannya. Di atas keprihatinan kerajaan negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor melalui Program Transformasi Belia Ternak dengan nilai keseluruhan RM656,000.00 dan sehingga kini seramai 87 belia telah berjaya dipilih bagi menerima bantuan berupa peralatan ladang, 17 serta penambah baik infra premis, 45 peserta dan penggunaan teknologi 25 peserta.
Pada tahun ini juga, 4 belia menerima manfaatkan Agropreneur Muda berjumlah RM20,000.00 dengan jumlah RM80,000.00 telah disalurkan. Melalui bantuan ini akan membantu kumpulan belia ternak meningkatkan pengeluaran hasil ladang dan produk industri asas ternakan. Tahap kesihatan ternakan serta tahap bio sekuriti ladang dan premis ditingkatkan. Pihak Jabatan juga berperanan dalam menyediakan fasiliti kemudahan, kursus, khidmat nasihat dan khidmat perundingan, sokongan dan juga latihan teknikal kepada para pengusaha termasuklah semua belia.
Di bawah Jabatan Pertanian misalnya penganjuran kursus asas tani secara talian sepanjang tahun 2021 telah melibatkan dan memberi manfaat kepada 1,400 usahawan tani dengan 45 siri kursus yang dilakukan. Antara kursus yang telah dijalankan adalah kursus asas keusahawanan, kursus pembuatan produk IAT, kursus meningkatkan kualiti produk, kursus persijilan halal dan MeSti serta kursus pasaran online melalui Shoppee.
Bagi memastikan kumpulan belia menceburi bidang ternakan secara serius, peluang-peluang mengikuti kursus-kursus berkaitan pengurusan ternakan seperti ternakan ayam kampung, lembu pedaging, kambing pedaging, penghasilan produk industri asas ternakan, pemakanan ternakan, rancangan perniagaan dan rekod ladang juga disediakan.
Tujuan kursus ini adalah memberi pendedahan dan pengetahuan sebelum mereka menceburi penternakan atau penghasilan produk industri asas ternakan secara aktif. Umumnya seramai 1,773 orang belia terlibat dalam bidang ternakan di negeri Johor.
Sepanjang tahun 2021, seramai 483 peserta belia telah mengikuti pelbagai kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor secara talian. Kursus ternakan ayam kampung 133 peserta, pengurusan lembu pedaging, 82 peserta, pengurusan kambing pedaging, 53 peserta, pengurusan rekod, 70 peserta, pemakanan ternakan, 79 dan pengurusan ternakan arnab, 66 peserta.
Bermula Februari 2021, malahan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor bersama Kumpulan Pendidikan YPJ dan Visit Johor telah mengadakan perbincangan bagi melaksanakan 6 siri kursus digital entrepreneur khusus kepada kumpulan belia ternak bimbingan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor.
Buat masa ini, 4 siri kursus telah dijalankan melibatkan 202 orang peserta di daerah Batu Pahat, Johor Bahru, Pontian dan Kluang serta Kota Tinggi dan juga Mersing. 2 siri kursus akan menyusul melibatkan daerah Muar, Tangkak dan Segamat.
Keseluruhan kumpulan belia yang akan diberi latihan mengikuti kursus ini adalah 300 orang. Secara keseluruhannya, ramai kalangan belia di negeri Johor yang telah menceburi dan berjaya dalam bidang pertanian dan industri makanan, kerajaan negeri akan terus memberi fasiliti yang terbaik bagi mendorong belia-belia tersebut untuk melonjakkan bagi perusahaan dan produk mereka. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.
Ya Parit Raja, soalan tambahan.
Terima kasih kepada YB EXCO di atas jawapan tadi dan tahniah dan syabas di atas usaha-usaha bagi memastikan golongan belia kita terlibat dalam industri asas tani sebagai bidang kerjaya masa depan yang dapat membina dan menjana pendapatan.
Tadi YB EXCO ada sebutkan di dalam bidang penternakan, jadi apakah, bagaimana usaha-usaha yang dijalankan kepada penternak-penternak kecil di atas program vaksinasi kepada semua ternakan supaya dapat menjamin tahap bekalan keselamatan makanan kita. Terima kasih.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Parit Raja. Berkenaan dengan vaksinasi untuk ternakan khususnya untuk penternak-penternak kecil di dalam negeri ini. Saya ingin tekankan bahawa soal kesihatan ternakan adalah amat penting untuk memastikan masa depan populasi ternakan dalam negeri Johor ini.
Seperti maklum dan saya telah maklumkan bahawa sebagai contohnya dalam, pada waktu ini sedang berjalan satu program iaitu zon, kita menjadikan kerajaan negeri Johor ini sebagai salah satu zon selamat FMD sebagai contoh. Iaitu usaha untuk menvaksinasi ternakan untuk memastikan negeri Johor bebas daripada foot and mouth disease ataupun sakit kuku dan mulut. Kalau ini berjaya dengan kelebihan kita yang duduk di hujung selatan Semenanjung Malaysia ini, kita nak pastikan bahawa ternakan dalam negeri Johor ini semuanya sihat-sihat belaka dan tidak terlibat dengan penyakit-penyakit yang boleh yang zoonotic yang boleh mengganggu penumbuhbesaran dan pembiakan ternakan dari semasa ke semasa. Dan ini diharap dapat kerjasama yang baik daripada para penternak.
Sekali lagi saya mohon supaya para penternak mempunyai, membuat engagement dengan izin dengan Jabatan-Jabatan Veterinar untuk mereka dipantau dari semasa ke semasa dan mendapat khidmat nasihat daripada pihak pegawai dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar di daerah-daerah masing-masing. Terima kasih.
Ya Paloh, soalan tambahan.
Soalan tambahan Yang Berhormat Speaker. Terima kasih di atas jawapan yang diberikan oleh YB EXCO. Cuma Paloh ada sedikit soalan tambahan. Jika berbalik kepada soalan asal ini iaitu apakah usaha dan langkah kerajaan negeri menggalakkan belia menjalankan aktiviti perusahaan asas tani selepas tempoh pandemik.
Jadi daripada soalan ini, soalan tambahan Paloh ialah dalam konteks menggalakkan belia, langkah-langkah untuk membantu, langkah kerajaan membantu bagi menggalakkan belia terlibat dengan industri asas tani selepas tempoh pandemik. Kerana kita lihat daripada angka-angka yang kita ada, kita ada lebih kurang 700,000 belia di negeri Johor yang berusia 30 ke 40 tahun. Logiknya mereka ini sudah pun berkerjaya. Cuma apabila berlaku, mereka ini berada di pelbagai sektor, dan apabila berlaku pandemik maka ramai di kalangan mereka ini yang hilang pekerjaan, sesuailah dengan angka yang kita ada iaitu jumlah pengangguran
belia meningkat ke angka 3.9% berbanding pada tahun 2020, berbanding tahun sebelumnya hanya 2.7%.
Jadi jumlah belia antara usia 30 ke 40 tahun ada 700,000 orang. Jumlah pengangguran juga meningkat. Bermaksud di sana belia ramai yang menganggur dan hilang pekerjaan, apatah lagi selepas pandemik berlaku.
Justeru soalan tambahan daripada Paloh, adakah kerajaan telah mengenal pasti angka-angka ataupun data-data ataupun mencari belia-belia yang hilang pekerjaan, menganggur, yang daripada Singapura balik ke Malaysia, terpaksa bawa grab food dan sebagainya untuk memberi tawaran dan insentif-insentif yang bersesuaian kepada mereka supaya boleh meneroka bidang industri asas tani sebagai kerjaya pilihan selepas daripada pandemik ini.
Sikit lagi Paloh sentuh kerana angka yang disentuh oleh EXCO tadi, 2019, 2020 dan 2021, Paloh rasa angka-angka ini menunjukkan mereka yang sudah pernah berkecimpung, cuma mungkin belum serius. Jadi kita tambah bantuan-bantuan kepada mereka. Tetapi yang hilang pekerjaan, dulu bukan bahagian asas tani, dulu kerja di Singapura hilang pekerjaan...
Nak ke anak muda ini jadi petani? Susah kerja tu...
Yang tu, sebab tu saya tanya kepada YB EXCO, apakah usaha oleh kerajaan negeri untuk memastikan industri asas tani menjadi alternatif terbaik kepada mereka yang terkesan selepas hilang pekerjaan, yang mungkin tidak ada background industri asas tani di kalangan belia di negeri Johor. Terima kasih.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih Paloh. Saya nak maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, realitinya bahawa keterlibatan belia dalam sektor pertanian masa kini sebenarnya adalah melebihi daripada 65% daripada petani-petani yang ada dalam negeri Johor. Ini adalah realiti. Selalu kita menyatakan bahawa kita menggalakkan orang muda terlibat dengan pertanian. Kita menyatakan bahawa orang muda segan, malu, menjarakkan diri daripada sektor pertanian. Sebenarnya tidak tepat. Realitinya kalau kita pergi turun ke akar umbi, saya nyatakan tadi lebih 65% pengusaha-pengusaha industri asas tani apatah lagi pertanian adalah di kalangan orang-orang muda bawah 40 tahun. Dan ini adalah satu realiti.
Sebab itu tuan-tuan, Yang Berhormat yang dihormati sekalian, bahawa pertama adalah kita menyedari inisiatif kerajaan adalah melipatgandakan peruntukan sebanyak 100%, RM2.1 juta daripada RM1 juta pada tahun 2021. Dan ini adalah gambaran keprihatinan dan komitmen pihak kerajaan. Tetapi pada masa yang sama, pertanian tidak boleh dijadikan pilihan terakhir untuk karier, membangunkan karier. Tidak boleh jadikan, dah buat yang lain-lain semua tak berjaya barulah ke pertanian. Dia memerlukan passion dengan izin. Dia memerlukan minat. Apatah lagi apabila kita menyatakan pertanian itu adalah perniagaan. Dia memerlukan minat, pengetahuan, sekurang-kurangnya sedikit modal. Saya terus terang nyatakan bahawa kita memang tak membuat outreach untuk menggalakkan orang-orang muda untuk bertani. Kita pernah ada dulu siswa tani, kita pernah menggalakkan siswazah untuk bertani tetapi realitinya mereka tidak bertahan lama. Kita lebih membangunkan kepada mereka, orang-orang belia di kalangan belia yang datang daripada keluarga petani. Kerana mereka telah mempunyai pengalaman, sedikit sebanyak pengetahuan daripada keluarga mereka. Dan mereka lebih wajar dibantu daripada mereka yang hanya nak buat, nak buat kerana tak ada benda lagi nak buat. Dan saya ingin nak nyatakan Yang Berhormat Tuan Speaker, mereka yang telah menceburkan diri dalam sektor pertanian kebanyakannya mereka tidak kesal dengan hasilnya. Berbudi kepada bumi tidak akan membawa penyesalan dan saya yakin dan saya percaya, dengan kerjasama dan inisiatif yang di buat oleh Ahli Yang Berhormat ayuh, gunakalah fasitili ini sebaiknya. Dan, saya hendak nyatakan sekali lagi, saya hendak tambah. Belia ini sebenarnya peluangnya ini cukup besar. Dia lebih
besar daripada orang yang lebih berumur, kenapa mereka tidak terkecuali untuk dapat menikmati bantuan yang disediakan dalam jabatan, semua jabatan agensi pertanian. Di tambah pula mereka ada untuk Belia Tani, Belia Ternak. Jadi, rebutlah peluang ini. Terima kasih, Yang Berhormat.
Petani-petani muda ini lebih kaya daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat. Ok, ok. Kota Iskandar, last.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga EXCO yang memberikan jawapan. Just saya hendak curiosity sahaja sebagai satu makluman kepada kita semua di Dewan yang mulia ini. Sejauh manakah sebenarnya usaha-usaha mempelopori ataupun promosi Smart Farming ini di buat di negeri Johor? Kerana saya rasa kalau di sebut tadi bahawa tidak ramai golongan muda yang kekal duduk dalam industri pertanian. Tetapi sebenarnya bila saya menghadiri Showcase 5G kita di Langkawi, bila diperlihatkan kita bagaimana teknologi Smart Farming ini sehingga satu kontena itu, hasilnya equivalent 1 ekar tanah kalau dua kontena ditindihkan jadi 2 ekar, dengan pekerja seorang boleh jaga dua kontena, bermakna 2 ekar daripada yang fizikal kita perlukan lebih ramai daripada itu dan cara pengendalian juga menggunakan Internet Of Thing, benda yang dekat dengan golongan muda dan juga menggunakan sistem sensor robotic dan seumpamanya ini akan menarik golongan muda sebenarnya. Jadi, saya merasakan walaupun usaha secara konvensional kita jalankan tetapi usaha ke arah mempolopori promosi Smart Farming ini kepada golongan muda ini, kalau dahulu orang kata Air Asia itu Everybody Can Fly mungkin dengan Smart Farming ini, Everybody Can Farm. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Iskandar Puteri, kita memang menggalakkan Smart Farming tetapi kepada mereka yang baru memulakan pertanian, dalam sektor pertanian. Tidak mungkin mereka menggunakan Smart Farming kalau mereka tidak ada pengetahuan. Memang ramai yang mempunyai sistem Smart Farming di luar sana. Dan, mereka banyak datang berjumpa dengan saya. Pertanyaan saya adalah satu, pernah buat ataupun tidak? Kebanyakannya mereka hanya ada sistem tetapi mereka tidak ada pengalaman menggunakan sistem mereka. Dalam erti kata yang lain, sistem orang lain buat yang menggunakan pihak yang lain. Jadi, Smart Farming ini memanglah malahan bukan sahaja Smart Farming sekarang ada Smart And Precision Farming ya. Sebab itu kita dengar Vertical Farming lah, dan sebagainya. Kita memang galakkan, tetapi bergantung kepada apa yang hendak dibuat. Smart Farming adalah jawapan kepada masalah kenaikan kos input ketiadaan buruh dalam Malaysia dan seluruh dunia adanya. Tetapi pada masa yang sama berbalik sekali lagi saya nyatakan, selalunya Smart Farming ini dilakukan kepada mereka yang telah menceburkan diri dalam pertanian. Dan, mereka melihat bahawa Smart Farming adalah baik untuk mereka.
Pertama, untuk mendapatkan hasil yang lebih dengan pakej yang kecil ataupun ruang yang kecil. Yang keduanya adalah kualiti penghasilan mereka. Dan yang ketiganya mengurangkan kos. Saya nyatakan smart farming sebagai contoh simple tak sampai penggunaan IoT, Internet Of Thing, belum sampai ke tahap itu. Sekarang ini realitinya pertanian ini mereka dah tidak tanam sayur dekat tanah lagi. Tetapi, mereka menggunakan fertigasi, mereka menggunakan hidroponik, kenapa? Kerana ini adalah untuk memastikan kestabilan konsistensi baja yang diberikan. Pengurangan kos labour yang terlibat dan kualiti hasil tanaman itu sendiri. Apatah lagi dengan fertigasi tak perlu ada weeding, dengan izin, dan pada masa yang sama uniformity, keseragaman tanaman akan lebih baik dibandingkan dengan penggunaan konvensional di atas tanah. Itu adalah sebagai satu contoh dan saya pun ingin menyeru kepada semua bahawa di sekeliling kita ini ada banyak sistem Smart Farming tetapi pada masa yang sama ianya memerlukan komitmen untuk memulakannya selalunya ia memerlukan modal yang lebih, tetapi itu hanyalah initial cost, modal permulaan sahaja. Sebenarnya ia adalah lebih menguntungkan dan mengurangkan risiko dengan keadaan cuaca yang tidak menentu pada waktu ini. Sekian, terima kasih.
Soalan seterusnya. Bukit Naning, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 6.
Berapakah jumlah peluang pekerjaan diwujudkan selepas pandemik wabak COVID-19 ini yang telah memasuki fasa endemik?
Yang Berhormat Panti, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Panti nombor 7.
Minta nyatakan perkembangan terkini tentang peluang pekerjaan yang telah berjaya ditawarkan mengikut sektor-sektor bagi tahun 2021 di negeri Johor.
Jemput YB EXCO.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya menjawab soalan 6 dan 7 bersekali. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat menerusi inisiatif-inisiatif yang telah dan sedang giat dilaksanakan oleh Unit Strategik Modal Insan Johor, sebanyak lebih 6,000 peluang pekerjaan telah pun ditawarkan dan disediakan bagi golongan pencari kerja, penganggur mahu pun mereka yang telah diberhentikan pekerjaan. Namun begitu, hanya seramai 533 individu sahaja yang telah berjaya mendapatkan pekerjaan melalui pelaksanaan Program Latihan Kemahiran Johor, Program Gerak Kerjaya Johor dan juga hebahan jawatan kosong di platform media sosial jabatan. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh PERKESO menerusi EIS Centre PERKESO, terdapat 40,149 kekosongan jawatan yang ditawarkan di negeri Johor sehingga 29 Oktober 2021. Sektor pembuatan mempunyai jumlah kekosongan jawatan yang tertinggi iaitu 17,881 kekosongan jawatan yang diikuti dengan sektor penginapan dan sektor pengangkutan di mana kedua-dua sektor menawarkan sebanyak 5,081 dan 2,965 kekosongan jawatan. Menurut data yang diperolehi, sektor khidmat sokongan menawarkan kekosongan jawatan sebanyak 2,863 manakala sejumlah 2,577 kekosongan jawatan ditawarkan bagi sektor pemborong dan peruncitan.
Seterusnya, sebanyak 2,499 kekosongan jawatan bagi sektor profesional seperti setiausaha, kerani dan pembantu akauntan. Bagi sektor lain perkhidmatan seperti pembantu jurujual, tukang gunting rambut serta pekerjaan binaan bangunan sejumlah 1,398 kekosongan jawatan ditawarkan. Di samping itu juga, sejumlah 1,110 kekosongan jawatan yang ditawarkan bagi sektor pembinaan, bagi sektor kewangan dan insurans pula sejumlah 789 kekosongan jawatan yang ditawarkan bagi pekerjaan seperti pengurus jualan, pembantu akauntan dan lain-lain. Dalam pada masa yang sama sektor pendidikan pula menawarkan 683 peluang pekerjaan bagi mereka yang berkelayakan. Dan manakala sejumlah 634 kekosongan jawatan yang ditawarkan bagi sektor agrikultur di negeri Johor.
Sektor ICT pula mencatatkan sebanyak 442 kekosongan seperti pembangunan perisian, pemasar rangkaian dan juga serta pereka grafik. Sektor hartanah boleh dilihat hanya menawarkan sebanyak 397 peluang pekerjaan. Seterusnya sektor kesihatan manusia yang merangkumi pekerjaan seperti ahli farmasi, doktor, jururawat dan sebagainya mencatat sebanyak 320 kekosangan jawatan. Sektor aktiviti isi rumah seperti pemasaran dalam talian, tuitor dan penunggang hantara telah mencatatkan 226 peluang pekerjaan. Dan, bagi sektor hiburan pula sebanyak 102 kekosongan jawatan yang telah ditawarkan. Tidak lupa juga sektor elektrik yang menawarkan sebanyak 98 kekosongan jawatan dan perlombongan menawarkan sebanyak 19 kekosongan jawatan. Akhir sekali, jumlah 8 kekosongan jawatan yang ditawarkan bagi sektor pentadbiran awam dan hanya 4 kekosongan pekerjaan bagi
sektor organisasi ex tutorial seperti jurugambar serta juruvideo yang ditawarkan di negeri Johor.
Kerajaan menerusi PERKESO turut melancarkan skim pemulihan ekonomi yang bertujuan untuk membantu merangsang pengambilan pekerja baru. Iaitu program insentif pengambilan pekerja dan bantuan latihan, iaitu Penjana Kerjaya yang telah dibuka untuk permohonan sejak 15 Jun 2020, program ini berada dalam fasa 3 pelaksanaannya dan akan berakhir pada 31 Disember 2021. Berdasarkan statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), PERKESO dari 15 Julai 2020 hingga 5 November 2021 seramai 27,410 orang tenaga kerja tempatan Johor telah berjaya mendapat pekerjaan di negeri Johor. Manakala sejumlah 25,221 pekerjaan tempatan tempoh yang sama telah juga menghadiri latihan di bawah inisiatif bagi tempoh yang sama. Sektor ekonomi dan industri utama yang telah mengambil tenaga kerja Johor adalah daripada 5 sektor. Pertama iaitu sektor pembuatan, sektor perkhidmatan lain, sektor penginapan, makanan, minuman dan sektor perdagangan borong dan runcit dan pengangkutan dan penyimpanan. Sekian, terima kasih.
Ya, Bukit Naning jemput. Soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih di atas jawapan Yang Berhormat EXCO. Yang Berhormat Tuan Speaker, waktu pasca COVID-19 ini ramai yang terkesan dengan masalah ekonomi. Pertamanya soal kerja, soal gaji bukan sahaja bagi orang yang normal tapi begitu juga dengan Orang Kelainan Upaya (OKU). Soalan tambahan saya Yang Berhormat Tuan Speaker bagaimana pula dengan nasib individu dari golongan Orang Kelainan Upaya adakah mereka ini mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya dalam sektor awam dan kerajaan? Terima kasih.
Jemput YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Bukit Naning yang mengajukan soalan keprihatinan terhadap golongan OKU, satu soalan yang baik. Kerajaan melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, amat peka dan prihatin terhadap hak serta kebajikan bagi Orang Kurang Upaya khususnya untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Ianya telah juga dizahirkan dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Kebangsaan Penggajian Orang Kurang Upaya di sektor swasta pada tahun 1990. Penubuhan jawatankuasa ini adalah bertujuan untuk menggalakkan para majikan di sektor awam mahu pun swasta untuk memberi peluang keserataan dan seterusnya menggajikan individu OKU. Bagi makluman, untuk maklum YB Bukit Naning, usaha ini adalah selari dengan Konvensyen Hak-hak Bagi Orang Kurang Upaya yang kini termaktub di bawah Seksyen 29 Akta Orang Kurang Upaya (2008) Akta 685, di mana telah dinyatakan dengan jelas bahawa individu OKU mempunyai untuk akses kepada pekerjaan atau asas keserataan dengan orang upaya. Bagi usaha untuk membantu dan memudahkan, dan memberi akses pekerjaan kepada individu OKU Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan yang kini diambil alih fungsinya oleh PERKESO, bermula daripada tahun 2021 telah menyediakan laman sesawang My Future Job kepada semua individu dan tidak terkecuali seperti individu OKU, yang mana ingin mencari pekerjaan. Juga dalam My Future Job turut berfungsi sebagai platform pencapaian kepada para majikan yang ingin menawarkan pekerjaan kepada golongan OKU bagi mendapatkan tenaga yang diperlukan. Secara alternatifnya, individu OKU digalakkan untuk mendaftar dan seterusnya mengakses laman sesawang My Future Job bagi mendapatkan butiran dan informasi dan maklumat lanjut mengenai peluang-peluang pekerjaan yang telah tersedia ditawarkan. Kerajaan negeri menerusi Pekeliling Perkhidmatan 16 Tahun 2010, kita telah melaksanakan Dasar 1% OKU Dalam Sektor Awam sebagaimana yang diperuntukkan di dalam dasar-dasar berkenaan. Dasar ini juga telah dipanjangkan pelaksanaannya kepada semua syarikat berkanun kerajaan (GLC), semenjak itu ditimbal guna oleh kerajaan negeri Johor. Justeru, individu OKU tidak perlu merasa
terpinggir atau didiskriminasikan. Ini kerana mereka juga mempunyai hak-hak untuk mendapatkan pekerjaan seperti mana dengan orang yang berupaya. Terima kasih.
Soalan seterusnya, Yang Berhormat Panti. Jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Panti nombor 8.
Antara masalah capaian talin telefon dan Internet di kawasan kampung ialah faktor komersial syarikat perkhidmatan telekomunisi. Bagaimana kerajaan negeri boleh membantu agar penduduk kampung dapat menikmati kemudahan asas tersebut?
Jemput YB EXCO.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada soalan. Kerajaan negeri sangat peka kepada setiap keperluan Internet rakyat negeri Johor. Ianya bukanlah satu perkara asing lagi pada masa kini. Setiap lapisan masyarakat tidak kira sama ada yang berada di bandar atau luar bandar amat memerluan talian Internet ini bagi menjalankan aktiviti seharian, seperti pembelajaran dan pengajaran di rumah PdPR, mendapatkan perkhidmatan kerajaan secara atas talian, mahupun membuat pembelian platform-platform komersial dan juga urusan perniagaan.
Selaras dengan keperluan rakyat ini, kerajaan negeri amat peka dan prihatin dari semasa ke semasa mengkaji tentang keperluan rakyat. Melalui kerajaan yang terdahulu pada tahun 2016, telah melancarkan Johor Wifi, Johor Free Wifi 1.0. dan sebanyak 201 lokasi hotspot di serata negeri Johor yang kebanyakannya, majoritinya adalah kawasan-kawasan dalam bandar iaitu PBT dan fasa Internet Wifi 1.0 melibatkan 2 fasa, iaitu fasa 1 dan fasa 2 di mana fasa 1 di bawah kerajaan Barisan Nasional speed nya adalah 4 mbps dan saya ucapkan tahniah terima kasih kepada kerajaan Pakatan Harapan setelah mengambil alih kerajaan telah menaikkan speednya daripada 4.0 kepada 10 mbps. Dah hari ini bila kerajaan yang ada ini telah menaikkan lebih kurang 10 kali ganda iaitu daripada 10 mbps kepada 100 mbps per second melalui ICT, Bahagian ICT Negeri Johor yang melaksanakan tanggungjawab tersebut dan ianya dilaksakan naik taraf bandwidth talian Johor Wifi yang melibatkan 25 projek perumahan rakyat dan setiap hotspot
Kerajaan juga telah melaksanakan penggantian access point baharu menggunakan teknologi wifi yang terkini bagi 135 hotspot bagi meningkatkan keupayaan dan capaian. Pada tahun 2022 sehingga 2025 dan seterusnya pula di pihak ICT Johor telah merancang beberapa lagi inisiatif bagi menambah baik dan meningkat keupayaan Johor Wifi seperti berikut akan dapat memberikan manfaat maksimum kepada rakyat dan terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar yang terbaharu. Langkah pertama membuat kajian impak dan keperluan bagi peningkatan perkhidmatan Johor Wifi merangkumi kapasiti talian, keupayaan peralatan, ketersediaan infrastruktur baharu dan peningkatan infrastruktur sedia ada. Seterusnya penambahan sehingga 15 hotspot baharu mengikut kesesuaian kajian yang telah dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan pembangunan yang telah disediakan pada Bajet 2022.
Seterusnya pelaksanaan fiberisation untuk lokasi dengan kerjasama syarikat telekomunikasi berkaitan di hotspot sedia ada bagi menyokong ketersediaan naik taraf kapasiti bandwidth internet di kawasan-kawasan Johor Wifi yang berkepadatan tinggi seperti kawasan projek perumahan dan sebagainya. Dan diharapkan dengan Projek Wifi Johor 2.0 ini akan dapat mengurangkan jurang serta meningkatkan peluang rakyat menikmati perkhidmatan kerajaan secara atas talian serta lain-lain inovasi, digitalisasi yang ada pada kini dan masa akan datang. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan yang seterusnya, Yang Berhormat Yong Peng, jemput.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 9.
Adakah terdapat kes judi online di Yong Peng dan Ayer Hitam, jika ada apakah langkah kerajaan membendung masalah ini?
Jemput YB EXCO, 4 minit.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Yong Peng atas soalan yang dikemukakan. Saya jawab secara ringkas kerana masa Yang Berhormat mencemburui kita, ada masa 3 minit. Yong Peng bertanya tentang kes judi online di pekan Yong Peng dan Ayer Hitam, dan apa langkah-langkah yang nak diambil bagi membendung masalah ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, keseluruhan di kawasan PBT di negeri Johor terdapat 164 bilangan lesen yang telah dibatalkan akibat kegiatan haram seperti judi online. MPM mencatitkan bilangan lesen tertinggi dibatalkan melibatkan 3 buah lesen diikuti dengan MPK, 15 lesen dan MpKu 21 lesen dan MBJB sebanyak 28 lesen. Jenis, lesen yang dibatalkan termasuk lesen snooker, restoran, pasar mini, kedai runcit, telekomunikasi, kedai serbaneka, dobi, kedai cuci kereta, pusat Internet dan pusat perjudian.
Sepanjang tahun 2021, bermula 1 Januari 2021 sehingga 31 Oktober 2021, Polis Johor telah melakukan 6 serbuan ke atas pusat kegiatan judi online di kedua-dua kawasan Yong Peng dan Ayer Hitam iaitu 3 di Yong Peng dan 3 di Ayer Hitam. Kebanyakan sindiket ini berselidung di sebalik perniagaan lain bagi mengaburi pihak perkuasa dari tindakan dengan menggunakan premis perniagaan seperti kedai runcit, kedai telefon bimbit, kedai makan dan kedai minum.
Bagi menangani kegiatan judi online ini, Polis Johor telah mengambil beberapa langkah dan tindakan. Antara langkah yang telah diambil ialah pemotongan bekalan elektrik yang diambil di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Sebanyak 2 permohonan telah dibuat kepada pihak TNB dan tindakan pemotongan telah dilaksanakan di kedua-dua kawasan tersebut. Polis Johor telah mengemukakan 2 permohonan pembatalan lesen, premis perniagaan dengan pihak PBT bagi kawasan Yong Peng, dari permohonan yang telah dipohon sebanyak 1 dan telah diluluskan dan 1 masih dalam proses dan pertimbangan pihak PBT. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker bagi soalan yang dikemukakan oleh Yong Peng.
Soalan tambahan. Last.
Terima kasih kepada EXCO yang memberi jawapan tersebut. Penggaram ingin tahu pemotongan elektrik selalunya TNB dia potong hari ini esok mereka sambung semula. Jadi bagaimana tindakan yang boleh diambil sekiranya mereka sambung? Adakah kita boleh charge mereka di Mahkamah ke? Terima kasih.
1 minit Yang Berhormat.
Dia sambung kita potong balik Yang Berhormat Tuan Speaker.
Sekadar itu sahaja soalan lisan. Sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum untuk dijawab secara lisan akan di jawab secara bertulis dalam Persidangan yang sama. Saya tangguhkan Persidangan sehingga jam 11.20 pagi. Terima kasih.
Persidangan ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.
Persidangan disambung semula pada jam 11.20 pagi.
