Johor · 11 December 2022
1st session, 4th meeting · 263 turns · 19,235 words · official PDF ↗
ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.
Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. (Bacaan selawat). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Maju Johor.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini ingin merakamkan setinggi tahniah kepada Yang Berhormat Simpang Jeram yang dilantik sebagai Menteri dan Yang Berhormat Perling yang dilantik sebagai Timbalan Menteri. Selamat menjalankan tugas dan jangan lupa tahun hadapan sediakan jamuan durian untuk kita semua. Boleh Yang Berhormat ya? (Ketawa).
Soalan-Soalan Lisan.Questions
Ahli-Ahli Yang Berhormat, dijemput Yang Berhormat Sedili.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 1.
Melihat ada di kalangan warga yang terlantar sakit di rumah, Sedili mencadangkan agar pihak klinik dan hospital mengadakan khidmat pemantauan pesakit di rumah bagi memberi rawatan kepada pesakit yang tidak berkemampuan seperti Klinik Bergerak khas terutamanya untuk penduduk luar bandar.
Terima kasih Datuk Speaker. Salam perpaduan, salam Bangsa Johor, salam Maju Johor. Seisi Dewan sekalian, terutamanya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk ucap tahniah kepada Simpang Jeram atas pelantikannya sebagai Menteri dan juga tahniah kepada Yang Berhormat Perling di atas pelantikan sebagai Timbalan Menteri yang telah diangkat sumpah pada semalam dan mudah-mudahan atas pelantikan tersebut, YB dapat membantu Negeri Johor untuk membawa lebih lagi pelabur... pelaburan yang berkualiti dan menawarkan pendapatan yang tinggi masuk ke Negeri Johor, mudah-mudahan.
Untuk makluman Yang Berhormat YB Sedili, perawatan di holistik kepada pesakit adalah prinsip kepada perkhidmatan kesihatan di semua klinik kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Perkhidmatan klinik bergerak memang sedia ada disediakan bagi golongan di luar bandar ataupun pinggiran serta Orang Asli yang terletak berjauhan dan mengalami kesukaran untuk capai kepada fasiliti kesihatan.
Di Kota Tinggi terdapat 4 klinik bergerak, memberikan perkhidmatan di 4 lokaliti dan 1 khusus untuk kawasan Sedili yang meliputi kawasan pinggiran. Bagi kes-kes seranta di rumah, terdapat lawatan rumah dilakukan melalui perkhidmatan domisiliari penjagaan pesakit di rumah yang diberikan daripada KK berdekatan. Melalui perkhidmatan ini, penjagaan pesakit termasuk dengan perawatan rehabilitasi turut diberikan kepada pesakit.
Pendidikan kesihatan termasuk cara penjagaan bagi pesakit terlantar turut diberikan kepada keluarga. Ini bagi memastikan ahli keluarga dapat dan mampu menjaga pesakit tersebut
secara berkualiti. Setakat ini terdapat 33 kes pada tahun 2022 termasuk kes terlantar di Kota Tinggi, termasuk di Sedili telah dilihat di bawah perkhidmatan ini.
Selain itu, terdapat juga lawatan rumah yang dilakukan di bawah perkhidmatan ibu hamil, post-natal dan anak, di mana jururawat boleh menyalurkan info untuk mengerakkan pasukan PPD dengan segera. Secara keseluruhan perkhidmatan kesihatan yang diberikan adalah menyeluruh merangkumi golongan kurang berkemampuan termasuk penduduk di luar bandar. Sekian jawapan saya. Sekian terima kasih.
Saya jemput Yang Berhormat Tangkak.
Selamat sejahtera, selamat pagi Yang Berhormat Datuk Speaker. Soalan Tangkak nombor 2.
Sila nyatakan skim-skim bantuan yang disediakan kepada petani dan sejauh manakah keberkesanan bantuan-bantuan ini.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Tangkak.
Yang Berhormat, terdapat pelbagai bantuan dan insentif Kerajaan menerusi pelbagai agensi yang diberikan kepada para pemain industri sektor pertanian sama ada kepada petani yang berskala kecil, sederhana mahupun besar. Secara umumnya, usahawan tani yang komited dengan projek-projek pertanian di bawah bidang-bidang berkaitan akan diberi insentif menerusi aliran aktiviti di dalam setiap peringkat rantaian nilai iaitu:-
1. Aktiviti pembangunan ladang. 2. Insentif ke arah persijilan ladang. 3. Aktiviti pengeluaran hasil ladang. 4. Pembangunan produk. 5. Pemasaran.
Yang Berhormat Datuk Speaker, secara keseluruhan peruntukan pembangunan untuk tahun 2022 untuk para petani dan pemain industri pertanian luar bandar, terdapat 8 agensi dan jabatan yang terlibat iaitu Jabatan Pertanian Negeri Johor dengan peruntukan sebanyak RM32 juta, Jabatan Perikanan Negeri RM3.75 juta, Jabatan Perkhidmatan Veterinar RM6.18 juta, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Johor RM2.58 juta, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia RM11.108 juta, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian atau MARDI RM1.48 juta, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau FAMA RM1.075 juta dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia RM2.954 juta.
Keseluruhan peruntukan untuk tahun 2022 adalah sebanyak RM60.024 juta yang meliputi 149 program dan memberi manfaat kepada 18,251 penerima.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya tak dapat bacakan satu-persatu agensi ataupun jabatan yang terlibat cuma saya ingin berikan 2 contoh jabatan iaitu Jabatan Pertanian Negeri Johor. Jabatan Pertanian adalah agensi jabatan yang terlibat secara langsung membantu para petani. Melalui Jabatan Pertanian terdapat pelbagai projek pembangunan menerusi 3 kategori insentif yang boleh salurkan kepada golongan sasar iaitu-
1. Kategori insentif pembangunan tanaman makanan meliputi 12 projek dan pembangunan termasuk program atau projek pembangunan industri pengeluaran tanaman utama.
2. Projek Pembangunan Sawah Padi.
3. Projek Pembangunan Komoditi Berpotensi.
4. Projek Pembangunan Industri Kelapa.
5. Projek Pembangunan Dan Memperkasa Taman Agro Makanan.
6. Projek Pembangunan Industri Kopi.
7. Pembangunan Industri Pertanian Moden.
8. Projek Pembangunan Belia Tani.
9. Projek Pembangunan Pertanian Lestari.
10. Projek Pertanian Memperkasa Baka Baru Tanaman.
11. Projek Galakan Ekonomi Tanaman Rakyat.
12. Projek Agro Mix Farm, Segamat.
Menerusi projek tersebut, pengusaha tanaman makanan akan diberikan bantuan dari segi pembangunan kawasan sedia ada, memperoleh input pertanian, yang ketiga menyediakan infrastruktur ladang, yang keempat menerusi kemudahan pengendalian lepas tuai.
Yang kedua ialah kategori pembangunan industri asas tani yang melibatkan 2 projek iaitu Projek Pembangunan Industri Asas Tani dan kedua, Projek Perintis Keusahawanan Pertanian Negeri Johor.
Menerusi projek insentif tersebut, pengusaha industri asas tani atau IAT akan diberikan bantuan dari segi perolehan mesin dan peralatan. Yang kedua, dari segi bina baru dan naik taraf bengkel dan yang ketiga, pembungkusan dan pelabelan.
Untuk kategori yang ketiga pula ialah pembangunan modal insan. Ianya meliputi 2 projek iaitu projek pengembangan dan pertandingan. Yang kedua, projek program latihan keusahawanan tani.
Yang Berhormat Datuk Speaker, selain daripada Jabatan Pertanian satu lagi agensi yang saya boleh beri contoh ialah agensi atau jabatan Lembaga Pertubuhan Peladang atau LPP Negeri Johor. Lembaga Pertubuhan Peladang LPP turut berperanan dalam usaha membantu dan memperkasa para petani dan peladang dalam menjalankan aktiviti pertanian. Setiap tahun LPP menyediakan pelbagai peruntukan untuk membantu pekebun-pekebun kecil. Untuk tahun 2022 sahaja, sejumlah lebih kurang RM6.189 juta diperuntukkan kepada 119 orang peserta melalui 4 program iaitu :-
1. Program Geran Agropreneur Muda melibatkan RM889,000.00 kepada 53 orang peserta.
2. Program Rise Up melibatkan RM1,199,450.00 kepada 42 orang peserta.
3. Program E-Satelite melibatkan peruntukan sebanyak RM101,050.00 kepada 4 orang peserta.
4. Program Agriprentice melibatkan peruntukan sebanyak RM400,000.00 kepada 2 orang peserta.
Keseluruhan Lembaga Pertubuhan Peladang pada tahun 2022 menerusi 4 program telah memperuntukkan RM6,189,500.00 dan memberi manfaat kepada 119 orang peserta. Sekian.
Ya sila Tangkak.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih dan tahniah kepada YB EXCO dan juga Jabatan Pertanian termasuk agensi-agensi yang terlibat dalam mempelbagaikan bantuan-bantuan terutama kepada petani... err tetapi kami sedia maklum, golongan petani ini masih ramai yang tercicir dalam skim-skim bantuan dan juga insentif yang telah disediakan oleh kerajaan untuk membantu mereka. Dan, salah satu masalah adalah mengenai penyebaran maklumat kepada mereka, mereka ada yang masih tidak tahu tentang skim bantuan ini, yang masih tidak tahu cara untuk memohon. Jadi Tangkak mintak adakah boleh Jabatan Pertanian terutama di peringkat daerah boleh maklumkan kepada Wakil-Wakil Rakyat berkenaan dengan skim-skim bantuan yang sedang dijalankan supaya kita boleh bantu.
Dan kedua apakah usaha yang akan diambil oleh Jabatan Pertanian bagi menyebarkan lebih luas ataupun memaklum lebih ramai golongan petani dan penternak berkenaan dengan bantuan-bantuan yang sedia ada. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.
Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih atas soalan tambahan daripada Tangkak. Saya bersetuju bahawa ramai daripada kalangan petani atau pekebun di peringkat lapangan tidak mengetahui secara keseluruhan peruntukan atau projek-projek pembangunan yang dibantu oleh Jabatan Pertanian termasuk juga Veterinar, Perikanan dan sebagainya. Kerana kalau mengikut keseluruhan peruntukan yang saya sebutkan tadi RM60.024 juta setahun melibatkan 149 program atau projek dan memberi manfaat kepada 18,251 penerima ini, sudah pasti tidak semua rakyat pemain utama di dalam bidang pertanian ini mengetahui projek atau program tersebut. Justeru seperti yang saya sebutkan dalam jawapan pada penggal lepas ataupun sesi yang lepas, saya harapkan agar petani-petani atau pemain-pemain utama sektor pertanian industri asas tani dan luar bandar ini, kerana berhampir... hampir atau berdekatan dengan Jabatan Pertanian, kerana ada banyak perkara yang Jabatan Pertanian boleh dedahkan kepada mereka.
Yang Berhormat Datuk Speaker, jika mereka gagal untuk mendekati Jabatan Pertanian, termasuk Perikanan, Veterinar dan Lembaga Pertubuhan Peladang, saya bimbang ada banyak peruntukan yang sepatutnya mereka perolehi, mereka tidak dapat mengetahui dan mereka tak dapat mengetahuinya. Justeru, sekali lagi saya ulang saya harap Wakil-Wakil Rakyat yang ada termasuk mereka yang terlibat dalam industri pertanian ini, termasuk veterinar dan penternakan dan perikanan, hadir kerap hadir ke jabatan-jabatan berkenaan mengetahui apa perkara yang terdapat ataupun yang disediakan oleh jabatan.
Tuan-tuan Ahli-Ahli Yang Berhormat saya ulang semula, terdapat RM60.024 juta peruntukan disediakan oleh kerajaan setiap tahun kepada para penternak, petani, nelayan dan sebagainya. Saya harap Ahli-Ahli Yang Berhormat akan sampaikan mesej ini ke bawah supaya rakan-rakan kita yang mengusahakan pertanian ini kerap hampir ke jabatan untuk mereka berikan penerangan kepada petani-petani. Dan saya telah mengingatkan kepada ketua-ketua jabatan terutama di bawah portfolio ini supaya sentiasa memberikan penerangan kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih.
Jemput Mengkibol.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih jawapan EXCO mengenai bantuan-bantuan terhadap pertanian. Mengikut jawapan yang saya terima di penggal yang lepas, pada tahun 2020, terdapat sebanyak
18,000 ekar tanah terbiar kerajaan. Mengikut jawapan yang saya terima pada penggal yang lepas semasa YB Semarang, rakan jawatan EXCO Pertanian, terdapat 10,000 hektar tanah terbiar di negeri Johor.
Jadi soalan saya, bagaimana adakah terdapat apa-apa skim bantuan untuk membantu terutamanya golongan muda mengguna teknologi moden untuk menerokai tanah terbiar ini demi menjaminkan food security? Terima kasih.
Yang Berhormat, bagi menjawab soalan Mengkibol, langkah pertama yang perlu dilakukan oleh mereka yang ingin mengusahakan tanah-tanah terbiar ini ialah pertama mengenal pasti tanah terbiar tersebut dan yang kedua ialah berhubung dengan pejabat tanah daerah supaya mengesahkan tanah terbiar ini dan boleh memohon untuk mengerjakan tanah tersebut atas kebenaran daripada atau kelulusan daripada pejabat tanah. Selain daripada itu, untuk mengusahakan tanah-tanah tersebut :
Pertama, pemain-pemain ini mestilah mengusahakan terlebih dahulu tanah tersebut. Tak boleh terus minta dengan kerajaan kerana kita bimbang jika peruntukan diturunkan kepada mereka yang bercadang untuk mengusahakan tanah-tanah ini, setelah peruntukan diturunkan tiba-tiba mereka tak menjalankan aktiviti pertanian atau terberhenti tengah jalan, jadi kita rugi. Jadi, mereka harus menjalankan dulu sebahagian, kerajaan akan bantu untuk sebahagian.
Dan untuk makluman Ahli Dewan, untuk program-program bagi masyarakat muda atau golongan muda ini, kita ada banyak program yang ditumpukan atau dikhususkan kepada anak muda antaranya ialah Program Agropreneur Muda (APM) iaitu insentif bantuan dalam bentuk geran untuk menjalankan projek-projek Pertanian dan Industri Asas Tani dan peruntukan maksimum untuk setiap anak muda yang memulakan program ini ialah sebanyak RM20,000.00 seorang yang akan diberikan kepada peserta yang berkelayakan. Yang penting pada saya ialah kenal pasti tanah-tanah terbiar ini, dapatkan kebenaran pejabat tanah barulah kita berhubung dengan pejabat pertanian. Terima kasih.
Dijemput Yang Berhormat Mahkota.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Buah durian jenis tembaga, soalan Mahkota nombor 3.
Mohon Pihak Berkuasa Tempatan khususnya di DUN Mahkota menyatakan secara terperinci langkah-langkah perancangan, persediaan dan pelaksanaan yang diambil oleh Kerajaan Johor bagi menghadapi banjir kilat dalam kerangka kesan perubahan iklim termasuk kedatangan musim tengkujuh tahun ini secara menyeluruh di Johor.
Wah, senyum Mahkota hari ini ya.
Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor sentiasa peka dengan masalah banjir kilat yang sering berlaku apabila kedatangan musim tengkujuh. Langkah-langkah perancangan, persediaan dan pelaksanaan telah diambil oleh PBT negeri Johor sebagaimana berikut :
Pertama, melantik kontraktor bagi kerja penggalian dan pembersihan sistem saliran bandar di bawah kawasan pentadbiran PBT. Kedua, memastikan infrastructure seperti sistem saliran, kolam tadahan dan perangkap sampah diselenggarakan dengan baik. Ketiga, kerja penggalian di laksanakan bagi memastikan kapasiti saliran mencukupi untuk menampung air sebagaimana reka bentuk.
Yang Berhormat Datuk Speaker, berdasarkan penyelarasan dan mesyuarat bersama Pihak Berkuasa Tempatan, terdapat 120 hotspot banjir kilat yang telah dikenal pasti di negeri Johor di dalam kawasan PBT. Dan, Pihak Berkuasa Tempatan yang paling banyak ialah berada di Majlis Bandaraya Johor Bahru iaitu 36 hotspot banjir dan tidak dinafikan Majlis Perbandaran Kluang, sekitar 23 hotspot banjir menjadikan jumlah keseluruhan 120. Bagi tahun, di peringkat MP Kluang telah membelanjakan sekitar sepanjang 3 tahun ini, tahun 2020 RM6.4 juta 15 projek; 2021 RM1.6 juta dan 2022 RM4 juta. Sebanyak RM12 juta diperuntukkan untuk mengatasi isu banjir kilat di daerah di PBT Kluang. Berjumlah kebanyakan jumlah dia 35 projek. Terima kasih.
Saya jemput Yang Berhormat Endau.
Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Endau nombor 4.
