Johor · 28 November 2021

4th session, 2nd meeting · 349 turns · 28,449 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.

Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. (Bacaan selawat).

Hari ini kita hari terakhir menyambung Mesyuarat Kedua (Belanjawan 2022) Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-14.

Soalan-Soalan Lisan.Questions

Speaker

Jemput YB Kemelah.

Dr. Sulaiman bin Mohd. NorAMANAH · PHKemelah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 1.

Apakah perkembangan terkini isu elaun imam yang baharu dilantik sekitar satu tahun lepas, bilal dan noja masjid-masjid di negeri Johor yang belum mendapat pembayaran elaun mereka?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Bukit Permai

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat sahabat saya Kemelah. Kerajaan negeri sangat mengambil berat soal kebajikan pegawai-pegawai masjid dan surau atas sumbangan khidmat bakti dalam mengimarahkan masjid dan surau.

Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Kemelah, jumlah pegawai masjid dan surau bagi seluruh negeri Johor yang menerima elaun daripada kerajaan negeri dan JAKIM adalah seramai 6,844 orang. Peruntukan bagi tahun 2021, untuk membayar elaun adalah sebanyak RM27.5 juta iaitu RM15.769 dari JAKIM, RM6.134 juta dari kerajaan negeri dan RM5.628 juta daripada MAIJ (Majlis Agama Islam Negeri Johor).

Bagi tahun 2020, Majlis Agama Islam Negeri Johor melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Kemelah, telah melantik 326 orang pegawai masjid dan surau yang baharu. Dan berdasarkan rekod pembayaran elaun, mereka telah mula menerima elaun tersebut sejak tahun lepas kecuali seorang imam dari daerah Segamat yang bernama Mohd. Ruzi bin Daud yang terlewat menerima elaun. Walau bagaimanapun, isu tersebut telah diselesaikan dan penama telah menerima elaun mulai 25 November yang lepas dengan tunggakan bayaran dari bulan Mac 2021 yang berjumlah RM7,650.00 sebagaimana kelulusan daripada pihak JAKIM.

Jabatan Agama Islam sentiasa berusaha untuk mempercepatkan pembayaran elaun pegawai masjid dan surau. Mulai bulan Julai 2021, Jabatan Agama Islam telah mengecualikan dokumen-dokumen sokongan dengan kebenaran Pegawai Kewangan Negeri pada setiap tuntutan elaun supaya tidak membebankan pegawai masjid dan surau dan seterusnya mempercepatkan proses pembayaran. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Ya Kemelah, soalan tambahan.

Dr. Sulaiman bin Mohd. NorAMANAH · PHKemelah

Terima kasih kepada YB EXCO atas jawapan. Boleh jika ada di sini iaitu bilangan bilal dan noja yang telah, ataupun yang masih belum menerima elaun mereka? Sebab ini kali kedua saya bangkitkan dalam Dewan. Terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Bukit Permai

Yang Berhormat Tuan Speaker dan terima kasih sahabat saya Kemelah.

Saya nak bacakan satu-persatu terlalu tebal Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang pertamanya senarai penerima one-off Pre Ihsan Johor Tahun 2021 pegawai-pegawai masjid imam 1, 2, bilal dan noja, pegawai surau, qoriah imam dan bilal bagi daerah Segamat pun ada di sini. Saya akan hantar semua dokumen ini kepada Yang Berhormat Kemelah.

Dan untuk makluman Ahli Dewan juga, saya akan menghantar senarai nama-nama imam, bilal dan masjid bagi semua ADUN-ADUN dalam Dewan Undangan Negeri ini. Bagi pemakluman mereka tentang senarai penerima bayaran one-off bagi tahun 2020 juga ada senarai di sini dan juga senarai bagi baucar pembayaran elaun kerajaan negeri Johor untuk imam, pegawai masjid bagi seluruh negeri Johor bagi tahun 2020 akan kami hantar kepada ADUN sekalian. Sekian, Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Soalan yang seterusnya Yang Berhormat Tiram, jemput. Eh, sorry Stulang, minta maaf. Yang Berhormat Stulang.

Tuan Chen Kah EngDAP · PHStulang

Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 2.

Adakah perkembangan atau rancangan untuk melaksanakan pembayaran elektronik bas awam negeri Johor?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Mohd Solihan bin BadriBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Tenang

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat Stulang.

Program Bas Muafakat Johor ataupun singkatannya BMJ telah lama menggunakan sistem pembayaran tanpa tunai sejak dikenalkan lagi. Pada awalnya, pengguna BMJ menggunakan sistem kad Muafakat Johor untuk menggunakan perkhidmatan ini sebelum ditukar kepada sistem kad pengenalan untuk warganegara. Bagi pelajar warga asing, mereka boleh menggunakan Kad Muafakat Johor dengan bayaran RM30.00 sahaja untuk setahun.

Bagi Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti ataupun SBST yang akan dibuat di kawasan Iskandar Malaysia bermula tahun depan. Pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah memaklumkan untuk menggunakan sistem bayaran tambang tanpa tunai seperti program SBST di negeri-negeri lain.

Sistem Bas Rapid Transit (BRT) di Iskandar Malaysia yang dijangka bermula beroperasi pada tahun 2024 akan menggunakan sistem bayaran elektronik atau tanpa atau tambang tanpa tunai sepenuhnya. Ke semua bas perantara ini seperti di laluan trunk line, direct line dan feeder line sistem BRT dengan izin, akan menggunakan pembayaran tanpa tunai.

Kesimpulannya, negeri Johor telah bersedia dan dalam perancangan untuk menggunakan pembayaran secara elektronik atau tambang tanpa tunai di dalam pengangkutan awam terutama perkhidmatan bas. Perancangan penggunaan pembayaran tanpa tunai pada

pengangkutan awam ini dilihat lebih efisien dan memudahkan pengurusan kewangan. Langkah itu juga dapat menyokong usaha kerajaan untuk mempercepatkan agenda nasional ke arah merealisasikan masyarakat tanpa tunai yang menjadi sebahagian aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kecekapan sistem pembayaran di negeri Johor. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya Stulang, soalan tambahan.

Tuan Chen Kah EngDAP · PHStulang

Terima kasih YB EXCO jawapan yang diberikan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, penggunaan sistem e-payment, sistem pembayaran elektronik ini boleh memantapkan pengurusan. Selain itu, dia juga boleh membantu dalam turun naik bas agar lebih cepat dan mengurangkan kesesakan.

Jadi, walau bagaimanapun saya rasa implementasi sistem pembayaran elektronik ini untuk bas, untuk syarikat-syarikat bas yang lebih kecil dan juga pemasangan ataupun penukaran daripada kaedah manual kepada sistem pembayaran elektronik ini memerlukan kos. Jadi agak-agaknya apakah insentif ataupun langkah-langkah daripada kerajaan untuk membantu syarikat-syarikat bas yang lebih kecil untuk menukar daripada sistem manual ke sistem pembayaran elektronik dan apakah jangka masa yang dirancangkan untuk menukarkan sistem tersebut? Sekian, terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Mohd Solihan bin BadriBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Tenang

Terima kasih Stulang atas soalan tambahan.

Buat masa ini, pelaksanaannya ialah melibatkan perkhidmatan bas yang ada peranan kerajaan di dalamnya seperti BMJ, bas berhenti-henti yang akan diperkenalkan tahun depan, BRT malah LRT. Untuk perkhidmatan swasta, buat masa ini dalam peringkat kajian oleh pihak-pihak berkenaan dan sekiranya memerlukan bantuan atau perkhidmatan sokongan daripada sama ada PAJ ataupun kerajaan negeri secara langsung, sudah pasti kita boleh menilai dan memperuntukkan peruntukan yang sesuai bagi pelaksanaannya di negeri Johor. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya Yang Berhormat Tiram jemput.

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 3.

Apakah tindakan kerajaan untuk mengeratkan perpaduan antara kaum?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Dr. Chong Fat FullPKR · PHPengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna · Pemanis

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Tiram.

Kementerian Perpaduan Negera (KPN) telah membangunkan Dasar Perpaduan Negara (DPN) dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021 hingga 2030 yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 15 Februari 2021.

Objektif utama DPN adalah untuk mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Oleh itu, kerajaan mempunyai hala tuju yang jelas untuk mencapai objektif ini di mana semua program dan aktiviti akan dilaksanakan hendaklah berpandukan kepada dasar-dasar ini termasuk Pelan Pembangunan Mampan Johor (PPMJ) 2030.

Untuk pelaksanaan dan pemantauan gerak kerja, 4 peringkat jawatankuasa telah ditubuhkan sebagai tadbir urus baharu iaitu :

1. Majlis Penasihat Perpaduan Negara di peringkat kebangsaan dipengerusikan oleh Menteri Kanan Pendidikan;

2. Jawatankuasa Pelaksana Perpaduan Negara ataupun Jawatankuasa Perpaduan MExUnity di peringkat kementerian dipengerusikan oleh Menteri Perpaduan Negara;

3. Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri (JKTPN) di peringkat negeri dipengerusikan oleh EXCO Perpaduan; dan

4. Jawatankuasa Permuafakatan Perpaduan Komuniti (JKPPK) di peringkat daerah yang akan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah.

Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya Tiram.

Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada EXCO sahabat saya.

Saya amat memahami aktiviti-aktiviti tersebut. Apa yang saya disarankan di sini, bukan sahaja program-program yang tertentu boleh mengeratkan perpaduan kaum, tetapi apa yang dimaklum bahawa daripada masyarakat akar umbi, diskriminasi dalam sesuatu pelaksanaan sepertimana pendidikan, sepertimana belanjawan, peruntukan kepada semua saksama ataupun adil akan menentukan perpaduan kaum. Sepertimana dalam pengambilan untuk sukan juga, boleh sekiranya saksama akan menentukan pererat perpaduan kaum.

Sepertimana contohnya yang berlaku kepada Kishona, pemain badminton yang di curse oleh sesuatu group untuk racist curse. Jadi keadaan-keadaan macam gini, bagaimana kita nak menangani masalah-masalah ini untuk mengeratkan perpaduan kaum. Satu ialah diskriminasi, nombor satu ialah racist curse dengan izinnya. Terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Dr. Chong Fat FullPKR · PHPengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna · Pemanis

Terima kasih Yang Berhormat Tiram. Sebenarnya dasar kita sudah ada. Dan program-program kita ada banyak program, nanti saya akan ada 9 sebenarnya, kalau saya akan bagi jawapan ini secara bertulis pada YB Tiram.

Selain daripada itu, apa yang dibangkitkan oleh YB Tiram ini, dia bukan bawah skop perpaduan, dia libatkan skop kementerian yang lain ataupun EXCO yang lain. So, tapi macam mana, pun apa yang saya boleh jawab di sini adalah Kementerian Perpaduan ataupun bagi bawah EXCO Perpaduan adalah satu agensi di bawah Kementerian, so apa-apa yang dilaksanakan oleh negeri kita kena ikutlah, dipandukan dengan dasar dan dia ada hala tuju yang ditetapkan. Dan selain daripada itu, itulah bukan di bawah portfolio saya. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat EXCO, itu konsep-konsep Bangsa Johor yang digunakan selalunya. Adakah konsep ini diguna dalam dasar kerajaan? Kalau boleh beri 1, 2 misalan. Terima kasih.

Speaker

Jemput Yang Berhormat.

Dr. Chong Fat FullPKR · PHPengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna · Pemanis

Terima kasih YB Bekok. Konsep bangsa Johor ini ia sering digunakan di Johor. Tapi di peringkat kementerian ini adalah satu konsep di negeri Johor dan dia tidak termasuk dalam dasar negara tapi di Johor sering kita guna dan saya juga sangat mengalu-alukan EXCO-EXCO lain ke ataupun ADUN-ADUN kita, Johor kita beza kita selalu guna konsep Bangsa Johor dan “Muafakat Itu Berkat” ini memang tag line Johor dan memang di semua program yang digunakan di semua ucapan yang saya berucap saya sering guna tag line ini Bangsa Johor. Dan saya rasa ini satu yang kita dapat mengeratkan sekurang-kurangnya di Johor kita dapat mengeratkan keharmonian semua bangsa di negeri Johor. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya Yang Berhormat Kemelah, jemput.

Dr. Sulaiman bin Mohd. NorAMANAH · PHKemelah

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 4.

Apakah usaha kerajaan negeri mempromosi pelancongan khususnya di daerah Segamat yang mempunyai daya tarikan dalam bidang eko dan agro pelancongan?

Speaker

Bukit Naning jemput.

Tuan Md. Ysahruddin bin KusniPKR · PHBukit Naning

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 5.

Bagaimana kadar pelancongan dalam daerah Muar, sepanjang Fasa Pemulihan Negara 1 sehingga 4 dan cara-cara untuk meningkatkan di masa akan datang.

Speaker

Semerah jemput.

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 6.

Apakah perancangan Tourism Johor bagi menjual produk pelancongan makanan dan kebudayaan seluruh negeri Johor untuk tahun 2022 terutama di daerah Batu Pahat.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan · Layang-Layang

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam Bangsa Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Kemelah, Bukit Naning dan juga Semerah atas soalan-soalan yang telah dikemukakan. Izinkan saya menjawab secara bersekali. Yang Berhormat Tuan Speaker untuk pelancongan daerah Segamat secara khususnya Tourism Johor telah giat mempromosikan pelbagai produk yang ada di daerah Segamat menerusi laman-laman sosial, instragram dan juga facebook.

Lokasi air terjun menarik di Segamat seperti Air Terjun Takah Pengkoi, Bekok, Air Terjun Sungai Bantang, Air Terjun Taka Melor, Labis. Selain itu kita juga mempromosikan Labis Sunrise Farm. Dalam masa yang sama Tourism Johor juga telah mengadakan lawatan ke beberapa tapak projek pelancongan yang dinaik taraf bersama agensi berkaitan pada bulan Oktober yang lalu meliputi lawatan kerja ke Bukit Jementah, Mercu Tanda KM 0 Segamat, Taman Rekreasi Sungai Kapeh, Taman Rekreasi Batu Hampar, Mercu Tanda Pelancongan Serta Pencahayaan di laman Warisan Johor dan sebagainya.

Untuk makluman sidang Dewan yang mulia ini daerah Segamat mempunyai potensi yang sangat besar untuk dibangunkan sebagai sebuah pusat pelancongan yang utama. Antara usaha-usaha yang telah direncanakan di bawah Pejabat Daerah Segamat, Majlis Daerah Segamat dan juga Tourism Johor adalah seperti berikut:

Menaik taraf bandar Segamat sebagai bandar warisan, membina taman rekreasi, gerai-gerai buah-buahan bermusim dan gerai makan serta kelengkapan yang berkaitan di laluan utama Segamat ke Gemas. Produk Durio Tourism @ Segamat juga dipromosikan. Daerah Segamat juga dalam usaha untuk mewartakan Taman Negara Johor – Endau – Rompin sebagai Asian Heritage Park dan warisan kebangsaan.

Untuk daerah Muar pula sebagaimana Dewan yang mulia ini sedia maklum, negeri Johor baru sahaja beralih ke fasa 4 pada 25 Oktober 2021. Namun demikian negeri Johor melalui Tourism Johor giat mempromosikan daerah Muar. Setakat ini jumlah kedatangan pelancong ke daerah Muar pada tempoh fasa 1 hingga 4 adalah seperti berikut:

Untuk fasa 1 hingga 3 sejumlah 2,198 pelancong hadir di daerah Muar. Daripada 25 Oktober pula apabila kita memasuki fasa ke 4, jumlah pelancong adalah sebanyak 7,619 orang. Ini membuktikan bahawa kadar peratusan bagi Muar, pelancongan Muar telah meningkat sebanyak 80% susulan kebenaran merentas negeri yang telah diumumkan pada 11 Oktober 2021. Pejabat Daerah Muar dan Majlis Perbandaran Muar juga bakal menaik taraf beberapa kawasan tumpuan pelancongan bagi menarik lagi minat pelancong untuk datang ke daerah Muar. Antara projek-projek yang telah direncanakan adalah seperti berikut:-

1. Membina Restoran Terapung Tanjung Olak di bawah Tourism Johor. 2. Menaik taraf Dataran Tanjung Olak di bawah PERMERKASA 3. Menganjurkan program Karnival Eksplorasi Bukit Kepong 4. Membina kemudahan Medan Selera Asam Pedas Parit Jawa di Pantai Lekas.

Bagi Batu Pahat pula Johor tidak boleh menafikan bahawa ia mempunyai kekayaan dari segi budaya dan warisan dan ia sangat sinonim dengan tarian zapin, barongan, muzik ghazal dan ia berjaya memukau pelancong dari luar dan dalam negara. Kekayaan budaya di Johor merupakan satu yang kita sentiasa promosikan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada tahun ini Tourism Johor telah melancarkan projek ataupun program Yok Round Johor khususnya bagi mempromosikan pelancongan di daerah-daerah negeri Johor melalui medium sosialnya termasuklah untuk daerah Batu Pahat.

Tourism Johor juga telah menyediakan video khas mempromosikan keunikan makanan yang ada di daerah Batu Pahat. Tidak cukup hanya dengan Yok Round Johor pada tahun lepas, Tourism Johor melalui Program Majestic Johor telah menyediakan tayangan video keunikan daerah-daerah di Johor yang telah disiarkan di Astro. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, sebagaimana yang telah saya maklumkan tayangan Majestic ini telah mencecah 3.8 juta penonton. Bagi merancakkan lalgi industri pelancongan terutama mempromosikan budaya dan makanan di Batu Pahat, Pejabat Daerah Batu Pahat juga telah merancang untuk melaksanakan satu wilayah ekonomi, antara 3 daerah di Indonesia iaitu Bengkalis, Meranti dan juga Pekan Baru. Usaha ini telah dimaktub dalam hala tuju Pembangunan Daerah Batu Pahat 2022 - 2024.

Sebagai perancangan kerajaan negeri melalui Tourism Johor kita akan mengoptimumkan penggunaan platform Johor Tourism Interchange dalam usaha kita untuk mempromosikan produk-produk pelancongan di daerah. Peruntuk sebanyak RM300,000.00 yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat bagi JTI bagi tahun 2022 akan lebih fokus ke arah mempromosikan JTI bagi memastikan aplikasi ini digunapakai sebaik mungkin oleh pelancong-pelancong tempatan dan juga antarabangsa.

Selain daripada itu, Tourism Johor mempunyai perancangan untuk menganjurkan Festival Bangsa Johor di mana pengisian utama festival ini adalah untuk mempromosikan makanan, kebudayaan dan kesenian negeri Johor. Setiap daerah akan berpeluang untuk menonjolkan keunikan tempatan dan saya ingin menjemput semua Ahli Yang Berhormat sekalian untuk turut bersama dalam festival bangsa ini. Insya-Allah, perancangan adalah untuk

mengadakan festival ini pada bulan Ogos tahun depan. Tourism Johor juga berhasrat untuk menjadikan karnival ini sebagai signature event Johor setiap tahun, insya-Allah.

Speaker

Ya Kemelah, jemput soalan tambahan.

Dr. Sulaiman bin Mohd. NorAMANAH · PHKemelah

Terima kasih kepada YB EXCO atas penerangan yang panjang lebar. Soalan saya adalah apakah unjuran jumlah bilangan pelancong yang diunjur ke daerah Segamat bagi tahun 2022? Terima kasih.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan · Layang-Layang

Yang Berhormat, soalan Kemelah pada asalnya adalah tentang mempromosi pelancongan untuk daerah Segamat dari segi sektor eko dan agro pelancongan. Untuk data Yang Berhormat perlukan saya perlu bagi dalam bertulis, terima kasih.

Speaker

Ya Semerah, jemput soalan tambahan.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang diberikan dan kita tahu bahawa daerah Batu Pahat seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat EXCO mengenai berbagai seperti warisan bangunan, makanan dan budaya. Kalau kita lihat di Johor ni untuk buat gambus tinggal 2 di Johor iaitu satu di Kampung Rahmat dan satu lagi di Parit Hailam. Industri kompang pun ada juga di Batu Pahat di kawasan Parit Raja dan makanan di Batu Pahat macam-macam ada, nasi beriani, asam pedas dan sebagainya dan kita lihat perancangan Yang Berhormat tadi melalui Majestic Johor yang mana kita mendapat capaian hingga 3.8 juta penonton dan satu lagi ialah Yok Round Johor. Jadi dalam program Yok Round Johor ini, apakah hasil dan keberkesanannya untuk memastikan bahawa pelancong dalam negeri dan luar negeri akan dapat bersama kita pada tahun 2022 nanti dan seterusnya.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan · Layang-Layang

Terima kasih Yang Berhormat Semerah atas soalan tambahan. Dari segi mempromosikan makanan dan juga kebudayaan di peringkat daerah Batu Pahat ini seperti yang disebut tadi Yok Round Johor, Majestic Johor, Johor Tourism Interchange, ini semua adalah platform-platform yang digunakan oleh kerajaan negeri untuk mempromosikan produk-produk pelancongan bukan sahaja untuk daerah Segamat tetapi untuk seluruh negeri Johor dan semasa lawatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ke setiap daerah baru-baru ini setiap daerah mempunyai perancangan hala tuju khususnya untuk pelancongan, setiap daerah.

Dan di peringkat daerah itu dia dah ada sasaran dari segi apa yang nak dipromosikan. Jadi hubungan kita dengan daerah khususnya DO adalah sangat penting untuk promosikan produk-produk pelancongan ini. Dan untuk tahun depan baucar-baucar pelancongan juga akan dibuat dan semua daerah di negeri Johor akan mendapat tempiasnya. Sebagai contoh baucar pelancongan negeri Johor yang dilancarkan pada bulan lepas 15,000 baucar semua habis dijual dan antara baucar, baucar ini termasuklah untuk mereka yang berada di kawasan Batu Pahat. Jadi sektor pelancongan di Batu Pahat pun menerima manfaatnya. Jadi pelbagai usaha Yang Berhormat dilakukan untuk menjayakan inisiatif di setiap daerah termasuklah di Batu Pahat. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, Yang Berhormatnya Paloh, jemput.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Paloh nombor 7 dan nombor 8.

Berapakah jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan untuk tujuan memperbaiki sistem perparitan di taman-taman perumahan bawah seliaan MPK bagi kawasan Paloh? Sila

nyatakan perincian lokasi pembaikian yang telah dilakukan tersebut berserta kos yang terlibat.

Apakah status pembaikpulihan padang awam Paloh yang terletak sebelah stesen minyak Petron Paloh? Apakah speksifikasi baik pulih, berapakah kos, apakah garis masa proses pembaikpulihan, bila dijangka siap dan siapakah kontraktor yang terlibat?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih di atas soalan yang dikemukakan oleh Paloh. Dengan izin Yang Berhormat Tuan Speaker, saya nak ucapkan terima kasih kepada Paloh kerana hari ini pagi ini dia membekalkan kopi, Chamek kopi dan tentu rasanya sedap. Ada cadangan daripada Paloh nak tukar Chamek Kopi kepada Paloh Kopi, sebab Rengit dia dah ada Rengit Kopi setanding dengan Starbuck, Coffee Bean, White Coffee. Kalau ada cadangan saya ingat Paloh Kopi, Rengit Kopi dalam Dewan ini dah ada 2 branding yang menarik. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih kepada Paloh.

Izinkan saya menjawab bersekali 2 soalan yang dikemukakan oleh Paloh. Soal tentang peruntukan yang telah dikeluarkan bagi tujuan membaiki sistem perparitan di taman perumahan bawah seliaan MPK kawasan Paloh. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker bagi tahun 2019 terdapat 2 projek dilaksana dengan kos sebanyak RM584,402.00 bagi tahun 2019. Bagi tahun 2020 terdapat 5 projek dilaksanakan dengan kos sebanyak RM773,673.00. Bagi kedua-dua ini, 7 projek ini menelan belanja RM1.358 juta. Dia melibatkan kawasan-kawasan kerja-kerja membaik pulih pembentung di Jalan Kok Hong, Paloh, RM184,000.00, saya ambil angka yang genap Yang Berhormat ye, tak payah. Nombor 2, kerja-kerja membaik pulih jalan, bahu jalan dan longkang di Cawangan Paloh, Kluang, Taman Paloh, Taman Melawati, Taman Murni, Taman Wijaya, Taman Kota Paloh, Kampung India dan Pekan Paloh, RM400,000.00.

Bagi tahun 2020, kerja-kerja ialah membaik pulih longkang, jalan di Taman Kota Paloh dan sekitarnya RM467,000.00. Kerja-kerja penyenggaraan pembentung dan longkang di Jalan Biru 5, Taman Melati, Paloh, RM186,000.00. Kerja-kerja menyenggarakan longkang tepi jalan di Jalan Murni 12, Taman Murni, Paloh, RM50,000.00. Kerja-kerja menjalankan temboh penahan di Jalan Kampung Aman, Paloh, RM50,000.00 dan kerja-kerja membaik pulih longkang dan tembok penahan di Jalan Melati dan Jalan Melor, Taman Wijaya, Paloh RM20,000.00. Nilai bagi kedua-dua projek bagi tahun 2019 hingga 2020 ialah RM1.38 juta.

Soalan seterusnya, ialah berkaitan dengan status pembaik pulih Padang Awam Paloh yang terletak di Stesyen Minyak Petron Paloh, spesifikasi baikpulihnya berapa kosnya dan garis masa proses pembaikpulih? Bila jangka siap dan siapa kontraktor yang terlibat? Itu soalan daripada Paloh.

Untuk makluman Dewan yang mulia, Yang Berhormat Tuan Speaker, kerja-kerja baik pulih Padang Awam Paloh yang berkeluasan 7,696 meter square ni ukuran dia, 104 meter kali 74, sedang dilaksanakan oleh kontraktor Tetuan Inchase Enterprise, kos RM287,000.00. Tempoh penyiapannya ialah 8 minggu. Tempoh penyenggaraan selama 3 bulan mulai tarikh 20 Disember 2021 hingga 24 Januari 2022. Spesifikasi kerja-kerja naik taraf padang awam ini ialah kerja awalan, kerja naik taraf, scrub, bekalan, rata tanah, saya ingat details ini Yang Berhormat tak perlu saya jelaskan termasuklah kerja pembaikan yang merangkumi senggara rumput, baja, kerja-kerja infrastruktur, bekalan dan pasang pagar jenis anti climbing, bekal dan pasang pintu pagar utama, sliding gate.

Untuk makluman Yang Berhormat Paloh, pada tahun depan bagi Taman Perdana seperti Yang Berhormat bangkitkan dan beberapa isu perparitan, Yang DiPertua Majlis telah memaklumkan kepada saya telah memasukkan dalam perancangan bagi Taman Perdana tu

dan perparitan lebih kurang anggaran dia RM1.2 juta pada tahun depan ini rezeki Palohlah sebab walaupun telah dibangkit tetapi dalam Bajet Pembangunan telah dimasukkan. Itu sahaja Yang Berhormat Tuan Speaker, jawapan saya.