Sambungan Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021.Bill
Bismillahirahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli-Ahli Yang Berhormat Sambungan Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021 disambung sekarang. Setiap jawatankuasa diberi masa 25 minit. Saya persilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, jemput.
Bismillahirahmannirrahim.. Assalammualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga Ahli-Ahli Yang Berhormat, pertama-tama ampun Tuanku beribu-ribu ampun, adalah patik dan rakyat Bukit Permai dengan segala hormat takzimnya memohon ampun merafak sembah serta dengan ingatan tulus ikhlas, patik dan rakyat Bukit Permai, merafak ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena hari ulang tahun Keputeraan Duli yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021.
Patik dan rakyat Bukit Permai ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmatNya, mengurniakan keselamatan dan kesihatan serta dilanjutkan apalah juga kiranya akan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku, serta bertambah-tambah lagi darjah kebesaran dan kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku menaungi patik sekalian dengan saksama, kekal memerintah di atas takhta kerajaan negeri Johor Darul Ta’zim, dengan aman dan sentosa. Patik dan rakyat Bukit Permai juga berdoa semoga Allah lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Zarith Sofia binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor. Kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan Cik Puan Besar Khaleeda binti Bustamam, putera-putera dan puteri serta kerabat diraja sekalian, semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan selamat sejahtera, amin yarabbal alamin.
Pertama-tama saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pemimpin utama negeri kita, Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Hasni bin Mohammad selaku Menteri Besar Johor Darul Ta’zim yang telah melakukan satu anjakan paradigma dengan melahirkan satu gagasan inspirasi rakyat yang berteraskan kepada “Memperhebat Kesejahteraan Johor” dalam pembentangan Belanjawan Johor 2022. Berguru ke padang datar, dapat rusa belang kaki. Berguru kepalang ajar, bagi bunga kembang tak jadi. Bagi memulakan soalan-soalan daripada sahabat Ahli Dewan bagi menjawab soalan sahabat saya Yang Berhormat Semerah mengenai status masjid Sri Makmur, Parit Sangit, Jabatan Agama Islam negeri Johor telah menghantar surat permohonan peruntukan bagi membina masjid Parit Sangit kepada Pejabat Pembangunan Negeri Johor pada tahun 2019. Setakat ini belum ada kelulusan dari ICU, Jabatan Perdana Menteri..
Untuk menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Kemelah, Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah menerima permohonan fatwa dari Jawatankuasa Masjid Naemah Melayu Raya Segamat untuk menaik taraf masjid. Hasil semakan mendapati dokumen yang dilampirkan tidak lengkap dan permohonan telah dipulangkan semula ke daerah untuk tujuan melengkapkan dokumentasi dan senarai semak dokumentasi boleh dirujuk kepada Pejabat Kadi Daerah.
Persoalan daripada Yang Berhormat Bukit Pasir mengenai bantuan mengenai bantuan one-off dengan izin kepada Guru Al-Quran. Kerajaan Negeri Johor amat mengambil berat soal kebajikan guru-guru Al-Quran dalam tempoh PKP dan PKPB serta PKPP yang lepas dan Pelan Pemulihan Negara Fasa 1, 2 dan 3, kerajaan negeri telah bersetuju untuk membayar elaun, membayar elaun RM300.00 kepada 1,700 guru-guru Al-Quran yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Walaupun pengajaran tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka ini sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri kepada guru-guru Al-Quran yang juga terkesan akibat pandemik COVID-19 sebahagiannya telah dibayar, telah dibayar dan yang lainnya dalam proses pembayaran. Dalam Fasa 4 PPN guru-guru Al-Quran juga telah diberi kebenaran mengajar secara bersemuka dan mereka perlu mengemukakan tuntutan mengajar untuk menerima elaun tersebut. Walau bagaimanapun, cadangan Yang Berhormat untuk memberi one-off kepada guru-guru Al-Quran akan kami majukan kepada kerajaan negeri untuk pertimbangan.
Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Pulai Sebatang, kerajaan negeri sentiasa mengambil berat soal kebajikan pegawai masjid dan surau di seluruh negeri Johor. Jumlah pegawai masjid dan surau di negeri Johor yang menerima elaun dari JAKIM dan kerajaan negeri serta Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah sekitar 6,844 orang. Pihak JAKIM telah memperuntukkan kira-kira RM15.9 juta setahun untuk membayar 1,562 orang imam masjid sementara kerajaan negeri dan MAIJ pula membayar elaun untuk bilal masjid, noja masjid, imam surau dan bilal surau yang bernilai yang seramai 5,282 orang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM4.5 juta setahun. Walaupun elaun yang diberikan tidak banyak tetapi hanya negeri Johor sahaja yang membayar elaun untuk pegawai masjid dan surau sementara negeri-negeri lain membayar elaun untuk pegawai masjid sahaja.
Sebagai menghargai pegawai-pegawai masjid dan surau yang bertauliah tetapi tidak menerima elaun dari kerajaan kerana kuota yang telah penuh, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberikan bantuan one-off RM500.00 kepada kira-kira 1,050 orang pegawai masjid dan surau untuk menghargai sumbangan mereka yang mengimarahkan program-program di masjid dan surau. Walau bagaimanapun, cadangan Yang Berhormat menaikkan elaun pegawai masjid, surau adalah sangat baik dan munasabah memandangkan dalam keadaan suasana sekarang ini. Sehubungan dengan itu, Jabatan Agama Islam Johor akan memajukan permohonan kenaikan elaun pegawai masjid dan surau untuk kerajaan negeri pertimbangkan.
Jawapan kepada persoalan yang dikemukakan Yang Berhormat ADUN Maharani, berhubung kaedah pencegahan yang perlu difikirkan bagi mengekang pertambahan kes-kes penceraian di kalangan pasangan suami isteri khususnya di negeri Johor. Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Agama Islam Negeri Johor sentiasa mengambil berat isu-isu yang berlaku kepada seluruh umat Islam Negeri Johor lebih-lebih lagi isu yang melibatkan keruntuhan institusi rumah tangga. Berdasarkan statistik penceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi seluruh Malaysia bagi tahun 2020, sebanyak 37,853 kes dan Johor menyumbang 11.5% daripada jumlah keseluruhan iaitu 4,389 kes penceraian.
Melalui Bahagian Undang-Undang Syariah, Jabatan Agama Islam Johor dengan kerjasama JAKIM, saban tahun kami sentiasa bekerjasama menyusun dan menambahbaik kaedah perlaksanaan serta modul-modul yang disampaikan kepada peserta dalam Modul Pra Perkahwinan. Manakala program-program keibubapaan juga diteruskan oleh Jabatan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Negeri Johor sentiasa mengadakan program seperti Bersama Di Johor FM, Sembang Santai Kekeluargaan, Facebook Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Program Pasca Perkahwinan iaitu Syurga Cinta setiap daerah, KSK, Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti serta Care Centre, Program Rumahku Syurgaku, Bicara Ilmu, Hikmah Di Sebalik Ujian dan Forum Kembali Kepada Fitrah. Dalam peruntukan khusus bantuan nafkah kepada anak-anak mangsa penceraian, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor menerima peruntukan dana sebanyak RM300,000.00 di mana daripada peruntukan tersebut sebanyak RM200,000.00 daripada peruntukan kerajaan persekutuan manakala RM100,000.00 dari peruntukan Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Yang Berhormat ADUN Maharani dalam pemerkasaan Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Islam Negeri Johor mengambil langkah yang pro-aktif selain memperkasakan
pendidikan agama dalam tempoh pandemik sebarang langkah, beberapa langkah telah diambil antara yang pertama:
1. Proses PDPR telah dilaksanakan di seluruh sekolah-sekolah agama kerajaan Johor dan pemantauan dari semasa ke semasa. PDPR turut ditambah baik dengan pembinaan modul-modul PDPR oleh Unit Akademik Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
2. Langkah kedua, Program JPID Al Bayyan, JPID Al Bayyan, Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor menyokong usaha kerajaan negeri dalam memperkasakan Program Pendigitalan Pendidikan Agama Islam Negeri Johor dengan melaksanakan pembelajaran, pengajaran dan pengurusan secara digital sekolah-sekolah agama bagi seluruh negeri Johor. Program Johor Pendidikan Islam Digital Al Bayyan atau JPID Al Bayyan sebagai bahan pengajaran tersebut. Program ini akan dilancarkan dalam tahun 2022 dengan kos permulaan sebanyak RM2.0 juta dan insya-Allah akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor.
Untuk makluman Tuan Speaker dan juga Ahli Yang Berhormat, bagi menjawab persoalan daripada Yang Berhormat ADUN Pasir Raja, mengenai permasalahan yang berlaku di Sekolah Agama Taman Sri Saujana, pihak Pejabat Pendidikan Islam amat prihatin dengan permasalahan yang wujud di sekolah-sekolah agama daerah Kota Tinggi khususnya di Sekolah Taman Sri Saujana. Peruntukan baik pulih kepada Sekolah Agama Taman Sri Saujana telah diberi pada tahun 2020 dan bentuk baik pulih adalah seperti kerosakan jenang dan pintu tandas, kerosakan pam tandas, simen lantai, bilik darjah dan mengecat bahagian luar bangunan sekolah. Kerja-kerja tersebut telah dilaksanakan oleh kontraktor yang terlibat untuk kerja-kerja baik pulih. Bagi tahun 2021, pihak kami fokus kepada sekolah yang lebih memerlukan dan belum pernah mendapat peruntukan baik pulih. Hasil pemantauan pihak kami, mendapati isu najis kelawar, lantai bilik darjah yang pecah dan berlubang dan kerosakan jenang pintu tandas merupakan isu baru yang telah dikesan oleh pihak pentadbir sekolah. Oleh itu, kerosakan yang tersebut telah pun diambil maklum oleh Bahagian Pendidikan dan dalam peruntukan baik pulih pada tahun 2022 yang akan datang.
Yang Berhormat Pasir Raja, berhubung dengan dewan terbuka yang dimohon oleh pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Islam Daerah Kota Tinggi telah pun menerima permohonan bina dewan terbuka tersebut bagi Sekolah Agama Sri Saujana pada tahun 2019. Pelan bangunan serta surat permohonan telah diajukan cuma surat kebenaran bina atas tapak tanah wakaf Sekolah Agama Taman Sri Saujana belum dapat diperolehi daripada pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor dan insya-Allah perkara ini akan diuruskan dari semasa ke semasa.
Rentetan daripada itu, mendapati apa yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat adalah didapati keseluruhan bangunan sekolah masih selamat digunakan. Jika bangunan sekolah tersebut tidak selamat dan tidak sihat untuk digunakan seperti mana yang diperkatakan sudah pasti ada kenyataan dari pihak JKR dan juga pihak BOMBA. Namun begitu, Pejabat Pendidikan Islam Daerah Kota Tinggi tidak menerima sebarang aduan atau laporan dari Pihak Berkuasa Tempatan, JKR dan juga pihak BOMBA.
Bagi bangunan kedua tambahan Sekolah Agama Bandar Penawar yang ditimbulkan oleh Ahli Dewan Negeri Bandar Penawar. Dan perkara ini dalam proses kertas kerja cadangan untuk melihat perkembangan-perkembangan keperluan pendidikan anak-anak kita di sekolah, di zon Bandar Penawar dan insya-Allah jika ianya telah menepati sasaran keperluan cadangan untuk mengadakan sekolah agama yang kedua akan dikemukakan kepada pihak kerajaan negeri.
Bagi menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Mahkota, sukacita dimaklumkan Jawatankuasa Mesyuarat Khas Majlis Agama Islam Negeri Johor telah bersetuju menerima sumbangan bantuan COVID 19 kepada Madrasah Tahfiz Johor. Setiap Tahfiz di Johor
diberikan peruntukan RM32,000.00 pada tahun ini setiap madrasah dan juga sekolah-sekolah pondok agama yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor dengan peruntukan sebanyak RM3,690,000.00. Bantuan ini diserahkan kepada pihak pengurusan dan tahfiz atau pondok berkenaan untuk dibelanjakan, untuk dibelanjakan secara berhemah demi mempertabatkan Pendidikan Islam segala urusan bayaran terus dibuat kepada akaun madrasah dan pondok sekolah tersebut. Ini menunjukkan Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli Dewan dan zaman COVID-19 ini alhamdulillah tidak ada satu madrasah pun di Johor yang gulung tikar dalam menghadapi masalah ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) juga turut sama-sama menyalurkan bantuan kepada semua Institut Pendidikan Islam swasta di seluruh negara ianya merangkumi Sekolah Rendah Islam (SRI), Sekolah Menengah Islam (SMI), sekolah tahfiz dan sekolah pondok sama ada berdaftar atau dalam proses permohonan pendaftaran. Bagi negeri Johor, Jabatan Agama Islam (JAIJ) melalui Bahagian Pendidikan Islam telah membantu menyelaras dan menguruskan bantuan ini pada akhir bulan Oktober 2021 yang lalu, dianggarkan sejumlah RM4 juta peruntukan telah dipohon kepada pihak JAKIM yang melibatkan 131 buah institusi pendidikan, peruntukan masih dalam proses penyaluran dari pihak JAKIM dan insya-Allah dijangka akan mula dibayar pada bulan Disember 2021. Ada pun pembukaan dan operasi sekolah-sekolah tahfiz tidak berdaftar adalah tertakluk kepada kelulusan Pejabat Pendidikan Islam Daerah. Setelah membuat permohonan dikemukakan pihak PPID akan menjalankan pemantauan, perbincangan dan penyeliaan risiko bersama dengan pihak sekolah sebelum kebenaran itu diluluskan bagi meneruskan operasi.
Bagi sahabat saya, Yang Berhormat Parit Yaani, yang memberikan masalah, perkara hab halal di Johor dan juga salah satu anak syarikat MAIJ. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli Dewan, apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat saudara saya, Parit Yaani iaitu anak syarikat MAIJ ialah JT Lab, tuan-tuan. Peranan utama JT Lab tertumpu kepada perkhidmatan ujian analisis makmal juga telah dikembangkan kepada beberapa bidang lain antara fokus JT Lab ini dikemas kini dan ianya merangkumi perkongsian data, penyelidikan, penasihat teknikal, penasihat produk dan konsultasi serta penyediaan latihan dan kursus profesional kepada usahawan dan pemain industri halal amnya.
JT Lab telah membuat tawaran rasmi ke JKIM pada 15 Oktober 2021 yang lalu bagi membincangkan permohonan JT Lab untuk menjadi makmal panel halal JAKIM Bahagian Selatan. Semakan permohonan JT Lab telah diterima oleh pihak JAKIM dan kini JT Lab menunggu maklum balas tarikh lawatan daripada pihak JAKIM ke JT Lab. Suntikan dana pembiayaan dari Majlis Agama Islam Negeri Johor kepada JT Lab telah membantu JT Lab terus berkembang setiap tahun. Makmal telah diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia dan melayakkan JT Lab diiktiraf oleh International Laboraty Accreditation Certification (ILAC) bagi analisis-analisis yang disediakan pada Februari 2019, penerimaan analisisi sampel makanan sejak penubuhan makmal pada 2019 kini meningkat 30% tahun 2020 kepada 40% sehingga Oktober 2021 dan lain-lain sampel yang diterima adalah sampel bukan makanan. Persatuan Organisasi JT Lab juga telah dijangka akan melantik seorang pegawai pemasaran yang baru bagi memasarkan JT Lab.
Saya mengucapkan terima kasih kepada 2 jabatan kerajaan, Jabatan Pertanian dan Jabatan Veterinar yang telah mengguna sepenuhnya semua bahan-bahan kajian, bahan-bahan semakan kedua pejabat ini pada JT Lab. Saya juga merayu kepada semua agensi kerajaan, GLC-GLC kerajaan, jabatan-jabatan kerajaan semua dapat menggunakan JT Lab sebagai salah satu rakan niaga kita bersama.
Seperti sedia maklum, Majlis Halal Johor ditubuhkan bagi merangka dasar berkaitan persijilan halal seperti yang diminta oleh Yang Berhormat Parit Yaani, sekaligus membolehkan semua industri mampu memiliki persijilan sijil halal Malaysia yang diiktiraf. Peranan utama kita lihat dalam Sijil Halal Johor, adalah memberikan perkhidmatan analisis
halalan toyyiban kepada pemain industri dalam masa yang singkat iaitu tiga hingga tujuh hari dengan keputusan analisis yang tepat dan dipercayai. JTLab juga diberikan tanggungjawab untuk membangunkan penyediaan perikatan halalan toyyiban untuk kepentingan rakyat Johor dengan kolaborasi bersama universiti tempatan dan kita lihat juga dalam usaha bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor berkaitan analisis halal dan kini merangka usaha untuk jalin kerjasama dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Tempatan dan agensi negeri yang lain.
Yang keduanya, bagi mengakhiri penggulungan ini. Alhamdulillah, selama ini kita dengar apabila time bulan puasa dan bulan hari raya untuk melihat anak bulan, maka akan dikenalilah tempat melihat anak bulan di Johor ini iaitu di Pontian Kecil, Johor. Selaku EXCO Agama apabila tiga tahun berturut-turut saya melihat anak bulan, rupa-rupanya bila melihat anak bulan di Pontian Kecil, Johor ini ianya di Tingkat 4, Pejabat Daerah Pontian, Allahu Akbar.
Alhamdulillah, bagi memastikan bahawa Johor sebagai sebuah institusi agama yang tersohor, maka kerajaan negeri telah bersetuju menubuhkan suatu pusat astronomi yang baharu. Dan Baitul Hilal Balai Cerap yang baharu yang terletak akan dibangunkan di Pantai Kampung Rambah Pontian dan peruntukan bagi penyelidikan bagi tahun depan diberikan peruntukan sebanyak RM2 juta. Insya-Allah, apabila ia terlaksana Rambah Pontian Johor akan menjadi salah satu pusat astronomi yang terkenal dalam kajian ahli-ahli falak dari seluruh dunia yang akan datang, insya-Allah Tuan Speaker.
Seterusnya, kerajaan juga telah menubuhkan Akademi Al-Quran Negeri Johor bagi menentukan bahawa syiar Islam terus berkembang dan anak-anak Islam di negeri Johor tidak buta Al-Quran. Akademi Al-Quran Negeri Johor ini dijadikan tempat bagi mengasah bakat qori dan qoriah kita supaya menjadi setanding bukan sahaja di peringkat negeri dan kebangsaan juga di peringkat antarabangsa. Dan, Masjid Kota Iskandar telah pun dipilih sebagai Pusat Akademi Al-Quran Negeri Johor.
Akhirnya Yang Berhormat Tuan Speaker, mudah-mudahan dalam tempoh 22 hingga tahun 30 ini beberapa syiar Islam di Johor akan dapat kita bangunkan dengan syiar yang tadi dan akhirnya mari kita sama-sama berdoa kepada hadrat Allah SWT dalam tempoh yang terdekat bermula tahun depan, insya-Allah, MARSAH mudah-mudahan akan dapat dinaikkan taraf menjadi Kolej Universiti Islam yang pertama di negeri Johor. Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, kepada Yang Berhormat Ahli Dewan yang telah menanyakan persoalan-persoalan kepada portfolio di bawah jabatan saya. Akhirnya Tuan Speaker, saya sekali lagi memohon ampun dan maaf dan mengucapkan terima kasih dan marilah kita berdoa semoga pasukan Johor Darul Ta’zim akan dapat memenangi perlawanan separuh akhir Piala Malaysia yang kedua menentang Terengganu pada malam esok. Mudah-mudahan, insya-Allah.
Ahirnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mengingatkan diri saya dan juga rakan-rakan saya dan rakyat Johor, sewaktu kami mengiringi Solat Jumaat bersama dengan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku di Masjid Parit Semerah, Pontian, Tuanku berpesan kepada saya, di mana majlis saya pergi supaya mengingatkan rakyat Johor supaya rakyat Johor ini bersatu padu, berteguh memegang kata hikmat kita, Muafakat Itu Berkat kerana dengan bersatu padulah sahajalah baru negeri Johor ini menjadi kuat, ampuh dan mendapat disegani oleh kawan dan lawan. Tuanku juga berpesan, ingatlah bahawa musuh kita sekeliling pinggang, ada yang musuh datang dari depan, ada yang musuh datang dari belakang dan ada musuh datang dari dalam selimut. Marilah kita bersama-sama mengambil iktibar apa yang telah dipesankan, diamanatkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku kepada kita bersama.
Sekian, Yang Berhormat Dato’ Speaker, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Terima kasih Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, jemput.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Bismillahirrahmanirrahim, (doa). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam selamat sejahtera dan salam Keluarga Malaysia kepada Tuan Speaker dan sahabat-sahabat Ahli Yang Behormat dan seterusnya Ahli-Ahli Dewan yang saya hormati, kasihi dan yang dimuliakan sekalian. Terlebih dahulu patik bersama warga DUN Larkin ingin mengambil kesempatan ini untuk merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada tanggal 22 November 2021 bersamaan 17 Rabiulakhir 1443H yang lalu. Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia berserta kesihatan yang afiat dan sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan keampunan Allah SWT. Di bawah payung naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, negeri Johor bertambah aman, harmoni, makmur dan lestari. Daulat Tuanku.
Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan syabas kepada kerajaan negeri yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, barisan kepimpinan tertinggi negeri, ketua-ketua jabatan mahu pun agensi dan tidak lupa juga jasa dan khidmat sokongan daripada semua kakitangan yang terlibat dalam menyempurnakan penyediaan Belanjawan Negeri Johor 2022.
Pada kesempatan dan di dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan petugas hadapan di negeri ini yang sentiasa komited, bertungkus lumus dan bersiap siaga dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada bangsa dan negara. Semua ini dapat dizahirkan dengan kejayaan negeri Johor yang telah mencapai 93% warga negara yang telah divaksinkan. Setinggi kesyukuran saya panjat kepada Allah SWT di atas limpahan nikmat dan dikurnia serta perlindungan dariNya, kita semua masih kekal harmoni di sini dan masih lagi dikurniakan akal pemikiran yang waras serta terhindar dari kancah ketidakstabilan politik dan perebutan kuasa sebagaimana yang telah berlaku di beberapa buah negeri sehingga rakyat mereka dibebani dengan kemaslahatan yang makin meruncing.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Belanjawan Johor 2022 bertemakan “Memperhebatkan Kesejahteraan Johor” telah menggariskan beberapa pelan perancangan mahu pun strategi kerajaan negeri bagi usaha pemulihan ekonomi negeri dan seterusnya mensejahterakan kehidupan rakyat negeri ini. Belanjawan yang telah memperuntukkan unjuran perbelanjaan sebanyak RM1.958 bilion akan diguna pakai atau digunakan bagi merealisasikan empat impetus ekonomi baharu iaitu Strategi Pemulihan Ekonomi Johor yang dilaksanakan sebagai pemangkin kebangkitan Johor secara inklusif dan holistik dan akan dipacu dengan pelaksanaan 12 agenda oleh kerajaan negeri.
Walaupun perbelanjaan 2022 ini menunjukkan ianya adalah perbelanjaan defisit iaitu sebanyak RM286 juta, jika berdasarkan unjuran hasil negeri Johor pada tahun 2022 ianya dijangka adalah sebanyak RM1.67 bilion. Jadi, Belanjawan 2022 dilihat adalah satu belanjawan yang amat berhemah dan realisitk. Ianya adalah hasil garapan setelah mengambil kira ke semua aspek dan pertimbangan termasuklah yang telah dilaksanakan atau dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sebagai dua asas utama belanjawan ini iaitu mendekati dan meringankan beban rakyat yang terhimpit susulan pandemik COVID-19 dan yang kedua adalah bagi menggiatkan usaha awalan dan memulihkan semua sektor-sektor ekonomi secara menyeluruh.
Yang Berhormat Tuan Speaker, keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan semakin mencabar sudah semestinya menimbulkan sedikit kesukaran kepada kita dalam usaha mengadaptasi tuntutan semasa, perubahan norma sosioekonomi dunia yang begitu drastik. Pendekatan lockdown atau penutupan sempadan antarabangsa yang dilaksanakan oleh semua negara bagi membendung penularan pandemik 19 telah merencatkan kitaran ekonomi dan mengekang aktiviti pelaburan seantero dunia. Sedar akan tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan ini, saya tidak nafikan bahawa situasi semasa dunia yang tidak menentu amat mempengaruhi dan memberi kesan langsung pada pencapaian sektor pelaburan di negeri Johor. Justeru, saya amat menghargai cadangan serta pandangan mahu pun sindirian panas berkaitan sektor pelaburan yang telah dilontarkan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat semasa dalam sesi perbahasan sebelum ini. Saya amat berbesar hati dan berterima kasih dan keprihatinan kepada Yang Berhormat Bukit Batu, Yang Berhormat Tanjung Surat dan juga Bukit Kepong, Serom, Bekok dan Buloh Kasap yang telah menyentuh beberapa perkara berkenaan sektor pelaburan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, walaupun pencapaian sektor pelaburan negeri ini pada tahun ini dilihat merundum dan kurang memberangsangkan, namun adalah satu tindakan yang tidak wajar dan melulu sekiranya kita menyatakan kerajaan negeri gagal menarik pelabur ke dalam negeri ini. Pelbagai faktor yang perlu diambil kira secara holistik sebelum sesuatu kenyataan dikeluarkan. Bagi makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, negeri Johor kekal berdaya saing dalam sektor pelaburan walaupun angka nilai pelaburan masuk direkodkan pada tahun ini sehingga Jun 2021 agak menurun jika dibandingkan dengan nilai pelaburan yang masuk yang direkodkan pada masa yang tahun lepas. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh MIDA sehingga September lalu, negeri Johor telah kembali berada dalam landasan yang betul, apabila tersenarai sebagai antara lima buah negeri penyumbang nilai pelaburan terbesar di Malaysia dengan nilai pelaburan berjaya dibawa masuk sebanyak RM6.56 bilion.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri tidak pernah mengamal sikap memilih dan sentiasa terbuka kepada usaha menarik lebih banyak pelabur masuk, untuk masuk ke negeri ini tidak kira sama ada ianya dari sumber pelaburan asing ataupun domestik. Saya tertarik dengan kenyataan Yang Berhormat Bekok yang telah menyatakan bahawa negeri Johor tidak seharusnya bergantung kepada FDI tetapi meningkatkan pelaburan domestik. Saya berpandangan, kenyataan Yang Berhormat Bekok itu tidak begitu tepat, ia adalah kerana sejumlah besar pelaburan yang dibawa masuk ke negeri Johor pada tahun ini adalah pelaburan langsung domestik. Bagi makluman Yang Berhormat Bekok, Ahli-Ahli Yang Berhormat, dari nilai keseluruhan RM6.56 bilion, pelaburan yang telah berjaya dibawa masuk ke negeri Johor, sejumlah RM5.13 bilion adalah pelaburan langsung domestik, manakala RM1.43 bilion adalah hasil dari pelaburan asing.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri sentiasa peka dan arus perubahan dan trend semasa ekonomi terutama sektor pelaburan dunia. Pelbagai pelan perancangan mahu pun strategi yang telah dirancang dan akan dilaksanakan bagi meningkatkan lagi daya saing negeri Johor dalam menarik pelaburan baharu yang akan memberi manfaat kepada rakyat dan limpahan ekonomi kepada negeri Johor. Semua itu dapat dizahirkan menerusi inisiatif-inisiatif yang telah dan akan dilaksana oleh kerajaan negeri menerusi agensi-agensi terbabit. Seperti mana yang telah dibentangkan dalam Belanjawan Negeri Johor 2022, kerajaan negeri telah pun memperuntukkan RM15 juta bagi perlaksanaan inisiatif dalam beberapa agenda sebagai usaha untuk menjadikan Johor sebagai destinasi pelaburan utama di Asia Tenggara dan mengekalkan status Johor sebagai pusat pelaburan yang bernilai tinggi. Seperti mana yang kita sedia maklum, kerajaan negeri akan melancarkan Pelan Induk Pelaburan Negeri Johor 2030 dalam masa terdekat. Ia merupakan penambahbaikan dan pelan pelaburan yang dirangka sebelum ini bagi mengikut kesesuaian dan keperluan masa depan. Pelan ini perlu, telah digarap, berdasar empat teras strategik dan akan menjadi hala tuju pelaburan negeri Johor dalam tempoh 10 tahun yang akan datang. Bagi memangkin usaha menarik minat dan menambah keyakinan pelabur ke negeri Johor, kerajaan negeri giat merancang pelan usaha sama strategik dan giat menjalin kerjasama pintar bersama
negara serantau mahu pun negara-negara prospek pelabur yang berpotensi, pelancaran dan perlaksanaan inisiatif seperti Ibrahim Johor Economic Council, SIJO CAPRI yang sebelum ini dikenali sebagi SIJORI dan Johor Economic Trade Cultural Office adalah bukti komitmen tinggi kerajaan dalam merancakkan sektor pelaburan negeri ini pasca COVID-19.
Yang Berhormat Tuan Speaker, pada kesempatan ini, izinkan saya memberi sedikit pencerahan mengenai apa itu JETCO, fungsi serta keperluannya. Johor Economic Trade Cultural Office atau JETCO adalah sebuah entiti syarikat yang mana didaftarkan di Singapura dan lebih tepat lagi JETCO ditubuhkan bagi mengeratkan jalinan kerjasama dan hubungan dua hala di antara kerajaan negeri Johor dan negara Singapura agar memudahkan lagi usaha meneroka peluang-peluang bagi pembangunan ekonomi dan seterusnya memperkasakan lagi sektor pelancongan, kebudayaan serantau. Sektor pelaburan atau investment hanya dikaitkan bagi melengkapi fungsi dan peranan JETCO. Bukanlah soal incompetence yang diutarakan Yang Berhormat Kota Iskandar, sebenarnya ia adalah dalam senario yang berbeza. Kita perlu pertimbangkan sesuatu secara berdasarkan pemerhatian dan kajian secara menyeluruh. Kita perlu melihat faktor perbezaan situasi semasa dan keyakinan pelabur sebelum dan selepas COVID-19. Adalah sukar dinafikan, terdapat beberapa faktor utama atau kekangan yang telah memberi kesan kepada usaha menarik pelabur.
Bagi makluman Yang Berhormat dan Ahli Yang Berhormat, kekangan yang secara ringkas dapat saya kongsikan di sini :
1. Risiko pelaburan adalah tinggi ketika semua negara melaksanakan arahan lockdown.
2. Kesan atau impak kerugian yang dialami oleh pelabur-pelabur sedia ada sudah tentu memberi input negatif kepada rakan-rakan prospek pelabur.
