Johor · 12 May 2024
3rd session, 1st meeting · 116 turns · 30,035 words · official PDF ↗
ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.
Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. (Bacaan selawat). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan Salam Maju Johor.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, pejam celik, pejam celik, Syawal sudah berlalu. Tak lama lagi, Raya Haji datang pula. Alamak, lembu korban tak tempah lagi. Duit korban pun tak masuk lagi, Yang Amat Berhormat. (Dewan bertepuk).
YB Sedili, YB Permas dan YB Iskandar Puteri, tak apalah, mereka banyak bos, setakat 20 ekor lembu korban, tak jadi masalah. Alamak.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Alhamdulillah hari ini adalah hari pertama sesi pertanyaan lisan dan perbahasan, Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Amat Mulia, Pemangku Sultan Johor. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah izinnya, sempurnalah sudah Majlis Pembukaan Rasmi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor pada hari Khamis, 9 Mei 2024.
Dengan ini, Ahli-Ahli Dewan Negeri, merafak sembah, menjunjung kasih di atas titah Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor, ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Yang Ke-15. Ia adalah titah konstruktif sebagai panduan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk berbahas dan menjadikan ianya sebagai agenda besar Bangsa Johor. Titah komprehensif itu menyentuh soalan ketercukupan makanan, membasmi miskin tegar, pendidikan berkualiti, pembangunan belia, Zon Ekonomi Khas, Zon Kewangan Khas, akses kepada kemudahan kesihatan dan infrastruktur khususnya bekalan air yang efisien. Ia juga menyentuh isu hubungan kaum, politik matang, tadbir urus dan juga birokrasi. Ahli-Ahli Yang Berhormat, berbahaslah dengan hati nurani, mudah-mudahan Maju Johor menjadi realiti. Terima kasih.
Pembentangan Kertas-Kertas Mesyuarat
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan Salam Maju Johor.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membentangkan Kertas Mesyuarat Bilangan 1 hingga 3 Tahun 2024.
Bilangan 1 Tahun 2024 – Anggaran Perbelanjaan Tambahan Pertama
Tahun 2024.
Bilangan 2 Tahun 2024 – Peranggaran Tambahan Pembangunan
Pertama Tahun 2024.
Bilangan 3 Tahun 2024 – Laporan Ketua Audit Negara Negeri Johor
Tahun 2022 dan Penyata Memorandum
Mengenai:
Aktiviti Jabatan/Agensi, Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membentangkan Kertas-Kertas Mesyuarat Bilangan 4 hingga 19 Tahun 2024.
Bilangan 4 Tahun 2024 – Penyata Kewangan Majlis Bandaraya Johor
Baru Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022.
Bilangan 5 Tahun 2024 – Penyata Kewangan Majlis Bandaraya
Iskandar Puteri Bagi Tahun Berakhir 31
Disember 2022.
Bilangan 6 Tahun 2024 – Penyata Kewangan Majlis Bandaraya Pasir
Gudang Bagi Tahun Berakhir 31 Disember
2022.
Bilangan 7 Tahun 2024 – Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Kulai
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022.
Bilangan 8 Tahun 2024 – Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Muar
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022.
Bilangan 9 Tahun 2024 – Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Batu
Pahat Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022.
Bilangan 10 Tahun 2024 – Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Kluang
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022.
Bilangan 11 Tahun 2024 – Penyata Kewangan Majlis Perbandaran
Segamat Bagi Tahun Berakhir 31 Disember
2022.
Bilangan 12 Tahun 2024 – Penyata Kewangan Majlis Perbandaran
Pengerang Bagi Tahun Berakhir 31 Disember
2022.
Bilangan 13 Tahun 2024 – Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Pontian
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022.
Bilangan 14 Tahun 2024 – Penyata Kewangan Majlis Daerah Kota Tinggi
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022.
Bilangan 15 Tahun 2024 – Penyata Kewangan Majlis Daerah Tangkak
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022.
Bilangan 16 Tahun 2024 – Penyata Kewangan Majlis Daerah Yong Peng
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022.
Bilangan 17 Tahun 2024 – Penyata Kewangan Majlis Daerah Simpang
Renggam Bagi Tahun Berakhir 31 Disember
2022.
Bilangan 18 Tahun 2024 – Penyata Kewangan Majlis Daerah Mersing Bagi
Tahun Berakhir 31 Disember 2022.
Bilangan 19 Tahun 2024 – Penyata Kewangan Majlis Daerah Labis Bagi
Tahun Berakhir 31 Disember 2022.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya memohon untuk membentangkan Kertas Mesyuarat Bilangan 20 hingga 21 Tahun 2024.
Bilangan 20 Tahun 2024 – Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam Johor (SPAJ) Tahun 2021.
Bilangan 21 Tahun 2024 – Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam Johor (SPAJ) Tahun 2022.
Dan juga Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mewakili Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar untuk memohon membentangkan Kertas Mesyuarat Bilangan 22 Tahun 2024.
Bilangan 22 Tahun 2024 – Penyata Kewangan Perbadanan Taman Negara
(Johor) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022.
Soalan-Soalan Lisan.Questions
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebelum itu, dukacita dimaklumkan Yang Berbahagia Tuan Chew Kong Huat, bekas Ahli Dewan Negeri Kawasan Gelang Patah daripada 3 Ogos 1986 hingga 5 Oktober 1990, telah meninggal dunia pada 17 Oktober 2023. Dewan ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang, Yang Berbahagia Tuan Chew Kong Huat. Marilah kita sama-sama berdiri bertafakur selama satu minit. (Berdiri). Terima kasih.
Persidangan dimulakan sekarang. Dijemput Yang Berhormat Bentayan, jemput.
Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan nombor 1.
Apakah hasil daripada lawatan kerja Menteri Besar Johor ke Negara China pada bulan Mac yang lepas?
Dijemput, Yang Berhormat Stulang.
Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 2.
Apakah hasil persefahaman yang dicapai atau perkongsian idea pembangunan yang diperolehi dalam rombongan lawatan Kerajaan Johor ke Shenzhen baru-baru ini?
Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum menjawab soalan-soalan pada hari ini, terlebih dahulu izinkan patik menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas Titah Ucapan Sempena Pembukaan Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 pada Khamis yang lalu.
Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Bentayan dan Yang Berhormat Stulang di atas soalan berhubung lawatan Kerajaan Negeri Johor ke Shenzhen, China pada bulan Mac tahun ini. Dan izinkan saya menjawab soalan-soalan mereka bersekali.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, tujuan delegasi Kerajaan Negeri Johor pergi ke Shenzhen, China adalah untuk mempelajari bagaimana Shenzhen berubah daripada sebuah perkampungan nelayan dengan hanya 300,000 orang telah berubah menjadi antara ekonomi yang terbesar di China, dengan penduduk berjumlah hampir 20 juta orang dalam hanya masa 40 tahun.
Delegasi Johor juga pergi ke Shenzhen, bagi mempelajari bagaimana mereka juga berjaya mengatasi ekonomi Hong Kong tahun lepas, dengan KDNK sebanyak RMB3.46 trilion. Delegasi Johor juga ke Shenzhen bagi mempelajari juga bagaimana Shenzhen berjaya melahirkan syarikat-syarikat bertaraf dunia yang tersenarai dalam Fortune Global 500 Companies. Sebagai contoh, BYD, China Electronics Corporation, Huawei, Amer International Group dan lain-lain.
Dan yang paling utama, Yang Berhormat Speaker, tujuan delegasi Johor pergi ke Shenzhen adalah untuk mempelajari bagaimana rakyat di sana dilibatkan dan menerima segala manfaat daripada pembangunan dan kemajuan yang berlaku di Shenzhen. Itu niat utama Kerajaan Negeri Johor pergi ke sana.
Yang Berhormat Datuk Speaker, semasa lawatan kami di sana, delegasi kerajaan berpeluang mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi di Shenzhen iaitu Setiausaha Parti Komunis China di Shenzhen, Secretary Meng Fan Li, kawan baik Yang Berhormat Perling. Secretary Meng, telah berkongsi bahawa resepi utama kejayaan penubuhan Special Economic Zone di Shenzhen adalah kerana sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada kepimpinan tertinggi kerajaan China serta mendapat sokongan daripada Kerajaan Tempatan di Shenzhen dan tidak cukup dengan itu, mendapat dorongan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada masyarakat dan rakyat Shenzhen secara keseluruhan.
Beliau mengatakan, semua pihak bergerak, seganding dan seiring serta mempunyai inspirasi dan aspirasi yang sama untuk menjayakan agenda Special Economic Zone itu. Di samping itu, Secretary Meng, juga telah memaklumkan bahawa dalam menjayakan penubuhan Special Economic Zone Shenzhen, ada 3 lagi resepi. Resepi pertama ialah reformasi. Reformasi ataupun reforms dari segi rangka kerja perundangan, reformasi dari segi kawal selia, reformasi dari segi pentadbiran untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi pembangunan ekonomi dan pelaburan. Sebagai contoh, mengurangkan birokrasi, mempermudahkan urusan perniagaan serta meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam semua tadbir urus kerajaan. Resepi kedua Yang Berhormat Speaker, ialah keterbukaan, openess. Keterbukaan terhadap perubahan dasar perdagangan dan pelaburan. Ini penting, untuk menarik pelabur asing dan menggalakkan perdagangan antarabangsa melalui pengurangan tarif, kuota dan insentif, untuk memudahkan import dan eksport barangan dan perkhidmatan. Keterbukaan, dalam menggalakkan pemindahan teknologi dan pertukaran pengetahuan juga penting bagi menjayakan agenda ini.
Perkara ketiga Yang Berhormat Speaker, adalah inovasi ataupun pembaharuan. Dan pembaharuan ini penting untuk Shenzhen kekal berdaya saing dan menyesuaikan diri dengan kaedah dan keadaan pasaran yang berubah-ubah. Inovasi dari segi infrastruktur, inovasi dari segi logistik, inovasi dari segi teknologi bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti perniagaan yang beroperasi di kawasan ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, suka juga saya laporkan bahawa selain daripada sesi perkongsian bersama Secretary Meng dan pentadbiran di Shenzhen, kerajaan negeri juga telah mengambil peluang untuk mengadakan satu sesi libat urus bersama 40 syarikat pelabur berpotensi di Shenzhen yang ada menyatakan niat untuk datang ke Negeri Johor yang kita semua sayangi ini.
Suka saya maklumkan bahawa majoriti daripada mereka mempunyai keyakinan yang cukup tinggi untuk datang melabur di sini. Keyakinan ini Yang Berhormat Speaker adalah berasaskan kepada beberapa faktor. Pertamanya kedudukan geografi Johor yang sangat strategik; keduanya ketersediaan tanah untuk pelbagai sektor ekonomi; ketiga dari segi infrastruktur yang baik meliputi pelabuhan, lapangan terbang, jaringan jalan raya dan utiliti; keempat kos menjalankan perniagaan meliputi kos tanah dan sumber manusia yang kompetitif; kelima kestabilan politik dan dasar mesra pelabur yang jelas.
Namun begitu berdasarkan maklum balas yang kami terima, ada beberapa perkara yang kita perlu tambah baik agar keyakinan pelabur-pelabur ini dapat ditingkatkan. Sebagai contoh, apa yang boleh ditawarkan oleh Johor dari segi aspek insentif tenaga kerja yang mahir dan mencukupi. Kemudahan pergerakan keluar masuk sempadan Johor-Singapura, pemudah caraan urusan perniagaan dan sebagainya.
Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam sesi lawatan ke Shenzhen juga, saya dan delegasi juga berkesempatan melawat Museum of Contemporary Art and Planning Exhibition atau pun lebih dikenali sebagai MOCAPE. Antara perkara yang kita belajar di sana ialah mereka telah menyediakan satu pelan induk jangka masa panjang untuk Special Economic Zone ini. Namun pelan tersebut disemak, dikaji, diperhalusi lagi setiap lima tahun bagi memastikan ianya bertepatan dengan keperluan semasa pada ketika itu.
Melalui pelan induk tersebutlah, Shenzhen telah dibangunkan daripada sebuah perkampungan nelayan kepada bandar metropolis yang mempunyai pelbagai infrastruktur termasuk lebuh raya 12 lorong. Kita baru nak masuk 3 lorong Yang Berhormat Datuk Speaker, dia dah 12 lorong, sistem bandar pintar, kecekapan pengangkutan awam, polisi penguatkuasaan, penggunaan kenderaan EV dan yang paling utama persekitaran yang mesra pelabur.
Yang Berhormat Datuk Speaker, suka untuk saya simpulkan lawatan delegasi kerajaan negeri ke Shenzhen tak ubah seumpama satu pepatah Cina yang saya pelajari semasa di sana. Ini YB Stulang, Yang Berhormat yang ajar saya YB Lee Ting Han EXCO, kalau salah sebut, salahkan dia. Bunyinya ter ser ter pan yang bermaksud, in order to achieve extra ordinary results, you must do things the extra ordinary way. Ha.. YB Stulang angguk, kira betullah eh... YB Perling betul eh. Untuk mencapai sesuatu hasil yang luar biasa, kita harus melakukan perkara-perkara dengan cara yang melangkaui kebiasaan. Ini perumpamaan frasa yang dipegang oleh majoriti rakyat di Shenzhen di sana dan Yang Berhormat Datuk Speaker, benar kata orang tua-tua jauh perjalanan luas pemandangan, bertambah juga pengalaman dan pengetahuan.
Lawatan ke Shenzhen sesungguhnya memberikan saya dan delegasi kerajaan negeri lebih keyakinan bahawa Johor-Singapore Special Economic Zone ini mampu mengangkat Johor sebagai The Next Shenzhen of South East Asia. (Dewan bertepuk).
Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Jemput Stulang.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih kepada Datuk MB yang mencerahkan soalan 162 ini dengan cukup terperinci
dan juga menggunakan bahasa cina ter ser ter pan cukup tepat tetapi kalau intonasi dia ter ser ter pan, tinggi sikit dia lagi tepat. Apa yang Dato’ sudah ada 80% yang kalau...
Kena masuk kursus lagilah...
Ni kalau ter sedia dia punya bunyi kena tinggi sikit ter ser ter pan (ketawa). Sebenarnya soalan yang saya tanya, saya juga berada di Shenzhen. Sebelum saya hantar soalan ini saya eh... saya pun hantar berkenaan dengan lawatan Shenzhen.
Dan saya rasa untuk pendapat saya adalah untuk model Shenzhen Hong Kong berjaya di Johor-Singapura ini salah satu... ada 2 faktor saya rasa sangat penting. Salah satu adalah teknologi tinggi dan inovasi di mana kita boleh lihat di Shenzhen ini ada satu daerah dipanggil Langham... Langham... Langham ok, di mana Huawei telah membantu dalam mengaplikasikan teknologi tinggi dan teknologi maklumat AI untuk mentadbir seluruh daerah.
Dan saya rasa untuk Johor ini berjaya, saya rasa perlu juga ada teknologi tinggi, pelaburan berimpak tinggi agar kita boleh men’generas’... untuk generate pekerjaan yang lebih lumayan kepada pekerja.
Yang kedua adalah saya rasa apabila pelaburan datang, saya rasa ini masa yang tepat, masa yang sesuai untuk pelabur datang ke Johor. Bila pelabur datang ke Johor, kita memas... perlu memastikan dia bukan sahaja setup kilang di Johor sahaja, kita mau dia menubuhkan ibu pejabat di Johor, bukan ibu pejabat di Singapura kemudian kilang sampingan di Johor. Kita mau mereka setup ibu pejabat di Johor atau pun di Malaysia.
Jadi soalan saya adalah selain tax incentive, saya rasa apakah langkah kita atau pun inisiatif kita untuk adakan pakej kreatif yang lebih kerana saya rasa untuk menarik mereka menubuhkan ibu pejabat di Johor ini. Saya rasa selain tax incentive, saya rasa pakej-pakej lain yang lebih kreatif, saya rasa kita perlu memeras otak agar mereka datang menubuhkan ibu pejabat di Johor. Terima kasih.
Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Stulang atas pembetulan pronounciation saya tadi dari segi intonasi ter ser ter pan, lepas ni saya kena tuition dengan Yang Berhormat Stulang.
Dari segi cadangan tentang teknologi dan inovasi dan perkara-perkara yang dibangkitkan tadi Yang Berhormat Stulang, saya akan menjawab dengan lebih terperinci lagi dalam soalan-soalan yang mendatang selepas ini.
Untuk Yang Berhormat Stulang dan Yang Berhormat Bentayan, saya memberi fokus kepada hasil lawatan saya ke sana. Namun begitu Yang Berhormat dari segi memerah otak untuk memikirkan apa lagi perkara-perkara yang boleh membawa teknologi dan inovasi dan juga peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat Johor, kita sebenarnya belum habis berdiskusi dan akan ada peluang untuk semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang ada di Dewan yang Mulia ini untuk berkongsi pandangan, nasihat dan cadangan semasa satu sesi libat urus yang insya-Allah akan diadakan bersama Kementerian Ekonomi tidak lama lagi.
Terima kasih Yang Berhormat Stulang.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, dijemput Yang Berhormat Pulai Sebatang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, JS-SEZ perancangan kita, soalan saya nombor 3.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan menjadi pemangkin kepada ekonomi. Apakah status pelaksanaan JS-SEZ pada masa sekarang?
Dijemput Yang Berhormat Johor Jaya.
Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 4.
Apakah perkembangan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) iaitu butiran projek ini seperti cadangan insentif atau pakej yang dapat menarik pelabur dari luar negara ke Negeri Johor.
Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Pulai Sebatang dan Johor Jaya di atas soalan yang diajukan berkaitan perkembangan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor - Singapura.
Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, Memorandum Persefahaman antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Singapura berhubung pembangunan JS-SEZ telah ditandatangani pada 11 Januari yang lepas melalui Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Perdana Menteri Singapura.
Sejak tempoh tersebut, telah berlangsung beberapa siri perbincangan dan mesyuarat antara agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan untuk memperhalusi dan memperincikan setiap cadangan inisiatif dan insentif yang dikemukakan. Malah Yang Berhormat Johor Jaya, suka saya laporkan bahawa ada beberapa Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berada di dalam Dewan ini termasuk Yang Berhormat Benut, Yang Berhormat Perling yang sama-sama berada dalam perbincangan-perbincangan tersebut.
Untuk makluman, di peringkat kerajaan persekutuan dan negeri telah dibentuk 8 kumpulan kerja, eight working groups bagi memperhalusi butiran JS-SEZ ini. Pertamanya Tadbir urus atau pun governance; kedua sektor ekonomi; ketiga insentif cukai dan fiskal; tenaga kerja mahir keempat; kelimanya memudah cara urusan perniagaan ataupun ease of doing business; keenam memudah cara pergerakan manusia dan barangan ease of movements of goods services and people; ketujuh infrastrutur dan utiliti; dan urusan tanah yang kelapan.
Dalam masa yang sama, beberapa sesi dialog dan libat urus bersama komuniti perniagaan tempatan dan Singapura turut dilaksanakan bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas mereka. Insya-Allah Yang Berhormat Pulai Sebatang, satu sesi libat urus juga akan diadakan oleh kerajaan negeri dan Kementerian Ekonomi seperti yang saya sebut tadi kepada Yang Berhormat Stulang bersama Ahli-Ahli Yang Berhormat dan pemimpin-pemimpin masyarakat Johor awal Jun tahun ini.
Saya percaya sesi tersebut akan menjadi platform yang terbaik untuk Ahli-Ahli Yang Berhormat memberikan segala maklum balas, cadangan dan pandangan bagi memastikan pelaksanaan JS-SEZ ini benar-benar memberi manfaat kepada rakyat Johor secara keseluruhan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, sesi rundingan bersama kerajaan Singapura juga bakal diadakan pada bulan Jun tahun ini. Kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan komited untuk memastikan perjanjian JS-SEZ ini dapat dimuktamadkan dan ditandatangani Insya-Allah pada akhir tahun ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, dari segi lokasi JS-SEZ cadangannya adalah kawasan Iskandar Malaysia campur Pengerang. Itu kawasan SEZ yang dicadangkan yang merangkumi kawasan seluas 3,505 kilometer persegi serta melibatkan 6 PBT. Johor juga mencadangkan 16 sektor ekonomi yang dijangka dapat memberikan limpahan sosioekonomi antaranya ialah sektor elektrik dan elektronik, keduanya perubatan, ketiga farmaseutikal, keempat aviation, kelima kimia khusus, keenam logistik, kesihatan, pendidikan, kewangan dan perkhidmatan perniagaan, tenaga ekonomi digital, pelancongan, makanan dan teknologi pertanian, industri kreatif, industri halal dan perkilangan moden.
Yang Berhormat Datuk speaker, semua perkara ini masih lagi dalam perbincangan. Dan seperti yang saya sebutkan hanya akan dimuktamadkan apabila semua maklum balas dan pandangan telah diperhalusi dan diambil kira. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.
Ya, jemput Johor Jaya.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Yang Berhormat Datuk Speaker, pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) ini adalah satu berita baik dan dinanti-nantikan oleh penduduk Bangsa Johor dan supaya menambahkan lagi peluang pekerjaan dan juga merancakkan lagi ekonomi tempatan di negeri Johor.
Dalam usaha untuk menarik lebih pelabur ke negeri Johor, kita fahamkan bahawa logistik atau transportasi, transportation turut menjadi salah satu faktor yang penting bagi mereka yang ingin datang ke Johor dan selama ini kita tidak boleh sahaja bergantung kepada mereka yang datang dari KL ke Johor atau pun dari Singapore ke Johor. Dan selama ini, kalau kita nak bincangkan berkenaan dengan direct flight ke Johor, insentif-insentif atau pakej kepada kapal terbang ini adalah sentiasa dibincangkan.
Jadi soalan tambahan saya, apakah usaha atau insentif yang atau usaha kerajaan supaya menarik lebih lagi direct flight ke negeri Johor. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya setuju sangat dengan soalan yang dilontarkan oleh Johor Jaya. Kita tidak hanya perlu melihat kepada causeway, westlink, secondlink, sebagai cara untuk menarik pelabur ke Johor. Dan option mode of transportation is through flights.
Jadi perkembangan terkini Yang Berhormat Datuk Speaker, kita semua tahu semasa pandemik berlaku banyak syarikat-syarikat penerbangan terpaksa menghentikan operasinya apabila berlaku pandemik tersebut.
Namun begitu, sukacita saya laporkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat bahawa kita sudah mula melihat satu perkembangan positif di mana international flights sudah bermula kembali. Maksudnya flights direct to China sudah beroperasi. Flights direct to Indonesia sudah beroperasi dan ini adalah satu perkembangan yang baik. Cuma kita sedang bekerjasama baik lagi dengan Senai Airport dan syarikat-syarikat penerbangan yang lain untuk meningkatkan direct flight yang masuk.
Pada masa sama juga, Insya-Allah ada juga perancangan di mana kita nak menaik taraf lagi Senai Airport supaya kita dah boleh bersedia untuk melepasi angka pelancong ataupun passengers yang masuk ke Senai Airport setiap tahun. So, itu memang ada perbincangan dan perancangan, Yang Berhormat Johor Jaya. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.
Saya jemput Yang Berhorrmat Kota Iskandar.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Alamak, tadi Datuk Speaker mengatakan Kota Iskandar beruntung ada tauke-tauke besar nak menyambut Hari Raya Korban. Saya dengan ini, saya memaklumkan, setakat ini belum ada tauke-tauke besar menghubungi saya Datuk Speaker. Soalan saya nombor 5.
Iskandar Puteri Special Economi Zone, Johor Singapore Special Economi Zone dan Special Financing Zone di Forest City, semua ini berada dalam kawasan DUN Kota Iskandar. Sejauh manakah agenda ini dapat memberikan jaminan manfaat sosioekonomi dan berdaya huni kepada penduduk setempat serta Johor umumnya? ADUN kawasan masih tidak diberikan butirannya.
Ya jemput, Yang Berhormat Tiram.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Tiram nombor 6.
Berkenaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura, mohon YAB Menteri Besar Johor membentangkan apakah yang akan dirasai oleh rakyat negeri Johor khususnya selain pelaburan dari luar yang masuk ke dalam negeri ini?
Dijemput, Yang Berhorrmat Puteri Wangsa.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 7.
Susulan Penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura, minta kerajaan negeri menjelaskan pelan kerajaan bagi menarik Pelaburan Langsung Asing ke dalam negeri Johor dan pelan kerajaan bagi memastikan manfaat Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura ini menerima kesan limpahan ke daerah lain di negeri Johor.
Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Kota Iskandar, Tiram dan juga Puteri Wangsa atas soalan-soalan yang diajukan dan ia menjurus kepada manfaat JS-SEZ kepada Bangsa Johor. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, niat, hasrat dan matlamat utama kerajaan negeri dalam membangunkan JS-SEZ adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Johor melalui penyediaan peluang-peluang pekerjaan berpendapatan tinggi. Peluang-peluang pekerjaan ini akan terhasil Insya-Allah melalui pelaburan berkualiti tinggi dalam pelbagai sektor ekonomi. Selain itu, rakyat tempatan juga berpeluang untuk terlibat dalam sektor keusahawanan bagi melengkapkan rantaian ekosistem tersebut. Sebagai contoh, baru-baru ini Yang Berhormat Datuk Speaker, saya telah merasmikan pembukaan Kilang Retech (M) Sdn Bhd yang menghasilkan mesin x-ray berteknologi tinggi di Iskandar Puteri baru-baru ini. Syarikat ini menggunakan pekerjaan berkemahiran tinggi yang telah secara langsung menawarkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi untuk graduan-graduan Johor. Saya dimaklumkan bahawa gaji purata yang ditawarkan adalah sebanyak RM4,000.00 sebulan. Ini adalah satu contoh dan 99% daripada pekerja-pekerja di Retech itu adalah rakyat Johor atau pun rakyat Malaysia, locals. Inilah contoh Yang Behrormat Datuk Speaker, pelaburan berkualiti tinggi yang boleh dilipatgandakan melalui inisiatif JS-SEZ ini. Di samping itu, inisiatif ease of movement di pintu-pintu masuk Johor-Singapura akan memberi manfaat langsung kepada sektor pelancongan bukan sahaja di kawasan JS-SEZ
bahkan akan turut memberi limpahan kepada daerah-daerah lain di seluruh negeri Johor seperti Mersing, Kota Tinggi, Muar dan Segamat. Untuk Kota Iskandar, saya yakin untunglah dia, beliau ada satu kawasan ecotourism dekat Kampung Sungai Melayu. Kita juga, maaf Yang Berhormat Datuk Speaker, ini kerana inisiatif tersebut bukan sahaja memberikan kemudahan kepada 6 juta rakyat Singapura untuk datang melancong di negeri Johor tetapi turut menarik pelancong-pelancong yang masuk melalui Singapura. Yang Berhormat Datuk Speaker, di samping itu terdapat juga aktiviti-aktiviti di daerah-daerah lain seperti penghasilan produk-produk pemakanan yang menyumbang kepada food security atau keterjaminan makanan yang boleh menggunakan inisiatif di kawasan JS-SEZ sebagai pusat pengumpulan agihan import dan eksport. Kita juga menggariskan sasaran mikro dan indikator yang hendak dicapai melalui pembangunan JS-SEZ di mana, ia mampu menjadi pemangkin atau pun booster kepada kejayaan agenda Maju Johor 2030 sebagaimana berikut: Pertama, kita mensasarkan KDNK sebanyak RM260 billion melalui pertumbuhan tahunan sebanyak 7%. Kedua, pendapatan isi rumah purata sebanyak RM13,000.00 sebulan. Ketiganya, Insya-Allah 400,000 peluang pekerjaan baharu yang berpendapatan tinggi. Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh menggunakan platform sesi libat urus nanti yang akan diadakan oleh kerajaan negeri dan Kementerian Ekonomi pada awal Jun tahun ini untuk memberikan cadangan dan pandangan yang sememangnya dialu-alukan. Terima kasih
Yang Berhormat Datuk Speaker.