Speaker

Ya, Paloh, soalan tambahan.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang telah diberikan. Soalan tambahan Paloh, Paloh ini, bukanlah satu pekan yang besarlah dengan kedudukan Paloh ini pada saya hanyalah bandar yang sub sahaja berbanding dengan Kluang itu sendiri. Tetapi dengan jumlah peruntukan yang telah dinyatakan oleh YB EXCO dalam jawapan sebentar tadi, Paloh kira, itu satu jumlah yang agak besar juga, telah dikeluarkan untuk kawasan Paloh, cuma untuk taman-taman di dalam kawasan Pekan Paloh itu, kalau kita lihat dari sistem perparitannya daripada aduan-aduan yang dibuat oleh penduduk taman dan sebagainya memang dalam keadaan yang sangat-sangat membimbangkan. Paloh dah nyatakan memang bahawa ada effect daripada perparitan itu sehingga melibatkan dinding-dinding rumah mula runtuh, rekahan-rekahan dan retakan-retakan dan adakalanya apabila musim hujan, air itu sehingga dia boleh menyerap ke dalam tanah dan dia keluar daripada bukan daripada longkang lagi kadang-kadang masuk sampai ke bawah dapur di rumah penghuni di Paloh. Apakah di sana boleh Paloh dapatkan kepastian, jika di Paloh boleh mendapat peruntukan yang lebih untuk membaik pulih secara mungkin one–off dari taman ke taman pada tahun akan datang atau tengok bagaimana penjelasan daripada YB EXCO untuk memastikan permasalahan ini dapat diatasi. Terima kasih.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Terima kasih kepada soalan tambahan Yang Berhormat Paloh. Paloh pekan kecik, Yang Berhormat eh. Rengit pun pekan kecik, Yang berhormat Paloh. Dulu pekan ni nama dia pekan koboi. Memang ada kuda, satu kuda di Rengit. Saya berkongsi sedikit pengalaman dengan izin, Yang Berhormat Tuan Speaker, kedai pun tak ada, kedai papan aje, macam zaman tahun selepas perang. Dan melalui perancangan sedikit, saya selalu gunakan pepatah, sehari selembar benang, lama-lama jadi kain, enggagement dengan komuniti itu saya rasa cukup penting, kalau kita bergantung sepenuhnya dengan bajet mungkin agak terhad, kita nak buatlah sebab bajet di peringkat Majlis pun agak kecil. Saya mulakan kerja kecik aje, buat landskap kat luar, saya bayar orang, sampah kat tepi jalan, potong rumput, tanam pokok, akhirnya hari ini, Yang Berhormat, minta maaflah bukan nak lambung masuk bakul sendiri ke tidak.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dia jadi pekan yang agak bersih walaupun kedai tak banyak, kecik aje, Yang Berhormat tapi penglibatan, enggament dengan komuniti paling-paling penting. Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Pagoh, eh Paloh, saya nak jelaskan, tahun ini saya dah dapatkan kebenaran, izin daripada kerajaan, kita ada peruntukan BP1 di peringkat federal ye, ada siling yang diberi kepada Johor RM24 juta daripada peruntukan pembangunan BP1 ni boleh disalurkan kepada Majlis-Majlis yang kewangannya tak kukuh contoh tentang tadi Labis, Kluang, Kluang kewangannya kukuh eh, Mersing, kita gunakan peruntukan ini. Dan, saya dan berbincang dengan Kerajaan Tempatan Federal (KPKT) kalau boleh Majlis-Majlis yang dah kaya minta maaflah kepada Majlis Bandaraya Kulai, Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Majlis Daerah, Majlis Perbandaran Kulai, Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, dia tak gunakan peruntukan ini, Johor Bahru pun tak gunakan, jadi kita gunakan peruntukan ini kepada Majlis-Majlis yang kedudukan kewangannya tak kukuh, yang ni kita boleh salurkan untuk projek parit, longkang dan sebagainya. Seperti yang saya sebut tadi, bagi Pekan Paloh, Yang Berhormat pun sebut tadi, ada rumah akibat parit tu dah rosak, rumah pun beri kesan kepada rumah. Jadi, saya akan minta perhatian kepada YDP untuk memberi perhatian, jangan sampai menjejaskan keselamatan rumah, akibat parit yang tak diselenggarakan dengan baik, beri sedikit masa kepada kita, Yang Berhormat, tapi dimaklumkan kepada saya dah ada peruntukan untuk Paloh bagi sistem perparitan di Pekan Paloh termasuk taman-taman yang tadi tidak diselenggarakan dengan baik. Itu sahaja, Yang Berhormat Tuan Speaker.

Tuan Speaker, boleh tambahan satu lagi?

Speaker

Satu ajelah, Yang Berhormat.

Kerana saya punya soalan dua sebenarnya dia bersekali.

Speaker

Satu aje, satu aje.

Speaker

Satu, satu aje.

Tak bolehlah?

Speaker

Ada soalan lain, seterus soalan seterusnya saya persilakan, Tiram, jemput.

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 9.

Hampir kesemua hospital kerajaan mengalami kesesakan, masa menunggu untuk berjumpa doktor adalah terlalu lama. Apakah rancangan untuk menangani masalah ini?

Speaker

Jemput, YB EXCO.

Tuan Vidyananthan a/l RamanadhanMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar · Kahang

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Tiram, beberapa langkah telah diambil dan penambaikan dilakukan secara berterusan bagi mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan dan mengurangkan masa menunggu untuk mendapat rawatan khususnya di klinik-klinik pakar.

Pertama, bagi pesakit yang mempunyai temujanji di klinik pakar, tarikh temujanji berjumpa doktor pakar diberi berserta block masa tertentu, pesakit dinasihatkan untuk datang mengikut block masa yang ditetapkan untuk mengelakkan kesesakan.

Yang kedua, tempoh tarikh janji, tempoh tarikh appointment ataupun janji temu bagi rawatan susulan di klinik pakar dijarakkan dari setiap 2 hingga 3 bulan kepada 6 hingga 8 bulan bagi pesakit yang penilaian keadaan klinikal adalah stabil dan bersesuaian.

Yang ketiga, pesakit yang dirujuk ke klinik pakar, kerana mengalami komplikasi penyakit atau yang memerlukan penilaian khusus kepakaran akan dirujuk semula ke klinik kesihatan berhampiran kediaman pesakit untuk rawatan susulan seterusnya apabila keadaan status kesihatan bertambah stabil atau prosedur tertentu telah dijalankan, ini bagi mengurangkan bilangan pesakit di klinik pakar bertambah secara berterusan.

Yang keempat, waktu operasi klinik tertentu diawalkan pada 7.30 pagi dan berterusan tanpa berhenti pada jam 1.00 tengahari maknanya tiada lunch breaklah.

Yang kelima, apabila pesakit melakukan pemeriksaan makmal dan radiologi lebih awal dari tarikh pemeriksaan doktor. Mobilasi staf dari unit atau jabatan lain dilakukan bagi membantu operasi di klinik tertentu berdasarkan keperluan dan penilaian semasa.

Yang Berhormat Speaker, pelaksanaan dan pengukuhan perkhidmatan kepakaran melalui perkhidmatan Hospital Kluster dari Ketua Kluster ataupun Lead Hospital kepada Non Lead Hospital iaitu hospital tanpa pakar ataupun hospital dengan kepakaran berkurangan

berbanding dengan Lead Hospital dilakukan. Perlaksanaan perkhidmatan hospital secara kluster ini dapat mempastikan pesakit mendapatkan rawatan kepakaran tertentu berhampiran rumah ataupun daerah masing-masing tanpa perlu mengeluarkan kos perjalanan untuk ke hospital berpakar yang jauh dan secara tidak langsung juga dapat mengurangkan masa menunggu, mendapat tarikh janji temu dan mengurangkan kesesakan di klinik pakar, hospital berpakar.

Yang Berhormat Tuan Speaker, terdapat 4 zon hospital kluster di negeri Johor dan mungkin saya boleh terangkan sedikit iaitu kluster timur di mana lead hospital ialah Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru dan non lead hospital ialah Hospital Kota Tinggi dan Mersing. Kluster utara, ialah The lead hospital ialah Hospital Pakar Sultanah Fatimah dan non lead hospital ialah Hospital Segamat dan Hospital Tangkak. Di kluster barat pula ialah Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, non lead hospital ialah Hospital Enche Besar Hajah Kalsom, Kluang. Kluster selatan ialah Sultan Aminah Johor Bahru sebagai lead hospital, non lead hospital ialah Hospital Pontian dan Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kluang.

Yang Berhormat Speaker, begitu juga Jabatan Kesihatan meningkatkan lawatan kepakaran khusus ke hospital daerah bagi mengurangkan kesesakan di klinik pakar hospital utama. Ini juga antara proses yang dilakukan dan pada masa yang sama juga, penambahbaikan perkhidmatan hospital kluster dan rawatan kepakaran khusus ini sentiasa dilakukan dari masa ke semasa bagi mempastikan konsep care nearer to home, dapat dilaksanakan dengan effisien dan pesakit mendapat perkhidmatan yang berkualiti. Pada masa yang sama juga, kita menggalakkan pesakit menggunakan perkhidmatan nilai tambah yang ada, seperti mengambil ubat susulan menggunakan perkhidmatan farmasi pandu lalu, sistem pengurusan ubat bersepadu dan ubat melalui pos dan juga Program Locker For You, dilaksanakan. Terima kasih.

Speaker

Ya, Tangkak, jemput soalan tambahan.

Tuan Ee Chin LiDAP · PHTangkak

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, tadi dalam jawapan Yang Berhormat EXCO ada mengatakan terdapat beberapa hospital kluster yang di negeri Johor untuk membantu bagi hospital-hospital pakar, salah satu adalah Hospital Tangkak iaitu dinama sebagai non lead hospital kluster. Memang ini satu, satu langkah yang baik kerana selama ini terutama di daerah Tangkak, pesakit di daerah ini kebanyakan yang perlu berjumpa dengan doktor pakar perlu pergi ke Hospital Muar iaitu Hospital Sultanah Fatimah yang begitu sesak. Tetapi sejak tahun 2019, kalau tak salah, Hospital Tangkak telah dinamakan, diberi tugas sebagai satu non lead kluster tetapi fasilitinya, apa yang saya ingin sentuh hari ini, pagi ini iaitu dari data yang ada jumlah katil di Hospital Tangkak cuma ada 69 buah katil dan memandangkan Hospital Tangkak memang mempunyai ruang yang mencukupi iaitu terdapat tanah lapang lagi, jadi adakah Jabatan Kesihatan Negeri Johor atau dari pihak YB EXCO, membantu iaitu meminta Kementerian Kesihatan ataupun kerajaan pusat untuk menaik taraf ataupun memberi peruntukan secepat mungkin supaya Hospital Tangkak dapat di naik taraf atau sekurang-kurangnya menambah fasiliti dan bilangan katil. Adakah kerajaan negeri boleh membantu? Terima kasih.

Tuan Vidyananthan a/l RamanadhanMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar · Kahang

Terima kasih Yang Berhormat Tangkak di atas keprihatinan Yang Berhormat Tangkak.

Untuk makluman Yang Berhormat Tangkak, saya sendiri pernah melawat Hospital Tangkak. Dan saya setuju dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat bahawa fasiliti kemudahan dan juga kalau kita tengok, infrastruktur Hospital Tangkak ini a bit out-dated, kalau dibandingkan dengan hospital-hospital yang lain. Dan saya rasa hospital itu sebuah hospital yang lama dan perlu dibuat sesuatu.

Dan memang hasil daripada lawatan saya dan juga bersama Pengarah dan juga kepimpinan tertinggi Jabatan Kesihatan Negeri Johor, saya rasa memang dalam perancangan kita untuk

upgrade hospital-hospital khususnya di peringkat daerah yang memerlukan. Boleh dikatakan sekarang Tangkak ialah satu daerah tersendiri. Mungkin ketika hospital itu dibina, Tangkak bukan sebuah daerah.

Tetapi Tangkak hari ini ialah sebuah daerah dan kita percaya bahawa hospital di peringkat daerah itu mestilah ada kelasnya yang tersendiri. Pada masa yang sama juga, terdapat kepesatan penduduk yang bertambah di daerah tersebut. Jadi dari segi Jabatan Kesihatan Negeri Johor, setiap tahun kita membawa beberapa, banyak cadangan-cadangan khususnya bukan sahaja dari segi bajet tahunan, tetapi dalam setiap Rancangan Malaysia kita ada hospital-hospital, klinik-klinik kesihatan yang kita cadangkan bukan sahaja dibina baru, tetapi juga di upgrade dan saya percaya Hospital Tangkak juga merupakan antara dalam senarai tersebut dan memang kita akan terus mengambil inisiatif untuk memastikan bahawa hospital-hospital ini di naik taraf. Terima kasih Yang Berhormat Tangkak.

Speaker

Tiram jemput, soalan tambahan.

Yang Berhormat Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO Kesihatan tadi. Balik kepada kesesakan tadi. Apa yang saya nampak daripada masyarakat yang adu kepada kami, sekiranya mereka dapat appointment pukul 8, dia pergi ke hospital sampai petang dia terpaksa duduk sana. Orang yang tidak mempunyai apa dia bekerja, terlalu susahlah untuk mereka. Jadi, saya apa yang dikatakan parking dia terpaksa cari lebih kurang setengah jam ke, semua hospital parking problem, dan sampai ke appointment dia 3 hingga 4 jam. Jadi satu hari sudah hilang untuk mereka. Jadi saya nak tanya kepada Yang Berhormat EXCO tadi, adakah perkiraan selepas mengadakan tindakan-tindakan yang telah disebutkan tadi oleh EXCO Perpaduan, eh EXCO Kesihatan, seorang patient dia datang, adakah perubahan sebelum melakukan tindakan dan sampai sekarang mereka mempercepatkan keadaan tersebut untuk layan seorang patient? Terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Vidyananthan a/l RamanadhanMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar · Kahang

Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Tiram di atas soalan tambahan.

Yang Berhormat Tiram, saya rasa mungkin Yang Berhormat Tiram banyak memberi fokus kepada hospital-hospital khususnya di kawasan Yang Berhormat sendiri. Kepesatan pembangunan dan pertumbuhan bilangan penduduk di daerah Johor Bahru, menunjukkan kepesatan yang sangat ketara, kita setuju. Kesan peningkatan bilangan penduduk ini boleh dirasai dengan peningkatan bilangan pelanggan yang hadir ke klinik kesihatan dan juga ke hospital bagi mendapatkan pelbagai perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Yang Berhormat Speaker, peningkatan kedatangan pelanggan menyebabkan kesesakan di fasiliti kesihatan dan waktu menunggu untuk berjumpa pegawai perubatan atau pakar di klinik-klinik dan juga hospital, memang menjadi terlalu lama. Ekoran masalah kesesakan dan waktu menunggu yang lama di klinik kesihatan contohnya seperti di Klinik Kesihatan Hospital Sultan Ismail, Klinik Kesihatan Hospital Sultan Ismail sebagai contoh. Jabatan Kesihatan telah memperkenalkan sistem temu janji klinik secara atas talian ataupun online kepada semua pesakit dan pelanggan ke fasiliti kesihatan di negeri Johor. Dan juga melalui sistem ini, pesakit boleh mendapatkan tarikh temu janji ke klinik kesihatan dengan menggunakan komputer ataupun telefon bimbit dari rumah masing-masing. Pesakit tidak perlu hadir ke klinik kesihatan secara fizikal sekadar untuk mendapatkan temu janji klinik seperti sebelum ini. Kaedah ini secara langsung mengurangkan kehadiran bilangan pesakit ke klinik kesihatan.

Sistem temu janji ini dibuat mengikut blok masa bagi mengelakkan berlaku kesesakan pesakit ataupun pelanggan pada satu-satu masa. Perkhidmatan temu janji klinik atas talian

ini meliputi temu janji semua perkhidmatan yang ditawarkan di klinik kecuali perkhidmatan kecemasan. Bagi kes-kes kecemasan, pesakit diberi pengecualian dan dibenarkan untuk terus datang ke klinik tanpa temu janji.

Jabatan Kesihatan juga menambah inisiatif, penggunaan imbasan kod, kod QR pendaftaran pesakit bagi mempercepatkan proses pendaftaran pesakit yang hadir ke klinik-klinik kesihatan. Melalui sistem ini, semua pesakit ataupun pelanggan yang hadir di klinik kesihatan membuat imbasan di kod QR yang disediakan di pintu hadapan klinik untuk mengesahkan kehadiran dan mempercepatkan proses pendaftaran di kaunter pendaftaran. Jabatan Kesihatan juga menggalakkan pesakit kronik, hypertension dan diabetes yang stabil menjalankan konsultasi secara virtual. Bagi pesakit yang perlu hadir secara fizikal akan diberi temu janji rawatan susulan secara atas talian dan sebagainya.

Bagi pengurusan pengambilan ubat penyakit kronik pula, pelanggan boleh memilih untuk mendapat ubat secara pos iaitu ubat melalui pos dan juga secara pandu laju. Jadi inisiatif-inisiatif ini dijalankan khususnya di daerah Johor Bahru untuk memastikan bahawa kesesakan di klinik-klinik dan hospital dapat dikurangkan. Dan selepas inisiatif-inisiatif ini dimulakan, kita dapat melihat bahawa kesesakan pesakit di sini telah pun berkurangan dan kita dapat melihat perubahan yang cukup drastik. Lebih-lebih lagi ketika pandemik COVID, banyak usaha-usaha telah pun dilakukan dan ia akan diteruskan dari semasa ke semasa, penambahbaikan juga akan dilakukan kerana kita sedar bahawa apa yang dibangkitkan oleh YB Tiram ini memang betul. Jadi atas inisiatif-inisiatif yang telah kita buat selama ini, kita dapat melihat satu kesan yang cukup positif dan masa menunggu juga telah pun berkurangan. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya Yang Berhormat Endau, jemput.

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Endau nombor 10.

Apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk membantu golongan petani kecil yang akan mengalami kesan terhadap penerimaan kadar air hujan yang lebih menjelang hujung tahun ini?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Datuk Haji Samsolbari bin JamaliUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Semarang

Bismillahirrahmannir rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kapasiti taburan hujan dan berpanjangan mengakibatkan kawasan rendah kerap mengalami gejala banjir. Fenomena ini sememangnya memberi kesan kepada petani akibat kerosakan dan kemusnahan tanaman yang sememangnya turut memberi kesan kepada pengeluaran dan pendapatan petani.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah mengeluarkan standard of procedure ataupun SOP berkaitan bencana kepada semua agensi di bawahnya sebagai persiapan menghadapi monsun timur laut bermula bulan November 2021 sehingga Februari 2022.

Jabatan Pertanian sebagai penyelaras akan mengumpulkan maklumat lokasi, bilangan petani dan usahawan, anggaran kerugian serta jenis tanaman yang terlibat dalam Urus setia Jawatankuasa Teknikal Tabung Bencana Jabatan supaya bantuan dapat disalurkan kepada petani ataupun usahawan yang terlibat. Bantuan ihsan ini adalah untuk membantu memulihkan projek dan bukan bertujuan membayar ganti rugi kerosakan akibat bencana.

Pada tahun 2021, di bawah program bantuan bencana, Jabatan Pertanian telah menerima peruntukan kerajaan persekutuan dan negeri seperti berikut:-

Daripada persekutuan sebanyak RM183,487.60, negeri RM100,000.00. Dan ia telah memberi manfaat kepada 229 orang keseluruhan daripada peruntukan yang disediakan. Seramai 229 orang petani telah mendapat manfaat daripada bantuan ihsan tersebut. Bantuan yang disalurkan adalah berbentuk eft ataupun dan inkind iaitu pemberian bahan input pertanian dan mesin kecil bagi membolehkan projek yang terjejas. Dan agihannya mengikut daerah adalah seperti berikut khususnya di Mersing, sebanyak RM40,900.00 dan dimanfaatkan oleh 30 orang petani yang mendapat manfaatnya. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya Endau, jemput soalan tambahan.

Terima kasih YB Speaker dan terima kasih kepada YB EXCO. Soalan tambahan saya, adakah pihak Jabatan Pertanian berhasrat mendaftarkan petani-petani sepenuh masa sebagaimana LKIM daftarkan nelayan-nelayan? Ini bagi memudahkan pihak jabatan mengenal pasti petani-petani yang layak diberi bantuan. Terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Datuk Haji Samsolbari bin JamaliUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Semarang

Terima kasih Yang Berhormat Endau. Sepertimana yang pernah saya nyatakan memang dianjurkan, memang disarankan, memang diminta, memang dirayu supaya petani-petani ini berdaftar dengan Jabatan Pertanian melalui, dan ia akan didaftarkan dalam sistem Agris GeoPortal yang ada dalam jabatan. Dan itu adalah yang sebaik-baiknya kerana sekurang-kurangnya maklumat petani dan pengusaha yang terlibat telah ada dalam senarai jabatan yang sedia ada. Saya ucapkan terima kasih di atas inisiatif ini.

Speaker

Soalan seterusnya Yang Berhormat Mahkota, jemput.

Tuan Muhamad Said bin JonitAMANAH · PHMahkota

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 11.

Pandemik COVID-19 telah menyebabkan pergantungan rakyat kepada capaian internet meningkat Berapa peratuskah peningkatan capaian internet terkini yang berjaya dilakukan di negeri Johor mengikut daerah jika dibandingkan sebelum pandemik berlaku?

Speaker

Yang Berhormat Parit Raja jemput.

Puan Nor Rashidah binti RamliUMNO · BNParit Raja

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 12.

Minta dinyatakan senarai jaringan internet dalam DUN Parit Raja serta apa langkah atau infinitif bagi kawasan DUN Parit Raja yang mengalami pertambahan atau kepadatan penduduk?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Mazlan bin BujangBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya · Puteri Wangsa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Bismillahir rahmannir rahim. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pandemik COVID-19 ini telah menunjukkan kebergantungan kepada internet yang tinggi dalam kalangan rakyat terutama para pelajar sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar. Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengambil beberapa inisiatif dalam menghasilkan sebuah rancangan yang dapat mengenai isu akses kepada internet berkualiti bagi perkhidmatan tetap dan mudah alih termasuk pengajaran dan pembelajaran di rumah. Pelan JENDELA yang dilaksanakan secara berperingkat dalam 2 fasa kini sedang

berlangsung bermula pada tahun 2020 sehingga 2025 telah dibangunkan bagi mempercepatkan serta merancakkan pembangunan infrastruktur digital terutama di kawasan pinggir bandar dan luar bandar.

Pada Pelan JENDELA Fasa 1 yang bermula tahun 2020 sehingga 2022, mensasarkan kadar liputan 4G mencecah 96.9% di kawasan berpenduduk di seluruh Malaysia menjelang tahun 2020. Purata kelajuan jalur lebar mudah alih ditingkatkan dari 25 megabit per second kepada 35 megabit per second. Selain itu, 7.5 juta premis dengan ketersediaan sambungan gentian optik akan disediakan. Dan penamatan rangkaian 3G secara berperingkat serta perancangan dan pelaksanaan penyediaan liputan 5G disasarkan untuk komersil.

Untuk negeri Johor Pelan Jendela Fasa 1 mensasarkan pembinaan sebanyak 222 menara baru dan teknologi 4G dan jumlah tersebut sebanyak 90 menara telah siap dibina. Selain itu, sejumlah 3,586 stesen pemancar telah dikenal pasti untuk dinaiktarafkan kepada perkhidmatan 4G dan 3,205 daripadanya telah siap dinaiktarafkan. Manakala sebanyak 185,333 premis telah siap sambungan dengan gentian optik 413,494 premis yang dirancang.

Bagi kawasan DUN Parit Raja pula, sebanyak 3 menara baru telah di siap bina dan 57 stesen pemancar akan dinaiktarafkan ke 4G di mana 55 stesen pemancar telah siap dinaiktarafkan. Selain itu, sebanyak 1,728 premis dengan ketersediaan sambungan gentian optik akan disediakan di mana sebanyak 1,655 premis telah siap sambungan.

Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, jadi data yang diminta oleh Yang Berhormat Mahkota, saya boleh bagi data yang paling hampir sebelum pandemik dan selepas pandemik, di mana program JENDELA ini statistiknya bermula daripada awal 2020.

Sebelum tahun 2020, untuk daerah Batu Pahat bagi liputan jalur lebar talian tetap sebelum JENDELA, 43% dan peratus liputan jalur lebar talian tetap selepas JENDELA meningkat kepada 61%. Bagi peratus LTE, kawasan berpenduduk sebelum JENDELA 93.9% dan selepas itu adalah 97.5%. Dan bagi daerah Kluang untuk liputan jalur lebar talian tetap sebelum jendela 43% untuk liputan jalur lebar talian tetap selepas JENDELA 55%.

Dan peratus LTE kawasan berpendudukan sebelum JENDELA 91.9% dan selepasnya adalah 95.5%. Dan banyak juga inisiatif untuk menambah baik infrastruktur di daerah-daerah 2 daerah ini di mana untuk daerah yang ditanya untuk daerah Batu Pahat bagi tapak menara baru perancangannya 11, yang dah siap 7. Naik taraf stesen pemancar perancangan 330, dah siap 299. Bagi premis tersedia gentian optik perancangan 26,108, dah siap 25,941 dan untuk jalur lebar satelit pelaksanaan sebenarnya di sana tiada. Dan untuk daerah Kluang, tapak menara baru perancangan 21 dan yang dah siap 5. Naik taraf stesen pemancar, perancangan 244 dan dah siap 201. Bagi premis tersedia gentian optik perancangan 13,426 dan yang siap 12,128. Dan bagi jalur lebar satelit, pelaksanaannya ada 2 dan belum siap lagi.

Yang Berhormat Tuan Speaker, secara umumnya pelaksanaan kesemua inisiatif JENDELA ini telah mula sejak bulan Oktober 2020 dan setiap inisiatif dalam perancangan akan siap secara berperingkat sehingga penghujung tahun 2022. Manakala bagi perkhhidmatan jalur lebar menggunakan teknologi satelit kini dalam proses pelaksanaan dan dijangka akan siap secara berperingkat bermula November 2021 sehingga awal tahun 2022.

Pelaksanaan JENDELA akan terus digiatkan bagi memastikan impak pelaksanaannya dapat diterima dengan cepat oleh rakyat. Ini termasuklah mengkaji semula secara berkala sasaran-sasaran awal yang telah ditetapkan sebelum ini seperti bilangan menara baru yang akan dibina stesen pemancar yang akan dinaik taraf, serta premis-premis yang mendapat aksess gentian optik bagi memastikan keperluan rakyat sentiasa diutamakan.

