Johor · 22 May 2025

15th Assembly, 4th session, 1st meeting · not final · 115 turns · 35,935 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.

Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. (Bacaan selawat).

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Maju Johor. Ahli-Ahli Yang Berhormat, ingin saya jelaskan bahawa saya tidak menentukan ataupun memilih pertanyaan-pertanyaan lisan yang ditanya di sidang dewan. Itu bukan tugas saya. Itu tugas Pejabat Jurutulis. Tugas saya di dalam Dewan ini ialah untuk memastikan Peraturan-Peraturan Tetap dipatuhi apabila pertanyaan lisan dikemukakan. Justeru tidak timbul pertanyaan-pertanyaan lisan yang naik perlu persetujuan saya terlebih dahulu. Sebab itu jangan babitkan Speaker atau pun menjual nama Speaker. Saya tidak menyemak, menyusun giliran atau pun membatalkan pertanyaan-pertanyaan lisan yang disenaraikan. Tidak sempat pun saya berbuat sedemikian, kerana saya hanya menerima emel aturan mesyuarat pada waktu malam. Saya pernah mencadangkan beberapa pertanyaan lisan yang berangkai perlu dipertimbangkan. Tetapi itu tidak bermakna ia mandatori. Sebab itu saya pernah mencadangkan dalam Dewan ini, supaya pertanyaan lisan diagih mengikut proportionate keanggotaan parti. Oleh kerana BN ada 40, pengimbang 16, maka paling ideal ialah 3:1. Setiap tiga (3) pertanyaan lisan daripada back benchers, satu (1) soalan lisan daripada pengimbang. Sebab itu saya menyatakan elakkan ada YB, dua (2) soalan dia naik dalam masa sehari dan kadang-kadang setiap hari. Dan ada juga soalan yang berulang, saya memberi contoh Yang Amat Berhormat telah menjawab secara komprehensif mengenai isu pelaburan, dan Special Economic Zone, cukup lengkap. Tetapi esoknya ada soalan yang sama, yang hampir sama naik balik. Maka mengulang balik jawapan yang hampir sama. Jadi, ini menyebabkan ada barangkali YB-YB merungut sebab soalan mereka tak naik. Jadi, saya pun kesianlah, macam Kota Iskandar, 30 tahun menunggu untuk menjadi Wakil Rakyat, tetapi bila jadi YB soalan tak naik juga. Saya pun perhati macam Mersing ya, soalan pun tak naik-naik lagi. Saya tengok semua tu, sebab tu semalam saya tamatkan sesi soalan lisan, pertanyaan lisan ini lebih awal kerana saya nak mengelakkan orang yang dah lepas bertanya, bertanya lagi ya. Jadi sebab itu saya fikir ini harus disemak semula cara memilih soalan. Sebab ini juga berbangkit di Dewan Rakyat. Sebab saya pernah menjadi Ahli Parlimen ya. Jadi, YB-YB berpenat dan bersusah payah menyediakan soalan mewakili rakyat untuk bertanya soalan, tapi soalan tak naik ya. Dan saya harap YB-YB EXCO janganlah pilih-pilih soalan. Mana yang perlu naik, tak perlu naik, jawab je. Apapun soalan naik, jawab aja ya. Macam YB, Yang Amat Berhormat Menteri Besar jawab ya, walaupun itu soalan yang berat. Jadi, sebab itulah kenapa saya fikirkan seminar untuk Ahli-Ahli Yang Berhormat ini akan kita adakan supaya perkara-perkara ini dibincangkan untuk memastikan kualiti Dewan kita ini meningkat dan bertambah baik dari masa ke semasa.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya ingin mengalu-alukan kehadiran pemerhati daripada Pejabat Yang Berhormat Pengerusi Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor seramai tiga (3) orang. 12 orang daripada pejabat ADUN kawasan Kemelah, 11 orang daripada pejabat ADUN kawasan Bukit Naning dan lapan (8) orang daripada pejabat ADUN Kempas. Terima kasih.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin mencelah sekejap.

Speaker

Sila Yang Amat Berhormat.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, kita bersetuju dengan apa yang telah disarankan tentang soalan-soalan agar semua Wakil-wakil Rakyat diberikan peluang untuk melontarkan soalan-soalan mereka. Tetapi Yang Berhormat Datuk Speaker, itu bukan sebab saya berdiri pada pagi ini, saya nak kena buat pengumuman yang penting tentang isu air yang sedang membelenggu Johor Bahru pada ketika ini. Saya nak bagi penerangan dengan izin Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Silakan Yang Amat Berhormat.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Kerana ini adalah untuk kepentingan rakyat. Jadi, seperti kita semua sedia maklum bahawa Ranhilll SAJ telah buat pengumuman bahawa kita mempunyai masalah enam (6) pam yang rosak untuk daerah JB dan ia melibatkan ratusan ribu rumah-rumah yang tidak mempunyai air pada ketika ini. Dan saya difahamkan kawan-kawan ADUN daripada sebelah sana dan juga sebelah sini, yang menetap di JB dia mandi dengan minyak wangi sahaja pada pagi ini. Jadi, untuk menyelesaikan isu ini, kita difahamkan sepatutnya semalam semua enam (6) pam dah selesai. Tetapi malangnya, technically still a problem, masih lagi problem Yang Berhormat Datuk Speaker. Jadi, saya telah pun mengarahkan emergency crisis meeting diadakan pagi ini juga untuk memastikan bahawa pam-pam ini dapat dibaiki pada kadar yang segera. Keduanya, adalah untuk mendapatkan tangki-tangki air. Masalahnya di JB ini, bila tangki ada, air tak ada. Jadi, air tak dapat disalurkan kepada kawasan-kawasan perumahan. Jadi, kita tengah dapatkan bantuan daripada daerah-daerah lain dan insya-Allah negeri-negeri lain untuk menghantar tangki-tangki air ke setiap kawasan perumahan JB yang terlibat. Malah saya dah mintak mineral water kita beli sebanyak mungkin, supaya memastikan bahawa bekalan air minuman mencukupi untuk setiap rumah di kawasan JB ini. Jadi, insya-Allah doakan tuan-tuan, puan-puan, Ahli Yang Berhormat agar isu ini dapat kita selesaikan bersama secara segera, insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Sebenarnya memang isu air ini amat penting apatah dalam konteks Maju Johor, kita nak menarik pelabur asing maka sudah tentu isu ini amat penting. Macam di Rengit Yang Amat Berhormat ya. Hari raya yang lepas, saya ingatkan tak ada masalah. Rupanya pada hari raya kedua tu timbul masalah. Sampai saya nak beli air Tealive di Rengit tu, dia kata air tak ada. Jadi, hari itu saya tak dapat minum Tealive ya. Dan saya pun nak minta EXCO kita ni sebab sepatutnya tangki air Rengit tu ditender pada bulan Disember tetapi oleh kerana berlaku pengambilalihan restructuring Syarikat Air Johor, Ranhill, maka ia tangguhkan kepada bulan Oktober Yang Amat Berhormat. Jadi ini akan menjejaskan schedule bekalan di Rengit yang sepatutnya tangki tu siap pada penghujung tahun 2026 nampaknya macam tertangguh lagi lah. Jadi Wakil-wakil Rakyat kena tanggunglah semua ni ya. Apapun terima kasih di atas keprihatinan Yang Amat Berhormat tentang isu air ini. Saya jemput Yang Berhormat Parit Yaani.

Datuk Mohamad Najib bin SamuriUMNO · BNParit Yaani

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan nombor satu (1). Mohon dinyatakan, adakah bilangan penerima bantuan SKIPP (bantuan Peralatan Perniagaan) akan ditambah daripada tujuh (7) penerima contohnya kepada 15 atau lebih pada masa akan datang bagi setian DUN?

Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md OnUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Serom

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ucapkan terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker dan Parit Yaani. Parit Yaani bertanyakan tentang adakah bilangan penerima skim bantuan peralatan yang diberikan kepada pemohon-pemohon akan ditambah daripada tujuh (7) penerima contohnya kepada 15 atau lebih pada masa-masa datang pada setiap DUN?. Yang Berhormat Datuk Speaker, kerajaan negeri melalui Jabatan, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim amat prihatin dengan golongan B40, yang sedang berusaha dalam menceburi bidang perniagaan berdasarkan home base, dengan izin. Yang Berhormat Datuk Speaker, skim bantuan peralatan perniagaan ini merupakan salah satu program menjana pendapatan wanita sejak tahun 2003. Program ini mensasarkan bantuan peralatan perniagaan kepada peniaga-peniaga kecil dan usahawan home base business wanita di kalangan ibu tunggal B40 dan usahawan suri YPKDT. Sebelum menyerahkan skim bantuan tersebut, YPK akan menyiasat dan membuat sesi lawatan rumah ke rumah dan kediaman peserta. Sekiranya peniaga, peserta mempunyai perniagaan sendiri, YPK juga akan menjalankan siasatan awal bagi tujuan temubual dan mendapatkan maklumat perniagaan pemohon-pemohon. Permohonan-pemohonan yang telah disiasat, akan dibawa ke mesyuarat jawatankuasa bagi tujuan pemilihan berpandukan justifikasi dan bukti perniagaan. Di antara peralatan yang diberikan mereka seperti ketuhar industri, penguli tepung, peti ais industri, dapur, mesin jahit, peti sejuk beku, mesin jahit tepi dan lain-lain. Peserta-peserta ini akan juga dipantau oleh Yayasan Pembangunan Keluarga dari masa ke masa. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah penerima bantuan di bawah skim ini adalah bergantung kepada peruntukan yang diterima oleh Yayasan Pembangunan Keluarga. Bagi tahun 2025, Kerajaan Negeri Johor telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta melalui program pemerkasaan ekonomi wanita dan golongan sasar. Program ini merangkumi beberapa sub program utama, iaitu kursus kemahiran asas, bantuan peralatan alat perniagaan serta kursus intensif perniagaan. Walau bagaimanapun terdapat peningkatan jumlah penerima manfaat. Bagi tahun 2025 sebanyak 392 penerima berbanding 240 penerima pada tahun 2023 dan 217 penerima bagi tahun 2024. Yang Berhormat Datuk Speaker berdasarkan peruntukan tersebut kuota penerima manfaat yang telah tetapkan pada setiap kawasan dewan undangan negeri adalah seramai tujuh (7) orang. Namun begitu, pihak Yayasan Pembangunan Keluarga bersedia untuk mempertimbangkan penambahan kuota sedia ada sekiranya terdapat peningkatan peruntukan pada masa akan datang. Terima kasih.

Speaker

Sila, Parit Yaani.

Datuk Mohamad Najib bin SamuriUMNO · BNParit Yaani

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO Serom. Cumanya, jawapan tu memang bernas, saya agak kecewa tak ada gambar saya tadi dalam slide.

Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO atas makluman sub program di bawah Inisiatif Program Pemerkasaan Sokongan Ekonomi Wanita ini dan Golongan Sasar ini, mohon Yang Berhormat kongsikan juga berkenaan sub program berkenaan dengan yang tersebut eh. Terima kasih.

Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md OnUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Serom

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon maaf kepada Parit Yaani kerana tidak ada gambarnya di dalam slide tadi. Kerajaan negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim telah melaksanakan Program Pemerkasaan Sokongan Ekonomi Wanita dan Golongan Sasar. Program ini direka bagi memperkasakan wanita dan komuniti sasaran melalui tiga (3) sub program utama iaitu Kursus Kemahiran Asas, Bantuan Peralatan Asas Perniagaan dan Kursus Intensif Perniagaan. Latihan serta kursus serta bantuan yang diberikan adalah bagi menggalakkan wanita untuk bekerja atau menjana pendapatan secara home-based iaitu dari rumah. Kursus kemahiran asas ini adalah sub program yang merangkumi pelbagai kursus latihan kemahiran dan kemudahan ilmu bertujuan untuk membekalkan pengetahuan asas serta kemahiran praktikal kepada para wanita agar mereka berupaya menjana pendapatan sendiri. Modul-modul yang ditawarkan meliputi kursus jahitan, masakan, kraftangan dan lain-lain. Sehingga tahun 2024, seramai 11,593 orang peserta telah menerima manfaat daripada pelaksanaan kursus ini. Manakala pada tahun 2025, 56 kursus kemahiran asas dengan sasaran 840 orang bagi kesemua DUN dalam negeri Johor akan diadakan. Sehingga kini 11 kursus telah selesai dengan penglibatan 165 orang penerima manfaat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kedua, adalah bantuan peralatan asas perniagaan. Bagi menyokong para peserta yang ingin memulakan aktiviti perniagaan dari kediaman masing-masing, YPKDT menyediakan bantuan peralatan asas yang diperlukan. Bantuan ini merangkumi pelbagai peralatan seperti yang disebutkan tadi mesin jahit industri, peti sejuk beku, ketuhar industri dan sebagainya. Sehingga tahun 2024, seramai 1,583 penerima manfaat yang telah menerima bantuan ini, sebagai langkah permulaan ke arah berdikari dalam bidang usahawan. Seperti Yang Berhormat sedia maklum sebentar tadi seramai 392 penerima bagi tahun 2025.

Ketiga, adalah kursus intensif perniagaan. Selain daripada penyediaan kemahiran asas dan peralatan, YPK turut melaksanakan kursus intensif perniagaan bagi memastikan usahawan yang terlibat mempunyai keupayaan dalam aspek pengurusan perniagaan dan kewangan. Kursus ini merupakan satu inisiatif latihan komprehensif yang memberi penekanan kepada elemen-elemen penting seperti perancangan kewangan, pengurusan aliran tunai, strategi pemasaran, pematuhan undang-undang perniagaan serta kemahiran membuat keputusan yang berasaskan data. Sehingga tahun 2024, seramai 2,949 penerima manfaat telah mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan di dalam program ini. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Kukup.

Assalamualaikum warahmatullahita’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan nombor dua (2).

Berapakah jumlah Sekolah Agama Negeri Johor yang telah menerima bantuan untuk dinaik taraf dan dibaik pulih, serta berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan untuk sekolah agama di DUN Kukup?

Tuan Haji Mohd Fared bin Haji Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Assalamualaikum warahmatullah. Yang Berhormat Datuk Speaker, Dewan yang mulia. Yang Berhormat Kukup bertanya tentang sekolah agama kerajaan negeri yang menerima bantuan baik pulih dan berapakah jumlahnya? Terutamanya yang diterima oleh Kukup. Yang Berhormat Datuk Speaker, sekolah agama dekat Johor ini banyak, 575 buah, lapan (8) buah sekolah SRAB (Sekolah Rendah Agama Bersepadu). Pada tahun 2022 sampai sekarang Yang Berhormat Datuk Speaker, 355 buah sekolah agama yang dalam kategori kritikal dapat kita pulihkan. Dan yang bakinya dalam proses. Dari sejak kerajaan Maju Johor mentadbir negeri Yang Berhormat Datuk Speaker, sampai 2025 ini, kita dah belanjakan RM47,072,145.65 untuk baik pulih sekolah-sekolah agama. Maksudnya ia perlukan belanja yang besar tetapi Insya-Allah dan Alhamdulillah kita dapat laksanakan.

Proses ini Yang Berhormat Datuk Speaker melibatkan masalah pendawaian, bumbung, tandas dan lain-lain keperluan asalkan kebajikan dan keselamatan murid dan guru terutamanya dapat dijaga dengan baik. Di carta tu Yang Berhormat Datuk Speaker, kita boleh tunjukkan sejak tahun 2022 bawa ke sekarang ini, Majlis Agama Islam Negeri Johor jadi tulang belakang kerajaan dalam mengurus sekolah-sekolah agama. Dan bagi pihak kerajaan pusat saya kena rakamkan ucapan terima kasih, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sejak tahun 2023 Yang Berhormat Datuk Speaker. Ini berkat kita buat engagement dengan mereka, JAKIM antara penyumbang terbesar kepada pembaik pulihan sekolah-sekolah agama termasuk institusi pengajian Islam Swasta, Madrasah Tahfiz pun dapat juga. Dan tahun ini Yang Berhormat Datuk Speaker, kalau ikut carta, JAKIM belum bagi sebab JAKIM kita dah susul, mereka akan turunkan sekurang-kurangnya RM20 juta. Maksudnya ada tambahan lagi sekolah-sekolah agama yang memang akan dapat peruntukan untuk baik pulih. Ini kerja berat yang kena dia buat secara bersama.

Yang Berhormat Datuk Speaker, tapi nasihat saya kepada kita semua terutama pihak jabatan, selepas baik pulih kena selenggara. Ini masalahnya sebelum ini ialah kita tak beri keutamaan kepada kerosakan. Kita beri keutamaan kepada keceriaan, ini masalahnya. Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam pentadbiran saya ini, tak ada satu sekolah agama pun yang kerajaan bagi untuk penggal ini untuk buat dewan terbuka. Saya tak benarkan. Dia nak buat, boleh Yang Berhormat Datuk Speaker, buat kutipan sendiri. Daripada mereka buat dewan terbuka, banyak lagi sekolah agama saya yang bumbung tandas ni terkopak. Takkan saya nak bagi buat dewan terbuka. Dewan terbuka biasanya hanya untuk beratur dan juga buat program-program yang berkala Jadi kita buat, beri keutamaan. Yang Berhormat Datuk Speaker, itu kaedah kita menyusun supaya yang utama dapat kelebihan. Kita juga pada bulan Mei, awal bulan hari itu dah buat bengkel bersama JAKIM dan juga semua Pejabat Pendidikan Islam daerah supaya mengemukakan semula, baki-baki sekolah-sekolah agama yang masih lagi belum dimajukan peruntukan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi DUN Kukup sendiri, YB Kukup saya nak sebutkan sekolah agama Kukup ada 16 buah sekolah. Semuanya Gred C empat (4) buah sekolah guna sama, 10 buah sekolah agama telah pun dapat baik pulih Yang Berhormat Datuk Speaker. Untuk dewan Kukup sebab ada pertanyaannya, jumlahnya RM779,934.70 dari tahun 2023 sampai sekarang YB Kukup. Maksudnya memang tak ditinggalkan. Sentiasa

dalam radar, dan tiga (3) sekolah agama dalam pembaikpulihan, sedang dalam proses pengemukaan kepada JAKIM.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Dato’ YB Kukup, di carta ada sekolah Agama Belokok. Ini bumbung tahun 2023 peruntukannya RM20,000.00. Sekolah Agama Sri Bunian, ini tandas, longkang, pagar, tempat wuduk, sinki tandas, RM139,000.00 lebih. 2024, YB Kukup tahun lepas sekolah Agama Rimba Terjun, RM78,900.00 tandasnya, kipas, kaki lima. Sekolah Agama Telok Kerang, ini bumbung, surau RM67,700.00 dan ada deretannya YB Kukup memang keseluruhannya RM779,934.00. Dan Alhamdulillah untuk tahun 2025 ini YB Kukup, ada tiga (3) lagi sekolah agama yang dapat lagi. Tadi Belokok dah dapat tahun ini akan dapat lagi. Sekolah Agama Sri Sinaran Chokoh, ini nama ni garang-garang pulak nama orang, apa tu DUN Kukup ni. Sinaran Chokoh pun dapat juga, nanti kita akan beri butiran lebih lengkap kepada YB Kukup. Sekolah agama kita sentiasa beri komitmen. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Ya, sila.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih di atas jawapan daripada Yang Berhormat EXCO. Di Johor ini kita begitu bangga dengan identiti sekolah agama kita. Pergi mana pun orang akan menyatakan Johor mempunyai sistem pendidikan agama yang baik dan hari ini kita berusaha untuk mencari identiti Bangsa Johor. Jadi, soalan saya, adakah pihak kerajaan bercadang untuk memperkasakan silibus sekolah agama supaya ia boleh menuju kepada bagaimana yang kita hendak iaitu Sekolah Rintis Bangsa Johor ini. Dan, juga adakah Silibus Ulul Albab itu boleh diserapkan di dalam sekolah agama kita negeri Johor. Terima kasih.

Tuan Haji Mohd Fared bin Haji Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih YB Kukup, soalan tambahan. Silibus sekolah agama kita Yang Berhormat Datuk Speaker, setiap lima (5) tahun memang ada kajian semula. Jadi semua perencanaan dan idea-idea baharu wajar kita kumpulkan dan YB Kukup saya boleh bagi jaminan, semua pendekatan dan pandangan baharu kita akan ambil kira dan rangkumkan. YB Kukup juga sebut soal Sekolah Rintis. Yang Berhormat Datuk Speaker, Duli Yang Amat Mulia sebut Sekolah Rintis untuk empat (4) buah sekolah. Dua (2) sekolah kebangsaan rendah, dua (2) sekolah menengah Kebangsaan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi pihak portfolio saya, saya juga telah pun memaklumkan kepada Pemangku Sultan bahawa kita juga berhasrat untuk satu sekolah agama dijadikan Sekolah Rintis Agama Kerajaan Johor. Mengambil kira bahawa sekolah agama kerajaan Johor ini YB Kukup tak boleh tertinggal. Walaupun sekolah kebangsaan dapat empat (4), sekolah agama saya usulkan satu (1) dan peruntukannya pun Yang Berhormat Datuk Speaker ini yang seronoknya kita nyusun dan terus gerak kerja. PIJH bersedia untuk membantu kewujudan Sekolah Rintis Agama Kerajaan Johor yang kita akan bentangkan, sembah maklum ideanya dengan lebih sempurna tak lama lagi kepada Pemangku Sultan. Saya nak sebut dengan YB Kukup, kita sambut Sekolah Rintis Agama Kerajaan Johor.

Pasal hala tuju sekolah agama Yang Berhormat Datuk Speaker, saya setuju memang kena ada penambah baikan. Dewan yang mulia, Pelan Kemajuan Halal Johor telah pun kita sempurnakan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun kita dah bentangkan depan beliau.

Yang tinggal perlaksanaan secara tertib Yang Berhormat Datuk Speaker. Antaranya YB Kukup yang kita nampakkan ialah bagaimana kepentingan industri halal boleh diselarikan dengan silibus sekolah agama kita. Sebab Halal ini Yang Berhormat Datuk Speaker, dia punya peluang 2030, kalau ikut pelan yang kita kaji tu, jumlah RM230 bilion. Besar, takkanlah Johor yang ada JS-SEZ nak ketinggalan. Jadi saya nak bagi tahu portfolio Agama Islam pun kita nak ambil peluang ini. Nak bagi tahu nanti akan ada pendedahan YB Kukup berunsur kepentingan halal dan industrinya. Maksudnya anak-anak kita kat sekolah agama lepas ni bukan hanya dia ajar soal hukum halal saja tapi nak bagi tahu budak sekolah agama Johor pun selepas ini, kita pandu dan ajar dia tentang bagaimana halal yang merupakan syiar agama akan membuahkan hasil laba keuntungan untuk ekonomi. (Bacaan doa) “Allah kata siapa, demikianlah yang memperkasakan, melaksanakan syiar Allah ini memang hatinya ada takwa” Yang Berhormat Datuk Speaker. Kita jadikan silibus agama ini, bukan hanya soal hukum semata-mata, tapi dia mesti boleh melestarikan kehidupan ekonomi orang Islam. YB Kukup saya nak bagi tahu, dia akan jadi modul tambahan kepada anak-anak kita di sekolah agama, kan bagus macam tu. Insya-Allah. Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih soalan tambahan YB Kukup. Saya berhenti di sini.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Benut.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor tiga (3).

Minta dinyatakan apakah status pelaksanaan 12 tindakan utama dalam Pelan Induk Masyarakat Rendah Karbon Iskandar Malaysia setakat tahun 2025?

Tuan Ling Tian SoonMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar · Yong Peng

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Selamat pagi, salam sejahtera, salam Maju Johor. Terima kasih soalan daripada YB Benut yang mengenai Pelan Induk Masyarakat Rendah Karbon Iskandar Malaysia. Untuk maklumat Yang Berhormat Datuk Speaker dan juga Ahli-Ahli Yang Berhormat, selaras dengan komitmen nasional, Iskandar Malaysia telah melancarkan Pelan Induk Masyarakat Rendah Karbon Iskandar Malaysia pada tahun 2012. Seterusnya pelan induk ini telah dikemaskinikan pada tahun 2022 dan dinamakan Low Carbon Society Blueprint for Iskandar Malaysia 2030 Climate Action Plan atau Pelan Induk Masyarakat Rendah Karbon Iskandar Malaysia 2030. Pelan tindakan Iklim mempunyai sembilan (9) tindakan, mitigasi dan lima (5) tindakan adaptasi. Pelan ini menyasarkan pengurangan 70% pelepasan karbon intensity menjelang 2030 dengan potensi ke arah sifar karbon menjelang 2050 dengan aspirasi nasional.

Pelan ini menjadikan panduan bagi rancangan adaptasi dan mitigasi perubahan iklim serta mewujudkan kesedaran untuk penglibatan pelbagai pihak dalam tindakan perubahan iklim. Sasaran Karbon Iskandar Malaysia juga adalah selari dengan Pelan Pembangunan Mampan Johor 2030 dan komitmen Perjanjian Paris. Ini juga selaras dengan Johor Green Deal.

Pelbagai program rendah karbon telah pun dilaksanakan oleh IRDA bersama pihak berkuasa tempatan. Agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan komuniti serta sejak tahun 2013, lebih daripada 60 program telah berjaya dilengkapkan dan lebih daripada 200 program sedang dalam pelaksanaan. Antara program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

1. Iskandar Malaysia Eco Life Challenge (IMELC). IMELC merupakan program berimpak tinggi dalam meningkatkan kesedaran pendidikan masyarakat rendah karbon dalam kalangan pelajar, guru dan keluarga melalui penganjuran pertandingan. Program ini bermula sejak tahun 2013 dan merupakan anjuran bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor, IRDA, Universiti Teknologi Malaysia serta rakan strategik lain. Program ini melibatkan penyertaan lebih daripada 900 buah sekolah rendah dan 100,000 murid setiap tahun. Ia merupakan aktiviti pembelajaran formal dan tidak formal di persekitaran sekolah melalui penerapan modul, kelestarian serta pembangunan kapasiti murid dan guru.

2. Iskandar Malaysia Youth Sustainable Network (IMYSN), dengan izin. IMYSN telah ditubuhkan pada tahun 2023 dan merupakan program kerjasama IRDA bersama UTM. IMYSN memainkan peranan dalam meneraju dan meningkatkan penglibatan belia dalam usaha rendah karbon di pelbagai bidang. Fokus menerusi kerjasama dengan komuniti, rakan strategik, NGO, organisasi penyelidikan, industri dan agensi berkaitan. Belia IMYSN juga didedahkan dengan pengetahuan kelestarian bagi memenuhi kehendak dan perkembangan kerjaya masa hadapan. IMYSN telah menarik penyertaan daripada lebih lima (5) universiti melibatkan 170 peserta dan menjayakan lebih daripada 30 program serta kerjasama kelestarian di Johor. IMYSN bakal meningkatkan kebolehan dan pengetahuan belia berkait Green Jobs dengan pendedahan kepada prinsip ESG yang menjadi tonggak dalam operasi ekonomi global serta pembangunan mampan selaras dengan fokus JS-SEZ.

3. Sudut Lestari Perpustakaan Sultan Ismail. Pusat ekologi Perpustakaan Sultan Ismail atau sudut lestari telah dilancarkan pada Februari 2023. Sudut lestari bertujuan menggalakkan pendidikan alam sekitar, aktiviti alam sekitar, gaya hidup mesra alam dan program pembinaan kapasiti-kapasiti. Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama antara Kyoto Environmental Activities Association, Majlis Bandaraya Johor Bahru, IRDA dan Japan International Cooperation Agency. Setakat ini sudut lestari telah menarik lebih 12,000 pengunjung dan lebih daripada 70 sukarelawan.

4. Geran Komuniti Rendah Karbon Iskandar Puteri. Bermula sejak tahun 2021, Geran Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK) merupakan inisiatif yang diterajui oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri untuk menyokong projek komuniti yang menggalakkan gaya hidup rendah karbon dan pembangunan mampan. Geran IPRK terhasil dengan jalinan kerjasama MBIP dengan UTM, IRDA, JPNJ dan SWM Environment. Tahun ini merupakan tahun kelima penawaran geran IPRK yang sebanyak RM700,000.00 telah diluluskan. Setakat ini geran IPRK telah membiayai dan menjayakan lebih daripada 90 projek masyarakat rendah karbon di kawasan MBIP.

5. Green Accord Iniciative Award (GAIA). GAIA ialah anugerah berprestij di Iskandar Malaysia yang mengiktiraf pihak industri, komersial, perbadanan dan hak tanah individu atas usaha pemuliharaan alam sekitar melalui reka bentuk, perancangan, pengubahsuaian dan operasi yang mampan dalam persekitaran binaan. Menggunakan Sistem Penilaian CASBEE Iskandar, GAIA menilaikan impak projek secara menyeluruh termasuk kesan global terhadap alam sekitar. Sejak tahun 2016 sebanyak 30 anugerah telah diberikan dan program ini turut mendapat pengiktirafan antarabangsa dan bukan setakat lima (5) sahaja, banyak lagi program yang telah diusahakan ataupun dilaksanakan oleh pihak IRDA dan juga pihak PBT sendiri.

Terdapat beberapa inisiatif yang sedang diperhalusi sama ada dalam peringkat konsep atau kajian antara Secure Environment Economy Feasibility Study dan Green Investment Venue bertujuan menyokong pembangunan sektor ekonomi JS-SEZ. Manakala, inisiatif phase of diesel and petrol vehicle for government and public transport feed serta road out public EV charging station, dengan izin di Iskandar Malaysia sedang dilaksanakan secara berperingkat oleh sektor swasta, pemain industri dan pihak berkuasa tempatan di Iskandar Malaysia. Recarbonization in green mobility through battery as a service (BaaS) dengan izin, for wealth electric vehicle dan enhancing renewal energy efficient restoration project menarik minat pelbagai pihak. Sokongan dari aspek polisi dan insentif masih diperlukan bagi meluaskan penggunaan pengangkutan rendah karbon dan kecekapan tenaga. Sekian, terima kasih.

Speaker

Jemput Benut.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Tahniah kepada EXCO Alam Sekitar dan juga agensi-agensi yang terlibat dalam membangunkan ataupun menjayakan pelan induk masyarakat rendah karbon Iskandar Malaysia ini. Mungkin sebagai sedikit latar belakang kepada soalan kita iaitu negara kita ini menerima lebih RM364,000,000.00 Yang Berhormat Datuk Speaker dalam segi external assistance untuk menjayakan masyarakat rendah karbon.

Kalau ikut pelan national energy transition roadmap, kita perlu RM1.2 hingga RM1.3 trilion sehingga tahun 2050. Ini bererti bahawa kita perlukan sumber daripada negara-negara yang kaya. Contoh, Amerika. Tapi, malangnya macam Amerika, dia dah menarik diri daripada Paris Agreement pada 20 Januari 2025 melalui Executive Orders 14162 America tidak mahu lagi menyumbang kepada tujuan matlamat masyarakat rendah karbon.

Jadi, ini bererti bahawa kita tidak lagi boleh bergantung sangat dengan external resources. Terpaksa bergantung kepada sumber kewangan sendiri. Maka, pertanyaan saya daripada soalan yang dibangkitkan tadi telah disenaraikan program-program. Yang Berhormat kalau ada maklumat, kalau tidak, bolehkah kerajaan cuba utamakan program-program yang boleh mampu untuk menangani fenomena banjir dan juga kemarau, kerana masyarakat rendah karbon, pelan-pelannya adalah bertujuan untuk climate action plan, ada kaitnya. Jadi, sama ada kerajaan boleh memberi keutamaan kepada program-program yang dapat menyumbang kepada menangani fenomena banjir dan kemarau. Terima kasih.

Tuan Ling Tian SoonMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar · Yong Peng

Terima kasih di atas soalan tambahan YB Benut. Untuk maklumat Yang Berhormat Datuk Speaker dan juga Ahli-Ahli Yang Berhormat, seperti cadangan daripada YB Benut memang Kerajaan Negeri Johor telah menubuhkan Johor Green Council ataupun Jawatankuasa Hijau Negeri Johor. Dalam Jawatankuasa Hijau Negeri Johor ini termasuk beberapa jawatankuasa kecil untuk membincangkan beberapa perkara yang khas untuk mengenai isu perubahan iklim di antaranya, dan juga kita sedang mereka bentuk untuk polisi bagi impak perubahan iklim. Bukan begitu sahaja dan juga kita ada satu jawatankuasa untuk mengkaji polisi mengenai apa ini electronic vehicle. Dan juga kita apa ini jawatankuasa untuk mengkaji tentang apa ini polisi-polisi kehijauan untuk negeri Johor. Dan ini sebagai, apa ini hala tuju utama bagi jawatankuasa hijau tersebut. Sebelumnya kami bertindak dengan pelbagai jawatankuasa dan mulai daripada tahun ini kita telah mensatukan di bawah satu jawatankuasa, namanya

Jawatankuasa Hijau Negeri Johor dan juga dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri. Mudah-mudahan dalam masa terdekat ini kami akan melancarkan polisi-polisi baharu untuk mengenai apa ini kenderaan EV ataupun mengenai polisi perubahan iklim. Sekian, terima kasih.

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Senggarang.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor empat (4). Terima kasih.

Apakah langkah-langkah promosi dan penambahbaikan kemudahan yang telah dan akan dilaksanakan di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar seperti yang dinyatakan pada Belanjawan Johor 2025 bagi menarik lebih ramai pengunjung?

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Senggarang atas soalan yang ditanyakan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, merujuk kepada soalan yang dibangkitkan berhubung langkah-langkah promosi dan penambahbaikan kemudahan di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar. Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Warisan Johor telah dan sedang melaksanakan beberapa inisiatif berimpak tinggi bagi menjadi KWSAB sebagai pusat kebudayaan Johor dan juga pusat kecemerlangan, centre of excellence dengan izin, mempromosikan sejarah, warisan dan budaya negeri Johor.

Antara langkah-langkah promosi yang dilaksanakan di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar adalah melalui pengenalan pakej Let’s Visit KWSAB. Pakej ini menawarkan empat (4) lokasi tarikan utama iaitu:

1. Rumah Limas Johor yang menawarkan beberapa aktiviti seperti penerangan falsafah dan seni bina Rumah Limas Johor, keunikan resepi dan replika sajian warisan Johor, permainan tradisional, pemakaian busana Melayu asli, pengenalan aksesori hias dan jenis-jenis keemasan sanggul LOG atau local genius.

2. Galeri Seni Johor yang mempamerkan lukisan-lukisan anak seni kelahiran Johor dan menawarkan beberapa aktiviti hands on seperti tie and dye serta graffiti art iaitu teknik lorekan.

3. Galeri Tenun Johor yang merupakan bekas kediaman Tunku Fatimah, adinda Almarhum Sultan Sir Ibrahim dan kini dijadikan lokasi utama untuk mempamerkan tenunan Johor dan penghasilan serta menempatkan koleksi kain benang Johor.

4. Rumah Zapin Johor yang menjadi lokasi wajib henti para pengunjung untuk mengenali 15 variasi zapin johor serta berpeluang mempelajari lima (5) struktur asas tarian zapin Johor, taksim, les, ragam, kopak dan wainab.

