Johor · 13 November 2025

15th Assembly, 4th session, 3rd meeting (Budget 2026) · 50 turns · 6,576 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.

Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Bismillahirrahmaanirrahim. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. (Bacaan selawat).

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan Salam Maju Johor.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, pagi ini kita memulakan Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2026) bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-15.

Persidangan kali ni akan mengambil masa selama enam (6) hari bermula pada hari ini, 13 November, 17 hingga 21 November 2026.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada pagi ini juga, kita akan mendengar Pembentangan Belanjawan 2026 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor.

Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui live streaming di facebook rasmi YAB Menteri Besar Johor.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, hari ini kita akan bersidang menggunakan sistem baharu yang sudah pun di upgrade dan saya mengucapkan setinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kerana meluluskan peruntukan yang besar untuk menaik taraf kemudahan Dewan ini supaya kita dapat bersidang dengan lebih selesa dan semoga Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat berbahas dengan lebih berkesan.

Saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran pemerhati-pemerhati seperti berikut:-

Ketua-Ketua UMNO Bahagian Negeri Johor (Dewan bertepuk). Persatuan Veteran Angkatan Tentera Negeri Johor, ada ya. Persatuan Veteran Tentera dan Bekas Polis Negeri Johor (Dewan bertepuk). Pengetua, Guru Besar dan Guru-Guru Negeri Johor. Persatuan Ketua Kampung Negeri Johor, Naib Canselor Penolong Pendaftar Universiti, Akademi Debat Johor, Dewan Muda Johor, Penggerak Sakinah Negeri Johor, Persatuan-Persatuan Negeri Johor, Penggiat-Penggiat Seni Negeri Johor, Ketua-Ketua Pemimpin Komuniti Penduduk, Jabatan-Jabatan Negeri dan Persekutuan, Badan-Badan Berkanun Negeri Johor, Gabungan Persatuan Teksi-Teksi Berdaftar Negeri Johor, E-Hailing dan P-Hailing dan tidak lupa mahasiswa dan pelajar negeri Johor. Ada lebih kurang 200 termasuk yang ada di dalam Dewan dan satu lagi di bilik yang lain. Tahniah kepada mereka yang hadir. Terima kasih.

Pembentangan Kertas-Kertas Mesyuarat.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membentangkan Kertas-Kertas Mesyuarat Bilangan 29 hingga 32 Tahun 2025.

Bilangan 29 Tahun 2025 - Laporan Jawatankuasa Belanjawan Negeri Mengenai Peranggaran Negeri Johor Tahun 2026.

Bilangan 30 Tahun 2025 - Peranggaran Pembangunan Tahun 2026.

Bilangan 31 Tahun 2025 - Penyata Kewangan Negeri Johor Darul Ta’zim Tahun 2024.

Bilangan 32 Tahun 2025 - Laporan Ketua Audit Negara 3/2025 Johor dan Penyata Memorandum mengenai :

• Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 dan Penyata Kewangan Agensi Negeri Johor Tahun 2023.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membentangkan Kertas-Kertas Mesyuarat Bilangan 33 hingga 34 Tahun 2025.

Bilangan 33 Tahun 2025 - Anggaran Perbelanjaan Tambahan Kedua Tahun 2025.

Bilangan 34 Tahun 2025 - Peranggaran Tambahan Pembangunan Ketiga Tahun 2025.

Tuan Mohd Hairi bin Mad ShahUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Larkin

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membentangkan Kertas Mesyuarat Bilangan 35 Tahun 2025.

Bilangan 35 Tahun 2025 - Penyata Kewangan Perbadanan Stadium Johor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.

Tuan Haji Mohd Fared bin Haji Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Dengan izin Datuk Speaker, saya mohon membentangkan Kertas Mesyuarat Bilangan 36 dan 37 2025.

Bilangan 36 Tahun 2025 - Penyata Kewangan Perbadanan Islam Johor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.

Bilangan 37 Tahun 2025 - Penyata Kewangan Lembaga Kumpulan Wang Amanah Orang-Orang Islam Negeri Johor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.

Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2026) Tahun 2025.Bill

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan menurut Peraturan Tetap 15(3), supaya Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2026) Tahun 2025 dikemukakan sekarang tanpa mengikut Susunan Perkara-Perkara Mesyuarat.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang ini iaitu Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2026) Tahun 2025 dikemukakan sekarang.

Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rundingan dipersetujukan.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan (2026) Tahun 2025 dibaca kali yang pertama.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Sebelum saya menjemput Yang Amat Berhormat Machap, saya nak jual pantun terlebih dahulu Yang Amat Berhormat.

Makan ketupat rendang hati, hanya terjual di Batu Pahat; Bajet 2026 amat dinanti-nanti, pasti sarat agenda rakyat. (Dewan bertepuk).

Saya harap Yang Amat Berhormat jawab nanti tetapi saya nak mengingatkan sekali lagi sepertimana yang saya pernah sebut di dalam Dewan ini sebelum ini iaitu anak Raja duduk merayu, duduk merayu suaranya keras; bukan namanya orang Melayu, jika berpantun tengok kertas. Jadi, jangan tengok kertas Yang Amat Berhormat bila jawab pantun saya, jawab spontan.

Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang pertama.

Jurutulis

Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2026 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.

Bismillahirahmaanirrahim. (Bacaan selawat). Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan Salam Maju Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya jua dapat kita bersama-sama hadir dalam sesi pembentangan Belanjawan Johor 2026, Selawat dan salam buat Nabi Junjungan, Nabi Muhammad SAW pemimpin Agong yang sentiasa menjadi teladan dan pedoman buat kita sehingga ke akhir zaman.

Sebelum saya meneruskan pembentangan Belanjawan, izinkan saya terlebih dulu merafak sembah, menjunjung setinggi-tinggi ucapan tahniah serta ucap selamat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sempena Hari Keputeraan Baginda yang bakal disambut pada 22 November ini. Patik dengan penuh ta’zim memanjatkan doa kehadrat Allah SWT semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta seluruh anakanda dan kerabat DiRaja sentiasa dikurniakan keberkatan usia serta dikekalkan dalam afiat dan sejahtera agar terus menaungi sekalian rakyat dan juga Bangsa Johor.

Payung mahkota menaung gemilang, menjulang daulat negeri bertuah; Raja memimpin bangsa cemerlang, mengangkat Johor megah bermaruah.

Patik juga menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas segala nasihat dan bimbingan yang dicurahkan kepada patik dan kepimpinan negeri dalam menjayakan urus tadbir demi kesejahteraan Bangsa Johor.

Pohon meranti berdiri hebat, daunnya rimbun meneduhi bumi; luhur kasih menyantuni rakyat, Johor sejahtera, rakyat harmoni. (Dewan bertepuk.)

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya baca pantun tak baca ikut kertas, ikut i-pad. Pada kesempatan ini, bagi pihak kerajaan negeri saya jugan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan persekutuan atas pengumuman peruntukan sebanyak RM4.8 bilion bagi perbelanjaan pembangunan, Rolling Plan Pertama 2026 di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 untuk negeri

Johor yang merangkumi 152 projek serta 435 projek sambungan. Saya yakin, projek-projek ini akan memberi impak besar kepada Bangsa Johor secara keseluruhannya. ‘Terima kasih daun keladi, kecil tapak tangan, nyiru Johor tadahkan’.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Setiausaha Kerajaan Johor yang baharu, Yang Berhormat Dato’ Haji Asman Shah bin Abdul Rahman, rakan-rakan Yang Berhormat EXCO, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Pegawai-Pegawai Daerah, Datuk-Datuk Bandar, YDP-YDP, seluruh Pegawai Kanan kerajaan negeri dan persekutuan, Badan-Badan Berkanun serta GLC negeri Johor yang telah memberikan kerjasama erat, dedikasi dan komitmen tinggi sepanjang tahun ini. Sama-samalah kita teruskan agenda untuk membangunkan dan memajukan negeri yang kita cintai ini. ‘Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, syukur alhamdulillah ekonomi dan prestasi Johor Darul Ta’zim negeri yang kita semua cintai ini berada dalam keadaan yang cukup memberangsangkan. Seperti yang kita semua sedia maklum, sepanjang tempoh tiga (3) tahun enam (6) bulan ini Johor telah menarik pelaburan berjumlah RM218 bilion. (Dewan bertepuk) Menghasilkan lebih 64,000 peluang pekerjaan dengan kadar pengangguran yang terus kekal rendah pada 2.3%. Pertumbuhan KDNK 6.4% menjadikan Johor negeri dengan pertumbuhan ekonomi yang tertinggi di Malaysia. (Dewan bertepuk). Nilai hasil jualan pertanian RM27.2 bilion juga adalah yang tertinggi dalam negara.

