Johor · 3 December 2023

2nd session, 4th meeting · 244 turns · 22,946 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.

Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. (Bacaan selawat).

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Maju Johor. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Alhamdulillah, kita sudah sampai ke hari terakhir Mesyuarat Keempat Belanjawan 2024 bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Ke-15. Hari ini kita memakai mafla tanda solidariti dengan rakyat Palestin. Dua hari lalu iaitu hari Jumaat, setelah tamat tempoh gencatan senjata lima hari yang ditaja oleh Qatar dan Amerika Syarikat, Israel tanpa berlengah meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza, yang mengorbankan 178 nyawa termasuk kanak-kanak. Kita mengutuk tindakan kejam rejim zionis, yang bersetuju dengan gencatan senjata hanya muslihat untuk mendapatkan kebebasan tawanan Israel di Gaza. Hari ini kita ada menerima lebih kurang 15 orang pemerhati daripada sahabat kita daripada Palestin. (Dewan bertepuk).

Johor State Assembly would like to welcome our Palestine brothers who are with us today. Johor State Assembly call the International Community to prevent the extinction of the Palestinian Young People and support the immediate establisment of humanitarian coridor in Gaza. At this critical time, for the lost of life, suffering and distraction should stop.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan akan bersidang sehingga semua rundingan selesai dikemukakan. Terima kasih.

Soalan-Soalan Lisan.Questions

Speaker

Saya jemput, Yang Berhormat Tiram.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Maju Johor. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Semalam hari Sabtu, soalan Tiram nombor 1.

Apakah inisiatif kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan tahap fasiliti/premis bagi memperkasa pelaksanaan pendidikan awal kanak-kanak di tabika KEMAS dalam Negeri Johor khususnya untuk 20 bangunan Tadika KEMAS dalam DUN Tiram?

Speaker

Dijemput, Yang Berhormat Permas.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 2.

Permintaan golongan B40 memasuki sekolah Tadika KEMAS semakin tinggi hingga ramai kanak-kanak 4 dan 5 tahun tidak bersekolah disebabkan tadika swasta mengenakan yuran di luar kemampuan mereka. Berapa banyak Tadika KEMAS akan diwujudkan di kawasan Parlimen Pasir Gudang?

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam

Maju Johor. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Tiram dan Permas, yang kedua-duanya bertanyakan berkenaan dengan Tabika KEMAS berada di kawasan masing-masing. Dan, saya ambil kesempatan ucap terima kasih juga ke atas keprihatinan Yang Berhormat terhadap program pendidikan awal kanak-kanak KEMAS khususnya di kalangan golongan B40. Seperti sedia maklum, Tabika KEMAS diwujudkan bagi memenuhi keperluan pendidikan awal kanak-kanak. Selain dari pra sekolah dan TABIKA Perpaduan yang juga menawarkan perkhidmatan dengan kadar bayaran sumbangan bulanan yang rendah.

Untuk makluman Ahli Dewan, bilangan Tabika KEMAS di seluruh negeri Johor adalah sebanyak 848 buah premis yang melibatkan 1,155 buah kelas, 24,900 pelajar dan 1,075 orang pendidik masyarakat atau tenaga pengajar. Manakala bagi Taska KEMAS pula, sebanyak 59 buah kelas tabika sedia ada yang melibatkan 1,048 pelajar dan pendidik seramai 178 orang. Pihak jabatan sentiasa memberi perhatian dan berusaha dalam memastikan tahap fasiliti atau premis pendidikan awal kanak-kanak ini dalam keadaan yang kondusif untuk pembelajaran kanak-kanak.

Untuk rekod tahun 2023, KEMAS Negeri Johor telah melaksanakan 7 projek bina baru, yang RM14.9 juta iaitu 1 di Kluang, 1 di Kulai, 1 di Parlimen Mersing, 1 di Parlimen Pengerang, 1 di Parlimen Pontian, 1 di Parlimen Tebrau dan 1 di Parlimen Tenggara. Manakala 15 projek naik taraf premis KEMAS dengan nilai RM1.39 juta pula, di Parlimen Bakri 1, Batu Pahat 1, Kluang 1, Parlimen Kota Tinggi 2, Parlimen Kulai 1, Parlimen Ledang 2, Parlimen Mersing 1, Parlimen Pagoh 1, Pengerang 1, Sekijang 2, Sembrong 1 dan Simpang Renggam 1.

Manakala 42 buah premis pula dibaik pulih, yang melibatkan peruntukan sebanyak RM888,830.00 yang hampir mencakupi semua kawasan Parlimen. Bagi tahun 2024 pula, KEMAS Negeri Johor telah diperuntukkan sebanyak RM800,000.00 bagi tujuan pembaikan dan menaik taraf premis tabika sedia ada, khususnya pembaikan bangunan daif dan uzur yang kebanyakkannya merupakan premis menumpang, dewan orang ramai, balai raya, bangunan JPKK dan lain-lain termasuk dalam kawasan DUN Tiram. Senarai premis terbabit sedang diperinci di dalam sesi retreat jabatan yang sedang dijalankan sekarang ini. Secara dasarnya, jabatan tiada halangan menggalakkan pembukaan kelas-kelas tabika baru atau pemohonan memperluaskan tabika sedia ada. Pemimpin masyarakat atau komuniti tempatan boleh mencadangkan premis atau tapak untuk Tabika KEMAS beroperasi. Pihak jabatan pula akan menyediakan tenaga pengajar, alatan berserta modul yang diperakui dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kalau boleh saya nyatakan bahawa untuk tahun 2024, KEMAS mencadangkan 9 projek bina baru di sekitar negeri Johor iaitu 1 di Parlimen Segamat di DUN Jementah, 1 di Parlimen Tebrau, DUN Tiram; 1 di Parlimen Tanjung Piai, DUN Kukup; 1 di Parlimen Sekijang, DUN Kemelah; 1 di Batu Pahat, DUN Rengit; 1 di Labis, DUN Bekok; 1 di Pengerang, DUN Tanjung Surat; 1 di Pontian, DUN Pulai Sebatang dan 1 di Air Hitam, di DUN Semarang. Walau bagaimanapun, atas faktor belum selesai isu tanah dan sebagainya hanya 2 sahaja yang diluluskan.

Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat 2 projek bina baru bagi bangunan Tabika KEMAS, yang sedang dan akan dibina di kawasan DUN Tiram iaitu pertama, Kompleks Tabika KEMAS, Jalan Nenas 12, Taman Kota Masai, Pasir Gudang. Projek ini dalam pelaksanaan dan dijangka siap tahun 2025, yang melibatkan pembinaan kompleks dengan kemudahan 4 Tabika KEMAS yang mampu menampung 100 orang pelajar dalam satu sesi pembelajaran.

Yang kedua adalah projek yang diluluskan tahun 2024 dan akan dilaksanakan dalam tempoh 12 bulan iaitu Tabika Berkembar, Jalan Ciku 18, Taman Kota Masai, Pasir Gudang.

Projek ini dijangka siap pada tahun 2025 dan bakal dilengkapi kemudahan 2 kelas tabika yang mampu menampung 50 orang pelajar dalam setiap sesi pembelajaran.

Selain DUN Tiram, Parlimen Segamat juga bakal menerima premis Tabika KEMAS yang baru melalui pengumuman Bajet 2024 iaitu Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Firdaus, Segamat. Selain itu, inisiatif kemudahan fasiliti transformasi digital pendidikan awal kanak-kanak turut dilengkapi di DUN Tiram. Ia melibatkan 2 premis tabika yang berkemudahan Wi-fi dengan kemudahan berkenaan, tabika ini akan lebih mudah mengakses bahan-bahan dan teknik pembelajaran terkini dalam bentuk IT dan digunakan untuk kanak-kanak di tabika. 2 tabika ini ialah pertama, Tabika KEMAS Sinar Berlian, Taman Desa Jaya, Johor Bahru dan Tabika KEMAS Permata Hati, Taman Kota Masai, Pasir Gudang.

Untuk makluman Yang Berhormat Permas, untuk tahun 2024, telah diluluskan bagi pembukaan tabika baru di kawasan DUN Permas, iaitu Tabika KEMAS Taman Scientex, Jalan Serindit Utama, Taman Scientex, Pasir Gudang. Dengan kelulusan pembukaan kelas baru ini, ia akan dapat menampung jumlah kanak-kanak seramai 25 orang bagi satu sesi pembelajaran dengan mengambil kira, dengan pengambilan pendidik masyarakat yang baru. Terima kasih.

Speaker

Jemput, Tiram.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas jawapan dan penjelasan yang telah diberikan tadi. Terima kasih juga di atas pelaksanaan baik pulih Tadika Nur Kasih, Taman Kota Masai yang akan dilaksanakan pada tahun 2024. Saya juga ambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan persekutuan yang juga telah meluluskan projek kompleks tadika yang akan menempatkan 4 buah kelas tadika.

Soalan saya Yang Berhormat Datuk Speaker, apakah dengan pembinaan kompleks tadika ini, yang saya percaya yang pertama di negeri Johor, akan menjadi perintis kepada pembinaan kompleks-kompleks tadika seumpama di daerah-daerah lain. Kerana saya yakin bila adanya kompleks tadika seumpama ini, ianya paling tidak akan dapat membantu rakyat yang berpendapatan rendah di negeri Johor. Terima kasih.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih kepada ADUN Tiram yang bertanyakan soalan tambahan itu tadi. Seperti yang saya maklumkan di awal jawapan saya tadi, bilangan pelajar terkini mencecah kepada 1,155 orang melibatkan 1,075 tenaga pelajar, 848 Tabika KEMAS seluruh negeri Johor. Sebenarnya, kita masih lagi belum mencukupi untuk menampung sebilangan besar daripada ibu bapa yang rata-rata memilih Tabika KEMAS sebagai sekolah atau premis untuk kanak-kanak awal persekolahan. Jadi untuk itu, saya ingin mencadangkan kepada pemimpin masyarakat untuk menjadikan apa yang saya sebut sebagai kompleks pendidikan tadi, kompleks dengan kemudahan 4 kelas tadi, mampu kita buka di daerah-daerah lain. Ia dapat mengatasi masalah kelas-kelas KEMAS yang menumpang ataupun kelas-kelas yang tidak dapat menampung jumlah permintaan yang besar.

Untuk makluman Ahli Dewan, jumlah setiap kelas ialah lebih kurang 25 orang sahaja. Maka, dengan pembukaan kompleks begini, ia dapat menyelesaikan isu kekurangan kelas dan sebagainya. Jadi, kita harap agar pemimpin masyarakat termasuk komuniti mengenal pasti kawasan bersesuaian untuk pembinaan kompleks ini bagi mengatasi permintaan khususnya dalam kawasan yang padat termasuk di Tiram. Terima kasih.

Speaker

Saya jemput Permas.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Yang Berhormat Datuk Speaker, dulu sebelum Barisan Nasional kalah, belum pernah kalah. Kita orang kampung kebiasaannya akan membuat balai-balai raya, untuk buat balai raya ketika itu tak susah. Soal peruntukan Wakil Rakyat cari, soal tanah buat aje di tanah kerajaan, kalau jumpa Dato’ DO, Dato’ DO saya buat bangunan di tempat saya, tanah kerajaan.

Ketika itu kalau DO jawab buatlah besar sikit, sebab tempat awak ramai orangnya, tak ada timbul soal apa guna masalah tanah. Soal api air, tak sampai seminggu bangunan siap telah dapat api dan air. Sekarang, apabila siap saja bangunan tersebut tak sampai setahun, dua tahun pihak KEMAS akan jumpa ketua kampung atau ketua masyarakat minta buat sekolah KEMAS. Ketika itu kita akan benarkan, UMNO ambil separuh, KEMAS ambil separuh. Soal balai raya tak ada masalah, soal tenaga guru, tenaga pengajar sebelum perkara tersebut diluluskan dah dilatih guru-guru untuk mengajar.

Sekarang Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya apakah masalah sebenar untuk sesuatu tadika KEMAS untuk dibina sama ada peruntukan, sama ada tanah ataupun sama ada api dan air? Sekian, terima kasih.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, memang kita akui bahawa terdapat beberapa isu atau kekangan bagi pembukaan atau pembinaan sesebuah tadika KEMAS, tapi untuk makluman Ahli Dewan, isu pertama yang utama ialah isu pemilikan tanah. Saya ambil contoh, bagi tahun 2023 terdapat 7 bangunan yang dibina baru berjumlah RM14,910,000.00, 7 bina baru. Tetapi untuk tahun 2024, daripada 9 permohonan kita hanya dapat meluluskan 2 pembinaan iaitu satu di Segamat dan satu di Tebrau iaitu di DUN Tiram.

Dan 7 daripada permohonan yang tidak diluluskan ini kebanyakannya adalah isu perwartaan atau pun isu pemilikan tanah. Jadi, seperti yang saya sebutkan tadi bahawa isu utama adalah pemilikan tanah. Dan, berbalik kepada soalan Tiram tadi saya bersetuju agar, supaya daerah atau parlimen menjadikan pembinaan kompleks ia lebih mudah untuk kita menyelesaikan isu tanah. Jadi sekali lagi kepada Permas, banyak isu atau kekangan tetapi yang utama ialah isu tanah. Terima kasih.

Speaker

Sila Kahang.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih kepada penjelasan EXCO tadi. Tetapi, saya juga ingin memaklumkan bahawa tadika KEMAS ini memang menjadi platform yang cukup popular di peringkat akar umbi, di mana banyak tabika dibina di kawasan-kawasan perumahan dan juga melibatkan rumah-rumah yang dah lama. Jadi, saya nak tahu sama ada apakah kekerapan audit keselamatan dibuat ke atas bangunan-bangunan ini dalam konteks mempastikan bahawa bangunan ini selamat dari segi kebakaran, lintar pintas kerana selain daripada fasiliti moden dan sebagainya isu keselamatan kanak-kanak juga menjadi salah satu isu yang dekat dengan hati ibu bapa, sebelum mereka nak menghantar anak-anak ini ke tabika-tabika ataupun tadika-tadika tersebut.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, seperti Yang Berhormat maklumkan tadi bahawa KEMAS menjadi pilihan utama kepada ibu bapa. Saya nak ucap tahniah kepada KEMAS kerana mengikut laporan yang kita terima, pengiktirafan oleh Readers Digest’s bahawa yang dibuat pada tahun 2020 bahawa KEMAS adalah salah sebuah premis atau pun pra sekolah yang menjadi pilihan ibu bapa di negara kita. Dan untuk menjawab perkara ini, saya

nyatakan bahawa KEMAS tidak ada kepakaran dari sudut ataupun dari segi teknikal atau pun keselamatan itu.

Walau bagaimanapun, biasanya pegawai-pegawai kita akan maklumkan kepada pihak-pihak yang berkenaan termasuk pejabat daerah atau kepada JKR untuk mastikan keselamatan kelas tersebut. Saya ambil contoh di Segamat misalnya ada sebuah kelas yang tiba-tiba lantainya dah guna istilah meletup iaitu semua mozeknya terangkat dan dia menyebabkan tidak boleh digunakan, maka kita jemput pihak JKR untuk membuat penilaian. Hasil penilaian dan laporan daripada JKR bangunan tersebut tidak dapat digunakan. Jadi Yang Berhormat Datuk Speaker, saya sebutkan tadi bahawa kita tidak ada pegawai teknikal khas, tetapi kita bekerjasama dengan jabatan lain terutamanya JKR. Terima kasih.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Skudai.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Datuk Speaker. Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 3.

Banyak kes kebakaran di kawasan Skudai yang melibatkan milikan strata. Bolehkah saya mendapatkan perincian berapa jumlah kebakaran yang telah berlaku di kawasan tersebut dari awal tahun?

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Yang Berhormat Skudai mempunyai banyak kes kebakaran di kawasan Skudai yang melibatkan milikan strata, bolehkan saya mendapatkan perincian berapa jumlah kebakaran yang telah berlaku di kawasan tersebut daripada awal tahun.

Yang Berhormat Datuk Speaker, menurut rekod Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor, untuk tahun 2023 panggilan kebakaran struktur di kawasan Skudai melibatkan bangunan pangsapuri atau flat strata sebanyak 38% atau 5 kes berbanding 13 kes yang diterima pada tahun 2023 di seluruh negeri Johor setakat 14 November 2023. Manakala panggilan melibatkan perkakas pula sebanyak 25% atau 2 kes berbanding 8 kes diterima bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor. Terima kasih.

Speaker

Ya, sila.

Terima kasih Datuk Speaker. Soalan tambahan saya adalah kalau kita lihat ada setengah flat seperti di Taman Tun Aminah mempunyai badan pengurusan dan bila mempunyai badan pengurusan dia akan membeli insurans, jadi bila berlaku kebakaran maksudnya syarikat insurans akan cover kebakaran dan kerosakan, tetapi ada setengah flat seperti yang berlaku kebakaran baru-baru ini di Bandar Selesa Jaya tidak mempunyai badan pengurusan dan apabila berlaku kebakaran siapakah pihak sebenarnya yang akan menanggung untuknya membaiki struktur kebakaran tersebut? Sekian, terima kasih.

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Terima kasih kepada Yang Berhormat Skudai, bila kita bercerita flat awam atau strata ini, kita sedia maklum bahawa flat awam ini dia ada jawatankuasa penduduk dia sendiri. Kalau kita tengok proses di awal bila pembinaan flat itu dibuat dah siap, biasanya yang menguruskan adalah pihak pemaju sendiri, yang pertama, pemaju.

Bila pemilikan strata tu mencapai 25% maksudnya kalau ada 100 unit, 25 unit dah ada semula, dah ada pemilikan makna pemaju wajib atau kena menyerahkan proses penyerahan pengurusan itu kepada jawatankuasa penduduk. Dan jawatankuasa penduduk

ini pula adalah dilantik di kalangan mereka, kalau kata ada 100 pemilikan, mereka akan adakan mesyuarat. Bila adakan mesyuarat, biasanya mereka akan melantik sama ada pengerusi, bendahari, setiausaha untuk satu-satu apa JMB itu sendiri.

Tetapi malangnya apa yang berlaku ialah bila pemaju menyerahkan tanggungjawab itu kepada jawatankuasa penduduk, jawatankuasa penduduk mempunyai hak untuk menyemak, menyemak dari segi penyeragaman sinking fund kalau dia ada duit yang dia collect sebelum ini maksudnya dia akan proses penyerahan itu kena berlaku di peringkat JMB termasuk juga insurans cover.

Selepas itu, masa pemaju mungkin tak ada masalah pasal pemaju mungkin ada duit, dia memang bayar insurans setiap bulan, tetapi bila diserahkan kepada jawatankuasa pengerusi penduduk ini, mula di awal mungkin tak ada masalah, pasal ada insurans cover. Tetapi selepas itu, sama ada jawatankuasa penduduk ini berjaya membayar setiap tahun yuran insurans itu, itulah persoalannya. Sebab itu kalau misalan kata flat di tempat Yang Berhormat dah berusia 40 tahun, lepas tu berhadapan pulak dengan yuran perkhidmatan bulanan yang tidak dapat dipungut, jadi sudah pasti bahawa dia takkan di cover oleh insurans lah. Terima kasih.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Tangkak.

Tuan Ee Chin LiDAP · PHTangkak

Selamat pagi Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Tangkak nombor 4. Terima kasih.

Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi persediaan menghadapi Monsun Timur Laut yang berkemungkinan berlakunya banjir di Johor?

