Johor · 23 June 2022

1st session, 2nd meeting · 161 turns · 38,252 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.

Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Speaker

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. (Bacaan selawat). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Maju Johor.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, hari ini adalah hari kedua terakhir Persidangan Dewan Negeri ini. Selepas sesi soalan lisan kita ada sesi penggulungan oleh anggota EXCO kerajaan negeri. Saya mohon kepada anggota EXCO supaya dapat meringkaskan jawapan mereka kerana masa yang diberikan hanya 20 hingga 25 minit sahaja. Diharap perkara-perkara yang sudah pun dijawab semasa sesi soalan lisan tidak lagi perlu diulangi semasa sesi penggulungan dan jawapan-jawapan itu yang sudah pun barang kali dibangkitkan semasa sesi soalan lisan bolehlah diberi satu salinan jawapan bertulis kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan supaya sesi penggulungan kita ini boleh berakhir pada hari ini dan pada hari terakhir Ahad nanti kita hanya menumpukan kepada penggulungan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Terima kasih.

Soalan LisanQuestions

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Parit Raja.

Puan Nor Rashidah binti RamliUMNO · BNParit Raja

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Parit Raja nombor 1.

Minta dinyatakan apakah tindakan, laporan penguatkuasaan dan perancangan kerajaan negeri dalam menangani kenaikan harga barang.

Tuan Lee Ting HanMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna · Paloh

Terima kasih Datuk Speaker, salam sejahtera, salam Maju Johor. Untuk menjawab soalan spesifik mengenai laporan penguatkuasaan KPDNHEP Johor telah pun, KPDNHEP Pusat dan juga Johor telah pun ada Skim Harga Maksimum Musim Perayaan untuk semua perayaan. Inisiatif adalah untuk mengawal kenaikan harga barangan utama yang mendapat permintaan yang tinggi semasa musim perayaan seperti ayam, telur, daging, sayur-sayuran dan ikan di peringkat runcit dan borong.

Pelaksanaan inisiatif ini sekali gus dapat melindungi pengguna dan membanteras para peniaga yang tidak bertanggungjawab daripada mengambil kesempatan untuk menaikkan harga tanpa had bagi mendapat keuntungan yang tinggi. Hasil penguatkuasaan Skim HHMMP pada Tahun Baru Cina 2022, yang telah pun dilaksanakan pada 29 Januari hingga 4 Februari, KPDNHEP Negeri Johor telah pun melaksanakan 547 pemeriksaan di peringkat peladang, pemborong dan peruncit dan sebanyak 28 kes telah didakwa di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dengan jumlah kompaun sebanyak RM3,800.00. Manakala hasil penguatkuasaan Skim HMMP pada Hari Raya Puasa 2022 telah pun dilaksanakan pada 26 April hingga 10 Mei yang lepas dan sebanyak 586 pemeriksaan dibuat di peringkat peladang, pemborong dan peruncit di mana sebanyak 14 kes telah pun ditawar di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, KPDNHEP Johor juga telah pun melaksanakan, menjalankan inisiatif penentuan harga maksimum bagi ayam dan telur ayam yang telah bermula pada 5 Februari 2022 hingga 30 Jun bagi memberikan kestabilan harga kepada kedua-dua jenis barang keperluan tersebut. Berdasarkan data statistik sebanyak 4,657 pemeriksaan telah pun dibuat yang meliputi peringkat runcit, pemborong dan pengeluar. Sebanyak 125 kes tindakan telah pun diambil di bawah Akta iaitu sebanyak 10 kes di peringkat peladang, 15 kes di peringkat pemborong dan 100 kes di peringkat peruncit dengan jumlah kompaun yang telah pun dikeluarkan sebanyak RM100,600.00 bagi kesalahan di bawah penentuan harga maksimum bagi ayam dan telur ayam.

Sepertimana Ahli-Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Mesyuarat Kabinet telah pun memutuskan untuk menghentikan eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan bermula 1 Jun hingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil. KPDNHEP Johor juga turut giat melaksanakan tindakan penguatkuasaan serta pemeriksaan bagi menangani isu kenaikan harga barang yang dilaporkan melalui pendekatan seperti Ops Pasar, Ops Catut di seluruh negara bagi menangani isu kenaikan harga barang tertentu. Seramai 92 pegawai pemantau harga di Johor giat untuk mengumpul informasi terkini dan membuat kutipan data harga barangan keperluan setiap hari. Maklumat tersebut menjadi rujukan kepada kerajaan untuk merangka pelan perancangan serta tindakan yang komprehensif bagi memastikan kestabilan harga dan bekalan barangan di pasaran. Sehingga Jun 2022, pelaksanaan inisiatif ini melibatkan 22 buah premis pasar basah, 28 buah premis pasar mini, 67 buah pasar raya serta hypermarket dan 22 buah kedai runcit di semua daerah di seluruh negeri Johor.

KPDNHEP Johor turut serta memastikan keberadaan pegawai-pegawai penguatkuasa di lapangan serta melakukan pemeriksaan di seluruh negeri Johor bermula 1 Januari sehingga kini sebanyak 41,402 pemeriksaan premis meliputi pelbagai peringkat telah pun dibuat dan sebanyak 493 kes di bawah pelbagai akta telah pun diambil tindakan. Dengan nilai rampasan bernilai RM5,531,000.00 dan jumlah nilai kompaun sebanyak RM153,000.00 manakala nilai denda Mahkamah adalah sebanyak RM177,000.00.

Yang Berhormat Datuk Speaker, KPDNHEP Johor juga telah pun meningkatkan keberadaan ataupun Omnipresent pegawai-pegawai penguatkuasa di lokasi yang menjadi tumpuan pengguna seperti pasar-pasar awam, pasar raya, pasar-pasar malam bagi mewujudkan ruang perniagaan yang selamat dan beretika. Dan sekiranya mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(1) iaitu disyaki mengambil keuntungan tinggi yang tidak munasabah, pihak terbabit boleh disabitkan jika orang itu suatu pertubuhan atau perbadanan didenda tidak melebihi RM500,000.00 bagi kesalahan kali pertama dan RM1 juta bagi kesalahan kedua. Jika orang itu bukan sesuatu pertubuhan didenda tidak melebihi RM100,000.00 untuk kali pertama dan RM250,000.00 untuk kali kedua atau selebihnya.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat juga, KPDNHEP telah mengambil pelbagai inisiatif bagi melindungi dan membantu para pengguna termasuklah warga negeri Johor dengan menyediakan pelbagai platform atau saluran bagi tujuan penyaluran informasi mahupun laporan aduan. Para pengguna di negeri Johor boleh menyalurkan maklumat ataupun aduan berkaitan premis perniagaan ataupun peniaga yang tidak mematuhi undang-undang kepada pihak Kementerian melalui pertama, portal E-Aduan KPDNHEP atau call centre KPDNHEP 1800 888 800 emel [email protected], aplikasi telefon pintar EZ-Adu, enforcement comment centre atau melalui whatsapp 019-2794317. Terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

Saya jemput, Tangkak.

Tuan Ee Chin LiDAP · PHTangkak

Selamat pagi, selamat sejahtera, terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat EXCO lebih

kepada penguatkuasaan. Tapi sebagai perancangan ataupun bantuan pelan tindakan bagi mengurangkan beban pembeli semasa zaman kenaikan harga barang yang sangat ketara ini sebenarnya KPDNHEP peringkat persekutuan ada menjalankan satu Program PJKM, Program Jualan Keluarga Malaysia. Jadi soalan dari Tangkak adalah kalau boleh minta EXCO kongsikan bilangan jumlah Program PJKM yang telah dijalankan di negeri Johor sehingga sekarang dan adakah program ini akan diteruskan, minta penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Tuan Lee Ting HanMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna · Paloh

Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Tangkak. Program PJKM telah pun bermula pada 1 Januari 2022 dan akan berakhir pada bulan ini. Program ini melibatkan telah pun dianjurkan sebanyak 200 hampir 250 kali di negeri Johor dan melibatkan hasil jualan sebanyak RM7.1 juta dan mengikut data yang dikumpulkan ia melibat, memanfaatkan hampir 280,000 isi rumah di negeri Johor dan program ini tidak melibatkan subsidi secara langsung daripada kerajaan tetapi kerajaan memberi bantuan dari segi logistik pada pasar raya dan juga pasar tani dan program ini juga memberi pengurangan diskaun oleh penganjur sebanyak 15% hingga 20% kepada semua pengguna. Dan bagi pihak kerajaan negeri kita masih dalam perancangan, perbincangan dengan Kementerian supaya program ini dapat dilaksanakan tapi masih dalam peringkat perbincangan. Terima kasih.

Speaker

Sri Medan.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan tambahan yang saya ingin nyatakan kepada Yang Berhormat EXCO. Kalau dilihat daripada KDNK dalam negara, Johor ni, dia sebagai pembekal lebih daripada 30% bekalan ayam untuk dalam negara. Adakah negeri Johor mempunyai perancangan khusus untuk kita mengawal dan juga memastikan dengan harga ayam tak naik dalam negeri Johor. Johor mempunyai perancangan khusus untuk memberi bekalan yang secukupnya untuk rakyat negeri Johor. Kalau kita lihat pada hari ini dengan KDNK Johor 30% lebih, tidak mustahil kalau Johor boleh mengawal akhirnya kita dapat melihat harga ayam tu dengan harga yang lebih berpatutan dalam negeri Johor.

Tuan Lee Ting HanMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna · Paloh

Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan soalan bekalan ayam, tugas KPDNHEP adalah untuk menjalankan penguatkuasaan mengikut undang-undang. Maka untuk Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna kita akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar untuk mencari satu kaedah untuk membantu peladang untuk meningkatkan bekalan untuk manfaat semua. Terima kasih.

Speaker

Ahli Yang Berhormat saya jemput Yang Berhormat daripada Kukup. Tapi sebelum itu, izinkan saya mengalu-alukan kehadiran pemerhati daripada Dewan Muda Johor seramai 8 orang. Selamat datang. Sila Yang Berhormat.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, anak kelicap, anak tempua, soalan Kukup nombor 2.

Adakah pihak kerajaan negeri merancang untuk menaik taraf kemudahan awam seperti tandas awam, gerai jualan dan pelbagai kemudahan awam bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri Johor khususnya ke Taman Negara Tanjung Piai dan Pulau Kukup?

Speaker

Silakan.

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kukup.

Kerajaan negeri Johor melalui Perbadanan Taman Negara Negeri Johor mempunyai rancangan jangka masa panjang untuk membina sebuah Mangrove Discovery Centre di Tanjung Piai yang mana pusat tersebut dilengkapi oleh Pejabat Pengurusan Taman Negara Johor Tanjung Piai dan kemudahan awam yang lain seperti tandas, gerai cenderahati, kafeteria, surau dan ruang rehat kepada pelawat yang datang ke Tanjung Piai. Manakala bagi Pulau Kukup pula terdapat perancangan membina Mangrove Research Centre bagi menggantikan Pejabat Pengurusan Taman Negara Johor Pulau Kukup sedia ada melalui peruntukan kerajaan negeri atau RJ5T. Pusat penyelidikan tersebut dilengkapi oleh Pejabat Pengurusan Taman Negara Johor Pulau Kukup dan kemudahan awam yang lain seperti tandas, gerai cenderahati, kafeteria, surau dan ruang rehat kepada pelawat yang datang. Selain itu, kemudahan yang lain seperti hostel dan makmal untuk para penyelidik yang datang ke Pulau Kukup juga akan disediakan.

Bagi perancangan jangka masa pendek di Taman Negara Tanjung Piai, kemudahan awam seperti tandas, surau dan kaunter tiket akan dinaiktaraf sekiranya mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri manakala di Pulau Kukup pula promosi Pulau Kukup akan diperhebatkan dengan penyenggara Pejabat Pengurusan Taman Negara Johor Pulau Kukup dan membina sebuah billboard pole bagi mempromosi Taman Negara Pulau Kukup. Melalui peruntukan kerajaan negeri RJ5T 2019 di Tanjung Piai kerja-kerja baik pulih pelantar, pejalan kaki telah dilaksanakan bagi keselesaan pelancong yang datang ke sana. Manakala Pulau Kukup telah menerima peruntukan RJ5T pada tahun 2020 untuk penyelenggaraan walkways dan pelantar pokok besar bagi menaiktaraf kemudahan sedia ada.

Pada 2014, pihak IRDA telah melaksanakan projek peningkatan kemudahan pelancong di Taman Negara Johor, Pulau Kukup. Projek tersebut memfokuskan kepada menaik taraf dan pembaikan kemudahan sedia ada seperti pelantar jalan kaki, papan informasi dan tandas. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Tenggaroh, di Johor ni kita ada ke tandas awam berirama? Ya, tapi janganlah pasang lagu heavy metal nanti... Kalau boleh pasang lagu heavy metal supaya lagi cepat dia menunaikan hajat dia. Jangan pasang lagu dondang sayang, nanti lagi lama dia duduk dalam tandas tu. Silakan Kukup.

Yang Berhormat Datuk Speaker, pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Tenggaroh kerana memberi harapan yang tinggi kepada para pengunjung di Tanjung Piai dan juga di Kukup.

Soalan tambahan saya, saya juga ingin menyampaikan ucapan syabas dan tahniah kepada YB Tenggaroh EXCO kerana telah memulakan Johor clean up di Tanjung Piai. Tetapi apa yang saya ingin nyatakan di sini, apakah perancangan jangka masa panjang dan pendek oleh kerajaan negeri tentang isu sampah yang hanyut di paya-paya bakau terutamanya di perairan Tanjung Piai? Terima kasih.

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Terima kasih Yang Berhormat Kukup. Yang Berhormat Datuk Speaker, kerajaan negeri ketika ini sedang memberi fokus utama kepada pengurusan sampah antaranya menangani isu sampah hanyut di kawasan hutan bakau terutamanya di Taman Negara Johor Tanjung Piai. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk jangka masa pendek seperti rumah sampah dan perangkap sampah. Jangka masa panjang antaranya ialah untuk penswastaan perkhidmatan pengurusan sampah dapat dilaksanakan. Di bawah pentadbiran kerajaan negeri amat komited dalam mengurangkan sampah, bukan sahaja di Taman Negara Tanjung Piai sahaja, malah kesemua taman negara di negeri Johor. Terima kasih.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Kemelah.

Selamat pagi, salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Kemelah nombor 3. Terima kasih.

Apakah status vaksinasi PICK dan vaksinasi kanak-kanak PICKids Negeri Johor dan kadar kegunaan katil bagi kes COVID-19?

Tuan Ling Tian SoonMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan · Yong Peng

Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih soalan daripada YB Kemelah. Salam perpaduan, salam sihat Bangsa Johor, salam Maju Johor. Pada 7 Jun 2022, kadar pengguna katil di wad hospital kerajaan bagi kes COVID-19 adalah 8.4% atau 47 pesakit daripada 561 katil. Manakala tidak pesakit COVID-19 dirawati dalam ICU buat masa ini.

Program PICK ini, negeri Johor telah bermula pada 1 Mac 2021 melalui beberapa fasa pelaksanaan. Fasa 1 melibatkan pemberi COVID-19, pemberian COVID-19 kepada petugas barisan hadapan. Fasa 2 dimulakan pada 29 April 2021 melibatkan warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan yang mempunyai komorbid. Fasa ke-3 pula melibatkan seluruh masyarakat dewasa.

Program PICK diperluaskan kepada golongan remaja 12 hinga 17 tahun bermula pada 20 September 2021 dan pemberian vaksin dos penggalak kepada individu dewasa berumur 18 dan ke atas bermula pada 13 Oktober 2021.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak berumur 5 hingga bawah 12 tahun ataupun PICKids bermula, dimulakan 6 Februari 2022 di negeri Johor. Sehingga Jun 2022, kadar vaksinasi lengkap penduduk dewasa di negeri Johor ialah 100%, bererti penerimaan 2 dos. Manakala kadar vaksinasi dos penggalak bagi penduduk dewasa ialah 77.9%. Bagi golongan remaja yang berumur 12 hingga bawah 18 tahun, sebanyak 98.4% telah menerima vaksin lengkap dan golongan kanak-kanak yang berumur 5 hingga 12 tahun pula, sebanyak 56.4% telah menerima dos 1 vaksin COVID-19 dan sebanyak 41.5% telah menerima vaksinasi yang lengkap. Sekian, terima kasih.

Speaker

Saya jemput Bentayan.

Tuan Ng Yak HoweDAP · PHBentayan

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Di bawah program PICKids telah dibuka selama 5 hari mulai 20 hari bulan Jun hingga 24 Jun untuk memberi vaksin kepada kanak-kanak yang berumur 5 tahun hingga 11 tahun secara walk in, soalan saya selepas 24 hari bulan Jun, bagi kanak-kanak yang baru cukup 5 tahun dan ingin mendapatkan dos pertama vaksin, manakah tempat untuk mereka mendaftarkan, sama ada di klinik kesihatan ataupun klinik swasta. Sebab saya menerima satu aduan di mana sebelum 20 hari bulan Jun ini, ada seorang kanak-kanak yang baru cukup 5 tahun, apabila mereka pergi ke klinik kesihatan untuk mendaftarkan, tapi ditolak dan minta mereka daftar ke klinik swasta. Apabila mereka pergi ke klinik swasta pula, mereka ditolak kepada klinik kesihatan. Jadi saya mintakan penjelasan daripada YB EXCO.

Tuan Ling Tian SoonMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan · Yong Peng

Ok, terima kasih kepada Bentayan. Yang benar selama 3 hari ada pemberian vaksin secara percuma di KK dalam negeri Johor dan sesiapa yang berumur 5 hingga 12 tahun yang belum menerima vaksin, boleh secara walk in ke dalam klinik kesihatan. Bagi sesiapa yang baru sahaja mencapai umur 5 tahun, mereka boleh buat pendaftaran di KK dahulu kerana program PICKids tu ataupun PICK akan diberhentikan sementara. Dan untuk PICKids akan dimulakan pada 2... Januari tahun hadapan. Kalau sesiapa yang cukup umur 5 tahun boleh buat pendaftaran dahulu. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

Speaker

Saya jemput Bekok. Terima kasih Bekok, hantar durian rumah saya tapi jangan tulis dalam buku lejar ya.

Tuan Tan ChongMCA · BNBekok

(Ketawa) Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Salam sejahtera, salam sihat dan salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan nombor 4.

Saya meminta pihak PBT memantau projek di bawah seliaannya supaya projek yang dibina untuk kemudahan rakyat akhirnya menyusahkan rakyat seperti parit yang tidak berfungsi dengan baik setelah siap dibina atau lain-lain projek yang dibina untuk rakyat seperti jalan.

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam Maju Johor, salam Bangsa Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, pihak PBT akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan sistem perparitan berdasarkan aduan daripada penduduk dan pemantauan di tapak. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat setengah-setengah tempat yang tidak dapat dielakkan masalah-masalah teknikal seperti limpahan air, memandangkan pertembungan di antara air di perairan taman dengan air laut daripada waktu pasang besar. Di mana kawasan yang terlibat air pasang di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran termasuklah kawasan sungai.

Dalam memastikan perancangan pelaksanaan pengurusan projek di tapak mencapai outcome projek khasnya projek pembinaan jalan, pihak Majlis menjalankan projek berdasarkan SOP pelaksanaan projek iaitu bermulanya dengan menjalankan siasatan tapak, kajian terperinci, penyelarasan bersama pihak agensi utiliti, reka bentuk sebelum sesuatu projek dimuktamadkan dan dalam penyediaan BQ atau dokumen tender ataupun dokumen sebutharga, setelah kontraktor dilantik setiap PBT akan memantau tapak bina bagi memastikan kualiti kerja, spesifikasi serta tempoh masa kerja dilaksanakan kontraktor sebagaimana kontraknya. Pihak PBT sentiasa memantau projek-projek pembangunan di bawah seliaan serta akan memastikan bayaran dibuat mengikut spesifikasi, senarai kuantiti atau BQ yang telah ditetapkan. Terima kasih.

Tuan Tan ChongMCA · BNBekok

Yang Berhormat Datuk Speaker, projek tersebut sudah disiapkan. Terima kasih kepada Dato’ EXCO.

Speaker

Saya silakan Yang Berhormat Mengkibol. Ah maafkan saya.

Tuan Chew Chong SinDAP · PHMengkibol

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Soalan Bekok sebenarnya juga berlaku di beberapa tempat lagi termasuk Mengkibol. Dan kita tahu adalah sekarang satu konsesi iaitu Safwa sudah dilantik dan nampaknya banyak aduan diterima. Soalan saya bilakah konsesi Safwa ini bermula dan apakah asas pemilihan konsesi ini dan juga konsesi yang lain. Dan disebabkan isu yang sama seperti parit naik taraf banyak masalah, jadi bagaimanakah rakyat dapat mengadu ataupun Wakil Rakyat ah kita, bagaimana Wakil Rakyat dapat mengadu kepada Safwa. Dan apakah prestasi Safwa sampai banyak aduan dan jika mereka tidak memenuhi expectation kerajaan, adakah dan bagaimana dia konsesi ini, kontrak ini dapat ditamatkan? Sekian, terima kasih.

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Terima kasih kepada YB Mengkibol. Kita faham bahawa banyak isu-isu yang diutarakan oleh rakyat khasnya di peringkat PBT-PBT. Dan biasanya di peringkat isu-isu jalan, longkang dan rumput jalan dikelolakan oleh pihak Safwa. Dari segi aduan Yang Berhormat boleh terus kepada Majlis, PBT tersebut. Dan di peringkat prestasi biasanya peringkat Datuk Bandar atau YDP akan nilai setiap prestasi. Dan saya akui ada beberapa isu yang berlaku, namun peringkat PBT akan ambil tindakan yang tegas khasnya melibatkan kepentingan rakyat. Terima kasih.

Speaker

Parit Raja tadi jadi ke nak tanya?

Puan Nor Rashidah binti RamliUMNO · BNParit Raja

Jadi. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker dan terima kasih jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat EXCO tadi. Di kawasan Parit Raja terdapat 1 pembinaan landskap di hadapan Taman Universiti Parit Raja, di mana selepas landskap tersebut dibina, air melimpah di kawasan tempat parking dengan keadaan yang agak teruk. Jadi Parit Raja untuk syarikat tersebut bertanggungjawab terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan sehingga sempurnalah.

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Terima kasih YB Parit Raja. Kita faham dan tahu di peringkat PBT sendiri ada banyak isu-isu setempat daripada segi sudut membuat kerja secara sempurna dan finishing yang baik. Untuk landskap ini nanti saya akan ambil tindakan segera.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Endau.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Endau nombor 5.

Adakah kerajaan boleh menimbangkan untuk menaikkan jumlah bantuan kepada penerima bantuan bulanan MAINJ keraja pada ketika ini jumlah yang diberikan amat sedikit memandangkan harga dan kos harian kian meningkat?

Tuan Mohd Fared bin Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Bismillahirrahmannirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Endau atas soalan yang diberikan. Soalan Yang Berhormat Endau berkisar tentang sama ada kerajaan boleh memberi pertimbangan untuk menaikkan jumlah bantuan kepada penerima bantuan MAINJ disebabkan oleh kenaikan harga barang.

Untuk makluman Dewan yang mulia, kadar bantuan Majlis Agama Islam Negeri Johor kepada penerima bantuan adalah kadar yang masih sangat relevan dan berpatutan bagi memenuhi keperluan asnaf yang memerlukan bantuan bulanan. Berdasarkan kepada had kifayah atau kadar kecukupan, jumlah maksimum yang ditetapkan untuk Bantuan Sara Hidup bulanan ialah sehingga RM750.00 sebulan. Manakala bagi rawatan perubatan sehingga RM500.00 sebulan, bergantung kepada bentuk rawatan yang diperakukan oleh pegawai perubatan.

Kelayakan penerima bantuan tertakluk kepada tahap had kifayah yakni kadar kecukupan sesebuah keluarga dengan mengambil kira pendapatan dan juga tanggungan, perbelanjaan serta bantuan daripada agensi lain. Pada ketika ini kadar had kifayah di negeri Johor ialah RM1,565.00 bagi seisi keluarga yang dianggotai oleh seorang bapa, isteri dan 3 orang anak yang bersekolah. Dan kadar ini sebenarnya boleh meningkat dengan peningkatan ahli isi rumah. Melalui perkiraan ini keperluan sesebuah keluarga dapat dikenal pasti dan kadar yang bersesuaian boleh ditetapkan.

Apakah yang dimaksudkan dengan had kifayah? Marilah saya berkongsi maklumat ini dengan Dewan yang mulia. Had kifayah adalah kadar kecukupan bagi keperluan asasi yang meliputi makanan dan juga minuman, perubatan, pengangkutan, tempat tinggal dan juga pakaian. Kadar minimum bagi keperluan asas yang diagihkan kepada golongan fakir dan miskin sama ada Islam ataupun mualaf berteraskan kepada keperluan asasi, daruriyat, bukan keperluan tambahan, hajiyat atau bukan keperluan kemewahan, tahsiniyat seseorang itu mengikut kaca mata Islam bagi diri, keluarga di bawah tanggungan. Maka, saya menyatakan sehingga ke waktu ini kadar yang ditetapkan oleh MAINJ masih lagi relevan dan berpatutan.

Bantuan Sara Hidup bertujuan membantu asnaf meringankan beban kewangan mereka untuk menyara kehidupan dan kadar bantuan diberikan sememangnya tak dapat memenuhi kesemua keperluan termasuk kemewahan. Namun begitu, sekiranya penerima masih perlukan bantuan tambahan disebabkan oleh keperluan tertentu maka permohonan penambahan masih boleh dikemukakan. Bagi tahun 2022, saya kongsikan Bantuan Sara Hidup yang telah pun dianggarkan untuk diagihkan kepada 18,000 orang penerima dalam negeri Johor, kesemuanya berjumlah RM73 juta. Yang Berhormat Speaker, saya menjawab.

Speaker

Ya jemput Endau.

Terima kasih di atas jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat EXCO. Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan tambahan saya, mohon status terkini Projek Perumahan SPKR Jalan Pak Wan di Tenglu, Mersing yang telah dibina oleh pihak MAIJ yang mana sepatutnya telah pun sepatutnya diserahkan kepada mereka yang telah, yang layak. Terima kasih.

Tuan Mohd Fared bin Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Terima kasih YB Endau atas soalan tambahan. Suka saya maklumkan kepada Dewan yang mulia, Projek Rumah Transit Berkelompok di Jalan Pak Wan, Tenglu, Mersing bagi Fasa 1, 32 unit dan sebuah surau telah pun siap dan telah didiami oleh golongan asnaf. Manakala, 20 unit tambahan lagi masih dalam proses disiapkan. Saya percaya pembinaan sedang dibuat dengan kos sebanyak RM3.5 juta dan mudah-mudahan dapat disegerakan pembinaannya bagi manfaat asnaf. Terima kasih.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Kemelah.

Selamat pagi, salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan nombor 9.

Nyatakan perancangan Yayasan Pembangunan Wanita dan Keluarga dalam membantu usahawan wanita serta ibu tunggal untuk menyara kehidupan mereka?

Speaker

Maaf. Saya jemput Yang Berhormat Kempas, maaf.

Yang Berhormat Speaker, soalan saya soalan nombor 6.

Apakah usaha dan langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi memperkasakan sektor pertanian bagi menampung sumber bekalan makanan dalam menghadapi kemungkinan sekiranya berlaku krisis makanan pada masa akan datang?

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Tanjung Surat.

Tuan Aznan bin TaminUMNO · BNTanjung Surat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera. Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 7.

Apakah persediaan kerajaan negeri untuk memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi terutama bagi menghadapi kemungkinan berlakunya krisis makanan dan adakah kerajaan negeri mempunyai cadangan untuk mewujudkan Program 1 Daerah 1 Industri (Pertanian) bagi memastikan Jaminan Makanan (Food Security) sentiasa tercapai?

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Pemanis.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNPemanis

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Pemanis nombor 8.

Apakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan Gedung Makanan Johor sebagai persediaan bagi menghadapi krisis makanan pada masa akan datang terutama melibatkan makanan asas seperti beras, tepung, gula dan minyak termasuk ayam dan makanan protein yang lain?

Speaker

Silakan jawapan bersekali.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi, salam Maju Johor. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon untuk menjawab bersekali bagi soalan Kempas, Tanjung Surat dan Pemanis kerana soalan ini berkait salah satu.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kerajaan negeri Johor amat menekankan hal-hal berkaitan sekuriti makanan atau jaminan bekalan makanan yang ditakrifkan sebagai keadaan yang mana semua orang mempunyai akses ketersediaan, kebolehcapaian, kepenggunaan dan kestabilan bekalan makanan yang mencukupi, selamat dan berkhasiat. Sehubungan itu, kerajaan negeri Johor telah mengambil beberapa langkah bagi memastikan strategi-strategi berkaitan sekuriti makanan atau jaminan bekalan makanan dapat dicapai. Langkah pertama yang telah diambil adalah dengan mewujudkan Jawatankuasa Sekuriti Makanan Negeri Johor. Antara objektif utama kewujudan Jawatankuasa Sekuriti Makanan Negeri Johor ini adalah untuk:-

Pertama, memberikan tumpuan dan pelaksanaan agenda jaminan bekalan makanan dengan fokus jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang untuk Sekuriti Makanan Negeri Johor. Yang Kedua, mengadakan kerjasama erat antara pihak jabatan kerajaan dan pemain sektor pertanian, industri asas tani dan makanan bagi tujuan melonjakkan produktiviti dan potensi ekonomi bagi sektor pertanian dan industri makanan. Yang Ketiga, peneraju dan penggerak aktif dalam pelbagai agenda pembangunan mampan global terutama sekali berkaitan keselamatan makanan. Dan yang keempat, bagi mewujudkan mekanisme pantas dan menjadi platform perbincangan bagi penyelesaian isu-isu berkaitan sektor pertanian, strategi pemasaran hasil pertanian, penternakan, perikanan dan industri asas tani bagi membantu meningkatkan pendapatan dan tahap sosio ekonomi masyarakat terutama sekali bagi golongan petani, penternak dan nelayan.

Yang keduanya, kerajaan negeri Johor sedang merangka Dasar Agro Makanan Negeri Johor 2022 hingga 2030. Selari dengan Dasar Agro Makanan Negara 2.0 yang menekankan kepentingan rantaian bekalan makanan sama ada industri huluran dan hiliran bagi mengukuhkan kedudukan Johor sebagai hab makanan serantau.

Dasar Agro Makanan Negeri Johor akan menjadi panduan kepada pelaksanaan strategi-strategi utama, perkembangan sektor pertanian, industri asas tani dan industri makanan negeri Johor dengan sasaran utama adalah untuk:-

Yang pertama, kesediaan untuk krisis keselamatan makanan masa hadapan dan gangguan rantaian nilai agro makanan dan konfigurasi nilai. Kedua, pengurusan sumber produktif dalaman yang lebih baik dan mempelbagaikan sumber input dan destinasi eksport untuk barangan makanan utama. Ketiga, meningkatkan ketersediaan makanan yang selamat, berkhasiat dan boleh dikesan pada harga yang stabil dan berpatutan untuk diet sihat dan mengubah tabiat dan keutamaan pemakanan. Yang keempat, penyertaan sektor swasta dan individu dan masyarakat dalam peranan penting termasuk sebagai syarikat peneraju dalam mengubah sistem agro makanan. Dan yang kelima ialah meningkatkan pengeluaran tempatan input terutama benih baka makanan agro kimia dan pembekal penyelesaian untuk penggantian import serta potensi eksport.

Selain itu juga, kerajaan negeri Johor melalui peruntukan bajet pembangunan negeri Johor telah memperuntukkan sejumlah peruntukan yang besar setiap tahun untuk memperkasa sektor pertanian di negeri Johor. Sebagai rekod untuk tahun 2022, kerajaan negeri Johor telah memperuntukkan sebanyak RM18.9 juta yang merangkumi 32 projek di bawah pelbagai jabatan. Antara inisiatif-inisiatif tersebut adalah, yang pertama, untuk pembangunan industri pengeluaran tanaman makanan utama, lima projek iaitu tanaman buah-buahan jangka pendek, tanaman sayur-sayuran, tanaman kontan, tanaman kelapa dan tanaman agro makanan akan diperkasakan dengan peruntukan RM2.9 juta. RM2.14 juta pula disalurkan bagi program pembangunan industri asas tani bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran usahawan tani dan industri asas tani dan aspek operasi dan pengeluaran, pengurusan perniagaan dan pemasaran yang lebih sistematik. RM420,000.00 pula bagi pembangunan industri tenusu dan pembiakbakaan yang berpotensi untuk melengkapkan rantaian bekalan makanan. Dan yang keempat, peruntukan sebanyak RM6.2 juta untuk, disediakan bagi membangunkan program infrastruktur pengairan saliran pertanian dan jalan ladang untuk keseluruhan negeri Johor.

Yang Berhormat saya ringkaskan, untuk mengembangkan status negeri Johor sebagai negeri pengeluar utama produk tenusu di Malaysia, kerajaan negeri dengan kerjasama pihak ECERDC akan bekerjasama membangunkan projek pembangunan Lembah Tenusu Jemaluang di Mersing. Projek ini dianggarkan akan menyumbang 6.57 liter pengeluaran susu bersamaan 10% dari penghasilan susu sedia ada pada tahun 2023. Komponen pembangunan infrastruktur asas yang disediakan oleh pihak ECERDC ini dengan jumlah peruntukan sebanyak RM70 juta akan disalurkan oleh kerajaan persekutuan.

Dan menyentuh kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjung Surat sama ada kerajaan negeri bercadang mewujudkan Program Satu Daerah, Satu Industri Pertanian pula, Jabatan Pertanian setakat ini tidak menumpukan kepada mana-mana daerah untuk tujuan industri pertanian sebaliknya lebih menumpukan kepada tanaman makanan yang utama. Antara tanaman utama yang menjadi tumpuan kerajaan waktu ini adalah seperti nanas, durian dan pisang yang mewakili buah-buahan, manakala bendi, cili mewakili sayur-sayuran. Dan cadangan Yang Berhormat Pemanis untuk mewujudkan Gedung Makanan Johor pula, setakat ini kerajaan belum bersedia mewujudkan gedung seperti ini namun ia satu cadangan yang amat baik seperti yang telah dilakukan di beberapa negara lain. Terima kasih.

Speaker

Saya jemput Kempas.

Terima kasih YB Datuk Speaker, soalan tambahan saya. Dalam usaha untuk memastikan bekalan makanan dalam negara mencukupi dan bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada import makanan dari luar negara, dalam Dasar Pertanian Negara yang ketiga kerajaan telah pun melaksanakan Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan ataupun TKPM. Dan soalan saya berapa banyakkah projek TKPM di Johor dan berapa ramai usahawan yang terlibat dan sejauh manakah kejayaan program TKPM ini dalam pengeluaran hasil mereka bagi menampung keperluan makanan di Johor khususnya.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Kempas atas soalan tambahan. Saya boleh rangkumkan tanah keseluruhan yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk tujuan pertanian adalah seluas 12,461.28 hektar yang melibatkan 395 buah syarikat dan untuk TKPM pula, sebelum itu Yang Berhormat saya nyatakan daripada 395 buah syarikat ini, 76 adalah telah tamat tempoh manakala daripada 12,461 hektar tadi, 3,734.13 hektar adalah mereka yang telah melanggar syarat dan 3,194.2 hektar tanah yang tidak diusahakan.

Merujuk kepada soalan tambahan Yang Berhormat Kempas berkenaan TKPM, kalau boleh saya sebutkan mengikut daerah, Batu Pahat seluas 14.17 hektar melibatkan 13 pengusaha dan hasil tahunan adalah 113,841 kilogram dan hasilnya adalah RM476,324.00. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ringkaskanlah, keseluruhan sahaja. Keseluruhan TKPM melibatkan daerah Batu Pahat, Kota Tinggi, Muar dan Segamat adalah berjumlah 482 hektar melibatkan 75 orang peserta. Hasil tahunan pada tahun 2021 adalah 7,273,457.4 kilogram jumlah hasil. Manakala nilai ringgitnya adalah RM19,194,257.65.

Speaker

Saya bagi Tanjung Surat dulu, selepas itu Pemanis.