3. Proses tinjauan lokasi serta rundingan secara fizikal tidak dapat kita adakan. Ini menyukarkan keputusan bagi mendapatkan persetujuan pihak yang terbabit dalam usia untuk kita melakukan usaha due diligence dengan izin, semuanya menjadi satu kekangan.
4. Ketidakstabilan politik juga mempengaruhi keputusan pelabur yang berpotensi untuk lebih berhati-hati dan lain-lain lagi.
Jadi, kerajaan memerlukan sebuah entiti atau agensi khususnya bagi mempengaruhi dan mengembalikan keyakinan pihak-pihak yang mempunyai persepsi negatif terhadap negeri Johor. Sehubungan dengan itu JETCO ditubuhkan dan akan berperanan memperbaiki imej dan menjenamakan semula negeri Johor. Jadi penubuhan JETCO di negara jiran akan melibatkan implikasi kewangan yang amat kecil dan dilihat akan dapat memberi impak yang besar kepada pembangunan ekonomi dan modal insan negeri ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Parit Yaani dalam sesi perbahasan beliau. Kestabilan politik adalah antara faktor kepercayaan atau keyakinan pelabur luar untuk melabur di negara kita. Saya juga menyambut baik cadangan serta cadangan yang diutamakan oleh Yang Berhormat Tanjung Surat, Parit Yaani, supaya kerajaan melihat semula insentif yang ditawarkan agar relevan dan menarik kepada prospek pelabur serta kerenah birokrasi dalam sesuatu proses perlu ditangani.
Cadangan Yang Berhormat Bukit Kepong agar kewujudan Pagoh Special Economy Zone dengan izin, dan kawasan industri hab perabot Johor iaitu Muar Furniture Hub dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Begitu juga memetik kenyataan Buluh Kasap yang menawarkan agar daerah Segamat dapat dimanfaatkan dengan peluang-peluang baru ini.
Bagi makluman semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, kerajaan negeri sentiasa mengambil pendekatan yang profesional dan serta tidak, serta bertindak adil dan saksama dalam mengagihkan limpahan ekonomi hasil pelaburan. Ironinya kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa dalam menentukan keinginan prospek pelabur dalam pemilihan lokasi pelaburan yang diperlukan. Namun begitu, kerajaan negeri menerusi Invest Johor terus gigih berusaha menarik pelaburan asing mahu domestik bagi manfaatkan semua wilayah-wilayah pembangunan di negeri ini seperti East Coast Economy Region, Iskandar Regional Development Authority dan juga Pagoh Special Economy Zone dan lain-lain lagi.
Yang Berhormat Tuan Speaker, menyentuh cadangan Yang Berhormat Bukit Batu, bagi mempromosikan, mempergiatkan lagi penggunaan seterusnya menarik pelaburan berkaitan industri kenderaan elektrik atau electric vehicle, dengan izin. Saya tidak nafikan ada prospek pelabur yang telah berminat untuk menjadikan negeri Johor sebagai pusat pengeluaran mereka. Namun begitu, saya tidak dapat berkongsi butiran mengenai pelabur ini secara terperinci. Insya-Allah negeri Johor akan menjadi pengeluar kenderaan elektrik pada masa akan datang.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam sesi perbahasan yang telah berlangsung, seramai 10 Ahli Yang Berhormat telah sudi berkongsi pandangan dan menzahirkan keprihatinan mereka terhadap nasib usahawan di negeri ini. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang saya maksudkan Yang Berhormat Penawar, Tenggaroh, Bekok, Bentayan, Penggaram, Mengkibol, Machap, Simpang Renggam, Sedili dan Parit Raja. Saya merakamkan setinggi terima kasih atas buah fikiran dan menyambut baik segala cadangan Ahli-Ahli Yang Berhormat sebagai nilai tambah kepada usaha kerajaan dalam membantu para usahawan di negeri ini kembali bangkit berdaya saing dan seterusnya memperkasakan ekonomi negeri demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
Dalam Belanjawan Negeri Johor 2022, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah peruntukan yang besar bagi perlaksanaan inisiatif-inisiatif menerusi beberapa agenda bagi tujuan meningkatkan daya tahan perusahaan kecil dan sederhana. Dan memperkasakan sektor keusahawanan negeri ini, tidak perlu saya huraikan sebab semuanya telah dibentangkan dan diperincikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada sesi pembentangan lalu.
Seperti semua Yang Berhormat sedia maklum, kedudukan strategik negeri Johor yang bersebelahan dengan negara jiran Singapura telah memberi kelebihan dan limpahan ekonomi secara langsung kepada rakyat terutamanya golongan usahawan di negeri ini. Kuasa membeli yang lebih tinggi dari kalangan pelanggan dari negara jiran telah sedikit sebanyak mempengaruhi kadar kebergantungan golongan usahawan di negeri ini terhadap mereka. Justeru, maka tidak hairanlah jika dikatakan bahawa golongan usahawan di negeri ini mendapat impak yang paling buruk, dua kali ganda dari golongan usahawan negeri lain susulan perlaksanaan PKP dan penutupan sempadan antara Johor dan Singapura.
Kerajaan negeri menerusi Perbadanan Usahawan Negeri Johor sentiasa mengambil perhatian serius terhadap beban masalah yang ditanggung oleh usahawan negeri ini. Pelbagai usaha dan inisiatif telah ditawarkan dalam bentuk Geran Bantuan Pembiayaan, Geran Bantuan Pembelian Mesin mahu juga penyediaan program-program pembangunan usahawan, juga pemasaran perniagaan dan lain-lain lagi seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bekok, Mengkibol, Parit Raja agar golongan usahawan ini diberikan bantuan dari sudut pembiayaan kewangan sama ada geran bantuan ataupun pinjaman. Kerajaan negeri mengambil perhatian serius terhadap permasalahan ini, pinjaman, kerajaan juga mengambil atau bebanan kewangan yang dihadapi oleh golongan usahawan untuk memulakan kembali aktiviti perniagaan yang dijalankan sudah lama tidak beroperasi dan putus pendapatan. Kerajaan telah mengambil tindakan proaktif dengan giat berusaha menjalinkan kerjasama strategik dan kerjasama pintar bersama institusi kewangan atau perbankan bagi mendapatkan kemudahan skim pembiayaan kewangan atau dimanfaatkan oleh golongan usahawan di negeri ini.
Bagi makluman Yang Berhormat Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, kerajaan negeri bersama Bank Rakyat telah pun mencapai persetujuan usahasama strategik di antara kedua-dua pihak bagi perlaksanaan Skim Pembiayaan PKS Johor dan Bank Rakyat yang akan memperuntukkan sebanyak RM100 juta berbentuk Skim Pinjaman Mudah khusus bagi manfaat golongan usahawan di negeri ini. Saya ingin tekankan di sini yang mana Skim Pembiayaan RM100 juta, faedahnya ditanggung di subsidi oleh kerajaan negeri. Usaha sama ini berada dalam fasa akhir penyediaan memorandum persefahaman. Ianya dijangka termeterai dan akan dilancarkan pada awal tahun 2022. Selain daripada Bank Rakyat, kerajaan negeri juga melalui JV juga terus konsisten dan aktif dalam mengadakan rundingan dan perbincangan dengan beberapa lagi institusi kewangan serta peminjam dalam tujuan yang sama.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri tidak pernah sesekali mengamal sikap diskriminasi dan jauh sekali melupakan golongan usahawan kecil terutamanya usahawan mikro atau penjaja. Justeru, beberapa inisiatif telah dirangka dan akan dilaksanakan bagi membantu golongan usahawan yang berkenaan. Merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bentayan dan juga Simpang Renggam berkaitan isu dan permasalahan yang dihadapi oleh golongan usahawan kecil, mikro dan penjaja iaitu bebanan bayaran lesen penjaja, lesen peniaga PKS, sewa premis dan gerai, sewa tapak pasar malam, sewa tapak pasar pagi dan sewa tapak bagi penjaja tepi jalan. Kerajaan negeri telah pun memberi perhatian khusus bagi memelihara kebajikan dan membantu meringankan dan meningkatkan hasil pendapatan golongan usahawan agar mereka terus berdaya tahan untuk meneruskan operasi perniagaan yang dijalankan.
Kerajaan negeri dengan kerjasama agensi MARA dan JKM telah melaksanakan inisiatif berbentuk bantuan kepada penyewa premis MARA. Penerima bantuan JKM dan OKU dengan jumlah peruntukan sebanyak RM245,000.00. Selain itu kerajaan negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi tujuan bantuan peralatan perlindungan peribadi iaitu PPE dan kit ujian kendiri secara one off kepada peniaga PKS dan FAMA seluruh negeri Johor. Inisiatif pengecualian pembayaran sewa premis dan gerai milik PBT serta sewa tapak pasar, sewa tapak pasar pagi dan malam secara bersasar turut diteruskan pada tahun hadapan. Kerajaan negeri juga turut berbesar hati menawarkan diskaun 50% yang akan diberikan kepada peniaga yang mempunyai tunggakan sewa premis terdahulu untuk dijelaskan pada tahun 2022. Perlaksanaan inisiatif ini dilihat akan menyumbang kepada kehilangan hasil yang digantung oleh PBT negeri Johor dengan nilai anggaran sebanyak RM17.9 juta. Ianya tidak termasuk dengan anggaran kehilangan hasil oleh pihak PBT sebanyak RM5 juta bagi perlaksanaan inisiatif pengecualian dan pembaharuan lesen penjaja dan perniagaan PKS tahun 2022.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya amat besetuju dengan Yang Berhormat Penggaram dan menyambut baik cadangan beliau mengenai Dasar Buatan Malaysia yang negara pernah telah laksanakan satu ketika dahulu. Seperti mana petikan kenyataan Yang Berhormat Penggaram, dasar ini dapat menggalakkan orang tempatan menceburi bidang usahawan kreatif yang memberi peluang kepada mereka yang mempunyai idea kreatif dan inovatif menghasilkan produk yang mampu memberi persaingan di dalam arena kreatif tempatan dan seterusnya persada antarabangsa.
Bagi yang makluman Yang Berhormat Penggaram dan Ahli Yang Berhormat sekalian, kerajaan negeri sedar akan potensi besar industri kreatif terhadap pembangunan sosioekonomi dan modal insan di negeri ini. Kerajaan negeri juga turut sedia maklum bahawa negeri Johor ini amat bertuah kerana dilimpahkan, dikurniakan limpahan individu kreatif dan berbakat. Sehubungan itu kerajaan negeri telah mengambil langkah pragmatik dan tidak mahu ketinggalan dalam usaha menerokai potensi dan sumbangan industri kreatif dengan meletakkan industri tersebut sebagai salah satu garis panduan atau hala tuju dalam Pelan Induk Pelaburan Johor 2030. Saya juga berhasrat dan merancang untuk mengaktifkan kembali fungsi dan peranan agensi mahupun fasiliti serta kemudahan yang
sedia ada seperti Iskandar Studio agar ia dapat dimanfaatkan sewajarnya bagi memperkasakan bakat dan golongan usahawan kreatif negeri ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, tidak lengkap rasanya sesi penggulungan saya sekiranya tidak menyentuh isu perkara yang berkaitan portfolio saya yang belum dikupas lagi sektor modal insan negeri ini. merujuk kepada persoalan-persoalan berkaitan isu dan permasalahan sektor modal insan yang telah disentuh dalam sesi perbahasan Yang Berhormat Tanjung Surat, Bekok, Pekan Nanas, Parit Yaani, saya amat menghargai segala pandangan serta cadangan yang telah dikongsikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dan, saya juga menghormati segala teguran yang dilontarkan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri menerusi agensi utama perlaksana Modal Insan iaitu Unit SMI bersama agensi terbabit sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dan mencari penyelesaian secara holistik dan seterusnya giat melaksanakan Agenda Pembangunan Modal Insan Negeri ini. Kerajaan juga turut aktif menjalankan kajian atau penilaian dalam memastikan segala pendekatan serta langkah yang akan diambil adalah relevan dan bersasar. Semua usaha dan langkah ini diambil oleh kerajaan untuk membantu golongan rakyat negara ini yang terkesan teruk atau kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan sepanjang tempoh pandemik COVID-19. Bagi menjawab persoalan atau perkara yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Bekok tentang polisi, fungsi dan peranan Unit SMI dalam merancang dan seterusnya menyediakan pembangunan modal insan di negeri ini, kerajaan negeri melalui Unit SMI dan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Tenaga Kerja, PERKESO dan lain-lain lagi sentiasa memantau perkembangan semasa pasaran buruh di negeri agar setiap inisiatif yang akan dilaksanakan adalah relevan dan selari dengan keperluan semua industri.
1 minit lagi Yang Berhormat.
Kerajaan negeri juga giat menjalankan sesi libat urus bersama pemain-pemain utama industri dan tidak ketinggalan juga perbincangan bersama organisasi dan pertubuhan-pertubuhan yang melibatkan syarikat-syarikat multinasional dan mengumpulkan informasi-informasi yang berkaitan. Unit SMI sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi-agensi seperti JTK, PERKESO, IRDA, Educity dan lain-lain lagi. Unit SMI juga menjalinkan usaha sama strategik bersama dengan institut pengajian tinggi awam dan swasta, penyedia-penyedia latihan kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan seperti UTM, UTHM, JPDC dan Johor Skill, ILP serta lain-lain. Dan, terakhir Unit SMI juga giat menjalinkan hubungan baik bersama pihak majikan seperti ahli-ahli FMM bagi tujuan mengenal pasti bidang kemahiran mendapat permintaan tinggi yang perlu, yang diperlukan oleh pihak industri. Usaha ini bagi memastikan pelan perancangan penyediaan latihan akan ditawarkan menepati kehendak atau pun permintaan majikan dan seterusnya dapat menjamin penempatan peluang pekerjaan.
Kerajaan negeri menerusi Belanjawan negeri yang memperuntukkan RM5.2 juta bagi melaksanakan inisiatif berkenaan dengan peningkatan kemahiran seperti Program Johor Upskilling Reskilling, Latihan Lepasan Siswazah Johor, Johor Skill Oil and Gas dan Pensijilan Tenaga Mahir Johor. Perlaksanaan inisiatif ini dijangka akan dapat memberi manfaat kepada 1,550 individu atau golongan sasaran. Selain dari itu kerajaan negeri telah berbesar hati untuk meneruskan Agenda Pembangunan Modal Insan di Iskandar Malaysia dengan penubuhan Gerak Pekerjaan Iskandar Malaysia yang menelan belanja peruntukan sebanyak RM4 juta.
Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Yaani yang ingin mendapatkan data terkini berkenaan beberapa buah industri besar dan sederhana yang telah memberhentikan operasinya dan tutup disebabkan pandemik COVID-19 dan berapa ramai pekerja tempatan yang kehilangan pekerjaan disebabkan penutupan kilang-kilang berkenaan. Bagi makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod dan data yang dikeluarkan
dari Jabatan Tenaga Kerja Johor bagi tempoh COVID-19 bagi tahun 2021, jumlah keseluruhan bilangan majikan yang direkodkan tutup dan henti operasi adalah sebanyak 1,003 majikan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 739 majikan yang direkodkan telah tutup dan henti operasi pada tahun 2020. Dan manakala sejumlah 264 majikan direkodkan pada tahun 2021.
Berapa lama lagi Yang Berhormat? 2 minit, ok.
Bagi menjawab persoalan berapakah jumlah rakyat Johor yang terkesan dan hilang pekerjaan dalam masa tempoh tersebut seramai 12,231 orang pekerja tempatan telah terkesan dan dihentikan. Berdasarkan laporan Kementerian Pekerjaan Jabatan Tenaga Kerja Johor seramai 9,512 orang pekerja tempatan telah hilang pekerjaan dan pada tahun 2020 dan 2021 sehingga 2,719 orang pekerja tempatan yang telah hilang pekerjaan.
Sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan saya, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, barisan pegawai eksekutif negeri terdiri daripada Yang Berhormat, YB PKN, YB SS dan juga BPEN atas usaha keras dalam menyediakan Belanjawan Negeri Johor 2022. Tidak dapat dinafikan ianya satu belanjawan yang praktikal dan berhemah bagi pelbagai inisiatif atau kategori bantuan yang telah ditawarkan oleh kerajaan negeri untuk manfaatkan rakyat negeri Johor.
Setiap inisiatif di bawah agenda yang digariskan sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu meringankan beban rakyat selain dapat memperkasakan kembali sosioekonomi negeri dalam mengharungi dan mendapat mendepani cabaran dunia VUCA hari ini. Justeru itu, saya dengan rasa rendah diri ingin menggesa dan menyeru kepada semua sahabat-sahabat Ahli Yang Berhormat agar terus kekal dan komited melaksanakan amanah serta mandate yang telah dipertanggungjawabkan oleh rakyat negeri Johor. Marilah kita sesama menyahut seruan Yang Amat Berhormat Menteri Besar agar tetap teguh, bersatu padu dan bersolidariti demi bangsa Johor. Marilah kita kekal utuh dalam membuktikan kesetiaan kita terhadap negeri Johor yang kita cintai. Pengakhir bicara, terimalah serangkap pantun dari saya sebagai penutup kalam. Negeri Johor aman sentosa, kekal harmoni bernaungkan Sultan, kerajaan prihatin, bangsa Johor sejahtera, Belanjawan 2022, mohon diluluskan. (Dewan bertepuk). Wabillahitaufik walhidayah Assalammualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Terima kasih.
Terima kasih Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia. Seterusnya, saya persilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan, jemput.
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Makmur Johor. Terima kasih Yang Berhormat Speaker kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan Belanjawan Johor 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tempoh hari. Terlebih dahulu, patik ingin merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021.
Yang Berhormat Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, atas pembentangan Belanjawan negeri yang sangat komprehensif, insklusif, menyeluruh dan memahami denyut nadi rakyat Johor. Belanjawan Johor dengan tema “Memperhebat Kesejahteraan Johor” menyaksikan pelbagai inisiatif dan insentif khas
diperuntukkan kepada Orang Muda Johor dan sektor pelancongan. Sebanyak RM42.5 juta diperuntukkan untuk Orang Muda Johor, manakala RM11.52 juta diperuntukkan untuk sektor pelancongan. Syukur Alhamdulillah, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sebagai EXCO yang bertanggungjawab kepada sektor pelancongan dan anak-anak muda di negeri Johor, saya berpandangan bahawa Yang Amat Berhormat Dato’ Hasni Mohamad, adalah antara pemimpin yang paling baik hati dan pemurah yang pernah saya jumpa, ikhlas saya cakap. Beliau sentiasa berdamping dekat, membantu dan mengambil tahu tentang hal ehwal Orang Muda Johor. Tidak pernah saya lihat beliau menolak mana-mana permintaan anak muda Johor.
Dewan yang mulia ini juga menyaksikan keikhlasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar apabila beliau bukan hanya membantu Wakil-Wakil Rakyat kerajaan, beliau juga membantu Wakil-Wakil Rakyat pihak pembangkang. Tahun ini, Wakil Rakyat Pakatan Harapan diberikan peruntukan sebanyak RM150,000.00. Tahun depan pula, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000.00 kepada setiap ahli pembangkang. Tidak cukup dengan itu, beliau menawarkan kepada pihak pembangkang untuk bersama-sama dalam Mesyuarat Tindakan Pembangunan Daerah. Beliau lakukan semua ini walaupun ada mendapat tentangan dari ahli partinya sendiri. Beliau lakukan semua ini kerana beliau meletakkan kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan peribadi. Begitu besar jiwa sosok pemimpin utama Johor yang bernama Hasni Mohammad ini (Dewan bertepuk).
Syukur Alhamdulillah, pengumuman Yang Amat Berhormat Menteri Besar disambut baik oleh Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Parit Yaani malah beliau menghargai bantuan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini, saya meneliti ucapan perbahasan, cadangan serta kritikan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang. Cara beliau penuh beradab dan santun, terima kasih Yang Berhormat Parit Yaani.
Benarlah kata puisi Datuk Osman Awang, orang Johor ini, kurang ajarnya tetap santun, lembutnya cukup jantan, dajalnya masih selamba, nakalnya bersulam jenaka, menikam dengan pantun, menyanggah dengan senyuman, marahnya dalam ketawa, merendah bukan menyembah, meninggi bukan melonjak. Namun, sayang seribu kali sayang, hemah dan budi yang ada pada Ketua Pembangkang tidak tumpah dan diteladani semua anak buahnya. Ada sesetengah pihak Wakil Rakyat pembangkang memilih runtuk menyindir dengan kasar kerajaan Johor yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ibarat diberi susu dibalas tuba, tangan yang disuap digigit jua.
Yang Berhormat Speaker, pada 21 November 2021, Yang Berhormat Bukit Batu dalam perbahasannya berkata, saya tidak pernah dispute sama ada kerajaan sah atau tidak, yang dipersoalkan adalah legitimasi kerajaan sedia ada kerana perwujudannya tanpa melalui pilihan raya. Untuk pengetahuan Bukit Batu, kalau kita buka Kamus Bahasa Melayu, maksud kerajaan yang sah dan maksud legitimate kerajaan, samalah Yang Berhormat, maksudnya sama. Saya sarankan Yang Berhormat buka dan rujuk kamus dulu sebelum nak berbahas. Jangan jadi macam ada YB seorang tu, lahabau pun dia tak tahu maksudnya.
Yang Berhormat pembangkang dari Bukit Batu juga ada bercerita tentang ahli politik yang macam pelacur, agak kasar ceritanya. Namun begitu, saya nak tanya Yang Berhormat, bukankah kerajaan negeri Melaka yang jatuh baru-baru ini disebabkan pelacur-pelacur politik. Pelacur-pelacur politik itu kemudiannya dipungut, diangkat, dijulang dan dijadikan calon-calon Pakatan Harapan. Yang Berhormat kutuk dan hina pelacur politik tapi pada masa sama mengambil mereka sebagai calon-calon pilihan raya di Melaka, di mana logiknya? Yang Berhormat sebenarnya marah atau suka dengan para pelacur politik ini. Kalau nak hina orang, cermin-cerminlah diri sendiri, paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.
Yang Berhormat, rakyat hari ini semakin matang berpolitik, selepas pilihan raya umum yang ke 14, rakyat Malaysia di Melaka, malah di Johor semakin peka dan sudah mula membuka mata. Orang Melayu, Cina, India, tidak kira tua mahupun muda, sudah ada political awareness dengan izin. Mereka dapat bezakan antara intan dengan permata, antara kaca dengan berlian, selama 22 bulan Pakatan Harapan memerintah, rakyat tidak melihat demokrasi yang mengembang, yang hanya mengembang adalah hipokrasi. Rakyat Malaysia sudah tahu dan sedar akan tembelang Pakatan Harapan, menabur janji bulan dan bintang malah cakerawala sebelum pilihan raya umum kemudiannya tidak menunaikan janji-janji tersebut. Allah berfirman dalam Surah Al Hujurat Ayat Keenam (bacaan surah). Wahai orang-orang yang beriman, jika datang seorang fasik membawa berita, maka telitilah kebenaran agar kamu tidak mencelakakan sesuatu kaum dengan kebodohan, yang akhirnya membawa kepada penyesalan. Rakyat dah serik, mereka tidak mahu diperbodohkan lagi. Sebelum pilihan raya umum bukan main lagi menghasut rakyat, mencanang dalam ceramah, berpiket-piket, menghasut anak-anak muda untuk pergi ke jalanan.
Di Simpang Renggam sebagai contoh, rakyat dijanjikan Tol Simpang Renggam percuma, tak perlu bayar, kononnya lepas menang boleh tuntut tapi bila dah menang dia buat tak tahu aje. Sama juga dengan janji PTPTN, bila dah menang, dia kata, kalau dah berhutang kenalah bayar. Rakyat di kawasan Simpang Renggam ditipu hidup-hidup. Sebab itu, walaupun legitimasi kerajaan hari ini dipersoalkan oleh Bukit Batu, hakikatnya majoriti rakyat Johor dan Malaysia bersyukur, menarik nafas lega apabila Pakatan Harapan tumbang selepas 22 bulan memerintah. Mereka bersyukur kerana hampir 2 tahun mereka menderita terutamanya mereka yang mengusahakan sawit, ramai rakyat Johor yang terlibat dengan sawit, saya masih ingat lagi harga sawit jatuh serendah RM300.00 setan pada tahun 2019 dan 2020. Bukan syarikat-syarikat sahaja yang menderita, pekerja-pekerja juga menderita, dah lah gaji tak cukup, kerja overtime mereka tak boleh buat, malahan ada yang dibuang kerja. Apa penyelesaian pemimpin Pakatan Harapan pada masa itu, disuruhnya rakyat minum satu sudu sawit setiap hari.
Hari ini, syukur Alhamdulillah berkat hubungan baik pemimpin kerajaan dengan negara-negara pengimport, harga sawit kini sudah cecah RM1,000.00 setan. Inilah hasil kerajaan baharu yang dipertikaikan legitimasinya oleh pembangkang dari Bukit Batu. Ternyata, kerajaan hari ini jauh lebih baik daripada Kerajaan Pakatan Harapan yang hanya pandai menanam tebu di bibir. Cukup-cukuplah berpolitik Yang Berhormat. Rakyat mahukan kestabilan politik, kita perlu fokus kepada ekonomi, pendidikan dan pembangunan negeri Johor.
Yang Berhormat Speaker, sebab itulah saya menghargai kritikan yang membina oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sepanjang sesi perbahasan ini sama ada dari pihak pembangkang mahu pun kerajaan. Saya menghargai setiap cadangan, teguran yang telah dikemukakan bagi memastikan kerajaan negeri dapat berkhidmat dengan lebih efektif dan dalam menyelesaikan permasalahan rakyat dan mengemudi masa depan negeri Johor.
Yang Berhormat Speaker, mewakili pemain-pemain industri pelancongan negeri Johor, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan kerajaan negeri di atas keprihatinan dalam usaha untuk membantu merancakkan kembali industri pelancongan dengan penyediaan pelbagai insentif. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, banyak maklum balas yang positif diterima daripada pemain-pemain industri. Tidak boleh dinafikan pada masa yang sama industri pelancongan merupakan industri yang paling awal terkesan dan paling lambat untuk pulih sepanjang pandemik ini. Di atas kesedaran itu, pelbagai insentif-insentif diumumkan oleh pihak kerajaan. Insentif bantuan bukan hanya diumumkan sekali, malah telah berjaya dilaksanakan sebanyak tiga kali bermula dari Pakej Rangsangan ekonomi 1.10 sehingggalah 3.0. Pada tahun lepas, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan insentfi one off kepada pemandu pelancong, pengecualian duti hiburan, pengecualian pembayaran lesen perniagaan. Dewan yang mulia ini juga menyaksikan pengumuman Yang Amat Berhormat memperuntukkan sebanyak RM5 juta semasa pembentangan Belanjawan 2021 di Bawah Agenda Johor
Kebajikan khas untuk sektor pelancongan. Usaha kerajaan negeri untuk membantu industri pelancongan tidak terhenti di situ. Pada 10 Jun 2021, Yang Amat Berhormat telah mengumumkan tambahan insentif melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 3.0 dengan bantuan khas sebanyak RM1.5 juta. Pemberian insentif kepada pemandu pelancong, kepada agensi pelancongan, kepada pengusaha hotel, kepada pengusaha homestay, resort dan chalet semuanya dilaksanakan dalam insentif-insentif tersebut.
Syukur alhamdulillah, untuk tahun hadapan pula, sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam belanjawannya, usaha untuk membantu industri ini diteruskan lagi. Mereka akan mendapat bantuan seperti yang diluluskan sebelum ini, malah bantuan akan diperluaskan dengan bantuan khas kepada pemain industri pelancongan di Malaysia. Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan kemahiran, di samping memastikan usaha pemerkasaan dan daya industri pelancongan negeri.
Untuk makluman Yang Berhormat Endau dan Tenggaroh, bagi daerah Mersing, kerajaan negeri akan membantu 82 pengusaha bot pelancongan dengan meningkatkan kemahiran komunikasi dan juga kursus pemandu snorkeling. Bagi pengusaha hotel, chalet dan resort yang terkesan sepanjang pandemik ini, sukacita saya kongsikan juga bawah IRDA terdapat satu khas, subsidi upah yang dinamakan IMEG. Iskandar Malaysia Employment Gran iaitu sebuah pakej ransangan pekerjaan untuk membantu majikan meneruskan pembayaran upah kepada pekerja-pekerja yang terkesan akibat pandemik ini. Insya-Allah, program ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan.
Yang Berhormat Speaker, menjawab soalan Johor Jaya. Semasa pembentangan Belanjawan 2021, Yang Amat Berhormat telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi melaksanakan Vaucer Pelancongan Johor. Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan di sini sebanyak 15,000 vaucer telah habis ditebus kurang daripada dua minggu pelancarannya. Vaucer tersebut boleh ditebus melalui platform Johor Tourism Interchange. Alhamdulillah, usaha ini diteruskan lagi dengan pengumuman sebanyak RM1.5 juta pada Belanjawan 2022. Saya harap selepas ini, Ahli-Ahli Yang Berhormat semua dapat memuat naik, layari aplikasi Johor Tourism Interchange yang memilih destinasi pelancongan yang dipilih. Sebanyak RM2.7 juta juga telah diperuntukkan bagi menghidupkan kembali program-program tahunan bagi pelancongan negeri Johor. Program seperti Desaru International By Week, Festival Bangsa Johor dan pelbagai lagi acara dilihat sebagai anchor untuk menarik minat pelancong-pelancong untuk datang ke negeri Johor. Selain daripada itu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga telah mengumumkan bahawa Johor Economic Tourism and Cultural Office (JETCO) yang ditempatkan di Singapura bakal beroperasi sepenuhnya pada suku tahun pertama tahun hadapan. JETCO dan Tourism Johor telah melaksanakan beberapa siri engagement bersama Singapore Tourism Board dan agensi-agensi pemegang taruh yang lain untuk melihat bagaimana negeri boleh mempromosikan Johor sebagai satu destinasi wajib singgah bagi warga Singapura.