Menerusi portal JENDELA Map yang telah dilancarkan pada Julai lepas maklumat yang diperolehi daripada pengguna secara terus, secara sumber khalayak atau cross sourcing dapat digunakan bagi maklumat bagi membuat perancangan, penambahbaikan liputan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar dari masa ke semasa. Oleh itu para pengguna disaran melalui portal JENDELA Map bagi melaporkan lokasi yang kurang mendapat liputan agar boleh dimasukkan ke dalam perancangan masa hadapan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum sidang Dewan seminggu sebelum Dewan, saya dalam portfolio saya ada menganjurkan taklimat tentang Internet negeri Johor dan saya jemput semua Wakil-Wakil Rakyat daripada blok kerajaan dan juga pembangkang untuk hadir dan ramai yang hadir saya ucapkan terima kasih, yang tak hadir pun menghantar pegawai-pegawai khas dan sebenarnya internet ini satu adalah bidang yang teknikal. Jadi kita perlukan penerangan lebih detail oleh pakar-pakar bidang, dalam program tersebut kita dapat memberi banyak maklumat dan manfaat kepada mereka yang hadir.

Kalau kita harapkan Dewan ini sahaja kita tidak dapat meluangkan masa yang banyak untuk memberi maklumat yang tepat. Jadi saya ucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua Wakil-Wakil Rakyat, Yang Berhormat untuk hadir sama-sama dan saya wakil kepada kerajaan memang faham dengan keadaan pandemik ini bahawa kita perlukan Internet dalam kehidupan harian kita, bermula daripada PKP kita tengok kita punya langganan talian kita mendadak, amat mendadak secara tiba-tiba dan oleh itu kita kerajaan negeri sentiasa komited.

Walaupun begitu kita harapkan wakil-wakil kita di peringkat Parlimen dapat membawa isu-isu masyarakat ini lebih efektif di peringkat Parlimen sebab apa JENDELA ini adalah satu projek di bawah kerajaan pusat, kita di peringkat negeri hanya membantu menguruskan hal-hal tentang perlaksanaan di bawah PBT dan juga kerajaan negeri hal-hal melibatkan tanah dan sebagainya untuk kelulusan dan sebagainya. Itu sahaja Yang Berhormat, terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Mahkota, jemput soalan tambahan.

Tuan Muhamad Said bin JonitAMANAH · PHMahkota

Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada EXCO yang telah menjawab soalan yang telah Mahkota kemukakan. Soalan tambahan saya, saya bersetuju banyak peruntukan telah dikeluarkan, banyak perancangan telah disediakan untuk meningkatkan capaian Internet. Harapan saya ialah macam sekarang keadaan sekarang ada perbezaan di antara capaian Internet di kawasan bandar dan luar bandar. Sebuah kampung di Mahkota, Kampung AC, jaraknya dengan bandar Kluang less than kurang daripada 4 kilometer.

Di bandar capaian internet tiada masalah, tapi sampai ke Kampung AC langsung tak ada. Ada hampir 60 keluarga tinggal di situ tak ada kemudahan Internet. Ha inilah, jadi kalau nak cakap apa masalahnya memang banyak masalah. Jadi saya minta dengan perancangan tadi pastikan bahawa bila sampai pada tahap benda tu telah disiapkan sepenuhnya, tidak ada lagi perbezaan capaian Internet bagi kawasan bandar dan luar bandar. Terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Haji Mazlan bin BujangBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya · Puteri Wangsa

Yang Berhormat Tuan Speaker, saranan itu saya ucapkan terima kasih Yang Berhormat atas saranan tersebut dan kita kerajaan negeri sentiasa komited kalau ikut data yang saya dapat sebenarnya saya ada data yang lengkap mengikut daerah. Kalau ikut laporan ini peratus untuk jalur lebar mudah alih percentage dia tak jauh banyak antara kawasan bandar dan luar bandar. Kalau kita ikut peratus ikut kadar kita bandingkan jumlah kepadatan penduduk. Di bandar ni penduduk dia padat, di luar bandar ni kalau kita ikut per numbers penduduk dia peratus tak jauh. Tapi kalau untuk jalur lebar tetap memang kita akui sebab apa kita di pendalaman tu kita kurang laluan atau kadang-kadang syarikat TELCO ini nak buat investment dan sebagainya kedudukan rumah itu antara satu rumah ke satu rumah tu terlalu

jauh dan tidak ekonomi untuk membuat investment dan sebagainya. Jadi itu memang ada jurang sikit tapi untuk tapi untuk jalur lebar tetap, tidak jauh dia punya jurang.

Yang Berhormat, kita memang akui kita komited kerajaan dan insya-Allah minggu depan saya dengan Yang Berhormat Kerajaan Tempatan ada mesyuarat khas dengan Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia. Insya-Allah kita akan bawa hasrat Yang Berhormat-Yang Berhormat Negeri Johor untuk dalam mesyuarat tersebut, terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, Yang Berhormat Semerah, jemput.

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 13.

Apakah perancangan kerajaan negeri bagi memastikan fasiliti bangunan dan peralatan di klinik kesihatan dan poliklinik serta klinik desa sentiasa berada dalam keadaan yang memuaskan dan selamat dalam soal keselamatan?

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Vidyananthan a/l RamanadhanMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar · Kahang

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, bagi tahun 2022 sebanyak RM1.5 juta akan diperuntukkan bagi pembaikan klinik kesihatan dan klinik desa di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 Rolling Plan 2022. Manakala sebanyak RM10.1 juta telah dipohon bagi tujuan pembaikan bangunan infrastruktur, sistem kejuruteraan dan keselamatan di bawah program Rancangan Malaysia Ke-12, Rolling Plan 3. Bagi peralatan pula semua peralatan diselenggara secara berjadual dibawah kontrak perjanjian konsesi sehingga tahun 2027. Terima kasih.

Speaker

Jemput Semerah.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Kalau tadi Yang Berhormat EXCO ada maklumkan bahawa peruntukan sebanyak RM1.5 juta telah diperuntukkan untuk pembaikan klinik kesihatan dan klinik desa untuk tahun 2022. Boleh tak Yang Berhormat EXCO untuk maklumkan senarai nama-nama klinik kesihatan dan klinik desa yang akan dibaiki untuk tahun 2022 dengan bajet RM1.5 juta itu serta berkenaan dengan status aduan beberapa pengunjung ke klinik,Poliklinik Batu Pahat berkenaan dengan kemudahan katil rawatan untuk ECG yang mana katil berkenaan tidak sesuai untuk golongan yang mild stroke untuk mendapatkan rawatan ECG kerana dia tengok kalau sampai aje tak boleh pakai kita tak boleh naik katil tu kata tak payahlah kita buat ECG.

So, bahaya untuk mild stroke, so saya harap pihak kementerian atau pun Jabatan Kesihatan Negeri Johor dapat lihat benda-benda yang kecil tapi impaknya besar pada masyarakat, terima kasih.

Speaker

Jemput YB EXCO.

Tuan Vidyananthan a/l RamanadhanMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar · Kahang

Terima kasih Yang Berhormat Semerah di atas keprihatinan Yang Berhormat, saya ambil maklum tentang apa yang berlaku di Batu Pahat. Yang Berhormat Speaker, izinkan saya perincikan bagaimana RM1.5 juta itu akan dibelanjakan. Walaupun saya tidak ada senarai klinik dan juga hospital yang akan diberi fokus tetapi peruntukan RM1.5 juta ni merangkumi pembaikan bagi 10 buah fasiliti kesihatan dan klinik desa yang disenaraikan mengikut keutamaan, ya Yang Berhormat, mengikut keutamaan berdasarkan tahap kritikal kerosakan. Saya katakan tadi di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 Rolling Plan 2. Antara kerja yang akan dilaksanakan adalah pembaikan bumbung, pendawaian semula dan pembaikan dinding, lantai bangunan klinik-klinik desa. Dan berkaitan dengan semua peralatan perubatan iaitu kekerapan alat-alat peralatan ini diselenggara ialah dengan kekerapan satu ataupun dua kali setahun,

bergantung kepada ketetapan oleh pihak pengilang bagi jenis peralatan perubatan tersebut seperti mana yang terkandung di dalam kontrak bersama syarikat konsesi.

Sebagai contoh peralatan kompleks seperti radio grafik fluoroscopic system atau mesin X-Ray diselenggara dengan kekerapan 2 kali setahun. Manakala peralatan am seperti pulse oximeter diselenggara pada frequency 1 kali setahun. Selain itu sebarang kerosakan berkaitan peralatan tersebut akan terus dimaklumkan kepada syarikat konsesi untuk tindakan pembaikan.

Bagi peruntukan RM10.1 juta yang saya nyatakan tadi, Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah memohon peruntukan sebanyak itu kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tujuan pembaikan fasiliti kesihatan yang melibatkan 44 buah klinik kesihatan di seluruh negeri Johor, ini di bawah Rolling Plan ke tiga RMK-12 di semua di negeri Johor. Senarai fasiliti ini juga disusun mengikut keutamaan berdasarkan tahap kerosakan fasitliti tersebut. Dan seperti saya katakan tadi bahawa kerja-kerja ini memang akan terus dipantau kerosakannya, termasuk juga bukan saja dari segi pendawaian, bumbung dan sebagainya, tetapi pencegahan serangga perosak juga diberi fokus.

Berkaitan dengan isu katil unit ECG di Poliklinik Batu Pahat, berdasarkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor kita sentiasa menyelaras permohonan aset perubatan dan bukan perubatan fasiliti kesihatan terutamanya di negeri Johor secara tahunan dan berjadual. Setiap keperluan perolehan aset tersebut dilakukan mengikut keutamaan dan dilihat dalam konteks keperluan daripada setiap fasiliti-fasilti yang ada. Semua perolehan aset perubatan dan bukan perubatan dibuat berdasarkan kepada piawaian standard yang telah pun ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Semua klinik kesihatan telah pun dibekalkan dengan katil pemeriksaan pesakit yang berdimensi panjang, panjang katil ialah 1,900 mm, lebar katil 640 mm dan ketinggian katil 680 mm. Dan hampir semua katil pemeriksaan pesakit yang dibekalkan di klinik kesihatan ialah katil pemeriksaan pesakit jenis manual, berbanding kepada katil pemeriksaan pesakit di hospital yang boleh diselaraskan mengikut ketinggian katil tersebut. Jadi menyedarii katil pemeriksaan pesakit sedia ada di klinik kesihatan tidak mesra pengguna, terutama kepada pesakit kronik, contohnya seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi, jabatan akan merancang permohonan perolehan katil pemeriksaan pesakit yang boleh diselaras yang boleh dilaras dan juga dalam konteks pelbagai fungsi pada masa hadapan. Jadi, kita ambil maklum tentang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semerah dan memang kita telah pun mengambil tindakan susulan. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Soalan seterusnya, Yang Berhormat Mahkota, jemput.

Tuan Muhamad Said bin JonitAMANAH · PHMahkota

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 14.

Terdapat pemaju yang tidak prihatin apabila projek yang dijalankan menjejaskan penduduk berdekatan projek mereka. Sebagai contoh pembangunan di Lot 130 GM 1091 Mukim Kluang bersebelahan Taman Seri Damai. Mohon penjelasan mengapa penguatkuasaan sangat lemah apabila berkaitan dengan pemaju?

Speaker

Jemput, YB EXCO.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam makmur Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada Mahkota, atas persoalan yang dibangkitkan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan gangguan kepada penduduk di Taman Seri Damai.

Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker, projek pembangunan di atas Lot 130 GM1091 ni ialah pembangunan bercampur, Yang Berhormat pun maklum dan saya juga nak

ucap terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Mahkota yang bersama dalam perbincangan dengan penduduk dan juga Majlis pada tarikh yang telah dipersetujui bersama pemaju, Majlis dan juga penduduk. Projek pembangunan di atas Lot 130 GM1091 Mukim Kluang telah dijalankan oleh Tetuan Sigma Macro Sdn. Bhd. dan pembangunan tersebut mempunyai permohonan pelan di bawah Akta 133 bagi tujuan perumahan. Pihak syarikat telah membuat permohonan perlanjutan tempoh kebenaran merancang dan telah diluluskan dalam Mesyuarat OSC Bilangan 9 2018(2) bertarikh 25 September 2018. Bagi permohonan pelan bangunan, pelan kerja tanah, jalan, perparitan dan pelan landskap bagi cadangan ini telah diluluskan dalam Mesyuarat OSC Bilangan 7 2019(1) bertarikh 16 Julai 2019.

Hasil siasatan berkaitan pembangunan di kawasan yang dinyatakan terdapat beberapa isu yang telah dibangkitkan. Isu pertama ialah berkaitan jalan kotor dan kenderaan berat yang keluar masuk di jalan tersebut. Hasil siasatan mendapati tiada kesalahan yang berlaku dan pihak pemaju telah pun membersihkan jalan tersebut bagi setiap hari dan kenderaan berat yang keluar masuk telah diminimumkan. Isu kedua adalah berkaitan parit di hadapan jalan ini yang telah mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Kejuruteraan untuk dibesarkan tetapi telah mendapat halangan daripada pihak kejiranan di jalan tersebut. Untuk makluman, pihak PBT telah menjalankan aktiviti penguatkuasaan di tapak tersebut dan mendapati pihak pemaju telah melakukan kesalahan, mendirikan struktur bangunan tanpa kebenaran. Oleh yang demikian, pihak pemaju telah dikenakan tindakan kompaun bernilai RM1,000.00 bertarikh 4.3.2019. Bagi menyelesaikan masalah aduan daripada penduduk setempat pihak MPK telah mengadakan satu lawatan kerja yang melibatkan Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Bangunan bersama ADUN Mahkota bagi membantu menyelesaikan beberapa isu tersebut. Pemantauan dari masa ke semasa sedang dibuat oleh pihak Majlis Perbandaran Kluang untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

Speaker

Seterusnya, Yang Berhormat, soalan seterusnya, Yang Berhormat Mahkota, Mengkibol, sorry, jemput.

Tuan Chew Chong SinDAP · PHMengkibol

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Mengkibol, soalan 15. Terima kasih.

Berapakah syarikat Industri Kecil Sederhana (IKS) berhenti operasi dan pekerja IKS yang hilang kerja bagi tahun 2019, 2020 dan 2021?

Speaker

Jemput, YB EXCO.

Datuk Mohd. Izhar bin AhmadBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia · Larkin

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat ADUN Mengkibol. Seperti mana yang kita sedia maklum, negeri Johor mempunyai seramai 98,190 PKS dan merupakan negeri yang ketiga paling ramai PKS di Malaysia selepas Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur. Daripada nilai tersebut, 70% merupakan usahawan PKS bertaraf mikro. Maklumat ini adalah berdasarkan laporan dari Jabatan Perangkaan Malaysia dalam Banci Ekonomi, Economic Census 2016. Walau bagaimanapun, berdasarkan laporan yang diterima dari SSM dan bagi menjawab soalan Yang Berhormat Mengkibol, mengenai jumlah syarikat industri kecil berhenti operasi sehingga Jun 2021, terdapat 26,651 perniagaan yang ditutup dalam negeri Johor dan manakala bagi syarikat tempatan terdapat 2,119 syarikat yang telah ditutup dan sejumlah 172 syarikat perkongsian liabiliti terhad juga telah ditutup.

Bagi menjawab soalan mengenai berapakah pekerja yang hilang bagi tempoh masa tersebut, jumlah sebenarnya pekerja IKS yang hilang, yang hilang pekerjaan bagi tahun 2019 hingga 2021 kita tidak dapat tentukan, ditentukan sah kerana data yang diperolehi Jabatan Tenaga Kerja hanyalah data menjana jumlah pekerja yang diberhentikan mengikut kategori industri, warga negara dan jantina sahaja. Oleh itu, angka ini berkemungkinan besar tidak dapat menggambarkan bilangan sebenar pekerja IKS yang diberhentikan. Merujuk sumber data yang dijana daripada Labour Market Database, oleh Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor, seramai 3,102 orang pekerja tempatan telah hilang pekerjaan pada

tahun 2019. Daripada jumlah tersebut seramai 1,531 orang adalah terdiri dari pekerja wanita manakala seramai 1,531 orang adalah pekerja lelaki. Bilangan majikan yang terlibat pula adalah sebanyak 206 majikan. Pada tahun 2020, jumlah pekerja tempatan yang telah diberhentikan bekerja ialah seramai 5,963 orang. Dan jumlah pekerja lelaki tempatan yang diberhentikan pada tahun 2020 adalah seramai 3,563 dan sejumlah 2,430 orang pekerja wanita tempatan yang telah hilang pekerjaan. Jumlah majikan yang terlibat adalah sebanyak 513 majikan.

Berdasarkan laporan yang sama, sejumlah 2,063 orang pekerja tempatan telah diberhentikan pekerjaan pada tahun 2021. Sehingga kini seramai 1,160 pekerja tempatan lelaki yang telah diberhentikan dan manakala wanita tempatan pula adalah seramai 903 orang dan jumlah 207, 203 majikan yang terlibat. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya, Mengkibol, soalan tambahan.

Tuan Chew Chong SinDAP · PHMengkibol

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih atas jawapan YB EXCO dan juga terima kasih kepada satu inisiatif kerajaan negeri kerana menyediakan RM100 juta pinjaman tanpa faedah kepada IKS. Sekiranya RM100 juta ini dipinjamkan secara purata, RM500,000.00 sebuah syarikat, dia cuma dapat membantu 5, 2,000 IKS sahaja. Jadi soalan saya, sekiranya ada permohonan yang begitu banyak, menambah dari statistik tadi, banyak syarikat menghadapi masalah cash flow, adakah kerajaan bersedia untuk menambah peruntukan pinjaman tanpa faedah ini? Dan, adakah Bank Rakyat bersedia untuk memberi lebih banyak jenis pinjaman kepada IKS terutamanya mereka contohnya di shopping mall, banyak yang tidak dapat berniaga selama 4 bulan tetapi sewa mereka tetap kena bayar kepada shopping mall. Sekian, terima kasih.

Speaker

Jemput, YB EXCO.

Datuk Mohd. Izhar bin AhmadBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia · Larkin

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan Mengkibol. Untuk menjawab soalan yang pertama tu, sekiranya tak cukup RM100 juta adakah kita akan buatkan penambahan? Untuk makluman, antara kerajaan negeri dengan kerjasama Bank Rakyat kita sudah sampai ke peringkat untuk menandatangani MOU, dalam masa terdekat ni. Dan, kita juga sedang dalam merancangkan usahasama dengan SME Bank dalam pakej yang sama. Ok, berkenaan dengan pinjaman yang lulus, yang layak, yang tak layak, dengan izin, ini semua adalah about lending criteria, lending, bila kita bercerita pasal lending maknanya fund yang untuk yang dipinjamkan adalah datang daripada depositer, jadi ini dikawal di bawah kawalan Bank Negara Malaysia yang mana lending guide line policy, kita terpaksa akur bagi pihak-pihak bank, komersial bank. Mekanismenya, bila kita bercakap standard document, yang bank minta, bank statement, bank statement yang dikatakan, 6 bulan bank statement. Jadi, saya meminta pihak Bank Rakyat mengambil kira bank statement sebelum COVID, bukan masa COVID, itulah bank statement yang betul-betul refleks the actual sales income sesebuah perniagaan itu.

Dan kedua, bercakap dengan conduct of payment, bila bank nak pinjaman, dia akan tengok peminjam itu punya, conduct payment, track record dengan bank-bank lain, so, 3 bulan pemohon ada pinjaman yang, in arrears, tidak layak, tapi saya juga dapat kelonggaran perkara ni, yang mana kita minta pemohon update kan satu payment jadi dia tak jatuh dalam kategori 3 bulan ok.

Ketiga, bila kita cerita pasal cash flow, cash flow yang dimaksudkan bukan cash flow existing cash flow. Dia adalah projected cash flow, projected cash flow tu, menunjukkan anggaran pendapatan yang untuk dia mampu, untuk dia membiayai, membayar balik payment dia. Kalau actual cash flow, itu dah refleks kat dalam dia punya bank statement, dan dah refleks dalam dia punya financial report. Dan, kita juga cuba memudahkan lending criteria tu, seperti yang, pasal this is unsecured lending, kita akan minta Bank Rakyat bagi kemudahan, kelonggaran seperti assignment of payment, kalau peniaga tu ada tender, ada

kontrak supply makan ke mana-mana catering, payment assignment tu hendaklah di direct kan ke Bank Rakyat. Ini adalah satu perkara-perkara yang kita cuba, dah saya cadangkan pun untuk menintegrasikan segala risiko-risiko pinjaman dan begitu juga tempoh pinjaman, kita akan tarik seberapa panjang agar dia match, dia punya income tu match dengan dia punya repayment ability ataupun apa-apa dia punya monthly financial obligation. Jadi, walau bagaimanapun, yang penting dia punya pricing of profit, yang mana pricing of profit, tu dah ditanggung dan dah disubsidi oleh kerajaan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, kita akan berusaha sehingga ke tahap maksimum agar kriteria pinjaman, agar kriteria-kriteria pinjaman ini tidak begitu ketat agar dia dapat dipermudahkan dan dipercepatkan. Jadi, peminjam juga, peminjam juga harus memainkan peranan agar harus memberi kerjasama mempunyai dokumen-dokumen yang lengkap dan segala transaksi jual beli untuk membuktikan kepada bank dia adalah existing peniaga. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Speaker

Sekian, itu sahaja soalan lisan pada pagi ini, sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum dijawab secara lisan akan dijawab secara bertulis dalam Persidangan yang sama.

Soalan-Soalan Bertulis.Questions

Jurutulis

Jawapan kepada soalan-soalan bertulis oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat akan dibentangkan di atas Meja Mesyuarat.

Speaker

Kita tangguhkan persidangan ini sehingga jam 11.25 pagi. Terima kasih.

Persidangan ditangguhkan pada jam 11.00 pagi

Persidangan disambung semula pada jam 11.25 pagi.

Sambungan Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021.Bill

Speaker

Bismillahirahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Perbahasan Atas Rundingan Bagi Bacaan Kali Yang Kedua Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021 disambung sekarang.

Saya jemput Yang Berhormat EXCO Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, jemput, 25 minit.

Dr. Chong Fat FullPKR · PHPengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna · Pemanis

Salam perpaduan dan salam makmur Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu bersempena dengan Sambutan Hari Ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim pada 22 November 2021 yang lalu, patik mengambil kesempatan ini merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih dan berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan negeri Johor kekal aman, makmur, maju dan rakyat hidupnya bermuafakat di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Yang berhormat Tuan Speaker, patik juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor atas kejayaan memacu kemenangan Pasukan Bola Sepak JDT yang telah berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia. Patik doakan agar pasukan kesayangan Bangsa Johor ini mencapai kemenangan nanti dan ayuh Johor, luaskan kuasamu.

Pertama-tamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada setiap seorang Ahli Dewan yang telah memberikan pandangan yang membina, cadangan dan teguran kepada pihak kerajaan terutamanya beberapa isu di bawah portfolio saya yang meliputi Perpaduan, Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Hasni bin Mohammad atas pembentangan Belanjawan Johor 2022 pada Khamis lepas dengan tema, ‘Memperhebat Kesejahteraan Johor.’

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya mulakan sesi penggulungan ini dengan menyentuh isu kenaikan harga barangan sebagaimana yang telah dibangkitkan dan disentuh oleh Yang Berhormat Bukit Naning, Yang Berhormat Serom, Yang Berhormat Parit Yaani, Yang Berhormat Pulai Sebatang, Yang Berhormat Buloh Kasap, Yang Berhormat Parit Raja dalam perbahasan mereka. Untuk makluman Dewan yang mulia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Johor memandang serius isu berkaitan kenaikan harga barang selepas pembukaan sektor ekonomi. Seperti yang sedia maklum, terdapat dua faktor berlakunya kenaikan harga barang iaitu yang pertama berkaitan dengan kos dan yang kedua berkaitan dengan supply and demand, bekalan dan permintaan. Bagi faktor berkaitan dengan kos, ada faktor yang tidak dapat dikawal seperti makanan ternakan ayam, dedak yang terdiri daripada jagung dan soya yang hampir 80% diimport dan kenaikan harga makanan ternakan ini di peringkat global turut mempengaruhi isu harga ayam di pasaran domestik, kadar pertukaran asing serta kos penghantaran juga terlibat.

Manakala bagi faktor yang dapat dikawal, beberapa langkah serta tindakan awal telah diambil oleh KPDNHEP bagi mengawal dan membendung kenaikan harga barangan seperti yang berikut, melakukan penguatkuasaan dan pemantauan secara berterusan di premis-premis melalui pegawai penguatkuasa dan pegawai pemantau harga, melaksanakan skim harga maksimum musim perayaan (SHMPP) untuk semua perayaan bagi mengawal kenaikan mendadak harga barangan utama yang mendapat permintaan yang tinggi semasa musim perayaan, mewartakan harga maksimum tanpa siling untuk barangan tertentu seperti minyak botol, memberikan subsidi sepanjang tahun kepada barangan seperti gula, minyak dan tepung, menyarankan pengguna untuk mengguna aplikasi price catcher untuk mendapatkan harga, membuat perbandingan harga barang keperluan termasuk ayam yang dijual di premis berhampiran bagi tujuan pembelian terancang.

Bagi faktor yang berkaitan dengan bekalan dan permintaan, supply and demand, yang turut mempengaruhi kenaikan harga barangan, pihak ibu pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat sesi engagement bersama wakil pihak industri dan mengadakan sesi libat urus bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi memastikan bekalan makanan adalah mencukupi dan harga lebih stabil dan apabila meningkatnya permintaan daripada pasaran, penawaran masih lagi berada dalam fasa untuk adaptasi kepada permintaan berkenaan. Keadaan ini menyebabkan ketidakseimbangan dalam supply and demand, rantaian supply and demand. Saya juga mengalu-alukan sebarang cadangan dan idea daripada Yang Berhormat Pulai Sebatang, Yang Berhormat Serom di dalam membantu kerajaan menurunkan harga barang.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, itu dari satu sudut bagaimana kerajaan telah memainkan peranan dalam memastikan bekalan makanan mencukupi dan mengawal harga barangan. Dari satu sudut yang lain pula, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin kepada rakyat, pelbagai inisiatif khususnya bagi membantu meringankan beban rakyat dalam menghadapi kemelut ini, ini telah dijalankan di negeri Johor, Jualan Makmur Johor (JMJ) yang telah memberi manfaat kepada seramai 64,500 orang penerima baucer, Program Bantuan Kasih Johor bernilai RM200.00 bagi pembelian barangan keperluan harian dengan peruntukan sebanyak RM60 juta menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 3.0 dan ini telah memanfaatkan seramai 300,000 penerima, bantuan bakul

makanan dan Gobok Rakyat Johor yang memanfaatkan seramai 120,000 penerima dan banyak lagi insiatif-inisiatif lain yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri untuk rakyat.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Bekok atas keprihatinan mengenai jumlah peruntukan dalam Belanjawan Johor 2022 untuk sektor perpaduan dan saya terpaksalah bersetuju dengan Yang Berhormat Bekok dalam perkara ini. Untuk makluman Yang Berhormat Bekok, sebenarnya terdapat peningkatan bagi peruntukan untuk sektor perpaduan dalam Belanjawan Johor 2022 ini walaupun jumlah peruntukan untuk sektor perpaduan adalah lebih kecil dibandingkan dengan sektor-sektor lain, namun kerajaan negeri sudah mempunyai perancangan yang strategik dalam memastikan perpaduan kaum khususnya di negeri Johor dapat dilaksanakan.

