Johor · 1 December 2024

15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · not final · 194 turns · 16,903 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.

Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. (Bacaan selawat). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Maju Johor. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan dimulakan sekarang.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Senggarang.

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Senggarang nombor 1. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Adakah Kerajaan Negeri bercadang menambah bajet bagi Jualan Kasih Johor bagi tahun mendatang memandangkan ramai yang tidak berpeluang menikmati harga Jualan Kasih ini?

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Maharani.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 2.

Mengapa Program Jualan Kasih Johor yang dilaksanakan di setiap DUN hanya melibatkan ADUN Kerajaan sahaja? Mengapa tidak libatkan sama ADUN Pembangkang dalam program tersebut? Berapakah jumlah peruntukan keseluruhan Jualan Kasih Johor ini terutama di DUN Maharani?

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Sri Medan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 3.

Apakah kesan yang akan rakyat perolehi dalam program ‘Food Security’ terutama dalam sektor pembekalan ayam segar dan pembekalan sayur-sayuran dalam negeri Johor?

Speaker

Sila Yang Berhormat.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Maju Johor. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Senggarang, Yang Berhormat Maharani, Yang Berhormat Sri Medan. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon untuk menjawab ketiga-tiga soalan ini bersekali kerana ianya berkait antara satu sama lain berkenaan dengan Jualan Kasih Johor.

Sebelum saya mulakan jawapan, saya ingin menjelaskan kekeliruan di kalangan masyarakat antara tiga jenis jualan iaitu Jualan Kasih Johor, Jualan Agro Madani dan Jualan Rahmah. Untuk makluman Ahli Dewan, Jualan Kasih Johor adalah jualan yang mendapat tampungan harga atau peruntukan daripada Kerajaan Negeri, manakala Jualan Agro Madani adalah jualan yang mendapat subsidi ataupun potongan harga dan peruntukan daripada

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Manakala, Jualan Rahmah adalah peruntukan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Jualan Kasih Johor atau Kasih adalah inisiatif Kerajaan Negeri Johor melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau FAMA bagi Program Keterjaminan Makanan dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM5.872 juta dan Program Kasih Johor ini telah dilaksanakan sepanjang 2024 di 332 lokasi seluruh negeri Johor. Untuk makluman Ahli Dewan peruntukan asal Program Jualan Kasih ini adalah RM5 juta dengan melibatkan 300 lokasi. Tetapi, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM872,500.00 menjadikan keseluruhan peruntukan RM5,872 juta dan lokasinya peringkat awal 300 lokasi menjadikan 332 lokasi. Dan program ini pada asalnya adalah untuk menampung harga atau memberi kemudahan kepada pengguna pada musim-musim perayaan. Tetapi, tambahan peruntukan ini menjadikan ianya dijalankan di luar musim perayaan.

Program Jualan Kasih Johor ini mensasarkan jualan barangan keperluan harian seperti ayam, ikan, telur ayam dan minyak masak yang berkualiti dengan harga yang berpatutan kepada penduduk negeri Johor melalui tampungan harga. Dengan inisiatif Jualan Kasih Johor ini ia telah memberi manfaat kepada hampir 1 juta orang awam dengan melibatkan jumlah nilai jualan sebanyak RM19,351,713.00 bersamaan jumlah kuantiti jualan sebanyak 1,874.48 metrik tan terkumpul. Pelaksanaan Kasih ini juga melibatkan penyertaan hampir 3,000 orang usahawan FAMA. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Maharani, pihak FAMA tidak mengehadkan kepada mana-mana ADUN dalam negeri Johor ini. Dan, untuk makluman Ahli Dewan, di DUN Maharani sahaja telah jalankan 5 lokasi iaitu di tapak Pasar Lambak Parit Ahmad, Muar pada 8 April 2024; di perkarangan Pejabat Pertanian Daerah Muar pada 21 Julai 2024; Pasir Tani Stadium Muar pada 4 Ogos 2024; di perkarangan Jeti Nelayan Parit Raja Laut pada 3 Ogos 2024 dan tapak Bazar Ramadan Taman Tun Sulaiman Nilam Shah, Jalan Joned pada 28 Oktober 2024.

Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Senggarang pula, melalui Belanjawan 2025 Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah memperuntukkan RM6.6 juta bagi meneruskan pelaksanaan Program Jualan Kasih Johor untuk tahun 2025 ini. Selain itu, menerusi Jualan Agro Madani di seluruh negeri Johor sepanjang tahun 2024 mencatatkan 636 lokasi dan 6,663 penglibatan usahawan dengan nilai jualan keseluruhan sebanyak RM32,781,692.00. Jualan Agro Madani ini melibatkan beberapa komoditi terpilih iaitu buah-buahan segar, ayam, ikan, telur ayam dan pelbagai barangan runcit dengan harga yang berpatutan tanpa penglibatan orang tengah dengan penjimatan 10 hingga 30 peratus. Namun, petani dan pengeluar serta pengusaha masih lagi dapat meraih keuntungan.

Bagi menjawab soalan Sri Medan berkenaan ayam dan sayur-sayuran, bagi pembekalan ayam menerusi Jualan Kasih adalah sebanyak 540, adalah melibatkan sebanyak 540 metrik tan dan jualan Agro Madani sebanyak, minta maaf Datuk Speaker, saya ulang balik. Bagi menjawab soalan Sri Medan berkenaan ayam dan sayur-sayuran, menerusi Jualan Kasih sebanyak 540 metrik tan dan melalui Jualan Agro Madani sebanyak 932 metrik tan. Manakala, bagi pembekalan sayur-sayuran di bawah Jualan Agro Madani adalah sebanyak 319 metrik tan. Sehubungan dengan itu, kesemua usahawan yang terlibat dalam pembekalan ayam dan sayur-sayuran merupakan usahawan ayam, usahawan Johor yang mendapatkan bekalan dari pasaran tempatan. Oleh itu, impak program seperti ini bukan sahaja dinikmati oleh penerima manfaat iaitu orang awam tetapi juga dirasai oleh petani dan pengeluar. Terima kasih.

Speaker

Jemput, Senggarang.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat EXCO atas jawapan itu tadi. Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan tambahan Senggarang. Berapakah jumlah tampungan

harga atau subsidi mengikut barangan bagi satu-satu Program Jualan Kasih Johor ini? Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Senggarang atas soalan tambahan ini. Dan, saya mengambil kesempatan juga untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam Program Jualan Kasih Johor ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senggarang dan Ahli Dewan, harga sebenar tampungan yang dijalankan melalui FAMA ini adalah mengikut kategori barang. Ayam bulat misalnya untuk tampungan harga ialah RM6.00 bagi setiap kilogram ayam. Contohnya, jika ayam pada pasaran pada hari itu RM9.00 satu kilogram, maka kita buat potongan tampungan harga RM6.00, maka jualan ayam pada hari itu ialah RM3.00 satu kilogram. Bagi ikan dan hasil laut, tampungan harga RM5.00 satu kilogram, tampungan harga bagi telur ialah RM4.00 satu papan, tampungan harga bagi minyak masak 2 kilogram adalah RM3.00 satu botol dan kambing tempatan RM5.00 tampungan bagi setiap kilogram. Saya sebutkan tadi terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat kerana daripada tampungan harga yang ditetapkan oleh kerajaan dan FAMA ini contohnya RM6.00 bagi setiap kilogram ayam, tetapi ada di kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tambah tampungan harga RM1.00 ke RM2.00 lagi satu kilogram. Menjadikan kadang-kadang Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat Datuk Speaker menjadikan kadang-kadang berlaku seekor ayam berharga RM1.00 atau RM2.00. Jadi, sekali lagi terima kasih kepada Ahlli-Ahli Yang Berhormat. Saya harap apa Yang Berhormat lakukan ini akan diteruskan di tahun akan datang, insya-Allah.

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Bukit Naning.

Datuk Haji Mohd Fuad bin TukirinUMNO · BNBukit Naning

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 5.

Adakah usaha yang dilakukan kerajaan dalam memberikan Latihan Berkala kepada Penyelia dan Petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) agar mereka berupaya memberikan latihan dan pemulihan mengikut piawaian yang seragam dan berkualiti.

Speaker

EXCO Kebajikan.

Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md OnUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Serom

Terima kasih Datuk Speaker dan terima kasih Bukit Naning. Datuk Speaker, soalan yang diajukan kepada saya adalah:

Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam memberikan Latihan Berkala kepada penyelia dan petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) agar mereka berupaya memberikan latihan dan pemulihan mengikut piawaian yang seragam dan berkualiti.

Kerajaan Negeri Johor melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa prihatin dalam menjaga kebajikan dan mendayaupayakan golongan OKU bagi memastikan perjalanan PKPDK ini berada di landasan yang tepat. Jabatan dari semasa ke semasa sentiasa mengambil langkah yang proaktif dalam menawarkan program pemulihan yang selari dengan keperluan semasa. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Jabatan telah merancang beberapa pendekatan bagi usaha meningkatkan kecekapan dan keberkesanan tadbir urus PKPDK Negeri Johor dengan memberikan kursus-kursus bersesuaian kepada penyelia, petugas dan jawatankuasa PKPDK. Antara program yang disediakan adalah seperti berikut:

1. Kursus Asas Petugas PKPDK. Pengisian kursus ini menggunakan modul yang standard dan berfokus kepada Program Pembelajaran dan Pemulihan di PKPDK yang diwajibkan seperti mana yang telah ditetapkan dalam Buku Garis Panduan Pengurusan PKPDK.

2. Persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 bagi penyelia dan petugas PKPDK. Jabatan sedang dalam usaha untuk menaik taraf pendidikan dan kelulusan penyelia dan petugas PKPDK di seluruh Malaysia termasuk negeri Johor dalam mengiktiraf pensijilan SKM Tahap 3 dalam bidang Pengurusan PKPDK dan Pengurusan OKU secara berperingkat.

3. Kursus Pengurusan Kewangan PKPDK. Bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas mengenai kaedah-kaedah pengurusan kewangan kerajaan yang efektif dan mengikut prosedur serta turut mendedahkan pentingnya pengurusan aset dan punca-punca ketidakakuran dalam pengurusan aset kerajaan. Kursus kewangan ini diberikan kepada PDK selari dengan kehendak dan Peraturan Garis Panduan Pengurusan PDK dan Akta Pertubuhan 1966.

4. Kursus Asas Kecemasan dan Keselamatan. Bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan di kalangan penyelia dan petugas mengenai pentingnya tatacara dan peranan pertolongan cemas agar dapat diamalkan di PDK masing-masing.

Terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

Ya jemput Bukit Naning.

Datuk Haji Mohd Fuad bin TukirinUMNO · BNBukit Naning

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan tambahan saya. Adakah pihak JKM mempunyai penyelarasan bersama dengan Pusat Dalam Komuniti iaitu PDK ini untuk menyediakan tempat dan ruang bagi anak-anak istimewa ini selepas tempoh mereka mampu berdikari. Terima kasih.

Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md OnUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Serom

Yang Berhormat Datuk Speaker, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PKPDK) merupakan penyertaan dan penglibatan aktif OKU, ibu bapa, keluarga, penjaga dan masyarakat setempat dengan memaksimumkan penggunaan sumber tempatan yang sedia ada dalam komuniti. PDK juga merupakan satu pendekatan pembangunan ke arah sokongan dan kesedaran masyarakat dalam membantu OKU untuk mengecapi taraf hidup yang lebih selesa.

Datuk Speaker, bagi memastikan OKU yang telah mampu berdikari dapat bersaing dan kekal dalam alam pekerjaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah melaksanakan satu program bernama Job Coach untuk membantu OKU mendapatkan pekerjaan dan pengekalan dalam pekerjaan sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan selaras dengan matlamat yang ditetapkan seperti berikut. Pertama, pendekatan untuk mempromosikan pekerjaan kepada OKU. Kedua, sebagai pengantara atau penghubung OKU dengan syarikat atau organisasi sepanjang proses kerja. Ketiga, membantu membuat penyesuaian diri dengan persekitaran dan bidang kerja mengambil kira tahap keupayaan masing-masing. Keempat, mewujudkan hubungan saling memahami OKU antara majikan dan rakan sekerja. Seterusnya usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kekal dalam pekerjaan.

Datuk Speaker, usaha ini dilakukan tidak akan berjaya jika masyarakat dan majikan tidak diberikan pendedahan atau kefahaman berkaitan ketidakupayaan dan halangan yang dihadapi oleh OKU terutamanya apabila bekerja dengan mereka. Sehubungan itu, jabatan juga telah menganjurkan satu bengkel bersama majikan bernama Bengkel Disability Equality Training, agensi kerajaan dan swasta dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman berkaitan ketidakupayaan dan halangan-halangan yang dihadapi oleh OKU terutamanya apabila bekerja dengan mereka. Bengkel ini untuk memahami ketidakupayaan ke arah inklusif.

Pertama, memahami dan mampu membezakan terma ketidakupayaan dengan kekurangan atau kecacatan mereka. Memahami OKU daripada sudut dalaman psikologi dan luaran atau psikososial termasuk budaya hidup mereka. Memahami punca dan situasi yang menjadi penyebab timbulnya isu ketidakupayaan seperti halangan fizikal, pengasingan sosial, halangan penyertaan, diskriminasi dan persepsi dan dapat mengadakan perancangan dan tindakan untuk membolehkan OKU turut serta dalam masyarakat. Terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Tangkak.

Tuan Ee Chin LiDAP · PHTangkak

Selamat pagi Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Tangkak nombor 6. Terima kasih.

Adakah kerajaan berhasrat untuk menubuhkan kelab belia di semua sekolah Johor, kalau ya, bilakah akan dilaksana dan kalau tidak apa sebabnya?

Tuan Mohd Hairi bin Mad ShahUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Larkin

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Maju Johor. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Izinkan saya menjawab soalan daripada YB Tangkak dengan soalannya berbunyi, adakah kerajaan berhasrat untuk menubuhkan kelab belia di semua sekolah di Johor, kalau ya, bilakah akan dilaksanakan dan kalau tidak apa sebabnya? Jawapan daripada kami Yang Berhormat Datuk Speaker, dan saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tangkak di atas soalan yang diajukan dan syabas kepada Yang Berhormat Tangkak yang sentiasa peka dan aktif bertanyakan soalan mengenai Orang Muda Johor.

Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan mulia ini, Johor memiliki hampir 2 juta belia ataupun Orang Muda Johor iaitu separuh daripada populasi keseluruhan negeri Johor yang direkodkan seramai 4.1 juta penduduk berdasarkan rekod terkini daripada Jabatan Perangkaan. Yang Berhormat Datuk Speaker bagi persatuan atau pertubuhan belia yang berdaftar di negeri Johor keseluruhannya adalah berjumlah 1,123 pertubuhan di mana pecahan secara terperincinya kalau boleh saya kongsikan mengikut daerah-daerah Yang Berhormat Datuk Speaker.

Yang pertamanya daerah Johor Bahru mempunyai 271 kelab ataupun persatuan, daerah Batu Pahat mempunyai 183, daerah Segamat mempunyai 112, daerah Muar 124, daerah Kluang 116, daerah Pontian 73 pertubuhan, daerah Kulai 67, daerah Kota Tinggi 88 pertubuhan, daerah Mersing mempunyai 42 pertubuhan dan daerah Tangkak mempunyai 47 pertubuhan ataupun NGO. Untuk makluman Yang Berhormat Tangkak, kerajaan negeri Johor menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor tidak berhasrat untuk menubuhkan persatuan mahu pun pertubuhan belia di semua sekolah di Johor. Menghormati dasar perlaksanaan kokurikulum dan juga Akta Pendidikan 1961 yang sedia ada di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Kerajaan Negeri juga mengambil pendekatan untuk tidak menubuhkan kelab belia di sekolah kerana ia dilihat akan menambah beban sedia ada yang mana guru dan juga turut mengambil kira faktor bahawa Malaysia masih kekurangan tenaga pelajar. Yang Berhormat Datuk Speaker, dasar pelaksanaan kegiatan kokurikulum KPM telah menyatakan bahawa kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuhkan dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.

Sehubungan dengan itu Yang Berhormat Tangkak, Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997 Jilid 41 nombor 26, Tambahan Nombor 94, Perundangan A.P.U. Akta 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan Kokurikulum Kebangsaan yang telah memberi takrif

kokurikulum iaitu kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi perkara-perkara seperti berikut:

Yang pertama adalah penyertaan dalam sukan dan permainan. Penyertaan dalam persatuan dan kelab. Penyertaan dan persatuan pakaian seragam dan juga lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan.

Di bawah dasar tersebut juga matlamat gerak kerja kokurikulum dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar dalam kegiatan kokurikulum setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerak kerja pakaian seragam iaitu kegiatan persatuan mahu pun kelab, kegiatan sukan atau permainan.

Yang Berhormat Tangkak juga boleh merujuk Dasar Pelaksanaan Kegiatan Kokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia di laman web moe.gov.my/kokurikulum-pendidikan-menengah. Walau bagaimanapun Yang Berhormat Tangkak, soalan yang diajukan itu cukup-cukup baik dan semua Ahli-Ahli Dewan Undangan yang mulia di negeri Johor ini saya cuba akan berbincang dan mengkaji semula dengan Yang Berhormat EXCO Pendidikan Johor agar satu pelaksanaan dasar baru negeri Johor di mana pelajar-pelajar berusia 16 tahun untuk memilih badan-badan persatuan untuk mereka anggotai dan disertai supaya mereka terdedah dan mengetahui sedikit sebanyak mengenai gerakan persatuan ataupun pertubuhan belia.

Negeri Johor Yang Berhormat Tangkak, sebagaimana diketahui Majlis Belia Negeri Johor bergiat begitu aktif. Majlis belia daerah-daerah bergiat begitu aktif dan peka kepada golongan belia-belia dan remaja. Selain daripada itu juga wujudnya satu kluster iaitu Southern Volunteer, Southern SV Muda terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah seluruh Johor. Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan agar pelajar-pelajar di negeri Johor dengan satu tranformasi baru yang dikaji dan dibuat agar pelajar berumur 16 tahun ke atas diwajibkan untuk menceburi persatuan pertubuhan seperti Majlis Belia Daerah-Daerah mahupun Southern Volunteer Muda mengikut pilihan mereka.

Ini bagi mereka memberikan pendedahan awal sebelum mereka memasuki alam remaja dan selepas mereka keluar daripada alam persekolahan, malah pelaksanaan dan pendedahan ini juga membolehkan kumpulan ini tidak berasa kekok dan menceburi persatuan ataupun pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di bawah ROS mahupun Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Saya jemput soalan yang terakhir daripada Johor Jaya, tapi tak ada soalan tambahan, sila.

Cik Liow Cai TungDAP · PHJohor Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 7.

Terangkan konsep kediaman berpagar dengan akses terhad melalui Program Residensi Rakyat (PRR) bagi menangani isu pemilik yang culas membayar yuran penyelenggaraan yang telah dilaksanakan di negeri Johor?

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Soalan Johor Jaya berbunyi, terangkan konsep kediaman berpagar atau akses terhad Program PPR dalam menangani isu pemilik yang culas membayar yuran penyelenggaraan yang telah dilaksanakan?

Untuk Yang Berhormat Datuk Speaker, jumlah PPR di Johor ini ada 15 skim. Rumah sewa kerajaan 7 skim, jadi 22 skim, jumlah keseluruhan unit melibatkan 19,632. Untuk makluman, di peringkat Kerajaan Negeri melalui PKPJ ialah kita mengadakan, pertama, mengadakan

profiling. Lepas tu, di peringkat selepas profiling, kita membuat engagement dengan penyewa-penyewa di peringkat kita kalau ada rezeki, kita buat bakul makanan untuk mereka datang kepada PKPJ. Lepas tu, kita buat sistem pendaftaran dan kita dapati bahawa dengan kaedah-kaedah itu jumlah pembayaran sewa meningkat dan dalam masa yang sama di PPR Johor ini adalah satu-satunya PPR atau PPR pertama yang menggunakan sistem gated. Sistem gated ini seperti service apartment juga di mana mereka yang nak memohon apa sistem gated ini dia akan dibekalkan dengan sticker. Lepas tu, daripada sticker tu kita akan, mereka akan letak di kenderaan-kenderaan. Dan sistem gated sejak ada e-pass semua kenderaan masuk ke PPR kita ada sistem dipanggil sistem recording dalam database kita di mana kita boleh menyemak jumlah-jumlah pemohon-pemohon yang culas membayar sewa bulanan.

Untuk makluman aktiviti dan regulasi ini kita buat, kita telah berjaya memberi implikasi positif terhadap rekod kutipan PPR iaitu pada tahun 2022. Dan rekod kutipan sewa PPR adalah RM6.9 juta dan peningkatan ketara telah dicatitkan pada 2023 dengan kutipan berjumlah RM24.9 juta. Manakala, kutipan sehingga 30 Oktober 2024 berjumlah RM18.97 juta. Terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, jika sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum dijawab secara lisan akan dijawab secara bertulis dalam persidangan yang sama.

Jurutulis

Soalan-soalan bertulis. Jawapan kepada soalan-soalan bertulis oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat ada di bentangkan di atas meja mesyuarat. Sambungan Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2025 Tahun 2024.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ingin mengalu-alukan kehadiran seramai 100 orang pemerhati yang diundang khas oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor iaitu daripada Dewan Muda Johor, Duta Debat Johor, JPKD Bukit Kepong, JPKD Puteri Wangsa, Majlis Belia Negeri Johor, penerima Biasiswa Orang Muda Johor ataupun (BOMJ), pengamal media sosial, Persatuan Pesara Polis Negeri Johor, Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Negeri Johor, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Johor, syarikat konsensi dan kontraktor, Jabatan Kerja Raya (JKR), UMNO Johor dan paling istimewa UMNO Bahagian Simpang Renggam, ketua bahagian. Ahli-Ahli Yang Berhormat sila duduk.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, perbahasan atas Rundingan Bagi Bacaan Kali Yang Kedua Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2025 Tahun 2024 diteruskan. Dijemput Yang Amat Berhormat Dato’.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Bismillahirrahmanirrahim. (DOA). Ya Allah, ilhamkanlah kepadaku petunjuk dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Maju Johor, salam Malaysia Madani.

Yang Berhormat Datuk Speaker, bersyukur saya kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya jua dapat kita sama-sama hadir hari ini dalam sesi pengulungan Belanjawan Johor 2025 yang bertemakan Maju Johor, Rakyat Sejahtera. Pada kesempatan saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas membawa suara rakyat setempat dan negeri, dengan penuh bersemangat, matang dan juga bernas. Saya turut ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker dan Datuk Timbalan Speaker, yang telah mengelola perjalanan Persidangan Dewan Negeri Johor dengan penuh tertib, adil dan juga teratur. Memajukan Johor sepenuh hati, tunjang aspirasi pemimpin bestari; Speaker dan Timbalannya punyai sinergi, mengangkat martabat Dewan ini. (Dewan bertepuk).

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bangsa Johor yang telah memberi maklum balas terhadap Belanjawan Johor 2025.

Belanjawan ini bukanlah hanya sekadar rangka tindakan ekonomi, tetapi sebuah komitmen yang diatur teliti dan disusun rapi, berpedomankan akal dan hati. Dengan niat untuk memastikan setiap Bangsa Johor dapat merasai manfaatnya dan menikmati maslahatnya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, namun begitu sebagai insan, sudah pasti, ada yang saya mungkin terlepas padang atau pun terkhilaf. Berdasarkan maklum balas yang saya terima dari segenap lapisan masyarakat Bangsa Johor, ada yang positif dan ada juga yang memerlukan penambahbaikan. Justeru, sukacita saya umumkan beberapa inisiatif tambahan sebagaimana berikut :

Pertamanya, kita akan memperuntukkan RM300,000.00 untuk Dewan Muda Johor. (Dewan bertepuk). Sebuah platform Orang Muda Johor yang menyalurkan kritikan, saranan serta ikhtiar semak dan imbang, dalam pentadbiran Kerajaan Negeri. Seterusnya, sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan Polis Diraja Malaysia dan juga Angkatan Tentera Malaysia, sukacita saya memaklumkan sejumlah RM200,000.00 diperuntukkan bagi Persatuan Pesara Polis dan RM200,000.00 juga diperuntukkan bagi Persatuan Persara Tentera. (Dewan bertepuk). Tidak lupa juga RM800,000.00 diperuntukkan bagi 15 kem tentera di seluruh negeri Johor. (Dewan bertepuk). RM750,000.00 juga diperuntukkan bagi 1 Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) dan 13 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negeri Johor. Sebagai tanda penghargaan kepada rakan-rakan media pula, Yang Berhormat Speaker, RM150,000.00 diperuntukkan kepada Kelab Media Johor. (Dewan bertepuk). RM1,000,000.00 diperuntukkan bagi membina Invest Malaysia Facilitation Centre – Johor (IMFC-J) di Forest City.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga menekuni padangan dan cadangan konstruktif yang dibangkitkan sama ada oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, atau pun suara rakyat di luar sana. Dan saya lihat bahawa sebahagian besar daripada isu yang dibangkitkan telah sebenarnya diutarakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat semasa Mesyuarat Tindakan DUN masing-masing. Justeru, demi memastikan kesejahteraan Bangsa Johor terus diberi perhatian dan keutamaan, Kerajaan Negeri ingin mengumumkan beberapa lagi inisiatif tambahan. Pertamanya, untuk DUN Rengit sebanyak RM229,000.00 diperuntukkan bagi Projek Bina Baharu Rumah Orang Asli dan Menambah Baik Pulih Pagar Jambatan di kawasan Yang Berhormat Datuk Speaker. (Dewan bertepuk).

Speaker

Terima Kasih Yang Amat Berhormat.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Sama-sama Yang Berhormat Datuk Speaker. Saya dah cakap kita akan bantu sehabis baik. Bagi DUN Rengit, sebanyak RM229,000.00 untuk Projek Bina Baru Rumah Orang Asli dan Membaik Pulih Pagar Jambatan. Untuk kawasan Sri Medan, sebanyak RM78,000.00 diperuntukkan untuk Menambah Baik Pulih Gelanggang Futsal Parit Jayus. (Dewan bertepuk). Bagi DUN Gambir pula sejumlah RM1,000,000.00 diperuntukkan untuk Membina Stadium Mini Parit Jarum Tengah. Untuk kawasan DUN Senggarang, sebanyak RM220,000.00 diperuntukkan untuk Pembinaan 2 Pondok Perhentian Bas/Teksi, Membaik Pulih Tebing, Jalan, Pagar, Jambatan dan Lain-Lain. Bagi kawasan DUN Parit Raja pula, sebanyak RM150,600.00 diperuntukkan untuk Baik Pulih Dan Naik Taraf Balai Raya, Dewan Orang Ramai dan Menaik Taraf Culvert. Bagi kawasan DUN Pemanis, sukacita kita memaklumkan sebanyak RM500,000.00 diperuntukkan bagi Membina Dewan Terbuka Taman Jenalin, DUN Semerah RM116,000.00 untuk Membina Tebing Jalan Dan Pembersihan Parit, DUN Bukit Pasir, sebanyak RM500,000.00 diperuntukkan untuk Pembinaan Daratan Pagoh Jaya dan Menaik Taraf Dataran. (Dewan bertepuk). Tak cukup kuat tu. Kawasan DUN Buloh Kasap pula, sebanyak RM200,000.00 diperuntukkan untuk Kerja-Kerja Baik Pulih Dewan serbaguna di Kampung Balai Badang, Segamat, DUN Serom RM50,000.00 untuk Naik Taraf Dataran Keluarga Serom, DUN Yong Peng, RM60,000.00 untuk Pembinaan Dan Pemasangan Culvert, DUN Jementah, sebanyak RM200,000.00 diperuntukkan untuk Membina Pusat Sehenti Gerai Jualan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, tidak cukup dengan itu, bagi menangani masalah banjir kilat pula, Kerajaan Negeri dengan kerjasama MBJB akan melaksanakan inisiatif-inisiatif seperti berikut :

1. RM1.5 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja membina on site detention dan tambahan culvert di Jalan Mustika, Kampung Melayu;

