Johor · 19 June 2022

1st session, 2nd meeting · 149 turns · 32,377 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.

Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Speaker

Speaker

Bismillahirrahmaanirrahim. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. (Bacaan selawat). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam maju Johor. Ahli-Ahli Yang Berhormat, alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya sempurnalah sudah Majlis Pembukaan Rasmi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Kelima Belas oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertua Bagi Negeri Johor Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim pada hari Khamis, 16 Jun 2022.

Dengan ini Ahli-Ahli Dewan Negeri merafak sembah ucapan setinggi-tinggi kasih atas keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku ke Dewan mulia ini bagi merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-15.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ini juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Johor yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri (Dewan bertepuk), sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraaan Rasmi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-16 pada 6 Jun 2022.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan Negeri berperanan menggubal perundangan dan dasar negeri. Dewan Negeri juga berperanan memantau institusi pemerintah iaitu jabatan dan agensi kerajaan negeri. Ahli-Ahli Yang Berhormat bertanggungjawab menegur, mencadang dan mengkritik secara kritis tetapi konstraktif. Rakyat meletak harapan paling tinggi agar Dewan Negeri berperanan sebagai pengantara dalam menyampaikan suara-suara rakyat kepada kerajaan. Dengan izin, sebagai the law makers di peringkat negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat adalah pemain utama untuk menjayakan sebahagian daripada proses demokrasi ini. Walau bagaimanapun, demokrasi di Malaysia menjadi unggul kerana ia bertunjangkan demokrasi berparlimen. Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan. Jadikan titah komprehensif Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim, Sultan Johor di majlis perasmian sebagai panduan untuk kita menjayakan sidang Dewan Negeri Johor ini.

Raja Berperlembagaan menjadi pengimbang bijaksana agar demokrasi kita tidak tergelincir yang boleh menjadi penyebab kita terjajah kali kedua dalam bentuk yang berbeza. Ini sesuai dengan peringatan oleh seorang tokoh pemikir Islam tersohor, Malik bin Nabi, dengan izin, Al Qabiliyatun Lil Istimar, “jangan kamu menyediakan satu keadaan untuk menerima sekali lagi penjajahan”.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, dukacita dimaklumkan Yang Berbahagia Datuk Ng See Tiong, bekas Ahli Dewan Negeri Kawasan Parit Yaani yang telah berkhidmat selama 2 penggal, mulai 21 Mac 2004 hingga 2 April 2013 telah meninggal dunia pada 13 Mei 2022. Oleh yang demikian, Dewan ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan marilah kita berdiri bertafakur sebagai penghormatan terhadap khidmat mendiang selama satu minit. Sila. (Berdiri).

Pembentangan Kertas-Kertas Mesyuarat

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya memohon membentangkan Kertas-Kertas Mesyuarat Bilangan 3 hingga 5 Tahun 2022.

Bilangan 3 Tahun 2022 - Penyata Kewangan Negeri Johor Tahun 2020.

Bilangan 4 Tahun 2022 - Laporan Ketua Audit Negara Johor Tahun 2020 dan Penyata Memorandum mengenai : • Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri Serta Pengauditan Pematuhan Jabatan / Agensi Negeri Tahun 2020.

• Aktiviti Jabatan / Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor Tahun 2020 Siri 1.

Bilangan 5 Tahun 2022 - Anggaran Perbelanjaan Tambahan Pertama Tahun 2022.

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Salam sejahtera, salam maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membentangkan Kertas-Kertas Mesyuarat Bilangan 6 hingga 20 Tahun 2022.

Bilangan 6 Tahun 2022 - Penyata Kewangan Majlis Bandaraya Johor Bahru Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.

Bilangan 7 Tahun 2022 - Penyata Kewangan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.

Bilangan 8 Tahun 2022 - Penyata Kewangan Majlis Bandaraya Pasir Gudang Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.

Bilangan 9 Tahun 2022 - Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Muar Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.

Bilangan 10 Tahun 2022 - Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Batu Pahat Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.

Bilangan 11 Tahun 2022 - Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Kluang Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.

Bilangan 12 Tahun 2022 - Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Segamat Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.

Bilangan 13 Tahun 2022 - Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Pengerang Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.

Bilangan 14 Tahun 2022 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Pontian Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.

Bilangan 15 Tahun 2022 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Tangkak Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.

Bilangan 16 Tahun 2022 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Yong Peng Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.

Bilangan 17 Tahun 2022 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Labis Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.

Bilangan 18 Tahun 2022 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Simpang Renggam Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.

Bilangan 19 Tahun 2022 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Kota Tinggi Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.

Bilangan 20 Tahun 2022 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Mersing Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membentangkan Kertas Mesyuarat Bilangan 21 Tahun 2022.

Bilangan 21 Tahun 2022 - Penyata Kewangan Yayasan Warisan Negeri Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.

Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md OnUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Serom

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membentangkan Kertas Mesyuarat Bilangan 22 Tahun 2022.

Bilangan 22 Tahun 2022 - Penyata Kewangan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.

Tuan Mohd Fared bin Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membentangkan Kertas Mesyuarat Bilangan 23 Tahun 2022.

Bilangan 23 Tahun 2022 - Penyata Kewangan Lembaga Kumpulan Wang Amanah Orang-Orang Islam Negeri Johor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.

Soalan LisanQuestions

Speaker

Yang Berhormat Sungai Balang, jemput.

Tuan Haji Selamat bin TakimUMNO · BNSungai Balang

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan nombor 1.

DYMM Tuanku Sultan telah bertitah supaya barisan EXCO menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh. Justeru itu apakah pencapaian yang telah diraih dan dicapai oleh barisan EXCO setelah 100 hari menjalankan tugas tersebut?

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat Sungai Balang bertanya mengenai apakah pencapaian yang telah diraih dan dicapai oleh barisan EXCO selepas 100 hari menjalankan tugas? Untuk makluman Yang Berhormat, tempoh genap 100 hari pertama barisan EXCO adalah pada 3 Julai 2022. Namun, saya sedar dan insaf bahawa harapan rakyat terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri Johor amatlah tinggi. Terutamanya selepas Barisan Nasional mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya negeri yang lalu. Atas kesedaran itu, kami telah berusaha sedaya mungkin untuk menggalas tanggungjawab ini dengan membantu dan menyelesaikan

sebanyak mungkin isu rakyat yang termampu kami laksanakan. Oleh itu, izinkan saya melaporkan pelbagai inisiatif yang telah saya dan barisan EXCO laksanakan sehingga hari ini. Saya mohon masa Ahli-Ahli Yang Berhormat sebanyak 100 saat untuk saya laporkan dan berkongsi apa yang kita telah buat sepanjang tempoh pentadbiran 100 hari ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, dengan izin, (gangguan teknikal) telah menyelesaikan isu penurapan jalan di perkarangan Hospital Sultanah Aminah (HSA), memperbaiki kerosakan jalan di Kempas Lama sepanjang 200 meter, kerja-kerja menurap semula jalan, pembersihan longkang dan parit di kawasan sekitar Bandaraya Johor Bahru sepanjang 2.25 kilometer, penambahbaikan jalan, parit dan longkang di Jalan Skudai akibat banjir kilat, menyelesaikan isu lampu isyarat pejalan kaki di Senai Jaya, mengurangkan kesesakan di kaunter-kaunter Imigresen di Setia Tropika dan UTC Galleria, pengecualian bayaran tol dan road charge sempena pembukaan sempadan Johor-Singapura, perkhidmatan shuttle bas di Jalan Tun Razak dan Jalan Jim Quee ke drop off point di BSI, pembersihan dan pengindahan di kawasan Danga Bay, pembersihan di Taman Negara Tanjung Piai.

Mengadakan lawatan ke Singapura bagi mengukuhkan hubungan dua hala, kemasukan pelaburan bernilai RM1.38 bilion dari GGS Holdings Limited, pelaburan bernilai RM876 juta dari Insulet Corporation, pelaburan Paris Baguette Singapore bernilai RM130 juta.

Johor muncul sebagai Johan Keseluruhan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran di peringkat kebangsaan pada 17 Jun tahun ini. 22 atlet anak Johor yang telah menyumbang pingat di Sukan Sea, Hanoi, Vietnam.

Peruntukan RM2 juta bagi melaksanakan pembangunan Pusat Latihan Bola Jaring Negeri Johor, RM1.5 juta untuk kerja-kerja membina dan menyiapkan Dataran Paloh, Kluang, RM1.5 juta untuk kerja-kerja menaik taraf extreme park Kluang, RM500,000.00 untuk menaik taraf pasar awam Simpang Renggam, RM4 juta untuk pembangunan pusat makanan laut Sungai Rambah, Pontian, RM2.3 juta untuk Rancangan Tebatan Banjir di Kota Mas, Kota Tinggi, RM800,000.00 untuk menaik taraf longkang bagi menyelesaikan jalan terputus akibat banjir di daerah Kota Tinggi, RM500,000.00 untuk kerja-kerja pendawaian elektrik Bangunan Sultan Iskandar, RM500,000.00 untuk Rancangan Tebatan Banjir Daerah Segamat Fasa 2.

RM500.00 kepada 5,769 imam, bilal, noja, penggerak masjid dan penyelia al-Quran, RM500.00 kepada 623 Ketua Kampung, RM400.00 untuk fakir, RM300.00 untuk miskin yang melibatkan sejumlah 85,800 penerima Bantuan Khas Aidilfitri, RM100.00 setiap bulan kepada 1,825 anak yatim dan yatim piatu di bawah Program Anak Johor Prihatin, Bantuan Beras Bangsa Johor telah ditingkatkan daripada 903,000 ketua isi rumah kepada 1.6 juta ketua isi rumah, peralatan bantuan air berkat kepada 1,600 golongan B40 dan orang kurang upaya, RM150.00 Bantuan Khas Persekolahan kepada 123 (gangguan teknikal), RM300.00 kepada 11,115 nelayan yang mendaftar dengan Jabatan Perikanan.

RM2,000.00 kepada 98 operator hotel bajet dan 94 buah agensi pelancongan, RM1,000.00 kepada 635 pemandu pelancong, 388 pengusaha homestay, 89 pengusaha bot pelancong Mersing.

Geran sebanyak RM800,000.00 kepada Southern Volunteers, RM200,000.00 kepada Majlis Belia Negeri Johor, RM200,000.00 kepada Dewan Muda Johor, RM120,000.00 kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Negeri Johor, RM120,000.00 kepada Persatuan Pesara Polis Negeri Johor, RM5,000.00 kepada 1,175 buah bilik guru sekolah memberi manfaat kepada 53,130 orang guru.

Pembukaan Jauhar Childcare Centre di daerah Muar.

Pengecualian sewa rumah PPR 11,511 penyewa, pengecualian sewa rumah kerajaan kepada 3,020 penyewa, pengecualian sewa premis PBT kepada 50,830 peniaga kecil, pengecualian pembaharuan pembayaran lesen penjaja dan PKS kepada 27,571 orang.

Bagi mengurangkan birokrasi, pelaksanaan Johor fastlane di seluruh PBT negeri Johor dengan memendekkan tempoh kelulusan pemajuan kawasan perindustrian terancang daripada 6 bulan kepada 2 bulan, tempoh permohonan taburan lot Bumiputera dipendekkan daripada 180 hari kepada 7 hari. Dan, dokumen PPR serta rumah sewa kerajaan daripada 23 dokumen kepada 6 dokumen dan pada hari ini pengoperasian semula KTMB, tren shuttle Tebrau dari JB Central ke Woodlands, Singapura,

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon maaf kerana telah mengambil masa lebih daripada 100 saat. Ini kerana sedar tak sedar, pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh kerajaan negeri walaupun belum cukup 100 hari. (Dewan bertepuk).

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya berjanji bahawa bantuan dan perkhidmatan yang diberikan kepada Bangsa Johor tidak akan terhenti hanya setakat ini. Insya-Allah kerajaan negeri dengan bantuan semua yang berada di dalam Dewan ini akan merangka dan melaksanakan pelbagai bantuan yang lebih menyeluruh dan berkesan untuk Bangsa Johor. Saya dan seluruh barisan kepimpinan kerajaan negeri beriltizam untuk terus membela nasib rakyat dan memberikan yang terbaik untuk Bangsa Johor. Sekian, terima kasih.

Tuan Haji Selamat bin TakimUMNO · BNSungai Balang

Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Dijemput Sungai Balang.

Tuan Haji Selamat bin TakimUMNO · BNSungai Balang

Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar di atas penerangan pencapaian 100 hari. Namun apakah perancangan kerajaan negeri untuk tempoh lima tahun akan datang? Terima kasih.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Sungai Balang. Setelah dua tahun bertarung dengan pandemik COVID-19, kini tiba masanya untuk Johor bangkit kembali. Negeri bertuah ini mempunyai segala ramuan untuk berjaya dan adalah menjadi hasrat saya untuk menjadikan Johor ini sebuah negeri yang maju menjelang tahun 2030. Johor bukan sahaja perlu maju dari segi ekonomi dan infrastrukturnya sahaja, malah seluruh Johor mestilah maju secara holistik. Rakyatnya juga perlu maju dari segi pemikiran, peradaban, ketamadunan, ilmu, perwatakan, adat resam, nilai-nilai murni, jati diri dan sahsiah modal insan. Ciri-ciri inilah yang menjelaskan karakter Bangsa Johor sepertimana yang dititahkan oleh Almarhum Sultan Sir Ibrahim iaitu Johor Mesti Jadi Johor. Visi dan hala tuju telah saya kongsikan semasa membentangkan amanat saya pada 14 Jun baru-baru ini. Ia akan dilaksanakan melalui 6 teras yang telah saya gariskan. 6 teras tersebut adalah tadbir urus kerajaan, pembangunan ekonomi, jaringan keselamatan sosial atau social safety net, kemudahan dan keperluan asas, keselamatan, kebersihan dan alam sekitar dan Orang Muda Johor.

Di bawah kepimpinan saya, Ahli-Ahli EXCO mengikut portfolio masing-masing sedang dan akan terus merangka polisi yang terbaik untuk Bangsa Johor. Mereka juga akan terus mempengerusikan dan terus mewujudkan makmal-makmal bagi setiap perkara fokus berkepentingan rakyat. Adalah menjadi hasrat saya juga untuk menjadikan dan memastikan segala keperluan asas rakyat diselesaikan dalam kita menuju ke arah sebuah negeri yang maju. Satu mekanisme juga akan diwujudkan bagi memastikan kesemua 6 teras tersebut dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Hala tuju pembangunan negeri Johor ini bersifat fleksibel dan boleh disesuaikan mengikut keadaan semasa. Kita boleh menambah pelbagai idea baharu untuk menjayakan pelaksanaan setiap teras. Hal ini penting untuk

diketengahkan agar naratif Maju Johor benar-benar beri impak kepada Bangsa Johor. Sekian, terima kasih.

Tuan Azizul bin BachokUMNO · BNTiram

Yang Berhormat Datuk Speaker...

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Tiram.

Tuan Azizul bin BachokUMNO · BNTiram

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Sepaker. Yang Amat Berhormat mohon kongsi dengan Dewan apakah status semasa inisiatif Bantuan Kasih Bangsa Johor yang masih belum dilaksanakan setakat hari ini. Terima kasih.

Datuk Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi menjawab soalan Yang Berhormat Tiram berhubung status semasa inisiatif Bantuan Kasih Bangsa Johor yang belum dilaksanakan setakat ini. Setakat hari ini, 25 inisiatif daripada 28 inisiatif telah dilaksanakan oleh pelbagai agensi dan telah diagihkan bantuannya kepada golongan yang disasarkan. Hanya tiga inisiatif yang belum dilaksanakan.

1. Inisiatif Biasiswa Bangsa Johor iaitu pembelajaran secara percuma untuk pelajar daripada keluarga B40. Inisiatif biasiswa ini disasarkan kepada pelajar daripada keluarga B40 yang akan menerima keputusan SPM, yang sudah menerima keputusan SPM serta memenuhi kriteria ditetapkan bagi mengikuti pengajian di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KPYJ) pada sesi kemasukan bulan Ogos - September tahun ini.

2. Bantuan RM300.00 kepada pekerja economy gig termasuk pemandu teksi e-hailing dan penghantar makanan. Bantuan ini akan diagihkan oleh Perbadanan Pengangkutan Johor (PAJ) selewat-lewatnya 30 Jun.

3. Bantuan Raja Sehari kepada Orang Muda Johor sebanyak RM1,000.00 yang pertama kali berkahwin dengan pendapatan bersama RM5,000.00 ke bawah. Ini rasa Yang Berhormat Tiram tak layak lagi ye. Permohonan bantuan telah dibuka pada 1 Jun untuk perkahwinan yang didaftarkan pada 14 April hingga 31 Disember tahun ini. Bagi inisiatif ini, Jabatan Agama Islam Negeri Johor bertanggungjawab untuk menyelaras permohonan daripada pemohon yang beragama Islam, manakala untuk yang bukan beragama Islam di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kesemua ketiga-tiga inisiatif ini sedang diberi perhatian dan kerajaan negeri akan memastikan bantuan ini terus sampai kepada mereka yang selayaknya. Sekian, terima kasih.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Semarang, silakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya soalan nombor 2.

Berapa banyak TADIKA KEMAS dalam negeri Johor dan yang dalam kategori kurang murid dan berapa banyak Tadika yang beroperasi dalam premisnya sendiri?

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatuhi wabarakatuh. Selamat pagi, salam Maju Johor. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Semarang atas soalan nombor 2. Saya cuba untuk menjawab seringkas mungkin.

Untuk makluman Yang Berhormat Semarang, jumlah keseluruhan kelas KEMAS di seluruh negeri Johor adalah sebanyak 1,153 buah dan jumlah yang menggunakan bangunan atau

institut adalah sebanyak 850 buah. Daripada 850 buah itu, tadika yang beroperasi di bangunan sendiri adalah sebanyak 386 buah, manakala 203 buah adalah beroperasi menggunakan bangunan milik agensi, 206 buah menggunakan bangunan awam dan 55 buah adalah menyewa daripada bangunan awam atau milik persendirian. Dan kalau boleh saya sebutkan untuk Parlimen Ayer Hitam yang menggunakan bangunan KEMAS sendiri adalah sebanyak 9 buah, agensi kerajaan sebuah, menggunakan bangunan awam atau menumpang sebanyak 13 dan menyewa sebanyak 6 buah dan jumlah keseluruhan bagi Parlimen Ayer Hitam adalah sebanyak 29 buah tadika.

Dan bagi menjawab soalan seterusnya iaitu berkenaan dengan TADIKA KEMAS yang kurang murid atau kurang kanak-kanak sebanyak 18 buah. Untuk makluman Yang Berhormat Datuk Speaker, kategori kurang murid ialah pelajar di bawah 10 orang dan kalau saya boleh rangkumkan mengikut daerah, Johor Bahru sebanyak sebuah sekolah yang mempunyai kurang murid, Kluang dua buah, Kota Tinggi (1), Mersing (4), Muar (5), Pontian (2), Segamat (2) dan Tangkak sekolah kurang murid adalah 1. Jadi jumlah keseluruhan adalah 18 buah. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan tambahan saya. Berapakah TADIKA yang telah dibina baharu pada tahun yang lepas, 2021 dan berapakah cadangan akan dibina pada tahun 2022? Terima kasih.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Terima kasih Yang Berhormat Semarang. Untuk makluman Yang Berhormat Semarang, mengikut rekod kita tiada bangunan baharu yang dibina mengikut rekod kita kerana dua tahun ini kita dibelenggu dengan pandemik COVID-19, ekonomi dikatakan meleset, merosot dan sebagainya, tetapi memang KEMAS sedang bercadang untuk membina beberapa lagi buah sekolah memandangkan kita banyak menyewa dan menumpang di bangunan lain. Terima kasih.

Cik Liow Cai TungDAP · PHJohor Jaya

Yang Berhormat Tuan Speaker...

Speaker

Sila Johor Jaya.

Cik Liow Cai TungDAP · PHJohor Jaya

Soalan tambahan saya. Terdapat banyak TADIKA KEMAS yang fasiliti mereka kurang memuaskan. So adakah kerajaan negeri merancang untuk menjalankan naik taraf bagi TABIKA KEMAS tersebut, berapa peruntukan dan TABIKA KEMAS mana dirancang untuk naik taraf. Sekian, terima kasih.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Tuan Speaker, seperti yang saya sebutkan dalam jawapan tambahan kepada soalan tambahan Yang Berhormat Semarang tadi, bahawa kerajaan terbelenggu dengan pandemik COVID-19 dan ekonomi yang tidak menentu. Justeru, kita belum mempunyai, belum mempunyai rekod terkini jumlah sekolah TADIKA yang akan dibaik pulih sepenuhnya. Walau bagaimanapun, sebenarnya pihak KEMAS sejak tahun lepas telah merangka untuk membaik pulih seberapa banyak sekolah yang telah kami perolehi daripada jabatan atau Pejabat KEMAS Daerah. Insya-Allah, kami akan hantar rekod ini kepada Yang Berhormat jika perlu terutama bagi kawasan Johor Jaya, insya-Allah. Terima kasih.

Speaker

Saya silakan Yang Berhormat Kempas.

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan nombor 3.

Apakah usaha dan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri bagi mengekang penularan kes penyakit berjangkit seperti Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut dan “Monkeypox” dikalangan kanak-kanak? Dan apakah fasiliti kesihatan negeri bersedia sekiranya penularan penyakit ini meningkat dengan mendadak?

Tuan Ling Tian SoonMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan · Yong Peng

Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih YB Kempas atas soalan. Pertamanya Salam Perpaduan, Salam Sihat Bangsa Johor, Salam Maju Johor kepada sidang Dewan sekalian.

Soalan daripada YB Kempas menanyakan mengenai penularan kes penyakit berjangkit seperti Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut ataupun dengan “Monkeypox”, saya bagi maklumat kepada Dewan ini. Pada tahun 2022, negeri Johor melihat peningkatan Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD) selari dengan peningkatan yang sedang berlaku di Malaysia. Peningkatan ini telah dijangka berlaku pada tahun ini ekoran kelonggaran Standard Operating Prosedure (SOP) tetapi situasi ini masih dalam keadaan yang terkawal. Di negeri Johor, sehingga 18 Jun 2022, sebanyak 6,987 kes HFMD telah dilaporkan berbanding 104 kes pada tempoh yang sama pada tahun 2021. Kebanyakan kes HFMD berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 0 hingga 6 tahun iaitu sebanyak 6,048 kes atau 86.6%, diikuti oleh kumpulan umur 7 hingga 12 tahun iaitu 816 kes atau bersamaan dengan 11.7% dan selebihnya adalah berumur lebih daripada 13 tahun.

Sehingga kini, sebanyak lima wabak aktif HFMD dilaporkan di negeri Johor melibatkan daerah Kota Tinggi (2 wabak), Johor Bahru (2 wabak) dan Batu Pahat (1 wabak) berbanding dengan sebanyak 28 wabak yang aktif HFMD dilaporkan pada minggu epid yang sebelum ini.

Lokasi penularan wabak HFMD di negeri Johor sehingga 18 Jun 2022 di 100 lokasi melibatkan taska (42 wabak), diikuti oleh rumah persendirian (22 wabak), tabika (13 wabak), tadika (9 wabak), prasekolah (7 wabak) dan sekolah rendah (3 wabak), pusat jagaan harian (2 wabak) dan lain-lain (2 wabak). Walau bagaimanapun, situasi ini masih terkawal. Ini dibuktikan dengan penurunan ketara trend kes HFMD yang dilaporkan di negeri Johor bermula pada minggu epid 22, 2022 sehingga minggu epid 24, 2022 iaitu daripada 1,491 kes pada minggu ke-21 kepada 1,090 pada minggu ke-23 dan terkini 663 kes pada minggu 24.

Sidang Dewan yang dihormati sekalian, tindakan kawalan dan pencegahan terhadap penyakit HFMD yang diambil oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Pejabat Kesihatan Daerah ialah melaksanakan aktiviti pengurusan kes HFMD dilaporkan, termasuk siasatan kes dan kontak serta tindakan kawalan yang perlu di lokasi penularan. Menjalankan pemantauan dan lawatan ke tempat permainan indoor ataupun indoor playground dengan izin, bagi tujuan pendidikan kesihatan termasuk tindakan penguatkuasaan di lokasi penularan. Peringatan dan advokasi pemegang taruh seperti mengeluarkan surat amaran kepada semua jabatan dan agensi yang bertanggungjawab menyelia taska, tadika, tabika dan pra sekolah di peringkat negeri dan daerah. Mengadakan sesi taklimat kepada pengusaha atau penyelia taska, tadika, tabika dan pra sekolah sama ada melalui WEBINAR mahu pun sesi townhall bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan penyakit HFMD dan status penularannya di kawasan setempat. Menyediakan teks hebahan termasuk teks khutbah Jumaat dan diberikan kepada pihak berkaitan seperti pengurusan masjid dan pasar raya untuk dibuatkan hebahan kepada jemaah atau pengunjungnya. Menyediakan maklumat berkaitan HFMD melalui info grafik di multi media seperti facebook, twitter, telegram dan lain-lain serta bual bicara di televisyen serta radio. Menjalankan hebahan berkala melalui kenyataan akhbar dan pengumuman kepada orang ramai yang tinggal di kawasan-kawasan perumahan khususnya yang mempunyai taburan kes spot radic yang tinggi agar mengambil langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang sewajarnya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan sidang sekalian, untuk mengenai kes Monkeypox. Saya ingin memberi maklumat kepada sidang Dewan ini, sehingga 18 Jun tiada kes Monkeypox yang dilaporkan berlaku di Malaysia. Walau bagaimanapun, Jabatan Kesihatan berada dalam keadaan siap siaga di landasan dan pelan strategi bagi menghadapi risiko kemasukan Monkeypox ke Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia berpandu sasaran daripada WHO dan langkah-langkah ini sedang diusaha dan dijalankan oleh KKM dan juga JKNJ. Sekian.

Speaker

Ada soalan tambahan. Saya jemput Yang Berhormat Jementah, silakan.

Puan Ng Kor SimDAP · PHJementah

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan 4.

Apakah inisiatif yang dirancang untuk membantu ibu-ibu tunggal dari segi kewangan selain daripada bantuan kewangan yang perlu bayar balik sedangkan negara kita masih dalam keadaan pemulihan ekonomi dan beban rakyat amat berat terutama kos kehidupan semakin meningkat.

Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md OnUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Serom

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Maju Johor. Terima kasih Yang Berhormat Jementah.

Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat berkenaan inisiatif yang dirancang untuk membantu ibu-ibu tunggal dari segi kewangan selain dari bantuan kewangan yang perlu dibayar balik sedangkan negara kita masih dalam keadaan pandemik dan beban rakyat amat berat terutama kos kehidupan semakin meningkat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, izinkan saya melaporkan bahawa Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim sentiasa komited membantu golongan wanita terutamanya ibu tunggal dalam menjana pendapatan. Untuk makluman, pihak YPKDT tidak mempunyai inisiatif bantuan tunai dan kewangan kepada golongan ibu tunggal. Namun begitu, pihak YPKDT menyediakan inisiatif peningkatan pendapatan terutamanya kepada peniaga kecil dengan izin, home base business melalui beberapa program iaitu:

Yang pertama, dengan izin, Women Income Generating Skills Project merupakan projek kemahiran menjana pendapatan wanita yang memfokuskan kepada peningkatan kemahiran golongan sasar terutamanya ibu tunggal, belia dan wanita B40. Program ini telah mula dilaksanakan sejak tahun 2003 di mana melibatkan lebih 10,025 peserta dari golongan ibu tunggal dan wanita B40. Seramai 2,212 orang peserta telah berjaya menjana pendapatan. Namun, disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia, kini YPKDT telah melaksanakan inisiatif berbeza bagi menjalankan projek ini pada tahun 2021 di mana kursus-kursus kemahiran dijalankan secara talian. Bagi tahun 2021, YPKDT telah bekerjasama dengan institusi kemahiran tinggi seperti Giat Mara bagi menjalankan kursus berfokus Sijil Kemahiran Malaysia di mana melibatkan 80 peserta dari kalangan belia wanita B40 dan anak-anak ibu tunggal. Mereka diberikan peluang mengikuti kursus jangka pendek selama 6 bulan bermula Mac 2021 dan berakhir pada September 2021. Dua jenis kursus yang sedang diikuti peserta iaitu Kursus Bakeri dan Kursus Jahitan. Peserta yang berjaya menamatkan pembelajaran akan memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 di mana dengan sijil yang diperolehi dapat membuka ruang dan peluang yang lebih baik kepada golongan sasar, mendapatkan tempat di pasaran dan menjana pendapatan keluarga.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, selain dari itu YPKDT juga menjalankan kursus kemahiran asas secara talian dengan mensasarkan penglibatan seramai 240 peserta ibu tunggal dan wanita B40 seluruh negeri Johor. Program ini juga dilaksanakan bertujuan meningkatkan kemahiran golongan wanita dalam usaha menjana pendapatan telah meningkatkan

pendapatan sedia ada dari rumah. Disebabkan kekangan menjalankan kursus secara bersemuka, YPKDT mengambil inisiatif menjalankan kursus-kursus masakan viral secara atas talian seperti masakan sushi viral, bomboloni dan japanese cream puff secara viral. Secara keseluruhannya, seramai 300 peserta di kalangan ibu tunggal dan wanita B40 telah menerima manfaat dari kursus WINGS 2021.

Yang Berhormat Datuk Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, bagi tahun 2022, inisiatif ini diteruskan lagi dan YPKDT mensasarkan penglibatan 400 peserta wanita B40 dan ibu tunggal dalam meningkatkan kemahiran secara atas talian mahu pun dengan kerjasama dari pelbagai institusi kemahiran di peringkat daerah. Kursus-kursus kemahiran dijalankan adalah dalam bidang bakeri, masakan, jahitan, pembuatan kraf dan urusan refleksologi. Sehingga kini, seramai 2,012 peserta WINGS telah berjaya menjana pendapatan daripada 10% sehingga 1,600% daripada pendapatan asal mereka dengan kenaikan.

Kedua, Skim Bantuan Peralatan Perniagaan yang merupakan projek menjana pendapatan wanita sejak tahun 2003. Program ini mensasarkan bantuan, peralatan perniagaan kepada peniaga-peniaga kecil dan usahawan home base business, dengan izin, wanita di kalangan ibu tunggal B40, Usahawan SURI YPKDT. Sebelum menyerahkan skim bantuan kepada peserta Yang Berhormat, yang memohon, YPKDT akan menyiasat dan membuat sesi lawatan rumah ke rumah dan kediaman peserta sekiranya peserta mempunyai perniagaan sendiri. YPKDT juga menjalankan siasatan awal dan lawatan ke premis perniagaan mereka bagi tujuan temubual bagi mendapatkan maklumat. Permohonan-permohonan yang telah disiasat akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Skim Bantuan Peralatan Perniagaan bagi tujuan pemilihan berpandukan justifikasi dan bukti perniagaan. Bermula 2003, seramai 1,109 orang penerima manfaat di kalangan ibu tunggal dan B40 telah menerima bantuan peralatan dan seramai 640 orang telah berjaya menjana pendapatan. Manakala, bagi tahun 2021, YPKDT telah meluluskan sebanyak 142 permohonan bagi membantu mengembangkan perniagaan mereka agar lebih produktif dalam usaha menjana dan meningkatkan pendapatan sedia ada ibu tunggal. Antara peralatan diberikan seperti ketuhar, penguli tepung, peti ais, dapur, mesin jahit, peti sejuk beku, mesin jahit tepi dan sebagainya. Peserta-peserta ini juga akan dipantau dari masa ke semasa. Namun begitu, bagi tahun 2022 melalui inisiatif ini, YPKDT telah memperluas golongan sasar kepada golongan belia dan OKU selain wanita dan ibu tunggal. Justeru, bagi tahun 2022 YPKDT telah meluluskan sebanyak 170 permohonan bagi menerima skim bantuan peralatan. Jumlah keseluruhan penerima manfaat bagi skim ini sehingga kini adalah seramai 1,109 penerima manfaat.