Selain itu, Yayasan Warisan Johor melaksanakan jaringan kolaborasi strategik bersama sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan sekolah antarabangsa serta penglibatan dari institut pengajian tinggi awam dan swasta. Dalam pada masa itu, jabatan ini

juga turut melaksanakan jaringan kolaborasi bersama Persatuan Pemandu Pelancong Bandar dan Alam Semulajadi dan Persatuan Pemandu Pelancong Johor juga.

Hubungan baik antara Yayasan Warisan Johor bersama jabatan seperti Tourism Malaysia, Tourism Malaysia Wilayah Selatan, Johor Economic Tourism & Culture Office serta Pejabat Konsulat Indonesia juga sedikit sebanyak membantu mempromosikan Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar.

Pada tahun 2025, Yayasan Warisan Johor turut merancang untuk mengadakan kerjasama dengan agensi pelancongan seperti Group Independent Traveler, Free Independent Traveler dan MICE Traveler.

Antara usaha lain yang dilaksanakan oleh jabatan ini ialah promosi secara berterusan melalui kempen di media sosial berkenaan pengenalan kepada pakej Let’s Visit KWSAB yang turut dihasilkan dalam dwibahasa. Penghasilan video yang dipaparkan menerusi medium TikTok, Instagram, Facebook dan Youtube berjaya menarik minat pengunjung untuk terus berkunjung ke Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar.

Selain daripada itu, seiring dengan persiapan Tahun Melawat Johor 2026, Yayasan Warisan Johor bercadang untuk meningkatkan keterlihatan warisan Johor melalui platform digital berkaitan pelancongan termasuk Laman Web Ulasan dan Penarafan Rating Pelancongan seperti Tripadvisor, Google Reviews, Booking.Com, Traveloka dan Klook. Inisiatif ini tujuan untuk daya tarikan Johor sebagai destinasi budaya dan sejarah.

Manakala dari segi penambahbaikan kemudahannya, pihak Yayasan Warisan Johor akan melaksanakan penambahbaikan dari segi fasiliti serta kemudahan awam di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar. Kerja-kerja pembangunan fizikal Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar ini melibatkan anggaran kos sebanyak RM3.6 juta yang telah diluluskan oleh Pejabat Menteri Besar Johor. Projek tersebut melibatkan beberapa zon antaranya, satu kerja awalan, kedua Zon A iaitu Zon Tiba yang merangkumi tangga baharu Laman Sri Gelam, laluan mesra orang kelainan upaya, pagar perimeter dan hentian bas baharu.

Ketiga, ialah Zon E ialah Zon Komersial yang merangkumi Galeri Kulinari, Kedai Cenderahati dan medan selera, jalan masuk dan tempat letak kereta, menaik taraf surau, menaik taraf tandas, menaik taraf rumah sampah. Keempat, ialah komponen sistem yang merangkumi sistem audio luaran dan siar raya, sistem tiket dan turnstile dan papan tanda dan arca.

Kerajaan negeri melalui Yayasan Warisan Johor komited untuk memastikan Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar bukan sahaja menjadi simbol identiti sejarah negeri Johor tetapi juga sebagai pemangkin pelancongan budaya yang mampu menjana ekonomi setempat dan memupuk rasa cinta terhadap warisan bangsa. Pelaksanaan langkah-langkah ini diyakini mampu menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara selari dengan aspirasi Belanjawan Johor 2025, sekian.

Speaker

Ya, sila.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih juga kepada Yang Berhormat EXCO atas jawapan diberikan. Nak ucap terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat EXCO yang telah menghadiahkan kita semua kain tenun Johor sempena hari raya yang lepas. (Dewan bertepuk). Tahniah dan syabas juga kepada YB EXCO atas banyak penambahbaikan yang telah dibuat.

Soalan tambahan saya, Yang Berhormat Datuk Speaker, apakah perancangan Yayasan Warisan Johor dalam memartabatkan lagi seni budaya pelbagai bangsa dan kaum? Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Tuan Raven Kumar a/l KrishnasamyMIC · BNPengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya · Tenggaroh

Terima kasih Yang Berhormat Senggarang atas soalan tambahan, terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Yang Berhormat Datuk Speaker, Yayasan Warisan Johor dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Negeri Johor telah merangka perancangan untuk menitik beratkan penglibatan pelbagai bangsa dan kaum dalam usaha mempertabatkan seni budaya. Melalui Program Lestari Seni Budaya Johor, Yayasan Warisan Johor secara berterusan berusaha untuk memelihara, memulihara dan memartabatkan warisan seni ini. Ini diwujudkan melalui program pelatihan yang menyasarkan generasi muda, kelas-kelas asas seperti tari tradisional Melayu, fokus pada zapin, joget dan inang, musik tradisional Melayu, kompang dan maruas dan seni lakon olah tubuh vokal lakon, improvasi bukan sahaja memberikan kemahiran asas tetapi juga menanamkan kecintaan terhadap seni budaya sejak usia muda. Program ini menunjukkan impaknya dalam melahirkan generasi pewaris seni. Kemuncak program ini adalah Malam Gala Graduasi yang memberikan platform pada para pelajar untuk mempersembahkan hasil pembelajaran mereka sekali gus meningkatkan keyakinan diri dan aspirasi terhadap seni tradisional.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Yayasan Warisan Johor juga memberi penekanan kepada pembangunan kapasiti penggiat seni yang sedia ada melalui program pemantapan kejurulatihan. Bengkel asas koreografi tari tradisional Melayu bertujuan untuk melahirkan pelapis jurulatih tari zapin yang berkemahiran melibatkan pembantu jurulatih dan seluruh daerah Johor. Program ini memastikan kesinambungan ilmu dan kemahiran dalam tarian zapin. Selain itu, Bengkel Zapin Johor juga menyediakan platform pembelajaran yang lebih luas pada masyarakat, mempersiapkan mereka untuk pertandingan di peringkat daerah dan seterusnya ke Festival Zapin Rakyat Johor. Pelaksanaan bengkel yang berkala di setiap daerah memastikan penyebaran ilmu zapin secara merata. Festival Zapin Rakyat Johor juga pada tahun 2025 juga, merupakan antara acara utama yang menggabungkan perkongsian ilmu dan pertandingan zapin. Elemen perkongsian ilmu menawarkan pelbagai bengkel yang memperkenalkan aspek tari, muzik, sajian budaya Bangsa Johor seperti Bengkel Jahitan Tulang Belut, paper quilling, pengenalan zapin, penulisan sajak kebudayaan, penataan sanggul, pembuatan sanggul secara persendirian iaitu DIY, pemakaian samping, sajian warisan dan demonstrasi kraftangan.

Jelajah Lestari Zapin dengan kerjasama Tourism Malaysia juga memperluaskan lagi jangkaan ilmu zapin pada jurulatih dan kumpulan kebudayaan. Elemen pertandingan zapin pula diadakan dalam tiga fasa iaitu daerah, saringan atas talian dan akhir. Dengan pelbagai kategori umur dan badan termasuk kategori pelbagai etnik yang secara langsung memartabatkan seni budaya merentas kaum. Usaha mencatatkan rekod di Malaysia Book of Records melalui penyataan zapin di TikTok dan pemakaian pakaian tradisional dalam acara larian adalah inovasi untuk menarik minat masyarakat luar terutamanya generasi muda.

Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam aspek akademik Program Penyelidikan dan Akademik Pintar 2025 berperanan menghasilkan dokumentasi dan analisis mendalam mengenai seni budaya Johor. Melalui round table discussion, data penting dikumpulkan sebagai asas penyelidikan. Persidangan Budaya 2025 dengan tema Warisan Tidak Ketara Tiang Seri Diplomasi Budaya menjadi platform untuk perbincangan dan pertukaran ilmu di peringkat akademik. Pembentangan kertas kerja antarabangsa pula bertujuan untuk mendokumentasi inisiatif pelastrian budaya Johor di peringkat global. Usaha melayakkan seni budaya Johor juga diimplimentasikan di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar yang akan menjadi pusat persembahan budaya hujung minggu mulai 2026. Sejak awal perancangan dengan MKNJ, kami telah mereka bentuk program digazet untuk menampilkan pelbagai kaum. Selepas menemukannya gazet akan menampilkan persembahan pelbagai kaum pada setiap hujung minggu. Ini termasuk persembahan seperti gabungan Gendang Bangsa Johor, Gendang 24 Musim, Gendang Urumi serta pelbagai tarian tradisional orang Melayu, orang Cina, orang India seperti ‘tala natyam’ ‘kuchipudi’ ‘kolattam’ dan Cina sebagai tarian kipas, tarian bunga teratai dan lain-lain, sebelum diakhiri dengan keindahan tarian zapin Johor dan joget lambak. Kami telah mengadakan perbincangan bekerjasama dengan persatuan-persatuan budaya berasaskan kaum India dan Cina untuk menjayakan inisiatif ini. Inisiatif ini juga diperluaskan ke daerah-daerah melalui Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan badan gabungannya. Dengan program seperti kelas asas seni warisan, bengkel pertandingan, persembahan hujung minggu dan karnival. Kerjasama dengan Majlis Perbandaran Pengerang dan Desaru Coast juga bertujuan mempromosikan seni budaya kepada pelancong, memberikan impak ekonomi pada sektor ini.

Akhir sekali, kerjasama dengan Tourism Johor melalui Jelajah Lestari Zapin dan penglibatan Jabatan Warisan Negara dalam mencalonkan Zapin Johor ke UNESCO menunjukkan komitmen Yayasan Warisan Johor untuk mengangkat warisan seni Johor ke peringkat nasional dan Internasional sekali gus memperkukuh perpaduan melalui kesenian menjelang Tahun Melawat Johor 2026. Terima kasih.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Penawar.

Puan Fauziah binti MisriUMNO · BNPenawar

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Penawar nombor lima (5).

Apakah hala tuju kerajaan negeri dalam meperkukuhkan ekonomi luar bandar melalui inisiatif perusahaan kecil?

Tuan Mohd Hairi bin Mad ShahUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Larkin

Bismillahirrahmaanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Maju Johor. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat DUN Penawar. Kerajaan memainkan peranan penting dalam merangsang pertumbuhan ekonomi luar bandar melalui pelbagai inisiatif yang menyokong perusahaan kecil dalam usaha memperkukuhkan ekonomi komuniti luar bandar, pelbagai program bantuan dan insentif telah dilaksanakan bagi meningkatkan daya saing, produktiviti dan kemampanan perniagaan tempatan. Pendekatan strategik ini bukan sahaja membantu meningkatkan pendapatan penduduk, malah terus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri secara keseluruhan. Pelan Pembangunan Mampan Johor atau PPMJ 2030, mampan ekonomi merujuk kepada pembangunan ekonomi yang dinamik, berterusan, lestari dan menyeluruh merangkumi setiap wilayah, daerah, bandar dan desa di seluruh negeri. Pendekatan ini

menekankan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan inklusif agar manfaat pembangunan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira lokasi.

Dalam konteks pembangunan luar bandar, kerajaan negeri memberi tumpuan kepada pembangunan yang komprehensif dengan menitik beratkan dua strategi utama iaitu penyediaan prasarana asas yang lengkap termasuk kemudahan jalan raya, bekalan air dan letrik, capaian internet, kesihatan dan pendidikan bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk luar bandar.

Yang kedua, pemerkasaan ekonomi desa yang berdaya saing, iaitu melalui pembangunan sektor-sektor seperti pertanian moden, perusahaan kecil dan sederhana serta agro pelancongan dengan sokongan teknologi dan inovasi. Usaha-usaha ini bertujuan untuk mengurangkan kadar migrasi penduduk luar bandar ke bandar, dengan menjadikan kawasan desa sebagai tempat yang menarik untuk didiami dan menjalankan aktiviti ekonomi. Pendekatan ini turut menyumbang kepada keseimbangan pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar sejajar dengan matlamat pembangunan mampan negeri Johor. Bagi memperkukuhkan ekonomi luar bandar, kerajaan melalui pelbagai agensi berkaitan, memainkan peranan penting dalam menggembleng pelbagai pelaksanaan inisiatif terutamanya dalam aspek pemerkasaan aktiviti keusahawanan. Pendekatan ini dilihat mampu meningkatkan pendapatan penduduk, mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi tempatan secara mampan. Pemerkasaan ekonomi luar bandar turut dirancakkan menerusi agensi-agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui latihan dan bimbingan keusahawanan seperti Rural Business Challenge (RBC), pembiayaan dan geran seperti Program Peningkatan Pendapatan (PPP), Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dan Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB). Pemerkasaan infrastruktur sokongan melalui pembinaan dan penambahbaikan pusat inkubator atau ruang niaga termasuk gerai desa dan kemudahan perniagaan mikro.

Banyak jabatan dan agensi kerajaan sama ada kerajaan persekutuan atau negeri yang menawarkan pelbagai inisiatif yang boleh dimanfaatkan oleh para usahawan luar bandar bagi memerkasakan lagi aktiviti ekonomi mereka. Melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) misalnya, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti Skim Pembiayaan Perniagaan, sewaan premis perniagaan, serta Skim Kemudahan Latihan dan Geran Pembangunan Keusahawanan kepada para usahawan bumiputera. Setakat bulan April 2025, MARA Negeri Johor telah meluluskan permohonan usahawan sebanyak RM10,787,000.00 kepada 102 penerima dalam kalangan usahawan Bumiputera iaitu sekitar 35% daripada jumlah peruntukan sebenar iaitu RM31,372,000.00 pada tahun ini. Manakala pada tahun 2024, MARA telah meluluskan pembiayaan perniagaan berjumlah RM30,541,440.00 melibatkan seramai 304 penerima kemudahan di negeri Johor. Melalui suntikan modal pembiayaan perniagaan, usahawan-usawahan yang menerima kemudahan dapat meningkatkan jualan sehingga 30%. Selain daripada bantuan tanam semula getah, RISDA turut memberi bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) kepada keluarga pekebun kecil RISDA iaitu ketua isi rumah dan ahli isi rumah yang berminat untuk memulakan perusahaan dan juga yang berminat untuk mengembangkan perusahaan dan perniagaan sedia ada dengan memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh RISDA.

Antara bantuan yang diberikan ialah Skim Insentif Start Up individu sebanyak RM10,000.00, Skim Insentif Start Up Intergrator RM20,000.00 dan Skim Insentif Nano RM20,000.00. Pihak RISDA juga menyediakan bantuan kepada usahawan pekebun kecil RISDA yang perusahaannya terjejas oleh bencana dengan penyediaan Skim Insentif Restart sebanyak RM3,000.00. Di samping itu, pihak RISDA juga turut memberi bantuan kepada usahawan pekebun kecil RISDA yang ingin menggembangkan perusahaan mereka dengan memberi bantuan dari aspek pembungkusan dan pelabelan sebanyak RM10,000.00 setiap usahawan. Pensijilan halal RM20,000.00 setiap syarikat dan Groom Big RM50,000.00 bagi keluarga pekebun kecil.

Kerajaan menerusi JAKOA juga menyediakan bantuan sebanyak RM120,000.00 untuk tahun 2025 bagi membiayai bantuan peralatan kepada 14 orang usahawan masyarakat Orang Asli seluruh negeri Johor. Selain daripada bantuan tersebut, JAKOA juga menyediakan platform pemasaran bagi membantu usahawan-usahawan ini memasarkan produk mereka ke pasaran yang lebih luas. Antaranya menerusi Karnival Usahawan Orang Asli (KUOA). Selain itu, Pejabat Permodalan Negeri Johor juga menerusi Program Sejahtera Komuniti atau singkatannya dikenali sebagai Sejati MADANI bertujuan untuk memperkasa aktiviti ekonomi komuniti dengan membuka peluang pekerjaan baharu serta peluang peningkatan pendapatan setempat dan seterusnya dapat mengangkat martabat ekonomi komoditi.

Sehingga 30 April 2025, saya ingin melaporkan sebanyak 819 permohonan projek ekonomi telah diluluskan melibatkan peruntukan sebanyak RM76.9 juta. Antara program yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam memperkukuhkan ekonomi luar bandar termasuklah pelbagai inisiatif yang digerakkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bersama penduduk setempat. Sebagai contoh, JPKK Kampung Tengah Kluang melaksanakan projek pertanian hidroponik sayur-sayuran yang memberi peluang kepada penduduk untuk menjana pendapatan secara berterusan. Di Kampung Palembang Baru Kluang pula penghasilan produk hiliran kacang seperti tempe dengan sasaran pasaran sekitar daerah Kluang. Sementara JPKK Kampung Seri Lukut menjalankan projek hidro pelancongan dengan menyediakan kemudahan tapak perkhemahan, aktiviti kenderaan lasak atau ATV serta pelbagai program menarik bagi menarik kehadiran pelancong tempatan. Selanjutnya melalui FELCRA pelbagai usaha telah dilaksanakan bukan sahaja untuk memajukan ladang milik peserta milik luar bandar, tetapi juga dalam menyokong usahawan desa. FELCRA turut menyediakan program bantuan dalam bentuk geran yang diperolehi daripada sumber kerajaan dan syarikat swasta bagi memperkasa ekonomi luar bandar. Bagi tahun 2025 beberapa program utama telah diperkenalkan program premis perniagaan yang melibatkan dua (2) penerima manfaat dengan jumlah peruntukan sebanyak RM94,700.00. Program industri desa yang melibatkan 45 penerima manfaat dengan peruntukan berjumlah RM20,000.00, dan Program Skim Pengukuhan Usahawan Luar Bandar yang memberi manfaat kepada 11 usahawan luar bandar dengan peruntukan sebanyak RM66,000.00.

Pelaksanaan program-program ini secara langsung menyokong pengukuhan ekonomi luar bandar melalui pemberdayaan perusahaan kecil serta meningkat peluang keusahawanan kepada penduduk setempat. Selain itu, program memperkasa pembangunan industri asas tani di bawah Jabatan Pertanian negeri Johor. Kerajaan telah memperuntukkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta pada tahun 2025 bagi memperkasa lebih 100 usahawan IAP yang mana sebahagian besarnya dalam kalangan penduduk luar bandar. Ia meliputi bantuan dari

segi menaiktaraf bengkel pemproses makanan, peralatan atau mesin pemprosesan, pembungkusan dan promosi produk. Pihak KEJORA juga berperanan dalam membangunkan ekonomi luar bandar menerusi sokongan dan galakan kepada usahawan tempatan untuk mengembangkan perusahaan mereka. Pada tahun 2025 ini sebanyak RM5.25 juta telah diperuntukkan oleh KKDW kepada KEJORA bagi melaksanakan projek-projek pembangunan premis usahawan IKS. Selain itu, kerajaan kini memberi tumpuan kepada TVET atau pendidikan dan latihan teknologi dan vokasional yang mana turut memainkan peranan yang sangat penting dalam memperkasa ekonomi luar bandar. Ia bukan sekadar menyediakan kemahiran malah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi tempatan melalui peningkatan daya saing tenaga kerja dan pembangunan industri desa. Contoh TVET yang sesuai untuk penduduk luar bandar adalah seperti pertanian moden dan agro teknologi, pemprosesan makanan dan industri asas tani, pembinaan, kimpalan dan mekanikal, ICT dan keusahawan digital. Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai jabatan dan agensi kerajaan daripada peringkat negeri mahu pun persekutuan yang menyediakan pelbagai inisiatif bantuan geran dan sokongan untuk memperkasa ekonomi luar bandar. Yang Berhormat Datuk Speaker, selain di bawah KKDW, saya nak maklumkan Perbadanan Usahawan Johor Berhad (PUJB) dan Majlis Agama Islam (MAIJ) juga turut menyediakan peluang-peluang untuk mereka yang bergiat dalam industri luar bandar. Kerajaan negeri memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan ekonomi luar bandar dengan pendekatan holistik, inklusif dan mesra rakyat. Usaha ini penting bagi mengurangkan jurang pembangunan luar bandar dan bandar serta menjamin kemakmuran dan ekonomi secara keseluruhan. Terima kasih.

Speaker

Sila.

Puan Fauziah binti MisriUMNO · BNPenawar

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang begitu panjang lebar. Soalan tambahan saya Yang Berhormat EXCO, kebanyakan usahawan kecil atau peniaga kecil-kecilan di kawasan luar bandar tiada pensijilan SSM. Apakah cadangan atau saranan kerajaan untuk perkara ini? Terima kasih.

Tuan Mohd Hairi bin Mad ShahUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Larkin

Yang Berhormat Datuk Speaker saya dah jawab panjang lebar soalan-soalan tambahan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Penawar. Dan soalan ini Yang Berhormat Datuk Speaker yang baik bagi renungan dan bagi perhatian Ahli-Ahli Yang Berhormat. Memang ramai usahawan-usahawan kecil kita yang tidak mempunyai Sijil SSM atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ia satu perkara yang sepatutnya dititikberatkan kerana memiliki SSM bukan sahaja memberikan pengiktirafan sah kepada peniaga kecil, tetapi juga sebenarnya, mereka tidak berpeluang mengembangkan perniagaan mereka. Yang Berhormat Datuk Speaker, kalau boleh saya menyatakan secara ringkas kelebihan mereka yang mempunyai sijil SSM ini:-1. Perniagaan diiktiraf secara sah oleh semua pihak. 2. Bagi meningkatkan kepercayaan pelanggan dan juga rakan niaga. Kalau kita berniaga dengan agen atau pembekal tanpa mempunyai SSM, saya bimbang pembekal tidak memberi kepercayaan kepada peniaga-peniaga kita. 3. Yang Berhormat Datuk Speaker, dengan mempunyai SSM ini memberi peluang usahawan-usahawan kita khasnya usahawan kecil untuk mengembangkan perniagaan

terutama apabila mereka nak memohon geran insentif atau pinjaman sama ada melalui agensi kerajaan mahu pun bank. Dan ia memberi peluang juga kepada mereka yang mempunyai SSM ini untuk membuka akaun syarikat dengan lebih mudah. Jadi itu penjelasan saya Yang Berhormat Datuk

Speaker. Terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, oleh kerana Yang Berhormat Bukit Pasir tidak dapat bersama jadi kita akan pergi kepada soalan seterusnya. Sebenarnya soalan nombor enam (6) pada saya cukup penting. Dan saya boleh bertolak ansur jika sekiranya ada EXCO lain boleh tolong bacakan jawapan, sebab perlu masuk dalam handsard sebab isu jalan berlubang ni adalah isu besar sebenarnya. Lagipun saya ni memang pakar jalan berlubang ya. Tapi tak apalah ya. Tapi lain kali Ahli-Ahli Yang Berhormat saya benarkan jika sekiranya EXCO boleh wakil bacakan jawapan terutama soalan-soalan penting seperti ini. Sebab pada saya cukup penting untuk masuk dalam handsard dewan. Oleh saya jemput Yang Berhormat Panti.

Yang Berhormat Datuk Speaker soalan nombor tujuh (7). Apakah dasar atau inisiatif baru yang akan diperkenalkan bagi memperkasa sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menghadapai ketidaktentuan perdagangan global akibat trade war?

Tuan Mohd Hairi bin Mad ShahUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Larkin

Bismillahirahmaanirrahim. Terima kasih kepada Yang Berhormat Panti, memberikan soalan yang cukup cakna. Yang Berhormat Datuk Speaker, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Panti, di atas terus cakna dan mengambil berat terhadap nasib-nasib sahabat-sahabat usahawan dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana, PKS yang juga terkesan akibat ketidaktentuan perdagangan global akibat trade war, dengan izin dan juga pengumuman tarif oleh negara Amerika Syarikat. Untuk makluman Yang Berhormat Panti dan seluruh Ahli Dewan yang mulia ini, kerajaan negeri Johor sememangnya sentiasa ambil maklum dan juga mengambil tindakan awal bagi mendepani situasi ini. Antara perancangan dan juga yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri menerusi Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPEN), Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) dan juga agensi-agensi keusahawanan di bawah kendalian atau pun seliaan Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor (MPUNJ) yang merangkumi beberapa rangka awal iaitu:-Pertama ialah promosi produk usahawan Johor dalam inisiatif ini dilaksanakan oleh PUJB yang bertujuan membantu para usahawan di negeri ini bagi mempromosi produk-produk mereka ke pasaran yang lebih meluas. Produk-produk ini juga akan diperkenalkan dan dijadikan sebagai bahan utama di dalam cenderahati untuk majlis-majlis rasmi kerajaan mahu pun program-program yang melibatkan akitiviti-aktiviti promosi produk-produk yang datangnya daripada negeri Johor di peringkat persekutuan mahu pun antarabangsa. Pelaksanaan inisiatif ini juga dilihat sedikit sebanyak dapat membantu meningkat daya saing usahawan agar kembali aktif menjalankan operasi perniagaan dan seterusnya

meningkatkan hasil pendapatan menerusi penyertaan-penyertaan usahawan bimbingan PUJB di ekspo luar negara seperti MIHAS dan Malaysia Fest di Singapura. Keduanya juga, rangka awal iaitu SME Go Global, yang mana program SME Go Global merupakan inisiatif kerajaan Malaysia melalui SMECorp yang memberikan tumpuan kepada pengantarabangsaan PKS tempatan teruama syarikat-syarikat industri pertumbuhan tinggi bagi membantu mereka berkembang ke pasaran global. Program ini juga disasarkan kepada syarikat yang bersedia untuk mengeksport dan juga syarikat pengekspot sedia ada yang berpotensi untuk meneroka pasaran baru. Inisiatif yang disediakan itu juga di bawah program adalah dalam bentuk bantuan kewangan untuk membiayai aktiviti pengantarabangsaan. Selain itu SMECorp Malaysia juga menyediakan peluang pasaran ke pasaraya-pasaraya menerusi Program Padanan Perniagaan. Ketiganya, bantuan atau pun program yang kita jalankan iaitu Gate To Global. Program Gate To Global ataupun nama singkatannya GTG yang telah dilaksanakan oleh Majlis Amanah Rakyat Rakyat (MARA) sejak tahun 2017 lagi, terbukti berjaya membantu usahawan bumiputera untuk menembusi pasaran global dengan jaya serta cemerlangnya. Program berkenaan bertujuan untuk meningkatkan usahawan dalam aspek pembangunan produk, pengukuhan penjenamaan dan juga pemasaran strategik, yang dapat membawa produk tempatan ke pasaran dunia, insya-Allah. Usaha GTG juga termasuklah membawa usahawan-usahawan di bawah MARA itu sendiri untuk menyertai pelbagai acara antarabangsa seperti Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) yang dianjurkan setiap tahun bermula pada tahun 2004 lagi. Program GTG dijangka dapat membantu untuk meningkatkan kapasiti dan juga keupayaan syarikat bumiputera dalam menembusi pasaran antarabangsa dengan bantuan pembangunan produk dan juga penjenamaan daripada Giatmara itu sendiri. Semua usahawan yang terbabit dengan program GTG itu sudah pun melalui fasa-fasa latihan dan juga fasa bimbingan yang mempersiapkan mereka dengan status export ready. Selain itu juga dinyatakan atas usaha akan diberikan bantuan dari segi pengembangan akses pasaran antarabangsa daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Menerusi MATRADE juga digital earning dengan izin, yang merupakan website dan carian bagi memberikan panduan dan juga maklumat untuk menembusi pasaran luar negara dan pengantarabangsaan. Sekian itu sahaja. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Sila Panti.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang diberikan tadi. Yang Berhormat Datuk Speaker bila kita bercakap pasal trade war ni kita akan dapat melihat kesan dia khususnya kepada sumber bahan mentah yang diimport ya. Contohnya dia akan memberikan kesan kepada industri ringan, F&B dan tekstil sebab banyak kita import daripada Amerika dan sebagainya. Saya saya nak bertanya kepada kerajaan tentang apakah mungkin usaha yang dilakukan untuk bantu PKS ni, untuk apa beralih kepada pengeluaran yang berasaskan kepada sumber tempatan berbanding semua bahan mentah yang diimport ini. Terima kasih.

Tuan Mohd Hairi bin Mad ShahUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Larkin

Terima kasih Yang Berhormat Panti. Satu soalan yang cukup baik. Untuk merangka satu rantaian yang baru dan untuk makluman Yang Berhormat Datuk Speaker

dan juga Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini. Satu soalan yang dikemukakan berkaitan usaha untk kita galakkan terhadap pemerkasaan rantaian dan bekalan buat sahabat-sahabat kita sebagai usahawan, perusahan kecil dan juga sederhana (PKS) di Johor ini.

Untuk makluman Yang Berhormat Panti, kerajaan negeri telah melaksanakan satu program yang dinamakan Program Pembangunan Rantaian dan Bekalan bagi menggalakkan kerjasama antara pelabur asing dan juga PKS tempatan melalui kontrak-kontrak pembekalan dan juga sub kontrak khususnya dalam sektor penbuatan elektronik dan juga automatif. Inisiatif seperti Iskandar Malaysia, SME Business Outlook digunakan sebagai platform business matching dengan izin, untuk mempertemukan pelabur dan juga PKS dengan matlamat memperkukuhkan keupayaan tempatan dan juga menarik pelabur-pelabur asing serta menunjukkan ekonomi negeri Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kerajaan negeri menyedari bahawa PKS memainkan peranan penting dalam ekosistem pelaburan terutamanya dalam menyokong pertumbuhan pelabur asing dan juga dalam sektor strategik seperti pembuatan elektronik dan juga automatif. Justeru itu, pelbagai pihak dan juga inisiatif kewangan telah diperkenalkan bagi memperkukuhkan daya saing ataupun kelangsungan PKS dalam rantaian nilai global. Antaranya, agensi-agensi yang boleh dikongsikan dan saya sebutkan seperti TEKUN Nasional, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan juga SME Corporation Malaysia (SME Corp) yang menawarkan dana-dana khas, pembiayaan mikro, geran padanan, subsidi latihan dan juga pelaburan strategik kepada PKS yang berpotensi untuk beralih ke satu rantaian yang baru. Di samping itu, kerajaan negeri turut melaksanakan Program BR Johor Niaga sejak tahun 2023 lagi. Usahasama ini bersama dengan Bank Rakyat dan kerajaan negeri johor yang menyediakan subsidi pembiayaan usahawan-usahawan bagi membantu PKS bagi mengembangkan operasi-operasi mereka bagi memenuhi keperluan teknikal pelabur-pelabur yang datang ke negeri Johor.

Inisiatif-inisiatif ini diyakini juga mampu menyokong sedikit sebanyak pertumbuhan ekonomi Johor melalui pengkukuhan rantaian bekalan tempatan dan juga menjadikan Johor sebagai destinasi pelaburan pilihan di rantau ini. Insya-Allah. Sekian, Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih.

Speaker

Ya, saya jemput Parit Yaani.

Datuk Mohamad Najib bin SamuriUMNO · BNParit Yaani

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih, syabas dan tahniah kepada YB EXCO atas pencerahan berkenaan banyak inisiatif ataupun program-program untuk usahawan belia ini. Selama ini pun kita tahu belia-belia ataupun Orang Muda di negeri Johor ini sentiasa mendapat peluang dan ruang daripada kerajaan negeri Johor. Cumanya soalan tambahan saya adakah kerajaan negeri Johor berusaha untuk memantau bagi memastikan usahawan belia ini dapat maintain ataupun sustain, kekal dalam usahawan perniagaan. Terima kasih.

Tuan Mohd Hairi bin Mad ShahUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Larkin

Terima kasih Yang Berhormat Parit Yaani. Yang Berhormat Datuk Speaker, Ahli-Ahli Dewan yang mulia, kerajaan negeri Johor sentiasa cakna dan melihat belia adalah satu aset mendatang. Apatah lagi aset ini harus diperkasakan. Bila menyentuh soal usahawan Orang Muda ini, untuk maklumat Parit Yaani, sebanyak 1,004 orang usahawan muda, di bawah 40 tahun yang menerima bantuan kerajaan PUJB sejak tahun 2022 .Iaitu

pecahannya pada tahun 2022 sebanyak 291 orang, tahun 2023 seramai 411 orang dan pada tahun lepas, 2024 sebanyak 302 orang dan jumlah keseluruhan sebanyak 1,004 orang muda yang telah pun kerajaan membantu untuk menggalakkan dan pengembangan usahawan-usahawan Orang Muda. Dan, saya menyeru kepada seluruh usahawan-usahawan muda sepertimana yang dilontarkan oleh ataupun jawapan daripada EXCO Pertanian tadi berkaitan dengan SSM. Rata-rata bukan kerajaan tidak mahu membantu, malah lebih ramai lagi usahawan-usahawan di luar sana yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Pelesenan Malaysia ataupun SSM. So saya menyeru agar kita sebagai front line kepada usahawan-usahawan, berikan nasihat-nasihat yang mana Johor mempunyai satu kemudahan dipanggil PUJB untuk menjadi pemudah cara kepada semua usahawan-usahawan yang mana PUJB itu mengendalikan 49 agensi, MPUNJ untuk membantu menyelaraskan segala permasalahan ataupun apa-apa aduan yang timbul bagi kita membantu usahawan-usahawan muda. Insya-Allah, segala pandangan dan nasihat daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat, Larkin ataupun sebagai EXCO yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal usahawan akan membaiki apa sahaja bagi keperluan usahawan-usahawan di bawah sana. Sekian, terima kasih.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Senai.

Tuan Wong Bor YangDAP · PHSenai

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Soalan saya nombor lapan (8).

Kes seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut selepas teringgal lebih empat jam di dalam sebuah van sekolah telah berlaku baru-baru ini. Apakah garis panduan atau Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan untuk memastikan tragedi sebegini tidak berulang lagi?

Tuan Aznan bin TaminUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan · Tanjung Surat

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Maju Johor. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Senai atas soalan berkenaan dengan tular yang sebelum ini iaitu kes seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut selepas tertinggal lebih empat jam dalam sebuah van dan apakah garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan untuk memastikan tragedi ini tidak berulang lagi?

Yang Berhormat Datuk Speaker, kerajaan negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Agensi Pengangkutan Awam Darat telah menetapkan beberapa garis panduan dan prosedur SOP untuk memastikan keselamatan kanak-kanak semasa menggunakan perkhidmatan van sekolah bagi mengelakkan tragedi sebegini tidak berulang lagi. Berikut adalah beberapa langkah utama dan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh semua pengendali bas dan van sekolah.

1. Pengurusan Pemandu dan Pengiring. Semua pemandu bas dan van sekolah yang berlesen mesti menjalani latihan khas mengenai keselamatan kanak-kanak. Keselamatan jalan raya dan prosedur pertolongan cemas. Mereka juga perlu mendapatkan sijil kesihatan yang sah dan ujian psikologi untuk memastikan kesediaan mental dan fizikal. Van sekolah yang membawa lebih daripada 10 kanak-kanak mestilah mempunyai seorang pengiring. Pengiring ini bertanggungjawab dalam memastikan semua kanak-kanak yang berada

di dalam van dan memastikan mereka berada dalam keadaan yang selamat sepanjang perjalanan.

2. Lesen pemeriksaan dan penyelenggaraan kenderaan. Pengendali berlesen hendaklah memberi perkhidmatan dari tempat permulaan perjalanan sehingga ke destinasi yang telah dipersetujui dengan kenderaan yang sama. Van atau bas sekolah mestilah menjalani pemeriksaan berkala dan penyelenggaraan untuk memastikan ia berada dalam keadaan selamat dan layak beroperasi. Pemandu perlu memastikan semua peralatan keselamatan seperti tali pinggang keledar berfungsi dengan baik dan selamat digunakan.

