Johor · 5 December 2022

1st session, 4th meeting · 117 turns · 30,112 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.

Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. (Bacaan selawat). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Maju Johor.

Soalan-Soalan Lisan.Questions

Speaker

Yang Berhormat Parit Yaani, jemput.

Datuk Mohamad Najib bin SamuriUMNO · BNParit Yaani

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan nombor 1.

Bagaimana kerajaan negeri Johor dapat menggalakkan dan menyokong penglibatan anak muda dalam bidang GIG ekonomi termasuk dalam urusan mendapatkan pembiayaan?

Tuan Mohd Hairi bin Mad ShahUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia · Larkin

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat saya menjawab jawapan bersekali Yang Berhormat Parit Yaani dan Yang Berhormat Perling.

Bagi jawapan atau soalan yang telah diberikan oleh YB Parit Yaani dan Perling iaitu dalam sektor bidang gig ekonomi untuk mempertingkatkan program dan jaringan keselamatan, sosial buat pekerja GIG di Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kerajaan diminta memberi fokus kepada perkembangan model ekonomi GIG atau perkongsian yang bernilai tinggi bagi ekonomi GIG, membolehkan pekerja GIG mendapat bimbingan sewajarnya dengan menyediakan insentif percukaian bagi menggalakkan, menggalakkan perniagaan tempatan menggunakan pakai tenaga digital free lancer, dengan izin dari dalam negara dan bukannya dari luar negara.

Setiap inisiatif perlu dilaksanakan oleh kerajaan dengan lebih saksama untuk memberi rangsangan terhadap kebudayaan, sumber merentas sempadan kaum. Ini termasuk memastikan semua platform yang ingin menawarkan perkhidmatan atau beroperasi di Malaysia perlu berdaftar dengan hak kerajaan menerusi MDEC untuk dituntaskan terutamanya dari aspek pengurusan data peribadi. Kerajaan menerusi institusi kewangan juga boleh membantu perkembangan pekerja GIG menerusi kaedah baru untuk mengenal pasti skor kredit bagi membolehkan mereka mendapat pembiayaan mikro kredit untuk mengembangkan perniagaan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, MDEC merupakan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan beberapa program yang mempromosikan dan menggalakkan penggunaan model ekonomi GIG atau ekonomi perkongsian sejak tahun 2015 lagi. Contohnya seperti program e-rezeki dan Global Online Work Force dalam singkatan GLOW.

Berdasarkan data pelaksanaan program yang dianggarkan terdapat seramai 1.12 juta individu yang terlibat dalam model ekonomi GIG, mengambil peluang menjana pendapatan sama ada sebagai pendapatan tambahan atau pendapatan utama.

Untuk makluman Yang Berhormat Parit Yaani, melalui Belanjawan 2022 sebelum ini kerajaan Johor menyalurkan bantuan sebanyak RM150.00 dan bantuan tambahan sebanyak RM300.00 kepada pencetus ekonomi GIG.

Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi menjawab soalan Yang Berhormat Perling, Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri atau SKSPS tahun 2017 Akta 789 yang diwujudkan untuk memberi perlindungan keselamatan sosial yang terjamin kepada Orang Bekerja Sendiri ataupun OBS, yang menjalankan pekerjaan dalam sektor informal termasuklah ekonomi GIG. Penglibatan OBS ini dalam sektor ekonomi GIG ini turut menyumbang kepada hasil negara melalui rangsangan pemasaran buruh tempatan dan sekali gus dapat mengurangkan kadar pengangguran serta meningkatkan pendapatan individu yang bekerja sendiri terutamanya di negeri Johor.

Berdasarkan statistik PERKESO dalam tempoh Januari 2022 sehingga Oktober 2022, seramai 15,843 orang bekerja sendiri yang terlibat dalam sektor ekonomi GIG yang telah berdaftar dan mencarum di bawah SKSPS di negeri Johor ini. Daripada jumlah tersebut, industri pengangkutan penumpang ataupun e-Hailing mencatat jumlah orang bekerja sendiri yang tertinggi berdaftar dan mencarum di bawah skim ini iaitu seramai 8,281 orang. Manakala industri pengangkutan barangan dan makanan e-Hailing adalah seramai 7,236 orang dan selebihnya iaitu 326 orang terlibat dalam lain-lain industri berteraskan ekonomi GIG.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kerajaan negeri Johor melalui Kementerian Sumber Manusia dan PERKESO sentiasa berusaha secara berterusan untuk mempertingkatkan program ini serta jaringan keselamatan sosial buat seluruh pekerja GIG di negeri Johor.

Antaranya yang pertama adalah mengadakan program seranta, pemimpin bersama rakyat, kempen kesedaran aktiviti PERKESO, skuad prihatin dan sosial sinergi PERKESO. Hebahan melalui media cetak dan elektronik serta media sosial melalui 54 pejabat PERKESO di seluruh negara.

Yang keduanya mengadakan sesi libat urus dengan Kementerian dan agensi yang berkaitan seperti Kementerian Pengangkutan Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Contohnya bermula Oktober 2021, caruman PERKESO di bawah SKSPS ini, bagi pekerja GIG di sektor pengangkutan dan penghantaran barangan serta makanan telah diwajibkan menerusi kerjasama Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pengangkutan, caruman PERKESO di bawah SKSPS ini akan menjadi syarat bagi pengendalian dan pembaharuan lesen memandu vokasional GDL yang dikeluarkan oleh agensi pengangkutan jalan raya.

Yang ketiganya adalah memeterai memorandum persefahaman ataupun MoU dengan agensi yang berkaitan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, menerusi Bajet 2022 Kerajaan telah memperuntukkan juga sejumlah insentif caruman kepada PERKESO khususnya untuk OBS ini bagi menggalakkan mereka ini mendaftar dan mencarum di bawah SKSPS. Antaranya adalah SPS padanan caruman, bayaran insentif, padanan caruman 80% oleh kerajaan kepada OBS untuk mencarum dengan SKSPS dengan sasaran 8 kategori. Kategori adalah penjaja, OKU, Lancong, Seni, Petani, Usahawanita dan Orang Asli.

Berdasarkan statistik PERKESO sejak Januari hingga 31 Oktober 2022, sebanyak 120 sesi libat urus dan program berkaitan dengan ekonomi GIG telah dilaksanakan di seluruh Johor. Menerusi Bajet 2022 ini juga kerajaan telah memperuntukkan insentif kewangan kepada PERKESO melalui program SIP GIG khususnya untuk OBS ini bagi melakukan pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi GIG melalui performance digital. Program ini

bermatlamat memberi insentif kewangan dan memberi peluang kepada individu yang menganggur atau tidak bekerja untuk melaksanakan pekerjaan secara masa yang pendek. Program ini juga menawarkan insentif sebanyak RM600.00 hingga RM800.00 sebulan untuk tempoh 6 bulan khusus bagi golongan yang terlibat dengan pekerjaan yang tidak terikat dengan waktu bekerja melalui platform digital yang berdaftar di bawah PERKESO. Sekian, terima kasih.

Speaker

Saya minta maaf kepada Yang Berhormat Perling kerana terlupa nak jemput soalan bersekali nombor 2 sebab saya excited malam tadi England menang kalahkan Senegal ya. Saya jemput Perling, sila.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHPerling

Terima kasih Datuk Yang DiPertua, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan saya ialah adakah kerajaan negeri bersedia untuk tubuhkan one stop task force ataupun pasukan tugasan sehenti untuk menangani permintaan pekerja GIG? Pentingnya kita perlu mempertahankan hak pekerja dan bukan hanya memihak kepada syarikat gergasi. Dan juga di bawah platform ini adakah kerajaan bersedia untuk berbincang dengan PBT supaya PBT memastikan jalan raya kita sesuai untuk pekerja GIG? Concern yang paling utama di kalangan mereka ialah kemalangan. Saya pernah jumpa mereka yang beritahu saya dah 5 kali kemalangan tahun ini. Saya rasa kalau boleh kerajaan negeri bersedia adakan one stop task force untuk mempertahankan dan membantu pekerja GIG. Terima kasih.

Tuan Mohd Hairi bin Mad ShahUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia · Larkin

Terima kasih Yang Berhormat Perling. Menjawab soalan tambahan daripada Yang Berhormat Perling, berkaitan dengan pusat sehenti atau satu task force yang dicadangkan untuk diwujudkan. Satu cadangan yang baik, boleh dipertimbangkan. Tapi untuk makluman Yang Berhormat Perling, kerajaan negeri tidak pernah sesekali melupakan pekerja-pekerja OBS. Sebab itulah kerajaan negeri Johor ataupun kerajaan Malaysia telah membantu pekerja-pekerja OBS ini bagi membiayai ataupun peruntukan sebanyak RM600.00 hingga RM800.00 sebulan. Bagi sektor ataupun dari segi jalan raya, saya serahkan nanti kepada Yang Berhormat EXCO Kerja Raya. Tapi dalam usaha untuk memastikan freelancer economy ataupun free lancer ini ditempatkan satu tempat, saya sendiri pergi Larkin telah menempatkan satu kawasan khas kepada penggiat ataupun pekerja-pekerja ekonomi GIG ni ditempatkan satu tempat untuk berkumpul dan membincangkan sentiasa mengambil berat dan maklum mereka. Dan cadangan untuk mewujudkan satu task force, saya akan berbincang bersama dengan PERKESO Negeri Johor untuk jangka masa yang panjang. Terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

Jemput Parit Yaani.

Datuk Mohamad Najib bin SamuriUMNO · BNParit Yaani

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Soalan tambahan saya, selain inisiatif yang sedia ada dan sedang dijalankan sebagaimana Yang Berhormat EXCO nyatakan tadi, mohon juga YB EXCO menyatakan cadangan inisiatif bagi jangka panjang kerajaan negeri Johor bagi membantu khususnya buat penggiat ekonomi GIG baharu untuk mereka diperkasa dan berupaya ke tahap lebih tinggi dan berdaya saing. Terima kasih.

Tuan Mohd Hairi bin Mad ShahUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia · Larkin

Terima kasih Parit Yaani atas soalan tambahan. Yang Berhormat Datuk Speaker, banyak, ataupun langkah-langkah yang bakal dicadangkan untuk dilaksanakan bagi memperkasakan program bantuan perniagaan khususnya membantu penggiat ekonomi GIG baru dan melonjakkan usahawan sedia ada ke tahap yang lebih tinggi.

Contohnya menerusi boleh saya ambilkan menerusi program penganalisisan, potensi golongan muda seawal 16 tahun dengan kerjasama pihak sekolah dan institusi Pendidikan. Kita sedia maklum dalam penggiat-penggiat ekonomi khususnya e-Hailing dan p-Hailing untuk jangka masa yang panjang mereka harus dipertimbangkan untuk pekerja ini dalam keadaan serius. Sebab itu langkah-langkah dan penganalisisan potensi ini kita harus bermula daripada 16 tahun, insya-Allah atau cadangan-cadangan ataupun soalan jawapan yang telah, soalan-soalan yang telah diberikan kepada saya daripada Parit Yaani insya-Allah, saya akan jawab secara bertulis, Yang Berhormat. Terima kasih.

Speaker

Jemput Benut.

Terima kasih Datuk Speaker. Soalan tambahan untuk Yang Berhormat EXCO ialah di samping kita menyokong, menggalakkan anak muda terlibat dalam bidang GIG ekonomi ini, sebagai satu peluang pekerjaan sebagai satu kaedah untuk meningkatkan ekonomi ini, tapi kita juga tidak boleh lupa bahawa GIG ekonomi ini adalah merupakan aktiviti ekonomi bersifat sementara. Kita tidak mahu anak muda menganggap bahawa ianya adalah merupakan satu pekerjaan tetap. Jadi, atas dasar itu untuk mengelakkan anak-anak muda ini terlibat dalam GIG ekonomi ini dan menganggap ianya sebagai satu pekerjaan tetap, apakah kerajaan bersedia untuk melihat dasar yang boleh membantu pekerja-pekerja GIG ekonomi ini.

Jangan sampai mereka dah 45 tahun, 50 tahun baru sedar bahawa mereka sebenarnya tak larat dah by that time mereka dah tak ada pasaran untuk pekerjaan tetap. Jadi sementara pekerja-pekerja GIG ekonomi ini terlibat jadi apakah usaha kerajaan untuk memastikan dalam tempoh mereka menjalankan atau terlibat dalam GIG ekonomi. Apakah pendekatan kerajaan untuk membangkitkan kesedaran kepada petugas pekerja-pekerja GIG ekonomi ini supaya mereka juga membuat persediaan sama ada di bantu oleh platform provider sama ada Food Panda ke atau pun Grab ke atau pun Food Delivery Services ini membantu pekerja-pekerja ini supaya ini adalah kerja sementara dan ke hadapan apakah bantuan yang boleh mereka sediakan atau apakah dasar yang boleh kerajaan perkenalkan untuk membantu golongan muda ini. Terima kasih.

Tuan Mohd Hairi bin Mad ShahUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia · Larkin

Terima kasih Yang Berhormat, YB Benut. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya bersependapat dengan YB Benut yang naikkan ini adalah pekerjaan sementara. Sebab itulah dasar kerajaan cuba membantu kepada mereka tidak terlibat ataupun tidak melakukan pekerjaan ini secara berterusan, pihak kerajaan menjalankan program penganalisisan potensi yang bermula daripada golongan muda seawal 16 tahun dengan kerjasama pihak sekolah. Sebab kita lihat hari ini kalau melihat statistik 15,843 orang yang bekerja sendiri OBS ini cukup tinggi dan dasar kerajaan cuba membantu Yang Berhormat YB Benut, adalah mengujudkan program-program kepada mereka untuk contohnya Design Thinking For Teen and Youth dengan izin, yang memberi peluang kepada golongan remaja dan belia untuk mencipta idea inovasi khusus dalam penghasilan produk pertanian, pembuatan, mempunyai nilai untuk dikomersialkan dan direalisasikan.

Dan selain daripada itu, kita juga mengujudkan Johor Teen and Youth Entrepreneur Centre (JTYEC) sebagai salah satu pusat sehenti keusahawanan yang merangkumi Teen and Youth Innovation Brainstorming Unit, Teen and Youth Entrepreneurs R&D, Teen and Youth e-Commerce And Digitalization Centre, Teen and Youth Entrepreneur Ambassador Unit, dengan izin.

Selain daripada itu, menstrukturkan pelan keusahawanan remaja dan belia luar bandar merangkumi remaja dan belia keciciran, remaja dan belia anak yatim, remaja dan belia asnaf yang memfokuskan pembuatan produk dan pertanian. Dari segi struktur semula ini insya-Allah Yang Berhormat Benut saya bersependapat dan bersetuju, insya-Allah saya selaku EXCO yang bertanggungjawab untuk menjaga hal ehwal belia untuk memastikan

mereka tidak terlalu fokus ke arah pekerjaan ini secara serius, insya-Allah pelan-pelan yang dirangka ini untuk bekerjasama ataupun kolaborasi dengan izin dengan pihak sekolah, kementerian ataupun Jabatan Pendidikan Negeri bagi mendidik mereka daripada sekolah agar pekerjaan ini hanyalah bersifat sementara. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Benut.

Yang Berhormat Datuk Speaker soalan nombor 3.

Minta dinyatakan apakah inisiatif-inisiatif baharu yang bakal dilaksanakan Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) bagi memberikan akses perumahan berkualiti kepada rakyat Johor?

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum saya menjawab soalan, pertamanya izinkan saya mengucapkan terima kasih atas inisiatif penubuhan badan Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor atau (PKPJ) yang dimulakan oleh kerajaan negeri semasa YB Benut sebagai Menteri Besar Johor. Penubuhan Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor ini sememangnya memberi nafas baru untuk sistem perumahan Johor. PKPJ yang belum pun berusia setahun penubuhannya telah berjaya melaksanakan rejuvenasi, pencapaian perkhidmatan kepada rakyat.

Untuk makluman Yang Berhormat melalui polisi baru perumahan Johor yang telah dilancarkan pada 10 November 2022 pada bulan lepas, salah satu inisiatif yang diberi penekanan adalah berkaitan dengan penetapan kualiti rumah dengan meletakkan semua rumah mampu milik disyaratkan menggunakan Quality Assessment System In Construction atau dipanggil QLASSIC sebagai syarat tambahan kepada garis panduan dan spesifikasi pembinaan.

Penetapan QLASSIC yang diwajibkan oleh pihak Kementerian Kerja Raya melalui CIDB kepada pemaju bermula pada tahun 2020 adalah sebagai satu kaedah untuk mengukur dan menilai kualiti kemahiran kerja berdasarkan Construction Industry Standard atau CIS 7:2014. Selain membolehkan kualiti kemahiran kerja antara projek pembinaan rumah mampu milik dapat dibandingkan secara objektif menerusi satu sistem penskoran yang ditetapkan minimum pemarkahannya adalah 70%.

Selain itu, pihak pemaju perlu mematuhi keperluan perancangan dan spesifikasi yang ditetapkan berdasarkan dasar yang telah berkuat kuasa pada 1 Januari 2019 selain ianya dibaca sekali bersama Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, Akta 133. Manual garis panduan dan Piawaian Rancangan Negeri Johor Serta Rancangan Tempatan Daerah yang sedang berkuat kuasa. Terima kasih.

Speaker

Ya sila.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO kerajaan di atas penjelasan berkenaan dengan inisiatif Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor. Saya mengesyorkan Dasar Perumahan Negeri Johor dilihat semula. Asasnya Yang Berhormat Datuk Speaker ialah kalau ada daripada rekod sejak tahun 1997 seluas 4,900 ekar lebih kawasan perumahan, projek-projek perumahan yang telah diluluskan oleh kerajaan di mana rumah mampu milik itu tidak dapat dibina, yang melibatkan sebanyak 153,000 unit.

Dalam tempoh tersebut pelbagai cabaran yang dihadapi ke hadapan, saya percaya juga merupakan masa-masa yang amat mencabar untuk pemaju-pemaju perumahan di Johor.

Tetapi sebagai kerajaan kita akan tetap, perlu tetap teruskan usaha untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat. Jadi daripada 490,000 ekar, 153,000 unit yang tidak terbina melalui Perbadanan ini apakah langkah yang boleh diambil untuk ianya dapat diambil langkah-langkah agar kalau tidak pun 100% dibina atau sekurang-kurangnya mungkin sebahagian besar daripada komitmen pemaju ini, perumahan-perumahan mampu milik ini dapat disediakan. Jadi apakah langkah-langkah melalui Perbadanan Perumahan Negeri Johor ini untuk mencapai hasrat tersebut? Terima kasih.

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Terima kasih kepada YB Benut. Yang Berhormat Datuk Speaker, ya betul selama 25 tahun atau daripada tahun 1997 sehingga 2022 tahun lepas sebanyak 153,000 rumah mampu milik yang tidak dapat dibina. Isu di peringkat pemaju kita mempunyai dasar yang bagus. Contoh dalam satu-satu pembangunan, dalam satu-satu taman misalnya, dia ada sistem dasar 60%, 40%. 60% ini kita serah kepada pemaju dia nak buat rumah yang nilai dia RM700,000.00, RM800,000.00 atau RM1 juta, RM2 juta terpulang pada dia, itu dasar.

Tetapi ada lagi satu dasar ialah 40% baki daripada 60% tadi ialah kerajaan Johor mewajibkan pemaju-pemaju membuat Rumah Mampu Milik Johor yang harganya di bawah RM150,000.00. Dia ada 3 kategori Datuk Speaker, RM42,000.00, RM80,000.00 dan RM150,000.00. Dan apa yang berlaku ialah pemaju-pemaju ini setiap kali dia menghantar KM ke peringkat PBT-PBT, dia hanya menyiapkan rumah yang 60% yang mewah aje, lepas tu dia tak buat yang 40%, lepas tu dia mohon ke projek yang kedua, yang projek pertama 40% rumah mampu milik tu dia tak buat.

Dia mohon kali kedua di peringkat PBT dia buat lagi 60% rumah mewah dan 40% tidak dibuat. Dan inilah yang berlaku sepanjang 25 tahun menjadikan jumlah 153,000 tersebut. Jadi di peringkat kerajaan negeri kita telah melalui Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dipanggil PDRC. PDRC ini ialah Plan, Design, Review Committee, dengan izin. Di dalam task force atau committee dia terdiri daripada yang dipengerusikan oleh saya sendiri, ada Pengurus Besar PKPJ, Dato PTG, PLANMalaysia, lepas tu ada semua PBT yang terlibat dan pemaju-pemaju dan kita akan panggil pemaju-pemaju ini untuk berbincang macam mana dia harus menyelesaikan isu-isu baki tertunggak rumah mampu milik ini.

Secara dasarnya bila kita berjumpa dengan pemaju-pemaju ni, pemaju yang biasanya dikategorikan sebagai pemaju kelas A, kelas A ini maksudnya pemaju yang seperti ECO World, IOI, Genting, Scientex yang mungkin modal-modal yang besar, yang ni biasa tidak ada masalah untuk membuat rumah mampu milik. Jadi melalui PDRC ini Yang Berhormat Speaker, kita telah berjumpa dengan 21 pemaju. 7 sesi mesyuarat melibatkan 8 daerah dalam Johor dan melibatkan 9 Pihak Berkuasa Tempatan. Dan di peringkat pemaju bersetuju untuk membuat setakat ini dari sesi yang kita buat itu, 7 sesi mesyuarat ini dengan 21 pemaju, kita dapat accumulate lebih kurang 9,500 yang akan dibuat dalam masa 4 tahun ini. Kalau dibandingkan dengan hutang di peringkat pemaju-pemaju dengan kerajaan memanglah jauh tetapi predikasi ini adalah satu titik mula yang kita menggalakkan pemaju-pemaju untuk membuat rumah mampu milik.

Yang keduanya, kita telah melancarkan dasar perumahan Johor yang baru dan apa, sesi berjumpa dengan pemaju-pemaju perumahan, mereka bangkitkan tentang isu kos, kenapa mereka tidak boleh mampu buat rumah mampu milik. Jadi, apa yang kita buat ialah setelah berjumpa dengan pemaju-pemaju, dengan agensi-agensi yang terlibat, kita telah, kerajaan bersetuju untuk membuat satu Program Galakan Pembinaan Rumah Mampu Milik Transisi 3.0.

Jadi di sini, ada skim-skim inisiatif yang kerajaan beri kepada pemaju untuk dia membina rumah mampu milik. Antaranya, mungkin dari segi harga ataupun dari segi caj gantian ataupun dari segi jenis komposisi. Jadi yang ini kita bincang dari segi win win situation di

mana pemaju tidak terbeban dengan harga kos yang meningkat 20% sampai 30% tetapi dalam masa yang sama pemaju bersetuju untuk membuat rumah mampu milik.

Jadi, kerajaan negeri Johor faham tentang isu perumahan rakyat ini dan tentulah dalam ekonomi yang ada ketika ini dan tentulah ini cabaran yang besar. Tetapi saya percaya pemaju-pemaju mesti menunaikan tanggung jawab sosial dia untuk membina lebih banyak rumah mampu milik. Terima kasih.

Speaker

Ya Mengkibol, sila.

Tuan Chew Chong SinDAP · PHMengkibol

Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Soalan tambahan.

Tuan Chew Chong SinDAP · PHMengkibol

Ya.

Speaker

Ok.

Tuan Chew Chong SinDAP · PHMengkibol

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, selain daripada soalan atau isu rumah mampu milik, kalau kita tengok balik, YB Benut semasa beliau menjadi Menteri Besar, ada mengatakan salah satu isu yang sangat penting adalah lambakan hartanah. Jadi, dalam satu program penyerahan kunci, YB Benut ketika itu sebagai Menteri Besar ada mengatakan kerajaan negeri Johor akan mengenal pasti kaedah untuk mengatasi masalah lambakan hartanah. Mengikut beliau, kalau kita tengok laporan Berita Harian sebanyak lebih kurang 70,000 unit lambakan hartanah di sekitar Johor Bahru. Apakah kaedah untuk mengatasi masalah ini? Terima kasih.

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Mengkibol. Memang di peringkat laporan REHDA, REHDA ini adalah satu persatuan pemaju-pemaju di peringkat nasional ataupun di peringkat Johor. Mereka selalu mewar-warkan kepada umum bahawa di Johor ini terdapat rumah, banyak rumah over hanged, rumah yang tidak dijual. Tetapi daripada data PKPG, sebenarnya banyak rumah yuang tidak terjual ini, 80% adalah rumah apartment services. Apartment services ini bila kita check balik, yang dikatakan banyak over hanged ni, rumah-rumah yang tidak terjual bukan rumah mampu milik. Rumah mampu milik ni peratusnya sangat rendah sebab kita tahu, rumah mampu milik ni baru-baru ni contoh di Batu Pahat kita launch satu projek perumahan rumah mampu milik harga RM150,000.00 dengan RM80,000,00. Dalam sistem online PKPG, pemohon 8,000 orang mohon rumah mampu milik. Syarat lepas, syarat minimum 5,000 orang layak untuk memohon rumah mampu milik tetapi kerajaan hanya tawarkan 117.

Jadi maknanya, rumah mampu milik ini mendapat permintaan yang tinggi di kalangan rakyat. Isu over hanged ni saya nak tekankan kat sini, bahawa isu over hanged atau rumah tidak terjual 80% disumbangkan melalui service apartment. Dan service apartment ni tuan-tuan untuk makluman Datuk Speaker, harganya bernilai RM500,000.00 ke atas. Sebab itu tidak ada isu bahawa di Johor ini banyak rumah tidak terjual adalah rumah mampu milik. Jadi, dari segi inisiatif apa yang kita boleh buat, saya dah semak dari segi data, untuk over hanged ini dia melibatkan beberapa pemaju besar sahaja. Sebab itu kalau nak selesaikan isu over hanged dan service apartment yang nilai dia RM500,000.00 ke atas kita kena ada ekonomi yang bagus eh, ekonomi yang bagus, tapi dari dasarnya kerajaan Johor melihat isu ini dan kita faham bahawa isu ni antara isu yang membelenggu pemaju-pemaju perumahan di Johor ini. Terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

Tak ada lagi nak tanya. Ini isu besar ni, isu penting eh. Saya mohon media hand write isu ini. Sebab apa yang saya faham tadi pemaju untung dengan 60% yang dia

buat, tetapi yang 40% peratus dia tak nak buat ya. Saya harap perkara ini menjadi perhatian sebenarnya. Sebab isu perumahan adalah isu kesejahteraan rakyat.

Saya jemput Yang Berhormat Stulang.

Tuan Chen Kah EngDAP · PHStulang

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 4.

Adakah kerajaan mempunyai rancangan melaksanakan sistem bayaran tanpa tunai untuk sistem pengangkutan bas awam di Johor?

Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad SallehUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Bukit Pasir

Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat Stulang, Ahli-Ahli Dewan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera, salam Maju Johor.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Berhormat Sri Medan atas pemergian anakanda beliau petang semalam. Semoga keluarga Yang Berhormat Sri Medan tabah menghadapi dugaan ini dan Allahyarham anakanda beliau ditempatkan di kalangan orang beriman.

Yang Berhormat Datuk Speaker, untuk makluman Ahli-Ahli Dewan di dalam negeri Johor terdapat 3 jenis perkhidmatan bas awam yang ada, yang pertama ialah MyBus yang telah dilancarkan oleh kerajaan persekutuan pada Mac 2022 secara berperingkat dengan 19 laluan yang beroperasi di koridor Kota Tinggi, Kulaijaya, Pontian, Masai dan Gelang Patah.

Untuk makluman Yang Berhormat, kategori MyBus ini telah menggunakan sistem Manja Go iaitu menggunakan sistem kad dan kita juga ada opsyen menggunakan tunai.

Untuk kategori bas awam yang kedua ialah Bas Muafakat Johor. Ini merupakan inisiatif kerajaan negeri. Sejak 2016, yang mana Bas Muafakat Johor ni pun sama juga kita menggunakan sistem IC, My Card dan ia percuma untuk rakyat Malaysia.

Dan kategori yang ketiga ialah bas henti-henti. Terdapat 8 operator bas henti-henti kalau saya boleh bacakan satu-satu, Causeway Link, Maju Berhad, SNS, Transit Link, Green Transit Liner, Mayang Sari, U Ho dan Johor Motor Bus. Kelapan-lapan ini adalah bas merentas daerah ataupun dikenali sebagai bas henti-henti. Namun begitu, empat daripadanya Causeway Link, Maju Berhad, SNS dan Transit Link memberi opsyen sama ada boleh menggunakan kad atau bayaran secara tunai.

Namun begitu, Yang Berhormat Datuk Speaker dan Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan, berdasarkan Pelan Induk, berdasarkan Pelan Induk Pengangkutan Awam Johor 2021 – 2045, kita memang berhasrat untuk memastikan semua pengangkutan awam khususnya bas menggunakan sistem tanpa cash, tanpa tunai. Kita mensasarkan pada tahun 2025, yang mana ketika itu IRP, Iskandar Rapid Transit akan mula beroperasi pada tahun 2025 dan dijangkakan Rapid Transit System yang menghubungkan Johor Bahru ke Singapura akan mula beroperasi pada tahun 2026. Jadi, kita jangkakan sebelum tahun itulah kita akan pastikan seluruh sistem pengangkutan awam di negeri Johor dapat kita gunakan sistem tanpa tunai. Terima kasih.