2. RM8,000,000.00 bagi kerja-kerja membina on site detention di Jalan Dato’ Sulaiman dan

3. RM10,000,000.00 pula bagi kerja-kerja membina dan menaik taraf flood retention pond, box culvert dan 4 unit pam sedia ada di Kampung Mohd. Amin.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Mesyuarat Tindakan DUN merupakan satu inisiatif yang jelas membuktikan bagaimana sesuatu isu dapat segera diselesaikan, melalui persefahaman dan kerjasama erat di antara pelbagai agensi. Berdasarkan laporan yang saya terima daripada urus setia setiap Mesyuarat Tindakan DUN, sejumlah 486 isu telah dibangkitkan. Di mana 203 daripada isu-isu tersebut, menuntut perhatian dan kerjasama Kerajaan Persekutuan. Manakala 283 lagi melibatkan bidang kuasa Kerajaan Negeri. Alhamdulilah, dalam masa 4 bulan selepas saya mengumumkan Gerak Kerja Mesyuarat Tindakan DUN ini, sejumlah 14 isu telah selesai sepenuhnya, 40 lagi dalam tindakan. Manakala 25 isu lagi baru sahaja diluluskan peruntukannya. Ini bermakna masih ada lagi 407 isu yang belum ada penyelesaian. Dan 407 ini dibahagikan kepada dua kategori, satu di bawah kuasa kerajaan persekutuan dan 1 lagi di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Jadi saya telah meminta rakan-rakan EXCO untuk meneruskan, mengadakan Mesyuarat Tindakan-Tindakan DUN di setiap daerah masing-masing supaya kita dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk setiap DUN di negeri Johor ini. Dan ini supaya semua ADUN-ADUN mendapat maklum balas pada kadar yang segera. Jadi saya minta pada tahun depan, kita adakan lagi 2 kali Mesyuarat Tindakan DUN untuk mengangkat dan juga menyelesaikan isu-isu berbangkit di kawasan masing-masing.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya pada hari ini juga ingin menyentuh isu berhubung prestasi terimaan hasil dan perbelanjaan negeri, yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Kukup dan juga Yang Berhormat Permas. Seperti yang telah saya umumkan, sebanyak RM728,000,000.00 diperuntukkan bagi tujuan belanja pembangunan. Daripada jumlah perbelanjaan RM1.999 bilion. Ini bermakna 36 peratus jumlah perbelanjaan diperuntukkan pembangunan negeri. Saya bersetuju bahawa peratusan ini adalah terlalu rendah dan ia perlu dipertingkatkan demi kesejahteraan Bangsa Johor secara keseluruhan. Namun begitu, izinkan saya memberi sedikit respon secara fakta tentang perkara tersebut.

Pertamanya, Johor adalah negeri yang mencatatkan belanjawan surplus sebanyak RM5.12 juta. Jika diteliti, sebahagian besar negeri-negeri yang dijadikan perbandingan oleh Yang Berhormat Kukup sebenarnya telah mengumumkan belanjawan defisit. Ini juga membuktikan bahawa Johor berjaya mengimbangi perbelanjaan pembangunan dengan hasil semasa negeri tanpa bergantung kepada hutang yang besar mahu pun mengurangkan rizab negeri sedia ada. Keduanya, dalam masa yang sama belanja mengurus yang turut meningkat, bukanlah semata-mata bagi tujuan pembayaran gaji sahaja. Sebaliknya, ia turut merangkumi kerja-kerja penyelenggaraan seperti penyelenggaraan parit dan sungai oleh JPS, sebanyak RM45,000,000.00. Penyelenggaraan bangunan aset dan kemudahan ICT, RM34,000,000.00; penyediaan geran bagi Badan-Badan Berkanun RM82,000,000.00 dan pembelian aset berjumlah RM18.7 juta. Ketiganya, kita tidak hanya bergantung kepada bajet negeri semata-mata. Syukur alhamdulilah, berkat kerjasama semua pihak, sekarang ini Kerajaan Negeri bergerak dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan, PBT-PBT, Badan-Badan Berkanun, GLC-GLC negeri dan juga pihak swasta. Ini termasuk RM690,000,000.00 oleh 16 PBT dan RM423,000,000.00 daripada Majlis Agama Islam Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, walau apa pun, Kerajaan Negeri tetap akan berusaha untuk meningkatkan perbelanjaan pembangunan negeri. Insya-Allah, tahun depan kita akan berusaha untuk meningkatkan peratusan perbelanjaan pembangunan daripada 36 peratus ke 40 peratus. Saya yakin dengan kerjasama pihak saya, Tan Sri Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, PTG dan BPEN kita akan mencari kaedah yang terbaik agar perkara ini dapat dilaksanakan demi rakyat Johor yang kita semua sayangi.

Yang Berhormat Datuk Speaker, pada masa sama selari dengan titah Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor, Kerajaan Negeri Johor sekali lagi ingin memohon dan merayu kepada Kerajaan Persekutuan agar mempertimbangkan pembelian sekurang-kurangnya 20 peratus daripada hasil cukai yang dikutip di negeri ini untuk disalurkan kembali kepada Johor. Saya bercakap ini melihat wajah handsome Yang Berhormat Perling dengan harapan suara Johor ini dapat disampaikan kepada rakan-rakan di Putrajaya. Permohonan ini amat penting kerana kita nak pastikan bahawa limpahan manfaat hasil negeri dan untuk memastikan pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan komprehensif.

Speaker

20 ke 30 Yang Amat Berhormat?

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Sekarang ini kita minta 20 peratus dulu.

Speaker

20 sahaja.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Kalau tak dapat 20, dapat 10 dulu pun takpe, Yang Berhormat Perling. Bayangkan Datuk Speaker, satu DUN, contohnya Datuk Jun kawasan Sri Medan. Dia seorang dah minta dekat RM10,000,000.00. Ini ada 56 DUN, 56 DUN kali 56 dah setengah bilion Yang Berhormat Speaker. Jadi kasihanilah kita dekat negeri Johor kerana banyak perkara-perkara yang kita nak buat untuk kawasan masing-masing. (Dewan bertepuk).

Yang Berhormat Datuk Speaker, JS-SEZ. Ia mesti menjadi enjin utama pertumbuhan ekonomi yang menjana hasil negeri. Setiap keuntungan, setiap peluang dan setiap kejayaan yang lahir daripada JS-SEZ mesti dan wajib dipulangkan kepada rakyat. GLC-GLC negeri Johor juga tidak boleh ketinggalan merebut peluang, meraih laba, menikmati keuntungan dan kemanisannya. Sebab itu, saya juga sangat tertarik dengan apa yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Benut, bahawa dengan adanya SEZ business cannot be as usual untuk GLC-GLC negeri Johor. Begitu juga teguran yang diberikan oleh Yang Berhormat Mengkibol terhadap laporan Ketua Audit Negara berkaitan pengurusan GLC di negeri Johor. Untuk bersaing dan melengkapi ekosistem ekonomi yang bakal berubah melalui JS-SEZ ini, syarikat-syarikat multinasional corporation (MNC) akan hadir di bumi bertuah Johor ini. Dalam menghadapi realiti tersebut, syarikat-syarikat GLC negeri perlu bersiap siaga. Kita mesti lebih strategik dalam merangka masa depan GLC negeri. Kita tidak boleh lagi bekerja secara silo atau bertindak secara berasingan. Kita perlu bergerak sebagai satu pasukan yang mantap.

Sebagai contoh, tiga syarikat perladangan milik Kerajaan Negeri, semua sedia maklum Johor Plantation, PIJ Holdings dan YPJ Holdings. Bayangkan betapa besar potensinya jika kita berganding bahu sebagai satu pasukan, bergerak ke hadapan, saya telah meminta supaya ketiga-tiga GLC ini untuk saling melengkapi bermula dengan melaksanakan perolehan secara pukal bagi keperluan-keperluan baja, kelengkapan agrokimia, mesin-mesin dan sebagainya. Ia bukan sahaja memastikan penjimatan pada skala yang besar, tetapi juga memberikan kedudukan strategik dalam pasaran peladangan. GLC-GLC kita perlu lebih kompetitif, lebih profitable serta lebih terbuka dan profesional dalam menongkah arus cabaran masa hadapan. Dalam konteks ini, Kerajaan Negeri akan merangka beberapa pendekatan strategik.

1. Kita akan membangunkan rangkaian ekosistem GLC untuk saling menyokong melalui perkongsian sumber, kepakaran dan maklumat. Bagi memastikan setiap projek berjalan lebih lancar dan juga efisien.

2. Mewujudkan platform komunikasi rasmi untuk perbincangan berkala antara GLC yang membolehkan penyelarasan strategi dan penyelesaian cabaran bersama.

3. Menetapkan KPI bersepadu melalui penetapan indikator prestasi yang menyokong visi pembangunan negeri secara kolektif dan bukan sekadar pencapaian individu. Saya yakin perlaksanaan strategi-strategi ini akan mampu melonjakkan prestasi GLC-GLC Negeri Johor, Insya-Allah.

Yang Berhormat Datuk Speaker, menerusi perbahasan selama seminggu ini juga, isu miskin tegar merupakan antara perkara yang mendapat perhatian Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Parit Raja, Panti, Kemelah, Bekok, Sungai Balang, Penawar, Kota Iskandar, Sedili, Kempas, Bukit Naning, Senggarang, Bentayan dan juga Jementah yang menyentuh isu pembasmian miskin tegar. Malah ia juga mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat di luar sana. Seperti yang kita semua sedia maklum, Kementerian Ekonomi memberi definisi dan tafsiran kepada dua kategori kemiskinan. Pertamanya kategori miskin tegar dan keduanya kategori miskin.

Untuk kategori miskin tegar, pendapatan isi rumah mereka adalah kurang daripada RM317.00 per kapita. Ini bermaksud setiap individu dalam isi rumah tersebut mempunyai pendapatan kurang daripada RM317.00. Ini juga bermakna isi rumah tersebut hidup di bawah paras garis kemiskinan iaitu tidak mampu menyediakan keperluan asas seperti makanan yang cukup untuk mereka hidup secara sihat. Untuk kategori kedua pula, miskin. Pendapatan isi rumah mereka adalah kurang daripada RM735.00 per kapita. Ini bermaksud setiap individu dalam isi rumah tersebut mempunyai pendapatan kurang daripada RM735.00. Kategori ini merujuk kepada mereka yang berada sedikit di atas paras miskin tegar tetapi masih tidak mampu menyediakan keperluan asas, tidak mampu menyediakan keperluan asas lain seperti tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan dengan mencukupi untuk ahli keluarga mereka.

Yang Berhormat Datuk Speaker, semasa pembentangan belanjawan minggu lalu, saya telah memaklumkan Dewan yang mulia ini, bahawa kita telah mensifarkan 4,738 keluarga miskin tegar berdasarkan data Mac 2023. Namun demikian, antara Ogos hingga Oktober tahun ini terdapat 235 permohonan baharu. Kerajaan Negeri berhasrat untuk mensifarkan jumlah ini pada tahun hadapan. Tidak cukup dengan itu, Kerajaan Negeri juga akan menjadikan 858 keluarga miskin, kategori miskin, yang kedua saya sebut tadi, sebagai keluarga-keluarga angkat DUN supaya kategori ini juga dapat kita sifarkan pada tahun hadapan. (Dewan bertepuk). Insya-Allah Kerajaan Negeri Johor akan terus memastikan tidak ada rakyat yang tercicir dalam arus pembangunan. Inilah komitmen kita kepada rakyat Johor, membangun dengan adil dan juga inklusif.

Yang Berhormat Datuk Speaker, pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam proses penyemakan semula kadar cukai di 10 PBT negeri Johor. Hal ini kerana semasa sesi menyemak semula dilaksanakan di bawah kepimpinan EXCO, Yang Berhormat Dato’ Jafni dengan kerjasama tuan-tuan YDP yang terlibat telah melaksanakan sesi libat urus bersama wakil-wakil rakyat, Ahli-Ahli Majlis, Ketua Kampung yang sudah semestinya berperanan dan bertanggungjawab dalam menyampaikan suara rakyat kepada kerajaan. Saya juga tidak lupa nak beri penghargaan kepada YB Ling Tian Soon, saudara Ah Soon yang mengacau saya hampir setiap minggu untuk mendapatkan rebat bagi mereka ini. Jadi syukur Alhamdulillah, Kerajaan Negeri seperti apa yang telah diumumkan oleh Bukit Permai, telah mengumumkan rebat sebanyak 30 peratus. (Dewan bertepuk). Gerak kerja sebeginilah yang selalu saya

tekankan dan alu-alukan kepada barisan EXCO dan Kerajaan Negeri supaya sentiasa bekerja sebagai satu pasukan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Kerajaan Negeri juga sedia mempertimbangkan usaha memperkasakan tulisan jawi dengan cadangan mewujudkan Minggu Jawi Johor. Ini sebagai respon kepada cadangan yang diutarakan oleh YB EXCO Agama ketika beliau menjawab usul pemerkasaan tulisan jawi dan dibawa oleh Yang Berhormat Pulai Sebatang. Segala bentuk cadangan ini termasuk penyelarasan bersama Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan juga Yayasan Warisan Johor bolehlah dimulakan bagi membincangkan terlebih dahulu pengisian bagi Minggu Jawi tersebut. Kerajaan Negeri yakin, Insya-Allah kalau mendapat perkenan Minggu Jawi Johor ini bukan sahaja dapat memperkukuhkan warisan budaya tetapi juga memupuk kesedaran generasi muda terhadap kepentingan tulisan jawi dalam membentuk identiti bangsa.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin menyentuh saranan baik Yang Berhormat Stulang yang belum sampai lagi, tentang inisiatif untuk membantu mengurangkan tempoh menunggu pesakit-pesakit di hospital kerajaan untuk membuat prosedur tertentu bagi saringan awal proses mengenal pasti penyakit. Untuk makluman Yang Berhormat Datuk Speaker, sebaik sahaja saranan itu diberikan kita telah melaksanakan satu sesi libat urus bersama Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan juga pihak KPJ. Dan kita telah dimaklumkan sebenarnya Yang Datuk Speaker, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM200,000,000.00 bagi menyumber luar pesakit ke hospital lain termasuklah hospital swasta. Maksudnya dah ada peruntukan ini. RM200,000,000.00 untuk pesakit rakyat kita ini untuk pergi ke hospital-hospital swasta. Antara prosedur yang dilaksanakan melalui program ini termasuklah MRI, CT Scan, Pet Scan, Mammogram dan Coronary Angiogram. Namun demikian, kita juga dimaklumkan bahawa dana tersebut belum digunakan sepenuhnya, jadi ini satu perkara yang rugi sebenarnya Yang Berhormat Datuk Speaker. Duit dah ada tapi tidak dimanafaatkan sepenuhnya, jadi kita menyeru agar satu inisiatif khas dilaksanakan untuk meuar-uarkan inisiatif yang baik ini. Jadi Yang Berhormat Perling bagi tahu jiran supaya, saya menjawab soalan beliau.