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Mahkota.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan ni macam dah jawab masa penggulungan, tapi tak apalah. Air ketum buat mandi, soalan nombor 5 Mahkota beri.

Apakah persediaan yang telah dirangka dan akan dijalankan oleh kerajaan negeri bagi menghadapi Monsun Timur Laut yang akan menyebabkan berlakunya banjir di Johor?

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Terima kasih Yang Berhormat Tangkak dan juga Yang Berhormat Mahkota. Sepertimana yang diberitahu oleh Yang Mahkota, jawapan dia sebenarnya masa penggulungan telah diberikan tapi apa pun untuk mengalami musim Monsun Timur Laut iaitu bila keadaan yang kita mengalami hujan lebat iaitu daripada Disember 2023 hingga Januari 2024, kerajaan negeri telah membuat persediaan yang rapi iaitu melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor yang sentiasa komited bagi memastikan pengurusan bencana negeri Johor berada dalam keadaan bersedia dan siap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Saya bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita telah pun mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Banjir bagi membincangkan persediaan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam pengurusan pusat pemindahan sementara dan bersama Met Malaysian dan JPS Johor mengenai persediaan amaran awal ke penduduk sekitar. Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga telah mempengerusikan satu Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Banjir Negeri pada 9 November supaya synergy bersama jabatan dan agensi dapat diselaraskan.

Persiapan dari setiap agensi kerajaan bagi menghadapi Monsun Timur Laut 2023, 2024 adalah seperti berikut.

1. Seramai 11,152 anggota dari agensi responder penyelamat, 1,265 anggota dari agensi sokongan dan 706 anggota dari Pihak Berkuasa Tempatan serta seramai 628 anggota dari beberapa organisasi bukan kerajaan NGO di negeri Johor yang akan digerakkan ketika berlakunya bencana MTL.

2. Sebanyak 560 aset air pelbagai jenis, 996 aset darat pelbagai jenis dan 1 aset udara dari pelbagai agensi dan organisasi di negeri Johor yang boleh digerakkan sekiranya berlaku banjir.

3. Sebanyak 874 hot spot banjir telah dikenal pasti melibatkan semua kawasan di dalam setiap daerah negeri Johor.

4. Beberapa latihan dan bengkel persediaan kesiapsiagaan menghadapi bencana telah dilaksanakan dari pelbagai peringkat seperti latihan dalam agensi dan latihan antara agensi, sebagai contoh latihan amal simulasi bencana tsunami yang telah dijalankan di daerah Mersing pada 5 September 2023 lalu, melibatkan beberapa agensi kerajaan dan organisasi luar iaitu PDRM, APM, JBPM, JKM, RELA, Ihsan Johor, Southern Volunteers dan lain-lain agensi.

Selain itu, satu Sesi Jerayawara peringkat negeri Johor anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah dijalankan pada 25 Oktober 2023 di mana ia melibatkan penyertaan JBPN, JBPD, APM, JKM dan agensi-agensi lain bagi mendengar perkongsian maklumat-maklumat terkini berkenaan pengurusan bencana oleh pihak NADMA.

Dalam usaha persediaan kerajaan negeri bagi menghadapi Monsun Timur Laut, beberapa jenis peruntukan telah disalurkan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor bagi tujuan penyelenggaraan, membaik pulih serta menaik taraf parit, empangan serta kawasan pantai seluruh negeri Johor agar lebih bersedia menghadapi kemungkinan bencana. Berikut adalah senarai yang menerangkan maksudnya sebanyak untuk peruntukan mengurus sebanyak RM42 juta iaitu sumbernya melalui kerajaan negeri untuk penyelenggaraan parit, saliran, kolam takungan banjir, empangan, ban pantai, lintasan dan jalan ladang.

Peruntukan pembangunan sebanyak RM29 juta oleh kerajaan negeri untuk kerja-kerja menaik taraf memulih saliran pantai, kolam takungan banjir, lintasan struktur kawalan, muara sungai, struktur empangan dan persisiran pantai terhakis. Untuk kerja-kerja penyaluran sungai dan kerja-kerja penstabilan tebing sungai.

Selain itu, ada peruntukan pembangunan sebanyak RM32.95 juta daripada kerajaan persekutuan juga untuk kerja-kerja menaik taraf memulilh saliran parit, kolam takungan banjir, lintasan struktur kawalan muara sungai, struktur empangan dan persisiran pantai terhakis. Kerja-kerja penyelenggaraan sungai dan juga kerja-kerja pentadbiran tebing sungai. Terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ini ingin mengalu-alukan kehadiran 46 orang pemerhati daripada Pejabat Menteri Besar Johor. (Dewan bertepuk). Kalau YAB MB pun ada kelab, apa ini, Pejabat MB pun ada kelab penyokong. 10 orang daripada Institut Dato’ Onn. (Dewan bertepuk). 28 orang daripada Pejabat ADUN Parit Yaani dan ADUN Parit Raja. (Dewan bertepuk), Wah, ini combined. YB mana yang bayar ini? 5 orang daripada Mubarak Johor. (Dewan bertepuk). Terima kasih datang. Jemput, Tangkak.

Tuan Ee Chin LiDAP · PHTangkak

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih daripada jawapan Yang Berhormat EXCO. Soalan tambahan dari Tangkak kalau boleh

YB EXCO boleh kongsikan berkenaan dengan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang telah bersiap siaga dari segi jumlah yang telah didaftarkan dan tambahan lagi berkenaan dengan kemudahan-kemudahan di dalam PPS itu. Saya bagi contoh, pernah berlaku ketika berlaku banjir, mangsa dipindah ke PPS tetapi berlaku pula mungkin kipas tidak berfungsi, lampu rosak dan pernah juga berlaku bilik air rosak sehingga tidak boleh dipakai, jadi kalau boleh minta kalau ada jawapan daripada Yang Berhormat EXCO. Terima kasih.

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Terima kasih Yang Berhormat Tangkak. Yang Berhormat Datuk Speaker, mengenai PPS biasanya ia di bawah selenggaraan Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Johor tetapi apa pun apabila kita dah buatkan mesyuarat saya ada jawapan, bukan semuanya tetapi apa yang saya ada, saya akan bentangkan hari ini.

Dari segi jumlah PPS di negeri Johor, kita ada yang telah didaftarkan untuk persiapan banjir kali ini adalah sebanyak 1,164 PPS yang terdiri daripada untuk Johor Bahru 105, yang boleh ada kapasiti sebanyak 24,570 orang. Untuk Muar, 68 yang mempunyai kapasiti untuk 23,535 orang. Untuk Batu Pahat, kita ada 232 PPS yang mempunyai kapasiti untuk 86,560 orang. Untuk Segamat, 207 PPS yang mempunyai kapasiti sebanyak untuk 42,165 orang. Untuk Kluang, kita ada 160 PPS yang mempunyai kapasiti untuk 46,749 orang. Untuk Pontian, kita ada PPS sebanyak 55 untuk kapasiti 7,510 orang. Untuk Kota Tinggi, kita mempunyai PPS sebanyak 125, yang mempunyai kapasiti untuk 17,003 orang. Untuk Mersing, kita ada 31 PPS untuk kapasiti sebanyak 4,484 orang. Untuk Tangkak, kita ada 115 PPS untuk kapasiti 36,100 orang. Dan Kulai, kita ada 66 PPS untuk kapasiti 10,000 orang yang membawa jumlah kepada 1,164 PPS yang mempunyai kapasiti untuk 268,706 orang. Terima kasih.

Tetapi untuk maklumat dari segi persiapan mungkin saya akan bagi pada staff saya bagi pada YB Pengerusi Pembangunan Wanita untuk membekalkan maklumatnya yang lebih detail. Terima kasih.

Speaker

Saya jemput, Parit Yaani sebab dia bangun dulu. Eh, ya. Parit Yaani bangun tadi.

Datuk Mohamad Najib bin SamuriUMNO · BNParit Yaani

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, tertarik dengan apa isu banjir. Saya dimaklumkan pada tahun ini, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM503,000.00 bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan sepanjang 79 km parit dalam DUN kawasan Parit Yaani. Namun, untuk makluman Parit Yaani mempunyai jaringan parit sepanjang 122 km, so berbaki 33 km. Dan, kita menghadapi banjir ini saban tahun sebenarnya, di Parit Yaani. So, soalan saya adalah apakah kerajaan bersedia menyediakan sejumlah peruntukan untuk menyelenggara keseluruhan 112 km panjang parit di kawasan DUN Parit Yaani pada tahun 2024? Terima kasih.

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Terima kasih Yang Berhormat Parit Yaani. Seperti mana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Parit Yaani, kita memang menjalankan penyelenggaraan, kepada semua DUN kalau boleh. Tapi apa pun kekangan peruntukan kalau kita nak macam tadi, seperti yang dinyatakan tadi untuk tahun ini sahaja untuk penyelenggaraan kita dah belanjakan lebih kurang RM100 juta, lebih daripada RM100 juta yang telah dibelanjakan. Tetapi kalau nak buat terus seluruh Parit Yaani mungkin kapasiti dia dalam 50% hingga 60%. Tetapi, kalau nak menyelenggara 100% Parit Yaani, kita perlukan dana yang lebih tinggi. Pasal itu kita, kadang-kadang memohon kepada kerajaan persekutuan untuk dapatkan projek tebatan banjir. Dan tahun ini kita pun dah bentangkan. Tahun depan kita ada lebih kurang RM1.8 billion untuk tebatan banjir. Ini adalah penyelesaian jangka panjang unutk menyelesaikan semua masalah-masalah banjir khususnya dekat kawasan DUN dekat Batu Pahat, dekat Segamat, Kota Tinggi. Ini ialah jangka masa panjang. Terima kasih.

Speaker

Saya jemput, Parit Raja.

Puan Nor Rashidah binti RamliUMNO · BNParit Raja

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat YB EXCO. Saya tertarik tadi dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat EXCO berkaitan sistem amaran awal. Jadi soalan Parit Raja, bagimana usaha pihak kerajaan untuk memastikan bahawa sistem amaran awal untuk kali ini dapat berfungsi dengan benar-benar baik? Terima kasih.

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Terima kasih Yang Berhormat Parit Raja. Hari ini bila dekat isu banjir memang dengan viral. Baru-baru ini pun kita 2 hari lepas pun kita ada banjir kilat di Johor Bahru, so isu yang hangat diperkatakan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, bila kita cakapkan sistem amaran awal ini ialah lebih kepada kita akan tengok melalui laporan cuaca daripada Met Malaysia. And, kita buat ramalan dia bukan dari segi kalau kita cakapkan for sure, tetapi dia adalah ramalan. Cuma bila kita tengokkan ramalan bila cuaca akan hujan lebat and kita kenakan dengan keparasan tinggi sungai, lepas itu kita akan bagi amaran kepada JPKK dan juga Jawatankuasa Pengurusan Daerah yang itu terdiri daripada DO, pengerusinya. Kita akan bagikan amaran lebih awal yang mungkin ada kemungkinan banjir akan berlaku. Dan bila ada kemungkinan banjir, untuk persiapan pemindahan dijalankan dengan lebih awal. Itulah yang kita katakan amaran awal kita untuk banjir. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Tenggaroh, naratif tiada peruntukan rakyat tak nak dengar. Jadi kena cari cara macam mana, ya untuk dapat peruntukan tersebut. (Dewan bertepuk). Saya jemput, Yang Berhormat Tenang.

Assalamuálaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan nombor 6.

Apakah inisiatif kerajaan negeri dalam memberikan subsidi asuhan kanak-kanak atau penjagaan kanak-kanak untuk membantu golongan B40 atau ibu tunggal yang bekerja.

Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md OnUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Serom

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Tenang. Assalamuálaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Maju Johor. Soalan yang diutarakan kepada saya adalah, apakah inisiatif kerajaan dalam memberikan subsidi asuhan kanak-kanak atau penjagaan kanak-kanak untuk membantu golongan B40 atau ibu tunggal yang bekerja.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kerajaan negeri Johor melalui melalui portfolio Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa cakna dalam memberikan komitmen terhadap pembangunan modal insan dan menyediakan kemudahan pengasuhan serta pendidikan anak-anak selain menyediakan ruang dan peluang kepada mereka yang memerlukan perkhidmatan ini.

Yang Berhormat, untuk makluman di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat terdapat satu inisiatif pemberian subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak taska bermula dengan inisiatif kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Program Transformasi Kerajaan 2.0 (DPP 2.0).

Pemberian subsidi ini telah diumumkan dari semasa Pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober 2013. Yang Berhormat Datuk Speaker, ini bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah. Menyediakan peluang kepada kanak-kanak

mendapatkan asuhan dan didikan awal yang lebih baik di taska dan seterusnya secara tidak langsung menyumbang ke arah pembangunan modal insan berkualiti, sihat dan seimbang.

Suka saya ingin kongsikan kadar subsidi yuran. Kadar maksimum subsidi yuran pengasuhan adalah sebanyak RM180.00 sebulan bagi seorang kanak-kanak. Dan jika yuran pengasuhan kanak-kanak itu lebih rendah dari kadar subsidi maka subsidi itu diberi mengikut kadar yuran sebenarnya. Jika yuran pengasuhan kanak-kanak itu lebih tinggi dari kadar subsidi, maka lebihan perbezaan yuran tersebut adalah tanggungan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang berkenaan. Inisiatif ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang memenuhi syarat dan kelayakan. Sebarang maklumat boleh dilayari di laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kerajaan negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim juga menubuhkan Jauhar Care Centre (JCC) di beberapa lokasi di daerah dengan tujuan dan harapan untu mengurangkan beban kewangan ibu bapa dalam mendapatkan perkhidmatan penjagaan anak-anak. JCC memberikan perkhidmatan ini dengan mengenakan yuran yang rendah berbanding dengan taska swasta.

Justeru, sehingga tahun 2023 YPKDT telah menubuhkan 4 buah JCC yang telah beroperasi iaitu Kota Iskandar, daerah Pontian, Batu Pahat dan Muar. Pada Tahun 2024 JCC dijangka akan bertambah pengoperasiannya di Segamat, PPR Melana Indah Skudai, RSK Cendana Pasir Gudang, PPR Desa Mutiara.

Perkhidmatan JCC yang pada asalnya bagi membantu penjawat di kalangan B40 dari pelbagai jabatan kerajaan yang memerlukan perkhidmatan penjagaan anak yang berdekatan dengan tempat kerja. Namun, YPKDT dalam usaha meningkatkan perkhidmatan dan menyantuni golongan sasar, mencadangkan agar pembangunan JCC diperluaskan khusus kepada golongan sasar yang memerlukan dan bukan sahaja untuk kakitangan awam.

Yang Berhormat Datuk Speaker, lokasi ini juga di luaskan ke kawasan komuniti yang memerlukan perkhidmatan jagaan anak di kalangan B40 yang dijangka beroperasi pada tahun 2024. Penubuhan JCC di PPR Melana Indah ini merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama dari Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ). Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Ya, sila Tenang.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Yang Berhormat tadi ada menyebutkan tentang inisiatif subsidi yuran taska. Jadi, berapa ramai penerima manfaat ini di negeri Johor? Dan bagaimana, apa kriteria yang diperlukan bagi ibu bapa atau penjaga untuk memohon insiatif tersebut? Terima kasih.

Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md OnUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Serom

Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Tenang. Bagi menjawab soalan ini, untuk permohonan inisiatif subsidi yuran taska ini, kriteria yang digariskan terbahagi kepada 3 kategori iaitu, kanak-kanak, ibu bapa atau penjaga dan taska atau penjaga. Antara kriteria-kriteria utama yang menjadi asas pertimbangan pemberian subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak di taska iaitu:

Pertama, kanak-kanak mesti berumur di bawah 4 tahun. Bagi tahun kalendar di mana umur kanak-kanak genap 4 tahun, subsidi yuran pengasuhan taska boleh diteruskan sehingga 31 Disember tahun kalendar dan mendapat asuhan dan didikan awal secara bulanan di taska yang berdaftar dengan JKM kecuali taska komuniti.

Kedua, ibu bapa atau penjaga. Ibu bapa atau penjaga hendaklah warganegara Malaysia. Dan pendapatan per kapita ibu bapa atau penjaga adalah RM800.00 sebulan bagi kawasan bandar. Dan bagi kawasan luar bandar, pendapatan per kapita ibu bapa atau penjaga adalah RM500.00.

Ketiga, taska atau penjaga. Pengusaha taska itu adalah hendaklah warganegara Malaysia. Taska tersebut hendaklah berdaftar dengan JKM. Dan taska tersebut hendaklah mempunyai bank account yang aktif atas nama taska dan pengusaha taksa yang memohon subsidi yuran hendaklah mengemaskini maklumat kanak-kanak tersebut dalam Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan atau dengan izin, Yang Berhormat Datuk Speaker, National Kid Data Centre bagi tujuan semakan dan pemantauan pihak JKM.

Yang Berhormat Datuk Speaker, namun untuk maklumat yang lebih terperinci, Yang Berhormat boleh saya cadangkan, Yang Berhormat boleh terus berhubung dengan Pejabat Kebajikan Masyarakat di daerah-daerah.

Yang Berhormat Datuk Speaker, di negeri Johor sekarang daripada tahun 2022 hingga kini, seramai 329 orang kanak-kanak telah menerima manfaat subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak taska yang melibatkan sebanyak 109 taska yang merangkumi taska institusi, taska di rumah, taska tempat kerja dan taska komuniti. Oleh itu, jumlah sebanyak RM700,640.00, peruntukan telah disalurkan dengan inisiatif subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak taska. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Perling.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHPerling

Terima kasih Datuk Yang Dipertua. Soalan nombor 7.

Nyatakan sama ada kerajaan negeri akan menyediakan Pelan Induk Pengangkutan untuk kawasan Greater Johor Bahru yang juga merangkumi trafik rentas sempadan Johor - Singapura.

Speaker

Dijemput, Yang Berhormat Stulang.

Tuan Chen Kah EngDAP · PHStulang

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor nombor 11 eh nombor 8.

Apakah rancangan pengangkutan bagi Bandar raya Johor Bahru sebagai bandar raya yang paling utama di Johor bagi menampung aliran trafik dan orang yang semakin meningkat.

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Kota Iskandar.

Datuk Haji Pandak bin AhmadUMNO · BNKota Iskandar

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 9.

Bilangan kenderaan banyak menyumbang kepada kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara. Masalah ini juga menyumbang kepada pengangkutan awam tidak menepati masa mengikut perjalanan yang sepatutnya.Apakah usaha diambil untuk mengurangkan kenderaan dan mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan pengangkutan awam.

Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad SallehUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Bukit Pasir

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat sejahtera dan salam Maju Johor. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Perling, Yang Berhormat Stulang dan Yang Berhormat Iskandar Puteri. Kerajaan negeri komited untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai mode pengangkutan utama pilihan rakyat. Selain dengan hasrat tersebut, sebuah Pelan Induk Pengangkutan yang

diguna pakai sebagai rujukan kepada pihak kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi teknikal yang lain, telah pun dihasilkan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) iaitu Pelan Induk Pengangkutan Awam Johor 2015-2045. Setelah lima tahun dilancarkan, terdapat beberapa kajian semula Rancangan Tempatan Daerah (RTD) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) dibuat oleh pihak PBT dan Plan Malaysia. Melihat kepada senario ini, terdapat keperluan untuk mengemas kini data-data serta cadangan-cadangan Pelan Induk Pengangkutan Awam Johor agar tiada keciciran maklumat berkaitan pengangkutan apabila pelan induk ini dirujuk dan mestilah selari dengan RTD dan juga RKK. Oleh itu, pada tahun 2022, PAJ telah membuat pengubahan pada pelan ini. Selaras dengan mencadangkan pengubahan nama pelan induk ini kepada Pelan Induk Pengangkutan Johor (PIPJ). Pelan Induk Pengangkutan Johor yang dibuat oleh PAJ akan menjadi kitab rujukan utama dalam pembangunan pengangkutan awam yang menyeluruh, bukan sahaja meliputi pengangkutan awam, malah merangkumi perancangan jalan raya, pengangkutan hijau dan logistik. Pelan induk ini akan memastikan kesaling hubungan mobiliti dan akses kepada pelbagai mode pengangkutan awam termasuk di dalam kawasan Greater Johor Bahru.

