Johor · 23 November 2023

2nd session, 4th meeting · 65 turns · 13,529 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.

Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. (Bacaan selawat).

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Maju Johor. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan Negeri Johor yang mulia ini, ingin merafak sembah menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2023. Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dalam kerahmatan Allah dan dipeliharakan kesihatan Tuanku.

Sultan Johor payung mahkota, merafak sembah di ulang tahun keputeraan, kepada Allah rakyat meminta lanjutkan usia Baginda Sultan.

Dewan Negeri Johor ini juga dengan sepenuh ikhlas ingin merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ikrar taat setia dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena pemilihan Baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-17. Sebagai teras pemerintahan Raja Berperlembagaan, Dewan yang mulia ini amat berkeyakinan dengan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku kelak Malaysia diberkati dengan nikmat kemakmuran dan perpaduan.

Baginda Sultan arif bestari, segala orang menyebar cerita, tegas dan adil perintah negeri, berkatkan Baginda di atas takhta.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ini juga ini merakamkan ucapan setingg-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor yang telah dikurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama, Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) yang membawa gelaran Dato’. Dewan Negeri Johor berkongsi kesyukuran kerana penganugerahan itu adalah satu pengiktirafan terhadap kegigihan dan kejayaan Yang Amat Berhormat memacu Johor sebagai negeri yang maju dan stabil.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, alhamdulillah hari ini Dewan Negeri Johor memulakan persidangan dengan pembentangan Bajet 2024 oleh Yang Amat Berhormat Machap. Bajet adalah jantung kepada fungsi dan peranan Dewan Negeri. Ahli-Ahli Yang Berhormat adalah wakil kepada rakyat untuk membahas dan meluluskannya. Semoga Maju Johor menjadi realiti menjelang 2030. Persidangan ini akan mengambil masa selama tujuh hari sehingga 3 Disember 2023. Terima kasih.

Pembentangan Kertas-Kertas Mesyuarat.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membentangkan Kertas-Kertas Mesyuarat Bilangan 31 hingga 43 tahun 2023.

Bilangan 31 Tahun 2023 - Anggaran Perbelanjaan Tambahan Ketiga Tahun 2023.

Bilangan 32 Tahun 2023 - Laporan Jawatankuasa Belanjawan Negeri Mengenai Peranggaran Negeri Johor Tahun 2024.

Bilangan 33 Tahun 2023 - Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Johor Tahun 2024.

Bilangan 34 Tahun 2023 - Penyata Kewangan Negeri Tahun 2022.

Bilangan 35 Tahun 2023 - Laporan Ketua Audit Negara Johor Tahun 2022 dan Penyata Memorandum mengenai:

• Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri serta pengauditan pematuhan Jabatan/Agensi Negeri.

Bilangan 36 Tahun 2023 - Resolusi Untuk Menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Di Bawah Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61) Bagi Tujuan Pemberian Pinjaman Kerajaan Negeri Kepada Badan-Badan Berkanun Dan Badan-Badan Lain.

Bilangan 37 Tahun 2023 - Resolusi Untuk Menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Di Bawah Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61) Bagi Tujuan Pemberian Pinjaman Komputer Kepada Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Johor.

Bilangan 38 Tahun 2023 - Resolusi Untuk Menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Di Bawah Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61) Bagi Tujuan Pemberian Pinjaman Kenderaan Kepada Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Johor.

Bilangan 39 Tahun 2023 - Resolusi Untuk Menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Di Bawah Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61) Bagi Tujuan Pemberian Pendahuluan Membeli Kenderaan Kepada Speaker Dan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Johor.

Bilangan 40 Tahun 2023 - Arahan Di Bawah Seksyen 5, Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980 bagi Elaun bagi Speaker Dewan Negeri.

Bilangan 41 Tahun 2023 - Arahan Di Bawah Seksyen 5, Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980 bagi Elaun bagi Ahli Dewan Negeri.

Bilangan 42 Tahun 2023 - Arahan Di Bawah Seksyen 5, Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980 bagi Elaun bagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Bilangan 43 Tahun 2023 - Arahan Di Bawah Seksyen 5, Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980 bagi Elaun bagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Ex-Officio).

Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membentangkan Kertas Mesyuarat Bilangan 44 tahun 2023.

Bilangan 44 Tahun 2023 - Penyata Kewangan Lembaga Kumpulan Wang Amanah Orang-Orang Islam Negeri Johor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021.

Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membentangkan Kertas Mesyuarat Bilangan 45 tahun 2023.

Bilangan 45 Tahun 2023 - Penyata Jawatankuasa Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Johor Bil. 1/2023.

Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2024) Tahun 2023.Bill

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan menurut Peraturan Tetap 15(3) supaya Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2024) Tahun 2023 dikemukakan sekarang tanpa mengikut Susunan Perkara-Perkara Mesyuarat.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2024) Tahun 2023 dikemukakan sekarang;

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rundingan itu dipersetujukan.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan (2024) Tahun 2023 dibaca kali yang pertama.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang pertama.

Jurutulis

Suatu Enakmen Bagi Menggunakan Sejumlah Wang Daripada Kumpulan Wang Disatukan Untuk Perkhidmatan Tahun 2024 Dan Bagi Memperuntukkan Wang Itu Untuk Perkhidmatan Bagi Tahun Itu.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa Rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Maju Johor.

Dari Bintan ke Tanjung Puteri, singgah Temasek membawa pesan, Titah Raja bijak bestari, negeri maju bercitra wawasan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya jua, dapat kita bersama-sama hadir dalam pembentangan Belanjawan Johor 2024 pada hari ini. Marilah kita turut sama melafazkan selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, teladan yang sentiasa menjadi pedoman buat kita sehingga ke akhir zaman.

Sebelum meneruskan ucapan pembentangan belanjawan ini, izinkan patik merakamkan ucapan Selamat Hari Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang jatuh pada tanggal 22 November. Patik turut merafak sembah seraya merakam ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena pengisytiharan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-17.

Patik berdoa ke hadrat Allah SWT, semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Permaisuri Johor serta seluruh kerabat diraja dilanjutkan usia serta sentiasa berada dalam keafiatan agar dapat terus menaungi patik-patik semua dan Bangsa Johor sekaliannya.

Patik menjunjung setingg-tinggi kasih, penghargaan tidak terperi atas segala nasihat, bimbingan dan panduan yang diberikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku demi memastikan pentadbiran negeri Johor terus diperhebat dalam memacu Agenda Maju Johor 2030.

Patik juga menjunjung setinggi-tinggi kasih buat Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang tidak pernah lekang memberi galakan, motivasi dan inspirasi bagi memacu kemajuan negeri Johor.

Patik turut ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan JDT yang diterajui oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (Dewan bertepuk) kerana telah memenangi Piala Sumbangsih, Piala FA, juga menjuarai Liga Super, 10 kali berturut-turut. Marilah kita berdoa agar Piala Malaysia juga akan menjadi milik pasukan JDT.

Speaker

Tak ada cuti ke Yang Amat Berhormat?

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Insya-Allah, itu pada hari yang lain.

Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi kerajaan negeri, saya turut ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan persekutuan atas peruntukan sebanyak RM4.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan Rolling Plan Ke-4 di

bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas Bagi Negeri Johor yang merangkumi 368 projek sambungan dan 142 projek baharu. Antaranya termasuklah:

1. Pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 Johor Bahru;

2. Projek pelebaran Lebuh Raya Utara - Selatan daripada 4 kepada 6 lorong yang dilanjutkan dari Sedenak ke Simpang Renggam. Kebetulan kawasan saya Datuk Speaker;

3. Pembinaan Kompleks Hospital Pengajar USIM di Kota Tinggi;

4. Program Perumahan Rakyat termasuk satu projek baharu di Kluang;

5. Penubuhan pusat pengajian kecerdasan buatan yang pertama negara iaitu Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) di UTM;

6. Pengerang Integrated Petroleum Complex dijadikan hab pembangunan sektor kimia dan petrokimia dengan pemberian pakej galakan cukai dalam bentuk kadar cukai khas atau elaun cukai pelaburan;

7. Melonggarkan syarat-syarat sedia ada bagi permohonan Malaysia My Second Home (MM2H);

8. Mewujudkan sebuah agensi tunggal sempadan negara atau single border agency untuk Johor dan sempadan-sempadan lain.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum saya melangkah lebih jauh lagi dalam membentangkan Belanjawan Negeri Johor 2024 ini, izinkan saya untuk terlebih dahulu mengulas sedikit berhubung senario dan prospek ekonomi pada hari ini.

Ekonomi semasa dunia terus berada dalam keadaan yang mencabar akibat ketegangan geopolitik yang terus meruncing dan tindakan mengetatkan dasar kewangan yang berterusan di negara-negara utama seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Kesatuan Eropah bagi menangani inflasi. Keadaan ini diburukkan lagi dengan ketidaktentuan ekonomi yang telah memberikan impak kepada negara membangun serta kelemahan dalam dinamika perdagangan berikutan gangguan rantaian bekalan dan ketegangan perdagangan yang berlanjutan. Ketidaktentuan yang berlarutan ini telah mendorong IMF untuk mengunjurkan prospek pertumbuhan global menyederhana kepada 3% pada tahun 2023 dan tahun 2024.

Sebagai sebuah negara dengan ekonomi terbuka, Malaysia turut terkesan dengan situasi ini, terutamanya dari segi rantaian bekalan perdagangan, inflasi dan kemerosotan nilai mata wang. Walaupun kita telah berada dalam tahun kedua fasa pemulihan, ketidaktentuan ekonomi global ini tentunya memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara termasuk Negeri Johor yang turut berekonomi terbuka.

Lantaran itu, kerajaan persekutuan meramalkan kadar pertumbuhan ekonomi negara pada kadar sederhana 4% sahaja pada tahun 2023 dan antara 4 hingga 5% pada tahun hadapan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi negeri Johor pula, syukur alhamdulillah, suka saya kongsikan bahawa keadaan ekonomi Johor terus rancak dalam era pemulihan ini. Meskipun masih dihimpit oleh ketidaktentuan global, Johor terus menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Prestasi ekonomi Johor telah mencatatkan pertumbuhan amat baik iaitu 8.2% pada tahun 2022 berbanding 2.5% sahaja pada tahun 2021. Johor juga terus

menjadi antara destinasi utama pelaburan di Malaysia iaitu sebanyak RM14.2 bilion sehingga separuh tahun pertama ini.

Bagi tahun 2023 ini, prestasi ekonomi Johor terus merekodkan angka-angka yang memberangsangkan sebagaimana dibuktikan oleh data dan statistik berikut :

1. Jumlah import telah meningkat daripada RM209 bilion pada tahun 2022 kepada RM249 bilion pada tahun 2023 iaitu peningkatan sebanyak 19%;

2. Jumlah eksport juga terus meningkat daripada RM246 bilion tahun lepas kepada RM314 bilion sehingga September 2023 iaitu peningkatan sebanyak 28%. Dengan peningkatan import dan eksport yang berjumlah RM563 bilion pada 9 bulan pertama tahun ini, Johor muncul sebagai penyumbang terbesar perdagangan negara. (Dewan bertepuk).

3. Sektor pembinaan yang telah mula mencatatkan tanda-tanda pemulihan pada tahun lepas terus merekodkan pertumbuhan memberangsangkan sehingga suku ketiga tahun ini dengan nilai berjumlah RM10.8 bilion berbanding RM8.9 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu.

4. Kadar pengangguran terus kekal pada kadar yang rendah iaitu 2.5% pada suku ketiga tahun ini. Justeru, melalui Belanjawan Johor 2024 ini, saya akan berusaha memperincikan pelbagai inisiatif yang bertujuan mengurangkan impak ekonomi global dan memastikan pertumbuhan dapat dipacu, yang insya-Allah, akan membantu mempertingkatkan kesejahteraan Bangsa Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kita semua sedia maklum bahawa Johor mempunyai visi yang jelas untuk menjadi sebuah negeri yang maju menjelang tahun 2030. Ia bukan sahaja maju dari segi ekonomi dan infrastrukturnya, malah serata Johor mestilah maju secara holistik. Namun, semua ini tidak akan dikecapi jika kita semua tidak bersatu hati dan masih bekerja secara silo atau dalam kelompok masing-masing. Oleh sebab itu, saya ingin mengajak semua yang berada di dalam Dewan yang mulia ini untuk kita sama-sama bergerak sebagai satu pasukan, dalam satu saf, seganding, senada dan seiring untuk terus berusaha dengan pelbagai strategi mengurus dan memajukan negeri dengan cara berhemah dan penuh bijaksana.

Itulah harapan besar saya untuk menggemblengkan semuanya secara bersepadu dengan kudrat dari semua agensi yang berada di Johor. Sepuluh daerah kukuh dan jitu, saling membantu tiada disekat, Bangsa Johor tetap bersatu, muafakat teguh membawa berkat. (Dewan bertepuk).

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum saya memulakan pembentangan Belanjawan Johor 2024, saya ingin mengajak seluruh Ahli Dewan untuk sama-sama menghayati sepotong doa yang pernah diungkapkan oleh Nabi Muhammad SAW yang berbunyi, (Bacaan Doa) yang bermaksud, "Ya Allah, barang siapa yang diberi kuasa untuk menguruskan urusan umatku, kemudian ia memudahkan urusan mereka, maka permudahkanlah. Dan barang siapa yang mengurus urusan umatku lalu dia menyusahkan mereka, maka susahkanlah" (Hadis Riwayat Muslim).

Bait-bait doa ini sewajarnya menjadi pedoman untuk saya dan kita semua agar sentiasa melakukan kebaikan sebagai pemimpin dalam memudahkan urusan dan membawa kemaslahatan kepada rakyat. Dalam masa sama, ia turut memberi peringatan kepada kita semua agar kita tidak tergolong dari kalangan orang yang cuai atau culas dalam melaksanakan amanah terhadap rakyat. Semestinya kita arif dan insaf akan hakikat bahawa rakyat di luar sana sedang menghadapi pelbagai cabaran terutamanya berkaitan kenaikan

harga barang-barang keperluan dan kejatuhan nilai mata wang yang sekaligus menyebabkan kenaikan kos sara hidup.