Menjawab lagi soalan yang diajukan oleh Johor Jaya, RM500,000.00 juga telah diperuntukkan bagi melaksanakan Majestic Johor Safe untuk mewujudkan jaminan kepada pelancong domestik dan antarabangsa. Mengenai komitmen dan langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk memastikan persekitaran yang selamat dan bebas daripada COVID-19 untuk pelancong-pelancong. Berdasarkan cadangan Tourism Johor, latihan akan diberikan kepada pemandu-pemandu pelancong dan mereka ini akan dilantik sebagai pemantau, memeriksa premis-premis kawasan tumpuan pelancong termasuk hotel-hotel di Johor untuk memastikan SOP di bawah Majestic Johor Safe ini dipatuhi. Kerajaan juga akan menyediakan kit-kit ujian RTK bagi premis-premis hotel bagi menggalakkan pelancong diuji terlebih dahulu sebelum menginap di hotel-hotel tersebut. Bagi tujuan promosi produk pelancongan dan menarik pelancong ke negeri Johor, kerajaan negeri melalui Tourism Johor telah menyediakan video-video promosi Majestic Johor bagi kesemua daerah di dalam negeri Johor untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Bagi video domestik, kerajaan negeri melalui Tourism Johor telah bekerjasama dengan Astro melalui program
Majestic Johor yang telah ditayangkan pada tahun lepas. Untuk pengetahuan Johor Jaya dan Semerah, tayangan program ini telah ditonton oleh 3.8 juta rakyat Malaysia, tayangan juga telah memberi fokus kepada semua daerah termasuk daerah Batu Pahat.
Yang Berhormat Speaker, alhamdulillah kita berada dalam fasa empat dan insya-Allah sempadan negeri bersama Singapura akan mula buka pada 29 November ini. Persiapan promosi Majestic Johor, promosi antarabangsa sudah pun siap. Tourism Johor telah menghasilkan video-video promosi dalam bahasa Inggeris, bahasa Arab dan juga bahasa Mandarin. Antara selebreti yang bersama membantu kita dalam mempromosikan Johor di peringkat antarabangsa adalah seperti Amber Chia, Akhirin Akhiruddin Khair Al Jufri. Menjawab soalan Penawar, Tourism Johor akan mengambil kira pandangan Yang Berhormat untuk membantu membangunkan dan mempromosikan kawasan pelancongan orang asli di Kampung Sungai Layau dan Kampung Tradisi di Tanjung Buai. Penyelarasan sedang dibuat dengan Pejabat Daerah dan PBT Pengerang. Insya-Allah, Akhirin Akhiruddin Khair Al Jufri, kerajaan Johor melalui Tourism Johor akan melaksanakan sebaik mungkin untuk kawasan Penawar.
Yang Berhormat Speaker, adalah menjadi hasrat kerajaan negeri untuk meningkatkan usaha memperkasakan bukan sahaja industri pelancongan di negeri ini tetapi juga agensi kerajaan itu sendiri, Tourism Johor yang menaungi industri pelancongan. Di atas saranan dan nasihat Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Tourism Johor telah meneliti dan akan mengubah struktur Tourism Johor dengan objektif untuk memperkasakan dan menjadikan agensi ini lebih berdaya saing. Tourism Johor telah mengadakan beberapa siri lawatan ke negeri-negeri lain seperti Perak, Selangor dan Pulau Pinang untuk mengkaji struktur tourism di negeri-negeri tersebut. Hasil pembelajaran dan kajian, Insya-Allah dalam masa terdekat, kerajaan negeri akan mengumumkan struktur baharu Tourism Johor.
Yang Berhormat Speaker, beralih kepada Agenda Orang Muda Johor. Patik menjunjung kasih ke atas kepimpinan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor yang menaungi 1.9 juta orang muda Bangsa Johor. Di bawah naungan kepimpinan dan keprihatinan Tunku Mahkota Johor, Orang Muda Johor berikar untuk tetap setia kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor dan terus mencurah khidmat bakti kepada negeri Johor yang dicintai ini. Terlalu banyak jasa Tunku Mahkota Johor terhadap pembangunan anak-anak muda di negeri Johor. Dari segi sukan, pendidikan, agama, kesukarelawanan dan juga kesihatan. Tunku Mahkota Johor telah meletakkan satu penanda aras yang cukup tinggi dan membanggakan. Insya-Allah, kerajaan negeri dan anak-anak muda Johor akan menyahut cabaran itu. Patik juga menjunjung kasih ke atas perkenan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor mencemar duli ke Majlis Perasmian Festival Orang Muda Johor 2021. Festival ini dilaksanakan di semua daerah yang melibatkan 16 PBT di negeri Johor, 80 aktiviti yang memanfaatkan semua belia di daerah-daerah ini. Festival ini akan menjadi satu program untuk mengembalikan kecerdasan anak-anak muda di negeri Johor, Insya-Allah.
Yang Berhormat Speaker, menjawab soalan Semerah, insya-Allah setiap daerah akan ada pembangunan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC). Oleh sebab itu, di atas arahan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, kerajaan negeri sedang merangka dasar berkenaan konsep pembangunan supaya setiap TMIYC yang akan dibina di daerah-daerah lain dibangunkan secara praktikal, berfungsi, diselanggara dengan baik. Komponen TMIYC yang dibangunkan akan memenuhi keperluan dan kehendak anak muda masa depan. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, sebuah gim rakyat di tapak pembangunan TMIYC Iskandar Puteri juga akan dibina pada tahun hadapan bagi kegunaan orang awam dengan peruntukan sebanyak RM2.25 juta. Selaras dengan agenda kerajaan negeri dalam memupuk gaya hidup sihat di kalangan Bangsa Johor.
Yang Berhormat Speaker, menjawab soalan berkenaan usaha kepada belia oleh ADUN Paloh. Yang Amat Berhormat juga telah mengumumkan pelbagai bantuan insentif dan
program menyentuh Orang Muda Johor. Baik maha siswa, usahawan muda, wanita muda, pelajar sekolah, profesional muda, atlet hinggalah ke rider food panda dan grab. Semuanya mendapat manfaat daripada Belanjawan Johor 2022. Sebelum ini, bantuan juga telah turut membantu anak-anak muda membaiki padang di Paloh. Yang Amat Berhormat telah menurunkan satu peruntukan yang cukup besar di sana.
Satu minit lagi Yang Berhormat.
Insya-Allah pada tahun depan, segala maklumat, bantuan yang memberi manfaat akan kita promosikan di portal pengkalan data yang sedang dibangunkan Institut Dato’ Onn. Pengkalan data belia dijangka siap sepenuhnya pada tahun depan dan ia befungsi untuk mengumpulkan, menyimpan, mengurus dan menganalisis data dan memberikan akses kepada kerajaan negeri dalam mencapai maklumat yang berkualiti dan saintifik untuk membuat perancangan khas untuk Orang Muda Johor. Saya yakin dengan adanya pembangunan data belia ini, ia akan memudahkan kerajaan negeri untuk merancang dasar dengan lebih strategik untuk para belia.
Menjawab soalan ADUN Penawar berkenaan had umur belia. Baru semalam anak-anak muda telah mengadap Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor. Insya-Allah, kerajaan negeri bersetuju dengan usaha menurunkan had umur belia selaras dengan piawaian antarabangsa. Namun, kerajaan negeri berpandangan, Kementerian Belia dan Sukan perlu duduk berbincang untuk mencari pendekatan yang terbaik untuk menangani polemik yang sedang membelenggu anak-anak muda ini. Proses transisi perlu dilaksanakan secara tersusun dan lancar tanpa mengorbankan gerakan aktivis di kalangan ahli-ahli pertubuhan belia.
Yang Berhormat Speaker, dari segi aspek sukan pula, terakhir Yang Berhormat. Pelbagai usaha untuk menjadikan Johor Sport Power House, dengan izin. Antara perancangan yang sedang dan akan dibuat ialah Pusat Latihan Sukan Tempur yang akan dibina tahun depan melibatkan sukan tinju, silat, judo, tekwando dan lawan pedang. Pembangunan kompleks belia sukan yang baru di Mount Austin, sebuah pusat Prestasi High Performance Centre di Nusa Duta, pemerkasaan persatuan sukan di negeri Johor, pelbagai program pembangunan atlet untuk pelapis di negeri Johor dan akhir sekali Karnival Sukan Rakyat Orang Muda Johor.
Yang Berhormat Speaker, semoga segala usaha ini akan membuahkan hasil yang terbaik untuk rakyat Johor secara keseluruhannya. Dalam usaha kita bersama untuk beralih dari pandemik menuju endemik, saya menyeru kepada anak-anak muda di negeri Johor untuk kita sama-sama bangkit membangunkan pelancongan belia dan sukan di negeri Johor ini. Akhir sekali, marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan dan kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan separuh akhir Piala Malaysia pada hari Jumaat ini. Sekian, wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam makmur Johor. Syukur Alhamdulillah atas nikmat Allah yang terbentang luas pemandangan supaya kami bertawakal pada Allah dan berserah pada setiap daya yang diikhtiarkan. Selawat dan salam junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan untuk memberikan ucapan penggulungan bagi pihak kerajaan dalam Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-14.
Pertamanya, dengan hormat dan penuh takzimnya, saya merafak sembah, menjunjung kasih dengan ucapan setinggi- tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Takzim sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021 bersamaan 17 Rabiulakhir 1443h.
Patik mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dikurniakan kesihatan yang terbaik, dilanjutkan usia dan sentiasa dalam rahmat Allah. Daulat Tuanku.
Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang telah mentadbir kerajaan negeri Johor dengan penuh kebertanggungjawaban terhadap kepentingan dan keperluan rakyat Negeri Johor, ditambah pula dengan pembentangan Belanjawan Johor 2022 yang mencakupi semua aspek kehidupan rakyat termasuklah usaha-usaha untuk memperkasakan dan mengembangkan semula ekonomi negeri.
Dengan bertemakan “Memperhebat Kesejahteraan Johor”, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah membentangkan 4 impetus ekonomi baharu dan dikukuhkan lagi 12 Agenda utama yang saya kira ia boleh direalisasikan dengan baik. Saya percaya rakyat Negeri Johor meletakkan harapan yang tinggi agar Belanjawan Johor 2022 ini memberi sinar dan harapan baru kepada mereka terutamanya yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Saya secara peribadinya amat berharap semua pihak tidak kiralah sama ada agensi kerajaan, mahupun swasta, peringkat kepimpinan tertinggi sehinggalah di pimpinan di peringkat kampung dapat melaksanakan kesemua inisiatif Belanjawan ini dengan jayanya. Kerana saya percaya sesuatu dasar yang baik itu jika tidak disokong dan dilaksanakan dengan baik ia tidak akan menjadi.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahas usul Belanjawan Johor 2022 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang menyentuh perkara-perkara berkaitan portfolio saya khususnya dalam soal-soal pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.
Sememangnya banyak perkara yang telah dikemukakan semasa sesi perbahasan ini sama ada yang berbentuk soalan, cadangan, sokongan, malah tidak kurang juga ada respons yang berbentuk teguran. Walau apa pun rupa dan ragam respons yang diberikan, kerajaan negeri akan sentiasa berlapang dada untuk menilai setiap soalan dan memberi perhatian akan segala cadangan yang sesuai, demi memastikan perancangan ekonomi yang saksama lagi seimbang bagi mencapai matlamatnya serta boleh diterjemahkan dengan baik kepada rakyat.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Penawar yang menunjukkan keprihatinan beliau terhadap penglibatan NGO-NGO terhadap program agensi kerajaan seperti Modul Lindungi Permata Johor yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
JKM telah mengambil inisiatif untuk membangunkan Modul Lindungi Permata Johor iaitu satu modul latihan yang standard dan komprehensif sebagai instrumen latihan kepada individu yang mengendalikan kes perlindungan kanak-kanak. Setelah modul ini dibina, satu projek rintis perlaksanaan modul akan dilaksanakan dengan melibatkan pelbagai pihak seperti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Pengusaha-pengusaha TASKA dan Pusat Jagaan, Sukarelawan Kebajikan yang bekerja dengan kanak-kanak, ahli Pasukan Perlindungan Kanak-kanak dan Pembantu Pelindung yang telah diwartakan di setiap daerah di negeri Johor. Setelah penambahbaikan dilakukan ke atas modul hasil dari projek rintis
yang dilaksanakan, modul ini akan disebar luas kepada pertubuhan-pertubuhan, agensi-agensi serta orang awam termasuklah ibu dan bapa agar mereka boleh dilatih bagi membantu pihak kerajaan dalam usaha memberi hak dan perlindungan kepada kanak-kanak di negeri Johor khususnya.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Penawar juga ingin mengetahui bantuan kerajaan negeri berikan kepada kakitangan dan Penjawat Awam Negeri Johor yang mempunyai suami isteri atau anak OKU yang tidak dapat elaun daripada JKM.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan negeri Johor melalui JKM sentiasa prihatin dengan golongan OKU dan keluarga yang menjaga OKU. OKU yang mendaftar dengan JKM diberikan Kad OKU bagi memudahkan OKU berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan. OKU yang berdaftar layak untuk mendapatkan 31 kemudahan dan keistimewaan daripada pihak kerajaan, GLC dan swasta mengikut prosedur dan syarat-syarat yang ditetapkan dan antara kemudahan dan keistimewaan tersebut seperti berikut:
1. Program Pendidikan Nasional yang melibatkan kemasukan ke Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif.
2. Pelepasan cukai berganda kepada majikan yang melatih dan mengambil pekerja OKU.
3. Pencen Terbitan seumur hidup kepada anak OKU kepada penjawat awam yang meninggal dunia.
4. Kemudahan waktu bekerja anjal kepada penjawat awam untuk mengurus kebajikan dan keperluan anak OKU.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri Johor melalui YPKDT sentiasa menyantuni golongan OKU terutamanya keluarga-keluarga yang mempunyai anak-anak OKU termasuklah penjawat awam.
Antara bantuan disalurkan bagi golongan OKU yang berdaftar di bawah YPKDT adalah Penempatan Pekerjaan OKU dan Program Latihan dan Promosi (PLP). Bagi Penempatan Pekerjaan OKU, YPKDT membantu memadankan pekerjaan kepada golongan ini dengan majikan dari pelbagai sektor mengikut kesesuaian dan jenis kekurangan mereka. Selain itu juga, YPKDT turut memberikan peluang kepada golongan ini dengan menyertai PLP bagi memberi peluang kemahiran dan membantu mereka menjana pendapatan juga diberi peluang untuk mendapat pekerjaan dalam pelbagai bidang yang diperlukan oleh industri.
Untuk makluman Yang Berhormat, JKM melalui Pertubuhan Kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti mengendalikan sebuah, sebanyak 73 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) untuk membantu ibu bapa termasuklah penjawat awam yang mempunyai anak kurang upaya bagi mendapatkan pemulihan. Untuk makluman, PDK juga dibuka setiap hari bekerja (Ahad hingga Khamis) dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Oleh itu, penjawat awam boleh menghantar anak kurang upaya ke PDK berhampiran dengan lokasi di kediaman masing-masing.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Johor Jaya ingin mendapatkan penjelasan mengenai kadar bayaran yang dikenakan terhadap golongan OKU perlu membayar RM100.00 bagi mendapatkan pengesahan Pegawai Perubatan di hospital kerajaan semasa mereka ingin membuat permohonan kad OKU.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan melalui JKM dengan kerjasama dan persetujuan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberi pengecualian caj pemeriksaan kesihatan bagi pengesahan ketidakupayaan OKU kepada individu yang kurang berkemampuan berdasarkan kriteria ditetapkan dalam Garis Panduan Caj Pemeriksaan
Kesihatan Bagi Pengesahan Ketidakupayaan OKU yang telah dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), KKM pada 2 Oktober 2018.
Permohonan pengecualian adalah seperti berikut:
1. Pemohon yang telah mempunyai rekod rawatan bagi kes berterusan di fasiliti KKM dan dalam rawatan. Pesakit berkenaan mempunyai rekod rawatan dijangka untuk mengalami komplikasi penyakit yang seterusnya menyebabkan ketidakupayaan.
2. Individu penerima bantuan kewangan Kerajaan yang hadir ke fasiliti KKM dengan membawa surat sokongan atau pengesahan ketidakmampuan daripada Jabatan atau agensi pemberi bantuan berkenaan;dan
3. Individu yang dirujuk daripada Program Outreach yang dijalankan oleh agensi kerajaan atau bukan kerajaan dengan kerjasama KKM di sekolah atau komuniti melalui anggota kesihatan Kerajaan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Maharani telah menyentuh 5 perkara dibawah portfolio saya di dalam ucapan perbahasan beliau tempoh hari. Pertama adalah mengenai Agenda Johor Prihatin yang diminta agar memberi penekanan terhadap isu-isu kesejahteraan keluarga yang kian serius dan mencatat statistik membimbangkan di Johor.
Yang Berhormat Jementah turut membahaskan mengenai kebimbangan terhadap isu keganasan rumah tangga kerana ia bukan sekadar membawa kecederaan fizikal, tetapi juga menjejaskan kesihatan mental.
Untuk makluman Yang Berhormat, walaupun dalam Belanjawan Johor 2021 dan 2022 tidak dinyatakan program-program mengenai kesejahteraan keluarga, tetapi kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dari semasa ke semasa sentiasa menjalankan program bagi meningkatkan kesejahteraan keluarga di negeri Johor.
JKM melalui Bahagian Penguatkuasaan sentiasa bersedia dalam membantu mangsa keganasan rumah tangga khususnya golongan wanita dan kanak-kanak. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh JKM bagi membantu mangsa keganasan rumah tangga adalah melalui Talian Kasih 15999 yang diwujudkan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM). Talian ini beroperasi 24 jam sehari di mana mangsa keganasan rumah tangga atau orang awam boleh membuat aduan di talian ini bagi membantu mangsa untuk diselamatkan.
Selain itu JKM juga menyediakan perkhidmatan advokasi dan khidmat nasihat kepada mangsa keganasan rumah tangga jika mangsa ingin mendapatkan perkhidmatan dan perlindungan yang diperlukan. Selain dari itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat boleh membantu memindahkan mangsa keganasan rumah tangga ke tempat selamat yang diluluskan di bawah Akta Keganasan Rumah tangga 1994 jika mangsa memerlukan tempat perlindungan.
Tempat selamat yang diwartakan di negeri Johor adalah di Taman Sinar Harapan Jubli Jalan Datin Halimah Johor Bahru, Taman Sinar Harapan Tampoi Johor Bahru dan Desa Bina Diri Mersing Johor.
Bagi mangsa keganasan rumah tangga yang memerlukan perintah perlindungan daripada Mahkamah, Pegawai Kebajikan Masyarakat boleh membantu mangsa mendapatkan Perintah Interim Protection Order (IPO) dan Perintah Perlindungan (Protection Order) dengan membuat permohonan Mahkamah Majistret yang berdekatan.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun ini, bermula Januari sehingga Oktober 2021, Jumlah kes keganasan rumah tangga yang dikendalikan oleh Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor adalah seperti berikut: Johor Bahru, 40 kes; Muar, 2 kes; Kota Tinggi, 3 kes; Batu Pahat, 3 kes; Segamat, 12 kes; Kulai, 4 kes; manakala Pontian, Kluang, Mersing dan Tangkak, tiada.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri Johor melalui JKM telah mengambil inisiatif menyediakan Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) dan Pasukan Pelindung Kanak-Kanak (PPKK) di setiap daerah sebagai usaha menyeluruh dan bersistematik untuk mencegah kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak.
Selain itu, di dalam Pembentangan Belanjawan Johor 2022 juga telah diumumkan mengenai pembangunan Modul Lindungi Permata Johor yang akan digunapakai oleh semua pihak yang terlibat dengan kanak-kanak.
Sidang Dewan yang mulia ini, selain daripada JKM, kerajaan negeri melalui YPKDT telah melaksanakan ceramah keibubapaan dengan menggunakan Modul Keluarga Sakinah melalui Penggerak Sakinah dan Modul Keluarga Sejahtera melalui Penggerak Wanita.
Yang Berhormat Tuan Speaker, selain dari kerajaan negeri, kerajaan persekutuan turut menyediakan pelbagai program dan inisiatif bagi memastikan kesejahteraan rakyat Johor dapat dipertingkatkan. Antara agensi kerajaan persekutuan yang memainkan peranan besar dalam institusi kekeluargaan adalah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Antara program yang dilaksanakan oleh LPPKN ialah :
1. Intervensi Pencegahan Perceraian yang mengguna pakai Modul Pra Perkahwinan iaitu SMART START. Modul ini dilaksanakan melalui pemberian Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP) kepada NGO-NGO yang berdaftar.
2. LPPKN juga giat menjalankan kursus-kursus keibubapaan mengikut modul KASIH iaitu bermula dari keibubapaan anak kecil sehingga Modul Keibubapaan Datuk Nenek. Sepanjang tahun 2021, sebanyak 9 program keibubapaan secara dalam talian dan 2 program bersemuka telah dilaksanakan melibatkan 793 orang peserta.
3. Perkhidmatan melalui program Jelajah Peduli Keluarga LPPKN juga melalui permohonan daripada agensi-agensi yang lain. Sebanyak 14 program PKB telah dilaksanakan pada 2019 hingga 2021. Bagaimanapun, pelaksanaan PKB adalah terbatas disebabkan pandemik COVID-19 melanda negara pada tahun 2020 dan 2021.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Maharani telah minta agar kerajaan negeri memohon daripada kerajaan persekutuan khususnya KPWKM untuk menubuhkan pusat sokongan sosial setempat iaitu PSS dia daerah Muar. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Yayasan Kebajikan Negara akan bekerjasama dengan agensi lain dan pertubuhan bukan kerajaan bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik ditawarkan kepada penduduk setempat terutamanya kumpulan sasar kementerian. PSSS mensasarkan tiga buah negeri iaitu Selangor, Kelantan dan Johor. PSSS berpusat di Pusat Satelit Kuala Lumpur dan turut mempunyai tujuh bas bergerak bagi pergerakan ke lokasi dan negeri yang terlibat. Perkhidmatan PSSS mobile memudahkan masyarakat untuk mendapat khidmat bimbingan kaunseling atau rujukan bantuan di bawah KPWKM serta agensi. Bagi penempatan PSSS negeri Johor, beberapa lokasi sedang dikenal pasti oleh bahagian pengurusan KPWKM dan akan diputuskan oleh pihak Kementerian setelah lawatan tapak dijalankan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya Yang Berhormat Maharani telah meminta agar diperincikan mengenai pelaksanaan program Cari Orang Memerlukan Bantuan iaitu COMB. Mekanisme program COMB telah dimurnikan dengan menambah beberapa kaedah baru
iaitu aktiviti outreach ziarah kasih, membuka kaunter perkhidmatan agensi dan jabatan di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti mempunyai penduduk yang memerlukan bantuan. Agihan borang melalui kepimpinan tempatan serta permohonan secara atas talian. Pelaksanaan program akan diselaraskan di peringkat daerah dengan menyediakan jadual pelaksanaan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Penyediaan jadual pelaksanaan ini akan melibatkan agensi atau jabatan yang berkaitan serta membuka penyertaan daripada badan korporat atau badan bukan kerajaan dan juga pemimpin tempatan. Aktiviti yang telah dirancang dan dijadualkan akan dihebahkan melalui program platform serta media sosial sama ada Facebook, Instagram, WhatsApp atau Telegram.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Maharani yang sentiasa menunjukkan keprihatinan terhadap isu-isu melibatkan golongan rentan terutamanya inisiatif memberikan kaunseling kepada kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19. Suka saya kongsikan dalam Dewan ini, YPKDT dengan jalinan kerjasama Yayasan Raja Zarith Sofea Negeri Johor telah melaksanakan program Santuni Rakyat Johor iaitu SINAR, bagi menyantuni keluarga yang telah kehilangan orang-orang tersayang akibat COVID-19. Seramai 420 penerima telah disantuni di seluruh negeri Johor dengan kaedah penyerahan sumbangan berupa wang tunai, kit kesihatan, barangan keperluan harian, barang makanan harian dan alat bantu mengajar.
Selain daripada itu, penyerahan bantuan YPKDT melalui Bajet Pre-Ihsan Johor 3.0 di bawah sektor masyarakat dan modal insan telah mewujudkan pelbagai inisiatif bagi program perkhidmatan psikologi dan kaunseling untuk masyarakat negeri Johor. Bagi mengubah stigma masyarakat yang alergi dengan perkataan kaunselor atau kaunseling, YPKDT telah mengambil peranan dengan menjenamakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling itu kepada MIND-X, iaitu Xplore Xpression dan Xchange dengan izin.
Antara inisiatif yang terkandung dalam MIND-X ialah :
1. Wujudkan perkhidmatan kaunseling atas talian secara percuma.
2. Penyediaan talian hotline kepada mana-mana individu yang ingin mendapatkan khidmat nasihat atau membuat temu janji. Talian ini beroperasi dari jam 8 pagi hingga 10 malam. Orang awam boleh menghubunginya atau WhatsApp di talian 016-2700017.
3. Penganjuran webinar bengkel atau perkongsian ke arah kesihatan mental dan kaunseling secara percuma akan dilaksanakan berkala sama ada secara live atau pun rakaman dengan melibatkan pakar-pakar atau selebriti yang berkaitan.
4. YPKDT mewujudkan klinik kaunseling yang akan beroperasi tujuh hari seminggu dengan waktu operasi dari jam 8 pagi hingga 10 malam. Klinik kaunseling di daerah akan diwujudkan di empat daerah iaitu Johor Bahru, Pontian, Kluang dan Segamat. Bagi daerah selain empat ini, perkhidmatan kaunseling dijalankan mengikut waktu pejabat iaitu Ahad hingga Khamis dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
5. Menyediakan mobile team dengan menyediakan van khas yang akan digunakan bagi mempromosi perkhidmatan kaunseling terutama di kawasan luar bandar.
6. Mewujudkan support group kepada mereka yang berjauhan dengan ahli keluarga seperti IPTA & IPTS.
7. Membangunkan aplikasi perkhidmatan kaunseling yang lebih interaktif dan informatif dalam membuat penilaian kendiri melalui ujian psikologi secara percuma untuk rakyat Negeri Johor.
Sehingga kini, seramai 521 orang telah mendapatkan perkhidmatan kaunseling, 5,710 orang yang telah menyertai webinar kesihatan mental dan 405 orang telah menerima sokongan moral. Bagi menyokong segala usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri JKM juga turut mengambil peranan mereka yang terkesan sama ada dari segi kesihatan mental akibat COVID-19.
Sehingga kini, pihak JKM telah menyantuni seramai 123 orang kanak-kanak yang telah kehilangan ibu bapa akibat jangkitan COVID-19 dengan memberikan perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikologi kepada kanak-kanak.
Mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jementah iaitu berkaitan dengan bantuan asas perniagaan yang diberikan kepada wanita, jenis perniagaan diceburi oleh mereka dan sejauh mana pencapaian program ini. Saya jelaskan di Dewan yang mulia ini, bahawa kerajaan negeri melalui YPKDT telah melaksanakan Skim Bantuan Peralatan Perniagaan iaitu SKIPP, iaitu Projek Menjana Pendapatan Wanita sejak 2003. Antara bantuan peralatan yang diberikan adalah seperti mesin jahit lurus, high speed dan juga mesin jahit tepi, oven, mixer, periuk industri, deep fryer, mobile spa, katil urutan tradisional dan meja stainless steel, gerai jualan dan sebagainya.
Manakala kebanyakan penerima manfaat menceburi bidang masakan, bakeri dan pastri, jahitan, andaman dan solekan, urutan tradisional dan spa serta lain-lain. Penyertaan wanita terutamanya ibu tunggal dan wanita B40 pada tahun 2021 adalah berjumlah 142 orang bagi SKIPP dan 300 peserta bagi Program Women’s Income Generating Skills Project dengan izin ialah iaitu kursus kemahiran menjana pendapatan wanita. Justeru secara keseluruhannya, terdapat seramai 442 orang penerima manfaat di kalangan ibu tunggal dan wanita B40 telah menerima manfaat dari dua inisiatif ini. Jumlah tersebut adalah merupakan jumlah penerima manfaat selepas penjajaran peruntukan belanjawan 2021 yang lalu.
Bagi melihat pencapaian program penerima manfaat ini, YPKDT masih dalam tempoh melaksanakan penelitian, pemantauan dan kajian maklum balas serta di mana penyerahan Skim Bantuan Peralatan yang diterima pada September 2021 dan Kursus WINGS hanya bermula pada bulan Ogos 2021. Namun begitu, YPKDT telah menjalankan kajian impak bagi dua projek ini bagi tahun 2020, di mana dapati kajian menunjukkan secara keseluruhannya, projek WINGS dan SKIPP tahun 2020 telah berjaya dilaksanakan dan menjadi contoh serta penanda aras kepada penambahbaikan program WINGS dan SKIPP di masa akan datang.
Yang Berhormat Tuan Speaker, mengenai bantuan kepada mangsa banjir yang mengalami bencana tersebut kurang daripada tempoh 6 jam sebagaimana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senai, ingin saya jelaskan dalam Dewan yang mulia ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat berperanan penting sebagai agensi bantuan dan pemulihan yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan keperluan makanan dan keperluan asas, pendaftaran dan kaunseling kepada mangsa bencana di Pusat Pemindahan Sementara, PPS serta bantuan pemulihan selepas berlakunya bencana. Bagi tujuan mengurus kejadian bencana, merujuk kepada Peraturan Tetap Pengurusan Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pindaan 2018, satu Jawatankuasa Pengurusan Bencana perlu ditubuhkan. Apabila berlaku suatu bencana, pembukaan PPS di daerah perlu mendapat pengesahan dan persetujuan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan PPS tersebut sahaja yang akan dibekalkan dengan bekalan makanan dan keperluan asas. Bagi penyaluran bantuan kepada mangsa yang tidak berpindah ke PPS, JPBD bertanggungjawab menyalurkan bantuan makanan kering bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut kepada mangsa yang terputus hubungan, terkepung atau terkandas.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Senai juga memberi cadangan yang baik mengenai kerjasama yang strategik antara pihak JKM dan agensi lain-lain yang memberikan bantuan terutamanya kepada golongan ibu tunggal seperti PERKESO dan KWSP. Saya menyambut baik terhadap cadangan tersebut dan untuk makluman Yang Berhormat, JKM
telah menjalinkan kerjasama strategik bersama Badan-Badan Berkanun dan Badan Bukan Kerajaan.
Dimaklumkan, JKM telah mengadakan perbincangan dengan pihak PERKESO pada 8 Julai 2021 dan satu persetujuan telah dicapai untuk menjalinkan kerjasama dalam menyediakan manfaat keselamatan sosial di kalangan golongan yang memerlukan. Salah satu program yang diperkenalkan adalah Program Sinergi Sosial yang merupakan program kolaborasi di antara PERKESO dengan semua agensi yang turut menyediakan manfaat keselamatan sosial termasuk JKM bergabung bagi membentuk satu platform dan ekosistem keselamatan sosial yang sistematik, holistik dan bersifat end to end solution khasnya untuk rakyat.