Menjelang 2045, kerajaan negeri akan memastikan pengangkutan awam menjadi pilihan utama di negeri Johor, dengan adanya projek-projek mega yang akan dibuat serta pelan-pelan perancangan pengangkutan awam akan datang. Pelan Induk Pengangkutan Johor yang menggantikan pelan induk yang lama, telah siap didokumentasikan dan akan diwartakan di peringkat kerajaan negeri. PAJ akan menyalurkan dokumen pelan induk ini kepada semua agensi yang terlibat dan mereka yang ingin mendapatkan dokumen ini sebagai rujukan boleh memuat turun laporan tersebut di laman web rasmi PAJ.

Terdapat dua jilid bagi Pelan Induk Pengangkutan Johor ini, jilid pertama adalah Pelan Induk Pengangkutan Menyeluruh Bagi Negeri Johor dan jilid kedua pula ialah pelan induk pengangkutan bagi setiap daerah di negeri Johor. Antara inti pati laporan pelan induk pengangkutan ini adalah visi dan misi, dasar dan strategi setiap pengangkutan persendirian, pengangkutan transit, pengangkutan hijau serta pengangkutan barang. Terdapat juga pelan pelaksanaan serta tindakan jangka masa pendek, sederhana dan jangka masa panjang serta anggaran tahun pelaksanaan termasuk kos setiap projek dan program.

Sebagai salah satu usaha kerajaan memantau isu-isu kesesakan dalam Bandaraya Johor Bahru, satu Jawatankuasa Menangani Kesesakan telah pun ditubuhkan dan telah bermesyuarat sebanyak dua kali. Beberapa lokasi yang sering berlaku kesesakan telah dikenal pasti, punca dan jalan penyelesaiannya telah pun dibincangkan bersama-sama jabatan dan berkaitan serta agensi teknikal.

Yang Berhormat Stulang, selaku Ketua Pengimbang juga, turut dijemput bagi memberikan cadangan dan idea bagi menangani kesesakan ini. Urus setia bagi jawatankuasa ini ialah PAJ, bagi memastikan apa yang dibincangkan dan apa yang dicadangkan adalah dipandu oleh Pelan Induk Pengangkutan Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, pengangkutan awam di Bandaraya Johor Bahru dilihat sedang berkembang dengan pelan-pelan perancangan pembangunan pengangkutan awam, yang akan dilaksanakan dalam beberapa tahun mendatang. Selain Program Bas Muafakat Johor yang telah dilaksanakan sejak 2016, Program SBST MyBas juga dilihat akan mengubah mode pengangkutan di negeri Johor khususnya Bandaraya Johor Bahru. Selain itu, projek Sistem Transit Keretapi (RTS), Projek Landasan Berkembar Elektrik juga mampu meningkatkan jaringan perhubungan pengangkutan awam di negeri Johor. Cadangan projek Light Rail Transit (LRT) juga akan mengubah landskap pengangkutan awam dengan lebih luas kemudahcapaian dan liputan pengangkutan awam. Perkhidmatan pengangkutan awam di negeri Johor khususnya sektor perkhidmatan bas henti-henti, akan disokong dengan Program SBST MyBas yang menggunakan laluan sedia ada dan menambah baik kekerapan perkhidmatan bas di Johor. Pada masa ini, pelaksanaan My Bas di negeri Johor melibatkan

19 laluan dan 5 koridor iaitu Kota Tinggi, Masai, Kulai, Gelang Patah dan juga Pontian melibatkan laluan sepanjang 1,052 kilometer. Pelaksanaan projek MyBas di negeri Johor melibatkan sebanyak 128 buah bas termasuk 8 buah bas elektrik telah digunakan untuk program MyBas di bandar raya Johor Bahru ini.

Isu masalah kesesakan di Johor khususnya kawasan Johor Bahru, Bandar Johor Bahru dijangka akan mengalami pengurangan apabila cadangan LRT diangkat ke peringkat persekutuan. Sistem LRT ini akan disokong oleh perkhidmatan direct service dan feeder service seperti Bas Muafakat Johor dan bas-bas awam yang lain melalui pusat beli-belah, sekolah, instituti pengajian tinggi, hospital dan juga pusat perubatan, pejabat kerajaan serta kawasan perumahan. Projek LRT ini juga berperanan sebagai mode pengangkutan yang menyambungkan pengguna RTS ke liputan kawasan Johor Bahru.

Pertambahan, bagi menjawab soalan Yang Berhormat Kota Iskandar, pertambahan bilangan kenderaan adalah penyumbang utama kepada kesesakan lalu lintas. Bagi mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian, banyak cadangan yang telah diterima, yang telah pun dilaksanakan di beberapa negara di luar sana. Ada negara yang mengamalkan polisi menghadkan pemilikan kenderaan bagi setiap individu. Contohnya, umur tertentu baru boleh memiliki kenderaan, mengenakan cukai yang tinggi supaya tidak ramai yang mampu memiliki kenderaan persendirian dan ada yang menghadkan tempoh usia sesuatu kenderaan seperti lima atau sepuluh tahun sahaja, bagi mengurangkan risiko pencemaran yakni memastikan pembakaran bahan bakar bertahap efficiency tertinggi dan kemungkinan kerosakan kenderaan yang boleh mengakibatkan kemalangan. Ada bandar-bandar yang turut tidak membenarkan kenderaan persendirian masuk ke bandar atau hanya dibenarkan masuk pada hari dan waktu tertentu sahaja. Ada juga mengenakan caj kesesakan atau mengenakan caj parking yang tinggi di dalam kawasan bandar. Namun begitu, cadangan-cadangan bagi mengurangkan bilangan kenderaan persendirian di atas jalan raya mestilah seiring dengan keupayaan sistem pengangkutan awam bagi mengisi kelompongan tersebut.

Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan bagi mempertingkatkan kecekapan pengangkutan awam di Johor, antaranya dengan menambah kekerapan dan bilangan bas bagi menampung permintaan pengguna khususnya pada waktu puncak. Kekangan menyediakan pengangkutan awam yang mencukupi dan efisien menyebabkan pengguna lebih memilih menggunakan pengangkutan persendirian untuk ke destinasi.

Selain itu, isu utama pengangkutan awam yang sering kita dengar ialah waktu menunggu yang terlalu lama dan jadual perjalanan yang tidak tetap. Hal ini akan menyebabkan tahap kepercayaan pengguna terhadap pengangkutan awam terutamanya perkhidmatan bas semakin merosot. PAJ akan membuat penyelarasan jadual dan laluan yang sesuai dan lebih tepat untuk Program Bas Muafakat Johor. Pengendali operator MyBas juga perlu meneliti semula timing dan laluan yang kurang mendapat sambutan untuk memperbaiki isu ini. Perkara ini amat penting bagi membina kepercayaan pengguna terhadap pengangkutan awam. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya, jemput Stulang.

Tuan Chen Kah EngDAP · PHStulang

Ya, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang diberikan. Dan, selepas RTS siap nanti, sekitar 2026, penyuraian trafik di sekitar CIQ merupakan satu cabaran yang sangat besar. Jadi, persoalan saya adalah berkenaan ada dua, satu adalah sama ada jalan bertingkat akan dibina di sekitar kawasan RTS tersebut untuk penyuraian trafik.

Yang kedua adalah berkenaan dengan jaringan penyuraian trafik sokongan, 3 hingga 5 kilometer radius dari pusat bandar Johor Bahru ataupun CIQ untuk menampung beban trafik di pusat bandar. Contohnya, pembukaan semula R&R Pandan dan beberapa kawasan

strategik yang terletak di antara 3 dan 5 kilometer dari pusat bandar, sebagai jaringan sokongan untuk menampung dan beban trafik di pusat bandar. Terima kasih.

Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad SallehUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Bukit Pasir

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Stulang. Cadangan untuk mengadakan jalan bertingkat ini, kita kena tengok keseimbangan kita. Kalau kita makin banyakkan jalan, makin banyaklah kereta di atas jalan. Sekarang kita nak kurangkan kenderaan persendirian di atas jalan, jadi cadangan-cadangan untuk pembesaran, tambah laluan itu menjadi opsyen kedua. Opsyen pertama kita ialah memperbanyakkan mode pengangkutan awam seperti bas dan juga apa tu keretapi dan sebagainya. Oleh itu, jaringan sokongan Yang Berhormat sebutkan tadi, saya setuju. Oleh itu, pihak saya dan juga pihak daripada Majlis Bandaraya sedang melihat beberapa tempat untuk dijadikan lokasi park and ride. Jadi, kenderaan tak perlu masuk ke dalam Bandaraya Johor Bahru, dia boleh park di luar kawasan seperti Yang Berhormat sebut tadi, 5 kilometer atau 10 kilometer daripada pusat bandar, supaya kenderaan-kenderaan yang masuk, boleh diparking di tempat, di luar daripada kawasan bandar dan kemudian menaiki kita punya mode-mode pengangkutan yang ada sama ada bas ataupun teksi. Walau bagaimanapun, seperti yang saya sebut tadi, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Menilai Kesesakan, ada beberapa lokasi, yang kita akan adakan pembesaran ataupun kita tukar laluan, sama ada sehala, dua hala menjadi sehala, itu ada dalam cadangan. Tapi untuk projek-projek besar seperti pertambahan jejantas dan sebagainya, itu merupakan opsyen yang terakhirlah. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Jemput Perling.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHPerling

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan saya, pertama ialah bila Pelan Induk Pengangkutan Johor akan diwartakan? Saya mengalu-alukan perancangan ini, kedua ialah apa model share di antara pengangkutan awam dengan kenderaan persendirian dalam PIPJ ini, saya harap kalau boleh kita sasarkan 50% model share dalam 10 tahun. Walaupun ini agak ambitious tetapi kalau kita cuba, kalau sedaya upaya. Ketiga ialah adakah PIPJ terutama untuk Greater Johor Bahru akan merangkumi juga trafik merentas sempadan yang termasuk apa ni, trafik merentas sempadan Singapore. Terima kasih.

Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad SallehUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Bukit Pasir

Tiga soalan terus Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Dibenarkan sebab Yang Berhormat kebetulan baru habis Sidang Parlimen dan hari ini hari Ahad sebab itu kita beri peluang,

Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad SallehUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Bukit Pasir

Baik.

Speaker

Selepas ini tak bolehlah.

Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad SallehUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Bukit Pasir

Ok, terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Perling, saya akan maklumkan kemudian bila waktu akan diwartakan, sekarang masih lagi dalam proses untuk kita kemas kinilah pelan induk yang kita adakan. Nanti, insya-Allah, kita akan kongsikan bersama dengan rakan-rakan Yang Berhormat dalam Dewan. Berdasarkan model yang ditentukan, yang cadangan oleh Yang Berhormat 50-50, beberapa kajian telah dibuat. PAJ sendiri ada buat, ada yang letak 15-75 dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat benda ni, walaupun ada kajian yang kita buat, 15-85, 30-70, tapi ianya bergantung kepada perancangan PlanMalaysia juga dan juga RTD, RKK semua. Jadi, model split ni, kita sentiasa tengok daripada masa ke semasa dan insya-Allah, kalau projek-projek yang dilaksanakan di negeri Johor, RTS dan juga ETS, saya yakin harapan Yang Berhormat nak letak 50-50 ni, insya-Allah, akan dapat dilaksanakan.

Untuk makluman Yang Berhormat, isu kenderaan kita yang merentas sempadan. Isu ni banyak sekali dibangkitkan dalam jawatankuasa lain iaitu Jawatankuasa Menangani Kesesakan di tambak Johor. Saya ingat, YB Stulang pun dah biasalah dengan jawatankuasa itu. Kita ada masukkan juga Yang Berhormat, cuma kita perlu juga hubungan yang baik dengan kerajaan pusat dan juga kerajaan Singapura. Sebab Singapura dah menetapkan bermula tahun 2030, tak salah saya, akan mula menggunakan kenderaan EV. Jadi, kita perlu periksa juga, kalau kenderaan EV, kita tak banyak di Malaysia so mereka akan lebih banyak menggunakan pengangkutan awam dan sebagainya. Jadi parking saya sebut tadi parking mesti berada di luar kawasan.

Jadi perbincangan lanjut berkenaan tentang itu saya akan bincang dengan YB EXCO yang berkenaan EXCO Perumahan dan juga Kerajaan Tempatan untuk kita menilai kat mana kawasan-kawasan supaya kita nak pastikan kalau betul kita terpaksa mengikut strategi daripada pihak Singapura tidak membenarkan kenderaan petrol dan diesel masuk lagi ke Singapura bermula tahun 2030 – 2040, jadi kita standby dengan pengangkutan awam kita sebab kita belum lagi mensasarkan EV di Malaysia pada tahun tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Saya jemput Kota Iskandar.

Datuk Haji Pandak bin AhmadUMNO · BNKota Iskandar

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih YB EXCO di atas penjelasan yang diberikan. Pertama saya nak betulkan mukadimah daripada YB EXCO, soalan bukannya daripada Iskandar Puteri, Iskandar Puteri MP dia Perling, saya Kota Iskandar. Kota Iskandar hampir dengan Singapura dan ramai pekerja melalui second link, ramai pekerja ke Singapura meletakkan kenderaan mereka di sekitar pekan Gelang Patah, contoh terminal Gelang Patah paling kritikal meletakkan di depan parking yang disediakan oleh MBIP di pusat Kesihatan Kecil Gelang Patah dan di depan flat-flat di taman Nusa Perintis hingga kawasan-kawasan parking kedai-kedai ini penuh dengan kenderaan pekerja Singapura.

Soalan saya Yang Berhormat Datuk Speaker, apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi isu ini supaya lambakan kereta-kereta Singapura ini tidak menganggu pengguna-pengguna ataupun pembeli-pembeli yang berada dia dalam Kota Iskandar khasnya di kawasan Gelang Patah. Terima kasih.

Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad SallehUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Bukit Pasir

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kota Iskandar, minta maaf Yang Berhormat Kota Iskandar tersilap dalam mukadimah saya tadi. Untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan kita sedar memang seperti yang saya maklumkan tadi di dalam 2, 3 yang sebelum ini kita ada masalah isu parking juga sebab kita tak nak parking-parking yang masuk ke dalam Bandaraya Johor Bahru.

Tapi untuk kes di Kota Iskandar, kenderaan-kenderaan Singapura yang merentas melalui second link, jadi saya faham isu itu cuma pihak JKR, pihak saya tak ada kuasa sendiri untuk menahan atau pun apa tu menghalang kereta-kereta ini mungkin saya perlukan kerjasama daripada pihak seperti contoh JPJ dan sebagainya dan juga pihak majlis untuk kita buat penguatkuasaan.

Dalam masa yang sama saya setuju juga ada beberapa tempat parking yang kita dah kenal pasti Yang Berhormat Kota Iskandar untuk kita pastikan mereka dapat parking yang berbayar dan sebagainya. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Bukit Pasir, saya rasa kita kena segerakan pembinaan LRT, kalau boleh sebelum 2030 sebab kita nak menjadi negeri maju 2030. Jadi kos 20 bilion tu

pandailah Yang Berhormat cari kat mana. Yang Berhormat kan pakar cari duit, jadi tahulah macam mana nak.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Permas ada nak tanya. Ringkas Yang Berhormat

Ok, ringkas. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Saya dengar tadi ada LRT, LRT ni peruntukannya daripada kerajaan Federal, kalau bila disiapkan, penyelenggaraannya, andai kata fasilitasnya tak mencukupi untuk operation, siapakah yang menanggung kos untuk penyelenggaraan dan BRT ini, BRT ini saya lihat di Indonesia ni sangat berjaya, sangat berjaya untuk membantu kesesakan lalu lintas, bilakah ianya akan bermula, sekian terima kasih.

Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad SallehUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Bukit Pasir

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Permas. Berkaitan dengan LRT saya pun menyentuh jugak Yang Berhormat Datuk Speaker menyebut LRT insya-Allah kita akan jadikan itu satu kenyataan rasmi daripada kerajaan negeri menyahut apa yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam ucapan belanjawan supaya LRT dijadikan salah satu mode pengangkutan di Johor Bahru, insya-Allah.

Berkaitan dengan soalan daripada Yang Berhormat Permas berkenaan siapa akan menyelenggara dan sebagainya. Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan, permohonan peruntukan akan dibuat kepada pihak persekutuan sama ada pihak MOE, Minister Of Economy atau pun kepada MOT yang akan menguruskan projek-projek besar seperti ini. Walau bagaimanapun untuk penyelenggaraan atau pun kos operasi ianya akan dibuat di bawah MoS sendiri. Siapakah yang akan membida penyelenggaraan atau pun operasi dengan kos subsidi yang paling rendah.

Untuk makluman Yang Berhormat Datuk Speaker dan Ahli Dewan pengangkutan awam memang perlu disubsidi cuma kita nak tengok siapa yang boleh bagi subsidi yang menawarkan subsidi paling rendah supaya kita dapat kurangkan atau penjimatan berlaku di pihak kerajaan.

Untuk menjawab soalan berkaitan dengan BRT, untuk makluman Yang Berhormat Permas BRT merupakan bas yang berjalan di atas jalan raya tetapi diasingkan mengikut laluan. Untuk BRT yang telah pun dicadangkan di negeri Johor ada beberapa laluan yang tak dapat diganti, maksudnya bas BRT ini terpaksa lalu di atas laluan yang bercampur dengan kenderaan sedia ada, kesesakan yang sedia ada.

Oleh itu satu kajian semula sedang dibuat dan kita tengah bandingkan pula dengan LRT tadi yang kita sebutkan, sama ada BRT atau pun LRT insya-Allah dalam masa terdekat kerajaan negeri akan mengumumkan stand yang berikutnya. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum dijawab secara lisan, akan dijawab secara bertulis dalam Persidangan yang sama.

Persidangan akan berhenti rehat 15 minit, akan disambung pada 10.55 pagi dan selepas itu tidak ada waktu rehat makan, kita akan terus sampai selesai segala urusan-urusan perundingan.

Soalan-Soalan Bertulis.Questions

Jurutulis

Jawapan kepada soalan-soalan bertulis oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat ada dibentangkan di atas Meja Mesyuarat.

Persidangan ditangguhkan pada jam 10.40 pagi

Persidangan disambung semula pada jam 10.55 pagi.

Sambungan Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2024) Tahun 2023.Bill

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, perbahasan Rang Undang-Undang Atas Rundingan Bagi Bacaan Kali Yang Kedua. Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2024) Tahun 2023 disambung sekarang. Yang Amat Berhormat dijemput.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Bismillahirrahmanirrahim (Doa). Ya Allah, ilhamkan kepada ku kecerdasan dan petunjuk dan lindungilah aku dari kejahatan nafsu. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Maju Johor. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya dapat kita bersama-sama hadir di Dewan yang mulia ini, bagi menunaikan tanggungjawab sebagai Ahli-Ahli Dewan Negeri yang telah membahaskan selama seminggu Belanjawan Johor 2024 yang bertemakan “Memacu Pembangunan, Menyahjahterakan Rakyat”.

