Johor · 21 April 2022
15th Assembly, 1st session, 1st meeting · 22 turns · 2,213 words · official PDF ↗
ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.
Pemasyhuran Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Memanggil Dewan Negeri Untuk Bermesyuarat.
“Pemasyhuran oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.
Bahawasanya Dewan Negeri Johor Darul Ta’zim telah dimansuhkan pada 22 Januari 2022.
Bahawasanya diperuntukkan oleh jumlah kata (4) Fasal 23 dalam Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Tahun 1895 memperuntukkan bahawa Dewan Negeri hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada sembilan puluh hari dari tarikh pemansuhan itu.
Maka oleh yang demikian, Kita, Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepada Kita di bawah jumlah kata (4) Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Tahun 1895 dengan ini memanggil Dewan Negeri untuk bermesyuarat dan menetapkan 21 April 2022 jam 9.30 pagi sebagai tarikh dan waktu bagi memulakan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas yang akan diadakan di Dewan Persidangan Dewan Negeri, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor.
Dikurniakan di Istana Kita di Bukit Serene, Johor Bahru pada 30 Mac 2022.
Yang Menjunjung Titah, Datuk Onn Hafiz bin Ghazi Menteri Besar Johor.
Memilih Speaker Dewan Negeri.
Yang Amat Berhormat, Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Menurut Fasal 24 Jumlahkata (1) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 dan menurut peruntukan Peraturan Tetap Bilangan 1 dan 2 Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap bagi Dewan Negeri Johor, Dewan Negeri akan menjalankan urusan memilih Speaker.
Adalah dimaklumkan bahawa saya selaku Jurutulis Dewan Negeri telah menerima hanya satu cadangan bertulis nama orang yang hendak dipilih sebagai Speaker Dewan Negeri. Cadangan itu datangnya daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam suratnya bertarikh 10 April 2022 memberitahu bahawa beliau berhasrat mengemukakan satu rundingan di mesyuarat hari ini bagi maksud memilih seorang Speaker Dewan Negeri.
Sekarang, dengan segala hormatnya saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengemukakan cadangan memilih Speaker.
Jurutulis, saya membawa rundingan ini untuk mencadangkan iaitu Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi dipilih menjadi Speaker dan menurut Peraturan Tetap Bil. 2 (1), Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap bagi Dewan Negeri Johor, saya telah memastikan bahawa beliau bersetuju menerima jawatan Speaker jika dipilih dan seterusnya dijemput mengambil tempatnya di dalam Dewan Negeri Johor ini sebagai Speaker.
Saya mohon membawa rundingan untuk mencadangkan supaya Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi dipilih oleh Dewan ini menjadi Speaker bagi Dewan Negeri Johor Yang Ke-15.
Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi merupakan Ahli Dewan Negeri kawasan Rengit. Beliau berumur 64 tahun dan memiliki Ijazah Doktor Falsafah daripada Nothern California Universiti di Amerika Syarikat. Kelulusan peringkat Sarjana dari State University of New York Binghampton USA.
Beliau memenangi kerusi Ahli Dewan Negeri kawasan Rengit pada Pilihan Raya Negeri Johor yang lalu. Seterusnya pada Pilihan Raya Umum Ke-12 beliau telah memenangi kerusi Parlimen Batu Pahat dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran II mulai tahun 2009 hingga tahun 2013. Beliau merupakan bekas Ketua Pengarah JASA Malaysia pada tahun 2015 hingga tahun 2018 dan beliau juga pernah menjadi pensyarah di Universiti Pertanian Malaysia.
Beliau berpengalaman luas dalam bidang politik dan pada tahun 1997 beliau dilantik sebagai Setiausaha Kerja UMNO Negeri Johor dan pada tahun 2008 beliau telah dilantik pula menjadi Timbalan Pengerusi, Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC). Beliau juga pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman pada tahun 2000 hingga 2004 dan beliau menjadi Ahli Dewan Negara mulai 13 Oktober 2004 hingga tahun 2008. Kini beliau memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan merupakan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat.