Berikutan kerjasama tersebut, JKM di setiap peringkat telah merujuk kes yang berkeperluan di PERKESO untuk mendapatkan perkhidmatan berkaitan dengan PERKESO. Saya juga mengambil kesempatan yang ada ini, menyeru semua Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk sama-sama mengambil peranan membantu menyalurkan maklumat dan info-info bantuan yang disalurkan oleh agensi-agensi yang berkaitan. Itulah peranan dan tanggungjawab yang sama-sama kita harus perlu pikul.
Satu minit lagi Yang Berhormat. Satu minit lagi.
Akhir sekali, berkaitan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Raja mengenai bangunan tabika KEMAS yang diadakan dalam keadaan perlu diberi perhatian dan baik pulih dengan segera. Untuk makluman Yang Berhormat, tahun 2022, KEMAS melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah menyenaraikan 3 buah tabika KEMAS yang akan dibina baharu iaitu tabika KEMAS Taman Makmur, Kluang, tabika KEMAS Taman Kluang Baru, Kluang dan tabika KEMAS KG Puteri Menangis, Pontian. Manakala 7 buah tabika KEMAS yang melibatkan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian merupakan projek sambungan yang sedang dilaksanakan pada tahun ini. Insya-Allah saya akan mengambil saranan Yang Berhormat Parit Raja dengan meninjau keperluan baik pulih tabika-tabika KEMAS di negeri Johor agar kanak-kanak dapat pendidikan di tabika KEMAS di ruang pembelajaran yang kondusif.
Yang Berhormat Tuan Speaker, inilah sahaja yang dapat saya sampaikan untuk sesi penggulungan kali ini. Terima kasih saya ucapkan sekali lagi kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan dan cadangan yang melibatkan jabatan di bawah portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ketua jabatan dan kakitangan jabatan di bawah portfolio saya Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang sentiasa bertungkus lumus dan bersiap sedia dengan segala tugas yang dipertanggungjawabkan.
Akhir sekali, dikesempatan yang ada ini saya dengan berbesar hatinya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan iaitu kakitangan hospital kerajaan mahupun swasta, anggota Polis, anggota RELA, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan para petugas media dan sukarelawan yang bertungkus lumus menjaga rakyat Malaysia dalam memerangi wabak COVID-19. Kita doakan agar wabak COVID-19 ini dapat dikawal dan akhirnya dapat ditangani dengan baik. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Dewan bertepuk.)
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Saya tangguhkan persidangan ini sehingga jam 2.30 petang. Terima kasih.
Persidangan ditangguhkan pada jam 1.15 petang.
Persidangan disambung semula pada jam 2.30 petang.
YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sambungan perbahasan atas rundingan bacaan kali yang kedua. Penggulungan Yang Berhormat Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa. Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur dijemput.
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Segala puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad SAW.
Buat pertama-tamanya, pohon patik merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri Jajahan Takluk Johor Darul Takzim. Sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021, bersamaan 9 Rabiulakhir 1943 Hijrah. Patik berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor serta seluruh kerabat Diraja sekalian sentiasa di dalam keadaan sihat wal’afiat limpahi kurnia segala kebesaran dan dilanjutkan usia serta kekal memerintah di atas singgahsana takhta kerajaan negeri Johor Darul Takzim dengan penuh kemuliaan dan kedaulatan. Dirgahayu Tuanku. Dengan penuh hormat dan takzim, Tenang ingin memohon izin Dewan yang mulia ini, untuk memulakan ucapan penggulungan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, ucapan ini diadun untuk menjayakan kebolehlaksanaan Belanjawan 2022 yang bertemakan Memperhebat Kesejahteraan Johor yang bersinergi dengan Rancangan Malaysia Yang Ke-12, 2021 - 2025. Konteks ucapan ini merangkumi dasar portfolio saya yang berteraskan perkhidmatan infrastruktur dan kesihatan sebagai pemangkin kesejahteraan dan ekonomi Johor dalam meningkatkan keselamatan dan keselesaan Bangsa Johor dalam mendepani cabaran dan ketidaktentuan ekonomi semasa.
Yang Berhormat Puan Speaker, syukur alhamdulillah berkat kesungguhan pentadbiran kerajaan bermula di bawah pimpinan Yang Berhormat Gambir sewaktu menjadi Perdana Menteri dalam merencanakan pelbagai inisiatif dan program dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19, Malaysia termasuk negeri Johor kini sedang melalui fasa pemulihan kembali ke norma kehidupan seharian.
Yang Berhormat Puan Speaker, pemulihan ekonomi Johor yang sedang menjadi sebuah negeri maju, berdaya saing, mampan dan pandemik perlu disokong dengan infrastruktur yang lengkap dengan sistem pengangkutan awam yang moden bersepadu berserta bertaraf dunia kerajaan negeri mempunyai hala tuju yang jelas untuk mencapai hasrat kemodenan awam dan infrastruktur negeri. Justeru itu, hala tuju Kerja Raya bagi tahun 2022 adalah bertemakan Johor Selamat.
Tenang prihatin dan sering memikirkan keselamatan dan keselesaan pengguna. Tenang akan memastikan peruntukan dalam Bajet 2022 sebanyak RM900,000.00 akan dibelanjakan bagi projek-projek kecil pencahayaan contohnya, bagi mengurangkan kadar kes kemalangan di kawasan hotspot pada waktu malam dengan memperbanyakkan jumlah lampu persimpangan dan juga lampu amber. Sekiranya masih ada lagi permintaan tambahan daripada Yang Berhormat ADUN yang melibatkan kawasan berisiko kemalangan atau di selekoh, permohonan boleh dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangan. Manakala permohonan telah pun dikemukakan oleh Yang Berhormat Penawar di dalam Dewan yang mulia ini, saya berikan dahulu bayangan pertimbangan melalui pantun berikut. Berpantun sikit. Dari Penawar ke Dewan Negeri, membawa usul dari kawasan, Yang Berhormat wanita tidak pernah di anak tiri, keselamatan rakyat saya utamakan.
Yang Berhormat Puan Speaker, bagi meningkatkan keupayaan jalan-jalan negeri mengikut kehendak semasa ke arah hala tuju mengurangkan kelengahan perjalanan, menambah keselesaan dan keselamatan, jalan harus ditingkatkan terutama projek-projek baru yang pastinya memberi manfaat kepada penduduk setempat dapat disiapkan mengikut jadual.
Berkaitan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Batu, projek cadangan kerja memperelok jajaran di laluan FT-001, Johor Bahru - Ayer Hitam KM 8 ke 40 Kulai atau dikenali dengan selekoh S, Jabatan Kerja Raya sebagai jabatan yang bertanggungjawab sedia maklum, terhadap keselamatan dan masalah pengguna setempat.
Untuk makluman Yang Berhormat Puan Speaker, projek ini bernilai jutaan ringgit. Banyak aspek perlu diambil kira sebelum sebarang keputusan diambil. Saya berikan 3 daripadanya:-
1. Kos penamatan dan pelantikan kontraktor baru pasti akan menyebabkan kenaikan kos asal kerana kenaikan harga barang semasa, liabiliti, kecacatan kerja kontrak terdahulu, insurans dan sebagainya.
2. Penamatan kontrak bukan jaminan projek dapat disiapkan lebih awal, ini kerana sejurus penamatan kontrak, pemeriksaan status kerja perlu dilaksanakan. Penentuan keupayaan pemilikan aset alih, aset tidak alih, peralatan, perkakasan perlu dimuktamadkan. Seterusnya, proses penyediaan semua lukisan dan spesifikasi baki kerja dengan anggaran harga terkini perlu disediakan sebelum proses pengiklanan dan tender dibuka semula termasuk perundingan kontraktor baru.
3. Dan paling penting, adalah semakan prosiding penamatan yang melibatkan proses perundangan.
Saya percaya Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri selalu memberi penekanan kepada semua agensi supaya cekap dan berhati-hati dalam mengambil sebarang keputusan yang berimpak tinggi. Keputusan secara ad-hoc dan boleh berubah-ubah akan menjejaskan imej perkhidmatan awam dan kerajaan. Lebih malang lagi, sekiranya kerajaan di saman dan diarah untuk membayar ganti rugi, ianya pasti akan menjejaskan keyakinan kepada peniaga, pemain-pemain industri dan pelabur.
Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Puan Speaker, perlulah kita mengambil maklum, perlulah ia mengikut SOP penamatan, pengambilan kerja kontrak, ia bukanlah seperti Yang Berhormat Bukit Batu nyatakan sebelum ini terhadap JKR. Di sini Tenang ingin menjelaskan, apabila mendapati pihak kontraktor gagal melaksanakan kerja mengikut spesifikasi sebagaimana perancangan dan jadual, pihak JKR akan mengeluarkan surat amaran terlebih dahulu:
1. Lanjutan masa perlu diberikan selama 130 hari berserta denda ganti rugi atau LED.
2. Lanjutan masa kedua selama 114 hari berserta denda ganti rugi.
3. Lanjutan masa ketiga selama 60 berserta denda.
Setelah 3 kali surat amaran dikeluarkan dan didapati kontraktor tidak menunjukkan kesungguhan bagi melaksanakan mahupun kesungguhan bagi menyiapkan kerja, maka JKR akan mengeluarkan surat niat bagi tujuan penamatan kontraktor.
Dalam kontrak selekoh S ini, 3 proses ini telah dilalui dan untuk makluman JKR Daerah Kulai telah mengeluarkan notis penamatan pengambilan kerja kontrak ke atas kontraktor tersebut pada 21 Oktober 2021 kerana kontraktor gagal meremedikan kemungkinan sepanjang tempoh 14 dan tarikh pengeluaran notis untuk tujuan penamatan pada 7 Oktober
2021 yang lalu. Ini bermakna, kontraktor yang menjalankan projek berkenaan telah ditamatkan kontraknya.
Yang Berhormat Puan Speaker, penyelenggaraan jalan negeri dilaksanakan oleh Syarikat Amona Infracare dan Syarikat Teto Engineering Sdn. Bhd. dan pegawai penguasa bagi projek ini adalah Pengarah Kerja Raya Negeri Johor. Manakala, penyelenggaraan jalan-jalan kampung oleh Infra Desa Sdn. Bhd. dan pejabat Menteri Besar adalah pegawai penguasa bagi projek ini.
Berkenaan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semerah, kontrak konsesi penyelenggaraan jalan kampung menggunakan peruntukan MARRIS yang sedang dilaksanakan oleh Syarikat Infra Desa Sdn Bhd akan tamat pada pertengahan tahun 2022. Antara kerja-kerja yang masih dilaksanakan oleh IDJ adalah seperti pemotongan rumput, menampal lubang, kerja bahu jalan, kerja berkala pavement dan kerja bukan pavement.
Bagi cadangan penyambungan konsesi penyelenggaraan jalan kampung pada tahun hadapan, kerajaan negeri akan meneliti cadangan di atas dan melihat impak secara keseluruhan sebelum ia dimuktamadkan.
Yang Berhormat Puan Speaker, perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jementah mengenai pembangunan Rolling Plan bagi tahun 2022 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi negeri Johor, ini bukanlah hanya berfokus kepada pembangunan infra sahaja. Ia meliputi pelbagai sektor. Bagi konteks JKR, permohonan di bawah Kementerian Kerja Raya, JKR Johor telah menghantar 15 senarai projek cadangan bagi pelaksanaan dalam RMK-12. Walau bagaimanapun, senarai projek yang dilaksanakan di bawah RMK-12 adalah merupakan projek sambungan RMK Ke-11 dan dengan nilai keseluruhan projek sebanyak RM988 juta. Bagi projek Rolling Malaysia Plan ke-2 Rancangan Malaysia Ke-12, JKR Johor telah menghantar 6 senarai projek mengikut keutamaan daripada 15 senarai Projek RMK-12 yang telah dihantar dengan kos keseluruhan adalah sebanyak RM1.3 bilion. Antara projek yang dimohon adalah projek Pasir Gudang Fasa 3, pembinaan global lift, UTM Skudai, membina jalan baru menghubungkan jalan Muar Furniture Hub, Bakri ke jalan Muar - Labis, J-32. Namun sehingga kini, JKR Johor masih belum menerima sebarang kelulusan bagi permohonan senarai-senarai projek tersebut.
Yang Berhormat Puan Speaker, seterusnya mengenai pelebaran Lebuhraya Senai-Desaru yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjung Surat. Kerajaan negeri maklum cadangan kerja naik taraf kepada 2 lorong kepada 4, lebuh raya berkenaan daripada persimpangan Cahaya Baru ke persimpangan Bandar Penawar. Projek ini penting bagi menyokong pembangunan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIPC) dan menangani kadar aliran trafik yang semakin meningkat seiring dengan kepesatan pembangunan itu.
Mengikut perjanjian konsesi, pihak pemegang konsesi iaitu Senai Desaru Sdn. Bhd. perlu melebarkan single carriage way kepada dual carriage way apabila level of service, jajaran tersebut jatuh di bawah C ataupun dalam kiraan jumlah kenderaan 30,000 kenderaan sehari. Buat masa ini, level of service di jajaran tersebut adalah pada level A iaitu bilangan kenderaan sekadar 13,000 sehari berbanding dengan level C, 30,000 yang ada sekarang ini cuma 13,000 sehari. Menurut kajian trafik yang dibuat pada 2014, jajaran tersebut perlu dilebarkan pada tahun 2031, manakala kajian terbaru pada tahun 2021, baru-baru ini mengunjurkan bahawa keperluan pelebaran akan dicapai pada tahun 2037 sahaja. Kerja-kerja pelebaran yang dijadualkan tersebut akan dibiayai hasil kutipan tol. Pihak Senai Desaru Sdn. Bhd. hanya akan mempunyai kewangan yang cukup untuk kerja-kerja pelebaran dan kerja-kerja penyelenggaraan. Sekiranya bilangan trafik yang tinggi, jika bilangan trafik rendah maka kemampuan kewangan senarai syarikat berkenaan juga adalah rendah.
Mengikut unjuran trafik yang dibuat pada tahun 2014, sepatutnya mencatatkan bilangan trafik sebanyak lebih 15,000 kenderaan sehari pada tahun 2021, tetapi disebabkan oleh
pelaksanaan PKP, jumlah trafik secara purata di Senai-Desaru Expressway pada tahun ini hanyalah di sekitar 7,000 kenderaan sahaja sehari. Kerajaan negeri telah membawa cadangan ini seawal tahun 2016 kepada pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia dan telah diluluskan dalam Rolling Plan Rancangan Ke-3 Malaysia Ke-11 dengan anggaran kos RM390 juta tetapi pada tahun 2018, Kementerian Kewangan telah membatalkan cadangan projek ini atas dasar penjimatan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan ketika itu. Walau bagaimanapun, cadangan ini telah dimasukkan di dalam kajian pelan pembangunan rangkaian jalan raya 2030 sebagai projek keutamaan negeri yang perlu dilaksanakan sebelum tahun 2030. Kerajaan negeri akan terus berhubung dengan pihak Kementerian Kerja Raya untuk dimasukkan sebagai cadangan projek di bawah RMK Ke-12.
Yang Berhormat Puan Speaker, bagi projek pelebaran beberapa Jambatan Sempit sekitar di Bukit Gambir ke Sg. Mati yang disebut Yang Berhormat Serom. Jalan dari Tol Bukit Gambir ke Sg. Mati adalah merupakan Jalan Negeri No. J-33, dengan panjang jalannya adalah 9 kilometer. Sebagaimana aduan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Serom, sepanjang jalan ini terdapat beberapa jalan yang sempit dan perlu di naik taraf ataupun perlu diganti baru. Cadangan ini telah dikemukakan setiap beberapa lama tahun yang lepas, bukan oleh YB Serom, cuma membangkitkan semula.
Untuk makluman Yang berhormat, kerja-kerja reka bentuk sudah pun dilaksanakan dan JKR sedang dalam proses penyediaan dokumen tender. Projek menggantikan 4 buah jambatan di laluan J-33 dijangka akan bermula pada pertengahan tahun hadapan. 4 buah jambatan yang terlibat adalah jambatan Serom 1, jambatan Serom 4, jambatan Serom 8 dan jambatan Sawah Ring sebagai pakej keseluruhan J-33.
Yang Berhormat Puan Speaker, mengenai cadangan membina Lebuhraya Johor Tengah yang menghubungkan Batu Pahat, Ayer Hitam, Kluang dan cadangan membina seksyen jalan sambungan 20 kilometer dari Layang-Layang terus ke Kulai sehingga 15 kilometer dari Bandar Tenggara terus ke Senai-Desaru Highway yang disebutkan oleh Yang Berhormat Mengkibol, kajian kebolehsanaan dan traffic impact assessment ataupun TIA hendaklah dilaksanakan sebelum cadangan ini dibawa bagi permohonan peruntukan. Walau bagaimanapun, sebagai alternatif kerajaan negeri sentiasa fokus kepada cadangan pelebaran PLUS dari Senai ke Yong Peng bagi memberi kelegaan kepada jumlah trafik yang sedia ada.
Yang Berhormat Puan Speaker, Tenang beralih kepada pengangkutan. Mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Yong Peng, kerajaan negeri, mengenai perkhidmatan Bas Muafakat Johor. MMK telah meluluskan cadangan 10 laluan baharu bas Muafakat Johor pada 2021 termasuk dua laluan tambahan di Yong Peng seperti yang telah diusulkan oleh pihak Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ). PAJ sedang mengurusetiakan proses perolehan yang mana pemilihan akan melalui Lembaga Perolehan Negeri, tarikh pengiklanan tender selepas dibuat, telah dibuat pada Ogos 2021 sehingga September 2021 dan taklimat tender telah dijalankan pada 30 Ogos 2021. Kini dalam proses memasuki Mesyuarat Penilaian Operasi dianggarkan akan dimulakan pada suku pertama tahun depan.
Yang Berhormat Puan Speaker, dalam hal bas Muafakat Johor yang disebut oleh Yang Berhormat Mengkibol, berkaitan dengan teguran audit kepada Perbadanan Pengangkutan Awam Johor, PAJ telah memberi ulasan dan jabatan Audit Negara telah menerimanya. Tenang, cuma ingin memaklumkan bahawa perkara itu sepatutnya tidak perlu ditimbulkan dalam Dewan ini untuk pemakluman sahaja.
Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Perling dan Yang Berhormat Stulang kerana membangkitkan perkara berhubung dengan laluan perjalanan lengkap vaksin, laluan darat ataupun VTL. Ini merupakan antara catalyst dalam Memperhebatkan Kesejahteraan Johor. Ini kerana ramai rakyat Johor yang sangat, yang sangat rindu kepada family dan dah
lama tidak balik. Melalui program ini mereka boleh kembali ke rumah ataupun keluarga masing-masing.
Yang Berhormat Puan Speaker, menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada 24 November 2021, kerajaan kedua-dua buah negara, Singapura dan Malaysia khususnya Johor akan melancarkan laluan perjalanan lengkap vaksin (VTL) ini pada 29 November. Pelancaran VTL Lane adalah selari dengan VTL Air yang bertujuan untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala dan ekonomi antara kedua-dua negara.
Puan Speaker, mereka yang boleh menggunakan kemudahan ini ialah pengembara yang dibenarkan mengambil bahagian dalam ataupun pengguna yang boleh mengambil bahagian dalam VTL Lane adalah warganegara Malaysia dan Singapura termasuk penduduk tetap serta pemegang pas jangka panjang Malaysia dan Singapura. Pengembara wajib divaksinasi sepenuhnya dan bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang tidak divaksinasi, mereka harus ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap divaksin. Pengembara yang layak adalah tertakluk kepada ujian COVID-19 dan keperluan kesihatan terperinci yang ditentukan oleh negara masing-masing. Pada masa ini VTL Lane akan dihadkan kepada pengangkutan bas sahaja sebagaimana mekanisme kawalan dan mod pengangkutan lain akan disenaraikan secara berperingkat.
Perkhidmatan Bas VTL Lane yang ditetapkan oleh Singapura akan menggunakan Terminal Bas Larkin Sentral sebagai pusat turun dan naik penumpang di Malaysia, manakala Terminal Queen Street sebagai pusat turun dan naik penumpang di Singapura. Kerajaan kedua-dua negara juga telah bersetuju untuk menetapkan kuota harian tidak melebihi 150,000 pengembara pada peringkat permulaan dengan peningkatan dari minggu ke minggu.
Yang Berhormat Puan Speaker, kita beralih kepada isu tempatan di Johor Utara yang setiap penggal persidangan sentiasa akan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semerah dan Yang Berhormat Penggaram. Saya secara personal sangat tertarik dengan pelabuhan ini yang mempunyai potensi besar dan sebagai nukleus untuk kerancakkan ekonomi serantau dan magnet kepada pedagang-pedagang dari Indonesia, Thailand dan mungkin Singapura. Saya katakan begitu kerana pelabuhan ini telah sedia ada mempunyai pemain-pemain industri. Saya merujuk kepada pelabuhan barter trade di batu Pahat yang mempunyai bakat dan minat yang diperlukan industri. Mereka ini hanya perlu diasah, dipimpin dan dimanfaatkan bersama-sama secara tuntas sebagai satu pasukan. Saya rasa, saya agak lari sikit mengenai pelabuhan. Kerajaan negeri dalam proses mengkaji kebolehlaksanaan serta kesesuaian projek terminal barter trade di Mukim Minyak Beku, Sungai Batu Pahat ini bagi memastikan aktiviti pembangunan di Sungai Batu Pahat ini dirancang dengan baik dan tidak mengganggu perancangan pembangunan sedia ada.
Berkenaan dengan Projek Second Port Logistic di Sungai Batu Pahat yang terletak di bahagian Mukim Peserai pula. Projek ini adalah tertakluk kepada perjanjian pada tahun 2006 yang telah ditandatangani. Beberapa siri perbincangan dan pelaksanaan projek ini telah diadakan bersama jabatan-jabatan berkaitan dan kerajaan negeri sedang meneliti pembangunan di atas tapak ini serta mengambil kira perancangan pembangunan keseluruhan Sungai Batu Pahat.
Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang cakna dengan kepentingan portfolio Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur yang mempunyai rantaian kesan berganda dan amat significant untuk Memperhebat Kesejahteraan Johor dalam aspek pemulihan ekonomi dan emosi rakyat Johor. Segala cadangan, buah fikiran yang dilontarkan kepada saya, sangat saya hargai dan alu-alukan. Dan, sekiranya masih ada idea-idea baharu selepas berakhirnya sidang ini, datanglah berjumpa kami di Jabatan Kerja Raya atau menelefon ataupun berbincang dengan Jurutera Daerah di daerah masing-masing.
Akhirnya, marilah kita bersatu dalam erti kata yang sebenar, berbeza pendapat di luar tetapi bersatu dalam hati demi Johor yang kita sayangi. Semoga Allah memberi sebaik-baik pertolongan kepada kita dalam menunaikan tanggungjawab sebagai wakil kepada rakyat. Saya tutup ucapan saya dengan serangkap pantun, kepada Yang Berhormat yang ikhlas berbakti, Memperhebat Kesejahteraan Johor tugas diberi, marilah bersama bersatu hati, memastikan belanjawan sampai ke destinasi. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabaraktuh.
Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, jemput.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Makmur Johor. Yang Berhormat Puan Speaker. Terima kasih kerana memberikan ruang dan kesempatan kepada Rengit untuk turut sama membahaskan Belanjawan 2022 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 18 hari bulan 11, 2021.
Yang Berhormat Puan Speaker, pertamanya patik merafakkan sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia pada 22 November 2021. Patik berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia dan dalam keafiatan dan sentiasa dalam limpah dan kerahmat Allah SWT. Terima kasih kami di atas kesudian Duli Yang Maha Mulia terus memayungi kami rakyat Johor, Daulat Tuanku.
Yang Berhormat Puan Speaker, sekalung tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang tidak kenal penat lelah siang malam di kala gelombang ombak COVID yang tidak diketahui hujungnya. Saya lihat Yang Amat Berhormat tidak tidur siang dan malam melawat 10 daerah dalam sesi libat urus semata-mata untuk menyediakan bajet bagi 2022.
Yang Berhormat Puan Speaker, dengan hasil yang tidak jelas ketentuannya, jumlahnya RM1.6 bilion dan perbelanjaan RM1.9 bilion, belanjawan defisit dua tahun berturut-turut. Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar sentiasa memikirkan sumber baharu yang boleh menambahkan hasil. Kita, selama ini bergantung kepada sumber tradisi iaitu sumber tanah ya. Yang Amat Berhormat selalu memikirkan bagaimana hasil pertanian yang masuk ke Singapura tu boleh menjadi hasil kepada negeri. Sebab orang Johor terpaksa tanggung kesesakan jalan, orang bawa lori ayam, lori bawa sayur masuk ke Singapura, cuma Johor tengok sahaja. Begitu juga dengan VEP kenderaan Singapura yang masuk kita cuma dapat 25%. Yang Berhormat kini berunding dengan pihak kerajaan Pusat melalui KASA agar carbon trading ini mendapat hasil kepada negeri Johor. Sebab itu Yang Berhormat Puan Speaker, apa juga hasil, perkara yang boleh menjadi hasil kepada negeri Johor kalau sampah tu boleh menjadi hasil, kita buat cari kaedah supaya dia jadi duit, kalau sayur yang pergi ke Singapura boleh dijadikan hasil, kita cari kaedah bagaimana sayur tu boleh jadi duit.
Jadi, Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Amat Berhormat dalam sesi libat urus telah jelas nak menjadikan Bandar Muar tu sebagai Bandar Perabot Malaysia, Batu Pahat sebagai Barter Trade Port, Simpang Renggam sebagai Truck City, Maharani Enegery Gateway, Kota Tinggi Daerah Pelancongan Pesisir Pantai Utama Johor dan Mersing Daerah Pelancongan Pesisir Pantai Dan Pulau Dan Eko Pelancongan. Jadi keseriusan Yang Amat Berhormat Benut ni dalam memberikan peruntukan ya, saya lihat jelas sebab dia kalau boleh dia nak peruntukan kepada ADUN ni dienakmenkan seperti yang pernah disuarakan oleh rakan-rakan sebelah. Tapi, kita terikat dengan beberapa perkara tapi yakinlah itu hasrat kita dalam dimensi baharu politik di negara ini.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada rakan-rakan yang bertanya Bandar Penawar, Johor Lama, Bukit Batu, Semerah, Skudai, Tanjung Surat, Endau, Tangkak, Paloh, Permas, Yong Peng, Bentayan, Tiram, Penggaram, Bukit Kepong, Perling, Senai, Mahkota dan Kota Iskandar. Saya akan menjawab beberapa perkara terutama sekali berkaitan dengan kerajaan tempatan. Untuk makluman yang Berhormat Bukit Batu, persoalan solar panel di bangunan kerajaan tempatan termasuk di Dewan yang mulia ini, kita telah bawa paper kepada kerajaan melalui inisiatif Solar Supply Agreement For Renewal Energy (SARE) di bangunan pihak berkuasa tempatan negeri Johor pada 9 hari bulan 6, 2021. Kerajaan sudah bersetuju pemasangan solar panel di bangunan Pihak Berkuasa Tempatan. Kita akan lancarkan program ini pada 9 hari bulan 12 di Majlis Perbandaran Batu Pahat dan selepas ini disusuli dengan semua PBT dengan kerjasama pihak Permodalan Darul Ta’zim dengan United Solar Energy Malaysia.
Yang Berhormat Puan Speaker, mengenai perkara yang dibangkitkan oleh YB Penggaram mengenai Program Pemutihan Industri Tanpa Kebenaran. Satu inisiatif yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri, asal industri ini tidak mengganggu dari segi air, pencemaran udara, kacau ganggu, bau dan bising. Kita kenakan syarat yang minima dalam KM dan pelan bangunan, pelan jalan dan juga perparitan. Kerajaan telah meluluskan program ini bagi kawasan Majlis Perbandaran. Ada 500 kilang yang akan diberikan usaha untuk di legalize kan dan syarat-syarat minima ini untuk makluman Dewan yang mulia, very simple. Kalau mengikut piawaian KM dan juga pelan bangunan, anjakan piawaian mengatakan 40 kaki, tetapi kalau bagi depan, sisi, 20 kaki tapi syarat minima yang ditetapkan dalam pemutihan industri bagi bahagian depan cuma 6.5 kaki, belakang ikut ruang kelegaan sahaja. Jadi, ini memberikan peluang kepada industri tanpa kebenaran untuk mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang Pelan Bangunan dan mereka boleh beroperasi dengan selesa dan bagi memastikan industri ini yang telah lama wujud dapat kita bantu dan dapat memberikan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat di negeri. Dan saya, kita kerajaan negeri dah memutuskan untuk exercise ini diperluaskan di seluruh negeri Johor dan dijangka pada bulan Jun tahun depan semua PBT akan mengemukakan kelulusan kepada kerajaan negeri Johor.
Seterusnya menjawab Yang Berhormat Pekan Nanas, transfer station di Pekan Nanas itu bukan tapak pelupusan dan saya amat berterima kasih kerana Yang Berhormat Pekan Nanas faham dan telah mendapatkan kelulusan EIA dan projek ini bernilai RM18 juta cuma jadikan transfer station bagi Pontian untuk dihantar ke Seelong. Seterusnya, Yang Berhormat saya menjawab soalan Tiram ya mengenai krematorium di Segamat dan Labis. Yang Berhormat EXCO Kesihatan selalu membangkitkan perkara ini dan Yang Berhormat Bekok pun ada menulis surat dan kesungguhan Yang Amat Berhormat untuk membantu dalam perkara ini cukup jelas dan kita telah park dengan izin, dua krematorium ini di Segamat dan di juga Labis. Kalau ikut harganya lebih kurang dalam RM200.00 dan kita minta pihak NGO yang ada kekuatan untuk menjalankan operasi bagi dua krematorium ini.
Bagi perkara yang dibangkitkan oleh Tangkak ini mengenai kesesuaian tapak pili Bomba. Katakanlah kawasan ternakan ayam itu, lima kilometer tak kan nak pasang paip sepanjang kawasan tersebut, tidak berapa sesuai dan kita akan rujuk balik Yang Berhormat keadaan ini dalam OSC nanti bincang balik dengan semua authority kalau boleh disesuaikan bagi penggunaan-penggunaan yang agaknya tak begitu sesuai sangat dilaksanakan di peringkat lapangan. Tentang centralised labour quarters ini, untuk makluman Yang Berhormat Tangkak, di Tangkak ada 95 permohonan bagi penginapan jangka pendek dan yang telah diluluskan ada 23 dan bagi perancangan penginapan berpusat setakat ini belum ada permohonan. Antara agenda utama PBT ialah kita ingin mempercepatkan proses kelulusan CLQ yang ada kaitan dengan Akta 446.