Sebelum meneruskan ucapan penggulungan belanjawan ini izinkan patik merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Ta’zim sempena penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Teknologi Kejuruteraan Mekanikal oleh UTHM semalam. (Dewan bertepuk).

Yang Berhormat Datuk Speaker, pada kesempatan ini juga izinkan saya mengalu-alukan kehadiran tetamu yang cukup istimewa, mereka adalah mahasiswa-mahasiswa UTM Skudai yang berasal dari bumi suci Palestin. (Dewan bertepuk). Kita semua cukup arif dengan apa yang berlaku di Palestin pada tika dan saat ini dan ianya amat meruntun jiwa dan menyayat hati. Salah seorang mahasiswa yang berada bersama-sama mereka hari ini baru sahaja kehilangan 15 orang ahli keluarganya akibat bedilan bom Isreal.

Setakat hari ini kematian dan jumlah rakyat Palestin yang telah diusir dari tanah air mereka sendiri telah jauh melangkaui bencana besar Nakba pada tahun 1948. Jumlah mereka yang diusir semasa naqbah adalah 750,000 orang. Di Gaza angkanya sudah mencecah 1.7 juta orang, yang dibunuh dengan kejam semasa naqbah 15,000 orang. Di Gaza hari ini angka yang terkorban sudah melebihi 15,000 orang. Apa yang berlaku di Gaza sekarang ini bukan hanya isu agama semata-mata, tetapi lebih jauh daripada itu ia adalah isu kemanusiaan.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang, baik dalam bentuk sumbangan material mahu pun doa dan terus memberi sokongan kepada saudara-saudara kita dari Palestin. Saya ingin mengajak Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk bangun dan sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah kepada para syuhada dan mengaminkan doa. Bagi mereka yang bukan beragama Islam bolehlah bertafakur mengikut kepercayaan masing-masing. (Al-Fatihah).

Bismillahirrahmanirrahim. (Doa) “Ya Allah yang maha berkuasa menghilang dan menghapuskan segala dukacita mereka yang berada dalam kesusahan, penderitaan, musibah dan bencana. Sesungguhnya engkau telah melihat keadaan rakyat Palestin, tiada sesuatu pun dari urusan mereka yang terlindung dari pengetahuan dan penglihatan, justeru kami memohon kepadamu Ya Allah, bantulah hamba-hambamu di bumi Palestin, hentikanlah segala peperangan yang melanda di tanah air mereka, angkatlah segala kesusahan, penderitaan, dukacita juga musibah yang sedang menimpa mereka. (Bacaan Doa). Ya Allah, hinakan dan hancurkanlah musuh-musuh Mu dan musuh-musuh agamaMu.

Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami di seluruh dunia, khususnya saudara-saudari kami di Palestin. Angkatlah daripada mereka segala kesusahan, bala bencana, peperangan dan permusuhan. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, terima dan perkenankanlah permohonan kami ini.”

(Bacaan Doa). “Ya Allah, di kesempatan ini juga, kami memohon kurniaan dan keredhaan taufik dan hidayahMu kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor. Juga kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Kepada Yang Amat Mulia Che’ Puan Khaleeda binti Bustamam dan Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor, paduka putera-putera dan puterinya serta kerabat DiRaja sekalian.”

“Ya Allah, anugerahkan apalah kiranya kepada kami khasnya kepada Bangsa Johor akan kekuatan agama, akhlak dan jati diri, kekuatan perpaduan, kesatuan dan persaudaraan, ketinggian ilmu pengetahuan dan kemahiran, kestabilan serta kekukuhan ekonomi yang akan membawa kesejahteraan dan kemakmuran, kemajuan dan pembangunan, keamanan dan keselamatan bagi negeri Johor Darul Ta’zim. Juga demi memastikan kesucian agama, maruah bangsa serta kedaulatan negeri Johor yang bertuah ini terus terjamin dilindungi dan terpelihara zaman berzaman di bawah rahmat dan inayahMu jua, ya Allah.” (Bacaan Doa). Terima kasih Ahli-Ahli Dewan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, pada kesempatan ini saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas membawa suara rakyat setempat dan negeri dengan penuh bersemangat, matang dan bernas. Saya turut ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat kerana setelah hampir 2 tahun kualiti perbahasan di Dewan yang mulia ini semakin baik dan tuntas walaupun majoritinya adalah muka-muka baharu. Keupayaan Yang Berhormat Kota Iskandar, Kukup, Skudai, Permas, Pemanis, Tanjung Surat, Parit Yaani, Pulai Sebatang, Tiram dan ramai lagi dalam menyampaikan idea maklum balas dan mengupas isu amat membanggakan, semakin berkeyakinan dan konstruktif. (Dewan bertepuk).

Tahniah dan terima kasih juga yang ucapkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, yang sarat dengan pengalaman di dalam Dewan yang mulia ini, seperti Yang Berhormat Benut, Bukit Kepong, Mahkota, Stulang, Johor Jaya, Seri Medan, Kahang, Perling, Endau dan ramai lagi atas perbahasan yang disampaikan. Insya-Allah setiap pekara yang dibahas oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat akan dipertimbangkan dengan baik, sebaik mungkin oleh kerajaan negeri.

Speaker

Speaker macam mana?

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Speaker, berbahas ke? (Dewan ketawa). Tidak lupa juga kepada Yang Berhormat Speaker yang bijaksana dan handsome. (Dewan bertepuk).

Speaker

Baru saya boleh senyum.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Datuk Speaker dan Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker yang telah mengelola perjalanan di Persidangan Dewan Negeri Johor ini dengan penuh tertib, adil dan teratur. Yang Berhormat Datuk Speaker selalu berkongsi pengalaman tentang suasana di Parlimen United Kingdom, antara sistem demokrasi yang paling lama di dunia. Begitu tingginya penanda aras yang ingin diletakkan oleh Yang Berhormat Datuk Speaker. Merapat ukhuwah salam pejabat, Bangsa Johor hidup muafakat, Speaker dan Timbalan gandingan hebat, memajukan Johor, bulat sepakat. (Dewan bertepuk). Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker dan Datuk Timbalan Speaker.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya sedar dan insaf bahawa masih ramai lagi Bangsa Johor yang belum memahami dan menghayati sepenuhnya agenda Maju Johor yang telah saya gagaskan, saya umumkan pada 14 Jun tahun lepas. Masih ada yang mungkin skeptical bahawa apa yang digagaskan ini adalah sekadar omong-omong kosong, satu mimpi di siang hari atau sesuatu yang tak terjangkau dek tangan. Malah di dalam Dewan ini pun, ada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang masih tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan Maju Johor 2030?

Dan seperti yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat Seri Medan, Tiram dan Parit Yaani, adakah negeri Johor ini mampu menjadi negeri yang maju menjelang tahun 2030? Apakah penanda arasnya? Adakah kita berada pada landasan yang betul? Dan adakah ia sekadar retorik semata-mata? Semua persoalan ini, saya yakin terbit daripada hati yang ikhlas yang benar-benar ingin melihat negeri Johor menjadi sebuah negeri yang maju. Oleh itu, menjadi tanggungjawab saya untuk menerangkan sekali lagi dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan Maju Johor 2030.

Justeru, Yang Berhormat Datuk Speaker, pada hari ini izinkan saya mengambil sedikit masa untuk memberikan sedikit dan penjelasan tentang apakah definasi, apakah indikator dan kayu ukur yang menunjukkan kita maju menjelang Tahun 2030. Apakah visi dan hala tujunya? Saya mulakan dengan berkongsi indikator-indikator utama:

1. Dari segi KDNK, purata pertumbuhan negeri adalah sebanyak 7% setahun untuk mencapai nilai KDNK RM260 billion menjelang tahun 2030 dan KDNK per kapita sebanyak RM56,000.00.

2. Purata pendapatan isi rumah menjelang 2030 ialah RM13,000.00.

3. Kadar pengangguran kekal di bawah 3% dan;

4. Sifar miskin tegar.

Yang Berhormat Datuk Speaker, apakah maksud angka-angka ini? Insya-Allah, apabila tercapai angka-angka tersebut Johor akan menjadi sebuah negeri di mana tidak ada lagi miskin tegar, tidak ada lagi gelandangan dan rakyatnya hidup makmur. Bayangkan sebuah negeri yang mempunyai fasilti kesihatan awam termoden. Bayangkan kualiti bertaraf dunia untuk anak-anak kita. Bayangkan juga mereka berlari-lari dan bermain di tepi-tepi Sungai Skudai dan Sungai Kim Kim yang mengalir jernih airnya. Bayangkan kita mempunyai lebuh raya 6 lorong dari Johor Bahru sampai ke Tangkak tanpa ada lagi kesesakan. Bayangkan bandar-bandar utama kita dipenuhi bangunan-bangunan pencakar langit yang hijau dan lestari, berdiri megah dan melata. Bayangkan tidak ada kerisauan lagi tentang banjir setiap kali hujan turun. Alangkah indahnya masa dan ketika itu. Dan bayangkan segala kemajuan, pembangunan dan kenikmatan yang kita kecapi pada tahun 2030 itu berjaya dicapai dengan acuan dan cara kita sendiri, acuan dan cara Johor. Kita kekalkan ciri-ciri Bangsa Johor, nilai murni, jati diri dan identiti kita kekal tersemat utuh dalam diri, jiwa dan sanubari kita.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, bayangkanlah semua ini, dengan akal dan mata hati. Inilah iltizam, visi dan hala tuju kita. Namun begitu, apa yang hendak kita capai ini bukan satu perkara yang mudah, bukan satu perkara yang boleh berlaku dalam sekelip mata. It is a call order! Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Benut. Kerana apa yang kita gagaskan ini adalah sesuatu perkara yang luar biasa dan melangkaui kelaziman yang menuntut kepada perubahan cara kita berfikir, yang menuntut kepada pengorbanan usaha dan komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada semua yang berada di Dewan yang mulia ini. (Dewan bertepuk).

Sebagai contoh, ramai Yang Berhormat skeptikal apabila saya turun padang seawal 4.00 pagi selama 2 bulan untuk menyelesaikan isu kesesakan di sempadan yang tersibuk di dunia. YB Stulang sebagai saksi, selalu ikut saya dan YB EXCO. Sebelum usaha ini, 300,000 rakyat Johor terpaksa bangun seawal 3.00 atau pun 4.00 pagi untuk sampai kerja pukul 8.00 pagi di Singapura.

Yang Berhormat Datuk Speaker, mereka semua ini bukan sahaja dari Johor Bahru. Ada yang asal daripada Muar, ada yang asalnya daripada Tangkak, Segamat, Kluang, Simpang Renggam. Yang datang daripada seluruh negeri Johor. Kesian, Yang Berhormat, kesian kepada mereka. Namun syukur alhamudulillah, berkat usaha kerjasama komitmen serta perubahan cara kita berfikir dan bertindak kita telah berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya 4 jam sehari untuk mereka ini agar mereka dapat meluangkan masa dengan ahli-ahl keluarga mereka yang tercinta.

Selain itu, hasil gerak kerja ini, lebih ramai pelabur-pelabur dan pelancong-pelancong yang ingin masuk ke Johor untuk melabur dan berbelanja kerana kesesakan tidak lagi sama seperti dulu. Itu hikmahnya, Yang Berhormat Datuk Speaker. Namun persoalannya dapatkah itu kita lakukan sekiranya kita hanya bekerja seperti biasa. Bertindak hanya mengikut kelaziman. Tepuk dada tanyalah selera.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya semalam terbaca surat khabar dalam Berita Harian, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki bin Ali dia telah keluarkan arahan peraturan lapuk perkhidmatan awam perlu dipinda segera. Beliau sudah mula bertindak tidak lagi mengikut kelaziman. Sudah ada anjakan paradigma dan begitu jugalah penekanan yang telah diberikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani. Tahniah dan syabas saya ucapkan. Dan sejujurnya Yang Berhormat Datuk Speaker, pendekatan saya dalam menguruskan sesuatu isu dan masalah bukan satu pendekatan yang baharu. Sebaliknya saya cuba mengambil inspirasi daripada cara dan pendekatan kepimpinan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Jika disingkap sirah dan sejarah seperti Mahkota, dalam perisitiwa hijrah ke Madinah Al Munawarah misalnya, nabi junjungan SAW dan Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA mengubah kebiasaan dengan berjalan ke arah selatan sedangkan Madinah berada di sebelah utara. Ini kerana baginda mahu mendidik umatnya supaya berusaha sedaya upaya dalam menempuh segala dugaan melalui strategi yang paling berkesan untuk mencapai matlamat. Begitu juga pendekatan Saidina Umar Al-Khattab RA yang bukan sahaja terkenal dengan ketegasannya bahkan juga terkenal sebagai seorang pemimpin yang bijak, yang dekat dengan rakyat. Saidina Umar sentiasa keluar di malam hari untuk meninjau sendiri keadaan rakyat. Dengan pendekatan tersebut, baginda dapat memahami, beliau dapat memahami keperluan sebenar rakyat dan seterusnya merangka strategi yang bersesuaian untuk segera menyelesaikan permasalahan.

Yang Berhormat Datuk Speaker dan Ahli-Ahli Dewan, justeru itu kepada setiap yang berada di dalam Dewan yang mulia ini, saya dengan penuh rasa rendah diri menyeru dan sandarkan harapan yang menggunung, visi Maju Johor 2030 hanya akan dapat dijadikan realiti sekiranya setiap dari kita di dalam Dewan ini bekerja dan bertindak seperti mereka. Di luar batas kelaziman, bekerja dan bertindak secara luar biasa. Tidak ada cara lain dan tidak juga ada duanya. Di atas sebab itu jugalah dengan sedikit kemampuan yang kita ada, kerajaan negeri telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak 2 bulan gaji. (Dewan bertepuk). Ini adalah sejarah buat penjawat-penjawat awam di negeri Johor dan pengumuman ini dibuat untuk terus membakar semangat dan memberi motivasi kepada penjawat-penjawat awam, juga Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berada di dalam Dewan ini untuk bekerja dengan lebih gigih, dedikasi, efisien, integriti dan bersih.

Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi merealisasikan apa yang ingin kita capai ini, kerajaan negeri telah memperkenalkan 6 Teras. Teras tadbir urus kerajaan merupakan tunjang utama

kepada kejayaan kita. Berdasarkan perbahasan selama seminggu ini, pelbagai isu dan perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dan saya telah meneliti, memahami dan beriltizam untuk terus menyelesaikan isu-isu tersebut bersama barisan EXCO dan penjawat-penjawat awam. Kebanyakan isu-isu ini adalah isu-isu asas, isu legasi yang kita warisi berdekad-dekad lamanya. Sebagai contoh, jalan-jalan yang rosak dan berlubang, bukan semalam sahaja yang berlaku Yang Berhormat. Pelebaran lebuh raya PLUS dari JB ke Tangkak, kualiti perkhidmatan dan fasiliti di hospital-hospital dan klinik-klinik, kesesakan di CIQ, pencemaran sungai-sungai, kekurangan rumah mampu milik, rumah setinggan, projek-projek terbengkalai, miskin tegar, projek-projek rancangan tebatan banjir, rungutan dari pelabu-pelabur tentang kerenah birokrasi, bekalan air yang sering terputus dan banyak lagi. Malah isu gajah pun dibangkitkan. Segala isu yang saya kongsikan ini Yang Berhormat Datuk Speaker, wallahi tidak ada sedikit pun niat untuk mencari salah, menuding jari. Niat saya hanyalah untuk menyelesaikan isu-isu ini pada kadar yang segera dengan cara pendekatan luar kotak kerana ada banyak lagi perkara yang perlu kita buat untuk membangunkan negeri Johor yang kita semua cintai ini. Justeru itulah, saya yakin dan percaya melalui 5 Strategi dan 19 Inisiatif di bawah Teras tadbir urus dalam ucapan Belajawan Johor 2024 yang telah saya bentangkan akan mempersiapkan kita semua, Ahli-Ahli Yang Berhormat, penjawat-penjawat awam dan pemimpin-pemimpin masyarakat yang kompeten untuk menjayakan agenda bersaing.

Yang Berhormat Datuk Speaker, perkara seterusnya yang dibangkitkan menyentuh Teras Kedua iaitu pembangunan ekonomi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Stulang, Benut, Perling, Bukit Kepong, Bukit Batu, Jementah, Parit Raja, Senggarang, Kempas dan Kota Iskandar yang banyak membangkitkan pelbagai saranan dan cadangan dalam meningkatkan ekonomi di negeri Johor ini. Saya menyambut baik cadangan-cadangan yang diberikan seperti penubuhan Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan bagi membolehkan semua ADUN merentas parti untuk membincangkan pelbagai perkara termasuklah ekonomi. Saya juga menyambut baik cadangan Yang Berhormat Benut untuk mewujudkan Jawatankuasa Penasihat Ekonomi untuk membantu kerajaan negeri. Lantaran itu, Insya-Allah dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku jua, kerajaan negeri akan mengaktifkan semula Ibrahim Johor Economic Counsellor (IJEC) dengan penglibatan beberapa orang tokoh dan pakar dalam bidang ekonomi. IJEC antara lain akan berperanan untuk mengemukakan syor-syor berkaitan hala tuju strategik dan memastikan pertumbuhan ekonomi Johor. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sebelum saya membentangkan Belanjawan Johor 2024 ini, saya telah mempersembahkan unjuran hasil dan perbelanjaan kepada Duli Yang Maha Mulia Tunku Sultan Johor, Tan Sri SS dan Dato’ PKN sebagai saksi.

Kebawah Duli sentiasa peka dan cakna terhadap perkembangan dan prestasi kewangan negeri. Suka juga saya kongsikan bahawa benar kata Yang Berhormat Pulai Sebatang bahawa banyak masa yang telah diluangkan bagi memastikan belanjawan ini memanfaatkan sebanyak mungkin segmen masyarakat di Johor. Namun begitu, saya sedar dan insaf bahawa banyak lagi perkara yang boleh ditambah baik dan secara peribadi saya memohon maaf jika ada kekurangan atau terlepas pandang semasa menyediakan belanjawan ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, isu siling peruntukan. Bagi Belanjawan pembangunan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seri Medan, Benut, Mengkibol dan Tangkak, ada teguran bahawa siling belanja pembangunan untuk tahun 2023 dan 2024 telah menurun berbanding tahun 2021 dan 2022. Merujuk kepada belajawan 2021 dan 2022, siling pembangunan pada tahun-tahun tersebut lebih tinggi kerana kita terpaksa menyediakan belanjawan defisit. Negatif sebanyak RM248 juta dan RM286 juta. Dan ini kita terpaksa lakukan pada masa ketika itu kerana kita berdepan dengan pandemik COVID 19. Dalam suasana pasca pandemik pula, kita kembali mengambil pendekatan berbelanja secara berhemah. Untuk makluman belanjawan tahun 2024 mengunjurkan hasil dan surplus yang tertinggi dalam

sejarah Belanjawan Johor. (Dewan bertepuk). Dan sebenarnya terdapat peningkat peruntukan pembangunan daripada RM600 juta pada tahun 2023 kepada RM650 juta pada tahun depan. Insya-Allah kita akan menggandakan usaha untuk meningkatkan hasil negeri supaya kita dapat meningkatkan lagi siling belanja pembangunan untuk perlaksanaan projek-projek dan program -program yang berimpak tinggi kepada rakyat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, catalyst yang akan melonjakkan pembangunan ekonomi Johor seperti yang saya sebutkan sebelum ini adalah dengan menjayakan Johor – Singapore Special Economic Zone. Saya setuju sangat dengan Yang Berhormat Perling. Malah Perdana Menteri Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong telah membuat kenyataan media SEZ semasa Leaders Retreat baru-baru ini. Beliau berkata and I quote, dengan izin, “Preliminarily, I think there are three things that we want to do. One, improve the flow of goods between two sides because SEZ means Special Economic Zone. It may mean special tax arrangements and bonded warehouses and therefore more easy border flows. Secondly, easier arrangements for flow of people who have to work on both sides of the causeway and they can go in and out and then the investor companies in SEZ will be able to get the personnel they need and the right mix of professional skilled workers and other general workers. Thirdly, for the SEZ to enhanced the ecosystem of the Iskandar Development Region as well as Singapore because with SEZ, we can make something meaningful for Iskandar as a place where investors will be focusing their attention and it means that for companies in Singapore, they can think of having a presence on both sides and therefore having more flexibility and being able to do things which they couldn’t do if they were only in Singapore or in Johor”.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kerajaan negeri bersetuju dan menyambut baik kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri Singapura yang juga telah dibincangkan dengan YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah kerajaan negeri juga ingin mencadangkan agar pihak kerajaan Malaysia dan Singapura mempertimbangkan cadangan-cadangan berikut, Yang Berhormat Timbalan Menteri pun ada di sini, harap dapat mencatit nota.

