Johor · 24 November 2024
15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · not final · 109 turns · 32,032 words · official PDF ↗
ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.
Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Speaker.
Bismillahirrahmaanirrahim. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. (Bacaan selawat).
Assalamualaikum warahmmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Maju Johor.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, antara tajuk yang dibincangkan semasa saya menghadiri Conference CPA, Commenwealth Parliamentary Association di Sydney Australia bulan lalu ialah, Balancing Tradition And Innovation Modernising The Westminster System in Small Jurisdictions. Tajuk ini membicarakan the more between tradition and modern. Malaysia juga mengamalkan system westminster. Tetapi Malaysia ada acuan sendiri dalam mengabungkan tradisi dan moden. Ia dikenali sebagai sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Sistem ini kekal relevan dan menjadi penyelamat apabila demokrasi berhadapan dengan konflik.
Keputusan PRU Ke-15 membuktikannya, tidak ada parti yang boleh menubuhkan kerajaan. Tetapi dengan safe wisdom dan nasihat daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu terbentuklah kerajaan perpaduan. Maka, kelangsungan negara dan kebajikan rakyat tidak tertangguh lama. Dewan Negeri Johor juga, turut diperkasakan dengan acuan tradisi dan moden ini. Duli Yang Maha Mulia di-Pertuan Agong dan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor adalah pembimbing dan pelengkap yang sentiasa memurnikan fungsi dan keberkesanan Dewan Negeri Johor. Menjunjung kasih Tuanku.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, dukacita dimaklumkan Yang Berbahagia Tuan Saklon@Salehon bin Sengot, bekas Ahli Dewan Negeri Kawasan Benut mulai 24 April 1995 hingga 13 Februari 2008, telah meninggal dunia pada 2 Oktober 2024. Dewan ini ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Yang Berbahagia Tuan Saklon@ Salehon bin Sengot. Marilah kita sama-sama mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bagi orang-orang Islam marilah kita membacakan Al-Fatihah dan bukan Islam kita berdiri bertafakur selama satu minit. Al-Fatihah. (Berdiri). Terima kasih.
Persidangan dimulakan sekarang.
Soalan-Soalan Lisan.Questions
Dijemput Yang Berhormat Penggaram.
Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan nombor 2.
Apakah pencapaian pertanian negeri pada tahun ini di dalam menyumbang kepada dasar keterjaminan makanan dan apakah rancangan kerajaan bagi terus mempertingkatkan hasil pertanian di negeri?
Jemput Yang Berhormat.
Bismillahirahmannirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Penggaram.
Yang Berhormat Datuk Speaker, izinkan saya menjawab soalan Yang Berhormat Penggaram bersekali dengan soalan Yang Berhormat Layang-Layang, kerana soalan ini bersangkutan satu sama lain.
Yang Berhormat Datuk Speaker, agenda keterjaminan makanan, bagi kedua-dua soalan ini saya ingin rumuskan kepada tiga bahagian iaitu pencapaian dan sumbangan, yang kedua usaha dan perancangan termasuk insentif kerajaan dan yang ketiga ialah kerjasama strategik pihak kerajaan dengan pihak swasta.
Yang Berhormat Speaker, agenda keterjaminan makanan menjadi tumpuan dan fokus utama sama ada oleh Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri. Untuk rekod, tahun 2023, negeri Johor direkodkan sebagai penyumbang terbesar sektor pertanian dalam negara dengan nilai keluaran dalam negara, dalam negeri kasar atau KDNK sebanyak RM17.21 bilion dan menyumbang sebanyak 17.1 peratus KDNK, sektor pertanian negara. Sub-sektor tanaman menjadi penyumbang terbesar iaitu 67.88 peratus diikuti sub-sektor ternakan sebanyak 25.36 peratus dan sub-sektor perikanan sebanyak 6.59 peratus.
Negeri Johor merupakan pengeluar terbesar dan utama bagi komoditi-komoditi sektor pertanian dan agro makanan dalam negara. Antara, Yang Berhormat Datuk Speaker, tempat pertama keluaran kita ialah buah-buahan, rempah dan herba, tanaman, industri, ayam dan telur ayam serta industri asas tani. Manakala, di tempat kedua negeri Johor ialah sayur-sayuran, tanaman kontan, lembu pedaging dan berbiri. Manakala, bagi kambing, kita menjadi pengeluar ketiga dalam negara. Berdasarkan data sumbangan dan pencapaian tersebut, Johor mempunyai potensi yang besar dalam sektor pertanian dan industri agro makanan untuk terus dibangunkan dan diperkasakan lagi.
Oleh itu, Kerajaan Negeri menerusi agenda keterjaminan makanan negeri Johor menyasarkan peningkatan pengeluaran kepada 3 sub-sektor komoditi utama dalam 5 tahun ini iaitu daripada 2022 sehingga 2027 iaitu yang pertama, mensasarkan peningkatan sebanyak 33 peratus masing-masing bagi pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran. Yang kedua, mensasarkan 62 peratus bagi pengeluaran akuakultur dan yang ketiga, mensasarkan peningkatan sebanyak 34.5 peratus bagi populasi ternakan ruminan.
Secara keseluruhannya, laporan sehingga tahun 2023 dan sehingga suku kedua tahun 2024, ia menunjukan pencapaian yang positif dalam usaha untuk mencapai sasaran tersebut. Pada tahun 2024, pembangunan sektor pertanian negeri Johor diperkasakan dengan suntikan peruntukan keseluruhan sebanyak RM68.7 juta oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Ia melibatkan kerajaan negeri sebanyak RM24.35 juta manakala peruntukan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sebanyak 44.37 peratus. Antaranya, adalah untuk pembangunan atau program pembangunan industri tanaman makanan utama dan berpotensi yang melibatkan peruntukan sebanyak RM23.145 juta melibatkan 3,000 penerima.
Yang kedua, peruntukan sebanyak RM10.45 juta melibatkan program memperkasa amalan pertanian moden dan lestari, melibatkan 450 penerima manfaat.
Yang ketiga, peruntukan sebanyak RM4.3 juta melalui program pembangunan komuniti pertanian melibatkan 650 penerima manfaat.
Yang keempat, peruntukan sebanyak RM2 juta pembangunan industri asas tani melibatkan 115 penerima manfaat.
Yang kelima, RM4.8 juta pembangunan industri perikanan melibatkan 6,780 penerima manfaat dan yang keenam, RM6.39 juta melibatkan program pembangunan industri penternakan ruminan yang melibatkan 154 penternak, penerima manfaat dan yang ketujuh peruntukan sebanyak RM5.6 juta program jualan kasih Johor.
Pelaksanaan program dan projek ini adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan dan memartabatkan lagi sektor pertanian di Johor dan seterusnya bagi meningkatkan lagi tahap keterjaminan makanan dalam negara. Bagi membantu meningkatkan pengeluaran sejuk pula, pemain-pemain industri di negeri Johor turut digalakkan dan dibantu melalui penggunaan teknologi mekanisasi dan automasi yang diadaptasikan melalui program memperkasa pertanian pintar dan mekanisasi pertanian.
Yang Berhormat Datuk Speaker, selain daripada suntikan peruntukan kerajaan, pembangunan sektor pertanian juga diperkasakan dan diperkukuhkan menerusi pendekatan kerjasama strategik bersama pelabur dalam dan luar negara serta menggalakkan kerjasama pihak swasta. Antaranya ialah Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor atau Johor Biotech melalui anak syarikatnya seperti Bio Desaru Sdn. Bhd. sedang giat melaksanakan pembangunan projek-projek pelaburan baharu berimpak tinggi di dalam Lembah Makanan Bio Desaru bagi menyokong keterjaminan makanan negeri Johor. Untuk rekod, sehingga Oktober 2024, sebanyak 15 projek oleh 13 syarikat pelabur dari dalam dan luar negara sedang melaksanakan projek dan program ini dan jumlah keseluruhan pelaburan dianggarkan RM385.9 juta.
Yang kedua, bagi memperkasa, yang kedua, projek memperkasa Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan atau TKPM pertanian negeri Johor yang melibatkan 9 TKPM seluas 511.95 hektar di lima daerah yang melibatkan 86 usahawan. Sehingga penggal ketiga tahun 2024 ini, sebanyak 7,467.92 matrik tan sayur-sayuran dan buah-buahan bernilai RM17.1 juta telah berjaya disumbangkan menerusi Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan atau TKPM pertanian negeri Johor ini.
Dan untuk rekod juga, Yang Berhormat Datuk Speaker, TKPM Negeri Johor berjaya memperolehi Anugerah Projek TKPM Terbaik di peringkat kebangsaan tahun 2024. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga menerusi kerjasama dengan FarmByte Sdn. Bhd. telah mensasarkan bagi usaha untuk mentransformasikan sektor agro makanan Johor melalui pendekatan yang mengutamakan digital. Menerusi pembangunan hub makanan FarmByte, pembangunan eko-sistem keseluruhan, rantaian, nilai akan melibatkan aktiviti pekebun, pemprosesan, pengedaran, peruncitan dan pemborong yang mana semuanya dihubungkan melalui tetapan hibrid, hub fizikal dan digital. Ianya bertujuan untuk menyatupadukan semua aktiviti di seluruh rantaian nilai daripada pengeluaran hingga pengedaran.
Dalam pembangunan industri tenusu pula, kerajaan negeri dengan kerjasama Syarikat Jemaluang Dairy Valley ataupun JDV Sdn. Bhd. akan berperanan sebagai operator bagi menjayakan hasrat untuk menambah pengeluaran hasil tenusu semasa negeri Johor sehingga 6 juta liter setahun. Dan, akhir sekali Yang Berhormat Datuk Speaker, sempena penganjuran Pavilion Johor sempena MAHA pada bulan September lalu, sebanyak tujuh pertukaran memorandum persefahaman atau MOU, program kerjasama strategik agenda keterjaminan makanan negeri Johor bernilai lebih kurang RM83.33 juta juga telah berjaya dimetrai. Ia melibatkan 48 pihak termasuk jabatan, agensi, IPTA, Institut Penyelidikan, syarikat peneraju, petani kontrak, persatuan dan sebagainya. Antara kerjasama yang dimetrai adalah merangkumi kerjasama strategik dalam projek pembangunan tanaman agro makanan dan industri asas tani, pembangunan kualiti produk, perkongsian kepakaran dan teknologi, pembangunan pusat pengumpulan, pemprosesan, pembungkusan dan pengedaran atau CCPDC, Program Pembiayaan Petani Kontrak Persijilan Global, GAP dan sebagainya.
Yang Berhormat Datuk Speaker, kerjasama-kerjasama strategik ini adalah salah satu usaha untuk memperkasa pendekatan kerjasama awam swasta atau Public Private Partnership atau PPP, dalam pembangunan sektor agro makanan negeri Johor. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.
Ha, ya Pemanis, silakan.
Terima kasih Datuk Speaker. Saya mendengar dengan teliti tadi perkara-perkara terutamanya melibatkan peruntukan yang telah disediakan untuk memastikan agenda keterjaminan makanan ini dapat diperkasakan terutamanya di peringkat negeri Johor.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO apakah produk-produk makanan dan produk-produk pertanian yang menjadi fokus sebenarnya kepada negeri Johor ini untuk kita perkasakan bagi memastikan agenda keterjaminan makan negara ini dapat kita perluaskan lagi terutamanya di sebelah daerah-daerah utara seperti daerah Segamat. Terima kasih Datuk Speaker.
Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Pemanis yang membangkitkan soalan yang saya fikir wajar diketahui oleh pemain-pemain utama dalam sektor pertanian, iaitu tanaman-tanaman utama yang menjadi penekanan atau sasaran bagi pihak jabatan.
Seperti yang saya maklumkan tadi Yang Berhormat Datuk Speaker, kita negeri Johor merupakan pengeluar utama bagi buah-buahan, kemudian pengeluar kedua bagi sayur-sayuran.
Jadi untuk ringkasnya bagi Jabatan Pertanian Negeri Johor, kita mensasarkan ataupun menumpukan tanaman buah-buahan seperti betik, durian, nanas, nangka, pisang, tembikai dan kelapa. Walaupun kalau mengikut SSR negara, ianya melebihi 100 peratus, tetapi selain daripada untuk pasaran tempatan, sebenarnya kita mempunyai ataupun kita menerima permintaan daripada luar. Contohnya Yang Berhormat Datuk Speaker nanas, nangka yang telah mula dipasarkan bukan sahaja di Timur Tengah tetapi juga ke negara China termasuk durian.
Sayur-sayuran pula, tumpuan utama jabatan ialah bendi, cili, kacang panjang, sawi, timun dan halia atau herba. Yang Berhormat Datuk Speaker, bendi, kacang panjang, timun ini telah melebihi SSR negara tetapi seperti saya sebutkan tadi kita eksport ke luar Johor termasuk Singapura.
Bagi cili, sawi dan halia, memang mempunyai peluang yang lebih besar kepada pengusaha kerana cili untuk rekod, SSR negara baru mencapai 92... 29.7 peratus iaitu lebih kurang ada 70 peratus lagi permintaan seluruh negara, termasuk juga halia cuma ada 15.9 peratus SSR negara iaitu lebih kurang 85 peratus lagi pasaran di seluruh negara. Terima kasih.
Sidang kali ini tak ada jamuan durian ke Yang Berhormat?
Tak ada musim Datuk Speaker.
Ha tulah, banyak sangat eksport ke luar negara sampai Malaysia tak ada durian. Jemput Sri Medan.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, saya sokong jamuan untuk durian.
Terima kasih saya ucap tahniah kepada kerajaan negeri terutamanya kepada EXCO Kerajaan Negeri yang telah meletak Johor jadi negeri yang terbesar dalam pengeluaran hasil pertanian. Apa yang siar kat sini seperti yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat EXCO iaitu hasil-hasil pertanian kebanyakan ialah daripada buah-buahan tembikai, durian. Saya rasa ramai kawan-kawan pun ada yang tak boleh makan durian.
Jadi contoh macam ternakan kambing. Saya rasa kawan-kawan yang kena gaut pun bukan boleh makan pun. Jadi saya tertarik dengan apa yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ketika sidang Dewan yang lepas, Belanjawan. Tentang program untuk menanam padi. Adakah Kerajaan Negeri ada satu usaha yang agresif untuk memastikan bahawa untuk dalam tempoh tiga hingga lima tahun padi menjadi antara produk daripada negeri Johor, yang mana boleh memberi makanan asas kepada rakyat negeri Johor sendiri. Terima kasih.
Yang Berhormat Datuk Speaker, izinkan saya untuk menjelaskan berkenaan dengan penanaman padi Johor. Memang kita merupakan negeri di luar jelapang dan untuk makluman Datuk Speaker juga bahawa dalam pembentangan bajet yang dibentangkan Belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan pembukaan baharu, cadangan pembukaan dua kawasan penanaman padi baharu di negeri Johor.
Dan satu lagi Yang Berhormat Datuk Speaker, sebenarnya untuk membuka atau menjalankan projek tanaman padi ini melibat satu kos yang sangat besar. Sebab itu Johor telah membawa satu cadangan kepada pihak kementerian supaya mewujudkan sebuah kawasan yang dipanggil IADA Selatan yang seperti IADA di kawasan Selangor, Sungai Besar dan sebagainya. Dan Johor menyedari bahawa kawasan penanaman padi Johor tidak mencukupi syarat untuk menubuhkan IADA iaitu sekurang-kurang 3,000 hektar. Jadi cadangan Johor ialah supaya kerajaan negeri, kerajaan persekutuan mempertimbangkan supaya digabungkan antara Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, yang saya percaya akan melebihi 3,000 hektar keseluruhan kawasan penanaman padi untuk ditubuhkan kawasan IADA Selatan.
Dan alhamdulillah bulan lepas, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengumumkan di Melaka bahawa kajian penubuhan IADA Selatan sedang dilakukan oleh pihak kementerian. Saya anggap Yang Berhormat Datuk Speaker, ia satu kejayaan yang diperjuangkan oleh penanam-penanam padi, pengusaha padi termasuk Jabatan Pertanian Negeri Johor untuk memperkasa penanaman padi ini jika penubuhan IADA Selatan ini berjaya ditubuhkan insya-Allah. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat... Penggaram ada nak tanya ke? Ya sila.
Terima kasih banyak kepada Datuk Speaker. Sebagai langkah bagi mempertingkatkan hasil pertanian, apa, adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk memajak tanah kepada masyarakat khasnya kepada golongan pemuda yang berminat untuk menceburi bidang ini?
Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Penggaram atas soalan ini, pun saya fikir soalan yang sering dibangkitkan oleh mereka yang sedang mencari kawasan untuk memulakan atau mengembangkan aktiviti pertanian mereka.
Bagi pihak Kerajaan Negeri, kita meletakkan kita meletakkan proses untuk memilih kawasan penanaman pertanian ini kepada Pejabat Tanah dan Galian serta Pejabat Tanah Daerah.
Mereka yang ingin mendapatkan kesesuaian tanah untuk pertanian, boleh berhubung dengan Jabatan Pertanian, Pejabat Tanah Daerah atau Negeri.
Walau bagaimanapun Yang Berhormat Datuk Speaker, ada banyak GLC kerajaan sebenarnya yang bersedia untuk menerima rancangan ataupun menerima proposal daripada mereka yang berminat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian yang bersesuaian mengikut GLC berkenaan. Contoh saya sebutkan tadi seperti J-Biotech yang sekarang ini sedang mengusaha... yang sekarang ini sedang menjalankan lima (5) projek aktiviti pertanian melibatkan 13 syarikat swasta.
Begitu juga dengan TKPM Pertanian, pengusaha atau petani boleh berhubung dengan Jabatan Pertanian Daerah. Begitu juga dengan lain-lain GLC termasuk di peringkat daripada Pejabat Tanah lah insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ingin mengalu-alukan kehadiran pemerhati daripada kawasan Parit Yaani seramai 18 orang yang terdiri daripada Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung. Pemerhati daripada DUN Kawasan Bekok seramai 26 orang yang terdiri daripada Syota Edulife Sdn. Bhd., Global Tourism & Hospitality iaitu pelajar, Persatuan Keturunan XU, Persatuan Keturunan Lim Kulai, Johor. Dua orang pemerhati daripada DUN Kawasan Sungai Balang dan pemerhati daripada Institut Dato’ Onn (IDO) yang terdiri daripada Ahli Dewan Muda Johor seramai 10 orang dan Ahli Dewan Belia Perak seramai 29 orang. (Dewan bertepuk). Dijemput Yang Berhormat Sungai Balang.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Sungai Balang soalan nombor tiga. Terima kasih.
Apakah perkembangan terkini tentang perancangan pembangunan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) DUN Sungai Balang, yang dikenali sebagai Residensi Bangsa Johor @ Seri Menanti dan bilakah jangkaan masa projek perumahan tersebut dapat dimulakan?
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Soalan Sungai Balang berbunyi apakah perkembangan terkini tentang perancangan pembangunan Rumah Mampu Milik Johor di DUN Sungai Balang?
Yang Berhormat Datuk Speaker, untuk makluman YB Sungai Balang satu kertas kerja telah dibawa ke Mesyuarat Kerajaan Negeri, Cadangan Pembangunan Rumah Residensi Bangsa Johor Di Muar yang telah mendapat kelulusan di peringkat MMK pada 9 Oktober 2024.
Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat penyelarasan dan taklimat kepada Pegawai Daerah Muar dan agensi teknikal telah dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor pada 13 November 2024 yang turut melibatkan kehadiran YB Sungai Balang. Di antara kelulusan dasar berkaitan Cadangan Pembangunan Residensi Bangsa Johor Muar adalah seperti berikut :
1. Pihak PIJ Property Development Sdn. Bhd. diberi mandat untuk membangunkan perumahan Residensi Bangsa Johor Muar melibatkan 132 unit rumah teres RMJ Jenis B dan 125 unit rumah teres RMJ Jenis C di atas tanah seluas 23.10 ekar melibatkan dua PTD iaitu 5582 dan 6014 Mukim Seri Menanti, daerah Muar, Johor Darul Ta’zim;
2. Pegawai Daerah Muar akan mengambil peranan untuk menyelaraskan agensi-agensi teknikal di daerah terutamanya melibatkan utiliti seperti JKR, TNB, IWK dan juga SAJ supaya ulasan dan keperluan teknikal dapat diminimumkan oleh kerana projek Residensi Bangsa Johor merupakan projek kerajaan.
Selain itu di dalam mesyuarat tersebut juga ditekankan tiga gerak kerja yang akan dilaksanakan oleh Residensi Muar dapat, supaya ia dapat berjalan dengan baik :-
1. Proses pengambilan tanah bagi mewujudkan jalan baharu ke tapak Residensi Muar. Keperluan pihak PTD Muar dan juruukur dilantik oleh pihak PIJ membentangkan jalan jajaran baharu oleh kerana cadangan awal melalui Jalan Nipah akan melibatkan bangunan 6 buah dan lot sebanyak 28 lot. Proses pengambilan tanah akan dilaksanakan secara serentak dengan pembangunan di atas tapak;
2. Proses permohonan kebenaran merancang. Dalam tempoh pembangunan Residensi Bangsa Johor Muar, pihak Pejabat Daerah Muar akan menyelaras bersama agensi-agensi teknikal supaya ulasan dan keperluan teknikal dapat diminimumkan. Sebelum permohonan kebenaran merancang dihantar kepada Majlis Perbandaran Muar, pihak PIJ memaklumkan bahawa cadangan akan membuat permohonan KM pd Q1/2025 iaitu bulan Januari dan majlis pecah tanah insya-Allah dijangka pada Q2/2025 dan penawaran melalui portal e-rumah Johor dijangka Q3/2025;
3. Perpindahan dua tapak rumah yang sedia ada pertama, pihak PKPJ akan membina Rumah Kasih Johor secara percuma di tapak sebenar bermula Disember 2024 dan Q1/2025. Penduduk tersebut akan berpindah setelah Rumah Kasih Johor siap pada Q2/2025 manakala rumah di atas tapak cadangan Residensi Muar akan dirobohkan.
Untuk makluman Datuk Speaker, komponen Residensi Bangsa Johor Muar, kadar subsidi kerajaan negeri adalah sebanyak RM49,775,000.00 yang melibatkan 257 unit rumah.
Untuk makluman sidang Dewan yang mulia, setakat ini saya suka nak kongsikan ringkasan rumah-rumah Residensi Bangsa Johor yang akan dilaksanakan :-
1. Perumahan Iskandar Puteri Bangsa Johor. Yang ni melibatkan Rumah Kategori C berharga RM150,000.00 sebanyak 513 unit. Kategori D1, 857 unit berharga RM250,000.00 dan Kategori D2, ya ini berharga RM300,000.00 sebanyak 1,190 unit yang ini di kawasan Kota Iskandar, daripada sini lebih kurang dalam 15 minit. Landed atau rumah teres 1 tingkat. Sudah diiklankan pada 15 November 2024 selama 3 bulan dan setakat 9 hari ini, protal e-rumah Johor menerima permohonan sebanyak 5,376 permohonan.
2. Residensi Bangsa Johor Simpang Renggam. Simpang Renggam jenis pembinaan jenis RMMJ Jenis B, 80 unit berharga RM100,000.00.
3. Residensi Bangsa Johor di daerah di Yong Peng, RMMJ Jenis C berharga RM100,000.00 berjumlah 100 unit.
4. Residensi di Tangkak, ada 2 kategori. Kategori B, 34 unit berharga RM100,000.00 dan Kategori C, 64 unit berharga RM150,00.00.
5. Dan seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Besar Johor, Residensi Muar, 132 unit Jenis B berharga RM100,000.00 dan Jenis C RM150,000.00 sebanyak 125 unit.
6. Residensi di Pontian Jenis B, 46 unit berharga RM100,000.00. Jenis C, 102 unit berharga RM150,000.00 dan juga melibatkan unit pasaran bebas 285 unit di bawah harga pasaran RM360,000.00. Terima kasih.
Ya Sila.
Dengan izin Datuk Speaker, terima kasih YB EXCO. Dalam pembentangan Belanjawan baru-baru ini disebutkan bahawa komitmen Kerajaan Negeri adalah untuk membina 30,000 unit Rumah Mampu Milik menjelang tahun 2026. Soalan saya adakah Yang Berhormat EXCO mempunyai data berapa sebenarnya keperluan ataupun permintaan untuk Rumah Mampu Milik Johor ini di Johor dan apakah kaedah Kerajaan Negeri untuk apakah inisiatif-inisiatif Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu ini? Terima kasih. Terima kasih Datuk Speaker.
Terima kasih kepada YB. Pertama, bila kita sebut permohonan Rumah Mampu Milik, saya nak kongsi di dalam Dewan yang mulia ini ialah Dasar Perumahan Johor, walau pun kita ada Spesial Economic Zone, Special Financial Zone, Dasar Perumahan Johor masih kekal, ia ini 60 peratus perumahan Pasaran Bebas di berikan kepada pemaju untuk ditentukan harga rumah tersebut. Dan baki 40 peratus Rumah Mampu Milik adalah wajib dibina oleh pemaju perumahan yang membina rumah-rumah Pasaran Bebas dan Rumah Mampu Milik. Kita di Johor ini, kita ada satu yang telah diluluskan di peringkat Pihak Berkuasa Negeri dalam Mesyuarat MMK iaitu dipanggil PDRC (Plan Design Review Committee). Plan Design Review Committee ini adalah di pengerusikan YB EXCO Perumahan dan di dalamnya ada PKPJ, ada PTG ada PlanMalaysia dan juga semua 16 PBT terlibat dalam Jawatankuasa Task Force Perumahan itu. Sebab itu di Johor ini, kita bila di peringkat satu-satu pembangunan perumahan yang dicadangkan oleh pemaju tak kiralah di daerah Johor Bahru atau di Kulai atau di Pontian atau di Muar, mereka jika mereka mempunyai hutang Rumah Mampu Milik di peringkat 16 PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) tidak akan memproses untuk kelulusan Kebenaran Merancang atau dipanggil KM.
Dan PBT tersebut akan meminta supaya pemaju ini memohon untuk permohonan ini dibentangkan di peringkat PDRC tersebut. Jadi, ini adalah kaedah yang kita gunakan sepanjang pada tahun bermula pada tahun 2022 sehingga sekarang dan Jawatankuasa ini telah berjumpa lebih daripada 100 pemaju. Dan akhirnya kalau kita boleh lihat bahawa sepanjang dua tahun setengah ini, sebanyak 12,430 rumah yang telah siap dibina sehingga bulan Ogos 2024. Sebab itu, hari ini kita boleh lihat bahawa pemaju-pemaju perumahan tak kira kecil atau besar, kalau mereka mempunyai hutang Rumah Mampu Milik, mereka tidak dibenarkan untuk membuat Rumah Pasaran Bebas. Tidak kiralah dia nak buat kat Johor Bahru atau Pontian ataupun Mersing. Terima kasih banyak.
Dijemput Yang Berhormat Tenang.
Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan nombor 5.
Terdapat peningkatan peruntukan yang dikhususkan untuk skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat daripada RM2.4 bilion kepada RM2.9 bilion baru-baru ini, apakah kategori bantuan JKM yang terlibat dengan pertambahan peruntukan tersebut?
Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih Tenang. Soalan yang diajukan kepada saya adalah terdapat peningkatan peruntukan yang dikhususkan untuk Skim Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat daripada RM2.4 bilion kepada RM2.9 bilion baru-baru ini. Apakah kategori bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terlibat dengan pertambahan peruntukan tersebut?
Datuk Speaker, Kerajaan Negeri Johor melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Johor sentiasa menyantuni rakyat yang memerlukan dengan melihat kepada peningkatan taraf hidup semasa. Kajian dilaksanakan bagi memastikan syarat kelayakan serta pemberian kadar bantuan bulanan yang diberikan memenuhi keperluan masyarakat. Yang Berhormat Speaker, selain memberikan sokongan psikologi kepada kumpulan sasar JKM. JKM juga
bertanggungjawab untuk menyalurkan bantuan bulanan kerajaan. Antara bantuan kerajaan yang diberikan adalah Bantuan Am, Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Warga Emas, Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya, Elaun Tidak Berupaya Bekerja, Bantuan Penjagaan OKU Terlantar atau Pesakit Kronik Terlantar dan Bantuan Latihan Perantis PLP. Kelulusan bantuan yang diberikan perlu memenuhi syarat kelayakan iaitu permohonan bantuan mestilah warganegara dan bermastautin di Malaysia dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan PDK, orang termiskin isi rumah semasa atau PDK purata miskin per kapita.
Datuk Speaker, seiring dengan kenaikan kos sara hidup rakyat, JKM telah melaksanakan satu kajian semula berkaitan jumlah kadar bantuan bulanan mengikut skim untuk diselaraskan dengan situasi semasa. Bermula pada 1 Januari 2025, kadar bantuan kewangan bulanan JKM juga telah dinaikkan semasa Pembentangan Belanjawan Malaysia Tahun 2025 pada bulan Oktober lepas. Kenaikan kadar bantuan yang dinaikkan adalah:
Pertama, Bantuan Warga Emas, daripada RM500.00 sebulan kepada RM600.00 sebulan.
Kedua, Bantuan Kanak-Kanak daripada minimum RM200.00 sebulan kepada RM250.00 sebulan kanak-kanak di bawah usia 6 tahun. Manakala minimum RM120.00 sebulan kepada RM200.00 untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 18 tahun.
Dan Bantuan Am Persekutuan daripada RM100.00 sebulan minimum kepada RM150.00 sebulan minimum dengan kadar kenaikan maksimum daripada RM350.00 sebulan kepada RM500.00 sebulan. Terima kasih.
Ya sila.
Datuk Speaker, selain daripada kenaikan kadar jumlah bantuan skim tersebut, adakah terdapat syarat kelayakan yang ditambah baik bagi permohonan bantuan JKM. Terima kasih.
Yang Berhormat Datuk Speaker. Selain daripada kenaikan jumlah kadar bantuan melibatkan 3 skim yang dinyatakan sebentar tadi, syarat kelayakan pendapatan juga telah dinaikkan Datuk Speaker yang melibatkan pendapatan bulanan individu orang kurang upaya bekerja daripada RM1,500.00 sebulan kepada RM1,700.00 sebulan. Dan pendapatan bulanan isi rumah bagi Permohonan Bantuan Penjagaan Orang Terlantar atau Pesakit Kronik Terlantar daripada RM3,000.00 sebulan kepada RM5,000.00 sebulan. Kenaikan kadar bantuan dan syarat kelayakan pendapatan bantuan yang dinyatakan menyumbang kepada peningkatan bantuan JKM keseluruhan daripada RM2.4 bilion pada tahun 2024 kepada RM2.9 bilion bagi tahun 2025. Perincian kadar baru dan syarat kelayakan pendapatan bulanan JKM. Terima kasih Datuk Speaker.
Dijemput Yang Berhormat Permas.
Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Permas nombor 6.
Berapa jumlah hasil kutipan dari masjid-masjid dan surau-surau seluruh Johor?
Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menjawab soalan Yang Berhormat Permas yang bertanyakan perihal berapa jumlah hasil kutipan dari masjid-masjid dan surau di seluruh negeri Johor.