Yang Berhormat Datuk Speaker, pada hari ini juga kita didatangi 3 Orang Muda Johor yang sangat istimewa. Semua sedia maklum bahawa Orang Muda Johor adalah aset dan pelaburan terpenting demi masa depan Johor yang lebih cemerlang. Johor mesti menjadi lembah yang menghimpunkan bakat-bakat terbaik bangsa, golongan bijak pandai, cendekiawan, profesional, perintis dan peneraju bagi segala bidang. Semua ini memerlukan pelaburan, we have to invest and our young talents and we have to invest big, dengan izin.

Kerajaan Negeri telah melaburkan ratusan juta ringgit bagi Orang Muda Johor sama ada dalam bentuk pendidikan, biasiswa, pinjaman, latihan dan peningkatan kemahiran. Semua ini dilakukan kerana kita menaruh harapan yang besar terhadap mereka. Dan alhamdulillah sedikit sebanyak kita sedang melihat pelaburan itu membuahkan hasil. Saya mengambil contoh seorang penerima Biasiswa Orang Muda Johor, BOMJ di Kolej Yayasan UEM iaitu saudara Laxmann a/l Muralitharan. Saudara Laxmann ada tak hari ini? (Dewan bertepuk). Beliau bukan sahaja mendapat keputusan yang cemerlang beliau telah menerima Anugerah Terbaik Dunia dalam peperiksaan A-Level Lembaga Peperiksaan Antarabangsa Cambridge, dengan markah penuh 100 peratus bagi mata pelajaran yang diambil.

Saya juga gembira untuk berkongsi bahawa 2 lagi pelajar BOMJ, Biasiswa Orang Muda Johor ini saudara Muhammad Fauzi Syahmi dan saudara Lee Chong Ming, sila bangun. (Dewan bertepuk) mereka juga merekodkan pencapaian peperiksaan yang cemerlang dan luar biasa. Berita seperti ini Yang Berhormat Speaker menjadi bukti betapa dalam membangunkan bakat-bakat terbaik Johor, Kerajaan Negeri tidak mengambil ringan bersungguh-sungguh dan membuat pilihan yang tepat. Pelajar-pelajar yang disaring ini dipilih sendiri oleh Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pelajaran Johor dan terbukti mereka mencapai kecemerlangan yang luar biasa.

Ia mesti menjadi penanda aras, inspirasi dan teladan untuk seluruh orang Muda Johor supaya menjadi yang terbaik dalam apa jua bidang yang diceburi. Kepada sudara Laxmann, Fauzi dan juga Chong Ming, syabas dan tahniah saya ucapkan. (Dewan bertepuk).

Speaker

Tahniah.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Saya dan seluruh Bangsa Johor berbangga dengan pencapaian saudara, teruskan mencipta nama di persada dunia dan jangan lupa kembali ke Johor untuk menyumbang bakti apabila tamat pengajian nanti. Ingat kita ada perjanjian.

Yang Berhormat Datuk Speaker, tahun 2025 akan menjadi tahun yang sangat penting bagi Kerajaan Negeri dan seluruh Bangsa Johor. Ia akan menjadi detik penentu jadi ‘the defining moment’ yang memperlihatkan sama ada kita mampu memanafaatkan limpahan ekonomi pelaburan dan pekerjaan yang mengalir masuk dari serata dunia ke negeri Johor atau sebaliknya.

Adakah kita akan hanyut, tenggelam atau lebih parah lagi lemas di tengah lautan peluang yang membadai. Justeru, saya ingin mengingatkan barisan pimpinan Kerajaan Negeri, EXCO-EXCO, Ahli-Ahli Yang Berhormat, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan bahawa amanah dan tanggungjawab di atas bahu setiap daripada kita ini adalah amat besar dan berat sekali. Sekiranya kita berjaya mengemudi dengan baik, kita akan mencipta sejarah. Johor berpotensi menjadi antara negeri termaju bukan sahaja di Malaysia tetapi di rantau ini. Sebuah negeri yang bukan hanya gah bergendang memukul canang, tetapi bakal menjadi penanda aras kemajuan, kebanggaan dan juga sumber inspirasi kepada nusa dan anak bangsanya. Namun seandainya kita gagal dia akan menjadi bibit-bibit pahit dalam lipatan sejarah dan rakyat akan mengadil, rakyat akan mengadili kita semua selayaknya. Justeru untuk tahun 2025 kita perlu melipat gandakan usaha, bekerja keras, bertungkus lumus membanting tulang dan memerah keringat. Komitmen tersebut mesti kita laksanakan dengan sepenuh hati. Segala komitmen, usaha dan kerja keras itu perlu dipikul oleh setiap daripada kita bermula dengan saya dan juga Ahli-Ahli Yang Berhormat Mesyuarat Kerajaan Negeri serta setiap seorang daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berada di dalam Dewan ini.

Tidak terhenti setakat itu Yang Berhormat Speaker. Usaha yang tiada galang gantinya juga perlu digalas oleh seluruh ketumbukan jentera pentadbiran negeri Johor merentasi jabatan, merentasi agensi dan setiap seorang yang bergelar penjawat awam. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya amat bersyukur dan pada masa sama rasa bangga dengan perubahan dan pencapaian yang kita telah kecapi bersama sepanjang 3 tahun ini. Usaha untuk bekerja sebagai satu pasukan di antara jabatan-jabatan dan juga agensi-agensi negeri dan persekutuan sudah memperlihatkan hasil.

Langkah ini bukan saja meruntuhkan tembok pemisah tetapi juga membuka ruang kepada kolabrasi yang lebih erat dan berkesan. Berkat semangat bekerja sebagai satu pasukan banyak perkara yang dahulunya sukar dilaksanakan kini dapat direalisasikan dengan lebih pantas dan efesien demi kebahagiaan rakyat Bangsa Johor. Sebagai contoh, berkat semangat bekerja sebagai satu pasukan, syukur alhamdulillah Zoo Johor telah kembali dibuka. Ia melibatkan pelbagai agensi Yang Berhormat Datuk Speaker. SUKT, MBJB, MBIP, Pasir Gudang semuanya mengembleng tenaga untuk memastikan projek ini berjaya.

Berkat semangat bekerja sebagai satu pasukan, data miskin tegar juga telah dapat kita sifarkan. Di bawah kepimpinan DO-DO dengan bantuan JKM, MAIJ, ADUN-ADUN duduk semeja untuk memastikan setiap DUN dapat kita sifarkan miskin tegar. Berkat kerja sebagai satu pasukan isu bekalan air yang terputus semasa cuti perayaan di kawasan Batu Pahat, Kota Tinggi dan juga Kluang juga dapat diselesaikan. Menaik Taraf Jalan Raya Utama di Johor seperti Jalan Johor Bahru - Tenggaroh, Jalan Yong Peng - Segamat, Jalan Kota

Tinggi kita dapat mempercepatkan kelebaran lebuh raya Utara - Selatan, Senai - Desaru Expressway dan Projek-Projek Tebatan Banjir.

Berkat kerja sebagai satu pasukan, kita dapat menaiktaraf fasiliti hospital dan juga klinik-klinik kesihatan. Dan yang terbaru, alhamdulillah, Hospital Pasir Gudang dapat juga kita awalkan pembukaannya. Yang Berhormat Datuk Speaker tidak cukup dengan itu, saya juga sukacita memaklumkan bahawa bila kita bekerja sebagai satu pasukan kita dapat menubuhkan Special Financial Zone, JTDC, IMFC, Kulai Fasf Lane juga telah diiktiraf oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri di mana sekarang Johor sudah mula memperkenalkan Johor Super Lane atau pun JSL.

Kita juga melihat kita mula keluar daripada kepompong di mana pejawat-penjawat awam mulai sekarang berdialog, berforum di program-program bertaraf antarabangsa seperti Ketua Pegawai Eksektif Invest Johor. Tidak cukup dengan itu saya sukacita melihat bahawa pegawai-pegawai kerajaan JCS kita menyambung pengajian mereka dengan mendapat Ijazah dan juga Master dan PhD. Jadi Yang Berhormat Speaker saya amat bersyukur dan berbangga dengan segala pencapaian tersebut kerana bak kata pepatah yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang.

Setiap daripada pencapaian tersebut tidak datang dengan mudah, jika tidak kerana perancangan yang rapi, pelaksanaan yang bersungguh-sungguh, pengorbanan tenaga dan masa yang tiada tolok bandingannya. Namun yang lebih penting kejayaan-kejayaan ini bukan hasil usaha saya mahu pun barisan EXCO semata-mata. It’s never a one man show, tetapi terhasil daripada kerjasama erat, komitmen yang tinggi seperti serta hemah dan budi bicara semua pihak daripada penjawat awam hinggalah ke pimpinan kerajaan, daripada sektor awam hinggalah ke sektor swasta.

Hanya dengan bekerja sebagai satu pasukan secara kolektif, kita dapat memastikan setiap rancangan yang dirangka dapat diterjemahkan kepada hasil yang benar-benar memberi erti dan manfaat kepada kita semua. Namun begitu persoalan yang lebih besar lagi adakah segala apa yang kita usaha ini, hasil ini benar-benar mencukupi. Sudahkah kita menyelesaikan semua isu legasi dan hasrat yang menghantui Bangsa Johor berdekad-dekad lamannya. Adakah kita sudah boleh menarik nafas lega, duduk selesa dan berpuas hati dengan apa yang kita capai? Adakah pencapaian-pencapaian ini terhasil dengan penglibatan semua jabatan dan agensi secara menyeluruh? Adakah kita semua telah benar-benar bergerak sederap selangkah? Atau adakah sebenarnya masih lagi ada kakitangan kerajaan yang masih canggung untuk menari pada lantai yang sama? Tepuk dada tanyalah selera.

Yang Berhormat Datuk Speaker, berdasarkan maklum balas yang saya terima sepanjang minggu ini, masih terdengar lagi rungutan dari rakyat di luar sana yang merasakan aduan dan keluh kesah mereka seakan tidak diendahkan. Its like falling on deaf ears. Seolah-olah terlantun kepada telinga yang tuli, mata yang buta serta hati yang seolah-olah tidak punya rasa. Realitinya, ada banyak lagi perkara yang masih belum kita selesaikan. Dan pastinya kita perlu tangani bersama. Sebagai contoh, saya masih lagi diseru setiap hari di media sosial, tentang longkang yang tersumbat, parit yang tidak diselenggara. Saya masih diseru lagi setiap hari di sosial media tentang lampu jalan yang rosak, jalan yang berlubang dan juga tidak diselenggara. Malah jalan di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat sampai hari ini belum diselesaikan walaupun saya dah turun dua kali. Tidak cukup dengan itu, Projek Jejambat Meridian East, di Pasir Gudang siap pada tahun 2021, sampai tahun 2024, pun tak buka-buka lagi Yang Berhormat Datuk Speaker. Rumah Perlindungan Wanita, Projek Rumah Pesona di bawah YPKDT yang dijadualkan siap patutnya tahun ini, saya dah umum tahun lepas. Dah dapat EOT sekali lagi, sampai hari ini pun belum siap. Saya teringat TMIYC Muar, berapa kali dapat EOT, tidak siap-siap tapi syukur alhamdulilah, hari ini dah buka. Isu kolam renang di Kem GGK Iskandar di Mersing, yang lambat siap dan sampai hari ini juga

belum diserah sehingga mengundang kemurkaan Yang di-Pertuan Agong dan juga Pemangku Sultan Johor.

Speaker

Senarai hitamkan sahaja mereka ni Yang Amat Berhormat.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Insya-Allah Datuk Speaker. (Dewan bertepuk). Isu fail-fail tanah kurnia di daerah-daerah yang tidak dijawab bertahun-tahun lamanya. Pertindihan dalam pengagihan di mana terdapat individu yang menerima beberapa bantuan sama daripada pelbagai agensi. Yang menyebabkan ketirisan. Yang Berhormat Datuk Speaker, cakap pasal ketirisan, kita juga berdepan dengan isu subsidi peket minyak masak, yang sepatutnya dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia sahaja, kini masih lagi dijual kepada warga-warga asing. Saya telah berbincang dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Yang Berhormat Datuk Armizan bin Mohd. Ali, saya difahamkan bahawa satu kertas yang akan dibawa ke Kabinet, untuk meluluskan undang-undang supaya minyak-minyak peket subsidi hanya dijual kepada Bangsa Johor, rakyat Malaysia secara keseluruhan. (Dewan bertepuk). Begitu juga dengan isu kenderaan pendaftaran asing yang mengambil kesempatan membeli Ron95 kita. Saya memohon supaya pihak kementerian berlaku lebih tegas kepada mereka yang cuba mengambil kesempatan di Johor ini dengan membeli minyak-minyak kita yang diberikan subsidi.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya memohon maaf seandainya semua yang saya lontarkan tadi dan kongsikan pada pagi ini, menyinggung mana-mana perasaan. Sesungguhnya, saya tidak berniat untuk mengaib atau mencari salah mana-mana pihak. Tetapi ia saya sebutkan semata-mata kerana saya insaf dan sedar, bahawa segala apa yang telah dilakukan oleh diri ini dan setiap daripada kita masih jauh dari mencukupi sebenarnya. Bahawa diri ini dan setiap dari kita perlu terus bekerja keras lantaran bertanggungjawab untuk menyelesaikan banyak lagi isu, mahu pun masalah legasi yang telah sekian lama membelenggu dan menghimpit negeri dan Bangsa Johor. Sejujurnya, saya yakin dan percaya bahawa sesuatu masalah itu hanya dapat benar-benar ditangani dan diatasi ,sekiranya realitinya diakui dan di depani dengan berlapang dada dengan hati yang terbuka. Cukup-cukuplah kita menyapu realiti isu dan masalah ke bawah tikar dan permaidani.