Sehubungan itu, bagi Belanjawan 2024, kerajaan negeri Johor mengambil tema “Memacu Pembangunan, Menyejahterakan Rakyat” sebagai suatu kesinambungan perjuangan memartabatkan pembangunan ekonomi Johor yang gemilang demi meningkatkan kesejahteraan Bangsa Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam Belanjawan Johor 2023 yang telah dibentangkan pada bulan Disember tahun lepas, kerajaan negeri telah mengunjurkan terimaan hasil negeri Johor berjumlah RM1.734 bilion. Alhamdulillah, sukacita saya kongsikan bahawa sehingga 22 November 2023, kutipan hasil sebenar telah melebihi 100% iaitu sebanyak RM1.767 bilion. (Dewan bertepuk). Ini yang telah di confirm kan oleh Dato’ PKN.

Pada tahun 2024 pula, unjuran hasil negeri Johor adalah sebanyak RM1.804 bilion. Manakala, unjuran perbelanjaan pada tahun 2024 adalah sebanyak RM1.799 bilion. Angka-angka ini menunjukkan Belanjawan 2024 merupakan belanjawan lebihan atau surplus budget iaitu sebanyak RM4.21 juta. Sejumlah RM1.163 bilion pula diperuntukkan bagi tujuan Belanja Mengurus.

Yang Berhormat Datuk Speaker, pada tahun 2024, kerajaan negeri Johor mensasarkan pungutan hasil sebanyak RM1.804 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM69.9 juta atau 4.03% berbanding tahun lepas. Berdasarkan anggaran tersebut, sebanyak RM858.93 juta disumbangkan melalui cukai langsung, manakala sebanyak RM 31.67 juta melalui cukai tidak langsung.Hasil cukai yang dikutip ini sebahagian besarnya atau kira-kira 89.64% datang dari sumber cukai tanah.

Menyedari situasi di mana perbelanjaan negeri semakin meningkat setiap tahun, maka terdapat keperluan untuk kerajaan negeri mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil. Kerajaan negeri akan melaksanakan langkah berstruktur dan mampan untuk menggembleng segala sumber yang ada agar matlamat ini dapat dicapai.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sesungguhnya, menggubal sesebuah belanjawan yang komprehensif, bukanlah satu perkara yang mudah. Namun ia sentiasa menjadi keutamaan saya dan pasukan dalam merangka belanjawan ini. Sepanjang beberapa bulan yang lalu, kerajaan juga telah menerima pelbagai idea dan cadangan dari segenap lapisan rakyat termasuk Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada pihak kerajaan dan juga pihak pengimbang. Saya amat menghargai dan mengucapkan terima kasih atas segala pandangan yang diberikan.

Bertitik tolak dari itu, Belanjawan Johor 2024 digubal dengan berpegang kepada Enam Teras Maju Johor dengan didukung oleh 29 Strategi dan disokong ampuh oleh 99 Inisiatif yang tentunya berkait rapat dengan perancangan masa depan.

Teras Pertama : Tadbir Urus Kerajaan

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Teras Pertama, ialah Tadbir Urus Kerajaan. Negeri Johor paling selatan, jajahan takluk sepuluh daerah, tadbir urus penguat ikatan, makmur negeri penuh sejarah. Tadbir urus adalah tiang seri kekuatan sesebuah kerajaan. Tadbir urus yang cekap, berintergriti dan efektif menggambarkan komitmen tinggi para pentadbir dan pemimpin yang berwawasan. Dengan itu, 5 Strategi dan 19 Inisiatif telah dirangka untuk memperkasa tadbir urus di Negeri Johor.

Strategi 1 : Penyampaian Perkhidmatan Awam Yang Responsif

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Strategi Pertama di bawah teras ini ialah Penyampaian Perkhidmatan Awam Yang Responsif untuk memastikan keberkesanan dan kecekapan pentadbiran kerajaan. Justeru, inisiatif-inisiatif berikut akan dilaksanakan.

Inisiatif Pertama di bawah strategi ini ialah Bantuan Sumbangan Kepada Pegawai-Pegawai Daerah. Kerajaan negeri bersetuju meneruskan sumbangan berjumlah RM2 juta bagi membolehkan Pegawai-Pegawai Daerah melaksanakan program kemasyarakatan dan memberi bantuan awal kepada penduduk yang terkesan dengan bencana. (Dewan bertepuk). Sebagai tambahan, sejumlah RM1 juta lagi akan diperuntukkan di bawah Tabung Amanah Bencana Negeri Johor.

Inisiatif Kedua ialah Geran Keseimbangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sejumlah RM16 juta bagi menampung keperluan PBT-PBT yang mempunyai sumber hasil yang terhad.

Inisiatif Ketiga ialah Menambah Baik Sistem Penyampaian Kaunter di Pejabat Tanah dan Galian Johor (PTG). Bagi memastikan urusan kaunter yang lebih efisien, PTG Johor akan melaksanakan beberapa penambahbaikan seperti berikut:-

1. Penambahan kaunter Pendaftaran dan Hak milik Strata daripada 18 kepada 28 kaunter berserta penambahan 45 orang kakitangan secara berperingkat. Inisiatif ini akan dapat menambah kapasiti transaksi urusniaga daripada 1,400 kepada lebih 2,800 transaksi sehari.

2. Penyediaan kiosk bagi urusan carian hak milik strata untuk mengurangkan kesesakan di kaunter.

3. Mewujudkan nombor giliran secara digital bagi memberi kemudahan kepada orang awam mendapatkan nombor giliran walau di mana sahaja mereka berada untuk berurusan dengan PTG Johor.

Inisiatif Keempat adalah Menaik Taraf Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ). Inisiatif ini amat penting bagi memastikan pengurusan sumber air di Johor diurus dengan lebih cekap dan berkesan. Justeru, kerajaan negeri bersetuju menaik taraf Badan Kawalselia Air Johor kepada Lembaga Air Johor.

Strategi 2 : Mensejahterakan Penjawat Awam

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Strategi Kedua di bawah teras ini ialah Mensejahterakan Penjawat Awam. Inisiatif pertama di bawah strategi ini ialah Johor Sihat Penjawat Awam. Penjawat awam yang sihat pastinya mampu menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi dan berkualiti. Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal dan mental dalam kalangan warga perkhidmatan awam kerajaan negeri akan melaksanakan inisiatif berikut:-

1. RM1.9 juta bagi pakej pemeriksaan kesihatan menyeluruh untuk penjawat awam negeri Johor dengan kerjasama Kumpulan Perubatan Johor (KPJ). Pakej ini meliputi ujian prostate bagi lelaki dan ujian pap smear bagi perempuan serta ujian pemeriksaan darah bagi saringan tahap kolestrol, fungsi hati dan buah pinggang serta imbasan X-Ray. Inisiatif ini akan memberi manfaat pada lebih 13,000 penjawat awam di negeri Johor.

2. RM1.2 juta bagi menampung 50% daripada kos perlindungan insuran kesihatan penjawat aman negeri Johor, untuk memastikan penjawat awam dan seisi keluarga menerima manfaat daripada program Takaful melalui Cuepacs Care.

3. RM500,000.00 bagi memudahkan penjawat awam dan masyarakat mendapat khidmat kaunseling dan therapeutic di Klinik Kaunseling Pusat Mind-X Daerah. Di samping itu usaha-usaha pemantapan panel kaunselor akan dijalankan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.

Inisiatif Kedua ialah Johor Prihatin. Kerajaan negeri berbesar hati menyediakan peruntukan sebagaimana berikut:

1. RM5.9 juta diperuntukkan kepada setiap bilik guru, 1,993 buah sekolah yang akan memberi manfaat kepada 48,500 orang guru di sekolah-sekolah menengah dan sekolah-sekolah rendah. (Dewan bertepuk)

2. Peruntukan sebanyak RM1.9 juta kepada bilik-bilik pantri kakitangan bagi 465 fasiliti kesihatan seluruh negeri Johor yang akan memberi manfaat kepada 7,218 orang jururawat dan 2,672 doktor. (Dewan bertepuk).

3. RM1 juta bagi kerja-kerja baik pulih di 13 buah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negeri Johor yang akan memberi manfaat kepada 7,834 pegawai dan anggota Polis.

4. RM1 juta bagi kerja-kerja baik pulih 8 buah kem tentera di seluruh negeri Johor yang akan memberi manfaat kepada 7,790 pegawai dan anggota.

5. RM200,000.00 diperuntukkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk memastikan keselesaan pegawai-pegawai Imigresen.

6. RM500,000.00 geran bantuan pentadbiran kepada Persatuan-persatuan Pesara Penjawat Awam Johor, termasuklah Persatuan Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK), Persatuan Veteran ATM, Persatuan Pesara Polis Negeri Johor dan lain-lain.

Strategi 3 : Memperkasa Institusi Akar Umbi

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Strategi Ketiga di bawah teras ini ialah memperkasa institusi akar umbi.

Inisiatif Pertama di bawah strategi ini ialah meningkatkan keupayaan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam program pembangunan Masyarakat di negeri ini. Justru beberapa inisiatif akan dilaksanakan iaitu:

1. RM12 juta bagi memastikan penyelenggaraan parit-parit di kawasan pertanian dan kampung diurus dengan lebih baik, JPKK akan kembali diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaran dan gotong-royong di bawah seliaan JPS.

2. RM120,000.00 geran pengurusan dan pentadbiran kepada Persatuan Ketua Kampung Negeri Johor di mana RM20,000.00 bagi Persatuan Ketua Kampung Negeri dan RM10,000.00 bagi 10 Persatuan Ketua Kampung Daerah-Daerah.

3. RM810,000.00 grant pentadbiran dan pengurusan kepada 73 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) FELDA dan 8 JKKP FELCRA di Johor di mana setiap JKKR dan JKKP akan menerima bantuan sebanyak RM10,000.00.

Inisiatif Kedua ialah meningkatkan profesionalisme institusi pemimpin masyarakat. Berdasarkan maklum balas positif bagi pelaksanaan program khusus sijil professional kepada ketua-ketua kampung, progam ini akan diperluas kepada semua Ahli Majlis PBT serta ketua masyarakat Cina dan India dengan peruntukan sebanyak RM360,000.00. (Dewan bertepuk).

Inisiatif Ketiga pula ialah, pengurusan dan pentadbiran kampung Orang Asli. Kehidupan dan kebajikan Orang Asli perlu terus diberi perhatian oleh semua pihak. Justeru itu inisiatif berikut akan dilaksanakan.

Pertama, RM166,000.00 bagi elaun Batin sebanyak RM300.00 sebulan kepada 46 Batin sebagai tambahan daripada sumbangan kerajaan persekutuan iaitu RM900.00 sebulan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan elaun Batin meningkat kepada RM1,200.00 sebulan. (Dewan bertepuk).

Speaker

Yang Amat Berhormat Machap, izinkan saya mengalu-alukan kehadiran 45 orang Batin Negeri Johor, 30 orang daripada Institut Dato’ Onn dan 20 orang daripada Pejabat Menteri Besar. (Dewan bertepuk).

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, lepas ini kita boleh minta Tok-Tok Batin untuk belanja kita makan. (Dewan ketawa).

Speaker

Setuju Yang Berhormat.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Belum habis lagi Yang Berhormat Datuk Speaker. Keduanya untuk Tok Batin atau pun kampung Orang Asli, sebanyak RM600,000.00 diperuntukkan kepada 60 buah kampung orang Asli untuk melaksanakan berbagai program komuniti, kebudayaan dan adat resam masyarakat Orang Asli. (Dewan bertepuk).

Strategi 4 : Meningkatkan Kompetensi Penjawat Awam Negeri Johor

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Strategi Keempat di bawah teras ini ialah meningkatkan kompetensi penjawat awam negeri Johor, perkara yang dekat dengan hati Tan Sri SS. Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor atau Akademi JCS akan terus berperanan sebagai pusat latihan pengembangan ilmu dengan wadah untuk melahirkan penjawat awam yang berkeupayaan dan berkemahiran bagi mengurus serta membantu dalam pembentukan dasar negeri menerusi pengalaman dan pembelajaran yang berkualiti.

Inisiatif Pertama di bawah strategi ini ialah Program Pasca Siswazah untuk kumpulan pengurusan dan professional. Pada masa kini seramai 103 orang Pegawai Tadbir Negeri Johor (JCS) telah mengikuti Program Pasca Siswazah di mana 8 orang pegawai telah memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan 95 orang pegawai memiliki Ijazah Sarjana (Master). Dalam meneruskan usaha melahirkan bakat terbaik selaras dengan agenda tranformasi perkhidmatan awam RM500,000.00 diperuntukan bagi menghantar 20 orang pegawai untuk mengikuti Program Sarjana dan PhD. Inisiatif ini turut dipanjangkan kepada pegawai-pegawai di Majlis Agama Islam Johor dan PBT.

Selain itu kerajaan negeri melalui Akademi JCS juga akan terus mempersiapkan calon-calon bagi mengikuti Program Sarjana di Nasional University Of Singapore (NUS) dan Nanyang Technological University (MTU) di bawah tajaan penuh kerajaan Singapura.

Inisiatif Kedua ialah melaksanakan pelbagai kursus jangka pendek. Untuk menghasilkan pemimpin yang dinamik dan berdaya saing, beberapa program berimpak dirancang dengan peruntukan sejumlah RM4 juta sepertimana berikut.

1. RM770,000.00 bagi kursus kepimpinan pegawai kanan di institusi pengajian tinggi terkemuka dunia seperti Oxford University di UK dan Harvard Universiti di Amerika Syarikat. Tan Sri, saya yakin ramai ADUN-ADUN pun nak ikut.

2. RM1.4 juta bagi Program Diploma Pasca Siswazah Pembangunan Tanah, Sijil-sijil Profesional dan program Route to Technologiest dan technician dengan kerjasama antara Akademi JCS dan UTM.