Ketiga, PERKASA merupakan projek berkonsepkan pertanian fertigasi yang mampu membantu isi rumah dalam meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri secara komuniti. Projek ekonomi rakyat dan kumpulan sasar PERKASA ini adalah sinambungan daripada Projek Pembangunan Ekonomi Rakyat Johor yang mana projek ini diperluaskan berikut lagi kepada kumpulan sasar seperti OKU dan gelandangan. 80% peserta projek ini adalah terdiri daripada ibu tunggal dan wanita B40, selain dibantu oleh belia dan ketua keluarga di bawah B40 yang terpilih. Sebanyak 31 projek melibatkan komuniti dengan penyertaan seramai 175 orang sepanjang tahun 2020 hingga 2022 yang mana telah memfokuskan kepada tanaman cili.

Yang Berhormat Datuk Speaker, keempat, Kursus Inspirasi Usahawan Berfokus (KIUB) merupakan kursus lanjutan yang ditawarkan kepada usahawan atau golongan sasar yang berpotensi meliputi pelbagai kursus berkaitan kursus pengurusan kewangan, pembangunan usahawan, kursus pembungkusan dan pelabelan, kursus pengiktirafan sijil halal, kursus pemasaran online offline, kursus penjenamaan dan sebagainya. Program ini memberi penekanan dalam menyediakan kursus berfokus kepada golongan sasar yang terlibat bagi membantu usahawan dalam meningkatkan ilmu kemahiran dan lain-lain peluang dalam

bidang keusahawanan. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah dengan kerjasama pelbagai agensi iaitu jabatan seperti PUJB, MARDI, MARA, juru runding konsultan yang berkemahiran. KIUB merupakan program yang ingin melahirkan usahawan yang berkemahiran, berdaya saing, mempunyai produk setanding dengan produk-produk lain, memberi pendedahan secara teori dan praktikal kepada peserta seterusnya dapat berdikari dalam memacu ekonomi kendiri, mewujudkan projek komuniti secara berpusat dan projek-projek yang dilaksanakan secara berfokus dan berterusan serta menggalakkan peserta sentiasa bersedia untuk berubah ke arah yang lebih baik dan sentiasa menunjukkan kemajuan dalam perniagaan. Seramai 200 usahawan telah menyertai program ini sepanjang tahun 2020 hingga 2021.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, seterusnya, kelima, SURI Johor. SURI Johor ini merupakan program yang dibangun..

Speaker

Panjang lagi Yang Berhormat? Ringkaskan.

Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md OnUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Serom

Saya ringkaskan. SURI Johor merupakan program yang dibangunkan untuk golongan wanita dan keempat-empat agensi di bawah portfolio bersama dalam SURI Johor ini memberikan pendedahan serta peluang dan bantuan mulai pemberian secara jualan percuma kepada semua pemohon. Agensi di bawah porfolio Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor giat bekerjasama memperkasakan golongan wanita dengan mengalakkan mereka menceburi bidang usahawan agar mereka lebih berjaya dalam bidang tersebut dan seterusnya mampu untuk menjana pendapatan. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Saya hanya membenarkan satu soalan tambahan, silakan.

Puan Ng Kor SimDAP · PHJementah

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan tambahan saya. Walaupun kursus telah lengkap tetapi disebabkan pandemik dan menyebabkan kuasa berbelanja masyarakat amat rendah, kebanyakan golongan peniaga ibu tunggal ini mengadu bahawa keuntungan yang dijana masih tidak mampu menanggung kos kehidupan yang semakin meningkat. Ini menyebabkan hutang yang ditanggungi semakin meningkat. Apakah langkah pihak kerajaan untuk mengatasi masalah yang terbaru ini dan adakah skim bantuan yang sedia ada mampu atau mengikuti situasi yang terkini sedangkan skim tersebut dijalankan sejak tahun 2003? Terima kasih.

Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md OnUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Serom

Terima kasih Jementah. Pihak YPKDT sentiasa mengkaji ke arah penambahbaikan program-program tersebut dan akan terus membantu untuk memberikan kebaikan kepada semua peserta-peserta. Terima kasih.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Puteri Wangsa.

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan nombor 5.

Apakah rancangan daripada Pihak Berkuasa Tempatan untuk memudahkan proses mendapat dan memperbaharui lesen perniagaan untuk peniaga-peniaga kecil di Johor?

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Salam Maju Johor, salam Bangsa Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih diucapkan kepada YB Puteri Wangsa atas soalan yang diberikan. Saya amat gembira apabila soalan ini diajukan dalam sesi sidang Dewan kali ini. Hal ini kerana ia adalah antara perkara

terawal yang menjadi fokus utama kerajaan negeri di bawah pentadbiran Yang Berhormat Menteri Besar Johor, malah yang Berhormat telah meletakkan urusan perlesenan ini sebagai salah satu KPI Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Untuk makluman Yang Berhormat Puteri Wangsa, dalam aspek pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan negeri Johor, Majlis Perbandaran Kluang telah ditugaskan sebagai Penyelaras bagi Sektor Perancangan Permohonan Lesen. Majlis Perbandaran Kluang dengan penyelarasan bersama Pejabat SUK Johor Bahagian Kerajaan Tempatan telah membuat sesi libat urus bersama 16 PBT seluruh Johor untuk melaksanakan inisiatif baru bagi menambahbaik penyampaian perkhidmatan permohonan lesen di PBT negeri Johor. Hasil sesi libat urus tersebut, beberapa sesi berkaitan proses permohonan lesen telah dikenalpasti antaranya adalah ketidakseragaman dalam kategori lesen dan juga tempoh permohonan lesen. Oleh itu, usaha bagi memudahkan proses permohonan lesen adalah dalam pelaksanaan penambahbaikan prosedur permohonan dan permohonan lesen premis perniagaan, mahupun lesen penjaja di PBT akan dipermudahkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada dasar-dasar baru dan pekeliling semasa yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Sebagai contoh, untuk pengeluaran lesen premis perniagaan tidak berisiko bagi penjaja dan peniaga pasar malam, lesen akan dikeluarkan dalam tempoh 1 hari bekerja di kaunter dengan syarat dokumen yang dilampirkan adalah lengkap. Ini akan dapat membantu ramai peniaga-peniaga B40 khasnya. Malah, dalam tempoh terdekat ini segala input dan penyelarasan akan dikumpulkan dalam kursus dan bengkel bersama 16 PBT seluruh Johor, agensi-agensi teknikal dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Pihak PBT sentiasa memandang serius isu permohonan lesen dan akan sentiasa memperbaiki proses permohonan sedia ada. Sekian, terima kasih.

Terima kasih, soalan tambahan. Kerana, kalau lihat di kawasan Desa Cemerlang, peniaga-peniaga yang telah berpuluh tahun memohon lesen tetapi tidak dapat lagi, mereka mengadu bahawa kawasan mereka disita dan dirobohkan. Saya nak bertanya kepada YB EXCO sekiranya kerajaan negeri ada rancangan untuk mengesan kawasan-kawasan tanah rizab awam dengan lebih banyak untuk ditukarkan kepada medan selera bagi membolehkan penjaja-penjaja ini berniaga di sana sekiranya kawasan yang mereka berniaga sekarang di dapati berisiko tinggi. Terima kasih.

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Terima kasih Yang Berhormat. Di peringkat PBT saya ingat kita bersama 16 PBT sudah sebenarnya mengenalpasti kawasan-kawasan yang pada asasnya tidak dibenarkan meniaga disebabkan faktor keselamatan atau lalu lintas. Dan kita juga sedang melihat tempat-tempat, kawasan-kawasan yang kita boleh kumpulkan semua peniaga-peniaga ini dalam satu kawasan yang lebih tersusun. Insya-Allah, di peringkat PBT kita akan melihat perkara ini. Terima kasih.

Speaker

Jemput, Panti.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Ini berkaitan dengan peniaga kecil dan PBT ni. Sekarang ini kita berada dalam pasca pandemik dan kita tahu semasa berlakunya pandemik tempoh hari banyak perkara-perkara ataupun kelonggaran ataupun inisiatif yang telah diberikan oleh kerajaan kepada peniaga-peniaga kecil khususnya di peringkat PBT. Apakah cadangan ataupun perkara-perkara tersebut akan dilanjutkan ataupun ada pembaharuan yang akan diperkenalkan. Dan, yang kedua saya ucapkan tahniahlah kepada YB EXCO mengikut jawapan yang diberikan tadi banyak keseragaman yang telah dibuat, maknanya di peringkat semua PBT. Cuma daripada segi kelonggaran dan inisiatif ini, kadang-kadang kalau kita tengok pada waktu yang lalu,

semasa pasca pandemik khususnya ada ketidakseragaman. Maknanya ada PBT yang memberi kelonggaran mungkin daripada segi kadar yang berbeza dan sebagainya. Adakah perancangan kerajaan untuk menyeragamkan perkara-perkara tersebut. Terima kasih.

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Terima kasih Yang Berhormat. Antara inisiatif, saya jawab dulu soalan yang pertama. Yang pertama, antara inisiatif PBT, pertama, meneruskan pengecualian bayaran lesen. Untuk makluman Yang Berhormat buat masa ini tempoh bagi pengecualian bayaran permohonan lesen penjaja dan PKS adalah sehingga Disember 2022 yang melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM5.6 juta. Jumlah penerima seramai 27,571. Kerajaan masih dalam pertimbangan untuk pengecualian bagi tahun seterusnya tetapi sehingga hujung tahun ini pengecualian bayaran masih diteruskan. Inisiatif yang kedua ialah pengecualian bayaran sewa premis dan gerai milik PBT sehingga Disember 2022 yang melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM26.18 juta dengan jumlah penerima sebanyak 50,830. Terima kasih.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Tenang.

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan nombor 6.

Apakah terdapat sebarang rancangan kerajaan negeri untuk menyerapkan kakitangan di bawah skim kontrak MYSTEP ke jawatan tetap terutamanya yang telah berkhidmat melebihi 3 tahun?

Tuan Mohd Hairi bin Mad ShahUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia · Larkin

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Datuk Speaker, menjawab soalan nombor 6. Terima kasih Yang Berhormat Tenang. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Tenang, penjawatan MYSTEP diwujudkan sementara oleh kerajaan persekutuan adalah inisiatif jangka pendek bagi memberi ruang, peluang pekerjaan kepada kumpulan tumpuan di bawah strategi pertama, memulih kehidupan dan mata pencarian. Pengisian jawatan tetap pada gred lantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor.

Kerajaan telah memutuskan inisiatif Malaysia Short Term Employment, dengan izin Program atau MYSTEP diteruskan pada tahun 2022 bagi memberi lebih peluang pekerjaan kepada kumpulan tumpuan. Kuasa melantik personal MYSTEP diberikan kepada Pegawai Pengawal dan dilaksanakan berdasarkan kepada keperluan tugas yang tidak bersandarkan kepada mana-mana skim perkhidmatan atau gred jawatan. Di samping itu, personal MYSTEP bukan pegawai awam dan tidak tertakluk kepada peraturan-peraturan pegawai awam di mana perlantikan kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan 2016 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Kelakuan dan Tatatertib 1993, Perintah-Perintah Awam atau Peraturan Lain yang berkuatkuasa ke atas pegawai-pegawai awam. Tempoh perkhidmatan personal MYSTEP tidak kurang daripada 1 bulan dan tidak melebihi 12 bulan. Dan tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 30 Jun 2023.

Selain itu, Yang Berhormat, perlaksanaan MYSTEP sama ada ingin diteruskan selepas tamat tempoh tersebut pada Jun 2023 atau pihak kerajaan ingin menambah baik peluang MYSTEP kepada lantikan kontrak atau tetap. Ianya sangat bergantung kepada suatu dasar yang akan diputuskan dan ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia. Sehubungan dengan itu, sebarang pengecualian berkenaan dengan apa-apa perkara lain di bawah garis panduan perolehan perkhidmatan personal MYSTEP telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2022, tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Yang Berhormat Datuk Speaker, oleh yang demikian berdasarkan kepada kelulusan pengisian di gred lantikan bagi tahun 2022 yang telah diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah memutuskan bahawa pengisian di gred lantikan perkhidmatan awam perlu mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam terlebih dahulu selaras dengan inisiatif penggunaan sumber manusia secara optimum yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan mengelakkan pembaziran sumber.

Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat Tenang, anggota atau personal MYSTEP sedia ada boleh memohon pengisian bagi jawatan tetap atau kontrak melalui kaedah perlantikan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ) atau Jabatan Kerajaan yang berkaitan. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Soalan tambahan Yang Berhormat Datuk Speaker. Boleh saya tahu berapa gaji yang ditawarkan kepada peserta MYSTEP dan berapa ramai yang terlibat seluruh Johor? Terima kasih.

Tuan Mohd Hairi bin Mad ShahUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia · Larkin

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Tenang. Yang Berhormat Datuk Speaker, untuk makluman Yang Berhormat ADUN Tenang, pada tahun 2021, seramai 132 lantikan personal MYSTEP bagi negeri Johor. Bagi pecahannya jumlah lantikan MYSTEP di negeri Johor untuk makluman Yang Berhormat ADUN Tenang, 32 di jabatan negeri; 94 di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan 5 di Badan Berkanun Negeri.

Dan, untuk makluman YB ADUN Tenang, bagi bayaran kadar upah MYSTEP sebenarnya ditawarkan adalah berdasarkan jenis dan tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan kadar upah untuk kerja. Jenis tugas dan berdasarkan keserataan akademik bermula daripada setaraf sijil SPM, RM1,600.00 sehinggalah Ijazah Sarjana Muda setaraf dan ke atas RM2,000.00. Terima kasih.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Tiram.

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan tambahan. Wah, bolehkah Yang Berhormat EXCO berkongsi maklumat dengan kita...

Speaker

Ini soalan tambahan ke?

Soalan tambahan. Berkaitan dengan MYSTEP tadi tu. Berapa banyak kementerian dan agensi yang terlibat dengan MYSTEP ini sebenarnya?

Tuan Mohd Hairi bin Mad ShahUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia · Larkin

Terima kasih Yang Berhormat Tiram. Bagi perkongsian maklumat tambahan ini, untuk makluman sebanyak 38 kementerian dan jabatan negeri yang menggunapakai MYSTEP ini dan juga sebanyak 13 senarai ataupun GLC rakan strategik yang terlibat secara langsung dengan MYSTEP. Di Jabatan Perdana Menteri juga menggunakan program ini, Parlimen Malaysia, Pejabat Penyimpan Mohor Raja-Raja itu salah satunya dan di GLC juga mengguna khidmat pakai Khazanah Nasional, Khazanah Link Companies, Permodalan Nasional Berhad dan 13 company GLC di bawah penglibatan program MYSTEP, Yang Berhormat ADUN Tiram. Terima kasih.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Tiram mengemukakan soalan 7 bukan soalan tambahan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih. Soalan saya nombor 7.

Koleh MARSAH akan dinaiktaraf kepada Kolej Universiti, apakah perubahan yang akan dilakukan untuk memastikan perjalanan pentadbiran MARSAH akan menjadi lebih baik pada masa akan datang?

Tuan Mohd Fared bin Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah, salam Maju Johor. Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Tiram atas soalan yang dikemukakan. Dan untuk makluman kalau saya tak salah YB Tiram juga merupakan bekas kakitangan di MARSAH berkaitan dengan soalan yang saya terima. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Tiram. Dengan Kolej MARSAH dan bagaimanakah naik tarafnya berlaku. MARSAH merupakan institusi pendidikan Islam tunggal di negeri Johor yang dikawal selia oleh MAIJ sepenuhnya. MARSAH berperanan atas usianya yang merupakan kesinambungan kepada sistem pendidikan Islam Negeri Johor yang berusia lebih 100 tahun untuk melahirkan ulama, umara’, ilmuwan dan cendikiawan dalam pelbagai bidang terasnya al-Quran dan as-sunnah. Secara konsisten, MARSAH telah pun digerakkan bagi tujuan naik taraf kepada Kolej Universiti yang mana MARSAH telah melaksanakan 9 program diploma sepenuh masa dan satu program diploma separuh masa.

MARSAH juga merupakan salah satu daripada dua cawangan luar Mesir yang dilantik sebagai cawangan Markas Sheikh Zaid Mesir iaitu pusat bahasa Arab bagi penyediaan para pelajar sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar. Bagi maksud ini, terdapat beberapa perubahan yang telah pun kita buat bagi melaksanakan perancangan MARSAH selepas dinaik taraf sebagai Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim singkatannya KUIJSI pada 8 Februari 2022 oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada tempoh yang lalu.

Bagi memastikan keberadaan MARSAH terus relevan, beberapa perubahan telah pun dirancang. Pertamanya, membuat pindaan terhadap perlembagaan MARSAH sedia ada kepada perlembagaan baharu sebagai sebuah kolej universiti dan perlu mendapat kelulusan dari Ketua Pendaftar IPTS. Pentadbiran sedia ada akan dikemaskini kepada sebuah pentadbiran bertaraf kolej universiti berserta pengasingan kuasa daripada pengurusan akademik dan pengurusan korporat. Konsep kolej universiti yang ingin dibawa adalah berteraskan kepada wakaf melalui model pendidikan dakwah dan sebaran untuk kesejahteraan ummah melalui pengajian ilmu wahyu yang digabungkan dengan pengajian profesional dan ilmu Thurath. Membangunkan satu model pendidikan tinggi Islam Negeri Johor yang dinamakan MUSLIH singkatan daripada Mapan, Unggul Sejahtera, Luhur, Integriti dan Hikmah, satu acuan pendidikan bagi negeri Johor berpaksikan al-Quran dan as-sunnah.

MARSAH juga akan menyediakan polisi garis panduan dalam merangkumi pemantapan pengurusan tadbir urus dan good governance, pemantapan kecemerlangan pengurusan akademik, memacu budaya penyelidikan, penerbitan, inovasi dan juga pengkomersialan, kelestarian kewangan berpandukan pengukuhan pengurusan kewangan, pengurusan perniagaan juga memperkasakan dana kedermaan wakaf, zakat dan juga infaq. Bagi maksud penambahbaikan ini, insya-Allah bagi maksud naik taraf, MARSAH mensasarkan pada tahun 2022 pengambilan pelajar seramai 700 orang. Kita juga akan membangunkan premis tetap (purpose-built campus) dengan membangunkan sebuah bangunan baharu yang lebih kondusif dalam kawasan kampus yang boleh dimanfaatkan oleh semua pelajar MARSAH.

MARSAH juga dalam naik tarafnya sebagai Kolej Universiti akan menyediakan pendidikan berkualiti di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan juga PhD seperti Ijazah Sarjana Muda Halal Pengurusan, Ijazah Sarjana Muda Halal Syariah, Syariah dengan Multimedia

dan Usuluddin dengan Multimedia. Kita juga akan menyediakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Menyumbang kepada sistem ekonomi Johor dalam pelan perniagaan yang bersesuaian dengan kekuatan MARSAH. Bekerjasama dengan rakan industri melalui marketable programme untuk melahirkan graduan MUSLIH dengan 95% mendapat pekerjaan atau merupakan usahawan. Kita juga akan mengamalkan kelestarian kewangan demi memastikan MARSAH yang terus berdaya saing.

Visi MARSAH adalah untuk menjadi pusat pengajian tinggi profesional Islam yang diiktiraf peringkat antarabangsa juga menyediakan pendidikan berkualiti, inklusif sepanjang hayat.

Bagi maksud Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim ini, kita mengucapkan terima kasih atas kerjasama padu dari Majlis Agama Islam Negeri Johor dan kerajaan Johor. Sudah pastilah usaha yang berterusan ini dapat membuahkan hasil kerana akhirnya MARSAH telah pun dinaiktaraf. Terima kasih.

Tuan Azizul bin BachokUMNO · BNTiram

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan tambahan. Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Apakah perancangan kerajaan negeri, ada atau tidak untuk membawa balik tenaga kerja profesional di kalangan anak Johor sendiri bagi tujuan membangun modal insan di negeri Johor dan berkampung di MARSAH dalam mencurah ilmu mereka dan selaku antara yang pernah berada dalam MARSAH, saya juga mengharapkan agar ada satu badan yang memantau Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim nanti agar ianya terjamin kualiti pendidikannya dan juga tidak lari daripada matlamat asal penubuhannya dan juga selaras dengan perubahan yang telah pun dimaklumkan oleh Yang Berhormat EXCO tadi. Terima kasih.

Tuan Mohd Fared bin Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Terima kasih Yang Berhormat Tiram atas soalan tambahan. Bagi maksud menarik minat tenaga pakar dari luar untuk berkhidmat di MARSAH yang kini telah pun naik sebagai kolej universiti, antara perancangan yang telah pun kita buat adalah sebahagian tenaga pekerja yang sekarang juga pengajarnya sedang mengikuti pengajian dalam peringkat master dan juga PhD. MARSAH juga telah kenal pasti tokoh anak Johor yang berada di luar Johor termasuk dalam Malaysia dan juga di luar negara untuk dipelawa pulang ke Johor bagi sama-sama menyumbang sebagai tenaga pakar di MARSAH nanti.

Bagi tujuan pengantarabangsaan, kita juga telah kenal pasti beberapa orang tenaga pengajar luar untuk berkhidmat ke dalam MARSAH tidak berapa lama lagi. Terima kasih.

Speaker

Ya sila, sila Permas.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin bertanya berkenaan dengan berapa peratuskah graduan-graduan kolej MARSAH mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian?

Tuan Mohd Fared bin Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Terima kasih. Sehingga laporan terkini 2021, kita berjaya membolehdagangkan, membolehpasarkan pelajar kita sebanyak 85%. Terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Kemelah.

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan nombor 8.

Apakah perancangan kerajaan negeri Johor supaya sistem pengairan dan saliran dapat diselenggara sepenuhnya bagi mengelakkan banjir terutamanya di kawasan perkampungan di Pogoh, Segamat?

Speaker

Maaf, saya jemput Yang Berhormat Pekan Nanas.

Tuan Tan Eng MengMCA · BNPekan Nanas

Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan nombor 9.

Apakah tindakan kerajaan bagi mengatasi banjir yang terlalu sering berlaku di kawasan Pekan Nanas khasnya seperti di Kg. Jasa Sepakat dan Kg. Paya Embun.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Tangkak.

Tuan Ee Chin LiDAP · PHTangkak

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Tangkak nombor 10.

Sila nyatakan jumlah peruntukan pembangunan dan penyelenggaraan parit yang telah disalur kepada JPS Tangkak serta jadual pembangunan dan penyelenggaraan parit bagi tahun 2022.

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Salam sejahtera, salam Bangsa Johor dan salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, terlebih dahulu ingin saya menjawab soalan Pekan Nanas, ADUN Kemelah dan ADUN Tangkak saya jawab bersekali.

Yang Berhormat Datuk Speaker, antara punca yang menyebabkan berlakunya banjir adalah keamatan hujan yang turun dalam satu-satu masa dengan lebat menyebabkan sistem saliran sedia ada tidak dapat menampung aliran air yang banyak seterusnya melimpah ke penempatan penduduk dan lebih memburukkan keadaan apabila bertembung dengan air pasang.

Untuk makluman Yang Berhormat Pekan Nanas, kedudukan Kampung Jasa Sepakat dan Kampung Paya Embun terletak berhampiran dengan Sungai Ayer Hitam dan Sungai Pontian Besar dan merupakan kawasan tumpuan air larian permukaan kawasan rendah dan berisiko tinggi untuk banjir. Selain dari dua sungai tersebut, Sungai Pulai berserta anak-anak sungai merupakan jaringan utama bagi saliran kawasan DUN Pekan Nanas. Oleh yang demikian, kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor telah melaksanakan tindakan jangka pendek iaitu dengan melaksanakan kerja-kerja penggalian sungai dan sistem saliran secara berkala. Kerja-kerja penggalian Sungai Ayer Hitam sedang dalam pelaksanaan dan dijangka siap pada Oktober 2022. Kali terakhir sungai ini dibuat penyelenggaraan adalah pada tahun 2020 dengan melibatkan kos RM165,000.00. Penyenggaraan sistem saliran di kawasan yang terlibat juga telah dilaksanakan setiap tahun. Dari pemerhatian jabatan, kesan dari penyenggaraan yang dibuat telah mengurangkan risiko berlakunya banjir dengan lebih teruk.

Bagi penyelesaian jangka panjang, JPS telah melantik perunding bagi melaksanakan kajian secara menyeluruh bagi daerah Pontian yang sebahagian besarnya merupakan kawasan projek Johor Barat. Pihak perunding telah memulakan kajian pada Oktober 2021 sehingga kini status kemajuan telah berjalan sebanyak 50% dan dijangka selesai pada Oktober 2022. Pengesyoran dari kajian yang dimuktamadkan nanti seterusnya akan dilaksanakan tindakan untuk projek penambahbaikan serta menaiktaraf sungai dan sistem saliran dan seterusnya projek tebatan banjir. Sementara kajian tersebut siap sepenuhnya, JPS akan terus melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pemantauan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi kawasan perkampungan di Pogoh, Segamat, JPS Negeri Johor telah melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan jangka pendek bagi tahun 2020 sehinga 2022 sebanyak RM3.17 juta. Kerja-kerja bagi Rancangan Tebatan Banjir

Fasa 1 juga telah siap dilaksanakan sepenuhnya di dalam kawasan daerah Segamat yang melibatkan 6 pakej iaitu Kerja Menaiktaraf Sungai Genuang dengan kos sebanyak RM1.6 juta bermula tahun 2011 – 2016. Naik Taraf Sungai Codan dengan kos sebanyak RM43 juta bermula pada tahun 2012 – 2014. Menaik Taraf Sungai Codan CH0-CH5000 dengan kos sebanyak RM24 juta bermula pada tahun 2012 – 2013. Menaik taraf Sungai Segamat CH0-CH8000 dengan kos sebanyak RM38 juta bermula tahun 2013 – 2015. Pembinaan Jambatan Genuang dengan kos sebanyak RM14 juta bermula pada tahun 2013 sehingga 2014 dan lencongan Sungai Segamat – Sungai Genuang dengan kos sebanyak RM7.8 juta bermula pada tahun 2014 sehingga 2016. Keseluruhan kos bagi RTB Fasa 1 ini adalah RM172.8 juta.

Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa kawasan yang mengalami masalah banjir iaitu Kampung Pogoh Tegah, Kampung Limau Manis, Kampung Seri Rahmat, Kampung Codan dan Kampung Seberang Batu Badak yang melibatkan 252 mangsa banjir. Kejadian banjir yang berlaku ini disebabkan limpahan air Sungai Muar memasuki sehingga ke kawasan Pogoh. Namun demikian, dalam masa yang sama JPS telah menyediakan pelan jangka panjang melalui Program Rancangan Tebatan Banjir Segamat Fasa 2. Kos keseluruhan adalah RM650 juta dan akan dilaksanakan secara dua pakej. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000.00 untuk melaksanakan kerja ukur pada tahun ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Tangkak pada tahun 2022, JPS Daerah Tangkak telah menerima peruntukan penyelenggaraan parit dari kerajaan negeri Johor adalah sebanyak RM1.65 juta. Manakala peruntukan pembangunan melalui program Rancangan Johor Lima Tahun (RJ5T) adalah sebanyak RM2.207 juta. JPS Daerah Tangkak juga telah menerima peruntukan pembangunan dari kerajaan persekutuan sebanyak RM2.39 juta manakala jumlah peruntukan yang diterima daripada kerajaan persekutuan untuk penyelenggaraan kolam takungan adalah sebanyak RM89,666.60. Jadual pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan pada tahun 2022 adalah bermula dari bulan Mac sehingga bulan Disember, manakala pelaksanaan kerja-kerja pembangunan negeri dan persekutuan adalah daripada Januari sehingga November 2022.

Oleh yang demikian, berikut adalah perincian jumlah peruntukan yang diterima oleh JPS Daerah Tangkak pada tahun ini sehingga Jun 2022. Penyelenggaran bagi untuk negeri, RM1.65 juta. Pembangunan daripada negeri, RM2.2 juta. Pembangunan persekutuan, RM2.395 juta. Penyelenggaraan kolam takungan banjir, RM89,000.00. Jumlah ialah RM6.341867 juta. Sekian, terima kasih.

Speaker

Saya silakan Tangkak terlebih dulu.

Tuan Ee Chin LiDAP · PHTangkak

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang diberi dengan jumlah peruntukan yang telah diterima oleh JPS Tangkak. Apa yang saya ingin tanya adalah berkaitan dengan apa itu peruntukan yang diterima terutama untuk penyelenggaraan parit dan sungai tahunan? Sebelum ini JPS menggunakan cara iaitu setahun satu parit mungkin dalam dua kali tetapi memandangkan banyak berlaku banjir-banjir di kawasan pekeliling sungai terutama apa yang berlaku pada hujung tahun 2021 di daerah Tangkak, Sungai Tangkak, Sungai Serom dan juga Sungai Muar di kawasan Grisek mengalami banjir yang sangat teruk, jadi apakah inisiatif atau pun adakah program-program kerja-kerja penyelenggaraan dan pengaliran sungai dan parit dapat dikerapkan dengan peruntukan yang telah diberi. Terima kasih.

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Terima kasih Yang Berhormat Tangkak. Dalam negeri Johor terdapat lebih kurang 2,534 batang sistem saluran air termasuk 399 batang-batang sungai. Kos pembersihan secara keseluruhan adalah lebih kurang RM81 juta dan kos yang diperlukan untuk menggali semula

sistem parit ialah lebih kurang RM305 juta. Namun demikian, ada kekangan, so, bukan semua dana yang kita dapat untuk buat sebab kita tak cukup dana yang untuk penyelenggaraan. So, agihan kita akan buat ikut daerah yang memerlukan tetapi untuk daerah Tangkak, kita ada 30 lokasi yang dicakap hotspot untuk yang melibatkan banjir dan projek-projek yang sedang dijalankan ialah pembinaan pintasan Tanjung Olak di Sungai Muar lebih kurang RM134 juta, pembinaan pintasan belembang di Sungai Muar dan kerja-kerja berkaitan lebih kurang RM57 juta. Projek menaik taraf sistem saliran Parit Haji Osman, Tanjung Agas daerah Tangkak lebih kurang RM3.85 juta. Kerja-kerja menaik taraf Sungai Kesang dari CH0 ke CH34000 lebih kurang RM42 juta, RTB Sungai Kesang lebih kurang RM2.3 juta, membina menaik taraf infrastruktur pengairan dan saliran di Skim Pengairan Pulau Penarik dan Skim Saliran Serom Daerah Ledang Johor RM8.74 juta. RTB Kampung Sialang Dalam lebih kurang RM2.3 juta, menaik taraf parit di Kampung Paya Kukup lebih kurang RM1.6 juta. Jumlah keseluruhan ialah lebih kurang RM252.77 juta yang sedang dilaksanakan dan kos yang akan dilaksanakan oleh kerajaan melalui projek-projek pembangunan bagi mengurangkan risiko banjir di Tangkak ialah projek menaik taraf sistem saliran Parit Haji Osman, Pakej 2 Tanjung Agas lebih kurang RM7 juta, membina pintasan banjir pintu kawalan pasang surut dan kerja-kerja berkaitan RTB di Limbangan Sungai Kesang lebih kurang RM17 juta. Pengaliran muara Sungai Kesang daerah Tangkak lebih kurang RM20 juta, membina dan menaik taraf struktur pengairan dan saliran di Skim Pengairan Kesang Tasik lebih kurang RM18 juta dan jumlahnya lebih kurang RM62 juta. Terima kasih.

