Kedah · 26 August 2020

14th Assembly, 3rd session, 2nd meeting · 638 turns · 47,035 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Bacaan Doa

Setiausaha Dewan

DOA

Speaker

Urusan seterusnya, Setiausaha.

Sambungan Pertanyaan-Pertanyaan MulutQuestions

Setiausaha Dewan

Sambungan kepada pertanyaan-pertanyaan mulut.

Speaker

Kelmarin kita berhenti setakat 6 soalan. Hari ni kita sambung soalan yang ke 7. Silakan!

YB. Tuan Speaker, saya mohon jawapan bagi soalan nombor 7.

7. Pohon dinyatakan inisiatif yang dilaksanakan kerajaan untuk membantu usahawan kecil dan sederhana serta penjaja-penjaja kecil memajukan semula perniagaan mereka pasca COVID-19.

a) Jumlah usahawan dan penjaja yang terjejas.

b) Jumlah usahawan dan penjaja yang telah dibantu.

Bismillahirahmanirrahim. Yang Berhormat Tuan Speaker, menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Behormat Jitra.

Pohon dinyatakan inisiatif yang dilaksanakan kerajaan untuk membantu usahawan kecil dan sederhana serta penjaja-penjaja kecil memajukan semula perniagaan mereka pasca Covid-19. (a) Jumlah usahawan dan penjaja yang terjejas. (b) Jumlah usahawan dan penjaja yang telah dibantu.

Soalan (a) - Menurut laporan yang dikemukakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Kedah dapati bahawa seramai 9,502 peniaga telah terjejas akibat Pandemik Covid-19 ini, manakala kaji selidik yang dijalankan oleh SME Coparation Malaysia mendapati 97.9% daripada responden (dengan Izin), telah menyatakan bahawa perniagaan mereka telah mengalami kerugiaan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Manakala, hanya 2.1% menyatakan perniagaan mereka tidak terjejas oleh pandemik ini.

Soalan (b) - Kerajaan Negeri Kedah melaksanakan beberapa inisiatif untuk membantu para peniaga yang telah terkesan akibat Pandemik Covid-19 yang dilaksanakan melalui, yang pertama Unit Pembangunan Usahawan Negeri (UPUK) di mana moratorium penangguhan bayaran balik Skim Pinjaman Mikro Kredit Negeri Kedah selama 6 bulan kepada 20 usahawan yang layak di mana tidak mempunyai tunggakan pinjaman selama 90 hari. Yang kedua, pelaksanaan Skim Pinjaman Mikro Kredit Pasca Covid-19, seramai 130 permohonan yang baru telah diterima dan dalam proses di mana Skim Dana Teraju memberi insentif geran yang berjumlah RM3,000 kepada 20 usahawan yang layak melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM81,000 dan seterusnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengambil langkah-langkah membantu peniaga terlibat melalui beberapa pendekatan. Yang pertamanya mengurangkan sehingga 50% kadar sewaan ruang niaga di daerah-daerah di seluruh negeri Kedah dan memberikan faedah untuk semua peniaga yang menyewa premis yang dimiliki oleh PBT (Pihak Berkuasa Tempatan). Pengecualian bayaran denda lewat lesen sepanjang tempoh pelaksaan PKP dan seterusnya, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) juga membuat pengecualian bayaran sewa selama 3 bulan untuk penyewa premis-premis PKNK termasuk di Halal Park, Ukir Mall, Lot kedai Central Square, Lot Industri di Bukit Kayu Hitam dan lain-lain. Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Terima kasih YB. Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kuah di atas jawapan sebentar tadi. Jelas daripada jawapan ini begitu ramai sekali usahawan-usahawan IKS yang terjejas akibat daripada Covid-19. Tentunya kita harus mencari apa juga kaedah untuk membantu seramai yang mungkin kerana kita tidak mahu dan kita nak elak lebih ramai lagi di antara mereka yang terpaksa gulung tikar. Daripada pengamatan saya, nampaknya macam bantuan-bantuan yang disediakan ini sangat tidak mencukupi. Kalau laporan di PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) menyatakan bahawa 9,502 usahawan yang terjejas akibat daripada Covid, bayangkan yang mendapat bantuan ni hanya 20 orang untuk pinjaman Mikro Kredit dan UPUK, juga untuk moratorium bayaran balik. Oleh kerana itu, saya rasa sangat perlu untuk Kerajaan Negeri berunding dengan Kerajaan Persekutuan sekiranya tidak cukup dana untuk dikhususkan peruntukan untuk tujuan membantu IKS (Industri Kecil dan Sedarhana) ini.

Kita juga sedia maklum bahawa Kerajaan Persekutuan telah mengurniakan geran “One Off” (dengan Izin) RM200 juta kepada Kerajaan Negeri. Saya ingat antara lain tujuannya ialah untuk digunakan waktu-waktu kecemasan seperti ini. Kita kena sediakan payung sebelum hujan dan inilah waktunya untuk digunakan dana seperti ini dan saya harap Kerajaan Negeri akan buat keputusan untuk memperuntukkan sebahagian daripada RM200 juta itu untuk membantu usahwan-usahawan IKS (Industri Kecil dan Sederhana) yang terjejas. Soalan saya ialah, apa jenis IKS yang paling teruk terjejas sebab dia banyak bidang, apakah proses untuk mereka layak terima bantuan? Saya tanya kerana banyak juga rungutan yang kita terima daripada IKS yang merasakan mereka layak untuk menerima bantuan ini tapi tidak mendapat dan apakah sebab ini berlaku? Terima kasih.

Terima kasih YB. Jitra di atas soalan tambahan. Saya bersetuju sekiranya peruntukan disediakan melalui peruntukan yang diperolehi sebanyak RM200 juta tersebut dan sekiranya semua dalam Dewan, Ahli-Ahli Yang Berhormat bersetuju untuk tambahan menggunakan peruntukan RM200 juta tersebut dapat diluluskan InshaAllah, kita dapat membantu. Juga cadangan untuk memohon daripada Kerajaan Persekutuan, kita telah menulis surat rasmi untuk memohon dan belum mendapat respon daripada kementerian di mana mendapat kelulusan sekiranya peruntukan diturunkan.

Di samping itu, kerajaan juga telah memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) sebanyak 40 inisiatif yang melibatkan peruntukan sebanyak RM30 billion telah pun dan akan dilaksanakan bagi golongan usahawan PKS di Malaysia, ini juga termasuk dalam Kedah. Jumlah yang disebutkan RM9,000 lebih itu dan jumlah yang dibantu melalui Kerajaan Negeri yang menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri dan juga jumlah RM9,000 tersebut yang mendapat peruntukan ataupun mendapat bantuan daripada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara buat masa sekarang ‘figure’ (dengan Izin) atau jumlah yang menerima peruntukan daripada PENJANA tidak dapat saya bentangkan kerana ini melibatkan federal punya agency. Di mana geran prihatin GKP merupakan bantuan sebanyak RM3,000.00 kepada usahawan PKS dan Mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak Covid-19 ini. Seramai 554 ribu usahawan telah mendapat faedah dari geran ini dengan nilai jumlah RM1.63 billion. Keduanya program subsidi upah untuk membantu majikan meneruskan operasi dan mengekalkan pekerjaan mereka selepas terkesan akibat penularan wabak Covid-19 ini dengan bantuan sebanyak RM600 untuk setiap pekerja dan tuntutan sebanyak RM8.99 billion telah diluluskan oleh kerajaan untuk 318,258 majikan yang memanfaatkan lebih 2.6 juta pekerja. Dana pinjaman mudah PKS untuk membantu PKS yang terjejas akibat wabak ini melalui pinjaman perniagaan dengan kadar faedah sebanyak 3.5% setahun dengan saiz pinjaman sehingga RM500,000.00 untuk setiap PKS hingga Jun 2020 dan sebanyak 19,539 permohonan telah diluluskan dengan nilai sebanyak RM8.4 billion dan juga PKS ataupun IKS yang terjejas di mana semua IKS terjejas dan untuk kita spesifik kepada IKS-IKS yang terjejas dengan teruk bagi kerajaan, semua IKS yang terlibat dalam pandemik covid ini adalah terjejas dan InsyaAllah cadangan untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan ataupun daripada peruntukan RM200 juta yang telah diluluskan sewaktu zaman Mantan Perdana Menteri yang memberikan kepada Kerajaan Negeri Kedah sekiranya mendapat kelulusan daripada semua InsyaAllah kita akan menggunakan sebaik mungkin. Terima kasih.

YB. Tuan Speaker, saya mintak satu perkara saja sebab tadi ni ada satu soalan yang saya tanya mungkin tak dijawab mengenai proses kelayakan menerima. Kalau boleh YB. Kuah boleh beri jawapan bertulis mengenai proses dia.

Speaker

Jawapan bertulis pun tak pa!

Boleh! Untuk proses, terlalu banyak proses yang akan disebutkan dan InsyaAllah saya akan hantar jawapan bertulis dengan detail semua proses-proses kelayakan kepada YB. Jitra. Terima kasih.

Speaker

Ok, kita bagi yang baru masuk!

Alhamdulliah ada nikmat juga lah kut yang lambat masuk ni. Terima kasih YB. Tuan Speaker. Berkenaan dengan bantuan kepada penjaja kecil, saya nak dapatkan daripada YB. Kuah sebab tadi disebut pinjaman yang diberikan juga dikenakan kadar keuntungan 3.5% pada hal Bank Negara telah pun ‘review’ (dengan Izin) OPR dia kepada 1.5% sahaja dan kita lihat Singapura bagi membantu PKS mereka telah mengenakan hanya point 1%, kira macam tak ambil apa lah. Jadi, kalau boleh, ya lah mereka mohon daripada BSN ataupun TEKUN tetapi kita ‘subsidies’kan (dengan Izin) kadar keuntungan tu supaya beban mereka untuk membayar balik tu tak terlalu tinggi dan satu lagi YB. Tuan Speaker, saya ingat yang tercicir di dalam kelompok yang mendapat manfaat daripada PRIHATIN, PENJANA dan sebagainya ialah yang Super Micro seumpamanya mereka yang meminjam daripada Amanah Ikhtiar kita lihat kalau BSN dan TEKUN ini mereka kena ada pendaftaran SSM apa semua, hat geng-geng tu depa tak dak, depa tak daftar dengan sapa pun kan? Jadi, yang lain dapat moratorium, YB. Kuah pun mungkin dapat moratorium 6 bulan automatic (dengan Izin) sebelum ni, tapi kelompok ni tak dapat. Jadi, apakah pihak Kerajaan Negeri juga boleh tengok dan boleh memberikan sedikit bantuan kepada mereka dalam bentuk mungkin moratorium dan ‘saving’ (dengan Izin) bulanan ataupun mingguan mereka yang mereka nak kena bayar balik ini boleh mereka belanja untuk keluarga dan masuk semula dalam ekonomi. Jadi, itu saja nak tanya kepada YB. Kuah. Terima kasih.

Terima Kasih Yang Berhormat Anak Bukit, di mana kadar keuntungan 3.5% daripada Skim Pinjaman Mikro yang diletakkan di dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan cadangan supaya seperti Singapura yang membuat 0.1% dan juga kerajaan menanggung subsidi dikira macam kerajaan membantu dari segi pembayaran balik kepada tanggungan peratusan tersebut dan cadangan tersebut amat baik dan InsyaAllah sekiranya berkemampuan kewangan, Kerajaan Negeri yang meginzinkan untuk kita buat seperti Singapura InsyaAllah kita juga boleh lakukan tetapi perlulah berbincang di peringkat EXCO untuk mendapat kelulusan.

Seterusnya berkenaan dengan yang tercicir. Ini menjadi masalah apabila peniaga-peniaga kecil yang berniaga tepi-tepi jalan yang tak berdaftar dengan SSM. Ini juga sedang kita perhatikan yang kita minta UPUK (Unit Pembangunan Usahawan Kedah) supaya melihat golongan-golongan IKS yang kecil, peniaga-peniaga kecil yang jual karipap, roti canai yang kecik-kecik. InsyaAllah, kalau Kerajaan Negeri mempunyai dana ataupun peruntukan yang lebih InsyaAllah boleh bantu. Buat masa sekarang ni kita berbelanja mengikut kantung Kerajaan Negeri dan juga kemampuan daripada Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Speaker

Kita masuk ke soalan nombor 8!

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

YB. Tuan Speaker, saya pohon jawapan untuk soalan nombor 8. Jawapan itu haruslah teperinci dan menyeluruh. Terima kasih.

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

8. Kebelakangan ini, terdapat banyak aduan dari penduduk-penduduk disekitar (Ambangan Heights dan SP Saujana) Dun Bukit Selambau yang mengadu berhubung bau busuk yang kurang menyenangkan dari sumber pemprosesan plastik dari kilang di kawasan Dun Bukit Selambau.

Pohon dinyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani masalah pencemaran ini?

Speaker

Silakan YB. Sidam!

Terima kasih YB. Tuan Speaker, soalan nombor 8 yang dikemukakan oleh YB. Bukit Selambau. Jawapannya adalah, merujuk kepada keputusan Mensyuarat Jawatankuasa ‘task force’ mengenai isu kilang kitar semula plastik di Daerah Kuala Muda yang bersidang pada 4 Ogos 2020 yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Industri dan Pelaburan telah memutuskan untuk memindah kilang-kilang plastik kitar semula yang berada di kawasan Sungai Petani ke kawasan industri di Bukit Selambau sebagai langkah untuk mengurangkan masalah pencemaran di Sungai Petani berkaitkan dengan isu bau sekiranya terhasil adalah dijanakan dari proses ‘melting’ (dengan Izin) plastik adalah di bawah tindakan Jabatan Alam Sekitar di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Jabatan Alam Sekitar telah melakukan rondaan dan pemantauan termasuk pada malam dan awal pagi. Hasil penyiasatan tersebut mendapati bahawa bau busuk yang kurang menyenangkan di kawasan tersebut adalah berpunca daripada kebakaran tapak pelupusan sampah Semeling yang masih terbakar. Walau bagaimanapun, jabatan telah memberikan notis arahan kepada kontraktor tapak tersebut untuk memadam kebakaran di tapak tersebut.

Speaker

Soalan tambahan!

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Soalan tambahan saya adalah, apakah keberkesanan pihak penguasa untuk memastikan masalah pencemaran ini ditangani dengan secepat mungkin kerana untuk pengetahuan Yang Berhormat, kami sering mendapat aduan melalui telefon ataupun whatsApp waktu kebelakangan ini dari group Saujana Height dan SP Height menyatakan mereka mendapat masalah pencemaran ini dari pukul 10.00 malam sampai 5.00 pagi, selepas itu kurang. Jadi, apakah keberkesanan pihak penguasa dan pihak-pihak yang terlibat untuk memastikan benda ini terjadi pada waktu yang tertentu. Sekian, terima kasih.

Ok, dari dasar negeri kita telah tutup pelupusan sampah Semeling so kita telah berbincang dalam Mensyuarat MMK, Pengerusi YB. Exco Kerajaan Tempatan untuk berunding dengan operator tapak Semeling. Sementara itu tak boleh nafikan bila tapak Semeling ditutup ada sesetengah yang ‘legal’ ka tak, ada lesen ke tak dak lesen ka, yang memang terdapat banyak sisa di Sungai Petani. Semasa saya jadi YB. Pembangkang atau YB. di sebelah sini saya selalu kemukakan isu-isu alam sekitar. So, bila terjadi macam ni, bila ada pelupusan sampah yang terbakar, memang bila Mensyuarat MMK, kita tutup. Bila tutup, sisa-sisa yang terlalu banyak yang terdapat di Sungai Petani macam mana? Dia akan buang rata-rata tempat, macam saya sendiri saya turun tangkap gambar di kawasan terbiar di tepi Sungai Tukang kalau tak silap saya dan kes macam ni sudah di‘caj under court’ (dengan Izin) so selepas ini kita akan ‘drivert’ dengan semua sisa-sisa kita akan ‘drivert’ ke Jabi ka atau Padang Cina ka dengan kos yang lebih tinggi dan masa yang lebih panjang lagi. Oleh itu, kita sudah buat keputusan akan tutup dan kita akan minta bantuan daripada KPKT kalau tak silap saya, kewangan negeri kita terhad maka kita kena ada satu formula untuk selesaikan masalah ini secepat mungkin.

Speaker

YB. Gurun!