Sebagai laungan Bangsa Johor, wajarkah penganjuran Sukan Bangsa Johor dipolitikkan di mana peruntukan untuk melaksanakan program tersebut tidak diuruskan oleh pihak pembangkang, dan adakah penyelaras DUN berfungsi mengurus serta membelanjakan peruntukan kerajaan di kawasan pembangkang?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Endau. Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan dari Yang Berhormat Endau berbunyi wajarkah penganjuran Sukan Bangsa Johor dipolitikkan di mana peruntukan untuk melaksanakan program tersebut tidak diuruskan oleh pihak pembangkang, dan adakah penyelaras DUN berfungsi menguruskan serta membelanjakan peruntukan kerajaan di kawasan pembangkang?
Penganjuran Sukan Bangsa Johor dipolitikkan. Jawapan saya Yang Berhormat Endau, janganlah politikkan sukan ini kerana sukan ini menyatupadukan semua Bangsa-Bangsa Johor. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Endau, sedikit info berkenaan Sukan Bangsa Johor. Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini, sukan ini adalah kesinambungan daripada Program Karnival Jawatankuasa Penerangan Mukim-Mukim ataupun lebih dikenali JPMM yang telah diadakan pada tahun 2015 lagi. Ianya merupakan acara tahunan negeri Johor yang diberi nafas baru. Sejajar dengan pendekatan kerajaan negeri Johor ketika itu. Sukan ini turut dikenali sebagai Sukan Muafakat, bukan Muafakat Nasional, Sukan Muafakat dan Sukan Makmur sebelum ini. Ianya juga dijenamakan semula sebagai Sukan Bangsa Johor pada tahun ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat Endau. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan negeri Johor mempunyai tatacara, setiap perbelanjaan haruslah mempunyai tatacara yang betul dan selaku EXCO yang dipilih, yang dilantik, saya memastikan tatacara kewangan haruslah menepati semua langkah-langkah. Dan, melalui Majlis Sukan Negeri Johor telah pun berjaya menganjurkan sukan Bangsa Johor ini pada 22 hingga 23 Oktober yang lalu. Tahniah diucapkan Yang Berhormat Kota Iskandar kerana DUN Kota Iskandar telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Sukan Bangsa Johor pada tahun 2022. (Dewan bertepuk). Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.
Jemput Pemanis.
Terima kasih Datuk Speaker. Saya melihat Sukan Bangsa Johor ini merupakan satu usaha yang baik sebenarnya daripada kerajaan negeri untuk melahirkan lebih ramai atlet-atlet terutamanya apabila Johor telah mendapat tempat pertama pada Sukan SUKMA yang lepas. Jadi, soal dipolitikkan ini saya ingin
bertanya kepada YB EXCO, adakah dengan istilah politik ini, mereka yang menguruskan Sukan Bangsa Johor ini dengan baik dan dapat dilaksanakan dengan betul dari segi peruntukan ini. Kita lihat adalah sebenarnya satu perkara yang tidak sepatutnya diletakkan sebagai istilah politik, tapi lebih kita isytiharkan sebagai perkataan tanggungjawab kerana ia dapat dilaksanakan dengan baik. Jadi, soalan saya setuju tak Yang Berhormat EXCO, jika perkara ini kita dapat teruskan lagi pada masa akan datang untuk memastikan lebih ramai lagi bakat-bakat baru dan atlet-atlet yang berketerampilan kita boleh ketengahkan melalui Sukan Bangsa Johor ini. (Dewan bertepuk). Terima kasih.
Insya-Allah, terima kasih Yang Berhormat Pemanis. Yang Berhormat Datuk Speaker, sebab itu saya awal mukadimah tadi, saya tak nak sebut pasal politik sebab kita duduk di sini selaku pembangkang dan kerajaan negeri pun datangnya daripada politik. So, pastinya kita kena cari mekanisme bagaimana kaedah-kaedah untuk kita memastikan khususnya anak-anak muda dapat bersukan dengan cara yang betul. Sebab itulah penganjuran yang dianjurkan oleh kerajaan negeri since, dengan izin, bermula tahun 2015 ini dan terhenti Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat Pemanis pada tahun 2018, 2019 kita terhenti dan seterusnya ada COVID dan insya-Allah dengan cadangan Pemanis ini, dengan berkat insya-Allah doa dan usaha daripada semua pihak, daripada blok kerajaan mahupun pegawai-pegawai kerajaan, insya-Allah usaha Sukan Bangsa Johor ini akan kita teruskan pada tahun-tahun seterusnya. Siapa saja jadi kerajaan kita perlu buat sukan ini dengan jayanya. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. (Dewan bertepuk). .
Elok juga Yang Berhormat adakan pertandingan bola sepak persahabatan team kerajaan lawan team pembangkang. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Raja.
Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Pasir Raja nombor 5.
Di dalam teras Jaringan Keselamatan Sosial terdapat lima komponen utama, salah satunya internet dan komunikasi. Sehingga hari ini, apakah status pelaksanaannya di kawasan-kawasan di dalam DUN Pasir Raja yang mempunyai masalah liputan?
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Maju Johor. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, juga terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Raja atas soalan yang telah diberikan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, untuk makluman Yang Berhormat, pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa 1 yang kini sedang giat dilaksanakan oleh kerajaan melalui SKMM adalah bagi meningkatkan tahap kesalinghubungan serta kualiti perkhidmatan jalur lebar di seluruh Malaysia termasuk di kawasan DUN Pasir Raja. Inisiatif JENDELA fasa 1 bagi DUN Pasir Raja merangkumi perkara seperti berikut :
Yang pertama, perancangan pembinaan 4 buah menara pemancar 4G baru. Kedua, penaiktarafan 56 stesen pemancar kepada teknologi 4G. Yang ketiga, penyediaan sambungan gentian optik kepada 5,526 premis yang dijangka akan siap sepenuhnya selewat-lewatnya suku keempat tahun 2023.
Juga dimaklumkan, lokasi pembinaan 4 buah menara baru adalah seperti berikut : Kampung Tai Hong dalam pelaksanaan, Kampung Baru Sungai Telor dalam pelaksanaan, FELDA Bukit Ramun dan Desa Mahkota, Kampung Rantau Panjang juga dalam perlaksanaan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, untuk makluman sidang Dewan yang mulia ini, usaha penambahbaikan liputan dan rangkaian adalah merupakan satu usaha yang berterusan oleh kerajaan agar kualiti pengalaman oleh pengguna sentiasa diperbaiki dari semasa ke
semasa. Fasa 2 JENDELA seterusnya akan memberi tumpuan untuk merapatkan jurang digital yang tidak tercapai ketika fasa 1. Maklum balas daripada orang awam juga bagi kawasan secara spesifik yang masih mempunyai masalah perkhidmatan adalah amat-amat dialukan bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil. Sebarang aduan yang berkaitan kualiti perkhidmatan dan rangkaian telekomunikasi bolehlah disalurkan terus kepada portal Aduan MCMC menerusi pautan laman web aduan SKMM. Sekian, terima kasih.
Saya jemput Yang Berhormat Bukit Batu.
Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan nombor 6.
Adakah kerajaan negeri mempunyai hasrat dan pelan jangka panjang untuk mengembangkan rangkaian pengangkutan awam di negeri Johor?
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat sejahtera, salam Maju Johor. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Bukit Batu.
Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Batu, pengangkutan awam di negeri Johor dilihat sedang berkembang dengan pelan-pelan perancangan, pembangunan pengangkutan awam yang akan dilaksanakan dalam beberapa tahun mendatang. Selain Program Bas Muafakat Johor yang telah dilaksanakan sejak 2016, Program Bas Rapit Transit (BRT) atau juga dikenali sebagai IRT, Iskandar Rapit Transit. Projek Laluan Rail Berkembar Gemas – Johor Bahru dan Projek Rapid Transit System (RTS) daripada Johor Bahru ke Singapura juga dilihat akan mengubah mod pengangkutan di negeri Johor khususnya kawasan Iskandar Malaysia.
Kerajaan negeri melalui Pengangkutan Awam Johor (PAJ) akan memastikan projek-projek pengangkutan awam di Johor saling melengkapi. Bas Muafakat Johor sendiri akan menjadi sistem sokongan utama kepada sistem-sistem pengangkutan awam yang akan dibangunkan pada masa akan datang. Bas Muafakat Johor akan menjadi nadi keboleh sampaian penduduk yang berada di luar sistem pengangkutan tersebut untuk menggunakan sistem-sistem pengangkutan ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Pelan Induk Pengangkutan Johor yang dibuat oleh PAJ akan menjadi kitab rujukan utama dalam pembangunan pengangkutan awam di negeri Johor. Pelan Induk ini akan memastikan kesalinghubungan mobiliti dan akses kepada pelbagai mod pengangkutan awam. Menjelang tahun 2045, kerajaan negeri akan memastikan pengangkutan awam menjadi pilihan utama di negeri Johor dengan adanya projek-projek mega yang akan dan sedang dalam pelan-pelan perancangan pengangkutan awam akan datang. Pihak PAJ akan menjadi agensi pusat khidmat nasihat dan konsultasi kepada semua agensi dan pihak berkuasa di Johor dalam memantau kualiti perkhidmatan, menguruskan pembangunan dan menangani isu-isu yang berkaitan dengan pengangkutan awam supaya sektor pengangkutan awam di negeri Johor dapat berjalan dengan lancar. Sekian, terima kasih.
Sila.
Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan tambahan saya bukan sahaja untuk mengembangkan rangkaian pengangkutan awam tetapi adakah kerajaan negeri, apakah langkah untuk mempromosikan pengguna untuk pengangkutan awam untuk rakyat kita? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Bukit Batu. Seperti yang saya pernah maklumkan dalam sesi penggulungan saya tempoh hari, kita dalam proses mencari, menilai insentif-insentif untuk kita beri kepada pengguna pengangkutan awam. Buat masa ini kita faham, tak ramai yang menggunakan perkhidmatan awam. Satu, disebabkan mungkin jaringannya belum meluas lagi, yang kedua, mungkin tiada promosi seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Insya-Allah, PAJ dalam proses menambah baik sistem pengangkutan awam khususnya kepada pelancong-pelancong yang pernah saya sebutkan sebelum ini dan kita akan lakukan. Kita telah peruntukkan dana sebanyak RM50,000.00 untuk isu ini dan insya-Allah pada tahun hadapan kita akan mula laksanakan. Terima kasih.
Dijemput Penggaram.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker. Jadi, Penggaram ingin tanya, bagaimana EXCO boleh menjaminkan jalan lingkaran luar seperti Jalan Kampung Rahmat dan Jalan Peserai ke Tongkang Pechah boleh dipercepatkan?
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Penggaram. Soalan ini di luar daripada tajuk soalan asal berkaitan pengangkutan awam.
Terpulang kepada Yang Berhormat, tak nak jawab pun tak apa.
Saya akan jawab bertulis nanti, Yang Berhormat. Terima kasih.
Dijemput Yang Berhormat Bukit Naning.
Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 7.
Adakah kerajaan negeri menimbangkan untuk menyediakan elaun khas yang setimpal secara tetap kepada semua imam dan bilal surau-surau dalam negeri Johor?
Bismillahirrahmanirrahim, (Doa). Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Bukit Naning. Dewan yang mulia, Yang Berhormat Bukit Naning bertanya, adakah kerajaan Johor sedia menimbangkan untuk menyediakan elaun khas yang setimpal secara tetap kepada semua imam dan bilal surau-surau dalam negeri Johor?
Perkara yang sama ini telah pun saya sebutkan semasa sesi penggulungan Khamis yang lalu. Walau bagaimanapun, bagi menghormati soalan yang diberikan, saya nyatakan semula di sini. Kerajaan Johor amat mengambil berat untuk meninggikan syiar Islam di negeri Johor. Antara yang paling penting dalam usaha kerajaan meninggikan syiar Islam adalah membantu, menjaga dan menyelia kebajikan pegawai-pegawai masjid dan surau yang terdiri dari para imam, bilal, noja yang dilantik di seluruh negeri Johor. Berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat Bukit Naning, suka saya menyatakan kajian dan kertas kerja bagi menimbang juga menilai semula kadar elaun bahkan kebajikan pegawai-pegawai masjid dan surau ini, terutamanya surau-surau sedang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Masjid dan Surau, Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan insya-Allah akan diperhalusi mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri. Pegawai-pegawai masjid dan surau ini sebahagian besarnya diberi elaun secara tetap sama ada dari peruntukan JAKIM ataupun dari kerajaan Johor itu sendiri. Walau bagaimanapun, pemberian elaun ini adalah mengikut kuota yang terhad sebagaimana berikut : pertama, bagi masjid hanya imam I dan
imam II sahaja yang layak menerima elaun bulanan berjumlah RM850.00 sebulan dari peruntukan yang disediakan oleh pihak JAKIM. Manakala, kerajaan negeri pula memperuntukkan elaun bulanan kepada seorang bilal masjid yang dibayar elaun sebanyak RM100.00 sebulan, seorang noja masjid yang dibayar elaun sebanyak RM80.00 sebulan, seorang bilal surau yang dibayar elaun sebanyak RM100.00 sebulan dan seorang bilal surau yang dibayar elaun sebanyak RM50.00 sebulan. Pembayaran elaun kepada pegawai-pegawai masjid dan surau kariah ini telah dilaksanakan pembayaran elaunnya pada tahun ini setakat dan sehingga bulan November tahun 2022. Ini bermakna bermula daripada tahun ini, tiada lagi tunggakan pembayaran berlaku seperti mana sebelumnya dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah menetapkan bahawa bayaran-bayaran elaun pegawai-pegawai masjid, surau ini mestilah dibayar secara bulanan.
Untuk makluman, bagi tahun 2022 ini, pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor telah memperuntukkan sebanyak RM6.13 juta. Manakala, peruntukan kerajaan negeri Johor sebanyak RM6.5 juta untuk dibayar kepada bilal masjid, noja masjid, imam surau dan bilal surau. Manakala pihak JAKIM pula memperuntukkan sebanyak RM14.8 juta untuk dibayar kepada setiap imam I dan imam II masjid seluruh negeri Johor. Tambahan pula, terdapat beberapa siri bantuan secara One-Off yang disalurkan khas kepada mereka ini, di antaranya adalah One-Off JAKIM yang memperuntukkan seorang RM500.00 kepada imam-imam, bilal dan noja masjid.
Seterusnya, Bantuan Kasih Bangsa Johor yang memperuntukkan sebanyak RM500.00 kepada setiap pegawai masjid dan surau seluruh negeri Johor meliputi penerima elaun kerajaan atau pun bukan penerima elaun kerajaan. Selain itu, mereka juga diberikan insentif daripada pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor di mana Majlis Agama Islam Negeri Johor bersetuju memberikan bantuan khas berjumlah RM1,000.00 kepada setiap pegawai masjid dan surau yang bukan penerima elaun kerajaan. Dengan pelbagai bantuan khas yang diberikan pada tahun ini, kepada semua pegawai-pegawai masjid dan surau tersebut telah menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam mengambil berat kepada institusi keagamaan khususnya agama Islam yang bertugas di masjid dan surau dalam negeri Johor. Pihak kerajaan amat menyedari bahawa elaun yang diberikan kepada pegawai masjid dan surau ini, jauh daripada mencukupi. Oleh itu, pihak kerajaan sedang berusaha menimbangkan dan menaikkan kadar elaun ini. Mudah-mudahan dapat kita laksanakan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, pada sesi perbahasan Khamis lepas, saya sempat memaklumkan kepada Dewan bahawa telah berlaku perbincangan pada hari tersebut juga di antara Jabatan Agama Islam Negeri Johor dengan PERKESO. Marilah saya kongsikan berita gembira yang bakal dinikmati oleh semua pegawai masjid seluruh negeri Johor. Bermula pada tahun 2023, saya bacakan Datuk Speaker, kesemua guru takmir, imam masjid, guru KAFA, mubaligh JAKIM, bilal masjid, noja masjid, imam surau, bilal surau, penggerak masjid dan surau DUN akan dicarumkan dengan PERKESO dan akan memberi faedah 1,783 orang termasuk guru-guru Quran negeri Johor yang berdaftar di dalam negeri ini, Datuk Speaker. Maksud tahun depan, kesemua mereka ini akan mula dicarumkan dengan PERKESO dan insya-Allah, kebajikan dan kepentingan mereka Datuk Speaker, akan sentiasa dan terus dipelihara oleh kerajaan negeri. Terima kasih.
Tahniah Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Kemelah.
Selamat pagi, Salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 8. Terima kasih.