Tuan Aznan bin TaminUMNO · BNTanjung Surat

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih YB EXCO di atas jawapan yang telah disebutkan tadi. Antara sumber makanan utama rakyat kita ialah ayam dan daging, kedua makanan ini juga bekalannya sering tidak mencukup dan perlu mengimport dari luar. Soalan tambahan saya, berapakah kadar tahap Sara Diri iaitu SSL untuk daging ayam dan daging lembu di Johor dan apakah langkah kerajaan negeri untuk meningkatkan pengeluaran daging ayam dan lembu di negeri ini dan seterusnya dapat mengimport terhadap dua sumber makanan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum itu saya nak nyatakan tentang populasi lembu pedaging yang diusahakan oleh TKPM ini berkaitan juga dengan soalan Kempas dan ada kaitan dengan soalan Tanjung Surat iaitu jumlah keseluruhan populasi daging yang diusahakan di TKPM adalah sebanyak 6,108 ekor manakala jumlah tenusu ialah sebanyak 967 ekor lembu tenusu, 309 ekor kerbau, kambing biri sebanyak 2,381 ekor dan kambing tenusu ialah 200, manakala ialah rusa 231. Dan jumlah keseluruhan metrik tan sebanyak 1,683,165 metrik tan yang dihasilkan dengan nilai RM32,466,912.00 dan SSLnya saya akan berikan secara bertulis.

Speaker

Sila, Pemanis.

Tuan Anuar bin ManapUMNO · BNPemanis

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO kerana dapat memberikan jawapan yang saya kira cukup baik terutamanya berkaitan dengan cadangan menubuhkan Jawatankuasa Makanan Negeri Johor dan saya harap Jawatankuasa Makanan ini nanti dapat memastikan krisis makanan yang dilihat semakin kritikal pada hari ini dapat diselesaikan dengan baik. Soalan tambahan saya Datuk Speaker, melihat kepada keadaan krisis makanan pada hari ini, adakah kerajaan negeri bercadang untuk mengehadkan eksport makanan-makanan terutamanya produk-produk makanan terutamanya daripada negeri Johor ini ke negara jiran contohnya ataupun ke tempat lain dan jika ini dapat dilakukan, adakah proses krisis berkaitan dengan makanan ini kita akan dapat atasi? Terima kasih Datuk Speaker.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Pengerusi, saya fikir soalan ini agak menyimpang sedikit daripada soalan asal. Walau bagaimanapun, saya akan ambil maklum bahawa sumber makanan kita sebenarnya, sebahagian besarnya adalah untuk kegunaan tempatan. Walau bagaimanapun, ada beberapa tanaman yang menjadi keutamaan untuk dieksport ke luar termasuk nanas dan beberapa tanaman lain. Walau bagaimanapun, saya akan berikan jawapan bertulislah kepada Yang Berhormat senarai jumlah tanaman makanan yang dieksport keluar tetapi jumlah tak banyak, kebanyakkannya melalui Johor datang daripada Cameron Highland dan sebagainya melalui Johor. Daripada Johor sahaja jumlah tak berapa besar.

Yang Berhormat Datuk Pengerusi, sebelum saya tamatkan jawapan saya, saya cuma nak maklumkan bahawa Jabatan Pertanian Negeri Johor, FAMA, ada menyediakan buah durian untuk semua warga Dewan pada hari ni. Terima kasih kepada FAMA, Pertanian yang telah menyediakan...

Speaker

Rambutan tak ada Yang Berhormat?

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Rambutan tak ada Yang Berhormat. Mereka telah menyediakan setengah tan durian lebih kurang 500 kilogram di bawah untuk sama-sama kita nikmati. Terima kasih.

Speaker

Tak payah hantar rumah saya eh.

Tuan Haji Selamat bin TakimUMNO · BNSungai Balang

Yang Berhormat Datuk Speaker, Sungai Balang mohon...

Boleh lagi satu soalan tambahan?

Speaker

Sri Medan dahulu.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya, soalan tambahan saya ringkas. Kalau di Australia, kita data yang terkini ada 150 juta ekor lembu dengan nisbah kalau penduduk Australia ada 13 juta, jadi sorang ada 10 ekor lembu. Kalau di Johor ada tak perancangan khas khusus untuk kita memastikan bekalan lembu itu mencukupi untuk rakyat negeri Johor dengan 3.8 juta. Terima kasih.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Pengerusi, kalau saya boleh sebutkan semula dengan izin, jumlah daging, populasi jumlah pedaging ialah sebanyak 6,108. Kerbau 309, kambing biri-biri 2,381, rusa 213, ayam pedaging 320,000 dan jumlah metrik tannya ialah 1,653,165 kilogram metrik tan dengan nilai RM32,496,912.00. Tetapi untuk makluman Yang Berhormat Datuk Speaker, jumlah ini tidak mencukupi untuk rakyat Johor. Sebab itu, kita mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam amanat tempoh hari telah memperuntukkan sekurang-kurangnya 3,000 ekar kepada Pertanian Dan Industri Asas Tani untuk sebahagiannya adalah untuk menambah keluasan bagi penternakan lembu pedaging. Terima kasih.

Speaker

Saya tengok Yang Berhormat Sungai Balang tadi, dua, tiga kali bangun. Silakan.

Tuan Haji Selamat bin TakimUMNO · BNSungai Balang

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih kepada YB EXCO Pertanian, Industri dan Asas Tani. Sebenarnya, bila kita membicarakan tentang krisis makanan ini, kita pasti dan yakin masyarakat di luar sana sangat begitu mengharapkan satu pendekatan dan juga gerak kerja yang dibuat oleh kerajaan negeri bagi memastikan kita terhindar daripada masalah krisis. Pertamanya, saya nak bertanya, apakah yang akan dibuat oleh kerajaan negeri dan berapa lamakah stok bahan makanan kita boleh bertahan jika sekiranya berlaku krisis makanan dan adakah gudang ataupun tempat bagi kita menyimpan stok makanan sekiranya berlaku ataupun untuk memastikan rantaian bekalan tidak terputus. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Pengerusi, saya fikir soalan ini sama seperti soalan yang

telah dijawab dalam soalan utama tadi oleh Yang Berhormat Tanjung Surat dan Pemanis iaitu cadangan untuk membina, untuk mencadangkan satu daerah, satu industri pertanian dan Pemanis mencadangkan gedung makanan. Saya nyatakan tadi, bahawa setakat hari ini belum bersedia, kerajaan belum bersedia untuk mewujudkan gedung seperti ini. Walau bagaimanpun, ia cadangan yang sangat baik seperti yang dilakukan oleh negara-negara lain. Terima kasih.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Kemelah, silakan.

Selamat pagi, salam Maju Johor, Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Kemelah nombor 9. Terima kasih.

Nyatakan perancangan Yayasan Pembangunan Wanita dan Keluarga dalam membantu usahawan wanita serta ibu tunggal untuk menyara kehidupan mereka?

Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md OnUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Serom

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kemelah. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Maju Johor. Bagi menjawab soalan Kemelah, seperti mana yang sentiasa saya nyatakan bahawa YPKDT merupakan sebuah agensi yang sentiasa menjadi pemudah cara dan saluran kepada golongan sasar. Beberapa program pembangunan ibu tunggal dan usahawan wanita telah dirancang oleh YPKDT dengan kerjasama pelbagai pihak dalam cadangan pembinaan Pelan Tindakan Pemerkasaan Wanita Negeri Johor yang akan dilaksanakan dalam tempoh jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan jangka masa panjang. Ini termasuklah membina sebuah modul latihan kemahiran menjana pendapatan wanita bermula daripada kursus asas sehingga tahap tertinggi yang membolehkan wanita memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia dan sebagainya. Ianya bagi membuka lebih banyak ruang kepada wanita untuk terus maju sekaligus untuk meningkatkan ekonomi keluarga.

Yang Berhormat Datuk Speaker, rancangan YPKDT pada masa akan datang ialah memperluas kerjasama strategik dengan pelbagai pihak atau institusi kemahiran seperti Giat Mara, Kolej Kemahiran, Kolej Yayasan Pelajaran Johor, Kolej Komuniti dan sebagainya dalam memberikan dengan izin, knowledge transfer dalam bidang kemahiran dan usahawan. Selain itu juga, YPKDT juga akan memperluas jaringan kerjasama bersama agensi-agensi dan badan-badan berkaitan pembangunan usahawan wanita Johor seperti PUJB, MARA, TEKUN, AIM dan sebagainya dalam membantu dan menjadi pemudah cara kepada golongan ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah dalam mengembangkan perniagaan dengan izin, home base business sedia ada.

Bahkan YPKDT juga sentiasa membantu golongan ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah yang berpotensi berniaga dengan menyediakan platform perniagaan dan pemasaran produk melalui platform Bazar Suri bagi memasarkan dan promosikan produk hasil usahawan wanita dan berpendapatan rendah. Ibu tunggal dan kumpulan sasar. Selain itu juga Bazar Suri merupakan platform yang sesuai dimanfaatkan bagi membina dan mewujudkan jaringan perniagaan antara pengusaha dan usahawan kumpulan sasar. Bukan itu sahaja malah golongan ibu tunggal yang berpotensi akan sentiasa dipantau dan dibimbing mengikut tahap masing-masing.

Yang Berhormat Datuk Speaker, YPKDT juga melalui kursus usahawan berfokus akan sentiasa membantu dan membimbing golongan usahawan suri ini dengan menawarkan pelbagai kursus dan latihan galakan usahawan seperti pengurusan kewangan, kursus pelabelan produk, kursus pemasaran produk, kursus pembungkusan dan sebagainya. Terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

Kemelah, nak tanya soalan tambahan, sila.

Terima kasih EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Soalan tambahan saya, Yang Berhormat Datuk Speaker, sehingga kini berapa orang usahawan yang berpotensi yang telah YPKDT santuni dan apakah perancang YPKDT dalam memastikan ramai lagi wanita, lagi usahawan-usahawan wanita yang berpotensi dapat dilahirkan? Terima kasih.

Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md OnUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Serom

Terima kasih YB Kemelah. Yang Berhormat Datuk Speaker, sehingga kini seramai 270 usahawan telah dikenal pasti berpotensi tinggi untuk terus dibantu, dibimbing agar menjadi usahawan yang lebih berjaya, mampu bersaing dalam pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Selain YPKDT dan JKM di bawah Portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor terdapat juga Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor dan Lembaga Penduduk dan Perancang Keluarga Negeri Johor di mana kesemua agensi di bawah Portfolio ini sentiasa bersama dan memastikan usahawan-usahawan wanita khususnya yang baru mahupun berpotensi sentiasa dipantau dan diberi perhatian. Banyak perancangan program dan inisiatif yang pihak kami sediakan dan diperhalusi.

Yang Berhormat Datuk Speaker, insya-Allah demi Bangsa Johor, khususnya kaum wanita kami akan perhebatkan. Terima kasih.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Johor Jaya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Puteri Wangsa.

Speaker

Saya dah jemput Johor Jaya.

Cik Liow Cai TungDAP · PHJohor Jaya

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya soalan 10.

Nyatakan status pembinaan, proses penyerahan rumah dan jangkaan tempoh bagi projek Taman Sri Molek Perdana.

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Assalammualaikum warahmatullahitaala wabarakatuhi dan salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, untuk makluman Yang Berhormat, projek Taman Sri Molek Perdana yang dinyatakan adalah projek di bawah SPNB yang merupakan agensi persekutuan. Pada 23 Mei 2022, saya telah berhubung dengan pihak SPNB berkaitan projek Taman Seri Molek Perdana. Walaupun SPNB ini bukan di bawah agensi kerajaan negeri, kerajaan negeri sentiasa memantau perkembangan projek ini agar ianya dapat disiapkan.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, laporan daripada pihak SPNB, projek Taman Sri Molek Perdana ini dibahagikan kepada 3 fasa iaitu fasa 1 mengandungi rumah pangsa kos sederhana rendah blok F dengan jumlah sebanyak 198 unit, fasa 2 mengandungi pangsapuri kos sederhana, blok A, B dan C dengan jumlah unit 564 unit. Manakala fasa 3 mengandungi rumah pangsa kos rendah blok D dan E, dengan jumlah 240 unit. Fasa 1 telah memperoleh Sijil Layak Menduduki atau CCC pada 15 Disember 2020, manakala bagi fasa 2, Sijil Layak Menduduki, CCC telah diperolehi pada 31 Disember 2021. Namun terdapat syarat baru Tenaga Nasional Berhad atau TNB melalui ulasan pada Mac 2022 yang telah menyebabkan penyambungan bekalan elektrik tertangguh, sekali gus menyebabkan penyerahan rumah fasa 2 juga tertangguh. Perkara ini sedang ditangani oleh SPNB dan dijangka akan dapat diselesaikan pada penghujung tahun 2022. Terima kasih.

Cik Liow Cai TungDAP · PHJohor Jaya

Terima kasih YB EXCO. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Memang saya tahu projek ini di bawah projek SPNB dan di bawah kerajaan persekutuan. Penduduk di... pembeli rumah di Taman Sri Molek Perdana mereka menghadapi satu masalah besar di mana projek ini telah di... terlewat dan ditangguh selama 10 tahun. Mereka terpaksa sewa rumah dan juga bayar instalment selama 10 tahun ni dan saya memang kesian dengan mereka. Dan dengan ini, semasa saya menjadi Wakil Rakyat di Johor Jaya, sayalah cuba membantu mereka dan terutamanya semasa kita kerajaan Pakatan Harapan, kita berunding dengan kerajaan persekutuan supaya projek ini dipandang serius dan diambil tindakan dengan tegas. Adalah berita baik di mana mereka dapat kunci pada tahun lepas bagi blok F.

So soalan saya adalah bagi pembeli rumah yang mereka mendapat kunci pada tahun lepas, mereka menghadapi masalah defect dengan izinnya, di mana dinding mereka retak dan juga berlumut sejak tahun lepas sehingga kinilah. Ini bermaksud sudah satu tahun mereka dapat kunci pun, mereka tak dapat pindah ke rumah mereka. So bagaimana kerajaan negeri dapat membantu mereka untuk menyelesaikan masalah ini? Dan kedua adalah saya ingin tahu berapa unit kosong yang masih belum dijual di sini? Dan mereka yang bagi pembeli rumah yang mereka bayar dengan cash, bagaimana pihak kerajaan dapat membantu mereka? Sekian, terima kasih.

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Terima kasih kepada Johor Jaya. Banyak sangat soalan. Ini under SPNB ya? Saya nak kongsi di dalam Dewan yang mulia ini, isu di Taman Sri Molek Perdana ni bukan 1 sahaja isu. Dia berlaku di hampir kesemua daerah dalam negeri Johor. Saya nak kongsi kalau di peringkat Taman Sri Molek Perdana ini 10 tahun, di Kulai ada 1 projek di kawasan Permata Impian di Jalan Kota Tinggi. Projek ini sudah tidak disiapkan selama 19 tahun. Saya nak kongsi di dalam Dewan ini, kita di peringkat perjanjian SP, saya dapati perjanjian SP antara bank, pembeli dan pemaju, tidak memihak kepada pembeli. Sebab tu kita dapati banyak isu-isu rumah sakit ataupun projek terbengkalai. Di peringkat pembeli kadang-kadang tak ada hak membuat tuntutan apa-apa.

Di Permata Impian tu ada dekat 300 lot rumah. Bayangkan di peringkat bank menuntut pembeli untuk bayar setiap bulan, selama 19 tahun. Nilai rumah di Permata Impian tu hanya RM45,000.00 tetapi pembeli dah bayar 19 tahun, RM300.00 lebih ada yang RM400.00 selama 19 tahun dah bayar RM75,000.00 tetapi rumah masih tidak dapat disiapkan dan kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa untuk membela nasib pembeli. Dan, sudah pastilah saya ingat semua YB yang berhadapan dengan masalah isu rumah sakit, projek sakit ni dan projek terbengkalai ni, kita memikirkan apakah hari ini dasar di peringkat persekutuan masih lagi relevan. Terima kasih.

Speaker

Ok, saya jemput Yang Berhormat Penggaram.

Puan Gan Peck ChengDAP · PHPenggaram

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan nombor 11.

Apakah status pembinaan benteng untuk rancangan tebatan banjir di Sungai Batu Pahat yang telah bermula dari pintu air Kg. Parit Lapis? Bilakah pembinaan benteng tersebut akan disambung semula dan jangka waktu siap?

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Penggaram. Yang Berhormat Datuk Speaker, untuk maklumat Yang Berhormat, rancangan tebatan banjir di Sungai Batu Pahat telah dimasukkan dalam permohonan Kementerian Alam Sekitar dan Air untuk memohon dana khas sejumlah RM190 juta kepada Unit Perancang Ekonomi bagi penyelesaian jangka masa panjang.

Antara skop utama yang terlibat adalah pembinaan benteng dan penggalian sungai. Projek tersebut dijangka bermula pada tahun 2023 dan siap pada tahun 2026. Antara penyebab utama rancangan tebatan banjir ini perlu dilaksanakan ialah:-

1. Ianya menyelamatkan lebih 35,000 penduduk lembangan sungai yang terdedah kepada risiko banjir akibat limpahan air parit utama dan sungai;

2. Membaik pulih tebing sungai yang telah rosak;

3. Menaik taraf benteng sungai yang rendah mengakibatkan air dari parit utama sepanjang sungai tersebut melimpah;

4. Mengurangkan kejadian banjir kilat berlaku semasa air pasang yang bertembung dengan kejadian hujan.

Kerajaan... sorry kerja pembinaan benteng di pintu air Kg. Parit Lapis dengan kos RM161,798.00 merupakan sebahagian daripada penyelesaian jangka pendek yang telah dilaksanakan melalui RJ5T pada tahun 2021. Bagi mengatasi masalah banjir di kawasan Taman Damai 2 dan kawasan sekitarnya.

Untuk tahun 2022, penyelesaian jangka pendek diteruskan dengan melaksanakan kerja pemulihan sungai untuk mengurangkan risiko banjir di Taman Batu Pahat, Jalan Pantai, Jalan Masjid, Parit Johar, Parit Seri Molek dan Kampung Muhibah, Batu Pahat dengan jumlah peruntukan kerajaan persekutuan sebanyak RM1,070,000.00. Terima kasih.

Puan Gan Peck ChengDAP · PHPenggaram

Terima kasih kepada EXCO yang tadi yang bagi jawapan tu. Tetapi yang saya sebut benteng tanah tu masih dijalankan ke tak dijalankan?

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Yang Berhormat Datuk Speaker dan Yang Berhormat Penggaram. Projek tebatan banjir ialah dari tahun 2023 hingga 2026. Ia akan bermula 2023 hingga 2026 dalam Rancangan Malaysia Ke... dalam projek kelulusan Kementerian RM190 juta. So projek kerja-kerja penyelenggaraan yang pendek, yang kecil untuk pembinaan benteng di Kampung Parit Lapis dengan kos RM160,000.00 telah siap pada tahun 2021. Dan kerja-kerja penyelenggaraan diteruskan untuk tahun 2022.

Speaker

Ok, saya jemput Yang Berhormat Bukit Batu.

Tuan Chiong Sen SernPKR · PHBukit Batu

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan nombor 12.

Apakah pelan tindakan kerajaan negeri Johor untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja yang berada pada tahap kritikal terutamanya dalam industri sayuran dan tanaman yang kini mengalami kenaikan harga secara mendadak?

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Bukit Batu atas soalan yang ke-12 ini.

Yang Berhormat Bukit Batu bertanyakan pelan tindakan kerajaan negeri Johor untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja yang berada pada tahap kritikal terutamanya dalam industri sayuran, tanaman yang kini mengalami kenaikan harga secara mendadak. Yang Berhormat saya fikir untuk masalah kekurangan pekerja ini bukan sahaja dalam sektor perindustri... pertanian sahaja tetapi semua sektor terlibat sama. Selaras dengan

perkembangan... walau bagaimanapun untuk tindakan kerajaan negeri Johor selaras dengan perkembangan teknologi moden dan baharu, penggunaan teknologi dalam sektor agro makanan akan membantu mengurangkan tempoh pengeluaran hasil dan membantu meningkatkan produktiviti tanaman. Penggunaan teknologi, mekanisasi dan automasi, dron dan aplikasi mudah alih akan membantu petani dan usahawan tani beroperasi dengan lebih cekap di sepanjang rantaian, nilaian... nilai agro makanan sekali gus mengurangkan penggunaan tenaga buruh.

Dalam memperkasakan perkembangan dan penggunaan teknologi moden ini, Jabatan Pertanian melalui peruntukan PENJANA 2020 hingga 2022 telah menerima peruntukan sebanyak RM8 juta bagi 2 program utama iaitu Program Insentif Pemilikan Teknologi Mekanisasi dan yang kedua, Insentif Peningkatan Hasil Padi Luar Jelapang. Antara skop pelaksanaan program ini adalah seperti perolehan mekanisasi dan jentera pertanian, pelaksanaan kajian pembangunan agro robotik, penggunaan aplikasi berasaskan Internet of Thing (IOT) dan pembangunan struktur dan infrastruktur di kawasan pertanian bertujuan menggandakan kecekapan penghasilan pertanian serta melahirkan petani yang berkemahiran teknikal sekali gus mengurangkan kos tenaga buruh.

Bagi permohonan pengambilan tenaga kerja buruh asing yang telah dibuka semula pada bulan Mac 2022, setelah ditutup berikutan penutupan sempadan negara akibat penularan pandemik COVID-19 sehingga Mei 2022, Jabatan Pertanian telah menerima sebanyak 21 borang permohonan dengan cadangan pekerja yang telah disyorkan adalah sebanyak 534 orang. Jabatan Pertanian akan terlibat secara siasatan teknikal ke atas borang permohonan yang telah diterima. 1 borang untuk 1 permohonan dan tempoh sah laku adalah 6 bulan bagi tarikh permohonan. Pengesyoran jumlah pekerja adalah berdasarkan keluasan dan jenis makanan yang diusahakan.

Dan Jabatan Pertanian Negeri Johor dijangka akan menerima lebih banyak lagi permohonan berikutan pembukaan banyak lagi sektor ekonomi dan kelonggan SOP dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara. Namun yang demikian, untuk makluman Yang Berhormat bidang kuasa pengambilan buruh asing masih di bawah Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia. Yang Berhormat terima kasih.

Speaker

Ya, sila Bukit Batu.

Tuan Chiong Sen SernPKR · PHBukit Batu

Ya terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO Buloh Kasap. Soalan tambahan saya adalah berapakah bilangan anak muda negeri Johor yang telah bermanfaat melalui Program Agropreneur setakat ini? Terima kasih.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat saya fikir soalan ini ialah soalan yang agak lari daripada soalan asal. Jadi saya minta mohon saya edarkan jawapan secara bertulis.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Penggaram sekali lagi.

Puan Gan Peck ChengDAP · PHPenggaram

Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker. Soalan saya nombor 13.

Apakah status pelaksanaan pemutihan kilang-kilang di setiap PBT, adakah ia ditangguhkan atau tetap dilaksanakan memandangkan kita baru saja melalui fasa pandemik dan apakah langkah kerajaan di dalam membantu pengilang-pengilang ini agar mereka terus menyumbang kepada kerancakan ekonomi di negeri Johor?

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Datuk Speaker, untuk makluman Majlis Perbandaran Batu Pahat telah mengemukakan permohon pemakluman dan persetujuan terhadap program pemutihan bangunan kilang dan komersil tanpa kebenaran serta menerima pakai garis panduan syarat-syarat minima teknikal bagi program pemutihan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat untuk diangkat kepada Jawatankuasa Perancang Negeri iaitu JPN untuk mendapat pertimbangan.

Melalui Mesyuarat JPN Bil. 01/2021 yang bersidang 4 April 2021 telah mengambil maklum dan bersetuju terhadap pelaksanaan program pemutihan bangunan kilang dan komersil tanpa kebenaran. Bagi program pemutihan kawasan di dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat bermula 1 Januari 2020. Dan bersetuju supaya tarikh pelaksanaan program pemutihan ini yang dicadangkan sehingga 31 Disember 2021 dilanjutkan tempoh dan ditimbangkan semula mengikut kesesuaian.

Rentetan daripada fasa pandemik, Pihak Berkuasa Negeri Johor telah melakukan tindakan pelaksanaan pemutihan kilang-kilang industri secara berperingkat dengan menjalankan pemeriksaan pematuhan lesen. Objektifnya adalah untuk mengawal pertumbuhan industri bagi mengelakkan wujudnya percanggahan guna tanah dan aktiviti kegunaan tanah serta bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar seperti pencemaran sungai dan sebagainya.

Namun begitu, tarikh pelaksanaan program pemutihan ini akan dilanjutkan tempoh sehingga 31 Disember 2022 bagi memastikan sektor industri dapat terus berkembang dan berjalan sekali gus menyumbang kepada peningkatan ekonomi negeri Johor. Ini juga bagi memastikan cukai pembangunan dapat dikutip, peluang pekerjaan dapat dijana dan kelestarian alam sekitar dapat dijaga. Terima kasih.

Puan Gan Peck ChengDAP · PHPenggaram

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan tambahan saya bagaimanakah kerajaan negeri Johor yang akan membantu mereka yang untuk ubahsyarat tanah? Sebab kita tahu kalau nak ubahsyarat tanah, ia akan memakan masa panjang. Dan lagi pun ia memerlukan kos yang tinggi. Bagaimana kerajaan negeri Johor akan membantu mereka?

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Terima kasih kepada YB Penggaram. Di peringkat kerajaan sedar bahawa untuk mematuhi syarat-syarat pengilang-pengilang ini memerlukan kos yang tinggi khasnya consultant fee dan sebagainya. Dan saya dapat juga makluman, untuk masuk ke dalam Mesyuarat OSC untuk mendapatkan KM perlukan ada yang sampai berpuluh ribu sebab struktur kilang itu sendiri telah melanggar syarat dan ada juga di Batu Pahat itu tapak kilang itu adalah tapak pertanian dan tentulah tidak boleh. Namun begitu, untuk makluman YB di peringkat PBT kita akan bincang semula bagaimana supaya tindakan minimum dan kos minimum boleh diberikan kepada pengilang-pengilang kita ini dalam keadaan sekarang. Terima kasih.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Semarang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 14.

Berapakah jumlah warga yang didaftarkan dalan senarai e-Kasih dalam negeri Johor serta pecahannya mengikut kaum dan daerah?

Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md OnUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Serom

Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih YB Semarang. Menjawab soalan YB Semarang. Untuk makluman Datuk Speaker, bahawa statistik yang akan saya sebutkan ini adalah statistik yang diperolehi daripada Pejabat Pembangunan Negeri Johor. Jumlah keseluruhan

ketua isi rumah yang telah disahkan dan berdaftar dalam Sistem e-Kasih Negeri Johor pada 31 Mei 2022 adalah seramai 20,790 orang. Pertama, statistik KIR e-Kasih Miskin Tegar bagi etnik Melayu di semua daerah adalah seramai 3,926 orang. Bagi etnik Tionghua seramai 305 orang, etnik India 390 orang manakala lain-lain etnik adalah seramai 105 orang.

Bagi etnik Melayu, Batu Pahat merupakan daerah yang mempunyai kadar miskin tegar yang tinggi dengan jumlah 770 orang, bagi etnik Cina adalah di daerah, maaf, etnik Tionghua adalah di daerah Johor Bahru dengan jumlah 90 orang, seramai 136 orang di daerah Johor Bahru adalah bagi etnik India. Manakala, bagi etnik lain-lain yang terdiri daripada etnik Orang Asli dan Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah seramai 40 orang di Johor Bahru menjadikan keseluruhan jumlah etnik miskin tegar di negeri Johor adalah seramai 4,726 orang dan daerah Batu Pahat merupakan yang tertinggi dengan jumlah 851 orang.

Datuk Speaker, kedua, statistik KIR e-Kasih Miskin bagi negeri Johor adalah seramai 10,428 orang dan daerah tertinggi adalah Johor Bahru. Pecahan mengikut etnik pula bagi etnik Melayu adalah berjumlah 8,919 orang. Dan daerah paling tingggi adalah Batu Pahat dengan jumlah 1,445 orang. Seterusnya bagi etnik Tionghua, daerah Johor Bahru adalah daerah yang tertinggi dengan jumlah 129 orang dan keseluruhan jumlah KIR miskin bagi etnik Tionghua adalah seramai 620 orang. Bagi etnik India pula seramai 668 orang dan daerah Johor Bahru adalah etnik tertinggi dengan jumlah 262 orang. Manakala bagi lain-lain etnik pula, data tertinggi adalah di daerah Johor Bahru seramai 86 orang dan keseluruhannya adalah seramai 221 orang.

Yang Berhormat Datuk Speaker, ketiga adalah bagi statistik KIR e-Kasih terkeluar mengikut negeri Johor seramai 5,636 orang. Pecahan bagi etnik Melayu adalah seramai 4,703 orang, manakala daerah tertinggi di Batu Pahat dengan jumlah 856 orang. Bagi etnik Tionghua, daerah tertinggi adalah Johor Bahru seramai 84 orang dan keseluruhan mengikut daerah adalah seramai 459 orang. Bagi etnik India pula seramai 387 orang dan daerah tertinggi adalah Johor Bahru seramai 148 orang. Manakala, bagi lain-lain etnik adalah seramai 87 orang dan daerah Johor Bahru merupakan daerah tertinggi dengan jumlah 32 orang. Terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Stulang.

Tuan Chen Kah EngDAP · PHStulang

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 15.

Adakah kadar cukai pintu setiap PBT di Johor akan dilaraskan dalam masa terdekat ini?

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, cukai taksiran dikenakan oleh pihak PBT atau Pihak Berkuasa Tempatan Johor ke atas pegangan bercukai di kawasan masing-masing berdasarkan Seksyen 127 Akta Kerajaan Tempatan 1976, kuasa untuk mengenakan kadar. Antara jenis-jenis pegangan yang dikenakan cukai oleh PBT adalah:-

Pertama, kediaman dan perumahan, kedua, perniagaan, ketiga, perindustrian, keempat, pertanian dan kelima, harta khas atau loji air PUB atau menara telekomunikasi.

Pada masa ini, PBT masih mengekalkan senarai nilaian dan kadar cukai sedia ada dan tidak berhasrat untuk melaraskan kadar cukai pada masa yang terdekat. Pengenaan kadar cukai ini kekal setiap tahun sehingga satu senarai nilaian dan kadar cukai baharu dikuatkuasakan. Terima kasih.

Tuan Chen Kah EngDAP · PHStulang

Terima kasih YB EXCO. Biasanya apabila, terima kasihlah kerana tidak dalam masa terdekat ini tidak akan melaraskan kadar cukai pintu di setiap PBT. Dan cadangan saya adalah kerana kadang-kadang apabila pada masa depan sekiranya ada usaha melaraskan cukai, kerana bila pelarasan cukai ini ia akan berpandukan kepada nilai hartanah betul? nilai hartanah. Jadi maknanya, pendapat saya adalah kerana nilai hartanah sentiasa akan melonjak...

Speaker

Soalan Yang Berhormat.

Tuan Chen Kah EngDAP · PHStulang

Dan soalannya adalah nilai hartanah sentiasa akan melonjak kalau pelarasan sentiasa berlandaskan nilai hartanah sahaja, maka cukai pintu yang dibayar akan mesti akan melonjak. Jadi, pendapat saya atau cadangan saya pada masa depan adalah untuk mengekalkan ya kadar cukar pintu. Bolehlah kita melaraskan ataupun menurunkan pekali, maksudnya pekali, iaitu peratusan yang didarab dengan nilai hartanah itu dilaraskan untuk diturunkan supaya bila pelarasan cukai pintu di PBT dibuat, maka pembayar cukai tidak perlu menanggung kenaikan cukai pintu yang drastik. Terima kasih.

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Cukai rumah Yang Berhormat berapa setahun? Cukai, tak tahu ye? Tak tahu you tanya soalan ni. (Dewan ketawa). Untuk makluman Yang Berhormat, gurau aje Yang Berhormat. Untuk YB Stulang, kita untuk senarai nilaian ini lima tahun sekali. Saya ingat ada beberapa, satu PBT sahaja dapat nilaian yang baharu. Saya nak beri contoh, sebenarnya kerajaan Johor pada tahun 2001 dah lama, lepas itu yang terbaharu ini aras 2020, sebenarnya di peringkat kerajaan pada tahun 2001, 0.18% kalau kita ambil contoh Taman Desaru Utama, lepas tu pada kadar yang baharu 2020 ini, cuma 0.06%. Maksudnya di peringkat penyelarasan cukai pintu ini sebenarnya tidak dinaikkan cuma yang kita kena faham ialah nilai rumah pada ketika itu dengan nilai rumah sekarang naik dua kali ganda. Terima kasih.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Kukup.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 16.

Adakah kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk membangunkan kawasan bebas cukai di kawasan Terminal Feri Antarabangsa Kukup bagi menarik lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa.

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kukup. Yang Berhormat Datuk Speaker berdasarkan Rancangan Kawasan Khas Permas dan Pelan Induk Pelancongan Negeri Johor 2014 – 2023, kerajaan negeri mempunyai pelbagai perancangan bagi membangunkan kawasan Kukup sebagai pintu masuk pelancongan negeri Johor dan menjadikan destinasi utama pelancong negeri ini. Dengan pelbagai produk pelancongan berpotensi untuk diketengahkan sebagai produk bertaraf antarabangsa sebagai contoh, Taman Negara Johor Pulau Kukup yang telah dikenali sebagai Pulau Paya Bakau Tidak Berpenghuni Kedua Terbesar Di Dunia. Kukup berpotensi untuk diketengahkan dan dibangunkan sebagai destinasi pelancong utama negeri ini. Kajian yang dijalankan menunjukkan potensi kawasan Terminal Feri Antarabangsa Kukup sebagai destinasi bebas cukai adalah amat tinggi dan boleh menjadi sebagai salah satu destinasi tumpuan pelancong berbelanja sebagaimana Terminal Feri Antarabangsa Stulang Laut, Johor Bahru. Impak aktiviti membeli belah ini sudah pasti akan meningkatkan pendapatan dan tahap ekonomi setempat. Berdasarkan kepada potensi yang dinyatakan daripada Pelan Induk Pelancongan Negeri Johor 2014 – 2023, pihak Tourism Johor sedang cuba mengenengahkan lokasi ini sebagai salah satu projek cadangan melalui Projek Zon Khas

Pelaburan Pelancongan (STIZ). STIZ ini melalui kerjasama awam dan juga swasta akan bekerjasama di dalam menghasilkan sektor pelancongan Johor yang lebih bernilai tinggi. Terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga jam 11.20 pagi.

Persidangan ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Persidangan disambung semula pada jam 11.20 pagi.

YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.

Sambungan Perbahasan Atas Rundingan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.Address / budget

Timbalan Speaker

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam Maju Johor. Ahli-Ahli Yang Berhormat, bersama kita pada hari ini adalah pemerhati daripada Ketua Pemuda MCA Ayer Hitam, Pegawai Khas Timbalan Menteri, Pegawai Khas EXCO Johor Apprentice dan bilangan seramai 8 orang dan juga pemerhati daripada kawasan DUN Maharani seramai empat orang, selamat datang ke Dewan Negeri Johor.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sambungan Perbahasan Atas Titah Rundingan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor oleh pihak kerajaan. Sukacita dimaklumkan dan diingatkan bahawa jangka masa untuk setiap EXCO adalah 20 hingga 25 minit sahaja. Ini untuk memastikan hari ini mencukupi untuk penggulungan dilaksanakan bagi pihak kerajaan. Oleh itu, dijemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi.

Cik Norlizah binti NohUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi · Johor Lama

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan sekalian. Terlebih dahulu, patik ingin merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku merasmikan Dewan yang mulia ini pada 16 Jun 2022 yang lalu, ampun Tuanku. Patik juga ingin merafak sembah tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor yang telah dilantik sebagai Pemangku Raja Johor. Allah Berkati Johor, Allah Peliharakan Sultan.