Merujuk kepada soalan Yang Berhormat Permas, berdasarkan rekod daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor menyatakan, ada satu tabung yang namanya Tabung Pembangunan Masjid dan Amal Jariah Johor. Sejak tahun 2000 hingga 2024 ini Yang Berhormat Speaker, kutipan yang berjaya diperolehi adalah sebanyak RM63,831,783.00. Manakala manfaat sumbangan baik pulih dan naik taraf dengan pelbagai jenis permohonan daripada masjid dan surau yang memperuntukkan mencatatkan jumlah sebanyak penggunaan RM53,545,033.00. Jumlah penyaluran ini melibatkan 1,890 buah masjid dan 3,133 buah surau. Sehingga Oktober 2024, bagi tahun ini sahaja Yang Berhormat Datuk Speaker, sebanyak 88 permohonan baik pulih masjid dan surau negeri Johor diterima meliputi 36 buah masjid dan 52 buah surau. Kos yang dibelanjakan RM4,636,967.00.
Untuk makluman Dewan yang mulia, kelulusan permohonan melalui peruntukan Tabung Pembangunan Masjid dan Amal Jariah Johor lebih berfokus kepada permohonan yang bersifat kritikal seperti bumbung, pendawaian elektrik, keretakan dinding surau dan juga tandas. Tujuan permohonan berfokus diaplikasikan adalah agar setiap permohonan dapat diproses dengan keadaan yang baik juga dapat diselaraskan. Hasil daripada tabungan ini juga, Pemohonan Masjid dan Surau Kariah sahaja dapat diselaraskan melalui Sistem i-Bina Pulih Masjid dan Surau Negeri Johor.
Melalui Bajet 2025 Datuk Speaker, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM3 juta bagi baik pulih 7 buah masjid kerajaan berbanding tahun 2024 hanya RM1 juta. Bagi masjid dan surau kariah pula pada tahun hadapan melalui ucapan bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sebanyak RM150 juta diperuntukkan hasil sumbangan pelbagai agensi bagi tujuan pembinaan 13 buah masjid, 5 buah surau di seluruh negeri Johor yang sedang dalam pembinaan. Melalui laporan yang kita terima, melalui Sistem i-Bina Pulih Masjid dan Surau Datuk Speaker, sebanyak 20 agensi dikenal pasti sebagai pemberi sumbangan kepada pembangunan masjid dan surau dalam negeri Johor. Pada tahun ini, RM38.9 juta diperolehi melalui agensi-agensi tersebut melibatkan 693 buah projek baik pulih masjid dan surau kariah di seluruh negeri Johor. Bagi Yang Berhormat Permas juga saya memaklumkan, sebuah surau di kawasan Yang Berhormat iaitu surau Ar-Raudah Taman Scientex, Pasir Gudang. Surau ini telah menerima bantuan baik pulih daripada Tabung Pembangunan Masjid dan Amal Jariah Negeri Johor untuk baikpulih dinding dan bumbung menelan belanja sebanyak RM70,000.00.
Suka saya maklumkan kepada Dewan yang mulia, buat masa ini Bahagian Pengurusan Masjid Dan Surau di bawah Portfolio Jabatan Agama Islam Negeri Johor sedang giat mengenal pasti masjid dan surau yang daif di seluruh negeri Johor. Laporan lengkap akan saya terima pada 18 Disember tahun ini. Dan sekiranya laporan tersebut siap, kita menjangkakan kewangan yang lebih besar diperlukan pada tahun hadapan bagi maksud baik pulih masjid surau yang lebih banyak nanti. Justeru, saya dengan rendah diri memohon Dewan yang mulia ini termasuk individu, Yang Berhormat-Yang Berhormat serta semua yang hadir, serta sektor-sektor korporat untuk terus menyumbang kepada Tabung Pembangunan Masjid dan Surau Negeri Johor bagi meningkatkan lagi pungutan.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga pada sesi pembentangan bajet tempoh hari telah memberikan inisiatif tambahan kepada 56 penggerak DUN dalam negeri Johor. Inisiatif ini adalah berbentuk bantuan one off RM500.00 yang akan disalurkan pada tahun hadapan. Penggerak-penggerak ini juga Yang Berhormat Datuk Speaker, bertugas untuk memastikan kutipan di setiap masjid dan surau dapat disalurkan kepada Tabung Pembangunan Masjid dan Amal Jariah Negeri Johor dan insya-Allah kita yakin dengan pembukaan kekosongan iklan penggerak pada akhir tahun ini, kita akan dapat mengambil penggerak-penggerak yang lebih berdedikasi dan berkomitmen. Insya-Allah.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga telah menunjukkan kesungguhannya bila mana elaun-elaun imam dan bilal, Datuk Speaker, dapat dinaikkan pada tahun hadapan sebanyak 100 peratus. Mudah-mudahan ini menjadi penggalak kepada para pegawai masjid dan
surau kita. Untuk makluman Dewan yang mulia juga, dari segi pembangunan teknologi, pemasangan wifi percuma di setiap masjid dan surau juga memasuki tahun kedua. Sehingga November 2024, sebanyak 160 buah masjid dan surau telah mendapat capaian internet dengan 160 buah masjid dan surau lagi akan mula dipasangkan pada tahun hadapan. Mudah-mudahan pembangunan secara infrastruktur dan digital ini dapat menambahkan lagi peranan dan juga fungsi masjid, surau kita. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.
Soalan tambahan saya, Datuk Speaker. Pada tahun hadapan bermula 1 Januari, cuti Johor akan dijadikan pada hari Sabtu dan Ahad, apakah perancangan Majlis Agama Islam Negeri Johor untuk menampung masjid yang penuh, terutama masjid yang berdekatan dengan sekolah dan juga masjid yang jauh daripada sekolah. Kemungkinan kutipan-kutipan ini boleh digunakan untuk pembesaran dan sebagainya.
Terima kasih Yang Berhormat Permas. Datuk Speaker, Dato’ Menteri Besar melantik saya sebagai Pengerusi Penyelaras Cuti Hujung Minggu Negeri Johor. Dan di pihak saya, kami telah pun membuat pertemuan dengan jabatan-jabatan di bawah YB Aznan, Pendidikan dan juga YB Dato’ Jafni yang menguruskan PBT dan juga Kerajaan Tempatan.
Kerajaan Negeri Johor dah ambil kira semua kepentingan, keperluan solat Jumaat ini Datuk Speaker. Sebanyak 16 buah sekolah telah pun dikenal pasti seluruh negeri, yang sama ada dewan sekolahnya akan dinaik taraf sebagai dewan solat Jumaat. Ia juga memberi kesan kepada beberapa buah surau kariah, yang juga telah juga dikenal pasti oleh Jabatan Mufti untuk diberikan naik taraf sebagai surau Jumaat. Jadi, YB Permas terima kasih atas keprihatinan. Dan di pihak kerajaan telah pun melihat semua keperluan dan pembaca khutbah, khatib, imam yang bertugas juga sedang diseliakan untuk nanti digerakkan ke semua lokasi-lokasi sekiranya tiba Jumaat yang pertama pada tahun hadapan, kita akan terus laksanakan. Jadi, jangan bimbang bahawa solat Jumaat menjelang tahun depan bagi surau, masjid dan sekolah-sekolah tidak akan terkesan, Yang Amat Berhormat bahkan akan di tahaluf baik. Sekian, terima kasih.
Kalau boleh Yang Berhormat, mall-mall juga dibenarkan untuk mengadakan solat Jumaat ya, macam Paradigm, surau Paradigm, MidValley, sebab saya dah dua kali solat Jumaat di surau IOI Mall di Putrajaya, jadi orang yang shopping, bekerja di apa ni, shopping kompleks tu, memudahkan mereka untuk solat Jumaat di situ, tak perlu berkejar-kejar tempat lain.
Baik Yang Berhormat Datuk Speaker, kita ambil maklum dan kita akan diselaraskan. Terima kasih.
Terima kasih. Dijemput Stulang.
Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 7.
Apakah rancangan kerajaan Johor dalam mempergiatkan penglibatan rakyat Johor dalam kegiatan E-sports?
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih juga Yang Berhormat Stulang di atas soalan yang diajukan, apakah rancangan kerajaan Johor dalam mempergiatkan penglibatan rakyat Johor dalam kegiatan E-sports.
Yang Berhormat Stulang di atas soalan yang berbentuk keprihatinan Yang Berhormat terhadap pembangunan sukan E-sports ini bagi khususnya belia-belia di negeri Johor. Jawapan saya pada hari ini kepada belia-belia di luar sana juga dan ada juga di hadapan kita semua daripada Perak ada, daripada Johor ada, terima kasih kepada Dewan Belia Perak untuk turut serta bersama mendengar sesi pada pagi ini.
Dan untuk makluman Yang Berhormat Stulang, Kerajaan Negeri Johor sentiasa mengambil serius tentang pembangunan sukan elektronik ini ataupun dikenali E-sports dengan izin, malah E-sports juga telah menyumbang sedikit sebanyak dalam pingat buat kontinjen SUKMA Malaysia Johor yang berturut-turut dua kali iaitu SUKMA yang ke-20 di Kuala Lumpur dengan kutipan pingat 1 emas dan 2 perak. Manakala, SUKMA ke 21 di Sarawak dengan pungutan 3 perak dan 1 gangsa. Bukan itu sahaja Yang Berhormat Stulang, malah Kerajaan Negeri Johor telah menunjukkan komitmen yang cukup tinggi untuk memajukan E-sports di negeri ini dengan beberapa inisiatif-inisiatif dan perancangan untuk melibatkan rakyat Johor dalam industri yang begitu pesat berkembang, malah dalam pembentangan Belanjawan baru-baru ini, Yang Berhormat Stulang, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor juga telah mengumumkan peruntukan yang cukup besar berbanding tahun 2024 dan dinaikkan pada tahun 2025 kepada RM500,000.00 dalam pembangunan program-program E-sports, Yang Berhormat Stulang.
Untuk makluman Yang Berhormat Stulang juga, Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Sukan Negeri Johor dan juga kerjasama KPRJ Sport Sdn. Bhd., buat julung-julung kalinya menganjurkan satu pertandingan E-sports berskala besar di peringkat kebangsaan baru-baru ini iaitu Mobile Legend Bang Bang Professional Lead ataupun MPL Play Season dengan 14 peruntukan-peruntukan juga berjumlah RM200,000.00 pada tahun ini diberikan oleh Kerajaan Negeri.
Untuk makluman, program ini juga mencatatkan satu jumlah pengunjung paling ramai dalam sejarah liga ini dengan lebih daripada 15,000 peminat-peminat yang hadir ke Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri dan lebih 35,000 penonton di atas talian. Dan secara keseluruhan Yang Berhormat, MPL Play Season 14 ini mencatatkan dengan satu jumlah dan angka iaitu PR Value dengan izin, sebanyak 179 juta. Yang kedua, reach dengan izin, sebanyak 1.58 bilion, di mana 5 platform, 5 platform media dalam media sosial utama disiarkan dan juga satu jumlah mention, dengan izin ataupun reach sebanyak 4.7000.
Yang Berhormat Datuk Speaker, MPL Season ini juga mencatatkan rekod baharu, satu rekod baharu kejohanan dengan jumlah tontotan mencecah lebih 13 juta dengan purata penonton sekitar 94,956 orang setiap jam. Justeru, dengan data dan statistik yang telah memberangsangkan ini, Kerajaan Negeri melihat E-sports merupakan satu segmen yang mempunyai peminat tersendiri khususnya dalam kalangan orang-orang muda.
Selain daripada itu, Yang Berhormat Datuk Speaker dan juga Stulang, Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dalam menjayakan juga sokongan kepada usahawan-usahawan dan penyertaan industri, Kerajaan Negeri Johor berusaha untuk menjadikan E-sports ini sebagai satu sektor yang memberi impak kepada ekonomi, di mana Kerajaan Negeri menggalakkan penyertaan syarikat-syarikat tempatan dalam industri ini sama ada dalam bentuk penganjuran, acara, pengeluaran peralatan E-sukan ini ataupun E-sports mahupun cenderamata. Sehubungan itu, kami daripada Kerajaan Negeri Johor selalu mengajak peminat-peminat untuk memberikan pandangan ataupun cadangan sepertimana Stulang memberikan satu pengajuan soalan yang cukup bagus pada pagi ini.
Selain daripada itu Yang Berhormat Stulang, dari segi pembangunan komuniti, suka saya ingin nyatakan yang positifnya dan inklusif turut disertakan. Ini termasuk menggalakkan penglibatan semua lapisan masyarakat tidak kira usia atau latar belakang sebagai platform untuk mempamerkan bakat serta potensi kerjaya. Dengan adanya perancangan yang rapi dan sokongan-sokongan yang kuat, Kerajaan Johor berhasrat untuk menjadikan negeri
Johor sebagai salah satu hab destinasi utama E-sukan di Malaysia satu hari nanti. Insya-Allah.
Pada masa sama juga, untuk makluman Yang Berhormat Stulang, kerajaan pusat menerusi Kementerian Belia dan Sukan juga sudah melancarkan pelan strategik, Pelan Strategik Pembangunan Sukan Elektronik selaras dengan Dasar Sukan Negara dan Rancangan Malaysia Ke-12, RMK 12 dengan Akta 576, Pembangunan Sukan 1997, selaras dengan inisiatif digariskan di bawah pelan ini, satu Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik atau NESBG telah diwujudkan.
Untuk makluman Yang Berhormat Stulang, ini merupakan garis panduan spesifik yang membangunkan bagi memperincikan tindakan yang menyokong pelaksanaan strategik yang terkandung dalam pelan pembangunan sukan elektronik. Sekian, terima kasih.
Ya, jemput Stulang.
Terima kasih, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO yang memberikan penjelasan yang cukup mendalam dan jelas. Sebelum ini, sebelum membuat pertanyaan, saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Skuad Mobile Legend di Malaysia yang menjuarai IESF World E-Sports Championship 2024 dengan kemenangan 2-0 atas Filipina.
Jadi, memandangkan perkembangan E-sports di Malaysia semakin progresif dan mempunyai nilai komersial dan dia telah dibuktikan bahawa tuan rumah bagi pertandingan E-sports akan membawa impak ekonomi yang positif. Contohnya Singapura, mereka telah menganjurkan Piala Dunia E-Sport Dota pada 2022 dan menjana impak ekonomi sebanyak USD280 juta, yang termasuk rangsangan pelancongan domestik, publisiti media, perniagaan tempatan kerana kemasukan para peserta, penyokong serta wakil delegasi E-sports ke negara mereka. Jadi, dengan ini adakah Kerajaan Negeri sekarang berusaha untuk menawarkan diri pada masa depan untuk menjadi tuan rumah bagi acara E-sports peringkat antarabangsa, lebih-lebih lagi kita ada Tahun Melawat Johor 2026. Jadi adakah kita akan menganjurkan acara-acara peringkat antarabangsa? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Stulang. Datuk Speaker, satu soalan yang cukup bagus dan baik. Sepertimana soalan yang diajukan oleh Stulang itu tadi, perancangan dari segi pembangunan sukan khususnya dalam E-sports ini, kami masih lagi dalam perancangan untuk ke arah lebih jauh. Dan pada tahun ini 2024, satu program ataupun penganjuran yang besar, yang telah kita anjurkan melalui Majlis Sukan Negeri Johor dengan kerjasama KPRJ Sport, yang sepertimana saya katakan tadi, ini salah satu langkah untuk kita cuba menganjurkan di peringkat lebih tinggi iaitu peringkat international. Apatah lagi pada tahun 2026, Johor adalah Tahun Melawat, Melancong Johor dan pastinya dari segi sukan, Sport Tourism, saya akan bekerjasama dengan pihak Tourism Johor untuk berkolaborasi dengan program-program yang bertaraf international yang berada di Johor pada satu ketika nanti. Terima kasih Yang Berhormat.
Dijemput Yang Berhormat Senai.
Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 8.
Projek pelebaran Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dari Senai ke Sedenak telah bermula pada Fasa 1 dijadualkan siap pada Jun 2027. Sila nyatakan langkah-langkah yang akan atau telah diambil untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas sepanjang tempoh pelaksanaan kerja.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat sejahtera, Salam Maju Johor.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat Senai. Projek Pembinaan Lorong Tambahan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) Fasa 1 dari Senai Utara ke Sedenak sepanjang 21.8 kilometer akan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Fasa 1A dan Fasa 1B. Pembinaan di tapak bagi Fasa 1A melibatkan arah selatan iaitu dari Sedenak ke Kulai dan diikuti dengan pembinaan bagi arah utara iaitu daripada Kulai ke Sedenak.
Bagi Fasa 1A, kerja-kerja kritikal telah pun bermula dengan tarikh milik tapak ialah pada 28 Jun 2024 dan pelaksanaan kerja fizikal telah bermula di tapak pada September 2024.
Bagi Fasa 1B dijangkakan kerja-kerja fizikal akan bermula pada suku pertama tahun 2025 yang mana ianya akan menyambung projek Fasa 1A dari Kulai ke Senai Utara.
Untuk makluman Yang Berhormat Senai serta Ahli-Ahli Dewan sekalian, pihak kami menerima pelbagai cadangan berkaitan bagaimana untuk memastikan projek yang berimpak tinggi dan bermanfaat untuk rakyat ini dapat dilaksanakan dengan lancar, khususnya mengelakkan kesesakan melampau. Antara cadangan yang diterima ialah menghalang kenderaan berat melalui lebuhraya sepanjang projek ini dilaksanakan dan meminta mereka melalui jalan dalam. Namun begitu cadangan ini sukar dilaksanakan kerana akan mengakibatkan jalan dalam bertambah sesak dan struktur jalan akan rosak.
Bagi melancarkan pelaksanaan projek Fasa 1A ini, kerja-kerja dibahagikan kepada beberapa peringkat atau stage dengan kerja-kerja dilakukan dalam zon kerja berbeza bagi arah utara ke Kuala Lumpur dan ke arah selatan Johor Bahru.
Setelah melalui beberapa siri perbincangan dengan semua pihak berkepentingan, satu pelan pelaksanaan telah dipersetujui oleh pihak kontraktor Lembaga Lebuhraya Malaysia, PLUS dan juga Kerajaan Negeri.
Secara keseluruhan sehingga bulan Jun 2025 nanti sebagaimana jadual kerja yang dirancang, 4 lorong di laluan utama lebuhraya sedia ada iaitu 2 lorong utara, 2 lorong arah selatan termasuk lorong kecemasan tidak akan ditutup. Maknanya daripada kita dah mula daripada September hari tu sehinggalah nanti bulan Jun 2025, tiada penutupan lorong baik lorong utama, lorong memotong ataupun lorong laju sehinggalah ke lorong kecemasan, kita tak tutup dan kacau. Ini kerana kerja-kerja awalan yang sedang dilaksanakan seperti kerja-kerja tanah, geoteknikal, pengalihan utiliti dan lain-lain dilakukan di luar kawasan dan tidak mengganggu pengguna lebuhraya. Lori dan jentera yang digunakan untuk projek ini juga tidak melalui lebuhraya, sebaliknya jalan alternatif lain seperti jalan ladang untuk ke tapak projek.
Mulai bulan Julai 2025, barulah kerja-kerja penutupan lorong kecemasan akan dilaksanakan, namun secara berperingkat mengikut zon kerja bagi tujuan yang dinyatakan di atas sehinggalah penyiapan projek sepenuhnya pada Jun 2027.
Bagi mengurangkan kesan penutupan berperingkat lorong kecemasan tersebut, beberapa tindakan telah dikenalpasti iaitu :-
1. Kerja pembinaan dilaksanakan mengikut zon kerja secara berselang, yang mana panjang setiap zon kerja adalah antara 3 hingga 4 km;
2. Menyediakan kawasan hentian kecemasan sementara di lokasi yang bersesuaian bagi memindahkan kenderaan rosak atau kemalangan dalam tempoh singkat;
3. Cadangan supaya smart lane iaitu lorong kecemasan di kawasan-kawasan tertentu dibenarkan untuk digunakan oleh pengguna dalam tempoh tertentu;
4. Membuka lorong tambahan baru yang telah disiapkan secara berperingkat bagi kegunaan trafik ketika diperlukan seperti pada waktu puncak dan semasa berlaku sebarang kecemasan.
Maksudnya bila kita siap 3 ke 4 km, kita dah boleh buka dulu Yang Berhormat Datuk Speaker, supaya kita dapat menyuraikan trafik sekiranya pada waktu puncak dan ada berlaku sebarang kecemasan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan khususnya Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim yang telah meluluskan peruntukan bagi projek-projek pelebaran Lebuhraya Utara Selatan ini.
Fasa 1 Senai Utara – Sedenak RM525 juta; Fasa 2 Sedenak ke Simpang Renggam RM931 juta; dan Fasa 3 dari Simpang Renggam ke Machap RM487 juta.
Insya-Allah Kerajaan Negeri akan membantu memastikan projek ini dapat disiapkan dengan baik, menepati masa dan memberi kesan positif kepada rakyat dan pembangunan negeri. Terima kasih.
Ya, sila Senai.
Terima kasih atas jawapan dan penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO.
Soalan tambahan saya, memang kita ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas inisiatif untuk pembukaan smart lane atau lorong kecemasan. Akan tetapi masih pengguna jalan raya masih tidak faham syarat-syarat yang ditetapkan seperti kenderaan berat sebenarnya tidak dibenarkan untuk menggunakan smart lane tersebut. Dan, kekeliruan ini telah menyebabkan kemalangan dan juga perselisihan faham dan juga telah diviralkan dalam sosial media.
Jadi soalan tambahan saya, apakah langkah-langkah selanjutnya untuk menyelesaikan masalah-masalah ini?
Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Senai.
Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan sekalian, pembukaan smart lane ini ialah merupakan salah satu inisiatif bagi menyuraikan trafik kita dekat highway Utara-Selatan ataupun Lebuhraya PLUS. Dan pada permulaan dulu memang betul Yang Berhormat, kita mengakui ada beberapa pihak yang mungkin keliru dengan penggunaan smart lane atau lorong kecemasan yang digunakan sebagai penyuraian trafik kita.
Dan dalam tempoh setahun ini Yang Berhormat Datuk Speaker, kita telah melakukan beberapa penambahbaikan. Sebelum ini mereka tak tahu sebab kita hanya berdasarkan signage kuning dekat lorong kecemasan. Tetapi kita dah tambah baik Yang Berhormat Senai, kita dah letak lampu hijau bermaksud pada waktu tertentu, kita boleh gunakan lorong kecemasan ini sebagai smart lane.
Untuk makluman semua, lorong kecemasan ini masih berfungsi sebagai lorong kecemasan walaupun kita dibenarkan menggunakannya Datuk Speaker, tapi kalau ada ambulans ataupun kenderaan-kenderaan kecemasan yang lain nak menggunakan laluan tersebut, kita perlulah ke tepi.
Saya telah berhubung juga dengan CEO PLUS dan juga Ketua Pengarah LLM supaya disemak semula tentang had laju yang boleh digunakan dekat lorong kecemasan ataupun smart lane ini. Kita dapati rupanya dijadikan lorong kecemasan ini juga sebagai tempat memotong. Jadi insya-Allah dalam tempoh-tempoh tertentu khususnya ketika projek ini dilaksanakan, akan ada penambahbaikan terhadap penggunaan smart lane kita. Terima kasih.
Sila Mengkibol.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Soalan saya selain daripada Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3... Fasa 3 yang juga disebutkan dalam Belanjawan Johor yang sampai ke Machap... Fasa 3 adalah Simpang Renggam ke Machap. Soalan saya adakah terdapat rancangan untuk Fasa ke-4 sampai Ayer Hitam kerana Ayer Hitam satu hub yang begitu penting, salah satu entrance yang trafik begitu tinggi yang menyambung ke pantai barat sampai Batu Pahat, yang menyambung ke pantai timur sampai Mersing. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Mengkibol. Memang perancangan kita Yang Berhormat daripada Utara sampai ke Selatan. Permohonan kita kepada Kerajaan Persekutuan ialah sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan daripada sempadan Melaka sehinggalah ke tol Skudai. Kita memang mintak supaya pelebaran ini dapat dilaksanakan cuma bergantung kepada peruntukan kerajaan pusat, projek-projek ini dilakukan secara berfasa. Dan alhamdulillah, kita dah dapat 3 fasa. Yang Berhormat doa-doakan nanti akan datang kita boleh sempurnakan Projek Lebuhraya Utara-Selatan kita. Terima kasih.
Yang Berhormat ada statistik tak jumlah kemalangan akibat penggunaan smart lane ni?
Buat masa ini Yang Berhormat Datuk Speaker, saya belum dapat maklumat cuma kalau boleh sasarkan video atau isu yang viral dekat media-media sosial, kebanyakan mereka ada lori yang tak membenarkan kereta lalu dan sebagainya. Memang ada isu-isu itu seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senai. Cuma laporan berkenaan dengan statistik kemalangan buat masa ini saya belum menerima apa-apa laporan Yang Berhormat Datuk Speaker.
Dijemput Yang Berhormat Bukit Naning.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 9. Terima kasih.
Apakah tindakan dan usaha yang diambil kerajaan dalam menambah kemudahan akses internet, celik teknologi serta menjayakan pembelajaran digital di kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat Bukit Naning bertanyakan soalan
berkenaan apakah tindakan dan usaha yang diambil oleh kerajaan dalam menambah kemudahan akses internet, celik teknologi serta menjayakan pembelajaran digital di kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Yang Berhormat Datuk Speaker, selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia agar pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital dapat merealisasikan iltizam dan aspirasi KPM untuk menyampaikan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti dengan meningkatkan kemudahan internet di semua sekolah di negeri ini, Kerajaan Negeri Johor sentiasa komited dalam usaha untuk memastikan pelajar-pelajar di negeri Johor mendapat akses internet, celik teknologi dan melaksanakan pembelajaran digital dengan jayanya.
Bagi memastikan pelajar-pelajar mendapat akses kepada teknologi dan pendidikan di dalam talian internet yang baik, Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah membekalkan talian internet untuk semua sekolah di negeri Johor seperti berikut :-
Teknologi fiber - 269 biji sekolah Broadband - 920 biji sekolah Starlink - 5 biji sekolah
Pengalaman pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) semasa perintah kawalan pergerakan PKP telah meningkatkan kemahiran digital ramai guru yang kini lebih celik teknologi berbanding sebelum ini. Mereka kini mampu mengendalikan platform pembelajaran dalam talian, membina bahan digital dan mengurus kelas dengan cara fleksibel.
Jabatan Negeri Johor menyokong usaha yang diambil kerajaan dalam meningkatkan kemahiran guru dengan mengadakan sesi perbengkelan bagi tujuan tersebut. Projek rintis kelas hibrid di Malaysia merupakan antara inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia yang menggabungkan elemen pelajaran fizikal dan digital dalam satu persekitaran sekolah.
7 buah sekolah di negeri Johor telah terpilih dalam projek ini. Sekolah-sekolah tersebut adalah SMK Pasir Putih, Pasir Gudang; Sekolah Seni Malaysia, Pasir Gudang; Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Kota Tinggi; Sekolah Menengah Kebangsaan Adela, Kota Tinggi; SMK Sri Lalang, Kluang; SMK Permata Jaya, Batu Pahat; SMK Seri Menanti, Muar.
Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan siri bengkel Transfer Of Knowledge dengan izin, kepada guru-guru di sekolah rintis dengan latihan insentif dalam mengendalikan kelas hibrid dan menggunakan teknologi serta platform digital yang disediakan. Siri pembengkelan ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan guru dan kemahiran mereka dalam menggunakan teknologi sebagai alat pembelajaran.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam usaha mencapai visi dan misi Dasar Pendidikan Digital KPM, Jabatan Pendidikan Negeri Johor juga menggalakkan penggunaan portal Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) secara aktif dengan memberi sokongan kepada guru melalui pelbagai inisiatif termasuk pelaksanaan siri bengkel dan latihan, membina kandungan digital yang berkualiti dan penggunaan fungsi portal Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) secara menyeluruh di sekolah dan daerah dan negeri.
Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam memastikan akses internet, celik teknologi demi menjayakan pembelajaran digital dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah, Yayasan Sultan Ibrahim Johor dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah menyumbangkan 111 unit televisyen pintar (smart tv) dan telah pun diagihkan 111 buah sekolah terpilih di negeri Johor. Dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yayasan
Sultan Ibrahim Johor telah menambah sebanyak 100 unit televisyen lagi dan akan diagihkan kepada sekolah-sekolah terpilh di negeri Johor. Menjunjung kasih Tuanku.
Mengenai inisiatif Kerajaan Negeri Johor pula, kita telah menambahkan lagi kemudahan digital bagi Kelas Bestari Bangsa Johor untuk 2 tahun berturut-turut iaitu tahun 2023 dan 2024 yang telah memanfaatkan 60 buah sekolah terpilih dengan perbelanjaan sebanyak RM1.5 juta melalui Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Inisiatif ini bertujuan untuk memperkasakan lagi penyampaian sistem pembelajaran digital di sekolah. Melalui program sedemikian menunjukkan bahawa Tuanku Raja Permaisuri Agong begitu prihatin dan menitikberatkan pembangunan perkembangan sektor pendidikan di Johor. Baginda Tuanku telah berkenan melaksanakan usaha yang murni ini melalui Yayasan Tuanku. Menjunjung kasih Tuanku. Sekian, terima kasih.
Saya jemput Yang Berhormat Sedili.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera. Soalan Sedili nombor 10.
Keadaan jeti nelayan yang uzur, kekurangan keperluan asas lengkap dan keadaan struktur yang bahaya. Mohon agar diberikan peruntukan khas berkala bagi pembangunan jeti-jeti nelayan sedia ada bagi merangsang peninakatan pendapatan nelayan serta keterjaminan hasil makanan negara khasnya untuk rakyat Negeri Johor.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah. Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sedili.
Secara umumnya, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia atau LKIM adalah pihak yang berperanan dalam menyediakan infrastruktur jeti bagi memudahkan nelayan untuk mendaratkan hasil tangkapan mereka. Ia termasuklah membina baharu dan menaik taraf kemudahan jeti sedia ada bagi memastikan keselamatan dan keselesaan nelayan. Sebagai rekod terdapat 72 jeti seliaan LKIM di seluruh negeri Johor.
Pada tahun ini sahaja, tahun 2024 terdapat 2 jeti telah dibangunkan oleh LKIM iaitu jeti Kampung Pasir Gudang Baru dengan peruntukan sebanyak RM200,000.00 dan jeti Sungai Pulai, Muar dengan peruntukan sebanyak RM250,000.00. Untuk makluman Yang Berhormat Sedili dan isi Dewan, sebelum ini terdapat 3 jeti telah dibina di kawasan Sedili seliaan LKIM iaitu 1 jeti pendaratan di Kompleks Perikanan Sedili yang memberi manfaat kepada 106 buah bot dan 439 orang nelayan. 1 jeti pendaratan dan tambatan di Kampung Sedili Kecil yang memberi manfaat kepada 30 buah bot dan 60 orang nelayan dan 1 lagi jeti tambatan di Tanjung Sedili memberi manfaat kepada 18 buah bot dan 36 orang nelayan.