Dari segi hasil negeri pula, kita insha Allah bakal mencecah RM2.5 bilion. (Dewan bertepuk) Jauh melangkaui unjuran asal yang dibentangkan dalam Belanjawan Johor 2025. Lebih daripada itu, kutipan zakat hasil PBT, PKPJ dan keuntungan GLC-GLC negeri, semuanya menunjukkan peningkatan yang amat positif. Alhamdulillah, air yang dihajati, pancuran yang terbit. Segala puji bagi Allah SWT. (Bacaan zikir). Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan dan keizinan Allah SWT. Saya menginsafi bahawa segala limpahan rezeki dan peningkatan hasil yang dinikmati ini merupakan anugerah dan kurniaan dariNya jua.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah At-Talaq ayat kedua (2) dan yang ketiga (3) yang berbunyi, (bacaan ayat Al-Quran) yang bermaksud, ‘Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hati’. Ayat ini jelas memperingatkan kita bahawa Allah SWT akan memberikan rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hati kita dengan syarat kita bertakwa. Persoalannya Datuk Speaker ialah apakah ciri-ciri orang yang bertaqwa? Sekali lagi, Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke 177 yang menerangkan ciri-ciri orang bertaqwa. ‘Kebaikan itu bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan ke arah barat tetapi kebaikan itu ialah orang yang beriman kepada Allah, hari akhirat, para malaikat, kitab-kitab dan nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kaum kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, orang-orang yang dalam perjalanan, peminta sedekah dan untuk memerdekakan hamba sahaya, yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat, orang yang menepati janji apabila berjanji dan orang yang sabar dalam kesusahan, penderitaan dan ketika peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa’.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Ahlir-Ahli Yang Berhormat, sidang Dewan yang saya hormati sekalian, sama-samalah kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT agar Johor terus dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dari jalan yang tidak terlintas di hati kita. Agar kita semua dapat terus membela mereka yang belum terbela dan membantu mereka yang belum dibantu. Biarlah yang hilang dicari, yang terapung digenangi, yang terbenam diselami. Insya-Allah dengan sifat-sifat taqwa, kerajaan negeri akan terus istiqamah dalam membantu seberapa ramai mungkin Bangsa Johor yang memerlukan. Setiap ringgit dan setiap sen hasil negeri akan dipulangkan kepada rakyat dan juga Bangsa Johor yang dikasihi. (Dewan bertepuk). Inilah semangat yang bakal dizahirkan di dalam Belanjawan Johor 2026 ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi Belanjawan Johor 2026 sukacita saya maklumkan bahawa unjuran hasil negeri Johor adalah sebanyak RM2,550,750,000.00 manakala unjuran perbelanjaan adalah sebanyak RM2,546,293,000.00. Ini bermakna bahawa Belanjawan Johor 2026 sekali lagi merupakan Belanjawan surplus sebanyak RM4,457,000.00.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Belanjawan Johor 2026 dirangka dengan iltizam dan tekad bahawa setiap inisiatif yang akan dilaksanakan tidak lain, tidak bukan untuk menjamin kebajikan dan kesejahteraan Bangsa Johor. Justeru, berpaksikan tema Bangsa Johor Sejahtera, belanjawan ini akan dibentangkan selaras dengan enam (6) Teras Maju Johor, merangkumi 260 Inisiatif. ‘Negeri Johor penuh santunan, permata selatan jadi penyeri; enam (6) teras nadi pembangunan, Maju Johor agenda negeri’. ‘Gema tekad membangun watan, harapan disemai penuh berkat; Maju Johor pacu kemajuan, rakyat disantuni belanjawan diangkat’.

Teras Pertama : Tadbir Urus Kerajaan

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi menjayakan teras Pertama, Tadbir Urus Kerajaan, sebanyak 35 inisiatif akan dilaksanakan.

Pembangunan Tadbir Urus Komuniti

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Inisiatif pertama, Program Jelajah Orang Johor (JOJ) yang melibatkan 56 DUN. Kita memperuntukkan sumbangan sebanyak RM8 juta.

Inistiatif kedua, Kenaikan Elaun Ketua Kampung dan Batin Orang Asli sebanyak RM300.00 sebulan bermula Januari tahun hadapan. (Dewan Bertepuk). Tambahan peruntukan sebanyak RM2.6 juta.

Inisiatif ketiga, Geran Pengurusan dan Pentadbiran 73 JKKR FELDA Serta Lapan (8) JKKP FELCRA berjumlah RM810,000.00.

Inisiatif keempat, Geran Pengurusan dan Pentadbiran Persatuan Ketua Kampung dengan peruntukan sebanyak RM120,000.00.

Inisiatif kelima, Bantuan Caruman Lindung Kendiri kepada Ketua Kampung, Setiausaha JPK dan Ketua Masyarakat yang turut dipanjangkan kepada Batin Orang Asli dengan peruntukan sebanyak RM240,000.00.

Pengukuhan Tadbir Urus Syiar Islam

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Inisiatif keenam, Program Semarak Subuh akan diteruskan pada tahun 2026 dengan pelaksanaannya ditambah daripada dua (2) kali kepada tiga (3) kali seminggu (dewan bertepuk), dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2,920,000.00.

Inisiatif ketujuh, Kenaikan Elaun Guru KAFA sebanyak RM150.00 sebulan melibatkan 2,150 guru dengan peruntukan RM5.92 juta.

Inisiatif kelapan, Bantuan Pengurusan Tahfiz Swasta melibatkan 167 sekolah tahfiz dan sekolah agama dengan peruntukan RM2.5 juta.

Inisiatif kesembilan, Bantuan One-Off untuk Bilik-bilik Guru kali ketiga yang akan memberi manfaat kepada 54,000 guru-guru, 1,780 buah sekolah termasuklah sekolah agama, SJKC dan SJKT dengan peruntukan sebanyak RM8.9 juta. (Dewan bertepuk).

Inisiatif ke-10, Sumbangan One-Off kepada semua PIBG, mana Datuk Yahya, peruntukan sebanyak RM2.95 juta (dewan bertepuk). Apa lagi Datuk?

Pengukuhan Struktur Jentera Pentadbiran Negeri

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Inisiatif Ke-11, Penubuhan Majlis AI Johor yang akan berperanan untuk menjadikan Johor sebagai Hab AI dan Data Serantau pada tahun 2030.

Inisiatif Ke-12, Sumbangan kepada Pegawai-Pegawai Daerah ditingkatkan dengan bantuan sebanyak RM3 juta. (Dewan bertepuk).

Inisiatif Ke-13, Penyaluran Geran Keseimbangan buat PBT dengan peruntukan berjumlah RM16 juta. (Dewan bertepuk).

Inisiatif Ke-14, Kajian Bagi Penggabungan Fungsi Serta Struktur Pejabat Daerah dan Tanah serta kenaikan gred jawatan Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah.