Apakah perancangan kerajaan bagi membela nasib golongan ibu tunggal dan B40 dari segi tempat tinggal seperti pembinaan rumah murah berkonsepkan sewa beli dalam DUN Kemelah?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Yang Berhormat Datuk Speaker. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, kerajaan negeri sentiasa mengambil berat terhadap soal penyediaan rumah terutamanya untuk golongan B40. Pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam memberi akses kepada pemilikan rumah sama ada secara sementara melalui Rumah Mampu Milik, Program Perumahan Rakyat, Rumah Sewa Kerajaan, Rumah Transit atau Rumah Skim Sewa Beli. Bagi kawasan Segamat, perumahan Rumah Mampu Milik yang telah siap dibina dari tahun 2014 sehingga 2021 adalah sebanyak 833 unit. Manakala, sasaran siap sehingga 2025 adalah sebanyak 310 unit, iaitu di Taman Tasik Sejati - 106, Bandar Putera I0I Segamat - 33, Taman Pesona - 10, Bandar IOI- 87, Taman Idaman - 74, menjadikan jumlah 310 unit.
Selain itu, kerajaan negeri juga turut menyediakan Rumah Sewa Kerajaan di Segamat dengan memberikan kadar sewa sebanyak RM75.00 sebulan dengan jumlah 40 unit ditawarkan. Selain itu, kerajaan negeri juga telah mewujudkan skim Rent to Own melalui GLC sebanyak 8 projek dengan jumlah 1,227 unit. Namun, buat masa ini kerajaan negeri masih dalam kajian terutamanya melihat dari sudut data permintaan di kawasan luar bandar terutamanya DUN Kemelah. Terima kasih.
Saya jemput, sebelum daripada itu, Ahli-Ahli Yang Berhormat saya ingin mengalu-alukan kehadiran para pemerhati. 21 orang daripada Pejabat ADUN Machap, ada ke? (Dewan bertepuk). ADUN Machap sekejap lagi dia akan masuk. 5 orang daripada Pejabat ADUN Buloh Kasap. (Dewan bertepuk.) 4 orang daripada Pejabat ADUN Kota Iskandar, (Dewan bertepuk.) 16 orang daripada Pejabat ADUN Bukit Permai (Dewan bertepuk.) 1 orang daripada Pejabat ADUN Yong Peng (Dewan bertepuk.) 6 orang daripada Pejabat ADUN Maharani (Dewan bertepuk.) dan tidak lain tidak bukan 16 orang daripada Pejabat ADUN Rengit, (Dewan bertepuk.) Kawasan sendiri ya. Diucapkan selamat datang kepada semua.
Dijemput Yang Berhormat Puteri Wangsa.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 9.
Mohon EXCO untuk nyatakan jika terdapat sebarang pelan bagi memperkasakan golongan OKU untuk berniaga dari rumah disebabkan oleh akses mobiliti yang terbatas?
Terima kasih Datuk Speaker, saya juga ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Puteri Wangsa. Kerajaan negeri Johor melalui jabatan-jabatan di bawah portfolio Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor sentiasa prihatin dalam menjaga kebajikan dan mendaya upayakan golongan OKU. Terdapat 2 jabatan utama di bawah portfolio yang golongan sasarnya adalah OKU. Jabatan telah merancang dan melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan keupayaan OKU. Sebagai persediaan untuk memperkasakan OKU untuk terlibat dalam aktiviti perniagaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor telah menganjurkan Program Transformasi Minda Usahawan OKU sebanyak 4 siri kepada seramai 202 orang ahli jawatankuasa pertubuhan, penyelia, petugas dan pelatih Pertubuhan Kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti (PKPDK) di negeri Johor. Program ini merupakan siri program bagi meningkatkan jati diri dan kemahiran usahawan yang berteraskan konsep usahawan sosial. Melalui program ini, diharap peserta dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan berkaitan keusahawanan seterusnya boleh menjana pendapatan untuk manfaat dan kepentingan Orang Kurang Upaya khususnya pelatih-pelatih Pertubuhan Kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat Puteri Wangsa dan Ahli Dewan yang mulia ini, selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menyalurkan geran pelancaran pada golongan OKU yang berminat menjalankan perniagaan, produktif, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu dan keluarga. Kadar geran akan diberi secara One-Off kepada individu sehingga RM2,700.00 bagi menggalakkan dan membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari tanpa bergantung sepenuhnya kepada bantuan bulanan kerajaan.
Sejak tahun 2011 hingga Oktober 2022, seramai 997 Orang Kurang Upaya telah berdaftar dengan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim menerusi Unit Pembangunan Orang Kurang Upaya. Dan daripada jumlah berkenaan, seramai 177 OKU telah ditempatkan bekerja di sektor awam dan sektor swasta. Dengan kepesatan ekonomi dan peningkatan kos sara hidup yang tinggi, demi memastikan OKU yang telah berdaftar tetapi tidak dapat ditempatkan bekerja di sektor terbuka mendapat sumber pendapatan. Maka Yayasan Pembangunan Keluarga telah meningkatkan inisiatif program menjana pendapatan sendiri kepada OKU.
Bermula daripada tahun 2017 hingga 2019, Program Zero To Hero melestari pembangunan sosioekonomi orang kurang upaya telah diadakan dan seramai 136 oku daripada pelbagai kategori telah mengikuti program tersebut.
Pada tahun 2019 sehingga 2021, YPK telah memperkenalkan program latihan dan promosi bagi melatih OKU mahir teknikal, ekonomi serta meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan dan banyak lagi. Seramai 144 OKU telah terlibat. Antara kursus yang dilaksanakan antara lain adalah kursus housekeeping, baik pulih komputer, gajet, urutan, spa dan beberapa lagi.
Namun pada tahun 2020, ketika kita berdepan dengan wabak COVID-19, PLP tetap diteruskan dengan pelaksanaan kursus asas kemahiran secara online dilakukan melibatkan seramai 49 orang peserta.
Manakala pada tahun 2022, Program Bangkit OKU telah diperkenalkan. Seramai 85 OKU telah mengikuti kursus yang telah dilaksanakan. Inisiatif-inisiatif di atas telah dilaksanakan dalam memperkasakan OKU di lapangan bagi tujuan penempatan pekerjaan dan menjana pendapatan.
Dari jumlah keseluruhan itu, OKU yang terlibat 2017 sehingga 2020, seramai 45 OKU telah menerima bantuan peralatan perniagaan dan mereka berjaya menghasilkan pendapatan sendiri serta menggandakan hasil jualan.
Sesungguhnya Yang Berhormat Datuk Speaker, kerajaan negeri melalui JKM dan YPKDT sentiasa prihatin dalam mengupayakan dan memajukan golongan OKU Negeri Johor, khususnya supaya mereka mampu mengharungi cabaran kehidupan dari sudut ekonomi untuk masa kini dan masa akan datang. Terima kasih Datuk Speaker.
Dijemput Puteri Wangsa.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih banyak-banyak kepada Yang Berhormat EXCO atas penjelasan itu tadi. Saya juga ingin ambil kesempatan untuk ucap tahniah kepada kerajaan negeri dan juga agensi-agensi terlibat atas usaha-usaha yang baik, memperkasakan golongan OKU.
Saya juga ingin bertanya dan sekiranya ada apa-apa perancangan bagi kerajaan negeri untuk mewujudkan dengan izin Yang Berhormat Datuk Speaker one stop center platform untuk golongan-golongan OKU dan juga golongan-golongan rentan ini mempromosikan
produk-produk mereka kerana kebanyakan daripada mereka yang berniaga secara atas talian tidak mempunyai kebolehan untuk melebarkan promosi jualan-jualan mereka. Sekiranya ada usaha daripada peringkat kerajaan negeri Johor, usaha ini boleh dikembangkan bukan sekadar golongan OKU tetapi juga kepada golongan ibu tunggal dan golongan-golongan rentan yang lain. Sekiranya belum ada perancangan ini, saya harap dapat dipertimbangkan oleh Yang Berhormat EXCO dan juga kerajaan negeri serta agensi-agensi yang terlibat. Terima kasih Datuk Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Puteri Wangsa. Yang Berhormat Datuk Speaker, Kerajaan Negeri Johor sangat terbuka dan menyambut baik sebarang cadangan dan pandangan Yang Berhormat. Dan, ada di antara cadangan-cadangan Yang Berhormat tadi telah dilaksanakan oleh pelbagai jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan untuk OKU-OKU yang terlibat.
Walau bagaimanapun Yang Berhormat Puteri Wangsa, saya mempersilakan Yang Berhormat bersama-sama ke pejabat saya untuk sama-sama berbincang bersama jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan untuk kita meneruskan program-program ini dan juga sesuai untuk setiap kawasan ADUN. Insya-Allah saya mengharapkan supaya semua cadangan, pandangan ini akan saya perhalusi dan segera laksanakan demi Bangsa Johor kita yang lebih maju. Terima kasih.
Jemput Parit Yaani.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya tertarik dengan soalan Yang Berhormat Puteri Wangsa itu dan juga jawapan daripada Yang Berhormat EXCO Serom. Sedikit ingin saya kongsi sama berkenaan dengan bengkel sampul surat di Batu Pahat di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan saya ingat bengkel tersebut memberi kemudahan kepada OKU-OKU kita ini untuk menjalankan aktiviti dan juga kerja-kerja merekalah. Itu saya kira JKM memberi elaun dan insentif harian kepada mereka. Dan soalan saya setuju atau tidak Yang Berhormat EXCO, bengkel sampul surat tersebut memberi peluang yang luas kepada golongan OKU. Terima kasih.
Parit Yaani. Parit Yaani telah memberikan cadangan yang baik juga. Betul, sebenarnya ada satu namanya yang dikendalikan oleh orang kurang upaya Yang Berhormat Datuk Speaker, namanya Bengkel Sampul Surat. Dan kerajaan sebenarnya, Kerajaan Negeri Johor telah memberi banyak bantuan serta geran kepada mereka untuk mereka meneruskan kesinambungan hidup mereka sebagai seorang OKU. Dan saya sangat menyambut baik cadangan Parit Yaani tersebut. Terima kasih Datuk Speaker.
Dijemput Yang Berhormat Penggaram.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker. Soalan nombor 10.
Baru-baru ini berlaku kemalangan maut melibatkan seorang pemuda 17 tahun yang terlanggar penutup ‘manhole’ TM di tengah jalan. Apakah langkah dan tindakan kerajaan terhadap syarikat utiliti yang selalu menjalankan kerja tidak sempurna sehingga memberi ancaman keselamatan kepada orang awam pengguna jalan raya?
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Penggaram. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, kerajaan negeri amat memandang serius mengenai perkara-perkara yang melibatkan keselamatan pengguna jalan raya terutamanya di jalan
persekutuan dan jalan negeri. Sebarang kerja-kerja penyelenggaraan oleh syarikat utiliti di seluruh rizab jalan JKR seperti permohonan izin lalu, korekan jalan dan penyelenggaraan kecemasan perlu mendapat kebenaran daripada Jurutera Daerah, di mana lokasi penyelenggaraan tersebut dilaksanakan.
Selain itu, JKR Daerah Batu Pahat juga ada melaksanakan rondaan pemeriksaan dan mana-mana syarikat utiliti yang melaksanakan kerja tanpa permit atau kebenaran akan diarahkan memberhentikan kerja-kerja tersebut serta-merta.
Untuk makluman Yang Berhormat Penggaram, sejak kebelakangan ini JKR Daerah Batu Pahat mendapati banyak manhole telah dibuka pada waktu malam dan tidak ditutup dengan sempurna sama ada akibat kecuaian pihak kontraktor ataupun vandalisme. Tindakan segera telah diambil seperti melaksanakan tampalan sementara pada ruangan antara penutup manhole dan permukaan jalan oleh syarikat konsesi jalan. Sebagai inisiatif awal dan lantaran daripada kejadian kemalangan yang telah berlaku di jalan milik PBT tersebut, JKR Daerah Batu Pahat juga telah mengadakan satu mesyuarat khas bersama-sama Telekom Malaysia Zon Selatan dan Telekom Malaysia Batu Pahat pada 9 November 2022 bagi memohon penjelasan lanjut mengenai situasi semasa yang berlaku kepada pihak TM Zon Selatan sendiri. JKR Batu Pahat juga mengingatkan syarikat utiliti supaya membuat permohonan bagi sebarang kerja-kerja penyelenggaraan yang hendak dilaksanakan termasuk kerja-kerja kecemasan bagi memudahkan pemantauan dan mengenal pasti sekiranya berlaku kecurian oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang mensasarkan kabel-kabel milik TM dan juga TNB. JKR Batu Pahat juga telah membentangkan kepada TM mengenai prosedur kawalan trafik semasa pembinaan bagi kerja-kerja di tengah jalan dan bahu jalan.
Selain itu Yang Berhormat Datuk Speaker, pihak TM juga telah diminta untuk mengaras semula semua manhole yang berada di permukaan jalan bagi menyamai aras sedia ada bagi memastikan jalan raya yang selamat dan untuk semua jenis kenderaan. Terima kasih Yang Berhormat.
Sila Penggaram.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Kita difahamkan banyak... kita memang faham utiliti memang penting kepada masyarakat. Tetapi kita nampak sesetengah jalan diturap, lepas itu tak lama lagi dikorek balik. Jadi di sini, Penggaram nak tanya adakah kerajaan mempunyai rancangan penyelarasan dan libat arus antara agensi-agensi kerajaan dan pihak utiliti yang... sorry, terlibat dengan kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya termasuk di PBT lah. Tolong belakang rumah, selalu berlaku SAJ kadang-kadang dikorek, dia tak tampal dengan baik, agar kualiti dan keselamatan di jalan raya sentiasa dalam tahap, tahap maksima.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Penggaram. Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan, Koridor Utiliti Johor menjadi satu badan yang menyelenggara isu-isu utiliti di negeri Johor. Saya telah melakukan libat urus dengan pihak TM, TNB dan juga SAJ supaya kita dapat pastikan tiada lagi kerja-kerja korek, kita ada polisi no digging policy yang insya-Allah kita akan laksanakan dalam masa terdekat. Namun begitu Yang Berhormat Datuk Speaker dan Yang Berhormat Penggaram, kebanyakan isu korek ini isu kecemasan dan juga kerja-kerja baru. Kerja-kerja baru selalunya di bahu jalan dan selalu kalau Yang Berhormat tengok ada pengorekan berlaku di tengah jalan itu isu kecemasan.
Dan, saya pun dapat banyak laporan kerja-kerja kecemasan ini selalunya dibuat dulu tanpa meminta permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan, daripada pihak JKR. Tapi insya-Allah dalam masa terdekat kita adakan sesi libat urus bersama mereka. Saya juga akan berhubung dengan YB EXCO Penerangan dan Komunikasi juga akan terlibat kerana TM di
bawah beliau. Dan saya dah jumpa personal dengan syarikat-syarikat utiliti dan nampaknya mereka akan berikan kerjasama untuk pastikan tiada lagi kerja-kerja 2,3 kali pengorekan berlaku di satu tempat. Terima kasih Yang Berhormat.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum dijawab secara lisan, akan dijawab secara bertulis dalam Persidangan yang sama.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ditangguhkan sehingga jam 10.50 pagi.
Persidangan ditangguhkan pada jam 10.30 pagi.
Persidangan disambung semula pada jam 10.50 pagi.
Soalan-Soalan Bertulis.Questions
Jawapan kepada soalan-soalan bertulis oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat ada dibentangkan di atas meja mesyuarat.
Sambungan Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2023) Tahun 2022.Bill
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Perbahasan atas Rundingan bagi bacaan kali yang kedua Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2023) Tahun 2022 disambung sekarang.
Yang Amat Berhormat Machap akan menggulung Perbahasan Bajet 2023. Bajet yang bertemakan, “Maju : Johor Makmur Bersama Rakyat Bertunjangkan Kebersamaan, Kesaksamaan, Adil dan Kesejahteraan Hidup Berkualiti”.
Dalam konteks kebersamaan ini saya amat tertarik apabila 2 Timbalan Menteri Kewangan berbalas pantun melalui media sosial. Dulu mereka adalah seteru politik iaitu Setiausaha Agung UMNO, Yang Berhormat Ahmad Maslan dan Setiausaha Organisasi DAP, Steven Sim. Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim berkata demi pertiwi dia akan bekerjasama dengan Ahmad Maslan di Kementerian Kewangan. Dia berpantun, “sama-sama dayung bahtera; dayung arah kota permata, sama-sama bangun negara, junjung titah lupa sengketa”.
Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian membalas pantun itu, “Dayung arah kota permata, handal panglima jadi hikayat; junjung titah lupa sengketa, ayuh bersama demi rakyat”. (Dewan bertepuk).
Ahli-Ahli Yang Berhormat, demi rakyat mari kita Bangsa Johor melangkah bersama. Beras segantang sudah disukat, lalu disimpan di atas para; andai seluruh kita muafakat, Johor damai rakyat sejahtera, Yang Berhormat Machap dijemput.
Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan selawat). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, pertama-tamanya bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayatnya jua, dapat kita bersama-sama hadir dalam Dewan yang mulia ini, bagi menunaikan tanggungjawab sebagi Ahli-Ahli Dewan Negeri Johor.