Speaker

Yang Amat Berhormat, kita bukan mencari siapa yang salah, tetapi mencari apa yang salah.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Betul Yang Berhormat Speakter. The atitude of sweeping thing under the carpet must be stopped immediately. Karenah birokrasi perlu kita hentikan. Kita perlu mewujudkan sistem penyelarasan tadbir urus yang lebih cekap dan efisien supaya setiap isu dan masalah dapat kita selesaikan dengan baik dan tuntas. Keputusan dan tindakan kita memberi kesan langsung kepada hampir 4 juta Bangsa Johor yang telah menaruh harapan tinggi kepada semua yang berada di Dewan ini. Menyedari akan hakikat ini, inisiatif Pusat Aduan Bersepadu negeri Johor, telah juga diumumkan dalam pembentangan Belanjawan Johor 2025. Inisiatif ini telah menerima pelbagai maklum balas positif daripada Bangsa Johor. Sesungguhnya rakyat melihat inisiatif ini sebagai satu usaha yang sangat bermakna dan menaruh harapan tinggi kepadanya. Setiap aduan yang mereka lontarkan mengharapkan penyelesaian. Setiap aduan yang mereka kemukakan menuntut tindakan. Setiap aduan yang mereka suarakan adalah untuk memperbaiki keadaan. Kita perlu memastikan setiap aduan ditangani dengan adil dan cekap demi memenuhi keperluan mereka. Perahu sudah berada di air, pendayung sudah berada di tangan, saya menyeru dan merayu kepada seluruh anggota pentadbiran kerajaan dan kakitangan awam untuk memberi sepenuh tenaga, daya dan komitmen dalam menjayakan semua inisiatif yang telah saya umumkan. Saranan kita adalah supaya apa sahaja urusan yang melibatkan pejabat kerajaan di Johor, rakyat akan menikmati proses yang mudah dan efisien disusuli dengan tindakan lanjut yang cekap dan pantas.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebagaimana ucapan di Dewan yang mulia ini setiap tahun, teras pertama dan terpenting dalam Belanjawan Johor adalah tadbir urus kerajaan. Tadbir urus kerajaan yang cekap, kompeten dan responsif adalah kunci kepada segala-galanya. Antara pengumuman saya yang mendapat sambutan hangat adalah peruntukan bonus berjumlah 2 bulan gaji bagi para penjawat awam negeri Johor. Ada yang cakap tak cukup Yang Berhormat Datuk Speaker. Bonus yang diumumkan ini adalah sebagai insentif, suntikan semangat dan dorongan supaya para penjawat awam dapat meningkatkan prestasi khidmat mereka ke tahap yang jauh lebih cemerlang.

Namun, saya perlu mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan segala peruntukan Kerajaan Negeri, termasuklah bonus, kenaikan gaji atau apa juga insentif yang diumumkan, tidak datang dengan percuma. Nothing is free. Setiap satu ringgit, bahkan setiap satu sen yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri adalah dibiayai oleh titik peluh rakyat dan para pembayar cukai. Perlu kita ingat, rakyat dan seluruh Bangsa Johor terus memerhati setiap gerak geri, perilaku dan prestasi kita, anggota pentadbiran dan penjawat awam. Kepada rakan-rakan sekerja saya, yang terdiri daripada para penjawat awam negeri Johor, seperti mana kita mendambakan insentif yang lebih lumayan dalam setiap belanjawan yang dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini, begitulah juga tingginya harapan rakyat kepada kita untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka. (Dewan bertepuk). Mereka tidak pernah lelah menggantung harapan untuk melihat prestasi perkhidmatan awam yang jauh lebih baik dan cemerlang berbanding tahun ini dan tahun-tahun yang lalu.

Demi melunaskan dan tanggungjawab kita kepada mereka serta meraih pengiktirafan rakyat, kita tidak boleh berpuas hati dengan prestasi yang sekadar memuaskan. Sebaliknya, tanda aras yang perlu dicapai adalah untuk menjadi hebat dan cemerlang. Good is not good enough. The benchmark is to be great and excellent. Untuk menjadi hebat dan cemerlang kita perlu keluar daripada kepompong kebiasaan. Kita mesti meningkatkan sikap, kita mesti meninggalkan sikap ala kadar, mentaliti cukup makan dan asal buat. Johor mesti jadi Johor. (Dewan bertepuk). Di Johor ini jangan pernah kita terima prestasi mahu pencapaian yang biasa-biasa sahaja. Kita harus sentiasa ingat bahawa sebagai pemimpin kita adalah cerminan kepada rakyat yang kita pimpin. Sekumpulan tikus tidak mungkin mahu dipimpin oleh seekor harimau, dan begitu juga sebaliknya. Sekumpulan harimau tidak mungkin mahu dipimpin oleh seekor tikus.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kita lihat sahaja bagaimana Kebawah Duli Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan juga Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor yang menaungi kita semua sentiasa meletakkan penanda aras yang tinggi dalam segala gerak kerja yang dilaksanakan. Sebagai sebuah negeri yang berbangga dengan identitinya sebagai Harimau Selatan kita mesti membawa semangat harimau itu ke dalam cara kita bekerja. Kita perlu meletakkan penanda aras yang tinggi dalam setiap gerak kerja kita, berani mendepani cabaran dan bijak juga mengatur langkah.

Yang Berhormat Datuk Speaker, seterusnya kepada seluruh rakyat dan Bangsa Johor yang saya sayangi, di dalam Dewan yang mulia pada hari ini, saya mewakili seluruh barisan kepimpinan Kerajaan Negeri memperbaharui ikrar kami untuk terus bekerja keras dengan penuh kesungguhan, iltizam dan semangat demi menyediakan kehidupan yang lebih baik, sejahtera dan makmur untuk seluruh Bangsa Johor.

Saya sesungguhnya sedar dan insaf dan tidak sekali-kali merasa segan ataupun malu untuk mengakui bahawa sememangnya masih banyak lagi kelemahan dan kekurangan yang perlu kita betulkan. Saya sedar bahawa harapan terbesar rakyat pada ketika ini adalah untuk melihat penyelesaian segera kepada segala isu-isu asas yang telah lama berlarutan dan terus membelenggu kehidupan seharian.

Saban hari dan saban minggu saya melihat, mendengar, merasai dan memahami kekecewaan saudara dan saudari. Percayalah, setiap aduan yang saya terima di ruangan komen media sosial. Aduan-aduan tersebut sentiasa bermain dalam fikiran saya, dan ada sesetengahnya benar-benar menyusuk jiwa dan kalbu. Setiap kali saya turun ke lapangan, setiap kali itu juga saya merasai insaf dan hiba dalam pada kita menyimpan impian cita-cita seluas lautan dan setinggi gunung, sebenarnya masih banyak keperluan asas rakyat di bawah yang perlu dipenuhi. Apalah ertinya kita berbangga dengan kemasukan pelaburan berbilion ringgit ke negeri Johor sekiranya jalan raya di Tanjung Langsat dan Pasir Gudang masih berlubang di sana sini. Sistem perparitan dan longkang-longkang yang tidak diselenggara. Lampu jalan yang tidak menyala. Tidak tergamak saya mendabik dada dengan kehadiran syarikat-syarikat gergasi membawa teknologi moden dan canggih tetapi klinik-klinik kesihatan kita berada dalam keadaan uzur, para pesakit tersadai di kaki lima dan koridor utama. Sekolah-sekolah kita masih banyak lagi bumbungnya bocor. Pintu dan tingkap yang dimakan anai-anai. Tandas yang daif.Bilik darjah yang serba kekurangan. Mana mungkin kita menyimpan cita-cita untuk menjadi sebuah negeri maju seandainya isu-isu asas yang menghantui kehidupan rakyat terus-terusan membelenggu.

Saudara dan saudari Bangsa Johor, saya bukanlah seorang pemimpin yang buta mata dan buta hati akan denyut nadi rakyat di bawah sana. Sebagai seorang Menteri Besar, saya tidak rela dan tidak akan membiarkan semua ini berlarutan. Dengan kesedaran dan keinsafan itu, ikrar saya adalah untuk memastikan pada tahun 2025 sebanyak mungkin masalah yang membelenggu kehidupan Bangsa Johor diselesaikan dan dinoktahkan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebagai penutup saya sekali lagi ingin mengingatkan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, seluruh kakitangan penjawat awam yang bertugas di Johor akan amanah besar yang terpikul di bahu kita semua. Amanah dan tanggungjawab ini mestilah dijiwai dengan sepenuh hati. Ia bukan lencana kebanggaan untuk dimegah-megahkan. Kita semua berasal dari tanah. Makan hasil tanah. Berdiri di atas tanah dan akan kembali kepada tanah. Dari sudut bahasa, istilah penjawat awam merupakan adaptasi daripada kata asalnya yang disebut civil servant, dalam bahasa inggeris. Servant Yang Berhormat Speaker, bermaksud hamba. Hakikatnya, saya dan setiap seorang daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berada di dalam Dewan ini, kita semua adalah hamba. Hamba kepada Allah Yang Maha Esa. Dan juga hamba dalam pengertian kudrat, khidmat dan keringat kita ini harus diabdikan untuk berbakti kepada rakyat.

Sebagai seorang pemimpin yang beragama Islam, saya perlu mengingatkan diri saya sendiri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, seluruh kakitangan dan penjawat awam bahawa akan sampai suatu hari dan masa kita semua akan berdiri di hadapan Allah SWT pada Yaumul Hisab, hari perhitungan di mana setiap anggota tubuh badan kita sendiri akan menjadi saksi terhadap apa yang telah kita kerjakan. Nabi junjungan, Rasulullah SAW bersabda,(bacaan sabda), “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan disoal ke atas apa yang dipimpin”. Tidak ada jawatan dan pangkat di atas muka bumi Allah ini melainkan setiap daripadanya menjadi beban tanggungan untuk kita disoal dan hitung dengan sebenar-benar hitungan. Tidak ada amanah yang kita abaikan, tidak ada tanggungjawab yang kita tinggalkan melainkan setiap satu daripadanya akan dibentang dan dipertontonkan di hadapan Allah SWT. Marilah kita semua menginsafi bahawa segala usaha yang kita lakukan hanya akan mendapat keberkatan dan rahmat Allah SWT apabila kita memulakan dengan niat yang ikhlas, suci dan murni. Niat yang benar, bukan untuk sanjungan, bukan untuk kemegahan tetapi semata-mata untuk meraih redha Allah SWT. (Dewan bertepuk)

Hanya dengan niat yang suci ikhlas ini, insya-Allah, Allah SWT akan membuka pintu rahmat seluas-luasnya melimpahkan keberkatan atas segala usaha kita memberikan pertolongan dari jalan yang tidak disangka-sangka. (Bacaan doa). “Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah sebaik-baik pelindung”. Marilah kita menggunakan kesempatan yang ada ini dengan sedikit masa, kudrat dan kedudukan yang telah dikurniakan Allah SWT untuk

membawa bekal, bercucuk tanam dengan amal bakti untuk negeri pertiwi ini sebelum kita semua kembali ke negeri abadi. Moga-moga hasilnya nanti akan kita tuai bersama-sama di akhirat kelak, insya-Allah. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Dewan bertepuk).

Speaker

Tahniah Yang Amat Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2025 Tahun 2024 dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua.

Jurutulis

Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2025 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

Speaker

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Jurutulis

Jadual.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM1,901,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.01 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Lee Ting HanMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia · Paloh

Bagi Maksud Bekalan B.01, peruntukan sebanyak RM1,901,000.00 adalah diperlukan untuk pengurusan pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1,242,000.00 diperlukan untuk pembayaran Emolumen serta elaun-elaun kepada anggota-anggota jabatan dan bakinya sebanyak RM659,000.00 ialah untuk perbelanjaan-perbelanjaan pengurusan yang lain.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM215,949,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Bagi Maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan peruntukan sebanyak RM215,949,000.00 diperlukan bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran pejabat-pejabat di bawah kawalan Pejabat Setiausaha Kerajaan dalam melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti kerajaan bagi memajukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat negeri Johor. Peruntukan yang diperlukan bagi setiap aktiviti adalah seperti berikut:

Pentadbiran Am - Bahagian Pengurusan - RM33,824,000.00;

Pelbagai Perkhidmatan - RM58,491,000.00;

Menteri Besar Johor - RM18,221,000.00;

Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor - RM7,813,000.00;

Dewan Negeri Johor - RM37,199,000.00

Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) - RM7,268,000.00

Audit Dalam - RM2,121,000.00 Tourism Johor - RM2,183,000.00

Pemberian Kepada Agensi - RM20,500,000.00

Kem Sultan Ibrahim - RM18,347,000.00

Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor - RM3,580,000.00

Johor Economic Trourism and Culture Office (JETCO) – RM4,624,000.00

Bahagian Pemantauan dan Kesejahteraan Rakyat - RM1,778,000.00.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM29,352,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, sejumlah RM29,352,000.00 disediakan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

Kerajaan Tempatan - RM15,893,000.00

Perumahan - RM10,658,000.00

Landskap - RM2,801,000.00.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM13,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Yang Berhormat Datuk Speaker, peruntukan berjumlah RM13,000,000.00 disediakan bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran di bawah Kebudayaan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan persetujuan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM12,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md OnUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Serom

Yang Berhormat Datuk Speaker, peruntukan berjumlah RM12,000,000.00 disediakan bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran di bawah Bahagian Hal Ehwal Wanita dan Keluarga.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan persetujuan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa iaitu jumlah wang sebanyak RM50,178,000.00 Bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Mohd Hairi bin Mad ShahUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Larkin

Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi Maksud Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan sejumlah RM50,178,000.00 disediakan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

Rakan Muda dan Sukan - RM36,500,000.00.

Institut Dato’ Onn - RM9,178,000.00.

Sukan, Belia dan Sukarelawan - RM4,500,000.00.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM10,875,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Lee Ting HanMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia · Paloh

Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan sejumlah RM10,875,000.00 disediakan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia - RM7,175,000.00.

Invest Johor - RM1,824,000.00.

Unit Strategik Modal Insan Johor - RM1,876,000.00.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM31,810,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Aznan bin TaminUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan · Tanjung Surat

Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, sejumlah RM31,810,000.00 disediakan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

ICT@Johor - RM25,185,000.00.

