Johor · 14 May 2024

3rd session, 1st meeting · 144 turns · 37,611 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.

Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Bismillahirrahmaanirrahim. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. (Bacaan selawat). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Maju Johor.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya ingin berkongsi Lord Acton dengan adagium nya yang terkenal menyatakan, “power tends to corrupt and absolute power corrupt absolutely” bermaksud kekuasaan itu cenderung korup dan kekuasaan yang absolute cenderung korup secara absolute. Diktum Lord Acton yang hidup dari tahun 1834 hingga 1902 dianggap masih relevan hingga ke hari ini iaitu selepas 122 tahun kematian pencetusnya.

Tetapi saya ingin berhujah umumnya rasuah berlaku kerana keserakahan ataupun tamak, corruption by greed. Walaupun ada juga yang mengatakan rasuah berlaku kerana keperluan atau need, corruption by need. Tetapi ia bukan faktor kuasa, absolute power ataupun kelompok politik semata-mata tetapi kerana mentaliti individu perasuah yang percaya bahawa dia boleh membodohkan semua manusia dalam semua waktu, that you can fool all the people, all of the time, dengan izin. Itulah punca sebenarnya.

Justeru pandangan saya kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita hindari falsafah karut ini, that you can fool all of the people, all of the time, intelligent rakyat sudah banyak berubah. Terima kasih.

Soalan-Soalan Lisan.Questions

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Pasir Raja.

Puan Rashidah binti IsmailUMNO · BNPasir Raja

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 1.

PKPDK adalah satu pertubuhan yang diwujudkan bagi membantu pengurusan golongan orang kurang upaya. Apakah pihak JKM menyediakan modul atau mengadakan kursus asas bagi petugas PKPDK supaya petugas ini tahu etika kerja atau tanggungjawab mereka dalam mengendalikan pelatih OKU ini?

Speaker

Ya sila.

Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md OnUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Serom

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Pasir Raja. Soalan yang diajukan kepada saya adalah PKPDK adalah satu Pertubuhan Kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti yang diwujudkan bagi membantu pengurusan golongan orang kurang upaya. Adakah pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan satu modul atau mengadakan kursus asas bagi petugas PKPDK supaya petugas ini tahu etika kerja atau tanggungjawab mereka dalam mengendalikan pelatih OKU ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, orang kurang upaya merupakan golongan rentan yang perlu diberi perhatian dalam kehidupan seharian. Oleh itu, Kerajaan Negeri Johor melalui Jabatan

Kebajikan Masyarakat sentiasa prihatin kepada golongan orang kurang upaya dan sentiasa berusaha untuk memastikan kebajikan OKU ini terpelihara. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan dalam usaha mendayaupayakan OKU dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk latihan serta membuka peluang pekerjaan kepada OKU di samping mengalakkan penyertaan aktif komuniti setempat melalui pengintegrasian dan pembangunan OKU.

Program Pemulihan Dalam Komuniti ditubuhkan sebagai salah satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk rehabilitasi penyamaan peluang dan integrasi sosial OKU. Program PDK ini dilaksanakan melalui penglibatan aktif OKU, keluarga dan masyarakat setempat, pendidikan vokasional, sosial dengan menggunakan pelbagai sumber tempatan.

Pengurusan PDK diselia oleh satu orang penyelia dan dibantu oleh beberapa orang petugas yang memberi perkhidmatan melalui sokongan pembelajaran dan pemulihan secara individu kepada pelatih-pelatih PDK. Selain itu, penyelia juga berperanan sebagai penggerak aktiviti-aktiviti terutama kepada pelatih, petugas dan jawatankuasa.

Yang Berhormat Datuk Speaker, merujuk kepada garis panduan pengurusan PDK, lantikan penyelia dan petugas dilaksanakan melalui pemilihan oleh jawatankuasa yang terdiri daripada pengerusi, jawatankuasa PDK dengan bantuan... dengan pegawai JKM sebagai penasihat. Pihak Jabatan tidak menetapkan kelayakan khusus untuk lantikan petugas selain Sijil Pelajaran Malaysia. Walau bagaimanapun kelayakan khas lantikan penyelia ialah telah berkhidmat lebih kurang... lebih dari 5 tahun sebagai petugas dan mempunyai latar belakang mengikut kehendak jawatan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kursus asas petugas PDK akan diberikan kepada penyelia dan petugas PDK yang dilantik di mana modul yang digunakan memberi fokus kepada proses pembelajaran dan pemulihan di PDK. Setiap petugas yang dilantik wajib mengikuti kursus sebagaimana ketetapan dalam garis panduan pengurusan PDK. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat juga dalam usaha menaiktaraf pendidikan dan kelulusan penyelia dan petugas PDK di seluruh Malaysia termasuk Negeri Johor dengan mengiktiraf pensijilan SKM Tahap 3. Pengurusan PDK dan penjagaan OKU di institusi secara berperingkat sehingga hari ini, seramai 245 orang dari 413 orang penyelia dan petugas PDK Negeri Johor telah berjaya memperoleh sekurang-kurangnya 1 tahap dari bidang tersebut.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Endau.

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Endau nombor 2. Terima kasih.

Adakah kerajaan menyediakan sejumlah peruntukan untuk membaikpulih sekolah-sekolah agama yang semakin daif dan banyak kerosakan dan setakat tahun 2024 ini, berapakah sekolah agama dalam DUN Endau yang telah menerima peruntukan untuk dibaikpulih?

Speaker

Pasir Raja nak... ada soalan tambahan ke tadi? Ha... kalau boleh tekan button dan berdiri. Saya takut... apa ni ingatkan tersalah tekan button kan.

Puan Rashidah binti IsmailUMNO · BNPasir Raja

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih di atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat EXCO. Soalan tambahan saya adalah selain daripada kursus untuk petugas, adakah kursus khas yang diberikan kepada pelatih-pelatih memandangkan pelatih-pelatih di PKPDK ini kebanyakannya bila masuk ke PKPDK, dia orang tak ada asas yang dilatih di rumah ataupun di mana-mana

agensi. Jadi adakah apabila beliau masuk dia diberikan kursus khas selain daripada latihan-latihan di PKPDK. Terima kasih.

Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md OnUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Serom

Terima kasih Pasir Raja. Izinkan saya menjawab soalan tersebut Yang Berhormat Datuk Speaker.

Selain kursus asas petugas PDK, pelbagai latihan, kursus dan bengkel berkaitan pengurusan dan kemahiran pelatih di PDK juga dilaksanakan sebagai kemahiran tambahan dalam memberikan perkhidmatan terbaik di PDK masing-masing. Program-program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor telah menganjurkan satu program transformasi minda usahawan OKU sebanyak 4 siri kepada seramai 202 orang ahli jawatankuasa pertubuhan penyelia, petugas dan pelatih PDK di Negeri Johor. Program Transformasi Minda OKU Usahawan ini merupakan siri program peningkatan jati diri dan kemahiran usahawan yang berteraskan konsep usahawan sosial. Melalui program ini, peserta dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan berkaitan keusahawanan, seterusnya boleh menjana pendapatan OKU khususnya pelatih PDK. Antara objektif pelaksanaan program ini adalah:

1) Memberi latihan berkaitan usahawan termasuk usahawan sosial kepada ahli jawatankuasa, penyelia, petugas dan pelatih PDK; seterusnya

2) Memberi latihan dan membina jati diri usahawan dan memupuk semangat kerja berpasukan kepada ahli jawatankuasa, penyelia, petugas dan pelatih di PKPDK; seterusnya

3) Memberi latihan untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan kepada ahli jawatankuasa PDK tersebut dan memberi latihan bagi mengenal pasti cadangan projek pemerkasaan ekonomi yang berdaya saing untuk meningkatkan pendapatan pertubuhan kebajikan, pemulihan dalam PKPDK.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga melaksanakan satu program iaitu job coach sebagai salah satu inisiatif kerajaan dalam memberi sokongan pekerjaan kepada OKU serta menggalakan pengekalan kerja kepada OKU di pasaran pekerjaan terbuka sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan.

Job coach adalah individu yang dilatih secara profesional dalam memberi sokongan kepada OKU dan menjadi penghubung antara OKU bersama majikan, dengan menyediakan sokongan untuk kedua-dua belah pihak. JKM telah memberikan latihan kepad job coach kepada 23 orang penyelia dan petugas PDK dari seluruh Negeri Johor.

Matlamat perkhidmatan job coach ini adalah seperti berikut –

1. Pendekatan untuk mempromosikan pekerjaan kepada OKU.

2. Menjadi pengantara, penghubung OKU dengan syarikat atau organisasi sepanjang proses bekerja.

3. Membantu membuat penyesuaian diri dengan persekitaran dan bidang kerja.

4. Mengambil kira tahap keupayaan masing-masing.

5. Menjalikan hubungan saling memahami OKU antara majikan dan rakan sekerja dan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kekal dalam pekerjaan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi memastikan OKU diberi sokongan dan galakan dari pihak majikan, jabatan ini juga telah menganjurkan bengkel Disability Equality Training dengan penyertaan seramai 72 orang penyelia dan petugas PDK dari seluruh Negeri Johor yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan fahaman tentang tidak upaya dan halangan-halangan serta cabaran yang dihadapi oleh OKU terutama apabila bekerja. Matlamat bengkel ini adalah untuk memahami ketidakupayaan ke arah inklusif.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Yang Berhormat sebelum saya menjemput soalan berikutnya, Dewan ingin mengalu-alukan kehadiran pemerhati - 6 orang tetamu kepada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, 11 orang daripada Pejabat ADUN Pekan Nanas, 2 orang daripada Pejabat ADUN Sungai Balang, 2 orang lagi... ke YB ni ada 2 cawangan? (Ketawa). Dan 3 orang daripada kepimpinan masyarakat orang asli Negeri Johor.

Dijemput Yang Berhormat Endau.

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Endau nombor 2.

Adakah kerajaan menyediakan sejumlah peruntukan untuk membaikpulih sekolah-sekolah agama yang semakin daif dan banyak kerosakan dan setakat tahun 2024 ini, berapakah sekolah agama dalam DUN Endau yang telah menerima peruntukan untuk dibaikpulih?

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Panti.

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 3.

Mohon nyatakan usaha kerajaan negeri dalam memastikan sekolah agama khususnya di luar bandar dilengkapi dengan infrastruktur dan kelengkapan yang terkini dan terbaik.

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Senggarang.

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Senggarang nombor 4.

Mohon kerajaan negeri membuat pendawaian semula bagi sekolah-sekolah agama Kerajaan Johor (SAKNJ) yang telah berusia melebihi 30 tahun.

Speaker

Sila.

Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Bismillahirrahmaanirrahim. (Bacaan selawat). Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat atas pertanyaan yang dimajukan. Izinkan saya menjawab soalan dari Yang Berhormat ADUN Endau, ADUN Panti dan ADUN Senggarang secara bersekali kerana soalan-soalan Yang Berhormat tersebut mengenai infrastruktur dan kelengkapan sekolah-sekolah agama kerajaan Johor.

Untuk makluman Dewan yang mulia, kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor begitu prihatin berkenaan penyelenggaraan sekolah agama kerana kami percaya bahawa sekolah agama yang cemerlang akan melahirkan lebih ramai generasi yang terbilang. Permohonan yang diterima setiap tahun bagi penyelenggaraan dan baik pulih Sekolah Agama

Kerajaan Johor tidak kurang daripada 150 sehingga 200 permohonan daripada jumlah keseluruhan sekolah agama sebanyak 583 buah bagi seluruh negeri Johor.

Setiap permohonan ini akan dinilai mengikut kateogri kritikal dan tidak kritikal. Bagi kategori kritikal melibatkan pendawaian, bumbung dan tandas sekolah. Kenapa setiap permohonan ini perlu dinilai? Kerana untuk memberikan keutamaan yang lebih dalam memastikan anak-anak dan guru-guru kita berada dalam keadaan selamat dan selesa di mana mereka bersekolah.

Bagi mana-mana permohonan daripada pihak sekolah yang bersifat keceriaan, seperti mengecat bangunan, menurap jalan dan lain-lain, buat masa ini, ia diklasifikasikan sebagai tidak utama. Walau bagaimanapun sekiranya masalah yang melibatkan infrastruktur sekolah agama membawa kepada kemudaratan telah diselesaikan dengan sepenuhnya. Insya-Allah, permohonan yang melibatkan keceriaan seperti yang dinyatakan tadi boleh dipertimbangkan. Permohonan baik pulih sekolah agama bagi tahun 2023 yang tidak dapat dilaksakanakan adalah sebanyak 100 buah sekolah. Daripada tahun ini, sebanyak 112 buah permohonan baru diterima bagi selenggara naik taraf sekolah agama yang dikategorikan sebagai sekolah kritikal menjadikan keseluruhan permohonan adalah sebanyak 124 buah sekolah.

Melalui sidang Dewan yang lepas, saya menyatakan bahawa mana-mana baik pulih sekolah yang tidak dapat dilaksanakan pada tahun lepas akan dibawa pada tahun ini dengan peruntukan terkumpul RM12.5 juta dari kerajaan negeri dan pelbagai agensi termasuk Majlis Agama Islam Negeri Johor, Perbadanan Islam Negeri Johor, PIJ Holdings, Lembaga Kumpulan Wang Amanah Orang Islam Negeri Johor. Daripada peruntukan tersebut, Alhamdulillah, sebanyak 88 buah sekolah agama dalam kategori kritikal dapat dibaik pulih. Manakala, baki 124 buah sekolah agama lagi akan dimajukan kepada JAKIM dengan kos permohonan sebanyak RM20,000,000.00.

Untuk makluman Yang Berhormat Endau, sebanyak 6 permohonan baik pulih sekolah agama telah diterima daripada 12 buah sekolah di Endau yang telah memajukan permohonannya. Sekolah agama yang terlibat adalah Sekolah Agama Mersing Kanan, Sekolah Agama Sawah Dato’, Sekolah Agama Tenglu, Sekolah Agama Air Papan, Sekolah Agama Tan Sri Abdul Kadir dan Sekolah Agama Bandar Endau. Keseluruhannya berjumlah RM805,000.00.

Saya juga mengambil kesempatan pada hari ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana telah pun menyalurkan setakat Mei ini RM7,600,000.00 bagi membantu 82 buah sekolah yang tidak dapat ditampung oleh kerajaan negeri Johor. Tapi saya sudah bagitahu tadi, RM20,000,000.00 tambahan telah pun kita majukan untuk permohonan bagi tahun ini.

Yang Berhormat Panti ada menanyakan mengenai usaha kerajaan negeri dalam memastikan sekolah agama luar bandar dilengkapi dengan infrastruktur dan kelengkapan terkini dan terbaik. Untuk makluman Yang Berhormat Panti, sebanyak 445 buah sekolah agama yang dikategorikan sebagai sekolah agama gred C kebanyakannya di luar bandar. Sekolah agama Gred C tidak terkecuali daripada menerima kemudahan wifi dan smart tv bagi melengkapkan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21).

Pada tahun 2023 dan 2024 ini, sebanyak 320 buah smart tv telah dan sedang akan diagihkan ke 320 buah sekolah agama kerajaan Johor dan sebanyak 124 buah sekolah agama Gred C menerima sumbangan smart tv dan juga wifi.

Yang Berhormat Senggarang mencadangkan agar sekolah agama yang berusia lebih 30 tahun dilakukan pendawaian kerana dikhuatiri pendawaian sedia ada tidak lagi selamat dan akan memudaratkan sekolah itu. Untuk makluman Yang Berhormat Senggarang, sebanyak 488 daripada 583 buah sekolah agama ataupun 83.7% adalah sekolah agama yang melebihi umur 30 tahun sejak penubuhannya seawal 1918. Tahun 1918 adalah tahun di mana kerajaan

negeri mengambil alih pentadbiran sistem pendidikan. Walau bagaimanapun ada antara sekolah ini telah menerima bangunan baru dan mengekalkan bangunan yang lama. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 14 buah sekolah agama sahaja yang memohon pendawaian semula dan permohonan tersebut ada antaranya telah pun menerima peruntukan bukan sahaja pendawaian semula malahan menerima peruntukan baik pulih sekolah yang melibatkan bumbung dan kerja-kerja lain.

Walau bagaimanapun, kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor akan sentiasa berusaha dan memantau sekolah-sekolah agama di negeri Johor ini bagi memastikan keadaan sekolahnya selamat dan kondusif serta memberikan keselesaan kepada 198,375 orang murid dan 4,769 orang guru agar aktiviti pendidikan dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Kota Iskandar.

Datuk Haji Pandak bin AhmadUMNO · BNKota Iskandar

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Soalan saya nombor 5.

Apakah pelan cadangan/perancangan strategik kerajaan bagi menyediakan prasarana khusus yang boleh membantu adaptasi perubahan iklim di peringkat lokaliti? Terutamanya melibatkan kesan banjir, kemarau, penyusutan sumber bekalan air dan sumber makanan.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Jementah.

Puan Ng Kor SimDAP · PHJementah

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Soalan saya nombor 6.

Apakah rancangan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah global warming? Diminta pencerahan secara teliti keseluruhan projek yang berkenaan.

Tuan Ling Tian SoonMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar · Yong Peng

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Salam Bangsa Johor, salam Maju Johor. Terima kasih Yang Berhormat Kota Iskandar, Yang Berhormat Jementah, dengan soalannya. Izinkan saya jawab dua soalan sekali termasuk juga perbahasan daripada Puteri Wangsa semalam juga membawa isu yang sama.

Perubahan iklim sememangnya sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, kerajaan negeri sedar bahawa perkara ini boleh diadaptasi melalui beberapa pendekatan termasuklah melalui rangka tindakan Masyarakat Rendah Karbon Untuk Bagi Iskandar Malaysia 2030, Pelan Tindakan Iklim yang telah dilancarkan sejak tahun 2022 oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar. Berdasarkan rangka Tindakan Masyarakat Rendah Karbon Untuk Iskandar Malaysia 2030, Pelan Tindakan Iklim, terdapat 5 tindakan adaptasi dan 16 sub-tindakan adaptasi seperti berikut:

1. Berdaya tahan terhadap banjir.

2. Berdaya tahan terhadap kenaikan paras air laut.

3. Berdaya tahan terhadap hakisan pantai.

4. Berdaya tahan terhadap kemarau dan komuniti.

5. Berdaya tahan terhadap iklim.

Selain itu, melalui Pelan Induk Pembangunan Hijau Negeri Johor yang telah dilancarkan sewaktu Minggu Persidangan Iklim Asia Pasifik 2023 yang lepas, 5 teras utama telah dikenal pasti termasuk:

Yang pertama, tenaga. Memacu kecekapan tenaga, merentas sektor dan mempercepatkan peralihan tenaga beroleh diperbaharui.

Kedua, pengangkutan dan mobiliti. Menambah baik infrastruktur awam, menghijaukan sektor pengangkutan maritim dan meningkatkan elektrifikasi kenderaan. Antara inisiatif termasuklah memperkenalkan kenderaan elektrik sebagai kenderaan rasmi jabatan bagi kerajaan negeri. Memperkenalkan pengangkutan penggunaan bas elektrik melalui Perbadanan Pengangkutan Awam Johor dan bas elektrik rentas sempadan di bawah inisiatif oleh Handal Indah Sdn Bhd.

Yang teras ketiga, guna tanah alam semula jadi dan air. Memulihara biodiversiti, memelihara sumber air dan mengurangkan banjir kilat serta menguruskan sisa dan air yang betul.

Keempat, bandar rendah karbon. Menguruskan pelepasan karbon dalam persekitaran bandar dan meningkatkan kesedaran masyarakat.

Kelima, industri. Menggalakkan prestasi alam sekitar yang lebih dan menyahkarbonkan industri.

Untuk makluman Ahli Dewan, sebanyak RM30,348,338.00 telah diperuntukkan dalam senarai keutamaan negeri bagi projek pembangunan bawah Rancangan Malaysia Ke-12 melalui RP5 bagi membantu negeri Johor mengadaptasi perubahan iklim di peringkat lokaliti terutamanya berkenaan isu banjir di negeri Johor. Projek-projek tersebut adalah sebagaimana berikut:

Yang pertama, Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Skudai. Pelan Induk Saliran Mesra Alam Daerah Johor Bahru, Projek Saliran Mesra Alam di Pekan Bakri, Muar. Projek Pengawalan Hakisan Pantai di pesisiran pantai darat serta lain-lain kerja berkaitan daerah Mersing, Pelan Induk Saliran Mesra Alam Bandar Maharani, Bandar Pekan Nenas, Bandar Pontian dan Bandar Batu Pahat.

Bagi penyediaan bencana banjir, pada masa kini kerajaan persekutuan sedang mengemas kini Manual Saliran Mesra Alam atau pun MSMA versi 3 bagi mengadaptasi kesan perubahan iklim terutamanya dalam menghadapi kesan banjir. MSMA mengandungi maklumat latar belakang proses persekitaran dan pengurusan air ribut, aspek pentadbiran dan proses perancangan serta lain-lain bahagian yang mengandungi maklumat terperinci tentang hidrologi dan hidraulik, mengendalikan aliran kualiti dan alat angkut, kawalan air struktur dan bukan struktur height. Kawalan kualiti air selama pembinaan, rigastasi dan pengurusan anak sungai dan aprekasi air ribut. Melompat-lompat si anak rusa, ikan beluga renang di kolam, hutan kita usah binasa, kelak merana seisi alam. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya, jemput Kota Iskandar.

Datuk Haji Pandak bin AhmadUMNO · BNKota Iskandar

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya tertarik dengan langkah-langkah kerajaan untuk mengatasi perubahan iklim ini khususnya dari segi penempatan banjir. Apa yang jadi masalahnya Yang Berhormat Datuk Speaker, kadang-kadang jabatan yang melaksana ini sebagai contoh, JPS penyelenggaraan dia buat, next akan datang penyelenggaraan tidak dilakukan. Dan banjir ini akan bermula lagi. Dan makluman yang kita terima, kadang-kadang JPS menyatakan dah tak ada peruntukan yang cukup untuk penyelenggaraan.

Soalan saya yang seterusnya, bagaimana kerajaan negeri membantu golongan rentan terutamanya sektor pertanian, sektor perikanan dan penternakan dalam menyediakan bajet atau perancangan khusus menangani adaptasi perubahan iklim di lokaliti? Terima kasih.

Speaker

Ya, sila.

Tuan Ling Tian SoonMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar · Yong Peng

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih soalan tambahan daripada Kota Iskandar. Dan memang benar. Isu perubahan iklim ini, apa orang kata ini perancangan, perubahan lebih cepat daripada perancangan. Oleh itu, kita perlu mengadakan inisiatif yang lebih proaktif lagi. Oleh itu, kerajaan negeri Johor melalui inisiatif salah satu adalah penubuhan Majlis Pembangunan Hijau Johor. Kita kumpulkan semua agensi yang berkaitan supaya kita dapat duduk bersama untuk membincangkan isu-isu mengenai perubahan iklim ini. Mudah-mudahan dengan penubuhan jawatankuasa tersebut kita dapat melaksanakan tindakan-tindakan yang lebih proaktif lagi dan juga kita dapat macam mana untuk memberi kesedaran kepada orang awam kerana isu perubahan iklim ini bukan sahaja tanggungjawab kepada kerajaan dan juga tanggungjawab kita bersama. Sama-sama kita menggerakkan program-program 3R. Tapi 3R bukan 3R yang isu selalu dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tetapi kempen 3R untuk reduce dan recycle itu yang penting. Sama-sama kita bagi kesedaran kepada orang awam. Sama-sama kita menambahkan daya tahan untuk perubahan iklim terhadap negeri Johor ini. Sekian, terima kasih.

Datuk Haji Pandak bin AhmadUMNO · BNKota Iskandar

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya rasa jawapan EXCO tidak menepati soalan saya.

Speaker

Ah, dah dijawab Yang Berhormat. Sila duduk. Kalau nak jawapan seterusnya minta jawapan bertulis pula. Saya jemput Jementah dulu.

Puan Ng Kor SimDAP · PHJementah

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Seperti kita sedia maklum, punca sorry. Punca peningkatan iklim atau pun suhu di dunia adalah disebabkan oleh pelepasan karbon dioksida. Maka, kerajaan persekutuan telah memperkenalkan untuk pemasangan solar atau pun penggunaan tv. Jadi soalan saya ialah kerajaan negeri Johor apakah inisiatif yang diberikan kepada orang awam untuk menggalakkan pemasangan sistem solar atau pun penggunaan tv. Terima kasih.

Tuan Ling Tian SoonMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar · Yong Peng

Ok. Terima kasih, soalan tambahan daripada YB Jementah. Sehingga setakat ini, dengan menerusi usaha untuk pemasangan sistem solar ini adalah daripada pihak swasta sendiri dan mereka perlu memohon kuota daripada pihak kementerian tersebut. Bagi kerajaan negeri pula kami menggalakkan supaya PBT-PBT yang berada dalam negeri Johor untuk sama-sama berusaha untuk memasang atau pun kita menggunakan tenaga secara hijau dan mudah-mudahan dengan usaha setiap PBT berkenaan kita dapat menggalakkan supaya PBT mulakan dahulu itu sahaja. Sekian, terima kasih.

Speaker

Puteri Wangsa nak tanya soalan tambahan? Sila.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Yang Berhormat Datuk Speaker, seperti Yang Berhormat Kota Iskandar sebutkan sebentar tadi tentang kos. Kita tahu bahawa semua projek-projek ini akan menelan kos yang sangat tinggi. Memandangkan Johor mempunyai Johor Green Deal 2030, saya pasti dalam Johor Green Deal tu sudah ada rangka kerja kewangan. Soalan saya dengan wujudnya Special Economic Zone, sekiranya kerajaan negeri akan menghalusi dan mengkaji dengan lebih mendalam Johor Green Deal ini supaya kita memperkukuhkan Public Private Partnership untuk Climate Conservation Finance, yang

sebenarnya Climate Conservation Finance ini kita pernah bincang dalam Jawatankuasa Perubahan Iklim juga untuk dicadangkan kepada kerajaan negeri. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Tuan Ling Tian SoonMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar · Yong Peng

Ok. Terima kasih YB Puteri Wangsa, memang benar dengan usaha penubuhan Majlis Pembangunan Hijau Johor yang saya sebut tadi, ini baru sahaja ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, dengan usahanya kami menubuhkan jawatankuasa ini dan juga kami telah mengadakan enam kumpulan dalam jawatankuasa tersebut supaya mereka dapat mengkaji secara detail nya. Contohnya, macam mana nak menyelesaikan isu sistem perparitan atau pun isu banjir kilat dalam kawasan bandar. Mudah-mudahan dengan masa yang akan datang mereka boleh membawa cadangan yang lebih sesuai untuk negeri pada, untuk lebih sesuai pada perancangan masa hadapan negeri Johor untuk pengurusan banjir di negeri. Sekian, terima kasih.

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Pulau Sebatang.

Puan Hajah Hasrunizah binti HassanUMNO · BNPulai Sebatang

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya Pulai Yang Berhormat bukan Pulau, Pulai Sebatang. Soalan… (Dewan ketawa).

Speaker

Minta maaf, minta maaf, Pulai Sebatang.

Puan Hajah Hasrunizah binti HassanUMNO · BNPulai Sebatang

Ya, Alhamdulillah. Soalan saya nombor 7. Terima kasih.

Berapakah peratusan pencapaian perlaksanaan STEM peringkat sekolah rendah dan menengah sehingga kini dan bilakah jangkaan masa Dasar Pendidikan Negara berkaitan perlaksanaan STEM sebanyak 60% dapat dilaksanakan sepenuhnya?

Tuan Aznan bin TaminUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan · Tanjung Surat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Maju Johor. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, Alhamdulillah setelah dua hari saya menunggu, hari ini dapat juga saya menjawab soalan buat kali pertama di dalam Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor. (Dewan bertepuk). Terima kasih Yang Berhormat Pulai Sebatang di atas soalan berkenaan peratusan pencapaian pelaksanaan STEM peringkat sekolah rendah dan menengah sehingga kini dan bilakah jangkaan masa Dasar Pendidikan Negara berkaitan perlaksanaan STEM sebanyak 60% dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Jabatan Pendidikan Negeri Johor bersama Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha untuk membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menyertai aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik iaitu STEM. Bagi mencapai tujuan tersebut, KPM telah melaksanakan pelbagai program dan aktiviti pendidikan STEM untuk diterapkan kepada semua golongan murid sama ada di peringkat pendidikan rendah atau pun menengah.

Pada tahun 2023, peratus enrollment murid STEM Tingkatan 4 negeri Johor meningkat daripada 45.73% berbanding 40.94% pada tahun 2022. Data terkini sehingga Mac 2024 pula, menunjukkan bahawa peratus enrollment murid STEM di negeri Johor adalah sebanyak 50.24%. Ini menunjukkan bahawa program berkaitan Pendidikan STEM yang dilaksanakan oleh KPM dan kerajaan negeri telah menunjukkan hasil yang positif dan menggalakkan. Ke arah itu, dalam memperkasakan sesi pengajaran dan pembelajaran STEM di dalam kelas, KPM telah bekerjasama dengan Yayasan PETRONAS melalui Bahagian Perancangan dan Pendidikan Dasar Pendidikan, KPM telah mewujudkan satu program di peringkat kebangsaan iaitu Program Duta Guru. Pelaksanaan program ini adalah di bawah tanggungjawab Teach

From Malaysia (TFM) yang berperanan dalam pembangunan dan perancangan program. JPN Johor dan KPM sangat komited dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing pada masa hadapan. Standard Kompentensi Digital Murid (SKDM) juga digubal bagi memastikan tahap kompetensi digital setiap murid dapat diukur dan intervensi dapat dilaksanakan pada murid yang belum mencapai standard.

Selain itu, penglibatan murid dalam Kurikulum STEM turut diberi perhatian. Pada tahun 2023 lebih 16,000 murid telah terlibat dalam pertandingan yang diadakan di bawah seliaan KPM merangkumi peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pencapaian memberangsangkan dalam aktiviti STEM juga telah ditunjukkan apabila pasukan KPM muncul juara keseluruhan dalam Pertandingan World Robotic Olimpiad 2023 di Panama City, Panama pada 4 hingga 11 November 2023 yang disertai oleh 80 buah negara apabila berjaya meraih 4 emas, 2 pingat perak dan 2 anugerah kecemerlangan termasuk murid Johor daripada SK Bandar Baru UDA 2 dan SMK Tinggi Batu Pahat.

Pada 6 hingga 12 Disember pula, pasukan KPM telah menyertai International Science dan Intervention Fair 2023 di Universiti Budiyana Bali, Indonesia dan berjaya mendapat 1 anugerah khas hadiah utama dan 4 anugerah khas IYSA, 3 pingat emas dan satu pingat perak. Murid daripada Sekolah Menengah Sains Muar, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar, Sekolah Menengah Kebangsaan Mohd Khalid, Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fatimah Hashim telah terlibat sebagai wakil daripada negeri Johor dalam pasukan KPM untuk pertandingan ini.

Dalam masa yang sama, pasukan negeri Johor telah melakar kejayaan dalam Pertandingan Peringkat Kebangsaan anjuran KPM dengan menjadi Johan keseluruhan dalam Karnival STEM Peringkat Kebangsaan. Naib johan keseluruhan Pertandingan Robotik Kebangsaan dan Johan Keseluruhan Pertandingan Inovasi, Sains, Teknologi dan Kejuruteraan.

JPN Johor dan KPM akan terus meningkatkan keberkesanan Program Pendidikan STEM sebagai usaha menyediakan bakat STEM yang mencukupi ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIEN) 2021 – 2030. Dasar Revolusi Perindustrian Ke-4, 4IR Negara dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dijangkakan perlaksanaan STEM sebanyak 60% di negeri Johor akan dicapai pada tahun 2028, Insya-Allah. Sekian, terima kasih.

Speaker

Saya nak ucapkan tahniahlah kepada YB Tanjung Surat sebab rumah terbuka dia baru ini dia jemput artis alamak original. Banyak duit eh YB. Ketua Bahagian pun terperanjat jemput 5 artis lawan balik. Sila, Pulau Sebatang, Pulai Sebatang.

Puan Hajah Hasrunizah binti HassanUMNO · BNPulai Sebatang

Pulai Sebatang. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih YB EXCO atas jawapan. Cuma, bila kita lihat tentang STEM ini sebenarnya Dasar Pendidikan Negara daripada tahun 1967 lagi dah minta pelajar kita 60% terlibat dalam Sains, Teknologi, Engineering and Matematik ini eh. Sehingga tahun 2024 dah berlalu 57 tahun tak pernah capai sasaran 60% itu. Jadi, soalan saya memandangkan Tuanku, Tunku Mahkota Johor juga ada bertitah tentang pendidikan ini, ada tak perancangan kerajaan negeri mungkin nak wujudkan hub STEM eh. Mungkin boleh masukkan dalam JS-SEZ punya Zone, itu yang pertama.

Yang keduanya, baru-baru ini KPM ada bentangkan belanjawan meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000,000.00 untuk STEM ini, iaitu RM100,000,000.00 itu digunakan untuk baik pulih makmal komputer dan juga untuk beli beberapa peralatan perolehan berkaitan dengan STEM. Daripada RM100,000,000.00 itu negeri Johor dapat berapa dan bilakah pelaksanaannya? Dan ada permintaan ini YB EXCO, untuk makmal komputer harap dapat masukkan Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian, makmal komputernya hari itu terbakar pendawaiannya dah mohon, Guru Besar dah mohon semua tak dapat-dapat lagi, langsung

tak boleh guna. Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian itu perempuan, nama dia Hasrunizah Hassan, jadi kalau betul dapat peruntukan itu masukkan Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian untuk makmal komputer dibaik pulih. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Tuan Aznan bin TaminUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan · Tanjung Surat

Terima kasih Yang Berhormat Pulai Sebatang di atas soalan tambahan tadi, ada 2 soalan berkenaan dengan hub STEM untuk menyokong pembangunan di JS-SEZ dan juga apakah perancangan di atas peruntukan RM100,000,000.00 yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada pembangunan STEM di setiap negeri.

Yang pertama, Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam Program JS-SEZ ini telah dibentangkan hari itu oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkenaan dengan 8 working group ialah 8 working group adalah salah satunya adalah working group berkenaan dengan bakat. Dalam program STEM dan juga program yang diadakan itu merupakan berkenaan dengan bakat. Peringkat kerajaan negeri Johor telah menyusun atur untuk meningkatkan ciri-ciri kompentensi pelajar-pelajar STEM ini untuk menyokong kepada pembangunan JS-SEZ ini dengan mewujudkan satu jawatankuasa. Satu Jawatankuasa Pemandu Modal Insan untuk bersama-sama dalam bidang STEM juga TVET untuk menyokong pembangunan JS-SEZ yang sedia ada ini.

Kedua, berkenaan dengan persoalan tentang makmal komputer,Insya-Allah kalau saya dapat peruntukan itu daripada Jabatan Pendidikan Malaysia, kalau saya boleh pilih, saya boleh pilih Sekolah Menengah Kebangsaan Pontian. Semuanya adalah bergantung kepada pemilihan Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Cuma dalam masa kini, JPN Johor bersama PPD Negeri Johor sedang membuat verifikasi data makmal komputer dan makmal sains bagi tujuan pelaksanaan projek penyelenggaraan dan ubah suai. Cadangan senarai pendek makmal komputer dan makmal sains berdasarkan keutamaan akan dihantar kepada pihak KPM untuk dimuktamadkan. Pelaksanaan penyelenggara dan menaik taraf makmal komputer sekolah dan makmal sains akan dilaksanakan pada tahun 2024 dan Insya-Allah perkara ini akan dibangkitkan dan kita usaha untuk dapatkan lebihan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memberi ruang dan peluang kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk menyusun atur berkenaan dengan perubahan makmal sains dan komputer ini. Terima kasih.

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Medan, Sri Medan.

Hampir silap tadi Pengerusi. Yang Berhormat Datuk Speaker, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Datuk Speaker, yang dikasihi dan dihormati. Soalan saya nombor 8.

Apakah pihak Yayasan Warisan Johor masih mengadakan program-program seperti pengajaran zapin, seni muzik di sekolah-sekolah?

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sri Medan. Soalan Yang Berhormat Sri Medan ialah adakah pihak Yayasan Warisan Johor masih mengadakan program-program seperti pengajaran zapin, seni muzik di sekolah-sekolah?