Duduk diam State Secretary, dari kejauhan memerhati kami, dalam diam dah dapat Tan Sri, setinggi tahniah bangganya kami. (Dewan bertepuk). Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani, Dato’ Setiausaha Kerajaan Johor yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri oleh Yang Dipertuan Agong.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, maju Johor rakyatnya terbilang, demi kemakmuran saling bergandingan, di Dewan yang mulia kita bersidang, giliran saya mulakan penggulungan. Pertama-tamanya saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada setiap seorang Ahli Dewan yang telah memberikan pandangan yang membina, cadangan dan teguran kepada pihak kerajaan terutamanya

beberapa isu di bawah portfolio saya yang meliputi kepada Pendidikan, Penerangan Dan Komunikasi Negeri Johor.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, pada 16 Jun lalu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2021 telah diumumkan. Sukacita untuk saya kongsikan dalam Dewan yang mulia ini, pelajar cemerlang straight A di Johor adalah seramai 1,118 orang. Tahniah juga diucapkan kepada Sekolah Tun Fatimah (STF) atas kejayaan mengungguli kejayaan cemerlang di peringkat kebangsaan. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua anak-anak pelajar kita, SPM ini bukanlah segala-galanya namun ia adalah sebagai satu permulaan yang baharu untuk anak-anak pelajar semua. (Dewan Bertepuk).

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Yang Berhormat Bukit Batu dan Yang Berhormat Puteri Wangsa ada menyentuh beberapa isu berkaitan pendidikan khas. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat atas keprihatinan yang ditunjukkan. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan penyelenggaraan Program Pendidikan Kelas Inklusif (PPKI) oleh Bahagian Pendidikan Khas (KPM) bagi kemudahan mesra OKU di PPKI turut disediakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor setiap tahun. Pada tahun 2021, RM2.9 juta membabitkan projek di 28 sekolah PPKI dan tahun 2022, RM4.41 juta membabitkan projek di 86 sekolah PPKI. Selain itu, Elaun Murid Khas (EMK) oleh kerajaan persekutuan melalui KPM juga telah disediakan dengan jumlah RM150.00 sebulan. Melihat kepada kepentingan isu ini, kerajaan negeri akan berusaha mencari ruang untuk penambahbaikan pada masa akan datang, khususnya berhubung peruntukan khas kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) insya-Allah. Kerajaan negeri Johor sedia maklum bahawa aspek pendidikan ialah bidang kuasa kerajaan persekutuan. Namun, kerajaan negeri Johor turut cakna akan isu peruntukan dan bantuan ini. Sebagai makluman Dewan yang mulia, pada tahun 2022 kerajaan negeri melalui peruntukan Pejabat Menteri Besar Johor telah memperuntukkan sejumlah RM1.5 juta untuk bantuan penyelenggaraan sekolah. Bantuan ini dapat memberi manfaat kepada 75 buah sekolah berkeperluan.

Selain untuk makluman sidang Dewan, kerajaan negeri turut memperuntukkan jumlah yang sama pada tahun 2022 dan 2021. Jadi, hal ini bermakna termasuk pada tahun 2022 ini sebanyak RM4.5 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri dengan jumlah keseluruhan 225 buah sekolah di bawah KPM telah mendapat manfaatnya. Seterusnya, Yang Berhormat Kahang dalam perbahasannya ada bertanyakan mengenai status Pembangunan Hab Kemahiran Johor atau Johor Skills Hub. Sebagai makluman, hab TVET Skills Johor ini telah mula dibina pada 1 Julai 2018 dan dijangka akan siap sepenuhnya pada Oktober 2023. Tempoh pembinaan ini telah mengambil kira lanjutan tempoh masa, Extension Of Time, EOT selama 9 bulan disebabkan pemberhentian kerja-kerja pembinaan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kemajuan kerja sehingga Mei 2022 adalah 88.8% telah disiapkan.

Keseluruhan infrastruktur Campus Hub Skills Johor apabila siap kelak dijangka mampu menampung sehingga 6,000 pelatih dalam satu masa dengan kemudahan kampus yang boleh diguna pakai. Ianya merupakan hab TVET termoden di selatan tanah air dibangunkan di atas tanah seluas 35 ekar di Bandar Akademi Kota Tinggi Johor. Projek pembangunan hab ini merupakan satu inisiatif awam-swasta yang mana kerajaan negeri melalui YPJ Holdings Sdn. Bhd.,YPJH iaitu syarikat milik penuh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ). Selaras dengan Pelan Induk Pembangunan TVET negeri Johor, Skills Johor menawarkan program merangkumi program latihan TVET, program pembangunan kerjaya graduan dan belia serta program latihan korporat. Program-program yang ditawarkan memberi penekanan kepada program up-skilling dan re-skilling dengan tumpuan kepada 6 sektor utama iaitu minyak dan gas, bioteknologi penjagaan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti, logistik, perkhidmatan dan peruncitan. Insya-Allah, kerajaan negeri berhasrat untuk terus memperkasa pendidikan TVET khususnya di Johor. Saya telah turun dan mengadakan pertemuan bersama pengarah-pengarah kolej komuniti dari seluruh negeri Johor pada 11 April yang lalu

bertempat di Kolej Komuniti Segamat. Dalam pertemuan itu, kita telah mencapai keputusan untuk menubuhkan Jawatankuasa TVET Negeri Johor bagi mengangkat pendidikan TVET di negeri ini. Justeru itu, kerajaan berhasrat agar program TVET ini bukanlah lagi sebagai pilihan terakhir tetapi adalah pilihan yang tepat untuk anak-anak pelajar kita khususnya di negeri Johor ini.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Yang Berhormat Parit Yaani ada menyebut tentang projek sakit melibatkan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Suria Jaya. Projek ini merupakan salah sebuah projek sakit yang dipantau rapi dalam Mesyuarat Contract Coordination Panel (CCP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Ketua Setiausaha KPM. Kemajuan fizikal projek ini berdasarkan jadual 100% manakala sebenar 97%. Tarikh siap asal projek ini adalah pada 24 Jun 2015 dan telah dilanjutkan sehingga 4 Mac 2020. Pihak kontraktor telah gagal memenuhi obligasi kontrak untuk menyiapkan kerja di tapak dalam tempoh masa yang telah ditetapkan termasuk penyiapan jalan masuk sekolah, kerja penyambungan bekalan air dan bekalan elektrik. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat CCP Bil 7/2020 pada Disember 2020 telah memperakukan penamatan kontraktor bagi projek ini. Notis penamatan kepada kontraktor iaitu Dzaz Idaman Sdn. Bhd. telah dikemukakan pada 11 Ogos 2021.

Selepas tempoh penamatan kontraktor Yang Berhormat, pihak perunding mekanikal dan elektrik (MNE) telah menarik diri melalui satu surat tunjuk sebab kerana ketidakhadiran mesyuarat di peringkat KPM pada 26 September 2021. Notis penamatan telah dikemukakan kepada pihak perunding MNE iaitu Pan Sejati Sdn. Bhd. pada 28 Febuari 2022. Pihak KPM baharu melantik perunding MNE yang baharu untuk membantu pihak KPM dalam menyelesaikan projek ini.

Untuk makluman Yang Berhormat Parit Yaani, proses tender dijangka akan diadakan pada bulan Disember 2022 dan dijangka lantikan kontraktor baharu pada bulan Febuari 2023. Tempoh siap projek dijangkakan pada Ogos 2023. Tempoh penyiapan 6 bulan dan pengoperasian sekolah akan bermula pada tahun 2024, insya-Allah. Selain daripada itu, Yang Berhormat Parit Yaani juga ada membangkitkan berkaitan cadangan pembangunan Mini Kompleks Sukan di Sekolah Menengah Tunku Putra di Batu Pahat. Sebagai makluman, JPN Johor komited dalam usaha menyediakan prasarana dan kemudahan infrastruktur pendidikan sukan kepada semua di seluruh negeri Johor. Bagi tujuan ini, JPN Johor akan melaksanakan analisis keperluan secara terperinci dengan mengambil kira bilangan dan kapasiti infrastruktur kemudahan sukan sekolah sedia ada serta perancangan pembangunan berdasarkan perbincangan bersama-sama Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi sesebuah kawasan. Pada masa kini, keperluan utama kritikal JPN Johor semasa mengemukakan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12, RMK-12 kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia ialah pembinaan sekolah baharu bagi sekolah yang padat, menaiktaraf atau menyelenggara sekolah sedia ada untuk memastikan murid dapat mengikuti pembelajaran dalam keadaan selamat dan selesa.

JPN Johor berpandangan pada masa kini tiada keperluan pembinaan stadium olahraga bertrek di sekolah-sekolah di bawah pentadbiran PPD Batu Pahat. Walau bagaimanapun, jika ada keperluan, pihak PPD Batu Pahat perlu mengenal pasti tapak dan padang sekolah yang sesuai bagi pembinaan trek dan balapan. Seterusnya, cadangan projek akan dimohon dan dikemukakan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12, RMK-12 sekiranya terdapat keperluan namun adalah tertakluk kepada kelulusan agensi pusat dan kedudukan kewangan semasa negara.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Yang Berhormat Johor Jaya pula dalam perbahasan ada menyentuh mengenai SJKT Bandar Seri Alam. Sebagai makluman, pemohon kod sekolah telah dihantar ke EPRD pada 15 Jun 2022 dan pihak EPRD sedang memproses permohonan tersebut. Operasi sekolah dijangka akan bermula pada 1 Ogos

2022. CPC diterima pada 27 Mei 2022 manakala tempoh kecacatan GLP bermula 4 Januari 2022 dan berakhir pada 3 Januari 2023.

Yang Berhormat Endau ada mencadangkan mengenai pembinaan sekolah menengah baharu dalam DUN Endau. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keperluan pembinaan sekolah di sesuatu kawasan mengambil kira kepadatan penduduk. Permintaan oleh masyarakat setempat serta bilangan enrolmen murid di sekolah sedia ada yang berhampiran. Walau bagaimanapun, kelulusan bagi pembinaan sekolah tersebut tertakluk kepada kemampuan kewangan semasa kerajaan dan mengikut keutamaan keperluan kawasan. Menurut maklum balas daripada JPNJ Johor, purata enrolmen murid mengikut kelas di SMK Ungku Husin adalah di bawah purata piawai KPM dan masih boleh menampung permintaan. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Endau mengenai isu pembinaan sekolah baharu ini terutamanya bagi kawasan yang mempunyai penduduk yang padat seperti di Johor Bahru dan Pasir Gudang yang mana kawasan ini sangat-sangat memerlukan pembinaan sekolah-sekolah baharu bagi menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah. Isu pembinaan sekolah baharu ini saya telah bawa semasa sesi kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan pada 17 Jun yang lepas.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Yang Berhormat Kota Iskandar dalam perbahasan turut menyentuh mengenai isu meningkatkan akses pendidikan kepada Orang Asal. Akses pendidikan bagi murid Orang Asli di Kota Iskandar adalah di SK Ladang Pendas dan SMK Gelang Patah. SMK Mutiara Rini dan SMK Gelang Patah ini setakat ini menawarkan pengajian tingkatan 6 untuk murid-murid Orang Asli yang ingin melanjutkan pelajaran. Sekolah-sekolah sedia ada ini mempunyai kapasiti yang mencukupi bagi memenuhi keperluan akses pendidikan kepada murid Orang Asli dari sekolah rendah, sekolah menengah dan tingkatan 6. KPM juga telah menyediakan bantuan awal persekolahan KOAM, RMT dan susu kepada semua murid-murid Asli di SK Ladang Pendas yang mempunyai murid seramai 86 orang pada tahun 2022. Selain itu, JAKOA telah memberi bantuan pengangkutan untuk murid-murid Asli selain elaun kehadiran sebanyak RM4.00 sehari melibatkan 34 orang murid Asli di SMK Gelang Patah.

Isu capaian Internet yang lemah dan tidak menyeluruh di sekolah turut dibangkitkan oleh YB Kota Iskandar. Menurut YB Kota Iskandar, katanya pada perbahasan lepas, macam siput. Jadi, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sangat komited dalam usaha-usaha untuk menambah baik capaian talian Internet di sekolah bagi memastikan PdP dan PdT berjalan dengan lancar. Semua 1,190 sekolah di negeri Johor dibekalkan talian Internet yang terdiri daripada TM Unifi, Celcom dan Maxis. Capaian talian Internet yang lemah mempunyai beberapa punca antaranya saiz dan struktur bangunan sekolah, bilangan pengguna yang ramai, liputan hanya terdapat pada kawasan tertentu sahaja dan bentuk muka bumi lokasi sekolah tersebut. Pihak sekolah perlu membuat aduan kepada KPM atau Internet Service Provider jika terdapat sebarang masalah capaian seperti capaian bandwidth yang rendah atau tiada capaian, modem rosak dan sebagainya.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, sepanjang perbahasan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat, ramai dalam kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat turut membangkitkan perkara berkaitan masalah capaian Internet dan telekomunikasi di kawasan masing-masing. Ini termasuklah YB Kota Iskandar, Yang Berhormat Kahang, Yang Berhormat Senggarang, Yang Berhormat Parit Raja, Yang Berhormat Pekan Nanas, Yang Berhormat Gambir, Yang Berhormat Senai, Yang Berhormat Jementah, Yang Berhormat Parit Raja dan Yang Berhormat Mahkota. Semasa dalam sesi soal jawab lisan semalam, saya turut memaklumkan mengenai peranan yang telah kerajaan negeri mainkan, dalam menangani isu capaian Internet ini. Sebagai makluman, berikut adalah langkah yang akan saya dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ambil dalam usaha mengurangkan masalah yang telah sekian lama dihadapi selain daripada pihak

kerajaan pusat yang telah menyediakan infrastruktur sebagai pembinaan menara baru serta menaik taraf menara-menara sedia ada melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Pertama, bagi kawasan yang masih mengalami capaian Internet dan telekomunikasi yang lemah seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Naning dan Yang Berhormat Kota Iskandar, SKMM dan syarikat-syarikat telekomunikasi akan melakukan ujian pengukuran liputan bagi usaha mengurangkan kawasan blind spot. Ujian ini adalah merujuk kepada kualiti perkhidmatan bagi mengenal pasti punca dan seterusnya mencadangkan penyelesaian yang boleh diambil tindakan yang segera.

Kedua, mengadakan platform bagi membincangkan agenda telekomunikasi negeri Johor secara berkala di dalam Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur Telekomunikasi Negeri Johor. Dan ketiga, penyediaan laporan secara berkala bagi mendapatkan maklumat berkaitan kemajuan kerja dan tahap prestasi rangkaian telekomunikasi negeri Johor.

Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tiram yang dalam perbahasannya turut menyentuh mengenai kepentingan Pusat Ekonomi Digital (PEDI). PEDI adalah pusat sehenti yang menyediakan Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan. Masyarakat setempat boleh mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT. Mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam perniagaan e-dagang serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital. Penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital. Sebagai makluman Dewan yang mulia ini, baru-baru ini SKMM telah menaik taraf 4 Pusat Internet Desa (PID) kepada PEDI yang menjadikan jumlah keseluruhan PEDI di negeri Johor adalah sebanyak 90 PEDI. 4 PEDI yang telah dinaik taraf adalah PEDI Kampung Tenang, PEDI Kampung Pagoh, PEDI FELDA Linggiu dan PEDI Kampung Pulau Penarik. Semua PEDI ini telah siap dinaik taraf dan boleh diguna pakai oleh komuniti setempat sejak bulan Februari 2022 yang lepas. Justeru, cadangan Yang Berhormat Tiram supaya kerajaan menambah bilangan PEDI di Johor ini akan saya bawakan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk pertimbangan.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, akhir kalam saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker kerana memberi keizinan dan peluang kepada saya untuk menggulung perbahasan pada pagi ini khususnya untuk portfolio Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor. Terima kasih Datuk MB, amanat menjadi kata sakti, mandat diberi amanah kami, demi Johor kan kucurahkan bakti. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar dan semua Ahli-Ahli Yang Berhormat atas keprihatinan anda khususnya di bawah portfolio saya. Terima kasih kepada semua jabatan dan agensi di bawah portfolio saya serta rakan-rakan media. Dan, saya akan memberikan perhatian sepenuhnya terhadap semua teguran, cadangan dan komen serta akan berusaha melaksanakan setiap cadangan yang sesuai yang telah dikemukakan di Dewan yang mulia ini, Insya-Allah. Cukuplah sudah pantun ini, janganlah ada yang berkecil hati. Saya pulangkan sidang ini kepada Datuk Timbalan Speaker yang murah hati. Sekian, wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Dewan bertepuk).

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Kita teruskan Perbahasan. Kali ini dijemput Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur.

Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad SallehUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Bukit Pasir

(Bacaan selawat). Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Maju Johor. Terlebih dahulu saya ingin Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Darul Ta’zim yang sudi mencemar duli untuk bertitah dan merasmikan Mesyuarat Pertama Bagi Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 pada 16 Jun 2022 yang lalu.

Patik berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan keampunan Allah SWT. Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah buat Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang dilantik sebagai Pemangku Raja Johor, semoga di bawah naungan Tunku negeri Johor aman, makmur dan sejahtera.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Johor yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri sempena sambutan ulangtahun Hari Keputeraan Rasmi Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang ke-16 pada 6 Jun 2022 yang lepas. Dengan penuh hormat dan takzim, saya ingin memohon izin Dewan yang mulia ini untuk membentangkan ucapan penggulungan saya.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, saya percaya cukup tempoh matang 5 tahun kerajaan baru ini mentadbir, Insya-Allah Johor akan maju dari semua sudut termasuklah infrastruktur mega dan pengangkutan awam lestari yang menjadi pemangkin utama dalam merancakkan ekonomi negeri yang berdaulat ini.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, bagi mencapai hala tuju Maju Johor tersebut, pembangunan infrastruktur menjadi agenda utama dalam meletakkan sesebuah negeri dalam mencapai aspek kemajuan yang tinggi dan inklusif. Dari Pagoh ke Dewan Negeri, membawa usul dari kawasan, Barisan ADUN usah khuatiri, kemajuan rakyat saya utamakan. (Dewan bertepuk).

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada 30 pembahas yang telah menyentuh portfolio saya. Daripada 42 Ahli-Ahli Yang Berhormat berbahas, 30 telah menyentuh portfolio sama ada dari segi kerja raya, jalan, infrastruktur yang lain dan juga bekalan elektrik. Insya-Allah Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, saya cuba ringkaskan penggulungan saya, jika saya tak dapat menjawab segala perbahasan Yang Berhormat dalam Dewan, saya akan majukan jawapan bertulis nanti, Insya-Allah.

Untuk makluman Dewan yang mulia, saya Menjunjung Kasih atas Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Darul Ta’zim yang telah bertitah mengenai keadaan jalan-jalan persekutuan khususnya Jalan FT005 Johor Bahru – Mersing. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, setiap jalan persekutuan telah mempunyai kontrak selenggara jalan iaitu terdiri daripada penyelenggaraan rutin, penyelenggaraan berkala dan penyelenggaraan kecemasan. Pada tahun 2018, kontrak selenggara bagi Jalan FT001, FT003 dan FT005 telah tamat dan kontrak baru perlu ditandatangani. Namun begitu bagi kontrak penyelenggaraan berkala tidak ditandatangani bersekali bagi memberi laluan kepada performance based contract (PBC). Malangnya PBC ini tidak dapat ditandatangani sehinggalah pada 16 Jun 2022 yang lalu yang mengakibatkan kerja pembaikan dan baik pulih jalan secara holistik tidak dapat dilaksanakan. Selama 4 tahun jalan-jalan FT001, FT003 dan FT005 tidak diselenggara dan mengakibatkan keadaan jalan bertambah teruk. Insya-Allah dengan adanya kontrak PBC ini kerja-kerja baik pulih akan bermula pada 1 Julai 2022. Selepas kerosakan semua ini dibaiki secara tuntas, kerja-kerja maintenance pula akan dilaksanakan mengikut kontrak PBC iaitu setiap jalan hendaklah berkeadaan baik sepanjang masa.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Yang Berhormat Maharani, Yang Berhormat Sedili, Yang Berhormat Endau dan juga Yang Berhormat Pasir Raja ada membangkitkan isu kerosakan jalan persekutuan FT003 Johor Bahru – Mersing. Untuk makluman Dewan yang mulia, pembaikan jalan berskala besar seperti menurap semula jalan akan dilaksanakan dalam performance based contract yang telah pun ditandatangani pada 16 Jun yang lalu.

Dan, Insya-Allah kerja-kerja fizikal akan bermula pada 1 Julai 2022 bermula di daerah Mersing, di Jambatan Endau – Mersing, Seksyen 167 dan berakhir di Johor Bahru di Seksyen 2.3 dalam tempoh masa 3 bulan. Ini termasuklah FT003 Seksyen 48 hingga Seksyen 49 di mana kawasan yang sering berlakunya kemalangan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sedili. Ini juga termasuk jalan simpang sepanjang lebih kurang 4 kilometer bermula dari simpang Kulai FT003 Kota Tinggi ke Taman Sri Saujana, kawasan yang selalu juga banjir, seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Raja.

Untuk makluman Yang Berhormat Sedili, kawasan banjir di Sungai Semaluk, Jalan Mawai FT009 Seksyen 4.33 dan Jalan Perani J179, Seksyen 7.0; permohonan menaik taraf sistem perparitan akan dimasukkan dalam senarai peruntukan pembangunan rancangan negeri Johor 5 tahun. Jalan ini merupakan jalan negeri yang menghubungkan jalan persekutuan termasuk FT09 Jalan Lok Heng, Waha, Aping Barat dan Jalan FT003 Johor Bahru – Mersing.

Yang Berhormat Kempas dan juga Yang Berhormat Johor Jaya ada membangkitkan isu berkenaan Lebuh raya Pasir Gudang. Untuk makluman Yang Berhormat, projek menaik taraf Lebuh raya Johor Baru – Pasir Gudang dari 4 lorong ke 6 lorong mempunyai 4 peringkat iaitu Fasa 1, Fasa 2A, Fasa 2B dan Fasa 3 melibatkan jumlah panjang jalan 28.2 kilometer. Bagi Fasa 1 iaitu di Kangkar Tebrau, Plentong kerja-kerja telah siap dilaksanakan bermula 16 Julai 2012 dan telah pun siap pada 31 Mei 2016. Fasa 1 ini membabitkan panjang 8 kilometer dengan kos RM150 juta. Bagi Fasa 2A pula melibatkan kawasan Plentong, Seri Alam, Taman Rinting dengan panjang 7.7 kilometer, tarikh mula kerja adalah pada 7 Mac 2016 dan telah pun siap pada Oktober 2018 dengan kos RM190 juta. Bagi Fasa 2B, kawasan yang terlibat adalah Seri Alam, Taman Rinting, Pasir Gudang dengan panjang jalan 5.5 kilometer. Status projek ini adalah sedang dalam fasa perolehan dan surat setuju terima dijangka ditandatangani pada September 2022.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, permohonan untuk projek bagi Fasa 3 telah pun dibuat dalam Rancangan Malaysia Ke-12 Rolling Plan Ke-3 dan telah pun melalui sesi budget screening dengan Economic Planning Unit (EPU) dengan izin. Dengan terlaksananya projek penaiktarafan ini, ianya akan dapat mengurangkan masalah kesesakan yang sering berlaku dan juga dapat melancarkan perjalanan terutamanya kenderaan-kenderaan pengangkutan berat yang membawa barang-barang industri, seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Selain itu ianya dapat meningkatkan keselesaan dan juga keselamatan pengguna jalan raya.

Yang Berhormat Johor Jaya juga ada memaklumkan tentang projek Jalan Masai Lama. Untuk makluman Yang Berhormat, projek yang dimaksudkan ialah Projek Melebarkan Jambatan Sungai Masai di Jalan Masai, Johor Bahru. Tarikh milik tapak projek ini adalah pada 9 Julai 2018 dan tarikh siap asal pada 30 Julai 2021. Walau bagaimanapun, kemajuan kerja terkini hanyalah 63% berbanding 100%. Projek ini sedang dilaksanakan dalam tempoh berdenda dan dijangka siap sepenuhnya pada 31 Oktober 2022. Yang Berhormat Kempas juga ada membangkitkan isu berkenaan menaik taraf Jalan Persiaran Kempas Baru dan highway Kempas ataupun Jalan Kempas Lama. Kerja naik taraf Jalan Kempas Lama daripada 2 lorong menjadi 6 lorong dan simpang Kempas Utama berlampu isyarat menjadi persimpangan bertingkat secara berfasa telah pun disyaratkan kepada pemaju Iskandar Waterfront yang akan membangunkan tapak bersebelahan Paradigm Mall.

Untuk makluman Yang Berhormat Kukup pula, projek perlebaran dan naik taraf Jalan Buloh Kasap Mukim Sungai Karang ke Jalan Serkat. Projek pembinaan jalan yang menghubungkan ke jambatan Sungai Pulai, Pontian, Johor Bahru ini mempunyai 2 fasa. Fasa Pertama ialah jalan dari Pekan Nanas ke Sungai Karang sepanjang 15 kilometer telah pun selesai dilaksanakan. Dan, bagi Fasa Kedua Jalan Sungai Karang ke Jalan Serkat sepanjang 11.4 kilometer masih lagi dalam pembinaan. Ianya adalah projek di bawah

RMKe-11 yang bermula pada Jun 2017 dan tarikh siap asal pada Disember 2019. Walau bagaimanapun, terdapat terdapat masalah pengambil balik tanah PBT dan kegagalan struktur tanah melayakkan kontraktor mendapat EOT dan dijangka siap pada Ogos 2022, insya-Allah.

Yang Berhormat Kukup juga membangkitkan isu berkenaan jentera berat keluar masuk ke kawasan kampung. Terdapat projek persekutuan dari Kementerian Luar Bandar, (KPLB) iaitu kerja-kerja menaik taraf jalan dari Pekan Nanas ke Tanjung Piai, Pontian Fasa 2 dalam pelaksanaan dan dijangka siap pada Ogos 2022. Selain itu, terdapat juga projek daripada pemaju Tetuan Seaport Worldwide Sdn. Bhd. untuk projek pembinaan jambatan merentasi Sungai Pulai menghubungi Tanjung Bin dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Nusajaya Jambatan Sungai Pulai. Semasa dalam tempoh pelaksanaan jentera-jentera berat akan melalui kawasan kampung yang akan mengganggu tahap kualiti udara di kawasan tersebut. Pihak kerajaan melalui JKR telah pun mensyaratkan kepada pemaju agar menyelenggara jalan yang digunakan sepanjang tempoh pelaksanaan termasuk dari skop keselamatan dan kebersihan dengan pemantauan daripada pihak JKR.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, sila hadapkan kepada Speaker bila bercakap.

Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad SallehUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Bukit Pasir

Baik. Minta maaf Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker. Yang Berhormat Bekok juga ada membangkitkan isu berkenaan jalan sempit dan tidak rata yang selalu menjadi kawasan kemalangan maut di Jalan Labis ke Bukit Kepong. Untuk makluman Dewan yang mulia, bagi mengatasi masalah dan jalan sempit dan merbahaya, kerajaan negeri melalui JKR telah pun menyenaraikan projek naik taraf, projek melebarkan Jalan Durian Chondong J34 sepanjang 18.3 kilometer dalam permohonan penyediaan Bajet Pembangunan Rancangan Lima Tahun Negeri Johor, (RJ5T) tahun 2021 hingga 2025. JKR dapat melaksanakan projek di atas apabila peruntukan disediakan. Dengan terlaksananya projek ini nanti Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, ianya akan dapat mempertingkatkan keselesaan, keselamatan dan memberi banyak manfaat kepada rakyat. Bagi jalan yang tidak rata pula Yang Berhormat, kerajaan ambil maklum dan akan mengambil tindakan segera untuk membaiki kerosakan tersebut melalui kontrak jangka panjang konsesi untuk melaksanakannya. Yang Berhormat Bekok juga membangkitkan isu jalan raya yang selesa untuk ke bandar Muar dan persimpangan Kampung Teratai, Jementah, Segamat. Kerajaan sentiasa prihatin dalam mempertingkatkan mutu kemudahan asas seperti jalan raya yang selesa kepada rakyat. Justeru itu, beberapa tajuk kerja telah pun dimasukkan ke senarai RJ5T bagi DUN yang melibatkan kawasan Bekok. Tajuk-tajuk kerja adalah seperti berikut, Membina jalan dan jambatan dari Penchu, Tangkak ke Kampung Paya Ronggang, Muar dengan anggaran kos RM58.8 juta. Melebarkan Jalan Durian Chondong sepanjang 18.3 kilometer dengan anggaran kos RM30.5 juta. Melebarkan Jalan Kampung Teratai sepanjang 6.2 kilometer dengan anggaran kos RM11.8 juta. Melebarkan Jalan Sengkang sepanjang 7.5 kilometer dengan anggaran kos RM13.3 juta. Kerajaan berharap dapat melaksanakan projek di atas sekiranya peruntukan mencukupi.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Yang Berhormat Bukit Batu juga ada membangkitkan isu jalan tidak diselenggara di bebarapa lokasi seperti Jalan Persiaran Seri Puteri Utama, Jalan Gemilang Utama dan Jalan Kulai – Sedenak. Insya-Allah jalan ini akan dibaiki bermula pada 1 Julai 2022. Bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas pula di Jalan Kulai dan Sedenak, projek jalan pintas Senai – Kulai bypass perlu dilaksanakan dan kerajaan negeri akan memohon kepada kerajaan pusat agar projek ini diutamakan. Yang Berhormat Pemanis ada membangkitkan isu berkenaan Lebuh raya Tun Razak. Kerajaan negeri mengambil maklum tentang keadaan jalan raya yang sempit. Untuk makluman, Lebuh raya Tun Razak adalah jalan persekutan FT12, Jalan Segamat – Kuantan yang menghubungkan jalan raya daripada daerah Rompin ke daerah Segamat. Projek ini akan

dipertimbangkan untuk permohonan Rolling Plan RMK selanjutnya tertakluk kepada keutamaan projek negeri Johor.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Yang Berhormat Kota Iskandar juga dalam perbahasannya ada menyentuh berkenaan kesesakan Jalan Skudai ke Pontian melibatkan persimpangan Jalan Taman Sri Pulai, Taman Teratai dan Taman Pulai Jaya serta Jalan Ulu Choh ke Gelang Patah. Bagi mengatasi masalah kesesakan trafik yang kritikal pada waktu puncak di laluan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kota Iskandar, perancangan jangka pendek atau tindakan segera yang akan dilaksanakan adalah pihak JKR melalui Cawangan Kejuruteraan Elektrik Johor akan mengkaji semula sistem fasa lampu isyarat di laluan utama bagi melancarkan pergerakan trafik sedia ada. Manakala bagi perancangan jangka masa panjang, JKR telah memohon untuk menaik taraf laluan FT05 melalui projek cadangan menaik taraf laluan persekutuan FT005 dari Skudai ke simpang Jalan Ulu Choh – Gelang Patah dengan dua fasa iaitu fasa satu RMKe-12 Rolling Plan 3 melalui Kementerian Kerja Raya pada 23 November 2021 dan telah pun melalui proses sesi budget screening bersama pihak EPU.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Yang Berhormat Parit Yaani juga ada membangkitkan isu kesesakan di lampu isyarat persimpangan Kampung Bindu. Kerajaan negeri mengambil maklum tentang kesesakan jalan raya yang berlaku di persimpangan Kampung Bindu, dan insya-Allah kerja menaik taraf bagi Jalan Tongkang Pechah Batu Pahat dapat menyelesaikan masalah kesesakan di kawasan tersebut. Projek ini akan dipertimbangkan dalam permohonan Rolling Plan RMK selanjutnya tertakluk kepada keutamaan projek negeri Johor. Projek bypass Peserai ke Parit Jalil yang menyebabkan kesesakan itu sehingga Mei 2022, projek tersebut telah pun siap 92% berbanding sepatutnya mengikut jadual 96.2%, tarikh siap semasa adalah pada 2 Jun 2022 dan kini dalam tempoh berdenda.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, jalan perkampungan Orang Asli Kampung Pasir Salam, Sungai Tiram dan kampung Orang Asli Kampung Pasir Putih serta kerosakan jalan alternatif keluar ke Taman Kota Masai menuju ke Pasir Gudang dan Tanjung Langsat yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tiram. Untuk makluman, jalan di perkampungan Orang Asli Kampung Pasir Salam Sungai Tiram, dan kampung Orang Asli Kampung Pasir Putih dan kawasan-kawasan kampung di sekitar Sungai Tiram adalah di bawah tanggungjawab Pejabat Daerah dan JKR, insya-Allah akan memudah cara. Sementara laluan alternatif Taman Kota Masai menuju ke Pasir Gudang dan Tanjung Langsat adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan. Yang Berhormat Skudai ada juga membangkitkan isu menaik taraf dan membaik pulih jalan utama kawasan Skudai arah Kulai – Kempas melalui Taman Impian Emas dan Pontian ke Johor Bahru serta isu flyover Impian Emas yang tidak rata, Yang Berhormat mengadu seperti roller coaster. Untuk makluman Yang Berhormat Skudai, kita telah pun merujuk kerosakan di jalan di flyover Impian Emas, Pontian FT5 dan seperti yang saya maklumkan tadi FT5 berada dalam performance based contract dan akan dimulakan projeknya pada bermula pada 1 Julai juga, insya-Allah. Yang Berhormat Pekan Nanas ada membangkitkan isu kerosakan yang berulang di jalan utama Pekan Nanas ke Pontian. Seperti yang kita sedia maklum juga jalan ini berada pada FT005 dan akan mula dibaiki bermula pada 1 Julai 2022. Yang Berhormat Penawar juga membangkitkan cadangan menaik taraf jalan FT90 daripada dua lorong dua hala kepada 4 lorong 2 hala. Daripada persimpangan FT92 Kota Tinggi – Sungai Rengit, bermula daripada persimpangan stesen minyak Petronas Bandar Penawar ke kawasan pelancongan Desaru Coast. Untuk makluman Yang Berhormat Penawar dan Ahli Yang Berhormat semua, Jabatan Kerja Raya melalui kelulusan mesyuarat Unit Pusat Setempat, (OSC) di Lembaga Bandaran Johor Tenggara di bawah pentadbiran KEJORA telah mensyaratkan kerja naik taraf jalan FT90 kepada pihak pemaju. Satu perjanjian juga telah pun dijalankan antara pihak KEJORA dan pemaju yang melibatkan, yang terlibat bagi menyalurkan peruntukan oleh pihak pemaju bagi proses menaik taraf yang akan dijalankan oleh pihak KEJORA.

Walau bagaimanapun, penubuhan Majlis Perbandaran Pengerang, (MPP) pada tahun 2017 telah mengambil alih bidang kuasa KEJORA. Oleh itu, tanggungjawab pelaksanaan kerja naik taraf jalan FT90 dari persimpangan stesen Petronas ke Bulatan Desaru adalah di bawah tanggungjawab Majlis Perbandaran Pengerang.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Yang Berhormat Kemelah juga ada membangkitkan isu Jalan Labis ke Jalan Segamat. Merujuk kepada kerosakan di Jalan Labis FT1, pembaikan berskala besar juga akan dimasukkan dalam performance based contract yang telah pun ditandatangani pada 16 Jun yang lalu. Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Yang Berhormat Kahang, Yang Berhormat Kemelah dan juga Yang Berhormat Senggarang ada membangkitkan isu tentang lampu jalan. Untuk makluman Dewan yang mulia, Jabatan Kerja Raya menitikberatkan pemasangan lampu jalan di kawasan-kawasan black spot yang sering berlaku kemalangan berdasarkan aduan yang dibuat oleh pihak berkuasa. Lampu jalan juga akan dipasang di kawasan persimpangan yang memerlukan pencahayaan untuk tujuan keselamatan pengguna jalan raya. Walau bagaimanapun, ada lampu jalan yang di bawah, lampu jalan kampung yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan juga ada di bawah PBT. Oleh itu, pihak TNB hanya sebagai agensi pelaksana. Tetapi untuk makluman Dewan yang mulia ini, sepanjang tahun 2022 ini sebanyak RM650,000.00 telah pun diperuntukkan untuk memasang lampu jalan di persimpangan, di persimpangan jalan negeri Johor. Antaranya di Kulai, di Kluang, Batu Pahat, Muar dan Segamat. Manakala untuk memasang lampu amber di jalan-jalan negeri Johor Bahru RM50,000.00, Kulai RM50,000.00, Kluang RM50,000.00, Batu Pahat RM50,000.00, Muar RM50,000.00, Tangkak RM50,000.00, Segamat, Pontian, Kota Tinggi, Mersing masing-masing RM50,000.00 dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00 dan insya-Allah dijangka siap pemasangan pada September 2022.