Jurutulis, saya menyokong cadangan itu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, oleh kerana hanya ada satu cadangan sahaja yang telah diterima dan disokong menjadi Speaker, maka menurut peruntukan Peraturan Tetap Bilangan 2 (3) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri, selaras dengan Fasal 24 jumlahkata (1) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi adalah dipilih sebagai Speaker Dewan Negeri Johor Darul Ta’zim.
Angkat Sumpah Oleh Speaker.
Diminta Penolong Jurutulis Dewan Negeri untuk mempersilakan dan mengiringi Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi untuk mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Speaker di bawah Fasal 24 Jumlahkata (1B), Perenggan Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan 1895 dan Peraturan Tetap Bilangan 2 (8) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap bagi Dewan Negeri Johor.
Bismillahirrahmaanirrahim. (Bacaan selawat). Wallahi Wabillahi Watallahi. Bahawa saya Mohd Puad bin Zarkashi yang telah dipilih menjadi seorang Speaker Dewan Negeri atau Legislative Assembly bagi negeri Johor dengan sesungguhnya bersumpah atau berikrar dengan iman bahawa saya mengaku akan menyempurnakan kewajipan saya dengan tulus ikhlas sebagai seorang Speaker Dewan Negeri atau Legislative Assembly yang tersebut itu. Dan, saya bersumpah dan mengaku akan memelihara, mengawal dan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor. Barang ditolongi Allah akan saya.
Saya dengan hormatnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, untuk memakaikan Jubah Rasmi Yang Berhormat Speaker.
Ahli-Ahli Yang Berhormat dan para hadirin sekalian, apabila saya menyebut Yang Berhormat Speaker, para hadirin sekalian dipersilakan bangun dan memberi tunduk hormat.
Yang Berhormat Speaker.
(Ahli-Ahli Yang Berhormat dan para hadirin bangun dan tunduk hormat).
Ahli-Ahli Yang Berhormat, demikianlah aturan urusan memilih Speaker Dewan Negeri.
Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Speaker.
Bismillahirrahmaanirrahim, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. (Bacaan selawat). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi dan salam sejahtera. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan juga Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian yang telah memberi kepercayaan kepada saya dengan memilih menjadi Speaker bagi Dewan yang mulia ini. Pemilihan ini adalah satu penghormatan yang tinggi kepada diri saya. Saya beriltizam semaksimumnya untuk menjalankan tugas dengan sedaya supaya saya seperti sumpah yang telah saya lafazkan sebentar tadi.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya ingin mengingatkan semula Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim ketika merasmikan Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-14. Begitu Tuanku bertitah “Ingin saya ingatkan DUN ini tempat menjadi kita berbincang dan membuat ketetapan bagi kepentingan rakyat dan negeri Johor. Jangan cemarkan Dewan ini dengan perangai buruk, ini adalah Dewan yang mulia, bukan Dewan sangkar beruk”. Titah Baginda.
Justeru Ahli-Ahli Yang Berhormat, marilah kita berbahas secara kritikal tetapi kontraktif kita memikul tanggungjawab sebagai pembenang utama sendi-sendi untuk negara dan berbangsa. Peliharalah keunggulan Bangsa Johor dengan izin, bunga yang bloom and bloom.
Akhirnya saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih daripada seluruh Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Negeri kepada Tuan Haji Suhaizan bin Kaiat, mantan Speaker Dewan Negeri Johor dan Yang Berhormat Puan Gan Peck Cheng, mantan Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor bagi Persidangan Ke-14.
Sekian, wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih.
Menjalankan Kerja Mengangkat Sumpah Ahli-Ahli Dewan Negeri.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang kita akan menjalankan kerja mengangkat sumpah oleh Ahli-Ahli Dewan Negeri ini.
Dengan ini saya persilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar memulakannya, dituruti oleh Ahli-Ahli yang lain mengikut seruan Jurutulis.
Dijemput Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz bin Ghazi.
Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan selawat.) Wallahi. Wabillahi. Watallahi.