Inisiatif Ke-15, menaiktaraf Unit-Unit di Pejabat Setiausaha Kerajaan kepada Bahagian.

Inisiatif Ke-16, Penambahbaikan Program-Program Penempatan Silang di Pihak Berkuasa Tempatan.

Inisiatif Ke-17, untuk terus menyokong Pelaksanaan Cukai Petak Bagi Hak Milik Strata yang bermula pada awal tahun ini, kerajaan negeri akan memberikan rebat 10% ke atas cukai petak 2026 yang dijelaskan sebelum 31 Mei 2026.

Perkhidmatan Digital

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, inisiatif ke-18, Penyediaan Pusat Aduan Bersepadu Negeri Johor dengan peruntukan sebanyak RM2.65 juta.

Inisiatif ke19, Penggantian Infrastruktur, Perkakasan Server Sistem iSpeks dengan peruntukan sebanyak RM6.08 juta.

Inisiatif ke-20, Pembangunan Sistem Hasil Tanah Johor Versi 3.0 dengan peruntukan sebanyak RM4.25 juta.

Inisiatif ke-21, Pengukuhan Komunikasi Digital Agenda Perumahan Rakyat dengan peruntukan RM700,000.00.

Inisiatif ke-22, penambahan 19 Modul Bayaran Di Aplikasi Johor Pay dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00.

Inisiatif ke-23, Pembangunan Sistem Permohonan Permit Memasuki Hutan Simpan Kekal Negeri Johor Secara Dalam Talian dengan peruntukan sebanyak RM490,000.00.

Inisiatif ke-24, Perkhidmatan WIFI Premium Maju Johor di lokasi strategik seperti hospital, terminal bas dan PPR, RSK dengan peruntukan sebanyak RM272,000.00.

Inisiatif ke-25, Peningkatan Teknologi serta Penggunaan Sistem GIS dan Remote Sensing di Taman Negara Johor, peruntukan RM820,000.00.

Inisiatif ke-26, Penggunaan Teknologi Dron dan Lidar bagi pemantauan operasi pengalihan bahan batuan.

Inisiatif ke-27, Kajian Pembangunan Sistem ELCM yang akan mempercepatkan proses permohonan pembangunan tanah.

Transformasi Penjawat Awam Negeri Johor

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Inisiatif yang ke-28, Program Kerjasama Dengan Universiti Terkemuka Dunia seperti Oxford, Harvard, Massachusetts Institute of Technology (MIT) dan Stanford dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.

Inisiatif ke-29, Program Pembangunan Bakat Pegawai Tadbir Negeri Johor dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.

Inisiatif ke-30, Program Pengajian Pasca Siswazah di Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM2.96 juta.

Inisiatif ke-31, Program Peningkatan Kemahiran Upskilling Dan Reskilling Penjawat Awam dengan peruntukan sebanyak RM3 juta.

Inisiatif ke-32, Program Diploma dan Sijil Profesional bagi kumpulan pelaksana dengan peruntukan sebanyak RM970,000.00.

Inisiatif ke-33, kita akan meneruskan Program Johor Sihat dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.

Insiatif ke-34, Program Klinik Kaunseling RM774,000.00.

Insiatif ke-35, Perlaksanaan Program HELP, Seluhur Kasih Simbiosis Bersama bagi menyantuni penjawat awam dan pesara yang kurang bernasib baik dengan peruntukan sebanyak RM200,000.00.

Teras Kedua : Pembangunan Ekonomi

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, di bawah Teras Kedua pula, Pembangunan Ekonomi sebanyak 53 inisiatif akan dilaksanakan.

Memperkasa Misi Pelaburan Dan Mempertingkat Kerjasama Serantau

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Inisiatif pertama, perlaksanaan Global Investment Quest bagi misi perdagangan berimpak tinggi untuk menarik pelaburan berkualiti membuka pasaran baru dan mengukuhkan Johor sebagai destinasi pelaburan terunggul rantau ini dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.

Inisiatif kedua, penganjuran Johor Economic Forum dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00.

Inisiatif ketiga, promosi dan penjenamaan negeri Johor, Made in Johor dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00.

Inisiatif keempat, pelaksanaan Invest Johor Strategic Branding dan Website Enhancement dengan peruntukan sebanyak RM400,000.00.

Inisiatif kelima, Engagement Session with Investors dengan peruntukan sebanyak RM100,000.00.

Inisiatif keenam, Penganjuran Asean Quantum Summit dengan peruntukan sebanyak RM100,000.00.

Inisiatif ketujuh, Transformasi Digital IMF-CJ di mana pelabur boleh mengemukakan pertanyaan atau permohonan pelaburan di JS-SEZ secara atas talian.

Menyediakan Tenaga Kerja Berkemahiran Dan Berpendapatan Tinggi

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Inisiatif kelapan, Program Pembangunan Kemahiran Johor Pro Mahir dengan peruntukan sebanyak RM3 juta.

Inisiatif kesembilan, Penganjuran JTDC Job Fair dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.

Inisiatif ke-10, JTDC Connect memfokus kepada promosi Program Pembangunan Bakat dan Penempatan Kerja Graduan oleh JTDC dengan peruntukan sebanyak RM650,000.00.

Inisiatif ke-11, Program Geran Peralatan TVET dengan peruntukan RM2 juta.

Inisiatif ke-12, Promosi dan Publisiti JTDC, RM1 juta.

Memacu Industri Pelancongan

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Inisiatif ke-13, Promosi dan Publisiti Visit Johor 2026 dengan peruntukan sebanyak RM5.55 juta.

Inisiatif ke-14, Penganjuran Acara-Acara Pelancongan Bertaraf Antarabangsa, RM6 juta.

Inisiatif ke-15, Sambutan Ketibaan Pelancong Di 17 Pintu Masuk Negeri Johor, RM500,000.00.

Inisiatif ke-16, Menaiktaraf Fasiliti Taman Eko Rimba, RM1.75 juta.

Inisiatif ke-17, Menaiktaraf Fasiliti Taman Negara RM430,000.00.

Inisiatif ke-18, Latihan Sumber Manusia Pelancongan RM200,000.00.

Inisiatif ke-19, Program Semangat Bangsa Johor, RM500,000.00.

Inisiatif ke-20, Penganjuran Sambutan Hari Muzium Antarabangsa, RM500,000.00.

Inisiatif ke-21, Bantuan Kepada Pertubuhan dan Persatuan Pelancongan dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00.

Keterjaminan Bekalan Makanan

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Inisiatif ke-22, Pembangunan Industri Sawah Padi Luar Jelapang, peruntukan sebanyak RM2.5 juta.

Inisiatif ke-23, Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Moden, peruntukan sebanyak RM5 juta.

Inisiatif ke-24, Program Memperkasa Industri Agromakanan Utama, RM2 juta.

Inisiatif ke-25, Penubuhan Johor Agriculture Research and Development Centre, peruntukan sebanyak RM2 juta.

Inisiatif ke-26, Penjenamaan Durian Dan Nanas Johor, peruntukan sebanyak RM1 juta.

Inisiatif ke-27, Program Memperkasa Pertanian Pintar dan Mekanisme Pertanian dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.

Inisiatif ke-28, Pembangunan Industri Lada Hitam, RM550,000.00.

Inisiatif ke-29, Program Karnival Pertanian, RM500,000.00.

Inisiatif ke-30, Program Pengembangan Pertanian dan Latihan Usahawan Tani, RM500,000.00.

Inisiatif ke-31, Program Kolaborasi Agro Makanan RM200,000.00.

Inisiatif ke-32, Program Pembangunan Komoditi Ternakan, RM1 juta.

Inisiatif ke-33, Program Kawalan Penyakit dan Kesihatan Ternakan, RM600,000.00.