Izinkan saya untuk menyingsing tirai ucapan penggulungan pada pagi ini dengan berkongsi sepotong hadis, daripada Abu Hurairah RA, junjungan Nabi Muhammad SAW bersabda, (bacaan hadis) “Tidak dikatakan bersyukur kepada Allah pada siapa yang tidak tahu berterima kasih kepada manusia.” Justeru, saya ingin memulakan langkah pada pagi ini,
dengan merakamkan ucapan tahniah, dan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas membawa suara rakyat setempat dan negeri dengan tuntas, matang dan bernas. Saya turut ingin merakamkan penghargaan, atas segala maklum balas, kritikan dan idea yang konstruktif dan membina. Insya-Allah setiap perkara yang dibahas akan dipertimbangkan dengan sebaik mungkin oleh kerajaan negeri.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker dan Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker kerana telah berjaya mengendalikan sesi perbahasan pada sidang Dewan kali ini dengan begitu tertib, teratur dan bijaksana. Tahniah saya ucapkan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya turut ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada Yang Berhormat Kahang, Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan atas kehilangan ibu mertua beliau, yang pergi meninggalkan kita pada hari Ahad yang lalu. Takziah juga saya rakamkan kepada Yang Berhormat Sri Medan, Dato’ Zulkurnain bin Haji Kamisan dan keluarga atas kembalinya ke rahmatullah anakanda beliau juga pada hari Ahad yang lalu. Marilah kita sama-sama mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan para kekasih-Nya. Semoga Yang Berhormat Tuan Vidyananthan dan Yang Berhormat Dato’ Zulkarnain sekeluarga diberikan kekuatan, kecekalan juga ketabahan dalam menghadapi ujian yang amat hebat ini. Dengan izin Datuk Speaker, marilah kita sama-sama berdiri dan menghadiahkan bacaan ummul kitab bagi yang beragama Islam dan mohon bertafakur bagi yang bukan beragama Islam. Al-Fatihah (Bacaan Surah Al-Fatihah) Amin amin yarabbal alamin.
Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi pihak kerajaan negeri saya turut ingin mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan tahniah kepada semua Ahli-Ahli Parlimen yang baharu dilantik menjadi Menteri, mahu pun Timbalan Menteri. Khususnya 7 orang Ahli Parlimen dari Johor iaitu Yang Berhormat Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Yang Berhormat Datuk Seri Azalina Othman, Yang Berhormat Dr. Zaliha Mustafa, Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad Maslan, Yang Berhormat Tuan Liew Chin Tong, Yang Berhormat Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Yang Berhormat Teo Nie Ching. (Dewan bertepuk). Selamat maju jaya saya ucapkan, semoga pelantikan beliau ini akan membawa limpahan rahmat kepada Malaysia amnya dan negeri Johor khususnya.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya percaya sebagaimana semua warga Dewan sedia maklum adalah menjadi hasrat dan visi kerajaan negeri untuk menjadikan Johor sebuah negeri yang maju menjelang tahun 2030. Dan Belanjawan ini telah dirangka dan diperhalusi, agar menjadi catalyst bagi menjayakan agenda yang digagaskan ini. Dalam ruang yang diberikan ini, saya turut berkongsi bersama Ahli Dewan sekalian bahawa Belanjawan 2023 yang bertemakan, “Maju Johor : Makmur Bersama Rakyat,” digubal dengan mengambil kira semua pandangan serta maklum balas pelbagai pemegang taruh demi memastikan agenda Maju Johor dapat dilaksanakan. Belanjawan yang mempunyai 6 Teras 26 Strategi dan 110 Inisiatif ini, telah melalui proses budget screening, sesi lab district di daerah-daerah dan sesi permukiman agar hala tuju dan keutamaan negeri yang ditetapkan di dalamnya diteliti dan diperhalusi dengan sebaik-baiknya. Namun ia akan terus ditambah baik, dengan maklum balas yang diberikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat demi rakyat, demi negeri Johor tercinta ini. Perkara ini sentiasa menjadi tonggak pegangan dan prinsip kerajaan negeri dalam setiap apa yang kita lakukan. Sentiasa inklusif serta mengambil kira kepentingan dan kemaslahatan semua tanpa meminggirkan sesiapa.
Dengan izin, just like the ever-changing nature of technologies industries and markets, the government must also be receptive and quick to adapt. Sehubungan itu, Belanjawan Negeri Johor Tahun 2023 diunjurkan bagi Belanjawan Surplus setelah 2 tahun negeri ini berada dalam keadaan belanjawan defisit. Impak daripada sokongan fiskal yang besar yang perlu dilakukan pada masa itu, kerana kita berdepan dengan pandemik COVID-19.
Untuk tahun 2023 ini, kemampuan fiskal kerajaan negeri dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi dan pasaran perlu diambil kira bagi memastikan perancangan terhadap segala inisiatif dapat dilaksanakan dengan penghasilan outcome kepada pemberat keutamaan negeri melalui teras-teras yang telah digariskan. Pada masa yang sama, kerajaan negeri juga bertanggungjawab dan komited untuk memastikan impak daripada ketidaktentuan ekonomi kepada rakyat akan dapat dikawal dan diserap dengan sebaik mungkin agar keterkesanan mereka dapat diminimumkan. Justeru kawalan fiskal yang lebih ketat perlu dilaksanakan bagi memastikan kedudukan rizab negeri dalam keadaan yang baik. Ingin saya kongsikan juga, bahawa agenda Belanjawan Johor Tahun 2023, bukan hanya dibiayai melalui peruntukan kerajaan negeri, malah turut didukung dan disokong oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Negeri serta GLC.
Yang Berhormat Datuk Speaker, barisan EXCO kerajaan negeri telah menjawab pelbagai isu dan persoalan yang dibangkitkan sepanjang sidang Dewan ini. Justeru, saya tidak berhasrat untuk mengulang apa yang telah diperjelaskan kerana penjelasan mereka amat komprehensif. Penggulungan saya pada pagi ini, akan menjawab dan memberi penjelasan kepada perkara-perkara pokok yang akan kerajaan negeri laksanakan melalui Belanjawan 2023 ini. Dengan kata-kata tersebut, izinkan saya memulakan maklum balas berdasarkan teras yang telah digariskan kepada pelbagai perkara dan cadangan yang telah disentuh oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sepanjang sidang Dewan ini berlangsung.
Yang Berhormat Datuk Speaker, teras pertama ialah Tadbir Urus Kerajaan. Perkara pertama yang dibangkitkan di bawah teras ini, adalah mengenai pembentukan kaukus yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Perling dan disambut oleh Yang Berhormat Benut. Berhubung perkara ini, saya menyerahkannya kepada kebijaksanaan Ahli-Ahli Parlimen dari Johor. Pada hemat saya, sememangnya ia merupakan tanggungjawab Ahli-Ahli Parlimen untuk membawa suara hati Bangsa Johor ke Dewan Rakyat dan kerajaan persekutuan. Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama menggembleng tenaga dan ikhtiar bagi menjayakan inisiatif-inisiatif dan dasar-dasar kerajaan persekutuan yang boleh mensejahterakan Bangsa Johor.
Saya memohon dan merayu kepada semua Ahli-Ahli Parlimen dari negeri Johor untuk terus memperjuangkan projek-projek keutamaan rakyat negeri yang melibatkan peruntukan daripada kerajaan persekutuan. Antaranya termasuklah pembinaan lorong tambahan di lebuh raya PLUS antara Yong Peng hingga Senai Utara. Projek pelebaran Lebuh raya Senai – Desaru, pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 Johor Bahru, projek-projek bekalan air negeri, rancangan-rancangan tebatan banjir, sekolah-sekolah rendah dan menengah yang perlu dinaik taraf, kualiti pendidikan negeri dan negara, insentif-insentif untuk pelabur terus melabur di Johor. Perluasan kadar penembusan jalur lebar, juarailah juga usaha mengembalikan projek High Speed Rail (HSR) dan teruskanlah projek Rapid Transit System yang akan memberi limpahan ekonomi kepada Johor.
Yang Berhormat Datuk Speaker, perkara kedua yang dibangkitkan menyentuh kebajikan ketua kampung dan ketua masyarakat. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kukup, Perling, Benut, Sungai Balang, Tiram, Tanjung Surat, Gambir, Pulai Sebatang, Maharani, Kempas, Senggarang, Pemanis dan Tenang yang membangkitkan pelbagai saranan dan cadangan untuk meningkatkan profesionalisme institusi ketua kampung dan ketua masyarakat. Sesungguhnya ketua kampung dan ketua masyarakat berkhidmat siang dan malam bagi membantu masyarakat setempat. Bagi menghargai kepimpinan dan peranan institusi akar umbi ini, sukacita saya umumkan bahawa kerajaan negeri bersetuju untuk menaikkan elaun sebanyak RM300.00 sebulan kepada ketua kampung dan ketua masyarakat daripada RM900.00 kepada RM1,200.00 sebulan. (Dewan bertepuk).
Di samping itu, kerajaan negeri juga berharap, agar kerajaan persekutuan akan turut menyambut baik inisiatif murni ini seterusnya menambah sekurang-kurangnya RM300.00
lagi sebulan bagi menjadikan elaun mereka RM1,500.00 sebulan (Dewan bertepuk). Elaun Speaker nak naik ke, Datuk Speaker?
Tengah menunggu.
Yang Berhormat Datuk Speaker, perkara seterusnya adalah mengenai elaun ADUN yang turut disentuh dalam perbahasan Yang Berhormat Kukup, Yang Berhormat Benut, Perling, Puteri Wangsa, Tenang, Pulai Sebatang dan Mahkota. Dalam keadaan ekonomi yang masih lagi tidak menentu, saya yakin dan percaya rakan-rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat memahami dan bersetuju untuk kita memberikan keutamaan kepada rakyat terlebih dahulu buat masa ini. Namun, insya-Allah setelah keadaan ekonomi semakin pulih dan hasil negeri juga meningkat, kerajaan negeri akan mengkaji dan mempertimbangkan cadangan ini sehabis baik. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Datuk Speaker, beralih ke teras kedua, iaitu pembangunan ekonomi yang juga banyak dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kerajaan negeri telah mengadakan pertemuan dengan pelabur-pelabur dari Singapura, China, Amerika Syarikat, Korea, Jepun, Jerman, United Kingdom, Australia, Belanda dan juga pelabur-pelabur dari dalam negara. Alhamdulillahlah kesemua pelabur-pelabur ini mengakui bahawa Johor merupakan destinasi yang strategik dan kondusif untuk mereka menaruh keyakinan dan melakukan pelaburan. Kerajaan negeri akan terus berusaha, untuk memastikan Johor kekal menjadi destinasi pilihan utama para pelabur menerusi pendekatan tadbir urus terbaik serta polisi-polisi yang mesra perniagaan dan pelabur. We will continue to strive to be a business and investment friendly state. Dalam pada itu, kerajaan negeri juga akan berusaha untuk terus menarik lebih ramai pelabur berimpak tinggi terutamanya dalam bidang pembangunan pusat data Revolusi Industri 4.0, perkhidmatan perniagaan global pelancongan, pembuatan, petrokimia, minyak dan gas serta sekuriti makanan.
Johor Economic Tourism and Cultural Office (JETCO) yang juga merupakan cetusan Yang Berhormat Benut akan terus diperkasakan dengan kerjasama Invest Johor dan juga agensi-agensi persekutuan seperti MIDA, MITI dan IRDA. Dengan izin, The State will continue to cut out the red tape and provide well train human resources and well plain industrial estates, but we need assistance from the Federal Government and regards to attractive fiscal incentive sound macroeconomic policies, fundamentals that with enable private enterprises to operate successfully. Yang Berhormat Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang kacak, saya mohon perhatian dan bantuan. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Kukup, Benut, Perling, Bukit Naning, Permas, Parit Yaani, Tanjung Surat dan Pekan Nanas yang menyentuh tentang pelbagai pelaburan di negeri Johor dalam perbahasan mereka. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Tanjung Surat yang membahaskan kepentingan upskilling dan reskilling bagi menyokong sektor pelaburan negeri. Setiap pelaburan yang masuk ke negeri ini mestilah bermatlamatkan kepada penjanaan pekerjaan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi kepada Bangsa Johor. Bangsa Johor perlu dilatih secara terancang dan diposisikan sebagai bangsa yang kompeten, cekap, berdisiplin dan boleh dipertanggungjawabkan supaya kita dapat bersaing di peringkat global.
Pada masa yang sama, saya sedar masih ada Bangsa Johor yang terdiri daripada pekerja separa dan kurang mahir. Mereka ini tidak akan dilupakan. Bahkan usaha berterusan untuk melaksanakan program upskilling dan reskilling bagi meningkatkan keupayaan mereka akan turut dilaksana dan diperkukuhkan. Antara contoh, program peningkatan kemahiran yang dirangka adalah program pro mahir dalam bidang automotif minyak dan gas, aeroangkasa, kesihatan, elektronik serta robotik oleh Unit Strategi Modal Insan, Iskandar Malaysia Sustainable Tourism Upskilling and Reskilling oleh IRDA, PERANTIS ISKANDAR oleh EduCity Iskandar. Program Skill In Oil and Gas dan Program Bridging Gaps oleh Johor Petroleum Development Corporation (JPDC).
Selain itu, pengoperasian Hub Skills Johor pada tahun hadapan sepertimana saya umumkan serta pembukaan Sankyu Technical Academy juga akan menjadi catalyst penyediaan modal insan bagi menepati kehendak pasaran dalam konteks pembangunan kemahiran TVET. (Dewan bertepuk). Sebagai tambahan, Jawatankuasa Induk Modal Insan yang telah ditubuhkan juga akan menangani perkara ketidaksepadanan kemahiran pekerja dan graduan tempatan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, perkara kedua di bawah teras Pembangunan Ekonomi yang ingin saya sentuh ialah pertanian. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Benut, Sungai Balang, Layang-Layang. Bukit Kepong, Bukit Naning, Senggarang, Endau, Pemanis, Permas, Gambir, Kempas dan Tenang kerana telah menyentuh berkenaan sektor yang penting ini. Ianya penting kerana sektor ini merupakan satu-satunya sektor yang mencatatkan pertumbuhan semasa pandemik COVID-19. Ia menyumbang sebanyak RM17 bilion bersamaan 12.9% kepada KDNK negeri. Seterusnya, meletakkan negeri Johor sebagai penyumbang utama kepada pengeluaran tanaman makanan negara. (Dewan bertepuk).
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan di Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Perikanan, Lembaga Pertubuhan Perladangan, Lembaga Kemajuan Ikan serta agensi berkaitan di negeri Johor yang telah membantu mencapai prestasi yang cukup memberangsangkan itu. Insya-Allah dengan kemasukan daerah Segamat dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) pada 6 September yang lepas, hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan daerah Segamat sebagai hab utama agro makanan akan dapat dilaksanakan. Penyertaan Segamat ini bakal memberi manfaat kepada rakyat negeri Johor dengan pelaksanaan projek-projek dan program-program yang akan diimplementasikan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di daerah tersebut.
Pelbagai inisiatif serta insentif akan disediakan bagi merancakkan lagi sektor pertanian dalam usaha meningkatkan produktiviti hasil pertanian sejajar dengan usaha kerajaan menjadikan Johor sebagai food basket kepada Malaysia dan seterusnya menjadi food bank kepada negara serantau. Sekali gus meningkatkan pendapatan para pengusaha dalam sektor ini. Dalam usaha ini, kerajaan negeri mensasarkan peningkatan bagi 5 tahun ke hadapan dengan pertambahan pengeluaran bagi setiap industri tanaman makanan utama sebagaimana berikut:
Pertama, pengeluaran industri buah-buahan seperti tembikai, betik dan pisang akan ditingkatkan sebanyak 32.46% dengan pengeluaran berjumlah 948,000 metrik tan. Pengeluaran industri sayur-sayuran seperti bendi, timun dan cili akan ditingkatkan sebanyak 32.9% dengan pengeluaran sebanyak 181,000 metrik tan. Ketiga, meningkatkan hasil pengeluaran akuakultur sebanyak 62% dengan peningkatan produktiviti hasil berjumlah 39,000 metrik tan. Peningkatan industri ternakan ruminan sebanyak 22.4% dengan pengeluaran berjumlah 188,000 ekor. Peningkatan pengeluaran tenusu sebanyak 88% dengan pengeluaran sebanyak 17 juta liter.
Selain itu, menyokong inisiatif untuk meningkatkan produktiviti hasil pertanian, kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan persekutuan juga mensasarkan untuk membangunkan sebuah pusat pengumpulan, pemprosesan, pembungkusan dan pengedaran (CPPDC) di Desaru. Serta memperkasa 6 pusat pengumpulan hasil pertanian (PPHP) dengan kos RM2.7 juta. Daerah yang terlibat adalah seperti berikut :
Pertama, PPK Batu Anam di Segamat. Kedua, PPK di Sri Medan dan PPK Parit Sulong di Batu Pahat. Ketiga, PPK Pengerang di Kota Tinggi. Keempat, PPK Bukit Gambir dan Ledang di Tangkak.