Untuk makluman Yang Berhormat Bekok juga, Pelan Pembangunan Mampan Johor (PPMJ) 2030 yang sedang digunapakai telah menggariskan beberapa strategi bagi meningkatkan perpaduan kaum di negeri ini. Dalam masa yang sama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah menyediakan Dasar Perpaduan Negara (DPN) dan rangka tindakan, blueprint, Perpaduan Negara 2021 hingga 2030 yang sememangnya telah memfokuskan untuk mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara. Dengan adanya dasar dan pelan-pelan ini, kita mempunyai hala tuju yang spesifik dalam memperkasakan perpaduan kaum. Sebagai satu contoh bagi kawasan campuran, lantikan ahli jawatankuasa KRT mestilah terdiri daripada tiga kaum utama, itu sudah diwajibkan. Oleh itu, terima kasih sekali saya ucapkan kepada Yang Berhormat Bekok atas cadangan untuk memastikan segala program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri mestilah melibatkan penyertaan-penyertaan semua kaum.

Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya Yang Berhormat Mengkibol ada menyentuh mengenai pelantikan Ketua Masyarakat Cina untuk negeri Johor. Untuk makluman Yang Berhormat, saya masih menunggu makluman rasmi daripada pihak Kementerian Perpaduan Negara mengenai pemindahan pelantikan Ketua Masyarakat Cina di bawah KPN. Selepas mendapat pengesahan secara rasmi mengenai perkara ini, saya akan mengambil tindakan dengan kadar segera dalam membuat atau menguruskan pelantikan Ketua Masyarakat ini.

Mengenai cadangan Yang Berhormat Mengkibol juga berkaitan permohonan peruntukan pembangunan untuk kampung-kampung baharu. Sebagai makluman, sebahagian besar peruntukan tersebut sudah disalurkan kepada PBT, pihak berkuasa tempatan masing-masing berdasarkan permohonan oleh PBT terus kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya dalam masa yang sama juga akan cuba memohon peruntukan tambahan apabila makluman rasmi mengenai pemindahan pelantikan ini diterima.

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum mengakhiri penggulungan ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah memberikan peruntukan sebanyak RM250,000.00 kepada semua Ahli Dewan Negeri termasuk ADUN Pembangkang. Oleh itu adalah diharapkan agar semua ADUN dapat menggunakan peruntukan tersebut untuk membantu rakyat yang memerlukan dengan segera dan bukannya mengguna peruntukan tersebut hanya apabila pilihanraya hampir tiba. Dan sekiranya peruntukan tersebut tidak mencukupi, Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh meminta peruntukan tambahan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan saya rasa beliau akan rela membantu.

Dan akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk menggulung perbahasan Belanjawan Johor 2022 khususnya bagi portfolio Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan semua Ahli-Ahli Yang Berhormat atas keprihatinan anda khususnya untuk kedua-dua sektor ini dan saya akan memberi perhatian sepenuhnya terhadap semua teguran, cadangan dan

komen serta akan berusaha melaksanakan setiap cadangan yang sesuai yang telah dikemukakan. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna. Seterusnya saya jemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk penggulungan. Jemput.

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, terlebih dahulu saya ingin mendahului ucapan penggulungan ini dengan seruan untuk kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmatNya Mesyuarat Kedua Belanjawan 2022 bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Yang Ke-14 ini dapat berjalan dalam suasana yang makmur. Saya yakin dan percaya bahawa setiap perkara yang berbangkit semasa perbahasan yang saya anggap konstruktif lagi membina oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat akan diperhalusi dan akan diambil tindakan yang sewajarnya. Kita berdoa agar penularan wabak COVID-19 yang berterusan berkehendakkan kepada pematuhan SOP akan cepat beralih kepada fasa-fasa yang membolehkan sidang Dewan Negeri ini dapat diadakan seperti mana jadual dan dalam keadaan yang normal.

Yang Berhormat Tuan Speaker, sesuai kalau ucapan penggulungan ini saya mulakan juga dengan menyatakan beberapa perkara. Pertama, sempadan Johor-Singapura akan mula dibuka pada 29 November ini melalui kaedah vacsinated travel lane. Tidak perlulah untuk kita mempersoalkan bilangan orang yang dibenarkan merentas sempadan sama ada 1,440 orang itu terlalu kecil bilangannya mahu pun mempersoalkan mengapa perlu dikenakan ujian di pintu masuk sedangkan Singapura tidak berbuat demikian. Yang penting Yang Berhormat Tuan Speaker sempadan Johor-Singapura sudah dibuka dan dalam masa terdekat keadaan akan kembali hampir seperti sebelum penutupannya, insya-Allah.

Kedua Yang Berhormat Tuan Speaker, pasukan bola sepak JDT kita telah berjaya ke perlawanan akhir Piala Malaysia. (Dewan bertepuk) Tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atas komitmen dan pengorbanan Tunku selama ini untuk mengharumkan nama negeri Johor melalui sukan bola sepak. Marilah kita sama-sama berdoa agar pasukan JDT yang akan bertanding pada 30 November ini, Selasa muncul sebagai Juara. Muncul sebagai Juara Piala Malaysia yang berusia 100 tahun.

Ketiga Yang Berhormat, semalam 27 November saya telah melancarkan Program Rumah Johor di Gerbang Nusajaya, Tanjung Kupang. Mengapa perlu adanya program khas? Kerana sejak tahun 1997 di bawah Dasar Perumahan Rakyat, 153,000 unit rumah tidak dibina merangkumi kawasan seluas 4,950 ekar. Kita perlu rancakkan sektor hartanah. Kita perlu gerakkan sektor pembinaan, malah keseluruhan rantaian yang berkaitan perlu kita gerakkan. Kita bina rumah yang berkualiti, selesa dengan keluasan 1,000 kaki persegi, 1,100 kaki persegi dan 1,200 kaki persegi pada harga RM150,000.00 sehingga RM300,000.00. Selain itu Program Perumahan Rakyat (PPR), rumah transit, rumah sewa kerajaan akan terus dilaksanakan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, pada persidangan ini terdapat beberapa rundingan di bawah Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap bagi Dewan Negeri Johor. Pertama, Rundingan mengenai penyata Jawatankuasa Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap bagi Dewan Negeri Bilangan 1 Tahun 2021. Rundingan ditarik balik sebagaimana peraturan Bilangan 33(2) Peraturan-Peraturan dan Perintah Tetap Dewan Negeri. Kerajaan negeri setelah menimbangkan cadangan tersebut, bersetuju agar dimasukkan di dalam perkara Jawatankuasa-Jawatankuasa Bilangan 110(A) iaitu Jawatankuasa Peraturan dan Perintah Tetap dan Bilangan 110(B) Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Persetujuan ini adalah langkah mengemas kini Jawatankuasa Pilihan yang sedia ada supaya dibuat secara nyata dan bertulis di dalam Peraturan-Peraturan dan

Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri. Sementara Bilangan 110(C) pula berkaitan Jawatankuasa Ketelusan Johor. Kerajaan masih lagi menjalankan kajian dan meneliti tujuan dan fungsinya. Saya percaya penubuhan Jawatankuasa Ketelusan Johor ini bakal memperkasakan amalan semak dan imbang Badan Perundangan Negeri.

Di samping itu, di bawah rundingan yang sama adalah cadangan pindaan pada Bilangan 45 (ii) yang membolehkan Ahli-Ahli Dewan yang berucap disampuk jika diizinkan. Perkara ini juga sedang diteliti oleh kerajaan memandangkan perlu dibuat pengubahsuaian kepada kaedah pengurusan dan layout, dengan izin, Dewan ini. Maka oleh kerana terdapat perubahan pada kandungan rundingan, kedua-dua pihak bersetuju ianya ditarik balik.

Yang Berhormat Tuan Speaker, yang kedua ialah berkenaan rundingan di bawah Peraturan Tetap Bilangan 30(2) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri. Rundingan tersebut berkenaan dengan cadangan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Dewan Negeri Johor. Jawatankuasa Pilihan ini akan menjalankan kajian dan membuat cadangan kepada Dewan Negeri akan kesan perlaksanaan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pengundi secara automatik. Saya syorkan rundingan ini disokong dan dilaksanakan sesuai dengan Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Johor.

Yang Berhormat Tuan Speaker, sepanjang berlangsungnya Persidangan kali ini, saya mengamati setiap kandungan perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan dorongan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dari kerajaan khususnya terhadap usaha-usaha kerajaan untuk mensejahterakan rakyat.

Kepada Yang Berhormat Penawar, pantunnya nak ingin saya balas. Ada tak ADUN Penawar ni? Ok. Menaiki unta ke DUN Penawar, tiba di sana terus bertandang, ucapan Yang Berhormat seperti melamar, tiba PRU nanti bolehlah Yang Berhormat dipertimbangkan. (Dewan ketawa.)

Yang Berhormat Tuan Speaker, sejak dari sidang Dewan Undangan Negeri yang lepas lagi cadangan tentang penglibatan Wakil Rakyat Pembangkang dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah telah dibangkitkan. Rentetan itu pihak kerajaan mengambil inisiatif untuk mendapatkan penjelasan kerajaan persekutuan mengenai perkara ini sepertimana Arahan No. 1/2020 daripada Unit Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri.

Maklum balas daripada ICU Jabatan Perdana Menteri melalui surat yang bertarikh 18 November 2021, menyatakan bahawa buat masa ini kedudukan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri di dalam Majlis Tindakan Pembangunan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah seperti Arahan No. 1/2020 dalam mekanisme Penyelarasan Pembangunan Negara adalah merujuk kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang sama parti dengan kerajaan. Walaupun begitu, atas semangat sebagai rakan strategik, negeri Johor berbesar hati untuk menjemput semua ADUN Pakatan Harapan di dalam mesyuarat JTPD sebagai pemerhati. Pemerhati ini membawa maksud bahawa ADUN Pembangkang akan sentiasa dijemput hadir setiap kali mesyuarat JPTD. ADUN Pembangkang juga boleh kemuka cadangan secara bertulis kepada Pengerusi JPTD bagi daerah masing-masing berkenaan perkara-perkara yang ingin dibangkitkan. Tidaklah boleh bersuara. Malangnya perbahasan oleh Ahli Yang Berhormat, sebelah sana tidak bersetuju sekiranya dijemput sebagai pemerhati, malah mempersendakan pemerhati seperti pelawat. Jadi, Ahli-Ahli Yang Berhormat, kerajaan negeri maka itu tiada pilihan dan dengan ini akan mengguna pakai arahan No. 1/2020 sepenuhnya.

Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya dibangkitkan juga oleh Ahli Yang Berhormat berkenaan isu-isu penyelenggaraan jalan-jalan di negeri Johor secara konsesi. Bukan susah sangat pun nak faham tujuan dan kebaikan serta manfaat menyelenggara jalan secara konsesi ni. Melainkan ia dibangkitkan berkemungkinan bermotif politik. Sehinggakan berbangkit di Parlimen tanpa mengetahui hujung pangkalnya penyelenggaraan

jalan secara konsesi di Johor. Jalan Persekutuan, jalan di negeri Perak, malah di Selangor turut menggunakan kaedah konsesi tetapi tidak pula berbangkit di Parlimen. Jadi sekiranya Ahli Parlimen berkenaan inginkan penjelasan, i’m available, 24/7, dengan izin. Pada bila-bila masa Yang Berhormat Tuan Speaker. Bagi pihak kerajaan saya bersedia untuk memperjelaskan. Kepada Ahli Yang Berhormat di Dewan ini pula, saya syorkan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran terhadap perjanjian konsesi tidak kira sama ada jalan-jalan kampung, jalan-jalan negeri dan jalan-jalan PBT, sila kemukakan aduan dan kerajaan memberi jaminan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan termasuk membatalkan konsesi tersebut sekiranya benar akan aduan yang diterima.

Isu kontraktor G1, G2 khususnya tidak mendapat kerja atau nilai kerja yang rendah, merupakan isu lama yang berlarutan. Terdapat 7,680 kontraktor yang berdaftar di JCCD, Johor Centre for Construction Development. Setiap tahun ramai sahaja kontraktor bumiputera yang mengharapkan kerja-kerja dari peruntukan kerajaan tidak mendapat kontrak. Peruntukan yang disediakan tidak membolehkan semua kontraktor mendapat kerja. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, peruntukan dari kerajaan hanya merupakan 20% daripada jumlah nilai kerja-kerja kontrak yang ditawarkan di pasaran. Baki 80% adalah kerja-kerja kontrak di pihak swasta. Maka, itulah JCCD ini ditubuhkan supaya kontraktor bumiputera akan lebih berdaya saing dan kompetitif. Peranan JCCD ini akan diteruskan, diperluaskan malah dipantau supaya dapat membantu kontraktor-kontraktor bumiputera ini. Janganlah dijadikan isu mendaftar di JCCD sebagai membebankan kerana walau mereka telah mendaftar di CIDB, mereka perlu mendaftar contohnya di Petronas, kalau hendak mendapat kerja dengan Petronas. Mendaftar dengan TNB, contohnya kalau hendak mendapat kerja di TNB. Walaupun sudah mendaftar di CIDB, tidak pun kontraktor-kontraktor ini kompelin. Tetapi daftar dengan JCCD, membebankan pula.

Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi menghormati konsep rakan strategik dan libat urus yang berkekalan, maka setiap Ahli Dewan Negeri diperuntukkan secara tetap RM200,000.00 setiap tahun bagi pengurusan kawasan masing-masing. Selain daripada RM50,000.00 bagi penganjuran program-program di musim perayaan utama. Persoalan tentang persamaan jumlah peruntukan bagi semua ADUN berdasarkan pengundi atau ditambah lagi jumlahnya atau sama ratakan peruntukan diberi Yang Berhormat Tuan Speaker, asasnya perlu ada perbezaan antara ADUN kerajaan dan ADUN pembangkang.

Yang Berhormat Tuan Speaker, bersabit dengan Agenda Johor Digital yang telah dibangkitkan, agenda ini akan berjalan dengan baik. Membawa Johor ke arah pembentukan masyarakat digitalnya sendiri iaitu masyarakat yang penuh dengan daya saing dan berkemahiran tinggi yang disokong oleh upaya infrastruktur digitalnya yang kukuh. Saya turut berbesar hati untuk memaklumkan bahawa Pelan Induk Johor Digital akan dilancarkan dalam masa yang terdekat ini. Ia menunjukkan bahawa kerajaan negeri amat serius dan mempunyai perancangan besar dalam usaha kita menjayakan Agenda Johor Digital.

Cabaran dan tugas terbesar kerajaan negeri pada waktu ini antara lainnya adalah untuk memastikan rakyat Johor dapat membiasakan diri dengan dunia digital. Biasa untuk berniaga secara digital dan hidup secara digital. Hal ini kerana dunia digital akan terus berevolusi dan Johor harus bersedia menerima segala bentuk teknologi yang akan datang dengan the right mind set, the right skills and the right tools, dengan izin. Oleh itu, sebagai permulaan selain daripada menterjemahkan Pelan Induk Johor Digital, infrastruktur digital di negeri ini akan terus diperkasakan menerusi Pelan Jalinan Digital Negara ataupun JENDELA, infrastruktur digital kita akan diperkasakan ke arah teknologi 5G. Fasa 1 JENDELA telah menyiapkan sebanyak 90 menara baru daripada sejumlah 222 menara yang dicadangkan untuk disiapkan dengan teknologi 4G. Tambahan lagi, sejumlah 3,205 daripada 3,586 stesen pemancar pula telah dinaiktarafkan dan sebanyak 185,333 premis dari jumlah keseluruhan 413,494 premis di Johor telah siap dipasang dengan sambungan gentian optik. Kesimpulannya, kesemua inisiatif-inisiatif Agenda Johor Digital yang terdapat pada belanjawan kali ini merupakan langkah awalan bagi mempersiapkan generasi muda terhadap digital possibilities of the feature, dengan izin. Kerajaan negeri akan terus

berusaha untuk memastikan Agenda Johor Digital ini dapat dibudayakan oleh masyarakat umum dengan pelbagai lagi inisiatif pada masa hadapan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, berkenaan penerusan inisiatif Kad Sihat Johor, kerajaan negeri telah dengan giatnya membangunkan sistem perlindungan sosial negeri yang komrehensif, bersandarkan data dalam kalangan rakyat Johor. Usaha tersebut telah diterjemahkan di dalam tiga Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor, Belanjawan Johor 2021 dan 2022. Masing-masing di dalam Agenda Johor Prihatin dan Agenda Johor Berkebajikan. Seperti contoh di dalam Belanjawan Tahun 2021, di bawah Agenda Johor Berkebajikan, kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM115 juta yang telah memanfaatkan lebih 8,425 penerima bantuan.

Kerajaan negeri sedar, bahawa usaha untuk membangunkan satu sistem dan inisiatif-inisiatif perlindungan sosial yang berkesan merupakan satu usaha yang berpanjangan. Oleh itu dua elemen penting seperti data dan sumber kewangan juga harus sentiasa dikemaskini dan diperhalusi agar setiap inisiatif yang dilaksanakan dapat berjalan dengan efektif dan berkesan. Begitu juga seperti inisiatif Kad Sihat Johor ini, kerajaan negeri sedang mempertimbangkan kaedah lain yang lebih berkesan. Untuk itu, kerajaan negeri bercadang untuk menjalinkan kerjasama dengan Waqaf An-Nur dan KPJ Health Care Berhad untuk merangka satu inisiatif perlindungan sosial khususnya untuk tujuan kesihatan rakyat Johor yang kurang berkemampuan. Inisiatif ini bakal memberikan manfaat kepada penerima Kad Sihat Johor yang sedia ada dan juga penerima-penerima lain yang tercicir mahupun yang baru.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Tuan Jimmy Puah dari Bukit Batu membangkitkan soal Loji Rawatan Air Semanggar yang ditutup dan bekalan terputus untuk selama seminggu. Insya-Allah Yang Berhormat Bukit Batu, saya akan meneruskan usaha untuk menunjukkan concern kepada mereka yang terjejas. Yang Berhormat mencadangkan supaya touching sikitlah. Jadi, itu saya wakilkan kepada Yang Berhomatlah untuk touching-touching ini. Walaupun begitu Yang Berhormat, pihak Ranhill Saj sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik dalam membekalkan air terawat kepada semua pengguna air di negeri Johor. Ini adalah satu komitmen yang tiada kompromi oleh pihak Ranhill SAJ.

Namun begitu, terdapat cabaran-cabaran yang tidak kurang hebatnya dalam kita membekalkan air bersih kepada pengguna seperti cabaran gangguan bekalan air terutamanya gangguan bekalan air tidak terancang. Gangguan bekalan air tidak terancang ini merupakan satu gangguan luar jangka, luar kawalan dan berlaku secara tiba-tiba seperti mana yang berlaku di Loji Rawatan Air Semanggar. Apa yang berlaku di Loji Rawatan Air Semanggar tempoh hari, telah memaksa loji rawatan tersebut berhenti operasinya disebabkan gangguan bekalan elektrik TNB yang mengakibatkan kedua-dua transformer di loji rawatan air tersebut terbakar. Walaupun kedua-dua unit transformer itu dari punca bekalan elektrik TNB yang berasingan. Ini secara jelasnya menunjukkan bahawa gangguan itu adalah gangguan tidak terancang atau emergency, yang tidak memungkinkan kita dapat memaklumkan lebih awal kepada pengguna sekali gus menerangkan gambaran keadaan atau situasi yang berbeza dengan apa yang berlaku di Selangor kerana gangguan bekalan air seperti dinyatakan adalah gangguan bekalan air secara terancang.

Pihak Ranhill SAJ mengambil langkah-langkah segera tindakan pengurusan krisis seperti menghadapi gangguan bekalan air tidak terancang dengan mengaktifkan Jawatankuasa Tindakan Kecemasan pada 12 Oktober itu juga di mana semua pihak terlibat mengambil peranan dan tanggungjawab. Dibeli dua unit transformer bagi menggantikan transformer yang rosak. Kita laksanakan rezoning system bekalan air bersih bagi mengurangkan kawasan terjejas, meningkatkan pengeluaran air bersih dari loji-loji yang berkaitan. Kita gerakkan lori tangki dan penempatan tangki statik di kawasan-kawasan yang terjejas. Kita kemas kini maklumat berkaitan melalui saluran rasmi SAJ sama ada di facebook, You Tube mahupun di Ranhill TV secara berkala dan konsisten. Pemakluman kenyataan akhbar melalui hebahan kepada pihak media tempatan juga dilakukan. Bekalan alternatif telah

diaktifkan melibatkan pergerakan 15 lori tangki dan 43 bilangan tangki statik. Tidaklah benar bahawa rakyat tidak mendapat akses air penuh untuk tempoh seminggu. Ini kerana, pengguna hanya terputus bekalan menerusi sistem paip. Pengguna air yang terjejas ini telah mendapat bantuan alternatif pengagihan air melalui pergerakan tanker serta penempatan tangki air statik di beberapa lokasi yang strategik dan utama sejak hari pertama berlaku kejadian. Malah ditambah lagi dengan langkah rezoning atau pengolahan sistem bekalan air.

Seterusnya, Yang Berhormat Bukit Batu juga membangkitkan pertanyaan berkenaan Pembinaan Loji Rawatan Air Layang 2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pakej 1 Pembinaan Loji Rawatan Air Layang 2 ini, tempoh kontraknya adalah daripada 3 Jun 2020 hinggalah 2 Jun 2022, itu untuk pakej yang pertama. Pakej yang 2A pula iaitu Pemasangan Paip Agihan, 1,800 milimeter diameter daripada Loji Rawatan Air Layang 2 ke tangki baharu, tempoh kontrak adalah 16 November hingga 15 November 2021, dah siap ini Yang Berhormat. Sementara Pakej 2B, Pembinaan Tangki Imbangan berkapasiti 21.8 juta liter, tempoh kontrak adalah daripada 29 Jun 2020 hinggalah 28 Disember 2022.

Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Pasir, berkenaan dengan tanah rizab Melayu, izinkan saya memaklumkan bahawa tanah rizab Melayu tertakluk kepada Enakmen Rizab Melayu Negeri Johor 1936 yang terbagi kepada dua kategori iaitu Perizaban Kawasan di Bawah Seksyen 3 dan Perizaban Secara Individu di Bawah Seksyen 6. Bagi Seksyen 3, kerajaan bersetuju sesuatu kawasan itu dijadikan sebagai tanah rizab Melayu dan apa jua status tanah di dalam kawasan tersebut adalah dikategorikan sebagai Tanah Rizab Melayu. Manakala bagi Seksyen 6 pula, kemasukan sebagai rizab Melayu ini adalah melalui permohonan oleh pemilik ataupun sebagai syarat kelulusan semasa kurniaan tanah. Sehingga Oktober 2021, keluasan tanah rizab Melayu di negeri Johor adalah 557,633 atau 30% daripada keluasan tanah negeri Johor.

Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Pasir juga, tidak berlaku penyusutan atau pengurangan tanah rizab Melayu, malahan keluasan ini sentiasa bertambah disebabkan penyeliaan dan dasar yang dilakukan oleh kerajaan Johor selama ini. Jika terdapat permohonan bagi pembatalan sesuatu tanah rizab Melayu, ianya perlu ada tanah ganti yang mematuhi tiga syarat iaitu keluasan dan nilaian tanah gantian tersebut hendaklah sama atau lebih daripada tanah yang hendak dibatalkan. Tanah gantian tersebut juga hendaklah sesuai dan memenuhi material dan taktikal sebelum sesuatu permohonan untuk membatalkan status rizab Melayu boleh dipertimbangkan. Kerajaan Johor juga mengenakan syarat iaitu mana-mana tanah yang dikurniakan kepada orang Melayu hendaklah dijadikan sebagai tanah rizab Melayu.

Bagi memastikan tanah-tanah yang dimohon dijadikan sebagai rizab Melayu dan tanah kurniaan dan disyaratkan dijadikan tanah Rizab Melayu, proses pewartaan akan dijalankan sebanyak tiga kali. Bagi memastikan tanah-tanah ini tidak berlaku urus niaga kepada orang bukan Melayu semasa proses pewartaan belum disempurnakan, satu Kaveat Pendaftar akan dimasukkan sebagai kawalan dan hanya akan dibatalkan setelah pewartaan disempurnakan sepenuhnya. Pentadbiran tanah khususnya di Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Johor sentiasa mengemaskini data dan maklumat tanah-tanah rizab Melayu sama ada dalam bentuk data spasial ataupun data atribut. Laporan secara berkala juga dilakukan selaras dengan Pekeliling PTG Bilangan 2/1983.

Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Jementah, pada fasa pandemik dan bakal memasuki fasa endemik, segala urusan serta perkhidmatan di bawah kerajaan negeri masih tertakluk dengan SOP yang ditetapkan kepada orang awam yang ingin berurusan di jabatan ini. Setakat ini, semua urusan berjalan dengan lancar. Walaupun, masa berurusan disingkatkan serta urusan dokumentasi dihadkan, namun ianya tidak memberi kesan pengurangan kepada terimaan hasil. Sehingga 24 November 2021, keseluruhan hasil yang telah diterima adalah sebanyak RM1.003 bilion bersamaan dengan

95.96% jumlah hasil yang sepatutnya dikutip. Pemberian rebat bagi 15% bagi tahun 2020, 10% bagi tahun 2021 dan 5% bagi tahun 2022 diberikan kepada semua pembayar cukai tanah telah memberi kesan positif serta dapat mengurangkan kos bayaran cukai tanah. Saya berharap dengan pemberian rebat ini, dapat memberi manfaat kepada pembayar cukai tanah dalam menjalankan tanggungjawab untuk membayar cukai tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan. Tempoh bayaran cukai tanah yang berakhir pada 31 lima 2021 telah dilanjutkan sehingga 30 September 2021 dan peluang ini turut diambil oleh pembayar untuk menjelaskan bayaran cukai tanah sehingga tamat tempoh perlanjutan.