3. RM1.8 juta diperuntukkan bagi perlaksanaan 15 program peningkatan kemahiran untuk kumpulan pelaksana. Di samping itu menyedari kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai lingua franca global, kerajaan negeri juga melalui Kerjasama Akademik JCS dan Iskandar Investment Berhad (IIB) akan meneruskan perlaksanaan Program English for Professional.

Strategi 5: Memperkukuh Tadbir Urus Syiar Islam

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, seterusnya Strategi Kelima di bawah teras ini ialah memperkukuh tadbir urus syiar Islam. Sejak pemodenan Johor pada tahun 1895 syiar Islam terus dipacu bersama pembangunan Johor dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Justeru itu berikut disertakan beberapa inisiatif yang akan dilaksanakan bagi memperkukuh syiar Islam di Johor.

Inisiatif Pertama di bawah strategi ini ialah Program Semarak Subuh. Hal ini bagi saya amat penting kerana dalam memacu pembangunan negeri, pentadbiran kerajaan sentiasa memberi penekanan kepada 2 dimensi utama iaitu menjaga hubungan antara manusia dengan Tuhan, habluminallah dan hubungan sesama manusia, hablum minannas.

Kedua-dua dimensi ini akhirnya akan menatijahkan kejayaan untuk kita menjadi khalifah Allah SWT di muka bumi ini yang sentiasa di dalam petunjuk dan redhanya, insya-Allah. Sehubungan itu Program Semarak Subuh ini akan dilaksanakan bagi membolehkan semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang beragama Islam untuk menunaikan solat Subuh berjemaah, tadabur Al-Quran dan seterusnya menyantuni para jemaah di masjid atau surau pada setiap pagi Jumaat dalam kawasan DUN masing-masing. Bagi Yang Berhormat wanita dan Yang Berhormat bukan beragama Islam pula boleh menghantar wakil dari Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing.

RM560,000.00 diperuntukkan bagi menjayakan 2,688 Program Semarak Subuh di seluruh 56 kawasan DUN sepanjang tahun 2024. Ini bermaksud setiap masjid dan surau di seluruh pelosok negeri Johor akan disantuni dalam masa setahun ini. Pegawai-Pegawai Daerah, Kadi Daerah, Imam Daerah dan pegawai-pegawai agensi kerajaan serta pemimpin masyarakat akan turut bersama di dalam program ini.

Inisiatif Kedua pula ialah Program Membudayakan Al-Quran Penjawat Awam. Sesungguhnya Al-Quran merupakan mukjizat utama yang kekal sehingga hari kiamat. Bagi meningkatkan kefahaman kandungan Al-Quran dalam kalangan penjawat awam beragama Islam, program membudayakan Al-Quran akan terus disemarakkan di seluruh jabatan serta agensi kerajaan negeri pada setiap hari Khamis.

Inisiatif Ketiga ialah pengambilan guru baharu di Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ). Inisiatif ini bertujuan menambah tenaga pengajar seramai 311 orang guru baharu di SAKJ dengan peruntukan sebanyak RM12.8 juta bagi mengurangkan beban guru sedia ada di 583 buah sekolah. Inisiatif ini juga dapat meningkatkan keberkesanan aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan 185,000 orang murid.

Inisiatif Keempat ialah kenaikan elaun mengajar Darjah Khas. Sebanyak RM1.89 juta diperuntukkan bagi menaikkan kadar elaun mengajar guru darjah khas daripada RM60.00 kepada RM100.00 berkuat kuasa 1 Januari 2024. (Dewan bertepuk). Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada 1,125 orang guru.

Inisiatif Kelima pula ialah kursus jangka pendek guru KAFA. Sebagai persediaan bagi memastikan proses pengajaran pendidikan Islam secara berkesan, kursus jangka pendek akan dilaksanakan kepada guru-guru KAFA lantikan baharu.

Inisiatif Keenam ialah pemberian insentif One-Off kepada pegawai pengurusan masjid dan surau. Menghargai peranan pegawai masjid dan surau dalam program-program pengimarahan, sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan bagi pemberian insentif secara One-Off RM500.00 seorang kepada imam, Bilal dan Noja yang melibatkan 4,576 orang penerima. (Dewan bertepuk). Insentif ini akan diberikan pada bulan Mac 2024.

Inisiatif Ketujuh ialah pembangunan sistem penyelarasan bantuan masjid, surau dan Sekolah Agama Kerajaan Johor. Sistem ini bertujuan untuk menambah baik sistem penyelarasan sumbangan bantuan kepada masjid, surau dan Sekolah Agama Kerajaan Johor. Sebanyak RM64,000.00 diperuntukkan bagi tujuan ini, melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Seterusnya menerusi inisiatif kelapan iaitu pengukuhan fungsi pengurusan harta tanah wakaf dan baitulmal. Kerajaan negeri berusaha mengukuhkan fungsi pengurusan. Sehubungan itu, Majlis Agama Islam Negeri Johor akan mewujudkan Unit Pentadbiran dan Pembangunan Tanah dengan peruntukan sebanyak RM560,000.00.

Teras Kedua : Pembangunan Ekonomi

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya beralih pula kepada teras kedua iaitu Pembangunan Ekonomi. Anak Johor berbudi bahasa, sopan santunnya tersebar sohor, memacu industri mengangkat bangsa, ekonomi ditatang majukan Johor. Pakaian tradisi indah berseri, baju Melayu pilihan utama, perkasa industri membangun negeri, menjadi matlamat kita bersama.

Pertumbuhan ekonomi yang pesat, sektor ekonomi yang pelbagai, politik yang stabil serta kemasukan pelaburan berkualiti yang berterusan adalah prasyarat utama jika Johor ingin muncul sebagai kuasa ekonomi utama di rantau ini.

Sehubungan dengan itu, pengumuman penubuhan Johor-Singapore Special Economic Zone atau JS-SEZ dan Special Financial Zone (SFZ) merupakan katalis kepada pembangunan negeri, selain meneruskan penumpuan kepada sektor-sektor yang telah memacu pertumbuhan ekonomi.

Insya-Allah, Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Singapura dan Kerajaan Malaysia akan ditandangani pada 11 Januari 2024, 2 bulan lagi Datuk Speaker. Kerajaan negeri berharap dan akan berusaha agar perjanjian pula ditandatangani selewat-lewatnya enam bulan dari tarikh tersebut dan pelaksanaan perlulah berlaku pada awal tahun 2025.

Bagi melengkapkan ekosistem sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini, Kerajaan negeri berpandangan bahawa High Speed Rail (HSR) dan Light Rail Transit (LRT) perlu dilaksanakan dengan segera di Negeri Johor ini. Saya berharap kerajaan persekutuan akan memberi perhatian dan pertimbangan kepada permohonan ini.

Dalam memastikan negeri Johor melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke satu tahap sebagaimana sasaran menjelang tahun 2030, 5 strategi dan 22 inisiatif telah dirangka bagi tujuan tersebut.

Strategi 1 : Memperkasa Misi Pelaburan Dan Mempertingkat Kerjasama Serantau

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Strategi pertama di bawah teras ini ialah memperkasa misi pelaburan dan mempertingkat kerjasama serantau. Walaupun negeri Johor telah menerima nilai pelaburan tertinggi di Malaysia tahun lepas dan kekal sebagai antara destinasi utama tahun ini, usaha menarik pelaburan secara berterusan serta menjalinkan kerjasama ekonomi serantau perlu terus dipergiat bagi memastikan Agenda Maju Johor dapat menjadi kenyataan.

Maka dengan itu, kerajaan negeri akan melaksanakan inisiatif seperti berikut :

Inisiatif Pertama dalam strategi ini ialah merealisasikan Ibrahim International Business District atau IIBD. Kerajaan negeri komited untuk memastikan usaha ke arah mewujudkan IIBD dapat menjadi kenyataan. Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi usaha-usaha mengangkat IIBD sebagai Central Business District (CBD) dan hab perniagaan antarabangsa yang berdaya huni.

Inisiatif Kedua, inisiatif misi galakan pelaburan dan memperkukuh hubungan jaringan pelaburan. Bagi mengukuhkan hubungan jaringan perniagaan di peringkat serantau dan global serta meningkatkan tahap keyakinan para pelabur domestik dan antarabangsa, sebanyak RM2.2 juta diperuntukkan untuk meneruskan program Misi Galakan Pelaburan, Friendly Johor 3.0 dan Johor Go Global 3.0. Program ini merupakan sesi libat urus bersama pelabur berpotensi disamping mempromosi negeri Johor melalui pelbagai platform pengiklanan di lokasi-lokasi tumpuan strategik domestik dan antarabangsa. Kita harap Timbalan Menteri MITI pun akan turut sama.

Inisiatif Ketiga pula ialah Johor Insight. RM500,000.00 diperuntukkan bagi penyediaan maklumat pemetaan kawasan industri dan zoning serta data pelaburan terkini untuk dipadankan dengan ketersediaan tenaga modal insan rakyat negeri Johor. Ia menjadi sumber rujukan awal kepada bakal pelabur-pelabur di negeri Johor.

Inisiatif Keempat pula ialah penganjuran acara bertaraf antarabangsa. Sebanyak RM3 juta diperuntukkan bagi mengadakan acara bertaraf antarabangsa, termasuklah The Green Legacy Johor, International Summit yang merupakan kesinambungan Asia Pacific Climate Week (APCW) yang telah dilaksanakan baru-baru ini. Kerajaan Negeri Johor juga bersetuju untuk menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia – Malaysia – Thailand atau IMT-GT dengan kerjasama Kementerian Ekonomi.

Strategi 2 : Menyediakan Tenaga Kerja Berkemahiran Dan Berpendapatan Tinggi

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Strategi Kedua di bawah teras ini ialah Menyediakan Tenaga Kerja Berkemahiran dan Berpendapatan Tinggi. Sehingga Oktober 2023, PERKESO melaporkan sebanyak 13,000 jawatan kosong aktif dicatatkan dalam negeri Johor yang mana 4,000 daripadanya memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi.

Kerajaan negeri akan memastikan peluang-peluang yang tersedia akan dapat dimanfaatkan oleh rakyat Johor melalui inisiatif-inisiatif berikut:-

Inisiatif Pertama di bawah strategi ini ialah Mengoptimumkan Fungsi Jawatankuasa Pemandu Modal Insan Negeri Johor. Jawatankuasa ini berperanan untuk membuat perancangan strategik dalam pengurusan modal insan di negeri Johor melalui perkongsian dan pengumpulan maklumat dan data berkaitan skop pekerjaan, kemahiran yang diperlukan oleh industri, peluang pekerjaan yang tersedia ada dan lain-lain yang berkaitan. Bagi

mencapai maksud tersebut, Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil-wakil daripada jabatan, agensi kerajaan, wakil-wakil industri, profesional dan akademia yang berkaitan.

Inisiatif Kedua pula ialah meneruskan program Gerak Kerjaya Johor atau Gegar 2024. Inisiatif ini akan dijalankan dengan peruntukan sebanyak RM600,000.00 yang melibatkan kerjasama strategik antara agensi kerajaan dengan penyertaan pemain industri daripada pelbagai sektor untuk pemadanan pekerjaan.

Inisiatif Ketiga ialah Program Latihan Kemahiran Johor atau Pro-Mahir Johor. Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi melaksanakan program-program tersebut:-

1. RM500,000.00 untuk program latihan upskilling dan reskilling dalam sektor kemahiran tinggi seperti automotif, minyak dan gas, aero-angkasa, kesihatan, elektrik, elektronik dan robotik.

2. RM1 juta diperuntukkan untuk Johor Retrain bagi menjalankan kursus jangka pendek dengan jaminan pekerjaan selepas tamat kursus.

3. RM500,000.00 untuk SMI Care bagi melatih golongan orang kelainan upaya (OKU), miskin tegar dan mereka yang tiada pendidikan formal dengan jaminan pekerjaan setelah tamat kursus.

Strategi 3 : Memacu Industri Pelancongan

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Strategi Ketiga di bawah Teras Pembangunan Ekonomi ialah Memacu Industri Pelancongan. Kita amat bertuah kerana Johor memiliki alam semula jadi yang indah dan menarik serta bangunan warisan bersejarah yang mampu menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia. Sehubungan itu, kerajaan negeri dengan sukacitanya mengumumkan Tahun 2026 sebagai Tahun Melawat Johor. (Dewan bertepuk).

Usaha ini akan menarik pelancong dari dalam dan luar negara. Untuk makluman, negeri Johor telah menerima seramai 7.6 juta orang pelancong pada tahun 2019 iaitu sebelum pandemik COVID. Pada tahun ini, bilangan pelancong diunjurkan mencapai 8 juta orang. Justeru, melalui Tahun Melawat Johor 2026 ini, kerajaan negeri mensasarkan kedatangan 12 juta pelancong ke negeri Johor.

Inisiatif Pertama di dalam strategi ini adalah Penambahbaikan Infrastruktur Pelancongan. Bagi menawarkan produk-produk pelancongan bertaraf antarabangsa, kerajaan negeri komited dengan memberi tumpuan kepada pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan menaik taraf, maaf, kerja-kerja penyelenggaraan dan menaik taraf infrastruktur sedia ada.

Justeru, kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), PBT serta agensi berkaitan akan memperuntukkan RM67.6 juta bagi melaksanakan projek-projek berikut:-

1. RM20 juta bagi menaik taraf Jeti Utama dan Jambatan Sungai Ular di Taman Negara Johor Pulau Kukup.

2. RM2.8 juta bagi menaik taraf kemudahan dan membina baru canopy roof di Kompleks Pelawat Awam, Pelawat Air Terjun Gunung Ledang.

3. RM1.2 juta bagi membina entrance statement dan menaik taraf laman tiba Taman Negara Johor, Tanjung Piai.

4. RM2 juta bagi menaik taraf kemudahan infrastruktur penginapan dan kompleks pelawat di Taman Negara Johor, Endau-Rompin.

5. RM600,000.00 bagi menaik taraf kemudahan sistem pembetungan di kawasan penginapan dan pembinaan trail head di Taman Negara Johor, Gunung Ledang bagi aktiviti pendakian.

