Johor · 17 November 2025

15th Assembly, 4th session, 3rd meeting · 152 turns · 43,680 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalJohor publishes one PDF per meeting, months late. Speakers are matched by our parser and will have some errors. The 16th Assembly’s first sitting (27 Aug 2026) is a scan with no text yet.

Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Bismillahirrahmaanirrahim. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. (Bacaan selawat).

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan Salam Maju Johor.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul di Dewan ini untuk menyambung persidangan kita pada hari ini. Ahli-Ahli Yang Berhormat, dukacita dimaklumkan Yang Berbahagia Dr. Muhammad bin Taslim, bekas Ahli Dewan Negeri Kawasan Maharani mulai 8 Mac 2008 hingga 6 April 2018 telah meninggal dunia pada 28 Oktober 2025. Dewan ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Yang Berbahagia Dr. Muhammad bin Taslim. Marilah kita sama-sama mendoakan semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bagi orang-orang Islam, kita membacakan Al-Fatihah dan bukan Islam bertafakur selama 1 minit. Al-Fatihah. Terima kasih.

Soalan-Soalan Lisan.Questions

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Senggarang.

Terima kasih Datuk Speaker. Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Senggarang nombor 1.

Apakah langkah-langkah jabatan dalam meningkatkan populasi dan produktiviti ternakan ruminan terutamanya lembu dan kambing tempatan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap import?

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Endau.

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Endau nombor 2.

Sejauh manakah Projek Lembah Tenusu Jemaluang memberi manfaat kepada penternak-penternak di daerah Mersing?

Speaker

Sila.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon izin untuk menjawab bersekali soalan Yang Berhormat ADUN Senggarang dan Endau.

Yang Berhormat Datuk Speaker, industri penternakan khususnya sub sektor ruminan dan tenusu merupakan salah satu komponen penting dalam pembangunan ekonomi negara. Ia bukan sahaja membekalkan sumber protein berkualiti tinggi kepada rakyat, malah menyumbang secara langsung kepada usaha untuk mengukuhkan Agenda Keterjaminan Negara. Namun begitu, rekod semasa menunjukkan kadar sara diri atau SSR bagi sub sektor

ini masih rendah iaitu daging lembu dan kerbau 15.9%, daging kambing dan bebiri 10.6% dan susu segar adalah 66.8%. Kadar kebergantungan import menunjukkan peratusan yang tinggi iaitu daging lembu dan kerbau 89.6%, daging kambing dan bebiri 84.5% mana kala susu segar adalah 56.6%. Sehubungan dengan itu, pembangunan industri penternakan ruminan menjadi antara fokus utama dalam Agenda Keterjaminan Makanan Negeri Johor dengan penglibatan pelbagai pihak terutamanya Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pemain industri.

Untuk makluman Yang Berhormat Senggarang, antara langkah utama untuk meningkatkan populasi dan produktiviti ternakan ruminan tempatan dan seterusnya mengurangkan kebergantungan import adalah termasuklah yang pertama, meningkatkan kualiti baka ternakan melalui Program Bantuan Baka Lembu.

Kedua, memperkenalkan perkhidmatan AI ternakan atau permanian berhadas.

Yang ketiga, perlaksanaan Program Kawalan Penyakit bagi menjamin kesihatan ternakan.

Keempat, menambah baik pengurusan ternakan terutama dalam aspek infrastruktur, pemakanan dan nutrisi haiwan serta program sokongan dan latihan kepada penternak.

Dan yang kelima, menaik taraf Taman Kekal Pengeluaran Makanan atau TKPM Ternakan.

Selain itu, kerajaan turut menggalakkan penglibatan ladang-ladang milik kerajaan dan swasta dalam memperluas pembangunan industri ternakan di samping memupuk penyertaan golongan muda sebagai generasi pelapis dan pemain utama sektor ini. Bagi melengkapkan rantaian nilai, turut dirancang ialah pembangunan rumah sembelihan ruminan moden untuk meningkatkan kecekapan logistik, jaminan kebersihan dan kualiti hasil ternakan. Secara keseluruhannya sebanyak RM19.8 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam tempoh 5 tahun sejak 2021 hingga 2025, khusus bagi pembangunan industri penternakan ruminan di Johor menerusi pelbagai program.

Prestasi industri ternakan ruminan Johor telah menunjukkan perkembangan positif. Dari segi pengeluaran Johor merupakan antara pengeluar utama ruminan dalam negara dengan populasi sebanyak 160,840 ekor, menjadikannya negeri kedua tertinggi selepas Pahang. Kerajaan negeri Johor mensasarkan jumlah populasi sebanyak 200 ekor ternakan ruminan menjelang tahun 2027. Ini bermakna bagi mencapai sasaran tersebut, Johor perlu menambah kira-kira 20% jumlah ternakan yang baharu. Dalam pembangunan industri ternakan ruminan, Johor juga mengambil bahagian secara serius dalam usaha untuk merancakkan industri tenusu negara.

Untuk makluman Dewan dan Yang Berhormat Endau, Projek Jemaluang Dairy Valley atau JDV ialah sebuah inisiatif strategik Agenda Keterjaminan Makanan Kerajaan Johor yang dibangunkan di Jemaluang, Mersing sebagai hab penternakan tenusu berskala besar pertama di negeri ini. Pembangunan projek ini adalah melalui kerjasama antara beberapa pihak. Antaranya yang pertama kerajaan negeri Johor melalui penyediaan tanah seluas 680 ekar.

Yang kedua, penglibatan Majlis Pembangunan Ekonomi, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau ECERDC yang berperanan membangunkan kemudahan serta fasiliti merangkumi pelbagai infrastruktur dengan peruntukan RM68.5 juta yang telah siap dibina 30 Jun yang lalu.

Dan ketiga, melibatkan pihak pelabur dan rakan pelaksana projek iaitu Jemaluang Dairy Valley Sdn. Bhd. dengan nilai pelaburan RM120 juta. Syarikat ini merupakan syarikat yang ditubuhkan menerusi kerjasama antara Kulim Malaysia Berhad dan A2 Fresh Holding Sdn. Bhd. Dengan matlamat utama untuk meningkatkan pengeluaran susu segar Johor, meningkatkan kadar sara diri atau SSR susu negara serta mengukuhkan industri tenusu

nasional, maka JDV mengunjurkan purata 7.9 juta liter susu setahun dalam tempoh 5 tahun pertama dan akan meningkat dari semasa ke semasa.

Untuk makluman seisi Dewan, waktu ini Johor mengeluarkan lebih kurang enam (6) ke tujuh (7) juta liter setahun, rekod 2024 yang melibatkan 94 penternak dan dengan adanya projek JDV ini kita mensasarkan jumlah sekali ganda iaitu RM13 ke RM15 juta setahun menjelang 2030. Bagi fasa pertama sebanyak 1,000 ekor lembu tenusu bunting dengan jenis baka campuran A2 Jersey Frasien telah tiba dari Australia. Perahan susu pertama dijangka bermula Januari 2026. Kapasiti keseluruhan ladang JDV ini adalah sebanyak 4,000 ekor lembu tenusu di mana tujuh (7) unit telah siap dibina oleh ECERDC mana kala lima (5) unit lagi akan dibina oleh JDV Sdn. Bhd. Ladang-ladang lembu JDV Sdn. Bhd. dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini seperti rotary milking parlour, health monitoring system comfort technology, centralised feed management system dan smart waste management system yang menepati piawaian antarabangsa bagi mempastikan kecekapan pengurusan serta pengurusan haiwan yang tinggi dan menjadikannya antara fasiliti penternakan lembu tenusu moden di negara ini.

Untuk makluman Yang Berhormat Endau juga, Projek JDV bukan sahaja berperanan untuk meningkatkan tahap SSR pengeluaran susu negara malah akan menjadi pemangkin kepada kemajuan sosio ekonomi tempatan. Antaranya projek ini juga membuka peluang pekerjaan baru bagi penduduk tempatan. Untuk makluman Dewan, setakat ini 12 orang pekerja tempatan telah dilantik mana kala JDV Sdn. Bhd. mensasarkan 100 orang pekerja termasuk penternak satelit menjelang apabila ia dilaksanakan nanti.

Yang kedua, JDV akan melaksanakan program Satelite Farmer atau Penternak Tenusu Satelit dan dijangka melahirkan 30 penternak satelit selaras dengan petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan. Penternak satelit akan bekerjasama secara langsung dengan ladang induk JDV sebagai sebahagian ekosistem tenusu negara, sebagai sebahagian daripada ekosistem tenusu Johor.

Yang ketiga, JDV juga akan berperanan sebagai milk collection centre atau pusat pengumpulan susu segar daripada penternak-penternak setempat.

Yang keempat JDV juga akan berperanan sebagai Johor Dairy Center of Excellence atau Pusat Kecemerlangan Tenusu Johor, hab latihan dan teknologi bagi memperkasakan penternak dengan manfaat kepada latihan teknikal, pemindahan teknologi dan jaringan pasarannya disediakan oleh JDV.

Dan, yang kelima memperkenalkan konsep Dairy Tourism sebagai daya tarikan baharu yang berpotensi mengangkat nama daerah Mersing sebagai destinasi pelancongan agro ternama di negeri Johor dan Malaysia. Antara komponen yang dicadangkan adalah Dairy Cafe, Steak House, Educational Tour dan sebagainya. Kerajaan negeri Johor komited untuk memperkukuh industri ruminan dan tenusu melalui pendekatan menyeluruh yang merangkumi peningkatan populasi ternakan, permodenan teknologi, pembangunan bakat serta penglibatan aktif penternak tempatan. Dengan perlaksanaan projek berimpak tinggi seperti Jemaluang Dairy Valley ini, Johor bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan kadar sara diri negara tetapi turut membuka peluang ekonomi baharu yang mampu meningkatkan kesejahteraan rakyat. Terima kasih.

Speaker

Ya, jemput Senggarang.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih juga Yang Berhormat EXCO atas jawapan diberikan. Kalau kita lihat di kampung-kampung khususnya, ramai penternak-penternak kecil yang menternak 10, 20 ekor lembu. Soalan tambahan saya Yang Berhormat Datuk Speaker, selain daripada Program Bantuan Baka, apakah lagi strategi kerajaan negeri untuk mempastikan penternak-

penternak kecil ini, benar-benar mendapat manfaat secara langsung daripada pembangunan industri ruminan ini. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mengakui bahawa di negeri ini ada ramai penternak-penternak berskala kecil dan sebelum saya menjawab soalan Yang Berhormat Senggarang, saya mengharapkan agar penternak-penternak kecil yang sebahagiannya masih belum mendaftarkan ternakan mereka kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar berbuat demikian untuk kebaikan mereka juga, insya-Allah.

Yang Berhormat Datuk Speaker, menjawab soalan Yang Berhormat Senggarang berkenaan program lain bagi meningkatkan populasi atau baka lembu terutama kepada penternak kecil, kerajaan negeri sentiasa memastikan pembangunan industri ruminan tidak hanya dimanfaatkan oleh ladang berskala besar tetapi turut memberikan impak langsung kepada penternak kecil yang merupakan tulang belakang industri ini. Terdapat beberapa strategik yang telah dirancang antaranya ialah Kursus Pembangunan Ternakan meliputi pengurusan kandang, nutrisi ruminan, pembiakan bio-sekuriti dan kesihatan ternakan.

Yang kedua, menerusi lawatan ladang berkala bagi memastikan penternak kecil mendapat bimbingan terus terhadap amalan terbaik.

Yang ketiga, program pemindahan teknologi terutama berkaitan sistem makanan berpusat, pengurusan najis dan penggunaan teknologi digital dan Yang Berhormat Datuk Speaker, yang kedua ialah berkenaan dengan pembangunan infrastruktur melalui penaiktarafan TKPM tempatan. Kita faham ada banyak TKPM yang dijalankan di negeri ini, jadi Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan kerajaan cuba untuk menaik taraf TKPM ini melalui kandang standard atau semi standard yang lebih selamat dan efisen, kemudahan air, letrik, jalan ladang dan akses logistik yang lebih baik dan ruang operasi yang membolehkan penternak mengembangkan bilangan ternakan secara terkawal. Dengan infrastruktur yang stabil, penternak kecil dapat meningkatkan kadar kelahiran, pengurangan kadar kematian dan seterusnya meningkatkan produktiviti semasa.

Kerajaan turut melaksanakan bantuan berfasa termasuk antaranya penambahbaikan kandang menerusi bantuan peralatan dan bahan binaan kandang.

Yang kedua, pembelian peralatan asas seperti mesin chopper dan peralatan kesihatan ternakan. Langkah ini bagi mengurangkan kos operasi penternak kecil dan membolehkan mereka memberi tumpuan kepada pembiakan serta pertumbuhan potensi ternakan.

Seterusnya, walaupun program AI dan peningkatan baka adalah fokus utama, kerajaan juga memastikan ia benar-benar sampai kepada penternak kecil melalui perkhidmatan AI bergerak.

Kedua, penjadualan mengikut lokaliti supaya penternak tidak perlu menanggung kos perjalanan dan ketiganya bagi pemantauan kadar kejayaan AI melalui rekod penternak. Ia memastikan penternak kecil turut menerima baka berkualiti tinggi menerusi AI bukan hanya ladang-ladang besar sahaja. Terima kasih YB Pengerusi.

Mohon soalan tambahan Datuk Speaker.

Speaker

Sila Kukup.

Terima kasih Datuk Speaker. Pertama saya ingin mengucapkan tahniah kepada EXCO Pertanian di atas penubuhan JDV ini. Kalau kita lihat JDV ini amat bergantung kepada lembu import, sudah tentu kos import adalah sangat tinggi dan kita lihat sudah tentu ada risiko penyakit dan juga adaptasi lembu kepada iklim kita.

Bagaimanakah langkah perlu diambil oleh pihak kerajaan negeri untuk memastikan kos import dan juga lembu yang kita import itu boleh memberi penghasilan yang kita inginkan? Terima kasih.

Dato’ Zahari bin SaripUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar · Buloh Kasap

Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih atas pandangan dan soalan daripada Kukup. Saya mengakui bahawa permulaan bagi projek Jemaluang Dairy Valley ini, satu kos yang sangat besar, lebih kurang RM200,000.00 lebih kurang. Melibatkan saya sebutkan jawapan tadi RM200 juta sorry RM200 juta. Melibatkan jawapan saya tadi RM68 juta lebih kurang daripada ECER dan RM120 juta daripada syarikat pelaksana. Tetapi Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi memulakan satu projek berskala besar, kita perlukan apa ni, lembu yang benar-benar berkualiti dan boleh menghasilkan jumlah tenusu, susu yang kita sasarkan. Sebab itu, kalau boleh saya maklumkan kepada Dewan ini, saya akui nilainya sangat besar iaitu lebih kurang seekor lembu tenusu itu nilai lebih kurang antara RM11,000.00 ke RM12,000.00 setiap ekor dan bagi memastikan keselamatannya terjamin, pertama, dia perlu dikuarantin dulu untuk pastikan dia selamat selepas melalui perjalanan yang jauh daripada Australia ke Johor dan kita tidak membenarkan sebarang lawatan waktu ini, dipantau sepanjang masa 24 jam sehingga lembu ini benar-benar dilihat atau dinilai oleh pihak Veterinar telah selamat untuk menjalankan operasi tenusunya di sini. Insya-Allah, menjelang Januari ini keluaran susu pertama kita akan dapat hasilkan dan kita akan nilai prestasinya dari masa ke semasa, insya-Allah.

Dan dalam masa yang sama Datuk Pengerusi, saya ingin mengajak pengusaha-pengusaha tempatan untuk menjalankan kerjasama dengan JDV Sdn. Bhd. JDV Sdn. Bhd. sentiasa membuka ruang kepada pemain-pemain kecil di sekitar Jemaluang, khasnya Mersing, Kota Tinggi dan sebagainya untuk melihat teknologi yang boleh dipindahkan kepada pengusaha-pengusaha tempatan, insya-Allah, terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran 6 orang pemerhati daripada DUN kawasan Larkin.

Dijemput Yang Berhormat Pulai Sebatang.

Puan Hajah Hasrunizah binti HassanUMNO · BNPulai Sebatang

Yang Berhormat Datuk Speaker, Pulai Sebatang soalan nombor 3, terima kasih.

Apakah tindakan kerajaan negeri melalui Task Force 100,000 RMMJ untuk memastikan sasaran 8,915 unit pada tahun 2026 dapat disiapkan tepat mengikut jadual tanpa kelewatan atau terbengkalai?

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Sedili.

Tuan Muszaide bin MakmorUMNO · BNSedili

Bismillahirrahmaanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Sedili nombor 4.

Mohon perkongsian berkenaan rumah kos rendah yang sering dibina di kawasan membangun dan bandar, adakah kerajaan negeri mempunyai perancangan membina Taman Perumahan Kos Rendah di kawasan Sedili? Mohon agar ada perancangan pembinaan tersebut seiring dengan pembangunan yang akan dilaksanakan dalam kawasan Sedili.

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Maharani.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Soalan saya nombor 5.

Adakah kerajaan negeri Johor bercadang untuk membina atau menyediakan Rumah Transit khusus untuk golongan B40 di daerah Muar bagi membantu mereka yang masih belum mampu memiliki rumah sendiri?

Speaker

Sila.

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Bismillahirahmaanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Datuk Speaker dan Ahli-Ahli Dewan yang saya hormati sekalian, terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, Pulai Sebatang, Sedili, Maharani yang telah mengemukakan persoalan berhubung hala tuju dan komitmen kerajaan negeri dalam menyediakan perumahan mampu milik, perumahan kos rendah dan kemudahan transit kediaman bagi rakyat Johor. Izinkan saya menjawab secara bersekali kerana ketiga-tiga soalan ini berkait rapat dengan Agenda Perumahan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, pertama bagi isu perlaksanaan Projek Rumah Mampu Milik Johor yang bersubsidi bagi mencapai sasaran 8,915 pada tahun 2026. Sukacita dimaklumkan bahawa negeri Johor berada di landasan yang kukuh untuk mencapai sasaran 30,000 unit Rumah Mampu Milik menjelang 2026. Sebagai sebahagian daripada sasaran besar 100,000 unit menjelang 2030 sehingga suku ketiga Q3/2025 negeri Johor telah berjaya menyiapkan 20,183 unit RMMJ dengan CCC yakni pencapaian 67% daripada sasaran bagi tempoh 2022 sehingga 2026 sepanjang 5 tahun. Melalui task force 100,000 Rumah Mampu Milik Johor yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, ekosistem pemantauan telah diperkukuh dengan pendekatan berasaskan data, intervensi bersasaran dan tindakan segera terhadap projek yang berisiko lewat. Pemantauan ini dijalankan secara rapi oleh PKPJ bersama PBT-PBT dan juga PTG meliputi status tanah, kelulusan teknikal, jadual fizikal tapak serta pematuhan dasar perumahan negeri. Jawatankuasa planning design dan review committee atau dipanggil PDRC turut memainkan peranan penting sebagai platform penyelarasan teknikal dan kawal selia. Setakat ini, PDRC telah mencatat rekod kukuh sepanjang tiga (3) tahun ini di mana 33 mesyuarat telah diadakan melibatkan 10 daerah dalam negeri Johor telah berjumpa 136 pemaju-pemaju perumahan Johor melibatkan 170 projek-projek perumahan dan melibatkan keseluruhan 16 PBT seluruh negeri Johor. Hasil mekanisma ini kerajaan negeri telah berjaya mengikat komitmen 40,601 unit Rumah Mampu Milik Johor untuk disiapkan menjelang tahun 2030. Sebarang pemaju yang gagal mematuhi jadual pembangunan akan dikenakan tindakan termasuk sekatan kelulusan, pengenaan kaveat pendaftar serta tindakan di bawah Akta 118 seperti LAD, penggantungan atau pembatalan lesen APDL.

Kedua, berkaitan cadangan pembinaan Taman Perumahan Kos Rendah di Sedili. Untuk makluman Dewan yang mulia, pada masa ini tiada projek kos rendah baharu yang dirancang khusus di kawasan tersebut. Namun demikian, kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan kawasan Sedili dalam Agenda Perumahan Rakyat. Keperluan Sedili pada masa ini turut ditampung oleh 2,086 Rumah Mampu Milik di kawasan sekitar daerah Kota Tinggi iaitu di Taman Kota Jaya 2, 87 unit, Taman Desa Impian 50 unit, Taman Kota Selesa 96 unit, PPR Tenggara 400 unit, Taman Seri Harmoni 60 unit, Taman Kota Selesa Tambahan 58 unit, Residensi Prima Kota Tinggi 625 unit, Bandar Akademik 62 unit, Taman Scientex Kota Tinggi 99 unit, Pangsapuri Desaru Utama 95 unit, Taman Penawar Harmoni di bawah KEJORA 454 unit. Ke semua ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,086 unit sebagai penawaran Rumah Mampu Milik Johor yang turut memberi manfaat kepada penduduk Sedili dan kawasan sekitarnya.

Ketiga, mengenai cadangan membina Rumah Transit Bangsa Johor di Muar. Kerajaan negeri amat memahami keperluan golongan keluarga B40 yang belum mampu memiliki rumah sendiri. Inisiatif RTBJ menjadi instrumen mobaliti sosial penting bagi menyediakan kediaman sementara yang selamat dan berpatutan kepada keluarga dalam fasa peralihan. Sehingga

kini, Johor telah menyiapkan 308 unit RTBJ, Rumah Transit Bangsa Johor yang telah siap dan baki 408 unit lagi dalam pembangunan. Menjadikan jumlah keseluruhan 716 unit Rumah Transit Bangsa Johor di seluruh negeri merangkumi di daerah Johor Bahru, daerah Kulai, daerah Kota Tinggi, Kluang dan Kota Iskandar. Walaupun tiada RTBJ di Muar ketika ini, daerah tersebut telah disenaraikan sebagai lokasi keutamaan untuk fasa perlaksanaan akan datang dan kajian keboleh laksanaan telah dijalankan oleh PKPJ.

Selain RTBJ, kerajaan negeri turut memperkukuh perumahan untuk golongan rentan melalui 25 unit Rumah Kasih Johor yakni rumah percuma di Muar melibatkan tujuh (7) DUN, 14 unit telah siap dan baki sembilan (9) unit dalam pembinaan. Bagi pembangunan perumahan mampu milik daerah Muar kini mempunyai 179 unit Rumah Mampu Milik bersubsidi yang sedang dibina, 1,295 unit RMMJ tambahan dalam perancangan melibatkan pemaju seperti KPRJ, Scientex dan Pagoh Jaya.

Yang Berhormat Datuk Speaker dan Ahli-Ahli Dewan yang saya hormati sekalian, inisiatif RMMJ, RTBJ, RKJ, Rumah Prihatin, sistem pemantauan pintar dan tindakan tegas terhadap pemaju membuktikan bahawa kerajaan negeri Johor komited memastikan seluruh Bangsa Johor sama ada di bandar, di pinggir bandar atau kawasan luar bandar seperti Sedili dan Muar mendapat akses kepada kediaman yang selesa, berkualiti dan mampu milik. Terima kasih.

Speaker

Jemput Pulai Sebatang.

Puan Hajah Hasrunizah binti HassanUMNO · BNPulai Sebatang

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, Pulai Sebatang ada soalan tambahan. Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah dan syabaslah kepada YB EXCO di atas perancangan-perancangan yang sangat baik untuk Bangsa Johor ini cuma satu soalan saya. Tadi kita lihat Yang Berhormat EXCO maklumkan bahawa tidak kira sama ada di bandar ataupun di luar bandar kerajaan negeri akan cuba menyediakan kediaman yang selesa. Jadi pembinaan rumah RMJ, RTBJ ini dia menyeluruh di seluruh Johor, tetapi adakah dibuat apa tu bacaan ataupun selidikan mengikut taburan penduduk dan juga mengikut jumlah rumah yang ada di setiap daerah dan juga DUN. Sebab kita tak nak nanti berlaku jurang yang besar di suatu kawasan contoh, Pulai Sebatang sikit, Johor Bahru banyak, dan tidak selari dengan nisbah jumlah keperluan penduduk yang berada di sesuatu kawasan. Terima kasih.

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Terima kasih kepada Pulai Sebatang. Soalan yang sangat baik. Pertama, bila kita sebut tentang perumahan Mampu Milik Johor ni dia terbahagi kepada dua. Yakni dalam satu-satu dasar pembangunan, 60% kita beri kepada pemaju untuk untuk rumah pasaran bebas. Jadi pemaju akan tetapkan harga rumah, RM600,000.00, RM700,000.00 dan RM1 juta. Terpulang kepada pemaju. Itu 60% adalah hak pemaju. Baki 40% wajib bagi pemaju untuk membina rumah mampu milik yang harganya bermula daripada RM50,000.00 kategori A, RM100,000.00 kategori B, kategori C RM150,000.00 dan kategori D luar bandar RM250,000.00 dan dalam bandar RM300,000.00. Dan rumah ini semua adalah bersubsidi. Sebab itu di peringkat kerajaan ini bila kita nak melihat satu-satu kawasan atau locality, kita pertamanya kita tengok juga keseluruhan pembangunan dalam seluruh negeri Johor. Biasanya kebanyakan pemaju-pemaju ini bila menyebut kawasan-kawasan pendalaman dah tentulah banyak rumah tidak di bina di kawasan luar bandar. Antara puncanya ialah sebab pemaju melihat bahawa dia tidak dapat membuat cross subsidi. Maknanya, dia tak boleh menjual harga yang mahal dan harga yang mahal ini sedikit keuntungan di cross subsidi pada rumah mampu milik. Tetapi dalam masa yang sama kerajaan juga untuk makluman Datuk Speaker kita membuat juga Rumah Kasih, Rumah Percuma. Rumah Percuma kita allocatekan lebih kurang dalam 500 unit rumah melibatkan 10 daerah dalam negeri Johor, yang ni rumah percuma kita beri. Dan setakat ini, 170 unit rumah telah siap dan baki insya-Allah akan siap pada Q4 2026. Itu bagi Rumah Percuma.

Untuk memperkasakan lagi untuk daerah luar kita membuat menawarkan dipanggil Rumah Prihatin Johor. Rumah tadi Rumah Kasih, Rumah Percuma. Rumah Prihatin ini adalah mereka yang golongan gaji RM6,000.00 dan ke bawah. Jadi, Rumah Prihatin Johor dia ada dua kategori. Satu kategori berharga RM86,000.00, kerajaan Johor subsidi RM30,000.00. Dan pemohon hanya memerlu cari loan bank atau cash RM56,000.00, tiga (3) bilik dua (2) bilik air.

Dan rumah kategori kedua Rumah Ibu. Rumah Ibu ni dua (2) bilik satu (1) bilk air harganya RM66,000.00, kerajaan Johor subsidi RM30,000.00 dan mereka hanya perlu cari loan atau cash hanya RM36,000.00. Sebab tu, inisiatif Rumah Percuma, Rumah Prihatin termasuk juga yang tadi saya bentangkan tentang Rumah RTBJ (Rumah Transit Bangsa Johor). Rumah Transit Bangsa Johor ini pulak adalah rumah untuk golongan mereka yang baharu berkahwin. Di mana, kita beli projek-projek tertentu contoh di Kulai kita beli 216 unit. Kita beli keseluruhan projek itu dan projek ini kita tawarkan balik kepada golongan mereka yang berkahwin untuk dibuat Rumah Transit Bangsa Johor, yang harga pasaran kalau contoh harga di Kulai harga rumah tiga (3) bilik dua (2) bilik air, keluasan 1,000 kaki persegi biasa sewa dalam RM1,000.00 sebulan. Tetapi untuk Rumah Transit Bangsa Johor ni sewanya lebih kurang dalam RM600.00 je Tuan Speaker. Dan RM600.00 itu, RM190.00 kita simpan sebagai simpanan mereka dan akan datang bila dia berkemampuan untuk mendapat loan bank dan sebagainya kita akan pulangkan balik duit cash itu untuk dibuatkan, dibeli untuk ditawarkan untuk Rumah Mampu Milik Johor.

Jadi, secara keseluruhan untuk makluman Yang Berhormat, Datuk Speaker dan YB Pulai Sebatang, kita sebenarnya memang mengalu-alukan semua pemaju-pemaju perumahan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik di luar bandar. Tetapi, kalau nak ikut dari segi geografi, populasi dan sebagainya itu sangat sukar dibuat kerana pemaju ada kekangan-kekangan tertentu, tetapi kerajaan bantu balik dari sudut Rumah Prihatin dan Rumah Percuma itu sendiri. Terima kasih.

Speaker

Tahniah Yang Berhormat atas inisiatif kerajaan Johor mengenai dengan perumahan ini. Ya, sila Maharani.

Terima kasih Datuk Speaker. Yang pertama saya ingin mengucapkan terima kasih di atas pencerahan yang diberi. Soalan tambahan saya, memandangkan kawasan Pagoh adalah sedang dibangunkan, di sana terdapat hub pendidikan dan juga hub industri dan juga Bandar Baru Pagoh. Adakah pihak kerajaan mempunyai perancangan untuk pembinaan Rumah Transit Bangsa Johor di kawasan tersebut? Terima kasih,

Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md ShukorUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Bukit Permai

Terima kasih kepada YB Maharani. Sebenarnya di peringkat kerajaan kita bila sebut rumah transit ini adalah rumah di mana pemaju bina lepas tu kerajaan beli keseluruhan. Lepas itu, kenapa kerajaan beli keseluruhan sebab kita nak tawarkan kepada mereka yang belum lagi mampu untuk membuat loan bank. Mungkin gaji dia RM3,000.00 dan ke bawah, sebab tu kita beli Rumah Transit Bangsa Johor.

Dan untuk makluman YB, di peringkat Muar sendiri sebenarnya kita dah ada perancangan, cuma kita hanya boleh buat Rumah Transit Bangsa Johor ini bila ada pembangunan perumahan di satu-satu projek. Dan di peringkat kerajaan memang saban tahun allocatekan certain amount untuk kita beli melalui pemaju-pemaju perumahan. Dan, insya-Allah jika di projek Pagoh Jaya sebagai contoh ada rumah yang harganya atas RM100,000.00 dan ke bawah, kerajaan boleh allocatekan bajet untuk beli Rumah Transit Bangsa Johor yang kita tawarkan pada mereka golongan yang dah berkahwin yang mungkin baru bekerja untuk peralihan daripada rumah sewa sementara kerajaan kepada pemilikan kekal untuk membeli Rumah Mampu Milik Johor. Terima kasih.

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Pemanis.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNPemanis

Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Pemanis nombor 6.

Program Infaq Jumaat dilihat memdapat sambutan yang amat baik daripada masyarakat. Adakah kerajaan bercadang untuk memberikan peruntukan kepada semua masjid dan surau Jumaat di seluruh negeri Johor tahun hadapan? Adakah kerajaan juga bercadang untuk menambah lagi jumlah peruntukannya?

Speaker

Sila

Tuan Haji Mohd Fared bin Haji Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah. Salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat Pemanis bertanya pasal infaq Jumaat. Adakah kerajaan bercadang memberikan peruntukan kepada semua masjid dan surau di seluruh negeri tahun depan. Dan adakah kerajaan bercadang menambah lagi jumlah peruntukan?

Yang Berhormat Pemanis, kerajaan Johor komited dalam memastikan setiap lapisan masyarakat meraikan kemakmuran negeri Johor di pelbagai peringkat. Dalam masa yang sama, keberkatan hidup umat Islam melalui institusi masjid dan surau terus diperkasa dan dipelihara. Terdahulu kerajaan Johor telah membuktikannya dengan pelaksanaan Semarak Subuh, sejak tahun 2024. Dengan pencapaian sebanyak 2,564 kali pelaksanaan dan kehadiran seramai 345,247 orang jemaah serta peruntukan sebanyak RM1.4 juta. Itu tahun 2024 Datuk semasa kita memulakan. Malah pada 2025, peruntukan kekerapan pelaksanaan Semarak Subuh ditingkatkan lagi, di mana jumlah kekerapan pelaksanaan setiap minggu di setiap DUN adalah sebanyak dua (2) kali berbanding tahun 2024 dengan jumlah peruntukannya meningkat kepada RM2.8 juta. Manakala pencapaian pelaksanaan Semarak Subuh 2025 sehingga pada 10 November 2025, ini saya laporkan Datuk Speaker kepada Dewan, adalah sebanyak 3,769 kali dengan penyertaan 307,038 orang jemaah melibatkan 3,682 buah masjid dan surau negeri Johor. Dengan kejayaan dua (2) tahun Semarak Subuh ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun nyatakan, kerajaan Johor terus mengorak langkah demi memartabatkan syiar Islam. Keharmonian dan perpaduan di dalam kalangan masyarakat di negeri ini, oleh itu satu inisiatif baru dilaksanakan pada tahun 2025, bulan Oktober hari tu. Namanya Program Infaq Jumaat yang menjadi medium penting memastikan umat Islam terutamanya bersatu hati dengan institusi masjid melalui cara agihan jamuan kepada para jemaah pada setiap hari Jumaat. Datuk Speaker, jangan pernah kita lupa, Infaq Jumaat ini ilham Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor. Baginda pernah bertitah di dalam Dewan ini. Baginda sendiri akan pastikan semua Bangsa Johor akan dapat makanan dan tidak akan ada kebuluran.

Datuk Speaker ini antara inisiatif tambahan baik yang nak memastikan bukan hanya kita makan kat rumah, pergi masjid pun dapat makan terutamanya hari Jumaat. Datuk Speaker ini antara kelebihan kerajaan Johor Maju Johor pada kali ini. Kita ambil kira semua segmen syiar Allah SWT. Jadi, jangan pernah ada satu kumpulan pun atau mana-mana pihak pun Datuk Speaker yang menafikan syiar Allah di bumi Johor ini, terpasak dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Datuk Speaker, Allah sebut dalam surah Al-Haj ayat 32 (bacaan surah). Kata Allah, demikianlah barang siapa Datuk Speaker yang laksanakan perintah Allah, Syair Allah confirm daripada hatinya ada taqwa. Maka kerajaan Maju Johor ini Datuk Speaker menunjukkan bukan dengan tertib sahaja, bahkan dengan pelaksanaan dan inisiatif yang berkesan.

Datuk Speaker, Infaq Johor ini kita laksanakan setiap bulan Oktober hari tu. Dalam tempoh 13 minggu sampai nanti Disember 2025, jumlah peruntukannya sebanyak RM1.716 juta daripada Pejabat Menteri Besar sendiri, di mana setiap masjid dan surau yang terpilih akan

menerima RM1,000.00. Dari Oktober hari itu sampai ke hujung tahun ini Datuk Speaker, setiap DUN akan buat dilebih kurang 2 masjid, cuma di daerah Johor Bahru empat (4) masjid Datuk Speaker sebab orangnya lebih ramai. Maka untuk 6 minggu itu sahaja, sebanyak 792 agihan jamuan dijalankan di setiap DUN. Menerusi Program Infaq Jumaat Johor 2025 sekaligus mencapai 46% dari sasaran keseluruhan pelaksanaan program sehingga akhir 2025 nanti. Dalam tempoh yang sama juga seramai 383,066 orang jemaah menikmati manfaat dari inisiatif ini. Di mana 53,046 orang daripadanya terdiri daripada anak-anak sekolah. Malah sokongan dari pihak jawatankuasa masjid dan surau sangat memberangsangkan apabila turut menyumbang sama dalam penyediaan jamuan tersebut dengan jumlah terkumpul sebanyak RM276,426.00.

Datuk Speaker, Menteri Besar hajatkan kerajaan negeri bagi RM1,000.00 kepada masjid, surau. Tapi rupa-rupanya Datuk Speaker orang kampung kita, orang bandar kita dia nampak program ini baik dia infaq sama. Nilainya tadi orang ramai sumbang saja tu, tengok dekat LED tu, RM270,000.00 lebih orang Johor berinfaq. Datuk Speaker ini jelas, nak tepuk, tepuk cepat. Tepuk, tepuk. (Dewan bertepuk). Ini jelas Datuk Speaker, sama macam hadis Rasullullah yang Nabi Muhammad sebut ketika Baginda sampai kat kota Madinah waktu hijrah dahulu. Apa Nabi kata Datuk Speaker, Nabi suruh kita pertama cara nak masuk syurga dengan sejahtera, af shu salam, bagi salam. Waat imuttoa, bagi orang makan.

Maka ini Datuk Speaker, kerajaan negeri bagi orang makan bukan ikut hanya kawasan yang diketuai oleh kerajaan, semua DUN kita buat. Maka bagi makan ni memang perintah Allah, ini perintah Nabi. Maka laksanakan semua DUN dapat manfaat. Datuk Speaker, kemudiannya ini menunjukkan rakyat menyambut baik inisiatif kerajaan Maju Johor. Selaras dengan syariat Islam dalam menggalakkan amalan memberi makan kepada orang. Melihat kepada sambutan yang amat menggalakkan ini, bagi perancangan tahun depan kerajaan Maju Johor berhasrat meneruskannya dengan cara pengabungan dana dari pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, swasta dan lain-lain sebelum disalurkan kepada masjid dan surau berkenaan.

Bagi maksud menyuburkan amalan berinfak dalam kalangan masyarakat Islam di negeri Johor maka peruntukan sebuah masjid dan surau yang terpilih itu untuk melaksanakan program ini dikekalkan Datuk Speaker. YB Pemanis kita kekalkan kepada RM1,000.00 tapi bilangan masjid dan surau Jumaat ini ditambah di setiap DUN dengan peruntukan RM26.9 juta setahun. (Dewan bertepuk). Ini memang marvellous, Datuk Speaker. Melampau betul kesungguhan kita nak bagi orang makan. Dia punya carta Datuk Speaker, boleh tengok dekat kita punya LED. Datuk Speaker, kalau ikut laporan setakat 7 November 2025, keseluruhan masjid dan surau kita diimarahkan dengan cukup baik dan mudah-mudahan Datuk Speaker, Infaq Jumaat ini dapat sokongan semua pihak. Wallahualam.

Speaker

Jemput Pemanis.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNPemanis

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO kerana telah memberikan jawapan yang panjang lebar berkaitan dengan Infaq Jumaat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam tempoh sebulan lebih ini, kita menjalankan Program Infaq Jumaat ini, saya rasa pun seronok juga sebab tadi bila diumumkan ada anak-anak pelajar sekolah kita yang bila kita sediakan makan tu, datang jumpa, terima kasih, terima kasih pakcik YB. Pakcik YB. Tapi bila yang mahasiswa tu dia kata terima kasih abang YB. Jadi kita pun rasa seronoklah bila ada program-program infaq yang baik seperti ini. Dan, bila kita bagi sedekah macam ini sudah tentulah nanti rezeki untuk negeri Johor akan bertambah, cumalah, saya nak tanya, ini soalan tambahan saya kepada YB EXCO. Kita dah bagi RM1,000.00 pada setiap masjid atau pun surau untuk Jumaat ini. Tapi ada juga kedengaran suara-suara mengatakan tak dapatlah, tak rasalah, kan. Adalah, ada, ada. Tapi, mungkin kita nak salahkan pentadbiran masjid dan surau tu pun tak boleh juga. Kita bagi RM1,000.00

yang datang kariah tu ramai, jadi bila makan mee siam kecik aje, nasi lemak je, jadi ada yang pertikai dia kata apalah bantuan macam ni. Sikit sangat. Jadi, nak tanyalah pandangan daripada Yang Berhormat EXCO adakah dengan peruntukan yang diberikan ini kita pantau, maksudnya RM1,000.00 tu betul dibelanjakan RM1,000.00 bukan nanti bagi RM1,000.00 dia belanja RM700.00 je, RM300.00 disimpan dalam akaun lagi. Jadi, ada tak pemantauan dibuat tentang perkara ini. Terima kasih Datuk Speaker.

Tuan Haji Mohd Fared bin Haji Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Datuk Speaker, terima kasih YB Pemanis soalan tambahan. Itu yang makan mee siam. Yang makan betis kambing pun banyak juga Datuk Speaker. Nak bagitahu Datuk Speaker, ini soal pembudayaan. Kita nak mula membudayakan orang Johor terutamanya selepas ini kena menambah infaq kepada masjid dan surau dan menyokong usaha baik beri makan kepada orang.

Datuk Speaker, kita ada garis panduan supaya masjid dan surau tidak ter... apa tu terjurus kepada perangai yang kurang elok. Dan, saya percaya Datuk Speaker, pengurusan masjid surau kita di negeri Johor memang semuanya bagus dan baik-baik belaka. Tapi, YB Pemanis kalau ada aduan, tak ada masalah, adukan aja. Kita akan segera buat semakan sebab apa Datuk Speaker, ikut garis panduan yang kita sediakan ini, pertama, garis panduannya urusetia di peringkat daerah akan menyediakan laporan perlaksanaan termasuk sumbangan dana oleh Jawatankuasa Masjid dan Surau Negeri Johor selewat-lewatnya sehari selepas program tersebut. Maksudnya keadaan kalau ada masjid surau yang mungkin nak ngelat.

Kita tak kata ada, kalau ada, dia tak akan selamat sebab pelaporan itu akan disemak oleh peringkat daerah. Jadi sebab itu, penggerak-penggerak di setiap DUN, kita kena lebih proaktif. Takkan tak proaktif Datuk Speaker, Datuk MB dah umumkan dah semua 56 DUN penggeraknya akan dapat RM1,000.00 one off. Saya percaya mereka lebih bersemangat.

Kemudian, nak bagitahu laporan bukti agihan dan laporan bergambar bagi bulan Oktober Datuk Speaker, 2025 telah diterima dan dari 10 Pejabat Kadi Daerah pada 5 November. Maksudnya laporan ini berkala. Kita senang buat pemantauan dan kita boleh buat cepat pembetulan. Selanjutnya laporan pelaksanaan tersebut akan dimajukan kepada Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan Pejabat Setiausaha Kerajaan, Bahagian Pemantauan Projek dan Kesejahteraan Rakyat selaras dengan ulasan yang diberikan oleh Pegawai Kewangan Negeri bagi perlaksanaan program ini. Jadi, YB Pemanis jangan risau, dia punya mekanisme dah baik, cuma kalau berlaku juga saya boleh kata, siaplah jawatankuasa tersebut, kita masuk. Saya akan sendiri akan turun membetulkan keadaan itu. Sebab ini bukan duit kita, ini duit kerajaan, duit penginfaq, duit orang ramai. Barang siapa yang berani buat dajal Datuk Speaker, kita akan ajar betul-betul termasuk kita buatkan aduan kepada pihak yang berkuasa. Jangan main-main dengan kita Datuk Speaker.

