Johor · 3 October 2024

15th Assembly, 3rd session, 2nd meeting · 149 turns · 12,968 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.

Menjalankan Kerja Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Negeri.

Speaker

Bismillahirrahmaanirrahim. (Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. (Bacaan selawat). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan Salam Maju Johor.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan Negeri merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Syed Hussien bin Syed Abdullah (Dewan bertepuk) yang telah memenangi kerusi Ahli Dewan Negeri Johor kawasan Mahkota pada Pilihan Raya Kecil Negeri pada 28 September 2024 yang lalu. Tahniah YB, menang dengan majoriti besar. Tahniah juga kepada BN dan PH. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Machap.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang kita akan menjalankan kerja mengangkat sumpah oleh Ahli Dewan Negeri kawasan Mahkota. Dengan ini saya persilakan Yang Berhormat Tuan Syed Hussien bin Syed Abdullah.

Bismillahirahmannirrahim. (Bacaan selawat). Wallahi Wabillahi Watallahi. Bahawa adalah saya, Syed Hussien bin Syed Abdullah yang telah dipilih menjadi seorang Ahli Dewan Negeri atau Legislative Assembly bagi negeri Johor dengan sesungguhnya bersumpah atau berikrar dengan nama iman bahawa saya mengaku akan menyempurnakan kewajiban saya dengan tulus ikhlas sebagai seorang Ahli Dewan Negeri atau Legislative Assembly, yang tersebut itu dan saya bersumpah dan mengaku akan memelihara, mengawal dan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor, barang ditolongi Allah akan saya.

(Yang Berhormat mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah itu di hadapan Yang Berhormat Speaker).

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, demikianlah tadi upacara mengangkat sumpah Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri kawasan Mahkota. Marilah kita bersama-sama bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. dan berjanji untuk bekerjasama demi kepentingan rakyat di negeri Johor. Tahniah YB, huanying gongxi.

Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Speaker.

Jurutulis

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan Negeri ingin merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Pertabalan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 20 Julai 2024 yang lepas. Semoga Allah S.W.T. memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, dukacita dimaklumkan Yang Berhormat Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain, Ahli Dewan Negeri kawasan Mahkota mulai 10 Mei 2018 hingga 22 Januari 2022 dan 13 Mac 2022 sehingga Allahyarham kembali ke rahmatullah pada 2 Ogos 2024. Dewan ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Yang Berhormat Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain. Marilah kita sama-sama mendoakan semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bagi orang-orang Islam kita menghadiahkan Al-Fatihah dan bukan Islam berdiri bertafakur selama satu minit, silakan. Al-Fatihah (Berdiri). Terima kasih.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini ingin juga mengucapkan setinggi tahniah kepada YB Amira Aisyah binti Abdul Aziz, ADUN Puteri Wangsa, yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. (Dewan bertepuk). Selamat pengantin baharu YB, semoga bahagia ke anak cucu. Maka bertambahlah YB ye, tanggungjawab YB bukan sahaja sebagai Yang Berhormat tetapi juga sebagai isteri. Bolehlah dapatkan nasihat daripada YB-YB isteri yang berpengalaman macam mana mereka membahagikan tugas antara seorang YB yang sibuk tak ikut masa dengan tugas sebagai seorang suri rumah, tetapi jangan tanya kepada YB-YB suami, mereka tu memang selalu sibuk, selalu balik malam, lewat malam sampai ke pagi, katanya melawat kawasan, melawat rumah kena ribut ye, gajah mati kena pijak tapi rupa-rupanya melawat cawangan lain.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekali lagi saya mengucapkan setinggi tahniah semoga Yang Berhormat Tuan Syed Hussien bin Syed Abdullah, menjalankan tugas, menggalas amanah yang telah dimandatkan oleh rakyat. Terima kasih.

Pembentangan Kertas-Kertas Mesyuarat.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membentangkan Kertas Mesyuarat Bilangan 23 hingga 25 Tahun 2024. Bilangan 23 Tahun 2024 - Anggaran Perbelanjaan Tambahan Kedua Tahun 2024. Bilangan 24 Tahun 2024 - Peranggaran Tambahan Pembangunan Kedua Tahun 2024. Bilangan 25 tahun 2024 - Penyata Kewangan Tabung Amanah Warisan Negeri Johor (TAWNJ) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022.

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membentangkan Kertas-Kertas Mesyuarat Bilangan 26 Tahun 2024. Bilangan 26 Tahun 2024 - Penyata Kewangan Yayasan Warisan Johor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022.

Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md OnUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Serom

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membentangkan Kertas-Kertas Mesyuarat Bilangan 27 Tahun 2024. Bilangan 27 Tahun 2024 - Penyata Kewangan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022.

Tuan Aznan bin TaminUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan · Tanjung Surat

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membentangkan Kertas Mesyuarat Bilangan 28 Tahun 2024. Bilangan 28 Tahun 2024 - Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022.

Soalan Lisan.Questions

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Penawar.

Puan Fauziah binti MisriUMNO · BNPenawar

Bismillahirahmannirrahim. Assalammualaikum warahmatulahi wabarakatuh Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan nombor 1. Apakah persediaan dan strategi kerajaan untuk menyediakan tenaga kerja yang memenuhi keperluan industri dan keperluan Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) khususnya dalam bidang ekonomi digital, kecerdasan buatan (Ai), kelestarian dan perubahan iklim.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Kukup.

Assalammualaikum warahmatulahitaala wabarakatuh Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan nombor 2. Bilakah tarikh JS-SEZ ini akan dimeterai oleh pihak Kerajaan Malaysia dan Singapura serta adakah kerajaan negeri sudah benar-benar bersedia dan membuat persiapan bagi menghadapi kesan apabila ia dilaksanakan kelak?

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Simpang Jeram.

Assalammualaikum warahmatulahi wabarakatuh Yang Berhormat Speaker, soalan nombor 3. Apakah kesiapsiagaan JS-SEZ dalam menyambut hasrat Malaysia untuk sama menyertai blok ekonomi BRICS yang diangotai oleh Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan dan beberapa anggota lain negara dunia?

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Bentayan.

Tuan Ng Yak HoweDAP · PHBentayan

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan nombor 4. Bagaimana kerajaan menangani potensi peningkatan jurang ekonomi antara Johor Selatan dan Johor Utara akibat pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura?

Speaker

Sila.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Bismillahirahmannirrahim. Assalammualaikum warahmatulahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum saya menjawab soalan-soalan pada pagi ini, izinkan saya juga merekodkan penghargaan kepada Allahyarhamah Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain, di atas segala jasa dan khidmat bakti yang telah beliau curahkan semasa menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri ini, di Mahkota dan juga Penawar. Sesungguhnya, ucapannya yang bersemangat, gurauannya yang sentiasa mencuit hati dan alunan pantunnya yang sarat dengan makna, tidak lagi akan kedengaran di dalam Dewan

yang mulia ini dan sudah semestinya kita semua akan merindui beliau. Semoga roh Allahyarhamah akan sentiasa dicucuri rahmat Allah S.W.T. dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Insya-Allah, Al-Fatihah. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri yang baharu, New Kids On The Block. Tahniah dan syabas kita ucapkan kepada Yang Berhormat Syed Hussien bin Syed Abdullah atas kemenangan beliau dalam Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Mahkota baru-baru ini. Saya percaya beliau adalah seorang pemimpin muda yang berwibawa dan bertanggungjawab. Saya yakin beliau mampu membawa impak dan perubahan positif serta memenuhi harapan rakyat di kawasan DUN Mahkota. Di kesempatan ini juga saya ingin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada ADUN-ADUN daripada Barisan Nasional dan juga daripada Pakatan Harapan. Para pengundi DUN Mahkota dan semua yang telah bekerja keras dalam memberikan sokongan pada calon kita Yang Berhormat Saudara Syed Hussein. Sokongan dan dedikasi semua pihak telah membuahkan hasil yang membanggakan. Seterusnya membuktikan bahawa bersama, tiada gunung yang terlalu tinggi untuk didaki, tiada lurah yang terlalu curam untuk kita turun. Saya berharap, semangat kerjasama yang padu ini akan diteruskan demi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Dalam pada itu, saya juga ingin menyeru semua Ahli Dewan Undangan Negeri untuk terus berganding bahu dan bekerjasama demi memastikan agenda pembangunan yang lebih jitu dapat dibawa ke segenap lapisan masyarakat dan demi masa depan negeri yang tercinta ini. Yang Berhormat Datuk Speaker, hari ini sekali lagi saya bangun untuk menjelaskan soalan-soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Penawar, Kukup, Simpang Jeram dan Bentayan, berhubung Zon Ekonomi Khas (JS-SEZ) Johor-Singapore Special Economic Zone. Soalan-soalan yang dikemukakan ini menggambarkan kecaknaan Ahli-Ahli Yang Berhormat terhadap pembangunan JS-SEZ yang bakal menjadi booster ataupun pemangkin ekonomi yang akan melonjakkan lagi pertumbuhan di negeri Johor ini. JS-SEZ merupakan satu langkah strategik yang akan mencorak masa hadapan baru ekonomi Johor seterusnya mengukuhkan kedudukan kita sebagai hab ekonomi serantau. Pelaksanaan JS-SEZ juga bakal membawa pelbagai peluang kepada Bangsa Johor. Kedudukan kita sebagai pintu masuk ASEAN serta hubungan erat kita dengan Singapura menjadikan Johor lokasi yang begitu strategik untuk menarik pelaburan asing dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi. JS-SEZ juga akan menjadi platform untuk merancakkan ekonomi digital, inovasi teknologi serta pembangunan sektor hijau yang mampan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Alhamdulillah suka untuk saya kongsikan di dalam Dewan yang mulia ini, bahawa hasil kerja keras pelbagai kementerian serta agensi di peringkat persekutuan dan negeri serta rakan-rakan sejawat di Singapura, dokumen perjanjian kini dalam proses untuk dimuktamadkan. Sejurus selepas MOU JS-SEZ dimeterai, kita mensasarkan untuk dokumen perjanjian ditandatangani semasa pemukiman tahunan atau dengan izin, Annual Leaders Retreat antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Singapura yang Insya-Allah dijadualkan pada 8 hari bulan Disember tahun ini. Di samping ciri-ciri mesyuarat yang dilaksanakan melalui pembentukan kumpulan-kumpulan kerja, kandungan perjanjian tersebut diperincikan lagi dalam Bengkel Perundingan Kumpulan Kerja Bersama Malaysia-Singapura bagi pembangunan JS-SEZ yang telah diadakan pada 28 hingga 30 Ogos di Johor ini. Selaras dengan objektif pelaksanaan JS-SEZ yang akan menawarkan ekosistem pelaburan terbaik di rantau ini, Insya-Allah kita juga akan mendengar

pengumuman pakej insentif yang bakal ditawarkan kepada para pelabur melalui Belanjawan Medini 2025 yang akan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan pada 18 Oktober ini, Insya-Allah.