Tuan Chen Kah EngDAP · PHStulang

Terima kasih YB EXCO. Memang sistem bayaran tanpa tunai ni, elektronik ni memang boleh melancarkan proses turun naik penumpang, banyak memastikan ketepatan masa dan seterusnya mengurangkan kesesakan. Dan juga ia juga boleh meningkatkan keberkesanan pengurusan syarikat bas. Jadi, soalan saya adalah, adakah kerajaan akan memastikan akan collaborate memastikan supaya sistem bayaran elektronik ini adakah lebih universal. Maknanya mesin yang diguna pakai untuk menerima kad bayaran itu adalah lebih universal dan umum dan maksudnya bukan khusus untuk

sesuatu syarikat sahaja. Maksudnya, kad itu kalau ada sesuatu yang lebih umum maksudnya bas itu dia boleh menerima kad yang pelbagai bukan syarikat menerima kad dia sahaja kemudian syarikat lain menerima kad dia sahaja menjadikan pembayaran itu menjadi tidak sejajar. Jadi, saya, soalan saya adalah kerajaan memastikan penggunaan kad yang standard dan juga yang universal untuk semua pengangkutan bas awam dan persendirian. Terima kasih.

Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad SallehUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Bukit Pasir

Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Stulang. Untuk makluman Yang Berhormat, seperti yang saya katakan tadi bahawa daripada 8 bas operator yang berada di Johor, 4 daripadanya menggunakan sistem yang sama Manja Go yang dikelolakan oleh Causeway Link lah, Handal Indah. Menggunakan sistem yang lain pula untuk Bas Muafakat Johor iaitu menggunakan IC untuk rakyat Malaysia. Dan, untuk tahun hadapan Yang Berhormat Datuk Speaker, kita ada perancangan untuk upgrade Bas Muafakat Johor supaya bukan sahaja rakyat Malaysia boleh menggunakan bas ni sebab kita faham, bas ni under used, tak ramai pengguna di sesetengah tempat jadi kita mencadangkan supaya pelancong-pelancong asing juga boleh menggunakan Bas Muafakat kita terutamanya di koridor utara kawasan-kawasan yang ramai pelancong.

Seterusnya, seperti yang saya sebutkan tadi menjelang tahun 2025, Perbadanan Pengangkutan Awam Johor, kita sasarkan supaya semua ini kita dapat satukan sistem, supaya IRT nanti masuk tahun 2025, RTS masuk 2026, kita boleh gunakan satu sistem yang sama. Namun begitu, banyak cabaran Yang Berhormat untuk kita laksanakan cuma sekarang PAJ, Perbadanan Pengangkutan Awam Johor dalam proses kajian dan insya-Allah, inisiatif yang kita tengah buat sekarang kita nak kaji apa insentif yang kita boleh bagi kepada pengguna supaya dia lebih berminat menggunakan bas, pengangkutan bas awam ini dan juga berminat menggunakan sistem tanpa tunai kita sedang dalam proses mencari insentif-insentif yang bersesuaian untuk ditawarkan kepada pengguna-pengguna. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Saya jemput, Yang Berhormat Puteri Wangsa.

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 5.

Adakah kerajaan negeri mempunyai pelan untuk memberi akses pendidikan kepada semua anak-anak Bangsa Johor melalui inisiatif seperti pelan pendidikan secara digital?

Cik Norlizah binti NohUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi · Johor Lama

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Puteri Wangsa untuk soalan berkaitan pelan kerajaan dalam memberikan akses pendidikan kepada semua anak-anak Bangsa Johor melalui inisiatif pelan pendidikan secara digital.

Jadi, terlebih dahulu sebagai makluman Dewan mulia ini, kerajaan negeri menerusi Pelan Pembangunan Mampan Johor 2030, telah meletakkan agenda pemerkasaan pendidikan sebagai satu teras yang penting dalam pelan ini. Jadi, justeru itu, inisiatif pendidikan digital merupakan salah satu inisiatif yang perlu kita laksanakan oleh kerajaan dalam usaha mencapai agenda ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, menerusi inisiatif pendidikan digital ini, kerajaan akan memberikan sepenuh tumpuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam teknologi digital, memperkaya kandungan digital yang berkualiti, memperkasa kompetensi guru dan membudayakan penggunaan teknologi digital, mengupayakan infrastruktur dan memperkukuhkan jalinan strategik.

Jadi, dalam masa yang sama juga Yang Berhormat Datuk Speaker, kerajaan negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri Johor pada ketika ini telah menjalankan beberapa usaha, salah satunya sentiasa menggalakkan pembudayaan digital dalam sesi pengajaran dan pembelajaran PDP di sekolah, sesi PDPC menggunakan smartphone di dalam kelas dan integrasi peranti-peranti mudah alih bersama smart tv antara kemudahan yang menyokong guru-guru di sekolah dalam usaha pendigitalan.

Selain daripada itu, aktiviti pertandingan inovasi juga dalam kalangan guru dan aktiviti serta pertandingan kokurikulum dilaksanakan untuk menyemarakkan lagi pembudayaan penggunaan kemudahan teknologi seperti penggunaan kahoot, kuiz, edpuzzle dan google classroom.

Yang Berhormat Datuk Speaker, selain daripada itu Jabatan Pendidikan Negeri Johor juga dalam usaha merancakkan lagi pelaksanaan pendigitalan sekolah di negeri Johor. Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) Jabatan Pendidikan Negeri Johor juga memainkan peranan dalam aspek peningkatan kompetensi digital guru dan murid. Jadi program pemerkasaan pendidikan digital murid dilaksanakan bertujuan meningkatkan kompetensi dan fasih digital murid bagi merealisasikan strategi dan Pelan Pendidikan Digital KPM.

Antara program utama murid yang dilaksanakan di peringkat negeri dan juga kebangsaan seperti cabaran keselamatan siber nasional yang dipanggil CAKNA, Digital Story Telling Animation (DST), mind craft challenge education edition, pembangunan aplikasi mobile application, drone EDU challenge 4.0, video creative and interactive serta penarafan digital competency score.

Jadi selain daripada itu, pasukan guru pembimbing dikenali juga sebagai Guru Adiwara Digital Johor Educated Team Gadget telah ditubuhkan secara rasmi pada 16 Jun 2022 dengan kekuatan seramai 172 orang guru melibatkan 11 daerah untuk negeri Johor.

Jadi, matlamat penubuhan pasukan gajet ini juga adalah yang pertama kalau saya boleh sebut satu-persatu, mewujudkan pasukan pendidik pakar teknologi digital yang berperanan sebagai task force think tank bagi pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital KPM di negeri Johor, membantu mencetuskan peningkatan kompetensi guru dalam program profesional berterusan CPD khususnya bagi pendidikan digital, menjadi inspirasi dan ikon pengupayaan teknologi digital kepada guru dan murid di negeri Johor ini dan seterusnya Jabatan Pendidikan Negeri Johor juga telah mengadakan kolaboratif bersama pihak-pihak berkepentingan bagi membantu meningkatkan lagi jaringan ke arah pendigitalan. Antara yang terlibat adalah Microsoft Malaysia, Jazari Robotic, Pertubuhan Inovasi dan Teknologi Pendidikan Malaysia serta baru-baru ini Yayasan TM melalui Kelas Smart Tuition.

Jadi Yang Berhormat Datuk Speaker, sekian terima kasih.

Speaker

Sila Puteri Wangsa.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang cukup komprehensif.

Jadi, kalau kita lihat pembelajaran digital sudah pun menjadi norma baru dalam negara ini dan juga dalam negeri Johor juga ada banyak inisiatif-inisiatif digital. Tetapi, kalau kita lihat masih ramai lagi anak-anak dalam negeri Johor ini yang tidak mempunyai akses kepada digital gadget itu sendiri. Kalau kita lihat di kawasan-kawasan luar bandar terutamanya, mereka tidak mempunyai komputer riba ataupun smart phone untuk mereka buat online digital learning yang sudah menjadi satu kebiasaan dalam pembelajaran abad ke-21.

Jadi soalan saya adalah, sekiranya kerajaan negeri mempunyai apa-apa pelan untuk membuatkan skim pinjaman komputer riba ataupun skim pinjaman smart phone. Skim pinjaman komputer riba ini sebagai contohnya pernah dibuat oleh MARA, pernah juga dibuat oleh untuk pekerja-pekerja perkhidmatan awam. Bagi saya skim ini boleh dijalankan dengan kerjasama bersama agensi-agensi bawah kerajaan ataupun kerjasama bersama syarikat-syarikat sebagai part of their dengan izin Tuan Yang DiPertua, part of their CSR. Dan saya harap sekiranya masih belum ada pelan ini, dapat diperhalusi dan dipertimbangkan oleh kerajaan negeri. Terima kasih.

Cik Norlizah binti NohUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi · Johor Lama

Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Puteri Wangsa atas soalan tambahan itu.

Kerajaan negeri sentiasa menyokong pelaksanaan agenda pendidikan digital ini. Justeru untuk kerajaan negeri sentiasa dan akan berusaha untuk menyediakan peranti-peranti yang sesuai kepada pelajar sepertimana yang dimaklumkan pada Yang Berhormat Puteri Wangsa tadi, namun ianya bergantung kepada kekuatan kewangan kerajaan negeri dari semasa ke semasa. Ya Yang Berhormat Datuk Speaker, sekian terima kasih.

Speaker

Ya sila Panti.

Bismillah. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Bila kita bercakap pasal pendidikan secara digital ini, saya bersetuju dengan Puteri Wangsa tadi, satu perkara adalah berkaitan peranti. Dan perkara kedua adalah berkaitan dengan akses kepada internet itu sendiri, khususnya di kawasan pendalaman. Saya nak mohon ataupun nak minta kerajaan negeri, apakah perancangan untuk kerajaan negeri memastikan setiap sekolah khususnya mempunyai akses pada internet yang secukupnya, maknanya yang kuatlah. Kadang-kadang kalau kita tengok di pendalaman ni, akses dia, apa, tak apa maknanya ada tapi tak mampu untuk memberi sepenuhnya apa yang perlu diterima oleh pelajar-pelajar itu. Kalau dulu kita ada macam Johor Wifi percuma dan sebagainya, tapi saya tak tahu apakah status program tersebut.

Mintalah Yang Berhormat EXCO untuk jelaskan perancangan kerajaan negeri untuk pastikan akses khususnya internet di kawasan pedalaman di kampung Orang-orang Asli ini dapat diselesaikanlah. Terima kasih.

Cik Norlizah binti NohUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi · Johor Lama

Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat DUN Panti.

Sebagai makluman kesemua 1,192 buah sekolah di negeri Johor telah dibekalkan talian internet yang terdiri daripada Unifi, Celcom dan Maxis, selain tiada had kuota data internet. Jadi bagi Celcom dan Maxis, 3 modem telah dibekalkan ke sekolah yang mana mempunyai jumlah murid lebih daripada 150 orang, manakala murid di bawah 150 orang akan dibekalkan satu modem. Ini bergantung kepada tahap TELCO-TELCO yang telah saya sebutkan tadi.

Selain daripada itu Yang Berhormat Datuk Speaker, melalui Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dalam usaha menyiapkan projek One-Off Present yang akan menyediakan kemudahan internet berkelajuan tinggi di sekolah-sekolah yang terlibat.

Jadi sehingga kini, sebanyak 50 projek POP di Johor bagi fasa 1 yang telah melibatkan 50 buah sekolah sedang dalam pelaksanaan bagi tahun ini. Jadi, adalah diharapkan dengan tersedianya kemudahan internet di sekolah-sekolah ini dapat membantu menjayakan agenda pendidikan digital di negeri Johor ini. Sekian, Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Kukup.

Yang Berhormat Datuk Speaker. Kalau nak sihat, kita bersenam, soalan Kukup nombor 6.

Apakah kerajaan negeri mempunyai perancangan jangka masa pendek dan panjang untuk mengatasi masalah kekurangan barang makanan seperti ayam dan telur di pasaran terutamanya musim perayaan?

Tuan Lee Ting HanMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna · Paloh

Salam sejahtera, salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Jawab dengan pantun Yang Berhormat.

Tuan Lee Ting HanMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna · Paloh

Ok, nanti saya sediakan. Sorry (ketawa).

Kerajaan negeri sentiasa bergerak erat bersama Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor yang kini dinamakan sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup memandang serius segala isu berkaitan kos sara hidup rakyat di negeri ini terutamanya isu berhubung kenaikan harga barangan mahupun ketidakstabilan bekalan di pasaran. Justeru KPDN Johor dengan dokongan kerajaan negeri telah mengambil beberapa langkah serta tindakan pragmatik bagi menangani isu kekurangan bekalan keperluan makanan asas seperti ayam dan telur di pasaran terutamanya menjelang musim perayaan.

Bagi tujuan mendapatkan informasi berkaitan harga dan jualan, status bekalan barangan keperluan di pasaran, KPDN Johor telah menempatkan seramai 92 pegawai pemantau harga yang aktif mengumpul informasi terkini dan membuat kutipan data harga barangan keperluan pengguna terpilih secara harian, mingguan dan bulanan di pasaran. Maklumat tersebut kemudiannya menjadi rujukan kepada agensi-agensi berkaitan untuk merangka pelan perancangan serta tindakan yang komprehensif bagi memastikan kestabilan harga dan bekalan barangan di pasaran.

Setakat ini, pemeriksaan berkala dibuat di 22 buah premis pasar basah, 28 buah premis pasar mini, 67 buah pasar raya serta hypermarket dan 20 buah kedai runcit di seluruh negeri Johor. KPDN Johor juga sentiasa memastikan keberadaan para pegawai, penguat kuasa di lapangan bagi melakukan pemeriksaan meliputi seluruh negeri Johor. Sejak Januari 2022 sehingga kini, sejumlah 60,693 pemeriksaan premis telah pun dibuat di pelbagai peringkat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi memastikan stok bekalan keperluan makanan terus stabil dan mencukupi di pasaran, KPDN Johor juga giat menjalinkan kerjasama strategik dengan kementerian, jabatan mahupun agensi lain terutamanya Kementerian Pertanian. Ini adalah kerana isu berkaitan bekalan adalah di bawah kawal selia dan juga di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian.

KPDN Johor juga telah mengambil langkah proaktif bagi meningkatkan keberadaan ataupun omnipresent pegawai-pegawai penguat kuasa di lokasi yang menjadi tumpuan pengguna seperti pasar-pasar awam, pasar raya dan pasar malam bagi mewujudkan ruang persekitaran perniagaan yang selamat dan beretika. Bagi pertanyaan dan penyelesaian aduan rakyat dengan lebih pantas dan cepat, KPDN Johor juga telah memperkenalkan skuad tindakan aduan dan resolusi pengguna.

KPDN Johor juga telah mengambil inisiatif bagi melindungi dan membantu para pengguna terutamanya warga negeri Johor dengan menyediakan pelbagai platform atau saluran bagi

tujuan penyaluran informasi ataupun laporan aduan. Para pengguna di negeri Johor boleh menyalurkan maklumat ataupun aduan melalui cara-cara berikut seperti portal e-Aduan KPDNHEP Johor, call center, aplikasi telefon pintar Izin Adu, Whatsapp dan hadir atau lapor ke mana-mana Pejabat KPDNHEP Johor di semua daerah.

Dan Kementerian juga menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, di mana KPDN Johor boleh menyiasat sekiranya ada aduan berkaitan dengan pencatutan. Dan khususnya untuk bekalan ayam dan telur, sejak penentuan harga maksima ayam dan telur dilaksanakan mulai 5 Februari 2022. Sebanyak 6,655 pemeriksaan telah pun dilaksanakan meliputi peringkat peruncit, pemborong dan pengeluar. Dan sebanyak 235 kes tindakan telah pun diambil iaitu 10 kes di peringkat peladang, 15 kes di peringkat pemborong dan 210 kes di peringkat peruncit telah pun diambil tindakan dan jumlah kompaun setakat ini adalah RM118,000.00. Terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

Ya sila Kukup.

Terima kasih Datuk Speaker. Persoalan yang ingin saya tanya ialah masalah pokok tentang kekurangan telur dan juga ayam. Apa yang dibuat oleh KPDNKK ialah hanya sekadar untuk kawalan dan juga memastikan keadaan itu tidak berlaku daripada segi harga dan juga kekurangan. Masalah pokok ialah datangnya daripada penternak dan juga pengusaha itu sendiri. Sekarang ini, di kedai-kedai sudah ada satu fenomena yang tidak menarik di dalam masyarakat kita. Apabila kita ingin order nasi goreng dengan telur mata kerbau, kita tak boleh dapat dah sekarang Yang Berhormat Datuk Speaker. Kita hanya dapat nasi goreng sahaja tanpa ada telur yang kita minta.

Jadi persoalan tambahan saya, jawapan daripada Yang Berhormat EXCO saya hargai tetapi ianya tidak menyelesaikan masalah pokok itu sendiri. Boleh minta tambahan lagi, bagaimana cara kita untuk memastikan pengusaha-pengusaha dan penternak-penternak ini mengambil tanggungjawab terhadap kekurangan ini. Apa inisiatif kerajaan bagi? Terima kasih.

Tuan Lee Ting HanMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna · Paloh

Terima kasih Yang Berhormat Kukup.

Yang Berhormat Datuk Speaker, inisiatif utama yang telah pun dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan adalah melalui subsidi kepada para penternak dan juga peladang. Dan kita sedia maklum bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun mempengerusikan satu mesyuarat khas tempoh hari berkaitan kos sara hidup dan ia merupakan satu-satu isu utama yang telah pun dibincangkan adalah berkaitan dengan bekalan.

Dan di peringkat kerajaan negeri Johor sepertimana yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, inisiatif yang telah pun akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri Johor termasuk program kolaborasi strategik pemodenan dan pertanian lestari yang telah pun diperuntukkan sebanyak RM1.9 juta bagi mentransformasikan bidang pertanian dan industri makanan untuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan nilai harga produk pertanian.

Dan selain itu, di bawah Belanjawan 2023 juga diumumkan inisiatif pembangunan industri ternakan, di mana industri ternakan ruminan juga akan mendapat manfaat dengan peruntukan sebanyak RM1.2 juta bagi tujuan kawalan penyakit dan kesihatan ternakan.

Kita harap dengan inisiatif-inisiatif di bawah kerajaan negeri dengan kerjasama dengan kerajaan persekutuan, maka kita dapat tambahlah bekalan untuk menyelesaikan isu pokok yang kita hadapi sekarang ini, terima kasih.

Speaker

Bagus juga, telur tak ada Kukup. Jadi, kurang sikit kolesterol rakyat Malaysia ini. Sila Mengkibol.

Tuan Chew Chong SinDAP · PHMengkibol

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Isu tiada telur memang menjadi isu besar semasa PRU juga. Soalan tambahan saya kepada soalan tambahan YB Kukup, apakah isu pokok dan apakah punca dan penyelesaiannya? Kita tahu sebenarnya masalah ini ialah harga maksimum ialah lebih rendah daripada kos pengusaha. Ini sebab punca, mengapa mereka ataupun ladang-ladang ditutup. Jadi, saya ingin rujukkan kepada jawapan yang saya terima di Persidangan Dewan bulan September. Soalan saya sama juga, apakah cara penyelesaian? Mengikut jawapan ini, dikatakan kerajaan negeri akan membenarkan ladang unggas yang sedia ada, yang wujud pada tahun 2000 boleh terus beroperasi dengan sistem reban yang sedia ada dan kerajaan akan memberikan insentif kepada mereka, ladang-ladang unggas yang ingin ataupun berhasrat untuk mengubah kepada sistem tertutup.

Jadi soalan saya, apakah insentif, adakah ini sudah dilaksanakan ataupun belum? Sebab ini punca juga mengapa ladang-ladang itu tutup, sebab mereka tak nak ubah kepada reban tertutup. Mereka perlukan insentif dari kerajaan supaya mereka boleh mengubah kepada arah itu dan juga pindaan terhadap Enakmen Kawalan dan Pelesenan Ladang Penternakan Unggas Tahun 1957. Adakah pindaan ini akan dilaksanakan? Sebab pindaan ini sangat penting juga sebab ini membenarkan kapasiti reban ayam ini dipertingkatkan daripada 500 ekor kepada 5000 ekor dan ia akan dikirakan sebagai projek sosioekonomi dan dilesenkan. Kalau ini sudah dilaksanakan, saya dapat sedikit sebanyak membantu supaya negeri Johor terus menjadi pengeluar ayam dan telur yang utama untuk Malaysia. Dapat ini kita selesai masalah tiada telurlah, ok. Sekian, terima kasih.

Tuan Lee Ting HanMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna · Paloh

Terima kasih cadangan daripada Yang Berhormat Mengkibol. Datuk Speaker, berkaitan dengan cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Mengkibol, ia adalah di bawah kawal selia, peranan Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar dan untuk maklumat di mana maklumat yang saya ada setakat ini memang kerajaan negeri ada membenarkan berikut case by case basis, sebab ada pula ladang yang terlalu dekat dengan kawasan perumahan maka kita perlu mempertimbangkan secara case by case dan juga di peringkat kerajaan negeri, kita ada luluskan reban baru mengikut teknologi baru dan harap-harap dengan tambahan ladang, dengan tambahan reban tersebut maka kita dapat mempertingkatkan bekalan lagi. Terima kasih.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Maharani.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 7 dan nombor 8.

Sejauh manakah program bantuan ekonomi untuk orang-orang Islam negeri Johor dan kewujudan tapak-tapak perniagaan bagi membangun swadaya ummah melalui Tabung Wakaf Rakyat Johor?

Melalui Tabung Waqaf Rakyat Johor (PWRJ) membina hospital pakar Islam bagi memberikan khidmat terbaik dalam perkhidmatan kesihatan kepada umat Islam serta membantu golongan asnaf melalui Insurans Berkelompok. Sejauh manakah perkembangan dan bantuan untuk golongan asnaf?

Tuan Mohd Fared bin Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Bismillahirrahmanirrahim, Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Maharani atas soalan yang diberikan. Dari Semerah jalan-jalan, saya nak jawab soalan. Izinkan saya menjawab soalan secara bersekali.

Soalan pertama mengenai sejauh manakah program bantuan ekonomi untuk orang-orang Islam negeri Johor dan kewujudan tapak-tapak perniagaan bagi membangun swadaya ummah melalui Tabung Wakaf Rakyat Johor?

Untuk makluman Yang Berhormat Maharani dan Ahli Dewan, pada dasarnya Tabung Wakaf Rakyat Johor adalah melalui idea mampan dari Yang Amat Berhormat Dato’ Khaled Nordin, mantan Menteri Besar yang lalu yang melihat bahawa peranan dan kapasiti kerajaan dalam pelbagai projek yang melibatkan pelaburan kewangan adalah terhad. Oleh itu, kerajaan mencari naratif dan wahana baharu dalam membangunkan kebudayaan masyarakat, jalan keluar terbaik adalah berbakti kepada tanah air. Maka, wakaf menjadi instrumen penting dalam membangun ekonomi, membangun ruang pendidikan dan melebarkan sistem kebajikan Johor dan masyarakatnya.

Tabung Wakaf Rakyat Johor diuruskan oleh PIJ, Perbadanan Islam Johor dengan persetujuan Majlis Agama Islam Negeri Johor bagi mengumpul dana wakaf melalui wakaf tunai yang termasuk dan tidak terhad kepada wakaf korporat, potongan gaji dan pelaburan yang dibenarkan oleh hukum syarak untuk manfaat ekonomi umat Islam. Ia juga diwujudkan bagi membangun dan memajukan hal tanah serta harta wakaf di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Johor yang turut mencakupi aspek-aspek termasuk menerima dana dalam bentuk wakaf tunai, sosioekonomi, pendidikan Islam, kesihatan dan pengembangan syiar Islam. Pada tahun 2016, Januari 26, Majlis Agama Islam Negeri Johor telah melantik PIJ sebagai nazir khas Pembangunan Wakaf Negeri Johor yang berperanan terhad dalam menguruskan Tabung Wakaf Rakyat Johor yang terdiri dari sumbangan wakaf yang berbentuk tunai, juga dari individu serta syarikat korporat dan bagi tujuan pelaburan yang dibenarkan. Pada 3 Ogos 2021, MAIJ telah bersetuju dengan kertas cadangan berkenaan Permohonan Perluasan Skop Tambahan Nazir Khas daripada Pembangunan Wakaf Negeri Johor kepada Pembangunan Wakaf Negeri Johor, Wakaf Tunai, Ekonomi, Pendidikan dan Kesihatan. Dalam skop ekonomi seperti mana soalan pertama Yang Berhormat Maharani, Tabung Wakaf Rakyat Johor telah mencadangkan beberapa konsep hab perniagaan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor di tanah wakaf Taman Bukit Indah dan Taman Molek. Terdapat beberapa lagi cadangan dan konsep pembangunan yang memberi manfaat kepada umat terutamanya kepada golongan asnaf sedang giat diperincikan dan akan dibentangkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai pemegang amanah tunggal Wakaf Negeri Johor.

Bagi cadangan pembangunan di tanah wakaf Taman Bukit Indah. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Maharani dan Dewan, seluas 1.5 ekar kertas cadangan yang telah dibawa kepada MAIJ oleh Tabung Wakaf Rakyat Johor untuk membina tapak perniagaan sedang dalam proses semakan kertas kerja yang insya-Allah akan diluluskan kelak. Bagi projek pembangunan di tanah wakaf Taman Molek seluas 2.8 ekar pula, terdapat kertas cadangan bagi membina Hospital Andora iaitu sebuah hospital wakaf bagi wanita dan kanak-kanak. Ia juga dalam proses cadangan dan akan dibentangkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor. Itu bagi persoalan yang pertama, Datuk Speaker.

Bagi persoalan yang kedua, Yang Berhormat Maharani bertanyakan mengenai pembinaan hospital pakar Islam untuk memberi khidmat terbaik kesihatan kepada umat Islam khususnya kepada golongan asnaf melalui Insurans Berkelompok.

Terlebih dahulu, izinkan saya berkongsi timeline, dengan izin, bagi perkembangan terkini projek pembangunan hospital wakaf tersebut yang akan dilaksanakan di Jalan Tahana Bandar Baru Uda. Pada 4 April tahun ini, kita telah memperolehi kebenaran merancang dan pelan bangunan dari Majlis Bandaraya Johor Bahru. 25 Julai 2022 lantikan kontraktor dibuat. 27 Julai 2022 fasa pertama telah dilaksanakan seperti kerja awalan pembersihan tapak, earth work, piling, retaining structure wall, temporarily supply dan juga sign board.

Pada 30 Ogos tahun ini, jentera berat telah pun berada di tapak bagi kerja-kerja fasa 1. September 2022, Mesyuarat Pra Runding antara bahagian Kejuruteraan. 7 Oktober tahun ini kebenaran membina hospital oleh cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan 12 Disember baru-baru ini Mesyuarat Lembaga Pengarah Institut Jantung Negara (IJN) berlangsung bagi memuktamadkan terma-terma di dalam perjanjian pembinaan hospital tersebut. 12 Disember yang akan datang. Dan Februari 2023, fasa kedua kerja-kerja menaikkan bangunan akan berjalan.

Untuk makluman Dewan yang mulia, idea perlindungan Takaful Berkelompok tercetus apabila PIJ dan Kencana Health Care Sdn. Bhd. berbincang mengenai manfaat yang hendak disalurkan kepada masyarakat Islam di negeri Johor khususnya asnaf secara berterusan melalui hibah daripada pengoperasian Hospital Pakar Wakaf ini. Oleh kerana PIJ mempunyai anak syarikat Insist Amilat Sdn. Bhd. yang mengurus dan menjalankan perkhidmatan takaful maka perkara ini diangkat seterusnya mendapat persetujuan daripada Ahli Jawatankuasa Pentadbiran Wakaf PIJ dan Ahli Lembaga Pengarah PIJ untuk melantik Insist Amilat Sdn. Bhd. sebagai agensi yang menguruskan perlindungan takaful kepada asnaf di negeri Johor. Tabung Wakaf Rakyat Johor melalui pembinaan Hospital Pakar Wakaf ini, golongan asnaf akan diberikan bantuan hibah dalam bentuk perlindungan takaful. Bantuan ini akan disalurkan apabila Hospital Pakar Wakaf ini beroperasi dan Insist Amilat akan menguruskan skim perlindungan takaful ini yang akan insya-Allah dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun sebaik sahaja Hospital Wakaf ini dapat dioperasikan. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Ya, sila.

Terima kasih kepada YB EXCO. Soalan tambahan saya ialah berkaitan dengan melalui Tabung Wakaf Rakyat Johor, adakah cadangan daripada negeri supaya pembinaan stall ataupun gerai-gerai kecil untuk dibina bagi memberikan peluang kepada usahawan-usahawan kecil bagi menambahkan pendapatan mereka? Terima kasih.

Tuan Mohd Fared bin Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Terima kasih Yang Berhormat Maharani atas soalan yang diberikan tambahan. Saya telah menjawab tadi bahawa satu projek telah pun dibentangkan untuk dilaksanakan di Taman Bukit Indah bagi maksud hab perniagaan itu dan saya ambil pandangan yang baik daripada Yang Berhormat Maharani, bahawa seharusnya idea penyediaan gerai-gerai kecil ini boleh dimajukan dan dipanjangkan.

Saya kongsikan kepada Dewan yang mulia bahawa sehingga kini Majlis Agama Islam Negeri Johor mempunyai 606 lot tanah wakaf yang masih belum lagi dibangunkan. Dan saya percaya ini juga menjadi matlamat kami untuk memberi perincian dan juga memberikan idea pengembangan agar pembinaan gerai-gerai kecil ini bagi maksud ekonomi kumpulan yang memerlukan, dapat kita sama-sama laksanakan. Terima kasih Yang Berhormat Maharani atas idea yang baik tersebut.

Speaker

Yang Berhormat Semerah, Hospital Wakaf itu tadi percuma ke untuk golongan asnaf?