Yang Berhormat Kahang dalam perbahasannya ada mencadangkan supaya setiap DUN diperuntukkan 100 lampu untuk dipasang di kawasan DUN masing-masing. Insya-Allah, pihak saya akan berbincang dengan EXCO Luar Bandar dan juga EXCO Kerajaan Tempatan, Bukit Permai bagi membuat kajian kebolehlaksanaan dan hasil kajian tersebut kita akan persembahkan kepada Yang Amat Menteri Besar untuk dipertimbangkan. Yang Berhormat Senggarang ada meminta saya anggaran peruntukan untuk DUN Senggarang. Untuk makluman Ahli Dewan, peruntukan bagi DUN Senggarang, Seksyen Taman Wawasan hingga Kubur Benang sebanyak 1 kilometer berjumlah RM1 juta, Belahan Tampok hingga Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang sepanjang 9 kilometer berjumlah RM2 juta, Masjid Parit Bajuri hingga Parit Bisu sepanjang 4 kilometer sebanyak RM2 juta, Summit hingga Pelican Hotel sepanjang 1 kilometer dengan kos anggaran RM1 juta dan Sekolah Kebangsan Tongkang hingga Punggur 3 Kilometer dengan anggaran RM2 juta menyebabkan keseluruhan peruntukan untuk DUN Senggarang sebanyak RM8 juta.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya beralih pula kepada portfolio pengangkutan.

Timbalan Speaker

Pendekkan.

Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad SallehUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Bukit Pasir

Tak boleh pendek Yang Berhormat Datuk Speaker, four minute boleh tambah, Yang Berhormat Datuk Speaker. Yang Berhormat Datuk Speaker, Datuk Timbalan Speaker, dan rakan-rakan seperjuangan dalam Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Stulang ada membangkitkan isu lintas sempadan, bas lintas sempadan dan untuk makluman perkara ini telah pun dibincangkan antara Lane Transport Authority, LTA Singapura dan Kementerian Pengangkutan Malaysia, Lead Transportation Link Working Group, TLWG Ke-25 yang telah pun diadakan pada tahun lepas. Dimaklumkan bahawa LTA kini sedang dalam proses pertimbangan dan menyokong permohonan kita untuk kita beroperasi selama 24 jam.

Dalam hal ini, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) juga tiada halangan malah menyokong sekiranya terdapat sebarang permohonan daripada pihak operator untuk beroperasi secara 24 jam tertakluk kepada kelulusan Jabatan Imigresen Malaysia, ICA dan juga Land Transport Authority Singapore (LTA).

Berkenaan dengan kutipan, Vehicle Entry Permit (VEP) kerajaan persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan telah menyalurkan hasil kutipan bagi pengenaan caj jalan, road charge dengan izin, kepada kerajaan negeri Johor sehingga 25% secara bulanan. Pada masa ini, pelaksanaan sistem pendaftaran dan rekod kemasukan kenderaan asing adalah inisiatif kerajaan persekutuan melalui MOT dari JPJ selaras dengan peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 Akta 333.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, keadaan semasa bagi pengangkutan air menunjukkan pergerakan penumpang tempatan adalah terhad kerana penumpang bagi pengangkutan air sedia ada menumpukan pergerakan penumpang antarabangsa. Jeti penumpang tempatan lebih memberi tumpuan kepada perkhidmatan dalam sektor pelancongan terutamanya di daerah Mersing. Di negeri Johor sahaja, terdapat 9 terminal feri antarabangsa yang hanya menghubungkan pengangkutan air dari negeri Johor ke negara Indonesia. Sebahagian terminal ini telah pun beroperasi sepenuhnya bermula 19 Mei 2022 yang lepas. Kebanyakan penumpang feri ini adalah warganegara Indonesia yang berkunjung ke negeri Johor bagi khidmat pelancongan, perubatan, melawat saudara mara di Johor serta mereka yang menyambung balik pekerjaan mereka sebelum PKP.

Saranan Yang Berhormat Perling bagi mempertimbangkan pengangkutan air ditingkatkan adalah usul yang baik. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, perkhidmatan teksi air diperkenalkan dalam Pelan Induk Pengangkutan Awam yang dibangunkan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ). Namun perkhidmatan ini masih belum dapat dilaksanakan sehingga kini. Potensi perkhidmatan teksi air ini amatlah besar dalam mengurangkan kesesakan terutamanya di bandar raya Johor Bahru dan Iskandar Puteri. Ianya boleh dijadikan alternatif mobiliti dalam daerah dan perantara kepada terminal feri antarabangsa sedia ada. Selain dari mod pengangkutan penumpang, teksi air juga mampu bertindak sebagai mod pengangkutan rekreaksi dan pelancongan keluarga dengan kapasiti bot di antara 10 hingga 20 orang.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, di dalam pelan ini mencadangkan beberapa laluan teksi air yang menghubungkan antara jeti-jeti sedia ada dan laluan teksi air bersifat pelancongan khususnya di daerah Kota Tinggi dan juga Muar. Bagi laluan teksi air daerah Johor Bahru yang mempunyai kepadatan penduduk dan trafik yang tinggi, frekuensi yang dicadangkan perlulah ditingkatkan mengikut kesesuaian waktu puncak. Infrastructure dan kemudahan yang bersesuaian perlulah disediakan untuk menyokong perkhidmatan pengangkutan awam air.

Seterusnya Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Projek Landasan Berkember Elektrik Gemas – Johor Bahru adalah projek rel yang melibatkan landasan berkembar sepanjang 192 kilometer dan melalui 11 stesen termasuk Segamat, Kluang, Labis, Bekok, Paloh, Renggam, Layang-Layang, Mengkibol, Kulai dan juga Kempas Baru. Kerajaan Johor mengambil maklum akan ada peningkatan pengguna yang menaiki kereta api bagi ke destinasi masing-masing. Seperti yang saya tekankan di dalam menjawab soalan dari Yang Berhormat Stulang, Yang Berhormat Perling dan juga Yang Berhormat Mengkibol, kerajaan negeri dalam perancangan mewujudkan Jawatankuasa Pengintegrasian Pengangkutan Awam di negeri Johor, di Johor Bahru bagi merangka aliran pergerakan penumpang yang menggunakan Rapid Transit System (RTS). Antara sistem yang akan diintegrasikan adalah sistem bas, iaitu perkhidmatan Bas Muafakat Johor dan bas-bas komersial, System Iskandar RAPID Transit, Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas – Johor Bahru dan cadangan

pembangunan LRT Johor Bahru. Kesemua rangkaian pengangkutan awam ini perlulah mempunyai infrastructure yang lebih mesra untuk pengguna.

Cadangan bagi menghidupkan semula Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura yang diputus ditamatkan sebelum ini disambut baik oleh kerajaan Johor. Kerajaan Johor menyokong semua langkah dan usaha yang menyentuh tentang pembangunan HSR. Johor akan mengambil sepenuh peluang yang ada apabila HSR dibangunkan di mana pembangunan di sepanjang jajaran itu akan memberi manfaat kepada rakyat dan juga pembangunan ekonomi. Projek HSR sememangnya memberi manfaat ekonomi sehingga RM21 bilion bagi Hasil Kasar Dalam Negeri, GDP sehingga 2060. Selain akan mewujudkan 110,000 peluang pekerjaan dan ia diunjurkan akan meningkat sehingga 442,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2069. Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

31 minit.

Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad SallehUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Bukit Pasir

Tak apa. Saya nak gulung dah Yang Berhormat. Sebagai penutup, saya mengharapkan kerjasama semua pihak untuk kita sama-sama merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan Johor Maju 2030. Fasa Muafakat Johor, Fasa Makmur Johor dan kini Fasa Maju Johor. Dengan slogan, “Maju Johor”, infrastucture yang melibatkan urusan pembangunan dan kemajuan merupakan perkara asas bagi kemajuan sesebuah negeri. Tugas ini berat Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, tapi mampu dipikul dengan izin Allah dan ikhtiar kita bersama dalam Dewan ini. Pulau pandan, dah nak habis dah ini, dah pantun. Pulau pandan jauh ke tengah, gunung daik bercabang tiga, Johor berkemajuan jangan dilengah, benda yang baik kita usahakan bersama. (Dewan bertepuk). Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, barang dipermudahkan Allah urusan kita. Sekian, salam Maju Johor. Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Waalaikumussalam Yang Berhormat. Dijemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna.

Tuan Lee Ting HanMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna · Paloh

Terima kasih Datuk Timbalan Speaker. Salam sejahtera, salam Maju Johor. Terlebih dahulu patik merafak sembah menjunjung kasih Kebawah DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim yang telah sudi mencemar duli bagi menyempurnakan Majlis Pembukaan Rasmi Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Johor Yang Ke-15. Sembah takzim dan setinggi-tinggi tahniah juga daripada patik ke atas Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atas pemasyhuran dan pelantikan sebagai Pemangku Raja. Semoga Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Amat Mulia terus kekal sihat walafiat bagi memacu kemajuan, kelestarian dan kemakmuran negeri Johor.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Paloh juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani atas penganugerahan gelaran Tan Sri. Setinggi-tinggi tahniah juga daripada Paloh kepada Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar yang telah pun diberi mandat sebagai Menteri Besar Johor Ke-19. Tahniah juga kepada Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi yang dilantik sebagai Speaker Dewan Negeri dan Yang Berhormat Datuk Haji Samsolbari Jamali sebagai Timbalan Speaker. Tidak lupa, sekalung tahniah buat rakan-rakan sekalian Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini. Pada kesempatan ini, tidak terlambat rasanya untuk saya merakamkan setinggi penghargaan orang Bangsa Johor khususnya warga DUN Paloh atas mandat yang diberikan pada pilihan raya negeri yang lalu.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, bagi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor saya merakamkan ribuan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi soal jawab mahupun sesi perbahasan sepanjang sesi sidang yang telah pun berlangsung. Sepertimana yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Datuk Speaker pagi tadi, adalah lebih baik untuk saya tidak mengulangi perkara yang telah dibangkitkan semasa sesi soal jawab terutamanya mengenai inisiatif-inisiatif spesifik. Justeru, penggulungan saya pada sesi ini lebih tertumpu kepada isu-isu yang bersifat dasar di bawah Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, kerajaan negeri Johor sentiasa mengambil pendekatan yang dramatik dan holistik dalam menangani isu-isu ekonomi yang dihadapi terutamanya sektor pelaburan. Sepertimana yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bekok, Perling, Bukit Naning, Permas, Sungai Balang, Tanjung Surat, Gambir dan Jementah. Menjunjung titah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor, kerajaan perlu dan akan memperkenalkan dasar yang mesra pelabur untuk merancakkan kembali pelaburan di negeri Johor.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, negeri Johor telah berjaya mencatatkan jumlah nilai pelaburan bagi sektor pembuatan sebanyak RM6.78 bilion pada tahun 2020. Angka ini berkembang sebanyak 2.5% kepada RM6.953 bilion pada tahun 2021. Bagi tempoh Januari hingga Mac 2022, nilai pelaburan yang dicatatkan adalah sebanyak RM2.237 bilion bagi sektor pembuatan dan RM23 juta bagi sektor perkhidmatan. Nilai ini menunjukkan kadar peningkatan hampir 30% jika dibandingkan dengan nilai pelaburan yang diterima bagi tempoh waktu yang sama tahun lepas iaitu sejumlah RM1.705 bilion bagi sektor pembuatan dan RM39 juta bagi sektor perkhidmatan.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, statistik yang dikongsikan tadi telah menunjukkan satu trend yang agak positif. Ia adalah usaha berterusan daripada kerajaan di bawah pimpinan Menteri Besar Ke-18, di mana satu asas yang kukuh telah pun disediakan untuk kerajaan hari ini menggandakan lagi usaha untuk menarik pelabur ke negeri Johor. Terima kasih juga kepada semua penjawat awam, JCS dan persekutuan khususnya BPEN, Invest Johor, MITI, MIDA, IRDA, IIB, JPDC dan lain-lain yang telah pun bertungkus lumus semasa zaman pandemik COVID-19. Melor menjalar ikan di pukat, disapa elok angin dan unggas. junjung kasih tanda muafakat, penghargaan terus pimpinan yang lepas.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, dari segi dasar secara amnya telah pun dinyatakan dalam Ikhtiar Barisan Nasional bahawa menerusi Johor berdaya saing, kerajaan akan membangunkan sosioekonomi semua daerah di negeri Johor berteraskan potensi dan kearifan setempat. Antaranya, Muar sebagai Hab Perabot Negara, Maharani Energy Gateway, Johor Bahru sebagai Pusat Perdagangan Bertaraf Antarabangsa. Bagi memacu pemulihan ekonomi, 3 impetus ekonomi iaitu Johor sebagai Lembah Digital Selatan melalui pelaburan dalam bidang ekonomi digital dan ekonomi kreatif.

Kedua, Johor sebagai Hab Agro Makanan Malaysia melalui pelaburan dalam sektor pertanian dan perternakan moden serta ketiga Johor akan merancakkan semula pelaburan baharu bagi sektor minyak dan gas termasuk industri sokongannya. Jawatankuasa ini akan berusaha menjayakan perancangan yang dinyatakan kerana ia merupakan janji-janji Ahli-Ahli Yang Berhormat di sebelah sini kepada seluruh Bangsa Johor yang perlu dikotakan. Walaupun ada sesetengah pihak yang telah pun kata janji-janji pilihan raya bukan kitab suci.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, secara khususnya telah pun dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Mampan Johor 2030 bahawa, strategi utama kerajaan negeri adalah mewujudkan pertumbuhan yang seimbang dan menyeluruh di seluruh negeri Johor dengan memfokuskan ekonomi mengikut kekuatan wilayah dan memperkasa peranan pentadbiran

di peringkat daerah. Antara gerak kerja utama yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi menjayakan strategi tersebut adalah memperkasa ekonomi di kawasan luar Wilayah Iskandar Malaysia dengan pelaksanaan projek-projek pemangkin ekonomi wilayah seperti Hab Pendidikan Pagoh, Hab Pertanian dan Industri Asas Tani Segamat, Hab Ekonomi Kreatif Kluang, Hab Perabot Muar dan Maharani Energy Gateway. Zon Ekonomi Wilayah Iskandar akan diperkukuhkan dengan perlaksanaan Project Kulai – Iskandar Data Exchange yang kini dikenali sebagai Sedenak Tech Park. Antara strategi terperinci adalah sepertimana yang diamanatkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tempoh hari berkaitan Kulai fastlane yang diperkenalkan oleh Majlis Perbandaran Kulai dalam memendekkan tempoh kelulusan pemajuan kawasan perindustrian terancang bagi proses kelulusan kerja awal di tapak, proses kelulusan pelan, proses sokongan kelulusan CCC serta lesen operasi akan dijadikan teladan bagi Pihak Berkuasa Tempatan yang lain.

Kerajaan negeri juga telah menubuhkan Invest Johor, dahulunya dikenali sebagai Johor State Investment Centre sebagai sebuah agensi pusat sehenti untuk membantu pelabur yang ingin melabur dan menarik pelaburan luar dan dalam negara ke negeri Johor. Untuk makluman Yang Berhormat Jementah, selain itu Invest Johor juga sentiasa menganjurkan perjumpaan serta program dengan pemain industri utama melalui Inisiatif Friendly Johor untuk mendengar masalah yang dihadapi mereka dan seterusnya mengambil tindakan susulan untuk membantu mereka terutamanya dalam zaman pasca COVID untuk meyakinkan para pelabur bahawa kerajaan negeri tetap bersama mereka dan bersifat pro business, pro development.

Berkenaan soalan Yang Berhormat Jementah mengenai penstrukturan Invest Johor, ia bermaksud melaksanakan usaha-usaha dan gerak kerja bagi menjayakan transformasi Invest Johor kepada sebuah badan korporat profesional ataupun perbadanan yang diiktiraf dan dipercayai oleh dalam sektor pelaburan domestik mahupun antarabangsa. Langkah ini perlu dilaksanakan agar fungsi serta peranan Invest Johor sebagai focal point bagi urusan berkaitan sektor pelaburan negeri ini dapat diperkasa supaya ia lebih produktif, efisien dan berdaya maju seperti yang telah pun dilaksanakan oleh negeri-negeri lain.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, kerajaan negeri juga peka dengan perkembangan di peringkat pusat termasuk polisi kerajaan persekutuan di bawah Aspirasi Pelaburan Nasional iaitu antara lain meningkatkan kompleksiti ekonomi melalui R&D tempatan, mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi, meluaskan hubungan dalam negeri melalui peningkatan keluasan dan kedalaman rantaian bekalan dalam negeri, membangunkan kelompok baharu sedia ada serta meningkatkan rangkuman melalui usaha meningkatkan pembangunan kawasan yang kurang mendapat perhatian. Dalam hal ini, kerajaan negeri sentiasa sedia memberi kerjasama kepada kerajaan persekutuan untuk menjayakan inisiatif-inisiatif ini.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, negeri Johor sebuah negeri yang bertuah. Lokasi Johor sangat strategik. Terletak berdekatan dengan Laut China Selatan, Selat Melaka dan Singapura dan mempunyai 3 pelabuhan strategik. Dari segi infrastruktur, kita mempunyai rangkaian lebuh raya yang lengkap dan kerajaan menjunjung kasih titah Tuanku Sultan mengenai pelebaran Lebuh raya Utara – Selatan dan Lebuh raya Senai – Desaru. Johor juga mempunyai Senai International Airport serta fasiliti logistik berkaitan untuk memenuhi keperluan para pelabur. Dari segi ekonomi, Johor mempunyai ekosistem pelaburan termasuk bagi sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama yang lengkap. Sebagai contoh, kita ada pembangunan minyak dan gas secara besar-besaran di Pengerang yang telah membantu mewujudkan ekosistem dan rantaian bekalan berkaitan industri di negeri ini termasuk pembangunan industri berasaskan petrokimia di Pengerang dan juga di Tanjung Langsat di Pasir Gudang.

Bagi sektor digital pula, kita sedang giat menarik pelaburan pusat data ke negeri ini supaya rantaian bekalan dapat diwujudkan kemudian. Selepas pembangunan asas, kami akan berusaha ke arah perkhidmatan berasaskan digital memandangkan infrastruktur digital sudah berada dalam negeri. Negeri ini juga mempunyai koridor ekonomi Iskandar Malaysia yang diterajui oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar dan juga East Coast Economic Region yang merangkumi daerah Mersing dan Segamat. Iskandar Malaysia akan tetap berusaha ke arah pembangunan smart city berasaskan teknologi manakala ECER akan berusaha mengenai sektor agro makanan seperti Jemaluang Dairy Valley. Kami juga ada Johor Petroleum Development Corporation, sebuah syarikat di bawah kawal selia bersama kerajaan negeri dengan Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk pembangunan sektor minyak dan gas. Maka, dengan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan persekutuan, MITI, MIDA dan pihak swasta, kami yakin sasaran penarikan pelaburan yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Mampan Johor iaitu antara RM10 bilion hingga RM15 bilion bagi tahun ini akan dapat dicapai. Sekali gus menyumbang kepada pencapaian sasaran pertumbuhan ekonomi yang diamanatkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tempoh hari.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bekok, Bukit Naning, Pemanis, Permas dan Tanjung Surat berkaitan cadangan menarik lebih banyak pelaburan baharu menerusi pembangunan zon-zon industri berimpak tinggi, kerajaan negeri amatlah prihatin dan bersetuju bahawa pertumbuhan yang lebih pesat di selatan Johor perlu disumbangkan di wilayah-wilayah lain supaya pembangunan bersifat holistik dan saling menyokong dan melengkapi di negeri Johor ini. Melalui Invest Johor, kerajaan negeri telah pun mengadakan beberapa sesi libat urus bersama jabatan, agensi, PBT, pemain industri dan organisasi sektor pelaburan bagi jalinan usahasama strategik perkongsian informasi mahupun usaha-usaha promosi. Setakat Jun 2022, sebanyak 2 sesi libat urus melibatkan 4 daerah telah pun dilaksanakan. Dalam hal ini, kerajaan negeri sedia membantu mana-mana pemain industri yang ingin membangunkan kawasan perindustrian terancam. Selain itu, kerajaan negeri juga akan mengoptimumkan zon-zon industri sedia ada agar ia lebih produktif dan seterusnya dapat memangkin pertumbuhan industri hiliran yang memanfaatkan penduduk setempat.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, mengenai langkah dan usaha kerajaan bagi mempromosi negeri Johor sebagai destinasi pelaburan utama di Malaysia, mahupun di rantau ini saya telah pun memberi penjelasan dalam sesi menjawab soalan-soalan lisan sebelum ini. Sehubungan itu, adalah lebih bertepatan untuk beralih ke isu-isu yang lain.

Melalui portfolio Hal Ehwal Pengguna sepanjang seminggu sesi Persidangan berlangsung, saya telah mengambil perhatian serius dan mendapati Ahli-Ahli Yang Berhormat telah banyak menyentuh isu dan kini menjadi perbualan serta topik hangat di media arus perdana mahupun sosial iaitu isu kenaikan harga barang keperluan yang tidak terkawal dan isu kos sara hidup yang semakin tinggi.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan kepimpinan negeri terus cakna dan peka terhadap isu ini dan bebanan yang dihadapi oleh rakyat. Kerajaan persekutuan sebenarnya telah pun merencanakan pelbagai usaha dan tindakan penguatkuasaan bagi menangani isu ini, malah kerajaan juga telah memperuntukkan beberapa akta dan punca kuasa berkaitan barang kawalan yang termaktub dalam Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Selain itu, kerajaan juga telah mengisytiharkan beberapa jenis barangan keperluan sebagai barang-barang kawalan di bawah Seksyen 5, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan di bawah Peraturan Barang Kawalan 1974. Antara barang kawalan termasuk tepung gandum, minyak tanah, gula, baja, minyak masak, petrol, bahan api, diesel dan lain-lain. Di antara barangan tersebut terdapat juga barangan yang di mana ianya turut diberikan subsidi oleh kerajaan seperti tepung gandum kegunaan am, minyak masak dan juga gas petroleum.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, semalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan tambahan Bantuan Keluarga Malaysia sebanyak RM100.00 bagi kategori isirumah B40 dan RM50.00 bagi golongan bujang B40 yang melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM630 juta untuk memanfaatkan seramai 8 juta warga keluarga Malaysia. Subsidi minyak masak berpaket juga dikekalkan dengan peruntukan sebanyak RM4 bilion sepanjang tahun ini. Bagi kerajaan negeri Johor, kami telah pun melaksanakan Bantuan Kasih Bangsa Johor yang melibatkan peruntukan sebanyak RM144.36 juta yang memanfaatkan sebanyak 3.6 juta Bangsa Johor. Tertakluk kepada kemampuan kewangan kerajaan negeri, kami akan terus usahakan yang terbaik untuk membantu semua warga Bangsa Johor seperti mana yang diamanatkan oleh Yang Amat Berhormat.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, ingin saya tegaskan sekali lagi di sini bahawa kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan KPDNHEP untuk menjalankan pemeriksaan, pemantauan serta melalui pelaksanaan Skim Harga Kawalan, Skim Harga Maksimum Musim Perayaan, Perlaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia, Perlaksanaan Program Kepenggunaan Johor demi memantau kenaikan harga secara mendadak.

Akhir sekali Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, terima kasih daripada hati saya ucapkan kepada sekalian YB semoga dikurniakan pelaburan terbesar di negeri tersohor di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat MB berserta kekuatan kerajaan negeri akan tercapai kemajuan Johor. Terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Terima kasih Paloh. Tahniah. Dijemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan.

Tuan Ling Tian SoonMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan · Yong Peng

Terima kasih Datuk Timbalan Speaker. Salam perpaduan, salam Bangsa Johor, salam Maju Johor. Nampaknya trend berpantun dah jadi kebiasaan dalam sidang DUN kita. Izinkan saya memulakan penggulungan saya dengan serangkap pantun.

Pohon selasih di tepi rumah, kembang berseri indah bergaya, Bangsa Johor bangsa berhemah, seia sekata menunjuk jaya. (Dewan bertepuk).

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan merafak sembah dan menjunjung setinggi-tingginya kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim atas keberangkatan merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-15. Semoga negeri Johor Darul Ta’zim akan terus makmur, aman di bawah naungan perintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Patik terus merafak sembah setinggi tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia, Mejar Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas perlantikan sebagai Pemangku Raja mulai 16 Jun 2022. Semoga Johor terus makmur dan maju di bawah naungan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Raja.

Sekalung tahniah juga kepada Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor atas penganugerahan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri sempena hari keputeraan rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Seterusnya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri Johor atas mandat dan kepercayaan yang diberi kepada saya ataupun Yong Peng dan melantik saya sebagai Ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Johor dengan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan. Terima kasih tidak terhingga kepada penduduk di N19 DUN Yong Peng yang telah memberi saya tiket untuk

masuk ke Dewan yang mulia ini. Tanpa anda semua saya mungkin tidak akan berada di sini. Terima kasih Yong Peng. Sekalung tahniah juga kepada Yang Berhormat Datuk Speaker dan Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker atas perlantikannya. Tidak dilupa juga sekalung ucapan penghargaan dan tahniah kepada barisan pentadbiran kerajaan negeri Johor yang bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita yang telah membawa satu konsep baru berdasarkan 6 teras yang akan menjadi tunjang utama dalam memastikan kita mencapai visi untuk majukan Johor.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, sepanjang berlangsungnya Persidangan dari hari pertama hingga ke hari ini, di dalam Dewan yang mulia ini pada penelitian saya, banyak maklum balas yang dilontarkan dari pelbagai bentuk sama ada cadangan, sokongan, mahupun teguran yang diberikan dari pihak sebelah sana mahupun rakan-rakan di sebelah sini. Semuanya saya telah ambil maklum segala input dan soalan-soalan yang diberikan telah saya perhalusi dan setiap teguran yang dilontarkan saya ucapkan terima kasih. Dan, akan diperbaiki di masa akan datang dan saya dengan sukacitanya saya akan menjawab setiap persoalan-persoalan itu pada sesi penggulungan ini. Sebelum saya terus pergi menjawab soalan-soalan yang diberi, saya mohon sedikit masa untuk berkongsi beberapa perkara berkenaan portfolio saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan.

Sidang Dewan sekalian, pertamanya di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Perpaduan Negara, Yang Berhormat Datuk Halimah binti Mohamad Sadique kerana telah memberi peruntukan sebanyak RM10 juta kepada negeri Johor bagi pembaikan dan penaiktarafan kampung baru sebanyak RM5 juta dan membaik pulih rumah ibadat selain Islam sebanyak RM5 juta. (Dewan bertepuk).

Ucapan terima kasih juga kepada kerajaan Johor atas perlaksanaan inisiatif Raja Sehari. Inisiatif ini adalah memberi RM1,000.00 bantuan kepada pasangan yang baru berkahwin di dalam kategori pendapatan bawah RM5,000.00 di negeri Johor. Ia boleh dipohon tanpa mengira latar belakang dan agama ataupun bangsa. Ia bakal membantu banyak pasangan baharu dalam memulakan kehidupan berpasangan. Jadi, saya minta YB-YB dalam Dewan ini semua untuk mewar-warkan inisiatif ini baik, semasa balik di kawasan YB-YB untuk pengundi bukan untuk YB-YB dalam sidang Dewan ya. Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker dan sidang Dewan sekalian. Untuk makluman Yang Berhormat, pada 18 Jun 2022 yang lalu Kementerian Perpaduan dengan kerjasama Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Johor dan Pejabat Daerah Muar telah menganjurkan Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia Peringkat Negeri di Muar dan YB Sungai Balang juga turut bersama. Program ini merupakan program yang julung kalinya diadakan dan negeri Johor telah menjadi tuan rumah bagi pertama bagi program peringkat negeri ini. Program yang dilaksanakan itu cukup baik dan memberikan impak terhadap penyatuan kepelbagaian bangsa di negara kita. Saya akan terus mengusahakan agar program-program yang bagus seperti itu dapat di bawa dan dijalankan di setiap daerah dalam negeri Johor. Tambahan pula, ianya selari dengan rancangan kerajaan negeri Johor iaitu dalam tahun ini kita akan melancarkan satu program yang dinamakan Karnival Bangsa Johor. Misinya adalah untuk membawa identiti bangsa Johor itu sendiri iaitu identiti sebagai satu bangsa yang sentiasa bersatu padu dan menjadi permuafakatan sebagai satu tunjang utama. Kita mahukan rakyat negeri Johor sentiasa bangga dan kekal dengan identiti Bangsa Johor. Dengan itu juga, kita akan terus membawa dan kekalkan slogan Bangsa Johor.

Selain itu, suka saya kongsi dengan sidang Dewan, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Johor akan melancarkan satu program dinamakan Duta Perpaduan Johor. Di mana kita akan melantik seramai 200 orang anak muda meliputi semua komposisi kaum dan daerah di negeri Johor untuk menjadi penggerak perpaduan di negeri Johor. Ini merupakan satu-satunya duta perpaduan tunggal di Malaysia dan Johor adalah negeri pertama yang mempunyai duta perpaduan. Dalam sektor memperkasakan KRT dan SRS

bagi memastikan rakyat negeri Johor berasa selamat dan aman di kediaman mereka, maka kerajaan negeri Johor bersama-sama Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Johor akan menjalankan inisiatif membekalkan peralatan-peralatan baharu kepada SRS di negeri Johor. Tahun lalu, kita telah bantu 92 SRS dan pada tahun ini kita dalam proses untuk bantu 90 lagi SRS. Moga-moga tahun hadapan lebih banyak SRS kita akan berjaya bantu dan sehingga setiap SRS yang aktif dalam negeri Johor mendapat peralatan rondaan tersebut. Dan, saya seterusnya sukacita maklumkan meningkatkan, dan seterusnya secara tidak langsung meningkatkan keselamatan komuniti dalam kawasan rukun tetangga. Negeri Johor adalah negeri pertama yang memberi bantuan sebegini.

Konklusi dari itu, kita dapat lihat bahawa negeri Johor ini sentiasa jadi yang pertama. Johor ini kerajaan negeri yang pertama beri peruntukan kepada Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri. Pada tahun 2021, kerajaan negeri peruntukkan RM1 juta dan tahun ini kerajaan negeri beri RM1.5 juta kepada Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Johor. Selain itu, negeri Johor juga negeri pertama menjalankan program duta perpaduan dan negeri pertama yang membekalkan peralatan kepada SRS dan lain-lain lagi, tambahan pula nombor IC kita juga mula daripada nombor 1. Saya percaya dengan adanya promosi Keluarga Malaysia akan dapat terus memperkasakan identiti Bangsa Johor. Dalam sepanjang perbahasan di dalam sidang Dewan hanya YB Panti sahaja yang bertanya dan membawa isu berkenaan perpaduan, terima kasih YB Panti, satu tepukan diberikan (Dewan bertepuk). Untuk makluman seisi Dewan, perpaduan itu ibu kepada semua masalah, setiap masalah akan dapat di atasi dengan adanya perpaduan yang kukuh. Dan, kalau tanpa perpaduan negara kita, negeri kita akan kacau bilau. Oleh itu, janganlah kita memandang enteng akan isu perpaduan.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, bagi portfolio kesihatan banyak isu berkenaan portfolio kesihatan selalu juga muncul dalam Persidangan Dewan ini. Sebelum pergi lebih lanjut saya ingin memaklumkan kepada seisi Dewan, kes COVID-19 pada 16 Jun ada sebanyak 68 kes, pada 17 Jun ada sebanyak 60 kes dan pada 18 Jun ada sebanyak 40 kes dan hari seterusnya pada 19 Jun ada 56 kes dan pada 20 Jun sebanyak 62 kes dan pada semalam adalah 59 kes. Sepanjang dua minggu ini hanya 2 digit bagi setiap hari. Dan bagi kes HFMD pula, penurunan ketara trend kes HFMD yang dilaporkan di negeri Johor bermula pada minggu ke-22 sehingga minggu ke-24 iaitu dari 1,491 kes pada minggu ke-22 kepada 1,090 kes pada minggu ke-23 dan terkini 663 kes pada minggu yang ke-24. Dan bagi kes denggi pula, kes denggi kumulatif kes pada minggu epid ke-24 ialah 984 kes. Dan mencatat penurunan sebanyak 14.4% kes berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021 iaitu 1,149. Daripada jumlah kes yang dilaporkan 304 kes ataupun 3.9% dilaporkan dari lokasi wabak dan 680 kes atau 69.1% daripada lokasi bukan wabak. Ini menunjukan kegigihan dan kerja keras dari barisan frontliner. Jadi saya mohon satu tepukan yang gemuruh dari seisi Dewan kepada mereka (Dewan bertepuk). Terima kasih barisan frontliner yang sanggup berhadapan dengan ancaman dan bahaya.

Di sini, saya juga ingin mengingatkan seisi Dewan pada sidang akhbar 21 Jun yang lalu, dari Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairi Jamaluddin, beliau menegaskan bahawa Malaysia dijangka akan menghadapi gelombang baharu COVID-19 dalam tempoh 2 atau 3 bulan akan datang. Jangkaan tersebut berdasarkan perkembangan epidemologi di negara lain yang menunjuk jangkitan pasti berlaku. Jadi, saya mohon kepada rakyat negeri Johor yang masih belum menerima dos vaksin sila lakukan segera. Saya juga mohon agar jagaan dan esok maaf, jika anak-anak kita belum mendapat dos vaksin sila lakukan sekarang. Saya juga mohon agar jangan berhenti mengamalkan amalan pencegahan COVID-19 iaitu 3W. Wash, Wear and Warn. Ingat kita masih belum menang.

Datuk Timbalan Speaker dan seisi Dewan yang dimuliakan. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor peka akan adanya banyak isu yang berkaitan dengan infrastruktur kesihatan. Jadi, dari hari pertama saya mengangkat sumpah selaku Pengerusi Jawatankuasa

Kesihatan dan Perpaduan, saya telah turun ke beberapa lokasi hospital dan klinik kesihatan untuk meninjau apakah keperluan mendesak dan cuba selesai dengan segera keperluan mereka. Di antaranya saya telah melawat ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) sebanyak tiga kali iaitu pada 26 Mei, 31 Mei, 13 Jun dan juga ke Hospital Sultan Ismail pada 11 April dan 5 Jun. Ia ada secara rasmi dan tidak rasmi. Salah satu isu adalah isu jalan di laluan masuk tempat letak kenderaan Hospital Sultanah Aminah yang telah selesai di turap, isu tempat menunggu yang kurang kondusif di Hospital Sultan Ismail, Klinik Kesihatan Sultan Ismail. Jadi, saya telah mengusahakan peruntukan untuk membeli kerusi, kipas dan komputer yang baharu. Pada 19 Jun yang lalu, saya telah melawat ke Hospital Pontian bersama dengan YB Pulai Sebatang dan Pekan Nanas dan juga dapat memberi sedikit peruntukan kepada hospital tersebut untuk menaik taraf bilik kecemasan mereka. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah meluluskan peruntukan kepada hospital ataupun klinik-kllinik kesihatan tersebut. Banyak lagi perkara yang saya mahu selesaikan tetapi beberapa isu itu memakan masa dan perlukan belanja yang besar, tetapi saya akan terus berusaha sedaya upaya untuk memastikan setiap isu itu diketengahkan dan dibawa ke peringkat pusat demi majukan negeri Johor.

Di sini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Dewan yang bertanya berkenaan isu kesihatan. Jadi, terima kasih YB Kukup, YB Perling, YB Maharani, YB Johor Jaya, YB Pekan Nanas, YB Penggaram, YB Tangkak, YB Pulai Sebatang, YB Parit Raja, YB Bukit Kepong. YB sekalian, saya percaya bahawa sistem perubatan yang kondusif adalah amat penting bagi negeri Johor. Di sini, saya ingin kongsi dengan seisi Dewan sebanyak 15 projek yang sudah disiapkan sepanjang 2 tahun lepas, iaitu 4 projek pembinaan klinik kesihatan yang baharu dan 11 projek penaiktarafan hospital ataupun kuarters bagi Jabatan Kesihatan Negeri Johor. 11 projek sedang dalam proses pembangunan. Di sini, saya ingin memberi senaraikan bagi 11 projeknya yang sedang berlangsung ataupun sedang dijalankan.