Jabatan Agama Islam negeri Johor juga melalui Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau melaksanakan tindakan turun padang di masjid dan surau Jumaat yang menjalankan Program Infaq Jumaat 2025 dan memantau perjalanan program tersebut. Mudah-mudahan dengan semua gerak kerja terangkum ini Datuk Speaker, tidak langsung ada berlaku sebarang ketirisan dan mudah-mudahan usaha kita nak beri makan pada orang ramai diberkati Allah SWT. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat di tempat saya, saya nak cadangkan satu, dua masjid daripada bagi dia nasi, kita nak tukar kepada burger sebab kebanyakan mereka ni dah makan di rumah sebelum datang ke masjid. Jadi mereka kalau bagi burger mungkin dia makan kat situ jadi lagi meriah, ni cadanganlah. Kalau tak burger pun aiskrim.

Tuan Haji Mohd Fared bin Haji Mohd KhalidUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam · Semerah

Datuk Speaker saya memang pernah baca satu buku. Buku tu pun dah tak jumpa dah. Memang orang Rengit ni ala-ala western begitu. Saya macam pernah dengar begitu. Jadi, kalau orang Rengit nak makan burger, tak ada masalah. Apa tu, fish and chip pun ok. Kita ok je. Tak ada masalah.

Speaker

Salah tu Yang Berhormat. Orang Rengit suka makan Korea sekarang ni. Dijemput Yang Berhormat Kempas. Saya minta maaf, dijemput Yang Berhormat Johor Lama.

Cik Norlizah binti NohUMNO · BNJohor Lama

Terima kasih Datuk Speaker, soalan Johor Lama nombor 7.

Apakah usaha kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan emosi dan mental kanak-kanak di negeri ini terus dipelihara, khususnya dalam menghadapi cabaran dunia moden yang semakin mencabar dengan pengaruh media sosial, tekanan akademik dan isu keselamatan sosial?

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Pemanis.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNPemanis

Datuk Speaker, soalan Pemanis nombor 8.

Apakah usaha kerajaan bagi menangani kejadian keganasan terutama di kalangan kanak-kanak akibat terpengaruh dengan permainan atas talian seperti yang berlaku di Johor baru-baru ini sehingga mengakibatkan kecederaan serius kepada mangsa yang merupakan ahli keluarga sendiri?

Speaker

Sila, Yang Berhormat.

Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md OnUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Serom

Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Johor Lama dan Pemanis. Antara soalan-soalan yang dikemukakan oleh kedua-dua ini adalah tentang usaha kerajaan negeri untuk memastikan kesejahteraan emosi kanak-kanak di negeri ini terus terjaga dan terpelihara.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kerajaan negeri Johor sentiasa komited dalam memastikan kesejahteraan emosi dan mental kanak-kanak terus terpelihara khususnya dalam menghadapi cabaran dunia moden yang semakin kompleks akibat pengaruh media sosial, tekanan akademik serta isu keselamatan sosial yang kian meningkat serta memandang serius insiden keganasan melibatkan kanak-kanak akibat pengaruh permainan dalam talian.

Datuk Speaker, bagi mencapai hasrat ini pelbagai usaha bersepadu telah dan sedang dilaksanakan melalui agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jabatan Kesihatan, Polis DiRaja Malaysia serta rakan strategik badan bukan kerajaan. Antaranya ialah dengan melaksanakan program-program perlindungan kanak-kanak seperti berikut :

Pertama, pendidikan dan kesedaran digital. Kementerian Komunikasi dan Digital bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mempergiat program Klik dengan bijak dan literasi digital bagi mendidik ibu bapa dan kanak-kanak mengenai keselamat siber dan risiko permainan berunsur ganas. Dan, kempen tersebut bersamanya adalah kempen Internet Selamat. Kempen ini bertujuan membentuk persekitaran internet selamat dan beretika khususnya bagi kanak-kanak dan remaja bagi menangani masalah kawalan penggunaan selamat.

Seterusnya Jabatan kebajikan Masyarakat Negeri Johor melaksanakan Program Celik Keselamatan Siber Kanak-Kanak yang telah memberi manfaat kepada lebih 18,000 pelajar seluruh negeri Johor sejak tahun 2023. Kementerian Pendidikan Malaysia juga turut memasukkan elemen keselamatan siber, pengurusan emosi dan tanggungjawab digital dalam kurikulum sekolah.

Seterusnya Datuk Speaker, adalah pemantauan dan kawalan kandungan. MCMC menjalankan pemantauan terhadap permainan dan kandungan dalam talian yang mengandungi unsur ganas dan lucah. Kerajaan juga sedang meneliti mekanisme kawal selia baharu termasuk pelesenan permainan dalam talian dan had umur pengguna. Ibu bapa hendaklah menggunakan aplikasi kawalan ibu bapa iaitu parental control bagi memantau aktiviti anak-anak di internet.

Seterusnya intervensi psiko sosial dan kaunseling. Jabatan pendidikan Negeri Johor bersama Jabatan Kesihatan melaksanakan Program Minda Sihat Sekolah Johor, Program Peers dan Program Literasi Digital Beretika bagi membina daya tahan emosi murid-murid. YPKDT, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan LPPKN menyediakan Program Kaunseling Keluarga, Bimbingan Ibu Bapa Digital serta Talian Kasih 15999 sebagai saluran bantuan segera.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kerajaan negeri Johor percaya bahawa kesejahteraan emosi dan mental kanak-kanak ini adalah asas kepada pembentukan generasi muda yang seimbang dan berdaya tahan. Oleh itu, pendekatan holistik yang melibatkan sekolah, keluarga, komuniti serta agensi kerajaan akan terus diperkukuh bagi memastikan anak-anak Johor ini membesar dalam persekitaran yang selamat, positif dan menyokong kesejahteraan mental mereka. Terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

Jemput Johor Lama.

Cik Norlizah binti NohUMNO · BNJohor Lama

Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih YB EXCO atas jawapan tadi. Cumanya tadi dalam jawapan YB EXCO ada sebutkan tentang usahasama di antara pelbagai agensi. Jadi, apakah kolaborasi inter agensi yang telah dilaksanakan? Terima kasih.

Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md OnUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Serom

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Antara program kolaborasi inter agensi yang telah dan sedang dilaksanakan adalah sentiasa mengadakan perbincangan kes iaitu kes pengurusan kanak-kanak yang melibatkan pelbagai agensi bersama Polis DiRaja Malaysia, Hospital, Jabatan Pendidikan, Jabatan Agama Islam, pihak kedutaan dan badan bukan berkanun yang berkaitan. Seterusnya satu perkhidmatan Perlindungan Kanak-kanak bersama Mahkamah, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan agensi-agensi yang berkaitan.

Seterusnya Datuk Speaker, satu kesedaran Kempen Literasi Digital dan Keselamatan Siber yang terus dilaksanakan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk terus mendidik kanak-kanak serta ibu bapa tentang penggunaan media sosial secara berhemah dan selamat.

Seterusnya satu program yang berterusan sekarang adalah Program seperti Klik Dengan Bijak dijalankan di sekolah-sekolah serta komuniti tempatan seluruh Johor. Seterusnya kerajaan negeri Johor telah membangunkan modul program bersama pihak universiti yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan kes kanak-kanak yang ada sekarang adalah namanya Modul Lindungi Permata Johor yang dibangunkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Johor bersama Universiti Kebangsaan Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Jemput Pemanis.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNPemanis

Terima kasih Datuk Speaker. Saya mendengar dengan teliti jawapan daripada Yang Berhormat EXCO tadi. Saya bangkitkan soalan berkaitan dengan kanak-kanak ini sebab di Batu Pahat baru-baru ini ada seorang kanak ini hampir menyebabkan adiknya terbunuh kerana terpengaruh dengan permainan di platform

sosial yang kita lihat pada hari ini memang sangat sukar dikawal, Yang Berhormat Datuk Speaker. Jadi kegusaran ini bukan pada saya sahaja tetapi di kalangan ibu bapa yang ada memang kita lihat pengaruhnya memang amat besar. Jadi, saya nak tanya dengan YB EXCO tentang walau pun dah ada pelbagai undang-undang, pelbagai kaedah perlaksanaan dibuat untuk memantau dan sebagainya, tetapi masih lagi berlaku perkara-perkara, tragedi-tragedi seperti yang saya sebutkan tadi ni, adakah selain daripada fokus kepada kanak-kanak ini, adakah juga pihak kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan mengadakan program inisiatif untuk membantu juga institusi keluarga dan juga remaja supaya mereka tidak terlibat dengan perkara-perkara sebegini. Terima kasih Datuk Speaker.

Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md OnUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Serom

Yang Berhormat Datuk Speaker, selain daripada program-program dan nasihat diberikan kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, Yayasan Pembangunan Keluarga dan Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Negeri Johor terus menjalankan fungsi mengenengahkan kesejahteraan keluarga dengan menjalankan pelbagai program-program kekeluargaan, perkahwinan, keibubapaan melalui modul terbitan mereka dengan nama Modul Keluarga, Keseimbangan Keluarga dan Kerjaya. Modul-modul seperti Pendidikan, Keselamatan Keluarga dan Anak, modul-modul Pra Perkahwinan, modul Kasih Keibubapaan Digital dan modul di bawah Program-Program Pekerti.

Program-program ini Yang Berhormat Datuk Speaker seperti Program Kasih Ibu Bapa merupakan satu modul baharu yang berkaitan ibu bapa siber. Modul ini dibangunkan bagi memperkasa ibu bapa dengan ilmu serta kemahiran yang diperlukan untuk menguruskan cabaran anak-anak generasi digital hari ini. Antara topik-topik dalam modul itu ialah adab dan etika di dunia siber, mengenali gaya keibubapaan digital, mempelajari kemahiran keibubapaan digital.

Datuk Speaker, selain itu satu modul Pendidikan Keselamatan, Keluarga dan Anak menekankan topik yang menyentuh tentang keselamatan siber, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ibu bapa itu sendiri, penjaga dan masyarakat mengenai pentingnya menjaga keselamatan keluarga di alam siber. Satu program lagi juga Yang Berhormat Datuk Speaker iaitu Program Pekerti Negara. Ianya merupakan inisiatif bagi menyokong dasar dan pelan tindakan pekerti iaitu aspek advokasi dan promosi dengan memperluaskan akses remaja kepada program pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial. LPPKN juga telah membangunkan beberapa modul pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial untuk golongan ibu bapa, remaja dan keluarga bagi melengkapkan perkhidmatan kafetin yang ditawarkan. Modul ini diguna pakai bagi memperluas program ini kepada agensi lain dan memanfaatkan kumpulan sasar agensi tersebut dengan perkongsian sumber strategik.

Antara objektif perlaksanaan program ini Datuk Speaker, adalah untuk meningkatkan pengetahuan remaja berkenaan kesihatan reproduktif dan sosial, khususnya mengubah persepsi terhadap pendidikan seksualiti. Seterusnya, mendorong perubahan positif dengan amalan penjagaan kesihatan produktif dan tingkah laku seksual serta sosial remaja hari ini.

Datuk Speaker, ia juga untuk memperkasa remaja dalam membentuk keputusan yang positif berkenaan kesihatan reproduktif dan tingkah laku seksual serta sosial. Ia juga akan melahirkan remaja yang berkemahiran dalam pendidikan kesihatan reproduktif seterusnya menjadi agen perubahan kepada remaja itu sendiri. Terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Kempas. Dijemput Yang Berhormat Simpang Jeram.

Assalamualaikum warahmatullah, salam sejahtera. Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Simpang Jeram nombor 10.

Kes salah laku dan jenayah di sekolah suatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Sekolah adalah tempat selamat untuk mendidik, melahirkan insan yang berilmu dan berdisplin. Apakah ada modul yang akan dilaksanakan di peringkat negeri bagi mengatasi masalah ini?

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Stulang.

Tuan Chen Kah EngDAP · PHStulang

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 11.

Apakah langkah-langkah keselamatan yang telah dan bakal diperkenalkan untuk meningkatkan keselamatan para pelajar di sekolah Johor?

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Gambir.

Tuan Sahrihan bin JaniUMNO · BNGambir

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan saya nombor 12, terima kasih.

Buli dan masalah disiplin/jenayah di sekolah menjadi isu hangat diperkatakan. Apakah ada usaha dari kerajaan negeri Johor untuk mengusul/mencadang kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menambahbaik tahap disiplin pelajar untuk mengatasi budaya ini?

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Senggarang.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Senggarang nombor 13.

Apakah langkah yang telah dan akan diambil oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor serta agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan murid sekolah di seluruh negeri Johor sentiasa terpelihara, khususnya melibatkan isu buli, vandalisme, penyalahgunaan bahan terlarang dan keselamatan fizikal di sekolah?

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Sungai Balang.

Tuan Haji Selamat bin TakimUMNO · BNSungai Balang

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan nombor 14.

Belakangan ini kes-kes yang melibatkan pelajar kian hangat didedahkan dan berlaku dalam keadaan yang membimbangkan. Justeru, apakah langkah mitigasi dan preventif JPN Johor dalam memastikan kes-kes berat tidak berlaku dalam kalangan pelajar sekolah di dalam negeri Johor ini?

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Panti.

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan nombor 15.

Apakah langkah intervensi awal yang akan dan telah dilaksanakan bagi mengesan pelajar berisiko tinggi terlibat dalam kes disiplin dan jenayah sebelum perkara serius berlaku?

Speaker

Sila.

Tuan Aznan bin TaminUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan · Tanjung Surat

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh, terima kasih Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kempas, Simpang Jeram, Stulang, Gambir, Senggarang, Sungai

Balang dan Panti di atas persoalan yang diberikan berkenaan salah laku pelajar, isu keselamatan di sekolah dan langkah-langkah pencegahan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Kerajaan Negeri Johor amat memandang serius isu keselamatan murid di sekolah termasuk masalah buli, vandalisme, penyalahgunaan bahan terlarang, ponteng sekolah, isu mental, masalah sosial serta keselamatan fizikal di sekolah. Kerajaan Negeri Johor sangat komited untuk memastikan setiap murid dibentuk dengan nilai murni dan karakter unggul selaras dengan prinsip Karamah Insaniah serta Aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui perlaksanaan Modul Karakter Murid Johor (KrMJ), kolaborasi antara agensi bersama PDRM dan Pihak Berkuasa Tempatan, kerajaan negeri yakin sekolah-sekolah di negeri Johor akan terus menjadi zon selamat, berdisiplin dan sejahtera, sejajar dengan Visi Maju Johor, Berintegriti dan Ihsan.

Kerajaan negeri Johor sentiasa memandang serius isu salah laku dan jenayah dalam kalangan murid sekolah. Sehubungan dengan itu, selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013/2025 serta dasar Pembangunan Insan Johor Berkarakter 2023/2030, Kerajaan Negeri Johor telah memperkasakan melalui pengukuhan Modul Karakter Murid Johor yang menekankan pembentukan jati diri murid berasaskan nilai karamah insaniah dan kemuliaan maruah dan tanggungjawab sosial sebagai asas kepada sahsiah dan disiplin pelajar.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Karakter Murid Johor ini sebenarnya telah berlaku lama bermula pada tahun 2017 lagi. Bagi memastikan keberkesanan modul ini, kami telah melakukan perubahan segera, immediately form dengan izin yang sedang dilaksanakan melalui Kempen Anti Buli dan Anti Sosial yang melibatkan ceramah, aktiviti kesedaran, poster dan modul khas di sekolah bagi mendidik murid tentang kepentingan hormat-menghormati, keselamatan diri dan etika sosial. Pemantapan tadbir urus sahsiah murid di sekolah, perlaksanaan PLC Professional learning Community untuk membimbing guru dalam pendekatan bimbingan berasaskan nilai. Pemantauan berasaskan data digital melalui sistem sahsiah diri murid bagi tindakan pantas terhadap kes disiplin dan Program Minda Sihat, Psikometrik dan SPIER untuk membina daya tahan emosi dan rakan sebaya penyokong, Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) memainkan peranan kritikal sebagai kaunselor dan intervensi psiko sosial dalam mengenal pasti murid berisiko, memberikan kaunseling individu dan kumpulan serta merujuk murid kepada agensi sokongan sekiranya perlu.

Pemantauan mengejut dan berkala oleh pegawai JPN, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah bagi mengenal pasti risiko keselamatan. Seterusnya pengukuhan Jawatankuasa Disiplin Sekolah dan penguatkuasaaan Tatacara Keselamatan bagi menangani masalah jenayah di sekolah. Integrasi program DARVIH (Data, Analisis, Respons, Vigilance, Intervensi, Hubungan) sebagai sistem pemantauan berasaskan data bagi mengenal pasti murid berisiko tinggi dan melaksanakan intervensi segera. Melaksanakan juga audit keselamatan di semua institusi pendidikan dalam pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), operasi keselamatan dan melaksanakan Program Intervensi Bangkit Bermaruah (CSR) iaitu Program Khidmat Komuniti Masyarakat dan Pembangunan Sahsiah untuk murid yang digantung sekolah.

Negeri Johor juga telah menubuhkan Jawatankuasa Khas, Johor Safe Zone yang melibatkan beberapa portfolio EXCO Kerajaan Negeri Johor dalam memastikan sekolah-sekolah di negeri Johor adalah tempat yang selamat. Langkah-langkah ini turut disokong oleh bimbingan berterusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah melalui sesi latihan, taklimat, perlaksanaan serta pemantauan berkala.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Kerajaan Negeri Johor sentiasa bekerja rapat dengan semua pihak berkepentingan melalui Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan juga telah menjalikan kolaborasi strategik dengan PDRM Kontijen Johor telah terlibat secara langsung dengan menempatkan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) menerusi Program Jom Ke Sekolah dan

Sekolah Rakan Cop Johor (SRJ) dan terkini adalah melalui penggunaan kod imbasan QR bagi pemeriksaan Polis Peronda di semua sekolah dan asrama sekolah dalam negeri Johor. Tugas pegawai PPS adalah membantu sekolah dalam menangani isu disiplin dan keselamatan, menjadi rujukan isu dan kes yang melibatkan perundangan, membuat rondaan dan pemantauan berkala, merangka dan menjalankan aktiviti pencegahan jenayah dan masalah disiplin pelajar dan memberi pendidikan keselamatan dan salah laku jenayah di sekolah.

Selain itu, semua agensi dalam Kerajaan Negeri Johor serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT), penglibatan ibu bapa, komuniti dan swasta (PIBKS) turut digerakkan untuk melaksanakan program pemulihan intervensi serta sosial serta bimbingan akhlak kepada murid yang berisiko. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua yang berada di dalam Dewan ini yang sentiasa cakna dan membantu dalam kempen Anti Buli dan salah laku dalam negeri Johor. Terima kasih kepada semua pegawai kerajaan. (Dewan bertepuk.)

Akhir sekali, semua pihak harus bekerjasama dalam memastikan isu masalah disiplin di sekolah dapat dicegah dan diatasi sebaiknya. Sokongan dan dokongan ibu bapa serta komuniti adalah amat penting dalam mendokong pertumbuhan sahsiah pelajar. Semoga anak-anak negeri Johor terus dilindungi dan dipelihara dari segala masalah jenayah agar menjadi individu dan masyarakat yang maju, berdaya saing serta tinggi akhlak budi pekerti, terima kasih.

Speaker

Dijemput Stulang.

Tuan Chen Kah EngDAP · PHStulang

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker dan terima kasih kepada YB EXCO yang memberikan jawapan. Dan, saya rasa untuk tujuan komunikasi yang lebih berkesan, saya mencadangkan agar kerajaan Johor membangunkan satu Apps yang selaras dan standard untuk semua sekolah di mana yang berfungsi sebagai satu saluran untuk pelajar dan ibu bapa untuk kemukakan aduan, makluman, maklum balas ataupun cadangan supaya menyenangkan ibu bapa dan pelajar untuk berkomunikasi dengan pihak sekolah, mengelakkan masalah tidak melaporkan sebarang kes, walaupun kes itu kecil atau dianggap remeh kerana sebarang makluman yang disalurkan mungkin berguna untuk pemantauan pada masa depan. Dan, aduan dan maklumat sebegini kepada sekolah juga mengelakkan ditapis dan tiada tindakan diambil. Jadi, soalan saya adakah kerajaan Johor boleh mempertimbangkan untuk membangunkan satu Apps untuk komunikasi untuk semua sekolah? Terima kasih.

Tuan Aznan bin TaminUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan · Tanjung Surat

Terima kasih Yang Berhormat Stulang di atas soalan, terima kasih di atas cadangan yang diberikan. Mungkin kita akan bawa kepada Jawatankuasa Johor Safe Zone tersebut. Dalam masa yang sama Yang Berhormat, dalam talian untuk kita merekod aduan di peringkat kerajaan negeri dan juga kerajaan pusat, kita dah ada talian yang diberikan mulai Program Talian Whatsapp Kementerian Pendidikan Malaysia dalam talian 014-8009325 yang telah kita adakan untuk memberi kepada ibu bapa dan juga guru-guru untuk melaporkan segala kejadian yang berlaku. Dalam masa yang sama di pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor juga ada talian hotline 24 jam, di talian 15999. Itu 2 talian yang kita ada untuk ibu bapa dan juga pihak sekolah menyampaikan maklumat tentang salah laku pelajar-pelajar di sekolah, terima kasih.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Gambir.

Tuan Sahrihan bin JaniUMNO · BNGambir

Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih YB EXCO di atas jawapan yang telah diberikan. Soalan tambahan saya adalah sejauh manakah keberkesanan Program Kempen Anti Buli yang telah pun diperkenalkan baru-baru ini, terima kasih.

Tuan Aznan bin TaminUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan · Tanjung Surat

Terima kasih Yang Berhormat Gambir. Yang Berhormat Datuk Speaker, Kempen Anti Buli #Johorsafezone dan Sekolah Bebas Buli yang dilaksanakan sebelum ini menunjukkan keberkesanan sederhana dengan peningkatan keselamatan murid dan guru terhadap pelaporan insiden buli. Namun, keberkesanan penuh masih bergantung kepada perlaksanaan di sekolah masing-masing. Antara indikator positif yang dicatat termasuk peningkatan kadar pelaporan awal oleh guru dan murid, peningkatan kehadiran murid ke sesi kaunseling dan intervensi tingkah laku, pengukuhan peranan guru disiplin serta PPS dalam rondaan hotspot. Untuk meningkatkan keberkesanan kempen ini, Kerajaan Negeri Johor melaksanakan tindakan seperti berikut. Pengukuhan pengawasan fizikal ke sekolah iaitu penetapan zone hotspot dengan rondaan wajib oleh PPS dan pentadbir serta kewajipan memasang CCTV berfokus di sekolah kategori risiko tinggi.

Seterusnya sistem pelaporan dan respon pantas iaitu penubuhan Unit Respon Segera (SPB) di peringkat daerah untuk turun ke sekolah dalam masa 48 jam. Seterusnya intervensi pelajar berisiko tinggi pengaktifan ujian urine berfokus bagi murid yang menunjukkan tingkah laku ganas atau penyalahgunaan bahan dan penyeragaman Prosedur Siasatan Dalaman iaitu semua sekolah mesti mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas 12/2023 Dalam Penyiasatan Dokumentasi dan Tatatertib serta fail kes diwajibkan lengkap dalam masa tujuh (7) hari bagi mengelakkan kelewatan tindakan. Jadi Yang Berhormat Datuk Speaker, Kempen Anti Buli ini telah dilakukan dengan secara baik dan dapat sokongan semua dan saya harap dengan adanya kempen ini akan mengurangkan lagi kes-kes tata salahlaku dalam negeri Johor ini, terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat, ada juga keperluan EXCO ataupun menteri, buat lawatan mengejut, jangan beritahu PPD, jangan beritahu sekolah, ya. Sebab saya ada pengalaman dahulu bila saya melawat satu sekolah di Putrajaya, bila saya masuk Security Guard tak tahan pun. Bila saya keluar saya tengok dia tengah baca surat khabar. Tapi bila saya pergi satu sekolah di pendalaman di Hulu Terengganu, dia tahan saya, dia tak bagi masuk selagi saya tak sain buku log. Ha itu yang betul. Jadi kita belum pernah mendengar kes orang luar serbu sekolah, tembak dan sebagainya seperti di luar negara. Jadi sebelum berlaku, kita kena pastikan benda ini dikawal lebih awal. Sebab itu perlu EXCO dan Menteri buat lawatan mengejut. Jangan beritahu pihak sekolah, jangan beritahu PPD dan sebagainya. Ok, saya jemput Yang Berhormat Parit Yaani. Ada. Ke dah lupa soalan?

Datuk Mohamad Najib bin SamuriUMNO · BNParit Yaani

Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan nombor 16.

Apakah langkah yang diambil bagi menggalakkan lebih ramai belia Johor kembali bekerja atau berniaga di negeri sendiri selepas tamat pengajian?

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Panti.

Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 17

Apakah usaha kerajaan negeri untuk mengurangkan penghijrahan belia kampung ke bandar serta menggalakkan lebih banyak peluang pekerjaan desa berpendapatan tinggi?

Speaker

Sila

Tuan Mohd Hairi bin Mad ShahUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Larkin

Bismillahirahmannirahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, izinkan saya menjawab soalan daripada Yang Berhormat Panti dan juga Parit Yaani bersekali Yang Berhormat Datuk Speaker dengan soalan-soalan Yang Berhormat Panti berikutan dengan konteks dan tujuan

soalan yang hampir sama, iaitu soalan yang pertama, apakah langkah yang diambil bagi menggalakkan lebih ramai belia-belia Johor kembali bekerja atau berniaga di negeri sendiri iaitu Johor selepas tamat pengajiannya. Dan soalan daripada Yang Berhormat Panti iaitu apakah usaha-usaha kerajaan negeri bagi mengurangkan penghijrahan belia kampung ke bandar serta menggalakkan lebih ramai peluang-peluang pekerjaan di desa berpendapatan tinggi.

Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih dan juga tahniah Yang Berhormat Parit Yaani atas keprihatinan Yang Berhormat menggalakkan lebih ramai belia-belia Johor kembali menyumbang bakti semula ke negeri Johor yang kita sayangi, khususnya dalam sektor keusahawanan selain menggalakkan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan di kawasan-kawasan setempat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Ahli-Ahli Dewan Negeri, untuk makluman antara geran permulaan perniagaan untuk anak-anak muda telah pun dilaksanakan merangkumi beberapa program atau beberapa siri program di bawah Perbadanan Usahawan Johor dan juga Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor. Untuk makluman, menerusi Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) dengan satu program iaitu dipanggil Mentor Mentee Zero To Hero. Itu merupakan inisiatif di bawah Belanjawan 2025 bagi merupakan satu inisiatif yang cukup baik memperkasakan usahawan-usahawan belia bagi bertujuan untuk membimbing usahawan-usahawan yang baharu memulakan perniagaan menerusi konsep mentor mentee yang mana mentor akan dipilih daripada usahawan-usahawa yang terbukti berjaya dalam kelangsungan perniagaan mereka serta mampu berkongsi pengalaman dan juga membimbing sedikit sebanyak usahawan-usahawan muda untuk berjaya dan mengorak langkah dalam dunia perniagaan.

Program ini juga sedang dilaksanakan sehingga 3 bulan, programnya bermula pada bulan April hingga pada Ogos 2025 dengan memfokuskan dan tertumpu mengenalkan usahawan-usahawan baharu kepada usahawan Johor yang telah berjaya supaya dapat belajar melalui pengalaman-pengalaman daripada mentor mereka dan diakhiri program ini seramai 30 usahawan-usahawan belia menerima manfaat menerusi tawaran geran permulaan perniagaannya bermula RM10,000.00 seorang.

Yang Berhormat Datuk Speaker, selain daripada itu di bawah program-program, jabatan-jabatan, agensi di bawah Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor juga menerusi Yayasan Inovasi Malaysia contohnya, yang merupakan salah satu agensi di bawah MOSTI, iaitu MySis, program yang akar umbi merupakan sebuah projek yang bermatlamatkan dan mempertingkatkan dan memacu usaha-usaha pembangunan dan juga pengkomersilan inovasi peringkat akar umbi yang berpotensi di Malaysia melalui kolaborasi dengan pelbagai pihak seperti kerajaan, industri, masyarakat akar umbi dan juga golongan muda termasuk penyediaan peluang pembinaan dengan kapasiti kepada pihak-pihak yang terlibat.

Program ini bertujuan juga untuk mempertingkatkan usaha-usaha pembangunan dan juga pengkomersilan inovasi akar umbi merangkumi penyediaan peluang pembinaan, kapasiti kepada inovator dan juga akar umbi tempatan. Program ini untuk makluman turut sedikit sebanyak menambah nilai produk inovasi daripada pembangunan prototaip kepada pra pengkomersilan. Banyak lagi program-program untuk meningkatkan anak-anak muda untuk balik ataupun berpeluang dalam program-program keusahawanan. Contohnya, Yang Berhormat Datuk Speaker, di bawah program SME Corp Malaysia sentiasa komited dalam memperkasakan belia-belia berkelayakan di negeri Johor. Antaranya program yang disediakan adalah program Tunas Usahawan Belia Bumputera (TIUB). Program ini menyediakan bantuan bagi pembangunan kapasiti berbentuk latihan, geran, permulaan perniagaan sehingga RM15,000.00 ribu sekiranya layak dan tamat latihan dan khidmat nasihat juga kepada belia Bumiputera yang berumur 18 tahun hingga 30 tahun diberikan. Belia Bumiputera yang terpilih akan didedahkan dengan pengetahuan-pengetahuan asas dan

juga menjalankan perniagaan seperti pengurusan akaun, asas sumber manusia, stok dan pemasaran melalui digital seperti facebook, X, twitter, edagang, tik tok dan sebagainya,

Yang Berhormat Datuk Speaker, banyak lagi program-program kalau kita nak sebut, saya percaya dan saya yakin hari ini lebih 62,000 masyarakat di negeri Johor, khasnya telah mendaftar dalam sistem PADU, di situlah banyak program-program, banyak latihan-latihan ataupun sahaja yang boleh boleh mereka, kita bantu di peringkat PUJB kita akan bantu, sekiranya tidak dapat membantu, di bawah Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor yang mempunyai 49 agensi dengan satu (1) kolaborasi yang cukup hebat, kalau saya bentangkan, pada tahun lepas sahaja hampir sahaja RM700 juta kita telah kongsikan kepada usahawan-usahawan negeri Johor. Saya yakin, pada tahun ini apabila pembentangan belanjawan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang cukup komprehensif, saya yakin pada tahun ini lebih banyak dan saya lihat dari segi pembangunan akar umbi yang dititikberatkan oleh Yang Amat Berhormat, kita bermula berikan lebih tambah nilai peruntukan RM3.0 juta untuk usahawan-usahawan mikro dengan program khemah-khemah kita akan berikan kepada semua usahawan-usahawan yang baharu. (Dewan bertepuk)

Yang Berhormat Datuk Speaker untuk menjawab soalan Yang Berhormat Panti, usaha-usaha kerajaan negeri juga untuk mengurangkan penghijrahan belia kampung ke bandar dan menggalakkan peluang-peluang pekerjaan di kawasan luar bandar yang berpendapatan tinggi dan berimpak, termasuklah kerajaan negeri sentiasa, kalau kita lihat sentiasa komited dan memastikan kesejahteraan dari segi sosio-ekonomi rakyat termasuk mengurangkan kadar penghijrahan belia luar bandar ke kawasan bandar melalui Unit Strategik Modal Insan (SMI) dan juga Johor Talent Development Council dengan pelbagai-pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi menggalakkan peluang-peluang pekerjaan berpendapatan tinggi di kawasan luar bandar agar belia-belia kekal bekerja dan menetap di daerah masing-masing. Antara usaha-usaha yang boleh saya kongsikan di bawah portfolio saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan iaitu melalui program-program out reach iaitu karnival kerjaya yang dilaksanakan bersama kolaborasi inisiatif yang cukup baik dengan Program Jelajah Orang Johor dan juga Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor ini cukup-cukup terkesan. Program ini kita lihat berfungsi sebagai salah satu platfrom padanan pekerjaan di peringkat daerah dengan menghimpunkan pelbagai majikan strategik bagi membuka peluang kerjaya kepada penduduk tempatan termasuk golongan-golongan belia dan graduan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri, kalau kita lihat peruntukan JOJ tahun hadapan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar meningkat naik. Betul ya Yang Berhormat Datuk Zahari, so saya mengharapkan pada tahun hadapan dengan adanya kolaborasi-kolaborasi ini dengan agensi-agensi padanan untuk kita membantu belia-belia dari segi usahawan Expert Talent ini kita bawakan agensi-agensi yang sewajarnya dan saya mengharap agensi-agensi sewajarnya seperti SMI, Talent Development Centre ini akan mengikuti program-program JOJ di 56 DUN pada tahun hadapan. Sekian itu sahaja. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Saya jemput Panti dahulu.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang diberikan cuma saya tertarik dengan beberapa program yang dinyatakan oleh Yang Berhormat EXCO terutama tentang Zero To Hero, Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor. Soalan saya bagaimanakah kerajaan membuat pengukuran tentang kejayaan program-program yang disebutkan tadi atau impak yang telah memberi kesan kerajaan negeri atau negeri secara umumnya mungkin dari segi berapa ramaikah usahawan desa yang terlibat ataupun peluang-peluang pekerjaan yang telah dicipta hasil daripada program-program tersebut? Terima kasih.

Tuan Mohd Hairi bin Mad ShahUMNO · BNPengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Larkin

Terima kasih Yang Berhormat Panti. Soalan tambahan yang cukup baik

dengan program-program yang kita lihat, dengan program-program Mentor Mentee ini yang telah dilaksanakan pada tahun lepas kalau mengikut permintaan Yang Berhormat Panti memang cukup ramai tetapi dengan kapasiti peruntukan yang disediakan itu yang cukup-cukup limited sebanyak RM500,000.00 yang diperuntukan bagi program bimbingan Mentor Mentee ini untuk 11 usahawan belia dan yang baru memulakan perniagaan. Untuk makluman Yang Berhormat Panti, program ini diletakkan di bawah teras yang ke-6 iaitu Teras Orang Muda Johor dalam Belanjawan Johor 2025, menunjukkan ia dimasukkan dalam agenda strategik kerajaan negeri. Kalau kita nak lihat statistik berapakah yang diminta oleh YB Panti dan dengan berapakah peluang-peluang pekerjaan yang dari segi program out reach dalam program-program Jelajah Orang Johor, insya-Allah pihak saya dan juga SMI dan juga Johor Talent akan memberi satu jawapan bertulis berapakah jumlah yang kita dapat di 56 DUN untuk Jelajah Orang Johor, Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat , oleh kerana soalan ini pada saya cukup penting dan ia juga dibangkitkan oleh Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor, saya jemput Yang Berhormat Tiram.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, soalan Tiram nombor 18.

Apakah perancangan menangani kesesakan di HSA dan HSI dan KPI pengurangan masa menunggu di Jabatan Kecemasan?

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Puteri Wangsa.

Yang Berhormat Datuk Speaker soalan saya nombor 19.

Susulan lawatan YAB Menteri Besar ke Hospital Sultan Ismail pada bulan Julai 2025 realiti kekurangan tenaga kerja kesihatan di negeri Johor amat menjadi kebimbangan rakyat Johor. Mohon kerajaan negeri menjelaskan langkah-langkah intenvensi yang boleh diambil bagi menyelesaikan masalah ini.

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Senai.

Tuan Wong Bor YangDAP · PHSenai

Yang Berhormat Datuk Speaker, nombor 20.

Apakah sistem Smart Queue System (SQS) yang dilaksanakan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru berjaya memendekkan masa menunggu pesakit seperti perancangan? Adakah kemungkinan sistem ini akan diperluas di hospital lain seperti di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai?

Speaker

Sila.

Tuan Ling Tian SoonMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar · Yong Peng

Terima kasih Datuk Speaker kerana mengizinkan menjawab tiga (3) soalan yang mengenai sistem kesihatan dalam negeri Johor ini. Pagi hari berjalan-jalan, singgah sebentar beli jamu, Kurang garam seimbang badan, Kurang gula dan minyak jaga jantung selalu. Selamat pagi dan salam maju Johor kepada Yang Berhormat Datuk Speaker dan juga seisi Dewan sekalian. Terima kasih soalan daripada Tiram, Puteri Wangsa dan juga Senai yang apa ni kemukakan soalan mengenai inisiatif yang telah dilakukan di HSA ataupun HSI yang terutamanya bagi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (HSA), Klinik Rawatan Pesakit Selepas Waktu Pejabat (KRPSWP) telah dipindahkan dari Zon Hijau Jabatan Kecemasan Trauma ke Bangunan Poliklinik Pakar dan kerajaan negeri telah menyalurkan bantuan sebanyak RM100,000.00 bagi menaik taraf peralaan kelengkapan di KRPSWP. Kerajaan negeri telah memberi bantuan dengan menempatkan personal Southern Voluenteer seramai 20 hingga 25 orang bagi membantu

kelancaran menggerakan pesakit di Jabatan Kecemasan dan Trauma dan juga wad. Kerajaan negeri juga telah menyediakan dana bagi membayar elaun locum untuk dua (2) orang pegawai perubatan locum 8:00 malam hingga ke 12:00 tengah malam oleh pegawai perubatan dari swasta dan 11:00 malam hingga 7:00 pagi oleh pegawai perubatan dari HSA JB.

Kerajaan negeri Johor telah memberi peruntukan bagi menaik taraf ruang menunggu bagi Zon Hijau di Jabatan Kecemasan dan Trauma HAS, JB supaya lebih selesa dan dengan berhawa dingin, sebelumnya tak ada berhawa dingin dan mulai sekarang kalau siapa yang pergi ke Jabatan Kecemasan dan Trauma tempat menunggunya telah mempunyai aircond. Dan pihak KKM juga dalam perancangan membina satu hospital baru iaitu HSA 2 JB dan dalam bajet tahun 2026 ia telah diluluskan dan telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Yang keenam, Hospital Pasir Gudang telah mula beroperasi sejak Julai 2025 iaitu Jabatan Kecemasan dan beberapa klinik pakar serta dua (2) wad telah mula operasi dan ia dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada bulan Mac tahun 2026. Dan Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi HSI pula di klinik pakar telah menggalakkkan pesakit hadir mengikut masa temu janji dan tidak hadir terlalu awal dan telah mula memindahkan sebahagian temu janji pesakit ke Hospital Pasir Gudang dan klinik kesihatan. Di wad pula bagi secara pengurusan dalaman kita telah menggunakan sistem mengoptimumkan pengunaan katil melalui bed management unit dengan izin, ataupun kalau di luaran kami menggunakan mengoptimumkan pengunaan katil melalui program hospital kluster di antara Hospital Pasir Gudang, Hospital Kota Tinggi dan Hospital Mersing. Di Jabatan Kecemasan pula mendapat Pegawai Perubatan dan Pembantu Pegawai Perubatan dari luar HSI JB untuk turut berkhidmat bersama inisiatif locum yang ditanggung oleh kerajaan Negeri. Dan peluang berkhidmat di Zon Hijau melalui inisiatif Klinik Rawatan Pesakit Luar Waktu Pejabat KRPLWP turut dibuka kepada pegawai perubatan KKM selain dari HSI JB contohnya dari Hospital Pasr Gudang dan Hospital Sultanah Aminah. Dan untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, graf yang dipaparkan di LED skrin menunjukkan purata menunggu dalam jam bagi pesakit di Zon Hijau Hospital Sultan Ismail Johor Bahru, Zon Hijau merupakan sistem perawatan di Jabatan kecemasan bagi kes-kes yang dikategorikan sebagai tidak kritikal. Selain dari jumlah pesakit dan jumlah anggota yang bertugas pada satu-satu masa, kesesakan di zon yang lebih kritikal seperti di Zon Kuning dan Zon Merah turut mempengaruhi waktu menunggu kerana susunan petugas perlu dibuat berdasarkan keperluan semasa. Penurunan waktu menunggu pada bulan Ogos hingga Oktober berbanding bulan Jun 2025 berkemungkinan dari inisiatif kerajaan negeri mewujudkan slot locum di Zon Hijau bermula pada pertengahan Julai 2025 yang boleh disertai oleh anggota kesihatan dari luar Hospital Sultan Ismail. Di satu graf lagi yang telah ditunjukkan, dipaparkan graf ini antara menunjukkan dua (2) pecahan komponen melibatkan jumlah aduan dan aduan berkaitan waktu menunggu di Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Ismail Johor Bahru telah menunjukan penurunan. Bagi Smart Que System (SQS) yang telah dilaksanakan di Hospital Sultan Aminah Johor Bahru. SQS telah dilancarkan pada bulan Julai 2025 secara berfasa iaitu dalam empat (4) fasa. Kini sistem ini adalah dalam fasa ke-3 dan fasa ke-4 akan bemula pada pertengahan bulan November 2025. Tujuan SQS adalah bagi mengurangkan masa beratur, mendapat nombor dan proses pendaftaran di Poliklinik Pakar HSA JB. Time Motion Study dengan izin, bagi menentukan impak keberkesanan projek SQS ini adalah masih proses kajian. Kajian ini dianggarkan selesai pada akhir bulan Januari 2026. Laporan berkaitan akan dimajukan kepada kerajaan negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) seawal bulan Februari 2026. Sekiranya sistem ini memberi impak yang besar, JKNJ akan mencadangkan untuk memperluaskan implementasi kepada hospital-hospital lain seperti Hospital Temenggung Sri Maharaja Tun Ismail Kulai. Walau bagaimanapun

pelaksanaan ini memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi dan permohonan peruntukan perlu mendapat kelulusan yang mengambil masa yang panjang. Sekian terima kasih.

Speaker

Saya jemput Tiram dulu.

Tuan Azizul bin BachokUMNO · BNTiram

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO atas jawapan itu tadi. Yang Berhormat jika kita lihat di HSI itu sendiri terdapat satu Kesihatan Sultan Ismail dalam kawasan HSI. Sebagaimana saya pernah ditaklimatkan kehadiran ke KK HSI ini sendiri secara puratanya hampir 1,500 orang sehari, jadi saya rasa Tiram rasakan ianya juga menyumbang kepada kesesakan khususnya kesesakan parking kenderaan di kawasan HSI, jadi ada pandangan atau pun cadangan daripada pihak kerajaan tentang kesesakan parkir kenderaan yang berada di kawasan HSI, terima kasih.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan

Terima kasih soalan tambahan daripada YB Tiram. Yang Berhormat Datuk Speaker suka saya kongsikan dengan seisi Dewan, Klinik Kesihatan Sultan Ismail ini dia uniknya sedikit kerana dia terletak dalam kompaun dalam kawasan Hospital Sultan Ismail, so dia juga menyumbang kepada kesesakan kepada hospital dan juga parkir. Dan suka saya kongsikan dengan seisi Dewan sekalian pihak kerajaan negeri dengan menerusi inisiatif kerajaan negeri kami telah mengenal pasti satu kawasan yang terletak di Pusat Komersial Mount Austin yang lebih kurang jaraknya 3 km daripada klinik yang sedia ada dan kita telah menyewakan satu bangunan yang asalnya adalah pasar dan dengan peruntukan kerajaan negeri kita menaik tarafkannya sebagai satu klinik kesihatan. Dan mudah-mudahan kerja menaik taraf telah selesai sekarang dalam proses pemindahan mudah-mudahan akan beroperasi pada pertengahan bulan Disember nanti dan Klinik Ibu dan Anak dalam Klinik Kesihatan Sultan Ismail akan dipindahkan ke dalam bangunan fasa asalnya di Pusat Komersial Mount Austin tersebut dan juga perkhidmatan pengambilan ubat, drive thru juga akan dipindahkan ke bangunan yang baru. Mudah-mudahan dengan ada program decanting dapat mengurangkan kesesakan di KK HSI dan juga dapat apa ni melegakan situasi kekurangan parkir di kawasan HSI ini, terima kasih.