Pertama, bagi memastikan kelancaran pergerakan pekerja dan barang dagangan, inisiatif seperti Multiple Entry Visa, special passes, dan kakitangan Imigresen dan Kastam yang mencukupi amat diperlukan. Kita juga sedia maklum bahawa Singapura telah mengumumkan pelaksanaan sistem QR Code bagi pergerakan keluar masuk di CIQ bermula 1 Januari tahun depan. Negeri Johor juga berharap kerajaan persekutuan dapat mempertimbangkan kaedah digital yang sama bagi melancarkan pergerakan di sempadan yang tersibuk di dunia ini.

Kedua, melengkapkan infrastruktur utama seperti laluan khas daripada Link Kedua yang terus masuk ke Forest City, pembinaan LRT, HSR, Ferry Services dan kemudahan landing point untuk Air Taxi, mungkin MITI ada helikopter, lepas ni tak payah landing kat Senai sahaja.

Ketiga, Insentif fiskal yang merangkumi insentif percukaian seperti cukai korporat dan individu, duti eksais, dan investment tax allowances.

Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi menyambut inisiatif terkini Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), kerajaan negeri melalui Invest Johor akan berperanan dalam memastikan pelaburan ke kawasan ini dapat dilonjakkan, dengan berfungsi sebagai Pusat Sehenti atau One Stop Centre dalam mempromosikan, memudahcarakan dan mengurangkan karenah birokrasi pelaburan di zon khas ini, seterusnya merealisasikan dengan kadar segera termasuklah aspek penyediaan tenaga kerja. Special Financial Zone (SFZ) yang merupakan sebahagian daripada SEZ juga akan menarik pemain industri

kewangan antarabangsa, khususnya dari Singapura untuk mungkin mengembangkan cawangan dan perkhidmatan sokongan mereka di Forest City.

Selain itu, kerajaan negeri turut akan terus memberikan perhatian dan komitmen kepada pembangunan-pembangunan ekonomi di seluruh negeri Johor. Kita tak lupa, tentang Ibrahim International Business District (IIBD), Pembangunan Ibrahim Technopolis (IBTEC), Kawasan Perindustrian Bersepadu Muar Furniture Park (MFP), Hab Pembangunan Sektor Minyak, Gas dan Petrokimia di Pengerang dan Muar, Pembangunan Kawasan Johor Tenggara (KEJORA) dan Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang akan memberikan faedah dan limpahan ekonomi ke seluruh negeri Johor. Insya-Allah, dengan semua ini, lebih banyak pelaburan yang berkualiti akan kita terima. Sekaligus mewujudkan rantaian ekonomi yang panjang seperti peluang pekerjaan, dengan gaji yang tinggi yang akhirnya akan memberi manfaat bukan sahaja kepada Bangsa Johor tetapi juga kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, seterusnya di bawah Teras Jaringan Keselamatan Sosial, antara perkara yang disentuh oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat adalah Agenda Perumahan. Hampir semua yang sentuh perkara ini. Perkara ini juga mendapat perhatian ke-bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor. Pada kesempatan ini, patik ingin menjunjung setinggi-tinggi kasih atas perkenan dan kemurahan hati Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang telah mengurniakan tanah Baginda bagi tujuan pembinaan perumahan rakyat. (Dewan bertepuk).

Yang Berhormat Datuk Speaker, Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) juga akan mengoptimumkan segala sumber yang ada secara efisien bagi menjayakan Agenda Perumahan Rakyat ini. Sejumlah RM350 juta telah diperuntukkan melalui Kumpulan Wang Amanah Pembangunan dan Penyelenggaraan Perumahan Negeri Johor. Sebagaimana yang telah dikongsikan oleh Yang Berhormat EXCO, sasaran baru pembinaan rumah mampu milik telah meningkat daripada 21,139 unit kepada 30,000 unit menjelang tahun 2026. Saya telah meminta pihak Yang Berhormat EXCO dan PKPJ untuk memastikan bahawa harga rumah yang ditawarkan benar-benar mampu untuk dimiliki. Insya-Allah, semua daerah akan mempunyai rumah-rumah yang mampu dimiliki dan pecahan sasarannya adalah seperti berikut;

1. 15,341 unit di Johor Bahru; 2. 4,443 unit di Kluang; 3. 3,808 unit di Kulai; 4. 1,534 unit di Batu Pahat; 5. 1,456 unit di Mersing 6. 1,404 unit di Muar; 7. 1,111 unit di Kota Tinggi; 8. 738 unit di Tangkak; 9. 587 unit di Segamat; dan 10. 381 unit di Pontian.

Yang Berhormat Datuk Speaker, di samping itu, saya juga terkesan melihat flat-flat kos rendah yang usang dan kurang terurus. Ini juga adalah lantaran kegagalan sesetengah pihak Joint Management Body (JMB) atau Perbadanan Pengurusan berperanan sewajarnya khususnya dari aspek memungut yuran penyelenggaraan. Saya ingin memohon agar kerajaan persekutuan membuat intervensi seperti yang dibincangkan dengan pihak Pengimbang tempoh hari, membuat intervensi yang lebih signifikan bagi memperkasakan Institusi Pesuruhjaya Bangunan (COB) di PBT, di samping penelitian sekiranya perlu meminda Akta Pengurusan Strata untuk menangani isu-isu berbangkit khususnya bagi Skim Strata Perumahan Kos Rendah. Tambahlah juga kakitangan untuk memperkasakan peranan COB. Mungkin pihak Yang Berhormat Stulang dan Skudai boleh membantu kita

untuk mengangkat perkara ini untuk pertimbangan pihak Kementerian. Boleh YB EXCO ya, pergi sekali.

Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Bukit Kepong, Skudai dan Maharani yang menyentuh berhubung Program Pembasmian Kemiskinan dalam perbahasan. Untuk makluman Dewan, satu task force pemutihan data telah digerakkan dan kerajaan negeri telah berjaya mengurangkan jumlah miskin tegar daripada 5,746 ketua isi rumah kepada 2,647 ketua isi rumah miskin tegar dalam masa enam bulan. Bermaksud 3,099 ketua isi rumah atau 54% miskin tegar telah diputihkan. Usaha, pemutihan ini tidak akan berjaya tanpa bantuan kerjasama dan komitmen Ahli-Ahli Yang Berhormat, Pegawai-Pegawai Daerah, Ketua-Ketua Jabatan, Penghulu, Ahli-Ahli Majlis PBT, Ketua-Ketua Kampung dan agensi yang terlibat dalam melakukan bancian di lapangan, bergerak dari kampung ke kampung, rumah ke rumah. Ini adalah satu lagi contoh, bukti kejayaan pendekatan luar kotak yang digunakan bagi mencapai objektif yang dihasratkan. (Dewan bertepuk). Melalui pengalaman melaksanakan pemutihan data ini, kerajaan negeri Johor juga berharap kerajaan persekutuan akan melaksanakan subsidi bersasar tepat dan adil. Saya risau Yang Berhormat Datuk Speaker, kalau-kalau ada mereka yang berhak tidak mendapat bantuan, dan mereka yang tidak layak pula yang mendapat bantuan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, pada masa sama, suka saya ingatkan bahawa setiap keluarga miskin tegar ini akan dijadikan keluarga angkat oleh kita semua ADUN, Pegawai-Pegawai Daerah, Ketua-Ketua Jabatan, Penghulu, Ahli-Ahli Majlis PBT dan Ketua Kampung. Kita akan bertanggungjawab menjadi penghubung antara agensi, pemberi bantuan serta membimbing dan menjadi pemudah cara dalam memadankan aktiviti ekonomi yang bersesuaian agar mereka dapat berdikari menjana pendapatan sendiri dan seterusnya mengeluarkan mereka daripada kumpulan ini. Luangkanlah masa untuk membawa mereka membeli barang-barang keperluan dapur agar kita semua dapat turut menjiwai dan merasai kehidupan sebenar keluarga dalam kalangan miskin tegar ini. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon izin untuk minum seteguk.

Speaker

Sila Yang Amat Berhormat.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, dari segi kemudahan dan keperluan asas, terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Jementah, Parit Yaani, Bentayan, Sungai Balang, Bukit Batu, Tangkak, Permas, Senggarang, Senai, Tiram, Penggaram, Mengkibol, Kahang, Sedili, Pekan Nanas dan Bukit Kepong yang membangkitkan isu di bawah teras ini. Majoriti perkara yang dibangkitkan berkenaan jalan telah pun dijawab oleh Yang Berhormat EXCO Kerja Raya. Namun begitu, suka saya tekankan bahawa tempoh pelaksanaan perlu dipantau dan dipercepatkan. Saya bagi contoh Yang Berhormat Datuk Speaker, projek Pembinaan Pelebaran Lebuh Raya PLUS yang pada asalnya dijadualkan bermula pada Oktober 2024 namun dia nak mula tahun depan bulan Oktober, namun hasil intervensi kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya dan Lebuh Raya, Lembaga Lebuh Raya Malaysia, projek ini akan diawalkan bermula Mei tahun depan. (Dewan bertepuk). Dan siap pada September 2027. Sama juga dengan projek lorong memotong Senai Desaru Express Way, akan bermula juga awal pada bulan Mac tahun depan dan akan siap pada September 2026. Syabas saya ucapkan pada semua pihak yang telah berusaha bagi memastikan projek ini dapat dilaksanakan lebih awal. Selain isu jalan, isu bekalan air juga di bahaskan. Bagi paip lama dan uzur di negeri Johor, yang menyebabkan terputusnya bekalan air, pihak Ranhill SAJ telah membelanjakan RM1.2 bilion untuk menggantikan sepanjang 2,500 kilometer paip lama dan uzur bermula dari tahun 2010 sehingga 2023. Pihak kerajaan negeri dan Ranhill SAJ sedang berusaha agar baki 3,355 kilometer lagi akan siap menjelang tahun 2028.

Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih juga saya ucapkan kepada Yang Berhomat Sri Medan, Parit Raja, Parit Yaani, Mahkota, Kukup, Panti, Bentayan, Tenang, Gambir, Tangkak, Pasir Raja, Senggarang, Kahang, Pekan Nanas, Kemelah dan Maharani yang telah menyuarakan isu berkaitan banjir di bawah Teras Kelima iaitu Keselamatan, Kebersihan dan Kelestarian Alam Sekitar. Seperti yang saya sebutkan, ini merupakan isu legasi yang sudah berlaku berdekad-dekad lama. Malah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor sendiri telah bertitah, “setiap tahun saya pergi melawat mangsa banjir, saya terpaksa cakap benda yang sama, bersabar. Sampai bila saya nak suruh orang bersabar. Kita pun naik malu nak cakap”. Sebagaimana Ahli-Ahli Yang Berhormat risau, setiap kali hujan, saya juga mempunyai kerisauan yang sama. Malah dua hari yang lepas, saya telah turun ke dua PPS yang menempatkan 565 mangsa banjir daripada 150 keluarga di kawasan Yang Berhormat Puteri Wangsa dan Yang Berhormat Tiram.

Yang Berhormat Datuk Speaker, realitinya sebahagian besar isu, banjir ini tidak akan selesai selagi projek-projek rancangan tebatan banjir ini tidak dilaksanakan.b(Dewan bertepuk). Semasa Mesyuarat Penyelarasan Banjir baru-baru ini, ramai Ahli-Ahli Yang Berhormat yang datang, DO-DO dan juga agensi-agensi. Saya terkilan apabila dilaporkan bahawa kerja fizikal projek-projek RTB Johor ini, khususnya di kawasan Batu Pahat, Kota Tinggi, Segamat dan Kluang yang bernilai RM1.6 bilion belum lagi bermula dan dijadualkan hanya akan siap pada tahun 2030. Itu jadual asal.

Yang Berhormat Datuk Speaker, namun begitu, saya nak tekankan di sini, kerajaan negeri tidak pernah berpeluk tubuh. Sesi libat urus terus dilaksanakan dan garis masa projek-projek RTB ini akan dipendekkan dan disiapkan 3 tahun lebih awal dari perancangan asal. (Dewan bertepuk). Projek RTB ini meliputi komponen seperti menaik taraf sungai, pembinaan lencongan sungai, melebar dan mendalam sungai, memperkukuhkan tebing-tebing, membina flat wall, pembinaan kolam takungan banjir serta pembinaan pintu kawalan pasang surut. Pada masa sama, sebagai langkah penyelesaian jangka masa pendek, bagi menangani masalah banjir yang berlaku, enam buah pam mudah alih akan ditambah dengan peruntukan sebanyak RM1.3 juta. Dengan itu menjadikan jumlah aset pam bergerak sebanyak 48 pam kesemuanya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Medan dan Parit Yaani mengenai bantuan banjir. Kerajaan negeri dengan bantuan NADMA telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM125 juta yang melibatkan 64,742 ketua isi rumah dan pengagihannya telah selesai pada bulan Julai tahun ini. Namun begitu, selepas pembayaran dibuat, masih ada lagi rayuan yang diterima selepas tempoh tersebut dan atas dasar ihsan dan prihatin serta 4M iaitu memahami, merasai, menjiwai, melaksana denyut nadi rakyat seperti Yang Berhormat Sri Medan tekankan, kerajaan negeri melalui pejabat-pejabat daerah telah membuka semula permohonan untuk rayuan pada bulan September dan baharu sahaja berakhir pada 31 Oktober baru-baru ini. Kerajaan negeri kemudiannya, telah memajukan permohonan kepada pihak NADMA untuk menyalurkan bantuan tambahan kepada 7,871 keluarga yang terjejas. Namun begitu, malangnya permohonan ini tidak diluluskan. Yang Berhormat Datuk Speaker, seperti yang saya sebut tadi, walau bagaimanapun kerajaan negeri tidak pernah berpeluk tubuh, berputus asa dan terus merayu sekali lagi dengan pihak NADMA. Sukacita saya maklumkan bahawa pihak NADMA telah bersetuju menyalurkan bantuan ihsan khas yang melibatkan RM9.3 juta. Daripada nilai tersebut, sebanyak 6,512 keluarga akan menerima bantuan RM1,000.00. 1,261 keluarga akan menerima bantuan sebanyak RM2,000.00 dan 98 keluarga akan menerima bantuan sebanyak RM3,000.00. (Dewan bertepuk). Yang kesemuanya akan disalurkan sebelum hujung bulan ini. Semoga bantuan ini akan meringankan beban keluarga-keluarga ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin berkongsi bahawa kerajaan negeri dimaklumkan oleh pihak NADMA bahawa bantuan BBKA dan BPR tidak lagi diteruskan.

Sehubungan itu, kerajaan negeri ingin sekali lagi merayu kepada kerajaan persekutuan agar mempertimbangkan semula keputusan ini, selagi projek-projek RTB tidak selesai, bantuan-bantuan ini perlu diteruskan. (Dewan bertepuk). Saya juga mendengar rintihan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, ketika menghadapi situasi bencana di kawasan masing-masing, saya sedar ada sesetengah kawasan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang sering dinaiki air seperti Yang Berhormat Pemanis, Tenang, Jementah, Buloh Kasap malah Semarang, Parit Raja, Senggarang, Semerah, Sri Medan, Parit Yaani, Rengit, Penggaram, Yong Peng, Kahang, Mahkota, Paloh, Bukit Pasir, Bukit Kepong, Pasir Raja, Penawar, Sedili, Panti, Kota Iskandar, Tiram, Puteri Wangsa dan Endau. Oleh itu, bagi meringankan beban Ahli-Ahli Yang Berhormat yang selalu terkesan akibat bencana ini, kerajaan negeri bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM50,000.00 kepada Pusat Khidmat Ahli-Ahli Yang Berhormat pada kadar yang segera. Bagi Ahli-Ahli Yang Berhormat lain yang kurang terjejas, tak kata tak langsung terjejas, kurang terjejas semasa musim Monsun Timur Laut ini kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan sebanyak RM30,000.00 (Dewan bertepuk). Kalau tidak mencukupi boleh jumpa saya atau boleh pm tepi.

Yang Berhormat Datuk Speaker, mengenai isu gajah pula seperti yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Kahang, seorang pemimpin yang sarat dengan pengalaman, EXCO 7 tahun, ADUN dah masuk 4 penggal. Saya sarankan pakatlah baik-baik dengan Yang Berhormat EXCO berkenaan. Izinkan saya menghadiahkan serangkap pantun buat Yang Berhormat Kahang dan Tenggaroh. Gajah merayau di FELDA Kahang, singgah berkawan di FELDA Tenggaroh, kalau mahu berasa lapang, anggapkan saja saya berseloroh. (Dewan bertepuk).

Yang Berhormat Datuk Speaker, seterusnya saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjung Surat, Tiram, Parit Yaani, Pemanis dan Kahang yang berbahas berkaitan Teras Ke-6 iaitu Orang Muda Johor. Sebanyak RM74.2 juta telah diperuntukkan untuk agenda Orang Muda Johor. Kita lakukan semuanya untuk mereka termasuklah anak-anak muda yang berada di dalam Dewan yang mulia ini. (Dewan bertepuk). Ini merupakan pelaburan yang terpenting demi masa depan negeri Johor yang kita semua cintai. Besar harapan saya agar mereka merebut peluang untuk mempersiapkan diri sebagai pewaris, pemimpin masa hadapan. Dalam masa yang sama, bagi menyantuni orang-orang muda yang berada di seluruh negeri, kerajaan negeri melalui Pejabat SUK, Sukan Belia dan Sukarelawan akan mengadakan Program Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor di setiap daerah. Program Jelajah ini akan merangkumi beberapa perkara :

1. Program Gerak Kerjaya oleh Unit Strategik Modal Insan (SMI) yang akan menawarkan pelbagai peluang pekerjaan secara terus daripada pelbagai majikan.