Walau bagaimanapun, jeti-jeti yang dibina secara persendirian atau disediakan oleh agensi lain termasuk di kawasan Sedili sendiri adalah di bawah tanggungjawab agensi dan pemilik jeti itu sendiri. Dan sekiranya terdapat mana-mana kemudahan jeti yang telah dibina oleh LKIM sebelum ini, yang telah dilaporkan uzur dan perlu dibaik pulih atau dinaik taraf, permohonan bolehlah dibuat melalui Persatuan Nelayan Kawasan yang berdaftar di bawah LKIM bagi membolehkan permohonan kertas kerja peruntukan tersebut dimajukan kepada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri untuk mendapatkan pertimbangan peruntukan. Sebagai contoh Yang Berhormat Datuk Speaker, jeti Kampung Sedili Kecil yang dibina pada tahun 2005 dengan peruntukan sebanyak RM100,000.00 apabila dilaporkan uzur dan rosak, maka LKIM telah membaik pulih pada tahun 2020 dengan peruntukan sebanyak RM300,000.00.
Bagi komuniti nelayan darat pula, Kerajaan Negeri Johor sentiasa prihatin membantu golongan ini dengan pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan. Bagi aspek jeti nelayan darat, Kerajaan Negeri Johor telah memperuntukkan sejumlah RM100,000.00 bagi menyediakan kemudahan pendaratan ikan dalam bentuk jeti terapung kepada komuniti nelayan darat di Segamat dan Kota Tinggi di Sedili Kecil di Tanjung Sedili. Kerajaan Negeri Johor sedang mengenal pasti komuniti nelayan-nelayan darat daripada lokaliti lain yang boleh diberikan bantuan bagi tahun 2025. Sekian.
Tak ada soalan tambahan? Ok, saya jemput Bentayan. Yang Berhormat.
Yang Berhormat.
Tadi dah jawab ke yang Muar ni pasal perumahan, ke nak jawab lagi? Ha, dah jawab kan? Dah dijawab Yang Berhormat. Saya perasan tadi soalan.
Datuk Speaker, boleh ada soalan tambahan?
Ok, silakan.
Ok, terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker dan YB EXCO. Jadi, saya nampakan permintaan Rumah Mampu Milik ini di daerah Muar memang tinggi, tapi yang projek-projek yang seperti Rumah Mampu Milik di Muar ini terutama di sekitar bandar Muar agak sedikitkan. Jadi, saya nak tahukan sebenar apakah cabaran utama yang dihadapi dalam pembinaan Rumah Mampu Milik di daerah Muar ini dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Sekian sahaja, terima kasih.
Terima kasih YB Bentayan. Yang Berhormat Datuk Speaker, ramai orang beranggapan bahawa untuk membina Rumah Mampu Milik ini just petik jari sahaja. Tetapi kalau ikut makluman yang saya bawak YB Sungai Balang untuk buat satu perumahan projek di Sri Menanti di Muar. Pertama tentang kita kena cari tanah. Jadi, di peringkat tanah ini daerah Muar saya ingat tanah-tanah berskala besar tidak ada Yang Berhomat. Lepas tu dasar pulak, kalau rumah yang keluasannya 3 sampai 5 ekar, 20 peratus Rumah Mampu Milik kena dibuat. Kalau lebih 5 ekar, ia jadi 40 peratus Rumah Mampu Milik. Tetapi cabaran kita di peringkat Kerajaan Negeri Johor bila kita kenal pasti satu-satu perumahan, pertama biasanya saya di peringkat PKPJ kita akan minta Pegawai Daerah sendiri untuk mengetuai Task Force ini. Jadi bila Pengawai Daerah mengetuai Task Force ini, dia akan minta di peringkat Pejabat Tanah Daerah untuk semak, ada tak tanah-tanah kosong yang boleh dibuat Rumah Mampu Milik.
Selepas itu proses yang berikutnya ialah di peringkat daerah akan menubuhkan satu Task Force melibatkan semua agensi kerajaan termasuk juga YB yang membuat permohonan rumah tersebut. Bila kita disemak macam seperti Sungai Balang punya status iaitu kelulusan 20 lebih ekar tetapi tanah itu walau pun kerajaan, tetapi ada kelulusan lama, yakni ada lot-lot tertentu telah diberikan kepada individu-individu tertentu. Bila semakan ini berlaku kita kena buat lawatan tapak.Selepas lawatan tapak kita lihat keseluruhan pembangunan ini kita dapati ada dua telah diberi geran pemilikan. Jadi proses tidak boleh berlaku untuk buat rumah mampu milik secara keseluruhan kena selesaikan pemilikan untuk dua lot tapak rumah tersebut. Jadi di peringkat Wakil Rakyat, di peringkat Pegawai Daerah, Ketua Kampung termasuk PTD daerah, datang berbincang dengan tuan rumah untuk kita senang cakap bincang untuk mereka sama ada kita beli tanah tersebut, atau pun kita ambil melalui PTD melalui seksyen-seksyen tertentulah. Jadi mereka setuju baharu kita boleh tawarkan rumah kasih tu. Jadi inilah antara cabaran-cabaran di peringkat bila nak melaksanakan rumah tersebut.
Selepas selesai semua masalah tanah dah selesai, perbincangan dengan pemilik-pemilik tanah yang telah diberikan selesai, proses berikutnya ialah mencari peruntukan atau pembiayaan. Di Muar contohnya kalau di kawasan Sri Menanti di Sungai Balang ini, dalam profiling kita buat iklan kita dapati orang di kawasan tersebut tidak boleh membeli rumah yang harganya lebih dari RM150,000.00. Jadi apa yang pilihan yang kerajaan ada ialah untuk menyediakan rumah yang berharga RM100,000.00 atau RM150,000.00. Bila di daerah Muar perlu harga yang segitu, infra sahaja seperti saya tadi saya maklumkan bahawa untuk rumah yang 132 unit tu berharga RM100,000.00 dengan RM150,000.00, 250,000 unit rumah ini di Sungai Balang ini, 257 sahaja kerajaan terpaksa memberi subsidi RM49 juta. Sebab kos membina rumah mampu milik bukan setakat untuk rumah itu sahaja, tetapi melibatkan ifra, longkang, jalan. Apa lagi tadi bila melibatkan jalan. Mula-mula kita cadangkan jalan yang sedia ada, tetapi bila jalan sedia ada nak dibesarkan sedikit, dia melibatkan pengambilan perobohan 6 buah rumah. Asal penduduk kat situ dalam masa yang sama kena pengambilan kena pengambilan 28 lot tanah. Jadi di peringkat PTG Pegawai Daerah kena masuk balik pergi tengok ada tak jajaran baharu jalan mana yang boleh membuat infra tersebut.
Yang ini cabaran-cabaran yang dihadapi untuk isu-isu rumah. Itu kalau melibatkan di peringkat kerajaan. Kalau melibatkan di peringkat pemaju pulak, sebab tu di kawasan luar daerah ni banyak kebanyakan pemaju tidak sanggup ya untuk membuat rumah mampu milik walau pun mereka ada tanah. Sebab apa, di kawasan out-skirt ini, di Johor Bahru dia berbeza. Di Johor Bahru, di Kulai, di Pontian kita pemaju 60 peratus pasaran bebas tu, dia boleh letakkan harga RM600,000.00, RM700,000.00, RM1,000,000.00. Jadi dari segi keuntungan daripada pasaran bebas 60 peratus tadi yang diletakkan harga tinggi, sebahagian keuntungan disubsidi kepada rumah mampu milik yang kategori 40 peratus itu. Sebab itu bila ada PDRC Planning, Design and Review Committee, kita sebenarnya di peringkat kerajaan memang sangat tegas sebab apa, setakat ini ada pemaju besar yang ada nama kita kaveatkan tanah dia.
Bila siri perbincangan di peringkat pemaju tidak berjalan dengan baik, apa yang kerajaan buat, kerajaan tak ada pilihan, pasal kita kena pastikan pemaju-pemaju ini membina rumah mampu milik walau pun hakikatnya kadang-kadang walaupun satu-satu pembangunan itu mereka mengalami kerugian. Tetapi ini adalah tanggungjawab kerajaan untuk pastikan rumah mampu milik ini dibina. Sebab itu untuk makluman YB kita ni dengan kerajaan kadang-kadang kena win win dalam bentuk berbincang dengan pemaju. Sebab apa, sebab tak ada pemaju yang nak rugi bina rumah ni. Sebab tu dalam keadaan macam tu kita ada polisi perumahan yang kita boleh membenarkan mereka mencadangkan harga-harga tertentu dengan syarat-syarat yang kita fikir di peringkat task force boleh dipertimbangkan. Jadi saya ingat di peringkat Yang Berhormat Menteri Besar Johor sendiri memang kita sasaran 30,000 sepanjang lima tahun ini bermula 2022 sehingga 2026 setakat ini masih dalam landasan yang betul, dan tahun depan seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, kita akan membina lebih kurang 8,021 melibatkan 10 daerah. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat jika sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum dijawab secara lisan akan dijawab secara bertulis dalam Persidangan yang sama. Saya tangguhkan Persidangan ini selama 20 minit.
Persidangan ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.
Persidangan disambung semula pada jam 11.20 pagi.
Perbahasan Atas Rundingan Bacaaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2025 Tahun 2024.Bill
Ahli-Ahli Yang Berhormat, dimaklumkan bahawa tempoh perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat adalah selama empat hari iaitu mulai hari ini, 24 November hingga 27 November 2024.
Ahli-Ahli Yang Berhormat saya akan menyeru nama kawasan Ahli-Ahli Yang Berhormat berdasarkan senarai giliran yang telah saya perolehi. Untuk pencadang perundingan, masa yang diberikan ialah selama 45 minit. Penyokong diberi masa 30 minit. Pengimbang kerajaan akan diberi masa 30 minit, mana kala Ahli-Ahli Dewan yang lain akan diberi masa 20 minit. Bagi membolehkan lebih ramai Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat berucap, saya memohon kerjasama semua agar mematuhi masa yang diberikan. Suka saya mengingatkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, supaya menjaga adab dan tatatertib ketika berada dalam perbahasan di dalam Dewan ini. Selaras dengan Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Johor Bil. 45. Perbahasan atas Rundingan Bacaan Bagi Kali Ke-Dua Enakmen Perbekalan 2025 Tahun 2024 dimulakan sekarang. Dijemput Yang Berhormat Kukup.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Bismillahirahmannirahim. (Membaca doa). Assalammualakum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Maju Johor. Dari Kukup Ke Johor Bahru, Singgah Saujana Hati Gembira; Bertemu MB Harapan Baharu, Johor Maju, Rakyat Sejahtera. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Datuk Speaker, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi saya ruang dan peluang untuk memulakan perbahasan Belanjawan Johor 2025 pada pagi ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz Ghazi Menteri Besar Johor di atas kejayaan beliau membentangkan Belanjawan Johor 2025 pada hari Khamis yang lalu yang memakan masa hampir dua jam dan ianya disiarkan secara langsung, live streaming di Facebook rasmi Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan untuk tatapan seluruh rakyat negeri Johor yang bertemakan Maju Johor Rakyat Sejahtera. Kredit juga diberikan kepada kerajaan negeri kerana berjaya mencipta rekod dengan mendapatkan hasil RM2 bilion serta mempunyai lebihan atas surplus bajet sebanyak RM5.12 juta.
Ini merupakan tahun kedua berturut-turut negeri Johor mempunyai lebihan setelah kali pertamanya pada tahun 2024 sebanyak RM4.21 juta. Belanjawan yang dibentangkan ini adalah mengambarkan Kerajaan Negeri yang diterajui oleh BarIsan Nasional yang sentiasa cakna dan komited dengan kehendak dan keperluan rakyat bangsa Johor yang telah memilih sebuah kerajaan negeri yang stabil, makmur dan berdaya saing. Bak kata pepatah Melayu, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Setiap sokongan rakyat kepada kepimpinan hendaklah dibalas dengan pemberian dimana sebagai tanda terima kasih kepada rakyat bangsa Johor.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga dan barisan kepimpinan negeri telah mengarah, menyusun dan merancang Belanjawan 2025 ini secara teliti dan menyeluruh agar tiada rakyat bangsa Johor yang tertinggal, tercicir dan terkecuali untuk sama-sama menikmati kemajuan dan kemakmuran di negeri ini. Walau bagaimanapun jika kita lihat dari segi jumlah peruntukan pembangunan yang agak kecil mungkin akan sedikit membantutkan usaha kerajaan untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan keperluan rakyat.
Mungkin kerajaan pada masa akan datang dapat mempertimbangkan atau mengurangkan peratusan belanja mengurus kerana peruntukan pembangunan dapat dinaikkan bagi menyelesaikan lebih banyak masalah rakyat di luar bandar khususnya. Jika dibandingkan saya membuat perbandingan antara negeri Sarawak, Selangor, Johor kita boleh lihat bahawa jumlah belanjawan di Johor RM1.99 bilion, di Sarawak RM15.58 bilion dan Selangor RM3 bilion. Bagaimana belanja mengurus di Johor sahaja kita menggunakan 63.58 peratus, di Sarawak hanyak mengguna 31.01 peratus dan di Selangor 56.7 peratus. Kita lihat pula
berapa percent yang digunakan untuk pembangunan. Di negeri Johor hanya menggunakan 36.42 peratus, di Sarawak 68.99 peratus dan juga di Selangor 43.3 peratus.
Yang Berhormat, kalau kurangkan belanja pengurusan maksudnya bonus tak payah bagilah?
Boleh, boleh bagi ada cara dia Yang Berhormat.
Terima kasih Datuk Speaker, alhamdulillah dan syabas sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan kepimpinan yang telah berjaya dan bertungkus lumus bagi menyediakan Belanjawan 2025 berdasarkan 6 Teras Maju Johor dan menawarkan sebanyak 244 inisiatif bagi menggerak dan memacu pertumbuhan ekonomi negeri Johor agar dapat dinikmati bersama. Belanjawan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada berbilang kaum, latar belakang pendidikan mahu pun pendapatan termasuk penjawat awam sehinggalah rakyat yang kurang bernasib baik dan kurang upaya bakal menikmati Belanjawan 2025 ini sekiranya diurus dengan baik dan teratur. Malah bukan itu saja flora, fauna serta alam sekitar turut terbela dan diberikan perhatian oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Bagi memastikan kejayaan Belanjawan 2025 ini dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna kita mestilah bersatu hati, bekerja dalam satu pasukan tidak kira dari segi pihak kerajaan mahu pun pihak pengimbang untuk sama-sama mengurus pembangunan negeri yang kita cintai. Sekali gus dapat merealisasikan impian kita semua untuk melihat Johor maju pada tahun 2030 kelak. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Syed Hussien Syed Abdullah dan seluruh jentera Barisan Nasional di atas kemenangan besar Barisan Nasional di PRK DUN Mahkota pada 28 September yang lalu. (Dewan bertepuk). Ini menunjukkan keyakinan, kepercayaan rakyat bangsa Johor yang diterajui oleh Barisan Nasional untuk menerajui negeri Johor yang kita cintai.
Yang Berhormat Datuk Speaker, peruntukan khusus Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Johor saya juga mengambil kesempatan ini menyambut baik Belanjawan 2025 mebugarkan ekonomi, menjana perubahan, mensejahtera rakyat yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober yang lalu. Banyak inisiatif yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, memberi impak secara langsung kepada negeri Johor khususnya inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor - Singapura menjadi salah satu langkah penting yang diketengahkan dalam belanjawan ini.
Ini disamping inisiatif menarik yang ditawarkan melalui Zon Kewangan Khas yang akan memperkukuhkan lagi daya saing ekonomi Johor. Terima kasih juga saya mengucapkan kepada Kerajaan Persekutuan di atas pengumuman kesinambungan Pembangunan Projek-Projek Pembangunan Di Johor, Pelebaran Lebuh Raya Utara - Selatan, Hospital Sultanah Aminah 2, Rancangan Tebatan Banjir serta diberi keutamaan dalam Perancangan Lebuh Raya WCE Bagi Jaringan Banting Ke Gelang Patah. Dan juga tidak lupa saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas Projek Pembinaan Dataran Penghujung Benua Asia di Taman Negara Tanjung Piai yang melibatkan kawasan DUN saya. Semoga segala perancangan dan usaha ini memberi manafaat kepada bangsa Johor secara keseluruhannya dan meningkatkan lagi daya tarikan Taman Negara Tanjung Piai.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin membahaskan satu, berhubung dengan teras pertama tadbir urus kerajaan. Untuk menentukan kejayaan dasar sesebuah negara itu sama ada berjaya mahu pun tidak ia terletak pada dua perkara penting. Yang pertama, kebolehupayaan dan pengalaman kakitangan penjawat awam tersebut dan yang kedua cara perlaksanaan dan tadbir urus yang berkesan. Disebabkan dua perkara yang amat penting ini
ianya menjadi tunjang kepada elemen-elemen lain untuk memastikan kejayaan sesebuah negeri.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menyenaraikan sebanyak 43 inisiatif di dalam tadbir urus kerajaan untuk memperkukuhkan lagi tadbir urus Kerajaan Negeri Johor. Inisiatif yang paling mengembirakan hati penjawat awam di negeri Johor sudah tentu dengan inisiatif khas kecemerlangan tahun 2024 dengan bahasa mudahnya dapat bonus sebanyak dua bulan. Ini merupakan kejayaan kedua berturut-turut negeri Johor dengan memberikan bonus selari dengan hasil pendapatan negeri. Kalau tahun depan hasil pendapatan kita lebih daripada ini saya pasti dan penuh yakin Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak akan teragak-agak meningkatkan lagi insentif khas ini kepada penjawat awam pada masa yang akan datang, sama-sama kita doakan.
Kejayaan seperti ini tidak datang dengan bergolek. Ia penuh dengan pengorbanan dan jerih perih kita semua. Bermula daripada penggubal dasar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor, seluruh pentadbir dan kakitangan awam di negeri Johor mahu pun persekutuan. Tahniah kita sampaikan kepada usaha kakitangan awam yang di ketuai oleh Setiausaha Kerajaan Johor, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani yang telah banyak membantu memastikan kejayaan dapat kita kecapi bersama.
Walau bagaimanapun isu dan masalah rakyat yang belum berjaya diselesaikan masih ditahap yang membimbangkan dan ianya perlu diperbaiki. Perkara ini dapat dilihat apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengambil serius dengan mewujudkan sistem aduan berpusat yang dipantau secara terus oleh beliau sendiri. Ini menunjukkan betapa seriusnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam menyelesaikan isu yang dihadapi oleh rakyat. Namun begitu kita perlu melihat juga perspektif rakyat di bawah sana ramai di antara mereka yang menyuarakan ketidakpuashatian mereka kepada hasil kerja kakitangan awam yang bertugas di jabatan-jabatan kerajaan mahu pun persekutuan.
Ketidakpuasan hati ini sering dilontarkan di plaftform sosial kepada segelintir kakitangan awam atau jabatan sekiranya masalah tersebut berlarutan dan sering berulang. Urusan-urusan rakyat di jabatan sering tertangguh terlalu lama tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Ini menyebabkan rakyat di bawah sana bosan apabila berurusan dengan penjawat awam dan juga jabatan. Sikap segelintir kakitangan awam yang melaksanakan tugas sambal lewa atau acuh tak acuh juga sering berlaku di negeri kita. Kita tidak mahu kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Namun begitu tidak juga kita boleh pukul rata, ramai juga di kalangan kakitangan awam negeri yang bekerja dengan dedikasi dan penuh hati untuk membantu mempermudahkan urusan rakyat di bawah sana.
Perkara ini perlu dilihat lebih meluas untuk memastikan segala dasar kerajaan negeri dapat disampaikan dan dilaksanakan oleh kakitangan awam dengan lebih cepat dan berkesan sekali gus segala urusan rakyat dan kerajaan negeri dapat diselesaikan dengan sempurna. Kita tidak boleh menunggu Yang Amat Berhormat datang membuat spot-check atau lawatan mengejut baharu kita nak selesaikan masalah tersebut. Saya percaya perkara ini telah pun diketahui oleh jabatan atau kerajaan kerana aduan ini pun dibuat oleh rakyat berkali-kali. Saya percaya setiap kali Yang Amat Berhormat Menteri Besar turun ke lapangan adalah berdasarkan keluh kesah rakyat dan rungutan yang dibuat melalui platform media sosial.
Tidak kurang banyaknya rakyat yang men-tag Yang Berhormat Menteri Besar di Facebook, Instagram, untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka mengenai pelbagai isu di kawasan. Saya pernah melihat apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar pergi melawat jalan berlubang dan sebagainya. Kita baca komen ramai yang menokok tambah, Yang Amat Berhormat Dato’ datanglah ke tempat saya, tempat saya pun banyak lagi lubang yang berjalan-jalan katanya. Jadi, Yang Amat Berhormat Datuk Speaker, kejayaan kita yang sebenarnya apabila dapat menyelesaikan masalah rakyat dengan pantas dan efektif kerana
merekalah yang sepatutnya menilai hasil kerja. Sekiranya rakyat gembira sudah pasti hasil yang ditunjukkan kepada mereka sangat memuaskan.
Yang Berhormat, sebenarnya Yang Berhormat membangkitkan perkara yang cukup penting yakni soal birokrasi. Saya juga ADUN, saya ambil contoh di tempat saya nak membina rumah orang susah yang menumpang di tepi tandas kedai orang sampai sekarang tak boleh selesai kerana masalah birokrasi. Dia kata alasannya ialah orang ini kad pengenalan dia tidak ditulis status orang asing, penjaga orang Asli. Akhirnya sampai ke sudah tak selesai. Jadi, sepatutnya budi bicara digunakan dan rumah sampah di perkampungan Orang Asli pun tak dapat dibuat. Sebab alasannya ialah siapa nak bayar kos untuk kutip sampah. Saya kata ADUN Rengit boleh bayar, tak buat juga. Ini masalah birokrasi. (Dewan bertepuk). Sebab itu saya minta JAKOA contohnya ya, namanya Jabatan Kemajuan Orang Asli, kena serius dalam perkara ini. Jangan nanti orang kata JAKOA ini ialah Jabatan Kemunduran Orang Asli bukan nak membantu orang Asli. Ini satu contoh saya amat bersetuju dengan apa yang, apa ni Yang Berhormat Kukup bangkitkan dan kita mohon Yang Amat Berhormat Menteri Besar memberi perhatian kepada isu-isu birokrasi yang menganggu tugas ADUN, melambatkan tugas ADUN. Teruskan Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. saya bersetuju dengan apa yang pandangan daripada Datuk Speaker dan saya mohon ucapan Datuk Speaker juga dimasukkan di dalam ucapan saya.
Wakil rakyat dipilih oleh rakyat juga perlu berganding bahu bersama kakitangan awam untuk melaksanakan segala dasar yang ditentukan serta menyelesaikan isu dan masalah rakyat dengan sepenuh hati bukan sambil lewa. Kerjasama erat antara Wakil Rakyat dan kakitangan awam sudah tentu dapat menyelesaikan banyak perkara dengan pantas dan tuntas, sikap salah-menyalah antara satu sama lain menyebabkan banyak kerugian dan masalah yang timbul tidak dapat kita selesaikan. Saya juga ingin memberi kredit kepada Johor Super Lane sebagai platform peningkatan easy of doing business dengan adanya JSL atau one stop centre sudah pasti banyak penjimatan masa yang berlaku serta kelulusan yang memakan masa lama sebelum ini dapat dipendekkan dan dipermudahkan, sebagaimana Yang Berhormat Datuk Speaker menyatakan sistem birokrasi. Namun begitu, perkara ini juga perlu dilakukan dan dilaksanakan secara menyeluruh termasuk urusan rakyat di bawah sana. Jangan hanya disebabkan kita ada pelabur luar yang datang, urusan tersebut dipermudahkan. Sedangkan urusan rakyat masih tertangguh terlalu lama tanpa perhatian yang sewajarnya. Sebagai contoh, kita lihat urusan tukar milik tanah, geran dan juga pembahagian harta pusaka memakan masa yang terlalu lama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pegawai Daerah di atas peruntukan RM2.5 juta sumbangan bantuan Pegawai Daerah ini adalah peningkatan RM500,000.00 berbanding tahun 2024. Dengan adanya peningkat bantuan yang diberikan mudah-mudahan kerja Wakil Rakyat serba sedikit dapat diringankan dan beban Wakil Rakyat juga dapat dikongsi bersama Pegawai Daerah untuk membantu masyarakat di kawasan.
Saya juga ingin memberi pandangan kepada Yang Berhormat Tan Sri SS tentang pertukaran terlalu kerap Pegawai-Pegawai Daerah di setiap satu kawasan. Ada Pegawai Daerah yang tak sampai satu tahun lebih, baru nak mengenali kawasan, baru nak mengenali masyarakat telah dipindahkan ke tempat lain. Ini juga mungkin memberi kesan dan membantutkan usaha-usaha untuk kita memajukan daerah-daerah tertentu. Bukan sahaja di peringkat daerah, ianya juga melibatkan seluruh penjawat-penjawat awam di daerah yang ditukarkan dalam masa yang terlalu singkat. Kalau boleh diberi perhatian, biarlah seseorang pentadbir daerah itu diberi masa setidak-tidaknya 5 tahun sebelum digilirkan ke tempat lain.
Yang Berhormat Datuk Speaker, bayaran cukai secara online merupakan cara terbaik untuk mengurangkan kesesakan awam di pejabat kerajaan. Namun begitu, perlu ada kemudahan internet yang baik dan mencukupi terutama di kampung-kampung yang masih lemah dari
segi rangkaian internetnya. Penggunaan teknologi AI yang bertujuan mempercepatkan proses saringan permohonan rumah rakyat adalah satu pendekatan yang cukup baik, efektif dan jimat masa. Namun, apa yang ingin saya persoalkan apakah jaminan Kerajaan Negeri bagi memastikan keselamatan data pengguna dapat dijaminkan. Memandangkan isu scammer yang semakin berleluasan, scammer yang sangat mudah mendapatkan no telefon, ic dan alamat rumah bagi dimanupulasi dengan pelbagai cara untuk tujuan menipu dan memperdaya. Terlalu banyak inisiatif untuk kakitangan kerajaan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang dibuat untuk memastikan kelancaran tadbir urus kerajaan. Sepatutnya tiada alasan yang patut diberi oleh kakitangan awam untuk menjayakan segala dasar-dasar Kerajaan Negeri. Dengan segala perancangan yang diatur oleh Kerajaan Negeri sepatutnya dapat dicapai mengikut acuan, tempoh masa yang diberi, sekaligus kita dapat menjayakan misi Johor untuk mencapai negeri maju pada tahun 2030, Insya-Allah.
Yang Berhormat Datuk Speaker, dikesempatan ini juga saya ingin menyentuh sedikit soal perjalanan Dewan Undangan Negeri. Pertama, hari itu, kita masih, kita membangkitkan soal mikrofon dan juga gema yang berada di dalam Dewan ini. Dan, kita dapati seolah-olah isu ini belum dapat diselesaikan secara tuntas. Dan, saya berharap pada tahun 2025 ini, ada tindakan yang wajar yang perlu kita laksanakan.
Yang kedua ialah berkaitan dengan soalan-soalan yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Dewan pada pagi ini. Saya melihat isu ini berlarutan setelah beberapa kali kita mengadakan Persidangan. Saya melihat soalan-soalan yang diatur tidak berdasarkan kepada komposisi parti kerana kita lihat kalau hari ini Barisan Nasional, kita yang berada di Back-Benchers ini mempunyai 40 orang lebih, tolaklah EXCO kita ada 37 orang, tetapi soalan yang diberi kepada kita hanya 17 soalan. Berdasarkan rakan kita pengimbang di mana keahliannya ada 12, mereka menikmati 10 soalan yang boleh ditanya setiap kali. Bagi saya ini adalah kurang adil untuk memastikan rakan-rakan Back-Benchers mengeluarkan isu-isu rakyat ianya perlu diberi perhatian supaya ianya tidak berat sebelah dan merugikan kita di pihak BNBBC.
Yang Berhormat...
Yang Berhormat Datuk Speaker ...
Yang Berhormat...
Sila...
Insya-Allah saya akan beri perhatian kepada isu ini. Dan, kita akan mengambil pengalaman di Dewan Rakyat soalan-soalan yang dikemukakan untuk dijawab berasaskan kepada komposisi parti ya, supaya memberikan keadilan kepada semua pihak dan kita akan memastikan soalan berulang juga tidak akan berlaku ya. Ataupun dalam sehari itu ada seorang YB sampai 2-3 soalan dia naik. Jadi, kalau boleh semua sama rata dan saya akan pastikan tidak ada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang sepanjang tempoh persidangan soalan dia satu pun tak naik. Kesianlah kalau ada sekiranya ada penyokong-penyokong dia yang datang tapi soalan tak naik. Jadi kita akan pastikan apa ni, Bahagian Pengurusan untuk lebih profesional dalam menguruskan soalan-soalan lisan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Saya ingin teruskan ucapan saya berhubung dengan pembangunan ekonomi iaitu teras kedua. Bagi manfaat Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (Johor-Singapore Special Economic Zone) dan Zon Kewangan Khas Forest City. Dalam konteks pembangunan ekonomi halal, Johor memainkan peranan penting sebagai sebuah negeri yang mempunyai potensi besar untuk menjadi pusat ekonomi halal di Malaysia. Lokasi strategik Johor yang berdekatan dengan Singapura, sebuah pusat kewangan global telah menyediakan kelebihan tersendiri dalam menarik pelaburan dan perkembangan industri halal. Kepentingan ekonomi
halal kepada Johor dapat dilihat dalam pelbagai dimensi antaranya dalam pembangunan sektor industri yang merangkumi makanan, kosmetik, fesyen, farmasi dan perkhidmatan kewangan melalui pendekatan komprehensif. Johor berpeluang untuk mencipta ekosistem ekonomi yang dinamik dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Selain itu, pembangunan pelancongan halal di Johor menjanjikan potensi ekonomi yang signifikan di mana negeri ini boleh menarik pelancong muslim dari seluruh dunia dengan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan yang mesra muslim. Hal ini secara langsung dapat meningkatkan pendapatan negeri dan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Johor juga berpotensi menjadi pusat penyelidikan dan inovasi dalam bidang ekonomi halal dengan kerjasama antara institusi pendidikan tinggi dan sektor industri. Melalui pendekatan ini Johor dapat menarik modal intelektual dan menggalakkan perkembangan teknologi halal yang inovatif.
Dalam konteks kewangan pembangunan sistem perbankan dan produk-produk syariah di Johor dapat menarik pelaburan dana islam dan mewujudkan persekitaran kewangan yang kompetitif. Strategi ini bukan sahaja meningkatkan daya saing global, malah turut mempromosikan Johor sebagai pemain utama dalam ekonomi halal. Oleh itu, ekonomi halal bukan sekadar satu trend malah ia merupakan satu transformasi strategik yang menawarkan pelan pembangunan ekonomi yang berlanjutan untuk Johor dengan potensi pertumbuhan yang amat memberangsangkan di pelbagai sektor yang kritikal.