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Jawapan YB. Sidam tadi nampaknya jawapan yang agak ‘standard’ dan saya duk dalam Dewan pun dengar macam tu jugak dulu pun malah YB. Sidam suatu ketika dahulu sebelum menjadi Exco mengepalai ‘team’ yang cukup habis-habisan menentang mereka yang mengakibatkan bau busuk di kawasan Sungai Petani dan sekitarnya. Malah, salah sebuah kilang yang terbesar dibakar kononnya kilang inilah yang menyebabkan bau busuk di kawasan Sungai Petani dan dikatakan saya pelindung kepada kilang ini, yang terbukti tidak bersangkut paut dengan saya. Soalan saya 2, yang pertama sedarkah YB. Sidam bahawa ‘open burning’ ni tak boleh pakai dah... orang pun dah tak buat dah ‘open burning’ ni. Jadi, kerajaan harus cari jalan khususnya di Semeling ‘open burning’ seperti juga dikatakan oleh sahabat saya di Tanjung Dawai kawasan tu sentiasa bukan sahaja pagi, petang tapi ‘open burning’ tak boleh YB. Tuan Speaker. Jadi, sebab itu harus cari jalan dan ada ‘time break’, kalau kita nak ‘move’ kita ‘move’ 3 tahun, 5 tahun, 7 tahun, 10 tahun, harus ada satu ‘deadline’ bila kita nak selesaikan masalah ‘open burning, because’ dia sangat menjejaskan kesihatan budak-budak, orang tua dan sebagainya. Yang ke dua, kilang-kilang haram ini tak payah tunggu kementerian pun.... asalkan dia tidak ada lesen dan dia buat ‘open burning’, tutup! Dan seperti YB. Sidam selalu sebut, paksa kita tutup jadi yang menyebabkan mereka tak tutup. Jadi, soalan saya bilakah masalah ini akan diselesaikan? Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Soalan nombor 1 yang di bangkitkan oleh YB. Gurun saya rasa kilang yang terbakar yang saya ‘lead’ untuk PTAS atau sesuatu NGO ini tak betul lah. Saya rasa kalau boleh YB. Gurun minta tarik balik, saya tak dak ‘lead’ untuk PTAS. Saya sebagai wakil dekat sana, saya ada hak saya untuk bertemu dengan orang yang ‘complaint’. Saya rasa bukan semasa BN sahaja yang jadi macam ni mungkin semasa dengan PH jadi macam ni, tak boleh dinafikan memang sampai sekarang pun ada lagi. So, cadangan saya, bukan saya yang ‘lead’ semua untuk saya jadi kepala jadi apa, yang saya dapat adalah ‘complaint’ so saya akan kemukan mana-mana dekat Sidang Adun atau di mana saja. Kalau tak silap, saya pun tak pasti kilang yang terbakar dia ada hantar dan letak satu gambar dengan nombor yang YB. Gurun sebagai ‘Corporate Advisor’, Ahli Parlimen Sungai Petani adalah ‘Corporate Advisor’ untuk kilang yang tertentulah tapi nampaklah itu gambar semua tapak tapi saya tak pasti.

Bagi soalan nombor 2, saya rasa ‘open burning’ kita ada cadang kepada KPKT dan KPKT pun ada cadang kepada kita memang ‘open burning’ tidak sesuai setakat ini. So, apa yang sepatutnya kita ada planing yang selanjutnya adalah mungkin ‘waste technology, incinerator’ ka kita akan plan sesuatu mungkin bukan hanya satu tempat kita akan plan, seperti tiga minggu yang lalu saya berjumpa dengan Menteri KPKT kita plan untuk satu dekat Kuala Muda dan satu lagi dekat Kulim so kita akan berunding lagi dengan Menteri KPKT. Setakat ini kilang yang terus ditutup tak pa, kita ada satu ‘list’ berapa kilang yang ada lesen semasa waktu PH, semasa waktu BN kita tutup berapa yang tak tutup berapa, masih beroperasi kita ada satu list. Tapi ini adalah kuasa ‘under’ Kerajaan Tempatan, kita memang ada satu ‘list’. Kita pun tak akan biarkan isu ini berlanjutan sehingga orang ‘complaint’, sampai whatsApp, bukan hanya YB. Gurun sebagai MP Sungai Petani dan YB. Bakar Arang yang kena, saya pun kena juga. Memang isu ini saya rasa ‘the main issue’ bau busuk dekat sini, punca utama adalah asap dari pelupusan sampah Semeling, itu saja.

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

YB. Tuan Speaker...

Speaker

Kalau kita sambung panjang... sampai pukul 1.00. Jadi, saya masuk dengan nombor 9.

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Sikit saja sebab kawasan saya disebut tadi.

Speaker

Memang disebut, banyak juga kawasan disebut. Soalan nombor 9!

Encik. Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih YB. Tuan Speaker, mohon jawapan soalan nombor 9. Terima kasih.

Encik Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

9. Sering terdengar rungutan dalam merata media sosial berhubung dengan liputan talian selular yang lemah di merata tempat di negeri ini.

Pohon penjelasan berhubung perkara tersebut dan apakah tindakan yang telah dan akan diambil?

Encik Romani bin Wan SalimPAS · PNBukit Pinang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Tuan Speaker, terima kasih kepada YB. Ayer Hitam.

Dari Ayer Hitam ke Guar Perahu, Perjalanan Berbatu-batu , Kalau Ayer Hitam ingin tahu, InsyaAllah saya Bukit Pinang boleh bantu.

Speaker

Silakan!

Encik Romani bin Wan SalimPAS · PNBukit Pinang

Soalan daripada YB. Ayer Hitam ada dua kategori soalan, yang pertama iaitu sering terdengar rungutan dalam merata media sosial berhubung dengan liputan talian selular yang lemah di merata tempat di negeri ini. Pertama, terdapat banyak kekangan-kekangan yang berlaku, setelah itu saya memang telah minta maklum balas daripada seluruh Adun-Adun melalui WhatsApp dan juga Pejabat Daerah. Terdapat 270 lokasi lebih memang tak dapat talian langsung, tak dapat langsung.........(YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

200....???

Encik Romani bin Wan SalimPAS · PNBukit Pinang

270 lokasi yang tidak terdapat liputan yang baik dan yang keduanya, musim Covid ni kebanyakan orang duk di rumah lah memang tumpuan begitu penuhlah untuk talian internet ni dari segi ‘connection’ memang sukar dapat dan yang ketiganya terdapat di Kedah ni Celcom dia fokus di Kedah dan Perak, bagi Maxis, Time dan Digi tidak fokus di Kedah dan Perak lah, Kedah dia suruh Celcom. Tapi walau bagaimanapun, masih ada kekangan-kekangan termasuk juga Celcom di Bandaraya Alor Setar sendiri pun liputan yang lemah.

Seterusnya iaitu kita lihat apabila senarai 270 itu terdiri daripada 8 daerah, Baling, Sik, Padang Terap, Kulim, Yan, termasuk Pokok Sena sendiri Kota Kuala Muda dan juga Kota Setar. Itu kedudukan-kedudukannya, kita tidak dapat menafikan kelemahan yang sering berlaku. Selepas itu, tindakan Kerajaan Negeri kita telah memanggil semua Telco-Telco ini minta supaya di’upgrade’kan setelah kita lihat 2G mesti di ‘upgrade’ ke 3G ke 4G iaitu di sini, di Langkawi 5G lah, mesti di’upgrade’ sekurang-kurangnya tahun ini mesti selesai dan setelah itu 3 Telco yang saya panggil, Telecom, Celcom dan satu syarikat Halo, pilot-pilot projektnya iaitu anak syarikat di bawah TNB dia telah buat di Jasin dengan pelaburan RM130 juta bagi seluruh Malaysia dan difokus di Kedah ini 4 lokasi iaitu pertamanya di Mergong, Aman Jaya, Tanjung Pauh dan juga Kulim. Ia sebuah syarikat yang memfokuskan kepada 20 ribu talian yang terdapat di Kedah supaya di’upgrade’kan kepada internet. Selepas itu, TM memberi komitmen 46 ribu streamix akan diupgradekan kepada Unifi akhir tahun atau awal tahun 2021. InsyaAllah juga Telecom komitmen 71 ribu telah diberi kepada Unifi itu yang telah disebut telah memberi komitmen kepada kita. ‘Target’ Kerajaan Negeri kita nak supaya negeri Kedah ni sebagai negeri ‘smart’ ICT, itu fokus kita walaupun sebelum ini kita tidak dapat nafikan 2 tahun yang lalu tidak pernah ada satu pun Mensyuarat ICT memanggil semua daerah-daerah supaya memastikan Kedah ini menjadi negeri ICT. Itulah yang saya dapat sebutkan sepintas lalu untuk memastikan Kedah ini InsyaAllah menjadi negeri yang... saya tak mau sebut sapa-sapa mungkin semasa itu ada kekangan-kekangan yang tidak dapat dinafikan. Selepas itu, bila saya mengambil alih saya rasa bertanggungjawab bagi memastikan Kedah ini InsyaAllah kalau kita tak dapat 5G seperti Langkawi sekurang-kurangnya 4G di sebelah ini. Sekian, terima kasih.

Encik. Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Terima kasih YB. Exco di atas jawapan yang begitu meyakinkan kita bahawa tindakan-tindakan telah diambil untuk memastikan komunikasi di Kedah ini berjalan dengan elok InshaAllah. Soalan tambahan saya ialah, saya mendapati bahawa YB. Exco ada berjumpa dengan Menteri Komunikasi di Putrajaya. Boleh atau tidak berkongsi dengan kami adakah ada berita baik atau hasil yang baik untuk Kedah ini? Terima kasih.

Speaker

Silakan YB. Bukit Pinang!

Encik Romani bin Wan SalimPAS · PNBukit Pinang

Ya, terima kasih YB. Ayer Hitam, dia perhati juga kut saya duk pi jumpa menteri, terima kasih prihatin. Pertama kali apa yang saya lihat kelemahan-kelemahan ini berlaku, saya terpaksa bertanggungjawab untuk kunjung hormat tempat saya nak mengadu lah. Pertama, saya jumpa Pengurusi SKMM dan yang keduanya Menteri KKM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia) yang seterusnya saya berjumpa dengan Menteri dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Pengguna, InsyaAllah, Alahmdulilah bila saya pergi ke situ pada 10 Ogos hari Isnin saya dapat jumpa semua menteri-menteri di bawah portfolio saya lah supaya memastikan Kedah ini apa cita-cita kita akan tercapai.

Pertama, apabila saya berjumpa dengan pihak SKMM beliau telah memberi komitmen InsyaAllah akan bantu Kedah dengan seberapa segera dan beliau memberi cadangan-cadangan, input-input yang baik, pertama kita dapat satu kelulusan pos mini di Pulau Tuba, yang keduanya apabila saya berjumpa dengan pihak menteri, fokusnya Kulim Hi-Tech kita upgradekan kepada 5G, InsyaAllah itu fokus menteri yang memberi komitmen kepada kita. Setelah saya berjumpa menteri saya telah mencadangkan beberapa proposal supaya kita dapat mengambil tindakan dengan segera InsyaAllah beliau telah memberi komitmen dengan baik. Pertamanya dalam Portfolia Penerangan saya mengadu hal kepada dia juga kerana saya tau bila saya pergi mensyuarat daerah dengan Yang Berhormat Menteri Besar kita pi di daerah-daerah.

Di samping itu, saya telah pergi ke portfolio saya termasuk Portfolio Penerangan dan juga Portfolio Komunikasi Internet, saya pergi ke tempat Internet dan Penerangan, dalam Penerangan itu saya nampak banyak kekangan-kekangan walaupun Kementerian Penerangan ini amat penting sebagai ‘frontliner’ juga walaupun masa covid orang tak nampak Penerangan ini sebagai ‘frontliner’ sedangkan Penerangan ini adalah ‘frontliner’ sebab untuk menghubungkan maklumat kerajaan pada rakyat. Tapi apabila musim covid ni kadang-kadang kekangan-kekangan yang berlaku, mereka tidak dapat sampai kepada rakyat dengan baik contohnya macam PA System dan peralatan-peralatan yang lain, saya mengadu hal kepada Menteri InsyaAllah menteri telah memberi komitmen akan beri peruntukan untuk beli semua 12 daerah peruntukan untuk menaik tarafkan pa-system itu pertama kali. Seterusnya menteri InsyaAllah mengikut pengakuan semasa berjumpa beliau akan turun ke Kedah, SKMM InysaAllah akan berjumpa YB. Menteri Besar pada 6 haribulan 9 ini jam 2.30 petang dan juga Menteri, YB. Dato' Saifuddin Bin Abdullah akan turun ke Kedah, InsyaAllah beliau akan fokus ke Kulim Hi-Tech. Sekian, itu untuk jawapan kepada soalan tambahan daripada YB. Ayer Hitam. Terima kasih.

Speaker

Silakan YB. Bandar Baharu!

Dato’ Norsabrina bt Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Terima kasih YB. Tuan Speaker, terima kasih YB. Bukit Pinang. Saya rasa 22 bulan tak mensyuarat kita maafkan lah noh? Cuma saya nak bertanya berkaitan dengan Digital Kedah dan Digital Langkawi yang mana kita tau kita telah melancarkan pada 2017 haritu Digital Kedah dan Digital Langkawi. Adakah ini akan diteruskan oleh kerajaan dan hari tu pun tau 2019 dilancarkan lagi sekali Digital Langkawi. Bagaimana perancangan kita untuk meneruskan Digital Kedah dan Digital Langkawi ini dengan perhebatkan infrastruktur ICT dalam Negeri Kedah?

Encik Romani bin Wan SalimPAS · PNBukit Pinang

Terima kasih kepada YB. Bandar Baharu, nak kata ‘girlfriend’ tidak la tapi sahabat lama saya. Dulu semasa saya duduk sebelah sana selalu saya sebut “jauh di mata tapi dekat di hati”, termasuklah YB. Sungai Tiang.

Saya ingat lagi semasa tu YB. Jitra senyum saja bila saya sebut macam tu. Tapi walau bagimanapun tak pa, kita sesama umat Islam yang paling penting silaturahim kita, itu salah satu syarat hijrah Rasulullah bila sampai ke Madinah perhubungan silaturahim itu diwajibkan. InsyaAllah dalam Kedah Digital Kedah ini kita pun telah berjumpa 2, 3 kali dengan Pejabat KDC, seterusnya akan mengadakan latihan-latihan, sehingga sekarang ini 10 ribu usahawan melalui pusat internet di seluruh 73 lokasi di seluruh Kedah. Apabila saya turun ke pusat internet memang fungsinya amat penting seperti keadaan musim covid sekarang ini ‘student’ boleh akses di situ sama ada soalan sekolah ka ataupun kerja-kerja sekolah. Yang keduanya usahawan-usahawan apabila saya turun di Cegar, Pulau Tuba dan juga di Langgar, nampak seorang makcik menjual ‘toqua’ sahaja tapi dia ‘promote’ melalui pusat internet, pendapatannya RM4,000.00. hingga RM6,000.00 sebulan jual ‘toqua’ sahaja! Di Cegar dia ‘centralize’kan supaya produk tempatan seperti kicap Mudim,.........(YB. Anak Bukit Mencelah mencelah )

‘Toqua’... apa dia ‘toqua’?

Encik Romani bin Wan SalimPAS · PNBukit Pinang

Tauhu...... saya panggil ‘toqua’ di kampung (sambil ketawa).

YB. LA (Pegawai Undang-Undang) tak faham.....dia orang Kelantan.

Encik Romani bin Wan SalimPAS · PNBukit Pinang

Memang disebut tauhu tapi saya kata maksud tauhu yang saya tau kata ‘toqua’ lah, saya mitak maaf. Tapi memang di Cegar dia kumpulkan produk-produk tempatan termasuk Kuah Rojak Mak Bee dan sebagainya dipromote melalui internet pendapatan dia RM8,000.00. hingga RM11,000.00 sebulan. Ini menunjukkan kelebihannya digital InsyaAllah Kedah tak akan terlepas walaupun covid tapi produk-produk yang lain contohnya apabila saya pergi bagi bantuan di pejabat pos, pejabat pos itu sebagai ‘centralize’, orang kata tapi macam melalui surat-surat di seluruh Kedah ni ‘centralize’ dia di Alor Setar pejabat pos yang paling besar tapi menunjukkan pendapatannya meningkat ganda lebih daripada tahun-tahun yang lepas, ini saya jumpa ketua dia sendiri.

Semua parcel-parcel yang dipasarkan di seluruh Kedah Perlis di’centralize’ di Alor Setar menunjukkan pendapatan dia tidak pernah berlaku sebelum ini lebih daripada tahun yang lalu. Ini membuktikan keistimewaan digital, itulah yang saya dapat maklumkan sedikit sebanyak di dalam Dewan ini pastikan Kedah tidak terlepas sebagai negeri ICT. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. Bukit Pinang. Ini satu contohan Exco yang aktif lah, dia turun ke Kuala Lumpur. Jadi, Exco-Exco lain tu ikutlah contohan daripada YB. Bukit Pinang, turunlah berkunjung ke kementerian-kementerian tak la berat sangat MB di Negeri Kedah ni, mintak tolong di Pusat. Di persilakan YB. Exco-Exco turun ke Kuala Lumpur. Soalan nombor 10!

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Mohon jawapan kepada soalan nombor 10.

Encik Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

10. Pohon dinyatakan:-

Apakah jaminan Kerajaan Negeri Kedah bagi memastikan Hutan Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air untuk Perlis, Kedah dan Pulau Pinang membabitkan 4.2 juta orang rakyat, tetap terjamin serta kekal terpelihara?

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Speaker, terima kasih kepada YB. Kubang Rotan soalan Kubang Rotan ni berkaitan jaminan kerajaan untuk memastikan Hutan Ulu Muda sebagai kawasan tadahan untuk Perlis, Kedah dan Pulau Pinang terjamin dan kekal terpelihara. Hutan Ulu Muda ini diwartakan pada tahun 1932 seluas 106,418 hektar dan sebahagian kawasan lain lagi telah dikelaskan sebagai Hutan Tadahan Air untuk tujuan pembekalan air.