Bukit Kepong membangkitkan soal kerajaan negeri membantu PBT yang tidak mempunyai kewangan yang kukuh. Untuk makluman Dewan yang mulia, daripada 16 buah PBT di negeri Johor, alhamdulillah 15 buah PBT mencatatkan kewangan berwarna birulah. Satu sahaja yang catatkan kewangan, kedudukan kewangan merah iaitu Majlis Daerah Labis
Yang Berhormat Bekok. Kita faham keadaan di Labis, Yang Berhormat Tenang ya, stakeholder dia tak banyak tetapi untuk makluman satu berita yang cukup menggembirakan di Dewan yang mulia ini ialah Majlis Daerah Labis menang Bandar Mampan Terbaik nombor satu di peringkat negara. (Dewan bertepuk). Dalam negara itu dia dapat nombor satu walau kedudukan kewangan tak kukuh, dia dapat nombor satu. Majlis Daerah bagi peringkat kategori Majlis Daerah. Tahun lepas kita bantu geran keseimbangan di Labis RM2.3 juta. Dia menang ini kalau kerajaan negeri setuju, saya nak cadangkan kepada kerajaan tahun 2022 kita bagi geran keseimbangan sebanyak RM6 juta. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Tuan Speaker saya laju ini sebab ada masa lagi 10 minit atau 15 minit. Bagi daerah, Majlis Daerah yang lain kita kawal kewangan Yang Berhormat, keadaan kutipan hasil berkurangan, perbelanjaan pun agak terhad disebabkan kekangan COVID dan insya-Allah bagi tahun-tahun depan saya jangkakan kita akan memastikan kedudukan kewangan di semua PBT kukuh dan kita akan bantu juga daerah Mersing dan juga di beberapa daerah yang lain. Berkaitan soalan Pagoh, Paloh, saya dah dimaklumkan oleh Majlis Perbandaran Kluang, Paloh, bagi Taman Perdana dan beberapa perkara berkaitan akan dilaksanakan pada tahun depan. Ini rezeki Paloh sebab dia bertanya kebetulan hujung tahun dan telah dimasukkan dalam bajet. Satu lagi berita yang mungkin menggembirakan ialah bagi Senai, tender telah dikeluarkan untuk membaiki jejantas di Senai, Senai Utama, Senai Utara yang rosak dan tender mula dikeluarkan pada 1 Disember 2021. Bagi menjawab Yang Berhormat Permas mengenai Kampung Pertanian, Kampung Sepakat, Kampung Masjid yang terletak di bawah kampung tradisi. Menjadi hasrat kerajaan negeri supaya semua kampung-kampung tradisi di kawasan PBT ini diberikan tumpuan, diberikan usaha supaya semua kampung tradisi ini mendapat kemudahan infra, tidak berlaku banjir dan sebagainyalah. Ini telah digerakkan oleh semua PBT di negeri Johor. Menjawab soalan daripada Yang Berhormat Skudai, persoalan tapak pelupusan sampah di negeri Johor terutama di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri ini seperti yang saya tegaskan semalam, untuk makluman Yang Berhormat YB Skudai di bawah Akta 672, jika Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor boleh beroperasi tak termasuk di dalam skim area ataupun konsesi, perkara ini akan menjadi pulangan yang besar kepada Majlis dan saya yakin isu-isu tapak pelupusan haram ini tidak akan berlaku. Sebab sekarang ini seperti Yang Berhormat Skudai sebutkan, bila kita hantar ke Seelong, satu tan RM70.00, dan kalau satu role row itu memakan masa, memakan kos sampai RM350.00. Dia merugikan kepada mereka yang menjalankan operasi ini. Itu sebab kalau Akta 672 boleh membenarkan sampah industri, sampah komersial dan institution dibuat, kita yakin benda ini boleh dapat kita selesaikan. Satu lagi Yang Berhormat tentang yang saya lupa nak sebutkan ialah tentang isu bangunan Majlis Perbandaran Pengerang yang dibangkitkan oleh Tanjung Surat. Tanahnya dah ada, bangunan reka bentuknya dah ada kita menunggu masa untuk membuat bila keadaan ekonomi dah sesuai Yang Berhormat Tuan Speaker.
Satu lagi perkara yang berkaitan dengan ketua kampung, terutama ketua masyarakat Cina. Bukan ketua kampung, ketua masyarakat Cina. Saya ambil tanggungjawab ini Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya dah berunding banyak kali mengenai perkara ini, masyarakat, ketua masyarakat India selesai, Ahli Majlis selesai tapi bagi ketua masyarakat Cina ini saya dah berunding dengan banyak pihak dan bawa paper ini dah banyak kali tapi tak selesai-selesai hingga sekarang. Mungkin kekurangan saya dari segi kemampuan untuk berundinglah, saya kena belajar dan kursuslah sebab kalau ikut cerita Nujum Pak Belalang ya, cerita Nujum Pak Belalang antara Sudin punya dengan Aziz Satar itu, dia cerita, satu untuk awak, dua untuk saya, satu untuk saya, dua untuk saya, jadi tak jadi Yang Berhormat. Berkali saya bawak paper Ahli Majlis yang lebih sukar saya boleh selesaikan tapi tak dapat, ketua masyarakat Cina saya tak dapat. Saya ambil tanggungjawab, saya dah minta, minta maaf di Dewan yang mulia ini saya tidak dapat selesaikan. Tapi saya mencuba, lima, tiga, empat kali dan datang ke pejabat itu berpuluh kali tak dapat. Jadi kita serahkan kepada pihak yang berkaitan kerana mungkin itulah kekurangan sayalah, saya tak nafikan.
Bagi perumahan, cadangan bagi penempatan penduduk petani Jalan Masjid Kampung Pinang Malan ini Yang Berhormat Semerah dah dimasukkan dalam sesi libat urus. Kita
Pejabat Pegawai Daerah akan menjadi penyelarasn bagi projek ini yang akan melibatkan beberapa kawasan tapi yang penting Yang Berhormat kalau kita bangunkan rumah, pembiayaan atau pinjaman, pembiayaan itu mudah. Kalau tidak ada pun susah untuk kita bina.
Bagi Endau, saya dah minta Yang Berhormat Endau kalau boleh, dia kumpulkan mereka yang berminat, kita akan bawa bank, sebab dalam pendekatan saya di Bahagian Perumahan, pembiayaan itu paling penting bukan rumah ya, pembiayaan. Kelemahan kita ini, pembiayaan sebab itu di Bahagian Perumahan kita nak dapatkan senarai nama lepas itu kita akan semak dengan bank tengok screening pinjaman, kalau dia boleh baru kita keluarkan kelayakan-kelayakan yang lain. Bagi perkara yang dibangkitkan tentang Taman Bayu Damai, saya minta GLC yang berkaitan untuk melihat soal pemendapan. Dan untuk makluman ADUN Mahkota tentang projek perumahan Rumah Mampu Biaya di Nyior ini, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan yang lepas dah luluskan di Kulai, Datin Hasnah, Pontian, Sagil dan juga Pontian. Jumlah unitnya lebih kurang 1,079 tapi isunya Yang Berhormat rumah ini harga RM300,000.00, RM150,000.00, RM80,000.00. Lima projek ini Yang Berhormat Mahkota, kos dia RM335 juta. Bagi 1,079 unit, kos per unit RM311 juta, rumah harga RM150,000.00. Saya kena semak balik sebab dia minta, syarikat GLC minta kepada kerajaan melalui Tabung Perumahan RM120 juta. Jadi saya rasa tak viable projek ini sedangkan kalau berdasarkan perkiraan kita, projek ini kalau rugi pun tak sampailah RM120 juta. Lepas itu kita kaji balik dan insya-Allah Yang Berhormat bagi sedikit kita masa, kita tengah susun kalau perkara ini boleh kita aturkan, ada program yang terbaru yang kita buat untuk rakyat Johor.
Menjawab kepada soalan Kota Iskandar, Yang Berhormat, saya nak minta maaflah sebab sebagai seorang profesional ini dia kena objektif. Pertama, dia kena objektif dan dia kena berasaskan fakta dan data. Saya kenal Yang Berhormat Kota Iskandar, dia seorang yang bersungguh-sungguhlah untuk memajukan perubahan di negeri Johor sejak 2018, dia menyediakan Dasar Perumahan, compile kan dasar tapi saya, mudah Yang Berhormat kita kena cuba apa dasar yang dibuat oleh yang lama, kita cuba buat tapi kita melihat terlalu banyak kekurangannya Yang Berhormat. Contohnya dari segi penjualan lot harta tanah Bumiputera. Bayangkan, terpaksa menunggu sampai 7, 8 bulan, 1 tahun kerana dasar kita menetapkan bahawa setiap orang, dia ada hak untuk dua bulan. Kalau orang itu tak berganjak tunggulah sampai dua bulan, lepas itu masuk dua bulan kadang ada serious buyer itu terpaksa menunggu dan dia dah dapat pinjaman, dia give up, tinggalkan. Itu sebab antara salah satu faktor hang property kita yang besar mengenai perkara-perkara inilah. Saya nak jelaskan, saya tak, saya tak nak komen mana-manalah. Mana yang boleh kita baiki, kita baiki, mana yang boleh kita ikut, kita ikut Yang Berhormat.
Mengenai Program Khas Rumah Johor yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Iskandar, saya nak jelaskan sedikit. Sejak 20 tahun ini Yang Berhormat Puan Speaker, sebanyak 153,000 unit rumah yang tak dibina walaupun KM dah ada. Dengan 4,950 ekar tanah yang patutnya dibina, tak bina. Yang berubah hanyalah rumah, nama sahaja. Rumah kos rendah, rumah mampu milik, rumah mampu biaya. Itu sahaja yang berubah. Pemaju tak nak buat kenapa? Seperti yang dijelaskan Skudai, Skudai sendiri menjelaskan bahawa satu kos rumah RM150,000.00. Walaupun memang ada keluar subsidi sepatutnya, tapi saya jangka sebagai pemaju, dia akan kira profit dialah. Dan rumah yang dibina pula, untuk makluman Yang Berhormat Speaker, kualiti dia lebar dia 18 kaki, sempit. Tangga naik tangga, bilik kat bawah tak ada, dia memberi kesan kepada kehidupan masyarakat pada masa akan datang Yang Berhormat. Kita tidak boleh biarkan. Sebab itu, dalam program rumah, Program Khas Rumah Johor ini, Yang Berhormat, kita ambil pendekatan. Kita tak ubah pun dasar, kita buat penyusunan semula dasar sahaja. Apa maksudnya penyusunan semula, kita gunakan harga yang lama lagi RM300,000.00 hingga RM100,000.00 setakat ini. Dia menggunakan kaedah PPP, Public Private Partnership, tanah swasta, duit swasta, rakyat Johor dapat rumah. Dan rakyat Johor dapat rumah yang berkualiti bottom line dengan izin, dalam program ini ialah quality and value home. 24 kali 61, saiz rumahnya. 22 kali 61 saiz rumahnya, 20 kali 61, landed, ini satu lagi landed Yang Berhormat. Rakyat Johor ini dia
nak rumah landed yang banyak sekarang ini apartment tak boleh jual ialah rumah yang bertingkat. Selain daripada pengurusan, bayaran pengurusan bulanan. Sebab itu kita ambil pendekatan ini, kalau ini dapat dibuat Yang Berhormat Puan Speaker, RM110,000.00 unit kita boleh buat. Dan bila rumah quality dan value Yang Berhormat, untuk makluman Dewan yang mulia, bank boleh bagi pinjaman 100 campur 10%. Rumah landed ada kualiti bank boleh bagi pinjaman, inilah masanya sepatutnya Yang Berhormat memberikan sokongan kepada kami. Saya dah cuba dasar, kali ini kami punya peluang, patutnya Yang Berhormat cuba dasar tapi ceritanya yang buat ini kita bagi syarat, kita tak bagi sebarang. Pemaju yang nak serah tanah, dia completely ready, dengan izin, tapak itu. Kena berbuat earthworks. Secukupnya. Selagi tapak dia tak cukup earthworks dia, kerja-kerja tanah, kita tak akan terima. Kedua, utiliti. Utiliti ke tapak itu ready, eh siap, baru kita boleh ambil tapak ini, Yang Berhormat.
Jadi pemaju itu baru masuk dia dah kurangkan kos satu, kos tanah tak ada. Kedua, kos infra tak ada, kos utiliti pun tak ada. Sebab itu dia berani masuk, ada untung dan kita bagi masuk bawa ke GLC bagi keuntungan. Dan tanah ini, kita dah syaratkan dia dah charge ke bank. Dia tak boleh charge ke bank. Dan syarikat yang nak masuk ini, dia punya cash 6% daripada dia punya GDB. Bukan syarikat RM2. Untuk makluman Yang Berhormat Puan Speaker, kita serius kali ini sebab kita nak buat. Nak bagi rakyat Johor rumah yang berkualiti. Jadi, syarikat yang masuk ini betul-betul syarikat yang ada duit dan syarikat yang mampu deliver rumah. Walau pun Yang Berhormat ada pengalaman, saya pun setuju apa ini, kadang-kadang sependapat juga, kadang-kadang projek penswastaan yang lepas ini banyak gagal kerana pemilihan syarikat yang buat ini tak betul, kerajaan yang rugi. Tapi kita belajar Yang Berhormat. Kita belajar dari pengalaman-pengalaman pahit yang lepas, kita syaratkan dan insya-Allah pada 27 hari bulan ini kita lancarkan Program Rumah Johor. Dah siap. Saya dah cakap dengan Yang Berhormat Kota Iskandar, saya jemput sebab kawasan ini di kawasan Yang Berhormat Kota Iskandar, kita jemput datang.
Yang Berhormat, 1 minit lagi.
Ok, kita jemput Yang Berhormat datang, tengok pelancaran Rumah Johor. Sebab duit ini, tanah ini tanah swasta. Yang bangun pun projek ini menggunakan dana swasta, tapi bottom line, Program Khas Rumah Johor ini ialah rumah yang berkualiti, rumah yang bernilai, quality and value home.
Yang Berhormat Puan Speaker, akhir sekali saya nak jawab pantun daripada Kota Iskandar. Minta maaf, Kota Iskandar, kita berpantun eh. Saya memang kata betullah ada rumah yang dibangunkan pada 2018, 2019 tapi untuk makluman Yang Berhormat Kota Iskandar, KM dia, Yang Berhormat semua daripada 2015, 2016, 2017. Cuma ada satu di Tangkak Yang Berhormat ada 14 unit yang KM nya pada 2018. Pembangunan ini bukan dikira dari segi buat aja, tapi dikira daripada KM. Tapi saya sedang kemukakan data ini kepada Yang Berhormat. Maksudnya saya taklah menyalahkan mana-mana pihak, tapi apa yang saya harapkan ialah, kita bercakap seharusnya menggunakan data dan juga fakta.
Akhir sekali saya Yang Berhormat, saya mohon maaf dalam Dewan yang mulia ini, kalau ada kata-kata dan juga ucapan saya yang tidak selesa. Apa yang kita buat ini adalah untuk memastikan rakyat Johor dapat kehidupan yang lebih berkualiti dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar selalu menekankan kepada saya dalam program rumah ini pastikan rakyat Johor dapat pembiayaan. Mudah dapat pembiayaan, satu. Yang kedua, tentang rumah tu mestilah rumah yang berkualiti dan juga rumah yang bermutu. Dengan tema bajet Mensejahterakan Rakyat, marilah kita berdoa bersama-sama agar kita sama dalam dimensi baru politik ini dapat mengubah suasana dan menjadikan Dewan negeri Johor ini rujukan dan catitan sejarah bagi negeri-negeri lain dalam suasana pergolakan politik yang tak berkesudahan dan tak berpenghujung ini.
Itu sahaja Yang Berhormat Puan Speaker, sekian ucapan penggulungan saya. Mana-mana yang boleh, yang tak dapat saya jawab, saya akan jawab melalui bertulis. Sekian, saya
mengucapkan terima kasih. Saya tak ada pantun. Saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, jemput.
Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker. Salam sejahtera dan salam Makmur Johor. Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya, untuk mengambil bahagian dalam sesi penggulungan perbahasan di Mesyuarat Kedua, Belanjawan bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor yang Ke-14. Saya juga ingin merakamkan ucapan merafak sembah dan menjunjung setinggi-tingginya kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena Ulang tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November yang lalu. Semoga negeri Johor Darul Ta’zim akan terus makmur, aman di bawah naungan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Sukacita juga saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita yang telah membentangkan Belanjawan negeri Johor 2022 bertemakan Memperhebatkan Kesejahteraan Johor.
Yang Berhormat Puan Speaker, kerusi persidangan ini adalah saya lihat di dalam Dewan yang mulia ini, pelbagai maklum balas yang diberikan sama ada dalam bentuk soalan, cadangan, sokongan mahupun teguran yang dilontarkan oleh pihak di seberang sana mahupun rakan-rakan saya di pihak sini yang telah saya ambil maklum. Selain itu, saya juga telah memperhalusi soalan-soalan yang telah diajukan oleh Ahli-Ahli Dewan dan setiap maklum balas yang diberikan kepada saya, saya menerima dengan berlapang dada dan sukacita saya untuk menjawab soalan-soalan ini pada petang ini.
Yang Berhormat Puan Speaker, pertamanya saya ingin menyentuh isu kesihatan yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Menjawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Bukit Batu, berkenaan dengan penutupan Klinik Komuniti Taman Manis, Kelapa Sawit. Kemudahcapaian masyarakat kepada perkhidmatan kesihatan adalah antara agenda penting, Jabatan Kesihatan Negeri Johor termasuklah bagi penduduk di daerah Kulai. Isu kemudahcapaian atau dengan izin, accessibility ini diambil kira di dalam aspek perancangan melibatkan perkhidmatan kesihatan.
Tujuan asal penubuhan klinik komuniti adalah bagi memudahkan penduduk menerima rawatan pesakit luar bagi sakit-sakit ringan seperti demam, batuk, selesema dan dressing, dengan izin. Namun, dalam situasi pandemik COVID-19 pada masa kini, pihak Jabatan Kesihatan Negeri, berpendapat perkhidmatan di Klinik Komuniti Taman Manis ini tidak lagi bersesuaian. Ia adalah kerana klinik yang terletak di Kawasan rumah kedai yang sempit dan bertutup menyukarkan untuk pematuhan kepada norma baru yang berpotensi tinggi untuk menjadi tempat penularan COVID-19. Kes-kes demam biasa tidak lagi sesuai dilihat di klinik komuniti dan perlu dilihat di klinik kesihatan selain membolehkan saringan COVID-19 dibuat sekiranya perlu. Pada masa yang sama, perancangan juga dibuat bagi menaik taraf Klinik Desa Kelapa Sawit yang terletak 2 kilometer dari Klinik Komuniti Taman Manis diangkat menjadi Klinik Kesihatan Jenis 5. Ini bagi membolehkan perkhidmatan lebih baik kepada masyarakat dapat diberikan dengan lebih holistik meliputi pesakit luar, pesakit kronik dan juga perkhidmatan ibu dan anak. Penaiktarafan klinik desa ini dirasakan perlu, memandangkan saban tahun kedatangan pesakit makin meningkat. Sementalahan pula, kedatangan di Klinik Komuniti Taman Manis semakin berkurangan. Oleh itu, perancangan yang lebih menyeluruh dan kos efektif perlu dibuat oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri memandangkan sekarang pihak Jabatan terpaksa membayar secara bulanan bagi kos
sewaan klinik komuniti yang semakin meningkat sedangkan perkhidmatan yang diberikan perlu diperkecilkan.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya juga ingin menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semerah. Saya amat memahami keprihatinan Yang Berhormat Semerah berkenaan fasiliti dan infrastruktur di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan serta klinik-klinik desa di negeri Johor. Yang Berhormat Semerah adalah juga mantan EXCO Kesihatan sewaktu pentadbiran kerajaan terdahulu. Justeru itu, perancangan keperluan naik taraf perkhidmatan hospital dari aspek infrastruktur, fasiliti dan perkhidmatan klinikal sentiasa di semak dan dilakukan dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan jangka panjang.
Bagi projek naik taraf fasiliti jangka pendek kelulusan permohonan peruntukan dan pelaksanaan diselaraskan di peringkat jabatan kesihatan negeri di bawah peruntukan pembangunan iaitu BP00600. Senarai projek yang disusun ataupun diatur bagi tahun 2021 mengikut program adalah 26 projek di bawah perubatan, 4 projek di bawah pergigian, 1 projek di bawah farmasi, 60 projek di bawah kesihatan awam dan 2 projek di bawah pengurusan. Walau bagaimanapun, naik taraf fasiliti infrastruktur dan perkhidmatan berskala besar yang melibatkan kos yang tinggi. Usaha berterusan sentiasa dilakukan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan terkini memohon di bawah projek Rancangan Malaysia ke-12 iaitu bagi tahun 2021 hingga 2025. Sebagai contoh, pusat ambulatory rawatan harian Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru diluluskan di dalam Rolling Plan 1 RMK-12 dan kerja-kerja awalan projek sedang dilakukan. Pembinaan pusat ini dapat mengurangkan kesesakan pesakit di Hospital Sultanah Aminah bagi pesakit yang memerlukan pembedahan prosedur elektif tertentu.
Selain daripada itu, pembinaan bangunan tambahan Hospital Segamat yang menyediakan wad ICU dan dewan bedah tambahan dijangka siap pada Disember 2021. Cadangan projek bangunan baru dengan wad dan dewan bedah tambahan untuk Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai telah dimajukan di dalam senarai projek RMK-11 tetapi digugurkan di peringkat pusat. Walau bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah memohon semula cadangan projek ini dalam senarai keutamaan projek RMK-12, Rolling Plan 3 memandangkan terdapat keperluan mendesak bagi penduduk daerah Kulai dan kawasan berhampiran untuk hospital ini dibangunkan daripada aspek perkhidmatan dan infrastruktur.
Bagi isu kekurangan parkir di hospital Yang Berhormat Puan Speaker, penetapan bilangan parkir di hospital yang baru dibina adalah berdasarkan garis panduan perancangan tempat letak kenderaan iaitu Jabatan Perancangan Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2018. Di mana antara faktor yang diambil kira bagi jumlah parkir yang dibina adalah berdasarkan katil hospital dan bilangan jawatan yang wujud di hospital yang dibina tersebut. Walau bagaimanapun, bagi hospital yang dibina sebelum tahun 2018, penetapan bilangan parkir adalah berdasarkan keluasan tapak tanah hospital yang ada dan untuk kawasan tapak simpanan adalah bagi pembangunan hospital pada masa yang akan datang.
Yang Berhormat Puan Speaker, untuk status terkini, soalan yang juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semerah, berkaitan dengan baik pulih wad ICU Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru yang terbakar pada tahun 2016, kerja-kerja pembaikan telah selesai dijalankan. Wad ini telah digunakan sebagai wad pembedahan awam dengan kapasiti 20 katil dan telah mula beroperasi pada September 2020.
Bagi tahun 2021, pihak Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru telah mendapat hybrid field ICU dengan kapasiti 10 katil ICU yang mula beroperasi pada 5 September 2021. Waran peruntukan pembangunan tahun 2017, bagi ICU terbakar telah diterima dan sejumlah RM984,060.00 telah dibelanjakan bagi kerja-kerja baik pulih wad ICU tersebut.
Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan mengguna pakai klinik desa sempat tempat vaksin penggalak iaitu booster, adalah amat baik dan ia juga merupakan cadangan jangka
panjang pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor, akan tetapi melihat kepada kemudahan dan infrastruktur klinik desa yang sedia ada dan terhad, fasiliti tersebut belum sesuai atau belum memenuhi kriteria untuk dijadikan tempat pengambilan vaksin penggalak pada masa ini. Walau bagaimanapun, pihak Jabatan Kesihatan Negeri tetap komited menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Bagi pemberian vaksin penggalak, iaitu melalui Program Outreach kepada penduduk luar bandar yang sukar untuk mendapatkan perkhidmatan di fasiliti sedia ada.
Yang Berhormat Puan Speaker, isu yang dibawa oleh Maharani berkaitan dengan varian baru ataupun new variant. SOP pengurusan COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia yang sedia ada memang telah cukup mantap untuk menangani penularan variant of concern. Kerajan negeri Johor mendahului segala usaha di dalam pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 di negeri Johor. Melalui kolaborasi semua agensi persekutuan dan negeri termasuk bantuan sumber yang diperlukan. Kesemua tindakan pencegahan dan kawalan COVID-19 yang diambil adalah berlandaskan kepada empat strategi utama iaitu tindakan surveillance atau pemantauan oleh CPRC Jabatan Kesihatan Negeri Johor diikuti dengan tindakan pantas Pasukan Rapid Response Johor serta pengurusan kes COVID yang cekap, yang kedua ialah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, yang ketiga memantapkan tindakan Risk Communication dan seterusnya pelaksanaan program imunisasi COVID-19.
Masa kini saringan COVID-19 di pintu masuk antarabangsa bagi setiap pengembara yang tiba dari luar negara masih lagi dilaksanakan bagi mengenal pasti awal kes positif dan seterusnya untuk menentukan kehadiran variant of concern dari kalangan pengembara yang positif. Semoga dengan usaha ini, kemasukan varian baharu boleh dikenal pasti dengan segera dan tindakan kawalan yang efektif boleh dijalankan dengan pantas dan berkesan.
Yang Berhormat Paloh di dalam perbahasan beliau bertanyakan berkenaan dengan beberapa infrastruktur di Klinik Kesihatan Paloh. Jabatan Kesihatan Negeri sentiasa prihatin dengan keperluan pembinaan baharu dan naik taraf yang dilaksanakan secara berperingkat dan mengikut keutamaan pada setiap tahun melalui Rancangan Malaysia. Dan Kementerian Kesihatan juga turut merancang untuk menambah bilangan klinik kesihatan sedia ada berdasarkan penambahan peruntukan kerja klinik di kawasan penduduk yang padat. Untuk makluman Yang Berhormat Paloh, berkaitan kenyataan siling klinik dipenuhi dengan tahi kelawar dan beam di kawasan klinik mula merekah. Hasil pemeriksaan Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Penolong Jurutera Pejabat Kesihatan Kluang mendapati masalah keadaan tersebut tidak berlaku dan tiada sebarang aduan dilaporkan sepanjang tahun 2020 dan 2021.
Yang Berhormat Speaker, seterusnya isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Johor Jaya berkaitan dengan status perkembangan pembinaan Hospital Pasir Gudang. Kadar peratusan kemajuan fizikal sehingga 15 November 2021 adalah seperti berikut, sepatutnya mengikut jadual pembinaannya ialah 10.5% tetapi sekarang telah pun mencapai 16.2%, iaitu awal sebanyak 59 hari dan dijangka hospital ini akan siap dibina pada tahun November 2024.
Yang Berhormat Bentayan, Yang Berhormat Pekan Nanas dan Yang Berhormat Serom menyuarakan pandangan tentang penerimaan dos penggalak. Untuk makluman Yang Berhormat, dos penggalak merupakan dos yang diberikan kepada penerima vaksin dos primer yang lengkap. Pelaksanaan pemberian vaksin COVID-19 dos penggalak telah bermula pada 13 Oktober 2021 dengan menggunakan vaksin Comirnaty iaitu Pfizer. Pada masa kini, pemberian dos penggalak dilaksanakan bagi penerima vaksin Comirnaty sekurangnya-kurangnya 6 bulan dari tarikh akhir dos kedua dan tiga bulan dari tarikh akhir dos kedua bagi Sinovac. Pemberian dos penggalak ini diberi kepada anggota barisan hadapan, individu komirbid berumur 18 tahun ke atas dan juga kepada golongan yang berumur 40 tahun dan ke atas.
Pemberian dos penggalak dilakukan secara sukarela dan atas dasar tiada keperluan terdesak untuk memvaksinasi keseluruhan masyarakat serentak. Sebagaimana keperluan mencapai tahap imuniti kelompok semasa program vaksinasi primer. Secara umumnya, vaksinasi primer mendapat, dapat memberi perlindungan yang sepatutnya kepada mereka yang telah menerima dos lengkap daripada mendapat jangkitan COVID-19 yang serius termasuk mengurangkan risiko jangkitan. Keutamaan kepada golongan rentan dan berkomirbiditi digalakkan mengambil kira kemungkinan kurang keupayaan golongan tersebut mendapat perlindungan yang secukupnya daripada vaksinasi primer.
Pelaksanaan dos penggalak tidak boleh dilaksanakan dengan tergesa-gesa memandangkan logistik pengurusan vaksin yang sensitif dan memerlukan perancangan yang rapi. Selain dari itu, beberapa kekangan yang dihadapi dalam meningkatkan bilangan penerima ialah lebihi 70% penerima vaksin di negeri Johor telah menerima vaksin jenis Comirnaty di mana selang masa belum mencapai 6 bulan dari dos kedua. Maka penerima vaksin ini masih belum layak untuk menerima dos penggalak.
Pelaksanaan program dos penggalak berbeza sedikit dengan proses pelaksanaan dos primer di mana temu janji diberikan sepenuhnya oleh pihak swasta kepada orang awam. Pada peringkat awal, kadar penerimaan vaksinasi dos penggalak adalah rendah iaitu hampir separuh menolak untuk menerima dos penggalak tersebut. Walau bagaimanapun, semakan dari MySejahtera mendapati peratusan kehadiran untuk vaksinasi dos penggalak berbanding yang diberi temu janji di fasiliti swasta di negeri Johor pada minggu ini semakin bertambah berbanding pada peringkat awal. Yang Berhormat Puan Speaker, sehingga 23 November 2021 seramai 97,138 orang penduduk negeri Johor telah menerima dos penggalak.