Speaker

Jemput Puteri Wangsa.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan itu tadi. Kita semua sedia maklum bahawa dalam negara Malaysia ini kita ada kekurangan tenaga kerja kesihatan di mana laporan menunjukkan 2020 sehingga 2024, lebih 9,000 tenaga kerja kesihatan kita berhijrah ke luar negara. Dan kalau di Johor lebih 15 hingga ke 18,000 jururawat kita yang tidak bekerja dalam Johor tetapi bekerja di Singapura. Saya faham bawa isu ini adalah isu yang berat dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga sudah memberikan komitmen untuk berbincang dengan kerajaan persekutuan. Pertama saya harapkan agar ada respon dalam ucapan Yang Berhormat EXCO atau pun Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam penggulugan nanti respon daripada kerajaan persekutuan supaya semua ADUN tahu tentang apa yang kerajaan persekutuan rancangkan supaya kita dapat pastikan tenaga kerja kesihatan kekal dalam Malaysia dan kedua saya ingin bertanya kerana strategi di Johor pula berbeza kerana mudah untuk mereka berpindah ke Singapura. Sekiranya ada inisiatif atau pun insentif berbeza daripada kerajaan negeri untuk pastikan tenaga kerja kesihatan kita tak keluar daripada Johor. Terima kasih Yang Berhormat

Datuk Speaker.

Tuan Ling Tian SoonMCA · BNPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar · Yong Peng

Terima kasih soalan tambahan, soalan yang baik daripada Puteri Wangsa. Yang Berhormat Datuk Speaker kami tak boleh nafikan kami berada di dalam situasi pengurangan tenaga kerja khususnya dalam sistem perubatan, bukan saja di negeri Johor tetapi seluruh Malaysia dan dengan inisiatif kerajaan negeri, kami telah menubuhkan satu Jawatankuasa Taskforce bersama di antara kerajaan negeri dan juga pihak Kementerian Kesihatan dan antaranya satu isu yang kami

sering bincangkan dalam Taskforce tersebut adalah cara penyelesaian untuk apa ni kekurangan kakitangan dalam sistem perubatan di sini. Mudah-mudahan dengan adanya Taskforce kami dapat bekerjasama dengan pihak kementerian supaya dapat menyalurkan lebih ramai lagi petugas kesihatan ke negeri Johor ini dan pihak Kementerian telah, menerusi beberapa inisiatif mereka telah apa ni menerima doktor-doktor kontrak tersebut menjadikan dia sebagai doktor permanent, mudah-mudahan dengan adanya inisiatif tersebut kita dapat mengekalkan lebih ramai lagi doktor atau pun jururawat yang masih berkontrak menjadi permanent, boleh mengekalkan mereka dalam sisem perubatan kita. Sekian terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekiranya ada soalan lisan yang belum di jawab akan dijawab secara bertulis dalam persidangan yang sama. Persidangan ini saya tangguhkan selama 20 minit dan kita akan masuk balik pada 11:35 pagi. Terima kasih. Persidangan ditangguhkan pada jam 11:10 pagi. Persidangan disambung semula pada jam 11:30 pagi.

Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2026) Tahun 2025.Bill

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, suka saya mengingatkan bahawa menurut Peraturan Tetap 112 (2), maka perbahasan atas Rundingan itu hendaklah dihadkan kepada lunas-lunas am berkenaan dengan dasar dan pentadbiran kerajaan sebagaimana tersebut dalam Rang Undang-Undang ini. Dimaklumkan bahawa tempoh perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat adalah selama tiga (3) hari iaitu mulai hari ini 17 November hingga 19 November 2025. Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya akan menyeru nama kawasan Ahli-Ahli Yang Berhormat berdasarkan senarai giliran yang saya perolehi. Untuk pencadang rundingan, masa yang diberikan ialah 40 minit, penyokong diberi masa 30 minit, pengimbang kerajaan diberi masa 30 minit. Manakala Ahli-Ahli Dewan yang lain akan diberi masa 20 minit sahaja. Bagi membolehkan lebih ramai Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat berucap, saya memohon kerjasama semua agar menepati masa yang diberikan. Suka saya mengingkatkan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat supaya menjaga adab dan tatatertib ketika berada dalam perbahasan di dalam Dewan ini, selaras dengan Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Johor Bil. 45. Perbahasan Atas Rundingan Bagi Bacaan Kali Yang Kedua Enakmen Perbekalan (2026) Tahun 2025 dimulakan sekarang. Dijemput Yang Berhormat Kukup.

Bismillahirahmanirahim, (Doa). Assalamualaikum warahmatullahitaalahi wabarakatauh salam sejahtera, salam Maju Johor. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Dari Kukup ke Johor Bahru, semangat Johor terus membara, Bangsa Johor teguh bersatu, maju negeri rakyat sejahtera. Yang Berhormat Datuk Speaker terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana memberi ruang serta peluang kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Johor 2026 pada pagi yang penuh bermakna ini. Saya juga juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi Menteri Besar Johor atas kejayaan beliau membentangkan Belanjawan Negeri Johor 2026 pada hari Khamis yang lalu selama hampir 1 jam 30 minit yang turut disiarkan secara langsung, live streaming melalui laman rasmi facebook Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dengan tema “Bangsa Johor Sejahtera”. Bagi Belanjawan Negeri Johor 2026, Yang Amat Berhormat Menteri Besar memaklumkan bahawa unjuran hasil negeri adalah sebanyak RM2,557,750,000.00. Manakala unjuran perbelanjaan negeri pula dianggarkan sebanyak RM2,546,293,000.00. Ini bermakna

Belanjawan Johor 2026 sekali lagi merupakan belanjawan lebihan surplus dengan jumlah sebanyak RM4,457,000.00.

Pencapaian ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Johor telah berjaya mengekalkan belanjawan lebihan selama tiga (3) tahun berturut-turut. (Dewan bertepuk.) Satu rekod yang amat membanggakan dan mencerminkan pengurusan fizikal yang berdisiplin, telus serta berkesan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Belanjawan yang dibentangkan ini mencerminkan kerajaan negeri yang stabil, makmur dan berdaya saing yang diterajui oleh Barisan Nasional yang sentiasa cakna kepada keperluan rakyat Bangsa Johor seperti pepatah Melayu berkata, “Orang berbudi, kita berbahasa; orang memberi, kita merasa”. Setiap sokongan rakyat wajar dibalas dengan inisiatif yang membawa kesejahteraan bersama. Alhamdulillah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta barisan kepimpinan kerajaan negeri yang berjaya menyediakan Belanjawan Johor 2026 berasaskan 6 teras Maju Johor dengan 260 inisiatif bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri agar manfaatnya dapat dinikmati seluruh rakyat.

Belanjawan ini bersifat inklusif, memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat, tanpa mengira kaum, latar belakang pendidikan atau tahap pendapatan. Daripada penjawat awam negeri dan persekutuan hingga golongan kurang berkemampuan dan Orang Kurang Upaya, semuanya turut mendapat perhatian. Malah pemeliharaan alam sekitar serta keseimbangan ekosistem flora dan fauna turut diberi keutamaan.

Bagi memastikan kejayaan Belanjawan Johor 2026, marilah kita bersatu hati dan bekerja sebagai satu pasukan, sama ada pihak kerajaan mahu pun pengimbang demi pembangunan negeri yang kita cintai ini. Dengan kesepaduan ini, impian menjadi Johor sebagai negeri maju menjelang 2030 pasti dapat direalisasikan. Saya mengharap pihak pengimbang ketika Belanjawan dibacakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, mereka tidak mengangkat tangan. Tetapi saya lihat mereka tersenyum lebar walau pun mereka tidak mengangkat tangan menyatakan sokongan, saya faham mereka ibarat, anak dara yang dipinang anak raja, diam tanda setuju. Betul? (Dewan bertepuk.)

Yang Berhormat Datuk Speaker, peruntukan khusus kerajaan persekutuan kepada Kerajaan Negeri Johor. Kerajaan persekutuan telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap kemajuan negeri Johor melalui pelbagai inisiatif dan projek strategik. Antaranya, Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), dana pembangunan awam termasuk naik taraf lebuhraya Senai-Desaru Fasa 2A, Cahaya Baru ke Sungai Johor bagi memperkukuhkan hubungan logistik antara dua wilayah ini. Projek ini dijangka menarik pelaburan bernilai tinggi dalam sektor digital, logistik dan tenaga hijau serta membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Johor. Projek naik taraf jalan persekutuan dan negeri termasuk persimpangan seksyen 16 Johor Bahru-Kulai-Gelang Patah dan Jalan Parit Panjang-Ayer Baloi ke Tol Sedenak-Pontian bagi meningkatkan kelancaran trafik serta merancakkan pembangunan luar bandar dan kawasan industri.

Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB), Sungai Mengkibol-Kluang, RTB Sg. Chaah, Segamat akan mengurangkan risiko banjir melindungi lebih 20,000 penduduk dan kawasan pertanian. Peningkatan kemudahan awam di Johor Bahru, penggantian lif dan eskalator di Jalan Sultan Iskandar (CIQ), serta naiktaraf kemudahan di Johor Bahru Sentral memudahkan urusan rentas sempadan dan pelancongan. Infrastruktur digital dan ekonomi hijau, Johor menjadi hub penting projek MADANI Submarine Cable System dan pelaksanaan projek tenaga solar berskala bersar oleh GLC memperkukuh agenda tenaga hijau negara. Sektor pertanian dan perikanan lestari. Penambahan peruntukan bagi program peningkatan hasil pertanian dan pembangunan pelabuhan perikanan untuk meningkatkan pendapatan nelayan dan petani tempatan.

Inisiatif penjawat awam dan pekerja GIG. Kira-kira 140,000 penjawat awam persekutuan di Johor menerima bantuan RM500.00, manakala kerajaan negeri menambah RM500.00 lagi sebagai inisiatif khas buat kali pertama dalam sejarah negeri Johor. (Dewan bertepuk.) Selain itu, perlindungan sosial diberikan kepada pekerja GIG, seperti pemandu e-hailing dan penghantar makanan di Johor Bahru dan Iskandar Puteri.

Pemuliharaan alam sekitar dan eko-pelancongan. Peruntukan RM5 juta untuk pembanguan fasa ke-2, Pusat Santuari Gajah Negeri Johor. YB Sedili jangan takut, sudah ada orang yang akan melindungi gajah tuan-tuan di sana.

Secara keseluruhan, Belanjawan 2026 memperlihatkan perhatian serius kerajaan persekutuan terhadap kemajuan Johor. Dan kami merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan persekutuan atas sokongan dan peruntukan strategik. Ini memperkukuhkan Johor sebagai negeri maju, stabil dan pintu utama masuk utama negara ke rantau Asean.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menjunjung kasih ke atas Titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang menzahirkan kepentingan tinggi terhadap isu-isu rakyat serta masa depan pembangunan negeri Johor. Titah Tunku bukan sekadar ingatan tetapi sebagai penegasan agar negeri Johor diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan persekutuan. Saya menyatakan sokongan penuh terhadap titah Tunku yang menekankan keperluan mempercepatkan projek pembangunan dan infrastruktur persekutuan masih tertangguh di negeri Johor.

Johor bukan sahaja menjadi pintu masuk utama negara, malah merupakan antara penyumbang pelaburan tertinggi kepada Malaysia melalui sektor perindustrian, pelabuhan, logistik, teknologi dan pelancongan dengan kedudukan strategik yang menghubungkan Malaysia – Singapura, Johor secara konsisten menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi nasional. Namun begitu, beberapa projek infrastruktur kritikal masih tidak bergerak pada kadar yang sepatutnya, seperti peningkatan sistem pengangkutan dan aliran pelancongan yang amat penting bagi menjelang Tahun Melawat Johor 2026. Naik taraf prasarana pengurusan banjir dan sistem aliran di kawasan berisiko tinggi, pembangunan fasiliti kesihatan dan pendidikan termasuk hospital baru yang telah diumumkan tetapi belum menunjukkan kemajuan signifikan. Pemerolehan aset strategik persekutuan bagi menyokong sektor maritim dan mobiliti di wilayah selatan.

Titah Tunku turut menekankan kepentingan menyelesaikan isu-isu besar, khususnya kesesakan lalu lintas di Johor Bahru terutamanya apabila projek RTS beroperasi kelak dan keperluan penyelesaian menyeluruh seperti sistem pengangkutan bertingkat dan infrastruktur alternatif di Bukit Cagar. Kelewatan projek kesihatan utama termasuk Hospital Pasir Gudang, isu-isu berpanjangan di Hospital Sultanah Aminah serta kemajuan projek HSA 2 yang masih tidak kukuh.

Keprihatinan ini membuktikan bahawa Tunku sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan menitikberatkan mutu perkhidmatan awam. Maka, saya mendesak kerajaan persekutuan untuk memberikan komitmen yang lebih jelas, tegas dengan menyalurkan peruntukan berskala besar dan segera, menetapkan garis masa yang ketat dan telus, mengurangkan kerenah birokrasi yang melambatkan kelulusan projek, memberikan keutamaan kepada projek-projek yang memberikan impak langsung kepada rakyat Johor.

Sehubungan itu, saya juga menyeru agar kerajaan persekutuan mengambil serius titah Tunku, manakala kerajaan negeri akan terus bekerjasama secara konstruktif bagi memastikan isu-isu yang dibangkitkan dapat diselesaikan segera. Jika kita mahu Johor terus menjadi pemangkin pertumbuhan Malaysia, maka sokongan persekutuan tidak boleh lagi bersifat separuh hati atau sekadar di atas kertas. Johor telah memberi sumbangan besar kepada negara. Kini, tiba masanya kita menerima sokongan setimpal agar pembangunan

negeri ini berkembang pesat dan memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat. Dengan semangat Bangsa Johor Sejahtera, saya yakin Johor akan terus mara ke hadapan mendokong visi Johor Maju 2030.

Yang Berhormat Datuk Speaker, di kesempatan ini izinkan saya menumpukan perhatian kepada 2 agenda besar yang menjadi denyut nadi kesejahteraan Johor dalam Belanjawan Johor 2026. Ini iaitu pemerkasaan ekosistem halal dan pengukuhan jaringan keselamatan sosial. Kedua-dua fokus ini bukan sahaja menjadi tuntutan semasa, malah menjadi asas kepada pembinaan negeri yang berdaya tahan, inklusif dan sejahtera.

Belanjawan Johor 2026 membawa banyak inisiatif positif. Namun, untuk menjadikan Johor benar-benar bersedia menghadapi ekonomi masa depan 2 teras ini, Halal dan Keselamatan Sosial perlu ditambahbaik dengan pendekatan strategik berasaskan data dan berimpak jangka panjang. Kita perlu melihat industri halal bukan sekadar pensijlian tetapi sebagai ekosistem, ekonomi bernilai tinggi yang melahirkan pekerja profesional dan peluang eksport. Kita juga perlu melihat keselamatan sosial bukan sekadar bantuan tunai tetapi sebagai platform mobiliti sosial untuk mengeluarkan keluarga dari perangkap kemiskinan secara mampan. Hanya dengan kombinasi dasar yang berani, kritikal dan berkesan, Johor mampu muncul sebagai negeri yang bukan sahaja makmur, tetapi adil, berdaya tahan dan berintegriti.

Yang Berhormat Datuk Speaker, penubuhan Johor Halal Development Corporation (JHDC) adalah baik, tetapi ianya perlu penjelasan yang lebih jelas. Transformasi PIJ Halal Ventures kepada Johor Halal Development Corporation merupakan langkah positif namun mandat Johor Halal Development Corporation masih belum dihuraikan secara terperinci, sama ada ia bertindak sebagai regulator, enable, pemudahcara atau vehicle pelaburan. Kekaburan mandat ini boleh menyebabkan pertindihan dengan agensi seperti JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, MPOB dan MITI. Saya ingin mencadangkan supaya garis skop jelas Johor Halal Development Corporation dalam dokumen dasar negeri.

Yang kedua, bentuk Halal Steering Council melibatkan industri, akademik dan ulama untuk memastikan ketelusan serta libat urus yang lebih kukuh. Dengan jumlah pensijilan halal kepada 500 usahawan adalah merupakan sasaran yang rendah dan impak yang terhad. Dengan jumlah usahawan Muslim di Johor melebihi 200,000, sasaran 500 usahawan bersijil halal terlalu kecil dan tidak mencerminkan potensi negeri. Kukup ingin mencadangkan supaya tingkatkan sasaran kepada sekurang-kurangnya 5,000 usahawan dalam tempoh lima (5) tahun. Laksanakan kaedah cluster-based halal upgrading, contohnya kluster makanan laut boleh dilakukan di Pontian, cluster-bakery Batu Pahat, kluster herba boleh buat di Kluang.

Profesional bakat halal baik tetapi fragmanted. Kursus profesional halal eksekutif dan auditor adalah usaha baik, tetapi pendekatan semasa bersifat terpencil ini tidak diintegrasi dalam ekosistem pekerjaan. Kukup ingin mencadangkan satu Akademi Profesional Halal Johor dengan kerjasama universiti dan industri dibentuk, mewujudkan halal career pathway dengan standard gaji industri, memasukkan modul halal dalam TVET arus perdana bukan hanya program terpencil.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin merakamkan sekali lagi ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas komitmen berterusan kerajaan negeri melalui Bantuan Kasih Johor dalam Belanjawan 2026. Ia merangkumi lebih 20 kategori penerima menunjukkan kesungguhan kerajaan menyantuni rakyat termasuk di DUN Kukup dan daerah Pontian.

Bantuan one-off ini memberi impak segera tanpa mengira latar belakang ekonomi atau lokasi, namun di lapangan terdapat keresahan daripada masyarakat kampung dan bimbang tercicir kerana tidak tersenarai atau tidak berdaftar dalam mana-mana sistem bantuan sedia ada. Isu ini menggambarkan cabaran yang lebih besar iaitu ekosistem keselamatan sosial yang terlalu

bergantung kepada bantuan tunai, infak dan bantuan makanan tetapi belum cukup kukuh untuk melonjakkan mobiliti sosial kumpulan rentan.

Bantuan tunai dan program kebajikan memang membantu keperluan mendesak tetapi tidak menyelesaikan masalah asas seperti pendapatan tidak stabil, peluang pekerjaan terhad dan kenaikan kos sara hidup. Oleh itu, pelaksanaan Bantuan Kasih Johor perlu digabungkan dengan strategi jangka panjang yang lebih mampan. Kukup mencadangkan:

1. Sistem pendaftaran dan daftar bersepadu. Mewujudkan Integrated Poverty Database Johor supaya data MAINJ, JKM, e-Kasih, PBT dan agensi negeri dapat dipadankan secara automatik memastikan tiada pertindihan bantuan dan tiada rakyat yang layak tercicir.

2. Pendaftaran bergerak ke kampung dan pesisir, program mobil registration di kampung, pulau dan kawasan pendalaman untuk membantu mereka yang tidak mempunyai akses kepada pejabat kerajaan.

3. Audit pelaksanaan dan libat urus masyarakat. Pemantauan berkala oleh agensi negeri dengan penglibatan penghulu, ketua kampung dan NGO tempatan bagi memastikan bantuan sampai kepada sasaran sebenar.

4. Mengurangkan kebergantungan bantuan tunai. Mengalihkan sebahagian peruntukan tunai kepada program peningkatan pendapatan seperti projek ekonomi kecil, keusahawan komuniti dan latihan kemahiran, memperkenalkan social mobility lab khusus untuk asnaf dan keluarga rentan sebagai platform intervensi berfokus.

5. Exit plan untuk penerima bantuan. Penerima bantuan makanan seperti Gerobok Rezeki, Dapur Kasih atau Infak Jumaat perlu ditawarkan laluan keluar melalui program pekerjaan, peningkatan kemahiran dan sokongan keusahawan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, dengan menambah baik mekanisme pelaksanaan bakul Kasih Johor dan mengukuhkan strategi keselamatan sosial jangka panjang, saya yakin bantuan kerajaan negeri bukan sahaja menyantuni ramai tetapi benar-benar mampu mengeluarkan keluarga rentan daripada kitaran kemiskinan. Ini bukan sekadar menunaikan tanggungjawab kebajikan tetapi membina sebuah negeri yang berdaya saing, sejahtera dan meninggalkan tiada siapa di belakang. Inilah makna sebenar Bangsa Johor Sejahtera. Bukan hanya slogan tetapi realiti yang dirasai rakyat dari bandar sampai ke pendalaman.

Yang Berhormat Datuk Speaker, untuk menguruskan segala Bakul Bantuan Kasih Johor ini kadang-kadang Pejabat DUN pun kekurangan bantuan untuk pengurusan. Jadi apalah salahnya setiap kali projek ini ditambah sedikit untuk urusan pengurusan kerana apabila ramai datang sudah tentulah untuk minum dan makan. Ada juga yang terpaksa disewa. Jadi mohonlah Yang Amat Berhormat Menteri Besar mohon mempertimbangkan setiap kali penyaluran Bakul Bantuan Kasih Johor ini ada disertakan dengan bantuan pengurusan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin menekankan bahawa Belanjawan Negeri Johor 2026 bukan sahaja bersifat strategik bagi keseluruhan negeri tetapi juga banyak memberi manfaat yang jelas dan signifikan khususnya di DUN Kukup serta daerah Pontian.

1. Melalui peruntukan penyelenggaraan jalan negeri, jalan kampung dan jalan pertanian. Penduduk Kukup dan Pontian akan menikmati akses lebih lancar ke kawasan peladangan, pelabuhan kecil serta kawasan pesisir.

2. Projek pembangunan ekonomi seperti peningkatan Pasar Borong Pontian akan memberi manfaat langsung kepada nelayan, petani dan peniaga tempatan. Dengan

adanya peningkatan Pasar Borong Pontian ini menyediakan kemudahan moden, cekap dan peluang perniagaan yang lebih luas.

3. Projek pemuliharaan alam sekitar dan eko pelancongan termasuk tebatan banjir, penghijauan dan perlindungan hutan bakau di kawasan pesisir seperti Tanjung Piai dan Kukup bukan sahaja memelihara alam sekitar tetapi turut membuka peluang ekonomi melalui pelancongan lestari.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya amat mengalukan peruntukan bajet bagi pembinaan kemudahan hab ekonomi belia Pontian di Pusat Perdagangan Pontian. Inisiatif ini bukan sahaja mengisi jurang fasiliti pembangunan belia di daerah Pontian, malah menjadi lonjakan baharu kepada agenda merakyatkan ekonomi dan memperkukuhkan peranan anak muda sebagai pemacu pembangunan masa depan. Projek ini atau pun hab ekonomi belia ini perlu menjadi pemangkin ekonomi serantau melalui penyediaan, penyediaan ruang usahawan dan inkubator perniagaan. Ini boleh membimbing belia memulakan perniagaan kecil, urusan sosial serta inovasi komersial.

Kedua, Pusat Latihan Kemahiran Digital dan Teknikal yang memberi penekanan kepada kemahiran masa depan seperti teknologi maklumat, pemasaran digital, automasi asas kewangan perniagaan dan transformasi digital IKS.

Ketiga, kemudahan aktiviti kreatif dan inovasi belia termasuklah ruang produksi kreatif, bengkel reka bentuk, marker space dan studio kecil.

Keempat, platform program dan ekspo industri yang membolehkan kerjasama dengan industri, agensi kerajaan seperti teknologi koperasi dan komuniti setempat. Melalui program berkala seperti ekspo belia, pameran kerjaya, showcase, inovasi, dialog industri dan festival usahawan Pontian dapat menarik lebih banyak aktiviti ekonomi berskala daerah dan wilayah.

Dengan kemudahan yang terancang dan berfokus, hab ekonomi belia ini bakal memperkukuhkan ekosistem ekonomi setempat. Impak bukan sahaja pada peluang pekerjaaan dan peningkatan pendapatan belia, tetapi kepada peniaga kecil, ekonomi digital, aktiviti kreatif dan pembangunan komuniti. Peranan strategik pusat perdagangan Pontian sebagai lokasi memberi nilai tambah kedudukannya yang matang sebagai kawasan tumpuan perniagaan menjadikan idea sebagai pusat rujukan pembangunan belia. Dengan pelaksanaan yang cekap, hab ini berpotensi menjadi contoh model pembangunan belia negeri seiring dengan visi Johor Maju 2030. Harapan bagi kawasan Pontian dan DUN Kukup khususnya amat tinggi. Janganlah esok hab belia hanya merupakan satu bangunan kosongan sahaja untuk mengumpulkan belia tanpa ciri-ciri yang saya sebutkan tadi.

Yang Berhormat Datuk Speaker, seterusnya saya ingin membangkitkan perbahasan ini berkaitan dengan Tahun Melawat Johor 2026 yang kini semakin hampir tinggal hanya sebulan lagi. Alhamdulillah syukur kepada Allah atas usaha-usaha dan kerja-kerja promosi yang dijalankan oleh kerajaan negeri dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar dan berkesan. Seharusnya meletakkan Johor sebagai salah satu destinasi pelancongan utama Malaysia di rantau asia. Kerajaan negeri Johor melalui Majestic Johor, Tourism Johor, Pejabat Daerah, dan agensi berkaitan untuk menggerakkan pelbagai inisiatif pelancongan khususnya di kawasan DUN Kukup.

Antaranya ialah meningkatkan tarikan pelancong, pembangunan dua (2) tarikan utama di DUN Kukup iaitu Tanah Penghujung Benua Asia di Tanjung Piai dan Pulau Kukup, Pulau Bakau kedua terbesar di dunia. Kedua-dua hampir siap sepenuhnya untuk menerima pengunjung. Tarikan ini bukan sahaja menawarkan keindahan alam semula jadi tetapi juga membawa nilai sejarah biodiversiti pendidikan, penyelidikan kesedaran alam sekitar, manfaat ekonomi kepada masyarakat kampung. Kemasukan pelancongan ke Kukup, Tanjung Piai membuka peluang kepada penduduk kampung, pengusaha homestay, kedai makan,

pemandu bot, agen pelancongan serta industri IKS. Kerajaan juga memperkenalkan pengurangan harga tiket dan pakej promosi menarik bagi menggalak lebih ramai lagi pelancong domestik berkunjung.

Promosi publisiti yang menyeluruh berbagai festival, program budaya, aktiviti eko pelancongan serta kempen media sosial dan digital telah dijalankan. Penerbitan bahan promosi pelbagai bahasa, dokumentasi pendek, dokumentari pendek dan kerjasama dengan media nasional serta antarabangsa meluaskan capaian promosi. Kerjasama dengan hotel, restoran, syarikat penerbangan dan pengangkutan membolehkan penyedia, menyediakan pakej pelancongan yang lengkap, promosi bundle tiket, laluan lawatan strategik di seluruh Johor, penambahan baik laluan masuk, papan tanda awam, walkway, tempat rehat dan kemudahan asas selain memastikan keselesaan dan keselamatan pengunjung. Sudah tentu segala yang kita buat ini ada cabaran dan kekurangannya. Walaupun banyak kejayaan dicapai, terdapat aspek-aspek yang perlu diperkukuhkan:

Pertama, promosi visual belum mencukupi terutamanya billboard secara strategik, papan iklan di lokasi tumpuan, pemasaran digital dan juga penyertaan dalam pameran pelancongan global perlu dipertingkatkan. Kukup ingin mencadangkan agar kerajaan negeri mempertimbangkan beberapa inovasi-inovasi tambahan:

i. Pakej pelancongan berkumpulan dan diskaun untuk sekolah, IPT dan syarikat. ii. Promosi melalui influencer antarabangsa dan platform digital global untuk menarik pelancong luar negara, dan juga; iii. Pemantauan penilaian berkala terhadap bilangan pelawat tahap kepuasan pelancong dan juga impak ekonomi kepada peniaga tempatan dan komuniti.

Langkah ini memastikan setiap usaha promosi memberikan pulangan terbaik kepada negeri.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya yakin bahawa gabungan perancangan rapi, promosi menyeluruh, penglibatan komuniti dan kerjasama sektor swasta akan menjadi Tahun Melawat Johor 2026 sebagai pemangkin utama pembangunan pelancongan negeri. Usaha ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan pelancong malah menaikkan pendapatan penduduk, memperkukuhkan ekonomi setempat, memartabatkan warisan Johor dan menempatkan Johor sebagai destinasi pelancongan unggul di Malaysia dan Asian.

Yang Berhormat Datuk Speaker, di kesempatan ini juga saya ingin membawa juga isu-isu yang berkaitan dengan DUN Kukup. Yang pertama, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia iaitu isu infrastruktur yang semakin membimbangkan keadaan jalan rosak dan tidak selamat di Laluan Tanjung Bin Industrial Park menuju ke Jambatan Sungai Pulai. Laluan ini menggabungkan Gelang Patah ke Kukup, sekali lagi EXCO Kerja Raya tak ada. Yang lepas pun saya membangkitkan perkara ini tidak mendapat jawapan yang tuntas. Saya berharap perkara ini dapat dilaporkan dan saya perlukan jawapan untuk kemasalahan masyarakat di Kukup.

Isu jalan ini bukan perkara baharu malah telah lama berkali dibangkitkan persoalan utama ialah bilakah penyelesaian yang menyeluruh dan tuntas dapat direalisasikan. Ini bukan soal keselesaan pengguna, tetapi juga menyentuh keselamatan nyawa. Kerosakan jalan ini sangat serius, permukaan yang beralun tidak rata terutamanya apabila treler dan lori tangki berat menggunakan jalan kampung untuk menuju ke Perindustrian Tanjung Bin. Situasi ini berlaku laluan daripada Sungai Pulai ke Tanjung Bin Industrial Park belum dibuka. Inilah yang menyebabkan lori-lori tangki masuk ke kampung-kampung kerana jalan tidak dibuka sekali.

Saya ingin bertanya apakah pelan jangka panjang kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah laluan ini?Bilakah laluan rasmi dari Jambatan Sungai Pulai ke Tanjung Bin ini akan dibuka sepenuhnya kepada kenderaan berat? Yang ketiga, bilakah pihak Seaport Worldwide Sendirian Berhad dijangka menyerahkan kawasan dan asset berkaitan kepada kerajaan

negeri dan pusat? Pada masa yang sama saya ingin merakamkan penghargaan atas kemajuan pelaburan di kawasan ini khususnya projek besar seperti Tanjung Bin Power Plant yang telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Johor, membuka peluang pekerjaan serta mengukuhkan kedudukan negeri sebagai hub tenaga perindustrian strategik negara. Walau bagaimanapun kemajuan pelaburan mestilah disokong oleh sistem infrastruktur yang cekap, selamat dan berkualiti.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin menarik perhatian berhubung dengan persediaan menghadapi banjir dan Monsun Timur Laut yang semakin menjadi cabaran kepada kerajaan negeri Johor, khususnya di kawasan persisiran dan kawasan rendah. Dalam menghadapi musim monsun beberapa langkah persediaan perlu diberi tumpuan seperti menyelenggara, membersih longkang dan parit, memastikan sistem pemantauan cuaca dan amaran banjir berfungsi dengan baik. Menetapkan zon larangan pembangunan dan memastikan rumah serta struktur di kawasan rendah dilindungi. Menjalankan program kesedaran kepada penduduk kampung dan lain-lain komuniti, menyediakan pusat pemindahan sementara lengkap dengan bekalan makanan, ubat, tempat tidur dan kemudahan asas. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada YB Pemanis selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam. Banyak juga yang telah kami bincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perubahan Iklim, tapi apa yang menyedihkan ada juga perkara-pekara yang dikemukakan tidak mendapat tindakan segera daripada pihak kerajaan. Inilah kita tidak mahu ada risiko-risiko yang terjadi dan kita hanya untuk mengurangkan risiko ini dengan membaiki segala perkara-perkara yang telah kita nyatakan. Kita tidak mahu hanya memberi bantuan secara one off kepada mangsa-mangsa banjir, tetapi secara tuntas dan dalam jangka masa panjang segala apa yang dikemukakan ini perlu diambil perhatian oleh jabatan-jabatan yang berkenaan. Rakyat Johor mengharapkan lebih daripada sekadar bantuan sementara, perlu ada strategi menyeluruh dan berterusan, termasuk penyelenggaraan sistem saliran, tebatan banjir, pemantauan risiko dan pendidikan komuniti, supaya kesan banjir dapat diminimumkan dan tragedi yang sama tidak berulang dari tahun ke tahun. Saya juga ingin mengetahui bagaimana kerajaan negeri merancang untuk memastikan keselamatan nyawa, harta benda dan kelangsungan ekonomi rakyat di jamin secara berkesan, bukan sekadar memberi bantuan selepas tragedi berlaku. Adakah perancangan ini melibatkan kolabarasi antara semua agensi teknikal, Pihak Berkuasa Tempatan dan komuniti setempat untuk memastikan langkah pencegahan yang berkesan dan lestari. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin menyampaikan di kesempatan ini mengenai hakisan pantai di kawasan Rimba Terjun. Saya menyatakan bahawa isu ini amat mendesak dan perkara ini telah pun saya bangkitkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah bersama dengan pihak EXCO. Kita hanya di peringkat awal mendapat peruntukan yang kecil RM500,000.00 hanya untuk membina hakisan sepanjang 100 meter, tetapi kalau dilihat hakisan ini amat panjang dan ianya melibatkan kawasan perumahan yang berhampiran, kawasan-kawasan bakau yang sepatutnya menjadi penampan kepada kawasan pantai tersebut telah habis lesap sama sekali. Sebab itulah saya beberapa kali membangkitkan supaya masalah hakisan di Pantai Rimba Terjun ini dapat ditangani segera, kerana ianya amat membimbangkan, terlalu hampir dengan kawasan perumahan penduduk. Saya juga mencadangkan supaya di dalam Belanjawan Negeri Johor 2026 memperuntukkan dana khusus untuk projek kawalan hakisan di kawasan Rimba Terjun dengan tumpuan kepada pembinaan benteng pemecah ombak, break wall water, di bahagian kritikal Taman Seri Pantai. Pemulihan bakau menanam kembali pokok bakau sebagai benteng semulajadi terhadap ombak sekaligus memperkukuhkan pemuliharaan alam sekitar. Reka bentuk struktur tepi pantai yang mampan, pemantauan berterusan dan kajian serta penilaian risiko perlu dilaksanakan segera. Dengan peruntukan segera dan tindakan strategik ini keselamatan penduduk Taman Seri Pantai dapat dijamin dan hakisan tidak akan terus meragut tanah berharga serta mengancam kehidupan mereka,

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin menyentuh tentang masalah nelayan di kawasan DUN Kukup dan juga Pontian iaitu isu kenaikan harga peralatan nilaian yang semakin tidak terkawal. Dalam setahun nelayan terpaksa menghadapi 2 hingga 3 kali kenaikan harga, melibatkan barang keperluan penting seperti jaring, enjin bot, tali, pelampung dan kotak simpanan ikan. Lebih membebankan, kesemua peralatan ini perlu dibeli secara tunai tanpa sebarang skim ansuran dan subsidi. Harga jaring pukat yang dulunya sekitar RM300.00 – RM400.00 satu unit kini telah mencecah RM700.00. Enjin sangkut bersaiz kecil yang dulu berharga RM5,000.00 se unit dan sekarang ini telah meningkat RM8,000.00 seunit. Justeru itu, saya ingin mencadangkan kerajaan negeri bersama agensi persekutuan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia mempertimbangkan pelaksanaan mekanisma kawalan harga ke atas peralatan nelayan utama, sama ada melalui subsidi bersasar atau harga siling yang munasabah. Di samping itu juga saya mencadangkan agar agensi pembiayaan seperti Tekun Nasional dan Agro Bank memperkenalkan Skim Pinjam Mikro Khas untuk para nelayan. Yang Berhormat Datuk Speaker, terakhir sekali saya ingin membawa isu Terminal Feri Antarabangsa Kukup, dicadangkan bersama dengan Pengangkutan Awam Johor supaya feri ini dipindahkan ke Tanjung Piai kerana apa tuan-tuan, kerana kawasan di Feri Antarabangsa Kukup ini apabila musim perayaan terlalu sesak. Dan ianya tidak boleh dikawal lagi dan selain daripada melimpah hingga ke jalan menyebabkan sistem pengangkutan awam kita terjejas. Apabila musim perayaan kawasan itu tidak boleh dilalui, sedangkan kita mempunyai kawasan yang luas seperti di Tanjung Piai. Apalah salahnya kajian dibuat dari tahun ke tahun supaya kawasan dan perkembangan ekonomi ini dapat diperluaskan lagi. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon mencadang, terima kasih, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Dewan bertepuk).

Speaker

Tahniah Yang Berhormat, mudah-mudahan suara Yang Berhormat itu sampai ke Putrajaya, ya kita memang memerlukan peruntukan yang besar. Sebab itu saya dukacita juga sebab permohonan saya untuk membina Pusat Dialisis DUN Rengit akhirnya ditolak setelah dua (2) tahun saya sewa bangunan untuk persiapan, tapi bila ditolak tidak ditolak dengan hitam putih. Jadi kita nak merayu pun payah, dah jadi kita ni dah jadi macam pengemis pulak. Jadi saya harap suara Yang Berhormat itu sampai ke Putrajaya. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran pemerhati seramai 65 orang iaitu daripada DUN Kawasan Sri Medan 37 orang, 23 orang daripada DUN Kawasan Pulai Sebatang dan lima (5) orang daripada Kawasan DUN Kukup. Dijemput Yang Berhormat Pulai Sebatang.

Puan Hajah Hasrunizah binti HassanUMNO · BNPulai Sebatang

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Bismillahirahmaanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Maju Johor, salam Bangsa Johor sejahtera, Belanjawan 2026. Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker di atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya sebagai pembahas penyokong kepada pembentangan Belanjawan 2026 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor pada 17 haribulan yang lalu. Sebelum saya meneruskan perbahasan saya ingin mengambil kesempatan merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat Ke bawah Duli Yang Maha Muli Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung Sultan Ibrahim sempena ulang tahun hari keputeraan Ke bawah Duli Yang Maha Muli Seri Paduka Baginda Tuanku pada 22 November ini. Patik dan mewakili keseluruhan rakyat Pulai Sebatang mendoakan agar Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan dan dilimpahi dengan segala kebahagian serta kesejahteraan untuk terus menaungi sekalian rakyat dan juga Bangsa Johor ini. Burung Merak dalam hikayat, hikayat luhur cerita diraja, Tuanku tunggak naungan rakyat, negeri makmur negara sejahtera. Yang Berhormat Datuk Speaker, seterusnya Pulai Sebatang juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor serta barisan EXCO dan juga kepimpinan kerajaan negeri kerana telah sekali

lagi berjaya membuktikan bahawa kepimpinan dan kestabilan politik yang ada di Johor ini dan kebijaksanaan kepimpinan di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Johor sekali lagi menjadi juara dalam pertumbuhan ekonomi negara, tahniah. Daripada tahun 2022 peningkatan terus berlaku daripada tahun 2022, 2023, 2024 dan 2025 sepanjang 2022 hingga 2025 ini peningkatan sebanyak RM870 juta. Ini satu pencapaian yang sangat kita banggakan sebagai Bangsa Johor. Saya yakin kestabilan politik serta kebijaksanaan dan pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor merupakan faktor utama dalam memberikan keyakinan kepada para pelabur untuk melabur di negeri ini dan sekaligus dapat memberikan limpahan rezeki dalam pelbagai bentuk untuk Bangsa Johor, negeri Johor serta sekaligus kepada semua penduduk yang ada dalam negeri Johor ini. Sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor pada tahun ini pelbagai insentif yang telah diberikan kepada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang dan juga tanpa mengira sama ada mereka itu mengundi atau pun tidak mengundi di negeri Johor ini. Pada tahun lepas Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah memberi inisiatif, insentif kepada frontliner dan alhamdulillah pada tahun ini mereka-mereka yang bekerja di dalam negeri Johor ini yang gajinya dibayar di bawah kerajaan persekutuan akan mendapat bonus sebanyak RM500.00. Ini satu kejayaan membuktikan kerajaan Johor ini tanpa mengambilkira, menyatakan tanda terima kasih di atas segala jasa yang telah diberikan kepada keseluruhan rakyat dan juga Bangsa Johor ini. Hari ini Yang Berhormat Datuk Speaker, sebenarnya saya nak bawa ucapan terima kasih daripada keseluruhan warga Pulai Sebatang, daripada lapisan petani, penternak, ibu tunggal, warga emas dan sebagainya di atas pemberian insentif yang telah kita berikan pada bulan 10 yang lalu dan mereka berterima kasih sekali lagi apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor mengumumkan pemberian insentif seterusnya pada fasa yang ke–2, yang kita akan laksanakan pada bulan Januari dan Februari tahun hadapan, terima kasih. Dan hari ini saya nak menyampaikan ucapan khas terima kasih daripada warga pendidik Pontian, daripada PPD Pontian kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan juga kepada barisan kepimpinan kerajaan negeri di atas pemberian Bantuan Kasih Johor kepada keseluruhan pelajar SPM dan juga STPM. Mereka berterima kasih di atas pemberian bantuan kit SPM dan juga bantuan sarapan selama 10 hari kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Kita doakan mudah-mudahan pelajar-pelajar ini akan mendapat keputusan cemerlang di dalam keputusan SPM pada tahun ini. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor juga telah.. minta maaf Datuk Speaker. Pemberian insentif-insentif ini sebenarnya satu pemberian yang baik, tetapi sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kukup tadi perlu ada beberapa penambah baikan yang perlu kita lihat.

Saya berterima kasih banyak kepada jabatan-jabatan yang banyak membantu dalam pengurusan pemberian insentif-insentif ini, tetapi pada masa-masa akan datang kita berharap kaedah-kaedah ini akan dapat diperhalusi dan diperbaiki supaya penerima-penerima ini adalah penerima-penerima yang betul-betul layak. Walau bagaimana pun Yang Amat Berhormat telah memberikan tanda terima kasih kepada keseluruhan Bangsa Johor dan juga rakyat Johor melalui insentif-insentif ini. Pimpinan bersih bijak bestari; pembangunan mampan maju negeri; terima kasih daun keladi; tahun hadapan beri lagi.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kita akui setiap apa jua perancangan yang kita laksanakan ada kekurangannya. Setiap apa jua yang kita laksanakan pasti ada kelemahannya. Kita dengar ada desas-desus di sebelah pihak ada menyatakan bahawa Belanjawan Johor 2026 ini tidak mampu memberi manfaat kepada rakyat Johor. Kita dengar desas-desus bahawa ada yang menyatakan rakyat Johor tidak merasai limpahan hasil kerajaan negeri. Kita harap mereka-mereka yang menyatakan perkara ini dapatlah lihat daripada mata helang. Lihat

sesuatu dari segi perspektif yang lebih luas, bukan lihat dari sudut pandang yang sempit dan juga dalam masa jangka yang pendek.