Tuan Mohd Fared bin Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Golongan asnaf ya, golongan asnaf. Insya-Allah saya percaya Datuk Speaker kita akan buat pembentangan yang lebih terperinci tentang faedah dan kemudahan yang bakal dilaksanakan.

Speaker

Terima kasih.

Tuan Mohd Fared bin Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Hospital ini juga merupakan satu-satunya hospital dalam Malaysia selepas IJN yang akan menggunakan kepakaran, bahkan

kemudahan daripada IJN itu sendiri dan kita sangat bersyukur ianya berada di negeri Johor Darul Ta’zim. Terima kasih.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Pasir Raja.

Puan Rashidah binti IsmailUMNO · BNPasir Raja

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan nombor 9.

Di dalam komponen kelima teras keempat untuk menjadikan Johor sebagai negeri maju pada 2023 jaminan bekalan makanan, senaraikan tanah-tanah kerajaan yang telah dan sedang diusahakan dengan tanaman yang bernilai tinggi bagi tujuan domestik dan eksport?

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi, salam sejahtera, salam Maju Johor. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih kepada Pasir Raja.

Kerajaan negeri beriltizam tinggi untuk terus memperkasakan Johor sebagai food basket of Malaysia dan food bank kepada negara-negara serantau dan antarabangsa. Johor komited untuk membangunkan industri agro-makanan sebagai industri yang mampan dan mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa sama ada dalam konteks pengeluaran hasil pertaniannya atau kualiti produknya. Iltizam ini adalah bertitik tolak daripada potensi dan success story semasa negeri Johor dalam sumbangannya terhadap sektor pertanian negara.

Untuk makluman Yang Berhormat, salah satu perkara yang menjadi fokus kerajaan negeri dalam Agenda Jaminan Bekalan Makanan adalah mengenai penggunaan sumber tanah yang optimum bagi tujuan aktiviti pertanian agro-makanan dan seterusnya meningkatkan produktiviti bekalan makanan.

Umumnya, terdapat pelbagai program pembangunan tanah-tanah kerajaan yang dibangunkan bagi pelaksanaan aktiviti sektor pertanian yang diselia oleh beberapa buah agensi dan jabatan. Antaranya ialah tanah di bawah seliaan Jabatan Pertanian. Di bawah Jabatan Pertanian terdapat 2 program yang dijalankan iaitu yang pertama, Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan yang kedua ialah Agro Mix Segamat. Bagi Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) terdapat 9 kawasan atau lokasi yang mencakupi keluasan 507.66 hektar dan diusahakan oleh 75 pengusaha. Pertama, di daerah Batu Pahat di TKPM Ipah. Kedua, daerah Kota Tinggi iaitu TKPM Lepau, TKPM Sedili Kecil, TKPM Sungai Lebam dan TKPM Ulu Tiram. Di daerah Muar, TKPM Pagoh. Di Segamat, TKPM Jabi dan TKPM Sekijang dan yang kesembilan, di daerah Pontian iaitu TKPM Seri Bunian. Jumlah keluasan ialah 507.66 hektar melibatkan 75 peserta dan untuk makluman Ahli Dewan, untuk tahun 2021, rekod daripada 9 TKPM ini menghasilkan 7.27 juta kilogram hasil pengeluaran dan melibatkan hasil dengan nilai RM19.19 juta.

Yang kedua ialah Agro Mix Segamat ia dibangunkan secara berfasa sejak tahun 2017, dengan keluasan 65 hektar melibatkan 20 pengusaha. Tanah di bawah Jabatan Veterinar pula melibatkan 36 lokasi di daerah Kluang, Batu Pahat, Segamat, Tangkak, Muar, Kota Tinggi dan Mersing melibatkan keluasan 1,631 hektar dan melibatkan 251 pengusaha.

Yang ketiga, Datuk Yang DiPertua, Datuk Speaker, yang ketiga tanah di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang. Di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor pula terdapat 8 tanah yang dibangunkan bagi tujuan tanaman pertanian makanan iaitu yang pertama di ZPM Cempelak, melibatkan 267 ekar, yang kedua ZPM Endau melibatkan 103.77 hektar, yang ketiga ZPM Jemaluang di Mersing melibatkan keluasan 84.9 hektar, yang keempat ZPM Kahang di Kluang melibatkan keluasan 161 hektar, yang kelima ZPM Sedili Kecil di Pengerang, Kota Tinggi melibatkan keluasan 809 hektar, yang keenam ZPM

Tenglu di Mersing melibatkan 708 hektar, yang ketujuh PPNJ Agro Park, 106 hektar dan yang kelapan Ladang Nanas Air Hitam, 278 hektar.

Manakala yang keempat, tanah di bawah Perbadanan Bio Teknologi dan Bio Diversiti Negeri Johor atau JBiotech, Lembah Makanan Bio Desaru dibangunkan dengan misi untuk menyahut usaha kerajaan negeri Johor ke arah memperkukuhkan rantaian pengeluaran makanan dengan memperluaskan aplikasi bio-teknologi secara berkesan dalam mengkomersialkan pertanian secara menitikberatkan bio-sekuriti dan pemeliharaan ekologi. Pembangunan lembah tersebut diterajui oleh Bio Desaru Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat di bawah Kumpulan Perbadanan Bio Teknologi dan Bio Diversiti Negeri Johor atau JBiotech. Ia melibatkan antara projek utama ialah projek penternakan ayam baka, yang kedua, projek ternakan ayam penelur dengan purata pengeluaran 24 juta biji telur sebulan. Yang ketiga, projek penetasan benih udang putih dengan purata pengeluaran sebanyak 100 juta benih udang sebulan. Yang keempat, projek ternakan udang putih melibatkan pengeluaran ternakan sebanyak 200 tan setahun. Yang kelima, projek ternakan lembu tenusu yang berupaya menghasilkan 140,000 liter susu sebulan. Dan 6 projek baru yang akan dibangunkan di Bio Desaru pada tahun 2023 dengan kerjasama syarikat-syarikat pelabur dari luar dan dalam negara ialah yang pertama, pembangunan pusat pengumpulan pemprosesan, pembungkusan dan pengedaran Bio Desaru atau CPPDC. Yang kedua, projek ternakan ikan, yang ketiga projek penternakan udang, yang keempat, projek ternakan nanas, yang kelima, projek ternakan kelapa pandan dan yang keenam, projek pembangunan Integrated Sustainable Food Product Zone.

Manakala tanah di bawah KEJORA pula melibatkan 5 lokasi iaitu yang pertama, di kawasan tanaman campuran Sungai Cemaran 1, Mukim Tanjung Surat Kota Tinggi, Johor. Yang kedua, kawasan tanaman campuran Penggeli Kecil di Mukim Ulu Sungai Johor, Kota Tinggi. Yang ketiga, kawasan tanaman campuran Bukit Lawiyang Mukim Renggam, Kluang. Yang keempat, kawasan tanaman campuran Sungai Sembrong Mukim Renggam, Kluang dan yang kelima kawasan pertanian Kampung Tuan Seh Mukim Sedili Besar, Kota Tinggi.

Tanah-tanah di bawah jabatan, agensi yang saya sebutkan tadi berjumlah lebih kurang 7,480 hektar melibatkan 384 pengusaha dan peserta. Walau bagaimanapun, Datuk Speaker, penggunaan tanah-tanah jabatan dan agensi dengan keluasan 7,480 hektar seperti yang saya nyatakan tadi hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan tanah-tanah yang diusahakan untuk tujuan pertanian oleh pengusaha-pengusaha sektor pertanian di negeri ini termasuk oleh orang perseorangan dan syarikat-syarikat persendirian dan swasta, termasuk juga Taman Pertanian Moden Kluang. Sebagai contoh, pada tahun 2021, tanaman sayur-sayuran seperti bendi, cili, kacang panjang, sawi, timun dan halia seluas 8,293 hektar tanah telah diusahakan oleh 22,942 orang pengusaha dengan hasil pengeluaran sebanyak 126,799 matrik tan.

Bagi tanaman buah-buahan pada tahun 2021 pula, buah-buahan seperti betik, durian, nanas, nangka, pisang, tembikai dan kelapa seluas 56,084 hektar tanah telah diusahakan dengan penglibatan 56,619 pengusaha dan telah berjaya menghasilkan pengeluaran sebanyak 669,760 matrik tan sebulan, setahun. Sebagai kesimpulannya Datuk Speaker, sebagai jaminan bekalan makanan negeri Johor kita tidak hanya bergantung kepada tanah-tanah milik jabatan atau agensi semata-mata tetapi turut melibatkan tanah-tanah yang diusahakan oleh individu dan syarikat-syarikat persendirian dan swasta. Dalam erti kata lain, tanah-tanah yang diusahakan untuk sektor pertanian melalui agensi dan jabatan ini hanyalah sebahagian daripada jumlah keseluruhan yang dijalankan oleh individu atau pihak swasta. Apa pun yang paling utama adalah memastikan bekalan makanan di Johor terjamin. Terima kasih.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Bukit Naning.

Datuk Haji Mohd. Fuad bin TukiranUMNO · BNBukit Naning

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan nombor 10.

Mohon diwujudkan Dana Khas atau Tabung Khas bagi membantu pesakit kronik mendapatkan kemudahan peralatan sokongan seperti katil, kerusi roda, alat pernafasan, tongkat sokongan diri dan lain-lain bagi mengurangkan kebergantungan terhadap YB ADUN dan Agensi semata-mata

Tuan Ling Tian SoonMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan · Yong Peng

Terima kasih Datuk Speaker. Salam Perpaduan, Salam Bangsa Johor, Salam Maju Johor. Untuk makluman YB Bukit Naning dan juga seisi Dewan sekalian. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai mekanisme dalam membantu pesakit-pesakit yang tidak mampu dan kurang berkemampuan melalui Tabung Bantuan Perubatan.

Tabung ini ditubuhkan sejak tahun 2005 untuk membiayai sebahagian atau sepenuhnya kos rawatan, peralatan perubatan dan peralatan rehabilitasi kepada pesakit yang tidak berkemampuan. Bantuan ini juga adalah termasuk kos ubat-ubatan yang tidak disediakan oleh pihak hospital kerajaan. Pesakit di hospital kerajaan yang memerlukan bantuan akan dirujuk ke Pegawai Kerja Sosial Perubatan Hospital terlebih dahulu bagi tujuan pengesahan kedudukan sosioekonomi pesakit. Selain itu, Pegawai Kerja Sosial Perubatan Hospital juga bertindak sebagai Pegawai Perhubungan bagi menghubungkan pesakit dan keluarga kepada agensi-agensi berkaitan bertepatan dengan permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Sekiranya pesakit berkelayakan maka permohonan berkaitan dengan agensi yang terlibat akan diajukan oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan berdasarkan Standard Operating Procedure (SOP) dengan izin yang telah ditetapkan. Antara agensi kerajaan yang sering menjadi rujukan adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Agama Islam Negeri, Lembaga dan Pusat Zakat, Pertubuhan Keselamatan Pekerja (PERKESO). Manakala, bagi agensi bukan kerajaan pula iaitu Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia, Majlis Kanser Nasional (MAKNA) bagi pesakit kanser serta National Kidney Foundation (NKF) bagi pesakit buah pinggang.

Pada tahun 2021, berbagai-bagai bentuk bantuan berjumlah RM9.9 juta telah diberikan kepada 4,494 pesakit yang memerlukan dalam negeri Johor. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum dijawab secara lisan akan dijawab secara bertulis dalam Persidangan yang sama. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga jam 11.30 pagi.

Persidangan ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Persidangan disambung semula pada 11.30 pagi.

Sambungan Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2023) Tahun 2022.Bill

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya jemput YB Tangkak.

Tuan Ee Chin LiDAP · PHTangkak

Selamat pagi dan selamat sejahtera Yang Berhormat Datuk Speaker dan Ahli-Ahli Dewan Negeri serta pegawai-pegawai kerajaan yang berada di dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker kerana telah memberi peluang dan juga kesempatan untuk Tangkak bersama-sama menyertai dalam Perbahasan Rundingan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2023) Tahun 2022.

Patik mewakili seluruh rakyat di kawasan DUN Tangkak merafak sembah setinggi-tinggi kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia

Sultan Johor bersempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada tanggal 22 bulan November.

Tangkak mengucap tahniah kepada Datuk Menteri Besar Johor kerana telah berjaya menyampai Ucapan Belanjawan Johor untuk tahun 2023 buat julung kalinya pada hari Khamis yang lalu. Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada seluruh pegawai JCS yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan Belanjawan Johor 2023 ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kerajaan Johor telah menjenamakan semula sistem pembayaran atas talian dari e-Bayar kepada JohorPay pada 2 tahun yang lalu. Dan pada awal-awal tahun ini tahun 2022 juga telah memperuntukkan dana untuk menambah baik sistem ini. Dalam Belanjawan 2023 kali ini, kerajaan sekali lagi memperuntukkan sejumlah RM7.2 juta bagi membiayai pembangunan sistem baru dan penyelenggaraan sistem yang sedia ada. Jumlah peruntukan dana yang begitu besar telah disalurkan kepada sistem JohorPay. Namun, sistem pembayaran atas talian kerajaan ini tidak nampak membawa impak yang besar berbanding dengan jumlah peruntukan atau jumlah dana yang telah diguna.

Pada tahun 2015 kerajaan telah mengujudkan sebuah sistem atas talian yang bernama e-PBT yang bertujuan untuk keseragaman pengurusan dan sistem penyampaian untuk sebuah PBT. Tangkak juga dimaklumkan e-PBT sekarang telah memasuki dalam versi 2.0 dan akan dinaik taraf kepada versi 3.0. Dan dalam sistem e-PBT ini Yang Berhormat Datuk Speaker terdapat juga modul yang bernama e-Bayaran yang sedang digunakan oleh PBT-PBT di negeri Johor bagi mengutip bayaran secara atas talian.

Oleh itu cadangan Tangkak adalah supaya mengabungkan kesemua sistem-sistem pembayaran atas talian yang sedia ada ini kepada sebuah sistem setempat, supaya dia dapat mengurangkan kos penyelenggaraan sistem dan juga dapat meningkatkan kecekapan dalam menguruskan pembayaran atas talian. Sistem pembayaran atas talian setempat ataupun aplikasi telefon mudah alih ini dipercayai dapat manfaatkan rakyat Johor dalam membuat pelbagai jenis pembayaran kepada semua agensi kerajaan Johor.

Contohnya, pembayaran letak kereta ataupun caj parkir kereta berlainan di setiap PBT. Di negeri Johor katakan ada 16 PBT, 16 PBT menjalankan atau mengutip caj letak kereta dengan caranya sendiri. Dan sudah tentu masih banyak lagi Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Johor masih menggunakan kupon parkir kereta fizikal, iaitu pemandu, pengguna perlu bersusah payah untuk mencari kupon-kupon parkir fizikal tersebut. Dan saya ingin ucap tahniah juga dan syabas kepada MBJB kerana selepas penyelidikan daripada Tangkak mendapati MBJB adalah salah satu PBT yang menggunakan aplikasi atas talian, aplikasi telefon bimbit yang paling canggih iaitu dinamakan MBJB spot yang sangat mudah.

Tetapi cadangan Tangkak adalah supaya bukan saja aplikasi seperti MBJB spot digunakan tetapi ia boleh disepadukan ke dalam sistem JohorPay. Dan ini akan merangkumi kesemua service-sevice atau pembayaran kepada semua PBT di negeri Johor dalam satu laman sesawang ataupun dalam satu aplikasi telefon bimbit mudah alih.

Yang Berhormat Datuk Speaker, negeri Johor kerap sangat berlaku gangguan bekalan air dan kebanyakannya di sebabkan kerana paip bocor iaitu gangguan bekalan air tidak terancang. Saya bagi contoh di DUN Tangkak pada bulan Januari tahun ini berlaku sekali paip bocor, bulan Februari 2 kali, bulan Mac 4 kali dan pernah selama 2 hari pada bulan Mac, bulan April sekali, bulan Mei 5 kali, bulan Jun 6 kali, bulan Julai 7 kali, pernah selama 4 hari tidak ada bekalan air. Bulan Ogos 7 kali, pernah ada 2 kali selama 2 hari, masing-masing, bulan September 7 kali, bulan Oktober 10 kali paip bocor, gangguan bekalan. Bulan November 5 kali, ada sekali selama 2 hari dan bulan Disember hari ini cuma 5 hari bulan telah pun berlaku sekali. Jadi keseluruhannya jumlah kes berlaku gangguan bekalan

disebabkan paip air bocor di kawasan DUN Tangkak sahaja dalam 11 bulan yang lalu sebanyak 56 kes, Yang Berhormat Datuk Speaker.

Selain daripada kawasan Tangkak, Yang Berhormat, apa tu YB Gan juga maklum di Batu Pahat, Tongkang Pecah pada 25 September ini disebabkan paip air bocor berlaku gangguan bekalan air bersih selama 3 hari. Dan juga di kawasan DUN Plentong Johor Bahru baru-baru ini berlaku gangguan bekalan kerana paip air bocor selama seminggu, Yang Berhormat Datuk Speaker. Dan mengikut data yang diperolehi oleh Tangkak dari Dewan negeri yang mulia ini, sejak tahun 2018 sehingga tahun 2022 kerajaan negeri telah pun membelanjakan RM930 juta bagi tujuan mengganti paip air lama sepanjang 900 kilometer.

Dalam 5 tahun dengan peruntukan RM937 juta untuk mengganti 900 kilometer paip air lama dan dalam belanjawan Tahun 2023 ini juga RM280 juta juga digunakan bagi mengganti 234 kilometer paip air. Malangnya kejadian gangguan bekalan air ini makin hari semakin teruk atas serius. Jadi saya harap Ranhill SAJ Sendirian Berhad dan juga pengurusan Aset Air Johor Berhad haruslah bertindak dengan cepat dalam menjalankan kerja-kerja penggantian paip lama terutama di kawasan-kawasan yang terlalu kerap berlaku kejadian paip air bocor seperti di kawasan DUN Tangkak. Dan kerajaan perlu meletakkan KPI kepada operator Ranhill SAJ dan juga agensi-agensi yang terlibat supaya kerja-kerja penggantian paip lama ini dapat dijalankan dengan terus. Dan untuk makluman Yang Berhormat Datuk Speaker dan juga Dewan yang mulia ini, air tidak berhasil, NRW level di negeri Johor pada hujung tahun 2021 adalah 24.88%.

Kerajaan negeri pernah meletakkan hasrat atau sasaran untuk menurunkan NRW level ini kepada 10% pada tahun ini tahun 2022. Sekarang dah masuk hujung tahun 2022, jadi sudah tentu sasaran untuk menurunkan NRW level ke 10% di negeri Johor tidak akan tercapai tetapi saya harap juga Ranhill SAJ Sendirian Berhad dapat berusahalah buat apa yang mungkin supaya air tidak berhasil ini dapat dikurangkan juga, Yang Berhormat Datuk Speaker.

Yang Berhormat Datuk Menteri Besar Johor dalam ucapan belanjawannya juga telah menubuhkan pelbagai jawatankuasa-jawatankuasa untuk banyak sektor. Di sini terdapat satu Jawatankuasa Keharmonian antara penganut pelbagai agama yang akan ditubuhkan dengan peruntukan berjumlah RM50,000.00. Tangkak ingin bercadang terdapat satu pertubuhan yang dinamakan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia. Dan ada juga organisasi cawangannya di negeri Johor. MCCBCHST. Jadi Tangkak ingin mencadangkan kepada EXCO Perpaduan kepada kerajaan negeri supaya Jawatankuasa Keharmonian antara penganut pelbagai agama ini dapat dianggotai oleh Ahli-Ahli MCCBCHST ini dengan sebab pengalaman mereka selama ini dalam menyelesai permasalahan antara penganut agama selain Islam.

Yang Berhormat Datuk Speaker, EXCO Perpaduan pada 4 Jun 2022 juga telah menyerah sepucuk surat kebenaran memberi peruntukan kepada MCCBCHST Johor, jadi saya dapat maklumat bahawa peruntukan RM50,000.00 itu masih belum dikreditkan jadi harap dapat disegerakan kerana sudah masuk hujung tahun 2022. Bukan saja saya nak bagi maklumat kepada Dewan yang mulia ini juga, mengikut rekod dalam Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Johor, terdapat sebanyak 2,108 buah pertubuhan yang didaftar bawah kategori keagamaan selain Islam. Jadi kalau dengan peruntukan RM50,000.00 ini kalau dipuratakan kepada 2,108 pertubuhan agama yang sedia ada Yang Berhormat Datuk Speaker, setiap pertubuhan agama ini cuma dapat bantuan kerajaan RM23.72 setahun.

Jadi, saya minta izin Yang Berhormat Datuk Speaker untuk membenarkan Tangkak membawa beberapa isu-isu kawasan yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyat setempat. Terdapat sebuah rumah pangsa di kawasan DUN Tangkak di Jalan Ong Siong yang telah usang dan keadaan kebersihan di rumah pangsa tersebut adalah sangat

mengecewakan. Bumbung ada 5 blok, ada blok bumbungnya telah pecah, tangki air selalu bocor, banyak fasiliti telah rosak dan selalunya kalau berlaku isu-isu seperti ini aduan tersebut disalurkan kepada PKPJ, Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor. Disebabkan tiada wakil atau pegawai yang diletak di daerah Tangkak aduan tersebut selalu ambil masa yang sangat panjang untuk diselesaikan.

Jadi, Tangkak mohon dengan peruntukan yang dicadangkan yang dibentangkan terdapat RM10 juta untuk penyelenggaraan flat awam digunakan untuk membaiki fasiliti-fasiliti dan juga meningkatkan keadaan kebersihan di Rumah Pangsa Jalan Ong Siong ini. Dan, untuk perhatian JPS Negeri Johor di sebelah Rumah Pangsa Jalan Ong Siong Tangkak ini terdapat sebuah jambatan milikan JPS yang menghubung Rumah Pangsa Jalan Ong Siong dan Taman Air Molek Tangkak, jambatan tu terlalu sempit dan sudah tidak dapat menampung trafik yang semakin hari semakin tambah ini. Jadi saya berharap pihak JPS dapat menyediakan peruntukan bagi kerja-kerja menaik taraf terutama melebarkan jambatan tersebut.

Speaker

Yang Berhormat ada 3 minit lagi.

Tuan Ee Chin LiDAP · PHTangkak

Baik. Begitu juga saya ingin mohon bantuan daripada EXCO Pembangunan Masyarakat dan Wanita berkenaan dengan keadaan bangunan PDK Bandar Tangkak sama juga bangunan yang telah uzur, usang, bumbungnya dah banyak kali kita repair, kita baiki tapi masih tidak dapat diselesaikan. Jadi, harap dengan bantuan EXCO kita dapat pada tahun hadapan, kita boleh dapat dana untuk membaiki sekali gus menyelesaikan isu bumbung bocor ini dan juga dapat meningkatkan keselesaan bangunan PDK kepada pelatih dan petugas yang berada di PDK Tangkak ini.

Bagi Klinik Kesihatan Payamas pula, Klinik Kesihatan Payamas Tangkak merupakan satu kawasan yang lama atau dengan bangunan-bangunan zaman dulu yang tidak terancang dan tidak teratur dan telah menyebabkan ketidak cukupi ruangan untuk doktor dan juga kakitangan klinik kesihatan itu menjalankan tugas dengan baik, jadi saya berharap di bawah Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan dapat membantulah Klinik Kesihatan Payamas Tangkak. Dapat sekurang-kurangnya menaik taraf ruangan rawatan yang sangat sempit itu.

Dan juga, Tangkak ingin mohon pihak JKR dan juga kita ada Pengerusi Lembaga Lebuh raya Malaysia berada di dalam Dewan ini, saya harap Plaza Tol persimpangan jalan plaza tol bawah penyelenggaraan PLUS dan JKR dapat dilebarkan supaya tidak lagi berlaku setiap hujung minggu ataupun cuti umum berlaku kesesakan trafik jalan raya terus berlaku. Dan, apa yang menarik perhatian Tangkak adalah dalam Ucapan Belanjawan Menteri Besar, Yang Berhormat Datuk Menteri Besar Johor terdapat satu projek menaik taraf jambatan-jambatan sepanjang jalan dari Sungai Mati ke Sawah Ring daerah Tangkak telah dicadangkan. Sebenarnya, projek ini pernah di umum oleh kerajaan pada tahun 2019 ketika pembentang Belanjawan tahun 2020, dana juga telah disediakan tapi Tangkak ingin tahulah ke mana pergi dana yang telah di sedia pada tahun 2020 tersebut? Dan bukan itu sahaja yang akhir Yang Berhormat,

Speaker

Yang Berhormat, masa telah tamat.

Tuan Ee Chin LiDAP · PHTangkak

Saya gulung, yang akhir sekali juga dana hilang seperti dalam Belanjawan tahun 2022 yang dibentangkan pada hujung tahun 2021. Peruntukan bagi skop perayaan bagi semua ADUN berjumlah RM50,000.00 yang telah dijanji sehingga hari ini belum kita terima. Jadi, minta penjelasan daripada kerajaan. Demikian sahajalah. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Terima kasih Tangkak. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Naning.

Datuk Haji Mohd Fuad bin TukirinUMNO · BNBukit Naning

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana atas izin dan kehendak-Nya jua maka kita dapat berkumpul menghadiri sesi Persidangan Dewan Undangan Negeri ini. usul terima kasih dan ucapan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Dan, menjunjung kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tuanku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tuanku Mahkota Johor bagi pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, alhamdulillah kita dapat berkumpul hari ini dengan aman di Dewan yang mulia ini yang menjadi wadah dan pentas untuk kita sebagai Ahli-Ahli Yang Berhormat bagi mengemukakan hujah, pandangan konstruktif, berbahas, berkongsi idea dan maklumat. Berkongsi semak dan imbang berhubung tentang persidangan kali ini.

Sejambak syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Datuk Speaker yang telah berjaya mengendalikan sidang Dewan yang lepas dengan jayanya. Justeru, kesinambungan kecemerlangan ini dapat diteruskan pada sidang Dewan kali ini. Kami berharap Yang Berhormat Datuk Speaker terus dipermudahkan dalam segala urusan mengendalikan Persidangan Dewan ini demi mengangkat martabat Dewan yang mulia ini.

Di kesempatan ini saya juga mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Johor yang telah melaksanakan tugas serta amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas negeri Johor sehingga berjaya membawa pelaburan berjumlah RM60.9 bilion dalam masa yang begitu singkat sejurus menjawat jawatan Menteri Besar Johor. Iaitu peningkatan sebanyak 822 % daripada RM6.6 bilion pada masa yang sama tahun lalu. Kami seluruh rakyat di DUN Bukit Naning mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Johor. Semoga kecemerlangan ini dapat mempertabatkan bangsa Johor di mata dunia. Malam bercahaya kunang-kunang, buah sukun buah pepaya, yang rajin akan menang, yang tekun pasti berjaya.

Yang Berhormat Speaker, tahniah juga diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang telah membuat pembentangan Bajet Negeri Johor bagi tahun 2023. Ini adalah pembentangan bajet yang pertama setelah dilantik sebagai Menteri Besar Johor. Semoga bajet yang disediakan akan dapat lebih memperkasakan kita semua Bangsa Johor terutamanya rakyat di Bukit Naning yang sama-sama merasa kenikmatan kejayaan yang di bawa nanti.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya berserta seluruh rakyat di DUN Bukit Naning sekali lagi ingin menyampaikan tahniah dan menjunjung kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang mana telah meletakkan pasukan bola sepak Johor di peta dunia. Di mana musim ini JDT bukan sahaja memenangi satu atau dua atau tiga piala yang dipertandingkan, malahan merangkul kesemua empat piala yang dipertandingkan di dalam liga bola sepak Malaysia tahun ini. Pencapaian ini amat luar biasa, belum pernah dicapai oleh mana-mana pasukan di dalam Malaysia. Semangat dan juang Duli Tuanku seharusnya menjadi contoh kepada kita semua rakyat negeri Johor. Bayan memberi umpan lautan, tabah merendah gelora menjelang, merah biru membangkit harapan pastikan kemenangan dibawa pulang. Merak Merah semarak api, semangat juang tak pernah hilang, merebut juara sudahlah pasti, itulah JDT pasukan terbilang.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebagaimana kita sedia maklum sukan dan aktiviti riadah amat berkait rapat dengan rakyat serta masyarakat pelajar sekolah. Sukan juga dapat memperkasakan belia-belia dan orang-orang muda di negara ini. Penerapan budaya sukan akan mewujudkan semangat juang dan persaingan di kalangan generasi muda. Sangat bertepatan dengan tema belanjawan kita bagi tahun 2023 ini, iaitu “Maju Johor : Makmur

Bersama Rakyat”. Di kesempatan ini ingin saya menjelaskan di mana kemudahan asas sukan yang sedia ada di DUN Bukit Naning amatlah terhad. Kami warga Bukit Naning amat memerlukan kemudahan sukan yang setanding dengan kemudahan di tempat-tempat lain bagi meningkatkan dan menggalakkan aktiviti sukan sama ada di kampung-kampung mahu pun di sekolah di dalam DUN Bukit Naning.