Media Digital Johor - RM6,625,000.00.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM19,187,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.04, Perbendaharaan Negeri itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Bagi Maksud Bekalan B.04, peruntukan sebanyak RM19,187,000.00 diperlukan bagi pengurusan dan pentadbiran Perbendaharaan Negeri. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM8,611,000.00 diperuntukkan untuk perbelanjaan emolumen, RM3,579,000.00 untuk perbelanjaan Perkhidmatan dan Bekalan, RM332,000.00 untuk Pemilikan Aset, RM865,000.00 untuk perbelanjaan Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap dan baki RM5,800,000.00 untuk perbelanjaan Pulangan Balik Hasil dan Hapus Kira.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM25,922,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.07, Jabatan Pertanian itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi Maksud Bekalan B.07, peruntukan sebanyak RM25,922,000.00 adalah diperlukan untuk pengurusan Jabatan Pertanian. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM18,360,000.00 diperlukan untuk pembayaran emolumen serta elaun-elaun kepada anggota-anggota jabatan dan bakinya sebanyak RM7,562,000.00 ialah untuk perbelanjaan-perbelanjaan pengurusan yang lain.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM88,827,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad SallehUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi · Bukit Pasir

Yang Berhormat Datuk Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran peruntukan yang diperlukan adalah berjumlah RM88,827,000.00. Sejumlah RM33,332,000.00 disediakan untuk perbelanjaan Emolumen, RM54,070,000.00 diperlukan untuk Perkhidmatan dan Bekalan termasuk pengendalian dan penyelenggaraan sungai-sungai, RM910,000.00 disediakan untuk Pemilikan Aset Jabatan dan RM515,000,00 pula

disediakan untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap termasuk bayaran Gantian Cuti Rehat kepada anggota-anggota jabatan yang bersara.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM13,263,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.10, Jabatan Perkhidmatan Veterinar itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Bagi Maksud Bekalan B.10, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, peruntukan sebanyak RM13,263,000.00 diperlukan untuk perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar termasuk emolumen perkhidmatan dan bagi melaksanakan tugas-tugas pengurusan yang berkaitan dengan haiwan serta meningkatkan kemajuan industri ternakan di negeri Johor.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM7,188,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.12, Pejabat Kebun Bunga DiRaja Johor itu.

RM7,807,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.13, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi Maksud Bekalan B.12, peruntukan berjumlah RM7,188,000.00 diperlukan untuk perbelanjaan pengurusan Pejabat Kebun Bunga DiRaja Johor.

Peruntukan sebanyak RM7,807,000.00 bagi Maksud Bekalan B.13 pula adalah untuk Jabatan Perancangan Bandar dan Desa bagi melaksanakan tugas-tugas pengawalan pembangunan fizikal, penyelarasan perancangan fizikal serta penyediaan rancangan-rancangan tempatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM22,360,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.19, Jabatan Perhutanan itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Ling Tian SoonMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar · Yong Peng

Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi Maksud Bekalan B.19, peruntukan sebanyak RM22,360,000.00 diperlukan untuk perbelanjaan Pengurusan dan Pentadbiran Jabatan Perhutanan. Dari jumlah tersebut, sebanyak RM16,466,000.00 adalah perbelanjaan Emoluman, manakala baki sebanyak RM5,894,000.00 adalah untuk lain-lain perbelanjaan termasuk Perkhidmatan dan Bekalan jabatan, Pemilikan Aset serta Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM343,596,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.21, Jabatan Agama Islam itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Speaker. Bagi Maksud Bekalan B.21, Jabatan Agama Islam peruntukan sebanyak RM343,596,000.00 diperlukan untuk melaksanakan kegiatan-kegiatan agama Islam dalam usaha meninggikan syiar Islam termasuk perbelanjaan pengurusan di bawah Pendidikan Islam serta bantuan kepada sekolah-sekolah Arab, sekolah-sekolah agama rakyat, KAFA. Peruntukan yang diperlukan bagi tiap-tiap aktiviti sebagaimana berikut:

Jabatan Agama Islam - Pentadbiran Am - RM71,974,000.00.

Pendidikan Agama Islam - RM271,622,000.00.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM38,388,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md OnUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Serom

Yang Berhormat Datuk Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.23 Jabatan Kebajikan Masyarakat, peruntukan yang diperlukan bagi tahun 2025 iaitu sejumlah RM38,388,000.00 dari jumlah tersebut sebanyak RM6,654,000.00 diperlukan untuk pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan, RM2,745,000.00 untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan, RM250,000.00 untuk pemilikan aset dan baki sebanyak RM28,739,00.00 untuk perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap yang merupakan bantuan-bantuan dan sumbangan kebajikan kepada individu dan juga masyarakat. Ini termasuklah bantuan kepada penduduk-penduduk miskin dan bantuan mala petaka seperti banjir.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan persetujuan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM91,123,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.24 Jabatan Kerja Raya itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad SallehUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi · Bukit Pasir

Yang Berhormat Datuk Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.24 Jabatan Kerja Raya peruntukan yang diperlukan bagi tahun 2025 ialah berjumlah RM91,123,00.00. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM59,134,000.00 diperlukan untuk pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan, RM30,620,000.00 untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan, RM515,000.00 untuk pemilikan aset, RM834,000.00 untuk perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap, manakala baki sebanyak RM20,000.00 diperlukan bagi menampung perbelanjaan-perbelanjaan lain jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan persetujuan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini jumlah wang sebanyak RM7,065,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.26 Muzium Diraja Abu Bakar, Istana Besar Johor itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Yang Berhormat Datuk Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.26 Muzium Diraja Abu Bakar, Istana Besar Johor, peruntukan yang diperlukan ialah berjumlah RM7,065,000.00. Dari jumlah tersebut, RM3,178,000.00 adalah perbelanjaan emolumen, manakala baki sebanyak RM3,887,000.00 adalah untuk lain-lain perbelanjaan termasuk perkhidmatan dan bekalan jabatan, pemilikan aset dan kenaan bayaran tetap.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan persetujuan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM702,300,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.28 Sumbangan Kepada Kumpulan Wang Berkanun itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Bagi Maksud Bekalan B.28 pula peruntukan sebanyak RM702,300,000.00 diperlukan untuk Sumbangan Kepada Kumpulan Wang Berkanun. Jumlah tersebut merupakan sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang-Kumpulan Wang di bawah Seksyen 10 lain.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan persetujuan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM14,890,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.29 Jabatan Kehakiman Syariah itu, RM3,852,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.32 Jabatan Mufti itu, RM3,433,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.33 Jabatan Pendakwaan Syariah itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Bagi Maksud Bekalan B.29, peruntukan sebanyak RM14,890,000.00 bagi bayaran pengurusan dan pentadbiran Jabatan Kehakiman Syariah bagi tahun 2025. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM8,315,000.00 disediakan untuk perbelanjaan emolumen, sebanyak RM6,168,000.00 untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan, sebanyak RM300,000.00 untuk perbelanjaan pemilikan aset, sebanyak RM107,000.00 untuk perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap. Bagi Maksud Bekalan B.32, peruntukan sebanyak RM3,852,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran bagi Jabatan Mufti. Bagi Maksud Bekalan B.33 peruntukan sebanyak RM3,433,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran bagi Jabatan Pendakwaan Syariah.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan persetujuan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM6,275,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.41 Pejabat Daerah Johor Bahru itu, RM7,109,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.42 Pejabat Daerah Muar itu, RM7,196,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.43 Pejabat Daerah Batu Pahat itu, RM5,743,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.44 Pejabat Daerah Pontian itu, RM6,451,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.45 Pejabat Daerah Segamat itu, RM5,192,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.46 Pejabat Daerah Kluang itu, RM6,333,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.47 Pejabat Daerah Kota Tinggi itu, RM4,735,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.48 Pejabat Daerah Mersing itu, RM4,818,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.49 Pejabat Daerah Kulai itu, RM3,984,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.50 Pejabat Daerah Tangkak itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Bagi Maksud Bekalan B.41 Pejabat Daerah Johor Bahru, diperuntukkan sebanyak RM6,275,000.00, bagi Maksud Bekalan B.42 Pejabat Daerah Muar, diperuntukkan sebanyak RM7,109,000.00, bagi Maksud Bekalan B.43 Pejabat Daerah Batu Pahat, diperuntukkan sebanyak RM7,196,000.00, bagi Maksud Bekalan B.44 Pejabat Daerah Pontian, diperuntukkan sebanyak RM5,743,000.00, bagi Maksud Bekalan B.45 Pejabat Daerah Segamat diperuntukkan RM6,451,000.00, bagi Maksud Bekalan B.46 Pejabat Daerah Kluang diperuntukkan RM5,192,000.00, bagi Maksud Bekalan B.47 Pejabat Daerah Kota Tinggi diperuntukkan RM6,333,000.00, bagi Maksud Bekalan B.48 Pejabat Daerah Mersing diperuntukkan RM4,735,000.00, bagi Maksud Bekalan B.49 Pejabat Daerah Kulai diperuntukkan RM4,818,000.00, bagi Maksud Bekalan B.50 Pejabat Daerah Tangkak diperuntukkan RM3,984,000.00. Kesemua peruntukan tersebut disediakan bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran pejabat.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan persetujuan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM33,290,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.51 Pejabat Tanah dan Galian Johor, RM8,633,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.52 Pejabat Tanah Johor Bahru itu, RM6,180,000.00, bagi Kepala Perbelanjaan B.53 Pejabat Tanah Muar itu, RM8,205,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.54 Pejabat Tanah Batu Pahat itu, RM4,663,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.55 Pejabat Tanah Pontian itu, RM6,117,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.56 Pejabat Tanah Segamat itu, RM5,910,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.57 Pejabat Tanah Kluang itu, RM6,808,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.58 Pejabat Tanah Kota Tinggi itu, RM4,435,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.59 Pejabat Tanah Mersing itu, RM4,167,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.60 Pejabat Tanah Kulai itu, RM4,246,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.61 Pejabat Tanah Tangkak itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Bagi Maksud Bekalan B.51 Pejabat Tanah dan Galian diperuntukkan RM33,290,000.00, bagi Maksud Bekalan B.52 Pejabat Tanah Johor Bahru diperuntukkan RM8,633,000.00, bagi Maksud Bekalan B.53 Pejabat Tanah Muar diperuntukkan RM6,180,000.00, bagi Maksud Bekalan B.54 Pejabat Tanah Batu Pahat diperuntukkan RM8,205,000.00, bagi Maksud Bekalan B.55 Pejabat Tanah Pontian RM4,663,000.00, bagi Maksud Bekalan B.56 Pejabat Tanah Segamat diperuntukkan RM6,117,000.00, bagi Maksud Bekalan B.57 Pejabat Tanah Kluang diperuntukkan RM5,910,000.00, bagi Maksud Bekalan B.58 Pejabat Tanah Kota Tinggi diperuntukkan RM6,808,000.00 bagi Maksud Bekalan B.59 Pejabat Tanah Mersing diperuntukkan RM4,435,000.00, bagi Maksud Bekalan B.60 Pejabat Tanah Kulai diperuntukkan RM4,167,000.00, bagi Maksud Bekalan B.61 Pejabat Tanah Tangkak diperuntukkan RM4,246,000.00. Kesemua peruntukan tersebut disediakan bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran Pejabat-Pejabat Tanah di seluruh negeri Johor.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan persetujuan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Jurutulis

FASAL 2.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang-Rang Undang ini.

Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Jurutulis

FASAL 1.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang-Rang Undang ini.

Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Dewan Negeri bersidang semula.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam Jawatankuasa satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan.

Maka saya bawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan (2025) Tahun 2024 dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan persetujuan.

Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Jurutulis

Bahawa dengan ini, adalah Diperundang-Undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut;

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan (2025) Tahun 2024 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2025.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Dewan ini serta-merta berpindah menjadi Jawatankuasa bagi keseluruhan Dewan negeri untuk menimbangkan Peranggaran Pembangunan Tahun 2025 yang telah

dibentangkan sebagai Kertas Mesyuarat Bil. 32 Tahun 2024 dan memperakukan sama ada peranggaran itu patut diluluskan oleh Dewan ini dengan dipinda atau tiada dipinda.

Peruntukan yang diperlukan untuk Pengganggaran Pembangunan Tahun 2025 adalah RM728 juta di bawah 3 Jawatankuasa seperti berikut :-

i. Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan, Pembangunan Ekonomi dan Pelancongan Negeri Johor, RM556,440,000.00;

ii. Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, RM52,550,000.00;

iii. Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, RM119,010,000.00.

Penjelasan lanjut bagi peruntukan tersebut, akan diberi di peringkat jawatankuasa berkenaan.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong Rundingan itu.

Speaker

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Rundingan itu dipersetujukan. Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah sejumlah wang sebanyak RM330,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.70 Pejabat Menteri Besar Johor itu, RM158,440,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.71 Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) itu, RM68,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.72 Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Bagi maksud pembangunan P.70 Pejabat Menteri Besar Johor peruntukan sebanyak RM330,000,000.00 disediakan bagi tahun 2025. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM273,000,000.00 diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja pembangunan termasuk pembangunan fizikal, pembangunan sosial dan pembangunan kerja-kerja kecil. Sebanyak RM7,000,000.00 pula disediakan untuk perbelanjaan pengambilan balik tanah bagi tujuan projek-projek pembangunan kemudahan awam. Manakala selebihnya sebanyak RM50,000,000.00 disediakan bagi projek-projek khas daerah di seluruh negeri Johor.

Bagi maksud pembangunan P.71 Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), peruntukan sebanyak RM158,440,000.00 disediakan untuk tahun 2025. Sebanyak RM59,957,000.00 disediakan bagi projek pembangunan ekonomi dan inklusif. Sejumlah RM32,390,000.00 pula diperuntukkan bagi projek-projek pembangunan perumahan dan kerajaan tempatan.

Selain itu, sebanyak RM9,712,000.00 disediakan bagi projek-projek di bawah pertanian dan industri asas tani. Untuk pembangunan modal insan, keluarga dan masyarakat, diperuntukkan sejumlah RM12,240,000.00. Bagi pelaksanaan projek-projek pengurusan sumber dan alam sekitar disediakan sejumlah RM7,432,000.00 manakala RM5,172,000.00 disediakan bagi pembangunan sains, teknologi dan inovasi. RM2,200,000.00 disediakan bagi pembangunan belia dan sukan. Bagi penggalakan aktiviti pelancongan di negeri Johor, peruntukan sejumlah RM15,530,000.00 disediakan. Akhir sekali, sebanyak RM13,987,000.00 disediakan untuk infrastruktur dan kemudahan awam.