Selain daripada itu, Pentadbir Tanah Johor telah menyediakan Portal Bayaran Cukai Tanah Atas Talian yang baharu iaitu johorpay.johor.gov.my bagi memberikan kemudahan kepada pembayar cukai tanah pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja mereka berada.

Yang Berhormat Tuan Speaker, “Memperhebatkan Kesejahteraan Johor” adalah tema dipilih kerajaan negeri untuk Belanjawan Johor 2022. Sudah pasti tema ini menekankan momentum kerajaan negeri untuk masa hadapan. Dalam pada kita berbahas dan berdebat mengenai hal-hal semasa yang mustahak, momentum negeri juga akan jauh ke hadapan dengan melaksanakan beberapa dasar yang berupaya merintis perubahan untuk Johor. Contohnya, Johor merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang sedang merangka Johor Green Deal seperti diumumkan dalam Belanjawan 2022. Johor Green Deal merupakan satu pelan tindakan yang bakal memperkasakan agenda pertumbuhan ekonomi hijau dan kemampanan alam sekitar di negeri ini. Pembangunan teknologi hijau di Johor bukanlah satu usaha yang asing. Contohnya, penjanaan tenaga baharu seperti waste to energy telah dijadikan satu komponen utama untuk menyelesaikan isu tapak pelupusan sampah di Johor. Maka, melalui Johor Green Deal ini dengan izin, semua usaha-usaha tersebut akan dimurnikan bagi memberi impak yang menyeluruh kepada rakyat khususnya dan ekonomi negeri amnya.

Selain daripada itu, kerajaan negeri juga sedang memperkasakan inisiatif-inisiatif perlindungan sosial kepada golongan sasar yang memerlukan sama ada di bawah agenda Johor Prihatin mahupun agenda Johor Berkebajikan. Inisiatif-insiatif berkenaan akan dikembangkan mengikut keperluan sosioekonomi semasa yang bertujuan untuk membantu isi-isi rumah dan individu-individu yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Tuntasnya, tema “Memperhebatkan Kesejahteraan Johor” merupakan penzahiran kepada langkah awalan yang diambil oleh kerajaan negeri untuk menetapkan semula struktur ekonomi dan sosialnya. Setelah lebih dari setahun kita berdaya tahan dalam menempuh pandemik COVID-19, melalui inisiatif-inisiatif dalam Belanjawan Johor 2021 dengan tiga Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor, Belanjawan Johor 2022 tertumpu pada the initial steps bagi Johor menjadi negeri yang makmur dan sejahtera dalam tahun-tahun mendatang. Dan lebih penting sekali, langkah awalan tersebut mestilah disokong oleh kestabilan dan kematangan kita dalam memperhebatkan demokrasi di dalam negeri ini agar ianya membuahkan manfaat kepada rakyat pada masa hadapan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya mengakhiri penggulungan ini, kerajaan negeri Johor telah diminta untuk mengambil tindakan berhubung pelaksanaan umur minimum calon 18 tahun bagi kerusi Dewan Undangan Negeri selaras dengan pindaan Seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang dinamakan Akta A1603.

Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan yang mulia, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong pada 4 September 2019 telah berkenan ke atas pindaan yang melibatkan Perkara 47, Perkara 119 dan Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan dan telah diwartakan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 iaitu Akta A1603 pada 10 September 2019 dan mula dikuatkuasakan pada 11 September 2019. Akta A1603 ini telah menguatkuasakan Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan iaitu mengenai umur minimum calon Dewan Rakyat kepada 18 tahun. Akta A1603 juga telah menguatkuasakan Seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan iaitu berhubung peruntukan yang hendaklah dimasukkan ke

dalam Undang-Undang Tubuh Negeri berkaitan kelayakan Ahli Dewan Undangan Negeri kepada 18 tahun. Oleh itu, sekiranya terdapat sesuatu pilihan raya yang melibatkan kerusi Dewan Rakyat, maka calon yang telah mencapai umur kelayakan 18 tahun boleh mengambil bahagian dalam pilihan raya berkenaan. Walau bagaimanapun, sekiranya sesuatu pilihan raya itu melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri, maka calon yang berumur 18 tahun masih belum boleh bertanding sehingga pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri dipinda dan dikuatkuasakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menyarankan kepada negeri-negeri untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri bagi membolehkan umur minimum calon Dewan Undangan Negeri diturunkan kepada 18 tahun selaras dengan Seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan. Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan ini merupakan peruntukan-peruntukan perlu, essential provisions, dengan izin, dalam Undang-Undang Tubuh Negeri. Jika kerajaan persekutuan meminda peruntukan-peruntukan tersebut, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk memastikan pindaan tersebut dipatuhi. Justeru, amat wajar bagi maksud mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan untuk keseragaman syarat kelayakan menjadi calon bagi kerusi Parlimen dan kerusi DUN, pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri untuk menurunkan umur minimum calon daripada 21 tahun kepada 18 tahun dilaksanakan.

Untuk tujuan itu, satu sidang khas Dewan Negeri akan diadakan seberapa segera bagi meminda Fasal 16 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 bagi Dewan Undangan Negeri selaras dengan pindaan Seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, perkara-perkara lain yang dibangkitkan berkaitan kawasan Ahli-Ahli Yang Berhormat seperti permohonan tanah, permohonan infrastruktur, liputan jalur lebar, tanah terbiar, ini semua akan diteliti dan akan dimaklumkan kepada setiap Ahli Yang Berhormat secara bertulis dalam tempoh tidak lebih dari tiga bulan. Kerajaan akan pertingkatkan usaha untuk menyelesaikan perkara-perkara khususnya yang telah lama tertangguh. Sebagai penutup, kerajaan negeri akan terus memperhebatkan usaha menjadikan Johor sebagai negeri pilihan pelabur. Kedudukan negeri Johor yang strategik tidak akan dipersia-siakan. Kita ada IRDA, kita ada ECER dan kita ada Pagoh Special Economic Zone. Kini, kita ada Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle. Maka, sepenuh kesempatan akan diambil dengan adanya pihak-pihak berkuasa wilayah berkenaan. Saya yakin dan percaya bahawa Johor akan menjadi negeri dan menjadi antara negeri yang terawal bangkit dari kemelut ekonomi akibat wabak COVID-19 ini. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini, saya akhiri dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih (Dewan bertepuk).

Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021 dibacakan kali kedua sekarang. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan. Yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibacakan kali kedua.

Jurutulis

Satu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2022 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

Speaker

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Jurutulis

Jadual.

Pengerusi

Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah sejumlah wang sebanyak RM1,447,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.01, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Datuk Mohd. Izhar bin AhmadBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia · Larkin

Yang Berhormat Tuan Pengerusi bagi Maksud Bekalan B.01, peruntukan sebanyak RM1,447,000.00 adalah diperlukan untuk pengurusan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Dari jumlah tersebut, sebanyak RM929,000.00 diperlukan untuk pembayaran emolumen serta elaun-elaun kepada anggota-anggota jabatan dan bakinya sebanyak RM518,000.00 ialah untuk perbelanjaan-perbelanjaan pengurusan yang lain. Terima kasih.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah sejumlah wang sebanyak RM176,848,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian dari Jadual ini.

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan sebanyak RM176,848,000.000 diperlukan bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran pejabat-pejabat di bawah kawalan Pejabat Setiausaha Kerajaan dalam melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti kerajaan bagi memajukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat negeri Johor. Peruntukan yang diperlukan bagi tiap-tiap aktiviti adalah seperti berikut:- Pentadbiran Am - Bahagian Pengurusan, RM32,369,000.00; Pelbagai Perkhidmatan, RM46,749,000.00; Menteri Besar Johor, RM15,504,000.00; Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor, RM6,850,000.00; Dewan Negeri Johor, RM30,585,000.00; Badan Kawal Air Johor (BAKAJ), RM6,107,000.00; Audit Dalam, RM1,584,000.00; Pemberian Kepada Agensi, RM18,500,000.00; Kem Sultan Ibrahim, RM13,284,000.00 dan Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor, RM5,316,000.00.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM35,868,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Haji Mazlan bin BujangBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya · Puteri Wangsa

Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, sejumlah RM35,868,000.00 disediakan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut:-

1. ICT Johor sebanyak RM26,718,000.00. 2. Kebudayaan sebanyak RM9,150,000.00.

Terima kasih.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah sejumlah wang sebanyak RM24,523,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan sejumlah RM24,523,000.00 disediakan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut :

1. Kerajaan Tempatan, RM14,733,000.00. 2. Perumahan, RM7,924,000.00. 3. Landskap, RM1,866,000.00.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM9,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Puan Zaiton binti Haji IsmailUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Sungai Balang

Peruntukan berjumlah RM9,000,000.00 disediakan di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran di bawah Hal Ehwal Wanita dan Keluarga. Terima kasih.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah sejumlah wang sebanyak RM35,886,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan · Layang-Layang

Yang Berhormat Speaker, bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan sejumlah RM35,886,000.00 disediakan bagi perlaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut :

1. Rakan Muda dan Sukan, RM29,500,000.00 2. Tourism Johor, RM2,047,000.00 3. Institut Dato’ Onn, RM4,339,000.00

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM14,817,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Datuk Mohd. Izhar bin AhmadBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia · Larkin

Yang Berhormat Speaker, bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan sejumlah RM14,817,000.00 disediakan bagi perlaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

1. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, RM7,200,000.00. 2. Invest Johor, RM1,015,000.00. 3. Unit Strategik Modal Insan Johor, RM1,687,000.00. 4. Johor Economic Tourism and Culture Office (JETCO), RM4,315,000.00.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM15,928,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.04, Perbendaharaan Negeri itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi Maksud Bekalan B.04, peruntukan sebanyak RM15,928,000.00 diperlukan bagi pengurusan dan pentadbiran Perbendaharaan Negeri.

Daripada jumlah tersebut sebanyak RM7,421,000.00 diperuntukkan untuk perbelanjaan emolumen. RM3,030,000.00 untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan. RM201,000.00 untuk pemilikan aset. RM276,000.00 untuk

perbelanjaan pemberian dan berkenaan bayaran tetap dan baki RM5,000,000.00 untuk perbelanjaan pulang balik hasil dan hapus kira.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM22,365,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.07, Jabatan Pertanian itu; RM79,667,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran itu; RM11,681,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.10, Jabatan Perkhidmatan Veterinar itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Datuk Haji Samsolbari bin JamaliUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Semarang

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.07, peruntukan sebanyak RM22,365,000.00 adalah diperlukan untuk pengurusan Jabatan Pertanian. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM15,969,000.00 diperlukan untuk pembayaran emolumen serta elaun-elaun kepada anggota-anggota jabatan dan bakinya sebanyak RM6,396,000.00 ialah untuk perbelanjaan-perbelanjaan pengurusan yang lain.

Di bawah Maksud B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran, peruntukan yang diperlukan ialah sebanyak RM79,667,000.00. Sejumlah RM30,888,000.00 disediakan untuk perbelanjaan emolumen. RM47,970,000.00 diperlukan untuk perkhidmatan dan bekalan termasuk pengendalian dan penyelenggaraan sungai-sungai. RM534,000.00 disediakan untuk pemilikan aset jabatan dan RM275,000.00 pula disediakan untuk pemberian dan berkenaan bayaran tetap termasuk bayaran gentian cuti rehat kepada anggota-anggota jabatan yang bersara.

Di bawah Bekalan B.10, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, peruntukan sebanyak RM11,681,000.00 diperlukan untuk perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar termasuk emolumen kakitangan dan bagi melaksanakan tugas-tugas pengurusan yang berkaitan dengan haiwan serta meningkatkan kemajuan industri ternakan di seluruh negeri.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM6,663,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.12, Pejabat Kebun Bunga DiRaja Johor itu; RM6,072,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.13, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Yang Berhormat Pengerusi bagi Maksud Bekalan B.12, peruntukan berjumlah RM6,663,000.00 diperlukan untuk perbelanjaan pengurusan Pejabat Kebun Bunga Diraja Johor. Peruntukan sebanyak RM6,072,000.00 di bawah Maksud Bekalan B.13 pula adalah untuk Jabatan Perancangan Bandar dan Desa bagi melaksanakan tugas-tugas pengawalan pembangunan fizikal, penyelarasan perancangan fizikal serta penyediaan rancangan-rancangan tempatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM19,280,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.19, Jabatan Perhutanan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.19, peruntukan sebanyak RM19,280,000.00 diperlukan untuk perbelanjaan pengurusan dan

pentadbiran Jabatan Perhutanan. Dari jumlah tersebut sebanyak RM14,787,000.00 adalah perbelanjaan emolumen manakala baki sebanyak RM4,493,000.00 adalah untuk lain-lain perbelanjaan termasuk perkhidmatan dan bekalan jabatan, aset serta pemberian dan berkenaan bayaran tetap.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM286,248,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.21, Jabatan Agama Islam itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Haji Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Bukit Permai

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.21, Jabatan Agama Islam, peruntukan sebanyak RM286,248,000.00 diperlukan untuk melaksanakan kegiatan-kegiatan agama Islam di dalam usaha-usaha meninggikan syiar Islam termasuk perbelanjaan pengurusan di bawah Pendidikan Agama Islam serta bantuan kepada sekolah-sekolah Arab dan sekolah-sekolah agama rakyat dan KAFA. Peruntukan diperlukan bagi tiap-tiap aktiviti ialah sebagaimana berikut :

1. Jabatan Agama Islam (pentadbiran am), RM61,751,000.00. 2. Pendidikan Agama Islam, RM224,497,000.00.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu sebanyak, jumlah wang sebanyak RM39,984,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Puan Zaiton binti Haji IsmailUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Sungai Balang

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat peruntukan yang diperlukan bagi tahun 2022 ialah berjumlah RM39,984,000.00. Dari jumlah tersebut sebanyak RM5,118,000.00 diperlukan untuk pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan, RM2,666,000.00 untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan, RM420,000.00 untuk pemilikan aset dan baki RM31,780,000.00 untuk perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap yang merupakan bantuan-bantuan dan sumbangan kebajikan kepada individu dan juga masyarakat. Ini termasuklah bantuan kepada penduduk-penduduk miskin dan bantuan malapetaka seperti banjir.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM87,252,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.24, Jabatan Kerja Raya itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Haji Mohd Solihan bin BadriBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Tenang

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.24, Jabatan Kerja Raya, peruntukan yang diperlukan bagi tahun 2022 ialah berjumlah RM87,252,000.00. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM53,679,000.00 diperlukan untuk pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan. RM32,051,000.00 untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan. RM530,000.00 untuk pemilikan aset. RM972,000.00 untuk perbelanjaan pemberian dan berkenaan bayaran tetap manakala baki sebanyak RM20,000.00 diperlukan bagi menampung perbelanjaan-perbelanjaan lain jabatan. Terima kasih.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM5,410,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.26, Muzium Diraja Abu Bakar Istana Besar Johor itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Haji Mazlan bin BujangBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya · Puteri Wangsa

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.26, Muzium Diraja Abu Bakar Istana Besar Johor, peruntukan yang diperlukan ialah berjumlah RM5,410,000.00 dan dari jumlah tersebut sebanyak RM2,828,000.00 adalah perbelanjaan emolumen manakala baki sebanyak RM2,582,000.00 adalah untuk lain-lain perbelanjaan termasuk perkhidmatan dan bekalan jabatan, aset dan berkenaan bayaran tetap.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara yang di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM870,500,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.28, sumbangan kepada Kumpulan Wang Berkanun itu hendaklah menjadi sebahagian daripada jadual ini.

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.28 pula, peruntukan sebanyak RM870,500,000.00 diperlukan untuk Sumbangan Kepada Kumpulan Wang Berkanun, jumlah tersebut diperlukan sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang di bawah Seksyen 10 yang lain. Terima kasih.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara yang di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM11,578,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.29, Jabatan Kehakiman Syariah itu, RM2,913,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.32, Jabatan Mufti itu, RM2,780,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.33, Jabatan Pendakwaan Syariah itu hendaklah menjadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Haji Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Bukit Permai

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.29, peruntukkan RM11,578,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran Jabatan Kehakiman Syariah bagi 2022. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM6,884,000 disediakan untuk perbelanjaan emolumen, sebanyak RM4,299,000.00 untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan sebanyak RM360,000.00 untuk perbelanjaan pemilikan aset sebanyak RM35,000.00 untuk perbelanjaan pemberian dan berkenaan bayaran tetap.

Di bawah Maksud Bekalan B.32 peruntukkan sebanyak RM2,913,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran bagi Jabatan Mufti.

Di bawah Maksud Bekalan B.33 peruntukan sebanyak RM2,780,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran bagi Jabatan Pendakwaan Syariah.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM5,168,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.41, Pejabat Daerah Johor Bahru itu, RM5,964,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.42, Pejabat Daerah Muar itu, RM5,666,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat itu, RM4,609,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.44, Pejabat Daerah Pontian itu, RM5,118,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.45, Pejabat Daerah Segamat itu, RM4,745,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.46 Pejabat Daerah Kluang itu, RM4,919,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi itu, RM3,993,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.48, Pejabat Daerah Mersing itu,

RM3,797,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.49, Pejabat Daerah Kulai itu, RM3,667,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.50, Pejabat Daerah Tangkak itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.41, Pejabat Daerah Johor Bahru diperuntukkan sebanyak RM5,168,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.42, Pejabat Daerah Muar diperuntukkan RM5,964,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat diperuntukkan sebanyak RM5,666,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.44, Pejabat Daerah Pontian diperuntukkan sebanyak RM4,609,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.45, Pejabat Daerah Segamat diperuntukkan sebanyak RM5,118,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.46, Pejabat Daerah Kluang diperuntukkan sebanyak RM4,745,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B. 47 pula, Pejabat Daerah Kota Tinggi diperuntukkan sebanyak RM4,919,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.48, Pejabat Daerah Mersing diperuntukkan sebanyak RM3,993,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.49, Pejabat Daerah Kulai diperuntukkan sebanyak RM3,797,000.00 dan di bawah Maksud Bekalan B.50, Pejabat Daerah Tangkak diperuntukkan sebanyak RM3,667,000.00. Kesemua peruntukan tersebut di sediakan bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran pejabat-pejabat daerah di seluruh negeri Johor. Terima kasih.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara yang di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM31,347,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.51, Pejabat Tanah dan Galian itu, RM7,058,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru itu, RM5,241,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.53, Pejabat Tanah Muar itu, RM6,635,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat itu, RM3,805,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.55, Pejabat Tanah Pontian itu, RM5,165,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.56, Pejabat Tanah Segamat itu, RM4,892,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.57, Pejabat Tanah Kluang, RM5,039,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi itu, RM3,572,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.59, Pejabat Tanah Mersing itu, RM3,317,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.60, Pejabat Tanah Kulai itu, RM3,451,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.61, Pejabat Tanah Tangkak itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.51, Pejabat Tanah dan Galian diperuntukkan sebanyak RM31,347,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.52 Pejabat Tanah Johor Bahru diperuntukkan sebanyak RM7,058,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.53, Pejabat Tanah Muar diperuntukkan sebanyak RM5,241,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat diperuntukkan sebanyak RM6,635,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.55, Pejabat Tanah Pontian diperuntukkan sebanyak RM3,805,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.56, Pejabat Tanah Segamat diperuntukkan RM5,165,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.57, Pejabat Tanah Kluang diperuntukkan sebanyak RM4,892,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi diperuntukkan sebanyak RM5,039,000.00, dan di bawah Maksud Bekalan B.59, Pejabat Tanah Mersing diperuntukkan sebanyak RM3,572,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.60, Pejabat Tanah Kulai diperuntukkan sebanyak RM3,317,000.00 dan di bawah Maksud Bekalan B.61, Pejabat Tanah Tangkak diperuntukkan sebanyak RM3,451,000.00. Kesemua peruntukan tersebut disediakan bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran pejabat-pejabat tanah di seluruh negeri Johor.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Jadual jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Jurutulis

FASAL 2.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Jurutulis

FASAL 1.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Saya tangguhkan Persidangan ini sehingga jam 2.30 petang ini.

Persidangan di tangguhkan pada jam 1.00 tengah hari.

Persidangan disambung semula pada jam 2.30 petang.

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Dewan Negeri bersidang semula.

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam Jawatankuasa satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan. Maka saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Datuk Haji Samsolbari bin JamaliUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Semarang

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021 dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan.

Jurutulis

Bahawa dengan ini adalah Diperundang-Undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut:

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2022.

Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Johor Tahun 2022.

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Dewan ini serta-merta berpindah menjadi Jawatankuasa bagi keseluruhan Dewan Negeri untuk menimbangkan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Johor Tahun 2022 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 37 Tahun 2021 dan memperakukan sama ada peranggaraan itu patut diluluskan oleh Dewan ini dengan dipinda atau tiada dipinda.

Datuk Haji Samsolbari bin JamaliUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Semarang

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli Yang Berhormat jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rundingan itu dipersetujukan.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM312,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.70, Pejabat Menteri Besar Johor itu, RM291,534,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.71, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan) itu, RM71,466,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.72, Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) itu dipersetujukan.

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon kita, kita terlepas satu proses. Minta maaf Yang Berhormat Tuan Speaker, sewaktu saya membawa rundingan perlu juga dinyatakan tentang isi kandungan rundingan iaitu peruntukan yang diperlukan untuk Penganggaran Pembangunan Tahun 2022, adalah berjumlah RM870,000,000.00 di bawah empat Jawatankuasa seperti berikut:

1. Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Negeri Johor, RM675,000,000.00.

2. Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, RM40,000,000.00.

3. Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, RM55,000,000.00.

4. Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor RM100,000,000.00.

Penjelasan lanjut bagi peruntukan tersebut akan diberi di peringkat Jawatankuasa berkenaan.

Saya sambung Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah maksud Pembangunan 70, Pejabat Menteri Besar Johor, peruntukan sebanyak RM312,000,000.00 disediakan bagi tahun 2022. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM248,000,000.00 diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja pembangunan termasuk pembangunan fizikal, pembangunan sosial dan pembangunan kerja-kerja kecil. Sebanyak RM14,000,000.00 pula disediakan untuk perbelanjaan pengambilan balik tanah bagi tujuan projek-projek pembangunan, kemudahan awam. Manakala selebihnya sebanyak RM50,000,000.00 disediakan bagi projek-projek khas daerah di seluruh negeri Johor.

Di bawah maksud Pembangunan 71, Setiausaha Kerajaan Pembangunan, peruntukan sebanyak RM291,534,000.00 disediakan untuk tahun 2022. Sebanyak RM45,749,000.00 disediakan bagi projek pembangunan ekonomi dan inklusif. Sejumlah RM72,881,000.00 pula diperuntukkan bagi projek-projek pembangunan perumahan dan kerajaan tempatan. Selain daripada itu, RM16,260,000.00 disediakan bagi projek-projek di bawah Pertanian Dan Industri Asas Tani.

Untuk pembangunan modal insan, keluarga dan masyarakat, diperuntukkan sejumlah RM10,400,000.00 bagi pelaksanaan projek-projek berkaitan pengurusan sumber dan alam sekitar disediakan sejumlah RM84,640,000.00. Manakala RM10,680,000.00 disediakan bagi pembangunan sains, teknologi dan inovasi. RM5,000,000.00 pula disediakan bagi projek pembangunan, belia dan sukan. Bagi penggalakkan aktiviti pelancongan di negeri Johor, peruntukan sejumlah RM13,000,000.00 disediakan.

Akhir sekali, sebanyak RM33,500,000.00 disediakan untuk infrastruktur dan kemudahan awam. Di bawah maksud Pembangunan 72, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pengurusan, peruntukan sebanyak RM71,466,000.00 disediakan untuk tahun 2022. Sebanyak

RM44,767,000.00 disediakan bagi kerja-kerja penyelenggaraan, baik pulih dan naik taraf kuarters kerajaan dan bangunan negeri, bangunan-bangunan milik kerajaan negeri di luar negeri Johor dan bangunan-bangunan kerajaan di pusat pentadbiran kerajaan negeri Kota Iskandar serta Masjid Kota Iskandar. Di samping itu juga, sebanyak RM8,167,000.00 disediakan bagi bayaran-bayaran yang berkaitan dengan Kota Iskandar. Sebanyak RM6,553,000.00 pula disediakan bagi pembinaan bangunan-bangunan kerajaan negeri. RM11,954,000.00 disediakan bagi kerja-kerja kecil dan akhir sekali sebanyak RM25,000.00 disediakan bagi kenderaan penguatkuasaan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM55,000,000.00 Bagi Kepala Perbelanjaan P.73, Jabatan Agama Islam itu dipersetujukan.

Tuan Haji Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Bukit Permai

Yang Berhormat Tuan Pengerusi di bawah maksud Pembangunan 73, Jabatan Agama Islam, peruntukan sebanyak RM55,000,000.00 disediakan untuk tahun 2022. Sejumlah RM2,100.000.00 disediakan untuk Pusat Islam Iskandar Johor dan RM40,145,000.00 pula untuk pembangunan sekolah-sekolah agama di seluruh negeri Johor serta Pejabat Pendidikan Islam Negeri Johor. Peruntukan sejumlah RM1,830,000.00 disediakan bagi kenderaan penguatkuasaan dan jentera. Kelengkapan masjid-masjid kerajaan, pelaksanaan kerja-kerja yang dirancangkan bagi membina rumah pegawai, guru-guru agama dan kakitangan Jabatan agama Islam Negeri Johor. Peruntukan sejumlah RM3,615,000.00 lagi adalah bagi kelengkapan dan kemudahan di Makam Diraja dan tanah-tanah perkuburan. Peruntukan sebanyak RM7,310,000.00 pula adalah untuk membina dan memperelok masjid-masjid di Johor, bangunan-bangunan Pejabat Agama Islam Negeri Johor, bangunan-bangunan Mahkamah Syariah Negeri Johor dan bangunan-bangunan Jabatan Mufti Negeri Johor.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM100,000,000.00 Bagi Kepala Perbelanjaan P.74, Jabatan Kerja Raya itu dipersetujukan.