Bahawa adalah saya, Onn Hafiz bin Ghazi, yang telah dipilih menjadi seorang Ahli Dewan Negeri atau "Legislative Assembly" bagi Negeri Johor dengan sesungguhnya bersumpah dengan iman bahawa saya mengaku akan menyempurnakan kewajipan saya dengan tulus ikhlas sebagai seorang Ahli Dewan Negeri atau "Legislative Assembly" yang tersebut itu dan saya bersumpah dan mengaku akan memelihara, mengawal dan mempertahankan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor. Barang Ditolongi Allah Akan Saya.
Dijemput YB Dato’ Zahari bin Sarip YB Dato’ Mohd Jafni bin Md Shukor
YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy
YB Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md On
YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah
YB Tuan Mohd Fared bin Mohd Khalid
YB Tuan Ling Tian Soon
YB Tuan Lee Ting Han
YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh
YB Cik Norlizah binti Noh
YB Dato' Ir Hasni bin Mohammad
YB Datuk Haji Samsolbari bin Jamali
YB Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan
YB Dato' Haji Zulkurnain bin Kamisan
YB Tuan Haji Abd Mutalip bin Abd Rahim
Yang Berhormat tak angkat tangan ke?
Dijemput Yang Berhormat, YB Dato' Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain
YB Puan Nor Rashidah binti Ramli
YB Tuan Hahasrin bin Hashim
YB Puan Rashidah binti Ismail
YB Dato' Jefridin bin Atan
YB Tuan Anuar bin Abd. Manap
YB Puan Haslinda binti Salleh
YB Datuk Haji Mohd Fuad bin Tukirin
YB Tuan Sahrihan bin Jani
YB Tuan Tan Chong
YB Tuan Muszaide bin Makmor
YB Puan Saraswati a/p Nallathamby
YB Tuan Tan Eng Meng
YB Puan Fauziah binti Misri
YB Puan Hajah Hasrunizah binti Hassan
YB Datuk Mohamad Najib bin Samuri
YB Tuan Haji Selamat bin Takim
YB Tuan Aznan bin Tamin
YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib
YB Datuk Haji Ramlee bin Bohani
YB Tuan Haji Mohd Yusla bin Ismail
YB Tuan Pandak bin Ahmad
YB Tuan Azizul bin Bachok
YB Tuan Liew Chin Tong
YB Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub
YB Tuan Chen Kah Eng
YB Cik Amira Aisya binti Abd Aziz
YB Cik Liow Cai Tung
YB Puan Gan Peck Cheng
YB Tuan Chiong Sen Sern
YB Tuan Ng Yak Howe
YB Tuan Ee Chin Li
YB Tuan Chew Chong Sin
YB Puan Marina binti Ibrahim
YB Puan Ng Kor Sim
YB Tuan Wong Bor Yang
YB Dato' Dr. Sahruddin bin Jamal
YB Puan Hajah Alwiyah binti Talib
YB Tuan Haji Abdul Aziz bin Talib
Memilih Timbalan Speaker Dewan Negeri.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, mengikut Fasal 24 Jumlahkata (2A) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895, Dewan Negeri bolehlah dari semasa ke semasa memilih seorang ahlinya menjadi Timbalan Speaker.
Jurutulis Dewan Negeri telah menerima satu sahaja pencalonan untuk Timbalan Speaker. Cadangan itu datangnya daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam suratnya bertarikh 10 April 2022 memberitahu bahawa beliau berhasrat mengemukakan satu rundingan di mesyuarat hari ini bagi maksud memilih seorang Timbalan Speaker Dewan Negeri.
Oleh itu, saya dengan hormatnya menjemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar membawa rundingan bagi pemilihan Timbalan Speaker Dewan Negeri.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya dengan sukacitanya ingin membawa rundingan dan mencadangkan supaya Yang Berhormat Datuk Haji Samsolbari bin Jamali, Ahli Dewan Negeri Kawasan Semarang dipilih sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri.