Yayasan Warisan Johor masih lagi mengadakan program-program pengajaran zapin dan seni muzik melalui kaedah pengajaran baru. Unit Penyelidikan dan Pembangunan di bawah Bahagian Pengurusan Acara ditubuhkan secara dasarnya adalah untuk memberi khidmat nasihat bagi proses pembimbingan pembelajaran dan juga kejurulatihan seni tari agar dapat melahirkan kesinambungannya di setiap lapisan umur. Pada awal penubuhan Yayasan Warisan Johor aktif menerima jemputan bagi menghadiri bengkel atau kelas selaku tenaga pengajar dan jurulatih dari pelbagai sektor terutamanya sekolah-sekolah. Dan sehingga tahun

lepas Yayasan Warisan Johor masih lagi menerima jemputan menjadi tenaga pengajar bagi zapin di peringkat sekolah. Kebanyakan jemputan ini cuba dihadiri oleh pihak Yayasan Warisan Johor yang mana mereka boleh hadiri.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Yayasan Warisan Johor terus melestarikan seni zapin dan muzik menerusi Program Lestari Seni Budaya. Kelas Asas Tari Tradisional Melayu telah diadakan dengan memberi khidmat pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak berusia seawal 6 tahun sehingga 12 tahun dan kita adakan kelas tersebut di Pusat Dewan Tari Yayasan Warisan Johor. Dan pada tahun 2024, terdapat peningkatan sebayak 57% penyertaan peserta iaitu seramai 160 orang peserta telah menyertai kelas ini yang akan diadakan pada setiap hari Jumaat berperingkat mengikut kohort umur selama 2 jam setiap sesi bagi tempoh 7 bulan bermula Mac sehingga Oktober.

Pada tahun 2024 juga, Yayasan Warisan Johor juga telah melaksanakan kelas bimbingan iaitu Kelas Asas Muzik Tradisional Melayu yang memfokuskan kepada alatan kompang dan juga gambus. Seramai 45 peserta telah menyertai kelas ini yang diadakan pada setiap hari Sabtu, selama 2 jam setiap sesi bagi tempoh 5 bulan bermula Mei sehingga Oktober. Bagi kedua-dua kelas asas ini, satu majlis graduasi akan dilaksanakan di akhir sesi program bagi meraikan kegigihan dan kejayaan peserta dalam mempelajari dan secara tidak langsung menyemai minat dalam seni ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, untuk makluman semua, usaha lain yang dilaksanakan oleh Yayasan Warisan Johor yang lalu adalah melatih hampir seramai 15 orang jurulatih di daerah-daerah. Dan kini, mereka telah berjaya mengembangkan jaringan melatih dan mengasah bakat kepimpinan dan aktif membantu dalam memainkan peranan perkembangan seni budaya di peringkat sekolah di daerah masing-masing. Ada di kalangan jurulatih daerah ini terdiri daripada golongan pendidikan iaitu guru. Dalam mengingatkan penyebaran pengetahuan mengenai seni budaya negeri Johor secara meluas, perancangan jelajah lestari budaya di peringkat sekolah rendah dan menengah juga telah dirangka. 10 sekolah akan disenarai pendek dalam pelaksanaan kerjasama ini. Pengenalan mengenai seni budaya, tari dan muzik ini akan disampaikan oleh Jurulatih Unit Pendidikan dan Pembangunan Yayasan Warisan Johor.

Selain itu, Kelas Perintis Ghazal Johor akan dilaksanakan untuk memberi bimbingan teknik-teknik dalam seni ghazal kepada beberapa sekolah yang telah dipilih. Kelas bimbingan ini dilihat mampu melahirkan pelapis muda yang berbakat dalam seni muzik ghazal seperti menguasai nyanyian lagu-lagu ghazal serta alatan muzik utama seperti harmonium, tabla dan alatan sampingan seperti violin, tamborin dan marakas.

Perjuangan menabur bakti diteruskan oleh Yayasan Warisan Johor untuk melestarikan seni budaya ini menerusi inisiatif yang lebih strategik dan komprehensif iaitu melalui penganjuran sesi bimbingan secara atas talian, penganjuran program yang bersifat berpusat di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar.

Yang Berhormat Datuk Speaker, tambahan itu bermula pada tahun 2022, Unit R&D telah melakukan penstrukturan program dengan giat mengadakan program pembelajaran dan pengajaran secara atas talian, secara berpusat dan memberi tumpuan kepada pendekatan mengemas kini dapatan kajian pada tahap yang terkini. Penstrukturan ini dapat dilihat menerusi program-program yang dijalankan melalui Program Kelas Asas Tari Tradisional Melayu yang dilaksanakan secara berpusat di Kompleks Yayasan Warisan. Bimbingan gerak asas tari bagi jurulatih, koreografi tari secara atas talian dan Program Jom Jenguk Kampurng ke 5 daerah utama.

Penstrukturan ini memberi tumpuan kepada pendekatan mengemas kini dapatan kerajaan adalah selaras dengan usaha Yayasan Warisan Johor dalam pencalonan zapin sebagai

warisan tidak ketara di bawah Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Bagi bimbingan gerak asas tari bagi jurulatih tari telah dibuat secara atas talian, memfokuskan kepada guru sekolah, penggiat seni dan NGO. Sebanyak 27 khidmat pengajaran dan pembelajaran telah dikongsi bersama mereka pada tahun 2023. Bukan sahaja di peringkat sekolah-sekolah, kita tekankan bimbingan ini, malah di peringkat IPTA pulak pihak Yayasan Warisan Johor telah menjadi tunggak utama pengajaran, pembelajaran dan pengadilan bagi setiap kali penganjuran Festival Kesenian Zapin Johor.

Akhir sekali bagi pengukuhan dan mengemas kini direktori senitari dan muzik, Yayasan Warisan Johor telah melaksanakan program Jom Jenguk Kampung Siri 2022/2023. Jom Jenguk Kampung juga merupakan satu progam ramah tamah dan cakna pewaris dan pengurus budaya seni di negeri Johor melalui pendekatan yang diatur seperti wasantai, demonstrasi dan pembelajaran.

Program Jom Jengok Kampung 2023 iaitu yang bertemakan zapin Johor melibatkan lima daerah iaitu Johor, Pontian, Muar, Batu Pahat dan Mersing. Dan program Jom Jengok Kampung 2023 yang melibatkan tema muzik tradisional Johor melibatkan lima daerah juga iaitu Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Mersing dan Kluang. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya sila.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker. Kebetulan soalan saya masih berkaitan dengan budaya. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Kota Iskandar pada hari semalam, atas pengiktirafan dia kepada Sri Medan, dia kata Sri Medan sopan santun. Dia kalau orang Jawa cakap tu jawa totok kromo, banjar saya tak tau sopan santun tu apa. Tapi yang saya tau banjar tu banjar juak yang lemah lembut...

Speaker

Betul Yang Berhormat.

Betul? Tapi dia kata juak tu macam banjar sendiri je yang lemah lembut (ketawa). Saya er saya, pengiktirafan tu memang cukup tinggilah pada Sri Medan. Terima kasih Kota Iskandar. Saya juga ucap terima kasih kepada YB EXCO yang apa, telah memberi jawapan yang cukup panjang lebar dan saya ucap terima kasih dan tahniah kerana dia mengekalkan. Mungkin rakan-rakan Yang Berhormat ni mungkin pun dia kurang faham apa program pengembangan inikan. Soal tarian, zapin dan juga seni muzik. Program ini sebenarnya bukan dimulakan pada tahun 2013 ketika saya EXCO, dia dah sekian lama dah program ini diperkenalkan. Saya meneruskan program yang baik ini dan tahniah kerana apa EXCO yang berketurunan India, dia masih mengekalkan program yang baik untuk bangsa Melayu. Ah ini saya satu apa, penghormatan yang cukup tinggilah kami kepada EXCO Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor. Jadi soalan tambahan saya sikit aje. Program pengembangan untuk orang Melayu ok zapin, seni muzik. Saya harap dia akan teruskan. Ada tak program pengembangan untuk kaum India atau kaum Cina? Kerana India pun ada tarian India, tarian Cina. Kalau permainan tradisional pun, India dia mempunyai sukan kavadi. Itu salah satu sebenarnya yang kita mula iktiraf pada tahun 2013. Terima kasih.

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sri Medan. Betul apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sri Medan, saya adalah antara EXCO yang daripada bukan Islam yang memegang jawatan dalam Yayasan Warisan di negeri Johor. Terima kasih kepada kerajaan negeri. Ini menunjukkan kerajaan negeri kita menyemarakkan semangat Bangsa Johor. Dan apa yang ingin kita katakan bila saya jadi EXCO Yayasan Warisan, kita setiap tahun kita akan

pergi masa bulan Ramadhan, kita akan menyantuni penggiat-penggiat seni yang lama untuk membagi bantuan dan tahun ini saya sudah hampir kesemua daerah 10 daerah Yayasan Warisan Johor bersama Majlis Kebudayaan Negeri Johor, kita telah menyantuni penggiat-penggiat seni. Bila kita menyantuni pengiat-penggiat seni yang lama ni kita tengok banyak kesenian kita yang dah berusia tu kadang-kadang tak ada pewaris. So, itu yang bila kita tengokkan program Jom Jenguk Kampung ni kita nak make sure ada pewaris, jangan seni tu hilang camtu. Tapi apa yang dikatakan oleh YB Sri Medan, untuk masyarakat India dan Cina juga dan lain-lain, pada tahun 2023 kita telah adakan Festival Tari Rakyat Johor anjuran Yayasan Warisan Johor. Dalam Festival Tari Rakyat Johor kita buat julung-julung kalinya telah adakan kategori tarian tradisional India, lepas tu kategori tarian etnik Cina dan juga yang ketiga ialah kategori tarian zapin pelbagai etnik. Dan ini mendapat sambutan yang baik sebab lebih kurang 14 hingga 15 pasukan telah menyertainya dan menunjukkan perkembangan yang baik.

Dan selain itu melalui Majlis Kebudayaan Negeri Johor pada tahun lepas juga kita telah terlibat dalam sambutan Tahun Baru Cina yang berlaku di Yong Peng, Ayer Hitam dan juga sambutan di Johor Bahru. Dan dalam sambutan ini, kita ada banyak persembahan tarian-tarian tradisional masyarakat Cina dan India dijalankan. Dan untuk tahun ini tahun 2024, kita akan teruskan Festival Tari Rakyat Johor ini untuk memperlihatkan dari segi perkembangan dan juga melalui Majlis Kebudayaan negeri Johor kita telah mencadang mengadakan Festival Kebudayaan dan Kesenian khusus untuk masyarakat Cina dan juga Festival Kebudayaan dan Kesenian khusus untuk masyarakat India untuk memperkembangkan lagi ciri-ciri tradisional masyarakat India dan Cina. Terima kasih.

Speaker

Jemput Puteri Wangsa.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Yang Berhormat EXCO soalan saya juga berkaitan dengan seni-seni dan warisan di Johor. Sudah tentu tarian-tarian dan sebagainya adalah satu seni yang kita tidak sepatutnya lupakan. Tetapi sebelum ini kita ada satu festival yang cukup besar di negeri Johor iaitu Johor Bahru Arts Festival. Selain daripada seni-seni tarian, Johor Bahru Arts Festival juga mempersembahkan pelbagai teater-teater yang sebenarnya menceritakan tentang sejarah Johor. Sebagai contohnya teater Si Bongkok Tanjung Puteri, Bumi Berlantai Permata, yang saya fikir teater-teater seperti ini bukan sahaja memberikan kita lebih banyak tarikan pelancong tetapi juga kita dapat mengingati sejarah-sejarah negeri kita sendiri.

Jadi soalan saya sekiranya Yayasan Warisan Johor atau pun mana-mana sahaja agensi yang melibatkan warisan dalam negeri Johor, ada rancangan untuk mengimarahkan kembali seni teater dalam negeri Johor supaya kita dapat juga gunakan peluang ini untuk tarik lebih banyak pelancong ke negeri Johor. Saya juga sebenarnya pernah terlibat dengan teater tersebut, pernah berlakon daripada usia lima tahun. Maknanya anak-anak seni dalam negeri Johor ini ramai, cuma mereka perlukan lebih banyak platform dan ruang untuk mereka berseni dan berkarya. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Puteri Wangsa. Memang nyata persembahan teater ini memang dah lama dijalankan dan kita masih ada lagi banyak penggiat-penggiat teater di negeri Johor. Tetapi Yayasan Warisan Johor melalui penggiat Majlis Teater Negeri Johor, kita setiap tahun adakan persembahan teater yang berlaku di Kompleks Yayasan Warisan Johor. Dan tahun ini kita telah adakan teater patriotik Endau dan kita pun, siapa-siapa penggiat seni daripada teater kita mengalu-alukan mereka masukkan permohonan ke Yayasan Warisan Johor, oleh itu mereka boleh tengokkan macam mana teater tu boleh dijalankan. Dia kena ada dalam skop dia kadang-kadang teater ni dijalankan oleh private entity. Kita kalau melalui kerajaan negeri kita melalui, so that skop cerita tu tak

done, tu yang paling penting. Skop cerita dalam dasar negeri Johor kita kena ikut skop cerita, kita tak nak teater-teater yang tak menceritakan Johor. Itu yang paling penting. Terima kasih.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Penawar.

Puan Fauziah binti MisriUMNO · BNPenawar

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan nombor 9.

Apakah usaha kerajaan untuk memperkenalkan sosiobudaya masyarakat Orang Asli kepada masyarakat umum.

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Bekok.

Tuan Tan ChongMCA · BNBekok

Selamat pagi, salam Maju Johor. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Bekok nombor 10.

Masyarakat Orang Asli adalah merupakan sebahagian daripada komuniti penduduk dalam Negeri Johor. Apakah usaha Kerajaan Johor untuk memperkenalkan sosio-budaya masyarakat Orang Asli kepada masyarakat umum.

Speaker

Sila.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah. Salam Maju Johor. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Izinkan saya menjawab soalan ADUN Penawar dan Bekok secara bersekali kerana ia berkisar kepada berkaitan sosio budaya masyarakat Orang Asli. Sebelum itu Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin mengalu-alukan tetamu yang mewakili masyarakat Orang Asli iaitu yang pertama, Batin Mohon bin Moin, Kampung Orang Asli Teluk Kabung, Batin Nori bin Kasi, Kampung Orang Asli Simpang Arang dan Batin Entel bin Burok, Kampung Orang Asli Pasir Puteh.

Yang Berhormat Datuk Speaker, untuk makluman seisi Dewan, di Johor terdapat 60 kampung Orang Asli dengan merekodkan seramai 4,979 buah keluarga dan melibatkan jumlah keseluruhan seramai 18,854 orang Orang Asli. Di Johor terdapat enam suku kaum utama iaitu Jakun, Kuala, Seletar, Kanak, Temuan dan Semelai. Bagi mengiktiraf dan menghargai peranan dan tanggungjawab ketua masyarakat Orang Asli iaitu Tok Batin di kampung-kampung Orang Asli, bermula tahun 2024 ini kerajaan negeri Johor telah menambah elaun sebanyak RM300.00 sebulan kepada semua Batin seluruh negeri Johor sebagai tambahan dari sumbangan kerajaan persekutuan. Ini seterusnya menjadikan elaun Batin di Johor sebanyak RM1,200.00 sebulan iaitu RM900.00 daripada persekutan dan RM300.00 dari kerajaan negeri.

Sememangnya masyarakat Orang Asli kaya dengan pelbagai budaya dan adat resam seperti masyarakat lain. Orang Asli juga mempunyai budaya, adat resam, makanan, bahasa dan perayaan mereka sendiri. Walau bagaimanapun didapati bahawa sejak kebelakangan ini terrdapat sebahagian generasi muda yang telah mula melupai adat resam, pakaian dan tarian tradisional kaum mereka. Bagi mengekalkan dan memelihara warisan adat budaya dan kesenian Orang Asli supaya tidak ditelan arus kemodenan, kerajaan negeri dan persekutuan telah mengambil peranan untuk mendekati masyarakat ini dan menyokong pelbagai aktiviti kebudayaan dan adat resam mereka. Kerajaan Johor sendiri telah memperuntukkan lebih RM1 juta dalam Belanjawan 2024 untuk pembangunan Orang Asli Johor.

Selain daripada tambahan elaun Batin yang berjumlah RM166,000.00 keseluruhannya, sebanyak RM300,000.00 diperuntukkan bagi melaksanakan program kampung Orang Asli sejahtera dan sebanyak RM600,000.00 diperuntukkan bagi melaksanakan program-program

pembangunan dan masyarakat Orang Asli. Antara program utama adalah pelaksanaan Karnival Orang Asli negeri Johor Tahun 2024. Karnival ini bertujuan memperkenal dan mempromosi kepelbagaian budaya Orang Asli kepada masyarakat, melahirkan masyarakat yang berbudaya serta memahami sejarah dan identiti bangsa serta mengumpul dan mengeratkan tali persaudaraan antara suku-suku kaum Orang Asli di Johor. Karnival Orang Asli Johor ini bakal dilaksanakan sebanyak tiga siri iaitu di zon utara, zon tengah dan selatan negeri Johor yang dijangka akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dalam masa terdekat ini.

Antara pengisian karnival ini nanti adalah akan mempamerkan pelbagai aktiviti kebudayaan dan adat resam mengikut etnik, pameran JAKOA dan pelbagai agensi kerajaan dan swasta, pertandingan dan demonstrasi. Ia bakal menarik minat masyarakat umum untuk mendalami sosio budaya masyarakat Orang Asli negeri Johor. Insya-Allah pada bulan September ini pula, Program Karnival Usahawan Orang Asli Peringkat Kebangsaan akan dilaksanakan di Plaza Angsana, Johor Bahru. Selain mengumpulkan pelbagai usahawan dan dalam kalangan Orang Asli, ia juga bakal mempamerkan kebudayaan dan adat resam suku kaum masyarakat Orang Asli pelbagai etnik seluruh negara. Terima kasih.

Speaker

Saya jemput, ada soalan tambahan? Sila.

Puan Fauziah binti MisriUMNO · BNPenawar

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Soalan tambahan saya, adakah kampung Orang Asli Sungai Layau, Kota Tinggi boleh menjadi salah satu kampung Orang Asli contoh kepada kampung-kampung Orang Asli yang lain? Terima kasih.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih kepada Penawar kerana menanyakan atas soalan tambahan itu tadi.

Dan untuk makluman Penawar dan Ahli Dewan, sejak 2 tahun ini saya telah sempat menziarahi dan melawat beberapa perkampungan Orang Asli seluruh negeri Johor dan antaranya adalah Kampung Orang Asli Layau di Kota Tinggi. Mengikut tinjauan dari lawatan saya sebelum ini ke kampung Orang Asli tersebut, saya mendapati bahawa kampung tersebut mempunyai ciri-ciri orang kampung Orang Asli contoh. Antara yang terdapat di kampung Orang Asli Sungai Layau ini selain daripada sekolah, balai raya dan dewan, terdapat banyak kemudahan lain, antaranya kedai koperasi, chalet, homestay, gelanggang futsal, jeti, rumah transit dan lain-lain. Dari bidang usahawan pula, selain kedai makan dan kedai runcit, terdapat bengkel bakeri, bengkel jahitan, bengkel kraftangan, rumah rakit, eko-pelancongan dan sebagainya. Aktiviti kebudayaan pula terdapat aktiviti kompang, tarian, kraf tangan dan hadrah dan aktiviti sukan yang aktif di kampung ini adalah permainan bola sepak dan futsal, bola jaring tarian dan petanque.

Jadi Yang Berhormat Datuk Speaker, berpandukan kepada aktif dan pelbagai aktiviti yang terdapat di Kampung Sungai Layar ini, JAKOA dan kami telah membuat keputusan bahawa salah satu Mini Karnival Orang Asli yang akan diadakan di negeri Johor kita akan memilih Kampung Sungai Layar ini sebagai tapak atau pun salah satu lokasi mini karnival yang akan diadakan di negeri Johor.

Speaker

Yang Berhormat Buluh Kasap, antara kelebihan orang Asli ini ialah mantik dan logik mereka adalah tinggi. So, elok kalau sekiranya kita dapat membukukan kata-kata hikmah Orang Asli. Banyak kelebihan. Dijemput, Yang Berhormat Gambir.

Tuan Sahrihan Bin JaniUMNO · BNGambir

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Soalan saya nombor 11.

Kebanyakan pembeli yang berjaya dalam proses undian mengalami kesukaran dalam mendapatkan kemudahan pembiayaan Rumah Mampu Biaya Johor. Apakah langkah kerajaan negeri dalam mengatasi masalah ini?

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam Maju Johor. Soalan Yang Berhormat Gambir berbunyi kebanyakan pembeli yang berjaya dalam proses undian mengalami kesukaran dalam mendapatkan kemudahan pembiayaan Rumah Mampu Biaya Johor. Apakah langkah kerajaan untuk mengatasi masalah ini?

Yang Berhormat Datuk Speaker, untuk makluman Yang Berhormat, dalam rejuvenasi sistem Perumahan Negeri Johor. Antara langkah kerajaan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan perlaksanaan eHome One Stop Centre. eHome One Stop Centre ini kalau boleh saya ringkaskan terbahagi kepada 3 jenis kemudahan dan pembiayaan rumah mampu milik dan konsultasi atau nasihat.

1. Kemudahan pembiayaan melalui bank-bank komersial. 2. SJKP, Skim Jaminan Kredit Perumahan. 3. AKPK, atau dipanggil Agensi Kaunseling Pengurusan Kredit.

Saya huraikan sedikit. Dalam pelaksanaan eHome One Stop Centre ini bersama rakan strategik institusi kewangan antaranya Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional dan Bank Muamalat. Ini yang pertama. Maknanya, kalau mereka dapat atau terima SLR atau Sijil Layak Memiliki Rumah, perkara pertama dalam permohonan pembiayaan ini, mereka pergi kepada bank-bank komersial. Ini yang pembiayaan pertama. Kalau dulu, bila mereka memiliki Sijil Memiliki Rumah ini apa yang berlaku ialah, bila terima sijil di Jabatan Perumahan Negara mereka akan pergi ke Bank A, reject, pergi ke Bank B, reject dan pergi Bank C. Tetapi hari ini, kita buat satu one stop centre, maknanya bila kita turun ke Batu Pahat, kita panggil bank-bank berkenaan termasuk juga beberapa agensi kerajaan pembiayaan ini untuk semasa diserahkan sijil itu, mereka terus bawa dokumen pergi ke bank-bank.

Pembiayaan kedua dipanggil SJKP atau Skim Jaminan Kredit Perumahan. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pengumuman peruntukan sebanyak RM10,000,000,000.00.

Pada 13 Oktober 2023, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia melalui Belanjawan 2024, telah mengumumkan peruntukan Skim Jaminan Kredit Perumahan atau SJKP ditambah daripada RM5,000,000,000.00 kepada RM10,000,000,000.00 bagi memanfaatkan 40,000 peminjam. 5,147 kelulusan SJKP, kelulusan pembiayaan yang paling tinggi di Malaysia. Sebanyak 5,147 permohonan, pemohon yang telah lulus, diluluskan permohonannya di SJKP bermula tahun 2021 sehingga Mac 2024 dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM889,000,000.00.

Saya nak kongsi di dalam Dewan yang mulia ini. Pada tahun 2021, permohonan hanya diluluskan 316. Pada tahun 2022, permohonan yang diluluskan 528 pemohon. Tetapi pada tahun lepas, 2023, permohonan yang diluluskan 6 kali ganda meningkat, iaitu 3,047 peserta. Dan sehingga Mac 2024 ini, 1,256 peserta telah diluluskan. Maknanya Yang Berhormat Datuk Speaker, dulu ini rakyat tak tahu ini. Dia tahu bila dapat sijil daripada Perumahan, dia pergi ke bank komersial, BSN, Bank Rakyat, Bank Muamalat. Sekarang ini, kerajaan dah sediakan jaminan kredit. SJKP ini untuk siapa? Ini saya nak sebut. Pendapatan yang tidak tetap, contoh, petani, dia tak ada pay slip bank. Peniaga kecil, tak ada pay slip bank. Penjaja, relancer atau tak ada majikan. Peniaga burger, pekerja media, pekerja gig, Grab atau Foodpanda. Jadi di Johor ini, dalam masa 3 tahun ini, seramai lebih kurang 5,147 melibatkan peruntukan sebanyak RM889,000,000.00. Paling tinggi dalam Malaysia. Ini skim pembiayaan yang kedua.

Skim pembiayaan yang ketiga dipanggil AKPK. AKPK ini dipanggil Agensi Kaunseling Pengurusan Hutang. Kewangan Malaysia atau MOF atau iaitu Agensi Kaunseling Pengurusan Hutang, AKPK mempunyai perkhidmatan untuk membantu individu berdepan dengan masalah kewangan bagi penstrukturan semula pinjaman. Mereka menjadikan pembayaran balik pinjaman tersebut lebih mudah, khususnya individu yang terbeban dengan komitmen hutangnya. AKPK lebih kepada memberi khidmat konsultasi untuk melihat isu kewangan yang dihadapi oleh pemohon. Dan khidmat nasihat kepada pemohon bagi mereka yang mempunyai masalah pinjaman bank yang tidak terurus. Dan pemohon yang mempunyai masalah pinjaman bank boleh pergi ke AKPK untuk mendapatkan khidmat nasihat khususnya kepada pemohon yang mempunyai hutang yang tinggi dan menjadi penyebab tidak dapat membuat pinjaman perumahan kerana terikat dengan loan bank, personal loan dan credit card. Terima kasih.

Speaker

Jemput.

Tuan Sahrihan Bin JaniUMNO · BNGambir

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker dan YB EXCO di atas jawapan yang telah diberikan. Dan tahniah dan terima kasih juga di atas langkah-langkah yang proaktif dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam membantu bakal-bakal pembeli untuk mendapatkan pembiayaan untuk membeli rumah. Sesungguhnya, Yang Berhormat Datuk Speaker, isu perumahan merupakan isu yang sangat signifikan dan mendapat tempat di hati rakyat terutamanya golongan B40 dan juga golongan asnaf. Jadi, saya mengucapkan syabas dan tahniah juga kepada pihak kerajaan negeri kerana telah mengilhamkan satu program yang dinamakan sebagai Rumah Kasih Johor. Pada tahun 2023, difahamkan telah lulus rumah tersebut, di bawah skim tersebut sebanyak 50 buah.

Jadi soalan saya, soalan tambahan saya adalah, pada tahun 2024 ini apakah perancangan kerajaan atau PKPJ dalam konteks Rumah Kasih Johor ini dan bagaimana Ahli Dewan Negeri boleh mengambil peranan? Terima kasih.

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat. Tadi kita bercerita tentang proses biasa permohonan rumah mampu milik. Pertama, pergi ke komersial bank-bank membuat pinjaman. Kedua, kepada SJKP, Skim Jaminan Pinjaman Kredit Kerajaan, ada jaminan RM10,000,000,000.00 yang diberikan oleh kerajaan pusat melalui MOF diberikan peniaga-peniaga atau mereka yang tidak ada majikan, atau tidak ada pendapatan tetap atau tiada pay slip. Yang ketiga, mereka yang tidak lepas pinjaman bank, tidak lepas SJKP ini, mereka kena dapat khidmat nasihat daripada AKPK.

Satu lagi produk yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor pada tahun, ucapan belanjawan bajet 2024 ialah Rumah Kasih. Ini adalah produk pertama rakyat Johor. Siapa yang layak untuk dapat Rumah Kasih Johor? Alhamdulillah, pada tahun lepas, kita telah serahkan 50 unit rumah kasih Johor yang tidak perlu dibayar semula. Ini dipengerusikan di peringkat teknikal oleh pegawai-pegawai daerah. Cadangan datang Yang Berhormat-Yang Berhormat kawasan dan Ketua-ketua Kampung.

Tuan-tuan dan puan-puan, Rumah Kasih ini memang kita beri kepada mereka terutama yang mempunyai kad eKasih dan mereka golongan miskin tegar. Cuma semalam daripada soalan daripada YB Sri Medan membangkitkan tentang isu Rumah Kasih ini harga dia RM100,000.00. Kenapa tidak boleh dipecah-pecahkan? Jadi kerajaan untuk pelaksanaan tahun 2024 ini, tahun lepas 2023, 50 unit dah selesai dan dah serah. Alhamdulillah, tahun ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dalam Bajet 2024 mengumumkan 120 unit. 120 unit ini kita telah turun ke ground. Kita dapati bahawa ada seperti yang dibangkitkan oleh YB Sri Medan itu betul. Maknanya, Rumah Kasih yang diperuntukkan kepada keluarga paling susah, dia hanya tinggal sebatang kara. Bapa tunggal, ibu tunggal. Dia tak ada adik beradik.

Tapi kita kasi dia 3 bilik. Jadi sangat membazirlah, kalau, kalau. Jadi kita di peringkat kerajaan negeri sebenarnya kita dah brainstorm kita dapat pergi 50 rumah ini, kita dah siasat latar belakang dia, kita dapati bahawa di peringkat penambahbaikan untuk tahun 2024, tahun ini, 120 unit kita akan bahagikan kepada Rumah Kasih Johor 1 bilik, satu bilik 550 sq ft. Harga dia RM75,000.00. Rumah Kasih 2 bilik, 600 sq ft, RM80,000.00. Rumah Kasih 3 bilik, 660 sq ft RM85,000.00. Insya-Allah tuan-tuan dengan penambahbaikan ini.

Speaker

Bilik itu berdasarkan jumlah ahli keluarga ke jumlah isteri?

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Jadi, di peringkat pegawai. Nama akan dicadangkan melalui Yang Berhormat-Yang Berhormat kawasan. Di peringkat teknikal, Pegawai Daerah Bersama agensi akan duduk sekali untuk memperincikan syarat-syarat tambahan sama ada bila turun ke ground tu, dia akan siasatlah. Dia tinggal berapa orang. Adik beradik dia berapa. Apa keperluan. Mungkin dalam satu keluarga itu ada yang 2 OKU dan sebagainya. Jadi segi teknikal, semakan teknikal itu baru akan pergi kepada, oh, orang ini dia duduk sebatang, seorang sahaja. Jadi dia tidak perlu 3 bilik, jadi kita tawarkan dia rumah 1 bilik. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Senai.

Tuan Wong Bor YangDAP · PHSenai

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Soalan saya nombor 12.

Apakah tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil terhadap individu atau syarikat yang melakukan tumpahan simen di permukaan jalan raya dan membahayakan pengguna jalan raya khasnya penunggang motosikal?

Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad SallehUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi · Bukit Pasir

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat Sejahtera, Salam Maju Johor. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Senai.

Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan, tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil terhadap individu atau syarikat yang melakukan tumpahan simen di permukaan jalan raya dan membahayakan pengguna jalan raya di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Akta Pengangkutan Jalan 1989, Kaedah 19 (Muatan), hendaklah dipastikan selamat.

Muatan yang dibawa oleh mana-mana kenderaan hendaklah sebegitu selamat, sehinggakan bahaya mungkin tidak akan disebabkan kepada mana-mana orang di atas jalan raya oleh sebab muatan itu, atau mana-mana bahagiannya terjatuh daripada kenderaan. Bagi mana-mana orang yang melakukan kesalahan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM2,000.00 atau penjara tidak lebih 6 bulan. Selain itu juga di pihak berkuasa tempatan, PBT juga boleh mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 47(2) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta 133 kepada individu atau syarikat yang melakukan tumpahan simen di permukaan jalan raya, di bawah jenis kesalahan meletak atau menjatuhkan batu, simen, tanah, pasir, kayu, bahan binaan, barang, benda bangunan lain di tempat awam yang memperuntukkan kompaun RM500.00 sehingga RM1,000.00. Peruntukan dalam Akta 133 ini juga telah dimasukkan bagi aktviti penguatkuasaan mencegah kekotoran yang giat dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Johor bermula November 2023 sehingga kini.

Manakala aduan boleh dibuat kepada Pejabat JKR Daerah yang berkaitan, PBT yang berkaitan sistem aduan My Jalan atau mana-mana saluran aduan maya. Pengguna jalan raya juga boleh mengemukakan tuntutan sama ada kemalangan, kecederaan atau kerosakan harta benda namun tertakluk kepada peruntukan undang-undang. Jika pengguna jalan raya kemalangan akibat tumpahan simen, mangsa kemalangan boleh juga berurusan dengan

Bahagian Undang-Undang PBT untuk membuat tuntutan. Pengguna juga boleh terus membuat laporan polis dengan memaklumkan tujuan membuat laporan itu ialah bagi tuntutan ganti rugi di Mahkamah. Selalunya tempoh membuat tuntutan ganti rugi antara enam bulan sehingga lebih kepada setahun kerana ianya melibatkan siasatan dan dokumen polis iaitu yang penting, dokumen penting dalam membuat satu-satu tuntutan.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekiranya berlaku tumpahan simen, pihak konsesi akan segera menyediakan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) di bawah skop kerja kecemasan. Konsesi juga akan membuat hebahan penutupan jalan atau laluan alternatif dan menyediakan pemakluman dan papan tanda penunjuk arah jika perlu. Kerajaan negeri sentiasa memantau pematuhan kontrak oleh pihak konsesi untuk membuat rondaan dan pembaikan segera.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, terdapat satu keputusan Mahkamah Seksyen Johor Bahru pada 28 Februari yang lepas apabila pengguna jalan raya yang mengalami kemalangan telah menerima pampasan sebanyak RM721,000.00 dan ini merupakan satu amaran kepada semua pihak yang bertanggung jawab atas kualiti jalan-jalan raya di seluruh negeri Johor untuk bertindak segera di atas segala permasalahan yang berlaku di atas jalan raya di negeri Johor. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya, jemput Senai.

Tuan Wong Bor YangDAP · PHSenai

Terima kasih jawapan yang diberikan oleh YB EXCO. Jadi, untuk makluman YB EXCO, yang untuk kejadian tumpahan simen di permukaan jalan yang berlaku di Senai hanya di Jalan Seelong sahaja terdapat tiga kawasan hotspot iaitu di persimpangan lampu isyarat Senai Airport City dan juga persimpangan Taman Desa Idaman dan juga satu di depan Kilang SWM. Tiga-tiga tempat lokasi hotspot ini sentiasa berlaku tumpahan simen secara berulang dan ambil satu contoh yang baru-baru ini konsesi telah melaksanakan kerja-kerja membaik pulih jalan di persimpangan Senai Airport City, mengambil masa selama dua bulan dan dalam dua bulan ini semua pengguna jalan, sabar untuk menunggu kerja ini disiapkan tetapi setelah kerja ini disiapkan dan dalam satu bulan sahaja berlaku tiga kali ini simen, tumpahan simen di kawasan tersebut. Jadi, soalan tambahan saya memandangkan kejadian tumpahan simen ini sudah ada mengesahkan satu hotspot tempat-tempat hotspot adakah kerajaan akan mempertimbangkan cadangan untuk memasang cctv di persimpangan tersebut supaya lebih mudah dapat bukti untuk membuat penguatkuasaan? Sekian, terima kasih.

Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad SallehUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi · Bukit Pasir

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Senai, satu cadangan yang baik untuk kita menyediakan cctv bagi langkah penguatkuasaan. Seperti yang kita sedia maklum penguatkuasa di negeri Johor ni, anggotanya tak ramai untuk kita melihat keseluruhan negeri Johor. Namun begitu, macam saya sebutkan tadi pihak Yang Berhormat sendiri atau pun masyarakat pengguna boleh sendiri buat aduan sebagai contoh kalau kawasan ini berlaku, kerap berlaku, kita yakin mungkin ia berasal daripada company yang sama atau syarikat yang sama. Jadi, Insya-Allah saya akan minta pihak JPJ dan juga Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan untuk membuat pemantauan berterusan seterusnya mengambil tindakan sebelum kejadian yang tidak baik berlaku di situ. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Bukit Pasir, kalau boleh tegur sikit PLUS ini ya, sebab lebuh raya kita ini dah jadi lebuh raya psychiatric, bila dia baiki jalan, potong rumput, jem, sesak kadang-kadang saya pernah terkena daripada Pagoh ke Yong Peng, tiga tempat dibaiki jalan tak kira masa, tengah malam pun dia buat. Jadi, mengganggu kita dan kita yang bayar tol ni jadi sakit mental dibuatnya. Tolong tegur PLUS tu.

Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad SallehUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi · Bukit Pasir

Baik Yang Berhormat Datuk Speaker, tengah hari ini pun saya ada perbincangan dengan PLUS saya akan bangkitkan terus apa Yang Datuk Speaker usulkan. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Pemanis.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNPemanis

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Pemanis nombor 13.

Sejauh mana keberkesanan pelaksanaan Sukan Bangsa Johor melahirkan bakat-bakat baharu dan mencungkil lebih ramai atlet-atlet muda untuk mewakili negeri Johor dalam bidang sukan? Adakah kerajaan bercadang untuk menambah lagi kategori sukan yang lain seperti badminton pada masa akan datang?