Selain itu, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan kawasan tadahan air dan khazanah alam tidak terancam serta kekal terpelihara. Untuk rekod, YB. Kubang Rotan dan juga YB. Pengkalan Kundor yang memetik interview saya dengan akhbar kononnya pembalakan di Ulu Muda ini menjadi hala tuju Kerajaan Negeri seperti yang disebutkan oleh YB. Pengkalan Kundor semalam. Tulis-tulis baik-baik. Sudah ada kawasan yang diluluskan untuk pembalakan sebelum saya memasuki pejabat pada 17 Mei 2020 kawasan yang diluluskan untuk pembalakan 25,553 hektar telah diluluskan di kawasan Ulu Muda, ada yang termasuk dalam kawasan hutan cadangan tadahan air tambahan dan yang disebutkan dalam interview dirujuk oleh YB. Pengkalan Kundor semalam tu ialah berkenaan dengan tuntutan pampasan yang telah dihantar kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada masa itu menuntut ganti rugi setelah dibuat pembatalan kawasan-kawasan tersebut pada bulan September 2018. Interview saya panjang, ada dua muka surat penuh berkenaan dengan interview tersebut, tajuk pembalakan ini hanya sikit tak sampai 5%, di muka surat kedua tuan-tuan boleh merujuk Berita Harian, 31 Mei 2020 tak sampai 5% daripada interview ini adalah berkaitan dengan soalan yang ditanyakan “pembalakan di Ulu Muda yang dihentikan sebelum ini adakah Kerajaan Negeri akan teruskan dasar ini?” Jawapan saya jelas bahawa “kerajaan akan meneruskan dasar untuk memelihara alam sekitar dan kerajaan perlu mempertimbangkan kawasan ganti di tempat lain yang dibenarkan oleh Jabatan Perhutanan untuk diusahahasil sebagai ganti kepada tuntutan pampasan yang dikemukakan oleh Persatuan Pembalak-Pembalak”.

Saya harap pemimpin-pemimpin kita dapat membuat rujukan yang tepat sebelum kita bercakap di media sosial, bercakap di dalam Dewan ini tanpa maklumat yang tepat, merujuk daripada maklumat-maklumat ‘cyber trooper’ yang telah ‘spin interview’ saya ini kononnya saya bercadang untuk membuka semula pembalakan di Ulu Muda. Itu tidak benar, kebenarannya ialah saya minta camkan kawasan lain di tempat lain sekiranya kerajaan kekal dengan dasar tidak membenarkan pembalakan di Ulu Muda. Saya tak pasti, kerajaan tidak menemui memorandum yang telah dihantar oleh Persatuan Pembalak. Namun begitu, bagi menjawab soalan YB. Kubang Rotan, Kerajaan Negeri komited dengan apa yang tinggal sekarang ini di Ulu Muda untuk kita jamin bekalan air kepada 4.2 juta rakyat di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang dapat dipelihara. Sekian, terima kasih.

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Soalan tambahan YB. Speaker, berkenaan dengan tunggakan seperti mana yang telah disebut dalam sidang media Yang Amat Berhormat Jeneri bagitau sebelum ini, tuntutan-tuntutan tersebut adakah tuntutan itu secara tuntutan legal atau tuntutan biasa sahaja dan kita nak tahu juga soalan yang kedua berkenaan dengan kita tahu bahawa 96,558 hektar sawah di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) juga melibatkan Hutan Ulu Muda. Jadi, bagaimana komitmen Kerajaan Negeri? Terima kasih.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih YB. Kubang Rotan. Kalau kita baca salinan akhbar ini dan memorandum itu memang ada dihantar kepada saya pada masa itu, saya selaku Ketua Pembangkang. Mungkin kerana hantaran kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada masa itu tidak dilayan maka dia ada hantar satu salinan kepada saya tapi saya dah cari balik tapi tak jumpa, tapi saya jumpa lah di dalam laporan akhbar ini, mereka menuntut RM40 ribu sehektar selain mengenakan caj 8% sebulan bagi jumlah premium yang telah dibayar kepada Kerajaan Negeri. Sehubungan itu, satu memorandum bantahan telah dihantar kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir dan Pejabat Perhutanan pada Rabu lalu, panjang lagilah cerita dia, tuntutan itu bukan tuntutan mahkamah, saya tak pernah sebut pun tuntutan mahkamah, hat kesimpulan andaian-andaian dibuat oleh ADUN-ADUN sendiri lah.

Berkenaan dengan bekalan air sawah padi kita telah berunding dengan Kementerian Sumber Asli untuk memohon daripada Kerajaan Pusat sebagai ganti kepada simpanan hutan sebagai tadahan untuk air minuman dan air pertanian, kita mohon RM100 juta sebagai pampasan bagi pengekalan kawasan tadahan di Ulu Muda. Selain itu, kita juga menuntut Kerajaan Persekutuaan mempertimbangkan sebagai ganti kepada tanah-tanah sawah yang tidak dibangunkan dengan projek-projek pembagunan lain yang boleh mendantangkan hasil kepada Kerajaan Negeri melalui cukai tanah sekiranya tanah itu dibangunkan dengan perumahan atau projek-projek komersial kita kehilangan RM1.7 billion daripada cukai tanah yang kita korbankan kerana kita mengekalkan kawasan itu sebagai kawasan padi. Jadi, tuntutan kita kepada Kerajaan Persekutuaan untuk dipertimbangkan ialah 10% daripada RM1.7 billion iaitu RM170 juta. Itulah usaha sedang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk kita dapat ganti daripada pengekalan kita kepada tanah sawah padi dan juga hutan tadahan air. Terima kasih.

Speaker

Silakan YB. Jitra!

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengenai surat yang dihantar oleh Persatuan Pembalak Negeri Kedah kepada saya selaku Menteri Besar ketika itu. Ada tidak dinyatakan berapa pampasan yang dipohon ataupun dituntut. Benar ataupun tidak Yang Berhormat Jeneri sendiri menyatakan bahawa ada tuntutan sampai mencecah RM1 billion?

Kemudian, soalan kedua saya ialah tidakkah selepas itu ada 3 Mesyuarat Jawatankuasa Hasil Bumi yang juga dihadiri oleh 3 pegawai yang duduk di belakang Yang Amat Berhormat, yang sikit sebanyak telah selesaikan kesemua isu-isu penangguhan pembalakan di kawasan Ulu Muda itu.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Boleh tambah sikit soalan tambahan, sekali! Sekali! Sebab saya ‘refer’ kepada soalan bertulis yang dijawab kepada saya. Yang pertamanya, sepanjang Pakatan Harapan memerintah kita telah meluaskan kawasan tadahan itu dan daripada jawapan ini belum diwartakan termasuk 25 ribu hektar yang disebutkan tadi yang telah diluluskan di dalam kawasan cadangan tambahan itu dan telah digantikan di tempat lain. Saya ingat maklumat yang diberikan kepada saya melalui jawapan ini nampak maklumat yang tidak di‘up to date’. Jadi, adakah perwartaan itu berlaku, tambahan itu berlaku dan masih dipetik tadi 25,000 hektar itu diluluskan pada hal kita telah mengganti di kawasan lain. Itu tambahan kepada YB. Jitra tadi.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih kepada YB. Jitra dan YB. Pengkalan Kundor. Soalan YB. Jitra tadi ialah tentang berapa jumlah yang dituntut. Yang disebutkan dalam memorandum ini adalah RM40,000 sehektar.

Kalau dikali dengan jumlah keluasan yang telah diluluskan 25,553 hektar kita akan dapat jumlah RM1,022,120,000.00, saya tak sebut RM1 billion tepat, saya angarkan lebih kurang RM1 billion. Kalau dikali jumlah tuntutan ini dengan jumlah keluasan yang telah diluluskan, saya ada banyak maklumat untuk dibekalkan kepada Ahli-Ahli Dewan kalau Ahli-Ahli Dewan sedia mendengar. Belum ada kawasan ganti terhadap 25,000 itu dan Mensyuarat Hasil Bumi yang terakhir dan dipengurusikan oleh bekas Menteri Besar pada 5 Mei 2020 telah melepaskan semua sekatan pembalakan yang dikenakan di kawasan Ulu Muda. Sebagai rekod, saya takut lepas ni di‘spin’ lagi bahawa pelepasan itu dibuat oleh kerajaan pada hari ini, pelepasan pembatalan kawasan pembalakan di Ulu Muda dibuat pada 5 Mei 2020, ini kawasan Ulu Muda, kawasan biru ini adalah kawasan tadahan, cadangan dua kawasan tadahan baru ialah di sebelah atas yang ada garisan biru ini kemudian cadangan yang kedua ialah di bahagian bawah sebahagian kawasan yang di luluskan itu terletak di dalam kawasan cadangan tambahan ini. Itulah yang saya maksudkan dalam interview saya bahawa perlu dibuat pengecaman kawasan lain, tapi di’spin’ seolah-olah saya mempunyai hala tuju Kerajaan Negeri untuk mambalak “merogol” semula kawasan Ulu Muda, bahasa yang indah sikit la. Jadi,saya nak hentikan isu ini bahawa........(YB Jitra Mencelah)

YB. Tuan Speaker, saya ingat Yang Amat Berhormat Jeneri kena beri jawapan yang tepat ya, sebab keputusan-keputusan dalam Jawatankuasa Hasil Bumi itu tak sepertimana yang telah disebut oleh Yang Amat Berhomat. Kalau saya ingat, yang hanya diluluskan sebahagian kecil sahaja untuk GLC Negeri, yang lainnya semua dipindah.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Saya ada minit dari Mesyuarat Hasil Bumi bahawa pelepasan sekatan pembatalan di Ulu Muda dibuat pada 5 Mei 2020. Betul tak betul?

Sekali lagi, macam mana?

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

5 Mei 2020 dibuat Mensyuarat Hasil Bumi untuk membuat pelepasan kepada pembatalan sebahagian daripada kelulusan kawasan pembalakan ini.

Sebahagian tu berapa besar Yang Amat Berhormat?

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Sat lagi saya bagi ‘detail’ dalam penggulungan InsyaAllah.

Saya ingat kecik sangat kut kawasan-kawasan yang terlibat dalam GLC sahaja..... (YB. Speaker Mencelah)

Speaker

Tak pa! Tak pa! Dalam penggulungan nanti ada pencerahan lagi.

Saya mintak Yang Amat Berhormat Jeneri hati-hati sikit dengan kenyataan yang dikeluarkan!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Ya! Saya sangat berhati-hati dan saya harap ini menghentikan tuduhan bahawa Kerajaan Negeri......duduk dulu YB. Pengkalan Kundor saya nak jawab! Duduk dulu!

Speaker

Duduk dulu! Bagi YAB. jawab dulu!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Saya ingin menghentikan bahawa tuduhan kerajaan sekarang ini mempunyai hala tuju untuk memulakan semula pembalakan di Ulu Muda. Kalau tuan-tuan tengok plan tadi, hampir sudah tidak ada kawasan yang boleh diluluskan lagi kawasan pembalakan di Ulu Muda. Jadi, kalau ada proses tebangan, pengeluaran kayu-kayu dari Ulu Muda selepas daripada ini, ia bukan kelulusan di dalam proses kerajaan ini, kelulusan ini sudah lama sampai 25,000 hektar dan tentulah Jabatan Perhutanan mempunyai cara-cara atau kaedah-kaedah untuk mengawal tebangan di mana kita Kedah diberi kuota tebangan 3,000 hektar setahun dan ini diberi komitmen oleh Jabatan Hutan, perlesenan kawasan tebangan tidak akan melepasi kuota yang ditetapkan untuk memlihara kawasan Ulu Muda.

Speaker

Soalan yang ke 11.....(YB. Alor Mengkudu mencelah)

Saya bukan nak tanya soalan, dak.... sebab begini YB. Tuan Speaker, kerana sekarang ini ada konflik sama-sama pernah jadi kerajaan....

Speaker

Dak! Dak! YB. Alor Mengkudu!

Sat lagi kena berdebat di luar Dewan kut.....nak kena berhujah di luar Dewan sebab masing-masing ada fakta!

Speaker

Tak pa! Kita minum kopi sat gi kita sembang lagi. Silakan nombor 11!

Dato’ Haji Zamri bin YusofPKR · PHSuka Menanti

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Saya mohon jawapan kepada soalan saya nombor 11.

Dato' Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

11. Pohon diperincikan langkah Kerajaan Negeri dan Agensi yang menyokong sistem Pendidikan Pra Sekolah TABIKA yang dikendalikan oleh KEMAS, serta komitmen untuk memberi ruang kemudahan pendidikan kepada kanak-kanak 4-6 tahun di seluruh KEDAH.

Terima kasih YB. Tuan Speaker, saya akan cuba menjawab soalan nombor 11 daripada ADUN Suka Menanti, ADUN Suka Menanti memang cukup prihatin dengan TABIKA kerana dua soalan yang sama, soalan bertulis pun ada, soalan lisan pun ada, soalan yang sama. Soalan bertulis muka surat 42, jawapan nombor 26, itu jawapan yang ditulis yang pohon jawapan bertulis dan ini jawapan lisan sama sahaja soalan dia. Jadi, saya cuma membaca sedikit, kalau kita sebagai seorang ADUN, kita hanya mendapat 11 soalan untuk diajukan di dalam Dewan, 6 soalan lisan 5 soalan bertulis. Kalau soalan lisan dan bertulis soalan yang sama, saya rasa rugilah untuk bertanya soalan lain, soalan yang sama jawapan yang sama dalam buku ni muka surat 42. Tapi saya akan cuba jawablah untuk jawapan yang diberikan. Kerajaan Negeri Kedah melalui Jabatan Kemajuan Masyarakt (KEMAS) sentiasa prihatin mengenai Pendidikan Awal Kanak-kanak melalui Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA). Jumlah keseluruhan TABIKA yang berada di Negeri Kedah adalah sebanyak 832 buah yang melibatkan kanak-kanak seramai 18,230 orang dari umur empat (4) hingga enam (6) tahun. Sepanjang anak-anak ini berada di TABIKA mereka didedahkan dengan 8 modul pelajaran yang di tetapkan seperti berikut:-

o Modul Sivik o Modul Penghayatan Islam o Modul PEERS (Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial) o Modul Patriotik

o Modul Pengurusan Sisa Pepejal dan Amalan 3R o Modul Keyakinan Diri o Modul Amalan Kebersihan o Modul STREAM (Science, Technology, Religion, Engieering, Art, Mathematic)

Jadi, dalam KEMAS juga dia bagi sumbangan, sumbangan bulanan dikenakan adalah masih rendah berbanding dengan pihak swasta iaitu RM15.00. hingga RM25.00 daripada waris dan puratanya di negeri Kedah ini sumbangan bulanan wajib dikenakan sebanyak RM15.00 sahaja sebulan, dibekalkan buku aktiviti secara percuma kepada kanak-kanak tabika dan pada tahun 2020 ini pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan pakaian seragam percuma kepada mereka yang layak daripada kalangan B40 dengan kos keseluruhannya RM266,090.00.

Selain itu, kanak-kanak juga disediakan dengan Program Bantuan Makanan Tambahan (PBMT). Melalui program ini, mereka diberikan makan minum dua kali sehari iaitu sarapan dan makan tengahari dengan kos keseluruhan pada tahun 2020 berjumlah RM4,331,400.00. Beberapa program/aktiviti utama turut dilaksanakan seperti Hari Potensi yang berupaya mencungkil bakat dan potensi kanak – kanak, Program Selawat Perdana, Kesinambungan daripada Program Penghayatan Pendidikan Islam, Program Hari Sukan Negara aktiviti gotong-royong dan juga ada program Healthy Bright Kids Carnival yang mengutamakan amalan gaya hidup sihat kepada kanak – kanak turut dianjurkan oleh pengurusan TABIKA. Selain itu, Program Bulan Kemerdekaan bertujuan memupuk semangat patriotik, Program Hari Terbuka bagi tujuan perbincangan laporan tahap perkembangan kanak – kanak. Itulah jawapan yang saya dapat berikan dengan cara lebih terperinci.

Dato’ Haji Zamri bin YusofPKR · PHSuka Menanti

YB. Tuan Speaker, saya mohon tambahan jawapan kerana bila saya melihat keadaan semasa di Tabika-tabika KEMAS ni, jadi saya memperuntukkan sebahagian peruntukan B04 atau B02 membantu supaya ia lebih ceria, lebih membantu sebab saya melihat hasil yang dikeluarkan oleh TABIKA KEMAS ini adalah hasil yang cukup menarik dan sesuai dengan modul yang disediakan tu. Jadi, saya mohon yang pertamanya supaya dilihat secara lebih menyeluruh dengan 832 tadika di seluruh negeri Kedah diberikan satu peruntukan yang lebih khusus bukan sekadar ADUN-ADUN menambah dengan RM2,000, RM3,000 itu tapi peruntukan lebih khusus sebab sebelum ni kita pernah bawa Timbalan Menteri datang melihat tentang kedaifan sebahagian daripada tadika-tadika yang ada, itu bahagian yang pertama.

Yang kedua, saya mohon juga untuk polisi Kerajaan Negeri pada hari ini untuk melihat tadika-tadika swasta yang lain khususnya Tadika PASTI saya rasa sebanyak ini juga lah, mungkin ada di seluruh Kedah sebab kita berjalan merata untuk menjaga kebaikan dan kesempurnaan pendidikan awal kanak-kanak ini biarlah tadika-tadika swasta juga mendaftar dengan jabatan untuk sama-sama kita melihat hasilnya lebih terkawal bukan sekadar kebajikan dan juga mungkin kalau ada dana lepas ni boleh diberikan bantuan dana sebab saya tengok ada dana ataupun sumbangan yang boleh diberikan tadika swasta yang mendaftar. Jadi, kalaulah polisi mendaftar Tadika PASTI juga dengan jabatan, mungkin kerajaan gabungan PAS dan UMNO ni boleh membantu Tadika PASTI sekali. Terima kasih.