Yang Berhormat Speaker, isu berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senai berkaitan dengan penambahan hospital di Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai. Untuk makluman Yang Berhormat, Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai adalah hospital berkonsep nukleus tanpa pakar. Mula dibina dalam tahun 1991 dengan menelan belanja sebanyak RM35.7 juta dan mula beroperasi pada 3 April 1995 dengan keupayaan katil sebanyak 93 buah sahaja. Hospital ini merupakan hospital yang memberi perkhidmatan tanpa pakar tetapi mendapat perkhidmatan kepakaran melalui konsep hospital kluster Johor Selatan di mana Hospital Sultanah Aminah sebagai lead hospital. Dengan pertambahan perkhidmatan kepakaran, beban kerja hospital ini telah bertambah dengan pantas. Perkhidmatan integrasi bagi semua kepakaran utama terutamanya penggunaan dewan bedah telah meningkatkan jumlah pesakit dalam serta kadar penggunaan katil di hospital ini semakin meningkat. Projek naik taraf blok tambahan hospital dengan kos sebanyak RM200 juta telah diangkat melalui Rolling Plan 3 dalam Rancangan Malaysia Ke-12 pada tahun ini. Ini menjadikan bilangan katil keseluruhan adalah 204 buah berserta 5 buah katil ICU dan 4 buah dewan bedah.
Projek naik taraf hospital ini akan menjadikan Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai kepada status hospital pakar minor dan menyediakan kemudahan rawatan pesakit yang lebih lengkap, cekap dan lebih sistematik. Dijangka dengan mengurangkan rujukan ke hospital berpakar dengan hospital ini dapat mengurangkan lebih kurang 3,000 pesakit setiap tahun.
Yang Berhormat Speaker, isu yang dibangkitkan berkaitan dengan alam sekitar pula. Pastinya apabila tiba masa musim masa hujung tahun, kita akan mendapat perubahan iklim kepada musim hujan yang mengakibatkan banjir. Menjadi tanggungjawab setiap Ahli-Ahli Yang Berhormat di kawasan masing-masing untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut. Perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Batu, isu banjir di Kampung Melayu Bukit Batu. Kampung Melayu Bukit Batu merupakan kawasan penempatan yang terletak bersebelahan dengan hulu Sungai Pontian Besar di mana sungai ini bermula hulunya di Hutan Simpan Layang-Layang, Kluang dan hilirnya di muara berhampiran Pontian Kechil. Kampung Melayu Bukit Batu merupakan antara kawasan yang kerap berlaku
banjir apabila hujan lebat kerana beberapa faktor seperti berikut, iaitu hujan lebat melebihi 100mm dalam tempoh satu hari di keseluruhan kawasan lembangan hulu Sungai Pontian Besar dan faktor air laut pasang di Pontian menyebabkan paras air sungai meningkat dan berlaku banjir.
Ketidaklancaran air di hulu Sungai Pontian Besar mengalir kerana terdapat struktur binaan konkrit kekal merentasi sungai berhampiran Kampung Melayu Bukit Batu menyebabkan berlakunya tahanan sedimen sekaligus mengurangkan jumlah kapasiti takungan air sungai. JPS Daerah Kulai telah membuat permohonan peruntukan untuk kerja-kerja naik taraf hulu Sungai Pontian dalam Rancangan Johor Lima Tahun 2022 bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan tersebut. Selain itu juga, JPS Daerah Kluang telah melaksanakan kerja-kerja penggalian hulu Sungai Pontian pada tahun 2020 dengan kos sebanyak RM165,240.00.
Pada 19 Ogos 2021, satu lawatan bersama di antara Pengarah JPS Negeri Johor dan Pengarah BAKAJ ke Loji Rawatan Air Bukit Batu yang berhampiran dengan kawasan banjir tersebut di atas. Pengarah BAKAJ memberikan komitmen untuk mengurangkan banjir di kawasan tersebut dengan, akan melaksanakan kerja-kerja penggalian berhampiran intake Loji Rawatan Air secara berkala mulai tahun 2022. Pihak BAKAJ juga akan membina pintu air di kawasan struktur tersebut bagi tujuan mempercepatkan penurunan air ketika berlaku hujan lebat di bahagian hulu.
Yang Berhormat Speaker, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjung Surat berkenaan penyelenggaraan parit. Untuk makluman Yang Berhormat, pelbagai bentuk pembangunan yang pesat yang dibangunkan di kawasan Tanjung Surat sejak pembangunan RAPID dilaksanakan menyebabkan isu-isu seperti ini sering kali terjadi. Walau bagaimanapun, kesan dari pembangunan ini jumlah air larian permukaan juga bertambah dan kebanyakan pembetung lama terutama di jalan raya utama, jalan kampung dan lintasan pembetung yang dibina oleh individu persendirian perlu dinaik taraf bagi melancarkan aliran air. JPS akan bekerjasama dengan memberi maklumat kepada agensi-agensi yang terlibat seperti pihak JKR, Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran Pengerang dan Pejabat Tanah Daerah bagi mengatasi masalah ini seterusnya mengurangkan risiko banjir di kawasan tersebut. Selain itu, JPS juga sentiasa menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan saliran bagi memastikan saliran di dalam kawasan Tanjung Surat berada dalam keadaan yang baik.
Yang Berhormat Speaker, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bentayan berkenaan dengan banjir kilat di daerah Muar. Pada asasnya masalah utama yang menyebabkan banjir kilat berlaku adalah berpunca daripada sebab-sebab seperti hujan lebat yang berterusan dan melebihi dari biasa, yang kedua ialah keadaan air pasang atau air laut semasa hujan lebat. Daerah Muar mempunyai 1,301.72 kilometer panjang parit yang perlu diselenggara. Bagi parit-parit utama dan parit konkrit di dalam kawasan bandar Muar, pihak JPS memang sentiasa mengadakan pembersihan secara berkala secara jabatan untuk memastikan parit dapat dibersihkan mengikut jadual yang ditetapkan dalam setiap tahun. Ia melibatkan Parit Tiram, Parit Sungai Abong, Parit Setongkat, Parit Mohd Derus, Parit Beting dan parit-parit utama yang lain.
Lazimnya JPS menguruskan banjir yang diakibatkan oleh limpahan sungai. Banjir yang berlaku di Kampung Bendahara, Kampung Saujana dan Taman Seri Pandan iaitu berkaitan dengan kawasan Johor Jaya didapati berpunca daripada sistem perparitan dalaman yang dilihat tidak lagi efektif. Penyelenggaraan perparitan dalaman adalah di luar bidang JPS, namun begitu pihak JPS akan berbincang dengan agensi-agensi yang berkaitan untuk memastikan isu ini dapat diselesaikan.
Begitu juga dengan isu yang dibangkitkan oleh Bentayan tadi. Pihak JPS telah pun memberi cadangan mereka kepada pihak yang berkaitan supaya tindakan diambil untuk mengurangkan berlakunya banjir khususnya di kawasan bandar Muar di mana Hospital Muar selalu menjadi antara kawasan yang dinaiki air.
Satu minit lagi.
Yang Berhormat Speaker, dah hilang dah mana. Yang Berhormat Speaker, isu yang dibangkitkan berkaitan dengan jalan raya di kawasan Senai – Kulai. Kawasan tersebut merupakan antara kawasan yang kerap dinaiki banjir apabila hujan lebat kerana sistem perparitan di Jalan Persekutuan FT01 tidak mampu menampung air hujan dan menyebabkan banjir kilat. Jalan Persekutuan FT01 tertakluk kepada pihak JKR, selain itu juga terdapat paip pembetung, culvert di bawah laluan trek keretapi KTM yang kecil berbanding parit monsoon di kawasan hulu yang bersaiz jauh lebih besar menyebabkan berlaku bottleneck dan menyebabkan banjir kilat. Pihak JPS Kulai melaksanakan kerja penyelenggaraan Sungai Senai sepanjang 3 kilometer yang terletak di Pekan Senai pada bulan April 2021 dengan kos sebanyak RM40,450.00.
Yang Berhormat Puan Speaker, akhir sekali saya juga ingin menyentuh satu perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permas, iaitu berkaitan dengan penubuhan Perbadanan Alam Sekitar. Sebagai agensi persekutuan, Jabatan Alam Sekitar menyokong segala dasar di peringkat negeri yang membawa kebaikan kepada alam sekitar dan kelestarian sungai di negeri ini. Secara umumnya jabatan alam sekitar akan bekerja sama dengan agensi-agensi teknikal di peringkat negeri seperti JPS, pihak PBT, pihak BAKAJ serta BPEN Johor bagi memberi input-input teknikal yang berkaitan supaya keadaan alam sekitar di negeri ini terpelihara secara optimum. Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar akan terus memainkan peranannya sebagai agensi penguat kuasa dengan menjalankan penguatkuasaan berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Yang Berhormat Puan Speaker, kesimpulan daripada ucapan jawapan dan cadangan yang telah saya utarakan, sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan kepada sesi sidang Dewan dan soalan dan perkara yang telah diutarakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Akhir sekali, selaku EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar, saya amat berbangga dengan jabatan-jabatan dan pasukan yang berada di bawah portfolio saya dalam keadaan pandemik Covid-19 yang tidak tahu penamatnya mereka bekerja keras tanpa mengenal penat lelah. Pengorbanan mereka saya hargai dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka semua serta agensi-agensi kerajaan atas kerjasama dan sokongan.
Kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh perkara-perkara yang berkaitan di bawah portfolio saya, saya telah cuba yang terbaik untuk memberikan semua jawapan kepada semua isu-isu yang dibangkitkan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat perkara-perkara yang terlepas pandang, tindakan susulan akan diambil oleh ketua-ketua jabatan.
Semoga segala yang tersimpul dapat dihuraikan, yang keruh dijernihkan, yang kurang ditambahkan. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya, jemput.
Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam makmur Johor. Terlebih dahulu saya dengan hormat dan penuh takzimnya patik merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Ta’zim Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021 bersamaan 29 Rabiulawal 1443 Hijrah, patik mendoakan semoga Duli Yang
Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dikurniakan kesihatan yang baik, dilanjutkan usia dan sentiasa dalam rahmat Allah. Daulat Tuanku.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya ingin juga mengucapkan jutaan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Hasni bin Mohammad di atas pembentangan Belanjawan Johor 2022 dengan tema Memperhebatkan Kesejahteraan Johor pada 18 November 2021 yang lalu. Saya yakin, belanjawan ini dapat menghasilkan sesuatu yang bermanfaat buat rakyat Johor khususnya dan hasrat kita untuk memperhebatkan kesejahteraan rakyat ini dapat dilaksanakan.
Yang Berhormat Puan Speaker, pendidikan memainkan peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti kerana pendidikan merupakan antara petunjuk terpenting dalam kualiti hidup manusia. Pendidikan mempunyai hubungan rapat dengan ilmu dan ilmu dikenal pasti sebagai faktor hasil. Pendidikan membantu individu membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunianya. Menikmati kemudahan yang ada, persekitarannya serta memahami diri sendiri. Dengan pendidikan, maka lahirlah para cerdik pandai. Hal ini secara langsung memperlihatkan perkaitan antara pendidikan dengan pembangunan sebuah negara. Dan, apabila lahirnya para cerdik pandai, maka segala pentadbiran dan pengurusan negara dapat diuruskan dengan baik dan para cerdik pandai inilah bakal menaikkan nama negara Malaysia dan Johor khususnya.
Dalam sidang Dewan penggal ini yang diselubungi oleh wabak pandemik Covid-19, banyak persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Dewan yang mengutarakan kebimbangan terhadap nasib pelajar-pelajar sekolah dan universiti terutamanya mereka-mereka yang menghadapi peperiksaan SPM dan STP. Saya secara peribadi mengakui kesannya dan sebagai seorang bapa, saya pun amat rasa kesan dan bahangnya. Walaupun pendidikan ini merupakan organisasi yang terletak di bawah tanggungjawab utama kepada kerajaan persekutuan, Kerajaan Negeri Johor sangat komited dalam menjayakan agenda pendidikan yang lestari berpandukan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Dalam mencapai falsafah pendidikan negara, Kerajaan Negeri Johor sangat komited dalam melestarikannya.
Dalam Belanjawan 2022, Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor akan menyediakan sejumlah peruntukan, bantuan pendidikan di bawah Agenda Johor Berkebajikan dan bantuan ini termasuklah pemberian wang tunai secara one off kepada para pelajar sekolah. Skim bantuan pendaftaran ke IPT kepada 1,500 mahasiswa IPT anak Johor bagi diploma dan ijazah sarjana muda. Seterusnya, pinjaman pelajaran kepada mahasiswa IPT khusus untuk keluarga B40. Biasiswa Sultan Ibrahim bagi para pelajar yang cemerlang dan seterusnya Biasiswa Kenangan Dato’ Onn untuk para pelajar sekolah. Biasiswa Sukan Atlet Johor dan akhir sekali Skim Bantuan Pendidikan Peringkat Sarjana.
Kerajaan negeri Johor juga akan memperkenalkan aplikasi web akses di bawah Agenda Johor Digital dengan peruntukan RM1.5 juta yang akan dilaksanakan oleh ECER bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan dalam kalangan pelajar tentang Revolusi Industri 4.0 dan inisiatif ini juga akan memberi manfaat kepada 3,000 pelajar di daerah Kota Tinggi, Segamat dan Mersing.
Yang Berhormat Pasir Raja ada menyatakan kebimbangan beliau tentang sekolah di kawasan beliau dan mungkin diketepikan dalam program ini kerana kawasan beliau terletak di sempadan antara Kota Tinggi dan Kulai. Dan, kebanyakannya adalah sekolah di kawasan pentadbiran FELDA dan oleh itu, saya akan mempertimbangkan kawasan Yang Berhormat Pasir Raja akan mendapat manfaat dalam program akses ini.
Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Parit Yaani ada mengutarakan isu berkenaan statistik dari segi daerah yang paling banyak dan daerah paling sedikit murid yang mengikuti sistem PDPR di negeri Johor. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh sektor pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, sehingga bulan September 2021,
sejumlah 593, 128 daripada 603,922 murid telah mengikuti PDPR iaitu 98.21% keseluruhannya. Hanya sekitar 1.7% sahaja pelajar yang tidak dapat mengikuti PDPR. Kalau kita ikut statistik bulanan, bulan Jun dulu nampak tinggi sikit iaitu 7.8%7 bagi negeri Johor dan bulan Julai turun lagi 5.66%, Ogos turun lagi 2.55% dan yang terbaru bulan September 1.79%. Untuk maklumat Ahli Dewan sekalian, Johor Bahru merupakan daerah yang paling ramai kecicirannya dengan 4.5% daripada jumlah keseluruhan murid tidak dapat mengikuti PDPR manakala daerah Kluang merupakan daerah yang paling sedikit dengan hanya 0.54% daripada jumlah keseluruhan tidak dapat mengikuti PDPR dan hasrat Yang Berhormat Parit Yaani, Batu Pahat saya ingin nyatakan diantara daerah yang terendah 0.64% sahaja.
Bagi mengatasi masalah ini, Jabatan Pendidikan Negeri Johor amat komited dalam memastikan para pelajar mengikuti sistem PDPR dengan mengambil beberapa inisiatif dan program yang telah dilaksanakan sebagai contoh, Program Kitakan Sahabat. Program Kitakan Sahabat ialah sebuah program murid-murid menjadi mata-mata untuk memujuk rakan-rakan sebaya hadir ke PDPR selain itu ada Program Mentor Menti dan seterusnya Kaunseling Kecil dan Bimbingan Pengurusan Masa.
Saya ingin menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semerah tentang status terkini projek naik taraf sekolah daif di SK Sri Makmur yang termasuk dalam projek sekolah daif yang dibentangkan dalam Bajet 2020. Jabatan Pendidikan Negeri Johor sentiasa prihatin dalam memastikan fasiliti yang disediakan di sekolah-sekolah negeri Johor dalam keadaan yang terbaik agar pelajar dapat belajar serta menikmati kemudahan dalam suasana yang kondusif dan selesa. Kerajaan persekutuan telah meluluskan permohonan Projek Daif Johor iaitu meroboh dan membina baru pra sekolah satu bilik darjah, blok B, 6 bilik darjah, SK Sri Makmur, Batu Pahat di bawah Rancangan Malaysia Yang Ke-11, Rolling Plan Ke-4 Tahun 2020. Projek ini telah diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya Malaysia sebagai agensi teknikal untuk dilaksanakan.
Pihak JKR Malaysia dengan kerjasama JKR Negeri Johor telah membuat lawatan tapak ke sekolah dan memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan JPN Johor bahawa skop projek yang diluluskan adalah tidak sama dengan keperluan sebenar di tapak. Dan hasil lawatan pihak JKR, mendapati bahawa tidak memerlukan perobohan dan pembinaan baru bagi bangunan yang dicadangkan. Memadai bangunan tersebut dikategorikan sebagai hanya kerja-kerja penyelenggaraan sahaja yang diperlukan.
Yang Berhormat Puan Speaker, sehubungan itu, bagi menyelesaikan isu penyelenggaraan di Sekolah Kebangsaan Sri Makmur, pihak JPN telah memohon dalam Program Khusus Penyelenggaraan Institusi Pendidikan pada tahun 2022 kepada pihak KPM. Dan, permohonan ini masih dalam pertimbangan dan kelulusan dan tertakluk kepada keutamaan dan kedudukan kewangan semasa kerajaan pusat.
Seterusnya, Yang Berhormat Pasir Raja telah mengutarakan kebimbangan beliau tentang Sekolah Kebangsaan Taman Sri Saujana yang perlu diselenggara. Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini, SK Sri Saujana telah menerima peruntukan sebanyak RM100,000.00 pada tahun 2021 untuk kerja-kerja penyelenggaraan tingkap dan lantai. Seterusnya, permohonan bagi kerja-kerja penyelenggaraan elektrik sebanyak RM100,000.00 telah dimasukkan dalam senarai permohonan peruntukan tahun 2022 untuk dilaksanakan oleh pihak JKR.
Seterusnya saya akan menjawab isu yang diutarakan oleh Yang Berhormat Johor Lama, Yang Berhormat Semerah, Yang Berhormat Bekok, Yang Berhormat Tangkak, Yang Berhormat Pasir Raja, Yang Berhormat Perling dan Yang Berhormat Parit Yaani, bagi mengatasi jurang liputan internet dan telekomunikasi dengan lebih efektif. Pelbagai program peringkat nasional telah diperkenalkan seperti MACP dan terkini telah dinamakan sebagai Pelan Jalinan Digital Negara yang akan menjadi platform penambahbaikan komunikasi digital negara.
Untuk makluman Ahli Yang berhormat, pandemik Covid-19 ini telah wujudkan kebergantungan kepada internet yang tinggi dalam kalangan rakyat terutamanya para pelajar sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar. Kerajaan melalui SKMM, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia telah mengambil beberapa inisiatif dalam menghasilkan sebuah rancangan yang dapat menangani isu akses kepada internet berkualiti bagi perkhidmatan tetap dan mudah alih termasuk pengajaran dan pembelajaran di rumah iaitu PdPR.
Pelan JENDELA yang dilaksanakan secara berperingkat dalam dua fasa kini sedang berlangsung bermula pada tahun 2020 hingga 2025 telah dibangunkan bagi mempercepatkan serta merancakkan pembangunan infrastruktur digital terutama di kawasan pinggir bandar dan luar bandar. Pelan JENDELA Fasa 1 yang bermula dari tahun 2020 hingga 2022 mensasarkan kadar liputan 4G mencecah 96.9% di kawasan berpenduduk di seluruh Malaysia menjelang tahun 2020. Purata kelajuan jalur lebar mudah alih ditingkatkan dari 25 Mbps kepada 35 Mbps. Selain itu, 7.5 juta premis dengan ketersediaan sambungan gentian optik akan disediakan dan penamatan rangkaian 3G secara berperingkat serta perancangan dan pelaksanaan penyediaan liputan 5G disasarkan untuk komersial. Dan bagi negeri Johor, Pelan JENDELA Fasa 1 mensasarkan pembinaan sebanyak 222 menara baharu dengan teknologi 4G dan jumlah tersebut sebanyak 90 menara telah disiap bina. Selain itu, Yang Berhormat Tuan Speaker, sejumlah 3,586 stesen pemancar telah di kenal pasti untuk di naik taraf kepada perkhidmatan 4G dan 3,205 daripadanya telah siap di naik taraf. Manakala, 185,333 premis telah siap sambungan dengan gentian optik daripada 413,494 premis yang dirancang.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya akan menerangkan isu yang dibawa oleh YB Perling tentang penembusan jalur lebar di negeri Johor. Daripada perbandingan setiap negeri, kadar penembusan jalur lebar mudah alih Johor 136% adalah ketiga tertinggi selepas Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Bagi kadar penembusan jalur lebar talian tetap pula, Johor 37.4% berada di ranking ketujuh di bawah Melaka dan Negeri Sembilan. Bagi kadar purata kelajuan Internet yang dikeluarkan oleh Data UCLA, data tersebut boleh digunakan sebagai rujukan. Namun, ia tidak menggambarkan keupayaan sebenar talian internet di Malaysia kerana data daripada UCLA adalah data Cloud Source daripada pengguna peralatan telekomunikasi device user dan bukan dari stesen pemancar. Data kelajuannya diperolehi adalah tertakluk kepada keupayaan device dengan izin tersebut dan juga pakej yang dilanggani oleh pengguna. Sebagai contoh, sekiranya pengguna menggunakan peralatan yang tidak menyokong rangkaian 4G atau tidak menyokong teknologi terkini dan melanggan pakej yang mempunyai speed cap maka data yang diperolehi oleh UCLA daripada peralatan telekomunikasi pengguna tersebut akan menunjukkan kelajuan liputan yang rendah. Sedangkan kawasan tersebut mempunyai rangkaian 4G dengan backhole gentian optik yang mampu menyediakan liputan internet melebihi 50 Mbps pada setiap masa.
Pihak kerajaan juga sedia maklum dan memahami permasalahan dan keperluan talian internet yang mendesak oleh rakyat terutamanya di musim pandemik ini. Justeru, adalah menjadi hasrat pihak kerajaan untuk mempercepatkan tindakan penambahbaikan liputan di seluruh negara. Sasaran kerajaan adalah meningkatkan liputan 4G di seluruh Semenanjung kepada 98.1% menjelang 2020 dalam 2 tahun pertama pelaksanaan JENDELA. Namun yang sedemikian, di mana perlu pihak kerajaan sentiasa berusaha untuk memberi keutamaan perlaksanaan dari tempoh sasaran asal yang telah ditetapkan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, perlu juga diambil maklum JENDELA adalah pelan tindakan selama 5 tahun yang dilaksanakan secara berperingkat yang bermula pada tahun 2020. Oleh yang sedemikian, akan ada kawasan yang akan di naik taraf liputan pada tahun pertama perlaksanaan JENDELA dan ada juga, ada kawasan yang hanya akan mula di naik taraf pada tahun keempat, kelima perlaksanaan JENDELA. Walaupun telah ada perancangan dan peruntukan, namun terdapat faktor-faktor kekangan yang perlu
diselesaikan serta ditangani dalam menjayakan hasrat ini. Namun yang demikian, usaha giat sentiasa dan sedang dilakukan untuk menangani isu penambahbaikan yang pada waktu ini menjadi agenda utama kerajaan dan SKMM di seluruh negara. Perlaksanaan JENDELA bukan sahaja tertumpu pada pembangunan infrastruktur sahaja namun harga pakej internet turut diberi perhatian sebagaimana yang telah dilaksanakan sebelum ini melalui NFCP yang mensasarkan pakej permulaan jalur lebar, talian tetap pada kadar 1% daripada Gross National Income (GNI).
Yang Berhormat Puan Speaker, selain itu pada tahun 2017 kerajaan turut mengumumkan kadar langganan jalur lebar digandakan dengan harga yang sama dan pada tahun berikutnya kelajuan digandakan lagi tapi harga diturunkan sebanyak 50%. SKMM juga telah mengeluarkan commission determination on mandatory standard of access pricing bagi mengawal harga borong untuk perkhidmatan high speed broadband yang akhirnya menyaksikan pengurangan harga runcit untuk pakej jalur lebar kelajuan tinggi gentian optik. Perlaksanaan 5G melalui satu entiti tunggal, Digital National Berhad turut merupakan salah satu usaha kerajaan untuk memastikan pakej langganan internet dapat dikurangkan dengan mengurangkan kos pembangunan infrastruktur dan kos binaan-binaan spektrum. Selain harga pakej, jalur lebar adalah berkait rapat dengan kos penggunaan infrastruktur.
Pada 16 November yang lepas, saya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Telekom Malaysia telah mengadakan satu sesi taklimat dan townhall terbuka kepada semua ADUN Negeri Johor tidak kira kerajaan mahu pun pembangkang juga dijemput bagi mengikuti penerangan dan mengadakan sesi soal jawab tentang liputan Internet dan telekomunikasi di seluruh negeri Johor. Pada majlis ini, beberapa ADUN juga telah mengambil bahagian untuk bertanya secara terus dan memaklumkan tentang permasalahan internet di kawasan mereka masing-masing.
Yang Berhormat Puan Speaker, YB Johor Lama ada mengutarakan permasalahan liputan internet di FELDA Lok Heng, Kota Tinggi. Untuk makluman Yang Berhormat Johor Lama, di bawah JENDELA Fasa 1, sebuah menara sedang dalam perlaksanaan untuk dibina di FELDA Lok Heng dan sebuah lagi menara akan dibina berhampiran laluan masuk ke FELDA Lok Heng di Jalan Bukit Aping, Kangkar Papan. Stesen pemancar sedia juga akan di naik taraf kepada perkhidmatan 4G. Selain itu, talian tetap di FELDA Lok Heng juga sedang di naik taraf daripada talian tembaga kepada talian gentian optik oleh pihak Telekom Malaysia. Yang Berhormat Johor Lama ada?
Di bawah JENDELA Fasa 1 juga terdapat 2 buah menara baharu yang juga sedang dalam proses untuk dibina di kawasan penempatan sekitar Sungai Johor seperti di Kampung Pasak dan juga Kampung Panchor yang dijangka siap sebelum berakhirnya JENDELA Fasa 1. Selain itu stesen pemancar sedia ada sedang di naik taraf kepada rangkaian 4G seperti di Kampung Tanjung Buai,Teluk Sengat dan Kampung Sungai Sembilang.
Yang Berhormat Puan Speaker, seterusnya saya akan menjawab isu dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semerah berkenaan liputan internet di Semerah dan daerah Batu Pahat. Bagi status pelaksanaan JENDELA Fasa 1 di DUN Semerah sehingga Oktober 2021, sebanyak 41 stesen pemancar yang dirancang untuk di naik taraf di DUN Semerah telah siap di naik taraf kepada rangkaian 4G dan 1,854 premis daripada 3,047 premis yang dirancang telah siap disambungkan dengan talian tetap gentian optik berkelajuan tinggi. Antara lokasi-lokasi yang telah siap di naik taraf kepada rangkaian 4G adalah di Kampung Parit Muhammad, Kampung Sarang Buaya Darat, Kampung Parit Lubuk Darat, Taman Industri Sri Sulong, SK Seri Jaya Sepakat, Kampung Parit Kuda, Kampung Parit Gantung, Peserai, Bagan Lama dan boleh dikatakan hampir semua stesen pemancar sedia ada di dalam DUN Semerah telah pun siap di naik taraf ke rangkaian 4G. Walau bagaimanapun masih terdapat kawasan-kawasan di dalam DUN Semerah yang masih belum mempunyai liputan yang sempurna seperti di Parit Puasa, Kampung Parit Lubuk Utara, Kampung Separap, Kampung Batu Putih, Parit Besar Darat dan sekitarnya Kampung Semerah Darat yang mana pembinaan menara baharu diperlukan untuk menambah baik liputan di kawasan
tersebut. Usaha-usaha menaik taraf serta memperluaskan infrastruktur digital sedang giat dijalankan melalui JENDELA dan melibatkan kos hampir RM3 bilion untuk negeri Johor yang merupakan pelaburan bersama di antara kerajaan persekutuan dan pihak syarikat telekomunikasi.
Bagi mempercepatkan pembangunan infrastruktur digital, pelaburan kewangan sahaja adalah tidak mencukupi. Oleh sebab itu JENDELA telah menyentuh dasar berkaitan telekomunikasi untuk diperkasakan di peringkat negeri seperti perlaksanaan...
Yang Berhormat duduk, azan.
(Berhenti sebentar kerana memberi laluan laungan azan).
Yang Berhormat Puan Speaker, bagi mempercepatkan pembangunan infrastruktur digital, pelaburan kewangan sahaja adalah tidak mencukupi. Oleh sebab itu, JENDELA turut menyentuh dasar berkaitan telekomunikasi untuk diperkasakan di peringkat negeri seperti perlaksanaan garis panduan perancangan infrastruktur komunikasi, pelaksanaan dasar perkhidmatan komunikasi sebagai utiliti awam serta menyelaraskan prosedur permohonan pemajuan menara dan struktur komunikasi. Kejayaan perlaksanaan JENDELA turut bergantung kepada kerjasama semua pihak termasuklah kerajaan pusat, kerajaan negeri, barisan EXCO dan juga ADUN-ADUN tak kiralah ADUN kerajaan ataupun pembangkang dan rakyat untuk memberi maklum balas yang benar tentang liputan kawasan masing-masing.
Dalam proses untuk menjayakan Agenda Johor Digital, Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga dalam pembentangan beliau memperkenalkan satu inisiatif yang dinamakan Johor Pay yang diperuntukkan RM500,000.00. Bagi menjawab isu perbahasan yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Skudai, Yang Berhormat Perling, Yang Berhormat Tangkak, saya akan menjelaskan serba sedikit tentang Johor Pay. Dahulunya Portal Johor Online Payment (JOP) telah dibangunkan pada tahun 2009 selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan saluran pembayaran secara dalam talian kepada rakyat negeri Johor. Pada tahun 2020, pandemik COVID-19 telah melanda dunia dan negara dan telah menyebabkan semua perkhidmatan dan urusan kaunter yang disediakan oleh kerajaan terpaksa ditutup. Ianya sekaligus menjadikan JOP sebagai saluran pilihan utama untuk melaksanakan transaksi pembayaran bagi perkhidmatan kerajaan. Portal JOP yang berusia 11 tahun ini diselenggara oleh ICT Johor, tidak pernah melalui proses naik taraf sebelum ini. Teknologi ini juga telah usang dan terdedah kepada serangan siber yang banyak berlaku pada masa ini. bagi mengatasi isu dan cabaran tersebut, kerajaan negeri Johor telah mewujudkan Portal Johor Pay bagi menggantikan Portal JOP yang akan ditutup sepenuhnya menjelang 31 Disember tahun ini. Hanya portal Johor Pay akan digunakan sebagai platform utama bersepadu pembayaran bagi kerajaan negeri Johor.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Johor Pay merupakan satu platform baharu yang dibangunkan menggunakan teknologi terkini dan ciri keselamatan yang diperketatkan. Johor Pay juga dibangunkan bagi kegunaan pelbagai platform digital merangkumi portal aplikasi mudah alih. Untuk kemudahan rakyat payment gateway yang diguna pakai menyediakan lebih banyak pilihan pembayaran kepada rakyat termasuk FPX, kad kredit, american express dan ewallet. Johor Pay juga dibangunkan dengan ciri-ciri keselamatan, pengesahan identiti pengguna dengan integrasi bersama Jabatan Pendaftaran Negara dan penggunaan TAC serta pengukuhan keselamatan dilaksanakan oleh Cyber Security Malaysia, satu agensi kerajaan yang mengeluarkan pensijilan keselamatan ICT. Ianya juga mesra pengguna dan ciri-ciri add to cart seperti aplikasi pembelian. Johor Pay juga dibangunkan dengan mengambil kira semua ciri-ciri integrasi di sistem kewangan agensi dan pengeluar resit secara maya nyata kepada pengguna.