Inisiatif ke-34, Program Pembangunan Sumber Manusia, Kemajuan Kerjaya, Ternakan dan Program Pemerkasaan Inovasi Penternakan, RM225,000.00.

Inisiatif ke-35, Program Perekayasan dan Peningkatan Produktiviti Industri Akuakultur RM720,000.00.

Inisiatif ke-36, Program Konservasi dan Pengurusan Sumber Perikanan, RM700,000.00.

Inisiatif ke-37, Program Pembangunan Estet Kerang-Kerangan dan Program Pemerkasaan Nelayan Darat, RM600,000.00.

Inisiatif ke-38, Program Transformasi Industri Pengeluaran Benih Ikan Marin dengan peruntukan sebanyak RM200,000.00.

Pembangunan Usahawan

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Inisiatif ke-39, Insentif Khemah Usahawan Mikro peruntukan sebanyak RM3 juta.

Inisiatif ke-40, Program Pengembangan Produk Meh Support Lokal, peruntukan RM2 juta.

Inisiatif ke-41, Bantuan Bertapak Usahawan Maju Johor RM1.7 juta.

Inisiatif ke-42, Program Didik Usahawan Bangsa Johor, RM1 juta.

Inisiatif ke-43, Pembinaan Kemudahan Hub Ekonomi Belia di Pusat Perdagangan Pontian, RM1.15 juta.

Inisiatif ke-44, Program Youth Toward Entrepreneur peruntukan sebanyak RM500,000.00.

Inisiatif ke-45, Pemerkasaan Koperasi Johor, RM500,000.00.

Inisiatif ke-46, Pemerkasaan Majlis Pembangunan Usahawan RM100,000.00.

Memperkukuh Ekonomi Halal

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Inisiatif ke-47, Penstrukturan Semula PIJ Halal Ventures Sdn. Bhd. kepada entiti baru dikenali sebagai Johor Halal Development Corporation Sdn. Bhd. (JHDC).

Inisiatif ke-48, Halal Green Lane diperkenalkan bagi mempercepatkan proses pensijilan halal dengan sasaran tempoh kelulusan Sijil Pengesahan Halal Malaysia dipendekkan daripada hanya 15 hari berbanding 30 hari sebelum ini.

Inisiatif ke-49, Mempersijilkan Halal 500 Usahawan Muslim dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00.

Inisiatif ke-50, Program Kursus Profesional Eksekutif Halal dengan Kursus Profesional Auditor Halal dengan peruntukan sebanyak RM200,000.00.

Inisiatif ke-51, Program Insentif Kepada Usahawan Kantin Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) yang telah memperolehi pensijilan halal dengan peruntukan sebanyak RM442,000.00.

Inisiatif ke-52, Program TVET Pengurusan Industri Halal dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00.

Inisiatif ke-53, Pensijilan Halal Pengusaha Makanan Industri Asas Ternakan dengan peruntukan RM200,000.00.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum ke teras yang seterusnya. Saya mohon untuk membasahkan tekak.

Speaker

Sila Yang Amat Berhormat.

Teras Ketiga : Jaringan Keselamatan Sosial

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, kita ke teras yang paling panjang. Teras ketiga, Jaringan Keselamatan Sosial dengan 67 Inisiatif yang bakal diumumkan.

Inisiatif pertama, Program Infak Jumaat Johor yang diilhamkan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor. Syukur Alhamdulillah, inisiatif yang kita mulakan pada bulan Oktober yang lalu dengan peruntukan RM1.7 juta telah mendapat maklum balas yang sangat positif daripada rakyat. Sebagai contoh, sebab saya Buloh Kasap berkongsi di kawasan beliau sini, di surau Jumaat As-Shuhadah. AJK masjid di sana Datuk Speaker, bermesyuarat untuk menjayakan Program Infak Jumaat ini. Dan hasil mesyuarat itu, mereka memerlukan RM750.00 untuk membeli barang-barang basah. Jadi, AJK masjid pergi ke kedai, pergi ke kedai Wak Mintarto, betul eh? Orang Jawa? Jadi tuan kedai tanya, nak beli barang banyak-banyak ini untuk apa? Dia kata, kita ada buat Program Infak Jumaat, kita bagi makanan percuma kepada rakyat. Bila Wak Mintarto mendengar jawapan itu, beliau kata kepada AJK masjid tak payah bayar, saya infakkan makanan untuk rakyat (Dewan bertepuk). Di Surau Jumaat Al-Muhajirin pula, saya difahamkan selepas minggu pertama, dia buat Program Infak Jumaat melalui hasil bantuan daripada kerajaan negeri dan juga Majlis Agama Islam Negeri Johor, minggu yang berikutnya AJK masjid pakat ramai-ramai, mereka sendiri yang berinfak untuk menjayakan Program Infak Jumaat pada minggu yang berikutnya (Dewan bertepuk).

Yang Berhormat Datuk Speaker, justeru itu, program ini akan diperluaskan perlaksanaannya pada tahun 2026 dengan peruntukan berjumlah RM26.9 juta (Dewan bertepuk). Pada kesempatan ini, saya juga ingin menyeru kepada seluruh Bangsa Johor sama ada pihak swasta, pertubuhan mahupun individu untuk terus bersama-sama menyemai semangat dan budaya berinfak, insya-Allah.

Bantuan Kasih Johor (Bkj)

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Inisiatif kedua, Bantuan Kasih Johor atau BKJ untuk anak-anak yatim di negeri Johor dalam bentuk tunai dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional

(SSPN) sebanyak RM2,000.00 seorang (Dewan bertepuk) yang akan memanfaatkan seramai 12,307 anak yatim dengan peruntukan sebanyak RM24.6 juta.

Inisiatif ketiga, BKJ Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin Tegar dan Miskin sebanyak RM2,000.00 seorang yang akan memanfaatkan 9,714 KIR dengan peruntukan sebanyak RM19,43 juta. (Dewan bertepuk).

Inisiatif keempat, BKJ untuk Ibu-ibu Tunggal. Saya cakap ibu tunggal bukan bapa tunggal. BKJ Ibu Tunggal yang berdaftar di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) sebanyak RM500.00 seorang yang akan memanfaatkan 48,537.5 dengan peruntukan sebanyak RM24.27 juta. (Dewan bertepuk.)

Inisiatif kelima, BKJ untuk Pemandu Teksi serta e dan p-hailing sebanyak RM400.00 seorang yang akan memanfaatkan 42,524 penerima dengan peruntukan sebanyak RM17 juta. (Dewan bertepuk).

Inisiatif keenam, BKJ Petani, Penternak dan Nelayan sebanyak RM400.00 seorang yang akan memanfaatkan 33,976 penerima dengan peruntukan sebanyak RM13.6 juta. (Dewan bertepuk.)

Inisiatif ketujuh, BKJ untuk penerima Bantuan Bulanan Orang Kurang Upaya (OKU) sebanyak RM400.00 seorang yang akan memanfaatkan 28,686 penerima dengan peruntukan sebanyak RM11.47 juta. (Dewan bertepuk.)

Inisiatif kelapan, BKJ untuk Veteran, ATM, Pesara dan bekas Polis serta Pesara Marin sebanyak RM400.00 seorang yang akan memanfaatkan 25,000 penerima dengan peruntukan sebanyak RM10 juta. (Dewan bertepuk.)

Inisiatif kesembilan, BKJ untuk Bantuan Bulanan Warga Emas sebanyak RM400.00 seorang yang akan memanfaatkan 17,725 penerima dengan peruntukan sebanyak RM7.08 juta.

Inisiatif ke-10, BKJ Peserta PPR dan RSK sebanyak RM400.00 seorang yang akan memanfaatkan 15,000 orang ketua isi rumah dengan peruntukan sebanyak RM6 juta. (Dewan bertepuk.)