Yang Berhormat Datuk Haji Samsolbari bin Jamali berumur 60 tahun dan memiliki Diploma in Planting Industry and Management daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau, Perlis. Dalam kerajaan beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Nanas Malaysia. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan di bawah portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor mulai tahun 2020 hingga 2022. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Pembantu Khas kepada EXCO Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Masyarakat pada tahun 1995 hingga tahun 1999. Pada tahun 1990 hingga tahun 1995 beliau telah menjadi Pembantu Khas kepada EXCO Pembangunan Sosial dan Kebajikan Masyarakat.
Beliau berpengalaman luas dalam bidang politik yang mana pada tahun 1988 beliau telah menjadi Jawatankuasa Penaja UMNO. Seterusnya beliau menjadi Pegawai Khas kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan sejak tahun 1990 hingga tahun 2004. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Biro Ekonomi Pergerakan Pemuda tahun 1998 hingga tahun 1999. Pada tahun 1998 hingga tahun 2001 beliau menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Seri Gading dan pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Pergerakan Pemuda Badan Perhubungan UMNO Johor tahun 1999 hingga tahun 2001. Selain itu, beliau juga pernah
menjadi Ketua Penerangan UMNO Bahagian Seri Gading pada tahun 2001 hingga tahun 2003.
Seterusnya, beliau pernah menjadi Timbalan Ketua Penaja UMNO Bahagian Ayer Hitam tahun 2003 hingga tahun 2004. Beliau juga pernah menjawat sebagai Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO pada tahun 2008 hingga tahun 2018 dan beliau telah menjadi Ahli Dewan Negeri kawasan Semarang selama 5 penggal beliau bermula tahun 2004 hingga kini. Beliau telah menjawat pelbagai jawatan di dalam parti UMNO antaranya Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam dan Pengerusi Barisan Nasional Bahagian Ayer Hitam mulai tahun 2004 hingga sekarang. Seterusnya beliau telah menjadi Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor dari tahun 2018 hingga kini.
Yang Berhormat Speaker, saya menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, rundingan kepada cadangan ini telah disokong. Tiada pencalonan lain dikemukakan. Oleh itu mengikut Fasal 24 Jumlahkata (2A) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895, dengan ini saya sukacita mengisytiharkan Datuk Haji Samsolbari bin Jamali, Ahli Dewan Negeri kawasan Semarang dipilih sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri.
Demikianlah tadi upacara mengangkat sumpah Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri bagi Penggal Persidangan Dewan Negeri Johor Yang Ke-15. Marilah kita bersama-sama bersyukur ke hadrat Allah SWT dan berjanji untuk bekerjasama demi kepentingan rakyat di negeri Johor.
Marilah juga kita berikrar kepada Dewan Negeri ini untuk menjalankan urusan-urusan Dewan sepanjang persidangan yang akan datang bagi memelihara kemuliaan Dewan ini selari dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895.
Persilakan bergerak ke pintu utama Dewan Negeri untuk sesi bergambar.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ini saya tangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan.
Persidangan ditangguhkan pada jam 11.15 pagi.
Pegawai-Pegawai Bertugas:
Jurutulis Tuan Haji Zainal bin Eran
Penolong Jurutulis Encik Azlan Afandi bin Sauffee Afandi Puan Siti Nur Liyana binti Abdul Mutalib
Koordinator Cik Norzita binti Abdul Aziz
Pembantu Penerbitan Puan Malina binti Mohd Nasir Puan Noraisah binti Mohd Yusof Encik Ariff bin Abu Bakar
Pembantu Operasi (Bentara) Encik Razine bin Sulaiman Encik Hamdan bin Markom Encik Norhayadi bin Hussien Encik Muhamad Khirunizam bin Pahmi Encik Mohd Norazri bin Kasim Encik Mohd Sapri bin Manan Encik Muhamad Khairul Asyraf bin Abdullah Encik Muhammad Khairul bin Arop
Setiausaha Pejabat (Pelapor Dewan) Puan Raihanah binti Ismail Puan Norwahidah binti Elias
Rakaman Encik Nor Risam bin Esa Encik Azizan bin Md Sidi Encik Khairul Anuar bin Umar Usman
Juruaudio Video Encik Noorazhan bin Mohd Salleh Encik Ismail bin Abu Bakar