Tuan Mohd Hairi bin Mad ShahUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Larkin

Bismillahirahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Maju Johor dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Pemanis di atas soalan yang baik dan soalannya yang berbunyi sejauh manakah keberkesanan pelaksanaan sukan Bangsa Johor dapat melahirkan bakat-bakat baharu dan mencungkil lebih ramai atlet-atlet muda untuk mewakili negeri Johor dalam bidang sukan? Adakah kerajaan bercadang menambah lagi kategori sukan yang lain seperti badminton pada masa akan datang?

Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Pemanis sekali lagi atas soalan yang telah dibangkitkan berkaitan Sukan Bangsa Johor. Terima kasih juga di atas keperihatinan dan sokongan penuh Ahli-Ahli Yang Berhormat dan semua Ahli Yang Berhormat terhadap Sukan Bangsa Johor yang tahun ini masuk tahun ketiga penganjurannya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Sukan Bangsa Johor ini adalah sukan yang diadakan oleh kerajaan negeri bagi memasyarakatkan sukan dalam kalangan rakyat Johor. Sukan ini adalah sebahagian perancangan kerajaan negeri untuk menyatu padukan rakyat berbilang kaum di samping menerapkan agenda aktif Johor yang dibawa dan digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Selain itu, serta memupuk semangat kesukanan dan juga membentuk masyarakat yang sihat, aktif dan cergas.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya sendiri melihat program-program sukan di peringkat akar bumi adalah satu perkara yang penting demi menjamin kelangsungan sukan khususnya di negeri Johor ini. Ianya juga penting bagi mencungkil bakat-bakat baru untuk melahirkan lebih ramai pelapis-pelapis yang berkualiti untuk masa-masa akan datang. Pada masa yang sama juga, program peringkat akar umbi sudah tidak asing lagi dengan Majlis Sukan Negeri Johor atau pun MSNJ sebagai contoh Program Pembangunan yang sudah memiliki modul tersendiri iaitu Rise Up Gold Junior dan juga Rise Up Games dengan izin. Ditambah lagi dengan penganjuran Sukan Bangsa Johor, yang objektifnya adalah mahu merakyatkan sukan dengan membawa sukan itu sendiri ke peringkat yang lebih dekat dengan rakyat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sedikit recap dengan izin, penganjuran dua edisi Sukan Bangsa Johor sebelum ini iaitu pada tahun 2022 dan juga tahun 2023, ia menyaksikan semua 56 kawasan DUN terlibat termasuk kawasan Datuk Speaker, yang turut serta dengan jumlah penyertaan bagi kedua-dua edisi penganjuran ini adalah lebih 2,000 orang. Ia melibatkan semua pasukan dalam setiap kategori sukan dipertandingkan. Tidak salah jika saya katakan sambutan penerimaan peringkat akar umbi bagi Program Sukan Bangsa Johor ini adalah amat-amat baik sekali. Malah Yang Berhormat Datuk Speaker, tidak keterlaluan saya katakan vibe dengan izin Sukan Bangsa Johor ini adalah ibarat pesta sukan dalam negeri Johor. Kalau boleh saya katakan Mini SUKMA. Sukan Bangsa Johor ini perlu diadakan juga, diambil berat oleh ADUN-ADUN. Sekali lagi syabas dan tahniah buat semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang menggerakkan usaha ini di peringkat kawasan masing-masing. (Dewan bertepuk). Insya-Allah

Yang Berhormat Datuk Speaker, tahun ini kita buat di Kluang, supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat kata jauh datang ke Johor Bahru kita buat di centre di perkarangan Stadium Kluang, Insya-Allah. Dan tahniah juga saya ucapkan kepada Unit Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri di bawah kendalian SUK Bahagian Belia, Sukan dan Kesukarelawan yang telah menganjurkan juga sukan untuk semua ahli-ahli jabatan, pekerja-pekerja, JCS dan tahniah sekali lagi.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk makluman semua, bagi edisi kali ini dan tahun ini Majlis Sukan Negeri Johor juga telah menetapkan syarat-syarat yang perlu melibatkan pemain berusia 21 tahun ke bawah sekurang-kurangnya dua orang di setiap sukan di pertandingan seperti mana YB Pemanis tadi cakap bagaimana cara dan kaedah untuk kita nak membantu atlet-atlet ni ke hadapan saya meminta Wakil-Wakil Rakyat di kawasan untuk mencari sekurang-kurangnya dua orang setiap sukan yang dipertandingkan. Ini adalah untuk membolehkan pihak Majlis Sukan Negeri Johor mencari bakat-bakat muda yang diketengahkan sebagai atlet pelapis Sukan Malaysia (SUKMA) kelak. Justeru itu, pemain-pemain muda ini diwajibkan untuk bermain dalam setiap perlawanan. Dari segi keberkesanan Sukan Bangsa Johor ini dilihat memberi impak, memberi impak yang baik dalam melahirkan, mengetengahkan bakat-bakat baharu dan juga pemain-pemain muda. Semestinya Ahli-Ahli Yang Berhormat, negeri Johor tidak akan ketandusan pemain muda serta bakat baharu bagi mewakili negeri Johor di dalam pertandingan-pertandingan peringkat negeri mahu pun kebangsaan, Insya-Allah.

Yang Berhormat Datuk Speaker, selain dari itu, kerajaan negeri sedang dan juga dalam perancangan bagi menambahkan sukan-sukan lain mengikut kesesuaian dari masa ke semasa ini kerana setiap tambahan sukan ini akan melibatkan kos-kos tambahan yang agak besar. Tambahan peruntukan ini bukan sahaja melibatkan kerajaan negeri malah dari DUN-DUN itu sendiri walaupun setiap DUN diberi subsidi penyertaan dari kerajaan negeri, hal ini bagi memastikan persiapan pasukan dari setiap DUN mencukupi dan memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Sekian, Yang Berhormat Datuk Speaker.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNPemanis

Yang Berhormat Datuk Speaker, Pemanis.

Speaker

Ya, jemput Pemanis.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNPemanis

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih juga kepada EXCO di atas jawapan yang diberikan. Kita faham pembangunan sukan ini penting Yang Berhormat Datuk Speaker, kerana contoh bila baru-baru ini kita lihat gergasi bola sepak di sebelah selatan iaitu JDT. Bila kita kuat, pasukan lain nampak macam risau nak datang bila bertandang, bertanding dengan kita. Jadi, saya melihat sukan Bangsa Johor ini adalah satu medium yang baik sebenarnya untuk kita mencungkil lebih ramai bakat-bakat baru, atlet-atlet baru dalam bidang sukan. Cuma saya nak bertanya dengan YB EXCO adakah kerajaan negeri berminat untuk lebih fokus mengikut daerah? Maksudnya, pencarian atlet ini atau kategori sukan ini kita kategorikan contoh kalau di hoki, sukan hoki contohnya lebih kepada daerah Segamat. Mungkin daerah-daerah lain ada sukan-sukan yang boleh kita ketengahkan.

Dan, yang kedua, Yang Berhormat Datuk Speaker dan juga YB EXCO, saya ingin bertanya sejauh mana kerajaan negeri melihat keperluan dan pentingnya kemudahan-kemudahan sukan yang ada di setiap daerah. Sebagai contoh daerah Segamat, kami ada satu stadium yang dah lama terbengkalai. Lebih saya ingat lebih 5-6 tahun terbengkalai. Jadi kat mana kita kerajaan negeri ni nak bangunkan sukan kalau ada kemudahan-kemudahan seperti ini kita tak dapat nak laksanakan. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Tuan Mohd Hairi bin Mad ShahUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Larkin

Terima kasih Yang Berhormat Pemanis. Soalan, dua soalan ini yang pertamanya berkaitan

dengan daerah-daerah dari segi atlet-atlet ini. Pastinya apabila kerajaan meletakkan satu agensi Majlis Sukan Negeri Johor mencungkil bakat-bakat, ianya pasti akan melihat bakat-bakat bukan daripada peringkat daerah sahaja tetapi setiap sekolah-sekolah, daripada bakat daripada akar umbi. Justeru itu, sukan-sukan seperti sukan Bangsa Johor dan sukan dari setiap daerah ini adalah sukan merakyatkan kitalah. Dan, saya minta agar sukan ini kita berikan mandat kepada Majlis Sukan Negeri Johor untuk terus memperkasakan mencari, mencungkil bakat-bakat dan saya menjawab soalan kedua dari segi kos pembinaan Yang Berhormat Datuk Speaker, kalau kita lihat memang banyak sebenarnya fasiliti-fasiliti sukan ini agak usang tetapi ia melibatkan satu kos yang tinggi. Justeru itu saya meminta Ahli-Ahli Yang Berhormat agar dapat bersabar kerana kita akan menguruskan berperingkat demi peringkat Insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Oleh kerana soalan ini pada saya penting ya, sebab kita kalau buat secara kasih kita selalu jumpa warga emas duduk sorang-sorang, maka saya jemput Yang Berhormat Sungai Balang.

Tuan Haji Selamat bin TakimUMNO · BNSungai Balang

Yang Berhormat Datuk Speaker, Sungai Balang soalan nombor 14. Terima kasih.

Dalam menuju negara tua pada tahun 2030, apakah perancangan dan persediaan jangka masa pendek dan jangka masa panjang kerajaan negeri Johor bagi menghadapi peningkatan bilangan warga emas di negara ini dan khususnya di negeri Johor.

Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md OnUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Serom

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Sungai Balang. Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam kita menuju negara tua dalam tahun 2030, apakah perancangan dan persediaan jangka masa pendek, jangka masa panjang Kerajaan Negeri Johor bagi menghadapi peningkatan bilangan warga emas di negara ini dan khususnya di negeri Johor?

Yang Berhormat Datuk Speaker, Malaysia dijangka menjadi negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk negara ini merangkumi warganegara yang berusia lebih 60 tahun dalam pola 15.3% daripada jumlah penduduk negara. Menerusi kenyataan media bagi penerbitan Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2022 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri dilaporkan bahawa peratusan penduduk berumur 65 tahun dan lebih umur tua meningkat daripada 7% kepada 7.3% bagi tempoh yang sama dan berdasarkan definisi United Nations Malaysia telah menjadi kerajaan menua.

Kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan pelbagai kemudahan jangka masa pendek dan jangka masa panjang bagi golongan warga emas. Antara kemudahan jangka masa pendek yang disediakan termasuklah bantuan kewangan iaitu bantuan warga emas di mana sejumlah RM500.00 sebulan sebagai saraan hidup diberikan kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti.

Datuk Speaker, selain daripada bantuan kewangan, kemudahan jangka masa pendek yang disediakan juga adalah Pusat Aktiviti Warga Emas. Pusat ini adalah tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti. Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial reaching out dan pembangunan developmental kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara kementerian Pembangunan Wanita dengan agensi kerajaan yang lain serta pertubuhan kerajaan (NGO). Sehingga Mac 2024, negeri Johor mempunyai 17 buah pusat aktiviti warga emas dengan bilangan ahli berdaftar sebanyak 4,359 orang warga emas. Manakala 5 buah pusat aktiviti baharu telah diluluskan penubuhan bagi tahun 2024.

Yang Berhormat Datuk Speaker, di samping itu Jabatan juga melaksanakan Program Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help Services) dengan izin, yang merupakan perkhidmatan sokongan sosial yang disediakan oleh sukarelawan kepada warga emas di rumah. Bagi perancangan jangka masa panjang, Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Kebangsaan telah diwujudkan sebagai satu mekanisme pelaksanaan dasar berkaitan warga emas dan penuaan penduduk. Fungsi majlis ini adalah untuk memastikan pelaksanaan dasar warga emas dapat berperanan menangani isu-isu warga emas dan fenomena penuaan. Justeru itu, Jawatankuasa Bangunan Warga Emas Negeri telah ditubuhkan bagi menghubungkan pentadbiran persekutuan dan negeri. Jawatankuasa ini diwujudkan bagi memastikan pelaksanaan dasar berjalan dengan lancar di semua peringkat seterusnya memastikan kelas, tarian, program dan pemantauan yang lebih teratur.

Bagi melahirkan warga emas yang produktif, Seminar Citra Minda Inter-Generasi merupakan salah satu medium pelaksanaan yang berkesan bagi memberi kesedaran kepada orang muda dan warga emas mengenai keperluan meningkatkan aktiviti secara bersama dan khidmat masyarakat. Ia juga memberi peluang kepada Kumpulan Profesional dalam kalangan warga emas menyumbang ilmu, idea dan kepakaran ke arah bangunan warga emas secara holistik. Program ini merupakan gabungan Program Inter-Generasi warga emas, kanak-kanak dan remaja dan Golden Mind Programme dan menjadi aktiviti tetap yang dilaksanakan di bawah JPWEM sejak tahun 2018. Program ini selaras dengan Strategi ke-5 yang terkandung dalam dasar warga emas negara dan penglibatan kesepaduan antara generasi dengan memberikan penekanan kepada tindakan-tindakan untuk meningkatkan penglibatan warga emas dalam masyarakat pelbagai umur serta mengeratkan hubungan timbal balik antara generasi. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum dijawab secara lisan akan dijawab secara bertulis dalam Persidangan yang sama. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ditangguhkan sehingga jam 11.30 pagi.

Persidangan ditangguhkan pada jam 11.10 pagi.

Persidangan disambung semula pada jam 11.30 pagi.

Sambungan Perbahasan Atas Rundingan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.Address / budget

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan disambung sekarang. Yang Berhormat Pemanis, dijemput.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNPemanis

Terima kasih...

Speaker

20 minit.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNPemanis

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT pada persidangan kali ini kita semua dapat bersama dan berpeluang untuk bersidang untuk kali ke-15 bagi penggal ini. Pemanis merafak sembah, menjunjung kasih di atas keberangkatan dan titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor sempena pembukaan rasmi penggal persidangan ketiga bagi Dewan Undangan Negeri Johor yang ke-15. Daulat Tuanku.

Yang Berhormat Datuk Speaker, mengail ikan di atas titi, umpan di bawah diikat tali, jika pendidikan tinggi berkualiti, pasti Bangsa Johor hebat sekali. Jika perahu sudah melaju, mari kita berdoa sama, jika ingin Johor Maju, pendidikan haruslah di utama. (Dewan bertepuk).

Negara kita membelanjakan lebih 3.2% daripada keluaran dalam negara kasar untuk urusan berkaitan dengan pendidikan. Jumlah perbelanjaan yang sebenarnya cukup besar namun adakah ia memadai dengan hasilnya. Minggu lepas apabila laporan bank dunia bertajuk Bending Bamboo Shoots, dengan izin, Strengthening Foundational Skill yang memberi gambaran membimbangkan tentang sistem pendidikan awal di Malaysia dibentangkan, saya amat memandang serius isu tersebut dan mencadangkan agar penelitian tuntas dan telus terhadap sistem pendidikan dilakukan segera terhadap beberapa perkara. YB EXCO Pendidikan tak ada pula, nak suruh dia dengar ni, penting.

Untuk makluman di dalam laporan tersebut, dinyatakan hanya 58%, ha sampai dah, pelajar di Malaysia mampu menguasai kemahiran membaca menjelang akhir tahun 5. Sangat jauh ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain di rantau ini, Yang Berhormat Datuk Speaker, termasuk negara Vietnam. Laporan itu turut mendakwa wujud ketidakcekapan dan mempersoalkan tahap kualiti pendidikan di dalam negara ini. Apabila menyatakan murid yang menghabiskan purata 12 tahun di sekolah di Malaysia mempunyai tahap pembelajaran yang hanya bersamaan dengan 8.9 tahun. Maksudnya anak-anak kita ini umur 12 tahun tahap belajar dia baru darjah 3, darjah 4 je. Darjah 6, darjah 3, darjah 4 je tahap pembelajaran dia. Dalam satu kajian yang telah dibuat oleh UKM didapati daripada 19 buah sekolah yang dikaji, antara 10 dan 20% murid sering kali tercicir daripada persekolahan yakni tidak hadir ke sekolah. Dan, majoriti murid tersebut gagal menguasai kemahiran 3M – membaca, mengira dan menulis. Walaupun dasar pendidikan wajib sekolah rendah dilaksanakan sejak tahun 2003 serta pelbagai usaha telah dibuat untuk menarik minat murid ke sekolah, malangnya fenomena keciciran persekolahan dan pembelajaran masih gagal ditangani sepenuhnya.

Justeru, saya ingin mencadangkan agar diwujudkan kurikulum yang berfokus kepada kemahiran bagi menepati keperluan latar belakang, tahap atau minat murid yang lemah dalam bidang akademik. Kita boleh mulakan di negeri Johor dahulu dengan kerjasama institusi TVET yang ada seperti Kolej Komuniti amatlah digalakkan. Dah terlanjur sebut tentang Kolej Komuniti ini, saya nak minta EXCO Pendidikan agar menubuhkan Majlis TVET negeri Johor di mana negeri Melaka dan Perak dah lama wujudkan. Ini selari dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi dalam memastikan pendidikan kemahiran ini akan dapat perhatian kerajaan negeri untuk terus diperkasakan. Selain itu, kerajaan boleh mengaktifkan satu Jawatankuasa Khas di peringkat sekolah dengan dianggotai oleh semua pihak berkaitan seperti daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, Komuniti, Ketua Kampung atau taman dan badan bukan kerajaan. Ini termasuk memastikan jawatankuasa yang dibentuk bekerjasama dalam menangani fenomena keciciran, ponteng sekolah, meningkatkan penguasaan 3M dan memberi kemahiran yang diperlukan oleh murid.

Tahniah dan terima kasih kepada kerajaan negeri di atas inisiatif pelaksanaan Program Baca Literasi Alaf baru yang memberi manfaat kepada 50 orang murid dalam kawasan DUN Pemanis. Dan, secara keseluruhannya ada 700 orang pelajar di negeri Johor ini yang keciciran dalam penguatkuasaan Bahasa Melayu dapat dilaksanakan bersama dengan Iskandar EduCity. Saya ingin menyarankan agar lebih banyak lagi agensi-agensi lain selain daripada Iskandar EduCity ini yang berada di bawah kerajaan negeri mahu pun persekutuan mengambil inisiatif yang serupa dan terlibat sama membantu usaha berkaitan dengan pendidikan seperti ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, pendefinisian Akta Pendidikan Wajib perlu segera dilakukan dan diperkasakan serta merangkumi pendidikan peringkat menengah. Ini ditambah dengan usaha bagi membantu murid B40 dalam memenuhi keperluan-keperluan asas, keselamatan, kasih sayang, penghargaan dan sempurna kendiri mereka yang perlu diberi perhatian. Pelan pendidikan bukan formal untuk menangani keciciran perlu diperkenalkan sebagai alternatif bagi menangani isu keciciran pembelajaran khususnya dalam kalangan pelajar B40. Hal ini juga perlu diperkukuh dengan penglibatan organisasi masyarakat sivil. Membantu anak-anak

yang tercicir ini perlu menjadi keutamaan dalam sistem pendidikan kita. Kerajaan negeri dan pihak Kementerian perlu ambil tanggungjawab dengan lebih serius berserta sokongan dan bantuan daripada semua pihak.

Yang Berhormat Datuk Speaker, itu cerita berkaitan dengan pendidikan. Antara perkara yang menjadi kerisauan rakyat di bawah sana hari ini ialah berkaitan dengan isu perubahan iklim dan beberapa kejadian besar, bencana besar yang berlaku. Hari ini pun ada soalan berkaitan dengan perubahan-perubahan iklim yang telah berlaku. Kebelakangan ini perubahan cuaca dunia dilihat semakin ekstrim. Negara seperti Dubai turut tidak terkecuali dilanda bah luar biasa di kawasan cuaca yang panas dan jarang turunnya hujan. Terkini, di negeri kita adalah kejadian banjir besar yang melanda bandar Kota Tinggi pada awal tahun ini yang menenggelamkan keseluruhan bandar dan melumpuhkan aktiviti harian di bandar Kota Tinggi itu hampir lima hari. Ya betul, hujan yang turun melebihi daripada jumlah biasa, namun sebabnya ialah segala bentuk perancangan dan pembangunan yang dibuat dahulu membelakangi sifat alam sekitar itu sendiri. Sebagai contoh, saya ada mendapat aduan di daerah Batu Pahat oleh salah seorang Ahli-Ahli Yang Berhormat kita. Ada projek perumahan baharu yang diluluskan oleh PBT dan JPS, memberikan kebenaran menggunakan sistem takungan dan tadahan sedia ada, di mana di dalam kejadian bencana banjir yang lepas kawasan tersebut memang tak mampu nak menampung jumlah air yang masuk sehingga berlakunya banjir. Ini sepatutnya tidak berlaku.

Namun, demi memenuhi hasrat pemaju untuk membangunkan kawasan tersebut, akhirnya kawasan tadahan yang sebelum ini tak mampu menampung jumlah air ketika hujan lebat, pun berkongsi dengan kawasan perumahan baharu yang natijahnya nanti kita ketahui akan berlaku banjir besar sekiranya jumlah hujan yang turun luar biasa seperti tahun lepas. Jadi saya mintalah Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam daerah Batu Pahat mungkin boleh bertanya tentang perkara ini termasuklah Yang Berhormat Datuk Speaker. Maksudnya, kerajaan negeri perlu lebih tegas dan lebih tuntas mengemas kini segala dasar-dasar lama berkaitan dengan pembangunan terutama bila melibatkan alam sekitar, penting. Kita jangan ada lagi tolak ansur dah kerana padahnya nanti apabila berlakunya bencana akibat kerakusan kita memajukan kawasan-kawasan berisiko ini, kos tanggungan itu akhirnya akan terbeban kepada kerajaan juga dan Pemaju lepas tangan ja, dia tak peduli dah, lepas tempoh-tempoh yang telah ditetapkan kepada mereka. Saya menunggu juga dalam sidang kali ini, jika ada RUU ataupun Rang Undang-Undang yang akan dibentangkan berkaitan penambahbaikan yang diusahakan oleh kerajaan negeri terutamanya berkaitan dengan alam sekitar.

Setelah setahun penubuhan Jawatankuasa Pilihan Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, pembentangan RUU ini terutamanya berkaitan alam sekitar adalah antara perkara yang menjadi persoalan utama untuk kita ketengahkan. Memandangkan ini sahaja sebenarnya Yang Berhormat Datuk Speaker, cara terbaik untuk kita kawal dan memperbetulkan kesilapan, kita pun ada silap juga, kan? Yang pernah kita buat di peringkat kerajaan semasa meluluskan beberapa projek pembangunan di negeri ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, habis cerita alam sekitar. Mutakhir ini, rakyat semakin dibebankan juga, tadi beban ini beban juga lagi, dengan kenaikan harga barang terutamanya barangan basah dan runcit di musim-musim perayaan. Kerajaan persekutuan melalui Program Jualan Rahmah, kerajaan negeri pula dengan Program Jualan Kasih Johor dilihat banyak membantu rakyat menghadapi kenaikan harga barang yang semakin membebankan. Cuma, bila meletakkan diskaun dan pemberian harga yang murah, ada juga yang merungut, beritahu terutamanya rakyat yang berada di kawasan luar bandar ini kebanyakan barang ini habis dijual, dua, tiga orang YB pun ada sebut perkara yang sama. Mungkin pihak kerajaan boleh perhalusi semula untuk melihat produk yang disasarkan oleh pemuda ini, kalau kita tahu produk ini memang cepat habis, contohnya ayam. Kita tambah lagilah kan, biar stok jualan itu lebih. Namun, ada satu lagi cadangan oleh kerajaan negeri yang saya kira cukup baik. Saya ada terbaca dalam manifesto kempen yang lepas.

Saya ingin bertanya kepada kerajaan negeri, apakah status cadangan penubuhan Pasar Borong Digital dalam usaha menjadikan Johor sebagai hab agro makanan Malaysia? Cadangan ini dilihat sebenarnya amat baik memandangkan rakyat kini semakin aktif dan semakin mahir menggunakan medium atas talian ataupun dengan izin, medium secara online untuk membeli barangan keperluan termasuk pelbagai barangan runcit dan juga pukal. Dengan adanya Pasar Borong Digital ini kelak, ia mampu menghimpunkan semua produk agro makanan hasil pengeluaran pengusaha tempatan untuk dipasarkan secara talian. Adakah pihak Johor Corporation selaku agensi yang dikatakan akan membangunkan sistem ini telah pun berjaya menyiapkan platform terbaik untuk digerakkan? Secara tidak langsung jika sistem ini berjaya dibangunkan, ia mampu menangani kemelut kenaikan harga akibat tindakan pihak orang tengah yang suka mengambil kesempatan. Malah, pekebun-pekebun kecil yang ada juga dilihat mampu memasarkan sendiri produk mereka dan ini sedikit sebanyak dapat memecahkan isu kartel yang dilihat membelenggu kebanyakan usaha memasarkan produk terutamanya daripada pekebun-pekebun kecil ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kebudayaan dan kesenian. Saya sentuh sikit pasal kesenian dan kebudayaan merupakan elemen yang tidak dapat dipisahkan dalam masyarakat negara kita. Ia juga menjadi perkara utama berkaitan dengan pelancongan negara. Menjelang Tahun Melawat Johor 2026 kelak, kita sepatutnya telah bersedia untuk memperkenal dan mempersembahkan ciri-ciri kebudayaan dan kesenian di negeri Johor ini. Sepatutnya, satu portal khas diwujudkan bagi memperkenalkan dan menerangkan dengan lebih jelas lagi berkenaan dengan kebudayaan dan kesenian yang ada di negeri kita ini. Sudah pasti ramai pelancong akan mula mencari dan meneliti apakah kelainannya Johor untuk mereka lawati. Selain daripada tempat-tempat pelancongan, apakah pula tema kebudayaan dan aset-aset kesenian yang boleh dipersembahkan daripada warga Johor kepada mereka? Di manakah nilainya budaya dan seni yang dimiliki oleh Johor? Apakah kelainannya? Siapakah yang selayaknya untuk mempromosikan kesenian dan kebudayaan?

Dan di Johor, peranan itu sebenarnya selain daripada Yayasan Warisan Johor yang lebih dekat adalah Majlis Kebudayaan Negeri Johor ataupun MKN. MKN yang merupakan NGO yang cukup aktif di mana hampir semua daerah dalam negeri Johor mempunyai pertubuhan kebudayaan dan kesenian masing-masing di mana Pegawai Daerah menjadi pengerusinya dan EXCO kerajaan negeri mengetuainya di peringkat negeri. Mereka kerap menggerakkan pelbagai aktiviti di serata negeri dan daerah-daerah di Johor. Namun, NGO yang sepatutnya diberikan nafas dan kekuatan kendiri telah diletakkan di bawah pengawasan agensi lain di mana semua urusan mereka dipantau dan dikawal termasuk hal berkaitan dengan peruntukan. Tanggal Mac 1998, lama dah ni, Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Johor telah memutuskan untuk memindahkan pentadbiran dan pengurusan MKN ini di bawah Yayasan Warisan Johor. Ini menyebabkan segala pergerakan terutama melibatkan kewangan MKN diletakkan di bawah Yayasan ini.

Sukalah saya ingin mencadangkan, NGO ini sepatutnya tidak terikat dengan aktiviti di bawah Yayasan Warisan Johor. Yayasan biarlah dengan yayasan, MKN biarlah dengan MKN. Seeloknya fungsi pengurusan dan pentadbiran MKN ini diserahkan semula kepada Ahli-Ahli Majlisnya untuk mereka mengendali dan melaksanakan aktiviti berkaitan kebudayaan dan kesenian. Barulah rancak sikit kebudayaan dan seni dalam Johor ini, Yayasan buat perkara lain, MKN buat perkara lain, jadi ramai boleh terlibat. Ini termasuk peruntukan tahunan, ini penting yang sepatutnya disalurkan kepada MKN dan bukannya melalui Yayasan Warisan Johor. Saya amat yakin isu berkaitan ketirisan peruntukan dan pembaziran yang menjadi kerisauan kerajaan sebelum ini akan dapat dielakkan dan diuruskan dengan baik oleh mereka. Sementalahan, semua pertubuhan di daerah dan juga negeri bermesyuarat setiap tahun, di mana penyata kewangan turut dibentang kepada semua ahli untuk diteliti dan diperbincangkan perjalanan pengurusannya. Saya meminta YB EXCO berkenaan mengambil perhatian berkaitan cadangan ini dan membawa semula perkara ini dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri. Sudah sampai masanya kerajaan memberi kepercayaan, bagilah muka sikit

kepada kepimpinan MKN negeri dan daerah-daerah bergerak atas kapasiti kekuatan yang ada pada mereka untuk kembali menyemarakkan seni budaya di negeri Johor ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, komitmen kerajaan negeri menerusi strategi dan inisiatif bagi merealisasikan sifar miskin tegar menjelang tahun 2027 mendapat sokongan kerajaan persekutuan di mana Perdana Menteri memuji usaha kerajaan Johor terhadap pembasmian kemiskinan tegar sehingga kita berjaya mengurangkan kurang daripada 2,000 Ketua Isi Rumah (KIR) di negeri ini dan di dalam Titah Perasmian oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor, Baginda menyebut menjelang tahun 2025, kadar miskin tegar ini mestilah terus ternoktah. Satu cabaran sebenarnya kepada pentadbiran daerah-daerah terutamanya untuk merealisasikan titah Baginda ini dan kita semua maklum pelbagai usaha dilaksanakan kerajaan negeri melalui proses pemutihan di semua daerah melalui kerjasama Wakil Rakyat, ADUN kawasan, Pegawai Daerah sendiri, ketua jabatan, penghulu, ketua kampung dan banyak agensi yang terlibat dengan membuat bancian di lapangan dan hasilnya, ada di antaranya sudah pun terkeluar dan tidak lagi tergolong dalam senarai miskin tegar. Namun, data yang ada juga kadang kala perlu dikemas kini dengan lebih baik apabila semasa dalam lawatan ke lapangan, kami turut terjumpa ada beberapa kes yang baharu, ini turut menambah statistik sedia ada. Saya khuatir oleh kerana kita nak pastikan golongan ini disifarkan menjelang tahun 2025, mereka yang sepatutnya masih lagi dalam keadaan yang kurang berkemampuan, masih lagi menerima bantuan, tercicir dan tidak dimasukkan dalam senarai miskin tegar ini. Saya harap kita tangani isu ini dengan betul dan cuba gerakkan semua agensi berkaitan untuk membantu mereka agar terkeluar dari senarai miskin tegar ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Johor-Singapura Special Economic Zone mendapat perhatian ramai apabila perbahasan rakan-rakan turut menyentuh pelbagai isu dan kepentingan dalam kawasan masing-masing. Sebagai daerah dan DUN yang agak jauh, jauh sangat ini, Segamat, Pemanis ini. Pemanis dia sempadan dengan Rompin, sempadan dengan Pahang pun. Sepatutnya kami pun nak rasa juga kemajuan dan kejayaan zon khas ekonomi yang baharu ini. Sekurang-kurangnya adalah nanti peluang anak-anak kami yang boleh mendapat pekerjaan dengan gaji yang cukup lumayan apabila bekerja di dalam ruang zon ekonomi khas ini nanti dan demi memastikan kemajuan dicapai turut tidak meminggirkan daerah-daerah lain, kita kongsilah kan. Kerajaan negeri disaran menyediakan satu tabung pembangunan khas di mana segala bentuk pelaburan berimpak tinggi, hasil penubuhan zon ini nanti disarankan untuk meletakkan satu nilaian sumbangan untuk diagih-agihkan dalam tabung tersebut. Dengan itu, hasil tabungan ini kelak akan dapat dimanfaatkan oleh semua daerah-daerah yang tidak terkesan dengan pembangunan kawasan khas ini nanti. Zon ekonomi khas ini juga sepatutnya merembeskan peluang-peluang yang ada termasuk membuka pasaran-pasaran ekonomi baharu yang turut melibatkan sektor pertanian dan perladangan di mana hari ini, contohnya telah ada satu kilang, Yang Berhormat Datuk Speaker, pemprosesan produk sisa sawit di kasawan Pasir Gudang yang mampu menukarkan sisa tandan sawit kosong, sisa tandan dan tak dipakai lagi itu kepada produk makanan berbentuk gula kesihatan dan dimanfaatkan untuk kegunaan perubatan dan farmasi. Maksudnya, lepas ini tandan sawit itu jangan buang, kita boleh buat gula pula.

Speaker

Yang Berhormat.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNPemanis

Dan jika ia dapat diletakkan di bawah zon ekonomi khas kelak.

Speaker

Yang Berhormat, tinggal satu minit je.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNPemanis

Insya-Allah, sikit lagi, sikit lagi. Pendapatan para peneroka FELDA dan pekebun kecil juga akan meningkat apabila segala sisa daripada kelapa sawit ini dapat dimanfaatkan sebagai produk hiliran baharu untuk di eksport keluar negara.

Sikit lagi Yang Berhormat Datuk Speaker. Saya ingin sentuh isu berkaitan dengan keperluan kemajuan jalan raya terutama yang menjadi nadi laluan bagi ramai pengguna jalan raya terutama yang nak bermusafir ke bumi Nusajaya dan Johor Bahru ini. Suka atau tidak, jalan Yong Peng-Segamat hari ini merupakan antara laluan yang keadaan jalannya amatlah mendukacitakan. Saya tak pasti urusan penyelenggaraannya ada dibuat, namun kedudukan laluan ini yang beralun dan ada kalanya membahayakan pengguna, pernah mendapat peruntukan hampir RM100,000,000.00 untuk dinaik taraf. Namun, apa yang dibuat oleh kerajaan ialah laluan yang jambatannya bila dinaik taraf sepatutnya jambatan itu lebih lebar dan besar tetapi dikembarkan jambatan itu menjadi dua jambatan. Mana nak cari jalan utama ada dua jambatan? Pernah beberapa kali pengguna terbabas kerana terkeliru dengan kedudukan jambatan dan jalan sedia ada. Situasi seperti ini hanya ada di laluan Yong Peng – Segamat sahaja. Saya minta kerajaan negeri untuk memberikan perhatian. Selain kerap diselenggara, keperluan untuk menaik taraf laluan ini perlu mendapat perhatian peruntukkan daripada kerajaan persekutan. Sama jugalah dengan laluan Segamat – Kuantan pun sama, minta kerjasama daripada kerajaan negeri untuk melihat keperluan pelebaran jalan ini.

Di akhirnya, Yang Berhormat Datuk Speaker sebab dah 20 minit ini, saya rasa cukuplah setakat itu Yang Berhormat Datuk Speaker, saya nak ucapkan terima kasih di atas ruang yang telah diberikan untuk berbahas pada pagi ini. Dengan ini, Pemanis mohon menyokong rundingan menjunjung kasih titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Pemangku Sultan Johor. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Pemanis. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ingin mengalu-alukan kehadiran pemerhati 31 orang daripada Pejabat ADUN Kawasan Penawar. Boleh bangun tak? Ha ini dia penyokong Penawar. Dan 4 orang daripada Pejabat ADUN Kawasan Buloh Kasap, ada? Dijemput Yang Berhormat Sungai Balang.

Tuan Haji Selamat bin TakimUMNO · BNSungai Balang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh, salam sejahtera, salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurnia atas kurniaan serta izin-Nya memberikan kemudahan dan kelancaran Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri Johor Yang Ke-15 pada ketika pusingan hari ini. Patik dan seluruh warga DUN Sungai Balang merafakkan sembah takzim dan menjunjung kasih di atas titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Ibrahim, Pemangku Sultan Johor yang menyentuh segala aspek kebajikan rakyat dalam hal ehwal negeri Johor. Dan belum terlambat untuk juga patik rasakan merafak sembah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ibni Sultan Ibrahim di atas lantikan sebagai Pemangku Sultan Johor. Semoga dengan pelantikan ini patik sekalian rakyat jelata di DUN Sungai Balang mendoakan agar supaya Tunku Mahkota Ismail dan Ibni Sultan Ibrahim di berikan keafiatan, kekuatan, pertolongan, inayah, hidayah oleh Allah S.W.T. untuk menerajui tampok kepimpinan negeri Johor Darul Ta’zim.

Yang Berhormat Datuk Speaker, pertamanya apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah berkaitan dengan usaha yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor melalui Program Semarak Subuh. Semarak Subuh ini bagi program di kampung-kampung adalah merupakan satu yang sangat mendapat tumpuan. Yang sejak bermula pada Januari lalu dan Alhamdulillah cetusan program ini nampaknya memberi impak positif kepada masjid-masjid dan surau-surau terutamanya di DUN Sungai Balang. Bilangan jemaah yang hadir solat subuh telah bertambah dan meningkat dan ini amat mengembirakan hati umat Islam. Namun begitu, jumlah kehadiran jemaah di kawasan kampung tidak dapat di samakan dengan bilangan jemaah yang hadir di masjid-masjid di bandar dengan faktor kepadatan penduduk yang berbeza.