6. RM400,000.00 bagi membina dan menaik taraf penanda arah baru di setiap Taman Negara Johor.

7. RM1.7 juta bagi menaik taraf fasiliti sedia ada di Taman Eko Rimba Sungai Bantang, Segamat dan Gunung Belumut, Kluang.

8. RM600,000.00 bagi pembinaan Trek Basikal Gunung atau Mountain Bike di Hutan Simpan Gunung Pulai, Kulai untuk penganjuran sukan bertaraf antarabangsa.

9. RM9 juta bagi meneruskan projek pembangunan semula Zoo Johor.

10. RM4.2 juta bagi menaik taraf Dataran Tasik Bandar Penawar, Kota Tinggi.

11. RM3.2 juta bagi menaik taraf Pantai Teluk Mahkota dan Pembangunan River Cruise di Kota Tinggi.

12. RM1.8 juta bagi menaik taraf kemudahan asas dan infrastruktur Pantai Air Papan, Jeti Jabatan Laut atau Floating Jetty dan Bukit Selantai dan Pulau Mawar di Mersing. Saya ulang, RM1.8 juta bagi menaik taraf kemudahan asas dan infrastruktur Pantai Air Papan, Jeti Jabatan Laut atau Floating Jetty, Bukit Selantai dan Pulau Mawar di Mersing.

13. RM12.2 juta bagi pembangunan semula Kampung Sungai Melayu, Johor Bahru sebagai secara menyeluruh. (Dewan bertepuk). Sedaplah Datuk Bandar.

14. RM4.9 juta bagi menaik taraf Tapak Perkhemahan, Taman Permainan, dan Kolam Mandi di Hutan Bandar MBJB dan membina Perkampungan Seramik di Pasir Gudang.

15. RM3 juta bagi kerja-kerja konservasi, elektrikal dan mekanikal Bangunan Muzium Tokoh Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Inisiatif Kedua ialah Penganjuran Acara-Acara Pelancongan Johor. Kejayaan dalam penganjuran beberapa acara pelancongan telah menjadikan, menjadi tarikan kehadiran pelancong ke Johor. Majestic Johor Festival contohnya, telah menerima penghormatan daripada Industri Pelancongan Malaysia apabila menerima anugerah Gold Award Attractive State Tourism Event. Oleh itu, RM1.7 juta diperuntukkan bagi meneruskan inisiatif-inisiatif ini.

Inisiatif Ketiga ialah Pemasaran & Promosi Majestic Johor. RM900,000.00 diperuntukkan bagi tujuan tersebut. Inisiatif berikutnya adalah pelaksanaan Destinasi Pelancongan Mampan. Selaras dengan Dasar Pelaksanaan Pelancongan Negara 2020-2030 dan Matlamat Pembangunan Lestari, sebanyak RM100,000.00 diperuntukkan untuk memperkasa peranan Jawatankuasa Kumpulan Penyelarasan Destinasi Pelancongan Mampan.

Strategi 4 : Keterjaminan Bekalan Makanan

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Strategi Keempat di bawah teras ini ialah Keterjaminan Bekalan Makanan. Terkesan dengan isu bekalan makanan asas yang melanda negara baru-baru ini, negeri Johor akan terus memainkan peranan utama sebagai bakul makanan negara.

Pada tahun 2022, Johor merupakan penyumbang yang tertinggi iaitu 17.5% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pertanian negara dan berjaya melahirkan 1,700 usahawan baru dalam industri asas tani. Bagi meneruskan dan memperkasa agenda ini, inisiatif berikut akan dilaksanakan:-

Inisiatif Pertama dalam strategi ini ialah Pelan Industri Padi dan Beras, Periuk Nasi Selatan. Johor mempunyai seluas 1,600 hektar sawah padi yang aktif. Sebanyak RM3.9 juta diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran beras daripada 9,000 metrik tan kepada 13,000 metrik tan yang akan memanfaatkan 700 pesawah di negeri.

Inisiatif Kedua adalah Program Pembangunan Industri Ternakan Ayam. Negeri Johor telah menyumbang sebanyak 24.4% daripada keseluruhan pengeluaran ayam di negeri ini. Bagi meningkatkan lagi pengeluaran ayam di Negeri Johor, FELDA akan membangunkan Reban Ayam Tertutup dengan peruntukan sebanyak RM12.4 juta untuk menampung 50,000 ekor ayam sepusingan di FELDA Air Tawar 3.

Inisiatif Ketiga pula ialah Meningkatkan Produktiviti Industri Agromakanan dan Merancakkan Aktiviti Eksport Buah-Buahan Berpotensi. Inisiatif ini memfokuskan penanaman buah-buahan dengan sasaran peningkatan pengeluaran sebanyak 6% atau 46,000 metrik tan pada tahun hadapan sepertimana berikut:-

1. RM3.1 Juta bagi Program Pembangunan Industri Pengeluaran Makanan Utama dan Berpotensi yang memberi manfaat kepada 195 usahawan tani.

2. RM1 juta bagi pelaksanaan Johor Pineapple Project untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran nanas sehingga 334,000 metrik tan melalui mekanisme agro-teknologi.

3. Sebanyak 3 buah fasiliti pemprosesan nangka dan 2 buah ladang nangka dari Johor telah berjaya didaftarkan sebagai pengeksport dalam Protocol Of Phytosanitary Requirements for Export untuk tanaman nangka ke China dengan sasaran pengeluaran 7,800 metrik tan.

4. RM12.8 juta bagi melengkapkan projek pembangunan ladang fertigasi sistem perlindungan hujan untuk aktivti penanaman sayuran seperti cili, halia dan kobis.

Keempat, ialah Inisiatif Keempat, dalam strategi ini adalah pembangunan industri luminan dan industri tenusu. Inisiatif ini akan mengurangkan kerbergantungan penggunaan daging import dan menambah pengeluaran tempatan serta meningkatkan lagi pengeluaran tenusu.

1. RM23 juta untuk membangunkan 8 unit kadang fidlot dengan kapasiti 4,000 ekor lembu pedaging di pusat fidlot ternakan di FELDA Ayer Hitam, Kluang yang memanfaatkan 336 peserta.

2. RM850,000.00 untuk membina rumah sembelihan ruminan di PPHP Batu Anam, Segamat.

3. RM500.000.00 bagi Program Pembangunan Industri Ternakan Ruminan Di Negeri Johor.

4. Peningkatan pengeluaran susu dari 9 juta liter kepada 17 juta liter setahun melalui pembangunan projek Jemaluang Diary Valley yang dijangka siap pada awal tahun 2025.

Inisiatif Kelima ialah pembangunan industri akuakultur dan pembangunan komuniti. Kerajaan negeri mensasarkan peningkatan hasil perikanan sebanyak 62.0% menjelang tahun 2027.

Usaha pertama ialah dengan peruntukan RM1.2 juta bagi pembangunan industri akuakultur dan pemuliharaan sumber perikanan.

Kedua, RM700,000.00 bagi Program Pembangunan Aktiviti Komuniti Perikanan untuk meningkatkan sosio ekonomi dengan mensasarkan 140 orang nelayan.

Ketiga, RM2.1 juta bagi pembinaan kolam ternakan udang di PPK Johor Bahru Selatan.

Keempat, RM2.5 juta bagi bantuan bernilai RM300.00 dalam bentuk peralatan kepada setiap nelayan kategori Zon A yang akan memanfaatkan 8,445 orang penerima.

Inisiatif Keenam pula ialah mengoptimumkan penggunaan tanah pertanian. Dalam usaha kerajaan negeri meningkatkan produktiviti tanaman, terutamanya cili dan halia tua, tanah pertanian seluas 28,887 ekar akan diusahakan secara optimum. Selain itu, tanah seluas 1,000 ekar di Projek Pertanian Moden (PPM) Kluang akan diusahakan dengan tanaman cili dan halia tua. Sebanyak RM4.8 juta telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan bagi tahun 2024 bagi melengkapkan infrasturktur di PPM Kluang.

Yang Berhormat Datuk Speaker, halia pun ada yang tua dan ada yang muda. Sebagai tambahan, kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi menggalakkan usaha-usaha meningkatkan penggunaan teknologi dalam aktiviti pertanian di Johor.

Strategi 5 : Pembangunan Usahawan

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Strategi Kelima di bawah Teras Pembangunan Ekonomi ialah pembangunan usahawan. Johor merekodkan bilangan pertumbuhan PMKS kedua tertinggi iaitu sebanyak 127,000 yang mana menyumbang 11% kepada keseluruhan pertumbuhan PMKS dalam negara. Bagi meningkatkan kompentesi komuniti usahawan sedia ada dan melonjakkan usahawan yang berpotensi ke tahap yang lebih tinggi, inisiatif-inisiatif yang akan dilaksanakan adalah sebagaimana berikut:

Inisiatif Pertama dalam strategi ini, ialah meningkatkan pendapatan usahawan mikro melalui Program PR Johor Niaga. Sehingga Oktober 2023, seramai 211 usahawan telah mendapat manfaat dan ia akan diteruskan lagi pada tahun 2024. Sebagai tambahan kerajaan negeri memperuntukkan RM4 juta bagi pelaksanaan program-program tersebut.

1. RM2 juta diperuntukkan untuk melaksanakan Geran Usahawan Maju Johor atau GUMJ 2024 bagi membantu penyediaan peralatan dan pengembangan premis perniagaan yang memberi manfaat kepada usahawan-usahawan sedia ada.

2. RM1 juta untuk melaksanakan misi jejak perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) Johor yang mensasarkan seramai 280 usahawan PMKS baru di 56 DUN seluruh negeri Johor.

3. RM1 juta bagi melaksanakan inisiatif penceriaan bazar karat dan beberapa lokasi lain bagi menarik lebih ramai kehadiran pengunjung-pengunjung.

Inisiatif Kedua ialah melahirkan usahawan pengetahuan dan berkemahiran. Bagi menetapkan komuniti usahawan ke satu tahap yang lebih berdaya saing, RM1 juta diperuntukkan untuk melaksanakan 55 siri kursus dan latihan secara fizikal dengan sasaran seramai 2,000 usahawan.

Inisiatif Ketiga pula ialah pemasaran produk dan perkhidmatan usahawan Johor ke peringkat domestik dan global. Sebanyak RM3.3 juta disediakan bagi memasarkan produk-produk usahawan negeri Johor ke seluruh negara dan rantau Asia.

1. RM1 juta diperuntukkan untuk Festival Usahawan Maju Johor yang mensasarkan penglibatan 200 usahawan dengan kehadiran 80,000 pengunjung.

2. RM1.5 juta diperuntukkan untuk pengembangan produk usahawan Johor yang akan memberi manfaat kepada 500 usahawan bagi penglibatan usahawan Johor dalam ekspo dan karnival di peringkatan tempatan dan antarabangsa.

3. RM800,000.00 diperuntukkan untuk meneruskan Program Jelajah Usahawan Johor dengan penambahbaikan kaedah pelaksanaanya.

Inisiatif Keempat ialah mengukuhkan gerakan Koperasi Negeri Johor. Seiring dengan pembangunan ekonomi yang positif dalam negeri Johor, sumbangan gerakan Koperasi Negeri Johor yang dianggotai 463,000 anggota tidak pernah dilupakan. Justeru, kerajaan negeri memperuntukkan RM300,0000.00 bagi pemasaran produk-produk koperasi.

Inisiatif Kelima adalah pemberdayaan wanita dan golongan sasar. Sebanyak RM1 juta diperuntukkan untuk melatih dan membantu 1,000 ibu tunggal B40 dan OKU memulakan perniagaan dengan mensasarkan perniagaan pendapatan mereka sehingga 30% kepada pendapatan asal.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya memohon minum sekejap...

Speaker

Silakan.

Teras 3 : Jaringan Keselamatan Sosial

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Bukan keluar sekejap, Yang Berhormat Speaker, minum sekejap. Yang Berhormat Datuk Speaker, Teras Ketiga Agenda Maju Johor ialah jaringan keselamatan sosial. Merah biru Harimau Selatan, gelaran diberi sepanjang hayat, santuni yang lemah, juga yang rentan, memakmur negeri membantu rakyat. (Dewan bertepuk).

Teras ini memberi fokus kepada pelbagai perkara yang mensejahterakan rakyat, termasuklah perumahan, kesihatan, kebajikan dan perpaduan. Sehubungan itu, kerajaan negeri berusaha memperkasa jaringan keselamatan sosial yang merangkumi 4 strategi dan 24 inisiatif bagi menangani kebajikan golongan miskin dan rentan. Strategi pertama di bawah teras ketiga ialah Johor Berkebajikan. Kerajaan negeri memahami realiti kehidupan masyarakat yang terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi. Justeru, usaha-usaha untuk membantu setiap lapisan rakyat yang terkesan akan diteruskan dengan inisiatif seperti berikut :

Inisiatif Pertama dalam strategi ini ialah bantuan kebajikan sosial. Kerajaan negeri amat menginsafi tentang kesusahan hidup rakyat masa kini terutamanya golongan B40. Justeru, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

memperuntukkan sebanyak RM298 juta yang akan dimanfaatkan oleh 55,700 orang penerima.

Inisiatif Kedua pula ialah Johor Kasih. Johor Kasih merupakan program pembasmian miskin tegar di negeri Johor. Program berkonsepkan keluarga angkat ini akan melibatkan pemimpin-pemimpin dipelbagai peringkat termasuk diri saya. Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Negeri, pegawai-pegawai Daerah, ketua-ketua Jabatan, Ahli-Ahli Majlis PBT, Penghulu dan Ketua-ketua Kampung. Sebanyak RM3.2 juta diperuntukkan bagi inisiatif ini yang akan memberi manfaat kepada 2,647 ketua isi rumah miskin tegar. Kita semua yang berada di dalam Dewan ini akan bertanggungjawab menjaga dan berusaha untuk mengeluarkan mereka daripada kumpulan ini. Saya dimaklumkan fail untuk setiap ADUN pun dah ada, nama keluarga angkat masing-masing pun dah ada.