Bagi maksud pembangunan P.72 Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), peruntukan sebanyak RM68,000,000.00 disediakan untuk tahun 2025. Sebanyak RM37,591,000.00

disediakan bagi Kerja-Kerja Penyelenggaraan, Baik Pulih Dan Naik Taraf Kuarters Kerajaan Dan Bangunan Negeri. Bangunan-Bangunan Negeri Milik Kerajaan Negeri Di Luar Negeri Johor dan Bangunan-Bangunan Kerajaan Di Pusat Pentadbiran Kerajaan Di Kota Iskandar. Di samping itu juga, sebanyak RM18,550,000.00 disediakan bagi Bangunan-Bangunan Kerajaan Negeri dan akhir sekali RM11,859,000.00 disediakan bagi Kerja-Kerja Kecil.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan persetujuan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu sejumlah wang sebanyak RM52,550,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.73 Jabatan Agama Islam itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Yang Berhormat Pengerusi, bagi maksud pembangunan P73 Jabatan Agama Islam peruntukan sebanyak RM52,550,000.00 disediakan untuk tahun 2025. Sejumlah RM2,750,000.00 disediakan untuk Pusat Islam Iskandar Johor dan RM39,985,000.00 untuk pembangunan di Sekolah-Sekolah Agama Di Seluruh Negeri Johor serta Jabatan Pendidikan Islam Negeri Johor. Peruntukan sejumlah RM360,000.00 bagi kenderaan penguatkuasaan dan jentera. Peruntukan sejumlah RM2,400,000.00 disediakan bagi kelengkapan masjid-masjid dan pelaksanaan kerja-kerja yang dirancang bagi membina rumah pegawai, guru-guru agama dan kakitangan Jabatan Agama Islam Johor. Peruntukan sejumlah RM2,230,000.00 lagi bagi kelengkapan dan kemudahan di makam DiRaja dan tanah-tanah perkuburan. Peruntukan sebanyak RM3,000,000.00 pula untuk membina dan memperelok masjid-masjid Johor serta sebanyak RM1,825,000.00 bagi bangunan-bangunan pejabat Agama Islam negeri Johor, bangunan-bangunan Mahkamah Syariah dan Jabatan Mufti negeri Johor.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM87,010,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.74 Jabatan Kerja Raya itu, RM32,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.75 Jabatan Pengairan dan Saliran itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad SallehUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi · Bukit Pasir

Yang Berhormat Datuk Pengerusi, bagi maksud pembangunan P.74 Jabatan Kerja Raya peruntukan sebanyak RM87,010,000.00 disediakan untuk tahun 2025. Sebanyak RM41,029,000.00 diperlukan untuk kerja-kerja pembinaan menaik taraf serta memperelok jalan dan jambatan negeri dan sebanyak RM6,000,000.00 untuk melebar jalan-jalan negeri, untuk membina tembok tebing sungai, rancangan mengelak banjir dan menaik taraf.

Peruntukan sejumlah RM2,996,000.00 juga disediakan untuk menaik taraf sistem mekanikal dan elektrik di bangunan-bangunan kerajaan dan RM2,940,000.00 diperuntukkan untuk kerja-kerja kecil yang lain. Sejumlah RM3,695,000.00 disediakan untuk kerja-kerja pembinaan menaik taraf ubah suai serta kemudahan dan keperluan bangunan-bangunan kerajaan di negeri Johor. Bagi menaik taraf bangunan-bangunan utama kerajaan serta kemudahan dan keperluan bangunan. Sejumlah RM30,000,000.00 diperuntukkan untuk bangunan-bangunan negeri, manakala RM350,000.00 adalah untuk bangunan Yayasan Warisan Johor.

Bagi maksud pembangunan P.75 Jabatan Pengairan dan Saliran peruntukan sebanyak RM32,000,000.00 disediakan untuk pelaksanaan projek-projek bagi tahun 2025. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM3,870,000.00 adalah bagi jentera, kenderaan, loji dan pintu air serta kelengkapan dan sebanyak RM850,000.00 disediakan untuk premis dan bangunan jabatan. Sebanyak RM280,000.00 disediakan untuk kajian dan reka bentuk projek di samping itu sebanyak RM19,800,000.00 disediakan bagi rancangan tebatan banjir, saliran mesra alam, zon pantai dan lembangan sungai. Sebanyak RM3,250,000.00 disediakan bagi pengurusan sumber air dan hidrologi, pembangunan infrastruktur pengairan, saliran, pertanian, asas tani serta muara sungai di seluruh negeri Johor. Dan akhir sekali, RM3,950,000.00 disediakan bagi pengurusan keselamatan empangan serta lintasan serta jalan ladang.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Pengerusi, oleh sebab maksud-maksud peranggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 32 Tahun 2024 itu telah pun selesai ditimbangkan, maka saya membawa supaya Rundingan membawa ketetapan-ketetapan Jawatankuasa itu dimaklumkan serta-merta kepada Dewan Negeri.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan. Dewan negeri bersidang semula.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Jawatankuasa Dewan ini telah pun menimbang dan meluluskan tanpa pindaan maksud-maksud peranggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 32 Tahun 2024.

Dari itu, maka saya membawa supaya rundingan supaya Dewan ini bersetuju dengan ketetapan-ketetapan Jawatankuasa itu iaitu peruntukan wang sejumlah RM728 juta yang dicadangkan bagi Peranggaran Pembangunan Belanjawan tahun 2025 itu diluluskan oleh Dewan Negeri ini. Iaitu dengan mengambil ketetapan bahawa sejumlah wang yang tidak melebihi RM728 juta hendaklah dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan dalam Tahun Kewangan 2025 bagi menyempurnakan maksud yang dinyatakan dalam kertas mesyuarat yang tersebut.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong Rundingan itu.

Speaker

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Rundingan itu dipersetujukan.

Jurutulis

Peranggaran Tambahan Pembangunan Ketiga Tahun 2024.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa Rundingan supaya Dewan ini serta-merta berpindah menjadi Jawatankuasa bagi keseluruhan Dewan Negeri untuk menimbangkan Peranggaran Tambahan Pembangunan Ketiga Tahun 2024 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 30 Tahun 2024 dan memperakukan sama ada peranggaran itu patut diluluskan oleh Dewan ini dengan dipinda atau tiada dipinda.

Tambahan peruntukan ini merupakan tambahan ketiga bagi peranggaran pembangunan tahun 2024. Tambahan peruntukan yang diperuntukkan adalah sebanyak RM49,946,000.00 sebagaimana yang dimasukkan di dalam Peranggaran Tambahan Pembangunan Yang Ketiga di bawah satu Jawatankuasa seperti berikut :

i. Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan, Pembangunan Ekonomi dan Pelancongan Negeri Johor, RM49,946,000.00;

Penjelasan lanjut bagi tambahan-tambahan tersebut akan diberi di peringkat Jawatankuasa berkenaan.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong Rundingan itu.

Speaker

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Rundingan itu dipersetujukan. Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM39,946,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.70 Pejabat Menteri Besar itu, RM10,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.71 Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Di bawah maksud Pembangunan P.70 Pejabat Menteri Besar peruntukan tambahan yang diperlukan adalah sebanyak RM39,946,000.00. Berdasarkan peningkatan hasil semasa dan demi kesejahteraan rakyat sejumlah RM11,946,000.00 diperuntukan bagi permohonan rayuan bantuan banjir Monsun Timur Laut tahun 2022/2023 di daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Kota Tinggi. Diperuntukkan sebanyak RM1,500.00 bagi 1 Ketua Isi Rumah untuk 7,964 Ketua Isi Rumah yang terlibat.

Selain itu, RM16,800,000.00 akan diperuntukkan bagi Program Bakul Makanan iaitu sebanyak 5,000 pax yang akan dilaksanakan di semua 56 DUN di negeri Johor. Setiap pek RM60.00, Datuk Speaker.

Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM11,200,000.00 iaitu RM200,000.00 bagi setiap 56 DUN untuk melaksanakan bantuan, program dan aktiviti kemasyarakatan di setiap DUN termasuklah pentadbiran. Di bawah Maksud Pembanguan P.71, Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) peruntukan tambahan yang diperlukan adalah sebanyak RM10,000.000.00 untuk menampung kekurangan peruntukan bagi bayaran balik kos State Future Capacity (SFC) kepada PRPC Water Sdn. Bhd. pada tahun semasa bagi mengelakkan peningkatan jumlah kos pegangan yang dikenakan oleh pihak PETRONAS iaitu sebanyak 6% berdasarkan baki bulanan SFC yang ditanggung oleh PETRONAS bagi pihak Kerajaan Negeri Johor.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Pengerusi, oleh sebab maksud-maksud peranggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 30 Tahun 2024 itu telah pun selesai ditimbangkan, maka saya membawa rundingan supaya ketetapan-ketetapan Jawatankuasa itu dimaklumkan serta merta kepada Dewan Negeri.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Speaker

Dewan Negeri Bersidang Semula.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Jawatankuasa Dewan ini telah pun menimbang dan meluluskan tanpa pindaan maksud-maksud peranggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 30 Tahun 2024.

Dari itu, saya membawa rundingan supaya Dewan ini bersetuju bahawa peruntukan wang berjumlah RM49,946,000.00 yang dicadangkan bagi Peranggaran Tambahan Pembangunan Ketiga Tahun 2024 itu diluluskan oleh Dewan ini.

Dan dengan ini mengambil ketetapan bahawa satu jumlah yang tidak melebihi RM49,946,000.00 hendaklah dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan Dalam Tahun Kewangan 2024 bagi menyempurnakan maksud yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat yang tersebut.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan (No.3) Tahun 2024.Bill

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (No.3) Tahun 2024 dibacakan kali yang pertama.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang pertama.

Jurutulis

Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2024 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa saya akan membawa rundingan untuk bacaan kali yang kedua bagi Rang Undang-Undang ini pada hari ini juga. Dan saya membawa rundingan supaya Peraturan Tetap 112 (2) ditangguhkan sementara agar pertimbangan Rang Undang-Undang ini pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan pada hari ini juga.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Peraturan Tetap 112 (2) ditangguhkan sementara.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tambahan peruntukan ini merupakan tambahan ketiga bagi Perbelanjaan Bekalan Tahun 2024. Tambahan peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak RM209,503,000.00 sebagaimana yang dimasukkan di dalam Enakmen Perbekalan Tambahan Ketiga Tahun 2024 di bawah 11 Jawatankuasa seperti berikut:

1. Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan, Pembangunan Ekonomi dan Pelancongan Negeri Johor - RM122,690,000.00.

2. Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor - RM4,186,000.00.

3. Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor - RM3,811,000.00.

4. Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor - RM837,000.00.

5. Jawatankuasa Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor - RM917,00.00.

6. Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor - RM119,000.00.

7. Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor - RM58,503,000.00.

8. Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor - RM2,602,000.00.

9. Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor - RM465,000.00.

10. Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor - RM14,987,000.00.

11. Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor - RM386,000.00.

Penjelasan lanjut bagi peruntukan tersebut akan diberi di peringkat jawatankuasa berkenaan.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua.

Jurutulis

Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2024 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu.

Speaker

Dewan Bersidang Sebagai Jawatankuasa.

Jurutulis

JADUAL

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM72,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.01, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Lee Ting HanMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia · Paloh

Yang Berhormat Datuk Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.01, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, peruntukan tambahan sebanyak RM72,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran kenaikan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 kepada kakitangan jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM7,094,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan tambahan sebanyak RM7,094,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran kenaikan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam, pembayaran elaun, pembayaran KWSP dan PERKESO bagi kakitangan lantikan baru serta menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023, Bantuan Khas Hari Raya Tahun 2024, Bantuan Insentif Awal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 kepada kakitangan jabatan bagi tiap-tiap aktiviti seperti berikut:

Pentadbiran Am - Bahagian Pengurusan - RM2,678,000.00.

Menteri Besar Johor - RM1,019.000.00.

Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor - RM705,000.00.

Dewan Negeri Johor - RM1,933,000.00.

Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) - RM164,000.00.

Audit Dalam - RM245,000.00.

Tourism Johor - RM193,000.00.

Akademi Perkhidmatan Negeri Johor - RM15,000.00.

Johor Economic, Tourism adn Culture Office (JETCO) - RM10,000.00.

Bahagian Pemantauan dan Kesejahteraan Rakyat - RM132,000.00.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM2,214,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Yang Berhormat Datuk Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan tambahan sebanyak RM2,214,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran kenaikan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam, pembayaran elaun, pembayaran KWSP dan PERKESO bagi kakitangan lantikan baru serta menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023, Bantuan Khas Hari Raya Tahun 2024, Bantuan Insentif Awal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 kepada kakitangan jabatan bagi tiap-tiap aktiviti seperti berikut:

Kerajaan Tempatan - RM841,000.00.

Perumahan - RM1,128,000.00.

Landskap - RM245,000.00.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM550,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Yang Berhormat Datuk Pengerusi, peruntukan tambahan berjumlah RM550,000.00 di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan di bawah Kebudayaan diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pemberian geran tambahan kepada Yayasan Warisan Johor berikutan pelaksanaan pemberian Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Tahun 2024 dan Bayaran Insentif Awal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam kepada kakitangan jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM119,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Mohd Hairi bin Mad ShahUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Larkin

Di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan tambahan sebanyak RM119,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran kenaikan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 kepada kakitangan jabatan bagi tipa-tiap aktiviti seperti berikut:

Institut Dato’ Onn - RM97,000.00.

Sukan, Belia dan Sukarelawan - RM22,000.00.

Terima kasih, Pengerusi.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM393,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Lee Ting HanMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia · Paloh

Yang Berhormat Datuk Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan tambahan sebanyak RM393,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran kenaikan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023, Bantuan Khas Hari Raya Tahun 2024, Bantuan Insentif Awal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 kepada kakitangan jabatan bagi tiap-tiap aktiviti seperti berikut:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia - RM238,000.00.

Invest Johor - RM66,000.00.

Unit Strategik Modal Insan Johor - RM89,000.00.