3. Pemantauan keselamatan terhadap kanak-kanak. Pengendali berlesen hendaklah memastikan pelajar yang naik dan turun daripada kenderaan mereka berada di kedudukan yang selamat sebelum kenderaan bergerak. Beberapa van sekolah kini dilengkapi dengan sistem penggera yang akan memberi amaran kepada pemandu atau pengiring sekiranya ada kanak-kanak tertinggal di dalam van setelah tiba di destinasi. Sistem ini akan mengesan kehadiran penumpang dan mengeluarkan bunyi atau notifikasi jika ada yang tertinggal. Sebelum mengunci pintu van, pemandu dan pengiring seharusnya melakukan pemeriksaan terakhir untuk memastikan tiada kanak-kanak tertinggal di dalam van sebaik sahaja tiba di sebuah sekolah atau rumah. Mereka juga perlu memeriksa tempat duduk untuk memastikan semua kanak-kanak sudah turun.

4. Rekod kehadiran pemantauan kanak-kanak. Rekod kehadiran kanak-kanak perlu dilakukan semasa menaiki dan turun dari van. Pengendali berlesen hendaklah membuat pemakluman kepada ibu bapa, penjaga atau sekolah sekiranya berlaku pembatalan atau perubahan waktu mengambil pelajar selewat-lewatnya satu (1) jam sebelum pembatalan atau waktu perubahan. Pemandu dan pengiring harus mempunyai sistem komunikasi dua hala dan boleh berhubung dengan pihak sekolah atau ibu bapa jika perlu sebarang isu.

5. Sistem pengawasan CCTV juga atau aplikasi pemantauan dalam masa yang nyata juga sangat digalakkan. Jika berlaku kecemasan, sekiranya berlaku kecemasan seperti kes tertinggal di dalam van, pihak sekolah, pengusaha van dan ibu bapa perlu mempunyai prosedur yang jelas untuk mengambil tindakan dengan segera. Ini termasuk menghubungi Pihak Berkuasa Tempatan dan pasukan kecemasan serta memberitahu ibu bapa dan penjaga. Setiap kejadian atau insiden keselamatan yang berlaku di dalam van sekolah mesti dilaporkan dengan segera kepada Pihak Berkuasa yang berkenaan seperti JPJ dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor mahupun Pejabat Pendidikan Daerah.

6. Latihan dan kesedaran. Pemandu dan pengiring van sekolah perlu menjalani latihan berkaitan keselamatan jalan raya dan pertolongan cemas. Pihak sekolah dan ibu bapa serta penjaga perlu diberi taklimat mengenai tanggungjawab mereka dalam memastikan keselamatan anak-anak semasa menggunakan perkhidmatan van sekolah.

Dan terakhir ini adalah semua tanggungjawab bersama. Kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa dan pengusaha van sekolah amat penting dalam memastikan keselamatan kanak-kanak. Semua pihak perlu peka terhadap risiko dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian ini tidak diingini akan berlaku lagi. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya, sila.

Tuan Wong Bor YangDAP · PHSenai

Terima kasih saya ucapkan kepada YB EXCO yang memberikan jawapan berkaitan dengan soalan saya. Soalan tambahan saya yang berkaitan dengan SOP yang dipaparkan di skrin ini banyak yang berkaitan dengan pengendali bas dan van sekolah. Tapi, Senai di sini ingin fokuskan berkaitan dengan tanggungjawab ataupun SOP yang perlu ditetapkan terhadap pihak sekolah ataupun pihak pra sekolah. Sebab kita boleh tahu di bawah tragedi yang berlaku ini, sebenarnya anak-anak telah dihantar ke pra sekolah tersebut tetapi pra sekolah tersebut tidak dimasukkan dalam sekolah dan juga dalam rekod kehadiran anak-anak ini pun tidak didapati. Jadi, soalan saya dan cadangan Senai adalah, adakah kerajaan boleh mempertimbangkan, mewujudkan satu kajian ataupun menggunakan satu sistem pengurusan maklumat kehadiran sekolah ataupun pra sekolah secara atas talian supaya ibu bapa dan penjaga anak boleh tahu mengesankan status kehadiran pelajar belajar ataupun anak-anak mereka. Sekian, terima kasih.

Tuan Aznan bin TaminUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan · Tanjung Surat

Terima kasih kepada Yang Berhormat Senai di atas soalan tambahan itu tadi dan cadangan yang baik. Seperti yang saya sebut di peringkat SOP yang keempat di mana rekod kehadiran dan pemantauan kanak-kanak ini harus diperkasakan. Dalam masa yang sama di pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor kita betul, kita hanya berkhidmat kepada jabatan apa, sekolah-sekolah yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor, namun di peringkat Kerajaan Negeri Johor kita telah menyelaras untuk memastikan bahawa satu sistem seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat untuk diberikan kepada semua sekolah-sekolah demi memastikan keselamatan anak-anak, kanak-kanak yang belajar ini dapat dipantau bukan sahaja ketika perjalanan, sepanjang masa mereka berada di sekolah akan dipantau oleh pihak sekolah itu. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat…

Yang Berhormat Datuk Speaker...

Speaker

Ada soalan tambahan ke?

Speaker

Soalan tambahan Yang Berhormat?

Speaker

Ya?

Dah tutup ke atau soalan tambahan ni?

Speaker

Soalan tambahan ke?

Oh bukan, saya minta maaf Speaker.

Speaker

Yang Berhormat nak cakap apa?

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, ya, saya ada nak cakap sikit tentang apa yang, soalan-soalan yang kita bangkitkan tetapi tidak mendapat jawapan daripada EXCO. Kalau saya boleh rujuk kepada Peraturan, Peraturan Tetap Bilangan 26 (4), yang mana kalau saya boleh baca dengan izin, Yang Berhormat Datuk Speaker ya.

“Jika Ahli yang berhak menerima jawapan mulut itu tiada bangun dan mendatangkan soalannya, maka bolehlah sebarang ahli yang lain mendatangkan soalan itu sebagai soalannya sendiri dan bangun di tempatnya dan mendatangkan soalan itu mengikut kaedah yang disebut di atas ini”.

Dan mengikut Peraturan Tetap Bilangan 26(2), mohon maaf Yang Berhormat Datuk Speaker, Peraturan Tetap Bilangan 27(2), “jawapan-jawapan kepada soalan-soalan ditandakan “jawab mulut” itu, boleh dibaca dan dalam perkara demikian dan satu salinan jawab yang bertulis hendaklah dengan serta-merta diserahkan kepada Jurutulis Dewan Negeri”.

Jadi oleh kerana, soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Dewan Negeri Yang Berhormat Datuk Speaker, amat penting, saya mohon jasa baik selepas ini daripada EXCO kerajaan negeri Johor untuk mematuhi Peraturan Tetap Bilangan 26(4) dan Peraturan Tetap Bilangan 27(2). Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum dijawab secara lisan, akan dijawab secara bertulis dalam persidangan yang sama. Persidangan ditangguhkan selama 20 minit.

Persidangan ditangguhkan pada jam 11:00 pagi.

Persidangan bersambung semula pada jam 11:20 pagi.

Sambungan Perbahasan Atas Rundingan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.Address / budget

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, hari ini adalah, hari terakhir untuk Ahli-Ahli Yang Berhormat berbahas atas Rundingan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor. Esok hari Jumaat, 23 Mei 2025 kita akan mendengar penggulungan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa dan seterusnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor akan membuat penggulungan pada hari Isnin, 26 Mei 2025 atas perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat, persidangan disambung sekarang. Dijemput, Yang Berhormat Pekan Nanas.

Tuan Tan Eng MengMCA · BNPekan Nanas

Selamat pagi, salam sejahtera dan salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih di atas ruang dan peluang untuk Pekan Nanas untuk berbahas pada pagi ini. Terlebih dahulu, ingin merafakkan setinggi-tinggi sembah menjunjung kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor atas limpah perkenan mencemar duli merasmikan Pembukaan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri yang Ke-15 pada 16 Mei yang lepas. Sesungguhnya titah Baginda tersebut bukan sahaja sarat dengan kebijaksanaan malah menjadi panduan penting kepada kita semua dalam menelurusi agenda pembangunan negeri Johor ke hadapan. Titah tersebut memperlihatkan keprihatinan yang mendalam Baginda terhadap isu-isu utama nelayan khususnya dalam aspek ekonomi, pendidikan, kesejahteraan sosial, kelestarian alam sekitar dan tadbir urus yang berintegriti. Kita percaya titah ini bukan sekadar satu peningkatan, tapi juga satu pengiktirafan agar kita agar sebagai Ahli Dewan yang diberi amanah terus bekerja dan berkhidmat demi kepentingan seluruh rakyat negeri Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum saya menyentuh perkara khusus, izinkan saya terlebih dahulu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan negeri Johor di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi yang telah menunjukkan yang profesional, tegas, berpandangan jauh dan mengemudi hala tuju pembangunan negeri. Pelbagai inisiatif dan dasar telah dilaksanakan secara menyeluruh merangkumi aspek ekonomi, pendidikan, kesihatan, kebajikan rakyat, prasarana luar bandar serta pemerkasaan teknologi dan belia. Yang bukan sahaja berjaya memperkukuh daya saing Johor malah meningkatkan kesejahteraan rakyat di peringkat akar umbi. Pendekatan perpaduan dan berpaksikan rakyat ini wajar dipuji dan disokong oleh semua pihak. Seperti yang dititahkan oleh Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor, saya ingin menzahirkan rasa syukur dan kebanggaan mendalam terhadap prestasi ekonomi negeri Johor yang terus menunjukkan perkembangan yang amat membanggakan. Kejayaan ini tidak berlaku secara kebetulan. Sebenarnya hasil dari pelaksanaan beberapa inisiatif strategi yang bijaksana oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan EXCO kerajaan negeri. Antara, Zon Ekonomi Khas Johor - Singapore yang menjadi nadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri. Tambahan pula saya difahamkan pada bulan April 2025 sahaja, terdapat projek-projek baharu bernilai RM23 bilion yang sedang dalam perancangan. Menandakan bahawa momentum pembangunan Johor masih kekal baharu dan berterusan. Ini jelas menunjukkan bahawa Johor bukan sahaja mampu menarik pelaburan besar malah berjaya mengekalkan minat para pelabur untuk terus melabur dalam pelbagai sektor utama.

Saya ingin melakarkan penghargaan kepada kerajaan negeri dan memastikan pembangunan ekonomi tidak tertumpu hanya di kawasan utama seperti Iskandar Malaysia dan pengkalan sahaja tetapi terus memberikan perhatian yang serius kepada daerah Pontian, khusus Pekan Nanas. Sebagai contoh, pembangunan kawasan perindustrian perikanan di Pekan Nanas yang melibatkan pelaburan besar berjumlah RM2 bilion oleh Alton Industry Ltd. Group merupakan satu inisiatif yang amat signifikan, ia bukan sahaja membuka ruang peluang pekerjaan baharu kepada rakyat tempatan, tetapi turut memperkukuhkan sektor perindustrian yang tunjang kepada pembangunan ekonomi daerah ini. Bermakna kehadiran kilang baharu ini yang berperanan sebagai hab penyelidikan dan perikanan, R&D menjadi satu lonjakan besar bagi Pekan Nanas yang secara langsung membuka luas peluang kepada pakar tempatan untuk mengembangkan potensi dalam bidang teknologi tinggi yang semakin menjadi keperluan masa ini.

Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah melaksanakan pelbagai dasar dan pendekatan strategi dan merealiasikan hasrat pemilik rumah mampu milik dalam kalangan warga Johor melalui projek-projek RMMJ yang telah dan sedang dilaksanakan. Seiring dengan aspirasi ini, saya ingin mencadang agar satu (1) projek perumahan mampu milik di DUN Pekan Nanas bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang masih belum memiliki rumah sendiri. Sebelum ini, Yang Berhormat EXCO ada memaklumkan bahawa projek RMMJ telah atau sedang dibina di beberapa lokasi yang pada dalam lingkungan radius berhampiran DUN Pekan Nanas. Namun saya mohon jasa baik agar projek sama dapat dilaksanakan di dalam kawasan DUN Pekan Nanas itulah sendiri agar rakyat Pekan Nanas turut mendapat peluang membeli rumah mampu milik rumah tanpa perlu berpindah ke kawasan lain. Pada masa yang sama, saya juga ingin menyentuh berkenaan pelaksanaan Rumah Kasih Johor (RKJ) di DUN Pekan Nanas yang telah pun dimulakan. Pihak pusat khidmat saya sebelum ini turut mengemukakan nama-nama calon penerima berdasarkan senarai e-Kasih, justeru saya ingin mencadangkan agar jumlah unit RKJ di kawasan saya dapat ditambah dan diperluaskan supaya lebih ramai penduduk yang layak dapat menikmati manfaat daripada inisiatif mulia ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam memastikan manfaat pelaksanaan JS-SEZ benar-benar dirasai oleh rakyat tempatan, saya ingin menzahirkan sokongan terhadap peranan aktif yang dimainkan oleh Johor Talent Development Centre (JTDC), dalam menyelaras program latihan dan kebolehan pasaran laluan TVET. Saya amat berharap agar program seperti ini turut diperluaskan ke daerah Pontian dan DUN Pekan Nanas. Dengan kedudukan strategik DUN Pekan Nanas dalam zon tumpuan JS-SEZ serta kehadiran institusi pendidikan seperti Kolej Komuniti, Tanjung Piai saya percaya banyak potensi anak muda tempatan boleh dibimbing dan diasas untuk menjadi tenaga kerja berkemahiran tinggi. Dalam konteks ini, agak penting untuk memastikan agar sinergi antara agensi latihan seperti JTDC, institusi pendidikan dan pihak institusi terus diperkukuh agar peluang pekerjaan ditawarkan benar-benar dapat diakses oleh anak-anak tempatan khususnya di kawasan luar bandar seperti Pekan Nanas.

Saya menyambut baik usaha kerajaan negeri dalam memperkasa pendidikan digital menerusi inisiatif seperti Sekolah Rintis Bangsa Johor bagi DUN Pekan Nanas yang mempunyai bilangan sekolah dan pelajar yang ramai sudah tiba masa kita memastikan kemudahan digital seperti internet berkelajuan tinggi, peranti dan bahan pembelajaran digital disediakan secara menyeluruh. Dalam hal, ingin mencadangkan agar DUN Pekan Nanas turut dipertimbangkan sebagai lokasi fasa seterusnya dan memperluaskan Sekolah Rintis Bangsa Johor ini memastikan anak-anak luar bandar terus mendapat peluang setara dalam pendidikan berasaskan teknologi serta pendedahan kepada pelajaran berasaskan AI.

Yang Berhormat Datuk Speaker, menyentuh aspek pertanian, Yang Berhormat EXCO Pertanian, Industri Asas Tani, telah memaklumkan bahawa 24 orang belia tani telah menerima manfaat program pembangunan Jabatan Pertanian Negeri Johor dalam tempoh 2023 hingga 2025 di DUN Pekan Nanas dengan nilai keseluruhan mencecah RM263,918.00 sahaja. Ini menunjukkan satu angka yang positif. Terima kasih saya ucapkan atas usaha ini. Namun saya percaya, masih ramai lagi belia luar bandar yang berpotensi untuk dibimbing. Untuk saya mencadangkan agar sokongan-sokongan tambahan seperti bimbingan berterusan, pemasaran digital dan pelan susulan diperluas kepada mereka yang menunjukkan potensi cemerlang selepas menerima inisiatif awal. Kita tidak mahu projek

hanya bermula tetapi terbantut di pertengahan jalan. Sokongan menyeluruh adalah kunci kejayaan mereka.

Berbalik kepada usaha memasarkan teknologi hijau. Saya ingin menarik perhatian Dewan kepada isu pengurusan sisa pepejal yang semakin mendesak khususnya di kawasan luar bandar seperti di DUN Pekan Nanas, masih berlambak sampah. Tapak pelupusan yang tidak tersusun dan amalan pembuangan sampah terus berlaku dan menjejas kesihatan serta imej kawasan. Justeru, saya cadangkan agar kerajaan negeri mempertimbangkan teknologi hijau seperti sistem incinerator berskala kecil yang lebih mesra dalam berupaya mengurangkan jumlah sisa ke tempat pelupusan secara signifikan. Teknologi ini telah digunakan secara meluas di negara-negara maju sebagai alternatif moden kepada kaedah pelupusan konvensional. Incinerator ini sesuai untuk kawasan luar bandar, tidak memerlukan kawasan yang luas dan mampu mengurangkan risiko pencemaran air dan tanah akibat pelupusan terbuka. Malah dengan penggunaan penapis asap moden ini dapat melepasi tanpa pencemaran udara. Saya percaya jika teroka secara serius teknologi ini boleh menjadi pilot projek di beberapa daerah termasuk Pontian. Sebelum diperluaskan ke seluruh negara, dalam jangka panjang kita bukan sahaja dapat menangani masalah sampah dengan lebih berkesan tetapi juga mewujud pekerja baharu dalam sektor pengurusan sisa dan teknologi hijau.

Yang Berhormat Datuk Speaker, seiring dengan usaha memperbaiki infrastruktur hijau, saya juga ingin menyeru perhatian kepada aspek keselamatan dan keselesaan penduduk di kawasan DUN Pekan Nanas. Isu ketiadaan lampu jalan di kawasan hotspot, Jalan Ulu Pulai. Jalan ini bukan sekadar laluan harian penduduk, tetapi juga menjadi nadi pergerakan ekonomi yang menghubungkan pelbagai kawasan industri dan pertanian di Pontian. Untuk maklum, saya telah pun mengemukakan permohonan rasmi kepada kerajaan persekutuan bagi pemasangan lampu jalan di hotspot ini. Namun begitu, saya dimaklumkan bahawa perkara ini terletak di bawah tanggungjawab kerajaan negeri. Sama juga hanya dengan projek pembinaan jalan pintas di Pekan Nanas ke Ulu Choh yang difahamkan telah ditangguh bagi memberikan laluan kepada projek berskala besar negeri dalam fasa pembinaan.

Untuk makluman Yang Berhormat Datuk Speaker, Pekan Nanas ketika ini berdepan dengan soal kesesakan lalu lintas terutamanya ketika waktu puncak. Saya percaya jika pelaksanaan projek ini pastikan dapat mengurangkan impak kesesakan yang terpaksa dihadapi saban hari orang Pekan Nanas. Saya mohon agar pihak kerajaan negeri dapat meneliti semula pelaksanaan projek-projek ini dengan lebih serius demi manfaat orang ramai, keyakinan pelabur terhadap kebolehan kita di peringkat daerah.

Seterusnya, saya ingin mengajak pihak kerajaan negeri dan Kementerian Dalam Negara (KDN) untuk meneliti semula keupayaan Balai Polis Pekan Nanas yang dibina sejak tahun 70-an. Sehingga ini, tiada sebarang naik taraf dilakukan dan keadaan fizikal bangunan juga dilihat semakin uzur. Dengan jumlah penduduk sedia ada di sekitar 70,000 orang serta anggaran lebih 5,000 orang pekerja asing. Persoalan timbul sama, apakah fasiliti sedia ada masih mencukupi untuk memenuhi keperluan kawalan keselamatan dan ketenteraman awam? Tambahan pula, dengan jangka pertambahan population akibat pelaksanaan Zon Ekonomi Khas nanti, keperluan untuk sematkan semula dari sudut keupayaan, kapasiti dan fungsi bernilai menjadi mendesak. Kita perlu bersedia dari sekarang sebelum beban keperluan keselamatan melebihi kemampuan infrastruktur yang sedia ada.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sepertimana isu yang saya dibangkit oleh rakan-rakan tadi Yang Berhormat, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan negeri atas segala usaha menangani isu banjir termasuk pelaksanaan beberapa projek tambahan. Banjir berskala besar seperti Kota Tinggi, Segamat, Batu Pahat. Bantuan segera kepada mangsa termasuk bantuan kewangan yang disalur baharu-baharu ini turut menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap penderitaan rakyat. Kawasan Pekan Nanas juga tidak terkecuali daripada mengalami banjir baharu-baharu ini. Meskipun tidak seteruk kawasan lain, insiden ini telah memberi kesan kepada ratusan penduduk, menganggu operasi pertanian dan perdagangan setempat. Hasil semakan maklum balas penduduk setempat serta pemimpin masyarakat tempatan mendapati bahawa sistem saliran yang tidak sempurna menjadi punca utama berlaku banjir di DUN Pekan Nanas. Justeru, saya mencadangkan agar projek Infra Saliran Johor Barat dapat diaktifkan semula dan diperluaskan pelaksanaan ke kawasan Pontian khususnya Pekan Nanas sebagai langkah jangka panjang untuk menangani risiko banjir secara menyeluruh dan berkesan.

Dalam konteks pembangunan sukan pula Yang Berhormat Datuk Speaker, pujian harus diberikan kepada komitmen kerajaan negeri dalam memacukan sektor sukan negeri secara menyeluruh. Inisiatif seperti pelantikan tokoh sukan bertaraf dunia jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam menjadikan Johor sebagai peneraju sport nation di peringkat kebangsaan menjelang 2030. Namun begitu, saya juga ingin menyeru agar perhatian yang lebih serius turut diberikan kepada penyelenggaraan dan penambahbaikan fasiliti sukan sedia ada di seluruh kawasan termasuk di kawasan luar bandar seperti DUN Pekan Nanas, kemudahan yang baik ada asas kepada pembangunan sukan yang berterusan, memastikan lebih ramai belia dapat mengakses dan terlibat secara aktif dalam aktiviti sukan.

Speaker

Yang Berhormat.

Tuan Tan Eng MengMCA · BNPekan Nanas

Sudah tentu..

Speaker

Yang Berhormat, tinggal 1 minit sahaja lagi.

Tuan Tan Eng MengMCA · BNPekan Nanas

Sikit, sudah nak habis, terima kasih. Sudah tentu akhirnya nanti bakal mendapat manfaat kepada usaha ini adalah anak-anak muda kita bakal menjadi bintang untuk negeri Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum saya menutup perbahasan, saya turut bermuhasabah diri untuk terus memberikan khidmat terbaik untuk rakyat. (Dewan bertepuk). dengan segala insentif yang telah dilaksanakan tidak lain tidak bukan semata-mata berbalik kepada amanah yang terpikul di bahu ini, amanah rakyat, amanah yang akan saya junjung sehabis daya. (Dewan bertepuk). Saya mendoakan agar kerajaan Barisan Nasional Johor di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar agar terus teguh memacu pembangunan yang inklusif, memperkukuhkan tadbir urus, berintegriti serta sentiasa meletakkan kebajikan Bangsa Johor sebagai keutamaan. Sekian perbahasan saya, Pekan Nanas mohon sokong. Sekian terima kasih. (Dewan bertepuk).

Speaker

Terima kasih Pekan Nanas. Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya ingin membangkitkan dua (2) perkara. Yang pertama, jika ada Ahli-Ahli Yang Berhormat bangun untuk mencelah kerana Peraturan Mesyuarat, maka kena sebut bahawa bangun itu kerana Peraturan Mesyuarat dan tunjuk Buku Peraturan Mesyuarat sebab tadi Sri Medan bangun,

saya pun tak tahu bangun itu kenapa? Saya ingatkan nak tanya soalan tambahan, jadi lain kali bangun itu terus sebut Peraturan Mesyuarat dan tunjuk Buku Peraturan Mesyuarat, yang ini saya benarkan tetapi kalau bangun untuk perkara-perkara lain saya tak akan benarkan, ok. Yang kedua, esok hari Jumaat, saya difahamkan ramai EXCO dan Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri yang mungkin akan terlibat sempena lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Johor, jadi saya akan benarkan esok, Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri dan juga Ahli-Ahli Yang Berhormat yang terlibat untuk memakai Baju Teluk Belanga untuk hadir ke Sidang Dewan. Dan untuk makluman tuan-tuan kita mengalu-alukan kehadiran seramai sepuluh (10) orang pemerhati daripada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu Pahat, ada ke? Sila bangun dan tujuh (7) orang ketua-ketua kampung dan ketua-ketua wanita daripada DUN Kemelah, ada? Selamat datang. Saya jemput Yang Berhormat Senggarang.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim (Doa). Yang Berhormat Datuk Speaker, alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kita semua diberi ruang dan peluang berada di dalam Dewan yang mulia ini. Terlebih dahulu Senggarang dengan penuh hormat dan takzimnya merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berkenan mencemar duli berangkat ke istiadat dan bertitah menyempurnakan majlis perasmian di Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Ke-15 ini. Yang Berhormat Datuk Speaker, titah Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor dalam pelbagai kesempatan telah menegaskan peri pentingnya Johor memanfaatkan kedudukannya yang strategik sebagai pintu masuk utama ke Malaysia daripada Singapura. Baginda menekankan bahawa pelaburan asing yang mampan dan pembangunan ekonomi yang inklusif merupakan antara tonggak utama bagi merealisasikan aspirasi negeri ke arah menjadi negeri termaju menjelang tahun 2030. Dan semangat titah ini usaha gigih yang digembleng dalam pembentukan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) wajar dipandang sebagai langkah paling strategik dan berimpak tinggi dalam lanskap pembangunan Johor. Seperti yang kita maklum JS-SEZ, Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura merupakan satu inisiatif dua hala yang diperkenalkan bagi memperkukuh hubungan ekonomi antara negeri Johor dan republik Singapura. Melalui pelaksanaan zon ini, pelbagai faedah ekonomi dijangka dapat dicapai termasuk peningkatan pelaburan langsung asing FDI yang telah terbukti berhasil. Pengukuhan rantaian bekalan serantau, peningkatan akses pasaran bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta peningkatan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat Johor. Penghargaan tinggi sewajarnya diberikan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi atas ketegasan dan visi yang jelas dalam mengemudi inisiatif JS-SEZ ini. Di bawah kepimpinan beliau, kerjasama erat antara kerajaan negeri Johor dan kerajaan Singapura telah dapat dijalin dengan penuh keyakinan dan pragmatisme. Usaha beliau yang berterusan dalam menarik pelaburan, membina infrastruktur serta menyiapkan rakyat Johor dengan kemahiran masa hadapan, menjadi bukti nyata bahawa Johor berada di landasan yang tepat untuk melonjak sebagai negeri termaju.

Yang Berhormat Datuk Speaker, secara khususnya generasi muda Johor bakal menjadi penerima manfaat paling utama dalam pembangunan JS-SEZ ini. Zon ini dijangka mencipta peluang pekerjaan baharu dalam sektor teknologi, logistik pintar, player ekonomi, automasi industri serta sektor perkhidmatan profesional yang bernilai tinggi. Peningkatan permintaan terhadap tenaga kerja mahir akan mendorong penawaran gaji yang lebih kompetitif sekali gus meningkatkan taraf hidup anak muda Johor dan mengurangkan penghijrahan tenaga kerja tempatan ke negeri atau negara lain. Senggarang percaya semua langkah-langkah yang telah diambil siap disusun agar pembangunan JS-SEZ ini dapat diteruskan dengan jayanya. Namun, suka juga Senggarang ingatkan bahawa dalam kita mengejarkan pembangunan ini, janganlah sampai kita terlupa tentang tenaga kerja sama ada mahir mahupun tidak. Seharusnya, semestinya rakyat Johor diberi keutamaan. Senggarang turut bersetuju seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Sri Medan yang mengharapkan kerajaan negeri menetapkan syarat kepada pelabur luar agar mengambil tenaga kerja di kalangan anak-anak tempatan. Begitu juga halnya dengan tangga gaji mereka, wajarlah setara dan selaras dengan tangga gaji yang mereka perolehi di negara luar. Yang Berhormat Datuk Speaker, pendidikan merupakan asas utama dalam membina masyarakat yang berdaya saing dan berpengetahuan. Dalam konteks pembangunan negeri Johor, pendidikan menjadi aspek terpenting dalam menzahirkan modal insan berkualiti tinggi yang mampu menyumbang kepada kemajuan negeri. Namun begitu, realiti semasa menunjukkan bahawa Johor sedang berhadapan dengan cabaran ketara dalam aspek keciciran pelajar khususnya dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Berdasarkan data KPM, Kementerian Pendidikan Malaysia seramai kira-kira lebih 900 orang pelajar di Johor tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024. Angka ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya dan menjadi petanda bahawa semakin ramai pelajar berisiko tercicir daripada Sistem Pendidikan Arus Perdana di negara kita. Selain itu, Yang Berhormat, 45% daripada pelajar lepasan SPM di Johor yang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Ini adalah termasuk kemasukan ke Politeknik dan Institusi TVET. Ini membuktikan bahawa terdapat jurang besar di dalam transisi atau peralihan pelajar lepasan SPM atau Tingkatan 5 dari pendidikan menengah ke pendidikan tinggi di negeri Johor.

Menjunjung Titah Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan, yang sering memberi pendekatan yang konsisten terhadap kepentingan pendidikan. Baginda menegaskan bahawa pendidikan adalah aset paling bernilai dalam pembangunan negeri Johor dan menyeru agar semua pihak mengambil serius usaha membanteras keciciran pelajar. Titah ini menggambarkan komitmen Institusi Diraja terhadap kemajuan pendidikan negeri. Dan hal ini salah satu pendekatan yang terbukti berkesan ialah pemberian kelas intensif secara menyeluruh pada sekolah yang dikenal pasti berisiko gagal atau tidak menduduki peperiksaan SPM. Program ini dirangka secara sistematik yang melibatkan guru-guru pakar dalam subjek kritikal seperti Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Pendidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) menunjukkan bahawa pelajar yang mengikuti kelas tambahan berstruktur menunjukkan peningkatan prestasi akademik antara 15% hingga 25% berbanding rakan sebaya mereka yang tidak mengikuti sebarang kelas intensif atau program seumpamanya. Pelaksanaan program ini boleh dibuat secara berperingkat, bermula dengan kawasan luar

bandar dan B40 dengan izin, yang menunjukkan kadar keciciran paling tinggi. Program seumpama ini telah berjaya dilaksanakan di Finland melalui intensif support program yang menyasarkan pelajar bermasalah dalam akademik dengan pendekatan mentor mentee secara individu. Hasilnya kadar keciciran pelajar menurun kepada kurang daripada 1% setiap tahun. Konsep ini boleh diadaptasi ke Johor melalui penglibatan NGO dan sukarelawan yang bersesuaian. Program kelas intensif ini juga perlu disertakan intervensi psikososial seperti kaunseling dan bimbingan motivasi. Ramai pelajar yang gagal bukan kerana kelemahan intelek tapi akibat tekanan keluarga, kurang motivasi dan persekitaran yang tidak menyokong. Oleh itu, kelas intensif mesti bersifat holistik dan bukan semata-mata berasaskan kokurikulum tetapi juga diselitkan dengan pengisian yang bersifat kerohanian atau pun moral yang membantu pelajar.

Yang Berhormat Datuk Speaker, selain mengukuhkan aspek akademik di samping inisiatif khas tahunan yang dikenali sebagai hala tuju SPM Johor perlu diwujudkan bagi memberi pendedahan jelas dan terarah pada pelajar tentang pilihan selepas menamatkan peperiksaan SPM. Program ini boleh berbentuk pameran pendidikan dan kerjaya, ceramah motivasi, bengkel, bimbingan permohonan IPT serta sesi taklimat bersama wakil industri dan institusi pendidikan tinggi di seluruh negara. Langkah ini bertujuan menangani kekeliruan dalam kalangan pelajar tentang laluan akademik dan kerjaya mereka.

Kajian oleh UNESCO menyatakan bahawa pelajar yang mempunyai akses pada maklumat kerjaya yang jelas dari awal lebih cenderung untuk melanjutkan pelajaran atau memilih laluan kemahiran berbanding mereka yang tidak menerima pendedahan atau mengikuti program hala sebegitu. Di negara luar seperti di Jerman dan Korea Selatan telah berjaya melaksanakan inisiatif serupa ini melalui program Career Pathway Expo yang melibatkan kerjasama antara Kementerian Pendidikan, institusi teknikal dan sektor swasta. Di Jerman, pelajar sekolah menengah diwajibkan mengikuti program bimbingan kerjaya selama satu (1) minggu penuh. Dan hasilnya, kadar pelajar yang memasuki sistem latihan kemahiran vokasional atau pengajian tinggi meningkat hampir 90%.

Untuk Johor sistem ini boleh dijalankan pada setiap awal dan akhir tahun takwim pendidikan dengan penyertaan daripada pelajar Tingkatan 5 dan lepasan SPM semasa. Selain itu, penggunaan teknologi seperti Portal Digital Interaktif dan aplikasi mudah alih boleh dibangunkan bagi membantu pelajar mengakses maklumat hala tuju akademik secara berterusan di hujung jari mereka juga perlukan bimbingan. Masalah keciciran pelajar di Johor bukan sekadar isu pendidikan tapi menyentuh soal masa hadapan negeri dan rakyatnya. Dalam era globalisasi dan ekonomi berasaskan pengetahuan, tiada ruang untuk keciciran intelek dalam masyarakat dengan pelaksanaan kelas intensif pembelajaran dan inisiatif hala tuju tahunan, Johor boleh melahirkan generasi muda yang bukan sahaja berilmu tetapi juga mempunyai hala tuju dan semangat juang yang tinggi. Senggarang mencadangkan agar kerajaan negeri memberikan satu peruntukan khas kepada ADUN-ADUN seperti mana peruntukan Jualan Kasih dan lain-lain. Dengan peruntukan tersebut dapat digunakan sama ada kelas-kelas tambahan berbentuk pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar SPM dan STPM. (Dewan bertepuk). Seolah-olah Tuisyen Rintis Bangsa Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam jangka masa pendek SRBJ, Sekolah Rintis Bangsa Johor dijangka memberi impak signifikan terhadap peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Seramai 2,382 pelajar dan 90 guru dari empat (4) sekolah terpilih telah

terlibat dalam fasa awal pelaksanaan SRBJ dengan peruntukan sebanyak RM6.22 juta disediakan oleh kerajaan negeri Johor. Pelajar SRBJ diwajibkan melengkapkan sekurang-kurangnya 100 jam kelas dalam mata pelajaran STEM setiap tahun.Tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor dan juga EXCO Pendidikan atas kejayaan melaksanakan SRBJ ini.

Melihat kepada kejayaan awal SRBJ insya-Allah adalah wajar untuk mempertimbangkan perluasan inisiatif ini ke daerah-daerah lain di negeri Johor. Senggarang cadangkan ianya diperluaskan di sekolah-sekolah yang terletak di kawasan luar bandar pada tahun 2026. Seperti mana sekolah Rendah Agama Bersepadu dulu, terdapat setiap daerah sebuah sekolah dengan memperluaskan SRBJ lebih ramai pelajar Johor akan mendapat manfaat daripada pendekatan pendidikan yang holistik dan fokus pada masa hadapan. Kerajaan negeri Johor telah menunjukkan komitmen berterusan dalam memastikan kejayaan SRBJ.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sekali lagi tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor kerana telah mencetuskan idea bagi mengadakan Program Jelajah Orang Johor pada tahun 2025 ini. Program ini adalah satu inisiatif penting yang dirangka bertujuan untuk mendekatkan pemimpin dengan rakyat menyelami denyut nadi masyarakat serta memahami isu-isu tempatan secara langsung dari suara rakyat sendiri. Johor adalah negeri yang kaya dengan sejarah, budaya dan semangat perpaduan. Maka jelajah seperti ini bukan sekadar kunjungan tetapi satu manifestasi komitmen kerajaan negeri untuk membela kebajikan rakyat secara inklusif dan menyeluruh. Sepanjang jelajah ini berbagai agenda disusun termasuk bantuan kebajikan, pemeriksaan kesihatan, sesi dialog bersama rakyat dan peluang pekerjaan melalui kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta. YB EXCO Warisan dekat Senggarang pun ada gambus yang dipelopori oleh Encik Halidan bin Isnin di Kampung Parit Elang, Kampung Datuk SUPOL. Jadi kalau boleh menarik perhatian Yang Berhormat EXCO untuk bagaimana kita boleh melawat penggiat seni ini?