Yang Berhormat Datuk Speaker, walaupun dokumen perjanjian hanya akan disempurnakan semasa Leaders Retreat Disember nanti, kepimpinan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan telah mengambil tindakan proaktif untuk mengadakan pertemuan dan sesi libat urus bersama pelabur, pemain industri dan para pemegang taruh. Bahkan kita juga telah membuat penampilan di pelbagai platform untuk melontarkan pandangan dan memberikan keyakinan kepada pelabur berhubung rancangan dan visi pembangunan JS-SEZ ini. Ini termasuklah sesi libat urus bersama Ahli-Ahli Yang Berhormat serta pegawai-pegawai kanan kerajaan yang telah diadakan dengan Kementerian Ekonomi pada tahun ini pada bulan Jun. Terkini, melalui penganjuran Invest Malaysia, Iskandar 2024 di Iskandar Puteri pada 26 September baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah menghurai dan menekankan akan prospek pelaburan JS-SEZ kepada lebih 500 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai institusi pelaburan dalam dan luar negara. Bahkan, saya sendiri bersama rakan-rakan di peringkat kerajaan negeri telah hadir untuk membuat perkongsian di samping mendengar maklum balas daripada semua pihak berkepentingan melalui pelbagai pertemuan dan forum termasuklah perbincangan meja bulat pemimpin industri pada 1 Julai, kedua, Forum Pelaburan JS-SEZ dianjurkan oleh Kementerian Ekonomi pada 11 Julai, ketiga, Asean Conference 2024 pada 1 September 2024, keempat, Forum Invest Johor 2024 di Forest City bersama RHB pada 15 Ogos 2024, kelima, The NUSS 70th Anniversary Lecture yang diadakan di Singapore pada 18 September, keenam, Milken Institute 2024 Asean Summit, Asia Summit, mohon izin pada 19 September 2024.

Saya percaya sesi-sesi yang telah diadakan bukan sahaja dapat menjelaskan tentang hala tuju pembangunan JS-SEZ bahkan segala pandangan dan maklum balas diterima juga telah diambil kira bagi memastikan inisiatif ini nanti akan dapat dibentuk dan dilaksanakan dengan sejitu mungkin serta benar-benar menepati objektif pelaksanaannya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, peningkatan kecekapan serta kemudahan menjalankan perniagaan atau ease of doing business merupakan aspek terpenting dalam memastikan kejayaan JS-SEZ. Justeru kita amat bersyukur Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri MITI telah bersetuju dengan pembukaan Invest Malaysia Facilitation Centre Johor atau IMFCJ yang bakal menjadi pusat sehenti bagi memudah cara para pelabur. IMFCJ bukan sahaja yang pertama di luar Kuala Lumpur bahkan ia akan menjadi pemudah cara proses pelaburan yang melibatkan semua agensi di peringkat persekutuan, negeri dan juga PBT (Pihak Berkuasa Tempatan). Di samping itu, IMFCJ juga bakal menjadi platform penambahbaikan penyampaian perkhidmatan antaranya sebagaimana berikut:

1. Pengharmonian proses dan dasar dengan mengintegrasikan prosedur dan garis panduan dari pelbagai agensi untuk memastikan kelancaran proses pelaburan.

2. Meletakkan garis bahasa yang jelas bagi proses kelulusan.

3. Meningkatkan ketulusan dengan mewujudkan mekanisme yang membolehkan semua proses dan keputusan dapat diakses dan difahami oleh pelabur.

4. Meningkatkan akauntabiliti dengan memastikan setiap agensi mengambil tanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan mereka dalam proses pelaburan.

5. Sokongan khusus untuk pelabur dengan memberikan panduan dan sokongan secara langsung kepada pelabur-pelabur itu. Cuma saya minta Timbalan Menteri kalau boleh bagi peruntukan lebih sikit.

Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam hampir semua sesi libat urus yang diadakan, perkara berkaitan ketersediaan tenaga kerja sentiasa diberikan penekanan oleh pemain-pemain industri. Kita akui untuk memastikan JS-SEZ berjaya, Johor perlu menyediakan tenaga kerja yang memenuhi keperluan tersebut. Malahan, ini juga merupakan salah satu matlamat utama JS-SEZ iaitu untuk menyediakan peluang pekerjaan per pendapatan tinggi khususnya kepada Bangsa Johor. Justeru, kerajaan negeri dengan dokongan erat kerajaan persekutuan telah menubuhkan Johor Talent Development Council atau JTDC bagi menyediakan tenaga kerja yang diperlukan oleh industri. Bagi tujuan tersebut, JTDC antara lain akan berperanan sebagai pusat perhubungan antara institusi pengajian tinggi, IPT dan industri untuk memperbanyakkan lagi program pembangunan bakat, peningkatan kemahiran serta penempatan kerjaya secara terus. Di samping itu, JTDC juga akan melaksanakan kajian keberhasilan program dan kursus sedia ada serta penyasaran semula kursus-kursus agar menepati keperluan industri.

Alhamdulillah, mesyuarat pertama yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri 1 telah pun diadakan pada 17 Julai dengan dihadiri oleh kementerian dan agensi utama bagi menangani isu-isu tenaga kerja dalam JS-SEZ. Insya-Allah Yang Berhormat Speaker, perasmian JTDC ini akan dilaksanakan pada bulan ini juga.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Kerajaan Negeri Johor juga turut memberi penekanan kepada pembangunan infrastruktur bagi menyokong ekosistem pelaburan yang berkualiti dalam JS-SEZ. Alhamdulillah, melalui jalinan kerjasama erat kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan, pelbagai projek infrastruktur utama berskala besar telah pun diluluskan. Ini termasuklah Johor Bahru-Singapore Rapid Transit Link (RTS), pelebaran Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dari Senai ke Simpang Renggam dan juga Lebuh Raya Senai-Desaru. Kerajaan negeri juga sedang bekerjasama dengan kementerian pengangkutan untuk memuktamadkan jaringan pengangkutan awam yang akan melengkapkan kemudahan RTS bagi menghubungkan ke seluruh kawasan JS-SEZ. Pada masa yang sama, sebahagian usaha-usaha ease of movement, dengan izin, juga telah mula dilaksanakan. Ini termasuklah perlaksanaan sistem QR code dan pendigitalan proses cargo clearance. Di samping itu pelbagai projek bekalan air juga telah diluluskan dan dalam proses pelaksanaan. Pinggiran sungai, maaf. Antara projek pembinaan takungan air pinggiran sungai atau TAPS Sungai Johor, TAPS Pontian Besar, Projek Pemindahan Air Mentah Layang Fasa 2 dan pelbagai lagi projek bekalan air. Ini semua bagi memastikan bukan sahaja ketersediaan air memenuhi keperluan industri, tetapi juga untuk kegunaan domestik termasuklah rumah-rumah kediaman terus mencukupi selari dengan pertambahan penduduk di negeri Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, JS-SEZ juga turut memberi tumpuan kepada elemen kelestarian atau sustainability. Selaras dengan itu, Kerajaan Negeri Johor pada penghujung tahun 2023 telah melancarkan Polisi Pembangunan Hijau Negeri Johor atau Johor Green Deal seterusnya menubuhkan Pusat Kelestarian Johor atau dikenali sebagai Johor Sustainable Center (JSC). Sejajar dengan inisiatif tersebut, kerajaan negeri melalui anak

syarikatnya PDT telah turut mula menerokai aktiviti ekonomi hijau. Ini termasuklah sektor tenaga boleh baru atau renewable energy melalui cadangan pembangunan ladang solar berskala besar.

Yang Berhormat Datuk Speaker, JS-SEZ merupakan satu langkah monumental dalam usaha kita melakar Johor sebagai negeri yang lebih maju, dinamik dan mampan. Pelaksanaan JS-SEZ berpontensi besar membawa Johor ke tahap pembangunan yang lebih tinggi melalui penjanaan pelaburan, penciptaan peluang pekerjaan, pembangunan masa depan yang lebih lestari dan pengukuhan daya saing ekonomi negeri. Lima inisiatif awal yang saya sebutkan tadi yang telah dilaksanakan bagi menyokong JS-SEZ adalah langkah penting bagi memastikan potensi JS-SEZ akan dapat memberi manfaat jangka masa panjang kepada negeri Johor dan meningkatkan kualiti hidup Bangsa Johor. Namun, kejayaan ini tidak akan mampu dicapai tanpa sinergi yang kukuh antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan. Kita perlu memastikan setiap langkah yang kita ambil di peringkat negeri adalah sejajar dengan visi dan perancangan strategik di peringkat nasional.

Yang Berhormat Datuk Speaker, merujuk kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kukup berhubung persediaan bagi menghadapi kesan pemeteraian perjanjian JS-SEZ suka saya untuk saya singkap semula apa yang pernah saya nyatakan di dalam Dewan yang mulia ini pada sidang DUN yang lalu. Walaupun inisiatif besar ini adalah satu langkah strategik yang berpotensi besar untuk memacu pertumbuhan ekonomi Johor. Kita tidak pernah sekali-sekali menafikan apatah lagi mengambil lewa terhadap cabaran yang dibawanya. Izinkan saya memberikan penjelasan mengenai cabaran-cabaran utama dan langkah-langkah menanganinya yang sedang dan akan diambil oleh kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan persekutuan.

Pertama dari segi persaingan tenaga kerja salah satu cabaran terbesar yang dihadapi adalah persaingan dalam mendapatkan tenaga kerja berkualiti. Peluang pekerjaan yang akan diwujudkan oleh JS-SEZ bakal menarik minat ramai. Termasuk dari luar negeri Johor. Justeru, sekiranya tiada penawaran tenaga kerja dari kalangan warga tempatan ia juga boleh mengundang kepada permintaan tenaga mahir dari luar negeri.

Kedua, peningkatan kos hidup JS-SEZ dijangka akan membawa peningkatan dalam nilai hartanah serta kos sara hidup di kawasan persekitarannya. Ini memberi cabaran kepada rakyat tempatan terutamanya bagi golongan B40 dan M40 yang mungkin berhadapan kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan perubahan ekonomi yang pesat.

Ketiga, risiko ketidakseimbangan pembangunan. Tumpuan pembangunan yang intensif di kawasan JS-SEZ juga berpotensi menyebabkan ketidakseimbangan pembangunan di kawasan-kawasan luar bandar atau yang tidak termasuk dalam zon ekonomi.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Kerajaan Negeri Johor telah mengambil beberapa langkah strategik untuk memastikan bahawa perkara-perkara ini dapat kita minimumkan.

Pertama, membangunkan tenaga kerja mahir dan berdaya saing. Sebagai tambahan kepada apa yang telah saya sebutkan awal tadi berhubung penubuhan peranan JTDC terutamanya dalam konteks ketersediaan tenaga kerja. Beberapa inisiatif lain telah turut dilaksanakan termasuk program-program latihan kemahiran, peningkatan kapasiti teknikal

serta kolaborasi dengan institusi pendidikan dan industri untuk memastikan anak Johor diperlengkap dengan kemahiran yang sesuai.

Kedua, menyediakan peluang perumahan mampu milik. Bagi menangani isu peningkatan kos hartanah, kerajaan negeri juga telah merangka dasar yang bertujuan meningkatkan kuantiti projek perumahan mampu milik untuk rakyat Johor terutamanya di kawasan JS-SEZ.

Ketiga, memastikan pembangunan seimbang dan inklusif. Kerajaan Negeri Johor beriltizam memastikan bahawa pembangunan ini berlaku tidak hanya tertumpu di JS-SEZ, kita akan luaskan ke daerah-daerah lain. Pembangunan infrastruktur akan diperluaskan di serata daerah di negeri Johor.

Keempat, memperkasa usahawan tempatan sebagai persediaan menghadapi cabaran ekonomi yang lebih agresif dan dinamik kerajaan negeri juga akan memberikan insentif dan sokongan kepada usahawan tempatan untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Kelima, melindungi identiti dan budaya tempatan, kerajaan negeri juga akan memastikan bahawa nilai dan budaya Bangsa Johor terus dipelihara. Program kesedaran dan promosi budaya tempatan akan juga diteruskan. Kerajaan negeri komited untuk mengambil segala langkah yang perlu diambil demi memastikan Bangsa Johor bukan sahaja siap siaga untuk mendepani pelbagai cabaran yang di bawa oleh JS-SEZ, tetapi juga berdaya saing dalam memanfaatkan segala peluang yang hadir dengannya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, isu berkaitan jurang ekonomi turut dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bentayan yang meminta penjelasan berhubung jurang ekonomi antara Johor Selatan dan juga Johor Utara akibat pembangunan JS-SEZ. Suka untuk saya tegaskan bahawa tumpuan kepada pembangunan JS-SEZ bukanlah bermaksud kita meninggalkan pembangunan di kawasan yang lain. Inisiatif kerajaan dalam membangunkan eko pelancongan di luar bandar termasuk projek-projek seperti Desaru Coast dan Endau Rompin National Park telah menarik pelancong domestik dan antarabangsa. Dengan ada fasilliti seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Senai yang menghubungkan Johor dengan pelbagai destinasi global kawasan luar bandar juga turut memberi, mendapat manfaat dalam bentuk kepesatan sektor pelancongan dan juga pelaburan.