Yang Berhormat Datuk Speaker, teras ketiga adalah berkaitan Jaringan Keselamatan Sosial. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana mempunyai sokongan jentera kerajaan yang sentiasa mengambil berat dan responsif terhadap perkara yang membabitkan perumahan, kebajikan wanita, anak-anak istimewa dan perpaduan. Yang Berhormat Datuk Speaker, perkara pertama yang ingin saya sentuh dalam teras ini ialah berkaitan perumahan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Stulang, Permas, Kemelah, Sedili, Gambir, Pulai Sebatang, Bukit Batu, Tanjung Surat, Senai, Parit Raja, Penawar, Pekan Nanas, Jementah, Layang-Layang, Maharani, Kota Iskandar dan Mahkota yang telah menyentuh isu ini. Agenda perumahan merupakan yang agenda amat dekat di hati saya dan kerajaan negeri akan memberi fokus kepada 6 perkara. 6 perkara tersebut ialah:
Pertamanya ialah Rumah Mampu Milik. Seperti yang saya sebut tempoh hari, kerajaan negeri mensasarkan pembinaan 21,000 unit Rumah Mampu Milik dalam tempoh 5 tahun ini. Kedua, Program Perumahan Negeri Johor. Ia melibatkan pembangunan Rumah Impian Bangsa Johor, Rumah Transit Bangsa Johor, Program Rumah Kasih Johor dan Perluasan Skim Rent to Own atau sewa beli dan sewa milik. Di samping itu, terdapat juga rumah-rumah PPR yang disewakan dengan harga yang minimum. Namun demikian, kerajaan negeri menyedari tentang berlakunya sublet atau sewa atas sewa. Perkara ini amatlah dikesali dan PKPJ akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas bagi menangani isu yang bersifat penganiayaan terhadap Bangsa Johor yang benar-benar memerlukan. Ketiga, Dasar Perumahan Johor. Dasar ini melibatkan Program Galakan Pembinaan Rumah Mampu Milik Johor, penyelarasan harga rumah, caj gantian, penyelarasan jenis dan pindaan komposisi pembangunan atas tanah kurang 5 ekar serta pelaksanaan fastlane approval. Keempat, Rejuvenasi Rumah Pangsa Negeri Johor iaitu kerja baik pulih rumah pangsa yang telah berusia lebih 25 tahun. Kita juga sedar, antara perkara yang menyebabkan flat dan pangsapuri awam tidak di selenggara dengan baik adalah kelemahan pengurusan Jawatankuasa Penduduk. Oleh itu, kerajaan negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Bahagian Kerajaan Tempatan telah menubuhkan Jawatankuasa Task force JMB Negeri Johor bagi menyelesaikan masalah ini.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya telah melawat Pangsapuri Saujana pada hari Jumaat yang lepas. Suka saya melaporkan semua jalan telah pun siap diturap. (Dewan bertepuk). Kerja-kerja mengecat luar bangunan, penggantian lif, pembersihan bangunan dan menaik taraf fasiliti bangunan juga telah dimulakan dan ia bermula secara fasa dan akan siap sepenuhnya insya-Allah pada tahun hadapan dengan kos sebanyak RM10.7 juta. (Dewan bertepuk). Kelima, Setinggan Sifar Negeri Johor 2035. Task force Setinggan Negeri Johor telah diwujudkan bagi menyelaras pemindahan setinggan. Ia meliputi inisiatif penyediaan rumah bagi penduduk setinggan melalui Program Skim Perumahan Prihatin Johor Sewa Milik dan menawarkan perumahan mampu milik atau PPR yang tersedia kepada mereka yang layak. Sebagai contoh, tapak setinggan di Lorong Aris Batu 8½ Skudai. Ke semua penduduk telah ditawarkan rumah di Program Perumahan Rakyat kecuali 4 orang penduduk tidak layak kerana berstatus bukan warganegara. Namun begitu, terdapat segelintir pihak yang berselindung di belakang pemimpin-pemimpin yang mengganggu inisiatif ini. Ada juga yang mengambil kesempatan dan membuat keuntungan dengan menceroboh tanah dan membina rumah-rumah untuk disewakan. Sebagai contoh, saya telah pergi ke Kampung Bakar Batu, saya sedih melihat keadaannya yang daif dan sangat membahayakan keselamatan penghuninya. Atas sebab itu lah saya berikan penekanan agar perkara ini ditangani dengan sebaiknya kerana Bangsa Johor berhak mendapat kediaman yang kondusif.
Keenam, penyelesaian isu property overhead. Kerajaan negeri telah menganalisis data yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), mengenai hartanah tidak terjual di negeri Johor. Dapatan awal hartanah tidak terjual melibatkan pangsapuri perkhidmatan mewah yang mensasarkan segmen pembeli tertentu. Walau bagaimanapun, data-data yang dikeluarkan masih perlu diperincikan agar penyelesaiaan boleh dibuat secara tuntas. Justeru, kerajaan negeri akan membentuk satu task force yang melibatkan
BPEN, BKPJ, PLANMalaysia dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, JPPH. Dalam pada, dalam masa yang sama, kerajaan negeri akan berkerjasama dengan kerajaan persekutuan bagi mengkaji perlaksanaan dasar berkaitan Malaysia My Second Home atau MM2H.
Yang Berhormat Datuk Speaker, perkara kedua di bawah Teras Ketiga, ialah Kebajikan Dan Wanita. Terima kasih Yang Berhormat Mahkota, Parit Raja, Pasir Raja, Kemelah, Pulai Sebatang, Penawar, Tenang, Penggaram, Gambir, Skudai, Puteri Wangsa, Tangkak dan Johor Jaya yang telah menyentuh perkara ini. Kerajaan negeri konsisten untuk menjadikan Johor “A Fair State And Not A Welfare State”. Menyedari kepentingan teras ini kerajaan negeri telah bergerak sebagai satu pasukan dan tidak akan lagi bekerja dalam silos masing-masing. Syukur alhamdulillah, seramai lebih 150,000 Bangsa Johor dibantu setiap tahun melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM dan Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Kebajikan golongan ibu tunggal juga diambil berat oleh kerajaan negeri menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim. Mekanisme serampang dua mata telah diambil menerusi Projek Komuniti Di Hati yang membuka peluang perniagaan dalam bidang masakan bagi meningkatkan pendapatan ibu-ibu tunggal. Program ini juga melibatkan kerja-kerja kesukarelawanan dan kebajikan komuniti setempat. Masakan yang disediakan oleh ibu-ibu tunggal ini akan diagihkan kepada kumpulan sasar seperti golongan asnaf, miskin, miskin tegar dan mereka yang memerlukan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, kalau hendak rasa air tangan ibu tunggal boleh singgah DUN Mahkota. DUN Mahkota ada eh?
Ibu tunggal ke, ibu tinggal Yang Amat Berhormat?
Ibu tunggal.
Ibu tunggal.
Selamat hari lahir yang ke-26 Dato’ Sharifah Azizah. (Dewan bertepuk).
Baru 26 tahun Yang Amat Berhormat umur dia.
Hadiah nanti minta dengan Datuk Speaker. Yang Berhormat Datuk Speaker, perkara yang ketiga adalah berkenaan anak-anak istimewa. Kerajaan negeri menyedari bahawa terdapat 7 kategori anak-anak istimewa iaitu kurang upaya pendengaran, kurang upaya penglihatan, kurang upaya pertuturan, kurang upaya fizikal, pembelajaran, mental dan kurang upaya pelbagai. Mereka adalah insan-insan yang sangat istimewa dan memerlukan bantuan daripada kerajaan negeri dan juga persekutuan. Mereka harus diberikan pendidikan dan bimbingan yang khusus dan profesional untuk berdikari seperti kanak-kanak biasa.
Untuk makluman Dewan, pada tahun 2022 peruntukan sebanyak RM850,000.00 telah disalurkan untuk penambahbaikan pusat komputer dan pusat fisioterapi Sekolah Pendidikan Khas Cerebral Palsy di Johor. Selain itu, kerajaan negeri juga telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM458,000.00 kepada Sekolah Pendidikan Khas Nur Azalea bagi menampung kos operasi dan membaik pulih bangunan. Insya-Allah, adalah diharapkan peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan negeri ini dapat digunakan demi keselesaan dan menyuntik semangat ibu bapa, guru-guru dan anak-anak istimewa ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, perkara keempat di bawah Teras Jaringan Keselamatan Sosial, yang ingin saya sentuh adalah mengenai perpaduan. Yang Berhormat Bentayan dan Mengkibol telah bertanya tentang bantuan kepada sekolah Cina, ketika mengadakan
sidang media baru-baru ini. Ingin saya tegaskan, bahawa pelbagai bantuan telah diberikan bukan hanya kepada masyarakat Cina tetapi juga kepada masyarakat India, Sikh dan lain-lain. Hal ini terbukti apabila kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan hampir RM14.5 juta (Dewan bertepuk), kepada masyarakat Tionghoa, India, Sikh dan lain-lain yang merangkumi bantuan kepada sekolah, NGO dan rumah-rumah ibadat.
Di samping itu, kerajaan negeri telah membiayai tapak khairat kematian masyarakat India di Pasir Gudang yang pertama seumpamanya di negeri Johor. (Dewan bertepuk). Bantuan-bantuan lain juga diberikan kepada kuil-kuil, tokong-tokong dan juga gereja-gereja. Tidak cukup dengan itu, kerajaan negeri juga telah memberikan cukai tanah nominal RM10.00 kepada lebih 70 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.
Yang Berhormat Datuk Speaker, seperti yang saya sebutkan tadi, kerajaan negeri telah dan akan terus secara konsisten membantu Bangsa Johor tidak mengira bangsa, agama, darjat mahu pun keturunan. We are truly a color blind when it comes to helping the people of Bangsa Johor (Dewan bertepuk), atau dalam bahasa lain dengan izin Yang Berhormat Datuk Speaker, (bahasa jawa),
Cakap jawa ke tu Yang Berhormat?
Saya cuba.
Oh, ok.
Kalau Yang Berhormat Bentayan dengan Mengkibol tak faham, (bahasa Cina), kalau masih lagi tak faham (bahasa Tamil). (Dewan bertepuk). Dengan izin Yang Berhormat Datuk Speaker.
Banjar tak ada Yang Berhormat?
Banjar, biar Datuk Speaker yang bercakap. Yang Berhormat Datuk Speaker, Teras keempat adalah berkaitan Kemudahan dan Keperluan Asas. Ia melibatkan pengangkutan awam dan jalan raya. Perkara pertama di bawah teras ini adalah mengenai pengangkutan awam. Saya merujuk kepada perbahasan Yang Berhormat Perling, Seri Medan dan Endau yang prihatin tentang perkhidmatan dan pembangunan infrastruktur pengangkutan awam negeri Johor. Kerajaan negeri sentiasa prihatin untuk menyediakan pengangkutan yang efisien dan selesa. Pertamanya, adalah berkenaan Rapid Transit System, RTS. Projek ini telah mencapai 24% kemajuan dan dijangka siap pada tahun 2026. Jumlah penumpang RTS dianggarkan seramai 10,000 orang setiap jam. Dengan jangka perjalanan train 6 minit antara stesen. Dengan kapasiti ini ia berupaya membantu mengurangkan sekurang-kurangnya 35% daripada jumlah pengguna di Tambak Johor. Kedua, adalah bas Rapid Transit yang telah dijenamakan semula kepada Iskandar Rapid Transit. Status terkini pembangunan IRT telah mencapai 23.98% kemajuan kerja. Inisiatif baru ini akan mengurangkan kesesakan jalan raya di sekitar Bandaraya JB selain memberi impak positif kepada ekonomi negeri Johor.
Dan ketiga, adalah berkenaan Bas Muafakat Johor. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sepanjang ianya dilancarkan sehingga November tahun ini, bas Muafakat Johor telah dimanfaatkan seramai 11.3 juta orang pengguna yang mana golongan pelajar merupakan pengguna yang tertinggi diikuti oleh golongan pekerja di sektor swasta. Pihak kerajaan negeri juga akan sentiasa memperhalusi sebarang cadangan tambahan laluan baru bagi memenuhi permintaan masyarakat setempat.
Yang Berhormat Datuk Speaker, perkara kedua di bawah Teras ke-4 ialah jalan raya. Saya sedar dan insaf akan keadaan jalan raya di negeri ini. Di laman media sosial, tidak lekang netizen menyalurkan maklumat berkenaan jalan raya di negeri Johor ini. Sebagai contoh,
Facebook, Community Roader, Roda Johor, Aku Budak Kluang, Bangsa Johor, Persatuan Bangsa Johor, Brotherhood Johor dan banyak lagi. Sesungguhnya, saya menghargai maklumat-maklumat yang telah disalurkan kepada saya dan kerajaan negeri dan setiap satunya akan diambil tindakan penyelesaian, insya-Allah. Pemantauan secara berkala sering saya lakukan bersama Yang Berhormat EXCO Kerja Raya, Pengarah JKR dan pihak konsesi bagi memastikan tindakan proaktif dilakukan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya. Untuk makluman Dewan, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM150 juta bagi menyelenggara jalan negeri di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya. RM300 juta bagi menyelenggara jalan Pihak Berkuasa Tempatan, RM170 juta bagi menyelenggara jalan-jalan kampung di bawah seliaan pejabat daerah. RM24 juta bagi jalan pertanian oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Johor. RM50 juta bagi membina baru dan menaik taraf jalan-jalan kampung.
Yang Berhormat Datuk Speaker, kita beralih kepada Teras ke-5 iaitu Keselamatan, Kebersihan dan Kelestarian Alam Sekitar. Isu banjir bukanlah satu perkara baru di negeri ini. Saya dan barisan EXCO telah turun ke kawasan-kawasan banjir untuk melihat sendiri keadaan mereka yang menderita akibat kehilangan harta benda sewaktu bencana ini berlaku. Walau pun pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran, JPS dan Pihak Berkuasa Tempatan, PBT saya berpandangan bahawa, dengan perubahan iklim ataupun climate change, yang semakin pantas berlaku, sudah tiba masanya untuk kita belajar daripada pengalaman negara-negara luar, berhubung cara mengatasi masalah banjir ini dengan lebih berkesan. Ini termasuklah mengambil langkah-langkah pencegahan supaya kita tidak perlu lagi menumpukan tenaga di pusat pemindahan ketika banjir semata-mata.
Atas keprihatinan terhadap perkara ini, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor juga telah bertitah kepada kerajaan negeri untuk belajar bagaimana negara-negara maju mengatasi masalah banjir di negara mereka. Sebagai contoh, negara Belanda. Negara ini unik kerana hampir dua pertiga daripada permukaannya berada di bawah paras laut. Justeru, kemungkinan untuk berlaku banjir di negara mereka adalah tinggi. Namun, jarang sekali kita mendengar negara ini dilanda banjir yang buruk. Sudah tiba masanya kita belajar dan mengkaji pengalaman negara seperti Belanda dalam aspek pengurusan banjir ini.
Seterusnya, adalah berkaitan kebersihan dan kelestarian alam sekitar. Negeri Johor sewajarnya berbangga memiliki enam Taman-Taman Negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai Taman-Taman Negara yang bertaraf antarabangsa. Ia kaya dengan kepelbagaian biodiversiti flora dan fauna. Ini termasuklah Taman Negara Endau - Rompin, Gunung Ledang, Tanjung Piai, Pulau Kukup, Tapak RAMSAR dan Taman Laut Sultan Iskandar.
Selain penyelenggaraan, baik pulih dan promosi, pelbagai inisiatif juga telah dirangka agar Taman-Taman Negara ini mampu menjadi tarikan utama pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara. Saya percaya, Yang Berhormat EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar yang bertanggungjawab, bersama-sama Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) telah menyediakan pelan komprehensif untuk memperkenalkan kepada dunia tentang Taman Negara Johor. Ini termasuklah merangka beberapa inisiatif seperti Smart Trash Management, Edu Tourism, Community Based Tourism, Kemudahan Yang Bertaraf Eko, Pengurusan Taman Yang Efektif Melalui Penggunaan Digital dan Sumber Kewangan Yang Mapan Melalui Dasar Environment, Social dan Governance (ESG).
Yang Berhormat Datuk Speaker, Teras Keenam ialah Orang Muda Johor. Orang Muda Johor merupakan aset yang begitu berharga, yang akan mencorakkan masa depan Bangsa Johor. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, baru-baru ini saya telah berjumpa dan berkesempatan berjumpa dengan Duta Korea Selatan dan Jepun. Saya bertanyakan kepada mereka, apakah rahsia kejayaan kedua-dua negara tersebut membangunkan negara dan ekonomi selepas Perang Dunia Yang Kedua sehingga berjaya menjadi kuasa
ekonomi dunia pada masa ini? Jawapan yang mereka berikan, yang pertama ialah barisan kepimpinan yang mempunyai hala tuju dan visi yang jelas. Dan yang paling penting kedua, penekanan yang diberikan terhadap pendidikan anak-anak muda yang merupakan resepi utama dalam membentuk generasi yang maju dan berdaya saing.