Inisiatif ke-11, BKJ bantuan untuk Pengawal Keselamatan, Pekerja Pembersihan Sekolah serta Pekerja Am SWM Warganegara Malaysia sebanyak RM400.00 seorang maaf tersasul, memanfaatkan 14,992 penerima dengan peruntukan sebanyak RM6 juta. (Dewan bertepuk.)

Inisiatif ke-12, BKJ untuk Pesakit-pesakit Dialisis, bantuan sebanyak RM600.00 seorang yang akan memanfaatkan 8,275 penerima dengan peruntukan sebanyak RM4.97 juta.

Inisiatif ke-13, BKJ untuk Pesakit-pesakit Kanser sebanyak RM600.00 seorang yang akan memanfaatkan 3,301 penerima dengan peruntukan sebanyak RM1.98 juta.

Inisiatif ke-14, BKJ untuk KIR Orang Asli sebanyak RM400.00 seorang yang akan memanfaatkan 5,041 KIR dengan peruntukan sebanyak RM2.02 juta.

Inisiatif ke-15, BKJ Ketua-Ketua Blok FELDA sebanyak RM400.00 seorang akan memanfaatkan 2,548 penerima dengan peruntukan sebanyak RM1.02 juta.

Inisiatif ke-16, BKJ Pelatih PDK sebanyak RM600.00 seorang kepada 2,590 pelatih dengan peruntukan sebanyak RM1.55 juta.

Inisiatif ke-17, BKJ Sukarelawan KEMAS sebanyak RM600.00 seorang kepada 1,173 sukarelawan dengan peruntukan sebanyak RM704,000.00.

Inisiatif ke-18, BKJ bantuan kepada Pegawai Masjid dan Surau, Penggerak DUN, Guru-Guru Al-Quran, Guru-Guru Takmir serta Penyelia Al-Quran sebanyak RM1,000.00 seorang yang akan memanfaatkan 8,813 penerima dengan peruntukan sebanyak RM8.8 juta.

Inisiatif ke-19, Bantuan Kasih Johor untuk Ketua-Ketua Kampung, Ketua Masyarakat Batin dan juga Pengerusi JPKOA sebanyak RM1,000.00 seorang melibatkan RM873,000.00. (Dewan bertepuk.)

Inisiatif ke-20, BKJ untuk Penggerak Sakinah Wanita dan Hospital di bawah YPKDT sebanyak RM1,000.00 seorang dengan peruntukan sebanyak RM87,000.00.

Inisiatif ke-21, Bantuan khas untuk Pengamal-pengamal media BKJ sebanyak RM1,000.00 seorang dengan peruntukan sebanyak RM200,000.00. (Dewan bertepuk.)

Inisiatif ke-22, BKJ untuk Penggiat Industri Pelancongan Johor sebanyak RM400.00 seorang yang akan memanfaatkan 1,350 penerima yang melibatkan pemandu-pemandu pelancong, pemandu-pemandu bot dengan peruntukan sebanyak RM540.000.00.

Inisiatif yang ke-23, BKJ khas untuk Southern Volunteers sebanyak RM100.00 seorang yang akan memanfaatkan 62,490 penerima dengan peruntukan sebanyak RM6.25 juta.

Inisiatif ke-24, BKJ Pra Universiti untuk pelajar-pelajar tingkatan 6 dan asasi sebanyak RM200.00 seorang yang akan memanfaatkan 11,000 penerima dengan peruntukan sebanyak RM2.31 juta.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Inisiatif ke-25, kita akan teruskan Program Anak Angkat Makmur Johor dengan peruntukan sebanyak RM1.75 juta.

Inisiatif ke-26, Jualan Kasih Johor juga akan diteruskan dengan peruntukan berganda berjumlah RM15.4 juta. (Dewan bertepuk.)

Inisiatif ke-27, Baucar Kasih Johor melalui kerjasama kerajaan negeri dan juga PBT-PBT sebanyak RM14.9 juta.

Inisiatif ke-28, Bantuan Dapur Kasih Johor dan Belanja Dapur Asnaf bagi membantu lebih 16,500 keluarga dengan peruntukan sebanyak RM9 juta.

Inisiatif ke-29, Bantuan Tabung Bencara Negeri dengan peruntukan RM6 juta.

Pembasmian Kemiskinan Negeri Johor

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Inisiatif ke-30, Bantuan Kewangan Bulanan dan Bantuan Am JKM kepada 193,000 penerima dengan peruntukan sebanyak RM24.2 juta. Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor juga akan terus melaksanakan program-program kebajikan ummah seperti berikut:

Inisiatif ke-31, Bantuan Perubatan Bulanan kepada 7,000 orang Asnaf berjumlah RM100.5 juta.

Inisiatif ke-32, Bantuan Sara Hidup Bulanan kepada 19,340 fakir miskin berjumlah RM82.8 juta.

Inisiatif ke-33, Bantuan Hari Raya sebanyak RM20 juta kepada 90,000 penerima.

Inisiatif ke-34, Bantuan Bencana Alam sebanyak RM3 juta.

Inisiatif ke-35, Bantuan Gerobok Rezeki Johor melalui penyediaan barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan minyak masak di 112 masjid dengan peruntukan sebanyak RM2.08 juta.

Inisiatif ke-36, Skim Takaful Berkelompok sebanyak RM569,000.00.

Agenda Perumahan Johor

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Inisiatif ke-37, Program Bangsa Johor Bahagia yang diilhamkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dengan peruntukan sebanyak RM12.9 juta.

Inisiatif ke-38, sebanyak 8,915 unit Rumah Mampu Milik Johor akan siap dibina pada tahun hadapan dengan kerjasama PKPJ, kerajaan persekutuan dan juga pemaju.

Inisiatif ke-39, Perumahan Kasih Johor. PKJ subsidi bina baru yang akan memanfaatkan 1,500 penerima dengan peruntukan sebanyak RM83.7 juta.

Inisiatif ke-40, PKJ Bina Baru Dan Baik Pulih Rumah Daif dengan peruntukan sebanyak RM85.8 juta.

Inisiatif ke-41, PKJ Penyelenggaraan dan Pembaikan PPR, RSK serta Flat Awam dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.

Inisiatif ke-42, PKJ Wakaf Johor untuk pembangunan rumah di atas tanah wakaf dengan peruntukan sebanyak RM18 juta.

Inisiatif ke-43, PKJ Bantuan Rumah Sewa yang akan memanfaatkan 20,000 orang dengan peruntukan sebanyak RM40 juta.

Inisiatif ke-44, PKJ Bantuan Beli Rumah Pertama yang akan memanfaatkan 20,000 orang dengan peruntukan sebanyak RM80 juta.

Inisiatif ke-45, PKJ Bantuan Masuk Rumah Pertama, RM17.83 juta.

Inisiatif ke-46, Program Pemulihan Kelayakan Penghuni PPR dan RSK bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak untuk menikmati kemudahan PPR dengan kadar sewa yang rendah serta tiada lagi elemen sublet.

Pembangunan Sosial Dan Ekonomi Wanita

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, Inisiatif Ke-47 ialah Sinergi Yayasan DiRaja Johor yang melambangkan kebersamaan serta tekad di antara kerajaan negeri dan Yayasan-Yayasan DiRaja dalam memperkukuh kesejahteraan Bangsa Johor melibatkan Yayasan Sultan Ibrahim, Yayasan Raja Zarith Sofiah dan Yayasan Tunku Laksamana Johor dengan peruntukan sebanyak RM4.5 juta.

Inisiatif Ke-48, menyantuni masyarakat Tiong Hua dan juga India sejumlah RM12 juta diperuntukkan kepada Yayasan Sultanah Fatimah, Yayasan Sultanah Rogayah dan NGO-NGO lain.