Selain itu, pertubuhan pesat di kawasan JS-SEZ juga akan turut menyumbang kepada peningkatan hasil cukai dan bukan cukai bagi negeri Johor dan negara. Hasil ini akan dapat digunakan untuk menambah baik infrastruktur di kawasan-kawasan luar JS-SEZ. Disamping itu, pertumbuhan pesat di kawasan JS-SEZ juga akan meningkatkan permintaan terhadap produk-produk makanan segar yang disebabkan oleh pertambahan penduduk. Perkembangan sektor pelancongan serta peningkatan permintaan dalam sektor makanan dan minuman secara amnya. Peningkatan permintaan ini memberi peluang kepada petani di luar bandar untuk memenuhi keperluan pasaran domestik dan antarabangsa. Menjadikan sektor pertanian semakin relevan dalam rantaian bekalan ekonomi di kawasan bandar. Dalam konteks pembangunan di Johor Utara ia mempunyai potensi yang tinggi dalam sektor pertanian dan usaha untuk memodenkan sektor ini juga melalui pembangunan teknologi terkini sedang dipergiat. Program-program keusahawan dan projek peladangan pintar atau smart farming perlu juga diperkenalkan bagi menarik lebih ramai belia menyertai sektor ini. Disamping itu, melalui pelan induk ECER 2.0, Segamat akan memacu pembangunan sosio-

ekonomi yang saksama, inklusif dan mampan sebagai lembah bio-agro dengan memanfaatkan sektor bioteknologi dan perniagaan tani bagi merancakkan aktiviti perniagaan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, salah satu perkembangan penting di peringkat global yang akan memberi impak kepada pelaksanaan JS-SEZ adalah hasrat kerajaan Malaysia untuk menyertai blok ekonomi BRICS. Ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Simpang Jeram. Blok ini yang terdiri daripada Brazil, Russia, India, China, Afrika Selatan, Iran, Mesir, Ethiopia dan UAE kini mewakili kuasa ekonomi yang pesat berkembang di peringkat global. Penyertaan Malaysia dalam BRICS akan membuka akses kepada pasaran-pasaran baharu dan meningkatkan pelaburan asing ke dalam negara. Justeru, bagi pihak kerajaan negeri kita amat mengalu-alukan dan menyokong hasrat kerajaan persekutuan untuk menyertai blok ekonomi BRICS ini yang pastinya akan turut membawa potensi pelaburan dan perdagangan yang lebih besar kepada negeri Johor melalui JS-SEZ.

Yang Berhormat Datuk Speaker, JS-SEZ sesungguhnya adalah satu peluang tranformatif yang berupaya membawa Johor ke tahap pembangunan dan kemajuan pada takuk yang lebih tinggi. Ia akan membuka pintu kepada pelbagai kemungkinan luar biasa yang sekiranya di tangani dengan baik, bakal memacu pertumbuhan dan pembangunan di luar jangkaan. Namun, sekali lagi saya tegaskan bahawa kita sedar akan hakikat setiap peluang datang dengan cabaran yang tersendiri dan menuntut kerjasama, semangat, keyakinan, daya juang dan inovasi yang cemerlang untuk didepani. Dengan sokongan dan komitmen yang padu dari semua pihak kerajaan, pelabur dan juga setiap Bangsa Johor saya yakin tiada lautan yang terlalu dalam bergelora untuk kita renangi. Insya-Allah kita akan mampu mengatasi setiap cabaran dan rintangan bagi memastikan matlamat untuk menjadikan Johor sebagai pusat pertumbuhan ekonomi yang berdaya saing di pentas Asian dengan JS-SEZ menjadi pemankin yang bakal mengubah landskap masa depan kita kepada sebuah era baharu yang lebih makmur dan terbilang. Sekian, wabilahitaufikwalhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. (Dewan bertepuk).

Speaker

Ya jemput, satu soalan tambahan sahaja Kukup, sila.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Amat Berhormat selalu bercakap mengenai Special Economic Zone, SEZ ease of movement. Apakah pandangan Yang Amat Berhormat berkenaan isu VEP, Vehicle Entry Permit yang sering dibangkitkan sejak-sejak kebelakangan ini. Terima kasih.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Terima kasih Yang Berhormat Kukup tentang soalan berkenaan VEP. Seperti yang kita semua sedia maklum, baharu-baharu ini ada viral isu di mana rakan-rakan daripada Singapura mempunyai cabaran dan kekangan untuk masuk ke negeri Johor disebabkan Vehicle Entry Permit isu ini, dan untuk makluman semua saya telah dimaklumkan bahawa kira-kira 120,000 kenderaan persendirian yang mendaftar untuk VEP ini. Daripada angka tersebut 62,635 tag VEP telah berjaya diaktifkan manakala 57,000 tag VEP masih belum diaktifkan dan antara faktor yang menyumbang kepada delay ini dengan izin, pertamanya ialah ada di antara mereka yang lambat mendaftar, itu antara perkara penyebab utama. Keduanya Yang Berhormat Datuk Speaker, ialah masalah teknikal. Ketiga, dari segi masalah dari segi proses penghantaran VEP tersebut. Ada yang pos so, bila pos tahulah ada masalah teknikal dan pada masa ada juga walaupun dah dapat dia belum aktifkan VEP tersebut. Dari angka yang ditunjukkan sistem juga belum bersedia

untuk dikuatkuasakan. Saya bagi contoh baharu-baharu ini saya telah pergi ke kawasan Danga Bay, yang dekat Maxis memang saya lihat di mana vendor yang melaksanakan kelulusan VEP ini dah jadi macam pasar malam Yang Berhormat Datuk Speaker, dan ada yang datang seawal 6.30 pagi sampai ke petang pun mereka belum dapat menyelesaikan isu mereka. Tetapi, saya bersyukur dan berterima kasih kepada Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Saudara Anthony Loke, mereka telah mengambil tindakan yang pro-aktif untuk menangani isu tersebut dan saya difahamkan Yang Berhormat Saudara Anthony Loke pun berada di Johor pada pagi ini untuk membantu menyelesaikan polemik ini, Insya-Allah.

Jadi, saya juga dimaklumkan penguatkuasaan bermula 1 Oktober 2024 telah dipinda kepada penguatkuasaan berfasa. Ini bermaksud ke semua kenderaan asing Singapura, yang belum memiliki VEP masih boleh dibenarkan masuk dengan diberi peringatan di pintu masuk untuk segera mendaftar, memasang dan mengaktifkan tag RFID VEP mereka. Saya juga dimaklumkan bahawa terdapat penambahan dua lokasi pemasangan tag RFID VEP dari kapasiti 300 sehari kepada 1,500 sehari bermula 22 September di Kompleks JPJ, Taman Daya dan juga Akademi Pengangkutan Jalan, Wilayah Selatan Larkin. Insya-Allah Yang Berhormat Speaker, saya yakin dengan bantuan daripada pihak Kementerian Pengangkutan ini dan juga agensi JPJ, perkara ini akan diselesaikan segera, Insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini ingin meraikan dan mengucapkan selamat datang kepada pemerhati persidangan iaitu seramai 45 orang pelajar dan guru pengiring daripada Pejabat ADUN Kawasan Bekok. Ada? (Dewan bertepuk). Ya. 47 orang pemerhati daripada Peladang Nitar, PPK Rengit dan juga PPK Senggarang. 2 orang pemerhati daripada DUN kawasan Parit Yaani dan 3 orang pemerhati daripada pegawai Pejabat DUN kawasan Mahkota. Ini penyokong Ahli Yang Berhormat baru. Patut bawa lagi ramai Yang Berhormat, baru menang besar kan. (Ketawa).

Dijemput Yang Berhormat Bentayan.

Tuan Ng Yak HoweDAP · PHBentayan

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan nombor 5. Apa strategi utama kerajaan Johor untuk mencapai sasaran membasmi miskin tegar menjelang tahun 2025?

Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Bismillahirrahmannirrahim. Assalammualaikum warahmatullah. Salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Bentayan, pertanyaan beliau mengenai strategi utama kerajaan Johor mencapai sasaran miskin tegar menjelang 2025. Terima kasih atas pertanyaan Yang Berhormat.

Untuk makluman Dewan yang mulia, data miskin tegar yang kita kunci pada Mac 2023, adalah sebanyak 4,378 ketua isi rumah. Di mana 2,623 beragama Islam dan 1,795 bukan beragama Islam. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika Ucapan Belanjawan 2023 pada Februari 2023 di Parlimen, beliau berhasrat menoktahkan miskin tegar di Malaysia. Manakala Johor pada ketika itu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita, menyahut hasrat tersebut pada Mac 2023. Sebab itu Yang Berhormat Datuk Speaker kita locked data setakat Mac 2023, 4,378. Beberapa siri perancangan bantuan dan pelaksanaan telah pun dijalankan secara berkala sejak Mac 2023 sehingga kini.

Pada November 2023, miskin tegar dalam negeri Johor mencatatkan penurunan sebanyak 39.5% bersamaan dengan 1,731 miskin tegar berjaya dikeluarkan menjadikan miskin tegar pada ketika itu seramai 2,647. Usaha ini tak akan dapat kita laksanakan Yang Berhormat Datuk Speaker, melainkan dengan kerjasama erat khususnya portfolio saya dan juga portfolio YB Serom. April 2024, jumlah miskin tegar dalam negeri Johor mencatatkan lagi penurunan sebanyak 74.1% bersamaan dengan 1,515 miskin tegar berjaya dikeluarkan menjadikan miskin tegar pada ketika itu hanya tinggal 1,132 orang.

Pada Julai tahun ini, miskin tegar semakin menurun dan Datuk Speaker, suka saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, Julai 2023 data yang kita locked pada Mac 2023, maaf, data terkini Julai 2024, setakat ini mencatatkan penurunan 100% dan ini bermakna kerajaan Johor berjaya mengeluarkan ke semua 4,378 miskin tegar dalam tempoh kurang setahun. Kejayaan ini hasil daripada pelaksanaan Program Keluarga Angkat dan Dapur Kasih Johor serta bantuan daripada agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Pejabat Pembangunan Negeri Johor, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor, Pejabat-Pejabat Daerah dan semua agensi pemberi bantuan yang membantu pembasmian miskin tegar ini.

Suka ditekankan pencapaian ini adalah kerjasama pelbagai pihak yang bertungkus lumus secara berterusan. Ini adalah idea dan buah fikiran bernas daripada pemimpin kita, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, yang merencanakan sebuah Jawatankuasa Khas bagi memutihkan data miskin tegar secara besar-besaran. Ini bertepatan dengan Titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail ketika merasmikan pembukaan Sidang Ketiga Dewan Johor, Dewan Negeri Johor pada 9 Mei yang lalu, Baginda bertitah supaya tidak ada seorang pun ketua isi rumah Bangsa Johor yang berstatus miskin tegar selepas 2025.