Di samping itu, Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura yang dirancangkan untuk dibangunkan di Johor mempunyai potensi dalam memperkasa industri halal di negeri ini. Kerajaan Johor telah memajukan menunjukkan komitmen yang tinggi untuk mengintegrasi sektor halal di dalam pembangunan ekonomi yang lebih luas. Ini telah menjadikan JS-SEZ sebagai platform strategik untuk mencapai matlamat positif kepada kemakmuran negeri Johor. Antaranya, kepentingan peluang perniagaan. Dalam penubuhan JS-SEZ terdapat peluang besar bagi usahawan halal untuk mengembangkan perniagaan mereka. Zon ini dirancang untuk menarik pelabur dari pelbagai sektor termasuk makanan dan minuman halal yang merupakan salah satu fokus utama industri halal di Malaysia. Ini membantu meningkatkan kapasiti pengeluaran dan memenuhi permintaan domestik serta antarabangsa.
Yang kedua, insentif kewangan dan sokongan kerajaan. Kerajaan Johor telah menunjukkan komitmen melalui pelbagai insentif yang telah ditawarkan dalam JS-SEZ termasuk insentif cukai dan kemudahan lain bagi menarik lebih banyak pemain dalam industri halal. Ini termasuklah usaha memudahkan proses mendapatkan sijil halal bagi usahawan yang beroperasi dalam zon tersebut. Kita juga patut bangga apabila Iskandar Halal Park di Pasir Gudang adalah contoh inisiatif kerajaan yang menyokong industri halal. Dengan adanya JS-SEZ pengoperasian park ini dapat diperkukuhkan lagi memberi ruang kepada syarikat-syarikat halal untuk beroperasi dengan lebih efisien dan berdaya saing.
Yang keempat, ialah meningkatkan kadar eksport industri halal di Johor telah menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar dengan kadar 7.9 peratus dan nilai eksport sebanyak RM53.72 bilion pada tahun lalu. Dengan adanya JS-SEZ ini kerajaan berharap dapat meningkatkan lagi sumbangan ini melalui pengembangan pasaran dan akses kepada rantaian bekalan global.
Yang kelima, meningkatkan kesedaran dan pendidikan halal. Kerajaan perlu berusaha untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan produk halal melalui program-program pendidikan dan latihan seperti Halal On Track dengan sokongan JS-SEZ program ini dapat diperluaskan dan melibatkan ramai usahawan dan meningkatkan kefahaman tentang standard Islam, standard halal, minta maaf. Secara keseluruhan integrasi ekonomi dalam kerangka ekonomi khas Johor-Singapura bukan sahaja dapat memperkukuhkan industri halal di negeri ini, tetapi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi lebih mampan dan inklusif dalam masyarakat Johor secara keseluruhan. Namun begitu, banyak cabaran yang
ada menurut pandangan saya, kita perlu menyelaraskan standard halal, meningkatkan kapasiti industri dan juga membangunkan rantaian bekalan yang efisien. Insya-Allah dengan izin dan sokongan daripada semua pihak kita boleh merealisasikan visi ini setiap daerah mempunyai potensi unik untuk membangunkan ekonomi halal yang disesuaikan dengan kekuatan dan sumber tempatan memberi manfaat ekonomi.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya masuk kepada Teras Keenam iaitu berhubung dengan Orang Muda Johor. Izinkan saya menyentuh kepada Teras Keenam ini mengenai Orang Muda Johor, saya meneliti inisiatif dan touch point yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkaitan Teras Orang Muda Johor. Pelbagai inisiatif khusus yang dirancang untuk membangunkan modal insan dan kepimpinan Orang Muda Johor yang sudah tentu akan menjadi aset penting pengganti kepada pemimpin pada masa akan datang. Namun saya dapati untuk belanjawan kali ini tiada peruntukan khas kepada Dewan Muda Johor diumumkan sepertimana Belanjawan Johor 2024 dan 2023. Oleh itu, saya ingin memohon klarifikasi daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atau Yang Berhormat EXCO adakah program Dewan Muda akan diteruskan atau sebaliknya? Ini adalah kerana seperti yang saya faham tempoh perkhidmatan Ahli Dewan Muda Johor ini adalah 2 tahun bermula 2024 hingga 2025 dan jika program Dewan Muda Johor ini diteruskan tahun ini, saya ingin memberi beberapa cadangan bagi memperkasakan Dewan Muda Johor. Pertama, beri mereka peluang sebagai Ahli Dewan Muda Johor untuk intern kepada semua ADUN di kawasan mereka. Yang kedua, saya percaya Ahli Dewan Muda ini dipilih berdasarkan merit melalui proses temu duga yang ketat. Yang terpilih pasti mempunyai kecerdasan akal yang baik dan mungkin boleh digunakan untuk membantu Ahli-Ahli Dewan di kawasan dan juga melaksanakan kajian bagi tujuan Persidangan Dewan Undangan Negeri. Yang kedua, Ahli Dewan Muda Johor perlu diberi peluang untuk berbahas bukan sahaja di peringkat domestik tetapi juga di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, Ahli Dewan Muda Johor berbahas dengan belia-belia dan orang muda dari negara jiran kita Singapura dan Indonesia. Kaedah dan mekanisma mungkin boleh ditentukan dan diperkasakan oleh kerajaan negeri melalui Institut Dato’Onn.
Yang Berhormat Datuk Speaker, di kesempatan ini juga saya ingin membawa beberapa isu daripada kawasan saya. Iaitu tentang rumah mampu milik di DUN Kukup. Pagi tadi saya mendengar penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat EXCO Perumahan memang cakap mudah tetapi pelaksanaannya amat-amat terlalu detail tentang tanah dan juga beberapa prosedur. Namun yang demikian saya sekali lagi menyeru tadi walaupun ada disebut daerah Pontian bakal juga dapat rumah mampu milik tetapi ianya bukan di dalam DUN saya. Jadi, saya berharap fikir-fikirkan lah kerana di kawasan DUN Kukup ini masih ada tanah-tanah yang terbiar, tanah-tanah yang terbengkalai yang tidak diguna oleh kerajaan untuk dibangunkan kawasan perumahan. Saya berharap rumah mampu milik di DUN Kukup ini boleh lah disegerakan dan dilaksanakan sebelum, saya sebagai Ahli Dewan Undagan Negeri kawasan Kukup mengakhiri tempoh perkhidmatan saya.
Saya juga berharap tentang isu hakisan pantai di Mukim Rimba Terjun, saya soalan mengenai hakisan pantai ini dapat dalam soalan saya pada pagi ini, tetapi tidak sempat dinyatakan tetapi terima kasih kepada EXCO Kerja Raya telah memberi jawapan yang begitu segera atas meja ini, saya faham ada peruntukan yang telah diluluskan untuk skala yang besar tetapi memakan masa yang lama. Kerana hakisan ini berlaku setiap hari, kalau boleh kita mengharapkan apa juga keputusan atau peruntukan yang ada secara segera mohon dilaksanakan. Kerana ada juga batu-batu sangkar yang dibuat bagi menahan hakisan di setengah-setengah kawasan ianya juga telah runtuh kerana terlalu lama untuk menunggu berhubung dengan hakisan pantai ini. Saya juga difahamkan bahawa telah ada bajet yang dikeluarkan untuk tebatan banjir, benteng di Tanjung Piai. Tetapi sehingga ke hari ini sudah hampir menutup tahun, tidak ada lagi nampak, waimah signboard pun dinaikan untuk memastikan projek itu dilaksanakan. Setiap kali masyarakat berbincang ataupun menyatakan kepada kita, kita tidak boleh untuk menjanjikan apa-apa kerana tidak
ada satu keputusan yang tuntas berhubung dengan penyelenggaraan benteng dan juga tebatan banjir itu.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin menekankan tentang tekanan air rendah dan voltage drop dengan izin. Saya juga membangkitkan satu isu yang tidak asing lagi di mana air merupakan sumber penting dalam kehidupan bukan sahaja untuk minuman, tetapi digunakan sebagai kegiatan harian manusia membasuh, mandi, beribadah, berniaga dan sebagainya. Tetapi, di hujung-hujung tahun ini sudah mula kedengaran begitu jelas tentang kawasan DUN Kukup terutamanya kawasan-kawasan kampung di Kampung Melayu Kukup, Bandar Permas Kukup Laut Air Masin, kekerapan seringkali berlaku waktu puncak tidak ada air sehingga ke malam dan adakalanya sehingga ke esok pagi. Di kawasan Kukup banyak restoran, resort yang telah didirikan oleh masyarakat. Tetapi kalau tekanan air ini semakin rendah, tidak dapat dilaksanakan ianya akan mengganggu perniagaan masyarakat setempat dan sebagainya. Ini termasuklah voltage drop, kerana kita di penghujung benua dan kita dapati supply untuk karen ini semakin kurang. Apa yang membimbangkan saya kalau secara domestik kita gagal untuk membekalkan kepada rakyat, kita bimbang kerana di kawasan DUN Kukup ini sebahagiannya akan masuk di dalam Johor-Special Economic Zone, bagaimana pelabur nak datang kalau keadaan air kita tidak cukup? Bagaimana pelabur hendak membina kilang kalau voltage kita rendah? Ini perlu di atasi sebelum kita menandatangani persetujuan untuk melaksanakan Johor-Singapore Special Economic Zone ini. Ini amat memalukan kita, jadi kita berharap pihak-pihak yang berwajib dapat melaksanakannya dengan cepat dan segera.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin menyentuh tentang Tahun Melawat Johor 2026, banyak persoalan saya di dalam soal promosi dan juga persiapan Kerajaan Negeri untuk menyambut Tahun Melawat Johor pada 2026 ini. Alhamdulillah daripada bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga bertanggungjawab kepada pelancongan, kita dapati ada RM7.2 juta diumumkan untuk tujuan promosi dan publisiti. Kita sudah hampir masuk 2025, dan kita hanya ada satu tahun 2026 lagi, jadi saya mengharapkan biarlah promosi itu dilaksanakan dengan begitu besar bagi menarik ramai pengunjung-pengunjung ke negeri Johor supaya matlamat pelancongan kita ini dapat disasarkan. Kerana setakat ini kalau kita datang daripada Tol Sugai Besi sampailah ke selatan, satu ayat welcome atau Tahun Melawat Johor 2026 juga tidak kelihatan. Jadi, dengan adanya bajet yang diberi ini untuk tujuan promosi dan pengiklanan saya berharap perkara ini dapat di segerakan oleh pihak-pihak yang tertentu. Saya juga berterima kasih apabila Tanjung Piai mempunyai dua tempat yang kita telah fokus untuk pelancongan iaitu Taman Negara Tanjung Piai dan juga Pulau Kukup. Ini ada dua keunikan untuk eco-tourism di mana Taman Negara Tanjung Piai ini telah diberi peruntukan awal dahulu, semasa pengumuman Yang Amat Berhormat Menteri Besar tentang kemudahan asas perlu dilaksanakan segera, tandas, untuk kaunter tiket dan sebagainya namun kita lihat perjalanannya masih slow, begitu juga dengan Pulau Kukup, telah diperuntukkan RM20 juta untuk dibangunkan semula, EXCO pun dah bertukar sampai hari ini projek belum bermula. Ini menjadi kebimbangan kita adakah tahun 2026 ini Pulau Kukup boleh dijual kepada pelancong? Ini yang merisaukan kita, dan Pulau Kukup juga memerlukan jeti awam di mana setakat ini, para pelancong hanya menggunakan jeti yang dibuat oleh, menumpang dengan bangunan yang lain, ini amat memalukan lah. Saya berharap kalau boleh ada ruang dan peluang untuk kita menyediakan jeti awam bagi penggunaan pelancong amat-amat kita galakkan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Johor kerana telah menyediakan Jualan Kasih Johor. Jualan Kasih Johor ini banyak memberi manfaatnya. Terima kasih kepada EXCO yang bertanggungjawab, kita telah menyasarkan jumlah yang cukup besar tetapi saya yakin dan percaya jumlah yang ingin kita sasar ini belum lagi mencapai dan apa yang kita perlukan ialah pembaiki sistem atau mekanisme berhubung dengan Jualan Kasih Johor ini. Kita tidak mahu hanya ada barang-barang keperluan yang terlalu sikit apabila Jualan Kasih Johor ini dilaksanakan. Kita
hendak player-player ataupun penjualan-penjualan itu melibatkan sebahagian besar daripada masyarakat tempatan yang ada membekalkan ayam dan sebagainya. Dan justeru itulah saya mengharapkan kalau hari ini kita membaiki mekanisme Jualan Kasih Johor ianya boleh mencapai matlamat dan ini banyak melegakan masyarakat kita khususnya di kawasan-kawasan kampung.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin membawa isu tentang isu Ketua Kampung dan juga Sejati Madani. Alhamdulillah hari ini kita berusaha untuk meningkatkan kedudukan Ketua Kampung untuk menambah baik supaya mereka diberi perlindungan. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat mengumumkan tentang adanya perlindungan PERKESO dan juga beberapa inisiatif lain mengenai Ketua Kampung. Pada suatu ketika dahulu, kita pernah menjanjikan bahawa Ketua Kampung ini akan dinaikkan knowledge nya diberi kursus setidak-tidaknya bertaraf Diploma. Tetapi hari ini isu ini hanya penyepi, tidak ada betul ke tidak usaha kita untuk meningkatkan urusan Ketua Kampung ini. Oleh kerana Sejati Madani ini telah dinikmati dan banyak Ketua Kampung telah memiliki RM100,000.00 untuk memajukan JPKK, mereka telah membeli apa juga perkara yang dicadangkan kepada pihak pusat. Dan mereka ada juga yang telah memulakan perniagaan ini. Apa yang membimbangkan saya, kalau kita lihat trend pelantikan Ketua Kampung ini memerlukan tahun-tahun untuk disemak semula untuk dilantik baharu. Saya mencadangkan oleh kerana pihak JKK ini telah memiliki program Sejati Madani, ia memerlukan masa sebenarnya untuk memastikan program yang dicadangkan oleh Kerajaan Madani ini dilaksanakan dengan sempurna dan membolehkan masyarakat mendapat manfaatnya. Kebimbangan kita kalau mereka telah mempunyai Sejati Madani ini, telah pun memulakan program, tiba-tiba mereka ditukar, tidak lagi menjadi Ketua Kampung ini akan menyebabkan berlaku perselisihan faham dan besar kemungkinan projek Sejati Madani ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Jadi saya menyeru kepada pihak EXCO untuk memandang berat perkara ini, beri mereka peluang untuk melaksanakan projek yang telah mereka cadang bagi membangunkan kampung mereka supaya ianya lebih sempurna dan mencapai objektif dan matlamatnya.
Yang Berhormat Datuk Speaker, isu terakhir yang ingin saya bangkitkan di sini ialah berhubung dengan MAINJ dan juga Sekolah Agama Negeri Johor. Saya melihat berhubung dengan program baikpulih rumah ianya telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar hari itu di kawasan saya pada 10 Mac 2024 yang lalu. Tetapi malangnya kita dapati baru beberapa minggu lepas pembayaran pada kontraktor baru diselesaikan. Bayangkan tuan-tuan berapa lama kontraktor ini terpaksa menunggu bayaran dan sebagainya. Dan, hari ini kita diarahkan untuk menghantar beberapa rumah untuk dibaikpulih dan sebagainya. Dan, kita berharap janganlah jadi seperti take off kita terlalu lama dan tidak boleh dilaksanakan dengan segera. Ini akan membebankan mereka yang susah kerana tuan-tuan untuk baiki rumah sudah tentu kita melihat keperluan mereka seharian, tempat tinggal mereka seharian. Kalau kita lengahkan dengan banyak birokrasi. Nak tanya rumah ni ada geran ke tidak, kalau mereka memiliki geran yang besar kita yakin mereka ni orang yang senang ada tanah dan sebagainya. Tetapi kita dapati mereka ini menumpang di rumah saudara mereka, mereka tidak ada tempat tetapi berbagai perkara yang kita minta akhirnya kita gagal untuk membantu mereka memiliki rumah yang sempurna. Saya berharap pihak MAIJ dan juga EXCO yang berkaitan mengambil hal ini untuk mempercepatkan supaya janganlah tunggu sehingga masuk 2025 urusan pembinaan dan permohonan rumah di bawah MAIJ ini tidak dapat kita laksanakan.
Pihak EXCO juga harus melihat tentang Sekolah Agama Negeri Johor. Di negeri kita, kita bangga, kita bersekolah agama, kita bangga Johor telah memulakan sekolah agama di peringkat awal lagi. Tetapi kita harus ingat masa berubah dan berlalu dan kita dapati banyak sekolak-sekolah agama ini masih menumpang di sekolah yang lain. Dan banyak lagi keuzuran yang tidak boleh diatur oleh pihak-pihak tertentu. Dan hari ini, saya dengar Yang Berhormat tidak boleh masuk ke sekolah agama tetapi peruntukkan daripada Yang Berhormat diminta. Kita pun agak sukarlah kenapa sekolah agama tidak membenarkan
Yang Berhormat untuk bersama-sama untuk melihat perkembangan dan membantu mereka. Perkara ini boleh dibaiki. Yang Berhormat Datuk Speaker, dengan perkara-perkara yang telah saya sarankan juga cadangkan itu saya berharap ianya mendapat perhatian dan juga mendapat urusan-urusan yang perlu kita laksanakan. Terakhir Yang Berhormat sebelum saya duduk, saya juga membangkit satu perkara walaupun perkara ini bukan daripada kuasa Kerajaan Negeri tetapi pihak-pihak yang bertanggungjawab dengan kerajaan pusat ini perlulah membawa perkara ini ke atas. Berhubung dengan Jabatan Imigresen Cawangan Kukup, saya tahu bahawa Jabatan Imigresen Cawangan Kukup ini hanya mengeluarkan passport tidak ada urusan visa, tidak ada urusan permit yang diuruskan di sana. Tetapi urusan passport ini amat penting, saya melihat, saya membuat tinjauan dan saya sendiri membuat passport di Kukup ini, keadaan bangunan Pejabat Imigresen ini amat daif benar. Terlalu sempit, uzur dan menyebabkan pengunjung atau pun menerima perkhidmatan ini terjejas, terpaksa beratur sampai ke jalan, tidak ada ruang yang sesuai kerana kawasan itu terlalu sempit. Kawasan Kukup ini perlu dibangunkan semula dan saya mengharap mana-mana yang kerajaan pusat ini usullah supaya Pejabat Imigresen ini dipindahkan di tempat yang lebih sesuai, diberi bangunan yang baru supaya masyarakatnya ataupun kakitangannya selesa untuk melaksanakan tugas-tugas mereka. Syukur alhamdulillah Yang Berhormat Datuk Speaker, saya telah melaksanakan apa yang kita harapkan dan ianya mengharapkan Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat dilaksanakan dan amanah ini dapat dipikul oleh seluruh penjawat awam negeri. Sekian, terima kasih saya mohon mencadangkan. (Dewan bertepuk).
Tahniah Yang Berhormat Kukup. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ini ingin mengalukan kehadiran pemerhati, 8 orang daripada Kolej Universiti Selatan. Ada, sila bangun dan 42 orang pemerhati daripada DUN Kawasan Sri Medan, ni penyokong Dato’ Zul ni. Ahli-Ahli Yang Berhormat, dijemput Yang Berhormat Seri Medan.
Bismillahirahmanirarahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Membaca doa). Pertamanya saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker kerana memberi ruang kepada saya Sri Medan untuk sama-sama dalam sesi perbahasan sidang kali ini. Kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, kepada rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat, kepada rakan-rakan pemerhati. Saya nak minta izin Yang Berhormat Datuk Speaker, kalau boleh dibenarkan pemerhati daripada DUN Sri Medan untuk bangun sekali lagi, untuk ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, yang datang kebanyakannya pun daripada Ketua Kampung, 90 peratus lebih adalah daripada Ketua-ketua Kampung. Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk.
Ni penyokong kuat semualah ni.
Ya.
Penyokong kuatlah ni.
Penyokong kuat saya dan Menteri Besar Johor, bukan penyokong kuat ADUN. ADUN datang dan pergi tetapi yang paling penting sekali mereka semua adalah penyokong kepada kepimpinan Kerajaan Negeri Johor pada hari ini, terima kasih. (Dewan bertepuk). Saya juga ingin ucap terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kerana sering membantu Sri Medan dalam apa juga keadaan ketika tenang, ketika ribut, ketika banjir. Yang Amat Berhormat Menteri Besar sentiasa untuk membantu dan ada bersama-sama dengan Sri Medan. Terima kasih banyak Yang Berhormat Menteri Besar Johor. Dan, yang paling penting sekali saya menyokong penuh Yang Berhormat Datuk Speaker Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar memang saya sokong, dalam jumlah hasil yang melebihi
RM2 bilion adalah yang terbaik sekali sepanjang saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Medan. Dan, yang paling istimewa sekali apa yang Sri Medan perjuangkan bukan untuk Sri Medan Yang Berhormat Datuk Speaker, bukan untuk Sri Medan sahaja, saya bersama rakan-rakan daripada Parlimen Sri Gading, Kota Tinggi, Mersing, ADUN Parit Raja, Parit Yaani, bila perjuangan kita untuk mendapatkan tambahan RM1,500.00 akhirnya telah ditunaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, terima kasih banyak. Perkara yang kita tak jangka pun RM11.991 juta, kerajaan negeri telah mengeluarkan peruntukan sebanyak itu, rakan-rakan saya dari Sri Medan kena tahu bahawa ini bukan tanggungjawab Kerajaan Negeri. Ini adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, tetapi kerana sayangnya dengan kita semua dan cinta dia dengan penduduk yang mangsa-mangsa banjir yang terlibat pada tahun 2023 tempohari, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah meluluskan peruntukan untuk RM11.991 juta untuk 7,994 ketua isi keluarga. Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum saya meneruskan perbahasan saya, patik ingin merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucapan selamat kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda pada tanggal 22 November yang lalu. Patik berdoa ke hadrat Allah S.W.T. semoga Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat DiRaja sekelian dilanjutkan usia serta sentiasa berada dalam keafiatan agar dapat menaungi patik-patik semua dan juga Bangsa Johor. Patik juga menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas segala nasihat dan bimbingan yang dicurahkan kepada kepimpinan negeri demi kepentingan dan kemaslahatan Bangsa Johor, ampun Tunku. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin berbalik kepada pengumuman Yang Amat Berhormat Menteri Besar tentang bayaran RM1,500.00. Berita gembira ini kepada 7,994 ketua isi keluarga. Seperti saya maklumkan tadi bahawa penerima ni daripada DUN Sri Medan sahaja, daripada rakan-rakan saya yang lain daripada DUN Parit Yaani, DUN Parit Raja, DUN Semerah termasuk daripada daerah-daerah yang lain. Kadang-kadang kita lihat dalam gembira tu sebenarnya ada duka Yang Berhormat Datuk Speaker. Saya nak ucap terima kasih terlebih dahulu kepada Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran yang telah meluluskan peruntukan bagi Rancangan Tebatan Banjir Sungai Simpang Kanan, lebih RM180 juta dan juga meluluskan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Simpang Kiri lebih daripada RM50 juta. Ini satu usaha yang amat baik daripada Kerajaan Persekutuan yang mana telah disokong oleh Kerajaan Negeri Johor tapi ada satu perkara yang sebenarnya kita tak terfikir dan saya baru dimaklumkan minggu lepas telah mendapat taklimat daripada JPS Daerah Batu Pahat, bahawa dalam projek rancangan tebatan banjir ini terutamanya di Rancangan Tebatan Banjir Sungai Simpang Kiri hampir 300 buah rumah yang terlibat dalam projek rancangan tebatan banjir. Mereka 100 peratus adalah mereka yang tinggal di tepi-tepi sungai, bukan saya nak perjuangkan untuk kawasan Sri Medan hari ini untuk kawasan Sri Medan sahaja Yang Berhormat Datuk Speaker. Saya difahamkan ketika pembentangan daripada pihak JPS dia melibatkan kawasan rakan saya DUN Penggaram, rakan saya daripada DUN Parit Yaani, dan juga termasuk lebih 60 peratus adalah daripada kawasan DUN Sri Medan. Apa yang dimaklumkan dalam pembentangan pihak perunding kepada saya dan juga rakan-rakan Ketua-ketua Kampung, dalam reka bentuk yang dibuat oleh pihak perunding yang dicadangkan kepada pihak JPS iaitu mereka akan membina ban. Ban yang sepanjang 20 kilometer lebih daripada Sungai Simpang Kanan daripada Batu Pahat sampai ke Bukit Inas.
Yang terlibat pekan-pekan terlibat dah tentunya Pekan Parit Sulong Yang Berhormat Datuk Speaker, mereka bentuk ban yang dicadangkan boleh pihak perunding kepada JPS adalah sepanjang 20 kilometer selebar 35 kaki dan juga setinggi 2 meter lebih. Ini ban yang akan dibuat di sepanjang persisiran di tepi sungai yang ada di Sungai Simpang Kanan. Bila saya tanya dengan pihak JPS apa tujuan kita membuat ban ini, dia kata untuk mengelakkan kebocoran air jika berlaku air pasang atau pun berlaku banjir besar. Apa malangnya sekarang yang berlaku Yang Berhormat Datuk Speaker, yang saya minta kerjasama daripada Kerajaan Negeri Johor bahawa ban-ban yang dibuat ini kalau kata berlaku jadi di buat di pekan Parit Sulong, pekan Parit Sulong ini seperti pekan yang ditutup oleh tembok besar JPS, bukan Tembok Besar Cina. Jadi cadangan daripada pihak perunding ini, saya rasa dia perlu mengambilkira apa yang berlaku di tapak contohnya, saya mengambil contoh, terus saya minta maaf DUN Penggaram, saya boleh beri contoh di DUN Sri Medan. Pekan Parit Sulong berada dalam DUN Sri Medan, apa yang berlaku dengan cadangan pihak perunding ini iaitu 122 buah rumah yang berada berhampiran dengan tebing sungai akan dirobohkan dan diminta untuk pindah. Saya rasa lebih 50 tahun dah mereka tinggal di kawasan pekan Parit Sulong, saya rasa pihak Kerajaan Negeri Johor mesti beri cadangan, sokongan bagaimana pihak konsultan mesti melihat semula bahawa pembinaan ban ini tidak sesuai di pekan, kawasan yang berkepadatan tinggi. Contoh, saya difahamkan, minta maaf kalau saya salah pada pihak JPS Negeri, ke pihak JPS daerah. Saya difahamkan kalau kita ingin membina dengan reka bentuk yang lain contoh yang dibuat di Kota Tinggi. Selain daripada ban dia ubah kepada flood wall. Flood wall ini kos dia tinggi, tapi flood wall tak perlukan ruang yang besar. Kalau ban ini, ingat yang Ahli-Ahli Yang Berhormat rakan-rakan saya kalau pernah datang ke Pekan Parit Sulong saya membayangkan kalaulah sekitar Pekan Parit Sulong dikelilingi oleh ban, apa nak jadi dengan pekan saya eh. Saya cadangkan dengan pihak JPS dan saya tanya kepada JPS ada tidak cadangan lain yang boleh mengelakkan kita memindahkan rumah-rumah yang ada di tepi sungai. Dia kata kita kena bina flood wall. Flood wall ini masalahnya satu Yang Berhormat Datuk Speaker, kos dia tinggi. Kalau ikut kiraan kasar pihak JPS kepada saya, dia akan memerlukan perbelanjaan lebih RM35 juta untuk kita mengubah reka bentuk yang sedia ada pada hari ini. Jadi saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan negeri, mengambil kira, mereka yang rumah mereka berada di tepi sungai, di Pekan Parit Sulong lebih 50 tahun mereka berada di Pekan Parit Sulong. Kalau kita nak pindahkan mereka saya rasa satu kos yang tinggi. Tapi, kita minta jasa baik daripada Kerajaan Negeri Johor untuk bantu, untuk beri tekanan kepada pihak JPS dan juga pihak konsultan agar mereka mengubah reka bentuk daripada ban kepada flood wall. Dah terbukti dah di Kota Tinggi. ADUN Sedili boleh jadi saksi bagaimana Kerajaan Persekutuan mengeluarkan peruntukan yang tambahan peruntukan untuk kita mengubah kepada flood wall dan saya rasa ini satu perkara yang baik. Saya tahu Penggaram yang menghadapi masalah yang sama. Kalau ada kawasan-kawasan yang dua tiga rumah ini yang perlu dipindahkan, kalau kita lihat dengan kos untuk kita tukar daripada ban kepada flood wall ini tinggi, takpe saya dah minta jasa baik daripada pejabat Majlis Agama Islam untuk carikan tanah dua tiga ekar, pindahkan mereka. Tapi, kalau melibatkan sejumlah yang ramai penduduk-penduduk yang tinggal tepi sungai dan masih sebenarnya masih boleh dielakkan pun, saya harap jasa baik daripada Kerajaan Negeri untuk bantu perjuangkan perkara ini.
Dan, tidak munasabah Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam cadangan pihak JPS dia akan membina ban, dia akan membina pond, pond dalam bahasa melayu dengan izin, kolam. Kolam tadahan, kolam itu dibina di tengah-tengah pekan. Saya rasa macam mana reka bentuk Parit Sulong pada masa akan datang, kalau kata kolam tu terletak di tengah-tengah pekan. Saya mencadangkan kepada pihak JPS ketika taklimat tersebut, tolong pindahkan ke kawasan yang lebih cantik, lebih sesuai, yang tak ada kepadatan yang tinggi penduduk-penduduk. Saya rasa lebih sesuai jadi saya mohon jasa baiklah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor untuk membantu perkara ini. Kerana apa, di Parit Sulong ini Yang Berhormat Datuk Speaker, dia dah cerita tiga perkataan je sekarang ini.
Kerana dia orang dah tahu dah, dia kata wah, Parit Sulong habislah kena pindah, dia katakan. Tiga perkataan je dia cakap ni, ban, pond, wall. Ban, pond, wall. Tiga perkataan tu. Yang tak tahu ban macam pun dia dah ambil tahu, dia dah google dah, banyak dah. Kerana mereka khuatir. Dalam keadaan hari ini kalau kata diteruskan pada tahun hadapan ia akan memberi masalah yang lebih besar kepada kita semua di Pekan Parit Sulong terutamanya dan juga tempat rakan-rakan saya.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya bercerita dalam perbahasan hari ini mungkin soal banjir ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dah bantu kita banyak. Tapi saya nak cerita pasal sejarah sebenarnya Yang Berhormat Datuk Speaker. Sri Medan ini dibuka pada 1912 oleh seorang yang bernama Tuan Haji Yusof. Dia datang daripada Indonesia. Rakan-rakan Sri Medan kalau tahu tak tahu lepas ini kena ambil tahu. 1912 dibuka oleh Tuan Haji Yusof, dia bawa 70 orang daripada Indonesia untuk datang untuk buka Sri Medan. Saya ingat pada ketika itu 70 orang sahaja. Pada 1918, datang syarikat Jepun dia datang ke Sri Medan dengan membawa teknologi yang baharu kerana rupanya Sri Medan ini ada satu kawasan yang boleh di lombong bijih besi. Jepun ini dia membawa 15,000 orang datang daripada Jepun ada, daripada Indonesia ada, Melayu, Cina, India. Sebenarnya Yang Berhormat Datuk Speaker, saya membayangkan ketika saya baru sebagai wakil rakyat, saya lihat sebenarnya Sri Medan dah maju sebenarnya 100 tahun dulu. Ada kedai-kedai tapi kedai kayu lah sekarang. Ada jambatan, jambatan Sri Medan dah dirobohkan jambatan lama Yang Berhormat Datuk Speaker. Jambatan yang lama ini tinggi tapi jalan dia sehala tapi ketinggiannya tu boleh membenarkan kapal-kapal untuk lalu.