Speaker

YB Kemelah tadi.

Salam Maju Johor. Soalan tambahan saya, dengan siapnya perlaksanaan Rancangan Tembatan Banjir Fasa 1 Daerah Segamat, berapa kadar mangsa banjir dapat dikurangkan sehingga sekarang, dari sebelum Rancangan Tebatan Banjir dijalankan? Terima kasih.

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Terima kasih Yang Berhormat Kemelah. Sebelum Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Fasa 1 dijalankan, jumlah mangsa banjir yang terlibat adalah seramai 21,158 orang. Namun begitu, selepas pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir Fasa 1 telah pun siap, jumlah mangsa banjir yang terlibat adalah seramai 11,040 orang. Ini menunjukkan sebanyak 52% jumlah kadar mangsa banjir dapat dikurangkan di daerah Segamat. Saya percaya dengan penyediaan pelan jangka panjang melalui projek Rancangan Tebatan Banjir Segamat Fasa 2 dengan kos keseluruhan adalah RM650 juta, kerajaan negeri Johor komited dalam mengurangkan jumlah mangsa banjir di daerah Segamat. Terima kasih.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Tanjung Surat.

Tuan Aznan bin TaminUMNO · BNTanjung Surat

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya soalan nombor 11.

Nyatakan nilai pelaburan asing dan pelaburan tempatan negeri Johor bagi tempoh 2017 hingga 2021 dengan pecahan mengikut sektor serta apakah inisiatif kerajaan negeri untuk menjadikan Johor sebagai destinasi pilihan utama para pelabur.

Tuan Lee Ting HanMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna · Paloh

Salam sejahtera, salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, berdasarkan laporan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia ataupun Malaysian Investment Development Authority, nilai pelaburan asing dan domestik negeri Johor bagi tempoh 2017 hingga 2021 dalam sektor pembuatan adalah seperti berikut:-

Tahun 2017, RM21.928 bilion yang terdiri daripada RM16.825 bilion pelaburan domestik (DDI) dan RM5.103 bilion pelaburan asing (FDI) dan RM5.103 bilion pelaburan asing (FDI). Dengan jumlah projek yang diluluskan sebanyak 146 projek. Tahun 2018, RM30.515 bilion dengan jumlah projek yang diluluskan sebanyak 144 projek. Tahun 2019, RM11.455 bilion dengan jumlah projek yang diluluskan sebanyak 209 projek. Tahun 2020, RM6.78 bilion dengan jumlah projek yang diluluskan sebanyak 232 projek dan tahun 2021, RM6.594 bilion dengan jumlah projek yang diluluskan sebanyak 134 projek.

Yang Berhormat Datuk Speaker, berbagai inisiatif telah pun dilaksanakan oleh kerajaan negeri Johor untuk menarik lebih banyak pelaburan ke negeri Johor khususnya pelaburan yang berimpak tinggi, berteknologi tinggi sekali gus menjadikan negeri Johor sebagai destinasi pilihan utama bagi pelabur domestik dan asing. Antaranya, kerajaan negeri telah pun menubuhkan Invest Johor, dahulunya dikenalil sebagai Johor State Investment Centre sebagai sebuah agensi pusat sehenti untuk membantu pelabur yang ingin melabur dan menarik pelaburan luar dan dalam negara ke negeri Johor. Selain itu, Invest Johor juga sentiasa menganjurkan perjumpaan serta program dengan pemain industri utama melalui inisiatif seperti Friendly Johor untuk mendengar masalah yang dihadapi oleh mereka dan seterusnya mengambil tindakan susulan untuk membantu mereka terutamanya dalam zaman pasca COVID yang untuk menyakinkan para pelabur bahawa kerajaan negeri Johor tetap bersama dengan mereka dan bersifat pro business dan pro development.

Bagi tujuan menjenama dan mempromosi negeri Johor sebagai destinasi pelaburan yang strategik dan mesra pelabur, Invest Johor juga akan melaksanakan inisiatif Johor Go Logo dengan menerbitkan beberapa siri video pendek bagi tujuan informasi, promosi dan kesedaran mengenai penawaran ataupun eko sistem pelaburan sedia ada di negeri Johor. Turut dalam perancangan termasuk video korporat baharu Invest Johor serta laman web yang lebih berinformatif.

Yang Berhormat Datuk Speaker, ketiga. Seperti mana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sempena Majlis Pecah Tanah Syarikat Insulet Corp pada 2 Jun 2022, kerajaan negeri akan mengaktifkan Jawatankuasa Pelaburan Johor atau Johor Investment Committee sebagai platform komunikasi bagi pihak swasta, Pihak Berkuasa Tempatan serta agensi kerajaan negeri dan kerajaan pusat untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh pelabur. Mesyuarat pertama telah pun dianjurkan pada 9 Jun 2022.

Keempat, kejayaan pelaksanaan Kulai Fast Lane oleh Majlis Perbandaran Kulai telah memendekkan tempoh kelulusan Kemajuan Kawasan Perindustrian perancang bagi proses kelulusan kerja awal di tapak dari 57 hari kepada 14 hari. Proses kelulusan pelan dari 57 hari kepada 30 hari, proses sokongan kelulusan CCC dari 30 hari kepada 14 hari serta lesen operasi dari 30 hari kepada 1 hari merupakan penambahbaikan tadbir urus yang akan dijadikan teladan bagi Pihak Berkuasa Tempatan yang lain seperti mana yang dinyatakan sempena Amanat Majlis Menteri Besar pada 14 Jun.

Kelima, kerajaan negeri juga sedang merancang misi galakan pelaburan dalam dan luar negeri dengan kerjasama agensi-agensi lain seperti MIDA, Johor Petroleum Development Corporation, Iskandar Regional Development of Authority, Iskandar Investment Berhad, JCorp dan lain-lain pemegang taruh untuk mempromosikan negeri Johor sebagai destinasi pelaburan yang unggul di rantau ini.

Selain itu, kami juga sedang membuat perancangan mengenai penganjuran atau penglibatan kerajaan negeri dalam seminar forum antarabangsa sebagai usaha untuk mempromosikan negeri Johor. Dengan usaha-usaha yang dinyatakan serta kelebihan yang ada di negeri Johor seperti sumber manusia yang berkemahiran tinggi, persekitaran politik yang stabil, infrastruktur yang kukuh seperti Pelabuhan Tanjung Pelepas, priority kami dengan sebuah negeri maju serta usaha kerja sama dengan dua koridor ekonomi Malaysia

utama, Iskandar Malaysia dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, kami percaya negeri Johor akan terus menjadi wilayah utama pelabur. Terima kasih.

Speaker

Ya, sila.

Tuan Aznan bin TaminUMNO · BNTanjung Surat

Yang Berhormat Speaker, soalan tambahan saya. Kebanyakan rakyat Johor bermigrasi ke Singapura dan ibu kota untuk mendapatkan gaji lebih tinggi. Soalan saya, apakah usaha kerajaan negeri untuk memastikan pelaburan yang masuk merupakan pelaburan yang berkualiti tinggi yang mampu memberikan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat Johor bagi mengelakkan mereka mencari pekerjaan di luar negeri. Terima kasih Speaker.

Tuan Lee Ting HanMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna · Paloh

Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Surat, terima kasih Datuk Speaker. Ia merupakan satu kebebasan untuk rakyat untuk mencari rezeki yang lebih baik, kehidupan yang lebih baik. Bagi pihak kerajaan negeri, kami akan berusaha untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi supaya kita dapat menciptakan peluang pekerjaan yang lebih baik, peluang kerja yang dapat menjana pendapatan yang lebih tinggi, yang pentingnya adalah supaya kita dapat mencipta pekerjaan bagi Bangsa Johor untuk merealisasikan potensi mereka yang bersesuaian dengan pendidikan dan kemahiran mereka. Dengan adanya usaha-usaha ini, dengan adanya pelaburan-pelaburan berkualiti ini seperti yang telah pun dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat sebagai contoh Insulet Corp dengan GDS, maka kita percaya anak-anak Johor, Bangsa Johor akan sudi untuk kembali ke negeri Johor dan berkhidmat untuk membangunkan negeri Johor tercinta ini, terima kasih.

Tuan Anuar bin Abd ManapUMNO · BNPemanis

Terima kasih Speaker, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO, baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat dan juga ke Jepun. Adakah pelaburan daripada syarikat-syarikat yang berada di Amerika Syarikat dan Jepun itu dapat dibawa ke negeri Johor, hasil dari lawatan Yang Amat Berhormat PM pada baru-baru ini sedangkan kita dapat lihat beberapa negeri telah diberikan peluang untuk pelaburan-pelaburan yang telah dibawa daripada Amerika Syarikat dan juga Jepun, terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

Ya, sila.

Tuan Lee Ting HanMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna · Paloh

Untuk makluman Yang Berhormat, susulan lawatan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Amerika Syarikat, maka Syarikat Insulet Corp telah pun membuat pelaburan yang berskala besar hampir USD200 juta di negeri Johor secara khususnya. Secara amnya, kita masih dalam perbincangan dengan beberapa syarikat sebagai tindakan susulan kepada lawatan Yang Amat Berhormat terutamanya dari segi perindustrian peranti pembuatan. Secara amnya untuk lawatan ke Jepun oleh Yang Berhormat Menteri Kanan MITI, pihak Invest Johor sedang membuat libat urus dengan pihak MIDA dan juga pihak MITI supaya kita boleh buat tindakan susulan secara amnya. Terima kasih.

Speaker

Oleh kerana soalan ini penting, saya benarkan YB Mengkibol.

Tuan Chew Chong SinDAP · PHMengkibol

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, dengan izin saya juga ingin ambil kesempatan ini untuk mengucap Selamat Hari Bapa kepada semua bapa yang berada di Dewan hari ini (Dewan bertepuk), termasuk saya sendiri dengan dua anak perempuan.

Seperti yang kita tahu bahawa Pelan Pembangunan Mampan Johor 2030 bahawa mampan ekonomi, kita haruslah merangkumi pembangunan di seluruh daerah dan juga pertumbuhan yang seimbang dan menyeluruh di seluruh negeri Johor. Jadi, soalan saya, soalan

tambahan saya, apakah rancangan untuk membawa pelaburan terutamanya kepada wilayah tengah di bawah Pelan Mampan 2030 dalam wilayah tengah ini termasuklah DUN Paloh dan DUN Mengkibol, terima kasih.

Tuan Lee Ting HanMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna · Paloh

Terima kasih Yang Berhormat Mengkibol, Datuk Speaker. Benar, dalam Pelan Pembangunan Mampan Johor 2030 yang telah pun dilancarkan oleh Yang Berhormat Benut telah menyatakan beberapa strategi terutamanya pertubuhan ekonomi selain daripada Wilayah Iskandar Malaysia dan dalam hal ini telah pun dinyatakan dalam Pelan Mampan Johor bahawa kerajaan negeri berhasrat untuk mewujudkan beberapa kluster pembangunan di luar negeri Wilayah Iskandar Malaysia. Sebagai contoh iaitu Taman Perabot Muar di daerah Muar, hab universiti dan juga hab pengeluaran lembu dan daging di daerah Segamat dan juga Mersing, Jemaluang Diary Valley dan untuk daerah wilayah tengah bahawa yang mewakili daerah Kluang dan telah pun dinyatakan dalam Pelan Mampan kerajaan berhasrat untuk membangunkan ekonomi kreatif berdasarkan eko pelancongan dan juga industri tekstil dan juga di daerah Batu Pahat. Dalam hal ini kerajaan berhasrat untuk meneruskan pelan-pelan yang telah pun diterbitkan kerana ia kesinambungan polisi dan polisi sehenti adalah amat penting untuk pelabur kerana pelan ini telah pun kita terbitkan maka kerajaan negeri berhasrat untuk meneruskan strategi-strategi yang telah pun dinyatakan dalam pelan pelaburan ini. Sekian terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum dijawab secara lisan, akan dijawab secara bertulis dalam Persidangan yang sama. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ini saya tangguhkan selama 20 minit.

Persidangan ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Persidangan disambung semula pada jam 11.20 pagi.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, perbahasan terhadap Rundingan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor akan dijalankan selama empat hari mulai hari ini, 19 Jun hingga 22 Jun 2022. Pihak kerajaan akan menggulung perbahasan pada 23 Jun 2022 dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor akan membuat penggulungan pada 26 Jun 2022. Suka saya mengingatkan kepada semua Ahli Yang Berhormat supaya menjaga adab dan tatatertib ketika berada dalam berbahas di Dewan ini selaras dengan Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Johor Bilangan 45.

Rundingan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan JohorAddress / budget

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya akan menyeru nama Ahli-Ahli Yang Berhormat berdasarkan senarai giliran yang saya perolehi. Untuk pencadang rundingan masa yang diberikan ialah selama 45 minit, penyokong diberi masa 30 minit, Ketua Pembangkang diberi masa 30 minit, manakala Ahli-Ahli yang, Ahli-Ahli Dewan yang lain akan diberi masa 15 hingga 20 minit bagi membolehkan lebih ramai Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat berucap. Saya memohon kerjasama semua agar mematuhi masa yang diberikan. Di jemput Yang Berhormat Kukup.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Bangsa Johor dan salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya memohon membawa rundingan bahawa satu ucapan menjunjung kasih dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor seperti berikut:

Ampun Tuanku, adalah patik, Speaker dan Ahli-Ahli Dewan Negeri yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor berangkat ke Dewan yang mulia ini dan seterusnya bertitah merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Pertama Bagi Dewan Negeri Johor Yang Ke-15.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada saya selaku pencadang bagi menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim. Saya juga ingin merafak sembah tahniah kepada Tuanku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang telah dilantik sebagai Pemangku Raja Johor sebagaimana diperkenan oleh Baginda Sultan Johor pada Khamis yang lepas.

Tanggal 12 Mac berlangsungnya Pilihan Raya Negeri Johor yang menjadi medan memilih 56 Ahli Dewan Undangan Negeri Ke-15 DUN Johor. Secara rasmi bergaya dan berjaya Barisan Nasional kembali meraih sokongan rakyat apabila memenangi 2/3 kerusi dalam pilihan raya negeri kali ini (Dewan bertepuk). Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah berjaya memenangi kerusi DUN Johor bukan sahaja kepada rakan seperjuangan saya dalam Barisan Nasional malah juga kepada rakan-rakan daripada parti lain. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz Ghazi, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor atas perlantikan sebagai Menteri Besar Johor Yang Ke-19. Seorang pemimpin muda yang berkebolehan dan berwibawa diberi amanah untuk mengemudi negeri Johor untuk menjadi negeri maju 2030. Syabas juga kepada seluruh barisan EXCO kerajaan negeri Johor yang terdiri daripada gabungan mereka yang berpengalam dan pelbagai latar belakang pendidikan yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin muda yang progresif dan bertenaga yang akan berganding bahu bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dalam mengurus dan mentadbir negeri ini.

Kombinasi kepimpinan pelbagai peringkat umur, taraf pendidikan dan pengalaman kerja ini lah merupakan adunan terbaik bagi menjadikan negeri Johor sebuah negeri maju menjelang tahun 2030. Ini membuktikan negeri Johor tidak pernah meminggirkan anak muda berbakat dan berkebolehan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, umum mengetahui Johor merupakan sebuah negeri yang bersempadan dengan Singapura. Yang mana secara langsung dan tidak langsung kedudukan geografi ini telah membantu perkembangan ekonomi rakyat setempat dan ekonomi negeri Johor secara keseluruhan. Kita dapat lihat semasa pandemik COVID-19 melanda dengan penutupan sempadan negara antara Johor dan Singapura telah mengakibatkan ekonomi negeri dan rakyat Johor boleh dikatakan sangat terjejas kerana selama ini kita agak bergantung kepada urusniaga daripada rakyat Singapura. Apabila sempadan di tutup, kebanyakan urusniaga terhenti dan aktiviti ekonomi sama ada ekonomi mikro mahupun makro juga terpaksa dihentikan serta menyebabkan kerugian bukan sahaja kepada peniaga kecil malah kepada perniagaan besar. Ini termasuklah kepada perdagangan borong dan runcit, pelancongan dan sebagainya. Kita akui Singapura dan Johor sebenarnya saling bergantung dan memerlukan. Boleh diibarat seperti konsep asas ekonomi di mana wujudkanya penawaran dan permintaan yang sentiasa bersaling kait. Sasaran kerajaan negeri untuk mencapai pertumbuhan ekonomi 7% setahun bagi memastikan Johor berjaya mencapai nilai keseluruhan KDNK RM260 bilion menjelang 2030. Boleh dikatakan adalah sebuah sasaran yang agak tinggi dan mungkin ada yang melihatnya sebagai kurang realistik. Apatah lagi sasaran ini diletakkan sejurus situasi pandemik COVID yang meletakkan ekonomi negeri Johor dalam keadaan tidak menentu dan sukar dijangka.

Namun, kita tidak boleh memandang rendah kebolehan negeri Johor dalam pertumbuhan ekonomi, hal ini kerana Johor merupakan antara negeri utama yang menyumbang kepada

KDNK dalam purata tahunan sebanyak 3.1% melebihi purata nasional sebanyak 2.7% setahun dalam tempoh 2016 sehingga 2020. Dan, saya yakin negeri Johor mampu mencapai sasaran ini bahkan mungkin mencapai satu sasaran yang jauh lebih baik lagi. Ini diperkuatkan lagi dengan perkembangan beberapa projek mega di bawah kerajaan persekutuan yang dilaksanakan di Johor. Saya kira perlaksanaan dan perkembangan progresif projek ini sangat membantu dalam mencapai hasrat dan sasaran kerajaan negeri. Antaranya seperti projek Sistem Transit Rapid, Link Johor Baru – Singapura, yang mana projek ini merupakan rangkaian rel sepanjang 4 kilometer yang menghubungkan Bukit Chagar, stesen Johor Bahru dan Woodlands di Singapura. Projek ini kini sudah mencapai lebih 10% perkembangan yang membabitkan kerja pengambilan tanah dan reka bentuk infrastruktur juga sudah dimuktamadkan serta dijadualkan siap menjelang Disember 2026. Projek ini dijangka mampu menarik 35% daripada 350,000 orang yang bergerak melalui Tambak Johor setiap hari, serta bakal mempunyai kapasiti penumpang sebanyak 10,000 orang sejam sekali gus membantu meringankan kesesakan trafik di lebuh raya dan mempermudahkan urusan ulang alik antara Johor dan Singapura. Selain itu, projek landasan berkembar elektrik Gemas – Johor Bahru, sepanjang 192 kilometer yang kini mencapai 89% kerja-kerja pembinaan dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun hadapan juga bakal menjadi pemancu aktiviti ekonomi negeri Johor secara menyeluruh.

Projek rel berkembar ini bakal memanfaatkan komuniti setempat dan meningkatkan ekonomi setempat dengan 11 stesen di pekan-pekan kecil yang ada di Johor. Kita boleh anggap stesen ini adalah sebuah mercu tanda bagi kawasan tersebut dan berkemampuan menarik ramai pengunjung yang berkunjung ke lokasi menarik di stesen rel itu. Tren yang berkuasa 25,000 voltan itu dikatakan mampu bergerak selaju 140 kilometer sejam. Dengan anggaran masa perjalanan dari KL Sentral ke JB Central hanya 3 jam 30 minit. Jadi, secara tidak langsung juga saya menjangkakan akan wujud situasi pelancongan ke seluruh daerah negeri Johor, bukan sahaja oleh masyarakat setempat, malah juga rakyat Singapura yang mahu melancong secara santai. Kedua-dua projek ini merupakan antara contoh projek yang mampu mengembangkan lagi ekonomi negeri dan ekonomi setempat di Johor. Memandangkan ia mampu memacu dan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi secara tidak langsung. Ini turut mengambil kira perancangan jangka masa panjang apabila melibatkan pelaburan yang besar dan global dan mampu membantu mencapai sasaran KDNK negeri Johor menjelang 2030 nanti.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin mengutarakan pembangunan ekonomi berasaskan pelancongan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor bertitah dengan menyatakan bahawa negeri Johor masih belum menjadi tempat tumpuan pelancongan, hanya menjadi tempat laluan pelancong dari Singapura untuk ke negeri lain. Inilah perkara yang kita bimbangkan, inilah perkara yang kita perlu mengambil kira kerana, kita berharap melalui EXCO Pelancongan perlu melakukan sesuatu untuk memperkasakan eko-pelancongan di negeri Johor ini. Negeri kita sebenarnya terdapat banyak kawasan pelancongan yang melibatkan pantai, pulau, gunung-ganang, paya bakau, tasik dan sebagainya. Kawasan-kawasan yang bersejarah tidak kurang banyaknya. Rumah tradisional seperti rumah suku kaum Bugis, Jawa, Melayu dan juga banyak perkara-perkara yang boleh kita ketengahkan. Johor juga kaya dengan makanan-makanan yang cukup hebat seperti Asam Pedas, Dodol dan pelbagai perkara lagi yang boleh kita utarakan. Program seperti rumah inap dan homestay ini juga perlu diselaraskan kerana pada masa kini masyarakat kita sudah biasa dengan keadaan homestay. Untuk pergi ke rumah keluarga, majlis kenduri-kendara keluarga juga mereka memerlukan tempat kos yang sederhana yang boleh mereka duduki iaitu homestay ataupun rumah inap. Bagaimana kita ingin mempromosikannya? Bolehkah homestay di daerah-daerah kita ini dikemukakan melalui talian online dan sebagainya. Sebab itulah, apa yang menjadi kekangan kita ialah kekurangan promosi, iklan dan juga membuatkan pelancong luar dan negara tidak dapat menembusi tempat-tempat pelancongan di negeri Johor. Tambahan juga kita mempunyai ikon yang banyak di negeri Johor. Seperti ikon tanah lembab sedunia, RAMSAR. Tanah

Penghujung Benua Asia serta Pulau Paya Bakau kedua terbesar di dunia seperti di kawasan saya di Pulau Kukup. Kerajaan negeri juga perlu menaik taraf penambahbaikan kawasan-kawasan yang ada di dalam kawasan pelancongan ini kerana kita lihat selepas COVID-19 melanda, dua tahun kawasan kita tidak boleh diduduki. Sudah tentulah banyak prasarana-prasarana dan juga tempat-tempat awam telah terjejas, rosak dan tidak boleh diguna pakai. Bagaimana kita ingin membaiki dan juga memastikan kawasan ini terus menjadi tumpuan para pelancong?

Selain daripada itu, kita juga lihat dengan pembukaannya sempadan pada 1 April 2022 yang lalu, dengan kerja keras kerajaan negeri Johor, telah bermulanya Tambak Johor dan juga Terminal Antarabangsa Feri Kukup telah dibuka. Pembukaan secara rasmi ini sudah tentulah melibatkan peningkatan kemasukan para pelancong luar sama ada mereka untuk melancong di negeri Johor ataupun melancong untuk perubatan, untuk menggunakan fasiliti perubatan yang ada di negeri Johor ini. Ini juga akan memberi peluang kepada pertumbuhan ekonomi.

Saya juga ingin menyatakan hasrat supaya kerajaan negeri dapat melakukan sesuatu di Terminal Pengangkutan Awam Kukup yang kelihatan seperti ‘hidup segan, mati tak mahu’. Hanya seperti gajah putih. Ianya tidak beroperasi selama bertahun-tahun lamanya sedangkan kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran telah banyak melabur di kawasan tersebut tetapi tidak digunapakai. Inilah kelemahan-kelemahan yang kita lihat, yang perlu kita cakna dan pastikan ianya dapat diselesaikan dan digunakan oleh masyarakat awam.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah meluluskan peruntukan sebanyak RM4 juta untuk pembinaan Medan Selera Ikan Bakar di Pantai Rambah, yang merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong di kawasan saya di DUN Kukup sewaktu lawatan Yang Amat Berhormat dan juga Barisan EXCO di daerah Pontian tempoh hari.

Saya juga difahamkan bahawa di kawasan tersebut akan dibina satu Balai Cerap yang untuk melihat anak bulan yang mana ianya juga merupakan salah satu mercu tanda terbaharu di daerah Pontian, khususnya. Saya berharap segala perkara-perkara ini dapat disegerakan oleh pihak kerajaan negeri.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Johor juga sememangnya terkenal dengan perusahaan mikro kecil dan sederhana. Boleh dikatakan hampir segenap daerah di Johor mempunyai keunikan tersendiri apabila melibatkan PMKS. Mengambil contoh, di Ayer Hitam terkenal dengan produk seramik, di Batu Pahat pula terkenal dengan produk kerepek dan makanan ringan, Muar terkenal dengan produk perabot manakala Pontian juga mempunyai produk nanas dan kraftangan. Secara realitinya, ramai usahawan PMKS telah dibentuk di seluruh negeri Johor dan menerusi statistik lebih 11% daripada keseluruhan PMKS di negeri ini adalah PMKS dari Johor.

Menurut data juga, kewujudan PMKS di atas talian telah meningkat 2 kali ganda daripada 35.3% yang dicatatkan pada 2019 yakni pra COVID-19 kepada 75.8% pada tahun 2021 Pasca COVID-19. PMKS tidak dinafikan merupakan antara penyumbang utama kepada KDNK negara. Pada tahun 2020, PMKS menyumbang kira-kira 38.2% dan dijangka menerusi Rancangan Malaysia Ke-12, sumbangan ini akan meningkat sehingga 45% KDNK pada tahun 2025. Usaha realistik dan berkesan boleh dilaksanakan dalam memastikan para usahawan PMKS di Johor lebih berdaya saing dan mampu mengembangkan lagi perusahaan mereka sekaligus membantu menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar yang jauh lebih baik dan tinggi.

Hal ini kerana produk yang ditawarkan mereka adalah produk yang mempunyai potensi tinggi yang mampu dibawa ke peringkat global. Namun, tidak dapat dinafikan beberapa

faktor turut menjadi faktor penghalang kepada pembangunan dan pengembangan pasaran produk ini. Ini termasuklah kerancakan teknologi kerana ada antara usahawan ini yang kurang celik teknologi dan mengalami kesukaran untuk memahami teknologi terkini bermanfaat kepada pasaran produk mereka. Sebagai contoh, Revolusi Industri 4.0 adalah antara perkembangan teknologi terbaharu yang bakal mendepani cabaran keusahawan di Malaysia. Sejauh manakah kemampuan usahawan PMKS untuk membiasakan diri dengan revolusi ini sekaligus mengambil cabaran dan memanfaatkan peluang yang muncul melalui Revolusi Perindustrian berkenaan?

Dalam masa yang sama, kerjasama dengan koperasi juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu usaha mempelbagaikan landskap ekonomi dengan menginovasi aktiviti mereka agar tidak ketinggalan dalam setiap peluang dan sektor-sektor baharu yang wujud. Selain itu, kerajaan negeri juga boleh mempertimbangkan kerjasama hab halal dengan syarikat multinasional bagi membuka peluang perniagaan kepada PMKS. Mempromosikan produk mereka di peringkat tempatan. Menerusi usaha ini, kebolehpasaran produk PMKS khususnya produk halal dapat ditingkatkan dan dapat membantu memperkenal dan mempertingkatkan lagi permintaan produk halal PMKS tempatan setanding dengan produk halal keluaran syarikat besar dan produk halal luar negara.

Sepertimana kenyataan DYMM Sultan Johor merupakan antara negeri yang menyumbang pelaburan terbesar negara pada 2013 hingga 2018 dengan kira-kira lebih RM13 bilion hasil saban tahun. Saya juga ingin menyatakan persetujuan dan senada dengan suara Baginda Sultan mengenai fasiliti rakyat yang tidak diselenggara dengan baik seperti Hospital Sultanah Aminah, Hospital Sultan Ismail serta Kompleks Imigresen Kastam Kuarantin Bangunan Iskandar.

Ini juga termasuklah jaringan jalan raya dan lebuh raya yang sering mendapat aduan daripada rakyat setempat disebabkan kerosakan yang terlalu kerap dan membahayakan pengguna. Sekadar memberi contoh, salah satu fasiliti kesihatan terpenting di Johor Bahru iaitu Hospital Sultanah Aminah yang merupakan hospital terawal di Johor Bahru. Dan sehingga kini, telah berkhidmat lebih setengah abad. Lokasinya sangat menarik, berhadapan dengan laut dan terletak di lokasi strategik di ibu negeri Johor. Namun, dalam masa yang sama saya pasti ramai yang bersetuju bahawa sistem fasiliti dan penyelenggaraan hospital ini amat mendukacitakan. Saya kira, majoriti rakyat Johor yang pernah mendapat rawatan atau berkunjung ke hospital ini pastinya memahami apa yang saya maksudkan.

Kemudahan kesihatan adalah antara kemudahan yang sangat kritikal dan penting buat rakyat. Namun sayangnya, hospital ini sendiri beberapa kali menjadi penyumbang kepada situasi kurang bernasib baik dan tidak selamat seperti kebakaran dan sebagainya. Ini secara tidak langsung menyebabkan rasa tidak selesa dan tidak selamat kepada staf kesihatan dan juga pesakit serta pengunjung. Bukan sahaja hospital ini, malah hospital lain terutamanya hospital lama di negeri Johor seperti Hospital Sultanah Fatimah, Hospital Mersing, Hospital Pontian dan Hospital Sultan Ismail. Begitu juga dengan Klinik Kesihatan Serkat yang telah berusia lebih 60 tahun yang perlu dinaik taraf dengan kemudahan fasiliti termasuk juga dengan kuarters perumahan staf yang telah uzur. Saya mengharapkan ada tindakan susulan yang diambil oleh kerajaan pusat terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia setelah Yang Berhormat Menterinya, Tuan Khairy Jamaluddin mengadakan lawatan ke Klinik Serkat pada Mac yang lalu.

Sebenarnya, bukan sahaja kemudahan bangunan yang menjadi isu dan permasalahan, malah pelbagai isu lain termasuklah, isu parking, jalan lalulan masuk keluar, ambulans dan orang awam. Perumahan kakitangan hospital yang tidak pernah habis dibincangkan. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas lawatan mengejut beliau ke laluan masuk Hospital Sultanah Aminah dan tempat parking

yang berada dalam keadaan yang sangat teruk dan daif dan menyukarkan orang ramai untuk melaluinya.