Bila kita menyentuh soal miskin tegar Yang Berhormat Datuk Speaker, ia berkait rapat dengan isu kebajikan masyarakat. Saya akan menjawab dalam konteks kebajikan masyakarat di bawah Portfolio Majlis Agama Islam Negeri Johor memandangkan MAINJ di bawah portfolio saya. MAINJ sentiasa cakna dan prihatin akan kepayahan rakyat yang beragama Islam. Terdapat 26,000 asnaf yang dibantu melalui pelbagai skim bantuan MAINJ bermula daripada sara hidup, bantuan dialisis, bantuan perubatan, bantuan menjelaskan hutang dan lain-lain lagi. Sehingga 30 September 2024, sebanyak RM148,849,709.03 telah diagihkan kepada 196,369 penerima bantuan daripada pelbagai skim. Selain itu, RM3,600,000.00 juga diperuntukkan untuk 12,000 asnaf. Setiap asnaf menerima RM300.00 melalui Program Belanja Dapur Asnaf, di mana setiap asnaf akan dibawa berbelanja sendiri di kawasan kedai runcit berhampiran mereka.

MAINJ juga memperuntukkan RM2,700,000.00 pada tahun ini, bagi Program Johor Kasih, bagi 2,250 ketua isi rumah miskin tegar dan inisiatif ini akan dilanjutkan pada tahun hadapan. Bukan itu sahaja, MAINJ memoptimumkan penggunaan wang zakat untuk membantu para asnaf melalui bantuan baik pulih rumah, bantuan sewaan rumah dan bantuan bina baru rumah berjumlah RM15,000,000.00. Di samping itu, MAINJ turut menyediakan bantuan berdikari dan bantuan pembangunan asnaf sebagai salah satu inisiatif membangun masyarakat fakir miskin di negeri Johor dan juga melaksanakan pembangunan ekonomi mereka sendiri seperti membantu usaha perniagaan, jahitan, masakan, pertukangan dan penjajaan kecil. Modal juga diberi secara bantuan peralatan.

Pada tahun 2024, Yang Berhormat Datuk Speaker, bantuan berdikari diberikan sebanyak RM500,000.00, manakala bantuan peralatan asas pada tahun ini berjumlah RM1,900,000.00. Kita juga sedang berusaha Yang Berhormat Datuk Speaker, untuk memastikan pada tahun ini, kutipan RM400,000,000.00 pertama zakat kita dapat dicapai bagi memastikan lebih ramai asnaf yang ramai dapat dibantu.

Aspirasi membasmi miskin tegar di peringkat negeri dan pusat adalah terjemahan daripada modul dan pemimpin hebat Islam yang kita galas daripada Sunnah Rasulllah S.A.W. Bagi maksud strategi pembasmian miskin tegar 2025, negeri Johor telah memastikan strateginya berdasarkan 3 peranan penting. Pertama, mengenal pasti jumlah miskin tegar, kedua menyalurkan bantuan kepada semua ketua isi rumah miskin tegar dan yang ketiga, memberikan pembangunan usahawan dan juga membuka peluang perniagaan kepada mereka.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum saya menutup, satu maklumat penting kepada semua Ahli Dewan, untuk kenal pasti siapakah miskin tegar secara per kapita bagi penduduk luar bandar setiap isi rumah per kapita per kepala Yang Berhormat Datuk Speaker, kalau dia punyai pendapatan di bandar RM317.00, dan ke bawah, dia adalah miskin tegar. Kalau dia di luar bandar, RM318.00 dia adalah miskin tegar.

Yang Berhormat Datuk Speaker, data miskin tegar adalah dinamik, walaupun kita sudah 100% kita basmi ikut data Mac 2023, tapi dia kekal bergerak dan ada permohonan baru. Maka, inilah tugas kita sebagai Wakil Rakyat mencari dan memastikan orang kampung kita, penduduk masyarakat sekitar kita, memohon kepada e-Kasih untuk didaftarkan, asal RM317.00 ke bawah di bandar, RM318.00 ke bawah di kampung, mereka layak dimasukkan sebagai miskin tegar dan mereka layak mendapat semua bantuan kerajaan pusat juga bantuan kerajaan negeri melalui MAINJ. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Bentayan, satu soalan tambahan sahaja.

Tuan Ng Yak HoweDAP · PHBentayan

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker dan YB EXCO atas dasar jawapan yang diberi. Soalan tambahan saya, adakah kerajaan Johor mempunya satu pelan jangka panjang untuk memastikan keluarga yang telah keluar daripada miskin tegar ini tidak akan kembali ke tahap kemiskin pada masa akan datang. Sekian sahaja. Terima kasih.

Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Terima kasih YB, saya akan menjawab hanya bagi skop portfolio saya ketika ini. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya sebut tadi, di bawah MAINJ sendiri ada program pembangunan asnaf dan program bantuan berdikari. Yang Berhormat Datuk Speaker, yang keluar daripada miskin tegar ini RM317.00 bagi bandar, RM318.00 bagi kampung. Maksudnya, kita nak pastikan pendapatan mereka lebih daripada RM317.00. Senang kira, kalau orang itu RM320.00 sahaja di bandar ataupun di kampung mereka bukan lagi miskin tegar. Maka, selesailah hasrat kerajaan nak mengeluarkan miskin tegar.

Satu, tapi bila mereka miskin tegar Yang Berhormat Datuk Speaker, mereka masih lagi miskin, maka miskin kalau di bawah Agama Islam, kekal ada peruntukan dan bantuannya sebagai asnaf yang wajib dibantu. Bercakap bagi pihak masyarakat Islam walaupun mereka bukan lagi miskin tegar, mereka masuk ke kategori miskin, mereka akan tetap mendapat

bantuan dan akan dipandu menerusi program pembangunan asnaf dan juga pembangunan berdikari asnaf, supaya turutan peluang pekerjaan mereka, kalau mereka berniaga, perniagaan mereka akan dipandu dan dibimbing sehingga mereka benar-benar terkeluar, bukan sahaja sebagai miskin tegar tapi kita harap yang miskin pun sudah tidak akan lagi miskin. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Senggarang.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Senggarang nombor 6. Berapakah jumlah peruntukan untuk menyelenggara jalan-jalan kampung di negeri Johor yang disalurkan oleh kerajaan pusat sepanjang tahun 2024 mengikut pecahan daerah dan DUN?

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Bismillahirrahmannirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Maju Johor. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Senggarang. Yang Berhormat Senggarang membangkitkan soalan tentang berapakah jumlah peruntukan untuk menyelenggara jalan-jalan kampung di seluruh negeri Johor yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan sepanjang 2024 mengikut pecahan daerah dan DUN.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Pejabat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Negeri Johor adalah salah satu agensi yang berperanan dalam pembangunan jalan di kawasan luar bandar atau kampung menerusi Projek Jalan Perhubungan Desa atau JPD. JPD adalah jalan-jalan yang menyambungkan di antar sebuah kampung dengan kampung yang lain atau menghubungkan kampung dengan jalan raya utama. Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup dan memberikan keselesaan perhubungan kepada penduduk luar bandar.

Bagi menjawab soalan YB Senggarang, Pejabat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Negeri Johor pada tahun 2024 sehingga Oktober ini, telah menerima kelulusan sebanyak 69 projek dengan peruntukan bernilai RM7,490,000.00 bagi pembinaan dan penyelenggaraan jalan kampung di seluruh negeri Johor. Mengikut pecahan daerah, Segamat, 10 projek melibatkan nilai RM570,000.00; Muar, 5 projek dengan nilai RM600,000.00; Batu Pahat, 33 projek dengan nilai RM2,830,000.00; Kluang, 5 projek dengan nilai RM1,000,000.00; Kota Tinggi, 14 projek dengan nilai RM2.190,000.00; Johor Bahru, 2 projek RM300,000.00 dengan keseluruhan melibatkan 69 projek dan nilai RM7,490,000.00.

Untuk makluman Yang Berhormat Senggarang, sebanyak 12 projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) dengan peruntukan sebanyak RM660,000.00 telah diluluskan bagi DUN Senggarang bagi tahun 2022. Selain Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Jabatan Pengairan dan Saliran atau JPS juga melaksanakan projek jalan luar bandar khusus bagi pelaksanaan jalan ladang dan pertanian.

Bagi tahun 2024, sebanyak 229 projek bernilai RM26,637,235.97 adalah mendapat kelulusan bagi pembangunan jalan ladang dan pertanian di seluruh kawasan luar bandar negeri Johor. Pecahan mengikut daerah ialah Batu Pahat - 69 projek, Kluang - 10, Kulai - 26, Mersing - 21, Muar - 20, Pontian - 32, Segamat - 25, Tangkak – 26; dengan jumlah keseluruhan 229 projek dan nilai RM26,605,777.57.

Untuk makluman Yang Berhormat Senggarang, sebanyak 7 projek jalan ladang dan pertanian di bawah JPS dengan kelulusan sebanyak RM745,640.00 telah diluluskan bagi DUN Senggarang untuk tahun 2024. Melalui JAKOA pula, pada tahun 2024 sebanyak 12 projek bernilai RM1,200,000.00 telah mendapat kelulusan bagi pembangunan jalan kampung asli. Pecahan mengikut daerah ialah Mersing, 4 projek dengan nilai RM450,000.00, Segamat 2 projek, RM300,00.00, Batu Pahat 2 projek dengan nilai RM240,000.00, Johor Bahru 1 projek dengan nilai RM50,000.00, Muar 1 projek bernilai RM60,000.00 dan Kluang 2 projek dengan nilai RM100,000.00.

Untuk makluman Yang Berhormat Senggarang juga, sebanyak 2 projek naik taraf jalan kampung Orang Asli di bawah JAKOA dengan peruntukan sebanyak RM240,000.00 telah diluluskan untuk tahun 2024 untuk DUN Senggarang iaitu Kampung Orang Asli Sri Pantai dan Kampung Orang Asli Desa Sri Banang. Terima kasih.

Speaker

Jemput Senggarang.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih juga Yang Berhormat EXCO atas jawapan itu tadi. Soalan tambahan saya Yang Berhormat Datuk Speaker, apakah syarat-syarat untuk bina baru dan bagaimana pula dengan kos pembinaan itu Yang Berhormat EXCO? Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker terima kasih atas soalan tambahan itu. Untuk syarat-syarat pembinaan jalan kampung ini, dia ada banyak Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ringkaskan antaranya ialah jalan itu mesti dalam kawasan kampung, kemudian memberi manfaat kepada sekurang-kurang 2 buah rumah atau digunakan oleh 10 orang pengguna. Ketiga, memberi kemudahan perhubungan kepada kemudahan-kemudahan awam, menyambung di antara kampung dengan kampung lain atau dengan jalan besar dan banyak lagi dan Yang Berhormat Datuk Speaker saya ingin mencadangkan supaya Yang Berhormat Senggarang atau lain-lain Yang Berhormat supaya boleh rujuk ke Google untuk dapatkan garis panduan di website Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah kerana ada banyak skop dan syarat-syarat yang ditetapkan dalam ini.

Dan berkenaan dengan nilai projek pula Yang Berhormat Datuk Speaker, saya tak dapat nak menyatakan secara terperinci kerana ia berbeza mengikut lokasi dan keadaan muka bumi. Cumanya, kami telah mencadangkan kepada pihak kementerian supaya pembinaan jalan-jalan baharu selepas ini di kawasan kampung dimasukkan juga skop untuk pemasangan lampu solar di kawasan-kawasan yang bersesuaian, supaya tidak nanti jalan di kawasan perkampungan siap, ada permohonan pula lampu solar. Jadi ia mungkin akan melibatkan kos yang bertambah di masa akan datang. Terima kasih.

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Pulau Sebatang.

Puan Hajah Hasrunizah binti HassanUMNO · BNPulai Sebatang

Yang Berhormat Datuk Speaker saya Pulai Sebatang, soalan nombor 7, terima kasih.