2. Peluang Latihan dan Sijil Kemahiran oleh IDO dan pelbagai agensi lain.

3. Karnival Usahawan Belia oleh PUJB yang akan memberi peluang perniagaan kepada belia.

4. Pameran Perumahan oleh PKPJ.

5. Peluang untuk menjadi sukarelawan Southern Volunteers atau SV.

Ayuhlah anak-anak muda ramai-ramai kita menyertai dan mengambil manfaat daripada program jelajah ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum mengakhiri ucapan penggulungan ini, saya juga ingin menyentuh isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Mahkota, Stulang, Mengkibol, Perling dan Johor Jaya, mengenai keresahan rakyat berkenaan penguatkuasaan senarai nilaian dan kadar baharu harta cukai bagi 5 PBT berkuat kuasa 1 Januari di MBJB, MBIP, Pasir Gudang, Kluang dan juga Pengerang. Saya telah menyatakan komitmen untuk meneliti dan mengkaji perkara ini bersama Yang Berhormat EXCO dan PBT-PBT yang terlibat. Yang Berhormat EXCO semasa sesi penggulungan telah memberikan penjelasannya yang terperinci berhubung perkara ini iaitu dari keseluruhan 807,000 orang di 5 PBT tersebut, sejumlah 326,000 pegangan atau pun 40% tidak terlibat dengan kenaikan. Dengan pertambahan hasil terhadap PBT-PBT ini, maka hasratnya perkhidmatan terhadap rakyat juga perlu dipertingkatkan demi keselesaan dan kemaslahatan rakyat di kawasan-kawasan tersebut.

Yang Berhormat Mengkibol pun setiap kali jumpa kami minta peruntukan untuk kawasan. Jadi kalau kita tak naikkan langsung mana mungkin kita dapat menambahkan peruntukan. Namun demikian sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa mendengar keluhan rakyat yang sedang berdepan dengan ketidak tentuan ekonomi, sukacita saya maklumkan bahawa kerajaan negeri bersetuju bagi tahun 2024, 5 PBT tersebut akan memberikan rebat atau pun potongan sebanyak 30% daripada nilai penyelarasan cukai tersebut. Semoga rebat dan diskaun ini dapat meringankan beban pembayar-pembayar cukai tersebut.

Yang Berhormat Datuk Speaker, penggulungan belanjawan ini bukanlah satu tanda pengakhiran. Sebaliknya satu titik permulaan kepada memacu pembangunan dalam memajukan Johor. Seperti yang saya sebutkan pada awal pergulungan agenda untuk memajukan Johor menuntut kepada pengorbanan usaha dan komitmen yang luar biasa. Dan kalau kita tidak mengubah cara kita berfikir dan bertindak, kita tidak akan mencapai hasrat kita. Maka pulanglah Ahli-Ahli Yang Berhormat ke kawasan masing-masing dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh rakyat. Marilah kita menyantuni keluarga-keluarga angkat, mahasiswa angkat dan mengimarahkan masjid-masjid dan surau-surau melalui Program Semarak Subuh. Allah SWT berfirman dalam surah Muhammad Ayat Ke-7 (bacaan ayat Al-Quran) yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah nescaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. Kepada mereka yang beragama Islam, sama-samalah kita terus mengikhlaskan diri dengan niat untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kepada masyarakat Tiong Hua, mesej saya adalah seperti berikut: (Bahasa Cina). (Dewan bertepuk). Kepada masyarakat India pula, dengan izin (Bahasa Tamil) (Dewan bertepuk).

Speaker

Banjar ada?

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Kepada seluruh...

Speaker

Banjar ada? (Dewan ketawa).

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Tak ada dalam skrip hari ini Yang Berhormat Datuk Speaker. Kepada seluruh rakyat Johor, marilah kita bekerja sebagai satu pasukan Bangsa Johor yang berganding bahu mendepani segala cabaran yang mendatang demi memartabatkan negeri yang kita cintai ini. Sekian, wabillahi taufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Tahniah Yang Amat Berhormat yang telah berjaya membuat penggulungan tanpa gangguan dan pencelahan.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2024) Tahun 2023 dibacakan kali yang kedua.

Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibaca kali kedua.

Jurutulis

Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan Tahun 2024 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Jurutulis

JADUAL.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM1,707,000.00 bagi Kepala Perbekalan B.01, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Mohd Hairi bin Mad ShahUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia · Larkin

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, bagi Maksud Perbekalan B.01, peruntukan sebanyak RM1.707 juta adalah diperlukan untuk pengurusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM1.050 juta diperlukan untuk pembayaran emolumen serta elaun-elaun kepada anggota-anggota jabatan dan bakinya sebanyak RM657,000.00 ialah untuk perbelanjaan-perbelanjaan pengurusan yang lain.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM185,946,000.00 bagi kepala perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri itu hendaklah dijadikan sebahagian daripada jadual ini.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan peruntukan sebanyak RM185,946,000.00 diperlukan bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran pejabat di bawah kawalan Pejabat Setiausaha Kerajaan dalam melaksanakan program-program dan akviti-aktiviti kerajaan bagi memajukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat Johor, peruntukan yang diperlukan bagi tiap-tiap aktiviti adalah seperti berikut:-

Pentadbiran am, Bahagian Pengurusan RM32,616,000.00; pelbagai perkhidmatan RM49,559,000.00; Menteri Besar Johor RM15,200,000.00; Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Johor RM7,552,000.00; Dewan Negeri Johor RM31,399,000.00; Badan Kawalan Selia Air Johor (BAKAJ) RM6,807,000.00; Audit Dalam RM1,823,000.00; Pemberian kepada agensi RM20,200,000.00; Kem Sultan Ibrahim RM15,204,000.00. Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor RM3,811,000.00; Bahagian Pemantauan dan Kesejahteraan Rakyat RM1,775,000.00.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM28,163,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Yang Berhormat Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan sejumlah RM28,163,000.00 disediakan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut :

1. Kerajaan Tempatan - RM14,055,000.00 2. Perumahan - RM11,789,000.00 3. Landskap - RM2,319,000.00

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM20,130,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi Maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan sejumlah RM20,130,000.00 disediakan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut :-

1. Kebudayaan - RM12,000,000.00 2. Tourism Johor - RM2,100,000.00 3. Johor Economic Tourism dan Cultural Office - RM6,030,000.00

Terima kasih.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM10,800,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md OnUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Serom

Yang Berhormat Pengerusi, peruntukan berjumlah RM10,800,000.00 disediakan di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran di bawah bahagian Hal Ehwal Wanita dan Keluarga.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM56,293,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Mohd Hairi bin Mad ShahUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia · Larkin

Yang Berhormat Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan sejumlah RM56,293,000.00 disediakan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut :-

1. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia - RM6,843,000.00 2. Rakan Muda Dan Sukan - RM38,000,000.00 3. Unit Strategik Modal Insan Johor - RM1,780,000.00 4. Institut Dato’ Onn - RM7,119,000.00 5. Sukan, Belia Dan Sukarelawan - RM2,551,000.00

Terima kasih.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM1,930,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Ling Tian SoonMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan · Yong Peng

Peruntukan berjumlah RM1,930,000.00 disediakan di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran di bawah Invest Johor.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM33,092,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Cik Norlizah binti NohUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi · Johor Lama

Yang Berhormat Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan sejumlah RM33,092,000.00 disediakan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut :-

1. ICT@ Johor - RM27,087,000.00 2. Media Digital Johor - RM6,005,000.00

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM16,944,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.04, Perbendaharaan Negeri itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Bagi Maksud Bekalan B.04, peruntukan sebanyak RM16,944,000.00 diperlukan bagi pengurusan dan pentadbiran Perbendaharaan Negeri. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM7,424,000.00 diperuntukkan untuk perbelanjaan emolumen, RM3,488,000.00 untuk perbelanjaan Perkhidmatan dan Bekalan, RM100,000.00 untuk pemilikan aset, RM932,000.00 untuk perbelanjaan Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap dan baki RM5,000,000.00 untuk perbelanjaan Pulang Balik Hasil dan Hapus kira.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM24,059,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.07, Jabatan Pertanian itu, RM85,896,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran itu, RM11,829,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B10, Jabatan Perkhidmatan Veterinar itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Bagi Maksud Bekalan B.07, peruntukan sebanyak RM24,059,000.00 adalah diperlukan untuk pengurusan Jabatan Pertanian. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM16,777,000.00 diperlukan untuk pembayaran emolumen serta elaun-elaun kepada anggota-anggota

jabatan dan bakinya sebanyak RM7,282,000.00 ialah untuk perbelanjaan-perbelanjaan pengurusan yang lain.

Di bawah Maksud Bekalan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran, peruntukan yang diperlukan adalah berjumlah RM85,896,000.00. Sejumlah RM31,422,000.00 disediakan untuk perbelanjaan emolumen, RM52,960,000.00 diperlukan untuk Perkhidmatan dan Bekalan termasuk pengendalian dan penyelenggaraan sungai-sungai, RM950,000.00 disediakan untuk pemilikan aset jabatan dan RM564,000.00 pula disediakan untuk Pemberian Dan Kenaan Bayaran Tetap termasuk bayaran gantian cuti rehat kepada anggota-anggota jabatan yang bersara.

Di bawah Maksud Bekalan B.10, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, peruntukan sebanyak RM11,829,000.00 diperlukan untuk perbelanjaan perkhidmatan dan pengurusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar termasuk emolumen kakitangan dan bagi melaksanakan tugas-tugas pengurusan yang berkaitan dengan haiwan serta meningkatkan kemajuan industri ternakan di seluruh negeri.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM6,663,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.12, Pejabat Kebun Bunga DiRaja Johor itu, RM7,091,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.13, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Yang Berhormat Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.12, peruntukan berjumlah RM6,663,000.00 diperlukan untuk perbelanjaan pengurusan Pejabat Kebun Bunga DiRaja Johor.

Peruntukan sebanyak RM7,091,000.00 di bawah Maksud Bekalan B.13 pula adalah untuk Jabatan Perancangan Bandar dan Desa bagi melaksanakan tugas-tugas pengawalan pembangunan fizikal, penyelarasan perancangan fizikal serta penyediaan rancangan-rancangan tempatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM20,747,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.19, Jabatan Perhutanan itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Di bawah Maksud Bekalan B.19, peruntukan sebanyak RM20,747,000.00 diperlukan untuk Perbelanjaan Pengurusan dan Pentadbiran Jabatan Perhutanan. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM14,954,000.00 adalah perbelanjaan emolumen, manakala baki sebanyak RM5,793,000.00 adalah untuk lain-lain perbelanjaan termasuk perkhidmatan dan bekalan jabatan, aset serta pemberian dan kenaan bayaran tetap.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM290,922,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.21, Jabatan Agama Islam itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Yang Berhormat Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.21, Jabatan Agama Islam peruntukan sebanyak RM290,922,000.00 diperlukan untuk melaksanakan kegiatan-kegiatan Agama Islam di dalam usaha-usaha meninggikan syiar Islam termasuk perbelanjaan pengurusan di bawah Pendidikan Agama Islam serta bantuan kepada Sekolah-sekolah Arab dan Sekolah Agama Rakyat / KAFA. Peruntukan yang diperlukan bagi tiap-tiap aktiviti ialah sebagaimana berikut:

1. Jabatan Agama Islam (Pentadbiran Am) - RM64,146,000.00 2. Pendidikan Agama Islam - RM226,776,000.00

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM36,006,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md OnUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Serom

Yang Berhormat Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat, peruntukan yang diperlukan bagi tahun 2024 ialah berjumlah RM36,006,000.00. Dari jumlah tersebut, sebanyak RM5,461,000.00 diperlukan untuk pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan. RM2,660,000.00 untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan. RM100,000.00 untuk pemilikan aset dan baki sebanyak RM27,785,000.00 untuk perbelanjaan pemberian dan kenaikan bayaran tetap yang merupakan bantuan-bantuan dan sumbangan kebajikan kepada individu dan juga masyarakat. Ini termasuklah bantuan kepada penduduk-penduduk miskin dan bantuan malapetaka seperti banjir.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM88,495,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.24, Jabatan Kerja Raya itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad SallehUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Bukit Pasir

Bagi Maksud Bekalan B.24, Jabatan Kerja Raya, peruntukan yang diperlukan bagi tahun 2024 ialah berjumlah RM88,495,000.00. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM54,756,000.00 diperlukan untuk pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan. RM32,408,000.00 untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan. RM200,000.00 untuk pemilikan aset. RM1,111,000.00 untuk perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap. Manakala baki sebanyak RM20,000.00 diperlukan bagi menampung perbelanjaan-perbelanjaan lain.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM7,112,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.26, Muzium DiRaja Abu Bakar Istana Besar Johor itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Yang Berhormat Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.26, Muzium DiRaja Abu Bakar Istana Besar Johor, peruntukan yang diperlukan ialah berjumlah RM7,112,000.00. Dari jumlah tersebut, sebanyak RM3,214,000.00 adalah perbelanjaan emolumen. Manakala baki

sebanyak RM3,898,000.00 adalah untuk lain-lain perbelanjaan termasuk perkhidmatan dan bekalan jabatan, aset dan kenaan bayaran tetap.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM636,800,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.28, Sumbangan Kepada Kumpulan Wang Berkanun itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Di bawah Maksud Bekalan B.28 pula, peruntukan sebanyak RM636,800,000.00 diperlukan untuk Sumbangan Kepada Kumpulan Wang Berkanun. Jumlah tersebut diperlukan sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang-Kumpulan Wang di bawah Seksyen 10 yang lain.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM13,316,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.29, Jabatan Kehakiman Syariah itu, RM3,130,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.32, Jabatan Mufti itu, RM2,970,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.33, Jabatan Pendakwaan Syariah itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Yang Berhormat Pengerusi, di bawah Maksud Perbekalan B.29, peruntukan sebanyak RM13,316,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran Jabatan Kehakiman Syariah bagi tahun 2024. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM7,376,000.00 disediakan untuk perbelanjaan emolumen. Sebanyak RM5,609,000.00 untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan. Sebanyak RM260,000.00 untuk perbelanjaan pemilikan aset dan sebanyak RM71,000.00 untuk perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap.

Di bawah Maksud Bekalan B.32, peruntukan sebanyak RM3,130,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran bagi Jabatan Mufti.

Di bawah Maksud Bekalan B.33, peruntukan sebanyak RM2,970,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran bagi Jabatan Pendakwaan Syariah.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM5,628,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.41, Pejabat Daerah Johor Bahru itu, RM6,278,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.42, Pejabat Daerah Muar itu, RM5,982,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat itu, RM5,080,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.44, Pejabat Daerah Pontian itu, RM5,450,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.45, Pejabat Daerah Segamat itu, RM4,747,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.46, Pejabat Daerah Kluang itu, RM5,757,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi itu, RM4,563,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.48, Pejabat Daerah Mersing itu, RM4,208,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.49, Pejabat Daerah Kulai itu, RM3,788,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.50, Pejabat Daerah Tangkak itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Di bawah Maksud Bekalan B.41, Pejabat Daerah Johor Bahru diperuntukkan sebanyak RM5,628,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.42, Pejabat Daerah Muar, diperuntukkan sebanyak RM6,278,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.43, Pejabat

Daerah Batu Pahat, diperuntukkan sebanyak RM5,982,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.44, Pejabat Daerah Pontian diperuntukkan sebanyak RM5,080,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.45, Pejabat Daerah Segamat diperuntukkan sebanyak RM5,450,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.46, Pejabat Daerah Kluang diperuntukkan sebanyak RM4,747,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi diperuntukkan sebanyak RM5,757,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.48, Pejabat Daerah Mersing diperuntukkan sebanyak RM4,563,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.49, Pejabat Daerah Kulai diperuntukkan sebanyak RM4,208,000.00 dan di bawah Maksud Bekalan B.50, Pejabat Daerah Tangkak diperuntukkan sebanyak RM3,788,000.00. Kesemua peruntukan tersebut disediakan bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran Pejabat-pejabat Daerah di seluruh negeri Johor.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju di jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM29,478,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.51, Pejabat Tanah dan Galian itu, RM7,758,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru itu, RM5,500,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.53, Pejabat Tanah Muar itu, RM7,230,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat itu, RM3,909,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.55, Pejabat Tanah Pontian itu, RM5,417,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.56, Pejabat Tanah Segamat itu; RM5,096,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.57, Pejabat Tanah Kluang itu, RM5,818,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi itu, RM3,819,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.59, Pejabat Tanah Mersing itu, RM3,680,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.60, Pejabat Tanah Kulai itu, RM3,948,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.61, Pejabat Tanah Tangkak itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Di bawah Maksud Bekalan B.51, Pejabat Tanah dan Galian diperuntukkan sebanyak RM29,478,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru, diperuntukkan sebanyak RM7,758,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.53, Pejabat Tanah Muar, diperuntukkan sebanyak RM5,500,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat, diperuntukkan sebanyak RM7,230,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.55, Pejabat Tanah Pontian, diperuntukkan sebanyak RM3,909,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.56, Pejabat Tanah Segamat, diperuntukkan sebanyak RM5,417,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.57, Pejabat Tanah Kluang, diperuntukkan sebanyak RM5,096,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi, diperuntukkan sebanyak RM5,818,000.00 dan di bawah Maksud Bekalan B.59, Pejabat Tanah Mersing, diperuntukkan sebanyak RM3,819,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.60, Pejabat Tanah Kulai, diperuntukkan sebanyak RM3,680,000.00 dan di bawah Maksud Bekalan B.61, Pejabat Tanah Machap, gurau, Tangkak diperuntukkan sebanyak RM3,948,000.00. Kesemua peruntukan tersebut disediakan bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran pejabat-pejabat tanah di seluruh negeri Johor.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Jadual jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Jurutulis

FASAL 2.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Jurutulis

FASAL 1.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Dewan Negeri Bersidang Semula.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun dipertimbangkan dalam Jawatankuasa satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan. Maka saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong Rundingan itu.

Speaker

Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan (2024) Tahun 2023 dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan persetujuan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan. (Dewan bertepuk).

Jurutulis

Bahawa dengan ini adalah Diperundangkan-Undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut:-

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan (2024) Tahun 2023 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2024.

Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Johor Tahun 2024.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Dewan ini serta merta berpindah menjadi Jawatankuasa bagi keseluruhan Dewan Negeri untuk menimbangkan anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Johor Tahun 2024 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 33 Tahun 2023 dan memperakukan sama ada, memperakukan sama ada penganggaran itu patut diluluskan oleh Dewan ini dengan dipinda atau tiada dipinda.

Peruntukan yang diperlukan untuk Peranggaraan Pembangunan Tahun 2024 adalah berjumlah RM650,000,000.00 di bawah Empat Jawatankuasa seperti berikut:-

1. Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Negeri Johor, RM489,300,000.00.

2. Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, RM30,000,000.00.

3. Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, RM45,700,000.00.

4. Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, RM85,000,00.00.

Penjelasan lanjut bagi peruntukan tersebut akan diberi di peringkat Jawatankuasa berkenaan.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan itu dikemukakan, bagi mendapat keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rundingan itu dipersetujukan.