Sekiranya kita lihat pembentangan Belanjawan 2026 ini, banyak ruang-ruang pekerjaan yang telah diberikan kepada anak-anak Johor. TVET juga diperkasakan. Kita ada rumah RMMJ sebanyak 8,915 unit. Kita ada Rumah Prihatin, kita ada Rumah Kasih, di bawah pembangunan teras ekonomi juga, lebih RM61 juta yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor untuk rakyat Johor. Agak terkilan juga, apabila kita lihat di blok pengimbang, belanjawan yang sebegini baik tidak mendapat sambutan yang baik di kalangan blok pengimbang. Sebagaimana yang disebutkan Yang Berhormat Kukup, umpama mungkin anak dara dipinang anak raja, diam tanda setuju. Tetapi hakikatnya, ini soal rakyat, ini soal pemberian kepada rakyat. Seharusnya perkara yang baik ini, kita bersepakat, bersama-sama menyokong. Kita ada dengar juga desas-desus mengatakan bahawa Johor perlukan semangat perpaduan. Johor perlukan semangat kerjasama di antara semua parti, tetapi tidak dapat dibuktikan di dalam Dewan ini, setiap tahun kita lihat, tidak ada angkat tangan tanda setuju yang dibuat oleh pihak pengimbang (Dewan bertepuk).

Jadi hari ini, saya nak minta Johor telah buat yang terbaik untuk kerajaan negeri Johor. Johor telah membuktikan pembangunan ekonomi yang pesat tahun demi tahun. Tetapi agak mengecewakan apabila kita lihat sebagaimana yang disebut oleh Kukup, pimpinan kerajaan persekutuan seolah-olah menganaktirikan kerajaan Johor ini.

Pemangku Sultan Johor ada menzahirkan kebimbangan berkaitan dengan projek-projek dan juga pencapaian kerajaan persekutuan di dalam negeri Johor ini. Pemangku Sultan Johor ada bertitah berkaitan dengan masalah lalu lintas yang bakal timbul apabila Project Rapid Traffic System ini dijangka siap pada tahun 2027 nanti. Sehingga ke hari ini kita difahamkan kerajaan persekutuan memaklumkan bahawa tiada langsung atau pun tiada peruntukan mencukupi untuk menampung kos dalam pembinaan menaik taraf atau pun pembinaan jalan di sekitar kawasan Bukit Cagar.

Jadi Yang Berhormat Datuk Speaker, kita harap rakan-rakan di blok pengimbang dapat sama-sama menyatakan hasrat Pemangku Sultan Johor ini berkaitan dengan perkara-perkara pembangunan projek-projek yang berada di dalam negeri Johor ini. Kita tahu bahawa setiap tahun pulangan cukai yang diberi oleh negeri Johor kepada kerajaan persekutuan berjumlah hampir 25% yang mana kalau ditukarkan kepada ringgit nilainya adalah lebih kurang RM48 bilion setahun. Tetapi pulangan yang kita dapat untuk negeri Johor ini tidak sampai 3% daripada hasil cukai yang kita pulangkan kepada kerajaan persekutuan. Jadi kita harap titah Pemangku Sultan Johor ini dapat kita sama-sama bawa ke peringkat kerajaan persekutuan supaya projek-projek yang dirancang di dalam negeri Johor ini dapat dilaksanakan mengikut sebagaimana perancangan dan juga dapat dilaksanakan sebagaimana jadual yang ditetapkan. Kita akui bahawa banyak projek-projek persekutuan berlaku lewat, contohnya seperti pembinaan HSA 2. Lambat dari segi projek pembinaan Hospital Pasir Gudang dan sebagainya dan apa yang merisaukan sekarang ini apabila projek Rapid Traffic System ini siap, kita khuatir Bandaraya Johor akan bertambah sesak, Bandaraya Johor akan bertambah padat dengan keadaan-keadaan trafik-trafik apabila RTS ini siap nanti.

Yang Berhormat Datuk Speaker, seterusnya izinkan saya membawa isu kawasan yang berkait rapat menyokong teras-teras yang ada di dalam Belanjawan Johor 2026 dengan beberapa penambahbaikan dan juga cadangan.

Yang pertama, berkaitan dengan Teras Tadbir Urus Kerajaan. Di bawah inisiatif 1, sebanyak RM8 juta telah diperuntukkan untuk Program Jelajah Orang Johor (JOJ). Satu program yang baik, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kerana meneruskan projek JOJ ini. Tetapi saya ingin mencadangkan beberapa penambahbaikan yang mungkin kita boleh fikirkan bersama. Projek JOJ ini dilaksanakan mengikut DUN. Bermaknanya ada keseluruhan 56 DUN dalam tempoh satu (1) tahun perlu dilaksanakan. Agak cemburu juga

saya apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor turun di Kukup. Juga turun di kawasan-kawasan DUN lain, tetapi tidak turun di kawasan Pulai Sebatang. Begitu juga dengan rakyat Pulai Sebatang. Mereka ingin berjumpa dengan pemimpin yang mereka kasihi, pemimpin yang bijak untuk mentadbir negeri untuk bersama-sama dengan mereka di Pulai Sebatang (Dewan bertepuk).

Jadi saya ingin mencadangkan sekiranya satu daerah itu mempunyai DUN, dalam empat (4) DUN bawah empat (4). Contoh macam Pontianlah, kita ada Benut, Kukup, Pulai Sebatang dan juga Pekan Nenas. Kita laksanakan JOJ dalam tempoh satu (1) hari. Empat-empat DUN bergerak dalam masa satu (1) hari tetapi berlangsung daripada pagi hingga ke malam. Dan mungkin Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor boleh turun Semarak Subuh di Kukup, kemudian tengah hari Kenduri Kampung di Pulai Sebatang, petang mungkin Ziarah Kasih di Benut dan juga malam, Malam Kebudayaan di Pekan Nenas. Jadi, adillah kami di daerah Pontian ini dapat lihat wajah pemimpin yang kami sayangi, turun di setiap DUN yang berada di setiap daerah (Dewan bertepuk).

Yang keduanya, berkaitan dengan inisiatif kenaikan sebanyak RM300.00 elaun ketua kampung dan juga tok batin. Sebenarnya saya nak bawa tentang kenaikan isu elaun ini dan alhamdulillah telah pun dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, ada tambahan kenaikan elaun tahun ini, jadi hari ini saya bawa ketua-ketua kampung yang ada di dalam DUN Pulai Sebatang sebagai tanda terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Johor dan juga kepada kerajaan negeri di atas kenaikan elaun ini (Dewan bertepuk).

Kalau kita lihat kepada elaun ketua kampung dan juga tok batin ini, ia terbahagi kepada dua (2). Dulu kerajaan negeri bagi RM700.00, kerajaan persekutuan bagi RM500.00 berjumlah RM1,200.00. Di bawah paras gaji yang ditetapkan. Kemudian diumumkan oleh kerajaan negeri tambahan RM300.00 menjadikan keseluruhan elaun berjumlah RM1,500.00. Kita maklum bahawa jawatan ketua kampung ini, dia tidak termasuk di dalam skim perkhidmatan. Apabila dia tidak termasuk di dalam skim perkhidmatan, bermaknanya mereka tidak mendapat kelayakan sebagaimana kakitangan kerajaan yang lain. Mereka tiada cuti tahunan, mereka tiada cuti sakit, mereka tiada faedah-faedah lain, sebagaimana pekerja-pekerja kakitangan kerajaan. Tetapi kita bersyukur dan terima kasih banyak kepada Yang Berhormat YB EXCO Buloh Kasap kerana telah usahakan caruman lindungi diri PERKESO kepada keseluruhan ketua kampung yang ada di dalam negeri Johor ini. Bermaknanya, tahun ini ada perlindungan PERKESO dan tahun depan disambung dan saya harap siapa pun yang memerintah akan teruskan perkara yang baik tentang kebajikan ketua-ketua kampung ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, apabila saya sebutkan yang tadi, tiada faedah-faedah diterima oleh ketua kampung ini sebagaimana kakitangan kerajaan yang lain, mungkin saya boleh cadangkan di sini untuk kerajaan negeri melihat semula dari segi perjawatan. Mungkin boleh dibawa perjawatan ketua kampung ini di bawah kerajaan negeri supaya dapat faedah-faedah sebagaimana kakitangan kerajaan terutamanya apabila berkaitan dengan rawatan-rawatan hospital. Saya faham kalau ketua kampung ini dia sebenarnya kerja sampingan, tetapi apabila kita lihat berlaku masalah di kampung, pintu rumah ketua kampunglah yang diketuk terlebih dahulu sebelum pintu rumah pegawai daerah. Pintu ketua kampunglah yang diketuk dulu berlakunya banjir, sekiranya berlaku banjir tetapi bukan pintu rumah jurutera JPS. Jadi kita harap perkara ini dapat dilihat dan juga ditambah baik, tetapi apa pun saya terima kasih banyak di atas segala keistimewaan yang telah diberikan kepada ketua kampung.

Seterusnya Yang Berhormat Datuk Speaker, Teras 3, Jaringan Keselamatan Sosial. Kita lihat ada 67 inisiatif dengan peruntukan melebihi RM960 juta. Di bawah inisiatif ke-39 ada Rumah Prihatin. Saya tahniah kepada YB EXCO mengumumkan pelbagai bantuan insentif berbentuk Perumahan Rakyat, dari segi Rumah Prihatinnya, Rumah Kasihnya, Rumah RMMJnya, cuma mungkin kita boleh buat sikit dari segi penambahbaikan sebelum ini Rumah Prihatin hanya mereka yang pernah atau pun telah berkahwin tetapi tidak diberikan peluang kepada mereka

yang bujang mungkin kita boleh buka peluang Rumah Prihatin ini untuk orang bujang juga memohon.

Untuk Rumah Prihatin ini kita faham bahawa, RM30,000.00 diberikan subsidi oleh kerajaan negeri, mana kala baki duit itu perlu ditunjukkan dengan bukti akaun bank di dalam akaun pemohon. Tetapi rata-rata yang kita terima di pejabat DUN, pemohon-pemohon ini mereka gagal membuktikan jumlah duit sebanyak RM56,000.00 itu. Kalau misalnya rumah yang tiga (3) bilik itulah, saya bagi contoh kalau RM56,000.00 mereka gagal membuktikan adanya duit dalam akaun mereka, jadi mungkin kita boleh cadangkan syarat pembuktian duit di dalam akaun itu mungkin boleh dijadikan sebagai bukan syarat wajib tetapi syarat-syarat yang lain itu sekiranya mereka memenuhi maka boleh dikeluarkan atau sijil atau pun tawaran Rumah Prihatin dan sijil atau tawaran rumah tersebut boleh dijadikan sebagai dokumen untuk mereka mohon loan di bank tetapi bergantung kepada pendapatan mereka.

Yang Berhormat Datuk Speaker, seterusnya Teras ke-4, Kemudahan dan Keperluan Asas. Ada 29 insentif dengan peruntukan melebihi sebanyak RM1 bilion. Ini termasuklah pemberian one-off kepada penerima-penerima daripada pelbagai lapisan pendapatan.

Yang pertama berkaitan dengan, inisiatif pertama berkaitan dengan penyelesaian isu MTD. Mesyuarat Tindakan Daerah berjumlah sebanyak RM27.04 juta. Saya bawa hari ini Yang Berhormat Datuk Speaker, permohonan mesyuarat MTD di bawah DUN Pulai Sebatang. Saya harap RM27.4 juta ini termasuk permohonan Pulai Sebatang di bawah kerja-kerja baik pulih pintu air JPS. Saya bawa dalam Mesyuarat Tindakan DUN. YB Ah Soon ada datang, dan kita bincangkan perkara ini, tetapi baru-baru ini pada bulan september, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor ada umum RM100,000.00 untuk Pulai Sebatang, tetapi untuk kolam takungan banjir Mukim Ayer Baloi dan juga Mukim Pontian. Yang kita mohon di bawah MTD ini macam tak ada peruntukannya iaitu pintu air yang telah uzur bagi PKPS Parit Rambai 6/84 dan juga PKPS Parit Singgam, Mukim Ayer Baloi. Keseluruhan permohonan yang kita mohon ini dalam RM1.4 juta. Jadi saya harap RM27 juta yang ada dalam Belanjawan Yang Amat Berhormat Menteri Besar umumkan itu, RM1.4 nya dapat disalurkan kepada Pulai Sebatang.

Yang keduanya, berkaitan dengan naik taraf dan juga lebar jalan-jalan kampung. Belanjawan memperuntukkan sebanyak RM50 juta. Di bawah Pulai Sebatang, di bawah Mesyuarat Tindakan DUN kita bawa juga berkaitan dengan jalan-jalan kampung ini, untuk makluman Yang Berhormat Datuk Speaker, daripada tahun 2022 hingga tahun 2027 ada 51 senarai kampung daripada ketua-ketua kampung dan alhamdulillah 24 daripadanya telah dapat diselesaikan dengan kita bawa permohonan ini ke peringkat kerajaan persekutuan.

Tetapi sehingga ke hari ini permohonan Pulai Sebatang kepada kerajaan negeri untuk menaik taraf dan baik pulih jalan-jalan kampung ini nampaknya macam belum ada. Jadi, apabila pembentangan bajet ini sebanyak RM50 juta ini saya harap permohonan Pulai Sebatang sebanyak 24 jalan saya, tak naklah baca satu-satu senarai jalan ini panjangkan, sebanyak 24 senarai permohonan jalan dibawa Mesyuarat Tindakan DUN berjumlah RM1.78 juta ini dapat dimasukan di dalam pembentangan bajet yang telah diumumkan sebanyak RM50 juta.

Seterusnya Yang Berhormat Datuk Speaker, ha ini banyak ni kalau nak cerita pasal Mesyuarat Tindakan DUN yang masih belum selesai. Kerja-kerja menaik taraf persimpangan Parit Jawa – Parit Kudus saya harap juga dapat dimasukan di dalam naik taraf, jambatan dan juga lebar jalan. Inisiatif ke-6, sebanyak RM22.7 juta, Persimpangan Parit Jawa dan juga Parit Kudus ini, kita dah minta pihak JKR buatkan briefing project dan sebagainya, JKR dan buatkan briefing project dah masuk dalam RJ5T, cuma kita tak tahu ranking nombor berapa. Sekarang ini persimpangan Jalan Parit Jawa dan juga Parit Kudus ini akan menjadi semakin terdesak apabila berlakunya pembinaan Projek Jambatan Pontian Besar sebab mereka-mereka akan lalu daripada Johor Bahru nak ke Kayu Ara Pasong dan sebelah utara, pasti mereka akan lalu persimpangan Kampung Jawa dan juga Parit Kudus ini. Brief JKR kata, jumlah kosnya adalah

sebanyak RM11.5 juta. Jadi saya harap perkara ini juga dapat dilihat oleh kerajaan negeri untuk kita lihat supaya menjadi projek priority di bawah RJ5T.

Seterusnya Yang Berhormat Datuk Speaker, Teras Orang Muda, Teras 6. Teras 6, Orang Muda Johor. Sebanyak 55 insentif peruntukan melebihi RM211 juta. Saya nak terima kasih banyak kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kerana peruntukan RM500,000.00 kepada Dewan Muda Johor. Peruntukan RM500,000.00 ini kepada Dewan Muda Johor ini bukan sekadar angka, ia jelas memberikan syarat bahawa kerajaan negeri meletakkan anak muda sebagai agen penggerak pembangunan Johor. Sejak tahun 2020 hingga tahun 2025, jumlah DMJ, ahli DMJ adalah seramai 300 ahli. Ini merupakan sebuah talent pool ataupun kilang pemimpin yang bukan sahaja besar tetapi aktif, kompeten dan juga terbukti mampu turun ke lapangan. Di daerah Pontian sendiri, kita ada saudara Syawal sebagai Pengerusi Majlis Belia Daerah Pontian, kita ada saudara Syafiq sebagai Persatuan daripada 4B Pontian dan Pegawai Khas saya sendiri Cik Ainul Asyikin juga merupakan produk DMJ 3.0. Jadi, saya nak mencadangkan di sini oleh kerana kita ada ahli DMJ ini daripada tahun 2020 hingga tahun 2025 ini ada 300 ahli, kita nak mencadangkan agar kerajaan negeri menubuhkan secara rasmi Alumni DMJ dan kita juga nak mencadangkan bahawa mereka-mereka ini dijadikan penggerak untuk Maju Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, seterusnya Teras Ke-6, inisiatif yang ke-49. Saya nak ucap tahniah kepada sahabat di sebelah saya ini, Penawar yang berada di dalam Parlimen Pengerang, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor umum TMIYC untuk Pengerang RM10 juta tahun depan. Jadi, saya nak minta jugalah tengokan TMIYC untuk daerah Pontian yang merangkumi empat DUN, Pulai Sebatang, Benut, Kukup dan juga Pekan Nanas. Kalau nak dikira dari segi jumlah orang muda ha ini jangan marah pula ye Penawar, nak ditengokan dari segi jumlah orang muda, jumlah orang muda yang ada dalam daerah Pontian lebih banyak berbanding Pengerang iaitu sebanyak 69,274 orang. Jadi bermaknanya, layaklah sekiranya kerajaan negeri membantu Majlis Perbandaran Pontian dari segi peruntukan untuk pembinaan TMIYC Pontian yang kita harap-harapkan, yang kita telah bincangkan dalam Mesyuarat Tindakan DUN sejak daripada tahun 2023 sehinggalah ke hari ini.

Isu kawasan seterusnya Yang Berhormat Datuk Speaker. Saya bawa beberapa isu kawasan yang kita telah bawa di dalam Mesyuarat Tindakan Daerah tetapi bertahun-tahun tidak selesai. Yang pertamanya berkaitan dengan Balai Polis Pontian. Balai Polis Pontian yang lama ini dia berada di tepi Jalan FT 005 jalan protokol, dia berhadapan dengan stadium mini Pontian, berhampiran dengan Laut Pontian dan sangat berhampiran dengan Pusat Pentadbiran Pontian. Tetapi masalahnya Balai Polis Pontian itu telah kosong terlalu lama dan terbiar sehingga mencacatkan pemandangan dan penglihatan dan kadang-kadang kalau lalu rasa seram. JKR juga telah memberikan laporan bahawa bangunan-bangunan kuarters balai polis lama ini sudah tidak selamat diduduki tetapi di bahagian hadapan itu masih ada lagi beroperasi beberapa pejabat polis di bahagian hadapan tetapi keseluruhan kuarters telah tidak diduduki dan mencacatkan pemandangan.

Apabila kita siasat dan kita bawa dalam Mesyuarat Tindakan Daerah pada tahun 2023, sehingga hari ini tidak dapat selesai. Tanah milik balai polis itu adalah tanah milik Persekutuan. Apabila kita siasat Lot 220 dan Lot 221 ini merangkumi bukan hanya balai polis lama itu tetapi kuarters kerajaan yang berada di belakang balai polis itu yang diduduki oleh kakitangan kerajaan negeri termasuk juga stadium mini, rumah VIP, sebahagian daripada laman DiRaja dan juga Rumah Ketua Balai Polis yang lama serta gelanggang tenis itu sebenarnya adalah tanah Persekutuan. Saya yakin perkara ini bukan hanya berlaku di Pulai Sebatang, bukan hanya berlaku dalam daerah Pontian tetapi berlaku di lain-lain daerah yang mana bangunan-bangunan kerajaan Persekutuan terbiar tapi kami kerajaan negeri tidak dapat membuat apa-apa penambahbaikan kerana kekangan-kekangan warta dan juga undang-undang. Jadi, saya lihat perkara ini dapat dilihat oleh kerajaan negeri untuk membantu melihat apa yang kita boleh buat berkaitan dengan isu Balai Polis Pontian.

Yang keduanya isu pendidikan. Saya minta Yang Berhormat YB EXCO tengokan Sekolah Kebangsaan Ayer Baloi. Sekolah Kebangsaan Ayer Baloi ini langsung tak ada padang, di situlah kereta parking, di situlah pelajar-pelajar bermain sukan dan sekarang ini mereka tengah mengusahakan untuk membuat kutipan sumbangan untuk beli tanah di belakang Sekolah Kebangsaan Ayer Baloi untuk dijadikan, Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon …

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, saya teruskan. Berkaitan dengan Sekolah Kebangsaan Ayer Baloi tadi saya harap EXCO Pendidikan dapat lihat tentang isu ini kerana untuk pembelian tanah itu saya difahamkan kosnya lebih kurang dalam RM250,000.00.

Seterusnya berkaitan dengan pendidikan, Makmal Komputer Sekolah Dato’ Penggawa Barat. Isu ini telah timbul semenjak tahun saya rasa sebelum tahun 2020 lagi tentang Makmal Komputer Sekolah Dato’ Penggawa Barat ini. Bangunan ini telah diberitahu oleh JKR tidak selamat diduduki dan juga syor roboh. JPN dah datang dah ke Sekolah Dato’ Penggawa Barat ini untuk melihat makmal komputer ini. Surat telah berkali-kali dihantar oleh PPD Pontian kepada JPN dan juga kepada KPM tetapi setelah bertahun-tahun, lebih daripada 5 tahun sehingga hari ini masih belum ada lagi sebarang tindakan positif daripada pihak KPM berkaitan dengan merobohkan Makmal Komputer Sekolah Dato’ Penggawa Barat.

Hasrat daripada warga pendidik Pulai Sebatang, kita sangat bangga apabila kerajaan negeri melaksanakan dan merancang Sekolah Rintis Bangsa Johor tetap kami-kami di daerah-daerah juga tidak mahu ketinggalan walaupun kita akur hanya empat (4) sekolah, dua (2) sekolah rendah dan juga dua sekolah menengah yang dipilih sebagai projek rintis. Tapi, kita harap di daerah-daerah lain terutamanya di Pulai Sebatang, warga pendidik mencadangkan supaya kalaulah tidak pun dilaksanakan SRBJ itu di kawasan-kawasan lain, tapi kita harap EXCO Pendidikan dapat bantu kita dari segi smart tv di sekolah. Ini penting, ini adalah keperluan pada masa kini yang mana ia berkait rapat dengan Dasar Pendidikan Digital Negara. Jadi, saya harap adalah bajet untuk diberikan kepada daerah-daerah yang lain untuk pemberian smart tv di sekolah-sekolah.

Isu lain yang masih lagi kekal di dalam Mesyuarat Tindakan Daerah yang tidak selesai-selesai sehingga kini bertahun-tahun antaranya adalah Padang Hoki Pontian. YB EXCO dah turun ke Pontian tengok Padang Hoki Pontian ini. Padang Hoki Pontian ini telah rosak, jadi sakit mata bila kita pergi di Taman Megah itu sebelah main futsal tapi sebelah padang tu sangat teruk tak dapat dibuat apa-apa mendatangkan kerugian kepada daerah. Tetapi, masalahnya sekarang ini tidak dapat dibaik pulih kerana kos nak baik pulih itu melebihi RM1 juta dan saya harap YB EXCO dah turun ke daerah Pontian, dah tengok pun padang ini, jadi adalah tindakan positif yang dibuat untuk menambah baik dan baik pulih Padang Hoki Pontian ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, seterusnya berkaitan dengan longkang kawasan bandar. Longkang kawasan bandar ini bukan hanya berlaku di Pulai Sebatang, bukan hanya berlaku di daerah Pontian tetapi saya rasa berlaku juga di daerah-daerah lain yang mana di kawasan bandar kita dah naik taraf. Majlis kita menjadi bandaraya, perbandaran tetapi kita tak dapat nak naik taraf longkang kerana kawasan tersebut terdiri daripada geran besar yang ada banyak nama. Kawasan itu bercukai Yang Berhormat Datuk Speaker, tetapi longkang belakang apabila berlaku banjir kilat dan apabila berlaku pembiakan aedes, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya nak naik taraf longkang itu tak boleh sebab dia berada di rizab bertuan. Jadi, perkara ini sebenarnya berlaku di keseluruhan negeri Johor. Saya bawa isu ini dalam Mesyuarat Tindakan Daerah tetapi banyak sangat kekangan, saya bawa daripada tahun 2022, tahun pertama saya menang sebagai Yang Berhormat. Sehingga ke hari ini tak selesai dan dia melibatkan mula-mula cadang nak isi borang 12B Serah Balik Kurnia Semula tetapi penama tak jumpa, lepas tu nak buat pula PBT Pengambilan Balik Tanah, kos sebahagiannya itu JPPH dah nilaikan RM2.4 juta tak kira lagi kalau kita roboh dapur belakang yang dekat dengan longkang itu. Jadi, isu ini sangat perlu diselesaikan walaupun saya tahu isu ini susah untuk diselesaikan kerana dia melibatkan geran yang besar, banyak nama. Ada

nama yang dah meninggal, ada nama atas nama atas nama dan sebagainya tetapi isu kawasan bandar ini perlu kita selesaikan sekiranya kita betul-betul nak melaungkan Maju Johor 2030. Pasang pelita terang suasana, sumbu dibakar di tepi tirai, berpakat bersama memikirkan cara, walaupun sukar usahakan selesai.

Isu cukai yang terakhir Yang Berhormat Datuk Speaker. Isu cukai di daerah Pontian khasnya di Pulai Sebatang. Kita tidak menolak pembangunan, kita bersetuju sekiranya kawasan itu dikenakan cukai kerana sekiranya dikenakan cukai penduduk boleh desak Majlis Perbandaran ataupun kerajaan tempatan buat longkang, buat lampu jalan, buat balai raya, kutip sampah dan sebagainya. Tetapi, apabila sesuatu kawasan itu nak dikenakan cukai sebelum ni tak pernah kenakan cukai, kita nak minta jabatan-jabatan Pejabat Tanah, Majlis dan sebagainya lihat balik dari segi isu-isu kecil yang boleh mendatangkan kemarahan rakyat, kemarahan penduduk dan kadar cukai itu kita harap dapat diturunkan pada kadar yang minimum terutamanya kampung-kampung yang kita boleh masukan dalam kategori kampung tradisi iaitu dengan kadar cukai sebanyak 0.04%.

Yang keduanya, ada kawasan yang dah sangat cantik, longkang cantik, lampu jalan ada, sampah tak ada masalah, dewan dah ada, taman permainan dah ada tetapi dimasukan dalam kawasan bercukai iaitu di kawasan Parit Mesjid Darat. Jadi, penduduk nak minta penjelasan daripada Majlis Perbandaran, apakah justifikasi yang menyebabkan kawasan yang dah takde masalah itu nak dimasukan? Sebagai YB kawasan, saya setuju tentang peluasan kawasan bercukai cuma selaku pemimpin dan wakil kepada penduduk dan juga wakil kepada rakyat, saya lihat tentang isu-isu geran lidi dan juga isu tarif cukai ini dilihat balik supaya kita dapat meminimumkan ketidakpuasan hati mereka-mereka yang akan dimasukan di dalam kawasan bercukai.

Akhir sekali Yang Berhormat Datuk Speaker, saya tidak pernah tak bawa isu Palestin. Kalau siapa lihat bahas saya, setiap kali saya berbahas saya sentiasa menyeru rakan-rakan untuk sama-sama kita terus menyokong Palestin (Dewan bertepuk), untuk kita sama-sama terus mendoakan keamanan dan kebebasan bumi Gaza dan juga rakyat Palestin. Tetapi, hari ini kita nak tambah ada lagi satu yang kita juga patut perjuangkan iaitu saudara-saudara kita yang berada di bumi Sudan di daerah Al-Fashir. Kita doa mudah-mudahan Allah terus berikan kekuatan, Allah terus berikan kemenangan buat pejuang-pejuang ini supaya keamanan di bumi Palestin, Gaza dan juga Sudan ini akan dapat dikecapi oleh mereka-mereka yang ditindas. Jadi, mohon terus sokong dan juga mohon terus doa.

Daun nipah di tepi paya, batang pinang dijadikan kalung; selesai sudah perbahasan saya, Pulai Sebatang mohon menyokong. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (Dewan bertepuk).

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Pulai Sebatang, tahniah. Mudah-mudahan apa yang tertangguh akan dilaksanakan segera. Ahli-Ahli Yang Berhormat Persidangan ini saya tangguhkan sehingga jam 2:30 petang ini. Mohon YB Stulang bersiap sedia.

Persidangan ditangguhkan pada jam 1:04 tengah hari.

Persidangan disambung semula pada jam 2:30 petang.

YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.

Sambungan Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2026) Tahun 2025.Bill

Timbalan Speaker

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Maju Johor 2030. Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebelum kita meneruskan perbahasan

saya ingin mengalu-alukan pemerhati seramai 80 orang yang terdiri daripada 37 orang pemerhati daripada DUN kawasan Sri Medan. (Dewan bertepuk). 13 orang daripada kawasan Kota Iskandar (Dewan bertepuk) tujuh (7) orang daripada DUN kawasan Kempas (Dewan bertepuk) dan 23 orang daripada Dunia Melayu Islam Negeri Johor (DMDI) Negeri Johor. Selamat datang ke Dewan Negeri Johor. Ahli-Ahli Yang Berhormat, perbahasan disambung semula, dijemput Yang Berhormat Stulang.

Tuan Chen Kah EngDAP · PHStulang

Terima kasih. Salam sejahtera, salam perpaduan dan Maju Johor. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, atas ruang yang diberikan untuk saya membahaskan usul Belanjawan 2026. Sebelum memulakan bicara izinkan saya untuk merafakkan sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan Selamat Hari Ulang Tahun Keputeraan kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang bakal menjelang 22 November ini. Patik mendoakan Kebawah Duli Tuanku dikurniakan kebijaksanaan, dilanjutkan usia dan diberikan keafiatan dalam menaung sekalian rakyat. Semoga institusi DiRaja terus menjadi tonggak kestabilan dan payung perpaduan negara. Patik juga menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas segala bimbingan dan nasihat kepada semua wakil rakyat dalam menjaga kebajikan dan memberi manfaat kepada seluruh Bangsa Johor. Tahniah kepada Mentei Besar Johor, kerana telah membentangkan Belanjawan Johor 2026 yang bertemakan Bangsa Johor Sejahtera, melalui Enam Teras utama dalam memperkasakan Johor menuju negeri maju, makmur dan sejahtera.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum saya meneruskan perbahasan izinkan saya berkongsi sedikit pendapat dengan Kukup dahulu bahawa kerajaan persekutuan sentiasa ikhlas dalam membantu pembangunan Johor. Ini dibuktikan dalam ucapan Bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang mengucapkan jutaan terima kasih kepada PMX dan kerajaan persekutuan atas pengumuman peruntukan sebanyak RM4.8 bilion bagi pembelanjaan pembangunan Rolling Plan pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 yang merangkumi 152 projek serta 435 projek sambungan. Dan juga, projek ini merangkumi salah satu projek iaitu RM325 juta untuk menaik taraf Jalan Parit Panjang dari Pekan Ayer Baloi ke persimpangan tol Sedenak, Pontian, Johor. Ini juga memanfaatkan penduduk dan rakyat Tanjung Piai dan Pontian juga. Jadi, kerajaan persekutuan sentiasa ikhlas tentang pembangunan negeri Johor. Dan selain itu, berkenaan isu angkat tangan. Kami sebagai blok pengimbang PH pada tahun 2023, 2024 telah pun ada mengangkat tangan untuk menyokong usul Belanjawan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ini menandakan tanda sokongan kami dan juga niat baik ikhlas kami untuk berkerjasama dengan kerajaan negeri Johor semasa bacaan kali ketiga. Terima kasih.

Yang Berhormat Datuk Speaker, berkenaan dengan penyuraian trafik CIQ, BSI dan di sekitar sempadan Tambak Johor dan CIDB Johor Bahru. Pemangku Sultan Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor juga amat prihatin terhadap isu pengangkutan dan kesesakan yang bakal dihadapi atas peningkatan trafik setelah RTS mula beroperasi. Oleh itu penyuraian trafik bagi pengguna jalan raya di Bandaraya Johor Bahru amat penting ekoran bilangan aliran pengguna di sempadan Tambak Johor berkemungkinan mencecah lebih setengah juta setiap hari. Cadangan pembinaan sistem aliran transit automasi, ERT pasti boleh meringankan beban trafik, pasti boleh meringan beban trafik di pusat Bandaraya Johor Bahru. Tiga (3) jajaran yang dicadangkan adalah laluan Iskandar Puteri sepanjang 14.78 kilometer, laluan Skudai 18.8 kilometer dan laluan Tebrau 14 kilometer. Jadi, untuk keberkesanan yang lebih optima saya mencadangkan untuk menambahkan satu lagi jajaran iaitu jajaran circle pusat bandaraya Johor Bahru yang menghubungkan ketiga-tiga jajaran ini. Ini akan meningkatkan keberkesanan ERT dengan connectivity yang lebih berkesan. Kerana sekarang tiga (3) jajaran, 1,2,3 kalau ada satu jajaran cirlce di Johor Bahru dia akan meningkatkan connectivity jadi sebagaimana yang kita sedia maklum, sky bridge juga akan dibina bagi menghubungkan bangunan-bangunan di CIDB sebagai pelengkap, saya berpendapat bahawa laluan atau jajaran penjalan kaki, jajaran walkway yang lebih terancang, tersusun lebar dan selamat perlu diwujudkan di mana ia juga dapat menghubungkan setiap

tempat di CIDB bahkan menjangkaui lebih daripada kawasan ini. Buat masa ini, kita hanya bergantung kepada laluan kaki lima atau jalan di antara bangunan sahaja, di mana ia bukan satu jajaran walkway atau walkway network yang terancang.

Saya juga mengesyorkan agar laluan shuttle bus diwujudkan disekitar CIQ dengan tawaran perkhidmatan dalam lingkungan dua (2) kilometer, juga kitaran loop yang pendek supaya para penumpang boleh disuraikan dengan lebih cepat dan lancar. Jadi, adalah dicadangkan supaya My Bus Johor Bahru dan Bas Muafakat Johor dapat bekerjasama dengan lebih strategik bagi memperkukuhkan sistem pengangkutan awam di negeri ini. Kerjasama ini penting untuk memastikan perkhidmatan bas awam benar-benar dimanfaatkan oleh lebih ramai penduduk di kawasan Johor Bahru dan sekitarnya. Sebagai contoh, laluan My Bus boleh memberi tumpuan kepada jalan-jalan utama seperti Jalan Tebrau, Jalan Skudai, Jalan Tun Razak yang merupakan nadi utama pergerakan harian pusat bandar. Sementara itu, Bas Muafakat Johor pula boleh memainkan peranan sebagai bas first-last mile connectivity iaitu bas yang menghubungkan laluan antara kawasan kediaman dan juga jalan utama bagi penumpang yang ingin ke kawasan perumahan dan taman-taman.

Jadi, dengan kata lain cadangan saya ialah untuk laluan bas yang pertama, loop jalan utama perlu dihubung kait secara berkesan dengan loop yang lebih pendek bagi menghubungkan taman-taman perumahan. Yang kedua, loop dalaman atau laluan pendek tidak seharusnya terlalu panjang bagi meningkatkan kekerapan perkhidmatan di sesuatu tempat. Yang ketiga, untuk laluan dengan ridership yang tinggi saya mencadangkan agar kekerapan laluan ditambah atau loop dipecahkan kepada dua demi memendekkan masa menunggu di sesebuah stesen. Jadi melalui penyelarasan laluan dan jadual yang lebih efisen ini, kedua-dua perkhidmatan ini kita dapat meningkatkan ridership serta mengurangkan kesesakan di Bandaraya Johor Bahru selepas RTS siap nanti. Selain itu, bagi memastikan peningkatan kapasiti pengambilan penumpang sehingga 7% di CIQ, BSI dan di sekitar stesen RTS yang bakal siap, saya mengesyorkan agar menambah syarikat pengendali bas atau menyelitkan penggunaan bas dua tingkat double decker di kawasan ini disamping masih mengekalkan bas yang sedia ada. Selain itu, pembayaran tanpa tunai bagi menaiki pengangkutan awam ini juga harus dipertingkatkan bagi menjimatkan masa penumpang untuk menaiki bas seterusnya dapat mempercepatkan penyuraian trafik. Dalam konteks ini, dalam isu ini cadangan yang ketujuh adalah saya sekali lagi mengesyorkan agar R&R pandan dapat dibuka semula dengan cepat kerana ia boleh berfungsi sebagai tempat zone buffer untuk mengurangkan kesesakan di pusat bandaraya dan CIQ BSI. Jadi kesimpulannya, kerjasama strategik antara setiap pemegang taruh dalam sistem pengangkutan awam bukan sahaja akan mempertingkatkan kecekapan sistem dalam industri ini tetapi juga membawa manfaat ekonomi sosial dan alam sekitar kepada rakyat Johor. Ini adalah langkah penting ke arah mewujudkan ekosistem mobiliti bandar hijau, inklusif dan mampan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, isu yang kedua adalah berkenaan dengan peralihan tenaga yang berkaitan dengan EV Charging Bay, EVCB. Saya mengalu-alukan usaha kerajaan negeri Johor dalam memperluaskan penggunaan kenderaan EV selaras dengan sasaran 1245 Electric Vehicle Charging Bay menjelang tahun 2030. Dalam usaha ini kita harus memastikan bahawa setiap pengecasan EV mudah diakses oleh setiap lapisan masyarakat. Johor perlu memastikan taburan EVCB yang seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar. Agar tiada pengguna mengalami range anxiety dengan izin, atau kebimbangan kehabisan tenaga di kawasan terpencil. Jadi kawasan pelancongan utama seperti Kota Tinggi, Mersing, Pontian, Batu Pahat, Kluang, Muar, Segamat juga wajar dilengkapi dengan kemudahan pengecasan EV yang lebih banyak. Memandangkan pelancong domestik dan antarabangsa yang menggunakan kereta, kenderaan elektrik semakin meningkat. Jawapan yang saya dapat daripada kerajaan adalah tempat-tempat tersebut kita masih kurang lagi EV charger. Jadi, saya rasa usaha perlu dipertingkatkan. Jadi langkah ini akan memperkukuhkan imej Johor sebagai satu destinasi pelancongan hijau dan mesra alam serta merangsang sektor pelancongan berasaskan kelestarian. Pada masa yang sama, kita juga tidak boleh mengetepikan aspek teknikal dan tenaga. Peningkatan penggunaan EV akan menyebabkan

permintaan tenaga elektrik meningkat dengan ketara. Ini terutamanya pada waktu puncak. Justeru itu sumber tenaga bagi pengecasan EV harus datang daripada sumber boleh diperbaharui, khususnya tenaga solar. Ini penting bagi memastikan manfaat alam sekitar daripada penggunaan EV benar-benar tercapai dan bukan sekadar beralih daripada petrol ke elektrik tetapi kepada elektrik yang bersih dan mampan.

Jadi kesimpulannya, peralihan kepada kenderaan elektrik bukan sekadar trend teknologi tetapi satu langkah strategik ke arah masa depan hijau yang mampan dengan perancangan yang rapi, akses yang menyeluruh serta penekanan kepada penggunaan tenaga boleh diperbaharui Johor berpontesi besar untuk menjadi peneraju negeri hijau di Malaysia. Kita bukan sekadar mahu lebih banyak kenderaan EV di jalan raya, tetapi mahu memastikan setiap kilometer perjalanan itu mesra alam dan memberi manfaat kepada rakyat Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, isu yang ketiga yang ingin saya bincangkan di sini adalah berkenaan dengan sisa elektrik (e-waste). Kerajaan Johor perlu memulakan rancangan mengendalikan sisa elektrik bermula dari sekarang dan bukannya pada masa sisa elektrik mencecah angka yang sukar dikawal. Sekiranya tidak ditangani dengan baik e-waste bukan sahaja mencemarkan alam sekitar malah mempengaruhi kesihatan masyarakat. Justeru itu, saya mencadangkan agar kerajaan Johor, Majlis Pembangunan Hijau Johor, semua PBT, NGO, pihak swasta serta pemegang taruh yang berkaitan agar memulakan inisiatif pengurusan sisa elektrik, elektronik yang lebih berkesan dan terancang, bahkan penubuhan Jawatankuasa Khas atau Majlis khusus untuk sektor ini juga digalakkan. Kita perlu bersikap pro-aktif terhadap pengurusan dan pelupusan sisa elektrik yang kian bertambah dengan kemajuan teknologi. Perkembangan teknologi yang pantas menyebabkan jangka hayat produk elektronik semakin singkat, manakala volume pelupusan peralatan elektrik pula meningkat saban tahun. E-waste termasuk solar pv yang rosak atau tamat tempoh, penggunaan kabel, bateri, komponen elektrik lain-lain seperti bateri kereta, EV, telefon pintar dan sebagainya dan kita menjangkakan peningkatan pada sisa-sisa tersebut.

Jadi, pengurusan e-Waste di Malaysia masih terbatas atas faktor kekurangan fasiliti kitar semula yang mencukupi serta berteknologi tinggi menyebabkan sebahagian besar e-waste diproses oleh pengitar semula tidak formal yang juga tidak mempunyai peralatan perlindungan atau teknologi yang bersesuaian. Amalan ini membahayakan kesihatan pekerja serta menyebabkan pencemaran tanah dan sumber air yang datangnya daripada sisa toksid seperti plumbum, merkuri dan kadmium.

Seperti yang kita sedia maklum, Johor pernah merekodkan insiden pencemaran sumber air dari sisa toksik industri yang merbahaya. Oleh itu, hal ini perlulah diberi keutamaan agar sejarah yang sama tidak berulang kembali dengan e-Waste. Menurut laporan PBB dunia, dunia telah menghasilkan 60 juta tan matrik e-Waste pada tahun 2022, meningkat sebanyak 82% berbanding tahun 2010 dan dijangka meningkat lagi 32% kepada 82.2 juta tan matrik menjelang tahun 2030. Di seluruh Malaysia pula, lebih daripada 55,000 tan sisa elektrik dan elektronik telah dihasilkan pada tahun 2024.

Kajian juga menunjukkan antara Januari 2023 hingga Februari 2025, Malaysia telah menjadi destinasi utama bagi pelupusan e-Waste dari Amerika Syarikat dengan jumlah import melebihi 131,000 matrik tan. Sudah tiba masanya, Kerajaan Negeri Johor mengambil pendirian yang lebih tegas dalam mengubah dasar e-Waste Johor yang komprehensif dan ketat serta rancangan lebih menyeluruh merangkumi tanggung jawab pengilang, insentif untuk pengitar semula yang sah serta kempen kesedaran kepada rakyat. Jadi, dengan langkah yang pro-aktif ini, Johor bukan sahaja dapat melindungi alam sekitar dan kesihatan rakyat, malah memperkukuhkan reputasinya sebagai negeri peneraju dalam pembangunan hijau dan ekonomi kitaran semula di Malaysia.