Iskandar Puteri.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Yang Amat Berhormat Menteri Besar pernah melabelkan saya sebagai penjaga sempadan, Indonesia dan Singapore. Kerana ada Puteri Harbour dan Kompleks CIQ KSAB. Soalan saya, apakah jaminan dari segi keselamatan kerana Forest City SFZ ini berada di Forest City. Forest City ini berada di DUN Kota Iskandar, Parlimen Iskandar Puteri. Ada 12 kampung tradisional khas nelayan berhampiran di Forest City. Apakah jaminan dari segi keselamatan Datuk Speaker khasnya nelayan-nelayan yang beroperasi di kawasan Second Link dan berhampiran Forest City, sedangkan sekarang pun, Police Coast Guard Singapore, berleluasa, tergelincir sedikit nelayan ke sempadan, dihalau, ditarik, dianggap ceroboh. Saya mohon kepastian daripada kerajaan negeri, jangan perkataan special itu hanya special kepada satu pihak sahaja dan tidak special kepada orang tempatan khasnya di dalam Kota Iskandar. Saya bimbang, kalau benda ini tidak dijelas dengan sejelas-jelasnya, kebanyakan nelayan-nelayan bukan sahaja di Kota Iskandar tetapi di, Tok Jeff di mana? Di Kukup, Serkat dan lain-lain lagi, akan terganggu dari segi pengoperasian untuk mereka sebagai nelayan mencari makan di kawasan ini, itu yang pertama. Yang keduanya, apa jaminan kerajaan, apabila SFZ, JS-SEZ dan SFZ ni dilaksanakan, tentang pengawalan harta tanah, maksud saya, dari segi kenaikan harta tanah, yang akan relate kepada projek perumahan. Adakah kita mampu untuk membeli rumah-rumah yang berharga RM300,000.00, RM500,000.00, berjuta. Dan ini akan effect. Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya benda ini kita lihat supaya tak special kepada sesuatu pihak. Terima kasih.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat, penjaga sempadan, Yang Berhormat Kota Iskandar. Yang Berhormat Datuk Speaker, seperti yang saya sebut tadi, apa sahaja keputusan ataupun cadangan yang dibuat oleh kerajaan negeri, niat kita sentiasa adalah untuk rakyat dan Bangsa Johor. Itu niat kita. Menaik taraf hidup
mereka, memastikan mereka tidak ketinggalan di dalam arus pembangunan tersebut dan dua perkara yang telah dilontarkan oleh Yang Berhormat Kota Iskandar, pertamanya ialah dari segi keselamatan nelayan-nelayan. Yang Berhormat Datuk Speaker, kebetulan, saya dengan EXCO Buloh Kasap, baru sahaja berjumpa dengan Persatuan Nelayan Johor baru-baru ini. Kota Iskandar pun ada masa tu. Dan dalam perbincangan, Alhamdulillah pelbagai inisiatif dan insentif yang disalurkan bukan sahaja oleh kerajaan negeri tetapi juga oleh kerajaan persekutuan. Dari segi keselamatan, Yang Berhormat Kota Iskandar, perkara ini, semestinya perlu dilontarkan dalam sesi dialog libat urus, bila kita berjumpa dengan Kementerian-Kementerian berkenaan. Untuk makluman sidang Dewan ini, 18 Kementerian terlibat dalam perbincangan untuk memastikan semua perkara-perkara yang dilontarkan oleh semua pihak diambil kira. 18 Kementerian ini, Yang Berhormat Speaker. Keduanya, dari segi perumahan, ini juga satu kerisauan bukan oleh Kota Iskandar sendiri, saya juga telah berbincang dengan Yang Berhormat Bukit Permai, Dato’ Jafni tentang perkara ini, kita pun risau masa Yang Berhormat Benut dan saya pergi ke Singapura baru-baru ini, bukan sahaja rakyat tetapi pelabur-pelabur sudah mula mengeluh, mengatakan spekulasi sudah berlaku dan harga hartanah semakin naik. Jadi, dari segi competitiveness pun akan menjadi satu perkara yang perlu kita perhalusi. Dari segi perumahan, Kota Iskandar, kita perlu berpakat dan berbincang dengan KPKT supaya lebih banyak rumah-rumah mampu milik perlu kita bina di kawasan SEZ ini. Kita juga perlu ada dasar-dasar untuk mengekang daripada spekulasi berlaku. Kita pun tak nak tanah, harga tanah naik dan akhirnya, rakyat Johor sendiri tak mampu, ada mekanisme-mekanisme exaction, Yang Berhormat Kota Iskandar ataupun Tan Sri SS, boleh kita fikirkan premium-premium tertentu untuk mengekang mana-mana pihak untuk membuat spekulasi, yang akan melibatkan, yang akan menjadikan harga tanah di Johor meningkat. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.
Saya jemput, Puteri Wangsa.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Yang Amat Berhormat selari dengan hasrat Yang Amat Berhormat untuk menjadikan Johor sebagai The Shenzhen Of South East Asia. Saya rasa JS-SEZ ni perlu juga menjadi Regional Hub untuk ekonomi bukan sekadar antara Johor dan Singapura tetapi negara ASEAN, secara, negara-negara ASEAN. Juga selari dengan hasrat dan komitmen Johor untuk menjadi Pengerusi ASEAN 2025, soalan saya, sekiranya Kerajaan Negeri Johor ada apa-apa inisiatif ataupun rangka kerja untuk memastikan agar JS-SEZ ini akan menjadi platform pelaburan bukan sahaja daripada Singapura tetapi negara-negara ASEAN dan juga juga platform ekonomi utama yang menghubungkan peniaga-peniaga di negeri Johor tidak kira peniaga besar, micro, kecil dan sederhana dengan negara-negara ASEAN. Selain itu, Yang Berhormat Datuk Speaker dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, dengan hasrat Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mengadakan sesi libat urus bersama semua ADUN, sekiranya ada rancangan untuk mewujudkan juga Jawatankuasa Khas JS-SEZ, yang akan dipengerusikan oleh Menteri Besar dan juga dianggotai oleh EXCO-EXCO dan juga ADUN-ADUN, tidak kira dari kerajaan, pengimbang dan juga industri-industri dalam negeri Johor, agar projek besar JS-SEZ ini akan mendapat input daripada semua pihak bukan sekadar satu kali tetapi secara berpanjangan. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.
Yang Berhormat Speaker, terima kasih saya ucapkan kepada Puteri Wangsa, atas soalan tambahan tersebut. Memang niat kita, is to be the next Shenzhen and
Shenzhen is open to the world, bukan sekadar ASEAN, tetapi kepada dunia secara keseluruhan. Dan pada masa sama, saya perlu mengingatkan diri saya, bahawa Shenzhen itu, transformasinya berlaku dalam masa 4 dekad, bukan setahun, bukan dua tahun tetapi 40 tahun. Tetapi, starting point mereka berbeza, saya tak jangka bahawa kejayaan Johor untuk menjadi The Next Shenzhen, akan mengambil masa yang terlalu lama, sebab dari segi infra, dari segi kelebihan-kelebihan yang saya sebut tadi, Insya-Allah akan memendekkan transformasi kita di SEZ Johor-Singapore ini. So Rome was not built in a year, Yang Berhormat. Dari segi positioning kita, untuk menarik pelabur-pelabur daripada negara-negara lain, dari ASEAN dan juga luar ASEAN. Di peringkat MITI, sudah ada perbincangan antara quick win YB Perling, Timbalan Menteri untuk mengadakan sesi libat urus dengan negara-negara luar dan juga sesi promosi-promosi khas untuk kawasan JS-SEZ ini, dan kolaborasinya bukan sahaja dengan Johor tetapi dengan rakan-rakan kita di Singapura. Itu persefahaman awal yang ada, tidak cukup dengan itu, saya difahamkan bahawa tahun depan akan bermula Mesyuarat ASEAN, di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah. Dan pelbagai Kementerian sudah berjumpa dengan kerajaan negeri untuk Johor membantu menjadi tuan rumah contohnya, Menteri Pelancongan, YB Raven pun tahu bahawa mereka, Insya-Allah akan melaksanakan program tersebut, Mesyuarat ASEAN Menteri-Menteri Pelancongan pada bulan Januari tahun depan. Menteri-Menteri Perdagangan juga akan hadir di Malaysia, tak salah saya, Yang Berhormat Perling bulan 3 ataupun bulan 4 tahun depan dan mereka juga memilih Johor sebagai salah satu venue utama untuk mengadakan mesyuarat tersebut. Jadi, Insya-Allah dari segi positioning, dari segi branding, sedang kita usahakan. Jawatankuasa SEZ yang dilontarkan oleh Yang Berhormat, kita dah ada 8 working group di peringkat persekutuan, dari segi negotiation ataupun perundingan dengan Singapura, Johor stand behind the leadership of the country, yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan diketuai oleh Kementerian Ekonomi buat masa ini. Jadi, segala maklum balas, perbincangan dan sebagainya kita kena salurkan mengikut saluran yang disebutkan itu, tetapi di peringkat negeri, kita terbuka dengan apa yang dicadangkan itu supaya semua pandangan-pandangan dapat kita pertimbangkan dan seperti yang saya sebut tadi, Insya-Allah kita akan bermula dengan Wakil-wakil Rakyat, Pegawai-pegawai Daerah, ketua-ketua jabatan, supaya mereka semua dapat memberi input yang sepatutnya, Insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.
Dijemput Yang Berhormat Benut.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 8. Minta dinyatakan cabaran kepada kerajaan negeri bagi menjayakan Rancangan Zon Ekonomi Khas (JS-SEZ) serta langkah-langkah yang diambil dalam mencapai matlamat tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Benut atas soalan berkenaan cabaran dan langkah-langkah dalam menjayakan Rancangan JS-SEZ. Saya percaya Yang Berhormat Datuk Speaker, sebenarnya soalan ini, Yang Berhormat Benut dah ada jawapan dia kerana beliau sentiasa, Alhamdulillah bersama-sama kerajaan negeri dalam sesi-sesi perbincangan dengan mereka di Singapura, pelabur-pelabur dan juga dengan kerajaan di peringkat persekutuan, namun saya akan cuba kalau tak betul, Yang Berhormat Benut tolong betulkan.
Dalam menjayakan agenda JS-SEZ ini pastinya terdapat pelbagai cabaran Yang Berhormat Datuk Speaker, yang perlu kita hadapi. Saya ingin merujuk kembali jawapan saya tentang hasil lawatan saya ke Shenzhen, secara khususnya berkaitan 4 resepi yang dikongsikan oleh Secretary Meng. Resepi-resepi tersebut juga, bagi saya merupakan cabaran-cabaran yang perlu ditangani, cabaran mendapat sokongan semua pihak, cabaran reformasi bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif, cabaran keterbukaan untuk melabur, menarik pelabur masuk ke Johor, cabaran pembaharuan dan inovasi untuk kekal berdaya saing. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga yakin bahawa cabaran-cabaran ini, adalah selari dengan mungkin cabaran-cabaran yang dilihat oleh Yang Berhormat Benut, dan antara cabaran utama ialah untuk mengubah pemikiran dan mentaliti penggubal dan pelaksana dasar untuk menerima hakikat bahawa JS-SEZ ini adalah sesuatu yang special, sesuatu yang istimewa dan bukanlah semata-mata zon ekonomi yang biasa. Ia adalah Special Economic Zone bukan another economic zone. It’s not just another economic zone. Justeru, ia menuntut kepada insentif yang istimewa serta polisi yang juga istimewa kerana JS-SEZ ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada kita di negeri Johor, saya yakin dan percaya ia merupakan pemangkin atau pun booster kepada pembangunan ekonomi negara yang kita cintai ini. It will be a new economic growth engine for the country, dengan izin.
Cabaran kedua ialah persediaan dari segi infrastruktur seperti jalan raya, utiliti, air, sistem saliran dan jaringan pengangkutan awam kerana ia penting untuk menyokong pertumbuhan ekonomi.
Ketiga, penyediaan tenaga kerja mahir. Ini kerana pelabur yang berkualiti tinggi memerlukan tenaga-tenaga kerja yang mahir yang tersedia bagi menampung keperluan mereka.
Keempat, cabarannya ialah untuk mengurangkan karenah birokrasi dalam memperkemas urus tadbir kerajaan. Ini termasuk inisiatif-inisiatif bagi memudahkan urusan perniagaan melalui reformasi polisi yang lebih mesra pelabur.
Kelima, cabaran spekulasi hartanah seperti yang disebut oleh Kota Iskandar tadi, yang bukan sahaja boleh meningkatkan kos memulakan perniagaan tetapi juga memberikan kesan peningkatan harga-harga rumah yang boleh membebankan rakyat.
Yang Berhormat Datuk Speaker, setiap cabaran tersebut sedang diperhalusi dan diteliti agar ia dapat ditangani. Antara langkah-langkah segera untuk menangani sebahagian daripada cabaran tersebut sebagai contoh adalah melalui penubuhan Invest Malaysia Facilitation Centre Johor (IMFC). IMFC ini bertujuan menyatu dan menyelaraskan semua aspek berkaitan pelaburan di Malaysia serta memudahkan urusan komuniti perniagaan dan pelaburan di sektor perkilangan serta sektor perkhidmatan terpilih, termasuk dari segi penyediaan tenaga kerja mahir...dipanggil Invest Malaysia Facilitation Centre. Yang Berhormat Perling kalau boleh kita jadikan bukan Invest Malaysia lah, Iskandar Malaysia Facilitiation Centre, kalau boleh. IMFC di Johor ini akan menyatu dan akan menyelaraskan semua agensi-agensi persekutuan dan negeri di bawah satu bumbung. Persekutuan harapan kepada IMFC ini, adalah supaya para pelabur yang berhasrat melabur di negeri Johor khususnya di kawasan JS-SEZ kelak, hanya perlu merujuk kepada satu pusat pemudah cara bagi mendapatkan maklumat serta kelulusan berkenaan pelaburan mereka.
Yang Berhormat Datuk Speaker, insyaAllah saya yakin walaupun terdapat pelbagai cabaran sebagaimana Yang Berhormat Benut sedia maklum, untuk menjayakan agenda JS-SEZ ini, saya percaya ia dapat diatasi dengan kerjasama, komitmen dan tekad yang jitu hasil kebersatuan yang tak ubah seperti serumpun bak serai, sejunjung bak sireh dari pelbagai
peringkat termasuk kerajaan persekutuan, negeri dan sokongan seluruh Bangsa Johor, Insya-Allah.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat di atas penjelasan dan saya kira ianya juga berguna kepada semua Ahli-Ahli Dewan. Iyalah Yang Berhormat orang kata berat mata memandang, lagi berat bahu memikul. Saya faham sangat perkara itu. Benar kalau kita ada IMFC ini, sama ada Iskandar ataupun Invest Malaysia Facilitated... Facilitation Centre ini dapat memudah cara banyak perkara, dapat memberi banyak orang kata ruang untuk memperjelaskan persoalan-persoalan berbangkit. Ada kita juga mendengar saranan daripada soalan-soalan awal terhadap teguran Ahli Yang Berhormat supaya dalam usaha kita nak menjadikan negara kita ini... negeri kita ni, kata PM negeri Johor dijangka menjadi negeri termaju di Malaysia dalam tempoh satu, dua tahun. Itu adalah satu lagi beratlah bahu Yang Amat Berhormat. Walau bagaimanapun kita belajar daripada pengalaman yang lepas.
Menyentuh kepada soalan ini Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin bertanya sama ada Yang Berhormat sudah memulakan untuk menggemblengkan, agensi-agensi milik kerajaan negeri seperti JCorp atau pun ini apa nama... KPRJ, PDT, agensi-agensi yang mempunyai kepentingan kerajaan dalam meletakkan mereka sebagai strategic partner untuk menyambut saranan ataupun usaha untuk menjadikan Johor ini sebagai Special Economic Zone. Ini termasuk kerana IMFC di peringkat MITI pun ada juga, di peringkat IMFC di Johor pun ada juga. Jadi kita tak mahu akhirnya IMFC di peringkat MITI tu yang lebih menguasai atau pun meraih sebarang faedah, kerana banyak aje syarikat-syarikat GLC, bukanlah kita mengatakan itu bukan tidak baik atau perkara tidak baik. GLC-GLC daripada luar yang meraih faedah. Jadi adakah dalam usaha-usaha ke hadapan ini Yang Berhormat sedang memikirkan tentang GLC-GLC kita dan yang lebih pentingnya ialah Invest Johor itu, apakah rancangan Yang Amat Berhormat bila Invest Johor ini menjadi salah satu daripada pihak yang paling penting dalam menggerakkan Special Economic Zone ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya dah agak dah dia ada curve on dari segi soalan dia. (Ketawa). Dari segi penglibatan GLC-GLC Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat Benut, kita sudah melibatkan JCorp dan dari segi lawatan kita ke Shenzhen pun, pihak JCorp terlibat bersama kerana kita pun tahu dia ada banyak kawasan dari segi untuk menarik pelabur-pelabur masuk ke Johor, antaranya di Sedenak (IBTEC) Ibrahim Technopolis, tanahnya agak luas dan saya tengok mereka ke depan bila berjumpa dengan rakan-rakan di luar negara. Cuma saya setuju bahawa lebih banyak GLC-GLC perlu dilibatkan dalam kita terus ke depan untuk memastikan mereka tidak ketinggalan. Jadi buat masa ini JCorp dan atas saranan Yang Berhormat Benut, kita akan libatkan juga GLC-GLC lain.
Dari segi peranan Invest Johor Yang Berhormat Datuk Speaker, sudah ada perbincangan di peringkat agensi tersebut yang mungkin akan dibentangkan lebih lanjut oleh Yang Berhormat EXCO Pelaburan, YB Lee Ting Han untuk kita corporatised kan Invest Johor. Dan Insya-Allah agenda itu akan siap Tan Sri SS pada tahun ini bagi memastikan bahawa Invest Johor kekal relevan dan juga kompetitif dalam kita berdepan untuk menjayakan agenda Johor-Singapore Special Economic Zone insya-Allah.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.
Saya jemput Yang Berhormat Panti.
Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 9.
Apakah strategi khusus kerajaan negeri untuk memperkukuhkan hubungan antara pelbagai komuniti etnik dan kebudayaan yang terdapat di negeri Johor?
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Panti.
Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum saya menjawab soalan mengenai Yang Berhormat daripada Yang Berhormat Datuk Panti, saya ingin... izinkan saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada pagi ini, dia mula jawab soalan daripada pukul 9:30 dan sekarang dah lebih kurang 10:45, lebih kurang 1 jam 15 minit hanya mengenai JS-SEZ. Ini menunjukkan keseriusan Yang Amat Berhormat mengenai JS-SEZ. (Dewan bertepuk). And untuk kawan-kawan daripada pihak kerajaan mahu pun pengimbang, saya boleh voice di sini yang Yang Amat Berhormat Menteri Besar will make sure there’s no stone left unturned dari segi JS-SEZ. Tahniah Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat Panti soalannya adalah apakah strategi khusus kerajaan negeri untuk memperkukuhkan hubungan antara pelbagai komuniti etnik dan kebudayaan yang terdapat di negeri Johor.
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor di bawah Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor telah merangka program dan aktiviti perpaduan selari dengan teras Maju Johor dan Pelan Pembangunan Mampan Negeri Johor 2030 dalam memperkukuhkan hubungan antara pelbagai komuniti etnik dan kebudayaan yang terdapat di negeri Johor.
Antara program yang difokuskan adalah kepada pengukuhan silang budaya bagi menyemarak semangat perpaduan, patriotik, jati diri, keharmonian agama, keselamatan kejiranan dan kesejahteraan ekonomi komuniti untuk rakyat Johor berbilang bangsa, agama dan budaya. Program ini merupakan program yang lebih berfokus dan strategik dengan pelaksanaan secara menyeluruh dan bersepadu dengan melibatkan semua pihak daripada agensi kerajaan, bukan kerajaan dan swasta. Semua pihak akan bekerjasama mengadakan promosi dan mempergiatkan program-program perpaduan dengan lebih berkesan dan sistematik.
Selain itu, program dan aktiviti yang dirangka ini berpandukan teras strategik Dasar Perpaduan Negara bagi mengukuh serta memelihara perpaduan melalui strategik-strategik khusus agar perpaduan menjadi budaya dan amalan hidup yang difahami, dihormati dan diterima oleh semua rakyat Malaysia. Melalui pendekatan ini, semua pihak berganding bahu mempertingkatkan usaha dan menjalankan program perpaduan dengan lebih berkesan dan sistematik supaya setiap lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang dapat merasai, memahami, menghormati dan menerima hubungan harmoni antara kaum di negara ini.
Antara strategi khusus kerajaan negeri untuk memperkukuhkan hubungan antara pelbagai komuniti etnik adalah melalui aktiviti di bawah program silang budaya negeri Johor yang telah diperkenalkan kepada golongan muda. Ia bukan sahaja untuk meningkatkan kesedaran, kefahaman dan pengetahuan dalam kalangan Bangsa Johor mengenai keunikan dan kemajmukan budaya rakyat Malaysia. Ia juga mampu mengukuhkan hubungan kaum dalam kalangan rakyat berbilang kaum.
Untuk tahun 2024, pra-pelancaran program silang budaya telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan fasa pertama program silang budaya ini akan melibatkan kerjasama antara Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk mengenal pasti
penyertaan 56 buah sekolah di 56 Dewan Undangan Negeri. Jurulatih program silang budaya juga telah dilantik dalam kalangan tenaga pengajar sekolah.
Yang Berhormat Datuk Speaker, pelaksanaan aktiviti berbentuk silang budaya amat penting diterapkan di kalangan pelajar sekolah yang berbilang kaum dan program ini telah memberi fokus kepada gerak kerja dan pelaksanaan Kelab Rukun Negara di sekolah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan juga Sekolah Menengah.
Modul silang budaya ini merupakan bahan rujukan pengajaran dan pembelajaran bagi proses integrasi dari aspek kepelbagaian budaya dan adat resam, kecintaan kepada negara serta penerapan nilai-nilai moral dan sivik di kalangan generasi muda terutamanya pelajar sekolah. Kandungan modul silang budaya merangkumi Sub-modul moral dan sivik; kedua elemen budaya; ketiga adat resam; dan keempat elemen kenegaraan.
Berikut adalah kaedah-kaedah perlaksanaan yang perlu dijalankan iaitu :-
1. Perbincangan meja bulat Modul Silang Budaya. 2. Bengkel Kejurulatihan Fasilitator Modul Silang Budaya. 3. Kem Modul Silang Budaya. 4. Model Silang Budaya di sekolah. 5. Kajian keberkesanan program Silang Budaya di sekolah negeri Johor tahun 2024. 6. Anugerah Sekolah Silang Budaya.
Seterusnya, di negeri Johor, Jawatankuasa Keharmonian antara penganut agama negeri Johor menjadikan sebagai salah satu lagi strategi untuk memperkukuhkan hubungan antara pelbagai komuniti etnik dan kebudayaan yang merupakan sebagai platform untuk mendamping dan mendidik penganut-penganut antara agama dalam kalangan rakyat Johor agar keharmonian terus dipertingkatkan.
Antara fungsi keharmonian penganut agama antara negeri adalah :-
1. Menyediakan ruang perbincangan bagi jalan penyelesaian ke atas isu agama yang berbangkit melalui perjumpaan dan dialog. 2. Memastikan pelaksanaan program dan aktiviti dijalankan dalam suasana harmoni dan sejahtera bagi meningkatkan interaksi. 3. Memupuk semangat penerimaan dan persefahaman antara penganut pelbagai agama dalam menghadapi cabaran masa kini.
Antara terma rujukan jawatankuasa ini adalah seperti berikut :-
1. Membentuk platform yang terdiri daripada pemimpin agama, badan atau persatuan agama serta lain-lain pihak berkepentingan. 2. Memantapkan iklim perhubungan yang baik dalam kalangan pemimpin serta penganut pelbagai agama berteraskan semangat saling hormat-menghormati dan kerjasama di semua peringkat. 3. Menggalakkan semua penganut pelbagai agama memahami dan menghormati Perlembagaan Persekutuan. 4. Meningkatkan penghayatan rakyat kepada nilai-nilai agama selaras dengan prinsip Rukun Negara. 5. Meningkatkan kefahaman mengenai kepelbagaian agama, budaya dan adat resam agar menjadi sumber kekuatan negara dan masyarakat. 6. Memastikan permasalahan yang timbul antara penganut pelbagai agama dapat dibincangkan, diselesaikan dengan cara yang baik. Terima kasih.
Ya. Sila, YB Panti.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang padat tadi. Soalan saya, apakah strategi atau pun inisiatif program yang dinyatakan tadi sudah ambil kira mereka yang berhijrah dari negara luar mungkin bekerja di sini atau dalam apa 2nd home program dan sebagainya mungkin mereka dari negara ataupun benua Eropah, timur tengah ataupun China dan sebagainya sebab ada kes kalau kita di negara kita, kita kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain kalau di hari perayaan kita, kalau sesuatu bangsa atau kaum itu merayakan dengan bermain mercun dan sebagainya, kita mungkin tiada masalah eh, mungkin dalam Tahun Baru Cina ataupun Hari Raya Aidilfitri, jiran-jiran jika ada bermain mercun sampai malam. Tapi ada kes yang apa, bangsa daripada atau pun kaum daripada benua lain dia tidak faham dia kata itu mengganggu mereka tidur dan sebagainya, ataupun jika apa yang dinyatakan tadi tidak mengambil kira mereka adakah ada program khas untuk mereka supaya lebih memahami budaya serta adab atau tradisi kita masyarakat di Malaysia ataupun di Johor ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Panti atas soalan tambahan.
Saya rasa Yang Berhormat Panti risau agar dengan kemasukan expatriate atau warga asing ke negeri Johor. Adakah mereka boleh duduk dalam nilai keharmonian seperti yang diamalkan di negeri kita.
Yang Berhormat Panti, Yang Berhormat Datuk Speaker, setakat ini Jabatan Perpaduan sebenarnya tiada melaksanakan sebarang program khas melibatkan warga asing untuk aktiviti-aktiviti perpaduan. Jabatan Perpaduan fokus kepada komuniti dalam Rukun Tetangga. Namun, bila kita cakapkan dari segi expatriate dan juga warga asing, saya percaya semangat perpaduan harus dipupuk sejak usia muda sebagaimana pepatah Melayu menyatakan, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Apa-apa program yang kita wujudkan misalnya program Silang Budaya kita telah mewujudkan untuk di peringkat sekolah pada tahun ini dan mungkin kita bila kita katakan expatriate kita akan mungkin panjangkan dia di sekolah-sekolah swasta yang kebanyakan anak-anak expatriate yang belajar yang kita mungkin akan boleh memanjangkan modul silang budaya kita kepada sekolah-sekolah swasta.
Selain itu juga, kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan perpaduan, kerajaan persekutuan, Kementerian Perpaduan, kita akan mengadakan Sambutan Minggu Perpaduan pada 23 hingga 26 Mei di Angsana Mall, Johor Bahru. Dalam program Minggu Perpaduan ini adalah dijalankan untuk menyemarakkan semangat patriotik dan memperkukuhkan hubungan antara pelbagai etnik dan kebudayaan. Ini boleh jadi salah satu modul bagaimana expatriate boleh akan datang tengokkan apa bagaimana, kita akan ada makanan pelbagai etnik, sukan pelbagai, bicara intelek, antara belia, DJ corner, wawancara, kelestarian, keselamatan, perpaduan dan keharmonian negara. Kita juga akan adakan Program Kebudayaan Silang Budaya yang melibatkan Program Silang Budaya dan juga akan melibatkan pendidikan perpaduan yang akan melibatkan Tabika Perpaduan dan juga swasta aktiviti-aktiviti berkaitan pendidikan awal kanak-kanak, eksplorasi Rukun Negara, pameran atau agensi atau swasta, pameran etnik juga akan dijalankan iaitu seperti rumah kami, pameran pelbagai etnik di Malaysia, Rumah Panjang, Rumah Orang Asli, pameran agensi kerajaan atau mahupun swasta.
Program-program yang dijalankan Sambutan Minggu Perpaduan ini, sedikit sebanyak akan membawa lebih banyak manfaat kepada penduduk Malaysia mahu pun expatriate yang dimaksudkan oleh YB Panti sebab mereka boleh dalam tiga hari itu datang tengok macam
mana keharmonian diwujudkan di negeri Johor dan juga Malaysia. Tetapi, apa yang dikatakan oleh YB Panti, kita akan ambil perhatian, kita akan dari masa ke semasa memperbaiki apa yang kita modul, kita boleh kita jalankan. Terima kasih.
Dijemput, YB Tiram.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Soalan Tiram nombor 10.
Semasa ucapan YB Dato' EXCO dalam sesi penyerahan sijil menduduki PPR Sg Tiram, dinyatakan bahawa terdapat hampir 2,000 permohonan. Ini menunjukkan keperluan PPR sangat mendesak. Adakah kerajaan negeri berhasrat untuk memohon lagi pembinaan PPR di Johor khususnya di DUN Tiram?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Maju Johor.
Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Tiram berbunyi, nyatakan bahawa terdapat lebih 2,000 permohonan ini menunjukkan keperluan PPR sangat mendesak. Adakah kerajaan negeri berhasrat untuk memohon lagi pembinaan PPR di Johor khususnya di DUN Tiram?
Betul. Baru-baru ini dalam penyerahan PPR Tiram sebanyak 1,115 permohonan. PPR Permas di Cahaya Senibong, 1,768 permohonan. Dua jumlah ini 2,883 permohonan. Maknanya rakyat Bangsa Johor memang keperluan untuk PPR sangat mendesak.