Inisiatif seterusnya ialah Jualan Kasih Johor. Kerajaan negeri terus komited dalam membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat. Sebanyak RM5 juta diperuntukkan bagi pemberian subsidi harga barang-barang terutamanya menjelang musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan banyak lagi, di pasar-pasar tani, pasar awam serta lokasi-lokasi yang terkini. Program ini mensasarkan 800,000 penerima manfaat di 300 lokasi menerusi kaedah pengurangan harga yang signifikan bagi produk makanan terpilih seperti ayam, telur, minyak masak dan ikan.

Inisiatif Keempat ialah pemberdayaan dan kelestarian wanita negeri Johor. Sebanyak RM770,000.00 diperuntukkan bagi pelaksanaan Konvensyen Pemerkasaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat peringkat kebangsaan dan pelaksanaan WCare Johor iaitu Women Care Reproductive Awareness yang akan memanfaatkan 8,000 wanita di negeri Johor.

Inisiatif Kelima pula ialah sokongan sosial kebajikan dan pembangunan kanak-kanak. Kanak-kanak adalah aset dan prospek masa hadapan yang berharga. Kerajaan negeri menerusi YPKDT dan KEMAS akan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:

1. RM593,000.00 diperuntukkan bagi menaik taraf dan membaik pulih bangunan sedia ada bagi Jauhar Child Care Centre (JCCC) di PPR Desa Mutiara, RSK Taman Cendana dan bagi kerja-kerja awal pembangunan, JCC Kluang serta pengoperasian JCC pertama dalam komuniti di PPR Melana.

2. RM2 juta bagi meneruskan inisiatif Anak Angkat Makmur Johor bagi membela nasib 1,300 orang kanak-kanak dan remaja yang kehilangan ibu bapa akibat Pandemik COVID-19.

3. RM700,000.00 diperuntukkan bagi bantuan langsung dan geran pentadbiran kepada 30 pusat jagaan dan rumah kebajikan anak yatim berdaftar yang akan memanfaatkan 1,289 orang anak yatim.

4. Sebanyak RM1.8 juta diperuntukkan bagi Program Iqfa’ iaitu Program Iqfa dan fardu ain di 550 kelas tadika KEMAS di negeri Johor yang melibatkan 11,000 kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun.

Inisiatif Keenam pula ialah pemberdayaan dan kemandirian Orang Kurang Upaya dan warga emas. Golongan OKU dan warga emas juga diberikan perhatian oleh kerajaan negeri, RM1.5 juta diperuntukkan. Pertama, RM1 juta bagi kerja-kerja menaik taraf dan menyelenggara 13 buah PDK dan 8 buah PAWE. Kedua, RM300,000.00 untuk mengadakan tiga program utama iaitu Employer Job Coaching Assistance Skills Training, Kursus Asas Bahasa Isyarat Malaysia dan Disable Skills & Clear Course. Ketiga, RM250,000.00 untuk

pelaksanaan penarafan Bintang Pusat Penjagaan bagi penilaian pengurusan pusat jagaan warga emas, OKU dan kanak-kanak.

Inisiatif Ketujuh ialah pemberian bantuan kebajikan ummah. Kerajaan negeri menerusi bantuan-bantuan Majlis Agama Islam Negeri Johor amat prihatin dengan kesejahteraan hidup rakyat yang menghadapi masalah kesihatan kronik. Sejumlah RM91.3 juta diperuntukkan bagi menyantuni individu yang terjejas kesihatan termasuklah buah pinggang, masalah jantung dan penyakit kronik lain seperti berikut:

1. RM68 juta bagi bantuan perubatan dialisis dan membina tapak fistular yang melibatkan lebih 4,200 pesakit buah pinggang.

2. RM22.8 juta bagi membantu kos rawatan pesakit daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

3. RM500,000.00 bagi memberi bantuan perubatan kepada individu kurang berkemampuan yang mengalami masalah sakit jantung untuk menerima rawatan di Institut Jantung Negara.

4. Majlis Agama Islam Negeri Johor juga menyediakan bantuan sara hidup berjumlah RM79 juta untuk membantu 17,000 asnaf dari kumpulan fakir dan miskin.

Inisiatif Kelapan adalah peningkatan ekonomi dan taraf hidup. RM3.3 juta diperuntukkan bagi membangunkan ekonomi golongan asnaf keluar daripada kepompong kemiskinan. RM240,000.00 bagi inisiatif bantuan berdikari yang akan memberi manfaat kepada 100 penerima sebagai modal memulakan perniagaan. RM2 juta bagi bantuan bencana alam kepada mangsa yang terlibat.

Strategi 2 : Memperkasa Perumahan Rakyat

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Strategi Kedua, di bawah Teras Jaringan Keselamatan Sosial ialah memperkasa perumahan rakyat. Kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk menyediakan rumah-rumah mampu milik yang berkualiti kepada rakyat. Oleh itu, beberapa inisiatif akan dilaksanakan untuk memperkasa perumahan rakyat di negeri Johor.

Inisiatif Pertama dalam strategi ini adalah Program Perumahan Rakyat bagi memastikan keperluan Program Perumahan Rakyat dapat dipenuhi, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri akan melaksanakan projek-projek seperti berikut:

1. RM72 juta bagi pembinaan baharu PPR Larkin sebanyak 300 unit.

2. RM115 juta bagi pembinaan baharu PPR Kluang sebanyak 600 unit. (Dewan bertepuk).

3. RM64.25 juta bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan PPR dan RSK.

4. RM4.55 juta bagi pelaksanaan kontrak perkhidmatan kawalan keselamatan dan penyelenggaraan lif.

5. RM10.4 juta bagi pelaksanaan kontrak pengurusan fasiliti.

6. RM7.5 juta bagi program penyelengaraan perumahan di negeri Johor.

Inisiatif Kedua ialah penyediaan rumah mampu milik. Rumah adalah institusi penting dan seharusnya menjadi keutamaan dalam apa jua keadaan. Sasaran kerajaan negeri dalam pembinaan rumah mampu milik sehingga tahun 2026 adalah sebanyak 30,000 unit. Bagi tahun 2022 dan 2023, kerajaan negeri telah membina 7,735 unit. Oleh yang demikian, menerusi Jawatankuasa Khas iaitu Planning, Design, Review Committee (PDRC) kerajaan negeri berjaya mendapatkan komitmen pemaju perumahan di negeri Johor untuk menyiapkan 5,123 rumah mampu milik pada tahun hadapan.

Inisiatif Ketiga ialah bantuan kemasukan rumah. Bagi membantu persiapan memasuki rumah baharu, kerajaan negeri akan menyediakan sejumlah RM1,000.00 kepada pembeli RMMJ yang telah menerima kunci. Sebanyak RM3 juta akan diperuntukkan bagi memanfaatkan 3,000 orang.

Inisiatif Keempat pula ialah Residensi Bangsa Johor (RBJ). Pembinaan RBJ melalui kerjasama PKPJ dan syarikat berkaitan kerajaan negeri GLC ini akan dilaksanakan sebagaimana berikut:

1. RM665 juta bagi membina 2,634 unit Perumahan Iskandar Puteri Bangsa Johor melalui konsep Public Private Partnership (PPP) oleh PKPJ dan GLC.

2. RM56 juta bagi membina 147 unit RBJ di Tangkak.

3. RM54 juta bagi membina 140 unit RBJ di Yong Peng.

4. RM18.8 juta bagi membina 50 unit RBJ di Simpang Renggam.

Speaker

Bandar Batu Pahat tidak ada ke Yang Amat Berhormat?

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Insya-Allah, akan ada.

Inisiatif Kelima pula ialah perluasan Rumah Transit Bangsa Johor (RTBJ). Untuk makluman, sebanyak 92 unit di Rumah Transit Kempas dan 216 unit di Bandar Putra Kulai telah dilaksanakan pada tahun ini. Pada tahun depan, RM15 juta diperuntukkan untuk penyediaan 130 unit perumahan transit di Taman Tasik Indah Kluang dan Taman Mutiara Rini, Johor Bahru.

Inisiatif Keenam ialah pembangunan Rumah Kasih Johor. Kerajaan negeri memahami bahawa terdapat ramai rakyat yang memiliki tanah tetapi tidak mampu untuk membina rumah. Dalam usaha untuk merealisasikan hasrat mereka untuk memiliki rumah kediaman yang selesa, sejumlah RM6.5 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2023 bagi membina 50 unit Rumah Kasih Johor. Pada tahun 2024 pula, sebanyak RM17 juta diperuntukkan bagi membina sebanyak 120 unit Rumah Kasih Johor di seluruh negeri Johor.

Inisiatif seterusnya ialah Rejuvenasi Flat Awam Negeri Johor. Sebanyak RM14.1 juta diperuntukkan untuk penyelenggaraan flat awam yang terletak di Flat Haji Manan, Flat Taman Bersatu Kluang, Flat Impian Emas Iskandar Puteri, Rumah Pangsa Tangkak dan Rumah Pangsa Kulai.

Inisiatif Kelapan ialah membaik pulih rumah rakyat. Sejumlah RM13.8 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja membaik pulih rumah golongan miskin di negeri Johor. Ini Batu Pahat boleh minta.

Inisiatif Kesembilan dalam strategi kedua ini ialah Tabung Bencana dan Kecemasan Flat Awam. Sebanyak RM3 juta diperuntukkan pada tahun 2023 untuk membantu mangsa bencana dan memulihkan flat yang dilanda ribut. Bagi tahun 2024, kerajaan negeri

menambah peruntukan kepada RM10 juta untuk Tabung Bencana dan Kecemasan Flat Awam di seluruh negeri Johor.

Strategi 3 : Meningkatkan Kualiti Kesihatan Bangsa Johor

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Strategi Ketiga di bawah teras ini ialah meningkatkan kualiti kesihatan Bangsa Johor. Inisiatif Pertama dalam strategi ini ialah membangunkan aplikasi perkhidmatan digital pesakit luar yang dikenali sebagai Smart Que System dengan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi menyelaras janji temu dan pengurusan pesakit di Poliklinik Pakar Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Melalui sistem SQS ini masa menunggu berjumpa doktor sehingga selesai mengambil ubat yang secara purata pada ketika ini mengambil masa 3 hingga 6 jam. Insya-Allah akan dikurangkan kepada 1 hingga 2 jam. (Dewan bertepuk). Inisiatif ini akan memanfaatkan 57,000 pesakit sebulan dan akan diperluas ke hospital-hospital lain pada masa akan datang. Kerajaan negeri juga akan memperuntukkan RM222,000.00 bagi penyediaan Wifi Premium Maju Johor dengan kelajuan minimum 1Gbps. Untuk setiap hotspot di ruang menunggu klinik pakar, farmasi dan Bahagian Kecemasan di Hospital Sultanah Aminah, Hospital Sultan Ismail, Hospital Sultanah Nora, Batu Pahat dan Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Inisiatif Kedua ialah sistem penyampaian kesihatan. Bagi mengurangkan kesesakan di 11 hospital dan 99 klinik kesihatan, RM900,000.00 diperuntukkan bagi menampung kos perubatan ubat melalui pos secara percuma kepada Bangsa Johor yang melibatkan sebanyak 160,000 parcel. (Dewan bertepuk). Seterusnya, RM170,000.00 diperuntukkan bagi meneruskan projek locker for you yang akan memanfaatkan 7,000 pesakit.

Inisiatif Ketiga ialah Klinik Kesihatan Bergerak. Kerajaan negeri dengan kerjasama Yayasan Mohamed Noah, JKN, PAJ, UiTM dan NGO akan memperkenalkan perkhidmatan ini secara berperingkat ke 56 kawasan DUN dengan menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan, rawatan asas dan pergigian kepada seluruh rakyat Johor dengan peruntukan berjumlah RM1.3 juta.

Inisiatif Keempat ialah Bangsa Johor bebas dadah. Sebanyak RM1.13 juta diperuntukkan bagi menghijaukan 70 maaf 17 kawasan berisiko tinggi dadah di seluruh negeri Johor.

Inisiatif Kelima dalam strategi ini ialah program bebas Denggi. Sebanyak RM250,000.00 diperuntukkan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti kesedaran dan pencegahan Denggi.

Strategi 4 : Pengukuhan, Perpaduan, Patriotisme Dan Jati Diri Bangsa Johor

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Strategi Keempat di bawah teras ini ialah Pengukuhan, Perpaduan, Patriotisme dan Jati Diri Bangsa Johor.

Inisiatif Pertama dalam strategi ini ialah Johor Harmoni. Perpaduan Bangsa Johor merupakan tunjang kepada keharmonian negeri. Justeru, RM850,000.00 diperuntukkan untuk inisiatif-inisiatif seperti berikut:

1. RM500,000.00 bagi Program Silang Budaya yang mencakupi simfoni gabungan rentak muzik, tarian dan nyanyian tradisi pelbagai kaum yang akan melibatkan 3,000 orang di pelbagai lapisan.

2. RM150,000.00 bagi program keselamatan sosial dan kejiranan kepada 1,000 ahli SRS untuk mereka memberi bantuan awal jika berlaku bencana dalam komuniti.

3. RM200,000.00 bagi program keamanan penganut agama melalui Program Interfaith Harmony yang akan dilaksanakan bersama komuniti berbilang agama.

Inisiatif Kedua ialah menyantuni masyarakat kaum Tionghoa, India dan lain-lain. Sebanyak RM12 juta akan diperuntukkan khas untuk pembangunan kerohanian serta kebajikan masyarakat Tionghoa, India dan lain-lain.

Yang Berhormat Datuk Speaker, terdapat peribahasa Mandarin yang berbunyi dengan izin, ini kalau saya salah, YB tolong betulkan ya. (Bahasa Mandarin). (Dewan bertepuk). Betul ya? Ada cikgu sebelah sana. Gong Xi Fat Chai lain. Yang bermaksud, walau apa pun keadaan kita tidak boleh berhenti membiayai Pendidikan. (Dewan berterpuk). Dalam Bahasa Tamil pula, ini YB Raven kalau salah betulkan ya. (Bahasa Tamil). (Dewan bertepuk). Betul ke ini? Bukan, Selamat Deepavali, lain. Yang bermaksud, orang yang berilmu akan disanjung tinggi di mana-mana juga. (Dewan bertepuk).