Yang pertama, Klinik Kesihatan Jenis 3 dengan Kuarters Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru, statusnya 90%. Klinik Kesihatan Jenis 3 dengan kuartersnya Tampoi, Johor Bahru dan statusnya 94%. Pembinaan bangunan tambahan Hospital Segamat, statusnya 92.18%. Klinik Kesihatan Jenis 5 dengan Kuarters Palong Timur, Segamat, statusnya 80.4%. Menaik taraf Klinik Pergigian Kluang, statusnya 87%. Menyiapkan baki kerja bagi pembinaan bangunan baru Makmal Patologi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, statusnya 87.74%. Klinik Kesihatan Jenis 2, Segamat, statusnya 14.95% dan juga pembinaan Hospital Pasir Gudang dan statusnya 27.71%. Klinik Kesihatan Jenis 2 Taman Cendana Pasir Gudang, statusnya 10.28%. Cadangan membina Klinik Kesihatan Jenis 3 Bandar Kota Tinggi, statusnya 6.8%. Menaik taraf sistem perangkap kilat di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, statusnya 30.22%

Dan juga projek yang akan datang adalah 10 projek menaik taraf infrastruktur hospital termasuk HSA dan HSI, 6 projek menaik taraf klinik kesihatan, satu projek pembinaan semula klinik kesihatan, satu pembinaan klinik kesihatan baharu, 2 projek menaik taraf Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia di Johor, 1 projek perolehan peralatan pergigian bergerak, 3 lain-lain projek dan dalam banyak-banyak projek ini, impian daripada YB Parit Raja juga tersenarai dalam projek-projek tersebut. Selain itu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga dalam proses untuk mendapat projek mega iaitu pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2. Ia menjadi tumpuan bagi kerajaan negeri Johor dan ia juga selari dengan Ikhtiar Barisan Nasional, Barisan Nasional Negeri Johor pada PRN Negeri Johor yang lalu. Peribahasa Melayu berkata, lembu dipegang dengan tali, manusia dipegang dengan janji. Kami bukan sama PM ke-7 ataupun PH dahulu, janji itu bukan kitab suci (Dewan bertepuk). Saya yakin kita akan dapat mencapai impian kita iaitu mempunyai sistem perubatan yang kondusif dan profesional. Jadi, di Dewan yang mulia ini, saya memohon doa daripada anda semua, daripada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan rakyat Bangsa Johor agar permohonan ini berjaya diluluskan dalam bajet tahun hadapan.

Selain itu, untuk makluman Yang Berhormat Bukit Kepong, saya dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor keluarkan kenyataan setiap minggu mengenai situasi terkini HFMD ataupun denggi. Baik di sosial media mahupun di akhbar. Mungkin YB sibuk menguruskan kawasan sampai terlepas pandang. Jadi, saya jemput YB untuk like ataupun follow dengan izin, facebook saya itulah sedikit berkenaan mengenai portfolio saya. Sidang Dewan sekalian, dalam peribahasa Cina ada berkata, tak gaduh maka tak kenal dan peribahasa Melayu kata pula tak kenal maka tak cinta. Bagi teguran YB Johor Jaya, saya ingin memohon maaf kerana tidak menjemput YB untuk bersama-sama saya ke lawatan tapak Hospital Pasir Gudang. Itu bukanlah satu tanda saya meminggirkan pihak di sebelah sana. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, sebelum itu saya ada mengadakan kunjungan hormat ke Hospital Sultan Ismail, saya tidak pula mengeluarkan apa orang kata ini, jemputan secara rasmi kepada YB Puteri Wangsa, tetapi Puteri Wangsa tetap hadir dan bersama dengan saya sepanjang lawatannya (Dewan bertepuk). Mungkin selepas ini YB Johor Jaya boleh lebih peka akan jadual saya dan saya sudi berkongsi jadual saya bersama YB kalau YB inginkan. YB Johor Jaya tak ada pula ek. Satu lagi sebelum saya terlupa, saya juga ingin memohon kepada Yang Berhormat Johor Jaya agar menjemput atau memaklumkan kami di sebelah sini, jika lain kali YB merancang program atau mengadakan ceramah yang mengutuk usaha-usaha murni kerajaan di tempat kami, boleh juga menjemput, memaklumkan saya ataupun rakan-rakan di sini kami akan sertai program tuan-tuan dan puan-puan ataupun YB di sebelah sana. Tak seronoklah kalau YB masuk ke kawasan saya dan saya tidak sambut Yang Berhormat pula.

Dengan menjawab soalan itu, maka saya di penghujung penggulungan saya, saya buka dengan pantun, maka izinkan saya tutup dengan pantun. Melawat bersama Puteri Wangsa, Maaf, terlupa Johor Jaya, Maju Johor Maju Bangsa, Bangsa Johor Bangsa Berjaya. Sekian, terima kasih. (Dewan bertepuk).

Timbalan Speaker

Terima kasih Yong Peng. Ahli-Ahli Yang Berhormat, sepertimana sedia kala kita berada di penghujung sesi sebelum tengah hari ini. Sepertimana juga yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat daripada Buloh Kasap bahawa akan ada program nikmati rasa durian di ruang legar Dewan Negeri Johor jam 1.30 petang ini, insya-Allah. Sekadar ingatan mesra, jemputan ini juga adalah terbuka kepada semua pihak iaitu Ahli-Ahli Yang Berhormat dan ketua-ketua jabatan yang ada dalam Dewan ini, insya-Allah. Pada masa yang sama saya ingatkan makan hingga puas, nikmati selagi tahan. Pada masa yang sama juga nak ingatkan, untuk makluman juga, team pegawai perubatan ada berada di aras 2. (Dewan ketawa). Jadi berhati-hati nikmati. Tak semua yang kita makan, yang kita suka itu boleh membawa kebaikan. Ada juga yang kita suka tapi bawa kemudaratan.

Dengan ini Yang Berhormat, Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya tangguhkan Persidangan hingga pukul 2.30 petang ini insya-Allah.

Persidangan ditangguhkan pada jam 1.00 petang.

Persidangan disambung semula pada jam 2.30 petang.

YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.

Timbalan Speaker

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Maju Johor. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan mengucapkan selamat kepada para pemerhati. 23 orang daripada kawasan DUN Machap. (Dewan bertepuk). Dan 3 orang wakil pemerhati dari sebagai iaitu Ketua Pemuda Air Hitam, Ketua Pemuda Kluang dan Ketua Pemuda Tanjung Piai. (Dewan bertepuk).

Ahli-Ahli Yang Berhormat, alhamdulillah kita telah menikmati apa yang kita hajatkan sebagai pemeriksaan diri sendiri, sila cuba tengok telinga masing-masing. Kepada mereka yang tidak boleh tengok telinga masing-masing bermakna dia boleh makan durian lagi. Sokonglah industri buah-buahan tempatan. (Dewan bertepuk). Disambung semula perbahasan penggulungan Yang Berhormat Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa. Dipersilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam.

Tuan Mohd Fared bin Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Maju Johor. (Bacaan doa.) Terlebih dahulu adalah patik dengan segala hormat dan takzimnya merafak sembah dan menjunjung kasih di atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim yang telah berkenan untuk berangkat dan mencemar Duli bagi merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor pada Khamis 16 Jun yang lalu. Patik dan rakyat Semerah berdoa mudah-mudahan Allah melimpahkan rahmat-Nya, mengurniakan keselamatan dan kesihatan serta dilanjutkan apalah jua kiranya usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor dan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor serta Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda binti Bustamam agar bertambah-tambah lagi darjah kebesaran dan kedaulatan bagi menaungi patik sekalian dengan saksama.

Terlebih dahulu, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Rengit selaku Speaker Dewan Negeri Johor dan Yang Berhormat Semarang atas pelantikan sebagai Timbalan Speaker. Tahniah juga kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sama ada daripada barisan kerajaan dan pembangkang atas kemenangan kalian dan kita semua pada pilihan raya yang lalu. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri yang telah dianugerahkan dengan gelaran Tan Sri oleh Yang Dipertuan Agong baru-baru ini.

Saya juga mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada mantan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang ke-18, Yang Berhormat Dato’ Hasni bin Mohammad serta barisan EXCO yang lepas dalam menerajui negeri Johor ketika COVID-19 melanda negeri dan juga negara kita.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, saya juga merakamkan kesempatan ini ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz bin Ghazi yang telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor yang ke-19. Mudah-mudahan atas gagasan Maju Johor serta amanat yang telah diberikan, kepimpinan beliau kali ini akan menghasilkan kebaikan yang lebih banyak untuk Bangsa Johor, amnya insya-Allah. Gabungan kepimpinan muda dan juga lama adalah bertepatan seperti mana ungkapan Bahasa Arab yang saya kongsikan di sini, dengan izin (berbahasa Arab) iaitu dengan mengambil kebijaksanaan orang lama dalam semangat orang muda. Sudah pastinya kita akan mengamati dengan baik setiap bait-bait amanat Maju Johor yang telah pun dibacakan dan telah pun diamanatkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar kita.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, saya juga nak mengucapkan khusus jutaan terima kasih dan tahniah kepada YB Buloh Kasap dan Bekok, kerana dua-dua hari ini kita disajikan dengan durian yang sangat lazat (Dewan bertepuk). Tapi saya nak berkongsi pantun bagi maksud durian. Durian bukan sebarang durian, durian dari Bekok dan Segamat, maafkan saya tak makan durian, tapi berbaloi dapat pokok seikat.

Terima kasih Datuk Timbalan Speaker. Saya juga nak sebutkan satu lagi pantun sebelum saya mula menggulung. Nasi beriani ditabur kas-kas, ayam jantan galak bertarung, tamat sudah soalan berbahas, wakil Semerah mohon menggulung.

Saya mulakan penggulungan saya dengan menjawab isu-isu dan persoalan yang berbangkit dari perbahasan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri sekalian.

Yang pertamanya, saya merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senggarang. Dua isunya, iaitu berkenaan pengurusan masjid dan surau, manakala yang kedua, bahagian Pendidikan Islam. Bagi maksud Masjid Raudhatul Jannah untuk proses pembinaan yang baru, saya mengambil prihatin dan juga perhatian yang berat, untuk saya turun padang selepas ini bagi melihat permasalahan yang berlaku di masjid tersebut. Insya-Allah gerak kerja selanjutnya akan kita muktamadkan sedikit masa lagi.

Yang Berhormat Senggarang juga ada bertanyakan bagi maksud bahagian Pendidikan Islam. Pertanyaannya mengenai cadangan menaikkan kadar elaun guru-guru besar Sekolah Agama Kerajaan Johor yang muridnya melebihi 1,500 orang sehingga 2,000 orang bagi satu sekolah. Berhubung cadangan dan alternatif tersebut, negeri Johor bagi mana sekolah yang muridnya melepasi angka 1,500, untuk makluman Dewan yang mulia, pihak Bahagian Pendidikan Islam bersedia mengemukakan cadangan bagi menimbangkan kenaikan kadar elaun yang sesuai bagi guru-guru besar bagi sekolah terbabit.

Yang Berhormat Senggarang juga serta Yang Berhormat Layang-Layang ada juga menyentuh isu-isu berkenaan dengan silibus kitab-kitab sekolah agama. Untuk makluman Dewan yang mulia, setiap semakan bagi silibus kitab-kitab sekolah agama berlaku pada 5 tahun sekali. Kali terakhir semakan dibuat pada tahun 2017 dan semakan yang terbaru akan berlaku pada tahun hadapan, 2023. Walau bagaimanapun, kita tetap menerima sebarang teguran mahu pun maklum balas daripada mana-mana pihak.

Bagi pertanyaan oleh Yang Berhormat Pasir Raja mengenai baik pulih Sekolah Agama Taman Sri Saujana dan juga bagi menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Tiram berkenaan infrastruktur di Sekolah Agama Kampung Pasir Putih dan Sekolah Agama Bandar Tiram.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, semua aduan yang kami terima berhubung pembaikpulihan infrakstruktur sekolah, kami letakkan sebagai keutamaan. Kami amat prihatin akan ketidakselesaan para pelajar dan guru-guru semasa sesi pembelajaran berlaku. Kami akan turun padang dan membuat pemeriksaan lanjut terhadap aduan-aduan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat. Berdasarkan bajet yang berbaki pada tahun ini, saya memberikan akujanji untuk mengutamakan sebarang proses pembaikpulihan yang perlu kesegeraan dan mendesak.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, semasa perbahasan Yang Berhormat Pemanis juga membangkitkan berkenaan isu pembinaan Sekolah Agama Kampung Tengah. Untuk makluman Dewan yang mulia, saya sendiri telah pada sesi awal pelantikan sebagai EXCO turun padang bersama Yang Berhormat Pemanis melihat keadaan sekolah yang dimaksudkan. Sebenarnya pada awal sekolah ini, pada fasa 1 hingga 4 pada tahun 2018, ianya telah dimasukkan untuk dibina baru. Walau bagaimanapun, pada ketika itu satu tanah wakafnya belum selesai. Namun, selepas saya turun sendiri ke kawasan tersebut dan mendapati keperluan untuk pembinaannya disegerakan, apatah lagi Sekolah Agama Kampung Tengah ini telah ada tanah dan lokasinya. Dan lokasi yang terbabit yang dikenal pasti itu membolehkan satu sekolah agama dibina bagi maksud juga penempatan mangsa banjir. Ketika ini di kawasan tersebut, ada sebuah sekolah kebangsaan yang ditumpang di sekolah agama ini. Namun, masalahnya sekolah kebangsaan itu pun sendiri ketika banjir,

turut ditenggalami banjir. Bagi maksud tersebut, kita menghasratkan agar Sekolah Agama Kampung Tengah dapatlah dimasukkan dalam fasa 6 pembinaan baru tak lama lagi.

Bagi maksud Yang Berhormat Kukup. Beliau membangkitkan 3 isu dalam perbahasannya. Isu yang pertama, Yang Berhormat Kukup menyatakan berkenaan pembinaan Balai Cerap di daerah Pontian. Balai Cerap mempunyai peranan yang sangat besar, bukan sahaja bagi melihat anak bulan dalam penetapan tarikh awal puasa dan juga hari raya tetapi juga membangunkan bidang astronomi bagi negeri Johor khasnya. Cadangan pembangunan Balai Cerap ini adalah untuk menggantikan Baitu Hilal sedia ada yang ketika ini hanya beroperasi di tingkat atas Majlis Daerah Pontian. Status terkini adalah bagi maksud proses penilaian tapak oleh Jabatan Kerja Raya Johor serta Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri Johor telah pun memperuntukkan RM2 juta bagi proses penilaian awal tapak-tapak yang sesuai.

Bagi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kukup, yang mengutarakan persoalan mengenai pertimbangan kerjasama Hab Halal dengan syarikat multinasional bagi membuka peluang perniagaan kepada PMKS. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia, Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Johor berfungsi bagi mengurus semua permohonan sijil halal di negeri Johor dan juga bagi syarikat-syarikat bersifat kebangsaan dan juga antarabangsa. Ianya meliputi semakan dokumen permohonan, pengauditan lapangan di premis, pemantauan di premis setelah sah memiliki sijil halal yang dibekalkan. Berdasarkan Pelan Strategik Bahagian Pengurusan Halal dalam tempoh 5 tahun, Bahagian Pengurusan Halal telah merancang pelbagai inisiatif untuk memperkasakan keadaan ini. Kita juga merancang untuk berkolabarasi dengan agensi berkepentingan bagi mewujudkan Johor Halal Corridor yang mana usaha ini akan menjadi jaringan halal yang lebih meluas dan menyeluruh.

Isu ketiga dibangkitkan Kukup oleh YB berkenaan geran dan juga harta tanah pusaka yang tidak berwaris. Perkara ini sebenarnya sudah berada dalam perancangan kami. Nilai pusaka yang tidak dituntut di seluruh negara seperti yang dikenal pasti adalah berjumlah RM70 bilion. Kebanyakan jumlah ini adalah harta-harta pusaka bagi orang Melayu Islam. Bagi mengatasi masalah ini, Majlis Agama Islam Negeri Johor telah meluluskan geran berjumlah RM65,200.00 kepada UTHM yang mana geran ini adalah bagi maksud UTHM menjadi satu jawatankuasa bagi meluluskan, bagi mengkaji dan membuat satu solusi penyelesaian bagi isu-isu yang berkaitan harta tanah yang tidak berwaris dan tidak diuruskan. Saya sendiri pada 25 Mei yang lalu telah pun menyaksikan Memorandum Persefahaman tersebut ditandatangani.

Persoalan berikutnya yang berbangkit dari Yang Berhormat Kahang mengenai pembinaan masjid baru di Kampung Contoh, Kahang. Sebenarnya, permohonan telah pun dimajukan pada 31 Oktober tahun lepas dan sedang dalan penelitian akhir Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor. Saya akan meneliti semula permohonan ini dan akan memberikan perkembangannya kepada Yang Berhormat Kahang tak berapa lama lagi.

Parit Yaani juga ada bertanya tentang pembinaan masjid baharu di Bandar Putera Indah, Tongkang Pechah. Perkembangan isu ini sebenarnya masjid baru Putera Indah, Tongkang Pechah tersebut masih di dalam urusan dokumen tanah. Dan tanah tersebut masih lagi milik pemaju. Apabila pemilikan telah sempurna kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor, maka proses selanjutnya, insya-Allah kita akujanji untuk segerakan.

Semasa perbahasan juga, Yang Berhormat Maharani bertanya berkenaan dengan projek Perumahan Taman Perbadanan Islam Negeri Johor di DUN Maharani dibawah pengurusan PIJ Holdings Sdn. Bhd. Bagi status kemajuan tersebut, kelulusan Kebenaran Merancang telah diluluskan pada 6 Julai 2021 oleh Majlis Perbandaran Muar. Pada ketika ini, pelan kerja tanah dan pelan pembangunan sedang disediakan oleh pihak perunding arkitek dan

jurutera struktur untuk dikemukakan bagi tujuan kelulusan. Apabila, adalah dijangkakan kerja-kerja tapak akan dilaksanakan mulai Ogos 2022 sebaik sahaja pelan tanah diluluskan. Kerja-kerja tambakan tanah dijangka bermula Januari 2023 dan siap jangkaannya Mei 2023. Manakala kerja-kerja struktur pembangunan bagi Rumah Mampu Biaya Johor, dijangka bermula Julai 2023 dan dijangka siap sepenuhnya Julai 2025.

Bagi pertanyaan Yang Berhormat Pulai Sebatang, ada tiga isu yang berbangkit. Yang pertama mengenai jurang elaun yang diberikan oleh JAKIM dengan elaun yang diberikan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor, bagi maksud pegawai-pegawai masjid dan juga surau.

Jabatan Agama Islam Negeri Johor melalui Pembangunan Masjid dan Surau sudah cuba untuk menyelaraskan dengan pihak JAKIM serta negeri-negeri lain berhubung elaun ini. Tetapi kos tambahan yang ditanggung, yang bakal ditanggung oleh kerajaan adalah berjumlah sekitar RM40 juta setahun. Oleh kerana jumlahnya agak tinggi, bagi maksud bajet yang lebih berhemah, adalah dicadangkan untuk partisiasi bajet yang akan datang, permohonan baru kepada kerajaan negeri akan kami utarakan dengan tambahan bajet yang berkurangan tetapi munasabah berjumlah RM11 juta sahaja. Kertas kerja yang sepatutnya dan wajar akan kami utarakan kemudian.

Yang kedua, berkenaan dengan penyemakan cara bayaran elaun kepada pegawai masjid. Kami sedang sehabis baik mungkin memastikan elaun pegawai masjid dan surau dibayar pada masa dan juga waktu yang sebenarnya. Sebarang kelewatan yang pernah berlaku, saya mohon ditambah baik dan tidak akan berlaku lagi di masa hadapan.

Isu yang ketiga adalah cadangan memperuntukkan kuota haji kepada pegawai masjid dan surau. Hasrat ini juga akan dipertimbangkan sebaiknya dan akan dimajukan kepada pihak kerajaan negeri. Hasrat Dewan Undangan Negeri untuk menaikkan jumlah bantuan asnaf, untuk makluman Dewan yang mulia, Majlis Agama Islam Negeri Johor amat prihatin akan permasalahan yang dihadapi oleh golongan fakir miskin. Majlis Agama Islam Negeri Johor telah mengorak langkah dengan membangunkan Pelan Pembangunan Asnaf 2022-2023 bagi maksud mengeluarkan golongan fakir dan juga miskin daripada kelompok kemiskinan. Lima pelan pembangunan yang kami telah gariskan adalah seperti berikut:

1. Memperkukuhkan program bantuan perumahan asnaf. 2. Meningkatkan taraf hidup asnaf melalui pembangunan ekonomi yang berimpak tinggi. 3. Memperkukuhkan eko nilai tambah meliputi aktiviti berasaskan pertanian mampan. 4. Melonjakkan daya saing usahawan asnaf melalui ekosistem keusahawan yang kondusif. 5. Meningkatkan peluang penddikan anak-anak asnaf ke peringkat yang lebih baik lagi.

Kami percaya bahawa asnaf tidak boleh berterusan hanya diberikan ikan sahaja. Kami yakin kepada konsep juga memberikan pancing. Mudah-mudahan mereka akan keluar daripada kelompok fakir dan juga miskin. Kami juga bersedia bekerjasama dengan semua agensi kerajaan Perbadanan Usahawan Johor, MARA, FAMA dan MARDI, Jabatan Belia, Jabatan Pertanian bagi memastikan usaha mengeluarkan asnaf daripada kelompok kemiskinan dapat kita realisasikan.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, sesi penggulungan ini juga saya ambil untuk saya kongsikan apakah yang telah dicapai dalam tempoh 100 hari bagi maksud saya memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor. Dalam tempoh ini, berkat kerjasama dan juga sokongan Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Johor serta seluruh EXCO-EXCO kerajaan Johor, Majlis Agama Islam Negeri

Johor telah dapat memberikan manfaat kepada masyarakat seperti berikut; kami telah membelanjakan sebanyak RM24,067,200.00 bagi maksud yang dinyatakan seperti berikut :

Bagi Bantuan Hari Raya sebanyak RM14 juta telah diperuntukkan dan seramai 85,730 orang penerima seluruh negeri Johor.

Bagi Bantuan Persekolahan sebanyak RM200.00 telah diberikan kepada 31,836 pelajar dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM6,367,200.00.

Bantuan Peranti Komputer Riba kepada pelajar pengajian tinggi kurang berkemampuan dengan peruntukan RM1.5 juta dimanfaatkan seramai 600 orang pelajar.

Bantuan Pendahuluan Institusi Pengajian Tinggi bagi peringkat sijil, RM300.00 melibatkan 300 penerima dengan peruntukan sebanyak RM90,000.00. Diploma, RM500.00 melibatkan 220 penerima dengan peruntukan sebanyak RM110,000.00 manakala Ijazah, RM1,000.00 dengan peruntukan sebanyak RM2 juta melibatkan 2,000 penerima.

Kesemua peruntukan tersebut adalah hasil daripada kutipan zakat dari Bangsa Johor yang bertanggungjawab. Di sini saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua pembayar-pembayar zakat kerana anda berjaya menyempurnakan Rukun Islam yang ke-4. (Dewan bertepuk).

Untuk makluman sidang Dewan sekalian, Majlis Agama Islam Negeri Johor bukan sahaja menguruskan zakat secara keseluruhannya, bahkan kami juga mampu melakukan lebih daripada itu berdasarkan kewangan Majlis Agama Islam dari sumber zakat. Kebajikan asnaf akan lebih terjamin. Saya juga memberikan akujanji bahawa Majlis Agama Islam pada sesi ini akan lebih melebarkan fungsinya yang sedia ada bagi maksud pembangunan negeri Johor Darul Ta’zim.

Apakah kebaikan berwakaf dan berinfak malahan berzakat?. Saya kongsikan pada Dewan yang mulia, Surah Al-Munafikun ayat ke-10, “Manusia bahkan meminta untuk ditundakan kematiannya jika mereka tahu kelebihan infak dan juga berzakat” sepertimana Firman Allah SWT (bacaan ayat al-Quran). Maksudnya apa?. “Dan infakkanlah sebahagian daripada apa yang telah kami berikan kepada kamu sebelum kematian datang kepada salah seorang antara kamu lalu dia berkata, Ya Tuhanku sekiranya Engkau berkenan menundakan kematianku sedikit waktu lagi maka aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang soleh”.

Selain itu, bantuan One-Off sebanyak RM500.00 kepada imam, bilal dan juga noja seluruh negeri Johor melibatkan 5,710 penerima termasuk imam, bilal dan noja yang tidak menerima elaun bulanan. Bantuan raja sehari sebanyak RM1,000.00 kepada orang Islam untuk Orang Muda Johor. Peruntukan khas bagi kerja-kerja pembersihan sekolah Agama Kerajaan Johor juga akan dinaikkan daripada RM200.00 kepada RM400.00 bermula Jun 2022 bagi gred C.

Dan yang terbaru, Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia telah pun menobatkan negeri Johor sebagai Johan keseluruhan Majlis Tilawah dan Al-Quran yang tersebut. (Dewan bertepuk).

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker saya mengakhiri penggulungan ini atas keadaan waktu yang telah pun hampir. Di sini saya nyatakan beberapa perancangan yang bakal dibuat oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor tidak berapa lama lagi, yang saya maksudkan bahawa ianya berlaku di luar kebiasaan tugas kerja Majlis Islam Negeri Johor. Tidak lama lagi, pemasangan Wifi di seluruh 585 buah Sekolah Agama Kerajaan Johor yang meliputi bagi melancarkan dua program di bawah Bahagian Pendidikan Islam iaitu Johor Pendidikan

Islam Digital, JPID Albayen dan Pendidikan Alaf Ke-21, PAK 21. Ini bermaksud Sekolah Agama Kerajaan Johor secara perlahan-lahan akan dilengkapkan dengan liputan Internet. Keduanya, pemasangan Wifi di masjid dan surau yang akan meliputi dan mengembalikan fungsi masjid dan surau sebagai pusat aktiviti masyarakat. Selepas ini orang kampung, orang taman yang tidak mampu membayar bulanan Internet berkunjunglah ke masjid dan surau kita kerana insya-Allah secara berperingkat ianya akan dilengkapkan.

Ketiganya, memperkasakan program Intervensi Tahfiz di sekolah-sekolah tahfiz. Keempatnya, melahirkan lebih ramai huffaz Bangsa Johor dengan kerjasama MARSAH. Kelimanya, melahirkan lebih ramai imam muda juga dengan kerjasama MARSAH dan yang terakhir akan menyasarkan lebih ramai Orang Muda Johor khatam al-Quran.

Untuk akhirnya marilah sama-sama kita menjadi Bangsa Johor yang bermanfaat untuk semua warganya walaupun kita berlainan agama. Ianya bertepatan seperti mana sabdaan Rasulullah SAW. Apa kata Nabi? (Bacaan hadis). Nabi sebut, “orang mukmin itu mudah bergaul dan tidak ada kebaikan bagi orang yang tidak mudah bergaul dan tidak peramah. Dan sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat kepada manusia yang lain”.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, dengan sabdaan Rasulullah SAW tadi saya tamatkan penggulungan saya. Wabillahi taufik walhidayah wssalamualaikum warahmatullahi wabrakatuh. (Dewan bertepuk).

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Semerah. Perbahasan diteruskan. Dijemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia. Dipersilakan.

Tuan Mohd Hairi bin Mad ShahUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia · Larkin

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Maju Johor. Belia, Sukan, Usahawan tidak semata. Koperasi dan Sumber Manusia dalam dukungan. Assalamualaikum pembuka kata, EXCO sembah ucapan penggulungan.

Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan merafak sembah dan menjunjung setinggi tinggi kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Ta’zim di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku merasmikan Dewan yang mulia ini pada Khamis yang lalu. Ampun Tuanku.

Yang Berhormat Datuk Speaker, di kesempatan ini juga saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor serta semua jabatan dan agensi di bawah portfolio saya menjunjung setinggi-tinggi ucapan tahniah ke atas Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atas perlantikan sebagai Pemangku Raja Johor pada 16 Jun yang lalu.

Seterusnya juga patik menjunjung ucapan setinggi tahniah atas kejayaan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim yang melakar sejarah baru dalam arena bola sepak negeri dan negara apabila muncul kelab pertama yang melayakkan diri ke pusingan kedua Liga Juara-Juara Asia. (Dewan bertepuk). Insya-Allah patik dan seluruh Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini mendoakan kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim mara ke peringkat seterusnya dan terus menjulang nama Johor ke persada dunia. (Dewan bertepuk).

Tahniah juga kepada Yang Berhormat Speaker, Datuk Speaker dan Timbalan Speaker di atas perlantikannya. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang telah dianugerahkan Pingat Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota

yang membawa gelaran Tan Sri oleh Yang Dipertuan Agong pada 6 Jun lalu. Tahniah kepada Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Azmi bin Haji Rohani.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor yang memberi kepercayaan kepada saya dan 6 lagi sahabat-sahabat saya dari kalangan orang muda untuk membarisi EXCO di bawah pimpinan, pimpinan Yang Amat Berhormat. Pada masa yang sama, ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Ir Haji Hasni bin Haji Mohammad, bekas Menteri Besar Johor yang menaruh kepercayaan memberi peluang dan ruang kepada barisan orang muda untuk diletakkan sebagai calon bagi bertanding di kebanyakan kerusi dalam pilihan raya di negeri Johor baru-baru ini. Yang Berhormat Datuk Speaker, di kesempatan ini juga, saya ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat daripada sebelah kerajaan dan juga sebelah sana yang telah diberikan mandat oleh rakyat, dipilih oleh rakyat dalam Pilihan raya Negeri Yang Ke-15 tempoh hari. Syukur alhmdulillah Pilihan raya Negeri Johor yang diadakan baru-baru ini menunjukkan kematangan Bangsa Johor dalam menentukan kerajaan negeri yang stabil dan mampu menjalankankan pentadbiran sebarang kacau ganggu dari pihak yang lain.

Dewan yang mulia, sebagaimana Ahli-Ahli Yang Berhormat sedia maklum, terdapat 5 portfolio yang dipertanggungjawabkan ke atas saya dan untuk makluman Yang Berhormat Datuk Speaker dan Ahli-Ahli Dewan, sebanyak 34 agensi di bawah Jawatankuasa ini yang perlu saya kendalikan. Namun, saya tidak melihat ia satu beban sebaliknya satu tanggungjawab besar untuk saya sebagai individu bergelar EXCO bagi memastikan semua rakyat di seluruh Johor yang terkait dengan 5 portfolio ini dapat menerima manfaat dan impaknya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum menjawab semua persoalan berbangkit. Saya tertarik dengan perbahasan Yang Berhormat Simpang Jeram yang menyatakan Dewan ini is a very dull dengan izin muram, blooming dengan izin. Tidak ada keterujaan disebabkan tiada ruang untuk berbahas ataupun berdebat. Menurut Yang Berhormat Simpang Jeram, kalau beliau orang politik, beliau suka berdebat, suka percanggahan dan suka idea dicabar, beliau juga nak test katanya ketika itu dengan orang muda yang boleh bahas ataupun tidak boleh berbahas. Untuk makluman Yang Berhormat Simpang Jeram, inilah Dewan Negeri Johor, inilah cara Johor. Saya juga orang politik Yang Berhormat, yang suka berdebat dan berbahas mengenai isu-isu politik, isu-isu semasa namun Dewan Negeri ini bukan pentasnya. Kalau Ahli Yang Berhormat hendak berdebat atau berlawan akhirnya tidak mendapatkan keputusan muktamad. Sebagai contoh kita ambil di Parlimen apabila sesuatu perkara di debat selain masa yang drag dengan izin dengan yang panjang, kita juga lihat hanya jeritan, makian dan perkataan yang tidak enak keluar daripada sesetengah Ahli Dewan dan akhirnya tiada keputusan yang disegerakan. Yang pastinya jika berlaku di Johor, akan mencemarkan Dewan yang mulia ini. Ingatlah, ingatan yang pernah dititah oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan janganlah ia berulang lagi. Untuk makluman Yang Berhormat Simpang Jeram juga, orang muda bukan tidak pandai berdebat, saya memuji Yang Berhormat Puteri Wangsa yang pandai berpetah berkata-kata namun kita semua diingatkan agar kita bergerak, berkhidmat, berbakti bukan dengan kata-kata tetapi kita semua bergerak dengan iltizam, tenaga dan semangat bersama rakyat. Kalau hendak berdebat bukan di sini gelanggangnya, kita ikutlah aturan ditetapkan oleh Buku Peraturan Tetap Dewan Negeri Johor yang wujud sebelum Malaysia ditubuhkan lagi. (Dewan bertepuk).

Yang Berhormat Datuk Speaker dan Dewan yang mulia ini, sepanjang 5 hari berlangsungnya Persidangan bermula dengan pembukaan rasmi pada 16 Jun sehingga semalam semua Ahli Dewan Undangan Negeri yang terlibat dengan perbahasan saya lihat very aggresive dengan izin memperjuangkan dan mencakna dengan isu-isu tempatan di

kawasan masing-masing. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah saya ucapkan. Pelbagai maklum balas yang diberikan sama ada dalam bentuk soalan, cadangan, sokongan, mahupun teguran yang dilontarkan oleh pihak di seberang sana mahupun rakan-rakan saya di pihak kerajaan telah saya ambil maklum. Khususnya yang berkait rapat dengan portfolio di bawah saya. Selain itu, saya juga telah memperhalusi soalan-soalan yang diajukan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat menerusi verbatim dengan izin, yang dibekalkan dan setiap maklumbalas yang diberikan saya menerima dengan berlapang dada dan sukacitanya untuk saya menjawab soalan-soalan pada petang ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, memandangkan saya 5 portfolio dan 34 agensi mohon lah panjangkan masa sikit. Bagi menjawab persoalan pada petang ini yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Medan berkenaan cadangan penambahbaikan pembangunan program sukarelawan di negeri Johor, kerajaan negeri Johor di bawah pusat Pembangunan Belia Negeri Johor (JOYDEC) sememangnya dalam rangka memperluaskan sayap Southern Volunteers dengan izin di peringkat sekolah menenggah dan juga institut pengajian tinggi dalam usaha menambah keahlian serta memperluaskan agenda kesukarelawan. Berkenaan dengan cadangan Yang Berhormat tentang pengwujudan kem bina semangat untuk tujuan latihan kepada sukarelawan Southern Volunteers di bawah Pembangunan Pusat Belia Johor telah melaksanakan beberapa kursus kesukarelawan untuk tujuan memberi pengetahuan dan nilai tambah berkenaan sukarelawan dalam aspek kesukarelaan. Dan pewujudan Tunku Ismail Youth Center (TMIYC) dengan izin di seluruh negeri Johor secara berperingkat akan menjadikan platform kepada pusat latihan sukarelawan secara konsisten dan berfasa. Dalam yang sama, TMYC akan diperkasakan ke arah pembangunan modal insan negeri Johor.

Untuk makluman Datuk Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, Southern Volunteers dengan izin, sememangnya aktif dan sentiasa membantu pelbagai program atau aktiviti dalam masa yang sama Southern Volunteers sentiasa bersama kerajaan negeri Johor. Contohnya, bantuan bencana semasa banjir, membantu pusat COVID-19 di kala pandemik, SV Open Border dengan izin, di masa pembukaan sempadan Malaysia dan negara jiran, pendaftaran vaksinasi, Bantuan Kasih Bangsa Johor, program seperti ini memberi peluang untuk penglibatan sukarelawan secara terbuka dan lebih ramai. Sebagai pengiktirafan kepada Southern Volunteers dalam usaha-usaha yang dilaksanakan kerajaan negeri Johor sentiasa memberi sumbangan, bantuan serta sokongan untuk pembangunan program sukarelawan dalam pelbagai aspek.