Untuk makluman Yang Berhormat Datuk Speaker dan Dewan yang mulia ini, secara keseluruhannya terdapat 13 PPR di seluruh negeri Johor dengan jumlah 11,511. Tahun ini di peringkat kerajaan bersama KPKT kita telah berjaya menyelesaikan isu projek PPR sakit untuk PPR Cahaya Senibong Permas dengan PPR Sungai Tiram ini adalah antara PPR yang sudah 3 tahun terbengkalai. Dan alhamdulillah, tahun ini 2 PPR ini iaitu PPR Cahaya Senibong 400 unit dan PPR Sungai Tiram, 700 unit telah mula diserahkan pada bulan lepas dan bulan Mei.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, alhamdulillah terdapat 4 PPR yang sedang dalam pembinaan.
1. PPR Bandar Tenggara, Kluang 400 unit. Yang ini 99% siap dijangkakan Q3 2024 akan mula diadakan pengundian dan diserahkan. 2. PPR Sembrong, Kluang, 400 unit. Yang ini peratus pembinaannya baru sekitar 11.9%. Yang ini tahun depan bulan Disember tahun 2025. 3. PPR Pengerang Kecil, Kota Tinggi. Ada 300 unit. Yang ini sudah mencecah 97.29%. Insya-Allah Q3 tahun 2024 akan mula diundi dan diserahkan. 4. Dan PPR ke-4 yang dalam pembinaan ialah PPR Masai, Johor Bahru. Jumlah dia 330 unit. Peratus siap 74%. Kontraktor asal telah ditamatkan dan pihak KPKT sedang melantik kontraktor berpengalaman.
Jadi tadi ada 13 PPR lama, campur 2 PPR iaitu PPR Permas dan PPR Ulu Tiram, PPR yang baru 1,100 unit. Dan ada 4 PPR iaitu tadi di Tenggara, di Sembrong, di Pengerang Kecil dan Masai 1,430 unit. Jadi keseluruhan ada 19 PPR. Dan alhamdulillah, dan Insya-Allah Johor akan menerima 2 lagi projek PPR iaitu satu di Kluang dan satu di Larkin. 2 Projek PPR baru ini akan dilaksanakan proses kajian nilai. Kajian kejuruteraan dan semakan nilai oleh pihak KPKT bagi memperincikan skop dan kos pembangunan bagi tujuan penyediaan dokumen tender pada tahun ini. Dan Insya-Allah tahun ini peringkat kerajaan telah menghantar permohonan senarai tapak yang baru. Terima kasih.
Ya, sila.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ EXCO di atas penjelasan itu tadi. Saya mengharapkan agar ada ruang dan peluang untuk dibawa lagi PPR ke kawasan DUN Tiram pada masa akan datang.
Dan soalan tambahan daripada saya, sebelum itu saya ucapkan terima kasih jugalah di atas penyelesaian isu PPR Sungai Tiram ini yang mana 700 pintu yang ada di kawasan tersebut dan penduduk yang telah layak menduduk telah pun mula berpindah masuk ke PPR tersebut.
Soalan tambahan daripada saya, apakah ada perancangan daripada pihak kerajaan negeri melalui PKPJ untuk mengubah terma ataupun membuat perubahan kepada terma kependudukan rumah-rumah PPR ini daripada pendudukan sewa kepada sewa beli. Inilah antara rungutan dan pandangan daripada masyarakat yang dapat rumah PPR ini agar dilihat semula kaedah ini terma pendudukan itu supaya ditukar dipinda kepada kaedah sewa kepada sewa beli.
Dan yang kedua juga saya mohon untuk pihak kerajaan negeri melalui PKPJ untuk melihat terma syarat permohonan khusus untuk pemohon-pemohon yang berstatus bujang tetapi mereka-mereka inilah yang menanggung mungkin ibu dan ayah yang tinggal bersama mereka di rumah-rumah sewa agar diberi peluang untuk menduduki rumah PPR tersebut. Kerana kebanyakannya yang mengadu dengan saya yang bujang-bujang ini tak dapat. Tapi mereka ada menanggung ibu dan ayah di rumah sedia ada. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada YB. Saya jawab soalan untuk yang soalan yang nombor 2 dulu.
Untuk makluman, syarat permohonan PPR ini, pertama warganegara Malaysia, kedua mesti 18 tahun dan ke atas. Ketiga, mereka yang bujang yang telah berumur 50 tahun dan ke atas. Yang keempat, syarat gaji maksimum suami isteri atau suami atau isteri maksimum RM3,000. Dan menjawab soalan pada YB Tiram tadi, Insya-Allah dibolehkan, cuma boleh buat permohonan. Orang bujang eh, PPR ini ditawarkan khas untuk mereka yang B40 dan ke bawah. Syarat mandatori dia adalah mesti RM3,000 ke bawah. Mesti berkahwin. Tetapi untuk orang bujang, ada tanggungan ibu bapa 50 tahun boleh dibuat rayuan.
Yang kedua, tentang adakah PPR ini di peringkat kerajaan atau KPKT untuk sewa beli. Maknanya sewa ini mungkin dia bayar selepas 15 tahun mungkin dia akan jadi milik dia. Tadi saya dah jumlahkan setakat ini di Johor, negeri Johor ada 13 PPR dan ada 7 rumah sewa kerajaan atau dipanggil RSK. Jumlah dua ini dalam 14,000. Dan setakat ini dasar untuk makluman Dewan yang mulia ini, pembinaan PPR peruntukan dia adalah daripada kerajaan persekutuan iaitu KPKT. Dasar sebelum ini ditentukan oleh KPKT. Tetapi untuk pembangunan PPR yang baru tadi, dana Pembangunan yang PPR Tenggara, Sembrong dan Pengerang ini, ada keputusan kerajaan di peringkat perbincangan kerajaan negeri dengan persekutuan awal untuk dibuat dalam bentuk sewa beli. Dan untuk menjawab soalan YB Tiram tadi, dah tentulah untuk PPR di dalam bandar ini, kita setakat ini diperingkat KPKT mahu pun di peringkat kerajaan negeri tidak ada rancangan untuk menjadikan rumah PPR ini sebagai rent-to-own. Cuma PPR yang di luar bandar Insya-Allah akan boleh dipertimbangkan. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ingin mengalu-alukan kehadiran dua orang Pemerhati daripada Pejabat ADUN Kawasan Sungai Balang. (Dewan bertepuk).
Saya jemput Yang Berhormat Stulang.
Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 11.
Apakah status perkembangan kajian LRT di Johor Bahru?
Saya jemput Yang Berhormat Permas.
Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 12.
Bagi mengatasi kesesakan jalan raya yang semakin meruncing, apakah keputusan kerajaan sama ada membina BRT atau LRT?
Saya jemput Yang Berhormat Puteri Wangsa.
Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 13.
Sila.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi: Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera, salam Maju Johor. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Izinkan saya menjawab soalan daripada Yang Berhormat Stulang, Permas dan Puteri Wangsa bersekali kerana ianya berkaitan dengan perancangan pembangunan infrastruktur pengangkutan di negeri Johor.
Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan, Kerajaan Persekutuan pada tahun 2016 telah bersetuju dengan cadangan pembangunan Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit yang kini dikenali sebagai Iskandar Rapid Transit (IRT) bagi mengurangkan kesesakan trafik di bandar raya Johor Bahru. Walau bagaimanapun kerajaan Johor berpandangan projek IRT berasaskan sistem bas rapid transit ini tidak berupaya menangani masalah kesesakan di Johor Bahru untuk jangka masa panjang. Ini kerana terdapat 25% iaitu 13.79 kilometer daripada jajaran IRT ini akan bercampur dengan kenderaan biasa di atas jalan. Situasi ini akan mengganggu kecekapan pergerakan bas untuk tiba di stesen sekiranya menghadapi masalah jalan yang sesak. Perkara tersebut telah dibawa ke dalam mesyuarat Ahli-Ahli Pihak Berkuasa IRDA yang dipengerusikan bersama oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor pada 25 Oktober 2023 dan mesyuarat memutuskan supaya satu penilaian tahap kebolehlaksanaan atau pun feasibility study dan daya maju, viability dibuat antara BRT, ART (Autonomous Rapid Transit) dan juga LRT (Light Rail Transit) dalam menilai semua opsyen pengangkutan awam darat yang bersesuaian untuk dibangunkan di wilayah Iskandar Malaysia.
Pada 14 Disember 2023, Yang Berhormat Menteri Ekonomi telah mengarahkan satu jawatankuasa khas melibatkan Kementerian Ekonomi, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan juga Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ) bagi menyemak hasil analisa dan cadangan tersebut. Jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh KSU KE telah bersidang sebanyak dua kali pada 27 Disember 2023 dan 26 Januari 2024 termasuk mendengar pembentangan daripada 2 Konsortium yang mencadangkan sistem pengangkutan awam LRT dan transit aliran autonomous ataupun Autonomous Rapid Transit (ART). Antara asas pertimbangan yang ditekankan oleh kerajaan adalah sistem pengangkutan yang dibangun ini dapat disiapkan pada akhir Disember 2026 selaras dengan tarikh bermulanya operasi Rapid Transit System (RTS) yang menghubungkan Bukit Chagar ke Woodland, Singapura.
Kesesakan akan berlaku di stesen RTS Bukit Chagar sekiranya perkhidmatan penyuraian penumpang sama ada ART ataupun LRT tidak disiapkan selaras permulaan operasi RTS.
Laporan penilaian kebolehlaksanaan dan daya maju ART dan LRT telah diangkat kepada KE untuk dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri dan kerajaan negeri Johor menyokong cadangan pembinaan elevator ART atau EART untuk dibangunkan di bandar raya Johor Bahru bagi menggantikan sistem BRT yang dibatalkan oleh kerajaan persekutuan. Pada 15 April 2024 Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan cadangan tersebut turut telah diperkenan oleh ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor. Majlis Jemaah Menteri telah meluluskan perkara ini pada 24 April 2024 dan selanjutnya penilaian akan berlaku sehingga Ogos 2024.
Selanjutnya Puteri Wangsa juga bertanyakan status projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR). Kerajaan negeri Johor menyokong kepada pembinaan HSR ini kerana projek ini akan memberi impak positif kepada negeri Johor. Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor pada Disember 2023 juga turut bertitah supaya projek HSR ini disambung semula dengan jajaran Kuala Lumpur – Singapura. Pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia dan MyHSR Corporation Sdn. Bhd. memaklumkan telah menerima maklum balas kepada permintaan maklumat RFI yang dilancarkan oleh MyHSR Corporation pada Julai 2023. MyHSR Corporation telah melancarkan RFI bagi membolehkan sektor swasta mengemukakan secara rasmi cadangan konsep HSR KL - Singapura berdasarkan inisiatif kerjasama perkongsian awam swasta PFI mengikut reka bentuk, biaya, bina, kendali dan pindah. Perlaksanaan proses RFI ini juga menandakan inisiatif kerajaan dalam usaha melaksanakan semula projek HSR KL - Singapura menerusi mekanisme pembiayaan dan model perlaksanaan yang baru selain usaha untuk mempertingkat infrastruktur pengangkutan rel dan merancakkan ekonomi negara. Sekian, terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum dijawab secara lisan, akan dijawab secara bertulis dalam persidangan yang sama. Ahli-Ahli Yang Berhormat, persidangan ditangguhkan selama 20 minit.
Persidangan ditangguhkan pada jam 11.15 pagi.
Persidangan disambung semula pada jam 11.30 pagi.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Datuk Speaker.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Perbahasan terhadap Rundingan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor akan dijalankan selama 4 hari mulai hari ini, 12 Mei hingga 15 Mei 2024. Pihak kerajaan akan menggulung perbahasan pada 16 Mei 2024 dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan membuat penggulungan pada 19 Mei 2024.
Suka saya mengingatkan kepada semua Ahli Yang Berhormat supaya menjaga adab dan tatatertib ketika berada dan berbahas di dalam Dewan ini selaras dengan Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Johor Bilangan 45.
Rundingan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.Address / budget
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya akan menyeru nama kawasan Ahli-Ahli Yang Berhormat berdasarkan senarai giliran yang saya perolehi.
Untuk pencadang rundingan, masa yang akan diberikan ialah selama 40 minit, penyokong diberi masa 30 minit, Pengimbang Kerajaan diberi masa 30 minit manakala Ahli-Ahli Dewan yang lain akan diberi masa 20 minit. Bagi membolehkan lebih ramai Ahli Yang Berhormat dapat berucap, saya memohon kerjasama semua agar memenuhi masa yang diberikan.
Dijemput, Yang Berhormat Kukup, 45 minit.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahita’ala wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa Rundingan bahawa satu ucapan Menjunjung Kasih dipersembahkan kepada Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor seperti berikut: “Ampun Tuanku, adalah patik Speaker dan Ahli-Ahli Dewan Negeri yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor berangkat ke Dewan yang mulia ini dan seterusnya bertitah merasmikan pembukaan Penggal Persidangan Ketiga Bagi Dewan Negeri Johor Ke-15”. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada saya selaku pencadang bagi menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor. Saya juga ingin merafak sembah tahniah kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang di-Pertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim yang telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2024 yang lalu. Senjata terbilang bertatah disarung, menjadi alat membugar kampung, bahasa dijulang negara dijunjung, di bawah daulat Yang di-Pertuan Agong.
Yang Berhormat Datuk speaker, pertama kali saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas segala inisiatif yang diberikan kepada kerajaan negeri Johor menerusi Belanjawan 2024 yang sudah pasti akan menjadi tunjang utama dalam pembangunan negeri ini. Inisiatif yang telah dibentangkan itu membuktikan kerajaan persekutuan amat cakna dan telah mengambil kira aspek dan juga projek pembangunan yang amat diperlukan oleh rakyat negeri Johor setelah sekian lama menanti. Antara intipati yang diperuntukkan kepada Johor dalam Belanjawan adalah merangkumi keperluan asas rakyat seperti infrastruktur jalan, kesihatan, pendidikan, kemudahan asas dan peningkatan ekonomi. Ini sangat bertepatan dengan titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail yang mahu melihat kerajaan negeri meneruskan program-program menyantuni rakyat agar kesejahteraan sosial terjamin untuk semua bangsa Johor. Ini termasuk Program Bantuan Sosial, pembangunan infrastruktur yang mencukupi dan inisiatif pendidikan inklusif meliputi semua peringkat masyarakat. Antara inisiatif untuk Johor yang diumumkan menerusi pembentangan Belanjawan di antaranya pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 dan projek pelebaran Lebuh Raya Utara - Selatan daripada 4 kepada 6 lorong, dilanjutkan dari Sedenak ke Simpang Renggam dengan kos RM931 juta. Ini baharu di Johor, kalau kita dengar tadi pembentangan YAB Menteri Besar, Shenzhen telah ada 13 lorong, kita baharu merangkak menjadi 4 lorong, Alhamdulillah.
Selain itu, pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sains Islam Malaysia Fasa 1 di Kota Tinggi, Johor dengan kos RM938 juta dan penubuhan Pusat Pengajian Kecerdasan Buatan Pertama Negara iaitu Fakulti Kecerdasan Buatan AI di Universiti Teknologi Malaysia dengan peruntukan awal RM20 juta. Inisiatif lain adalah seperti melonggarkan syarat-syarat sedia ada bagi permohonan Malaysia My Second Home dan juga Pengerang Integrated Petroleum Complex dijadikan Hab Pembangunan Sektor Kimia dan Petrokimia dengan memberi pakej galakan cukai dalam bentuk kadar cukai khas atau elaun cukai pelaburan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Malaysia adalah pemain utama dalam dunia, dalam bidang ekonomi halal dan ekonomi Islam. Ini dibuktikan apabila Malaysia terus menerajui Indikator
Ekonomi Islam Global, GIEI bagi tahun kesepuluh berturut-turut. GIEI 2023 yang dikeluarkan dalam laporan State Of Global Islamic Economy disediakan oleh Dina Standard sebuah firma penyelidikan dan penasihat yang berpengkalan di Amerika Syarikat yang mengkhususkan dalam inovasi kerajaan, ekonomi halal, global dan ruang impak sosial. Laporan tahunan tersebut telah disokong oleh Jabatan Ekonomi dan Pelancongan Dubai menekankan Pembangunan dan Promosi Pensijilan dan Piawaian Halal Malaysia. Halal Development Corporation Berhad (HDC) berkata kedudukan Malaysia diikuti rapat oleh Arab Saudi, Indonesia dan UAE. Malaysia mendapat tempat pertama dalam sektor kewangan Islam, makanan halal dan media rekreasi halal. Ini turut disokong dengan kedudukan tempat kedua dalam modest fashion, tempat ketiga dalam pharmaceutical dan kelima dalam pelancongan.
Singapura adalah jiran tetangga kita menduduki tempat pertama dalam bidang pharmaceutical dan kosmetik dan sektor ini memberi nilaian tinggi dalam pemodenan ekonomi negara. Johor perlu lebih proaktif dalam aspek ini kerana ianya dapat memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi negara dan juga memberi sumbangan kepada KDNK dan peluang pekerjaan kepada rakyat. Hal ini juga boleh dilihat dari aspek positif melalui MOU yang ditandatangani pada 11 Januari atas kerajaan Malaysia dan Singapura berhubung inisiatif baharu untuk mewujudkan Zon Ekonomi Khas Johor – Singapura. JS-SEZ dijangka meningkatkan lagi perdagangan antara Johor dan Singapura dan boleh berkembang maju seperti bandar raya Shenzhen di China yang menjadi bukti kejayaan sebagai sebuah Zon Ekonomi Khas. Ini telah diperjelaskan panjang lebar oleh YAB Menteri Besar kita ketika sesi menjawab hampir satu jam lebih. Ini menunjukkan kesungguhan dan kita bukan berangan-angan untuk membangunkan zon ekonomi istimewa ini.
Antara sektor yang didasarkan oleh Zon Ekonomi Khas Johor – Singapura ini ialah elektronik, perkhidmatan, kewangan, perkhidmatan berkaitan perniagaan dan penjagaan kesihatan. Pada tahun lepas sahaja, Johor meraih pelaburan asing bernilai RM7.6 bilion dalam pelbagai sektor. Manakala, negara jiran kita Singapura merupakan pelabur asing kedua terbesar di negeri ini menyumbang kepada kira-kira 70% daripada jumlah pelaburan langsung asing Johor dalam sektor pembuatan. Oleh itu, sektor ekonomi halal perlulah diposisikan sebaiknya di Johor dengan mengambil kira kelebihan yang telah terbukti kepada negara kita selaku pemain utama dalam sektor ekonomi halal dunia. Kerajaan Johor perlu mengambil peluang khususnya melalui peranan Koridor Iskandar Malaysia yang lebih proaktif.
Saya juga ingin menyorot tentang Kongres Ekonomi Bumiputera 2024. Memberi tumpuan kepada 10 kumpulan meliputi 10 sektor dan salah satunya ialah memantapkan industri halal. Kadar sumbangan industri halal kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Tahun 2023 sahaja yang telah direkodkan kadar 7.9% dengan jumlah eksport RM53.72 bilion iaitu 3.8% berbanding jumlah keseluruhan eksport negara yang melebihi RM1.43 trilion. Ini jumlah yang cukup besar, Yang Berhormat Datuk Speaker dan inilah peluang yang terbaik bagi kita. Ekonomi halal adalah antara industri yang berpotensi bernilai tinggi yang menyumbang kepada pertumbuhan sosial ekonomi negara. Kerajaan perlulah secara proaktif memastikan usaha memperkasakan industri halal diteruskan. Antara resolusi di dalam Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 ialah mewajibkan pembelian 70% produk halal dan bumiputera bagi program rasmi kerajaan adalah antara cadangan yang akan dibentangkan di dalam kongres tersebut sebagai resolusi bagi memperkasakan industri halal.
Resolusi lain termasuklah melaksanakan Programme Halal Business Transformation melalui aktiviti penilaian ketersediaan serta bimbingan perniagaan dan cadangan pelaksanaan Programme Home Grown Halal Campaign yang merangkumi aktiviti pembangunan vendor dan bimbingan perniagaan dengan kerjasama syarikat multinasional. Ini termasuk mengembangkan polisi 30% kemasukan produk usahawan bumiputera dan sektor peruncitan moden melibatkan pasar raya besar, pasar raya mini dan juga pasar raya
tempatan. Berdasarkan perkembangan itu, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kerajaan negeri Johor perlu mengambil pendekatan proaktif untuk membangunkan sektor ekonomi halal, mengambil kira kelebihan strategik dari segi polisi negara. Kedudukan strategik bersebelahan dengan Singapura dan kewujudan institusi sedia ada seperti Iskandar Malaysia dapat memacukan perkembangan positif sektor ekonomi.
Yang Berhormat Datuk Speaker, apa juga perjanjian yang bakal dirunding, yang bakal ditandatangani oleh kerajaan pusat bersama Singapura kelak, perlu dibawa berbincang kepada pihak yang terlibat. Perlu diberi penerangan dengan lebih awal supaya masyarakat di kawasan yang terlibat tidak terkejut. Memberi kerjasama dengan baik kepada kerajaan negeri. Biarlah masyarakat kita tahu, perjanjian yang dipersetujui perlu diperhalusi, diteliti dengan baik supaya boleh menguntungkan rakyat negeri Johor. Supaya tidak berlakunya permasalahan dan kerugian pada masa akan datang, bak kata pepatah Melayu mengatakan, “kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”. Apabila ini semua telah diambil kira, saya pasti rakyat Johor telah bersedia untuk menerima pembangunan ini. Rakyat Johor juga terus ingin berubah supaya Zon Ekonomi Khas Johor ini akan berjaya dan akan sama terlaksana seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di Shenzhen di China ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin membawa satu isu mengenai isu kenaikan harga minyak. Minyak petrol dan diesel yang saya cakap pasti akan menjadi isu besar di kalangan masyarakat negara kita khususnya di negeri Johor. Kerajaan telah mengumumkan melalui Menteri Ekonomi, Yang Berhormat Tuan Rafizi Ramli bahawa akan tetap meneruskan tindakan memotong subsidi bahan api atau petrol pada tahun ini secara berperingkat bagi mengurangkan defisit fizikal negara. Namun begitu, YAB Perdana Menteri mengatakan baharu-baharu ini Kabinet belum mengadakan sebarang perbincangan serius berhubung kenaikan harga minyak dan petrol. Tetapi apa yang pasti, mahu tidak mahu kerajaan tetap akan melakukan dan akan menaikkan harga minyak ini antara petrol dan diesel. Tetapi kita harus ingat, ianya dengan kenaikan harga ini akan memberi kesan kepada rakyat yang kurang berkemampuan. Kenaikan minyak ini sekaligus akan meningkatkan kos sara hidup dan juga akan meninggalkan kesan dominan sekiranya kerajaan tidak cukup wang untuk menampung subsidi minyak yang diberikan, kenapa tidak? Kerajaan memperkenalkan semula GST yang diyakini berkesan ketelusannya serta mampu meningkatkan hasil pendapatan negara sehingga RM40 bilion setahun seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional yang lalu.
Lima Dewan Perniagaan iaitu, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Gabungan Dewan Perniagaan Perindustrian Cina Malaysia, Gabungan Dewan Perniagaan Perindustrian India Malaysia, Persatuan Pengilang-Pengilang Malaysia dan juga Peniaga Industri Antarabangsa Malaysia sebenarnya mereka bersetuju supaya GST ini dikembalikan. Katanya, langkah kerajaan memperkenalkan pelbagai cukai baharu bagi menampung pendapatan kerajaan pada akhirnya memberi tekanan kepada peniaga seperti menyebabkan semakin terbeban. Justeru, kerajaan hari ini wajar mempunyai pandangan politik yang jelas dengan mengembalikan semula GST.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kerana banyak inisiatif yang telah dilakukan untuk membantu rakyat negeri Johor menangani kos sara hidup dengan bantuan berupa barangan dan juga wang ringgit melalui Program Beras Bangsa Johor, Jualan Kasih Johor dan Dapur Kasih Johor serba sedikit telah banyak membantu meringankan kos sara hidup mereka. Saya juga ingin menyatakan persetujuan senada dengan suara Baginda Pemangku Sultan Johor supaya kerajaan dan Wakil-Wakil Rakyat lebih proaktif serta mencari inisiatif dan mekanisme baharu yang mampu melegakan keresahan rakyat sekali gus mampu mengeluarkan keluarga yang berada dalam status miskin tegar selepas tahun 2025.
Yang Berhormat Datuk Speaker, pada tahun 2026 adalah tahun Melawat Johor yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di dalam pembentangan Bajet 2024 tahun lalu. Tetapi, saya masih belum melihat persediaan yang dilakukan oleh kerajaan negeri sedangkan kita melihat untuk mensasar 12 juta pelancong masuk ke negeri Johor hanya tinggal lebih setahun setengah sahaja lagi. Setakat ini, belum ada persiapan yang dibuat secara agresif bagi menghadapi Tahun Melawat Johor 2026. Ini banyak lagi kalau kita lihat promosi-promosi besar-besaran yang dibuat dan juga kita ingin melibat pelancong-pelancong mengenali khazanah negeri Johor, kehebatan negeri Johor dari segi budaya, makanan dan juga tempat-tempat yang menarik. Kukup juga ingin menyumbang kedatangan para pelancong melalui eco-tourism yang terdapat di Kukup. Taman Negara Tanjung Piai, Pulau Bakau Kukup merupakan dua Taman Negara dengan sejarahnya dan kedudukannya yang diiktiraf sebagai tanah di Penghujung Benua Asia dan juga Pulau Paya Bakau terbesar tanpa berpenghuni di dunia serta tanah RAMSAR. Oleh itu, penyediaan infrastruktur serta mercu tanda yang menarik perlu dilaksanakan segera bagi menghadapi Tahun Melawat Johor 2026. Daerah Pontian adalah satu-satunya daerah di dalam negeri Johor apabila tibanya untuk menghadapi Ramadan dan juga hari raya, ia adalah merupakan tarikh-tarikh penting dalam kalendar Islam dan di mana kita tahu Pantai Rambah telah dicadangkan untuk dibina balai cerap atau menara tinjau. Namun, saya ingin bertanya, apakah status terkini balai tinjau tersebut yang telah dijadikan salah satu tempat tumpuan pelancong di Pantai Rambah, Kukup?
Potensi industri angkasa lepas yang sangat luas dan ianya bukan terhenti begitu sahaja apabila 17 tahun yang lalu, kerajaan telah menghantar wakil Malaysia, Datuk Dr. Syeikh Muzaffar ke angkasa lepas. Ini menunjukkan bahawa salah satu elemen penting untuk kita tahu juga ialah tentang ilmu falak. Di mana ilmu ini berkait rapat dengan ibadah umat Islam. Secara tidak langsung, sekiranya menara tinjau ini dapat dibina di Pantai Rambah, ia boleh dijadikan produk untuk pemerkasaan astrotourism seperti yang telah dimajukan oleh sebuah akademi yang dipanggil Apadilangit Academy. Sebab itu, saya inginkan kepastian selain daripada Pantai Rambah dijanjikan pembinaan menara cerap oleh mantan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Dato’ Ir. Hasni Mohammad dan satu lagi ialah berhubung dengan medan ikan bakar kerana itu adalah antara tarikan dan sehingga ke hari ini, tidak nampak kerja-kerja untuk memulakan itu berlaku. Inilah, saya berharap sekiranya apa yang dijanjikan dan dirancang dengan jayanya akan terlaksana sebelum Tahun Melawat Johor 2026, kedatangan pelancong ke Kukup dan negeri Johor akan bertambah berikutan kemudahan jalan raya yang menghubungkan Johor Bahru - Singapura ke Kukup semakin dekat dengan adanya Jambatan Sungai Pulai.
Yang Berhormat, di Kukup ada tempat makan sedap ke?
Banyak, Yang Berhormat Datuk Speaker. Ketupat pun ada, tiap-tiap hari ada ketupat, burasak dan saya dilaporkan oleh tuan kedai, Yang Berhormat Datuk Speaker sering datang ke sana.