Yang Berhormat Datuk Speaker, alhamdulillah Senggarang telah selesai melaksanakan Program Jelajah Orang Johor pada 4 Mei 2025 baru-baru ini. Sambutan program tersebut menggalakkan dengan penglibatan pelbagai pihak termasuklah masyarakat setempat, NGO-NGO, para belia dan jabatan kerajaan serta pelbagai agensi. Tahniah, Senggarang ucapkan kepada KEMAS dan Pejabat Daerah Batu Pahat kerana menjadi urus setia terbaik. Walau bagaimanapun, Senggarang berharap program ini diteruskan di masa akan datang. Namun dengan penambahbaikan yang sewajarnya, Senggarang juga berharap agar jabatan-jabatan kerajaan serta agensi turut bersama-sama ADUN kawasan mengikuti siri jelajah tersebut. Senggarang amat berbesar hati seandainya setiap YB EXCO dapat turut sama mengikuti Jelajah yang telah diaturkan kerana biasanya lokasi yang disusun tersebut perlulah suntikan semangat seperti dana, modal serta peruntukan dan lain-lain bantuan yang sangat diperlukan ketika itu. Kalau ADUN sahaja datang Yang Berhormat Datuk Speaker, kita boleh juga bagi tapi tak sehebat YB EXCO yang bagi. Kita juga boleh umum, tapi tak sehebat YB EXCO yang umumkan Yang Berhormat Datuk Speaker, YB Khairin saya nampak dia senyum.

Speaker

Kalau boleh DO-DO pun kena hadirlah.

Saya setuju dengan pandangan YB EXCO.

Speaker

Pegawai tinggi kerajaan DO kena hadir sebab ini projek, program yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jadi, lebih sesuai jika sekiranya juga didokong oleh DO-DO kita.

Saya setuju pandangan Yang Berhormat Datuk Speaker, kita beri tepukan Ahli-Ahli Berhormat kepada Datuk Speaker. (Dewan bertepuk).

Yang Berhormat Datuk Speaker, Senggarang juga pada hari ini membawa suara dan harapan penduduk, khususnya golongan B40 dan M40 yang dihimpit dengan kos sara hidup yang meningkat dan kekangan memiliki rumah sendiri. Senggarang sebagai sebuah kawasan yang membangun dan sedang membangun, masih berhadapan dengan kekurangan unit rumah mampu milik yang mencukupi untuk menampung keperluan penduduk. Senggarang juga mencadangkan agar tapak yang sesuai di Senggarang dikenal pasti dan satu kajian keperluan serta kebolehlaksanaan dilaksanakan oleh agensi yang berkaitan seperti Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor atau SEDC, contohnya di tanah kosong terletak di tengah Pekan Senggarang yang berada di hadapan Pasar Awam Senggarang yang pada ketika ini dalam keadaan semak boleh didirikan rumah mampu milik jenis bertingkat. Dan kerajaan negeri juga boleh mencari dan mengenal pasti tanah-tanah yang dipenuhi semak samun, malah ada yang sedang menjadi hutan untuk diambil secara PBT, tanah berkenaan agar dapat didirikan rumah mampu milik berkenaan seperti yang terletak berhampiran Kompleks Penghulu Mukim 9, Minyak Beku.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Rumah Prihatin Johor, merupakan inisiatif murni kerajaan negeri Johor yang bertujuan untuk memastikan hubungan B40 dan M40 tidak terus tercicir dan miliki kediaman yang selesa mampu milik berkualiti. Inisiatif ini jelas mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam menjamin kesejahteraan rakyat. Di kawasan Senggarang ianya amat penting seperti tempat-tempat lain juga, ramai penduduk kita yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana sering berhadapan dengan cabaran miliki rumah sendiri. Harga rumah yang tinggi di kawasan terbuka menjadikan impian memiliki kediaman sendiri suatu yang sukar dicapai. Maka, Rumah Prihatin Johor hadir sebagai sinar dan harapan menawarkan unit rumah pada harga mampu milik serta dengan berbagai insentif dan kemudahan. Terima kasih kerajaan negeri.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kita tak mahu anak-anak muda dan pasangan baharu kahwin terpaksa berhijrah ke bandar lain kerana tidak memiliki rumah. Tidak mampu memiliki rumah di tempat sendiri. Kita mahu mereka terus menetap di Senggarang membina keluarga menyumbang kepada komuniti dan ekonomi setempat. Senggarang berharap cadangan ini diberi perhatian serius demi kesejahteraan rakyat Senggarang. Dan selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menyediakan perumahan yang inklusif dan berdaya ini untuk semua. Rumah bukan sekadar bangunan ia melambangkan kasih sayang, harapan dan masa depan. Senggarang berharap setiap keluarga di Senggarang ini mampu memiliki rumah yang mereka impikan, insya-Allah.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Senggarang juga mengambil kesempatan untuk mengangkat suara rakyat, berkenaan isu kemudahan perbankan yang sangat terhad khususnya berkaitan mesin juruwang automatik, ATM dan mesin deposit tunai. Alhamdulillah sekarang kita ada dua (2) CDM di BSN dan satu (1) lagi di 7 Eleven dengan izin di Pekan Senggarang. Sebagaimana kita sedia maklum, DUN Senggarang mempunyai

kawasan yang luas dan mempunyai kepadatan penduduk yang semakin meningkat namun begitu jumlah mesin ATM dan CDM yang ada ketika ini amat tidak mencukupi bagi menampung keperluan harian penduduk. Ini bukan sahaja menyusahkan penduduk bahkan mereka terpaksa ke bandar yang mengambil masa 30 minit untuk deposit wang. Keadaan memberi tekanan khususnya kepada golongan warga emas, orang kecil dan lain-lain yang perlu membuat transaksi secara fizikal dengan segera. Sehubungan itu, Senggarang dengan rendah hati mohon kerajaan negeri dan institusi kewangan yang berkaitan agar mempertimbangkan penambahan jumlah mesin ATM dan CDM di lokasi strategik dalam DUN Senggarang. Senggarang yakin dengan penambahan ini bukan sahaja keperluan rakyat dapat dipenuhi dengan lebih baik malah ia juga akan merangsang keperluan ekonomi setempat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, di kesempatan ini juga Senggarang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor di atas pengumuman berjumlah sebanyak RM3.5 juta bagi menyelesaikan isu banjir termenung telah sekian lama membelenggu penduduk daerah Batu Pahat. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM3 juta telah diperuntukkan untuk kerja pembersihan dan membuang gelodak sepanjang 20 kilometer di Sungai Senggarang yang dikenal pasti antara punca utama limpahan air dan banjir termenung tersebut. Ini menunjukkan betapa komitednya yang kerajaan negeri menyelesaikan isu tersebut. Senggarang berharap kerja-kerja pembersihan dan membuang kelodak dapat dijalankan segera.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Senggarang juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak JKR yang telah memasang lampu dari Pusat Teknologi Tinggi, ADTEC di Batu Pahat di Jalan Tanjong Labuh hingga ke Simpang Jalan Lapangan Terbang. Walau bagaimanapun, Senggarang berharap agar lampu tersebut dapat disambung pemasangan yang terus ke Kampung Kores hingga ke Pekan Senggarang. Alhamdulillah, pihak JKR juga telah menurap semula beberapa jalan utama di Senggarang namun terdapat beberapa jalan yang masih perlu diturap semula J122, JKR Negeri Jalan Parit Kemang, Senggarang. Senggarang bersetuju dengan kata-kata Yang Berhormat Sri Medan agar pihak JKR melakukan kajian semula mengenai spefikasi kerja untuk membina jalan. Jika mahu berjimat pun beragaklah kerana apabila ia terlalu kerap berlubang semula makin membazir adalah.

Betullah apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sri Medan, jika kita lihat di lebuh raya jarang jumpa jalan yang berlubang-lubang. Tahniah juga diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk Speaker, kerana telah memberi premix tar goreng sendiri sebanyak dua (2) tan. (Dewan bertepuk). Dan menjalankan kerja sendiri secara bergotong royong bersama dengan orang kampung dan ketua kampung. Menampal lubang-lubang di jalan, satu kerja yang sangat mulia yang telah Datuk Speaker laksanakan. Insya-Allah mudah-mudahan selepas ini pihak konsesi lebih cepat daripada Yang Berhormat Datuk Speaker punya tindakan, kita harapkan. Saya baca di..

Speaker

Saya galakkan semua YB-YB buat macam tulah.

Yang ini kita di berek belakang ni Yang Berhormat Datuk Speaker agak malu dengan Datuk Speaker sebab Datuk Speaker…

Speaker

Tak mahal pun.

Berapa Datuk Speaker satu tan?

Speaker

Dua (2) tan RM500.00 aje.

Dua (2) tan RM500.00, tahniah Datuk Speaker sekali lagi kerana berjaya mengadakan program tersebut. (Dewan bertepuk). Tapi apa pun Yang Berhormat Datuk Speaker kita harapkan selepas ini konsesi lebih cepat daripada Datuk Speaker supaya konsesi laksanakan kerja-kerja tersebut.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Senggarang juga memaklumkan serta menarik perhatian Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri berkenaan satu jenis sukan yang jarang diadakan iaitu bot laju kawalan radio. Senggarang bangga untuk mengetengahkan sukan ini kerana sukan ini pernah diadakan di Senggarang dan akan diadakan untuk kali kedua yang dijangka diadakan pada bulan September akan datang, dianjurkan oleh Persatuan Belia Warisan Sungai Lurus. Untuk makluman Ahli Dewan, permainan bot laju kawalan radio ini telah diperkenalkan sejak tahun 1980an. Sebelum ini, ianya hanya sebagai aktiviti hujung minggu dan tidak ramai yang berminat untuk menceburkan diri kerana kos yang agak tinggi. Walau bagaimanapun, dengan minat yang begitu mendalam, maka tercetuslah idea untuk membuat bot ini dengan menggunakan enjin mesin rumput dan enjin chainsaw, dengan izin, mana kala badan bot pula diperbuat daripada papan lapis plywood atau fiber glass, dengan izin. Pada awal tahun 2000, aktiviti ini mula diminati oleh orang ramai yang hanya dimainkan sebagai hobi, setelah ianya dapat sambutan yang begitu hangat, maka persatuan belia tersebut telah berkolaborasi dengan bersama beberapa persatuan dari negeri-negeri lain yang sedia ada telah menganjurkan perlawanan secara kecil-kecilan. Bermula dari awal 2008, enjin badan bot serta aksesori RC bot mula diimport dari Jepun, Korea dan China dan hobi RC ini telah mula berkembang menjadi acara sukan air pula. Yang lepas ni Yang Berhormat Datuk Speaker, mereka adakan di Tasik Tanjung Labuh, mereka sewa tasik tersebut. Dan saya yang lepas telah menjemput Pegawai Daerah untuk turut serta dalam menyaksikan pertandingan tersebut.

Speaker

Yang Berhormat, kawan-kawan juga, masa dah habis.

Satu minit Yang Berhormat Datuk Speaker. Semenjak itu, banyak kejohanan-kejohanan besar telah diadakan. Yang ini meningkatkan peluang ekonomi di Senggarang Yang Berhormat Datuk Speaker. Kita lihat yang lepas ketika pertandingan tersebut di adakan pelancong-pelancong luar, penyertaan-penyertaan daripada negeri luar seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei, Vietnam, Abu Dhabi menyertai program ini. Ketika itu, homestay-homestay di Senggarang semua penuh dan akan berulang lagi pada bulan September ini, insya-Allah. Apa yang kita nak bawa di sini Yang Berhormat Datuk Speaker, kita mohon YB EXCO Sukan dan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk beri perhatian kepada team ini Yang Berhormat Datuk Speaker. Senggarang berharap agar sukan ini diberikan suntikan peruntukan tidak kira sama ada dari segi kewangan mahu pun latihan dan kemudahan tempat beraksi.

Yang Berhormat Datuk Speaker, setelah pelajar-pelajar Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) yang merupakan institusi milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Johor tidak lagi menerima tajaan berbentuk pinjaman pendidikan daripada Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), apakah bentuk alternatif pembiayaan pendidikan yang sedang atau akan

disediakan oleh MAIJ kepada pelajar-pelajar KUIJSI ini? Senggarang mencadangkan agar pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor menyediakan tajaan berbentuk pinjaman sendiri melalui skim khusus bagi menarik minat pelajar menyambung pengajian di institusi ini. Seperti yang diketahui, kewujudan skim pinjaman atau pembiayaan pendidikan sangat penting bukan sahaja untuk meringankan beban kewangan pelajar, malah mampu membantu kelangsungan operasi kewangan institusi. Oleh itu, Senggarang berharap agar pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor ada strategi jangka pendek dan jangka panjang dalam menangani isu ini agar KUIJSI terus kekal kompetitif dan menjadi pilihan utama pelajar negeri Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, melalui pembentangan Belanjawan 2025 di bawah Teras Keempat, Kemudahan dan Keperluan Asas menerusi Inisiatif Ke-30, Senggarang berharap agar dapat membina dua (2) buah surau baharu iaitu surau di Jalan Benteng, Parit Hailang dan Parit Makmur dan juga Surau AS-Syakirin di Kampung Sungai Kalung Getah. Selain itu, Senggarang itu juga ingin mohon pihak kerajaan negeri agar dapat memberi peruntukan tambahan bagi membina baharu Masjid Parit Kemang. Untuk makluman Dewan, masjid ini sedang dalam proses pembinaan dan dana bagi pembinaan Masjid Parit Kemang ini adalah sumbangan daripada orang ramai dan hasil pungutan tersebut kita telah berjaya meroboh dan sedang membina baharu masjid tersebut.

Yang Berhormat Datuk Speaker, untuk akhirnya, sejalan lagi yang perlu saya sebutkan di sini iaitu jalan-jalan JKR Negeri J209 Parit Karjo yang tebingnya rendah, jalannya tinggi yang mengakibatkan kemalangan jalan raya. Ketika awal tahun ini saya kira ada satu (1) kontena dia tak boleh control, jadi dia lepaskan terbalik mengakibatkan jem satu (1) hari, tak boleh lalu. Jadi saya harap JKR ambil perhatian yang serius untuk meratakan bahu-bahu jalan yang tebingnya rendah ini.

Akhirnya, saya nak jemput Yang Berhormat EXCO Agama dan EXCO Pendidikan untuk melawat TVET Tahfiz, Tahfiz TVET di Parit Kemang nanti bila kita susun satu masa, insya-Allah. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, terima kasih kepada ketua-ketua jabatan. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Senggarang mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih Senggarang. Saya jemput Yang Berhormat Endau.

Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertamanya, Endau menzahirkan rasa puji dan syukur kepada Allah serta selawat dan salam buat junjungan besar kita atas limpah kurnia serta keberkatanNya Endau berada di dalam Dewan yang mulia pada hari ini. Terima kasih Endau ucapkan kepada YB Datuk Speaker, kerana membenarkan Endau mengambil bahagian dalam sesi perbahasan kali ini. Semoga apa yang Endau bangkitkan pada kali ini mendapat perhatian oleh pentadbiran kerajaan negeri.

Terlebih dahulu Endau merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor atas perkenan merasmikan Sidang Dewan pada kali ini. Patik menjunjung segala titah ucapan serta nasihat Tunku agar memastikan kebajikan Bangsa Johor khususnya di DUN Endau sentiasa menjadi keutamaan dan tugas sebagai

Wakil Rakyat. Patik serta sekalian rakyat DUN Endau yang patik wakili, mendoakan agar Tunku dan keluarga terus diberikan kesihatan yang baik agar dapat menaungi negeri ini terus maju serta berjaya. Ampun Tunku.

Alhamdulillah, pada musim Monsun Timur Laut kali ini, Mersing tidak menghadapi musibah banjir yang teruk sehingga pembukaan pusat pemindahan sementara. Di sini, Endau ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua jabatan dan agensi terutamanya pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Mersing yang telah menyelia serta melakukan kerja-kerja pembersihan, pendalaman, pelebaran sungai-sungai terutamanya di kawasan-kawasan yang berisiko banjir. Endau juga ingin merakamkan penghargaan kepada Tuan Yang Dipertua, Majlis Daerah Mersing atas tindakan dan usaha yang cepat dalam kerja-kerja pembersihan kawasan terutamanya kawasan persisir pantai sekitar bandar yang terkesan dengan fenomena air pasang besar sehingga menyebabkan banyak kawasan dinaiki pasir laut dan sampah sarap. Dengan kerjasama jabatan lain yang bergotong-royong, bersama pihak Majlis Daerah Mersing maka kerja-kerja tersebut dapat dilaksanakan dengan cepat dan bersih. Benarlah kata pepatah, “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Endau juga ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Dipertua Daerah Mersing iaitu Encik Norman yang akan menjadi tetamu Allah, moga segala urusan ibadah haji dipermudahkan Allah SWT dan beroleh haji yang mabrur. Begitulah muafakatnya semua agensi dan jabatan di daerah Mersing dalam melaksanakan pelbagai tugasan serta tanggungjawab demi daerah Mersing yang dikasihi. Terima kasih semua atas perkhidmatan yang diberikan.

Dikesempatan ini juga, Endau merakamkan ucapan takziah kepada sembilan (9) keluarga mangsa anggota FRU yang terlibat kemalangan sehingga menyebabkan kehilangan nyawa. Endau juga mendoakan sembilan (9) orang lagi anggota FRU yang cedera akibat kemalangan tersebut segera diberikan kesembuhan. Sesungguhnya pengorbanan mereka dalam menjalankan tugas amat kita hargai. Terima kasih pihak PDRM yang sentiasa cakna dalam menjaga dan membela kebajikan anggota.

Yang Berhormat Datuk Speaker, ada beberapa perkara yang Endau ingin bangkitkan pada perbahasan kali ini, dalam usaha Endau untuk terus menjadi penyampai suara hati orang Endau. Pertamanya mengenai pencahayaan jalan. Endau merupakan kawasan luar bandar yang kini sedang giat membangun, dengan pelbagai infrastruktur terutamanya kawasan-kawasan perumahan. Jalan Mersing - Endau merupakan jalan utama yang menghubungkan negeri selatan ke negeri pantai timur. Sudah pasti jalan ini amat sibuk sebenarnya dilalui oleh pelbagai kenderaan termasuklah bas-bas ekspres yang membawa penumpang. Faktor keselamatan jalan ini perlu dititik beratkan memandangkan jalan ini juga digunakan oleh penduduk setempat. Terdapat beberapa buah sekolah yang juga berada di tepi jalan ini. Endau menerima rungutan dan kerisauan daripada rakyat bahawa mereka terpaksa melalui jalan gelap di awal pagi apabila menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Apabila melalui jalan yang gelap dan kurang pencahayaan, risiko berlakunya kemalangan amat tinggi. Pada waktu tersebut terutamanya melibatkan kenderaan kecil seperti motosikal. Di sini Endau nyatakan beberapa kes kemalangan maut kebelakangan ini. Pada 20 Januari 2018 di Kampung Sawah Dato’, motosikal dan kereta, penunggang motosikalnya maut, pada 3 Oktober 2018 di Kampung Makam, motosikal dan kereta, penunggang motosikal maut, 15 April 2021 di Kampung Tenglu, motosikal dan kereta, penunggang motosikal maut, 14 Mei 2023 di Jambatan Tenglu, motosikal dan kereta dan penunggang motosikalnya maut, 27 Julai 2023 di Simpang Sia Fu, lori dan kereta, pemandu keretanya maut, 14 Mei 2024 di Kampung Sri Lalang, motosikal dan lori, penunggang motosikalnya maut. Terdapat banyak

lagi kes-kes kemalangan yang lain, namun tiada mangsa terkorban akan tetapi mengalami kecederaan yang parah. Justeru itu, Endau pohon agar kerajaan negeri dapat menyediakan sejumlah peruntukan untuk memasang dan menambah lampu jalan di sepanjang Jalan Endau sekurang-kurangnya bermula lepas Jambatan Mersing sehingga ke Kampung Tenglu.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kedua, mengenai pelantikan ketua kampung. Umum kita ketahui bahawa tempoh jawatan ketua kampung telah tamat tempoh hari. Sebelum tempoh itu tamat, kerajaan negeri melalui Pejabat Daerah telah mengeluarkan iklan kekosongan mengisi jawatan tersebut. Ya yang kita ketahui, bila iklan keluar sesiapa yang berminat boleh memohon jawatan tersebut. Setelah itu, calon yang memohon akan dipanggil untuk sesi temuduga jawatan. Panel penemuduga pula terdiri daripada pegawai dan agensi yang berkaitan seperti Pejabat Daerah sendiri, Pejabat Agama dan pihak polis. Calon akan ditemuduga dan dinilai dengan pelbagai soalan bagi melihat kredibiliti dan kebolehan calon. Maka dikhabarkan senarai ketua kampung yang terpilih akan keluar pada bulan Jun ini.

Apa yang Endau ingin bangkitkan adalah berkaitan pemilihan ketua kampung. Jika kita lihat prosesnya cukup baik, ditapis, ditemuduga dan dipilih daripada kalangan yang terbaik. Pejabat Daerah menjalankan proses dengan cukup teliti. Syarat ditapis, kriteria dikaji, maka hanya calon yang terbaik dan boleh buat kerja akan terpilih. Namun kalau kita lihat kadang-kadang, calon yang terbaik, boleh buat kerja, tak terpilih sebab calon tersebut tak dapat sokongan ketua bahagian. Dalam proses pemilihan, ketua bahagian bukan panel penemuduga tetapi kenapa sering kali kita akan dengar hanya orang ketua bahagian akan dipilih? Sedangkan kadang-kadang calon ketua kampung pilihan ketua bahagian ini pun tak duduk kat kampung tersebut. Apa guna kita buat buka iklan, apa guna buat temuduga, akan tetapi akhirnya hasil temuduga itu pun tak digunakan. Jika macam inilah, lebih baik ketua kampung ini kita buat pelantikan macam Ahli Majlis, isi borang, sokong dan terus lantik tak perlu bazir masa nak temuduga. Jadi, Endau haraplah kerajaan bersikap profesional dan ambil kira keputusan Pejabat Daerah dalam memilih ketua kampung ini. Ketua kampung ini berkhidmat untuk orang kampung yang mana ketua kampung ini duduk di bawah Pejabat Daerah dan bukan arahan parti semata-mata. Jadi jelas, kena bezakan urusan kerajaan dan urusan parti.

Yang Berhormat Datuk Speaker, seterusnya Endau akan sentuh secara ringkas dan padat sahaja. Pertamanya mengenai isu lembu berkeliaran. Walaupun kerajaan telah memulakan langkah untuk memasang tanda di haiwan peliharaan ini tetapi masih ada penternak yang masih ingkar. Masih banyak lembu berkeliaran di kawasan kampung dan jalan-jalan yang membahayakan pengguna jalan raya terutamanya pada waktu malam. Jadi, Endau berharap pihak kerajaan melalui Jabatan Veterinar dan Majlis Daerah Mersing dapat melaksanakan kuat kuasa berkaitan hal ini.

Kedua, parkir lori di bahu jalan. Endau dapat aduan bahawa terdapat lori yang sering memaking parkir di bahu jalan seperti di hadapan Caltex Endau. Ianya amat merbahaya kepada pengguna kenderaan ringan kerana pandangan pemandu akan terjejas dan menyukarkan mereka untuk keluar daripada simpang untuk ke jalan utama lebih-lebih lagi pada waktu malam. Jadi, Endau pohon pihak polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan dapat melihat perkara ini.

Ketiga, isu sawah padi. Baru-baru ini Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ada maklumkan negara mungkin berdepan dengan risiko gangguan import beras. Walaupun beras tempatan sering disebut sukar untuk dicari di pasaran, beras import juga menjadi pilihan terakhir rakyat. Kerajaan negeri dalam Bajet Johor telah peruntukkan sejumlah perbelanjaan untuk sawah padi di Kahang. Endau dalam perbahasan belanjawan juga telah nyatakan hasrat agar peruntukan tersebut juga perlu diagihkan di kawasan Endau kerana Endau ada dua kawasan padi iaitu di Air Papan dan Kampung Semaloi. Dengan ini Endau cadangkan agar kerajaan negeri dapat tambah lagi peruntukan untuk utamakan isu padi ini agar bekalan beras tempatan mencukupi dan negeri Johor juga menyumbang kepada hasil padi kepada negara.

Yang keempat, mengenai Bukit Pantai Pasir Lanun. Kawasan ini kawasan viral YB Datuk Speaker. Ramai pengunjung akan gunakan jalan bukit ini dan berhenti atas bukit untuk ambil-ambil gambar. Pemandangan dari atas bukit ini akan memperlihatkan kita kepada keindahan seluas lautan dan pulau. Cuma, yang jadi masalah adalah faktor keselamatan di sini. Jalan sempit yang hanya memuatkan laluan sebuah kereta sahaja. Baru-baru ini sebuah kereta terbalik di kawasan tersebut, nasib baik tak berlaku kehilangan nyawa dan ramai pula orang membantu menyelamatkan kereta tersebut. Endau berharap fasiliti terutamanya berkaitan keselamatan dapat ditingkatkan di kawasan tarikan pelancong tersebut.

Kelima, berkaitan isu penahan ombak pesisir pantai. Awal tahun ini fenomena air pasang besar telah mengakibatkan air laut dan pasir laut naik ke kawasan daratan dan jalan pesisir pantai ini. Ada juga berlaku kerosakan bangunan seperti Bangunan Pasar FAMA di tepi pantai Mersing. Endau memang dimaklumkan sebelum ini bahawa kerajaan akan melaksanakan projek penahan ombak di sini. Kalau boleh Endau harapkan projek tersebut dapat dilaksanakan secepat mungkin walaupun Endau maklum bahawa kosnya agak tinggi.

Yang keenam, berkaitan perniagaan dan warga asing. Endau dimaklumkan bahawa kini di Kipmart Kota Tinggi dan Pasar Borong Pandan ramai warga asing yang berniaga. Bila kita semak nama penyewa memang orang tempatan. Tetapi yang menjalankan perniagaan adalah warga asing. Ini sifat tidak bertanggungjawab orang kita sebab bagi sewa pada mereka. Endau tidak mahu Johor ini jadi Selayang 2.0. Akhirnya nanti kerajaan dan penguatkuasa susah hendak ambil tindakan. Jadi, dari sekarang kerajaan dan penguatkuasa kena ambil tindakan yang sewajarnya. Pohon pihak berkuasa sering menjalankan operasi di kawasan ini dan kalau boleh bukan kawasan ini sahaja, tetapi semua daerah kena tengok.

Ketujuh, adalah posisi sebagai pengimbang kerajaan. Endau hari ini berpijak di bumi nyata. Endau hari ini sedar akan kedudukan di Dewan yang mulia ini. Endau, Bukit Kepong, Maharani dan Puteri Wangsa sebaris sedar akan layanan kepada kami. Kita sebagai wakil rakyat ada fungsinya kepada tempat yang kita wakili. Jangan nafikan peranan dan hak kami di sini. Mengapa perlu ada perbezaan antara kami dan pengimbang kerajaan yang lain? Mengapa sesetengah peruntukan yang diluluskan di dalam Dewan yang mulia ini boleh disalurkan kepada pengimbang kerajaan yang lain tetapi tidak kepada kami? Kenapa kawasan kami penyelaras DUN yang seperti wakil rakyat kawasan, tetapi tidak di kawasan pengimbang kerajaan yang lain. Jadi, Endau harap berpegang kepada ayat Al-Quran yang sering dibacakan dalam ucapan di Dewan yang mulia ini, adil lah jangan lah menganiaya

kami. Itu sahaja, Endau tahu yang pilihan raya akan berlangsung pada bila-bila masa. (Bacaan surah). Kita merancang, Allah merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Endau juga berharap untuk ditambah satu (1) lagi bank di kawasan pekan Endau kerana setakat ini hanya ada satu bank sahaja yang beroperasi di pekan Endau iaitu Public Bank. Bila hanya ada satu (1) bank, penggunaan mereka sangat-sangat maksima, sebab itu saya, Endau dapat aduan daripada rakyat di kawasan Endau mengatakan bahawa ATM selalu rosak. Jadi, saya mohon kepada pihak kerajaan agar dapat dipertimbangkan untuk menambah satu (1) lagi bank di kawasan pekan Endau.

YB Datuk Speaker, setakat ini sahaja yang Endau rasa Endau ingin suarakan pada hari ini. Endau menginsafi bahawa setiap pemimpin ada kelebihan dan kelemahannya. Segala kelebihan yang ada Endau akan gunakan semaksima mungkin untuk terus membela nasib orang Endau. Segala kelemahan yang ada pula Endau akan terus perbaiki. Dikesempatan ini Endau merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Pegawai Tadbir Negeri di peringkat negeri Johor dan di daerah Mersing serta semua jabatan dan agensi yang banyak membantu Endau menguruskan kawasan Endau. Semoga tuan-tuan dan puan-puan dirahmati oleh Allah sentiasa. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Endau mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih Endau, saya jemput Yang Berhormat Kempas.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, Kempas memulakan ucapan ini dengan melafazkan rasa penuh syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin-Nya kita semua dapat bersidang dalam suasana aman dan penuh semangat demi meneruskan agenda pembangunan negeri Johor yang tercinta ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, terlebih dahulu izinkan Kempas merakamkan setinggi menjunjung kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor atas titah ucapan DiRaja sempena Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Persidangan Negeri Johor Ke-15 ini. Sesungguhnya titah Baginda mengenai pelbagai panduan, peringatan serta harapan yang perlu diberikan perhatian serius oleh kita semua sebagai wakil rakyat. Titah tersebut bukan sekadar simbolik tetapi cerminan keprihatinan dan wawasan tinggi institusi DiRaja terhadap kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri Johor secara keseluruhannya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, titah Kebawah Duli Tunku terhadap keprihatinan dan kepedulian Baginda mengenai ekonomi, pendidikan, infrastruktur dan penjagaan kesihatan di negeri Johor adalah amat tepat demi memastikan negeri Johor akan berjaya mencapai status negeri maju dan seterusnya rakyat akan menerima manfaatnya. Kempas yakin dengan semangat, iltizam dan kesungguhan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Johor mampu menjadi satu-satunya negeri penyumbang hasil KDNK negara yang tertinggi. Jumlah pelaburan yang diterima pada suku pertama tahun 2025 sebanyak RM12 bilion ini merupakan jumlah tertinggi dalam sejarah negeri Johor. Lebih membanggakan di mana 90% daripada pelaburan ini tertumpu di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang bakal menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi Johor selatan. Ini sekali gus meletakkan Johor di landasan yang

kukuh sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini. Kejayaan-kejayaan ini mencerminkan hala tuju negeri yang progresif dan berwawasan di bawah pimpinan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor dan kerajaan negeri yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Kempas mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tunku Kebawah Duli Pemangku Sultan DiRaja dan juga Menteri Besar.

Yang Berhormat Datuk Speaker, hari ini apabila kita menyebut tentang kejayaan sukan di peringkat nasional bahkan antarabangsa tidak dapat tidak kita perlu mengiktiraf peranan besar yang di mainkan oleh pasukan bola sepak negeri kita Johor Darul Ta’zim (JDT). Dikesempatan ini Kempas ingin merakamkan setinggi tahniah atas kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim yang sekali lagi telah membanggakan seluruh rakyat negeri ini dengan kejayaan merangkul kejuaraan Liga Super untuk sebelas (11) tahun berturut-turut. Kejayaan ini bukan sekadar kemenangan di atas padang, tetapi lambang kepimpinan berwibawa dan visi jangka panjang Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dalam memartabatkan sukan bola sepak Johor ke peringkat yang lebih tinggi.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kejayaan JDT bukan sekadar diukur dengan kejuaraan demi kejuaraan yang diraih di pentas tempatan mahupun Asia tetapi lebih besar daripada itu ia telah menjadi pemangkin kepada kebangkitan ekosistem sukan di Johor ini. JDT telah membina satu budaya profesionalisme, disiplin tinggi dan semangat juang yang menjadi contoh kepada sukan-sukan lain. Kesan limpahan daripada kejayaan JDT ini, telah memberikan inspirasi dan motivasi kepada pembangunan sukan lain seperti bola jaring, sukan pemotoran dan lain-lain lagi. Malah, beberapa kumpulan sukan bertaraf antarabangsa yang dibangunkan hasil inisiatif ini turut dimanfaatkan oleh atlet-atlet dari pelbagai cabang sukan. Yang Berhormat Datuk Speaker, lebih penting kita sedang menyaksikan kebangkitan semula kemenangan Johor dalam arena sukan negara. Johor kini muncul sebagai antara negeri penyumbang utama atlet berkualiti tinggi ke temasya sukan seperti Sukan Malaysia SUKMA, sukan SEA dan kejuaraan dunia. Oleh itu, saya menyarakan agar kerajaan negeri Johor terus memberikan sokongan padu terhadap program pembangunan sukan akar umbi dengan mengambil pedekatan yang ditunjukkan oleh JDT iaitu melabur bukan sahaja dalam prasarana tetapi juga dalam bakat sistem latihan dan sukan menyeluruh terhadap kebajikan atlit.

Yang Berhormat Datuk Speaker, alhamdulillah di Johor komitmen kerajaan bukan sahaja terhadap pembangunan fizikal malah pembangunan kerohanian dan kesejahteraan rakyat turut diberikan penekanan. Usaha kerajaan dalam melihat aspek kerohanian ini jelas dapat di lihat menerusi perlaksaan program yang menyentuh jiwa dan membina sahsiah masyarakat. Program Semarak Subuh misalnya merupakan satu pendekatan yang sangat bertepatan dengan keperluan semasa dalam memperkukuhkan nilai keagamaan, jati diri dan kesatuan ummah di peringkat akar umbi. Program ini telah berjaya menghidupkan suasana kerohanian di masjid-masjid dan di surau-surau seluruh negeri dengan kehadiran bukan sahaja golongan dewasa, tetapi juga anak-anak muda dan remaja. Kejayaan ini menunjukan bahawa apabila program keagamaan di jalankan dengan pendekatan yang inklusif dan terancang, ia mampu menyatupadukan masyarakat dan memupuk akhlak yang baik dalam kalangan generasi muda. Inisiatif ini amat wajar diteruskan dan dikembangkan lagi termasuk melibatkan kerjasama sekolah, institut pengajian tinggi dan pertubuhan belia setempat. Dan kejayaan program ini kita seharusnya mengorak langkah lebih besar lagi di dalam mengagenda menyemarakkan syiar Islam dan perkasa jati diri umat islam di negeri Johor iaitu dengan pengimarahan masjid dan surau.