Apakah status terkini bagi 6 Projek Tebatan Banjir (RTB) jangka panjang dan 5 RTB jangka sederhana yang melibatkan kos sebanyak RM1,842,000,000.00 yang pernah dimaklumkan sebelum ini di Mesyuarat Keempat (Belanjawan 2024) bagi persediaan kerajaan negeri bagi menghadapi banjir 2023.

Speaker

Selalu silap saya sebut.

Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad SallehUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi · Bukit Pasir

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera, salam Maju Johor Yang Berhormat Datuk Speaker, pengurusan banjir yang terancang dan sistematik dapat mengurangkan impak akibat banjir yang melibatkan kehilangan nyawa dan harta benda.

Pada tahun 2019, kita menerima satu projek yang bernilai RM135,000,000.00. Pada tahun 2022, kita menerima dua projek bernilai RM54,600,000.00 dan pada tahun 2024 kita menerima 7 lagi projek bernilai RM1,260,000,000.00.

Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan, pemantauan bagi projek-projek mengatasi banjir ini sebenarnya telah dibentangkan dalam Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negeri, Mesyuarat Projek-Projek Berimpak Tinggi Negeri dan juga Jawatankuasa Khas, Task Force Khas yang dipengerusikan oleh KSU PETRA dan saya sendiri. Pada tahun 2019 kita telah mendapat projek yang bernilai RM134,970,000.00 yang melibatkan RTB Sungai Muar Fasa 2 dan sehingga sekarang prestasi di tapak sebanyak 83%. Namun begitu, projek ini dalam proses penamatan secara mutual kerana ia melibatkan beberapa masalah yang timbul di peringkat pihak kontraktor.

Pada tahun 2023, kita menerima satu projek di Tangkak iaitu menyiapkan baki kerja bagi Projek RTB Lembangan Sungai Kesang bernilai RM24,900,000.00, yang mana projek ini dijangka siap pada tahun Disember 2025 yang melibatkan 13 kawasan dan akan memberi manfaat kepada 5,000 orang dan setakat ini jadual prestasi di tapak 16.93%. dan kemudian di Kota Tinggi Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pemandi serta kerja berkaitan di Kota Tinggi bernilai RM29,700,000.00 yang telah bermula pada Julai 2023 dan dijangka siap pada bulan 10, 2025 melibatkan dua kawasan dan 2,000 orang akan dapat manfaat daripada projek ini.

Pada tahun 2024 Yang Berhormat Datuk Speaker, kita menerima 7 lagi projek tebatan banjir. Terima kasih banyak kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan kerjasama yang baik bersama Kementerian PETRA di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II. Projek-projek ini dipantau secara rapat melalui Mesyuarat Projek Berimpak Tinggi dan juga Mesyuarat Task Force Khas PETRA dan juga kerajaan negeri, projek pertama ialah RTB Sungai Muar Fasa 3, Pakej 2 di daerah Segamat melibatkan perbelanjaan RM70,950,000.00. Projek ini telah pun bermula pada bulan 2, 2024 dan dijangka siap pada 2027 dan mengikut komitmen yang diberikan oleh pihak kontraktor boleh diawalkan lagi sehingga September 2027 dianggarkan 11,000 orang akan mendapat manfaat daripada projek ini di lima kawasan dan setakat ini 11.91% kemajuan ditapak.

Yang kedua ialah Rancangan Tebatan Banjir Bandar Batu Pahat bernilai RM187,200,000.00 juga telah bermula pada Januari 2024 dan dijangka siap pada tahun 2027, Disember. Namun begitu, atas hubungan baik dan juga kerjasama semua pihak, projek ini dijangka dapat diawalkan sehingga Disember 2026.

Ketiga ialah RTB Sungai Johor Fasa 1 Pakej 2 di Kota Tinggi, Johor yang melibatkan RM74,200,000.00 juga telah bermula pada Januari 2024 dan dijangka siap pada tahun Disember 2027 dan juga komitmen daripada kontraktor Insya-Allah kerja-kerja ini boleh disiapkan September 2027.

Bagi ketiga-tiga projek awal yang saya sebutkan ini Yang Berhormat Datuk Speaker dan Ahli-Ahli Dewan, kita berjaya mempercepatkan projek ini melalui kerjasama dengan pihak JPS dan juga pihak Pejabat Tanah. Sebagai contoh, isu tanah sepatutnya bermula pada Julai 2025 tapi setelah kita melakukan beberapa sesi perbincangan, alhamdulillah kerja-kerja tanah di tiga projek pertama yang saya sebutkan ini telah pun bermula pada September 2024.

Seterusnya ialah RTB Sungai Muar Fasa 3 Pakej 1 di Segamat bernilai RM461,000,000.00, projek ini dijangka siap pada Disember 2024 dan akan memberi manfaat kepada 11,000 penduduk di empat kawasan. RTB Sungai Johor Fasa 1 Pakej 1 di Kota tinggi, bernilai RM376,000,000.00 dijangka siap Disember 2027 yang akan memberi manfaat kepada 15,000 orang di tiga kawasan. Seterusnya projek di Batu Pahat projek memperkukuh struktur dan fasiliti empangan-empangan tebatan banjir khususnya di Sembrong bernilai RM33,000,000.00 dan kerja ini pun dijangka siap pada Disember 2027 dengan akan memberi manfaat kepada 17,500 orang di empat kawasan. Dan satu lagi projek RTB Sungai Batu Pahat dalam proses tender dan Insya-Allah dijangka siap pada November 2024 perolehannya dan dijangka akan siap pada Ogos 2027 yang akan melibatkan manfaat kepada 3,500 orang di satu kawasan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, itu merupakan projek-projek yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan persekutuan kepada Kerajaan Negeri Johor. Namun begitu, untuk tahun 2025 kita ada mengangkat 15 lagi projek-projek rancangan tebatan banjir bernilai RM1,914,000,000.00. Antaranya di Sungai Mengkibol, Sungai Melantai, Sungai Chaah, Senggarang dan Parit Botak Fasa 1 Batu Pahat Johor, Sungai Kesang Fasa 2, daerah Tangkak Sungai Muar, FELDA Medoi di daerah Segamat, Sungai Skudai di daerah Kulai dan Johor Bahru, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Masai, Sungai Pontian Besar dan Sungai Pontian Kecil di Pontian, yang ini bernilai RM74,000,000.00, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tiram RM62,400,000.00, Sungai Tenglu Besar daerah Mersing, Sungai Ring daerah Tangkak, Sungai Senduk dan Parit Keliling Sungai Kesang daerah Tangkak, Sungai Belemang daerah Tangkak dan kerja-kerja berkaitan sistem pam struktur pintu air dan lain-lain kerja berkaitan di Sungai Mersing, Johor. Keseluruhannya bernilai RM1,914,700,000.00.

Sementara kita menunggu projek-projek ini diluluskan, Yang Berhormat Datuk Speaker, melalui peruntukan kerajaan negeri telah memperuntukkan RM14,426,000.00 bagi 16 kerja projek tebatan banjir, 12 kerja saliran mesra alam dan 17 kerja lembangan sungai untuk tahun 2024. Terima kasih.

Speaker

Saya jemput satu lagi soalan, dijemput YB Pemanis. Tak ada soalan tambahan ya.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNPemanis

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Pemanis nombor 8.

Berapakah jumlah pelaburan bagi suku tahun pertama 2024? Apakah strategi yang telah diatur oleh pihak kerajaan dalam memastikan pelabur-pelabur terutama daripada luar negara memanfaatkan potensi yang ada di negeri Johor untuk mereka pilih sebagai destinasi pelaburan perniagaan mereka.

Tuan Lee Ting HanMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia · Paloh

Salam sejahtera, salam maju Johor, Yang Berhormat Datuk Speaker, berkaitan dengan jumlah pelaburan bagi suku tahun pertama tahun 2024, berdasarkan statistik terkini daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia ataupun MIDA, Johor telah pun mencatatkan jumlah pelaburan komited sebanyak RM12,936,000,000.00 sehingga suku kedua tahun 2024. Jumlah ini merangkumi pelaburan asing langsung ataupun FDI sebanyak RM7,972,000,000.00 ataupun 61.6% dan pelaburan domestik langsung (DDI) sebanyak RM4,964,000,000.00 ataupun 38.4%. Sebanyak 396 projek telah pun diluluskan yang dapat mewujudkan 8,948 peluang pekerjaan. Daripada jumlah RM12,936,000,000.00 tersebut sektor perkilangan telah menyumbang sebanyak RM6,027,000,000.00 ataupun 64.6%. FDI bagi sektor perkilangan adalah RM4,571,000,000.00 manakala DDI sektor perkilangan adalah RM1,456,000,000.00. Sektor perkhidmatan telah mencatatkan jumlah pelaburan kapital sebanyak RM6,909,000,000.00 di mana FDI bagi sektor perkhidmatan adalah RM3,401,000,000.00 manakala DDI adalah RM3,508,000,000.00.

Berkaitan dengan strategi-strategi ataupun usaha-usaha kerajaan negeri serta kerajaan persekutan supaya pelabur-pelabur memanfaatkan potensi yang ada di negeri Johor dan untuk mereka pilih Johor sebagai destinasi pelaburan ataupun perniagaan mereka banyak usaha telah pun disebutkan oleh Dato’ Menteri Besar pagi tadi termasuk penubuhan Pusat Pemudahcara Pelaburan Malaysia di Johor ataupun Invest Malaysia Facilitation Centre yang bertujuan untuk mengurangkan kerenah birokrasi dan mempercepatkan proses kelulusan termasuk juga usaha menubuhkan Johor Talent Development Council untuk memastikan Johor dapat melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi seiring dengan industri berrevolusi 4.0 serta transformasi digital yang sedang melanda dunia. Polisi-polisi ataupun inisiatif-inisiatif lain termasuk penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dan tidak dilupakan adalah penubuhan Zon Kewangan Khas Forest City yang telah pun memberi perhatian istimewa oleh kerajaan persekutuan. Zon ini dijangka dapat menjadi hab kewangan antarabangsa yang menawarkan pelbagai insentif cukai dan sokongan perkhidmatan yang menarik pelabur dalam sektor kewangan dan teknologi. Dengan adanya Zon Kewangan Khas Forest City, Forest City di Johor mempunyai potensi besar untuk menjadi pemain utama dalam landskap kewangan global. Inisiatif seperti ini bukan sahaja memacu pertubuhan ekonomi, tetapi turut membuka peluang pekerjaan berkualiti tinggi kepada rakyat Johor. Pada Isnin depan, Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama pihak Forest City dan juga pihak perunding kita akan adakan satu sesi taklimat khas kepada para pelabur dan juga kepada kepada pemain-pemain industri di negeri Johor. Tidak dilupakan adalah juga usaha kerajaan negeri seperti inisiatif Johor Fastlane yang telah terbukti mempercepatkan kelulusan projek pembangunan pelaburan yang dengan melibatkan lebih daripada 17 agensi teknikal. Dengan proses yang dapat dipermudahkan ini, pelabur dapat memulakan operasi mereka lebih cepat sekaligus meningkatkan daya saing Johor di persada antarabangsa.

Yang Berhormat Datuk Speaker, akhir kata kerajaan negeri tetap komited untuk memastikan negeri ini terus menjadi destinasi pelaburan yang kompetitif dan mampan. Usaha-usaha yang telah dan sedang dilaksanakan ini bukan sahaja dapat menarik lebih banyak pelaburan, malah akan meningkatkan daya saing Johor secara keseluruhan dan meningkatkan taraf hidup rakyat Johor melalui penciptaan peluang pekerjaan yang berkualiti. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekiranya ada soalan yang belum dijawab secara lisan, akan dijawab secara bertulis dalam Persidangan yang sama.