Itu betul.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin bertanya mengenai Jualan Kasih Johor yang dilaksanakan di setiap DUN Negeri Johor yang diadakan sebelum kedatangan Syawal baru-baru ini. Program yang dilaksanakan ini cukup baik, ianya dapat membantu meringankan beban kewangan masyarakat terutamanya yang berpendapatan rendah yang duduk di luar bandar untuk sama-sama berbelanja mendapatkan barangan keperluan harian mereka. Namun begitu, saya mahukan kepastian, berapakah sebenarnya jumlah subsidi yang ditetapkan bagi setiap DUN bagi melaksanakan Jualan Kasih Johor? Kerana berikutan daripada rungutan masyarakat di DUN Kukup, mereka datang awal pagi berbaris, selepas dua jam balik dengan tangan kosong. Kerana apa? Sebenarnya kalau mengikut jadual, perniagaan ini, Jualan Kasih Johor ini sepatutnya
berakhir 12.30 tengah hari dan saya dapati sendiri apa yang dibentangkan, yang dijual ini tidak merangkumi semua keperluan asas masyarakat, tidak mencukupi, malah kuantiti yang begitu sedikit sebab itulah satu jam setengah, dua jam telah habis. Saya juga mendengar banyak juga Jualan Kasih Johor di tempat-tempat yang lain sewaktu launching ataupun perasmian oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di Dataran Dato’ Jalok, ramai orang menikmatinya.
YB boleh tambah YB, boleh tambah ayam tapi duit sendirilah.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Cuma, saya nak pastikan supaya apabila kita ingin meneruskan niat yang baik ini, pastikan ianya bersesuaian dengan kuantiti dan jumlah yang sepatutnya kita bantu kepada rakyat. Benda yang baik kalau kita tidak diurus dengan sempurna ianya akan menjadi fitnah dan tidak mendapat manfaat kepada masyarakat kita.
Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam kadar peningkatan harga barang di seluruh negara, isu mengenai barang-barang kawalan yang diberi subsidi oleh kerajaan, barang-barang yang berjadual sering mendapat perhatian masyarakat kita. Malah, yang sering mereka hadapi adalah sukar, sukar untuk mendapatkan barangan bersubsidi seperti minyak masak paket, tepung gandum dan gula. Apabila mereka pergi, waima awal pagi pun menyatakan barang-barang tersebut tidak dijumpai. Malah, pekerja memberitahu barang tersebut telah habis dijual. Yang menjadi kebimbangan ialah apabila tular di media sosial, warga asing begitu mudah mendapatkan barangan subsidi tersebut dengan kuantiti yang banyak. Perkara ini telah beberapa kali ditularkan dan juga Econsave di Pontian juga terbabit di dalam kegagalan ini. Saya ingin bertanya, apakah tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan penguatkuasaan terhadap premis perniagaan daripada dimanipulasi atau dimonopoli oleh pekerja asing yang bekerja di pasar raya tertentu dan cara penyimpanan barang bersubsidi ini hanya menjual lebih kepada kaum warga asing baru-baru ini. Hal ini tidak boleh berterusan berlaku. Pekerja-pekerja warga asing yang melakukan penyimpanan stok barangan bersubsidi ini hanya mengeluarkan ketika kawan atau kaum mereka datang. Perlu diambil tindakan tegas agar premis perniagaan yang gagal mengawal selia pekerja-pekerja ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin membawa satu isu berhubung dengan keadaan jalan di Sungai Pulai dan juga di kawasan Tanjung Bin Power. Jambatan sepanjang 7.5 kilometer ini telah dibina dengan kos RM800 juta. Bermula daripada 2017, sehinggalah secara rasminya dibuka 6 tahun kemudian pada tahun 2023. Kenapa keadaan ini berulang setiap bulan? Keadaan yang teruk, kerosakan jalan yang beralun untuk masuk ke kawasan Pontian? Seharusnya jalan yang menghubungkan Tanjung Piai dan juga Tanjung Bin ini patut di selenggara dengan baik. Yang Berhormat EXCO Ah Soon semalam juga ada menegur kepada saya, Dato’, jalan macam roller coaster. Ini berlaku apabila dibuat bulan depan mendap, apabila dibetul, dua tiga bulan, sejauh mana perkara ini boleh berlaku dan berlarutan? Saya mengharap pihak yang berkuasa perlulah mencari jalan tuntas kerana ia adalah merupakan kawasan perindustrian, kawasan yang boleh kita majukan. Sebelum JS-SEZ ini kita laksanakan, pastikan kemudahan-kemudahan asas seperti ini diambil kira dan diselesaikan.
Keadaan bertambah buruk apabila kebanyakan pemandu lori dan orang luar yang tidak biasa melalui jalan ke kampung-kampung ini, menggunakan waze dan hanya google untuk masuk ke kawasan Tanjung Bin Industry dan ini menyebabkan mereka telah membawa kenderaan berat, melanggar tiang kabel telekom elektrik, menyebabkan gangguan, bersaing dengan masyarakat kampung yang ingin menggunakan jalan kampung. Keadaan ini amat menyulitkan kepada masyarakat kampung. Saya juga berharap supaya isu jalan Tanjung Bin Industri ini dan juga yang menghubungkan ke Pontian perlu diselesaikan secara tuntas. Kita tidak mahu setiap bulan ada sahaja isu-isu yang berkaitan ini timbul.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Tanjung Bin Power telah beroperasi sejak 2011. Kerajaan negeri telah memfokuskan Tanjung Bin Industrial Park ini sebagai pusat petrokimia dan industri maritim. Tiga syarikat besar beroperasi di sana setakat hari ini. Tanjung Bin Power Plant, ATT Tanjung Bin, CCIC dan PNO Malaysia Sdn. Bhd. yang telah menjalankan operasi jana kuasa elektrik berasaskan arang batu, hab penyimpanan minyak, proses pengadunan dan transit produk petroleum. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Syarikat Malakoff, Tanjung Bin Power dan ATT Tanjung Bin kerana banyak menyumbang kepada masyarakat kampung melalui CSR mereka saban tahun. Antara bantuan yang diberi seperti bantuan persekolahan, sumbangan kepada masjid, surau, zakat, asnaf tetapi sumbangan-sumbangan CSR ini hanyalah bersifat sementara dan jangka pendek khususnya di kampung-kampung Mukim Serkat.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya difahamkan bahawa sejak terbinanya perindustrian Tanjung Bin ini, masyarakat bangga tetapi malangnya tiga kampung yang berada di kawasan perindustrian Tanjung Bin ini seperti Kampung Chokoh, Sungai Boh dan juga Sungai Dinar serta beberapa kawasan yang berhampiran dengan kawasan ini, keadaannya masih sama seperti kampung tradisional. Hari ini, saya menjemput rakan-rakan Ketua Kampung dan juga Penghulu daripada kawasan tersebut untuk mendengar rintihan dan ucapan saya di dalam Dewan ini. (Dewan bertepuk). Saya mengharapkan satu tindakan perlu diambil oleh jawatankuasa atau Majlis Perbandaran Tempatan kerana syarikat ini membayar hampir puluhan juta setiap tahun. Apa yang masyarakat kampung ini dapat? Di mana cukai-cukai yang dibayar oleh syarikat-syarikat besar ini dilaburkan? Kenapa di dalam bertahun-tahun kita tidak mengambil kira pembangunan tiga, empat kampung yang berhampiran, yang berhadapan dengan isu-isu kesesakan, yang berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menguntungkan masyarakat kampung?
Akhirnya, saya difahamkan salah satu pelan di Tanjung Bin Power bakal ada expired datenya tetapi masyarakat tiga, empat kampung yang berada di kawasan tersebut masih seperti kampung tradisional yang tidak ada pembangunan langsung, yang tidak dapat manfaat secara langsung daripada perindustrian besar seperti ini. Inilah yang kita kena fikirkan kerana di DUN Kukup ini, di kawasan saya masih banyak lagi pusat-pusat industri seperti Tropicana Industrial Park yang bakal membangun. Adakah statusnya sama seperti apa yang terjadi di Tanjung Bin ini? Saya menyeru kalau ada undang-undang yang menghalang PBT-PBT membantu kawasan kampung tersebut yang mana kampung itu membayar cukai yang tinggi, kenapa tidak diberi kelonggaran untuk dibangunkan sekali kampung-kampung tersebut? Kita tidak mahu yang menghadapi masalah tiga kampung itu, cukai yang dibayar daripada kawasan kampung itu diguna dan dibangunkan di kawasan lain. Inilah harapan saya.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ada ingin menyentuh sedikit tentang Tropicana Industrial Park. Ianya telah dilakukan usaha-usaha pecah tanah sejak 2022 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang lepas dan hari ini sudah hampir dua tahun senyap sunyi. Pusat Tropicana Industrial Park ini, apa sudah jadi? Tanah telah diambil, sepatutnya perancangan itu perlu disegerakan, kerana apa? Kalau keadaan ini berlarutan terlalu lama sudah tentu tidak ada peluang pekerjaan, kawasan yang diambil tidak boleh dibangunkan dan tidak ada manfaat kepada masyarakat yang berada di kawasan tersebut. Mintalah pihak-pihak yang berkuasa, EXCO-EXCO yang terlibat melihat kenapa perkara ini berlaku? Sedangkan saya melihat, di Sedenak Industrial Park, setiap kali saya nak masuk highway, minggu ini akan naik beberapa bangunan yang begitu rancak pembinaannya dan saya harap minggu depan mungkin Sedenak Industrial Park ini telah beroperasi. Kita tidak mahu kelewatan dan juga perkara-perkara yang tidak boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan saya difahamkan kerana masalahnya Tropicana Industrial Park ini menyebabkan Rumah Mampu Milik Johor yang sepatutnya dibina di kawasan Kukup ini, di kawasan tersebut dipindahkan ke daerah lain kerana status dan permasalahan di kawasan perindustrian tersebut. Ini yang perlu kita ambil perhatian.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin membangkitkan beberapa isu di kawasan DUN saya iaitu di Kukup. Terlalu banyak projek sakit, terbengkalai, tertinggal di kawasan Kukup. Kukup masih hauskan pembangunan yang mana kita lihat salah satu projek ataupun kawasan terbengkalai begitu lama iaitu Bangunan Yayasan Pelajaran Johor yang berada di Sekolah Menengah Sri Kukup hampir 25 tahun terbiar, semak dan menimbulkan kesan kepada pihak sekolah. Perkara ini dibawa beberapa kali di dalam Mesyuarat JKTD. Tidak ada seorang wakil pun daripada YPJ datang menjelaskan isu ini. Kenapa dan apa status yang terkini? Inilah, saya perlukan jawapan yang tuntas daripada pihak-pihak yang berwajib. Kerana apa? Kalau hari ini YPJ tidak boleh manfaatkan harta yang mereka ada, bagaimana mereka boleh membantu para pelajar di bawah Yayasan. Kalau hari ini harta yang mereka ada, tidak dibangunkan.
Yang kedua ialah berhubung dengan kawasan perumahan di Taman Satria, Kukup. Ini juga sama. Bersebelahan dengan sekolah menengah. Kiri kanan sekolah menengah dihimpit oleh bangunan hantu, terbiar dan ini mencacatkan pemandangan di Kukup. Saya mengharap dengan kerjasamanya EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan, perkara ini boleh diselesaikan dengan cara yang baik untuk memanfaatkan mereka yang telah berhutang membeli perumahan tersebut. Dan, inilah kekangan-kekangan yang ada di kawasan saya di kawasan Kukup.
Dan hal yang ketiga, berhubung dengan klinik yang terbengkalai di Sungai Kuali sudah hampir 25 tahun usianya bangunan ada tetapi tidak boleh dimanfaatkan dan akhirnya rosak. Saya juga berharap EXCO Kesihatan mengambil perkara ini dengan serius. Kalau perlu dirobohkan, dibangunkan kita kena buat sesuatu kerana tanah tersebut amat luas dan perlu dimanfaatkan. Hari ini saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang Berhormat EXCO Kesihatan kerana telah meluluskan untuk menaiktaraf bangunan dan infrastruktur bagi Klinik Serkat dan juga di Klinik Desa Permas. Saya melihat jangka masanya 4 dan hingga 6 bulan. Jangan pula untuk naiktaraf ini juga sakit Yang Berhormat. Kena pastikan kerana saya bimbang di Kukup ini ada je projek baru, mesti sakit, mesti tak boleh diteruskan. Pemantauan lebih dekat perlu dibuat.
Yang seterusnya yang keempat, bangunan rumah kedai yang rosak di Kukup Laut. Satu bangunan 3 tingkat yang didapati tidak selamat tetapi dibiarkan begitu sahaja hampir belasan tahun. Kenapa tidak ada penyelesaian di dalam isu ini. Di mana perkara-perkara yang tidak boleh di bawa atau diselesaikan, paling tidak dirobohkan kalau tidak boleh selamat. Kerana apa? Kerana ini juga akan mengganggu pemandangan.
Yang kelima ialah berhubung bus stand terminal pengangkutan awam Kukup. Kosong, terbiar tidak dimanfaatkan. Saya sarankan bahawa Kukup Laut ini adalah salah satu tempat pelancongan. Kalau ia boleh dibangunkan sebagai kedai bebas cukai setidak-tidaknya menarik perhatian para pelancong untuk turun ke Kukup untuk membeli sesuatu dan juga dapat kita mengembangkan untuk Tahun Melawat Johor 2026 ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada YB Ling Tian Soon, EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor yang telah datang ke Pulau Kukup dalam majlis pembukaan semula Pulau Kukup kepada orang awam kelmarin. Walaupun sudah 3 kali saya membawa isu ini ke Dewan yang mulia ini, bertanya bilakah Pulau Kukup ini akan dibuka kepada pengunjung-pengunjung. YB Raven pun dah takut nak melihat muka saya. Akhirnya, dengan adanya gabungan yang mantap ini, terima kasih juga kepada YB Raven kerana sanggup menghadapi cabaran untuk menjayakan pembukaan Pulau Kukup ini.
Alhamdulillah, pada 17 Mei 2024, tidak lama lagi maka Pulau Kukup ini boleh dikunjungi. Syukur, inilah antara produk pelancongan yang perlu dikembangkan di Pulau Kukup. Kerana apa? Dengan adanya operasi semula ramai pengunjung datang,
pembawa bot penumpang akan beroperasi, peniaga-peniaga kedai makan yang berada di sekeliling, penjual-penjual cenderamata, ini sudah tentu akan menggalakkan lagi mempercepatkan proses perniagaan mereka. Syukur Alhamdulillah. Cuma satu, saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat EXCO supaya buatlah jeti khas untuk ke Pulau Kukup. Kerana kita sekarang ini hanya menumpang di kawasan PAJ dalam keadaan yang kurang selesa dan kurang selamat. Kita tidak mahu percutian mereka ke Pulau Kukup ini mendatangkan keresahan kepada yang lain.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ada satu isu penting lagi. Saya memohon Datuk Speaker memberi kebenaran untuk menyebut perkara ini. Berhubung dengan Ketua-Ketua Kampung. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah menaikkan elaun ketua kampung dari RM900.00 kepada RM1,200.00 dengan mengembalikan semula projek pembersihan parit dan tali air kepada JKK Kampung. Kerajaan negeri juga pernah menyatakan hasrat ketua kampung ini perlu diupgrade pendidikannya, perlu diberi dan ditambah ilmunya. Tetapi hingga ke hari ini kita belum nampak ada cadangan ataupun ada ketua-ketua kampung yang telah dihantar. Bagaimana? Adakah program atau projek ini akan dilaksanakan dan bagaimana kaedah pelaksanaannya. Kerana apa, kita melihat bahawa ketua kampung ini bukan sahaja tukang cap surat, tetapi mereka ini juga adalah agen pembangunan sosioekonomi di sesuatu kawasan. Saya mengharap ketua kampung ini juga perlu dibekalkan dengan komputer ataupun laptop riba untuk memastikan mereka dapat melaksanakan tugas dengan baik dan sempurna.
Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih di atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya dan saya mohon mencadang. (Dewan bertepuk).
Tahniah Yang Berhormat Kukup. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ini ingin mengalu-alukan kehadiran pemerhati iaitu seramai 30 orang daripada Pejabat ADUN Kawasan Kukup. Dan 10 orang siswa daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Nusajaya.
Ahli-Ahli Yang Berhormat dijemput YB Benut. (Dewan bertepuk).
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Salam sejahtera, salam Maju Johor. Saya juga mengalu-alukan yang hadir daripada Kukup Yang Berhormat Datuk Speaker, sebab dulu Kukup dalam kawasan saya. Saya pernah jadi Ketua Bahagian mereka, tapi dululah.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mulakan perbahasan pagi ini pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Yang ke-15 dengan menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T. di atas perkenan dan rahmatnya persidangan Dewan telah sempurna dirasmikan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor. Saya amat yakin dan percaya bahawa titah ucapan buat julung kali di Dewan yang mulia ini oleh Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor telah disambut baik oleh semua Ahli-Ahli Yang Berhormat. Titah Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan yang sarat dengan nasihat, teguran dan pandangan serta idea tentunya akan menjadi tumpuan perbahasan pada persidangan kali ini.
Walau bagaimanapun Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga nak melahirkan perasaan kecewa terhadap pasukan bola sepak Selangor yang menarik diri dari perlawanan akhir Piala Sumbangsih baru-baru ini, Yang Berhormat EXCO Sukan. Ini jelas menunjukkan bahawa pasukan Selangor ini dia gagal nak menjunjung semangat kesukanan. Adalah alasan-alasan saya rasa tak masuk akal. Sepatutnya pasukan Selangor ini sedia turun padang, sedia menerima keputusan 10-0, cukup 10-0 YB? Patutnya sedia menerima
keputusan 10-0 kerana jauh lebih baik kalau keputusan 10-0 tu daripada menarik diri. Ini Yang Berhormat Datuk Speaker, bila berdepan dengan JDT ni memanglah kita tahu pasukan kadang-kadang dia ngaku kalah je lagi bagus. Pada persidangan yang lepas Yang Berhormat Datuk Speaker, saya telah menyentuh hal berkaitan siling dan lantai bajet bagi pembangunan negeri Johor 2024. Tujuan dan maksud saya menyentuh hal tersebut tidak lain adalah untuk membolehkan wakil rakyat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat. Perkara yang mudah dululah saya bagi contoh.
Untuk makluman Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita, dalam Bajet 2024, RM560,000.00 telah diperuntukkan untuk satu program katakanlah Program Semarak Subuh. Kalau kita bahagi dengan 56 kawasan DUN, RM10,000.00 setahun Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar, Program Semarak Subuh ini jadi akhirnya setiap minggu kita ada lebih kurang RM200.00 dengan sambutan yang begitu menggalakkan Yang Berhormat. Dulu, kalau kita hadir semarak subuh itu mungkin dengan sup-sup dengan roti je, tapi kerana makin ramai makin seronok Yang Berhormat sekarang ini nasi beriani ada, ada apa nama kambing golek pun ada setengah tempat tu, kemudian diisi buah, macam-macam, nasi lemak, lontong, macam-macam Yang Berhormat…
Ada masjid buat cabutan bertuah Yang Berhormat.
Ya betul buat, itu sebab dia nak meramaikan. Jadi dia takut dia malukan tak ramai datang…
Takpe, untuk menggalakkan ok.
Sebab kita nak lawan ni dengan Warrior Subuh, Subuh Warrior lah, macam-macam ni. Sekarang ni, negeri-negeri lain buat. Dia iri hati dengan Yang Berhormat Menteri Besar kita. Berjaya sungguh program Semarak Subuh ni, di Johor ni. Menjadi kebanggaan kepada satu negara disebut tentang perkara ini. Jadi Yang Berhormat apa salahnya wajar tambahlah sikit peruntukan (Dewan bertepuk). RM200.00 tu macam tak cukup Yang Berhormat. Ya, dah tiap-tiap minggu…
Itu, yang itu saya setuju.
Baik…
Bolehlah buat kambing golek.
Ha. Kadang ada ceramah, ceramah Subuh panggil penceramah daripada luar. Saya rasa ini adalah satu program apa nama yang begitu kreatif oleh wakil-wakil rakyat dan Yang Berhormat saya dalam perjalanan semalam bila nak menyiapkan teks ucapan ini, saya tengok terjumpa satu youtube betapa penceramah tersebut Ustaz Dato’ Badlishah ini memuji Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar di atas kejayaan Program Semarak Subuh ini dia kata. Jauh lebih baik daripada Subuh Warrior. Tapi yang menarik juga Yang Berhormat dia berpantun dia kata :
Jalan-jalan ke pasar pagi, Nak membeli kereta loyang, Semenjak tikus naik haji, Banyak kucing yang sembahyang.
Ini pantun orang lama dia kata. Itu agaknya sebab ada alim-alim kucing Yang Berhormat. Tapi kita kat Johor kalau kita buat ini betul-betul, kita tak ada alim-alim kucing kat Johor ini. Itu satu perkara mungkin Yang Berhormat boleh pertimbangkan untuk tambahlah sedikit peruntukan.
Banyak inisiatif kerajaan negeri sebagai contoh juga Program Dapur Kasih. Tadi ada disebut oleh Yang Berhormat Kukup. 20 keluarga angkat melalui senarai yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah pada wakil rakyat. Program Bantuan Sosial ini saya kira wajar ditambah baik kerana ianya adalah inisiatif yang baik oleh kerajaan negeri dan memberikan impak yang positif. Lebih-lebih lagi bila kita diberi sasaran pada tahun 2025 tiada lagi miskin tegar di Johor. Jadi, sampai masa ianya dilihat dari segi kaedah pelaksanaan, senarai penerima perlu dimurnikan agar yang menerima betul-betul layak. Malah penerima tidak hanya terhad sepatutnya kepada eKasih sahaja tetapi mungkin boleh diperluaskan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, kita semua mendambakan kepuasan dalam melaksanakan tanggungjawab yang mana tugas hakiki sebagai Wakil Rakyat tidak lari daripada menyantuni rakyat. Kita menyedari rakyat berhadapan dengan pelbagai cabaran. Kos sara hidup yang meningkat, mencari pekerjaan yang sesuai, kemudahan infra yang lebih baik. Manakala kerajaan pula berhempas pulas merangka dan melaksanakan pelbagai program bagi mengatasinya. Saya ingin mengesyorkan sebaran maklumat berkenaan inisiatif-inisiatif kerajaan ini dapat diperkukuhkan. Komunikasi yang berkesan tentang setiap program dan projek perlu sampai terus kepada rakyat dan ianya disampaikan oleh Wakil-Wakil Rakyat. Media-media rasmi perlulah berperanan selain daripada fb, tik tok Yang Berhormat itu sendiri, jadi saya harap cadangan ini dapat diraikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita, kerana Yang Amat Berhormat adalah pemboleh ubah yang paling berkesan, The Chief Leader Of Change.
Yang Berhormat Datuk Speaker, juga kita mendengar Titah yang berkaitan dengan soal Wakil Rakyat untuk menjaga kebajikan Bangsa Johor. Tugas terbesar Wakil Rakyat untuk menjaga kebajikan Bangsa Johor. Dan sebab itu bila saya menyentuh tentang soal siling dan lantai bagi bajet pembangunan ini, ianya berkehendakkan supaya polisi dan kaedah pelaksanaan itu dimantapkan. Kita dititah supaya Bangsa Johor mempunyai makanan di atas meja mereka, ada tempat tinggal, akses pendidikan yang berkualiti, akses kepada kemudahan asas, akses kepada kemudahan kesihatan, macam saya katakan awal tadi berdepan dengan isu peningkatan kos sara hidup dan juga kesukaran untuk mendapat pekerjaan yang baik. Maka titah yang seterusnya itu amat berkait iaitu imej Wakil Rakyat dan kredibiliti Institusi Dewan Negeri ini haruslah ditambah baik.
Bila menyentuh tentang soal imej Wakil Rakyat Yang Berhormat, saya ingin mengesyorkan pertama sekali, Dewan yang mulia, Dewan kita ini cantik. Dewan kita ini cukup selesa tapi saya kira ianya tidak dapat memenuhi fungsi sebagai satu Dewan yang menggubal dasar, yang membahaskan isu-isu rakyat. Cantik dari segi peranan kita. Kalau nak menjaga imej atau pun kredibiliti Institusi Dewan, kita tak hendak para-para EXCO ini menjawab pertanyaan Yang Berhormat nanti kita jawab secara bertulis. Tapi apa pilihan yang ada kepada Yang Amat Berhormat mungkin dia menguasai semua isu, tetapi kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat EXCO mungkin dia memerlukan maklumat terkini daripada agensi-agensi dan pegawai-pegawai kerajaan. Tapi kalau kita tengok Dewan ini bagaimana mungkin Ketua-Ketua Jabatan untuk memberi maklumat-maklumat terkini kepada EXCO-EXCO yang sedia ada. Yang Berhormat perlu jadi Timbalan Menteri, Yang Berhormat pernah berada di Parlimen bagaimana soalan-soalan itu dapat Yang Berhormat jawab, dapat Yang Berhormat perjelaskan dan yang paling berkesan dengan adanya maklumat-maklumat tambahan dan juga maklumat terkini yang dapat dibekalkan oleh Ketua-ketua Jabatan. Tapi lihatlah Dewan kita ini? Bagaimana, bagaimana perkara itu boleh berlaku dan mungkin agaknya setelah sekian lama Dewan Undangan Negeri ini sudah sampai masanya kita melihat semula peranan fungsi ataupun fizikal aspek Dewan Undangan Negeri supaya interaksi antara Wakil-Wakil Rakyat dan Ketua-Ketua Jabatan itu dapat dilihat. Jadi, mungkin sampai masa kita memerlu melihat semula lihat, layout bangunan Dewan Undangan Negeri baharulah kita bercakap tentang soal kredibiliti, Institusi Dewan Negeri.
Itu saya mulakan dari segi layout, bagaimana pula tentang soal peraturan Dewan? Saya dengar-dengar daripada bukan hanya di sebelah kerajaan tetapi juga di sebelah pengimbang supaya kaedah perbahasan ini juga membolehkan perbahasan yang lebih rancak di mana ada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat boleh mencelah untuk apa orang kata, memperjelaskan lagi, memperluaskan lagi perkara-perkara yang dibangkitkan. Dan perkara ini pernah diperkatakan tetapi ianya masih belum lagi mendapat sebarang indication, dengan izin Yang Berhormat di mana saranan tersebut kerana inilah buat julung-julung kali dalam Titah Pembukaan Dewan soal imej Wakil Rakyat, soal kredibiliti Dewan Negeri ini dibangkitkan secara langsung. Maka atas dasar itu, kalau kita tidak diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan Wakil-Wakil Rakyat dalam menyentuh tentang soal-soal yang bersifat polisi, bersifat kaedah pelaksanaan tentulah perkara ini akan berlarut sampai bila-bila pun, tiap-tiap kali sampai masa akan ada sahaja pihak yang mengatakan bahawa Wakil Rakyat ini menghabiskan duit kerajaan sahaja, tak ada buat apa pun, duduk dekat Dewan, duduk diam itu sahaja. Itu satu persepsi, jadi untuk memperbetulkan persepsi ini kenapa tidak Dewan ini melihat pendekatan untuk mengubah semula layout Dewan ini dan kemudiannya kita lihat semula peraturan Persidangan Dewan kita ini khususnya dari segi perbahasan, itulah salah satu cara.
Yang keduanya, Yang Berhormat Datuk Speaker kalau bercakap soal imej Wakil Rakyat ini, kadang-kadang dalam majlis kerajaan duduk, letaklah Wakil-Wakil Rakyat ditempat yang sepatutnya. Kadang-kadang duduk barisan kedua, kadang-kadang duduk barisan ketiga, janganlah begitu Yang Berhormat. Saya rasa sudah sampai masa kalau nak imej Wakil Rakyat itu nak dipertontonkan kepada masyarakat letak. Kadang-kadang pentas sebesar-besar, hanya tiga, empat orang je dekat atas. Apa salahnya biar Wakil Rakyat yang berkaitan di kawasan dia ditempat dia bagi syok sikit, ya. Kita ni Wakil Rakyat kadang-kadang perlu juga untuk syok sendiri ini. Bagi peluang Yang Berhormat, itu salah satu cara dalam mesyuarat-mesyuarat kerajaan kadang-kadang saya perhati Wakil-Wakil Rakyat duduk jauh, kerusi yang disediakan. Macam mana nak ada imej kita, Yang Berhormat? Speaker oklah. Saya ini nasib baik Yang Amat Berhormat Menteri Besar kadang-kadang bila dalam salutation dia tu, dia bagilah saya sedikit penghargaan jadi seronoklah saya juga. Tapi saya pandanglah jugak Wakil-Wakil Rakyat, kawan-kawan saya yang lain tu kan. Macam muncung sahaja. Balik-balik, balik-balik dia sahaja, pun tak boleh juga Yang Berhormat. Jadi, bila menyentuh tentang soal imej Wakil Rakyat, kredibiliti Institusi Dewan Undangan Negeri, perkara yang asas ini perlu di atas.
Kadang-kadang nama pun tidak disebut.