Saya akan menyentuh isu belia yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pemanis berkenaan konsep orang muda Johor. Mengikut amanat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang disampaikan dalam amanatnya pada 14 Jun 2022 yang lepas, Yang Amat Berhormat berpandangan bahawa orang muda Johor seharusnya bersifat global, boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan pemimpin-pemimpin muda luar negara membincangkan dan berdiskusi tentang dasar dan polisi untuk orang muda. Justeru itu, IDO juga telah diberikan peranan dalam melahirkan pemimpin-pemimpin belia bertaraf global ini dengan mengwujudkan sekolah kepimpinan belia di bawah Institut Dato’ Onn. Ianya merangkumi 5 modul pembangunan belia iaitu yang pertama modul pendidikan, kedua modul kepimpinan, modul keusahawanan, modul sukan dan rekreasi dan yang terakhir adalah modul kesukarelaan. Selain daripada itu juga, kita sedia maklum Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor semasa ucapan Bantuan Kasih Johor dengan berbesar hati telah menyediakan bantuan-bantuan geran kepada persatuan-persatuan, NGO-NGO dan Majlis Belia Negeri Johor juga dengan peruntukan sebanyak RM200,000.00 melalui dana Pejabat Menteri Besar Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya akan menyentuh juga isu sukan, di bawah portfolio saya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjung Surat, berkenaan kelab-kelab dan persatuan belia agar memperbanyakkan program-program

kebajikan dan program yang dapat membantu meningkatkan soft skills dengan izin terutamanya dalam bidang kepimpinan. Melalui Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dan Jabatan Belia Sukan Negeri sentiasa komited dan memberi fokus kepada pembangunan belia secara holistic dengan izin, di bawah pelan strategi KBS, 4 teras keutamaan bagi memastikan kepentingan golongan orang muda terus terpelihara iaitu pemerkasaan anak muda, kualiti kesihatan hidup, penciptaan pekerjaan dan yang terakhir adalah memperkasakan tadbir urus.

Seterusnya menjawab persoalan Yang Berhormat Layang-layang, Layang-layang tak ada ya. Berkenaan dengan status pembangunan TMIYC Renggam, sedia maklum pihak KPRJ telah membentangkan cadangan pelan TMIYC Renggam kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor pada 21 Oktober 2021 dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor bertarikh 3 November 2021 telah bersetuju bahawa Majlis Daerah Simpang Renggam sebagai agensi pelaksana dan melantik KPRJ secara rundingan terus sebagai kontraktor reka dan bina secara kos pembangunan sebanyak RM17.53 juta yang akan dibina secara berfasa. Dan bagi menjawab soalan Yang Berhormat Layang-Layang berkenaan orang muda Johor, kerajaan negeri Johor melalui Institut Dato’ Onn di bawah portfolio juga saya dalam perancangan mengadakan satu program Jelajah Mahasiswa Johor dan juga Konvensyen Mahasiswa Johor. Bertujuan mendekati, mendengar serta memahami suara, suara pandangan dan cadangan mahasiswa anak Johor tentang hala tuju dan juga pembangunan negeri Johor menjelang tahun 2030, dalam visi mencapai status negeri Johor yang maju seperti mana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat dalam amanatnya. Program ini juga adalah kolaborasi antara 2 portfolio EXCO iaitu EXCO Belia dan EXCO Pendidikan. Selain daripada itu, kerajaan negeri juga akan mengadakan program jelajah di setiap daerah dalam Johor bagi mendengar dan mendapatkan input golongan-golongan orang muda Johor di akar umbi tentang cadangan pembangunan belia di kawasan. Hasil daripada kedua-dua program ini satu pelan akan dihasilkan yang dinamakan Pelan Millenial Johor. Pelan ini akan merangkumkan dan menganalisa setiap dapatan dan hasilnya akan mendapat satu pelan tindakan hala tuju pembangunan belia Johor. Di dalam pelan ini ada pelan jangka masa pendek iaitu quick win dengan izin sederhana dan juga panjang beserta dengan action plan dengan izin, saya akan dijadikan KPI bagi setiap agensi yang berkaitan dan seterusnya KPI untuk diri saya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, seterusnya saya menyentuh isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kempas, berkenaan pusat e-Sports di negeri Johor. Sebagai memertabatkan orang muda dan sukan ini bangunan pusat e-Sports dengan ekosistem yang lengkap dan sistematik mampu menjadikan hab sehenti dan destinasi mencungkil bakat pada masa hadapan. Inisiatif mewujudkan pusat e-Sports sama ada di peringkat negeri, daerah ataupun Parlimen ini akan membuktikan betapanya kerajaan negeri sentiasa peka terhadap pembangunan orang muda Johor serta sukan elektronik di negeri ini. Salah satu keutamaan strategik yang boleh dirancang di kerajaan negeri adalah dengan mewujudkan Hab e-Sukan, yang merangkumi aspek infrastruktur, fasiliti, premis di peringkat akar umbi bagi meningkatkan penglibatan belia dan sukan dan e-Sukan seterusnya meningkatkan kualiti permainan latihan dan yang berhemah dan beretika. Dalam konteks ini, Pelan Strategik e-Sukan 2020-2025 ini boleh dijadikan sebagia rujukan oleh kerajaan negeri Johor di bawah Majlis Sukan Negeri Johor khususnya bagi merangka apa juga pendekatan program pembangunan infrastruktur berkaitan pembangunan sukan ini yang dilihat berpotensi untuk dibangunkan sama ada untuk aspek industri sukan mahu pun penglibatan belia amnya.

Dewan yang mulia, seterusnya isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Kemelah. Berkenaan gelanggang futsal yang tidak pernah diselenggarakan sejak diserahkan kepada belia apabila telah siap, tiada peruntukan tambahan untuk baik pulih sejak itu. Menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, jabatan mengambil maklum status semasa gelanggang futsal ketika itu di FELDA Kemelah dan FELDA Redong 1, yang ada di kawasan

DUN Kemelah. Buat masa ini pihak jabatan tiada menerima sebarang permohonan untuk baik pulih naik taraf 2 gelanggang tersebut. Walau bagaimanapun, saya mohon untuk berhubung semula dengan Jabatan Belia dan Sukan bagi status permohonan tersebut. Justeru, pihak jabatan mengalu-alukan permohonan untuk menyelenggara baik pulih 2 gelanggang tersebut untuk diangkat kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk dipertimbangkan. Dan dalam masa yang sama menjawab soalan berkenaan status pembinaan mini stadium di Jalan Genuang, Kemelah oleh Syarikat Handal Land Sdn Bhd. Pembinaan mini stadium di atas Lot PTD 2148 Jalan Genuang, Mukim Sg. Segamat merupakan pulangan in-kind kepada kerajaan negeri Johor dan melalui perjanjian penswastaan yang telah ditandatangani pada 7 Oktober 2015, di antara kerajaan negeri Johor dan Perbadanan Setiusaha Kerajaan Johor serta pihak Syarikat Handal Land Sdn Bhd. Mengikut rekod, pihak HLSB telah menerima kelulusan Kebenaran Merancang terhadap lot tanah mereka pada 3 Disember 2015 dan mereka telah melaksanakan kerja-kerja tanah atas tapak. Pada masa yang sama juga, pihak HLSB telah memajukan permohonan mereka kepada BPENJ untuk penjadualan semula pulangan in-kind kepada kerajaan negeri. BPENJ mensyaratkan sekiranya mereka ingin membuat penjadualan semula pulangan in-kind maka pihak HLSB perlu menyelesaikan isu hak milik tanah mereka terlebih dahulu.

Menjawab persoalan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Bukit Kepong, berkenaan agar tidak mahu projek gajah putih. Projek-projek kerajaan negeri di bawah program SUKMA katanya. Kerajaan negeri di bawah Majlis Sukan Negeri Johor dan Perbadanan Stadium Johor telah dan akan melaksanakan beberapa kejohanan dan venue sukan SUKMA Malaysia yang telah siap dibina. Yang Berhormat, kesemua program SUKMA di venue terlampau panjang untuk saya bacakan satu persatu dan saya akan sertakan itu dalam jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Bukit Kepong. Insya-Allah daripada kesemua senarai program dan kejohanan yang ada dan bakal dianjurkan apa yang dibimbangi oleh Yang Berhormat Bukit Kepong, venue-venue tersebut akan menjadi gajah putih, insya-Allah ianya tidak akan berlaku.

Bagi soalan usahawan. Yang Berhormat Pemanis, agar kerajaan negeri mengadakan dana bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri di dalam negeri Johor untuk membantu orang muda terutama pelajar yang berminat dalam mendalami ilmu pelaburan saham. Johor merupakan negeri yang menitikberatkan agenda keusahawanan yang berkait rapat dengan sosioekonomi yang menyaksikan pembabitan usahawan dalam pelbagai bidang. Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd telah dilantikan sebagai rakan kolaborasi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi penganjuran program Seminar Saham yang telah dilaksanakan pada 24 Mac 2022 bertempat di Fraser Place, Puteri Harbour. Menerusi program ini, ia dapat memberikan pendedahan kepada para pelabur dengan menyediakan kaunter-kaunter saham yang bersesuaian dalam pasaran semasa serta teknik melabur dengan bijak. Serta dapat juga mempromosikan dan memberi penerangan yang jelas berkenaan dengan cara-cara memohon saham. Justeru, menjawab persoalan yang dibawa oleh Yang Berhormat Pemanis menjawab bahawa PUJB dalam rangka bagi menganjurkan program seminar pelaburan saham melibatkan seluruh daerah dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk memberi peluang dan penerangan kepada rakyat di bawah saham juga merupakan satu sumber pendapatan alternatif menerusi kaedah yang betul.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, menjawab soalan oleh Yang Berhormat Puteri Wangsa berkenaan Hab Orang Muda menerusi fokus system automation dalam bidang 4D dengan izin, dan mewujudkan Sandbox. Untuk makluman Yang Berhormat Puteri Wangsa, Johor mahu memperkasakan memperkasakan aktiviti techno menerusi pelbagai pengkomersialan harta intelek yang melibatkan usahawan-usahawan di Johor yang dibuat secara meluas di seluruh negeri, khususnya di dalam sektor berpotensi, seperti teknologi maklumat dan komunikasi, keusahawanan, pertanian dan pendidikan. Dan sebelum ini,

kerajaan negeri Johor menerusi PUJB dengan kerjasama Malaysia Technology Development Corporation (MTDC) dengan izin, telah melaksanakan telah melaksanakan program pengkomersialan harta intelek untuk usahawan Johor pada tahun 2020 yang bertujuan untuk membantu memudahkan dan mempercepatkan aktivti pengkomersialan harta intelek. Antara syarikat yang berjaya program-program pengkomersialan ini adalah seperti berikut. Ada 4, 5, tapi mungkis saya bertulis kepada Yang Berhormat Puteri Wangsa, terlalu panjang.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Dewan yang mulia, saya terlalu panjang saya nak hujah pada petang ini, saya bahaskan. Tapi saya cuba untuk memendekkan. Datuk Timbalan Speaker yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Panti berkenaan memperkasakan peranan Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor (MPUNJ) untuk menjadikan sebagai platform sesi libat urus bagi bagi pelaksanaan program antara agensi keusahawanan menerusi hebahan program PUJB. Melihat kepada perkembangan semasa, pembangunan usahawan negeri Johor juga di mana negeri Johor mencatatkan jumlah syarikat usahawan yang ketiga tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 11.5% bersamaan dengan 141,650,00 PKS daripada 1,226,494 usahawan dari keseluruhannya. Johor merupakan negeri ketiga selepas Selangor dan Kuala Lumpur berdasarkan laporan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia Banci Ekonomi 2021. Justeru itu, atas pelbagai faktor di atas Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor (MPUNJ) dalam proses diperkasakan semula, distrukturkan semula mengikut perkembangan PMKS usahawan semasa. Insya-Allah bagi pihak kerajaan negeri Johor menerusi PUJB dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor akan memperkasakan lagi MPUNJ dengan penstrukturan semula, penambah bilangan jabatan, agensi menjadikan MPUNJ sebagai One Stop Centre.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Mahkota di atas cadangan diajukan berkenaan penglibatan Ahli Dewan Undangan Negeri Johor berkaitan dengan peruntukan RM100 juta Bank Rakyat dengan kerjasama kerajaan negeri Johor. Insya-Allah Yang Berhormat Mahkota, cadangan itu akan diperincikan dan diperhalusi.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, walau pun Ahli-Ahli Dewan tidak menyebut tentang koperasi dan dibahaskan tentang koperasi, saya juga mengutarakan isu berkaitan koperasi pada petang ini, sedikit. Kesempatan saya izinkan saya menzahirkan ucapan tahniah, syabas kepada coperator-coperator di seluruh Johor. Mereka sedikit sebanyak telah menyumbang terhadap faktor ekonomi negeri. Pada tahun ini juga, gerakan koperasi menyambut ulang tahun yang ke-100 tahun. Walaupun ramai yang melihat gerakan koperasi ini satu gerakan yang tidak begitu menonjol di media massa, kita tidak boleh nafikan gerakan koperasi menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh Johor. Mengikut statistik koperasi negeri Johor, perolehan yang direkodkan daripada 1,456 koperasi di Johor pada tahun lalu adalah bernilai RM677.146 juta daripada keseluruhan ringgit Malaysia RM37.895 bilion di seluruh Malaysia. Dan menjelang tahun 2027, gerakan koperasi negeri Johor menyasarkan perolehan bernilai RM900 juta. Insya-Allah, saya yakin sasaran itu dapat dicapai dan direalisasikan. Tahniah sekali lagi gerakan koperasi negeri Johor.

Timbalan Speaker

Larkin, sila pendekkan.

Tuan Mohd Hairi bin Mad ShahUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia · Larkin

Saya, soalan ada banyak lagi sebenarnya nak bahas, Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, tapi soalan-soalan ataupun cadangan-cadangan itu mungkin saya akan hantar bertulis kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang berkenaan. Akhir sekali, selaku EXCO Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, saya amat bersyukur dan bangga dengan jabatan-jabatan dan pasukan yang berada di bawah portfolio saya, yang bekerja keras tanpa mengenal erti

penat, lelah dan masanya. Pengorbanan mereka dihargai dan saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada mereka semua serta agensi-agensi kerajaan negeri atas kerjasama serta bantuan yang telah diberikan sama ada di peringkat negeri dan persekutuan sepanjang 100 hari kami berkhidmat. Kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh perkara-perkara di bawah portfolio saya, saya telah cuba yang terbaik untuk memberikan semua jawapan kepada isu-isu yang berkaitan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat perkara-perkara yang terkurang atau terlepas pandang, tindakan susulan akan diambil oleh ketua-ketua jabatan di bawah saya. Semoga segala yang tersimpul dapat dihuraikan, yang keruh dapat dijernihkan, yang kurang akan ditambahbaikkan. Madah diungkap santun bicara, pantun dilantun mengusik hati, salah dan silap tutur bicara, mohon diampun seikhlas hati. Allah Peliharakan Sultan, Allah Berkati Johor, Maju Johor demi rakyat Johor. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia. Perbahasan diteruskan dengan mempersilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md OnUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Serom

Terima kasih Datuk Timbalan Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan untuk memberi ucapan penggulungan bagi pihak kerajaan dalam Persidangan Yang Pertama Dewan Negeri Johor yang ke-15. Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, pertamanya saya ingin merakamkan ucapan merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku merasmikan Dewan yang mulia ini. Ampun Tuanku. Seterusnya saya ingin merafak sembah takzim kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim di atas perlantikan sebagai Pemangku Raja. Semoga negeri Johor akan terus makmur dan maju di bawah pemerintahan Ke bawah Duli Yang Amat Mulia Tunku. Saya juga menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di atas perkenan melantik saya Ahli Dewan Undangan Negeri Serom sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor pada 26 Mac 2022 yang lalu. Saya serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan bersama-sama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bagi menggalas amanah yang telah dimandatkan untuk memastikan kesinambungan pembangunan dan kestabilan negeri Johor sepanjang tempoh perlantikan ini. Di kesempatan ini juga saya merakamkan setinggi tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Johor, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang Ke-16 pada 6 Jun 2022.

Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Kahang di atas keprihatinan terhadap pembangunan keluarga bagi masyarakat bukan Islam di bawah kelolaan YPKDT. Sukacita saya ingin kongsikan dalam Dewan yang mulia ini, bahawa tujuan membangunkan dan mengukuhkan institusi keluarga di negeri Johor, YPKDT telah merancang dan melaksanakan pelbagai inisiatif termasuklah kepada masyarakat bukan Islam sejak dari awal penubuhannya. Setelah memperkenalkan dan melaksanakan Modul Keluarga Sakinah untuk keluarga Muslim, YPKDT juga telah membangunkan sebuah modul keibubapaan yang dikhususkan kepada keluarga bukan Islam iaitu Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor dengan kerjasama penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia. Secara keseluruhannya Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor ini mengandungi

14 modul dengan 4 tema utama. Modul ini juga diharapkan akan dapat menjadi sumber rujukan dan panduan kepada pasangan pengantin bukan Islam untuk merancang hala tuju kehidupan berumahtangga sebagai sebuah institusi keluarga yang unggul dan bahagia. Tambahan dengan itu bagi memastikan kerelevanan Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor dalam arus pembangunan teknologi moden, YPKDT telah mewujudkan program, dengan izin Massive Open Online Course, (MOOC) Modul Keluarga Sejahtera yang mana ia telah dilaksanakan semasa negara dilanda pandemik COVID-19. MOOC ini merupakan kaedah pembelajaran secara atas talian di mana pembangunan MOOC ini mengandungi 14 modul yang memaparkan beberapa elemen seperti nota setiap modul, video kuliah pembelajaran, maklumat infografik, tugasan, dan soalan. Sejak dibangunkan pada tahun 2020, MOOC Modul Keluarga Sejahtera telah menerima 534 peserta yang mengikuti pembelajaran di atas talian ini. Walau bagaimanapun, MOOC ini masih dalam peringkat pembangunan fasa kedua pembangunan iaitu pembangunan modul 9 hingga 14. Bagi merancakkan lagi pembangunan keluarga masyarakat bukan Islam, YPKDT juga telah melaksanakan webinar Kembara Keluarga Sejahtera pada tahun 2021. Webinar ini telah dilaksanakan sebanyak 3 kali dengan penyertaan seramai 502 orang peserta di mana seramai 127 peserta adalah berbangsa Tionghua, 144 peserta berbangsa India, 6 orang peserta Orang Asli dan 8 orang peserta bangsa Melayu.

Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi penyampaian, bagi tujuan penyampaian YPKDT telah melantik Penggerak Wanita Darul Takzim di semua peringkat DUN yang bertanggungjawab menyampai dan melaksanakan aktiviti berkaitan modul ini. Mereka ini dilantik bagi menjalankan pelbagai program, pemerkasaan wanita, keluarga dan masyarakat di peringkat DUN masing-masing. Pada tahun 2022, Penggerak Wanita Darul Takzim telah menyantuni 7,498 penerima manfaat dalam kalangan masyarakat negeri Johor dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan serta aktiviti Modul Keluarga Sejahtera. Manakala pada tahun 2021, seramai 39,296 penerima manfaat telah disantuni dan bagi tahun 2020 seramai 45,772 telah menerima manfaat daripada aktiviti-aktiviti Penggerak Wanita Darul Takzim di seluruh negeri Johor. Secara keseluruhannya, sejak 2020 sehingga 2022 YPKDT telah menyantuni 92,566 masyarakat negeri Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker dan Dewan yang mulia ini, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Puteri Wangsa yang telah menunjukkan sama-sama keprihatinan terhadap isu-isu kebajikan golongan ibu tinggal dan kelangsungan hidup mereka. Sememangnya kita memahami dan sentiasa memikirkan kaedah-kaedah yang terbaik bagi memastikan nasib mereka terbela apatah lagi mereka ini menjalankan tanggungjawab sebagai ketua isi keluarga. Mengambil peranan dan tanggungjawab tersebut, YPKDT sedang menjalankan kerjasama dengan sebuah syarikat penghantaran bagi membangunkan sebuah aplikasi perkhidmatan penghantaran khusus kepada usahawan negeri Johor terutamanya usahawan suri. Pada dasarnya aplikasi ini dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini dan akan memberikan manfaat sepenuhnya kepada seluruh rakyat negeri Johor termasuklah usahawan dengan izin home base dan lain-lain lagi. Insya-Allah Datuk Yang Dipertua, Yang Berhormat Datuk Speaker, bahawa dari masa ke semasa YPKDT akan terus mengemaskini data golongan-golongan yang memerlukan agar tiada yang keciciran dari sebarang bentuk bantuan yang disalurkan oleh pihak kerajaan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kerajaan negeri Johor juga melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat juga prihatin terhadap nasib ibu tinggal seperti yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Puteri Wangsa. Bagi memastikan nasib ibu tinggal dan anak-anak mereka ini terbela, pihak JKM telah menyediakan Bantuan Kanak-kanak, BKK dengan kadar minimum RM150.00 sehingga maksimum RM1,000.00 sebulan. Kadar BKK yang diluluskan pada setiap pemohon adalah berbeza kerana kadar bantuan ditentukan mengikut perkiraan umur dan bilangan anak yang ditanggung itu iaitu RM200.00 bagi anak berumur 6 tahun dan ke bawah manakala RM150.00 seorang bagi anak yang berumur 7 tahun hingga 18 tahun.

Setiap bantuan kewangan yang disediakan oleh JKM mempunyai syarat dan kelayakan yang berlainan bergantung kepada tujuan pemberian bantuan kewangan JKM. Namun begitu, syarat asas pemberian bantuan adalah warganegara dan bermastautin di Malaysia dan pendapatan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan, PGK Makanan 2019 atau pun PGK per kapita. Selain itu kelulusan BKK juga boleh dipertimbangkan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat bagi kes-kes yang berkeperluan seperti ibu tinggal yang dibangkitkan oleh Yang Berhomat Puteri Wangsa.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kerajaan negeri Johor menyambut baik juga cadangan Yang Berhormat Puteri Wangsa agar kerajaan negeri menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi memastikan negeri Johor menjadi negeri yang mesra OKU. Bukan sahaja OKU fizikal tetapi juga untuk keenam-enam kategori OKU yang diiktiraf oleh negara kita. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pihak JKM dalam tindakan menubuhkan Majlis Tindakan Orang Kurang Upaya, OKU Negeri Johor yang akan dikendalikan oleh pertubuhan bukan kerajaan yang telah dikenal pasti. Perkara ini telah diputuskan bersama pertubuhan bukan kerajaan yang telah diadakan pada 7 September 2020. Penubuhan Majlis Tindakan OKU ini bertujuan meningkatkan lagi kapasiti sebuah negeri ke arah pembangunan, pemerkasaan dan kebajikan OKU di negeri-negeri. Untuk makluman terkini, JKM negeri Johor telah membuat semakan tentang status permohonan pertubuhan Majlis Tindakan OKU Negeri Johor di Jabatan Pendaftaran Negeri Johor dan mendapati terdapat beberapa fasal dalam draf perlembagaan yang perlu dikemaskini sebelum proses pendaftaran oleh ROS dapat diluluskan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat Endau meminta agar pihak JKM terus mengambil berat isu gelandangan dan masalah orang mental di daerah Mersing supaya tiada masalah kacau ganggu pada penduduk tempatan. Insya-Allah Yang Berhormat Datuk Speaker, JKM dari masa ke semasa sentiasa mengambil perhatian mengenai masalah gelandangan dan aktiviti pengemisan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977. Operasi menyelamat gelandangan secara berkala telah dijalankan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah seluruh negeri Johor yang bertujuan menyelamatkan pengemis dan kutu rayau. Namun begitu, isu gelandangan mental adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia berdasarkan peruntukan di bawah Akta Kesihatan Mental 2001. Sebagai tambahan Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam menangani kes gelandangan yang mempunyai masalah mental.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat Tiram telah membangkitkan isu pemerkasaan golongan ibu tunggal, golongan kelainan upaya dan mereka yang terjejas sepanjang tempoh pandemik COVID-19 dengan cadangan supaya diberikan kursus-kursus keusahawan digital. Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pembangunan Wanita melalui pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor amat menyokong hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan digital. Pada tahun 2021, sebanyak 5 kursus pemasaran dalam program dengan izin, I’m Eco Must Johor Lady melalui platform e-Dagang dan jumlah peserta seramai 72 orang yang telah dijalankan dan ianya akan digiatkan lagi pada tahun 2022.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kerajaan negeri Johor melalui YPKDT juga telah menjalankan beberapa inisiatif antara lain bagi golongan Orang Kurang Upaya pula sepanjang tahun 2010 hingga 2022. Seramai 988 OKU telah berdaftar di bawah YPKDT. Seramai 939 OKU berpotensi dan 49 OKU tidak berpotensi. Daripada jumlah tersebut seramai 174 orang yang telah ditempatkan di sektor pekerjaan meliputi sektor awam dan swasta. Bagi tahun 2022, YPKDT menetapkan untuk menempatkan seramai 6 OKU di sektor pekerjaan sehingga Mei 2022 seramai 4 OKU telah ditempatkan bekerja di sektor swasta. Memandangkan Unit Pembangunan Orang Kurang Upaya mendapat maklum balas daripada golongan OKU tentang kesukaran mendapat pekerjaan di luar, dan sukar untuk

menguruskan diri dan pengangkutan, YPKDT telah mencadangkan kursus-kursus asas kemahiran cara dengan izin home base bagi memudahkan golongan OKU menjana pendapatan di rumah sekali gus meningkatkan ekonomi keluarga. Bermula tahun 2017, pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh YPKDT untuk menyantuni golongan OKU agar mereka tidak tercicir dengan pembangunan negara. Pada tahun 2020, program Bangkit OKU telah diperkenalkan. Selain itu, kursus pemasaran digital dan kursus penjenamaan, pembungkusan dan pelabelan serta seminar alam pekerjaan yang diberikan kepada golongan OKU. Seramai 60 OKU menerima manfaat dengan peruntukan RM100,000.00.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat Skudai telah mencadangkan satu inisiatif penampan sosial kanak-kanak di kawasan perumahan kos rendah sekitar bandar harus diwujudkan oleh pihak kerajaan melalui agensi berkaitan seperti YPKDT dan JKM. Terima kasih Yang Berhormat Skudai. Saya menyambut baik di atas cadangan tersebut. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, program Permata Hati yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Skudai merupakan cadangan program di bawah YPKDT pada tahun 2020 dan 2021. Namun begitu setelah berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan, PKP akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara ketika itu, program ini telah digugurkan kerana kerajaan negeri ingin memfokuskan program-program berbentuk bantuan secara langsung kepada masyarakat yang terkesan dengan pandemik terutama dari sudut ekonomi keluarga. Namun begitu melihat kepada keperluan dan peri pentingnya program ini kepada golongan kanak-kanak pada masa kini, YPKDT akan melihat untuk melaksanakan program ini pada tahun hadapan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, insya-Allah perkara-perkara yang perlu dititikberatkan dalam program ini akan dilihat semula seiring dengan perkembangan sosial kanak-kanak terutamanya mereka yang tinggal di kawasan bandar sebagaimana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Skudai. Melalui JKM pula, pihak jabatan telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam memastikan kesejahteraan kanak-kanak, di antaranya penubuhan Pasukan Pelindung Kanak-Kanak (PPKK) di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 Pindaan 2016. Pasukan Pelindung di Bawah Seksyen 7 ini ditubuhkan di negeri dan di daerah berfungsi sebagai sistem sokongan kepada perkhidmatan perlindungan kanak-kanak. Antara aktiviti yang dikendalikan oleh Pasukan Pelindung ini ialah Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) yang dirancang dan dilaksanakan mengikut keperluan masyarakat setempat. Contoh-contoh program dan aktiviti yang dijalankan ialah mengadakan pusat jagaan, kelas tusyen, khidmat kaunseling, komputer, kursus pengasuhan dan perkembangan kanak-kanak. Usaha ini dilakukan untuk membantu mencegah kes-kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak, ponteng sekolah, kerosakan akhlak dan lain-lain masalah sosial. Sehingga tahun 2022, terdapat 10 buah pasukan pelindung kanak-kanak dan 10 pusat aktiviti kanak-kanak di seluruh negeri Johor. Pada masa yang sama juga, JKM telah berkolaborasi dengan jabatan dan agensi lain yang bersesuaian mengikut objektif yang disasarkan dalam setiap program yang dilaksanakan. Namun, penglibatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) selaku peneraju Dasar Komuniti Negara amat penting bagi merealisasikan hasrat Yang Berhormat Skudai.

Yang Berhormat Datuk Speaker, ini saja yang dapat saya sampaikan untuk sesi penggulungan kali ini. Terima kasih saya ucapkan sekali lagi kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan idea dan cadangan-cadangan bernas melibatkan jabatan di bawah Portfolio Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat persoalan berbangkit yang belum dijawab, pihak Yang Berhormat boleh terus berhubung dengan pejabat saya untuk mendapat jawapan secara bertulis. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih saya yang tak terhingga kepada semua ketua-ketua jabatan, kakitangan-kakitangan jabatan, kakitangan-kakitangan pejabat di bawah Portfolio Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat yang sentiasa bertungkus lumus dan bersiap sedia dengan segala tugas yang dipertanggungjawabkan. Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum saya mengakhiri

penggulungan ini izinkan saya juga mendengarkan serangkap pantun dalam Dewan yang mulia ini. Dari saya, negeri Johor negeri yang kaya, negeri yang hebat maju dan tersohor, mari kita menabur jasa, menabur jasa demi Bangsa Johor. (Dewan bertepuk). Sekian, Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Serom. Ahli-Ahli Yang Berhormat, untuk membolehkan Yang Berhormat Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa menamatkan perbahasan pada hari ini, maka sesi rehat yang sepertimana biasa ditunda di lain masa. Apatah lagi, Ahli Yang Berhormat telah cukup rehat dan makan waktu tengahari tadi. Justeru itu, dipersilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya dan pada masa yang sama kepada mereka yang dah tak boleh tahan bolehlah meninggalkan Dewan sebentar.

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Speaker. Salam sejahtera, salam Bangsa Johor, salam Maju Johor. Pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi penggulungan perbahasan di Mesyuarat Kedua Pembukaan Rasmi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-15. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku berangkat ke Majlis Perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Ke-15 pada 16 Jun yang lalu. Segala titah nasihat dan ingatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa patik semat dalam ingatan sepanjang menjalankan amanah sebagai Wakil Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat secara demokrasi.

Yang Berhormat Datuk Speaker, selain itu saya turut ingin merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atas pelantikan sebagai Pemangku Raja Johor. Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Johor yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke-16 pada 6 Jun yang lalu. Tidak terlupa juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Buloh Kasap yang sajikan durian tadi. Dengan penuh hormat dan takzim saya ingin memohon izin Dewan yang mulia ini untuk memulakan ucapan penggulungan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, menerusi Persidangan ini saya telah lihat di dalam Dewan yang mulia ini pelbagai maklum balas yang diberikan sama ada dalam bentuk soalan, cadangan, sokongan mahupun teguran yang dilontarkan oleh pihak di seberang sana mahupun rakan-rakan saya di pihak sini telah saya ambil maklum. Selain itu, saya juga telah memperhalusi soalan-soalan yang diajukan oleh Ahli-Ahli Dewan. Saya dapati banyak isu-isu banjir dan juga isu pelancongan yang menjadi antara topik utama dalam perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Setiap maklum balas yang diberikan kepada saya, saya menerima dengan berlapang dada dan sukacita saya menjawab soalan-soalan tersebut pada petang ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya akan menyentuh dulu, dahulu isu-isu yang dibangkitkan berkaitan alam sekitar. Menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Iskandar berkenaan tindakan kerajaan negeri Johor dalam menangani isu pencemaran yang sering berlaku di Sungai Melayu. Kerajaan negeri Johor melalui Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas projek-projek yang tertakluk pada laporan penilaian kesan kepada alam sekitar, alam sekeliling di

sepanjang Sungai Melayu bagi pematuhan syarat-syarat kelulusan. Perkara ini juga telah dirujuk kepada pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri untuk bersama-sama menangani dan memantau projek-projek melibatkan kerja tanah yang menyebabkan berlakunya pencemaran kelodakan ke dalam Sungai Melayu.

Seterusnya ialah isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permas, saya amat memahami keperihatinan Yang Berhormat Permas berkenaan masalah pencemaran yang sering berlaku di sungai-sungai di Pasir Gudang. Justeru itu dalam menyelesaikan masalah pencemaran sungai di Pasir Gudang, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah mengambil tindakan berikut:-

Satu, melaksanakan aktiviti penguatkuasaan terutamanya terhadap industri yang beroperasi di kawasan Pasir Gudang agar mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Bagi tahun 2022, sehingga 21 Jun 2022 sebanyak 158 pemeriksaan premis telah dibuat, sebanyak 744 kompaun dan 44 notis arahan pembaikan telah dikeluarkan. 11 kilang pula telah dikenakan penahan operasi kelengkapan. Aktiviti industri turut dipantau JAS melalui penggunaan System Online Environment Reporting dan Electronic Schedule Waste Information System bagi pelepasan sisa air buangan atau kumbahan dan sisa buangan terjadual. Rondaan di luar waktu pejabat, waktu malam dan hujung minggu secara berkala dan pemantauan atau intipan menggunakan drone juga dilakukan untuk mengesan punca pencemaran terutamanya di kawsan-kawasan yang sukar dimasuki oleh kenderaan. Pemantauan kualiti air sungai di Pasir Gudang juga dijalankan oleh JAS melalui Program Environmental Quality Monitoring Programme. System alert yang dipasang berupaya mengesan sebarang kenaikan paras bahan pencemar yang tidak normal di mana tindakan susulan segera boleh diambil untuk mengesan punca pencemaran.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat Kempas ada membangkitkan isu berkaitan tindakan kerajaan negeri dalam mengatasi isu pencemaran udara di kawasan Banjaran Kempas, di mana kawasan tersebut terdapat beberapa kilang haram yang menjalankan operasi pelupusan sisa kilang di Kempas. Berdasarkan siasatan pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, aduan pencemaran udara yang dimaksudkan adalah berpunca daripada bekas tapak pelupusan sampah haram di tanah milik persendirian di kawasan Banjaran Kempas. Terdapat beberapa siri kebakaran di tapak sampah tersebut bermula dari tahun 2018 hingga 2019. Dan pihak pemilik tanah yang dikenal pasti telah dikenakan kompaun di atas kesalahan membenarkan pembakaran terbuka di atas tanah milik mereka. Isu ini telah dipanjangkan kepada pihak Perbandaran Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Pejabat Tanah Johor Bahru dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk tindakan susulan di bawah bidang kuasa agensi tersebut bagi menangani isu tapak pelupusan sampah haram ini. Tiada lagi sampah baharu dilupuskan di tapak tersebut. Pada tahun 2022, pihak JAS tidak menerima sebarang aduan pencemaran udara akibat daripada pembakaran terbuka berhubung tapak pelupusan sampah haram ini. Pemantauan oleh pihak JAS juga mendapati hanya terdapat sebuah premis yang masih beroperasi di kawasan tersebut. Premis ini telah mendapat ulasan tiada halangan daripada Polis Diraja Malaysia untuk mengoperasi barangan lusuh di atas Lot 3760. Premis telah mendapat kelulusan Pelan Permit Sementara daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru. Pada masa kini, premis hanya digunakan sebagai hab penyimpanan dan penyelenggaraan lori milik premis. Tiada aktiviti kitar semula dan tiada kesan aktiviti pembakaran terbuka di kawasan di sekitar kawasan premis.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat Sedili, Yang Berhormat Panti, Yang Berhormat Endau telah membangkitkan kebimbangan penduduk di kawasan mereka iaitu gangguan gajah terhadap kebun-kebun dan ladang milik sekali gus mengakibatkan ancaman kepada penduduk setempat. Saya faham isu ini acap kali dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat di setiap kali Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor termasuk

saya apabila saya sebagai ADUN pada penggal yang lepas. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Jabatan PERHILITAN memang memberi perhatian yang serius ke atas gangguan gajah yang berlaku di negeri Johor. Saya sebagai EXCO yang bertanggungjawab terhadap perkara ini telah pun membuat lawatan kerja ke Johor Elephant Sanctuary Kota Tinggi pada bulan lepas. Semasa lawatan kerja tersebut, saya telah diberi taklimat berkaitan dengan JAS Johor dan juga isu-isu yang sering kali dihadapi dan saya juga menyampaikan segala isu yang sering kali dibangkitkan di DUN Johor. Sehubungan itu, beberapa langkah sama ada dalam jangka masa pendek dan panjang telah dan akan terus dijalankan bagi mengurangkan impak gangguan gajah ini. Di antara faktor penting wujudnya konflik di antara manusia gajah adalah disebabkan pigmentasi hutan terkepung dan terputus disebabkan oleh ladang dan jalan raya membuatkan gajah sukar bergerak.