Dewan Bersidang Sebagai Jawatankuasa.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM269,000,000.00, bagi Kepala Perbelanjaan P.70, Pejabat Menteri Besar Johor itu; RM154,300,000.00, bagi Kepala Perbelanjaan P.71, Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) itu; RM66,000,000.00, bagi Kepala Perbelanjaan P.72, Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Di bawah Maksud Pembangunan P.70, Pejabat Menteri Besar Johor, peruntukan sebanyak RM269,000,000.00 disediakan bagi Tahun 2024. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM212,000,000.00 diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja pembangunan termasuk Pembangunan Fizikal, Pembangunan Sosial dan Pembangunan Kerja-Kerja Kecil. Sebanyak RM7,000,000.00 pula disediakan untuk perbelanjaan Pengambilan Balik Tanah dan tujuan projek-projek pembangunan kemudahan awam manakala selebihnya sebanyak RM50,000,000.00 disediakan bagi Projek-Projek Khas Daerah di seluruh negeri Johor.

Di bawah Maksud Pembangunan P.71, Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), peruntukan sebanyak RM154,300,000.00 disediakan untuk Tahun 2024. Sebanyak RM41,851,000.00 disediakan bagi Projek Pembangunan Ekonomi dan Inklusif. Sejumlah RM33,169,000.00 pula diperuntukkan bagi Projek-Projek Pembangunan Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Selain daripada itu, RM15,000,000.00 disediakan bagi Projek-Projek di bawah Pertanian dan Industri Asas Tani. Untuk Pembangunan Modal Insan, Keluarga dan Masyarakat, diperuntukkan sejumlah RM9,065,000.00. Bagi pelaksanaan projek-projek berkaitan Pengurusan Sumber dan Alam Sekitar, disediakan sejumlah RM21,492,000.00 manakala RM5,723,000.00 disediakan bagi pembangunan Sains, Teknologi dan Inovasi. RM2,900,000.00 pula disediakan bagi program pembangunan Belia dan Sukan. Bagi penggalakan aktiviti pelancongan di negeri Johor, peruntukan sejumlah RM11,300,000.00 disediakan. Akhir sekali sebanyak RM13,800,000.00 disediakan untuk infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Di bawah Maksud Pembangunan P.72, Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), peruntukan sebanyak RM66,000,000.00 disediakan untuk Tahun 2024. Sebanyak RM54,365,000.00 disediakan bagi Kerja-Kerja Penyelenggaraan, Baik pulih dan Naik taraf Kuarters Kerajaan dan Bangunan Negeri, Bangunan-bangunan Milik Kerajaan Negeri Di Luar Negeri Johor dan Bangunan-bangunan Kerajaan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri, Kota Iskandar serta Masjid Kota Iskandar. Di samping itu juga, sebanyak RM3,725,000.00 pula disediakan bagi pembinaan Bangunan-bangunan Kerajaan Negeri. Dan, akhir sekali RM7,910,000.00 disediakan bagi Kerja-kerja Kecil.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu sejumlah wang sebanyak RM45,700,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.73, Jabatan Agama Islam itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Yang Berhormat Pengerusi, di bawah Maksud Pembangunan P.73, Jabatan Agama Islam, peruntukan sebanyak RM45,700,000.00 disediakan untuk Tahun 2024.

Sejumlah RM3,853,000.00 disediakan untuk Pusat Islam Iskandar, Johor dan RM35,314,000.00 pula untuk pembangunan Sekolah-sekolah Agama di seluruh Negeri Johor serta Pejabat Pendidikan Islam Negeri Johor. Peruntukan sejumlah RM1,194,000.00 disediakan bagi kenderaan penguatkuasaan dan jentera, kelengkapan masjid-masjid dan pelaksanaan kerja-kerja yang dirancang bagi membina Rumah Pegawai, Guru-guru Agama dan kakitangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Peruntukan sejumlah RM3,619,000.00 lagi ada bagi Kelengkapan dan Kemudahan di Makam DiRaja dan Tanah-Tanah Perkuburan. Peruntukan sebanyak RM1,720,000.00 pula adalah untuk Bangunan-bangunan Pejabat Agama Islam Negeri Johor, Masjid-masjid Johor, Bangunan-bangunan Mahkamah Syariah Negeri Johor dan Bangunan-bangunan Jabatan Mufti Johor.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM85,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.74, Jabatan Kerja Raya itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad SallehUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Bukit Pasir

Yang Berhormat Pengerusi, di bawah Maksud Pembangunan P.74, Jabatan Kerja Raya peruntukan sebanyak RM85,000,000.00 disediakan untuk Tahun 2024. Sebanyak RM36,242,000.00 diperlukan untuk Kerja-kerja Pembinaan, Menaik taraf serta Memperelok Jalan dan Jambatan Negeri dan sebanyak RM4,500,000.00 untuk Melebar Jalan-jalan Negeri, Membina Tembok Tepi Sungai dan Rancangan Mengelak Banjir dan Menaik taraf. Sejumlah RM300,000.00 disediakan kenderaan dan jentera.

Peruntukan sejumlah RM3,282,000.00 juga disediakan untuk Menaik taraf Sistem Mekanikal dan Elektrikal di Bangunan-bangunan Kerajaan dan RM300,000.00 diperuntukkan untuk kerja-kerja kecil yang lain. Sejumlah RM7,226,000.00 disediakan untuk Kerja-kerja Pembinaan, Menaik taraf, Ubahsuai serta Kemudahan dan Keperluan Bangunan-bangunan Kerajaan di Negeri Johor serta Menaik taraf Bangunan Utama Kerajaan.

Akhir sekali sejumlah RM30,000,000.00 diperuntukkan untuk Bangunan-bangunan Negeri, manakala RM450,000.00 adalah untuk Bangunan Yayasan Warisan Johor.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu sejumlah wang sebanyak RM30,000,000.00, bagi Kepala Perbelanjaan P.75, Jabatan Pengairan dan Saliran itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Bagi Maksud Pembangunan P.75, Jabatan Pengairan dan Saliran, peruntukan sebanyak

RM30,000,000.00 disediakan untuk pelaksanaan projek-projek bagi Tahun 2024. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM4,561,000.00 adalah bagi Jentera, Kenderaan, Loji dan Pintu Air serta kelengkapan dan sebanyak RM500,000.00 pula disediakan untuk Premis dan Bangunan Jabatan. Sebanyak RM548,000.00 disediakan untuk Kajian dan Reka bentuk Projek. Di samping itu,sebanyak RM18,061,000.00 disediakan bagi Rancangan Tebatan Banjir, Saliran Mesra Alam, Zon Pantai dan Lembangan Sungai. Sebanyak RM3,070,000.00 disediakan bagi Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, Pembangunan Infrastruktur Pengairan dan Saliran Pertanian dan Asas Tani serta Muara Sungai di seluruh negeri Johor. Dan akhir sekali, sebanyak RM3,260,000.00 disediakan bagi Pengurusan Keselamatan Empangan serta Lintasan dan Jalan Ladang.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Pengerusi, oleh sebab maksud-maksud peranggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 33 Tahun 2023 itu telah pun selesai ditimbangkan. Maka, saya membawa rundingan supaya ketetapan-ketetapan Jawatankuasa itu dimaklumkan serta-merta kepada Dewan Negeri.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Dewan Negeri Bersidang Semula.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Pengerusi, saya mohon memaklumkan bahawa Jawatankuasa Dewan ini telah pun menimbang dan meluluskan tanpa pindaan maksud-maksud peranggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 33 Tahun 2023.

Dari itu, saya membawa rundingan supaya Dewan ini bersetuju dengan ketetapan-ketetapan Jawatankuasa itu iaitu peruntukan wang berjumlah RM650,000,000.00 yang dicadangkan bagi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2024 itu diluluskan oleh Dewan Negeri ini.

Dan, dengan itu mengambil ketetapan bahawa sejumlah wang yang tidak melebihi RM650,000,000.00 hendaklah dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan dalam Tahun Kewangan 2024 bagi menyempurnakan maksud yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat tersebut.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rundingan itu dipersetujukan.

Jurutulis : Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan (No. 3) Tahun 2023.Bill

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan Ketiga Tahun 2023 dibacakan kali yang pertama.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang pertama.

Jurutulis

Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2023 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya memohon memaklumkan bahawa saya akan membawa rundingan untuk bacaan kali yang kedua bagi Rang Undang-Undang ini pada hari ini juga. Dan, saya membawa rundingan supaya Peraturan Tetap 112(2) ditangguhkan sementara agar pertimbangan Rang Undang-Undang ini ada pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan pada hari ini juga.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Peraturan Tetap 112(2) ditangguhkan sementara.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tambahan Peruntukan ini merupakan tambahan ketiga bagi Perbelanjaan Bekalan Tahun 2023. Tambahan Peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak RM62,666,000.00 sebagaimana yang dimasukkan di dalam Enakmen Perbekalan Tambahan Ketiga Tahun 2023 di bawah 10 Jawatankuasa seperti berikut:-

1. Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Negeri Johor - RM15,665,000.00.

2. Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor - RM6,047,000.00.

3. Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor - RM1,636,000.00

4. Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor - RM223,000.00.

5. Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor - RM480,000.00.

6. Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor - RM633,000.00.

7. Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor - RM29,984,000.000.

8. Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor - RM67,000.00.

9. Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor - RM7,559,000.00.

10. Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor - RM372,000.00

Penjelasan lanjut bagi tambahan-tambahan tersebut akan diberi di peringkat Jawatankuasa berkenaan.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua.

Jurutulis

Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2023 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu.

Dewan Bersidang sebagai Jawantankuasa.

Jurutulis

JADUAL.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM228,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.01 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Mohd Hairi bin Mad ShahUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia · Larkin

Bagi Maksud Bekalan B.01, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, peruntukan tambahan sebanyak RM228,000.00 diperlukan iaitu RM37,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran emolumen kakitangan jabatan, RM92,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan dan sebanyak RM99,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran bengkel dan pembayaran panel-panel penilai dan penggubal soalan Program Assessment Centre (PAC).

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM3,414,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan tambahan sebanyak RM3,414,000.00 diperlukan iaitu RM50,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran emolumen dan sebanyak RM3,364,000.00 diperlukan bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan. Peruntukan tambahan yang diperlukan bagi aktiviti seperti berikut : -

Pentadbiran Am – Bahagian Pengurusan - RM1,272,000.00 Menteri Besar Johor - RM258,000.00

Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor - RM359,000.00 Dewan Negeri Johor - RM1,202,000.00 Badan Kawal selia Air Johor - RM120,000.00 Audit Dalam - RM128,000.00 Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor - RM15,000.00 Bahagian Pemantauan dan Kesejahteraan Rakyat - RM60,000.00

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM1,120,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Yang Berhormat Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan tambahan sebanyak RM1,120,000.00 diperlukan bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan. Peruntukan tambahan yang diperlukan bagi aktiviti seperti berikut:-

Kerajaan Tempatan - RM321,000.00 Perumahan - RM663,000.00 Landskap - RM136,000.00

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM66,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Yang Berhormat Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan tambahan sebanyak RM66,000.00 diperlukan bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan. Peruntukan tambahan yang diperlukan bagi aktiviti seperti berikut:

Tourism Johor RM66,000.00

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM405,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Mohd Hairi bin Mad ShahUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia · Larkin

Bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan tambahan sebanyak RM405,000.00 diperlukan iaitu RM96,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran emolumen kepada kakitangan jabatan dan sebanyak RM309,000.00 diperlukan bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan. Peruntukan tambahan yang diperlukan bagi aktiviti-aktiviti seperti berikut :-

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia - RM199,000.00 Unit Strategik Modal Insan Johor - RM45,000.00 Institut Dato’ Onn - RM161,000.00

Terima kasih.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM67,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Ling Tian SoonMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan · Yong Peng

Bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan tambahan sebanyak RM67,000.00 diperlukan bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan. Peruntukan tambahan yang diperlukan bagi aktiviti seperti berikut:

Invest Johor - RM67,000.00

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah sebanyak RM372,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Cik Norlizah binti NohUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi · Johor Lama

Bagi Maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan tambahan sebanyak RM372,000.00 diperlukan bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan. Peruntukan tambahan yang diperlukan bagi aktiviti seperti berikut :-

ICT@Johor - RM372,000.00

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM411,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.04, Perbendaharaan Negeri itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Bagi Maksud Bekalan B.04, Perbendaharaan Negeri, peruntukan tambahan sebanyak RM411,000.00 diperlukan bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM1,895,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.07, Jabatan Pertanian itu, RM3,671,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran itu dan RM481,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.10, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Bagi Maksud Bekalan B.07, Jabatan Pertanian, peruntukan tambahan sebanyak RM1,895,000.00 diperlukan iaitu RM281,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan

untuk pembayaran emolumen kepada kakitangan lantikan baru dan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas dan sebanyak RM1,614,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan.

Bagi Maksud Bekalan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran, peruntukan tambahan sebanyak RM3,671,000.00 diperlukan iaitu RM671,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran emolumen kakitangan lantikan baru dan Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas dan sebanyak RM3,000,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan tahun 2022 dan 2023 serta bantuan khas penghargaan kepada kakitangan jabatan.

Bagi Maksud Bekalan B.10, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor peruntukan tambahan sebanyak RM481,000.00 diperlukan bagi menampung kekurangan peruntukan dan pembayaran Bantuan Khas Kewangan tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM295,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.12, Pejabat Kebun Bunga DiRaja Johor itu, RM221,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.13, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Yang Berhormat Pengerusi bagi Maksud Bekalan B.12, Pejabat Kebun Bunga DiRaja Johor peruntukan sebanyak RM295,000.00 diperlukan bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan. Bagi Maksud Bekalan B.13, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, peruntukan sebanyak RM221,000.00 diperlukan bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Jadual jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM1,528,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.19, Jabatan Perhutanan itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Bagi Maksud Bekalan B.19, Jabatan Perhutanan peruntukan tambahan sebanyak RM1,528,000.00 diperlukan bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM29,059,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.21, Jabatan Agama Islam itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Yang Berhormat Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.21, Jabatan Agama Islam, peruntukan tambahan RM29,059,000.00 diperlukan iaitu RM5,515,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas kepada kakitangan jabatan, sebanyak RM1,614,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran elaun tanggungjawab pegawai sebanyak RM445,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran KWSP dan PERKESO bagi pegawai kontrak dan sebanyak RM21,485,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan dan kepada guru KAFA. Peruntukan tambahan diperlukan bagi aktiviti seperti berikut :-

Pentadbiran Am - RM5,644,000.00; Pendidikan Agama Islam - RM23,415,000.00

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu sejumlah wang sebanyak RM480,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md OnUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Serom

Bagi Maksud Bekalan B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat peruntukan tambahan sebanyak RM480,000.00 diperlukan bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM7,559,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.24, Jabatan Kerja Raya itu hendaklah jadi, sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad SallehUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur · Bukit Pasir

Yang Berhormat Pengerusi bagi Maksud Bekalan B.24 Jabatan Kerja Raya, peruntukan tambahan sebanyak RM7,559,000.00 diperlukan iaitu RM1,900,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas kepada kakitangan jabatan, sebanyak RM400,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran elaun tetap kakitangan dan sebanyak RM5,259,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM157,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.26, Muzium DiRaja Abu Bakar, Istana Besar Johor itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Yang Berhormat Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.26 Muzium DiRaja Abu Bakar, Istana Besar Johor, peruntukan tambahan sebanyak RM157,000.00 diperlukan bagi menampung

kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan. ` Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM439,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.29, Jabatan Kehakiman Syariah itu, RM161,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B32, Jabatan Mufti Johor itu, RM325,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.33, Jabatan Pendakwaan Syariah itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Yang Berhormat Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.29, Jabatan Kehakiman Syariah, peruntukan tambahan sebanyak RM439,000.00 diperlukan bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan. Bagi Maksud Bekalan B.32, Jabatan Mufti, peruntukan tambahan sebanyak RM161,000.00 diperlukan bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan. Bagi Maksud Bekalan B.33, Jabatan Pendakwaan Syariah, peruntukan tambahan sebanyak RM325,000.00 diperlukan iaitu RM101,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran emolumen kerana pertambahan kakitangan dan sebanyak RM224,000.00 diperlukan bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Phas Penghargaan kepada kakitangan jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM328,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.41 Pejabat Daerah Johor Bahru itu, RM254,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.42, Pejabat Daerah Muar itu, RM589,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat itu, RM349,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.44, Pejabat Daerah Pontian itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Bagi Maksud Bekalan B.41, Pejabat Daerah Johor Bahru peruntukan tambahan sebanyak RM328,000.00 diperlukan bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan.

Bagi Maksud Bekalan B.42, Pejabat Daerah Muar, peruntukan tambahan sebanyak RM254,000.00 diperlukan iaitu RM56,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas kepada kakitangan, sebanyak RM198,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk menampung pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan. Bagi Maksud Bekalan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat, peruntukan tambahan sebanyak RM589,000.00 diperlukan iaitu RM95,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Kenaikan Gaji (KGT) Tambahan Khas dan elaun tetap kepada kakitangan serta sebanyak RM494,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan.

Bagi Maksud Bekalan B.44, Pejabat Daerah Pontian, peruntukan tambahan sebanyak RM349,000.00 diperlukan iaitu RM34,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran emolumen kepada kakitangan lantikan baru dan sebanyak RM315,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas

Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM322,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.45, Pejabat Daerah Segamat itu, RM225,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.46, Pejabat Daerah Kluang itu, RM352,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi itu, RM230,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.48, Pejabat Daerah Mersing itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Bagi Maksud Bekalan B.45, Pejabat Daerah Segamat, peruntukan tambahan sebanyak RM322,000.00 diperlukan iaitu RM28,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran pelarasan emolumen kakitangan dan sebanyak RM294,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan.

Bagi Maksud Bekalan B.46, Pejabat Daerah Kluang, peruntukan tambahan sebanyak RM225,000.00 diperlukan bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan. Bagi Maksud Bekalan B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi, peruntukan tambahan sebanyak RM352,000.00 diperlukan iaitu RM138,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas dan elaun tetap kepada kakitangan lantikan baru serta sebanyak RM214,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan.

Bagi Maksud Bekalan B48, Pejabat Daerah Mersing, peruntukan tambahan sebanyak RM230,000.00 diperlukan bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM295,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.49, Pejabat Daerah Kulai itu, RM200,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.50, Pejabat Daerah Tangkak itu, RM2,004,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.51, Pejabat Tanah dan Galian itu, RM650,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru itu; hendaklah menjadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Bagi Maksud Bekalan B.49, Pejabat Daerah Kulai, peruntukan tambahan sebanyak RM295,000.00 diperlukan iaitu RM85,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas kepada kakitangan jabatan dan sebanyak RM210,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan.

Bagi Maksud Bekalan B.50, Pejabat Daerah Tangkak, peruntukan tambahan sebanyak RM200,000.00 diperlukan bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan.

Bagi Maksud Bekalan B.51, Pejabat Tanah dan Galian, peruntukan tambahan sebanyak RM2,004,000.00 diperlukan iaitu RM460,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas kepada kakitangan jabatan dan elaun tetap kepada kakitangan lantikan baru dan sebanyak RM1,544,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan.

Bagi Maksud Bekalan B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru, peruntukan tambahan sebanyak RM650,000.00 diperlukan iaitu RM127,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas kepada kakitangan jabatan sebanyak RM523,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Saya minta izin minum sikit. Ada 15 muka surat lagi, baru 70. Patutlah Yang Amat Berhormat selalu minta izin minum.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM616,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.53, Pejabat Tanah Muar itu, RM638,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat itu, RM474,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.55, Pejabat Tanah Pontian itu, hendaklah menjadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Bagi Maksud Bekalan B.53, Pejabat Tanah Muar, peruntukan tambahan sebanyak RM616,000.00 diperlukan iaitu RM218,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas kepada kakitangan jabatan dan sebanyak RM398,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan.