Soalan-Soalan Bertulis.Questions

Speaker

Jawapan kepada Soalan-soalan Bertulis oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat ada dibentangkan di atas Meja Mesyuarat.

Peranggaran Tambahan Pembangunan Kedua Tahun 2024.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Saya mohon membawa rundingan supaya Dewan ini serta-merta berpindah menjadi Jawatankuasa Bagi Keseluruhan Dewan Negeri untuk menimbangkan Peranggaran Tambahan Pembangunan Kedua Tahun 2024 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 24 Tahun 2024 dan memperakukan sama ada peranggaran itu patut diluluskan oleh Dewan ini dengan dipinda atau tiada dipinda.

Peruntukan yang diperlukan untuk Peranggaran Tambahan Pembangunan Kedua Tahun 2024 adalah berjumlah RM44,087,000.00 di bawah dua (2) Jawatankuasa seperti berikut:-

1. Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan, Pembangunan Ekonomi dan Pelancongan Negeri Johor RM7,000,000.00.

2. Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor RM37,087,000.00.

Penjelasan lanjut bagi tambahan-tambahan tersebut akan diberi di peringkat Jawatankuasa berkenaan.

YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rundingan itu dipersetujukan.

Dewan Bersidang Sebagai Jawatankuasa.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM7,000,000.00. Bagi Kepala Perbelanjaan P.70, Pejabat Menteri Besar Johor itu; dipersetujukan.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Pengerusi, bagi Maksud Pembangunan P.70, Pejabat Menteri Besar Johor, peruntukan tambahan yang diperlukan adalah sebanyak

RM7,000,000.00. Dari jumlah tersebut, sebanyak RM1,000,000.00 adalah untuk menampung kekurangan peruntukan bagi Program Bantuan Baik Pulih 50 buah rumah daif di negeri Johor (RM20,000.00 sebuah) dan sebanyak RM6,000,000.00 untuk menampung kekurangan peruntukan bagi Program Pembangunan Bola Sepak di Negeri Johor.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM37,087,000.00. Bagi Kepala Perbelanjaan P.74, Jabatan Kerja Raya Johor itu; dipersetujukan.

YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi: Yang Berhormat Datuk Pengerusi, bagi Maksud Pembangunan P.74, Jabatan Kerja Raya, peruntukan tambahan sebanyak RM37,087,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi Kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf bangunan-bangunan kerajaan negeri berikutan terdapat perubahan kos projek dan tambahan projek baru.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapat persetujuan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Pengerusi, oleh sebab maksud-maksud peranggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 24 Tahun 2024 itu telah pun selesai ditimbangkan, maka saya membawa rundingan supaya ketetapan-ketetapan Jawatankuasa itu dimaklumkan serta-merta kepada Dewan Negeri.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Dewan Negeri Bersidang Semula.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Jawatankuasa Dewan ini telah pun menimbang dan meluluskan tanpa pindaan maksud-maksud peranggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 24 Tahun 2024. Dari itu, saya membawa rundingan supaya Dewan ini bersetuju bahawa peruntukan wang berjumlah RM44,087,000.00 yang dicadangkan bagi Peranggaran Tambahan Pembangunan Kedua Tahun 2024 itu diluluskan oleh Dewan ini.

Dan dengan ini mengambil ketetapan bahawa satu jumlah wang yang tidak melebihi RM44,087,000.00 hendaklah dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan Dalam Tahun Kewangan 2024 bagi menyempurnakan maksud yang dinyatakan dalam kertas mesyuarat yang tersebut.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat, rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rundingan itu dipersetujukan.

Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan Kedua Tahun 2024.Bill

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (No.2) Tahun 2024 dibacakan kali yang pertama.

YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Pengerusi

Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang pertama.

Jurutulis

Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2024 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa saya akan membawa rundingan untuk bacaan kali yang kedua bagi Rang Undang-Undang ini pada hari ini juga dan saya membawa rundingan supaya Peraturan Tetap 112(2) ditangguhkan sementara agar pertimbangan Rang Undang-Undang ini pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan pada hari ini juga.

YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Pengerusi

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan persetujuan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Peraturan Tetap 112(2) ditangguhkan sementara.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Saya mohon membawa supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tambahan Peruntukan ini merupakan tambahan kedua bagi Perbelanjaan Bekalan Tahun 2024. Tambahan Peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak RM14,623,000.00 sebagaimana yang dimasukkan di dalam Enakmen Perbekalan Tambahan Kedua Tahun 2024 di bawah Enam (6) Jawatankuasa seperti berikut:

1. Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan, Pembangunan Ekonomi dan Pelancongan Negeri Johor RM1,771,000.00

2. Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor RM654,000.00.

3. Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor RM1,500,000.00

4. Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor RM4,250,000.00.

5. Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor RM4,948,000.00.

6. Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur damn Komunikasi Negeri Johor RM1,500,000.00.

Penjelasan lanjut bagi tambahan-tambahan tersebut akan diberi di peringkat Jawatankuasa berkenaan.

YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua.

Jurutulis

Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2024 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu.

Dewan Bersidang Sebagai Jawatankuasa.

Jurutulis

JADUAL.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM1,399,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan tambahan yang diperlukan adalah sebanyak RM1,399,000.00. Dari jumlah tersebut, sebanyak RM1,100,000.00 adalah bagi menampung kekurangan peruntukan bagi penganjuran seminar berkenaan pindaan/kemaskini kepada perintah tetap dan juga prosedur elaun-elaun keistimewaan anggota pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri Johor serta kerja-kerja penyelenggaraan berkala di dalam Kem Sultan Ibrahim. Manakala sebanyak RM299,000.00 adalah untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran Gantian Cuti Rehat kepada kakitangan yang bersara.

Peruntukan tambahan yang diperlukan bagi aktiviti adalah seperti berikut:-

1. Pentadbiran Am – Bahagian Pengurusan RM299,000.00.

2. Dewan Negeri Johor RM250,000.00.

3. Kem Sultan Ibrahim RM850,00.00.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM654,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, Kerajaan Tempatan itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Bismillahirrahmaanirrahim. Bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, Kerajaan Tempatan, peruntukan tambahan yang diperlukan adalah sebanyak RM654,000.00. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM80,000.00 adalah untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran elaun lebih masa, sebanyak RM50,000.00 adalah untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran utiliti bangunan baru, sebanyak RM450,000.00 adalah untuk menampung kekurangan peruntukan bagi kos Majlis Pembukaan Zoo Johor dan bayaran perkhidmatan Bank bagi terimaan hasil secara dalam talian, dan sebanyak RM50,000.00 untuk menampung kekurangan bagi pembelian kelengkapan dan peralatan Zoo Johor dan EKSA. Manakala sebanyak RM24,000.00 adalah untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran Gantian Cuti Rehat kepada kakitangan yang bersara.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM4,250,000.00, bagi Kepala Perbelanjaan B.03,Pejabat Setiausaha Kerajaan itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Mohd Hairi bin Mad ShahUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Larkin

Bismillahirrahmaanirrahim.Bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan tambahan yang diperlukan adalah sebanyak RM4,250,000.00. Dari jumlah tersebut sebanyak RM1,250,000.00 adalah untuk menampung kekurangan peruntukan bagi penganjuran Program Johor Youth Vanguard, Programme Leadership dan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan pejabat dan program-program tahun 2024.

Manakala sebanyak RM3,000,000.00 untuk menampung kekurangan peruntukan bagi perbelanjaan penyertaan kontijen SUKMA Johor di SUKMA Ke-XXI Sarawak 2024 dan peruntukan tambahan yang diperlukan bagi aktiviti seperti berikut adalah:

1. Rakan Muda dan Sukan, RM3,000,000.00 2. Institut Dato’ Onn, RM800,000.00 3. Sukan Belia dan Sukarelawan sebanyak RM450,000.00

Terima kasih.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM4,920,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.21, Jabatan Agama Islam itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Bismillahirahmanirahim. Bagi maksud Bekalan B.21, Jabatan Agama Islam, peruntukan tambahan sebanyak RM4,920,000.00 diperlukan. Dari jumlah tersebut, sebanyak RM70,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan tuntutan perjalanan kakitangan kesan lantikan guru agama, sebanyak RM1,000,000.00 untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran utiliti sekolah agama kesan tambahan bangunan sekolah-sekolah agama sebanyak RM150,000.00 untuk menampung kekurangan peruntukan bagi kos penyelenggaraan pejabat baru Pejabat Kadi Daerah Kulai, sebanyak RM2,057,000.00 untuk menampung kekurangan peruntukan kerana kenaikan kadar bayaran perkhidmatan pembersihan dan kawalan keselamatan, kos pelaksanaan bagi majlis atau program yang tidak diperuntukkan serta pembayaran kenaikan Elaun Mengajar Darjah Khas daripada RM60.00 kepada RM100.00. Manakala sebanyak RM1,643,000.00 bagi pembayaran Gantian Cuti Rehat (GCR) kepada kakitangan yang bersara wajib dan kakitangan yang memohon kemudahan pemberian awal award wang tunai Gantian Cuti Rehat (GCR).

Peruntukan tambahan yang diperlukan bagi aktiviti seperti berikut:

1. Jabatan Agama Islam (Pentadbiran Am) RM1,000,000.00 2. Pendidikan Agama Islam, RM3,920,000.00

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM1,500,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md OnUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Serom

Bagi Maksud Bekalan B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat, peruntukan tambahan sebanyak RM1,500,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran Bantuan Am.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM1,500,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.24, Jabatan Kerja Raya itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad SallehUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi · Bukit Pasir

Bagi Maksud Bekalan B.24, Jabatan Kerja Raya peruntukan tambahan sebanyak RM1,500,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran perkhidmatan sewaan khemah majlis-majlis rasmi kerajaan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM28,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.29, Jabatan Kehakiman Syariah itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Bismillahirahmanirahim. Bagi maksud Bekalan B.29, Jabatan Kehakiman Syariah, peruntukan tambahan sebanyak RM28,000.00 diperlukan bagi menampung kekurangan peruntukan pembayaran utiliti jabatan kesan kenaikan tarif elektrik.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM367,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.49, Pejabat Daerah Kulai itu.

Perkara ini di hadapan Jawatankuasa ini iaitu wang sejumlah RM5,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Bagi Maksud Bekalan B.49, Pejabat Daerah Kulai, peruntukan tambahan sebanyak RM367,000.00 diperlukan bagi menampung kekurangan peruntukan kerana pembayaran utiliti dan pembayaran perkhidmatan pembersihan bangunan Pejabat Kerajaan Daerah Kulai yang lama.

Bagi Maksud Bekalan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat, peruntukan tambahan sebanyak RM5,000.00 diperlukan bagi pembayaran Gantian Cuti Rehat (GCR) kepada kakitangan yang memohon kemudahan pemberian awal award wang tunai Gantian Cuti Rehat (GCR).

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Jadual jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Jurutulis

FASAL 2.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Jurutulis

Fasal 1.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-Ahli bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Dewan Negeri bersidang semula.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun dipertimbangkan dalam Jawatankuasa satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan. Maka, saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan ini.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (No. 2) Tahun 2024 dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Jurutulis

Bahawa dengan ini adalah Diperundang-undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut:

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (No. 2) Tahun 2024.

Rang Undang-Undang Enakmen Industri Berasas Kayu (Pindaan) 2023.Bill

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Rang Undang-Undang Enakmen Industri Berasas Kayu (Pindaan) 2023 di baca kali yang pertama.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Jurutulis

Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Industri Berasas Kayu 1986 (Enakmen No. 3 Tahun 1986).