Ok! Terima kasih YB. Suka Menanti yang cukup prihatin dan kita pun dah dapat maklumat semasa menjadi Adun lah banyak sumbangan kepada KEMAS dengan menggunakan B04 Pembangunan. Saya baru dapat memegang portfolio ini dan saya akan cuba melihat secara lebih jauh ke hadapan dan jutaan terima kasih kepada ADUN-ADUN yang telah membantu KEMAS di peringkat kawasan masing-masing dan saya akan cubalah untuk teruskan melihat kelas-kelas KEMAS ini ditambahbaikkan untuk mengeluarkan anak-anak yang betul-betul berkualiti lah, InsyaAllah. Mengenai PASTI, PASTI ini adalah aktiviti parti politik yang berdaftar iaitu di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat. Dewan Pemuda PAS Pusat belum lagi ada polisi apa-apa, sekiranya Dewan Pemuda PAS ada polisi apa-apa mengenai PASTI, pihak negeri akan mengikut polisi daripada pihak Dewan Pemuda PAS Pusat, negeri akan ikut apa yang telah dibuat oleh pihak Dewan Pemuda PAS Pusat mengenai PASTI, InsyaAllah. Terima kasih.

Speaker

Ada soalan tambahan? Silakan YB. Jitra.

Saya ingin mohon penjelasan, adakah ini bermaksud bahawa dana kerajaan akan digunakan untuk aktiviti-aktiviti parti politik sebab saya dengar tadi Kerajaan Negeri akan ikut keputusan daripada Pemuda PAS Pusat.

Maksud saya di sini, kalau sekiranya untuk menguruskan PASTI, Dewan Pemuda ini pun mereka ada urusan dengan Kementeriaan Pendidikan. Sekiranya pihak Dewan Pemuda ada urusan dengan Kementeriaan Pendidikan untuk daftar dengan kementerian di bawah TABIKA kita mengikutlah apa yang dilaksanakan oleh mereka di peringkat federal.

Speaker

Terima kasih. Tak ada dah soalan tambahan? Ada? Haaa....Silakan!

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Berbalik kepada YB. Jitra maksudkan tadi tu, adakah kerajaan.... soalan tu saya rasa tidak dijawab dengan betul ya. Saya rasa kalau PASTI tu di bawah parti, sekiranya ada komitmen bagaimanapun kalau menggunakan duit kerajaan digunakan untuk parti itu tidak boleh di gunakan. Jadi, saya mohon YB. Merbau Pulas jelaskan, dia tak boleh kita guna duit kerajaan untuk bagi kepada parti ataupun PASTI itu sendiri. Terima kasih.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Soalan tambahan! Soalan tambahan! Saya nak tambah sikit lah soalan tambahan Yang Berhormat. Sebelum-sebelum ni kami ADUN-ADUN PAS guna duit sendiri untuk kita bantu PASTI-PASTI yang sedia ada sebab kita sedar sebagai satu aktiviti parti dan parti pun belum membuat keputusan untuk mendaftar. Jadi, mungkin maksud Yang Berhormat tu kalau keputusan parti untuk mendaftar agensi-agensi yang ada ni maka bolehlah untuk pihak negeri bantu. Macam tu kut? Terima kasih.

Setakat la belum menggunakan wang kerajaan....bukan parti. Tapi kalau sekiranya keputusan itu dibuat kita akan laksanakanlah ikut apa yang telah dibuatlah.

Speaker

Terima kasih. Saja lah saya buka soalan tambahan pasal tadi kita start 9.07 pagi, nak berhenti balik 10.07 pagi. Jadi.... habislah 1 jam yang kita peruntukkan untuk soalan-soalan jawapan mulut. Sekarang urusan seterusnya, Tuan Setiausaha!

Penggulungan Di Atas Usul Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan KedahMotion

Setiausaha Dewan

Penggulungan di atas Usul Menjunjung Kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah secara dasar oleh pihak kerajaan.

Speaker

Untuk mengulung ni, kalau kita dapat menggunakan masa sebaik-baiknya seorang 15 minit dan kita akan ada Rang Undang-Undang yang kita nak lulus, kita boleh berhenti pukul 1.00. Kalau kita goreng banyak sangat, kita kena sambung selepas pukul 2.30 petang, itu saya bagitau gambaran nak pi ke mana. Kita ada dua pilihan sama ada nak tepat masa kita boleh berhenti pukul 1.00, tak mau tepat masa kita berhenti jam 3.30 ka, apa ka sampai habis lah. Silakan siapa yang nak gulung dulu. YB. Kuah! Haa...Tak dak apa nak gulung? Haa! Kalau siapa tak mau gulung apa, dia kata dia tak perlu gulung, boleh bagitau kat saya. YB. Sidam! Selepas YB. Sidam YB. Kuah!

Terima kasih YB. Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Jeneri, Menteri Besar Kedah Darul Aman, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mensyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, barisan media, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, salam sejahtera dan salam Perikatan Nasional. Saya bangkitkan isu yang lebih panas sikit isu alam sekitar lah.......(YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Sidam, boleh buka apa nama mask tu?

Saya takut Covid! YB. Tuan Speaker, bagi isu-isu alam sekitar di negeri Kedah Darul Aman yang melibatkan pencemaran terutamanya pencemaran udara, ‘follow by’ (dengan Izin) pencemaran air, perlombongan kuari pasir, banjir lumpur, pengurusan invest dan kilang plastik. Isu pencemaran udara adalah isu seringkali dibangkitkan oleh penduduk di beberapa kawasan industri dan kawasan pelupusan sampah yang berlaku kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Semeling terutamanya. Berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Air Pollution Index (API) (dengan Izin) yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), tahap kualiti udara dibahagikan kepada 5 kategori, yang baik 0-50 yang, tidak sihat 101-200 dan yang merbahaya iaitu lebih daripada 300. Baru-baru ini, mengikut laporan JAS mengatakan API bagi kawasan Sungai Petani (tumpuan kepada Sungai Petani) adalah dalam lingkungan 60-70 ‘average’ bermakna berada dalam kategori sedarhana. So, tak boleh nafi semalam memang kita catat API dekat Sungai Petani about 90+- macam tu.

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Minta laluan YB.? Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih YB. Sidam. Berkenaan dengan indeks udara dan juga tahap pencemaran udara yang dikatakan oleh YB. Sidam. Pada bulan Jun yang lepas saya membaca surat khabar dan ternampak YB. Sidam yang juga Exco Alam Sekitar telah pun memberi kenyataan kepada media bahawa Sungai Petani adalah tempat pencemaran udara paling teruk di seluruh negara. Saya nak bertanya, apakah bukti yang menunjukkan kenyataan ini benar, bilakah masanya Sungai Petani menjadi pencemaran yang paling teruk di seluruh Malaysia, apakah bukti, berdasarkan indek apa, adakah berdasarkan IPU ataupun berdasarkan apa indeks yang membuktikan Sungai Petani adalah pencemaran udara yang paling teruk di seluruh Malaysia sebab Malaysia banyak tempat lagi, Selangor, Penang dan Johor? Ok, terima kasih.

Ok, yang dikeluarkan oleh ‘press’ dekat surat khabar yang dikeluarkan bulan Jun saya rasa, bulan Jun kalau tak silap saya lah selepas saya bermesyuarat dengan YB. Dato' Sri Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar Dan Air (KASA) memang terbukti dapat banyak aduan, ramai yang complaint kepada JAS sampai ke Pusat memang ini tempat yang paling banyak aduan yang terdapat di JAS.......(YB. Bakar Arang Mencelah)

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Banyak aduan dengan tahap pencemaran yang paling teruk adalah berbeza, YB. perlu mengikut fakta, so jangan kelirukan masyarakat!

Selepas ini memang juga ada yang kita monitor day by day (dengan Izin) dia punya API, API tunjuk memang tidak boleh dinafikan yang pertama selalunya kalau bukan Klang, bukan Seberang Jaya adalah Sungai Petani. So, mungkin kita cakap yang banyak sekali aduan terdapat di Sungai Petani. Itu maksud saya lah, so bagi saya habiskan.....(YB. Bakar Arang Mencelah)

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Saya rasa YB. perlu perjelaskan kepada masyarakat lah, banyak aduan dengan banyak indeks pencemaran yang tinggi adalah berbeza.

Tak pa lah, day by day saya akan follow up ok. Pengukuran JAS adalah mengambil kira faktor pendedahan kesihatan yang diambil dalam tempoh 24 jam dan bukan secara on time dan mengikut prosedur tetap operasi iaitu SOP jabatan. Pemantauan dan penguatkuasaan yang dibuat beterusan dari sudut pencemaran oleh JAS Kedah dan cawangan-cawangan dari semasa ke semasa bagi memantau punca-punca pencemaran seperti premis dan projek-projek yang tertakluk Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) mengikut kehendak AKAS (Akta Kualiti Alam Sekeliling) 1974, peraturan-peraturan di bawahnya.

Jabatan Alam Sekitar juga menjalankan Ops Gempur dan Ops Besar Bersepadu antara agensi-agensi kerajaan bagi menyelesaikan masalah-masalah aduan dan mengambil tindakan pengutkuasaan secara menyeluruh berdasarkan bidang kuasa dan peruntukan perundangan setiap agensi. Saya juga turun sendiri memantau operasi, salah satunya di Sungai Tukang. Bagi menghadapi musim panas dan kering, JAS telah menyediakan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (AKN) bagi sama-sama menjaga kesejahteraan rakyat dan orang awam. Selain itu, diaktifkan oleh Ketua Pengarah Alam Sekeliling setelah mendapat kelulusan arahan daripada MKN.

Seterusnya, JAS Negeri Kedah memantau kualiti air sungai di negeri Kedah berdasarkan 74 ‘out station menu’ (dengan Izin), pemantau kualiti air sungai iaitu ‘menu station river water quality’ (dengan Izin) yang terletak di 8 lembangan sungai termasuk 3 lembangan sungai utama iaitu Lembangan Sungai Kedah, Lembangan Sungai Muda dan Lembangan Sungai Merbok. Kualiti air sungai adalah merujuk kepada jadual kelas kualiti air sungai serta berdasarkan kategori kualiti air sungai yang bersih, sedikit tercemar dan tercemar. Manakala kelas kualiti air ditentukan berdasarkan Indeks Kualiti Air (Water Quality Index) (dengan Izin). JAS Kedah juga memantau setiap trend bacaan daripada stesen pengawasan ini. Jika terdapat sebarang pelanggaran atau ‘assistance limit’ (dengan Izin), pasukan siasatan akan menjalani penjejakan punca pencemaran yang menyebabkan insiden ‘assistannce’ tersebut.

Dato Johari bin AbdulPKR · PHGurun

YB. Tuan Speaker, boleh saya tanya YB. Sidam? Sedarkah YB. Sidam, terdapat sebuah kilang getah di Gurun yang akan melepaskan air daripada kilangnya ‘alternatly’, selang sehari, selang sehari dan bila dia lepas air ke dalam sungai, semua ikan mati, anak-anak ikan mati sebab air yang dilepaskan itu beracun. Jadi, complaint telah banyak dibuat dan adakah kerajaan bercadang untuk melihat pencemaran ini suatu yang serius sebab akhirnya air ini masuk ke sungai utama dan air itulah yang kita minum, kalau ikan mati, bewak mati, semua mati dalam tu, suatu hari orang pun akan mati jugak. Jadi, saya nak bertanya kepada YB. Sidam, adakah usaha-usaha, bukan soal kilang itu melanggar peraturan atau tidak, itu bukan soalan saya, soalan saya bagaimana pemantauan dibuat supaya air yang dilepaskan daripada kilang itu air yang minimanya boleh diterima dalam standard JAS supaya dapat dilepaskan ke dalam sungai agar tidak mudarat kepada masyarakat dan hidupan juga? Terima kasih.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Tambah sikit, sama isu YB. Tuan Speaker. Sama juga, adakah YB. Sidam sedar bahawa di Bukit Selambau pun ada kilang sebegitu yang menyebabkan sungai itu kotor? Yang kedua, di sini saya ada gambar juga tadi YB. Sidam sudah bincang pencemaran udara, ada juga kilang di Bukit Selambau yang mencemarkan udara. Jadi, minta YB. Sidam siasat tengok. Terima kasih.

Ok, cadangan yang baik lah memang saya masuk 100 hari, 2, 3 bulan sahaja. Memang pekara berlanjutan mungkin bukan dari kerajaan PH, sebelum PH dah terjadi perkara sebegini. Kemungkinan besar adalah ‘during that period’, during PH time dengan BN time walaupun baru 3 bulan saya masuk office sahaja tapi bukan hanya ada satu kilang di Gurun sahaja yang complaint, dapat aduan dari Ambangan Height, Sungai Division, Semeling, Merbok yang banyak complaint ada yang berbau seperti skrap. Kita akan make sure dia punya SOP dan kilang tersebut akan dipantau dengan lebih tegas macam mana untuk ‘safety awareness’ kes dan selepas ini kualiti air indeks semua kita kena tau. Saya berharap JAS Negeri Kedah akan pantau selalu tentang isu ini, kita pun takut pencemaran air since saya ambil portfolio JAS saya rasa akan buat sesuatu lah terhadap air yang terlepas ke dalam parit dan sungai. Memang di Bukit Selambau pencemaran udara yang terdapat di banyak saya rasa di fb dan macam-macam dalam whatsapp. Kita akan ‘paid more attentation on this’ (dengan Izin) saya yang selalu bangkitkan isu-isu alam sekitar, ini tanggungjawab saya sebagai YB Exco Porfolio Alam Sekitar saya akan buat terbaik sekali, bagi masa sedikit, sekarang baru 3 bulan sahaja. Saya rasa you bagi saya 2 tahun tengok ‘when are look for two years’.

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

YB. mohon mencelah. Terima kasih YB. Tuan Speaker. Tadi dalam sesi soal jawab juga YB. ada bagitau di mana akan memindah semua kilang kitar semula plastik di Sungai Petani termasuk yang berlesen dan tidak berlesen ke Bukit Selambau. Soalan saya adalah, memandangkan sebelum ini juga JAS pernah bagitau di Bukit Selambau adalah ‘upstream’ kepada Sungai Muda tempat yang lebih tinggi dan Sungai Muda melalui situ terus mengalir ke Kuala Muda dan juga Pulau Pinang.

Ia mempunyai risiko yang tinggi jikalau ada pencemaran air yang berlaku akan menjejas sumber air kita dan tidak berapa sesuai untuk memindahkan semua kilang-kilang kitar semula kita ke situ. Jadi, apakah justifikasi ataupun ulasan daripada pihak kerajaan yang membuat keputusan untuk memindahkan semua ini ke Bukit Selambau dan jikalau tempat lain tidak mahu, Bukit Selambau pun ada penduduk dan di sana pun sudah sangat tercemar dengan keadaan sekarang yang mempunyai beberapa kilang di sana yang melakukan pencemaran. Itu soalan saya, terima kasih.

Ok, YB. Bakar Arang, terima kasih. Tentang EIA saya rasa yang ‘upstream’ tentang kilang-kilang terutamanya yang ‘heavy industry’ lah kita fokus kepada kilang recycle atau kitar semula kita akan fokus kepada kilang recycle yang kita resources kita akan move ke Bukit Selambau. Yang pertama mungkin di Bukit Selambau memang kita akan buat kajian EIA, ‘upstream’, kalau memang ‘upstream’ ada yang terdekat dalam lingkungan dengan penduduk dengan taman yang banyak sangat kita akan ‘consider’ lah ‘alternative’ lain tempat ka tapi for the study side (dengan Izin) kalau tak silap saya rasa kita bincang dengan MMK dalam Mensyuarat MMK, PBT ada bersama JAS, satu tempat yang paling sesuai setakat ini adalah di Bukit Selambau tapi macam mana pun dia kena ‘fulfil’ EIA yang kita akan study ka kena pantau apa sepatutnya kita kena buat. Kita kena fulfil semua sebelum dia boleh pindah lah. Terima kasih.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sidam saya tau isu alam sekitar ini ialah isu yang panjang dan memang tak akan selesai lah. Tapi dalam isu ni saya mohon pendapat YB. Sidam terdapat juga beberapa NGO-NGO berkaitan alam sekitar yang banyak membantu untuk kenal pasti dan memberi maklumat kepada kerajaan berkaitan dengan isu alam sekitar. Jadi, saya ingin bertanyakan YB. Sidam adakah kerajaan sedia mengadakan perbincangan dengan NGO-NGO tersebut dan ‘reorganize’ mereka membantu kerajaan?

Speaker

YB. Sidam, kalau ikut 15 minit tu sampai dah lah. Silakan!

YB. Kuala Ketil, tentang NGO-NGO kadang-kadang maklumat dia ada pros and cons dia ada yang betul dia ada yang ‘essential’ (dengan Izin) ada juga. Walau bagaimanapun, dia membantu kepada kita, memberi maklumat kepada kita mana yang dapat macam Sungai Tukang hari tu ‘open burning’ ka ‘what ever’ maklumat yang saya dapat dari orang awam so ini maklumat, tapi kita sendiri kena filter lah. So, tanya saya, saya rasa NGO dialu-alukan untuk membantu kita ‘is no harm’ tapi sendiri kita kena filterkan apa sepatutnya yang betul sepatutnya tak betul lah so bagi masa sedikit sama-sama kita jaga alam sekitar negeri kita yang cukup bersih cukup indah.