Tindakan Yang Amat Berhormat yang pantas dan cepat bertindak ini mengarahkan pihak berkuasa menurap jalan tersebut adalah satu tindakan yang baik dan harus dicontohi oleh Ahli-Ahli EXCO dan Ahli-Ahli Yang Berhormat lain. Lawatan mengejut seperti ini sudah tentu dapat menyelesaikan banyak masalah rakyat dengan pantas tanpa karenah birokrasi.

Selain itu, saya juga mengharapkan kerajaan persekutuan agar segera menaik taraf Lebuhraya Utara-Selatan kepada 6 lorong, Lebuhraya Senai-Desaru sebanyak 4 lorong. Banyak jalan-jalan persekutuan di negeri Johor perlu dibaik pulih dan dinaik taraf dengan segera. Perkara ini dapat dilihat pada sambutan perayaan Aidilfitri baru-baru ini yang menyebabkan kesesakan yang terlampau selain daripada banyaknya kenderaan dan juga hari perayaan tetapi faktor jalan juga perlu diambil kira menyebabkan kesesakan yang amat teruk.

Saya juga ingin membawa isu projek pelebaran dan naik taraf jalan di Jalan Buloh Kasap Mukim Sungai Karang ke Jalan Serkat di mana jalan ini diguna pakai sebagai jalan pintas ke Jambatan Sungai Pulai yang menghubungkan daerah Pontian ke daerah Johor Bahru. Laluan ini sudah tentu dapat memendekkan masa perjalanan. Laluan yang menghubungkan ke Jambatan Sungai Pulai masih dalam keadaan yang sangat teruk dan hanya ditutupi dengan batu kasaran. Ini seolah-olah tidak ada tindakan oleh pemaju yang telah berlarutan sejak 2017. Bagi menunggu jambatan siap, penduduk telah mengalami kesukaran untuk keluar dan masuk dari kampung ke pekan yang berhampiran. Kesukaran untuk menghantar anak-anak ke sekolah terutamanya apabila berlakunya musim hujan, becak dan berselut, keadaan ini berlarutan saban tahun.

Selain itu, penduduk juga mengalami masalah kesihatan akibat habuk pada musim kering. Kejadian bangunan sekolah, masjid, balai raya dan rumah-rumah persendirian mengalami kerosakan dan keretakan akibat daripada jentera berat yang keluar masuk ke kawasan kampung mereka. Sekiranya projek ini adalah melibatkan kuasa kerajaan persekutuan, saya berharap EXCO Kerja Raya dapat membawa masalah ini ke peringkat pusat supaya menyegerakan kerja-kerja turapan jalan yang dilakukan. Syarikat yang mendapat konsesi projek berkenaan perlulah bertanggungjawab ke atas kerosakan yang dialami oleh penduduk kampung dan diambil tindakan yang segera jika para syarikat ini tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan kepada mereka. Adalah sangat diharap agar lebih banyak dana disalurkan oleh kerajaan persekutuan kepada negeri Johor bagi menaik taraf dan membaiki fasiliti dan juga saya amat bersetuju usul agar dibina beberapa hospital baharu yang lebih baik, yang selesa bagi memenuhi keperluan rakyat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin menyentuh sara hidup, kemudahan dan keperluan asas. Kos sara hidup adalah satu isu yang tidak asing dalam kehidupan masyarakat. Saban tahun kita disajikan dengan statistik berkaitan sara hidup dan kemampuan rakyat untuk meneruskan hidup dengan kenaikan kos sara hidup yang sentiasa meningkatkan. Berbagai kajian dilaksanakan, namun sejauh manakah kajian ini mampu menyelesaikan permasalahan sebenar di akar umbi?

Pada masa ini, selain menghadapi ketidaktentuan ekonomi rakyat juga terbelenggu dengan kos sara hidup yang tinggi dan tidak selari dengan pasaran buruh yang tidak stabil. Ditambah pula dengan isu inflasi, pertumbuhan pendapatan yang lambat dan peningkatan hutang isi rumah. Apabila kita membincangkan mengenai kos sara hidup, secara tidak langsung status kemiskinan juga harus dipertimbangkan. Di Malaysia, kemiskinan diukur dengan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang bermaksud pendapatan yang diperlukan oleh sesebuah isi rumah bagi memenuhi keperluan minuman dan makanan dan bukan makanan.

Pada masa ini, kadar garis kemiskinan di peringkat nasional bagi satu keluarga ialah RM2,208.00 manakalah bagi miskin tegar sebanyak RM1,169.00. Menurut rekod juga, pada pertengahan tahun 2021 miskin tegar Malaysia ialah 262,000 keluarga tetapi pada Febuari tahun ini jumlahnya ialah 210,000, manakala pada 15 April 2022 terus berkurang kepada 195,664 orang. Kemiskinan dan sara hidup saling berkait rapat. Apabila seorang itu berada dalam kategori miskin, secara tidak langsung mereka mengalami situasi kesukaran dalam menghadapi kos sara hidup mereka. Ini termasuklah melibatkan makanan, tempat tinggal, barangan asas dan sebagainya. Saya yakin ramai yang sedar mengenai kenaikan harga barang asas pada masa ini. Kenaikannya bukan sedikit tetapi agak tinggi sehingga berkali ganda dan pasti menyebabkan keresahan serta menganggu kos hidup dan sara diri rakyat.

Sekadar mengambil contoh barang asas yang boleh dikatakan wajib di setiap rumah di Johor, khususnya dan Malaysia amnya. Minyak masak yang berkualiti mencecah lebih RM35.00 untuk 5 kilogram, apabila rakyat merungut dengan harga yang tinggi, rakyat dikatakan ada option atau pilihan untuk memilih minyak masak paket bersubsidi di mana harga sekilogram hanya RM2.50. Tetapi yang menjadi isu utama adalah semudah manakah untuk mendapatkan stok minyak masak paket apabila ada stok dihadkan kepada pembelinya. Begitu juga dengan ayam segar. Sekarang ini boleh dikatakan agak sukar untuk mendapatkan ayam segar. Harganya pula naik mendadak sehingga paras RM8.90 sekilogram. Tetapi, masalah lain pula yang perlu dihadapi oleh kekurangan stok bekalan sehingga ada peniaga yang mengambil kesempatan dengan meletakkan harga melepasi paras siling. Ini boleh dikatakan satu situasi iaitu effect domino kepada pelbagai aspek. Apabila satu rantaian mengalami kenaikan, ia memberi kesan kepada rantaian yang lain. Akibatnya, semua rantaian mengalami kenaikan dan rakyat terpaksa menanggungnya tidak dapat dielak dan tiada cara untuk mengelak terpaksa juga dihadapi.

Isu ini mungkin dilihat kecil, namun ia memberi impak besar apabila melibatkan satu komuniti yang menyeluruh, semua orang ingin kehidupan yang selesa tanpa perlu memikirkan mengenai beban kos sara hidup atau melakukan kerja dalam masa yang sama, untuk memenuhi keperluan dan kehendak hidup. Namun sejauh mana kerajaan negeri mampu menawarkannya kepada rakyat, sejauh mana kerajaan negeri memperlihatkan usaha yang optimum dalam memenuhi keperluan kehidupan yang selesa buat rakyat. Berapa ramai pula yang terpaksa melakukan beberapa kerja untuk mendapatkan pendapatan yang lebih buat diri sendiri dan keluarga? Berapa ramai pula yang bekerja ulang alik dari Johor ke Singapura saban hari semata-mata untuk bekerja dan mendapat upah gaji yang jauh lebih baik? Ya, lebih 400,000 rakyat Malaysia dan Johor kini bekerja di Singapura dan mereka mampu beroleh gaji yang lumayan. Namun dalam masa yang sama mereka terpaksa berkorban masa dan tenaga. Justeru, adalah penting untuk kita sama-sama berusaha dalam membantu rakyat negeri Johor untuk menikmati kehidupan yang stabil, sihat dan selesa.

Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan mungkin kita boleh berikan beberapa kemudahan atau solusi yang meringankan beban rakyat. Antaranya memberi bekalan secara percuma bagi beberapa meter padu air. Jadi rakyat boleh berjimat dan mempunyai lebihan wang walaupun hanya sedikit saban bulan. Kerajaan juga mungkin boleh mempertimbangkan untuk melaksana dan memperluaskan program seperti Koperasi Tani Bergerak yang menawarkan produk barangan mentah dan asas pada harga yang sangat rendah daripada ladang dan kebun tani yang diusahakan di negeri Johor. Secara tidak langsung ia membantu rakyat untuk berurus niaga dengan harga yang jauh lebih kompetatif dan juga membantu petani kecil di Johor untuk memasarkan produk tani mereka. Selain itu, saya juga ingin mencadangkan agar program seperti bank makanan boleh diteruskan diperluaskan di seluruh negeri Johor sebagai salah satu usaha membantu rakyat benar-benar memerlukan dan yang terkesan dengan ekonomi semasa. Usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini dengan peruntukan RM1.2 juta semasa pandemik COVID

merupakan antara usaha yang sangat baik dan wajar diteruskan. Tindakan kerajaan negeri menyampaikan sumbangan Beras Rakyat Johor kepada seluruh isi rumah tidak mengira pendapatan adalah satu tindakan pantas kerajaan negeri membantu dan meringankan beban seluruh rakyat Johor. Saya juga mengharapkan usaha ini dibuat secara berterusan yang seiring dengan keperluan rakyat masa kini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin menyentuh tentang tadbir urus kerajaan. Rekod yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia Johor menunjukkan 165 kertas siasatan telah dikeluarkan yang berkaitan dengan kes rasuah dari tahun 2020 hingga Mac 2022. Daripada jumlah ini, sebanyak 174 tangkapan dan 83 pertuduhan di Mahkamah telah dilakukan. Daripada statistik ini, penjawat awam merupakan kumpulan tertinggi yang ditahan oleh SPRM Johor, iaitu seramai 72 orang yang diikuti oleh 56 tangkapan mengakibatkan pekerja swasta 46 orang awam. 784 maklumat diterima yang berkaitan dengan kesalahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam tempoh yang sama. Jumlah sitaan pula adalah sebanyak RM3.4 juta bagi tahun 2020 dan 2021. Dalam tempoh yang sama, hak rampasan pesalah rasuah dilucut adalah berjumlah RM210,701.00 iaitu RM181,048 dilucutkan pada tahun 2020 dan RM29,653 pada tahun lalu. Ini adalah satu rekod dan statistik yang tidak menyenangkan dan sewajarnya tindakan yang keras oleh SPRM, saya yakin sebenarnya masih ada banyak kes lagi berkaitan rasuah dalam kalangan penjawat awam yang masih tidak dilaporkan di dalam media.

Mendukung amanat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor baru-baru ini, ia juga merupakan lanjutan daripada pelaksanaan Pelan Anti Rasuah Kerajaan Johor 2021 hingga 2025 yang dilancarkan penghujung tahun lepas, saya juga ingin menyatakan persetujuan sepenuhnya dengan hasrat kerajaan negeri untuk melaksanakan No Gift Policy atau Polisi Tiada Hadiah di semua jabatan dan agensi negeri, persekutuan, Badan Berkanun Negeri dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri. Dasar tidak menerima hadiah ini adalah satu amalan yang perlu dipraktikkan oleh semua organisasi kerana secara tidak langsung perbuatan menerima hadiah boleh dianggap sebagai satu tindakan rasuah malahan ia dianggap sebagai salah satu langkah yang baik untuk membenteras rasuah dan juga boleh menjaga kepentingan pekerja secara khususnya apatahnya lagi di organisasi kerajaan. Walaupun ada yang berpendapat adalah tidak salah memberikan hadiah dengan alasan berkongsi rezeki dan bersedekah, namun secara relatifnya, situsasi ini dilihat sebagai tidak praktikal di dalam situasi sebuah organisasi dan mempunyai kecenderungan untuk mempunyai konflik kepentingan.

Mungkin di dalam satu situasi pemberian hadiah dianggap hanya sekadar hadiah tetapi kita tidak tahu pada masa hadapan mungkin pemberian tersebut akan dijadikan satu penyebab untuk mendesak kepada pembuat sesuatu keputusan yang berkepentingan dan ini adalah situasi yang tidak menyenangkan. Justeru adalah wajar, dasar Tiada Hadiah ini dilaksanakan secara menyeluruh. Saya juga turut ingin menyatakan pandangan mengenai cadangan perubahan cuti hujung minggu yang berbeza untuk pihak kerajaan dan pihak swasta. Diakui perbezaan cuti hujung minggu ini memberikan pelbagai reaksi oleh rakyat. Ada yang bersetuju dengan cuti umum Jumaat dan Sabtu, ada juga tidak menyetujuinya dan lebih selesa dengan cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad.

Hal ini kerana cuti hujung minggu ini memberi impak yang melibatkan keseragaman waktu cuti dan waktu operasi organisasi kerajaan dan swasta. Secara amnya, cuti hujung minggu di Malaysia adalah hari Sabtu dan Ahad. Namun beberapa negeri melaksanakan cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu, termasuklah negeri kita, Johor yang mula melaksanakannya pada 1 Januari 2014. Pelaksanaan ini pada asasnya adalah sangat baik, terutamanya membabitkan umat Islam untuk menghormati hari Jumaat sebagai penghulu segala hari. Mempermudahkan urusan solat Jumaat agar tidak tergesa-gesa. Selama beberapa tahun kita sudah terbiasa dengan cuti sebegini dan tidak dinafikan ianya mempermudahkan urusan berkaitan solat Jumaat. Namun dalam masa yang sama juga

diakui ketidakseragaman hari cuti hujung minggu ini menyebabkan konflik dalam beberapa aspek. Antaranya cuti keluarga dan waktu operasi syarikat swasta dan kerajaan sebagai contoh, apabila kita melibatkan cuti keluarga seringkali berlaku isu yang mana cuti bertindih dan tidak seragam, menyebabkan kesukaran untuk berurusan. Sering saya terdengar ramai yang mengeluh kerana tidak dapat bercuti bersama atau sekadar meluangkan masa bersama dalam masa yang sangat singkat dengan keluarga di sebabkan waktu cuti yang berbeza. Ini memberikan kekangan dan juga kecelaruan sehingga ada yang terpaksa mengambil cuti tambahan. Paling teruk mereka ponteng kerja. Apabila melibatkan waktu operasi syarikat swasta pula, kebanyakan beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dan bercuti pada Sabtu dan Ahad. Perbezaan cuti ini, masanya menyebabkan kesukaran untuk kita berurusan disebabkan waktu operasi yang tidak sama. Sukar untuk mengatur dan merancang disebabkan perbezaan waktu operasi. Keputusan kerajaan negeri untuk mempertimbangkan semula cuti hujung minggu ini saya sambut dengan sangat baik. Dan saya yakin, rakyat di luar sana juga bakal menyambut baik perubahan ini. Dan pastinya, usaha ini membawa kepada hasil kecekapan, keberkesanan, keseragaman penyampaian perkhidmatan awam yang jauh lebih baik dan mampu menarik lebih ramai pelabur untuk melabur di Johor.

Saya juga ingin menyentuh soal birokrasi dalam urus tadbir kerajaan negeri. Urusan yang sepatutnya dapat dilunaskan dan diselesaikan dalam tempoh waktu yang singkat telah dilewatkan hampir berminggu-minggu. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan melarat sehingga ke hari ini. Kejayaan yang telah dilakukan Majlis Perbandaran Kulai mengenai Kulai Fast Lane juga harus dipuji dan dicontohi oleh pejabat-pejabat daerah lain. Selain itu juga, isu-isu urusan mengenai geran dan harta pusaka ini juga perlu dititikberatkan oleh kerajaan negeri. Banyak geran yang tidak dapat ditukar nama berikutan kegagalan untuk mencari waris yang masih hidup dan juga waris yang telah meninggal dunia. Serta geran tembaga yang mempunyai banyak nama serta keluasan tanah yang lebih dari 90 ekar tanah. Pusaka-pusaka kecil juga perlu diselesaikan dengan efektif bagi mengelakkan kelambakan harta pusaka yang tidak dituntut dan juga memberi kesukaran pada pewaris untuk mendapatkan hak mereka. Bilangan kakitangan dan pegawai yang mencukupi juga perlu dikaji dan dilihat semula. Kekurangan kakitangan awam di jabatan-jabatan terutamanya di peringkat daerah juga perlu diselesaikan dengan segera. Sebagai contoh, di kawasan saya di daerah Pontian, tiada hakim ataupun penguasa yang ditetapkan untuk menyelesaikan masalah isu pusaka kecil. Hanya ditetapkan satu minggu hanya satu hari sahaja. Ini menyebabkan ramai urusan-urusan soal untuk menyelesaikan pusaka kecil ini tidak dapat dibuat begitu banyak...

Speaker

Yang Berhormat, tinggal 5 minit sahaja lagi.

Terima kasih Yang Dipertua, saya nak menutup dah. Jadi akhir kalam, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya bagi mencadangkan dan membahasakan ucapan Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim. Saya dengan serendah hati menjunjung setinggi-tingginya Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan. Saya juga ingin menyeru pada rakan Yang Berhormat semua agar kita sama-sama menjayakan seruan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan yang mahukan Wakil Rakyat yang dipilih ini berusaha dengan lebih giat dalam mempermudahkan dan melancarkan urusan rakyat. Pikullah amanah yang telah dipertanggungjawabkan ini dengan sebaiknya dan tidak mengambil enteng setiap amanah yang telah diberikan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadang. (Dewan bertepuk).

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Kukup kerana menepati masa. Saya jemput Yang Berhormat Bekok.

Tuan Tan ChongMCA · BNBekok

Selamat pagi dan salam sejahtera kepada Yang Berhormat Datuk Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Speaker, Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapkan terima kasih kepada Dewan yang mulia ini kerana memberikan kesempatan kepada saya untuk memberi ucapan balas ke atas Titah Ucapan Kebawah Duli Tuanku semasa pembukaan Dewan pada 16 Jun yang lalu. Saya dahulu memohon maaf sekiranya sepanjang saya berucap dalam perkataan yang salah, sebutan yang kurang jelas. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya amat menyokong atas titah Kebawah Duli Tuanku tentang beberapa perkara yang dititahkan oleh Kebawah Duli Tuanku. Dalam titah ucapan Pembukaan Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 tempoh hari. Antara perkara-perkara yang menarik perhatian saya adalah pertama, pelaburan bagi membangunkan pusat tenaga dan pelabuhan laut dalam di perairan Muar serta menggesa kerajaan negeri melaksanakan projek pembangunan kemudahan asas yang terbaik demi kepentingan rakyat. Saya amat gembira sekiranya projek ini dapat dijayakan kerana sudah pasti limpahan pembangunan tersebut akan dapat dirasai oleh kami penduduk-penduduk di Parlimen Labis kerana kami berjiran dengan Muar. Saya pasti pelabur-pelabur akan datang membawa pelaburan mereka untuk melabur di kawasan Parlimen Labis yang sekarang ini ketandusan kawasan-kawasan perindustrian. Saya faham, bahawa kawasan Segamat dikhaskan untuk kawasan pertanian. Namun, beberapa kawasan perindustrian perlu dibina di kawasan Labis agar akhirnya memberi limpahan ekonomi kepada rakyat Bangsa Johor di kawasan Labis. Dan sedikit sebanyak dapat meningkatkan hasil Majlis Daerah Labis yang ini dianggapkan sebagai Majlis Daerah PPRT. Kami juga di Parlimen Labis mengharapkan supaya kerajaan negeri Johor dapat mempertingkatkan mutu kemudahan asas seperti jalan raya yang selesa untuk ke bandar Muar dan persimpangan Kampung Teratai, Jementah, Segamat. Sekiranya jajaran jalan raya ini dapat dipertingkatkan keselesaannya tidak mustahil limpahan projek di Muar akan merebak ke Parlimen Labis. Di tambah pula siapnya stesen keretapi ETS di Labis yang juga menjadi salah satu kawasan pengangkutan kargo yang menggunakan perkhidmatan kereta api.

Yang Berhormat Datuk Speaker, pembinaan lebih banyak rumah mampu milik mengikut kemampuan rakyat dan memantau kualiti kerja kontraktor rumah mampu milik. Saya setuju dengan saranan Kebawah Duli Tuanku supaya kerajaan negeri Johor memberi tumpuan kepada pembinaan rumah mampu milik kerana sangat jelas bahawa di kawasan saya, di DUN Bekok amat memerlukan projek ini dilaksanakan di kawasan saya. Untuk makluman Yang Berhormat Datuk Speaker dan sidang Dewan yang mulia bahawa di kawasan saya di Chaah, sebelum ini telah diuar-warkan untuk membina kawasan perumahan mampu milik di bawah kendalian SPNB. Tetapi ianya sekadar mimpi indah sahaja, ramai rakyat yang telah kecewa dengan sandiwara itu. Segala urusan telah diselesaikan di peringkat PBT namun sehingga sekarang kawasan tersebut terbiar tanpa ada tanda-tanda untuk diusahakan kembali. Oleh itu, saya memohon kerajaan negeri Johor agar melihat kembali melaksanakan projek tersebut kerana ramai mengharapkan agar kerajaan negeri Johor meneruskan projek tersebut.

Yang Berhormat Datuk Speaker, ketiga, menjadikan negeri Johor sebuah negeri tumpuan pelancongan dari dalam dan luar negara. Dalam hal ini saya amat tertarik dengan titah ucapan Kebawah Duli Tuanku berhubung dengan pelancongan. Sebab ianya adalah selari dengan apa yang telah saya rancangkan dan lakukan di kawasan saya di DUN Bekok. Saya telah merancang untuk menambah aktiviti pelancongan yang sedia ada di kawasan saya dan akan ulas agak panjang dalam seluruh ucapan yang berkaitan di kawasan saya sebentar nanti.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan beberapa perkara dalam ucapan menyokong Titah Ucapan Kebawah Duli Tuanku semasa Pembukaan Dewan Negeri Johor pada 16 Jun yang lalu berhubung dengan kerajaan negeri Johor dan kawasan saya N.06 Bekok. Perkara pertama yang saya ingin kongsikan di dalam

Dewan yang mulia ini adalah berkaitan bekalan makanan untuk rakyat negeri Johor. Ramai mengetahui bahawa krisis makanan dunia sekarang telah mula dirasai di seluruh dunia akibat pandemik COVID-19 dan ditambah pula dengan peperangan antara Rusia dan Ukraine. Situasi ini juga sedang dirasai oleh kebanyakan penduduk negeri Johor di mana rakyat negeri Johor telah mula merungut atas kenaikan harga bahan makanan di mana semua bahan makanan menampakkan kenaikan harga berbanding 2 tahun yang lalu. Oleh itu, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Buluh Kasap selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, apakah langkah-langkah yang sedang dan akan diambil untuk mempastikan rakyat negeri Johor tidak terkesan secara serius dalam krisis makanan yang melanda dunia sekarang, terutamanya di dalam negeri Johor? Apakah insentif-insentif yang akan diberikan kepada pekebun-pekebun kecil yang mengusahakan tanaman makanan, pengusaha-pengusaha makanan mentah? Dan yang paling penting adalah rakyat Johor bagi menghadapi krisis makanan di negeri Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, perkara kedua yang saya ingin bangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini adalah berkaitan sektor pelancongan yang terdapat di dalam kawasan DUN Negeri Bekok. Sebagaimana ramai mengetahui bahawa DUN Bekok terdapat dua kawasan pelancongan popular iaitu Eko Rimba Sungai Bantang yang mempunyai kawasan untuk mandi-manda yang selesa dan kawasan perkhemahan serta kegiatan pendidikan dan mempunyai khazanah rimba yang dikendali oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor. Di Bekok juga terdapat Taman Negara Endau Rompin Selai yang dikawal selia oleh Perbadanan Taman Negara Johor yang mempunyai tempat penginapan dan kawasan mandi-manda serta perkhemahan. Umum mengetahui bahawa pekan Bekok ini, kini semakin menerima pembangunan merupakan landasan berkembar keretapi elektrik, ETS yang menghubungkan ke Gemas ke Johor Bahru. Dengan adanya dan siapnya sistem pengangkutan tersebut, Bekok telah menjadi pintu masuk utama kepada pelancong untuk menikmati pelancongan eko rimba di kawasan Dewan Negeri Bekok. Oleh itu, saya sebagai ADUN Bekok mempunyai perancangan untuk menambahkan lagi kegiatan pelancongan di kawasan DUN Bekok bagi menarik minat pelancongan asing untuk menikmati suasana eko pelancongan rimba seperti warga asing dari Singapore dan pelancong tempatan yang datang dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Yang Berhormat Datuk Speaker, perancangan yang kami sedang garap atau dalam proses perbincangan bertujuan untuk menarik minat pelancong asing atau tempatan untuk datang ke Bekok. Antara aktiviti tambahan yang sedang kami rancangkan adalah:

1. Aktiviti off road bagi 4x4 yang mana kumpulan 4x4 dari luar Bekok sering menjalankan aktiviti di kawasan Hutan Simpan Bekok dan Tenang.

2. Kami merancangkan untuk membuat laluan off road 4x4 dari Hutan Simpan Bekok ke Hutan Simpan Tenang atau sebaliknya.

3. Kami juga merancang untuk membuat aktiviti off road bagi motorsikal di mana sekarang ini ramai peminat-peminat motorsikal off road melaksanakan aktiviti mereka di kawasan Bekok.

4. Kami juga sedang merancang untuk mengadakan Karnival Jom Datang Bekok Makan Durian dan Buah-Buahan Tempatan pada 25 Jun bulan ini di Dewan Serbaguna Bekok dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan durian, dengan kerjasama masyarakat tempatan Bekok, Pejabat Pertanian, FAMA, Jabatan Perhutanan dan sebuah bank di Segamat.

Oleh itu, saya menarik perhatian kerajaan negeri Johor khususnya YB Tenggaroh, sebagai selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri

Johor untuk mengambil maklum dan langkah bagaimana boleh membantu saya untuk merealisasikan perancangan yang sedang saya usahakan di kawasan saya DUN Bekok. Setidak-tidaknya perancangan ini dapat meningkatkan ekonomi penduduk tempatan di Bekok dan sekitarnya. Ekoran daripada pembangunan aktiviti pelancongan di pekan Bekok, pengusaha makanan, pengusaha pengangkutan, pengusaha penginapan homestay, peniaga-peniaga kecil dan tepi jalan dan masyarakat Orang Asli akan menarik nafas juga dengan kehadiran ramai pelancong di Bekok.

Yang Berhormat Datuk Speaker, perkara ketiga yang saya ingin nyatakan di dalam Dewan yang mulia ini adalah mengenai projek yang dilaksana oleh Pihak Berkuasa Tempatan di sesebuah kawasan PBT. Saya sedar dan faham bahawa projek di dalam kawasan PBT adalah untuk memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat terutamanya pembayar-pembayar cukai. Tetapi, apalah gunanya kalau projek yang di bina akhirnya menyusahkan rakyat dan pembayar cukai di dalam kawasan PBT.

Yang Berhormat Datuk Speaker, oleh yang demikian saya menarik perhatian kerajaan negeri Johor melali Yang Berhormat Bukit Permai selaku Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor supaya dapat memantau dan menggalakkan pegawai-pegawai PBT yang bertanggungjawab ke atas projek-projek yang dilaksanakan oleh PBT agar kerap memantau perjalanan projek supaya akhirnya projek yang dibina tidak akan menyusahkan rakyat atau Pihak Berkuasa Tempatan itu sendiri. Bila tidak dipantau, menjadi masalah sekiranya projek siap atau sedang berjalan diperbaiki semula menyebabkan kos meningkat. Masalah pembinaan bertambah dan merugikan kontraktor. Saya bangkitkan perkara ini di dalam Dewan yang mulia ini adalah untuk mengikis tanggapan negatif rakyat terhadap kualiti perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan. Saya sering berhadapan dengan aduan rakyat yang tidak puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan akhirnya mereka akan terjemahkan kemarahan mereka ketidakpuashati mereka di atas kertas undi. Saya harap kerajaan negeri Johor memandang berat isu ini demi memastikan rakyat Johor selesa di bawah kepimpinan kerajaan Johor yang ada sekarang.

Perkara keempat, saya ingin bangkitkan di Dewan yang mulia ini adalah berkaitan jajaran jalan raya yang lebih selesa untuk penduduk-penduduk Dun Bekok mengakses ke Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Utara. Untuk makluman Yang Berhormat Datuk Speaker dan Ahli Sidang Dewan sekalian bahawa penduduk Labis, Bekok dan Chaah terpaksa berhadapan dengan bahaya seperti jalan sempit dan jalan tidak rata. Di samping itu, juga kami berhadapan dengan binatang liar dan binatang ternakan seperti lembu yang boleh mengundang kemalangan biasa dan kemalangan maut. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bahawa banyak kes kemalangan maut berlaku di Jalan Labis ke Bukit Kepong. Oleh yang demikian, saya mohon perhatian daripada kerajaan negeri Johor untuk mengkaji dan seterusnya meluluskan sejumlah peruntukan bagi membina jalan yang lebih selesa kepada kami dari Labis ke persimpangan kampung terletak di Jementah seperti jalan raya yang mengubungkan Segamat ke Tangkak.

Perkara kelima, saya ingin membangkitkan satu masalah yang melibatkan rakyat di Dun saya. Lebih 6 tahun yang lalu, pihak kerajaan negeri Johor melalui Majlis Daerah Labis telah membenarkan sampah sarap dari daerah Batu Pahat untuk dibuang di kawasan pelupusan sampah di dalam kawasan Majlis Daerah Labis. Membuat keadaan tapak pelupusan sampah di Jalan Maokil telah penuh dan lebih tinggi dari permukaan tanah membukit. Untuk makluman Yang Berhormat Datuk Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, keadaan ini telah menyebab jalan masuk yang dibina dari peruntukan kerajaan negeri Johor telah rosak teruk dan mendatangkan kesusahan pekebun-pekebun kecil untuk mengeluarkan hasil pertanian dan sering berlaku kemalangan kecil disebabkan lubang-lubang besar di jalan tersebut.

Di samping itu, saya juga ada keluhan dari rakyat yang kebunnya bersebelahan dengan kawasan pelupusan sampah mendakwa bahawa tanaman-tanaman mereka banyak tidak subur mungkin akibat toksid yang mengalirkan di dalam tanah. Oleh yang demikian, saya memohon perhatian Yang Berhormat Bukit Permai, selaku Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor meminta agar pihak SWM membaiki semula kerosakan jalan masuk ke tapak pelupusan sampah tersebut telah meminta kerajaan negeri Johor mengkaji semula kebenaran yang telah diberikan kepada daerah Batu Pahat bagi membuang sampah sarap di kawasan Majlis Daerah Labis demi keselesaan rakyat di dalam kawasan saya.

Sebelum saya mengakhiri ucapan, menyokong titah ucapan Tuanku Sultan, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Tuan Pegawai Daerah Segamat dan Jurutera Daerah Segamat telah banyak membantu saya bagi menyelesaikan masalah yang timbul ekoran Projek Landasan Keretapi Berkembar ETS di kawasan Dewan Negeri Johor Bekok. Sekian, terima kasih, Bekok mohon menyokong. (Dewan Bertepuk).

Speaker

Terima kasih Bekok. Jangan lupa hantar sikit durian itu ke rumah saya. Ahli-Ahli Yang Berhormat, rundingan itu dikemukakan untuk dibahas. Dijemput Yang Berhormat Perling.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHPerling

Terima kasih Datuk Yang Dipertua. Bagi pihak blok Pembangkang kami menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar yang sudi mencemar duli untuk bertitah di dalam Dewan yang mulia ini. Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah buat Tunku Mahkota Johor Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang dilantik sebagai Pemangku Raja.