Yang Berhormat Datuk Speaker, untuk makluman kebanyakan padang sekolah di DUN Bukit Naning berada dalam keadaan yang daif. Tanpa kelengkapan mahupun kemudahan asas sukan yang sewajarnya. Selain tidak mesra pengguna. Justeru itu, besarlah harapan saya serta masyarakat di DUN Bukit Naning agar padang-padang ini dapat dinaik taraf dan dibaik pulih selain dipertingkatkan lagi segala kemudahan dan kelengkapan asas sukan selaras dengan usaha kerajaan untuk mempertingkatkan kecemerlangan atlet serta memanfaatkan infrastruktur yang ada.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kami di DUN Bukit Naning ingin juga menjadi sebahagian dari penyumbang kepada program Gol Johor di dalam bidang sukan. Kami juga akan berusaha akan lebih ramai atlet yang berbakat lahir daripada kampung-kampung dan mukim-mukim di kawasan kami di DUN Bukit Naning, insya-Allah dengan segala kemudahan dan prasarana sukan yang akan diwujudkan nanti di kawan kami, projek ataupun program ini akan menghasilkan kejayaan. Sekali lagi saya nyatakan ianya akan dapat memberi banyak faedah kepada golongan belia di DUN Bukit Naning. Burung Pipit burun Kedidi hinggap di pohon di tepi sawah, jika hidup tidak berbudi ibarat pokok tidak berbuah.

Yang Berhormat Datuk Speaker, pembasmian kemiskinan adalah antara agenda kita, agenda yang utama di negeri Johor. Banyak galakkan dan insentif diwujudkan bagi menangani masalah kemiskinan ini. Penduduk di DUN Bukit Naning terutamanya sekali di kawasan mukim Ayer Hitam, Muar amat sinonim di mana majoritinya terdiri daripada masyarakat petani. Justeru, saya dan masyarakat di DUN Bukit Naning ini berharap agar agensi kerajaan terutamanya Jabatan Pertanian serta Jabatan Parit dan Saliran, JPS dapat memainkan peranan dengan lebih aktif dan mampan. Untuk apa? Untuk membantu meningkatkan sosioekonomi penduduk dengan turun ke kawasan saya di DUN Bukit Naning bagi tujuan memantau segala aktiviti pertanian bagi membantu meningkatkan produktiviti serta pendapatan petani selain menambah baik dan meningkat kemudahan pertanian yang diperlukan di sini. Ini kerana sumber pendapatan utama penduduk di DUN Bukit Naning adalah dari hasil dan aktiviti pertanian. Dengan cara ini, kita akan dapat mengurangkan taraf kemiskinan rakyat di kawasan saya di DUN Bukit Naning.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mengharapkan agar usul ini dapat perhatian daripada pihak yang berkenaan bagi membantu masyarakat di DUN Bukit Naning. Dalam usaha meningkatkan produktiviti dan hasil pertanian bagi menjana ekonomi masyarakat di sini dan mengurangkan tahap kemiskinan rakyat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kami masyarakat di DUN Bukit Naning juga amat memerlukan satu perancangan program yang lebih produktif serta kemudahan yang dapat mempertingkatkan lagi pemasaran hasil-hasil pertanian dengan lebih produktif. Justeru itu, kami mengharapkan agar satu one stop centre, dengan izin, perlu diwujudkan di DUN Bukit Naning bagi mengumpul serta memasarkan hasil pertanian di kawasan ini. Ini adalah memberi galakan serta meningkatkan produktiviti hasil pertanian serta pendapatan rakyat di DUN Bukit Naning khasnya di Mukim Ayer Hitam. Di hari lebaran salam bersalaman, sambil bersalam bermaaf-maafan, petani penyumbang hasil tanaman, tekad dan sabar menyambung kehidupan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebagaimana yang kita sedia maklum projek pembinaan jalan pintas yang menghubungkan antara Muar Furniture dengan kawasan Batu 11 arah Tol Pagoh membabitkan kos RM60 juta telah dinyatakan. Sehubungan itu, kami masyarakat di

DUN Bukit Naning amat mengharapkan perhatian yang khusus daripada kerajaan negeri agar menyokong projek ini disegerakan demi kesejahteraan penduduk tempatan. Diharap projek pembinaan jalan pintas ini juga dapat membantu memacu ekonomi di kawasan sekitar terutamanya masyarakat di DUN Bukit Naning serta ekonomi bagi negeri Johor secara amnya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kemudahan asas dan keperluan asas amatlah rapat dengan rakyat. Banyak kemudahan yang telah kerajaan laksanakan demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat. Kami sanjung tinggi dan berterima kasih. Untuk pengetahuan, hub furniture yang akan menghubungkan kawasan Muar Furniture Park iaitu di dalam kawasan DUN Bukit Naning seakan terbengkalai dan tiada usaha menjurus pada pembinaannya. Kami berharap pembinaan ini akan diteruskan dan disegerakan bagi merancakkan lagi ekonomi di kawasan saya. Di samping itu juga, pihak Jabatan Kerja Raya telah mengenal pasti sebanyak empat buah lokasi untuk didirikan lampu isyarat atau traffic light, dengan izin, di kawasan DUN Bukit Naning. Diharapkan ianya dapat direalisasikan bagi mengurangkan kadar risiko kemalangan maut yang sering sangat berlaku di simpang-simpang utama sepanjang jalan utama FT02, mohon maaf, FT024 Jalan Muar – Yong Peng.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebagaimana kita sedia maklum Skim Rumah Mampu Milik Johor adalah merupakan antara skim rumah mampu milik yang disediakan oleh kerajaan negeri Johor di mana ianya merupakan skim perumahan yang dapat membantu mengurangkan beban rakyat khususnya generasi muda yang masih belum mampu memiliki rumah sendiri.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebagaimana yang kita ketahui berdasarkan kajian dan responden juga yang pernah dinyatakan oleh EXCO Perumahan negeri mendapati sebanyak 49,000 rakyat di negeri ini hampir 50% daripadanya masih menyewa kerana tidak mampu memiliki rumah sendiri begitu juga halnya yang berlaku di kawasan saya iaitu di DUN Bukit Naning di mana sebahagian besar generasi muda hari ini masih tidak mampu memiliki rumah sendiri. Ini kerana berikutan harga mampu milik dilihat, sedia maklum skim rumah mampu milik ini hanya, berikutan harganya yang masih tidak mampu dimiliki yang kita kategorikan sebagai harga kayangan.

Skim Rumah Mampu Milik Johor yang mempunyai tiga bilik tidur dan 2 bilik air ini dibina berasaskan konsep sekeluarga hidup bersama selesa dan dijual dengan harga yang mampu dimiliki. Ianya merupakan skim perumahan yang terbaik di negeri Johor ini. Justeru itu, saya mengambil kesempatan di sini bagi menyatakan usul dan berharap agar rumah mampu milik ini dapat diwujudkan dan direalisasikan dalam kawasan Bukit Naning bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah terutamanya B40 untuk memiliki rumah sendiri.

Yang Berhormat Datuk Speaker, di kesempatan ini juga dengan penuh hormat dan rendah diri mohon sama-sama kita menghayati satu hadis Rasulullah SAW, Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesungguhnya Allah merahmati hamba-hamba-Nya yang pengasih’, hadis sahih Bukhari.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebagaimana kita sedia maklum bahawa pendidikan tinggi merupakan proses pembelajaran sepanjang hayat. Justeru itu, saya ingin mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini bagi menyatakan usul bahawa di DUN Bukit Naning memerlukan perhatian kerajaan negeri di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor...

Speaker

Yang Berhormat tinggal dua minit.

Datuk Haji Mohd Fuad bin TukirinUMNO · BNBukit Naning

... agar kiranya menyediakan tapak untuk pembinaan sebuah pusat pengajian tinggi IPTA ataupun IPTS. Ini merupakan

usaha yang telah diputuskan bagi mengelakkan penghijrahan anak-anak muda ke kawasan luar daripada DUN Bukit Naning.

Yang Berhormat Datuk Speaker, usaha ini juga bagi memastikan prasarana pembangunan bagi memajukan DUN Bukit Naning agar selaras dan seiring dengan kepesatan arus pembangunan di negeri Johor di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional yang merealisasikan kemajuan dan kemakmuran rakyat negeri Johor. Mudah-mudahan pembinaan IPTA ataupun IPTS ini dilihat dapat membantu mempertingkatkan lagi sosioekonomi di DUN Bukit Naning agar setanding dengan kawasan bandar yang serba lengkap kemudahan infrastrukturnya. Dalam masa yang sama usaha ini bagi memastikan pendidikan terus diberikan keutamaan dalam memajukan anak bangsa yang bakal membantu merubah ekonomi keluarga masing-masing di DUN Bukit Naning. Usaha ini juga dilihat dapat membantu mengatasi masalah miskin tegar atau kemiskinan luar bandar.

Akhir kalam, saya mohon maaf jika ada kesilapan dalam ucapan saya. Wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mohon menyokong, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita mengalu-alukan kehadiran pemerhati tiga orang daripada Pejabat ADUN Tenang dan 7 orang daripada Pejabat ADUN Puteri Wangsa. Dijemput Yang Berhormat ADUN Permas.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam maju Johor. Yang Berbahagia Yang Berhormat Datuk Speaker, Datuk Timbalan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat sidang Dewan yang dimuliakan dan pegawai-pegawai kerajaan yang berada di dalam Dewan yang mulia ini. Alhamdulillah kita kembali lagi dalam Dewan Mesyuarat Kali Yang Keempat dalam Persidangan Penggal Yang Pertama. Semoga perdebatan pada kali ini dapat membuahkan hasil yang baik pada negeri dan rakyat Johor. Pembentangan bajet yang sudah pasti menjadi agenda penting yang ditunggu-tunggu oleh rakyat menantikan sesuatu yang boleh dinikmati dalam mereka mendepani kehidupan yang penuh cabaran ketika ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan cabaran yang amat besar. Pola politik negara telah berubah. Dua penggal berturut-turut dilihat tiada mana-mana parti politik dapat menguasai kerajaan walaupun dengan majoriti mudah. Rakyat memilih berpandukan kepada sentimen yang dimainkan oleh media sosial yang kadang-kadang kala mengelirukan rakyat hingga pertimbangan mereka sentiasa berubah-ubah dan akhirnya menyukarkan semua parti mendapat kuasa yang dominan. Adakah corak politik sebegini mampu memacu negara ke arah negara yang maju dan makmur? Penggal sebelum ini menyaksikan ketidakstabilan politik menjadikan negara turut tidak stabil. Rakyat menjadi resah, mereka meminta ahli-ahli politik hentikan permainan namun ia tidak berlaku sehingga kerajaan terpaksa dibubarkan. Namun keputusan PRU-15 masih menjadi tanda tanya sama ada kestabilan dalam politik akan menjadi kenyataan. Angka 30, satu pencapaian yang rendah tetapi mampu untuk menentukan apa juga jenis kerajaan sama ada kerajaan perpaduan yang terdiri dari parti Barisan Nasional dan Pakatan Harapan ataupun sebaliknya. Kerajaan perpaduan telah terbina. Hari ini Barisan Nasional menjadi rakan kepada Pakatan Harapan di peringkat nasional.

Saya juga nak menyentuh sedikit perbahasan yang dibawa oleh Perling. Telah mencadangkan bahawa negeri Johor mengadakan sistem parti dwi partisan. Pada saya, cadangan yang dibawa itu tidak sesuai di Johor kerana Johor mempunyai kekuatan dua pertiga majoriti dan kalau kita lihat setiap kali usul ataupun perbahasan ataupun kita setiap cadangan yang disampaikan, Barisan Nasional ataupun kerajaan tidak mempunyai apa-apa masalah untuk dipersetujui. Kita telah beberapa kali melihat undian-undian yang berlaku di sini walaupun pihak di sebelah sana ataupun pihak pembangkang walaupun tak pernah

angkat tangan tetapi kita masih lagi dapat meluluskan segala cadangan atau usul yang dibawakan. Jadi ini bermakna tak sesuai untuk Johor mengadakan sistem dwi partisan.

Jadi kalau kita lihat saya mintalah supaya Kukup, kita lihatlah lagi sekali sama ada di sebelah sana angkat tangan atau tidak. Jadi cadangan Kukup untuk mengusulkan supaya kenaikan elaun, terima kasih mengingatkan, menaikkan elaun kepada Wakil-Wakil Rakyat saya rasa teruskanlah, buat lah cadangan, buatlah kertas yang baik, buatlah justifikasi yang baik-baik untuk dibentangkan atau dibahaskan dalam Dewan ini. Jadi ini pun sama aje kalau kita dapat luluskan, Datuk Speaker pun dapat juga naik. Saya rasa ini perlu dibawa dan kita lihatlah sama ada kita bahaskan di Dewan ini sampai pagi ataupun ke petang kerana perkara yang baik tak ada masalah untuk kita bahaskan, untuk kita mengambil masa supaya ia dapat diluluskan dan juga kita lihat sama ada ianya ini boleh diluluskan ataupun tidak. Dan saya yakin bagi pihak-pihak kerajaan sudah tentulah akan mengangkat tangan untuk diluluskan, saya rasa perkara ini dapat diluluskan walaupun di sebelah sana tidak meluluskan perkara tersebut tapi dengan satu-satu syarat, untuk kita meluluskan, masukan ya, minta Kukup masukkan cadangan tersebut untuk kita meneruskan perkara tersebut, sesiapa ahli Wakil Rakyat-Wakil Rakyat yang mengangkat tangan, maka dia dapat elaun dinaikkan. Jadi, bagi mereka-mereka yang angkat tangan, tidak mengangkat tangan walaupun dalam hati kecilnya setuju tak angkat tangan, kita jangan naikkan elaun. Itu yang saya ingin cadangkan lah. Dan selepas Kerajaan Perpaduan ini diwujudkan, saya suka juga untuk memanggil Johor Jaya supaya duduk di sebelah saya. Agaknya lah sebab di peringkat nasional kita telah bekerjasama tetapi apa yang dibuat oleh Ketua Pembangkang iaitu YB Perling mengatakan bahawa mereka lebih suka duduk sebagai barisan Pembangkang. Jadi, saya rasa biarlah Johor Jaya duduk di sebelah sana, lebih baik bertentangan mata daripada duduk di sebelah saya. (Dewan bertepuk).

Oleh itu, pembentukan Kerajaan Perpaduan perlu dijaga dengan baik. Kita dah ada Kerajaan Perpaduan perlu dijaga dengan baik. Supaya kerajaan akan terus kekal padu dan mampu membina kemajuan negara dengan baik. Ia penting kerana telah sekian lama rakyat dalam keadaan gundah-gulana tanpa pembelaan yang sewajarnya. Rakyat mahu kegembiraan, kualiti hidup mesti dipertingkatkan, hanya kerajaan yang stabil dapat merealisasikan impian rakyat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Johor bernasib baik kerana politiknya sangat stabil dan dapat membentuk kerajaan yang stabil dan saya lupa sebenarnya, ada lagi Ketua Pembangkang mengatakan bahawa ingin mewujudkan satu sistem kaukus dan saya pun tak, perkara itu pun tak perlu bagi kerajaan di negeri Johor kerana sistem kaukus itu memerlukan satu persefahaman ataupun unsur-unsur yang perlu dibincangkan di semua Ahli-Ahli Parlimen di dalam negeri Johor tetapi tak perlu sebab kita dah ada kerajaan yang kuat dan perkara itu tidak penting pun untuk negeri Johor dan perkara itu saya rasa tak perlu dilaksanakan.

Jadi, saya sambung lagi segala rundingan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, tak pernah gagal. Ia memberi peluang kepada kerajaan Barisan Nasional membuat beberapa dasar yang menjurus kepada kesejahteraan rakyat. Setiap dasar yang telah dipersetujui tak mudah diubah dengan sewenang-wenangnya selagi ia memberi kebaikan kepada rakyat. Kekuatan inilah yang membuatkan kerajaan dapat melaksanakan segala rancangan dengan lancar tanpa banyak halangan. Gunakanlah kelebihan ini untuk mentadbir negeri dengan cemerlang. Tak ada sebab Johor boleh gagal mentadbir bagi memberi kemakmuran kepada rakyat. Kedudukan Johor berjiran dengan Singapura menjadi kelebihan yang sangat baik. Secara tidak langsung ia menjadi rakan strategik, ini boleh jadi rakan strategik. Pada negeri Johor sebagai pemangkin kepada kemajuan ekonomi negeri Johor. Ia dapat menarik perhatian pelabur luar negara dan juga negeri Johor.

Pemimpin perlu mempunyai kebijaksanaan dan keberanian luar biasa dalam menangani cabaran dan mengurus pelbagai tuntutan masyarakat pada masa kini. Saya menaruh yakin

terhadap Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz bin Ghazi menerajui negeri Johor, dapat mencapai prestasi yang cemerlang. Dalam masa yang singkat, seperti mana rakan-rakan kita beritahu, beliau dapat memberi perkhidmatan yang sangat baik pada rakyat Johor. Kerajaan berjaya membawa semula pelabur masuk selepas dikuasai oleh Barisan Nasional. Sebelum ini, kerajaan negeri Johor dari segi pelaburan Johor berada di tempat ke-7. Namun, selepas diambil alih semula oleh Barisan Nasional di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz, pelaburan di negeri Johor berada pada kedudukan nombor 1 dalam negara. Apabila berjaya mencapai RM60.9 bilion bagi separuh tahun yang pertama. Ia mengalahkan negeri Selangor yang hanya berjaya membawa masuk pelaburannya sebanyak RM15 bilion.

Johor mempunyai kawasan perindustrian yang telah berjaya menarik banyak pelabur dan masih banyak lagi kawasan yang boleh dibangunkan. Hingga kini, pertumbuhan dalam bidang perindustrian masih lagi berlaku. Ia membuktikan bahawa Johor masih lagi menjadi antara destinasi terbaik bagi pelabur-pelabur luar negara dan juga domestik.

Johor juga kaya dengan kawasan-kawasan pelancongan yang menarik. Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, Muar dan Pontian, Southern Boss, Pontian di Kukup, Tanjung Piai, saya minta maaf, saya ditegur oleh Kukup, salah rupanya, Tanjung Piai. Sebenarnya merupakan kawasan-kawasan pelancongan yang boleh ditingkatkan kepada sebuah kawasan tumpuan yang sangat menarik kepada pelancong-pelancong dalam negara dan luar negara. Dari sudut pertanian, Johor menyumbang, kalau tak silap sayalah yang lepas, TKSU beritahu bahawa sebanyak RM11 bilion hasil dari jualan dalam negeri dan eksport keluar negara seperti Singapura. Ia memberi petunjuk bahawa sektor pertanian di Johor boleh dipertingkatkan lagi kerana permintaannya melebihi dari pengeluaran.

Johor mampu membangun dengan pesat, bekerjalah dalam satu pasukan, tak kira kerajaan atau pembangkang. Tak perlu pun tubuh mana-mana jawatankuasa pilihan atau sebagainya, bincang sama-sama, berbincang dalam satu pasukan, tak kira parti mana yang kita wakili. Sebagai Ahli-Ahli Yang Berhormat yang diberi kepercayaan oleh rakyat, janganlah kita bekerja hanya mencari salah orang lain dan dihebohkan kepada rakyat bahawa kerajaan gagal untuk mentadbir negeri. Berilah pandangan dengan hati yang ikhlas supaya ia dapat diguna pakai untuk kemajuan negeri dan kemakmuran rakyat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, bajet yang dibentangkan, tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, pembentangan yang baik. Ia mengambil kira semua peringkat dan tidak mengira bangsa, agama, umur dan juga kedudukan semuanya dapat di manfaat. Usaha meningkatkan kompetensi perkhidmatan awam amat dialu-alukan. Ia dapat menambah baik perkhidmatan kakitangan kerajaan kepada rakyat jelata. Kejayaan 3 orang pegawai JCS yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat iaitu Datin Paduka Dr. Suhailizan binti Suliman, Dr. Haji Amirul Haffiz bin Ariff dan Dr. Shahrizan bin Sahid yang berjaya memperolehi ijazah Doktor Falsafah diucapkan tahniah dan ia patut menjadi galakan kepada penjawat-penjawat awam yang lain. Kursus, kemahiran teknologi digital kepada kakitangan awam juga sangat baik untuk menambah kecekapan pentadbiran kerajaan.

Rejuvenasi Perumahan Johor diharap dapat mempercepatkan lagi pembinaan Rumah Mampu Milik Johor. Tempoh kelulusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dipendekkan dari 99 hari kepada 45 hari sangat membantu. Didapati dalam perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat, ada sahaja soalan-soalan yang melibatkan Rumah Mampu Milik di kawasan masing-masing. Perkara yang menarik perhatian saya adalah pendigitalan Sekolah Agama Kerajaan Johor menjadi aspirasi saya sebagai wakil rakyat. Saya sangat teringin melihat sistem pelajaran di Malaysia diubah kepada sistem digital sepenuhnya. Di luar negara, ia telah lama diimplementasikan, manakala di sekolah-sekolah swasta khususnya sekolah antarabangsa yang dijalankan di Malaysia mahu pun di Johor. Pelajar hanya perlu membawa peranti tanpa menggunakan buku teks yang menjadi satu beban yang perlu dipikul juga menjadi satu isu sepanjang hayat selagi pelajar menggunakan buku-buku teks.

Pada pandangan saya, Majlis Agama Islam Johor dibantu oleh kerajaan Johor, tukarlah sistem pelajaran Sekolah Agama Johor kepada sistem digital. Jika tak boleh serentak, buatlah secara berperingkat. Banyak manfaat yang boleh kita dapati. Kerajaan tak perlu lagi membeli buku-buku teks, ceramah-ceramah oleh guru dapat diulang semahunya. Pelajar yang tak dapat hadir masih lagi boleh mengikuti pembelajaran di rumah dan utama pembelajaran menjadi lebih menarik. Mereka boleh belajar di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Berbagai-bagai program untuk memajukan ekonomi dilihat kerajaan sangat bersungguh untuk memajukan ekonomi negeri Johor. Memperkasakan misi pelaburan, mempunyai 5 inisiatif, didapati mampu melonjakkan ekonomi negeri dengan lebih cepat. Saya berharap, banyakan lagi karnival-karnival untuk mempromosi produk-produk tempatan. Secara tak langsung ia dapat membantu usahawan-usahawan memperdagangkan produk-produk mereka.

Inisiatif kerajaan bagi menambah baik infrastruktur pelancongan dapat membantu kemajuan ekonomi dapat dicapai dengan lebih baik. Jika kita lihat negara-negara yang berjaya menarik pelancongan dapat menjadikan negara mereka sentiasa terus stabil kerana kitaran ekonomi mereka sentiasa berjalan rancak. Usahawan-usahawan tempatan dari yang kecil, sederhana dapat menjadikan ia sumber pendapatan yang lumayan. Contoh di tempat saya, di kampung Senibong, menjadi tumpuan warga Singapura menikmati pelbagai juadah makanan laut. Pesta Layang-Layang juga menarik ramai pelancong luar dan dalam negeri. Tidak ketinggalan juga untuk membangunkan usahawan. Peruntukan kepada usahawan diharap boleh membantu mereka meningkatkan lagi hasil pengeluaran yang lebih banyak dan berkualiti.

Di samping itu, kerajaan juga dapat membantu memasarkan produk-produk mereka. Asal kerajaan pusat berusaha memastikan food security dapat direalisasikan, usaha kerajaan negeri Johor dilihat satu usaha yang patut disokong. Perkara ini amat mustahak supaya negeri Johor dapat mengekalkan keperluan makanan yang mencukupi. Diharap ketiadaan telur dan ayam tidak akan terputus lagi di masa akan datang. Memfokuskan kepada golongan muda juga adalah agenda yang baik untuk memastikan negara dapat menyediakan pelapis-pelapis yang berdaya maju untuk mentadbir negeri Johor. Jika kita ingin melihat kemajuan sebuah negeri, kita bergantung kepada kejayaan anak-anak muda ketika ini. Segala pelan tindakan yang telah dibuat diharap pelaksanaannya hendaklah dirasai oleh semua peringkat hingga kepada rakyat jelata.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sesebuah negeri tidak boleh berdiri sendiri tanpa bantuan yang disalurkan dari kerajaan pusat. Bagi memastikan kemajuan dapat dicapai seperti yang telah dirancangkan. Negeri Johor juga banyak menyumbang kewangan kepada kerajaan pusat.

Speaker

Yang Berhormat, tinggal satu minit lagi.

Setiap perniagaan yang dijalankan di negeri Johor, segala cukai dan keuntungan akan dibayar kepada kerajaan pusat. Oleh yang demikian, kerajaan pusat tak boleh mengabaikan negeri Johor. Setiap permohonan kerajaan negeri hendaklah dipertimbangkan dengan baik kerana setiap kemajuan yang baik akan memberi kebaikan kepada kekuatan kewangan negara. Jadi saya pendekkan lah sikit sebab saya Yang Berhormat Datuk Speaker, Permas tak jemu membangkitkan masalah Lebuh raya Pasir Gudang. Buatlah apa jua kajian, carilah apa jua jalan penyelesaian. Jadikan lah Lebuh Raya Pasir Gudang sebuah lebuh raya yang selamat, janganlah bagi pelbagai alasan untuk menutup kelemahan. Yang lepas sebanyak RM11 juta telah diperuntukkan untuk memulihkan kerosakan yang berlaku, baru sahaja, tahun lepas, saya ingat tak sampai tahun lepas, masih tahun ini. Namun, ia hanya satu

usaha yang sia-sia dan pembaziran yang amat besar. Lebuh Raya Pasir Gudang lagi dalam keadaan masih berbahaya. Perancangan untuk melebarkan Lebuh Raya Pasir Gudang kepada 6 lorong hendaklah diambil kira untuk membaik pulih banyak kawasan-kawasan yang berlubang.

Sungai-sungai perlu dibaik, dijaga dengan baik, rawatlah sungai-sungai supaya sihat, dalamkan sungai untuk mengelakkan banjir. Apabila berlaku masalah banjir, bukan hanya kerajaan tetapi Wakil-Wakil Rakyat juga terpaksa turun padang dan sebahagian kecil daripada peruntukannya terpaksa diberi, dikeluarkan untuk membeli makanan setiap kali banjir berlaku. Jadi, harap-haraplah bajet yang dikeluarkan di masukan ke Pasir Gudang untuk menyelesaikan masalah banjir.

Speaker

Yang Berhormat dah terlebih 1 minit. Sila tamatkan.

Ok, last. Yang Berhormat Datuk Speaker, sukalah saya mengingatkan lagi kepada semua yang berada di Dewan ini, bekerjalah dengan tekun, pastikan rakyat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disajikan. Selama lebih empat tahun sejak negara diterajui oleh Pakatan Harapan bertukar kepada Perikatan Nasional dan bertukar lagi kepada kerajaan Keluarga Malaysia menampakkan bahawa Malaysia diperintah dalam keadaan politik yang tidak stabil. Banyak pembangunan tidak dapat dilakukan, bukan itu sahaja tetapi memberi kerosakan juga kepada, telah berlaku menyebabkan rakyat hidup dalam keresahan. Maka dengan tertubuhnya Kerajaan Perpaduan ini, bertekadlah kita semua bekerja keras berkhidmat kepada rakyat. Pulihkan kerosakan yang berlaku, pulihkan kerosakan kehidupan hidup, pulihkan ketenteraman rakyat yang hilang, pulihkan sistem kehidupan rakyat yang hilang. Pembangunan ekonomi perlu ditingkatkan. Sistem kehidupan rakyat perlu diubahsuai dengan cepat supaya keselesaan hidup dapat dipulihkan. Dan, akhir kata rakyat pilih, rakyat tanggung. Wabilahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Permas. Dijemput orang kanan saya Yang Berhormat Senggarang.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, Senggarang ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk bersama-sama berbahas mengenai Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Johor minggu lepas.

Sebelum Senggarang meneruskan ucapan ini, izinkan Senggarang menzahirkan ucapan selamat hari ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang jatuh pada 22 November yang lalu. Senggarang juga turut merakamkan ucapan tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor di atas kejayaan pasukan bola sepak JDT menjuarai Piala Malaysia 2022 pada 26 November yang lalu. Kejayaan JDT menjadi pasukan pertama menjulang empat piala dalam satu musim. Piala Sumbangsih, Piala FA, Juara Liga Super dan terbaru Piala Malaysia sangat membanggakan sekalian rakyat Johor Darul Ta’zim. Semoga kejayaan ini akan berterusan dan dapat melakar sejarah baru di masa yang akan datang.

Ucapan tahniah juga Senggarang ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di atas pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Begitu juga kepada barisan anggota kabinet yang telah mengangkat sumpah pada Sabtu yang lalu. Semoga anggota jemaah menteri yang di bentuk ini dapat memperkukuh perpaduan dan dapat memacu Malaysia ke arah negara yang lebih maju. Tidak lupa buat semua pegawai JCS serta pegawai pengurusan dan

profesional Pejabat Setiausaha Kerajaan yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing sama ada di peringkat PhD dan Sarjana, tahniah Senggarang ucapkan.