Saya masuk kepada perumahan. Bagi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) Negeri Kedah Darul Aman telah bercadangkan untuk membina 5,000 unit rumah teres bagi skim rumah mampu milik (OMM) di negeri ini dengan 500 unit bagi 5 kawasan seperti berikut iaitu di Pendang, Kota Setar, Padang Serai, Kulim, Pokok Sena dan Baling. Manakala selebihnya 2,500 unit lagi adalah permohonan baru yang akan Kerajaan Negeri bincangkan di kawasan-kawasan tumpuan mengikut jumlah permohonan dalam sistem Kerajaan Negeri seperti di Kuala Muda. Cadangan ini melibatkan kumpulan sasar yang berpendapatan rendah di bawah RM3,000.00. Bagi menjawab soalan yang berbangkit YB. Ayer Hitam dan juga YB. Anak Bukit berhubung isu kelewatan untuk serah rumah PPR di Jerlun dan Kota Setar, di sini saya ingin menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri telah menghantar senarai nama permohonan kepada KPKT namun PPR ini belum dibuat penawaran oleh pihak KPKT lanjutan daripada wabak Covid-19 yang melanda di negara dan dunia sekarang

Saya nak tanya. YB. Tuan Speaker, mengenai PPR Ayer Hitam, saya sendiri telah bangkitkan persoalan yang sama di Dewan Rakyat, jawapan lebih kurang sama juga diberikan oleh menteri yang bertanggungjawab. Ini sebenarnya sangat mengecewakan kerana sepertimana yang kita sedia maklum PPR Ayer Hitam dah siap lama dah, Syarikat GLC yang telah diberikan tanggungjawab untuk pembinaan iaitu BDB telah berusaha menyiapkan lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan.

Walaupun begitu, dah siap tapi masih lagi belum diserahkan kepada pemohon-pemohon yang begitu ramai layak mendapat kemudahan tersebut dan laporan yang terbaru kita terima, pagar di keliling tu pun dah mula pecah dah maksudnya ada kemungkinan rumah-rumah ni akan dipecah masuk oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jadi, saya merayu sangat-sangatlah kepada Kerajaan Negeri untuk serius menekan Kerajaan Persekutuaan khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan segerakan kelulusan dan menyerahkan kunci kepada pemohon-pemohon yang telah disenaraikan itu. Terima kasih.

Sekali, isu yang sama YB. Tuan Speaker.

Speaker

Sama ka tak sama?

Isu sama, lewat tapi ‘angle’ dia lain sikit, terima kasih. Saya difahamkan ini macam cerita kemarin lah ni. Saya difahamkan nama-nama telah pun diberikan kepada KPKT, hat di sana bukan depa tau siapa yang layak, kita dah tau sapa layak dah bagi nama nak ‘endorse’ masuk saja... apa yang lama sangat? Kelmarin isu menteri nak ‘tenyeh’ yang kata rumah transit tu, dari bulan 1. Saya tak salahkan YB. Sidam, tapi maknanya kena sekali lagilah apa kita kena ‘hinggut’ kuat sikit supaya benda ni cepat, kalau tidak YB. Sidam macam disebut tadi rosak, nak kena perbaik, ambik masa pulak tak boleh masuk lagi kan, gaya nak masuk rosak lagi. Jadi, saya haraplah benda ni dapat disegerakan, kalau YB. Bukit Pinang rajin duk pi Kuala Lumpur duk jumpa apa semua, saya ingat YB. Sidam pun baik sangat dengan Menteri KPKT ni dia kena pi hinggut bagi cepat sikitlah. Terima kasih.

Terima kasih YB. Jitra dan YB. Anak Bukit. Ok, saya akan bincangkan secepat mungkin untuk dapatkan serahan kunci kepada yang kena pindah masuk lah, saya akan bincang dengan Menteri KPKT.

Saya pun tak boleh cari ‘excuse’ lah, saya rasa kena percepatkan proses ini kalau tak macam YB. Jitra sebut tadi pagar-pagar nak jadi nak rosak lah, ini tanggungjawab saya sebagai Exco Portfolio Perumahan saya akan mempercepatkan, saya akan ‘presure’ sampai kepada menteri. Dia cakap ok, secepat mungkin dia akan serah kunci kepada yang berkenaan.....(YB. Jitra mencelah)

Tambah sikit saja Yang Berhormat, boleh? Sambil-sambil kita menunggu KPKT menyerahkan kunci itu, soal keselamatan di PPR ni, siapa yang tanggung? Jadi, pihak yang membina iaitu BDB, saya ingat bila dia nak serah tu maksudnya kerja-kerja atau perkhidmatan menjaga kawasan itu tidak lagi di bawah tanggungan mereka. Jadi, saya rasa kalau lewat lagi silap-silap Kerajaan Negeri lah pulak yang kena tanggung, kos untuk memastikan bahawa keselamatan di kawasan itu terjaga supaya tidak ada pecah rumah dan sebagainya.

Terima kasih YB. Jitra. Isu Perpaduan Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam. YB. Tuan Speaker, akhir-akhir ini isu perpaduan kaum sering dibincangkan di kalangan masyarakat sama ada di media arus perdana mahu pun media sosial. Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha beterusan yang perlu dibawa bersama-sama oleh semua pihak, sekiranya musnah perpaduan dalam masyarakat pasti pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Usaha mengukuhkan perpaduan antara kaum bagi mewujudkan Integrasi Nasional (NMK) perpaduan bersama Jabatan Perpaduan Negara Intergrasi Nasional (JPNIM) telah mengadakan pelbagai program dalam usaha untuk memupuk semangat muhibah, kesefahaman, patriotisme, penerimaan.....(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

Sebabnya masa penggulungan untuk YB. Sidam dah lama dah, saya harap YB. Sidam dapat merumuskan jawapan dengan......(YB. Pengkalan Kundur mencelah)

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Peraturan mesyuarat, dia duk baca tu! Kesalahan dengan peraturan mesyuarat.

Timbalan Speaker

YB. Sidam, minta supaya sekali sekala tu panggung kepala supaya tidak dilihat merujuk kepada kertas.

Ok! Ok! Tengok YB. Tuan Speaker. Kawasan KRT (Kawasan Rukun Tetangga) di bawah pengawasan Jabatan Perpaduan juga merupakan agensi penyelesaian permasalahan rakyat bagi mewujudkan kesajahteraan sosial dengan mengenal pasti isu dan permasalahan rakyat menangani dengan kerjasama agensi berkaitan seperti MPKK, PTIM, PBT dan Pejabat Daerah supaya tidak menjadi isu dan konflik yang boleh mengganggu kesejahteraan rakyat.

Bagi rumah ibadat bukan Islam (RIBI), Kerajaan Negeri sentiasa memberi keutamaan dalam usaha penambahbaikan tempat keagamaan, rumah ibadat dan perkuburan bukan Islam dengan adanya jawatankuasa tempat keagamaan, rumah ibadat dan perkuburan bukan Islam peringkat daerah di Negeri Kedah Darul Aman. Selain itu, Kerajaan Negeri bercadang untuk mewartakan tempat keagamaan, rumah ibadat dan perkuburan bukan Islam bagi lokasi yang berkaitan supaya dengan perwartaan ini dapat memudahkan urusan pengurusan kematian bagi bukan Islam di negeri ini. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri menyerahkan kepada Pertubuhan Komuniti Persatuan Keagamaan dan Perkuburan Bukan Islam untuk berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Negeri Kedah (ROS) dalam usaha memudahkan urusan berkaitan dengan RIBI dan perkuburan bukan Islam.

Berkenaan isu tokong yang dibangkitkan oleh YB. Kota Darul Aman kelmarin, maklumat hanya 3 buah tapak tokong sahaja yang telah dirobohkan selepas pertukaran kerajaan, bukan tokong yang dirobohkan. Keputusan untuk merobohkan tapak tersebut sepatutnya dilakukan pada awal tahun 2020, namun ditunda sehingga selepas tamat tempoh PKP. Jumlah perobohan tapak tokong setakat ini adalah 8, ini bermaksud isu perobohan tapak tokong ini bukan hanya berlaku pada zaman Perikatan Nasional tetapi berlaku pada zaman kerajaan terdahulu juga iaitu PH. Itu pun termasuk data perobohan RIBI pada tahun 2019. Kenapa persoalan ini dibangkitkan sekarang oleh YB. Kota Darul Aman? Jadi, untuk mengelakkan...(YB Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

YB. Sidam, saya harap dapat ringkaskan jawapan.

Untuk mengelakkan perkara ini berulang pada masa hadapan, saya mengambil serius akan perkara ini dan kita akan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk mewartakan tapak RIBI di kawasan taman perumahan baru yang akan datang. So, ‘last’ sekali saya akan sentuh sedikit isu politik pengkhianat lah macam YB. Pengkalan Kundor yang habaq....... (YB. Timbalan Speaker Mencelah)

Timbalan Speaker

Saya harap YB Sidam dapat habiskan ayat yang terakhir sebab masa yang diambil terlalu lama!

You bagi 3 minit lagi boleh?

Timbalan Speaker

Saya bagi 1 minit saja dan kalau boleh jangan sentuh berkaitan dengan politik. Bab politik kita bincang kat luar!

Ok! Ok! Boleh! Boleh! Saya akan ringkaskan, YB. Pengkalan Kundor memang targetkan kepada saya atau YB. Lunas, ok saya boleh bagi penjelasan. Kalau kita naik sebuah kapal layar untuk masuk ke Lautan Hindi atau South China Sea pun tak pa, bila you nampak dekat sebelah sini ada dua kapten and the beginning satu kapten sahaja tapi ‘in the in’ satu kapten dia nak jadi kapten juga, so bila dia masuk ke dalam lautan dia nampak, kita pun nampak lah dekat sini macam ada taufan, dekat sini cerah sikit, dekat sebelah sini memang dia tak ‘reaction’, so apa sebab kita tukar ke sebelah sini is not isue dan selepas ini saya rasa kita akan dapat watikah dari istana bukan watikah dari......(YB Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

YB. Sidam... saya harap dapat habiskan ayat terakhir. Habiskan ayat terakhir.

Ok! Ok! YB. Tuan Speaker, bagi mengakhiri ucapan pegulungan saya sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pertanyaan dan mengemukakan isu-isu yang berkaitan dengan jawatankuasa di bawah saya. Perkara-perkara yang telah dibangkitkan akan menjadi pemangkin untuk saya bekerja dengan lebih keras dan gigih bagi menambah nilai dan mengukuhkan lagi mutu penyampaian di bawah portfolio saya agar dapat menjayakan aspirasi Kerajaan Negeri di bawah pemimpin YAB. Menteri Besar ke arah “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”. Izinkan saya menyampaikan serangkap pantun;

Harum sungguh bunga melati, Hiasan sanggul amat memikat, Bertolak ansur hormat menghormati, Mengukuhkan Perikatan kita sepakat.

Dengan ini saya menyokong Titah Ucapan Tuanku Sultan Pada Mensyuarat Pertama Penggal Ke-3 Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman yang ke-14 pada 16 April 2020 yang lalu. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih YB. Sidam. Seterusnya saya persilakan....(YB. Kubang Rotan mencelah)

Encik Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Yang Berhormat Speaker, saya nak ulas mungkin YB. Kuah tadi tak menggulung.

Timbalan Speaker

Dak! Lepas ni YB. Kuah!

Encik Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Lepas ni YB. Kuah? Sebab ada persoalan-persoalan negeri yang kita nak bangkitkan demi rakyat. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Seterusnya saya mempersilakan YB. Bukit Pinang, tak dak. Silakan YB. Kuah!

Bismillahirahmanirrahim. Assalamuaaliakum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Jeneri dan juga Yang Berhormat Rakan-Rakan Exco dan semua yang berada dalam Dewan, saya mengambil kesempatan untuk merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Amat Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah Sultan Negeri Kedah Darul Aman yang Ke-29. Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah agar dapat bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Kedah dengan penuh kebesaran dan kedaulatan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Jitra, Yang Berhormat Bandar Baharu, Yang Berhormat Gurun dan Yang Berhormat Kota Darul Aman, yang di dalam perbahasannya menyentuh portfolio di bawah saya dan apa yang diamanahkan kepada saya dan ada yang sempat dijawab dan ada yang tak sempat dijawab oleh kerana kekangan masa yang diberikan dan InsyaAllah saya akan rangkumkan penggulungan dan sekiranya Ahli-Ahli Yang Berhormat mempunyai idea dan cadangan dan pandangan untuk kita sama-sama majukan dalam Portfolio Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan serta Pembangunan Usahawan bolehlah melontarkan dan menggunakan ‘fully utilize’ (Dengan Izin) Timbalan Speaker di dalam Dewan ini untuk sama-sama kita mencakna idea dan pandangan dan berikan kebaikan kepada rakyat.

Oleh itu, Yang Berhormat Timbalan Speaker ingin saya respon kepada Yang Berhormat Gurun yang bertanyakan berkenaan dengan PBT membantu peniaga-peniaga yang terkesan dalam Negeri Kedah sepanjang Pandemic Covid-19 (dengan Izin) seperti saya jawab dalam soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Jitra sebentar tadi, dimana pihak PBT juga mengambil langkah untuk membantu para peniaga yang terlibat melalui beberapa pendekatan.

Antaranya adalah pengurangan sehingga 50% kadar sewaan dan juga ruang-ruang niaga di semua daerah di dalam Kedah. Ini antara keputusan yang dibuat oleh PBT untuk meringankan beban kepada peniaga-peniaga dan juga pengecualian bayaran denda lewat kepada yang memperbaharui lesen perniagaan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP itu antaranya PBT membantu peniaga-peniaga dan juga saya ingin respon kepada perbahasan Yang Berhormat Jitra berkenaan dengan pelancongan di Baling.

Mengenai sektor pelancongan di Baling, untuk maklumat Yang Berhormat Jitra, Daerah Baling kita mempunyai satu keutamaan di mana kita melihat dari segi ekopelancongan di Daerah Baling selain Langkawi dan juga Yan untuk dibangunkan sebagai Hub Ekopelancongan iaitu pelancongan berasaskan alam semula jadi dan kebudayaan. Tumpuaan khusus yang kita tetapkan sekarang ni adalah menerokai Gua Caving (dengan izin) Yang Berhormat Timbalan Speaker, yang kini menjadi salah satu tarikan ataupun trend untuk kita meletakkan atau kita memastikan golongan-golongan kluster yang minat kepada gua ini boleh menggunakan kawasan Baling dan kawasan-kawasan yang mempunyai tarikan pelancong. Oleh itu,.... ......(YB Timbalan Speaker Mencelah)

Timbalan Speaker

YB. Kuah, YB. Bayu bangun, siIakan.

Sahabat saya YB. Kuah, bila sebut Baling tadi ni nak sebut sebagai ekopelancongan. Jadi, yang pertamanya saya mengucapkan tahniah dan terima kasih pasai Yang Amat Berhormat Menteri Besar datang Baling baru-baru ini umumkan peruntukan RM200,000 untuk memajukan satu produk pelancongan yang kita mula teroka dan adakah peruntukan RM200,000 ini sebagai satu permulaan kepada untuk menjadikan Baling sebagai kawasan pelancongan dan kalau kita tengok banyak destinasi-destinasi yang lain yang saya nak minta Exco Pelancongan nak turun 9 September ini, jadi dapat turun umumkan lagi peruntukan untuk pelancongan di Daerah Baling. Terima kasih.

Terima kasih YB. Bayu, saya juga ingin mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah melalui Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun meluluskan sebanyak RM200 ribu untuk pembangunan infrastrukur Gua Sirih, belum sempat Exco umumkan Dun Bayu umum dulu, makna kata kalau Exco umum ‘double’ pulak jadi RM400 ribu tapi RM200 ribu ja noh! So, yang tu untuk pembangunan infrastruktur Gua Sirih sahaja dan Insya-Allah Sabtu ni, 29 haribulan saya bersama-sama Yang Berhormat Kuala Ketil, Yang Berhormat Bayu pun boleh ikut sekali tapi ini dicadangkan oleh Yang Berhormat Kupang untuk kita pergi ke Gua Air! Kalau YB. Tanjung Dawai dia kata Gua Air lah untuk kita melihat Gua Air ini di Baling juga! Insya-Allah......(YB Timbalan Speaker Mencelah)

Timbalan Speaker

YB. Kuah ada celahan!

Sat noh! Nak habiskan satu baris, Insya Allah kita akan ada sedikit peruntukan untuk Gua Air ini, kita nak tengok apa yang ada sebab ini adalah penemuan yang baru kan mungkin sebelum ini mantan Exco Pelancongan sebelum ni pun tak kenal lagi Gua Air ni. Jadi, ini antara benda yang baru yang boleh kita berkongsi bersama, Silakan YB. Kota Siputeh.