Kadang-kadang nama pun tidak disebut. Speaker boleh bagi harapan. Saya tidak pernah dengar Timbalan Speaker disebut, langsung tidak ada. Diam sahaja, Timbalan Speaker, langsung tidak sebut, kadang-kadang. Yalah, mungkin agaknya senarai itu sudah terlalu panjang, mungkin tidak ada ruang untuk nak selit nama. Saya beri jaminan, Yang Berhormat Datuk Speaker, sebagai Wakil Rakyat pula kita ini saya rasa kita perlu menguasai isu-isu dan maklumat-maklumat terkini. Tidak jadi juga kalau kita diberi tempat yang sewajarnya tetapi kita tidak dapat menyumbang idea pun tidak ada, isu-isu pun kita tidak tahu. Macam saya tak tahu cerita Yang Berhormat ADUN Kota Iskandar sebenarnya penjaga sempadan. Rupanya dia menjaga sempadan, banyak masalah sempadan ini. Jadi Wakil Rakyat Kota Iskandar tak buat kerja. Saya tidak tahu jadi perlu isu-isu kita kuasai. Apa isu-isu SEZ, apa isu-isu inisiatif dan bantuan kerajaan, bagaimana keberkesanan macam mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kukup sebentar tadi tentang soal inisiatif-inisiatif yang begitu banyak yang dilakukan oleh kerajaan sehinggakan Jualan Bangsa Johor diperkatakan boleh banyak sahaja yang boleh ditambah baik.
Dan untuk juga membolehkan imej Wakil Rakyat itu dilihat wajar mengikuti peredaran zaman suka tak suka, Ahli-Ahli Yang Berhormat perlu menguasai aspek ES dan G,
Environment, Social dan Governance dalam memberi khidmat. Suka tak suka, sudah sampai masa. Di mana juga ESG akan menjadi elemen penting dalam peranan Wakil Rakyat. Jadi untuk itu, perlulah soal-soal yang melibatkan Environment, soal-soal melibatkan Social dan Governance ini diperkatakan. Sebab itu saya bertanya dengan Yang Amat Berhormat dalam sesi soal jawab soalan-soalan lisan tadi dengan soal Invest Johor berkenaan Yang Amat Berhormat mempunyai begitu banyak inisiatif selain daripada melihat kepada Iskandar Malaysia, Facilitation Centre, Yang Berhormat telah lancarkan Johor Green Deal bagi kita menangani isu alam sekitar. Soal isu-isu sosial tak usah ceritalah begitu banyak inisiatif yang dibuat oleh kerajaan negeri. Jadi, bila kita nak memperkatakan soal kemakmuran dan kemajuan negeri Johor kita mendapat dorongan apabila negeri Johor dipilih melaksanakan Zon Ekonomi Khas dan juga Zon Kewangan Khas. Kepada Nusajaya dulu ini tempat kita berkumpul ini. Dulunya Nusajaya, kemudian IRDA kemudian kepada Special Economic Zone. PM pula memberi lagi beban, taruh lagi satu kilo lagi atas bahu Yang Amat Berhormat Menteri Besar, negeri Johor yang dijangka menjadi negeri termaju di Malaysia dalam tempoh satu, dua tahun. Satu, dua tahun nak menjadi negeri yang paling maju, kita nak bersaing dengan Sarawak dan bersaing dengan Selangor, nak bersaing dengan Pulau Pinang sebagai contoh, di mana kita?
Jadi, sebab itu kaedah insentif yang disebut oleh Yang Berhormat, kaedah pengecualian itu adalah merupakan satu permintaan yang berkisar banyak kepada soal kuasa yang terletak kepada kerajaan persekutuan. Saya ingin mengesyorkan kepada Dewan yang mulia ini agar Yang Amat Berhormat memikirkan satu pendekatan di mana untuk membolehkan Johor ini jadi Special Economic Zone, kita diberi kuota, kita diberi peruntukan yang tertentu sebagai contoh negeri Johor dah diluluskan 2,000 megawatt tenaga boleh baharu. Jadi, pelabur-pelabur yang hendak datang ke Johor, yang hendak membina solar farm, yang hendak membina janakuasa yang bertenagakan hidrogen dan sebagai, mereka mudah merasa selesa untuk melabur kerana Johor telah dijaminkan kuota 2,000 megawatt sebagai contoh. Itu dari segi satu aspek pelaburan yang boleh berlaku dalam Special Economic Zone. Kalau kita hendak bercakap tentang soal insentif ini Yang Amat Berhormat, kita selalu sahaja berdepan dengan pelabur-pelabur yang mengatakan bahawa Vietnam menawarkan lagi baik insentif. Indonesia menawarkan insentif yang lebih baik. Kenapa kita harus datang ke Johor? Kenapa kita harus datang ke Malaysia? Jadi kalau Johor dah ada sesuatu yang berbentuk jaminan tentu ini akan menjadi satu kekuatan dan kelebihan kepada kita. Selain daripada kuota sebagai contoh untuk tenaga boleh baharu, mesin sebagai contoh banyak sahaja perumahan-perumahan yang ada di negeri kita ini yang dikatakan lambakan, yang dikatakan sebagai perumahan yang tidak terjual. Mengapa tidak Johor diberi lesen atau pun diberi kuota untuk memiliki lesen untuk penjualan rumah MM2H katakan? Katanya setakat ini hanya 13 syarikat mendapat lesen dikeluarkan lesen oleh Kementerian Pelancongan. Dulunya MM2H ini di bawah Pelancongan kemudian ditarik, diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri tapi hari ini katanya diserahkan balik semula kepada Kementerian Pelancongan. Jadi, kalau kita Johor ada lima, enam anak syarikat negeri Johor ini diberi lesen untuk menjual rumah-rumah MM2H atau untuk menjayakan MM2H, saya percaya ianya juga merupakan kelebihan kepada negeri Johor. Dari segi aspek katakan perumahan untuk menarik lebih banyak pelaburan dalam segi aspek pembangunan hartanah.
Tahniah Yang Amat Berhormat kerana telah berjaya, kerana ini juga merupakan salah satu inti pati dalam Titah Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor tentang soal air sebagai contoh. Ianya adalah kedaulatan, ianya adalah keselamatan bagi negeri Johor.
Yang Amat Berhormat, kerajaan negeri telah berjaya mendapatkan lesen untuk anak syarikat kerajaan negeri ini, lesen fasiliti bagi menguruskan aset-aset air yang tertentu berdasarkan kepada permohonan, itu contoh. Jadi, kita dah ada lesen, mengapa tidak Yang Amat Berhormat, kalau air itu begitu berdaulat, penting kepada Johor, begitu penting dari segi aspek keselamatan, bukan hanya lesen untuk fasiliti sahaja, untuk aset sahaja, perlu
juga Johor mencadangkan agar kita memiliki lesen pengurusan air. Ia, dalam perjanjian wassiyah hanya syarikat RSAJ sahaja diberikan lesen tetapi itu tidak menghalang kita untuk memohon lesen untuk menguruskan air industri, sebagai contoh. Kerana Yang Amat Berhormat berdepan dengan isu, bila banyaknya pelabur-pelabur dari segi data centre sebagai contoh, bukan hanya mereka memerlukan sumber tenaga elektrik yang begitu banyak tetapi juga sumber air juga yang begitu banyak. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, industri-industri memerlukan air industri bukannya air terawat. Jadi, mengapa tidak negeri Johor memohon dalam Special Economic Zone ini. Kalau kita betul-betul diharap menjadi negeri yang maju dalam masa setahun, dua, kenapa tidak negeri Johor ini diberi lesen untuk mengurus air industrinya sendiri. (Dewan bertepuk). Supaya banyak sahaja industri-industri lain yang boleh datang kerana kita ada infrastruktur, ada bekalan utiliti yang mencukupi. Itu antara yang ingin saya syorkan.
Ketiganya, dari segi Special Economic Zone ini selain daripada lesen, selain daripada kuota, pendekatan yang boleh juga kerajaan pertimbangkan ialah pegangan saham berkepentingan dalam syarikat-syarikat atau sektor-sektor strategik. Sebagai contoh, kalau kita rasa bahawa Airport Senai itu tadi penting kepada usaha untuk menarik pelaburan ke negeri Johor, Airport Senai itu dikuasai, dimiliki oleh syarikat konsesi yang mana mungkin kerajaan persekutuan ada golden syer, mungkin MOF ataupun Kementerian Kewangan ada sedikit saham. Kenapa tidak juga diberi kepada kerajaan Johor sedikit saham untuk kita juga mempunyai satu pemilikan kepada sektor-sektor yang strategik ini? Bukan hanya lapangan terbang, pelabuhan juga, semuanya dikuasai oleh agensi-agensi yang daripada pusat. Kita di negeri hanya melihat. Kenapa tidak negeri diberi peluang untuk memiliki saham-saham dalam sektor-sektor yang strategik? Bagi kita boleh terlibat supaya kita dapat meletakkan wakil kita dalam Lembaga Pengarah, dalam pembuat keputusan, dasar-dasar yang melibatkan lapangan terbang ataupun pelabuhan dalam sektor-sektor yang strategik ini. JCorp, JCorp lah tetapi banyak sahaja. Jadi mungkin negeri Johor perlu memikirkan apakah agensi pelaburan yang kita perlu ada. Sebab, mungkin KPRJ, mungkin struktur kewujudannya itu ditubuh melalui Akta Syarikat ataupun Permodalan Darul Ta’zim ataupun agensi-agensi GLC yang lain ditubuhkan melalui syarikat. Tidak, perbadanan, lembaga yang berbentuk enakmen sebagai satu entiti untuk tujuan pelaburan kepada strategi atau sektor-sektor yang strategik ini. Kalau SSI, State Secretariat Incorporated sudah sampai masa kita melihat sama ada State Secretariat Incorporated itu kewujudannya mengikut peredaran dan perkembangan semasa. Mungkin kita perlu merangka dan membuat strategi baharu terhadap syarikat-syarikat seperti ataupun entiti-entiti seperti SSI, sebagai contoh.
Yang Amat Berhormat tadi dah sebut Invest Johor mungkin akan di corporatise kan. Itu satu langkah yang begitu drastik kepada saya kerana apa yang dibuat oleh KL Invest ataupun Invest Penang jauh berbeza dengan apa yang boleh dibuat oleh Invest Johor. Bukan kerana kita tidak ada tenaga yang mempunyai kepakaran, tidak ada mempunyai tenaga yang berkebolehan tetapi limitation, terhadnya peranan dan juga keupayaan entiti-entiti yang ada di negeri Johor ini.
Jadi, Yang Berhormat Datuk Speaker, Johor antara negeri, mungkin Johor sahaja agaknya yang ada berpejabat di Singapura. Mungkin dalam kita nak merancakkan lagi pembangunan Special Economic Zone ini, sampai masa mungkin kerajaan melihat semula bagaimana JETCO yang beribu pejabat di Singapura itu dapat berperanan juga sebagai fasilitation centre yang lebih dekat dengan pelabur-pelabur, yang lebih dekat dengan potensi-potensi yang ada kerana kita dengar juga tadi beberapa pandangan daripada Ahli Yang Berhormat supaya Special Economic Zone ini jangan hanya menguntungkan satu pihak sahaja tetapi kita juga harus melihat bagaimana kita meraih keuntungan daripada kewujudan program tersebut. Jadi, ini Yang Berhormat Datuk Speaker mungkin kerajaan boleh pertimbangkan juga sama ada JETCO ini boleh kita susun supaya ianya menjadi satu entiti yang dapat membantu kejayaan Special Economic Zone ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, selain daripada syor-syor untuk penambahbaikan tadi, dalam aspek tenaga boleh baharu, dalam aspek Johor Green Deal yang saya lihat sebagai rujukan kerajaan negeri terhadap Dasar Pembangunan Hijau di Johor ini, kerajaan pusat telah menekankan tentang aspek Net Zero 2050. Maknanya, pada tahun 2050 nanti pengeluaran karbon itu tidak akan berlaku lagi dalam negara kita, kita akan beralih sepenuhnya daripada penggunaan tenaga fossil kepada tenaga-tenaga yang lebih bersih seperti solar, seperti angin, seperti hidro, seperti hidrogen dan sebagainya tetapi Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin mencadang untuk Johor, kita tak perlu bimbang dulu tentang Net Zero 2050 tetapi sebaliknya kerajaan negeri berusaha untuk konsep carbon neutral.
Kerajaan negeri Johor perlu terlebih dahulu nak berbicara tentang soal alam sekitar, nak berbicara tentang soal tenaga boleh baharu ini, pertama yang lama itu apa? Maksudnya, karbon yang dikeluarkan oleh negeri Johor ini berapa banyak? Tenaga Nasional dengan dia punya sistem elektrik dia, dengan dia punya pusat jana berapa banyak karbon yang dia keluarkan? Dewan Negeri ini yang bersidang pada hari ini, pada waktu sekarang ini, berapa banyak karbon yang kita keluarkan pada waktu ini? Kerana setiap penghawa dingin yang digunakan itu, ianya adalah penyumbang kepada pengeluaran karbon. Jadi, sebenarnya Johor ini berapakah pengeluaran karbonnya?
Sebelum kita boleh mengambil langkah-langkah untuk bercerita tentang soal Net Zero Carbon 2050. Sekarang ini berapa karbon yang kita ada? Maka, kerajaan negeri wajar mengambil langkah untuk membangunkan inventori karbon ini untuk membolehkan, saya mengesyorkan kepada negeri Johor kita ada Dasar Carbon Neutral 2040 ke, 2045 ke bergantung pada keupayaan dan kemampuan kita kerana sesungguhnya kita masih memerlukan masa.
Syarikat-syarikat yang membangunkan data centre sebagai contoh, mereka masih memerlukan beberapa tahun untuk menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh TNB. Itu semua adalah tenaga-tenaga dalam istilah kotor. Sementara kita menunggu kita punya renewable energy corridor, sementara kita menunggu kita punya solar farm dapat dibangunkan tetapi kalau nak bangun pun tetapi kalau kerajaan pusat, Suruhanjaya Tenaga tak nak bagi kuota Yang Berhormat, kita begitulah juga.
Jadi, ini adalah penting sebab itu saya mengatakan tadi isu kuota, isu lesen, pelaburan dalam sektor-sektor yang strategik amat-amat penting dalam kita nak menjayakan Special Economic mahu pun Special Financial Zone. Dalam mungkin Yang Amat Berhormat belum nak menyatakan kepada kita tetapi saya dengar-dengarnya lah cerita bahawa Special Financial Zone ini mungkin melihat kepada model Labuan, sebagai contoh. Apa juga insentif-insentif yang boleh dapat di Labuan itu juga diperolehi oleh Special Financial Zone tetapi saya beritahu dengan penjaga sempadan bahawa katanya kuota untuk kereta ini tidak boleh sebab dekat sangat. Jadi, saya pun, bila saya cakap begitu, Yang Berhormat penjaga sempadan dia pun rasa macam tak ada peluang dia nak beli kereta EV, Yang Berhormat.
Dia bukan setakat penjaga sempadan Yang Berhormat, dia penjaga waktu. Jadi Yang Berhormat dah bercakap 32 minit. (Dewan ketawa).
Oh dia pun penjaga waktu? Saya pun rasa benda yang pokoknya saya dah sentuh, Yang Berhormat Datuk Speaker. Cuma pada pengakhirnya PDT ini dimandatkan oleh kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar pembangunan hijau. Invest Johor nak distrukturkan semula bagi merancakkan pelaburan. Ini saya kira adalah langkah-langkah yang tepat dan amat berkesan yang telah diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jadi, untuk itu saya mengesyorkan supaya untuk menjaga imej dan kredibiliti institusi Dewan ini, cubalah Yang Amat Berhormat pertimbangkan perkara-perkara yang telah saya bangkitkan tadi. Jadi, terima kasih dan
dengan ini saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih dan tahniah Yang Berhormat Benut. Saya jemput Yang Berhormat Stulang, 5 minit sahaja. Kemudian sambung selepas rehat nanti.
Yang Berhormat Datuk Speaker, oleh kerana masa alang-alang, saya memohon kalau boleh saya menghabiskan ucapan sebelum waktu rehat ataupun saya mulakan selepas waktu rehat. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sidang ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang.
Persidangan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari.
Persidangan disambung semula pada jam 2.30 petang.
Persidangan diketuai oleh YB Timbalan Speaker.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, selamat bertemu kembali. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan disambung semula. Yang Berhormat daripada Stulang, jemput.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker di atas peluang yang diberikan untuk membahaskan Titah Perasmian Bagi Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 ini.
Patik merafak sembah setinggi-tinggi kasih atas perkenan Yang Amat Mulia Tunku bertitah merasmikan Persidangan kali ini. Titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor merangkumi banyak aspek yang cukup menyentuh kepada asas-asas utama, isu-isu yang dihadapi oleh rakyat negeri Johor. Titah Pemangku Sultan Johor ini menunjukkan bahawa Baginda cukup peka dan mengambil berat tentang isu kemaslahatan yang dihadapi oleh segenap lapisan masyarakat. Walaupun ia merupakan Titah perasmian pertama Tunku Mahkota Ismail di Dewan yang mulia ini, namun ianya menunjukkan kesiapsiagaan Baginda dalam melaksanakan peranan setelah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menaiki takhta pada Januari baru-baru ini. Dan ini sudah tentu memberikan seluruh jentera kepada negeri termasuk semua Wakil Rakyat satu semangat dalam memberikan perkhidmatan yang sebaiknya kepada rakyat jelata di bawah naungan Pemangku Sultan Johor.
Yang Berhormat Speaker, tahniah diucapkan kepada calon Pakatan Harapan kerana memenangi PRK Kuala Kubu Bharu Selangor semalam. Terima kasih kepada semua komponen parti Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang ada membantu berkempen dalam PRK ini. Keputusan ini menunjukkan rakyat menyokong Kerajaan Perpaduan. Bentuk kerjasama atau formula PH dan BN ini membuahkan hasil. Jadi, saya rasa untuk mengukuhkan kemenangan bersama pada masa depan, PH dan BN perlu berkerjasama dan masuk pilihan raya sekali sebagai kolisi seperjuangan pada pilihan raya umum yang akan datang demi kestabilan politik negara.
Tahniah kepada Johor kerana telah mendapatkan dan menjana pelaburan sebanyak RM113.7 bilion sejak 2022. Pembangunan ekonomi negeri Johor memang menjadi agenda utama setiap pihak dan kita perlu mengalas sebaik-baiknya peluang dan potensi yang ada di Johor untuk beberapa tahun yang akan datang supaya ekonomi Johor boleh melonjak ke tahap yang memberangsangkan.
Kita boleh lihat bagaimana model Shenzhen/Hong Kong berjaya memacu ekonomi Shenzhen di mana GDP Shenzhen pada akhir 1970-an adalah kurang daripada 1% daripada Hong Kong tetapi sekarang GDP Shenzhen telah melebihi Hong Kong dan seterusnya merupakan bandaraya dengan GDP ketiga tertinggi di China iaitu selepas Beijing dan Shanghai. Shenzhen juga merupakan tempat jenama berteknologi tinggi, beribu pejabat di situ. Contohnya Huawei, Tencent, DJI, ZTE, BYD, Hasee, Hytera, OnePlus. Kemudian jumlah penduduk bertambah daripada 30,000 pada tahun 70-an sehingga ke hari ini mencecah sehingga 18 juta dengan 1 atau 2 juta aliran semasa. Banyak industri yang dihidupkan pada masa dulu adalah untuk menampung keperluan Hong Kong seperti ladang ayam, sektor perbuatan dan sebagainya.
Dan, ramai juga yang pada masa itu membeli tepung susu di Hong Kong dan sekarang apa yang kita boleh lihat adalah pada hujung minggu kita boleh lihat ramai orang Hong Kong sekarang pergi ke Shenzhen untuk membeli belah. Jadi untuk model Johor-Singapura berjaya, saya berpendapat bahawa terdapat penarikan pelaburan berteknologi tinggi dan berinovasi adalah penting bagi memastikan peningkatan produktiviti yang mampu menjana peluang pekerjaan yang menawarkan gaji lebih lumayan kepada rakyat Johor. Dalam ambang perang perdagangan antara US dan China, Asia Tenggara dan Malaysia merupakan tumpuan pelabur China untuk melabur di Malaysia bagi membolehkan barangan mereka boleh dipasarkan di US dan Eropah.
Johor perlu mengalas peluang keemasan ini bagi menarik seberapa bayak pelabur berkualiti yang boleh. SEZ dan SFZ juga akan membantu dalam memangkinkan pelaburan dan mengakrabkan hubungan perdagangan dua hala Malaysia-Singapura. Rakyat jelata semua menunggu-nunggu, saya rasa pelan ini, rancangan ini perlu cepat kerana semua peniaga, pekerja pelabur beria-ia menanti limpahan daripada ekonomi ini.
Titah Tunku, juga prihatin terhadap inisiatif penaiktarafan CIQ-BSI dan KSAB. Johor mempunyai penduduk sekitar 4 juta, manakala Singapura didiami dengan 6 juta penduduk. Sekiranya kedua-dua tempat Johor-Singapura boleh dihubungkan dengan kaedah rentas sempadan yang lebih pantas, mudah, berpaksikan teknologi tinggi dan selamat. Yang empat ini, pantas, mudah, berpaksikan teknologi tinggi selamat, maka saya boleh ibaratkan Johor-Singapura merupakan satu blok ekonomi besar yang mempunyai penduduk berjumlah 10 juta ditambah lagi dengan 1 atau 2 juta lagi adalah orang semasa yang keluar masuk.
Di Eropah di mana Shenzen Area yang terdiri daripada 29 negara dengan populasi melebihi 450 juta merupakan contoh yang amat baik, 29 negara tersebut menandatangani perjanjian di mana mereka mencapai kata sepakat dalam policy visa umum untuk pengembaraan antarabangsa yang membawa kepada pengecualian visa di antara negara tersebut.
Maknanya dengan izin when travel made easy di antara dua negara maka ia akan menjadi satu blok ekonomi yang lebih berpotensi besar dan rancak. Jadi dalam satu blok ekonomi kalau ada aliran orang yang ramai maka akan ada aliran barangan. Aliran barangan akan memangkin kepada aliran kapital dan seterusnya menjana perkembangan ekonomi dengan izin, saya rasa ayat ini sangat penting untuk gunakan dua bahasa lagi untuk menekankan isi.
Within an economic block, if we have great flow of people, we will see flow of goods, with flow of goods we will stimulate flow of capital and thus generate economic growth.Kalau dalam bahasa Cina (bercakap dalam Bahasa Cina).
Justeru itu, untuk isu rentas sempadan Malaysia-Singapura ini CIQ BSI dan CIQ KSAB saya ada 10 cadangan dan saranan. Ada yang lama ada yang baru tetapi saya rasa masih relevan. Yang pertama, QR Code untuk clearance sempadan yang lebih pantas, saya mengalu-alukan penggunaan QR Code di mana Singapura telah menggunakan kaedah ini
melalui MyICA mobile app sejak April yang lalu. Untuk kaedah rentas sempadan yang lebih pantas dan menggunakan teknologi tinggi saya mencadangkan seperti yang berikut:
Pertama, membolehkan penggunaan QR Code untuk tujuan clearance di kedua-dua CIQ BSI dan CIQ KSAB secepat mungkin. Sistem ini membolehkan pemeriksaan kesahihan dan penapisan dilakukan di pentas back-end dahulu sebelum pengembara melalui sempadan. Ini akan menjimatkan masa semasa melalui clearance sempadan, saya rasa ini sangat penting dan perlu dilaksanakan secepat mungkin.
Yang kedua, e-gate menyarankan agar penambahan e-gate di BSI boleh disiapkan pada bulan September ini mengikut jadual di mana ia akan ada penambahan 18 e-gate di inbound dan 12 e-gate di outbound menjadikan jumlah keseluruhann e-gate adalah 38 inbound dan 32 outbound. Penambahan automasi yang mampu membaca MRZ, Facial recognition dan thumbprint ini pasti mampu mengurangkan kakitangan manual yang diperlukan dan seterusnya boleh dikerahkan ke kaunter-kaunter yang memerlukan tenaga kerja agar mencapai pembukaan kaunter maksima. Sekarang ada 20 inbound 20 outbound. Kita harapkan yang 30 ini boleh disiapkan dalam masa yang terdekat.
Yang ketiga, yang ini baru, yang ketiga merupakan pelepasan sekali imbas single scaning clearance. Kita sedia maklum bahawa kita akan ada co-located CIQ apabila RTS mula beroperasi pada 2027. Maknanya kita membuat pemeriksaan Imigresen untuk dua negara Malaysia-Singapura dalam satu bangunan menjadikan satu trip untuk trip satu hala kita akan melengkapkan clearance dua negara sekaligus sebelum pelepasan. Untuk rancangan atau hala tuju yang lebih ke depan, advance, saya mencadangkan agar kajian dilakukan untuk mengkaji kebolehlaksanaan single scanning clearance atau pelepasan sekali imbas ini merupakan nama baru yang boleh saya fikirkan seiras dengan konsep pelaksanaannya.
RTS adalah single entry point, ini saya namakan sebagai single scanning clearance maknanya apa maknanya, apabila pengembara mengimbas passport mereka seiring dengan pengenalan muka facial recognition data-data tersebut akan disalurkan kepada Imigresen kedua-dua buah negara. Apabila pelepasan diberikan oleh Imigresen kedua-dua buah negara dalam sistem maka pengembara tersebut boleh dikatakan telah melengkapi clearance untuk dua negara sekaligus dalam satu pengimbasan. Maknanya sekali imbas keluar Malaysia masuk Singapura atau sekali imbas keluar Singapura masuk Malaysia.
Keadah ini memerlukan persefahaman dan perbincangan G to G di antara Malaysia dan Singapura, besar harapan saya adalah cadangan kaedah clearance ini boleh dibincangkan dalam retreat di antara pemimpin Malaysia dan Singapura yang dijadualkan pada bulan September ini.
Yang keempat, memansuhkan endorsement passport untuk orang asing, saya mencadangkan agar passport orang asing yang meninggalkan CIQ BSI dan CIQ KSAB tidak perlu lagi di endorsed atau cop sama ada entry atau exit, apabila mereka menggunakan kaunter manual. Ini selain meringankan bebanan kerja pegawai Imigresen dia juga mempercepatkan proses clearance secara keseluruhan dan mengelakkan kesesakan.
Kaedah ini tidak akan menimbulkan isu keselamatan kerana data keluar masuk mereka sudah ada dalam sistem Imigresen. Berdasarkan pemerhatian saya setiap endorsement passport akan mengambil masa sekitar 6 saat, kalau 6 saat ini boleh dijimatkan setiap orang maka impaknya cukup besar dalam menyuraikan para pengembara. Kaedah ini telah pun dipraktikan di negara jiran, lebih-lebih lagi apabila kita menggunakan teknologi imbas scan melalui gate yang sedia ada di CIQ maka tiada sebarang endorsement diperlukan. Jadi, saya tidak lihat ada keperluanya lagi untuk passport di endorsed lagi, exit atau entry. Saya berharap KDN dan Imigresen boleh mempercepatkan perubahan dasar ini secepatnya.
Yang kelima, ini sentiasa diperkatakan juga yang kelima, laluan alternatif CIQ BSI ketiga dari EDL di CIQ BSI demi menampung aliran orang yang ramai saya mencadangkan agar laluan untuk pejalan kaki yang ketiga dibuka di CIQ BSI secepat mungkin iaitu di sebelah EDL. Memang diakui reka bentuk awal bangunan tersebut tidak merangkumi aspek tersebut untuk masa sekarang memang tidak digunakan kerana illegal. Jadi atas permintaan yang tinggi, serta membuka laluan dari arah yang berlainan yang pasti mampu memberikan sokongan kelancaran aliran orang dan trafik di Jalan Jiim Quee dan Jalan Tun Razak.
Untuk tujuan ini, agensi yang berkaitan seperti KDN, MKN, PDRM, JKR, MBJB dan sebagainya boleh menyelaraskan laluan pejalan kaki ini dari EDL agar ia digazet secara rasmi, maknanya mesti digazet secara rasmi sebagai laluan yang sah dengan segala aspek keselamatan dipatuhi termasuk papan tanda, lampu trafik, reka bentuk jalan, penghalang jalan di sediakan agar ia tidak lagi digelar sebagai laluan tikus.
Yang keenam, open payment system, untuk kedua-dua pintu masuk saya menyarankan agar sistem pembayaran terbuka open payment system dilaksanakan secepatnya mungkin. Ini bagi membolehkan pembayaran boleh dibuat dengan kad atau merchant yang berbagai-bagai. Maka isu pelengahan pembayaran akibat ketidakcukupan kredit yang seterusnya membawa kepada kesesakan tidak akan timbul. Cuba bayangkan tempat letak kereta di pusat membeli belah sudah mengaplikasikan sistem pembayaran terbuka dengan menerima kad yang berbagai untuk menyenangkan para pengguna. Takkan pintu masuk utama Malaysia bertaraf antarabangsa BSI dan KSAB hanya menerima satu jenis kad pembayaran sahaja. Isu ini telah lama diperbincangkan dan saya berharap ia boleh dilaksanakan secepat mungkin kerana ia penting juga dalam menyelesaikan kesesakan lalu lintas di CIQ BSI.