Bagi memartabatkan warisan budaya negeri Johor yang kaya dari segi sejarah peradaban termasuk seni dan budaya, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah merasmikan sebuah Pelan Induk Johor sempena Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa 2020 hingga 2024 pada 8 Oktober 2020 di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar. Pelan Induk ini juga lima tahun ini mengandungi 9 teras tertinggi dan empat teras tertinggi asas iaitu Institusi Islam dan Kesultanan Melayu Johor, Kepimpinan Melayu Johor, Warisan Budaya Johor dan Bahasa Dan Persuratan Melayu. Pada tahun 2022, kerajaan negeri Johor akan melaksanakan beberapa program warisan seni dan budaya, antaranya ialah Perintis Seni Johor Khusus dan latihan seni visual dan seni khat, seterusnya Anugerah Sastera Johor, Sajian warisan Johor, Bicara Wara Lestari Legasi Layar Warsa Gemilang Yayasan Warisan Johor, Festival Kebudayaan Negeri Johor, pengisian muzium secara pendigitalan dan maya, Program Seni Semarak Budaya, Program Permainan Tradisional.
Sebelum saya mengakhiri penggulungan saya, saya ingin menyampaikan serangkap pantun Yang Berhormat, boleh ya. Orang teknikal ini kena belajar pantun, nak jaga seni dan budaya, kalau salah, minta maaf.
Ditahal kalam disudahkan hormat, syukur dan rahim hariku rahmat, selawat dan salam Nabi Muhammad, kalau tidak bubar, jumpa bulan Mac. Kepada Allah saya berserah. Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Jumpa bulan Mac. Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri, Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, jemput.
Bismillahirahmannirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Puan Speaker, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim pada 22 November 2021, patik dan seluruh warga Semarang merafak sembah dengan ucapan menjunjung setinggi-tinggi kasih dan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Semoga Allah SWT menganugerahkan keafiatan untuk terus bersemayam di atas singgahsana takhta kerajaan Johor Darul Takzim. Semoga negeri Johor Darul Takzim akan terus makmur dan diberkati Allah di bawah naungan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Yang Berhormat Puan Speaker, Semarang mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kesempatan yang diberikan, untuk melibatkan, untuk terlibat dalam perbahasan atas rundingan bacaan kali kedua bagi Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021 ini. Saya juga mengambil kesempatan lebih awal merakamkan jutaan terima kasih serta ke penghargaan kepada seluruh sahabat Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri yang telah menyentuh, memberi pandangan serta cadangan sama ada secara langsung atau pun tidak langsung tentang perkara-perkara yang berkaitan di bawah portfolio Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor sepanjang perbahasan ini.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya dapat merasakan dan menghayati bahawa rata-rata Ahli-Ahli Yang Berhormat bersetuju dan memahami tentang penekanan kerajaan negeri terhadap agenda jaminan bekalan makanan negeri Johor, dan relevannya kerajaan menjadikan agenda tersebut sebagai salah satu impetus utama ekonomi baru. Ini adalah manifestasi akan kesedaran dan pengiktirafan kerajaan negeri terhadap peranan dan sumbangan dalam memperkukuh ekonomi pada masa kini. Ianya berdasarkan kepada potensi sedia ada dan prestasi yang ditunjukkan oleh sektor ini serta peluang untuk memenuhi permintaan domestik dan luar negara dan iltizam politik ini di harap akan menjadi catalist dalam menjayakan sektor ini pada masa hadapan.
Yang Berhormat Puan Speaker, menyentuh perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penawar, para pengusaha tani seharusnya menggunakan sepenuhnya fasiliti yang disediakan oleh agensi-agensi yang berkaitan sektor pertanian, sama ada Jabatan
Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar mahupun Jabatan Perikanan dan pelbagai lagi jabatan atau agensi di bawah sektor pertanian. Segalanya dimulakan dengan mewujudkan hubungan antara dua pihak. Ini bermakna inisiatif harus dimulakan dengan membuat hubungan antara mereka dan mengambil maklum tentang fasiliti yang disediakan oleh kerajaan yang bersesuaian dengan keperluan mereka. Kerajaan tidak menafikan Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor yang merangkumi 29 Pertubuhan Peladang Kawasan ini mempunyai 106,654 ahli yang terdiri daripada penternak, petani, penternak dan nelayan adalah satu entiti yang amat penting untuk dilibatkan dalam membangunkan sektor pertanian dalam negeri. Dengan sifat pertubuhan ini yang dianggotai oleh pengusaha tani yang teramai, ianya dijadikan salah satu pasaran penting dalam memajukan sektor pertanian di negeri ini. Dengan kekuatan sebanyak 28 pusat pengumpulan hasil pertanian atau PPHP dan 775 pengusaha ladang kontrak agro makanan di bawahnya, ianya akan terus diperkasakan.
Untuk tahun 2021, kerajaan negeri telah memperkasakan dua PPHP dan untuk tahun 2022, kerajaan bercadang untuk memajukan lagi lima PPHP di seluruh negeri Johor. Bantuan terhadap PPHP ini adalah untuk memperkasa peranan mereka dalam pemasaran hasil-hasil pertanian para peladang, para petani di kawasan-kawasan mereka. Berhubung dengan KEJORA, sukacita saya ingin maklumkan bahawa terdapat 105 pengusaha yang mengusahakan 123 plot dengan keluasan 4,534.977 ekar dan kini pihak KEJORA sedang secara aktif menganalisa prestasi aktiviti-aktiviti petani-petani yang terlibat serta memastikan syarat guna tanah yang ditetapkan dipatuhi bagi kebaikan industri agro makanan.
Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Naning, berkenaan isu kenaikan harga input pertanian. Pihak Kementerian MAFI dan KPDNHEP telah menubuhkan jawatankuasa bersama berkenaan isu kenaikan harga baja dan racun sebagai usaha bersepadu untuk meneliti cadangan, tindakan dan kaedah penyelesaian serta langkah-langkah lain dalam membantu petani dan pengusaha kecil yang berhadapan dengan isu kenaikan harga baja dan racun secara mendadak. Baja dan racun makhluk perosak merupakan input pertanian dan komponen penting dalam pengeluaran hasil tanaman yang berkualiti dan selamat di makan oleh penduduk Malaysia. Kebanyakan baja dan racun yang digunakan oleh petani dihasilkan daripada bahan mentah yang di import dari luar negara seperti unsur nitrogen, prosfat dan kalium ataupun potasium.
Berdasarkan perbincangan dan sesi libat urus yang diadakan oleh pihak berkepentingan dalam pemain dan pemain industri, antara punca yang telah dikenal pasti berhubung isu ini adalah perubahan polisi daripada negara pengeksport. Kenaikan kos bahan mentah, gangguan logistik serta spekulasi pasaran. Apabila bekalan baja dan racun berkurangan di pasaran dengan permintaan sentiasa berterusan daripada petani, maka peningkatan harga berlaku di sepanjang rantaian pembekalan produk tersebut. Beberapa cadangan penyelesaian, penyelesaian telah dikenal pasti dan diangkat oleh MAFI dan KPDNHEP secara bersama dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 November 2021 yang lalu, supaya isu ini dapat ditangani secara menyeluruh dan holistik di samping membantu golongan yang terjejas.
Persepsi mengenai harga input semakin mahal sementara hasil tani tetap rendah adalah dirasakan tidak tepat kerana inilah jawapan kepada rungutan mengenai harga komoditi pertanian yang semakin meningkat. Berdasarkan kepada konsep pertanian sebagai perniagaan, kos input banyak mempengaruhi harga pengeluaran dan sekadar untuk makluman, kos input bukan sekadar baja dan racun semata-mata, malahan ianya merangkumi kos buruh, pengangkutan dan termasuk juga perubahan cuaca serta serangan penyakit untuk menyumbang kepada perkara ini. Justeru kerajaan terus menggalakkan para petani untuk mempelbagaikan alternatif penggunaan baja organik serta inovasi dan teknologi dalam cara dan teknik pengurusan tanaman seperti penggunaan mekanisasi dan penggunaan cara fertigasi ataupun hidroponik, lebih penting daripada itu, pengusaha tani adalah terus digalakkan untuk berusaha ke arah peningkatan hasil dengan apa cara sekali pun dan ini akan membolehkan pengusaha mengurangkan kos pengeluaran. Kenaikan
harga produk pertanian juga adalah disebabkan oleh kemajuan dalam pelbagai produk hiliran dan nilai tambah daripada hasil tanaman. Tidak semua hasil tanaman dari ladang terus dipasarkan kepada pengguna akhir, pengguna akhir dan ini semuanya secara tidak langsung akan memperluaskan pasaran hasil pertanian dan meningkatkan pendapatan pengusaha pertanian.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya merasa bangga apabila Yang Berhormat Tangkak menyentuh soal pencapaian KPI khususnya tentang agenda Johor Tani. Sebenarnya perkara ini dapat disentuh adalah kerana ketelusan pihak kerajaan untuk mendedahkan prestasi atau pun pencapaian perbelanjaan dalam sektor ini.
Untuk makluman Yang Berhormat Tangkak, di bawah Belanjawan Johor 2021, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM51 juta bagi pembangunan sektor pertanian dan industri asas tani menerusi agenda Johor Tani. Terdapat 16 inisiatif utama merangkumi 46 program pelaksanaan yang menjadi titik fokus dan pemantauan oleh pihak kerajaan. Ianya meliputi program-program pembangunan pertanian, sub-sektor tanaman, perikanan, penternakan dan industri makanan ataupun IAT. Daripada jumlah tersebut, 20 program adalah program merupakan program di bawah peruntukan PENJANA iaitu sebanyak RM34.56 juta, yang mana tempoh pelaksanaannya adalah untuk dua tahun iaitu 2021 dan tahun 2022.
Untuk makluman Dewan, waran dana peruntukan PENJANA ini mula disalurkan kepada semua jabatan yang terlibat adalah pada tarikh 1 Ogos 2021. Walaupun proses pengenalpastian dan penilaian peserta yang disasarkan telah dilakukan dan telah mendapat kelulusan oleh Jawatankuasa Sekuriti Makanan Negeri Johor pada peringkat awalnya, perbelanjaan peruntukan tersebut perlu diuruskan mengikut tatacara kewangan dan SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan negeri dan Kementerian Kewangan Malaysia. Bagi penurunan waran peruntukan tersebut, jabatan perlu membuat tabung akaun amanah pertanian dan industri makanan khasnya. Bagi jabatan dan bagi agensi pula, perlu mendapat kelulusan daripada pihak di peringkat ibu pejabat. Perkara ini sedikit sebanyak telah menyebabkan sedikit kelewatan bagi mematuhi semua SOP dan prosedur kewangan dan tatacara perbelanjaan tersebut.
Semua perlaksanaan program akan di pantau dan pelaporan juga perlu di hantar kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia pada setiap bulan. Justeru itu, setiap perkembangan dan prestasi pelaksanaan semua program-program ini akan diteliti dan diaudit oleh pihak bahagian perancangan ekonomi negeri Johor ataupun BPENJ. Walau bagaimanapun, dengan kesungguhan dan komitmen setiap jabatan dan agensi pelaksana, unjuran perbelanjaan pada tarikh, pada akhir tahun 2021 bagi peruntukan penjana ini adalah sebanyak RM14 juta ataupun 41%, berbanding jumlah keseluruhan RM34.56 juta.
Pada hemat saya, ianya merupakan satu perkembangan yang baik kerana hanya bersasar, berdasarkan 4 bulan sahaja, semua agensi dapat membelanjakan peruntukan sebanyak 41% dan ianya akan diteruskan usaha dan dinilai prestasinya daripada semasa ke semasa sepanjang tahun 2022.
Yang Berhormat Puan Speaker, berkenaan dengan isu penternakan unggas, kerajaan negeri Johor mengambil maklum akan sumbangan industri sektor ini sehingga menjadikan negeri Johor sebagai pengeluar utama ayam dan telur dalam negara.
Untuk makluman Yang Berhormat Tangkak dan Dewan yang mulia ini, isu ini adalah merupakan isu yang tertangguh. Perkara ini adalah berhubung kait dengan pelaksanaan PKTA ataupun Permit Khas Ternakan Ayam yang diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan ataupun MMK Bilangan 878/2019 untuk pelaksanaan dan garis panduan pembinaan reban tertutup yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Saya sendiri telah berjumpa dengan pihak Persatuan Penternak Unggas Kecil Dan Sederhana Negeri Johor dan mengambil maklum akan keresahan mereka mengenai cadangan pelaksanaan tersebut. Pada masa yang sama, pihak kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri
Johor telah mengadakan sesi bengkel dan perbincangan bagi memudah cara proses permohonan PKTA dengan melibatkan pelbagai jabatan dan agensi yang lain yang berkenaan pada 21 hingga 22 September 2020.
Selain daripada itu, sesi libat urus bersama PBT-PBT negeri bersama Majlis Tindakan Sara Hidup Negara ataupun NACCOL dengan Kementerian KPDNHEP dan JPV di peringkat persekutuan telah diadakan persetujuan untuk membincangkan tentang isu ternakan ayam dan kos ternakan dalam peraturan di bawah PBT pada 25 Oktober 2021. Insya-Allah dengan izin Allah, dalam waktu ke hadapan ini pihak Jabatan Veterinar Negeri Johor akan mengadakan Bengkel Justifikasi Enakmen Penternakan Unggas Baru dan Penyelarasan Ke Arah Sistem Reban Tertutup. Ianya bertujuan untuk menambah baik enakmen dan garis panduan sedia ada iaitu Enakmen Kawalan Pelesenan Ladang Unggas Tahun 1997.
Yang Berhormat Puan Speaker, sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam ucapan Belanjawan Johor 2022, pada 18 November 2021 yang lalu, kerajaan negeri telah mengecualikan pembayaran lesen unggas bagi tahun 2022 untuk pengusaha seramai 707 pengusaha ladang unggas dengan nilai pengecualian sebanyak RM311,750.00. Ianya adalah sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap industri ini.
Yang Berhormat Puan Speaker, berkaitan tanah terbiar yang dibangkitkan oleh pihak Yang Berhormat Tiram. Menurut Jabatan Pertanian, tanah terbiar bermaksud adalah tanah darat atau tanah sawah yang berkeluasan minimum 0.4 hektar ke atas sama ada bersambungan atau bertaburan yang merupakan tanah milik yang tidak diusahakan selama 3 tahun berturut-turut. Faktor yang menyebabkan kewujudan tanah terbiar adalah pelbagai. Ianya mungkin disebabkan isu pemilikan tanah, kekurangan infrastruktur, ketiadaan dana, kesesuaian tanaman, faktor-faktor komersil dan sebagainya. Untuk mengusahakan tanah ini bakal pengusaha pertama perlu mendapatkan kebenaran daripada tuan tanah dan harus dimaklumi bahawa tidak semua tanah terbiar adalah milik kerajaan. Sekalipun ia milik kerajaan, ia harus dikenal pasti agensi-agensi yang bertanggungjawab di atas tanah-tanah yang terlibat. Harus dimaklumi juga, bidang pertanian bukanlah bidang terakhir untuk seseorang setelah semua bidang tidak berjaya dikuasai oleh mereka. Kerajaan memang menggalakkan pengusahaan tanah-tanah terbiar namun, ia mesti diusahakan oleh mereka yang mempunyai minat yang mendalam dan berkemampuan dari segi modal dan usaha untuk melakukannya.
Untuk usaha ini kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM200,000.00 pada tahun ini bagi inisiatif pembangunan tanah terbiar.
Yang Berhormat Puan Speaker, cadangan mewujudkan projek pusat pengumpulan pemprosesan dan pembungkusan CPPC adalah selari dengan pelaksanaan Dasar Agro Makanan Negeri Johor ataupun DANJO. Ia adalah dalam usaha untuk memperkasa aktiviti ekonomi di sepanjang rantaian nilai tani. Setelah usaha penggalakan pemberian insentif dan fasiliti kepada para petani, penternak, nelayan dan usaha juga dalam memperkasa aktiviti tambah nilai dan industri asas tani kerajaan kini melangkah kepada aspek pemasaran dan pengedaran. Maka dengan itu, projek CPPC ini diinisiatifkan. Insya-Allah, hasrat Yang Berhormat Parit Yaani agar ianya dijalankan dengan baik dan menyeluruh akan dititikberatkan. Ianya juga adalah tidak lain dan tidak bukan untuk memastikan dan mewujudkan pasaran tetap dan pasaran yang lebih meluas kepada sektor pertanian dan juga untuk menambah nilai hasil keluaran mereka. Ini sudah pasti sekali gus akan mengurangkan risiko hasil tanaman tanpa pasaran yang tidak stabil di masa hadapan.
Untuk makluman, kerajaan akan memastikan syarikat peneraju adalah pemain industri yang berpengalaman, berkemampuan dan yang lebih penting mempunyai jaringan pasaran sedia ada sama ada tempatan mahupun di luar negara.
Yang Berhormat Puan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Parit Yaani juga seramai 89,909 orang petani telah didaftarkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Johor melalui Sistem Agris GeoPortal. Pecahannya mengikut daerah adalah seperti berikut: Batu Pahat 12,577, Muar 12,713, Kota Tinggi 9,331, Tangkak 10,571, Kluang 7,431, Mersing 7,371, Johor Bahru 6,657, Pontian 8,752, Segamat 9,190 dan Kulai 5,326.
Berkenaan dengan Industri Tenusu dalam Negeri Johor, cadangan pembangunan projek Jemaluang Dairy Valley adalah satu lonjakan kepada industri ini di Negeri Johor. Projek kerajaan negeri dengan kerjasama pihak ECERDC ini, diharap akan menambah 10% lagi penghasilan susu negara mulai tahun 2023. Kerajaan negeri yakin ECERDC akan mengguna pakai pengalaman dan model kejayaan perniagaan yang sama di Cattle Research And Innovation Centre (CIRC) di Muadzam Shah yang diusahakan oleh Syarikat Farm Fresh, insya-Allah projek ini akan merangkumi aktiviti industri huluan dan hiliran produk tenusu yang dihasilkan. Projek ini juga insya-Allah akan memberi peluang dan manfaat kepada sekurang-kurangnya 20 pengusaha ladang satelit di seluruh negeri Johor.
Untuk makluman juga, berdasarkan rekod terdapat 171 orang pengusaha lembu tenusu sedia ada di negeri Johor. Pada waktu ini, dan pada tahun ini dan tahun 2022 kerajaan negeri melalui PENJANA memperuntukkan peruntukan sebanyak RM1 juta dalam usaha melonjakkan lagi perusahaan industri tenusu dalam negeri ini dan ianya dapat memberi manfaat insya-Allah kepada lebih 149 orang pengusaha.
Yang Berhormat Puan Speaker, berkenaan industri ikan kelah dalam negeri Johor. Sukacita saya ingin maklumkan bahawa Industri Aqua Culture ini adalah satu industri yang bernilai tinggi tetapi amat kompleks. Sukacita saya nyatakan negeri Johor adalah pengeluar ikan kelah yang utama dalam negara pada masa ini. Walaupun bilangannya yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan hanyalah 4 pengusaha sahaja. Perusahaan penternakan ikan kelah memerlukan sistem ternakan dan pengurusan yang rapi dan rumit. Terutama faktor air dan makanan. Ia memerlukan diet untuk nutrisi yang diperlukan untuk hidup dengan sihat bagi mengekalkan tekstur dan rasa ikan kelah ataupun flavour ikan kelah yang setanding dengan ikan liar. Diet yang khusus perlu di formulasi untuk mencapai matlamat tersebut.
Yang Berhormat Puan Speaker, kerajaan negeri akan memberi tumpuan kepada pembangunan semua aktiviti dalam rantaian nilai perusahaan ikan kelah ini. Dan ia memerlukan pengusaha yang pengalaman, berpengetahuan dalam pelaksanaan teknik penyediaan makanan dan pengurusan di semua peringkat proses pembiakan, penumbesaran dan pemasaran. Harapan kerajaan adalah untuk melihat industri yang bernilai tinggi ini akan terus berjaya dan berkembang maju berdasarkan permintaan yang semakin bertambah.
Yang Berhormat Puan Speaker, berkenaan perkara yang dibawa oleh Yang Berhormat Pulai Sebatan, sebagaimana yang disarankan Pulai Sebatang, sebagaimana yang disarankan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) konsep jaminan makanan ini terbahagi kepada 4 komponen.
1. Ketersediaan makanan 2. Akses makanan 3. Penggunaan makanan 4. Kestabilan bekalan makanan.
Bagi merujuk kepada semua komponen yang disarankan ini jelaslah bahawa jaminan bekalan makanan atau food security dalam sebuah komuniti dan negara adalah penting agar setiap lapisan masyarakat memperoleh makanan asas yang berkhasiat tanpa perlu berharap pada masalah kekurangan makanan atau terpaksa membayar dengan harga yang melampau. Dalam pada memastikan jaminan bekalan makanan tersebut kerajaan tidak terlepas pandang untuk memastikan taraf sosioekonomi pengusaha agro makanan atau petani, penternak dan nelayan akan bertambah baik daripada masa ke semasa melalui
pendapatan yang berterusan dan meningkat daripada masa ke semasa juga. Sesungguhnya dalam jaminan bekalan makanan petani, penternak dan nelayan adalah hero negara.
Yang Berhormat Puan Speaker, berhubung dengan Projek Pertanian Moden Ayer Hitam yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Mahkota, jumlah keluasan tanah projek pertanian ini adalah 9,200 ekar. Yang merangkumi seliaan projek pertanian moden seluas 7,500 ekar, Pusat Pertanian Moden Ayer Hitam seliaan Jabatan Pertanian Johor 200 ekar, Pusat Ternakan Haiwan Dan Institut Veterinar Malaysia seliaan Jabatan Veterinar seluas 1,500 ekar, ianya juga melibatkan 3 pengusaha melalui 33 pajakan dan 11 sewaan tanah. Untuk makluman, projek pertanian moden ini adalah di bawah seliaan bahagian pemodenan pertanian DPP Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan ataupun MAFI.
Sesungguhnya, kerajaan negeri amat memaklumi tentang perkembangan Projek Pertanian Moden Ayer Hitam ini dan berharap pihak kementerian untuk mengambil inisiatif yang positif untuk mengoptimumkan pengusahaan plot-plot, dan seterusnya menyumbang kepada penambahan hasil agromakanan negeri Johor.
Yang Berhormat Puan Speaker, berkenaan dengan permohonan kemudahan infra bagi perumahan Generasi kedua FELDA yang diketengahkan oleh Yang Berhormat Machap dan Yang Berhormat Sedili. Sehingga kini FELDA tiada peruntukan khas menyediakan infrastruktur bagi program pemberian lot yang bukan dari skim pembangunan FELDA. FELDA tidak mempunyai sebarang peruntukan prasarana bagi lot-lot generasi kedua dan dasar FELDA peruntukan prasarana diberikan untuk kawasan yang melibatkan peneroka sahaja. Kebiasaannya, peruntukan prasarana yang diperlukan bagi kawasan perumahan generasi ke-2 adalah prasarana seperti jalan berturap, sistem perparitan, bekalan air paip, bekalan elektrik, surau, kawasan taman permainan dan sebagainya.
Pihak FELDA berpendirian bahawa pemberian lot Generasi Kedua FELDA ini perlu kepada pembatalan status Akta GSA. Ini selaras dengan peruntukan seksyen 44 (1) Akta GSA yang memperuntukkan sebarang pembangunan tanah selain daripada tujuan yang dinyatakan di dalam Akta GSA 1960 dan yang dinyatakan di dalam perjanjian antara Pihak Berkuasa Negeri dan FELDA hendaklah dibatalkan status Akta GSA tersebut. Ini juga adalah selaras dengan seksyen 15 (1) Akta GSA 1960 yang tidak membenarkan kepada pemecahan sempadan. Dengan pembatalan Akta GSA, atau dikeluarkan daripada pewartaan kawasan FELDA, ini seterusnya akan membuka ruang kepada pembangunan dan penyediaan infrastruktur di kawasan ini khususnya di kawasan lot Generasi Kedua ini melalui agensi kerajaan yang berkaitan seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Sebagai dasar umum, Bekalan Air Luar Bandar dan Bekalan Elektrik Luar Bandar adalah dilaksanakan melalui projek BALB dan BELB oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Begitu juga dengan jalan perhubungan desa. Untuk makluman juga, FELDA kini menangguhkan sementara pengurusan permohonan lot generasi kedua, bagi membolehkan satu polisi baru yang ditambah baik berkenaan permohonan lot generasi kedua ini dapat dimuktamadkan. Libat urus dan perbincangan dengan stakeholder ataupun pemegang taruh seperti Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, wakil generasi baru dan kementerian juga sedang berjalan ke arah mencapai hasrat bagi menempatkan perumahan generasi baru FELDA dicapai.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Buluh Kasap yang prihatin dan bersungguh-sungguh dalam soal pembangunan bagi menjadikan daerah Segamat sebagai hab pertanian. Daripada keluasan daerah Segamat iaitu 280,726 hektar, seluas 126,326.95 hektar ataupun 45% adalah kawasan pertanian yang merangkumi tanaman agrofood dan kelapa sawit. Manakala keluasan untuk taman agrofood sahaja adalah 11,676.75 hektar.
Sehingga kini, berdasarkan rekod yang ada dalam Jabatan Pertanian terdapat 9,190 orang petani di daerah Segamat yang mengusahakan 9,637.20 hektar tanaman dusun dan buah-buahan, 588.37 hektar tanaman kelapa, 928.33 hektar tanaman sayur-sayuran serta 188
hektar tanaman herba dan rempah. Berdasarkan maklumat Agris GeoPortal, pada tahun 2020 jumlah nilai pengeluaran yang disumbangkan oleh sektor pertanian agrofood di daerah Segamat adalah sebanyak 58,536.4 metrik tan dengan nilai RM169,764,924.30. Pada tahun 2021 hingga Oktober, nilai pengeluaran adalah sebanyak 38,190.98 metrik tan dengan nilai RM124,565,960.96. Pada masa yang sama...
Yang Berhormat, 1 minit lagi ya.
Insya-Allah. Pada masa yang sama terdapat 740 pengusaha yang mengusahakan penternakan ruminan termasuk penternak lembu pedaging, lembu tenusu, kerbau, kambing dan bebiri. Manakala terdapat 45 ladang ternakan unggas di daerah Segamat. Dalam subsektor pertanian, perikanan pula terdapat 22 penternak yang mengusahakan pelbagai ternakan. Dan, terdapat 159 orang nelayan darat yang berdaftar di bawah Jabatan Perikanan. Hasrat untuk membangunkan daerah Segamat sebagai hab pertanian adalah konsisten. Ini adalah selari berdasarkan gabungan pelan utama pembangunan pada peringkat negara, negeri dan daerah seperti RMK-12, Pelan Pembangunan Mampan Johor, Pelan Pertumbuhan Strategik Johor dan Rancangan Tempatan Daerah Segamat. Ianya ditambah lagi dengan kemasukan daerah Segamat di dalam Wilayah ECER yang menjadikan Segamat sebagai hab bioteknologi dan perniagaan tani sebagai salah satu prospek utama pembangunan daerah Segamat menjelang tahun 2030.
Dalam usaha untuk menjadikan daerah Segamat sebagai Agriculture Power House dengan izin di Johor dan Malaysia amnya, terdapat 22 strategi perancangan dan pembangunan telah disenaraikan.
Yang Berhormat Puan Speaker, insya-Allah hasrat bagi membangunkan daerah Segamat sebagai hab pertanian akan dibangunkan dari semasa ke semasa. Secara berfasa, sama ada dalam jangka pendek, sederhana dan panjang. Sebagai contoh, pada tahun ini Jabatan Pertanian melalui pelbagai sumber peruntukan telah membangunkan sektor pertanian di daerah Segamat dengan jumlah peruntukan RM975,827.00. Malahan saya ingin maklumkan pada pagi ini, rombongan tuan Pegawai Daerah Segamat telah membuat kunjungan ke Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Johor untuk mendapatkan maklumat lanjut rancangan pembangunan daerah Segamat sebagai hab pertanian negeri Johor.
Yang Berhormat Puan Speaker, sekali lagi saya ingin tekankan, kerajaan bukan sahaja menggalakkan penglibatan awam dalam sektor pertanian. Tetapi, kerajaan kini dalam usaha melonjakkan industri pertanian melalui Agenda Jaminan Bekalan Makanan negeri Johor ke arah menjadikan Johor sebagai Bakul Makanan Negara dan Antarabangsa. Pendekatan adalah secara inklusif dengan melibatkan pengusaha dalam skala yang besar, sederhana mahupun kecil.
Yang Berhormat Puan Speaker, saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan keprihatinan semua Ahli Dewan yang sama-sama ingin melihat agenda ini menjadi kenyataan. Dan, semoga iltizam politik yang diiringi dengan perancangan dan dasar yang mampan ini akan menjadi kenyataan.
Yang Berhormat Puan Speaker, untuk ingatan diri sendiri dan semua, meskipun masa lalu terkadang menimbulkan luka yang membekas, cubalah untuk selalu mengambil pelajaran serta hal baik daripada momen-momen tersebut. Tapi realitinya, kita mungkin boleh memaafkan tapi kita sukar untuk melupakan. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan membuat penggulungan pada hari Ahad, 28 November 2021.
Persidangan ini saya tangguhkan sehingga hari Ahad, 28 November 2021 jam 9.30 pagi.
Persidangan ditangguhkan pada jam 5.05 petang.