Tahniah juga saya ucapkan kepada semua Ahli Dewan Negeri yang dipilih dan semoga semua terus berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz bin Ghazi yang memimpin kerajaan negeri Johor baharu sebagai Menteri Besar dan juga kepada Yang Berhormat Datuk Dr. Puad Zarkashi yang dipilih sebagai Speaker Dewan Negeri.

Datuk Speaker yang saya muliakan, Tuanku Sultan telah menerangkan bagaimana kerajaan Persekutuan telah tidak menunaikan janji serta gagal melaksanakan projek dengan baik seperti jalan-jalan persekutuan yang berlubang dan rosak, tidak cukup kemudahan asas di hospital kerajaan dan keadaan Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin, CIQ yang daif dan uzur.

Kerajaan persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia perlu mengambil berat pandangan Baginda yang telah menunjukkan kepincangan dalam sistem federalisme yang sedia ada. Malah masalah ini tidak khusus kepada Johor sahaja, negeri Sabah atau Wilayah Sabah, Wilayah Sarawak, negeri Pulau Pinang, negeri Kelantan, masing-masing ada rasa ketidakpuasan dengan keadaan sekarang. Izinkan saya menyentuh soalan ini dengan lebih terperinci. Sewaktu pembentukan Malaysia, cukai pendapatan tidak menjadi sumber hasil utama berbanding hari ini. Pada zaman dahulu memberikan kuasa kepada negeri untuk menguruskan tanah dan sumber asli sudah dianggap mencukupi. Dan mungkin dianggap sebagai adil tetapi setelah 60 lebih tahun, hasil negara telah bertambah berkali ganda berikutan perkembangan ekonomi terutamanya dalam kutipan cukai pendapatan korporat dan individu. Kutipan cukai pendapatan tidak dikongsikan dengan kerajaan-kerajaan negeri.

Titah Tuanku Sultan kepada kerajaan persekutuan untuk bersikap adil kepada Johor dari segi perkongsian kuasa dan sumber memang tepat pada masanya. Ia juga selaras dengan sentimen di kebanyakan negeri yang merasakan Kerajaan Pusat tidak melayan mereka dengan adil. Titah Baginda bahawa kerajaan Persekutuan telah mengutip RM13 bilion hasil

daripada Johor tetapi hanya menyalurkan kembali peruntukan yang kecil kepada negeri. Untuk makluman Dewan ini, pada tahun 2020 melalui kaedah lama geran perkapita atau per capita grant, Johor menerima RM47 juta daripada peruntukan persekutuan manakala pemberian penyelenggaraan jalan negeri pula ialah RM626 juta. Jumlah keseluruhan yang diterima oleh Johor daripada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2020 hanyalah RM888 juta berbanding dengan RM13 bilion yang dikutip dari negeri Johor. Ini jumlah adalah yang amat kecil berbanding dengan jumlah yang dikutip daripada negeri ini.

Masanya sudah tiba untuk kerajaan persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri berunding semula untuk mewujudkan federalisme yang lebih adil dan seimbang yang akan dapat menyumbang kepada kehidupan yang lebih makmur dan sejahtera untuk semua rakyat Malaysia. Kita kini menghadapi detik bersejarah untuk bangkit semula setelah lebih dua tahun terkesan dengan pandemik COVID-19. Kegagalan dalam mengawal pandemik ini telah membuktikan bahawa kerajaan Pusat tidak memahami keadaan sebenar on the ground. Kerajaan negeri harus diberi lebih autonomi terutamanya dari segi kesihatan, pengangkutan dan jalan raya serta pendidikan.

Negeri Johor yang meliputi kawasan yang luas dengan identiti masyarakat majmuk perlu diberi perhatian yang berbeza daripada negeri-negeri lain. Bersama dengan Lembah Klang dan kawasan Pulau Pinang, Kulim, Metropolitan Johor Bahru adalah konurbasi yang menerajui ekonomi negara. Ketiga-tiga kolaborasi adalah semacam enjin ekonomi negara kita. Kerajaan persekutuan tidak boleh melihat Johor Bahru seperti ibu negeri yang lain tetapi sebuah metropolitan di mana rakyat Malaysia dari pelbagai pelosok negara bertumpu demi mencari nafkah hidup dan justeru harus diberi fokus dan keutamaan yang baik.

Utara dan tengah Johor pula adalah hub pertanian dan perladangan dengan hasil yang kaya tetapi tidak diberi tumpuan dan sokongan yang secukupnya oleh kerajaan persekutuan. Saya menyokong titah Tuanku agar perkongsian kuasa dan sumber negeri dibincangkan semula di antara kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri. Saya mencadang bahawa :

1. Kerajaan negeri membentangkan Rundingan Dewan Negeri untuk mendesak agar kerajaan persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Perhubungan Antara Persekutuan dan Negeri bagi mengkaji tawaran baharu berhubung perkongsian kuasa dan sumber untuk sistem federalisme Malaysia dan untuk federalisme Malaysia ini berkembang untuk 50 tahun yang akan datang.

2. Saya mencadang bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor menerajui usaha mengajak semua negeri yang berminat untuk menubuhkan Jawatankuasa Kerjasama Semua Negeri, All State Committee atau Commission bagi menyelaras dan menetapkan agenda baharu perkongsian kuasa dan sumber di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri. Ini akan dilaksanakan berasas kesediaan mana-mana negeri yang berminat, a coalition of the willing, mereka yang bersedia dan berkesungguhan tanpa perlu menunggu semua negeri menyertai. Mana-mana negeri yang merasakan hubungan di antara pusat dan negeri tidak adil patut menyertai jawatankuasa ini dan saya harap Yang Amat Berhormat Menteri Besar boleh menerajui usaha ini.

3. Saya mencadang bahawa Dewan Negeri Johor menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas bagi merealisasikan titah Tuanku untuk memperkasakan federalisme dan memperkasakan kuasa negeri. Masa sudah tiba untuk satu tawaran baharu atau new deal di antara kerajaan pusat dengan semua kerajaan negeri khususnya, Johor. Demi Bangsa Johor, Demi rakyat Malaysia.

Datuk Speaker, saya ingin mengambil perhatian Ahli Dewan tentang titah Tuanku Sultan dan dengan izinnya saya membaca semula petikan titah Tuanku. “ Pada penggal ini”, saya

petik, petikan titah Tuanku. “Saya berharap banyak perkara dapat dijalankan dengan mudah dan lancar kerajaan mempunyai majoriti yang besar. Namun begitu, ini bukan bermakna kerajaan boleh membuat sesuka hati”. Akhir petikan. Titah ini sebenarnya mencerminkan peranan Pembangkang sebagai badan semak dan imbang, check and balance terhadap kerajaan negeri demi memastikan setiap dasar dan keputusan dibuat benar-benar memberi kesan positif kepada pembangunan negeri dan Bangsa Johor.

Malah, blok Pembangkang Dewan Negeri Johor kali ini sudah bersedia menjadi Pembangkang yang memberi pandangan dan konstruktif, we are prepare to be a constructive opposition. Untuk memastikan pembangunan negeri Johor berjaya, pihak kerajaan negeri hari ini perlu melihat pembangkang sebagai rakan strategik dalam pentadbiran negeri. Perubahan politik yang berlaku pula menyedarkan kerajaan negeri bahawa era pemikiran lama dan lapuk yang menganggap pembangkang sebagai musuh kerajaan sudah berakhir. Konsep melihat pembangkang sebagai rakan strategik dalam tadbir urus negeri juga perlu diperluaskan kepada semua agensi kerajaan negeri dan kerajaan pusat agar melihat peranan ADUN pembangkang setaraf dengan ADUN kerajaan. Kerana kedua-duanya berkhidmat demi memastikan kehidupan bangsa Johor berada dalam keadaan yang lebih baik melangkaui perbezaan politik. Titah Tuanku bahawa semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang perlu bekerjasama bagi menarik lebih banyak pelabur untuk menjalankan perniagaan di negeri ini telah mengggariskan betapa pentingnya kerajaan dan pembangkang perlu bekerjasama. Komitmen kerajaan negeri terdahulu yang diketuai oleh mantan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohamad, Ahli Dewan Negeri Benut memerlukan budaya politik matang di Johor dan melihat pembangkang sebagai rakan strategik kerajaan perlu dijadikan teladan diteruskan oleh kerajaan hari ini. Kepada Datuk Menteri Besar, saya ingin mengimbas kembali pertemuan saya bersama dengan beliau pada tahun 2015 di kantin Parlimen Malaysia, di mana ketika itu saya merupakan Ahli Parlimen Kluang dan Yang Amat Berhormat merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Kami bertukar pandangan mengenai kemungkinan mewujudkan kerjasama dwi-partisan yang konstruktif di Malaysia. Siapa sangka beliau kini menjadi Menteri Besar manakala saya menjadi Ketua Pembangkang Dewan Negeri Johor. Saya berharap Datuk Menteri Besar mempunyai keterbukaan dan komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama dwi partisan antara kerajaan dan pembangkang demi kesejahteraan Johor. Bagi mencapai semangat kerjasama dwi partisan ini, saya telah mengemukakan cadangan kepada Datuk Menteri Besar untuk menubuhkan 5 Jawatankuasa Pilihan Dewan Negeri Johor bagi meneliti setiap isu yang amat penting terhadap kesejahteraan bangsa Johor.

1. Jawatankuasa Pilihan Tadbir Urus Cekap dan Berintegriti untuk memastikan ketelusan dan keberkesanan tadbir urus kerajaan negeri, syarikat GLC dan kerajaan tempatan.

2. Jawatankuasa Pilihan Masalah Iklim, Perancangan Bandar dan Luar Bandar untuk meneliti dasar berkaitan masalah iklim dan alam sekitar perancangan bandar, luar bandar yang dilaksanakan oleh agensi dan kerajaan negeri.

3. Jawatankuasa Pilihan Kerjasama Johor-Singapura untuk mengkaji dasar dan pendekatan untuk menambahbaik infrastruktur, kesesakan lalu lintas, hubungan ekonomi di antara Singapura dan Johor.

4. Jawatankuasa Pilihan Pemerkasa Federalisma dan Kuasa Negeri yang saya telah sebut tadi.

5. Jawatankuasa Pilihan Ekonomi dan Kesejahteraan Bangsa Johor untuk mengkaji dasar yang mampu memastikan pertumbuhan ekonomi negeri yang mampan demi kesejahteraan Bangsa Johor.

Dicadangkan semua Jawatankuasa Pilihan yang diketuai oleh 5 Ahli Dewan Negeri, mungkin 3 orang dari pihak kerajaan, 2 dari pihak pembangkang. Juga penubuhan Jawatankuasa Pilihan ini mampu menambahbaik dasar kerajaaan sedia ada malah keputusan yang dicapai secara konsensus dan dwi-partisan di dalam Jawatankuasa Pilihan juga boleh menjadi satu undang-undang dan dasar yang boleh diterima dan dilaksanakan.

Saya juga ingin cadang supaya amalan di Parlimen Malaysia di mana ahli pembangkang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira atau PAC, Public Account Committee, diguna pakai di Dewan ini demi menjaminkan ketelusan pentadbiran kerajaan. Dengan adanya konsensus dan persetujuan dasar secara dwi-partisan, secara by partisan, Walaupun berlakunya perubahan pucuk pimpinan atau parti yang memerintah kerajaan negeri, dasar boleh dikekalkan kerana telah dipersetujui oleh dua-dua pihak. Dengan kata lain kestabilan tercapai bukan melalui kuasa mutlak seperti dulu, tetapi melalui konsensus dwi-partisan.

Datuk Speaker yang dihormati, Datuk Menteri Besar telah menggariskan agenda kerajaan pimpinan beliau dalan sesi Amanat Menteri Besar pada hari Selasa, 14 Jun lalu kepada pegawai-pegawai kerajaan dan pihak swasta. Itu satu usaha yang baik. Sayangnya pihak pembangkang tidak dijemput sama. Kalau dijemput sudah tentu saya akan memastikan semua ADUN Pembangkang hadir untuk mengetahui dan memahami agenda Dato’ Menteri Besar.

Oleh kerana pihak pembangkang tidak dijemput, saya dengan rendah hati memohon agar Datuk Menteri Besar membentangkan agenda ini secara rasmi di Dewan ini. Datuk Menteri Besar telah menyasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau GDP Johor untuk mencapai lebih RM260 bilion menjelang tahun 2030. Iaitu lebih 2 ganda saiz ekonomi Johor sekarang. Menurut Datuk Menteri Besar, dan saya petik kata-kata beliau, nilai ini memerlukan ekonomi Johor tumbuh sekitar 7% setahun. Saya menyokong sasaran yang digariskan ini. Kalau berjaya dilaksanakan, dengan agihan yang adil dan saksama, ia bermakna KDNK per kapita, GDP Johor akan bertambah 2 kali ganda juga.

Saya juga setuju dengan penilaian Datuk Menteri Besar bahawa tahap produktiviti pekerja di Johor, produktiviti Johor adalah antara yang terendah meskipun menjadi ekonomi ketiga terbesar di Malaysia. Ini bermakna, ini petikan ucapan Datuk Menteri Besar, ini bermakna selama ini ekonomi Johor amat bergantung kepada pekerja yang berkemahiran rendah yang mana rata-ratanya menggajikan pekerja pada gaji yang rendah dan juga penggunaan pekerja asing tidak berkemahiran. Akhir petikan, ini bererti kita perlu menuju ke arah mencipta pekerjaan berkemahiran tinggi, berproduktiviti tinggi dan bergaji tinggi. High Skilled, High Wage, High Productivity Economy, tapi kita semua tahu untuk mencapai sasaran ini, ia merupakan satu cabaran yang amat besar. Di sini saya memohon Datuk Menteri Besar untuk memberikan pencerahan kepada Dewan yang mulia ini, berikutan ada 3 soalan yang memerlukan pencerahan dari Datuk Menteri Besar.

Pertama, bagaimana kerajaan Johor akan mencapai sasaran untuk menggandakan saiz GDP atau KDNK menjelang tahun 2030 iaitu dalam tempoh 8 tahun yang akan datang? Apakah dasar, langkah, tindakan yang akan diambil oleh kerajaan negeri demi mencapai sasaran tersebut?

Kedua, apakah dasar, langkah dan tindakan yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk memastikan pengagihan hasil ekonomi yang adil dan saksama supaya apabila sasaran 2 kali ganda saiz KDNK Johor tercapai pada tahun 2030? KDNK per kapita juga 2 kali ganda, juga dikali gandakan. Ini saya rasa penting, kerana saiz ekonomi berkembang harus bermakna juga pendapatan ataupun GDP per kapita penduduk ataupun bangsa Johor dilipat gandakan. Saya rasa di sini kita perlu ada idea yang jelas,di mana kita tidak boleh kata rakyat pilih kerja di Singapura kerana ikut suka hati mereka. Walaupun itu pilihan mereka, tetapi sebagai kerajaan kita melalui dasar mesti memastikan kita mewujudkan pekerjaan-

pekerjaan yang sesuai dengan gaji yang berpatutan supaya mereka tidak perlu pilih untuk kerja di Singapura. Memang itu pilihan mereka, tetapi sebagai kerajaan, apa dasar kita? Saya rasa ada dua point yang penting.

Satu ialah kita mesti mewujudkan pekerjaan-pekerjaan yang membiayai sekurang-kurangnya dua pertiga gaji di Singapura, 2/3 of Singapore pay. Apa sahaja pelaburan yang masuk ke Johor tujuan utama kita ialah bukan untuk hanya menerima pelaburan, tetapi tujuan kita ialah untuk menerima pelaburan yang boleh mewujudkan pekerjaan yang membayar gaji yang berpatutan, gaji yang sekurang-kurangnya 2/3 of Singapore pay supaya rakyat boleh memiliki tidak semestinya bekerja di Singapura.

Apa yang pelaburan yang masuk ke negara kita satu lagi ciri-ciri atau syarat yang kita mesti ada ialah bagaimana syarikat atau pelaburan yang dimasukkan ke negeri kita mempunyai synergi dengan industri-industri tempatan supaya industri-industri tempatan terutamanya IKS boleh dinaiktaraf melalui pelaburan yang lebih canggih yang masuk ke negeri Johor dan bukan saingan di antara pelabur asing dengan IKS tempatan. Ini saya rasa adalah point yang penting yang kita mesti memastikan.

Soalan yang ketiga kepada Datuk Menteri Besar ialah pengurusan ekonomi bukan sahaja terhad terhadap penjanaan pertumbuhan, ketahanan atau resilient penjanaaan pertumbuhan, ketahanan kerecilian dalam ekonomi atau keselamatan ekonomi, economic security juga sangat penting dan tidak boleh diabaikan. Dunia sedang melalui 4 cabaran yang serentak terhadap ketahanan atau keselamatan ekonomi iaitu gangguan supply chain. Perang di Ukraine dan ancaman geopolitik, pandemik COVID-19 dan pandemik lain yang bakal muncul dan perubahan iklim. Kerajaan negeri perlu ada jawapan dan perancangan untuk menghadapi cabaran-cabaran yang saya gariskan ini.

Soalan keempat ialah apakah dasar, langkah dan pendekatan yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk menghadapi kegawatan ekonomi global dan inflasi yang bakal berlaku. Menteri Besar sebut tentang 7% kenaikan KDNK setiap tahun. Tetapi what is on the mind of ordinary Johorean, ordinary Malaysian ialah inflasi naik 7% dan saya rasa inilah persoalan yang kita perlu mengkaji, Kita perlu dasar untuk membantu rakyat jelata supaya walaupun kita sasarkan ekonomi kita berkembang tetapi kita juga mesti bersedia kerana kita menghadapi cabaran kemungkinan kegawatan ekonomi sedunia akan berlaku. Khamis lalu, 16 Jun dunia terkejut dengan berita reserved Persekutuan Amerika Syarikat atau federal reserve, the fed telah menaikkan kadar faedah 0.75% yang paling tinggi sejak tahun 1994. Ia bertujuan untuk melawan inflasi di negara tersebut. Ini bermakna negara-negara lain terpaksa berhadapan dengan inflasi dan juga kesan daripada kenaikan kadar faedah Federal Reserved. Dengan kenaikan kadar itu mata wang dari seluruh akan berganjak ke arah Amerika Syarikat. Untuk memastikan kadar mata wang negara masing-masing tidak jatuh, Bank Negara di setiap negara berkenaan terpaksa menaikkan kadar faedah masing-masing. Dengan izin, the era of monetary easing since the global financial crisis in 2008 has officially ended. Ekonomi negara kita perlu melihat semua aspek yang selama ini diambil mudah sejak lebih sedekad yang lalu. Kesannya amat besar. Tekanan yang terpaksa dihadapi rakyat Malaysia amat berat iaitu tekanan inflasi, nilai Ringgit yang semakin menjunam dan kadar faedah yang tinggi. Tiga-tiga faktor datang serentak. Rakyat Johor kini menjalani kehidupan seharian dengan gaji yang rendah dan dalam keadaan inflasi yang tinggi. Keadaan menjadi lebih buruk apabila Ringgit jatuh berbanding dengan Dollar America dan Dollar Singapura.

Sejak 15 tahun yang lalu, Johor Selatan khususnya bergantung kepada sektor hartanah untuk memacu ekonomi. Pasaran hartanah akan berhadapan dengan cabaran besar dalam tempoh beberapa bulan lagi akibat berlakunya kebanjiran ataupun lebihan pembinaan unit rumah dan dengan izin, housing plan. Saya ingin berkongsi data yang jarang dibincangkan iaitu daripada Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) yang telah

menjalankan Kempen Pemilikan Rumah, Home Ownership Campaign bersama dengan Kementerian Kewangan bagi tempoh Jun 2020 hingga Disember 2021, satu setengah tahun. Sepanjang tempoh tersebut sejumlah 51,000 unit telah didaftarkan untuk bagi negeri Johor tetapi hanya 13,000 unit berjaya dijual. Ini bermakna 37,000 unit lagi gagal dijual dan semua unit ini masih dalam pegangan pemaju. Ada banyak juga unit yang telah dijual kepada pembeli persendirian tetapi kosong dan tidak didiami.

Speaker

Yang Berhormat, tinggal 5 minit.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHPerling

Saya cuba. Terima kasih. Nampaknya krisis lebihan unit rumah ataupun glut bakal meletus yang tentunya akan bertambah buruk dengan kenaikan faedah dan ini saya harapkan agar Datuk Menteri Besar dapat menjelaskan kepada kita semua dalam Dewan yang mulia ini terutamanya jika beliau mempunyai sebarang idea dan jawapan untuk menghadapi krisis yang akan datang.

Datuk Speaker, ini bab yang paling akhir, krisis iklim dan perancangan bandar. Saya mengalu-alukan titah Tuanku Sultan agar semua Pihak Berkuasa Tempatan meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan dan kemudahan riadah di kawasan masing-masing. Tuanku bertitah, setiap majlis hendaklah menyediakan laluan pejalan kaki yang sempurna di kawasan bandar dan laluan basikal di kawasan pinggir bandar untuk tujuan rekreasi. Datuk Menteri Besar dalam amanat beliau telah mengingatkan kita bahawa suhu di Johor Bahru telah meningkat sebanyak 6.7 darjah Celcius dalam tempoh 13 tahun yang lalu. Walaupun tidak pasti dengan ketepatan data yang dipetik, saya percaya bahawa kita kini menghadapi krisis iklim yang berkemungkinan besar diakibatkan oleh pembangunan hartanah di sekitar Johor Bahru sejak 15 tahun yang lalu, yang tidak begitu terancang dan tidak begitu terkawal. Salah satu kesan krisis iklim adalah banjir yang lebih kerap dan lebih teruk kesannya di sekitar kita.

Saya mengalu-alukan agenda pembangunan hijau ataupun Johor Green Deal dan Dasar Pembangunan Hijau yang disebut oleh Datuk Menteri Besar. Lima cadangan yang berikut saya harap akan dipertimbangkan oleh Datuk Menteri Besar dan kerajaan negeri.

Pertama, menjunjung titah Tuanku, Johor Bahru dan bandar-bandar utama di sekitar Johor seperti Muar, Batu Pahat, Kluang memerlukan laluan pejalan kaki dan laluan khas lorong basikal. Penyelarasan dan perancangan di peringkat negeri untuk menjayakan titah Tuanku ini amatlah penting, saya cadangkan bahawa RM150 juta setiap tahun disalurkan untuk tujuan ini.

Kedua, mewujudkan Pelan Induk Pengangkutan Negeri Johor. Perancangan pengangkutan pada masa kini dikendalikan oleh PBT iaitu PBT ada pelan pengangkutan tetapi kita tidak ada pelan pengangkutan peringkat negeri. Kita perlukan pelan induk supaya memastikan kelancaran sistem pengangkutan awam dan juga jalan raya dan satu pelan begitu penting untuk kita semua.

Ketiga, pengangkutan awam perlu diberi subsidi supaya 40 sampai 50% orang ramai melihat pengangkutan awam sebagai mod pengangkutan yang efisien dan mampu diguna sehingga mereka memilih untuk menggunakan pengangkutan awam dan bukan kereta persendirian. Cadangan ialah kerajaan negeri memperuntukkan RM150 juta setahun untuk tujuan ini dan dengan sebahagian boleh dibiayai oleh kutipan dari VEP atau Vehicle Entry Permit buat setakat ini hanya memberikan 25% kutipan kepada kerajaan negeri tetapi saya mencadang kepada kerajaan negeri bahawa semua kutipan di sempadan Johor harus disalur ke Johor dan dengan dana yang didapat daripada kutipan VEP, pengangkutan awam diperkasakan.

Cadangan keempat, pengangkutan air adalah salah satu jenis pengangkutan awam yang boleh dipertimbangkan terutamanya di kawasan Johor Bahru yang dikelilingi oleh laluan air.

Kelima, penyelarasan Pelan Mitigasi Banjir di peringkat negeri dan pemantauan keberkesanan sistem perparitan dan kawasan kolam takungan air untuk menyediakan negeri Johor bagi menghadapi cabaran cuaca dan iklim yang serius. Saya harap JPS bersama dengan pihak PBT dan juga kerajaan negeri mengambil perhatian tentang kemungkinan krisis iklim dan juga krisis banjir yang serius.

Akhirnya, Datuk Speaker, izinkan saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun. Nasi ambeng di gerai Cik Siti, sama sedapnya laksa Johor, walau kita berbeza parti, jiwa kita Bangsa Johor. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Perling. Ahli-Ahli Yang Berhomat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini.

Persidangan ditangguhkan pada jam 1.00 petang.

Persidangan disambung semula pada jam 2.30 petang.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan disambung semula. Silakan YB Simpang Jeram.

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin AyubAMANAH · PHSimpang Jeram

Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan selawat). Simpang Jeram menjunjung kasih ke atas Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar kerana sudi merasmikan Mesyuarat Pertama bagi Dewan Yang Ke-15 dan juga mengucapkan tahniah ke atas Tunku Mahkota Johor yang dilantik sebagai Pemangku Sultan. Saya juga ingin merakamkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang baharu serta barisan pelapis, barisan EXCOnya yang merupakan orang baharu, sekarang dunia dan negara bercakap tentang potensi orang muda. Time will tell, dengan izin, sama ada pasukan orang muda ini akan dapat deliver, akan dapat menunaikan tanggungjawab kepada amanah yang diberikan. Bagi saya, wisdom ataupun kebijaksanaan ini boleh dapat didapati, dinikmati oleh orang tua ataupun orang muda, tanpa mengira bangsa dan agama.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada rakan saya, Datuk Speaker, rakan lama, bersama dalam Parlimen tahun 2008 dan kami melayari bahtera perjuangan walaupun berbeza landasan politik, saya ucap tahniah. Dan perkara pertama saya nak sentuh tentang Reformasi Dewan Undangan Negeri Johor. Titah Tuanku adalah supaya jangan ada di kalangan kita yang ponteng, yang tidak hadir dalam setiap Persidangan Dewan. Dan kami berpengalaman di Parlimen dan juga sekarang berpengalaman di DUN. Dan memang penting untuk kita participate dalam setiap perbahasan yang barang tentu akan memberikan kesan kepada negara dan rakyat kerana tidak ada lagi tempat yang paling mulia, premis yang paling penting kalau negara adalah parlimen dan negeri adalah Dewan Undangan Negeri.

Kami dan Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Perling telah mengadakan kunjung hormat, itu tanda kita exercise atau kita menunjukkan kita bersedia untuk enggaged ataupun bahasa dalam sains politik yang lebih tajam maksudnya adalah berlakunya conversation, satu perbincangan yang serius untuk kita sama-sama melihat pada masa akan datang Dewan ini akan lebih menjadi lebih wibawa melahirkan bukan sekadar pemimpin-pemimpin politik kedua-dua belah pihak tetapi mutu perbahasan dan cara pengendalian Dewan yang lebih constructive untuk kita semua.

Kita seringkali merujuk Dewan ini, kita akui kita adalah mirip kepada House Of Commons ataupun kita ini mirip Westminster, saya rasa Speaker, Datuk Speaker tentu telah meneliti peraturan mesyuarat, eskimi sebagai contoh dan banyak lagi rujukan-rujukan terutama di Australia yang lebih praktikal dari segi mengendali sebuah Dewan ini. To be very frank Datuk Speaker, Dewan ini is very dull, muram, blooming, kerana tadi YB Perling sebagai Ketua Pembangkang berucap 30 minit, nanti sidang akan datang mungkin boleh pertimbangkan 40 minit atau 1 jam untuk pembangkang. Saya rasa beliau telah memberikan banyak idea yang kita boleh kongsi bersama, constructive, tidak emosi lagi macam-macam dulu mungkin tapi kita tampil dengan suatu kesegaran yang lebih saya rasa membuat kedua-dua belah pihak boleh berkongsi pengalaman dan idea demi rakyat negeri Johor.

Bila beliau telah berucap setengah jam nanti sampai habis hari Persidangan 7 hari, beliau tidak mungkin ada peluang berucap lagi ataupun mendapatkan penjelasan terutama bila Menteri Besar nanti akan menggulung perbahasan dan para EXCO. Pengalaman kami di Parlimen yang sangat dinantikan adalah bila sesi penggulungan Menteri-Menteri dan terutama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Disitulah segala argument, segala idea yang dibahaskan berhari-hari untuk dapat dicernakan. Mungkin berlakunya yang dikatakan panas dalam Dewan, berlakunya mungkin perkara-perkara yang kita lihat dalam Parlimen tapi kita kena faham bahawa kita masih lagi dalam proses untuk menjadikan Dewan kita ini sebagai Dewan yang mencapai standard Parlimen Britain ataupun House of Commons. Dan ianya tidak boleh mencapai dalam masa satu hari, room was not built in one day. Segalanya melalui satu proses yang kadang-kadang melalui liku-liku. Lord Cromer pernah bertarung dengan King George I dalam sejarah House of Common Saya nak membaca satu jurnal, dalam satu persidangan parlimen, ada rakyat yang datang berkuda, naik masuk ke dalam Dewan sewaktu berlaku perbahasan. Itu proses parlimen Britain yang telah melalui bermula daripada abad yang ke-13, yang baru established pada 1 Januari 1801. Kita baru 60 tahun. Jadi Datuk Speaker, ambil lah ini sebagai satu pandangan yang tidak kita menyentuh siapa-siapa. Pakatan Harapan sewaktu kita diberikan peluang memerintah walaupun 22 bulan, Yang Berhormat Speaker pada waktu itu telah mengadakan satu seminar khusus untuk bagaimana kita perlu kepada suatu reformasi dan kita telah mencadangkan perkara itu, tetapi malangnya ia tidak kesampaian. Saya tak nak menghuraikan apa sebab kesampaian itu, mungkin supposed now kita telah zahirkan, tetapi Speaker yang baru yang punya pengalaman dan boleh berkongsi idea di peringkat parlimen mungkin boleh bertindak dengan bijaksana supaya peraturan mesyuarat kita dapat dipinda. Dan kita boleh berbahas dengan cara yang lebih matang, kita boleh menjadi lebih cultured, Insya-Allah dan kita lah bangsa Johor, yang terkenal yang boleh melayari persidangan ini dengan cara yang terbaik, asalkan bottom line kita dapat menganjak satu paradigma baharu dalam kita merealisasikan idea rakyat dan bangsa Johor itu dapat kita perjuangkan bersama.

Saya harap Datuk Speaker, kami bersedia membantu at any time, kita boleh engage, kita bukan orang asing, kita boleh bersama discuss dengan Menteri Besar dan barisan EXCO dengan satu niat, kita mahu menjadikan Dewan ini lebih baik. Tidaklah kami duduk sini, tujuh hari 9.30 pagi sampai 5.00 petang sekali berucap dan kemudian mendengar ucapan. …. tidak ada excitement, tidak ada perbahasan. Kalau saya orang politik, saya suka debate, kita suka percanggahan, kita suka idea kita itu dicabar, barulah melahirkan kepimpinan politik yang negara kita menyaksikan, baik di sebelah sana, ataupun di sebelah sini, lahir pemimpin-pemimpin besar di masa akan datang. Orang muda ini kita nak test juga, betul ke boleh? Nanti kalau jawab tak boleh test, itu bukan peperiksaan yang cemerlang, kalau tesis pun Datuk Speaker pernah ada PhD, vibe itu bukan mudah. Ia dicabar, ia mesti diuji dan kadang-kadang lulus dengan pindaan, mesti ada satu kriteria fenomena ataupun suatu proses di mana kita mencapai kecemerlangan itu.