Yang ketujuh, pembukaan semula R&R Pandan, untuk mendukung dan melengkapkan rangkaian jaringan pengangkutan di pusat bandar Johor Bahru dan sempadan, R&R Pandan mempunyai kelebihan lokasi yang strategik bagi memainkan peranan tersebut di mana ia terletak bersebelahan dengan EDL dan hanya berjarak 7 kilometer daripada CIQ BSI. Untuk makluman, R&R Pandan juga terletak di tengah-tengah kawasan Skudai, Pasir Gudang, Tebrau dan Perling. Justeru itu saya mencadangkan agar R&R Pandan dibuka semula sama ada melalui PFI atau melalui GLC. Banyak rancangan boleh diwujudkan di situ contohnya stesen minyak, restoran, tempat parking kereta atau motorsikal atau perkhidmatan berkaitan yang lain. Yang penting, ia berperanan sebagai salah satu hub pengangkutan kepada rangkaian trafik Johor Bahru dan juga berfungsi sebagai cushion area pada waktu puncak trafik. Untuk masa ini R&R Pandan adalah di bawah kawal seliaan JKR.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Timbalan Speaker, nombor 8. Kapasiti kemudahan import eksport CIQ KSAB perlu dinaik taraf untuk menampung keperluan yang kian meningkat dimangkinkan lagi oleh SFZ, SEZ. Saya rasa kemudahan import dan eksport CIQ KSAB perlu dinaik taraf kerana kita menjangkakan lebih banyak lori akan melalui sempadan Malaysia - Singapura berikutan peningkatan import dan eksport ya. Justeru itu, saya menyarankan agar kemudahan di CIQ KSAB mesti dinaik taraf sekurang-kurangnya memadai untuk menampung sekurang-kurangnya 5,000 lori sehari. Untuk seimbang, pihak Singapura juga perlulah mencukupkan kemudahan agar boleh mengendalikan jumlah lori yang banyak. Saya berharap Malaysia dan Singapura boleh membincangkan isu ini juga bagi meningkatkan kapasiti pengendalian lori di Tuas bersama-sama demi menampung peningkatan import eksport kedua-dua buah negara pada masa depan yang dijangkakan pasti akan berlaku.
Yang ke-9, ini juga sangat penting, bas awam rentas sempadan masih tidak cukup. Ramai yang masih mendakwa bahawa bas awam di BSI dan KSAB tidak cukup ada masanya mereka masih perlu menunggu sehingga satu jam. Pada Jumaat yang lepas di Bugis ada orang telefon saya sampai sejam lebih sampai sana 5:17 pm tunggu sampai 6:30 baru sempat naik bas. Jadi pendapat saya adalah walaupun ada usaha penambahan bilangan
bas pada waktu puncak, tetapi kekerapan bas awam adalah tidak konsisten mengakibatkan masa menunggu kian bertambah. Keadaan ini bertambah ini teruk baru-baru ini. Pendapat saya ini adalah PAJ, APAD, JPJ, syarikat bas terlibat perlu melihat lagi laluan yang sedia ada, penambahah baik laluan, bilangan bas, kerahan bas apabila memerlukan. Kalau bas memang tidak memadai kita perlu tambah lagi bilangan bas juga bilangan laluan. Untuk isu ini, kita tidak boleh lihat bas di dalam Bangunan CIQ sahaja, seluruh rangkaian sama ada cukup bas atau tidak perlu dipantau. Untuk penambahan bilangan laluan ini, cross border bas ini juga memerlukan perbincangan dua hala antara Malaysia dan Singapura.
Yang akhirnya yang saya nak yang ke-10 ialah KTM Tebrau Shuttle Malaysia - Singapura. Saya mencadangkan memang ada keperluan KTM Tebrau Shuttle Malaysia - Singapura diteruskan selepas RTS beroperasi pada 2027. Model operasi boleh berubah asalkan ia dikekalkan. Ini sebenarnya memberi kebaikan kepada kedua-dua buah negara. Ia akan menyediakan satu lagi mod pengangkutan di sempadan rakyat kedua-dua negara di mana KTM Tebrau Shuttle akan berperanan sebagai mod pengangkutan sokongan kepada RTS dan di Tambak Johor sokongan kepada kereta, motosikal dan bas. Ia bukan mod pengangkutan yang redundant. Selain itu, kita juga boleh menjadikan Tebrau Shuttle ini sebagai satu produk pelancongan pada masa itu. Pengekalan Tebrau Shuttle ini akan merancakkan industri pelancongan dua negara. Contohnya pada hujung minggu kita boleh ada laluan atau pekhidmatan Singapore - Kluang dan Kluang - Singapore. Mereka yang bekerja juga boleh menggunakan perkhidmatan atau laluan ini untuk balik. Jadi perkara ini juga perlu perbincangan G to G dan saya berharap isu ini akan diperbincangkan dalam mesyuarat dua hala Malaysia - Singapura nanti.
Salah satu isu yang saya perlu bawa di sini yang juga berkaitan dengan isu rentas sempadan iaitu berkaitan loan shark rentas sempadan ini juga semakin hari semakin canggih. Baru-baru ini terdapat sindiket pinjaman wang rentas sempadan di mana loan shark target rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura. Komunikasi dibuat melalui nombor telefon Singapore urus niaga juga dalam sing dollar manakala ugutan pembayaran dibuat di Malaysia. Mereka mampu mencari maklumat keluarga dan saudara mara para peminjam di Malaysia. Ugutan pembayaran dibuat di Malaysia yang paling biasa adalah dengan membaling botol petrol untuk membakar premis atau menyimbah cat merah. Loan shark tersebut boleh menunjukkan dengan jelas maklumat nama, IC dan alamat setiap ahli keluarga. Proses membakar pintu rumah juga dihantar balik kepada mangsa untuk mengugut mereka dan menakutkan mereka. Loan shark tersebut akan terus meminta wang faedah yang lebih, meminta bayaran kos membaling botol petrol, satu kali baling dia cakap selain membayar balik interest perlu membayar kos petrol cajnya $5,000.00. Bahkan ada menerima ugutan bayaran walaupun tidak pernah meminjam pun tetapi hanya meminta quotation pinjaman sahaja mereka caj adalah $500.00 mesti bayar kalau tak bayar saya akan mengacau keluarga anda di Malaysia. Justeru itu, saya mencadangkan agar kedua-dua buah negara boleh membentuk satu sekretariat atau jawatankuasa untuk mempertingkatkan kerjasama antara polis Malaysia dan Singapura bagi membendung sindiket ini. Saya berharap PDRM Johor boleh mengangkat isu ini ke KDN agar boleh diajukan perhatian kementerian dan jabatan kedua-dua buah negara. Jadi saya harap apa isu yang saya katakan tadi banyak isu berkenaan rentas sempadan yang berkaitan dengan isu-isu yang berkaitan akan dibawa berbincang untuk retreat pemimpin Malaysia - Singapura yang akan datang. Saya harap lima ini boleh diangkat yang pertama loan shark, bas awam rentas sempadan, kapasiti kemudahan CIQ KSAB perlu dinaik taraf, pelepasan sekali imbas single scanning clearance dan KTM Tebrau Shuttle Malaysia dan Singapura.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, di sini ada tiga lagi isu berkaitan PBT yang ingin saya berkongsi dan memberi sedikit pendapat. Yang pertama adalah berkenaan dengan ABMB ramai yang ada komplain dengan saya bahawa saya bukan tidak setuju dengan ABMB yang menyewa kepada orang lain untuk duduk rumah mereka. Yang saya nak tekankan di sini adalah ABMB yang berbentuk komersial dan bila mereka sewa kepada orang untuk berparti
dan berpesta di situ. Undangan tetamu adalah mencecah ratusan, ada yang datang berjoget, berpesta bunga api mercun, ini telah mengakibatkan kacau ganggu kepada residen. Kalau dekat banglo yang terpencil tidak apa tetapi banglo ini terletak di taman perumahan ya banyak mereka buat sebegitu. Jadi saya berharap PBT boleh mengambil langkah untuk membendung masalah ini agar tidak mengakibatkan kacau ganggu kepada penduduk.
Yang kedua adalah berkenaan cadangan saya untuk agar boleh memupuk budaya sopan di pusat penjaja awam atau pun F&B outlet. Saya berharap PBT boleh memulakan kempen untuk menggalakkan orang ramai membersihkan meja sendiri sendiri selepas makan dan memulangkan pinggan mangkuk ke tempat yang ditetapkan di pusat penjaja. Ini bagi menjimatkan tenaga kerja dan memupuk budaya sopan dan bersih di kalangan penduduk di samping menjaga kebersihan awam bersama. Initiate ini ada initiate persendirian ada tetapi tidak dalam skala yang umum. Saya rasa kita perlu bermula somewhere bermula kempen yang boleh dikuatkuasakan.
Yang ketiga adalah memupuk budaya bertimbang rasa. Yang ini saya rasa sangat penting banyak kompleks membeli belah telah memasang EV charger untuk penggunaan orang awam. Ini sangat bagus. Walau bagaimanapun, pemerhatian kita ada ramai yang mengeluh terdapat banyak kereta yang bukan EV meletak kenderaan mereka di situ mengakibatkan kereta EV yang ingin mengecas kereta hanya mampu tengok EV charger sahaja dan beredar dengan hampa. Walaupun di bawah kawal selia persendirian, tetapi saya rasa kerajaan tempatan boleh membuat sesuatu untuk pengurusan bersama menguat kuasa agar untuk tempat mengecas EV, hanya EV sahaja yang boleh parking di situ.
Akhirnya, saya ingin juga di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penjawat awam yang bekerjasama dengan kerajaan negeri Johor dan semua Ahli Dewan Negeri ini untuk memajukan Johor dan terima kasih kepada semua penjawat awam kerana menyesuaikan diri dalam keadaan yang dinamakan landskap politik sekarang sejak 2008 sampai sekarang, terima kasih kerana memberikan perkhidmatan dan kerjasama sepenuhnya kepada semua Ahli Dewan Negeri dan kesimpulannya saya berharap kita boleh sama-sama membawa kemajuan kepada Johor, menarik lebih banyak pelaburan ke Johor untuk sama-sama kita membangunkan negara kita seperti, ‘mengambil air di tepi perigi, perigi digali dalam sekali, tahniah Johor pelaburan tinggi, semoga melonjak lebih lagi’. Saya rasa ini harapan semua pemimpin dan wakil rakyat di sini. Dan akhirnya, saya mohon menyokong rundingan menjunjung kasih titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Pemangku Sultan Johor. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Stulang. Seterusnya dijemput Yang Berhormat Perling.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, salam sejahtera, salam Malaysia Madani, salam Maju Johor. Saya ucapkan terima kasih kepada Speaker, Datuk Speaker dan Datuk Timbalan Speaker kepada memberikan peluang untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan rundingan ini dan saya ucapkan terima kasih Ahli Yang Berhormat Bukit Batu kerana bertukar giliran dengan saya. Saya mohon maaf kerana saya perlu mewakili negara pergi ke Peru dan Brazil mulai hari esok untuk menyertai Asia Pacific Economic Corporation (APEC), Mesyuarat Menteri Perdagangan APEC dan juga melawat, mengadakan lawatan ke negara Brazil.
Saya menyambut baik cadangan Yang Berhormat Benut untuk memartabatkan kewibawaan Dewan Negeri ini dan saya cadang kalau boleh kerajaan negeri pertimbangkan untuk mewujudkan lebih banyak Jawatankuasa-Jawatankuasa Dewan dan untuk memberikan peluang kepada Jawatankuasa-Jawatankuasa Dewan untuk bermesyuarat semasa Dewan tidak bermesyuarat, tidak bersidang supaya Jawatankuasa ini yang merangkumi Ahli-Ahli
daripada kerajaan dan juga daripada pihak pengimbang supaya mereka boleh membahas dan mengkaji isu-isu yang penting seperti apa ni Jawatankuasa Rentas Parti berkenaan dengan Climate Change itu adalah salah satu contoh yang baik dan saya berharap lebih banyak jawatankuasa diwujudkan diberikan sumber dan juga diberikan peluang untuk mengadakan mesyuarat dan sidang.
Saya juga ucapkan tahniah kepada calon Perpaduan, Saudari Pang Sock Tao yang telah menang pada semalam di Kuala Kubu Baharu. Ini adalah satu tanda dan juga isyarat yang baik, yang penting untuk perkembangan politik tanah air. Dengan kemenangan ini, ini telah menunjukkan bahawa kerajaan perpaduan bersama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah diterima oleh rakyat dan ini boleh jadi formula yang baik untuk kita di peringkat negeri Johor dan juga di seluruh negara supaya gabungan Barisan Nasional dan gabungan, Barisan Nasional dengan Pakatan Harapan boleh jadi formula menjelang dan menuju ke PRU Ke-16 dan juga PRN Ke-16. Dan saya ucapkan terima kasih kepada semua wakil-wakil dan pemimpin Barisan Nasional yang telah membantu untuk menjayakan calon Perpaduan dalam PRK Kuala Kubu Baharu. Ini balik ke teks ya.
Patik menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan atas titah pembuka rasmian Sidang DUN. Patik menzahirkan penghargaan dan penghormatan yang paling tinggi, tertinggi kepada Pemangku Sultan Johor atas titah Tunku dan titah Tunku yang berbunyi ini ialah, seperti berikut, “adalah menjadi keutamaan saya untuk memastikan semua bangsa Johor mempunyai makanan di atas meja mereka, tempat tinggal, akses pendidikan berkualiti untuk anak-anak Johor serta akses kepada kemudahan asas dan kemudahan kesihatan yang baik”. Ini sebenarnya matlamat yang tinggi, matlamat yang kita semua di sini kongsikan. Saya ucapkan tahniah dan saya menjunjung kasih kepada Pemangku Sultan Johor.
Pagi ini kita dengar berkenaan dengan perbincangan berkenaan Shenzen dan juga Special Economic Zone. Shenzen adalah satu contoh yang paling baik dan saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Tapi pengajaran dan laluan sejarah Shenzen dia sebenarnya ada dua fasa. Fasa pertama Shenzen ialah ekonomi Shenzen hampir semacam berkhidmat untuk Hong Kong sahaja. Apabila Shenzen dinamakan sebagai Special Economic Zone pada tahun 1980 kewujudan Shenzen hanya untuk berkhidmat demi ekonomi Hong Kong. Tetapi selepas tahun 1996, dan sejak masa itu sampai sekarang Shenzen mengambil pendekatan yang berbeza daripada Hong Kong. Ekonomi Hong Kong mementingkan perkhidmatan kewangan, ekonomi Hong Kong dikuasai oleh taikun-taikun hartanah. Ini ciri-ciri ekonomi Hong Kong, sampai hari ini, tetapi Shenzen membuat keputusan pada tahun 1996 untuk mementingkan ekonomi yang berasas teknologi, yang berasas inovasi. Saya rasa ini pengajaran yang penting bahawa ekonomi kita tidak harus walaupun perkhidmatan kewangan itu penting, tetapi ekonomi kita harus berpaksi inovasi, berpaksi teknologi.
Sampai hari ini ekonomi Hong Kong sebanyak 23% GDP datang daripada perkhidmatan kewangan tetapi perkhidmatan kewangan hanya menjana 7.5% pekerjaan. Mismatch ini adalah masalah yang dihadapi oleh Hong Kong buat setakat ini dan juga ini adalah kejayaan Shenzen di mana Shenzen berpaksi teknologi, berpaksi inovasi dan saya harap kita boleh mengambil pengajaran ini supaya kita fokus SEZ kita fokus Greater Johor Bahru, supaya kita Johor Bahru atau SEZ berpaksi teknologi, berpaksi inovasi. Dan saya harap Greater Johor Bahru dengan SEZ ini kita berhasrat, kita boleh jadikan Greater Johor Bahru satu enjin ekonomi dan satu metropolitan semacam Busan kepada Korea Selatan, ataupun semacam Osaka kepada Jepun, ataupun semacam Melbourne kepada Australia. Kita jadikan Greater Johor Bahru sebagai second economic capital di mana memang kita ada ibu kota, ibu kota tu Kuala Lumpur, ibu kota pentadbiran adalah Putrajaya, seperti di Australia dia ada Sydney, dia ada Canberra sebagai ibu kota. Tetapi Melbourne tu penting, Melbourne sebagai satu engine of growth dan juga satu pusat ekonomi kedua ni memang peranan dia
ketara dan penting, dan saya harap kita boleh menuju ke arah Greater Johor Bahru dijadikan diangkat sebagai second economic capital untuk negara kita. Dan apa yang dicadangkan disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, supaya di dalam bahasa Cina yang diguna pakai oleh Yang Berhormat (bahasa mandarin). Bermakna apa yang istimewa kita gunakan pendekatan yang istimewa supaya selesaikan atau menjanakan hasil yang baik dan juga menjanakan pendekatan yang thinking out of the box, di luar kotak. Saya merujuk kepada titah Pemangku Sultan Johor, ada dua bahagian di mana saya rasa titah Tunku ni boleh membantu kita memberi panduan kepada kita supaya kita boleh thinking out of the box, atau gunakan kaedah istimewa untuk mewujudkan keadaan yang istimewa untuk Greater Johor Bahru.
Pertama, titah Tunku, jika tidak dapat dilaksanakan di peringkat nasional ini berkenaan dengan pendidikan, titah Tunku berbunyi, “jika tidak dapat dilaksanakan di peringkat nasional biarlah negeri Johor menjadi negeri yang pertama untuk mengubah silibus-silibus di sekolah-sekolah di Johor”. Selepas itu Tunku juga bertitah, “saudara saudari sekalian, setiap rakyat Johor berhak untuk menikmati kemudahan kesihatan yang baik tanpa mengira latar belakang sosioekonomi Malaysia”. Saya rasa ini adalah titah yang sangat relevan, titah Tunku sangat relevan, supaya kita wujudkan suasana Greater Johor Bahru diberikan peluang untuk membuat eksperimen, untuk mengadakan kaedah atau pendekatan ataupun cara baru terutamanya dalam bidang kesihatan.
Kita maklum bahawa keadaan kesihatan di negara kita tidak semestinya memuaskan. Masalah pokok ialah kita ada dua sistem, kita ada sistem awam, kita ada sistem swasta. Sistem awam biasanya, lazimnya dia ada 70% pesakit dengan 30% sumber kesihatan merangkumi doktor, pegawai perubatan, jururawat, resources sumber 30% tetapi lazimnya pesakit 70%. Sistem swasta sebaliknya ada 70% sumber perubatan tetapi hanya 30% pesakit. Tapi kita ada peluang boleh mengimbangkan keadaan ini terutamanya di Johor kerana kerajaan Johor memegang saham KPJ. Adalah harapan saya bahawa kerajaan pusat bersama dengan kerajaan Johor bersama dengan pemilik KPJ untuk mencari jalan supaya kita boleh imbangkan sumber-sumber swasta dan sumber-sumber awam di sekitar Greater Johor Bahru dan guna pakai, gunakan Greater Johor Bahru sebagai zon eksperimen untuk sistem kesihatan untuk masa depan dan untuk masa depan kita boleh cuba sedaya upaya supaya Johor diberikan ruang yang lebih longgar, lebih besar, supaya idea baru boleh dicubakan di sini.
Menyebut berkenaan tentang SEZ, sebenarnya SEZ pada pandangan saya hanya 3 isu yang penting. Pertama ialah pergerakan manusia, benda, barangan, movement of goods people, kedua ialah isu di mana SEZ. Ketiga ialah insentif. Tadi Stulang telah memberi banyak memberi cadangan yang sangat baik berkenaan dengan movement of people dan saya ingin ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana kerajaan Johor telah memutus dan memberi cadangan kepada kerajaan pusat berkenaan tentang di mana SEZ. Kita dah selesai soalan where iaitu yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat pagi tadi. SEZ adalah Zon atau kawasan Iskandar Region bersama dengan kawasan Pengerang. Selepas selesai isu where, di mana isu insentif perlu kita kajikan. Kalau kita boleh selesaikan dan menjadikan apa ini pergerakan manusia dan barang lebih lancar, di antara Singapura dengan Johor sebenarnya itu sudah menjadi insentif untuk banyak syarikat.
Banyak syarikat yang bermastautin di Singapura sekarang ini, dia cari jalan untuk mengembangkan kilang ataupun business mereka di sini kerana kos di Singapura terlalu tinggi. Mereka juga ingin mengembangkan economic business mereka kerana kita dalam keadaan atau suasana perubahan ataupun reorganizations of global supply chain, rantaian bekalan sedunia telah berubah. Dulu kilang di negeri China, tetapi oleh kerana faktor politik, faktor pandemik, faktor climate change, faktor-faktor lain, syarikat-syarikat sekarang ini ingin ada lebih daripada satu rantaian bekalan dan juga mereka ingin adakan rantaian bekalan
China for China dan juga satu rantaian bekalan yang bukan China. So ini adalah suasana yang kita ada, kita dalam dan kita berada. Maka insentif kita boleh lebih kreatif dan tidak semestinya mengikut insentif yang lalu.
Saya ada 4 cadangan untuk Jawatankuasa mengkaji insentif untuk SEZ. 4 insentif yang thinking out of the box. Pertama ialah insentif ini kita boleh bagi kepada pekerja-pekerja terutamanya pekerja-pekerja berkemahiran tinggi, ataupun Jurutera dan juga pekerja knowledge workers, rakyat Malaysia yang sekarang ni bekerja di Singapura apabila mereka pindah atau berhijrah balik bekerja di Johor Bahru di kawasan SEZ, mereka diberikan insentif supaya kita boleh bawa lebih ramai rakyat Malaysia yang bukan setakat ini bekerja di Singapura tetapi mereka bersedia untuk memilih kembali bekerja di Johor Bahru. Itu adalah cadangan pertama.
Kedua, cadangan kedua ialah supaya kita hanya beri insentif kepada syarikat-syarikat di mana supply chain memerlukan mereka. Iaitu pemikiran kita dulu ialah bahawa siapa datang dia mintak kita buat kajian, kita bagi insentif kalau dia layak. Tetapi kelayakan mungkin boleh diketatkan supaya hanya syarikat-syarikat yang memenuhi atau membantu kita membina supply chain atau rangkaian bekalan yang lebih lengkap, baru kita bagi insentif.
Insentif cara ketiga ialah insentif untuk control tower, iaitu kalau dia tubuhkan regional headquarters dia, dia tubuhkan R&D Centre dia, dia tubuhkan centre of excellent dia, kita bagi insentif, supaya kita dapat control tower syarikat-syarikat besar. Kita tidak hanya ingin jadi tapak untuk perkilangan, perkilangan ok, memang kita terima tetapi kita juga ingin jadi kawasan di mana control tower di mana control tower syarikat-syarikat multinasional ditubuhkan di Greater Johor Bahru. Insentif yang keempat ini saya rasa mungkin memang out of the box iaitu insentif kepada kerajaan negeri.
Dalam sistem federalisme kita, kutipan cukai pendapatan syarikat atau individu dikutip oleh kerajaan pusat tapi untuk SEZ mungkin kita boleh try idea baru dimana kerajaan pusat kutip ditahap, buat setakat ini apa yang telah dikutip di Johor dengan formula yang sedia ada semua dikutip oleh pusat tetapi apa yang telah tambah selepas tahun ini selepas SEZ dilaksanakan, tambahan kutipan cukai syarikat, cukai pendapatan syarikat sebahagian boleh disalurkan kepada kerajaan negeri supaya kerajaan negeri dapat lebih banyak sumber dari aktiviti SEZ dan kerajaan negeri boleh gunapakai untuk membaiki infrastrukur di Greater Johor Bahru. Dan dengan insentif kepada kerajaan negeri ini, kerajaan negeri boleh uruskan lebih banyak aktiviti untuk melipatgandakan SEZ ini. Dan saya harap ini boleh dipertimbangkan oleh kerajaan negeri dan juga oleh kerajaan pusat.
Akhirnya saya ingin sentuh sikit tentang Forest City. Forest City bukan di kawasan DUN saya tetapi di kawasan Parlimen saya. Dan saya nak ingin cadang memberikan 4 cadangan supaya Forest City boleh ada nafas baru. Satu ialah setakat ini ada 26,000 unit perumahan di Forest City, 18,000 telah dimiliki oleh pemilik yang individu yang ramainya dikalangan warga negara China. Sebenarnya pendekatan Forest City dia boleh gunakan semua unit ini melalui pendekatan sewaan. Minda kita sekarang ini masih memikir tentang untuk memilik rumah tapi untuk masa hadapan di seluruh Johor dan terutamanya di Forest City, sewaan ini boleh jadi pendekatan kita.
Kalau 26,000 unit ini semua disewa maka sebahagian masalah ketidakcukupan perumahan di Greater Johor Bahru boleh diselesaikan sebahagian. Ini saya rasa penting untuk kerajaan negeri dan juga untuk Forest City. Kedua ialah mungkin Forest City boleh jadi mice ataupun exhibition centre, tapak pameran. Ketiga feri ke Singapura adalah penting untuk Forest City. Keempat mungkin Forest City boleh menjalankan proese rebranding untuk menggunapakai nama baru mungkin boleh dinamakan Ibrahim City atau pun nama yang lain. Tapi memang Forest City saya rasa kalau pendekatan baru digunakan, Forest City adalah satu penyelesaian dan Forest City ada masa depan yang cerah.
Akhirnya, saya harap dengan semua in, Greater Johor Bahru nombor satu boleh menjadi satu tempat dimana lebih banyak pekerjaan boleh dijanakan dengan gaji yang lebih tinggi. Kedua, di Greater Johor Bahru dengan aktiviti ekonomi yang kita bawa ke Greater Johor Bahru ini juga tempat di mana kebangkitan wanita atau pekerja wanita di Greater Johor Bahru. Ketiga, saya harap Greater Johor Bahru atau SEZ boleh jadi satu tempat dimana agenda hijau, agenda climate change boleh diutamakan. Keempat, perumahan kita boleh wujudkan suasana dimana pendekatan baru iaitu pendekatan sewaan boleh diambil sebagai pendekatan utama supaya lebih ramai rakyat dapat perumahan dan agenda perumahan untuk semua.
Yang kelima ialah dengan apa yang kita nak wujudkan dengan SEZ dan Greater Johor Bahru kita boleh menyaksi kebangkitan syarikat-syarikat teknologi Malaysia seperti apa yang berlaku di Shenzhen di mana ekonomi Shenzhen berpaksi teknologi, ekonomi Shenzhen berpaksi inovasi dan syarikat-syarikat tempatan diberikan peluang untuk menjadi gergasi sedunia. Terima kasih Datuk Timbalan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Perling, seterusnya dijemput Yang Berhormat Johor Lama.
Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam demi Johor Lama. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker. Johor Lama Merafak Sembah Menjunjung Kasih Atas Keberangkatan dan Titah Duli Yang Maha Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor sempena pembukaan rasmi Penggal Persidangan Ketiga Bagi Dewan Negeri Johor Yang Ke-15, Daulat Tuanku. Sarapan pagi di Pengkalan Kota, menu lontong kegemaran bonda, tibalah pula giliran saya, giliran kelima dari Johor Lama.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Johor Lama ingin memetik ungkapan daripada Nelson Mendela, iaitu selagi kemiskinan, ketidakadilan dan ketidaksamaan masih wujud tiada seorang pun di antara kita boleh berehat. Isu miskin tegar ini akan kita bawa dalam setiap dasar mahu pun halatuju kerajaan sehingga kita mencapai nilai sifar miskin di negeri Johor. Mengikut data terkini sehingga 30 April 2024 seramai 45 orang yang telah didaftarkan sebagai miskin tegar di dalam kawasan Johor Lama. Johor Lama juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri Johor di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz Ghazi di atas peruntukan sebanyak RM3.2 juta yang telah diumumkan menerusi Belanjawan pada tahun 2024.
Dalam menjayakan inisiatif program Dapur Kasih Johor, ia merupakan Program Keluarga Angkat bagi membasmi miskin tegar di negeri ini. Johor Lama juga telah menerima seramai 15 orang keluarga angkat untuk di bawa berbelanja barang keperluan dapur pada setiap bulan. Syukur alhamdulillah mereka semua nampak tersenyum gembira apabila kita bawa keluar berbelanja barang keperluan bersama-sama keluarga. Namun hakikatnya masih ramai lagi bangsa Johor yang hanya mampu melihat senyuman orang lain menerusi media sosial sahaja, sedangkan dapur mereka juga perlu berasap, perut mereka juga perlu diisi.