Jadi saya tanya kenapa, rupanya pengangkutan air digunakan ketika itu dan negara Jepun telah membuat laporan bahawa berjuta tan bijih besi telah dikeluarkan daripada Sri Medan. Pada 1941, syarikat Jepun telah ditutup, dia memberhentikan. Kebetulan pada 1945 Jepun telah kalah dalam perang dunia kedua dan telah diambil alih oleh The Malayan Miners Company Limited pada 1953. Kalau Yang Berhormat Datuk Speaker maklum, syarikat ini dipengerusikan oleh Tan Sri Lim Goh Tong, sejarah dia. Tan Sri Lim Goh Tong sebagai pengerusi The Malayan Miners Company Limited. Tahun 1953 operasi dimulakan semula. 1960 Medan telah mula dilanda banjir, yang Berhormat Datuk Speaker dan 1967 operasi telah diberhentikan 100 peratus kerana soal banjir dan juga soal keselamatan. Jadi, lombong bijih besi di Sri Medan dah tak sesuai untuk digunakan. Kenapa saya cerita sejarah? Kerana 100 tahun dulu Sri Medan dah maju dah Yang Berhormat Datuk Speaker. Bayangkan Sri Medan pekan yang kecil tapi ada 15,000 penduduk yang dibawa daripada luar.
Dan, yang kedua kenapa saya cerita sejarah ini? Rupanya Medan bukan tahun 2006, 2007 banjir, tahun 1960 Medan dah mula dilanda banjir dan pada ketika itulah apa juga pembangunan ekonomi terhenti Yang Berhormat Datuk Speaker. Kerajaan sedar perkara ini daripada 1987 selepas kita menghadapi banjir besar tahun 1986, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan Empangan Bekok dan siap pada tahun 1990. Setelah siap kita tidak menghadapi banjir pun sampai tahun 2006, 2007. Bila berlaku banjir bermaksud bahawa hari ini Sri Medan dah tak selamat lagi Yang Berhormat Datuk Speaker. Kerana daripada sejarah tahun 60 sehingga 2006 kita tak hadapi banjir kerana perlunya kerajaan memikirkan bagaimana nak mengembalikan Sri Medan sebagai satu pusat ekonomi baharu kepada negeri Johor. Saya yakin kalau kita dapat selesaikan masalah banjir di Sri Medan, kerana Medan ini dapat air bukan daripada Sri Medan Yang Berhormat Datuk Speaker. Daripada Segamat, daripada Bekok, daripada Chaah. Bila datangnya air, kita ni menerima je, jadi limpahan air yang ke Sri Medan, dia akan mengalir ke DUN Parit Yaani dan DUN Parit Raja.
Saya ingin mencadangkan Yang Berhormat Datuk Speaker, bagaimana kita menyelesaikan masalah banjir tahun 80-an dengan membina Empangan Bekok dan saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Johor pada hari ini untuk bantu bawalah cadangan membina Empangan Sri Medan. Kita nak makmurkan semula Sri Medan. Kita nak pastikan Sri Medan ini bukan hanya pekan mati. Kita nak Sri Medan ini boleh menyumbang sesuatu yang lebih
bermakna kepada negeri Johor. Kalau hari ini RM2 bilion hasil Kerajaan Negeri dan saya yakin kalau kata kita dapat mengatasi masalah banjir, Sri Medan akan dapat membantu Kerajaan Negeri dalam tempoh 10 tahun dengan hasil pendapatan lebih RM1 bilion. Di situ ada Tongkang Pechah kawasan perindustrian, di situ ada Semerah, di situ ada Parit Yaani, di situ ada Parit Raja, kawasan-kawasan pendidikan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, kebanyakan daripada penduduk Sri Medan sebenarnya daripada hasil pertanian. Tadi saya dah sebut tadi, kalau kata kita ingin melihat Sri Medan ini maju, faktor yang paling utama mesti ekonomi, ekonomi. Kalau 100 tahun dulu di zamannya dia boleh maju kenapa Sri Medan hari ini jadi pekan mati. Saya ingin mencadangkan juga Yang Berhormat Datuk Speaker, cadangan ini agak besar jumlahnya tapi saya yakin Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor boleh membantu. Suatu perkara yang pernah dicadangkan suatu masa dulu iaitu membuka susur keluar daripada, susur keluar highway antara Yong Peng Utara hingga Pagoh, kita ada 45 kilometer dan Pengerusi LLM, mohon izin pun ada. Cadangan ini telah dibawa saya ingat lebih 20 tahun dulu.
Kita mencadangkan untuk daripada Yong Peng Utara ke Pagoh sepanjang 45 kilometer buka satu laluan keluar kerana apa tujuannya untuk membantu merancakkan ekonomi semuanya. Soal kecemasan pun satu bab juga ini. Banyak juga kita terima aduan daripada pengguna-pengguna jalan raya bila kata daripada Yong Peng Utara nak ke Pagoh sepanjang 45 kilometer ni tak ada susur keluar. Susah. Dia kata susah, bila kata ada kecemasan, ambulan kalau ada accident dan sebagainya terpaksa sampai ke Pagoh buat u-turn daripada apa, daripada kalau kata berlaku kemalangan kecemasan daripada Pagoh nak ke Yong Peng terpaksa jauh kita berpusing, 45 kilometer dan cadangan saya rasa munasabah, sebab apa kalau dengan peruntukan yang diperlukan saya dah minta pihak JKR untuk membentangkan dengan kami di Mesyuarat Tindakan Daerah RM180 lebih juta dan saya pun dah maklum dengan pihak JKR, justifikasi untuk kita membina susur keluar. Dia kata untuk 20,000 orang sahaja. Jangan fikirkan Sri Medan. Kalau fikirkan Sri Medan sahaja saya rasa dengan RM180 lebih juta memang agak besar tapi kena fikirkan manfaat untuk keseluruhan DUN Sri Medan dan DUN-DUN yang bersebelahan. Kalau kita campur tolak semua anggarannya jumlah penduduk yang boleh dapat manfaat lebih daripada 200,000 orang.
Saya dah tak boleh terima Yang Berhormat Datuk Speaker, bila kita lihat anak-anak muda terpaksa keluar cari rumah di kawasan daerah Batu Pahat, di bandar-bandar besar, ekonomi yang hanya sekarang bergantung kepada pertanian. Bila lagi kita nak ubah Sri Medan? Sebab itu saya sebut tadi Yang Berhormat Datuk Speaker, kalaulah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor boleh bantu untuk perjuangkan perkara ini, saya rasa Medan bukan lagi pekan mati dan Medan akan jadi dalam masa tempoh 10 tahun dia boleh menyumbang RM1 bilion besok untuk Kerajaan Negeri Johor.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kerana telah mewujudkan Mesyuarat Tindakan DUN macam daerah Batu Pahat dipengerusikan oleh sahabat saya DUN Semerah selaku EXCO Kerajaan Negeri Johor. Masalah-masalah kecil tak ada lagi Yang Berhormat Datuk Speaker. Kebanyakannya semua selesai. Mudahnya kerja sekarang bila kita susun elok-elokkan. Masalah parit, masalah sungai ke, masalah jalan berlubang ke, jadi perkara-perkara kecil ini mudah. Jadi kita di peringkat sidang Dewan ini, apa yang saya boleh bawa? Mesti yang dikatakan umum. Takkanlah saya nak bawa perkara-perkara remeh kerana saya tahu kalau kata saya perjuangkan bukan untuk Sri Medan saja. Saya mesti perjuangkan untuk seluruh rakan-rakan termasuk daripada ADUN-ADUN yang berdekatan dengan DUN Sri Medan. Hari ini selalu saya bercerita soal kemudahan-kemudahan awam. Contoh macam kita perlukan balai bomba, kita perlu naik taraf klinik, kita perlu naik taraf bangunan sekolah, kita perlu naik taraf balai polis. Kalau di Pekan Parit Sulong lebih 50 tahun Yang Berhormat Datuk Speaker, bangunan-bangunan itu.
Saya tahu ini bukan salah Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor kalau kita tengok dalam Tiktok dalam Facebook, berapa kerja kerasnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Saya rasa kita boleh penghargaan dan juga satu tepukan meja kepada tugasnya apa kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. (Dewan bertepuk). Tugas ini adalah tugas kementerian. Sebab itu saya minta kepada rakan-rakan EXCO, saya tahu mereka dah bekerja keras, macam mana kita nak buat hubungan yang lebih baik dengan kerajaan persekutuan. Hari ini, minggu lepas Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor membentangkan bajet Johor RM2 bilion. Dua minggu atau tiga minggu lepas kerajaan persekutuan membentangkan bajet persekutuan RM421 bilion. Saya ingat tak sampai 0.5 peratus dengan kita punya bajet Johor. Sebab itu kita kena rebut peluang tu Yang Berhormat Datuk Speaker. RM335 bilion adalah belanja pengurusan, RM86 bilion adalah belanja pembangunan. Bagaimana kita Johor ini hendak merebut peluang-peluang yang ada ini contoh kalau saya bangkitkan soal Balai Bomba dah kering tekak saya bercakap Balai Bomba ini. Ya, kebakaran sahaja YB yang kenalah ya, tidak kira YB Semerah ke YB Sri Medan, RM86 bilion saya boleh bagi contoh Yang Berhormat Datuk Speaker, Kementerian Pertanian…
Sri Medan tak ada balai bomba ke?
Tak ada, kita sekarang apa menumpang kasih dengan Datuk Fuad punya balai bomba dekat Batu Pahat, dan juga daripada YB Ah Soon dekat Yong Peng. Kementerian Pertanian ketika pembentangan bajet tempoh hari pembelanjaan pembangunan sahaja RM1.770 bilion maksudnya selepas ini untuk kerja-kerja pembersihan parit, EXCO yang berkaitan akan saya, pergilah tengok apa yang boleh kita dapat daripada sana. Tak kanlah setiap tahun kita cuma dapat 45 peratus untuk bersihkan parit macam saya di kawasan DUN Sri Medan, ada 404 kilometer panjangnya parit dapatnya 120 kilometer sahaja. Ibarat kalau kita singsing kain itu naik atas nampak lutut, kita turun bawah nampak pusat, tak boleh hendak selesai. Cuma 120 kilometer, sedangkan Medan itu kawasan kritikal macam mana kalau kita hendak harapkan dengan peruntukan yang sama. RM1.770 bilion. Kementerian Pendidikan, RM6.3 bilion, besar. Alhamdulillah, terima kasih kerana bantu Sekolah Kebangsaan Bandar Putera Indah, tetapi sekolah-sekolah lain macam mana ya Yang Berhormat Dato’ Seri, eh Datuk Speaker? Yang Berhormat Datuk Speaker, punya pengalaman sebagai Timbalan Menteri Pendidikan saya ingat dalam lima atau enam tahun lalu. Kementerian Kesihatan, RM6.7 bilion, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, RM3.612 bilion. Berapa besar peruntukan dia, adakah kita hanya jadi pemerhati? Peruntukan RM421 bilion itu hanya 20.1 daripada KDNK Kerajaan Malaysia. Kita menyumbang kalau pada tahun 2022, KDNK kita RM142 bilion. Berapa besar sumbangan kita sebenarnya ya. Sebab itu saya mohon jasa baik kepada Kerajaan Negeri Johor untuk lihat perkara ini supaya nikmat itu bukan sahaja untuk daerah Johor Bahru, untuk daerah Kulai kerana daerah-daerah kecil ini macam tempat saya Sri Medan ini, kita mengharapkan sentuhan keramat daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor, saya yakin dia boleh buat. Dia boleh bantu Sri Medan, cukup Sri Medan dikenali sebagai kawasan banjir, banjir termenung, pekan mati, kerana saya yakin Medan sebenarnya bukan itu kerana 100 tahun dahulu telah membuktikan Medan adalah sumber ekonomi kepada negara lain, Jepun datang untuk mengambil hasil bumi kita.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin mengucap tahniah, tahniah kepada Yang Berhormat EXCO Kerajaan Tempatan yang telah mengumumkan 30,000 unit Rumah Mampu Milik Johor akan dibina di dalam negeri Johor. 30,000 besar, terima kasih dan saya tahu kebanyakan tu adalah usaha Kerajaan Negeri bersama pemaju-pemaju yang ada. Dan juga saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kerana mewujudkan program jualan, program jualan, Program Rumah Kasih Johor. Itu pun satu perkara yang baik, Sri Medan alhamdulillah dapat limpahannya tetapi kebanyakannya saya lihat, kita mempunyai masalah tanah Yang Berhormat Datuk Speaker, contoh bila berlaku Rancangan Tebatan Banjir ini, tanah mana saya hendak cari untuk pindahkan kawan-kawan
saya ini yang terlibat ini dua, empat, lima rumah. 122 rumah ini saya pertahankanlah, jangan dipindahkan. Yang empat, lima rumah tak kan lah kerajaan hendak belanjakan sampai RM10 juta, untuk buat flood wall. Mana saya hendak pindahkan mereka ini? Jadi saya minta kerjasama dengan ADUN Semerah sebagai EXCO dalam mesyuarat tersebut carilah tanah dua ekar, untuk pindahkan mereka. Bila kita hendak buat rumah-rumah ini, Rumah Kasih Johor susahnya kita hendak cari tanah sekarang. Orang miskin memang tak ada tanah Yang Berhormat Datuk Speaker, mereka perlukan kita. Saya lihat kalau kata di daerah hari ini, bukan daerah Batu Pahat sahaja saya dah beri cadangan kepada peringkat daerah Batu Pahat dalam Mesyuarat Tindakan Daerah, tanah-tanah yang dirampas mesti diletakkan di bawah Bank Tanah Daerah Batu Pahat. Kadang-kadang 2-3 ekar, 5 ekar, kita fikir 20-30 ekar hendak selesaikan 100, 200 orang tetapi yang 4,5 orang pun kita tidak boleh selesaikan. Jadi tanah-tanah yang dirampas ini banyak, tanah-tanah Baitulmal ini, Wakaf Am ni pun banyak. Jadi, kita boleh lah buat walaupun sekecil-kecil projek perumahan untuk bantu mereka. Kalau contohnya orang Sri Medan tak akan lah kita hendak letak dekat bandar Batu Pahat, orang Parit Lapis Simen kita letak lah tanah-tanah yang ada di Lapis Simen. Orang nak wakafkan ramai. Jadi, ada tanah yang dirampas ini daripada kita buat perkara-perkara yang bukan-bukan, perkara-perkara yang mungkin tidak menjurus kepada kepentingan rakyat, baik kita tanah itu diletak di bawah daerah, tanah tersebut dibangunkan rumah-rumah untuk bantu mereka. Saya yakin, contoh kalau di daerah Batu Pahat kalau kita kumpulkan tanah-tanah yang dirampas tidak kurang daripada 50 ekar akan ada kita boleh kumpul dalam seminggu. Mesti ada. Jadi, itulah saya harap Kerajaan Negeri melihat perkara ini sebagai satu perkara yang boleh untuk kita terus membantu rakyat.
Yang Berhormat Datuk Speaker, perkara terakhir yang saya ingin bangkitkan di sini yang mungkin boleh dikongsi bersama Kerajaan Negeri Johor, saya melihat program RTC dulu zaman pemerintahan kerajaan Barisan Nasional kita ada UTC, kita ada RTC kadang-kadang cadangan saya ini saya daripada gerak hati saya bila saya selalu dengan kawan-kawan saya. Datuk, kan mudah kalau kita hendak berurusan kalau kita ada RTC kita sendiri di bawah Kerajaan Negeri Johor. Agensi-agensi yang boleh membantu kita macam JPJ, Pejabat Tanah, Majlis Daerah, kita beri lah pengurusan ini kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Macam Parit Sulong tak perlu lah sampai hendak pergi bandar Batu Pahat, kadang-kadang kita hendak hasil yang tinggi, tetapi akhirnya terpaksa beratur panjang. Kalau kata Parit Sulong contoh ada, Rural Transformation Center Johor sekurang-kurangnya benda ini dapat mudahkan orang kampung. Jadi, perkara-perkara ini insya-Allah saya yakin Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, saya yakin dia boleh lakukan. Saya sebagai Sri Medan saya akan terus perjuangkan, perjuangkan untuk rakyat. Kerana kita tahu perjuangan kita hari ini adalah mesti menyentuh hati rakyat. Kerana rakyatlah yang sebenarnya menentukan masa depan kita ini sebagai ahli-ahli politik. Jadi, saya rasa itu sahaja Yang Berhormat Datuk Speaker, terlebih satu minit ni, saya ucap terima kasih banyak kepada ruang yang diberikan kepada saya Sri Medan Yang Berhormat Datuk Speaker. Saya harap Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dapat membantu Sri Medan dengan apa yang telah kita bangkitkan. Bukan kadang-kadang bukan kuasa Kerajaan Negeri tetapi hubungan yang baik antara Kerajaan Negeri dengan Kerajan Persekutuan, insya-Allah banyak perkara yang boleh kita selesaikan. Jadi, saya Sri Medan menyokong rundingan daripada Kukup. Sekian, assalamualaikm warahmatullahiwabarakatuh. (Dewan bertepuk).
Terima kasih Sri Medan. Ahli-Ahli Yang Berhormat, persidangan ini saya tangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini, dan mohon masuk tepat pada waktunya ya supaya kita dapat memulakan perbahasan mengikut masa yang ditentukan. Terima kasih.
Persidangan ditangguhkan pada jam 12.45 tengah hari.
Persidangan disambung semula pada jam 2.30 petang.
YB Speaker mengetuai Persidangan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya jemput Yang Berhormat Stulang. Silakan.
Salam sejahtera, salam Maju Johor dan salam perpaduan. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, atas ruang yang diberikan untuk membahaskan usul Belanjawan 2025. Sebelum memulakan bicara, izinkan patik merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta selamat hari ulang tahun keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang jatuh pada tanggal 22 November lalu. Patik mendoakan Ke Bawah Duli Tuanku dikurniakan kebijaksanaan, dilanjutkan usia dan diberikan keafiatan dalam menaung sekalian rakyat. Semoga institusi DiRaja terus menjadi tonggak kestabilan dan lambang perpaduan negara. Patik juga menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas segala bimbingan dan nasihat kepada barisan kepimpinan Kerajaan Johor dalam menjaga kebajikan dan memberi manfaat kepada seluruh Bangsa Johor. Tahniah kepada Menteri Besar Johor kerana telah membentangkan Belanjawan Johor dengan surplus sebanyak RM5 juta dengan berpaksikan Enam Teras yang merangkumi 244 Inisiatif. Hasil kerjasama yang baik di antara Kerajaan Negeri dan kerajaan pusat telah membuahkan hasil. Di mana Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM4.8 bilion untuk projek lebuh raya, sekolah, perumahan, sungai, jambatan, baraj takungan air dan pembangunan infrastruktur yang lain. Bahkan keprihatinan dan kerjasama kerajaan pusat dan negeri juga membawa kepada kelancaran perlaksanaan RTS, ETS, SEZ, SFZ, Johor-Singapura serta dipacu oleh nilai import-eksport RM561.6 bilion untuk tahun ini, serta pelaburan influx bernilai RM113.7 bilion untuk dua tahun yang lepas. Di peringkat negeri kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan blok pengimbang PH juga membuktikan formula kerjasama yang positif. Kemenangan Barisan Nasional di DUN Mahkota baru-baru ini adalah hasil daripada kesepakatan para pemimpin kerajaan perpaduan di peringkat pusat dan kesungguhan para pemimpin tempatan kerajaan negeri termasuk blok pengimbang PH dalam menggerakkan kerja kempen. Sekali lagi tahniah diucapkan kepada YB Mahkota.
Terima kasih juga kepada Menteri Besar kerana telah mengatur perjumpaan dengan kami sebelum pembentangan belanjawan ini di mana kami telah diberi peluang duduk semeja dengan Menteri Besar, barisan EXCO dan para pegawai kanan kerajaan untuk membincangkan isu-isu kawasan dan negeri. Tahniah kerana bagi tahun 2025 unjuran hasil negeri Johor adalah sebanyak RM2.005 bilion. Pendapatan negeri Johor selepas 2021 atau COVID juga memaparkan angka yang meningkat di mana pendapatan pada tahun 2022 dan 2023 adalah RM1.6 bilion dan RM1.94 bilion masing-masing berbanding dengan tahun 2021 sebanyak RM1.43 bilion. Besar harapan kita dengan urus tadbir kerajaan yang semakin mantap, angka pendapatan boleh dipertingkatkan tahun demi tahun.
Yang Berhormat Datuk Speaker, berkenaan dengan Jawatankuasa Pilihan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura. Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengenengahkan cadangan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura bagi meningkatkan penglibatan Ahli-Ahli Yang Berhormat rentas parti yang berperanan mengkaji serta menjalankan penambahbaikan yang boleh diambil oleh agensi yang berkaitan telah memastikan Johor-Singapura, SEZ, IMFCJ dan JTDC memberi manfaat yang optimum kepada Bangsa Johor. Kami melihat langkah ini sebagai komitmen yang cukup positif untuk mengoptimumkan unique selling proposition Johor yang mempunyai kelebihan ekonomi sempadan yang rancak dengan negara jiran Singapura. Walau bagaimanapun, saya rasa Jawatankuasa Pilihan ini perlu merangkumi skop yang lebih luas, bukan sekadar Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura sahaja selain JS-SEZ, SFZ, IMFCJ dan JTDC, Jawatankuasa saya rasa juga perlu memberikan pertimbangan dan percambahan pemikiran sewajarnya berkaitan dengan isu yang pertama, kelancaran trafik sempadan, isu pengangkutan darat awam, clearance immigrations berteknologi tinggi dan keselamatan.
Yang kedua, perairan Selat Tebrau, Selat Melaka, Laut China Selatan dan pengangkutan air, bagaimana kita memanfaatkan kelebihan perairan Johor.
Yang ketiga, daya tahan rantaian bekalan antara dua negara.
Yang keempat, bagaimana kita boleh menjelmakan model ekonomi Hong Kong Shenzhen di Johor-Singapura.
Yang kelima pandangan berkenaan HSR dan third link.
Yang keenam hubungan dua hala pemimpin dua negara.
Yang ketujuh bagaimana Johor-Singapura sama-sama menarik pelabur sedunia ke Johor-Singapura.
Semua ini membantu kepada kejayaan Zon Ekonomi Khas.
Justeru itu, saya menyarankan agar nama jawatankuasa pilihan yang bakal ditubuhkan dinamakan sebagai Jawatankuasa Pilihan Hubungan Singapura agar skop yang lebih luas boleh kita bincangkan.
Di sini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada High Commision Singapore di Kuala Lumpur dan juga Pejabat Konsulat Jeneral Singapura di Johor atas jalinan kerap dengan pemimpin Johor dalam mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Singapura. Tidak lupa juga Indonesia, saya turut mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Konsul Jeneral Indonesia di Johor atas jalinan yang berterusan, perkongsian maklumat terkini pembangunan Indonesia termasuk hasrat Indonesia dalam kerjasama ekonomi yang lebih erat bersama pimpinan Johor. Mungkin juga pada masa depan kita boleh mempertimbangkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Hubungan Johor - Indonesia.
Yang Berhormat Datuk Speaker, isu yang seterusnya yang ingin saya bawa adalah berkenaan dengan sektor kesihatan di mana akan saya mengutarakan isu kerjasama hospital awam dan swasta. Hospital-hospital swasta termasuk Hospital KPJ khususnya disarankan untuk membantu dalam memainkan peranan bagi meringankan beban hospital kerajaan. Kebanyakan pesakit yang dirawat di hospital kerajaan sering merungut ekoran waktu menunggu yang lama atas faktor terlalu ramai pesakit yang ingin mendapatkan rawatan. Oleh itu, masa menunggu bagi mendapatkan temujanji seterusnya menjadi lebih lama terutamanya bagi prosedur scanning, pembedahan, rawatan dan rundingan susulan yang berkaitan. Justeru itu, cadangan saya adalah menyuraikan atau menghantar sebahagian pesakit daripada hospital kerajaan ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan tertentu.
Yang kedua harga rawatan yang dicaj perlulah minima atau pada satu kadar yang dipersetujui oleh hospital swasta, Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Negeri. Dengan kata lain, kos rawatan tersebut sebahagian besarnya ditanggung oleh hospital swasta sebagai CSR dan dibantu atau top up oleh Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri. Saya cukup yakin hospital swasta terutamanya Hospital KPJ sebagai hospital GLC Kerajaan Negeri mampu melakarkan mekanisme bersama dengan Kerajaan Negeri serta Kementerian Kesihatan bagi membolehkan model kerjasama ini dilakukan agar beban hospital kerajaan boleh dikongsi bersama. Penyuraian pesakit dan pengurangan beban hospital kerajaan ini juga dapat membantu hospital kerajaan dalam menangani kes kecemasan dengan lebih berkesan. Konsep ini mirip kepada Skim Perubatan Madani oleh Perfect Health di mana ia bertujuan meningkatkan penglibatan pengamal perubatan swasta dalam rawatan sakit-sakit ringan melalui kaedah kerjasama awam swasta, Public Private Partnership (PPP). Jika ia
boleh dilaksanakan di Johor, Johor akan menjadi negeri pertama yang mampu merealisasikan kerjasama antara hospital awam dan swasta.
Yang Berhormat Datuk Speaker, isu yang kedua adalah berkaitan dengan pengambilan tanah. Untuk isu ini, saya tidak menamakan nama-nama, mana-mana tempat atau syarikat swasta secara khusus atau spesifik. Saya hanya membincangkan proses pengambilan tanah secara menyeluruh. Ingin saya menarik perhatian Dewan ini berkenaan dengan proses pengambilan tanah di Johor apabila terdapat tanah berkemungkinan akan diambil atau impending executions pada masa hadapan. Sebarang pengambilan tanah yang melibatkan syarikat swasta dan pemilik tanah yang sedia ada mestilah :
1. Rundingan dengan para pemilik tanah oleh pihak syarikat swasta berkenaan dengan harga pengambilan tanah mesti dilaksanakan seawal yang mungkin iaitu sebelum Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah. Sekiranya para pemilik tanah hanya diberitahu setelah masuk Seksyen 4, mereka akan berasa sangat tertekan seolah-olah mereka telah hilang kuasa rundingan dengan pihak syarikat swasta.
2. Sosio impact assessment, perlu dijalankan terhadap pemilik tanah dan mereka yang berkepentingan serta mitigasi terhadap laporan tersebut.
3. Sebarang salah faham atas isu berbangkit di antara pihak yang terlibat perlu dielakkan.
4. Harga yang ditawarkan kepada pemilik tanah mestilah munasabah dengan mempertimbangkan harga pasaran, potensi pembangunan masa hadapan di kawasan tersebut sama ada pemilik asal boleh mendapatkan hartanah yang sama di kawasan berdekatan dengan harga pampasan.
5. Menjadikan kos pengalaman proses pengambilan tanah yang lepas sebagai iktibar dan pengajaran. Rundingan awal yang mesra atau early friendly engagament bagi memastikan suasana rundingan yang lebih harmoni akan lebih mudah mencapai kata sepakat yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Saya rasa ini cukup penting. Saya cukup yakin para penduduk atau para pemilik tanah di Johor tidak akan membantah sebarang pembangunan yang melibatkan pengambilan tanah. Mereka hanya ingin dihormati, diberi pampasan dengan harga yang munasabah, tidak mahu hak mereka dimanipulasi dan ingin dilayan dengan bermaruah. Pada pendapat saya, dengan kebijaksanaan Kerajaan Johor dan syarikat swasta, kita pasti mampu mencapai kata sepakat dengan para pemilik tanah demi kebaikan semua pihak.
Yang Berhormat Datuk Speaker, isu seterusnya adalah berkenaan dengan pengurangan jejak karbon dan pengecas EV dan tenaga solar. Berkenaan dengan Polisi Pengangkutan Hijau Johor 2030 dan Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Petak Pengesan Kenderaan Elektrik Johor, saya menyokong sasaran 1,245 EV Charging Bay menjelang tahun 2030 di negeri ini. Saya mendokong penuh usaha penambahan fasiliti ini. EV merupakan trend yang tidak boleh dielakkan dalam transisi hijau di mana ia perlu didokong oleh jumlah pengecasan EV yang cukup. China telah merekodkan jumlah EV CB sebanyak 1.1 juta pada tahun 2021 dan setakat Mei, 2024 adalah 9.96 juta. Satu angka lonjakan yang cukup menakjubkan.
Jadi usaha meningkatkan penggunaan tenaga solar mesti selari dengan usaha meningkatkan pengguna EV. Buat masa ini tenaga elektrik yang dijana adalah, di Malaysia jumlah tenaga elektrik yang dijana adalah berpunca dari arang batu 43 peratus, gas 36 peratus, hidro 17 peratus, solar 2 peratus dan lain-lain 2 peratus. Jadi seperti yang kita sedia maklum kereta IC konvensional menggunakan minyak petrol manakala kereta EV menggunakan tenaga elektrik yang dicaj melalui pengecas di mana sumber pembakaran tenaga adalah dari arang dan gas. Jadi apakah bezanya? Bezanya adalah jika sumber
tenaga diperolehi dari solar pengurangan jejak karbon akan lebih berkesan. Jadi berkenaan dengan EV Charging Bay, pandangan saya adalah seperti berikut:
1. Memperluaskan pemasangan EV Charging Bay di bandar dan desa sehingga ke sseluruh pelusuk Johor.
2. Menggunakan tiang lampu untuk dijadikan tempat pengecasan kenderaan EV di mana kaedah ini telah pun dilaksanakan di UK.
3. Menggunakan, mengenakan caj yang lebih rendah sekiranya pemilik kenderaan EV mengecas di luar waktu kemuncak.
4. Membina EV Charging Bay di mana sumber tersebut adalah terus dari solar. Mereka yang mengecas melalui bay ini akan dicaj dengan harga yang lebih rendah. Kaedah ini juga telah pun dilaksanakan di China. Bahkan mereka ada melaksanakan juga dari kereta ke kereta charging berbalik pun dilaksanakan.
5. Memberi insentif kepada pemaju perumahan yang membina rumah bersekali dengan pemasangan panel solar. Persefahaman dengan SEDA adalah penting dalam mencapai kata sepakat berkaitan dengan perkara ini.
Yang Berhormat Datuk Speaker, berkenaan dengan pelancongan. Tahun 2026, Tahun Melawat Johor. Kita menantikan ketibaan pelawat yang lebih ramai. Bagi sektor pelancongan, saya mencadangkan agar sebarang acara bertaraf antarabangsa untuk meliputi skop yang lebih luas sama ada di peringkat antarabangsa atau nasional bagi NGO-NGO dan syarikat swasta. Ini termasuk:
1. Konvensyen, Mesyuarat AGM, majlis ulang tahun persatuan-persatuan, sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa. Hal ini bagi menarik mereka menganjurkan konvensyen di Johor. Penganjur organisasi tersebut seolah-olah bertindak sebagai agen pembawa pelancong ke Johor.