Yang kedua Datuk Speaker, sebelum ini kita dengar mungkin hear say. Ataupun kita mendengar kedengaran jauh-jauh di sana bahawa ada suara yang semacam bercadang untuk Johor ini menjadi sebuah negara sendiri. Sebagai orang politik, kita mendengar sendiri titah dua kali Tuanku Johor menyuarakan, memberikan satu amaran, saya anggap suatu amaran awal, kalau sistem kita baik, tsunami yang nak berlaku itu akan ada amaran awal, perlu ada kesediaan, perlu ada mechanism, mekanisma kita mahu menghadapi suatu bencana besar. Dalam sejarah negara sejak merdeka, Singapura dikeluarkan dari persekutuan Malaysia, tahun 1965, semua orang politik akui itu satu tanda hitam dalam sejarah negara, tetapi kali ini nampaknya minta dikeluarkan dan ia suatu yang perlu kita lihat dalam pemikiran, dalam suatu pandangan yang konstruktif. Saya lebih banyak untuk membawa perkara ini kepada to be Insya-Allah in the positive way, supaya apa yang berlaku ini dapat kita murnikan dan tadi ketua pembangkang Perling memberikan cadangan yang saya rasa bertanggungjawab iaitu perlu ada satu komisyen dari timely to have a special commission to look untuk melihat masa depan, a way forward, bagaimana sistem persekutuan itu berjalan dan bila ada sesuatu fenomena ataupun suatu tragedi, ia harus dilihat dengan penuh teliti.

Amerika Syarikat, Kanada, Australia mungkin boleh menjadi rujukan, ada banyak beberapa peristiwa besar yang berlaku tapi di sini saya ingin menyatakan bahawa kalau ini sesuatu yang perlu untuk kita bawa dengan penuh tanggungjawab, saya sendiri yang juga sebagai Ahli Parlimen Pulai akan membawa agenda ini dalam ucapan saya pada bulan tujuh dalam sidang belanjawan mungkin pada bulan sepuluh akan datang. Supaya federal melihat apakah yang Johor cakap pada hari ini. Kita telah ambil tanggjungjawab bagaimana kita melestarikan hubungan antara Sabah dan Sarawak yang lebih kompleks. Hari ini, Ketua Menteri Sarawak bukan lagi CM, dia dah terpanggil Premier. Tak apa, apa pun bahasanya, tetapi kita telah tunaikan tanggungjawab kita pinda perlembagaan, kita melihat sejarah ini secara holistik dan hubungan federal dengan negeri ini tidak boleh dilihat dalam segmen yang terpisah-pisah. This is not a peace meal solution dengan izin. Ia perlu kepada suatu pemikiran yang konstruktif yang biasa dilihat dan kita tidak mahu ia berakhir dengan perpisahan. Ini the point that I want to bring today. Saya sebagai rakyat Malaysia, bangsa Johor tidak mahu ianya berakhir dengan satu perpisahan seperti Singapura. Apa yang kita perlu betulkan, apa yang perlu kita suara dan apa yang perlu kita bawa supaya federal benar-benar melihat suara dari Johor ini suatu amaran, ia bukan main-main.

Datuk Speaker, kalau saya yang sebut, tentang YB sebut mungkin kami esok akan diminta ke balai polis sentral untuk diambil di bawah Akta Hasutan, kalau kami yang bawa. Tapi yang membawa inilah suara tertinggi, yang Putrajaya orang yang duduk di Putrajaya harus mendengar suara Bukit Serene ini. Ini bukan main-main, tapi ianya mestilah dilihat dalam suatu amaran kalau isu peruntukan, kalau dalam isu tidak cukup bajet, kalau dalam isu dianak tirikan, Insya-Allah saya akan bawa dan tolong bantu saya untuk kita memperlengkapkan suatu homework yang cukup, yang kuat, very strong voice from Johor untuk saya bawa ke parlimen dan apa dia yang perlu diperbaiki. Saya juga nak ucap tahniah kepada Tan Sri SS yang baru, tahniah yang dapat satu kedudukan yang tinggi, tolong bantu saya, dan kami semua untuk bawa suara ini, supaya kita dapat menjadikan Johor dan federal suatu hubungan yang lebih bertanggungjawab pada masa akan datang.

Mungkin Johor melihat federal mungkin tidak boleh lagi diberikan tanggungjawab ataupun dipertanggungjawabkan. Isu 1MDB yang dibicarakan dengan terbuka di mahkamah dunia.

Speaker

Yang Berhormat, tinggal lima minit saja lagi.

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin AyubAMANAH · PHSimpang Jeram

Ya, tapi ini penting, biar saya suarakan. Isu-isu yang melibatkan tentang bagaimana individu-individu, tidak usah saya sebut satu persatu, it’s an open secret, memalukan negara, rasuah yang dibuat bukan sekadar oleh orang-orang biasa, bayangkan kalau pegawai rendah kerajaan yang banyak

dibelakang sana, yang tinggi yang rendah, melakukan ataupun dituduh rasuah, apa nasib anda semua. Tapi ini memalukan negara sehingga adakah dengan itu federal tidak dihormati? Adakah ini menunjukkan bahawa perlu ada suatu conversation yang lain, engagement yang lain? Itu semua perlu kita bawa dengan penuh bertanggungjawab.

Yang ketiga Datuk Speaker, mungkin akhir. Disamping saya mengucapkan tanhiah kepada Tan Sri SS negeri, saya harap pasukan negeri yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat melihat pasca COVID, fenomena rakyat pasca COVID. Ada yang hilang kerja, jatuh bankrap. Saya juga melihat MB selalu turun padang, tapi jangan lupa melihat warung-warung, gerai-gerai. Kita lihat banyak kali kita jumpa pegawai rendah yang pencen, kena lagi kerja di petrol pam, buka warung. PBT-PBT saya harapkan lebih menunjukkan mesra rakyat, mesti ada satu kepimpinan yang melihat peniaga-peniaga kecil, lesen-lesen mereka ini dipermudahkan. Bukan senang-senang angkut, bukan senang-senang ambil tong gas mereka, bukan senang-senang surat-surat saman diberikan kepada mereka. Saya harap Tan Sri Dato’ SS dapat memimpin juga pegawai kita diperingkat daerah, mesra rakyat, facilitate rakyat, ini era pasca COVID yang serius, yang ramai yang dah bunuh diri, ramai yang bankrap, peniaga-peniaga yang membayar hutang along. Ini serius, ini bukan ilusi Datuk Speaker, ini bukan mitos. Saya saja nak beri amaran, ada rakyat di kawasan saya, semasa COVID diberikan surat oleh seorang pengarah jabatan negeri yang saya tak nak sebut lagi, puluhan ribu diarah bayar masa COVID. Saya bawa, saya bincang dengan baik, jumpa Menteri, tolonglah ini masa COVID, rakyat tengah susah, bertarung dengan hidup. Makcik ini jual asam pedas, gerai tepi jalan, memang dia sewa tanah kerajaan, masa COVID tolonglah jangan denda macam ini. Tapi Datuk Speaker baru-baru ini diarahkan dengan satu surat lagi, di bayar RM100,000. Ini bukan cara kita, kalau sekali lagi surat ini datang Datuk Speaker, saya akan jumpa dengan Menteri Besar, saya akan jumpa dengan Tan Sri SS, dan kalau tidak ada tindakan, saya akan mengadap Duli Tuanku. Tindakan sebuah jabatan kerajaan negeri Johor ini yang melayani peniaga-peniaga kecil seperti ini. Please, saya tidak mahu, tidak mahu ini berlaku dalam negara kita. Akhir sekali Datuk Speaker adalah tentang saya kena bawa perlantikan.

Speaker

Masa sudah tamat YB.

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin AyubAMANAH · PHSimpang Jeram

Syarikat konsesi SGV ini di bawah SGV yang ada complaint kontraktor-kontraktor bumiputera ini yang tidak diperlakukan dengan adil. Isu ini telah dibawa banyak kali. Di bawah MARRIS yang diperuntukkan oleh federal syarikat SGV ini memang objektifnya bagus, mendidik dan untuk mereka ini dibimbing oleh kerajaan tetapi berlaku semacam ketidakadilan dan mungkin 3,000 orang menghadapi isu gulung tikar. Isu ini mestilah diatasi dengan baik dengan penuh kebijaksanaan dan diharap semuanya akan dapat kita laksanakan dengan penuh tanggungjawab. Terima kasih Datuk Speaker atas peluang yang diberikan.

Speaker

Terima kasih Simpang Jeram. Saya jemput Sri Medan, 20 minit.

Tadi lebih seminit Datuk Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan doa). Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker di atas peluang yang diberi kepada saya untuk turut serta dalam sesi perbahasan sidang Dewan pada kali ini.

Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku merasmikan Dewan yang mulia ini. Ampun Tuanku.

Yang Berhormat Datuk Speaker, keduanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada sebelah kerajaan dan juga sebelah pembangkang yang telah dipilih oleh rakyat selepas Pilihan Raya Negeri Yang Ke-15 tempoh hari. Saya juga ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT ketika Pilihan Raya Negeri Johor baru-baru ini dijalankan dengan aman dan juga tenteram. Ini membuktikan bahawa rakyat Johor cukup matang, rakyat Johor tahu kepentingan demokrasi kepada kehidupan seharian mereka. Mereka masih lagi yakin kepada demokrasi, mereka masih mahu mengundi kita semua untuk mewakili mereka sama ada hari ini dalam Dewan kita sebagai kerajaan ataupun sebagai pasukan pembangkang.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz Ghazi yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor Yang Ke-19 dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah membarisi barisan EXCO Kerajaan Negeri Johor dan juga kepada Yang Berhormat Rengit yang telah di pilih sebagai Speaker Dewan Negeri Johor dan juga kepada rakan saya Yang Berhormat Semarang yang telah dipilih sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan yang telah dianugerahkan gelaran Tan Sri oleh Yang DiPertuan Agong dalam dua atau tiga minggu yang lepas. Tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Azmi bin Rohani, itu yang selengkapnya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin menyentuh beberapa perkara dalam ucapan sulung saya di Penggal Persidangan Pertama, Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 ini. Pertamanya Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin mengingatkan kepada rakan-rakan saya barisan Ahli-Ahli EXCO dan juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor iaitu kepentingan kerajaan pada hari ini untuk melaksanakan Ikhtiar Barisan Nasional Johor pada Pilihan Raya Negeri yang ke-15 tempoh hari. Dan keduanya Yang Berhormat Datuk Speaker, oleh kerana peluang yang diberikan kepada saya dalam tempoh 20 minit ini, saya juga akan cuba bercakap sedikit beberapa perkara untuk kawasan saya untuk kawasan DUN Sri Medan, yang mana yang saya lihat pada hari ini perlu diberi perhatian khusus oleh kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, parti Barisan Nasional telah memenangi hati rakyat disebabkan oleh Ikhtiar BN Johor atau manifesto kita. Manifesto kita bukan pelan jangka masa panjang semata-mata tetapi ia juga adalah inisiatif khusus dan tertumpu bagi menjamin kemajuan negeri dan juga kesejahteraan rakyat. Oleh itu Yang Berhormat Datuk Speaker, amat penting bagi Kerajaan Negeri Johor mengambil sikap konsisten untuk menjayakan setiap inisiatif yang dijanjikan parti kepada rakyat. Ianya juga sejajar dengan hasrat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor agar dasar dan polisi negeri tidaklah bertukar-tukar sehingga meresahkan pelabur-pelabur dan juga rakyat. Apatah lagi sekarang ini Barisan Nasional telah membentuk kerajaan majoriti lebih 2/3 dan lebih penting bagi kita untu melaksanakan apa yang dijanjikan tanpa berlengah-lengah. Setiap inisiatif yang tertulis dalam Ikhtiar BN Johor harus dilaksanakan satu persatu. Kita wajib untuk berpegang kepada janji kita. Jika lembu dipegang pada talinya, kita sebagai manusia dipegang pada janjinya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, jika dilihat barisan dihadapan saya daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor sehingga kepada EXCO Kerajaan Negeri yang ada tidak mustahil ianya akan lebih baik daripada apa yang telah kita janjikan sebelum ini. Dengan dibarisi orang muda, berkelayakan dan mempunyai taraf pendidikan yang tinggi, ayuh, buktikan kepada rakyat diluar sana bahawa barisan ini adalah barisan yang terbaik dan mampu untuk menggalas harapan rakyat. (Dewan bertepuk). Bila rakyat telah memberikan kepada kita inilah masa yang terbaik untuk kita mengembalikan kepercayaan rakyat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kita harus sedar hari ini rakyat diluar sana cukup kritis. Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Simpang Jeram. Tadi dia tegur juga tadi, dia kata selepas ini kita kena pastikan kehadiran di Dewan Negeri Johor, sidang Dewan. Saya mengenali Yang Berhormat ini Simpang Jeram daripada sidang yang lepas dan saya harap apa yang dikatakan oleh Simpang Jeram kita sama-sama tunaikan. (Dewan bertepuk). Mereka ini sentiasa ingin melihat yang luar biasa. Mereka sentiasa menantikan pelaksanaan setiap yang telah dijanjikan. Oleh itu Yang Berhormat Datuk Speaker, saya berharap agar pihak kerajaan negeri komited untuk memberi pelaporan pencapaian Ikhtiar BN Johor kepada rakyat dari masa ke semasa kerana rakyat di luar sana menunggu, sentiasa menantikan apa yang telah kita janjikan ketika Pilihan Raya Negeri yang lalu.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin mencadangkan supaya Ikhtiar Barisan Nasional Johor ini akan menjadi dasar utama kepada kerajaan negeri di dalam Belanjawan Johor 2023 sehingga tempoh 5 tahun yang akan datang. Yang Berhormat Datuk Speaker, ada dua perkara yang boleh saya kongsikan di Dewan yang mulia ini, antara inisiatif utama yang perlu diberi tumpuan segera yang seperti disebut oleh rakan saya Yang Berhormat Kukup, ketika menyokong Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor iaitu tentang pelebaran lebuh raya PLUS daripada 4 lorong kepada 6 lorong dari Yong Peng ke Johor Bahru. Ia juga adalah salah satu daripada Ikhtiar Barisan Nasional Johor, semua tak boleh nafikan, memang telah tertulis dalam Ikhtiar BN Johor yang lalu. Akhir-akhir ini, kesesakan jalan raya semakin teruk Yang Berhormat Datuk Speaker, tak kira kenderaan daripada YB kerajaan ke atau YB pembangkang, kita sama-sama kita rasa sesak, betul? Terutama ketika musim perayaan.

Oleh itu, dengan jumlah kenderaan yang didaftarkan pada 2021 sahaja, 2021, 33.3 juta kenderaan yang berdaftar dalam negara kita. Hari ini dengan jumlah rakyat hanya 32.7 orang bermaksud jumlah kenderaan lebih banyak daripada rakyat yang ada dalam negara kita. Secara purata jumlah kenderaan yang berdaftar sahaja dalam negara kita 1 juta kenderaan setiap tahun didaftarkan dalam negara kita, Malaysia. Oleh itu Yang Berhormat Datuk Speaker, ini tambah lagi dengan proses perbandaran dan juga urbanisasi di Johor yang semakin rancak. Kawasan atau daerah yang dahulunya tidak ramai penduduk dan banyak kenderaan telah mula menunjukkan peningkatan. Untuk menampung kepesatan ekonomi dan kerancakkan pertambahan penduduk di Johor, usaha untuk pelebaran lorong lebuh raya PLUS dariapda 4 lorong ke 6 lorong perlulah dipercepatkan dan dipandang serius oleh kerajaan persekutuan. Saya menggesa kerajaan negeri untuk melobi kerajaan persekutuan bagi memastikan ia dilaksanakan pada RMK yang ke-12.

Selain daripada itu Yang Berhormat Datuk Speaker, perkara kedua yang wajib diambil serius dan ditangani oleh kerajaan negeri pada hari ini adalah isu seperti yang telah dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan iaitu isu Pulau Batu Puteh. Ianya mesti diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri Johor pada hari ini. Kerjaan negeri dan kerajaan persekutuan harus bekerja sama-sama bagi memastikan kedaulatan negeri Johor sentiasa diutamakan dan tidak dianaktirikan akibat kecuaian mana-mana pihak. Yang Berhormat Datuk Speaker, walaupun kedinamikan hubungan di antara Johor dan Singapura kita pun sudah sedia maklum, sentiasa subur. Namun, isu berkaitan kedaulatan negeri Johor dan tanah jajahannya bukanlah perkara yang boleh dirunding sewenang-wenangnya. Saya harap kerajaan negeri dapat menyatakan pendirian tentang perkara ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya tahu sama ada diantara kita sedar atau tidak, ada juga cakap-cakap terutama sekali daripada sayap pemuda sebuah parti politik, saya tak perlu sebut parti politik mana, yang berasa tidak senang terhadap keputusan Duli Yang Maha Mulia untuk tidak memberi persetujuan kepada had umur minimum untuk layak menjadi Ahli Dewan Negeri yang telah diluluskan sebulat suara sebelum PRN yang ke-15 tempoh hari. Parti politik itu dalam Free Malaysia Today semua boleh semak saya tak perlu

sebut parti politik mana, saya ingat kalau kata Ahli-Ahli Yang Berhormat pun sedia maklum pada Pilihan Raya yang lepas jumlah calon ada 239, hari ini parti politik itu menyebut, dia kata mesti kita turunkan pada had umur 18, sedangkan pada hari ini 21 tahun. Tetapi, bila ketika calon-calon yang diketengahkan dalam Pilihan Raya Negeri yang lepas kalau Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh tengok daripada 239 orang calon berumur 26 tahun adalah yang paling muda daripada parti Barisan Nasional yang ada yang telah kita ketengahkan. Kenapa kita mesti ritorik tentang perkara ini? Kita selalu menyebut umur 18 tahun mesti layak menjadi calon tapi akhirnya hanya Barisan Nasional sahaja yang berani mengetengahkan calon-calon muda yang berumur 26 tahun.

Sebab itu Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin memberi pandangan pada pemimpin muda parti tersebut, lebih baik dan lebih elok dan lebih manis kalau parti tersebut mencadangkan kepada kita semua kepada EXCO Belia dan Sukan bagaimana kita untuk memperkasakan belia-belia yang ada dalam negeri Johor. Itu lagi elok. Dengan barisan EXCO yang muda purata umur saya pun tak kira, berapa umur. Tapi saya nampak muka lebih mudalah daripada saya dan YB Layang-Layang. Bagaimana kita nak memastikan Southern Volunteers ini dapat menjadi institusi kesukarelawanan yang dipercayai dan lebih disegani? Saya rasa ini lebih bermakna kepada Orang Muda Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, kita lihat Southern Volunteers di mana-mana ada, di ceruk mana pun ada, di kampung-kampung mana pun ada, di bandar-bandar pun ada, saya ingin mencadangkan kepada EXCO Belia cuba usahakan satu perkara iaitu memperkenalkan SV, Southern Volunteers di sekolah-sekolah dan juga di setiap IPT yang ada dalam negeri Johor sebagai sebuah Kelab Kesukarelawanan. Dan untuk memantapkan Southern Volunteers ini, saya ingin mencadangkan Yang Berhormat Datuk Speaker, letaklah mereka ini dalam kem-kem latihan bina semangat Timbalan Setia Negeri mana tahu Orang Muda Johor pada satu hari nanti mempunyai jati diri yang lebih kuat daripada saya ADUN Sri Medan, Layang-Layang dan juga rakan-rakan di sebelah sana. Tak mustahil. Kerana kita nak orang muda Johor ada ini, adalah orang muda Johor yang lebih hebat daripada kita semua.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kita perlu menjadikan bahawa Southern Volunteers ini sebagai program yang berterusan. Dia bukan hangat-hangat tahi ayam, bukan sekadar untuk kita melihat bahawa anak-anak muda yang terlibat dalam Southern Volunteers hanya mengagihkan beras, hanya kerja-kerja yang hanya boleh dilakukan oleh orang lain. Orang yang umur mungkin 50, 60 pun boleh lakukan. Tetapi Southern Volunteers kita kena letak satu kedudukan yang tinggi yang mana inilah pengiktirafan Kerajaan Negeri Johor kepada anak-anak muda di negeri Johor. Itu yang kita nak lihat, perubahan mesti kita lakukan daripada hari ini, kita menyebut orang muda, orang muda, orang muda, kita iktiraf orang muda tapi apa yang kita lakukan untuk mereka?

Bukan itu sahaja Yang Berhormat Datuk Speaker, kalau semua rakan-rakan boleh ingat dan mungkin Yang Berhormat disebelah sana pun tahu dalam Ikhtiar BN Johor kita pun ada menyebut Orang Muda Johor, kita tak pernah ketepikan Orang Muda Johor. Mungkin sayap parti tersebut, mungkin boleh beri pandangan, Yang Berhormat, cadangan kepada kerajaan, bagaimana kita nak memperbaiki inisiatif yang ada, kalau kata tidak elok, kita perbaiki, saya setuju. Kerana kita dalam keadaan hari ni kerajaan negeri yang ada kita sentiasa menyantuni atau kita mempunyai semangat untuk kita membangunkan negeri kita dengan bermula dari orang muda.

Teguran daripada pembangkang, saya memang menyarankan kepada rakan-rakan barisan hadapan EXCO, kita pun perlu ambil kira dan inilah pandangan daripada semua pihak sama ada anda daripada pembangkang ataupun kerajaan. Sebab itu Yang Berhormat Datuk Speaker, saya teringat dalam Majlis Amanat Yang Amat Berhormat Menteri Besar tempoh hari, kalau rakan-rakan saya boleh ingat ia, dia ada satu menyebut 3 baris ayat, orang muda ni kalau kata dibuang ke hutan, dia akan jadi gunung, orang muda ni kalau dicampak di laut,

dia akan jadi pulau, dan kalau orang muda dibaling ke langit, dia akan jadi bintang. Jadilah gunung, jadilah pulau, jadilah bintang yang memanfaat kepada kita semua rakyat Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum saya menutup perbahasan saya...

Speaker

Ada lagi 5 minit.

Perkara kedua yang saya nak sebut iaitu pertama tadi tentang kepentingan Ikhtiar BN Johor. Perkara kedua yang saya nak ingin sentuh sedikit tentang hal ehwal kawasan saya, ini kesempatan yang saya ada di Dewan dan rakyat di luar sana di Seri Medan pun nak dengar apa wakil mereka bercakap di Dewan pada hari ini. Iaitu tentang apa yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan iaitu tentang sektor pelancongan negeri harus digiatkan. Seperti di kawasan Sri Medan sendiri terdapat beberapa kawasan pelancongan yang cukup potensi, yang perlu ditingkatkan dan diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan negeri terutamanya oleh EXCO Pelancongan yang ada di hadapan saya.

Saya amat yakin Yang Berhormat Datuk Speaker, di kawasan-kawasan selain Sri Medan juga mempunyai potensi-potensi yang sama, sedia ada, yang sedia ada dari sudut pelancongan yang boleh dibangunkan. Kalau di Seri Medan contohnya ada 2 yang boleh kita banggakan di Sri Medan, yang pertama Taman Botani Sri Medan, Taman Botani Johor, yang mana Taman Botani adalah satu-satunya Taman Botani yang ada dalam negeri Johor dan salah satu daripada dua yang ada dalam negara kita Malaysia. Jadi, saya lihat bahawa Taman Botani Johor pada hari ini, hidup segan, mati tak mahu. Jadi, saya perlu satu tindakan yang drastik daripada kerajaan negeri, bagaimana untuk angkat Taman Botani Johor ni sebagai satu produk pelancongan yang boleh menarik pelancong-pelancong daripada luar. Kalau Yang Berhormat Datuk Speaker nak ke Taman Botani pun saya boleh bawa, insya-Allah saya akan tunjukkan tanah saya ingat lebih daripada 200 hektar yang ada di Taman Botani Johor.

Dan yang keduanya, yang saya nampak di kawasan DUN Sri Medan ni, dia kalau kata kita nak bangunkan sektor pelancongan kita boleh bangunkan dari segi eco pelancongan, yang mana di kawasan DUN Sri Medan ni kita ada Sungai Simpang Kiri, kalau kita lihat di negeri-negeri lain dalam negara kita ni seperti di Kelantan dan sebagainya macam mana mereka boleh gunakan sungai ni sebagai satu, salah satu produk yang boleh menarik orang luar untuk datang ke tempat mereka. Jadi, tak mustahil eh, kalau kata kita lihat pada hari ini dengan keindahan yang ada di Sungai Simpang Kiri kawasan DUN Sri Medan ia boleh jadikan produk pelancongan yang boleh diangkat oleh kerajaan Johor pada hari ini. Saya ingin juga mencadangkan agar Tourism Johor membantu dan juga menggiatkan lagi usaha promosi kawasan-kawasan pelancongan yang ada di setiap daerah mengikut target market yang sesuai.

Yang Berhormat Datuk Speaker, jika perlu kita pun boleh bayar mana-mana konsultan-konsultan media yang berprestij pun tak apa, yang nampak boleh membantu kita untuk membantu promosi, biar mahal asalkan ianya berbaloi. Kerana saya tahu bahawa industri pelancongan ni banyak bergantung kepada promosi, kalau kata dengan promosi yang baik tak mustahil walaupun tempat itu sebelum ini kita nampak tidak mempunyai potensi tapi tak mustahil satu hari ia jadi potensi yang besar kepada negeri Johor, insya-Allah. Secara tak langsung dengan adanya tindakan yang berkesan daripada kerajaan negeri Johor ia juga dapat membantu penduduk-penduduk daripada segi soal ekonomi.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya suka mengambil contoh langkah yang diambil oleh sebuah negeri, saya pun tak perlu sebut kerana takut nanti ada yang bangga, yang mana negeri ini dia tak perlu untuk apa melihat satu keadaan potensi-potensi satu tempat tu nampak ianya tidak memberi kesan yang besar tetapi dengan promosi yang selalu

dilakukan, dia pergi ke tempat-tempat mana, setiap negeri dia buat booth, dia letak apa-apa maklumat tentang tempat-tempat yang sesuai di negeri tersebut akhirnya, industri pelancongan di negeri tersebut boleh meningkat dengan mendadak terutamanya selepas kita menghadapi PKP selama 2 tahun. Dan, saya difahamkan bahawa negeri tersebut pun telah mula melakukan promosi ke negara luar, ke negara jiran kita terutamanya ke Indonesia kerana sekurang-kurangnya kita dapat menarik minat daripada pelancong-pelancong daripada negara jiran kita.

Yang Berhormat Datuk Speaker...

Speaker

Sila gulung Yang Berhormat.

Saya minta 40 saat macam Yang Berhormat Simpang Jeram. Selain potensi yang ada di kawasan saya iaitu yang cukup popular ni istilah banjir termenung. Saya pun nak bercakap banjir termenung ni mana-mana tempat pun selalu ada, kadang ada orang tanya saya banjir termenung tu apa, saya sebenarnya banjir termenung ni bila air banjir tapi dia tak surut-surut di kawasan Sri Medan berlaku.

Jadi, saya mohon jasa baik pihak JPS dengan dibantu oleh kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan untuk menggandakan usaha untuk kita menyelenggara eh, atau kita membersihkan sistem saliran dalam kawasan kita.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kesimpulannya, kemenangan lebih dua pertiga Barisan Nasional saya ingin mengingatkan rakan-rakan saya semualah dan termasuk diri saya, bahawa kemenangan itu bukanlah kemenangan yang mutlak ia merupakan kemenangan yang berat sebenarnya, berat bagi kita memenuhi janji dan memenuhi khidmat kepada rakyat. Saya percaya dengan barisan EXCO yang ada di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan pelaksanaan Ikhtiar Barisan Nasional Johor, negeri ini akan dapat lebih maju daripada sebelumnya. Sekian. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Sri Medan, dijemput Kahang.

Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan di Mesyuarat Kedua Pembukaan Rasmi Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-15. Saya ingin merakamkan ucapan merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku merasmikan Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Speaker, sukacita juga saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pentadbiran kerajaan negeri yang baru di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat daripada Machap sebagai Menteri Besar Johor Yang Ke-19 serta barisan EXCO yang telah dilantik. Tahniah juga kepada Yang Berhormat Rengit sebagai Speaker Dewan Negeri Johor yang baru dan juga kepada Yang Berhormat Perling sebagai Ketua Pembangkang Johor yang baru. Tak lupa juga diucapkan tahniah kepada Tan Sri Dato’ SS di atas pengurniaan pingat Tan Sri baru-baru ini.

Dan Yang Berhormat Speaker, saya mempunyai harapan yang cukup tinggi, menggunung tinggi supaya di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang baru,

Johor akan terus maju dan harapan saya ialah kemajuan Johor jangan dilihat dalam perspektif atau hanya ditumpukan di kawasan Iskandar Malaysia dan selatan Johor sahaja.

Yang Berhormat Speaker, pembangunan Johor mestilah holistik merangkumi ke semua 10 daerah dan juga perhatian harus diberikan kepada pembangunan di kawasan luar bandar. Kemudahan asas seperti jalan raya, lampu jalan, bekalan air yang bersih dan rumah selesa untuk diduduki sentiasa ditagih oleh penduduk luar bandar dan yang dahagakan pembangunan daripada kerajaan. Secara tidak langsung ia memberi implikasi positif kepada penduduk di sekitar kawasan luar bandar untuk meningkatkan keupayaan diri dan mencabar diri untuk maju ke hadapan. Dalam kesibukan menggiat transformasi kemodenan, kawasan luar bandar sering kali dipinggirkan dan dipandang enteng. Walhal pembangunan luar bandar tidak boleh diketepikan dan harus dimajukan seiring permodenan di kawasan bandar. Perancangan transformasi luar bandar bukanlah sesuatu yang baru, justeru pelaksanaan transformasi luar bandar yang ingin dilakukan perlulah berpaksikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat secara total dengan izin, agar jurang perbezaan antara kawasan bandar dan luar bandar dapat dikurangkan.

Yang Berhormat Speaker, saya wakil daripada kawasan Kahang sering dipanggil sebagai ADUN kampung kerana Kahang merupakan kawasan luar bandar. Dan banyak isu-isu yang perlu diselesaikan contohnya lampu-lampu jalan, perkara ini telah pun dibawa beberapa kali. Antara alasan yang seringkali diberikan oleh agensi-agensi, bajet tak mencukupi, kita dah mohon dengan ibu pejabat masih lagi belum diluluskan. Permohonan YB akan dimasukkan dalam rolling plan yang seterusnya, permohonan YB akan dimasukkan dalam RMK yang seterusnya tetapi yang saya perasan apabila permintaan di kawasan-kawasan bandar macam kelulusan secara automatik. Jadi, saya harap perkara seperti ini harus diambil dan dititikberatkan oleh kerajaan.