Yang Berhormat Datuk Speaker, isu seterusnya adalah berkenaan dengan isu air, yang isu air iaitu tarif air nondomestic SAJ. Tarif air untuk kategori bukan domestik Johor telah

dinaikkan pada Julai 2025, di mana blok tarif lama adalah untuk meter padu kosong hingga 35, kadar dia adalah RM3.15. Untuk yang lebih daripada 35 meter kiub, meter padu adalah RM3.55. Untuk blok tarif baru, adalah kenaikan agak tinggi, kosong sampai 35 meter padu adalah RM4.15, di mana kenaikan adalah 31.75% dan untuk 35 meter padu ke atas, tarif baru adalah RM5.30. Jadi, kenaikan adalah 49.30%.

Jadi, boleh dikatakan kenaikan adalah hampir 50%. Dan lazimnya, kebanyakan perniagaan menggunakan air lebih daripada 35 meter padu. Hal ini, hal ini telah menyebabkan peningkatan kos kepada para peniaga, seterusnya membawa kepada kesan rantaian harga barangan keperluan harian. Kenaikan ini memberi kesan kepada semua peniaga termasuk restoran, gerai, pasar, kilang air minuman, kilang ais di mana penggunaan air adalah tinggi. Jadi, saya menyeru dan mencadangkan agar Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat berbincang dengan pihak SAJ bagi mendapatkan solusi yang terbaik untuk mengurangkan tarif air nondomestic agar kenaikan tidak terlalu tinggi dan membebankan rakyat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, isu seterusnya yang saya ingin utarakan adalah berkenaan dengan Bantuan Kasih Johor (BKJ). Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan Johor dengan lebihan hasil yang diperolehi ianya dapat memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan melalui pelbagai Insentif Bantuan Kasih Johor. Saya menyokong sepenuh inisiatif yang diberikan dan turut mencadangkan beberapa mekanisme lain yang boleh dipertimbangkan mengikut kesesuaian terutamanya dalam menyampaikan bantuan secara bersasar dan menyeluruh. Lazimnya, kita memikirkan keperluan bagi pihak penerima dalam masa yang sama saya mencadangkan untuk kita juga mengambil pendekatan, membantu peniaga tempatan dalam kebersamaan menyampaikan hasrat murni ini.

Yang pertama, kaedah yang saya cadangkan yang pertama, kaedah kupon atau baucer tunai. Di mana kaedah ini boleh melibatkan peniaga tempatan seperti peruncit, peniaga makanan dan peniaga pasar basah. Sebagai contoh, bakul makanan, bantuan bakul makanan ia tidak semestinya diberikan secara fizikal malah lebih elok jika diberikan baucer kedai berdekatan, hah. Keadaan ini telah saya amati lebih berkesan kepada penerima dan peruncit melalui Bantuan Bulanan Dapur Kasih Johor yang bernilai RM100.00 setiap isi rumah bagi keluarga angkat DUN sejak 2024. Jika dilihat dari sudut perniagaan tempatan dan peniaga di pasar basah, mereka turut mendapat manfaat secara langsung daripada insentif ini kerana mereka boleh beli di kedai-kedai berdekatan. Kedai-kedai berdekatan tidak akan, bisnes mereka tidak akan turun.

Yang kedua, kaedah kupon atau baucer tunai untuk masakan, makanan siap masak. Melalui ziarah kasih yang saya lakukan di kawasan, tidak semua penerima memerlukan bakul, bantuan bakul makanan. Bagi warga emas yang uzur dan pesakit kronik, kehidupan mereka lebih praktikal dengan bantuan makanan siap masak. Oleh itu, kaedah ini lebih sesuai bagi mereka yang tidak mampu menyediakan makanan harian selain memberi impak ekonomi yang berterusan kepada peniaga ataupun gerai tempatan.

Jadi, kedua-dua kaedah ini boleh juga dilakukan bersempena perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, Aidilfitri dan Deepavali dengan memberi peluang kepada penerima membuat pilihan mengikut keperluan masing-masing. Bukan semua nak mengguna kaedah ini, kita boleh selitkan kalau dirasakan sesuai. Jadi, saya mencadangkan untuk kaedah ini diaturkan secara terus melalui ke semua 56 ADUN bersama peniaga tempatan kawasan masing-masing bagi memudahkan cara pembahagian.

Selain itu, untuk isu BKJ yang telah diumumkan sebelum ini. Untuk BKJ yang telah diumumkan sebelum ini, yang telah dijalankan sebelum ini adalah Bantuan kepada Ibu Tunggal, warga emas, penghuni PPR, pemandu teksi semua ada, laptop dan juga tunai kepada mahasiswa mengikut DUN masing-masing. Kami barisan pengimbang berharap ia boleh melibatkan ke semua 56 ADUN pada masa depan.

Selain itu, bantuan yang diberikan dalam bentuk wang tunai kepada penerima B40 juga perlu diperhalusi ekoran rungutan yang diterima, di mana ianya membebankan mereka dari segi kos pengangkutan juga keperluan untuk penerima yang uzur, bergerak ke tempat tersebut. Kebanyakan mereka ini adalah dari golongan yang kurang berkemampuan dan menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Mereka memilih bantuan ini diberikan secara online transfer di mana ianya tidak membebankan untuk ke tempat perasmian sumbang tersebut.

Selain itu, ada juga orang merungut kepada saya, bahawa bantuan tunai one-off RM200.00 kepada pemandu teksi dan e-hailing baru-baru ini, saya dapati ianya memakan masa yang agak lama juga bagi penerima untuk berada di tempat perasmian ataupun majlis. Jadi, dalam tempoh tersebut setiap dari mereka telah terlepas peluang untuk mengambil penumpang dan menjana pendapatan, di mana RM200.00 yang diberikan mungkin hanya tinggal RM100.00 lebih sahaja yang dibawa pulang kerana mereka hilang peluang untuk mencari mata pencarian dan penumpang. Jadi, tidak dinafikan ianya tetap memberi manfaat kepada penerima. Tetapi pada pandangan saya, jika yang perlu dimajliskan bolehlah dilakukan dalam skala yang lebih kecil dan di tempat yang bersesuaian untuk pihak yang terlibat untuk menghadirkan diri.

Yang Berhormat Datuk Speaker, isu yang seterusnya adalah berkaitan dengan Bantuan Baik Pulih dan Bantuan Bina Baru Rumah. Bagi tahun 2024 dan 2025, pihak MAIJ dan PKPJ telah menawarkan Bantuan Baik Pulih dan juga Bina Baru Rumah Kasih Johor bagi golongan B40 yang layak di ke semua 56 DUN. Jutaan terima kasih kepada MAIJ dan PKPJ yang telah banyak membantu mereka yang layak untuk mendapatkan rumah mereka di baik pulih ataupun dibina baru. Setelah melalui proses yang diperlukan untuk membantu golongan ini, pihak saya telah mengenal pasti beberapa isu yang perlu dipertimbangkan bagi mencapai objektif utama iaitu membantu rakyat yang layak mendapatkan kediaman yang lebih selesa dan kondusif.

Antara kekangan untuk menepati kelayakan yang ditetapkan adalah bagi golongan border line di mana pendapatan seisi rumah di atas pagar antara B40 dan M40. Walaupun pada dasarnya mereka tidak layak, seharusnya ada dasar tetap juga dinyatakan di mana golongan ini juga boleh diterima, bergantung kepada komitmen sedia ada dan juga keadaan rumah mereka yang agak daif untuk diduduki. Sebagai contoh, salah satu peserta saya tidak bekerja dan menduduki rumah yang banyak kerosakan serta memerlukan baik pulih tetapi ekoran pendapatan isu rumah anak-anaknya yang sudah bekerja, beliau tidak layak untuk dimasukkan sebagai peserta baik pulih walaupun beliau telah menjelaskan bahawa pendapatan anak-anak itu adalah tidak tetap dan masing-masing mempunyai komitmen sendiri, ianya agar sukar dipertimbangkan.

Jadi, saya berharap pihak kerajaan dapat meneliti semula komitmen yang ditanggung oleh setiap ahli keluarga kerana pendapatan isi rumah tidak mencerminkan realiti kehidupan yang sedang mereka lalui. Jadi, bagi Bantuan Bina Baru kawasan bandar, agak sukar untuk mendapatkan golongan B40 yang mempunyai tanah hak milik persendirian mahupun ahli keluarga lain telah melayakkan mereka dibantu sebagai peserta Bina Baru atau pihak PKPJ mahupun MAIJ. Jadi, saya mohon agar bagi DUN yang berada di kawasan bandar diberikan kelonggaran sedikit agar mendapatkan kuota baik pulih yang lebihlah berbanding dengan kuota bina baru ya.

Secara keseluruhan, Stulang hari ini berkongsi idea yang berkaitan dengan yang pertama, penyuraian trafik di CIQ, BSI, stesyen RTS dan Bandaraya Johor Bahru. Yang kedua, mengenai pengecasan EV dan yang ketiga, pengurusan e-Waste dan yang keempat, tarif air SAJ yang nondomestic air yang perlu dikurangkan dan juga penambahbaikan kepada Bantuan Kasih Johor dan juga cadangan untuk Bantuan Baik Pulih Dan Bina Baru Rumah Johor.

Kesimpulannya, kita sama-sama ingin melihat Johor berkembang pesat dengan pelaburan dan pendapatan yang meningkat. Perkembangan pesat ekonomi yang menjelmakan modul Shenzhen - Hong Kong di Johor – Singapura, menjadi impian bersama. Ini seirama dengan pantun yang berbunyi, kain batik kain pelikat, coraknya indah berwarna warni, ekonomi Johor terus meningkat, limpahannya rakyat Johor disantuni. Dengan ini, saya menyokong usul Belanjawan 2026 yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Stulang. Ahli-Ahli Yang Berhormat saya yakin Ahli-Ahli Yang Berhormat bijak untuk mengurus masa. Mulai hari ini hingga 19 hari bulan nanti, seramai 39 orang Ahli-Ahli Yang Berhormat akan terlibat dalam perbahasan. Bagi membolehkan semua Ahli Yang Berhormat dapat berucap, saya mohon kerjasama semua agar mematuhi masa yang diberikan. Masa perbahasan yang diberikan maksimum 20 minit seorang untuk Ahli-Ahli Yang Berhormat. Seterusnya Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya jemput Yang Berhormat Bukit Kepong.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNBukit Kepong

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker. Bismillahirrahmaanirrahim, (bacaan Selawat), Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, alhamdulillah pertama-tamanya marilah kita bersama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinnya jua kita dapat berhimpun dalam Dewan yang mulia ini, lambang kematangan demokrasi yang terus subur di negeri Johor yang bertuah. Bukit Kepong ingin memulakan ucapan perbahasan dengan merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi ucapan tahniah serta ucapan selamat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang akan disambut pada 22 November ini. Bukit Kepong dengan penuh takzim dan kasih menzahirkan doa ke hadrat Allah SWT agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta seluruh anaknda dan kerabat diraja sentiasa dikurniakan keberkatan umur, kesihatan yang berpanjangan serta kesejahteraan berterusan dalam memayungi rakyat dan Bangsa Johor.

Syukur alhamdulillah, pada hari yang penuh bermakna ini Bukit Kepong turut berpeluang mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Johor Tahun 2026 sebagaimana Ahli-Ahli Dewan yang lain sama ada di pihak kerajaan mahupun di pihak pengimbang. Platform yang amat berharga ini akan Bukit Kepong manfaatkan sepenuhnya demi kepentingan negeri Johor serta kebajikan rakyat khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Kepong yang diamanahkan untuk diwakili.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, izinkan Bukit Kepong memulakan perbahasan ini dengan menyorot sabda junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi panduan utama dalam urus tadbir dan amanah, bahawa Rasulullah SAW telah melantik seorang amil pegawai kutipan zakat setelah selesai melaksanakan tugasnya beliau datang kepada Rasulullah dan berkata “Wahai Rasulullah, ini adalah harta untuk tuan dan ini pula hadiah yang diberikan kepadaku. Lalu Rasulullah SAW bersabda, Sekiranya engkau duduk di rumah ayah dan ibumu, adakah engkau akan diberikan hadiah itu? Tidak demi Allah dan jiwa Muhammad berada di dalam genggamannya. Tidaklah seseorang mengambil harta secara khianat melainkan kelak pada hari kiamat ia akan memikulnya di atas kepalanya”. Riwayat Al Bukhari, Hadith Ke-6636.

Hadith ini mengingatkan kita bahawa amanah dan integriti adalah asas kepada keberkatan rezeki dan pentadbiran. Ia juga menjadi peringatan bahawa sebarang bentuk salah guna kuasa dan penyalahgunaan harta awam walau sebesar zarah sekalipun tidak akan terlepas daripada hisab Allah SWT.

Maka, dalam semangat ini Bukit Kepong ingin mengajak Dewan yang mulia untuk melihat Belanjawan Negeri Johor 2026 bukan sekadar sebagai dokumen, angka dan peruntukan tetapi sebagai amanah besar yang akan dinilai oleh rakyat di dunia dan Allah di akhirat kelak. Justeru itu, setelah meneliti keseluruhan intipati Belanjawan Negeri Johor 2026, terdapat beberapa perkara yang ingin Bukit Kepong bangkitkan khususnya menyentuh kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat di kawasan Bukit Kepong serta rakyat Johor amnya. Besarlah harapan Bukit Kepong agar isu-isu yang diketengahkan ini diberi perhatian serius serta tindakan segera oleh pihak kerajaan demi memastikan setiap dasar dan peruntukan yang dibentangkan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat di peringkat akar umbi.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Bukit Kepong ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap Titah Duli Yang Maha Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang menzahirkan kebimbangan terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku apabila projek RTS Link antara Johor Bahru dan Singapura mula beroperasi kelak. Tindakan sambil lewa oleh kerajaan perpaduan menyaksikan sehingga kini tiada penyelesaian menyeluruh dikemukakan bagi menampung peningkatan jumlah trafik termasuk pelaksanaan sistem dengan izin, ART bertingkat atau alternatif pengangkutan lain di kawasan sekitar Bukit Chagar. Pulau Pinang mendapat limpahan projek LRT bernilai RM17 bilion, tetapi untuk Johor, kerajaan persekutuan memaklumkan bahawa tiada peruntukan mencukupi untuk menampung kos penyelenggaraan sekiranya penyelesaian bertingkat sepenuhnya dilaksanakan. Ini berlaku walaupun Johor menjadi negeri dengan pertumbuhan KDNK 6.4% iaitu pertumbuhan ekonomi tertinggi di Malaysia.

Ini menunjukkan seolah-olah bahawa kerajaan negeri Johor dianaktirikan oleh kerajaan perpaduan walaupun jumlah MP Pembangkang di Johor antara adalah tertinggi iaitu sebanyak 24 orang, kecuali Pagoh dan Mersing. Sedangkan di Pulau Pinang jumlah MP nya tak lebih daripada 13 orang. Jadi, menjadi tanggungjawab tuan-tuan dan puan-puan YB-YB yang berada di depan saya ini baik di blok sebelah kanan mahupun di blok hadapan saya untuk memastikan kerajaan negeri Johor tidak dianaktirikan dan pembangunan di negeri Johor sewajarnya menjadi agenda utama kerajaan perpaduan. Inilah sikap sebenar kerajaan perpaduan apabila mereka mahu sokongan untuk membentuk kerajaan, mereka merayu kepada Johor tetapi selepas menjadi kerajaan, Johor dilayan seumpama anak tiri. Bukit Kepong meminta sahabat-sahabat daripada DAP, PKR, pihak-pihak kerajaan di dalam Dewan yang mulia ini untuk menegur Perdana Menteri agar segera membantu Johor untuk melaksanakan penyelesaian menyeluruh di projek tersebut dan projek-projek banyak lagi di negeri Johor yang masih tidak dilaksanakan. Kalian sentiasa meminta-minta untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Johor namun, apabila berlaku isu seperti ini kalian mendiamkan diri tanpa secubit pun rasa ingin menegur pimpinan utama parti kalian supaya membantu negeri Johor.

Menyentuh isu yang hampir sama, Bukit Kepong turut ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini atas sikap Ahli Parlimen Pontian merangkap Timbalan Menteri Kerja Raya yang malas untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Mersing mengenai infrastruktur asas di Mersing. Sikap begini adalah amat mengecewakan sekali. Jadi, menjadi tanggungjawab dua orang ADUN kita iaitu Benut dan Pulai Sebatang untuk menegur MP kalian untuk memastikan pembangunan di negeri Johor menjadi keutamaan menteri-menteri yang ada di Putrajaya.

Puan Hajah Hasrunizah binti HassanUMNO · BNPulai Sebatang

Yang Berhormat Datuk Speaker, sangkaan buruk Yang Berhormat Datuk Speaker, Perkara 45(13), terima kasih.

Timbalan Speaker

Cuba baca 13 kalau boleh.

Puan Hajah Hasrunizah binti HassanUMNO · BNPulai Sebatang

Yang Berhormat Datuk Speaker, 45(13), seseorang ahli itu tidak boleh sekali-kali mendatangkan sangkaan-sangkaan yang tidak baik kepada seseorang Ahli yang lain menuduh ke atas diri seseorang Ahli lain,

menggunakan bahasa yang kesat, lajak dalam percakapannya yang mengganggui sahsiah seseorang. Terima kasih.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNBukit Kepong

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, ingin saya tahu ayat yang manakah, perkataan yang manakah yang saya sebut sehingga boleh menyinggung perasaan ADUN yang berkenaan?

Timbalan Speaker

Nama tak disebutkan, teruskan.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNBukit Kepong

Sebagai Ahli Parlimen, yang berasal dari Johor, beliau sepatutnya menunjukkan keikhlasan dan ketulusan untuk membangunkan Johor bukannya sentiasa bermain politik dendam yang tidak berkesudahan. Sungguhpun Parlimen Mersing diwakili oleh Perikatan Nasional, namun harus diingat bahawa Mersing juga merupakan permata pelancongan bagi negeri kita ini. Bagaimana seorang anak Johor boleh melupakan negeri yang telah meletakkannya di persada politik tanah air? Saya tidak mendengar pun mana-mana sahabat-sahabat daripada pihak kerajaan menegur atas sikap Timbalan Menteri tersebut. Adakah kerana beliau berasal dari parti yang sama? Maka YB-YB semua diam membisu.

Yang Berhormat, boleh tak saya celah jugalah, saya memang geram juga lah tengok ini, sebab apa...

Timbalan Speaker

Celahan tak boleh. Ada apa-apa nak di..

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNBukit Kepong

Sebagai Bangsa Johor, kita tidak boleh melupakan jati diri dan semangat Johor mesti jadi Johor. Walaupun kita telah bergelar menteri, atau timbalan menteri.

mengikut peraturan yang tadi, dia cakap ini Peraturan Mesyuarat, Peraturan Mesyuarat kena ikut...

Timbalan Speaker

Permas, duduk.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji JamalBERSATU · PNBukit Kepong

Semangat ini mesti disemat dalam sanubari setiap Ahli Dewan kita tidak kira sama ada Dewan Negeri ataupun Dewan Rakyat. Bangsa Johor mesti mengutamakan negeri tanah tumpah darah kita.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, saya ingin menyentuh tentang pencemaran sungai dan gangguan bekalan air. Bukit Kepong ingin mengutarakan satu lagi isu yang amat membimbangkan iaitu insiden pencemaran Sungai Johor yang berlaku beberapa minggu lalu sehingga menyebabkan gangguan bekalan air kepada sebahagian besar rakyat di negeri ini. Saya dimaklumkan ada lebih kurang 480,000 akaun pengguna terkesan akibat pencemaran ini.

Peristiwa ini sekali lagi membuktikan betapa rapuhnya sistem penguatkuasaan dan pemantauan sumber air kita. Kita tidak boleh terus menunggu bencana berlaku sebelum bertindak. Kerajaan perlu memperkukuhkan sistem pencegahan dan pengawasan agar tragedi seperti ini tidak lagi menjadi rutin tahunan yang mengorbankan kesejahteraan rakyat. Ingat, kita pernah menghadapi bencana pencemaran iaitu Sungai Kim Kim kemudian diikuti dengan pencemaran Taman Mawar. Sebetulnya kerajaan, penjawat awam telah mempunyai pengalaman tentang isu pencemaran ini. Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh penjawat awam yang telah membantu menyelesaikan isu pencemaran di Sungai Kim Kim dan Taman Mawar. Namun, kenapa boleh terjadi lagi pencemaran Sungai Johor yang terus mengganggu kita pengguna di negeri ini. Undang-undang berkaitan rizab sungai dan zon penampan sumber air sebenarnya sudah lama wujud. Namun, pelaksanaannya masih longgar dan tidak konsisten. Isu ini menuntut penyelerasan yang lebih erat antara agensi-

agensi berkaitan seperi Pejabat Tanah, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar serta Badan Kawal Selia Air Johor melalui satu sistem pemantau bersepadu dan berterusan. Bukit Kepong sangat khuatir tentang isu ini kerana Bukit Kepong, Bukit Pasir, Serom di tengah-tengahnya ada Sungai Muar. Sungai Muar pun, saya rasa akan menghadapi isu yang sama jika kita tidak memastikan penguatkuasaan dijalankan dengan sebaiknya.

Pagi-pagi jangan lupa beriadah; berhenti beriadah makan kuini; Sungai Muar, Sungai Kepong bersih dan indah; punca pendapatan kami dari dahulu hingga kini. Sungai Johor ialah nadi air negeri ini. Kita memerlukan bukan sahaja penguatkuasaan berterusan dan pemantauan masa nyata, real time monitoring tetapi juga ketegasan politik untuk memastikan sumber air negeri sentiasa terpelihara. Air bersih bukan sekadar kemudahan asas tetapi hak asasi setiap rakyat Johor yang mesti dilindungi dengan penuh tanggungjawab.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Bukit Kepong ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada pentadbiran negeri kerana telah berjaya membentangkan Belanjawan Johor 2026 yang berjumlah RM2.55 bilion. Menteri Besar menggambarkan belanjawan ini sebagai belanjawan lebihan dan juga kedudukan kewangan negeri yang kukuh serta hasil yang meningkat. Namun, sebagai pihak pembangkang yang bertanggungjawab Bukit Kepong menegaskan bahawa kekayaan negeri Johor ini belum diterjemahkan dalam bentuk kesejahteraan rakyat yang holistik di sebalik setiap angka, data dan statistik yang diungkapkan dalam dokumen Belanjawan Johor 2026, realitinya ramai rakyat masih berdepan dengan tekanan sara hidup seperti yang telah disebutkan oleh Kukup dan Perling tadi. Setiap hari kita melihat bahawa peningkatan harga barang, subsidi ditarik. Yang sebetulnya membebankan kita rakyat Malaysia. Bukit Kepong menyambut baik setiap inisiatif kebajikan yang telah diumumkan namun, pendekatan yang terlalu bergantung kepada bantuan tunai dan dengan izin one-off adalah penyelesaian jangka pendek bukan dasar jangka panjang untuk memperkukuh ekonomi rakyat. Kerajaan negeri perlu memperluaskan dasar yang bersifat pembudayaan dengan izin, empowerment seperti latihan kemahiran, pembangunan, keusahawan, penyelidikan, peluang pekerjaan supaya rakyat mampu berdikari dan tidak terus bergantung kepada bantuan sementara.

Dokumen Belanjawan 2026 ini masih melihat wanita sebagai golongan yang perlu diberikan ehsan bukan sebagai golongan yang boleh memimpin ekonomi. Bukit Kepong juga ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan terhadap penjawat awam dengan pemberian insentif khas namun Bukit Kepong tertanya-tanya adakah insentif khas ini akan turut dinikmati oleh pesara-pesara kerajaan, pesara-pesara kerajaan persekutuan yang anak negeri Johor, yang merupakan mereka semua pastinya pengundi di negeri Johor.

Timbalan Speaker

Masa hampir.

Alang-alang menyeluk pekasam, seluk sampai ke pangkal lengan; alang-alang memberi bantuan, berilah bantuan untuk semua golongan.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, memandangkan masa pun dah nak habis, tadi sewaktu saya berada di luar. Saya ada dapat satulah memorandum daripada Persatuan Kebajikan Pemilik-Pemilik Tanah dan Penduduk Kampung Melayu Majidee Negeri Johor. Beliau mengeluh kerana kesukaran untuk bertemu dengan pimpinan di atas. Jadi, adalah harapan saya untuk pihak kerajaan tolong melihat, mempertimbangkan memorandum yang telah di berikan. Datuk Speaker bijak berpantun; pantunnya indah ceria suasana; Datuk MB bijak dan bersopan santun; semoga dapat diselesaikan dengan bijaksana. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Terima kasih Bukit Kepong. Selanjutnya dipersilakan Yang Berhormat Sri Medan.

Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan Doa) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Boleh dengar Yang Berhormat Speaker? Saya tak dengar suara saya sendiri. Minta maaflah saya pun tak berapa sihat Yang Berhormat Datuk Speaker, mungkin saya ada, mungkin terpaksa saya baca sepatah-sepatahlah harap Datuk Speaker tak mengganggu perasaan saya.

Timbalan Speaker

Insya-Allah.

Salam Maju Johor. Yang saya kasihi Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih bagi ruang kepada Sri Medan untuk petang ini. Kepada rakan-rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat, terima kasih. Tak apa Bukit Kepong nanti saya cubalah jawab sikit, panas betul tadi. Rakan-rakan saya cuba jawab juga tadi tu ya. Tak apa kita tadi ruang untuk Bukit Kepong jadi kita biarkan sahajalah biar dia bercakap dekat mana nak bercakap pun bercakaplah. Dekat Dewan ke? Dekat medsos ke apa kita redha je, tapi insya-Allah rakan-rakan pembangkang, saya ingat bukan kita mengiyakan je, apa yang kerajaan Perpaduan pada hari ni. Saya ingat saya yang kelima yang pertama, kedua pun kita sebut tentang apa yang telah dititahkan oleh Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor. Kita bukan pekak, kita bukan buta dan kita sentiasa dengar dan kita sentiasa ambil tahu dan kita jadi pengimbang sama juga dengan rakan-rakan di blok yang sebelah. Terutamanya saya hendak merafak sembah Yang Berhormat Datuk Speaker, dan juga setinggi tahniah serta ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 22 November tahun 2025. Keduanya Yang Berhormat Datuk Speaker, Sri Medan ingin menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail atas segala nasihat dan bimbingan yang dicurahkan kepada kempimpinan Negeri Johor hari ini dalam menjayakan urus tadbir demi kesejahteraan Bangsa Johor. Ampun Tuanku.

Yang ketiga Yang Berhormat Datuk Speaker, saya hendak mewakili rakan-rakan saya duduk di kawasan DUN Sri Medan Datuk Speaker, ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Menteri Besar Johor di atas pembentangan Belanjawan Johor Tahun 2026 yang mencakupi banyak perkara. Enam Teras, 260 inisiatif. Saya tak perlu sentuh apa yang Sedili rasa, saya tak perlu sentuh apa Johor Lama rasa tetapi saya nak sentuh apa yang Sri Medan rasa atas pembentangan Belanjawan 2026. Hari ni rakan-rakan saya tu ada Yang Berhormat Datuk Speaker, daripada pagi sampai ke petang, saya jangka tengah hari saya akan bahas tetapi hari ni mereka tunggu juga. Bukan 37 kali, dua orang yang sama tu (Dewan bertepuk).

Kalau Yang Berhormat Datuk Speaker, boleh izinkan mereka hendak menunjukan rasa hormat dan bangga kepada Kerajaan Negeri Johor boleh rakan-rakan semua bangun. Ini dia wakil-wakil penduduk kampung DUN Sri Medan (Dewan bertepuk). Saya teringat kali pertama saya bawa mereka, Yang Berhormat Datuk Speaker, pada saya ingat tahun lepas dalam sidang Dewan kali pertama saya bawa. Saya tak pernah bawa pemerhati daripada DUN Sri Medan. Saya bawa tahun lepas kerana saya hendak tunjukkan dengan kerajaan negeri betapa kerajaan negeri prihatin dengan kita semua terutama ketika itu mangsa-mangsa banjir yang terlibat banjir, bencana banjir pada tahun 2023. Pada ketika itu apa yang kita janjikan kepada mangsa-mangsa banjir meraka akan mendapat RM2,500.00 tetapi malangnya saya dapat keluar RM1,000.00 Yang Berhormat Datuk Speaker. Tetapi bila saya bangkitkan dalam Dewan, Persidangan Dewan Negeri alhamdulillah bukan tanggungjawab negeri saya tak salahkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor tetapi alhamdulillah dengan keprihatinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor pada ketika itu telah diluluskan peruntukan RM11.997 juta bukan untuk DUN Sri Medan sahaja, ramai yang dapat daripada Segamat, daripada Batu Pahat, Sri Medan jadi suara untuk mereka semua. Akhirnya mereka telah terima dah hari ini rakan-rakan saya ingin menunjukkan sokong sekali lagi kepada kerajaan negeri Johor bahawa Belanjawan Johor 2026 adalah yang terbaik (Dewan berterpuk) semenjak saya menjadi Ahli Yang Berhormat. Terima kasih.

Saya pun kadang-kadang saya duk fikir juga mana MB nak cari duit banyak-banyak Datuk Speaker ya? Diberi RM11.997 juta jumlah yang besar. Yang sebelah sana mungkin dia buat tak faham sahaja. Tetapi itulah syukur kepada Allah SWT dengan RM12 juta diberi kepada kita semua, kawan-kawan kita daripada DUN Sri Medan akhirnya limpahan rezeki itu berlimpat kali ganda. Dalam tempoh tiga (3) tahun enam (6) bulan jumlah pelaburan negeri Johor telah mencecah RM218 bilion. 64,000 peluang pekerjaan telah wujud dalam negeri Johor dan juga kadar pengangguran dalam negeri Johor kekal dalam paras 2.3%. Apa eh 2.3% macam sikit sangatkan? Walaupun kata ada 100,000 mungkin 2,300 orang tak kerja. Bukan, sebenarnya 2.3% Yang Berhormat Datuk Speaker, saya pun sempat lah saya study sikit ya, kadang kita hendak cakap ni kadang-kadang kita pun hendak kena tahu juga apa itu 2.3%. Rupanya bilangan penganggur dibahagi kepada jumlah tenaga buruh, didarabkan 100. Kalau bilangan penganggur ini bermaksud orang yang tidak bekerja. Mereka aktif mencari kerja dan juga mereka yang sedia untuk bekerja. Bukan yang lepak warung. Lepas warung memang tak nak kerja tu kita tidak masuk dalam bilangan pengangguran ini. Dibahagikan kepada jumlah tenaga buruh yang sedang bekerja di campurkan penganggur yang sedang cari kerja. Jadi itulah bila didarabkan kepada 100 akan dapat 2.3% bermaksud negeri Johor ini dia ke depan dalam menangani masalah pengangguran. Jadi, tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, apa yang menakjubkan saya dah selalu sebut dah saya kalau hendak rasa hormat saya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor ini, saya ingat tidak boleh diganti dengan sekilo emas sekali pun. Kerana Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini dia mempunyai iltizam untuk membantu kita semua. Saya bercakap hari ini sebagai wakil DUN Sri Medan tetapi sebenarnya lebih daripada itu kalau kita hendak dengan apa yang diusahakan pada hari ini. Unjuran hasil Kerajaan Negeri Johor, negeri Johor RM2.550 bilion. Unjuran perbelanjaan RM2.54 bilion dan serta RM4.45 juta. Saya di Sri Medan memang syukurlah, mudah-mudahan negeri Johor ini akan terus makmur dari segi ekonomi dan juga rakyat di DUN Sri Medan, akan mendapat limpahan berlipat kali ganda kerana apa, hari ini kita dapat pelbagai bantuan-bantuan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, saya ingat Bantuan Kasih Johor, saya ingat dah banyak sangat dah. Ini untuk bulan 12, kita akan mengagihkan banyak lagi bantuan untuk ibu tunggal, bekas tentera, polis, ini pun ada dengar ura-ura pun, bapa tunggal pun nak dapat, minta maaf Kukup dan juga Sungai Balang, tanpa niat, tanpa sangka buruk eh. Bapa tunggal pun minta lagi, apa lagi yang nak kita dustakan hari ini. Sebab tu Yang Berhormat Datuk Speaker eh, Sri Medan walaupun belum ada bacaan pertama ke kedua, ketiga Seri Medan hari ini nak menyatakan bahawa kita menyokong penuh Belanjawan Johor Tahun 2026. Cuma apa yang kita mahu hari ini, kita doa sama-sama rakan-rakan semua nak dengar bahawa hari ini Sri Medan mengharapkan bahawa kita akan mendapat berlipat kali ganda tapi kena bersyukur. Jangan bergaduh, jangan bermasam muka, itu yang selalu pesan di peringkat bawah Yang Berhormat Datuk Speaker, kerana rezeki itu akan mudah datang bila kita selalu bersyukur.

Sebab itu, Yang Berhormat Datuk Speaker, saya teringat tadi disebut oleh apa, Bukit Kepong, minta maaf, Bukit Kepong pun sahabat saya ni eh, kadang-kadang saya pun, saya tengok juga dekat tik tok eh, Timbalan Menteri yang dimaksudkan tadi kan, dia kata sokong tak hendak, tapi projek nak haha, contoh ada macam tu lah. Tapi dekat kita, saya pun memang ada cakap, angkat tangan tak nak tapi semua nak ha, saya pun nak sebut juga. (Dewan bertepuk). Kita kadang-kadang kita serba salah, saya tak pernah anggap Ahli-Ahli Yang Berhormat kat depan saya sebagai musuh saya pun, semua kawan saya, rakan-rakan pengimbang, hari ni kita dah bercakap, kita tak pernah pun bersetuju 100% pun dengan apa yang kerajaan perpaduan buat, kita pun sebagai pengimbang sebenarnya, kita pengimbang.

Hari ini rakan-rakan akan bangkitkan apa yang mungkin kerajaan perpaduan tak dapat tunaikan dengan kita, tak apa, kita akan buat, tapi Yang Berhormat Datuk Speaker eh, saya kadang-kadang pun rasa kecil hati juga. MB dua jam lebih saya ingat, bentangkan Belanjawan 2026, saya tunggu adalah eh seorang, tak ada juga eh, kadang-kadang kita pun

apa lagi nak eh. Saya pun kadang sedih sebagai ADUN yang dah lamalah sebenarnya saya dah 3 penggallah, apa kita nak lagi eh. Jadi, saya harap rakan-rakan pengimbang nilailah, bezakan antara intan dan juga kaca, itu saya nak eh. Semua kawan, pastu yang Bukit Kepong sebut tadi ye, itulah saya dah sebut tadi saya tak ulang lagi lah eh. Ada beberapa perkara yang saya nak bangkitkan Yang Berhormat Datuk Speaker, saya pun tak nak ambil masa yang panjang, 11 minit dah berlalu dah. Saya mencatat perjalanan saya daripada 21 hari bulan 5 tahun 2025, setiap kali perjalanan saya ke kawasan, saya akan catat apa yang saya dengar, apa saya nampak, apa yang saya baca melalui medsos dan sebagainya.

Saya cuba mencatat satu-satu perkara dan akhirnya bila semalam, baru saya sempat tengok satu-satu ada 44 perkara eh, saya nak cuba bangkitkan dalam Dewan Negeri ini, tapi setelah saya senarai pendek saya tahu 44 perkara, Yang Berhormat Datuk Speaker, tak akan bagi saya peluang pun, untuk saya bercakap selama satu jam eh. Saya pendekan. Saya ambil yang penting-penting. Pada hari ini saya nak bercakap kepentingan untuk Sri Medan dan juga mungkin ada kepentingan untuk rakan-rakan saya yang ada di Dewan Negeri Johor.

Yang pertama ha, perkara-perkara ini memang tadi rakan ada sebut, dia kata dia ada bangkitkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah, Mesyuarat Tindakan DUN, saya dipengerusikan oleh Yang Berhormat Semerah, EXCO Kerajaan Negeri Johor, memang terbaik dia ni garang sikit ni, tapi saya ok lah, saya cakap dia teruskanlah YB Fared, yang baik, kita yang tua-tua ni, kita tengok aje, yang penting jangan salah jalan je eh. Dia nak cuba selesaikan dalam Mesyuarat Tindakan DUN, dalam Mesyuarat Tindakan Daerah saya dah menyebut banyak kali kan tapi ada juga yang masih belum selesai. Saya nak ucap terima kasih kepada Pegawai Daerah Batu Pahat, saya nak ucap terima kasih kepada JKR Batu Pahat, saya nak ucap terima kasih kepada JPS Batu Pahat dan juga jabatan-jabatan yang selalu mendengar, selalu ambil tindakan dan sebagainya. Tapi ada beberapa perkara yang saya rasa mesti untuk kita kerajaan negeri sambut, bagaimana nak menyelesaikan masalah ini.

Yang pertama sekali, masalah banjir ni Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam Sri Medan ni memang dikenali dengan masalah banjir, sampai kawan-kawan saya pun mungkin rakan-rakan Ahli Yang Berhormat pun mungkin dah naik lemas dah, kalau saya bercakap soal banjir. Tapi untuk memastikan Sri Medan maju, untuk memastikan Sri Medan hebat pada masa akan datang, kita perlu menyelesaikan masalah yang asas. Sebab tu saya nak ucap terima kasih di sini, yang kalau boleh direkodkan oleh pihak Jurutulis, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, kerana meluluskan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Chaah, terima kasih tu. Saya pun tak tahu figure yang sebenar, tapi dua (2), tiga (3) hari lepas, saya sempat tanya dengan Jurutera Daerah, kalau salah saya minta maaf Datuk Speaker, dengar ratus milion je. Kadang-kadang kita nampak, eh apa kena mengena Sungai Chaah dengan Sri Medan. Apa kena mengena ye. Jauh oh, nak sampai air tu ke kawasan Sri Medan pun ambil masa dekat empat atau lima jam. Tapi sebenarnya, penyelesaian masalah banjir di Sri Medan melalui pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia iaitu Rancangan Tebatan Banjir Sungai Chaah, dia dapat menggabungkan dua RancanganTebatan Banjir yang telah diluluskan sebelum ini Yang Berhormat Datuk Speaker, iaitu kita, airnya, air berpunca adalah daripada Hutan Endau-Rompin. Air yang datang ke Sri Medan bermula daripada Hutan Endau-Rompin, dia akan turun kepada Pekan Chaah, sebelum Pekan Chaah, saya dimaklumkan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran akan dibina Kolam Takungan Banjir.

Ini yang diluluskan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Chaah ni, jadi bila sampai air daripada Hutan Endau-Rompin, dia turun ke Kolam Takungan Banjir di Chaah, dia akan dapat membantu aliran air secara perlahan. Jadi, bila air turun ke Sungai Chaah dan juga ke Sungai Lenek, sebelum sampai ke Simpang Kiri, air berjalan dengan perlahan dan air boleh mengalir sampai ke Kuala Sungai Batu Pahat. Itu yang kita nak, alhamdulillah, cadangan Sri Medan pada sesi yang lepas, sidang yang lepas, diambil kira dan akhirnya peruntukan itu lulus sebab itu rakan Yang Berhormat Bukit Kepong, bukan semua kita minta, dapat, bukan semua kita

minta, tak dapat. Itu yang sepatutnya. Kalau nak kata kenapa Penang eh, Penang dapat apa, LRT, kita tak dapat LRT, kita dapat cuma Automated Rapid Transit nilainya kurang, kenapa kerajaan perpaduan menganaktirikan kita, kenapa tak tanya, tak check pula, tahun 2025 eh, 2025, kerajaan perpaduan memberi peruntukan kepada Johor RM4.8 bilion dan kepada Pulau Pinang hanya RM2.5 bilion. Ini, macam mana kata, kita dianaktirikan pula hah.

Masa tu 2025, Pulau Pinang dianaktirikan, tahun ni 2025 ha, sebab tu cakap dengan fakta, jadi kita mudahlah, kita tak nak bila kita bercakap ni, yang dengar nanti di luar sana, yang ambil kenyataan kita nanti, rakyat tengok, inilah, inilah, kerajaan perpaduan ni menganaktirikan Johor. Ada yang tak betul, kita akan, saya akan bercakap sekejap lagi. Macam Sungai Kim-Kim Yang Berhormat Datuk Speaker, berlaku 2019, 2019, bulan Mac 2019, siapa Ketua, Menteri Besar pada ketika itu. Kita hari ni, menguruskan ni, masalah yang lepas ni, dalam masa beberapa tahun kita hilang eh, yang lepas, itulah kita tengah uruskan hari ini untuk beri yang terbaik untuk kita menyelesaikan masalah pencemaran. (Dewan bertepuk). Bukan, sebab tu, kita kadang-kadang telah ada chat gpt ni, kalau salah saya minta maaf eh. Chat gpt ni cepat aje dalam berapa second saya boleh dapat ha. Minta maaf tapi itulah saya nak kalau boleh biar apa yang kita katakan tu, biarlah berpijak di bumi yang nyata.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Rancangan Tebatan Banjir tadi, minta maaf eh, dah jauh pula saya pergi dah. Pasal saya tengok Bukit Kepong hilang pula eh. Rancangan Tebatan Banjir, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Chaah, ok. Saya pun sebenarnya dah banyak kali berbincang dengan, ni ada masalah juga berlaku ni. Saya bukanlah kata masalah tak boleh selesai, saya bersyukur kerana Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor ni dia prihatin bila kita kadang-kadang kita masuk dalam medsoskan rupanya dia baca Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Datuk Jafni, Yang Berhormat EXCO Kerja Raya, dia baca, dia tahu, apa yang sedang saya lalui di kawasan Parit Sulong dan juga Sri Medan. Jadi, dia telah berapa siri perjumpaan ni, memang dia telah buat dengan saya, jumpa saya untuk selesaikan masalah kerana dalam Rancangan Tebatan Banjir ni, kita suka kan, peruntukan kerajaan beri pada kita, RTB Sungai Batu Pahat RM50 lebih juta. RTB Bandar Batu Pahat RM192 juta. Kita suka, rupanya ada masalah penempatan Yang Berhormat Datuk Speaker, yang sehingga kini belum selesai lagi, mesyuaratnya saya ingat dan lebih daripada 10 kali saya ingat, kalau ibarat main bola tu kita main kat semi final je, final tak pergi-pergi lagi. Ini kita tengah usahakan ni. Tapi saya yakin Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Yang Berhormat Datuk Jafni dan juga Yang Berhormat EXCO Kerja Raya, dia pasti akan bantu saya semua. Dan saya tahu, dia bukan sahaja untuk kita sahaja, tapi saya berharap mengharapkan bahawa win-win situation akan dapat kita capai nanti insya-Allah.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin membangkitkan beberapa perkara eh, tentang RTB tadi, rupanya kita ada juga masalah-masalah di kawasan yang mungkin dihadapi oleh rakan-rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat kawasan masing-masing. Yang pertama sekali Yang Berhormat, daripada Chaah dia akan turun ke Sungai Lenek, dia akan turun ke Sungai Simpang Kiri, sebelum jumpa Sungai Simpang Kiri, kita ada kawasan tadahan banjir, kawasan tadahan air, kawasan tadahan air ini masalahnya satu Yang Berhormat Datuk Speaker, ban-ban tanah yang digunakan untuk menyimpan air telah banyak dipecahkan dan saya telah membangkitkan perkara ini di Mesyuarat Tindakan Daerah, saya tahu kemampuan JPS Daerah ini terhad, jadi saya mohon jasa baik, jasa baik daripada Kerajaan Negeri Johor, untuk bantu, macam mana kita nak dapatkan peruntukan bagi membaiki ban-ban tanah. Jadi, bila air disimpan dalam kawasan tadahan banjir, insya-Allah aliran air dapat kita kawal sebelum sampai ke kawasan perkampungan di Sri Medan.