Jika dilihat semula sejauh manakah relevannya data e-Kasih yang telah didaftarkan di setiap Pejabat Daerah. Ini kerana di Johor Lama masih ramai lagi penerima yang sepatutnya layak menerima bantuan ini daripada senarai yang telah didaftarkan. Dengan peningkatan kos sara hidup yang tinggi masih ramai lagi bangsa Johor yang tersepit dan terumbang ambing untuk meneruskan kehidupan mereka di luar sana. Peningkatan harga barang juga dilihat bagaikan tiada kesudahan, bukan hanya harga barang sahaja malah kadar sewa rumah juga saban tahun meningkat.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Kota Tinggi daerah bersejarah, tempat bermula sebuah kerajaan, alangkah indah jika diluah, kurang menjadi destinasi tumpuan. Yang
Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Johor Lama merupakan kawasan yang penuh dengan tempat-tempat bersejarah dan ianya juga merupakan asal muasal pembentukan negeri Johor yang kita cintai hari ini. Umum mengetahui bahawa Kota Tinggi merupakan daerah yang bersejarah sesuai dengan slogan katanya ‘Bermulanya Di Sini 1528’. Banyak sangat tinggalan sejarah kegemilangan kerajaan Johor yang berada di Kota Tinggi dan Johor Lama.
Antara bukti tinggalan itu ialah bekas Kota Lama, Kubu Pertahanan, Makam Sultan, Makam Kerabat dan Pembesar DiRaja serta binaan lain yang sudah tertimbus. Ingin saya kongsikan bahawa di Kota Tinggi bukan hanya ada satu makam sahaja yang harus dipelihara kerana Kota Tinggi sangat sinonim dengan Makam Sultan Mahmud Di Julang yang terletak di Kampung Makam. Namun masih ada banyak lagi makam-makam dan tempat sejarah yang perlu dipelihara khususnya dalam kawasan Johor Lama seperti Kota Makam Tauhid, Makam Cik Siti di Kampung Tembioh, Muzium Kota Lama, Makam Raja Putih di Kampung Panchor.
Memetik ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kita ketika membentangkan Belanjawan 2024 yang lepas Johor ini bertuah kerana memiliki alam semulajadi yang indah dan menarik serta bangunan warisan bersejarah yang mampu menjadi tarikan pelancong di seluruh dunia. Sejajar dengan Tahun Melawat Johor pada tahun 2026, Johor Lama berbesar hati sekiranya pihak kerajaan negeri dapat menjalankan kerja-kerja membaikpulih dan menyelenggara di setiap makam-makam yang boleh dilawati oleh para pelancong domestik mahu pun antarabangsa kerana jika Ahli Dewan, Ahli Mesyuuarat Sidang Dewan ke kawasan makam tersebut lalangnya sudah sama tinggi dengan ketinggian saya. Banyak sejarah mitos dan lagenda di daerah ini yang mampu untuk menarik minat pelancong untuk datang melancong di daerah Kota Tinggi khususnya dalam kawasan Johor Lama.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, limpahan ekonomi di Johor Lama juga akan berlaku sekiranya kawasan ini dipelihara dan dikomersialkan kepada masyarakat luar. Bukan hanya ekonomi pengusaha kedai makan sahaja yang akan menerima tempiasnya malah pengusaha hotel, homestay serta perkhidmatan pemandu pelancong juga akan meningkat. Percayalah segala usaha akan memberi manfaat dan kembali semula kepada rakyat.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, sektor perikanan merupakan antara sektor yang berpotensi dalam kawasan Johor Lama. Ia juga secara tidak langsung mampu untuk menjadi lembah kecukupan sumber makanan bagi ekonomi laut di negeri ini. Namun fasiliti yang tidak diselenggara dengan baik juga akan merencatkan usaha dan sumber pendapatan kepada masyarakat setempat. Terima kasih diucapkan kepada kerajaan negeri atas peruntukan sebanyak RM200,000.00 untuk menaiktaraf jeti di Kampung Makam. Alhamdulillah, projek sedang dalam pembinaan dan diharapkan dapat siap dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Namun begitu, jeti di Kampung Sinar Harapan, jeti di Kampung Tembioh sudah terbengkalai bertahun-bertahun tanpa ada penyelenggaraan dari pihak yang bertanggungjawab. Oleh kerana itu, para nelayan harus mencari kawasan yang lain bagi pembinaan jeti sendiri dengan hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi yang ada di sekitar kawasan tersebut. Bukan itu sahaja, tidak mempunyai akses jalan serta tiada bekalan elektrik yang mencukupi di kawasan jeti-jeti tersebut juga akan menyukarkan para nelayan untuk keluar mencari rezeki ketika waktu malam.
Jadi kita nak tahu juga, pelan tindakan dan inisiatif daripada kerajaan negeri Johor dalam memastikan penyelenggaraan jeti-jeti di kawasan nelayan dapat dinaiktaraf dengan baik dan mempunyai bekalan elektrik yang secukupnya untuk kegunaan para nelayan. Sebahagian pekerjaan penduduk di kawasan Johor Lama ini adalah nelayan mengikut kategori yang berbeza. Ada nelayan darat dan nelayan laut dalam. Masing-masing sedikit sebanyak membantu membekalkan sumber makanan laut kepada sektor perikanan negeri Johor ini.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, pendidikan merupakan kunci utama kepada sesebuah kejayaan. Patik merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih buat Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang tidak pernah lekang memberikan galakan kepada kemajuan pendidikan di negeri Johor dan telah meletakkan pendidikan di negeri Johor ini sebagai satu agenda yang utama dalam memajukan negeri Johor menjelang tahun 2030. Suka saya mengingatkan bahawa pendidikan adalah kunci kepada segala perubahan yang ingin dibentuk dalam sesebuah kerajaan. Sering kali juga saya berjumpa dengan anak-anak Johor Lama, saya berpesan kepada mereka agar terus mementingkan pendidikan kerana titik permulaan untuk mengubah nasib sesebuah keluarga adalah bermula dengan pendidikan. Maka pendidikan itulah sebenarnya yang boleh membantu mengubah nasib mereka.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, kawasan Johor Lama tidak pernah sunyi daripada berdepan dengan gangguan bekalan air dan ia juga sudah menjadi masalah tahunan yang sering berlaku dan dilihat seperti tiada kesudahan terutamanya apabila tiba musim perayaan. Anak-anak yang pulang dari perantauan untuk berhari raya bersama keluarga juga turut menanggung keperitan ketiadaan bekalan air ini. Anak-anak perantauan ini lebih rela tinggal di hotel mahupun di homestay untuk mengelakkan daripada mereka perlu mengangkat air berbaldi-baldi untuk kegunaan harian pada musim perayaan. Namun Johor Lama juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih Ranhill SAJ serta semua yang terlibat kerana tahun ini merupakan tahun pertama Johor Lama dapat beraya dengan tenang dan gembira, tiada aduan masalah bekalan air yang diterima daripada penduduk Johor Lama pada musim perayaan tahun ini. Johor Lama juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri serta Yang Berhormat EXCO di atas projek menaik taraf kapasiti air dan penyelenggaraan air di Loji Air Lok Heng. Projek ini telah memberi manfaat kepada lebih 20,000 orang pengguna air di kawasan FELDA Gugusan Lok Heng dan Gugusan Waha yang berhampiran.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, bukan hanya masalah air sahaja yang timbul apabila tiba musim perayaan, masalah gangguan elektrik, bekalan elektrik yang terputus juga merupakan masalah tahunan yang sering berlaku di kawasan perumahan FELDA. Johor Lama ingin bertanya sampai bila kita hanya perlu menggunakan genset sebagai jalan penyelesaian masalah bagi tempoh jangka masa yang pendek? Jadi sudah tiba masanya untuk kerajaan negeri berfikir apa langkah dan cara untuk kita selesaikan masalah berikut bagi tempoh jangka masa yang panjang. Selari dengan seruan negeri Johor Maju 2030, kerajaan negeri sudah perlu mencari langkah dan inisiatif untuk mengelakkan masalah ini terus berulang setiap tahun bak kata pepatah, ‘akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba’. Yang menanggung keperitan dengan masalah ini adalah rakyat kita.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, seterusnya Johor Lama ingin memanjangkan suara rakyat mengenai Projek Rumah Generasi Kedua. Ia juga meliputi berkaitan hal infrastruktur yang sampai kini masih tidak selesai. Johor Lama mohon agar isu dan masalah ini dapat perhatian utama daripada kerajaan negeri. Daripada PRU ke PRU, dari PRN ke PRN isu ini masih belum dapat diselesaikan. Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah. Bantulah generasi kedua ini untuk mendapatkan tempat tinggal yang lebih selesa dengan kemudahan infrastruktur yang sempurna. Sebagai contoh, Projek Perumahan Generasi Kedua di FELDA Ayer Tawar 3, sebanyak 76 buah rumah sudah siap dibina dan dihuni tetapi tiada saliran air yang baik, tiada longkang, tiada akses jalan serta lampu jalan yang sempurna. Pihak FELDA juga telah menyatakan bahawa infrastruktur perumahan generasi kedua bukanlah di bawah kelolaan pihak FELDA. Justeru Johor Lama mohon agar isu ini mendapat perhatian pihak kerajaan negeri untuk memberikan peruntukan khas berkaitan hal infrastruktur di tapak perumahan generasi kedua. Orang kata, buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, terdapat 42 persatuan majlis belia FELDA di negeri Johor. Di Johor Lama pula mempunyai 6 buah persatuan iaitu di FELDA Lok Heng Timur, FELDA Lok Heng Barat, FELDA Lok Heng Selatan, FELDA Air Tawar 2, FELDA Air Tawar 3 dan FELDA Pasak. Belia merupakan agen penyampai, mata dan telinga bagi pihak kerajaan negeri. Kota Tinggi khususnya sebanyak 18 persatuan telah berdaftar di bawah Majlis Belia Daerah dan 7 daripada adalah di bawah kawasan Johor Lama. Saya kira sudah tiba masanya untuk kita memperkasakan peranan belia dalam apa jua kepimpinan di peringkat kampung mahupun di peringkat daerah. Saya yakin dan pasti bukan sahaja di Johor Lama yang mempunyai isu kurang penglibatan di peringkat belia, tetapi kawasan lain juga turut sama. Belia merupakan pewaris yang perlu digilap dan dibentuk agar dapat mengikut acuan yang betul. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor di atas peruntukan sebanyak RM5,000.00 kepada setiap persatuan MBFM. Seterusnya untuk makluman sidang Dewan juga, dengan segala peruntukan yang ada Johor Lama juga telah memperuntukkan sebanyak RM5,000.00 kepada setiap persatuan MBFM di bawah kawasan Johor Lama dan sebanyak RM10,000.00 kepada Majlis Belia Daerah Kota Tinggi pada tahun 2023. Itu merupakan tanda sokongan dan kasih sayang Johor Lama kepada belia kita. Jangan kata YB Johor Lama tak payung ya. Namun begitu, bukanlah semata-mata mengharapkan peruntukan kewangan sahaja tetapi ia lebih kepada kesedaran dan peranan belia itu sendiri. Betullah bagai dikata, bukan ringgit dipandang orang, tapi memandang jasa dan budi.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Johor Lama juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri Johor kerana telah menjana pelaburan sebanyak RM113.7 bilion dan telah mewujudkan kira-kira 35,000 peluang pekerjaan baharu sejak tahun 2022. Johor Lama ingin mencadangkan agar limpahan pembangunan ekonomi tersebut turut dibawa dan boleh dirasai bersama dengan rakyat di kawasan luar bandar. Ini kerana pembangunan infrastruktur di luar bandar amat penting bagi merancakkan lagi pembangunan ekonomi di kawasan tersebut. Kemudahan infrastruktur di luar bandar juga merupakan langkah utama yang mampu menarik pelaburan dan industri baharu untuk bertapak dan bermula di kawasan tersebut. Selain daripada infrastruktur yang mampu memberi manfaat besar kepada penduduk, mereka juga akan merasai limpahan ekonomi menerusi kewujudan industri baharu yang mampu membuka banyak peluang pekerjaan sekali gus ia juga akan mengurangkan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, setiap tahun dilanda banjir musibah dilalui meronta diri, bila mana senyuman boleh diukir jika tebatan banjir tidak ditangani. Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Johor Lama ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini berhubung dengan bencana banjir. Banjir merupakan acara tahunan, acara aktiviti tahunan di kawasan Johor Lama yang tidak diinginkan oleh semua penduduk. Oleh itu, hanya satu harapan Johor Lama agar projek Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Pemandi, Kota Tinggi dapat dibangunkan dan siap mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Dengan menaik taraf keratan rentas asal sungai, pelebaran pendalaman sungai serta menaikkan ban, projek ini akan memberi manfaat dan mengurangkan impak banjir kepada kawasan Taman Aman, kawasan Taman Mawai yang sering kali menjadi kawasan utama apabila dilanda banjir. Cukup-cukuplah orang kita yang perlu menanggung ribuan ringgit setiap tahun. Pelbagai bantuan dan usaha telah digerakkan oleh jabatan dan agensi yang terlibat dalam mengurangkan risiko banjir namun pelanginya masih belum timbul walaupun hujan sudah berkali-kali turun.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Johor Lama ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Parlimen Kota Tinggi merangkap Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin di atas limpahan peruntukan yang telah diberikan kepada penduduk di kawasan Johor Lama. Johor Lama mendoakan agar Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin terus diberikan kesihatan dan
kekuatan dalam mentadbir urus Parlimen Kota Tinggi. (Dewan bertepuk). Ok ketua bahagian. Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum Johor Lama mengakhiri perbahasan, Johor Lama berharap segala perkara yang dibangkitkan oleh Johor Lama dan rakan-rakan mendapat perhatian yang khusus oleh pihak kerajaan negeri Johor. Segala adalah demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri Johor yang kita cintai ini.
Yang terakhir, Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, saya nak belanja dua rangkap, dua pantuan, ‘enam FELDA penyumbang kemenangan, jasa mereka bukan mainan, Johor Lama sentiasa terkenang, harapan peruntukan dapatlah di perkenan. ‘Terima kasih daun keladi kerajaan Johor yang disanjungi, Johor Lama telah berdiri membawa maksud rakyat disayangi’. Sekian salam demi Johor Lama.(Dewan bertepuk). Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam Johor Lama. Ahli-Ahli Yang Berhormat, persidangan ditangguhkan selama 15 minit.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker.
Persidangan ditangguhkan pada jam 03:45 petang.
Persidangan disambung pada jam 04:00 petang.
Yang Berhormat Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan disambung semula. Dijemput Yang Berhormat Sri Medan.
Bacaan doa. Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bila petang ini Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker nak berbahas ini dia agak mencabar juga. Saya harap kawan-kawan lain takde yang terlelap. Terima kasih tadi sebelum Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker hentikan perbahasan kita, saya dalam keadaan apa paling tinggi saya punya performance saya ketika itu. Tapi bila diberhentikan 15 minit saya kena ambil balik semula semangat, harap-harap kawan-kawan jangan tidur semua. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker. Pertama sekali saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker kerana memberi peluang kepada Sri Medan untuk bersama-sama dalam sesi perbahasan pada waktu petang ini. Dia satu yang mencabar kerana pada kebiasaannya saya akan berbahas sebelum tengah hari, sebelum kita berhenti dan saya ingin ucapkan terima kasihlah dalam keadaan waktu yang sebegini saya harap rakan-rakan semua dapat apa sama-samalah kita mengambil apa juga yang mungkin saya perkatakan dalam perbahasan, yang baik menjadikan satu iktibar dan mungkin boleh dikongsi bersama-sama kerajaan negeri Johor.
Pertama sekali sebelum saya meneruskan perbahasan Yang Berhormat Datuk Speaker, Sri Medan ingin merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Dewan yang mulia ini dan bertitah merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Ketiga Bagi Dewan Negeri Johor Yang Ke-15, Ampun Tunku.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, tadi saya sempat jugalah mendengar beberapa perbahasan daripada rakan-rakan terutama daripada Stulang, daripada Perling, daripada Johor Lama termasuk daripada Benut dan juga rakan saya dari Kukup banyak berkisar mungkin soal JS-SEZ, Johor-Singapura Special Economic Zone. Dan kalau Datuk Timbalan Speaker, dalam dua sesi sebelum ini pun saya akan cakap mungkin penumpuan saya lebih kepada soal banjir tapi hari ini soal banjir saya rasa saya dah boleh apa letak sebagai yang
kedua atau ketiga kerana kerajaan negeri telah melaksanakan apa yang sepatutnya di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz. Apa yang ingin saya katakan kerana rakan-rakan ada menyentuh tentang JS-SEZ ini, Sri Medan tak berhajat untuk mengulas lebih lanjut apa yang perlu kerajaan lakukan, apa yang rakyat perlu tahu. Dua perkara sahaja yang saya perlu ingatkan, ingatan mesra Sri Medan kepada kerajaan negeri Johor soal JS-SEZ, saya rasa perancangan pun telah pun disusun. Dua perkara yang pertama sekali yang saya ingin beri ingatan mesra kepada kerajaan negeri, jaga kedaulatan negeri Johor. Dan yang kedua, jaga kepentingan Bangsa Johor. Dua perkara ini penting. Soal macam mana kita nak berbahas dan sebagainya, saya kita rasa perlu serahkan kepada kebijaksanaan Menteri Besar Johor dan juga rakan-rakan EXCO kerajaan negeri Johor. Dua perkara kalau kita mampu dan kita tidak lalai Insya-Allah, JS-SEZ akan menjadi satu pemacu ekonomi yang baru kepada kerajaan negeri Johor. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang mana dalam 5 bulan pertama tahun 2024 pelbagai program dan juga inisiatif-inisiatif untuk membantu rakyat telah dilakukan Menteri Besar dan juga barisan rakan-rakan EXCO kerajaan negeri Johor. Kalau kata ketika titah Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Johor, Pemangku Sultan Johor, bahawa apa dimaklumkan daripada tahun 2022, sehingga bulan 3 2024, sebanyak RM113.7 bilion pelaburan telah masuk dalam negeri Johor. Ini suatu kejayaan yang luar biasa sebenarnya. Luar biasa kerana Johor mendahului negeri-negeri lain dalam negara kita Malaysia. Dan juga saya difahamkan, 35,000 peluang pekerjaan berjaya untuk kita buka kepada anak-anak negeri Johor. Saya cukup berbangga dengan pencapaian yang dicapai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan saya mengakui, Sri Medan sendiri mengakui bahawa kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor adalah yang terbaik setakat hari ini Insya-Allah.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, tadi saya ada sebut, mungkin apa yang saya ingin sentuh soal banjir. Ahli-Ahli Yang Berhormat pun maklum, sebelum ini saya sering memperkatakan soal banjir kan, saya tahu Kerajaan Negeri Johor telah melakukan yang terbaik termasuk kerajaan persekutuan. Mungkin rakan-rakan daripada Parit Yaani, daripada Parit Raja dia belum sempat lagi untuk membangkitkan perkara ini. Soal macam mana kerajaan hari ini meminta kerajaan persekutuan untuk mempercepatkan Rancangan Tebatan Banjir ini adalah satu perkara yang baik, kerana apa kalau kita lihat, sebelum ini pun saya pernah bangkitkan bahawa kejadian banjir yang berlaku dalam negeri Johor terutamanya di Sri Medan. Ianya akan berlaku 10 hingga 15 tahun sekali. Apa saya ingin cadangkan di sini, rancangan tebatan banjir dilakukan oleh kerajaan persekutuan melalui JPS, ianya dilakukan selepas tempoh 10 tahun dan banjir berlaku pun dalam tempoh yang tersebut.
Saya ingin mencadangkan, Sri Medan ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Johor dan juga kerajaan persekutuan agar projek Rancangan Tebatan Banjir mesti dimulakan perancangannya dalam tempoh 5 tahun untuk kita mengelakkan perkara ini berlaku di kawasan-kawasan yang saya sebut tadi. Kerana apa perancangan sebelum, semasa dan selepas ini amat penting kerana hari ini rakyat selain dari memikirkan Maju Johor Tahun 2030. Sebenarnya rakyat hari ini dia mengharapkan kerajaan yang ada, adalah kerajaan berbeza dengan sebelumnya. Kalau kita lihat saya bukan nak menyalahkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, ha, bantuan wang ihsan ya, Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker maklum, kita telah menjanjikan dengan rakyat, pihak kerajaan persekutuan yang menjanjikan dengan rakyat, siapa yang terlibat dalam banjir akan dapat RM1,000.00, daripada NADMA, RM300.00 daripada kerajaan negeri, RM2,500.00 daripada NADMA. Tetapi hari ini berlaku sebenarnya Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, pembayaran di BWI, yang dibayar kepada mangsa-mangsa banjir sejumlah 9,997 mangsa banjir yang dapat terkemudian kurang RM1,500.00. Saya ingin meletakkan tanggungjawab ini kepada kerajaan negeri, tak adil.
Tapi apa yang saya boleh maklum di sini dan saya minta kerjasama daripada kerajaan negeri Johor agar memberi satu desakan kepada kerajaan persekutuan agar melunaskan baki bayaran tersebut. Kerana ini bukan mangsa daripada Sri Medan sahaja. Mangsa yang terlibat adalah mangsa-mangsa daripada seluruh negeri Johor termasuk daripada Parlimen Sri Gading, Parlimen Ayer Hitam kerana tanggungjawab ini kita tidak mahu, kerajaan negeri atau kerajaan pusat dilabelkan sebagai scammer. Kerana pemakluman tak ada peringkat awal, yang menyatakan bahawa hari ini si polan kena ambil dekat dewan, dewan-dewan yang dinyatakan mana, hari ini akan menerima kurang daripada RM2,500.00, kerana janji awal kita RM2,500.00. Jadi saya hari ini berdiri sebagai ADUN Sri Medan, ingin memperjuangkan nasib rakan-rakan yang di luar sana. Sebab itu Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, soal ini Insya-Allah, saya yakin dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor mampu untuk memberi satu desakan kepada kerajaan persekutuan melalui NADMA untuk menyelesaikan perkara ini.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, saya tadi rakan-rakan saya sebut tadi dah bercerita soal JS-SEZ. Apa yang saya nak tekankan di sini sebagai wakil Sri Medan, saya bercakap sebagai Sri Medan, kalau rakan-rakan lain nak bercakap untuk kawasan-kawasan masing-masing itu terpulang. Apa yang diperkatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga pada rakan-rakan EXCO adalah soal agenda Maju Johor 2030. Saya setuju dengan apa juga program-program inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan negeri Johor pada hari ini. Tak ada masalah, Sri Medan menyokong penuh. Apa yang saya ingin tekankan di sini Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga rakan-rakan EXCO, soal keadilan. Kenapa saya sebut soal keadilan, kerana apa perancangan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Johor mesti berlaku adil bukan sahaja pembangunan di kawasan bandar tetapi mesti ianya berlaku juga di kawasan luar bandar. (Dewan bertepuk). Itu yang kita nak, kerana apa, soal JS-SEZ, kita pun dah dapat penerangan Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, dengan 3,100 lebih km persegi, Wilayah Iskandar. Hari ini kita pulak ditambah pulak dengan agenda Maju Johor 2030.
Soal maju ni kita bukan hanya letak pada daerah-daerah tertentu, macam mana kita nak majukan Batu Pahat, bagaimana kita nak majukan Segamat, kerana agenda Maju Johor mesti seiring dengan Rancangan Struktur Negeri Johor tahun 2030 dan juga mesti seiring dengan apa yang kita rancang melalui JS-SEZ. Kalau kita tengok JS-SEZ pada hari ini, Ahli-Ahli Yang Berhormat, ia hanya meliputi kawasan Wilayah Iskandar. Tapi apa nasib yang akan berlaku pada daerah Batu Pahat? Apa nasib pada daerah Kluang, daerah Segamat yang kita war-warkan sebelum ini Food Security Programme bahawa Segamat akan menjadi satu lembah pertanian dalam negeri Johor. Bagaimana nasib mereka? Bagaimana nasib industri pelancongan dalam negeri Johor dalam daerah Batu Pahat? Hari ini kalau Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker pun maklum, industri perhotelan semua mati di daerah Batu Pahat. Sebab apa? Kerana industri pelancongan hanya kita tertumpu pada Kota Tinggi, pada Mersing, sedangkan di dalam daerah Batu Pahat, di tempat saya sendiri Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, tak payah jauh, saya tak payah tengok jauh. Di Sri Medan, di Parit Sulong kita mempunyai sumber-sumber pelancongan semula jadi. Ha, kita ada Taman Botani, kita ada Sungai Simpang Kiri, bukan kata nak menyelusuri Sungai Kota Tinggi, bukan. Ini dekat Sungai Simpang Kiri lebih hebat daripada Kota Tinggi. Ha, kita ada kesan peperangan Dunia Kedua di Parit Sulong, macam mana tindakan yang kerajaan perlu lakukan bagi memastikan bahawa setiap elemen yang kita rancang untuk memajukan negeri Johor tidak ditinggalkan daerah-daerah yang ada. Ini penting. Kerana kerajaan hari ini saya sebut keadilan jangan pinggirkan luar bandar, kerana daripada soal pembangunan fizikal, soal pembangunan ekonomi, soal pembangunan sosial, kerana luar bandar juga sebenarnya mempunyai peranan untuk mereka sama-sama memajukan negeri Johor.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, saya menjunjung kasih di atas titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Pemangku Sultan Johor, iaitu pentingnya soal pendidikan kerana apa saya sebut soal pendidikan. Yang pertama, kerana pendidikan inilah sebenarnya
yang boleh mengubah nasib seseorang. Pendidikan jugalah yang boleh mengeluarkan dari kemiskinan dan pendidikan jugalah yang boleh membentuk pemikiran anak-anak kita. Tapi hari ini kalau kita lihat ya, saya berdasarkan pengalaman ya, pengalaman Sri Medan sebagai Wakil Rakyat. Kadang-kadang kita tak percaya apa yang berlaku di bawah, sebab tu saya cuba bawa apa juga perancangan Kerajaan Negeri Johor biarlah melihat di peringkat akar umbi. Apa yang berlaku di peringkat akar umbi. Adakah anak-anak semua bersekolah? Adakah anak-anak kita yang di luar sana tu mempunyai kemampuan untuk bersekolah? Adakah ibu bapa yang B40 dia punya kemampuan untuk menyekolahkan anak? Kerana apa yang saya alami hari ini soal ponteng sekolah atau yang tidak sekolah pun berlaku di peringkat luar bandar. Mungkin di kawasan bandar pun berlaku.
Kenapa hari ini kita tengok kadang-kadang ada satu ketika tu saya datang pergi rumah ada aduan dia kata ada seorang ni ada anak si polan ni tak bersekolah. Saya datang. Kita beri salam, assalammualaikum, assalammualaikum, assalammualaikum, tak bukak. Bila kita ketuk bukak pintu. Bukak pintu tengah gosok mata. Saya tanya berapa umur dik? Umur 8 tahun. 8 tahun tapi tak sekolah pukul 9.30 pagi baru bangun tidur. EXCO pendidikan tahniah YB Aznan dapat EXCO pendidikan. Saya rasa lepas ni kerja dia pun berat sikitlah, kerana bukan saya yang bercakap soal pendidikan kerana semua akan bercakap soal pendidikan. Macam mana kita nak bermula daripada asas bahawa pendidikan itu penting beri kesedaran kepada ibu bapa, anak-anak mesti sekolah. Apa akta yang ada YB? Kita dengar aje kan, Akta Pendidikan 1996, Akta 550 Sub Seksyen 29A 1,2,3,4 denda tidak melebihi RM5,000.00. Apa ya? Kita pernah gunakan tak penguatkuasaan? Tak pernah kan? Kita nak memastikan anak Bangsa Johor ni mempunyai pendidikan yang cukup, yang tinggi, tapi kita tak menguatkuasakan asas yang kita ada. Kuatkuasakan. Kita pastikan anak-anak ke sekolah. Biar dia menangis hari ini. Tapi untuk masa depan, mereka akan jadi anak yang berguna. (Dewan bertepuk). Itu yang kita kena lakukan ya, jadi EXCO minta maaf ya EXCO, tak susah pun kerja ni. Awak bincang dengan PDRM. Kerana kita sebagai pemimpin tak boleh pun, tak kan saya Wakil Rakyat ya, rakan-rakan saya pergi rumah hilang undi YB. Kita tidak boleh. Sebab itu saya tahu peraturan tu ada. Report kita pada JKM. JKM dengan PDRM, gunakanlah. Baru kita dapat Bangsa Johor yang hebat. Anak-anak yang hebat. Ini berlaku sebenarnya Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, bila kita melalui COVID-19, anak-anak ada yang tak sekolah. Belajar daripada rumah. Akhirnya perkara ini telah berlarutan sehingga hari ini. Data saya tak ada, saya minta maaf EXCO, kalau ada semak balik di setiap daerah berapa sebenarnya kes ponteng sekolah yang berlaku di peringkat luar bandar dan juga di kawasan bandar.