Mengambil iktibar daripada pengalaman dan kejayaan mereka, Orang Muda Johor mesti diupayakan dengan program latihan dan pendidikan yang sesuai, agar mereka akan menjadi anak-anak muda terbaik bangsa, permata negeri yang jika dibuang ke hutan menjadi gunung, dicampak ke laut menjadi pulau, dilempar ke langit menjadi bintang. Itulah harapan besar kerajaan negeri kepada Orang Muda Johor. (Dewan bertepuk).
Bagi mencapai hasrat tersebut, Institut Dato’ Onn (IDO) diberi tanggungjawab melaksanakan Sekolah Kepimpinan Orang Muda Johor bagi melahirkan pemimpin-pemimpin pelapis bertaraf global dan berkarakter Johor. Modul Kepimpinan Medini akan dibangunkan oleh IDO yang meliputi modul polisi, komunikasi dan pembinaan sahsiah. Mereka yang cemerlang pula akan ditaja untuk mengikuti kursus-kursus di universiti-universiti terkemuka luar negara selama satu hingga dua minggu.
Selain itu, melalui program-program seperti Dewan Muda Johor, Ruang Narasi Hikmah, Johor International Youth Conference dan Johor Young CEO Talent pula, Orang Muda Johor akan diperkasa sebagai pasukan pemikir yang boleh menyumbang idea-idea yang bernas, menyediakan medium demokratik yang tersusun dalam menyalurkan kritikan, ‘semak dan imbang’ kepada pentadbiran negeri Johor. Kesemua inisiatif ini disusun untuk menyediakan Orang Muda Johor sebagai pemimpin dan generasi masa hadapan.
Pembangunan Orang Muda Johor juga perlu diintegrasikan dengan semangat kesukarelawanan. Justeru itu, Sukarelawan Southern Volunteers akan terus diperkasa dan ditambah keahliannya melalui pelbagai inisiatif untuk meningkatkan peranan dan penyertaan mereka dalam aktiviti kesukarelawanan seperti Youth Engagement Southern Volunteers (SV) Prihatin dan Skuad Muda Southern Volunteers (SV).
Selain itu, Program Pembangunan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) akan terus diperluaskan sebagai hab kepelbagaian aktiviti Orang Muda Johor yang merangkumi aktiviti keusahawanan, kesenian, kebudayaan, sukan dan rekreasi. Saya ingin memaklumkan bahawa pembangunan TMIYC Iskandar Puteri yang dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2024, membuktikan keseriusan kerajaan negeri dalam membangunkan Orang Muda Johor secara terancang dan sistematik.
Yang Berhormat Datuk Speaker, penutup. Dengan bersemangat Skudai berdiri, Skudai tak ada ya. Larkin khusyuk tak berkelip mata, aspirasi rakyat sentiasa di hati, pantas cerakin segera laksana. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Datuk Speaker, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor sering bertitah, ‘Vision without execution is hallucination’. Dalam konteks kita pada hari ini, adalah jelas bahawa penggulungan belanjawan ini bukanlah satu tanda pengakhiran. Sebaliknya ia merupakan satu titik permulaan kepada perjuangan yang sebenar, perjuangan berlandaskan pelaksanaan. Perjuangan ini tidak boleh ditangguh-tangguh dan mesti segera dilaksanakan.
Sehubungan itu, saya, barisan EXCO serta setiap anggota perkhidmatan awam negeri Johor akan menitikberatkan proses pelaksanaan dengan pemantauan secara berterusan. Menggunakan kaedah garis masa berstruktur. Memastikan ROI atau Return of Investment agar manfaatnya akan dinikmati oleh Bangsa Johor. Sebagai bukti komitmen dan kesungguhan kerajaan negeri dalam melaksanakan Belanjawan Johor 2023, kad pelaporan kemajuan atau progress report card, status pelaksanaan program dan projek akan dikeluarkan setiap empat bulan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, barisan EXCO, Pegawai Kewangan Negeri, Timbalan-Timbalan Setiausaha Kerajaan, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor, serta semua yang terlibat bekerja bersengkang mata siang dan malam tanpa mengenal erti penat mahupun lelah demi merencana dan menggubal Belanjawan Negeri Johor 2023 ini. (Dewan bertepuk).
Hakikatnya, ‘bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’. ‘Jikalau tidak dipecah ruyung, mana mungkin kan dapat sagunya’, kerana ‘yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang’. Justeru, marilah kita berganding bahu, mendepani segala cabaran yang mendatang demi memartabatkan negeri Johor yang kita cintai ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, menutup tirai penggulungan belanjawan dan tahun 2022 yang bakal berlabuh tidak lama lagi, serta dalam kita mengatur langkah menuju tahun 2023, marilah kita sama-sama menghayati firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 177 yang berbunyi, (bacaan surah). Yang bermaksud, “Kebaikan itu bukanlah menghadap wajahmu ke arah Timur mahu pun ke arah Barat, tetapi kebaikan itu adalah orang yang beriman kepada Allah, hari akhirat, para malaikat, kitab-kitab, dan nabi-nabi. Dan memberikan harta yang dicintainya kepada kaum kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, orang-orang yang dalam perjalanan yakni musafir, peminta sedekah dan untuk memerdekakan hamba sahaya, yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat, orang-orang yang menepati janji apabila berjanji. Dan orang yang sabar dalam kesusahan, penderitaan dan ketika peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa”.
Yang Berhormat Datuk Speaker, semoga kita tergolong di kalangan orang-orang yang benar dan bertakwa. Sama-samalah kita semua terus berkhidmat dan berbakti pada agama, bangsa dan tanah air. Kuning isi durian Segamat, mudah terkopek gugurnya lama, Maju Johor aspirasi keramat, kekal makmur sederap bersama. (Dewan Bertepuk). Dari jauh durian dibawa, pahit manis sama sepangsa. Ayuh sederap membina wibawa, demi Johor demi bangsa (Dewan bertepuk). Kepada Allah kita berserah, sesungguhnya muafakat itu berkat. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ada 2 pantun durian tu ada jamuan durian ke lepas ni Yang Amat Berhormat?
Insya-Allah.
Ada?
Apabila selesai Yang Berhormat kita sama-sama menjamu selera.
Berapa kilogram Yang Amat Berhormat?
2 lori besar Yang Berhormat.
(Ketawa). Untuk makluman Yang Amat Berhormat, ada 21 orang pemerhati daripada Pejabat ADUN Machap di atas tu (Dewan bertepuk).
Ahli-Ahli Yang Berhormat rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2023) Tahun 2022 dibacakan untuk kali yang kedua sekarang.
Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan. Yang tidak bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua.
Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2023 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.
Dewan Bersidang Sebagai Jawatankuasa.
JADUAL
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu sejumlah wang sebanyak RM1,482,000.00, bagi Kepala Perbelanjaan B.01, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Yang Berhormat Datuk Pengerusi. bagi Maksud Bekalan B.01, peruntukan sebanyak RM1,482,000.00 adalah diperlukan untuk pengurusan pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM974,000.00 diperlukan untuk pembayaran emolumen serta elaun-elaun kepada anggota jabatan dan bakinya sebanyak RM508,000.00 ialah untuk perbelanjaan-perbelanjaan pengurusan yang lain. Terima kasih Datuk Pengerusi.
Perkara ini dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM177,398,000.00. Bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan sebanyak RM177,398,000.00 diperlukan bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran pejabat-pejabat di bawah kawalan Pejabat Setiausaha Kerajaan dalam melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti kerajaan bagi memajukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat negeri Johor. Peruntukan yang diperlukan bagi tiap-tiap aktiviti adalah seperti berikut:-
Pentadbiran Am Bahagian Pengurusan, RM32,679,000.00; Pelbagai Perkhidmatan, RM,44,476,000.00; Menteri Besar Johor, RM14,961,000.00; Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor, RM7,036,000.00; Dewan Negeri Johor, RM31,248,000.00; Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ), RM6,158,000.00; Audit Dalam, RM1,786,000.00; Pemberian kepada Agensi, RM19,000,000.00; Kem Sultan Ibrahim, RM13,549,000.00; Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor, RM4,840,000.00; Bahagian Pemantauan dan Kesejahteraan Rakyat, RM1,665,000.00.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu wang sejumlah RM27,035,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan, sejumlah RM27,035,000.00 disediakan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut :-
Kerajaan Tempatan, RM13,708,000.00; Perumahan, RM11,356,000.00; Landskap, RM1,971,000.00.
Perkara itu kemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM17,769,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, sejumlah RM17,769,000.00 disediakan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut :-
Kebudayaan, RM10,500,000.00; Tourism Johor, RM2,018,000.00; Johor Economic, Tourism and Cultural Office (JETCO) RM5,251,000.00.
Perkara ini kemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM10,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Peruntukan berjumlah RM10,000,000.00 disediakan di bawah Maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan, untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran di bawah Bahagian Hal Ehwal Wanita dan Keluarga.
Perkara itu kemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM47,860,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, sejumlah RM47,860,000.00 disediakan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut :-
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, RM6,604,000.00; Rakan Muda dan Sukan, RM34,500,000.00; Unit Strategik Modal Insan, RM1,745,000.00; Institut Dato’ Onn, RM3,696,000.00; Sukan, Belia dan Sukarelawan sebanyak RM1,315,000.00. Terima kasih.
Perkara itu kemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM1,856,000.00 bagi Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Peruntukan berjumlah RM1,856,000.00 disediakan di bawah Maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran di bawah Invest Johor.
Perkara itu kemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM34,639,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan sejumlah RM34,639,000.00 disediakan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut :-
ICT@Johor, RM26,968,000.00; Media Digital Johor, RM7,671,000.00.
Perkara ini kemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM16,425,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.04, Perbendaharaan Negeri itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.04, peruntukan sebanyak RM16,425,000.00 diperlukan bagi pengurusan dan pentadbiran Perbendaharaan Negeri. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM7,438,000.00 diperuntukkan untuk perbelanjaan emolumen, RM2,989,000.00 untuk perbelanjaan Perkhidmatan dan Bekalan; RM188,000.00 untuk pemilikan aset, RM810,000.00 untuk perbelanjaan Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap dan baki RM5,000,000.00 untuk perbelanjaan Pulang Balik Hasil dan Hapuskira.
Perkara itu kemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM22,756,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.07, Jabatan Pertanian itu; RM84,371,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran itu; RM12,565,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.10, Jabatan Perkhidmatan Veterinar itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Yang Berhormat Datuk Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.07, peruntukan sebanyak RM22,756,000.00 adalah diperlukan untuk pengurusan Jabatan Pertanian. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM16,099,000.00 diperlukan untuk pembayaran emolumen serta elaun-elaun kepada anggota-anggota jabatan dan bakinya sebanyak RM6,657,000.00 ialah untuk perbelanjaan-perbelanjaan pengurusan yang lain.
Di bawah Maksud Bekalan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran, peruntukan yang diperlukan adalah berjumlah RM84,371,000.00. Sejumlah RM31,276,000.00 disediakan untuk perbelanjaan emolumen, RM50,770,000.00 diperlukan untuk Perkhidmatan dan Bekalan termasuk pengendalian dan penyelenggaraan sungai-sungai, RM641,000.00 disediakan untuk pemilikan aset jabatan dan RM1,684,000.00 pula disediakan untuk Pemberian Dan Kenaan Bayaran Tetap termasuk bayaran Gantian Cuti Rehat kepada anggota-anggota jabatan yang bersara.
Di bawah Maksud Bekalan B.10, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, peruntukan sebanyak RM12,565,000.00 diperuntukkan untuk perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar termasuk emolumen kakitangan dan bagi melaksanakan tugas-tugas pengurusan yang berkaitan dengan haiwan serta meningkatkan kemajuan industri ternakan di seluruh negeri Johor.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM7,087,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.12, Pejabat Kebun Bunga DiRaja Johor itu; RM6,343,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.13, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi Maksud Bekalan B.12, peruntukan berjumlah RM7,087,000.00 diperlukan untuk perbelanjaan pengurusan Pejabat Kebun Bunga DiRaja Johor.
Peruntukan sebanyak RM6,343,000.00 di bawah Maksud Bekalan B.13 pula adalah untuk Jabatan Perancangan Bandar dan Desa bagi melaksanakan tugas-tugas pengawalan pembangunan fizikal, penyelarasan perancangan fizikal, serta penyediaan rancangan-rancangan tempatan.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM19,552,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.19, Jabatan Perhutanan itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Di bawah Maksud Bekalan B.19, peruntukan sebanyak RM19,552,000.00 diperlukan untuk perbelanjaan Pengurusan dan Pentadbiran Jabatan Perhutanan. Dari jumlah tersebut sebanyak RM14,661,000.00 adalah perbelanjaan emolumen, manakala baki sebanyak RM4,891,000.00 adalah untuk lain-lain perbelanjaan termasuk perkhidmatan dan bekalan jabatan, aset serta pemberian dan kenaan bayaran tetap.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM280,592,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.21, Jabatan Agama Islam itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Dengan izin Datuk Speaker, bagi Maksud Bekalan B.21, Jabatan Agama Islam, peruntukan sebanyak RM280,592,000.00 diperlukan untuk melaksanakan kegiatan Agama Islam dalam usaha meninggikan syiar Islam termasuk perbelanjaan pengurusan di bawah Pendidikan Agama Islam serta bantuan kepada sekolah-sekolah Arab dan sekolah agama rakyat / KAFA. Peruntukan yang diperlukan bagi tiap-tiap aktiviti ialah sebagaimana berikut :
Jabatan Agama Islam (Pentadbiran Am) RM61,841,000.00. Pendidikan Agama Islam RM218,751,000.00.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM41,176,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat, peruntukan yang diperlukan bagi Tahun 2023 ialah berjumlah RM41,176,000.00. Dari jumlah tersebut, sebanyak RM5,066,000.00 diperlukan untuk pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan, RM2,602,000.00 untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan, RM380,000.00 untuk pemilikan aset dan baki sebanyak RM33,128,000.00 untuk perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap yang merupakan bantuan-bantuan dan sumbangan kebajikan kepada individu dan juga masyarakat. Ini termasuklah bantuan kepada penduduk-penduduk miskin dan bantuan malapetaka seperti banjir.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM88,769,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.24, Jabatan Kerja Raya itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.24, Jabatan Kerja Raya, peruntukan yang diperlukan bagi Tahun 2023 ialah berjumlah RM88,769,000.00. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM53,416,000,00 diperlukan untuk pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan, RM31,644,000.00 untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan. RM503,000.00 untuk pemilikan aset. RM3,186,000.00 untuk perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap manakala baki sebanyak RM20,000.00 diperlukan bagi menampung perbelanjaan-perbelanjaan lain jabatan.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM6,279,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.26, Muzium DiRaja Abu Bakar Istana Besar Johor itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Di bawah Maksud Bekalan B.26, Muzium DiRaja Abu Bakar Istana Besar Johor, peruntukan yang diperlukan ialah berjumlah RM6,279,000.00. Dari jumlah tersebut sebanyak RM3,138,000.00 adalah perbelanjaan emolumen, manakala baki sebanyak RM3,141,000.00 adalah untuk lain-lain perbelanjaan termasuk perkhidmatan dan bekalan jabatan, aset dan kenaan bayaran tetap.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM605,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.28, Sumbangan Kepada Kumpulan Wang Berkanun itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Di bawah Maksud Bekalan B.28 pula, peruntukan sebanyak RM605,000,000.00 diperlukan untuk Sumbangan Kepada Kumpulan Wang Berkanun. Jumlah tersebut diperlukan sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang - Kumpulan Wang di Bawah Seksyen 10 yang lain.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM13,581,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.29, Jabatan Kehakiman Syariah itu; RM3,040,000.00.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.32, Jabatan Mufti itu; RM2,904,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.33, Jabatan Pendakwaan Syariah itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Dengan izin Datuk Speaker, di bawah Maksud Bekalan B.29, peruntukan sebanyak RM13,581,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran Jabatan Kehakiman Syariah bagi Tahun 2023. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM7,128,000.00 disediakan untuk perbelanjaan emolumen, sebanyak RM5,721,000.00 untuk perbelanjaan Perkhidmatan dan Bekalan, sebanyak RM493,000.00 untuk perbelanjaan Pemilikan Aset dan sebanyak RM239,000.00 untuk perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap.
Di bawah Maksud Bekalan B.32, peruntukan sebanyak RM3,040,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran bagi Jabatan Mufti.