Di kesempatan ini juga, Senggarang ingin mengucapkan tahniah syabas kepada Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Johor kerana berjaya menjadikan satu belanjawan yang amat prihatin terhadap setiap golongan khasnya mereka yang memerlukan perhatian dan pembelaan. Manakala setiap pelosok dan kawasan dalam negeri Johor tidak terkecuali diberikan perhatian. Berdasarkan Belanjawan 2023 iaitu Maju Johor : Makmur Bersama Rakyat, yang ditunjangi 6 teras ini Senggarang berpendapat belanjawan ini sememangnya inklusif, lestari, komprehensif dan sejahtera untuk Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar di atas keprihatinan kepada ketua-ketua kampung dan ketua masyarakat dengan memberikan inisiatif 3 iaitu meningkatkan profesionalisme, institusi kampung dan ketua masyarakat di bawah teras pertama tadbir urus kerajaan. Walau bagaimanapun, Senggarang amat berharap seandainya elaun bagi ketua-ketua kampung dan ketua masyarakat dapat dinaikkan memandangkan RM900.00 tidak mencukupi jika dikira kos sara hidup kita di masa ini. Tambahan pula mereka sentiasa bersiap siaga untuk membantu masyarakat kampung tidak mengira hari cuti dan waktu. Jika kita bandingkan dengan tanggungjawab dan pengorbanan mereka dengan operator pengeluaran jauh tertinggal memandangkan gaji mereka minima ketika ini adalah RM1,500.00 dan kadang kala mereka yang menjadi operator pengeluaran ini diberikan elaun kerja lebih masa seandainya mereka melakukan kerja-kerja lebih masa. Sehubungan dengan itu, adalah wajar jika Senggarang mencadangkan tambahan elaun bulanan kepada semua ketua-ketua kampung dan ketua masyarakat dilaksanakan dengan segera. Mereka ini kadangkala terpaksa menggunakan duit poket sendiri bagi permasalahan masyarakat di samping melaksanakan program memandangkan kadangkala mereka tidak mendapat dana dari kerajaan mahupun sumbangan persendirian. Justeru, Senggarang suka menyokong cadangan YB Pemanis agar kerajaan negeri dapat menyediakan satu geran khas pengurusan berjumlah RM10,000.00 hingga RM15,000.00 kepada ketua-ketua kampung dan ketua masyarakat ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kita tahu kerajaan negeri sedang berusaha membina rumah secukupnya untuk rakyat Johor. Alhamdulillah, Senggarang merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang mengumumkan sejumlah 21,139 Rumah Mampu Milik Johor yang akan dibina di negeri Johor. Waima begitu, Senggarang terpanggil untuk membangkitkan isu pinjaman pembiayaan terhadap penerima sijil layak memiliki rumah. Hal ini kerana terdapat isu sehingga luput tarikh tempoh sijil iaitu selama 2 bulan. Pinjaman pembiayaan kewangan perumahan belum diluluskan. Ada sesetengah kes sijil pemilikan terpaksa dilepaskan. Senggarang mohon perhatian kerajaan negeri dalam usaha mengejar, membina kuantiti rumah yang tinggi untuk rakyat. Perlu juga dilihat penyelesaian isu pinjaman pembiayaan untuk rakyat yang sukar mendapatkan pinjaman bank.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Senggarang berbangga kerana dalam Belanjawan 2023 ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar turut tidak melupakan hal penyelenggaraan bagi sekolah agama, masjid dan surau serta tanah perkuburan Islam. Di dalam teras keempat dan inisiatif keempat. Sehubungan dengan itu Senggarang mengambil kesempatan Yang Berhormat Datuk Speaker, Senggarang mengambil kesempatan ini agar tempiasnya dapat disalurkan ke Sekolah Agama Parit Kadir, Senggarang. Ini berikutan sekolah berkenaan antara sekolah yang daif dan perlu dibaik pulih. Sekolah berkenaan uzur dan menjadi habitat kelawar, perlu diberi keutamaan bagi keselamatan dan keselesaan warga sekolah berkenaan.

Di kesempatan ini juga, Senggarang mencadangkan agar setiap sekolah agama di dalam negeri Johor ini diberikan sebuah laptop atau komputer melalui Majlis Agama Islam Negeri

Johor. Bagi melancarkan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran serta urusan-urusan rasmi yang lain. Memandangkan kebanyakan sekolah-sekolah ini tidak pernah mendapat peruntukan tersebut dan mereka memohon sumbangan kepada Wakil-Wakil Rakyat di kawasan mereka. Adalah lebih manis seandainya pihak Majlis Agama Islam Johor dapat membantu sekolah-sekolah berkenaan memandangkan Wakil Rakyat yang sedia, peruntukan Wakil Rakyat sedia ada adalah terhad.

Selain itu, melalui Inisiatif ke-4 ini juga Senggarang mohon kerajaan mengazetkan jalan wakaf perguruan Kampung Bukit Batu sepanjang 450 meter. Isu ini telah dimajukan sejak November 2015 kepada pihak yang bertanggungjawab serta pihak kampung telah membuat susulan berkenaan hal tersebut pada Mac 2019. Walau bagaimanapun, tiada maklum balas mahupun tindakan positif diperolehi. Oleh itu, Senggarang mohon isu ini diberi keutamaan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Senggarang juga bersyukur ke atas adanya Inisiatif 1 di bawah strategi ketiga iaitu Infrastruktur Bekalan Air Dan Komunikasi. Terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar kerana telah memperuntukkan sebanyak RM280 juta kepada Ranhill SAJ bagi menggantikan paip sepanjang 234 kilometer pada tahun hadapan. Oleh itu, melalui peruntukan tersebut Senggarang amat berharap agar sebahagian peruntukan itu, sebahagian daripada peruntukan berkenaan dapat disalurkan di kawasan Senggarang. Ini adalah disebabkan terdapat sebilangan kampung yang masih menghadapi masalah kebocoran paip serta masalah tekanan air yang rendah. Malah sebahagiannya kadangkala terpaksa berhadapan dengan masalah terputusnya bekalan air bersih. Contohnya seperti di Koris, Teluk Buluh, Patah Pedang, Bukit Banang dan lain-lain yang berhadapan dengan masalah berkenaan sejak sekian lama. Namun, sehingga ke hari ini masalah ini belum lagi di atasi, saya mohon kerajaan memandang serius perkara ini.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kerana Kampung Sungai Lurus Darat telah tersenarai di antara lokaliti yang di senarai dalam program pencarian luar bandar. Walau bagaimanapun, Senggarang amat berharap agar program tersebut diluaskan lagi jajarannya. Memandangkan di kawasan Senggarang ini terdapat jalan-jalan utama dan amat penting untuk mendapat limpahan peruntukan tersebut. Ia termasuklah jalan utama, Jalan Tanjung Labuh hingga Adtech Batu Pahat, jalan tersebut gelap dan perlu diberikan pencahayaan yang sewajarnya. Tambahan pula, jalan berkenaan mempunyai bentuk muka bumi yang berliku-liku dan terdapat selekoh merbahaya. Selain itu, ia merupakan kawasan menjadi hotspot kerana sering berlakunya kemalangan termasuk lah kemalangan maut, khususnya pada waktu malam. Senggarang mohon isu dapat perhatian yang sewajarnya oleh yang bertanggungjawab. Selain itu, Senggarang juga mohon pihak-pihak bertanggungjawab dapat memasang lampu limpah di setiap persimpangan kampung-kampung, taman-taman dan juga di pekan Senggarang.

Yang Berhormat Datuk Speaker, keadaan cuaca hari ni pun tidak menentu seperti di Johor sendiri. Ribut bukan satu fenomena yang asing. Kini di sebelah pantai barat Johor mudah terdedah dengan ribut monsun yang melanda sama dengan kawasan-kawasan lain. Ombak semakin tinggi serta mengganas dan akibatnya banyak benteng yang pecah dan rosak. Manakala pantai terhakis seperti di Parit Botak, Seri Pantai, Parit Jabar, Sungai Lurus, Koris, Patah Pedang, Sungai Ayam dan Punggor dalam daerah Batu Pahat. Isu benteng pecah ini merupakan isu lama di Senggarang. Senggarang berharap agar ianya diberikan perhatian yang serius oleh pihak JPS agar tidak menjadi semakin teruk dan menyusahkan warga tempatan. Contohnya seperti di kampung Orang Asli Seri Pantai, Tok Batin, Ketua Kampung dan penduduk kampung amat berharap isu ini ditangani segera. Bagi mengelakkan keadaan banjir yang lebih buruk akan berlaku kesan daripada pecahnya benteng.

Untuk makluman Yang Berhormat sidang Dewan sekalian, baru-baru ini sebelum musim PRU ke-15, benteng di Patah Pedang telah pecah. Meskipun ia telah dibaiki, namun ia hanya dilaksanakan di bahagian yang pecah sahaja memandangkan bajet yang tidak mencukupi sedangkan benteng di bersebelahannya juga dilihat turut akan pecah. Kos bagi membaik 3 lubang dan kerja-kerja meninggikan benteng tersebut adalah sebanyak RM170,000.00 bagi jangka masa pendek. Manakala untuk jangka masa panjang pihak JPS mencadangkan agar menggunakan Amor Rock dengan izin, yang menelan belanja berjumlah RM5 juta. Sehubungan dengan itu, Senggarang menegaskan dan amat berharap agar JPS dapat memperbaiki benteng-benteng tersebut untuk menghindarkan banjir berlaku di kawasan-kawasan kebun-kebun berhampiran.

Amatlah wajar pihak kerajaan memandang serius tentang isu ini. Melalui Teras ke-5, Keselamatan, Kebersihan dan Kelestarian Alam Sekitar dan di bawah strategi kedua dan inisiatif kedua Senggarang sangat berharap diberi keutamaan dalam menerima sebahagian peruntukan berjumlah RM71 juta bagi kerja-kerja penyeliaan parit dan saliran. Dalam menghadapi angin Monsun Timur Laut juga Senggarang selalu berdepan dengan situasi dan masalah banjir. Antara punca masalah banjir ini adalah disebabkan sistem perparitan yang tidak baik dan tidak mendapat penyelenggaraan yang sewajarnya. Antara kawasan yang sering menjadi hotspot banjir adalah di kawasan Sungai Sulung dan Sungai Ayam.

Keadaan banjir bukan sahaja menyebabkan harta benda termasuk rumah kediaman rosak serta terjejas malah ia juga menjejaskan hasil pendapatan pekebun-pekebun kecil terutamanya kelapa sawit. Ini disebabkan air bertakung terlalu lama dan menyukarkan mereka mengeluarkan hasil sawit mereka. Menyentuh mengenai pekebun-pekebun kecil kelapa sawit di Senggarang, Senggarang juga memohon kerajaan negeri menambah peruntukan bagi membaik pulih mahu pun menambak crusher run di jalan-jalan ladang khususnya di kawasan yang tiada rumah kediaman. Ianya bagi memudahkan mereka mengeluarkan hasil kebun ekoran mereka mengalami kesukaran disebabkan jalan perhubungan yang rosak teruk, contohnya di Kampung Parit Raja Laut, Sungai Lurus Darat, di Kampung Bukit Batu, di Parit Jongli, Parit Nam Singkang, Parit Permatang dan lain-lain kawasan di dalam kawasan Senggarang.

Selain itu, Senggarang juga mohon pihak yang bertanggungjawab menyelesaikan isu banjir lumpur di Kampung Petani. Isu banjir lumpur ini perlu diambil tindakan segera. Ianya berpunca dari kegiatan menarah bukit berdekatan dan yang memburukkan lagi keadaan apabila hujan turun serta membawa lumpur tanah tersebut ke jalan. Tambahan pula sistem perparitan yang sedia ada tidak sempurna ekoran mereka masih menggunakan sistem perparitan lama. Mohon juga pihak kerajaan menyerah kembali kerja-kerja pembersihan parit dan saliran dilaksanakan oleh pentadbiran kampung khususnya oleh ketua-ketua kampung bagi menjimatkan kos penyelenggaraan sungai dan parit sepertimana sebelum ini. Kerja-kerja tersebut seperti meracun dan membersihkan tebing parit serta sungai, ianya biasa dilaksanakan sebanyak 3 hingga 4 kali setahun. Jika kerja-kerja ini diserahkan kepada pihak pentadbiran kampung, pihak JPS tidak perlu memasuki setiap kampung, setiap tahun ke kampung-kampung berkenaan kerana ia telah di selenggara oleh pentadbiran kampung berkenaan.

Selain daripada itu, Senggarang juga mohon disalurkan peruntukan bagi membina 2 buah rumah pam air iaitu di Kampung Parit Hailam dan Kampung Sungai Ayam. Ini berikutan dengan adanya rumah pam berkenaan ia akan mempercepatkan proses aliran air hujan dari arah Parit Raja ke laut. Seandainya ia tidak diatasi segera, maka kampung-kampung berhampiran akan menghadapi air termenung berhari-hari, contohnya seperti di Kampung Parit Kadir, Parit Saidi, Parit Mahang, Parit Makmur dan sekitarnya. Bagi pembinaan rumah pam air di Sungai Ayam pula ia amat diperlukan bagi mengurangkan masalah banjir di mana terdapat 3 aliran air dari 3 buah kampung iaitu Kampung Patah Pedang, Kampung Lapis Sungai Ayam dan Kampung Sungai Sulong yang hanya mengalir keluar dari satu pintu gate ketika ini. Dengan adanya pam air ini, ia dijangka dapat membantu mengurangkan risiko

banjir di kawasan berkenaan. Sehubungan dengan itu, Senggarang amat mengharapkan limpahan peruntukan tersebut agar dapat dirasai oleh warga penduduk di kawasan Senggarang.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Senggarang juga berharap kerajaan negeri dapat menambah peruntukan kepada pihak JPS bagi kerja-kerja membina dan menyelenggara jambatan di kampung-kampung. Ini berikutan terdapat beberapa buah jambatan di kawasan Senggarang yang telah rosak, mendap dan hampir runtuh iaitu seperti di Kampung Parit Kadir, Parit Botak dan Parit Kassim. Adakah perlu sehingga jambatan tersebut runtuh dan menyebabkan kemalangan mahupun kematian barulah isu ini dapat diselesaikan? Bagi Senggarang yang sentiasa berhadapan dengan masyarakat, adalah lebih baik mencegah daripada mengubati kerana malang itu tidak berbau.

Yang Berhormat Datuk Speaker, akhir sekali Senggarang mencadangkan agar pihak kerajaan negeri dapat membina rumah bagi generasi kedua golongan Orang Asli Kampung Desa Seri Banang untuk keselesaan masyarakat tersebut. Ini disebabkan Senggarang mendapati bahawa rumah yang mereka diami pada ketika ini kadangkala mempunyai lebih dari 3 keluarga dalam satu rumah. Ia merangkumi lebih kurang 15 orang dalam sesebuah rumah. Ini menimbulkan ketidakselesaan bagi kaum Orang Asli di kawasan Seri Banang ini. Buat makluman semua, pada ketika ini hanya terdapat hanya 100 buah rumah kediaman Orang Asli telah dibina di kampung tersebut, sedangkan tanah di kawasan tersebut masih luas dan boleh dimanfaatkan. Sehubungan dengan itu, Senggarang berharap kerajaan negeri ataupun kerajaan persekutuan khususnya Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah ataupun JAKOA dapat membina 100 buah rumah lagi untuk didiami oleh mereka khususnya generasi kedua golongan Orang Asli.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sekian ucapan Senggarang dan Senggarang mohon pertimbangan daripada pihak kerajaan negeri berkenaan isu-isu yang telah diutarakan sebentar tadi. Akhir kata, Senggarang menyokong Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Johor. Wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Senggarang. Ahli-Ahli Yang Berhormat oleh kerana saya tidak mahu, YB Puteri Wangsa tidak dapat berhujah secara lancar maka saya membuat keputusan iaitu bahawa kita akan tangguhkan Persidangan ini sehingga jam 2.30 petang.

Persidangan ditangguhkan jam 1.00 petang.

Persidangan disambung semula pada jam 2.30 petang.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan disambung semula. Saya jemput Yang Berhormat Puteri Wangsa.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Dewan Negeri Johor kerana telah memberikan ruang untuk saya berbahas berkenaan Belanjawan 2023. Sebelum memulakan ucapan saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Patik doakan Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta seluruh kerabat Diraja Johor dikurniakan limpahan rahmat Allah SWT.

YB Datuk Speaker sesungguhnya belanjawan ini adalah satu agenda yang paling penting dan akan menentukan naik turun jatuh bangun negeri Johor. Sebagai pembangkang sudah tentu saya dan rakan-rakan mempunyai tanggungjawab besar untuk meneliti dan benar-

benar mengkaji setiap ringgit dan sen yang diperuntukkan dalam belanjawan ini supaya ianya betul-betul dapat dirasai setiap Bangsa Johor. Oleh itu Yang Berhormat Datuk Speaker saya akan menggariskan beberapa agenda yang saya lihat penting untuk kita benar-benar teliti dalam Belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tempoh hari.

Agenda yang pertama Yang Berhormat Datuk Speaker adalah agenda perubahan iklim dan bencana alam yang mapan. Saya mahu mulakan perbahasan saya dengan menyentuh hal yang paling utama yang perlu kita tekankan dalam Belanjawan kali ini iaitu soal perubahan iklim. Bagi pendapat saya sepatutnya Belanjawan negeri Johor pada 2023 ini adalah Belanjawan Perubahan Iklim kerana setiap hari, setiap tahun perubahan iklim semakin lama semakin mendatangkan kesan kepada seluruh negara. Tahun demi tahun negeri Johor sudah menunjukkan simptom perubahan iklim yang sangat jelas. Kalau Johor dilanda hujan lebat tak sampai satu jam sahaja kita dah lihat banyak kawasan mula naik air. Ada banyak kawasan yang banjir kilat dan ada juga yang mengalami banjir termenung. Saya difahamkan sebagai contohnya baru hujan sebentar tadi highway Pasir Gudang dah mula naik air. Ada lebih 432 hotspot banjir di negeri Johor dan kawasan Puteri Wangsa sendiri dengan pembangunan yang cukup pesat, hampir setiap bulan pasti akan ada banjir, sama ada banjir kilat atau pun banjir yang kita panggil sebagai banjir termenung. Air cepat naik tapi ianya juga lambat surut. Dan sudah tentu isu perubahan iklim kita faham adalah tanggungjawab persekutuan tetapi saya kira dia sangat penting untuk negeri Johor juga mengambil tanggungjawab bersama kerana kita ada Pihak Berkuasa Tempatan. Kalau kita lihat. memang, bila kita cerita tentang isu banjir ini ia akan berbalik semula kepada isu penyelenggaraan longkang, parit dan juga sungai. Contohnya dalam kawasan Puteri Wangsa kawasan yang sudah begitu lama dilanda masalah banjir seperti di Taman Istimewa di Jalan Setia 10 dan 9, di Kampung Kangkar Tebrau, Kampung Paya Kenangan, Taman Bunga Ros. Kenapa saya sebut kawasan-kawasan ini kerana setiap bulan pasti akan naik air di kawasan-kawasan ini.

Dan, kita perlu ambil peluang dalam belanjawan kali ini untuk memperkasakan Pihak Berkuasa Tempatan negeri Johor peruntukan yang lebih sepatutnya kita berikan kepada PBT dan juga agensi yang terlibat untuk merangka polisi-polisi dan juga dasar dan merangka segala strategi yang berkaitan dengan bencana alam. Kita perlu berikan peruntukan tambahan untuk menyelenggara longkang dan juga parit. Saya ada lihat jawapan daripada YB EXCO Alam Sekitar kepada soalan lisan saya tapi diberikan jawapan bertulis di mana YB EXCO juga mengakui bahawa peruntukan yang sangat tinggi untuk diperlukan untuk kita berikan kepada JPS Johor untuk menyelenggara parit dan longkang. Namun saya jadi sedikit risau apabila saya teliti belanjawan pada tahun ini ataupun belanjawan pada tahun 2023 kerana saya dapati bahawa belanjawan pada tahun 2023 ada kekurangan RM10 juta jika nak dibandingkan dengan pemberian kepada JPS untuk Belanjawan 2022. Sepatutnya apabila masalah perubahan iklim makin banyak, kita sepatutnya meningkatkan belanjawan terutama sekali belanjawan pembangunan kepada JPS dan JKR bukannya mengurangkan belanjawan tersebut. Saya harap agar pihak kerajaan negeri Johor akan meneliti kembali perkara ini. Bayangkan November 2022 sahaja di dalam negeri Johor kerana banjir lebih 80 buah keluarga terjejas akibat banjir di 3 buah daerah berbeza. Sedangkan Hospital Sultanah Aminah iaitu hospital negeri iaitu tempat paling kritikal untuk kesihatan Bangsa Johor juga terjejas dengan banjir. Maka kita sepatutnya mengambil satu usaha yang proaktif untuk memastikan penyelenggaraan sungai, longkang, parit semua ini dibuat dengan baik dan kita perlu tambahkan belanjawan setiap tahun bagi mencegah isu banjir.

Kemudian Yang Berhormat Datuk Speaker, saya bawa kepada agenda kedua iaitu agenda jaringan keselamatan sosial yang inklusif. Kita semua ADUN-ADUN Johor telah mengangkat janji untuk memastikan tidak ada Bangsa Johor yang akan sakit, tidak ada Bangsa Johor yang akan susah dan juga lapar tanpa mengira bangsanya, tidak mengira usianya, latar belakang dan juga tidak mengira jantinanya. Pastinya janji ini perlu di terjemah dengan rapi

di dalam belanjawan negeri. Saya percaya bahawa belanjawan kali ini telah dimulakan dengan langkah kanan dengan pelbagai inisiatif-inisiatif yang baik tetapi ada beberapa hal dan perkara yang perlu ditekankan dengan lebih serius. Jaringan keselamatan sosial dalam negeri Johor harus menjadi lebih inklusif untuk semua Bangsa Johor. Ada beberapa cadangan dan juga gesaan yang harus saya rakamkan dalam perbahasan saya pada hari ini.

Yang pertama adalah agenda untuk wanita. Wanita Johor harus menerima manfaat yang besar daripada negeri. Saya gesa supaya kerajaan negeri juga berusaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan haid atau dengan izin Yang Berhormat Datuk Speaker, period poverty dengan memperkenalkan skim sosial sumbangan tuala wanita percuma seperti yang diperkenal di negeri Selangor dalam Belanjawan Selangor 2023. Mungkin pada orang yang tidak berapa faham tentang isu ini mereka rasakan remeh, tetapi sebenarnya isu kemiskinan haid adalah isu yang sangat besar dalam negara kita. Malah skim sosial ini juga diperluaskan bukan sahaja kepada wanita-wanita miskin tegar tapi pada pendapat saya ianya wajar diperluaskan kepada pelajar-pelajar sekolah. Sediakan bantuan ini dengan lebih menyeluruh. Kita contohi sebagai contohnya Negara New Zealand di mana mereka memperkenalkan akses percuma produk pembersihan kepada 3,200 pelajar wanita di 15 sekolah dan Perancis memperuntukkan 1 juta euro memberi tuala wanita di sekolah-sekolah. Sudah tentu peruntukan yang kita perlu teliti di negeri Johor ini berbeza dengan peruntukan di negara-negara lain tetapi langkah pertama kita perlu mulakan kerana isu kemiskinan haid ini mendatangkan kesan kepada begitu ramai Bangsa Johor.

Kedua adalah untuk kesihatan warga dan juga golongan Orang Kurang Upaya. Saya puji usaha kerajaan negeri Johor untuk mengangkat soal kesihatan mental. Hakikatnya lebih 4.2 juta rakyat Malaysia yang mengalami masalah kesihatan mental. Sebab itu usaha penubuhan MIND-X untuk membantu Bangsa Johor dengan isu kesihatan mental amat penting dan bernilai. Malangnya apa yang saya lihat daripada pengumuman belanjawan pada minggu lepas, peruntukan MIND-X hanya sekitar RM200,000.00 berbanding dengan peruntukan pada tahun lepas iaitu sebanyak RM1 juta. Perkara ini juga sudah dibahaskan oleh ADUN Skudai pada hari semalam, dan saya mahu rakamkan gesaan yang serupa pada hari ini. Sudah tentu Yang Berhormat Datuk Speaker, golongan kurang upaya juga perlu dilindungi dan diperkasakan. Saya puji juga pengenalan Disability Empowerment and Enhancement Program ataupun DEEP dengan peruntukan sebanyak RM300,000.00 untuk memastikan golongan OKU ada tempat untuk bekerja. Tetapi agenda memperkasakan OKU ini perlu diperluas kepada kehidupan seharian mereka juga. Hakikatnya kemudahan-kemudahan awam dalam negeri Johor masih lagi belum mesra OKU. Kalau kita lihat bangunan kerajaan, infrastruktur awam memerlukan perhatian segera daripada kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan. Saya ulangi kembali gesaan saya pada ucapan pada sidang Dewan tempoh hari yang lepas untuk menjalankan Audit Access Mobility untuk memastikan negeri Johor lebih mesra OKU. Johor harus siap sedia mengubah ekosistem negeri supaya kita menjadi negeri pertama dalam Malaysia yang lebih mesra OKU berbanding dengan negeri-negeri yang lain. Malah saya juga mahu cadangkan untuk kerajaan negeri Johor menyediakan skim insurans pendidikan dan juga bantuan khas kepada kumpulan OKU termasuk juga skim insurans kesihatan mental mengikut peringkat masing-masing kerana bagi golongan OKU dan mereka yang mempunyai kesihatan mental ini, kes-kes kesihatan mereka memerlukan peruntukan yang lebih tinggi berbanding dengan yang lain. Program ini seperti ini, telah dibuat di Selangor di bawah Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) dan juga Kad Iltizam Anak Istimewa Selangor, Kad ANIS. Jadi saya pasti apa yang kita boleh contohi, buang yang keruh kita ambil yang jernih. Yang baik kita jadikan teladan, yang kurang baik kita jadikan sempadan.

Saya percaya usaha murni dari banyak negeri dan negara boleh kita perhalusi dan diadun menjadi formula Johor Untuk Orang Johor. Dalam pembentangan daripada Menteri Besar Johor pada tempoh lepas juga, pada tempoh hari juga ada menyebut tentang pelbagai karnival. Ada karnival kerjaya, karnival TVET, Karnival Bangsa Johor dan macam-macam

karnival. Tapi saya juga berbesar hati untuk mencadangkan satu karnival yang sama dibuat tetapi khas untuk kumpulan OKU dan kanak-kanak istimewa. Kalau kita lihat ramai ibu bapa yang pertama kali ada anak OKU ataupun anak istimewa mereka tidak pasti ke mana mereka nak hantar anak mereka. Apa terapi yang sesuai untuk diberikan kepada anak mereka. Saya pernah ada seorang bapa yang datang ke pejabat saya meminta nasihat kerana dia ada seorang anak autisme dan dia perlu tahu apakah perjalanan hidup anak dia daripada tadika ke sekolah rendah, ke sekolah menengah dan kemudian lepas sekolah menengah bagaimana anak ini boleh hidup berdikari.

Jadi saya fikir karnival seperti ini boleh bantu untuk pupuk kesedaran kepada ibu bapa yang memiliki anak-anak OKU dan anak yang istimewa kerana setiap tahun jumlah-jumlah ini juga semakin meningkat. Selain daripada memupuk kesedaran, kita juga boleh panggil banyak pemain industri dan juga pelabur-pelabur supaya mereka, dan kerajaan boleh adakan pertemuan dengan mereka dengan kumpulan ini dengan lebih terus dan lebih dekat. Saya pasti bahawa permintaan-permintaan ini kita boleh perhalusi dan mungkin boleh tambah dalam belanjawan kali ini. Saya juga sedia untuk menyumbang idea dan tenaga berbincang bersama Yang Berhormat EXCO Wanita dan juga Yang Berhormat EXCO Pendidikan berkenaan dengan cadangan karnival ini kerana saya pasti ianya dapat mendatangkan manfaat yang besar kepada Bangsa Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, seterusnya agenda memperkasa sistem dan budaya penyelenggaraan Johor. Saya percaya Johor ada potensi yang sangat besar untuk menjadi sebuah negeri yang maju dan berdaya saing. Bangsa Johor juga rajin, mereka sayang kan negeri Johor dan mereka inginkan kualiti kehidupan yang baik. Saya mahu tekankan supaya belanjawan negeri kali ini perlu diterjemah kepada usaha memperkasa sistem dan juga budaya penyelenggaraan negeri. Infrastruktur asas seperti lampu, lampu jalan, longkang, parit dan saliran, tandas awam, bangunan kerajaan negeri dan kemudahan-kemudahan awam seperti di taman, saya lihat apabila saya pergi ke taman-taman dalam DUN Puteri Wangsa, dalam kawasan saya ada banyak taman, dan apabila saya pergi ke taman-taman kita lihat alat-alat permainan untuk kanak-kanak banyak yang tidak di selenggara dengan baik. Ada yang skru dah tercabut dan perkara ini boleh mendatangkan bahaya kepada keselamatan anak-anak itu Yang Berhormat Datuk Speaker. Jadi antara isu yang perlu ditambah baik adalah penyelenggaraan berkala yang konsisten dan juga bertindak cekap dalam menjalankan apa-apa penyelenggaraan selepas mendapat aduan daripada rakyat. Negara Jepun misalnya, sangat terkenal dengan ke kompetensi mereka apabila mereka ingin menyelenggara kemudahan-kemudahan awam. Kita lihat apabila mereka ada dilanda bencana alam seperti gempa bumi sekali pun, ia mengambil masa kurang daripada satu minggu untuk jalan raya-jalan raya yang rosak dibaiki. Ini mentaliti dan budaya negara maju. Johor juga sudah ada budaya itu Yang Berhormat Datuk Speaker, cuma bagi saya perhatian masih lagi kurang di banyak tempat. Sebab itu belanjawan kena juga tambah peruntukan kepada PBT-PBT, bagi mereka peruntukan untuk beli alat bantu kerja ataupun dengan izin Yang Berhormat Datuk Speaker, working aid tool. Jangan sampai PBT kita, mereka mungkin ada yang nak bekerja tetapi alat mereka tidak cukup, barang-barang mereka tidak ada kerana saya juga ada dengar complaint bahawa ada banyak barang-barang yang tidak cukup dalam PBT kita Yang Berhormat Datuk Speaker.