Alhamdulillah, kerajaan negeri Johor pada tahun 2023 telah mengambil langkah proaktif dengan memasang talian internet dan wifi di semua masjid dan surau di seluruh negeri. Usaha ini bukan sekadar memodenkan infrastruktur, malah membuka peluang besar untuk menjadikan masjid dan surau sebagai pusat pembelajaran, pusat komuniti dan pusat mencari ilmu yang inklusif serta relevan dengan keperluan semasa. Oleh itu, Kempas ingin mencadangkan agar agenda ini terus diperkasakan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Antara cadangan yang boleh ditimbangkan ialah penubuhan pusat perpustakaan mini, pusat komputer komuniti dan ruangan kelas pendidikan agama dan digital di masjid serta surau khususnya di kawasan luar bandar dan pinggir bandar.

Ianya bukan sahaja boleh menarik kehadiran anak muda ke masjid, malah menjadikan masjid sebagai pusat kemudahan komuniti melalui pelbagai program seperti kelas tuisyen, bengkel IT, pengurusan kewangan Islam serta latihan keusahawanan. Masjid bukan hanya tempat ibadah semata-mata, tetapi harus menjadi tempat menyantuni masyarakat, menjawab keperluan anak muda, menyelesaikan isu sosial dan mendidik ummah dengan ilmu yang bermanfaat dunia dan akhirat. Oleh itu, Kempas mohon agar kerajaan negeri dapat menyusun satu pelan strategik jangka panjang bagi mengangkat fungsi masjid sebagai pusat pembangunan holistik masyarakat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Kempas turut bersedih dengan kejadian bencana banjir yang luar biasa yang telah melanda negeri Johor baru-baru ini. Khususnya bagi kawasan daerah Johor Bahru yang terjejas teruk. Kejadian yang berlaku ketika umat islam sedang sibuk menyediakan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri, pastinya membuatkan mangsa banjir berada di dalam keadaan yang berdukacita. Kempas ingin merakamkan penghargaan atas tindakan pantas dan proaktif kerajaan dengan pemberian bantuan segera berjumlah RM3,000.00 kepada setiap keluarga mangsa banjir. Paling menyenangkan hati rakyat tindakan pantas dalam mengagihkan bantuan tersebut hanya mengambil masa selama empat (4) hari sahaja selepas bencana ini berlaku. Ini merupakan tanda kesungguhan kerajaan dalam mempercepatkan birokrasi agihan bantuan. Ia bukan sahaja meringankan beban, malah memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan sentiasa ada bersama mereka di saat-saat sukar dan mampu bertindak segera. Dan dengan kejayaan ini ia menunjukkan bahawa setiap pelaksanaan sesuatu inisiatif itu dapat dilaksanakan dengan segera sekiranya setiap jabatan dan agensi dapat duduk semeja dan bergerak sebagai satu pasukan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, disebalik kejayaan besar yang dicapai oleh negeri ini, kita tak boleh menutup mata terhadap permasalahan setempat, yang terus menghimpit kehidupan rakyat, terutamanya aspek penyelenggaraan prasarana asas, seperti saliran dan perparitan. Kegagalan memberi tumpuan serius, terhadap penyelenggaraan longkang dan sistem saliran, telah membawa natijah yang besar kepada rakyat, khususnya dalam bentuk banjir kilat yang semakin kerap berlaku. Apabila berlaku hujan lebat, bahawa kawasan di negeri ini mudah dilanda banjir kilat, yang bukan sahaja merosakkan harta benda, malah menjejaskan sesi persekolahan anak-anak, kerugian kepada peniaga dan menimbulkan kesesakan lalu lintas yang luar biasa. Itu pun Kempas juga, masalah ini turut dialami terutamanya di sekitar Jalan Persiaran Tanjung, Jalan Kempas Lama dan kawasan sekitar perumahan Taman Seri Putra yang berulang kali terjejas setiap kali hujan lebat. Isu longkang tersumbat tidak diselenggara secara berkala, serta sistem saliran sudah lama tidak dinaik taraf merupakan punca utama kepada kawasan ini. Selain itu Kempas berharap, agar diadakan pemantauan mengikut jadual, oleh pihak yang berwajib setiap kawasan yang

berpotensi tinggi banjir. Jika tiada penjadualan yang berkala, ini menyebabkan saluran longkang tidak diselenggara dengan betul dan akhirnya menyebabkan kos yang besar di belakang hari, kepada kerajaan yang lepas menanggung kerugian dan kesengsaraan kepada rakyat. Sehubungan itu, Kempas menyeru pihak berwajib perlu memastikan supaya sub kontraktor yang dilantik agar sentiasa melakukan pemantauan berjalan dan tindakan segera apabila berlaku bencana.

Yang Berhormat Datuk Speaker, oleh itu Kempas percaya sudah tiba masanya kerajaan negeri menangani isu saliran ini, bukan lagi sebagai perkara sampingan, tetapi sebagai isu strategik yang perlu diberikan keutamaan setara dengan agenda pembangunan ekonomi. Rakyat memerlukan penyelesaian jangka panjang agar perkara sebegini tidak berulang dan bukan hanya tindakan reaktif sebab bencana berlaku semata. Diharapkan melalui inisiatif Belanjawan Johor 2025 peruntukan sebanyak RM5.3 juta menerusi rancangan tebatan banjir di kawasan yang telah digazetkan dapat membantu masyarakat, dapat membantu mengatasi masalah banjir yang boleh mengembirakan rakyat dan kerajaan ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Kempas hari ini bukan lagi kawasan pinggiran seperti dahulu, ia berkembang pesat sebagai kawasan perumahan baharu yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Premis perniagaan semakin rancak dan kepadatan penduduk terus meningkat saban tahun. Malangnya kemudahan jalan raya dan sistem trafik masih berada di tahap yang lama, tidak selari dengan arus pembangunan semasa. Banyak aduan diterima, berkenaan keadaan jalan yang sempit dan tidak teratur seperti jalan di Jalan Persiaran Bukit Kempas yang kini mempunyai empat (4) lorong menjadi dua (2) lorong di penghujung jalannya. Perkara ini menyebabkan kesesakan sering berlaku terutama di waktu puncak. Di ruang dan kesempatan ini, Kempas ingin memohon agar kerajaan negeri Johor memberikan tumpuan serius, harap pelebaran Jalan Kempas Bersepadu atau disebut Kempas Speck. Untuk makluman Yang Berhormat Speaker, laluan ini merupakan laluan yang menghubungkan exit tol Kempas menuju bandar dan keadaan trafik ini sangat sesak dan padat. Dengan pembangunan stesen KTMB yang berwajah baharu dah sebagai stesen utama KTM, Kempas melihat keperluan agar sepanjang highway Kempas Baru ini, dilebarkan bersesuaian dengan kapasiti had pengguna jalan raya. Dengan ini insya-Allah dapat menyenangkan pengguna jalan raya sekali gus memudahkan pelancong luar agar mengguna aset dan mengguna pakai stesen KTMB. Oleh itu Kempas ingin mencadangkan agar kawasan Kempas dimasukkan dalam Pelan Induk Pembangunan Infrastruktur Bandar Johor Bahru dan disediakan peruntukan khusus bagi menaik taraf jalan-jalan utama dan ke seluruh kawasan ini. Kita tidak mahu melihat pembangunan pesat berlaku tanpa sekali infrastruktur asas yang kukuh kerana ketidakseimbangan ini akhirnya akan mencetuskan masalah sosial, keselamatan, kesesakan yang berpanjangan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Kempas juga mengambil kesempatan untuk membawa suara dan keresahan sekumpulan besar penduduk-penduduk kampung dan taman perumahan lama di kawasan bandar Johor Bahru khusus yang tinggal di atas tanah yang status pajakan yang kini semakin tamat tempoh. Tetapi buat kampung dan taman lama ini, antaranya di kawasan Kempas atau seperti di Taman Kobena, Desa Rahmat, Taman Perumahan MARA adalah antara warisan penempatan Melayu yang telah wujud sekian lama dahulu sebelum Johor Bahru bertukar status kepada bandaraya. Mereka inilah penduduk asal yang menyumbang kepada pembangunan awal Johor Bahru dan terus setia menghuni tanah rumah pusaka mereka. Namun hari ini kebanyakan mereka beranggapan proses memperbaharui pajakan adalah rumit dari sudut proses serta kos yang tinggi. Ramai

dikalangan mereka bukan tidak mahu beri pajakan tetapi terbeban dengan kekangan kewangan dan tidak jelas dengan proses kerja yang perlu dilalui.

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalnya di sini bukanlah mengenai perubahan status hak milik tanah, tetapi lebih kepada bagaimana kerajaan negeri dapat memainkan peranan dari segi sokongan, proses dan mekanisme bantuan. Kempas ingin mencadangkan agar diwujudkan satu jawatankuasa task force khas di bawah Pejabat Tanah dan PBT bagi memudahkan urusan permohonan pembaharuan pajakan, bagi garis panduan yang jelas dan bantuan teknikal kepada pemilik tanah kampung atau pun taman-taman lama ini. Selain itu, jawatankuasa ini juga dapatlah membantu komuniti ini menjalankan proses permohonan secara kumpulan dan teratur.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kita tidak boleh membiarkan mereka ini rasa terpinggir di tanah sendiri, hanya kekangan birokrasi dan kurangnya bimbingan dalam proses pajakan semula. Oleh itu saya mohon agar kerajaan negeri melalui jabatan atau agensi berkaitan dapat memberikan penjelasan dan menyata kesediaan untuk melihat semula pendekatan sedia ada. Soal keadaan sosial dan keterjaminan pemilikan jangka panjang untuk rakyat terutamanya Melayu bandar, terus menjadi keutamaan dalam perancangan pembangunan negeri.

Yang Berhormat Datuk Speaker, dikesempatan ini Kempas ingin menyentuh satu isu yang cukup dekat di hati rakyat, iaitu isu penempatan setinggan serta peluang menyediakan lebih banyak Rumah Mampu Milik di kawasan bandar yang pesat membangunan. Sudah sekian lama isu penempatan setinggan, menjadi permasalahan berpanjangan bukan sahaja di Kempas, bahkan di banyak kawasan bandar lain di negeri Johor. Penempatan setinggan ini wujud bukan kerana pilihan, tetapi atas desakan hidup, kos sara hidup yang tinggi serta kekangan memiliki kediaman yang selesa dan mampu milik. Kempas berpandangan bahawa sudah tiba masanya isu ini ditangani secara holistik dan terancang melalui rundingan rentas agensi yang lebih terbuka dan progresif antara langkah proaktif yang boleh dipertimbangkan ialah mempercepatkan penyelesaian status penempatan setinggan yang telah didiami sekian lama khususnya yang berada di atas tanah milik agensi kerajaan persekutuan.

Sebagai contoh terdapat beberapa kawasan di Kempas yang berada di bawah pemilikan agensi seperti Kementerian Kesihatan, tanah-tanah ini berpotensi besar untuk dimajukan secara lebih berkesan melalui kerajaan persekutuan, hak milik atau land swap dengan izin agar dapat dimanfaatkan sebagai tapak pembangunan perumahan rakyat yang sah dan terancang. Jika kaedah ini direalisasikan, ia bukan sahaja dapat mengiktiraf hak dan kediaman penduduk sedia ada, tetapi juga membuka peluang kepada kerajaan negeri untuk membina lebih banyak unit Rumah Mampu Milik di lokasi yang strategik iaitu di kawasan bandar seperti Kempas yang sudah lengkap dengan akses pengangkutan, fasiliti kesihatan, pendidikan dan peluang pekerjaan. Maka Kempas mencadangkan agar kerajaan negeri Johor melalui agensi berkaitan seperti Pihak Berkuasa Tempatan dan Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor, PKPJ dapat segera mengadakan perundingan bersama agensi kerajaan persekutuan yang terlibat untuk memperhalusi cadangan ini. Ini bukan sahaja satu bentuk penyelesaian jangka panjang tetapi juga satu langkah berani dan bijaksana dalam memperkasa hak rakyat memiliki kediaman selamat, selesa dan bermaruah.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebagai Wakil Rakyat kita semua memikul amanah besar, bukan sahaja kepada rakyat di kawasan masing-masing, tetapi juga kepada institusi raja yang kita junjung tinggi. Maka titah ucapan Pemangku Sultan Johor ini harus diterjemahkan bukan sekadar dalam perbahasan, tetapi melalui tindakan dan dasar yang menyentuh denyut nadi rakyat. Akhir kata marilah kita bersama beriltizam dan memperhebat usaha dan merealisasikan harapan dan titah baginda demi menjayakan agenda kemajuan Johor yang inklusif, makmur dan berdaya saing. Menjunjung kasih Tunku. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Maju Johor, Kempas mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih Kempas. Ahli-ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga jam 2:30 petang.

Persidangan ditangguhkan pada jam 12:58 tengah hari.

Persidangan disambung semula pada jam 2:50 petang.

YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.

Jurutulis

Yang Berhormat, Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahli-ahli Yang Berhormat, beriani sudah, burger pun sudah; semoga Lazy Monday tidak menjadikan Lazy Thursday. Terima kasih kepada Yang Berhormat Larkin di atas infak yang diberikan. Ahli-ahli Yang Berhormat, bersama kita di petang ini adalah pemerhati-pemerhati, kita mengalu-alukan pemerhati daripada kawasan Puteri Wangsa seramai lapan (8) orang. (Dewan bertepuk). Juga mengalu-alukan pemerhati daripada DUN kawasan Kota Iskandar seramai sepuluh (10) orang yang terdiri daripada Ketua Wanita UMNO, Puteri Iskandar UMNO, Iskandar Puteri, Naib Ketua Wanita UMNO, Penolong Setiausaha, AJK UMNO, AJK UMNO Bahagian Kota Iskandar, Setiausaha, Ketua Kampung, Ketua Cawangan dan ahli-ahlinya. Ahli-ahli Yang Berhormat, persidangan disambung semula. Dijemput Yang Berhormat Maharani.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam Maju Johor. Alhamdulillahi rabbilalamin. (Doa). Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker, memberi laluan kepada Maharani untuk membahas titah ucapan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor Darul Takzim. Puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Maharani diberi peluang dalam sesi perbahasan kali ini. Maharani merafak sembah setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas perkenan merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-15.

Maharani mengambil kesempatan, untuk menyokong sepenuhnya usul, menjunjung kasih titah Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor yang memberi penekanan terhadap kesejahteraan Bangsa Johor terutamanya di dalam meningkatkan taraf hidup rakyat dari segi ekonomi, infrastruktur, sahsiah, pendidikan dan juga penjagaan kesihatan. Maharani ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan

Johor atas kejayaan pasukan bola sepak JDT menjuarai piala Malaysia 2025 pada 26 April yang lalu. Ianya adalah final kelima berturut-turut Harimau Selatan dalam kejohanan berprestij itu dan menyapu bersih semua gelaran domestik untuk dua musim tanpa henti, apabila dinobatkan juara Malaysia kali ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, apa tandanya kain pelikat, raganya halus di bentang lebar; apa tandanya pemimpin rakyat, budinya halus orangnya sabar. Marilah kita merenung petikan firman Allah SWT di dalam surah Al-Imran ayat 159 yang berbunyi, (bacaan hadis) yang bermaksud, “kemudian apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya” semoga dengan ini seluruh Ahli-ahli Dewan Negeri Johor akan terus bertekad dengan keazaman yang tinggi dalam menaikkan imej negeri Johor dan menjaga kebajikan rakyat negeri ini, dengan penerapan amalan budaya politik matang dan sejahtera.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Maharani mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas perkembangan ekonomi negeri Johor yang kini menjadi kuasa besar baharu di dalam negara Malaysia. Pelaburan yang mencecah puluhan billion ringgit dan projek strategi seperti Zon Ekonomi Khas Johor - Singapura, JS-SEZ jelas menunjukkan kemajuan negara kita. Sehubungan dengan itu, Maharani ingin menekankan supaya projek besar iaitu Maharani Gateway yang terdapat di daerah Muar dipantau oleh kerajaan negeri dan juga oleh pihak yang berwajib agar peluang pekerjaan dapat diberikan keutamaan kepada warga tempatan terutamanya golongan anak-anak muda di daerah Muar. Pemberian peluang pekerjaan ini bukan sahaja membantu meningkatkan pendapatan rakyat setempat tetapi juga menyumbang kepada kejayaan projek tersebut dengan sokongan penuh masyarakat setempat.

Maharani mohon supaya daerah Muar digazetkan menjadi Zon Ekonomi Khas dan tanah rizab Melayu kekal dan penduduk tidak berpindah akibat tekanan ekonomi dan pembangunan yang pesat di luar keupayaan penduduk setempat. Diharap pihak kerajaan dapat merangka pelan jangka panjang bagi memastikan penduduk setempat tidak terpinggir, bak kata pepatah, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Sudah terhantuk baharu tergadah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Menang sorak kampung tergadai. Yang Berhormat Datuk Speaker, Maharani mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang tidak jemu mendidik generasi Bangsa Johor demi masa depan cemerlang. Tema hari guru tahun ini ialah Guru Pemacu Reformasi Pendidikan. Terima kasih cikgu. Dalam aspek pendidikan, Maharani mengalu-alukan usaha kerajaan negeri melaksanakan Sekolah Rintis Bangsa Johor yang menjadi model pendidikan progresif dan inklusif. Namun begitu, Maharani ingin membawa perhatian kepada Ahli Dewan yang mulia ini bahawa bebanan kerja guru-guru yang terlibat dalam pelaksanaan program ini hendaklah dipantau bagi mengelakkan tekanan emosi di kalangan guru yang terlibat. Beban kerja yang berlebihan boleh menjejaskan mutu pengajaran dan kesihatan mental guru. Oleh itu, Maharani mencadangkan agar diadakan satu kajian soal selidik dan pemantauan untuk memastikan guru-guru tidak terbeban dan dapat melaksanakan tugas mereka dengan berkesan dan seimbang. Telah sampai waktunya guru lebih berfokus kepada pembangunan intelek pelajar dengan tidak dibebani dengan berbagai-bagai tugas

perkeranian. Seiiring dengan tema guru pada tahun ini, Maharani mencadangkan sistem bayaran yang yuran dibuat secara atas talian yang akan mengurangkan tugas bebanan guru. Juga rekod kehadiran murid hendaklah dijadikan ataupun dijadikan contoh mengenakan online di mana guru kelas hanya merekodkan pelajar yang tidak hadir sahaja secara automatik kehadiran telah lengkap disempurnakan. Semua data berada di dalam, tanpa kertas dan boleh dicapai dengan mudah dan selamat. Begitu juga dengan sistem dokumentasi dan fail-fail yang bertimbun di dalam bilik berkaitan pencapaian pelajar dan akademik, sukan, aktiviti lain tidak lagi sesuai diadakan dipraktikkan malah mesti direkod secara atas talian. Untuk itu, capaian internet di sekolah-sekolah terutamanya di kawasan luar bandar perlu dinaik taraf ke paras optimum. Mohon tindakan pihak kerajaan memberi perhatian yang serius terhadap masalah ini. Ditakuti akibat beban tugas yang rencam dan tidak berfokus terhadap pengajaran dan pembelajaran mengakibatkan ramai di kalangan guru-guru mengalami tekanan mental dan stress menyebabkan ramai yang mohon bersara awal. Ini amat merugikan negara kerana mereka yang berpengalaman dalam mendidik anak bangsa telah mengundurkan diri lebih awal sebelum sampai waktunya bersara. Bagi meningkatkan tenaga mahir dalam arus global masa kini, TVET juga merupakan proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri perlu diperkasakan dalam pelbagai bidang dan menjadi keutamaan di peringkat sekolah. Untuk tujuan tersebut, Maharani mencadangkan supaya pihak kerajaan memperincikan sekolah-sekolah yang dapat melaksanakan TVET ini secara berkesan dan sistematik. Kalau boleh satu sekolah, satu latihan khususnya. Bunga selasih tumbuh sederet, dipijak orang lalu lalang, ayuh Johor perkasakan TVET, didik pelajar jadi cemerlang. Yang Berhormat Datuk Speaker, seiring dengan saranan Tunku Mahkota Ismail yang menekankan pendidikan yang berkualiti serta membangunkan modal insan yang berkualiti tinggi berteraskan institusi kekeluargaan. Maharani menyarankan agar sebuat Pusat Pengajian Al-Quran Madrasah Abasiah yang ada di daerah Muar ini diperkasakan. Setakat ini hanya 30% sahaja daripada keseluruhan guru yang menerima elaun bulanan sebanyak RM350.00 sebulan. Atas dasar kebajikan dan mengangkat martabat warga pendidik, Maharani mencadangkan agar naikkan kuota penerima elaun guru Al-Quran ini daripada 30% kepada 60% daripada keseluruhan guru yang ada seramai 267 orang. Sebagai inisiatif supaya guru-guru ini lebih bersemangat untuk mengajar Al-Quran kepada masyarakat setempat terutamanya golongan anak-anak di bawah umur 12 tahun bagi melahirkan generasi yang berkualiti mempunyai sahsiah jati diri dan bertanggungjawab. Berkaitan dengan pendidikan yang berkualiti, Maharani juga mencadangkan agar dibina sebuah perpustakaan baharu di daerah Muar. Bagi menggantikan perpustakaan lama yang telah dirobohkan. Buat masa ini, perpustakaan awam daerah Muar telah dipindahkan ke lot kedai yang mana prasarananya tidak kondusif sebagai tempat membuat rujukan dan diskusi bagi pelajar-pelajar terutamanya golongan mahasiswa. Mohon dibina di tapak yang lebih luas yang menjadi mercu tanda daerah Muar dengan kemudahan internet dan seumpamanya. Yang Berhormat Datuk Speaker, maharani menyokong sepenuhnya keutamaan penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan perumahan di negeri Johor bagi memastikan Bangsa Johor ada tempat perlindungan yang selamat. Namun demikian, perumahan yang

ada di daerah di kawasan Maharani rata-ratanya berada di dalam lingkungan harga RM300,000.00 sehingga RM600.000.00 menyebabkan golongan B40 tidak berkemampuan untuk membeli rumah pertama mereka. Bahkan golongan B40 juga tidak mampu untuk menyewa rumah kerana kadar sewaan yang tinggi antara RM600.00 hingga RM1,000.00 sebulan. Ia sangat membebankan golongan belia yang baharu bekerja. Atau yang baharu mendirikan rumahtangga. Kesannya ramai yang mengalami krisis kewangan serta bebanan hutang yang sedia ada. Sebahagian daripada mereka beralih membeli rumah di luar negeri Johor iaitu ke Melaka, di daerah Jasin dan Merlimau yang harganya lebih murah berbanding dengan daerah Muar. Kesannya menyebabkan golongan anak muda B40 daerah Muar terpaksa berhijrah dan kita akan kehilangan aset yang sangat berharga dari kalangan generasi muda ini. Yang Berhormat Datuk Speaker, masalah perumahan ini untuk golongan B40 juga telah dibangkitkan berulang kali. Di dalam Persidangan Dewan ini namun sehingga kini belum ada tindakan daripada pihak kerajaan untuk warga Maharani. Maka, sekali lagi Maharani mencadangkan supaya Taman Perbadanan Islam di Bandar Maharani dikaji semula kesesuaiannya dalam menyediakan rumah mampu milik bagi membantu golongan belia terutamanya B40 bagi memiliki rumah sendiri. Maharani juga mencadangkan kerajaan mewujudkan Rumah Transit Bangsa Johor di daerah Muar khususnya di Maharani seperti yang telah dibina di beberapa tempat sebagai persediaan kepada anak-anak muda yang baharu mendirikan rumahtangga sehingga tempoh yang tertentu. Yang Berhormat Datuk Speaker, Maharani juga menyokong titah Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor yang mengharapkan Bangsa Johor dapat dibentuk nilai dan jati dirinya. Bagi mencapai hasrat Baginda, Maharani mencadangkan beberapa inisiatif kepada Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor: Yang pertama, Maharani mencadangkan agar kerajaan negeri mewujudkan Rumah Sejahtera Warga Emas dan Rumah Transit Gelandangan di daerah Muar yang mana sehingga kini belum ada lagi kemudahan tersebut. Setakat ini dimaklumkan Rumah Transit Gelandangan ini di negeri Johor hanya berada di Batu Pahat dan juga Johor Bahru. Inisiatif ini penting sebagai langkah sosial untuk menjaga golongan rentan dan memastikan mereka mendapat perlindungan dan keselesaan sewajarnya. Maharani yakin usul ini selaras dengan aspirasi kerajaan negeri Johor untuk membela nasib semua lapisan masyarakat Johor. Yang kedua, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara iaitu LPPKN di daerah Muar buat masa ini menanggung beban kerja meliputi sepuluh (10) buah DUN iaitu tujuh (7) DUN di daerah Muar dan tiga (3) DUN di daerah Tangkak dengan kekuatan empat (4) orang petugas untuk semua DUN tersebut. Keadaan ini jelas membebankan perkhidmatan dan boleh menjejaskan keberkesanan program pembangunan keluarga dan populasi. Secara ringkasnya, LPPKN ini adalah memberikan perkhidmatan yang berfokus kepada pembangunan sosial dan kesejahteraan keluarga secara holistik. Manakala petugas-petugas kesihatan KKM pula berfokus kepada aspek kesihatan fizikal dan rawatan perubatan. Kedua-duanya saling berkolaborasi melengkapi dalam memastikan kualiti hidup rakyat Malaysia terus meningkat. Oleh yang demikian, Maharani ingin menyuarakan satu keperluan mendesak menubuhkan cawangan baharu LPPKN di daerah Tangkak. Dengan adanya cawangan baharu, perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan lebih berfokus dan efisien demi kesejahteraan keluarga dan pembangunan modal insan di setiap kawasan.

Yang ketiga, memandangkan LPPKN saling berkolaborasi dengan KKM, Maharani mencadangkan agar kerajaan negeri mempertimbangkan menyediakan kenderaan khusus bagi petugas LPPKN di daerah Muar bagi memudahkan urusan perjalanan yang melibatkan tugas kepada masyarakat. Yang keempat, atas dasar prihatin yang tinggi Maharani mencadangkan kepada pihak JKM supaya dapat mewujudkan satu akta khusus bagi mengawal selia anak-anak asnaf kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya serta anak-anak asnaf daripada keluarga yang bermasalah seperti kes polis, kes dadah, tuduhan berat, kes penceraian dan lain-lain lagi. Ini amat penting memandangkan terdapat banyak kes pengabaian hak penjagaan anak-anak tersebut yang memerlukan pemerhatian serius daripada pihak berkuasa. Dari sudut perlindungan dan juga kesinambungan proses pendidikan mereka. Sekiranya tiada akta khusus, Maharani berharap kerajaan negeri dapat menggerakkan usaha untuk menyediakan peruntukan undang-undang dan mekanisme pemantauan yang ketat bagi memastikan anak-anak tersebut mendapat penjagaan dan perlindungan yang sewajarnya. Sepertimana yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim (PEKAYIM) yang mengambil alih penjagaan anak-anak yatim sahaja dalam daerah Muar. Maharani juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan. Cadangan yang kelima, Maharani mengharapkan kerajaan negeri memberikan peruntukan dana secukupnya kepada PEKAYIM dalam mengurus kebajikan anak-anak yatim memandangkan kos operasi dan penjagaan anak semakin meningkat. Yang Berhormat Datuk Speaker, Maharani ingin merakamkan penghargaan atas suasana Dewan yang penuh tertib dan harmoni. Maharani bersetuju bahawa Dewan Negeri Johor adalah tempat untuk membincangkan dasar dan memperjuangkan kebajikan rakyat bukan medan bertelagah ataupun emosi politik peribadi. Sehubungan dengan itu, Maharani berharap agar peruntukan kewangan untuk ADUN Pengimbang kerana Maharani bukanlah ADUN Pembangkang diberi secara adil dan saksama seperti yang diterima oleh ADUN-ADUN yang lain. Ini penting supaya semua Wakil Rakyat dapat menjalankan tugas mereka dengan berkesan tanpa sebarang kekurangan kewangan. Dan Maharani mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah pun menjayakan segala tugasan dengan penuh amanah, berintegriti kepada kerajaan, berintegriti. Kepada kerajaan negeri Johor di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli EXCO, Ketua-Ketua Jabatan dan semua agensi kerajaan, tahniah diucapkan kerana Johor menjadi sebuah negara yang lebih baik dan lebih maju. Tahniah diucapkan. Yang Berhormat Datuk Speaker, akhir kata, Maharani ingin menyeru kepada seluruh ahli Dewan yang mulia ini supaya sentiasa mengamalkan gerak kerja yang telus dan kompeten dan terus istiqomah serta sederap dalam menjalankan tanggungjawab. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah An-Nahl (Bacaan surah). “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu dengan suruhan dan laranganNya supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya”.

Akhir kata, sebuah pantun, sagu tampin diparut orang, kalau ditumbuk menjadi laksa; laku pemimpin diturut orang, kalau buruk laku negeri binasa. Dengan ini, Maharani menyokong titah ucapan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor Darul Ta’zim. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warah matullahi wabaraktuh.

Timbalan Speaker

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Ahli-Ahli Yang Berhormat, dijemput Yang Berhormat Pulai Sebatang.

Puan Hajah Hasrunizah binti HassanUMNO · BNPulai Sebatang

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum saya memulakan perbahasan saya, saya ingin menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas titah ucapan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor sempena perasmian pembukaan Penggal Persidangan Keempat Bagi Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 pada jumaat lepas.

Yang Berhormat Datuk Speaker, selaku Ahli Yang Berhormat dan saya yakin rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian serta seluruh Bangsa Johor rasa sangat berbangga apabila kita mempunyai pimpinan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor bersama dengan barisan EXCO dan dengan bantuan jabatan-jabatan telah sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk Bangsa Johor ini. Kalau kata kita nak puji banyak sangat yang kita nak puji, mungkin saya tak dapat nak bawa isu kawasan kalau saya nak ceritakan tentang kebaikan yang telah dirancang, yang telah dibawa oleh kerajaan negeri untuk negeri Johor dan untuk Bangsa Johor ini.

Saya sentuhlah serba sedikit, isu pendidikan. Kami sangat berbangga apabila Johor walk the talk untuk laksanakan Sekolah Rintis Bangsa Johor, menjadi cemburu di kalangan rakan-rakan YB negeri lain. Bila kita jalan berjumpa dengan mereka kita boleh bangga kita ada Sekolah Rintis Bangsa Johor yang telah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan dan juga telah diumum oleh YB EXCO telah mendapat pengiktirafan antarabangsa. Ini tak lain tak bukan untuk anak Bangsa Johor. Bila kita cerita tentang kebajikan, cerita tentang asnaf, B40, sifar miskin tegar, kita berjaya laksanakan dan bagi pihak frontliner yang ada bawah DUN Pulai Sebatang dan keseluruhan negeri Johor ini saya rasa mereka nak ucap ribuan terima kasih banyak kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kerana tidak ada lagi dalam sejarah negeri-negeri beri duit raya kepada mereka-mereka ini tanpa mengira mereka itu lahir Johor atau di luar Johor. Nampaknya mereka ni macam nak minta kekal tahun depan, kita tengoklah. Kita doa mudah-mudahan pelaburan kita, ekonomi kita bertambah supaya apa tu duit raya tu mungkin terus dapat dikekalkan untuk diberi pada tahun hadapan.

Apa lagi, Jualan Kasih, Jualan Rahmah macam-macam lagi tentang kebajikan yang telah kerajaan negeri buat. Perumahan, tak payah nak cakaplah. Saya ucap tahniah kepada YB Bukit Permai, YB EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah berusaha sedaya upaya untuk menyediakan rumah dan telah mengambil kira setiap kawasan DUN dan juga daerah, terima kasih Yang Berhormat EXCO, tidak pernah melupakan Pontian. Dan saya nak ucap juga terima kasih kepada YB EXCO yang sentiasa memberikan maklumat kepada saya tentang perancangan pelaksanaan bagi pembinaan rumah di Taman Perbadanan Islam Pontian, asalnya memang ada masalah, tapi saya terima kasih banyak pada YB

EXCO yang saban hari cuba menangani masalah ini, kita mudah-mudahan taman ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat ya.

Kita ada apa lagi? Kalau cerita pasal rumah ni memanglah tak cukup Yang Berhormat Datuk Speaker, tapi sekurang-kurangnya ya kerajaan negeri sentiasa mengambil berat tentang perumahan ini. Kita cerita pelaburan, pelaburan meningkat ya, meningkat limpahannya memang untuk rakyat Johor dan kita-kita juga dapat limpahannya. Kita cerita pasal infrastruktur dan prasarana sentiasa ditambah baik, pelebaran Lebuhraya Utara Selatan, pelebaran Lebuhraya Senai-Desaru. Kita ada RTS, kita ada EART, kita ada landasan berkembar Gemas-Johor Bahru (ETS), Senai Airport nak naik taraf, hospital nak naik taraf, Hospital HSA nak dinaik taraf. Tahniah ya. Jadi bila saya berbual dengan rakan-rakan banyak berbual dengan rakan-rakan YB daripada kawasan lain, banyak perkara yang kita boleh cerita tentang apa yang telah Kerajaan Negeri Johor ini sentiasa usahakan untuk Bangsa Johor. Tapi ada juga rakan-rakan yang nakal yang tanya, peruntukan ADUN banyak tak? Saya tak jawab dengan angka, saya jawab banyak tu taklah banyak sikit pun taklah sikit, syukur sekurang-kurangnya perkara-perkara yang dibuat oleh kerajaan negeri ini sedikit sebanyak membantu kami di peringkat kawasan, alhamdulillah.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada YB Bukit Pasir, umum dalam apa tu pembentangan yang lepas tentang perancangan peruntukan rancangan menangani banjir untuk Pontian. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar, terima kasih Yang Berhormat EXCO-EXCO, juga terima kasih kepada ketua-ketua jabatan yang sentiasa membantu dalam merealisasikan perancangan untuk negeri Johor ini. Kita rancang, kita laksana pasti ada yang tak puas hati, kita rancang kita laksana pasti ada je yang rasa kekurangan. Cuma mereka-mereka ini tidaklah boleh kita katakan sebagai kufur nikmat, kadang-kadang mereka-mereka inilah yang menyedarkan mereka tentang kelemahan-kelemahan kita selaku pentadbir. Jadi saya sukalah nak memetik ayat daripada Yang Berhormat Datuk Speaker, pemasyhuran semalam, dia berkata, sebaik-baik kita pasti ada hal yang tidak disukai orang lain. Kita mesti belajar menerima dan tidak memaksa untuk diterima. Hari ini kita disukai, mungkin esok kita dibenci. Kesimpulannya Yang Berhormat, kita buatlah kerja jalan terus.

Yang Berhormat Datuk Speaker, perkara yang saya nak bawakan hari ini bukan kritikan tetapi penambahbaikan yang mungkin kita sama-sama kena fikirkan demi untuk kebaikan semua. Sesuatu kejayaan itu biasanya berasal daripada kelemahan yang gagal ya dan sesuatu perubahan kepada yang baik itu adalah asalnya daripada penambahbaikan kepada kelemahan yang membawa kepada kegagalan. Terkadang kita tak sedar kelemahan kita ya. Orang lain yang tegur tentang kelemahan kita. Bila orang tegur makna orang sayang, cuma biasanya kebanyakan daripada kita ni susah nak terima teguran orang. Sebab sometimes, dengan izin, kadang-kadang kita rasa baik, kadang-kadang kita rasa kita betul tapi dalam pandangan mata orang luar ada kelemahan yang perlu kita perbaiki. Rama-rama terbang melayang, terbang banyak menuju Selatan; terbang banyak dalam kumpulan, apa tanda kasih sayang, jika tidak dengan ucapan jika tidak dengan teguran.