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Peraturan Tetap 58 ditangguhkan sementara agar rundingan untuk bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang ini pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan pada hari ini juga.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Peraturan Tetap 58 ditangguhkan sementara.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini di bacakan kali yang kedua sekarang.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum saya mencadangkan bacaan bagi Rang Undang-Undang Enakmen Industri Berasas Kayu 1986 (Enakmen No. 3 Tahun 1986) ini, izinkan saya memberikan penerangan ringkas mengenai tujuan dan sebab Rang Undang-Undang ini dibentangkan di Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Industri Berasas Kayu merupakan salah satu daripada industri yang menyumbang kepada pembangunan sektor ekonomi negeri dan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk. Industri ini juga merupakan salah satu daripada penyumbang kepada hasil negeri yang dikutip melalui fee lesen dan fee mesin-mesin yang digunakan di mana dianggarkan sebanyak RM1,398,155.00 hasil telah dikutip untuk tiga tahun kebelakang daripada industri ini.

Pindaan Enakmen Industri Berasas Kayu sedia ada, dijangka akan dapat menambahbaik dan memantapkan aktiviti kawalan dan penguatkuasaan terhadap industri berasas kayu di negeri ini melalui peruntukan penalti dan hukuman yang lebih berat memandangkan penalti dan hukuman di bawah enakmen sedia ada adalah rendah dan tiada relevan lagi. Pindaan enakmen ini mempunyai kadar minimum denda bagi setiap kesalahan adalah sebanyak RM10,000.00 berbanding kadar sebelum ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Rang Undang-Undang Enakmen Industri Berasas Kayu (Pindaan) 2023 ini melibatkan pindaan kepada 12 fasal di dalam enakmen sedia ada yang meliputi perkara-perkara seperti berikut:

1. Mengemaskini dan menambahbaik tafsiran sedia ada.

2. Memperuntukan penalti dan hukuman yang lebih berat berbanding dengan penalti dan hukuman sedia ada.

3. Memperluaskan pembayaran deposit dan tambahan deposit bagi lesen Industri Berasas Kayu.

4. Peruntukan seksyen baru mengenai pembaharuan lesen.

5. Peruntukan seksyen baru mengenai kuasa kompaun bagi kesalahan-kesalahan kecil dan;

6. Mengemaskini Enakmen Industri Berasas Kayu 1986 secara keseluruhannya dari segi takrifan dan lain-lain lagi.

Yang Berhormat Datuk Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia, draf Undang-Undang ini telah disemak, dikemaskini dan dimuktamadkan oleh pihak Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri. Sebagaimana kesimpulannya, Rang Undang-Undang Enakmen Industri Berasas Kayu (Pindaan) 2023 ini adalah untuk memperkemaskan aspek perundangan sejajar dengan keperluan semasa bagi memantapkan lagi aktiviti penguatkuasaan di samping membanteras kewujudan kilang-kilang industri berasas kayu haram yang tidak mematuhi peraturan serta prosedur perlesenan yang di tetapkan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, begitulah penerangan ringkas mengenai Rang Undang-Undang Enakmen Industri Berasas Kayu (Pindaan) 2023 ini dan saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibaca untuk kali kedua. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon mencadangkan.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua sekarang. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua.

Jurutulis

Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Industri Berasas Kayu 1986 (Enakmen No. 3 Tahun 1986).

Fasal 1, Fasal 2, Fasal 3, Fasal 4, Fasal 5, Fasal 6.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 1, Fasal 2, Fasal 3, Fasal 4, Fasal 5, Fasal 6, jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Fasal 1, Fasal 2, Fasal 3, Fasal 4, Fasal 5, Fasal 6, jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Jurutulis

Fasal 7, Fasal 8, Fasal 9, Fasal 10, Fasal 11, Fasal 12.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 7, Fasal 8, Fasal 9, Fasal 10, Fasal 11 dan Fasal 12 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Fasal 7, Fasal 8, Fasal 9, Fasal 10, Fasal 11 dan Fasal 12 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Pengerusi

Dewan negeri bersidang semula.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam Jawatankuasa satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan. Dari itu, saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Pengerusi

Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang Enakmen Industri Berasas Kayu (Pindaan) 2023 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Jurutulis

Bahawa dengan ini Diperundang-undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut:

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Industri Berasas Kayu (Pindaan) 2023. Enakmen ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui Pemberitahuan dalam Warta.

Rang Undang-Undang Enakmen Air Johor 2024.Bill

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Rang Undang-Undang Enakmen Air Johor 2024 dibaca kali yang pertama.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Jurutulis

Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi pengurusan, pembangunan dan mengawal selia sumber air serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Peraturan Tetap 58 ditangguhkan sementara agar rundingan untuk bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang ini pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan pada hari ini juga.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Peraturan Tetap 58 ditangguhkan sementara.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Pengawalseliaan dan pengurusan sumber air di Negeri Johor berpandukan kepada Enakmen Air 1921 (Pindaan 2014). Enakmen ini telah memainkan peranan yang signifikan dalam pengurusan sumber air di negeri Johor dengan mengambil kira aspek pengawalan dan pelesenan penggunaan air, penalti bagi pencemaran sumber air dan peningkatan kecekapan pengurusan air.

Yang Berhormat Datuk Speaker, perubahan terhadap keperluan semasa dan cabaran pengurusan air pada masa ini, memerlukan penambahbaikan undang-undang yang lebih menyeluruh dan dinamik. Di mana, enakmen sedia ada tidak meliputi kawasan rizab seperti pantai, tasik, empangan dalam membantu agensi melaksanakan penguatkuasaan bagi

memastikan pengurusan sumber air yang lebih cekap dan berkesan. Perubahan semasa ini juga memberi penekanan keperluan pemantauan yang memperketatkan syarat-syarat pemberian lesen kepada pihak-pihak yang terlibat dalam penggunaan air.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Pindaan Rang Undang-Undang Air Johor 2024 ini mengandungi 122 Fasal dalam 12 Bahagian. Antara perkara utama yang terlibat adalah sebagaimana berikut:

1. Memperluas kawasan pengurusan sumber air yang sebelum ini meliputi kawasan sungai sahaja ke kawasan sungai sehingga 3 batu nautika perairan pantai.

2. Memperuntukkan tindakan tegas terhadap pencemaran sumber air, di mana denda dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan pencemaran atau merosakkan ekosistem sumber air di negeri Johor dan

3. Mempertingkatkan perlidungan dan pembangunan sumber air kecekapan pengurusan sumber air.

Yang Berhormat Datuk Speaker, secara keseluruhannya, Rang Undang-Undang Air Johor 2024 adalah satu rangka kerja yang holistik bagi menjamin kualiti, ketersediaan, dan kelangsungan bekalan air bersih di negeri Johor, sambil memastikan sumber air diurus dengan bijak untuk kepentingan jangka panjang rakyat dan negeri.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon mencadangkan.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Pengerusi

Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibaca kali kedua.

Jurutulis

Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi pengurusan, pembangunan dan mengawal selia sumber air serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Fasal 1, Fasal 2, Fasal 3, Fasal 4, Fasal 5, Fasal 6, Fasal 7, Fasal 8, Fasal 9, Fasal 10, Fasal 11, Fasal 12, Fasal 13, Fasal 14, Fasal 15, Fasal 16, Fasal 17, Fasal 18, Fasal 19, Fasal 20.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 1, Fasal 2, Fasal 3, Fasal 4, Fasal 5, Fasal 6, Fasal 7, Fasal 8, Fasal 9, Fasal 10, Fasal 11, Fasal 12, Fasal 13, Fasal 14, Fasal 15, Fasal 16, Fasal 17, Fasal 18, Fasal 19 dan Fasal 20.

Jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Fasal 1, Fasal 2, Fasal 3, Fasal 4, Fasal 5, Fasal 6, Fasal 7, Fasal 8, Fasal 9, Fasal 10, Fasal 11, Fasal 12, Fasal 13, Fasal 14, Fasal 15, Fasal 16, Fasal 17, Fasal 18, Fasal 19, Fasal 20.

Jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Jurutulis

Fasal 21, Fasal 22, Fasal 23, Fasal 24, Fasal 25, Fasal 26, Fasal 27, Fasal 28, Fasal 29, Fasal 30, Fasal 31, Fasal 32, Fasal 33, Fasal 34, Fasal 35, Fasal 36, Fasal 37, Fasal 38, Fasal 39, Fasal 40.

Pengerusi

Tak ada yang nak tanya ke? Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 21, Fasal 22, Fasal 23, Fasal 24, Fasal 25, Fasal 26, Fasal 27, Fasal 28, Fasal 29, Fasal 30, Fasal 31, Fasal 32, Fasal 33, Fasal 34, Fasal 35, Fasal 36, Fasal 37, Fasal 38, Fasal 39 dan Fasal 40. Jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Fasal 21, Fasal 22, Fasal 23, Fasal 24, Fasal 25, Fasal 26, Fasal 27, Fasal 28, Fasal 29, Fasal 30, Fasal 31, Fasal 32, Fasal 33, Fasal 34, Fasal 35, Fasal 36, Fasal 37, Fasal 38, Fasal 39, Fasal 40.

Jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Jurutulis

Fasal 41, Fasal 42, Fasal 43, Fasal 44, Fasal 45, Fasal 46, Fasal 47, Fasal 48, Fasal 49, Fasal 50, Fasal 51, Fasal 52, Fasal 53, Fasal 54, Fasal 55, Fasal 56, Fasal 57, Fasal 58, Fasal 59, Fasal 60.

Pengerusi

Ada yang nak tanya? Perkara di hadapan Jawatankuasa ialah supaya Fasal 41, Fasal 42, Fasal 43, Fasal 44, Fasal 45, Fasal 46, Fasal 47, Fasal 48, Fasal 49, Fasal 50, Fasal 51, Fasal 52, Fasal 53, Fasal 54, Fasal 55, Fasal 56, Fasal 57, Fasal 58, Fasal 59, Fasal 60 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Fasal 41, Fasal 42, Fasal 43, Fasal 44, Fasal 45, Fasal 46, Fasal 47, Fasal 48, Fasal 49, Fasal 50, Fasal 51, Fasal 52, Fasal 53, Fasal 54, Fasal 55, Fasal 56, Fasal 57, Fasal 58, Fasal 59, Fasal 60.

Jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Jurutulis

Fasal 61, Fasal 62, Fasal 63, Fasal 64, Fasal 65, Fasal 66, Fasal 67, Fasal 68, Fasal 69, Fasal 70, Fasal 71, Fasal 72, Fasal 73, Fasal 74, Fasal 75, Fasal 76, Fasal 77, Fasal 78, Fasal 79, Fasal 80.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ialah supaya Fasal 61, Fasal 62, Fasal 63, Fasal 64, Fasal 65, Fasal 66, Fasal 67, Fasal 68, Fasal 69, Fasal 70, Fasal 71, Fasal 72, Fasal 73, Fasal 74, Fasal 75, Fasal 76, Fasal 77, Fasal 78, Fasal 79, Fasal 80.

Jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 61, Fasal 62, Fasal 63, Fasal 64, Fasal 65, Fasal 66, Fasal 67, Fasal 68, Fasal 69, Fasal 70, Fasal 71, Fasal 72, Fasal 73, Fasal 74, Fasal 75, Fasal 76, Fasal 77, Fasal 78, Fasal 79, Fasal 80.

Jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Jurutulis

Fasal 81, Fasal 82, Fasal 83, Fasal 84, Fasal 85, Fasal 86, Fasal 87, Fasal 88, Fasal 89, Fasal 90, Fasal 91, Fasal 92, Fasal 93, Fasal 94, Fasal 95, Fasal 96, Fasal 97, Fasal 98, Fasal 99, Fasal 100.