Pendidikan juga penting bukan soal kata ponteng sekolah tadi, saya tengok kadang-kadang sebagai Wakil Rakyat lah permintaan daripada apa, anak-anak kita yang belajar di universiti dan sebagainya dia soal laptop ni ya. Saya kadang bukan kita, kemampuan kita terhad Yang Berhormat DatukTimbalan Speaker. Sama Datuk Timbalan Speaker juga kan ya. Kita terhad. Kadang-kadang permintaan daripada anak-anak ini yang masuk universiti boleh tak kerajaan negeri mengadakan satu program khas bagaimana nak membantu, kata kita nak negeri maju 2030. Pastikan capaian internet semua bagus, tak kan tempat saya luar bandar kita nak masukkan dalam post dalam facebook kena tunggu keluar daripada kawasan kampung. Saya rasa tak apalah kita bagi tempoh ya. Bagi tempoh kepada kerajaan negeri susun strategi biar capaian internet ada, anak-anak semua ada kemudahan laptop. Semua diadakan. Inilah menunjukkan ciri-ciri utama bahawa inilah anak-anak negeri maju Johor. Kita baru gah kita pergi Kuala Lumpur, KL, nak pergi KL action sikit orang Johor, baru anak-anak dia hebat, negerinya bagus, itu yang kita nak. Jadi soal pendidikan saya perlu bagi penekananlah kepada Kerajaan Negeri Johor untuk bantu. Kalau capaian internet tak ada, SMCMC ya, ha. MCMC, SKMM lah ya. SKMM. masa YB Norliza sebagai EXCO saya ada tanya, kata nak buat menara dekat sekolah-sekolah. Eh kena pantau tu. Kita tempoh tak sampai lima tahun lagi ni. Kalau lagi masih tidak ada capaian internet, saya rasa tidak ada maknalah. Saya harap Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar boleh tangani perkara ini Insya-Allah.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, diawal tadi saya sebut bagaimana kita nak melihat bahawa pembangunan itu kena adil, kena sama, kalau Johor Bahru ada kemudahan ini, Batu Pahat pun kena ada. Terutama di pekan-pekan. Kalau soal bandar ini pengurusannya mungkin ada Majlis Perbandaran, ada Majlis Daerah Yong Peng, tapi kita selalu lupa pekan-pekan sebenarnya. Contoh saya di pekan Parit Sulong, kalau kata Majlis Daerah Yong Peng kita ada lima pekanlah. Kampung Baru, Yong Peng, Parit Yaani, Seri Medan dan juga Parit Sulong, lima. Kita ada 16 PBT tak silap saya Yang Berhormat Datuk Dato’ EXCO ya, 16 PBT. Kalau kata kita ambillah purata 80 pekan, 80 pekan mesti kita nak juga pembangunan yang sama. Kalau contoh Parit Sulong hari ini Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Bomba tidak ada, klinik-klinik lama, bekalan air pun merisaukan. Raya tahun lepas kita nasib baik dengan inisiatif daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, EXCO Kerja Raya dan juga EXCO Agama pun campur tangan juga, selesai masalah itu. Tapi hari ini Alhamdulillah selesai. Pasal apa, contoh bekalan air, apa yang dimaklumkan dalam sesi taklimat saya dengan SAJ, ada 3,500 kilometer, 3,500 kilometer paip, panjang paip. Kalau kata kita pergi Thailand, kita patah balik lagilah Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker. Panjang paip itu di daerah Batu Pahat. Saya pun terperanjat juga. Paip yang lama di daerah Batu Pahat ada 30% lebih kurang, 1,200 kilometer.
Tadi kita fikir soal nak menarik pelaburan. Kita fikir nak minta kalau daerah ini pelabur-pelabur semua datang. Tapi bekalan air jadi masalah kita. Contoh berlaku paip pecah 1,200. Ada satu tempat itu, pihak SAJ dia buat kerja-kerja penyelenggaraan tukar paip, panjang 64 kilometer dengan kos RM30 juta. Saya duk bayangkan YB Tangkak pun pernah bangkitkan isu ini, bagaimana kita dalam tempoh beberapa tahun, 5,6 tahun ini untuk kita pastikan kemudahan asas kita, air, elektrik, jalan-jalan kita, Bomba, semua kena cukup. Jangan fikir kita fikir soal bandar sahaja. Macam Datuk Timbalan Speaker mungkin Yong Peng sudah cukup semuanya kerana EXCO ada. Macam saya, Parit Sulong banyak yang kita kurang. Bomba, saya dah pesan banyak kali dalam Mesyuarat Tindakan Daerah, keperluan bomba ini memang mendesak, tapi bagaimana pihak Jabatan Bomba dapat membantu tempat saya untuk diwujudkan satu bomba, tidak kiralah kategori apa, A, B, C, D ke by post. Saya punya sekarang by post. Hidup segan mati tidak mahu, sekejap ada orang, sekejap tidak ada orang. Dulu pernah dijanji kata nak buat kategori .... tapi hari ini, tempoh itu ada, sebelum kita mencapai 2030, pastikan Balai Bomba ada di pekan Parit Sulong. Jadi KPI Jabatan Bomba pun tercapai. Saya kadang-kadang macam tidak percaya KPI bomba saya difahamkan, kalau silap nanti betulkan. Setiap berlaku kebakaran, kalau contoh daripada Yong Peng atau Batu Pahat datang ke Parit Sulong mesti kurang daripada lapan minit. Tapi kalau kata Parit Sulong daripada Yong Peng ke Parit Sulong, Batu Pahat ke Parit Sulong memang susah nak sampai lapan minit. Sebab itu KPI Jabatan Bomba tidak capai kerana berlaku kebakaran Parit Sulong, masalah tidak boleh selesai. Sebab itu Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, saya mohonlah apa yang saya sebut tadi, klinik, dengar HSA kalau kata Parit Sulong tidak perlulah klinik yang besar-besar pun, KK 3 tu ok kot. Saya rasa cukup, bantulah. Kemudahan kesihatan cukup, kemudahan keselamatan cukup, barulah agenda Maju Johor, rakyat di Parit Sulong akan dapat rasa sama-sama. Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker.
Banyak lagi?
Oh dah habis lah. Soal jalan tadi sikit Yang Berhormat, minta maaf ya. Soal jalan, soal jalan penting. Pasal apa saya cuba bangkitkan, saya sudah bangkitkan sebelum ini. Ia berlaku di tempat sayalah di kawasan Sri Medan dan mungkin berlaku di kawasan-kawasan luar bandar tempat rakan-rakan YB semua. Kerosakan jalan ini semakin lama semakin melampau. Saya pernah cadangkan dengan EXCO yang berkaitan dalam sesi soal jawab yang lepas. Contohnya, hari ini kerosakan jalan berlaku kerana dia tidak mengikut had muatan yang dibenarkan. Contoh, di kawasan Kampung Parit Wadijo, Sri Medan, saya rasa jalan itu bukan untuk apa lori muatan 40 tan.
Yang Berhormat, kita beri laluan kepada azan.
Berhenti atau, tapi saya ada sikit lagi Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker. Saya berhenti ya. Berhenti sekejap, terima kasih.
Dewan berhenti seketika untuk beri laluan kepada azan.
Orang lama kan, dia lambat nak mula, lambat pula nak berhenti.
Itulah sekejap pula 20 minit.
Dah 40 minit.
Tadi soal jalan, saya terus pada point ya, soal jalan. Kerosakan jalan-jalan di kawasan kampung berpunca daripada muatan yang berlebihan. Jadi kerajaan ini setiap kali kena repair, repair kos semakin meningkat. Duit itu kita guna untuk lain lagi bagus. Jadi saya cadangkan, kerajaan kena ambil inisiatif, memastikan bahawa had muatan mesti dihadkan, dia ada jalan persekutuan dan juga jalan federal. Jalan kampung berapa had, kalau lori 40 tan kerosakan dengan sawit dan sebagainya saya rasa semua tempat setiap kali nak pilihanraya, wakil rakyat jadi mangsa. MPOB pun satu lagi, kelulusan timbang-timbang sawit hari ini, mana-mana semua sudah ada dah. Jadi kena ada satu penyelarasan bagaimana kita nak pastikan bahawa tidak berlaku lagi penggunaan jalan oleh kenderaan-kenderaan yang berat seperti itu.
Seterusnya Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, ini soal food security. Tadi saya ada sebut sedikit pasal food security. Kalau ikut rancangan Malaysia, Rancangan Struktur Negeri Johor pada 2030 menjangkakan bahawa 70% pertanian, kawasan pertanian adalah hasil sawit daripada tanaman kelapa sawit. Saya tidak nampak lagi bagaimana kita nak mengimbangi jenis-jenis pertanian yang lain. Contoh sayur, ternakan berbiri, ternakan lembu dan sebagainya. Bagaimana kerajaan nak melakukan perancangan bagi kita menangani perkara ini, janganlah semua tanam sawit. Kata kita nak food security, jadi itu yang penting, penting hari ini, kata soal tanah tidak ada. Saya ada semak sikit masa zaman Yang Berhormat Dato’ Hasni Menteri Besar Johor. Pernah diumumkan bahawa tanah rizab melayu ini di negeri Johor telah mencapai 30% iaitu seluas 557,000 hektar. Jadi saya ingin mencadangkan disini kepada kerajaan negeri, dibawah EXCO yang berkaitan, boleh atau tidak? Saya tahu kalau disiasat atau disemak satu-satu tanah rizab melayu ini, sebenarnya tidak diusahakan. Boleh atau tidak, kerajaan negeri memberi kuasa kepada PPK untuk kita menggunakan seluas tanah yang ada dalam negeri Johor, rizab melayu ini untuk kita bangunkan dengan pertanian-pertanian yang telah kita tetapkan. Jadi sekurang-kurangnya, kebanyakan mereka yang tidak mengusahakan tanah-tanah mereka ini, mereka yang susah. Kadang-kadang kita dah tahu rumah ada tanah dua ekar, tetapi mereka tidak ada pendapatan, jadi gunakanlah PPK. Kalau kita nak jadi champion, mestilah kita dengan jumlah yang besar. Contoh macam Sri Medan, bela bebiri 1,000 ekor, saya tanya dengan PPK Seri Medan, champion apa. Champion setakat Batu Pahat bolehlah. Bangga kita ada 1,000 ekor.
Masa Yang Berhormat.
Masa, peninglah. Lepas ini saya nak cakap nombor satu ya. Macam lembu, contoh lembu, kalau kita nak mengawal harga lembu Datuk Speaker, hari ini lembu ada ini, satu kilo RM35, lembu import RM18, macam mana kita nak, macam mana kita nak melawan harga mereka kalau dengan harga apa, harga lembu daging boleh mahal macam itu.
RM38.
RM38, terima kasih Layang-Layang. Ok, Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, ini yang terakhir. Soal perumahan tadi pun saya dah bisik-bisik dengan Dato’ Jafni. Saya suka gunakan Rancangan Struktur Negeri Johor ini, pasal saya nak biar dia selari dengan agenda Maju Johor. Penduduk negeri Johor ini, dia akan diunjurkan mencapai hingga 6 juta lebih. 6 juta lebih, sekarang 3.8, 6 juta lebih pada tahun 2030. Itu bergantung kepada soal perumahan, bergantung pada soal pekerjaan. Jadi bagaimana esok kita nak menangani belia-belia YB EXCO, belia-belia. Adakah kita sudah bersedia belia hari ini samakah dengan belia 2030? Tidak mungkin. Bagaimana kajian yang perlu dibuat oleh kerajaan negeri Johor dibawah EXCO Belia. Dulu kita pernah buat Indeks Belia Johor, kita nak tahu, apa minat mereka, apa yang mereka nak kerana ini penting. Kerana inilah sebenarnya kita akan lakukan pembangunan kita mengikut apa yang mereka inginkan.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, terima kasih. Yang terakhir tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor yang telah mengadakan Jualan Kasih Johor untuk tangani kos sara hidup, Rumah Kasih Johor, ...... Datuk, siapa Dato’ Jafni, tinggi, RM100,000. Kadang-kadang di Sri Medan dapat sebuah rumah itu, dia punya yang duduk cuma ibu tunggal seorang. Saya rasa kena pertimbangkan RM100,000 bagi kepada RM50,000, RM50,000 pun rasa lagi dapat dua buahkan. Kena kenal pasti betul berapa orang ini ada. Ibu tunggal ke orang yang susah ini biasa dia sudah uzur. Dapat rumah sebuah. Tapi kalau RM100,000 kita buat RM50,000, RM50,000 dapat dua buah, dapat bantu lain orang. Kalau boleh dapat dipertimbangkan. Dan tentang karnival pendidikan, pekerjaan, saya cadangkan kepada kerajaan negeri Johor terus buatlah kerana inilah sebenarnya untuk bagi pendedahan kepada anak-anak muda kita. Tidak ada duit, kerjasama dengan yayasan. Yayasan Makmur Batu Pahat ada, Yayasan Makmur Yong Peng ada, boleh sama-sama bincang kerana ini akhirnya kita akan beri semula kepada rakyat dan juga anak muda. Jadi itu saja, terima kasih, mohon maaf kepada semua rakan-rakan Yang Berhormat dan juga Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, saya mohon menyokong. Sekian Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Sri Medan. Dewan mengalu-alukan kehadiran pemerhati daripada kawasan ADUN, kawasan Kota Iskandar seramai empat orang. Selanjutnya dijemput Yang Berhormat Bukit Kepong.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker. Alhamdulillah (doa). Pertamanya Bukit Kepong bersyukur kepada Allah swt atas limpah kurnia dan izinNya dapat kita semua berhimpun dalam Dewan yang mulia ini untuk bersoal jawab dan berbahas demi Bangsa Johor dan negeri Johor yang kita sayangi. Terlebih dahulu, patik merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar atas pengisytiharaan sebagai Yang Dipertuan Agong ke-17 pada 31 Januari 2024 yang lepas. Daulat Tuanku. Patik turut merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor sempena pelantikan sebagai Pemangku Sultan Johor pada 28 Januari 2024 yang lalu. Daulat Tuanku. Selain itu, patik menjunjung setinggi-tinggi kasih atas keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor ke Pembukaan Rasmi Penggal Persidangan Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 pada 9 Mei yang lalu. Sesungguhnya keprihatinan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor dalam titah ucapan yang disampaikan yang menyentuh kemaslahatan rakyat dan pembangunan negeri amatlah Bukit Kepong sanjungi, sekali gus berharap dapat direalisasikan oleh kerajaan negeri Johor.
Titah yang penuh mesej signifikan, Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor wajar diberikan perhatian oleh pentadbiran pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan tidak terkecuali kepada Bukit Kepong sendiri. Dewasa ini, amatlah penting kepada kerajaan negeri terutamanya memastikan setiap bangsa Johor mempunyai makanan di atas meja mereka. Memiliki tempat tinggal selayaknya, mendapat akses pendidikan berkualiti, kemudahan asas dan kesihatan yang baik yang perlu dijadikan keutamaan. Semua yang dititahkan oleh Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor mencerminkan keprihatinan dan betapa baginda cakna terhadap kehidupan Bangsa Johor yang sedang bergelut dengan cabaran yang penuh liku pada masa kini.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Bukit Kepong menaruh harapan yang tinggi terhadap kerajaan Johor untuk menoktahkan miskin tegar di negeri ini termasuklah kawasan yang diwakili oleh blok pengimbang selari dengan titah Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor. Untuk memastikan tiada seorangpun ketua isi rumah berstatus miskin tegar selepas tahun 2025 merupakan satu KPI yang perlu direalisasikan sekiranya mahu Johor menjadi negeri maju menjelang tahun 2030 seperti yang dihasratkan dan disasarkan. Kerajaan negeri mesti mengambil tindakan yang proaktif untuk mengatasi masalah miskin tegar ini. Adakah hanya dengan Program Keluarga Angkat dan Dapur Kasih mampu mengatasi masalah miskin tegar di negeri Johor.
Adalah sangat penting untuk diselaraskan nama-nama miskin tegar ini antara Pejabat Daerah, MAIJ dan JKM. Diharapkan tiada pilih kasih penerima Dapur Kasih ini. Saya cukup yakin dalam keadaan ekonomi seperti ini, jumlah miskin tegar semakin meningkat selari dengan pergeseran B40 telah menjadi B60. Jika YB-YB perhatikan, lihat di setiap atas meja YB-YB ada sampul kecil Pengesahan Data Miskin Tegar Negeri Johor. Ia terlihat, di Parlimen Pagoh iaitu DUN Bukit Kepong hanya ada seramai 52 miskin tegar dan di Bukit Pasir, hanya 71 miskin tegar. Jadi jumlah di Parlimen Pagoh hanya 113 orang sahaja miskin tegar. Adakah ini data yang betul-betul accurate? Kerana 113 itu hanyalah berjumlah 0.16% jumlah pengundi di Parlimen Pagoh. Sedangkan jika saya dan saya cukup yakin DUN Bukit Pasir, pasti selalu turun kawasan dan kita dapat melihat sepertinya telah ada peningkatan jumlah miskin tegar di kawasan masing-masing.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, jika dahulu kita menyediakan sumbangan Bakul Makanan RM50.00 ataupun RM100.00, kita boleh dapat satu troli. Namun sekarang, RM50.00 itu kalau kita nak bagi dekat orang pun hanya dapat beras 5kg dan telur satu papan sahaja. Jadi sebetulnya di sini menunjukkan bahawa jumlah miskin tegar meningkat kerana harga barang yang tidak terkawal dan semakin meningkat di kawasan kita. Adalah sangat penting untuk memberi peruntukan yang sama rata dan penting juga untuk diharapkan bahawa kerajaan negeri dapat memberikan peruntukan yang sama rata dan peruntukan tambahan kepada pihak DUN Pengimbang Kerajaan juga demi pembenterasan miskin tegar dan pembangunan yang seimbang untuk seluruh negeri Johor.
Kerajaan negeri perlu sentiasa proaktif dalam meredakan keresahan Bangsa Johor yang dihimpit dengan pelbagai permasalahan ketika ini. Situasi ekonomi global yang tidak menentu memberi kesan kepada kos sara hidup. Lihatlah di kawasan tuan-tuan masing-masing. Kekurangan beras tempatan masih berlaku, ketidak adaan minyak kampit subsidi pun masih ada. Di Bukit Kepong, masalah beras tempatan dan minyak paket subsidi sehingga sekarang masih hilang di pasaran, sebab itu Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, bila kita nak bagi sumbangan itu kita sendiri pun tertekan, dahlah miskin tegar tertekan dengan harga barang yang naik, kita nak bagi sumbangan pun kita pun tertekan. Jadi harapan saya ialah pihak kerajaan dapat menasihati, memberi pandangan kepada kerajaan pusat untuk memastikan bahawa bekalan barang-barang asas di negeri Johor ini dapat diberi kepada semua orang.
Kenaikan harga barang mentah akan menyebabkan kenaikan barang makanan, adakah pihak kerajaan telah memantau kenaikan harga barang makanan di kedai-kedai atau pun di warung-warung? Baru-baru ini, saya bersarapan di salah satu kedai, kedai mamaklah di kawasan Nusajaya. Bila kita nak order sekeping roti, sekeping roti canai dia cakap tak boleh, sekeping capati, dia cakap tak boleh. Kenapa? Kena beli satu set. Jadi, sebetulnya kita ini dahlah harga barang mahal, nak makan pun kena beli satu set iaitu dua keping roti canai dan dua keping capati. Sebetulnya peningkatan harga barang ini memang sangat memberi kesan kepada masyarakat. Kesian masyarakat di bawah sana apalagi mereka-mereka yang berpendapatan lebih kurang daripada RM1,500.00. Isu ketidakstabilan harga barang ini juga harus ditangani dengan bijaksana oleh kerajaan. Isu ini bukanlah polemik bersifat politik tetapi menyentuh kepada kebajikan rakyat yang perlu diselami secara menyeluruh.
Ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana mengadakan jualan Kasih Negeri Johor, namun pandangan saya inisiatif itu tidak betul-betul dapat membantu masyarakat di negeri Johor. Jika kita perhatikan pun seperti tadi dua orang YB telah berucap, jualan start pukul 8.00 hingga pukul 12.00, namun 1 jam, 2 jam dah habis dan jika kita perhatikan yang beratur itu semua daripada bangsa saya. Jadi sebetulnya di sini ialah kerajaan Johor kena memainkan peranan yang lebih proaktif untuk memastikan kestabilan harga makanan.
Antara isu lain yang dihadapi oleh rakyat negeri Johor adalah peluang pekerjaan yang hanya tertumpu kepada kawasan bandar dan Greater JB sahaja. Namun, masih lagi kurang di kawasan luar bandar sehingga mengakibatkan berlakunya migrasi keluar. Sudah tentulah Program Gerak Kerjaya atau myFuture Jobs sebagai contoh perlu melihat perkara ini seterusnya memastikan Bangsa Johor di kawasan luar bandar seperti di Bukit Kepong mendapat peluang setara seperti di bandar. Bawalah pelaburan ini ke segenap pelosok negeri Johor. Agenda Greater Johor perlu dijayakan agar pembangunan tidak hanya tertumpu di satu-satu kawasan sahaja, sebaliknya potensi negeri dibongkar sepenuhnya dan memberi manfaat kepada rakyat.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, perkhidmatan kesihatan di Johor hendaklah sentiasa dipertingkatkan. Alhamdulillah, Hospital Pasir Gudang akan siap sepenuhnya mengikut jadual. Saya dimaklumkan juga Hospital Sultanah Aminah 2 juga dalam perancangan. Namun selain kemudahan kesihatan, janganlah lupa juga petugas-petugas kita di hospital-hospital dan klinik-klinik. Telah cukupkah jumlah doktor-doktor kita? Doktor pakar kita telah cukup? Pada tahun 2023 sahaja, kita kekurangan 2,800 kakitangan hospital. Di mana kekurangan doktor sahaja adalah sebanyak 2,100 orang. Bagaimana pula kesesakan di hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan terutama di wad kecemasan. Dahulu, sewaktu saya menjadi Menteri Besar ada kemudahan untuk rakyat Bangsa Johor menerima rawatan di klinik-klinik swasta secara percuma iaitu Program Sihat Johor. Namun sekarang, nampaknya program kesihatan ini tidak diteruskan. Adalah sangat malang juga, saya difahamkan Program Kesihatan Skim Kesihatan Madani juga sedang beransur-ansur dikecilkan jumlah penerimanya di klinik-klinik swasta terpilih. Bukit Kepong ingin mencadangkan kerajaan Johor sewajarnya mengambil tindakan.
Yang pertama, penambahan pakar-pakar anak Johor untuk mengatasi kekurangan doktor-doktor pakar di hospital negeri Johor. Kedua, mewujudkan hospital jantung dan hospital kanser di negeri Johor untuk kemudahan rakyat Bangsa Johor. Mempertingkatkan penyediaan peralatan dan kemudahan kesihatan di hospital daerah berpakar seperti Hospital Sultanah Nora Batu Pahat dan Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Ini sangat penting terutama di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, kerana walau pun nama dia hospital pakar namun setengah penyakitnya terpaksa dirujuk juga ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan hospital di Melaka. Dan yang keempat, mewujudkan dan meningkatkan kerjasama antara hospital kerajaan dan hospital swasta.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, izinkan Bukit Kepong untuk menyentuh perkembangan pembangunan di sekitar Parlimen Pagoh. Sebagai sebuah pentadbiran yang inklusif dan matang, Bukit Kepong percaya tiada istilah anak tiri dalam kamus kerajaan negeri Johor ini. Bukit Kepong ingin membawa beberapa isu di Bukit Kepong dan Parlimen Pagoh. Pertamanya, apakah status perkembangan pembinaan jalan pintas dari Sungai Terap ke Paya Panjang iaitu laluan J32 Muar atau Bukit Pasir bypass? dengan izin. Mungkin sahabat saya dan juga EXCO kerajaan negeri Johor dapat memperincikan keadaan semasa laluan ini.
Seterusnya adalah berkaitan Jambatan Kundang Ulu - Liang Batu. Infrastruktur ini penting kerana memberikan kemudahan kepada masyarakat setempat bagi menjalani aktiviti seharian selain merancakkan ekonomi di Bukit Kepong. Dan projek ini telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum ini.
Begitu juga dengan status pembinaan Perumahan Generasi Kedua FELDA Maokil yang menjadi keutamaan kepada saya sewaktu menjadi jawatan Menteri Besar dan Yang Berhormat Tan Sri sewaktu menjadi Perdana Menteri sehingga sekarang projek ini masih belum selesai.
Bukit Kepong ingin mendapatkan perincian mengenai status terkini pembinaan Sekolah Agama Temiang bagi memastikan penyediaan infrastruktur dan prasarana yang kondusif kepada anak-anak Johor mendapatkan pendidikan Islam yang terbaik. Sekolah agama ini sangat penting sebagai institusi awal untuk mendidik agama bagi pelajar-pelajar. Projek ini telah tertangguh sejak tahun 2020. Harapan saya ialah supaya projek sekolah agama ini dapat disegerakan untuk memberikan pendidikan agama yang lebih bagus kepada masyarakat di sekitar.
Terakhir mengenai penyediaan Rumah Mampu Milik untuk Bangsa Johor di Pagoh khususnya Bukit Kepong. Komitmen kerajaan negeri amatlah diharapkan supaya dapat menyediakan lebih banyak kediaman mampu milik bagi memenuhi permintaan rakyat terutama pasangan muda yang baharu mendirikan rumah tangga.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, demikian sajalah ucapan perbahasan daripada Bukit Kepong yang membawa sejuta harapan dan suara rakyat di kawasan yang diwakili tidak kiralah jika Bukit Kepong merupakan kawasan diwakili wakil rakyat pengimbang, rakyat di sana juga tetap bangsa Johor. Perhatian wajar diberikan sama seperti kawasan-kawasan yang diwakili oleh blok kerajaan. Pembangunan tidak seharusnya berlaku dengan menidakkan satu-satu kawasan, kemakmuran itu bersifat holistik dan sejagat. Peruntukan yang seimbang sangat diperlukan untuk membawa kemajuan di setiap kawasan. Meningkatnya kemajuan satu kawasan mampu mengurangkan miskin tegar di kawasan. Bukit Kepong percaya kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor matang dalam pentadbirannya dan pasti tiada seorang rakyat yang akan tercicir daripada menikmati kesejahteraan dan kemakmuran yang memacu Johor ke arah negeri maju.
Tikar dianyam dari mengkuang, alas duduk rumah kayu, sifat buruk hendaklah dibuang, agar bersatu orang Melayu. (doa). Pada Allah berserah, muafakat itu berkat. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Kepong. Ahli-Ahli Yang Berhormat, persidangan ini saya tangguhkan sehingga esok, 13 Mei 2024 jam 9.30 pagi.
Persidangan ditangguhkan pada jam 4.55 petang.
Pegawai-Pegawai Bertugas:
Jurutulis
Puan Zarina binti Abdul Kadir
Penolong Jurutulis
Encik Sufian bin Suleiman
Koordinator
Encik Muhammad Syahfiq Nizam bin Zulkipli
Pembantu Penerbitan
Puan Malina binti Mohd Nasir Puan Noraisah binti Mohd Yusof Encik Ariff bin Abu Bakar
Pembantu Operasi (Bentara)
Encik Razine bin Sulaiman Encik Hamdan bin Markom Encik Norhayadi bin Hussien Encik Muhamad Khirunizam bin Pahmi Encik Mohd Norazri bin Kasim Encik Mohd Sapri bin Manan Encik Muhamad Khairul Asyraf bin Abdullah Encik Muhammad Khairul bin Arop Encik Amer Ilham bin Jefli
Setiausaha Pejabat (Pelapor Dewan)
Puan Siti Fatimah binti Mohd Said (K) Puan Hajah Zalinah binti Ali Puan Hajah Azlin binti Bahrin Puan Hajah Saniah binti Kassim Puan Hairun Nurul Ain binti Zainal Abidin Puan Hajah Haironisha binti Zainal Abidin Puan Norliza binti Md Aris Puan Zahiti binti Muhamad Hamdi Puan Junaidah binti Paing Puan Hajah Rumiah binti Semirono Puan Noor Dalilah binti Dahalan Puan Norazilawati binti Masri Puan Hajah Fareza binti Musa Puan Norhafizah binti Osman
Rakaman
Encik Nor Risam bin Esa Encik Azizan bin Md Sidi Encik Khairul Anuar bin Umar Usman
Juruaudio Video
Encik Noorazhan bin Mohd Salleh Encik Ismail bin Abu Bakar
Unit Dewan Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor 12 Mei 2024
VERBATIM