Dalam perbahasan saya kali ini ada beberapa perkara yang saya nak minta jabatan-jabatan dengan bantuan EXCO lihat untuk ditambah baik. Saya bawa beberapa isu ya dengan niat untuk dijadikan sebagai pengalaman supaya adanya penambahbaikan untuk kebaikan semua. Isu yang saya nak bawa yang pertama isu belum selesai.

Yang Berhormat Datuk Speaker, ada satu kes kita mohon penggantian paip air tahun 2022 bulan 3. Ada aduan dan kita ajukan kepada SAJ, bulan 11 kita datang lagi tahun 2022, kita jumpa pengadu dan kedai-kedai yang berhampiran, mereka buka air saya nak cuci tangan pun saya tak sanggup sebab air tu macam air teh. Mungkin kita-kita ni tak perasan tentang air keruh sebab kita ni mampu nak beli penapis air, tapi bagi mereka-mereka yang tak mampu terpaksa hadap air keruh tu. Tahun 2022 SAJ janji dengan saya tahun depan dia nak tengok bulan 1 kita datang dengan SAJ tengok masalah tersebut, SAJ kata insya-Allah bulan 3 kita boleh tolong selesaikan. Bulan 3 senyap, bulan 4 senyap, bulan 5 senyap. 2023 bulan 6 saya tanya balik SAJ kata ada masalah dari segi dokumen dan sebagainya dan SAJ kata dia nak keluar sebut harga dalam pemilihan proses tender dan perolehan. Itu 2023 masalah 2022. Senyap Datuk Speaker. 2024 bulan 9 alhamdulillah keluar sebut harga jual, tutup pada 10 haribulan 9, 2024. Pilih kontraktor, tarikh mula kerja 1.11.2024, tarikh siap kerja 5.12.2024. Masalah 2022, pergi 2023, pergi 2024. Sepatutnya siap 05/2024, ini tahun berapa ya, 2025, bulan berapa ye, bulan 5 ya. Patutnya siap 5.12.2024 sampai hari ni kerja tu tak siap Yang Berhormat Datuk Speaker sebab SAJ perlukan permit daripada KUJ, Koridor Utiliti Johor, Koridor Utiliti Johor ini dilantik oleh kerajaan negeri, ditubuhkan pada tahun 2014 anak syarikat milik penuh PIJ Holding dimiliki oleh Perbadanan Islam Johor. Yang pertama, saya pelik macam mana SAJ boleh keluar sebut harga siap tarikh tutup dan tarikh siap kerja 5.12.2024, kontraktor dah ada kerja tak banyak RM70,000.00 je tapi tak ada permit daripada KUJ, pelik yang pertama. Hairan yang kedua, macam mana pulak SAJ hantar laporan kepada KUJ, KUJ boleh senyap sampaikan bulan 5 ni tak ada laporan, tak ada permit. Macam mana kerjasama di antara jabatan ini? Ini kes yang pertama.

Saya bawa kes yang kedua. Kes yang kedua ini isu selesai tapi tak ikut perancangan. Kerang-kerangan di Johor. Kerang-kerangan ini ketika YB Benut jadi Menteri Besar antara perkara yang dia, Yang Berhormat Benut bawa tentang kerang-kerangan ini ya, black gold. YB Buloh Kasap turun selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri turun pada 22.6.2023 umum kata pengusaha LPS ini, pengusaha kerang-kerangan ini dia LPSlah pendudukan sementara ya, dia dapat LPS percuma yang diluluskan oleh MMK Januari 2023. Umum Yang Berhormat Datuk Speaker, freeze setahun, beranggapan bahawa dalam masa tempoh mereka mengusahakan setahun mungkin tak ada untung jadi tahun kedua mereka boleh bayar LPS. Malangnya, malangnya pemberian lot-lot kerang-kerangan itu tak selesai Yang Berhormat Datuk Speaker hingga hujung 2023 lanjut sampai 2024. Akhirnya hujung 2024 nak masuk 2025 baru selesai lot kerang-kerangan itu tetapi tempoh setahun LPS percuma itu dah habis. Kelemahan siapa? Saya tak tahu saya nak salahkan Perikanan ke macam mana. Yang jadi mangsa rakyat, tempat mengadu YB. Jadi Yang Berhormat Datuk Speaker ini, kerang-kerangan ini dekat Pontian ada lima komuniti; Tampuk, Sanglang bawah Benut, Ayer Baloi, Pulai Sebatang bawah Pulai Sebatang. Kebetulan nama dia Pulai Sebatang sungai tu, Permas bawah Kukup. Walaupun dah lulus dalam MMK tapi tak dapat LPS percuma tu sebab jabatan lambat. Tegur tanda sayang Yang Berhormat Datuk Speaker.

Isu yang ketiga, MAIJ. Roboh surau. Surau tu dah didapati retak. Mengikut saya, saya ada pengalamanlah sikit, saya tengok pun macam tak selamat diduduki, kita lapor pada Pejabat Agama, Pejabat Agama minta JKR tengok, JKR bagi laporan kata laporan kekuatan struktur adalah diragui. Saya pun tak faham syor roboh ke tak roboh. Maaf saya. Lepas tu Pejabat Agama minta kita bawa dalam Mesyuarat Tindakan Daerah, minta tengok JKR dah kata tak, struktur adalah diragui, boleh-boleh Majlis Agama Islam dia kata dalam prosedur minta ketua kampung dan jawatankuasa surau dan penghulu keluar surat sokong untuk roboh.

Pada saya tak perlu prosedur itu, bukankah jabatan pakar sudah kata, jabatan pakar kita JKR dah kata struktur adalah diragui. Kenapa proses seterusnya itu tak boleh dilaksana selagi tak ada surat sokongan daripada ketua kampung, penghulu dan jawatankuasa surau. Saya rasa benda ini boleh diringkaskan, boleh dipendekkan, tak perlu dokumen tersebut. Jabatan lah bantu.

Isu yang seterusnya, 13 minit dah ni. SWCorp dan juga PBT. Isu tong sampah, ini YB-YB EXCO ini mereka mungkin tidak tahu tentang masalah ini sebab jabatan. Kita ini YB-YB dan EXCO dekat Dewan ni kita cuba nak beri dasar yang terbaik, yang terbaik. Jabatan bawa kita sokong, SWCorp dan PBT. Tuan-tuan bayang bila sesuatu kawasan itu hendak di cukai, bila kawasan itu kawasan cukai baru, kawasan baru bercukai eh, sebelum ini tak pernah kena cukai, kena cukai. Katalah mula cukai 1 Januari. 1 Januari, so antara perkhidmatan yang dia dapat adalah tong sampah, longkang, dewan dan sebagainya. Katalah satu bulan bayaran cukai dia RM3.00 setahun bermaknanya RM36.00. Bermakna satu hari itu mungkin 10 sen cukai dia. Masalahnya sekarang ada SWCorp dengan PBT ini, SWCorp tak akan bagi tong sampah selagi tak ada bukti orang tu dah bayar cukai. Itu SWCorp, PBT pula dia benarkan orang untuk bayar cukai daripada bulan 1 sampai bulan 6. Betul? Tempohnya. Jadi, kawasan tu bercukai orang itu dia hendak bayar cukai dia mula bayar bulan Februari, bulan 1 dia tak bayar cukai, tapi bulan Februari itu dia kena bayar penuh untuk bulan 1 sampai bulan 6. Dia bayar penuh tapi tong sampah itu dia tak dapat daripada Januari. Dia hanya dapat setelah dia ada bukti pembayaran cukai sebab SWCorp hendak bukti pembayaran cukai. Kenapa tidak diselaraskan? Dah tentu memang dikenakan cukai, bagi jelah tong sampah. Dia bukan isu 10 sen ya, dia isu perkhidmatan, kita cuba berikan perkhidmatan yang terbaik. Kebetulan hari ini ada YB EXCO, saya hendak ucap tahniah kepada YB Bukit Permai dan juga YB Semerah. Dulu sebelum jadi EXCO kita berurusan dengan jabatan hendak mohon rumah 17 borang. YB Bukit Permai jadi EXCO dia tengok macam ada benda boleh ditambah baik daripada 17 jadi berapa, 5 sahaja borang. Lesen daripada13 borang hendak isi 13 borang ini dimudahkan jadi 3 sahaja borang. YB Semerah tambah baik tentang baik pulih rumah ini. Kita hendak terima kasih banyaklah, nampaknya lepas ini banyaklah rumah-rumah yang kita boleh baik pulih. Kalau dulu, geran pemilikan bersama penama lain dalam geran kena buat akuan sumpah beri kad pengenalan. Sekarang penama lain tak perlu buat akuan sumpah. Banyak ini penambahbaikan. Persoalannya YB Bukit Permai, YB Semerah, YB EXCO lain-lain ni baru jadi YB tak sampai sepenggal. Baru tiga tahun, tetapi kenapa boleh lihat perkara-perkara penambahbaikan ini. Kenapa jabatan yang dah berkhidmat 10, 20 tahun tak nampak penambahbaikan ini? (Dewan bertepuk).

Dalam sidang DUN yang lepas, saya tak cerita lagi pasal miskin tegar, logik macam tak logik juga daripada 4,378 tup mendadak turun jadi 359. Bertahun-tahun ribu-ribu itu Datuk Speaker, duit itu mengalir kepada mereka yang salah. Bila Dato’ MB turun, YB EXCO turun, terus miskin tegar jadi 359 bulan Mac bulan Jun 2024. Tahun 2023, 4,378. Bertahun-tahun kita hulurkan bantuan kepada mereka yang tidak memerlukan. Isu Pulai Sebatang bawa dalam sidang DUN yang lepas tapi tak ada jawapan. Bukan hanya saya, kawan-kawan yang lain pun sama. Ada yang tak ada jawapan. Kita minta lah bantuan jabatan-jabatan yang ada dalam ini, YB EXCO dia tak dapat hendak dengar semua. Ada juga yang tak dapat masuk dalam Dewan macam hari ini hendak selesaikan masalah air. Jadi, kami-kami ini YB-YB ni bila timbulkan isu dalam Dewan kita hendak ada jawapan. Tapi macam mana YB EXCO hendak beri jawapan kalau jabatan tak bantu, tengok verbatim. Antara yang saya bawa siapa ingat? Tahun lepas saya bawa tentang isu pemandu mabuk. Kita sebut pasal

kes tiba-tiba jadi yatim piatu anak-anak dekat Pasir Gudang itu sebab mak ayah dia kena langgar dengan pemandu mabuk. Tak ada jawapan dalam Dewan, tidak ada siapa beri jawapan. Sama ada lisan atau pun bertulis kepada Pulai Sebatang. Saya beranggapan mungkin jabatan tak pick up, mungkin. Saya ada pantun untuk pemandu mabuk, kalau ingatlah. Burung Merbuk dipijak gajah, gajah dibelai naik berang, kalau hendak mabuk, mabuklah, jangan sampai susahkan orang. Saya ada bawa juga tentang kempen nilai murni pun tak disentuh, tak ada jawapan bertulis kepada Pulai Sebatang. Jadi, untuk kempen nilai murni ini saya cadangkan kita terapkan kempen nilai murni ini dalam Sekolah Rintis Bangsa Johor mungkin kita boleh tengok modul Jepun, dekat Jepun anak-anak dia makan basuh pinggan sendiri. Bersih kelas sama-sama. Dekat Jepun dia tak ada pengawas, mungkin kita boleh terapkan dalam Sekolah Rintis Bangsa Johor. Dah 19 minit ini, hendak kena cepat nampaknya. Pantun, daripada teguran-teguran yang saya buat tadi. Kalau di pahat diukir nama, tiang di ukur tingginya sama, bukan niat menyalah sesiapa, niat menegur kebaikan semua. Di tepi paya pokok Bidara, pokok Bidara merah buahnya, andai saya salah bicara maafkan saya betulkan saya.

JS-SEZ, banyak penerangan tentang JS-SEZ ini tapi saya lihat macam ada kurang tentang berkaitan dengan pertanian. Jadi, saya hendak mencadangkan kepada kerajaan negeri mungkin kita boleh beri insentif kepada pelabur-pelabur yang boleh bawa berkaitan dengan teknologi pertanian ini untuk dimasukkan di bawah Zon JS-SEZ. Mungkin kita boleh beri dia nak tarik minat dia mungkin kita boleh beri dia pengecualian cukai bersyarat dan sebagainya sebab keterjaminan makanan ini saya rasa antara perkara penting yang kerajaan negeri kena lihat.

Isu kawasan, Hospital Pontian. Terima kasih banyak-banyak kepada YB EXCO Kesihatan. Hospital Pontian ini netizen minta hospital baharu Pontian, netizen. Saya YB kawasan saya tak nak minta hospital baharu Pontian. Sebab saya faham hendak minta hospital baharu tu macam hendak tunggu bulan jatuh ke riba pun memang tak akan dapat hospital baharu Pontian eh. Jadi, YB Pulai Sebatang dengan seiring dengan YB Parlimen Pontian kami minta bangunan tambahan Hospital Pontian. Memang dah ada perancangan dan sebagainya masuk dalam Rancangan Malaysia Ke-13 RP1, tapi saya hendak tanya saya harap jabatan dapat bantu soalan saya ini masuk dalam Rancangan Malaysia Ke-13, RP1 saya hendak tahu priority nombor berapa? Kalau masuk dalam RMKe-13 RP1 priority nombor 10, tahulah macam mana saya dan Tok Mad Maslan nak buat supaya hospital bangunan tambahan Hospital Pontian ini dapat dilaksana.

Akhir sekali, ini bukan isu agama, ini bukan isu kaum, tetapi ianya tentang hak dan kebebasan manusia. Palestin. Saya tak akan lupa Palestin, sentiasa di hati saya. Semuanya terhenti di Gaza kecuali kematian, tak ada air, tak ada makanan, tak ada ubat. Yang terus berjalan hanyalah maut, jadi saya hendak seru rakan-rakan yang ada dalam Dewan ini teruslah kita juangkan Palestin. (Dewan bertepuk). Kita share info pasal kekejaman Israel terhadap Palestin dan bumi Gaza. Kita buat hashtag Free Palestin boikot Israel dan juga Save Gaza. Sebelum saya akhiri ada pantun. Orang tua-tua ada berpesan, kalau memilih tempat mandi pertama teluk, kedua pantai, kalau memilih pemimpin negeri pertama elok, kedua pandai. Alhamdulillah kita dapat, alhamdulillah. Berkilat papan seperti cermin, bila dibilas belangnya kusam, lelahnya, lelahnya badan menjadi pemimpin, berkerja keras siang dan malam. Apa pun jalan terus. Pulai Sebatang mohon menyokong. Sekian, wabilahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Dewan bertepuk).

Timbalan Speaker

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh Pulai Sebatang. Terima kasih. Yang Berhormat, dijemput Yang Berhormat Mengkibol.

Tuan Chew Chong SinDAP · PHMengkibol

Salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Salam Maju Johor dan salam hormat kepada seluruh Ahli Dewan Negeri yang dihormati. Yang Berhormat Datuk Speaker, Mengkibol menjunjung kasih titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang banyak memberikan panduan untuk memberikan perkhidmatan dan bakti yang terbaik kepada negeri tercinta ini. What is your dream? Seorang loyal human right loyal tanya pada Mengkibol. Soalan saya soalan setelah mengetahui Mengkibol meninggalkan jawatan dan gaji yang tinggi di oversea balik ke kampung halaman dan menjadi wakil rakyat. Kita, di sini mungkin ada yang satu (1) penggal yang mungkin sampai tujuh (7) penggal menjadi wakil rakyat. Kita selalu kena reflact apakah intention asal kita menceburi politik ataupun sebagai penjawat awam. Stephen Chow dalam satu sebuah filem terkenal Shoalin Soccer beliau kata seseorang sekiranya tiada impian apa bezanya dengan seekor ikan masin? Maka, adalah sangat penting kita ada impian. I have a dream kata Martin Luther King dalam ucapan beliau 1963 di Lincoln Memorial. Bagi saya, saya percaya semua rakan Ahli Undangan Negeri ada impian masing-masing. Bagi saya Mengkibol ingin membawa pembaharuan institusi, institutional reform, accountability, ketelusan, kecekapan pentadbiran, kehidupan rakyat dan pendidikan yang berkualiti. Elon Musk yang mengetuai DOGE bersama Presiden Trump di White House, satu sidang media beliau kata, If the bureaucracy is in charge, what meaning does democracy actually have? Maksudnya birokrasi haruslah selalu memahami menyokong dan melaksanakan inspirasi Wakil Rakyat dan hala tuju kerajaan. Pembaharuan memerlukan kesediaan untuk bekerjasama, merentas parti, jawatan dan sokongan atau tahap kerjasama yang tinggi daripada agensi-agensi pentadbiran kita.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Mengkibol amat menghargai apabila ADUN pengimbang dibenarkan terlibat dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah atas hasil persetujuan kerajaan negeri dan arahan nombor satu (1) Perdana Menteri. Ini satu platform yang amat penting dalam pentadbiran demi membawa isu rakyat. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga kerana inisiatif memulakan Mesyuarat Tindakan DUN. Platform penting bagi peringkat akar umbi ini unprecedented dan juga tidak berlaku di negeri yang lain, MTD. Namun begitu, platform ini perlu ditambah baik bagi meningkatkan keberkesanan, kecekapan dan dalam menyelesaikan dan menangani isu rakyat. Kerjasama antara agensi pelaksana dan pihak ADUN sebagai penggubal dasar di peringkat negeri perlulah di dinamik dan berkesan.

Mengkibol amat aktif dalam membawa isu-isu rakyat tetapi kebanyakan isu-isu dalam mesyuarat yang lalu tetap perlu dibangkitkan sekali lagi. Sebagai isu-isu follow up kerana tiada tindakan. Rakyat akan hilang kepercayaan dan menganggap tiada usaha dilakukan sekali gus memberikan perspektif negatif kepada kerajaan. Oleh itu, Mengkibol ingin mencadangkan agar KPI bagi memantau pelaksanaan jawatankuasa ini. Projek untuk rakyat, projek jalan sambung VBC Jalan Mengkibol.

Yang Berhormat Datuk Speaker, titah Tunku. Kemudahan infrastruktur utama seperti pengangkutan awam, jalan raya perlu sentiasa diselenggara dan ditambah baik dari semasa ke semasa. Belanjawan Johor 2025 bertemakan Maju Johor, Rakyat Sejahtera. Salah satu daripada enam (6) teras agenda adalah infrastruktur. Infrastruktur jalan yang mempunyai

impak kepada kehidupan harian rakyat faktor utama mempengaruhi pengundi ketika menjelang pilihan raya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, gambar rajah ini berbentuk huruf F. Ini sebenarnya mewakili rangkaian jalan utama di Kluang iaitu Jalan Batu Pahat, Jalan Mersing, Jalan Mengkibol, Jalan Renggam dan Jalan Kota Tinggi. Walau bagaimanapun, ia juga bermakna F kerana level of service F trafik semasa waktu puncak di Jalan Mengkibol-Renggam. Ini serupa arteri jantung yang telah tersumbat dengan teruk, memerlukan satu bypass demi menyelamatkan nyawa atau aliran trafik bandar ini. Ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah melawat tapak cadangan projek jalan sambung PVC ini ketika PRK Mahkota. Ini projek infrastruktur yang paling impak tinggi di Kluang, satu projek jalan sambung yang melalui pergi ke box culvert atau PVC bawah landasan keretapi dan merentas Sungai Mengkibol. Projek ini dapat menyelesaikan isu kesesakan lalu lintas Jalan Mengkibol-Renggam kerana bypass 500 meter ini yang anggaran kosnya RM4,000,000.00 ke RM5,000,000.00 akan mewujudkan satu bypass antara Jalan Mengkibol dan Jalan Kota Tinggi.

Isu teknikal, maksudnya isu yang boleh diselesai, diatasi. Dengan kerjasama daripada pelbagai pihak agensi kerajaan dan pelaksana, hasil perbincangan dan input daripada jabatan, cadangan alternatif telah pun dikemukakan. Terima kasih kepada JKR Kluang yang telah menyediakan lakaran cadangan terkini bagi projek jalan sambung PVC Jalan Mengkibol. Pihak kami juga mengambil berat peringatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar agar memastikan projek ini mendapat sokongan daripada pemegang taruh utama iaitu penduduk-penduduk perumahan sekitar kawasan projek. Mengkibol telah mengadakan beberapa sesi pertemuan dengan persatuan penduduk dan wakil penduduk dan mereka telah memberikan sokongan kepada projek ini setelah penambahbaikan dilakukan terhadap pelan jalan sambung. Terima kasih juga kepada YB EXCO Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur yang selalu memberi sokongan untuk menjayakan projek ini. Jalan sambung terhadap rangkaian F ini akan membawa impak besar kepada trafik modelling seluruh bandar Kluang. Ia menjadi satu rangkaian yang lengkap ataupun satu loop aliran lalu lintas Jalan Mengkibol akan menjadi bebas dan terus hubungi ke Jalan Kota Tinggi yang selari tanpa memusat ke pusat bandar. Inilah projek yang mempunyai impak yang paling tinggi terhadap aliran trafik di bandar Kluang dan paling sering ditanya-tanya oleh warga Kluang yang telah lama didera, diseksa oleh kesesakan trafik yang sebenarnya boleh dan harus diselesai.

Memulihara Gunung Lambak. Yang Berhormat Datuk Speaker, Gunung Lambak bukan sekadar sebuah mercu tanda geografi, ia adalah nadi kehidupan warga Kluang, identiti kebanggaan daerah. Gunung Lambak berada di tengah-tengah bandar Kluang menjadikannya unik dan tidak terganti. Ia memainkan peranan penting dari segi sosial, ekonomi, tempat tinggal serta menyumbang kepada eko-sistem semulajadi yang seimbang. Pada tahun 2022, rakyat Kluang dikejutkan dengan penerokaan Gunung Lambak pada ketinggian 260 meter dari aras laut. Jelas kelihatan dari bandar dan menyayat hati. Kemudian pada tahun 2024, walaupun Mengkibol pernah memberi amaran di Dewan Negeri, sekali lagi menyaksikan bagaimana sebahagian kaki Gunung Lambak di kawasan Taman Seri Impian telah ditebang untuk dijadikan ladang kelapa sawit. Walaupun tanah-tanah tersebut adalah milik persendirian, kesan penerokaan ini amat mendalam. Air dari gunung turun sangat deras dan tidak terkawal, dasyat, menyebabkan kolam rekreasi di kaki Gunung Lambak bertukar menjadi kolam lumpur, merosakkan fungsi asal sebagai kawasan

rekreasi dan tadahan semula jadi. Mengkibol ingin mencadangkan agar kerajaan negeri Johor mengambil alih tanah-tanah persendirian yang terletak dalam lingkungan kawasan Gunung Lambak dan kaki gunung tersebut. Ini boleh dilakukan melalui peruntukan kerajaan pusat bagi insentif kewangan konservasi biodiversiti dan hutan, EFT yang diberikan kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk melindungi kawasan hutan tadahan air dan memperluaskan kawasan perlindungan serta hutan simpanan kekal (HSK).

YB Nik Nazmi, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam sebelum ini mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM250,000,000.00 tahun ini untuk EFT kepada kerajaan-kerajaan negeri. Dan negeri Johor telah terima sebanyak RM16,000,000.00 dalam agihan pertama. Dalam jawapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kepada soalan Dewan pada September 2022, bahawa dalam proses land swap, kerajaan perlu mencari tanah bagi tujuan menjadikan tanah hak milik persendirian tersebut sebagai zon penampan. Kerajaan perlu membuat proses pengambilan tanah dengan membayar pampasan dan seterusnya mewartakan kawasan tersebut. Proses pengambilan ini pastinya akan melibatkan kos bayaran pampasan yang perlu ditanggung oleh kerajaan dan juga kos untuk pemulihan semula tanah ini. Mengkibol mencadang kerajaan negeri menggunakan dana EFT kepada negeri Johor untuk pengambilan tanah dan pemulihan. Perlu juga disebut bahawa hutan di Gunung Lambak merupakan habitat semula jadi gajah. Insiden konflik antara gajah dan manusia semakin meningkat khususnya di Taman Seri Impian. Pada tahun 2024, seekor gajah jantan terkorban dalam satu kemalangan jalan raya. Dengan mengambil alih kawasan-kawasan sensitif ini, kita bukan sahaja memelihara Gunung Lambak, tetapi juga membantu mengurangkan konflik manusia dengan kehidupan liar khususnya melibatkan spesis seperti gajah yang kian terancam.

Pengajian pembelajaran ke Ivy League University atau G5 Yang Berhormat Datuk Speaker, titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menekankan kepentingan meningkatkan kualiti pendidikan dan pembangunan sumber manusia dalam kalangan pentadbiran negeri. Usaha untuk menaja JCS melanjutkan pengajian ke universiti dalam Kumpulan Ivy Lake di Amerika Syarikat termasuk Harvard University merupakan langkah strategik dan berpandangan jauh. Sehubungan ini, Mengkibol ingin mencadangkan agar peluang penajaan ini juga dibuka kepada anak-anak Johor yang telah diterima masuk ke universiti-universiti Ivy League Universities di United State seperti Harvard University, MIT, Princeton dan juga G5 di UK. G5 adalah Cambridge University, Oxford University, London School of Economics, University College of London dan Imperial College. Lima super elit universiti. Ramai anak muda kita yang berbakat dan berpotensi tinggi namun terhalang oleh kekangan kewangan. Dengan sokongan daripada kerajaan negeri, mereka boleh menjadi aset besar kepada Johor dalam jangka panjang. Mengkibol mencadang, GLC negeri Johor memainkan peranan ini dalam menaja penajaan pendidikan. Ia bukan sekadar pelaburan sosial tetapi pelaburan terhadap masa depan negeri.

Dikesempatan ini Mengkibol juga ingat kalau bukannya biasiswa UMBC Bank, saya tidak dapat menghabiskan pelajaran saya di UKM. Jika kita benar-benar mahu Johor muncul sebagai negeri termaju dan berdaya saing, pelaburan terhadap modal insan adalah kunci utama.

Reformasi pentadbiran pertama penambahbaikan skim pencen. Yang Berhormat Datuk Speaker, setiap tahun kerajaan membelanjakan jumlah yang agak besar untuk menampung kos bayaran pencen kepada ahli-ahli politik seperti ADUN dan penjawat awam. Tidak

dinafikan bahawa skim pencen merupakan satu bentuk penghargaan kepada jasa dan sumbangan mereka kepada negeri ini. Namun begitu, Mengkibol ingin mencadangkan yang pertama, hadkan penerimaan pencen hanya kepada pasangan iaitu balu atau duda yang tanpa pencen sahaja, apabila contohnya ADUN tersebut meninggal dunia. Ini kerana pasangan yang sudah ada pencen sendiri contohnya sebagai guru, tidak memerlukan dua pencen. Cadangan kedua hadkan penerimaan kepada hanya satu pencen tertinggi bagi individu yang menerima lebih daripada satu pencen. Terdapat situasi di mana seseorang mungkin pernah memegang beberapa jawatan. Contohnya ADUN, EXCO, Ahli Parlimen, Menteri, penjawat awam dan berhak menerima lebih daripada satu skim pencen, Mengkibol mencadang agar kerajaan mempertimbangkan dasar pencen tunggal tertinggi bagi mengelakkan pertindihan bayaran. Yang Berhormat Datuk Speaker, langkah ini bukan untuk menafikan hak sesiapa, tetapi sebagai satu reformasi untuk menjadikan sistem pencen lebih mampan, saksama dan sejajar dengan prinsip kebertanggungjawaban kewangan.

Manifesto bersama. Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi memastikan kestabilan di negeri Johor terus terpelihara dan kukuh, Mengkibol ingin mencadangkan agar satu manifesto atau agenda bersama di rangka antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional sebagai persiapan menghadapi PRN yang akan datang. Sekarang bukan musim pilihan raya tetapi kita tidak tahu apa berlaku tahun depan. Kerjasama politik yang wujud pada hari ini perlu digarap secara lebih berstruktur dan strategik bukan hanya sebagai gabungan pentadbiran semasa. Maka, satu kerjasama yang jangka panjang yang berpaksikan prinsip dan hala tuju yang dipersetujui bersama adalah sangat penting. Dengan adanya agenda bersama, ia bukan sahaja menyampaikan mesej bersekepakatan yang jelas kepada rakyat, malah memudahkan rakyat menilaikan hala tuju dan komitmen kerajaan dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Sebagai rujukan, model kerajaan perpaduan atau traffic light coalition di Jerman yang terdiri daripada beberapa parti dengan ideologi yang berbeza. Mereka merangka satu agenda kerajaan bersama yang dipersetujui oleh semua parti dan persetujuan ini atau agreement lebih 100 muka surat menjadi asas kepada pembentukan dasar dan keputusan kerajaan serta rujukan utama dalam pelaksanaan program rakyat.

Bill Gate dalam interview CNN kebelakangan ini menjawab bahawa sekiranya satu negara tidak ada polisi yang konsisten adalah sukar untuk menarik pelaburan kerana pelaburan contohnya membina kilang akan menengok apa yang akan berlaku dan polisi negara atau negeri itu dalam jangka masa 20 tahun. Rakyat pada hari ini tidak lagi menilai parti semata-mata, tetapi menilai kemampuan untuk bekerjasama, menyelesaikan masalah, perancangan masa depan negeri secara konsisten dan stabil. Manifesto ini dapat mengurangkan pertindihan dasar, dapat menjelaskan pembahagian tanggungjawab, mengelakkan percanggahan yang boleh mengganggu pentadbiran.

Enakmen Anti Lompat Parti. Yang Berhormat Datuk Speaker, pada tahun 2022 Parlimen telah meluluskan Akta Anti Lompat Parti satu langkah yang penting memperkukuhkan integriti sistem demokrasi Parlimen. Namun begitu, perlu diingatkan bahawa akta ini hanya terpakai kepada Ahli Parlimen dan tidak secara automatik terpakai kepada ADUN di peringkat negeri. Oleh itu, penggubalan undang-undang anti lompat parti ini masih bergantung kepada kerajaan negeri. Sehingga hari ini Johor bersama dua lagi negeri Pahang dan Terengganu masih belum menggubal undang-undang anti lompat parti bagi ADUN. Saya menyeru agar kerajaan negeri Johor mengambil tindakan segera menggubal Enakmen Anti Lompat Parti demi memastikan kestabilan politik. Undang-undang ini bukan

sahaja soal teknikal dan politik, ia soal prinsip dan amanah. Justeru, sudah tiba masanya Johor menunjukkan kepimpinan dan kematangan politik dengan menggubal undang ini secara rasmi.

Program dan inisiatif untuk rakyat, Bakul Kasih Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, Mengkibol ingin memuji inisiatif program Bakul Kasih yang bukan sahaja bersifat prihatin, tetapi memberi impak terus kepada rakyat yang benar-benar memerlukan. Program ini saya harap dapat dianjurkan lebih kerap dan berkala. Bagi pihak DUN Mengkibol, kita telah mengumpul data lebih daripada 5,000 orang menerima. Mereka datang, saya tanya mereka, mereka tanpa smartphone, tidak ada ikut Facebook saya, mereka datang dengan Bas Muafakat, dengan motorsikal, dengan helmet yang buruk. Mereka memang memerlukan bantuan seperti ini.

Mengkibol juga ingin memuji satu lagi inisiatif iaitu Program Semarak Subuh. Ini penting kerana memberi impak yang sangat positif, bukan sahaja kepada umat Islam, malah bagi ADUN yang bukan beragama Islam seperti saya, membolehkan kami mengetahui istiadat dan kaedah hidup komuniti Islam, membolehkan kita bertukar-tukar pendapat dan maklumat. Sebagai contoh pada awal bulan ini, saya telah berbincang mengenai isu-isu tanah perkuburan Islam di Taman Seri Impian dan pihak kami memberi bantuan dengan peruntukan RM20,000.00 dengan pemasangan lampu solar di kawasan perkuburan baru. Mengkibol mendapati tanah perkuburan ini merupakan satu keperluan yang amat penting tanpa kira kaum. Dikesempatan ini Mengkibol ingin membawa perhatian terhadap isu kekurangan tanah perkuburan bukan Islam dan pembakaran mayat di Kluang ataupun crematorium yang semakin mendesak. Pada tahun lalu, sebuah tanah perkuburan bukan Islam swasta yang memberi krematorium yang terletak di Kluang telah dirampas oleh pihak Pejabat Tanah disebabkan tunggakan cukai tanah. Sehingga hari ini masih tiada pihak pengurusan yang lain ataupun badan kebajikan lain yang berani untuk mengambil alih tanah perkuburan tersebut kerana khuatir untuk menanggung cukai yang tinggi, yang ditinggalkan oleh pengurusan yang lalu. Mengkibol berharap agar kerajaan dapat memberikan pengecualian bagi cukai tertunggak agar menggalakkan pihak pengurusan yang baru untuk mengambil alih.

Selain itu, terdapat juga tanah perkuburan bukan Islam di Kluang yang terletak bersebelahan Stesen Petrol BHP Jalan Kluang – Batu Pahat. Dan syarat tanahnya ialah tanah tanaman getah. Ini kerana, ia sebenarnya sumbangan dari seorang tokoh masyarakat Tiong Hua yang dan tanah ini didaftarkan bawah Persatuan Johor Ka Yin Fui Kon sejak tahun 1966. Diharap kerajaan negeri dapat membantu permohonan ubah syarat ini kepada tanah perkuburan awam, yang sebenarnya tapak itu pun sudah penuh.

Kalau disebabkan kekangan masa walaupun saya ada banyak lagi, 100 muka surat lagi. Sebagai ahli PAC, saya ingin membawa perhatian kepada YB EXCO Kerajaan Tempatan. Penyata Kewangan yang sudah diaudit yang kita semua ADUN terima sebelum sidang ini. Saya juga dapati sebanyak enam (6) PBT mengalami defisit iaitu Kluang, Batu Pahat, Labis, Simpang Renggam, Tangkak dan Yong Peng. Dia enam (6) PBT ini saya harap mungkin pihak kerajaan boleh ambil perhatian apakah sebab dan membantu kedudukan kewangan mereka. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Mengkibol. Dijemput Yang Berhormat Kota Iskandar.

Datuk Haji Pandak bin AhmadUMNO · BNKota Iskandar

(Dewan bertepuk) Bismillahirrahmanirrahim. (Doa) Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera, salam maju Johor. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker yang memberi peluang kepada Kota Iskandar untuk sesi berbahas pada petang ini. Walaupun pagi tadi nama saya dipetik, ini menandakan bahawa sidang Dewan ini amat penting bagi kita nak menyelesaikan apa yang perkara yang dibangkit oleh Ahli Ahli Yang Berhormat serta yang dihormati rakan-rakan Ahli Yang Berhormat serta sidang sekalian.

Pertama, patik ingin merafak sembah menjunjung kasih ke atas Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor pada Mesyuarat Pertama iaitu Pembukaan Rasmi Bagi Penggal Persidangan Keempat DUN Johor yang ke-15. Ampun Tuanku, patik Kota Iskandar ingin merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan JDT menjulang Piala Malaysia kali ke-3 berturut-turut serta kejayaan-kejayaan yang lain.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum saya masuk ke Dewan ini, daripada semalam, tadi Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar menyatakan tentang keadaan bekalan air khasnya di kawasan daerah Johor Bahru. Pada sidang kali ini saya terpanggil walaupun dalam tak ada dalam teks saya hari ini.