Terima kasih.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM386,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Aznan bin TaminUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan · Tanjung Surat

Yang Berhormat Datuk Pengerusi, di bawah maksud kawalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan peruntukan tambahan sebanyak RM386,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran kenaikan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 kepada kakitangan jabatan bagi tiap-tiap aktiviti seperti berikut:

1. ICT Johor, RM279,000.00

2. Media Digital Johor, RM107,000.00.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang besetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM1,017,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.04, Perbendaharaan Negeri itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Di bawah maksud Bekalan B.04, Perbendaharaan Negeri, peruntukan tambahan sebanyak RM1,017,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran kenaikan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023, Bantuan Khas Hari Raya Tahun 2024, Bantuan Insentif Awal dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 kepada kakitangan jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang besetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM2,966,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.07, Jabatan Pertanian itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Di bawah maksud Bekalan B.07, Jabatan Pertanian peruntukan tambahan sebanyak RM2,966,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran kenaikan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dan menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023, Bantuan Khas Hari Raya Tahun 2024, Bantuan Insentif Awal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SPPA) dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 kepada kakitangan jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang besetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM5,439,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad SallehUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi · Bukit Pasir

Di bawah maksud Bekalan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran, Peruntukan tambahan sebanyak RM5,439,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran kenaikan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran-pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023, Bantuan Khas Hari Raya Tahun 2024, Bantuan Insentif Awal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 kepada kakitangan jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang besetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM1,220,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.10, Jabatan Perkhidmatan Veterinar itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Di bawah maksud Bekalan B.10, Jabatan Perkhidmatan Veterinar,peruntukan tambahan sebanyak RM1,220,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran kenaikan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023, Bantuan

Khas Hari Raya Tahun 2024, Bantuan Insentif Awal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 kepada kakitangan jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM944,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.12, Pejabat Kebun Bunga DiRaja Johor itu; RM653,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.13, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Yang Berhormat Datuk Pengerusi, Di bawah maksud Bekalan B.12, Pejabat Kebun Bunga DiRaja Johor peruntukan tambahan sebanyak RM944,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembiayaan kenaikan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan menampung kekurangan dan peruntukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023, Bantuan Khas Hari Raya Tahun 2024, Bantuan Insentif Awal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 kepada kakitangan jabatan.

Di bawah maksud Bekalan B.13, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, peruntukan tambahan sebanyak RM653,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran kenaikan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023, Bantuan Khas Hari Raya Tahun 2024, Bantuan Insentif Awal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 kepada kakitangan jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM2,602,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.19, Jabatan Perhutanan itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Ling Tian SoonMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar · Yong Peng

Di bawah maksud Bekalan B.19, Jabatan Perhutanan, peruntukan tambahan sebanyak RM2,602,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran kenaikan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023, Bantuan Khas Hari Raya Tahun 2024, Bantuan Insentif Awal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 kepada kakitangan jabatan.

Pengerusi

Perkara ini dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM56,343,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.21, Jabatan Agama Islam itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Yang Berhormat Pengerusi, di bawah maksud Bekalan B.21, Jabatan Agama Islam, peruntukan tambahan sebanyak

RM56,343,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran kenaikan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam, pembayaran allowance, pembayaran KWSP dan PERKESO bagi kakitangan lantikan baharu serta menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023, Bantuan Khas Hari Raya Tahun 2024, Bantuan Insentif Awal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 kepada kakitangan jabatan bagi tiap-tiap aktiviti seperti berikut:

1. Jabatan Agama Islam, Pentadbiran Am, RM6,844,000.00.

2. Pendidikan Agama Islam, RM49,499,000.00.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM917,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md OnUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Serom

Di bawah maksud Bekalan B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat, peruntukan tambahan sebanyak RM917,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran kenaikan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023, Bantuan Khas Hari Raya Tahun 2024, Bantuan Insentif Awal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 kepada kakitangan jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM9,548,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.24, Jabatan Kerja Raya itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad SallehUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi · Bukit Pasir

Di bawah maksud Bekalan B.24, Jabatan kerja Raya, peruntukan tambahan sebanyak RM9,548,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran kenaikan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023, Bantuan Khas Hari Raya Tahun 2024, Bantuan Insentif Awal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 kepada kakitangan jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM287,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.26, Muzium DiRaja Abu Bakar Istana Besar Johor itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Yang Berhormat Datuk Pengerusi, di bawah maksud Bekalan B.26, Muzium DiRaja Abu Bakar Istana Besar Johor, peruntukan tambahan sebanyak RM287,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran kenaikan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023, Bantuan Khas Hari Raya Tahun 2024, Bantuan Insentif Awal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 kepada kakitangan jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM97,333,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.28, Sumbangan Kepada Kumpulan Wang Berkanun itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Di bawah maksud Bekalan B.28 pula, peruntukan tambahan sebanyak RM97,333,000.00 diperlukan untuk Sumbangan Kepada Kumpulan Wang Berkanun. Jumlah tersebut dperlukan untuk menampung kekurangan bagi caruman ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan berikutan terdapat kelulusan tambahan Peruntukan Pembangunan Tahun 2024.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM1,271,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.29, Jabatan Kehakiman Syariah itu; RM432,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.32, Jabatan Mufti itu; RM457,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.33, Jabatan Pendakwaan Syariah itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Yang Berhormat Pengerusi, di bawah maksud Bekalan B.29, Jabatan Kehakiman Syariah, peruntukan tambahan sebanyak RM1,271,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran kenaikan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023, Bantuan Khas bagi Hari Raya Tahun 2024, Bantuan Insentif Awal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 kepada kakitangan jabatan.

Di bawah Maksud Bekalan B.32, Jabatan Mufti, peruntukan tambahan sebanyak RM432,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran kenaikan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam, pembayaran elaun bagi kakitangan lantikan baru serta menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023, Bantuan Khas Hari Raya Tahun 2024, Bantuan Insentif Awal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 kepada kakitangan jabatan.

Di bawah Maksud Bekalan B.33, Jabatan Pendakwaan Syariah, peruntukan tambahan sebanyak RM457,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran kenaikan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam, pembayaran elaun, pembayaran KWSP dan PERKESO bagi kakitangan lantikan baru, serta menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023, Bantuan Khas Hari Raya Tahun 2024, Bantuan Insentif Awal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 kepada kakitangan jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM631,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.41, Pejabat Daerah Johor Bahru itu; RM749,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.42, Pejabat Daerah Muar itu; RM1,037,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat itu; RM660,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.44, Pejabat Daerah Pontian itu; RM703,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.45, Pejabat Daerah Segamat itu; RM666,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.46, Pejabat Daerah Kluang itu; RM592,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi itu; RM445,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.48, Pejabat Daerah Mersing itu; RM380,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.49, Pejabat Daerah Kulai itu; RM403,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.50, Pejabat Daerah Tangkak itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Di bawah Maksud Bekalan B.41, Pejabat Daerah Johor Bahru, peruntukan tambahan RM631,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.42, Pejabat Daerah Muar, peruntukan tambahan adalah sebanyak RM749,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat, peruntukan tambahan adalah sebanyak RM1,037,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.44, Pejabat Daerah Pontian, peruntukan tambahan adalah RM660,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.45, Pejabat Daerah Segamat, peruntukan tambahan adalah RM703,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.46, Pejabat Daerah Kluang, peruntukan tambahan adalah RM666,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi, peruntukan tambahan adalah RM592,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.48, Pejabat Daerah Mersing, peruntukan tambahan adalah RM445,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.49, Pejabat Daerah Kulai, peruntukan tambahan adalah RM380,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.50, Pejabat Daerah Tangkak, peruntukan tambahan adalah sebanyak RM403,000.00. Kesemua peruntukan tambahan tersebut diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran kenaikan gaji di bawah SSPA, pembayaran elaun, pembayaran KWSP dan PERKESO bagi kakitangan lantikan baru, serta menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023, Bantuan Khas Hari Raya Tahun 2024, Bantuan Insentif Awal SSPA dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 kepada kakitangan jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM3,248,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.51, Pejabat Tanah dan Galian itu; RM1,004,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru itu; RM894,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.53, Pejabat Tanah Muar itu; RM1,112,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat itu; RM718,000.00 Bagi Kepala Perbelanjaan B.55, Pejabat Tanah Pontian itu; RM733,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.56, Pejabat Tanah Segamat itu, RM703,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.57, Pejabat Tanah Kluang itu; RM775,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi itu; RM746,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.59, Pejabat Tanah Mersing itu; RM531,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.60, Pejabat Tanah Kulai itu; RM516,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B61, Pejabat Tanah Tangkak itu; hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Di bawah Maksud Bekalan B.51, Pejabat Tanah dan Galian, peruntukan tambahan adalah sebanyak RM3,248,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.52,

Pejabat Tanah Johor Bahru, peruntukan tambahan adalah RM1,004,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.53, Pejabat Tanah Muar, peruntukan tambahan adalah sebanyak RM894,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat, peruntukan tambahan adalah RM1,112,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.55, Pejabat Tanah Pontian, peruntukan tambahan adalah RM718,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.56, Pejabat Tanah Segamat, peruntukan tambahan RM733,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.57, Pejabat Tanah Kluang, peruntukan tambahan adalah RM703,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi, peruntukan tambahan adalah RM775,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.59, Pejabat Tanah Mersing, peruntukan tambahan adalah RM746,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.60, Pejabat Tanah Kulai, peruntukan tambahan adalah RM531,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.61, Pejabat Tanah Tangkak, peruntukan tambahan adalah sebanyak RM516,000.00.

Kesemua peruntukan tambahan tersebut diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran kenaikan gaji di bawah SSPA, pembayaran elaun, pembayaran KWSP dan PERKESO bagi kakitangan lantikan baru, serta menampung kekurangan peruntukan bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023, Bantuan Khas Hari Raya Tahun 2024, Bantuan Insentif Awal SSPA dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 kepada kakitangan jabatan.

Pengerusi

Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Perkara itu dipersetujukan.

Jurutulis

Fasal 2.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Jurutulis

Fasal 1.

Pengerusi

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Pengerusi

Dewan Negeri bersidang semula.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam Jawatankuasa satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan. Maka, saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan Ketiga Tahun 2024 bacaan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju.

Rang Undang-Undang ini di baca kali yang ketiga dan diluluskan.

Jurutulis

Bahawa dengan ini adalah Diperundang-Undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut:-

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (No.3) Tahun 2024.

Speaker

Alhamdulillah, selesai sudah penggulungan Bajet 2024. Tahniah Yang Amat Berhormat, saya yakin di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat, Johor akan memacu pantas menjadi negeri maju menjelang tahun 2030. (Dewan bertepuk). Sedar tidak sedar pasca PRU Ke-14 atau pun post tahun 2018, satu-satunya pemimpin yang membentangkan wawasan dan perancangan strategiknya apabila diberikan amanah, ialah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. (Dewan bertepuk). Wawasan itu ada war cry nya, iaitu Maju Johor dan ada tempoh masanya iaitu menjelang tahun 2030. Seorang pemimpin yang idealis tetapi realis ialah dia berwawasan strategik dan dia ada tempoh masa untuk mencapai matlamat itu. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor memenuhi kriteria tersebut. (Dewan bertepuk).

Yang Amat Berhormat memimpin team realis dengan dokongan barisan EXCO dan penjawat awam negeri yang proaktif. Terima kasih juga kepada Tan Sri Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri sentiasa menjadi pelengkap berpasukan dan pemudah cara yang memperkuatkan team realis Johor ini. Terima kasih juga kepada pihak pengimbang kerana sekali lagi menyokong sebulat suara Bajet 2025. (Dewan bertepuk). Kerasionalan telah memimpin kita semua menjadikan Bangsa Johor terbilang. Pepatah Lou Tzu menyebut, lakukanlah hal-hal sulit selagi ia mudah dan lakukanlah hal-hal besar di saat hal itu masih kecil. Umpama api dalam sekam, jika ia tidak marak, jika ia sudah marak sukar lah untuk memadamkannya.

Dewan Negeri Johor merafak sembah menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor. Panduan Tuanku menjadikan Dewan Negeri Johor kekal harmoni, bersatu padu dan dapat mempertahankan identitinya lain dari yang lain dan sepertimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Johor tadi iaitu Johor Jadi Johor. (Dewan berterpuk).

Ahli-Ahli Yang Berhormat oleh kerana sekarang ini musim banjir, maka kita tangguhkan lah dahulu cuti-cuti Korea. Tetapi Yang Amat Berhormat jangan lupa janji hendak belanja saya makan makanan Korea ya. Kita fokus dahulu cuti-cuti banjir. Kusangkakan nanas atas permatang, rupanya durian tajam duri, kusangkakan panas hingga ke petang; rupanya banjir datang lagi. Ada kawan namanya Muhajir, orang ramah tak pernah kikir, bila kawasan di landa banjir, Wakil Rakyat pusing berfikir. Terutamanya Yang Berhormat Sri Medan. Limau purut lebat ke pangkal, daun selasih condong uratnya, hujan dan ribut jangan disangkal, kasih MB jadi pengubatnya. (Dewan bertepuk).

Insya-Allah Ahli-Ahli Yang Berhormat jangan pusing-pusing, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang prihatin pasti akan turunkan bantuan. Yang penting Yang Berhormat, kena hands-on sentiasa bersiap siaga di kawasan banjir.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sidang ini saya tangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan.

Dewan ditangguhkan pada jam 12.50 tengahari.

Pegawai-Pegawai Bertugas:

Speaker

Jurutulis

Puan Zarina binti Abdul Kadir

Penolong Jurutulis

Encik Sufian bin Suleiman Encik Muhammad Syahfiq Nizam bin Zulkipli

Koordinator

Puan Hajah Rohana binti Matang

Pembantu Penerbitan

Puan Siti Fatimah binti Mohd Said Puan Malina binti Mohd Nasir Puan Hajah Noraisah binti Mohd Yusof Encik Ariff bin Abu Bakar

Pembantu Operasi (Bentara)

Encik Razine bin Sulaiman Encik Hamdan bin Markom Encik Norhayadi bin Hussien Encik Muhamad Khirunizam bin Pahmi Encik Mohd Norazri bin Kasim Encik Mohd Sapri bin Manan Encik Muhamad Khairul Asyraf bin Abdullah Encik Muhammad Khairul bin Arop Encik Amer Ilham bin Jefli

Setiausaha Pejabat (Pelapor Dewan)

Puan Hajah Saniah binti Kassim Puan Junaidah binti Paing Puan Hajah Rumiah binti Semirono Puan Hairun Nurul Ain bin Zainal Abidin Puan Haironisha binti Zainal Abidin Puan Zahiti binti Muhamad Hamdi Puan Nohafizah binti Osman Puan Raihanah binti Ismail Puan Fakhrinazia binti Fuad

Rakaman

Encik Nor Risam bin Esa Encik Azizan bin Md Sidi Encik Khairul Anuar bin Umar Usman

Juruaudio Video

Encik Noorazhan bin Mohd Salleh Encik Ismail bin Abu Bakar