Tuan Haji Mohd Solihan bin BadriBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Tenang

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah maksud Pembangunan 74, Jabatan Kerja Raya peruntukan sebanyak RM100,000,000.00 disediakan untuk tahun 2022. Sebanyak RM45,292,030.00 diperlukan untuk kerja-kerja pembinaan, menaik taraf serta memperlelok jalan dan jambatan negeri dan sebanyak RM2,350,000.00 untuk melebar jalan-jalan negeri, membina tembok tepi sungai dan rancangan mengelak banjir dan naik taraf. Peruntukan sejumlah RM2,945,000.00 juga disediakan untuk menaik taraf sistem mekanikal dan elektrikal di bangunan-bangunan kerajaan dan RM3,150,000.00 diperuntukkan untuk kerja-kerja kecil yang lain. Sejumlah RM4,131,050.00 disediakan untuk kerja-kerja pembinaan, menaik taraf, mengubah suai serta kemudahan dan keperluan bangunan-bangunan kerajaan negeri Johor. Bagi menaik taraf bangunan-bangunan utama kerajaan serta kemudahan dan keperluan bangunan, sejumlah RM2,592,000.00 pula disediakan sebagai peruntukan. Sejumlah RM37,496,510.00 diperuntukkan untuk bangunan-bangunan negeri. Manakala RM1,398,410.00 adalah untuk bangunan Yayasan Warisan Johor. Akhir sekali RM645,000.00 disediakan untuk kenderaan dan jentera.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM40 juta Bagi Kepala Perbelanjaan P.75, Jabatan Pengairan dan Saliran itu dipersetujukan.

Datuk Haji Samsolbari bin JamaliUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Semarang

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi maksud Pembangunan 75, Jabatan Pengairan dan Saliran, peruntukan sebanyak RM40,000,000.00 disediakan untuk pelaksanaan projek-projek bagi tahun 2022. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM6,066,000.00 adalah bagi jentera, kenderaan, loji dan pintu air serta kelengkapan dan sebanyak RM450,000.00 disediakan untuk premis dan bangunan jabatan. Sebanyak RM4,810,000.00 disediakan untuk kajian dan reka bentuk projek. Di samping itu, sebanyak RM18,976,000.00 disediakan bagi rancangan tebatan banjir. Saliran mesra alam zon pantai dan lembangan sungai sebanyak RM5,793,000.00 disediakan bagi pengurusan sumber air dan hidrologi, pembangunan infrastruktur, pengairan, saliran pertanian dan asas tani serta muara sungai di seluruh negeri Johor. Dan akhir sekali sebanyak RM3,935,000.00 disediakan bagi pengurusan keselamatan empangan serta lintasan dan jalan ladang.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Yang Berhormat Pengerusi, oleh sebab maksud-maksud penganggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 37 Tahun 2021 itu telah pun selesai ditimbangkan. Maka saya membawa rundingan supaya ketetapan-ketetapan Jawatankuasa itu dimaklumkan serta merta kepada Dewan Negeri.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Dewan Negeri Bersidang Semula.

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Jawatankuasa Dewan ini telah pun menimbang dan meluluskan tanpa pindaan maksud-maksud peranggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 37 Tahun 2021. Dari itu, saya membawa rundingan supaya Dewan ini bersetuju dengan ketetapan-ketetapan Jawatankuasa itu iaitu peruntukan wang berjumlah RM870,000,000.00 yang dicadangkan bagi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2022 itu diluluskan oleh Dewan Negeri ini. Dan dengan itu, mengambil ketetapan bahawa sejumlah wang yang tidak melebihi RM870,000,000.00 hendaklah dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan dalam Tahun Kewangan 2022 bagi menyempurnakan maksud yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat yang tersebut.

Datuk Haji Samsolbari bin JamaliUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Semarang

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rundingan itu dipersetujukan.

Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan Tahun 2021.Bill

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan Tahun 2021 dibacakan kali yang pertama.

Datuk Haji Samsolbari bin JamaliUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Semarang

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong Rundingan itu.

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang pertama.

Jurutulis

Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2021 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu.

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa saya akan membawa rundingan untuk bacaan kali yang kedua bagi Rang Undang-Undang ini pada hari ini juga dan saya membawa rundingan supaya Peraturan Tetap 112 (2) ditangguhkan sementara agar pertimbangan Rang Undang-Undang ini pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan pada hari ini juga.

Datuk Haji Samsolbari bin JamaliUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Semarang

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Peraturan Tetap 112 (2) ditangguhkan sementara.

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tambahan peruntukan ini merupakan tambahan bagi perbelanjaan bekalan tahun 2021. Tambahan peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak RM27,605,000.00. Sebagaimana yang dimaksudkan di dalam Enakmen Perbekalan Tambahan di bawah 4 Jawatankuasa seperti berikut:-

Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Negeri Johor, RM2,368,000; Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, RM3,284,000.00; Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, RM19,068,000.00 dan Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor RM2,885,000.00. Penjelasan lanjut bagi tambahan-tambahan tersebut akan diberi di peringkat Jawatankuasa berkenaan.

Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua.

Jurutulis

Satu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2021 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu.

Speaker

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa

Jurutulis

JADUAL.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM373,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B. 03 Pejabat Setiausaha Kerajaan Bahagian Pengurusan, peruntukan tambahan sebanyak RM373,000.00 iaitu RM89,000.00 diperlukan untuk membiayai kekurangan membayar gaji dan upahan, elaun dan imbuhan tetap sumbangan berkanun untuk kakitangan disebabkan terdapat lantikan baharu dan kenaikan pangkat; dan RM29,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan kerana bayaran Bantuan Khas Kewangan tahun 2020 dan Bayaran

Khas Aidilfitri Tahun 2021. Tambahan juga bagi bayaran balik ke Akaun Pendahuluan Diri AP59 untuk perkhidmatan membekal kelengkapan dan peralatan sebanyak RM250,000.00 dan RM5,000.00 bagi bayaran ganjaran bagi kakitangan yang tamat kontrak tahun 2021. Badan Kawal Selia Air (BAKAJ) RM264,000.00; Audit Dalam RM109,000.00.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Pengerusi

Perkara itu dihadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM100,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.07, Jabatan Pertanian itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.07, Jabatan Pertanian diperuntukkan sebanyak RM100,000.00 diperlukan untuk membiayai kekurangan peruntukan kerana bayaran Bantuan Khas Kewangan tahun 2020 dan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2021.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM3,184,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran diperuntukkan sebanyak RM3,184,000.00 iaitu RM2,822,000.00 diperlukan untuk menampung gaji dan upahahan, elaun dan imbuhan tetap, sumbangan berkanun untuk kakitangan disebabkan terdapat lantikan baharu dan kenaikan pangkat dan RM362,000.00 bagi bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 dan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2021.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM893,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.19, Jabatan Perhutanan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.19 Jabatan Perhutanan, peruntukan tambahan sebanyak RM893,000.00 diperlukan iaitu RM693,000.00 untuk membayar gaji dan upahan, elaun dan imbuhan tetap dan sumbangan berkanun untuk kakitangan disebabkan terdapat lantikan baharu dan kenaikan pangkat. Dan RM200,000.00 bagi bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 dan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2021.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM19,068,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.21, Jabatan Agama Islam itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Haji Tosrin bin JarvanthiBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Bukit Permai

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud

Bekalan B.21, Jabatan Agama Islam diperuntukkan sebanyak RM19,068,000.00 diperlukan iaitu RM14,181,000.00 untuk membayar gaji dan upahan, elaun dan imbuhan tetap dan sumbangan berkanun untuk kakitangan disebabkan terdapat

lantikan baharu seramai 598 orang Gred DG29 dan RM4,887,000.00 bagi bayaran Bantuan Khas Kewangan tahun 2020 dan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2021.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM2,885,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Puan Zaiton binti Haji IsmailUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Sungai Balang

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.23 Jabatan Kebajikan Masyarakat diperuntukkan sebanyak RM2,885,000.00 diperlukan untuk membiayai pembayaran bantuan am negeri kepada penerima bantuan bagi bulan Oktober, November dan Disember 2021. Dan pertambahan bilangan penerima bantuan am disebabkan pandemik COVID-19.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM122,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.42, Pejabat Daerah Muar itu; RM327,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat itu; RM65,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.45, Pejabat Daerah Segamat itu; RM78,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.48, Pejabat Daerah Mersing itu; RM78,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru itu; RM128,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.53, Pejabat Tanah Muar itu; RM163,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat itu; RM96,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.55, Pejabat Tanah Pontian itu; RM45,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, tadi bila kita bentang jawapan daripada Yang Berhormat EXCO Wanita, Yang Berhormat Pengerusi tak sempat nak baca sokong atau tak sokong. Terlepas satu, mungkin dalam buku ini tidak dinyatakan tetapi tertinggal satu Yang Berhormat. Saya pohon kalau boleh Yang Berhormat kita dapatkan sokongan terlebih dahulu.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.42, Pejabat Daerah Muar peruntukan tambahan sebanyak RM122,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan gaji dan upahan kerana peruntukan sedia ada digunakan untuk bayaran balik pendahuluan diri AP54; Bagi Maksud Bekalan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat peruntukan tambahan sebanyak RM327,000.00 diperlukan untuk membiayai kekurangan peruntukan gaji dan upahan serta elaun tetap kerana peruntukan sedia ada digunakan untuk bayaran balik pendahuluan diri; bagi Maksud Bekalan B.45, Pejabat Daerah Segamat peruntukan tambahan sebanyak RM65,000.00 diperlukan untuk menampung gaji dan upahan disebabkan terdapat lantikan baharu dan kenaikan pangkat.

Bagi Maksud Bekalan B.48, Pejabat Daerah Mersing peruntukan tambahan sebanyak RM78,000.00 diperlukan untuk membiayai gaji dan upahan, elaun dan imbuhan tetap dan sumbangan berkanun untuk kakitangan disebabkan terdapat lantikan baharu dan kenaikan pangkat.

Bagi Maksud Bekalan B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru pula peruntukan tambahan sebanyak RM78,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan kerana bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 dan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2021.

Bagi Maksud Bekalan B.53, Pejabat Tanah Muar peruntukan tambahan sebanyak RM128,000.00 diperlukan untuk membiayai kekurangan peruntukan kerana bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 dan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2021.

Bagi Maksud Bekalan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat peruntukan tambahan sebanyak RM163,000.00 diperlukan iaitu RM139,000.00 untuk menampung kekurangan peruntukan kerana bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 dan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2021 dan RM24,000.00 bagi bayaran gantian cuti rehat kakitangan yang bersara pilihan pada tahun 2021.

Bagi Maksud Bekalan B.55, Pejabat Tanah Pontian peruntukan tambahan sebanyak RM96,000.00 diperlukan untuk membiayai kekurangan peruntukan kerana bayaran Bantuan Khas Kewangan tahun 2020 dan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2021.

Bagi Maksud Bekalan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi peruntukan tambahan sebanyak RM45,000.00 diperlukan untuk menampung bayaran tunggakan elaun insentif khas Johor dan elaun bantuan sara hidup kesan pertukaran zon di bawah Majlis Perbandaran Pengerang.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Jadual jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Jurutulis

FASAL 2.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Jurutulis

FASAL 1.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Speaker

Dewan Negeri bersidang semula

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam Jawatankuasa satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan. Maka, saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Datuk Haji Samsolbari bin JamaliUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Semarang

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan Tahun 2021 dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibacakan kali ketiga dan diluluskan.

Jurutulis

Bahawa dengan ini adalah diperundang-undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut, Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan Tahun 2021.

Rang Undang-Undang Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri (Pindaan) 2021.Bill

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Rang Undang-Undang Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri (Pindaan) 2021 dibaca kali yang pertama.

Datuk Haji Samsolbari bin JamaliUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Semarang

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang pertama.

Jurutulis

Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri 1959 [Enakmen No. 4/1959].

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Peraturan Tetap 58 ditangguhkan sementara agar rundingan untuk bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang ini pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan pada hari ini juga.

Datuk Haji Samsolbari bin JamaliUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Semarang

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahi-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rundingan itu dipersetujukan.

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa Rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Penggubalan Jadual Keempat Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri 1959, merupakan Pindaan Kadar Elaun Tetap dan Kemudahan Ahli-Ahli Suruhanjaya. Proses pindaan ini merupakan satu proses perundangan yang biasa dan telah dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Johor dengan kali terakhir pindaan tersebut dilaksanakan adalah pada 1 Januari 2015. Pindaan Kadar Elaun Tetap dan Kemudahan Ahli-Ahli Suruhanjaya ini telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan di mesyuaratnya pada 6 Januari 2021.

Jumlah keseluruhan anggota perkhidmatan awam di negeri Johor bagi waran perjawatan tetap adalah 10,381 orang. Jumlah pengisian yang telah dibuat adalah sebanyak 8,413 orang iaitu 81%. Manakala jumlah kekosongan jawatan adalah sebanyak 1,872 orang iaitu 19% daripada jumlah keseluruhan perjawatan tetap yang ada dalam perkhidmatan awam Johor.

Di samping itu, proses temu duga yang perlu dijalankan oleh Ahli-Ahli Suruhanjaya juga dianggarkan sebanyak 2,000 hingga 4,000 orang calon setahun. Sehubungan dengan itu, berdasarkan kepada pertambahan tugas dan tanggungjawab kerana pertambahan jumlah urusan pengambilan dan temu duga, adalah wajar kadar elaun tetap dan kemudahan tersebut diluluskan bersesuaian dengan bebanan dan kompleksiti tugas yang digalas oleh Ahli-Ahli Suruhanjaya.

Oleh yang demikian, bersesuaian dengan peningkatan kadar elaun tetap dan kemudahan yang telah diluluskan maka, Rang Undang-Undang ini digubal bertujuan untuk meminda butiran-butiran amaun di dalam Jadual Keempat Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri 1959 sesuai dengan kenaikan kadar yang telah diluluskan tersebut.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Rang Undang-Undang yang dicadangkan bertujuan untuk meminda Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri 1959 yang mengandungi dua (2) Fasal:

1. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan berkuat kuasa Enakmen dicadangkan.

2. Fasal 2 bersetuju meminda Jadual Keempat Enakmen No.4/1959 iaitu perkara berkenaan gaji dan elaun tetap dan kemudahan Pengerusi dan Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri.

3. Rang Undang-Undang ini akan melibatkan kerajaan dengan perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya sebanyak RM326,900.00 setahun.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan.

Datuk Haji Samsolbari bin JamaliUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Semarang

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali kedua sekarang.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua.

Jurutulis

Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri 1959 [Enakmen No. 4/1959].

Pengerusi

Dewan Bersidang Sebagai Jawatankuasa.

Jurutulis

FASAL 1.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Jurutulis

FASAL 2.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ialah supaya Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 2 sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Dewan Negeri bersidang semula.

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam jawatankuasa satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan. Dari itu, saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Datuk Haji Samsolbari bin JamaliUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Semarang

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri (Pindaan) 2021 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibacakan kali ketiga dan diluluskan.

Jurutulis

Bahawa dengan ini adalah diperundang-undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut:

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri (Pindaan) 2021 dan hendaklah mula disifatkan berkuat kuasa pada 1 Januari 2021.

Rang Undang-Undang Enakmen Majlis Bandaraya Pasir Gudang 2021.Bill

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang dibaca kali yang pertama.

Datuk Haji Samsolbari bin JamaliUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Semarang

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang pertama.

Jurutulis

Suatu Enakmen untuk membuat peruntukan-peruntukan berbangkit untuk ubahsuaian-ubahsuaian gelaran apabila taraf Majlis Perbandaran Pasir Gudang ditukar dan bagi perkara-perkara berkaitan dengannya.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya memohon membawa rundingan supaya Peraturan Tetap 58 ditangguhkan sementara agar rundingan untuk bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang ini pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan pada hari ini juga.

Datuk Haji Samsolbari bin JamaliUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Semarang

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rundingan itu dipersetujukan.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali kedua sekarang.

Yang Berhormat Tuan Speaker, penggubalan Enakmen bagi Pihak Berkuasa Tempatan yang di naik taraf adalah merupakan satu proses perundangan yang biasa dan telah dilaksanakan di Pihak Berkuasa Tempatan lain di Malaysia yang telah di naik taraf mengikut Seksyen 4(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) seperti Enakmen Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Enakmen Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

Sejarah penubuhan Majlis Bandaraya Pasir Gudang bermula pada 1 Julai 1977 apabila Majlis Bandaraya Pasir Gudang yang ketika itu dikenali Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT Pasir Gudang ditubuhkan melalui Pengisytiharan Warta Kerajaan Negeri Johor Jil. 21 Bil. 4, J.P.U. 10, bertarikh 17 Februari 1977 di bawah Seksyen 3, Enakmen Lembaga Bandaran, Bil 118.

Berkuat kuasa pada tarikh yang sama, Johor Corporation dahulunya dikenali Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor atau PKENJ telah dilantik bagi mentadbir dan memajukan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang ini di bawah Seksyen 150, Enakmen Lembaga Bandaran.

Mulai 1 Julai 1985, kerajaan negeri Johor telah bersetuju Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang ditadbir di bawah Seksyen 7, Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) menggantikan penggunaan Enakmen Lembaga Bandaran 1937, (Bil 118). Johor Corporation telah diamanahkan oleh kerajaan negeri untuk mentadbir PBT Pasir Gudang mengikut tempoh-tempoh pentadbiran yang telah diluluskan sehingga 31 tahun lamanya iaitu dari Julai 1977 hingga 30 Jun 2009.

Apabila Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang telah memenuhi semua kriteria sebagai sebuah Majlis Perbandaran, Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah ditubuhkan pada 1 Julai 2008 di bawah Seksyen 3, Akta Kerajaan Tempatan 1976, (Akta 171).

Kini, adalah wajar supaya Majlis Perbandaran Pasir Gudang diberikan pertimbangan untuk pengiktirafan kepada Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Pengiktirafan yang diberikan ini secara tidak langsung akan dapat memberikan perkhidmatan bandar raya yang terbaik kepada penduduk selain dapat mempertimbangkan lagi prestasi dalam pelbagai aktiviti yang dipertanggungjawab kepada Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Selain telah memenuhi kriteria-kriteria bagi kenaikan Majlis Perbandaran kepada Majlis Bandaraya, kenaikan taraf juga memberikan kelebihan kepada Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan penambahan perjawatan, kenaikan jumlah geran tahunan dan projek-projek pembangunan bersesuaian dengan taraf sebagai Bandaraya.

Tambahan, pengiktirafan Bandaraya yang diberikan juga akan menjadi dorongan serta pemangkin kepada segala perancangan pembangunan yang dirancang selaras dengan hasrat kerajaan negeri. Ini secara tidak langsung akan menjadi daya penarik kepada pelabur-pelabur asing mahupun tempatan dalam membuat pelaburan ke negeri Johor.

Oleh yang demikian, bersesuaian dengan kenaikan taraf Majlis Perbandaran Pasir Gudang kepada Majlis Bandaraya Pasir Gudang, maka Rang Undang-Undang Enakmen Majlis Bandaraya Pasir Gudang 2021 ini digubal bertujuan untuk mengadakan peruntukan-peruntukan berbangkit untuk ubahsuaian-ubahsuaian gelaran sesuai dengan kenaikan taraf tersebut.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Rang Undang-Undang ini mengandungi 3 Fasal.

1. Fasal 1, mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan.

2. Fasal 2, memperkatakan gelaran yang digunakan dalam konteks Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan ubahsuaian-ubahsuaian gelaran-gelaran itu apabila mula berkuat kuasa Enakmen yang dicadangkan.

3. Fasal 3, memperkatakan kecualian semua perkara yang dilakukan oleh atau terhadap Majlis Pasir Gudang di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pihak berkuasa tempatan sebelum mula berkuat kuasa Enakmen yang dicadangkan yang hendaklah tidak menyentuh apa-apa prosiding perundangan yang telah dilaksanakan dalam prosiding perundangan oleh atau terhadap Majlis Bandaraya Pasir Gudang boleh dimulakan seolah-olah tiada apa-apa penukaran taraf selepas Enakmen yang di cadang telah mula berkuat kuasa.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan.

Datuk Haji Samsolbari bin JamaliUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Semarang

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong Rundingan itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, suka saya mengingatkan bahawa menurut Peraturan 59, maka bolehlah dibahaskan maka dengan itu tapi hendaklah dihadkan perbahasan itu kepada dasar-dasar dan faedah Rang Undang-Undang itu sahaja.

Perbahasan Ahli Yang Berhormat jika ada. Tiada. Saya minta diteruskan. Jemput, teruskan.

Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua.

Jurutulis

Suatu Enakmen untuk membuat peruntukan-peruntukan berbangkit untuk ubahsuaian-ubahsuaian gelaran apabila taraf Majlis Perbandaran Pasir Gudang ditukar dan bagi perkara-perkara berkaitan dengannya.

Dewan Bersidang Sebagai Jawatankuasa.

Jurutulis

FASAL 1.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Jurutulis

FASAL 2.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Jurutulis

FASAL 3.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 3 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 3 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Dewan Negeri Bersidang Semula.

Tuan Haji Ayub bin JamilUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Rengit

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya memohon memaklumkan Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam Jawatankuasa satu persatu dan dipersetujukan tanpa pindaan. Dari itu, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Datuk Haji Samsolbari bin JamaliUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Semarang

Yang berhormat Tuan Speaker, saya menyokong Rundingan itu.

Pengerusi

Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang Enakmen Majlis Perbandaran Pasir Gudang 2021 dibacakan Kali Ketiga dan diluluskan sekarang.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibacakan kali ketiga dan diluluskan.

Jurutulis

Bahawa dengan ini adalah diperundang-undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut:

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Majlis Bandaraya Pasir Gudang 2021 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 22 November 2020.

RUNDINGAN-RUNDINGAN.

Speaker

Dimaklumkan YAB Menteri Besar telah menarik balik Rundingan berhubung dengan Penyata Jawatankuasa Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap bagi Dewan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2021 di bawah Peraturan Tetap Bilangan 33(2), Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap bagi Dewan Negeri Johor melalui surat yang bertarikh 23 November 2021, Jurutulis Dewan Negeri telah memaklumkan kepada semua Ahli-Ahli Berhormat melalui surat bertarikh 24 November 2021 berhubung perkara itu. Dengan itu, adalah disebabkan telah ditarik balik ingatan mengenainya hanyalah dimasukkan di dalam minit mesyuarat.

Jurutulis

RUNDINGAN BERKENAAN CADANGAN MEMBENARKAN ADUN-ADUN BLOK PEMBANGKANG UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DI DALAM MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN DAERAH, JTPD DI BAWAH PERATURAN TETAP FASAL 30 (2), PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP BAGI DEWAN NEGERI JOHOR.

Speaker

Rundingan daripada Yang Berhormat Jementah telah diterima oleh Jurutulis Dewan Negeri di bawah Peraturan Tetap Fasal 30 (2), Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap bagi Dewan Negeri Johor. Suka saya mengingatkan Ahli-Ahli Yang Berhormat hanya diberi masa 10 minit sahaja. Jemput, Jementah.

Tuan Tan Chen ChoonDAP · PHJementah

Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-Ahli Dewan yang saya hormati sekalian. Saya mohon untuk membawa rundingan berkenaan cadangan untuk membenarkan ADUN-ADUN blok Pembangkang untuk mengambil bahagian dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah, (JPTD) di bawah Peraturan Tetap Pasal 30 (2), Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Johor. Dan, perlukan ada sokongan.

Speaker

Bentang dulu, bentang dulu.

Tuan Tan Chen ChoonDAP · PHJementah

Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya berpendapat bahawa kita sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan kita dipilih oleh rakyat dan perkara ini memang sudah ada banyak perbahasan dalam masa Bajet 2022 dan daripada banyak Ahli-Ahli Dewan daripada pihak pembangkang juga berpendapat bahawa kita seharusnya diberikan kebenaran untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat tersebut. Sebab sebagai Wakil Rakyat kita bukan sahaja memainkan daripada pihak pembangkang. Bukan sahaja memainkan peranan check and balance dalam Dewan ini. Kita juga sebagai suara kepada rakyat dalam kawasan dan sebarang pembangunan atau masalah yang ditimbulkan oleh rakyat di kawasan-kawasan, kami berpendapat sekiranya ia boleh dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah dan dikemukakan kepada Jawatankuasa tersebut maka kita boleh minta penjawat-penjawat awam untuk menyemak atau membuat siasatan ke atas masalah-masalah yang dibawa ke dalam mesyuarat tersebut. Dan kita berpendapat ini adalah sebahagian daripada kerja-kerja kita dalam

kawasan. Kita bukan sahaja sebagai seperti yang Yang Amat Berhormat Menteri Besar kata kita sebagai penggubal dasar, pembuat-pembuat dasar sahaja, tetapi kita juga sebagai penerima suara rakyat tempat berkenaan tentang isu-isu tempatan.

Dan kami amat berharap boleh diberikan ruang dan peluang dalam mesyuarat tersebut untuk mengutarakan pandangan-pandangan atau masalah-masalah rakyat di Mesyuarat Jawatankuasa tersebut. Dan juga berkenaan dengan pembangunan daerah, seperti yang saya bahas dalam Belanjawan 2022, begitu banyak wang yang telah dibelanjakan dan digunakan untuk pembangunan daerah dan kita sedia maklum bahawa Mesyuarat JTPD adalah suatu Jawatankuasa yang memainkan peranan sebagai agensi pelaksana dan saya berpendapat sekiranya kita dapat pihak pembangkang dapat melibatkan kita dalam mesyuarat tersebut kita boleh memainkan peranan juga untuk memberikan pandangan kita tentang kelemahan-kelemahan yang mungkin muncul dalam pelaksanaan.

Maka saya mohon Dewan yang mulia ini mempertimbangkan ADUN-ADUN Pembangkang untuk mengambil bahagian di dalam Mesyuarat Jawatankuasa tersebut. Sekian, terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat ada sokongan? Ya.

Tuan Yeo Tung SiongDAP · PHPekan Nanas

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Speaker. Saya Pekan Nenas menyokong sepenuh kepada rundingan yang dibawa oleh ADUN Jementah untuk memastikan dan membolehkan Ahli Pembangkang daripada ADUN memasuki kepada Jawatankuasa JTPD. Ini adalah penting kerana dia membolehkan..

Speaker

Cukup Yang Berhormat. Yang Berhormat, cukup. Saya minta sokongan sahaja.

Tuan Yeo Tung SiongDAP · PHPekan Nanas

Itu sahaja.

Speaker

Nanti tidak cukup masa. Nanti ada perbahasan.

Tuan Yeo Tung SiongDAP · PHPekan Nanas

Dan pihak kami berasa amat kecewa kerana Menteri Besar tidak bersetuju untuk membenarkan Pembangkang memasuki kepada JKPD dan kami merujuk balik kepada pekeliling.

Speaker

Cukup Yang Berhormat, cukup, cukup. Saya nak minta sokongan sahaja cukup. Dah ada sokongan baru kita buat perbahasan ya.

Disebabkan rundingan itu telah disokong saya membenarkan rundingan itu dibahaskan oleh 2 orang ADUN Kerajaan dan 2 orang ADUN Pembangkang. Saya beri masa seorang ADUN 5 minit sahaja. Saya persilakan dari pihak kerajaan dahulu. Jemput, 5 minit ya.

Bismilahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mengambil masa yang ringkas dalam sesi perbahasan untuk rundingan Yang Berhormat ADUN Jementah yang disokong oleh ADUN Pekan Nanas. Saya amat bersetuju dengan apa yang telah dinyatakan oleh YAB Menteri Besar ketika penggulungan sebentar tadi, yang mana peringkat awal kami pun ketika Yang Amat Berhormat Menteri Besar membentangkan Belanjawan 2022 Negeri Johor telah menyatakan untuk menawarkan status pemerhati kepada rakan-rakan Yang Berhormat Pembangkang sebelah sana. Tapi oleh kerana dalam apa juga tempoh seminggu Perbahasan kita, kita telah cuba untuk mengadakan perundingan dan juga mengambil hati Yang Berhormat-Yang Berhormat di sebelah sana, tetapi malangnya, Yang Berhormat di sebelah sana masih kekal dengan pendirian untuk jadi seorang ahli dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Daerah. Tetapi dengan apa yang, rundingan yang telah dikekalkan oleh Yang Berhormat

Pembangkang sana, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah buat kata putus iaitu kerajaan tiada pilihan untuk mengekalkan arahan No.1/2020.

Jadi oleh itu Yang Berhormat Tuan Speaker, kami telah cuba melakukan yang terbaik sepanjang sidang Dewan kali ini dan kami juga telah menggariskan beberapa perkara yang mana perlu diberi perhatian oleh rakan-rakan saya di pihak kerajaan dan juga rakan-rakan di pihak pembangkang.

Pertama, kuasa untuk memberi kebenaran untuk hadir atau tidak sebenarnya bukannya di bawah bidang kuasa kita di negeri Johor. Itu memang perlu Yang Berhormat pihak Pembangkang kena tahu yang mana bukan kuasa Yang Amat Berhormat Menteri Besar, bukan kuasa EXCO-EXCO. Kuasa ini terletak di tangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Itu telah tercatat dalam Arahan No.1/2020. Sedar atau tidak, hari ini kita telah membahaskan satu perkara yang bukan di bawah bidang kuasa kita. Itu Yang Berhormat Pembangkang pun kena sedar. Sama seperti apa yang telah dibawa ketika sidang Dun yang lepas iaitu soal cukai. Sebab itu Yang Berhormat Tuan Speaker, kami di pihak kerajaan, kami cuba lihat bahawa demokrasi atau pendemokrasian itu adalah perlu di negeri Johor pada hari ini.

Tetapi Yang Berhormat Tuan Speaker, apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Pembangkang pada hari ini sebenarnya banyak tidak melihat punca kuasa sebenar. Kebenaran yang boleh diberi kepada Yang Berhormat Pembangkang untuk sama-sama terlibat dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah. Sebab itu, seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ketika penggulungan sebentar tadi. Dalam Arahan No.1/2020, memang ada menyatakan bahawa Ahli yang terlibat adalah Ahli Parlimen atau ADUN tanpa menyatakan kerajaan ataupun pembangkang. Tetapi Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah dapat satu surat daripada Pejabat ICU yang menyatakan bahawa dengan jelas, justifikasi Ahli Parlimen atau ADUN yang menjadi ahli dalam JKPD adalah Ahli Parlimen atau ADUN yang sama parti dengan kerajaan persekutuan. Itu bermaksud parti yang mendukung kewujudan kerajaan pada hari ini, government of the day, jadi kalau betul-betul Yang Berhormat-Yang Berhormat semua hendak terlibat dengan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Daerah sokonglah kami. Tidak ada masalah pun. Sebab itu apa hari ini, apa yang kita, saya nak tekankan di dalam perbahasan pada hari ini, iaitu perkara yang ketiga. Tajuk rundingan yang dibawa oleh ADUN Pembangkang, oleh ADUN Jementah tidak menepati tujuan sebenar rundingan ini ditujukan kepada siapa. Sedangkan punca kuasa seperti saya sebut tadi untuk memberi kebenaran kepada ADUN Pembangkang dalam JTPD adalah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bukan kerajaan negeri Johor yang saya maklumkan sebentar tadi. Oleh itu Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mengambil masa yang ringkas pada petang ini, saya ingin menyeru kepada rakan-rakan Yang Berhormat Pembangkang bagi memelihara kehormatan Dewan yang mulia ini dan untuk mengelakkan percanggahan punca kuasa kepada rakan-rakan, punca kuasa kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat saya mencadangkan agar rundingan ini tidak disokong. Sekian, Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh. (Dewan bertepuk)

Speaker

Ya, daripada pihak pembangkang, lima minit diberi.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh. Bagi pihak Yang Berhormat Pembangkang di sini, Paloh mewakili pandangan dan juga buah fikiran daripada seluruh ADUN-ADUN di peringkat pembangkang. Memang kita sedar dalam pengamalan kita sewaktu melaksanakan Mesyuarat Jawatankusa Tindakan Pembangunan Daerah ini yang sejak sekian lama dilaksanakan secara bulanan, kita memang mengambil punca kuasa itu daripada Arahan Nombor 1 di peringkat persekutuan namun pada masa yang sama jika lihat di sana ada beberapa pengecualian-pengecualian yang tidaklah juga kita laksanakan sepenuhnya. Kerana jika kita mengikut kepada Arahan Nombor 1 itu, maka Wakil Rakyat iaitu Ahli Parlimen akan mempengerusikan Mesyuarat JTPD ini. Dalam hal itu,

kita lihat ada pengecualian yang kita lakukan di peringkat negeri ini. Dan kita semua mengakui bahawa apa yang sedang kita laksanakan pada hari ini, mesyuarat JTPD yang berlaku secara bulanan ini dipengerusikan di peringkat negeri Johor ini bagi daerah-daerah oleh Tuan D.O. Dalam hal ini kita lihat ada sedikit kelonggaran ataupun ada sedikit dia panggil adjustment yang boleh dilakukan di situ. Justeru Paloh sering kali menyatakan bahawa kita tidak menginginkan situasi seperti mana yang berlaku pada hari ini kita lihat di antara kerajaan dan juga pembangkang mungkin kerusinya setara, hampir setara. Justeru, walaupun dalam keadaan ini mungkin ramai orang yang kurang rasa senang tetapi Paloh beranggapan bahawa pada ketika inilah masa yang cukup tepat untuk kita di Dewan yang mulia ini mempersetujukan rundingan ini diluluskan, disokong dan diluluskan di Dewan ini untuk membolehkan Wakil-wakil Rakyat termasuklah Wakil-wakil Rakyat daripada pembangkang turut serta dalam Mesyuarat JTPD.

Mengapa? Kerana jika kita lihat senario pada hari ini di negeri Johor, Wakil-wakil Rakyat daripada pembangkang mewakili separuh daripada the whole state of negeri Johor ini, dengan izin. Maka sekiranya platform JTPD ini tidak dapat disertai oleh ADUN-ADUN daripada pembangkang misalnya, maka sebenarnya, lebih kurang hampir separuh kawasan-kawasan jika mengikut sempadan DUN kita tidak dapat bawa suara rakyat di situ masuk ke dalam JTPD. Saya jelas dengan penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar bahawa Wakil Rakyat ataupun ADUN-ADUN yang dipilih ini membuat keputusan di peringkat legislative di dalam Dewan yang mulia ini. Namun Paloh menegaskan sekali lagi, bahawa normal kita di dalam pengamalan di dalam negeri Johor atau di mana-mana negeri di dalam Malaysia ini ataupun di peringkat Parlimen sekali pun, Wakil Rakyat bukan sahaja menjadi pembuat dasar di peringkat Dewan yang mulia. Pada masa yang sama, kita juga menjadi tempat untuk kita punya rakyat yang berada di dalam kawasan kita mengadu pelbagai jenis isu, mengangkat pelbagai jenis perkara-perkara, hal-hal berbangkit di kawasan. Dan Paloh serta rakan-rakan daripada pembangkang merasakan bahawa JTPD adalah satu platform yang paling baik untuk kita mengangkat suara rakyat di dalam mengemukakan isu-isu yang mereka bangkitkan di kawasan.

Ya, pada masa yang sama, kalaulah kita boleh katakan ini juga satu tempoh ataupun peluang yang baik untuk kita mengangkat demokrasi yang lebih matang dengan kita meletakkan Wakil-wakil Rakyat yang telah dipilih secara sah untuk sama-sama turut serta dalam JTPD. Memang hari ini pembangkang ada 27 kerusi tetapi kalau kita gariskan dalam konteks demokrasi yang matang ini,hakikatnya tak kira 27 kerusi, 26 kerusi, 25 kerusi, 4,3,2,1 kerusi sekalipun suara rakyat yang diwakili oleh mana-mana Wakil Rakyat walaupun mereka pembangkang adalah sepatutnya diberikan hak untuk disuarakan menerusi JTPD ini. Jadi daripada justifikasi-justifikasi yang telah diberikan apalah kiranya rundingan ini boleh kita persetujukan bersama. Dan boleh kita luluskan bersama-sama di dalam Dewan yang mulia ini. Betul, hari ini tak tentu kita di sini dan tak tentu siapa di sebelah sana tetapi sekali kita telah meletakkan batu ataupun batu tanda kepada aras demokrasi yang matang dengan penyertaan Wakil-wakil Rakyat berbahas dan berbincang secara matang di dalam JTPD ianya akan menjadi satu penanda aras yang baik dan yang mendapat laba keuntungannya adalah rakyat-rakyat yang berada di dalam kawasan DUN masing-masing di dalam negeri Johor yang kita cintai ini.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada menyatakan di peringkat awal sewaktu Ucapan Belanjawan 2022 menyatakan bahawa kita dibenarkan masuk sebagai pemerhati...

Speaker

Ringkaskan Yang Berhormat.

... akan dimasukkan sebagai pemerhati, namun selepas mengikuti perbahasan dalam masa seminggu yang lalu kita dapati bahawa tidak cukup sebagai pemerhati sebenarnya kerana fungsi kami untuk meminta supaya dimasukkan ke dalam JTPD adalah untuk memerhati, mendengar, memberi cadangan, memberi buah fikiran, mengangkat isu-isu lokal yang berlaku di dalam kawasan DUN kita seterusnya mendapat follow up dan mendapat respond daripada jabatan-

jabatan dan seluruh agensi yang terlibat di dalam JTPD agar urusan rakyat di dalam kawasan DUN yang kita wakili dapat kita jayakan pencapaian dan prestasinya. Sekian, terima kasih.

Speaker

Saya jemput ADUN daripada kerajaan. Jemput. Pembahas nombor dua. dijemput.

Tuan Haji Mohd Solihan bin BadriBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Tenang

Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh. Kalau dilihat daripada atau didengar daripada penerangan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi, punca kuasanya memang sesungguhnya amat sesuai sekiranya apa yang berlaku sekarang diteruskan di mana Pegawai Daerah akan mempengerusikan mesyuarat. Saya tidak dapat bayangkan Yang Berhormat Tuan Speaker apabila Ahli Parlimen mempengerusikan mesyuarat di satu daerah yang mempunyai 3 Ahli Parlimen berbeza. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana bulan ini Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah, bulan depan Yang Berhormat Syed Saddiq mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Daerah, bulan lagi satu Yang Berhormat dari Bakri akan mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Daerah. Sedangkan mereka tidak memahami apa kehendak dan isu di daerah isu. (Dewan bertepuk).

Tan Sri Muhyiddin memanglah seorang tokoh, dia tahu bukan setakat Muar, di seluruh Malaysia pun dia tahu tetapi dalam konteks ini beliau menumpukan Pagoh, Syed Saddiq menumpukan Muar dan Bakri menumpukan Bakri. D.O dia mencakupi seluruh daerah. Jadi amat sesuai dan bijaksana pelaksanaan yang ada sekarang. Satu lagi kalau daripada perbahasan yang lepas kerajaan negeri mencadangkan supaya pihak ADUN Pembangkang menjadi pemerhati. Pemerhati, status dia bukan setakat duduk diam tu, kalau setakat duduk diam tu ADUN tak aktif namanya. Tak payah pilih. ADUN yang mewakili pembangkang jadi pemerhati dia boleh menyampaikan melalui surat kepada wakil terus kepada WHIP ataupun kepada D.O. apa juga nak sampaikan boleh disampaikan. Satu lagi ADUN boleh jumpa DO bila-bila masa. Boleh jumpa YDP bila-bila masa. Jadi saya tak nampak mengapa isu ini ditimbulkan sedangkan offer yang bagus sebagai pemerhati ditolak mentah-mentah. Bukan nak minta penerangan tapi ditolak. Jadi daripada ditolak, baik kita tolak teruslah usul hari ini. Sekian, terima kasih. (Dewan bertepuk).

Speaker

Dijemput daripada pembangkang. Lima minit.

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatulllahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertama-tamanya Serom mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk peluang yang diberikan kepada Serom untuk turut sama membahaskan rundingan yang dibawa oleh Jementah. Dan Serom juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan di sebelah sana yang saya kira memberikan juga input balas yang positif dari sudut jawapan-jawapan yang kami berikan namun suka Serom untuk menjelaskan daripada pembahas daripada sebelah sana yang menyatakan di pihak sini memohon untuk pengerusi kepada Mesyuarat Jawatankuasa, JTPD yang dimaksudkan yang mana jelas penjelasan yang diberikan pleh pembahas sebelah sana mengelirukan. Yang mana di pihak sebelah sini menyatakan bahawa kita hanya memohon untuk menjadikan ADUN-ADUN di sebelah pembangkang sini untuk menjadi ahli-ahli kepada mesyuarat tidak sekali kali untuk menjadi pengerusi kepada mesyuarat. Jadi kenyataan ini jauh mengelirukan.

Kedua, Serom juga ingin menyatakan disini bahawa kita tidak menafikan punca kuasa yang disebutkan oleh seperti mana yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebentar tadi dan juga rakan-rakan yang lain tapi apa yang kita nyatakan di sini kalau kita lihat kita rujuk kepada Arahan Nombor 1 2020 yang asal ianya tidak langsung menyatakan Ahli Parlimen, ADUN-ADUN kerajaan seperti mana yang disebutkan hari ini. Ianya jelas terbuka. Jadi kenapa tidak kita mengambil semangat ini dalam keadaan kita menghadapi suatu pandemik yang seperti mana juga disebut oleh Wakil-wakil Rakyat kerajaan yang

menyatakan suasana yang kita hari ini bukanlah suasana biasa tetapi suasana luar biasa yang tidak pernah kita hadapi. Jadi kenapa tidak, kenapa tidak kita mengambil langkah yang proaktif dengan membuka peluang demi rakyat di luar sana yang merintih setiap hari untuk kita menyampaikan aduan-aduan menyampaikan laporan demi untuk keselesaan mereka. Jadi saya di sini sebagai pihak pembangkang sekali lagi memohon kepada semua Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini untuk bersama memberi persetujuan kepada rundingan yang dibawa oleh Jementah.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang saya hormati sekalian, sekali lagi saya ingin menyeru kepada semua di sini ketepikanlah, ketepikanlah sebarang sentimen politik kepada permohonan yang dibawa oleh pihak, itu sebab saya tak suka menyatakan pembangkang tapi lebih suka kepada bukan kerajaan kerana dalam situasi kita berdepan dengan pandemik hari ini, kita perlukan suatu tindakan, suatu keputusan yang di luar daripada kebiasaan. Dan saya percaya punca kuasa juga boleh dirunding untuk memberikan persetujuan kepada perkara ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya melihat bahawa permohonan yang dibawa oleh Jementah hari ini bukanlah permohonan biasa, ianya telah kita bawa dua kali dalam sidang Dewan. Ianya adalah merupakan suatu rundingan, suatu cadangan yang serius dan kritikal bagi mempercepatkan proses pemulihan yang untuk berlaku kepada negara kita, negeri Johor khususnya dan kalau kita lihat di sini dengan penglibatan seimbang seperti mana yang disebut oleh YB Paloh tadi, dengan penglibatan yang hampir separuh sahaja untuk ketika ini, jika dilibatkan semua maka pembangunan, pemulihan seimbang boleh berlaku di seluruh negeri Johor.

Yang Amat Berhormat sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga ada di sini. Beliau merupakan Pengerusi Pemulihan Negara dan saya rasa beliau juga bersetuju bahawa dengan penglibatan semua ini akan membawa kepada pemulihan yang seimbang di semua kawasan. Ahli-Ahli Dewan Yang Berhormat sekalian, sekali lagi saya menyatakan di sini bahawa permulaan kepada usaha untuk membawa Ahli-Ahli Pembangkang ke dalam penglibatan dalam Mesyuarat Jawatankuasa ini bukanlah suatu yang baru. Malah bukan sahaja baru di Malaysia. Negeri Perak khususnya juga sepertinya negeri Johor telah memulakan langkah ini dengan melibatkan Ahli-Ahli daripada Dewan pembangkang, Ahli Dewan Pembangkang untuk terlibat sama dalam Mesyuarat JTPD ini.

Jadi, saya menyeru untuk kita bersama dengan semangat yang baru, semangat yang luar biasa yang saya kira dinanti-nantikan di luar sana untuk mengambil satu keputusan yang juga luar biasa dengan membenarkan ADUN-ADUN daripada bukan kerajaan ini untuk terlibat sama di dalam mesyuarat-mesyuarat di peringkat Jawatankuasa Pembangunan Tindakan Daerah. Tuan Speaker, Yang Berhormat Tuan Speaker, sekali lagi kalau kita lihat kepada ucapan Yang Amat Berhormat Ir. Dato’ Menteri Besar sebelum ini dan saya kira banyak kenyataan-kenyataan menyatakan bahawa ADUN pembangkang ini adalah merupakan rakan strategik dan ianya tidak ada disebut di mana-mana negeri di seluruh Malaysia. Kitalah antara negeri yang menyatakan bahawa pembangkang ini rakan strategik. Jadi inilah masanya, inilah masanya untuk kita benar-benar merealisasikan jika benar ADUN-ADUN bukan kerajaan ini rakan strategik, maka saya kira inilah masa dan ketikanya untuk kita merealisasikan dengan membuktikan bahawa penyertaan ADUN daripada bukan kerajaan ke dalam mesyuarat yang pastinya saya percaya dan saya penuh yakin bahawa pembangunan atau pun proses pemulihan di negeri Johor ini akan berlaku jauh lebih cepat daripada negeri-negeri yang lain.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya kira sekali lagi saya mohon kepada semua untuk bersama mempersetujui rundingan yang di bawa oleh Jementah ini agar rakyat di luar sana yang saya kira juga telah menanti sama dan untuk makluman tuan-tuan, perkongsian berita mengenai penglibatan ADUN-ADUN pembangkang di dalam Mesyuarat JTPD ini telah disambut dengan ceria oleh masyarakat di luar sana, namun dengan pengumuman yang di buat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar hari ini telah menyebabkan sebahagian

daripada rakyat-rakyat mula berdukacita yang mana kita sedia maklum bahawa 27 kawasan ini akan dinafikan hak untuk terlibat sama menyampaikan atau pun menyalurkan maklumat-maklumat.

Speaker

Ringkaskan Yang Berhormat.

Jadi saya kira, sekadar itu Serom menyeru untuk sama-sama mempersetujui rundingan ini. Sekian, terima kasih.

Speaker

Yang Amat Berhormat... Yang Amat Berhormat kalau ada jawapan, silakan. Dia kena gerak dulu Yang Amat Berhormat baru boleh.

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Itulah Yang Berhormat, janganlah rasa tertekan sangat, janganlah tension sangat. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya serius bila mengatakan kita tidak usahlah terlalu tertekan sangat dalam kita mengutarakan pandangan dan hasrat untuk menyertai Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah ini. Kita semua sedia maklum bahawa punca kuasa, itu sebenarnya tidak terletak pada kita, tetapi seperti mana kata Yang Berhormat Serom, Yang Berhormat khaskan perkara ini telah menyatakan atas persefahaman yang boleh kita bina. Walaupun begitu Yang Berhormat, kita tetap menjadi Dewan Negeri yang terus berpegang kepada punca kuasa dalam segala perkara yang kita nak buat. Untuk makluman Yang Berhormat Serom, sebenarnya tidak berlaku kekeliruan tentang Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah, kerana pertama, pada Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Februari 2020, 2020, 5 Februari, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju supaya Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah ini dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Dah clear pun, Kabinet dah buat keputusan. Yang tidak dibuat keputusan ialah huraian tentang ahli, menyatakan ahli termasuklah ADUN atau Ahli Parlimen. Di situlah punca kerajaan negeri memohon penjelasan status ADUN dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah. Jadi dalam mesyuarat saya pada pagi tadi, dalam gulung perbahasan telah pun saya nyatakan rakan saya Yang Berhormat Dato’ Zulkurnain, ADUN Serom juga telah, ADUN.

Sri Medan Yang Berhormat.

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

Sri Medan, ADUN Sri Medan.

Speaker

Jangan tertekan sangat Yang Berhormat.

Dato’ Haji Hasni bin MohammadUMNO · BNMenteri Besar · Benut

ADUN Sri Medan mengatakan bahawa merujuk kepada penjelasan yang dibuat, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dalam Mesyuarat Tindakan Daerah itu adalah daripada kalangan yang sama parti dengan kerajaan. So, dah jelas, begitulah keadaannya. Sebab itu dari awal kerajaan negeri memikirkan supaya kalau sekali pun nak melibatkan ADUN bukan kerajaan, maka satu status perlu diberikan. Pemerhati mungkin itu adalah yang terbaik. Jadi dalam hal kita berbincang tentang soal Jawatankuasa Tindakan Daerah, saya merasakan Yang Berhormat ADUN-ADUN daripada bukan kerajaan tidak perlulah merasa seolah-olah diketepikan atau pun tidak terlibat dalam arus pembangunan, tidak berpeluang untuk menyuarakan perkara-perkara yang berbangkit dengan kepentingan di kawasan. Banyak lagi cara, Yang Berhormat ADUN Bukit Batu pada penggulungannya pun ada mengatakan sampai menegur saya kalau buat touching sikitlah. Itulah tanda bahawa adanya persefahaman dan kerjasama. Jadi tidak perlu Yang Berhormat, tidak perlu risau sekiranya tidak duduk dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah, tidak bererti bahawa kerajaan tidak menjaga kepentingan wakil-wakil atau pun rakyat di kawasan-kawasan mana pun.

Pembangunan tetap hadir, pembangunan akan tetap dijalankan, maka pentadbiran daerah kerajaan sendiri sentiasa saja bersikap menyokong kerajaan yang ada dan tidak mengetepikan mana-mana pihak dalam, tidak satu pun rakyat oleh kerana di dalam kawasan pembangkang, maka kerajaan akan menganak tirikan rakyat tersebut, kerajaan

negeri akan menafikan akan hak rakyat di kawasan-kawasan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Jadi saya memberi jaminan bahawa selepas walaupun kita tidak bersetuju hari ini, kita menolak rundingan yang dibawa, tetapi percayalah bahawa kerajaan khususnya saya dan rakan-rakan dalam kerajaan akan terus mendengar apa juga cadangan Yang Berhormat, apa juga pandangan Yang Berhormat demi untuk kepentingan rakyat dan negeri Johor. Maka atas dasar itu, saya rasa adalah wajar pada hari ini kerajaan berpegang teguh kepada punca kuasa dan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah itu adalah sebagaimana yang termaktub di dalam, dalam Arahan Nombor 1/2020 yang dinyatakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Rundingan itu dikemukan bagi mendapatkan keputusan.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNBuloh Kasap

Tuan Speaker, peraturan. Peraturan Mesyuarat 116, Peraturan Mengundi. Tuan Speaker, saya ingin mencadangkan agar undian dilakukan secara bahagi atau undi rahsia.

Speaker

Ok. Kita buat belah bahagi ya. Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebelum undian bahagi dijalankan, sekiranya ada Ahli-Ahli Yang Berhormat berada di luar Dewan, loceng akan diberi, loceng akan dibunyikan selama dua minit bagi membolehkan Ahli-Ahli Yang Berhormat masuk ke dalam Dewan sebelum pintu Dewan dikunci bagi membolehkan Undi Bahagi dijalankan. Saya minta Jurutulis dan dua Penolong Jurutulis menjadi penghitung undi bagi blok kerajaan dan blok pembangkang. Dua minit ya saya bagi ruang untuk ADUN-ADUN masuk ke dalam Dewan.

(Loceng dibunyikan untuk memanggil Ahli Yang Berhormat supaya berada di tempat masing-masing)

Speaker

Ok, so saya minta semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat duduk di tempat masing-masing untuk memudahkan pihak Jurutulis mengira undi masing-masing.

(Proses Undi Bahagi dijalankan)

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, undi bahagi telah dijalankan. Yang bersetuju seramai 27 orang, yang tidak bersetuju seramai 28 orang.

Oleh itu, oleh kerana mereka yang mengundi tidak bersetuju lebih ramai daripada yang bersetuju, maka rundingan itu tidak dipersetujukan.

Jurutulis

RUNDINGAN BERKENAAN DENGAN CADANGAN PENUBUHAN JAWATANKUASA PILIHAN DI BAWAH DEWAN NEGERI JOHOR BAGI MENJALANKAN KAJIAN DAN MENGEMUKAKAN CADANGAN KE ATAS KESAN PENAMBAHAN BILANGAN PENGUNDI BERDAFTAR EKORAN DARI PELAKSANAAN PENGUNDI 18 TAHUN DAN PENDAFTARAN PENGUNDI SECARA AUTOMATIK DIBAWAH PERATURAN TETAP FASAL 30 (2) PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP BAGI DEWAN NEGERI JOHOR.

Speaker

Rundingan daripada Yang Berhormat Kota Iskandar telah diterima oleh Jurutulis Dewan Negeri di bawah Peraturan Tetap Bilangan 32 Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Bagi Dewan Negeri Johor dan diakui mustahak Yang Berhormat Speaker di bawah Peraturan Tetap Bilangan 32 Peraturan-Peraturan Tetap Bagi Dewan Negeri Johor.

Ahli-Ahli Yang Berhormat petang ini Yang Berhormat Kota Iskandar ada mengemukakan pindaan terhadap rundingan asal yang dikemukakan. Pindaan cadangan Jawatankuasa Pilihan dan juga cadangan nama-nama Ahli Jawatankuasa Pilihan tersebut. Saya telah meneliti pindaan bertulis yang telah dikemukakan dan mendapati ia telah memenuhi

Peraturan Tetap Bilangan 39, Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Bagi Dewan Negeri Johor.

Saya jemput Yang Berhormat Kota Iskandar untuk mengemukakan rundingan.