Tengah hari tadi saya makan tengah hari bersama YB Benut dan beberapa rakan. Makannya menu sedap Datuk Speaker, saya tahu taste Benut, ikan terubuk bakar, ketam, asam pedas ikan tebal pipi, tengah sedap makan Datuk Speaker, saya ditepuk bahu oleh ada seorang pelanggan datang. Dia cakap dengan saya, Datuk, saya sudah selesai, saya cakap selesai apa? Terperanjat Dato’ Hasni masa tu, eh ha Benut. Saya dah buat laporan polis, ini kilang-kilang yang berada betul-betul dekat office saya di SILC yang mengalami bekalan air dah 2 hari. Pada hari semalam, saya melaporkan kepada mereka bahawa apa yang dinyatakan oleh YB Fazli selaku EXCO, laporan kepada masyarakat bahawasanya mungkin 7:

00 pagi ada air sampai sekarang masuk ke Dewan pun tak ada air. Kemudian, Panti pula jumpa saya, Datuk, jangan lupa ini hari, kenapa? Malam ni malam Jumaat, esok silap-silap saya tak pergi Subuh, kata dia Semarak Subuh mungkin hajat yang baik. Jadi ramai, kita minta kerajaan negeri tegas kepada SAJ ni, (dewan bertepuk) Ranhill SAJ ni, SPAN juga jangan perkara ni berulang, sebab kawasan Kota Iskandar ni kawasan JS-SEZ (dewan bertepuk) dan akan datang SFZ. Kawasan pembangunan yang akan menjurus FDI yang paling tinggi dibanding dengan DUN-DUN lain, Kota Iskandar menyumbang FDI yang paling tinggi kepada negeri Johor. Jadi, perkara ini serius. Jangan alasan, oh kita ni terpaksa mengambil tukar paip lama dan sebagainya.

Tahun lepas, titah Tunku begitu juga, eh? Sempena kita nak menyambut raya berlaku juga bekalan air, gangguan sebegini rupa. Jadi, lepaslah tanggungjawab saya. Ini belum cerita sekolah-sekolah yang sekarang tengah marah ni, ada yang murid tak sekolah. Ha apatah lagi restoran-restoran, jadi kalau saya nak bincang SAJ ni sampai habis masa yang nak dibincangkan. Jadi, saya nak ingatkan kepada kerajaan negeri supaya pantau balik SAJ ni kerana SAJ ni bukan syarikat kecil, bukan syarikat biasa-biasa, keuntungan dia bersih, tinggi, billion billion (dewan bertepuk). Tapi kalau nak potong air, beri mesej, esok dah potong air. Ha, walaupun dalam keadaan RM5.00, RM60.00 dan sebagainya. Jadi, Yang Berhormat Datuk Speaker itulah luahan yang pertama.

Yang keduanya Datuk, Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin menyentuh tentang projek JS-SEZ ini. Kota Iskandar memang terlibat secara langsung dibanding dengan DUN-DUN yang lain. Projek Zon Ekonomi Khas Johor-Singapore ini yang sekian dirancang dan bakal memberi impak khususnya kepada kawasan Kota Iskandar yang saya nyatakan tadi merupakan wilayah tumpuan pembangunan ini dibanding dengan kawasan-kawasan lain dan menyumbang FDI yang tinggi yang saya nyatakan sebentar tadi.

Dalam kita menyebutkan aspirasi kerajaan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi menerusi JS-SEZ ini, Kota Iskandar ingin menegaskan bahawa menerusi JS-SEZ ini, bahawa kelestarian alam sekitar, keselamatan komuniti, kebersihan awam dan serta keselesaan hidup penduduk jadi perlu jadi perhatian utama. Kita sekarang kempen smart city, kita sekarang kempen low carbon, Benut soalan pertama tentang low carbon tadi, pagi tadi. Dato’ Tanjung Piai, Kukup menyatakan tentang data centre yang mana ada juga kaitan netizen nyatakan air ni kebanyakan data centre, elekrtik ni kebanyakan data centred habis kami ni? Tarif adakah sama dengan data centre ni? Ha itu saya tak mahu sentuh panjang kerana banyak lagi masa yang akan ditentukan oleh pemimpin kita di masa akan datang.

Pertambahan polulasi yang sedang berlaku akibat limpahan ekonomi JS-SEZ ini akan membawa kepada peningkatan kepadatan penduduk di kawasan Kota Iskandar, khasnya kawasan perumahan yang macam cendawan tumbuh di Gelang Patah, Medini, Bukit Horizon dan lain-lain. Maka, perancangan pembangunan ini mesti menitikberatkan tentang infrastruktur asas yang mampan dan lestari.

Kota Iskandar ingin menekankan isu kesesakan lalu lintas yang semakin kritikal. Kalau pagi handphone kota Iskandar ni akan berbunyi, khasnya daripada Taman Pulai Indah hingga laluan ke UTM. Hari ini Datuk Speaker, Ahli majlis datang, ketua kampung datang, nak mempastikan bahawa Kota Iskandar bawa isu ini, kerana isu ini amat dekat dengan rakyat. Bila mereka nak hantar anak sekolah jammed, nak pergi kerja jammed dan ini mengakibatkan produktiviti pun terganggu dari segi perjalanan kerana jalan yang begitu sesak untuk dilalui.

Begitu juga jalan daripada Ulu Pulai ke Gelang Patah. Saya pelik tuan Pengerusi, bawa Mesyuarat Tindakan Daerah, jawapan JKR dalam kajian, bawa next month, dalam kajian. Sampai bila Datuk Pengerusi dalam kajian? Adakah dalam kajian ni kita bawa balik kepada DUN kita oh, JKR cakap dalam kajian. Saya beri contoh tadi, mengenai jalan Taman Sri Pulai ke UTM, di mana tiga bulan lalu Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat EXCO datang akhirnya jalan itu diturap. Berbeza eh jalan UTM ni, Taman Sri Pulai dengan UTM dia berbeza kerana disimen. Public dia tak tahu, apabila dia korek jalan dia biar sampai seminggu, dua minggu penduduk akan cakap eh? Tok Pandak, baik tok duduk dari pagi sampai malam kat jalan ni, tak ada orang kerja. Tak ada orang kerja, sebab dia orang tak faham tentang prosedur bila ada jalan simen dan kenapa berlaku bila tiga (3) bulan pecah balik. Sebab kawasan ini saya nyatakan kepada mereka kawasan ini berdekatan dengan kuari, jalan yang ada tak boleh menampung overload daripada muatan lori yang membawa batu dan sebagainya. Adakah spek jalan yang dibuat tu mengikut spek yang mengikut semasa. Dan ini selalu berlaku sampai sekarang kalau Datuk Pengerusi kalau boleh ikut saya Semarak Subuh esok, kita lalu pulai Indah ke UTM. Tuan Pengerusi, Datuk pun turut akan dapat bagaimana kesesakan berlaku yang amat sangat di kawasan tu..

Dalam hal ini Kota Iskandar berharap Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri agar dapat mengambil tindakan dengan segera ini termasuklah kajian semula, mengambil tindakan laluan trafik, pelaksanaan sistem pengurusan trafik yang lebih efisien, menambah lorong jalan serta pembinaan laluan alternatif untuk mengurangkan kesesakan yang saya sebut sebentar tadi.

Atas kebimbangan lain, disuarakan oleh penduduk termasuklah soal keselamatan awam, kebersihan, kawasan awam serta kepadatan murid di sekolah-sekolah sekitar seperti di SK Medini, SK Pulai, SMK Gelang Patah, SMK Nusantara dan sekolah-sekolah yang banyak lagi yang berdepan dengan tekanan kapasiti yang semakin kritikal. Ini sebab pertambahan penduduk di kawasan Kota Iskandar. Bila JS-SEZ, JS-SEZ dilancarkan, berduyun-duyun orang datang hendak duduk di Kota Iskandar. Dan mula duduk di Forest City yang dahulu tak ada orang, sekarang dah mula ramai orang. Jadi, ini yang akan menjadi beban kepada kita khasnya Wakil Rakyat.

Bila permohonan nak tukar ke sekolah yang begitu padat, katalah contoh Sekolah Medini kita tulislah surat sokongan supaya kepada pengetua dan kepada PPD supaya diterima. PPD dia lihat, akan merujuk kepada guru besar atau pengetua, sekolah dah penuh, dah 45 orang, dah lari daripada SOP dia. Teruk Wakil Rakyat kena marah macam manalah Wakil Rakyat tak boleh tolong kami dan sebagainya. Jadi, Kota Iskandar mencadangkan agar pelan tindakan khas pendidikan dan infrastruktur sosial dirangka segera bagi mengimbangi pertumbuhan ekonomi demi keperluan asas masyarakat. Ini termasuk pembinaan sekolah baharu, penambahan bilik darjah serta pengambilan guru yang mencukupi. Ha ini berlaku, bila taman ni buat sekolah tak ada, masjid dan surau tak ada akhirnya kepadatan itu berlaku dan mengakibatkan murid tak sekolah. Ha, dulu saya pernah bangkitkan yang lepas, membangkit sekolah agama kepadatan sekolah agama dan sebagainya. Alhamdulillah dah ada tindakan.

Jadi, sekarang ini kota Iskandar mencadangkan SK Sekijang di Kampung Tebing Runtuh, lima (5) minit je Datuk Yang Dipertua, anak-anak penjawat awam yang ada di kota Iskandar, boleh hantar anak mereka kalau kepadatan berlaku di sekolah masing-masing. Di SK Tebing Runtuh kita boleh upgradekan, besarkan dia dan dia boleh menampung daripada kepadatan Sekolah Medini, SK Medini jadi mereka boleh sekolah di SK Kampung Tebing Runtuh ni SK Sekijang nama dia.

Kemudian ada satu sekolah lagi, Sekolah Pendas Laut. Sekolah ni Datuk Pengerusi, Datuk Pengetua eh Datuk Speaker, sekolah ni di penghujung Pendas. Sekolah ada, tetapi padang tak ada, tanah luas, jadi macam mana mereka nak menjalankan aktiviti? Yang Berhormat EXCO Belia mencadangkan supaya generasi muda aktif dengan sukan. Dan banyak juga kejayaan Sekolah Pendas Laut ini dari segi pertandingan robotic pernah menjuarai peringkat ASEAN. Jadi, saya mengharapkan supaya Sekolah Pendas Laut dari segi pertandingan robotik pernah menjuarai peringkat ASEAN. Jadi saya mengharapkan supaya Sekolah Pendas Laut ini juga dapat perhatian supaya dibesarkan di... mendapatkan untuk membina sebuah gelanggang atau pun padang dan sebagainya. Dalam hal kebersihan, Kota Iskandar menyeru agar Pihak Berkuasa Tempatan seperti MBIP diberikan sokongan tambahan dari segi sumber dan tenaga kerja bagi menangani meningkatkan jumlah, menangani peningkatan jumlah sisa domestik dan memastikan persekitaran kekal bersih, selesa serta selamat. Ha, ini saya nak beri contoh Yang Berhormat Datuk Speaker, tadi YB ADUN Mengkibol ada tunjuk gambar, saya pun nak tunjuk gambar juga. Ini kalau boleh

fokus tengok ada ayam atas timbangan sedang ditimbang, ha, ini saya ulas lepas ini. Kemudian, ayam itu dipotong leher dibelakang premis. Ha, ini tempat di saya cerita lepas ini.

Di kawasan saya I-Park PTP, banyak rumah kedai tiga tingkat dijadikan hostel pekerja asing. Kebanyakan mereka ini didiami oleh pekerja Bangladesh, Nepal dan lain-lain bangsa, dan orang Gelang Patah menggelarkan taman ini sebagai dengan izin Yang Berhormat Datuk Speaker, The Little Bangladesh or Nepal Town. Ada juga sejarah dekat situ. Kita selalu dengar Chinatown, apa lagi. Jadi Kota Iskandar harap, pihak Jabatan Tenaga Kerja, JTK dan MBIP serta agensi keselamatan dapat mengambil tindakan segera keadaan kawalan, kawasan I-Park PTP ini. Banyak sampah sarap dibuang di lorong belakang dan pada waktu malam mereka duduk berlonggok dan boleh menggangu keselesaan orang lain. Dan mereka pula membuka kedai Datuk Speaker. Bangladesh, Nepalnya buka kedai seolah-olah itu bandar mereka. Adakah kedai ini berlesen, saya nak tanya? Sedangkan tempat duduk mereka tiga (3) tingkat ini di bawahnya kalau tuan, Datuk Speaker pergi kita nak masuk dekat bawah itu, dekat ground floor, bahasa minta maaf, tingkat bawah itu, kita kena pakai mask Datuk Speaker, keadaan bau dia. Satu bilik sepuluh hingga lima belas orang. Ini kena lihat MBIP, pihak JTK, pihak kesihatan yang berkaitan, bomba yang saya tahulah saya sebagai Ahli Majlis dahulu, spek untuk meluluskan rumah pekerja asing ini, ini agensi-agensi yang akan terlibat. Apa sebab? ha itu soalan saya tidak berjawab Datuk Speaker. Kerana serahan apabila projek perumahan atau projek komersil selepas lima (5) hingga sepuluh (10) tahun tidak diserah maka Majlis Bandaraya atau PBT di tempat tidak dapat menyelenggara sebagai contoh jalan rosak, lampu tak menyala dan sebagainya. Ini kawasan JS-SEZ.

Tahun depan kita Tahun Melawat Johor, Visit Johor. Andai kata rombongan daripada Singapore yang multi dari bagai bangsa datang ke second link hendak pergi ke PTP atau makan di Pendas Laut, ada restoran terkenal di situ. Tiba-tiba lalu di kawasan tersebut dan melihat perkara yang mengaibkan imej negeri Johor yang mana kita sekarang promosi Johor Bersih. Ini serius, ini yang selalu diperkatakan eh. Yang Amat Berhormat Menteri Besar cakap, laporan cantik bila ke ground hancus, dia cakap. Inilah yang ingin saya suarakan kepada, dalam Dewan yang mulia ini. Ha, itu contoh. Kita tak pernah nampak orang jual ayam hidup dalam kedai, kemudian sembelih belakang aje. Ini satu mencemarkan imej. Kalau kita orang Islam tak tahulah benda itu boleh makan ke, tak boleh makan kalau dihidangkan dekat restoran. Jadi pihak Jabatan Agama pun kena lihat perkara ini.

Dari isu, satu lagi isu yang seterusnya Datuk Speaker, isu pembangunan pangsapuri perkhidmatan atau services apartment. Yang Berhormat Datuk Speaker, Kota Iskandar ingin menyentuh satu isu yang semakin menjadi perhatian masyarakat, khususnya di kawasan bandar utama seperti Johor Bahru, Iskandar Puteri dan Pasir Gudang iaitu berkaitan pembangunan pangsapuri perkhidmatan atau services apartment yang kini berkembang pesat. Kita akui bahawa pembangunan ini menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi hartanah dan pelaburan luar tetapi tidak boleh menutup mata terhadap beberapa kebimbangan serius yang telah timbul sekiranya tidak ditangani dengan baik dan memberi jangka panjang, jangka masa panjang kepada kesejahteraan komuniti dan kesejahteraan bandar.

Statistik semasa menunjukkan sebahagian besar unit pangsapuri perkhidmatan dimiliki oleh warga asing khususnya pelabur luar negara yang menjadikan unit ini sebagai aset pelaburan, namun banyak unit ini akhirnya kekal kosong atau disewa secara jangka pendek tanpa kawalan yang memadai. Hal ini bukan sahaja menjejaskan semangat kejiranan malah memberi kesan kepada keselamatan dan kualiti hidup penduduk tempatan. Lebih merisaukan Datuk Speaker, pihak PBT menghadapi kesukaran untuk mengutip cukai taksiran dan caj perkhidmatan kerana pemilik unit berada di luar negara dan tidak responsif terhadap notis pembayaran. Pastinya keadaan ini memberi tekanan yang hebat kepada kewangan PBT dan akhir menjejaskan pengurusan bangunan serta kemudahan bersama seperti lif, sistem lampu, pembentungan, buangan sisa-sisa dan sebagainya. Ini adalah satu perkembangan yang saya kira, merisaukan khususnya di Iskandar Puteri yang sedang membangun sebagai bandar antarabangsa di masa yang akan datang. Tambahan pula pembangunan pangsapuri perkhidmatan tidak tertakluk kepada syarat penyediaan kemudahan awam, seperti sekolah, masjid, balai raya, klinik atau pun tanah perkuburan. Hal ini bermakna kawasan ini tidak lengkap sebagai komuniti akhirnya penduduk sekeliling terpaksa menampung keperluan sosial mereka melalui fasiliti yang ada yang sudah sedia padat ini. Keadaan ini menimbul pelbagai tekanan, kesesakan di sekolah awam, kekurangan ruangan ibadah serta bebanan kepada fasiliti kesihatan dan infrastruktur jalan raya dan sebagainya.

Saya amat tertarik kerajaan negeri melalui PlanMalaysia, Johor di bawah PBT, di bawah portfolio YB Bukit Permai, meneliti semula dasar serta garis panduan pembangunan pangsapuri perkhidmatan. Antara cadangan harus ditimbangkan termasuk mengenakan syarat keperluan khas kepada pemaju yang tidak menyediakan kemudahan awam serta kuota pemilikan minimum untuk rakyat tempatan. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa; Kota Iskandar ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor di atas peruntukan yang besar kepada Kampung Sungai Melayu untuk melancarkan industri pelancongan di masa kini dan seterus di masa akan datang. Ini juga banyak memberi kesan yang baik meningkatkan sumber pendapatan penduduk di sini hampir 100,000 pelancong luar dan tempatan yang sedang, yang sudah sampai ke Kampung Sungai Melayu.

Yang Berhormat Permai pernah tanya kepada saya, tok, berapa pendapatan sehari boat man? Saya cakap dengan YB Permai, kalau setakat ini, hari ini, kalau satu bot itu boleh bawa empat orang, satu orang RM35.00 dalam masa 40 minit mereka mendapat RM140.00. Ditolak pengurusan koperasi dan sebagainya, minyak, mereka satu hari, satu trip dapat RM110.00. Jadi YB Permai, kerana dia menjadi Pengerusi fokus untuk pembangunan projek Sungai Melayu ini. Kalau hari cuti tok, macam mana? Seorang boleh mencapai RM300.00 hingga RM500.00. Itu dah gaji engineer dia cakap. Inilah kaedah kerajaan nak tolong rakyat kerana mungkin Yang Amat Berhormat Menteri Besar membalas jasa kepada kawasan DUN Kota Iskandar yang banyak projeknya menyumbang kepada FDI yang tinggi kepada negeri Johor. Jadi kepada DUN-DUN yang lain itu jangan jeles, kalau ada itu kawasan-kawasan JS-SEZ itu Yang Amat Berhormat Menteri Besar beri peruntukan yang besar.

Kota Iskandar akhirnya, Kota Iskandar merakam terima kasih kepada ADUN Permai, selaku Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor serta PKPJ yang akan membina rumah RMMJ sebanyak 5,788 unit rumah di Kota Iskandar. Dengan izin, Yang Berhormat Datuk Speaker, rumah yang siap, 1,200 unit, rumah yang akan dibina 4,578 unit.

Tidak sia-sia Yang Berhormat Datuk Speaker, saya melompat-lompat bersama Datuk DUN Permai dalam mempromosikan rumah ini dan akhirnya rakyat Bangsa Johor di Kota Iskandar dapat rumah yang sempurna. Akhir sekali, saya ada ingin mengakhiri ucapan saya. Johor bukan sahaja perlu maju dari segi ekonomi dan infrastrukturnya malah seluruh Johor mestilah secara holistik. Rakyatnya juga perlu maju dari segi pemikiran, peradaban, ketamadunan ilmu, perwatakan, adat resam, nilai-nilai murni, jati diri dan sahsiah modal insannya. Ciri inilah yang menjelaskan kita Bangsa Johor seperti mana yang dititahkan oleh Almarhum Sultan Sir Ibrahim, Johor mesti jadi Johor. Dengan ini, Kota Iskandar menyokong titah. Assalamualaikum warahamatullahi taala wabarakatuh. (Dewan bertepuk).

Timbalan Speaker

Waalaikumusalam warahmatullahi wabarakatuh Kota Iskandar. Terima kasih. Dijemput Yang Berhormat Puteri Wangsa.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Maju Johor. Patik menjungjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor. Patik dengan penuh takzim memohon untuk membahaskan titah Duli Yang Amat Mulia Tuanku di dalam negeri Johor kali ini. Allah peliharakan sultan. Yang Berhormat Datuk Speaker dalam sesi ucapan perbahasan saya pada hari ini, saya akan fokuskan ucapan saya kepada empat (4) perkara yang selari dengan titah ucapan Duli Yang Amat Mulia Tunku. Pertama, hal ekonomi. Kedua, hal perubahan iklim. Ketiga, tentang kemudahan asas bersempena dengan Tahun Melawat Johor 2026 dan keempat, Sekolah Rintis Bangsa Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, pertama Johor sebagai kuasa ekonomi serantau. Perkara pertama yang saya mahu ulaskan dalam perbahasan saya kali ini berkait dengan kedudukan Johor sebagai satu kuasa besar ekonomi, bukan sahaja dalam negara Malaysia tetapi kita harapkan di kalangan rakan-rakan dalam ASEAN. Saya mahu ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan juga barisan pentadbiran negeri yang telah berjaya menarik jumlah pelaburan sebanyak RM48.5 bilion pada tahun 2024. Tidak lupa juga setakat suku pertama tahun 2025, negeri Johor berjaya untuk menarik jumlah pelaburan sebanyak RM27.4 bilion. Ini hasil usaha keras barisan pentadbiran negeri dan juga penjawat-penjawat awam negeri Johor, yang saya kira perlu direkodkan dalam Dewan yang mulia ini. Kita tidak boleh menafikan Yang Berhormat Datuk Speaker, bahawa Johor Singapore Special Economy Zone atau pun JS-SEZ ini dapat memacu negeri Johor untuk menjadi kuasa negeri besar dalam serantau kita. Walaupun pertembungan antara dua ekonomi besar dunia Amerika Syarikat dan China ini mengakibatkan satu situasi yang tidak menentu, kami harapkan agar JS-SEZ ini dapat memastikan agar negeri Johor Darul Takzim dapat kekalkan prestasi ekonomi yang berkembang dan memberangsangkan. Kita berharap dengan masuknya FDI ke dalam negeri ini taraf ekonomi rakyat juga akan ditingkatkan martabatnya. Gaji rakyat dapat terus naik sehingga menjadi gaji yang bermaruah dan kuasa membeli rakyat terus meningkat. Namun disebalik angka-angka besar yang baru saya sebutkan tadi, saya ingin bangkitkan satu kerisauan yang wajar diambil kira dan diteliti oleh kerajaan negeri. Saya khuatir sekiranya pelaburan yang masuk ke dalam negeri Johor ini tidak dapat dirasai kesannya ke seluruh negeri Johor dan hanya tertumpu ke kawasan JS-SEZ sahaja.

Saya rujuk kenyataan Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mengatakan 90 peratus jumlah pelaburan yang masuk ke dalam negeri Johor tertumpu dalam kawasan JS-SEZ. Bermakna kawasan-kawasan lain dapat terima 10 peratus sahaja limpahan pelaburan ini. Kita tidak boleh tumpukan pelaburan kita kepada sesetengah kawasan sahaja Yang Berhormat Datuk Speaker. Kita perlu bawa kesan limpahan ekonomi ini kepada seluruh kawasan-kawasan lain seperti Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Tangkak, Mersing dan daerah lain dalam negeri Johor. Kesan limpahan ekonomi yang dibawa ke seluruh Johor ini penting bagi memastikan negeri yang kita sayangi ini membangun secara menyeluruh dan tidak ada wilayah-wilayah yang ketinggalan di belakang. Saya cadangkan untuk kerajaan negeri Johor melihat indikator-indikator ekonomi yang penting seperti KDNK perkapita, pendapatan isi rumah setiap daerah, DUN serta Parlimen dan perbelanjaan isi rumah setiap bulan dengan lebih mendalam agar ia benar-benar mencerminkan keadaan sebenar rakyat di bawah. Saya ingin tarik perhatian semua dalam Dewan ini ke negara Germany. Negara ini Yang Berhormat Datuk Speaker, merupakan salah satu kuasa ekonomi yang terbesar di dunia. Negara ketiga terbesar dalam KDNK dan negara kelima terbesar untuk kuasa membeli. Akan tetapi walaupun negara Germany ini adalah sebuah negara yang kaya tetapi sebenarnya kekayaan tersebut tidak dapat dirasai oleh semua wilayah dalam Germany. Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Friedrich Ebert Stiftung ataupun FES, mereka menggunakan satu indikator ekonomi yang penting iaitu pendapatan isi rumah bersih untuk memahami jurang ekonomi antara wilayah-wilayah dalam German. Dalam laporan tersebut mereka menyatakan walaupun terdapat wilayah-wilayah yang membangun, tetapi banyak lagi rakyat dalam German yang susah kerana wilayah-wilayah mereka ketinggalan daripada segi pelaburan.

Jika perkara begini boleh berlaku dalam negara kaya seperti German, tidak mustahil ianya terjadi dalam negeri Johor sekiranya kita tidak ada perancangan yang rapi daripada permulaan lagi. Kita tidak mahu jurang ekonomi antara daerah ini terus besar sehingga susah untuk kita merawatnya di hujung hari. Yang paling saya risau adalah dengan wujudnya foreign direct investment ataupun FDI yang besar tetapi masih ada lagi Bangsa Johor yang susah mencari sesuap nasi. Kita perlu peka dengan keadaan ekonomi perut rakyat negeri Johor. Kalau semua Bangsa Johor dapat hidup bermaruah dan tidak perlu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, barulah kita boleh kata yang JS-SEZ ini yang dilancarkan berjaya membawa perubahan kepada seluruh rakyat negeri Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin ambil kesempatan untuk sampaikan satu pesanan kepada kerajaan negeri. Dalam kita berbangga dengan jumlah FDI yang besar ianya mampu untuk kembangkan ekonomi betul, tetapi kita juga tidak boleh lupa tentang betapa pentingnya pelaburan langsung domestik ataupun dengan izin Yang Berhormat Datuk Speaker, domestik direct investment ataupun DDI dalam usaha membesarkan kek ekonomi kita. DDI ini penting supaya kita pastikan usahawan-usahawan tempatan mendapat peluang untuk membesarkan perniagaan mereka dan bersaing dengan syarikat-syarikat besar yang akan datang ke dalam negeri kita.

Baru-baru ini Yang Berhormat Datuk Speaker, saya telah dijemput ke Saint Gallen Symposium di Switzerland untuk menerima penghargaan sebagai Leaders Of Tomorrow dan saya berpeluang untuk berjumpa dengan ramai anak muda di sana yang memiliki startup berasaskan AI mereka sendiri. Daripada pelbagai negara. Dan rata-rata menceritakan pada saya bagaimana mereka berjaya membangunkan startup mereka kerana ada sokongan pelaburan dana daripada negara mereka daripada awal sehingga ke hujung.

Saya juga sempat berjumpa dengan seorang anak muda yang berasal daripada Skudai, Johor yang kini sedang mengambil Masters di China. Dia memaklumkan pada saya yang kemungkinan selepas tamat pengajian, dia akan terus membuka startup di China. Saya cuba pujuk dia untuk buka startup di Johor tapi dia maklumkan pada saya di China telah menyediakan ruang untuk dia membuka startup daripada kajian sehinggalah ke prototype sehinggalah ke scaling arc.

Saya faham, bahawa wujud inisiatif-inisiatif untuk menyokong startup di kerajaan persekutuan tetapi saya kira tidak salah sekiranya Kerajaan Negeri Johor memastikan bahawa anak-anak syarikat dalam negeri Johor juga mewujudkan ekosistem DDI yang mapan untuk membantu usahawan-usahawan negeri kita membangun dalam negeri Johor. Saya cadangkan mungkin satu sandbox atau incubator yang membantu mereka daripada A sehingga Z daripada kajian ke prototype sehinggalah ke proses scaling arc perniagaan mereka. Mungkin ini juga Yang Berhormat Datuk Speaker, boleh jadi salah satu inisiatif di bawah Johor Talent Development Council. Janganlah kita kehilangan seorang lagi Anthony Tan ataupun kehilangan Grab yang mana kelahiran Malaysia yang mempunyai idea yang cukup besar tetapi kerana tidak ada pelaburan daripada negara Malaysia, sekarang Grab dikenali sebagai syarikat Singapura.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kedua, Johor perlu bebas dari impak perubahan iklim. Yang Berhormat Datuk Speaker, pada bulan Mac yang lalu, Johor dilanda bencana banjir yang amat besar. Sehinggakan enam daerah terkesan dan lebih 13,000 orang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara. Malah di Johor Bahru sahaja, terdapat 27 kawasan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru yang terlibat dengan banjir sehingga orang kata banjir baru-baru ini merupakan banjir terburuk sejak 30 tahun yang lalu. Rumah-rumah habis tenggelam sehingga barang-barangan terus tak dapat dipakai lagi. Banjir kali ini amat teruk sehingga Yang Berhormat Datuk Speaker dalam kawasan saya PPR sepertikan pulau dalam lautan. Habis hanyut satu tingkat di PPR itu sudah ditenggelami banjir dan paras air kali ini naik sehingga ke tingkat 2 di Sekolah Kebangsaan Kangkar Tebrau. Semua ini berlaku seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri. Bangsa Johor terpaksa meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan rumah yang masih ada kesan lumpur banjir, baju raya yang telah hanyut dan juga dapur yang tidak berasap kerana sudah rosak ditenggelami bah.

Ini amaran kepada kita semua bahawa kesan perubahan iklim tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak. Kesannya bukan sahaja berkait dengan kemusnahan harta benda tetapi juga dengan ekonomi Bangsa Johor. Kita tidak boleh terus mengharapkan rakyat di kawasan untuk terus bersabar dengan bencana yang melanda ini. Saya sebenarnya Yang Berhormat Datuk Speaker, sudah canggung bila berjumpa dengan rakyat-rakyat di Puteri Wangsa dan saya cuma mampu mengucapkan takziah dan membantu mereka dengan kerja-kerja pasca banjir. Saya bersyukur bila Kerajaan Negeri Johor telah menjadikan perubahan iklim sebagai agenda utama Johor. Saya juga nak cadangkan dalam Dewan yang mulia ini untuk kita perkenalkan penandaan belanjawan iklim ataupun dengan izin Yang Berhormat Datuk Speaker, climate budget tagging dalam Belanjawan Negeri Johor. Sempena Asia Pacific Forum On Sustainable Development Yang Ke-12, saya telah dipilih untuk menjadi salah satu anggota Regional Youth Parliament For Climate Action ataupun RYPCA. Dalam RYPCA ini saya diberi peluang untuk belajar bagaimana negara-negara lain menangani isu perubahan iklim.

Saya mahu berikan contoh yang berlaku di Indonesia di mana Kementerian Kewangan di sana sambil dibantu United Nations Development Programme ataupun UNDP telah membangunkan climate budget tagging untuk kenal pasti dan memantau program serta perbelanjaan yang berkaitan dengan perubahan iklim dan juga adaptasi perubahan iklim dalam belanjawan Negara Indonesia. Apabila mereka menggunakan climate budget tagging ini Yang Berhormat Datuk Speaker, Kerajaan Indonesia dapat memahami berapa banyak yang telah dibelanjakan sebenarnya untuk mitigasi dan adaptasi iklim. Berapa banyak pelaburan domestik dan antarabangsa yang perlu digerakkan untuk menangani isu perubahan iklim dan apa dasar-dasar kerajaan yang perlu dirangka untuk kita biayai perubahan iklim ataupun dengan izin Yang Berhormat Datuk Speaker, melaksanakan climate change financing. Prinsip asas di sebalik climate budget tagging ini adalah ketelusan dan akauntabiliti supaya kita semua tidak kiralah ADUN kerajaan mahupun di pihak pengimbang termasuklah keseluruhan Bangsa Johor dapat lihat secara jelas berapa banyak wang yang telah dan akan dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Johor untuk inisiatif-inisiatif berkaitan kesan perubahan iklim. Apabila kita semua dapat gambaran yang jelas tentang inisiatif serta perbelanjaan yang akan digunakan baru ia dapat bantu kita untuk menilai tahap keberkesanan inisiatif-inisiatif tersebut.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya kira walaupun saya ini ADUN pengimbang, kerja saya bukan sekadar mengkritik kerajaan semata-mata tetapi tugas kita adalah untuk memastikan agar kita dapat membantu pembangunan negeri Johor bersama dengan Kerajaan Negeri Johor. Oleh itu saya juga telah mengambil peluang untuk mulakan perbincangan dengan UNDP tentang bagaimana untuk kita merangka framework climate budget tagging untuk negeri Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, UNDP telah pun memaklumkan pada saya semalam bahawa bukan sahaja mereka bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Johor tetapi mereka juga telah mendapatkan dana permulaan untuk memulakan kajian climate budget tagging dalam negeri Johor. Saya juga telah maklumkan perkara ini pada Pengerusi Jawatankuasa Perubahan Iklim semalam dan saya harap kerajaan negeri dapat pertimbangkan supaya negeri Johor menjadi negeri pertama dalam Malaysia untuk memperkenalkan climate budget tagging dalam belanjawan yang terdekat. Climate budget tagging ini Yang Berhormat Datuk Speaker boleh menjadi satu sistem sokongan yang mapan kepada pelaksanaan Johor Green Deal. Saya percaya dengan kesan perubahan iklim menjadi salah satu agenda utama kerajaan negeri ini ianya bukanlah satu perkara yang mustahil untuk dilakukan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum saya tutup mengenai kesan perubahan iklim ini, saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini mengenai pengurusan Jabatan Kebajikan Masyarakat ketika berlakunya bencana banjir. Saya berterima kasih kepada semua petugas-petugas JKM yang mereka terpaksa menguruskan bencana besar yang berkali-kali terjadi terutama sekali dalam DUN Puteri Wangsa. Namun begitu, terdapat beberapa kekurangan yang perlu diatasi dengan segera. Pertama, kekurangan petugas sepenuh masa untuk menguruskan perjalanan di PPS. Saya sebenarnya Yang Berhormat Datuk Speaker, saya simpati dengan nasib rakyat yang terpaksa menunggu berjam-jam untuk mendaftar di PPS dan saya lebih bersimpati kepada petugas-petugas yang bersengkang mata tidak dapat tidur kerana mereka tidak cukup tangan untuk menjaga PPS ketika banjir. Kerajaan negeri perlu mendesak kerajaan persekutuan untuk menambah jumlah perjawatan di bawah jabatan kebajikan masyarakat terutama sekali dalam Johor Bahru kerana terlalu banyak yang perlu mereka uruskan supaya lebih ramai petugas JKM yang boleh menjalankan tugas dengan lancar terutama sekali ketika bencana besar berlaku.

Selain daripada itu, saya juga cadangkan bahawa kita normalisasikan dan betul-betul menggunakan kemudahan digital dalam tugas-tugas administrative yang dilakukan oleh petugas JKM di semua PPS. Bukan kita nak pandang rendah Yang Berhormat Datuk Speaker, dengan cara menggunakan kertas dan pen tetapi kita nak pastikan kesilapan-kesilapan teknikal berkurang dengan menggunakan kemudahan digital dan tugas-tugas administrative.