Inisiatif Ke-49, bantuan khas komuniti Rukun Tetangga (KRT) RM700,000.00.

Inisiatif ke-50, Menaik Taraf dan Membaik Pulih 21 premis Pertubuhan Kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti dan 3 pusat aktiviti warga emas rm2.29 juta.

Inisiatif ke-51, Bantuan Geran Pengurusan kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti dengan peruntukan RM740,000.00.

Inisiatif ke-52, Program Pemulihan Pelatih OKU PDK, RM300,000.00.

Inisiatif ke-53, Membina Dewan Makan dan Menaik Taraf Rumah Persona Johor RM400,000.00.

Inisiatif ke-54, Program Pemerkasaan Sokongan Ekonomi Wanita RM2.5 juta.

Inisiatif ke-55, Program Kebudayaan Johor Cultural dengan peruntukan RM250,000.00.

Inisiatif ke-56, Program Latihan Kepada Child Support Team Johor RM150,000.00.

Inisiatif Ke-57, Women Cancer Reproductive Awareness peruntukan sebanyak RM100,000.00.

Kesejahteraan Dan Kesihatan Bangsa Johor

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Inisiatif Ke-58, Melanjutkan Tempoh Operasi Klinik Kesihatan Terpilih dan Penambahan Doktor Locum di Jabatan Kecemasan di HSA dan HSI dengan peruntukan sebanyak RM2.8 juta.

Inisiatif ke-59, Penghantaran Ubat Melalui Pos RM2.1 juta.

Inisiatif ke-60, Program Bantuan Katil ICU dan sumbangan ambulans RM1.6 juta.

Inisiatif ke-61, Pembelian Satu (1) Unit Neurosurgery Microscope yang akan memanfaatkan ribuan pesakit neurosurgery di kawasan utara Johor dengan peruntukan sebanyak RM1.4 juta di kawasan Datuk Speaker di Batu Pahat.

Inisiatif ke-62, Pembelian Transport Strechter bagi 12 Hospital di Johor dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.

Inisiatif ke-63, Pendigitalan Perkhidmatan Kesihatan Premier di lima (5) Klinik Kesihatan dalam daerah Johor Bahru yang akan memberi manfaat kepada hampir 1 juta penduduk dengan jumlah peruntukan sebanyak RM900,000.00.

Inisiatif ke-64, Bantuan Peralatan Kesihatan dan Pemberian Kit Kecemasan yang akan memanfaatkan 160 sekolah agama dengan peruntukan sebanyak RM240,000.00.

Inisiatif ke-65, Program Johor Bebas Denggi RM200,000.00.

Inisiatif ke-66, Bantuan kepada Pantri-pantri di fasiliti hospital dan klinik-klinik seluruh negeri Johor dengan peruntukan sebanyak RM3.5 juta.

Inisiatif ke-67, Bantuan Saringan Mamogram dan Ultrasound melalui kerjasama KPJ dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.

Jadi, Yang Berhormat Speaker, lepas ini siapa yang nak buat mamogram dan ultrasound boleh pergi ketujuh-tujuh hospital KPJ untuk membantu hospital-hospital kerajaan persekutuan. Yang Berhormat Speaker, boleh saya minum air?

Speaker

Ha, sila Yang Amat Berhormat.

Teras Keempat : Kemudahan Dan Keperluan Asas

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, kita ke Teras Keempat. Kemudahan dan Keperluan Asas, ada 29 inisiatif.

Penyelesaian Isu Mtd, Pembinaan Jalan Raya Dan Infrastruktur Pencahayaan Awam

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Inisiatif pertama, bagi menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh Mesyuarat Tindakan DUN yang diadakan di setiap DUN, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM27.04 juta. (Dewan bertepuk)

Inisiatif kedua, Penyelenggaraan Jalan Negeri, Jalan PBT, Jalan Kampung dan juga Jalan-jalan Pertanian berjumlah RM655 juta.

Inisiatif ketiga, Projek Menaik Taraf dan Melebar Jalan-Jalan Kampung RM50 juta.

Inisiatif keempat, Membina dan Menaik Taraf Jalan-Jalan Utama dengan peruntukan sebanyak RM45 juta.

Inisiatif kelima, Melaksanakan Kajian Awalan Bagi Cadangan Menaik Taraf dan Membina Jalan RM1.15 juta.

Inisiatif keenam, Membina dan Menaik Taraf Jambatan serta Melebarkan Jalan RM22.76 juta.

Inisiatif ketujuh, Pemasangan dan Menaik Taraf Lampu Jalan RM16.88 juta.

Pemerkasaan Prasarana Pengangkutan Awam

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Inisiatif kelapan, Perkhidmatan Bas Muafakat Johor (BMJ) dengan peruntukan RM31 juta.

Inisiatif kesembilan, Shuttle Bas Johor bagi perkhidmatan bas percuma ke HSA, HSI, Zoo Johor dan SSI dengan peruntukan sebanyak RM1.42 juta.

Inisiatif ke-10, Menaik Taraf Terminal Bas Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang serta Terminal Bas dan Teksi Bandar Penawar RM2.6 juta.

Inisiatif ke-11, Pendigitalan Terminal Bas Awam Pintar dan Penambahbaikan Tiang Bas di Laluan BMJ sebanyak RM895,000.00.

Inisiatif ke-12, Program Pengangkutan Awam dengan peruntukan sebanyak RM300,000.00.

Pengurusan Sumber Air

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Inisiatif Ke-13, Meningkatkan Sistem Agihan di Rengit, Batu Pahat dan pengajian paip utama di Redong, Segamat dengan peruntukan RM44.5 juta.

Inisiatif ke-14, Perkhidmatan Sewaan Stesen Telemetri Kualiti Air dengan peruntukan sebanyak RM1.1 juta.

Inisiatif ke-15, Sistem Pemantauan Kualiti Air dengan peruntukan sebanyak RM600,000.00.

Inisiatif ke-16, Penyediaan Catchment Management Plan Empangan Juaseh dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00.

Inisiatif ke-17, Penyediaan Emergency Response Plan bagi empangan RM850,000.00.

Pemerkasaan Kemudahan Komuniti

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Inisiatif ke-18, Pembangunan dan Naik Taraf Pusat Aktiviti Komuniti RM20 juta.

Inisiatif ke-19, Pembangunan Taman Inklusif di Hutan Bandar Mutiara Rini RM6.4 juta,

Inisiatif ke-20, Membina Serta Menaik Taraf Dewan dan Balairaya RM4.3 juta.

Inisiatif ke-21, Menaik Taraf Gerai-gerai RM11.15 juta.

Inisiatif ke-22, Menaik Taraf Pasar Borong di Pontian RM2.55 juta.

Pengukuhan Infrastuktur Institusi Islam

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Inisiatif ke-23, Baik Pulih dan Naik Taraf Sekolah Agama Kerajaan Negeri RM9.66 juta.

Inisiatif ke-24, Pembangunan dan Pembukaan Empat (4) Tanah Perkuburan Baru di daerah Johor Bahru dengan peruntukan sebanyak RM19.3 juta.

Inisiatif ke-25, Menaik Taraf Tanah Perkuburan dengan peruntukan sebanyak RM4.53 juta.

Inisiatif ke-26, Pembinaan Enam (6) Buah Masjid Kariah Negeri Johor dengan peruntukan sebanyak RM25.6 juta.

Inisiatif ke-27, Menaik Taraf Masjid-Masjid RM7.8 juta.

Inisiatif ke-28, Menaik Taraf Rumah Pegawai, Guru-guru Agama, Kakitangan Jabatan Agama Islam RM1.9 juta.