Saya faham bahawa ada usaha untuk mendigitalkan sistem perkhidmatan awam Johor dan saya cadangkan kita juga perkenalkan sistem JEJAK ataupun tracking system kepada kerja-kerja PBT. Jadi apabila ada Bangsa Johor yang membuat aduan, mereka juga boleh jejak apa update terhadap aduan yang mereka telah buat. Perkara ini juga boleh mewujudkan akauntabiliti dan dekatkan komuniti dengan segenap perkhidmatan yang ada dalam negeri Johor. Johor kena jauh melangkah ke hadapan dalam bab ini. Kita ada Bangsa Johor yang bijak pandai yang boleh bantu, saya pasti sekiranya kita panggil mereka untuk bantu kita dapat jalankan usaha ini. Apabila semua kemudahan dalam negeri ini dapat diakses, birokrasi-birokrasi berjaya dipotong barulah Bangsa Johor dapat kualiti kehidupan yang layak dinikmati oleh mereka.

Yang Berhormat Datuk Speaker, agenda seterusnya yang ingin saya tekankan adalah agenda untuk mengurangkan ketirisan dan pembaziran dan juga agenda untuk meningkatkan prestasi. Yang saya mahu sebut adalah tentang soal ketirisan dan pembaziran ini adalah apabila kita berbelanja hasil negeri, kita harus sama-sama ingat bahawa ini semua adalah hasil titik peluh setiap Bangsa Johor yang bekerja siang malam untuk membangunkan negeri Johor. Jadi setiap daripada hasil ini perlulah disalurkan kepada tempat-tempat yang betul sebagai contohnya yang saya dah tekankan sebentar tadi bajet yang besar perlu diberi kepada JPS dan JKR kerana saya juga ada mendapatkan aduan bahawa apabila mereka ingin menyelenggara sungai, longkang dan parit sebagai contohnya. Bajet setiap tahun sebenarnya sangat besar, sebagai contohnya di kawasan saya di Sungai Tebrau, kalau mereka nak menyelenggara Sungai Tebrau itu, satu tahun memerlukan RM40 juta. Tetapi bajet yang diterima tidak cukup kerana dia bukan hanya perlu menyelenggara satu sungai tetapi begitu banyak sungai yang perlu di selenggara. Kemudian saya lihat ada juga jawapan daripada soalan yang kami utarakan pagi tadi, soalan daripada saya, Yang Berhormat Stulang, Yang Berhormat Bukit Batu berkenaan dengan banjir. Saya lihat jawapan ada juga menyatakan bahawa sudah ada usaha untuk memastikan kolam-kolam tadahan itu dan segala longkang-longkang dan parit di selenggara namun begitu apabila kami turun ke lapangan ianya tidak sama dengan apa yang telah dilaporkan. Begitu banyak lagi kolam-kolam tadahan yang sebenarnya belum di selenggara. Sebagai contohnya di kawasan Setia Indah 9 dan 10, kita lihat bagaimana mungkin di kawasan itu kolam tadahannya dah bagus tetapi bila kita lihat upstream dengan izin Yang Berhormat Datuk Speaker, masih banyak lagi kolam-kolam tadahan yang belum di selenggara dengan baik. Jadi apabila satu sahaja kolam tadahan di tengah-tengah itu baik tetapi kolam-kolam tadahan di upstream tidak baik akhirnya mendatangkan kesan kepada kawasan perumahan yang di bawah. Jadi saya faham bahawa perkara-perkara ini juga memerlukan akauntabiliti dan tanggungjawab yang besar oleh pemaju-pemaju. Namun saya pasti dan percaya bahawa kerajaan negeri juga mempunyai kuasa untuk memanggil semua pemaju-pemaju yang bertanggungjawab ini untuk mereka benar-benar menjalankan tanggungjawab mereka. Dan apabila PBT mengambil alih projek-projek ini, mereka perlu pastikan segala sen dan ringgit rakyat negeri Johor ini dapat menyelenggara kolam-kolam tadahan supaya tidak lagi isu-isu banjir ini berlaku. Jangan ada sesekali sebarang perbelanjaan hasil negeri digunakan untuk kepentingan peribadi, untuk menjadi alat politik dan juga digunakan untuk menebalkan poket pemimpin sendiri.

Johor tidak boleh hanya sekadar berniat untuk menjadi negeri yang paling kaya tetapi negeri yang beramanah dan berintegriti dalam banyak-banyak belanjawan negeri dan belanjawan persekutuan juga memang ada banyak janji manis yang kita berikan tetapi acap kali janji-janji ini tidak ditunaikan. Rancangan belanjawan memang penting tetapi yang lebih penting lagi adalah pelaksanaan rancangan itu juga. Mana yang baik kita perlu puji, jadi saya puji pencapaian Bajet Surplus 2023, harap dengan adanya bajet surplus kita dapat teliti untuk meningkatkan Belanjawan 2023 terutama sekali untuk menangani isu banjir.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga nak ambil kesempatan ini, untuk juga menyentuh sedikit tentang cadangan Yang Berhormat Kukup dan Yang Berhormat Permas tentang kenaikan elaun.

Speaker

Yang Berhormat, dua minit lagi.

Baik, ini last Yang Berhormat Datuk Speaker, untuk cadangan meningkatkan elaun Yang Berhormat Datuk Speaker, saya fikir daripada kita berbincang tentang kenaikan elaun ADUN sahaja, lebih elok kita berbincang tentang usaha meningkatkan peruntukan. Kerana elaun yang dapat ini kita sahaja tetapi peruntukan ini akan turun kepada Bangsa Johor. Jadi untuk meningkatkan peruntukan itu adalah satu benda yang kita, saya pasti bahawa kita akan dapat sokongan penuh daripada blok kerajaan dan blok pembangkang. Lebih elok lagi Yang Berhormat Datuk Speaker,

dalam peningkatan peruntukan ini kita juga boleh bincang untuk menambahkan elaun ketua-ketua kampung, ketua-ketua masyarakat dan juga kita boleh lihat daripada negeri-negeri lain bagaimana mereka memberikan insentif khas kepada anggota penyelamat terutama sekali anggota penyelamat yang terlibat dengan banjir. Sebagai contohnya insentif khas kepada Polis, kepada Bomba, kepada ATM. Saya fikir peruntukan-peruntukan ini lebih penting dibincangkan daripada peningkatan elaun ADUN sahaja.

Jadi Yang Berhormat Datuk Speaker, perjalanan membina sebuah negeri yang maju tidak berakhir dengan perbahasan belanjawan negeri malah perbahasan belanjawan negeri hanya lah satu permulaan. Saya doa kepada yang maha esa, agar Bangsa Johor akan meraih setiap manfaat dan kebaikan daripada usaha pemimpin-pemimpin yang beramanah. Sekian sahaja daripada saya. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Terima kasih Puteri Wangsa, saya jemput Pasir Raja.

Puan Rashidah binti IsmailUMNO · BNPasir Raja

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam maju Johor. Segala puji-pujian bagi Allah tuhan sekian alam, demikian juga limpahan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW semoga kita mendapat syafaat dan rahmat kelak. Terlebih dahulu dengan hormat dan penuh takzimnya patik mewakili DUN Pasir Raja, merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah selamat hari ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang jatuh pada tanggal 22 November yang lalu.

Patik juga ingin menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan kepada Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahkota Johor atas kejayaan pasukan bola sepak JDT. Adalah menjadi kebanggaan Bangsa Johor, JDT telah mencipta sejarah dengan pasukan, sebagai pasukan pertama dalam sejarah penganjuran Liga Malaysia yang merekodkan kejayaan menyapu bersih kesemua empat piala dalam satu musim.

Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih kerana memberi ruang dan peluang kepada Pasir Raja untuk menyuarakan suara rakyat dan mewakili pendapat, pandangan dan mengemukakan cadangan-cadangan khusus dan turut serta mengambil bahagian dalam ucapan perbahasan kali ini. Diharapkan agar apa yang dibahaskan ini mampu memberi manfaat dan melakukan yang terbaik buat Johor dan khususnya buat DUN Pasir Raja.

Malam terang cahaya bulan, anak kecil bersuka ria, ekonomi Johor satu keutamaan, agar negeri maju rakyatnya bahagia.

Yang Berhormat Datuk Speaker, ucapan tahniah dan terima kasih buat Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz bin Ghazi di atas pembentangan Belanjawan Johor 2023 yang bertema, “Maju Johor Makmur : Bersama Rakyat”. Dengan memperuntukkan perbelanjaan mengurus sebanyak RM1.126 bilion sementara RM600 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan yang bakal digunakan bagi memartabatkan pertumbuhan ekonomi Johor dan mempertingkat kesejahteraan Bangsa Johor. Pasir Raja juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor yang telah memenuhi jemputan Pasir Raja meninjau keadaan bangunan Sekolah Agama Taman Sri Saujana pada Ahad, 25 September 2022. Alhamdulillah, peruntukan yang disalurkan dapat membaiki kelas-kelas yang rosak dan memberi keselesaan kepada para pelajar.

Terima kasih juga kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor yang sentiasa memantau kerja-kerja menyiapkan Projek Perumahan Residensi Kota Tinggi. Pasir Raja berharap janji untuk menyerahkan kunci rumah kepada pembeli dapat ditunaikan menjelang 1 Januari 2023 nanti. Pasir Raja yakin dengan ciri-ciri khidmat

bakti begini kita sama-sama dapat menjaga kesejahteraan Bangsa Johor dan seterusnya merealisasikan Agenda Maju Johor 2030.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Pasir Raja juga ingin menzahirkan penghargaan kepada agensi-agensi kerajaan yang telah memberikan kerjasama menangani aduan rakyat dan isu-isu pembangunan di DUN Pasir Raja. Kesungguhan mereka membantu amatlah dihargai. Cuma ada kalanya kesungguhan ini agak tergendala apabila kurangnya peruntukan terutama pada hujung tahun seperti sekarang ini. Justeru itu, Pasir Raja memohon agar peruntukan kecemasan disalurkan kepada agensi-agensi tertentu supaya jika ada keperluan kecemasan dapat dibantu dengan kadar segera.

Terima kasih daun keladi, lepas ini kita bekerjasama lagi. Kepada semua agensi kerajaan peringkat daerah Kota Tinggi yang diketuai oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi. Perkhidmatan sebegini selari dengan strategi pertama meningkatkan kompetensi perkhidmatan awam dan modal insan di bawah teras pertama iaitu tadbir urus kerajaan.

Tidak dinafikan kemudahan telekomunikasi seperti talian Internet hari ini menjadi keperluan bagi setiap individu terutama sejak pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia. Penggunaannya cukup meluas termasuk dalam kalangan pelajar kerana masing-masing mengikuti pembelajaran secara dalam talian. Tidak terkecuali bagi mereka yang bekerja dari rumah dan perniagaan yang mula menambah perkhidmatan pesanan secara dalam talian. Ya, masyarakat sememangnya memerlukan teknologi terkini dan canggih untuk melakukan pekerjaan harian tetapi yang kita lihat kemampuan kita tidak setanding teknologi. Perkhidmatan Internet hari ini dilihat masih tidak menyeluruh. Bukan sahaja di kawasan pedalaman malah di bandar-bandar besar turut mengalami masalah pencapaian.

Di dalam DUN Pasir Raja kawasan-kawasan yang menghadapi masalah pencapaian jaringan Internet ialah FELDA Bukit Besar, FELDA Bukit Ramon, FELDA Sungai Sayong, FELDA Pasir Raja, Taman YPJ, Kampung Sungai Telor, Kampung Baru Sungai Telor, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Sungai Redan. Besarlah harapan Pasir Raja agar permasalahan ini mendapat perhatian utama bagi memastikan warga 4 buah FELDA, 4 kampung dan sebuah taman di dalam DUN Pasir Raja tidak tercicir untuk menikmati inisiatif jaringan internet dan telekomunikasi strategi ketiga infrastruktur bekalan air, elektrik dan telekomunikasi yang dinyatakan dalam Teras Keempat Kemudahan dan Keperluan Asas.

Yang Berhormat Datuk Speaker, orang kampung sekarang ini dah celik IT, dah advanced dan pandai berniaga dan berurusan di atas talian. Malangnya, jaringan perniagaan mereka terbatas kerana capaian Internet yang lemah. Begitu juga anak-anak yang memerlukan capaian Internet untuk menyiapkan kerja sekolah, tuisyen di atas talian dan pelbagai aktiviti pembelajaran mahupun aktiviti sosial. Takkanlah sampai viral isu terpaksa panjat pokok kelapa sawit untuk mendapatkan line, ini contoh baharu kita nak selesaikan masalah ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, di dalam Teras Kedua Pembangunan Ekonomi di bawah Strategi Keempat Pembangunan Usahawan dan Inisiatif. Ketiga, Program Pembangunan Ekonomi Setempat memperuntukkan sebanyak RM1 juta yang mampu melihat, memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 40 persatuan serta pertubuhan dalam komuniti.

Oleh yang demikian, Pasir Raja memberikan beberapa cadangan untuk kita sama-sama dapat membantu peniaga-peniaga kecil. Yang pertamanya, melonggarkan syarat tapak berniaga dengan memperkenalkan kadar sewa tapak perniagaan secara harian. Kedua, memberikan ruang kosong di sekitar DUN Pasir Raja khususnya di Taman Seri Saujana yang tidak mengganggu lalu lintas dan tidak terlalu hampir dengan premis perniagaan dalam bangunan untuk digunakan sebagai tapak perniagaan sementara. Ketiga, memberi kebebasan kepada peniaga untuk meniaga di mana-mana lokasi selagi mana ia memenuhi kedua-dua syarat di atas.

Yang Berhormat Datuk Speaker, di sini Pasir Raja turut ingin memberikan cadangan buat pembangunan usahawan. Pertama, menghimpunkan semua agensi yang berkaitan dengan usahawan dan keusahawanan di bawah satu agensi pemudah cara. Kedua, mewujudkan bekalan data senarai pengusaha dan perusahaan yang ada di dalam setiap daerah. Dan ketiga, menghubungkan program pembangunan keusahawanan di antara agensi dan usahawan melalui agensi pemudah cara dan pengkalan data tersebut.

Teras Keempat, Kemudahan dan Keperluan Asas. Di bawah Teras Keempat, Strategi Pertama iaitu Penyelenggaraan Dan Naik Taraf Infrastruktur Awam menyatakan sebanyak RM87.6 juta diperuntukkan untuk membina dan menaik taraf jalan negeri, jalan kampung dan jambatan di seluruh negeri. Untuk makluman, jalan kasaran sepanjang 4.4 kilometer telah dibuat di Kampung Seri Aman di dalam kawasan DUN Pasir Raja namun sehingga kini jalan kasaran itu masih belum berturap. Oleh yang demikian, Pasir Raja berharap jalan kasaran yang menghubungkan Kampung Seri Aman dengan jalan utama dapat dinaik taraf kepada jalan berturap sepenuhnya, demi keselesaan masyarakat kampung tersebut.

Ketika ini penduduk kampung terpaksa menggunakan jalan tersebut yang kurang selesa kerana tidak mempunyai pilihan lain. Laluan itu tidak sewajarnya terbiar lama dalam keadaan tidak sempurna kerana ia satu-satunya kemudahan penduduk kampung ke bandar dan ke kampung berhampiran. Walaupun laluan itu hanya kira-kira 4 kilometer namun disebabkan keadaan fizikal jalan menjadikan kenderaan orang-orang kampung kerap mengalami kerosakan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, beberapa buah kampung di dalam DUN Pasir Raja memiliki kemampuan lampu jalan yang amat terhad. Ada beberapa buah lokasi terutama di persimpangan jalan di kampung agak gelap dan suram menyebabkan kerap berlaku kemalangan. Peruntukan sebanyak RM3.5 juta telah diperuntukkan untuk pemasangan lampu jalan, lampu persimpangan dan lampu amber dengan penggunaan teknologi hijau yang merangkumi 21 kilometer jalan-jalan negeri seperti yang dinyatakan di dalam Teras Keempat Kemudahan dan Keperluan Asas, Strategi Satu Penyelenggaraan Dan Menaik Taraf Infrastruktur Awam. Inisiatif dua, menaik taraf kemudahan lampu jalan.

Oleh yang demikian, Pasir Raja memohon pertama, lampu jalan untuk 50 batang tiang lampu di Kampung Sungai Telor dan Kampung Rangkaian. Kedua, lampu jalan untuk 16 batang tiang lampu di Kampung Rantau Panjang. Inisiatif ini pastinya sedikit sebanyak melegakan hati penduduk kampung terutama dalam aspek keselamatan membabitkan pencegahan jenayah dan kemalangan. Lebih penting, jenayah juga dapat dipantau apabila kawasan ini mulai terang pada waktu malam.

Yang Berhormat Datuk Speaker, izinkan Pasir Raja menzahirkan sedikit luahan rasa berkaitan peruntukan membaiki jalan dan lampu jalan yang melibatkan jalan persekutuan terutamanya Jalan FT94, Jalan Kota Tinggi – Kulai. Jalan sepanjang 19 kilometer daripada simpang Kota Tinggi – Kulai sehingga persimpangan Ochard Golf Resort yang tiada lampu jalan dan kualiti jalan yang semakin teruk. Jalan tersebut adalah jalan utama yang menghubungkan daerah Kota Tinggi dan Kulai. Kerap berlaku kemalangan baru-baru ini berlaku kemalangan jiwa dan menyukarkan anggota penyelamat mencari mangsa kerana jalan gelap.

Oleh yang demikian, Pasir Raja berharap pihak kerajaan persekutuan dapat mengambil perhatian yang sewajarnya kepada isu ini dan menyalurkan peruntukan yang sewajarnya. Jika tidak dapat nak baiki sepenuhnya sekurang-kurangnya dapatlah diberi tumpuan memasang lampu jalan bermula dari simpang Kota Tinggi – Kulai ke Kampung Sungai Telor sepanjang 7 kilometer atau pemasangan lampu jalan di 6 simpang utama iaitu simpang masuk Kampung Seri Aman, simpang masuk Kampung Seri Delima, simpang masuk

Kampung Sri Jaya, simpang masuk Kampung Sungai Telor, simpang masuk Kampung Baru Sungai Telor dan simpang di Orchard Golf Resort masuk ke FELDA Bukit Besar.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebagaimana Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar ketika merasmikan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Johor Yang Ke-15, Baginda menggesa kerajaan persekutuan memberi peruntukan yang lebih banyak kepada Johor berikutan Johor adalah penyumbang utama ekonomi negara. Dengan kutipan hasil persekutuan berjumlah hampir RM13 bilion dari negeri Johor. Namun apa yang dilihat ialah Johor seolah-olah dianaktirikan umpama, pantai lukut luas terbentang, teluknya penuh berbatu karang, ibarat melukut di tepi gantang, masuk tidak keluar tidak berkurang.

Pasir Raja berharap kerajaan Malaysia yang baharu dibentuk yang diketuai oleh Perdana Menteri Ke-10, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menganaktirikan Johor dalam agihan peruntukan. Teras Keenam Orang Muda Johor, iaitu Strategi Dua : Sukan dan Rekreasi. Agenda untuk menghasilkan atlet-atlet bertaraf antarabangsa dari kalangan orang muda Johor. Johor telah meluaskan kuasa dalam arena sukan negara menerusi kejayaan sebagai juara keseluruhan buat kali pertama di Sukan Malaysia SUKMA 2022. Apabila mengungguli carta kedudukan pingat dengan kutipan 77 emas, 52 perak dan 43 gangsa. Untuk mencapai kecemerlangan di dalam bidang sukan ini bukanlah satu impian yang mudah dicapai. Oleh itu, satu perubahan perlu diambil dalam mencorakkan masa depan sukan di Johor. Pilihan sukan olahraga merupakan satu sukan berprestij dan selalu menjadi tumpuan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ketandusan atlet olahraga berkualiti menjadi rangsangan untuk Pasir Raja mencadangkan pembinaan trek olahraga yang bermutu tinggi di padang asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab.

Pasir Raja memohon agar padang asrama ini dinaik taraf menjadi mini stadium bagi memberi kemudahan sukan olahraga. Dengan adanya kemudahan ini boleh menampung kehendak-kehendak latihan dan penyediaan pasukan bukan sahaja untuk sekolah ini malahan keseluruhan sekolah di dalam DUN Pasir Raja khasnya dan keseluruhan sekolah dalam daerah Kota Tinggi amnya di mana setakat ini tiada satu pun kemudahan trek olahraga sintetik dalam daerah Kota Tinggi yang mengandungi 12 buah sekolah menengah dan 29 buah sekolah rendah dan seterusnya berkeupayaan untuk mengelola kejohanan olahraga yang lebih sempurna.

Dari Saidina Ali bin Abi Talib, “jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini”. Jaminan kekuatan negara dan kehebatan orang muda terletak kepada pendidikan. Hanya dengan pendidikan dan ilmu kehidupan akan berada pada landasnya. Tidak dapat dinafikan harapan kita tetap bersandar kepada golongan muda yang beramal dengan ilmu kerana itulah sebenarnya kekuatan untuk mencapai Agenda Maju Johor 2030.

Oleh itu Yang Berhormat Datuk Speaker, Pasir Raja ingin mencadangkan agar Sekolah Menengah Tun Habab yang berada di dalam kawasan DUN Pasir Raja tidak ketinggalan menikmati inisiatif 5 program Youngsters Coding dan inisiatif 6 program Young Dronegineers. Inisiatif strategi ketiga pendidikan anak muda di dalam teras anak muda. Sekolah kluster kecemerlangan yang popular dengan gelaran glorious Tun Habab melalui aktiviti Duta Penggerak Digital. Mereka pernah memenangi beberapa pertandingan yang berkaitan Sains Dan Teknologi, Kejuruteraan Dan Matematik (STEM) sejak tahun 2019 hingga tahun ini antara pencapaian yang membanggakan.

Pingat emas di Science And Invention Fair 2022 di Bali, Indonesia. Naib Johan Writing Digital 2022 peringkat negeri Johor. Tempat keempat dan kelima bagi Online National Robotic Competition 2020 bagi kategori beginner level. Gold medal award dalam World Young Investent Exhibition 2020 di Kuala Lumpur dan mara ke peringkat akhir pertandingan

Robotik Antarabangsa 2019 di Universiti Islam Antarabangsa. Kejayaan-kejayaan yang membanggakan ini wajar diberi aspirasi dan menerima inisiatif sebagai suntikan meningkatkan tahap kompetensi. Keluarga merupakan institusi asas dalam sistem kehidupan. Berjaya atau gagalnya institusi tersebut akan memberikan impak yang besar kepada keseluruhan institusi masyarakat serta mempengaruhi kejayaan dan kegemilangan sesebuah negara. Keluarga bahagia dapat memberi sumbangan besar kepada agenda Maju Johor 2030. Kepentingan-kepentingan mewujudkan keluarga yang bahagian dalam kehidupan masyarakat dalam era globalisasi ini adalah seperti berikut: Melahirkan satu generasi muda yang berketerampilan, mengelakkan berlakunya masalah sosial dalam keluarga.

Speaker

Yang Berhormat, tinggal satu minit lagi.

Puan Rashidah binti IsmailUMNO · BNPasir Raja

Baik Tuan Speaker. Mengurangkan kes jenayah, mampu meningkatkan produktiviti masyarakat, mampu menjamin keamanan negara, menyumbang kepada pembangunan negara. Untuk mewujudkan keluarga bahagia, ibu bapa wajar mempunyai jadual waktu yang seimbang antara kerjaya dan keluarga, meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak adalah satu cara terutama anak-anak di bawah umur 12 tahun yang masih memerlukan perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa. Ketika umur sedemikianlah mereka membesar dengan dipengaruhi oleh cara ibu bapa mengasuh mereka.

Oleh yang demikian, Pasir Raja ingin mencadangkan di kawasan-kawasan luar bandar, terutamanya di kawasan FELDA disediakan taman rekreasi untuk memenuhi keperluan sosial masyarakat setempat, sekali gus membantu komuniti setempat menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga. Taman rekreasi tersebut boleh diserahkan kepada JPKK bagi tujuan mengawal selia cara guna dan kebersihan persekitaran. Terdapat empat FELDA di dalam DUN Pasir Raja. Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Masa tamat Yang Berhormat.

Puan Rashidah binti IsmailUMNO · BNPasir Raja

Belanjawan Johor 2023 ini menyediakan keperluan-keperluan rakyat secara menyeluruh demi kemakmuran rakyat dan kestabilan negeri Johor. Senyum manis bersimpuh sopan, molek pekerti gadis timur, ekonomi negara satu keutamaan, Johor maju rakyat makmur. Akhir kata dari Pasir Raja, kepimpinan adalah sebuah kemuliaan sekiranya dilaksanakan dengan penuh amanah, sebaliknya membawa kehinaan jika dilaksanakan dengan pengkhianatan dan pengabaian. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Pasir Raja menyokong Belanjawan Johor 2023. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Pasir Raja. Dijemput Yang Berhormat Tenang.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker dan Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri Johor. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker kerana memberi peluang kepada Tenang terlibat sama dalam perbahasan Belanjawan 2023 pada hari ini.

Tenang juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Johor kerana telah berjaya membentangkan Belanjawan 2023 yang bertemakan Maju Johor Makmur Bersama Rakyat. Selepas meneliti Belanjawan Johor 2023 ini, saya mendapati belanjawan ini merupakan satu belanjawan yang dirangka dengan mengambil kira keperluan serta suara hati semua golongan pelbagai peringkat umur, melangkaui batas agama dan kaum tanpa menyisihkan mana-mana pihak. Selain itu, belanjawan ini juga merupakan belanjawan mampan dan realistik yang mampu dilaksanakan oleh kerajaan negeri berdasarkan unjuran pendapatan kerajaan negeri pada

tahun 2023 nanti. Apa yang lebih melegakan, belanjawan kali ini merupakan belanjawan surplus selepas dua belanjawan sebelum ini mengalami defisit disebabkan iklim ekonomi negara terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Namun begitu, selepas meneliti laporan belanjawan ini dengan lebih mendalam, saya berpendapat masih terdapat sedikit ruang bagi tujuan penambahbaikan apabila tiada sebarang insentif disediakan untuk mereka yang bergantung hidup dengan sektor ekonomi GIG ataupun GIG. Pada tahun 2021, dianggarkan sejumlah lebih 4 juta orang pekerja ekonomi GIG berikutan ketidak tentuan ekonomi negara serta kadar pengangguran meningkat dan ekonomi GIG yang bersifat kerja sementara dengan masa yang fleksibel selain bebas daripada ikatan kontrak menjadi pilihan rakyat termasuk rakyat negeri Johor.

Biarpun pekerja ekonomi GIG seperti penghantar makanan, pemandu GRAB dan e-Hailing mahupun pekerja industri seni ini tidak diiktiraf di bawah Akta Kerja 1955 Ordinan Buruh Sabah Bab 67 dan Ordinan Buruh Sarawak Bab 76, selain tidak menikmati faedah gaji minimum, hakikatnya mereka terpaksa berjuang untuk menyara keluarga dengan pendapatan yang tidak konsisten melalui pekerjaan yang bersifat sementara. Dan tidak dapat dinafikan mereka ini turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sehubungan itu, adalah penting nasib mereka ini diberi perhatian, dengan kerajaan menyediakan insentif sewajarnya bagi membela nasib dan meringankan beban mereka terutama ketika keadaan ekonomi yang diramalkan mencabar pada tahun hadapan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sektor pertanian merupakan antara sektor industri pemacu utama ekonomi negeri Johor, di mana laporan Jabatan Perangkaan Malaysia melalui Laporan Sosioekonomi Negeri Johor 2021, sektor ekonomi menyumbang sebanyak 12.9% kepada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar Johor dengan nilai sejumlah RM17 bilion. Merujuk kepada Kod Skor Agro-Makanan Negeri Johor 2020, Johor merupakan pengeluar buah-buahan serta ayam terbesar selain pengeluar sayur-sayuran dan susu segar kedua dalam negara. Berdasarkan fakta tersebut, hasrat kerajaan negeri untuk merebut peluang menjadikan Johor sebagai food basket kepada Malaysia dan food bank kepada negara serantau bukan sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan melalui usaha serta kerjasama yang dijalin dengan pelbagai pihak lain. Namun bagi mencapai matlamat tersebut, saya berharap kerajaan negeri tidak hanya memberi tumpuan kepada pengusaha-pengusaha besar sahaja, sebaliknya turut perlu membantu petani yang menjalankan aktiviti pertanian dalam skala kecil di kawasan pedalaman sebagai sumber rezeki mereka.

Besarlah harapan saya agar petani yang menjalankan aktiviti pertanian terutamanya di Tenang diberi perhatian dan dimasukkan ke dalam perancangan serta mendapat faedah daripada Belanjawan 2023 ini melalui peruntukan sektor pertanian memandangkan kami berada di dalam daerah Segamat yang mana pertanian merupakan kebitaraan bagi daerah ini. Selain itu, seperti mana yang pernah saya suarakan ketika lawatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ke Parlimen Labis sebelum ini, terdapat keperluan untuk mewujudkan pusat pengumpulan hasil pertanian sebagai pemangkin kepada pembangunan sektor pertanian di Labis. Selari dengan status daerah Segamat sebagai daerah pertanian. Kewujudan pusat pengumpulan hasil pertanian itu nanti dilihat bukan sahaja dapat membantu petani khususnya petani yang menjalankan aktiviti berskala kecil, memasarkan hasil pertanian mereka, malah lebih dari itu turut mampu mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah, selain dapat menarik minat penglibatan golongan muda dalam bidang pertanian secara serius.