Saya juga Yang Berhormat Datuk Speaker ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa syukur kepada semua petugas, para sukarelawan dan warga komuniti yang berhempas pulas untuk membantu rakyat Johor ketika berada di PPS. Mereka datang ke PPS tanpa mengharapkan apa-apa bayaran untuk bantu menguruskan mangsa-mangsa banjir supaya perjalanan di PPS itu menjadi lancar. Ada juga Yang Berhormat Datuk Speaker sebahagian daripada mereka yang sebenarnya merupakan mangsa banjir juga. Saya nak rakamkan penghargaan istimewa kepada sepasang suami isteri Encik Wahid dan juga Puan Ila yang bertugas di PPS Desa Mutiara. Tengah sibuk melayan penduduk daftar sehingga mereka terlupa rumah mereka sendiri. Motor mereka hanyut dibawa banjir dan apabila saya kata, “Pergilah dahulu, lihat pada rumah.” Mereka kata, “Tak apa YB, kita tolong mangsa lain dulu.” Dengan rendah diri Yang Berhormat Datuk Speaker, saya nak cadangkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Kerajaan Negeri Johor supaya satu elaun khas dapat diturunkan kepada petugas-petugas JKM, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta sukarelawan-sukarelawan yang bersengkang mata di semua PPS sewaktu banjir besar berlaku baru-baru ini. Walaupun pengorbanan mereka tidak dapat dikira melalui wang ringgit, tetapi dengan adanya elaun tersebut dapatlah kita kurangkan sedikit beban mereka.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Tahun Melawat Johor 2026. Sempena Tahun Melawat Johor 2026, kerajaan negeri telah letakkan sasaran untuk 12 juta orang pelancong domestik dan antarabangsa masuk ke negeri Johor. Dan kerajaan negeri juga telah mengumumkan pelbagai inisiatif bagi memastikan sasaran tersebut dapat dicapai. Tetapi saya pasti bahawa satu imej buruk yang kita tidak mahu uar-uarkan kepada orang luar adalah tentang kesesakan lalu lintas terutama sekali dalam daerah Johor Bahru. Kita tak nak Johor Bahru ini dikenali seperti negeri Kuala Lumpur sebagai contohnya. Di mana kesesakan trafik sudah menjadi satu epidemik yang sukar untuk diuruskan. Oleh itu, saya nak seru kerajaan negeri untuk terus memperkasakan sistem pengangkutan awam kita terutamanya bas-bas awam di kawasan Johor Bahru. Saya rasa tak perlu saya cerita panjang tentang isu kesesakan trafik ini. Saya yakin YB EXCO Kerja Raya sudah diasak berkali-kali dengan isu ini. Apa yang saya ingin cadangkan kepada kerajaan negeri ialah untuk memperkenalkan lebih banyak lorong khas bas. Dengan adanya lebih banyak lorong-lorong khas untuk bas, maka warga Johor akan lebih cenderung untuk menggunakan bas awam kerana kekerapan bas lebih cekap, lebih pantas dan lebih memudahkan bagi pengguna di Johor. Malah sekiranya boleh dibentangkan jumlah pengguna perkhidmatan bas di Johor Bahru seperti Bas Muafakat Johor saya pasti semua Ahli Dewan Undangan Negeri Johor ini dapat faham betapa pentingnya perkhidmatan bas awam ini. Kita lihat bagaimana di Kota London, bas ini merupakan pengangkutan awam yang paling mudah untuk diakses oleh rakyat di sana.

Jadi Yang Berhormat Datuk Speaker, saya sekali lagi menyeru kerajaan negeri untuk mengutamakan usaha memperkasakan sistem pengangkutan awam kita kerana ia bukan sahaja dapat membantu rakyat hidup secara sejahtera tetapi ia juga boleh menjadi salah satu denyut nadi pembangunan ekonomi yang mampan. Dan kita harap bila tiba Tahun

Melawat Johor Tahun 2026, pengalaman pelancong dalam negeri kita ini daripada mula sehingga ke akhir akan menjadi pengalaman yang baik dan nama Johor akan terus dibanggakan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, perkara terakhir, Sekolah Rintis Bangsa Johor. Idea yang di cetus dan dipacu oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor ini, merupakan satu lagi usaha untuk menaikkan kualiti dan martabat pendidikan anak-anak Johor. Saya harap selepas projek rintis empat buah sekolah ini dapat dilaksanakan, ianya dapat diperluaskan ke semua sekolah dalam negeri Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya fikir pembentukan Sekolah Rintis Bangsa Johor ini boleh terus diperkasakan dengan pelaksanaan model PPP ataupun Public Private Partnership yang memberi ruang kepada pihak-pihak korporat, badan bukan kerajaan untuk membantu berkongsi sumber kepakaran, tenaga kerja dan juga sokongan dana kewangan. Jika tidak keberatan Yang Berhormat Datuk Speaker, memandangkan saya sendiri pernah berkhidmat dalam badan pemikir dan pembuatan dasar padu di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan berpeluang melibatkan diri dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025, saya dengan rendah diri menawarkan diri untuk membantu Kerajaan Negeri Johor dalam pelaksanaan SRBJ ini. Bagi saya idea dan gagasan besar Duli Yang Amat Mulia ini perlu untuk kita semua garap dan usaha bersama untuk menjayakannya. Besar tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Beri ruang untuk kami dan bukan sahaja barisan pentadbiran negeri Johor tetapi kepada semua ADUN dalam negeri Johor ini untuk berhubung dengan pihak-pihak berkepentingan dalam hal pendidikan seperti sektor korporat dan pakar-pakar pendidikan untuk membantu Kerajaan Negeri Johor. Segalanya kita curahkan untuk anak-anak negeri Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin sampaikan peringatan kepada kerajaan negeri, dalam kita fokus kepada elemen-elemen yang memberi nilai tambah kepada silibus sedia ada, jangan kita lupa akan kemahiran sahsiah ataupun soft skills yang perlu ada dalam seorang pelajar. Dalam kesempatan ini Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin memberi satu lagi peringatan kepada kerajaan negeri. Dalam kita melaksanakan SRBJ ini, kita juga perlu pastikan guru-guru kita tidak terbeban dengan non-teaching task. Sebagai seorang anak cikgu Yang Berhormat Datuk Speaker, saya nampak bagaimana ibu saya bertungkus-lumus menyediakan pelan P&P, dia jugalah yang pada masa yang sama kena uruskan kurikulum, pada masa yang sama dia jugalah kena settlekan kerja-kerja perkeranian, kena pastikan pelajar datang sekolah, pelajar lari daripada rumah pun dia kena selesaikan. Banyak tugas guru-guru ini Yang Berhormat Datuk Speaker. Berilah ruang pada guru-guru kita untuk fokus dalam mengajar anak-anak Johor.

Saya cadangkan SRBJ untuk perkenalkan sistem guru sokongan. Sistem guru sokongan ni bukan satu sistem yang baru, malah banyak negara-negara membangun yang telah perkenalkan sistem guru sokongan ini supaya guru-guru yang ada pakar mata pelajaran, mereka dapat betul-betul fokus untuk mengajar pelajar di sekolah. Mungkin kalau negara Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan, kerana sebenarnya sistem guru sokongan ni dah ada dalam blueprint pendidikan kita tetapi belum dilaksanakan. Kalau negara kita belum bersedia, kita boleh tunjukkan jalannya di negeri Johor. Berilah ruang kepada guru-guru kita untuk berikan kualiti pendidikan yang terbaik untuk anak-anak Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin mengucapkan terima kasih buat Dewan Negeri Johor ini kerana sekali lagi memberi ruang kepada saya untuk berbahas dalam titah ucapan

Pemangku Sultan Johor. Patik sekali lagi menjunjung kasih titah Duli Yang Amat Mulia Tuanku dan berpegang kepada pesanan Tuanku supaya semua ADUN Johor terus fokus berkhidmat untuk rakyat Johor secara penuh tanggungjawab dan berhemah. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan peringatan dari baginda Rasulullah SAW bahawa tidak sempurna iman seseorang yang tidak amanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menunaikan janji. Peringatan tegas baginda Rasulullah SAW ini adalah untuk kita semua Ahli-Ahli Dewan Johor yang telah digalaskan amanah dan dipautkan dengan janji oleh rakyat negeri Johor. Maka, salinglah menjunjung tanggungjawab selagi ada kudrat dengan izin Allah a’zawajallah. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Puteri Wangsa. Seterusnya Yang Berhormat Sedili.

Tuan Muszaide bin MakmorUMNO · BNSedili

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Salam sejahtera dan salam Maju Johor. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, atas ruang yang diberikan untuk bersama-sama membahaskan Rundingan pada mesyuarat kali ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mulakan perbahasan pada hari ini pada mesyuarat pertama bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 dengan rasa syukur ke hadrat Allah SWT di atas perkenan rahmat dan limpah kurnia-Nya, maka kita dapat bersama-sama bersidang pada hari ini dan pertama-tamanya patik merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor atas keberangkatan menyempurnakan Pembukaan Rasmi Penggal Persidangan Dewan Negeri Johor pada kali ini. Ampun Tuanku. Sesungguhnya titah Tuanku Yang Amat Mulia yang bersalutkan teguran, bersulamkan nasihat dan bersarungkan ilmu sesuatu yang amat wajar diambil perhatian dan tindakan demi kemanfaatan rakyat jelata bangsa Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Duli Yang Amat Mulia turut menyentuh soal jati diri Bangsa Johor. Jati diri bangsa ini perlu di perkasa kepada seluruh rakyat Johor terutama golongan muda. Kita tidak mahu golongan muda ini tidak mempunyai semangat patriotisme atau secara mudah tidak mencintai negeri Johor. Sedili mencadangkan kursus khas diadakan secara kerap kepada golongan akar umbi khususnya pelajar sekolah menengah. Kerajaan perlu membantu mana-mana badan bukan kerajaan yang menganjurkan program yang bersifat memperkasa jati diri dalam melahirkan rakyat yang memiliki semangat patriotisme. Semua Bangsa Johor wajib mengetahui dan mengamalkan peribahasa di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung. Negeri Johor adalah negeri bertuah yang kaya dengan keindahan semula jadi. Setiap daerah di negeri Johor terdapat alam yang indah. Sama ada tumbuhan-tumbuhan yang subur menghijau, pantai yang dinikmati dengan angin sepoi-sepoi bahasa, mahupun air terjun dingin yang sangat menyentuh sukma. Namun, apalah makna andai pepohon menghijau, menyembah bumi, pantai yang damai dipenuhi sampah sarap. Air terjun dingin panas, dengan kekotoran dan sungai yang jernih dikotori perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab.

Sedili mencadangkan agar rujukan pelancongan mengikut bahagian tertentu seperti pelancongan eko-tourism maka kita berharap Tourism Johor dapat membantu dalam

mendidik mereka yang kurang mempunyai sivik. Yang Berhormat Datuk Speaker, Allahyarham Dato’ Usman Awang, anak kelahiran Tanjung Sedili, merupakan penerima Anugerah Sasterawan Negara Malaysia pada tahun 1983. Allahyarham terkenal dengan sajak melayu yang menggambarkan tentang sifat orang Melayu yang bersopan santun. Sebagai anak Tanjung Sedili khasnya, dan negeri Johor amnya, adalah wajar jasanya dikenang dan diingati generasi-generasi yang akan datang. Dalam konteks pelancongan, nama Allahyarham Dato’ Usman Awang menjadi sumber pelancongan khususnya pelancongan Sastera dan warisan. Namun, tidak ada usaha yang complete untuk menghargai tokoh yang banyak berjasa dalam bidang Sastera dan menghidupkan semangat perpaduan dan patriotisme di negara ini. Walaupun ada usaha untuk mewujudkan galeri Usman Awang satu ketika dahulu tetapi masih terbengkalai. Sedili mencadangkan kerajaan Johor mewujudkan pelancongan warisan di kawasan Sedili. Dan, jadikan produk...

Timbalan Speaker

Maaf beri laluan kepada Azan.

(Berhenti sebentar kerana memberi laluan laungan azan.)

Timbalan Speaker

Jemput Yang Berhormat.

Tuan Muszaide bin MakmorUMNO · BNSedili

Saya mencadangkan Galeri Usman Awang didirikan semula dengan kadar segera di Tanjung Sedili dan dijadikan produk pelancongan warisan sesuai dengan Tahun Melawat Johor 2026. Untuk tujuan ini juga, berkaitan dengan Tahun Melawat Johor yang akan hadir pada tahun hadapan, Sedili telah memulakannya dan Insya-Allah akan cuba membantu kerajaan negeri untuk menarik seberapa ramai pengunjung ke lokasi-lokasi pelancongan yang terdapat di Sedili. Tahun lepas, saya mendapat kerjasama yang baik daripada Tourism Johor, MOTAC dan juga Unit Pelancongan KEJORA yang mana kami telah melancarkan map pelancongan Sedili ataupun yang dikenali juga dengan Wonderful Sedili. Ini, map ini boleh didapati di setiap Centre-Centre ataupun maklumat berkaitan dengan pelancongan yang dibuat oleh Tourism Malaysia seluruh negara kita. Dan, 2 minggu lepas, kami di Sedili juga telah melancarkan program yang dinamakan Homestay Putrail yang mana youtuber-youtuber daripada KL dan juga penggiat-penggiat media datang membuat laporan berkaitan produk-produk yang ada di kawasan Sedili untuk dimasukkan di dalam Youtube. Insya-Allah, dengan adanya maklumat-maklumat yang di perolehi daripada media massa, saya yakin ramai yang akan mengunjungi Sedili pada masa yang akan datang. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Tourism Malaysia, MOTAC Negeri Johor dan juga Unit Pelancongan KEJORA yang sama-sama main peranankan hasrat ADUN Sedili untuk menarik seberapa ramai pelancongan bagi menambahkan kegiatan ekonomi berlaku di kawasan Sedili.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan Johor yang mewujudkan Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar yang mengandungi pusat dokumentasi Johor dan galeri tenun Johor. Apabila diwujudkan galeri Usman Awang, saya mencadangkan kerajaan dapat mewujudkan cawangan pusat dokumentasi Johor di kawasan tersebut. Saya ingin bertanya apakah peranan dokumentasi Johor dalam memajukan pelancongan warisan dan memartabatkan bahasa kebangsaan.

Pusat pendaratan ikan di Tanjung Sedili merupakan yang kedua terbesar di Johor. Mencatitkan pendaratan secara konsisten sejak tahun 2015 hingga ke tahun 2021 dengan purata pendaratan ikan sebanyak 2,656 tan metrik setahun. Akuarium Osaka Kaiyukan di

Jepun merupakan akuarium terbesar di dunia berjaya menarik pelancongan untuk melihat ikan-ikan berenang bebas seperti di lautan. Kita tidak mungkin mahu mengatasi akuarium tersebut tetapi dengan geografi yang sesuai di Sedili, tidak mustahil boleh diwujudkan akuarium ikan yang sederhana di Tanjung Sedili. Mencadangkan Tanjung Sedili dijadikan pusat pelancongan perikanan iaitu dengan menjadi pusat pendaratan ikan sebagai destinasi pelancongan. Para pelancong bukan sahaja berpeluang melihat cara ikan dinaikkan ke darat tetapi boleh tawarkan dengan pembelian ikan segar dengan harga yang lebih murah.

Data pada tahun 2022 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, merekodkan 3 negeri tertinggi terimaan domestik iaitu Selangor dengan RM8.73 bilion, Kuala Lumpur dengan RM7.73 bilion dan Sarawak dengan RM5.43 bilion. Johor tidak tersenarai dalam 3 negeri tersebut, namun mengikut statistik Jabatan Imigresen Johor seramai 15,897,131 pelancong memasuki Johor dri Januari hingga September pada tahun 2024. Berbanding 11,901,848 pada tarikh yang sama pada tahun 2023. Kemasukan pelawat yang ramai ini hendaklah dimanfaatkan sebaik mungkin kerajaan Johor dalam mempertingkat ekonomi rakyat, khusus di luar bandar.

Di Johor, malah di Malaysia kawasan Sedili, terdapat satu-satunya pusat pembiakan pengeluaran belangkas. Sedili mohon kerajaan membantu dalam memperkasakan lagi Pusat Pembiakan ini dijadikan satu destinasi pelancongan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kawasan Sedili dikelilingi pantai yang indah, Pantai Temalah, baru-baru ini kalau tengok cerita Gayung, di situlah tempatnya dilakukan edangan beberapa edangan di beberapa kawasan di Pantai Temalah.

Timbalan Speaker

Adegan.

Tuan Muszaide bin MakmorUMNO · BNSedili

Saya tak berlakon, saya tak berapa berminat berlakon. Pantai Manis, Pantai Tanjung Buloh dan juga Pantai Teluk Mahkota. Sedili mempunyai Belukar Durian Wet Land dan Kampung Sayang Resort Waterpark, Sedili juga memiliki kawasan ternakan kerbau yang besar dan juga arnab pedaging iaitu di Aping Barat. Dan port, ha orang mancing dia panggil port, port udang galah sepit biru di Kampung Muara Lama dan Sungai Belukar Durian dan dengan mempunyai banyak pantai yang indah dan pusat peranginan, Sedili mencadangkan kerajaan Johor menjadikan bantuan pembangunan pelancongan dan menjadi kawasan, menjadikan kawasan Sedili sebagai perkampungan pelancongan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, apabila membicarakan soal pelancongan kita hanya fokus kepada keindahan alam semula jadi seperti pantai dan air terjun. Di kawasan Sedili terdapat beberapa FELDA yang menjalankan aktiviti komuniti kelapa sawit. Kelapa sawit bukan sahaja merupakan sumber pendapatan utama, para peneroka FELDA tetapi juga boleh dijadikan pendapatan sampingan melalui sektor pelancongan dan penternakan. Sedili mencadangkan kerajaan membantu kepada mereka yang ingin menambah pendapatan, sampingan seperti mewujudkan pelancongan daripada kebun kelapa sawit dan menjalankan aktiviti pertanian dan ternakan haiwan ternakan di ladang kelapa sawit. Sebagai contoh dibenarkan cara mengahwinkan bunga kelapa sawit, cara memetik buah kelapa sawit, cara membuat kuih daripada kelapa sawit dan penggunaan pohon kelapa sawit.

Saya nak mencelah berkaitan isu berkaitan FELDA kerana Kota Tinggi mempunyai 12 buah FELDA, 6 buah FELDA terletaknya di DUN Johor Lama dan 6 FELDA terletak di DUN Sedili. Permahan Generasi Baharu FELDA. Ada wakil FELDA tak kat sini? PGBM. Yang Berhormat Datuk Speaker, Projek Perumahan Gegerasi Baharu FELDA ini, telah dijalankan atau pun telah dimulakan sejak 2013 lagi. Ada 200 unit di FELDA Bukit Aping Timur dan 200 unit lagi di FELDA Pasak atau pun taman yang ada depan yang dah siapkan tu dinamakan Taman Pasak Indah. Tetapi sehingga hari ini, projek itu dah terbengkalai. Adakah usaha-usaha telah dijalankan oleh pihak FELDA bagi memastikan projek ini tidak menjadi gajah putih? Cukup-cukuplah gajah yang ada ketika ini di Sedili. Jadi, saya berharap pihak FELDA ada tindakan yang tuntas kerana projek ini dimulakan 2013, 2016 kontraktor lari dan sekarang dah 2025 saya rasa dah hampir 10 tahun projek ini terbengkalai.

Kalau dulu kita ada kertas putih, yang dibuat oleh Menteri Ekonomi ketika itu bagi FELDA, tapi kali ini saya tak yah, pakai warna apa pun kertas saya terima janji projek ini dapat diteruskan bagi manfaat generasi baharu FELDA yang inginkan rumah tersebut. (Dewan bertepuk). FELDA melalui anak syarikatnya, FIC ada tahun lepas, bila ramai yang mendapat geran hak milik tanah generasi baharu FELDA, masa itulah FELDA Investment ini buat taklimat pinjaman perumahan kepada FELDA-FELDA yang mendapat atau pun yang ada Projek Perumahan Baharu Generasi FELDA. Skim yang ditawarkan serupa lebih kurang Syarikat Perumahan Negara Berhad. Tetapi bayaran balik yang dibuat oleh SPNB ini agak tinggi sikit. Tawaran pertama dibuat di kawasan FELDA Bukis Easter, tahun lepas selepas solat Semarak Subuh di FELDA Bukis Easter, pada bulan 9 saya pergi terjah projek dibuat oleh FIC ini, tetapi sehingga ke hari ini, saya dapat lihat walaupun rumah tu saya tengok dah hampir siap ketika itu, semua pendawaian elektrik dan juga kemasukan air sahaja tetapi sehingga hari ini saya melihat projek itu tidak diserahkan lagi kepada peminjam yang melalui kalau tak silap saya, dia pinjam melalui Agrobank. Bagaimanakah mereka ini supaya tidak terbelenggu dengan bebanan hutang? Mungkin ketika ini mereka menyewa di tempat lain sementara menunggu rumah mereka siap, tetapi sehingga hari ini dah hampir lebih lapan (8) bulan tidak diserah-serahkan lagi. Dan saya banyak ditemui oleh salah seorang daripada penerima rumah tersebut atau pun peminjam rumah tersebut bertanyakan hal ini, jadi hari ini saya terpaksa bawa ke Dewan yang mulia ini supaya saya dapat jawapan daripada pihak FELDA. FELDA juga melalui agensi pelaksana iaitu FIC telah diberi tanggungjawab untuk melaksana infrastruktur seperti air, elektrik, jalan dan longkang untuk Perumahan Generasi Baharu FELDA yang telah diberikan lot dan FELDA membantu. Namun begitu, saya sangat berharap FIC ini dapatlah berbincang dengan Wakil Rakyat kawasan yang menerima peruntukan tersebut kerana saya merupakan juga mewakili kerajaan negeri, kerana kerajaan negeri juga ada membuat, mengeluarkan bajet untuk tujuan ini.

Ini baru saya lihat ada beberapa tempat, yang langsung tidak berjumpa dengan saya akhirnya kita sekarang ni tengah selesaikan, saya dengan YB Norizah tengah selesaikan masalah anak peneroka yang fasa pertama dah selesai, fasa kedua mereka ini dapat geran, masa itu, ketika itu adalah COVID jadi mereka tak sempat membayar dia punya dan kami dah buat perjumpaan dengan jawatankuas,a beberapa jawatankuasa, ada enam (6) jawatankuasa yang saya dah temui dan telah meminta mereka menyiapkan dokumen yang diperlukan untuk kami mengangkat ke pihak kerajaan negeri untuk kelulusan sepenuhnya. (Dewan bertepuk). Tetapi malangnya FELDA FIC ni, eh saya meningatkan kerana kami wakil kepada kerajaan negeri, jadi setidak-tidaknya kami tahu apa perancangan nak dibuat di suatu projek infrastruktur di kawasan yang ada di dalam kawasan kami.

Di sini juga saya ingin bertanya dengan projek atau pun Program Pembangunan Peneroka. Dua tahun lepas Program Pembangunan Peneroka ini rancak dijalankan di kawasan FELDA seluruh Malaysia, tidak terkecuali di kawasan saya. Apa yang saya ingin tegur di sini kebanyakan projek itu hanya hangat-hangat, hangat-hangat tahi ayam, ha itulah, baru-baru je dan sekarang banyakan yang menjalankan projek PPP ni siap broker ada suntikan modal RM2,000.00 setiap broker RM2,000.00 kalikan 40 orang dia dapat RM80,000.00 dia boleh buat kolam, dia boleh arnab, eh dan beberapa projek hiliran yang lain.

Tetapi malangnya semuanya gagal, tidak ada keseinambungan hanya fasa pertama sahaja, maksudnya fasa pertama bila kolam tu dah diserahkan pada yang memohon, eh ada broker atau melalui koperasi, melalui Majlis FELDA selepas itu fasa kedua nak modal tu terpaksa minta Wakil Rakyat, minta anak benih dengan Wakil Rakyat. Jadi bimbingan macam mana mereka ini dibuat sedangkan projek itu boleh membantu menambah pendapatan peneroka. Sekiranya melawas ke, buah melawas, kiranya harga turun, kalau ini dapat dijalankan dengan baik, saya yakin, ia serba sedikit menambah pendapatan mereka-mereka yang diberi peluang untuk mengusahakan Projek Pembangunan Peneroka ini, jadi janganlah kita membazirkan duit yang diperuntukkan. Saya nampak yang untung adalah konsultan sahaja. Ini amat-amat mendukacitakan. Bukan saya sebagai Wakil Rakyat, saya juga adalah anak peneroka FELDA.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Sedili mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor serta barisan EXCO kerajaan negeri dan juga pegawai-pegawai kerajaan yang mengembleng tenaga menjadikan pelaburan pada tahun ini, suku tahun pertama tahun ini sebanyak RM27.4 bilion. Ini sesuatu pencapaian yang sangat membanggakan rakyat negeri Johor kerana pendapatan atau pun pelaburan ini akan menambah kewangan kerajaan negeri untuk membantu rakyat selepas itu. Hari ini membuktikan Zon Ekonomi Khas Johor - Singapura telah memperlihatkan kejayaan. Terima kasih juga kepada kerajaan yang menguntungkan RM50,000,000, RM55,000,000.00 untuk membaiki Sistem Pendidikan Negeri Johor. Sedili berharap di perkampungan nelayan Dedili dapat dibantu dari aspek rohani dan fizikal.

Titah Tuanku tentang Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRJB) merupakan suatu yang membanggakan negeri Johor. SRBJ yang dilaksanakan di empat (4) buah sekolah memperlihatkan kejayaan, sekolah yang terpilih amat beruntung kerana memperoleh nikmat sokongan pendidikan termasuk menghantar guru-guru memantapkan pengetahuan dalam bidang Bahasa Inggeris. Sedili merakamkan ucapan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah ke bawah Duli Tuanku dan kerajaan Johor atas usaha, usaha rintis yang dilaksanakan. Di kawasan Sedili, terdapat beberapa sekolah menengah FELDA dan desa yang tidak tersenarai sebagai sekolah cemerlang. Bagi memastikan pelajar luar bandar hak pendidikan yang baik dan cemerlang, sebagaimana SRBJ, Sedili mencadangkan sekolah menengah di FELDA dan kawasan Sedili dijadikan SRBJ pertama di luar bandar.

Selain itu, Sedili juga mohon kerajaan persekutuan dapat melihat di kawasan Sedili itu banyak lagi kawasan yang kosong, apalah kiranya sebuah sekolah sains dibina di Parlimen Kota Tinggi, yang sekarang ada adalah di dalam Parlimen Pengerang yang jaraknya daripada kawasan yang saya cadangkan di Mawai tu lebih kurang 35 kilometer. Kerana saya nampak di Kluang ada dua (2) Sekolah Sains, satu di Jalan Mersing, satu lagi di Sekolah Menengah Sains Sembrong. Jadi, saya bertanyakan atau pun mencadangkan ini kerana saya melihat baru-baru ini kawan saya pergi ke Sekolah Menengah Sains ini,

kebetulan ada Mesyuarat PIBG ramai guru-guru di sana mengatakan ramai yang berminat untuk ke sekolah sains ini. Sekolah Sains Bandar Penawar merupakan terbaik SPM bagi daerah Kota Tinggi pada tahun ini. Dan sebab itulah saya mencadangkan sebuah sekolah lagi. Sekolah Sains diwujudkan di dalam Parlimen Kota Tinggi. Moga ia mendapat sokongan daripada EXCO Pendidikan dan juga Kerajaan Negeri Johor. Sedili berterima kasih kepada kerajaan persekutuan yang telah memasukkan kawasan Sedili dalam bajet 2023 untuk pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sains Malaysia yang bernilai RM938 juta. Hospital USIM ini adalah nikmat untuk warga Sedili yang menunggu berpuluh puluh tahun sejak sebelum merdeka. Secara jujur warga Sedili khususnya dan orang Kota Tinggi tidak sabar menunggu terbinanya Hospital Universiti Sains Islam Malaysia. Bagi memastikan kesediaan yang lebih baik, Sedili memohon segala kemudahan infrastruktur yang berkaitan seperti air dan elektrik serta internet di bekalkan ke kawasan tersebut dinaiktaraf dengan lebih baik lagi.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, masa.

Tuan Muszaide bin MakmorUMNO · BNSedili

Dah habis. Ingat yang last boleh panjang lagi. Tapi saya ikut masa yang ditetapkan. Insya-Allah. Dah terlupa. Saya juga ingin menambah Sedili baru ini telah menerima peruntukan yang agak besar untuk menaik taraf aras jalan. Terima kasih kepada kerajaan negeri yang menganggap projek ini penting. Menaik taraf aras jalan di kawasan banjir yang menghubungkan kawasan di Pantai Timur. Projek bernilai RM130 juta dah ada kontraktor, dah, saya tanya JD dah nak mula dah projek tersebut. Saya mencadangkan kalau ianya siap nanti, yang saya maksudkan adalah garisan jalan. Garisan jalan ini buatlah yang, yang terbaru atau pun kaedah yang baru iaitu yang dinamakan dark, glow in the dark.

Timbalan Speaker

Ingat donald duck tadi.

Tuan Muszaide bin MakmorUMNO · BNSedili

Yang mana bila malam ia mengeluarkan pantulan cahaya kerana laluan ini amat penting kerana kawasan itu memang di dapati memang gelap. Kalau dipasang lampu solar pun di tempat laluan gajah sahaja. Itu yang saya nampak di kawasan Sedili ini kalau adanya perubahan daripada garisan jalan itu juga membantu kawasan-kawasan gelap yang dimaksudkan. Saya tidak berhajat untuk meneruskan kerana telah ditegur oleh Datuk Speaker, masa pun dah mencemburui saya.

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor serta barisan EXCO kerajaan negeri Johor yang sentiasa komited dengan tugas masing-masing. Kepada kepimpinan penjawat awam negeri Johor ataupun persekutuan yang berada di negeri Johor yang memainkan peranan membantu menaikkan nama negeri Johor dari segi ekonomi dan juga perkara-perkara yang lain. Sudah tentulah Johor negeri yang bertuah kerana kita sentiasa diberikan tunjuk ajar dari Kebawah Duli Tuanku Sultan Johor dan juga Kebawah Duli Tuanku, Tunku Mahkota Johor selaku Pemangku Sultan yang inginkan kejayaan yang cemerlang bagi negeri Johor. Kesempatan ini, terima kasih kepada semua, terima kasih kepada rakan-rakan yang beri semangat. Nombor 42 saya ambil kerana berkait dengan nombor kereta saya. Jadi saya ambil last pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Esok kita jumpa lagi. Insya-Allah. Sekian, terima kasih. (Dewan bertepuk).

Timbalan Speaker

Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Alhamdulillah, akhirnya tamatlah 42 orang Ahli-Ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam perbahasan. Tahniah kepada semua. Saya mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat diatas prestasi setiap Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam Perbahasan Atas Rundingan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Amat MuliaTunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor sepanjang empat hari yang lalu.

Rata-rata di lihat para pembahas telah membuat persiapan, persediaan yang rapi membawa usul mengutarakan permasalahan rakyat dan mengangkat cadangan untuk penambahbaikan secara berhemah. Ini semua menjadikan keharmonian Ahli Dewan ini lebih terasa. Saya yakin, iltizam, disiplin, rasa hormat menghormati dan mensyukuri nikmat kemajuan ini akan menjadi resepi penting pembangunan Maju Johor 2030. Kegagalan merancang bermakna merancang kegagalan. Bersama kita menangani cabaran mengurus kejayaan yang ada.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga esok Jumaat, 23 Mei 2025 pada jam 9:30 pagi.

Persidangan ditangguhkan pada 5:00 petang.

Pegawai-Pegawai Bertugas:

Timbalan Speaker

Jurutulis

Puan Zarina binti Abdul Kadir

Penolong Jurutulis

Encik Mohd Ezwan bin Abdul Ghani Encik Muhammad Syahfiq Nizam bin Zulkipli

Koordinator

Puan Hajah Rohana binti Matang

Pembantu Penerbitan

Puan Siti Fatimah binti Mohd Said Puan Malina binti Mohd Nasir Puan Hajah Noraisah binti Mohd Yusof Encik Ariff bin Abu Bakar

Pembantu Operasi (Bentara)

Encik Razine bin Sulaiman Encik Hamdan bin Markom Encik Norhayadi bin Hussien Encik Muhamad Khirunizam bin Pahmi Encik Mohd Norazri bin Kasim Encik Mohd Sapri bin Manan Encik Muhamad Khairul Asyraf bin Abdullah Encik Muhammad Khairul bin Arop Encik Amer Ilham bin Jefli

Setiausaha Pejabat (Pelapor Dewan)

Puan Hajah Saniah binti Kasim Puan Junaidah binti Paing Puan Hajah Rumiah binti Semirono Puan Hajah Haironisha binti Zainal Abidin Puan Hairun Nurul Ain bin Zainal Abidin Puan Zahiti binti Muhamad Hamdi

Puan Hajah Fareza binti Musa Puan Noor Dalilah binti Dahalan Puan Norazilawati binti Masri Puan Norlydialina binti Ithnain Puan Shuriati binti Abdul Hajar Puan Norhafizah binti Osman Puan Raihanah binti Ismail Puan Fakhrinazia binti Fuad

Rakaman

Encik Nor Risam bin Esa Encik Azizan bin Md Sidi Encik Khairul Anuar bin Umar Usman

Juruaudio Video

Encik Noorazhan bin Mohd Salleh Encik Ismail bin Abu Bakar

Pegawai-Pegawai Bertugas:

Timbalan Speaker

Jurutulis

Puan Zarina binti Abdul Kadir

Penolong Jurutulis

Encik Mohd Ezwan bin Abdul Ghani Encik Muhammad Syahfiq Nizam bin Zulkipli

Koordinator

Puan Hajah Rohana binti Matang

Pembantu Penerbitan

Puan Siti Fatimah binti Mohd Said Puan Malina binti Mohd Nasir Puan Hajah Noraisah binti Mohd Yusof Encik Ariff bin Abu Bakar

Pembantu Operasi (Bentara)

Encik Razine bin Sulaiman Encik Hamdan bin Markom Encik Norhayadi bin Hussien Encik Muhamad Khirunizam bin Pahmi Encik Mohd Norazri bin Kasim Encik Mohd Sapri bin Manan Encik Muhamad Khairul Asyraf bin Abdullah Encik Muhammad Khairul bin Arop Encik Amer Ilham bin Jefli

Setiausaha Pejabat (Pelapor Dewan)

Puan Junaidah binti Paing Puan Siti Rojimah binti Abd. Razak Puan Hajah Rumiah binti Semirono Puan Hajah Haironisha binti Zainal Abidin

Puan Hairun Nurul Ain bin Zainal Abidin Puan Zahiti binti Muhamad Hamdi Puan Hajah Fareza binti Musa Puan Noor Dalilah binti Dahalan Puan Norazilawati binti Masri Puan Shuriati binti Abdul Hajar Puan Norhafizah binti Osman Puan Raihanah binti Ismail Puan Fakhrinazia binti Fuad

Rakaman

Encik Nor Risam bin Esa Encik Azizan bin Md Sidi Encik Khairul Anuar bin Umar Usman

Juruaudio Video

Encik Noorazhan bin Mohd Salleh Encik Ismail bin Abu Bakar

Unit Dewan Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor 22 Mei 2025

Timbalan Speaker

VERBATIM