Dr. Salmee bin SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Terima kasih YB. Tuan Speaker, Terima kasih Yang Berhormat Kuah. Saya nak bangkitkan tentang Gua Kerbau di Kodiang yang merupakan satu pusat pelancongan juga, cantik gua itu tapi sekarang dah jadi semak samun, tak terurus, kotor, sampah merata. Jadi, mohonlah YB. Kuah untuk melihat! Di Kota Siputeh tu banyak kawasan-kawasan pelancongan seperti Bukit Kodiang yang terkenal dengan Mok Cun, ramai yang ‘hiking’ (dengan izin) naik sampai ke Puncak Bukit Kodiang, pemandangan yang sangat cantik! Jadi, mohonlah pihak pelancongan untuk melihat kembali kawasan pelancongan di Kota Siputeh, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Siputeh, Insya-Allah kita juga akan pi ke Gua Kerbau bukan kata kerbau saja, segala jenis binatang lain pun kalau ada kita pi Insya-Allah. Cuma kekangan sekarang ni adalah untuk kita pi dengan pandemic covidnya, dengan keterbatasan kita untuk kita pi ke tempat-tempat ni mungkin akan sedikit melewatkan tapi Insya-Allah yang mana kita perlu fokuskan sekarang ni! Cuma apa yang saya ingin nyatakan norma dia dah berbeza, sebelum ni mungkin mantan Exco Pelancongan telah meletakkan ‘blue print 2020’ hingga 2035 tapi di antara ‘blue print’ tersebut tak boleh guna sepenuhnya sebab dah berubah dan kita terpaksa merangka beberapa pendekatan-pendekatan yang baru. Yang kita tengok sekarang ini adalah fokus kepada domestik sekarang ini, di mana kita nak menerangkan berkenaan domestik. Yang sebelum ni kita mungkin tak fokus sangat kepada domestik kita lebihkan international sebab kita ingat nak bawak habis ramai orang masuk ke dalam Negeri Kedah tapi sekarang ni dah ‘international gate’ pun masih tutup dan kita tak boleh fokus lebih kepada international. Jadi, Insya-Allah Yang Berhomat Kota Siputeh, kalau Yang Berhormat Kota Siputeh mempunyai ruang dan masa kita pi melawat Gua Kerbau...(YB. Timbalan Speaker Mencelah)

Timbalan Speaker

YB. Kuala Ketil bangun.

Silakan.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Terima kasih Yang Berhomat Timbalan Speaker, Yang Berhormat Kuah, bercakap tentang pelancongan Baling tadi saya tertarik iaitu untuk merancakkan lagi pelancongan sama ada di Baling atau di daerah lain! Di Baling sendiri pun amnya Pejabat Daerah dan Majlis Daerah dah buat kerja terbaik untuk mengangkat sesuatu produk itu untuk diangkat sebagai produk pelancongan tetapi setuju ka YB. Kuah kalau saya nak mintak izin di sini penglibatan beberapa NGO persatuan-persatuan yang ada di kawasan setempat untuk kita angkat bersama untuk ‘joint venture’ bersama mereka dengan Bahagian Kerajaan Tempatan untuk memperkasakan lagi produk-produk pelancongan yang sedia ada.

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Sekali terus boleh jugak!

Silakan.

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Yang Berhormat Speaker, cuma saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Kuah berkenaan Road Map Kedah Tourism 2020 merupakan Blue Print 2020 sehingga 2035 yang mana disebutkan oleh Yang Berhormat Kuah sebentar tadi! Satu persoalan saya ialah Prakata yang kita buat pada zaman itu iaitu zaman Yang Amat Behormat Menteri Besar masa itu Yang Amat Berhormat Jitra dengan saya sebagai Exco katanya dibuang daripada Prakata hasil daripada blue print tersebut! Saya rasa dari segi moralnya tak kenalah mungkin Yang Berhormat Kuah tak tahu ka, bukan sebab Yang Berhormat Kuah! Mungkin saya tak tau apa sebabnya tapi saya dapat maklumat begitu! Jadi, saya nak ‘clarify’ benda tersebut daripada Yang Berhormat Kuah tapi Road Map Kedah Tourism 2020 sehingga 2035 yang mana kita telah meliputi keseluruhan daerah, semua zon di Negeri Kedah ini.

Jadi, ia melibatkan juga bukan sahaja kata peringkat international tetapi ia melibatkan peringkat domestic dan juga comunity base atau persatuan-persatuan dan saya rasa mungkin Yang Berhormat Kuah juga akan meneruskan program-program yang baik daripada pihak kerajaan sebelum ini. Saya rasa Yang Berhormat Kuah mungkin boleh maklum kepada pihak kami, kepada pihak saya sendiri untuk nak tau sama ada secara bertulis atau lisan.

Yang kedua, saya nak tanya tentang Sky Box di Alor Setar yang telah dirasmikan sebagaimana yang telah dibuat dengan kerjasama KL Tower masa itu. Sky Box Tower Alor Setar dan juga status of Eagle Nest di Langkawi semasa Tun porposed tersebut, saya nak tau status dia, Sky Box di Alor Setar Tower dan satu lagi Eagle Nest di Langkawi? Saya nak tau status dia. Sekian, terima kasih.

Encik Yeo Keng ChuanPKR · PHKulim

YB. Kuah tambah sikit, ya saya setuju dengan pelancongan domestik amat penting. Saya sentuh tentang Sedim, memang Sedim tempat yang paling ‘best’ sekali! Untuk maklumat YB., tandas awam sampai kini tidak diperbaiki, ianya asas utama untuk pelancong tapi sampai sekarang tidak diperbaiki. Bila ianya akan diperbaiki? Sekian, terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Ketil, Yang Berhormat Kubang Rotan dan Yang Berhormat Kulim. Bagi menjawab berkenaan dengan cadangan Yang Berhormat Kuala Ketil berkenaan dengan usahawan tadi antara NGO bersama-sama apa semua tu memang kita mengalu-alukan sebab kita nak bekerjasama dengan NGO bersama penduduk kawasan yang lebih arif berkenaan pelancongan di kawasan tu contohnya kita duduk di Langkawi tapi produk tu ada di Kuala Ketil. Saya pun tak tau nak masuk celah mana? Jadi, jika ada penglibatan daripada NGO, daripada penduduk kawasan tersebut Insya-Allah kita dapat mempermudahkan cara untuk kita memastikan di Baling, di kawasan-kawasan yang kita boleh bangunkan, kita boleh bangunkan secara terus kepada penduduk kampung.

Berkenaan dengan Yang Berhormat mantan Exco Pelancongan, Yang Berhormat Kubang Rotan iaitu Road Map Yang Berhormat sebutkan yang kata apa, yang kita buang daripada sekarang ni macam mana...

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Prakata yang lepas?

Ohh.. saya tak pernah batalkan apa pun lagi! Saya pun orang pelancongan, Road Map! Tak pa nak jawab sat....(YB Kubang Rotan Mencelah)

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Mungkin Yang Berhormat Kuah tak dapat apa yang saya maksudkan, Prakata ini halaman awal iaitu mana-mana kerajaan yang mana-mana buat Exco yang bertanggungjawab kita akan letak di hadapan sebagai Menteri Besar dan Exco yang terlibat begitu juga Dato Setiausaha Kerajaan Negeri ataupun Pengarah! Saya minta untuk semak.

Bagi saya jawab sat! Saya tau maksud prakata itu makna kata halaman depan, kulit muka! Buka tu baru ada prakata, yang ada gambar Yang Berhomat tepi tu kan, Yang Berhormat senyum yang ada prakata tu kan! Jadi, bila sampai time bertukar Exco, saya pun ada prakata saya sendiri! Jadi, saya pun nak tulis juga prakata saya! Betul? Bukan Yang Berhormat saja yang boleh prakata, saya pun boleh prakata.

Tapi yang pentingnya bukan prakata Yang Berhormat, pentingnya adalah Road Map Yang Berhormat dan juga sebelum ni yang buat saya masih bawa lagi sampai ke Dewan, masih lagi kita ikut turuti apa saja yang ada dalam Road Map ini. Bukan senang nak bincang pasai Road Map ini, tahun 2020 sampai 2035 masih lagi saya gunakan tapi prakata itu tak buang lagi pun! Baru rancang kata nak tukar muka, adalah tukar perkataan sikit yang bersesuaian dengan keadaan sekarang ini. Road Map yang dibuat pada 2020 yang hingga 2035, masih lagi kita guna cuma ditambah baik dengan mengikut kesesuaian norma baharu dengan keadaan semasa dan juga ada pendekatan-pendekatan yang kita gunakan sekarang ini yang saya rasa boleh kita inject masuk ke dalam Road Map dan juga apa yang bersesuaian dengan Kerajaan Nergeri, kita ubah dalam Road Map ini bukan keseluruhan...(YB Timbalan Speaker Mencelah)

Timbalan Speaker

YB. Kuah ada 3 minit lagi!

Baik Yang Berhormat Timbalan Speaker, dan juga saya ingin respon kepada Yang Berhormat Kulim berkenaan dengan tandas. Semalam saya ada jumpa Yang Berhormat Kulim berkenaan nak buat gambar di tangki air tu kan! Saya kata tak apa lah lepas saya buat lawatan dekat Gua Air, saya akan pi ke Kulim pulak. Sebelum ini Yang Berhormat Kulim memperjuangkan Gunung Bintang tapi banyak kali Sidang Dewan dibangkitkan tentang Gunung Bintang, Insya-Allah saya akan sampai ke Gunung Bintang Yang Berhormat noh!

Untuk makluman Sidang Dewan, dibangkitkan juga isu daripada Yang Berhormat Adun Jitra berkenaan dengan usahawan yang sebentar tadi saya ada menjawab soalan daripada Yang Berhormat Jitra dan saya akan hantar proses permohonan-permohonan dan kelayakan kepada Yang Berhormat Jitra secara jawapan bertulis supaya lebih ‘detail’ Yang Berhormat dapat nanti!

Seterusnya apa yang disentuh oleh YB. Kota Darul Aman berkenaan dengan pengangguran belia menurut Sistem Insuran Pekerjaan (SIP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ianya mengalami penurunan permintaan sebanyak 37% daripada perniagaan yang terjejas dan tidak dapat beroperasi seperti biasa hingga ke 42% dan trend ini hanya dijangka meningkat dari April 2020 dengan kehilangan pekerjaan meningkat 50% kepada 200% tahun ke tahun suku berikutnya pada tahun 2020 walau kadar pengangguran belia kekal stabil 8% - 11%. Bagaimanapun, dalam demografi usia paling muda mudah terdedah kepada pemberhentian pekerja, Kedah merekodkan jumlah kes 1,197 kehilangan pekerjaan bagi pelbagai sektor.... (YB. Timbalan Speaker Mencelah)

Timbalan Speaker

YB. Kuah masa dah banyak berjalan!

Dan juga saya... (YB Timbalan Speaker Mencelah)

Timbalan Speaker

Saya bagi masa 2 minit boleh noh!

Mintak 5 minit boleh Yang Behormat, 5 minit ja noh, dan juga Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa sentiasa memantau situasi dengan mengadakan pelbagai program libat urus dan juga bersama-sama persatuan, organisasi yang mewakili golongan belia khususnya yang terlibat dalam bidang keusahawan dan semua Yang Berhormat sebutkan dalam perbahasan yang telah saya jawab dari segi bantuan-bantuan kepada soalan YB. Jitra. Saya harap saya menjawab soalan Yang Berhomat bangkitkan dan juga yang berkenaan dengan peluang pekerjaan dari segi digital. Saya bersetuju di mana mantan Exco Usahawan dulu pun ada buat ‘trend’ dan pelbagai program dengan ridernya, dengan pandanya, macam-macam semua guna jenis binatang ni cuma kura saja tak dak lagi, dia tak guna nama kura lagi tapi Insya-Allah yang mana Yang Berhormat Bandar Baharu sebutkan, Pegawai PSU telah mengambil maklum dan akan kita kupas, kita tengok yang mana kita boleh buat dalam masa 2 bulan ini yang diubah portfolio, banyak benda-benda yang terpaksa disusun semula. Tapi apa yang ingin saya tegaskan berkenaan dengan usahawan di mana ‘trend’ UPUK sebelum ini, UPUK memberi pinjaman kepada ramai usahawan sebelum saya, sebelum Yang Berhormat Kubang Rotan dan juga sebelum-sebelum ini hampir banyak usahawan-usahawan gagal bayar balik pinjaman yang dibuat oleh UPUK tetapi pinjaman-pinjaman tersebut tetap kita kena mintak balik sebab itulah yang akan membantu usahawan-usahawan yang lain. Dengan pendekatan-pendekatan yang terbaru saya mintak UPUK lebih fokus kepada bukan sekadar memberi pinjaman tetapi ‘guideline’, ‘guide’ dia bawa ke mana dia nak pi, kalau dia kata nak pinjam RM3,000.00. nak beli mesin, dia kena beli mesin lepas beli mesin tu dia nak buat apa semua sampai ke tahap macam tu! Itulah tugas kerajaan. Di mana kalau kita tengok, saya berjumpa usahawan-usahawan, siapa yang tau berkenaan dengan UPUK, banyak yang tak tau apadia UPUK sampai ada yang kata tepuk pun ada dak, UPUK saya kata, dak tepuk, saya kata UPUK iaitu Unit Pembagunan Usahawan Negeri Kedah makna kata usahawan-usahawan dalam Kedah ini tak kenal sapa pak depa? Kalau dalam pelancongan kita ada ‘Kedah Tourism’ kalau usahawan depa tak tau yang UPUK tu adalah bapa kepada usahawan, yang menjaga usahawan. Ini yang kita memperkasakan GLC-GLC di mana UPUK menerima peruntukan daripada Kerajaan Negeri, memberi pinjaman kepada usahawan tapi tak boleh digunakan....(YB. Timbalan Speaker Mencelah)

Timbalan Speaker

Yang Berhomat Kuah, 1 minit lagi Yang Berhormat!

Nak ‘landing’ dah, jadi kita ...(YB. Kubang Rotan mencelah)

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Bagi jawapan bertulis pun tak apa!

Jadi, kita memperkasakan UPUK di mana kita nak tau fungsi UPUK kepada usahawan-usahawan ini dengan lebih jelas bukan sekadar memberi pinjaman dan biarkan usahawan macam tu saja. Kita buat sekarang ini, kita bagi pinjaman tapi kita fokus, kita ikut dan kita ‘guide’ sampai ke tahap kalau dia gagal membayar balik pinjaman yang RM150 atau pun RM125 pinjaman tu kita tanya dia gagal bayar pinjaman sebab apa? Kalau kurang kursus kita boleh hantar kepada Kolej Komuniti, kalau kurang dari segi pendekatan, dari segi digital nak Shoppee, Lazada dan sebagainya kita ada platform-platform tersebut cuma kita mintak supaya usahawan-usahawan ini janganlah jauhkan diri daripada Kerajaan Negeri, sentiasa bersama-sama dengan Kerajaan Negeri kerana kita boleh membantu usahawan dan menaikkan ekonomi untuk usahawan-usahawan kecil terutamanya usahawan di Negeri Kedah dan dari segi pelancongan pulak..(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Kuah sila habiskan ucapan.

Dari segi pelancongan juga saya ingin menyatakan bahawa memang sektor pelancongan amat terkesan kerana sektor plancongan memerlukan banyak masa untuk bangun semula di mana kita mempunyai 6 juta pelancong yang masuk tahun lepas.

Kalau kita tengok di Langkawi sebanyak 3.7 juta pelancong yang masuk. Jadi, sekarang ni dah covid semua dah turun 0% cuma sekarang kita dah ubah sistem untuk kita lebih fokus kepada domestik kita menarik lebih ramai pelancong-pelancong dalaman negara kita untuk melancong di Negeri Kedah dengan apa kelebihan Negeri Kedah ada adalah naturenya di Negeri Kedah Insya-Allah kita akan buat yang terbaik untuk semua! Sekian, saya ingin berterima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan dalam menyentuh portfolio saya Insya-Allah yang mana memerlukan jawapan bertulis boleh bagitau boleh hantar surat dan saya berterima kasih. Sekian.

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Ni saya tanya sikit untuk bertulis ‘next meeting’ nanti boleh kita dapat soalan! 1 minit ja!

Timbalan Speaker

Ya 1 minit sahaja!

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Saya mintak status Kedah Digital Library untuk nak tau Kedah Digital Library yang kedua adalah Kedah Food Valley yang kita buat status terkini dan tadi jawapan yang tidak diberikan iaitu Eagle Nest di Langkawi dengan Sky Box di Alor Setar saya nantikan bagi jawapan bertulis pun takpa no problem, terima kasih.

Saya nak jawab tapi masa tidak mencukupi yang mana tak sempat cakap kita akan hantar...(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Kuah boleh lampirkan jawapan dalam bertulis!

Ya..saya akan bagi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Oleh itu, saya berterima kasih kepada semua dan Insya-Allah kita akan buat yang terbaik untuk rakyat Kedah dan kerajaan memerintah sekarang ini. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Kuah, saya puji sikap keterbukaan Exco-Exco dalam menyantuni dan melayani soalan-soalan dan cadangan yang dikemukakan oleh semua Ahli Yang Berhormat. Jadi, saya rasa budaya ni merupakan satu kelebihan kepada kita dan juga saya nak menarik perhatian penglibatan daripada NGO dan orang-orang perseorangan dalam memberi cadangan dan juga penambahbaikan kepada semua Exco-Exco. Jadi, saya harap budaya ini dapat kita pratikkan secara lebih meluas dan menyeluruh semua. Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Bukit Pinang.