Berdasarkan rekod jabatan sebanyak 605 aduan gajah di seluruh negeri Johor telah direkodkan dari tahun 2015 hingga 2021. Bagi mengurangkan dan sebolehnya menyelesaikan konflik gajah yang berlaku di negeri Johor. Pihak Jabatan PERHILITAN telah mengambil langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang melalui tindakan-tindakan seperti berikut. Jabatan PERHILITAN telah menyediakan peruntukan untuk kakitangan bagi menjalankan kerja-kerja rondaan, pemantauan dan tembak halau di kawasan hot spot berlakunya konflik gajah yang melibatkan ladang-ladang dan kebun-kebun penduduk kampung, FELDA, FELCRA serta ladang persendirian. Sistem pagar elektrik di 3 kawasan iaitu di Kampung Tenang Segamat, Kampung Seri Lukut Kluang, Kampung Mawai, Kota Tinggi, Jabatan PERHILITAN telah menyediakan peruntukan sebanyak RM300,000.00 untuk kos penyelenggaraan setiap tahun. Jabatan PERHILITAN telah mengambil langkah inisiatif dengan memasang kolar satelit bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan dengan pergerakan gajah dan Jabatan PERHILITAN juga dalam usaha bagi membentuk kerjasama di antara ladang-ladang yang terkesan daripada serangan gajah ini. Pihak PERHILITAN telah memasang 4 unit kolar satelit gajah bagi memantau pergerakan kumpulan gajah yang sering menimbulkan konflik di dalam negeri Johor. Pihak Jabatan PERHILITAN juga sering memberi khidmat nasihat teknikal terutamanya kaedah mitigasi terbaik mengawal serangan gajah kepada ladang-ladang yang berisiko pada ancaman serangan gajah ini. Jabatan PERHILITAN dalam usaha mengenal pasti kebun dan ladang yang berisiko diserang oleh gajah. Tindakan seterusnya adalah mewujudkan satu Jawatankuasa Teknikal yang akan melibatkan pemilik kebun dan ladang yang berkaitan bagi menyelaras dan memantau tindakan yang akan diambil. Selain itu juga, Jawatankuasa Teknikal ini akan menjadi satu pusat perkongsian data dan maklumat berhubung kaedah terbaik mitigasi konflik manusia gajah ini. Menambah bilangan kolar satelit sebanyak 5 unit pada tahun ini sebagai sistem amaran awal pergerakan gajah bagi membolehkan tindakan pro aktif diambil oleh pihak jabatan. Dan pemantauan berterusan ke atas populasi gajah yang berkenaan dan operasi tangkapan akan dijalankan jika terdapat keperluan. Di samping itu juga, saya telah mengambil inisiatif mengadakan sesi taklimat dan sesi libat urus kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat di daerah Kota Tinggi pada 13 Jun yang lepas yang berlangsung di JAS Kota Tinggi. Hasil daripada sesi taklimat tersebut, satu Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan melibatkan beberapa jabatan, agensi bagi melihat isu ini dengan lebih terperinci bagi menyelesaikan masalah gajah liar di negeri Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, seterusnya saya akan menjawab isu-isu yang berkaitan dengan perhutanan dan juga taman-taman negara. Bagi menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Naning berkenaan dengan isu pemuliharaan kawasan Hutan Taman Negeri Air Hitam Utara Muar dari sebarang ancaman dan pencerobohan haram daripada tanah pertanian dan penempatan setempat. Jabatan Perhutanan Negeri Johor melalui Pejabat Hutan Daedah Johor Utara, Segamat dan Pejabat Renjer Hutan Muar telah mengatur langkah proaktif dengan melaksanakan aktiviti penguatkuasaan di kawasan sekitar dan sempadan hutan taman negeri tersebut. Antara aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan di antaranya rondaan sempadan hutan secara berkala dan berdasarkan aduan pencerobohan pemantauan sempadan hutan dan

kebakaran hutan yang sering terjadi di sempadan kawasan Hutan Taman Negeri Air Hitam Utara secara satelit menggunakan Forest Monitoring Using Remote Sensing.

Dari segi penyelidikan, Jabatan Perhutanan Negeri Johor telah bekerjasama dengan universiti tempatan iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat dalam menjalankan penyelidikan dengan memasang tiga sistem alat pengesan asap, smoke detector dengan izin, bagi kebakaran hutan dan pemantauan secara terus melalui aplikasi yang dibangunkan oleh pihak UTHM. Sistem ini adalah bertujuan bagi memantau dan memberi amaran awal bagi kebakaran hutan di luar sempadan hutan yang berada di tanah milik agar langkah pemadaman awal dapat dijalankan oleh agensi penyelamat dan pasukan BOMBA, sukarelawan komuniti bagi mengelak kebakaran tersebut merebak masuk ke dalam hutan simpan berdekatan.

Dengan adanya perancangan dan pembangunan fasiliti oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor melalui peruntukan kerajaan negeri dan persekutuan untuk kemudahan pengunjung di kawasan ini serta penguatkuasaan berterusan bagi mengawal pencerobohan. Ianya dapat membantu memelihara sumber hutan sedia ada di samping dapat meyumbang kepada komuniti dalam sektor ekonomi dan menaikkan imej Muar dengan adanya destinasi eko pelancongan berkonsepkan Edu-Ecotourism Peat Swamp Forest Muar yang terletak di Hutan Simpan Air Hitam Utara di dalam DUN Bukit Naning.

Yang Berhormat Bekok ada mengutarakan berkaitan perancangan untuk menambah lagi kegiatan pelancongan di kawasan Taman Negara Endau – Rompin (Selai). Kerajaan negeri Johor melalui Perbadanan Taman Negara Negeri Johor mempunyai perancangan untuk menambah lagi kegiatan pelancongan di Taman Negara Johor Endau – Rompin (Selai). Sebagai contoh, pada tahun ini melalui peruntukan RJ5T, sebuah menara pemerhati sedang dibina di Taman Negara Endau – Rompin (Selai). Setelah pembinaan selesai para pelancong boleh melakukan aktiviti memerhati haiwan dari menara pemerhati tersebut.

Selain itu, pihak Taman Negara Negeri Johor akan mewujudkan pakej baharu iaitu TrainTo Bekok yang merupakan perancangan jangka masa panjang bagi tujuan promosi. Sistem KTM Bekok yang baharu dijangka siap pada tahun 2023 dan menjadi tarikan yang baharu kepada pelancong untuk datang ke Taman Negara Johor Endau – Rompin Selai dan pekan Bekok. Pihak Taman Negara juga dalam perancangan untuk mewujudkan laluan basikal memandangkan keadaan jalan yang sudah berturap dan sesuai untuk melakukan aktiviti berbasikal. Sehubungan dengan itu, pakej berbasikal boleh ditawarkan kepada pelancong dari Pejabat Taman Negara Johor, Bekok atau di pintu masuk Taman Negara Endau – Rompin Selai ke Kompleks Taman Negara Endau – Rompin Selai. Di samping itu, pihak Taman Negara Johor sedang merancang untuk mengadakan pakej caravan di kawasan Tapak Perkemahan Lubuk Merekek. Kawasan ini merupakan kawasan yang luas dan pemandangan yang menarik minat pemilik caravan untuk bermalam. Lokasi yang berhadapan dengan sungai yang mendamaikan serta fasiliti yang lengkap mampu memberi kepuasan kepada peminat caravan yang hadir mendapatkan pakej caravan yang disediakan.

Yang Berhormat Kukup ada mengutarakan berkaitan perancangan dari segi menaik taraf dan juga penambahbaikan tempat-tempat ikon tanah lembap sedunia, RAMSAR, Tanah Penghujung Benua Asia serta Pulau Paya Bakar kedua terbesar di dunia seperti di Pulau Kukup. Yang ini, saya telah pun menjawab isu ini dalam sesi soal jawab pada pagi tadi.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat Johor Jaya ada mengutarakan perancangan jangka masa panjang bagi menangani isu banjir kilat di Pelantik, Kampung Bendahara, Kampung Saujana dan Taman Sri Pandan. Untuk maklumat Yang Berhormat, bagi perancangan jangka masa panjang, JPS Negeri Johor telah melantik perunding bagi menjalankan Kajian Projek Saliran Mesra Alam Tebrau dan Plentong dengan kos berjumlah

RM41.8 juta. Untuk mengatasi kejadian banjir di kawasan mukim Tebrau dan Plentong. Antara skop kerja yang dirangkakan adalah pengorekan sungai, pembinaan struktur tebing, pembinaan pencegah banjir dan perangkap sampah.

Yang Berhormat Pekan Nanas ada menanyakan kaedah penyelesaian bagi menangani isu banjir di Pekan Nanas. Untuk maklumat Yang Berhormat Pekan Nanas, bagi perancangan jangka masa pendek kerajaan negeri Johor melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor telah merangka kerja-kerja penyelenggaraan sebanyak RM100,000.00 yang akan digunakan bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem saliran untuk mengatasi masalah banjir. JPS komited dalam melaksana kaedah penyelesaian bagi menangani isu banjir di Pekan Nanas. Kerja-kerja penyelenggaraan sungai dan sistem saliran telah dilaksanakan secara berkala. Bagi tindakan penyelesaian jangka masa panjang, kajian semula Johor Barat kini dalam pelaksanaan dan dijangka selesai pada Oktober 2022.

Dapatan daripada kajian tersebut, pihak JPS akan mengambil tindakan permohonan peruntukan untuk melaksanakan projek menangani banjir bagi kawasan-kawasan terlibat. JPS juga telah memajukan permohonan RMK-12 Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) Pekan Nanas dengan anggaran kos RM2 juta yang merangkumi pusat bandar, pusat penempatan penduduk dan pusat perniagaan. Kajian tersebut akan mengkaji semula kesesuaian sistem saliran dan cadangan penambahbaikan bagi keseluruhan sistem saliran di Pekan Nanas.

Seterusnya Yang Berhormat Bukit Naning ada mencadangkan kaedah penyelesaian dalam menangani isu banjir di kawasan Bukit Naning. Saya menyambut baik cadangan yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Bukit Naning. Bukit Naning terletak di kawasan tadahan lembangan Sungai Sarang Buaya dan muaranya di Selat Melaka sejauh 20 kilometer. Banjir yang berlaku di Bukit Naning adalah disebabkan parit sedia ada tidak dapat menampung jumlah aliran air yang banyak ketika hujan lebat. Aliran air juga tidak dapat mengalir lancar disebabkan paras Sungai Sarang Buaya yang tinggi dan dipengaruhi pasang surut laut. Selain itu, terdapat lintasan-lintasan yang kecil dan juga struktur-struktur lama peninggalan projek Johor Barat yang tergantung dan tidak berfungsi yang menghalang air untuk mengalir dengan lancar. Bagi mengurangkan masalah…

Yang Berhormat Datuk Speaker…

Timbalan Speaker

Ya, ada apa?

Peraturan Tetap Bilangan 8, Cukup Bilang, sekiranya ada bantahan daripada sebarang Ahli yang hadir iaitu dengan sebab kurang daripada suku bilangan, tidaklah boleh Dewan Negeri itu menjalankan apa-apa kerja melainkan kerja menangguhkan mesyuarat isu sahaja.

Timbalan Speaker

Saya dah kira, lebih daripada 24 orang.

Ok. Banyak makan durian. Boleh jalan ke?

Timbalan Speaker

Terima kasih. (Dewan ketawa).

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Saya teruskan Datuk Speaker. Terima kasih, terima kasih Sri Medan. Bagi mengurangkan masalah banjir yang berlaku melalui Rancangan Tebatan Banjir Mukim Air Hitam di dalam Rancangan Malaysia Ke-10, kerajaan telah pun membelanjakan hampir RM7 juta untuk projek tebatan banjir dengan kerja-kerja mengganti semua pintasan penduduk dari Parit Haji

Zain ke Parit Hassan Ahmad 1, sempadan Batu Pahat – Muar untuk melancarkan aliran air ketika hujan lebat. Kerja-kerja lain termasuk menaik taraf pembentungan jalan JKR di Parit Kelantan, membina arch culvert di Parit Haji Zain dan penggalian parit-parit utama.

Cadangan untuk menyalurkan air Sungai Sarang Buaya ke Sungai Muar akan melibatkan kos sangat tinggi kerana perlu melalui kawasan berbukit dan jarak yang sangat jauh. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap isu dan masalah banjir yang berlaku. Maka dengan itu, kerajaan negeri melalui JPS telah melantik perunding untuk membuat kajian semula projek Johor Barat. Dengan pelaksanakan kajian ini, kerajaan akan meneliti cadangan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan masalah banjir khususnya di DUN Bukit Naning bagi mengurangkan kemusnahan infrastruktur seperti jalan selain kerugian harta benda dan hasil-hasil pertanian.

Yang Berhormat Datuk Speaker, akhir sekali saya akan menjawab isu pelancongan. Yang Berhormat Kukup telah menanyakan berkaitan apakah perancangan kerajaan negeri dalam ingin memperkasakan ekopelancongan dalam pelancongan warisan negeri Johor. Untuk maklumat Yang Berhormat Kukup, sektor ekopelancongan dalam pelancongan warisan di Johor merupakan antara komponen-komponen utama fokus pelancongan negeri. Johor mempunyai lebih daripada 50 produk pelancongan alam semula jadi meliputi segala aset warisan bermula daripada gunung-ganang, hutan tropika, paya bakar, pulau-pulau sehinggalah dasar laut dan yang amat menarik untuk didapati oleh kedua-kedua penduduk tempatan dan pelancong asing.

Negeri Johor juga mempunyai lebih daripda 100 produk pelancongan warisan yang terhasil daripada pelbagai zaman. Bermula daripada zaman kewujudan kerajaan negeri Johor, zaman perang dunia kedua sehinggalah ke zaman kemerdekaan negara. Pelbagai muzium dan bangunan warisan, makanan, tarian dan pemakaian kaum-kaum di Johor telah menjadikan Johor sebagai salah satu negeri yang amat kaya dengan warisan. Ekopelancongan merupakan salah satu sektor pelancongan yang amat berkait rapat dengan pemulihan, pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Aktiviti-aktiviti konservasi lawatan serta aktiviti sukan luar sering dikaitkan dengan kepentingan pelancongan eko dan para pengunjung, yang mampu membayar lebih bagi mendapatkan pengalaman melancong di lokasi alam semula jadi ini.

Pelancongan warisan pula menawarkan pelbagai pengalaman yang unik kepada para pelawat mengenai warisan sejarah dan kebudayaan yang ada di dalam negeri Johor. Pengalaman pelancongan warisan ini pula dilihat akan membantu memastikan warisan sejarah ini kekal di mata masyarakat. Johor amat bertuah kerana mempunyai pelbagai aset warisan dan alam semula jadi yang amat hebat. Tidak dapat ditandingi dan mempunyai peluang untuk menjadi destinasi pelancongan eko di rantau asia ini. Dalam menjadikan Johor sebagai destinasi utama pelancongan eko dan pelancongan warisan ini, Tourism Johor sedang dan akan menjalankan strategi-strategi berikut:-

Memastikan lokasi ekopelancongan dan pelancongan warisan negeri Johor sentiasa bersih, selamat dan selesa dikunjungi oleh para pelawat dan para pelancong. Lokasi eko pelancongan yang bersih akan meminimakan risiko keselamatan pada pengunjung sebagai contoh, air terjun yang kotor akibat pembuangan sampah akan menarik kedatangan tikus-tikus seterusnya akan meningkatkan risiko kes kencing tikus yang amat berbahaya.

Memastikan fasiliti dan kemudahan awam di lokasi ekopelancongan dan warisan adalah sentiasa diselenggara dan ditambah baik bagi mempertingkatkan keyakinan, kedatangan pelawat dan pelancong ke produk pelancongan tersebut. Pemasaran, penjenamaan dan promosi berterusan ke semua produk-produk ekopelancongan dan pelancongan warisan negeri Johor dengan mensasarkan segmen pelawat dan pelancong yang tepat serta

berkualiti. Ini termasuk juga melalui penganjuran acara-acara ekopelancongan dan produk-produk pendidikan eko kepada semua peringkat masyarakat dan pelancongan.

Melaksanakan dan menguatkuasakan prinsip sustainable tourist development bagi setiap produk pelancongan eko yang dibangunkan berikutan kawasan-kawasan ini mempunyai nilai caring capacity yang berbeza supaya tidak menganggu ekosistem semula jadi sedia ada.

Seterusnya, Yang Berhormat Kukup juga ada menanyakan apakah inisiatif kerajaan negeri dalam mempromosikan industi inap desa ataupun dikenali sebagai homestay di negeri Johor. Untuk maklumat Yang Berhormat Kukup, Program Pengalaman Homestay Malaysia merupakan salah satu program di bawah Kementerian Pelancongan Warisan dan Budaya Negeri Johor. Di mana ianya bagi menggalak penyertaan masyarakat luar bandar dalam sektor pelancongan.

Promosi bagi program ini telah dilaksanakan oleh Tourism Malaysia melalui pelbagai platform bagi menarik pelancong dalam dan luar negara. Antaranya ialah pembangunan portal atas talian jomhomestay.my yang dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri pada 27 November 2021 dan pelancaran Kempen Jom Balik Kampung Homestay yang juga dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri pada 7 Mac 2020. Kempen ini bertujuan untuk memperluaskan promosi dalam kalangan rakyat Malaysia, pelancong domenstik untuk memilih inap desa sebagai destinasi pelancongan serta penginapan alternatif selain daripada hotel. Kempen ini juga, membantu pengusaha inap desa termasuk golongan belia dalam menghasilkan pakej-pakej menarik serta memperkenalkan produk-produk tempatan melalui media sosial.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Tenggaroh, sila pendekan.

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga akan menerangkan isu yang dibawakan oleh Yang Berhormat Sri Medan berkaitan apa tindakan drastik oleh kerajaan negeri di dalam mempromosikan Taman Botanik Johor. Untuk makluman Yang Berhormat Sri Medan, sejajar dengan misi Taman Botanik Johor sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang pemuliharaan tumbuhan tropika, pendidikan kepelbagaian biologi, pendidikan dan ekopelancongan serta pusat rekreasi yang terunggul. Pihak Jabatan Landskap Negeri Johor telah mengambil beberapa langkah inisiatif dan kerjasama antara pelbagai jabatan. Kerana kesuntukan masa saya akan bagi apa inisiatif yang diambil kepada Yang Berhormat Sri Medan tetapi statistik kemasukan pengunjung ke Taman Botanik Johor telah menunjukkan trend peningkatan dari bulan Januari hingga Disember 2021 dengan merekodkan seramai 5,314 pengunjung.

Manakala statistik kemasukan pengunjung dari bulan Januari hingga 20 Jun 2022 telah merekodkan seramai 6,225 orang pengunjung. Dalam masa yang sama juga Tourism Johor dengan kerjasama Pejabat Daerah Batu Pahat, Majlis Daerah Yong Peng sedang giat menjadikan Taman Botani Johor sebagai satu lokasi pelancongan yang bertemakan kepada Agro Tourism dan Nature Tourism. Pihak Tourism Johor juga sedang giat memasarkan Taman Botani Johor kepada ejen-ejen pelancongan tempatan dan antarabangsa dengan mewujudkan integrasi pakej pelancongan dan memberi fokus pemasaran secara digital terus kepada pelancong melalui aplikasi Johor Tourism Interchange.

Yang Berhormat Johor Jaya ada mengutarakan status terkini penebusan Baucer Pelancongan Johor yang telah memperuntukkan RM1.5 juta dalam Bajet 2022. Oleh kerana kesuntukan masa, saya akan bagi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Johor Jaya. Saya gulung Yang Berhormat Datuk Speaker.

Kesimpulan daripada ucapan dan jawapan dan cadangan yang telah saya utarakan, sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan kepada sesi sidang Dewan akan soalan dan perkara yang telah diutarakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat semua. Segala cadangan, buah fikiran yang dilontarkan kepada saya sangat saya hargai dan alu-alukan. Dan sekiranya masih ada idea-idea baru selepas berakhirnya sidang kali ini, datanglah berjumpa saya atau boleh menelefon saya. Saya pasti saya akan lapangkan masa. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat perkara-perkara yang terlepas pandang, tindakan susulan akan diambil oleh ketua-ketua jabatan saya. Semoga segala yang tersimpul dapat dihuraikan, yang keruh dijernihkan, yang kurang ditambahkan. Akhirnya, marilah kita rapatkan saf dalam erti kata yang sebenar. Berbeza pendapat diluar tetapi bersatu hati demi Johor yang kita sayangi.

Sebelum saya akhiri ucapan saya, saya juga ingin menghadiahkan serangkap pantun kepada YB yang ikhlas berbakti. Memperhebatkan kesejahteraan Johor tugas diberi, marilah bersama bersatu hati, memastikan Agenda Maju Johor sampai ke destinasi. Sekian, terima kasih. (Dewan bertepuk).

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Tenggaroh. Dipersilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, pendekkan pantun.

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh, salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, dengan rasa hormat dan penuh takzim marilah kita semua merafak sembah dan menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Sidang DUN kali ini dengan mengambil muhasabah diri ke atas titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku demi perjuangan kita untuk Bangsa Johor khususnya dan rakyat jelata yang berpayung di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor di bumi Johor yang bertuah ini. Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah buat Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang telah dilantik sebagai Pemangku Raja Johor.

Tahniah juga diucapkan kepada YB Rengit, Datuk Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi sebagai Speaker Dewan dan Yang Berhormat Semarang Datuk Haji Samsolbari Bin Jamali sebagai Timbalan Speaker. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi selaku Menteri Besar Johor ke-19, saya mendoakan agar pentadbiran di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.

Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Johor di atas penganugerahan gelaran Tan Sri oleh Yang Dipertuan Agong baru-baru ini. Tahniah YB Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Bin Rohani. Terima kasih juga diucapkan kepada YB Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, YB Pegawai Kewangan Negeri Johor. Saya ingin mengambil peluang pada kali ini mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Ir. Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor Ke-18 kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada saya bertanding di N50 DUN Bukit Permai sebagai calon Barisan Nasional pada PRN yang lepas. Terima kasih Dato’. (Dewan bertepuk).

Yang Berhormat Datuk Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, intipati titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku jelas menggambarkan betapa pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor perlu menyelami denyut nadi Bangsa Johor, memenuhi aspirasi untuk mengangkat Johor ke persada dunia. Sekali gus, memancarkan iltizam pimpinan kita untuk mengangkat kehidupan rakyat jelata menjadi sebahagian komuniti dunia yang terhebat.

Rembulan beradu indahnya nian, cahaya bersinar satu purnama, maju Johor sejahtera dan aman, rakyat bahagia bersatu bersama.

Menginsafi titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa bukan tempoh bulan madu buat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, patik menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi negeri Johor yang tercinta. Menjunjung kasih ke atas titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkaitan Perumahan dan Kerajaan Tempatan, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan ke atas usul menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor yang melibatkan bidang kuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Bagi pihak Perumahan dan Kerajaan Tempatan sememangnya amat mengalu-alukan pandangan, cadangan dan teguran juga kerjasama dari rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, sama ada di sebelah sana mahupun di sebelah sini. Tentunya pendekatan saya akan memastikan kesemua perkara yang telah dibangkitkan akan diteliti oleh ketua-ketua jabatan di bawah portfolio saya untuk diambil tindakan sewajarnya. Bagi menjamin kesejahteraan rakyat yang akan selamanya menjadi keutamaan kita bersama.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat saya akan menjawab isu yang dibangkitkan dalam sesi penggulungan berdasarkan portfolio saya iaitu yang pertama di bawah Kerajaan Tempatan dan yang kedua berkenaan Perumahan. Saya juga sedar dan insaf sesungguhnya portfolio saya ini sangat dekat di hati Bangsa Johor.

Kerajaan Tempatan. Yang Berhormat Datuk Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, sepanjang beberapa hari Dewan bersidang, Ahli-Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu kebersihan dan keselamatan, pengurusan permohonan lesen di peringkat PBT, Johor Fast Lane bagi kawasan industri yang lebih terancang dan isu banjir yang berlaku di kawasan PBT seluruh Johor.

Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan yang mulia, saya telah melaksanakan usaha pemerkasaan PBT seluruh Johor yang melibatkan beberapa kluster ataupun sektor. Daripada kluster ini, tiga Majlis Bandaraya dan tiga Majlis Perbandaran telah diberikan amanah untuk mengetuai penyelarasan bagi kluster-kluster tersebut. Bagi memastikan Johor menjadi negeri yang bersih dan ceria, pastinya pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam jadi aspek utama perkhidmatan perbandaran.

Justeru, saya ingin menjawab soalan isu sampah, isu tapak pelupusan sampah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bekok. Sebagaimana Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Akta 672, 2011, Perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam adalah di bawah tanggungjawab SWCorp juga dikenali sebagai Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Oleh itu, segala urusan berkaitan dengan penambahbaikan sistem pengurusan sisa pepejal akan dipantau dan disediakan oleh SWCorp serta dikawal selia oleh JPSPN.

Yang Berhormat Datuk Speaker, di samping itu, selaras dengan amanat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor baru-baru ini, kebersihan seluruh negeri Johor merupakan salah satu teras utama dalam pembangunan negeri Johor. Antara usaha pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan negeri Johor yang kini dalam pelaksanaan adalah memfokuskan aspek kebersihan berpandukan amalan terbaik Majlis Perbandaran Muar. Di mana, bandar Muar telah mendapat pengiktirafan sebagai ASEAN Clean Tourist City 2018, Bandar Pelancongan Bersih ASEAN. Program Johor Bersih 100 Hari akan dilancarkan dalam masa terdekat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Bagi memastikan teras ini dapat dicapai, satu task force khas yang terdiri daripada usahasama antara PBT, JKR, SWCorp, SWM serta agensi kerajaan yang berkaitan melalui Program Jalan Angkat yang akan dilaksanakan secara mingguan bertujuan mengurangkan sampah di jalan raya utama di kawasan bandar-bandar di seluruh Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, selain itu pengredan tandas di semua 16 PBT Pihak Berkuasa Tempatan Johor akan dipertingkatkan khususnya di kawasan tumpuan orang ramai seperti kawasan pelancongan, terminal pengangkutan awam dengan mensasarkan tiga bintang ke atas sebagaimana yang dibangkitkan oleh YB Stulang.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebagaimana yang telah dibangkitkan oleh YB Perling, Sri Medan, Maharani, Tiram, Gambir, Skudai, Pekan Nanas, Senai dan Pengerang isu banjir perlu diberikan perhatian kerana beberapa kawasan di seluruh Johor sering dilanda banjir saban tahun. Terutamanya di ketika peralihan monsun juga banjir kilat di kawasan bandar-bandar utama bencana alam ini menyebabkan kerugian dan kerosakan harta benda serta boleh meragut nyawa. Selain itu, pihak PBT juga merangka program jangka masa panjang bagi mengatasi masalah banjir ini seperti pembinaan benteng pengawalan banjir, mendalamkan sungai, pembinaan kawalan pintu air, membina kolam tadahan dan membina on site detention pond, dengan izin.

Suka saya maklumkan kepada Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini, saya juga telah mewujudkan sektor pemerkasaan PBT bagi menangani masalah banjir kilat yang diketuai oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Pihak MBIP akan mencadangkan tindakan-tindakan yang perlu diambil dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang oleh agensi seperti PBT, JKR, JPS cadangan projek-projek berserta anggaran peruntukan pembangunan yang diperlukan antaranya melaksanakan kerja-kerja menaik taraf parit secara berkala.

Yang Berhormat Datuk Speaker, beberapa perkara berkenaan proses permohonan lesen peniaga kecil serta penjaja di peringkat PBT telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Simpang Jeram, Stulang dan Yang Berhormat Kempas. Proses permohonan lesen adalah antara perkara terawal yang telah saya jawab di Dewan yang mulia ini pada 19.6.2022, Soalan A136.

Yang Berhormat Datuk Speaker, isu keselamatan juga menjadi keutamaan kepada pihak PBT bagi sektor pemerkasaan PBT berkaitan keselamatan akan diketuai oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Antara inisiatif akan dilaksanakan adalah menambah bilangan CCTV di lokasi tumpuan rakyat, pusat pelancongan, pusat-pusat perniagaan PBT akan menyediakan peruntukan bagi penambahan CCTV ini.

Bagi program pemutihan kilang yang dilaksanakan oleh pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat, akan diteruskan sehingga 31 Disember 2022 dengan mengambil kira syarat-syarat kelulusan minimum dan mengkaji kadar bayaran yang berkaitan dengan program tersebut.

Kesinambungan soalan YB Johor Jaya berkaitan Zoo Johor. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, berita baik untuk Bangsa Johor, kerajaan bercadang untuk membina zoo baharu Johor di Iskandar Puteri melibatkan sebahagian tapak Mukim Kulai Johor seluas 50 ekar. Zoo sedia ada akan dikekalkan dan kajian menyeluruh proses menaik taraf akan dilaksanakan dengan kadar segera.

Yang Berhormat Datuk Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat bagi menjawab soalan tambahan dari sahabat saya YB Parit Raja berkenaan penempatan pekerja warga asing, kerajaan negeri Johor pada 22 September 2021 telah meluluskan pelaksanaan Garis Panduan Perancangan Penginapan Pekerja Berpusat sebagaimana Pekeliling Ketua Setiausaha KPKT bilangan 6 tahun 2021, bagi menyelaraskan isu penempatan pekerja warga asing di kawasan perumahan. Inisiatif dari Plan Malaysia bersama SUK Kerajaan Tempatan dalam melaksanakan centralized living quarters dengan izin, ianya merupakan satu kemudahan tempat tinggal pekerja secara berkelompok bagi pekerja asing dan tempatan.

Perumahan. Yang Berhormat Datuk Speaker, dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, sektor perumahan merupakan mempunyai peranan yang sangat penting bagi merealisasikan hasrat Johor mencapai status negara maju menjelang tahun 2030. Selaras dengan hasrat ini, penyediaan kemudahan perumahan kepada setiap lapisan masyarakat yang merupakan sebahagian daripada agenda sosial kerajaan bagi menjamin kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat. Kerajaan Johor amat prihatin dan sentiasa berusaha untuk menyediakan kemudahan perumahan yang mencukupi, berkualiti dan selesa serta mampu disewa atau dibeli bagi memenuhi keperluan tempat kediaman. Semua golongan rakyat terutamanya yang golongan berpendapatan rendah, matlamatnya tidak lain tidak bukan adalah untuk memperbaiki mutu kehidupan rakyat disetiap pelusuk negeri dan memastikan tiada seorang pun dari Bangsa Johor tertinggal dari menikmati kepesatan arus pembangunan negeri yang kita cintai. Aspirasi ini telah dizahirkan di dalam amanat Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor pada 14 Jun 2022 yang lalu apabila isu perumahan rakyat menjadi salah satu keperluan utama di dalam teras kemudahan dan keperluan asas ke arah merealisasikan gagasan Maju Johor. Dan, untuk memastikan semua pihak memahami aspirasi yang baik itu bukanlah sesuatu yang mudah.

Indah sungguh warna pelangi, di kaki langit tidaklah lama, di lurah sama kita harungi, muafakat kita maju bersama. (Dewan bertepuk).

Pemaju sebagai rakan strategik. Yang Berhormat Datuk Speaker, kerajaan negeri amat mengalu-alukan pelaburan di dalam sektor pembangunan hartanah di negeri Johor. Namun begitu, pembangunan akan lebih bermakna sekiranya kita berjaya melakukan agihan kemakmuran secara bersama, sekata dan saksama. Pembangunan di sektor perumahan adalah salah satu strategi ke arah mencapai matlamat mensejahterakan rakyat. Justeru itu, di dalam konteks pembangunan hartanah di negeri Johor, setiap cadangan pembangunan yang diluluskan adalah tertakluk kepada penyediaan 40% Rumah Mampu Biaya Johor bagi memenuhi keperluan mengikut kemampuan Bangsa Johor dari kalangan B40 dan M40. Sehubungan itu, kerajaan negeri akan menjadikan pemaju-pemaju hartanah di negeri ini sebagai rakan strategik atau strategic partner dengan izin, untuk benar-benar menterjemahkan dasar ini.

Menjawab kepada soalan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu perumahan mampu milik rakyat di Johor dan langkah awal yang diambil saya dan PKPJ sejurus yang diamanahkan sebagai EXCO kerajaan negeri adalah perjumpaan bersama pemain industri pembinaan perumahan yang rata-ratanya masih berhutang rumah mampu milik dengan Bangsa Johor. Hasil dapatan daripada perjumpaan tersebut, terdapat 69,652 unit rumah mampu milik yang masih tidak dibina oleh mereka. Pihak pemaju telah menzahirkan komitmen untuk bersama-sama membangunkan perumahan mampu milik Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, di sepanjang tempoh perbahasan ini, antara isu utama yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan adalah berkaitan penawaran rumah mampu biaya yang mampu dimiliki oleh rakyat negeri Johor. Berdasarkan kepada penelitian saya di sepanjang sesi Persidangan ini, keperluan pembangunan rumah mampu biaya telah pun disentuh oleh YB Bekok, Kahang, Permas, Maharani, Kota Iskandar, Endau, Parit Yaani, Kempas, Kemelah, Penawar dan Jementah. Saya percaya, sekiranya diberi ruang dan peluang, setiap Ahli Dewan ini akan menyampaikan hasrat terhadap keperluan rumah mampu biaya untuk rakyat yang mereka wakili.

Umum mengetahui bahawa sebilangan besar pembangunan komponen rumah mampu biaya ini dimajukan oleh pihak swasta. Mengikut dasar yang berkuatkuasa, setiap pembangunan perlu menyediakan 40% rumah mampu biaya manakala baki 60% adalah mengandungi pelbagai jenis komponen pembangunan bercampur. Konsep ini telah lama dipraktiskan di dalam mana-mana kelulusan pembangunan, di mana idea asalnya adalah

sebahagian keuntungan daripada pembangunan komponen rumah mahal akan digunakan oleh pemaju bagi tujuan untuk menampung kos perumahan rumah mampu biaya. Konsep inilah yang disebutkan sebagai subsidi bersilang ataupun dengan izin cross subsidy. Melalui kaedah ini, ianya dapat memastikan keperluan perumahan untuk pelbagai lapisan masyarakat dapat dipenuhi. Dasar ini juga merupakan alat atau tools dengan izin, di dalam memastikan para pemaju perumahan menjadi rakan strategik, dapat turut bersama menyediakan rumah mampu biaya dan seterusnya berupaya mewujudkan komuniti yang harmoni serta dapat menikmati kemakmuran, kemajuan negeri.

Menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang berkehendakkan lebih banyak rumah mampu milik dibina. Justeru itu, bagi menangani isu sejumlah 153,000 rumah mampu biaya masih belum dibina oleh pemaju, kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor telah mensasarkan pembinaan kira-kira 21,139 unit untuk siap disempurnakan sehingga tahun 2026. Bagi memastikan pembangunan rumah mampu biaya ini dapat direalisasikan, maka pelaksanaan, pemantauan pembangunan rumah mampu biaya melalui sebuah jawatankuasa dengan izin, Planning, Design, Review Committee (PDRC) akan dilaksanakan bermula minggu depan. Saya sendiri akan menerajui Jawatankuasa PDRC. Gerak kerja ini turut melibatkan jentera kerajaan yang lain seperti PLAN@Malaysia, Pentadbir Tanah Johor, semua Pihak Berkuasa Tempatan sebagai agensi utama dalam merealisasikan pembangunan rumah mampu biaya di negeri Johor.

Rumah Mampu Biaya Johor. Oleh yang demikian Yang Berhormat Bekok, Kahang, Permas, Maharani, Kota Iskandar, Endau, Parit Yaani, Kempas, Kemelah, Penawar dan Jementah pada hari ini saya menzahirkan komitmen untuk memastikan pembangunan rumah mampu biaya di kawasan Yang Berhormat dilaksanakan oleh pemaju mengikut kelulusan diberikan sebelum ini.

Di kesempatan ini juga saya ingin memuji YB Pasir Raja yang membuat engagement, dengan izin dengan jabatan agensi kerajaan dan seterusnya membawa cadangan yang konstruktif di Dewan yang mulia ini. Merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh YB Pasir Raja berhubung cadangan perumahan mampu milik di dua lot tanah kerajaan di Kampung Sungai Teluk. Saya telah meminta PKPJ bekerja sama erat dengan Pentadbir Tanah Kota Tinggi untuk menyempurnakan proses pemilikan tanah, melaksanakan feasibility study dan seterusnya menjadikan cadangan pembinaan rumah mampu milik di tanah tersebut diberi keutamaan.