Dan saya juga merasa teruja bila mana program ini terkesan kepada diri saya dan mungkin termasuk ADUN-ADUN di sebelah sini dan sebelah pihak pengimbang di mana bulan pertama program ini dilaksana, saya dapat melihat rakan-rakan yang datang bersolat subuh pada peringkat awalnya secara sederhana dan kebanyakannya memakai kurta sahaja. Namun, sejak program ini berjalan setelah empat bulan saya nampak Yang Berhormat Datuk Speaker, terdapat beberapa orang ADUN telah berubah penampilan, mereka kini telah memakai jubah ketika hadir bersolat semarak subuh sehinggakan sukar untuk saya mengenal pasti mana satu imam, mana satu rakan-rakan ADUN. Hebat rakan-rakan kita. (Dewan bertepuk). Ini menggambarkan penghayatan semarak subuh ini memberi kesan kepada diri saya dan juga sahabat-sahabat lain dan tahniah kepada sahabat-sahabat Yang Berhormat.

Begitu juga saya melihat rakan-rakan ADUN yang bukan beragama Islam. Daripada pihak kerajaan atau pun pihak pengimbang di mana seawal pagi mereka menyantuni jemaah-jemaah yang hadir, solat subuh untuk sama-sama merasai pengalaman seawal pagi subuh datang ke masjid dan surau. Dengan pengalaman sedemikan dapatlah mereka memahami sedikit sebanyak bagaimana umat Islam mengamalkan tuntutan syiar Islam sebagai rukun Islam yang kedua. Saya juga sering juga dapat melihat siaran secara live di Facebook yang dibuat oleh rakan-rakan seperti Yong Peng, yang mana setiap awal pagi menyantuni jemaah yang hadir dan ini amat memberi makna bahawa sesungguhnya perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama ini dapat diterjemahkan dengan kehebatan Bangsa Johor melalui Program Semarak Subuh. Justeru, Yang Berhormat Datuk Speaker, Sungai Balang mencadangkan kepada Semerah supaya diadakan program berkhatan untuk rakan dari Yong Peng, Tenggaroh atau pun sahabat-sahabat lain. Dengan harapan satu hari nanti dia akan mendapat hidayah daripada Allah S.W.T.

Yang Berhormat Datuk Speaker, penglibatan ADUN-ADUN dalam program tersebut juga memberi ruang kepada jawatankuasa masjid dan surau untuk menyatakan dan meluahkan permasalah fasiliti mahu pun fizikal bangunan yang dihadapi oleh masjid atau pun surau-surau mereka. Ini sememangnya berada di luar kemampuan ADUN-ADUN untuk menyelesaikan masalah tersebut. Justeru, permasalahan berkenaan akan diangkat kepada pihak MAIJ dan Pejabat EXCO Agama untuk diselesaikan dan dapat memberi keselesaan kepada masjid atau pun surau tersebut. Jadi ini MAIJ dan Pejabat EXCO, kalau ada ADUN yang menghantar surat bantu pembaikan atau pun bina baharu harap-harap jangan tak dipandang. Penglibatan pegawai-pegawai kerajaan dalam Program Semarak Subuh juga seperti Datuk Bandar, Pegawai Daerah, Yang Dipertua Majlis Daerah, sebagaimana yang disebut oleh Kota Iskandar semalam itu juga sedikit sebanyak dapat membantu masalah yang dihadapi di masjid dan di surau-surau.

Dan untuk makluman Yang Berhormat Datuk Speaker, di Sungai Balang sendiri di kawasan saya ada 8 masjid, ada 80 surau. Kalau kita datang rotate selama setahun, dua tahun atau pun sepenggal ini semua kita akan pergi dan kita akan dapat melihat tentang masalah yang dihadapi oleh kedua-dua pusat agama ini. Dengan sumbangan sebanyak RM200.00 bagi setiap program Yang Berhormat Datuk Speaker, sudah tentu tidak mencukupi bagi menampung kos jamuan sarapan pagi yang disediakan oleh pihak masjid atau pun surau dengan jumlah kehadiran yang lebih ramai. Lebih-lebih lagi masjid atau surau kampung ini tidak mempunyai kutipan derma yang begitu banyak.

Sehubungan dengan itu, saya bajet yang diperlukan sebanyak RM560,000.00 dalam pembentangan 2024 itu diharapkan dalam semarak subuh ini dapat ditambah seperti mana cadangan Yang Berhormat Benut daripada RM200.00 kita mencadangkan supaya ditambah bajet kepada RM500.00 untuk program ini. (Dewan bertepuk). Jadi, saya rasa tak jadi masalah ini program sangat baik. YB EXCO Semerah mungkin dapat diajukan kepada pihak yang berkaitan. Dan marilah kita sama-sama berusaha dan berazam untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah dan istiqomah semoga Allah S.W.T. menjadikan kita di dalam kalangan hamba-hambanya yang berjaya. Amin yarabbalalamiin.

Yang Berhormat Datuk Speaker, masih berkisar di masjid. Kita kebelakangan ini dikejutkan dengan berita yang ditular oleh warganet mengenai tindakan orang luar yang enggan mendoakan Agong dan Tuanku Permaisuri Agong sewaktu individu tersebut menunaikan solat Jumaat di negeri Johor. Dalam perkongsian tersebut jelas bahawa beliau berasa bangga dengan tindakannya dan berbau hasutan supaya masyarakat lain juga mengikuti tindakan beliau dan tindakan beliau ini telah mencetuskan polimik ketidak keharmonian di kalangan masyarakat khususnya kepada Bangsa Johor. Tindakan tegas ini perlu diambil bagi pengajaran kepada mana-mana pihak yang cuba bermain dengan isu 3R ini. Hakikatnya, amaran mengenai larangan ini telah pun dikerap kali diperingatkan. Namun, tetap juga ada segelintir individu yang masih berdegil dan melanggar larangan tersebut. Umpama api dalam sekam, lama kelamaan ia boleh membara dan membakar. Jika tiada tindakan tegas diambil, maka rosaklah institusi bernegara yang sekian lama kita lalui dengan aman dan harmoni. Dan hal ini selaras dengan titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor yang menitahkan supaya tindakan tegas harus dilaksanakan kepada mereka yang tidak endah dengan larangan tersebut. Saya juga mengambil kesempatan ini ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor yang mana seluruh bahagian di negeri Johor telah membuat laporan polis untuk terhadap kebiadapan individu tersebut.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kemakmuran negeri ini memberi limpahan pembangunan kemudahan asas kepada rakyat dan memberi peluang kerja kepada kontraktor-kontraktor Kelas G1, G1 atau pun dahulu dikenali sebagai Kelas F. Dengan usaha penswastaan projek kecil kepada kerajaan kepada pihak konsesi telah menyebabkan peluang-peluang mendapatkan tender projek tersebut oleh Kelas G1 ini terlalu tipis kerana terpaksa bersaing dengan kontraktor lain dengan penawaran kerja yang terhad. Justeru itu, kerajaan perlu mengambil satu kaedah menang-menang bagi memastikan nasib yang menimpa kontraktor-kontraktor kecil ini dapat dibela supaya ia dapat diimbangi dengan persaingan yang mereka hadapi terhadap konsesi. Ada di antara kontraktor-kontraktor tersebut mengadu bahawa mereka telah 3 tahun tidak dapat sebarang tender kerajaan kerana keterbatasan penawaran kerja projek. Hal ini sudah tentu semestinya memeritkan bagi mereka sebagai usahawan kecil yang perlu membayar segala komitmen kepada pekerja, bayaran sewa jentera dan lain-lainnya. Dan sekiranya perkara ini berterusan yang dialami maka, mereka lama kelamaan akan gulung tikar perniagaan mereka.

Masih lagi berkisar dengan soal pembangunan dan kemudahan awam di kawasan Sungai Balang. Saya acap kali adukan dengan luahan pengharapan kepada penduduk kampung yang menginginkan supaya jambatan-jambatan penghubung atau pun jambatan masuk ke kampung mereka ini agar dapat dilebarkan atau pun dinaik taraf. Antara kampung-kampung tersebut yang amat memerlukan pelebaran jambatan termasuklah ke kampung seperti di tempat saya ini Kampung Sungai Sudah Darat, Kampung Sungai Muda Darat, Kampung Seri Menanti, Kampung Parit Bulat, Kampung Parit Penyengat di mana kawasan itu adalah merupakan satu kawasan yang padat penduduk tetapi masih lagi menggunakan jambatan yang terlalu kecil. Selaras dengan peredaran masa ini dan taraf hidup penduduk kampung telah meningkat, berkat daripada kemakmuran ekonomi yang diperolehi melalui dasar-dasar yang berkesan oleh kerajaan terdahulu, maka mereka ini perlu dibantu supaya masalah mereka dalam pengendalian ekonomi mereka dapat dibantu.

Yang Berhormat Datuk Speaker, penduduk kampung kebanyakannya mencari nafkah dengan aktiviti pertanian. Terutamanya kelapa sawit yang memerlukan lori atau pun gerabak untuk membawa hasil berkenaan ke pusat timbang. Lantaran itu, keadaan jambatan yang sempit yang dibina sejak tahun 1980an perlu dilihat semula oleh kerajaan. Dan, jambatan kecil ini bukan sahaja menyebabkan ketidak selesaan pengguna membawa hasil pertanian dan menjalankan aktiviti harian, malah menyumbang kepada risiko keselamatan harta benda penduduk kampung jika sekiranya berlaku kebakaran. Jadi dengan itu, kemudahan asas ini

perlu disediakan mengikut peredaran zaman dan memastikan keselesaan pengguna dan kelancaran laluan di waktu puncak.

Seterusnya Yang Berhormat Datuk Speaker, selain daripada itu jambatan kecil dan sempit ini juga saya suka menyatakan di kawasan DUN Sungai Balang mempunyai parit dan sungai yang perlu di selenggara oleh pihak JPS. Dengan jumlah peruntukan sedia ada ini dilihat kurang mencukupi untuk penyelenggaraan keseluruhan parit dan sungai secara efisien. Permasalahan ini ditambah lagi dengan ketiadaan SOP berkenaan. Penyerahan tanggungjawab penyelenggaraan oleh parit oleh JPS kepada pihak JPKK mukim tanpa penyelenggaraan awal oleh pihak JPS akan terus dan terus diserahkan kepada JPKK dan keadaan ini semak samun. Dengan kadar 1 meter RM1.50 membuatkan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan parit semakin semak samun sebenarnya amatlah tidak mencukupi bagi menampung kos tersebut. Hal ini bertambah kusut apabila proses menuntut semula kos kerja pembersihan oleh pihak JPKK sangat lambat dan menyebabkan ketua kampung kehabisan modal pusingan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan parit seterusnya. Justeru itu, kerajaan perlu mempertimbangkan penambahan peruntukan bagi kerja-kerja penyelenggaraan tersebut demi memastikan setiap parit dan sungai dapat diselenggara mengikut pusingan yang berjadual.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya turut sama menyentuh perkara yang sama bersama Pemanis mengenai dengan Jualan Kasih Johor yang dinamakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan kerjasama pihak FAMA yang juga telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan dalam 300 lokasi di seluruh negeri Johor sepanjang tahun 2024 ini. Dijangkakan lebih 800,000 orang pembeli akan menerima manfaat daripada Jualan Kasih tersebut meliputi golongan B40 dan M40. Dengan penawaran barang basah dan barangan dapur yang berharga rendah berbanding pasaran biasa, sememangnya mengurangkan kos perbelanjaan di kala kita sedang berada di dalam keadaan ketidak tentuan harga pasaran dan mata wang yang masih belum mengukuh. Justeru itu, dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat, saya bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Permas dan juga Kukup yang mencadangkan agar peruntukan sedia ada sebanyak RM5,000,000.00 Jualan Kasih Johor ditambah lagi dengan dana untuk menambah kekerapan jualan di kawasan-kawasan strategik dan hotspot yang berpotensi untuk dikunjungi rakyat. Selain itu juga perlu juga jenis-jenis barangan ditawarkan ditambah agar keperluan dapur rakyat dapat dibeli dalam situasi one stop centre, dengan izin.

Yang Berhormat Datuk Speaker, negeri Johor sebuah negeri pesat membangun. Kaya dengan sumber alam dan keindahan alam semula jadi menjadi daya tarikan kepada pelancong. Baik keindahan pulau, pantai dan gunung, keenakan keaslian makanan tempatan, mahu pun kemegahan bangunan dan monumen bersejarah. Negeri yang terdiri daripada 10 daerah ini menjanjikan pengalaman percutian yang terbaik untuk pelbagai jenis pelancong. Namun begitu usaha mempromosikan dan memperkenalkan tempat-tempat tarikan ini masih lagi kurang tular dan kurang liputan di media-media arus perdana mahu pun jaringan maya yang lebih menumpukan kepada zon selatan. Perkara ini sudah tentu amat merugikan kita kerana tempat-tempat daya tarikan ini dapat memberikan pulangan lumayan kepada negeri dan warga setempat. Saya mengambil contoh di Sungai Balang, kawasan kampung, kawasan desa terdapat beberapa tempat daya tarikan pelancong ya, seperti Kolam Air Panas di Sungai Gersik, berpuluhan tahun sehingga hari ini masih panas, titian bakau Parit Kassim, Bukit Mor Parit Jawa, Keraton Banang, Pantai Tambak Batu Seri Menanti, dan Pantai Tambak Batu Seri Menanti sudah bawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar tempoh hari dan beliau pun sangat teruja. Pantai Parit Kendong, panorama sawah di Sungai Balang dan banyak lagi tarikan makanan laut dan jualan produk IKS. Tempat-tempat ini mempunyai keistimewaan tersendiri yang boleh ditonjolkan dan dipromosikan oleh kerajaan supaya dapat menjana ekonomi setempat dan seterusnya menaikkan nama Sungai Balang agar dapat dikenali di mata pelancong. Dengan kerancakan sektor pelancongan di sebuah kawasan sudah semestinya akan mendatangkan kesan limpahan kepada sektor-sektor lain seperti makanan, hospitaliti

dan industri kecil. Oleh yang demikian, bagi mencapai hasrat kerajaan ini saya menyarankan pihak kerajaan melaksanakan kaedah dasar berkesan bagi merancakkan sektor pelancongan negeri ini selari dengan persediaan Tahun Melawat Johor Tahun 2026 sebagaimana rancaknya pelancongan negeri jiran kita iaitu Melaka.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Sungai Balang juga merupakan kawasan yang terdiri daripada banyak kampung dan semestinya mempunyai banyak rumah-rumah tradisi yang bersaiz besar yang diwarisi oleh turun-temurun. Anak-anak yang mewarisi rumah tersebut secara tidak langsung juga menghadapi masalah dalam kos pemuliharaan dan pembaikan fizikal rumah. Lebih-lebih lagi rumah kayu yang telah lama uzur. Jikalau mahu membina sebuah rumah baharu, batu yang baharu untuk menggantikan rumah kayu tersebut maka kosnya juga tidak sedikit ekoran kemampuan terbatas dan harga barangan mentah keperluan semakin meningkat. Oleh yang demikian, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO Agama, Majlis Agama Islam Johor yang mana telah menyalurkan bantuan baik pulih rumah di setiap DUN sebanyak RM100,000.00 yang diunjurkan pada bulan Ramadan yang lalu kepada golongan B40 dan miskin. Usaha ini telah sedikit sebanyak dapat memberi keceriaan kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk membaik pulih rumah mereka yang sudah uzur. Namun begitu pihak kerajaan disarankan untuk menekankan tentang bantuan perumahan khusus ini untuk penduduk-penduduk di luar kawasan, di luar bandar di bawah pakej Kementerian Desa dan Wilayah supaya bantuan baik pulih rumah ini dapat diberikan lebih menyeluruh kepada mereka yang layak.

Yang Berhormat...

Speaker

Yang Berhormat tinggal 2 minit lagi.

Tuan Haji Selamat bin TakimUMNO · BNSungai Balang

Yang Berhormat dan EXCO, berkaitan ini kita angkat permasalahan ini kepada Yang Berhormat Menteri KKW supaya ia menjadi jelas dan dapat dirasai oleh rakyat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, aspek keselamatan dan ketenteraman awam merupakan perkara pokok dalam keperluan sebuah masyarakat dan komuniti. Dengan jaminan keselamatan yang baik maka lahirlah sebuah masyarakat, komuniti yang harmoni dan produktif. Di DUN Sungai Balang ini mempunyai hanya sebuah balai polis yang terletak di Parit Jawa dan sebuah pondok polis di Pekan Parit Yusof. Balai polis ini diketuai oleh seorang Sarjan Mejar dengan kelayakan seramai hanya 21 anggota di bawahnya yang perlu menjaga keseluruhan kawasan DUN Sungai Balang. Keadaan ini yang kurang anggota ini dari segi nisbah kadar saiz penduduk dan kegiatan ekonomi yang rancak, maka di kawasan ini perlu ditambah atau pun dinaik taraf komposisi keanggotaannya dengan jawatan sebagai Inspektor di mana bila perjawatan Inspektor ini boleh melayakkan penambahan seramai 31 orang. Dengan ini mereka akan dapat menjaga, masyarakat lebih merasai kehadiran mereka dan pihak berkuasa dapat menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Yang Berhormat Datuk Speaker, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian, kita telah diamanahkan oleh rakyat dan juga titah perintah Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan yang mana untuk memastikan tiada lagi ketua isi rumah berstatus miskin tegar selepas tahun 2025. Usaha ini memerlukan kita bekerja dengan penuh tawaduk dan berfokus serta terancang supaya hasrat murni dapat dicapai dan dilancarkan. Di DUN Sungai Balang sahaja terdapat 41 orang ketua isi rumah di bawah jagaan saya yang perlu saya pastikan mereka terkeluar dari belenggu kemiskinan. Sesungguhnya sebuah negeri yang baik, aman dan makmur serta diredhai Allah S.W.T. perlulah memastikan kebajikan dan kemakmuran rakyat dalam segala aspek terutamanya puan-puan menyediakan makan di atas meja bagi setiap keluarga dapat dipastikan. Untuk itu, Sungai Balang mencadangkan agar satu usaha memberikan bimbingan dan pengetahuan kepada golongan miskin tegar oleh kerajaan berkaitan dengan kemahiran-kemahiran yang mereka minati seperti contoh dalam bidang pertanian. Kerajaan boleh

mewujudkan satu estet pertanian seperti tanaman keperluan makanan di atas tanah kerajaan. Walaupun mereka mengusahakan tanaman tersebut, status dan hak tanah masih lagi milik kerajaan. Berdasarkan usaha tersebut golongan miskin tegar ini akan berusaha, estet pertanian ini akan menjaga pendapatan mereka bagi kemandirian mereka dalam keluarga.

Speaker

Yang Berhormat masa tamat.

Tuan Haji Selamat bin TakimUMNO · BNSungai Balang

Yang Berhormat Datuk Speaker, akhirnya Sungai Balang menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor dan mohon menyokong. Sekian, wabilahitaufikwalhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Sungai Balang. Dijemput Yang Berhormat Johor Jaya.

Cik Liow Cai TungDAP · PHJohor Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Salam sejahtera, salam Maju Johor dan salam Malaysia Madani. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam Dewan yang mulia ini. Patik merafak sembah, menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas titah ucapan sempena pembukaan rasmi penggal persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor yang ke-15.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sektor pelancongan hangat dibincangkan kerana ia merupakan salah satu industri yang penting untuk menjana ekonomi tempatan. Menjelang Tahun Melawat Johor 2026, pelbagai usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri, namun kita masih lagi merasa tidak cukup-cukup lagi. Selain kedudukan Johor yang strategik dan sebagai pintu masuk ke Malaysia yang utama dari segi aspek pembangunan produk pelancongan, kerjasama antara industri pelancongan, kebersihan tempat pelancongan, perkhidmatan industri, banyak perkara lagi yang dapat kita bincangkan. Kali ini Johor Jaya ingin membincangkan usaha pelancongan dari empat aspek iaitu pengurusan agensi, insentif penerbangan, promosi warisan budaya dan pelancongan business event untuk menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa.

Pertama, Johor Jaya menyambut baik hasrat kerajaan negeri untuk mengkorporatkan Tourism Johor seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ini adalah usaha penting bagi memperkasakan lagi agensi Tourism Johor iaitu pertama, menukar taraf agensi kerajaan kepada syarikat milik penuh kerajaan seperti yang dicadangkan dalam Pelan Induk Pelancongan Negeri Johor 2014 - 2023. Kedua, susun semula pengurusan agensi supaya ia menjadi lebih berkesan dan lebih cekap. Dan ketiga, dapat mencungkil bakat pelancongan dan dapat menggerakkan industri pelancongan dengan lebih agresif dan profesional dengan idea-idea yang baharu. Negeri lain seperti negeri Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak pun telah lama mereka mengkorporatkan agensi pelancongan. Negeri Johor, kerajaan negeri Johor perlu menggemblengkan tenaga dalam urusan ini supaya negeri Johor berdaya saing berbanding negeri lain.

Kedua, insentif yang menaik harus ditawarkan kepada syarikat penerbangan bagi menambah lebih banyak penerbangan terus dan laluan penerbangan antarabangsa ke negeri Johor. Penambahan laluan penerbangan akan membantu meningkatkan lagi dan memudahkan pelancongan asing, pelancong asing terus sampai di Johor. Dan laluan penerbangan atau dikatakan direct flight seperti Korea sebelum pandemik harus dibangunkan semula lagi.

Ketiga, promosi warisan budaya. Selain taman tema-tema yang menarik atau pun pusat beli-belah yang mewah-mewah, pelancong lebih cenderung untuk melawat ke tempat pelancongan yang unik dan juga bersejarah. Menikmati makanan yang cukup istimewa dan memahami budaya yang berbilang kaum. Negeri Johor merupakan satu negeri yang kaya dengan warisan budaya dan juga makanan. Setiap daerah adanya makanan warisan yang

simbol identiti masyarakat majmuk di negara ini seperti laksa Johor, lontong darat, asam pedas, otak-otak, kacang pool, burasak di Pontian dan lain-lain. Bukan ini sahaja, warisan budaya tarian tradisional iaitu tarian zapin pun berbeza di setiap daerah. Dalam memelihara warisan budaya, banyak lagi usaha yang perlu dilaksanakan dan anugerah pengiktirafan seperti UNESCO harus digelar supaya dapat mempertahankan budaya serta mengharumkan nama negeri Johor. Sebagai contoh, kita ada tarian barongan yang cukup unik dengan mempersembahkan dan mengembangkan ajaran Islam. Budaya tarian barongan yang masih terdapat di Batu Pahat ini perlu diteruskan dan juga dipromosikan. Bagi masyarakat Cina pula, persembahan 24 festive drums pula dicipta di Johor Bharu dan kini meluaskan ke seluruh dunia. Ini turut merupakan salah satu Intangible Cultury Heritage of Malaysia, National Heritage. Dari segi sambutan perayaan pula, sambutan Deepavali di downtown Johor Baharu dan perarakan Chingay kaum Cina di Johor Baharu turut menjadi sambutan perayaan berbilang kaum. Pelawat tempatan atau pelancong asing turut datang ke downtown Johor Baharu untuk menyaksikan kedua-dua perayaan ini. Dengan ini adalah penting bagi kerajaan negeri membantu perarakan Chingay dalam usaha memohon pengiktirafan UNESCO sebagai Intangible Cultury Heritage. Dengan pengiktirafan tersebut, pelancong dari luar negara dapat mengambil tahu nama negeri Johor.

Dan kemudian, aspek yang keempat iaitu pelancongan business event yang sebelum ini dikatakan sebagai MICE. Menjadikan Forest City sebagai satu business event hub. Pelancongan business event merupakan satu trend atau unsur yang dapat menarik pelancong domestik dan pelancong antarabangsa. Ini merangkumi business meeting, insentif, conference, ekspo, exhibition iaitu pelaksanaan satu majlis yang telah disusun secara terancang. Business event akan membawa satu effect snow ball dalam sektor pelancongan kerana ia dapat menjangka bilangan kehadiran dan mewujudkan satu eko sistem pelancongan yang menjana ekonomi tempatan di mana ia merangkumi logistik, hotel, f&b, entertainment dan juga membawa business kepada tour operator, produk pelancongan dan sebagainya. Sebagai contoh, negara jiran kita Singapura dapat menjana lebih daripada RM1,500,000,000.00 dalam sektor pelancongan melalui pengadaan konsert Taylor Swift pada tahun lepas. Di negeri lain masing-masing ada convention centre bertaraf antarabangsa sebagai contoh The Spice Arena di Pulau Pinang, Idea Convention Centre di Shah Alam, Kuala Lumpur Convention Centre dan masing-masing dapat menampung sekurang-kurangnya 10,000 pax. Johor Jaya bercadang supaya Forest City dijadikan sebagai salah satu business event hab di mana Forest City mempunyai kelebihan seperti pertama, hotel yang bertaraf 5 star dan juga bertaraf antarabangsa. Kedua, padang golf yang bertaraf antarabangsa. Ketiga, Forest City yang terletak jauh daripada bandar tidak menghadapi masalah trafik dan mempunyai lot parking yang mencukupi dan keempat, lokasi Forest City yang berhampiran dengan CIQ, Second Link, memudahkan pergerakan keluar masuk pelawat antarabangsa dan kelima Zon Bebas Cukai yang menarik kepada pelancong datang untuk membeli belah. Dengan ini, kita dapat menambah lagi kekuatan Forest City dan membangunkan semula tempat tersebut.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ucapkan terima kasih kepada YB EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta pihak JKM yang menghulurkan bantuan dalam satu kes baru-baru ini. Di mana seorang budak perempuan yang disyaki mengalami penderaan seksual di bawah umur beberapa tahun yang lepas tetapi apabila gadis ini dipanggil hadir ke Mahkamah baru-baru ini, oleh sebab umur dia sudah melebihi umur 18 tahun, menurut akta dia bukan lagi di bawah perlindungan JKM. Namun, JKM masih mengambil inisiatif menemani budak perempuan ini hadir ke Mahkamah dan memberi sokongan kepada beliau. Ini adalah sangat penting. Bayangkan seorang budak perempuan walaupun sudah berumur 18 tahun, sekiranya tidak ada mana-mana pihak yang dapat menemani dia, bayangkan tekanan mental dan juga kerisauan yang perlu dihadapi. Terima kasih kepada YB EXCO dan pegawai pelindungnya selama ini.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, setiap tahun sekurang-kurangnya 2,000 orang kanak-kanak di Malaysia dilaporkan menjadi mangsa penderaan dan pengabaian. Penderaan kanak-kanak termasuk penderaan fizikal, penderaan seksual, penderaan emosi dan juga pengabaian. Ini memberi impak serius terhadap kesihatan mental dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak, kesejahteraan dan juga perkembangan sepanjang kehidupan mereka. Kadang kala kita akan terima panggilan yang minta bantuan daripada wanita ataupun kanak-kanak yang mereka sedang menghadapi, mengalami keganasan rumah tangga atau penderaan. Secara amnya, mereka amat perlukan satu tempat perlindungan yang selamat dan juga inklusif secara sementara.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Johor ingin mewujudkan Rumah Pesona Wanita Johor sebagai perlindungan sementara khusus untuk mangsa keganasan rumah tangga dan juga perceraian. Johor Jaya ingin bertanya, apakah perkembangan bagi Rumah Pesona Wanita Johor? Sebab ini adalah sangat penting bagi mereka yang menghadapi keganasan rumah tangga.

Yang Berhormat Datuk Speaker, pendigitalan atau digitalised adalah satu hala tuju bagi setiap agensi, jabatan dan juga kerajaan negeri, mahupun kerajaan persekutuan. Sebagai sebuah bandar yang pintar, kita perlulah hadap perkhidmatan atas talian melalui aplikasi atau cashless. Selaras dengan perlaksanaan pendigitalan sepenuhnya, bayaran parkir di kawasan MBJB, MBBJ telah pun melancarkan MBJP Spot pada tahun 2016 dan menambah baik sistem letak kereta kepada Aplikasi MBJPSpot V2 iaitu Version 2 pada 1 Januari 2024. Pengguna disaran agar menghabiskan simpanan kupon fizikal selewat-lewatnya pada 31 Disember 2023. MBJB tetap memberi peluang kepada pengguna kenderaan supaya menukarkan kupon fizikal kepada kredit e-Wallet di Aplikasi MBJBSpot. Namun, sejak pelaksanaan ini terdapat golongan khususnya warga emas yang dikenakan saman kerana gagal memaparkan parkir kupon apabila mereka tidak ada smart phone dan ada yang tetap dikenakan saman kerana mereka memaparkan kupon fizikal. Inilah di bawah kawasan MBJB. Pada masa yang sama, di kawasan MBIP pula, satu Aplikasi PARKMAX@MBIP juga telah dilancarkan pasa 1 hari bulan April baru-baru ini. Pengguna jalan boleh menggunakan fizikal kupon ini sehingga 31 Disember tahun ini 2024 dan mulai tahun hadapan 1 Januari, bayaran parking di kawasan MBIP akan pendigitalan sepenuhnya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, adalah baik kami menuju ke hala tuju digitalised sepenuhnya. Namun, Johor Jaya ingin minta agar PBT dan juga kerajaan negeri supaya kaji semula cara pelaksanaan ini dengan cadangan berikut. Pertama, di negeri-negeri lain telah pun laksanakan aplikasi parking. Sebagai contoh, Aplikasi Park@Perak di negeri Perak yang dilaksanakan sejak tahun 2018. Sehingga kini, kupon fizikal masih dibenarkan bagi mereka yang benar-benar tak dapat guna aplikasi, khususnya warga emas. Golongan ini menghadapi kesukaran dalam mengguna smart phone dan nak tambah nilai lagi. Ramai yang selalu datang ke office saya kerana takut salah tekan ataupun mereka risau kena scam. Bukannya semua guna online banking dan ada yang masih nak ambil buku bank untuk pergi ke bank. Jadi, Johor Jaya minta supaya kupon fizikal dikekalkan sebagai alternatif bagi golongan tersebut. Kedua, selaraskan dan hanya satu aplikasi yang akan guna pakai dalam konteks isu bayaran parkir dan aplikasi ini adalah merentas semua PBT dalam negeri ini.

Park@Perak yang ada di negeri Perak, Smart Selangor Parking yang diguna pakai di negeri Selangor, Penang Smart Parking pun diguna pakai di negeri Pulau Pinang. Ketiga-tiga negeri ini atau ketiga-tiga aplikasi ini semuanya fungsinya sama iaitu bayar kupon letak kereta. Bayaran atau beli pas harian atau bulanan letak kereta atau semak kompaun bayar, kompuan sewa petak khas dan tambah nilai dan sebagainya. Dalam Greater Johor Bahru ini, kita terdapat tiga Bandaraya iaitu MBJB, MBIP dan juga MPPG. Kini ada Aplikasi MBJBSpot V2, PARKMAX@MBIP dan SMART ASSET MPPG. Tambahan pula, terdapat 16 PBT di negeri Johor. Kalau kita tidak wujudkan satu aplikasi sahaja dalam masa jangka panjang nanti, sekiranya setiap PBT mempunyai satu aplikasi sendiri, 16 aplikasi parkir yang perlu kita muat

turun. Apabila pelabur asing atau pelancong datang ke negeri Johor, tak akan nak suruh mereka pergi satu tempat, muat turun satu aplikasi ikut PBT. Bukan sahaja masalah memori phone tidak cukup untuk muat turun aplikasi, ini menunjukkan ketidakcekapan pengurusan sesebuah negeri.

Ketiga, negeri Johor memang pun ada satu aplikasi iaitu JohorPay iaitu untuk bayaran cukai tanah atau cukai harta sahaja. Johor Jaya minta supaya Kerajaan Negeri Johor, EXCO Kerajaan Tempatan supaya membuat intervensi lanjutan supaya Aplikasi JohorPay ini boleh dijadikan sebagai aplikasi utama merentasi semua PBT. Ini dapat meningkatkan lagi efikasi PBT dan jimatkan kos maintenance bagi aplikasi sebab kos maintenance aplikasi pun tinggi. Dengan ini, adalah penting bagi kita mengkaji semula supaya meningkatkan lagi kegunaan Aplikasi JohorPay dan selaraskan supaya hanya satu aplikasi bayaran parkir dalam negeri Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Hospital Pasir Gudang yang bakal siap sepenuhnya mengikut jadual adalah satu berita baik kepada penduduk tempatan. Namun, peningkatan populasi di Pasir Gudang telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan. Dengan kelengkapan Hospital Pasir Gudang, kerajaan negeri dan PBT perlu mempercepatkan lagi usaha untuk menyelesaikan masalah trafik di Bandar Seri Alam khususnya. Pertama, penyelarasan lampu isyarat supaya tidak ada backlog dan mempercepatkan proses lalu lintas untuk pengguna jalan raya. Dan kedua, iaitu jalan alternatif untuk meringankan trafik di Bandar Seri Alam.

Yang Berhormat Datuk Speaker, tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Perpaduan atas kemenangan dalam PRK Kuala Kubu Bharu pada 11 hari bulan Mei yang lalu. Tahniah saya ucapkan kepada Wakil Rakyat baharu kita iaitu saudari Pang. Ini adalah satu usaha dan hasil daripada semua pemimpin dalam komponen parti Kerajaan Perpaduan yang bantu berkempen khususnya UMNO dan MIC Barisan Nasional. Namun, terdapat sesetengah pihak bukan sahaja tidak bagi sokongan tetapi tak nak bantu untuk berkempen. Alamak! Muat naik viedo lama iaitu video dua tahun lepas dan katakan calon Perpaduan DAP ini mengutuk Barisan Nasional. Alamak! Yang Berhormat Datuk Speaker, video itu adalah sebelum tubuhnya Kerajaan Perpaduan.Tingkah laku sebagai seorang Wakil Rakyat ini serupa menggugat keharmonian masyarakat dan juga semangat antara komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan. Asyik diungkit barang yang lalu, tiada ikhlas hati pun sakit. Janganlah seperti pepatah Melayu, telunjuk lurus kelingking berkait. Anak kecil bermain upih, upih ditarik kelapa pandan, buang yang keruh ambil yang jernih, agenda perpaduan jadi keutamaan.

Sebagai Wakil Rakyat, apatah lagi barisan eksekutif, kita mesti bertanggungjawab mempertahankan Kerajaan Perpaduan, mempunyai spirit dan semangat perpaduan, menghormat kebijaksanaan pemimpin tertinggi parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan. Janganlah duduk dalam barisan eksekutif tetapi tidak ada semangat Kerajaan Perpaduan. Kata tak nak sokong calon Perpaduan dari DAP, kita sebagai blok pengimbang di Johor pun kita sentiasa memberi sokongan dan kerjasama kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Kalau emas biarlah emas, jangan disadur menipu pula, kalau ikhlas tunjukkan ikhlas, jangan bertopeng bermuka dua.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kemenangan ini bukan sahaja di Selangor sahaja tetapi seolah-olah menunjukkan, pertama, sokongan dan semangat spirit dan persefahaman antara komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan. Kedua, penerimaan barisan pimpinan antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ketiga, pengundi tidak mahu pihak yang mainkan isu agama sebaiknya pengundi mahukan negara ini stabil dalam politik, kembang dalam ekonomi dan juga sejahtera dalam kehidupan. Ini adalah penting bagi kita dan Wakil Rakyat supaya lebih fokus dalam menggubal dasar dan membawa pembangunan dan kemajuan dalam kawasan masing-masing.

Akhir kata, makan berulam tradisi kita, adab dan sopan budaya bersama, marilah kita berpadu tenaga, membina MADANI demi Malaysia. Sekian, terima kasih. (Dewan bertepuk).

Speaker

Terima kasih dan tahniah Johor Jaya. Alamak! Saya pun tak sempat turun berkempen. Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya jemput Parit Yaani Sila, 20 minit.

Datuk Mohamad Najib bin SamuriUMNO · BNParit Yaani

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan Salam Maju Johor. Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Allah kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya dapat saya hadir dan Parit Yaani diberi peluang sekali lagi menyertai sesi perbahasan pada kali ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum meneruskan sesi perbahasan ini, terlebih dahulu izinkan patik menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas titah ucapan sempena Pembukaan Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 pada Khamis yang lalu. Tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar serta seluruh barisan EXCO yang sentiasa memberi khidmat dan tauladan yang baik.