Melalui pemerhatian serta maklum balas penduduk setempat, antara halangan terbesar yang dihadapi golongan muda di Tenang, untuk melibatkan diri secara serius dalam sektor pertanian adalah masalah tidak memiliki tanah sendiri, kekurangan modal kerja dan masalah untuk memasarkan hasil pertanian mereka. Ini adalah faktor utama yang menjadi penghalang kepada penglibatan secara serius penduduk tempatan terutama golongan muda untuk memulakan usaha dalam sektor pertanian. Daripada dapatan dan tinjauan yang

dilakukan, terdapat ramai penduduk setempat termasuk golongan muda yang menyedari potensi bidang pertanian dan berminat untuk menceburi bidang ini secara serius, namun permasalahan seperti yang saya nyatakan tadi menjadi penghalang mereka mengorak langkah pertama. Oleh itu, saya mohon untuk disediakan tanah-tanah pertanian milik kerajaan sama ada dikurniakan atau dipinjamkan atau disewa belikan secara besar-besaran kepada anak-anak muda ini di kampung-kampung bagi mereka memulakan usaha di dalam bidang pertanian ini.

Tidak dinafikan terdapat pelbagai bentuk bantuan kerajaan melalui geran-geran yang disediakan oleh kerajaan pusat menerusi agensi berkaitan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan termasuk pihak institusi kewangan. Namun melalui pengalaman mereka yang pernah memohon geran serta bantuan yang diuar-uarkan sebenarnya proses untuk mendapatkan bantuan tersebut tidaklah semudah yang disangkakan. Saya dimaklumkan mereka terpaksa menyediakan pelbagai dokumen seperti rekod jual beli yang mana kebanyakan daripada mereka tidak memiliki dokumen tersebut ekoran baru menjalankan aktiviti secara kecil-kecilan mahupun belum memulakan projek sendiri atau bekerja dengan orang lain. Selain itu terdapat juga isu bantuan yang disalurkan bukan berupa input atau peralatan pertanian yang bersesuaian dengan projek yang dijalankan. Di samping isu terpaksa berdepan masalah proses kelulusan permohonan yang memakan masa terlalu lama di mana ada yang mengadu mereka terpaksa menunggu hampir setahun hanya untuk mendapatkan bantuan baja, racun rumpai mahupun paip bagi tujuan pengairan projek tanaman mereka.

Saya harap kerajaan negeri dapat melihat perkara ini dan mencari jalan penyelesaian segera bagi membantu golongan ini kerana terdapat dalam kalangan mereka terpaksa gulung tikar dan melupakan terus aktiviti pertanian disebabkan beberapa kelemahan agensi terlibat sekali gus menjejaskan penglibatan penduduk di dalam sektor ini. Saya juga berasa sedikit gusar melihat jumlah peruntukan hanya RM8 juta yang disediakan untuk sektor pertanian seperti industri pengeluaran makanan dalam Belanjawan Negeri 2023 ini yang pada hemat saya terlalu kecil dan dibimbangi tidak mampu memacu sektor ini untuk berkembang seperti mana yang dihasratkan. Selari dengan peranan serta sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi negeri terutamanya ketika kenaikan input pertanian yang begitu ketara ketika ini berikutan kejatuhan nilai ringgit dan pengukuhan nilai dolar Amerika, besarlah harapan saya agar kerajaan negeri melihat perkara ini bagi memastikan sektor pertanian dan industri makanan di negeri Johor dapat terus berkembang seperti yang diharapkan pada tahun hadapan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, selain sektor perkhidmatan dan pertanian, sektor pelancongan turut menjadi antara penyumbang utama ekonomi Johor berikutan kedudukan negeri Johor sebagai salah satu pintu masuk pelancong antarabangsa ke negara ini. Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, Johor mencatatkan ketibaan seramai 1 juta pelancong domestik, meletakkan Johor pada kedudukan teratas di dalam negara. Dalam belanjawan ini juga dapat dilihat dengan jelas komitmen tinggi kerajaan negeri untuk menjadikan Johor sebagai destinasi utama pelancongan seperti yang diterjemahkan melalui pelbagai strategi dan inisiatif dengan peruntukan berjumlah lebih RM29 juta. Melalui pelbagai inisiatif yang disediakan oleh kerajaan negeri dalam belanjawan ini, saya percaya sektor pelancongan mampu kembali melonjak sebagai salah satu penyumbang utama kepada ekonomi negeri pada tahun 2023, sekali gus mampu membuat pemain industri pelancongan menarik nafas lega selepas terpaksa berehat hampir dua tahun sepanjang tempoh negara dilanda wabak. Namun, di sebalik peruntukan yang agak besar itu, saya dapati ianya lebih tertumpu di pintu masuk ke negeri ini serta daerah tertentu dan tidak bersifat menyeluruh. Di mana terdapat kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan serta dipromosikan seperti lokasi-lokasi menarik yang terdapat di dalam DUN Tenang kurang mendapat perhatian dan tidak dimasukkan di dalam perancangan Belanjawan pada kali ini.

Untuk makluman Yang Berhormat Datuk Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Labis khususnya Tenang berpotensi besar untuk dimajukan sebagai lokasi pelancongan berasaskan alam semula jadi memandangkan kedudukannya yang bersempadan dengan kawasan hutan yang begitu luas menganjur sehingga ke daerah Kluang dan Kota Tinggi. Tidak keterlaluan jika saya katakan Labis merupakan syurga kepada pencinta alam semula jadi. Bukan sahaja kerana terdapat kawasan air terjun yang menarik malah kepelbagaian flora dan faunanya juga merupakan satu keunikan yang mampu ditawarkan kepada pengunjung.

Selain lokasi perkelahan seperti Taman Eko Rimba Taka Melor, Litar Sukan Lasak Salor Gajah dan Pusat Rekreasi Kolam Air Panas yang masing-masing di bawah selenggaraan Jabatan Perhutanan dan Majlis Daerah Labis, terdapat juga produk lain di Labis seperti perusahaan kayu hanyut, permainan gasing tradisional serta ternakan kancil dan kijang yang menjanjikan pengalaman menarik kepada pelancong yang berkunjung ke Labis. Selain lokasi yang saya nyatakan tadi, terdapat juga 2 lokasi lain yang diusahakan oleh pihak persendirian iaitu Cabin Hills Eco Resort yang menawarkan pengalaman unik percutian di dusun durian, berkonsepkan penginapan di dalam kontena yang diubahsuai menjadi bilik penginapan kepada pengunjung. Turut disediakan adalah pelbagai aktiviti lain seperti memanah, flying fox, ATV serta bilik seminar yang mampu memuatkan lebih 200 peserta dalam satu-satu masa. Meh la datang, Insya-Allah. Pelancong juga boleh memilih untuk melawat dan memetik sendiri buah-buahan, satu lagi lokasi pelancongan yang turut menawarkan penginapan serta aktiviti melihat matahari terbit dan terbenam di Sunrise Farm tidak jauh daripada pekan Labis. Semua lokasi serta keunikan yang terdapat di Labis ini merupakan satu daya tarikan kepada pelancong luar. Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar kerajaan negeri dapat memperkasa dan mempromosi segala aset pelancongan yang ada ini bagi menjadikan Tenang, Labis sebagai salah satu daya pelancongan utama negeri Johor pada masa akan datang.

Yang Berhormat Datuk Speaker, ingin saya menzahirkan sokongan seperti mana saranan Yang Berhormat ADUN Bekok berkenaan pembinaan pusat pendidikan atau pengajian tinggi di Parlimen Labis, yang mana perkara ini telah pun diutarakan sejak dulu lagi di era Tan Sri Dato’ Haji Abdul Ghani Othman dan Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohd Khaled Nordin sebagai Menteri Besar Johor pada ketika itu. Besarlah harapan kami agar pembinaan pusat pengajian tinggi atau pusat latihan bertaraf kolej ini sebagai mercu tanda buah tangan ini dapat direalisasikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor pada ketika ini iaitu Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga bersependapat dengan Yang Berhormat ADUN Benut supaya kenaikan elaun diberikan kepada ketua-ketua kampung. Kalau semalam Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Mohd Hasni mencadangkan ketua kampung dipanggil Pegawai Kampung, saya pula mencadangkan ketua kampung ditukarkan namanya kepada Eksekutif Kampung dengan elaun minimum RM1,500.00 bagi memperkasa dan berdaya saing serta berperanan untuk menarik minat golongan muda di luar sana bersama di dalam arus pembangunan dan arus perdana kampung. Kalau elaun ini setimpal, mengambil kata-kata Yang Berhormat ADUN Benut, baiklah beliau sokong kenaikan elaun-elaun untuk ADUN-ADUN kita tapi Yang Berhormat bagi jelah, sebabnya ADUN-ADUN ini bukan sahaja menjaga ketua kampung tetapi seluruh rakyat jelata, walaupun dengan hanya menggunakan elaun mereka. Peruntukan tu satu hal yang lain ya. Tadi YB Wangsa Maju, eh bukan, YB Puteri Wangsa, minta maaf. YB Puteri Wangsa juga mengatakan bahawa sebenarnya kita memayung lebih besar eh. Duit peruntukan hanya untuk pembangunan dan sebagainya untuk kecemasan tetapi duit gaji juga kita gunakan kalau kita keluar makan minum bersama rakyat, adakah kita gunakan duit peruntukan juga? Tidak mungkin eh, kadang kala kita menggunakan duit gaji kita sendiri setiap bulan yang kita terima ya. Dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Jeffridin ADUN Kukup atas cadangan beliau, 7 tahun dah katanya elaun ADUN ini tidak dinaikkan. Kalau elaun kami dinaikkan elaun Yang Berhormat Speaker juga dinaikkanlah kan, Insya-Allah.

Terakhir, saya juga ingin menyokong cadangan Yang Berhormat ADUN Pemanis agar diberikan geran kepada ketua kampung untuk mengadakan aktiviti dan perkara-perkara yang berkaitan ya. Tidaklah ketua kampung ini asyik merengek dan menagih kepada ADUN, kepada setiap ADUN dalam kawasan masing-masing. Melihat ke hadapan saya penuh yakin, semua perkara yang saya bangkitkan dalam perbahasan Belanjawan Johor 2023 ini akan diperhalusi oleh kerajaan negeri. Semoga ianya akan membawa kebaikan dan kemakmuran kepada rakyat negeri ini secara keseluruhannya. Akhir kata, putih-putih melati, merah-merah delima, siapa yang baik hati pasti diterima. Kepada yang faham, fahamlah yang tak faham tolong pm tepi, Insya-Allah. Sekian, Tenang menyokong Belanjawan 2023 Negeri Johor. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB Tenang. Dijemput YB Johor Jaya.

Cik Liow Cai TungDAP · PHJohor Jaya

Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih atas peluang yang diberi untuk bahas dalam Dewan yang mulia ini. Patik merafak sembah menjunjung kasih dan merakamkan ucapan Selamat Hari Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim pada 22 November yang lalu.

Johor Jaya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10. Kemenangan PRU 15 dan penubuhan Kerajaan Perpaduan Persekutuan menunjukkan kebangkitan rakyat dan kemenangan rakyat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kita berada di satu zaman yang tidak menentu. Ini merupakan penggal ketiga bagi Johor Jaya. Pada penggal lepas saya pernah memegang sebagai Ahli EXCO, sebagai kerajaan dan sebagai pembangkang pula di bawah 3 orang Menteri Besar Johor. Namun tidak kira sama ada di mana saya ada, Johor Jaya sentiasa bersyukur atas kepercayaan yang diberi oleh pengundi dan melaksanakan tugas saya dengan sedaya upaya. Sebagai Wakil Rakyat yang profesional saya menasihati Permas supaya jangan buang masa cerita perkara yang tidak selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekiranya Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebut kita sebagai rakan strategik dalam ucapan Menteri Besar, bekas MB iaitu YB Benut pun setuju bahawa ada Jawatankuasa Khas ditubuhkan bagi kerja-kerja antara kerajaan negeri dan persekutuan dapat berjalan dengan lebih lancar. Permas perlu hormat kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga pengundi yang memberi mandat kepada semua Wakil Rakyat walaupun ahli politik janganlah main politik tapi bawalah isu yang manfaat bagi rakyat dalam Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Malaysia merupakan sebuah negara yang cukup indah dan bebas dengan bencana alam. Namun dengan perubahan iklim secara global, kita berhadapan dengan banjir kilat dan ribut yang sering berlaku. Baru-baru ini sahaja, tadi saya telah menerima info daripada pejabat saya dan juga orang awam, bahawa Lebuh raya Pasir Gudang menghadapi banjir kilat. Kalau banjir kilat tu 10 tahun sekali itu dikatakan tidak dapat mengawal dan itu di luar jangkaan tetapi ini dalam satu tahun ini sudah berapa kali banjir kilat di Lebuh raya Pasir Gudang. Dan setiap kali hujan turun dengan lebat sahaja Lebuh raya Pasir Gudang tu banjir kilat. Apakah tindakan daripada kerajaan negeri, daripada JPS, Majlis atau Jabatan yang terlibat untuk menyelesaikan masalah ini? Izinkan saya merujuk kepada satu Facebook post oleh YB EXCO pada 29 Jun. Masa tu banjir kilat turut berlaku di Lebuh raya Pasir Gudang dan menurut YB EXCO, pihak JKR dan JPS sedang bekerjasama mencari punca sebenar dan seterusnya mencari jalan penyelesaian jangka masa panjang bagi memastikan perkara ini tidak lagi berulang. Tidak sampai setengah tahun, cuma 6 bulan, tak sampai pun 6 bulan tetapi banjir kilat masih berlaku. Saya nak tanya sama ada punca sebenar tu sudah dapat cari ke tidak?

Yang Berhormat Datuk Speaker, pengurusan risiko merupakan satu proses yang terstruktur dan sistematik dalam mengidentifikasikan, memahami dan mengembangkan alternatif bagi risiko atau krisis yang berlaku. Pengurusan risiko dan krisis adalah penting bagi semua pihak untuk meminimumkan impak negatif atau kerugian pelbagai pihak termasuk rakyat iaitu krisis yang berlaku akan menjejaskan kehidupan rakyat kepada kerajaan, kehilangan kepercayaan atas pentadbiran kerajaan apabila kerajaan tidak dapat mengendali krisis dan memberi first response dengan izinnya dengan serta merta dan kepada stakeholder ekonomi turut terjejas. Saya mengambil contoh di Japan. Di Japan sering dilanda dengan gempa bumi. Dengan ini kerajaan Japan menggunakan sistem teknologi yang dikenali sebagai ICT, dengan izinnya Information dan Communication Technology for Disaster Risk Management di Japan, in Japan untuk mengelola risiko dengan memahami risiko yang berlaku dan membuat keputusan berdasarkan evidence iaitu identifikasi mengurangkan dan rancangan iaitu reduction preparedness. Japan mengemukakan pelbagai ICT sistem bagi response bencana dan pemulihan iaitu Disaster Response and Recovery. Sebagai contoh Japan mengemukakan dengan izin, Earthquake Early Warning System (EEWS) bagi memberi amaran melalui detection gelombang gempa bumi. Sistem ini dapat memberi amaran dalam beberapa saat atau minit bagi membolehkan seseorang atau pihak mengambil tindakan dengan segera. Japan real wave turut automatik mengaktifkan tindakan emergency nya dan semua kereta api akan berhenti atau beralih ke tempat yang selamat demi keselamatan semua. Saya nak ambil contoh ini sebab pada 28 Oktober Ranhill SAJ telah memaparkan satu notis berkenaan dengan gangguan bekalan air akibat paip pecah dan kerja-kerja baik pulih dijangka mengambil masa selama 24 jam. Kawasan terbabit termasuk Zon Plentong, Zon Masai dan Zon Tanjung Langsat yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 52 taman, kampung, kawasan perindustrian, politeknik dan sebagainya terjejas.

Terlebih dahulu saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan dan anggota Ranhill SAJ yang menjalankan tugas untuk mengedarkan air dari hari panas dan ke hujan, dari waktu siang hingga ke malam. Tetapi pada 30 Oktober iaitu 2 hari selepas gangguan bekalan air tersebut Ranhill SAJ memaparkan notis yang mengatakan bahawa inisiatif Ranhill SAJ iaitu 22 lori tangki memberi keutamaan kepada sekolah, hospital, pusat dialisis, kematian dan rumah kediaman. 70 tangki statik dan juga 24 jam anggota bertugas dan pengolahan sistem bekalan air. Ini semuanya inisiatif yang dijalankan oleh Ranhill SAJ selepas mula-mulanya dia kata cuma gangguan bekalan air 24 jam sahaja tetapi sebenarnya apa yang berlaku di kalangan masyarakat :

Pertama, Hotline SAJ bermula dengan 28 hari bulan, ramai yang call SAJ, Ranhill SAJ iaitu sebagai saluran aduan rasmi untuk dapatkan info lanjutan tetapi tidak dapat call. Saya yakin hotline pun tidak mampu untuk menampung pertanyaan penduduk. Jadi, hotline pun gagal sebagai saluran memberi info. Penduduk cuma bergantung kepada Facebook Ranhill SAJ sahaja yang tidak kata bila air akan kembali seperti biasa. Penduduk ingat 24 jam sahaja pada mula awalnya dan tidak dapat membuat rancangan sama ada mereka nak pindah ke rumah lain, nak tumpang ke rumah saudara, rumah anak atau beli air di luar dan sebagainya.

Kedua, tangki statik dan lori tangki air. Tangki statik ditempatkan di sekolah, surau dan masjid tetapi klinik kesihatan sebagai satu tempat yang penting tidak dapat tangki statik hingga mengganggu operasi perkhidmatan klinik ini. Dan ketiga, jadual pengagihan bekalan air dikeluarkan pada 31 Oktober iaitu hari keempat setelah gangguan bekalan air. Sebelum itu, jadual yang tidak tersusun, tidak ada masa yang kata bila lori tangki akan datang, ada lori, ada tempat lori ada tempat yang lori henti di satu tempat tanpa maklum kepada penduduk. Penduduk tidak tahu bila lori tangki itu datang dan ada warga emas yang tidak sanggup angkat air dari jauh. Tunggu beberapa hari sampai nak beri air pun semua habis stok di kedai sekeliling, petrol station dan sebagainya.

Apabila saya turun padang, penduduk tunggu di depan rumah Yang Berhormat Datuk Speaker. Mereka tunggu di depan pintu dari pagi hingga ke petang sebab mereka tidak tahu pukul berapa lori tangki itu datang. Sampai ada yang kata tiada tangki lori yang datang langsung dari pagi sampai malam. Flat katanya tangki lori tidak dapat naik ke flat sebab jalan tu kecil tetapi tidak ada juga tangki statik yang diberikan kepada penduduk di flat. Apabila saya tanya dengan Ranhill SAJ pada waktu kejadian itu iaitu pada hari kedua ke ketiga, katanya mereka sedang minta bantuan lori tangki dari luar daerah dan juga luar negeri. Berapakah tangki statik dan lori tangki yang ada pada Ranhill SAJ di setiap daerah? Apakah rancangan alternatif, tak sangka ke kalau ada gangguan atau krisis ini berlaku. Bacalah komen-komen di dalam facebook Ranhill SAJ. Ini salah satu contoh krisis yang baru-baru berlaku. Dalam perkara ini, kesemua masalah ini telah menunjukkan kegagalan Ranhill SAJ mengendalikan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Tidak ada backup plan atau rancangan awal atau pengurusan krisis sekiranya krisis berlaku. Dalam perkara ini Johor Jaya tidak nampak juga usaha kerajaan negeri Johor dalam membantu rakyat atau penduduk semasa menghadapi krisis air.

Banjir kilat dan juga krisis gangguan bekalan air ini semua berkaitan dengan pengurusan krisis dan risiko yang harus dilaksanakan berdasarkan dengan izinnya, plan do, check, and act, rancangan amaran, tindakan. Bagi rancangan sama ada mengadakan latihan simulasi senario krisis untuk mencari kelemahan dan kekurangan modul pengurusan krisis yang sedia ada. Melalui simulasi ini, kita dapat memperbaiki dan menaikkan para peserta dalam menangani isu-isu semasa krisis di mana setiap saat dan minit adalah ketara.

Kedua iaitu amaran. Gunakan teknologi latihan simulasi sebagai contoh, paras air sudah naik, GPS bolehkah bagi amaran kepada penduduk atau saya ambil contoh Yang Berhormat Datuk Speaker kalau kita tengok banyak ramai mangsa yang mereka dapat scam melalui telefon mereka. Kalau scam pun dapat nombor telefon tak mungkin kerajaan tidak dapat memberi amaran kepada rakyat melalui GPS.

Ketiga, iaitu backup plan dan keempat tindakan. Koordinasi yang lebih cekap antara agensi dan NGO adalah penting. Sebagai kerajaan dan agensi, kita perlu fikir mengapa NGO selalu gerak lebih pantas dan segera tanpa bantuan kerajaan. If we fail to plan, then we plan to fail, dengan izinnya. Bencana seperti ribut atau banjir kilat boleh dikatakan unexpected tetapi ini tidak bermaksud kita tidak boleh mengambil tindakan awal atau rancangan sebelum bencana berlaku. Dengan ini, Johor Jaya menyeru pihak kerajaan negeri supaya insiden seperti banjir kilat, ribut dan gangguan bekalan air perlu dipandang serius. Dan, satu special task force perlulah ditubuhkan untuk mengkaji banjir kilat yang berlaku di negeri Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana mengambil berat terhadap isu kesesakan di Bangunan Sultan Iskandar yang merangkumi inisiatif yang baik termasuk menggabungkan kaunter Jabatan Imigrasi Malaysia, membuat reka bentuk semula laluan motosikal, laluan kereta dan laluan pintu masuk BSI, penambahan bilangan e-Gate dan sebagainya. Namun, jangan lupa juga masalah kesesakan yang dihadapi di Kompleks Sultan Abu Bakar. Ramai pelancong terutamanya bas pelancong yang masuk ke Malaysia melalui KSAB. Bulan Oktober ini bas pelancong sesak selama 8 jam pun belum lepas di Imigresen dan Kastam. Hanya satu laluan bas pelancong yang buka. Walaupun industri pelancong sudah maklum kepada pihak Tourism Johor, pihak berkuasa dan sebagainya bahawa mereka akan ada 80 bas yang akan masuk melalui Second Link. Namun, tidak ada tindakan kolaborasi antara agensi. Kalau kita baca feedback daripada pelancong, masalah kaunter tidak buka dengan sepenuhnya, sikap pegawai merupakan punca utama kepada kesesakan yang berlaku.

Pelancong merasa kecewa dengan pintu masuk. Johor sebagai pintu masuk ke Malaysia yang penting, kita perlulah jaga imej negeri Johor terutamanya kepada mereka yang berulang alik setiap hari dan juga kepada pelancong. Dengan ini Johor Jaya mohon juga

kepada kerajaan negeri supaya pastikan semua kaunter buka terutamanya pada hujung minggu dan juga waktu puncak.

Yang Berhormat Datuk Speaker, baru-baru ini saya dapat satu kes di mana seorang gadis berumur 17 tahun telah bersalin sepasang anak kembar. Anak kembarnya cuma lahir satu bulan sahaja. Oleh sebab dia tidak berkahwin dan ingin sambung lagi pelajaran sehingga SPM dia mohon bantuan di pejabat saya dan saya ambil kira dia sebagai seorang ibu tunggal dan membantu dia mengisi borang supaya dia dapat memohon bantuan kanak-kanak di JKM. Setelah dia pergi di JKM, dia diberitahu bahawa dia belum cukup umur 18 tahun tidak boleh memohon bantuan kanak-kanak. Pegawai meminta pemohon ini mengemukakan permohonannya apabila dia cukup umur 18 tahun dan menolak borangnya. Pejabat saya turut menelefon JKM dan sekali lagi saya confirm kan ini adalah betul pemohon perlu cukup umur 18 tahun.

Yang Berhormat Datuk Speaker, merujuk kepada laman web JKM, tujuan bantuan kanak-kanak adalah untuk membantu keluarga penjaga kepada anak atau kanak-kanak supaya mereka terus tinggal bersama dengan keluarga meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya. Dan kriteria bagi pemohon cuma terletak di sana adalah warganegara dan bermastautin di Malaysia. Keluarga yang memberi jangkaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi PGK purata miskin isi rumah semasa atau PGK purata miskin per kapita semasa. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas. Saya rujuk pula kepada kelayakan bantuan am dan bantuan persekutuan tidak ada satu pun kelayakannya kata di bawah umur 18 tidak boleh memohon.

So, dalam konteks ini saya tidak jumpa sebarang kelayakan yang menulis kelayakan pemohon perlu berumur 18 tahun ke atas. Memandangkan umur perkahwinan yang termaktub dalam perundangan iaitu 18 tahun bagi lelaki manakala 16 tahun bagi perempuan dengan kebenaran. Ini bermaksud kita akan menghadapi pemohon yang berumur 16 tahun ke atas. Saya bukan nak bincang sama ada umur kahwin atau umur bersalin pada 16 tahun atau 17 tahun itu betul atau tidak, tetapi seperti kes ini gadis ini tidak berkahwin sekira ibu tunggal masih belajar, keluarganya pun bukannya mampu nak jaga anak dia.

Sebagai Wakil Rakyat atau agensi kerajaan tanggungjawab kita adalah menggubal undang-undang dan polisi yang manfaat kepada rakyat serta melaksanakannya dengan adil dan saksama. Kita tidak patut diskriminasikan seseorang dan tidak harus membuat keputusan dengan emosi sendiri. Johor Jaya mohon penjelasan daripada pihak JKM berkenaan dengan perkara ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker,

Speaker

3 minit lagi Yang Berhormat.

Cik Liow Cai TungDAP · PHJohor Jaya

Projek Taman Seri Molek Perdana yang telah tertangguh melebihi 10 tahun masih tidak selesaikan. Bagi Fasa 1, 168 unit telah diselesaikan dan serah kunci. Bagi Fasa 2, saya dimaklumkan bahawa 564 unit yang sudah ada CCC tetapi masih tidak dapat serah kunci. Masalah antara SPNB dan pemaju atau kontraktor tidak harus menjadikan pembeli rumah sebagai mangsa. Sudah beberapa kali SPNB janji kata nak serah kunci, katanya bulan Ogos tetapi masih sehingga kini janji itu masih belum ditunaikan.

SPNB sebagai Syarikat Perumahan Negara Berhad, kalau rujuk laman web SPNB, front page adalah kediaman anda tanggungjawab kita, your home, our responsibility. Perkataan ini sangat ironi. Setiap kali saya berjumpa dengan pembeli rumah, mereka dalam keadaan sengsara ada yang terpaksa sewa rumah dan bayar installment pada masa yang sama.

Ada yang OKU, memang tumpang rumah orang lain dan menunggu-nunggu rumah sendiri. Ada ibu tunggal yang anak pun sudah besar. Ada yang sampai sudah meninggal dunia pun mereka masih belum dapat kunci. SPNB gagal membantu pembeli rumah dan mengambil sikap yang sambil lewa dalam menangani masalah pembeli rumah. Dengan ini, Johor Jaya memohon kerajaan negeri Johor menubuhkan satu special task force dengan Kerajaan Perpaduan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah ini dengan serta-merta.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum saya akhiri perbahasan saya, izinkan saya merangkap lirik lagu, Malaysia Kita Boleh, iaitu lagu rasmi Pakatan Harapan PRU 15. Dalam lirik dia, macam ni, “Oh Malaysia tanahku tercinta, demokrasi hidup dipelihara, keadilan progresif beramanah, semangat berkibar, jiwa anak muda. Dari Sabah, Sarawak ke Tanah Semenanjung, kita bergandingan, cerah masa hadapan, budaya dan warna kita bergandingan, satukan suara kita. Gelombang kebangkitan bergema di Malaysia, satu hati, satu jiwa. Malaysia kita boleh”.

Yang Berhormat Datuk Speaker, rakyat Malaysia telah memberi mandat kepada semua Wakil Rakyat melalui kertas undi dalam tangan pada PRN Johor dan juga PRU 15 baru-baru ini. Ini tentunya satu lembaran baharu. Kerjasama antara kerajaan negeri dan Kerajaan Perpaduan Persekutuan perlu diketatkan dan dieratkan lagi demi pembangunan dan kesejahteraan Bangsa Johor. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Johor Jaya. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan ini saya tangguhkan sehingga jam 5.05. Saya pun tersasul, 4.05.

Persidangan ditangguhkan pada jam 3.50 petang.

Persidangan disambung semula pada jam 4.05 petang.

YB Timbalan Speaker mengetua Persidangan.

Timbalan Speaker

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Maju Johor 2030. Perbahasan disambung semula dipersilakan Yang Berhormat Endau.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertamanya, Endau ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker kerana membenarkan Endau mengambil bahagian di dalam sesi ucapan pada kali ini.

Sesungguhnya Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, peluang keemasan ini akan Endau manfaatkan sepenuhnya untuk menyampaikan beberapa perkara berkaitan kawasan Endau di dalam Dewan yang mulia ini agar pihak-pihak berkaitan dapat mendengar seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.

Di kesempatan ini patik merafak sembah ucapan Selamat Menyambut Ulangtahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang jatuh pada tanggal 22 November yang lalu. Patik doakan agar Tuanku Sultan Johor diberikan kesihatan untuk terus bersemayam di atas takhta kerajaan negeri Johor, ampun Tuanku.

Di kesempatan ini juga Endau ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar bin Ibrahim yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-10 baru-baru ini. Semoga dengan pembentukan kerajaan baharu Malaysia ini, Johor mampu terus menjadi sebuah negeri yang sentiasa membangun dan menerima manfaat daripada kerajaan pusat. Endau juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah berjaya memenangi kerusi dalam

Pilihan Raya Umum Ke-15 baru-baru ini, selamat menjalankan tugas dan berkhidmat untuk rakyat.