Di bawah Maksud Bekalan B.33, peruntukan sebanyak RM2,904,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran bagi Jabatan Pendakwaan Syariah.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM5,679,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.41, Pejabat Daerah Johor Bahru itu; RM5,720,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.42, Pejabat Daerah Muar itu; RM6,037,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat itu; RM5,049,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.44, Pejabat Daerah Pontian itu; RM5,574,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.45, Pejabat Daerah Segamat itu; RM4,806,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.46, Pejabat Daerah Kluang itu; RM5,645,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi itu; RM6,215,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.48, Pejabat Daerah Mersing itu; RM3,885,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.49, Pejabat Daerah Kulai itu; RM3,830,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.50, Pejabat Daerah Tangkak itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Di bawah Maksud Bekalan B.41, Pejabat Daerah Johor Bahru diperuntukkan sebanyak RM5,679,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.42, Pejabat Daerah Muar diperuntukkan sebanyak RM5,720,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat diperuntukkan sebanyak RM6,037,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.44, Pejabat Daerah Pontian diperuntukkan sebanyak RM5,049,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.45, Pejabat Daerah Segamat diperuntukkan sebanyak RM5,574,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.46, Pejabat Daerah Kluang diperuntukkan sebanyak RM4,806,000.00. Di bawah Maksud bekalan B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi diperuntukkan sebanyak RM5,645,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.48, Pejabat Daerah Mersing diperuntukkan sebanyak RM6,215,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.49, Pejabat Daerah Kulai diperuntukkan sebanyak RM3,885,000.00 dan di bawah Maksud Bekalan B.50, Pejabat Daerah Tangkak diperuntukkan sebanyak RM3,830,000.00. Kesemua peruntukan tersebut disediakan bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran Pejabat-pejabat Daerah di seluruh negeri Johor.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM28,062,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.51, Pejabat Tanah dan Galian itu; RM7,539,000.00 bagi kepala Perbelanjaan B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru itu; RM5,173,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.53, Pejabat Tanah Muar itu; RM6,897,000.00 bagi kepala Perbelanjaan
B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat itu; RM3,740,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.55, Pejabat Tanah Pontian itu; RM5,268,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.56, Pejabat Tanah Segamat itu; RM4,693,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.57, Pejabat Tanah Kluang itu; RM5,981,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi itu; RM6,214,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.59, Pejabat Tanah Mersing itu; RM3,926,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.60, Pejabat Tanah Kulai itu; RM3,814,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.61, Pejabat Tanah Tangkak itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Di bawah Maksud Bekalan B.51, Pejabat Tanah Dan Galian, diperuntukkan sebanyak RM28,062,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru diperuntukkan sebanyak RM7,539,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.53, Pejabat Tanah Muar diperuntukkan sebanyak RM5,173,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat diperuntukkan sebanyak RM6,897,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.55, Pejabat Tanah Pontian diperuntukkan sebanyak RM3,740,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.56, Pejabat Tanah Segamat diperuntukkan sebanyak RM5,268,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.57, Pejabat Tanah Kluang diperuntukkan sebanyak RM4,693,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi diperuntukkan sebanyak RM5,981,000.00 dan di bawah Maksud bekalan B.59, Pejabat Tanah Mersing diperuntukkan sebanyak RM6,214,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.60, Pejabat Tanah Kulai diperuntukkan sebanyak RM3,926,000.00 dan di bawah Maksud Bekalan B.61, Pejabat Tanah Tangkak diperuntukkan sebanyak RM3,814,000.00. Kesemua peruntukan tersebut disediakan bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran Pejabat-Pejabat Tanah di seluruh negeri Johor.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Jadual jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
FASAL 2.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
FASAL 1.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Dewan Negeri Bersidang Semula.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya memohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam Jawatankuasa satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan. Maka saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan 2023 Tahun 2022 dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan.
Bahawa dengan ini adalah Diperundang-undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut :
Enakmen Ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan 2023 Tahun 2022 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.
Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Johor Tahun 2023.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Dewan ini serta merta berpindah menjadi Jawatankuasa bagi keseluruhan Dewan Negeri untuk menimbangkan anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Johor Tahun 2023 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 34 Tahun 2022 dan memperakukan sama ada peranggaran itu patut diluluskan oleh Dewan ini dengan dipinda atau tiada dipinda.
Peruntukan yang diperlukan untuk peranggaran Pembangunan Tahun 2023 adalah berjumlah RM600,000,000.00 di bawah Empat Jawatankuasa seperti berikut :
1. Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Negeri Johor RM438,000,000.00.
2. Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor RM30,000,000.00.
3. Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor RM47,000,000.00.
4. Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor RM85,000,000.00.
Penjelasan lanjut bagi peruntukan tersebut akan diberi di peringkat jawatankuasa berkenaan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rundingan itu dipersetujukan.
Dewan Bersidang Sebagai Jawatankuasa.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM240,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.70, Pejabat Menteri Besar Johor itu; RM142,500,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.71, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pembangunan itu; RM55,500,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.72, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pengurusan itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Di bawah Maksud Pembangunan 70, Pejabat Menteri Besar Johor, peruntukan sebanyak RM240,000,000.00 disediakan bagi Tahun 2023. Daripada jumlah
tersebut, sebanyak RM183,000,000.00 diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja pembangunan termasuk Pembangunan Fizikal, Pembangunan Sosial dan Pembangunan Kerja-kerja Kecil. Sebanyak RM7,000,000.00 pula disediakan untuk perbelanjaan Pengambilan Balik Tanah bagi tujuan projek-projek pembangunan kemudahan awam manakala selebihnya sebanyak RM50,000,000.00 disediakan bagi Projek-projek Khas Daerah di seluruh negeri Johor.
Di bawah Maksud Pembangunan 71, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pembangunan, peruntukan sebanyak RM142,500,000.00 disediakan untuk Tahun 2023. Sebanyak RM28,000,000.00 disediakan bagi Projek Pembangunan Ekonomi dan Inklusif. Sejumlah RM41,500,000.00 pula diperuntukkan bagi Projek-projek Pembangunan Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Selain daripada itu, RM13,250,000.00 disediakan bagi projek-projek di bawah Pertanian dan Industri Asas Tani.
Untuk Pembangunan Modal Insan, Keluarga dan Masyarakat diperuntukkan sejumlah RM8,700,000.00. Bagi pelaksanaan projek-projek berkaitan Pengurusan Sumber dan Alam Sekitar, disediakan sejumlah RM 23,300,000.00 manakala RM7,200,000.00 disediakan bagi Pembangunan Sains, Teknologi dan Inovasi. RM1,000,000.00 pula disediakan bagi Program Pembangunan Belia dan Sukan. Bagi penggalakan aktiviti pelancongan di negeri Johor, peruntukan sejumlah RM10,550,000.00 disediakan. Akhir sekali sebanyak RM9,000,000.00 disediakan untuk Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
Di bawah Maksud Pembangunan 72, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pengurusan, peruntukan sebanyak RM55,500,000.00 disediakan untuk tahun 2023. Sebanyak RM43,538,000.00 disediakan bagi kerja-kerja penyelenggaraan, baik pulih dan naik taraf kuarters kerajaan dan bangunan negeri, bangunan-bangunan milik kerajaan negeri di luar negeri Johor dan bangunan kerajaan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri, Kota Iskandar serta Masjid Kota Iskandar. Di samping itu juga, sebanyak RM4,502,000.00 pula disediakan bagi pembinaan bangunan-bangunan kerajaan negeri, dan akhir sekali RM7,460,000.00 disediakan bagi kerja-kerja kecil.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM47,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.73, Jabatan Agama Islam itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Di bawah Maksud Pembangunan 73, Jabatan Agama Islam, peruntukan sebanyak RM47,000,000.00 disediakan untuk tahun 2023. Sejumlah RM3,150,000.00 disediakan untuk Pusat Islam Iskandar dan RM37,680,520.00 pula untuk pembangunan sekolah-sekolah agama di seluruh negeri Johor serta Pejabat Pendidikan Islam Negeri Johor.
Peruntukan sejumlah RM674,480,00.00 disediakan bagi kenderaan penguatkuasaan dan jentera pelaksanaan kerja-kerja yang dirancangkan bagi membina rumah pegawai, guru-guru agama dan kakitangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Peruntukan sejumlah RM2,300,000.00 adalah bagi kelengkapan dan kemudahan di Makam DiRaja dan tanah-tanah Perkuburan. Peruntukan sebanyak RM3,195,000.00 adalah untuk membina dan memperelok masjid-masjid Johor, bangunan-bangunan Pejabat Agama Islam Negeri Johor dan bangunan-bangunan Mahkamah Syariah Negeri Johor.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM85,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.74, Jabatan Kerja Raya itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Di bawah Maksud Pembangunan 74, Jabatan Kerja Raya peruntukan sebanyak RM85,000,000.00 disediakan untuk tahun 2023. Sebanyak RM37,859,920.00 diperlukan untuk kerja-kerja pembinaan, menaik taraf serta memperelok jalan dan jambatan negeri dan sebanyak RM4,200,000.00 untuk melebar jalan-jalan negeri, membina tembok tepi sungai dan rancangan mengelak banjir dan menaik taraf.
Peruntukan sejumlah RM3,000,000.00 juga disediakan untuk menaik taraf sistem mekanikal dan elektrikal di bangunan-bangunan kerajaan dan RM2,700,000.00 diperuntukkan untuk kerja-kerja kecil yang lain. Sejumlah RM6,840,060.00 disediakan untuk kerja-kerja pembinaan, menaik taraf, ubahsuai serta kemudahan dan keperluan bangunan-bangunan kerajaan di negeri Johor, bagi menaik taraf bangunan-bangunan utama kerajaan serta kemudahan dan keperluan bangunan.
Sejumlah RM30,000,000.00 diperuntukkan untuk bangunan-bangunan negeri, manakala RM250,020,000.00 adalah untuk bangunan Yayasan Warisan Johor. Akhir sekali RM150,000.00 disediakan untuk kenderaan dan jentera.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM30,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.75, Jabatan Pengairan dan Saliran itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Yang Berhormat Datuk Pengerusi, bagi Maksud Pembangunan 75 Jabatan Pengairan dan Saliran, peruntukan sebanyak RM30,000,000.00 disediakan untuk pelaksanaan projek-projek bagi tahun 2023. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM4,875,100.00 adalah bagi jentera, kenderaan, loji dan pintu air serta kelengkapan dan sebanyak RM200,000.00 disediakan untuk premis dan bangunan jabatan. Sebanyak RM721,000.00 disediakan untuk kajian dan reka bentuk projek. Di samping itu, sebanyak RM18,391,980.00 disediakan bagi Rancangan Tebatan Banjir, Saliran Mesra Alam, Zon Pantai dan Lembangan Sungai. Sebanyak RM2,221,920.00 disediakan bagi Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, Pembangunan Infrastruktur Pengairan, Saliran Pertanian dan Asas Tani serta muara sungai di seluruh negeri Johor. Dan akhir sekali sebanyak RM3,590,000.00 disediakan bagi Pengurusan Keselamatan Empangan serta lintasan dan jalan ladang.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Yang Berhormat Datuk Pengerusi, oleh sebab maksud-maksud peranggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 34 Tahun 2022 itu telah pun selesai ditimbangkan, maka saya membawa rundingan supaya ketetapan-ketetapan Jawatankuasa itu dimaklumkan serta merta kepada Dewan Negeri.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Dewan Negeri Bersidang Semula.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Jawatankuasa Dewan ini telah pun menimbang dan meluluskan tanpa pindaan maksud-maksud peranggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 34 Tahun 2022.
Dari itu saya membawa rundingan supaya Dewan ini bersetuju dengan ketetapan Jawatankuasa itu iaitu :-
Peruntukan wang berjumlah RM600,000,000.00 yang dicadangkan bagi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2023 itu diluluskan oleh Dewan Negeri ini. Dan dengan itu mengambil ketetapan bahawa sejumlah wang yang tidak melebihi RM600,000,000.00 hendaklah dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan dalam Tahun Kewangan 2023 bagi menyempurnakan maksud yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat yang tersebut.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rundingan itu dipersetujukan.
Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan (No. 3) Tahun 2022.Bill
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan Ketiga Tahun 2022 dibacakan kali yang pertama.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang pertama.
Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2022 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa saya akan membawa rundingan untuk bacaan kali yang kedua bagi Rang Undang-Undang ini pada hari ini juga dan saya membawa rundingan supaya Peratuan Tetap 112(2) ditangguhkan sementara, agar pertimbangan Rang Undang-Undang ini pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan pada hari ini juga.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.
Peraturan Tetap 112(2) ditangguhkan sementara.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Tambahan peruntukan ini merupakan tambahan ketiga bagi Perbelanjaan Bekalan Tahun 2022. Tambahan peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak RM16,745,000.00 sebagaimana yang dimasukkan di dalam Enakmen Perbekalan Tambahan di bawah 7 Jawatankuasa seperti berikut :-
1. Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Negeri Johor, RM2,547,000.00;
2. Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, RM1,629,000.00;
3. Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, RM701,000.00;
4. Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, RM290,000.00;
5. Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, RM2,036,000.00;
6. Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, RM8,342,000.00;
7. Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, RM1,200,000.00.
Penjelasan lanjut bagi tambahan-tambahan tersebut akan diberi di peringkat Jawatankuasa berkenaan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua.
Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2022 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu.
Dewan Bersidang Sebagai Jawatankuasa.
JADUAL.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM36,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.01, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan. Koperasi dan Sumber Manusia : Bagi Maksud Bekalan B.01, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, peruntukan tambahan sebanyak RM36,000.00 diperlukan untuk pembayaran Elaun Tetap kerana perubahan kadar bayaran Elaun Sara Hidup dan Imbuhan Tetap Perumahan serta Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2022.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM302,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan tambahan sebanyak RM302,000.00 bagi menampung kekurangan untuk pembayaran Emolumen, Elaun Tetap kerana perubahan kadar bayaran Elaun Sara Hidup dan Imbuhan Tetap Perumahan serta Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2022. Peruntukan tambahan yang diperlukan bagi aktiviti seperti berikut :-
Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor, RM131,000.00; Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ), RM79,000.00; Audit Dalam, RM92,000.00.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM701,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan tambahan sebanyak RM701,000.00 bagi menampung kekurangan untuk pembayaran Emolumen, Elaun Tetap kerana perubahan kadar bayaran Elaun Sara Hidup dan Imbuhan Tetap Perumahan, Sumbangan Berkanun untuk kakitangan serta Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2022. Peruntukan tambahan yang diperlukan bagi aktiviti seperti berikut :-
Perumahan, RM665,000.00; Landskap RM36,000.000.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM2,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan. Koperasi dan Sumber Manusia : Bagi Maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan, Rakan Muda dan Sukan, peruntukan tambahan sebanyak RM2,000,000.00 untuk menampung kekurangan geran kepada Majlis Sukan Negeri Johor bagi perbelanjaan Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX, Majlis Sukan Negara 2022. Terima kasih.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM503,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.07, Jabatan Pertanian itu; RM1,126,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.07 Jabatan Pertanian, peruntukan tambahan sebanyak RM503,000.00 diperlukan bagi menampung Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2022.
Bagi Maksud Bekalan B.08 Jabatan Pengairan dan Saliran, peruntukan tambahan sebanyak RM1,126,000.00 diperlukan untuk pembayaran Elaun Tetap kerana perubahan kadar bayaran Elaun Sara Hidup dan Imbuhan Tetap Perumahan serta Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2022.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM7,743,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.21, Jabatan Agama Islam itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Dengan izin Datuk Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.21 Jabatan Agama Islam, peruntukan tambahan sebanyak RM7,743,000.00 bagi menampung kekurangan untuk pembayaran Emolumen, Elaun Tetap kerana perubahan kadar bayaran Elaun Sara Hidup dan Imbuhan Tetap Perumahan, Sumbangan Berkanun untuk kakitangan, Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2022 serta Bayaran Ganti Cuti Rehat kakitangan. Peruntukan tambahan yang diperlukan bagi aktiviti seperti berikut : Pentadbiran Am RM1,691,000.00; Pendidikan Agama Islam, RM6,052,000.00.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM1,200,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.24, Jabatan Kerja Raya itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.24, Jabatan Kerja Raya, peruntukan tambahan sebanyak RM1,200.000.00 diperlukan untuk menampung Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2022.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM290,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.26, Muzium DiRaja Abu Bakar Istana Besar Johor itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.26, Muzium DiRaja Abu Bakar Istana Besar Johor, peruntukan tambahan sebanyak RM290,000.00 bagi menampung kekurangan untuk pembayaran Emolumen, Elaun Tetap kerana perubahan kadar bayaran Elaun Sara Hidup dan Imbuhan Tetap Perumahan, Sumbangan Berkanun untuk kakitangan, Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2022 serta Bayaran Perhubungan dan Utiliti.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM487,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.29, Jabatan Kehakiman Syariah itu dan RM112,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.33, Jabatan Pendakwaan Syariah itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Dengan izin Datuk Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.29, Jabatan Kehakiman Syariah, peruntukan tambahan sebanyak RM487,000.00 bagi menampung kekurangan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2022 serta menampung kekurangan peruntukan pelarasan Elaun Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Elaun Khas Ketua Pendaftar, Pegawai Penyelidik kepada Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Johor dan Bayaran Elaun Hakim.