2. Kerajaan Johor boleh mewujudkan pemberian insentif kepada pihak luar yang menganjurkan majlis mereka di Johor.
3. Bekerjasama dengan pihak swasta atau para peniaga untuk menawarkan baucer atau kupon kepada delegasi yang datang ke Johor.
4. Menarik rombogan mega dari luar negara melalui insentif trip mereka untuk syarikat swasta merekalah.
5. Agensi dan pengusaha produk pelancongan boleh menawarkan promosi pakej khusus satu atau dua hari khas kepada para peserta atau delegasi luar negara mahu pun luar negeri.
6. Kita juga boleh mendapat bantuan daripada Bas-Bas Muafakat di mana menyediakan perkhidmatan dalam membantu untuk perkhidmatan pengangkutan delegasi luar negara dan luar negeri.
Yang Berhormat Datuk Speaker, berkenaan dengan kenaikan cukai taksiran. Saya rasa saya pun pernah timbulkan isu ini pada tahun lepas dan saya rasa saya perlu timbulkan isu ini sekali lagi kerana berkenaan dengan kenaikan cukai taksiran di beberapa PBT di negeri Johor pada tahun 2025. Saya mengesyorkan agar mekanisme kenaikan cukai taksiran ini dapat diperhalusi seterusnya perbincangan lanjut dilakukan agar kenaikan kadar cukai tidak membebankan rakyat. Kebanyakan pemilik hartanah menyuarakan pendapat bahawa walaupun nilai hartanah di kawasan mereka menunjukkan kenaikan, ianya adalah tidak
relevan bagi mereka di mana kawasan tersebut ada kawasan perumahan untuk mereka duduki dan bukan untuk dijual. Hal ini mengakibatkan pihak mereka terpaksa menanggung kenaikan cukai taksiran yang agak tinggi dan membebankan. Saya mencadangkan agar:
1. Kadar cukai untuk setiap kategori boleh dilaraskan atau dikurangkan dengan lebih banyak agar kenaikan penilaian harta yang tinggi tidak mengakibatkan kenaikan cukai taksiran yang mendadak. Saya rasa kaedah ini ada dipraktikkan di beberapa PBT. Walau bagaimanapun, masih tidak dapat melawan angka penilaian yang jauh lebih tinggi.
2. Ini saya rasa penting dan boleh dipraktikkan. Sebarang kenaikan cukai taksiran yang dikenakan untuk setiap hartanah tidak boleh melebihi angka peratusan yang ditetapkan. Cadangan saya adalah dalam lingkungan 15 peratus sehingga 30 peratus. Saya yakin rakyat boleh menerima kenaikan yang diberikan sekiranya kedua-dua pendekatan ini diambil kira. Selain itu, usaha mengutip balik atau mengurangkan jumlah tunggakan cukai taksiran dengan efektif dan agresif juga merupakan langkah penting dalam menambah pendapatan PBT.
Yang Berhormat Datuk Speaker, kesimpulannya saya menaruh keyakinan yang penuh terhadap komitmen Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam menjana kemajuan negeri Johor.
Pada pendapat saya nama Jawatankuasa Pilihan Hubungan Johor-Singapura adalah lebih sesuai untuk digunakan. Saya berharap cadangan lanjut berkenaan dengan kerjasama hospital awam-swasta, pelancongan, proses pengambilan tanah, pengurangan jejak karbon, EBCB dan cukai taksiran PBT dapat diterapkan untuk kelancaran perancangan masa depan. Kami daripada blok pengimbang PH tidak ada masalah untuk menyokong rundingan Belanjawan 2025 yang dibawa. Sepanjang tahun ini juga kami bersama-sama membantu dalam menjayakan program-program yang telah dibawa dan diperkenalkan oleh Kerajaan Johor. Kami berharap Dato’ MB dan barisan EXCO dapat mempertimbangkan perkara-perkara penting yang dibawa oleh ADUN-ADUN kami dalam perbahasan ini. Besar harapan kami agar Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan EXCO mengambil kira pandangan dan buah fikiran yang diutarakan agar setiap perkara dapat dilaksanakan lebih efektif dan sistematik.
Yang Berhormat Datuk Speaker, dengan ini saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun. Ekonomi Johor Mengalir Laju, Maju Johor Rakyat Sejahtera, Kemakmuran Bersama Kita Tuju, Malaysia Madani Perkasa Negara. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Stulang. Ahli-Ahli Yang Berhormat, bagi membolehkan semua Ahli Yang Berhormat dapat berucap, saya memohon kerjasama semua agar mematuhi masa yang diberikan dan selepas ini masa perbahasan yang diberikan ialah 20 minit sahaja. Oleh itu, saya jemput Yang Berhormat Perling.
Terima kasih Datuk Yang Dipertua.
Yang Berhormat, ada special permintaan ke untuk menjemput Benut dahulu. Ok jemput Perling.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Salam sejahtera, Salam Maju Johor, Salam Malaysia Madani. Izinkan patik merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi yang telah membentangkan Belanjawan 2025 dengan tema, “Maju Johor, Rakyat Sejahtera.” Saya telah pun memberitahu beliau bahawa tema ini kena
pada masa dan tempatnya kerana ia mengingatkan kita bahawa pertumbuhan ekonomi sahaja tidak cukup. Kita perlu memastikan rakyat merasai diri mereka dihargai dan dapat hidup sejahtera. Ini selaras dengan kerangka ekonomi Madani yang menekankan usaha menaikkan siling, iaitu menstruktur semula ekonomi dan meningkatkan daya saing negara dan menaikkan lantai iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat secara seiringnya. Dunia kini dilanda populisme. Termasuk apabila Donuld Trump sekali lagi dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat. Ia berlaku kerana golongan pekerja dan rakyat biasa merasakan mereka terpinggir daripada arus kemajuan dan pertumbuhan ekonomi negara itu.
Di Malaysia, kita perlu memastikan hasil pertumbuhan ekonomi negara dapat menyediakan pekerjaan berkualiti dengan gaji setimpal kepada warga tempatan. Di Johor, cabaran kita memang serius kerana kita berjiran dengan Singapura, di mana pasaran buruh kita berkait rapat dengan dan terikat or pack to a certain extent antara satu sama lain. Usaha menghasilkan lebih banyak pekerjaan dengan gaji lebih tinggi kepada rakyat atau kepada warga Johor dan Malaysia perlu dipertingkatkan agar mereka tidak perlu berhijrah ke Singapura untuk menjadi buruh asing yang murah. Ada kira-kira 1.1 juta warga Malaysia yang bekerja di Singapura. Sebahagian besar dengan gaji kurang daripada SD2,000.00 sebulan. Ramai yang bermotosikal setiap hari sebelum waktu subuh untuk merentasi Tambak Johor bagi mencari nafkah di Singapura.
Dalam hal ini saya menyokong penuh pendekatan Menteri Besar terhadap isu gaji. Beliau telah menegaskan kepada para pengendali pusat-pusat data bahawa jika mereka boleh membayar gaji SD4,0000.00 sebulan kepada seorang pekerja di Singapura, mereka perlu membayar sekurang-kurangnya separuh daripada gaji tersebut atau RM7,000.00 kepada pekerja Malaysia yang mempunyai bidang kuasa yang sama di Kulai atau di Iskandar Puteri. Menteri Besar juga memberi jaminan bahawa Kerajaan Johor akan melakukan yang terbaik bagi mengurangkan karenah birokrasi serta menambah baik usaha, menyelaraskan perniagaan dan pelaburan. Sebagai balasannya, pelabur dan pihak industri perlu menawarkan pekerja dengan gaji yang lebih baik. Saya rasa ini adalah apa ini, formula ataupun keseimbangan yang betul dan saya setuju sepenuhnya dengan pendekatan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar.
Sebenarnya misi kita adalah untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan separuh kemahiran yang membayar gaji RM4,000.00 sampai RM5,000.00 ke atas supaya mereka yang bekerja di Singapura dengan gaji tidak melebihi SD2,000.00 sebulan boleh memilih bekerja di Malaysia. Jika syarikat kita menggunakan automasi dan tidak bergantung kepada pekerja warga asing tanpa kemahiran, rakyat kita pula tidak perlu jadi pekerja warga asing di Singapura. Semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti dihasilkan bagi warga Johor dan rakyat Malaysia dalam semua bidang ekonomi dan pelaburan di negara ini. Dalam konteks ini, Datuk Speaker saya ingin membangkitkan tentang perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura yang akan ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dan Singapura pada awal Disember ini. Saya menyambut baik pengumuman Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa sebuah Jawatankuasa Pilihan untuk JS-SEZ akan dibentuk dan bakal dianggotai oleh Ahli-Ahli Dewan Negeri. Saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Stulang juga untuk dinamakan dan mengembangkan skop Jawatankuasa ini.
JS-SEZ amat penting dalam usaha mencipta peluang pekerjaan berkualiti dengan gaji yang lebih baik. Pada satu ketika, sektor korporat biasanya berfungsi atas dasar just in time. Selepas pandemik COVID-19 pada 2020, pendekatannya berubah kepada just in case. Dengan ada JS-SEZ kita berpeluang untuk mewujudkan satu rantau gergasi bagi rantaian bekalan or supply chain, supply chain region. Dengan rantaian bekalan yang lebih pendek dan lebih kukuh, sektor korporat dapat mengurangkan risiko, derisking. Dengan ini kita oleh bekerjasama untuk membina sebuah ekonomi kukuh yang menawarkan pekerjaan berkualiti dengan gaji setimpal kepada rakyat Malaysia.
Sewaktu lawatannya ke Seoul baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengadakan satu pertemuan dengan seorang professor Korea Selatan, Dr. Kwen Lee. Saya difahamkan Profesor Kwen Lee akan datang memberi syarahan di Johor pada 1 Disember. Bagi Profesor Lee, walaupun Pulau Pinang yang mula-mulanya sekali, yang mula-mula sekali menceburkan diri dalam industri semi-konduktor pada tahun 1972 iaitu lebih awal daripada Taiwan yang hanya bermula pada tahun 80an dan lebih awal daripada Shenzhen yang hanya bermula dalam semi-konduktor, industri semi-konduktor pada hujung tahun 90an, Malaysia masih tidak mempunyai sebuah syarikat semacam PSMC di Taiwan ataupun Hua Wei di Shenzhen. Maksudnya walaupun sudah lebih separuh abad berkecimpung dalam industri semi-konduktor, Malaysia masih tidak membangunkan teknologi sendiri. Kita perlu membina teknologi Malaysia. Sewaktu pelancaran Pelan Strategik Semi-Konduktor Malaysia, MSSS, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan harapannya untuk melihat wujudnya 10 syarikat teknologi Malaysia dengan hasil USD1 bilion dan 100 syarikat teknologi dengan hasil RM1 bilion setiap tahun. Kita berharap sebanyak mungkin syarikat-syarikat seperti ini wujud di Johor, khususnya melalui usaha JS-SEZ. Jika JS-SEZ berjaya, model ini boleh dilaksana pula di sempadan Malaysia-Thailand ataupun di sempadan Malaysia-Filipina atau Malaysia dan Singapura boleh menghidupkan semula idea SIJORI ataupun segitiga pertumbuhan Singapura-Johor-Riau yang melibatkan Indonesia.
Yang pasti dalam keadaan dunia dalam keadaan yang tidak menentu, rantaian bekalan Johor-Singapura yang kukuh memang baik untuk Malaysia dan Singapura dan membina kerjasama serantau yang kukuh adalah salah satu cara yang baik bagi menangani keadaan global semasa. Memang kita menghadapi banyak cabaran ketidaktentuan terutamanya selepas Donuld Trump memenangani Presiden Amerika Syarikat. Tapi ini juga peluang untuk kita untuk mewujudkan kerjasama serantau supaya kita boleh mengatasi semua cabaran yang akan kita hadapi. Bagi melancarkan pergerakan atau mobiliti antara Johor dan Singapura, saya berharap kerajaan negeri dapat menimbang idea untuk mengadakan kajian trafik merentas sempadan Johor-Singapura. Ini memang Dato’ Menteri Besar dan saya dalam mesyuarat bersama dengan Kementerian Ekonomi sebulan lalu, cadangan ini juga saya letakkan dalam konteks JS-SEZ, saya harap kita boleh fikirkan bagaimana kita ada pelan ataupun rancangan ataupun study, atleast traffic study untuk trafik atau keadaan trafik diantara merentas sempadan diantara Johor dengan Singapura.
Saya berharap kita dapat meningkatkan trafik di antara Johor dan Singapura, meningkatkan apa ini, keadaan atau membaiki keadaan trafik di antara Singapura dan Johor, perkhidmatan feri patut dipertimbangkan di bahagian barat dan timur, termasuk feri dari Puteri Harbour dan Forest City ke Raffles Marina di Tuas. Bersama Konsul Jeneral Indonesia ke Johor Bahru, Pak Sigit Suryantoro Widiyanto baru-baru ini, saya telah melawat Terminal Tanjung Belungkor untuk melihat feri penumpang dari Batam. Selain trafik ke Singapura saya juga berharap kita dapat membangunkan lebih banyak laluan ke Indonesia untuk membina ikatan ataupun rantaian antara rakyat dan serta rantaian bekalan yang kukuh bersama dengan bandar-bandar di Indonesia.
Datuk Yang Dipertua, Datuk Speaker, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada EXCO Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia ataupun ADUN Paloh yang telah menyatakan bahawa Kerajaan Johor menolak 30 peratus permohonan pusat data sejak lima bulan lalu bagi melindungi sumber alam semula jadi di Johor. Saya rasa ini signal yang betul bahawa kita pilih, kita memilih apa yang lebih baik dan kalau yang tidak berpatut atau tidak apa ini, mematuhi apa yang kita inginkan kita menolakkan.
Semasa membentangkan Belanjawan 2025, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyaran bahawa pelaburan pusat data tidak sepatutnya menjadi rebutan sekiranya ia tidak memberi nilai tambah kepada rakyat dari segi peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dan perkongsian kepakaran. Apabila pusat data mula berkembang sebagai satu industri beberapa tahun lalu, kerajaan pusat dan Kerajaan Negeri telah mengambil langkah yang
tepat untuk menggalakkan pertumbuhannya. Johor kini merupakan tapak pusat data yang paling penting di luar Amerika Syarikat dan China dan sektor ini boleh kira sudah matang. Pendekatan yang terbaik bagi kita sekarang adalah untuk bekerjasama dengan pemegang-pemegang taruh besar termasuk para-para pengendali utama, main operators bagi memastikan industri ini dapat berkembang secara mampan. Saya telah mengemukan cadangan kepada para pengendali pusat data supaya menubuhkan satu persatuan bagi menggalakkan, bagi mengelakkan speculative build ataupun pembinaan tanpa jaminan belian atau sewaan dan memastikan semua pengendali dapat maju bersama tanpa perlu bersaing secara tidak sihat semata-mata untuk mendapatkan air dan elektrik di mana kedua-dua sumber ini perlu dilindung dengan baik. Daripada idea asal Profesor Kwen Lee yang saya sebut tadi, kita bukan sahaja mahu melihat pertumbuhan pusat data tetapi juga localization peralatan pusat data, pelaburan dalam tenaga boleh baharui dan reklamasi sumber air, kalau mereka guna pakai apa ini, tenaga, mereka harus juga melabur dalam tenaga, kalau mereka guna pakai air, mereka harus juga melabur dalam sumber air atau reklamasi sumber air dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan khususnya dalam bidang penyelidik dan pembangunan R&D dan dalam aplikasi kecerdasan buatan atau AI. Walaupun pekerjaan tersebut tidak semestinya insitu di Kulai atau di Iskandar Puteri, kalau Pusat data ini boleh bawa pekerjaan AI atau R&D ke Johor Bahru ataupun Kuala Lumpur ini juga baik untuk negara kita. Kita perlu menggalakkan pelaburan yang melibatkan Whole Of Value Chain atau keseluruhan rantai bekalan.
Datuk Speaker, 2 tahun lalu pada hari ini iaitu 24 hari bulan November, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Saya tertarik dengan kata-kata Yang Amat Berhormat Menteri Besar sewaktu memberi ucapan ataupun membentangkan Belanjawan 2025 iaitu dalam Bahasa Inggeris Dato’ kata, All The Stars Finally Aligned For Johor, And I Think All The Stars Are Also Aligned For Malaysia. Jika kita semua iaitu para pemimpin yang berada dalam dewan ini dan juga di seluruh negara berjaya melaksanakan apa yang kita rancangkan dengan baik dan tepat. Kerajaan perpaduan pimpinan Dato’ Seri Anwar akan mampu membawa lonjakan kedua ekonomi untuk Malaysia dan berkemungkinan akan bermula satu tantangan politik baru. A New Political Order. Dan kalau kita ada tantangan yang baru, politik kita ada lonjakan ekonomi kedua, memang Johor adalah Center of Gravity.
Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini oleh Setiausaha Agong DAP, saudara Anthony Loke, DAP tidak pernah meminta kerajaan perpaduan ditubuh di Johor. Bagi DAP, Kerajaan Johor sekarang ini yang ditubuh pada Mac 2022 iaitu sebelum Pilihan Raya Umum November 2022 boleh diterus kekal. Sebagai pihak pengimbang DAP menyokong kepimpinan Menteri Besar Dato’ Onn Hafiz Ghazi. Pilihan Raya Kecil Mahkota pada September lalu, tahniah kepada Yang Berhormat Mahkota. Pilihan Raya Kecil Mahkota pada September lalu telah membuktikan kejayaan kerjasama Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di Johor. Jika kita dapat menemui satu formula yang baik untuk Johor, ia akan membuktikan bahawa Johor mampu menjadi asas kepada kestabilan negara. Apabila hati dan tenaga disatukan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional telah, sudah memenangi 24 daripada ke semua 26 kerusi Parlimen di Johor dan boleh diulangi dalam pilihan raya akan datang. Johor juga bakal berkembang paling maju jika malaysia berada di atas landasan yang betul. Dan sekarang pun ekonomi Johor sedang menjadi perhatian dunia. Tahniah atas kepimpinan Menteri Besar Johor serta pasukannya dan kepada Perdana Menteri serta pimpinan persekutuan dan semua agensi serta institusi negeri dan persekutuan. Peluang keemasan untuk menjadi Johor sebuah negeri yang hebat dan Malaysia sebuah negara yang gemilang hanya datang sekali dalam satu generasi. It’s A Once In Generation Opportunity. Dan, saya harap kita rebutkan peluang ini. Maju Johor Rakyat Sejahtera. Terima kasih. (Dewan bertepuk)
Terima kasih Yang Berhormat Perling. Saya jemput dulu Yang Berhormat Benut dan saya minta pegawai datang ke depan ni.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin memulakan perbahasan petang ini dengan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku yang jatuh pada tanggal 22 November. Semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah serta berada dalam keadaan sihat sejahtera dan penuh kedaulatan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T. di atas titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang sarat dengan nasihat dan juga pandangan serta idea bernas demi kesejahteraan dan keutuhan Bangsa Johor.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya berdiri di persidangan yang mulia ini bukan sekadar untuk membicarakan peruntukan Belanjawan Johor 2025. Rakan saya Yang Berhormat Perling ada menyebut supaya inisiatif-inisiatif yang diambil oleh kerajaan ini supaya jangan rakyat yang terpinggir. Jangan risau Yang Berhormat, saya rasa apabila Yang Amat Berhormat membuat pengumuman inisiatif-inisiatif, kalau hasil Kerajaan Negeri ini bukan RM2 bilion tetapi RM10 bilion. Setahun saya percaya bonus untuk Pegawai Kerajaan bukan 2 bulan, mungkin 10 bulan. (Dewan bertepuk). Peruntukan pada Wakil Rakyat bukan RM500,000.00 Yang Berhormat, mungkin RM5 juta seorang setiap Wakil Rakyat. Tapi apakan daya, dengan RM2 bilion setahun itu pun hampir ke semua tahap dan peringkat rakyat yang menerima inisiatif dan juga pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat saya amat yakin dan percaya ianya adalah sesuatu yang bercita-cita agar No One Is Left Behind, saya amat yakin Yang Amat Berhormat mempunyai hasrat tersebut.
Yang Berhormat Datuk Speaker, bukan saya hanya menyokong setiap inisiatif bernas yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat, sebaliknya saya berazam untuk menyemarakkan wacana segar dan mencetus perbincangan mendalam berkenaan visi yang juga disebut oleh Yang Berhormat Perling tadi, bahawa Johor sebagai the Next Engine Of Root For The Country atau The Star Are Aligned bagi negeri Johor pada hari ini. Yang Berhormat, dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ruang dan peluang yang bakal mengubah landskap ekonomi negeri adalah merupakan harapan dan cita-cita Yang Amat Berhormat sebagai Ketua Kerajaan. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menyatakan bahawa when u says The Star Are Aligned ataupun the Next Engine Of Root For The Country. Sewaktu Duli Yang Amat Mulia Tuanku, Yang di-Pertuan Agong membuat lawatan rasmi ke negara China sebagai contoh, saya diberitahu oleh rakan-rakan yang terlibat dalam soal menarik pelaburan agensi-agensi seperti MIDA, seperti MITI sendiri yang berdepan dengan pelaburan yang ingin datang. Sebaik sahaja Kebawah Duli Tuanku balik daripada lawatan rasmi ke negara China, orang kata, inquiry box tu penuh dengan pelbagai syarikat-syarikat yang cuba mendapatkan maklumat terperinci, bagaimana Johor, apakah peluang yang ada di Johor, Johor itu apa yang lebih yang ada kepada negeri Johor untuk membolehkan mereka melabur, melihat Johor sebagai destinasi pelaburan yang diharapkan. Itu sebagai satu langkah yang menunjukkan bahawa potensi kepada negeri Johor ini Yang Berhormat adalah begitu meluas sekali. Maka, apabila kesempatan itu berada di hadapan kita maka, jangan kita lepaskan peluang itu.
Sewaktu saya mengikuti lawatan rombongan pelaburan Yang Amat Berhormat ke Osaka sebagai contoh di Jepun, di mana kita dapat melihat anak syarikat kerajaan ataupun syarikat Johor Corporation, milik kita telah menandatangani satu kerjasama yang luar daripada biasa. Satu kerjasama dengan Fuji Oil Private Limited yang melihat kepada sektor sawit ataupun sector palm oil ini untuk berdagang pada kadar harga yang premium. Maksud saya ialah, hari ini misal kata JCorp ada anak syarikat Kulim ada plantation, PIJ juga ada ladang sawit, PJH pun ada ladang sawit. Apa yang diusahakan oleh syarikat JCorp sebagai contoh adalah menjalinkan kerjasama dengan Fuji Oil ini di mana minyak sawit itu dapat
didagangkan pada harga yang premium oleh kerana aktiviti ekonomi yang daripada upstream sampai lah kepada downstream. Ianya akan mula dibina pembinaanya pada tahun 2026. Dua tahun daripada sekarang, atau setahun lebih daripada sekarang. Itu adalah sebagai satu contoh di mana, ke hadapan. Ini lah usaha-usaha yang perlu kita lakukan sebab itu saya merujuk kepada inisiatif Kerajaan Negeri yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat berkenaan dengan rejuvenasi Badan Berkanun Negeri termasuk syarikat-syarikat berkaitan dengan Kerajaan (GLC) Negeri Johor.
Kita Yang Berhormat Datuk Speaker kalau bersetuju dengan pandangan bahawa, kita ada Special Economic Zone, betul kita akan dapat menarik banyak multinational corporation, kita akan dapat menarik banyak syarikat-syarikat gergasi yang datang nak melabur ke Johor, tetapi jangan kita terlepas pandang juga untuk menjadikan syarikat-syarikat kita juga besar. Kita tidak hanya menarik syarikat-syarikat besar datang ke negara kita melabur di Johor tapi syarikat-syarikat kita juga perlu besar dalam masa yang sama. KPRJnya, PDTnya, tidak boleh lagi GLC, badan-badan berkanun ini, GLC-GLC ini berfungsi sebagaimana business as usual. Ini akan, syarikat-syarikat ini akan terlepas peluang tak boleh lagi zaman di mana misal kata kita membangunkan hab gas dan minyak di Pengerang. Syarikat PDT ada 5 peratus share dalam JT 1 atau 2, ada 10 peratus ada JT 3 dan 4. Tak boleh lagi saya percaya Yang Amat Berhormat bahawa peranan-peranan badan-badan berkanun, GLC ini perlu terlibat secara langsung tetapi GLC-GLC ini perlulah mempunyai apa orang kata ialah mungkin yang mengetuai GLC kata saya ini memberi satu pengharapan yang mungkin tak berupaya mereka nak pikul nak melaksanakan, tetapi saya percaya sekiranya kita bekalkan GLC-GLC ini dengan senjata yang cukup, tak boleh lagi pakai senapang patah kalau setakat nak berperang. Zaman sekarang ini perlu ada kekuatan yang kita sokong, yang kita beri kepada badan berkanun atau syarikat yang berkait dengan kerajaan ini (GLC) yang menjurevenasi ini Yang Amat Berhormat haruslah dalam konteks yang lebih luas, haruslah dalam konteks yang lebih menyeluruh.
Jadi untuk itu Datuk Speaker, saya berharap bahawa usaha ini akan menjadikan Special Economic Zone dan juga usaha untuk menarik pelaburan ke negara kita ini bukan hanya kita memberi peluang kepada syarikat-syarikat untuk menjadikan Johor ini sebagai pilihan untuk Low Value Added Re Export Hub sahaja. Tetapi sebaliknya, memberi ruang dan peluang yang luas kepada syarikat-syarikat tempatan, syarikat-syarikat kita juga boleh jadi besar seperti Johor Corporation sebagai contoh. Sudah sampai masanya peluang yang ada tak datang orang kata Opportunity Do Not Knock Twice On The Door. Inilah peluang Yang Amat Berhormat. Saya yakin Yang Amat Berhormat mampu untuk melakukan perubahan ini dan lebih-lebih lagi bila kita lihat dunia ekonomi ini seolah-olahnya terbahagi kepada dua sahaja. Satu blok diketuai oleh atau diterajui oleh negara China, satu blok ekonomi lagi diterajui oleh Amerika Syarikat. Itulah dua blok ini yang menjadikan ekonomi dunia ini bergerak supaya dengan keadaan yang sebegitu untuk tempoh 2 tahun, setahun, 2 tahun ke hadapan ini, negeri Johor haruslah berhati-hati untuk memilih kerjasama yang kita jalinkan supaya jangan kita dapat satu, kita hilang satu. Dapat satu lagi tapi kita hilang dua. Dapat satu hilang dua oleh kerana berlakunya persaingan yang begitu hebat antara dua blok ekonomi dunia ini.
Jadi untuk itu, Yang Berhormat saya yakin bahawa sewaktu lawatan pelaburan Yang Amat Berhormat ke Korea sebagai contoh, Seoul, Korea kita dapat melihat tentang peri pentingnya Innovation Driven Development, pembangunan yang didorong oleh inovasi, satu polisi yang harus dijadikan sebagai satu pendekatan.Samsung sebagai contoh tak dibangunkan oleh kerana hebatnya orang Korea, tetapi dasarnya itu yang membolehkan Samsung itu menjadi satu syarikat gergasi yang besar di dunia yang dapat menembusi pasaran dunia sebagai contoh.
Jadi, kalau kita nak besarkan kita punya syarikat GLC, PDT, KPRJ maka Yang Amat Berhormat saya percaya ianya bukan hanya memerlukan satu dasar untuk membantu syarikat-syarikat GLC di bawah tajuk Rejuvenasi Badan Berkanun tadi Yang Amat Berhormat. Saya rasa agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan juga harus seiring
dengan Yang Amat Berhormat. Kalau syarikat-syarikat GLC bergabung atau bekerjasama dengan syarikat-syarikat swasta, tetapi dengan adanya syarikat-syarikat GLC tersebut tetapi dia sama aje macam syarikat-syarikat biasa, syarikat-syarikat swasta yang lain, macam mana GLC ni nak membangun, nak menjadi besar kerana dia dilihat atau dianggap sama sahaja. Dia masukkan pelan pembangunan pun dia kena, walaupun kita ada Kulai Fast Lane ataupun special program yang kita anjurkan tetapi syarikat-syarikat GLC ini juga diharapkan untuk membangun, untuk membesar tetapi kalau tangan mereka kalau diikat di belakang, saya tak fikir bahawa mereka berupaya. Jadi, kalau kita nak bagi harapan supaya syarikat-syarikat GLC kita ini betul-betul tertubuh maju maka the whole state approach itu perlu. Semua agensi-agensi, Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan yang meluluskan, yang memberi kebenaran dan sebagainya harus bekerjasama untuk mendokong cita-cita Yang Amat Berhormat untuk merejuvenasikan syarikat-syarikat ini. Sebab itu ianya amat penting kerana dalam tempoh empat, lima tahun ke hadapan sewaktu kita ada Special Economic Zone ini adalah peluang untuk Johor menjalinkan gandingan global local ini. Tidak boleh hanya sekadar dapat share sikit 5 peratus maka kita dah berpuas hati, dapat share 10 peratus kita dah berpuas hati. Tetapi kita hendakkan adanya satu pelan yang akan dapat menjadikan syarikat-syarikat ini menjadi syarikat besar, equally apa nama orang kata duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan syarikat-syarikat multi national corporation.
Datuk Timbalan Speaker, yang perkara yang kedua yang ingin saya sentuh ialah berkenaan dengan soal syarikat GLC juga. Tadi Yang Berhormat Perling ada menyebut tentang pusat data sebagai contoh. Salah satu daripada punca dan sebab pusat data lebih 50 syarikat yang datang untuk memohon untuk mendapatkan ulasan daripada kerajaan, hasrat mereka untuk melabur dalam pusat data ini adalah sama ada apa statement yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tetapi Johor saya kira harus sambut cabaran ini. Dengan adanya pusat-pusat data ini kita akan terus berusaha supaya bekalan air, bekalan elektrik itu terus mencukupi dan itu akan menjadi salah satu daripada keutamaan yang kerajaan akan berikan kerana Yang Amat Berhormat apabila menyentuh tentang soal pelaburan ke negeri Johor yang dapat menghasilkan sebanyak RM113.7 bilion pada dua tahun yang lalu, itu menunjukkan bahawa pelaburan yang besar ialah daripada adanya pusat-pusat data ini. Tetapi saya bersetuju bahawa jangan sampai pusat-pusat data ini membayar harga elektrik yang, rakyat yang lain pun bayar harga yang sama, membayar kadar harga air pun rakyat yang lain, kita pun bayar pada kadar harga yang sama. Itu yang saya maksudkan bahawa akhirnya kita akan menjadi low value at that state sebab kita tidak betul-betul berfungsi faedah keuntungan yang diraih oleh syarikat-syarikat yang melabur dalam pusat data ini.