Pilihan raya negeri sudah, pilihan raya umum pun sudah. Rakyat telah memilih dan memberikan mandat kepada kita semua untuk bekerja penggal ini. Maka marilah kita bertaut membawa isu rakyat dan menyelesaikannya. Alhamdulillah, pada Khamis yang lepas, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah berjaya membentangkan sebuah Bajet Johor yang bertemakan, “Maju Johor: Makmur Bersama Rakyat”. Endau ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat serta seluruh pasukan yang berusaha untuk merangka, merancang sehingga siap Bajet 2023 yang menekankan mengurangkan impak kesan ekonomi global di samping kebajikan Bangsa Johor terus dibela.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, ada beberapa perkara yang Endau ingin utarakan pada sidang kali ini. Semoga apa yang Endau sampaikan ini mendapat keprihatinan pihak kerajaan negeri, seterusnya mengambil tindakan sewajarnya Insya-Allah. Pertama, keperluan pembinaan perumahan mampu milik. Isu ini Yang Berhormat Timbalan Speaker, Datuk Timbalan Speaker, Endau telah bangkitkan banyak kali sama ada semasa perbahasan soalan lisan mahupun bertulis. Endau terkilan kerana sehingga kini masih tiada sebarang tindakan serius daripada pihak kerajaan bagi memenuhi keperluan rumah untuk penduduk Endau. Sifat kekeluargaan yang besar antara kami di Endau amat tinggi sekali. Jadi siapa yang tidak risau jika masih ada antara kami yang masih tiada tempat perlindungan sendiri dan selesa untuk meneruskan kelangsungan hidup. Maka atas prinsip kekeluargaan itu, Endau akan terus memperjuangkan isu perumahan ini untuk penduduk di kawasan Endau. Seperti Endau maklumkan sebelum ini, pada ketika zaman Yang Amat Berhormat Dato’ Khaled Nordin sebagai Menteri Besar Johor ketika itu, kerajaan telah bersetuju untuk membangunkan projek perumahan mampu milik di mukim Tenglu. Seingat Endau, siapa yang berminat untuk memilih rumah mampu milik Johor tersebut perlu memohon secara atas talian dan memilih lokasi perumahan yang mereka mahukan. Ini termasuklah perumahan mampu milik Johor di kawasan Tenglu.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, lokasi dah dikenal pasti, status tanah selesai, jadi apa yang menghalang kerajaan negeri untuk teruskan projek ini? Daerah atau tempat lain semua ada perumahan mampu milik, mampu milik Johor, Endau, Mersing bila lagi? Orang Mersing, orang Endau, orang luar bandar dan susah, jadi patut bantulah mereka ini. Endau amat berharap dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kali ini, orang muda, semangat membara, beriltizam tinggi dapat menyelesaikan isu ini. Endau tak nampak projek ini tak dapat dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Jadi, Yang Berhormat EXCO Perumahan bolehlah bantu tengok semula apa cerita sebenarnya hal ini. Bantulah laksanakan dan realisasikan harapan orang Endau. Dalam pembentangan bajet Johor pun Yang Amat Berhormat Menteri Besar awal-awal maklumkan bahawa negeri Johor menerima pelaburan tertinggi dalam Malaysia. Ia dalam pembentangan bajet tempoh hari, Yang Amat Berhormat ada menyatakan sejumlah 1,967 unit dijangka siap pada tahun 2023 melibatkan tujuh daerah dan RM30 juta telah diperuntukkan untuk menyiapkan 219 unit Rumah Impian Bangsa Johor di Mersing. Unjuran atau sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dalam masa lima tahun ini pula adalah membina sebanyak 21,139 unit Rumah Mampu Milik Johor, jadi dari 21,139 unit yang disasarkan itu, tolonglah turunkan banyak unit ke daerah Mersing. Endau dan orang Endau dah tak mahu dengar dah alasan kerajaan negeri bahawa setakat ini tiada keperluan pembinaan perumahan di Mersing disebabkan kurang permintaan. Ramai lagi generasi baru orang muda terkais-kais dan tidak memiliki rumah sendiri. Insya-Allah Endau berharap dan pada kali ini kerajaan negeri dapat menyelesaikan isu ini.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, yang keduanya Mersing daerah pelancongan Johor. Sesungguhnya benarlah firman Allah SWT dalam surah Ar-Rahman ayat ke-13 yang membawa maksud, “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu mahu dustakan.” Nikmat yang dinyatakan itu bukanlah semata-mata kekayaan kewangan ataupun harta

benda tetapi nikmat yang Endau ingin tegaskan hari ini adalah betapa besarnya keagungan Tuhan dengan menciptakan keindahan di daerah Mersing. Semua maklum Mersing mempunyai pelbagai keindahan dari segi pantainya, pulaunya, taman negaranya, gunung ganangnya yang berperanan dan berfungsi melindungi kehidupan flora dan fauna. Jadi dengan adanya semua ini maka Mersing juga merupakan lokasi pilihan pelancong untuk bercuti dan merasai keindahan ini. Seiring dengan penerimaan kedatangan pelancong yang tinggi ke daerah Mersing, Endau merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing dan seluruh kakitangannya yang sentiasa berusaha mencantikkan dan mempamerkan kreativiti dengan menghiasi lorong-lorong dengan landskap yang cantik serta menyediakan infrastruktur untuk kemudahan pelancong seperti penyediaan tapak parking kereta yang lebih luas dan memudahkan pelancong.

Namun sepanjang pembentangan bajet yang lalu, Endau meneliti, Endau memperhalusi dalam inisiatif dua penambahan infrastruktur pelancongan, kerajaan negeri akan menyalurkan sejumlah RM8.3 juta ke 10 lokasi pelancongan. Dukacita dalam 10 lokasi tersebut, satu pun tak ada di Mersing, jadi macam mana kita nak tunjuk Mersing ini daerah pelancongan kalau bajet dari kerajaan negeri pun tiada untuk Mersing. Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker janganlah tengok Mersing dan Endau ini sebagai pembangkang, tengoklah Mersing ini mampu memberi pulangan hasil kepada kerajaan negeri melalui PBT dan sebagainya. Banyak lagi kemudahan yang perlu kita naik taraf untuk bidang pelancongan di Mersing. Pedalaman Kuala Mersing memudahkan keluar masuk feri dan bot naik, naik taraf jeti Mersing, naik taraf Pantai Air Papan, pembukaan semula Taman Rekreasi Gunung Arong, pengindahan Pantai Tanjung Leman, semua ini perlukan sentuhan kerajaan negeri. Endau yakin jika kerajaan negeri mahukan rancangan pembangunan pelancongan untuk daerah Mersing, pihak Majlis Daerah Mersing bersedia membantu. Jadi kalau boleh turunkanlah juga sejumlah peruntukan untuk infrastruktur pelancongan di daerah Mersing.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, perkara ketiga ialah mengenai jaringan telekomunikasi luar bandar. Sedia maklum Mersing ini kawasan luar bandar, Tenggaroh dan Endau merupakan kawasan pinggir. Namun dengan kepesatan teknologi, anak-anak cucu pun semua dah ada gajet telefon sendiri. Tambahan pula kita baru selesai melalui proses PdPR yang panjang, yang mana dalam tempoh itu kita tengok keupayaan dan kecekapan masing-masing dalam mengendalikan pendidikan tanpa semuka telah berlaku. Endau nak rakamkan tahniah kepada kerajaan Johor atas pengumuman akan memasang Wifi di sekolah-sekolah agama dan masjid serta surau bagi manfaat anak-anak serta kariah. Jadi persoalannya apakah nasib anak-anak serta masyarakat Orang Asli di perkampungan Peta ataupun apakah nasib anak-anak di kawasan-kawasan kampung dalam kawasan DUN Endau? Endau bangkitkan soal ini kerana sejak tahun 2018 lagi Endau dah nyatakan masalah capaian talian yang teruk di kawasan Endau. Dah kalau nak cari talian telefon pun susah, macam mana pula nak cari capaian internet. Sejak Endau duduk di kerusi Wakil Rakyat ini, jawapan yang diterima akan, akan, akan, akan. Bajet dah ada, bajet akan turun tapi sehingga kini masih tiada perubahan. Jadi macam mana Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, anak-anak luar bandar ini nak terima maklumat dan carian di internet kalau kita tak selesaikan isu telekomunikasi ini. Kita berada di tahun 2022 dan dah nak masuk tahun 2023, tempat lain dah naik taraf 5G, tapi kawasan pedalaman, kawasan luar bandar nak dapat signal “e” pun payah Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker. Sehubungan dengan itu, Endau mohon kerajaan negeri sediakan sejumlah peruntukan untuk naik taraf pencawang di kawasan pedalaman dan luar bandar ini agar, “Maju Johor : Makmur Bersama Rakyat,” dapat dirasai oleh mereka dengan keprihatinan kerajaan negeri menyelesaikan hal ini.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, keempat ialah mengenai banjir, monsun dan nasib nelayan serta petani. Sesungguhnya setiap yang berlaku di muka bumi ini adalah atas kehendak dan kekuasaan Yang Maha Esa, bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Yasin ayat 82 yang maksudnya, “sesungguhnya keadaannya apabila Dia

menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya jadilah, maka terjadilah ia.” Menginsafi firman ini, kita sebenarnya menghampiri penghujung tahun dan sudah ada pun amaran-amaran monsun timur laut akan berlaku. Ia dikuatkan lagi dengan kesiapsiagaan agensi-agensi berkaitan dalam menghadapi monsun pada kali ini. Di kesempatan ini Endau merakamkan jutaan terima kasih kepada semua agensi yang telah bersedia dan akan bertugas menghadapi monsun timur laut ini.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, apabila monsun-monsun tiba, maka kita menjangkakan akan menerima taburan hujan yang tinggi serta lautan yang bergelora dan angin kuat, mungkin sehingga Mac tahun hadapan. Sudah pasti dengan kadar taburan hujan yang tinggi.

Timbalan Speaker

Endau, berhenti sekejap memberi laluan kepada azan.

(Berhenti sebentar kerana memberi laluan laungan azan)

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker. Sudah pasti dengan kadar taburan hujan yang tinggi, maka kawasan-kawasan yang rendah dan berisiko dinaiki banjir sehingga menyebabkan banjir pasti berlaku. Bahkan para nelayan tidak boleh turun ke laut untuk menangkap ikan dan para petani tidak boleh ke kebun disebabkan cuaca yang tidak menentu. Sudah pasti hal ini akan mengakibatkan hasil perikanan dan pertanian berkurangan dan pendapatan nelayan dan petani juga merudum. Jadi Endau berharap kerajaan negeri dapat membantu dengan menyediakan insentif atau bantuan kewangan secara One-Off kepada nelayan dan petani melalui Persatuan Nelayan kawasan dan Pertubuhan Peladang kawasan masing-masing. Dengan bantuan ini diharapkan ianya mampu menghilangkan sedikit gundah gulana mereka sepanjang menghadapi monsun timur laut ini. Di samping itu Endau mohon kerajaan negeri juga dapat menyediakan peruntukan tambahan kecemasan kepada Wakil-wakil Rakyat yang kawasannya berisiko serta dikenal pasti akan menghadapi banjir kerana perbelanjaan ketika banjir adalah amat diperlukan bagi menjaga kebajikan mangsa. Walau bagaimanapun, Endau sentiasa berdoa agar negeri Johor sentiasa terpelihara dari sebarang bala bencana ataupun musibah termasuklah banjir.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, yang terakhir Endau akan sentuh isu-isu secara ringkas sahaja. Yang pertama dalam awal pembentangan bajet tempoh hari Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengingatkan sebagai seorang yang beragama Islam, kita dituntut untuk sentiasa berpandu pada Al-Quran dan sunnah dalam segenap aspek kehidupan. Benar aspek ekonomi juga tidak terkecuali dan Endau juga ingin mengingatkan bahawa keadilan juga dituntut. Berasaskan hal ini, Endau berharap Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Johor bersedia melayani kami di barisan sini dengan seadilnya berpaksikan pesanan yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat tempoh hari. Ini termasuklah penyaluran peruntukan kepada pihak kami. Peruntukan ini bukan untuk mengkayakan kami, tetapi peruntukan ini 100% digunakan untuk kebajikan rakyat. Kami pembangkang, apakah sebenarnya kami dihukum atau rakyat yang sedang dihukum kerana memilih kami? Jadi Endau mohon kalau boleh 56 DUN dalam negeri Johor ini akan dapat merasai peruntukan yang sama atas semangat Bangsa Johor.

Kedua, berkaitan perkhidmatan bas Mersing – Endau yang telah diluluskan. Endau masih tidak lihat perkhidmatan ini sudah memulakan operasi. Jadi Endau mohon bantuan YB EXCO serta jabatan atau agensi berkaitan tengok balik dan mulakan operasi perkhidmatan sebab ia satu kepentingan dan satu keperluan untuk orang Endau.

Ketiga, Endau dimaklumkan bahawa terdapat kadar yang berbeza-beza di setiap daerah bagi pengurusan jenazah beragama Islam. Jadi boleh tidak YB EXCO Agama memberitahu Endau berapa sebenarnya kadar pengurusan jenazah yang telah ditetapkan oleh Jabatan

Agama Islam Johor dan adakah individu yang menguruskan jenazah terutamanya di hospital ada pentauliahan khas dari Pejabat Agama Islam Negeri Johor.

Yang terakhir, status jelapang padi untuk kawasan sawah padi di Semaloi dan Air Papan masih belum dimuktamadkan lagi. Jadi kalau boleh kepada YB EXCO Pertanian dapatlah tengok dan selesaikan perkara ini sebab ia menimbulkan keresahan kepada penanam-penanam padi di kawasan tersebut.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, rasanya cukuplah pada kali ini Endau bangkitkan isu-isu, pandangan, permasalahan orang kawasan Endau. Endau cukup yakin kepimpinan orang muda yang menerajui negeri Johor yang memahami denyut nadi rakyat, kerajaan yang kukuh di Johor ini sentiasa cakna dan mengambil berat serta prihatin dengan setiap suara yang dibawa di dalam Dewan ini. Besarlah harapan Endau, setinggi Gunung Arong, Mersing agar kerajaan negeri pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor menimbangkan serta meluluskan apa yang Endau bangkitkan. Pesanan Endau buat Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Johor pada yang dibangkitkan hari ini adalah Yang Amat Berhormat fikirlah masak-masak, jangan Yang Amat Berhormat tolak mentah-mentah kerana biarlah kita bekerja berasak, akhirnya rakyat jualah sudah memangkah. Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Terima kasih Endau, jemput Yang Berhormat Parit Yaani.

Datuk Mohamad Najib bin SamuriUMNO · BNParit Yaani

Bismillahirahmannirahim. Alhamdulillahirabbilalamin. (Selawat). Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia serta izinnya dapat bersama-sama di dalam Dewan yang mulia ini bagi membahaskan Belanjawan tahun 2023 untuk negeri Johor. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam maju Johor.

Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz Ghazi selaku Menteri Besar Johor serta seluruh EXCO kerajaan negeri Johor yang berjaya merangka belanjawan yang boleh disifatkan cukup menyeluruh serta cakna kepada seluruh segmen masyarakat di Johor ini. Tentunya setiap inti pati serta ikhtiar Belanjawan 2023 yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada Khamis lepas memberi makna besar dalam usaha kita semua membina semula daya saing ekonomi negeri Johor supaya terus maju dan berkembang pesat. Keris diacu pedang menahan, budi ditabur dikenang jasa, Johor maju berdaya tahan, moga makmur aman sejahtera. Johor mesti menjadi pemandu dan rujukan buat negeri-negeri lain. Berbekal keupayaan kita yang berjaya mencatat penerimaan pelaburan tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak RM60.9 bilion pada tahun ini. Ini jelas satu petanda yang amat baik buat Johor untuk kembali menjadi antara destinasi ekonomi pilihan bagi pelabur dalam dan juga luar negara.

Dan di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Yang Ke-10. Tak lupa saya juga ingin merakamkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Zahid Hamidi yang telah pun dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Pilihan raya Umum Ke-15 telah pun selesai, kini tiba masanya kita semua berganding bahu bersama-sama membangunkan negara ini. Kita berharap kerajaan baru di peringkat pusat dapat meningkatkan daya saing ekonomi negara serantau tanpa meminggirkan ataupun menganaktirikan negeri Johor khususnya berkaitan seperti projek-projek yang telah pun dirancang sebelum ini seterusnya memastikan negeri ini terus maju sepertimana yang kita semua mahukan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, walau bagaimanapun, beberapa petunjuk semasa baik dari dalam dan luar negara pada waktu ini memberi signal yang tidak menentu terhadap

pertumbuhan ekonomi negara khususnya menjelang awal tahun depan. Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa ataupun IMF sudah mengulangi amaran mengenai berlakunya kemelesetan ekonomi global pada tahun hadapan. Dengan IMF pula menjangkakan unjuran pertumbuhan pada 2023 adalah sekitar 2.9%, sementara Bank Negara Malaysia ataupun BNM pada awal bulan lalu hanya meletakkan bahawa ekonomi negara diunjurkan berkembang sebanyak 4.0% hingga 5.0% pada 2023. Manakala kadar inflasi bagi keseluruhan pula dijangka berada antara 2.8% dan 3.3% pada 2023. Semua jangkaan ini sekiranya berlaku pastinya akan memberi kesan langsung terhadap pertumbuhan ekonomi negeri Johor selain tahap kesejahteraan rakyat yang terpaksa berdepan kesulitan serta kepayahan dalam meneruskan kelangsungan hidup mereka. Ini kerana trend kenaikan kadar inflasi yang tinggi sebelum ini dan dijangka berterusan sehingga tahun hadapan berupaya menjejaskan kuasa beli dan simpanan rakyat.

Maka untuk itu, kerajaan negeri Johor perlu bersedia dengan situasi kelembapan ekonomi global pada tahun hadapan. Di sebalik usaha kita mengejar kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi bagi negeri Johor untuk 2023 jangan pula kita leka dengan tuntutan dan tanggungjawab dalam menjamin soal kebajikan kepada Bangsa Johor. Bangsa Johor khususnya golongan yang memerlukan, mereka yang masih bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup, belia yang masih menganggur dan tidak bekerja, peniaga dan penjaja yang berdepan cabaran memulihkan semula modal perniagaannya. Semua mereka ini perlu dilindungi dan terus diberi perhatian yang sewajarnya dalam situasi ekonomi yang lembab. Jangan pula kita sampai nanti waktunya tiba kita berbangga dengan prestasi dan angka-angka pertumbuhan ekonomi negeri yang terus kukuh. Namun realitinya yang dirasai oleh rakyat di bawah ini adalah derita dan kepayahan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam perbahasan kali ini saya juga ingin menyentuh mengenai beberapa pendekatan dan ikhtiar yang diambil oleh kerajaan negeri khususnya mengenai penubuhan Jabatan Media Digital Johor ataupun MDJ yang juga merupakan cetusan idea Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor. Mengambil kira suasana serta cabaran globalisasi semasa di mana rakyat boleh mengakses maklumat secara mudah atau tanpa sempadan ini maka sewajarnya perlu ada satu mekanisme yang jitu di peringkat kerajaan negeri untuk mengekang penyebaran sebarang maklumat dan juga berita-berita palsu khususnya yang bertebaran tanpa kawalan di media sosial hari ini. Saya memuji usaha Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk merealisasikan penubuhan Jabatan Media Digital Johor ini sebagai komitmen kita bersama untuk memastikan keharmonian hidup bermasyarakat warga Johor di samping menjamin sistem penyampaian kerajaan negeri yang lebih berkesan dan efisien. Selain itu, MDJ ini boleh menjadi medium rujukan kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat dan berita yang sahih daripada pihak berautoriti yang membabitkan agensi dan jabatan kerajaan negeri. Kita tidak mahu pelbagai penyebaran berita palsu seperti sebelum ini terutamanya ketika negara ini dilanda pandemik COVID-19 baru lalu sehingga mengakibatkan rakyat keliru, bingung, bimbang berulang lagi selepas ini. Di sini saya suka juga mencadangkan agar MDJ ini bukan sahaja menetapkan peranannya untuk mengikis berita-berita palsu sebaliknya turut diberi tugas lebih mencabar iaitu untuk mengesan, mengenal pasti sekali gus mengheret mana-mana individu serta pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang didapati menyebarkan maklumat tidak sahih di media sosial, supaya maklumat profil mereka ini dapat diserahkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan undang-undang ke atasnya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga mahu menyentuh mengenai inisiatif Gerak Kerjaya Johor 2023 yang menyediakan peruntukan sebanyak RM500,000.00 serta karnival TVET SMI 2023 dengan peruntukan sebanyak RM300,000.00. Kedua-dua inisiatif ini begitu diperlukan dan begitu mendesak terutamanya ketika negara sedang bergerak ke arah pemulihan ekonomi yang sebenar. Sokongan kerajaan negeri menerusi perlaksanaan dua inisiatif ini akan membolehkan lebih ramai anak muda dan belia khususnya di negeri Johor ini diberi peluang untuk mendapatkan pekerjaan terutama selepas mereka menamatkan pengajian di pusat-pusat pengajian tinggi. Malah, pelajar-pelajar sekolah juga akan dapat

digilap mereka ini dengan latihan-latihan kemahiran bagi memenuhi kehendak Revolusi Industri 4.0. Semua ini secara langsung tentunya akan membantu negara khususnya negeri Johor ini dalam ikhtiar yang berterusan kita untuk mengurangkan secara konsisten kadar pengangguran di kalangan belia Johor ini untuk tempoh sederhana ini lah.

Yang Berhormat Datuk Speaker, syukur alhamdulillah, baru-baru ini kita dapat melihat pencapaian yang sangat cemerlang atlet-atlet kita terutamanya dalam pencapaian SUKMA ataupun Sukan Malaysia pada tahun baru sudah ini ataupun tempoh hari lah. Sudah tentunya usaha lebih keras mesti dirangka kerajaan negeri ini dan persatuan-persatuan sukan di negeri ini dalam memastikan tahap cemerlang diraih atlet dan belia dalam SUKMA dapat diteruskan selepas ini. Betul kejayaan kita merangkul kutipan 77 emas, 52 perak dan 43 gangsa sekali gus mencipta sejarah baru buat negeri Johor di pentas SUKMA. Ini membuktikan bahawa Johor ini memiliki potensi yang sangat hebat dalam bidang sukan.

Dan di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih saya secara peribadi kepada kerajaan negeri Johor yang telah melantik saya selaku Ketua Kontinjen SUKMA tempoh hari bersama-sama dengan YB Bekok dan juga YB Kemelah. Terima kasih juga saya ucapkan kepada seluruh team Majlis Sukan Negeri Johor, pegawai pasukan dan seluruh barisan kejurulatihan yang memberi komitmen penuh sepanjang temasya tersebut berlangsung. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Namun kejayaan dan rekod cemerlang ini tidak boleh lah hanya bertahan setakat tahun ini sahaja. Kita mesti memastikan kesinambungan kejayaan ini berterusan dan kita pastikan prestasi atlet dapat dikekalkan dalam SUKMA akan datang. Kejayaan ini perlulah dilihat seiring dengan prestasi yang begitu konsisten pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim yang menjuarai piala Liga Super 9 kali berturut-turut. Tahniah. Jangan kita leburkan kejayaan yang kita kecapi sebelum ini dan untuk itu saya yakin perancangan kerajaan negeri menerusi Program GRIT 2030 dan program GOAL Johor contohnya yang meletakkan matlamat menjadikan negeri Johor sebuah Sport Power House dengan izin, menjelang tahun 2030 serta untuk melahirkan atlet pelapis negeri Johor yang kompetitif dan bersedia untuk membawa cabaran sukan di peringkat yang lebih tinggi. Akan mampu merealisasikan hasrat untuk mencapai dan mengulangi rekod terbaik Johor dalam sukan selepas ini. Di samping rekod kejayaan sukan negeri yang membanggakan sebelum ini, fokus kita untuk terus membangunkan kualiti belia Bangsa Johor jangan pula di kesampingkan.

Usaha untuk menarik anak muda supaya terlibat dalam program sukarelawan wajar digandakan. Golongan muda mesti dilatih, dibimbing dengan semangat serta budaya sukarelawan yang tinggi, di sinilah peranan kita, Wakil-Wakil Rakyat, 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor ini untuk mengajak anak muda kita menabur khidmat di kawasan masing-masing. Kita harus tunjukkan bahawa belia Johor adalah kelompok anak muda yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap permasalahan yang dihadapi masyarakat setempat. Untuk itu, saya menyokong komitmen Kerajaan Negeri Johor menerusi inisiatif Southern Volunteers ataupun SV. Prihatin untuk membantu membaiki atau dekorasi rumah asnaf di setiap 56 kawasan DUN Johor. Dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00. Selain itu, inisiatif Skuad Muda Southern Volunteers (SV) yang akan dilaksanakan oleh Pusat Pembangunan Belia Johor ataupun JOYDEC dengan peruntukan sebanyak RM200,000.00 yang akan dimulakan dengan sebuah sekolah di setiap 56 kawasan DUN Johor.

Secara peribadi, saya ingin mencadangkan jika boleh, had umur 18–21 tahun diberi keutamaan, diberi keutamaan dalam penglibatan SV ini. Memandangkan anak muda berumur 18 tahun ini baharu sahaja selesai tamat persekolahan peringkat SPM ataupun Sijil Pelajaran Malaysia dan mereka semuanya sedang mengatur langkah ke alam pekerjaan, sementara menunggu peluang untuk melanjutkan pelajaran. Melalui program SV ini, kerajaan negeri sedikit sebanyak akan dapat membantu anak muda 18-21 tahun mengisi masa lapang serta melakukan aktiviti berfaedah di samping dapat meningkatkan keyakinan dan juga jati diri mereka.

Yang Berhormat Datuk Speaker, seterusnya menyentuh isu infra rakyat. Kerajaan negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor ataupun PKPJ mensasarkan pembinaan 21,139 unit Rumah Mampu Milik Johor ataupun RMMJ di seluruh negeri Johor dalam tempoh 5 tahun ini. Untuk tahun 2023, sejumlah 1,967 unit dijangka siap yang melibatkan daerah Johor Bahru, Batu Pahat, Kota Tinggi, Kluang, Mersing, Kulai dan Tangkak. Ini juga satu perkara yang begitu dinantikan oleh seluruh rakyat Johor terutamanya anak muda yang baharu memulakan kehidupan berkeluarga atau mereka yang tidak mampu membeli serta memiliki kediaman-kediaman berharga ratusan ribu yang dibina di lokasi yang strategik di bandar dan pinggir bandar. Cuma, apa yang saya harapkan supaya perlaksanaan inisiatif RMMJ ini dapat lah kiranya supaya ianya dipermudahkan khususnya supaya anak-anak muda dan belia yang tidak mempunyai pendapatan tetap ataupun bekerja sendiri ini dapat dibantu. Diharap proses kelulusan bagi pemohon-pemohon ini dapat dipercepat di samping urusan birokrasi dapat dikurangkan, khususnya yang membabitkan semakan dokumen-dokumen yang ada kalanya menyebabkan proses permohonan ini menjadi rumit dan tangguh berbulan-bulan.

Akhir kali Yang Berhormat Datuk Speaker, usaha kerajaan negeri dalam membina, menaik taraf dan menyelenggara kemudahan jalan dan jambatan serta sistem perparitan dan lampu jalan yang melibatkan peruntukan MARRIS dan peruntukan langsung daripada Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT wajar supaya kerja-kerja ini dilaksanakan dengan segera dan berkala khususnya yang melibatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Johor ini antara negeri yang berada dalam zon bencana khususnya banjir, di kawasan DUN Parit Yaani malah di kawasan DUN lain juga, bahkan banjir yang berulang ini bukan satu perkara yang pelik. Setiap kali musim hujan, musim tengkujuh, air di sungai-sungai utama akan naik dan mengakibatkan kawasan-kawasan sekitarnya banjir. Jadi kerja-kerja penyelenggaraan ini penting dan mesti dilaksanakan segera terutama jika sesuatu kawasan itu didapati mengalami masalah sistem perparitan. Selain itu segala projek yang sedang dilaksanakan mahupun yang sedang dirancang sebelum ini juga perlu dipantau…

Timbalan Speaker

Masa dah habis.

Datuk Muhamad Najib bin SamuriUMNO · BNParit Yaani

Sikit lagi. Dengan teliti serta berfokus, di Parit Yaani terdapat cadangan projek Menaik taraf Persimpangan Jalan Tongkang Pechah – Jalan Bindu serta membina sebuah jenis culvert di Jalan Tongkang Pechah, Batu Pahat. Saya amat berharap agar cadangan projek ini dapat direalisasikan dengan segera. Untuk itu, semoga apa yang dirancangkan dapat dijayakan dengan sempurna dan akhirnya dapat memberi kesejahteraan kepada rakyat. Demi Johor, Parit Yaani mohon menyokong. Semarak Parit Yaani! Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Parit Yaani.

Datuk Muhamad Najib bin SamuriUMNO · BNParit Yaani

Terlebih pulak kak, kak.

Timbalan Speaker

Oleh kerana kita ada masa lagi 10 minit, Penggaram boleh nak sambung? Untuk beri peluang untuk mereka dapat…

Puan Gan Peck ChengDAP · PHPenggaram

Saya nak tamat pada hari ini boleh? Saya tak nak sambung pada esok. Kalau nak bagi peluang untuk ucap pada hari ini, bolehkah saya tamat pada hari ini? Saya tak nak sambung pada sebelah esok pagi. (Dewan ketawa).

Timbalan Speaker

Tak nak 2 hari? (Dewan ketawa). Ahli-Ahli Yang Berhormat Persidangan ini saya tangguhkan sehingga esok, 6 Disember 2022, jam 9.30 pagi.

Persidangan ditangguhkan pada jam 4.52 petang.