Parit Yaani menyokong segala inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz Ghazi. Tidak lupa tahniah dan terima kasih juga Parit Yaani ucapkan kepada Yang Berhormat Tan Sri Dr. Azmi Rohani serta seluruh anggota kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan atas khidmat cemerlang yang diberikan. Parit Yaani menyeru agar setiap di kalangan kita di Dewan yang mulia ini dan seluruh Bangsa Johor agar menyokong penuh Agenda Maju Johor yang sedang dan akan dilaksanakan. Kita semua perlu berganding bahu, lupakan kisah lalu, lupakan kisah politik di antara pembangkang dan juga kerajaan, di antara kerajaan dan juga pengimbang. Kita sama-samalah berganding bahu memajukan ataupun memakmurkan negeri kita ini demi Bangsa Johor dan Bangsa Johor itu sendiri perlu bersedia dan ingatlah kita punya motto ini apa, Luaskan Kuasamu Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, pada perbahasan kali ini tentunya Parit Yaani ingin menyentuh beberapa perkara yang tentunya berkaitan dengan keperluan kawasan DUN Parit Yaani. Tidak lain tidak bukan pertamanya adalah isu banjir. Sebagai mana Yang Berhormat Sri Medan tempoh hari ada bangkitkan, sebenarnya di Parit Yaani saban tahun kita menghadapi masalah banjir. Dan minggu lepas pun ada aduan berkaitan dengan banjir. Banjir ini Yang Berhormat Datuk Speaker, saya boleh kategorikan ada 3 jenis banjir iaitu banjir kilat, banjir termenung dan juga banjir besar.

Yang pertama banjir kilat. Banjir kilat ini kerap berlaku di kawasan rendah seperti di kawasan parit yang ditengah, Parit Sernah dan Parit Suratman. Sepatutnya pihak JPS atau pun Jabatan Pengairan dan Saliran perlu mengenal pasti hot spot banjir kilat ini. Dan saya mencadangkan agar jadual pembersihan atau pun jadual penyelenggaraan parit di sini dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga kali dalam tempoh setahun. Begitu juga kawasan taman perumahan di kawasan Tongkang Pechah dan jalan besar, jalan Parit Besar Batu Pahat. Yang mana sebahagian salirannya di bawah tanggungjawab PBT iaitu Majlis Perbandaran Batu Pahat. Dan tengah hari tadi pun kita baru dapat makluman berkaitan dengan monsun barat daya yang dijangka bermula pada 17 Mei 2024 dan akan berterusan sehingga September 2024. Ini kena bersedia, lebih-lebih lagi kawasan kita lah, di daerah Batu Pahat di belah pantai barat.

Yang kedua Yang Berhormat Speaker, banjir termenung. Banjir termenung ini berlaku apabila saliran itu gagal diselenggara mengikut jadual dan mengakibatkan air tidak mengalir dengan baik. Ia biasanya mengakibatkan banyak atau pun ramai pekebun tidak dapat mengeluarkan hasil pertanian seperti sawit. Ini pun mendatangkan masalah. Tempoh hari, saya mengalami masalah ini dan ini tahun ketiga saya mengalami masalah ini. Setiap kali hujan, tak lama mesti banjir termenung. Perkara atau isu yang membelenggu kami di Parit Yaani selama ini itulah

dia. Bila ada banjir kilat pasti akan berlaku banjir termenung. Apatah lagi jika berlaku banjir besar.

Yang ketiga banjir besar lah. Banjir besar ini jika diamati dia akan berlaku 10 hingga 15 tahun sekali dalam daerah Batu Pahat. Dan Alhamdulillah, Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Batu Pahat ini dijangka akan dilaksanakan pada tahun ini. Tapi saya suka mencadangkan supaya pihak kerajaan mengkaji semula kaedah pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir Daerah Batu Pahat ini. Kalau boleh jangan sampai 10 tahun atau pun 15 tahun, kalau boleh 5 tahun dah boleh diselenggara sungai-sungai Batu Pahat ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi menghadapi bencana banjir ini atau pun krisis banjir ini, kita boleh klasifikasikan kepada 3 segmen iaitu sebelum, semasa dan juga selepas atau pun pasca banjir. Umpama sediakan payung sebelum hujanlah. Parit Yaani mengharapkan pihak kerajaan dapat membantu membuat persediaan yang lebih rapi dalam menghadapi bencana ini. Elok sekiranya diadakan sesi libat urus antara jabatan atau pun agensi terutama dengan kepimpinan masyarakat dengan lebih kerap terutama di daerah Batu Pahat. Sekurang-kurangnya kita semua dibekalkan dengan ilmu atau pun SOP yang betul dan mudah difahami. Kita tidak mahu seperti yang berlaku tempoh hari masa mula banjir besar, sekejap kata pihak JKM ini boleh supply makanan, membekal makanan di semua PPS atau pun Pusat Pemindahan Sementara. Bila ada masalah, balik kepada kita selaku wakil rakyat boleh pula masak atau pun gotong royong di PPS.

Satu perkara lagi, sekejap kata wang ihsan banjir ni RM300.00, sekejap kata RM1,000.00, sekejap kata sehingga RM2,500.00. Dan apabila berlaku masalah, yang dikata tidak dikota kita pula yang menerima tempiasnya. Seingat saya, saya pernah mengalami banjir besar tahun 2006 dan juga 2007. Gelombang pertama dan gelombang kedua. Ketika itu wang ihsan banjir negeri Johor tak silap saya hanya RM500.00 one-off, gelombang pertama sekali, gelombang kedua sekali. Tapi, apa yang dikata dikota. Ingat balik sesi atau pun sidang Dewan yang lepas, kita ini hendak buat, buat betul-betul. Kerajaan tidak boleh kata macam ini, kemudian tak laksana. Saya harap pihak kerajaan baik kerajaan negeri atau pun kerajaan persekutuan dapat mengenal pasti kaedah yang sebenar bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah bantuan wang ihsan banjir sepertimana Yang Berhormat Sri Medan ada bangkitkan semalam. Dan, saya menyokong apa pun keperluan mangsa-mangsa banjir di daerah Batu Pahat sebelum ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, perkara kedua yang Parit Yaani ingin bangkitkan adalah berkaitan dengan pendidikan. Alhamdulillah, perkembangan terkini berkaitan kerja-kerja pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Suria Jaya, Parit Yaani adalah amatlah memuaskan. Dan marilah kita semua bersama-sama berdoa agar sekolah ini dapat disiapkan mengikut jadual dan boleh beroperasi segera. Semoga ianya menjadi salah satu mercu tanda baru di Parit Yaani dan juga daerah Batu Pahat. Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada kerajaan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, di pekan Tongkang Pechah pula terdapat keperluan bagi membangunkan sekolah baru di kawasan Bandar Putra Indah. Kawasan perumahan, untuk rekod sebanyak 6,000 unit rumah telah didiami di kawasan ini dan ianya bakal mencecah sehingga 12,000 rumah menjelang tahun 2030. Oleh itu, Parit Yaani mencadangkan agar dibangunkan sekolah kebangsaan dan Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor di kawasan tersebut. Saya difahamkan sekolah sedia ada hari ini iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Binjai dan juga Sekolah Agama Seri Binjai tidak dapat lagi menampung jumlah murid yang sedia ada. Parit Yaani memohon agar projek ini dapat diberi keutamaan seterusnya dapat direalisasikan oleh kerajaan dan dimanfaatkan bersama oleh kawasan Sri Medan dan juga sekitarnya. Kerana apa Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam Dewan ini pun ada, apa ni YB yang bermaustatin di dalam kawasan itu, YB Yong Peng ada, YB Tenang ada, dan di kalangan pengundi-pengundi Seri Medan pun ramai yang berada di situ. (Dewan bertepuk). Tempoh

hari kita cadangkan masjid, Alhamdulillah. Masjid itu tanah dah selesai, kali ini kita cadangkan sekolah lah.

Yang Berhormat Datuk Speaker, perkara ketiga yang perlu Parit Yaani bangkitkan adalah berkaitan kesesakan trafik, jalan. Parit Yaani memohon agar kelulusan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM5,400,000.00 sebagaimana yang telah dibentangkan semasa belanjawan tempoh hari dapat segera dilaksanakan bagi mengatasi kesesakan trafik di persimpangan Bindu Jalan Tongkang Pechah. Sebenarnya, laluan ini merupakan laluan utama masyarakat dari Yong Peng, Parit Yaani, Sri Medan ke arah bandar Batu Pahat. Ia akan menjadi lebih teruk apabila waktu puncak dan musim perayaan sepertimana Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Sekali lagi Parit Yaani memohon disegerakan pelaksaan projek ini. Dan selain itu, jika kita lihat hari ini kesesakan trafik berlaku sebenarnya di mana-mana. Satu negeri dan satu negara, termasuklah lebuh raya Utara-Selatan atau pun PLUS. Saya percaya semua yang ada di kalangan kita yang berada di Dewan yang mulia ini adalah pengguna atau pun penggunalah, pengguna lebuh raya PLUS ini. Kita mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan persekutuan yang telah meluluskan peruntukan menaik taraf lebuh raya PLUS ini daripada Simpang Renggam ke Sedenak dan saya mengharapkan agar peruntukan itu dapat di lebar luaskan lagi daripada mungkin daripada Tangkak sampai ke Skudai. Moga-mogalah Insya-Allah.

Yang Berhormat Datuk Speaker, mungkin ianya boleh dikatakan kaedah penyelesaian jangka pendek sahaja. Mungkin, apa yang boleh saya kongsikan adalah mengenai jumlah pendaftaran kenderaan baharu setiap tahun adalah sebanyak 500,000 unit. Persoalannya, apakah pihak kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia dan juga Kementerian Pengangkutan Malaysia ada membuat kajian atau cadangan bagi mengatasi masalah kesesakan trafik ini? Mungkin kita tidak boleh samakan seperti di Singapura. Ada kenderaan yang ada tempoh kemudian di hapus binasa. Tetapi apa yang mungkin kita boleh cadangkan, ada kenderaan yang boleh keluar di jalanan mengikut waktu, ada kenderaan boleh keluar waktu malam sahaja, ada kenderaan boleh keluar waktu hari bekerja, ada kenderaan boleh keluar waktu hujung minggu sahaja. Yang itu mungkin boleh dicadangkan.

Dan satu perkara lagi sebelum kita mencapai negeri atau pun negara maju menjelang tahun 2030, kenderaan-kenderaan kita di negara kita ini kesesuaian nombor pendaftaran berbanding Singapura, Indonesia dan juga Thailand. Nombor pendaftaran semuanya standard, sama tak ada nombor fancy. Di negara kita ini, kenderaan ada yang boleh letak siap buat nama. Apa yang berlaku bila sekarang ini banyak shopping mall menggunakan kaedah RFID. Bila RFID itu tidak boleh baca nombor kenderaan itu, dia dah jadi jammed sepertimana yang berlaku di banyak shopping mall di negara kita. Dan, saya harap pihak Kementerian Pengangkutan dapat mengkaji perkara ini dan dapat selesaikan perkara ini terlebih dahulu sebelum kita mencapai negara maju.

Yang Berhormat Datuk Speaker, akhir sekali berkaitan dengan Orang Muda Johor. Bagi terus memperkasakan Orang Muda Johor, di sini saya suka mencadangkan agar diwujudkan penggerak belia atau penggerak Rakan Muda di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri. Untuk rekod sebenarnya tahun 2005, saya sendiri merupaka salah seorang penggerak Rakan Muda waktu itu di kawasan DUN Parit Raja. Antara fungsinya ketika itu adalah bagi membantu menyelaras aktiviti atau pun program orang muda belia di peringkat komuniti daerah dan juga negeri. Alhamdulillah Yang Berhormat Datuk Speaker, dengan sedikit pengalaman tersebut, hari ini saya sebagai Ahli Dewan Negeri Johor dapat saya membantu pelbagai aspek berkaitan komuniti di kawasan Parit Yaani. Dan semoga cadangan ini dapat dipertimbangkan oleh kerajaan negeri Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, akhir kata sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker kerana memberi peluang kepada Parit Yaani dalam sesi perbahasan pada kali ini. Sebelum itu, selaku mantan Chef De Mission SUKMA 20 yang

lalu di kesempatan ini Parit Yaani ingin mengucapkan selamat maju jaya buat kontinjen SUKMA Negeri Johor yang akan bertanding di Sarawak pada bulan Ogos nanti. (Dewan bertepuk). Semoga kali ini kita beroleh kejayaan yang lagi cemerlang dan saya doakan berjuanglah berhabis-habisan demi Bangsa Johor. Kalau bola sepak JDT kita boleh menjuarai piala 10 tahun berturut-turut, tak mustahil SUKMA pun kita boleh jadi juara berturut-turut sama macam bola sepak.

Akhir kata sekali lagi saya ucapkan syabas dan tahniah. Dengan ini Parit Yaani menyokong. Wabillahitaufik walhidayah wabarakatuhitaala wabarakatuh, salam Semarak Parit Yaani.

Speaker

Salam apa Yang Berhormat, tak tak berapa jelas tadi.

Datuk Mohamad Najib bin SamuriUMNO · BNParit Yaani

Salam Semarak Parit Yaani.

Speaker

Oh.

Datuk Mohamad Najib bin SamuriUMNO · BNParit Yaani

Saya dah pakai lama semarak tu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini.

Persidangan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari.

Persidangan disambung semula pada jam 2.30 petang.

YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.

Timbalan Speaker

Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Maju Johor. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan disambung semula. Ahli Yang Berhormat Bukit Naning dah? Bukit Naning jemput.

Datuk Haji Mohd Fuad bin TukirinUMNO · BNBukit Naning

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam muafakat Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati sekalian. Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker di atas ruang yang diberikan untuk saya berbahas bagi sesi sidang Dewan Negeri Penggal Ketiga DUN Johor Ke-15 ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, EXCO-EXCO Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Negeri sekalian. Patik selaku Ahli Dewan Negeri merafak sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Amat Mulia Tuanku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Dewan yang mulia ini dan bertitah merasmikan Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor kali ini. Ampun tuanku, patik mewakili seluruh rakyat di DUN Bukit Naning turut merafak sembah ucapan tahniah di atas pelantikan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada tanggal 31 Januari 2024 yang lalu.

Yang Berhormat Datuk Speaker dan Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri serta sidang Dewan yang dihormati sekalian. Di kesempatan ini saya turut mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor yang telah melaksanakan tugas serta amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas negeri Johor. Misi pelaburan yang dipimpin sebelum ini telah memperlihatkan kejayaan yang memberangsangkan dengan

menarik minat pelabur-pelabur dari negara luar seperti Singapura, China, Amerika Syarikat, Korea, Jepun, Jerman, United Kingdom, Australia dan Belanda selain terdapat juga pelabur-pelabur dari dalam negara. Ini mencerminkan Johor salah sebuah negeri yang berpotensi yang mampu berkembang di dalam pelbagai sektor industri serta menjadi destinasi yang strategik dan kondusif untuk pelaburan. Pendekatan proaktif menerusi pendekatan tadbir urus baik serta polisi-polisi yang mesra perniagaan yang dilakukan kerajaan negeri memastikan Johor kekal menjadi destinasi pilihan utama para pelabur. Penyertaan pelabur yang berkualiti bukan sahaja menawarkan pendapatan yang tinggi malahan ianya turut menjana peluang pekerjaan yang berkualiti. Semoga kecemerlangan ini mendapat, dapat mempertabatkan Bangsa Johor di mata dunia, Insya-Allah.

Tahniah juga diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang telah memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuk program pembangunan fizikal dan pembangunan modal insan sepertimana yang digariskan dalam pembentangan belanjawan yang lalu. Saya juga menyambut baik pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan berharap inisiatif berkenaan bakal mencapai objektif dan matlamatnya serta memberi limpahan ekonomi dan pembangunan yang mampan kepada rakyat dan negeri Johor. Semoga Johor kekal menjadi negeri perintis dalam memperkenalkan program pembangunan yang membawa kesejahteraan Bangsa Johor serta menjadi contoh kepada negeri lain. Usaha ini wajar diberi pujian serta sokongan berterusan dari semua pihak demi kelangsungan hidupnya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, menjunjung titah dan kekecewaan yang dizahirkan Baginda Duli Yang Amat Tunku baru-baru ini terhadap isu gangguan bekalan air terutamanya ketika di musim perayaan. Sudah tentunya perkara ini ataupun perkara tersebut haruslah dipandang serius dan menjadi tanggungjawab kerajaan bersama-sama syarikat dan agensi yang terlibat untuk mencari jalan penyelesaian agar khazanah negeri ini akan terus terjaga dan terpelihara. Saya bersetuju dan menyokong titah Duli Yang Amat Mulia Tunku bahawa bekalan air perlu mencukupi sepanjang masa dan untuk itu sumber bekalan air harus terjana terutamanya ketika situasi kritikal seperti menghadapi cuaca panas dan kemarau. Kita tidak boleh meneruskan kebergantungan air sumber air bekalan, sumber bekalan air semata-mata daripada empangan. Alternatif mendapatkan sumber bekalan air selain empangan dan sungai perlu difikirkan. Saya mencadangkan kerajaan negeri menerokai potensi air tanah dengan menggunakan teknologi moden dari seluruh dunia agar air terjamin di negeri Johor terutamanya ancaman perubahan iklim dan permintaan yang kian bertambah. Saya yakin perkara ini pernah disuarakan dan beberapa usaha telah dilakukan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Berdasarkan kajian sumber air yang dijalankan oleh pakar menyatakan terdapat dua lokasi yang mempunyai sumber air bawah tanah yang berpotensi diterokai iaitu di Gunung Pulai dan Tiram. Eksplorasi air tanah perlu dipergiatkan bagi meningkatkan penggunaan air tanah sebagai sumber bekalan. Setakat ini kebanyakan penggunaan air tanah adalah untuk tujuan domestik yang dilakukan oleh individu setempat selain untuk pertanian dan penternakan. Walaupun sudah banyak eksplorasi air tanah dilakukan oleh agensi kerajaan kadar kejayaan mendapat telaga produktif masih kecil. Ini kerana kebanyakan eksplorasi dilakukan secara kurang bersistematik termasuk penggerudian telaga dilakukan tanpa mengetahui maklumat geologi terperinci sesuatu kawasan.

Sebagai contoh dan model yang boleh dirujuk ialah Kota Mekah yang umumnya mengetahui sebuah penempatan yang tiada sungai tetapi mempunyai sumber tenaga tertua di dunia yang menjadi punca bekalan airnya. Penggunaan dan bekalan air yang terjana amat tinggi sekali iaitu mencapai 1.6 juta liter air sehari serta boleh menampung seramai pengguna 8,000 orang sehari dan mengapa tidak ianya dipraktikkan di negeri Johor yang tercinta ini. Justeru itu, saya memohon agar projek penggunaan air tanah ini diteruskan dan dapat direalisasikan bagi menyelesaikan isu bekalan air demi kesejahteraan rakyat dan Bangsa Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, pembasmian kemiskinan adalah antara agenda utama kita di negeri Johor. Banyak galakan dan inisiatif diwujudkan bagi menangani masalah kemiskinan ini. Penduduk di DUN Bukit Naning ini terutamanya di kawasan Air Hitam, Muar amat sinonim dimana majoritinya terdiri daripada masyarakat petani. Justeru itu, saya dan masyarakat di DUN Bukit Naning berharap agar agensi kerajaan terutamanya Jabatan Pertanian serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dapat memainkan peranan dengan lebih aktif untuk membantu meningkatkan sosio-ekonomi penduduk dengan memantau segala aktiviti pertanian bagi membantu meningkatkan produktiviti serta pendapatan petani selain menambah baik dan meningkatkan kemudahan pertanian yang diperlukan di sini. Agenda memperkasakan Usahawan Industri Asas Tani (IAT) baharu dan sedia ada harus dipergiat. Penyediaan pelbagai bantuan serta bimbingan bagi meningkatkan pengeluaran, kebolehpasaran dan hasil jualan produk perlu ditambah nilai, diperluaskan promosinya agar dapat didedahkan kepada masyarakat di luar bandar agar dapat dimanfaatkan oleh pengusaha PMKS tempatan termasuklah usahawan di baweh Skim Program IAT sedia ada. Dengan cara ini, diharap dapat membantu mereka keluar dari kepompong kemiskinan seterusnya merapatkan jurang pendapatan masyarakat luar bandar seperti di DUN Bukit Naning.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kami masyarakat DUN Bukit Naning juga amat memerlukan satu kemudahan dan akses yang lebih berkesan dan bersistematik dalam mempertingkatkan pemasaran hasil-hasil pertanian dan produk PMKS. Justeru itu, dicadangkan agar satu one stop center perlu diwujudkan di Bukit Naning sebagai lokasi pengumpulan serta pemasaran hasil dan produk berasaskan pertanian. Ia juga boleh dijadikan sebagai pusat latihan dan pembangunan bagi membimbing dan meningkatkan produktiviti pengusaha dari agensi bertanggungjawab seperti FAMA dalam memberi khidmat nasihat dan galakan untuk memperkemas strategi pemasaran bagi meningkatkan hasil jualan pengusaha di Bukit Naning khasnya di Mukim Air Hitam.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mengharapkan agar usul ini dapat perhatian daripada pihak yang berkenaan bagi membantu masyarakat di DUN Bukit Naning dalam usaha meningkatkan produktiviti dan hasil pertanian bagi menjana ekonomi masyarakat di sini seterusnya mengurangkan tahap kemiskinan rakyat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebagaimana kita sedia maklum beberapa projek pembinaan sedang dan akan dilaksanakan. Antaranya seperti projek cadangan membina jalan pintas yang menghubungkan Muar Furniture Park dengan kawasan Paya Panjang arah Tol Pagoh membabitkan kos RM90,000,000.00 juta. Manakala Draf Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Muar 2030 yang dibentangkan turut menyenaraikan projek cadangan membina jalan pintas ini. Sehubungan itu, kami masyarakat DUN Bukit Naning amat menyokong dan mengalu-alukan pelaksananannya serta mengharapkan perhatian yang serius daripada kerajaan negeri agar projek ini dapat disegerakan demi kesejahteraan penduduk tempatan. Saya berharap agar projek ini dapat direalisasikan supaya dapat memberi impak kepada pembangunan setempat seterusnya memacu ekonomi penduduk Bukit Naning khususnya di daerah Muar amnya.

Yang Berhormat Datuk Speaker serta Dewan yang dihormati sekalian. Sebagaimana kita maklum, Skim Rumah Mampu Biayai Johor (SRMBJ) merupakan skim rumah mampu milik yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor di mana ianya merupakan skim perumahan yang dapat membantu mengurangkan beban rakyat khususnya generasi muda yang masih belum mampu memiliki rumah sendiri.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebagaimana kita ketahui berdasarkan kajian dan responden juga yang pernah dinyatakan oleh EXCO Perumahan negeri mendapati sebanyak 49,000 rakyat di negeri ini hampir 50% daripadanya masih menyewa kerana tidak mampu memiliki rumah sendiri. Begitu juga halnya yang berlaku di DUN Bukit Naning, di mana

sebahagian besar generasi muda hari ini masih tidak mampu memiliki rumah sendiri berikutan harga rumah sekarang yang begitu tinggi. Sebagaimana kita sedia maklum, Skim Rumah Mampu Biaya Johor, SRMBJ yang mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air ini dibina berasaskan konsep sekeluarga hidup bersama, selesa dan dijual dengan harga mampu milik merupakan skim perumahan yang terbaik di negeri ini. Kami mengucapkan terima kasih di atas inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam membentuk akses dan pemilikan rumah sama ada secara sementara melalui rumah mampu milik, program perumahan rakyat, rumah sewa kerajaan, rumah transit atau pun rumah sewa beli. Justeru itu, saya mengambil kesempatan di sini bagi menyatakan usul dan berharap agar rumah RMBJ ini dapat dibina di kawasan DUN Bukit Naning bagi membantu golongan berpendapatan rendah, terutamanya B40 memiliki rumah sendiri. Saya mohon agar kerajaan negeri mengkaji, menilai dan seterusnya mempertimbangkan semula cadangan pembinaan rumah mampu milik biaya dengan melihat dari sudut data permintaannya di kawasan luar bandar terutamanya di DUN Bukit Naning.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebagaimana kita sedia maklum bahawa pendidikan tinggi ini merupakan proses pembelajaran sepanjang hayat. Justeru itu, saya ingin mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini bagi menyatakan usul bahawa DUN Bukit Naning memerlukan perhatian kerajaan negeri, di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor agar dapat menyediakan tapak untuk pembinaan sebuah pengajian tinggi IPTA atau pun institusi TVET. Ini merupakan antara usaha yang telah diputuskan bagi mengelakkan penghijrahan anak muda keluar dari kawasan DUN Bukit Naning ke tempat lain berikutan ketiadaan kemudahan prasarana IPTA dan pusat latihan TVET di Bukit Naning.

Yang Berhormat Datuk Speaker, usaha ini juga bagi memastikan prasarana pembangunan bagi memajukan DUN Bukit Naning agar selaras dan seiring dengan kepesatan arus pembangunan negeri Johor di bawah pentadbiran kerajaan negeri. Ianya dapat merealisasikan kemajuan dan kemakmuran rakyat negeri Johor. Di samping itu, pembinaan IPTA atau pun institusi TVET dilihat dapat membantu mempertingkatkan sosio ekonomi di DUN Bukit Naning agar setanding dengan kawasan bandar yang serba lengkap dengan kemudahan infrastrukturnya. Dalam masa yang sama, usaha ini bagi memastikan pendidikan terus diberi keutamaan dalam memajukan anak bangsa yang bakal membantu merubah ekonomi keluarga masing-masing di DUN Bukit Naning.

Yang Berhormat Datuk Speaker, menyedari pembangunan industri yang terus berkembang pesat seiring dengan permintaan pasaran tenaga mahir dan separa mahir, inisiatif-inisiatif baharu yang lebih proaktif perlu diwujudkan dalam membantu mempersiapkan golongan belia Johor menghadapi cabaran masa depan dengan pembangunan yang pesat. Pusat data berskala besar yang baharu dan lengkap amat diperlukan sebagai hub teknologi dan inovasi. Oleh itu, Johor memerlukan lebih ramai pelajar yang berkemahiran dalam teknologi dan terdedah kepada perubahan teknologi semasa. Saya bersetuju agar pusat pembangunan TVET terus diperkasa bagi menghasilkan pekerja yang berkualiti untuk ekonomi negeri Johor, bagi memenuhi permintaan industri. Sasaran agar setiap anak Johor harus menamatkan pengajian di peringkat institusi pengajian tinggi dan bukan lagi di peringkat sekolah menengah sahaja amatlah significant dengan izin pada masa ini.

Pada masa yang sama saya sedar masih ada Bangsa Johor yang terdiri daripada pekerja separa dan kurang mahir. Perlaksanaan program upskilling dan rest skilling dengan izin bagi meningkatkan keupayaan mereka harus terus dilaksanakan dan diperkukuhkan. Penubuhan hub kemahiran harus diperluas dan ditambah dari masa ke semasa sebagai penyedia modal insan bagi mendapati kehendak pasaran dalam konteks pembangunan kemahiran TVET dan bagi menangani isu ini, isu ketidak sepadanan kemahiran pekerja dan di kalangan graduan tempatan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebagaimana titah dan saranan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor, patik berjanji untuk terus menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh rasa tanggungjawab dan bekerja keras, untuk membantu rakyat semua serta menjadikan persidangan Dewan Negeri Johor ini satu keutamaan sebagai platform bagi mencari solusi untuk mewujudkan kemakmuran dan kesejahteraan seluruh Bangsa Johor. Semoga negeri Johor akan terus maju membangun dengan aman dan makmur, di jauhi dari segala bencana agar seluruh rakyat dapat hidup harmoni, bersatu padu dan bahagia. Akhir kalam, sekian wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, DUN Bukit Naning mohon mengundur diri.

Speaker

Waalaikumussalam. Terima kasih Bukit Naning. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Bentayan.

Tuan Ng Yak HoweDAP · PHBentayan

Selamat petang, salam sejahtera, salam Malaysia Madani dan salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker atas peluang yang diberikan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah perasmian Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor. Bentayan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku kerana sudi menyampaikan titah baginda kepada Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam Belanjawan 2024 Johor, kerajaan negeri berusaha untuk mengatasi masalah banjir yang selalu membelenggu penduduk setempat. Antara satu inisiatif ialah menjalankan kajian untuk mengaplikasi konsep SPAN City dengan izin, bandar SPAN dalam pengurusan air perbandaran. Bandar SPAN merupakan konsep penyimpanan dan penggunaan air hujan perkara besar. Ini selaras dengan perbahasan Bentayan pada Mac tahun lalu, konsep bandar SPAN amat penting untuk meringankan masalah banjir dari segi perancangan pembangunan terutama kini kita menghadapi fenomena perubahan iklim yang ketara. Infrastruktur hijau merupakan konsep yang telah lama diguna pakai di negara-negara lain sebagai satu kaedah untuk mengatasi masalah banjir kilat. Keadaan infrastruktur hijau ini merujuk kepada rangkaian kawasan semula jadi atau kawasan hijau yang dihubungkan dengan jalan, laluan air dan saliran di dalam kawasan sesuah bandar mampu menjadi agen dalam mengatasi masalah banjir kilat ini. Rangkaian infrastruktur hijau sesebuah bandar akan membentuk suatu konsep bandaran yang dipanggil sebagai bandar SPAN sering diguna pakai untuk mengatasi masalah banjir kilat dan telah dibuktikan kejayaannya di beberapa negara lain. Konsep bandar SPAN ini membolehkan sesebuah bandar untuk memperoleh kapasiti bagi mengarus perdanakan pengurusan air bandar yang bertujuan mengumpul, menyimpan dan merawat lebihan air hujan, sekali gus meringankan keupayaan untuk penyerapan air secara semulajadi.

Dalam hal ini, Bentayan ingin mengetahui status terkini dari kerajaan bandar SPAN yang telah diinisiatifkan oleh kerajaan negeri. Apakah kajian ini melibatkan daerah Muar yang mempunyai lokasi hotspot banjir yang terbanyak dalam negeri Johor dan apakah strategi jangka panjang yang telah dirancang untuk mengintegrasikan teknologi moden dalam infrastruktur kita. Bentayan mendapati satu inisiatif telah diambil oleh Majlis Perbandaran Muar dengan kerjasama UTHM di mana mewujudkan master plan kajian dalam inventori dalam bandar Maharani. Kajian ini yang mengintegrasikan teknologi dan aplikasi GIS adalah langkah yang progresif dalam usaha memahami dan mengenali risiko banjir. Namun Bentayan ingin bertanya, adakah sudah ada langkah yang mungkin diambil berdasarkan cadangan kajian ini, dan bagaimanakah pula dengan peruntukan dana untuk melaksanakan rekomendasi dari kajian tersebut? Penting bagi kita untuk memastikan bahawa data dan model kita ini dari kajian ini diguna secara efektif untuk mengurangkan impak banjir di masa depan dan memenuhi keperluan masyarakat. Kita harus bertindak sekarang untuk menghindari kesan lebih besar akibat kegalalan infrastruktur yang ada.

Yang Berhormat Datuk Speaker, seperti yang kita ketahui, Johor memilik takrif air terawat yang paling mahal berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Seiring dengan peningkatan ini, adalah wajar bagi rakyat Johor mendapatkan perkhidmatan yang setimpal. Namun realitinya, pemecahan paip masih sering berlaku dan gangguan bekalan air adalah satu isu yang terus menerus membelenggu penduduk. Ini menunjukkan adanya keperluan mendesak untuk meningkatkan dalam pengurusan infrastruktur air terawat. Menurut data dari syarikat Ranhill SAJ, Non Revenue Water dengan izin atau NRW di Johor telah mencatat peningkatan daripada 24.5% pada Januari 2018 kepada 25.1% pada November 2023. Ini menunjukkan perkara yang membimbangkan dan memerlukan tindakan segera. Dengan titah Tunku Mahkota, baginda menitah kerajaan negeri Johor agar tidak teragak-agak mengambil tindakan yang lebih tegas kepada syarikat atau agensi yang terlibat. Di dalam rangkaian paip sepanjang 1958 kilometer di mana 35% daripadanya terdiri daripada empat jenis AC yang telah berusia lebih daripada 25 tahun. Dengan dana yang telah dilaburkan, hanya 110 kilometer dari 685.3 kilometer, empat jenis AC yang telah diganti dari tahun 2014 hingga tahun 2017, iaitu purata 27.5 kilometer setiap tahun. Bagi tahun 2022 dan 2023 pula, kerja-kerja penggantian paip di daerah Muar hanya 13 kilometer. Dengan kadar penggantian yang sekarang, memerlukan masa hampir 20 tahun lebih untuk menggantikan paip AC yang lama. Ini adalah situasi yang tidak boleh diterima memandangkan gangguan bekalan air yang sering berlaku.

Oleh itu, Bentayan ingin bertanya, apakah langkah konkrit yang telah dan akan diambil oleh Ranhill SAJ untuk menangani isu NRW dan mempercepatkan penggantian paip lama. Kita memerlukan sebuah sistem yang lebih cekap untuk mengelakkan kehilangan air yang berharga dan memastikan bekalan air yang stabil untuk rakyat Johor. Selain itu Bentayan menerima banyak aduan mengenai aplikasi SAJ yang tidak mesra pengguna. Ini jelas menunjukkan keperluan meningkatkan dalam aspek digitalisasi adakah terdapat rancangan untuk menaik taraf aplikasi ini agar lebih mesra pengguna sesuai dengan matlamat digitalisasi yang dicadangkan oleh kerajaan negeri Johor. Ranhill SAJ telah menetapkan satu KPI iaitu untuk mengurangkan kadar NRW 14.49 di Johor dan 25.1% pada tahun 2023 kepada 21.3% pada tahun 2024, seterusnya kepada 20.9% pada tahun 2025. Bentayan juga ingin mengetahui apakah KPI yang telah ditetapkan oleh Ranhill SAJ? Dan apakah tindakan yang akan diambil sekiranya tidak mencapai KPI untuk memastikan kepentingan rakyat tidak hanya terjamin tetapi juga ditingkatkan melalui pengurusan air yang lebih efektif dan efisien?

Yang Berhormat Datuk Speaker, air dan elektrik adalah keperluan asas harian kepada semua orang pada masa kini. Kami memahami gangguan bekalan air dan elektrik telah menyebabkan ketidakselesaan yang serius kepada kehidupan dan kerja penduduk. Terutamanya lah musim cuaca panas. Selain daripada gangguan bekalan air gangguan bekalan elektrik juga merupakan salah satu masalah yang sering dihadapi oleh penduduk daerah Muar, terutama pada musim cuaca panas. Ini mungkin disebabkan peningkatan penggunaan elektrik menyebabkan terlebih muatan semasa musim cuaca panas. Pada 4 Mei ini, disebabkan permasalahan di pencawang pembahagian utama PMU Sungai Abong, sebanyak 14 kawasan perumahan di sekitar Sungai Abong telah terjejas. TNB perlu mengambil lebih daripada 10 jam untuk memulihkan bekalan sepenuhnya dengan tindakan sementara iaitu memasang genset di 15 pencawang. Maka Bentayan ingin mencadangkan supaya kerajaan negeri bukan sahaja menetapkan KPI untuk Ranhill SAJ, KPI juga perlu ditetapkan kepada TNB dan tindakan juga perlu diambil sekiranya tidak mencapai KPI. Kestabilan bekalan air dan elektrik bukan sahaja membawa kesejahteraan rakyat ia juga merupakan salah satu faktor penarikan pelabur demi menyokong persekitaran ekonomi negeri ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, antara isu penting yang sedang dihadapi oleh rakyat Johor terutamanya rang pembayaran parking di negeri Johor. Seperti yang kita ketahui Majlis Perbandaran Johor Bahru mengguna aplikasi MBJB Spot dan Majlis Perbandaran Iskandar Puteri menggunakan aplikasi PARKMAX@MBIP untuk urusan bayaran parking. Namun selain

daripada PBT ini, 14 kerajaan tempatan lain termasuk MPM masih bergantung pada sistem kupon kertas untuk membuat pembayaran parking. Masalahnya, di berapa tempat seperti daerah Muar dengan Kulai terdapat kekurangan bekalan kupon baru-baru ini. Ini tidak sahaja menimbulkan ketidakselesaan bagi pengguna tetapi juga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa berhenti penguatkuasaan. Ini akan menyebabkan kerugian pendapatan kepada pihak kerajaan tempatan disebabkan oleh kegagalan pengutipan yuran parking semasa kekurangan kupon tersebut.