Yang kedua, kita sibuk membersihkan parit ni, rupa-rupanya kita terlupa satu perkara Yang Berhormat Datuk Speaker, tebing-tebing dah mula runtuh dah. Saya dah bangkitkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah, jangan salahkan saya, dan saya tahu dia perlukan peruntukan yang besar, kadang-kadang kita mohon 20 meter panjang untuk kerja-kerja pembaikan RM80,000.00. Kalau tempat saya, Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ada 560 kilometer panjang parit di DUN Sri Medan, kalau di daerah Batu Pahat sahaja ada 2,750 kilometer

panjang. Tak payah kita ambil banyaklah, kalau 10% di Sri Medan kita ada 56 kilometer. Kita tak payah amik banyak lagi Yang Berhormat Datuk Speaker, kita amik 1% je, 5.6 kilometer. Macam mana eh nak selesaikan masalah tebing-tebing runtuh ni, kalau kerajaan negeri tak bantu atau kerajaan persekutuan tak bantu.

Sebab tu, saya tak kisahlah konsesi mana pun ha, saya dengar, saya puh sampai dah lupa dah ada berapa konsesi Yang Berhormat Datuk Speaker, sampai saya pun dah tak tahu dah sape yang bertanggungjawab dekat sini, dekat persisir parit, dekat tebing runtuh, baiki jalan, jadi saya pun susah, jadi saya mohon Yang Berhormat Datuk Speaker, untuk pemerhatian Kerajaan Negeri Johor eh, untuk mengambil isu ni sebagai perkara yang perlu diangkat untuk mendapatkan peruntukan yang besar bagi menyelesaikan masalah tebing-tebing runtuh. Ini belum soal lagi pembersihan parit. Kita ada cuma 40 lebih % sahaja, bayangkan Sri Medan 560 kilometer, kita nak membersihkan parit cuma kita dapat 48 letak lah 50%, hanya 280 kilometer, saya rasa ini tak memadai kerana saya tahu apa yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Johor untuk kerja-kerja pembersihan parit RM10.9 juta. Kerajaan persekutan hanya keluarkan RM2.9 juta Yang Berhormat Datuk Speaker, cuma lebih kurang dalam 20% saja. Jadi, mana tanggungjawab yang perlu digalas oleh kerajaan persekutuan bagi menangani masalah ini? Soal RTB selesai, bagaimana kita menyelesaikan penyelenggaraan tahunan? Kerana saya difahamkan oleh pihak JPS, satu parit panjang parit itu contoh Kampung Parit Bahru setahun sekali saja dia boleh bersihkan. Jadi, saya mohon jasa baik kepada kerajaan negeri, kemampuan terhad, rujuklah kepada kerajaan persekutan untuk bantu bagi peruntukan pembersihan parit.

Yang Berhormat Datuk Speaker, ini soal internet ni, saya bangga kerajaan negeri Johor ini hari kita mencapaikan Maju Johor 2030, saya dah bercakap banyak kali soal internet ini, capaian internet. Saya rasa dalam tempoh dua (2) tahun ini janganlah ada masalah lagi lah. Saya bukan apa Yang Berhormat Datuk Speaker, Sri Medan kadang-kadang kita sendiri bila kita masuk dalam kawasan, kita tak boleh bukak handphone, line tak dapat apa semua, kita pun rasa kecewa, kerana kita nak mencapai Negeri Maju 2030. Perkara asas yang mesti kita gerakkan untuk kita selesaikan adalah capaian internet. Saya ini kadang berita ini betul atau tidak betul Yang Berhormat Datuk Speaker nanti kita boleh semak sama-sama. Saya dapat mesej saya ada jumpa Cikgu Md Noh, bekas guru Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sulaiman, saya ada jumpa Tok Rosli, saya ada jumpa Abang Nuar, dia cerita, “Tok tahu tak Tok, pencapaian STPM dan SPM di Kampung Parit Puasa Darat yang dulu tu pelajar-pelajar tak dapat pencapaian cemerlang, setelah kita pusingkan kuali tu Tok, akhirnya tahun 2023 kita telah berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang dalam STPM dan SPM.” Saya minta izin Yang Berhormat Datuk Speaker, nanti yang cakap tu pun orang pakai kupiah, tak akan dia nak membohong kan? Saya perhatikan minta izin Yang Berhormat Datuk Speaker,

Timbalan Speaker

Boleh cakap semua tapi dipendekkan.

Okey, tapi nanti kata saya tak baca semua nanti apa pula harapan diorang kan? Ini maklumat lanjut berkenaan WIFI Kampung Parit Puasa. Tahun 2020 laporan Utusan Malaysia seorang pelajar panjat pokok untuk dapatkan gelombang internet. Kalau yang panjat pokok tu Tok ingatlah semua tahulah, cuma pokok jenis apa Tok jangan tanya saya. Tahun 2021, talian WIFI gentian optik internet dipasang hingga hujung Kampung Parit Puasa yang pertama dipasang. Tahun 2023, dua (2) calon SPM Parit Puasa dapat 13A, ini kawasan YB Fared ini, kita pun nak bagi ucap terima kasih pada YB Farid. 13A. Tahun 2024, dua (2) calon cemerlang STPM Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sulaiman, pertama saya nak rekod dalam Dewan ini, biar dia bangga, Diana Miswan pencapaian 4.0 Flat, Anugerah Pelajar Terbaik STPM Sains Sosial Peringkat Kebangsaan Yang Berhormat Datuk Speaker, peringkat kebangsaan tau. Cuma ada capaian internet je. Membantu tau. Nazimudin Zainal cemerlang STPM 4.0 Flat dan antara calon terbaik peringkat negeri Johor. 3 calon SPM dapat 13A, semuanya cemerlang ini adalah dari bahagian Surau 3 Darat. Yang baru dapat line ketika 2021.

Jadi kesimpulannya Yang Berhormat Datuk Speaker, pada tahun 2013, kerajaan yang terdahulu ada melancarkan Johor WIFI. Hingga hari ini saya pun tak tahu apa status Johor WIFI. Boleh tak PBT-PBT saya dimaklumkan 30% tambahan hasil melalui program JS-SEZ. Dengan 30% ini boleh tak Kerajaan Negeri Johor di bawah EXCO berkaitan memperluaskan lagi Johor WIFI agar semua kampung-kampung dipelusuk mana-mana pun boleh mendapat capaian internet dengan baik. (Dewan bertepuk.)

Yang Berhormat Datuk Speaker..

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Sri Medan, pendekkan.

Macam mana ni eh, okey, BKJ saya dah sentuh tadi, saya bagi pihak kawan-kawan, walaupun dia tak jumpa saya kan, BKJ kita bagi banyak, tahun 2026, 350,000 akan menerima manfaat. Orang kata tak rasa tu saya tak taulah, Sri Medan rasa dan bersyukur kerana dapat Bantuan Kasih Johor. Itu yang saya nak tekankan di sini. Yang kata tak rasa, itu terpulang. Sri Medan tetap rasa. Boleh atau tidak kita dah bagi macam-macam ni, inisiatif kita, 1,2,3 bagi semua orang, PDK bagi, apa semua bagilah, sampai saya dah tak tau apa nak bagi, ibu tunggal daripada pendaftaran 18,000 dah naik pada 50,000 saya dengar, ramai. Untuk program Yang Berhormat Datuk Speaker dengan surplus sampai RM4 juta lebih ini, boleh tak, bagi menyokong Tahun Melawat Johor tempat saya ini pun bukan jadi kunjungan orang luar negara pun, tapi kita nak pelancong domestik datang.

Contoh, tempat saya, ada Taman Botani, ada eko pelancongan Sungai Simpang Kiri, ada peninggalan sejarah Perang Dunia Kedua, boleh tak Yang Berhormat Datuk Speaker pesan kat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor berilah peruntukan RM100,000.00 untuk setiap ADUN ni termasuk yang sana tu, bukan sini aje, kita nak menyemarakkan Tahun Melawat Johor dengan program-program di kawasan DUN masing-masing. (Dewan bertepuk.) Bagi RM100,000.00 baru RM5.6 juta. Jadi macam saya tempoh hari Yang Berhormat Datuk Speaker buat rakit, program itu cuma RM6,000.00 je modal tapi kalau ada lebih maka rakit tu penyertaannya dekat 50, oleh kerana kecil adalah 14 penyertaan, tapi telah menarik ramai pengunjung-pengunjung domestik untuk sama-sama dalam program tersebut.

Yang kedua, ini masalah ambulans YB Ah Soon, EXCO minta maaf, YB sorry ya, ambulans ni penatlah YB. Yang Berhormat Datuk Speaker, kita ni asek cerita ambulans je, contoh, di kawasan saya terpaksa menumpang kasih dengan tempat YB Fared, Klinik Bagan, tempat YB Najib, ambulans Tongkang Pecah, jadi ambulans asyik berkurangan, yang ada pun asyik rosak, boleh tak saya cadangkan dengan duit banyak ni, buat satu program kerjasama dengan ambulans-ambulans swasta. Macam mana cara nak buat tu, fikirlah. YB EXCO, fikirlah. Okey hari ni telefon 999, you ada link mana-mana punya ambulans swasta, gilir-gilirlah, mungkin ambulans mana hari ini, esok ambulans mana, jadi tak ada lah putus. Ini kalau orang accident sampai satu jam nak rekod, pergi cek balai polis ada rekod dia. Satu jam kadang-kadang Yang Berhormat Datuk Speaker, kesian, jadi kalau boleh dapat melalui duit yang lebih ni, dengan dengar cerita akhir tahun ni RM100 bilion pelaburan, mesti ada hasil banyak kan? Cuba wujudkan.

Yang ketiga,

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, pendekkan. Ini orang sakit ni.

Yang ketiga, pasal saya nak bagi cadangan. Yang ketiga kelas-kelas mengaji ni banyak. Saya setujulah, eh bayangkan rakan-rakan Ketua Kampung sampai dia bercakap dengan saya, doa lah banyak-banyak MB tu sampai tambah lagi empat (4) tahun, dia kata empat (4) tahun, kenapa? Dia kata tahun pertama sekali saja, seminggu sekali semarak subuh, tahun kedua dua kali seminggu, tahun ketiga, tiga (3) kali seminggu, ni kalau empat (4) tahun kita dah hari-hari kita Semarak Subuh.

Ha, tak ada masalah pun, semua rakan-rakan saya semua okey. Saya belum ada gagal lagi Yang Berhormat Datuk Speaker. Termasuk rakan-rakan saya, belum ada gagal lagi kerana saya menyokong penuh. Ini ada satu tambahan, kelas mengaji ni Yang Berhormat Datuk Speaker, banyak dah wujud dah di Sri Medan kita wujudkan penggunaan balai raya-balai raya yang dah usang, yang terbengkalai kita bersihkan, boleh tak peruntukan itu kita buat untuk kelas-kelas mengaji di seluruh DUN Sri Medan. Kita bagilah peruntukan tahunan atau apa yang berdaftarlah.

Dan yang keempat, program-program untuk intervensi ini, ponteng sekolah. Kita nak anak-anak pandai, budak-budak ponteng sekolah macam Sri Medan tadi ada 14 kes, budak-budak yang ponteng sekolah, nak kena peruntukan juga. Ada yang motor rosak. Akhirnya kita tak mampu nak betulkan, semoga dapatlah dibantu.

Yang terakhir ini penting, saya pernah bangkitkan, exit Sri Medan, highway dan juga Balai Bomba, saya mohon jasa baik Yang Berhormat EXCO untuk bagi lah jawapan dekat saya, penat tau orang kampung tanya saya je kan, tapak pelupusan sampah Bukit Payung jadi isu. Ini bukan isu tempat saya tau, Yang Berhormat Datuk Speaker, bayangkan Majlis Daerah Yong Peng tak boleh diberi hak untuk buang sampah dekat tapak pelupusan sampah Bukit Payung, jadi bila lori Majlis Daerah Yong Peng lalu tu kan, SWM kan, dia cuma dapat lambai, tu je lah.

Timbalan Speaker

Okey, okey.

Jadi saya minta tolong bantu. Dan yang terakhir, ini saya kena, okey, minta maaf banyak. Saya terpanggil untuk menyokong Titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, posting pada 13.11.2025. Tentang ART, LRT, hospital-hospital, saya nak bagi sikit justifikasi, yang pertama, jumlah penduduk Johor Bahru 1.76 juta, penduduk Pulau Pinang 1.77 juta, daerah dan negeri, berapa padatnya Johor Bahru. Yang kedua, jumlah rumah di Johor Bahru 610,314 buah rumah, Pulau Pinang, 587,008, negeri dan daerah. Bezakan. Yang ketiga, keluasan JB 1,063 kilometer persegi, luas Pulau Pinang 1,032 kilometer persegi, jumlah kenderaan Johor ada 3.8 juta di Pulau Pinang baru 2.67 juta. KDNK 64.3 bilion Johor Bahru, kalau Johor RM148.2 bilion. Pulau Pinang RM116 bilion. CIQ jumlah orang keluar masuk 170,000 orang setiap hari.

Timbalan Speaker

Okey, okey.

Jadi, inilah saya minta kenapa JB mesti ada LRT bukan ART. Itu yang kita nak. Jadi, macam HSA, apa semua saya tak perlu terangkan di sini lah, nanti rakan-rakan lain akan bantu saya. Jadi, saya mohon maaf Yang Berhormat Datuk Speaker mengambil masa yang panjang. Terima kasih kerana memahami kesihatan saya, saya tak boleh cakap laju Yang Berhormat Datuk Speaker. Ini dah kira paling perlahan saya sebut. (Dewan ketawa.) Jadi terima kasih pada rakan-rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat semua. Saya menyokong Belanjawan 2026, sekian assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Dewan bertepuk).

Timbalan Speaker

Terima kasih Sri Medan. Ini lah bila ada Chat GPT. Itu orang sakit. Kalau orang sihat, tak tau macam mana lagi. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini kita berehat sekejap. Persidangan ditangguhkan selama 15 minit.

Persidangan ditangguhkan pada jam 4:00 petang.

Persidangan disambung semula pada jam 4:20 petang.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan disambung semula. Dijemput Yang Berhormat Kempas.

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. (Bacaan Selawat dan doa). Segala puji-pujian hanya bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw serta kerabat, para sahabat dan pengikut baginda hingga ke akhir zaman. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Maju Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinnya, Kempas sekali lagi diberi ruang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan sempena Mesyuarat Ketiga Belanjawan 2026 bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 dalam Dewan yang mulia pada hari ini.

Sebelum Kempas meneruskan pembentangan belanjawan, izinkan Kempas terlebih dahulu merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi ucapan tahniah serta ucapan selamat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena ulang tahun keputeraan baginda yang bakal disambut pada 22 November ini. Yang Berhormat Datuk Speaker, patik dan seluruh warga Kempas dengan penuh takzim memanjat doa ke hadrat Allah SWT, semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Raja Permaisuri Agong serta seluruh anaknda dan kerabat diraja sentiasa dikurniakan keberkatan usia, dikekalkan dalam afiat dan sejahtera serta dilanjutkan usia pemerintahan agar terus menaungi sekalian rakyat dan Bangsa Johor dalam limpahan rahmat dan kasih Ilahi. Kempas juga ingin menjunjung setinggi kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang telah memimpin negeri Johor dengan jayanya dalam semua aspek.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Kempas ingin merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta seluruh anggota perkhidmatan awam negeri Johor atas komitmen dan kerja keras yang konsisten dalam mentadbir urus negeri dalam tempoh tiga (3) tahun ini. Hasil kepimpinan berwibawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta pelaksanaan dasar yang terancang, Johor telah berjaya menarik pelaburan berjumlah RM218 bilion dan mencapai KDNK sebanyak 6.4% iaitu yang tertinggi di Malaysia. Kejayaan ini membuktikan bahawa Johor bukan sahaja kekal sebagai destinasi pilihan pelabur, malah muncul sebagai negeri yang paling dinamik pertumbuhan ekonominya. Kempas juga ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada kerajaan negeri atas peruntukan sebanyak RM209 juta bagi melaksanakan 42 inisiatif tambahan Bantuan Kasih Johor yang diumumkan pada September lalu. Inisiatif ini dapat direalisasikan hasil kekuatan ekonomi negeri yang semakin berkembang. Alhamdulillah di Kempas turut menerima limpahan manfaat tersebut dengan peruntukan sebanyak RM1.1 juta kepada 10,365 di mana antaranya adalah kepada 1,235 pemandu teksi, e-hailing dan P-hailing. Begitu juga dengan bantuan kepada KIR PPR sebanyak 2,252 orang dan banyak lagi bantuan yang diberikan Bantuan Kasih Johor yang telah pun memberi impak menyeluruh kepada rakyat Kempas dan rakyat Johor secara amnya.

Tahniah kepada kerajaan negeri Johor atas kesungguhan menzahirkan rasa syukur melalui tindakan mengembalikan hasil pertumbuhan ekonomi terus kepada rakyat. Peruntukan dan bantuan ini merupakan bukti jelas kerja keras pasukan Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersama EXCO serta pegawai-pegawai kerajaan negeri yang berjaya menjelas pelbagai inisiatif strategik untuk memastikan tiada rakyat yang tercicir. Alhamdulillah usaha kerajaan dalam memastikan rakyat terus menerima manfaat secara langsung, diterjemahkan dengan jelas melalui pembentangan Bajet Johor 2026 pada 13 November yang lepas yang bertemakan Bangsa Johor Sejahtera. Bajet ini bukan sekadar dokumen perbelanjaan, tetapi satu pelan strategik yang berpaksikan kesejahteraan rakyat, pengukuhan ekonomi serta pembangunan jangka panjang negeri Johor. Bajet sebanyak RM2.5 bilion ini dirangka dengan

teliti untuk memastikan setiap masyarakat mendapat perhatian sewajarnya termasuk golongan B40, M40, warga emas, orang kurang upaya, komuniti Orang Asli, belia, pesara, keselamatan dan para pelajar. Pendekatan yang lebih inklusif ini memastikan penyampaian bantuan tidak tertumpu kepada satu kelompok sahaja tetapi benar-benar meliputi seluruh rakyat Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kerajaan negeri Johor menekankan keseimbangan antara pembangunan fizikal dan pembangunan sosial. Dalam masa kita mempergiatkan projek-projek infrastruktur, perumahan, kesihatan, keselamatan dan mobiliti rakyat, aspek-aspek seperti penyelidikan, sokongan komuniti, keselamatan makanan, kesihatan mental serta kebajikan keluarga turut diberikan penekanan yang tinggi. Ini selaras dengan aspirasi Johor untuk membangunkan negeri bukan sahaja dari segi ekonomi, tetapi juga kualiti hidup rakyatnya. Bajet Bangsa Johor Sejahtera ini membuktikan kesungguhan kerajaan negeri untuk memastikan bahawa kemajuan ekonomi negeri yang dicapai hasil pelaburan besar, pertumbuhan KDNK yang memberangsangkan dan kecekapan tadbir urus benar-benar kembali kepada rakyat dalam bentuk manfaat yang nyata dan berterusan. Sekali lagi Kempas merakam setinggi penghargaan dan tahniah kepada kerajaan Johor atas komitmen yang tidak pernah luntur dalam memastikan kemakmuran negeri ini terus dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira latar belakang. Kesungguhan Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersama barisan EXCO dan seluruh jentera pentadbiran negeri untuk mengangkat Johor sebagai negeri paling maju, sejahtera dan progresif di Malaysia amat dihargai. Pertambahan ini telah membuktikan bahawa kejayaan ekonomi bukanlah matlamat semata-mata, tetapi permulaan kepada agenda yang jauh lebih besar iaitu memastikan rakyat merasai hasilnya secara menyeluruh. Inisiatif demi inisiatif yang diperkenalkan memperlihatkan kesungguhan bahawa tiada rakyat Johor yang akan tercicir daripada arus pembangunan. Insya-Allah dengan sokongan semua pihak termasuk Ahli-Ahli Dewan, jabatan kerajaan, pihak swasta dan rakyat keseluruhannya, Johor akan terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah negeri maju yang berdaya saing, makmur dan penuh nilai kebersamaan sebagai Bangsa Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, terlebih dahulu Kempas ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada kerajaan negeri Johor yang sentiasa komited membangunkan tanah-tanah rizab Melayu, baik di bandar mahu pun di luar bandar. Usaha berterusan ini bukan sahaja meningkatkan ekonomi kawasan berkenaan, tetapi turut memastikan kepentingan dan hak orang Melayu terus terpelihara dan tidak terpinggir daripada arus pembangunan negeri. Namun begitu kebelakangan ini muncul provokasi dan dakwaan yang tidak berasas, sesetengah pihak yang cuba mengelirukan rakyat. Mereka mendakwa bahawa kononnya kerajaan negeri boleh menukarkan status pegangan tanah pajakan 99 tahun kepada bebas pada pegangan bebas. Mereka mendakwa tetapi mereka tidak mahu melaksanakannya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, tuduhan seperti ini bukan sahaja mengelirukan, malah berpotensi menjejaskan keyakinan rakyat terhadap dasar negeri. Kempas percaya di bawah pimpinan Yang Berhormat Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi, kerajaan negeri sentiasa berpegang teguh kepada prinsip undang-undang dan amanah. Johor melaksanakan prosedur pembaharuan pajakan dengan teratur tanpa sesekali menafikan hak pemilik tanah. Tidak pernah wujud agenda untuk melemahkan kedudukan tanah rizab Melayu, apatah lagi menukarkan status yang telah dilindungi oleh Enakmen Rizab Melayu Johor dan termaktub dalam wasiat Raja-Raja Melayu 1957. Cadangan atau bayangan pertukaran status ini sebenarnya sangat berisiko. Ia membuka ruang pelucutan hak tanah Melayu secara perlahan atas alasan kebebasan pasaran dan jika tidak ditangani boleh membawa kesan buruk kepada generasi mendatang. Tanah warisan telah dijamin sejak sekian lama tidak boleh dijadikan alat mainan politik oleh mana-mana pihak.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Kempas sebenarnya telah pun membawa perkara ini di dalam Dewan ini pada sidang perbahasan yang lepas. Justeru itu bagi mengelakkan kekeliruan bagi memperkukuhkan kefahaman rakyat, saya mohon agar kerajaan negeri memberikan penjelasan serta kepimpinan tegas adakah benar atau tidak tindakan menukar

status pemilikan pegangan tanah pada 99 tahun kepada pegangan bebas ini dibenarkan di bawah undang-undang.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Kempas ingin memohon kepada kerajaan bagi memudahkan dan mempercepatkan proses sedia ada bagi permohonan penyambungan semula tempoh pajakan. Kerana bagi kami di Kempas, tanah ini bukan sekadar aset fizikal, ia adalah amanah nenek moyang, benteng ekonomi bangsa dan identiti generasi masa depan. Semoga penjelasan rasmi kerajaan dapat menamatkan segala spekulasi dan memastikan rakyat tidak lagi terperangkap dalam dakyah yang tidak bertanggungjawab.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Alhamdulillah tidak lama lagi projek RTS atau pun Rapid Transit System Link iaitu sistem trafik keretapi sepanjang empat (4) kilometer yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura yang bertujuan untuk mengurangkan kesesakan Tambak Johor akan siap. Dalam persiapan menghadapi peningkatan jumlah penumpang apabila RTS ini mula beroperasi sepenuhnya, adalah penting untuk kita melihat bukan sahaja kapasiti sistem tersebut, tetapi juga keupayaan rangkaian sokongan di peringkat bandar. RTS dijangka menerima lebih 40,000 penumpang setiap hari, dengan angka ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Jika semua penumpang tertumpu di semua stesen dekat bandar, sudah tentu akan menambah beban dan kesesakan di kawasan tersebut. Oleh itu dalam hal ini, Kempas menjunjung tinggi titah Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang telah menyuarakan kebimbangan baginda berhubung risiko kesesakan trafik yang lebih teruk apabila RTS beroperasi kelak sekiranya langkah perjalanan sistem sokongan tidak dilaksanakan segera. Titah baginda adalah suatu peringatan tegas bahawa pembangunan RTS mesti bergerak seiring dengan penaiktarafan sistem pengangkutan awam darat yang lebih menyeluruh. Justeru Kempas amat menyokong titah baginda agar kerajaan persekutuan memberikan perhatian serius dan mempertimbangkan kelulusan peruntukan untuk memastikan sistem LRT di negeri Johor. Pelaksanaan LRT ini bukan sahaja selari dengan hasrat baginda untuk menangani kesesakan trafik jangka panjang, ia merupakan penyelesaian moden yang mampu menghubungkan kawasan perumahan yang padat, pusat komersil dan stesen strategik dengan kos lebih rendah berbanding sistem rel konvensional. Disamping itu, bagi mendekatkan jangka masa pendek, Kempas ingin mencadangkan supaya penyenaraian penumpang dilakukan dengan mengoptimumkan peranan stesen di pusat bandar, stesen KTM Kempas, stesen KTM Pasir Gudang dan stesen KTM Kulai.

Dengan strategi menyebaran aliran penumpang ke stesen sokongan ini, ianya dapat mengurangkan tekanan di pusat bandar serta mempercepatkan pergerakan rakyat yang pulang dari Singapura atau bergerak ke dalam metropolitan Johor Bahru. Namun bagitu usaha ini hanya akan berjaya sekiranya ia disokong oleh perkhidmatan feeder bus yang cekap, kerap dan selesa. Feeder bus ini perlu menghubungkan stesen-stesen kecil seperti stesen Kempas, Pasir Gudang mahu pun Kulai ke kawasan perumahan padat, kawasan industri serta tempat pengangkutan yang lain. Tanpa rangkaian feeder yang berfungsi baik, potensi stesen ini tidak dapat dimaksimumkan. Dengan adanya rangkaian bas pengantara yang terancang, pengguna dapat turut serta tersebut dan seterusnya meneruskan perjalanan dengan mudah ke destinasi terakhir mereka. Pendekatan ini akan mengurangkan kesesakan di pusat bandar, khususnya kawasan sekitar CIQ, Bukit Chagar dan pusat komersil JB, yang kedua mempercepatkan pergerakan harian pekerja dan pengguna pengangkutan awam, ketiganya boleh mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian, seterusnya membantu mengurangkan pelepasan karbon dan keempat boleh menghidupkan semula stesen-stesen kecil mobiliti penting dalam Bandaraya Johor Bahru.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Kempas yakin bahawa dengan pelaksanaan penyuraian ini ditambah dengan sokongan Belanjawan Johor 2026 yang memperuntukan peningkatan perkhidmatan bas henti-henti, Johor dapat membentuk satu ekosistem pengangkutan awam yang lebih seimbang, cekap dan memenuhi keperluan rakyat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Kempas amat prihatin terhadap peningkatan gejala sosial yang melibatkan remaja dan pelajar sekolah sejak kebelakangan ini. Kes buli, rogol, ponteng kelas, pergaduhan, penyalahgunaan gajet serta jenayah serius termasuk kes bunuh yang melibatkan remaja amat membimbangkan kita semua. Walaupun kes ini tidak menggambarkan keseluruhan pelajar, setiap satu kejayaan adalah isyarat bahawa pembinaan akhlak dan sahsiah generasi muda sedang berhadapan tekanan yang semakin meruncing. Pengaruh gajet tanpa kawalan, pendedahan kepada kandungan yang tidak bermoral, permainan video ganas, media sosial yang tidak ditapis serta lemahnya interaksi sosial dunia sebenar menyebabkan sebahagian anak muda hilang arah, hilang sensitiviti dan semakin jauh daripada nilai adab kesantunan dan hormat menghormati. Perubahan corak kehidupan ini jika tidak ditangani dengan serius akan melahirkan yang rapuh jati dirinya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Kempas percaya bahawa isu ini tidak boleh dibiarkan membesar menjadi krisis sosial negeri. Johor perlu kembali membina modal insan anak Johor dengan lebih strategik, sistematik dan menyeluruh. Sudah tiba masanya pendekatan baharu diperkenalkan melangkaui bilik darjah. Sehubungan itu, Kempas mencadangkan agar kerajaan negeri Johor memperkasakan dan memperluaskan Modul Karekter Murid Johor, KRMJ sebagai inisiatif wajib semua kawasan Dewan Negeri khususnya sekolah menengah. Namun modul ini tidak boleh tinggal sebagai kandungan atas kertas, ia perlu diterjemahkan ke dalam bentuk aktiviti berstruktur seperti kem kepimpinan, pembinaan jati diri, pengurusan emosi dan disiplin, penerapan nilai-nilai murni dan memupuk tanggungjawab. Pendekatan fizikal, bersemuka dan beraktiviti ini amat penting untuk mengembalikan kemahiran sosial yang semakin terhakis akibat ketagihan teknologi dan gaya hidup tertutup.

Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam masa yang sama, Kempas yakin bahawa pembinaan akhlak tidak mungkin berjaya tanpa asas nilai agama dan budaya. Johor terkenal sebagai negeri yang menekankan adab, tertib dan budi, Islam pula mengajar bahawa pembinaan akhlak mesti datang sebelum ilmu, sebelum kepintaran dan sebelum pencapaian. Prinsip melentur buluh biarlah dari rebungnya bukan sekadar pepatah, tetapi falsafah modal insan yang telah membentuk generasi Melayu Johor dan warga bangsa Johor yang beradab santun dan rendah hati.

Yang Berhormat Datuk Speaker, oleh itu modul KRMJ perlu diperkukuh dengan suntikan nilai agama, budaya Johor, kesantunan Melayu dan prinsip kemanusiaan sejagat, kita bukan sekadar mahu melahirkan pelajar yang cemerlang akademik, tetapi anak Johor yang berjiwa besar, berkarekter, berdisiplin, berakhlak mulia dan bertanggungjawab kepada komuniti. Jika kita benar-benar ingin mengekang budaya buli, jenayah muda dan keruntuhan moral, maka pembinaan modal insan tidak dilaksanakan secara serpihan, ia memerlukan satu kerangka terpadu yang melibatkan sekolah, keluarga, komuniti, masjid, NGO serta kerajaan negeri sebagai pemacu utama. Kempas percaya bahawa pelaburan terbesar negeri bukan pada pembangunan dan infrastruktur tetapi pada jiwa dan akhlak anak-anaknya dan inilah masa untuk Johor mulakan anjakan itu.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebagai penutup Kempas ingin menegaskan bahawa segala cadangan dan pandangan dikemukakan ini, pada hari ini, lahir daripada hasrat yang sama iaitu ingin memastikan Johor terus melangkah sebagai sebuah negeri maju yang bukan sahaja kaya dengan pembangunan fizikal tetapi kukuh dari segi kesejahteraan sosial, integriti, institusi dan pembinaan modal insan. Belanjawan Johor 2026 telah membuka ruang yang luas untuk kita memantapkan lagi asas-asas ini dan Kempas berdiri teguh menyokong setiap usaha yang memberi manfaat langsung kepada rakyat di semua peringkat. Kempas yakin bahawa dengan iltizam, pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, keutuhan pentadbiran negeri serta penyertaan aktif seluruh Ahli Dewan Johor mampu menghadapi cabaran baharu dengan keyakinan yang tinggi. Sama ada dalam isu pembangunan ekonomi, infrastruktur atau pembentukan sahsiah generasi muda, semuanya memerlukan kerjasama erat, kesepakatan dan tindakan kolektif. Ini lah masa untuk kita memperkukuh rasa kebersamaan sebagai Bangsa Johor agar setiap dasar dan projek pembangunan memberikan

pulangan kepada rakyat. Kempas juga ingin menyeru kepada seluruh jentera kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan, NGO, komuniti setempat, masjid serta institusi pendidikan berganding bahu dalam menjayakan agenda besar negeri ini. Johor hanya akan bergerak ke hadapan apabila semua pihak memainkan peranan masing-masing dengan penuh rasa tanggungjawab dan kesungguhan. Tiada kejayaan yang dapat dicapai tanpa penglibatan rakyat di peringkat umbi dan tiada dasar yang akan berjaya tanpa pelaksanaan yang berkesan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin menyampaikan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat apa yang disampaikan, pesanan yang disampaikan oleh sebenarnya Yang Berhormat Datuk Speaker kepada saya. Ingin saya bacakan pesan Yang Berhormat Datuk Speaker kepada kita semua, beliau memberitahu saya, Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa; kalau tak boleh menambah, jangan mengurang. Kalau tak boleh memperbaiki, jangan merosak; kalau tak pandai menyolek, jangan mencacat. Kalau tak pandai memuji, jangan mengeji. (Dewan bertepuk).

Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa agar negeri Johor terus dipelihara dalam keamanan, dilimpahi keberkatan rezeki dipandu dengan kepimpinan yang berhikmah dan dikurniakan kekuatan untuk memikul amanah besar ini. Semoga Bajet Johor 2026 menjadi pemangkin kepada kemajuan yang lebih inklusif dan masa depan yang lebih sejahtera untuk seluruh rakyat khususnya anak-anak Johor yang bakal mewarisi negeri ini. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wasalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kempas mohon menyokong.

Timbalan Speaker

Terima kasih Kempas. Selanjutnya dipersilakan Perling. Test mic ok.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHPerling

Boleh. Terima kasih Datuk Timbalan Speaker. Salam Maju Johor, Salam Malaysia Madani dan Salam sejahtera. Patik merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan Selamat Hari Ulangtahun Keputeraan kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang bakal menjelang 22 November ini. Patik juga menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas segala bimbingan dan nasihat kepada semua wakil rakyat dan rakyat Johor. Ampun Tuanku.

Tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar atas pembentangan Belanjawan 2026 dan atas kepimpinan beliau secara keseluruhan yang telah membawa Johor ke era kegemilangan. Kerjasama di antara persekutuan dan kerajaan negeri terutamanya di antara Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar telah menghasilkan pengwujudan Johor-Singapore Special Economic Zone yang mencetuskan pembangunan begitu pesat di Selatan Johor dan tahun ini perkhidmatan ETS telah sampai ke Kluang dan bakal sampai ke Johor Bahru dan memangnya RTS bakal bermula perkhidmatan pada Januari 2027. Saya juga dimaklum dan ini telah pun disiarkan di media bahawa kalau rolling stock kita mencukupi dalam 2 tahun ada besar kemungkinan kerajaan pusat, kerajaan persekutuan bersedia untuk mengadakan commuter service, perkhidmatan komuter di antara Johor Bahru ke Kluang. Ini semua adalah projek-projek yang telah dilaksanakan ataupun bakal siap di negeri Johor. Dan saya rasa kita boleh, apa ni, bersedia dan juga berharap dengan atas kerjasama di antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri, kita akan ada lebih banyak projek bersama dan projek-projek akan memanfaatkan semua rakyat.

Saya dengar komen dan ucapan Yang Berhormat Bukit Kepong secara terperinci, dulu semasa saya di pembangkang, saya dengan rakan-rakan menyiapkan belanjawan alternatif setiap tahun, kenapa kami pada masa itu menyiapkan belanjawan alternatif terutamanya di peringkat Parlimen kerana kami rasa satu hari nanti kalau kami jadi kerajaan, kami perlu ada idea, perlu ada idea yang konsisten dan tidak boleh ada idea yang bercanggah. Tapi hari ini saya tak dengar apa idea baru dari Yang Berhormat Bukit Kepong seperti contoh, dia kecam

kerajaan persekutuan mengendalikan isu subsidi dan mengurangkan subsidi. Tapi saatnya nanti dia kata oh ini kalau kita beri pemberian tunai secara lama ini, oh tak baik. Yang mana betul? Saya rasa ini penting untuk pembangkang buat masa ini supaya dia ada idea yang konsisten dan idea yang konsisten akan membantu kita membahas secara lebih baik dan kita boleh membahas idea.

Dan saya mengikuti perbahasan Yang Berhormat Sri Medan, saya setuju terutamanya idea dan cerita atau perkongsian berkenaan dengan internet, sangat menarik, memang sangat menarik saya harap kita semua boleh terutamanya di peringkat kerajaan negeri dan juga peringkat persekutuan dan PBT boleh cuba guna pakai lebih banyak teknologi baru. Internet melalui starlink atau internet melalui apa program sahaja ataupun solar panel dengan apa ini battery storage, harga solar panel dan harga battery storage sekarang sudah kurang dan lebih, lebih, kita boleh memasangkan dengan lebih banyak berbanding dengan beberapa tahun lalu dan juga lampu solar. Saya sendiri menggunapakaikan peruntukan Ahli Parlimen dan memasangkan lampu solar di jalan di Mukim Tanjung Kupang dan juga memasangkan lampu solar di kawasan kubur orang Islam. Ini semua boleh membawa manfaat kepada rakyat tanpa kos yang begitu tinggi dan teknologi-teknologi baru ini harus kita guna pakai.

Saya nak sebut sikit tentang apa yang disinggung atau disebut oleh Yang Berhormat Sri Medan berkenaan dengan peranan pengimbang. Memang ada persetujuan di antara pihak kalau pengimbang itu bermakna DAP, Keadilan dengan Amanah, memang ada persetujuan di antara pihak kami bersama dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar bahawa pihak kami akan menyokong belanjawan dan angkat tangan untuk menyokong belanjawan seperti tahun-tahun yang lepas di hujung perbahasan. Di hujung perbahasan memang kami akan menyokong dan kami memang bersetuju dengan apa yang telah dibentangkan dan, tapi kami tidak mengangkat tangan sepanjang masa kerana kami bukan sebahagian daripada penggubalan dasar itu, so itu untuk pihak DAP, Keadilan dan Amanah tapi yang lain saya tak pasti lah. Adalah, ok. Bagi kita adalah tanggungjawab kita semua di sini sebagai pemimpin dan Wakil Rakyat untuk memastikan Malaysia dan Johor khususnya membangun dengan rancak dengan kualiti yang tinggi, sekaligus membawa kehidupan yang bermaruah dan selesa kepada seramai mungkin di kalangan Bangsa Johor.

Saya telah meneliti Ucapan Belanjawan Dato’ Menteri Besar secara terperinci dan sangat tertarik terutamanya oleh inisiatif-inisiatif Teras Pertama Tadbir Urus Kerajaan di antaranya inisiatif 14, 15, 16 iaitu kajian bagi penggabungan fungsi serta struktur Pejabat Daerah dan Tanah serta kenaikan gred jawatan Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah. Menaiki taraf unit-unit Pejabat SUK kepada Bahagian dan program Course Fertilization di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan. Juga teras ke-5, keselamatan, kebersihan, keselamatan alam sekitar terutamanya inisiatif ke-19, transformasi Bandar raya Johor Bahru. Saya memberi sokongan penuh kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk menambah baik pentadbiran kerajaan negeri terutamanya ini penting untuk kita mengimbas balik bahawa JCS atau Johor Civil Service adalah sebenarnya teladan kepada semua perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan negeri di seluruh Tanah Melayu.

Rakan saya dan juga seorang pakar Francis Hutchinson yang sekarang ini di Institute of Southeast Asia Studies ataupun Yusof Ishak Institution Of Southeast Asia Studies di Singapura. Dia telah, pernah menulis satu kertas bertajuk Malaysia’s Independence Leaders And Legacies Of State Formation Under British Rules. Dalam kertas ini beliau berkata bahawa kerana negeri-negeri Melayu as Federated Malay State dipimpin oleh pegawai-pegawai British dan hanya Kedah dan Johor mempunyai Civil Service peringkat negeri yang, yang ada hasil dan ada pegawai yang berkepimpinan. Maka, Jemaah Menteri pertama negara kita dan juga pegawai-pegawai tinggi, apa ini awam selepas kemerdekaan ramainya dari Johor dan Kedah. Contohnya, contohnya Dato’ Onn Jaafar, contohnya Tun Hussein Onn, contohnya Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, dan juga abang dia Dato’ Sulaiman Abdul Rahman. Dan juga sebenarnya Tun Musa Hitam pernah jadi ADO di Kluang sebelum dia bertanding sebagai Ahli Parlimen.

Ini adalah contoh di mana, peringkat negeri dan Johor Civil Service boleh memimpin kerajaan-kerajaan di seluruh negara dan mewujudkan idea yang baru melalui pelaksanaan di peringkat negeri. Dan saya memang harap kita boleh berusaha lebih banyak supaya peringkat negeri dan terutamanya JCS boleh membawa dan mencetus idea-idea baru melalui pelaksanaan di Johor, JS-SEZ di Selatan Johor dan di seluruh Johor supaya di negeri-negeri lain selepas ini mereka boleh ikut idea dilaksanakan di Johor dan mungkin peringkat persekutuan juga boleh mengambil ikhtibar daripada apa yang dilaksanakan di peringkat negeri.

Ada 5 bidang di mana saya rasa inisiatif-inisiatif yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sangat relevan. Satu ialah, taman-taman, taman-taman yang kita ada di negeri kita diuruskan biasanya oleh PBT ataupun diuruskan oleh Pejabat Daerah. Untuk JS-SEZ ataupun untuk Selatan Johor memang ada beberapa PBT di bawah Johor Bahru, idea Greater Johor Bahru pun pernah dicetus tetapi saya harap kali ini, kali ini, kita boleh memastikan kita ada satu entiti ataupun sekurang-kurangnya satu badan coordination untuk memastikan koordinasi, badan koordinasi untuk memastikan taman-taman di kawasan Selatan Johor ini boleh mendapat apa ni, nafas baru ataupun suntikan baru kerana taman-taman di kawasan taman besar, taman kecil, taman pocket park, semua ini penting untuk kehidupan kita, untuk kehidupan yang lebih selesa untuk rakyat di seluruh Selatan Johor. Saya harap penambaik, penambahbaikan institusi-institusi JCS boleh tumpukan untuk memastikan taman-taman di seluruh sekitar Selatan Johor boleh ditambah baik. Saya bagi contoh di kawasan Perling, taman roundabout di Bukit Indah ini memang taman yang semasa ditubuhkan pada tahun 1997 sangat menarik. Idea yang menarik, taman yang besar tetapi selepas hampir 30 tahun saya rasa perlukan suntikan dana, perlukan suntikan idea yang baru supaya taman ini boleh dinaik tarafkan.