Bagi Maksud Bekalan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat, peruntukan tambahan sebanyak RM638,000.00 diperlukan iaitu RM97,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas kepada kakitangan jabatan dan sebanyak RM541,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan.

Bagi Maksud Bekalan B.55, Pejabat Tanah Pontian, peruntukan tambahan sebanyak RM474,000.00 diperlukan iaitu RM169,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas kepada kakitangan jabatan dan elaun tetap kepada kakitangan lantikan baru serta sebanyak RM305,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM526,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.56, Pejabat Tanah Segamat itu, RM500,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.57, Pejabat Tanah Kluang itu, RM569,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi itu, RM364,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.59, Pejabat Tanah Mersing itu, RM468,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.60, Pejabat Tanah Kulai itu, RM359,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.61, Pejabat Tanah Tangkak itu, hendaklah menjadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Bagi Maksud Bekalan B.56, Pejabat Tanah Segamat, peruntukan tambahan sebanyak RM526,000.00 diperlukan iaitu RM126,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran emolumen kepada kakitangan lantikan baru dan Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas kepada kakitangan jabatan serta sebanyak RM400,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan.

Bagi Maksud Bekalan B.57, Pejabat Tanah Kluang, peruntukan tambahan sebanyak RM500,000.00 diperlukan iaitu RM142,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas kepada kakitangan jabatan dan sebanyak RM358,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan.

Bagi Maksud Bekalan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi, peruntukan tambahan sebanyak RM569,000.00 diperlukan iaitu RM147,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas kepada kakitangan jabatan dan sebanyak RM422,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan.

Bagi Maksud Bekalan B.59, Pejabat Tanah Mersing, peruntukan tambahan sebanyak RM364,000.00 diperlukan iaitu RM97,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas kepada kakitangan jabatan dan sebanyak RM267,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan.

Bagi Maksud Bekalan B.60, Pejabat Tanah Kulai, peruntukan tambahan sebanyak RM468,000.00 diperlukan iaitu RM182,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran emolumen kepada kakitangan lantikan baru dan pembayaran Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas kepada kakitangan jabatan dan sebanyak RM286,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan.

Bagi Maksud Bekalan B.61, Pejabat Tanah Tangkak, peruntukan tambahan sebanyak RM359,000.00 diperlukan iaitu RM76,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas kepada kakitangan jabatan dan sebanyak RM283,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan untuk pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dan 2023 serta Bantuan Khas Penghargaan kepada kakitangan jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Jurutulis

FASAL 2

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Jurutulis

FASAL 1

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Dewan Negeri Bersidang Semula.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam Jawatankuasa satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan. Maka saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan Ketiga Tahun 2023 dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-Undang itu dibaca kali yang ketiga dan diluluskan.

Jurutulis

Bahawa dengan ini adalah Diperundang-Undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut; Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (No. 3) Tahun 2023.

Rang Undang-Undang Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2023.Bill

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Rang Undang-Undang Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2023 dibaca kali yang pertama.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang pertama.

Jurutulis

Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980 [Enakmen No. 8/1980].

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Peraturan Tetap 58 ditangguhkan sementara agar Rundingan untuk bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang ini pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan pada hari ini juga.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Peraturan Tetap 58 ditangguhkan sementara.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa Rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Rang Undang-Undang ini adalah bertujuan untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980 [Enakmen No. 8/1980]. Rang Undang-Undang Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2023 mengandungi tiga (3) Fasal.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan berkuatkuasa Enakmen.

Fasal 2 bertujuan meminda seksyen 3 Enakmen ibu, dengan menggantikan perkataan “sembilan ribu ringgit” dengan perkataan “sebelas ribu ringgit”.

Fasal 3 bertujuan meminda Enakmen 4 Enakmen ibu seperti berikut: Subseksyen 4(1) Saraan bagi Speaker Dewan Negeri adalah dipinda dengan menggantikan perkataan “Enam Ribu Satu Ratus Sembilan Ringgit Dan Dua Puluh Sembilan Sen” kena baca betul-betul untuk Datuk Speaker, dengan perkataan “sepuluh ribu ringgit” dan

Sub Seksyen 4(2) Saraan bagi Timbalan Speaker Dewan Negeri adalah dipinda dengan menggantikan perkataan “Tiga Ribu Dua Ratus Ringgit” dengan perkataan “enam ribu dua ratus ringgit”.

Rang Undang-Undang ini akan melibatkan kerajaan negeri dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya tidak dapat ditentukan sekarang ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker saya mohon mencadangkan.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan di hadapan Dewan ini adalah supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua.

Jurutulis

Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri Saraan 1980 [Enakmen No. 8/1980].

Dewan Bersidang Sebagai Jawatankuasa.

Jurutulis

FASAL 1.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang Negeri.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Jurutulis

FASAL 2.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Jurutulis

FASAL 3.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 3 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Fasal 3 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Dewan Negeri bersidang semula.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam Jawatankuasa satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan. Dari itu saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) Pindaan 2023 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, (tak ada ya). Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Jurutulis

Bahawa dengan ini Diperundang-undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut: Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) Pindaan 2023. Dan hendaklah mula disifatkan telah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui pemberitahuan dalam warta.

Rundingan Berkaitan Kenaikan Kadar Saraan, Kemudahan Dan Keistimewaan-Keistimewaan Anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri.

Speaker

Rundingan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah diterima oleh Jurutulis Dewan Negeri Johor di bawah Peraturan Tetap Bilangan 30(2) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap bagi Dewan Negeri Johor. Yang Amat Berhormat dijemput.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa Rundingan Berkaitan Kadar Saraan Kemudahan Dan Keistimewaan-Keistimewaan Anggota Pentadbiran Negeri Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan berkaitan kenaikan kadar saraan dan semakan semula dan perbandingan ketentuan-ketentuan saraan kemudahan dan keistimewaan-keistimewaan kepada anggota

pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri kali terakhir dibuat penyemakan serta penyelarasannya pada tahun 2009 yang lalu, dah lebih 10 tahun.

Dan seterusnya diluluskan secara berperingkat melalui kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada tahun 2013 dan 2014. Proses ini selesai dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2015. Merangkumi penyemakan semula saraan, kemudahan dan keistimewaan-keistimewaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Speaker Dewan Negeri Johor, Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor dan Ahli Dewan Negeri.

Yang Berhormat Datuk Speaker dalam menyediakan rundingan ini Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Dewan Negeri Johor telah mengadakan siri-siri mesyuarat bagi membuat perbandingan, memperhalusi dan membincangkan cadangan-cadangan yang diketengahkan kepada jawatankuasa tersebut, termasuk perbandingan senarai saraan berdasarkan maklumat daripada Pejabat Setiausaha Dewan Negeri-Negeri se-Malaysia.

Kenaikan ini akan memberi implikasi kewangan sebanyak RM5.2 juta setahun. Ianya merangkumi elaun khas ADUN penerima pencen seramai 148 orang dan penerima pencen terbitan seramai 73 orang. Orang pencen dah balik dah. Saya berpendapat bahawa perkara ini boleh dipertimbangkan memandangkan pada ketika ini elaun dan saraan bagi Ahli Dewan Negeri Johor adalah antara yang terendah di dalam negara.

Selain itu dengan semakan semula kadar saraan, kemudahan dan keistimewaan anggota pentadbiran kerajaan negeri Johor ini juga ia akan menjadikan saraan Ahli-Ahli Dewan Negeri Johor lebih selaras dengan Dewan-Dewan Negeri di seluruh Malaysia, sekaligus mencerminkan Dewan Negeri Johor sebagai Dewan Perundangan bagi antara negeri yang paling maju di negara ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, rundingan bagi semakan semula kenaikan kadar saraan kemudahan dan keistimewaan-keistimewaan anggota pentadbiran kerajaan negeri Johor bukanlah satu rundingan dan cadangan yang dibawa dengan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira situasi masyarakat dan ekonomi semasa. Umumnya maklum bahawa Ahli Dewan Negeri atau Wakil Rakyat merupakan barisan hadapan dalam mendalami dan menyelesaikan isu-isu yang dibawa oleh penduduk kawasan masing-masing. Dan dalam banyak keadaan Ahli Dewan Negeri perlu mengeluarkan belanja sendiri untuk menyelesaikan permasalahan penduduk di kawasan masing-masing. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon mencadang.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Oleh kerana rundingan itu telah disokong dan saya berpandangan penjelasan dan huraian oleh Yang Amat Berhormat adalah cukup jelas, maka saya merasakan kita tidak perlu membahaskan rundingan itu.

Oleh itu rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rundingan itu dipersetujukan. (Dewan bertepuk).

Rundingan Mengenai Penyata Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Bil. 1/2023.

Speaker

Rundingan daripada Yang Berhormat Tuan Haji Hahasrin bin Hashim, Ahli Dewan Negeri Kawasan Panti telah diterima oleh Jurutulis Dewan Negeri Johor di bawah Peraturan Tetap Bilangan 30(2) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Bagi Dewan Negeri Johor. Saya berikan masa 6 minit, YB Panti dijemput.

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum waramahtullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Maju Johor. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa Rundingan di bawah Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Johor, Perintah Tetap Bil. 30 untuk meminda Peraturan Tetap Bil. 15 (1)(2) dan meminda serta memasukkan perenggan baru bagi Peraturan Tetap Bil. 110.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga mohon mencadangkan supaya Penyata Jawatankuasa Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Dewan Negeri Johor yang dibentangkan di atas meja mesyuarat sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 45 Tahun 2023 hendaklah diterima dan dipersetujukan.

Jawatankuasa Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Johor telah menyediakan Penyata Jawatankuasa Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Bil. 1 Tahun 2023 yang mengandungi beberapa cadangan pindaan seperti berikut:

Yang pertama, Peraturan Tetap Bilangan 15 (1)(2) yang berbunyi, “Doa yang dibacakan oleh Jurutulis Dewan Negeri” dipinda kepada “Doa yang dibacakan oleh Jurutulis Dewan Negeri atau seseorang yang ditentukan oleh Speaker”.

Yang kedua, Peraturan Tetap Bilangan 110A ditambah dengan memasukkan satu perenggan baru seperti berikut:

(110A) Jawatankuasa Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap.

1. Hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Peraturan Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap untuk :

a) Menimbangkan dari satu masa ke satu masa berkenaan dengan perkara-perkara berkaitan dengan Peraturan-Peraturan danj Perintah-Perintah Tetap yang diserahkan oleh Dewan Negeri kepadanya bagi ditimbangkan.

b) Menimbangkan apa-apa perkara lain yang dirujukkan oleh Dewan Negeri kepadanya.

2. Jawatankuasa ini hendaklah mengandungi Speaker Dewan Negeri sebagai Pengerusi dan tidak lebih daripada 12 orang ahli yang akan dilantik dengan seberapa segeranya pada ketika atau selepas dimulakan pada awal Penggal Pertama Persidangan Dewan Negeri. Pengerusi dan 6 orang ahli hendaklah menjadi cukup bilang.

3. Seseorang Ahli Dewan Negeri tidak boleh dilantik memegang atau memangku jawatan pengerusi atau menjadi Ahli Jawatankuasa semasa ia menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

4. Jawatankuasa ini tidak berkuasa memanggil orang hadir di hadapannya atau minta dikeluarkan surat kecuali jika Dewan membuat ketetapan memberi kuasa berkenaan dengan ini.

5. Jawatankuasa ini hendaklah membuat penyataannya dari satu masa ke satu masa dalam satu kertas mesyuarat yang dibentangkan di atas meja mesyuarat.

Dan ketiga Peraturan Tetap Bilangan 110B ditambah dengan memasukkan satu perenggan baru seperti berikut:

(110B) Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan.

1. Hendaklah ada sebuah Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

2. Jawatankuasa ini hendaklah mengandungi seorang Pengerusi dan tidak lebih daripada 12 orang ahli yang akan dilantik dengan seberapa segeranya pada ketika atau selepasnya dimulakan pada awal Penggal Pertama Persidangan Dewan Negeri. Pengerusi dan 6 orang ahli hendaklah menjadi cukup bilang.

3. Seseorang Ahli Dewan Negeri tidak boleh dilantik memegang atau memangku jawatan Pengerusi atau menjadi Ahli Jawatankuasa semasa dia menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

4. Kepada jawatankuasa ini hendaklah diserahkan apa-apa perkara yang nampaknya menyentuh kuasa-kuasa, hak-hak dan kebebasan Dewan. Adalah jadi kewajipan atas jawatankuasa ini untuk menimbangkan apa-apa perkara demikian itu yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata di atas perkara-perkara itu kepada Dewan.

5. Bila-bila Dewan tidak bersidang seseorang ahli boleh memberitahu Speaker jika ada dikatakan telah berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan Dewan. Speaker jika puas hati iaitu pada zahirnya satu kesalahan telah dilakukan, bolehlah diserahkannya perkara itu kepada jawatankuasa ini dan jawatankuasa ini hendaklah mengeluarkan penyata kepada Dewan berkenaan dengan ini.

6. Jawatankuasa ini hendaklah mempunyai kuasa boleh memanggil orang-orang termasuklah orang yang mempunyai kepakaran dan kemahiran hadir di hadapannya atau minta segala surat dan rekod-rekod yang bersangkut paut dengan perkara yang sedang diperiksa itu. Mana-mana ahli jawatankuasa yang dirujuk atau diadu hendaklah mengecualikan dirinya daripada menghadiri mesyuarat jawatankuasa sebagai Ahli Jawatankuasa.

7. Jawatankuasa ini boleh membuat syor atas segala perkara berkaitan dengan kemudahan dan keistimewaan Ahli Dewan Negeri.

8. Jawatankuasa ini hendaklah membuat pernyataannya dari satu masa ke suatu masa dalam satu kertas mesyuarat yang dibentangkan di atas meja mesyuarat.

Keempat, Peraturan Tetap Bilangan 110(C) ditambah dengan memasukkan satu perenggan baru seperti berikut (110C) Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana.

1. Hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana.

2. Jawatankuasa ini hendaklah mengandungi seorang Pengerusi dan tidak lebih daripada 12 orang ahli yang akan dilantik dengan seberapa segeranya pada ketika atau selepas dimulakan pada awal Penggal Pertama Persidangan Dewan Negeri. Pengerusi dan 6 orang ahli hendaklah menjadi cukup bilang.

3. Seseorang Ahli Dewan Negeri tidak boleh dilantik memegang atau memangku jawatan Pengerusi atau menjadi Ahli Jawatankuasa semasa ia menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

4. Adalah kewajipan jawatankuasa ini menimbangkan dari suatu masa ke suatu masa dan mengeluarkan penyata kepada Dewan berkenaan dengan perkara-perkara

berkaitan dengan kesan perubahan iklim dan pengurusan bencana negeri yang diserahkan oleh Dewan kepadanya bagi dipertimbangkan.

5. Jawatankuasa ini hendaklah mempunyai kuasa untuk memanggil orang-orang termasuklah orang yang mempunyai kepakaran dan kemahiran hadir di hadapannya atau minta segala surat dan rekod-rekod yang bersangkut paut dengan kesan perubahan iklim dan urusan pengurusan bencana negeri.

6. Jawatankuasa ini boleh membuat syor atas segala perkara berkaitan dengan kesan perubahan iklim dan pengurusan bencana negeri.

7. Jawatankuasa ini hendaklah membuat pernyataannya dari satu masa ke suatu masa dalam satu kertas mesyuarat yang dibentangkan di atas meja mesyuarat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, pindaan ini bertujuan untuk penambahbaikan dan penyeragaman Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Bagi Dewan Negeri Johor dengan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat yang digunapakai di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Jawatankuasa Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan telah menjadi amalan tetapi tidak diterjemahkan di dalam bentuk bertulis. Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana merupakan Jawatankuasa Pilihan yang dibentuk di Persidangan Dewan Negeri Johor pada 27 Mac 2023 bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan mencadangkan syor yang sesuai untuk menangani kesan perubahan iklim dan pengurusan bencana negeri Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon mencadangkan. Sekian, wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Muszaide bin MakmorUMNO · BNSedili

Yang Berhormat Datuk Speaker saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rundingan itu dipersetujukan.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Dewan ini ditangguhkan.

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat selesai sudah Persidangan kita kali ini. Saya mengucapkan setinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kerana bajet 2024 telah diluluskan. (Dewan bertepuk).

Saya yakin bajet 2024 dan gaya kepimpinan Yang Amat Berhormat mampu membawa kita kepada satu lompatan kijang yang pantas, tinggi dan membuat pendaratan yang lebih jauh dan tepat. Tahniah kepada Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang menjawab pertanyaan lisan dan penggulungan yang berkualiti. Tahniah kepada semua ADUN kerana berbahas dengan constructive dan memelihara displin Dewan.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan daripada blok pengimbang yang sentiasa rasional dalam perbahasan. Terima kasih kepada penjawat awam negeri di bawah pimpinan Yang

Berhormat Tan Sri Setiausaha Kerajaan Negeri kerana banyak membantu menjadikan Johor negeri maju menjelang 2030. Dan, terima kasih juga kepada pihak media termasuk portal-portal utama kerana banyak membuat liputan kepada sidang Dewan kali ini. Tidak ada kata nista dan penghinaan terhadap kepada mana-mana Tuhan penganut agama lain serta penghinaan terhadap fizikal kepada individu tertentu sepanjang Dewan ini bersidang.

Selamat kembali ke kawasan masing-masing. Jayakan dan jaga kawasan, semarakkan Subuh dan selamat bercuti hanya jika ancaman banjir sudah selesai. Kita doakan kemenangan JDT pada 8 hari bulan ini. Kalahkan Terengganu, Terengganu Kita. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Dewan ini saya tangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan.

Persidangan ditangguhkan pada jam 2.15 petang.

Pegawai-Pegawai Bertugas:

Speaker

Jurutulis

Puan Zarina binti Abdul Kadir

Penolong Jurutulis

Encik Azlan Afandi bin Sauffee Afandi

Koordinator

Cik Norzita binti Abdul Aziz

Pembantu Penerbitan

Puan Malina binti Mohd Nasir Puan Noraisah binti Mohd Yusof Encik Ariff bin Abu Bakar

Pembantu Operasi (Bentara)

Encik Razine bin Sulaiman Encik Hamdan bin Markom Encik Norhayadi bin Hussien Encik Muhamad Khirunizam bin Pahmi Encik Mohd Norazri bin Kasim Encik Mohd Sapri bin Manan Encik Muhamad Khairul Asyraf bin Abdullah Encik Muhammad Khairul bin Arop

Setiausaha Pejabat (Pelapor Dewan)

Puan Hajah Zalinah binti Ali Puan Hajah Azlin binti Bahrin Puan Hajah Saniah binti Kassim Puan Junaidah binti Paing Puan Zahiti binti Muhamad Hamdi Puan Siti Rojimah binti Abd. Razak Puan Hajah Rumiah binti Semirono Puan Hajah Haironisha binti Zainal Abidin Puan Hairun Nurul Ain binti Zainal Abidin Puan Hajah Fareza binti Musa Puan Noor Dalilah binti Dahalan Puan Norazilawati binti Masri Puan Norlydialina binti Ithnain Puan Shuriati binti Abdul Hajar Puan Norhafizah binti Osman Puan Raihanah binti Ismail Puan Fakhrinnazia binti Fuad

Rakaman

Encik Nor Risam bin Esa Encik Azizan bin Md Sidi Encik Khairul Anuar bin Umar Usman

Juruaudio Video

Encik Noorazhan bin Mohd Salleh Encik Ismail bin Abu Bakar