Menyentuh tentang perkara tersebut, ini bererti bahawa saya juga berharap bahawa kita dah bersetuju, kita dalam Dewan yang lepas daripada Badan Kawalselia Air (BAKAJ) kepada Lembaga Air Johor. Maka, bila dah jadi Lembaga itu juga bererti bahawa 30 peratus daripada hasil sumber air akan diperuntukkan kepada Lembaga Air Johor. Haruslah dimanfaatkan sepenuhnya, haruslah Lembaga Air Johor tidak boleh lagi sama macam dulu. Lembaga Air haruslah diurus oleh golongan profesional.
Kita tahun depan sebagai contoh Kumamoto City di Jepun akan menyambut ulang tahun keseratus sumber bekalan air bawah tanah sebagai sumber air minum untuk lebih 800,000 penduduk di Kotaraya Kumamoto. Kalau ada pihak yang merasakan bahawa kebimbangan kita kalau menggunakan sumber air bawah tanah ini akan menyebabkan kemendapan, jangan kita buat keputusan dulu. Harus jalankan kajian. Saya ingin mengesyorkan kepada kerajaan negeri supaya memperuntukkan melalui Lembaga Air Johor ini, satu kajian yang lebih komprehensif berkaitan dengan potensi air bawah tanah. Kerana dari segi teorinya, air yang kita gunakan ini hanyalah 3 peratus daripada jumlah air hujan yang jatuh ke bumi, 97 peratus lagi adalah air yang masuk ke bawah tanah. Mengapa kita harus bergaduh soal 3 peratus yang turun ke bumi ini sedangkan 97 peratus itu berada di perut bumi, kenapa tidak kita juga guna peluang dan ruang yang ada berdasarkan teknologi yang ada, berdasarkan kreativiti yang ada.
Saya amat mengesyorkan kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat supaya kita tidak hanya melihat kepada soal pelaburan sahaja tetapi ramai Yang Amat Berhormat, rakyat kita di luar sana yang mempunyai kepakaran yang tidak kurang hebatnya. Sebagai contoh, Miss Kong Zen Ying, seorang penyelidik daripada MIT Stanford yang menemui satu kajian bahawa untuk dikompos plastik sebagai contoh, yang mengambil masa 100 tahun mungkin lebih tetapi menurut kajian oleh Miss Kong Zen Ying daripada MIT Stanford, orang Yong Peng Yang Amat Berhormat, orang Yong Peng, dia mendapat anugerah penyelidik berumur 35 tahun ke bawah di MIT Stanford. Dia telah menemui satu kaedah bahawa dikompos plastik ni tak perlu 100 tahun, sehari pun boleh dikompos. Dapat bawa dia balik Yang Berhormat untuk Timbalan Speaker bawak dia balik ke Batu Pahat...
Setuju, setuju.
Yang Berhormat peruntukan yang lebih tu Yang Amat Berhormat bagi tu belikan tiket kapal terbang dia supaya boleh balik dan bantu dan terang kepada Yang Amat Berhormat sebenarnya apa tu kajian yang dibuat oleh... Jadi yang saya sebutkan tadi gandingan global local tadi, local Yong Peng, Yang Berhormat Yong Peng, EXCO kita Alam Sekitar dalam bidang plastik relevan untuk YB Ah Soon. Saya percaya ia juga akan dapat menolong menaikkan nama negeri.
Ketiga Yang Berhormat, tadi saya tengok Yang Berhormat mengangguk bila saya kata kalau hasil kita RM10 bilion semua orang pun Yang Berhormat bagi, tak minta pun Yang Berhormat bagilah. Jadi Yang Berhormat, apa jadi dengan kita punya Batu Pahat ini sebagai barter trade port? Saya harap pihak kerajaan akan mengkaji dengan lebih mendalam apa kita nak buat dengan Batu Pahat Barter Trade Port ini. Potensinya ada. Ianya telah wujud untuk sekian lama tetapi ianya juga bukanlah sesuatu yang gah untuk kerajaan negeri, sesuatu yang betul-betul dilihat dapat menambah nilai kepada negeri Johor yang mempunyai aktiviti ekonomi yang meluas. Mungkin hari ini barter trade port di Batu Pahat itu hanya berdagang barang-barang pertanian sahaja, tetapi barter trade port ini dalam istilah yang sebenarnya melangkaui hanya sebagai eksport pertanian sahaja. Hari ini kita hantar mungkin MILO, kita hantar gula apa lagi Yang Berhormat, kita hantar, kita eksport ke Indonesia, tetapi Indonesia mengeksport balik kelapa, mengeksport balik barang-barang pertanian, sebagai contoh. I think it should more than that.
Sudah sekian lama Yang Berhormat, Batu Pahat Port ini yang berhasrat untuk menjadi barter trade port yang apa orang kata lebih moden, lebih lengkap infrastrukturnya untuk menjadikan Johor juga ke hadapan dari segi kerjasama yang disebut tadi SIJORI antara Singapore, Johor dan Riau. Salah satu infra yang boleh kita sediakan bagi mendokong usaha SIJORI ini ialah untuk Batu Pahat Port ini dapat kita bangunkan.
Pada akhirnya Yang Berhormat, saya telah mengusik Yang Berhormat Perling sebagai Timbalan Menteri yang menjawab di Parlimen bahawa pada tahun depan Ekspo 2025 Osaka selama 6 bulan daripada 13 April sampai 13 Oktober, 6 bulan lamanya. Kita kerajaan pusat berbelanja lebih RM100 juta untuk menjayakan Osaka, Ekspo 2025 Osaka. Yang Berhormat Perling menjawab sebagai Timbalan Menteri MITI bahawa negeri-negeri akan diberi ruang dan masa. Yang Berhormat ini di dalam Dewan Negeri Yang Berhormat, kita ADUN dalam masa yang sama Yang Berhormat kata akan pertimbangkan. Jadi, saya harap Yang Berhormat tadi saya nak dengar mungkin Yang Berhormat nak beri jaminan pada Johor, dua minggu tak kurang peruntukan lebih RM100 juta itu lebih bagi lebih sikit pada Johor Yang Berhormat. (Dewan bertepuk). Bagi lebih sikit supaya kita dapat showcase apa nama di Ekspo 2025 Osaka itu penonjolan Johor itu mengatasi negeri-negeri lain, ha. Lebih-lebih lagi....
ADUN boleh pergi tak?
Ya?
ADUN boleh pergi tak?
Ha, bawak ADUN. ADUN kat depan. Masa saya pergi kat Baku, Azerbaijan Yang Berhormat, bukanlah saya kata apa tapi mungkinlah agaknya bajet yang terhad, kemudian lokasi kita Yang Berhormat sebab Yang Berhormat jawab di Parlimen, Yang Berhormat kata bahawa Pavilion Malaysia ini begitu strategik lokasinya berhadapan dengan negara tuan rumah, Jepun.
Yang Berhormat saya bimbang Yang Berhormat. Dia tuan rumah tentulah dia punya Pavilion tu gah dan besar dan begitu menarik. Jadi, kalau kita betul-betul berhadapan dengan negara Jepun Yang Berhormat, jangan sampai Yang Berhormat kita macam kecil sangat negara kita ni ya. Bagus, betul di pintu masuk berhadapan Yang Berhormat beri jaminan bahawa Pavilion Malaysia itu akan berada di hadapan tetapi contoh saya pergi ke apa nama Yang Amat Berhormat Menteri Besar hantar saya ke Dubai untuk melibat COP 28, pergi ke Azerbaijan untuk melihat COP 29, masya-Allah Pavilion kita sedih Yang Amat Berhormat. Dah lah kecil, lepas tu diletaknya apa nama orang yang ada bulu ayam kat kepala, dengan dia punya tu pakai spender je itu, iya betul rakyat Malaysia, budaya kita tapi Pavilion kita kecil, dia berdiri sebesar-besar hamba Allah kat depan tu, jadi macam tak kenalah. Jadi jangan besok kita Pavilion Johor ini jangan kita bawa pulak kumpulan kebudayaan menari ramai-ramai dah penuh Zapin kita kat depan tu untuk mencerminkan budaya kita, boleh tapi ada cara jangan sampai kita kalah dengan Jepun. Ha, jangan kita nampak terlalu kecil sangat. Ini apa yang saya rasa Yang Berhormat. Saya lihat bila saya berjalan pusing pergi tengok Pavilion lain, saya terserempak dengan wakil daripada Malaysia, dia tahu saya juga daripada Johor, dia kata Yang Berhormat, jangan lupa melawat Pavilion kita, sebab ada teh tarik. Teh tarik je Yang Berhormat dia nak jualnya saya untuk pergi ke Pavilion untuk tengok Pavilion Malaysia. Jadi Yang Berhormat, please ya, kita letakkan harapan yang tinggilah kepada Yang Berhormat Perling untuk menaikkan nama Johor untuk dua minggu yang akan berlangsung pada 13 hari bulan April sehingga 13 hari bulan Oktober 2025. Akhirnya Yang Berhormat, saya dah terlebih masa sikit ni, ini apa nama, kita berhadapan dengan pelbagai cabaran tetapi tidak ada apa yang saya lihat akan membimbangkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita. Dia ada kebolehan yang luar biasa. Saya percaya peluang dan potensi pelaburan yang dijangka mengikut kajian daripada pemandu associate bahawa dalam sektor E&E sahaja dan juga dari segi sektor tenaga hijau, teknologi hijau ini, negeri Johor berpeluang untuk meraih 18 hingga 26 bilion untuk tempoh dua, tiga tahun yang akan datang. Ini adalah satu peluang Yang Amat Berhormat yang tidak harus kita lepaskan, jadi bila Yang Berhormat cakap tentang rejuvenasi, badan berkanun ini ia adalah satu hasrat hala tuju yang amat bertepatan bersesuai dengan usaha Yang Amat Berhormat nak jadikan Special Economy Zone. Kalau minta 0 peratus cukai kerajaan pusat tak nak sebab kerajaan pusat pun perlu hasil, jadi Yang Berhormat akan fight, saya percaya 5 peratus mungkin, Yang Amat Berhormat boleh 2 peratus bukan setakat 5, 2 peratus bayangkan, daripada 0. Ialah kita nak tolong juga Kerajaan Persekutuan, tapi kita hendak pelabur-pelabur betul-betul jadikan Johor ini sebagai destinasi pelaburan yang kita harapkan. Jadi itu, sahaja Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, terima kasih. Dengan ini saya menyokong. (Dewan bertepuk).
Terima kasih Yang Berhormat Benut. Dipersilakan Yang Berhormat Permas.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat sejahtera, Salam Maju Johor. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Ahli-Ahli Yang Berhormat dan sidang dewan yang saya muliakan. Pertamanya marilah kita ucapkan rasa kesyukuran kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnianya kita diberikan kesihatan kepada kita semua dan akhirnya kita dapat sama-sama berkumpul di sini untuk membincangkan soal-soal yang perlu dibincangkan demi rakyat dan juga negeri Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, terlebih dahulu saya ingin merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Tuanku pada 22 November 2024.
Yang Berhormat Datuk Speaker, setelah saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kerana telah mentadbir kerajaan dengan begitu baik. Ia berasaskan kepada kutipan hasil yang baik berdasarkan kepada data yang dibentangkan dalam Belanjawan Tahun 2025. Pada pembentangan Belanjawan 2023, anggaran hasil tahun 2023 adalah sebanyak RM1,731,740,000.00. Namun hasil sebenar kerajaan adalah sebanyak RM1,936,139,315.70.
Pada pembentangan Belanjawan 2024, unjuran anggaran hasil tahun 2024 adalah sebanyak RM1,804,142,000.00 yang jika dibandingkan yang lepas, saya beranggapan, saya jangkakan bahawa hasil sebenar pada tahun 2024 iaitu tahun ini akan mencecah sebanyak RM2 bilion. Saya rasa tidak kurang daripada RM2 bilion. Tahniah kepada Yang Berhormat.
Yang Berhormat Datuk Speaker, dan saya rasa kalau cadangan Benut itu pada Belanjawan Tahun 2026 itu, kemungkinan kita punya peruntukan boleh meningkat RM1 juta rasanya bagi wakil-wakil rakyat, kalau perkara ini berlanjutan dengan baik. Yang Berhormat Datuk Speaker, di kesempatan ini oleh kerana masih ada sedikit mood kemenangan, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah 20,000 kepada Mahkota kerana telah memenangi PRK DUN Mahkota pada 28 September 2024 dengan baik. Semoga YB Mahkota dapat memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat Mahkota dan Bangsa Johor. Terima kasih diucapkan kepada semua jentera parti dari komponen Barisan Nasional mahupun Pakatan Harapan yang telah bekerja keras untuk memenangkan calon dari Barisan Nasional.
Yang berhormat Datuk Speaker, dalam soalan bertulis Maharani, nombor soalan B23 berbunyi seperti berikut. Berapakah dana Kerajaan Negeri Johor yang dikeluarkan untuk program-program yang dilaksanakan sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya Kecil DUN Mahkota, terutama yang melibatkan masjid-masjid, kemudahan awam dan aset-aset kerajaan. Saya beranggapan bahawa soalan ini adalah soalan berniat jahat, sangkaan jahat. Dia bertentangan dengan peraturan mesyuarat. Saya minta supaya Maharani menarik balik soalan ini semasa ucapan bahas beliau dan soalan ini tidak perlu dijawab. Sukalah saya ingin ingatkan Maharani cukup-cukuplah nak berpolitik. Habis pertandingan, buatlah kerja dengan baik. Janganlah nak berprovok-provok.
Yang Berhormat Datuk Speaker, empat fokus ingin saya bentangkan dalam ucapan pada sidang Dewan kali ini dan kesemuanya berkisar dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang. Kalau Sri Medan dia bolehlah cakap dengan tempat-tempat yang lain, tapi saya tak berapa pandai dan saya cekaplah untuk kawasan saya sahaja. Nyata Yang Berhormat Datuk Speaker, yang pertama fokus saya menjadikan Lebuh Raya Pasir Gudang selamat sepanjang masa dan cadangan membina lebuh raya bertingkat di atas lebuh raya Pasir Gudang. Fokus kedua, membersihkan semua sungai-sungai di Pasir Gudang dan Sungai Masai menjadi fokus utama. Fokus ketiga, mohon sokongan pihak Kerajaan Negeri tentang pembangunan di tanah Yayasan Pasir Gudang untuk membina pangsapuri dan Taman Luna Yayasan Pasir Gudang dan tanah ini ditadbir oleh Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Dan fokus keempat, mohon sokongan dan bantuan Kerajaan Negeri mewujudkan tempat pelancongan di kawasan Pasir Gudang.
Yang Berhormat Datuk Speaker, sekian lama Lebuh Raya Pasir Gudang menjadi bualan oleh pengguna, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan kerana telah sentiasa berusaha membaik pulih jalan-jalan diturap lebih sempurna dan tak banyak lagi jalan berlubang. Permas bermohon agar ia berterusan sampai bila-bila. Musim hujan telah tiba, jalan dah mula berlubang walaupun tak banyak. Saya harap dapat sentiasa dipantau dan diturap jalan-jalan yang berlubang sebelum berlaku kemalangan jiwa. Dan saya fikir, apa ini, tempat YB Azizul pun ada juga dah melibatkan kemalangan jiwa.
Permas ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan kerana telah menjalankan kerja-kerja pelebaran jalan dari empat lorong kepada enam lorong Lebuh Raya Pasir Gudang. Namun pada pandangan saya, ia hanya mampu untuk menampung pengguna yang telah dalam jangka masa pendek dan ia mungkin juga akan berlaku kesesakan dalam tempoh masa yang singkat. Justeru itu, saya ingin mencadangkan supaya dibina lebuh raya bertingkat di atas Lebuh Raya Pasir Gudang. Jika ia telah ada cadangan, mulakanlah dengan cepat. Ia tidak boleh dilengahkan kerana semakin lambat pelaksanaannya, ia akan menambahkan kesesakan yang teruk semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan kerana jumlah kenderaan yang semakin meningkat. Buatlah apa sahaja kaedah sekalipun.
Yang Berhormat Datuk Speaker, fokus kedua berkaitan dengan sungai. Pasir Gudang mempunyai empat sungai iaitu Sungai Kim-Kim, Sungai Buluh, Sungai Masai dan Sungai Plentong. Yang amat menyedihkan, kesemua sungai-sungai ini berada dalam keadaan sakit, kotor dengan sampah dan dasar mengandungi mendapan toksik yang boleh memudaratkan manusia dan hidupan laut. Ia dibuktikan dengan peristiwa Sungai Kim-Kim pada 7 Mac 2019, menjejaskan 6,000 orang dan 2,775 orang menerima rawatan. Manakala pada 17 September baru-baru ini 2024, kejadian lambakan ikan mati di Sungai Rinting. Sungai-sungai ini adalah kejadian alam yang wujud sejak bertahun, beratus tahun membentuk sungai yang cantik dan menjadi punca rezeki kepada manusia. 30 tahun dahulu, kesemua sungai-sungai ini masih sihat. Saya sempat menikmatinya, berenang di sungai dan menangkap ikan, ketam dan banyak hasilnya ketika itu. Apabila negara maju mula membangun dengan pesat meraih kekayaan menjadikan manusia lupa akan kepentingan menjaga alam, sungai dibiarkan menjadi tempat buangan air loji kumbahan, sisa-sisa buangan dan kilang dan perumahan. Setiap masa manusia sentiasa berkata kita mesti ingat, generasi akan datang, ingat anak cucu kita, namun ia hanya mampu diucap tetapi tidak mampu untuk laksana hingga ke hari ini ucapan itu tetap sama Yang Berhormat.
Atas kesedaran ini, saya sedang berusaha mencari jalan merawat sungai ini semua. Antara penyumbang besar pencemaran sebanyak 70 peratus loji kumbahan dan sebahagian lagi daripada buangan sampah dan penduduk kampung dan juga setinggan. Tumpuan utama saya adalah membersihkan Sungai Masai. Ia melibatkan Kampung Nelayan Pasir Gudang Baru. Terima kasih kepada JPS dan kerajaan kerana telah memulakan pembersihan dan mencantikkan kawasan Kampung Pasir Gudang Baru. Sebanyak RM200,000.00 telah diperuntukkan membersihkan sebahagian sungai, ini saya dapat daripada pihak federal, melalui KSU lah, saya terjumpa dan saya minta dapat, Alhamdulillah. Dan tahun hadapan saya berharap sebahagian lagi peruntukan dari kerajaan negeri dapat disalurkan dan juga saya terima kasihlah kepada LKIM. Daripada EXCO tadi mengatakan LKIM telah membuatkan jeti yang baru terapung sebanyak RM200,000.00. Dah cantik dah jeti tersebut. Saya pun dah tengok, Alhamdulillah syukur. Dan juga pihak JPS telah membina tebingnya dengan cantik sebanyak RM200,000.00 juga. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur Yang Berhormat Datuk Speaker kerana perkara itu telah dijalankan. Bagi membersihkan keseluruhan Sungai Masai, ia memerlukan peruntukan sebanyak RM89 juta seperti yang telah diumumkan oleh EXCO Kerja Raya pada tahun hadapan permohonan akan diajukan kepada kerajaan persekutuan. Saya amat berharap ia dapat diluluskanlah sebaik-baiknya.
Yang Berhormat Datuk Speaker, fokus ketiga yang ingin saya bangkitkan, membangunkan tanah yayasan yang dipegang oleh Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Adapun SU dia, cantik. Membina rumah pangsa untuk penduduk tempatan dan Pusat Taman Luna Yayasan Pasir Gudang. Pangsapuri berharga tidak lebih dari RM400,000.00 ke bawah mampu dimiliki oleh rakyat tempatan. Ia memberi peluang kepada rakyat memiliki rumah dengan harga yang berpatutan mampu dibeli oleh semua kaum. Hasil daripada pembangunan pangsapuri, ia dapat menampung membina Taman Luna Yayasan Pasir Gudang untuk dikunjungi oleh penduduk tempatan dan juga pengunjung di luar Pasir Gudang.
Yang Berhormat Datuk Speaker, fokus keempat, saya sangat bercita-cita menjadikan Pasir Gudang sebuah destinasi pelancongan. Yang Berhormat Datuk Speker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sebelum saya meneruskan ucapan berhubung dengan hasrat saya ini bolehlah Yang Berhormat Datuk Speaker dan Ahli-ahli Dewan mengimbas QR Code yang disediakan di atas meja masing-masing, saya ingat dah tengok, kalau dah tengok, tengok lagilah mudah-mudahan ia menjadi panduan kepada kita Ahli-ahli Yang Berhormat. Oleh kerana Ahli-Ahli Yang Berhormat, ada yang belum mengimbas ke?
Oleh kerana Ahli-ahli Yang Berhormat tidak berpeluang mengikuti rombongan ke luar negara, tidak mengapa jangan rasa gundah gulana saya akan bawa jalan-jalan ke tempat-tempat menarik di Pasir Gudang, mudah-mudah ia menjadi sumber inspirasi yang boleh dibawa pulang. Berpandu kepada itinerary pakej pelancongan tiga hari, saya dah adakan pakej pelancongan 3 hari 2 malam pada tahun 2027 kalau semuanya siap pada 2026. Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat serta pengunjung berpuas hati dengan perkhidmatan yang akan saya berikan pada 2027. Lambat lagi.
Untuk ke Pasir Gudang ada terminal bas jika menggunakan kenderaan awam dan juga sebuah jeti bagi pengunjung yang datang dari Kepuluan Riau, daripada Batam lah yang paling popular. Terdapat hotel-hotel yang berhampiran dengan pusat membeli belah dan juga tempat bermain golf sebanyak empat padang golf. Hari pertama, setibanya di Pasir Gudang Ahli-ahli Yang Berhormat dan pengunjung akan dibawa ke Kampung Nelayan Pasir Gudang Baru untuk menikmati pelbagai juadah makanan di restoran, medan ikan bakar dan makanan laut yang segar hasil daripada tangkapan nelayan setempat. Sekitar Kampung Nelayan terdapat gerai-gerai menjual cenderahati produk IKS tempatan, pakaian dan pelbagai lagi yang kita boleh dapat. Seterusnya pengunjung akan dibawa menaiki bot menyelusuri Sungai Masai hingga ke kawasan menternak kupang terbesar di Malaysia. Ini bukan kaleng-kaleng ye. Paling besar menternak kupang adalah di Pasir Gudang. Menikmati masakan kupang segar di rakit-rakit sambil pengalaman memancing. Seterusnya dengan menaiki bot, pelancong akan dibawa melihat pelabuhan MMHE dan Johor Port. Pengalaman melihat kapal-kapal kargo yang besar, yang sangat besar dan kren gergasi memunggah barangan ke kapal dan juga lori. Sepanjang pelayaran pengunjung dapat melihat pulau Singapura yang sangat hampir dengan Johor. Pakej Kampung Nelayan tidak kurang menarik jika dikunjungi pada waktu malam kerana ia dihiasi dengan lampu-lampu di pohon bakau, lampu rakit dan juga pelabuhan. Jika bernasib baik dapat melihat kelip-kelip atau pun kunang-kunang berterbangan di pohon-pohon bakau. Selepas di Kampung Nelayan pengunjung akan dibawa ke hotel, masuk ke hotel. Pilihan hotel bagi pelancong biasa-biasa adalah di Elegant, TS Hotel dan Aman Sari di Seri Alam. Bagi pengunjung kayangan seperti YB Sedili, pilihan terbaik adalah di Hotel Renaisance atau Holiday Inn di Permas Jaya yang bertaraf berbintang-bintang. Pada waktu petang pengunjung akan dibawa melawat ke Bukit Layang-Layang tempat festival layang-layang antarabangsa setiap tahun. Pelancong berpeluang bermain layang-layang dan menyelusuri tasek dengan bot kayuhan kayu, kaki. Terdapat 80 hingga 100 gerai jualan makanan ringan yang enak dan menarik. Tiba waktu malam Ahli-ahli Yang Berhormat boleh bemain layang-layang neon dan saya tengah berusaha untuk mencipta layang-layang neon di tempat saya. Dan di sekitar bukit layang-layang dihiasi lampu yang menarik untuk pengunjung bersantai. Lewat malam pengunjung dibawa balik ke hotel.
Yang Berhormat Datuk Speaker, destinasi ketiga, hari pertama yang boleh dilawati di Taman Luna Yayasan Pasir Gudang, di situ terdapat, bila masuk kawasan pengunjung dapat menikmati landskap penuh dengan dekorasi cahaya yang indah dan menarik terdapat gerai-gerai jualan makanan yang murah, terdapat restoran-restoran premium bagi golongan kayangan dan makanan tempatan barat, Korea, China, Jepun dan Arab. Sambil menjamu selera pengunjung boleh melihat pertandingan bola sepak di dua padang sintetik. Terdapat kereta dan kenderaan kecil elastik berlampu yang boleh dinaiki oleh pengunjung dan anak-anak mereka. Tempat bermain roller blade, roller, skateboard, berbasikal dan berjogging bermain tempat badminton Glow In The Dark saya nak memberi pengalaman bermain Glow
In The Dark di Taman Luna dan pertunjukan Boxing, Muay Thai. Bagi golongan belia terdapat tempat bermain e-sport yang bertaraf antarabangsa dan mempunyai surau dan bilik persalinan yang disediakan.
Yang Berhormat Datuk Speaker, hari kedua selepas Ahli-ahli Yang Berhormat dan pengunjung menikmati sarapan pagi akan dibawa ke Taman Buaya di Kongkong dan saya dengar bahawa Taman Buaya itu akan dipindahkan, kalau dipindahkan, pindahkanlah di Taman Air Biru iaitu di Sungai Buloh. Saya harap-harap begitulah. Jadi berdekatan dengan produk-produk pelancongan yang lain. Kemudian akan membeli belah di MIDAS Seri Alam makanan tengah hari, makanan laut dan asam pedas di Restoran Warisan Senibong dimiliki oleh Koperasi Penduduk Senibong. Kemudian terdapat juga restoran makanan laut masakan cina di Teluk Jawa kemudian akan dibawa membeli belah di AEON Permas. Dan apabila petang hingga lewat malam kita akan di bawa ke Menara Jambatan Permas. Waktu malam jambatan dan menara dipenuhi lampu yang cantik. Terdapat restoran pelbagai jenis hidangan tempatan dan juga antarabangsa, menaiki jet ski, lewat malam pengunjung boleh balik ke hotel. Jika masih ada masa, boleh berpengalaman menaiki bot pelancong menyelusuri sepanjang Selat Tebrau dan Permas Jaya hingga ke Kampung Nelayan. Yang Berhormat Speaker, hari ketiga setelah sarapan pagi bolehlah sambung membeli belah dan boleh balik ke rumah masing-masing.
Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi merealisasikan impian saya ini saya mohon sokongan penuh dari semua pihak yang berkaitan terutama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Peranan pihak kerajaan setiap kelulusan yang dipohon seperti membersihkan seluruh Sungai Masai perlulah, perlukan peruntukan kerajaan pusat di mana sidang Dewan yang lepas, EXCO JKR telah memohon pembersihan Sungai Masai sebanyak RM89 juta. Kerajaan negeri diharap dapat memperuntukkan sedikit dana membersihkan sebahagian kawasan penting supaya bot-bot pelancong dan nelayan dapat digunakan di kala air surut. Peranan pihak MBPG perlulah lebih terbuka memberikan, membenarkan Taman Bukit Layang-layang dan tasek dengan pelbagai aktiviti. Ia tidak menjadi keberatan, jika tidak menjadi keberatan hiasilah dengan lampu-lampu menarik supaya dapat menarik lebih ramai pengunjung datang ke Bukit Layang-Layang. Taman Cahaya Yayasan Pasir Gudang perlukan kelulusan segera supaya memastikan siap pada tahun 2026. Menara Jambatan Permas perlukan kelulusan yang cepat dari pihak MBJB, JKR, JPS untuk memastikan ia dapat disiapkan pada tahun 2026. Pihak pihak swasta menyediakan pusat-pusat membeli belah di Kampung Nelayan Pasir Gudang Baru dan dekorasi sebahagian tebing dan pokok-pokok bakau. Di Bukit Layang-Layang peniaga-peniaga yang terpilih menjual makanan dan menyediakan kemudahan bermain layang-layang dan bot kayuhan kaki. Taman Yayasan Pasir Gudang akan dibangunkan sepenuhnya oleh pihak swasta di mana pusat komuniti Taman Luna Yayasan Pasir Gudang akan melibatkan kos sebanyak RM15 juta. Menara Jambatan Permas yang melibatkan kos RM15 juta sebahagiannya akan dibiayai oleh pihak swasta dan jika ia ingin dibangunkan lebih menarik ia memerlukan peruntukan dari Kerajaan Negeri atau pun Kerajaan Pusat. Jika impian ini berjaya dengan pelaburan sebanyak RM500 hingga RM600 juta ia boleh menyediakan tidak kurang daripada 300 peluang perniagaan dan tidak kurang 500 peluang pekerjaan pada rakyat Pasir Gudang.
Akhir sekali yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon agar Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan pihak kerajaan dapat menyokong dan membantu impian saya menjadi kenyataan. Jika pelabur asing dijemput, diberi keistimewaan seperti minta maaf ye, kera di hutan disusukan, takkan lah pelabur tempatan tidak diberikan sedikit madu untuk mendapat sedikit kemanisannya.
Yang Berhormat Datuk Speaker, yang ini telah, memang telah dijanjikan sesiapa yang bermadu di Padang Mashyar kelak akan dikurniakan payung emas. Tapi diorang kata, mereka kata Yang Berhormat hadis itu adalah hadis palsu. Berilah kelulusan fast track supaya kesemua impian dapat disiapkan sepenuhnya pada akhir tahun 2026. Saya amat berterima kasih dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri
Besar Johor kerana telah berjaya mencetuskan idea mewujudkan kawasan Zon Ekonomi Khas atau SEZ kerana ia memberi inspirasi kepada saya untuk mencipta sejarah membangunkan tempat pelancongan di Pasir Gudang. Limpahan ekonomi SEZ dapat disambut dengan baik oleh rakyat Pasir Gudang kerana kemajuan ekonomi negeri boleh membantu rakyat Pasir Gudang memajukan kehidupan mereka. Jika ada yang bertanya adakah rakyat Pasir Gudang bersedia dengan limpahan SEZ, jawapannya, jawapan kami, ya, kami telah bersedia dengan bukti, dibuktikan dengan cadangan-cadangan yang telah saya nyatakan di atas. Ia juga dapat menyediakan tempat kepada rakyat Pasir Gudang menghilangkan tekanan di tempat kerja dan juga mengharungi cabaran kehidupan harian mereka. Menjadikan masa yang terluang lebih berkualiti bersama keluarga mereka. Masukkanlah dalam kalendar negeri Johor, 2027 tahun melancong ke Pasir Gudang. Permas memohon menyokong rundingan Belanjawan 2025. Sekian wabillahitaufik walhidayah. Assalammualaikum warahmatullahi wabaraktuh. (Dewan bertepuk)
Terima kasih Permas. Dijemput Yang Berhormat Mengkibol.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, Selamat Sejahtera, Salam Maju Johor dan Salam Malaysia Madani kepada semua Ahli-ahli Dewan. Mengkibol amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk berada di dalam Dewan yang mulia ini untuk bersama mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Belanjawan Johor 2025. Sebelum memulakan perbahasan, izinkan patik merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta selamat hari ulang tahun keputeraan kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Yang Berhormat Datuk Speaker, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah juga kepada jiran Mengkibol di Kluang iaitu Mahkota yang telah dipilih pada bulan September yang lalu. Mengkibol merasakan itulah satu kemuncak kerjasama perpaduan di Johor setakat ini yang mengambil semangat kerajaan perpaduan di pusat. Mengkibol berharap ini berterusan dan membawa kemakmuran kepada negeri Johor khasnya. Dan selepas PRK Mahkota saya pun dapat private number daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang boleh whatapps pada pukul 5 pagi.