Kedua ialah isu sampah. Dan isu sampah ada kaitan dengan banjir, ada kaitan dengan kebersihan, ada kaitan dengan semua dan walaupun kerajaan negeri diikat oleh Akta 672, atau pun Akta Sisa Pepejal 2007, tetapi saya harap kerajaan negeri boleh mengambil inisiatif yang lebih berkesan dan inisiatif yang bersedia untuk mengambil tanggungjawab yang lebih banyak walaupun di bawah Akta 672 kerana saya mendapati bahawa di bawah SWCorp tak ramai pekerja, pegawai penguatkuasa. Saya dimaklumkan bahawa di seluruh selatan Johor, Greater Johor Bahru hanya 20 orang penguatkuasa di bawah SWCorp. Tapi PBT anggap isu sampah ini bukan lagi tanggung jawab dia. Maka kita dalam satu no man’s land dimana PBT tidak ingin mengambil tanggungjawab tetapi ada kekurangan SWCorp dari segi pekerja atau kakitangan. Saya harap kita boleh fikir bagaimana dalam konteks menambahbaik atau penambahbaikan institusi-institusi dibawah JCS salah satu tumpuan harus kita cari jalan supaya Greater, Greater Johor Bahru dapat menguruskan sisa pepejal dengan cara yang lebih baik dan kalau ada idea-idea baru terutamanya selepas Akta 672 dah hampir 20 tahun, kalau kerajaan negeri Johor boleh mencetuskan idea baru ini baik untuk semua.

Ketiga ialah pengurusan banjir. Pengurusan banjir juga perlu idea baru, perlu juga gabungan dan juga koordinasi yang secara lebih terperinci dan lebih efektif. Saya rasa sekarang ini memang semua Ahli-Ahli di Dewan ini kita ada aduan berkenaan dengan banjir dan saya harap kerajaan negeri boleh ambil tindakan yang bersedia untuk mencari jalan untuk mewujudkan badan koordinasi atau penyelarasan yang lebih efektif. Bidang keempat ialah perancangan bandar dan pengangkutan awam. Tadi Yang Berhormat Kempas juga sebut tentang pengangkutan awam. Perancangan bandar sangat penting. Perancangan bandar kalau kita hanya membangun bangunan-bangunan tetapi tanpa mengambil kira keperluan pengangkutan terutamanya pengangkutan awam maka kita akan menghadapi kesesakan jalan raya sampai tak tahu bila.

Yang penting ialah satu hari nanti, kita harus sasarkan bahawa di Greater Johor Bahru mungkin kita boleh sasarkan dalam sepuluh tahun, lima puluh peratus penduduk mengguna pakai pengangkutan awam untuk perjalanan utama mereka. Kalau boleh sampai tahap itu bermakna, keramaian rakyat dia tak semestinya mempunyai kereta. Kebanyakan keramaian

rakyat tidak semestinya memerlukan kereta persendirian tetapi dia boleh guna pakai pengangkutan awam maka kesesakan akan kurang dan kita bandar, kita boleh apa menampung lebih ramai penduduk, lebih ramai penduduk tidak perlu mempunyai kereta. So, ini adalah satu bidang dimana hanya kalau kuasa dan juga peringkat kerja ini hanya tertumpu di peringkat PBT tidak memuaskan hati dan mencukupi. Dan saya harap kita boleh ada badan koordinasi yang lebih baik untuk bidang ini dan bidang kelima ialah pendigitalan.

Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar memang sebut dalam bajet, Belanjawan bahawa usaha untuk pendigitalan akan dilaksanakan. Kita sudah faham dalam keadaan atau pun dalam suasana baru teknologi baru ini ada banyak teknologi yang kita boleh guna pakai untuk menambah baik pengurusan perkhidmatan kita. Contoh, kalau air. Kita dulu kata non-revenue water ini sangat tinggi. Untuk menguruskan non-revenue water, teknologi sekarang seperti A.I membenarkan digital twin dimana dalam suasana digital, dia boleh ada keadaan, memantau keadaan sebenar dan dia boleh tengok dimana air akan tercicir dan bagaimana dia boleh membuat preemptive maintenance. Semua ini sebenarnya tidak begitu, kos tidak begitu tinggi. Kita boleh melabur dalam teknologi-teknologi baharu seperti penggunaan A.I dalam perkhidmatan preemptive maintenance dan saya harap ini juga boleh di ambil kira.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, saya sebenarnya ada dua lagi subjek atau dua lagi topik. Satu ialah berkenaan dengan ekonomi daya tahan. Dulu idea kita ialah untuk mewujudkan ekonomi yang paling murah untuk pelabur. Framework kita ialah untuk menarik pelabur dari negara luar dan supaya mereka datang sini dan mereka guna pakai buruh yang murah kita, atau pun tanah yang murah kita atau pun electricity yang murah kita. Tapi saya rasa masa sudah tiba di mana di seluruh dunia, syarikat-syarikat bukan lagi mencari peluang just in time, modus operandi sekarang ialah just in case. Apa yang mereka ingin memastikan ialah daya tahan. Untuk memastikan daya tahan dan bukan lagi cheapest source, bukan lagi input yang paling murah. Kita sebagai rakyat Malaysia dan sebagai kerajaan negeri Johor kita boleh cuba untuk memastikan semua pelan kita, pelan ekonomi kita berasas bukan jadikan kita tempat yang pelabur datang kerana kita murah tetapi pelabur datang kerana kita selamat, pelabur datang kerana kita ada daya tahan. Dan bukan sahaja kita satu tempat untuk pelabur asing tetapi kita juga harus mengguna pakai peluang keemasan ini, sekarang ini memang suasana dunia ada kita menyaksi ketegangan diantara Amerika Syarikat dengan China.

Apa yang kita harus buat atau harus lakukan disini ialah untuk mewujudkan satu hari nanti ada Malaysia Multinational, ada ASEAN Multinational. Supaya, kita bukan sahaja bergantung kepada pelabur asing tetapi kita mewujudkan champion-champion tempatan, dan champion-champion tempatan ini dia boleh jadi satu hari nanti jadi gergasi di rantau ini dan mungkin satu hari nanti boleh jadi semacam mini TSMC, mini Samsung atau pun mini Huawei. Dan ini saya harap boleh jadi idea untuk kerajaan negeri dan satu kerangka daya tahan di antara, kerangka daya tahan ialah kepastian atau pun keterjaminan makanan. Hubungan JS-SEZ diantara Malaysia dengan Singapura kalau kita memasarkan Johor sebagai tempat yang paling murah. Satu hari nanti rakyat Singapura, dia mungkin tidak suka kerana dia mungkin kehilangan pekerjaan dan mungkin dia kehilangan kutipan sewa untuk kedai-kedai dia atau pun customer dia datang ke Johor. Ini sudah berlaku. Tapi kalau JS-SEZ pun sama dengan Singapura dengan Riau dengan Indonesia, asas dia adalah di atas kerangka daya tahan dan di atas idea keterjaminan makanan. Keterjaminan rangkaian bekalan, supply chain resilience, framework atau kerangka ini akan membantu kita ada hubungan kita dengan Indonesia, hubungan kita dengan Singapura lebih terjamin dan lebih baik untuk jangka masa panjang.

Akhirnya saya nak sentuh sedikit Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, berkenaan dengan politik sedikit. Saya nak sentuh tentang kemungkinan kita boleh wujud satu tatanan politik baru. New political order. Mengimbas balik ke sejarah, selepas pentadbiran Tunku Abdul Rahman, wujudnya ataupun munculnya perdana menteri Tun Abdul Razak Hussein. Sebenarnya kerangka negara yang telah dipatuhi sangat panjang. Berasas tindakan yang diambil oleh Tun Razak dalam beberapa tahun. Idea NEP, idea negara berkecuali, idea ASEAN, idea Barisan Nasional, semua muncul dalam pentadbiran Allahyarham Tun Razak.

Saya rasa kita sudah sampai satu masa di mana kita boleh bersama diantara Barisan Nasional dengan Pakatan Harapan, kita boleh wujudkan tatanan politik baru supaya kita kerjasama di antara parti-parti ini bukan sahaja untuk memenangi pilihan raya tetapi untuk mewujudkan satu era kegemilangan untuk negara kita. Dan saya harap terutamanya di Johor, kerjasama ini penting bukan sahaja untuk Johor tetapi untuk seluruh negara. Saya ingin sentuh sedikit berkenaan dengan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri. Kawasan saya, kawasan Perling pada 9 Oktober 2022 sebelum PRU, ada seramai 102,621 pengundi. Sekarang ini memang lebih ramailah. Jumlah pengundi di Perling sebenarnya lebih daripada jumlah pengundi di 17 kerusi Parlimen di Johor. Diantara 26 kerusi parlimen, ada 17 kerusi parlimen mempunyai pengundi yang lebih kurang daripada kerusi Perling. Dan di kawasan Selatan Johor ada tujuh kerusi DUN, iaitu Perling, Permas, Johor Jaya, Puteri Wangsa, Tiram, Kota Iskandar dan Skudai yang mempunyai pengundi melebihi 100 ribu pengundi. Saya harap kita boleh ada perbincangan melalui jawatankuasa yang telah ditubuhkan supaya mencari jalan mewujudkan lebih banyak kerusi di selatan Johor untuk memastikan kerusi-kerusi DUN lebih seimbang dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri tidak kira pihak mana, boleh berkhidmat kepada rakyat secara lebih berkesan.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua, kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Perling. Lanjutnya dipersilakan ADUN Kota Iskandar.

Tuan Pandak bin AhmadUMNO · BNKota Iskandar

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan doa). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Maju Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, pertama saya mengucapkan ribuan terima kasih diberi peluang untuk berucap di waktu petang yang begitu mencabar pada petang ini, sebagai pembahas yang dua atau tiga yang terakhir. Pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, hadirin dan pemerhati yang masih kekal menunggu kita di Persidangan pada petang yang berbahagia ini. (Dewan bertepuk).

Yang Berhormat Datuk Speaker, yang akhir ini adalah pemerhati daripada Kota Iskandar yang meliputi dua daerah Johor Bahru dan Kulai. Ada ketua kampung, ada penghulu, ada pengerusi masjid, ada pengerusi PIBG, ada pengerusi Jawatankuasa Penduduk, Wakil UMNO Iskandar Puteri dan lain-lain lagi. Ini tanda bahawa mereka juga ingin melihat prestasi Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri berbicara tentang perbahasan pada petang yang berbahagia ini.

Pertama sekali, izinkan Kota Iskandar merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor atas pembentangan Belanjawan Negeri Johor 2026 yang begitu menyeluruh, berpaksikan temanya Bangsa Johor Sejahtera. Saya beruntung pada petang ini, selepas berucap selepas ADUN Perling merangkap MP Iskandar Puteri. MP Iskandar Puteri beruntung kerana ada dua ADUN yang sentiasa berkhidmat pertama, Skudai kedua, Kota Iskandar. Jadi saya mencadangkan kepada MP Iskandar Puteri, saya rasa YB Skudai boleh bersetuju kalau kerajaan ada BKJ Bantuan Kasih Johor, kita cadangkan supaya MP Iskandar Puteri wujudkan BKA Bantuan Kasih ADUN. (Dewan bertepuk). Sebab saya dengan YB Marina dah selesaikan dah isu-isu yang berkaitan dalam Iskandar Puteri, jadi kalau ada peruntukan yang lebih itu, MP Iskandar Puteri bagi kepada kami, ADUN untuk menyelesaikan masalah rakyat khasnya dalam kawasan Iskandar Puteri dan Skudai. Belanjawan ini bukan sahaja menumpukan aspek pembangunan ekonomi, tetapi turut menekankan kebajikan, kesihatan, pendidikan, kesejahteraan rakyat serta masa depan negeri Johor secara holistik. Ia adalah cerminan, iltizam kerajaan negeri untuk memastikan kemajuan Johor dinikmati secara saksama oleh semua lapisan rakyat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum Kota Iskandar meneruskan ucapan perbahasan ini, izinkan terlebih dahulu patik merafakkan sembah ucapan kepada Ke bawah Duli Yang Maha

Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Ibrahim Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang bakal disambut pada 22 November ini. Patik dengan penuh takzim memanjatkan doa kepada Allah SWT semoga Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Raja Permaisuri Agong serta seluruh anakanda dan kerabat sentiasa dikurniakan keberkatan usia serta dikekalkan dalam afiat dan sejahtera. Patik juga menjungjung setinggi kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor di atas segala tunjuk ajar, dicurahkan dan juga nasihat kepada pentadbir kerajaan negeri demi kesejahteraan Bangsa Johor yang kita cintai.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Belanjawan RM2.5 bilion adalah tertinggi dalam sejarah Johor. Kota Iskandar terpanggil hari ini apabila terbaca satu artikel oleh ADUN Bukit Kepong melalui Malaysia Gazette pada 13 November 2025. Izin tuan pengerusi, saya tunjukkan oleh kerana Bukit Kepong tak ada pada petang ini saya tunjukkan jugalah, kerana dalam erti kata artikel ini, Kepong menyatakan Belanjawan lebihan tetapi rakyat tidak rasa manfaatnya. Bagaimana Seri Medan, bagaimana Pulai Sebatang menyatakan sebentar tadi. Bukit Kepong kesal dengan mantan, dengan MP Pontian tetapi Kota Iskandar kesal dengan Bukti Kepong di atas kenyataan yang dikeluarkan pada 13 haribulan yang lalu. (Dewan bertepuk). Agaknya Bukit Kepong masih bermimpi atau tidak turun ke bawah.

Belanjawan Johor 2026 adalah belanjawan paling menyeluruh, terbesar dalam sejarah tetapi beliau memilih untuk tidak melihatkannya. Oleh kerana Kepong tak ada, saya teruskan dalam bab-bab yang lain. Belanjawan Johor adalah belanjawan yang paling menyeluruh dan besar dalam sejarah. RMJ siap, peluang pekerjaan melonjak tinggi, TVET diperkukuhkan, kebajikan diperluaskan bukan sahaya diperingkat negeri mahupun persekutuan, semua ini jelas kecuali kepada mereka yang menutup mata yang menidakkan apa yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Kritikan ini merupakan reaksi terhadap kejayaan Johor sebenarnya dan bukan kelemahan Johor.

Sejak selepas pengumuman Bajet 2026 yang lalu, ramai yang Kota Iskandar jumpa mengucapkan syukur, Alhamdulillah serta terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Baru umum, belum dapat terima, belum terima kasih, macam kata yang pernah diungkap pleh mendiang Dato’ Seri Samy Velu, hari ini saya pos, semalam sudah sampai. BN tradisinya biasa, membela rakyat dulu, kini dan selamanya. Yang Berhormat Dato Speaker, Kota Iskandar dalam Dewan yang mulia ini ingin menyuarakan rasa kebimbangan rakyat khususnya di kawasan Johor Bahru berkaitan isu kesesakan trafik yang dijangkakan semakin runcing apabila rakan-rakan yang lain tadi menyatakan RTS Link akan bermula beroperasi, Johor Bahru dan Singapura.

Ini senada dengan ucapan Pulai Sebatang dan Seri Medan sebentar tadi. Walaupun RTS adalah projek berimpak yang memberi banyak manfaat kepada Johor, namun kekurangan peruntukan daripada kerajaan pusat bagi tiada peruntukan untuk mencukupi, menampung kos penyelenggaraan pelaksanaan sistem ART Bertingkat iaitu elaborated atau pun alternatif pengangkutan lain di kawasan yang sekitar Bukit Chagar. Lebih mencabar lagi, kita di Johor ini seperti oleh rakan-rakan sebentar tadi, Pulau Pinang mampu memperolehi projek LRT yang jauh lebih mahal iaitu RM17 bilion berbanding sistem LRT yang kita mahukan. Ini berkaitan dengan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan pun menzahirkan kebimbangan dalam isu ini.

Saya sekata dengan rakan-rakan daripada pihak kerajaan sebentar tadi, iaitu projek menaikkan taraf Hospital Sultanah Aminah (HSA) kesihatan negeri perlu di perkasakan. Hospital Pasir Gudang hingga kini masih belum beroperasi walaupun sudah siap sepenuhnya menyebabkan tekanan terhadap hospital lain di daerah Johor Bahru ini. Kerajaan pusat wajar memberi perhatian yang lebih serius Datuk Speaker, kerana infrastruktur kesihatan adalah keperluan rakyat, bukan pilihan. Serta pembinaan kelewatan projek Hospital Aminah HSA 2 supaya masalah ini dapat diselesai segera dan Johor tidak lagi seolah-olah diketepikan. Ada setengahnya daripada diucapkan tadi mengatakan dianak tirikan.

Menurut laporan, ni kalau silap-silap Datuk Yang DiPertua tolong betulkan. Menurut laporan, Johor menyumbang kira-kira RM4.8 bilion setahun dalam hasil cukai kepada kerajaan pusat tetapi hanya mendapat RM1.4 bilion sahaja dari kerajaan melalui bajet. Maka Kota Iskandar pada hari ini mencadangkan kepada negeri Johor memohon sebanyak 40% daripada RM4.8 bilion dipulang balik kepada kerajaan negeri supaya kita merasa keadilan. Datuk Yang DiPertua, Datuk Speaker, kalau 40% itu Johor akan mendapat pulangan balik RM19.2 bilion maka dengan ini Johor boleh membiayai perbelanjaan untuk menampung segala pembangunan infra serta yang lain untuk rakyat Johor semuanya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Kota Iskandar bukan sekadar Pusat Pentadbiran Negeri Johor, ia kini berkembang sebagai pintu masuk antarabangsa dari Singapura melalui darat. Kota Iskandar selalu memerhatikan Permas mengikut jalan di Puteri Harbour. Saya Kota Iskandar melihat kerana ada CCTV di situ. Pintu masuk Malaysia melalui terminal feri di Puteri Harbour, Permas jangan nak berdolak dalih. Hub perubahan pelancongan, pendidikan dan ekonomi digital bagi Wilayah Iskandar dan juga tapak utama event mega yang akan menjelang Visit Johor pada 2026 dan sebagai pemaju pembangunan dan aspirasi Johor Maju 2030.

Dengan pertumbuhan pesat ini, sistem jalan raya sedia ada sudah tidak mampu menampung aliran trafik harian yang meningkat secara mendadak. Datuk Yang DiPertua, penduduk di kawasan Kota Iskandar setiap hari berhadapan dengan kesesakan yang teruk terutamanya pada waktu pagi dan petang kerana ia melibatkan dua daerah, iaitu daerah Kulai dan daerah Johor Bahru. Saya nyatakan di sini kerana ada wakil daripada daerah Johor Bahru dan Kulai kerana kita selalu berbincang dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Pembangunan Johor Bahru dan daerah Kulai. Saya beri contoh Jalan Gelang Patah, Kampung Ulu Pulai dan Pontian, Kukup rasanya boleh bersetuju kerana jalan ini menghubungkan Gelang Patah ke Pontian. Pertambahan pesat kawasan perumahan baharu disekitarnya tidak diimbangi dengan naik taraf jalan raya yang telah lama berada pada tahap yang lama. Kota Iskandar menyeru supaya kerajaan negeri berkerjasama dengan IRDA, JKR serta pihak berkaitan untuk menaik taraf segera jalan ini sebagai projek keutamaan yang tinggi.

Yang kedua, isu sama turut berlaku di Taman Pulai, Pulai Jaya dan UTM ha ini daerah Kulai. Laluan ini menjadi nadi utama penduduk Datuk Yang DiPertua. Pelajar…

Speaker

Dekat Dewan Negeri, Speaker.

Datuk Pandak bin AhmadUMNO · BNKota Iskandar

Oh Dewan Datuk Speaker, minta maaf. Ia nadi utama pelajar dan kakitangan UTM, peningkatan mendadak trafik sejak kebelakangan ini menuntut tindakan drastik meluaskan jalan, menambah lampu isyarat serta membina laluan alternarif. Kadang-kadang Datuk Speaker ada traffic light sentiasa hijau, ada ketika traffic light sentiasa merah, tak tentu arah pemandu, pengguna jalan raya menggunakannya. Dan sesetengahnya walaupun sistem AI, jangka masa begitu pendek, tiga, empat buah kereta lampu merah, apatah lagi cuaca sekarang dalam keadaan hujan, tak menentu, berlakulah kesesakan yang amat sangat di kedua-dua tempat yang saya nyatakan sebentar tadi.

Yang Berhormat Datuk Speaker, dengan ini Kota Iskandar mencadangkan sebuah Task Force Mobility Kota Iskandar melibatkan IRDA, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Majlis Perbandaran Kulai, JKR, PDRM, PLUS dan pemaju-pemaju besar yang beroperasi di dalam Kota Iskandar dan Iskandar Puteri. Task force ini diperlukan untuk mempastikan setiap pembangunan baharu mematuhi Penilaian Impak Trafik iaitu TIA dan tidak membebankan jalan yang ada ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Kota Iskandar juga ingin menyatakan keresahan di kalangan warga Kota Iskandar Puteri dan Kota Iskandar mengenai isu kekurangan tanah perkuburan di Kota Iskandar.

Yang Berhormat Datuk Speaker, isu kekurangan tanah perkuburan ini baru di Kota Iskandar amat mendesak. Kawasan-kawasan sedia ada semakin penuh, kalau Datuk Speaker pergi ke Gelang Patah, bukit yang ada sekarang dah penuh, di Kangkar Pulai penuh, di Sungai Melayu masih ada lagi tetapi di kawasan pedalaman Tanjung Kupang, Kampung Pok pun dah hampir penuh. Kota Iskandar mencadangkan PBT khususnya melalui Majlis Bandaraya Iskandar Puteri mensyaratkan penetapan minima 50 ekar tanah perkuburan pada pembangunan yang berskala besar yang sedang berlangsung di kawasan Iskandar Investment Berhad iaitu IIB seluas lebih 2,000 ekar melibatkan enam pemaju berhampiran dengan Kampung Sungai Melayu. Jadi kalau ada 30 ekar Datuk Speaker, kita selaraskan yang ada lima (5) ekar di Kampung Sungai Melayu, maka kita boleh jadikan macam di Tiram, lebih cantik kuburan akan dibina dan keperluan ini masa depan landskap mesti dirancang, bukan setelah masalah timbul.

Seterusnya Yang Berhormat Datuk Speaker, Kota Iskandar juga ingin membuat permohonan di dalam Dewan yang mulia ini, pembinaan sekolah agama di Taman Nusa Perintis 1, Gelang Patah. Pengerusi kebajikan sekolah agama pun ada di sini. Yang Berhormat Datuk Speaker, selama 22 tahun, penduduk Taman Nusa Perintis 1, Gelang Patah terpaksa berkongsi fasiliti dengan SK Nusa Perintis kerana ketiadaan sekolah agama sendiri. Kota Iskandar mohon kerajaan negeri mempertimbangkan pembinaan sekolah agama di lot PTD 6906 seluas 0.86 hektar, lebih kurang 2 ekar lebih demi memastikan pembangunan rohani generasi muda terus terjamin tanpa kekangan kapasiti.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Kota Iskandar ingin menyuarakan juga permohonan hakmilik tanah kepada setinggan lama dalam DUN Kota Iskandar. Kota Iskandar turut mohon agar kerajaan mempercepatkan pemberian hakmilik tanah kepada penduduk setinggan yang lama, yang lebih 20 tahun mendiami kawasan tertentu di dalam DUN Kota Iskandar, sebagai contoh, Kampung Pulai Mutiara, Kampung Dapur Arang dan Kampung Tiram Duku. Dan ini kita telah bincangkan dalam Mesyuarat Tindakan DUN supaya diberi keistimewaan yang terbaik pada akan datang. Profiling kampung-kampung yang terlibat juga perlu disiap segera bagi memudahkan proses pemilikan dan perancangan pembangunan di masa akan datang. Kota Iskandar juga mencadangkan ada satu lagi sebuah kampung yang perlu dibangunkan untuk dijadikan sebagai eko-pelancongan baru iaitu Kampung Pendas.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Kampung Pendas ini merupakan 90% penduduknya adalah nelayan seperti yang dinyatakan oleh ADUN Kukup sebentar tadi, nelayan sekarang begitu terhimpit dengan pambangunan. Peralatan semakin naik dan nelayan ini bukan macam kita, berada di darat. Kalau nak beli satu enjin bot dan sebagainya kena cash. Tidak ada loan Datuk Speaker. Tidak macam kita di bandar, tidak ada duit pun kita loan, zero. Boleh dapat memiliki motorsikal ataupun kenderaan. Jadi dengan sokongan kerajaan negeri, Kota Iskandar yakin Pendas ini mampu menjadi tarikan pelancong yang memakmurkan ekonomi penduduk setempat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, ini Kota Iskandar nak cadangkan, oleh sebab banyak GLC-GLC dan data centre yang wujud hingga sekarang ini. Cadangan saya, cadangan Kota Iskandar, mencadangkan GLC-GLC yang ada dan data centre yang ada menjadikan anak angkat kampung tradisi dalam DUN Kota Iskandar. Kampung tradisi ini sangat relevan. Cadangan ini pun saya rasa boleh diterima. Kita pilih GLC strategik sebagai rakan kongsi warisan. Pilih GLC mempunyai kepakaran dalam pembangunan hartanah, pelancongan, pengurusan aset atau pembangunan komuniti termasuklah data centre yang meraih keuntungan yang besar setakat ini. GLC ini boleh beri tanggungjawab untuk membangunkan projek homestay, kawasan warisan, pusat kraf di kampung tradisi dalam DUN Kota Iskandar. Maka, tidaklah kampung-kampung yang berada dalam kawasan JS-SEZ ini dan akan datang SFZ yang diadakan di Forest City terpencil dengan arus pembangunan dan kenikmatan hasil negara atau negeri yang kita capai ini. GLC juga boleh mewujudkan dana warisan, mohon izin Datuk Speaker iaitu Heritage Sponsorship Fun untuk menyokong aktiviti-aktiviti

pemuliharaan kampung tradisi-tradisi, baik pulih rumah tradisional, pembinaan pusat kraf ataupun muzium mini kampung dan ini juga boleh meningkatkan pelancong di masa akan datang. GLC juga boleh bekerjasama dengan Jabatan Kebudayaan Negeri, universiti atau kolej untuk mempromosikan program pendidikan warisan kampung.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Kota Iskandar merakam penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, IRDA, Tourism Johor, Pejabat Daerah Johor Bahru serta EXCO Perumahan dan pasukan PKPJ atas usaha berterusan membina RMMJ di kawasan Kota Iskandar serta menyediakan pelbagai infrastruktur baru, terutamanya di Kampung Sungai Melayu yang dinamakan eko-pelancongan. Ini cerita, nak cerita pasal Sungai Melayu Datuk Speaker. Sekarang ramai orang Jepun dan Korea berbondong-bondong hasil daripada Tiktok Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada sidang DUN yang lepas yang mencerita tentang keunikan Kampung Sungai Melayu. Bila saya tanya, saya berjumpa dengan pelancong luar negara ini, daripada Jepun dan Korea dengan izin Yang Berhormat Datuk Speaker, saya tanya dia, saya tanya bukan dalam bahasa Melayu, saya tanya dalam bahasa Inggeris, how you know about this village? How you know about this village? Apa dia cakap Datuk Speaker, dia tak cakap Melayu, I like Tiktok Chief Minister of Johor about crocodile son and sea mouse. Rupanya Tiktok ini di like, dilayari oleh pelancong luar negara. Ini saya bukan cerita kosong tuan pengerusi, ini wakil, ini saksi ini. Masa kita jelajah Johor yang lalu ramai pelancong dan sekarang pun ramai pelancong Sungai Melayu. Ini menandakan apa? Sokongan kerajaan negeri walaupun kampung itu tidak terkenal, sekarang telah menjadi multi dunia, mendunia. Jadi kalau kita usaha dan fokus, akhirnya benda ini akan menjadi kenyataan.

Datuk Yang Dipertua, saya juga mengucap terima kasih kepada, selalu cakap Datuk Yang Dipertua ya.

Timbalan Speaker

Pergi Parlimen.

Datuk Pandak bin AhmadUMNO · BNKota Iskandar

Terima kasih, saya ingin merakamkan ucapan terima kasihlah kepada pegawai kerajaan Johor di semua peringkat termasuklah pegawai kerajaan persekutuan yang sentiasa menyokong penuh di atas pembangunan yang berlaku di kawasan Kota Iskandar ini dan terima kasih kepada MP Iskandar Puteri. Lepas ini, bantu kami kerana kita sentiasa berkolaborasi dan termasuk Skudai kerana kita dalam industry fusing unit. Ahli Parlimen dia DAP, DUN Skudai DAP tapi Kota Iskandar BN dan UMNO. Walaupun tadi MP Iskandar Puteri menyatakan di Perling 100,000 votes, tapi Iskandar Puteri, Kota Iskandar lebih daripada 130,000 pengundi dan kita serve bukan hanya kepada 130 tetapi lebih 500 penduduk dalam kawasan Iskandar Puteri ini. Daripada yang lahir hinggalah yang, serve kepada orang yang meninggal dunia yang saya nyatakan untuk tambah tanah kubur sebentar tadi.

Yang Berhormat Datuk Speaker, semoga cadangan dan perbahasan ini dapat ditimbangkan demi kesejahteraan rakyat Kota Iskandar dan seluruh Bangsa Johor. Akhirnya, saya menyeru sekali lagi meminta kepada pihak elektrik, yang menjaga elektrik, TNB, sampai lupa nak cakap TNB sebab kekerapan berlaku bekalan gangguan di kawasan Tanjung Kupang. Lapan kampung selalu terganggu dan saya ada terima mesej daripada Taman Mutiara Rini, khasnya Jalan Bakti, sampai sekarang menggunakan genset. Ini rasa agak terkilanlah, dalam keadaan negara kita membangun, nak maju ke hadapan, supaya diambil tindakan segera. Semoga segala cadangan dalam kawasan ini dapat dipandang demi kesejahteraan rakyat Kota Iskandar dan seluruh Bangsa Johor. Kota Iskandar berpandangan jauh yang membawa Johor ke tahap yang lebih tinggi untuk mengutamakan kepentingan bersama. Pohon meranti tinggi menjulang, tempat berteduh waktu berkelana, belanjawan disusun demi rakyat gemilang, Johor sejahtera maju bersama. Dengan ini Kota Iskandar menyokong. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Waalaikumusalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Kota Iskandar. Dijemput Yang Berhormat Permas.

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Maju Johor, salam Malaysia Madani. Yang dihormati Yang Berhormat Datuk Speaker Dewan Undangan Negeri Johor. Saya cakap terima kasih kerana beri laluan saya untuk berbahas pada petang yang bahagia ini. Sudah pukul lima lebih ya. Jarang kita berlaku macam ini. Hebat jugalah Kota Iskandar, dia sebut-sebut lagi Permas. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya tadi bangun untuk mencelah soal Bukit Kepong, tapi tak boleh sebab celahan itu tidak boleh, tidak dibenarkan. Saya akur dan apabila Seri Medan bercakap bahawa, ha biarlah dia cakap. Kalau pembangkang memang macam itulah. Kita cakap apa pun memang tidak kena saja. Dan Seri Medan pun cakap tadi ada kalau sekilo emas, sekilo emas pada Menteri Besar tidak ternilai dan kalau pembangkang ni macam Bukit Kepong ini, kalau kita kasi dia sekilo emas, cadang sekilo emas, dia tidak sokong tapi dia ambil juga. Macam dia sudah bentangkan. Kalau dua kilo pun tidak cukup, dia ambil juga. Sampai badan dia pun sudah bagi pakai lori pun bagi emas banyak-banyak pun kalau sokong tidak sokong dia angkat tangan tetap tidak sokong. Itu pembangkanglah. Jadi, biarkanlah saya dengar nasihat Seri Medan.

Jadi Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz bin Ghazi serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor dan juga Yang Berbahagia barisan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan dan tidak lupa jugalah yang dikasihi sahabat-sahabat saya, Ahli-Ahli Yang Berhormat teruskanlah berkhidmat, jangan jemu, hadapi cabaran dengan gagah, tunaikan segala amanah, pekakkan segala fitnah dan majukan kawasan anda masing-masing, Insya-Allah penggal hadapan kita bersama lagi. Dan juga seluruh pemerhati yang berada dalam Dewan yang mulia ini. Saya tidak pernah pantun, tapi kali ini saya nak pantun juga sebab apa, selepas pembentangan itu, saya memang rasa bersemangatlah dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor ini, nak-nak perenggan yang akhir-akhir itu, memang saya bersemangat, jadi saya cipta jugalah pantun walau tidak pandai.

Pantunnya berbunyi, oh Jamilah sering didendang, jadi hiburan dara pujaan, Dewan yang mulia peluang berbincang, perbahasan Bajet jadi tumpuan. Satu lagilah. Indah sungguh hiasan di Dewan, YB-YB tidak jemu di sini, Bajet dibentang mohon sokongan, untuk rakyat limpahan negeri.

Pertama, marilah kita sama-sama merafakkan rasa kesyukuran kerana dengan limpah izin-Nya kita diberi kesihatan yang baik, membolehkan kita sama-sama hadir dalam Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Yang Keempat dan terlebih dahulu Permas ingin merafakkan, sebelum Permas meneruskan pembentangan belanjawan perbahasannya izinkan Permas terlebih dahulu merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi ucapan tahniah serta ucapan selamat kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang bakal disambut pada 22 November 2025. Patik dan seluruh warga Permas dengan penuh takzim memanjatkan doa kehadrat Allah SWT semoga ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Bawah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan seluruh anakanda dan kerabat di Raja serta dikurniakan keberkatan usia, dikekalkan dalam afiat dan sejahtera serta dilanjutkan usia pemerintahan agar terus menaungi sekalian rakyat dan Bangsa Johor dalam limpahan rakyat rahmat dan kasih Ilahi. Permas juga ingin menjunjung setinggi-tinggi kasih ke bawah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Pemangku Sultan Johor yang telah memimpin negeri Johor dengan jayanya dalam semua aspek.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebenarnya saya nak ulang balik lah saya amat bersemangat lah dalam, dalam mesyuarat Dewan pada kali ini setelah mendengar bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besar Johor. Seperti yang dikatakan tu ada yang katakan bahawa

ada yang kata durian runtuh. Durian runtuh. Sebelum saya membahaskan bajet yang menarik, sukalah saya respon terhadap posting Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang menyiarkan titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang berbunyi, dah cakap dah tadi dan saya nak nyatakan kembali apa yang, Yang Amat Mulia berkata iaitu “Saya amat bimbang terhadap kesesakan lalu lintas yang bakal timbul apabila projek Rapid Transit System, RTS link antara Johor Singapura mula beroperasi. Sehingga kini tiada penyelesaian menyeluruh disediakan bagi menampung peningkatan jumlah trafik termasuk perlaksanaan sistem ART bertingkat atau alternatif pengangkutan lain di kawasan sekitar Bukit Chagar. Kerajaan persekutuan memaklumkan bahawa tiada peruntukan mencukupi untuk menampung kos penyelenggaraan penyelesaian bertingkat sepenuhnya dilaksanakan. Namun begitu, Pulau Pinang mampu memperolehi projek LRT yang jauh lebih mahal berbanding sistem ART. Saya juga memantau secara rapat perkembangan beberapa projek kesihatan terutamanya di Johor termasuk Hospital Pasir Gudang, tempat saya ya. Pasir Gudang yang telah lewat siap, isu-isu di Hospital Sultanah Aminah serta kelewatan Projek Hospital Sultanah Aminah 2. Saya berharap agar masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan segera dan Johor tidak lagi seolah-olah diketepikan”. Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, setiap kali bermesyuarat berkenaan permasalahan saya akan bangkitkan soal kesesakan lalu lintas. Oleh yang demikian, saya menyokong 100% titah baginda Pemangku Sultan Johor supaya masalah yang ada, adalah kesesakan lalu lintas yang serius disebut juga oleh kerajaan persekutuan bahawa tiada peruntukan mencukupi untuk menampung kos penyelenggaraan sekiranya penyelesaian bertingkat sepenuhnya dilaksanakan.

Pada pandangan saya, kajian perlu dibuat. Dengan mengambil kira hasil dan penumpang dan beberapa jumlah kos yang tidak mencukupi untuk menampung belanja penyelenggaraan dan pihak mana yang perlu menanggung kos tersebut. Katalah ART itu dah siap, ART tu dah siap, jadi kos penyelenggaraan setiap bulan, setiap tahun siapa yang nak tanggung? Maksudnya, saya rasa begitulah. Jika kajian menunjukkan ada pihak yang boleh menanggung kos tersebut maka permohonan peruntukan hendaklah diluluskan oleh kerajaan persekutuan, jika tiada maka alternatif, jika tak ada siapa yang nak menanggung kos tersebut maka alternatif lain perlu dicadangkan kepada kerajaan persekutuan dan kita tidak boleh diam begitu sahaja. Kalau dah tak ada peruntukan tu kita diam je, tak boleh. Kita mesti pikirkan lagi macam mana kita nak selesaikan masalah tersebut.

Yang Berhormat Datuk Speaker, apa yang lebih menarik perhatian saya tentang titah tersebut adalah tentang kelewatan Hospital Pasir Gudang beroperasi. Saya sebagai orang Pasir Gudang dan juga wakil kepada rakyat Pasir Gudang sudah tentu terkesan dengan apa yang berlaku. Saya menjadi tempat pertanyaan dengan kelewatan yang berlaku, hospital ini adalah hospital yang diharapkan dapat menampung pesakit yang terlalu ramai hingga hospital yang ada di daerah Johor Bahru iaitu HSA dan juga HSI tidak lagi mampu menampung pesakit yang ada hingga ramai pesakit terpaksa menunggu terlalu lama untuk mendapat katil dan juga rawatan doktor. Ada juga pesakit yang tidak pulih sepenuhnya terpaksa diminta discharge bagi menempatkan pesakit yang lebih kritikal. Ini berlaku ya, memang berlaku perkara tersebut dan saya dah jumpa banyak orang begitu, dia tak berapa sihat lagi tapi terpaksa keluar daripada hospital. Ini menunjukkan bahawa hospital Pasir Gudang benar-benar diperlukan oleh rakyat Johor Bahru dan juga Pasir Gudang khususnya. Ingin saya menceritakanlah kronologi pembinaan Hospital Pasir Gudang. Ini pada asalnya, pada tahun 2011 Dato’ Seri Khalid Nordin mula mencadangkan Hospital Pasir Gudang, ketika itu dah nampak, bahawa ketika itu masa itu Naib Ketua Bahagian UMNO Pasir Gudang pergi masuk hospital, ketika itu katilnya adalah di lorong-lorong, di lorong-lorong pejalan kaki dalam wad-wad tersebut. Makna kalau kita panggil dia, dia duduk kat mana, dia kata dia duduk kat highway, kita memang sinonim orang Pasir Gudang dengan highway. Jadi, kat Pasir Gudang di hospital tersebut memang lalu di lorong. Tapi ketika itu tidak terlalu kritikal sebab masih ada tempat untuk mereka sediakan katil. Tapi ketika itulah bahawa Yang Berhormat Dato’ Seri

Khalid Nordin dah tahu pada akan datang ini memang masalah kalau tidak diselesaikan masalah hospital tersebut. Oleh itu pada tahun 2015, di bawah RMK-11 hospital baru Pasir Gudang diluluskan ketika itu. RMK-11 pada tahun 2015, dan pada tahun 2016 Dato’ Seri Najib Razak mengumumkan kelulusan RM500 juta untuk hospital tersebut. Kalau ketika itu lulus RM500 juta bermakna katilnya akan ada 500 katil kalau nak dikirakanlah kos tersebut. Dan pada tahun 2017, tapak hospital Pasir Gudang seluas 20.485 hektar telah mendapat Notis 5A.

Untuk mencadangkan sesuatu projek itu bukan sekejap, bukannya sebulan, bukannya setahun Yang Berhormat Datuk Speaker. Dia mengambil masa yang lama. Oleh itulah daripada 2011, 2017 barulah mendapat Notis 5A, makna dapat kelulusan untuk tanah tersebut. Dan pada 2018, majlis pecah tanah diadakan. Bulan Jun, projek dijangkakan bermula pada tahun 2018. Yang Berhormat Datuk Speaker, projek ini untuk dijalankan memang banyak ujiannyalah. Tohmahan yang kami terima, orang Pasir Gudang lah sebab kami yang mengusulkan hospital tersebut dan maka kamilah yang akan di attack, attack eh. Akan dimacam-macamlah dikatakan. Amat teruk diserang. Terima kasih. Tohmahan yang diterima amat teruk difitnahkan bahawa projek ini palsu ketika itu. Ramai cakap, semua cakap palsu. Maklumlah kita nak pilihan raya, apa pun segalanya memang cakap palsu je ketika itu. Dan kerajaan Barisan Nasional adakan majlis pecah tanah sebanyak 2 kali dia kata. Ha, teruk kita orang kena dulu. Tiba-tiba kita buat majlis pecah tanah 2018, dia kata orang BN ni buat pecah tanah 2 kali, makna kita menipu rakyat bahawa perkara itu tak wujud sebenarnya. Dengan fitnah dan pengkhianatan, saya nak cakap pengkhianatan itu macam keterlaluan dari ahli-ahli parti sendiri dan daripada tokoh-tokoh besar, ahli parti yang ketika itu sama-sama adalah Bukit Kepong lah antaranya Bukit Kepong dan juga Endau masa tu sama orang UMNO ketika itu tapi diorang ini sama-sama membuat sesuatu yang tak bagus, yang memfitnah dan seperti tokoh-tokoh besar pun sama ketika itu UMNO seperti Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyidin Yassin hanya kerana kuasa akhirnya Barisan Nasional kalah teruk pada PRU 14 tahun 2018 ketika itu. Akibatnya apa? Apabila kalah ketika itu akibatnya apa? Antara yang menjadi mangsa adalah rakyat Pasir Gudang. Hospital yang dirancang dan akan dioperasi pada tahun 2022 akhirnya hingga kini masih lagi tidak mampu beroperasi. Saya dimaklumkan pada doktornya ada, doktor ada, ada ni dan boleh tengok berubat pun boleh tetapi jururawatnya pula tak ada. Ha, itulah yang berlaku.