Encik Romani bin Wan SalimPAS · PNBukit Pinang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, Washolatu Wassalamu 'Ala Rasulillah Waman Tabi'ahum Bi’ihsan Ila’yaumiddin. Robbishrohli Sodri Wa’yassirli Amri. Wahlul’ Uqdatan Min Lisaani Yaf Qouhu Qouli. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ketua-Ketua Jabatan, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dirahmati Allah sekalian.

Pertama sekali saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dengan mengemukakan soalan lisan dan bertulis. Penghargaan ini juga diucapkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mengemukakan saranan bernas yang dijadikan penambah baik, penambah nilai bagi dasar-dasar Kerajaan Negeri, jangka masa panjang terutamanya yang melibatkan sektor-sektor Penerangan, Komunikasi dan Multimedia dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker kerana 3 Adun yang menyentuh portfolio saya iaitu YB. Bandar Baharu, YB. Tanjung Dawai dan juga YB. Kuala Ketil serta yang lain itu menyentuh secara tak langsunglah. Dalam sektor komunikasi suasana Covid-19 ini, mengambil laluan membuka laluan transformasi digital dalam pelbagai bidang khususnya sektor perniagaan dan juga pendidikan. Dalam hal ini disebabkan penutupan ruang fizikal, pergerakan terhad dan gangguan bekalan pada permulaan pandemik ini, pelajar dan mahasiswa perlu meneruskan pembelajaran di ruang persekolahan ataupun kampus sebelum tempoh perintah kawalan PKPP bermula.

Di samping itu, kesalingan hubungan digital yang baik dan menyentuh turut memudahkan rakyat melakukan aktiviti harian, menarik peluang pelaburan dan menggerakkan ekonomi Negeri Kedah. Sehubungan itu, penyelesaian digital ataupun ‘digital solution’ menjadi keperluan pada masa kini. Pemantapan infra komunikasi dan platform digital perlu dilaksanakan segera bagi memangkinkan penubuhan ekonomi demi masyarakat dan negara. Infrastrukrur digital khususnya di Negeri Kedah ini perlu ditambah baik dari segi liputan, kualiti dan tahap kemampuan. Pertama iaitu 10 menara akan dibina sehingga akhir tahun ini Insya-Allah tahun 2021-2024 setelah mana saya berjumpa Pengurusi SKMM, beliau telah memberi komitmen Insya-Allah, 21 menara akan diadakan pada tahun depan. Kita juga lihat alat pemancar yang baru ini, kita ubah dari ‘copper’ kepada ‘fiber’ dan mengikut spec dia yang menyebabkan komunikasi negeri di antara penyambungan antara menara ke menara tidak melalui fiber optic.

Mengikut spec dia 700 meter ianya mestilah menyambung menara ke menara supaya melalui fiber optic barulah ada connection menara ke menara. Kalau tidak ada penyambungan menara ke menara mungkin di setengah menara tidak akan dapat sambung line yang baik. Itu menunjukkan mesti dilaksanakan oleh Telco-Telco yang ada di Negeri Kedah. Tidak asing lagi dengan semua lapisan masyarakat di mana kebanyakan aktiviti yang urus niaga kini didokong oleh sektor-sektor awam dan swasta serta rakyat untuk menghasilkan dan teknologi perkhidmatan digital yang berkaitan dengan fungsi sosial ekonomi untuk meningkatkan pendapatan dan produktiviti dan kualiti hidup.

Sehubungan itu, Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri berusaha untuk merancang dan melaksanakan inisiatif berkaitan ekonomi digital bagi melancarkan ekonomi negeri dan negara. Di antara usaha-usaha inisiatif ini yang diambil melalui Malaysia Digital Economy iaitu Coporation MDEC. e-Rezeki menjana pendapatan melalui tugasan atas talian seperti data entry. Pembangunan laman web iaitu GRP, HIC Design dan sebagainya, itu laman web yang disediakan oleh MDEC. Bagi platform usahawan online dengan ‘tool’ nya untuk memajukan business online, Global Line Work Cost, Eberkat. Inisiatif membantu rakyat Malaysia mendapatkan ilmu pengetahuan dan perkhidmatan kewangan digital khususnya kepada komuniti B40 dan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) Mikro menyediakan sebanyak 3,810 kursus atas talian dalam bidang digital dan kemahiran data bagi golongan yang diberhentikan kerja atau menganggur akibat Pandemic Covid-19 sehingga 31 Disember 2020. Kedah Digital ataupun KDC mula beroperasi iaitu pada Februari 2015 dan dirasmikan pada 2 Ogos 2015 di UTC Kedah, juga beroperasi di Kulim Hi-Tech, Business Center di bawah KTPC, fungsi dan peranan menyelaraskan aktiviti ICT terutamanya dalam latihan ICT, menyediakan kepelbagaian latihan digital yang terkini yang percuma dan berbayar, menjalinkan kerjasama dalam bidang, program latihan digital dengan agensi-agensi latihan yang lain, menyediakan pusat latihan dengan kemudahan peralatan digital terkini iaitu UTC Kedah ada 21 desktop. Kumpulan sasaran tahun 2019, pelajar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, yang ke-2 guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, yang ke-3 kerajaan dan swasta, yang ke-4 orang awam dan yang ke-5 industri. Pada tahun 2020 sasaran kita usahawan, industri, pelajar, komuniti, dan NGO pada tahun...(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

Yang Berhomat Bukit Pinang, saya mintak bedak masa bagi elok dengan portfolio lain takut nanti masa tak cukup.

Encik Romani bin Wan SalimPAS · PNBukit Pinang

Ok, Yang Berhormat Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Ada celahan, Yang Berhormat?

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Ada celahan sikit YB. Bukit Pinang, boleh?

Encik Romani bin Wan SalimPAS · PNBukit Pinang

Ya sila, jangan celah banyak sangat, celah sikit saja!

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Amboi tang dia dulu boleh pulak. Baik Yang Berhormat Bukit Pinang dan Yang Berhormat Speaker, soalan saya ialah bila melihat kesungguhan Yang Berhormat Bukit Pinang berkenaan dengan usahawan digital dan sebagainya mungkin tadi saya ada sebut kepada Yang Berhormat Kuah, Kedah Digital Library yang telah diusahakan dahulu kita masukkan elemen BRC (Business Reference Center) kat Kedah Digital Library sebagai platform usahawan-usahawan muda dan yang keduanya ialah kita masukkan VR (Virtual Reality) di Kedah Digital Library untuk anak-anak sekolah kita tau tentang pelancongan di Negeri Kedah kepada mereka yang tidak mampu dan untuk anak-anak sekolah seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Pinang sebentar tadi dengan isu pendidikan tentang dalam digital. Saya minta tolong supaya Yang Berhormat Bukit Pinang untuk meneruskan program-program dekat Kedah Digital Library dan kalau boleh mewawarkan kepada masyarakat Negeri Kedah secara amnya, terima kasih.

Encik Romani bin Wan SalimPAS · PNBukit Pinang

Terima kasih YB. Kubang Rotan. Ok, saya bagi peluang tapi saya mintak perhatian Yang Berhormat Speaker tambah masa pada saya! (YB. Bandar Baharu minta laluan)

Dato’ Norsabrina bt Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Bukit Pinang, saya juga ingin mencadangkan dulunya berkenaan dengan Kedah Digital Library ni saya pun tak faham kenapa dia letakkan di bawah portfolio pelancongan dahulu, kita bukan nak pi melancong di Digital Library ni. Sebenarnya Digital Library ini kita sama-sama mendapat maklumat berkenaan Digital Interactive, ICT, Technology dan sebagainya.

Sekiranya kalau YB. Bukit Pinang bersetuju Kedah Digital Library ni dijadikan satu tools berkenaan dengan Digital Economy, Digital Kedah, Digitial Langkawi bagi Digital Library ni di bawah Portfolio Komunikasi dan Multimedia kerana banyak ‘creative content ‘yang kita boleh tonjolkan berkenaan Kedah waima dalam sejarah dan sebagainya untuk kita bersama-sama menaikkan science technology, engineering and mathematics dalam minat anak-anak kita dan orang-orang Kedah. Saya juga ingin mohon bahawa Digital Library ni ‘connect’ kan atau disambungkan dalam makmal infrastruktur digital negara sebagai satu pusat untuk kita dapatkan naik taraf semua infrastruktur ICT bagi seluruh Negeri Kedah dan meningkatkan capaian jalur lebar ke seluruh Negeri Kedah, terima kasih.

Encik Romani bin Wan SalimPAS · PNBukit Pinang

Terima kasih Yang Berhormat, YB. Kubang Rotan dan YB. Bandar Baharu.

Timbalan Speaker

Ada celahan lagi Yang Berhormat?

Encik Romani bin Wan SalimPAS · PNBukit Pinang

Boleh. Silakan YB. Kota Siputeh! YB. Kota Siputeh punya pasal tak apa.

Dr. Salmee bin SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Terima Kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Bukit Pinang, saya nak mohon bantuan daripada YB. Bukit Pinang untuk tolong war-warkan satu portal yang telah saya buat semasa saya menjadi Exco Pendidikan dulu iaitu portal TVET@Kedah mintak tolong

war-warkan supaya pelajar-pelajar kita dapat masej ni untuk memudahkan mereka untuk memasuki mana-mana institusi TVET di Kedah sebab dalam tu diceritakan secara ‘complete’ dan mereka boleh mendaftar terus di Institusi TVET yang mana mereka nak masuk dan kursus mana yang mereka minati. Ini untuk membantu pelajar-pelajar kita untuk mempelajari bidang-bidang kemahiran bagi memenuhi pasaran industri di Negeri Kedah ini. Terima kasih.

Encik Romani bin Wan SalimPAS · PNBukit Pinang

Kepada YB. Kota Siputeh, dia bunga sekuntum sahaja belah sana!

Timbalan Speaker

YB. Bukit Pinang ada lagi celahan!

Encik Romani bin Wan SalimPAS · PNBukit Pinang

Ada lagi celahan! Dalam Parlimen Pokok Sena tak pa saya bagi!

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Terima kasih Tuan Speaker, saya nampak kesunguhan YB. Bukit Pinang dari dulu sampai sekarang pasai ICT ni tapi saya nampak satu isu yang kita jarang sentuh mengenai infrastruktur, antena-antena yang nak dibina. Jadi, apa dasar kerajaan terhadap pembinaan antena-antena yang ada sekarang tak cukup tu yang menyebabkan kekurangan selular disambungkan.

Encik Romani bin Wan SalimPAS · PNBukit Pinang

Mintak maaf Yang Berhormat saya tak berapa ‘clear’ soalan.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Tuan Speaker, YB. Bukit Pinang, pembinaan infrastruktur antena-antena setiap kawasan ni saya difahamkan Telco banyak cadangan untuk membina ok. Jadi, sebelum ni saya ingat di PBT ada bincang dengan Telco mengenai CPIM macam tu.

Jadi, untuk maklumat Bukit Pinang mungkin boleh untuk teruskan atau pastikan sebab pembinaan antena tak cukup tu tak guna kalau kita cakap semua web macam tu dia tak sampai jugak dia kat highway 4G jadi 0G tu sajalah yang nak ditanya.

Encik Romani bin Wan SalimPAS · PNBukit Pinang

Terima kasih kepada YB. Derga, saya mintak Insya-Allah saya ambik perhatian semua yang bangkit empat-empat! Yang pentingnya sekarang ini saya berasa bertanggungjawab di atas portfolio yang diamanahkan kepada saya Insya-Allah, kita cuba upgradekan di Kedah ini. Kalau boleh kita ke 4G semua sebab itulah saya lihat walaupun ada menara tapi 2G tak sampai ke 3G, 3G tak sampai ke 4G sebab itu salah satunya kekangan-kekangan yang ada yang saya sebut tadi, menara ini mestilah disambung ke menara-menara spec dia 700 meter mestilah fiber kalau tak sambung fiber dulu copper, kalau fiber connection antara menara jadi menyebabkan talian ‘hanging’. Salah satunya kadang-kadang menara itu elok tapi telefon kita masih sekupang yang henfon 3310 dia tak boleh dapat, cuma boleh keluar whatsapp masuk whatsapp tapi dari segi digital tak boleh! Dari segi mesej sahaja, handphone seperti itu kena tukar lain sebab zaman teknologi sekarang ni sekurang-kurangnya Huawei ataupun Iphone, saya pun tak pakai Iphone, saya pakai Samsung ja. OK, saya ambik perhatian semua...(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Bukit Pinang penerangan tak dak lagi ni!

Encik Romani bin Wan SalimPAS · PNBukit Pinang

Insya-Allah saya masuk ke situ , saya nak sebut kat sini pusat internet di Kedah ni walaupun dulu nak dimansuhkan tapi apabila saya turun ke lokasi, sebenarnya zaman sekarang amat penting oleh kerana bila saya turun ada 2 peringkat yang pertama iaitu Gred A-20 laptop Gred B-10 laptop. Dalam group 10 laptop ni dia banyakkan group A dia ada 10 laptop untuk latihan dan 10 laptop untuk kursus sama ada kita nak buat program dan sebagainya. Ia amat penting dan satunya boleh menolong usahawan-usahawan di kampung-kampung atau makcik-makcik yang saya sebut tadi umur 65 tahun tapi pasaran tahu sahaja pendapatan dia RM4,000 hingga ke RM6,000 ini amat penting.

Dari segi itulah infra, komunikasi ICT, makmal Insya-Allah akan kita buat! Seterusnya kita pastikan seperti mana saya bertemu dengan menteri, menteri pun komitmen kita nak selepas ini Kulim Hi-Tech akan jadi 5G dengan syarat 5G mestilah fiber optic, 100%! Kalau dia tak fiber optic memang 5G tak boleh dapat.

Yang seterusnya saya rasa terpanggil juga, oleh kerana kita melihat liputan walaupun di sebut apabila kita panggil telco-telco dia sebut 3G-97.6% 4G-89% tapi yang sebenarnya dari segi geografi Negeri Kedah ni kadang-kadang bukit antara bukit memang tak dapat, sebut di situ sahaja kadang-kdang masalah dari segi businessnya.

Contohnya, baru-baru ni disebut oleh Setiausaha Akhbar Yang Amat Berhormat Menteri Besar di Mahang, saya turun sana nak pastikan yang Setiausaha Akhbar Menteri Besar balik ke rumah mak dia, sebab rumah mak dia di Mahang. Bila dia balik sana dia bimbang takut Yang Amat Berhormat ‘contact’ tak dapat, bila saya turun dengan pengerusi SKMM, pastikan di situ ada Maxis, Celcom pun ada tapi bila kita test Maxis dapat bagus tapi Celcom sedangkan Celcom di Kedah ni tempat main power dia core businessnya Kedah dan Perak tapi kenapa dan malangnya di Kedah sendiri masih 2G sebab itu saya minta supaya Celcom pastikan kena upgrade dari 2G ke 4G, tahun ini juga, Insya-Allah ikut perjanjian CEO Celcom akan turun bertemu dengan kita dari 2G ke 4G dijanjikan oleh mereka Insya-Allah!

Yang lain, saya rasa terpanggil juga walaupun tak disentuh, saya ambik masa sedikit walaupun tak disentuh oleh Portfolio Penerangan, saya rasa terpanggilahlah untuk menjelaskan isu-isu sempena dengan kemerdekaan, 63 tahun kita Merdeka! Sebenarnya sebab negara kita dijajah oleh 5 pejajah sejak tahun 1511, Portugis menjajah kita lebih kurang 130 tahun dan Belanda menjajah kita 1641 hingga 1824. 183 tahun! Selepas itu, British, Jepun, Komunis merintah 14 hari dan selepas itu British. Pada tahun 1904, semasa British memerintah penjajah lebih 446 tahun, ribuan rakyat Malaysia telah dibunuh termasuklah Tok Janggut dipenggal kepala di Kelantan, Mat Kilau banyak ribuan ulamak telah mati, lepas itu kita sebagai seorang rakyat Malaysia kena sedar benda ini sebab kita lihat generasi sekarang ini seolah-olah dia tidak sedar bahawasanya nak capai kemerdekaan, walaupun tak tumpah darah tak perang tapi kita kena ingat datuk nenek kita telah dijajah oleh komunis selama 14 hari dipaksa naik pokok nyior disula pedang di bawah, kena sedar benda-benda ini. Sebab itulah pada tahun 1948 negara kita Malayan Union, semua rakyat bangun menentang penjajah supaya halau penjajah keluar dari negara kita.

Pada tahun 1957, negara kita mencapai kemerdekaan, rakyat India yang dibawa oleh penjajah untuk menjaga ladang, rakyat Cina dibawa oleh penjajah dikekal di sini untuk biji timah. Ketika itu hubungan kaum kita harmoni, tidak ada krisis antara rakyat Melayu, Cina, India, Siam dan sebagainya, tidak ada perkauman kaum! Perkauman tidak akan berlaku ketika itu tetapi malangnya selepas kemerdekaan, sekarang kita telah mencapai kemerdekaan 63 tahun selepas PRU ke-14 timbullah kerisauan rakyat.

Yang pertama, pada tahun 1918 bangkit semua rakyat bangun menentang ICERD, kita kena ingat pada tahun 1918 semua rakyat bangun tak kira parti menentang ICERD. Yang kedua, Statut Room, kita kena ingat! Yang ketiga iaitu di mana-mana parti, satu ‘convention’ memastikan pilihan raya PBT akan diadakan pada masa akan datang. Yang keempat, fitnah yang dibuat bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri pi luar negara mengatakan Malaysia ini meroboh, memaksa semua kuil-kuil dalam negara kita..(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Bukit Pinang, saya cadangkan kalau boleh perbanyakkan program-program di sudut penerangan tu.