Inisiatif ke-29, Menaik Taraf Bangunan-bangunan Mahkamah Syariah dengan peruntukan sebanyak RM650,000.00.

Teras Kelima : Keselamatan, Kebersihan Dan Kelestarian Alam Sekitar

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ke teras kelima. Keselamatan, Kebersihan dan Kelestarian Alam Sekitar dengan 21 inisiatif.

Mengurangkan Risiko Bencana

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Inisiatif pertama, Menaik Taraf dan Membina Baharu Sistem Perparitan Longkang Serta Kolam Tadahan yang melibatkan kawasan hotspot banjir dengan peruntukan sebanyak RM22.6 juta.

Inisiatif kedua, Rancangan Tebatan Banjir yang merangkumi kajian dan projek-projek pengurangan risiko banjir dengan peruntukan sebanyak RM9.6 juta.

Inisiatif ketiga, Menaik Taraf Lembangan Sungai termasuk menaik taraf log boom dengan peruntukan sebanyak RM7 juta.

Inisiatif keempat, Kerja-Kerja Pengawalan Hakisan Pantai RM2.55 juta.

Inisiatif kelima, Menaik Taraf Saliran Pertanian RM3.36 juta.

Inisiatif keenam, Penggalian Muara Sungai RM1.65 juta.

Inisiatif ketujuh, Menaik Taraf Komponen Mekanikal dan Elektrikal Di Pintu-Pintu Air RM1.2 juta.

Inisiatif kelapan, Pembinaan dan Naik Taraf Stesen Telemetri Di Pintu Air Sungai RM880,000.00.

Inisiatif kesembilan, Pengkelasan Peta Mikrozonasi Seismik Di Daerah Segamat dengan peruntukan RM736,000.00.

Pemeliharaan Alam Sekitar, Biodiversiti Dan Taman Negara

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Inisiatif Ke-10, Pembangunan Raja Zarith Sofia Learning Centre. Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama antara Johor Sustainability Centre (JSC) dan Saitama City Hall, Jepun yang bakal mewujudkan sebuah pembelajaran berteraskan prinsip kelestarian dan inovasi Johor. Insya-Allah, ia akan disempurnakan, Datuk Seri Hasni, pada 24 November ini oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Inisiatif Ke-11, Pelaksanaan Program Johor Green Deal Summit dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.

Inisiatif ke-12, Transformasi Sungai Johor untuk mengatasi isu pencemaran sungai RM7 juta.

Inisiatif ke13, Program Johor Bersih RM700,000.00.

Inisiatif ke-14, Pelaksanaan Kerja-Kerja Penandaan dan Penyelenggaraan Sempadan Hutan RM1.39 juta.

Inisiatif ke-15, Pemulihan dan Restorasi Hutan RM450,000.00.

Inisiatif ke-16, Pembangunan Data Persempadan Taman-Taman Negara Johor, RM560,000.00.

Inisiatif ke-17, Pengurusan Habitat Harimau di Taman Negara Johor, Endau-Rompin, RM225,000.00.

Infrastruktur Bandar, Keindahan Dan Keselamatan

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Inisiatif ke-18, Penganjuran Johor Sport City Forum RM1.0 juta. Tranformasi bandaraya Johor Bahru bagi mencorak identitinya sebagai bandaraya antarabangsa yang moden dengan peruntukan sebanyak RM13 juta.

Inisiatif ke-19, Pemasangan CCTV Di Kawasan Tumpuan Utama, RM10.53 juta.

Inisiatif ke-20, Penyelenggaraan dan Naik Taraf Landskap, Pengindahan Taman Awam dan Laluan Pejalan Kaki, RM52.25 juta.

Teras Keenam : Orang Muda Johor

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, teras yang terakhir ialah Orang Muda Johor. Insya-Allah 55 inisiatif akan diumumkan.

Inisiatif pertama, Program Back To School, Bantuan Pakaian Sekolah yang bakal memanfaatkan 189,000 pelajar dalam golongan B40 dan Asnaf dengan peruntukan sebanyak RM28.8 juta (Dewan bertepuk.)

Inisiatif kedua, Skim Pinjaman Pelajaran Mahasiswa IPT yang bakal memanfaatkan 2.100 mahasiswa, RM18 juta.

Inisiatif ketiga, Bantuan Laptop Siswa Johor, RM13.56 juta bakal memanfaatkan 5,000 mahasiswa.

Inisiatif keempat, Bantuan Pendaftaran Mahasiswa sebanyak RM9 juta.

Inisiatif kelima, Biasiswa Orang Muda Johor, RM4.95 juta.

Inisiatif keenam, Dermasiswa Luar Negara Timur Tengah, RM3.81 juta.

Inisiatif ketujuh, Pinjaman Pendidikan Bidang Perubatan Di Luar Negara, RM3 juta.

Inisiatif kelapan, Biasiswa Kenangan Dato Onn’, RM650,000.00.

Inisiatif kesembilan, Insentif Program Persatuan Mahasiswa Anak Johor, RM700,000.00.

Inisiatif ke-10, Bantuan Tambang Pengajian Pendidikan, RM500,00.00.

Inisiatif ke-11, Bantuan Tiket Penerbangan Bagi Mahasiswa IPTA Di Sabah Dan Sarawak Serta Bas Percuma Bagi Mahasiswa IPTA Di Semenanjung Sempena Musim Perayaan, peruntukan sebanyak RM1.4 juta.

Inisiatif ke12, Bantuan Makanan Pelajar Tuisyen SPM 2026 yang bakal memanfaatkan 12,000 orang pelajar, RM2.52 juta.

Inisiatif ke-13, Program Pemantapan Akademik Calon SPM, RM2.2 juta.

Inisiatif ke-14, Transformasi Infrastruktur Sekolah Rintis Bangsa Johor ataupun SRBJ Fasa kedua, RM15.72 juta.

Inisiatif ke-15, Pengisian Modul Guru dan Murid (SRBJ) RM7.0 juta.

Inisiatif ke-16, inisiatif ini Datuk Speaker adalah inisiatif baru yang diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. TABIKA KEMAS Bangsa Johor dengan peruntukan sebanyak RM2 juta. (Dewan bertepuk.)

Inisiatif ke-17, Menaik Taraf Johor Skill Campus di Pasir Gudang dan juga Kota Tinggi dengan peruntukan RM12.8 juta.

Inisiatif ke-18, Transformasi Kolej Universiti YPJ, peruntukan sebanyak RM4 juta.

Inisiatif ke-19, Bantuan kepada Sekolah Pendidikan Khas Celebralpalsy dengan peruntukan sebanyak RM1.0 juta.

Inisiatif ke-20, Insentif Galakan Hafaz Al-Quran kepada 931 hufaz, dengan peruntukan sebanyak RM5.4 juta (Dewan bertepuk).

Inisiatif ke-21, Bantuan Yuran Persekolahan Sekolah Agama yang memanfaatkan 20,000 orang pelajar golongan asnaf dengan peruntukan sebanyak RM2 juta.

Inisiatif ke-22, Orientasi Kerjaya dan Kenegaraan, yang bakal memanfaatkan 30,000 pelajar tingkatan 5 dengan peruntukan sebanyak RM2 juta.

Inisiatif ke-23, Jelajah Mahasiswa Johor RM1.3 juta.

Inisiatif ke-24, Bazar Buku Antarabangsa Johor dengan peruntukan sebanyak RM400,000.00.

Pemerkasaan Kepimpinan Orang Muda Johor

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Inisiatif ke-25, Memperkasa Program Southern Volunteers dengan peruntukan RM2.45 juta.

Inisiatif ke-26, Johor Youth Leadership Programme dengan peruntukan sebanyak RM6.4 juta.

Inisiatif ke-27, Johor Heritage Rangers dengan peruntukan sebanyak RM560,000.00.