Selain itu, ini juga tidak adil kepada pengguna-pengguna yang membayar yuran parking secara bulanan. Tambahan pula pencetakkan kupon juga memerlukan kos tambahan yang sebenarnya boleh diminimumkan. Ini menimbulkan pertanyaan besar mengapa kita masih bergantung pada sistem yang ketinggalan zaman sedangkan kita berada di era digital. Dalam konteks digitalisasi yang dicadangkan oleh kerajaan negeri Johor, Bentanyan mencadangkan agar kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk menyelaraskan sistem aplikasi parking di seluruh negeri. Dengan adanya satu aplikasi parking yang bersatu padu, ini tidak saja akan memudahkan rakyat yang menggunakan fasiliti parking tetapi juga akan mempermudahkan pengurusan dan pengutipan pendapatan parking secara lebih efisien dan efektif.

Oleh itu, Bentayan ingin bertanya kepada pihak kerajaan negeri apakah sudah ada rancangan untuk mengintegrasikan sistem parking 16 PBT dalam satu aplikasi sahaja seperti di Selangor dan Perak? Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mempercepatkan proses ini demi memastikan keselenggaraan dan kemudahan akses bagi semua pengguna? Bentayan berharap isu ini dapat diberikan perhatian oleh sewajarnya kerana ini bukan hanya tentang keselesaan rakyat tetapi juga tentang keberkesanan sumber dan pendapatan negeri kerajaan tempatan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) memainkan peranan yang kritikal dalam menyediakan peluang pemulihan, latihan, pendidikan peluang dan integrasi sosial bagi golongan OKU. Namun, terdapat kekurangan serius dalam aspek profesionalisme dan keahlian staf yang bertugas di PDK tersebut. Adalah dikesali bahawa berapa PDK kita kini hanya dapat berfungsi seperti pusat penjagaan harian tanpa menyediakan intervasi profesional yang sepatutnya diberikan kepada golongan OKU. Keadaan ini berlaku kerana petugas PDK kita menghadapi masalah kekurangan kursus asas profesional yang menyeluruh sehingga mereka sering kali berhadapan dengan tugas-tugas penting tanpa pengetahuan profesional yang memandang.

Dalam usaha untuk memperbaiki situasi ini, Bentayan ini mencadangkan kepada kerajaan negeri agar mempertimbangkan untuk menyediakan kursus praktikal beserta pengiktirafan sijil yang berlangsung selama 12 bulan untuk individual yang berminat menjadi guru keperluan khas atau petugas PDK. Ini bukan sahaja akan membantu dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan di PDK tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada individu yang berkeinginan untuk berkhidmat dalam bidang ini tetapi tidak mampu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti. Langkah ini penting kerana akan menyediakan latihan yang diperlukan untuk menghadapi cabaran yang kompleks dalam bidang keperluan khas seterusnya meningkatkan keberkesanan PDK dalam melaksanakan peranan mereka melalui pengiktirafan yang diberikan ini juga akan menaikkan status profesional petugas PDK. Seterusnya meningkatkan motivasi dan dedikasi mereka dalam menjalankan tugas.

Yang Berhormat Datuk Speaker, secara umumnya tanggungjawab sosial korporat atau Corporate Sosial Responsibility dengan izin CSR bermaksud kewajipan pengurusan sebuah organisasi untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang akan membantu pelan kebajikan atau kebaikan kepada masyarakat juga organisasi. CSR juga merupakan komitmen bagi mempertingkatkan kesejahteraan rakyat serta meningkatkan imej organisasi. Maka, sektor korporat perlu memainkan peranannya dalam CSR selain daripada matlamatnya adalah untuk meningkatkan keuntungan.

Justeru, Bentayan faham kadangkala PBT atau jabatan yang berkenaan seperti JKR, JPS atau jabatan lain akan meminta pemaju atau pengusaha untuk membina atau menaiktaraf infrastruktur seperti perhentian bas, sistem perparitan, jalan dan lain-lain sebagai salah satu syarat tambahan kepada projek mereka. Dengan syarat sebegini bukan sahaja memberi peluang kepada usahawan melibatkan diri dalam usaha pembangunan masyarakat tempatan dan ini juga akan membantu kerajaan menjimatkan peruntukan kerajaan. Tetapi syarat-syarat tambahan sebegini harus munasabah dan mengikut kemampuan pengusaha ataupun nilai projeknya. Bentayan ini memberikan satu contoh di sini, seorang pengusaha kilang telah diminta untuk menaik taraf simpang jalan yang terletak 2 kilometer jauh dari tapak kilang beliau apabila selesai pembinaan, beliau telah mengemukakan permohonan CCC di PBT. Perkara ini telah secara langsung menambahkan kos pembangunan kilang sebanyak RM2 juta dan kelewatan tarikh mula operasi kilang beliau yang menjejaskan rantaian pembekalan dan urus niaga syarikat beliau yang mengakibatkan kerugian lebih RM2,000,000.00. Adakah ini baik untuk membangunkan ekonomi? Bentayan percaya kos-kos tambahan ini akan dipindahkan kepada pengguna pada akhirnya.

Apakah justifikasi yang dipertimbangkan pihak-pihak berkenaan apabila mengenakan syarat-syarat tambahan seperti ini pada peringkat penghujung sebuah projek pembangunan. Jadi, perkara ini harus ditimbulkan pada peringkat awal perancangan sesuatu projek iaitu sewaktu pemaju mengeluarkan permohonan kebenaran merancang (KM) bagi memudahkan pihak pemaju membuat kiraan dan jangkaan perbelanjaan keseluruhan projek pembangunan. Syarat-syarat tambahan yang ditetapkan haruslah mencapai situasi menang-menang pada akhirnya iaitu win-win situation. Sekian sahaja. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih, Bentanyan. Dijemput Yang Berhormat Senggarang.

Assalamualaikum warabmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T. kita semua diberi kesempatan, ruang dan peluang berada di dalam Dewan yang Mulia ini. Terlebih dahulu Senggarang dengan penuh hormat dan takzimnya merafak sembah menjunjung kasih di atas limpah perkenan ke bawah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berkenan mencemar duli berangkat ke istiadat dan bertitah menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 ini.

Senggarang juga menjunjung kasih sekali lagi ke Bawah Duli Yang Amat Mulia, Pemangku Sultan Johor yang telah bertitah kepada semua bangsa Johor sentiasa berkecukupan khususnya makanan mereka, kemudahan tempat tinggal, akses pendidikan yang berkualiti, akses kepada kemudahan asas, akses kepada kemudahan kesihatan yang baik dan seterusnya dalam membasmi miskin tegar.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor di atas menjayakan inisiatif Program Dapur Kasih Johor yang mana ia satu program keluarga angkat bagi memantau dan menyelia golongan miskin tegar agar mereka dapat terkeluar daripada senarai miskin tegar di negeri ini seperti mana yang telah dititahkan oleh Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor supaya dalam tempoh 19 bulan yang akan datang tiada lagi ketua isi rumah Bangsa Johor yang berstatus miskin tegar. Senggarang telah menerima seramai 20 keluarga angkat melalui senarai yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Batu Pahat. Alhamdulillah mereka gembira dan berterima kasih di atas pemberian tersebut. Walau bagaimanapun, suka Senggarang cadangkan agar penerima bantuan tersebut disemak semula dan lebih dimurnikan agar penerima yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan tersebut kerana bimbang ada yang tidak layak turut menerima bantuan berkenaan.

Senggarang turut bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Benut agar bantuan ini diperluaskan dan tidak tertumpu dalam mereka yang tersenarai dalam eKasih sahaja. Selain itu, Senggarang turut mencadangkan agar 20 keluarga angkat tersebut tidak hanya diberi bantuan berbentuk barangan makanan, namun diberi bantuan kepada mereka agar dapat menjana pendapatan contohnya bagilah mereka peluang bekerja. Kita bantu mereka menyediakan peluang pekerjaan yang sesuai sama ada mengikuti kelompak-kelompok tani, tanaman fetigasi dan lain-lain lagi bak kata pepatah “jangan berikan ikan, tetapi kita berikan kail”. Meskipun ini pepatah kuno, namun ia sudah mendunia. Satu dunia guna pepatah ini. Tentu dengan bahasa berbeza tapi sama makna pesan yang nak disampaikan adalah agar kita memberikan bantuan yang tepat dan berguna.

Yang Berhormat Datuk Speaker, supaya meraka tidak hanya berharap bantuan datang ke rumah mereka sahaja. Yang Berhormat Datuk Speaker, Senggarang juga mendapati terdapat juga di kalangan mereka yang miskin tegar ini tidak mempunyai rumah sendiri ada yang tinggal menyewa ini disebabkan mereka tidak mempunyai tanah dan rumah sendiri. Oleh yang demikian Senggarang mencadangkan kerajaan negeri membina rumah seperti rumah PPR untuk dijadikan sewa beli kepada mereka dengan nilai yang berpatutan. Ini secara tidak langsung mereka mampu mempunyai rumah sendiri meskipun mereka berada dalam kelompok miskin tegar.

Yang Berhormat Datuk Speaker, di Senggarang terdapat lebih 100 orang nelayan yang tinggal dalam kawasan Senggarang. Rata-rata mereka adalah golongan yang berpendapatan rendah dan ada di kalangan mereka masuk dalam golongan miskin tegar dan e-Kasih. Lebih daripada 40% nelayan ini adalah berumur 60 tahun ke atas. Sehubungan dengan itu, Senggarang mencadangkan agar Jabatan Perikanan Malaysia dapat menaikkan had umur daripada 60 tahun kepada 65 tahun bagi mereka mendapat lesen untuk turun ke laut. Yang Berhormat Datuk Speaker, kalau mereka ada lesen ini, maka mereka layak mendapat bantuan sara hidup sebanyak RM300.00 sebulan dan subsidi minyak. Kebanyakan mereka meski pun telah berusia 60 tahun dan ke atas tetapi masih bertenaga untuk turun ke laut mencari rezeki.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sekali lagi ucapan terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor di atas menjayakan inisiatif Jualan Kasih Johor yang sangat popular yang telah memperuntukkan sebanyak RM5 juta pemberian subsidi harga barang terutamanya menjelang musim tiga perayaan tahunan iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa dan Deepavali. Tahniah diucapkan kerana kerajaan negeri terus komited dalam membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat yang mendepani keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini. Ini juga bagi membantu mengurangkan lapisan perantara pasaran dari ladang ke pengguna dan memberi faedah kepada kedua-dua kumpulan berkepentingan dalam penawaran dan permintaan barang makanan tempatan. Oleh kerana sambutan yang amat menggalakkan ini Yang Berhormat Datuk Speaker, khususnya di Senggarang kehadiran melebihi 1,000 orang dalam satu-satu program Jualan Kasih sedangkan peruntukan terhad, masa jualan ditetapkan dari 7:30 pagi hingga 12:30 tengah hari mengambil masa 4 jam, malangnya seawal jam 10:00 pagi barangan telah selesai dijual. Ini menghampakan mereka yang tak dapat beli. Sehubungan dengan itu, Senggarang ingin mencadangkan agar peruntukan ditambah sekali ganda lagi bagi memenuhi tuntutan warga yang datang dan daripada tiga kali seelok-eloknya kita bagi lima kali setahun. (Dewan bertepuk).

Yang Berhormat Datuk Speaker, Senggarang menjunjung kasih dan menyambut baik titah Duli Yang Amat Mulia Tuanku Pemangku Sultan Johor supaya menekankan kepentingan pendidikan berkualiti kepada Bangsa Johor. Justeru, kerajaan perlu mengkaji semula silibus yang kurang relevan pada masa ini. Titah Tuanku Pemangku Sultan Johor amat bertepatan dan perlu kita dilaksanakan. Di kesempatan ini, Senggarang ingin menyampaikan rungutan daripada ibu bapa dan guru-guru khususnya di SAKNJ, Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor mengenai sukatan mata pelajaran Darjah Khas yang menduduki Peperiksaan Sijil

Darjah Khas Agama yang terlalu tinggi. Senggarang mohon pihak Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor menyemak semula mengenainya khususnya mata pelajaran Tauhid.

Selain itu, Senggarang juga ingin merakamkan sekalung ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO Pendidkan kerana pada awal bulan ini kerana beliau telah sudi melapangkan masa untuk hadir ke Senggarang, ketika itu katanya beliau baru 79 hari menjadi EXCO melawat Sekolah Menengah Tunku Mahmood Iskandar, Sekolah Kebangsaan Senggarang dan Sekolah Kebangsaan Seri Molek serta Sekolah Kebangsaan Sungai Suloh. Saya juga rakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor, Yang Berhormat EXCO Pendidikan dan Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Johor kerana telah dan akan memberi kelulusan peruntukan kepada sekolah-sekolah berkenaan. Semoga dengan lawatan tersebut dapatlah melegakan hati para warga sekolah berkenaan dan berharap agar masalah mereka dapat diatasi dan diselesaikan secara berhemah. Insya-Allah Senggarang juga akan mengusulkan beberapa sekolah lagi untuk dilawati YB EXCO Pendidikan dan sudah pasti dengan masalah yang berbeza. Senggarang juga mengambil kesempatan untuk merakamkan ucap terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Yang Berhormat EXCO Kesihatan kerana telah meluluskan peruntukan membina baharu dan membaik pulih beberapa klinik kesihatan di Senggarang iaitu di Parit Kadir, Parit Kemang, Sungai Ayam dan juga Minyak Beku yang kini sedang dalam pembinaan dan baik pulih.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Maahad Tahfiz Negeri Johor (MTNJ) merupakan salah sebuah sekolah milik kerajaan negeri Johor. Pengajian yang dijalankan adalah berteraskan kurikulum bersepadu tahfiz (KBT), Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu hafazan 30 juzuk al-Quran dalam tempoh lima tahun. Malangnya sehingga kini MTNJ masih belum mempunyai bangunan sendiri. Ia sedikit sebanyak menjejaskan nama baik kerajaan negeri berbanding Maahad Tahfiz negeri yang lain yang telah pun berdiri megah sebagai satu institusi tahfiz yang lengkap dari sudut prasarananya sedangkan negeri Johor masih agak terbatas dan masih mencari solusi setelah hampir 40 tahun diperkenalkan iaitu pada tahun 1986. Oleh kerana pada hari ini hampir keseluruhan Kompleks Maahad Johor menjadi bangunan guna sama antara Maahad Johor (MJ), Maahad Tahfiz Negeri Johor (MTNJ) dan Maahad Johor Lil Banaat (MJLB), Senggarang berpandangan ianya mengganggu pengurusan dan pentadbiran Maahad Johor itu sendiri terutamanya penggunaan bilik pejabat, penggunaan pentadbiran bangunan akademik, bilik guru, dewan asrama dan lain-lain kemudahan yang perlu dikongsi. Kekurangan bilik darjah yang kondusif akan menjejaskan proses pembelajaran dan pencapaian akademik. Mengikut unjuran keseluruhan pelajar pada tahun 2026 dijangkakan seramai 534 orang. Ini memerlukan sebanyak 19 buah bilik darjah sedangkan bangunan akademik MJ, Maahad Johor hanya boleh menampung 18 buah sahaja. Oleh yang demikian, Senggarang mengharapkan agar kerajaan negeri memperuntukkan sebidang tanah yang sesuai untuk Maahad Tahfiz Negeri Johor (MTNJ) seperti sekolah berasrama penuh yang lain bukan lagi menumpang di Maahad Johor.

Begitu juga KUIJSI merupakan kolej universiti milik negeri Johor. Sepatutnya sudah ada tapak kampus menempatkan semua prasarana sebagai kolej universiti bukan lagi masih menumpang di Kompleks Maahad Johor. Terdapat banyak sekolah tahfiz swasta yang ingin melawat dan menjadikan contoh sekolah mereka, namun dengan keadaan fasiliti yang tidak lengkap dan masih menumpang ia amat tidak sesuai seandainya mereka melihat keadaan sekolah ini memandangkan mereka memandang tinggi sistem pendidikan negeri Johor ini. Pihak kerajaan perlu serius dalam membina dan membangunkan tahfiz ini Yang Berhormat Datuk Speaker.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kalau kita lihat sejarahnya pada tahun 2008 kerajaan negeri telah meminta KUIJSI menawarkan Program Diploma Pendidikan Islam bagi menyediakan calon-calon guru kepada sekolah-sekolah agama kerajaan negeri Johor. Tetapi kita lihat Bahagian Pendidikan Islam masih lagi menghantar latihan guru-guru di insitutusi lain seperti

di IPG, UTM dan lain-lain. Oleh yang demikian, Senggarang mengesyorkan agar calon-calon guru sekolah agama kerajaan negeri Johor tersebut dihantar terus ke KUIJSI sahaja dan tidak lagi ke insitutusi-institusi yang lain. Adalah lebih elok diutamakan pengambilan dari KUIJSI kerana itu produk kita dan BPI, Jabatan Agama Islam Negeri Johor jika ada keperluan seharusnya berbincang dan berfaham-fahamlah dengan KUIJSI.

Yang Berhormat Datuk Speaker, pelaksanaan garisan jalan bersinar dalam gelap glow in the dark sepanjang 300 meter di Jalan Paloh. Saya ucap tahniah kepada JKR Batu Pahat seharusnya ianya turut diperluaskan pelaksanaannya di sepanjang Jalan Tanjung Laboh bermula dari ADTEC iaitu FT05 sejauh 2.3 kilometer. Senggarang juga mohon kepada YB EXCO JKR mempertimbangkan penurapan semula jalan utama di Pekan Senggarang yang tak panjang pun jalannya. Keadaan jalan yang teruk saya kira ia sangat perlu diturap semula.

Yang Berhormat Datuk Speaker, dulunya Anugerah Desa Cemerlang kemudian Anugerah Desa Wawasan dan hari ini Anugerah Desa Madani Tahun 2024. Setiap kampung yang bertanding di peringkat negeri yang akan mewakili setiap daerah di dalam negeri Johor akan menerima insentif penyertaan sebanyak RM3,000.00. Insentif ini akan disalurkan terus ke akaun JPKK, JPKKP, JPKKOA selepas senarai penuh bertanding sebagaimana yang dipersetujui di peringkat negeri diterima oleh Jawatankuasa Induk berserta salinan penyata akaun bank. Kadar nilai hadiah yang ditawarkan di peringkat negeri adalah sebanyak RM60,000.00 di mana yang mendapat johan akan menerima RM30,000.00 naib johan akan menerima RM20,000.00 manakala tempat ketiga akan menerima RM10,000.00. Rentetan daripada hal ini terdapat sedikit kekecewaan oleh kampung-kampung yang bertanding di mana pertandingan di peringkat kebangsaan telah mewujudkan insentif tambahan bagi pemenang-pemenang setiap aspek yang dinilai, manakala pertandingan di peringkat negeri tiada insentif tambahan seperti mana di peringkat kebangsaan. Oleh yang demikian, Senggarang mohon pertimbangan daripada pihak kerajaan negeri, pihak YB EXCO Luar Bandar Negeri Johor supaya meneliti semula penyertaan ini agar dapat memberi insentif tambahan bagi kampung-kampung yang bertanding supaya mewujudkan kategori pemenang bagi setiap enam aspek yang dinilai berserta hadiah kemenangan supaya selaras dengan syarat pertandingan di peringkat kebangsaan. YB Datuk EXCO ok? Senyum ertinya macam ok. Ha angguk-angguk tu oklah YB Datuk EXCO. Walaupun hadiahnya tidak sebesar di peringkat kebangsaan tetapi memadailah jumlah iaitu memberi semangat kepada kampung-kampung yang bertanding bagi mewakili daerah-daerah dalam negeri Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, alhamdulillah sekali lagi tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor kerana telah mencetuskan idea bagi mengadakan Program Semarak Subuh untuk dijadikan rutin setiap hari Jumaat. Idea tersebut bukan sahaja mendapat sambutan yang amat menggalakkan sejak pelancarannya malah menjadi ikutan di surau dan masjid yang tidak ada Program Semarak Subuh ketika hari Jumaat. Semoga dengan usaha Yang Amat Berhormat ini umat Islam khususnya di negeri Johor akan terus istiqamah untuk menunaikan solat Subuh berjemaah di surau dan masjid seperti solat Jumaat secara berterusan dan lain-lain solat. Sehubungan itu, Senggarang amat bersetuju dengan usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Kota Iskandar dan Yang Berhormat Tenang agar peruntukan Program Semarak Subuh ditambah memandangkan ia telah mendapat sambutan yang menggalakkan. (Dewan bertepuk). Melalui Program Semarak Subuh ini seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kota Iskandar ia dapat mendekatkan Ahli-Ahli Yang Berhormat dengan masyarakat setempat, dapat menyelesaikan pelbagai masalah-masalah kecil dan besar, Insya-Allah.

Yang Berhormat Datuk Speaker, memetik titah Duli Yang Amat Mulia Tuanku Pemangku Sultan Johor yang menegaskan air Johor adalah kedaulatan dan khazanah negeri yang perlu dijaga dan dipelihara dengan penuh tanggungjawab. Senggarang berharap agar masalah bekalan air di kawasan Sungai Suloh dan Teluk Buluh, Minyak Beku dapat diselesaikan. Permohonan ini telah lama dimajukan sudah mengambil masa bertahun dan telah saya sebut

di Dewan ini terdahulu. Ia melibatkan lebih kurang 41 buah rumah dengan kos lebih kurang RM48,188.67. Sehubungan dengan itu, Senggarang mohon pihak Pejabat Pembangunan Negeri Johor dapat meluluskan peruntukan pemasangan paip utama di kawasan yang disebut tadi.

Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam memastikan Bangsa Johor mendapat kualiti kehidupan yang lebih baik, Senggarang juga bersetuju dengan Sri Medan agar menjaga dua perkara iaitu pertama, menjaga kedaulatan negeri Johor, yang kedua menjaga kepentingan Bangsa Johor dalam mewujudkan Zon Ekonomi Bebas JS. Keselamatan merupakan faktor utama yang perlu diambil berat dan serius dalam pelaksanaan JS-SEZ dan SFZ. Kita tak mahu kejadian-kejadian yang buruk berlaku dalam negeri yang kita sayangi. Projek ini merupakan projek yang sangat besar jadi Senggarang juga bersetuju dengan kenyataan Yang Berhormat Kota Iskandar tentang kebimbangannya terhadap keselamatan ini walau pun Yang Berhormat Kota Iskandar ini adalah pengawal sempadan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum Senggarang menamatkan perbahasan ini Senggarang juga ingin memohon kerajaan negeri agar dapat membina sebuah surau menggantikan surau lama di Kampung Sungai Kalung Getah Senggarang kerana surau tersebut telah uzur dan letaknya di tepi jalan besar yang selalu jemaahnya datang singgah bermusafir untuk solat. Untuk akhirnya, Senggarang ucap terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Pegawai-pegawai Kerajaan, semua yang berada dalam Dewan yang mulia ini. Sekian Senggarang mohon menyokong. Wabillahitaufik walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumussalam Yang Berhormat Ustaz Senggarang. Selanjutnya Yang Berhormat Jementah.

Puan Ng Kor SimDAP · PHJementah

Terima kasih. Selamat petang Yang Berhormat Datuk Speaker, barisan EXCO yang dihormati sekalian serta rakan-rakan ADUN sekalian. Pertama sekali terima kasih diucapkan atas peluang yang dibagikan untuk membahas di Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Datuk Speaker, sistem infrastruktur berkait dengan ekonomi di sesebuah kawasan.Pembangunan infrastruktur di sesuatu kawasan bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk termasuk peningkatan dalam pendapatan, taraf pekerjaan, sosial dan pendidikan. Berdasarkan teori Frishchmann sistem...

Yang Berhormat, Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Ya Sri Medan, sikit saja.

Peraturan Tetap Bilangan 45(1).

Speaker

Baca.

Peraturan perbahasan Ahli berdiri apabila bercakap Yang Berhormat tiap-tiap dikecualikan Speaker atau ahli yang ingin mesyuarat, atau pengerusi hendaklah berdiri bila bercakap, berdiri ok, hendaklah dihadapan percakapannya itu kepada Speaker. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Sri Medan. Sekadar untuk menyegarkan kita. Jemput Jementah.

Puan Ng Kor SimDAP · PHJementah

Terima kasih Sri Medan atas pernyataan. Rasanya Sri Medan sudah start mengantuk ya. Terima kasih. Berdasarkan teori Frishchman sistem infrastruktur mempunyai kaitan yang erat dengan daya keluaran, dan justeru terhadap komuniti. Masalah infrastruktur dan prasarana di negeri Johor bukan lagi satu isu yang baru.

Bahkan ianya menjadi sebahagian daripada pengisian dasar-dasar pembangunan negeri. Segamat merupakan salah satu daerah yang terletak di kawasan pedalaman. Lokasinya terletak jauh dari bandar-bandar besar dan aksesibiliti yang tidak sejagat menjadikan punca utama pembangunan ekonomi Segamat dalam 50 tahun ini lebih lambat berbanding dengan bandar-bandar yang berdekatan.

Selama ini sektor pertanian yang berkembang pesat merupakan sumbangan ekonomi yang utama di Segamat. Dalam Rancangan Tempatah Daerah Segamat 2030, Segamat dicadangkan untuk dibangunkan menjadi hab pertanian Johor. Sebagai agriculture power house, maka aktiviti-aktiviti pertanian secara komersil akan digalakkan. Bagi merealisasikan rancangan ini, selain usaha dan kerjasama antara Jabatan Pertanian, Jabatan Perladangan, Jabatan Pelaburan dan Perdagangan, Jabatan Jalan dan Inftastruktur turut memainkan peranan yang penting. Sistem infrastruktur perlu dirancang dengan sempurna bagi memastikan bukan sahaja jaringan jalan raya dalam Segamat mampu menampung keperluan masa depan, malah meningkatkan kadar aksesibiliti antara Segamat dengan bandar-bandar lain. Tanpa sistem jalan raya yang lebih sempurna, masalah kos pengangkutan yang tinggi tetap menjadi satu punca utama sektor pertanian dalam Segamat tidak dapat berkembang dan tidak mampu bertanding dengan bandar yang lain. Dengan pembinaan lebuh raya yang menghubungkan Segamat ke kawasan bandar yang berdekatan, kadar ketersampaian akan dipertingkatkan. Ini akan memperkembangkan bukan sahaja sektor primer dalam industri pertanian, tetapi juga sektor sekunder dalam industri pertanian. Para usahawan dalam Segamat akan lebih cenderung untuk melabur dalam sektor sekunder, seperti kilang memproses buah-buahan, dengan kelebihan untuk mendapatkan sumber bahan mentah yang lebih segar dan lebih pantas di dalam Segamat. Sektor sekunder bukan sahaja menjana lebih banyak peluang pekerjaan umum, tetapi profesional juga. Contohnya pegawai teknologi makanan, pakar pemasaran, pereka pengkhususan serta pengred makanan. Buat masa ini, tiada sebarang peluang pekerjaan sebeginipun dalam Segamat. Pelbagai peluang bekerja yang dijana ini akan mendorong lebih banyak remaja yang sudi bekerja di Segamat. Dengan adanya peningkatan populasi remaja ini, pembangunan ekonomi tempatan akan dipacu oleh peningkatan berterusan dalam perbelanjaan domestik, disokong oleh pasaran buruh yang sihat dan peningkatan pendapatan. Penduduk boleh melakukan pelbagai aktiviti ekonomi dan sosial dengan lebih lancar dan menjimat lebih banyak masa. Ini membawa kesan positif kepada pendapatan ekonomi penduduk tempatan. Secara langsungnya, taraf hidup dan ekonomi Segamat akan meningkat.

Pelbagai rancangan nasional atau tempatan telahpun diumumkan, RMK, RTK, RTT. Setakat manakah efisiensi kesemua rancangan ini. Tanpa sistem jaringan jalan raya yang matang dan efisien, rancangan yang dicadangkan hanya setakat cadangan atas kertas sahaja. Mengimbas balik sejarah antarabangsa, laluan sutera, rangkaian laluan perdagangan yang berjaya merangkumi rantau Asia Timur, Asia Selatan dan Asia Barat dengan rantau Mediterranian, Afrika Utara, Afrika Timur Laut dan Eropah. Laluan ini menghubungkan pelbagai rantau dan memainkan peranan yang penting bukan sahaja untuk saluran sutera sahaja, tetapi pelbagai barang dagangan. Pelbagai kegiatan kebudayaan dan teknologi dipemangkinkan. Ini membuktikan bahawa teori pembangunan yang dipengaruhi infrastruktur, ekonomi sebuah kawasan dapat dirancak dengan adanya pembinaan sistem infrastruktur yang matang. Sepertimana hujahan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada 12 Mei yang lalu, Yang Amat Berhormat telah melawati Shenzhen dengan barisan delegasi bagi mengkaji kejayaan Shenzhen berkembang dari satu kampung perikanan menjadi zon ekonomi istimewa China pertama yang paling berjaya. Tujuan lawatan ini adalah untuk belajar praktik dan teknologi yang terkini dari Shenzhen. Jementah percaya dalam lawatan ini, Yang Amat Berhormat dan delegasi sekalian juga jelas bahawa perkembangan pesat bandar Shenzhen dapat berjaya bukan sahaja disebabkan atas pelabur-pelaburan domestik dan antarabangsa, malah dengan pembinaan infrastruktur seperti penyediaan fasiliti jalan dan utiliti yang baik oleh pihak kerajaan.

Dengan ini Jementah menegaskan jaringan jalan raya yang matang amat penting bagi demi merancakkan ekonomi negara kita. Jaringan jalan raya tidak harus hanya ditumpu dalam kawasan bandar, tetapi patut disalur keseluruh sudut negara kita. Kawasan pedalaman tidak harus sesekali diabaikan. Hubungan antara kawasan kampung dan bandar bagaikan aur di tebing sungai. Kawasan pedalaman memainkan peranan penting, bukan sahaja sumber manusia, malah sumber mentah sebagai input kilang-kilang di kawasan industri bandar. Jementah menyeru supaya kerajaan persekutuan dan Johor memandang berat terhadap punca ketidakseimbangan perkembangan ekonomi dan sosial di kawasan pedalaman di seluruh Malaysia, terutamanya negeri Johor. Pembangunan infrastruktur harus dilaksanakan dalam masa yang tersingkat dan efisien bagi ekonomi yang maju dan seimbang dalam negara kita.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebagai pendahuluan, Jementah mewakili para pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Segamat ingin mengambil kesempatan disini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor atas prihatin dan sumbangan dalam usaha menaiktarafkan sebahagian lokasi di bangunan Hospital Segamat, untuk dijadikan pusat rawatan harian pesakit-pesakit kanser untuk menjalani rawatan kimoterapi. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, seramai enam hingga lapan pesakit kanser yang dirawat di Hospital Segamat terpaksa mendapatkan rawatan kimoterapi di Hospital Muar Pakar Sultanah Fatimah, HPSF Muar setiap hari buat masa ini. Melalui sumbangan yang diberikan oleh yayasan, pesakit-pesakit tidak perlu menempuh perjalanan yang jauh ke HPSF Muar untuk mendapatkan rawatan kimoterapi.

Seterusnya, izinkan Jementah memberikan serba sedikit gambaran tentang latar belakang perkhidmatan kesihatan di Hospital Segamat. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, keluasan daerah Segamat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2023 adalah seluas 2,825.4 kilometer persegi dengan jumlah penduduknya sebanyak 197,762 orang. Memandangkan keadaan geografi daerah Segamat yang bersempadan dengan daerah Ledang, daerah Gemas, Negeri Sembilan dan Muadzam Shah, Rompin di negeri Pahang, penduduk di ketiga-tiga daerah ini turut mendapatkan perkhidmatan kepakaran di Hospital Segamat. Ini menjadikan kawasan liputan penduduk yang perlu diberikan perkhidmatan adalah lebih kurang 240,000 orang. Sebagai contoh, warga di Kebun Baru, Kampung Teratai daerah Ledang, Bandar Tun Razak mahupun Bera yang terletak di negeri Pahang adalah merupakan antara lokasi yang terletak di luar daerah Segamat, tetapi masih hadir untuk mendapatkan rawatan disebabkan lokasi Hospital Segamat selaku hospital pakar major yang paling hampir dengan kediaman mereka. Hospital Segamat telah siap dibina pada tahun 1996 dan terdiri daripada 314 katil. Walau bagaimanapun, bilangan katil ini tidak lagi mampu menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah, yang mana kadar penggunaan katil atau bed occupancy rate, BOR di hospital ini telah mencapai lebih 90% setiap hari. Keadaan ini turut disumbang oleh pertambahan kehadiran pesakit, selepas beroperasinya bangunan tambahan Hospital Segamat yang menempatkan Jabatan Kecemasan dan Trauma yang diserahkan pada 29 Disember 2022.

Sebagai makluman, pihak World Health Organization, WHO telah mencadangkan 3.4 katil diperlukan bagi setiap 1,000 orang. Berdasarkan nisbah ini, Hospital Segamat sebenarnya memerlukan sekurang-kurangnya 600 katil bagi menampung keperluan penduduk sedia ada. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Hospital Segamat bukan sahaja berhadapan masalah kekurangan katil, tetapi juga turut mempunyai kekangan dari aspek fasiliti perubatan seperti mesin MRI. Untuk makluman, pesakit yang memerlukan imbasan MRI buat masa ini terpaksa dirujuk ke HPSF Muar untuk melakukan imbasan. Slot untuk mendapatkan perkhidmatan MRI pula hanya diberikan sehari seminggu iaitu pada setiap hari Isnin bagi pesakit-pesakit dari Hospital Segamat. Bayangkan keadaan pesakit dari Gemas Baru yang mengambil masa kira-kira 45 minit ke Hospital Segamat dengan menaiki kereta sejauh 33 kilometer. Bagi penunggang motorsikal pula, masa yang diambil boleh mencecah 55 minit atau lebih.

Manakala jarak antara Gemas Baru dan HPSF Muar adalah 90 kilometer yang mengambil masa 90 minit bagi mereka yang memandu mereka atau selama dua jam bagi pesakit yang menunggang motorsikal. Sebagai contoh, pesakit golongan B40 yang duduk di Gemas baru bertolak dari rumah pada pukul 7:00 pagi dengan motorsikal. Pesakit kemudiannya tiba di Hospital Segamat pada jam 8.00 pagi. Selepas pemeriksaan doktor pesakit telah dijadualkan untuk mendapat imbasan MRI di HPSF Muar, maka beliau terpaksa balik ke rumah untuk tunggu giliran mendapatkan imbasan MRI di Hospital HPSF Muar. Dalam hal ini pesakit terpaksa pulang ke rumah sementara menunggu giliran bagi mendapatkan imbasan MRI. Berdasarkan situasi ini pesakit terpaksa mengambil cuti untuk beberapa hari bagi memenuhi keperluan rawatan. Selain cuti yang diambil yang berkemungkinan menyebabkan pesakit tidak dapat gaji, pesakit juga terpaksa mengeluarkan wang yang lebih untuk perbelanjaan minyak, perjalanan dan makanan. Hal ini turut dirasai oleh pesakit-pesakit yang menetapi di Bekok atau Bera, Bandar Tun Razak di Pahang. Terus terang saya merasa sedih bahawa isu ini masih belum diselesaikan selama ini. Apatah lagi majoriti pesakit yang mendapatkan perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan adalah dalam kalangan B40. Rakyat Malaysia merasa bangga dengan kemudahan perubatan di hospital kerajaan yang hampir dikira percuma. Walau bagaimanapun, kos-kos lain seperti akses ke hospital perlu turut diambil kira di mana kos ini turut menjadi bebanan terutama kepada golongan B40. Justeru Jementah amat mengharapkan agar keluhan rakyat daerah Segamat dapat didengari dan EXCO Kesihatan, Yang Berhormat Ling dapat membantu pihak Hospital Segamat mendapatkan kelulusan permohonan untuk mendapat mesin pengimbas MRI dengan secepat mungkin.