Justeru itu, sebanyak RM3 juta diperuntukkan melalui Yayasan Sultanah Fatimah dan Yayasan Sultanah Rogayah bagi bantuan persekolahan yang akan memanfaatkan 6,000 pelajar Tionghoa dan India yang kurang berkemampuan. Selain itu, sebanyak RM1 juta akan disalurkan kepada Kolej Universiti Selatan yang akan memberi manfaat kepada 500 pelajar. (Dewan bertepuk).

Teras 4 : Kemudahan Dan Keperluan Asas

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Teras Keempat ialah kemudahan dan keperluan asas. DUN Johor di Kota Iskandar, tempat pemimpin mencurah khidmat. Kesetiaan dihulur, janji di sandar, kemudahan asas sama dinikmati. Kerajaan negeri sentiasa komited untuk menyediakan dan menambah baik infrastruktur awam dan memastikan Bangsa Johor menikmati kualiti hidup yang lebih selesa. Justeru, kerajaan negeri akan melaksanakan 5 strategi dan 13 inisiatif dalam memperkasakan kemudahan dan keperluan asas di negeri Johor dengan bantuan agensi-agensi kerajaan persekutuan.

Strategi 1 : Memperluas Jaringan Jalan Raya Dan Perhubungan

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Strategi Pertama di bawah teras ini ialah memperluas jaringan jalan raya dan perhubungan. Kerajaan negeri amat prihatin tentang isu jalan raya kerana ia merupakan medium ke saling hubungan utama di Johor. Saya ini Yang Berhormat Datuk Speaker setiap hari kena tag jalan berlubang, jalan rosak dan sebagainya. Saya yakin ini perkara yang sama yang dilalui semua ADUN.

Inisiatif Pertama di bawah strategi ini ialah pembinaan jalan baru persekutuan. Selain daripada projek pelebaran lebuh raya utara selatan daripada empat kepada enam lorong dilanjutkan dari Sedenak ke Simpang Renggam. Kerajaan negeri juga menyambut baik dan menghargai kelulusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk projek-projek berikut:

1. RM160 juta bagi pembinaan jalan pintas dari Tangkak, maaf pembinaan jalan pintas Tangkak dari Kolej Komuniti Johor ke Kawasan Perindustrian Tangkak.

2. RM130 juta bagi pembinaan jalan pintas Mersing, dari jalan Felda Nitar ke persimpangan Air Merah dan Persimpangan siapu.

3. RM120 juta bagi menaik aras jalan Kota Tinggi-Mersing.

4. RM42 juta bagi kerja awalan menaik taraf jalan dari UTM ke persimpangan Pulai Perdana.

Inisiatif Kedua pula ialah pembinaan jalan serta jambatan negeri. Bagi menambah infrastruktur jalan dan jambatan, kerajaan negeri akan membina serta menaik taraf jalan dan jambatan baru antaranya seperti mana berikut:

1. RM4.1 juta bagi membina laluan baru dari Kampung Rahmat dan Estate Sri Gading, Batu Pahat. Batu Pahat lagi Datuk.

2. RM3 juta bagi menaik taraf jalan Kluang-Paloh-Yong Peng.

3. RM4.5 juta bagi menaik aras jalan yang kerap berlaku banjir di jalan Perani, Kota Tinggi.

4. RM5.4 juta bagi menaik taraf persimpangan dan membina jambatan di jalan Tongkang Pecah, jalan Bindu, Batu Pahat.

5. RM8 juta bagi menggantikan jambatan sempit di Serom 1, Tangkak.

Inisiatif Ketiga yang akan dilaksanakan ialah penyelenggaraan jalan. Kerajaan negeri bersama kerajaan persekutuan akan melaksanakan :

1. RM635 juta bagi penyelenggaraan jalan negeri, jalan PBT, jalan kampung dan jalan pertanian sepanjang 25,210 kilometer.

2. RM1 juta diperuntukkan bagi menaik taraf garisan jalan kepada jenis glow in the dark untuk meningkatkan aspek keselamatan pengguna jalan di kawasan gelap dan kerap berlaku kemalangan.

Insiaitif Keempat yang akan dilaksanakan pemasangan lampu jalan. Kerajaan negeri dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah akan melaksanakan perkara berikut:

Pertama, RM5.6 juta bagi pemasangan 2,230 unit lampu jalan LED di kawasan luar bandar. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang ada senarai, boleh bagi kepada EXCO berkenaan (Dewan bertepuk). RM2 juta bagi pemasangan 100 lampu amber dan 200 lampu solar LED di kawasan gelap dan persimpangan berbahaya.

Inisiatif Kelima pula ialah membentuk task force projek berimpak tinggi. Bagi memastikan projek-projek utama seperti pelebaran lebuh raya PLUS dan lorong memotong lebuh raya SDE dan projek-projek lain mengikut jadual. Task force ini akan menyelaras isu berbangkit dan memastikan kelulusan jabatan teknikal dapat diperolehi dengan kadar yang segera.

Strategi 2 : Pengangkutan Awam Dan Capaian Internet

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Strategi Kedua di bawah teras ini ialah pengangkutan awam dan capaian Internet. Selain infrastruktur jalan, kemudahan pengangkutan awam dan capaian Internet juga akan ditingkatkan untuk keselesaan rakyat.

Inisiatif Pertama di bawah strategi ini ialah penyediaan perkhidmatan Bas Muafakat Johor atau BMJ secara percuma. Sehingga 30 September 2023, sebanyak 1.35 juta orang telah menggunakan BMJ ini. Pada tahun ini, kerajaan negeri telah menyelaras 13 perubahan laluan bas bagi memastikan penggunaan BMJ dapat dioptimumkan. Oleh itu, kerajaan negeri dan PBT akan meneruskan perkhidmatan BMJ di 69 laluan dengan peruntukan sebanyak RM26.5 juta.

Selain itu, perkhidmatan shuttle bus di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Sultanah Aminah (HSA) juga akan juga akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM586,000.00 yang telah memanfaatkan 47,019 orang sejak 1 Januari tahun ini.

Inisiatif Kedua pula ialah menaik taraf capaian internet. Bagi membolehkan Bangsa Johor menikmati capaian internet yang lebih pantas dan meluas, sebanyak RM330,000.00 diperuntukkan bagi membiayai inisiatif WiFi Premium Maju Johor. Ia melibatkan 25 hotspot di kawasan program perumahan rakyat yang memanfaatkan 12,700 keluarga. Kadar kelajuan juga ditambah dari 30Mbps kepada 2Gbps.

Perkhidmatan WiFi Premium Maju Johor juga akan diperluas di premis kerajaan yang menjadi tumpuan pelanggan seperti ruang menunggu kaunter pendaftaran Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru dan Pejabat Tanah Daerah Kulai serta ruang menunggu Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dan Bangunan Sultan Iskandar dan Terminal Bas Larkin.

Bagi aspek ketersambungan digital, rangkaian 5G diunjurkan akan mencapai 83% di kawasan berpenduduk pada akhir tahun ini. Sebagai sebuah negeri yang sedang pesat membangun, kerajaan negeri menyeru agar kerajaan persekutuan turut memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti liputan serta perluasan rangkaian di kawasan infrastruktur utama seperti lebuh raya, kawasan perindustrian baharu dan destinasi pelancongan utama.

Strategi 3 : Menaik Taraf Kemasukkan Bekalan Air Dan Tenaga

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Strategi Ketiga di bawah teras ini ialah menaik taraf kemasukkan bekalan air dan tenaga. Inisiatif pertama dalam strategi ini ialah menaik taraf 6 empangan di negeri Johor. Bagi memastikan kecukupan air mentah untuk memenuhi keperluan bekalan air bersih rakyat di negeri Johor. Kerajaan negeri bersama kerajaan persekutuan akan melaksanakan projek-projek berikut:

1. RM12.8 juta bagi menaik taraf 6 empangan di negeri Johor iaitu Empangan Juaseh, Empangan Gunung Pulai 2 dan 3, Empangan Pontian Kecil, Empangan Lebam dan Empangan Gunung Ledang;

2. RM4 juta bagi kerja-kerja menyelenggara dan menaik taraf aset-aset air mentah.

Inisiatif Kedua ialah meningkatkan kecekapan rawatan dan agihan air. Antara projek yang akan dilaksanakan oleh RSAJ ialah:

1. RM18.6 juta bagi menaik taraf agihan air Parit Sulong, Batu Pahat yang akan memanfaatkan 18,000 pengguna domestik;

2. RM143.6 juta bagi Pengoperasian Loji Rawatan Air (LRA) Kahang Baharu untuk meningkatkan margin simpanan air daripada 9% kepada 25% yang akan memanfaatkan 162,000 pengguna;

3. RM165 juta bagi meneruskan projek penggantian paip lama di negeri Johor yang melibatkan penggantian sepanjang 206 km yang akan memanfaatkan 170,000 pengguna.

Inisiatif Ketiga ialah memperluas bekalan elektrik. Bagi menyokong pembangunan pesat di negeri Johor, Tenaga Nasional Berhad akan melaksanakan projek sebagaimana berikut:

1. RM127.97 juta untuk membangunkan 3 Pencawang Pembahagian Utama (PPU) di kawasan Perindustrian Senai, Kulai, Yong Peng dan Tangkak yang melibatkan 13,180 pengguna;

2. RM30.25 juta untuk menaik taraf 13 sistem voltan tinggi 33KV di daerah Johor Bahru di kawasan Perling, Iskandar Puteri, Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Medini dan Pasir Gudang yang melibatkan 33,641 pengguna.

Strategi 4 : Membina Dan Menaik Taraf Pusat Komuniti Dan Perniagaan

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Strategi Keempat di bawah teras ini adalah membina dan menaik taraf pusat komuniti dan perniagaan. Inisiatif Pertama di bawah strategi ini ialah membina kemudahan awam komuniti. Bagi memenuhi keperluan kemudahan awam untuk aktiviti sosial dan komuniti, PBT dan kerajaan negeri akan membina dan menyiapkan beberapa projek.

1. RM1.1 juta bagi Dewan Orang Ramai di Taman Tan Sri Yaacob;

2. RM500,000.00 bagi Dewan Terbuka Gunung Pulai;

3. RM1 juta bagi Hub Komuniti dan Mini Perpustakaan Digital di Taman Impian Emas dan Taman Bukit Indah.

Inisiatif Kedua pula ialah membina dan menaik taraf kemudahan tapak perniagaan. Kerajaan negeri dan PBT akan menaik taraf kemudahan tapak perniagaan antaranya:

1. RM1 juta bagi menaik taraf Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Simpang Tenggaroh, Mersing;

2. RM1.9 juta bagi membina dan menyiapkan kemudahan perniagaan di Medan Selera Taman Perling dan Pusat Perniagaan Taman Teratai;

3. RM2.4 juta bagi menaik taraf gerai dan tapak penjaja di Pasir Gudang;

4. RM1.5 juta bagi membangunkan semula Medan Selera di Teluk Sengat.

Strategi 5 : Memperkasa Infrastruktur Pendidikan Dan Pengurusan Agama Islam

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Strategi Kelima di bawah teras ini ialah memperkasa infrastruktur pendidikan dan pengurusan agama Islam. Melalui inisiatif penyelenggaraan sekolah agama, masjid dan tanah perkuburan, projek-projek berikut akan dilaksanakan:

1. RM12.5 juta bagi menyelenggara dan membaik pulih 88 buah sekolah agama kerajaan Johor (SAKJ);

2. RM1 juta bagi membaik pulih masjid-masjid;

3. RM3.8 juta bagi menaik taraf infrastruktur Tanah Perkuburan Islam Bandar Putra Kulai dan Tanah Perkuburan Islam di Pasir Gudang.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon untuk minum sekali lagi.

Speaker

Silakan Yang Amat Berhormat.

Teras 5 : Keselamatan, Kebersihan Dan Kelestarian Alam Sekitar

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Teras Kelima adalah keselamatan, kebersihan dan kelestarian alam sekitar. Tanjung Balau indah berseri, flora menghijau segar teramat, bersatu hati memakmur negeri, Johor Maju, bersih dan selamat. (Dewan bertepuk).

Bagi menzahirkan agenda kelestarian dan kemampanan alam sekitar, kerajaan negeri telah menubuhkan majlis pembangunan hijau yang berperanan untuk menyelaras, memantau dan memastikan kerangka pembangunan hijau dapat dilaksanakan secara holistik bagi mencapai visi persekitaran yang rendah karbon, mampan dan berdaya huni dapat direalisasikan dengan lebih berkesan.

Kerajaan negeri ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas 10 syor yang telah dibentangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Johor kepada Dewan yang mulia ini. Syukur alhamdulillah, sebahagian besar syor tersebut telah pun diambil kira. Di bawah teras ini, terdapat 4 strategi dan 11 inisiatif yang dirangka untuk memastikan keselamatan, kebersihan dan alam sekitar di negeri ini sentiasa menjadi keutamaan.

Strategi 1 : Johor Lestari

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Strategi Pertama di bawah Teras Kelima ialah Johor Lestari. Inisiatif Pertama di bawah strategi ini ialah Penubuhan Johor Sustainability Centre atau JSC. Patik menjunjung setinggi-tinggi kasih atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor mencemar duli merasmikan penubuhan JSC bersempena Asia Pacific Climate Week baru-baru ini. Tahniah juga diucapkan kepada Yang Berhormat Benut di atas lantikan sebagai Pengerusi JSC yang pertama. (Dewan bertepuk) penubuhan JSC akan menjadi pemudah cara bagi kerajaan negeri mengorak langkah lebih jauh di dalam agenda pembangunan hijau. Sebanyak RM500,000.00 diperuntukkan sebagai dana awalan bagi pengoperasian JSC.