Banyak isu seperti bekalan air bersih di Kampung Orang Asli di kawasan saya di Kampung Orang Asli Sedohok, isu ini bukan baru dan bertahun janji akan diselesaikan, sudah ada peruntukan dan dibawa ke peringkat yang paling tertinggi, sampai sekarang belum diselesaikan. Projek Tebatan Banjir, kawasan saya sama macam perayaan tahunan, kalau ada Hari Raya, ada Deepavali, ada Tahun Baru, akan ada musim banjir. Setiap tahun tetap akan banjir dan akan putus hubungan dan menyusahkan masyarakat di situ dan berkali-kali telah pun dibawa ke perhatian agensi-agensi seperti JPS minta isu ini diselesaikan saya juga telah pun meminta agar satu kajian jangka panjang dibuat bagaimana isu banjir dapat diselesaikan di kawasan Kahang. Jadi, saya harap pihak yang berkenaan akan ambil tindakan yang segera.

Begitu juga dengan lampu jalan kampung, saya baru-baru ini lalui kawasan dewan orang ramai di Kahang keadaannya gelap. Di belakang Dataran Kahang, keadaannya gelap, mana perginya lampu jalan. Kenapa lampu tidak menyala ataupun tidak mencukupi. Jadi, saya mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya isu lampu jalan ni dititikberatkan, isu pengcahayaan ini sesuatu yang penting apa kata dalam setiap DUN diberikan peruntukan, pasanglah 100 lampu jalan, biarlah Wakil Rakyat kawasan bincang dengan agensi berkenaan nak pasang di mana. Di kampung, depan surau, di masjid, di belakang sekolah, di kawasan hotspot, kawasan berlaku ragut, kawasan berlaku kecelakaan, kemalangan dan sebagainya jadi perkara-perkara ini adalah isu-isu yang dekat dengan hati rakyat. Jadi saya harap isu ini akan dititikberatkan.

Yang Berhormat Speaker, mungkin di kawasan bandar isu lampu jalan mungkin sesuatu yang biasa kerana PBT akan melaksanakannya tetapi di kawasan luar bandar isu lampu jalan adalah sesuatu yang cukup signifikan untuk masyarakat di kawasan luar bandar.

Yang Berhormat Speaker, bagi pembangunan prasarana tumpuan bukan sahaja harus diberikan kepada prasarana asas seperti yang saya katakan tadi, bekalan elektrik, air dan

jalan penghubung tetapi juga memperluaskan liputan internet. Kawasan luar bandar mestilah mempunyai akses jalur lebar berkelajuan tinggi supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi meningkatkan produktiviti penduduk luar bandar termasuk untuk urusan peribadi seperti perbankan internet dan pembelian dalam talian.

Transformasi luar bandar dengan matlamat membangunkan prasarana fizikal dan menyediakan keperluan asas kepada penduduk luar bandar harus menjadi keutamaan dalam memastikan kelompok ini tidak tertinggal dalam arus pembangunan. Yang penting untuk memastikan pembangunan kelompok ini dalam pelbagai sudut seiring perkembangan di bandar kerana mereka juga berperanan besar dalam menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara dan juga negeri.

Isu-isu keselamatan yang saya sebut tadi juga adalah berkaitan dengan cctv, cctv ini bukan sahaja diperlukan di kawasan-kawasan bandar tetapi juga diharus diperluaskan ke kawasan-kawasan luar bandar. Emeniti sosial di kawasan-kawasan luar bandar juga, peruntukan harus diberi untuk membina balai raya contohnya di kawasan saya, Kampung India Kahang telah pun memohon balai raya dah begitu lama belum ada lagi sebarang peruntukan. Pembinaan masjid baru di Kampung Contoh Kahang juga telah pun dibangkitkan beberapa kali, belum ada kesudahannya. Saya harap isu-isu ini akan diselesaikan oleh agensi-agensi yang berkaitan.

Yang Berhormat Speaker, Datuk Speaker, kerajaan mesti mengambil langkah komprehensif untuk membendung kenaikan harga dan memastikan bekalan barangan makan dan keperluan harian mencukupi. Kos sara hidup merujuk kepada sejumlah kos yang perlu ditanggung oleh seorang individu atau keluarga bagi memenuhi keperluan asas seperti tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman dan sebagainya demi kelangsungan dan keperluan hidup. Peningkatan kos sara hidup yang melanda rakyat Malaysia semestinya bukan perkara yang asing dalam kalangan masyarakat. Peningkatan kos sara hidup adalah disebabkan oleh kenaikan pelbagai harga barang terutama sekali barang-barang keperluan.

Yang Berhormat Speaker, Datuk Speaker, seiring dengan perubahan zaman, kos sara hidup masa kini tidak lagi sama seperti 20 ataupun 30 tahun yang lepas. Kenaikan harga barang perlu dipantau. Kerajaan negeri juga perlu memperkenalkan inisiatif dan insentif baru dalam usaha bagi memastikan rakyat kurang dibebani kos sara hidup. Kerajaan juga mesti sentiasa berusaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat dengan melaksanakan pelbagai program, latihan dan pendidikan. Di sini saya ingin tanya, apakah program latihan atau usaha untuk membantu rakyat menjana pendapatan tambahan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Terdapat banyak agensi kerajaan negeri dan juga pusat, dan saya harap mereka akan proaktif dalam hal kos sara hidup ini.

Yang Berhormat Speaker, saya juga ingin tanya, selain latihan adakah kita membantu dengan pemberian peralatan perniagaan kepada para peniaga kecil dalam konteks membanteras kos sara hidup ini. Yang Berhormat Datuk Speaker, realitinya pada hari ini cabaran untuk menuju ke status negara maju bukan hanya perlu berlandaskan kepada ekonomi yang berdaya tahan, tetapi juga kepada pengagihan kekayaan yang lebih adil dan saksama. Keharmonian serta kemakmuran hidup rakyatnya, maka atas sebab itulah kerajaan negeri harus berpendirian tegas untuk memastikan setiap had lapisan masyarakat akan dipelihara dan tidak ada golongan rakyat yang akan tertinggal.

Yang Berhormat Datuk Speaker, segala kemajuan dan permodenan ekonomi negeri Johor tidak akan bermakna sekiranya rakyat Johor masih sukar untuk mendapat kediaman yang selesa. Maka perumahan harus menjadi agenda keutamaan negeri. Dasar kita jelas, semua penduduk Johor mesti mempunyai tempat berlindung yang baik. Maka fokus dan strategi perumahan ialah meneruskan pembinaan rumah mampu milik dengan lebih banyak menyediakan kemudahan skim pembiayaan serta memantapkan sistem permohonan agar

akan kurangnya berlaku birokrasi. Rumah Mampu Milik Johor bukan hanya harus dibina di kawasan-kawasan bandar, tetapi juga ia harus diperluaskan di kawasan luar bandar, kerana di kawasan luar bandar contohnya pekerja-pekerja ladang yang telah pun tamat perkhidmatan di sektor perladangan, apabila mereka tamat di situ, mereka harus keluar daripada ladang, tetapi mereka tidak mempunyai perumahan dan mereka tidak mampu untuk pindah ke kawasan bandar. Sekiranya ada projek perumahan di kawasan luar bandar ini akan memudahkan mereka untuk mendapat kemudahan ataupun memiliki rumah dan juga ini akan mengurangkan penghijrahan anak-anak muda daripada kawasan luar bandar ke kawasan bandar. Jadi saya mohon juga agar kerajaan akan terus memberi peruntukan tambahan selain daripada membina rumah mampu milik yang banyak, perlu ada peruntukan tambahan untuk program membaik pulih rumah rakyat yang uzur.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kerajaan negeri juga boleh memberi subsidi bagi membantu mereka yang berhasrat membina dan menambahbaik kediaman di atas tanah milik sendiri. Yang Berhormat Datuk Speaker, di kesempatan ini juga saya ingin tanya, adakah pihak PBT di negeri Johor telah membuka peluang pekerjaan kepada golongan berkelainan upaya di setiap PBT? Setiap PBT harus diwajibkan menerima penempatan pekerja kelainan upaya mengikut kelayakan. Berapa ramaikah kini dalam perkhidmatan? Dan kalau boleh saya mohon EXCO memperincikan berapa orang di setiap PBT.

Yang Berhormat Datuk Speaker, begitu juga dalam Bajet 2020, 2022 yang telah pun dibentangkan oleh mantan Menteri Besar daripada Benut telah pun ada penawaran sekurang-kurangnya lima pelantikan dari kaum India meliputi pelbagai gred dan jawatan dalam perkhidmatan di setiap PBT di negeri Johor. Jadi saya ingin tahu adakah perkara ini telah pun dilaksanakan. Begitu juga dasar dan garis panduan yang lebih teliti akan diteliti oleh kerajaan bagi tujuan penyelarasan pembukaan tanah perkuburan dan tapak khairat masyarakat India di kawasan terpilih negeri Johor ini akan dilaksanakan dan ini pun telah pun dibentangkan dalam bajet 2022, saya ingin tahu apakah status terkini tentang perkara ini. Saya juga ingin tahu kerajaan negeri sentiasa harus memastikan agenda pembangunan Johor untuk manfaat semua pihak. Justeru pembangunan keluarga bukan Islam harap juga tidak sesekali diabaikan, jadi saya ingin tahu, adakah sebarang program yang telah pun dijalankan di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim untuk pembangunan keluarga bukan Islam.

Yang Berhormat Datuk Speaker, untuk Johor terus maju, kita memerlukan tenaga kerja yang mahir ataupun dipanggil sebagai Johor Maju. Kita harus memastikan pelajar yang tamat persekolahan menengah harus dilengkapi kemahiran yang relevan. Ini adalah masalah yang sangat rumit. Pertama jumlah mereka adalah ramai. Peluang untuk ke pendidikan tinggi amat terhad dan semakin kompetetif. Tidak ramai yang mampu membiayai pendidikan secara persendirian. Jadi kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab bagi menyediakan laluan latihan kemahiran yang sesuai agar mereka boleh membina masa depan yang baik. Dahulu, satu kawasan telah pun dikena lpasti di daerah Kota Tinggi bagi pembangunan hab kemahiran Johor atau Johor Skill Hub oleh Yayasan Pelajaran Johor yang akan menyediakan pengajian kemahiran meliputi sektor minyak dan gas, pengangkutan, pelancongan, bioteknologi, saya ingin tahu apakah status projek ini?

Negeri Johor juga yang sejahtera tidak harus mengabaikan potensi yang ada pada mereka yang terpinggir dan berkelainan upaya. Tanggungjawab kerajaan ialah memastikan setiap warga Johor mempunyai ruang dan laluan untuk memperbaiki kehidupan mereka dan menikmati kesejahteraan. Justeru, program peningkatan kapasiti dan kapabiliti kumpulan khusus yang telah diperkenalkan untuk menyedia peluang latihan untuk kumpulan sasar telah pun dilaksanakan. Mereka termasuk golongan berkelainan upaya, ibu tunggal, golongan miskin serta ahli isi rumah yang berpendapatan rendah. Apakah status program ini? Adakah kerajaan pusat masih lagi memberikan peruntukan untuk pelaksanaan program ini?

Yang Berhormat Datuk Speaker, di kesempatan ini juga saya ingin memohon kepada kerajaan negeri khususnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mengurangkan birokrasi dan tempoh masa untuk meluluskan tapak rizab rumah ibadat bukan Islam. Pada masa ini apabila sesuatu permohonan dibuat melalui Pejabat Tanah Daerah, ia perlu mendapat kelulusan dan ulasan berbagai agensi sebelum dibawa ke pertimbangan kerajaan negeri. Kadangkala ia mengambil masa beberapa tahun, jadi time frame ini perlu dikurangkan dan prosedur harus diringkaskan kerana permohonan ini adalah untuk rumah ibadat, ia bukanlah untuk tujuan komersil ataupun tujuan persendirian. Ia adalah untuk kegunaan awam, jadi kerajaan negeri kalau boleh carilah prosedur baru, inisiatif baru termasuk green lane agar permohonan RIBI ataupun rizab Rumah Ibadat Bukan Islam dapat diluluskan dalam tempoh yang lebih singkat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin membawa isu bahawa Johor semakin maju, banyak projek-projek perumahan dan pembangunan berlaku, termasuk di kawasan-kawasan yang dahulunya merupakan kawasan ladang ataupun estet. Jadi dalam konteks itu, apabila sebut saja estet, kita faham ianya pernah diduduki masyarakat India yang ramai dahulu, dan sudah pasti akan ada kuil ataupun rumah ibadat bukan Islam di situ. Seringkali apa yang berlaku ialah apabila pemaju memasukkan Kebenaran Merancang dalam kawasan-kawasan yang pernah menjadi ladang dan estet tidak ada rizab yang diberikan kepada kuil tersebut. Jadi perkara ini harus diambil perhatian oleh pihak PBT kerana kuil itu bukan berada kuil yang baru. Mungkin dah ada di situ lebih kurang 50, 60 tahun dan sebagainya, jadi apabila projek kemajuan perumahan ataupun pembangunan berlaku, apabila KM kertas merancang di bawa ke peringkat PBT, saya harap PBT akan terus peka untuk melihat senario kawasan tersebut, latar belang kawasan tersebut, sejarah kawasan tersebut dan sekiranya ada kuil, kalau boleh cubalah untuk selesaikan dengan memastikan pemaju akan menyediakan rizab rumah ibadat untuk bukan Islam di kawasan tersebut. Jadi ini ialah isu-isu cukup sensitif. Saya harap isu ini pernah berlaku di beberapa kawasan sehingga menyebabkan masalah berlaku, saya harap pihak PBT akan terus sensitif dan peka kepada isu-isu yang telah dibangkitkan tadi.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebagai akhir ucapan saya di sini, memang apabila kita berucap di Dewan yang mulia ini, keadaanya akan nampak suram, senyap, gloomy dan juga tidak ada orang yang cross question dan sebagainya, tetapi saya rasa tujuan, niat semua yang ada di sini kita adalah wakil kepada rakyat, jadi sebagai wakil kepada rakyat, hasrat kita adalah untuk membantu rakyat, membangkitkan dengan isu-isu yang dekat dengan hati rakyat, bukan menunjukkan kita ini politik, kita tak nak tunjuk kita inilah orang politik yang hebat, cukuplah. We don’t need politician. Yang kita perlukan di Dewan yang mulia ini, di negeri Johor ialah mereka yang telah mendapat mandat daripada rakyat, kita berkhidmat untuk rakyat. Isu yang dibangkitkan di sini adalah isu-isu yang dekat dengan hati rakyat dan supaya ianya akan dapat diselesaikan oleh kerajaan yang memerintah. (Dewan bertepuk)

Saya dengan kata-kata itu, saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker kerana memberi saya peluang pada Persidangan kali ini. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB Kahang. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ini saya tangguhkan selama 15 minit dan kita akan masuk semula pada jam 3.50 petang.

Persidangan ditangguhkan pada jam 3.35 petang.

Persidangan disambung semula pada jam 3.50 petang.

YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.

Timbalan Speaker

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Salam Maju Johor. Perbahasan disambung semula. Dijemput Yang Berhormat Senggarang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih kerana Senggarang diberi peluang untuk menjunjung kasih titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan berbahas di Mesyuarat Kedua Pembukaan Rasmi Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 ini. Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum saya meneruskan ucapan, terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan syabas di atas pelantikan Yang Berhormat Datuk Speaker, Datuk Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi, ADUN Rengit sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Johor. Saya juga mengambil kesempatan mengucap tahniah kepada Yang Berhormat Datuk Samsolbari di atas pelantikan jawatan sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor. Yang Berhormat Datuk, tahniah juga saya ucapkan kepada Yang Berhormat Datuk Onn Hafiz Ghazi kerana di atas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Johor Yang Ke-19. Semoga Johor akan terus maju di bawah kepimpinan beliau. Tahniah juga kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah memenangi kerusi dalam PRN yang ke-15 baru-baru ini. Saya ambil kesempatan juga ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Tan Sri Dato’ SS atas kurniaan pingat baru-baru ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, memetik Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, Senggarang amat menyokong seandainya Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan bagi menjalankan siasatan ke atas isu Pulau Batu Puteh. Rayuan bagi tuntutan Pulau Batu Puteh perlu dijalankan semula memandangkan ia melibatkan tanah dan kedaulatan negeri Johor. Ia perlu dilakukan memandangkan kerajaan Johor ketika itu dan ketika ini langsung tidak dirujuk ketika itu.

Yang Berhormat Datuk Speaker, pekan Senggarang merupakan pekan utama dalam kawasan DUN Senggarang. Masjid Raudhatul Jannah pula merupakan masjid yang terletak di jalan utama dari Batu Pahat ke Pontian. Dan ia menjadi tempat persinggahan orang yang lalu lalang mendirikan solat. Mengikut sejarah, masjid tersebut telah dibina pada tahun awal 1905. Dan telah diubahsuai pada tahun 1930,1960 dan 1993. Kos pembinaan dan ubahsuai pada 1905, 1930 dan 1960 menggunakan sumbangan orang ramai. Manakala pada tahun 1993, dengan bantuan kerajaan sebanyak RM200,000.00. Sehubungan dengan itu, Senggarang amat berharap Masjid Raudhatul Jannah tersebut mendapat kelulusan untuk dibina baru. Masalah tanah telah diselesaikan sebelum PRU ke-14 melalui PBT. Masjid tersebut akan dilengkapkan sepenuhnya seperti masjid-masjid yang ada pada hari ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi menyahut seruan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, dalam hal meningkatkan kebersihan, keceriaan dan kemudahan riadah, Senggarang mencadangkan kepada pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat dan Jabatan Landskap Negeri Johor agar dapat melaksanakan beberapa perkara di Pekan Senggarang bagi menambah keceriaan dan mewujudkan identiti baru di Pekan Senggarang. Antara langkah yang boleh diambil bagi melaksanakan hal tersebut adalah dengan menyeragamkan warna kedai, bangunan dan papan tanda nama di kedai sepanjang jalan di Pekan Senggarang. Selain menanam pokok, pokok-pokok bunga hiasan di sepanjang jalan dan pembahagi jalan di Pekan Senggarang ia juga dijangka akan menambah lagi keceriaan di Pekan Senggarang. Di samping itu Senggarang juga berharap agar pihak yang berkenaan dapat membina landskap di dataran tepian Sungai Senggarang. Melalui langkah ini, ia dapat mengindahkan kawasan Pekan Senggarang dan dijangka mampu menarik pengunjung bukan sahaja penduduk tempatan malahan penduduk dari luar Senggarang untuk datang ke pekan ini. Selain itu, pembinaan laluan pejalan kaki, berbasikal juga boleh diwujudkan di tepian Sungai Senggarang bagi memudahkan masyarakat melakukan aktiviti riadah dan senaman sekaligus mengamalkan gaya hidup sihat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kemudahan infrastruktur di Senggarang juga perlu diberi perhatian seperti keadaan jalan raya dan lampu jalan. Pihak bertanggungjawab perlu sentiasa memantau keadaan kemudahan infrastruktur bagi memastikan masyarakat tidak terdedah dengan bahaya. Terdapat beberapa jalan persekutuan di dalam DUN Senggarang yang telah lama tidak dinaik taraf dan tidak di turap semula. Hal ini menyebabkan jalan berkenaan kurang selamat digunakan memandangkan keadaan jalan berkenaan rosak dan berlubang. Sehubungan dengan itu, Senggarang amat berharap agar pihak Kementerian Kerja Raya dapat meluluskan peruntukan bagi menurap semua jalan persekutuan di dalam DUN Senggarang agar warga Senggarang dapat menikmati kemudahan jalan raya dengan selesa dan selamat memandangkan kerja-kerja tersebut sudah lama tidak dijalankan. Hal ini bertepatan dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang menggesa agar jalan-jalan yang rosak dan berlubang dapat diturap semula dan dinaik taraf. Senggarang juga berharap agar pihak kerajaan dapat memasang lampu jalan di sepanjang Jalan Tanjung Laboh dari Attack Batu Pahat hingga ke pekan Senggarang. Kawasan tersebut gelap, ia bahaya kepada kenderaan bermotor khususnya motosikal dan wanita.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Senggarang amat berharap pihak Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia dapat mengatasi masalah capaian internet lemah atau berstatus merah di kawasan Senggarang. Sehubungan dengan itu, pihak kementerian diharapkan dapat menyalurkan peruntukan bagi kerja-kerja menaik taraf prasarana komunikasi untuk akses internet atau liputan jalur lebar berkualiti tinggi bagi DUN Senggarang dengan kadar yang segera. Melalui peruntukan tersebut, Senggarang berharap pada seluruh warga Senggarang dapat menikmati akses internet dengan capaian berkualiti memandangkan banyak tempat di DUN Senggarang merupakan kawasan lemah. Dia menyukarkan pelajar, guru dan semua warga Senggarang untuk melayari internet.

Yang Berhormat Datuk Speaker, salah satu sumber pendapatan penduduk Senggarang adalah sebagai nelayan serta pengusaha hab kerang-kerangan, kupang dan tiram. Bagi membantu mereka, Senggarang amat berharap kerajaan negeri dapat merancang dan menjalankan pelbagai usaha bagi meningkatkan kemudahan prasarana bagi kemudahan nelayan dan pengusaha tersebut. Antara bantuan yang pihak kerajaan diharap dapat salurkan kepada mereka adalah dengan meluluskan permohonan lesen perikanan dan pengutipan kerang. Saya pun baru tahu kutip kerang ini kena ada lesen, kepada para nelayan serta kemudahan prasarana yang sesuai untuk mereka seperti jeti, jaring, enjin dan lain-lain. Senggarang juga berharap agar pihak kerajaan dapat membina ramp serta jeti nelayan di Kampung Desa Sri Banang, sebuah perkampungan Orang Asli dan juga di Kampung Sri Pantai juga kampung Orang Asli. Jeti-jeti tersebut andai dibina, nelayan dapat mendaratkan hasil mereka dengan lebih baik. Mereka tak perlu beratur nak naikkan hasil tangkapan itu.

Yang Berhormat Datuk Speaker, melihat kepada Sekolah-sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor, Senggarang mencadangkan agar Guru-guru Besar yang sedia ada dan menguruskan sekolah-sekolah yang besar yang melebihi 1,500 orang pelajar perlu diberikan grade dan elaun tanggungjawab yang lebih sesuai, demi memartabatkan pendidikan Islam di negeri Johor. Ramai dikalangan guru-guru agama ini telah pun melanjutkan pelajaran dan menamatkan pelajarannya hingga ke peringkat ijazah pertama dan ada yang ijazah kedua. Mereka perlu diberi peluang dan ruang untuk mendapat tempat yang lebih baik. Selain itu, penggunaan kitab-kitab DSAKNJ juga diharapkan agar dapat dikaji dan disemak semula agar ianya lebih sesuai dengan tahap umur pelajar.

Kita membawa isu-isu rakyat semoga saya berharap agar ianya dapat diselesaikan dan yang terakhir sekali pembinaan jambatan Senggarang. Kejadian kemalangan termasuk melibatkan nyawa dan kecederaan sering berlaku berhampiran simpang jalan Parit Karjo dalam DUN Senggarang yang memerlukan perhatian pihak berkuasa. Pihak kerajaan

persekutuan terutamanya Jabatan Kerja Raya diharapkan dapat menaik taraf dan membina infrastruktur keselamatan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini terus berlaku di kawasan berkenaan. Punca utama ianya berlaku adalah disebabkan jambatan Sungai Senggarang yang sempit dan merbahaya.

Akhir sekali Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ucapkan terima kasih dan saya harap isu-isu ini dapat diselesaikan bagi menjaga hati rakyat dan pengundi di Senggarang. Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Dewan bertepuk).

Timbalan Speaker

Terima kasih. Pendek saja. Kita teruskan perbahasan dijemput Yang Berhormat Bukit Batu.

Tuan Chiong Sen SernPKR · PHBukit Batu

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Datuk Speaker dan semua Ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam sesi perbahasan ini. Menjunjung kasih ke atas Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar atas merasmikan Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-15.

Yang Berhormat Datuk Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, selamat bersidang dan salam perpaduan. Pertama sekali saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi

Yang Berhormat Datuk Speaker, Peraturan 45,

Timbalan Speaker

Bukit Batu duduk.

Peraturan Tetap Bilangan 45, (1), tiap-tiap Ahli dikecualikan atau Ahli yang mengetuai mesyuarat atau Pengerusi hendaklah berdiri bila bercakap dan hendaklah dihadap percakapannya kepada Speaker. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Bukit Batu sila menghadap Speaker.

Tuan Chiong Sen SernPKR · PHBukit Batu

Saya minta maaf Datuk Speaker. Saya juga ingin berterima kasih kepada pengundi yang telah mengundi saya bagi mewakili anda di sidang DUN pada kali ini dan kepada pengundi yang tidak pengundi, saya akan usahakan dengan lebih baik demi pembangunan Bukit Batu. Penglibatan semua Ahli Yang Berhormat dalam memberi idea dan cadangan sememangnya sangat membantu demi pembangunan negeri kita.

Datuk Speaker dan Ahli-Ahli Dewan yang saya hormati, selaku Wakil Rakyat DUN Bukit Batu saya ingin membangkitkan beberapa isu yang penting di sidang Dewan yang mulia pada hari ini. Pertamanya, partisipasi anak muda dalam sistem politik negara. Keduanya adalah pemerkasan mengenai pembangunan hijau di negeri kita. Ketiganya ialah meningkatkan keberkesanan program pendidikan inklusif melalui suntikan dana, kelembapan dan terakhirnya adalah isu tempatan di DUN Bukit Batu iaitu kesesakan lalu lintas dan penyelenggaraan infrastruktur jalan raya utama di Bukit Batu.

Untuk makluman sidang hadirin sekalian, kita baru sahaja selesai Pilihan Raya Negeri Johor dan ia menjadi pilihan raya yang pertama dalam sejarah Malaysia di mana anak muda yang berumur 18 tahun dan ke atas telah diberikan peluang menunaikan tanggungjawab mengundi selepas pindaan had umur mengundi kepada 18 tahun dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga diwartakan oleh SPR. Menurut organisasi Undi 18, bahawa

pelaksanaan Undi 18 di Johor menandakan penambahan hampir 750,000 pengundi baharu termasuk 175,000 mengundi bawah 21 tahun. Ini adalah penambahan hampir 30% kepada jumlah pengundi di Johor sedia ada. Lebih 2.59 juta pengundi telah layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri ini. Dengan pengundi di bawah umur 40 tahun membentuk kira-kira separuh daripada pengundi di Johor. Golongan muda yang berusia 18 hingga 20 tahun telah mewakili kira-kira 6.7% undian anak muda yang mampu membawa perubahan ketara dalam memutuskan kerajaan negeri bagi tempoh lima tahun yang akan datang. Walau bagaimanapun, Pilihan Raya Negeri Johor hanya mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 54.92% di mana sebelum PRN berlangsung Suruhanjaya Pilihan Raya telah mensasarkan sebanyak 70% akan keluar mengundi. Daripada 54.92% keseluruhannya, yang keluar mengundi direkodkan SPR, peratusan pengundi muda dianggarkan hanya di bawah 5%. Jumlah itu sangat kecil daripada jumlah keseluruhan 173,177 jumlah pengundi muda yang didaftarkan di negeri berkenaan walau pun pada peringkat awal, di war-warkan bahawa ramai yang berkobar-kobar untuk keluar mengundi. Keadaan ini terjadi akibat beberapa faktor utama seperti kelesuan, politik dalam kalangan anak muda dan tanda protes anak muda terhadap keadaan politik negara dan mereka beranggapan kalau mereka sokong mana-mana parti pun keadaan negara tetap sama.

Terdapat juga kemungkinan golongan muda yang tidak mengetahui mereka telah didaftarkan secara automatik sebagai pemilih menyebabkan mereka tidak turun membuang undi pada hari pengundian. Selari dengan titah ucapan Tuanku, di mana Tuanku telah menekankan kepentingan hak mengundi kepada golongan belia ke arah hala tuju kerajaan yang dimahukan pemimpin yang berpengetahuan dan berkualiti tinggi. Justeru itu, saya menyarankan kepada kerajaan negeri bahawa kesedaran politik perlu diwujudkan dalam kalangan rakyat Johor seawal usia 13 tahun supaya mereka mengambil bahagian dalam pilihan raya dengan turun mengundi demi proses pembangunan negara dan bangsa. Kewajipan keluar mengundi bukan untuk menyokong mana-mana parti atau menyokong mana-mana ideologi tetapi mereka perlu tahu hak dan tanggungjawab mereka bagi membolehkan negara maju ke hadapan. Literasi dan celik politik ini sangat penting selepas pasca PRN Johor ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, apabila berfikir tentang penjagaan alam sekitar, kita mungkin terfikir pasal straw besi, tong sampah kitar semula ataupun beg plastik yang kena caj 20 sen semasa pergi ke pasar raya. Namun ada satu faktor besar kepada pencemaran yang kita biasanya terlepas pandang iaitu bangunan. Bangunan menyumbang sehingga 18% daripada pelepasan karbon dioksida di dunia. Pada masa yang sama, bangunan mempunyai potensi yang paling besar untuk menjimatkan tenaga berbanding dengan sektor lain seperti pengangkutan awam, pertanian dan industri. Bukan itu sahaja, bangunan hijau dapat memberikan kesan positif daripada pelbagai aspek terutamanya ekonomi. Bangunan hijau menawarkan beberapa faedah ekonomi atau kewangan yang berkaitan dengan pelbagai orang atau kumpulan orang yang berbeza. Ini termasuk penjimatan kos bil utiliti untuk penyewa atau isi rumah melalui kecekapan tenaga dan air, kos pembinaan yang lebih rendah dan nilai hartanah yang lebih tinggi untuk pemaju bangunan. Peningkatan kadar pemurnian atau kos operasi untuk pemilik bangunan dan penciptaan pekerjaan.

Menurut kajian dengan izin Yang Berhormat Datuk Speaker, Canada Green Building Counsel Industry, bangunan hijau di Kanada telah menjana 23.45 billion dolar dalam keluaran dalam negara kasar mereka yang mewakili hampir 300,000 pekerjaan sepenuh masa pada tahun 2014. Tambahan pula, bangunan hijau dijangka menyumbang lebih daripada 3.3 juta pekerjaan di Amerika Syarikat menjelang tahun 2018. Ini adalah statistik pembangunan hijau di peringkat antarabangsa.

Di negeri Johor pula menara JLand merupakan bangunan pertama di Johor Bahru yang memperolehi Pensijilan Emas bagi Indeks Bangunan Hijau dan bangunan pejabat bertaraf gred A di dalam Ibrahim International Business District. Ini telah menunjukkan kepentingan

pembangunan hijau telah disedari oleh kerajaan negeri. Justeru itu, saya menyaran kepada kerajaan negeri untuk meningkatkan lagi pembangunan hijau di negeri Johor dengan pemberian insentif kepada pemaju hartanah dan juga pembeli untuk mempromosikan pembangunan hijau di negeri Johor. Sehubungan dengan itu, ini juga akan menarik pelaburan asing di negeri kita. Saya memohon kepada kerajaan negeri untuk memberikan perhatian dalam perkara ini dan bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan.