Bagi Maksud Bekalan B.33, Jabatan Pendakwaan Syariah, peruntukan tambahan sebanyak RM112,000.00 bagi menampung kekurangan untuk pembayaran Emolumen, Elaun Tetap kerana perubahan kadar bayaran Elaun Sara Hidup dan Imbuhan Tetap Perumahan serta Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2022.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita perlukan lebih kurang 15 minit lagi jadi kita teruskan walaupun bau durian makin kuat. Sabar dulu.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM117,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat itu; RM478,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.44, Pejabat Daerah Pontian itu; RM238,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.45, Pejabat Daerah Segamat itu; RM315,00.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi itu; RM72,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.48, Pejabat Daerah Mersing itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat, peruntukan tambahan sebanyak RM117,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2022.
Bagi Maksud Bekalan B.44 Pejabat Daerah Pontian, peruntukan tambahan sebanyak RM478,000.00 bagi menampung kekurangan untuk pembayaran Emolumen, Elaun Tetap kerana perubahan kadar bayaran Elaun Sara Hidup dan Imbuhan Tetap Perumahan serta Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2022.
Bagi Maksud Bekalan B.45, Pejabat Daerah Segamat, peruntukan tambahan sebanyak RM238,000 bagi menampung kekurangan untuk pembayaran emolumen, Elaun Tetap kerana perubahan kadar bayaran Elaun Sara Hidup dan Imbuhan Tetap Perumahan serta Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2022.
Bagi Maksud Bekalan B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi, peruntukan tambahan sebanyak RM315,000.00 bagi menampung kekurangan untuk pembayaran Emolumen, Elaun Tetap kerana perubahan kadar bayaran Elaun Sara Hidup dan Imbuhan Tetap Perumahan serta Sumbangan Berkanun untuk kakitangan.
Bagi Maksud Bekalan B.48, Pejabat Daerah Mersing, peruntukan tambahan sebanyak RM72,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2022.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
Jadual jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM100,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru itu; RM70,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.53 Pejabat Tanah Muar itu; RM376,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat itu; RM226,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.55, Pejabat Tanah Pontian itu; RM226,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi itu; RM27,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.61, Pejabat Tanah Tangkak itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.
Bagi Maksud Bekalan B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru, peruntukan tambahan sebanyak RM100,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2022.
Bagi Maksud Bekalan B.53, Pejabat Tanah Muar, peruntukan tambahan sebanyak RM70,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2022.
Bagi Maksud Bekalan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat, peruntukan tambahan sebanyak RM376,000.00 bagi menampung kekurangan untuk pembayaran Emolumen, Elaun Tetap kerana perubahan kadar bayaran Elaun Sara Hidup dan Imbuhan Tetap Perumahan serta Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2022.
Bagi Maksud Bekalan B.55, Pejabat Tanah Pontian, peruntukan tambahan sebanyak RM226,000.00 bagi menampung kekurangan untuk pembayaran Emolumen, Elaun Tetap kerana perubahan kadar bayaran Elaun Sara Hidup dan Imbuhan Tetap Perumahan serta Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2022.
Bagi Maksud Bekalan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi, peruntukan tambahan sebanyak RM226,000.00 bagi menampung kekurangan untuk pembayaran Emolumen, Elaun Tetap kerana perubahan kadar bayaran Elaun Sara Hidup dan Imbuhan Tetap Perumahan, Sumbangan Berkanun untuk kakitangan serta Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2022.
Bagi Maksud Bekalan B.61, Pejabat Tanah Tangkak, peruntukan tambahan sebanyak RM27,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2022.
Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.
FASAL 2.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
FASAL 1.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Dewan Negeri Bersidang semula.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam Jawatankuasa satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan. Maka saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan Ketiga Tahun 2022 dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan.
Bahawa dengan ini adalah Diperundang-undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut:- Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan, (No.3) Tahun 2022.
Rang Undang-Undang Enakmen Setiausaha Kerajaan Johor (Pemerbadanan) (Pindaan) 2022.Bill
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Rang Undang-Undang Enakmen Setiausaha Kerajaan Johor (Pemerbadanan) (Pindaan) 2022 dibaca kali yang pertama.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang pertama.
Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Setiausaha Kerajaan Johor (Pemerbadanan) 1953.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Peraturan Tetap 58 ditangguhkan sementara agar rundingan untuk bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang ini pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan pada hari ini juga.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.
Peraturan Tetap 58 ditangguhkan sementara.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Rang Undang-Undang ini adalah bertujuan untuk meminda Enakmen Setiausaha Kerajaan Johor (Pemerbadanan) 1953. Rang Undang-Undang Enakmen Setiausaha Kerajaan Johor (Pemerbadanan) (Pindaan) 2022 mengandungi 2 Fasal. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan berkuat kuasa Enakmen dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan peruntukan baharu Seksyen 4A selepas Seksyen 4 kepada Enakmen Setiausaha Kerajaan Johor (Pemerbadanan) 1953 untuk memberi kuasa kepada Perbadanan menubuhkan syarikat atau badan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan bagi tujuan melaksanakan fungsi-fungsinya atau menjalankan apa-apa kuasa Perbadanan sama ada di bawah kawalan atau sebahagian kawalan Perbadanan itu sendiri atau secara bebas.
4A, Kuasa tambahan Perbadanan : (1) Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang perlu bagi atau suai manfaat atau bersampingan dengan pelaksanaan tugasnya dan hendaklah mempunyai kuasa untuk:
1. Dengan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan, menubuhkan syarikat di bawah Akta Syarikat, Akta 125 atau perbadanan bagi tujuan pelaksanaan fungsi-fungsinya atau menjalankan apa-apa kuasa perbadanan sama ada di bawah kawalan atau sebahagian kawalan perbadanan itu sendiri atau secara bebas.
2. Bagi tujuan di perenggan (a), tiada syarikat ditubuhkan oleh perbadanan boleh menubuhkan apa-apa syarikat berikutnya di bawah akta syarikat 1965 kecuali dengan kelulusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan. Rang undang-undang ini akan melibatkan kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya pada masa ini tidak dapat ditentukan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon mencadangkan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.
Ahli-Ahli bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua.
Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Setiausaha Kerajaan Pemerbadanan 1953.
Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
FASAL 1.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ialah supaya Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
FASAL 2.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Dewan Negeri bersidang semula.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam jawatankuasa satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan. Dari itu, saya membawa rundingan supaya Rang-Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang Enakmen Setiausaha Kerajaan Johor (Pemerbadanan) (Pindaan) 2022 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Rundingan dikemukakan bagi mendapatkan keputusan.
Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan.
Bahawa dengan ini Diperundang-undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut :- Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Setiausaha Kerajaan Johor (Pemerbadanan) (Pindaan) 2022 dan hendaklah mula disifatkan berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Rang Undang-Undang Enakmen (Elaun-Elaun) Kerabat Diraja (Pindaan) 2022.Bill
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Rang Undang-Undang Enakmen (Elaun-Elaun) Kerabat DiRaja (Pindaan) 2022 dibaca kali yang pertama.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang pertama.
Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen (Elaun-Elaun) Kerabat DiRaja 1960 (Enakmen No. 21/1960).
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Peraturan Tetap 58 ditangguhkan sementara agar rundingan untuk bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang ini pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan pada hari ini juga.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.
Peraturan Tetap 58 ditangguhkan sementara.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Rang Undang-Undang ini adalah bertujuan untuk meminda Jadual Pertama kepada Enakmen (Elaun-Elaun) Kerabat DiRaja 1960. Pindaan ini diperlukan sebelum pembayaran dibuat berikutan terdapat kenaikan kadar Elaun Kerabat dan penerima baharu.
Rang Undang-Undang Enakmen (Elaun-Elaun) Kerabat DiRaja (Pindaan) 2022 mengandungi dua (2) Fasal; Fasal Pertama mengandungi tajuk ringkas dan permulaan berkuat kuasa enakmen dicadangkan. Fasal Kedua bersetuju meminda Jadual Pertama kepada Enakmen (Elaun-Elaun) Kerabat DiRaja 1960. Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan setakat yang tersebut. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya memohon mencadangkan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua sekarang. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua.
Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen (Elaun-Elaun) Kerabat DiRaja 1960 (Enakmen No. 21/1960).
Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
FASAL 1.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ialah supaya Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini..
FASAL 2.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ialah supaya Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Dewan Negeri bersidang semula.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam jawatankuasa satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan. Dari itu, saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang Enakmen (Elaun-Elaun) Kerabat DiRaja (Pindaan) 2022 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Rundingan dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Bahawa dengan ini Diperundang-undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut:- Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen (Elaun-Elaun) Kerabat DiRaja (Pindaan) 2022 dan hendaklah mula disifatkan berkuat kuasa pada tarikh ia disiarkan dalam Warta.
Rang Undang-Undang Majlis Perbandaran Pontian 2022.Bill
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang dibaca kali yang pertama.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang pertama.
Suatu Enakmen untuk membuat peruntukan-peruntukan berbangkit untuk ubahsuaian-ubahsuaian gelaran apabila taraf Majlis Daerah Pontian ditukar dan bagi perkara-perkara berkaitan dengannya.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Peraturan Tetap 58 ditangguhkan sementara agar rundingan untuk bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang ini pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan pada hari ini juga.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.
Peraturan Tetap 58 ditangguhkan sementara.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.
Yang Berhormat Datuk Speaker, pertama, penggubalan Enakmen bagi Pihak Berkuasa Tempatan yang dinaik taraf adalah merupakan satu proses perundangan yang biasa dan telah dilaksanakan di Pihak Berkuasa Tempatan lain di Malaysia yang telah dinaik taraf. Mengikut Seksyen 4(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) seperti Enakmen Majlis Perbandaran Muar 2001, Enakmen Majlis Perbandaran Batu Pahat 2001, Enakmen Majlis Perbandaran Kluang 2001 dan Enakmen Majlis Perbandaran Segamat 2018.
Kedua, Majlis Daerah Pontian ditubuhkan pada 1 November 1976 selaras dengan kuat kuasa Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Ketiga, kini adalah wajar supaya Majlis Daerah Pontian diberikan pertimbangan untuk pengiktirafan kepada Majlis Perbandaran Pontian. Pengiktirafan yang diberikan ini secara tidak langsung akan dapat memberikan perkhidmatan perbandaran yang terbaik kepada penduduk selain dapat mempertingkatkan lagi prestasi dalam pelbagai aktiviti yang dipertanggungjawabkan kepada Majlis Daerah Pontian.
Keempat, selain dari telah memenuhi kriteria-kriteria bagi kenaikan Majlis Daerah kepada Perbandaran, kenaikan taraf juga memberi kelebihan kepada Majlis Daerah Pontian dengan penambahan perjawatan, kenaikan jumlah geran tahunan dan projek-projek pembangunan bersesuaian dengan taraf sebagai perbandaran.
Kelima, tambahan pengiktirafan perbandaran yang diberikan juga akan menjadi dorongan serta pemangkin kepada segala perancangan pembangunan yang dirancang selaras dengan hasrat kerajaan negeri. Ini secara tidak langsung akan menjadi daya penarik kepada pelabur-pelabur asing mahupun tempatan dalam membuat pelaburan ke negeri Johor.
Keenam, oleh yang demikian, bersesuaian dengan kenaikan taraf Majlis Daerah Pontian kepada Majlis Perbandaran Pontian, maka Rang Undang-Undang Enakmen Majlis Perbandaran Pontian 2022 ini digubal bertujuan untuk mengadakan peruntukan-peruntukan berbangkit untuk ubahsuaian-ubahsuaian gelaran sesuai dengan kenaikan taraf tersebut.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Rang Undang-Undang ini mengandungi 3 Fasal. Fasal 1, mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan. Fasal 2, memperkenalkan gelaran yang digunakan dalam konteks Majlis Perbandaran Pontian dan ubahsuaian-ubahsuaian gelaran-gelaran itu apabila mula berkuat kuasa Enakmen yang dicadangkan. Fasal 3, memperkenalkan kecualian semua perkara yang dilakukan oleh atau terhadap Majlis Perbandaran Pontian di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan Pihak Berkuasa Tempatan. Sebelum mula berkuat kuasa, Enakmen yang dicadangkan yang hendaklah tidak menyentuh apa-apa prosiding perundangan yang telah dilaksanakan dan prosiding perundangan oleh atau terhadap Majlis Perbandaran boleh dimulakan seolah-olah tiada apa-apa penukaran taraf seperti Enakmen yang dicadangkan yang telah mula berkuat kuasa. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon mencadangkan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Tahniah Pontian. Ahli-Ahli Yang Berhormat, suka saya mengingatkan bahawa, menurut Peraturan 59 maka bolehlah dibahaskan akan Rundingan itu, tetapi hendaklah dihadkan perbahasan itu kepada dasar-dasar dan faedah-faedah Rang Undang-Undang ini sahaja. Ada? Tak Ada?
Dan Faedah-Faedah Rang Undang-Undang ini sahaja. Ada? Tak ada?
Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua.
Suatu Enakmen untuk membuat peruntukan-peruntukan berbangkit untuk ubahsuaian-ubahsuaian gelaran apabila taraf Majlis Perbandaran Pontian ditukar dan bagi perkara-perkara berkaitan dengannya.
Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
FASAL 1.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ialah supaya Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ada pencelahan?
Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan. Yang tidak bersetuju, Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
FASAL 2.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ialah supaya Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ada pencelahan atau pun nak minta penjelasan?
Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan. Yang tidak bersetuju, Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
FASAL 3.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ialah supaya Fasal 3 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Tidak ada pencelahan ya?
Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan. Yang tidak bersetuju, Fasal 3 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Dewan Negeri bersidang semula.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun dipertimbangkan dalam Jawatankuasa satu persatu dan dipersetujui tanpa pindaan.
Dari itu, saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini baca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang Enakmen Majlis Perbandaran Pontian 2022 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Bahawa dengan ini adalah Diperundang-undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut :- Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Majlis Perbandaran Pontian 2022 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 31 Mac 2021.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Dewan ini ditangguhkan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, berakhir sudah Persidangan Mesyuarat Keempat Belanjawan..
Datuk Speaker…
2023..
Datuk Speaker..
Bagi Penggal Pertama Dewan Negeri Johor yang ke-15. Tak.. mohon maaf..
Sabar Datuk Speaker. (Dewan ketawa).
Bau durian, makin kuat. (Dewan ketawa).
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, berakhir sudah Persidangan Mesyuarat Keempat Belanjawan (2023) Bagi Penggal Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-15. Tahniah, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berjaya menjalankan tugas dengan tertib dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas kelulusan Budget 2023. (Dewan bertepuk).
Selamat bercuti. Insya-Allah jumpa di Qatar pada 18 Disember ini. Kalau jumpa saya, Insya-Allah saya belanja makan, makanan Qatar yang hebat-hebat seperti harees, balalet, thareed, kabsa dan juga luqaimat. Jemput, jemput.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ini saya tangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan.
Dewan ditangguhkan pada jam 1.35 tengah hari.
Pegawai-Pegawai Bertugas:
Jurutulis Tuan Haji Zainal bin Eran
Penolong Jurutulis Encik Azlan Afandi bin Sauffee Afandi
Koordinator Cik Norzita binti Abdul Aziz
Pembantu Penerbitan Puan Malina binti Mohd Nasir Puan Noraisah binti Mohd Yusof Encik Ariff bin Abu Bakar
Pembantu Operasi (Bentara) Encik Razine bin Sulaiman Encik Hamdan bin Markom Encik Norhayadi bin Hussien Encik Muhamad Khirunizam bin Pahmi Encik Mohd Norazri bin Kasim Encik Mohd Sapri bin Manan Encik Muhamad Khairul Asyraf bin Abdullah Encik Muhammad Khairul bin Arop
Setiausaha Pejabat (Pelapor Dewan) Puan Hajah Zalinah binti Ali Puan Hajah Saniah binti Kassim Puan Junaidah binti Paing Puan Hajah Rumiah binti Semirono Puan Hajah Azlin bin Bahrin Puan Hajah Fareza binti Musa Puan Zahiti binti Muhamad Hamdi Puan Siti Rojimah binti Abd. Razak Puan Noor Dalilah binti Dahalan Puan Hajah Haironisha binti Zainal Abidin Puan Hajah Hairun Nurul Ain binti Zainal Abidin Puan Shuriati binti Abdul Hajar Puan Norazilawati binti Misri Puan Norlydialina binti Isnin Puan Norhafizah binti Osman Puan Raihanah binti Ismail Puan Fakhrinnazia binti Fuad Puan Nor Wahidah binti Elias
Rakaman Encik Nor Risam bin Esa Encik Azizan bin Md Sidi Encik Khairul Anuar bin Umar Usman
Juruaudio Video Encik Noorazhan bin Mohd Salleh Encik Ismail bin Abu Bakar