Inisiatif Kedua pula ialah program rintis kenderaan elektrik. Sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan bagi program rintis penggunaan kenderaan elektrik sebagai kenderaan jabatan yang merupakan antara inisiatif awal yang terdapat di dalam Johor Green Deal.

Inisiatif Ketiga pula ialah pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan hijau. Menerusi inisiatif ini, beberapa langkah proaktif bagi menjayakan program penghijauan bumi akan dilaksanakan seperti mana berikut:

1. RM4 juta di dalam diperuntukkan oleh PBT-PBT di dalam Greater Johor Bahru untuk program penghijauan melalui penanaman pokok bagi menyederhanakan suhu dalam bandar;

2. RM670,000.00 untuk program pemeliharaan kawasan Hutan Simpan Kekal atau HSK yang akan meningkatkan peratusan HSK di negeri Johor daripada 18% kepada 30% menjelang tahun 2030;

3. RM560,000.00 bagi Program Restorasi Kawasan Terosot, menaik taraf infrastruktur dan Program Communication Educational & Public Awareness (CEPA) berkaitan pengurusan dan konservasi hutan.

Inisiatif seterusnya ialah menaik taraf kawasan perlindungan Panti. Kerajaan negeri berterima kasih atas keprihatinan kerajaan persekutuan memperuntukkan RM400,000.00 bagi kerja-kerja tanah untuk tujuan pembinaan Kompleks Pengurusan Panti Conservation Area.

Oleh yang demikian, kerajaan negeri juga akan memperuntukkan RM420,000.00 bagi menaik taraf Kompleks Suaka Burung Panti. Untuk makluman, terdapat 300 spesis burung di Suaka ini, terdapat 9 spesis yang jarang ditemui. Antaranya, Malaysian Rail-babbler.

Strategi 2 : Johor Smart City

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Strategi Kedua di bawah teras ini ialah Johor Smart City. Kerajaan negeri telah melancarkan Pelan Tindakan Bandar Pintar di Negeri Johor 2030 bagi memastikan Johor menjadi sebuah negeri berdaya maju. Bagi memastikan Johor melaksanakan program tersebut, inisiatif-inisiatif adalah seperti berikut:

1. RM15 juta untuk membina Pusat Kawalan dan Arahan, Command Control Centre di Menara MBJB dan MBIP.

2. RM4.4 juta bagi memasang sistem cctv di kawasan strategik kawasan PBT.

3. RM850,000.00 bagi Johor Urban Observatory.

4. RM2.49 juta bagi Projek Smart Deep Collection System di Hutan Bandar Mutiara Rini, Taman Rekreasi Sireh Park, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang dan beberapa lokasi lain.

5. RM150,000.00 bagi penganjuran Johor Smart City.

Inisiatif Kedua ialah penubuhan Unit Bantuan Kecemasan dan Bencana. Kerajaan negeri mengalu-alukan penubuhan team Skuad Kilat dan First Arrival Support Team (Fast) oleh MBJB dan MBIP yang berperanan sebagai unit terawal bagi memastikan bantuan semasa bencana mahu pun apa-apa jua situasi kecemasan. Sebanyak RM4.15 juta diperuntukkan bagi pembelian aset-aset dan pelaksanaan Program CSR.

Strategi 3 : Johor Bersih

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Strategi Ketiga di bawah teras ini ialah Johor Bersih. Inisiatif pertama di dalam strategi ini ialah memastikan kebersihan persekitaran. Inisiatif Pertama ialah RM300,000.00 bagi penubuhan Skuad Anti Litter. Bagi pelaksanaan penguatkuasaan terhadap pesalah yang membuang sampah di tempat awam.

Kedua, RM250,000.00 bagi pelaksanaan Sistem e-Merit. Bagi memastikan penguatkuasaan kebersihan di dalam dan di luar premis. Ketiga, RM565,000.00 bagi pemantauan kualiti dan kebersihan air sungai di kawasan Pasir Gudang. Keempat, mengenal pasti bilangan Real Time Pollution Sensor yang diperlukan bagi memastikan mitigasi segera dapat diambil terhadap sebarang elemen pencemaran.

Inisiatif Kedua ialah Sungai Bersih. Sehingga September 2023, sebanyak 207 tan sampah telah dikutip di sepanjang Sungai Skudai dan 97 tan di Sungai Tebrau. Jabatan Pengairan Dan Saliran bersama PBT dan agensi-agensi angkat yang diamanahkan untuk menjaga kebersihan sungai-sungai utama dalam bandar raya ini akan terus menyokong Program Johor Bersih secara berterusan. Justeru, RM2.4 juta diperuntukkan bagi meneruskan Program Sungai Bersih.

Inisiatif Ketiga ialah pelaksanaan pelan tindakan terhadap cadangan dalam Rancangan Kawasan Khas (RKK) Sungai Skudai. RKK ini melibatkan tiga PBT iaitu MBJB, MBIP dan MPKu. Pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan di Sungai Skudai akan dilaksanakan sebagaimana berikut:

1. RM4 juta bagi membina dan menaik taraf perangkap sampah.

2. RM2 juta bagi pembangunan Great Trail Sungai Skudai untuk mewujudkan trek basikal dan pejalan kaki.

3. RM2.3 juta untuk pelaksanaan aktiviti pelupusan sisa pepejal luar kawasan bercukai. Aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan berkala bagi mengawal aktiviti pencerobohan rizab sungai dan pembuangan sampah secara haram.

Strategi 4 : Menambah Baik Sistem Saliran Dan Pengurusan Banjir Di Sungai

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Strategi Keempat di bawah teras ini ialah menambah baik sistem saliran dan pengurusan banjir di sungai. Inisiatif Pertama di bawah strategi ini ialah menaik taraf sistem saliran. Penaiktarafan saliran akan dilakukan berfasa. Melalui pertama RM18.9 juta bagi menambah baik sistem saliran dan pengurusan banjir dalam kerja-kerja berkaitan pengairan, pengawalan hakisan dan pencegahan banjir. Kedua, RM3.4 juta bagi projek menaik taraf parit utama di kawasan Taman Damai Jaya Skudai.

Inisiatif Kedua ialah memperkasa pengurusan banjir. Pengurusan banjir yang terancang dan sistematik dapat mengurangkan impak akibat banjir yang melibatkan kehilangan nyawa dan harta benda. Kerajaan negeri turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan persekutuan melalui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim yang komited untuk mengatasi masalah banjir dan hakisan melalui projek-projek tersebut:

1. RM762 juta bagi Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Johor Fasa 1 di daerah Kota Tinggi.

2. RM648 juta bagi Rancangan Tebatan Banjir di Lembangan Sungai Muar Fasa 3 di daerah Segamat.

3. RM195 juta bagi Rancangan Tebatan Banjir Bandar Batu Pahat.

4. RM29 juta bagi Projek Pengawalan Hakisan di pulau-pulau di daerah Mersing.

Selain itu, kerajaan negeri juga akan melaksanakan projek-projek berikut untuk mengatasi masalah banjir:

1. RM500,000.00 bagi penyelenggaraan di Sungai Taman Johor dan Sungai Taman Anggerik.

2. RM8.3 juta bagi pemuliharaan lembangan sungai dan meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi banjir.

3. RM2.3 juta bagi membina dan menyiapkan tembok hakisan tebing di Sungai Melana.

4. RM4.5 juta bagi membina dan menaik taraf parit di kawasan Pasir Gudang.

5. Kajian untuk mengaplikasi konsep Sponge City dalam pengurusan air perbandaran. Spounge City merupakan konsep penyimpanan dan penggunaan air hujan berskala besar.

Teras 6 : Orang Muda Johor

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum saya ke Teras Keenam, teras terakhir, saya mohon untuk minum air.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Teras Keenam, Agenda Maju Johor ialah Orang Muda Johor. Ke Tanjung Puteri berdayung rakit, membawa dagang si ikan tenggiri, orang muda teruslah bangkit, padamu terletak harapan negeri. (Dewan bertepuk).

Menjunjung Kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor yang sentiasa menjadi inspirasi kepada anak-anak muda di Johor untuk melangkah lebih jauh dan maju ke hadapan. Orang Muda Johor perlu berupaya meletakkan diri mereka setanding di peringkat nasional dan juga global. Dengan itu, 6 strategi dan 10 inisiatif akan dilaksanakan di bawah teras ini.

Strategi 1 : Kepimpinan Orang Muda Johor

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Strategi Pertama di bawah Teras Keenam ini ialah kepimpinan Orang Muda Johor. Inisiatif Pertama dalam strategi ini adalah Program Kemahiran Kepimpinan. Kerajaan negeri melalui Institut Dato’ Onn (IDO) akan melaksanakan inisiatif berikut:

1. RM500,000.00 akan diperuntukkan bagi IDO Research Centre yang akan memanfaatkan kuasa analisis data menggunakan kepintaran pembuatan AI untuk menjana perubahan serta menyediakan cerapan dan analisis berasaskan data.

2. RM400,000.00 bagi Program Johor Global Leadership Nexus. Program ini meliputi lawatan lapangan dan jalinan kerjasama di luar negara lanjutan daripada Persidangan Belia Antarabangsa Johor (JIYC) pada tahun ini.

3. RM100,000.00 bagi Program Johor Outbound School. Johor Outbound School yang direka khas bagi pelajar cemerlang semasa cuti sekolah melalui pembelajaran teknologi AI.

4. RM200,000.00 bagi Program University Leadership Engagement melibatkan maha siswa di 20 buah institusi IPTA dan IPTS seluruh negara.

5. RM600,000.00 bagi Johor Apprentice 2024 untuk membentuk pemimpin masa depan dan mengenal pasti bakat luar biasa dalam golongan graduan melalui latihan dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

6. RM1.3 juta bagi Program Onn Leadership Eccelarator yang merupakan program kesinambungan pada tahun ini.

7. RM300,000.00 bagi Program Innovation Culture Among Youth untuk menyemarakkan budaya inovasi dan penyelesaian innovasi kepada cabaran tempatan.

8. RM250,000.00 bagi Program Skills Enhancement untuk memupuk inovasi dalam bidang kepimpinan, pengurusan projek, teknologi dan keusahawanan sosial.

9. RM200,000.00 bagi Dewan Muda Johor sebagai medium demokratik yang bersifat tersusun dalam menyalurkan kritikan, saranan serta ikhtiar semak dan imbang dalam pentadbiran kerajaan negeri Johor.

Strategi 2 : Aspirasi Orang Muda Johor

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Strategi Kedua dalam Teras Orang Muda Johor, ialah Aspirasi Orang Muda Johor. Peningkatan, maaf inisiatif pertama dalam strategi ini ialah program peningkatan soft skills dan jati diri OMJ. Antara program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

1. RM250,000.00 bagi program peningkatan soft skill belia negeri Johor yang bertujuan untuk melahirkan kepimpinan belia yang mempunyai kemahiran pengucapan awam yang baik. Pengetahuan berkenaan sejarah negeri Johor dan berpengalaman menguruskan program bertaraf antarabangsa.

2. RM1.5 juta bagi program Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor, yang akan diadakan di seluruh daerah bagi menyantuni orang-orang muda Johor Program ini akan meliputi Program Jelajah Usahawan, Program Gerak Kerjaya dan Sambutan Hari Belia Negara.

3. RM200,000.00 bagi dana bantuan pengurusan dan pentadbiran Majlis Belia Negeri Johor.

4. RM365,000.00 bagi geran pentadbiran dan pengurusan kepada 73 Majlis Belia Felda Malaysia di kawasan negeri Johor.

5. RM50,000.00 bagi pelaksanaan kursus pengurusan organisasi Majlis Belia Negeri Johor.

6. RM500,000.00 bagi memperkukuh usahawan belia.

Inisiatif Kedua ialah sukarelawan OMJ. Agenda sukarelawan akan diperkasakan melalui inisiatif berikut:

1. RM200,000.00 bagi penubuhan Skuad Muda Southern Volunteers di IPTA dan IPTS.

2. RM200,000.00 bagi melaksanakan program kesedaran dan latihan persediaan menghadapi bencana.

3. RM50,000.00 bagi program perkongsian kepakaran dan kemahiran belia negeri Johor bersama NGO berteraskan kegiatan kesukarelawanan.

4. RM200,000.00 bagi penganjuran Hari Sukarelawan peringkat negeri Johor dan

5. RM100,000.00 bagi membangunkan laman sesawang Southern Volunteers.

Strategi 3 : Pendidikan Orang Muda Johor

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Strategi Ketiga di bawah teras ini ialah pendidikan Orang Muda Johor. Generasi muda perlu dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta diperkukuh dengan akhlak terpuji dan nilai murni dalam membina Bangsa Johor Bestari. Menerusi teras ini, kerajaan negeri bertekad untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:

Inisiatif Pertama dalam strategi ini ialah biasiswa dan insentif pendidikan.

1. RM2 juta bagi biasiswa Orang Muda Johor kepada pelajar-pelajar cemerlang SPM bagi membolehkan mereka melanjutkan pengajian tinggi di Universiti-Universiti terkemuka dunia. (Dewan bertepuk).