Yang Berhormat Datuk Speaker, tolonglah maklumkan kepada Perdana Menteri Malaysia, PMX yang dianggap hebat, buatlah selesaikan dengan kadar segera supaya isu ini dapat diselesaikan dengan cepat. Rakyat di Johor Bahru termasuk Pasir Gudang, rakyat Pasir Gudang ini, termasuk rakyatnya Pasir Gudang ini yang sama-sama, termasuk rakyat yang sama-sama menumbangkan kerajaan Barisan Nasional tidak tahan lagi menanggung derita, bukan kita yang menyokong Barisan Nasional yang menanggung derita tapi yang menjatuhkan juga Barisan Nasional ketika ini juga menderita mengatakan bahawa hospital tidak siap-siap. Jadi saya minta maaf lah pada rakan-rakan dari blok-blok pengimbang dan pembangkang saya bukannya nak marah awak, semua cuma meluahkan perasaan macam mana kita sedih dulu akhirnya hospital ini jadi begini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingatkan habiskanlah cerita pasal Hospital Pasir Gudang ini. Saya pun kalau ingat balik tu rasa alamak hai geram je tapi tak apalah kita dah jadi rakan kan. Ok je lah.

Yang Berhormat Datuk Speaker, dikesempatan Persidangan kali ini juga, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi di atas kejayaan beliau mentadbir negeri Johor dengan baik dan Yang Amat Berhormat juga telah menjadikan negeri Johor sebagai lokasi pelaburan yang terbaiklah. Dan saya tengok bajet yang kita buat tu memang hebat. Dan, alhamdulillah bajet kali ini ada gelombang kedua bagi bantuan Kasih Johor dan akan melanda rakyat. Saya ingat rakyat kali ini akan rasalah apa yang akan diberi oleh kerajaan dan bantuan 2 kali lipat pula tu kali ini akan diterima oleh rakyat Johor bersyukur lah pada apa yang ada, bersyukur banyak-

banyak tapi ada juga yang kata rakyat tak rasa dengan apa yang diberikan hingga Kota Iskandar tadi tunjuk, tunjuk gambar-gambar tu, gambar tu gini lagi, dia kata act lagi, dia kata rakyat tak rasa. Takpelah, yang saya terbaca juga lah daripada Bukit Kepong tu yang menafikan perkara tersebut dan saya nak cadangkan lah dia buat apa pun dia tak nak terima, tak nak sokong, saya nak buat usul boleh tak Datuk Speaker, boleh tak?

Timbalan Speaker

Ini perbahasan.

Perbahasan untuk saya buat usul akan datang boleh tak? Saya nak cadangkan saja untuk akan datang. Saya nak usulkan lah kat sini bajet-bajet yang kita cadangkan tadi ini siapa yang tak angkat tangan kita jangan bagi yang 2 bulan gaji tu. Boleh tak? Tapi kecuali Johor Jaya, Johor Jaya saya tak boleh, Johor Jaya mesti bagi lah. Yang lain tu saya ingat. (Dewan ketawa). Jadi, saya pun nak masuk saya punya tempat jugalah, saya takut tak sempatlah. Sebab apa, Johor Jaya pun tolong saya juga macam..

Timbalan Speaker

Masa Yang Berhormat.

Macam Kota Iskandar kan dia tolong juga. Jadi saya nak masuklah saya punya ini, takut tak dapatlah. Dan akhirlah yang saya nak cakap soal saya di Pasir Gudang ini, di tempat saya kawasan Permas. Saya mintalah apa yang saya nak buat, saya nak memperjuangkan lapan perkara. Saya haraplah perjuangan ini akan saya terlaksana dan saya akan berjuang habis-habisan membujur lalu melintang patah. Saya mesti dapatkan juga pada tahun hadapan, lapan perkara yang saya minta, saya cubalah minta mohon kawan-kawan saya. Saya lupa saya nak cakap terima kasih kepada MBJB, MBPG tak sempat tak ada masa. Jadi saudara sahabat saya, saudara Kasim sampaikanlah bahawa MBPG itu bagus. Saudara Kasim di belakang ini, sahabat saya.

Yang pertama saya nak bina Pusat Sukan Komuniti di Seri Alam. Ha, itu saya nak. Apa pun saya naklah. Saya dah bincang dengan YB Hairi sebenarnya, YB Hairi pun setuju. Alhamdulillah dan suka saya minta bantulah pihak MBPG supaya dapat merealisasi apa yang saya mohon untuk buat Pusat Sukan Komuniti di Seri Alam.

Yang kedua menaik taraf Kampung Nelayan, Kampung Pasir Gudang Baru. Dan Alhamdulillah malam tadi JOJ yang saya yang terakhir saya buat di kampung Pasir Gudang Baru, dia orang pun tak sangka saya boleh buat kali yang terakhir JOJ ini. Dia orang geram, tapi saya buat saja. (Dewan bertepuk). Tak payah tepuk pun tak apalah. Saya tak nak. Jadi Pasir Gudang Baru saya nak majukan dan terima kasih juga kepada pihak MBPG kerana telah bagi RM500,000.00 untuk buat dataran di sana dan pasang lampu tujuh lagi dan juga buat, bagi stall lagi sebanyak enam. Terima kasih banyaklah kepada saudara Kasim sampaikan kepada Datuk Bandar dan juga saya nak membersihkan Sungai Masai yang lain sungai-sungai itu total lost, tak apalah. Biar saya nak bangunkan Sungai Masai supaya Sungai Masai itu jadi tempat pelancong. Saya nak pelancong itu macam besar sangat, pengunjung-pengunjung datang di Sungai Masai supaya pelancong kalau boleh, pelancong luar negaralah macam Kota Iskandar. Dan saya dengar Yang Berhormat Datuk Speaker, nelayan-nelayan di Sungai Melayu ini dah pandai cakap orang putih. Saya tak sangka sebab kawan saya ada cakap, dia cakap orang, nelayan Kampung Sungai Melayu ini eksyen, pandai cakap orang putih. Habis saya cakap, orang putih itu faham ke dia cakap? Eh, faham tapi kebanyakannya tak faham. Kena belajar lagilah cakap orang putih, Kota Iskandar.

Dan juga saya nak bina jambatan kedua Permaslah. Jalan dah memang teruk, jambatan kedua Permas dan dah dibuat kajian sebanyak RM217 juta untuk jambatan kedua dan jajaran dia pun dah disiapkan semua perkara itu, mudah mudahanlah sebelum 2030 dapat disiapkan.

Yang kelima, membina jambatan merentas dari Kampung Plentong Baru ke Lotus Plentong supaya dapat menyuraikan kesesakan jalan raya.

Yang keenam, membina masjid di Teluk Tropicana dan Dato’ Seri Khalid ini dah banyak membina masjid di tempat saya itu. Bina masjid dah, saya ingat lebih daripada sepuluh jadi saya dapat satu pun jadilah. Kalau dapat untuk bekalan saya di akhirat nanti.

Dan nombor tujuh menyelesaikan kesesakan jalan di persimpangan jalan Persisiran Pantai dan Kota Puteri. Dekat situ ada jalan sempit sedikit, ada kesesakan antara perlu diselesaikan.

Dan juga yang kelapan menyelesaikan kesesakan jalan di persimpangan bertingkat Lebuh Raya Pasir Gudang, Seri Alam dan Kota Puteri. Saya minta supaya u-turn bertingkatlah macam berada di Perling dan juga Dato’ Onn dapat dibuatkan begitu yang paling kecillah saya ingat, supaya dapat dibuatkan.

Dan juga kewangan kerajaan negeri kukuh hasilnya banyak, kenapa tidak usaha saya lapan perkara tidak boleh tercapai? Dan biasanya permintaan yang dibawa oleh sahabat-sahabat saya di wakil-wakil rakyat ini semua terlalu kecil. Terlalu kecil kalau nak dibandingkan yang dijalankan oleh pihak-pihak kerajaan, kakitangan kerajaan yang minta diminta oleh wakil rakyat ini kecil sangat. Dan selebih jumlah yang besar dikawal selia oleh pegawai kerajaan maka permudahkanlah usaha urusan kami membantu masyarakat setempat.

Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan kerajaan dan saya mohon maaflah jika pergerakan saya menyentuh hati dan juga, dan Permas menyokong pembentangan Bajet Tahun 2026. Sekian, wabilahi taufilwalhidayah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Dewan bertepuk).

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Permas. Dipersilakan Yang Berhormat Kahang.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Salam Maju Johor. Terlebih dahulu izinkan saya Merafak Sembah Menjunjung setinggi tinggi ucapan tahniah serta ucap selamat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Ibrahim sempena hari keputeraan baginda yang bakal disambut pada 22 November ini. Patik dengan penuh takzim memanjatkan doa semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta seluruh anakanda dan kerabat Diraja sentiasa dikurniakan keberkatan usia serta dikekalkan dalam afiat dan sejahtera agar terus menaungi sekalian rakyat dan juga Bangsa Johor. Patik juga menjunjung setinggi tinggi kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas segala nasihat dan bimbingan yang dicurahkan kepada kepimpinan negeri dalam menjayakan urus tadbir demi kesejahteraan Bangsa Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan bajet yang cukup inklusif dan holistik. Saya kagum dengan kebijaksanaan beliau mentadbir negeri ini. Bajet Johor 2026 menunjukkan sentuhan kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang dekat dengan rakyat. Belanjawan ini jelas lahir daripada mendengar denyut nadi Bangsa Johor itu sendiri. Dalam konteks Johor yang maju, saya harap kerajaan akan terus juga memberi fokus kepada pembangunan kawasan luar bandar. Dan juga untuk memastikan bahawa rakyat di kawasan kampung, FELDA dan kawasan pendalaman menikmati pembangunan dari segi infrastruktur jalan raya, bekalan air bersih, lampu jalan, rangkaian internet, kemudahan komuniti, peluang pekerjaan dan peningkatan ekonomi. Saya berharap agar kerajaan negeri akan membina luar bandar yang lebih maju, lebih selesa dan berdaya saing.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin bangkitkan satu isu berkaitan dengan rancangan FELDA di kawasan saya, di mana khususnya rancangan FELDA ini menjadi tunjang ekonomi

dan sosio budaya di kawasan luar bandar. Rancangan FELDA bukan sekadar tanah pertanian, ia adalah nadi kehidupan para peneroka yang menyalurkan usaha, doa dan harapan mereka ke tanah bertuah ini. Sepanjang beberapa dekad, FELDA telah memainkan peranan penting dalam memperkasa ekonomi peneroka melalui peluang pertanian dan usahawan agro. Meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti luar bandar termasuk pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas serta menyemai semangat muafakat dan perpaduan di kalangan generasi peneroka dan masyarakat setempat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, FELDA telah lama menjadi tunjang ekonomi luar bandar. Menyalurkan rezeki dan harapan kepada para peneroka. Namun begitu tidak dapat dinafikan bahawa terdapat beberapa cabaran dan permasalahan yang perlu ditangani antaranya ialah pengeluaran geran tanah. Walaupun kerajaan telah mempercepatkan proses, masih terdapat baki peneroka yang menunggu geran bagi lot utama khususnya di kawasan saya di FELDA Kahang Timur. Hal ini menjejaskan hak mereka untuk menggunakan tanah sebagai aset atau menjamin pinjaman bagi pembangunan ekonomi keluarga. Isu yang seterusnya ialah berkaitan dengan permohonan geran tanah generasi kedua FELDA. Generasi kedua FELDA juga isunya di kawasan saya belum dapat diselesaikan. Masih belum mendapat geran. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan tentang masa depan peneroka muda dan keberlanjutan keluarga mereka dalam sektor pertanian. Saya amat-amat berharap supaya kerajaan negeri akan membantu dalam konteks perumahan generasi kedua ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kawasan Kahang merupakan kawasan luar bandar. Sebab itulah saya sentiasa memberi fokus kepada pembangunan kawasan luar bandar di mana salah satu kampung di kawasan saya di Batu 28, Kahang berhampiran dengan Mersing, border Mersing ialah Kampung Seri Lukut. Saya percaya bahawa pembangunan di kampung ini harus diberi fokus dan saya mencadangkan supaya Kerajaan mengkaji supaya kampung ini dimasukkan dalam pentadbiran KEJORA seperti mana yang berlaku di kampung yang bersebelahan yang dipanggil Kampung Contoh, Kahang. Saya juga mencadangkan supaya pusat pembangunan pembuangan sampah di Kampung Seri Lukut diadakan dengan segera serta naik taraf Pusat Rekreasi Sungai Temigol.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Jeti Kahang yang telah pun dibaik pulih kini seumpamanya gajah putih. Walaupun digunakan ketika musim banjir tetapi saya rasa baik pulih yang dilaksanakan tidak sempurna. Seolah-olah tidak dapat digunakan pada masa-masa yang lain. Jadi saya harap supaya jeti di kawasan Kahang ini dibaik pulih dan kegunaannya digunakan secara meluas bukan sahaja ketika banjir tetapi untuk aktiviti-aktiviti lain.

Yang Berhormat Datuk Speaker saya juga mencadangkan supaya Kampung India Kahang, Batu 24. Kampung India, Kahang juga dimasukkan di bawah pentadbiran KEJORA dan juga penambahan lampu jalan dan juga jalan kampung dilebarkan dan diturap semula. Memang benar perkara-perkara ini telah pun dibangkitkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah dan juga dalam Mesyuarat Tindakan DUN, walau bagaimanapun, seringkali kita mendapati bahawa isu ini masih lagi tertangguh dan sering kali isu bajet juga dijadikan sebagai alasan, sebab itulah sekali lagi saya bangkitkan isu ini di Persidangan Dewan Negeri Johor ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, status pembinaan Dewan Serbaguna di Kampung India, Kahang yang termasuk kelengkapan futsal masih lagi belum diselesaikan. Saya nak tahu apakah status permohonan tersebut kerana belum ada kelulusan bagi permohonan tersebut.

Yang Berhormat Datuk Speaker, di Kampung Ilham, Kahang pula saya memohon supaya surau di kampung tersebut dibaik pulih dan selain daripada itu, balai raya juga diberi, dibaik pulih dengan segera.

Yang Berhormat Datuk Speaker, di Kampung Melayu MARDI pula, saya memohon agar jalan kampung dinaiktaraf dan juga jalan daripada Jalan Mengkibol ke Jalan Kota Tinggi juga dinaiktaraf serta perparitan di sekeliling perkampungan tersebut juga dipantau dan diperbaiki.

Yang Berhormat Datuk Speaker, di kawasan Kluang, kita ada Taman Seri Impian. Taman Seri Impian ini seolah-olah menjadi Bandar Seri Impian tetapi disebelahan Taman Seri Impian ada Taman T6, Taman Seri Lambak yang juga cukup besar, tidak kurang hebat. Saya amat berharap supaya Majlis Daerah Simpang Renggam akan membuat kajian, akan ada blueprint untuk membangunkan kawasan tersebut sebagai Bandar T6 supaya kemudahan di kawasan tersebut dapat diperbaiki dan juga banyak isu-isu seperti pembinaan Dataran Seri Lambak masih lagi belum diselesaikan. Pengurusan stadium baru di T6 juga masih lagi belum diselesaikan dan saya ingin tahu ianya akan diberi kepada pihak mana? Dan juga banyak taman-taman permainan kanak-kanak dan kawasan riadah perlu dibangunkan dan ada yang diperbaiki. Jadi saya amat berharap supaya Bandar T6 ini akan diberi nafas baru, dinaiktaraf sebagai Bandar T6. Dijadikan sebagai kawasan yang moden dengan sistem jalan raya yang jauh lebih baik, diadakan juga rizab untuk rumah PPRT dan juga ada barisan jalan di lingkaran satu taman tersebut yang mempunyai bangunan kedai yang terbengkalai. Dah hampir lebih daripada 20 tahun. Saya ingin tahu apakah tindakan yang akan dilakukan untuk menyelesaikan isu tersebut?

Yang Berhormat Datuk Speaker, Jalan Kluang-Mersing. Sesuatu jalan yang menghubungkan di antara daerah Kluang ke Mersing melalui Kahang. Saya percaya memang telah pun dinaiktaraf tetapi perlu dinaiktaraf secara berterusan kerana jalan ini merupakan jalan yang penting, pada masa yang sama jalan penghubung utama, bukan sahaja ke Mersing tetapi ke Taman Negara dan juga jalan yang menjadi hotspot lebih-lebih lagi ketika musim hujan, mudah banjir. Pada malam terlalu gelap dan juga menjadi laluan binatang liar seperti gajah. Jadi, jalan ini perlu dinaik taraf. Pada masa yang sama lampu jalan khususnya di setiap persimpangan perlu diadakan dan juga pelebaran jalan juga perlu diberi fokus oleh agensi-agensi yang berkaitan.

Yang Berhormat Speaker, saya juga mohon agar jalan daripada Taman Seri Impian ke Taman Sri Lambak iaitu pelebaran Jalan Kota Tinggi, juga diberi fokus oleh pihak yang berkenaan supaya sebab kita dapati bahawa laluan ini laluan trafiknya semakin hari semakin meningkat dan juga banyak berlaku kemalangan dan sebagainya. Jadi, saya percaya pelebaran jalan ini juga menjadi satu yang sangat-sangat diharapkan oleh penduduk di kawasan tersebut.

Yang Berhormat Speaker, Kampung Contoh sebuah lagi kampung di kawasan Kahang, kawasan yang mudah banjir walaupun berada di bawah KEJORA tetapi juga banyak menghadapi cabaran, sering kali dari segi isu gajah, kali ini saya tak nak bawa sangat isu gajah kerana beberapa kali saya bawa dalam sidang Dewan, jadi saya harap kerajaan memang dah tahu tetapi kawasan mudah banjir, saya amat berharap apabila hujung tahun inilah kawasan yang selalu berlakunya banjir. Saya amat berharap pihak JPS sudah pun mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengurangkan isu-isu yang berkaitan dengan banjir.

Yang Berhormat Speaker, kawasan pekan Kahang, isu perparitan saya amat berharap akan dapat diselesaikan dan juga saya mohon untuk naik taraf dan baik pulih dataran di kawasan Kahang, begitu juga gerai makan di kawasan pekan Kahang perlu dinaik taraf sudah pun beberapa kali dibangkitkan tetapi saya tengok macam belum ada apa-apa tindakan saya amat berharap tindakan yang sewajarnya akan diambil untuk diselesaikan.

Dan juga untuk makluman Yang Berhormat Speaker, di kawasan saya juga mempunyai perkampungan Orang Asli, jadi dikesempatan ini, saya juga ingin tahu status rizab tanah perkampungan Orang Asli di kawasan DUN Kahang. Begitu juga ada perkampungan juga menghadapi isu bekalan elektrik dan sebagainya, saya harap kerajaan juga akan memberi fokus untuk menyelesaikan isu-isu tersebut.

Yang Berhormat Speaker, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana beliau seorang pemimpin yang cukup prihatin, beliau memberi fokus

untuk membantu seluruh lapisan masyarakat termasuk masyarakat India, tidak gagal untuk memberi peruntukan tahunan, membantu Pengerusi Yayasan Sultanah Rugayah, menerusi Pejabat EXCO, Pejabat Menteri Besar dan memberi bantuan kepada kuil, sekolah-sekolah Tamil, NGO dan sebagainya.

Walau bagaimanapun saya percaya bahawa kini sudah sampai masa bahawa di negeri Johor kita mesti mempunyai satu Pelan Pembangunan Masyarakat India. Kalau boleh dalam konteks 5 tahun dari tahun 2026 hingga 2030. Kerana pelan ini ialah untuk memperkasa masyarakat India Johor melalui peningkatan ekonomi, pendidikan, sosial, budaya dan kepimpinan. Iaitu sasaran pembangunan yang saya maksudkan tadi dalam tempoh 5 tahun. Saya harap kerajaan akan ada satu blueprint ataupun membuat kajian dengan kerjasama daripada agensi kerajaan, NGO-NGO India dan juga sektor swasta untuk melihat semula termasuk pihak akademik untuk melihat semula apakah permasalahan dan apakah isu-isu yang sebenarnya boleh diselesaikan supaya taraf masyarakat India ini dapat dinaikan. Dan antara objektif kajian ini ialah untuk meningkatkan taraf ekonomi masyarakat India melalui pekerjaan dan keusahawanan. Memperluaskan akses pendidikan dan peluang kerjaya, meningkatkan kesejahteraan sosial dan taraf hidup komuniti terutamanya kumpulan B40.

Yang Berhormat Speaker, kerana masih ada keluarga India yang bergantung kepada pekerjaan yang tidak tetap, tinggal di kawasan perumahan yang lama, daif, bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi dan sebagainya. Dan, saya amat berharap supaya kita perlukan satu perhatian yang khusus kepada penyertaan masyarakat India dalam sektor ekonomi baharu contohnya sektor teknologi, keusahawanan digital dan juga industri kreatif terutamanya dalam konteks apa yang berlaku di selatan negeri Johor ini.

Ramai belia India juga masih terperangkap dalam pekerjaan bergaji rendah kerana kekurangan akses latihan teknikal dan modal perniagaan. Jadi kesempatan ini, dalam pelan tersebut saya ingin mencadangkan supaya kerajaan negeri dapat menubuhkan satu dana keusahawanan khas untuk masyarakat India termasuk juga untuk belia India di negeri Johor supaya dapat memberi fokus kepada latihan digital, bantuan permulaan perniagaan, geran dan juga pinjaman mikro.

Yang Berhormat Speaker, saya juga mencadangkan supaya penempatan pekerjaan sektor industri yang inklusif supaya anak muda India mendapat peluang saksama di bawah pelaburan baharu yang berlaku di negeri Johor contohnya di Johor Special Economic Zone dan juga di kawasan Pembangunan Iskandar Malaysia. Penekanan kepada program-program TVET dan juga latihan kemahiran yang boleh dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan negeri sendiri termasuk YPJ. Kalau kita benar-benar serius mahu membina Johor yang inklusif, pembangunan ekonomi mesti sampai kepada semua lapisan masyarakat. (Dewan bertepuk).

Yang Berhormat Speaker, isu pendidikan masyarakat India juga tidak boleh dibiarkan berlarutan. Sekolah Tamil di Johor memainkan peranan penting dalam membentuk asas pendidikan awal tetapi banyak yang masih menghadapi kekurangan fasiliti dan capaian digital. Ada juga masalah infra, ada sekolah-sekolah di kawasan ladang di mana jalan nak ke sekolah pun masih lagi tak sempurna lebih-lebih lagi ketika hari hujan atau musim banjir. Jadi, saya ingin menyeru kepada kerajaan negeri supaya walaupun pendidikan di bawah kerajaan pusat tetapi kerajaan negeri yang prihatin ini boleh membantu menyediakan peruntukan khas tahunan untuk penyelenggaraan sekolah-sekolah Tamil di negeri Johor. Dan juga pada masa yang sama melaksanakan program pendigitalan bilik darjah agar anak-anak ini tidak ketinggalan.

Yang Berhormat Speaker, dikesempatan ini juga saya ingin tahu apakah status pembinaan sekolah SJK(T) Pamol di Kluang, walaupun sudah ada tanah tetapi sekolah tersebut masih lagi tumpang di sebuah sekolah SKJ(C) di sana. Begitu juga dengan pembangunan sekolah SJK(T) Sungai Muar juga difahamkan sudah ada tapak dan sekolah SJK(T) Mengkibol di

Kluang, Sekolah SJK(T) Ladang Sembrong, Sekolah SJK(T) Mados dan juga sekolah SJK(T) Elaeis dan juga sekolah SJK(T) Ladang Lambak di Kluang. Kalau boleh saya inginkan pihak EXCO memberi penjelasan tentang status kini sekolah-sekolah tersebut.

Yang Berhormat Speaker, saya juga mencadangkan supaya dalam konteks pendidikan ini kerajaan negeri juga menawarkan biasiswa kepada pelajar masyarakat India yang cemerlang sebagai simbol keadilan pendidikan. Dan mungkin sebelum ini YPJ juga ada membantu dan sekiranya boleh mohon data dan pencerahan diberikan berapa ramai di kalangan pelajar masyarakat India yang pernah menerima biasiswa daripada Kerajaan Negeri Johor.

Yang Berhormat Speaker, dikesempatan ini juga saya ingin membangkitkan isu perumahan dan kesejahteraan sosial. Masih ramai daripada masyarakat India yang khususnya pernah bekerja di estate yang belum memiliki rumah sendiri, ada yang tinggal di rumah tumpang, rumah sewa dan juga rumah yang daif dan kawasan yang mempunyai masalah infra.

Kerajaan negeri perlu menyemak semula pelaksanaan Skim Perumahan Mampu Milik supaya benar benar inklusif kepada semua kaum. Saya mencadangkan diwujudkan kuota khas masyarakat India luar bandar di bawah Program Rumah Mampu Milik Johor agar mereka tidak terpinggir daripada peluang memiliki kediaman yang selesa. Pada masa yang sama juga di Johor pada hari ini, kita ada Program Rumah Kasih Johor dan juga Rumah Prihatin Johor tetapi difahamkan hanya terbuka kepada kaum bumiputera, jadi saya mencadangkan supaya program ini juga dibuka kepada masyarakat India dan juga kaum Tiong Hua di negeri Johor ini.

Yang Berhormat Speaker, kita juga sering mendengar slogan Maju Johor, Muafakat Johor dan sebagainya, tetapi saya juga ingin bertanya jika Johor berapa ramaikah wakil masyarakat India yang pernah dilantik dalam GLC-GLC Kerajaan atau lembaga ataupun board di peringkat negeri Johor kerana tanpa penyertaan yang bermakna suara masyarakat India ini akan terus tenggelam. Kita memerlukan satu panel di mana ataupun think tank kepada kerajaan supaya dapat menasihati kerajaan atau kerajaan dapat berbincang dengan mereka dalam konteks program permasalahan inisiatif untuk memajukan masyarakat India, saya mencadangkan agar kerajaan negeri menubuhkan Majlis Penasihat Masyarakat India Johor sebagai platform rasmi untuk mengemukakan isu dan cadangan, dasar secara berkala kepada pentadbiran negeri. Dan satu unit pemantauan dan data sosioekonomi etnik masyarakat India. Di mana unit ini bertanggungjawab untuk mengumpul dan menerbitkan laporan tahunan mengenai status sosioekonomi masyarakat India di negeri Johor.

Yang Berhormat Speaker, sebelum kita membuat sebarang data dan sebagainya saya rasa pada hari ini pun kerajaan negeri dalam konteks Bantuan Kasih Johor mula mengumpul data dan maklumat supaya apabila kita mendapat statistik, kita mendapat jumlah sebenarnya target group senang untuk memberi bantuan dan sebagainya. Itu yang dilaksanakan menerusi Program Bantuan Kasih Johor. Dalam konteks masyarakat India ini juga kita memerlukan data, kita memerlukan data dan statistik untuk melihat sendiri berapa ramaikah masyuarakat India di peringkat akar umbi yang terkesan dalam isu-isu komuniti ini supaya apabila dah ada data dan sebagainya ini yang memudahkan kita untuk membentuk dasar dalam konteks untuk memperkasakan komuniti itu.

Yang Berhormat Speaker, saya juga mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya memberi peruntukan untuk pembinaan Dewan Kebudayaan India di setiap daerah di negeri Johor, kerana menerusi platform ini ruang untuk program seperti aktiviti tarian klasik, latihan muzikal, program-program, ceramah, motivasi dan sebagainya juga dapat dilaksanakan untuk membantu masyarakat India.

Yang Berhormat Speaker, juga mencadangkan supaya diadakan dana penyelenggaraan rumah ibadat masyarkat India. Memang sebelum ini pun kerajaan negeri banyak membantu dalam konteks peruntukan untuk rumah-rumah ibadat dan sebagainya tetapi apabila ada

bantuan tahunan kepada rumah-rumah ibadat ini banyak lagi program, aktiviti yang dapat dijalankan untuk terus membantu dan memperkasakan masyarakat India. Dan akhirnya juga memperbanyakkan program kepimpinan belia India menerusi Program Mentor India Negeri Johor, latihan kepimpinan, kemahiran komunikasi dan sebagainya terus dijalankan.

Yang Berhormat Speaker, saya amat berharap seperti saya katakan tadi bahawa sudah tiba masa untuk kita ubah pendekatan, hanya sekadar memberi peruntukan tahunan sahaja tidak boleh menyelesaikan isu komuiniti di peringkat akar umbi. Masyarakat India Johor tidak mahu dilihat hanya sebagai penerima bantuan, mereka mahu ruang untuk berdikari, berkembang dan menyumbang. Jadi, kerajaan negeri perlu bergerak dari dasar bersifat jangka pendek seperti bantuan tunai kepada dasar pemberdayaan ekonomi dan sosial yang berasaskan latihan model dan peluang pekerjaan yang sebenar.

Yang Berhormat Speaker, saya ucap terima kasih di atas kesempatan yang telah saya bangkitkan. Saya amat berharap isu-isu yang saya bangkitkan ini akan diberi perhatian dan sewajarnya oleh keraaan negeri dan agensi-agensi dan dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada puan Pegawai Daerah Kluang, PTD Kluang, YDP MPK Kluang, YDP MDSR, JPS dan juga JD JKR Kluang kerana sering kali membantu apabila sahaja kita bangkitkan isu berkaitan dengan kawasan, masalah rakyat, mereka sedia membantu. Tak lupa juga kepada semua anggota agensi kerajaan yang berkhidmat di peringkat daerah Kluang. Dan dengan kata-kata itu, saya menyokong Bajet 2026. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Kahang. Terakhir untuk hari ini, dijemput Yang Berhormat Bekok.

Tuan Tan ChongMCA · BNBekok

Terima kasih. Selamat petang, salam Sejahtera, salam Maju Johor. Awal bicara ini, patik merafak sembah menjunjung kasih serta merakamkan setinggi-tinggi tahniah sempena ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang di sambut pada 22 November 2025.

Bagi meneruskan ucapan, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker Dewan yang mulia ini kerana memberikan kesempatan kepada saya Bekok, untuk memberi ucapan balas Belanjawan Negeri Johor yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz Ghazi pada 13.11.2025 yang lalu.

Yang Berhormat Datuk Speaker dan sidang Dewan yang dimuliakan, Bekok menyokong sepenuhnya atas ucapan pembentangan Belanjawan Negeri Johor bagi tahun 2026 yang lalu.

Bekok sekali lagi mengucapkan tahniah atas pembentangan Belanjawan Kerajaan Negeri Johor bagi tahun 2026 yang dilihat menepati aspirasi rakyat Bangsa Johor. Dan Bekok juga berasa bangga atas pendekatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang menghargai jasa-jasa pegawai-pegawai perkhidmatan awam persekutuan yang menabur bakti di bumi bertuah Johor Darul Takzim. Kami Bangsa Johor dari bumi Bekok berasa bangga dengan pembentangan bajet 2026 ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker dan sidang Dewan yang dimuliakan, saya amat meneliti segala ucapan dalam pembentangan belanjawan yang dibacakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor tempoh hari yang sangat lengkap dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat di dalam negeri Johor.

Saya membawa suara rakyat Bangsa Johor Bekok yang melihat bahawa kerajaan negeri Johor yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Dato Onn Hafiz Ghazi Menteri Besar Johor amat adil dan prihatin serta menjiwai kehendak rakyat Bangsa Johor.

Untuk makluman Yang Berhormat Datuk Speaker, bila saya kembali ke kawasan setelah pembentangan belanjawan disiarkan melalui radio, on-line dan sosial media mereka semua memuji kerajaan Johor yang terus mengutamakan rakyat Bangsa Johor terutamanya golongan B40 dan meneruskan semua bantuan-bantuan yang telah diperkenalkan sebelum ini. Bekok yakin dan percaya sekiranya Kerajaan Negeri Johor meneruskan pendekatan ini dan ramai rakyat Bangsa Johor gembira dengan pendekatan ini, Bekok yakin dan percaya bahawa Kerajaan Negeri Johor di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang prihatin dengan berjiwa rakyat Negeri Johor akan terus maju dengan doa-doa yang baik dari rakyat Bangsa Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker dan sidang Dewan yang dimuliakan, sepekara lagi yang membuatkan Bekok merasakan pembentangan belanjawan tahun 2026 ini adalah yang terbaik diantara yang terbaik sebelum ini adalah pendekatan Kerajaan Negeri Johor dalam mengembangkan lagi sumber pendapatan dengan memberikan banyak insentif-insentif kepada pelabur-pelabur luar untuk melabur di dalam negeri Johor yang bertuah ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker dan sidang Dewan yang dimuliakan, di sini Bekok ingin mengambil kesempatan ini untuk membawa beberapa perkara permasalahan rakyat di dalam kawasan Bekok yang perlu Kerajaan Negeri Johor ambil maklum dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi memberikan keyakinan kepada mereka yang kebanyakannya adalah penyokong-penyokong tegar Kerajaan Negeri Johor.

Perkara pertama, sistem pengangkutan yang selesa menjadi asas utama pembangunan bagi setiap daerah dalam negeri Johor

Bekok memohon supaya jajaran jalan persekutuan dari Labis ke Gemas Baru Segamat dan dari Labis ke Kulai dapat dinaikkan taraf dari dua lorong kepada empat lorong.

Untuk makluman Yang Berhormat Datuk Speaker dan sidang Dewan sekalian, bahawa jajaran yang selesa dan mudah untuk dihubungi bagi setiap daerah dan kawasan adalah tarikan utama pelabur untuk melabur atau mendirikan kilang di satu-satu kawasan. Pelabur juga akan lebih tertarik untuk melabur sekiranya jajaran jalan darat mempunyai hubungan dengan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).

Di samping itu juga jajaran pengangkutan jalan darat yang selesa, memudahkan bagi urusan pentadbiran syarikat atau agensi kerajaan. Oleh yang demikian, Bekok mengharapkan agar Kerajaan Negeri Johor dapat memanjangkan perkara ini kepada kerajaan persekutuan di mana jalan yang Bekok maksudkannya adalah jalan persekutuan di bawah jagaan kerajaan Persekutuan, di mana dengan adanya jalan persekutuan yang selesa akan mengalakkan lagi perkembangan dan kepesatan ekonomi Johor Utara di masa akan datang yang mana kawasan Johor Utara lebih kepada ekonomi berasaskan pertanian yang mengharapkan jajaran jalan pengangkutan yang lebih selesa dan selamat untuk kami di belah utara Johor.

Perkara kedua, masalah-masalah kerosakan gelanggang futsal yang dibina melalui peruntukan kerajaan di kampung-kampung di dalam DUN Bekok. Golongan belia adalah golongan pelapis untuk memimpin sesebuah negara atau negeri di masa akan datang. Golongan ini perlu kita jaga dan beri perhatian dan keperluan riadah mereka.

Untuk makluman Yang Berhormat Datuk Speaker bahawa di dalam DUN Bekok banyak terdapat gelanggang-gelanggang futsal yang dibina untuk anak muda beriadah telah mengalami kerosakan yang agak serius.

Golongan ini perlu kita jaga dan beri perhatian dan keperluan di daerah mereka. Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Speaker bahawa di dalam DUN Bekok banyak terdapat gelanggang-gelanggang futsal yang dibina untuk anak muda beriadah telah mengalami kerosakan yang agak serius. Bekok memohon agar EXCO Belia dan Sukan dapat

mengeluarkan peruntukan untuk membaik pulih gelanggang tersebut. Dimana telah memajukan permohonan peruntukan untuk membaik pulih gelanggang-gelanggang futsal tersebut pada pihak. Pihak berkenaan mengata bahawa tiada peruntukan khusus bagi membaik pulih gelanggang futsal tersebut.

Dalam pembentangan belanjawan tempoh hari bahawa Kerajaan Negeri Johor memperuntukkan sejumlah RM1 juta untuk membina gelanggang pickleball dalam negeri Johor. Oleh yang demikian, Bekok mohon perhatian Kerajaan Negeri Johor melalui EXCO Belia dan Sukan Negeri Johor untuk memberi perhatian bagi membina gelanggang pickleball di dalam DUN Bekok.

Oleh yang demikian Bekok mengharapkan Kerajaan Negeri Johor melalui EXCO Belia dan Sukan Negeri Johor dapat memberi perhatian kepada golongan belia khususnya di dalam Kawasan DUN Bekok.

Perkara ketiga, masalah ancaman scammer kepada rakyat Bangsa Johor yang terdedah di dalam sosial media. Sosial media adalah salah satu platform masa kini yang sering diguna untuk menyampaikan berita, situasi atau digunakan sebagai alat perniagaan dewasa. Sosial media merupakan salah satu teknologi terkini yang hadir dalam kehidupan manusia saat ini. Sekarang ini seolah-olah membuat hidup seseorang dan tak bermakna sekiranya gajet tiada dalam tangan. Sosial media kini bagaikan fenomena dalam kehidupan manusia. Namun, dengan kehadiran gajet yang membawa bersama sosial media ini banyak menganggu dan menyusahkan manusia yang mudah terpengaruh dengan tawaran-tawaran yang dikeluarkan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab, boleh kata cakap scammer.

Telah berlaku banyak kes di DUN Bekok, di mana seseorang yang telah terpengaruh dengan iklan yang dikeluarkan dan mangsa menekan link yang telah diberikan membuatkan mangsa telah menanggung hutang sedang mangsa tidak menerima apa-apa yang ditawarkan oleh scammer tersebut. Bila mangsa membuat laporan polis, pihak polis tidak dapat membantu kerana maklumat yang terdapat di dalam link tersebut tidak tepat dan susah untuk di siasat. Saya ingin melontarkan dan meminta Kerajaan Negeri Johor melalui Polis Diraja Malaysia agar dapat mencari satu cara bagaimana perkara ini terus menghantui rakyat Bangsa Johor.

Perkara keempat, tahun 2026 adalah merupakan Tahun Melawat Johor di mana tentunya kerajaan Johor akan banyak membuat acara-acara peringkat negeri untuk mempromosikan Tahun Melawat Johor. Kerajaan Negeri Johor sudah pasti telah bersiap sedia untuk menganjurkan acara-acara bagi mempromosikan setiap daerah di dalam negeri Johor bagi meraikan Tahun Melawat Johor pada tahun hadapan.

Bekok ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor melalui EXCO Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan, Pembangunan Ekonomi dan Pelancongan Negeri Johor yang telah merangka Jelajah Mejestic Johor dan telah melibat beberapa kawasan di DUN Bekok bagi dimasukan di dalam kalendar Tahun Melawat Johor 2026.

Semoga Jelajah Mejestic Johor yang dijadualkan bermula pada 19 hari bulan 11 tahun 2025 akan berjalan lancar dan mencapai tujuan bagi mempromosikan kawasan-kawasan tarikan pelancongan di DUN Bekok.

Yang Berhormat Datuk Speaker dan sidang Dewan yang dimuliakan. Perkara kelima, masalah gangguan gajah liar yang sering menganggu tanah-tanaman pekebun-pekebun kecil di dalam DUN Bekok. Keselesaan dan ketenteraman penduduk adalah yang sangat-sangat diharapkan oleh penduduk dan pekebun-pekebun kecil di dalam sesebuah kawasan.

Untuk makluman Yang Berhormat Datuk Speaker dan sidang Dewan yang dimuliakan bahawa di DUN Bekok telah berkali-kali kumpulan gajah liar telah memasuk ke kawasan

pekebun dan kawasan penempatan penduduk. Perkara ini menimbulkan keresahan dan kebimbangan penduduk dan pekebun-pekebun kecil di kawasan DUN Bekok dan DUN Tenang. Terkini DUN Bekok, sekumpulan Gajah Liar telah memusnahkan tanaman durian, kelapa sawit dan pisang serta memusnahkan harta benda pekebun-pekebun kecil seperti pagar dan stor peralatan.

Oleh yang demikian, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Perhilitan Negeri Johor, Pegawai dan Kakitangan PERHILITAN Daerah Segamat yang telah banyak membantu dan menangkap gajah liar tersebut. Namun, gajah-gajah liar tersebut tetap datang untuk merosakkan tanam-tanaman pekebun-pekebun kecil.

Pada pagi ini Bekok sekali lagi menerima gambar melalui WhatsApp yang menunjukkan pokok kelapa sawit yang telah dimusnahkan. Saya juga menerima panggilan telefon daripada pekebun-pekebun kecil di kawasan Temayor, Jalan Tenang Labis yang dimaklumkan bahawa dalam beberapa hari kebelakangan ini gajah liar sering keluar dari tempat merosakkan tanaman mereka. Masalah gajah liar yang menyerang tanaman pekebun-pekebun kecil di kawasan DUN Tenang pagi ini telah diambil tindakan oleh Ketua Kampung Paya Merah melaporkan kepada pihak PERHILITAN Segamat dan juga di facebook.

Oleh yang demikian, saya mengharapkan Kerajaan Negeri Johor untuk mengkaji satu langkah cara mana dan bagaimana yang perlu dilakukan bagi gajah-gajah liar tersebut tidak datang semula merosakkan tanam-tanaman pekebun-pekebun kecil.

Untuk makluman bahawa telah banyak pekebun-pekebun kecil di kawasan saya telah mengalami kerugian akibat gajah-gajah liar tersebut. Bekok merayu kepada Kerajaan Negeri Johor melalui PERHILITAN Negeri Johor untuk menyelesaikan masalah ini.

Perkara yang terakhir, harapan rakyat Bangsa Johor, DUN Bekok. Berkaitan perkhidmatan kereta api ETS. Sebelum itu Bekok merakamkan ucapan terima kasih khas buat kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Johor yang telah menjalankan bagi membina dua buah stesen keretapi ETS di dalam Parlimen Labis, iaitu Stesen Labis dan Stesen Bekok. Sekarang ini kereta api ETS telah berhenti di Stesen Labis dan Bekok dalam fasa percubaan dalam Gemas ke Kluang dan mendapatkan sambutan yang hangat dari masyarakat Parlimen Labis dengan pujian berkaitan keselesaan dan ketepatan masa perjalanan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Bekok dimaklumkan bahawa perkhidmatan ETS akan beroperasi sepenuhnya dari JB Sentral ke Utara pada Disember tahun 2025 akan datang. Terima kasih kepada KTMB yang telah mengekalkan Stesen Labis dan Bekok antara stesen singgahan keretapi ETS setelah operasi sepenuh dilakukan pada Disember ini. Oleh yang demikian, besarlah harapan masyarakat Parlimen Labis yang menggunakan perkhidmatan kereta api ETS agar bila ditambah jumlah jadual perjalanan ETS, Labis dan Bekok tidak ditinggalkan sebagai stesen yang singgah oleh keretapi ETS kerana ianya telah menjadi pilihan utama pengangkutan awam darat di Parlimen Labis dan juga boleh menggalakkan sektor pelancongan yang terdapat di Labis dan Bekok.

Akhir kata terima kasih atas kesempatan yang diberikan untuk Bekok sampaikan hasrat rakyat Johor di kawasan DUN Bekok. Bekok memohon perhatian daripada kerajaan negeri Johor atas isu-isu yang telah dibangkit. Sekian, terima kasih. Singgah Kulai beli dukong, Bekok mohon menyokong. (Dewan bertepuk).

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Bekok. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga esok Selasa, 18 November 2025, jam 9.30 pagi.

Persidangan ditangguhkan pada jam 6:45 petang.