Yang Berhormat Datuk Speaker, seperti kita semua sedia maklum, masalah kekurangan kakitangan dalam hospital kerajaan Malaysia bukan lagi berita baru. Di Hospital Segamat sebanyak 41 jawatan Pegawai Perubatan tetap belum diisi manakala bagi jawatan Jururawat sebanyak 109 jawatan masih belum diisi. Bilangan kekosongan terutama anggota sokongan klinikal amat merunsingkan memandangkan skim perkhidmatan inilah yang menjadi nadi utama penggerak dan tonggak kepada perkhidmatan kesihatan di seluruh dunia. Masalah ini boleh menjadi lebih serius jika tiada tindakan yang bersesuaian diambil dengan segera. Memandang isu ini adalah kritikal, Jementah ingin bertanya apakah kaedah atau solusi yang terbaik bagi mengatasi masalah kekurangan anggota perkhidmatan kesihatan bagi, bagi jangka masa pendek dan sederhana? Adakah kerajaan akan memberikan insentif tambahan kepada anggota-anggota yang bertugas dalam bidang kesihatan bagi memastikan kakitangan tersebut kekal untuk berkhidmat dengan kerajaan terutamanya pegawai perubatan pakar. Kedua, apakah cara yang digunakan oleh pihak kementerian kesihatan dalam memastikan anggota-anggota kesihatan kekal bermotivasi untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat walaupun dalam keadaan ketidaktentuan terutama dari segi pelantikan secara tetap berbanding dengan lantikan kontrak? Sebagai penutup, Jementah ingin menekan bahawa isu fasiliti dan kekosongan jawatan ini harus dipandang serius oleh kerajaan memandangkan isu ini berkaitan dengan sistem penjagaan kesihatan awam dan keupayaan penduduk terutamanya golongan M40 dan B40. Jementah menyeru supaya Kementerian Kesihatan dapat mengkaji semula inisiatif dan mewujudkan satu mekanisme bagi meningkatkan bilangan pasukan kesihatan dalam negeri Johor. Akhirnya sebagai golongan pembahasan hari ini sambungan pembahasan Kahang semalam, Jementah menyokong dan memohon Yang Amat Berhormat memberikan peruntukan tambahan kepada semua ADUN supaya dapat agihkan saluran bantuan kesihatan kepada rakyat dalam kawasan masing-masing. Sekian, perbahasan saya, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Jementah. Dipersilakan Yang Berhormat Layang-Layang.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bacaan Doa. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izinNya saya dapat berdiri sama-sama dalam sesi perbahasan Mesyuarat Pertama Di Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Yang Ke-15. Saya

ingin juga merakamkan lafaz sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor yang sudi mencemar duli hadir merasmikan Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Yang Ke 15 pada 9 Mei yang lalu. Semoga Allah S.W.T. mengurniakan keafiatan dan juga kesihatan pada Duli Yang Amat Mulia sekeluarga dan seterusnya dapat menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Pemangku Sultan Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam titah yang disampaikan oleh Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor ada menyebutkan tentang tiada seorang pun ketua isi rumah bangsa Johor pada tahun 2025 yang berstatus miskin tegar. Perkara ini menarik perhatian saya, kerana saya mendapat maklumat bahawa kerajaan hari ini sedang berusaha untuk mengenal pasti ataupun membuat pemutihan terhadap golongan yang disebutkan sebagai miskin tegar. Makna dalam usaha ini telah pun dapat kenal pasti bahawa terdapat hanya 2000 orang yang betul-betul dikenali sebagai miskin tegar daripada 7000 orang.

Berdasarkan pengalaman saya semasa dulu bertugas di Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan juga sebagai Amil Baitulmal daerah Segamat memang banyak sebenarnya yang kita bantu adalah golongan orang yang tidak mampu. Saya ingin menjelaskan di dalam Dewan yang Mulia ini, bahawa golongan yang disebut sebagai fakir, mungkin kita tak berapa faham perkara ini jadi saya ingin jelaskan bahawa yang dikelaskan golongan fakir iaitu dalam tempoh sebulan mereka memerlukan perbelanjaan untuk menyara keluarga mereka, mereka memerlukan kewangan sekitar RM1500.00. Tetapi yang mereka dapat hanya sekitar RM1300.00 jadi ini ditafsirkan, ditakrifkan dengan fakir yang disebutkan dalam alQuran (bacaan ayat alQuran), al-Fukaro itulah dia. Yang kedua Walmasakin iaitu orang-orang yang pendapatannya RM1500.00 dan dia kos sara hidup dia RM1500.00 kata orang cukup-cukup. Cukup makan tetapi ada takfiran yang kalau kita lihat pada hari ini yang banyak yang mungkin akan terjadi iaitu mereka yang disebut sebagai mudah miskin. Yang ini mungkin pendatapan dia RM1500.00, iya mungkin dia pendapatan dia RM1800.00 tapi dia belanjakan RM1500.00. Jadi dalam satu masa yang kita tak tahu mungkin ditimpa musibah, sakit, kemalangan dan sebagainya orang ini akan masuk dalam golongan miskin maka disebut sebagai golongan mudah miskin.

Saya melihat peranan ini sebab ini dijelaskan dalam alQuran, peranan Majlis Agama Islam Negeri Johor saya mendapat maklumat bagi tahun 2023 kutipan zakat fitrah dan juga zakat harta mencecah, hampir mencecah RM390,000,000.00. Tahun ini kita belum pasti lagi sebab pada malam terakhir hujung tahun tu nanti baru kira. Tapi tahun lepas sahaja kita ada lebih kurang RM388,000,000.00. Hasil zakat, dan ini perlu dimaklumkan kepada rakyat negeri Johor. Ke mana perginya duit zakat ini, saya pun dimaklumkan bahawa keseluruhan asnaf yang dibantu lebih kurang 135,000 orang lebih asnaf termasuklah yang Fisabilillah, termasuklah Ibnusabil termasuklah yang disebut sebagai mualaf dan sebagainya. Jadi sebab itu saya ingin membawa isu ini perkara ini sangat penting Yang Berhormat Datuk Speaker, kalau kita nak bantu kerajaan hari ini untuk menyelesaikan masalah kemiskinan dalam negeri Johor khususnya kepada bangsa Johor ini. Seluruh agensi perlu mencari satu jalan penyelesaian, yang pertama sekali tentang mengenal pasti orang yang benar-benar miskin, orang yang benar-benar fakir, orang-orang yang benar mudah fakir. Pemutihan itu penting apa yang diusahakan hari ini oleh Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat begitu juga dengan Majlis Agama Islam Johor sangat bertepatan Insya-Allah kita boleh jumpa jalan. Jadi bila kita dah kenal pasti kita cari jalan penyelesaian. Jadi jalan penyelesaian yang saya cuba cadangkan hari ini, kita kena lihat betul-betul, kita kena selesaikan dengan tuntas, caranya bagaimana salah satu di antaranya yang saya cadangkan iaitu kita tengok berapakah sebenarnya keperluan yang betul-betul yang mereka ini boleh terkeluar yang kita boleh keluarkan dia daripada kategori orang-orang yang miskin, orang-orang yang fakir, orang yang mudah miskin. Betul-betul kita bantu, ini peranan kita dengan kerajaan dan juga pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor yang mengutip zakat. Yang kutip zakat dan orang yang memberi zakat ini akan bergembira bila mendengar zakat mereka ini diagihkan dan diterima dan betul-

betul mampu mengeluarkan golongan-golongan yang saya sebutkan tadi ini daripada belenggu kehidupan mereka dalam belenggu kehidupan mereka. Maka dengan sebab itu kadar zakat pada hari ini yang diberikan bantuan itu perlu dikaji semula. Jangan sampai perkataan zakat itu hanya meringankan beban, jangan sampai disebut sebagai meringankan, kita bukan meringankan tetapi kita kena melepaskan, kita kena keluarkan mereka ini daripada kekangan kesusahan hidup mereka.

Selain daripada itu, saya juga mendapat maklumat bahawa rizab di Majlis Agama Islam terlalu banyak. Yang Berhormat PKN kat sini pun ada, kita sedia maklum boleh mencecah sehingga RM400,000,000.00. Untuk apa duit itu disimpan, haa ini yang saya nak sebut, sebab ramai yang jumpa dengan saya mereka juga ada maklumat kenapa banyak sangat disimpan, kenapa tak digunakan. Saya sebutlah juga perancangan-perancangan zaman saya begini kita akan dirikan banyak perkara yang melibatkan asnaf, kita nak buatkan pusat latihan untuk mereka, begitu juga bagaimana kita maintain untuk perbelanjaan untuk kos rumah kebajikan wanita-wanita yang bermasalah dan sebagainya banyak perkara yang kita buat. Sekolah-sekolah agama kita bantu, masjid-masjid kita bantu tapi masih tak nampak. Ini penting, saya ingat hari ini Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Agama kena jawab esok. Jawab di sini jangan jawab di akhirat. Lambat saya nak tunggu jawapan itu. Selain daripada itu, bantuan-bantuan yang sebegini saya ingin juga menyarankan supaya bantuan pendidikan pada pelajar-pelajar yang berada di luar negara perlu juga dikaji semula. Kalau kita lihat hari ini nilai ringgit yang jatuh mereka-meraka yang belajar di luar negara perlu kita lihat kadarnya, dah tak boleh lagi kadar RM500.00 dah tak cukup. Saya pernah jumpa pelajar-pelajar yang balik daripada Mesir yang balik bercuti saya tanya berapa sewa rumah sekarang. Dia kata dah naik, orang sana pun dah tahu berapa jumlah orang yang sewa dia akan naikkan sewa. Jadi kita nak reducekan harga kita sewa ramai-ramai. Sekarang dah tak boleh dah, ramai duduk ramai kena bayar. Dia kira kepala. Jadi Yang Berhormat Datuk Speaker, tentang perkara itu saya minta supaya pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengambil tindakan yang sewajarnya. Begitu juga kadar-kadar bantuan yang diberikan kepada saudara-saudara kita iaitu golongan mualaf ini perlu dikaji semula.

Yang Berhormat Datuk Speaker, perkara yang saya ingin sebutkan juga di negeri Johor ini, kita menuju kepada sebuah negara yang maju 2030. Keperluan air. Keperluan air saya telefon kawasan saya tadi bekalan air masih rendah sampai ke hari ini dan pada hari raya yang lepas, Tahun Baru Cina yang lepas pun langsung tak ada air. Tapi terima kasih kepada SAJ kerana membekalkan tangki air. Jadi bila kita tengok lori tangki itu datang, kita dah tahu bahawa tak lama lagi tak ada air. Tetapi masalahnya hari ini bila kita tanya, jawapan yang diberikan, penggantian paip. Yang kedua, kata dia pengalihan paip air. Telefon kata pengalihan dalam progres. Telefon lagi kenapa seminggu tak siap lagi, tak siap kata dia sebab ada kemalangan dekat kawasan pembinaan tadi itu. Tangguh lagi seminggu. Sampai lah hari raya yang lepas tak ada bekalan air. Orang lain hari raya tuan-tuan, bergembira dengan keluarga, mereka balik anak beranak masam muka. Kita pun kat rumah tak senang duduk angkat telefon. Bila kata telefon ialah maklumlah hari raya, yang disebutkan oleh Yang Berhormat Datuk Speaker, respond time memang lambat. Ini yang saya nak maklumkan. Mereka bayar tiap-tiap bulan bil air. Tapi kenapa kemudahan itu mereka tak boleh dapat dengan sempurna? Bayar sempurna, bayar lebih lagi, kadang-kadang lebih 5 sen lebih 2 sen pasal kita nak bundarkan dia, tapi bekalan yang mereka dapat tidak sempurna. Jadi perlu kita lihat. Jangan mereka ini, bayar bil air tapi yang dapat, dapatnya angin. Ini juga ada yang keluar angin saja. Jangan sampai satu ketika nanti masjid pula dah tak ada air. Pergi Semarak Subuh, tergesa-gesa nak pergi tak ambil wuduk daripada rumah sampai masjid air tak ada, lebih malang lagi tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Yang Berhormat Datuk Speaker, bila baru-baru ini saya bersama dengan Yang Amat Berhormat mendengar taklimat yang disampaikan oleh pihak SAJ, saya maklum masalah-masalah yang sedang mereka hadapi. Tetapi kita kena lihat ke hadapan. Iaitu saya ingin membacakan ayat suci al-Quran al-Karim yang perlu kita jadikan dia fikir. Sekarang ini kita

zikir, kita nak kena fikir, ada dua, zikir dan fikir. Zikir itu apa yang kita lihat hari-hari. Yang kita fikir ke hadapan, kita tak nampak apa yang akan berlaku. Allah berfirman di dalam suratul Mu’minun ayat 18 (bacaan potongan Surah al-Mu’minun Ayat 18) Allah berfirman “Dan kami menurunkan daripada langit air dengan kadar yang tertentu.” Berapa rakyat Johor hujan turun itu dah ada kadar dia. Tiga hari, empat hari, lebat, tak lebat. Tapi kata Allah (bacaan potongan Surah al-Mu’minun Ayat 18) “Kami kekalkan dia tetapkan dia duduk di dalam tanah.” Dia tak kata dalam sungai. Tu yang saya kata kita nampak. Yang kita tak fikir ada dalam tanah. Yang kita nampak yang kita zikir masuk laut, masuk parit, masuk sungai, masuk longkang. Tapi yang kita tak fikir (bacaan potongan Surat al-Mu’minun Ayat 18) “Kami letakkan dia di dalam bumi.” 51% kajian, masa dalam Johor Water Forum dulu saya ingat lagi dia kata 51% air ini ada di bawah tanah. Daripada 100% yang turun itu, 51% (bacaan potongan Surat al-Mu’minun Ayat 18) Kata Allah, “Dan Kami juga kata dia yang ada di dalam tanah itu Kami berkuasa untuk menghilangkan dia, melenyapkan dia” jadi tuan-tuan faham lah sampai peringkat itu nanti air dalam bawah tanah .. tapi kita kena ambil pengajaran juga apa yang terjadi untuk kita lihat di Makkahtul Mukarramah ini musim orang nak pergi Haji di antara dalam satu yang disebut sebagai valley, lembah di antara as-safa wal-marwah, Bukit Safa dan Marwah itu ada satu telaga yang dinamakan telaga zamzam. Yang umurnya pada hari ini dah 500 tahun. Satu hari, orang akan ambil 1.6 juta liter air digunakan oleh 8000 orang. Itu tak campur orang yang bawa balik, 20 liter bawa seliter, bawa 10 liter tapi 500,000 hari ini masih lagi Insya-Allah orang yang akan pergi ini pun masih lagi sampai lah hari kiamat, Insya-Allah.

Jadi Yang Berhormat Datuk Speaker, apa yang saya ingin maklumkan sebagai contoh juga di negara Denmark 99% penggunaan air ini daripada bawah tanah. Di Jepun 30%, di USA 30%, kenapa kerajaan kita pada hari ini tidak cari jalan. Memanglah kos tinggi, carilah jalan pasal masa ini kita untuk masa akan datang. Keperluan industri yang paling penting, kita nak menuju negara maju mesti ada banyak pelaburan yang masuk kena ada industri yang berkembang tapi kalau tak ada bekalan air tak cukup, bekalan tenaga tak cukup, kat mana mereka nak melabur di negara kita? Sebab itu saya cadangkan kepada kerajaan pada hari ini supaya mereka berusaha untuk mencari jalan dengan mengadakan perbincangan, carilah teknologi, dari orang Jepun, Profesor Dr. Yamamoto ke siapa ke untuk mencari bekalan air di bawah tanah.

Yang Berhormat Datuk Speaker yang terakhir yang saya nak sebutkan yang dititahkan oleh Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor yang berkaitan dengan isu agama. Di negara Malaysia ada 14 Mufti. Ini yang kadang-kadang. Cuma ada beberapa orang yang saya nampak yang viral di dalam TikTok, di Youtube yang meluahkan pandangan mereka tentang agama. Kita ni berpolitik, Yang Berhormat Datuk Speaker, berpolitik ni tak ada batas apa pun. Agama ni pun semua kita berpolitik. Malah berpolitik ini untuk dapat kuasa negara ini, kita boleh memerintah itu adalah fardu kifayah. Sebab, kalau kita tidak melibatkan diri dalam bidang politik, siapa tak dapat kuasa, siapa yang jadi kerajaan siapa nak jadi pemerintah? Dan siapa pun yang hanya menjadi pemerintah yang diberikan tanggungjawab amanah oleh Allah SWT ini kepimpinan ini adalah satu ibadah. (Bacaan potongan ayat al-Quran) “Tiap-tiap dari kamu adalah pemimpin dan tiap-tiap dari kamu akan ditanya tentang kepimpinan kamu.” Tetapi yang menjadi masalah dalam soal agama ini kita dituntut tapi jangan kita jadikan agama ini suatu perkara untuk meraih sokongan politik. Ini saya nak sebut, disebut oleh sahabat saya tadi sampai satu peringkat ada yang viral, dan kita pun Pemuda UMNO telah membuat report polis, sampai tak nak mendoakan tak angkat tangan, memang ada tapi tak payah lah viral. Kalau tak nak doakan pun tak apa.

Zaman khalifah dulu ada yang disuruh memang dituntut untuk kita ni mendoakan pemimpin. Mendoakan pemimpin mereka ni dapat kebaikan bukan mendoakan untuk perkara yang tidak baik. Kalau Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa hijrah ke Thaif, bagaimana pada ketika itu orang-orang Quraisy pada ketika itu lempar Nabi, cederakan Nabi, zalimi Nabi sampai bukit yang ada di samping tempat Nabi Muhammad SAW berteduh dia kata “Ya Muhammad kalau kau nak aku hancurkan kaum ini, kau beritahu sahaja aku hancurkan.” Tapi Nabi Muhammad

kata jangan, malahan Nabi Muhammad SAW sendiri kata (bacaan potongan Sabda Nabi Muhammad SAW) “Ya Allah Kau berilah petunjuk kepada kaum aku kerana sesungguhnya mereka itu tidak tahu. Jadi peranan kita pada hari ini disuruh doa yang baik, angkat tangan. Ini adab kita dan dia pemimpin kita, ketua agama kita, tapi yang kita lihat pada hari ini viral kan pula. Dan saya bersyukur kepada Allah SWT, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong satu Malaysia doakan dia, bukan setakat Johor sahaja.

Yang Berhormat Datuk Speaker, satu isu saya bawa terakhir Yang Berhormat Datuk Speaker sebelum kita berehat. Di kawasan Simpang Renggam ini ada 202.84 hektar tanah terbiar, tanah bekas tanam padi. Saya pernah merujuk kepada Pejabat Pertanian Daerah saya tanya apa sebab tanah ini tidak diusahakan kerana pengairan itu terlalu rendah. Jadi baru-baru ini saya berhubung dengan sahabat saya, Dato’ Zakaria bin Osman, CEO Lembaga Zakat Negeri Kedah dia sedang mengusahakan padi darat di negeri Kedah, padi huma sebab sekarang ini kebergantungan makanan kita hari ini dah terlalu kritikal. Soal beras, soal makanan, sayur-sayuran mahal. Jadi, hari ini saya minta saya pun dah berbincang dengan Yang Berhormat EXCO Pertanian alhamdulillah Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun dah maklum kan tadi supaya mana-mana kawasan ini akan kita bangunkan dia dengan padi. Insya-Allah sahabat saya juga akan datang tengok mana-mana kawasan yang terbiar kita gunakan teknik, kaedah dia, kalau dulu kita pakai padi yang menggunakan air, sekiranya tidak cukup bekalan air kita tukar kepada jenis tanaman padi darat ataupun padi huma.

Yang Berhormat Datuk Speaker, banyak lagi sebenarnya yang saya tulis yang saya nak cakap tapi masa yang diberikan kepada saya 20 minit, saya taat kepada pemerintah, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi walbarakatuh. Layang-Layang mohon menyokong. (Dewan Bertepuk).

Timbalan Speaker

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Nanti Yang Berhormat kita jumpa Semarak Subuh. Ahli-Ahli Yang Berhormat, dipersilakan ADUN Kemelah.

Salam sejahtera, salam Maju Johor dan salam kasih Kemelah. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam ucapan perbahasan di Mesyuarat Pertama Pembukaan Rasmi Bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Yang Ke-15. Terima kasih atas peluang yang diberi kepada Kemelah pada hari ini.

Sebelum memulakan ucapan pada hari ini patik merakamkan ucapan merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih atas perkenan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat dan bertitah merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini. Dan Titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail kita telah merasai bahawa baginda amat mengambil berat tentang segala aspek demi kesejahteraan rakyat Bangsa Johor. Ini juga merupakan titah perasmian sulung baginda di dalam Dewan yang mulia ini yang mana ianya satu penghormatan besar sebelum persidangan kita dimulakan dan tidak lengkap rasanya pembukaan Dewan Negeri ini tanpa mendengar titah daripada Pemangku Sultan Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail.

Yang Berhormat Datuk Speaker, awal bicara tidak ada frasa yang lebih baik untuk saya tuturkan di Dewan yang mulia ini ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar selaku pemimpin tertinggi dalam tadbir negeri yang telah berusaha dan berjaya menjana pelaburan sebanyak RM113,700,000,000.00 sejak tahun 2022. Tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor, namun dalam kejayaan membawa pelabur masuk ke Johor ini, Kemelah masih lagi ketinggalan. Tidak dinafikan Program Dapur Kasih yang sedang berjalan sekarang amat bermanfaat kepada penerimanya dan Kemelah telah menerima 20 peserta dalam Program Keluarga Angkat yang lalu dan meskipun pemutihan telah dilakukan sehingga kini Kemelah hanya dapat

membuktikan tiga orang peserta melalui pelbagai insentif kerajaan yang sedia ada bagi memastikan golongan ini terkeluar dari golongan miskin tegar.

Walaupun begitu Kemelah yakin masih ramai di luar sana tertinggal setelah kita melihat semula setiap kali dalam Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan. Kemelah antara ramai pemohon dan semestinya ia mengusik hati saya sebagai Wakil Rakyat di situ. Memandangkan Kemelah ini agak jauh dari bandar besar, golongan miskin tegar masih ramai dan rata-rata penduduk DUN Kemelah ada yang bekerja sebagai nelayan darat yang hanya meraih pendapatan melalui hasil tangkapan harian mereka. Terdapat lebih 5 buah perkampungan yang berdekatan dengan persisiran sungai dan menjadikan mereka lebih cenderung menangkap hasil sungai berbanding kerja di tempat yang lain. Perkara ini bukan sahaja memberi impak kepada pendapatan bahkan menjadi kerisauan setiap kali hujan berterusan melanda di kawasan mereka. Bagi orang luar mungkin berpendapat, kenapa mereka masih menghuni di tempat yang sama meskipun acap tahun dibadai banjir. Akan tetapi ke manakah tempat hendak mereka tuju jika hanya itu sahaja tempat yang mereka berteduh dan miliki dan diwarisi dari datuk nenek mereka.

Yang Berhormat Datuk Speaker, mendengar penerangan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor beberapa hari yang lalu, Yang Amat Berhormat Dato’ ada menyatakan tentang memorandum persefahaman antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Singapore berhubung pembangunan JS-SEZ telah ditandatangani pada 11 Januari yang lepas melalui Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia sendiri, Dato’ Sri Anwar bin Ibrahim dan juga Perdana Menteri Singapura. Dalam 8 kumpulan yang dibentuk oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri itu, kumpulan ke 7 ialah infrastruktur dan utiliti. Mengait dengan kumpulan ketujuh itu, Kemelah memohon kerajaan negeri menjeling-jeling lah sedikit jabatan kerajaan di daerah Segamat seperti pejabat Kastam dan pejabat Imigresen. Pejabat Imigresen ini kerana terlalu uzur dan bagi saya ianya seolah-olah tidak wajar lagi beroperasi di situ memandangkan pejabat itu menjadi tumpuan bukan saja warganegara bahkan penduduk luar negara. Dengan pendawaian elektrik yang bersilang-silang, tidak kemas dan terlalu rendah sehingga begitu hampir dengan aras ketinggian petugas dan pelanggan di situ. Mungkin perkara itu boleh diketengahkan demi keselamatan dan mencerminkan pejabat kerajaan yang lebih sempurna seiring dengan peredaran semasa.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Kemelah ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar atas lawatan ke Shenzhen pada Mac yang lalu. Merujuk tujuan asal delegasi Johor ke sana adalah untuk mempelajari bagaimana rakyat di sana dilibatkan dan menerima segala manfaat pembangunan dan kemajuan di Shenzhen. Ini satu perkara baik yang boleh kita jadikan contoh untuk diaplikasikan kepada penduduk di sini agar lebih bersefahaman dan kurang perselisihan faham apabila kita dapat memahami sesuatu objektif yang kita lakukan. Tahniah sekali lagi Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar.

Yang Berhormat Datuk Speaker, maka mendukung hasrat yang sama, saya juga ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini terhadap beberapa perkara yang cukup penting dan perlu diutamakan oleh kita semua selaku pemimpin yang diberi amanah dan tanggungjawab membawa harapan yang besar. Terdapat beberapa isu utama dalam DUN saya di mana ADUN berdekatan juga turut mengalami isu yang sama ketika musim perayaan baru-baru ini. Masalah bekalan air yang kerap terputus di kawasan FELDA Redong dan FELDA Kemelah bukan sahaja dalam tempoh sebulan, seminggu, bahkan ianya terlalu kerap sehingga berlaku dua tiga kali dalam tempoh satu minggu hingga menyebabkan penduduk acap kali menghubungi kita selaku Wakil Rakyat tanpa henti, memarahi serta mengatakan seolah-olah kita tidak mengambil sebarang inisiatif untuk menyelesaikan perkara ini.

Saya sedar persiapan awal telah diberikan seperti peringatan untuk menyimpan air dengan banyak serta penggunaan dengan lebih cermat di musim perayaan. Namun, saya juga percaya di musim perayaan kawasan manakah yang kurang penggunaan air, sedangkan sinki

dan bilik air tidak sempat kering memandangkan had penggunaan maksima ketika waktu kemuncak tersebut. Kita semua maklum bekalan air adalah penting bagi setiap orang dan kejadian ini dilaporkan sudah terlalu lama berlaku dan masih lagi ditakuk lama sedangkan saya dimaklumkan peruntukan telah disediakan untuk permasalahan ini, namun ianya masih lagi belum dapat diselesaikan. Perkara ini sering terjadi terutamanya di Kampung Tekam apabila boleh dikatakan sebulan sekali mesti terputus bekalan air. Jika hendak diperkatakan tentang air sederhana atau air kecil, setiap minggu pasti ada hari tertentu air kecil namun masih boleh bertahanlah selagi ianya masih tidak terputus.

Yang Berhormat Datuk Speaker, walaupun Kemelah terdapat nelayan darat dan segelintir penduduk yang mana pintu dapurnya boleh terus melihat sungai, tetapi bekalan air masih terganggu. Kemelah juga mencadangkan agar pihak berkenaan membuat selidik awal terlebih dahulu kerana baru-baru ini terdapat kerja-kerja baik pulih paip lama ditukar yang baru, tetapi masih lagi ditakuk lama. Tiada perbezaan seperti mendapat yang lebih besar atau yang sebagainya. Ini menjadikan bekalan masih terganggu dan perlahan bukan sahaja di musim perayaan tetapi musim banjir. Saya sedar ada sesetengah pihak hairan jika banjir air tiada, ianya nampak agak kelakar tetapi ibarat sudah jatuh ditimpa tangga bagi mangsa-mangsa banjir di kawasan perkampungan tersebut.

Menyentuh tentang infrastruktur jalan raya di Segamat. Pertamanya, Yang Berhormat Datuk Speaker, jalan raya dari Labis ke bandar Segamat yang bergelombang. Kita semua sedia maklum bahawa permukaan jalan yang bergelombang pastilah mengundang keadaan yang kurang selamat untuk penggunanya. Walaupun pemandu memandu dengan berhati-hati tetapi apabila keadaan jalan raya yang kurang baik ia pasti mengundang kepada kemalangan. Saya mohon untuk permasalahan ini didengari agar ia boleh dibaiki secepatnya dan juga ucapan terima kasih Kemelah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah turun sendiri melihat permasalahan tersebut beberapa bulan yang lepas. Kemelah berharap dengan turunnya pemimpin utama kita, maka kuranglah deringan telefon bimbit Wakil Rakyat berkaitan permasalahan tersebut. Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar.

Keduanya adalah terdapat banyak jalan utama dan pintu utama masuk persimpangan serta kawasan kampung sangat kurang dipasang lampu jalan yang pastilah apabila di kala menjelang malam keadaan jalan-jalan tersebut menjadi gelap dan apabila gelap akan mengundang kepada kemalangan dan lebih berbahaya lagi kejadian jenayah. Mungkin pihak kerajaan melalui agensi terlibat boleh melakukan bancian terperinci untuk kawasan-kawasan jalan-jalan utama yang memerlukan tambahan lampu jalan bagi mengurangkan risiko kejadian yang saya nyatakan sebentar tadi.

Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam DUN Kemelah terdapat satu peluang besar untuk dimajukan sekali gus dapat memberi impak yang positif bukan sahaja kepada penduduk setempat tetapi peluang pekerjaan yang banyak sekiranya salah satu punca utama permasalahan di situ dapat diselesaikan. Segamat Inland Port bukan lagi nama yang asing apabila menjadi salah satu hab untuk perantara pengangkutan bahan-bahan mentah dan menghasilkan beberapa produk utama untuk dihantar ke tempat-tempat tertentu. Antara permasalahan utama ialah punca bekalan elektrik yang kurang stabil dan memerlukan satu pencawang utama dalam kawasan Segamat Inland Port tersebut. Selain itu, dengan permasalahan ini menyebabkan pekerja sedia ada terpaksa hilang pekerjaan kerana mesin tidak dapat beroperasi dengan teratur dan pelabur tidak mahu datang untuk melabur, rentetan kelemahan dari segi sistem utiliti di situ. Oleh yang demikian saya memohon untuk dilihat kembali sistem utiliti berkaitan elektrik, air dan capaian internet yang kurang maju. Meskipun perkara ini telah dimajukan kepada pihak berkaitan, namun ia hendaklah digerakkan secara berfasa tanpa putus untuk memastikan perkara ini terlaksana secara efisien.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin juga menarik perhatian Yang Berhormat Datuk berkaitan perumahan mampu milik yang telah tersedia dibina dalam DUN Kemelah, akan

tetapi sayangnya ia sudah terbengkalai begitu lama tanpa sebarang gerak kerja terbaru. Untuk makluman Yang Berhormat Datuk, sebuah taman perumahan telah dibina oleh sebuah syarikat swasta dengan nilai RM90,000.00 untuk setiap unit dan telah mempunyai pemiliknya tersendiri sejak beberapa tahun yang lalu. Mengikut dokumen yang saya telah teliti dari pemilik rumah tersebut, rumah itu sudah 80% hampir siap sepenuhnya dan amat menyedihkan pemaju perumahan itu telah meninggalkan kerja tersebut sehingga hari ini. Selain itu, saya turut bersimpati mengenangkan pemilik yang terpaksa menanggung hutang bank kerana terpaksa membayar bulanan pinjaman perumahan itu bahkan paling pilu ada pemilik yang sudah membayar sehingga habis. Ada geran tetapi tak boleh masuk rumah. Ini merupakan satu harapan besar bukan sahaja pembeli tetapi penduduk sekitar untuk melihat kerajaan sedia ada menyempurnakan kembali kerja-kerja yang tertangguh seterusnya memberi sinar baru kepada mereka yang telah membayar sejak awal projek perumahan itu terlaksana.

Yang Berhormat Datuk Speaker, bercerita tentang perumahan ini, Kemelah ingin menyatakan pembinaan rumah PPR amat perlu dalam kawasan Kemelah. Meskipun Kemelah terletak dalam kawasan luar bandar, Kemelah melihat golongan B40, asnaf dan miskin tegar agak susah untuk keluar dari kepompong tersebut meskipun telah dibantu dengan pelbagai agensi seperti MAIJ, JKM, eKasih serta bantuan-bantuan sara hidup yang lain. Dalam arus perdana dengan peningkatan ekonomi yang tinggi, kadar sewa rumah juga kebanyakan tidak kurang daripada RM500.00 yang sedikit sebanyak akan membebankan dengan hanya lepas bagi bayaran sewa sahaja, bantuan tersebut tidak termasuk bayaran utiliti penerima yang lain.

Yang Berhormat Datuk Speaker, seperkara yang lain ingin saya katakan berkenaan mini stadium di mana pada awalnya dahulu perkara ini telah pun diiktiraf untuk pelaksanaan kerja-kerja pembinaan. Meskipun begitu, saya melihat kerja-kerja ini masih belum terlaksana dan dari mata kasar hanyalah pendinding sekitar tanah rizab untuk sahaja yang telah diletakkan akan tetapi ianya sudah dicabut kembali sejak beberapa tahun yang lalu. Melihat akan perkara ini, pembinaan mini stadium ini perlu diteruskan agar menambah lagi fasiliti yang sedia ada dalam daerah Segamat selain memberi lebih tarikan kepada generasi belia untuk melakukan aktiviti riadah yang lebih bermanfaat di situ. Jika dilihat dari sudut bagi kawasan bagi saya ianya begitu sesuai memandangkan berhadapan dengan Dewan Serba guna Segamat dan laluan yang tidak mengganggu jalan utama di bandar. Kemelah memohon pertimbangan dan perhatian yang tinggi dari kerajaan negeri akan hal tersebut.

Yang Berhormat Datuk Speaker, bila tiba musim hujan berpanjangan, ramai, nama daerah Segamat tidak lagi asing memandangkan Segamat antara daerah popular mengalami banjir tahunan tanpa terkecuali. Melihat situasi ini, Yang Berhormat Datuk Speaker, kebanyakan penduduk daerah Segamat khususnya kawasan saya di perkampungan Pogoh seperti menjadi satu rutin tahunan di mana mereka akan tinggal di pusat pemindahan banjir tatkala rumah mereka dinaiki air, akan terus ditenggelami air dek hujan berlarutan tanpa henti. Bagi kami perkara ini bukan asing lagi, tetapi sebagai kerajaan yang prihatin terhadap rakyat patutlah menggerakkan jentera untuk meneliti semula keberkesanan tebatan yang telah dilaksanakan sebelum ini. Tidak dinafikan mangsa banjir mula menunjukkan penurunan setelah tebatan siap sepenuhnya tapi masih ada segelintir penduduk tetap menjadi mangsa tahunan bila musim hujan berpanjangan. Melihat akan perkara ini, saya berpendapat, Sungai Codan di Kampung Pogoh boleh diteliti semula untuk memastikan aliran air di situ lebih lancar dan melihat sungai-sungai kecil berhampiran agar laluan air tidak tersekat dengan benda-benda asing yang lain.

Yang Berhormat Datuk Speaker, akhir bicara ingin saya ucapkan jutaan tahniah dan terima kasih atas kejayaan-kejayaan di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor dalam masa terdekat telah disaksikan oleh semua bangsa Johor. Dengan berjayanya Program Bantuan Beras Bangsa Johor, Program Dapur Kasih, Program Klinik Bergerak Maju Johor dan beberapa program lain bakal menyusul kelak. (Dewan bertepuk.)