Yang Berhormat Datuk Speaker, seterusnya Mengkibol akan memberikan sedikit pandangan dan beberapa cadangan terhadap Belanjawan negeri Johor dan juga satu topik yang paling utama di DUN Mengkibol dan juga topik mengenai sumber nuklear, sebuah sumber kuasa yang baharu dan satu isu tanah perkuburan di Kluang dan akan sentuh pada laporan audit yang baru Ahli-ahli Dewan terima.
Pertama, inisiatif ke 13, Penyediaan Pusat Aduan Bersepadu Negeri Johor. Platform aduan rakyat pada kerajaan real time dan berpusat merupakan sesuatu yang amat baik, saya rasa mungkin kami sebagai Ahli Dewan Negeri pun memerlukan pusat aduan Bersepadu ini. Mengkibol mencadang kita harus tetapkan satu rangka masa, time frame untuk aduan diselesaikan seperti di dalam piagam pelanggan dan dipatuhi. Pusat Aduan Bersepadu ini akan menemui kegagalan sekiranya ia hanya menerima aduan dan tidak dapat menyelesaikan masalah mengikut masa yang dijanjikan. Seperti piagam pelanggan yang kita boleh nampak di semua PBT.
Inisiatif Kedua Puluh Tujun, Program Diploma dan Sijil Profesional. Inisiatif ini sebanyak RM1.43 juta diperuntukkan untuk menjalankan Program Diploma dan Sijil Profesional dengan kerjasama institusi pendidikan tinggi serta Programme Road to Profesional Certification bagi Technologist (Ts.) dan Technician (Tc.) dengan kerjasama NBOT. Mengkibol mencadangkan satu program latihan AI equality training terutama di bahagian pekerja IKS, Industri Kecil dan Sederhana dan fresh graduate bagi membolehkan satu tahap daya saing atau employability dan penggunaan AI dimanfaat dengan sebaiknya.
Inisiatif Keempat Puluh, Jawatankuasa Pilihan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura. Inisiatif ini membenarkan penglibatan Ahli-Ahli Yang Berhormat rentas parti, ini satu teras yang baik, terima kasih. Ini berperanan untuk mengkaji keberkesanan serta mencadangkan penambahbaikan. Mengkibol ingin mencadangkan satu cadangan iaitu pelaburan baharu yang memenuhi syarat tertentu yang boleh diberikan pengecualian cukai syarikat korporat selama 2 tahun, corporate tax dan kemudiannya pengurangan 50 peratus selama 3 tahun. Dia akan menarik lebih banyak pelaburan yang selari dengan strategi pembangunan negeri Johor. Sekiranya kita nak menarik pelaburan yang bernilai tinggi dan cipta pekerjaan bernilai tinggi, gaji yang tinggi, kita tentukan syarat.
Inisiatif Ketiga Puluh Sembilan, Program Rumah Prihatin Johor (RPJ). Menurut inisiatif ini, berjumlah peruntukan RM2.2 juta diperuntukkan bagi program ini sebanyak 112 unit RPJ akan dibina. Seperti konsep Public Private Partnership (PPP), demi membina jauh lebih banyak bukan sahaja 112 rumah RPJ, Mengkibol mencadangkan kerajaan negeri boleh menyediakan tanah dan manakala pihak KPKT menyediakan dana. Jadi dengan kerjasama ini dikira dapat membina jauh lebih banyak rumah RPJ.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Mengkibol juga ingin menumpukan beberapa topik yang penting di DUN Mengkibol yang pertama ialah projek penyambungan jalan BBC ke Jalan Mengkibol. Isu ini sejak tahun 2018. Terlebih dahulu Mengkibol ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang telah melakukan lawatan ke tapak projek jalan sambung BBC ini pada 18 September ketika PRK Mahkota. Dan Mengkibol amat yakin terhadap keprihatinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk kejayaan projek ini. Isu kesesakan di Kluang telah menjadi satu mimpi ngeri, nightmare bagi warga Kluang yang setiap kali melalui jalan tersebut, tekanan yang dihadapi oleh para pekerja, ibu bapa setiap pagi untuk menghantar anak ke sekolah yang mungkin bukan satu sekolah, mungkin 2 sekolah berbeza. Ini isu ini, janganlah kita dipandang remeh, pernahkah kita melalui jalan ini setiap hari pada waktu puncak? Walaupun kita mungkin tidak perlu atau tidak terkesan dengan isu kesesakan ini di Jalan Mengkibol, saya menyeru agar kita semua menyelami permasalahan ini dan bersama-sama merealisasikan projek ini.
Semua projek terdapat isu-isu teknikal, namun isu teknikal maksudnya isu yang boleh diselesai dengan kerjasama setiap agensi teknikal. Pada 18 November yang lalu, agensi teknikal bawah arahan Pejabat Menteri Besar pun telah membuat satu lawatan tapak sekali lagi menilai dan mendapatkan maklumat bagi cadangan ini dan pihak PBT, MPK pun menyediakan satu cadangan alternatif ekonomi dan lebih jimat sebagai penyelesaian bagi isu ini.
Pada cadangan yang asal, pengambilan tanah di 4 lot kediaman yang terlibat sebenarnya dilakukan secara pindah milik silang. Kerana ia melibatkan kepentingan awam dan ini dapat dilaksanakan melalui instrumen 12A dan kurnia semula tapak melalui Jadual 1 mengikut PTG. Walaupun dia bukanlah sesuatu yang biasa dilakukan namun terdapat ruang di mana kerajaan negeri mempunyai kuasa memberikan keutamaan terhadap penyelesaian masalah masyarakat yang begitu lama. Mengkibol yakin terdapat kes-kes terdahulu, precedent case yang boleh dirujuk bagi memberikan kelonggaran dan kebenaran khas. Mengkibol merasakan Menteri Besar sangat tertarik dengan pendekatan pembangunan di Shenzhen yang berlandaskan prinsip (pepatah bahasa Cina) iaitu special case, special policy. Prinsip ini memberikan ruang kepada fleksibiliti dalam menyelesaikan halangan-halangan pembangunan melalui pendekatan inovatif dan pragmatic.
Pada tahun 1992, satu peristiwa bersejarah berlaku dalam pembangunan moden negara China, Leng Shiu Peng melawat Shenzhen yang ketika itu menghadapi begitu pelbagai halangan reformasi, beliau menegaskan bahawa sesiapa yang tidak melaksanakan pembaharuan perlu letak jawatan. Ini menunjukkan bahawa reformasi atau pembaharuan memerlukan pemimpin yang berkaliber untuk membawa perubahan kepada institusi demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat. Kemenangan Donald Trump, dalam pilihan raya
Presiden Amerika Syarikat, recently juga mencerminkan ketidakpuasan hati rakyat biasa dalam sistem sedia ada. Sebuah buku Democracy Discontent, pasal belum baca, saya cuma ada cover dia, Micheal Sandel, Professor Harvard University menegaskan bagaimana rakyat merasakan keluhan mereka diabaikan, dipandang rendah, they don’t have meaningfull say, menurut professor, their view doesn’t matter, minta izin. Maka isu-isu kehidupan harian tidak diselesaikan, tidak diambil berat. Situasi ini dapat dilihat juga di Kluang, kita nak buat satu train sambung lebih kurang yang 500 meter sudah 6 tahun. Kesesakan, kesesakan lagi kesesakan tiap-tiap hari, petisyen orang pada tahun 2019, meminta sambungan jalan masih tidak diselesaikan. People still doesn’t matter, mereka rasa mereka tidak ada satu meaningfull say apa yang mereka minta petisyen, rayuan semua tidak dilayan.
Agensi kerajaan saya rasa perlu menyedari bahawa pelaksanaan atau penyelesaian isu-isu kehidupan harian adalah harapan utama rakyat biasa. Wakil Rakyat dan begitu juga pegawai agensi kerajaan perlu bertanya kepada diri kita sendiri. Adakah saya memahami isu ini yang dihadapi oleh rakyat? Adakah saya telah melawat lokasi ini yang ada isu? Adakah saya sendiri mengalami kesulitan yang mereka hadapi? Apakah penyelesaian untuk mengatasi halangan teknikal? Solution. What is the solution? Kita tidak boleh membiarkan rakyat terus menanggung beban masalah ini sendirian, sebaliknya tanggungjawab kita, tanggungjawab Wakil Rakyat, tanggungjawab pegawai pangkat tinggi adalah untuk menyelesaikan masalah demi rakyat dan bukan sekadar menyerahkan beban ini kembali kepada rakyat.
Pendekatan ini memerlukan komitmen, empati, kesungguhan untuk memastikan keperluan serta keluhan rakyat benar-benar diambil berat, kita bertindak, kita bukan setakat berdiam diri. Just do it, bukannya just leave it. YB EXCO Kerja Raya telah pun mempengerusikan 3 kali mesyuarat penyelarasan teknikal tetapi selalu ada pula isu baharu ditimbulkan, serupa opposing for the sake of opposing. JPS pula guna pelbagai alasan termasuk alasan Rancangan Tebatan Banjir 2050 yang tidak tahu bila akan dimulakan atau diluluskan untuk menghalang pembinaan jambatan kerana rancangan yang buat pelebaran sungai yang berkali ganda atau 3 kali ganda dan sekarang Sungai Mengkibol di kawasan itu yang cetek, yang lebih kurang 20 meter akan dilebarkan sampai 65 meter dan kawasan itu adalah upstream dan bukannya downstream. Mengapa kita buat pelebaran di upstream sekiranya pelebaran di kawasan Mahkota di downstream dapat menyelesaikan masalah banjir atau mengurangkan risiko atau keperluan untuk pelebaran ini? Tetapi kita tahu dari segi reka bentuk struktur, structure design untuk satu jambatan yang mengambil kira rancangan pembangunan masa depan, RTP 2050, 2060, 2070, 2080 untuk rancangan masa depan boleh, kita boleh design, jambatan boleh dipanjangkan untuk rancangan pelebaran sungai masa depan. Tiada masalah. Ia tidak akan semestinya dirobohkan walaupun mengikut rancangan ini dikatakan sekiranya RTP ini dilaksanakan mungkin semua jambatan di Kluang akan dirobohkan. Dan rumah rumah kos rendah Jalan Sawi mungkin semua akan digunakan. Adakah ini sudah melalui satu kajian yang teliti? Saya rasa apa-apa rancangan pun bukannya mengakibatkan sehingga tiada jambatan baharu boleh dibina.
Di negeri Johor, yang pembangunan begitu pesat kita memerlukan pemimpin dan pentadbiran komited terhadap reformasi sebagai contoh, tindakan Menteri Besar yang kerap turun ke CIQ telah membawa kepada penyelesaian kesesakan, Menteri Pelancongan yang turun ke KLIA untuk menyelamat pelancong asing yang ditahan. Ini mencerminkan keperluan yang begitu mendesak untuk mereformasi prosedur kerja dan aliran kerja institusi yang mungkin sudah ketinggalan zaman. Di Johor terdapat projek kemudahan asas ini yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan rakyat tergendala hanya kerana isu teknikal.
Sekali lagi, Mengkibol ingin menegaskan isu teknikal maksudnya isu yang boleh diselesai, isu teknikal bukannya isu yang tidak boleh diselesaikan bukan fatal floss, kecacatan fizikal, bukan. Isu teknikal kita selesaikan. Oleh itu saya menyeru kepada semua agensi kerajaan dan penjawat awam untuk mengamalkan minda yang lebih terbuka, open-minded, jangan
kita bersikap negatif semasa membandingkan best practice di tempat lain seperti itu, Amerika Syarikat, lain, itu KL, lain, itu Penang, tak terima. Sebaiknya kita harus berpegang pada semangat Ini Johor, kita boleh, Ini Johor. Pembinaan jalan raya ada American Assiociation State Highway In Transportation Official (ASHTO) satu standard pembinaan jalan, perakaunan dan audit kita ada International Financial Reporting Standard (IFRS) ini diguna di seluruh dinia, all over the world. Kita harus menyokong perubahan seperti sektor korporat, salah satu KPI sektor swasta adalah selalunya support for change, jika ada isu teknikal kita atasi jika ada isu pengambilan tanah, kita selesai melalui pemindahan milik, silang, jika ada kesesakan kita bina jalan baru.
Yang Berhormat Datuk Speaker, isu tanah perkuburan Kluang, saya skip dulu kerana kekangan masa. Kuasa nuklear sebagai sumber kuasa. Negara ini bergantung kepada sumber tenaga seperti gas asli, hidroelektrik dan arang batu dan terkini kita memasuki era peranan nuklear. Untuk mengurangkan pelepasan karbon Net Zero 2050 dan memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat. Pada 5 November yang lalu Menteri Ekonomi telah menyatakan bahawa penggunaan kuasa nuklear akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13. Mengkibol merasakan Johor perlu mengkaji keperluan sumber tenaga ini disebabkan Johor telah menceburi bidang data centre AI, AI sebuah data centre ini mengguna elektrik yang setanding dengan sebuah bandar, begitu besar. Kita boleh tengok contohnya Microsoft, Google, Amazon mereka telah mula guna sumber tenaga nuklear. Microsoft telah pun invest USD1 bilion dalam terra power untuk memulakan nuklear plant sendiri.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin sentuh sikit pada Laporan Audit. Saya ingin highlight kan beberapa perkara di Laporan Audit yang kita terima Laporan Ketua Audit Negara Siri 3/2024. Kalau kita tengok muka surat 73, 75, cukai tanah tertunggak didapati peningkatan akaun boleh terima, cukai tanah daripada RM270 juta telah meningkat kepada RM276 juta pada tahun 2023. Tetapi dari jumlah ini, terdapat juga hampir RM58 juta tertunggak yang melebihi 6 tahun. Perkara kedua ialah cukai taksiran. Kita boleh nampak peningkatan cukai taksiran pada tahun 2022 adalah RM40 juta manakala peningkatan cukai taksiran tertunggak meningkat sebanyak RM67 juta dan sebanyak 10 PBT hampir 50 peratus daripada jumlah cukai taksiran tidak dapat dikutip.
Pelaburan dalam syarikat GLC pula, dalam Johor Biotech Holding, Johor Biotech Sdn Bhd, saya highlight satu perkara sahaja dan JBSB iaitu pengurusan subsidiari terdapat RM5.33 juta ataupun 91 peratus aset tetap telah dilupuskan, write off kerana dokumen perolehan yang telah hilang dan sebanyak RM48.9 juta aset pun hilang tetapi tiada tindakan diambil. Tiada laporan Polis dibuat dan tiada dokumen sokongan yang lengkap tentang penghutang, pemiutang dan aset tetap yang dilupuskan. Saya cuma nak ambil ini sebagai satu contoh iaitu mengenai pengurusan GLC, kita memerlukan satu pengurusan yang lebih cekap untuk manfaat semua warga Johor.
Yang Berhormat Datuk Speaker, sebagai wakil rakyat kawasan Mengkibol, saya harap Belanjawan Johor 2025 ini telah dibentangkan menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam mengukuhkan ekonomi, memperkasakan rakyat dan mempertingkatkan daya tahan Johor sebagai sebuah negara maju. Saya berharap cadangan dan penambahbaik yang diberikan dapat dipertimbangkan dan Mengkibol juga berharap kerajaan negeri akan memberi perhatian serius terhadap isu-isu yang saya bangkitkan sepanjang sesi ini. Dengan sokongan semua pihak saya yakin bahawa belanjawan ini mampu memenuhi aspirasi rakyat Johor dan membawa negeri ke arah kemajuan lebih inklusif. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Mengkibol. Seterusnya dijemput Yang Berhormat Bukit Kepong.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker. Bismilllahirrahmanirrahim (Bacaan Doa). Pertamanya Bukit Kepong bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana atas limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama berhimpun dalam Dewan yang mulia ini untuk bersoal jawab dan berbahas demi Bangsa Johor serta negeri Johor yang kita sayangi. Terlebih dahulu patik merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku yang jatuh pada tanggal 22 November yang lalu, Daulat Tuanku.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, tanpa menidakkan kepentingan Johor untuk terus meneroka jalan menarik pelaburan baru, Bukit Kepong ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini berkenaan dengan peri pentingnya untuk Johor turut memfokuskan kepada isu keterjaminan dan keselamatan makanan. Sesebuah negara mahupun negeri, perlu mempunyai sumber makanan yang stabil dan kukuh. Kestabilan tersebut dilihat kepada pencapaian makanan pada tahap mencukupi, selamat dan berkhasiat. Selain itu, akses makanan tersebut mestilah stabil dari segi ketersediaan, kebolehcapaian atau berkemampuan dan penggunaannya yang selamat. Di negeri kita, kita dapati ada satu kecenderungan, ketidakstabilan sumber komoditi makanan berdasarkan tahap sara diri yang rendah. Sektor keperluan makanan yang tidak mencukupi, import makanan yang semakin meningkat, perubahan corak permintaan makanan serta ancaman fenomena semulajadi. Ini semua telah menjadi satu isu utama bagi mendepani krisis makanan.
Merujuk kepada statistik 2021, Jabatan Perangkaan Malaysia, ukuran kadar sara diri (SSR) negara pada tahun 2021, SSR untuk produk makanan masih rendah iaitu susu segar 56.7 peratus, daging lembu 18.9 peratus, daging kambing 10.7 peratus dan produk tenusu 5 peratus. Bahkan menurut laporan kadar SSR beras negara pada bulan Oktober yang lalu adalah 56.2 peratus sahaja. SSR menjadi kayu ukur sesebuah negara dalam memenuhi keperluan makanan daripada pengeluaran domestik. Tahap sekuriti makanan juga telah menjadi satu kebimbangan apabila statistik kadar kebergantungan import masih tinggi. Seperti melibatkan daging lembu sebanyak 81.6 peratus, daging kambing sebanyak 89.4 peratus dan susu segar sebanyak 66.9 peratus. Johor perlu turut sama meneroka usaha yang strategik dan proaktif bagi membantu industri makanan memenuhi permintaan makanan dalam menjamin kualiti hidup masyarakat. Kerajaan negeri boleh mempertimbangkan atau melihat kepada peranan wakaf dalam industri makanan. Inovasi wakaf bukanlah asing kepada negeri Johor kerana kita telah pun ada mempunyai model wakaf saham korporat yang ditonjolkan oleh JCorp. Pembangunan wakaf dalam industri makanan boleh memberikan peluang kepada masyarakat sekitar untuk meningkatkan sumber pendapatan sama ada sebagai pengusaha pertanian yang berdaya saing, bagi menempuh pasaran yang luas.
Tambahan pula petani hari ini perlu menjadikan pertanian bukan sekadar aktiviti sara hidup malah perlu menjadikan pertanian ke arah satu perniagaan yang menguntungkan. Pertanian suatu perniagaan. Wakaf pertanian bukanlah satu perkara yang asing di negara kita. Ladang Sawit PERKAYA Sdn Bhd di Terengganu adalah merupakan ladang wakaf dengan penglibatan orang ramai dan kerajaan negeri. Ladang ini bukan sahaja melibatkan tanaman kelapa sawit tetapi juga melibatkan projek integrasi ternakan lembu dan kambing. Ladang wakaf ini berupaya untuk menjana pendapatan sekitar RM1.3 juta setahun. Begitu juga dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka yang mula mengorak langkah untuk mengusahakan projek wakaf melibatkan dusun buah-buahan dengan usahasama Jabatan Pertanian Melaka, MARDI Melaka dan FAMA Melaka. Selain itu, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang turut menjalankan projek wakaf tanaman sayuran. Saya juga mencadangkan kerajaan negeri terus memperkasakan projek-projek pertanian dan penternakan yang telah ada di negeri Johor ini. Terdapat projek pertanian moden Kluang, kawasan TKPM dan sebelum ini kita telah ada cadangan untuk kawasan Johor Utara menjadi kawasan penternakan lembu utama di Johor. Pandangan saya juga kita dapat
memperkasakan projek-projek pertanian dan penternakan yang telah dicadangkan. Saya cukup yakin sekuriti makanan di Johor pasti lebih terjamin.
Bukit Kepong mengucapkan terima kasih atas jawapan Yang Berhormat EXCO Buloh Kasap atas pertanyaan pagi tadi. Pertanyaan tentang dasar keterjaminan makanan. Banyak perancangan yang telah dilaksanakan diharapkan cadangan ini dapat menyelesaikan isu keterjaminan makanan dan isu peningkatan harga barang keperluan asas yang harganya semakin meningkat dan malah sebahagiannya semakin menghilang. Bulan ini genaplah 2 tahun Kerajaan Perpaduan memerintah. Namun, isu kehilangan beras tempatan dan isu minyak paket subsidi tidak dapat diselesaikan. Berdasarkan jawapan daripada YB EXCO pagi tadi, diharapkan isu ini dapat segera diselesaikan. Paling kurang di negeri Johor, mudah kita untuk dapatkan beras tempatan dan minyak masak subsidi.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Bukit Kepong sangat setuju dengan cadangan Kerajaan Negeri Johor kerana menyasarkan untuk membina 30,000 rumah mampu milik menjelang tahun 2026. Selain daripada memperhebatkan Agenda Perumahan Negeri Johor, kerajaan negeri juga perlu melihat kepada aspek kediaman yang tidak terjual berdasarkan kepada Info Grafik Pasaran Hartanah Suku Ke-3 2024 yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, Johor berada pada kedudukan ketiga negeri yang mempunyai bilangan unit kediaman yang tidak terjual manakala bagi kategori pangsapuri khidmat yang tidak terjual, Johor berada di kedudukan yang pertama jauh meninggalkan Kuala Lumpur dan Selangor. Isu lambakan tidak terjual ini, yang telah berlarutan agak lama menuntut tindakan holistik daripada kerajaan negeri. Harus diingat, bahawa rumah bukanlah komoditi untuk pelaburan tetapi adalah keperluan asas bagi rakyat. Dengan langkah yang proaktif dari pihak kerajaan, Bukit Kepong cukup yakin stigma rumah mampu tengok, rumah di Johor untuk golongan maha kaya dan kayangan dapat dihilangkan di negeri Johor ini. Bukit Kepong mencadangkan rumah-rumah yang tidak terjual ini diberikan kelonggaran dan bantuan kewangan kepada pembeli-pembeli tempatan anak-anak Johor.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Bukit Kepong menyambut baik langkah kerajaan negeri yang membuat ketetapan supaya waktu rehat bagi sektor pada hari Jumaat dilanjutkan kepada 2 jam dan juga keprihatinan untuk memberikan kebenaran kepada sekolah yang mempunyai surau atau dewan untuk menepati kriteria untuk melaksanakan solat Jumaat. Solat Jumaat ini adalah fardhu ain ke atas setiap mukalaf lelaki yang bermukim dan tidak uzur. Sesungguhnya kefardhuan ini tidak wajar dipandang remeh oleh kita. Allah berfirman dalam Surat Al-Jumu’ah Ayat 9 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada Jumaat maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui hakikat yang sebenarnya.” Solat Jumaat mampu untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim dan kasih sayang sesama umat Islam di mana ia merupakan salah satu unsur terpenting untuk menjamin kekuatan ummah. Ia juga boleh memberi ilmu, tunjuk ajar serta nasihat yang berguna kepada seluruh jemaah melalui khutbah, di mana ia merupakan satu peluang bagi setiap individu melaksanakan muhasabah terhadap diri sendiri.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Bukit Kepong merasakan langkah kerajaan negeri untuk mengkaji kesesuaian perubahan waktu bekerja sektor awam Johor kepada 4 hari setengah adalah suatu yang proaktif. Bekerja 4 hari seminggu bukanlah satu perkara yang pelik kerana ia telahpun dilaksanakan di beberapa negara di dunia. Emiriah Arab Bersatu telah pun melaksanakan dasar waktu bekerja empat hari setengah dalam satu minggu semenjak tahun 2021. Bahkan banyak negara-negara lain di dunia ini ketika ini sedang giat melakukan percubaan dalam perkara ini seperti Belgium, Sepanyol, Jepun, New Zealand dan sebagainya. Waktu bekerja empat hari setengah seminggu ini boleh memberikan beberapa manfaat kepada kedua-dua pihak sama ada majikan mahupun pekerja. Banyak kajian-kajian yang di lakukan menunjukkan pekerja boleh mengekalkan atau meningkatkan produktiviti mereka apabila waktu kerja mereka dikurangkan. Sebagai
contoh, Microsoft Jepun melaporkan peningkatan sehingga 40 peratus dalam produktiviti ketika percubaan yang mereka lakukan. Dasar waktu kerja yang pendek ini akan meningkatkan kesejahteraan kepada pekerja. Tempoh kerja yang pendek dalam seminggu akan mendatangkan manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental. Ia akan mengurangkan tekanan, kelelahan dan keletihan yang dihadapi oleh pekerja, seterusnya akan membantu para pekerja untuk mencapai kepuasan hidup yang lebih tinggi.
Selain itu, pertambahan hari cuti akan memberikan peluang kepada para pekerja untuk melakukan aktiviti sendiri. Berehat dan memberikan tumpuan serta masa yang berkualiti kepada keluarga masing-masing yang mana ia juga akan meningkatkan kualiti kehidupan mereka secara keseluruhannya. Pekerja yang sihat dan gembira kurang berkemungkinan untuk mengambil cuti sakit yang akan boleh mengurangkan ketidak hadiran pekerja dan kos-kos berkaitan dengan majikan.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, sistem penyampaian kerajaan yang berkesan dan efisyen akan membawa banyak manfaat. Proses yang diperkemas dan penyampaian perkhidmatan yang lebih pantas meningkatkan pengalaman keseluruhan untuk rakyat. Menjadikan literasi untuk perkhidmatan kerajaan lebih menyenangkan dan cekap. Sistem yang efisien ini juga akan mengurangkan kos operasi dengan meminimumkan kelemahan dan dapat mengoptimumkan penggunaan sumber. Ini sudah tentunya akan memberikan penjimatan yang signifikan kepada kerajaan. Proses penyampaian yang efisien dan jelas ini akan memudahkan untuk mengesan dan melaporkan aktiviti kerajaan seterusnya meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti kerajaan. Ia juga akan memastikan perkhidmatan yang ditawarkan lebih banyak akses kepada semua masyarakat termasuklah mereka yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman. Dengan pengumpulan dan pengurusan data yang ditambah baik, kerajaan boleh membuat keputusan yang lebih tepat untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat jelata. Selain itu, sistem penyampaian kerajaan yang moden dan cekap turut meliputi langkah keselamatan siber lebih baik dan melindungi maklumat sensitif kepada segala pelanggaran etika kerja.
Yang Berhormat Datuk Speaker, Bukit Kepong ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, Pejabat Daerah Muar, Majlis Perbandaran Muar, Pejabat Tanah, JKR, JPS, JKM, Pejabat Pendidikan, semua agensi-agensi kerajaan persekutuan mahupun negeri kerana banyak membantu Bukit Kepong dan penduduk, masyarakat di kawasan Bukit Kepong. Alhamdulillah, pembangunan di kawasan Bukit Kepong setakat ini terus berjalan walaupun Bukit Kepong, Parlimen Pagoh berada di pihak pembangkang. Baru-baru ini, Alhamdulillah Projek Jambatan Kundang Ulu Liang Batu telah dapat dilaksanakan. Kemudian juga Projek Bypass Bukit Pasir juga telah dilaksanakan. Dan, Alhamdulillah juga pada Pejabat Pembangunan Negeri kerana tiga dewan di Parlimen Pagoh, insya-Allah dalam proses terakhir. Saya rasa dah siap 90 peratus. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dan semua agensi kerajaan yang sentiasa membantu Bukit Kepong. Alhamdulillah.
Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, demikianlah ucapan Perbahasan Belanjawan 2025 Bukit Kepong. Besarlah harapan Bukit Kepong agar belanjawan ini menjadi pemangkin yang akan memakmurkan dan memajukan seluruh pelusuk negeri Johor. Tidak mengira bandar ataupun desa, kerajaan mahupun pengimbang, setiap keluh kesah rakyat mesti disantuni dan diberikan sepenuh perhatian dari pemerintah. Prinsip tiada sesiapa yang ketinggalan, perlu dijadikan objektif dalam menyelusuri potensi-potensi yang akan membuka lembaran sejarah baru bagi negeri tercinta ini. Santun Melayu Teguhnya Jati Diri, Kental Jiwa Pertahankan Watan, Dalam Usaha Membangun Negeri, Bukit Kepong Dihati Dilupa Jangan.
(Bacaan doa). Kepada Allah Berserah, Muafakat Itu Berkat. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Kepong. Ahli-Ahli Yang Berhormat, persidangan ini saya tangguhkan sehingga esok, Isnin 25 November jam 9.30 pagi.
Persidangan ditangguhkan pada jam 4.45 petang.
Pegawai-Pegawai Bertugas:
Jurutulis
Puan Zarina binti Abdul Kadir
Penolong Jurutulis
Encik Sufian bin Suleiman Encik Muhammad Syahfiq Nizam bin Zulkipli
Koordinator
Puan Hajah Rohana binti Matang
Pembantu Penerbitan
Puan Siti Fatimah binti Mohd Said Puan Malina binti Mohd Nasir Puan Hajah Noraisah binti Mohd Yusof Encik Ariff bin Abu Bakar
Pembantu Operasi (Bentara)
Encik Razine bin Sulaiman Encik Hamdan bin Markom Encik Norhayadi bin Hussien Encik Muhamad Khirunizam bin Pahmi Encik Mohd Norazri bin Kasim Encik Mohd Sapri bin Manan Encik Muhamad Khairul Asyraf bin Abdullah Encik Muhammad Khairul bin Arop Encik Amer Ilham bin Jefli
Setiausaha Pejabat (Pelapor Dewan)
Puan Hajah Zalinah binti Ali Puan Hajah Azlin binti Bahrin Puan Hajah Haironisha binti Zainal Abidin Puan Hajah Saniah binti Kassim Puan Junaidah binti Paing Puan Siti Rojimah binti Abd. Razak Puan Noor Dalilah binti Dahalan Puan Zahiti binti Hamdi Puan Noor Dalilah binti Dahalan Puan Norhafizah binti Osman Puan Norazilawati binti Masri Puan Norlydialina binti Ithnain Puan Shuriati binti Abdul Hajar Puan Raihanah binti Ismail
Rakaman
Encik Nor Risam bin Esa Encik Azizan bin Md Sidi Encik Khairul Anuar bin Umar Usman
Juruaudio Video
Encik Noorazhan bin Mohd Salleh Encik Ismail bin Abu Bakar