Sr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKota Iskandar

Bismillahirahmanirahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Kota Iskandar mengemukakan cadangan kepada pindaan terhadap rundingan iaitu Cadangan Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Impak Pertambahan Pengundi di bawah Dewan Negeri Johor bagi menjalankan kajian dan mengemukakan cadangan ke atas kesan penambahan bilangan pengundi berdaftar ekoran daripada pelaksanaan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pengundi secara automatik.

Jawatankuasa ini terdiri daripada 7 ahli jawatankuasa seperti berikut:

1. Yang Berhormat Panti Selaku Pengerusi. 2. Yang Berhormat Parit Raja. 3. Yang Berhormat Tenggaroh. 4. Yang Berhormat Endau. 5. Yang Berhormat Kota Iskandar. 6. Yang Berhormat Bukit Batu. 7. Yang Berhormat Stulang.

Yang Berhormat Tuan Speaker, bulan Oktober yang lalu Suruhanjaya Pilihan Raya ataupun SPR telah menjalankan Semakan Pra Pendaftaran Pemilihan Automatik (SPPA) yang melibatkan 5.8 juta pengundi baru iaitu satu 1.2 juta berumur di antara 18 ke 21 tahun dan 4.6 juta berumur 21 tahun dan ke atas.

Pada masa sekarang, bilangan julat pengundi di 56 DUN Johor adalah seperti berikut : Bilangan pengundi antara 18,000 sehingga 20,000 terdapat 6 Dewan Undangan Negeri iaitu Tenang, Bukit Naning, Layang-Layang, Endau, Pasir Raja dan Tanjung Surat. 20,000 ke 30,000 terdapat 32 Dewan Undangan Negeri dalam kategori pengundi julat 20,000 ke 30,000. Julat 30,000 ke 40,000 bagi setiap DUN terdapat 6 Dewan Undangan Negeri iaitu Jementah, Semerah, Bukit Batu, Pulai Sebatang. 40,000 ke 50,000 terdapat 6 Dewan Undangan Negeri, Penggaram, Mengkibol, Mahkota, Stulang, Kempas dan juga Senai. 50,000 ke 60,000 terdapat satu Dewan Negeri iaitu Larkin. 60,000 ke 70,000 terdapat 6 Dewan Undangan Negeri iaitu Tiram, Puteri Wangsa, Johor Jaya, Permas, Perling dan Kota Iskandar dan melebihi 70,000 adalah DUN Skudai. 32 kawasan Dewan Negeri di Johor atau mewakili 57% adalah merupakan jumlah pengundi berdaftar seramai 20,000 ke 30,000.

Di negeri Johor, bila mana undi 18 tahun dan pendaftaran pengundi automatik dilaksanakan pada tahun hadapan akan berlaku penambahan seramai 748,950 pengundi baru. Pertambahan bagi setiap Parlimen dianggarkan paling rendah 10,682 iaitu Labis dan paling tinggi 76,410 di Iskandar Puteri dan 87,684 orang di Parlimen Tebrau. Pertambahan pengundi ini akan menyebabkan 8 kawasan Parlimen di negeri Johor mempunyai pengundi melebihi daripada 130,000 iaitu Kluang, Batu Pahat, Johor Bahru, Kulai, Pulai, Pasir Gudang, Tebrau dan juga Iskandar Puteri.

Adalah dijangkakan terdapat beberapa kawasan DUN di Johor akan mencapai jumlah pengundi melebihi daripada 100,000 orang seperti N.40-Tiram, N.41-Puteri Wangsa, N.48-Skudai dan N.49-Kota Iskandar. Keadaan ini boleh dianggap sebagai keadaan luar biasa ataupun extraordinary circumstances.

Jawatankuasa Pilihan Yang Berhormat Speaker, dicadangkan nanti akan menjalankan kajian daripada pelbagai aspek antaranya keberkesanan perkhidmatan diberikan oleh seseorang ADUN kepada pengundinya. Yang kedua jumlah peruntukan yang munasabah dan berpatutan bagi seseorang ADUN walaupun kita dalam proses untuk menjadikan

peruntukan ini sebagai satu ketetapan tetapi Jawatankuasa ini boleh mengambil kira aspek ini dalam kajian yang akan dijalankan. Ketiga kemungkinan dilaksanakan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya seperti yang dinyatakan di bawah Perkara 113 Ceraian 2 Perlembagaan Persekutuan di mana salah satu prinsip adalah jumlah pemilik yang seimbang dan ia juga tertakluk kepada persempadanan semula ini setiap kali diadakan adalah dalam tempoh 8 tahun. Yang keempat dan juga aspek yang lain yang difikirkan perlu.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Jawatankuasa Pilihan ini kemudiannya akan mengemukakan cadangan-cadangan yang konstruktif kepada Dewan Negeri Johor dan kepada kerajaan Johor berkaitan langkah dan tindakan yang terbaik yang perlu diambil bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. Semoga rundingan ini boleh diberikan pertimbangan yang sewajarnya oleh Ahli Dewan yang mulia. Kota Iskandar mohon mencadang. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Ada sokongan?

Tuan Tan Hong PinDAP · PHSkudai

Yang Berhormat Tuan Speaker, Skudai mohon untuk menyokong dan untuk berbahas.

Speaker

Ok, terima kasih. Saya membenarkan rundingan ini untuk dibahaskan oleh 2 ADUN kerajaan dan 2 ADUN bukan kerajaan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, memandangkan rundingan ini telah disetujukan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam ucapan penggulungan dan juga telah dibawa oleh YB Kota Iskandar. Saya berharap kita tak ada perbahasan kita dah boleh terus luluskan rundingan tersebut.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHSkudai

Yang Berhormat Tuan Speaker, boleh dipersetujukan. Sebenarnya boleh diperbahaskan untuk diperincikan berkenaan dengan rundingan ini.

Speaker

Ok, tak apa. Tenang-tenang Yang Berhormat, tenang-tenang. Ok. Masa ada lagi jangan bimbang. Saya beri masa 5 minit bagi setiap ADUN kerajaan dan juga bukan kerajaan untuk berbahas. Saya persilakan dulu daripada ADUN kerajaan, 5 minit.

Selamat sejahtera, salam makmur Johor. Seperti kita sedia maklum Parlimen Malaysia telah berjaya meminda Perenggan B, Perkara 47 dan Perenggan A, Fasal 1 Perkara 119, Perlembagaan Persekutuan dengan undi 2/3 Ahli Dewan Rakyat untuk menurunkan umur layak menjadi Ahli Dewan Rakyat dan umur layak mengundi. Dengan lulusnya pindaan tersebut maka rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun kita layak untuk turun mengundi bagi memilih Ahli Dewan Rakyat dan juga rakyat untuk bertanding sebagai Ahli Dewan Rakyat berbanding sebelum ini yang mensyaratkan umur minima 21 tahun. Ini merupakan satu langkah progresif yang telah diambil oleh negara kita untuk melangkah ke arah semua negara maju yang lebih inklusif. Ini kerana hampir keseluruhan negara Asia dan negara-negara maju di dunia telah pun memberi ruang dan peluang kepada rakyat berusia 18 tahun untuk terlibat secara langsung dengan amalan demokrasi negara mereka.

Yang Berhormat Tuan Speaker, kita melihat bahawa pindaan ini akan memberi manfaat yang besar dalam usaha kita menyuburkan amalan demokrasi di negara ini. Namun, sehingga hari ini masih berbaki 5 negeri yang belum membuat pindaan bagi membolehkan undi 18 dilaksanakan bagi memilih ahli Dewan Undangan Negeri termasuk negeri Johor. Justeru, bagi membuat pertimbangan untuk melaksanakan pindaan undi 18 di peringkat Dewan Undangan Negeri Johor, kita perlu melihat pada 3 aspek penting. Penyuburan demoktrasi, penerimaan rakyat, persediaan pengundi.

Yang Berhormat Tuan Speaker, menurut statistik yang, oleh Malaysia Youth Data Bank System, negeri Johor merupakan negeri ke 3 jumlah populasi belia tertinggi di Malaysia. Ini menjadikan negeri Johor salah satu negeri keutamaan dalam aspek pembangunan belia. Maka adalah penting untuk Johor melihat pelaksanaan undi 18 ini sebagai salah satu aspek terpenting dalam memperkasa belia. Maka kita perlu melihat keperluan dalam kita menurunkan umur pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun ini.

Pelaksanaan undi 18 yang dijalankan ini akan memberi peluang dan ruang kepada kira-kira 1.2 juta pengundi baru yang berusia di antara 18 hingga 20 tahun. Ini merupakan satu jumlah yang besar mewakili suara belia dalam memilih dan menentukan siapakah yang akan menjadi wakil mereka dalam bentuk undang-undang, polisi dan dasar kerajaan. Jumlah ini merupakan jumlah yang besar dan meninggalkan mereka daripada terlibat dalam pentas demokrasi akan menyebabkan negara dan negeri kehilangan parti sepi rakyat yang sah. Lebih membimbangkan apabila golongan ini yang sejak berusia 18 tahun telah disisihkan daripada terlibat dalam pentas demokrasi mengakibatkan mereka tidak berminat untuk terlibat sama dalam pilihan raya apabila menjangkau usia 21 tahun. Ini dibuktikan apabila data oleh SPR menunjukkan bahawa 4.4 juta rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas tidak pernah mendaftar sebagai pengundi di Malaysia. Maka membuka ruang sama adil pada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ini akan meningkatkan penyertaan belia sebagai warga bertanggungjawab dalam menyumbang kepada demokrasi dan pembangunan negara sekali gus dapat membawa aspirasi mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Selain itu, umur 18 merupakan umur yang telah meletakkan bebanan tanggungjawab terhadap seseorang individu. Pada umur 18 tahun, mereka yang terlibat dalam jenayah akan dihukum, pada usia ini juga mereka bekerja, mereka dipertanggungjawabkan untuk membayar cukai pendapatan, pada usia ini juga mereka mempunyai hak untuk mengikat kontrak tanpa persetujuan ibu bapa. Nilai kebertanggungjawaban ini tidak lengkap jika mereka hanya diberikan tanggungjawab sebagai rakyat negara tetapi tidak diberi peluang untuk memilih wakil yang akan menentukan undag-undang dan dasar mereka.

Yang Berhormat Tuan Speaker, selain daripada itu kita melihat kepentingan pelaksanaan undi 18 in, kita turut perlu melihat aspek penerimaan rakyat terhadap pelaksanaan ini. Adakah pengundi itu sendiri melihat perkara ini sebagai suatu perkara yang negatif atau sebaliknya? Jika dilihat dari pola pengundi masyarakat kita, bukan sahaja menerima pengundi muda tapi menerima calon muda yang diketengahkan oleh parti bagi mewakili rakyat. Ini dibuktikan melalui Pilihan Raya Negeri Melaka yang baru sahaja berlangsung menyaksikan semua parti meletakkan calon muda bagi mewakili parti. Malah, lima orang calon muda yang mewakili Barisan Nasional di Melaka memenangi kesemua kerusi yang ditandingi dan mendapat sokongan yang kuat daripada pengundi.

Yang Berhormat Tuan Speaker, salah satu kegusaran besar yang banyak disuarakan oleh masyarakat apabila Undi 18 ini diperkenalkan adalah persoalan, bersediakan anak muda kita untuk mengundi dan tahap literasi demokrasi mereka? Persoalan ini kita boleh lihat dalam aspek persediaan pengundi sendiri dalam menyertai pentas demokrasi di negara kita. Negeri Johor merupakan negeri yang sangat bertuah memiliki kepimpinan yang sentiasa cakna terhadap kepentingan semasa sama ada di barisan kerajaan mahupun pembangkang.

Kita bertuah kerana di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Benut kita telah melakukan persediaan rapi dalam menyuburkan kefahaman politik dan demokrasi kepada anak muda negeri ini. Di Johor, Yang Amat Berhormat Benut telah memulakan langkah sejak tahun 2018 dalam mendidik anak muda mengenai amalan demokrasi dengan mewujudkan Program Dewan Muda Johor dan Mentari Johor. Program-program ini telah memberi

pendedahan awal kepada anak muda di Johor mengenai kaedah perbahasan, persidangan dan tatacara sesebuah polisi dan dasar kerajaan itu dibentuk. Malah kita boleh, boleh lihat daripada program yang dijalankan, pelbagai idea yang bernas dibawa oleh anak muda Johor seperti usul berkaitan sekuriti makanan, akta anti lompat parti, pembangunan modal bangsa Johor dan banyak lagi. Ini jelas menunjukkan bahawa negeri Johor mempunyai bakat-bakat yang terbaik yang boleh diketengahkan, malah dalam pelaksanaan Undi 18 ini kita akan membuka ruang yang lebih besar kepada rakyat negeri Johor.

Yang Berhormat Tuan Spekaer, saya telah membahaskan perkara ini dalam 3 aspek utama untuk kita melihat, menilai dan mengenai pelaksanaan Undi 18 di negeri kita. Kita lihat bagaimana Undi 18 ini merupakan pemangkin kepada penyuburan demokrasi. Kita telah lihat bagaimana penerimaan rakyat yang positif terhadap Undi 18 dan persediaan undi di negeri Johor yang telah kita jalankan lebih awal. Maka, saya kira sebagai sebuah negeri yang maju tidak ada sebab untuk negeri Johor menerima Undi 18 ini...

Speaker

Ringkaskan Yang Berhormat.

...dan saya perlu dilaksanakan dengan segera bagi memastikan Johor sentiasa terkehadapan dalam mengangkat aspirasi anak muda serta rakyat keseluruhan. Akhir kata demokrasi ini tidak akan mati selagi ada pemuda yang menyuburkannya. Mohon untuk menyokong usul. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ok, jemput ADUN bukan kerajaan.

Tuan Tan Hong PingDAP · PHSkudai

Yang Berhormat Tuan Speaker, Skudai mohon untuk berbahas.

Speaker

Lima minit ya Skudai.

Tuan Tan Hong PingDAP · PHSkudai

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi peluang untuk membahaskan rundingan ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, adalah satu fakta yang diketahui umum bahawa taburan bilangan pemilih di negara kita ini sangat tidak seimbang. Di Johor kalau saya ambil tahun 2018, Pilihan Raya Umum Yang Ke-14, Johor terdapat 1,817,999 pemilih. Secara puratanya adalah dibahagi dengan 56, setiap DUN angka purata dia adalah 32,464 pemilih. Bagaimanapun, apabila kita meneliti bilangan pemilih di setiap DUN, kita dapati bahawa terdapat 38 DUN yang jauh lebih rendah bilangan pemilih dia berbanding dengan angka purata ini. 7 DUN adalah 2 kali ganda angka purata, 7 DUN lebih kurang 1 perpuluhan kali ganda ataupun lebih kurang, lebih daripada angka purata ni 15,000. Hanya 4 DUN yang lebih kurang sama dengan angka purata ini. Sebagai contoh, Skudai pada PRU Ke-14 merupakan kawasan DUN yang mempunyai pemilih yang paling ramai, dengan jumlah pemilih sebanyak 70,928 pemilih. Kalau berbanding DUN yang paling kurang, paling kecil bilangan dia, DUN Bukit Naning hanya 17,834 pemilih, iaitu jumlah pemilih DUN adalah DUN Skudai adalah 4 kali ganda berbanding dengan Bukit Naning.

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebenarnya DUN Skudai ini, dia adalah dua kali ganda kawasan Parlimen, bilangan pemilih di kawasan Parlimen. Saya ambil contoh Parlimen Labis, pemilihnya hanya 40,356 pemilih. Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, kita faham bahawa mutu perkhidmatan seseorang ADUN, dia berkait rapat dengan sumber yang kita

taburkan, pelbagai sumber itu termasuklah sumber kewangan yang ada dan bilangan kakitangan pejabat atau pembantu yang mampu diupah untuk membantu Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk menguruskan kawasan. Buat masa sekarang di Skudai, mempunyai 73,000 pemilih, tidak termasuk lagi ramai pengundi-pengundi luar, luar, negeri luar dan juga ada warga luar negara yang menetap di Skudai mencecah lebih kurang 200,000 penduduk. Kalau kita bahagikan sama rata pemberian terus yang disalurkan oleh pihak kerajaan, RM50,000.00 dibahagi dengan 73,000 makna setiap pemilih layak menerima RM0.68 sahaja. Kalau dibahagi dengan jumlah penduduk, setiap penduduk hanya layak menerima RM0.25 sahaja.

Untuk peruntukan pentadbiran sebanyak RM50,000.00 setahun, maknanya sebulan lebih kurang RM4,166.00, sewa dah RM1,500.00, RM1,000.00 hingga RM1,500.00, utiliti lebih kurang ratus, yang baki RM2,000.00 sebagai upah untuk membayar gaji pembantu dan kerani. Di manakah kalau kita nak mengupah seorang lepasan universiti dengan gaji hanya RM2,000.00 sekarang? Kini, pejabat ADUN Skudai setiap minggu menerima lebih kurang 150 aduan ataupun persoalan ataupun pelbagai urusan, tidak termasuk lagi sekiranya ada kerajaan ada mengumumkan apa-apa pelaksanaan dasar yang baharu. Sebagai contoh dalam tempoh Bantuan IHSAN Johor pada tahun lepas Skudai telah, pejabat ADUN Skudai telah menguruskan lebih 100,000 permohonan dan menyalurkan kepada Pejabat Menteri Besar untuk diluluskan. Untuk kapasiti ini, sekurang-kurangnya Yang Berhormat Tuan Speaker, sekurang-kurangnya 4 hingga 8 kakitangan ataupun pembantu perlu diambil supaya perkhidmatan yang bermutu dapat diteruskan di untuk pemilih di DUN Skudai. Soalannya daripada sumber kewangan ni?

Speaker

Ringkas Yang Berhormat.

Tuan Tan Hong PingDAP · PHSkudai

Yang Berhormat Tuan Speaker, tempat pelaksanaan Undi 18, di Johor ada 2,600,000 lebih 2,600,000 pemilih dan di Skudai saya jangka akan lebih daripada 105,000 pemilih. Saya setuju sebahagian dan tidak setuju sebahagian hujah Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi. Yang mana Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi ada sebut bahawa kita tak boleh bagi sama rata peruntukan kepada semua ADUN, itu saya setuju sebab kita perlu ada perbezaan dari segi kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Tetapi saya agak kurang setuju dengan hujah Yang Amat Berhormat bahawa perlu ada perbezaan di antara ADUN bukan kerajaan dan ADUN kerajaan. Yang Berhormat Tuan Speaker, kita perlu faham semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ni. 56 setiap satunya dipilih oleh rakyat Johor.

Speaker

Yang Berhormat dah lebih masa Yang Berhormat.

Tuan Tan Hong PingDAP · PHSkudai

Bukan dipilih melainkan Yang Berhormat Tuan Speaker, maka setiap pemilih yang memilih, membuang undi dalam pilihan raya, sama ada mereka menyokong parti mana, mereka layak menikmati perkhidmatan yang daripada Wakil Rakyat yang bermutu. Untuk itu Yang Berhormat Tuan Speaker, saya harap di sini saya memberikan beberapa cadangan sebagai satu garis panduan ataupun sebagai satu rujukan kepada Jawatankuasa Pilihan...

Speaker

Masa dah tamat Yang Berhormat.

Tuan Tan Hong PingDAP · PHSkudai

Dan saya harap perkara ini tidak dianggap sebagai diberi betis hendak peha. Peruntukan yang diberikan perlulah mengambil kira Yang Berhormat Tuan Speaker, yang pertama taburan bilangan pemilih ataupun penduduk. Kedua, sosioekonomi di sesebuah kawasan tersebut iaitu sama ada di kawasan bandar dan kawasan luar bandar. Di mana kos sara hidup berlainan dan permintaan dari segi gaji ada perbezaan dan ketiga, kedudukan geografi...

Speaker

Yang Berhormat, dah 8 minit Yang Berhormat, dah 8 minit.

Tuan Tan Hong PingDAP · PHSkudai

Yang mana di Johor Bahru kita perlu bersaing bukan sahaja dengan Singapura...

Speaker

Saya minta segera habiskan.

Tuan Tan Hong PingDAP · PHSkudai

Sikit lagi, sikit lagi tetapi kita perlu bersaing dengan Singapura, bagaimana kita kalau ikutkan tadi kita mengupah seorang lepasan universiti dengan gaji RM2,000.00...

Tuan Haji Mohd Solihan bin BadriBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Tenang

Yang Berhormat Tuan Speaker, kalau ikut peraturan...

Tuan Tan Hong PingDAP · PHSkudai

Mereka pergi ke singapore...

Tuan Haji Mohd Solihan bin BadriBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Tenang

Ini mengenai undi 18 tahun ke bajet?

Speaker

Saya kira tamatkan Yang Berhormat kalau tak nanti ada Peraturan Dewan kang...

Tuan Tan Hong PingDAP · PHSkudai

Yang Berhormat Tuan Speaker, Dah pergi mana dah?

Speaker

Sekian saya menyokong rundingan ini. (Dewan Ketawa) Ok. Sekian saya menyokong rundingan ini.

Tuan Tan Hong PingDAP · PHSkudai

Belum lagi Yang Berhormat Tuan Speaker...

Speaker

Masa dah lewat Yang Berhormat. Saya tak boleh beri lebih lagi Yang Berhormat.

Tuan Tan Hong PingDAP · PHSkudai

Sikit lagi, sikit lagi...

Speaker

Saya kena tamatkan ni Yang Berhormat.

Tuan Tan Hong PingDAP · PHSkudai

Saya perlu terangkan ini apa alasan saya menyokong rundingan ni.

Speaker

Sudah lebih empat minit ni, cukup, cukup. Ok saya menyokong rundingan ini ya? Cukup. Ok ya? Ok. Seterusnya saya persilakan ADUN Kerajaan. Jemput, lima minit.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan · Layang-Layang

Yang Berhormat Speaker, saya menyokong rundingan yang dibawa oleh Bukit Batu, eh bukan Bukit Batu (Dewan ketawa), Kota Iskandar.

Tuan Jimmy Puah Wee TsePKR · PHBukit Batu

Saya tak bawa usul pun.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan · Layang-Layang

Saja touching sikit Yang Berhormat. Yang Berhormat Speaker, saya menyokong penuh rundingan yang dibawa oleh Kota Iskandar dan sokongan yang dibawa oleh Tenggaroh dan oleh kerana Yang Berhormat Skudai dah bercakap panjang lebar saya anggap dia ambil masa saya. Jadi itu sahaja daripada saya (Dewan ketawa). Terima kasih Tuan Speaker.

Tuan Tan Hong PingDAP · PHSkudai

Kalau macam ni saya sambung lagi lah, belum habis lagi...

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan · Layang-Layang

Eh tak boleh, tak boleh. (Dewan ketawa).

Speaker

Bukan bagi masa, bagi peruntukan sekali Yang Berhormat kalau boleh. Ok. Seterusnya ADUN dari bukan kerajaan, jemput satu lagi. Jemput. (Dewan ketawa).

Tuan Jimmy Puah Wee TsePKR · PHBukit Batu

Yang Berhormat Speaker, sebab masa pun sudah panjang, semua pun sudah balik, saya harap semualah Ahli-Ahli dalam Dewan ni boleh menyokong usul Kota Iskandar (Dewan ketawa). Itu sahaja, terima kasih.

Speaker

Yang Amat Berhormat ada nak menjawab? Tak ada ya? Ok ya?

Tuan Jimmy Puah Wee TsePKR · PHBukit Batu

Balik saja.

Speaker

Ini melibatkan tentang Peraturan 42 ya, jadi oleh kerana ada pindaan terhadap rundingan ini, kita kena buat dua kali keputusan. Dua keputusan ya. Keputusan pertama adalah berkenaan dengan pindaan ini, dalam pindaan ini dinyatakan tentang Jawatankuasa ini dinamakan Jawatankuasa Pilihan Impak Pertambahan Pengundi di mana tujuh Ahli Jawatankuasa telah dicadangkan iaitu YB Panti sebagai Pengerusi, YB Parit Raja, kedua, ketiga YB Tenggaroh, empat YB Endau, lima YB Kota Iskandar, enam YB Bukit Batu, tujuh YB Stulang. Pindaan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju rundingan itu dipersetujukan.

Yang kedua, rundingan asal daripada Kota Iskandar ini dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju rundingan itu dipersetujukan.

Datuk Haji Samsolbari bin JamaliUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Semarang

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Dewan ini ditangguhkan.

Speaker

Tenang, tenang.

Tuan Haji Mazlan bin BujangBERSATU · PHPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya · Puteri Wangsa

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Alhamdulillah Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebelum Dewan ini ditangguhkan saya dan seluruh Ahli Dewan Negeri Johor ingin merakamkan ucapan penghargaan setinggi-tinggi kasih kepada barisan frontliners yang sentiasa bersiap siaga dalam menjalankan amanah tanpa mengenal penat dan lelah menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat negeri dan negara ini semenjak menularnya COVID-19.

Ahli-Ahli Yang Berhormat saya mengambil kesempatan ini juga memohon ampun dan maaf jika berlaku sebarang kesilapan dan kesalahan sepanjang saya mengendalikan sidang kali ini. Dewan ini saya tangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan. Sekian.

Persidangan ditangguhkan pada jam 4.40 petang.

Pegawai-Pegawai Bertugas:

Speaker

Jurutulis Tuan Haji Zainal bin Eran

Penolong Jurutulis Encik Hasnul Atmam bin Othman Puan Farrah Diana binti Mohammad

Koordinator Cik Norzita binti Abdul Aziz

Pembantu Penerbitan Puan Malina binti Mohd Nasir Puan Noraisah binti Mohd Yusof Encik Ariff bin Abu Bakar

Pembantu Operasi (Bentara) Encik Razine bin Sulaiman Encik Hamdan bin Markom Encik Norhayadi bin Hussien Encik Muhamad Khirunizam bin Pahmi Encik Mohd Norazri bin Kasim Encik Mohd Sapri bin Manan Encik Muhamad Khairul Asyraf bin Abdullah Encik Muhammad Khairul bin Arop

Setiausaha Pejabat (Pelapor Dewan) Puan Hajah Zalinah binti Ali Puan Hairun Nurul Ain binti Zainal Abidin Puan Hajah Saniah binti Kassim Puan Hajah Azlin bin Bahrin Puan Junaidah binti Paing Puan Siti Rojimah binti Abd. Razak Puan Hajah Fareza binti Musa Puan Zahiti binti Mohd Hamdi Puan Hajah Haironisha binti Zainal Abidin Puan Nor Dalilah binti Dahalan Puan Hajah Rumiah binti Semirono Puan Shuriati binti Abdul Hajar Puan Norazilawati binti Masri Puan Norlydialina binti Ithnain Puan Raihanah binti Ismail

Rakaman Encik Nor Risam bin Esa Encik Azizan bin Md Sidi Encik Khairul Anuar bin Umar Usman

Juruaudio Video Encik Noorazhan bin Mohd Salleh Encik Ismail bin Abu Bakar