Kemelah memandang ini satu inisiatif yang sangat baik dan menerima impak positif daripada semua penerima selain rasa terharu penduduk setempat atas ingatan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor ini kepada mereka. Semoga kepimpinan di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor ini akan memajukan lagi Johor berserta pimpinan barisan EXCO-EXCO yang terpilih. Sekian dari saya salam sejahtera dan kasih Kemelah. Terima kasih. (Dewan bertepuk)

Timbalan Speaker

Terima kasih Kemelah. Dijemput Simpang Jeram.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan Doa). Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam perpaduan, salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, Simpang Jeram merafak sembah menjunjung kasih titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail pada Pembukaan Rasmi Persidangan Ke-3 Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 pada 9 Mei 2024 yang lalu. Memetik titah Pemangku Sultan Johor adalah menjadi keutamaan saya untuk memastikan semua Bangsa Johor mempunyai makanan di atas meja, tempat tinggal, akses pendidikan berkualiti untuk anak-anak Johor serta akses kepada kemudahan asas dan kemudahan kesihatan yang baik. Salah satu perkara yang diberi penekanan dalam titah tersebut adalah berkaitan tempat tinggal atau rumah kediaman Bangsa Johor. Rumah kediaman merupakan salah satu kepada perkara asas dalam kehidupan manusia. Dalam suasana ekonomi yang mencabar kos pembinaan atau membeli rumah juga turut meningkat selari dengan peningkatan kos bahan-bahan binaannya. Rata-rata rakyat yang berpendapatan rendah atau dalam kategori B40 dan M40 amat mengharapkan rumah kos rendah atau rumah mampu milik untuk mereka beli sebagai rumah kediaman pertamanya. Kurang rumah kos rendah atau rumah mampu milik di daerah dalam negeri Johor tidak boleh dinafikan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya Simpang Jeram menyahut baik hasrat kerajaan negeri untuk mensasarkan membina sebanyak 30,000 unit rumah mampu milik di seluruh negeri menjelang tahun 2026. Daerah-daerah negeri Johor akan mempunyai rumah mampu milik dengan Johor Bahru sebanyak 15,341 unit, Kluang 4,443 unit, Kulai 3,808 unit, Batu Pahat 1,534 unit, mana kala Mersing 1,456 unit, Kota Tinggi 1,111 unit, Tangkak 738 unit, Segamat 587 unit, Pontian 381 unit, dan mana kala Muar sebanyak 1,404 unit. Ianya bagi membolehkan lebih ramai rakyat negeri ini termasuk dalam kalangan berpendapatan rendah juga mampu memiliki kediaman sendiri. Ini merupakan komitmen dan ikrar kerajaan negeri ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Ke-4 Belanjawan 2024 yang lalu.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kekurangan pembinaan rumah kos murah atau rumah mampu milik di daerah Muar amat ketara sekali. Bagi makluman Yang Berhormat Datuk Speaker purata keluasan tanah di Muar rata-ratanya kurang daripada tiga ekar bagi setiap lot. Pembangunan perumahan yang dibangunkan oleh pihak pemaju pasti terlepas dari syarat menyediakan rumah kos rendah ini. Akhirnya, hasrat kerajaan untuk menyediakan rumah kos rendah dan rumah mampu milik bagi rakyat Johor yang berpendapatan rendah tidak akan tercapai. Dalam hal ini, kerajaan negeri tidak boleh secara total mengharapkan pihak pemaju perumahan swasta merealisasikannya. Yang Berhormat Datuk Speaker, Simpang Jeram penuh pengharapan kerajaan negeri dapat mencari satu solusi terbaik berkaitan isu ini. Kawasan perumahan terbesar setakat ini di Taman Pagoh Jaya hanya dapat menyediakan rumah mampu milik di tahun 2023 hingga tahun 2026 sebanyak 244 unit sahaja. Saya berpandangan dapatlah kiranya syarikat perumahan di bawah kerajaan negeri membantu bagi memastikan pembangunan rumah murah dan rumah mampu milik ini dapat dilaksanakan dan mencapai sasarannya di tahun 2026 ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Program Dapur Kasih Johor yang diperkenalkan oleh Yang Berhormat Menteri Besar Johor adalah suatu permulaan inisiatif yang baik bagi membantu dan meringankan beban kewangan rakyat. Menerusi Belanjawan 2024, kerajaan negeri Johor

telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM3,200,000.00 untuk menjayakan inisiatif Johor kasih ini. Ini merupakan program keluarga angkat bagi pembasmian miskin tegar di negeri ini dan ianya dijangka memberi manfaat kepada 2,647 ketua isi rumah miskin tegar. Pada masa ini, program dapur kasih ini telah berjalan selama lima bulan bermula pada bulan bulan Januari 2024 dan setiap ketua keluarga diberi RM100.00 setiap orang untuk berbelanja barangan dapur. Walaupun program ini dilihat baik, namun kita seolah-olah hanya memberi seekor ikan dan bukannya sebatang joran pancing yang boleh digunakan untuk mendapatkan hasil pancingan yang lebih kerap, banyak ikan-ikan yang lebih besar. Hari ini saya amat bersetuju mana-mana hujah Senggarang.

Yang Berhormat Datuk Speaker, apa yang menggusarkan saya jika titah Pemangku Sultan Johor selepas tahun 2025 ini, sasaran untuk mencapai angka sifar miskin tegar tidak boleh tercapai. Justeru itu Simpang Jeram memohon inisiatif ini dapat dikaji semula dan mengharapkan satu solusi lain yang lebih efektif dapat diperkenalkan kelak bagi memastikan miskin tegar tidak lagi ada di kalangan Bangsa Johor Insya-Allah.

Yang Berhormat Datuk Speaker, isu ketiga yang hendak saya bawa adalah berkaitan bangunan kuarters kediaman di bawah pentadbiran kerajaan negeri Johor yang terbiar dan tidak disenggara dengan baik. Saya menyahut baik hasrat YB Bukit Permai merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan atas inisiatif serta komitmen beliau untuk menyelesaikan isu bangunan terbiar yang terletak di pusat bandaraya negeri Johor. Dan kerajaan negeri amat komited merangka beberapa penyelesaian menang-menang berhubung perkara ini. Ianya selari dengan hasrat kepimpinan kita Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor untuk menjadikan negeri Johor sebagai sebuah negeri yang bersih. Dalam pembentangan bajet yang lepas, pihak kerajaan amat komited untuk memastikan keselamatan, kebersihan dan kelestarian alam sekitar menjadi salah satu teras utama bagi kerajaan negeri Johor. Jika isu kediaman ini tidak ditangani dengan baik, maka hasrat kerajaan melalui strategi 1 iaitu mewujudkan persekitaran yang selamat, bersih, indah dan ceria dibimbangi tidak akan dicapai.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya lihat isu ini berlaku apabila penghuni yang dahulunya mendiami kuarters ini berpindah ke rumah sendiri maka bangunan kediaman ini terbiar kosong. Kediaman yang tidak diisi dengan penghuni baharu dan tidak diselenggara akhirnya ditumbuhi semak samun terbiar dan menjadi tempat pembiakan binatang berbisa. Bangunan yang terbiar lama pastinya mudah rosak dan bila perkara ini berlaku kos baik pulihnya akan lebih besar berbanding kos penyelenggaraannya. Sebagi contoh di kawasan saya terdapat sebuah bangunan kuarters empat tingkat yang dahulunya pernah saya didiami. Bangunan kuarters yang terletak di kawasan strategik di kelilingi pusat-pusat perniagaan terbiar tanpa dipedulikan. Ini menjejaskan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja dan menjejaskan hasrat kerajaan untuk menjadi negeri Johor sebagai bandar bersih.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebagaimana Tenang, saya juga mengharapkan bangunan-bangunan kediaman di bawah pentadbiran kerajaan negeri dapat dibaik pulih dan diselenggara dengan baik. Jika boleh dijadikan dasar atau disesuaikan dengan peraturan sedia ada, bagi kelayakan mendiami bangunan kuarters kerajaan saya mencadangkan ianya dijadikan sebagai rumah-rumah transit kepada pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga terutama kepada anak negeri Johor. Dijadikan rumah transit mangsa kebakaran, dijadikan pusat sementara mangsa banjir dan sebagainya. Hasrat saya Yang Berhormat Datuk Speaker, kita tidak membiarkan bangunan-bangunan yang masih selamat dan boleh di didiami dibiarkan begitu sahaja dan ianya mendatangkan kerugian kepada kerajaan dan masyarakat setempat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sejajar dengan titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bahawa setiap rakyat Johor berhak untuk menikmati kemudahan kesihatan yang baik tanpa mengira latar belakang sosio ekonomi mereka. Ianya menzahirkan betapa

baginda Tunku amat mengambil berat kesihatan dan kebajikan rakyatnya. Sebagaimana kita semua maklum, kerajaan telah pun menyediakan pelbagai kemudahan perubatan untuk memastikan rakyat negara ini mendapat rawatan yang terbaik. Yang Berhormat Datuk Speaker, rakyat yang sihat bukan sahaja mewujudkan masyarakat yang bahagia, keluarga yang sejahtera malahan ianya juga secara tidak langsung akan dapat meningkatkan produktiviti sebuah negeri dan negara. Rakyat yang mempunya kesihatan yang baik insya-Allah mempunyai mental atau emosi yang sihat akan berfikiran lebih rasional dan pastinya tidak mungkin melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh merosakkan diri sendiri, masyarakat mahu pun negara.

Yang Berhormat Datuk Speaker, selepas berakhirnya era pandemik COVID-19, data jawatan rekod perubatan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar mencatitkan bilangan pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan klinik pakar adalah konsisten dengan trend meningkat. Adalah dijangkakan bilangan pesakit akan kian meningkat dengan peralihan fasa endamik COVID-19 di mana pesakit akan kembali untuk rawatan dan pihak hospital seharusnya bersedia dengan fasiliti yang lebih bagi memberi perkhidmatan kesihatan kepada pesakit. Bagi makluman Ahli-Ahli Dewan, Hospital Pakar Sultanah Fatimah menerima pesakit yang bukan sahaja datang dari penduduk daerah Muar tetapi menerima dan merawat pesakit dari daerah-daerah lain yang berhampiran dengannya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, dari segi fasiliti rawatan harian, hospital ini belum mempunyai ruang yang mematuhi kriteria perubatan. Bagi memberi rawatan kepada pesakit yang memerlukan memandangkan peluang perkhidmatan kesihatan ini amat mendesak pihak hospital terpaksa menggunakan wad sebagai alternatif bagi memenuhi keperluan pesakit atas keutamaan. Justeru itu, Hospital Pakar Sultanah Fatimah amat memerlukan sebuah bangunan klinik pakar yang selengkapnya di tapak tanah kosong di dalam kawasan hospital bagi memastikan perkhidmatan kesihatan Bangsa Johor khususnya daerah Muar dapat dipertingkatkan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Simpang Jeram merayu kepada pihak kerajaan supaya mempertimbangkan sewajarnya permohonan ini demi memastikan Bangsa Johor sentiasa mendapat rawatan yang sebaik mungkin. Marilah kita bersama-sama berdoa supaya negeri dan negara kita ini akan terus menikmati kemakmuran dan semoga rakyat sentiasa sihat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Majlis Perbandaran Muar atas kejayaannya mengekalkan buat kali ketiga berturut-turut sebagai sebuah Bandar Pelancongan Terbersih di ASEAN. Syabas kepada seluruh warga kerjanya dan kepada jabatan-jabatan yang turut terlibat sama bagi menjadikan bandar Muar khususnya Bandar Maharani sentiasa dalam keadaan bersih.

Yang Berhormat Datuk Speaker, negeri Johor adalah negeri yang mempunyai potensi besar dalam sektor pelancongan di negeri kita. Selepas pintu negara dibuka semula pada April 2022, setelah tamatnya era Pandemik Covid-19, negeri Johor telah menerima sejumlah 9.14 juta pelancong dan ianya mencatatkan jumlah tertinggi kehadiran pelancong berbanding negara ASEAN yang lain. Pemerkasaan industri pelancongan yang dilaksanakan kerajaan negeri melibatkan pelbagai inisiatif, berjaya memberi impak positif sekaligus menyaksikan kehadiran lebih 15 juta pelancong domestik dan antarabangsa di negeri ini direkodkan pada tahun lalu.

Negeri Johor sebagaimana yang kita maklum bukan sahaja mampu menghidangkan pelbagai tempat-tempat menarik seperti keindahan kepulauan di daerah Mersing, flora fauna hutan rimba tertua di Taman Negara Endau Rompin, Air Terjun Taman Negara Gunung Ledang, Taman Negara Tanjung Piai, malahan menghidangkan pelbagai warisan budaya, makanan dari pelbagai bangsa dan etniknya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kita dapat lihat kerajaan negeri Johor di bawah kepimpinan Menteri Besar begitu komited menjadikan industri pelancongan antara penyumbang terbesar kepada pendapatan negeri dengan mensasarkan 12 juta pelancong akan hadir pada Tahun Melawat Johor 2026 ini. Kerajaan negeri Johor dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC), PBT serta agensi lain telah memperuntukkan berjumlah RM67,600,000.00 bagi menambahbaik infrastruktur pelancongan pada pembentangan bajet 2024 yang lalu.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebagai anak Johor, sebagai anak Muar, saya mengharapkan daerah Muar tidak dilupakan sebagai salah satu daerah yang perlu diangkat sama menjadi suatu destinasi yang mampu menyumbang kepada industri pelancongan di Johor. Daerah Muar mampu menyumbang kepada industri pelancongan di Johor dan daerah Muar yang sinonim sebagai bandar pelancongan unik mampu mensajikan pelbagai destinasi menarik yang mampu menggamit kehadiran pelancong di daerah ini. Statusnya sebagai Bandar Pelancongan ASEAN Terbersih pasti menjadi pemangkin, penarik para pelancong dari dalam mahupun luar negara.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebagai anak, sebagaimana Johor Lama dan Sri Medan, daerah Muar juga terdapat begitu banyak lagenda serta jejak-jejak sejarah yang seolah-olah kian dilupakan. Kisah Lembing Awang pulang ke Dayang di Kampung Parit Raja. Kisah ini adalah kisah cinta tak kesampaian, Tuan Yang DiPertua, dimana, saya cerita sedikitlah, kerana ada masa sikit, untuk menarik, menghilangkan rasa ngantuk. Kisah teruna dan dara, di mana mereka berjanji untuk bersama iaitu Awang dan Dayang dimana mereka telah mengikat tali pertunangan, oleh kerana ibu Dayang tak berapa suka dengan Awang, jadi dia meletak hantaran agak tinggi, Tuan Yang DiPertua, RM370.07 duit. Saya tak tahu berapa banyak duit dia tu eh. Oleh kerana hantarannya begitu tinggi, akhirnya Awang berhijrah ke tempat lain selama 2 tahun untuk mencari duit untuk hantaran tersebutlah. Termasuk juga syaratnya menyediakan kain emas tulin, kain emas tulin ya, yang ditenun yang ada di Makasar. Dan perjanjiannya selama 2 tahun akan berlangsungnya pernikahan. Selepas 2 tahun tuan pengerusi, Tuan Yang DiPertua, Awang tak balik balik…

Timbalan Speaker

Datuk Speaker, Yang Berhormat Speaker, bukannya Yang DiPertua.

Yang Berhormat Speaker, minta maaf Yang Berhormat Speaker. Selepas 2 tahun si Awang tak balik, balik. Akhirnya ibu kepada si Dayang memutuskan tali pertunanganlah dan pada ketika itu juga anak penghulu berminat kepada si Dayang bernama Bachok dan mereka pun mengikat tali pertunangan. Beberapa hari sebelum perkahwinan, Datuk Yang DiPertua, tiba-tiba Awang pulang dan bila dapat berita bahawasanya bekas tunangnya telahpun mengikat tali pertunangan dengan orang lain, Awang begitu marah dan dia balik ke rumah mengambil tombak dan pergi berjumpa dengan si Bachok. Jadi, dia telah menikam Bachok. Bachok didalam keadaan berdarah mencabut tombak tersebut dan cuba dibalingkan kepada si Awang tetapi terkena kepada mangsa lain dan tombak ini akhirnya berjalan membunuh sebanyak 99 orang dan 99 orang yang terakhir itu adalah bapa kepada si Dayang. Bapa si Dayang pun mencuba untuk menikam siapa yang menikamnya, tetapi dihadapannya kebetulan adalah anaknya si Dayang. Dan dia pun menyerahkan tombak itu kepada si Dayang. Itu sebablah dipanggil lagenda ini, Tombak Awang Pulang ke Dayang. Saya difahamkan kubur-kubur itu masih berada di Padang. Kalau kita pergi ke Muar, padang dipanggil padang, ada satu taman dipanggil Taman Lembah, Padang. Dan terdapat juga, saya difahamkan tombak itu masih disimpan pewarisnya dan beliau juga pernah meng offer lah sesiapa yang bersetuju untuk menyimpannya. Jika Yang Berhormat Datuk Speaker berhajat, boleh lah…

Timbalan Speaker

Masa pon dah habis…

Beri saya seminit lagi Tuan Pengerusi, Tuan Yang DiPertua. Kisah Lembing Awang Pulang ke Dayang di Kampung Parit Raja, Lagenda Panglima Leher Hitam di Kampung Parit Saka Laut, Kubu Pertahanan Terakhir Kesultanan Melaka di Bentayan, Kisah Lagenda Biawak Busuk, Lagenda Kota Buruk, Makam Sultan Alauddin Riayat Syah di Pagoh dan pelbagai lokasi sejarah ditanam begitu saja. Lokasi-lokasi ini seperti telah dibangunkan sebagai salah satu lokasi pelancongan kerajaan negeri. Alangkah ruginya kepada generasi masa kini dan kepada generasi akan datang yang akan kehilangan jejak kawasan bersejarah jika ia tidak dibangunkan dengan sebaiknya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya yakin sebagai anak Muar, Yang Berhormat Menteri Besar pasti akan merangka dan merancang pelbagai kemudahan pelancongan bagi daerah ini. Sesuai statusnya sebagai Bandar DiRaja, kerajaan negeri Johor sudah pasti perlu memfokuskan produk-produk pelancongan yang terdapat di daerah Muar. Akhir kata Yang Berhormat Datuk Speaker, murai riuh mencari pasangan, terbang rendah, terbang tinggi, daerah Muar daerah pelancongan, jangan dibiar menjadi sepi. Merdu suara burung kenari, riuh rendah mencari kawan, destinasi menarik banyak di sini, sate, mee bandung Muar, mari tuan. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Simpang Jeram mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Simpang Jeram. Dijemput Penawar sebagai penawar.

Puan Fauziah binti MasriUMNO · BNPenawar

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terlebih dahulu Penawar ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada Penawar untuk mengambil bahagian mewakili suara DUN Penawar dalam sesi perbahasan menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia, Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dalam sidang Dewan yang mulia ini. Patik menjunjung kasih ke atas Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor di atas perkenan Duli Yang Amat Mulia Tunku merasmikan Dewan yang mulia ini. Menjunjung kasih titah Duli Yang Amat Mulia, Pemangku Sultan Johor yang menitahkan agar Ahli Dewan Undangan Negeri menggalas tanggungjawab membasmi golongan miskin tegar di seluruh Johor menjelang tahun 2025 dengan mencari dan mengenal pasti golongan tebabit di kawasan masing-masing dalam tempoh 19 bulan akan datang dan menyalurkan segala bantuan yang diperlukan. Insya-Allah, patik akan cuba sedaya upaya untuk menggerakkan seberapa banyak usaha untuk menjejaki, menyantuni dan memberikan bantuan untuk meringankan pendapatan golongan sasar ini. Alhamdulillah, Program Dapur Kasih Johor sentiasa berjalan lancar di DUN Penawar dan banyak lagi program pengupayaan untuk golongan ini akan dirangka dan dilaksanakan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, dengan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi hari ini, menuntut untuk kedua-dua iaitu suami dan isteri untuk kedua-duanya keluar bekerja. Dengan kenaikan kos sara hidup, sudah tidak relevan suami saja bekerja mencari rezeki. Apabila kedua-duanya keluar mencari rezeki, maka timbul satu lagi cabaran, iaitu cabaran untuk membesarkan anak-anak. Alhamdulillah kerajaan negeri sentiasa cakna dengan keperluan dan kebajikan rakyat bangsa Johor disemua peringkat dari kanak-kanak hinggalah ke golongan tua. Penawar menyambut baik inisiatif kerajaan dalam melaksanakan Program Jauhar Child Care Centre (JCCC) yang bukan sahaja memberikan pendidikan pra sekolah yang terbaik tetapi juga turut menawarkan yuran yang amat berpatutan. Saya difahamkan, sehingga kini seramai 67 kanak-kanak sudah menikmati perkhidmatan berkenaan membabitkan 3 JCCC iaitu di daerah Iskandar Puteri, Batu Pahat dan Pontian. Dan sebuah lagi JCCC akan diwujudkan di daerah Segamat. Penawar berpendapat JCCC ini perlu diperluaskan ke seluruh daerah dalam negeri Johor terutamanya di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk dan juga kawasan yang lokaliti adalah golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Penawar juga ingin bertanyakan adakah terdapat

perancangan untuk membuka JCCC ini di kawasan Penawar, memandangkan kawasan Penawar merupakan kawasan yang sedang pesat membangun dan mempunyai ramai golongan yang berkerjaya dan JCCC ini merupakan satu keperluan di sini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, seperti kita semua sedia maklum, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan Tahun Melawat Johor pada tahun 2026. Meskipun masih berbaki kurang 2 tahun lagi menjelang Tahun Melawat Johor 2026, namun saya lihat gerak kerja sudah giat dijalankan. Langkah kerajaan negeri ini merupakan cerminan kepada kesungguhan kerajaan Johor dalam membantu pemain industri pelancongan untuk bersiap sedia menyambut sasaran kehadiran kira-kira 12 juta pelancong pada Tahun Melawat Johor 2026 kelak. Penawar ingin mencadangkan supaya kerajaan turun padang ke kawasan luar bandar yang berpotensi untuk dijadikan kawasan eko pelancongan. Eko pelacongan ini akan memberikan elemen customer experience yang unik untuk pengunjung. Pengunjung mungkin sudah bosan dengan hotel-hotel yang hampir sama kesemuanya. Mungkin mereka memerlukan sesuatu yang unik untuk dirasai. Sebagai contoh, kita boleh bangunkan homestay-homestay di kawasan felda untuk dijadikan pusat pelancongan. Di kawasan Penawar, banyak homestay di kawasan felda yang berpotensi untuk dijadikan tarikan pelancongan. Sambil bercuti, mereka boleh merasai pengalaman masuk di kebun sawit, mandi paya dan bermacam-macam aktiviti kampung. Selain itu, kerajaan juga perlu membimbing mereka ini dan juga pemilik-pemilik pusat pelancongan ini untuk membantu mereka mendapatkan pensijilan-pensijilan penting seperti pensijilan Malaysia Tourism Quality Assurance sekaligus membolehkan mereka mendapat pengiktirafan sebagai pusat pelancongan yang mampu memberi perkhidmatan pelancongan pada piawaian yang terbaik.

Disamping itu juga, kita juga perlu menilai kesemua ekosistem pelancongan di negeri kita ini. Adakah sudah bersedia untuk menerima kehadiran 12 juta pelancong-pelancong. Kita perlu mempertimbangkan semua aspek terutama dari segi hospitaliti dan perkhidmatan, infrastruktur sokongan dari pemain industri dan masyarakat setempat serta persekitaran dan budaya masyarakat setempat yang turut menyumbang kepada tahap keselesaan pelancong. Mempunyai tempat menarik sahaja belum cukup untuk menjadikan negeri kita sebagai destinasi pilihan pelancong untuk sepanjang masa bukannya bermusim. Penawar yakin dan percaya kerajaan negeri khasnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar mempunyai strategik untuk menjadikan misi ini menjadi realiti.

Yang Berhormat Datuk Speaker, selain itu, satu lagi senario yang bakal merencatkan Tahun Melawat Johor ialah masalah kebanjiran gelandangan di kawasan ibu negeri kita iaitu Johor Bahru. Gelandangan ini ada di antara mereka yang tidur, membuang sampah, mabuk serta membuang air kencing di kawasan awam. Perbuatan ini akan memberi kesan kepada penduduk tempatan dan pelancong yang mahu bersiar-siar di kawasan tersebut selain menjadi punca kerosakan harta awam. Begitu juga dengan peniaga-peniaga kaki lima, peminta-peminta sedekah dan juga lebih malang ada di kalangan kanak-kanak yang menjadi penjaja-penjaja di restoran-restoran. Turut patut diberikan penguatkuasaan ke atas kanak-kanak yang menjual di restoran-restoran dan ada kalanya sehingga lewat malam.

Sehubungan daripada perkara itu, Penawar mohon kerajaan untuk memberi tumpuan terhadap perkara ini kerana ia akan memberi imej yang buruk terhadap negeri kita di samping memberi ketidakselesaan kepada para pelancong. Agensi dan jabatan terlibat perlu lebih proaktif dan lebih kerap turun padang untuk memberi pemantauan. Jika perlu tambah bilangan penguat kuasa tambahlah ia menjadi lebih ramai.

Kerajaan juga perlu mengkaji langkah penyelesaian terbaik untuk isu ini. Kaji apa masalah mereka. Adakah mereka dibuang keluarga atau mengalami masalah kewangan atau lain-lain. Pihak kerajaan mesti mengambil pendekatan holistik melalui jabatan yang relevan untuk menangani punca-punca utama masalah gelandangan ini supaya ia dapat diselesaikan secara berkesan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, hasrat utama Yang Amat Berhormat Menteri Besar adalah untuk menjadikan Johor sebagai negeri maju 2030. Untuk mencapai status negeri maju, kita mestilah mempunyai pencapaian yang hebat dari segi teknologi, ekonomi, modal insan dan lain-lain lagi. Dari segi ekonomi, Johor dijangka menjadi negeri termaju di Malaysia dalam tempoh dua tahun susulan pelaksanaan dua zon ekonomi khas di negeri ini iaitu Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Johor Khas Kewangan Forest City. Dua inisiatif ini akan memacu pertumbuhan ekonomi negeri dan negara yang menjadi lebih pesat.

Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura misalnya yang mengambil contoh usaha pembangunan Zon Ekonomi Shenzen dijangka berupaya meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar Negara sekali gus membuka peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada Bangsa Johor. Forest City pula projek mega pembangunan bercampur di atas empat pulau buatan di perairan Johor berdekatan Pelabuhan Tanjung Pelepas di sini diumumkan sebagai Zon Khas Kewangan. Selain itu, dari segi pelaburan yang masuk pula, Johor telah menerima RM113,700,000,000.00 pelabur dan mewujudkan 35,000 peluang pekerjaan dalam tempoh kira-kira dua tahun lepas. Sekali gus menyaksikan negeri ini menjadikan pengimport dan pengeksport terbesar negara.

Kita sedang berada di landasan yang terbaik untuk menjadi negeri maju, namun ada satu lagi aspek penting yang perlu diberi keutamaan iaitu aspek pembangunan modal insan dan juga tenaga kerja. Kemajuan yang dicapai negeri Johor sudah pasti menyediakan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi. Persoalannya, adakah anak-anak Bangsa Johor bersedia untuk menerima segala pembangunan ini? Adakah anak-anak Bangsa Johor sudah dipersiapkan dengan pengetahuan, kemahiran dan kemampuan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja terutama dalam bidang-bidang yang memerlukan pekerjaan kemahiran tinggi. Penawar mencadangkan agar diberikan perhatian pelajar-pelajar lepasan pusat-pusat kemahiran yang sedia ada seperti ILP, IKBN dan banyak lagi untuk mengisi pekerjaan yang wujud di dalam JS-SEZ. Wujudkan kuota tenaga kerja mahir. Penawar tidak mahu segala pembangunan dan kemajuan yang dicapai di negeri ini dimanfaatkan oleh anak-anak negeri lain. Penawar tidak mahu segala peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi diisi oleh bukan kalangan Bangsa Johor. Adakan MoU antara syarikat-syarikat dengan pusat-pusat pengajian tinggi.

Justeru, Penawar menyeru kepada kerajaan melalui agensi-agensi dan jabatan terlibat untuk memperkasa aspek tenaga kerja anak-anak muda kita dalam usaha menyediakan seberapa ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan tenaga kerja pada masa akan datang. Penawar ingin bertanya apakah usaha-usaha untuk memperkasa institusi-institusi di negeri Johor seperti Johor Skill Development Centre (JSDC) dan juga lain-lain kolej kemahiran untuk melahirkan lebih ramai pekerja mahir terutama dalam bidang teknikal.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Alhamdulillah, Pengerang iaitu kawasan Parlimen di DUN Penawar sekali lagi terpilih untuk menjadi lokasi tumpuan untuk dibangunkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ). Mengambil kira pengalaman daripada Projek Petronas Pengerang Integrated Complex (PIC) selain daripada keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam kalangan anak tempatan, salah satu aspek penting dalam menyediakan ekosistem untuk menjayakan JS-SEZ ialah sokongan dan akses kepada sistem pendidikan. Penawar melihat sudah menjadi satu keperluan untuk mewujudkan private school dan juga Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) di kawasan Penawar untuk melengkapi ekosistem projek PIC dan juga JS-SEZ.

Selain itu Yang Berhormat Datuk Speaker, mengambil pengalaman dari Projek PIC juga, setiap kali projek atau pembangunan itu datang ianya mesti datang bersekali dengan masalah-masalah seperti kenaikan harga hartanah, kenaikan harga barang dan banyak lagi. Justeru, Penawar mohon agar perkara ini diberi perhatian dan perlu difikirkan langkah-

langkah untuk mengawalnya agar penghujungnya masyarakat sekitar tidak merasa terbeban dan tidak juga menolak pembangunan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, pendidikan merupakan tonggak dan tulang belakang kemajuan negeri kita dalam menuju misi Johor Maju 2030. Pendidikan merupakan aspek yang perlu dititikberatkan. Penawar faham untuk isu pendidikan ini banyak perkara berada di bawah bidang kuasa kerajaan pusat. Namun, Penawar ingin membangkitkan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Antaranya ialah berkaitan infrastruktur asas dan juga bidang Science, Technology, Engineering dan Mathematics yakni STEM. Penawar mohon kerajaan negeri berbincang dengan kerajaan pusat untuk mengkaji semula peruntukan untuk penyelenggaraan di sekolah-sekolah. Hal yang demikian, kerana peruntukan penyelenggaraan sekolah-sekolah hampir tiada sedangkan banyak sistem, pendawaian elektrik, peralatan ICT dan banyak lagi yang sudah usang perlu diganti untuk keselesaan guru dan murid.

Selain itu, kerajaan negeri juga perlu berbincang untuk mengatasi masalah pelajar di sekolah menengah yang tidak berminat mengikuti aliran sains tulen yang menawarkan subjek matematik tambahan, fizik, kimia dan biologi. Fenomena ini sangat membimbangkan kerana kita sedang bergerak ke arah negara berpendapatan tinggi yang memperkasakan teknologi digital dan AI. Kekurangan pelajar aliran sains tulen di sekolah boleh menjejaskan usaha melahirkan lebih ramai golongan profesional di negeri ini. Penawar ingin bertanya, apakah usaha-usaha dan langkah proaktif kerajaan negeri untuk menarik minat lebih ramai pelajar sekolah menengah untuk menceburi atau mengambil bidang sains tulen.

Yang Berhormat Datuk Speaker, penting untuk kita meramal masa depan yang perlu diteroka. Jika dulu orang sebut mengenai kepentingan bidang seperti IT dan kini satu lagi bidang masa depan yang perlu diteroka mulai daripada hari ini iaitu teknologi kecerdasan buatan iaitu AI. AI kini semakin maju dan hari demi hari, sedikit demi sedikit telah menggantikan kerja manusia dalam pelbagai bidang. Oleh itu, kita perlu bersiap sedia bermula sekarang dalam menghadapi dunia AI yang sangat pesat. AI masih memerlukan manusia dan akan ada peluang kerja baharu disebabkan oleh penggunaan AI. AI akan menggantikan manusia tetapi bukan semua untuk semua kerja. Manusia perlu manfaatkan AI sebaiknya. Di peringkat persekutuan ledakan kepantasan peralihan teknologi kecerdasan buatan AI, terangkum secara komprehensif melalui dasar-dasar kerajaan iaitu Malaysia National Artifical Intelligence (AI) Roadmap 2021-2025 oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) diikuti dengan kelancaran AI untuk rakyat dan pelan hala tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan oleh Kementerian Ekonomi serta Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang melibatkan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

Penawar teruja dan mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atas inisiatif meluluskan Program Ijazah Sarjana Muda AI pada peringkat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT) Januari lalu yang mana pelajar kohort pertamanya akan memulakan pengajian pada Oktober depan. Apa yang penting adalah pembangunan dan kurikulum AI perlu dikenal pasti menepati keperluan industri membabitkan pakar bidang AI termasuk pakar di luar negara. Perasmian fakulti AI pertama di UTM oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah tepat pada masanya yang mana mencerminkan komitmen kerajaan berpandangan jauh agar negara kita tidak ketinggalan dalam ledakan kepesatan teknologi-teknologi baru. Penawar harap kerajaan negeri juga mempunyai pelan jangka masa pendek dan pelan jangka masa panjang untuk menghadapi ledakan pembangunan AI ini.

Justeru, Penawar ingin bertanya kepada kerajaan, adakah kerajaan negeri mempunyai pelan jangka masa pendek dan pelan jangka masa panjang untuk meneroka bidang ini dan apakah program-program yang sedang dirangka oleh kerajaan negeri untuk memperkasa AI di negeri Johor? Dalam kita sibuk berkehadapan mengejar kemajuan bidang ekonomi, teknologi dan

semuanya harus diingat akan kos lepas yang perlu ditanggung oleh kerajaan. Perkembangan pantas teknologi terutamanya dalam sistem penyampaian maklumat sama ada melalui media masa mahu pun media digital menimbulkan seribu satu kebaikan. Maklumat mudah disebarkan dan diakses oleh semua pihak dengan pantas. Namun begitu, perkara utama yang perlu diberi perhatian juga ialah bagaimana kita hendak mendidik masyarakat mengenai adab dan bahayanya menyebarkan kebencian dan berita palsu. Adalah sangat penting untuk kita sama-sama berusaha melahirkan Bangsa Johor yang bijak berfikir, mempunyai adab dan bertamadun.

Malaysia mempunyai jaringan dan penebusan internet yang baik iaitu dengan kadar 97% dan Malaysia juga adalah antara pengguna laman media sosial facebook yang tinggi dengan anggaran 29 juta pengguna dan lebih kurang 15 juta untuk TikTok. Namun, infrastruktur telekomunikasi yang baik ini telah disalahgunakan oleh segelintir pihak yang telah banyak menyebarkan fitnah dan tidak berlandaskan fakta. Namun, tanpa mengira kesahihan sumber maklumat mereka lebih sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan liar tanpa bukti untuk menyokong hujah-hujah mereka. Fitnah dan penipuan yang ditanam hasil penyebaran maklumat palsu ini amatlah berbahaya kerana ia akan meracuni pemikiran rakyat tanpa kita sedar. Walaupun sesuatu maklumat tersebut adalah tidak benar jika ianya diulang dan diulang kali maka ianya akan dipercayai sebagai maklumat yang betul. Ini secara tidak langsung akan membentuk persepsi rakyat untuk membenci kerajaan secara membuta tuli dengan membuat pelbagai fitnah terhadap pemimpin negara termasuk cubaan mengaitkan pemimpin-pemimpin negara dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Perbuatan fitnah lebih bahaya daripada membunuh kerana boleh menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan. Firman Allah S.W.T. dan fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh, Surah al-Baqarah, Ayat 217.

Dalam perkara ini, rakyat perlu lebih bijak dalam menentukan kesahihan sesuatu maklumat terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Ini penting bagi mengelakkan rakyat terpedaya dengan tipu helah sesetengah pihak yang menggunakan taktik propaganda songsang, agenda setting dan sensasi. Seperti Penawar katakan tadi, adalah...

Timbalan Speaker

Masa ya Penawar.

Puan Fauziah binti MisriUMNO · BNPenawar

Sikit lagi. Sangat penting untuk kita sama-sama berusaha melahirkan Bangsa Johor yang mempunyai adab, bijak berfikir dan bertamadun. Justeru itu, Penawar berharap pihak terbabit dapat merangka modul dan program untuk mendidik masyarakat untuk bijak berfikir dan dapat melahirkan Bangsa Johor yang mempunyai minda kelas pertama. Sama-sama kita berdoa agar amanah dan mandat yang diberikan kepada kita semua dapat disempurnakan dengan penuh ikhlas dan penuh tanggungjawab. Penawar percaya dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor bagi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran dalam memaju Johor ke arah negeri lebih maju. Sekian sahaja dari Penawar. Penawar dengan ini menyokong. Wabillahi taufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Waalaikumussalam. Terima kasih Penawar. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga esok, 15 Mei 2024 jam 9.30 pagi.

Persidangan ditangguhkan pada jam 5.15 petang.

Pegawai-Pegawai Bertugas:

Timbalan Speaker

Jurutulis

Puan Zarina binti Abdul Kadir

Penolong Jurutulis

Encik Sufian bin Suleiman

Koordinator

Encik Muhammad Syahfiq Nizam bin Zulkipli

Pembantu Penerbitan

Puan Malina binti Mohd Nasir Encik Ariff bin Abu Bakar

Pembantu Operasi (Bentara)

Encik Razine bin Sulaiman Encik Hamdan bin Markom Encik Norhayadi bin Hussien Encik Muhamad Khirunizam bin Pahmi Encik Mohd Norazri bin Kasim Encik Mohd Sapri bin Manan Encik Muhamad Khairul Asyraf bin Abdullah Encik Muhammad Khairul bin Arop Encik Amer Ilham bin Jefli

Setiausaha Pejabat (Pelapor Dewan)

Puan Siti Fatimah binti Mohd Said (K) Puan Hajah Zalinah binti Ali Puan Hajah Rumiah binti Semirono Puan Hajah Azlin binti Bahrin Puan Junaidah binti Paing Puan Hajah Fareza binti Musa Puan Siti Rojimah binti Abd. Razak Puan Zahiti binti Muhamad Hamdi Puan Norazilawati binti Masri Puan Norlydialina binti Ithnain Puan Noor Dalilah binti Dahalan Puan Norliza binti Md Aris Puan Raihanah binti Ismail

Rakaman

Encik Nor Risam bin Esa Encik Azizan bin Md Sidi Encik Khairul Anuar bin Umar Usman

Juruaudio Video

Encik Noorazhan bin Mohd Salleh Encik Ismail bin Abu Bakar

Unit Dewan Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor 14 Mei 2024

Timbalan Speaker

VERBATIM