Inisiatif ke-28, Sambutan Hari Belia Negeri Johor, RM500,000.00.

Inisiatif ke-29, Dewan Muda Johor, RM500,000.00.

Inisiatif ke-30, Dana Pengurusan dan Pentadbiran Majlis Belia Negeri Johor, RM300,000.000.

Inisiatif ke-31, Johor Student Leader Council (JLSC) RM200,000.00.

Inisiatif ke-32, Majlis Belia OKU Negeri Johor, RM100,00.00.

Sukan Berprestasi Tinggi Dan Bakat Atlet Johor

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, Johor juga perlu menerajui Agenda Sports Nation. Menjelang tahun 2030 dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, institusi pendidikan, persatuan sukan dan sektor korporat bagi membentuk sebuah eko sistem sukan yang inklusif, moden dan bertaraf antarabangsa.

Inisiatif ke-33, Jewel Rising, Bola Jaring dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.

Inisiatif ke-34, Johor For Goal dan Latihan Pusat Para SUKMA, sempena temasya SUKMA 2026, RM7.5 juta.

Inisiatif ke-35, Persediaan Penganjuran Serta Persiapan Sekretariat Sukan SEA 2027 dan Para ASIAN 2027 dengan peruntukan sebanyak RM5.5 juta.

Inisiatif ke-36, Karnival Bangsa Johor, RM5.6 juta.

Inisiatif ke-37, Johor Sports Ambassador dan Johor Youth Icon, RM1.69 juta.

Inisiatif ke-38, JDT Cycling Team, RM1 juta.

Inisiatif ke-39, Pembangunan Bakat Sukan Bola Keranjang, RM500,000.00.

Inisiatif ke-40, Johor Open Kabaddi, RM500,000.00.

Inisiatif ke-41, Festival Sukan Penjawat Awam Negeri Johor, RM500,00.00.

Inisiatif ke-42, Himpunan Pesilat Johor, RM300,000.00.

Inisiatif ke-43, Pembangunan Sukan Ragbi, RM1 juta.

Inisiatif ke-44, Johor e-Sport Championship, RM250,000.00.

Inisiatif ke-45, Johor Cycling Series, RM200,000.00.

Inisiatif ke-46, Pembangunan Bakat Tinju, RM100,000.00.

Inisiatif ke-47, Pembangunan Program Persatuan Orang Pekak, RM100,000.00.

Pembangunan Infrastruktur Dan Industri Sukan Johor

Dato’ Onn Hafiz bin GhaziUMNO · BNMenteri Besar · Machap

Yang Berhormat Datuk Speaker, inisiatif ke-48, Johor Khabib Gym dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.

Inisiatif ke-49, pembangunan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre Pengerang, RM10 juta.

Inisiatif ke-50, Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Activator, RM500,000.00.

Inisiatif ke-51, Akademi Badminton Johor - Lee Chong Wei, RM5 juta.

Inisiatif ke-52, Menaiktaraf Dan Membaik Pulih Fasiliti Sukan RM4.0 juta.

Inisiatif ke-53, Membina Gelanggang Pickelball RM1.0 juta.

Inisiatif ke-54, Pembangunan Bakat Sukan Permotoran Kolaborasi Bersama JDT Racing dengan peruntukan RM1 juta.

Inisiatif ke-55, Pembangunan Bakat Sukan Permotoran - Motorcross dengan peruntukan sebanyak RM300,000.00.

Yang Berhormat Datuk Speaker, syukur alhamdulilah, saya berada di penghujung pembentangan Belanjawan Johor 2026, yang bertemakan ‘Bangsa Johor Sejahtera’. Setiap dasar, inisiatif dan peruntukan yang diumumkan ini hanya boleh berjaya jika kita semua bekerjasama, berganding bahu membanting tulang dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan ini. Saya merayu dan memohon sokongan serta bantuan daripada semua pihak terutamanya mereka yang berada di dalam Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebagai tanda kasih dan penghargaan kepada penjawat-penjawat awam, dan selari dengan semangat whole of nation approach yang Johor terapkan, kerajaan negeri ingin menzahirkan penghargaan kepada 140,185 penjawat awam persekutuan, yang berkhidmat di negeri Johor melalui insentif khas untuk penjawat-penjawat awam persekutuan. Setiap penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di negeri ini akan menerima bantuan sebanyak RM500.00 seorang (Dewan bertepuk) dengan peruntukan berjumlah RM70.01 juta.

Yang Berhormat Datuk Speaker, ini adalah kali pertama dalam sejarah (Dewan bertepuk) di mana kerajaan negeri Johor mengumumkan insentif khas untuk penjawat-penjawat awam persekutuan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, tidak dilupakan juga, sebagai tanda penghargaan atas dedikasi dan usaha luar biasa penjawat-penjawat awam negeri Johor, saya dengan sukacitanya mengumumkan insentif khas penjawat awam negeri sebanyak 2 bulan gaji kepada kakitangan kerajaan negeri serta kakitangan awam persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri Johor, yang semuanya akan disalurkan pada bulan Disember ini (Dewan bertepuk).

Semoga insentif-insentif ini akan menjadi pemangkin motivasi untuk kita terus meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan, melaksanakan tugas dengan penuh integriti, serta memberikan yang terbaik kepada Bangsa Johor yang kita semua cintai (Dewan bertepuk).

Marilah kita semua bersatu hati, memperkukuh semangat muafakat dan melaksanakan belanjawan ini dengan penuh tanggungjawab, saya yakin Yang Berhormat Datuk Speaker, Belanjawan Johor 2026 akan menjadi titik perubahan baru dalam usaha menjadikan Johor lebih maju, lebih makmur, lebih bahagia dan lebih sejahtera, insya-Allah. Sekian, wabbillahitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh (Dewan bertepuk).

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon mencadangkan.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Speaker

Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan persetujuan.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan. Yang tidak bersetuju, Peraturan Tetap 112(2) dan (4) ditangguhkan sementara.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya mengucapkan setinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana saya beranggapan dan menganggap bajet ini adalah merupakan Super Budget Johor ya, (Dewan bertepuk.) Dan, kalau saya mengamati terutamanya teras kedua mengenai pembangunan ekonomi, saya yakin bahawa langkah-langkah yang dikemukakan itu menjamin sebenarnya cita-cita kita untuk menjadi Johor Maju menjelang 2030, insya-Allah. Dan saya juga menganggap ini sebagai durian runtuh khususnya kepada rakyat keseluruhannya, kerana inisiatif ini, Bantuan Kasih Johor naik begitu besar daripada RM100.00 kepada RM400.00 dan ada sampai RM1,000.00. Terima kasih Yang Amat Berhormat.

Dan satu tag line yang penting khususnya yang menjadi cabaran kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat apabila Yang Amat Berhormat menyebut tentang bantu mereka yang belum dibantu. Maka ini adalah tugas dan tanggungjawab Yang Berhormat untuk mengenalpasti, mencari mereka yang masih tertinggal, yang mungkin berada dalam kampung kita ataupun jiran bersebelahan rumah. Dan ini adalah tanggungjawab kita sebenarnya untuk membantukan bajet ini.

Alhamdulilah, selesai sudah ucapan Belanjawan negeri Johor 2026 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan tema ‘Bangsa Johor Sejahtera’. Tahniah sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, persidangan ini saya tangguhkan sehingga hari Isnin, 17 November 2025, jam 9:30 pagi. Di mana Perbahasan Atas Rundingan Bagi Bacaan Kali Kedua Enakmen Perbekalan (2026) Tahun 2025 akan dimulakan. Selamat berehat, yang nak pergi Sabah pergilah Sabah, tapi balik pada hari Ahad untuk sambung persidangan pada hari Isnin. Terima kasih.

Persidangan ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.