Sidang hadirin sekalian, pendidikan adalah hak asasi semua manusia dalam dan dari segi falsafahnya. Semua individu di dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Kanak-kanak berkeperluan khas terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami kesukaran untuk belajar. Maka, individu seperti ini memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka secara optimum. Di Malaysia, peluang pendidikan telah disediakan kepada murid berkeperluan khas (MBK) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada peringkat awal usia. Terdapat empat peringkat yang disediakan dalam Program Pendidikan Khas termasuklah Pendidikan Pra Sekolah, Pendidikan Rendah, Pendidikan Menengah dan Pendidikan Lepas Menengah. Salah satu program dibawah Pendidikan Khas ialah Program Pendidikan Inklusif. Program Pendidikan Inklusif, PPI adalah program yang ditawarkan kepada MBK untuk belajar dengan rakan sebaya di dalam kelas serta sekolah yang sama untuk menikmati semua peluang pembelajaran sama rata kepada mereka tanpa mengira bangsa, latar belakang, status ekonomi dan ketidakupayaan.

Selama 28 tahun pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif, PPI di Malaysia. Namun persoalannya dimanakah keberkesanan PPI seperti dinyatakan dalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. bahawa Kementerian Pendidikan telah menetapkan objektif mereka yang menyatakan hasrat mereka bahawa 75% MBK yang akan terlibat dalam PPI menjelang tahun 2025. Laporan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti berdasarkan pemeriksaan keatas PPI yang dijalankan mendapati Pendidikan Inklusif tidak dilaksanakan dengan sempurna memandangkan ketidakfahaman yang jelas tentang PPI dan keperluan murid. Pelaksanaan PPI di sekolah yang diperhatikan juga belum diurus secara terancang dan berkesan dan belum mencapai objektif sebenar seperti mana yang dihasratkan. Ini kerana beberapa faktor sering timbul antaranya berkaitan aspek perancangan dan pelaksanaan. Terdapat juga isu-isu yang membabitkan terutamanya soal kepakaran tenaga pengajar, bahan pembelajaran dan peruntukan kewangan serta kemudahan-kemudahan lain yang diperlukan.

Selain itu, isu yang sering timbul adalah berkenaan persekitaran fizikal sesuatu kelas inklusif. Keadaan kelas seperti tempat duduk untuk murid-murid berkeperluan khas yang jauh di belakang. Di dalam kelas inklusif juga akan menyebabkan mereka tidak dapat belajar secara optimum di dalam kelas. Mereka akan berasa seperti dipinggirkan dan tidak fokus kepada proses pembelajaran mereka. Kelengkapan asas untuk proses pengajaran yang tidak mencukupi juga menjadi penghalang kepada kejayaan pendidikan inklusif ini. Dalam konteks ini, jika kekurangan kelengkapan masih dijadikan topik utama serta halangan, nescaya pengajaran kemahiran bahasa yang dibincangkan tidak mungkin berganjak ke dimensi baru. Kesannya, program pendidikan inklusif bakal tenggelam dalam kesibukan masa. Jika kita mengambil kira alternatif lain yang bersandarkan perspektif sosial budaya sudah tentu kita dapat menyelesaikan isu ini sekurang-kurangnya dari segi peringkat negeri dan boleh membawa cadangan ini ke kerajaan persekutuan untuk dipertimbangkan.

Yang Berhormat Datuk Speaker yang dihormati, justeru itu kekurangan kelengkapan juga salah satu faktor yang menyumbang kepada keberkesanan Program Pendidikan Inklusif, PPI. Dan saya mencadangkan untuk kerajaan negeri perlu mengagihkan peruntukan khas bagi program Pendidikan Inklusif supaya Murid Berkeperluan Khas, MBK di negeri Johor tidak tercicir. Kemudahan yang diperolehi untuk tujuan membantu MBK dalam pembelajaran adalah amat penting. Peruntukan dan penambahbaikan kemudahan asas adalah salah satu

kriteria yang penting bagi memastikan keberkesanan program pendidikan inklusif bagi mewujudkan persekitaran inklusif yang sesuai. Kerajaan negeri perlu memastikan accessibilty terhadap bahan pendidikan dan teknologi baru mudah dibaca bantuan sarikata, bantuan teknikal dan teknologi, bantuan untuk memudahkan proses komunikasi tercapai bagi MBK. Pelaburan dalam akses kepada teknologi yang sesuai dan alternatif dan tambahan sistem komunikasi untuk memudahkan pembelajaran harus diberi perhatian khusus serta penyesuaian metodologi dan organisasi bilik darjah untuk menonjolkan inklusiviti. Bukan itu sahaja, saya juga bercadang kepada kerajaan negeri untuk memberikan insentif khas kepada golongan MBK bagi menampung pembelajaran tambahan sebagai sokongan kewangan sepanjang tempoh belajar di setiap peringkat sekolah. Secara langsung ia akan meningkatkan partisipasi golongan MBK untuk menyertai program PPI dan juga membantu untuk keberkesanan PPI.

Yang Berhormat Datuk Speaker, selaku Wakil Rakyat DUN Bukit Batu, saya ingin membangkitkan salah satu isu yang sangat membelenggukan rakyat di kawasan saya iaitu masalah kesesakan lalu lintas pada waktu puncak dan keadaan infrastruktur jalan raya yang tidak diselenggara di beberapa lokasi tertentu seperti Jalan Persiaran Seri Puteri Utama, Jalan Gemilang Utama dan Jalan Kulai - Sedenak. Perkara ini menjadi lebih kritikal selepas pembukaan sempadan negeri. Setakat ini ramai telah datang ke pejabat saya dan mengadu tentang masalah yang saya telah nyatakan tadi. Saya juga telah membawa isu infrastruktur jalan raya seperti masalah pothole di kawasan saya yang tidak diselenggarakan kepada agensi-agensi berkaitan. Secara jujurnya agensi-agensi yang berkaitan di kawasan saya seperti JKR Kulai, Selia dan TETO sentiasa bekerjasama dan akan membantu menyelesaikan masalah-masalah jalan raya yang saya membawa kepada mereka secepat mungkin. Saya juga mengambil kesempatan ini..

Timbalan Speaker

Bukit Batu, sila gulung.

Tuan Chiong Sen SernPKR · PHBukit Batu

Berterima kasih kepada mereka semua. Walau bagaimanapun, terdapat juga isu infrastruktur jalan raya yang memerlukan intervensi kerajaan negeri Johor untuk diberi perhatian kerana isu-isu-isu tersebut telah lama wujud dan masih belum ada jalan penyelesaiannya. Setakat ini hanya kaedah penyelesaian sementera sahaja dilaksanakan seperti tampalan jalan, keadaan jalan yang berlubang dan tidak rata sangat membahayakan pengguna-pengguna jalan raya terutama penunggang motorsikal. Di kawasan saya, kerap berlaku kemalangan jalan raya yang melibatkan penunggang motorsikal pada waktu malam terutamanya. Tragiknya, apabila kadang-kadang akan melibatkan kematian juga. Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak berkaitan isu ini, namun jika isu-isu asas seperti ini diselesaikan kemungkinan besar kita boleh mengelakkan perkara seperti ini daripada berulang lagi.

Oleh itu, saya bercadang kepada kerajaan negeri untuk memberikan perhatian pada isu ini bukan sahaja di kawasan saya malah di DUN lain juga demi menjaminkan keselamatan rakyat negeri Johor. Dalam konteks isu kesesakan lalu lintas pada waktu puncak terutamnya saya ingin mencadang kepada kerajaan negeri untuk memberikan pengekangan terhadap pembangunan kemudahan jalan raya.

Baru-baru ini juga saya telah melakukan lawatan ke Perbadanan Pengangkutan Awam Johor, PAJ bersama YB Senai untuk membincangkan tentang kaedah penambahbaikan mutu dan perkhidmatan bas di Kulai. Saya berpendapat pengangkutan awam di negeri Johor perlu dinaiktaraf secara khusus dari segi jadual bas awam mengikut setiap hentian. Diskaun tambang bas dan sistem tiket bersepadu bagi bas awam. Kerajaan negeri juga perlu menguar-warkan kepentingan penggunaan pengangkutan awam kepada rakyat supaya orang ramai akan menggunakannya.

Akhir kata saya mengucapkan tahniah kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri yang hadir di persidangan hari ini. Saya berharap kesemua isu yang dibangkitkan tadi oleh saya akan diberikan perhatian oleh kerajaan negeri supaya bersama-sama kita dapat membangunkan negeri Johor kita. Saya juga ingin berpesan kepada semua ADUN yang hadir pada hari ini walaupun kita mempunyai ideologi politik berbeza demi kemakmuran rakyat kita, kita haruskan sentiasa mengamalkan politik yang beretika, kita duduk di sini bukan untuk berpolitik tetapi untuk membantu menyelesaikan isu-isu rakyat negeri Johor. Demi negara, demi rakyat. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Batu. Perbahasan diteruskan, dipersilakan Yang Berhormat Bukit Naning.

Datuk Haji Mohd Fuad bin TukirinUMNO · BNBukit Naning

Bismillahirrahmaanirrahim. Assalammualaikum warahmatulahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Maju Johor diucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat. Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker kerana memberi peluang kepada Bukit Naning untuk turut bersama menyokong usul menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor. Raja dan rakyat berpisah tiada. Itulah ungkapan keramat yang menjadi kekuatan Negeri Johor Darul Takzim dan lebih-lebih lagi bangsa Johor. Titah Sultan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan. Patik amat-amat menjunjung kasih. Baginda Tuanku Sultan bertitah segala apa yang kita lakukan dan kita kerjakan mestilah bergerak tanpa kepentingan politik. Baginda mahu setiap rakyat di negeri Johor merasakan sebenar-benar menjadi Bangsa Johor.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, izinkan saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Barisan Nasional yang telah memenangi PRN Negeri Johor baru-baru ini, (Dewan bertepuk). Saya bersama rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang berada di dalam Dewan yang Mulia ini akan bersama-sama memastikan manifesto dan juga ikhtiar yang dijanjikan akan ditunaikan dan dilaksanakan. Tak lupa juga saya ingin merakamkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Datuk Dr Puad bin Zarkashi kerana telah dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Johor. Tak lupa juga kepada Yang Berhormat Datuk Samsolbari bin Jamali sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor.

Timbalan Speaker

20 minit.

Datuk Haji Mohd Fuad bin TukirinUMNO · BNBukit Naning

Tak lupa juga Yang Amat Berhormat Datuk Onn bin Ghazi sebagai Menteri Besar Johor Yang Ke-19. Tak lupa juga kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani di atas penganugerahan di Keputeraaan Agong yang lalu.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Bakri Muar, terkenal dengan industri pembuatan perabotnya telah diperkasakan lagi dengan terlaksananya Bandar Perabot Malaysia iaitu Muar Furniture Park. Ianya terletak di Batu 8, Bakri yang telah dilancarkan pada 3 April 2018 yang lalu. Kawasan seluas 400 hektar yang sedang dimajukan oleh Johor Corporation yang menempatkan 185 buah kilang dengan unjuran dalam RM1.08 billion yang mana ianya akan memberi peluang kepada 5,000 pekerjaan baru pada menjelang tahun 2023 nanti. Kami amat mengalu-alukan pembangunan dan penambahbaikan yang dilakukan serta berharap agar ianya berjaya seperti disasarkan. Namun, industri ini mula terjejas dengan kehilangan pendapatan dan kerugian. Ianya akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2 tahun yang lalu. Diharapkan kerajaan dapat menarik semula pelabur-pelabur dan seterusnya mempromosikan industri ini agar ianya terus relevan dan juga mendapat, dan juga dapat meneruskan kelangsungan hidup survival dengan izin.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker berkaitan harga barang. Semua maklum harga barang sekarang semuanya naik seperti air pasang yang tiada surutnya. Perkara ini perlu di ambil perhatian oleh kementerian yang bertanggungjawab demi menjamin kestabilan negeri dan tanggungjawab kita kepada rakyat di bawah. Rakyat jangan dibebani dengan berbagai-bagai masalah yang sememangnya sekarang ini dalam keadaan yang sangat terbeban disebabkan pandemik COVID-19.

Berkaitan isu banjir pula, Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Bukit Naning tidak dapat dipisahkan dengan situasi banjir. Setiap kali musim banjir atau hujan turun dengan lebat banyak kawasan yang ditenggelami air. Masalah ini telah lama berlarutan, saya mencadangkan supaya air yang sering bertakung di Bukit Naning ini dialihkan ke Sungai Sarang Buaya dengan kaedah-kaedah yang boleh dibicarakan bersama Jabatan Pengairan Saliran (JPS). Air yang disalurkan ke Sungai Sarang Buaya sudah tentunya boleh dialirkan ke Sungai Muar. Mungkin ini akan dapat mengurangkan banjir di Bukit Naning yang secara tidak langsung juga menyebabkan kemusnahkan infrastruktur seperti jalan, selain kerugian harta benda dan hasil-hasil pertanian.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, berkaitan dengan isu jalan-jalan di Bukit Naning dan infra yang lain. Masalah pemendapan tanah di DUN Bukit Naning khususnya di Mukim Air Hitam sangat memberi kesan kepada kualiti jalan perumahan desa dan premis awam. Ia juga menyukarkan para pekebun, para petani mengeluarkan hasil pertanian mereka untuk dipasarkan. Sehubungan dengan itu, langkah-langkah yang lebih realistik perlu diambil bagi menangani terutama dalam menentukan reka bentuk binaan, kemudahan awam dan asas di lokasi berkenaan yang disesuaikan dengan keadaan tanah di situ. Ianya diharap dapat menyumbang dari segi penjimatan kos dan kekerapan penyelenggaraan sekiranya ia mempunyai ketahanan yang lebih baik dan lama.

Berkaitan sukan pula, patik merafak sembah menjunjung kasih setinggi-tinggi tahniah diucapkan Ke bawah Duli Tunku Mahkota Johor Yang Teramat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang telah merevolusikan sukan bola sepak hingga berjaya ke tahap yang tidak terjangkau di mana-mana pasukan dalam Malaysia ini. Jenama JDT sudah dikenali seluruh dunia dan kita tahu baru-baru ini 12 daripada anggota pasukan Malaysia yang telah berjaya melayakkan diri ke kelayakan bola sepak Piala Asia adalah terdiri dari anggota pasukan JDT, tahniah sekali lagi. Amat besar pengorbanan yang telah dilakukan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Mahkota Johor, sewajarnyalah badan-badan sukan dan persatuan-persatuan sukan di negeri Johor ini dapat melipat gandakan usaha dan persiapan supaya dapat menggapai kejayaan sebagaimana JDT. SUKMA akan diadakan pada bulan September 2022 nanti. Kami semua berharap Majlis Sukan Negeri Johor telah menyiapkan pasukan dan atlet yang akan bertanding. Terapkan semangat Tunku Mahkota Johor pada setiap pasukan dan atlet. Jadikan JDT sebagai penanda aras untuk negeri Johor berjaya nanti.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat berkaitan perusahaan kecil di kawasan saya. Perusahaan kecil yang merupakan industri desa banyak dipelopori oleh warga desa di kawasan DUN Bukit Naning. Perusahaan seperti membuat mee kuning, mee siput, tapai, tempe, ada tempe cheese sekarang tempe berbagai-bagai perasa kita akan dapat rasa nanti kalau Timbalan, Datuk Timbalan Speaker hadir ke kawasan saya nanti, tauhu, kuih tradisional membuat kompang dan berbagai jenis perusahaan kecil lain harus dikomersialkan dan dikembangkan secara agresif serta melalui kaedah-kaedah pemasaran era kini seperti melalui pemasaran dalam talian agar lebih efisyen dan meluas. Sewajarnya ianya dikembangkan agar dapat menambah keupayaan pengeluaran dan meluaskan skop pemasaran. Ianya juga perlu mendapat sokongan dan bantuan sewajarnya agar ianya terus berinovasi dan berdaya saing mengikut peredaran zaman kini. Untuk itu, bantuan berterusan dari kerajaan seperti khidmat nasihat, latihan dan kursus teknikal, bantuan modal, mesin dan peralatan, rangkaian pemasaran, penerapan

kepada orang-orang muda secara tidak langsung menggalakkan mereka menceburi bidang keusahawanan ini yang boleh memberi peluang pekerjaan kepada warga desa yang lain.

Berkaitan dengan isu paya gambut di kawasan saya Yang Berhormat Timbalan Speaker, hutan paya gambut yang terletak di Mukim Air Hitam dengan keluasan 4000 hektar merupakan satu-satunya legitasi hutan bagi negeri Johor yang masih ada. Legitasi yang kedudukannya dikelilingi oleh tanah-tanah pertanian dan penempatan ini perlu dipelihara dari sebarang ancaman dan penerokaan haram. Diharap ekosistem hutan ini terus terpelihara dan berupaya menjana pendapatan penduduk setempat melalui aktiviti-aktiviti hutan pembelajaran iaitu eco tourism, dengan izin. Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, penanaman nanas merupakan hasil keluaran pertanian kedua terpenting selepas kelapa sawit di kawasan saya iaitu DUN Bukit Naning. Namun, namun demikian nasib petani yang mengusahakan tanaman nanas masih belum terjamin. Berikutan harga pasaran nanas yang tidak memberangsangkan, selain petani terbelenggu dengan masalah penyakit nanas seperti busuk pangkal dan penyakit mata dalam. Justeru, diharapkan aktiviti ekonomi desa ini boleh dilonjakkan supaya kehidupan petani akan lebih terjamin dan sejahtera.

Sepanjang tiga hingga empat tahun ini saya lihat tiada apa pun di Bukit Naning, tidak pasti apa yang dibuat oleh pihak pembangkang sebelum ini sebab itulah saya di sini mengutarakan banyak perkara dan isu-isu di Bukit Naning supaya kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan boleh membantu saya membangunkan semula Bukit Naning.

Saya menggalas tanggungjawab ini ialah tanggungjawab yang amat besar sekali dan saya harus bekerja keras demi kesejahteraan dan kemakmuran Bukit Naning. Akhir kata Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyeru agar pihak kerajaan sentiasa menumpukan perhatian meneruskan rancangan-rancangan sedia ada yang telah dirancang melalui pembangunan fizikal dan juga pembangunan sumber manusia yang mana meliputi projek-projek bagi kesejahteraan rakyat. Penyediaan prasarana pendidikan, kemudahan kesihatan dan perubatan, kebajikan rakyat harus diutamakan dengan mengembleng dan memastikan agar agensi-agensi yang ada ini bergerak secara lebih produktiviti, bersepadu dan komprehensif.

Saya berharap kawasan yang saya wakili ini iaitu DUN Bukit Naning terus menerima limpahan pembangunan melalui dasar-dasar ekonomi yang diwujudkan dan dilaksanakan, baik di kawasan setempat mahupun negeri. Justeru, saya berharap agar banyak isu dapat diselesaikan melalui musyawarah dan rundingan di Dewan yang mulia ini kelak. Sekian wabillahitaufil walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bukit Naning mohon menyokong.

Timbalan Speaker

Terima kasih Bukit Naning. (Dewan bertepuk) Slow saja. Dijemput Yang Berhormat Maharani.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera dan salam Maju Johor. (Doa). Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Datuk Speaker, pertamanya Maharani mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana diberikan peluang untuk sama-sama membahaskan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertua Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim. Maharani juga menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku bertitah dan merasmikan Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Yang Ke-15 baru-baru ini. Maharani ingin membahaskan beberapa perkara dan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang penuh padat, menyeluruh dan mesra rakyat. Ingin saya memulakan dengan firman Allah SWT di dalam Surah An-Nisa, ayat 58 yang bermaksud ‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya meyerahkan segala jenis amanah kepada yang berhak menerima

dan apabila menjalankan hukum di antara manusia, Allah menyuruh kamu menghukum dengan seadil-adilnya’.

Maharani juga mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar dan EXCO yang telah diberikan mandat dan tanggungjawab dalam memimpin kerajaan negeri Johor. Tahniah dan syabas barisan kepimpinan yang majoritinya anak-anak muda dan insya-Allah penuh bersemangat serta dengan idea-idea yang segar untuk kesejahteraan rakyat negeri Johor.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Maharani dengan segala hormat dan takzimnya juga merafakkan sembah mengucap setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Ibni Sultan Ibrahim atas pelantikan baginda sebagai Pemangku Raja Johor. Rakyat Johor khususnya di DUN Maharani mendoakan agar negeri Johor akan terus makmur dan maju di bawah pemerintahan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Di sini ingin saya menyuarakan beberapa perkara disekitar DUN Maharani, yang pertama berkaitan dengan isu semasa yang baru-baru ini yang telah berlaku pada awal tahun 2022. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian di antaranya ialah masalah isu banjir yang berlaku sekitar DUN Maharani, ia mengakibatkan kawasan-kawasan kebun dan kawasan-kawasan perumahan sekitar Parit Kurma Jalan Dato’ Haji Kosai dan juga sekitar kawasan Parit Samsu sehingga ke Parit Jawa. Yang memerlukan penyelenggaraan, ianya berpunca daripada saliran parit yang sedia ada tidak diselenggara dalam jangka waktu yang dijadualkan disamping faktor keadaan cuaca yang tidak menentu pada waktu itu. Diharapkan pihak JPS dapat menyelenggara perkara ini dengan sebaik-baiknya supaya kekerapan banjir di kawasan ini tidak akan berlaku…

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Maharani, saya ingin perbetulkan nama adalah Tunku Ismail…

Ya.

Timbalan Speaker

Bukan Tuanku Ismail.

Ya.

Timbalan Speaker

Terima kasih.

Maaf Datuk Speaker. Yang Berhormat Timbalan Datuk Speaker, perkara kedua yang hendak dibangkitkan adalah Projek Perumahan Taman Perbadanan Islam Negeri Johor di DUN Maharani di bawah pengurusan PIJ Holdings Sdn Bhd. Perumahan T.P.I Maharani di Muar dengan pembinaan 92 unit, RMM 90 Pakej A, 136 Pakej B dan 10 Unit Kos dan 10 unit kedai kos rendah. Kerajaan Johor merancang pembinaan kira kira 5,500 unit rumah menerusi 6 Taman Perbadanan Islam dalam tempoh 5 tahun. Bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin berkata, pembinaan ini yang ekslusif untuk orang-orang Melayu bagi menjayakan hasrat kerajaan negeri dalam meningkatkan jumlah penduduk Melayu di kawasan bandar. 6 Taman Perbadanan Islam itu adalah di Teluk Jawa, Pasir Gudang, Stulang Baru, Larkin, Rengit dan Muar. Dengan peningkatan jumlah penduduk Melayu di kawasan bandar barulah kita dapat melaksanakan konsep muafakat kebersamaan penduduk di bandar. Persoalannya, apakah status dan perkembangan taman perumahan kos rendah dan kos rumah rendah ini di daerah Muar? Sehingga sekarang masih tidak ada lagi pembinaannya. Maharani mengharapkan supaya segerakan pembinaan demi kepentingan rakyat dan peningkatan penduduk yang semakin padat. Dan Maharani juga serius dalam isu pembinaan perumahan mampu milik ini sasaran Maharani yang berfokus kepada mereka yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani, peniaga, peniaga-peniaga kecil yang tidak bergaji dan juga yang mempunyai gaji yang rendah.

Jadi Maharani mengharapkan kerajaan negeri bertegas supaya dapat memenuhi kemampuan dari segi aspek kewangan untuk membina rumah-rumah murah dan rumah mampu milik di sekitar kawasan DUN Maharani dan diharapkan perkara ini dapat disegerakan…

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, Peraturan 45(5)

Timbalan Speaker

Cuba sebut lima apa.

Hendaklah berbahas bukan baca. (Dewan ketawa)

Timbalan Speaker

Jemput Maharani teruskan.

Yang Berhormat Timbalan Datuk Speaker, berkaitan dengan cuti umum pada hari Jumaat dan Sabtu, Maharani menegaskan supaya ia terus dikekalkan kerana rakyat Johor benar-benar dapat beribadah dengan sempurnanya sejak Sultan Johor memerintahkan Jumaat sebagai cuti mingguan yang berkuatkuasa pada Januari 2014. Antara faktor utama titah pertukaran cuti tersebut adalah bagi menghormati hari Jumaat sebagai penghulu segala hari dan negeri Johor pernah menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari cuti minggu sebelum tahun 1994. Sebagai kerajaan negeri yang berdaulat, bukan kita yang mengikut pihak swasta, sebaliknya pihak swasta mestilah ataupun berubah mengikut keputusan kerajaan negeri ‘di mana langit dijunjung di situlah bumi dipijak’.

Yang Berhormat Timbalan Datuk Speaker, Maharani juga menyambut baik titah ucapan Baginda Sultan dengan meletakkan integriti sebagai satu asas kepimpinan yang bertauladan sebagaimana Allah SWT berfirman yang bermaksud di dalam Surah al-Maidah, ayat 8: “wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan kebenaran dan keadilan kerana Allah, menjadi saksi yang adil dan janganlah kebencian kamu kepada sesuatu golongan yang mendorong kamu untuk tidak berlaku adil, berlakulah adil sesunguhnya Allah dekat kepada orang-orang yang bertakwa”.

Merujuk kepada titah Baginda Sultan bahawa tiada lagi sebarang projek atas nama kerajaan BN dan PN, penggunaan nama kerajaan negeri diterima pakai bagi pelantikan atas sebarang jawatan hendaklah mengikut atas kemampuan dan bukannya atas kuota parti demi integriti dan memerangi rasuah dikalangan rakyat di kalangan syarikat-syarikat kontraktor khususnya di negeri Johor. Maharani meletakkan kepimpunan membawa tauladan, amanah, tanggungjawab serta keprihatinan rakyat perlu diutamakan. Ketua kampung, ahli majlis, imam masjid, surau, ketua komuniti, masyarakat seharusnya memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan tanggungjawab, amanah yang diberikan. Dengan ini Maharani menyokong sepenuhnya saranan agar dapat dilaksanakan dengan telus dalam semua urusan.

Yang Berhormat Timbalan Datuk Speaker, berkenaan dengan gesaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang bertitah bahawa Johor menyumbang hasil lebih RM13 biliion kepada persekutuan setiap tahun serta menjadi penyumbang pelabur terbesar negara sejak 2013 hingga 2018. Baginda Sultan tidak berpuas hati dengan keadaan bangunan persekutuan di negeri ini yang tidak diselenggara dengan baik seperti di Hospital Sultanah Aminah, Hospital Sultan Ismail serta Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar. Selain itu janji kerajaan persekutuan untuk menaik taraf Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) kepada enam lorong dan Lebuh raya Senai Desaru kepada empat lorong perlu disegera dan ditunaikan. Juga keadaan jalan persekutuan yang rosak, berlubang

contohnya di Johor Bahru-Mersing di mana struktur jalan di situ membahayakan pengguna. Maharani menegaskan untuk sama-sama dengan kerajaan negeri Johor memastikan titah Tuanku itu menjadi satu kenyataan.

Yang Berhormat Timbalan Datuk Speaker, dalam mendepani fasa endemik selepas rakyat Malaysia khususnya rakyat Johor menghadapi situasi sulit dan mencemaskan, maka dengan ini Maharani mengucapkan jutaan penghargaan kepada barisan hadapan Kementerian Kesihatan, badan-badan kerajaan serta NGO yang membantu memerangi COVID-19.

Yang Berhormat Timbalan Datuk Speaker, tidak ketinggalan juga di sini Maharani ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada negeri Johor kerana menjadi johan keseluruhan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 1443 Hijrah bersamaan dengan 2022 Masihi. Dan tidak lupa juga ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pencapaian sekolah MAAHAD, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama MAAHAD Muar yang telah pun melahirkan hafizah untuk menjuarai tahap 1 hingga 30 juz berserta tafsirnya. Ini menunjukkan bahawa kemampuan negeri Johor dalam melahirkan generasi al-Quran setara dengan negeri-negeri yang lain.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Maharani, sila gulung.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Majlis Perbandaran Muar telah menerima pengiktirafan sebagai salah satu bandar pelancongan terbersih di peringkat ASEAN di Sihanouk Ville, Cambodia sempena ASEAN Tourism Forum pada kali yang kedua. Penganjuran ini merupakan kali kedua selepas pengiktirafan yang pertama diraih pada tahun 2018 dan 2020 di Chengmai, Thailand pada tahun 2021. Kejayaan ini dicapai hasil usaha semua pihak dalam memacu, memperkasakan penglibatan agensi dan komuniti serta pelbagai program yang diajukan dalam agenda kebersihan di daerah Muar. Menjunjung kasih menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor yang menjadi sumber inspirasi dan penyatuan dalam memastikan keharmonian dan usaha melestarikan kebersihan di daerah Muar khususnya negeri Johor amnya, sentiasa terpelihara. Kemampanan tadbir urus tertinggi pimpinan pegawai kerajaan negeri yang sentiasa memberi dorongan dan bimbingan dalam pelbagai aspek telah memberi impak positif dan melestarikan usaha ini. Maharani mencadangkan supaya kerajaan negeri memberikan peruntukan yang lebih kepada Majlis Perbandaran Muar untuk mengekalkan bandar Muar sebagai bandar terbersih di Asia untuk masa-masa akan datang.

Yang Berhormat Timbalan Datuk Speaker, perkara terakhir yang ingin saya perbahaskan, Maharani, perkara terakhir dalam sesi perbahasan Maharani, isu yang ingin diketengahkan adalah mengenai alam sekitar yang merangkumi kutipan sampah, bekalan air, penyelenggaraan kemudahan awam, keterancaman hidupan laut, pencemaran dan kemusnahan alam dalam pemulihan ekosistem, matlamat Pembangunan Bandaraya Muar 2030. Pelbagai usaha telah dipertingkatkan bagi mewujudkan kesedaran pemulihan ekosistem. Pelbagai inisiatif di peringkat pengajian tinggi, komuniti pelajar dan masyarakat perlu ditingkatkan dan perlu dilakukan. Situasi cabaran endemik melalui webinar ekosistem, kempen menanam pokok, program kitar semula minyak masak, kempen e-sisa elektronik, membuat baja kompos dari sisa makanan. Kempen virtual mengenai pemulihan ekosistem serta menggalakkan aktiviti menanam sayur secara hidroponik di rumah. Dengan ini pemulihan ekosistem dalam situasi endemik dapat dilaksanakan secara menyeluruh. Insya-Allah komuniti masyarakat di kawasan DUN Maharani akan menjadi sejahtera dan harmoni. Muar sejahtera.

Yang Berhormat Timbalan Datuk Speaker, ingin saya mengakhiri ucapan perbahasan pada hari ini dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri Johor atas sumbangan Beras Rakyat Johor untuk seluruh rakyat di segenap lapisan masyarakat.

Cadangan Maharani, adalah diharapkan agar bantuan ini diberikan setiap bulan kepada golongan asnaf iaitu golongan yang memerlukan bantuan di mana Maharani, di bawah ADUN Maharani telah pun melaksanakan Program Al It’am iaitu bantuan beras ini kepada masyarakat sekitar DUN Maharani. Jadi, insya-Allah inisiatif ini akan diambil oleh kerajaan negeri Johor bagi mengurangkan bebanan dalam keadaan suasana pada hari ini.

Timbalan Speaker

Pendekkan.

Dan Maharani menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Maharani menyokong. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Waalaikumusalam warahmatullahi wabarakatuh. Beras setiap bulan ya. Yang Berhormat, Ahli-Ahli Yang Berhormat, persidangan ini saya tangguhkan sehingga hari esok, Isnin 20 Jun 2022 jam 9.30 pagi.

Persidangan ditangguhkan pada jam 5.04 petang.