2. RM650,000.00 bagi biasiswa Kenangan Dato’ Onn kepada 1,000 orang pelajar B40 sekolah menengah.

3. RM150,000.00 bagi biasiswa di bawah tabung Pendidikan Sarjana PDT kepada pelajar Pasca Siswazah.

4. RM3.7 juta bagi insentif Mahasiswa Anak Johor yang akan memberi manfaat kepada 75,000 Mahasiswa Anak Johor.

5. RM100,000.00 bagi insentif pelajar cemerlang SPM kepada 50 orang pelajar cemerlang oleh Yayasan Raja Zarith Sofiah di seluruh negeri.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, penderma-penderma yang memberi sumbangan dan derma kepada tabung kebajikan dan pelajaran Yayasan Pelajaran Johor di bawah Sub Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967 layak mendapat tolak cukai terhad kepada 10%. Jadi, senang cerita ada Tax Exemption Yang Berhormat Datuk Speaker, yang menyumbang kepada Yayasan. Justeru itu, kerajaan negeri ingin menyeru kepada semua jabatan, GLC dan badan-badan berkanun untuk terus menyumbang kepada tabung ini demi pembangunan dan pemerkasaan pendidikan Bangsa Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Inisiatif Kedua pula ialah pembangunan akses pendidikan asnaf. Bagi inisiatif ini sebanyak RM19 juta diperuntukkan oleh Majlis Agama Negeri Johor. Sebanyak RM6.4 juta bagi program bantuan awal persekolahan kepada keluarga kurang berkemampuan yang akan memanfaatkan 52,000 orang penerima. RM1 juta bagi bantuan pendidikan dalam bentuk tambang kepada 300 pelajar yang berdaftar di IPT-IPT luar negara. Ketiga, RM3.4 juta bagi pendaftaran IPT kepada anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan. RM4.6 juta program derma siswa melibatkan 520 pelajar. RM3 juta bagi pinjaman pelajaran kepada 100 pelajar dengan pinjaman maksimum RM30,000.00 seorang.

Keenam, RM400,000.00 bagi kemudahan fasiliti untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Ketujuh RM200,000.00 bagi pembelian 10 mesin Braille kepada pelajar di Sekolah Rendah Princess Elizabeth dan Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru.

Inisiatif Ketiga pula ialah galakan kecemerlangan akademik. Kerajaan negeri akan turut memastikan anak muda Johor terus cemerlang dari sudut akademik. Pembentukan peribadi unggul dan berketrampilan melalui program-program berikut:

1. RM200,000.00 bagi program Johor Stars Go Global melalui Yayasan Raja Zarith Sofiah sebagai insentif galakan kepada pelajar-pelajar negeri Johor untuk mewakili negeri dan negara dalam pelbagai acara dan pertandingan di peringkat antarabangsa.

2. RM200,000.00 untuk program English Booth Camp yang merupakan sekali lagi kerjasama dengan Yayasan Raja Zarith Sofiah dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang melibatkan penyertaan 500 orang pelajar.

3. RM700,000.00 bagi program tuisyen SPM melalui Yayasan Pelajaran Johor dan Yayasan Jcorp.

4. RM400,000.00 bagi program Akademi Debat Johor yang bakal melahirkan pendebat-pendebat yang berstail.

5. RM750,000.00 bagi program Kelas Bestari Bangsa Johor 2.0 untuk 30 buah sekolah di kawasan luar bandar.

6. Memastikan semua perpustakaan Awam di bawah pengurusan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Johor di buka selama 7 hari seminggu. Inisiatif ini akan dimulakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Jalan Yahya Awal bermula 1 Disember tahun ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, seterusnya ialah Inisiatif Keempat. Program Galakan Melanjutkan Pelajaran ke IPT. Kerajaan negeri turut akan menyediakan bantuan dan insentif sebagaimana berikut:

1. RM11.1 juta bagi skim bantuan pendaftaran oleh Yayasan Pelajaran Johor kepada 22,200 pelajar baharu yang akan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

2. RM15 juta bagi skim pinjaman pelajaran kepada 1,100 mahasiswa yang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

3. RM600,000.00 bagi insentif kepada persatuan mahasiswa IPT Anak Johor yang memanfaatkan 25 buah persatuan mahasiswa anak Johor di IPT seluruh negara. Di samping itu, kerajaan negeri akan turut memperkenalkan program persatuan Mahasiswa Angkat bersama Yang Berhormat ADUN. So kalau tadi kita ada keluarga angkat Yang Berhormat Datuk Speaker, insya Allah kita juga akan ada IPTA, IPT angkat insya Allah.

4. RM200,000.00 bagi Program Duta Mahasiswa Anak Johor akan diteruskan bagi melaksanakan projek keusahawanan sosial yang berimpak tinggi.

5. RM166,000.00 bagi pemasangan internet berkelajuan tinggi dengan 1Gbps di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim dan Kolej Yayasan Pelajaran Johor.

Strategi 4 : Jb Sport City

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Strategi Keempat di bawah Teras Keenam ialah JB Sport City. Kerajaan negeri berhasrat untuk menjadikan daerah Johor Bahru sebagai Hab Sukan yang membolehkan Johor dikenali sebagai Sports Power House selaras dengan Johor Sports Master Plan 2030. Pada masa ini, Johor Bahru mempunyai pelbagai fasiliti sukan bertaraf antarabangsa untuk sukan bola sepak, basikal dan banyak lagi. Fasiliti-fasiliti sukan ini akan membantu untuk memacu industri sukan bukan sahaja untuk atlet malah untuk orang awam dan pelancong-pelancong. Inisiatif di bawah strategi ini ialah penganjuran sukan bertaraf antarabangsa. Kerajaan negeri dengan kerjasama KPRJ Sports akan melaksanakan penganjuran sukan bertaraf antarabangsa dan kebangsaan sepanjang tahun 2024 dengan mengoptimumkan pengunaan fasiliti-fasiliti sukan tersebut. Antara acara yang telah dikenal pasti adalah penganjuran Johor Maybank Cycling Event dengan usaha sama pihak Maybank Berhad yang akan diadakan di sekitar Johor Bahru melibatkan penyertaan dari dalam dan luar negara. Seterusnya, kerajaan negeri juga berhasrat untuk bekerjasama dengan kerajaan Singapura bagi menganjurkan Johor-Singapore International Run pada tahun hadapan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, inisiatif sukan atau XTIF JOHOR menggariskan acara sukan yang melibatkan pelbagai segmen sukan dan kelompok masyarakat seperti berikut:

1. RM1.1 juta bagi penganjuran sukan Bangsa Johor yang melibatkan penyertaan 56 DUN.

2. RM1.2 juta bagi inisiatif Johor Athlete Career and Education dengan sasaran melahirkan lebih ramai Thinking Athlete dengan izin, serta peluang melanjutkan pelajaran ke UTM dan UiTM.

3. RM300,000.00 bagi insentif dan bantuan para SUKMA 2024.

4. RM200,000.00 bagi pembangunan sukan E-Sports.

5. RM200,000.00 bagi Sukan Penjawat Awam Negeri Johor.

Strategi 6 : Membina Dan Menaik Taraf Pusat Rekreasi Dan Sukan

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Keenam, Strategi Keenam di bawah Teras Orang Muda Johor, ialah membina dan menaik taraf pusat rekreasi dan sukan. Melalui inisiatif pembangunan dan menaik taraf infrastruktur sukan, sejumlah RM8.8 juta diperuntukkan bagi memastikan kemudahan sukan pusat rekreasi dan pemainan dalam keadaan yang baik demi keselesaan masyarakat setempat seperti mana berikut:

1. Dan insya-Allah dengan perkenan sebanyak RM3 juta bagi membangunkan 5 gelanggang futsal dengan spesifikasi FIFA di kawasan Iskadar Puteri akan dibangunkan.

2. RM4.5 juta bagi Menaik Taraf Dataran dan Padang Dataran Iskandar Puteri;

3. RM800,000.00 bagi Pembinaan Fasa 1 Mini Stadium Kawasan Bandar Tangkak;

4. RM500,000.00 bagi Membina Laman ‘Kulai Cycling Park’.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya telah membentangkan Enam Teras, 29 Strategi dan 99 Inisiatif. Kaki pun rasa macam nak patah. Semua Strategi dan Inisiatif ini telah disusun rapi dengan mengambil kira keutamaan, keperluan, dan kemaslahatan seluruh Bangsa Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin menjelaskan bahawa pembentangan Belanjawan Johor 2024 ini merupakan suatu kesinambungan daripada Belanjawan Tahun 2023. Menerusi Belanjawan ini, saya dan barisan kepimpinan akan berusaha dengan sedaya upaya, dengan penuh tekad dan komitmen, bagi memastikan Agenda Maju Johor ini dijayakan dengan sebaik-baiknya demi rakyat dan negeri tercinta ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Sekianlah pembentangan saya bagi Belanjawan Johor 2024 yang bertemakan “Memacu Pembangunan, Menyejahterakan Rakyat”. Saya sedar dan insaf bahawa banyak lagi inisiatif, yang perlu dilaksanakan. Namun saya berharap Belanjawan ini akan dapat memberi manfaat kepada 4 juta Bangsa Johor. Ucapan terima kasih dan penghargaan juga saya inginkan rakamkan kepada semua Pengerusi Jawatankuasa yang telah memberi cadangan pelaksanaan program dan projek serta peruntukan kewangan bagi menjayakan inisiatif Agenda Maju Johor.

Tidak lupa ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Johor, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani, seluruh pegawai kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan, pegawai-pegawai daerah serta pemimpin GLC Negeri Johor. Kita bagi tepukan yang paling gemuruh kepada mereka. Kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri dari pihak kerajaan dan pengimbang, marilah kita sama-sama berganding bahu dan bersatu tenaga menjayakan pelbagai program sepertimana yang dibentangkan dalam Belanjawan Negeri Johor 2024 sebentar tadi. Saya juga berharap agar kesemua Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat memantau segala rancangan yang telah disusun agar agenda memajukan negeri ini dapat dijayakan dengan sebaik-baiknya melalui pelbagai inisiatif di kawasan masing-masing.

Yang Berhormat Datuk Speaker, cukup di situ ke nak tambah lagi?

Speaker

Macam ada yang dinanti-nantikan.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Saya minum sekejap. Yang Berhormat Datuk Speaker, seperti yang disebut pada awal ucapan saya tadi, prestasi hasil Kerajaan Negeri, alhamdulillah telah mencapai sasaran. Justeru, selain daripada membantu rakyat di luar sana, sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri kepada penjawat-penjawat awam, kita mengambil pendekatan untuk memberikan insentif berdasarkan pencapaian sebenar. Sehubungan itu, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 sebanyak 2 bulan gaji kepada kakitangan Kerajaan Negeri Johor dan kakitangan awam persekutuan yang dibayar gaji oleh Kerajaan Negeri Johor. Ini sejarah sebenarnya.

Yang Berhormat Datuk Speaker. Syukur. Semoga bantuan ini bakal menjadi pembakar semangat dan pemangkin motivasi agar kita semua dan penjawat-penjawat awam terus berkhidmat dan berbakti dengan cemerlang serta memberikan yang terbaik kepada Bangsa Johor. Wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih. Saya mohon mencadangkan, Yang Berhormat Datuk Speaker. (Dewan bertepuk).

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon juga membawa Rundingan supaya Peraturan Tetap 112 (2) dan (4) ditangguhkan sementara agar pertimbangan Rang Undang-Undang pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan itu dikemukan bagi mendapatkan keputusan Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan. Yang tidak bersetuju, Peraturan Tetap 112 (2) dan juga (4) ditangguhkan sementara. Ahli-Ahli Yang Berhormat alhamdulillah, selesai sudah ucapan Belanjawan Negeri Johor 2024 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan tema “Memacu Pembangunan, Menyejahterakan Rakyat”. Tahniah Yang Amat Berhormat Machap.

Rundingan Mengenai Pemilihan Ahli Dewan Negara.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat Pemilihan Ahli Dewan Negara ini sebagaimana Seksyen 1 (2) dalam Jadual Ketujuh Perkara 45, Perlembagaan Persekutuan berikutan kekosongan 1 kerusi Ahli Dewan Negara yang dipilih oleh Dewan Negeri Johor. Dengan demikian, cadangan itu hendaklah disokong dan disertai dengan kenyataan bertulis yang ditandatangani oleh calon berkenaan menyatakan kesanggupannya berkhidmat jika dipilih dan cadangan itu tidaklah perlu dibahas.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sila kemukakan cadangan sekarang.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa Rundingan dan mencadangkan supaya Yang Berbahagia Datuk Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman dipilih oleh Dewan ini menjadi Ahli Dewan Negara bagi tempoh 3 tahun sebagaimana Perkara 45 Jadual 7, Perlembagaan Persekutuan.

Yang Berbahagia Datuk Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman berumur 61 tahun. Beliau berkelulusan Diploma Pengurusan Keusahawanan dari Humber College Of Art and Technology, Ottawa, Ontario, Canada dan Diploma Perhotelan dari Universiti Teknologi Mara, Dungun.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negeri Johor selama 2 penggal mulai 21 Mac 2004 hingga 13 Februari 2008 dan 8 Mac 2008 hingga 3 April 2013. Beliau juga pernah bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia di antara tahun 2014 dan 2018 dan menjadi Ahli Lembaga Penapisan Filem di antara 2013 dan 2018. Yang Berbahagia Datuk Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman merupakan Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara, KEJORA, Timbalan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia dan Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Johor.

Dalam bidang politik, beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau. Beliau merupakan seorang pemimpin yang aktif yang berpengalaman luas serta sangat dihormati oleh masyarakat Johor. Dan dengan ini, saya serahkan pengakuan bertulis yang telah pun ditandatangani oleh calon yang saya cadangkan itu.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ini telah pun menerima Rundingan tersebut dan telah pun disokong.

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rundingan itu dipersetujukan.

Dengan demikian, saya mengisytiharkan bahawa Yang Berbahagia Datuk Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman adalah dipilih oleh Dewan ini menjadi Ahli Dewan Negara bagi tempoh selama 3 tahun. Saya bagi pihak Dewan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berbahagia Datuk Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman, semoga beliau dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat dan negeri sebagai Ahli Dewan Negara.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebelum saya tangguhkan Persidangan ini sukacita saya mengingatkan malam ini malam Jumaat, esok subuh Jumaat, jangan terlajak pulak. Kita ada inisiatif Semarak Subuh, seperti yang diumumkan oleh YAB Machap tadi. Maka jangan lupa esok, solat subuh di masjid, jangan hantar wakil. Wakil hanya untuk ADUN Wanita dan yang bukan Islam. Yang Berhormat Skudai, jangan lupa hantar wakil ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan saya tangguhkan sehingga hari Ahad, 26 November 2023 jam 9.30 pagi, di mana Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Bagi Kali Yang Kedua Enakmen Perbekalan (2024) Tahun 2023 akan dimulakan.

Persidangan ditangguhkan pada jam 12.32 tengah hari.