Pengerusi

Saya masih bagi peluang untuk bertanya, ada? Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 81, Fasal 82, Fasal 83, Fasal 84, Fasal 85, Fasal 86, Fasal 87, Fasal 88, Fasal 89, Fasal 90, Fasal 91, Fasal 92, Fasal 93, Fasal 94, Fasal 95, Fasal 96, Fasal 97, Fasal 98, Fasal 99, Fasal 100 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Fasal 81, Fasal 82, Fasal 83, Fasal 84, Fasal 85, Fasal 86, Fasal 87, Fasal 88, Fasal 89, Fasal 90, Fasal 91, Fasal 92, Fasal 93 Fasal 94, Fasal 95, Fasal 96, Fasal 97, Fasal 98, Fasal 99, Fasal 100, jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Jurutulis

Fasal 101, Fasal 102, Fasal 103, Fasal 104, Fasal 105, Fasal 106, Fasal 107, Fasal 108, Fasal 9, Fasal 110, Fasal 111, Fasal 112, Fasal 113, Fasal 114, Fasal 115, Fasal 116, Fasal 117, Fasal 118, Fasal 119, Fasal 120, Fasal 121, Fasal 122.

Pengerusi

Hari ini kita banyak fasal pulak. Fasal 101, Fasal 102, Fasal 103, Fasal 104, Fasal 105, Fasal 106, Fasal 107, Fasal 108, Fasal 9, Fasal 110, Fasal 111, Fasal 112, Fasal 113, Fasal 114, Fasal 115, Fasal 116, Fasal 117, Fasal 118, Fasal 119, Fasal 120, Fasal 121, Fasal 122 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan. Yang tidak bersetuju, Fasal 101, Fasal 102, Fasal 103, Fasal 104, Fasal 105, Fasal 106, Fasal 107, Fasal 108, Fasal 9, Fasal 110, Fasal 111, Fasal 112, Fasal 113, Fasal 114, Fasal 115, Fasal 116, Fasal 117, Fasal 118, Fasal 119, Fasal 120, Fasal 121, Fasal 122 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Dewan Negeri bersidang semula.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon maaf saya tiada niat nak cari pasal dengan Speaker. Saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam Jawatankuasa satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan. Dari itu saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang Enakmen Air Johor 2024 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Jurutulis

Bahawa dengan ini diperundang-undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut:

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Air Johor 2024. Enakmen ini hendaklah terpakai bagi semua sumber air termasuk semua sistem sungai yang bersifat kekal, sementara atau bermusim, lembangan sungai, kawasan tadahan air, tanah bencah, air tanah, perairan pantai, badan air dan lain-lain sumber air yang ditetapkan dalam negeri Johor.

Enakmen ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri yang diisytiharkan melalui pemberitahuan dalam Warta dan pihak berkuasa negeri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuatkuasa peruntukan yang berlainan dalam enakmen ini.

Rang Undang-Undang Enakmen Lembaga Air Johor 2024.Bill

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Rang Undang-Undang Enakmen Lembaga Air Johor 2024 dibaca kali yang pertama.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Jurutulis

Suatu enakmen untuk menubuhkan Lembaga Air Johor dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Peraturan Tetap 58 ditangguhkan sementara agar rundingan untuk bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang ini pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan pada hari ini juga.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Peraturan Tetap 58 ditangguhkan.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Yang Berhormat Datuk Speaker, RUU ini adalah bertujuan untuk menaik taraf Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ) yang ditubuhkan pada 19 Januari 1994 ke sebuah badan berkanun baharu yang dikenali sebagai Lembaga Air Johor atau Johore Water Board (JRWB). Badan kawalselia Air

Johor (BAKAJ) telah memainkan peranan yang penting bagi menguruskan dan memantau sumber air serta mengatasi isu pencemaran sumber air.

Yang Berhormat Datuk Speaker, selaras dengan penggubalan RUU Air Johor 2024 yang baharu saja diluluskan oleh Dewan yang mulia ini sebentar tadi, maka RUU berkaitan penubuhan JRWB ini adalah penting khususnya bagi:

1. Menubuhkan sebuah badan berkanun yang akan dapat menguruskan sumber air mentah dan infrastruktur berkaitan secara holistik, cekap dan berkesan.

2. Membolehkan penyelarasan antara sektor awam dan swasta dalam pengurusan sumber air.

Penubuhan ini selaras dengan strategi Dasar Air Negara iaitu pengukuhan Pihak Berkuasa Sumber Air Negeri di mana agensi berupaya memperkukuhkan organisasi serta membuat pindaan perundangan di peringkat kerajaan negeri. Perkara ini juga telah dibentangkan kepada Majlis Air Negara pada 31 Oktober 2023 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan dianggotai Menteri Besar bagi setiap negeri.

Yang Berhormat Datuk Speaker, terdapat 54 peruntukan baharu yang digubal bagi tujuan memberi punca kuasa kepada Lembaga Air Johor. Matlamat utama bagi penubuhan JRWB ini adalah sebagaimana berikut:

1. Menguruskan sumber air mentah dan infrastruktur berkaitan dengan meningkatkan kualiti secara holistik, cekap dan berkesan;

2. Menyelaras peranan dan bidang kuasa antara agensi serta antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam memastikan tidak berlaku sebarang pertindihan fungsi dan tanggungjawab;

3. Menyelaras pengurusan Lembangan Sungai Secara Bersepadu (IRBM), Pengurusan Empangan serta pengurusan pantai bagi memastikan sumber air yang ada terpelihara dari segi kuantiti dan juga kualiti;

4. Menjadi peneraju kepada kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam pengurusan sumber air serta menanamkan kesedaran orang ramai;

5. Menyelaras perhubungan pelbagai agensi dalam negeri dalam menggalakkan kerjasama serta penyelarasan untuk kegunaan sumber-sumber air pelbagai fungsi; dan akhir sekali

6. Menjaga kepentingan negeri di dalam hal pembangunan, pengurusan, penggunaan dan pemuliharaan sumber-sumber air.

Yang Berhormat Datuk Speaker, penubuhan ini adalah usaha berterusan kerajaan negeri Johor dalam memperkukuh pengurusan, menangani cabaran berkaitan pengurusan dan tadbir urus sumber air di Johor, termasuklah keperluan untuk bekalan air yang lebih berkualiti dan mampan untuk memenuhi permintaan rakyat bersandarkan kepada kawalan undang-undang. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon mencadangkan.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua.

Jurutulis

Suatu Enakmen untuk menubuhkan Lembaga Air Johor dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Fasal 1, Fasal 2, Fasal 3, Fasal 4, Fasal 5, Fasal 6, Fasal 7, Fasal 8, Fasal 9, Fasal 10, Fasal 11, Fasal 12, Fasal 13, Fasal 14, Fasal 15, Fasal 16, Fasal 17, Fasal 18, Fasal 19, Fasal 20, Fasal 21, Fasal 22 Fasal 23, Fasal 24, Fasal 25, Fasal 26, Fasal 27.

Pengerusi

Ada pertanyaan? Perkara di hadapan Jawatankuasa ialah supaya Fasal 1, Fasal 2, Fasal 3, Fasal 4, Fasal 5, Fasal 6, Fasal 7, Fasal 8, Fasal 9, Fasal 10, Fasal 11, Fasal 12, Fasal 13, Fasal 14, Fasal 15, Fasal 16, Fasal 17, Fasal 18, Fasal 19, Fasal 20, Fasal 21, Fasal 22 Fasal 23, Fasal 24, Fasal 25, Fasal 26, Fasal 27.

Jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Fasal 1, Fasal 2, Fasal 3, Fasal 4, Fasal 5, Fasal 6, Fasal 7, Fasal 8, Fasal 9, Fasal 10, Fasal 11, Fasal 12, Fasal 13, Fasal 14, Fasal 15, Fasal 16, Fasal 17, Fasal 18, Fasal 19, Fasal 20, Fasal 21, Fasal 22 Fasal 23, Fasal 24, Fasal 25, Fasal 26 dan Fasal 27.

Jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Jurutulis

Fasal 28, Fasal 29, Fasal 30, Fasal 31, Fasal 32, Fasal 33, Fasal 34, Fasal 35, Fasal 36, Fasal 37, Fasal 38, Fasal 39, Fasal 40, Fasal 41, Fasal 42, Fasal 43, Fasal 44, Fasal 45, Fasal 46, Fasal 47, Fasal 48, Fasal 49, Fasal 50, Fasal 51, Fasal 52, Fasal 53, Fasal 54.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ialah supaya Fasal 28, Fasal 29, Fasal 30, Fasal 31, Fasal 32, Fasal 33, Fasal 34, Fasal 35, Fasal 36, Fasal 37, Fasal 38, Fasal 39, Fasal 40, Fasal 41, Fasal 42, Fasal 43, Fasal 44, Fasal 45, Fasal 46, Fasal 47, Fasal 48, Fasal 49, Fasal 50, Fasal 51, Fasal 52, Fasal 53, Fasal 54 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Fasal 28, Fasal 29, Fasal 30, Fasal 31, Fasal 32, Fasal 33, Fasal 34, Fasal 35, Fasal 36, Fasal 37, Fasal 38, Fasal 39, Fasal 40, Fasal 41, Fasal 42, Fasal 43, Fasal 44, Fasal 45, Fasal 46, Fasal 47, Fasal 48, Fasal 49, Fasal 50, Fasal 51, Fasal 52, Fasal 53, Fasal 54.

Jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Pengerusi

Dewan Negeri Bersidang Semula.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam jawatankuasa satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan. Dari itu, saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang Enakmen Lembaga Air Johor 2024 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Jurutulis

Bahawa dengan ini diperundang-undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut:

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Lembaga Air Johor 2024.

Enakmen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri yang diisytiharkan melalui pemberitahuan dalam warta dan Pihak Berkuasa Negeri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuat kuasanya peruntukan yang berlainan dalam enakmen ini.

Speaker

Alhamdulillah, selesai sudah Persidangan kita kali ini. Terima kasih diucapkan kepada Ahli-Ahli Dewan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan. Saya mengucapkan selamat berehat, selamat bercuti kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, kalau ada masa melawatlah ke negeri China tapi jangan belajar ideologi Komunis. (Dewan ketawa).

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ini saya tangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Persidangan ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.

Pegawai-Pegawai Bertugas:

Speaker

Jurutulis

Puan Zarina binti Abdul Kadir

Penolong Jurutulis

Encik Sufian bin Suleiman Encik Muhammad Syahfiq Nizam bin Zulkipli

Koordinator

Puan Hajah Rohana binti Matang

Pembantu Penerbitan

Puan Siti Fatimah binti Mohd Said Puan Malina binti Mohd Nasir Puan Hajah Noraisah binti Mohd Yusof Encik Ariff bin Abu Bakar

Pembantu Operasi (Bentara)

Encik Razine bin Sulaiman Encik Hamdan bin Markom Encik Norhayadi bin Hussien Encik Muhamad Khirunizam bin Pahmi Encik Mohd Norazri bin Kasim Encik Mohd Sapri bin Manan Encik Muhamad Khairul Asyraf bin Abdullah Encik Muhammad Khairul bin Arop Encik Amer Ilham bin Jefli

Setiausaha Pejabat (Pelapor Dewan)

Puan Hajah Azlin binti Bahrin Puan Junaidah binti Paing Puan Siti Rojimah binti Abd. Razak Puan Noor Dalilah binti Dahalan Puan Zahiti binti Hamdi Puan Hajah Fareza binti Musa Puan Norhafizah binti Osman Puan Raihanah binti Ismail Puan Fakhrinazia binti Fuad

Rakaman

Encik Nor Risam bin Esa Encik Azizan bin Md Sidi Encik Khairul Anuar bin Umar Usman

Juruaudio Video

Encik Noorazhan bin Mohd Salleh Encik Ismail bin Abu Bakar