Suka untuk saya nyatakan di Dewan mulia ini juga bahawa saya amat setuju dengan apa yang dinyatakan oleh YB Permas dalam sesi perbahasannya. Bagi membina rumah mampu biaya yang mencukupi mengikut keperluan rakyat, ia bukanlah perkara yang mudah. Berdasarkan rekod semasa pentadbiran Datuk Sri Haji Mohamed Khaled Nordin sebagai Menteri Besar Johor, kerajaan telah berjaya membina lebih 7,000 unit rumah pada tahun 2016. (Dewan bertepuk). Ini merupakan rekod tertinggi yang belum dipecahkan sehingga kini. Syabas dan tahniah diucapkan. Insya-Allah dengan izin Allah Yang Maha Kaya, saya amat yakin dan percaya kerajaan negeri di bawah kepimpinan pentadbiran Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Ke-19 akan membina lebih banyak rumah mampu milik untuk lima tahun ke hadapan. Kejayaan ini tentulah tidak mudah untuk dicapai, namun hasil muafakat dan kesatuan semua pihak dari segenap penjuru, maka suatu kebarangkalian yang awalnya difikirkan mustahil, akhirnya mampu digapai. Bak kata pepatah, muafakat lalu di dalam gelap, adat lalu di tengah terang. Yang Berhormat, azan ya?

Timbalan Speaker

Jemput, kita berhenti sekejap, seketika untuk menghormati azan.

(Dewan berhenti bagi memberi laluan laungan azan).

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Yang Berhormat Datuk Speaker, kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar menyedari kesukaran dan dilema yang dihadapi oleh Bangsa Johor.

Yang Berhormat Maharani juga ada membangkitkan untuk disediakan kemudahan pembiayaan kepada golongan miskin yang tiada pendapatan tetap seperti nelayan dan golongan yang bergaji kecil. Atas sebab itu, kerajaan negeri telah pun melancarkan satu skim kursus bagi membantu golongan terbawah atau low end dengan izin dari golongan B40 bagi memiliki rumah kediaman pertama serta kemudahan pembiayaan perumahan kepada golongan ini. Skim Perumahan Prihatin Johor adalah inisiatif kerajaan negeri yang dilaksanakan oleh KPRJ melalui anak syarikat generasi, Generasi Ta’zim Sdn. Bhd. bagi membantu golongan terbawah dari golongan B40 untuk memiliki rumah. Tempoh sewaan adalah selama 25 tahun berserta juga akan dapat memiliki hartanah tersebut sekiranya telah menyempurnakan segala bayaran bulanan serta kos-kos terlibat bagi proses pindah milik. Inisiatif ini telah pun dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Besar Johor pada 29 Mei 2022. Kerajaan negeri juga dalam merancang dan mengkaji keperluan menambah stok pembelian unit Skim Perumahan Prihatin Johor pada tahun ini dan tahun hadapan dengan mengambil kira permintaan daripada Bangsa Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan oleh YB. Seterusnya merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh YB Panti, status PPR Tenggara ini berbentuk sewaan atau sewa beli. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PPR Bandar Tenggara adalah merupakan projek kerajaan persekutuan di bawah RMK-11 bagi membina 400 unit rumah kluster satu tingkat dengan konsep sewa beli. Projek tersebut mengalami kelewatan disebabkan isu teknikal di tapak. Sehingga semalam, berdasarkan lawatan di tapak, proses tersebut telah mencapai 86.4%.

YB Stulang telah membangkitkan isu penyelenggaraan EDL yang sangat teruk. Dan ini saya akan menjawab dalam soalan bertulis.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan komitmen bagi penyelesaian isu yang telah lama membelenggu berserta projek perumahan rumah awam kos rendah Labis di Segamat sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenang. Sebagaimana Yang Berhormat Tenang maklum, projek perumahan Labis ini telah siap dibina pada tahun 1989, telah berusia 33 tahun, yang terdiri daripada 367 unit kediaman dan dijual pada harga kira-kira RM20,000 seunit. Insya-Allah proses pengesahan ini akan mengambil masa sedikit dan ianya akan dilaksanakan secara berperingkat.

Penutup, akhirnya. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menginsafi bahawa perumahan merupakan agenda kehidupan dan keperluan asas manusia. Selain daripada makanan dan pakaian, rumah diperlukan sebagai tempat perlindungan, bahkan rumah bukan sahaja sebagai tempat berlindung, tetapi juga mengandungi konsep keselamatan, kasih sayang, keamanan, kebebasan. Perumahan yang selesa akan menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan hidup rakyat. Pemilikan rumah merupakan impian setiap individu. Walau bagaimanapun, untuk memiliki rumah bukanlah merupakan perkara yang mudah kerana ciri perumahan itu sendiri memerlukan modal yang besar untuk mendapat sama ada melalui pemilikan sendiri mahupun sewaan.

Namun demikian, yang sukar bukanlah mustahil, sebaliknya saya berpegang pada firman Allah di dalam surah Al-Insyirah, ayat 5 dan 6, bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Selama diberi amanah sebagai EXCO, saya merasa amat bersyukur dikurniakan pasukan PKPJ, SUKKT dan 16 PBT seluruh Johor yang sangat komited dalam memastikan segala urusan demi rakyat kita laksana dengan sempurna. Semoga komitmen-komitmen ini akan terus jitu dan padu. Saya menyeru agar kita semua berganding bahu

untuk mencari segala solusi agar hasrat dan impian seluruh Bangsa Johor untuk mendiami rumah yang selesa dapat direalisasikan. Saya amat yakin dan percaya dalam langkah perjalanan kita ke arah Maju Johor, selaku Wakil Rakyat kita terus, perlu terus beristiqamah serta mengambil iktibar dan ikhtiar, berpayung paksi titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, setiap Wakil Rakyat wajar bermuhasabah diri kerana perjuangan kita tiada titik noktahnya dan setiap batas sempadan kaum, apa lagi agama.

Demikian juga buat rakyat dari segenap dimensi seluruh pelusuk negeri, bersatu kita negeri Johor, jangan diberi ruang untuk musuh baik dari dalam mahupun luar untuk memecahkan kerana kita khuatir di mana kayu bengkok, di situ musang meniti. Kita kuat kerana kita muafakat, kita muafakat kerana kita kuat. Muafakat itu berkat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, bertentang mata hati bertaut, terus jadi masuk meminang, banyak persolan sudah disambut, harap semua dapat bertenang. Buat rakan-rakan seperjuangan dan seangkatan, di barisan ini atau di barisan di sana, ayuh kita sama-sama mendukung titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk bersama-sama bergandingan sederap, serentak dan seirama dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor bagi mencapai harapan dan impian untuk bersama-sama pimpinan kerajaan mengharungi samudera perjuangan. Biar pun berdepan gelora yang ganas, di atas bahtera Maju Johor pimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor bernaung di bawah payung Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim. Allah Pelihara Sultan, Allah Berkati Johor, Maju Johor. Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Permai, diteruskan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat, berapa minit saya ada?

Timbalan Speaker

Jawabnya jangan lama-lama.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Sebab kalau ringkas, saya jawab bertulis sebahagian daripadanya.

Timbalan Speaker

Selesaikan.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Maju Johor. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, patik merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim di atas perkenaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sempena Pembukaan Rasmi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Ke-15. Ampuan Tuanku. Patik juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Major Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim di atas pelantikan sebagai Pemangku Raja Johor. Semoga negeri Johor akan terus makmur dan maju di bawah pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku.

Kepada Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani, kami keluarga Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas penganugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri. Terima kasih Tan Sri, tahniah Tan Sri. Secara ringkas tahniah Yang Berhormat Machap sebagai Menteri

Besar Ke-19, terima kasih Yang Berhormat Benut Menteri Besar Johor ke-18. Yang Berhormat saya mengaku dalam tempoh tak sampai 30 minit ini, tidak mungkin saya mampu membentangkan semua perkara berkaitan portfolio ini termasuk perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat, namun saya cuba untuk sehabis baik.

Agenda jaminan bekalan makanan terus menjadi keutamaan dan menjadi salah satu komponen fokus dalam hala tuju pembangunan negeri Johor, ianya selari yang mana menjadi salah satu impetus yang terkandung dalam ikrar BN Johor dalam usaha menjadikan Johor sebagai hab agromakanan Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat dan pihak Pejabat Tanah Galian (PTG) yang komited memperkenalkan dan memperuntukkan sekurang-kurangnya 3,000 ekar bagi diusahakan dengan aktiviti sektor pertanian yang bernilai tinggi. Bukan sahaja bagi tujuan domestik tetapi juga bagi tujuan eksport antarabangsa. Komitmen ini adalah menjadi salah satu inisiatif dan strategi bagi merancakkan lagi program-program pembangunan di bawah Agenda Jaminan Bekalan Makanan Negeri Johor.

Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kepihatinan Ahli-Ahli Yang Berhormat, yang menyentuh dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan sektor pertanian dan pembangunan luar bandar dalam negeri Johor baik dalam soalan-soalan lisan, bertulis mahupun dalam perbahasan ini. Antara yang membawa perbahasan ialah termasuklah Yang Berhormat Semarang, Johor Jaya, Panti, Kukup, Bekok, Kahang, Senggarang, Bukit Naning, Sedili, Pasir Raja, Sungai Balang, Mengkibol, Mahkota, Tiram, Gambir, Skudai, Bentayan, Kemelah, Penawar, Labis, Bukit Kepong, Kota Iskandar dan lain-lain Yang Berhormat.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Datuk Speaker, dua tiga kucing berlari, lari ke kiri, lari ke kanan, hujah-hujah Yang Berhormat saya hargai, demi jaminan bekalan makanan. Yang Berhormat Bentayan dan Mengkibol telah membangkitkan tentang peranan Jawatankuasa Sekuriti Makanan Negeri Johor, untuk makluman Yang Berhormat, Jawatankuasa tersebut telah ditubuhkan sejak tahun 2021 dan secara ringkasnya ianya berperanan sebagai platform kepada semua pihak berkepentingan dalam membincangkan isu dan merangka strategi bagi pembangunan sektor pertanian dan agromakanan negeri Johor. Keahliannya buat masa ini terdiri daripada jabatan atau agensi berkaitan sektor pertanian dan penglibatan daripada agensi kerajaan negeri seperti Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor dan Bahagian Pemantuan Projek dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Johor. Kehadapan ini kerajaan akan memperkasakan lagi peranan dan fungsi Jawatankuasa ini dengan melibatkan pihak berkepentingan lain seperti ahli akademik atau pakar bidang, pihak persatuan, pemain industri dan lain-lain pihak yang dapat membantu menyumbangkan idea dan peranan dalam Jawatankuasa ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, rata-rata Ahli-Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan tentang isu jaminan bekalan makanan antaranya Yang Berhormat Bekok, Skudai, Mahkota, Kukup, Mengkibol, Panti, Jementah, Bukit Kepong. Justeru itu kehadapan ini kerajaan negeri menerusi Portfolio Pertanian dan Industri Asas Tani telah merangka 7 fokus utama yang menjadi fokus Agenda Jaminan Bekalan Makanan Negeri Johor.

Yang pertama adalah mengenai Dasar Agro Makanan Negeri Johor 2022 hingga 2030 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Dasar tersebut akan menjadi dokumen induk dan panduan kepada pelbagai pihak berkepentingan bagi melaksanakan strategi-strategi utama pembangunan sektor pertanian dan industri makanan dalam negeri Johor.

Fokus kedua bagi mengekalkan dan memperkasakan lagi status Johor sebagai pengeluar utama tanaman makanan dalam negara. Kerajaan akan melaksanakan inisiatif pembangunan industri pengeluaran tanaman makanan utama iaitu tanaman buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman kontan dan pembangunan komuditi berpotensi seperti cendawan,

madu dan kopi. Selain itu, dalam usaha untuk meningkatkan pengeluaran industri tanaman makanan, ianya akan dipacu menerusi program pemilikan teknologi mekanisasi, program kolaborasi strategik antara syarikat peneraju dan pengusaha dan program pembangunan pertanian moden dan lestari serta menggalakkan penglibatan pihak swasta dan syarikat berkaitan kerajaan atau GLC.

Dalam inisiatif ini, kerajaan negeri menyasarkan peningkatan hasil pengeluaran dalam tempoh 5 tahun akan datang iaitu peningkatan 32.46% bagi pengeluaran buah-buahan utama, dan peningkatan 32.87% bagi pengeluaran jenis sayur-sayuran utama. Antara tanaman yang menjadi fokus atau keutaman negeri Johor adalah buah betik, durian, nanas, nangka, pisang, tembikai dan kelapa. Manakala sayur-sayuran yang menjadi tanaman utama adalah bendi, cili, kacang panjang, sawi, timun dan halia. Pemilihan keutamaan bagi komuditi ini adalah bersandarkan bagi meningkatkan tahap sara diri atau SSL negara dalam pengeluaran setiap jenis tanaman tersebut untuk memenuhi keperluan domestik dan eksport.

Fokus ketiga, kerajaan Johor beriltizam untuk memperkasa lebih ramai lagi usahawan belia tani dengan menggalakkan penyertaan belia tani dalam bidang pertanian secara komersial, dengan bantuan insentif dan fasiliti yang dibangunkan oleh kerajaan serta sokongan oleh kolaborasi daripada penglibatan pihak swasta. Sebagai rekod, pada tahun 2021 lebih 500 orang belia telah diperkasakan menerusi pelbagai program atau bantuan insentif termasuklah belia yang menceburi bidang ternakan. Kami mensasarkan dalam tempoh 2 hingga 3 tahun ini, dapat meningkatkan pendapatan belia tani sekurang-kurangnya RM3,000.00 sebulan menerusi peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, penerapan teknologi dan inovasi terkini. Untuk itu, kehadapan ini, selain daripada pelbagai program insentif yang diwujudkan oleh kerajaan, kerajaan negeri akan terus melaksanakan program khusus untuk belia tani menerusi program pembangunan belia tani bagi pelaksanaan aktiviti sub-sektor tanaman, penternakan, perikanan serta industri asas tani.

Kerajaan juga bercadang akan mewujudkan pembangunan kawasan atau zon belia tani yang boleh dimanfaatkan oleh orang muda unutk pelaksanaan aktiviti ekonomi pertanian. Kami harap anak muda tidak melihat pertanian ini hanya kerja yang panas dan kotor sahaja sebaliknya melihat pertanian satu perniagaan. Sebagaimana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Skudai berkaitan peluang-peluang anak muda dalam sektor pertanian termasuk bimbingan dan peluang-peluang yang ada, maka saya menyarankan kepada Yang Berhormat untuk membuat engagement bersama pihak Jabatan Pertanian Daerah dan agensi yang lain di bawah sektor pertanian untuk mengetahui pelbagai inisiatif dan kemudahan yang ditawarkan dan boleh menghebahkan kepada masyarakat terutama golongan muda di kawasan Yang Berhormat.

Keempat, fokus kerajaan juga adalah bagi memperkasa tahap skala bidang usahawan dan dalam konteks Industri Asas Tani (IAT). Fokus adalah unutk meningkatkan tahap nilai jualan tahunan kepada tahap 1 yakni bawah RM50,000.00, kepada tahap 2 iaitu antara RM50,000.00 hingga RM100,000.00 dan tahap seterusnya yang lebih tinggi lagi. Penekanan adalah bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dan pemberian insentif untuk meningkatkan lagi produktiviti dan pendapatan pengusaha industri asas tani ataupun pemprosesan makanan. Fokus ini juga adalah untuk meningkatkan bilangan pengusaha industri asas tani yang mendapat pensijilan MESTI dan HALAL.

Fokus kelima Agenda Jaminan Makanan adalah meningkatkan pengeluaran industri perikanan. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, fokus industri perikanan terbahagi kepada dua aktiviti iaitu perikanan aquaculture dan perikanan tangkapan. Dalam konteks perikanan aquaculture, kerajaan negeri menyasarkan peningkatan 62% produktiviti hasil perikanan aquaculture pada tahun 2027 iaitu peningkatan daripada unjuran 23,952 metrik tan pada tahun 2022, kepada 38,783 metrik tan pada tahun 2027. Penekanan sektor

perikanan aquaculture akan dibangunkan secara berdaya saing melalui teknologi baharu dan efektif, amalan teknolgi yang diperbaharui dan mengaplikasikan Revolusi Industri 4.0. Untuk itu pelbagai inisiatif projek pembangunan aquaculture air tawar seperti ikan baung dan kelah, air payau dan marin. Ini juga termasuklah penternakan udang marin yang menjadi pilihan kepada para penternak aquaculture masa kini.

Bagi mempastikan kelestarian sumber perikanan tangkapan, kerajaan akan melaksanakan program melabuh tukun dan memperhebatkan lagi program pelepasan sumber perikanan di perairan sungai-sungai Johor. Bagi merancakkan sektor perikanan juga, kerajaan negeri telah meluluskan lot-lot ternakan bagi pembangunan estet kerang-kerangan di perairan pantai barat negeri Johor iaitu daerah Pontian, Batu Pahat, Muar dan Tangkak sebagai satu projek yang membuka ruang kepada lebih ramai nelayan zon A untuk meningkatkan pendapatan serta dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan sosial penduduk setempat. Pada tahun ini fasa satu dengan seluas 300 hektar akan dibangunkan di daerah Pontian dalam masa terdekat.

Untuk makluman Yang Berhormat Senggarang pula, beberapa perancangan pembangunan kemudahan prasarana telah dicadangkan, antaranya membaik pulih dan menaik taraf jeti pendaratan sedia ada serta bantuan peralatan sokongan bagi kemudahan komuniti nelayan yang melaksanakan aktiviti pendaratan kerang sama ada secara semula jadi atau ternakan. Untuk tahun 2022 dengan peruntukan berjumlah RM150,000.00, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan menaik taraf jeti nelayan sedia ada yang telah mengalami kerosakan di Kampung Sri Pantai, Senggarang seperti Yang Berhormat bangkitkan tempoh hari. Merujuk kepada Peraturan-Peraturan Perikanan, Pemulihan dan Culture Kerang 2002, Akta Perikanan 1985 di bawah Peraturan 4(1), memperuntukkan bahawa tiada sesiapa yang boleh mengambil apa-apa benih kerang dan kerang dewasa dari suatu tapak kerang semula jadi atau tapak kerang culture melainkan dia telah diberikan suatu lesen mengambil kerang oleh Ketua Pengarah di bawah Peraturan 8.

Justeru itu, untuk makluman Yang Berhormat Senggarang, pihak Jabatan Perikanan telah membuka lesen mengutip benih dan kerang dewasa di tapak kerang semula jadi melalui pengisytiharan yang telah disahkan wujudnya benih atau kerang dewasa kepada nelayan setempat berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Badan Permit untuk mengutip kerang dewasa adalah RM50.00 tempoh sebulan dan permit benih kerang RM50.00 untuk tempoh dua minggu. Selain itu Lesen Sistem Culture Laut (SKL) untuk ternakan kerang juga dibuka bagi penternak atau nelayan khasnya nelayan Zon A yang berminat melaksanakan projek ternakan kerang di luar tapak kerang semula jadi. Mengenai isu lesen nelayan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senggarang, Kota Iskandar dan Sungai Balang, pihak Jabatan Perikanan Negeri Johor telah mengambil kira tentang keperluan nelayan untuk beroperasi dengan sah dan layak mendapatkan bantuan kerajaan.

Bagi perancangan jangka masa pendek, satu proses pemutihan lesen sedang dilaksanakan sejak November 2021 kepada pemegang lesen sampan yang tidak aktif melebihi 3 tahun. Sebanyak 775 lesen sampan telah diputihkan dan sesi temu duga seluruh negeri Johor telah dijalankan melibatkan kawasan Mersing, Tanjung Sedili, Pengerang, Johor Bahru, Pontian, Batu Pahat, Muar dan Tangkak dengan jumlah permohonan sebanyak 1,370.

Dengan jumlah lesen sampan yang telah diputihkan, ianya akan dijadikan sebagai kuota baharu untuk pemberian lesen sampan khas dengan membuka permohonan kepada semua penggiat perikanan yang masih belum mempunyai lesen. Kami faham isu lesen Zon A dan B ini yang dibekukan dan tidak ditambah menjadi perhatian serius Ahli-Ahli Yang Berhormat. Namun, pihak kerajaan berpendapat pertambahan lesen Zon A dan B akan menyebabkan hasil tangkapan nelayan menjadi berkurangan kerana jumlah ikan yang semakin kritikal. Bagi perancangan jangka masa panjang, permohonan Lesen Zon C2 dan C3 masih lagi dibuka untuk permohonan.

Untuk Fokus Keenam Agenda Jaminan Bekalan Makanan, kerajaan negeri Johor berusaha untuk meningkatkan pengeluaran industri ternakan dalam negeri Johor, terutamanya industri ternakan ruminan dan industri tenusu. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, jumlah semasa populasi ternakan ruminan dalam negeri Johor adalah sebanyak 149,721 ekor, yang melibatkan populasi pedaging, kerbau, kambing pedaging, dan bebiri.

Dalam tempoh 5 tahun, kerajaan mensasarkan peningkatan populasi penternakan ruminan sebanyak 22.4%. Oleh itu, pelbagai inisiatif akan digerakkan termasuk Program Bantuan Baka Ternakan berkualiti, memperkukuhkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan Ladang Satelit, Program Kawalan Penyakit dan Kesihatan Ternakan, pemberian insentif peralatan dan infrastruktur, pembangunan makanan ternakan, kursus dan latihan penternak. Kerajaan juga akan memperkasakan kerjasama dan penglibatan daripada syarikat-syarikat ladang swasta atau individu dalam pelaksanaan sistem penternakan integrasi ruminan.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, negeri Johor juga berhasrat untuk menjadi frontliner dalam pengeluaran industri tenusu. Negeri Johor mensasarkan peningkatan pengeluaran hasil tenusu semasa, iaitu daripada 9 juta liter setahun kepada 16 hingga 17 juta liter setahun pada tahun 2025. Sasaran ini akan dicapai dengan pelaksanaan Projek Pembangunan Jemaluang Dairy Valley atau JDV atau Lembah Tenusu Jemaluang di Mersing yang mana pada ketika ini, projek tersebut telah dimulakan pembangunannya di peringkat fasa awal dan dijangka mula beroperasi pada tahun 2024. Dalam pada itu juga, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor akan memperkasa penternakan tenusu sedia ada menerusi pelbagai insentif yang berkenaan dengan pengeluaran hasil tenusu. Untuk makluman, terdapat 179 orang pengusaha tenusu dalam negeri Johor. Dengan peningkatan pengeluaran hasil tenusu ini, ianya akan menyumbang ke arah sasaran negara dalam meningkatkan kadar sara diri (SSL) susu segar semasa daripada 58% kepada 100% menjelang tahun 2025.

Fokus ketujuh adalah Agenda Jaminan Bekalan Makanan, adalah untuk memperkukuhkan ekosistem rantaian bekalan makanan bersepadu dan penghasilan produk agro makanan berkualiti tinggi. Kerajaan negeri akan membangunkan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan, Pembungkusan dan Pengedaran atau CPPDC. Fasa 1, CPPDC ini akan dibangunkan di Bio Desaru Kota Tinggi. Kehadapan ini, kerajaan negeri berhasrat untuk membangunkan CPPDC ini di 2 lokasi lain di utara dan tengah Johor. Sekarang ini kerajaan sedang memperkasa peranan Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PPHP) di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang. Untuk makluman PPHP sedia ada berjumlah 28 buah, pada tahun 2021 sahaja peruntukan RM500,000.00 telah diperuntukkan untuk PPHP Benut dan Kluang manakala untuk tahun 2022 RM4 juta diperuntukkan untuk menaik taraf 4 buah PPHP lagi.

Yang Berhormat Gambir telah mencadangkan bagi pembinaan sebuah kilang padi di daerah Tangkak, khususnya di kawasan Gambir. Untuk makluman Yang Berhormat, di Johor telah wujud Kilang Padi Jelapang Selatan yang terletak di pinggiran bandar Muar dan secara tidak langsung ianya telah menjadi satu penanda aras sokongan bagi aktiviti pembelian padi juga pemprosesan. Kilang swasta ini mampu memberi perkhidmatan 100% kepada aktiviti sokongan kepada pemprosesan padi yang menyeluruh di Johor. Namun begitu, pihak kerajaan negeri akan meneliti peranan kilang swasta tersebut untuk digemblingkan mengikut aspirasi kerajaan dalam pembangunan Sawah Padi Periuk Nasi Selatan ini.

Yang Berhormat Bukit Naning pula telah membangkitkan isu mengenai industri penanaman nanas yang dikatakan belum terjamin, dari segi harga dan cabarannya. Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Naning, kerajaan negeri Johor melalui Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dalam usaha meyakinkan pengusaha untuk mentransformasi variety tanaman kepada MD2, memandangkan pulangannya yang lebih lumayan dan terjamin. Sebanyak RM9 juta mealui PENJANA tahun 2021 dan 2022 telah diperuntukkan dalam

memastikan jaminan pendapatan terus dinikmati pengusaha kecil. Insentifi ini termasuk bagi program transformasi, pembiakan benih dan latihan teknikal.

Kawasan DUN Bukit Naning merupakan salah satu kawasan dalam daerah Muar yang aktif mengusahakan tanaman nanas dari variety Morris, Josephine dan MD2. Merujuk rekod pengusaha berdaftar di bawah LPNM Negeri Johor tahun 2020, seramai 88 orang dengan keluasan keseluruhan 168 ekar di kawasan DUN Bukit Naning telah mendapat insentif bantuan tanaman nanas.

Secara umum dan realitinya, industri nanas terbukti telah menyatukan budaya pertanian di kalangan pengusaha setempat. Ianya menjadi sumber pendapatan baru pengusaha muda dan telah banyak mengeluarkan golongan B40 kepada M40 dan segelintirnya kepada T20.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bentayan akan keprihatinan beliau dan mencadangkan beberapa langkah bagi meningkatkan pengeluaran dan produktiviti hasil pertanian. Untuk makluman Yang Berhormat juga, mengenai program Jaminan Bekalan Makanan Negeri Johor yang mana peruntukannya adalah sebanyak RM34.56 juta, progres pelaksanaan semasa sehingga kini adalah pada 73.28%. Pihak kerajaan negeri akan sentiasa memantau progres pelaksanaan program ini sehingga berakhirnya tahun 2022.

Yang Berhormat Jementah, Bentayan, Pemanis telah membangkitkan mengenai usaha bagi mengoptimumkan penggunaan tanah pertanian di Zon Tanaman Makanan (ZTM), Zon Pelaburan Makanan (ZPM) dan Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang mana jumlah keseluruhannya adalah seluas 12,461 hektar. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, satu Jawatankuasa Taskforce Program Tanah Pertanian Negeri Johor yang turut dianggotai oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor (PTG) dan Pejabat Tanah Daerah (PTD) telah ditubuhkan bagi tujuan pemutihan kepada pemajak yang didapati tidak mengusahakan tanah-tanah tersebut atau melanggar syarat yang ditetapkan di bawah program tersebut. Ianya penting bagi memberi peluang kepada pengusaha lain untuk melaksanakan projek pertanian. Antara tindakan yang bakal dikenakan adalah menghapuskan tanaman-tanaman yang melanggar syarat dan tidak memperbaharui lesen sewaan.

Untuk makluman Pasir Raja pula, pihak kerajaan negeri menghargai dan menerima baik cadangan Yang Berhormat untuk membangunkan tanah seluas 231.1 ekar di kawasan Sungai Telor untuk pembangunan agro makanan. Di peringkat awal ini, saya mencadangkan agar semakan status tanah perlu dilakukan sebelum perancangan lebih lanjut dibuat. Apabila tiada halangan daripada pihak berkuasa berkenaan, termasuk Pejabat Tanah Daerah, satu penyelarasan antara pelbagai pihak terutamanya agensi-agensi di bawah sektor pertanian boleh diadakan bagi membangunkan hasrat tersebut.

Yang Berhormat Pasir Raja telah membangkitkan tentang kebajikan para penoreh getah. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan melalui RISDA telah dan sedang mempergiatkan usaha untuk meningkatkan produktiviti kebun getah di negeri Johor. Sejumlah RM6.608 juta diperuntukkan melalui Skim Getah Matang yang akan memanfaatkan lebih 4,000 orang pekebun kecil getah secara keseluruhannya. Melalui skim ini, pekebun getah akan menerima bantuan sama ada dalam bentuk prasarana asas pertanian, alatan penorehan, racun, bahan rangsangan serta baja bagi memastikan kebun mereka dapat diusahakan secara amalan pertanian yang baik. Bagi pekebun kecil getah yang mengeluarkan hasil getah dalam bentuk lateks pula, insentif pengeluaran lateks juga diperkenalkan dengan tambahan RM1.00 bagi setiap kilogram. Tambahan lagi, mereka akan menikmati Bantuan Penyelenggaraan Kebun bernilai RM500.00 sehektar di bawah Skim Insentif Lateks.

Selain itu, RISDA turut menggalakkan pekebun kecil getah untuk menceburi bidang keusahawanan. RISDA Johor menyediakan peruntukan keseluruhan RM4.839 juta yang akan memanfaatkan 1,677 orang usahawan di kalangan pekebun kecil getah. Kumpulan-kumpulan pekebun kecil serta Koperasi Pekebun Kecil juga digalakkan untuk bersama-sama kerajaan dalam pembangunan bidang agro makanan di mana sejumlah RM2.0 juta telah diperuntukkan. Untuk makluman pendapatan pekebun dan penoreh tidak terjejas semasa musim tengkujuh nanti, Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) disediakan pada tahun 2022 ini. Sejumlah RM8.225 juta akan memanfaatkan sejumlah 13,709 orang pekebun kecil yang memiliki kebun kurang 6 ekar. Permohonan telah dibuka sejak Mei 2022 dan akan dibayar pada bulan November 2022 nanti dengan jumlah RM600.00 seorang.

Pembangunan Luar Bandar. Yang Berhormat Datuk Speaker,

Timbalan Speaker

Panjang lagi?

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Saya ringkaskan saja Datuk Speaker. Saya ringkaskan, 8 minit.

Timbalan Speaker

Seringkasnya.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

8 minit. Saya ambil maklum tentang isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat mengenai pembangunan luar bandar. Mengenai isu ketua kampung yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Balang, Parit Raja, Panti dan beberapa Ahli Yang Berhormat lain, kerajaan mengakui akan peri pentingnya peranan dan tanggungjawab ketua-ketua kampung dalam menjaga kepentingan hal ehwal masyarakat di kampung. Secara ringkas saya nak maklumkan bahawa untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan kini dalam proses pelantikan ketua-ketua kampung yang baharu. Ia penting bagi sebuah kerajaan yang diberi mandat baru oleh rakyat untuk melantik ejen-ejen yang boleh membawa dan menyampaikan mesej dan dasar kerajaan yang tepat kepada rakyat, dan lebih utama seiring dengan kerajaan semasa atau Government Of The Day, dengan izin. Kerajaan negeri bersedia menyemak semula kadar elaun semasa ketua kampung, dan kerajaan negeri Johor sedang menjalankan perbincangan dengan pihak kerajaan pusat untuk mengkaji semula elaun ketua-ketua kampung.

TABIKA KEMAS. Sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kemelah, Sedili, Semarang dan Johor Jaya, pada tahun ini, sebanyak RM5.47 juta telah diperuntukkan bagi menaik taraf dan bina baru TADIKA KEMAS di negeri Johor. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, terdapat 120 buah TABIKA dan TASKA KEMAS yang memerlukan penyelenggaraan dan pembaikan.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kahang, Tiram, dan lain-lain Ahli-Ahli Yang Berhormat yang prihatin dalam membangkitkan isu-isu pembangunan luar bandar. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, tahun ini, Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah meluluskan peruntukan pembangunan negeri Johor sebanyak RM226,329,000.00 bagi pelaksanaan keseluruhan sebanyak 88 projek, iaitu 38 projek baru berjumlah RM34.069 juta dan 50 projek sambungan berjumlah RM192.26 juta. Ianya merangkumi pelaksanaan projek prasarana Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Jalan Luar Bandar (JALB), Jalan Perhubungan Desa (JPD) dan sebagainya.

Kahang tak ada, saya jawab bertulis kepada Kahang berkenaan dengan Kampung Sedohok. FELDA saya akan jawab bertulis.

Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam konteks pembangunan luar bandar selain daripada aspek pembangunan infrastruktur, aspek pembangunan sosioekonomi turut menjadi keutamaan kerajaan. Selain daripada agensi sektor pertanian yang sebahagian kumpulan sasarannya untuk dibantu adalah dalam kalangan penduduk luar bandar, agensi-agensi di bawah portfolio luar bandar juga turut menawarkan pelbagai bantuan dan insentif untuk menyokong aktiviti sosioekonomi penduduk kampung khasnya. Antara yang boleh dimanfaatkan adalah insentif oleh FELDA, RISDA, KEJORA, JAKOA, MARA, FELCRA, KEMAS dan IRDA. Saya menyarankan agar Ahli-Ahli Yang Berhormat supaya membuat engagement dengan izin, dengan agensi berkenaan.

Yang Berhormat, secara keseluruhannya, pembangunan sektor pertanian dan pembangunan luar bandar akan diberi perhatian yang tinggi oleh kerajaan negeri melalui portfolio ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan pelbagai isu yang saya kira amat penting. Saya mohon maaf sekiranya maklum balas yang diberikan menerusi sesi penggulungan yang agak laju ini tidak dapat menjawab semua persoalan secara keseluruhannya. Sekiranya terdapat persoalan yang tidak dijawab, atau tidak menepati soalan Yang Berhormat, bolehlah rujuk kepada pejabat kami untuk mendapatkan maklum balas yang lebih jelas secara bertulis, atau menerusi perbincangan yang akan kita aturkan. Buah cempedak jatuh ke belakang, ambil tali tolong ikat, baik kerajaan, baik pembangkang, kepada pengundi kita berkhidmat. (Dewan bertepuk).

Sebelum mengakhiri ucapan penggulungan ini, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Setiausaha Kerajaan Johor, Pengarah PTG, BPEN, ketua-ketua jabatan dan agensi serta para pegawai terutamanya di bawah portfolio Pertanian, Industri Asas Tani dan Luar Bandar yang banyak membantu dan memberikan kerjasama yang baik, sejak saya menjadi Pengerusi Jawatankuasa ini sehinggalah pada hari ini. Insya-Allah, kita akan bekerja bersama-sama dengan lebih kuat lagi dan memastikan bahawa matlamat tercapai iaitu menjadikan pertanian satu perniagaan. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Dewan bertepuk).

Timbalan Speaker

Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah sesi perbahasan atas Rundingan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan penggulungan Yang Berhormat Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa ditamatkan dan insya-Allah ia akan diikuti dengan sesi penggulungan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar pada pagi Ahad nanti. Saya mengambil kesempatan lebih awal mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan atas partisipasi dalam Dewan ini. Dan kesempatan ini juga saya ambil untuk ucapkan jutaan terima kasih atas komitmen para ketua jabatan peringkat negeri dan persekutuan. Pada masa yang sama juga saya ingin secara mendahulukan ucapan ini terima kasih Dewan kita ini syukur alhamdulillah setiap malam kita dapat verbatim alhamdulillah dan prosesnya nampaknya lebih lancar. Kita beri ucapan tahniah dan terima kasih kepada pegawai-pegawai yang bertugas, khususnya kepada Jurutulis, Penolong Jurutulis, Koordinator, Pembantu Penerbitan, Bentara, Pelapor Dewan, Perakaman, dan juga Juru Audio Video.

Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri, walaupun sesi rehat telah ditiadakan sukacita dimaklumkan minum petang masih tersedia di Dewan Rehat. Maka, dijemput Ahli-Ahli Yang Berhormat menikmatinya untuk bekal pulang. Dengan kata-kata itu, Ahli-Ahli Yang Berhormat Persidangan saya tangguhkan sehingga hari Ahad, 26 Jun 2022 jam 9.30 pagi.

Persidangan ditangguhkan pada jam 5.20 petang.