Encik Romani bin Wan SalimPAS · PNBukit Pinang

Ini penerangan! Yang Berhormat Speaker, ini penerangan yang kita kena bagi kesedaran kepada rakyat sekarang ini, dan yang seterusnya saya merasa kesal sekali apabila kita menang kita mengatakan seolah-olah Melayu ni sebagai pendatang...(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

Masa sebenar dah habis dah Yang Berhormat Bukit Pinang, cuma saya sebutkan tadi perbanyakkan program-program bercorak patriotik untuk membangkitkan kesedaran itu... (YB. Kota Darulaman mencelah)

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Tuan Speaker saya nak tanya tentang untuk ....

Encik Romani bin Wan SalimPAS · PNBukit Pinang

Saya tak bagi! Ini ‘flow’ saya oleh kerana Yang Berhormat, ok saya bagi!

Timbalan Speaker

YB. Kota Darul Aman saya minta supaya dapat keizinan saya dulu sebab kita nak bajet masa, silakan dengan soalan!

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Terima kasih Tuan Speaker, Tuan Speaker saya nak bangkitkan tentang bendera merdeka untuk bulan kemerdekaan ini sebab yang kita tau dulu masa kerajaan kita diberi bendera, diberikan kepada rakyat supaya semua rakyat terlibat dalam mengibarkan Jalur Gemilang. Jadi, saya nak tanya sama ada Exco Penerangan akan sediakan bendera kepada Adun yang belah sini, terima kasih.

Encik Romani bin Wan SalimPAS · PNBukit Pinang

Terima kasih YB. Kota Darul Aman, amat simpati kepada kemerdekaan, Alhamdulilah! Saya ucap syabas! Insya-Allah, kita cuba dapat walaupun tak banyak, dapat seorang sedikit seorang 50 saja sebab cara covid! Kita kibar cara covid sahaja dan yang seterusnya iaitu timbul sentimen.... (YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

YB. Bukit Pinang dah boleh ‘landing’ dah!

Encik Romani bin Wan SalimPAS · PNBukit Pinang

Seterusnya saya rasa kesal sebelum ini Israil tidak ada hubungan dengan negara kita tapi dibawa perenang Israil ke Sarawak. Seterusnya yang saya rasa kesal sekali, seolah-olah bila kita capai kemenangan kita sebut Melayu ini sebagai pendatang, kita semua terasa..............(YB. Bakar Arang mencelah)

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Tuan Speaker, saya rasa Exco menggulung hanya menjawab soalan yang dibangkit oleh Adun-Adun bila perbahasan, bukannya ‘flow’ Exco suruh buat perbahasan pergi sini, pergi sana! Kalau ada Adun berbahas tentang topik itu, kamu menggulung dan menjawab topik itu sahaja. Bukan ‘flow’ untuk ceramah. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya harap YB. Bukit Pinang boleh habiskan!

Encik Romani bin Wan SalimPAS · PNBukit Pinang

Ok! Ok! Saya habiskan! Sebab saya timbul benda ini disebutkan yang dikatakan pengkhianatan. Saya nak sentuh sebab saya Penerangan, saya kena sebut maksudnya kita oleh kerana rakyat membangun sebab kerana marah, sebab perkhianatan ini oleh kerana kita janji, bila kita menang kita hapus PTPTN nak hapus TOL, ini satu pengkhianatan!

Timbalan Speaker

YB. Bukit Pinang boleh buat rumusan dah! 1 minit!

Encik Romani bin Wan SalimPAS · PNBukit Pinang

Sebab itulah saya mintak sungguh-sungguh supaya kita kena sedar bahawasanya oleh sebab sentimen-sentimen yang tidak harmoni itulah menyebabkan tidak harmoni! Saya sebagai Portfolio Penerangan, saya kena jelaskan kepada rakyat pada harini supaya sedar rakyat pada harini tengok keadaan, kita merasa tenang sedangkan tok nenek kita dulu amat sukar tapi sekarang ini, kita dah kerja dah senang, masuk fitnah sana, masuk whatsapp sana! Saya minta perhatian lah semua rakyat negara kita supaya memastikan benda-benda yang tak jelas janganlah diwhatsappkan, difacebookkan agar tidak timbul perkauman ‘racist’ antara satu sama lain. Itulah harapan saya sebagai Portfolio Penerangan, saya kena jelaskan benda ini janganlah sebut pengkhianat tuan-tuan! Ini adalah satu-satu pengkhianatan terhadap negara kita. Sekian, terima kasih.

Dengan ini saya sekali lagi mengambil peluang dan kesempatan untuk menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Semoga Allah S.W.T mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan juga kepada Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahamatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Pinang, sebelum tu saya nak puji Yang Berhormat bukan kerajaan kerana banyak mengutarakan banyak cadangan dan syor yang baik untuk manfaat kita bersama untuk kita laksanakan dan saya juga nak puji sebelah ini, wakil rakyat di pihak kerajaan yang mempunyai tahap persediaan dan juga prihatin dengan syor-syor dan cadangan yang dikemukakan. Terima kasih, ini budaya yang kita nak pratikkan dalam perjalanan perbahasan dan perbincangan Dewan. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Kupang.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Pegawai Kerajaan dan hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

Izinkan saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang turut membahas Titah Ucapan Tuanku serta menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan portfolio di bawah seliaan saya. Saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada semua frontliner (dengan izin) yang bertugas dalam menjaga negeri dan negara kita. Tidak dilupakan kepada semua guru-guru, imam-imam, pegawai-pegawai agama daerah serta semua kakitangan sama ada di Jabatan Pendidikan, Jabatan Agama serta Sumber Manusia di atas keprihatinan dan juga usaha yang gigih bagi menentukan perjalanan pengawalan Covid-19 yang begitu mencabar pada kita, pada masa sekarang ini.

Semalam kita telah perhatikan dan daripada pemerhatian kita bahawa ada perbahasan yang dibangkitkan oleh pembahas-pembahas semalam menampakkan sesuatu keinginan mencari sesuatu yang tidak begitu jelas sama ada mencari kebenaran atau pun mencari kepuasan, ataupun sekadar melepaskan emosi. Namun, apa pun yang dicari, yang kita harapkan ialah ianya berlalu dengan semangat syura bagi menepati seruan Allah Wa’amruhum Syura Bai’nahum. Inilah roh yang perlu ada pada kita yang diberi mandat oleh rakyat berada di Dewan ini mengemukakan hujah-hujah dan memberikan pandangan bagi membina Kedah Sejahtera.

YB. Tuan Speaker, sebenarnya untuk apakah kita pertikaikan, untuk apakah kita kesalkan apa yang berlaku? Apa yang berlaku adalah dalam ruang lingkup sistem yang kita sendiri menghayatinya. Logiknya, bila suatu pihak hilang majoriti dalam Dewan ini, maka jatuhlah kerajaan itu dan oleh kerana tempoh pemulangan kuasa kepada rakyat belum sampai, maka menjadi tanggungjawab kepada perlembagaan malah tanggungjawab syari’e kepada orang-orang yang menduduki kerusi dalam Dewan ketika itulah yang berhak memulihkan keadaan dan menentukan hala tujunya. PN (Perikatan Nasional) terbentuk melalui situasi itu. Di Kedah, kerajaan terbentuk dalam situasi sedemikian. Negara dan negeri tidak boleh dibiar kosong tanpa kerajaan. Masalah rakyat perlu ditangani, urusan negara perlu berjalan dan pengajaran dan pelajaran perlu diurus secara teratur bagi menjamin kepentingan murid-murid.

YB. Tuan Speaker, oleh itu apakah perlu mewujudkan atau mengadakan pindaan kepada undang-undang untuk menghalang lompat. Saya rasa kita belum sampai ke situ kerana lompat itu bukanlah amalan asas kepada demokrasi itu sendiri. Tetapi berlaku di pinggiran atas sebab kelemahan mengurus demokrasi itu oleh pengamal-pengamal yang menyertainya. Ianya berlaku dalam situasi tertentu barangkali untuk memenuhi keperluan semasa. Umpamanya untuk mengelakkan daripada berlakunya mudarat yang lebih besar kepada negara atau pun agama. Maka di situ timbullah kaedah “Akhaffu Adhararain” kita pilih mana yang kurang kemudaratannya. Itulah hakikatnya, ia macam dengan talak dalam perkahwinan, talak ni tuhan tak suka. “Abghadhu Al-halal Ilallahi Attalaq”, maknanya sesuatu perkara yang halal, yang Allah tak suka ialah talak.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Kupang, ada celahan.

Timbalan Speaker

YB. Kota Siputeh.

Akan tetapi.... Ya, silakan.

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Terima kasih. Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Kupang. Saya nak tanya tentang pentingnya pendidikan sebab YB. Kupang dalam bidang pendidikan kan? Kita tahu bahawa pendidikan sebenarnya membentuk individu seseorang itu.

Sila ulang. Tidak jelas.

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Jadi, pendidikan ini sebenarnya dia besar kan daripada tadika sehinggalah sekolah rendah, sekolah menengah dan IPT. Jadi, pentingnya pendidikan ini untuk membentuk individu seseorang itu dan juga untuk membangunkan sehinggalah untuk menjadi pemimpin untuk membangun sebuah negara.

Contohnya, negeri Kedah inilah. Jadi, pendidikan kita kena ambil berat bagaimana untuk melahirkan belia-belia kita ini. Jadi, tentulah pendidikan bermula daripada kanak-kanak sehinggalah mereka dewasa. Jadi, kepentingan dari sudut pembentukan jati diri pelajar tersebut, nilai-nilai murni, adab-adab yang baik, akhlak yang mulia. Jadi, perlu dilihat pendidikan ini daripada sekolah kerajaan, swasta, pondok, semua lah, melibatkan semua dan sekiranya belia kita ini menjadi pemimpin.

Pemimpin bagaimana yang kita hendak lahirkan untuk membentukkan sebuah negara? Jika dia, dia menjadi seorang ADUN, adakah dia ADUN yang tidak berprinsip, tidak bermaruah, tidak ada integriti, dia boleh lompat-lompat ikut suka hati sehingga menjatuhkan sebuah kerajaan yang sedang, apa, yang dulu tengah orang kata apa nak meneruskan segala perancangan tetapi gagal di tengah jalan. Jadi, apa pandangan dari YB. Kupang?

Saya tidak menyebut bahawa saya suka kepada lompat ini.

Timbalan Speaker

YB. Bukit Lada di belakang.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Tambah sikit ja YB.?

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Terima kasih kepada YB. Tuan Speaker dan Yang Berhormat Kupang. Saya lihat dalam perbahasan baru-baru ini, apa pandangan Yang Berhormat Kupang berkenaan dengan dua tajuk besar yang saya lihat iaitu khianat dan mandat rakyat. Ada dua yang diperbincangkan. Jadi, saya cuma nak tanya apa padangan Yang Berhormat Dato’ iaitu sekiranya kita ada seorang anak perempuan dan ada dua orang yang datang nak meminang anak kita. Kemudian, yang seorang ini mai dengan kereta yang hebat, bawa kereta yang sangat hebat. Tetapi kita tau itu kereta sewa saja. Yang satu lagi mai dengan kereta dia sendiri. Anak kita ni berkenan sungguh dengan hat kereta hebat ni, sebab semua nampak hebat, nampak cantik. Tapi kita tau dah hat yang mai dengan kereta yang hebat ni, sebenarnya dia ada kita nampak duk bercakap daripada awal lagi. Tapi, anak kita nak kawin juga. Akhirnya, anak kita dapat berkawin dengan orang yang kaya tadi ini.

Yang pada padangan dia, tiba-tiba bila dah kawin baru tau rupanya tak betul pun hat dia janji sebelum ni. Jadi, siapa yang khianat? Kalaulah anak yang tadi ni nak minta cerai, adakah anak ini khianat atau pun suami yang hat mai dengan kereta hebat ni tipu daripada awal lagi. Apa pandangan Dato’?

Ok, terima kasih. Sebenarnya, saya nak respon kepada YB. Kota Siputeh tadi. Sebelum saya respon kepada YB. Bukit Lada ya. Sebenarnya saya tidak menyebut bahawa saya suka perkara lompat. Tapi, maknanya pindaan, pindaan kepada perlembagaan ataupun kepada Undang-Undang Tubuh Negeri belum sampai ke situ kerana di sana ada ruang. Lompat itu bukan satu teras kepada demokrasi tetapi apa nama ni, kalau berlaku tidak sampai kepada kita hendak menyekat kerana itu adalah suatu yang berlaku di pinggiran sahaja. Barangkali, sebab-sebab berlakunya di atas sebab kelemahan mengurus demokrasi itu sendiri, oleh pengamal-pengamal demokrasi yang menyertainya. Ianya berlaku dalam situasi tertentu sahaja. Bahkan, kadang-kadang lompat itu perlu terutamanya bagi menjamin suatu keadaan yang lebih mudarat, besar, dengan adanya lompat itu tidak berlaku mudarat yang besar.

Jadi, keluasan itu masih ada. Tapi, faham ya, saya bukan suka kepada lompat melompat ini. Jadi, hakikatnya itulah disyariatkan talak tadi. Kerana talak tadi, Allah Ta’ala tidak suka kita talak ini. Tak boleh. Makna, “Abghadhu Al-halal Ilallahi Attalaq”, amalan yang halal tapi Allah Ta’ala tak suka. Tapi mengapa disyariatkan ialah menyelesaikan masalah kekusutan yang tak boleh dirungkai maka adalah ruang-ruang yang sebegitu.

Encik Yeo Keng ChuanPKR · PHKulim

Minta laluan Yang Berhormat Speaker.

Jadi, dalam perbahasan semalam kita sering mendengar perkataan amanah dan perkataan khianat.

Encik Yeo Keng ChuanPKR · PHKulim

Yang Berhormat, minta laluan sikit.

Yang ditafsirkan sebegitu rupa yang ditujukan kepada sasarannya. Sebenarnya mereka lakukan lompatan sebagai keputusan politik. Kalau saya nak katakan ijtihad politik tu nanti orang kata, apa nama ni agak keterlaluan. Saya sebut dan sebagai keputusan politik hasil daripada kecamukan yang berlaku di dalam parti mereka. Parti mereka berkecamuk.

Jadi, mereka buat sesuatu keputusan politik untuk menentukan keadaan-keadaan, menyelamatkan keadaan. Bukan takat mereka, rakyat pun cemuih melihat gelagat pemimpin yang menjadikan jawatan PM itu sebagai agenda besar. Timbul bincang mengenai siapa nak jadi PM. Kemudian, ganti orang ini, kawan ini tidak setuju, sampai apa nama ni, menghayun rakyat. Memikirkan keadaan ini, agenda negara terbengkalai! Soal kemiskinan masih lagi menjadi perkara yang besar, soal ekonomi, pendidikan masih lagi menjadi masalah besar tapi yang ditumpukan hanya untuk kepentingan beberapa orang sahaja dan heret rakyat untuk bersama. Jadi, keadaan ini barangkali menyebabkan rakyat menjadi cemuih melihat gelagat-gelagat ini dan tidak ada penghujungnya. Maka, penyudahnya sampai hilang kuasa. Jadi, belajarlah dari situ. Ambillah iktibar dari kejatuhan yang dialami itu. Faktabiru’ya’ulil’ albab, ambillah iktibar, itu soalnya.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Tuan Speaker, minta pencelahan sikit. Pencelahan YB.Kupang. YB. Kulim dulu ka saya dulu?

Speaker

Kulim!

Encik Yeo Keng ChuanPKR · PHKulim

Terima kasih, Tuan Speaker. Yang Berhormat Kupang, demi keharmonian, demi perpaduan kaum, kejahteraan, keamanan dan kemuafakatan implikasi warganya. Setujukah kerajaan kita memperkukuhkan pendidikan prinsip rukun negara supaya Ahli Parlimen, ADUN serta pemimpin parti politik perlu mengamalkan prinsip khas berkaitan rukun negara agar kita dapat menjadi contoh yang terbaik dalam konteks masyarakat. Setuju tak kerajaan kita? Terima kasih.

Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

YB. Tuan Timbalan Speaker!

Sebentar! Sebentar YB. Pengkalan Kundor, kerana asas kita ialah meletakkan dia punya asas pembinaan negara. Mereka ada rukun negara. Sebab itu daripada rukun negara inilah, semua warganegara Malaysia tak kira India, Cina, Melayu, Kadazan mengamalkan rukun negara ini kerana itulah falsafah hidup negara kita. Jadi, kalau kita cuba keluar daripada falsafah itulah yang menyebabkan kita menjadi porak-peranda. Soalnya, kalau dulu kita lihat generasi Tan Shu Shin, generasi Vitti Sarubatan.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Tuan Speaker. Pencelahan.

Satu generasi yang memahami falsafah kemerdekaan. Maka, keadaan itu berjalan dengan baik. Tapi selepas itu, tercalar oleh kerana generasi sekarang tidak memahami apa itu falsafah negara. Ini menyebabkan keadaan itu berlaku. YB. Tuan Speaker,...................... (YB. Pengkalan Kundor minta laluan)

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

YB. Kupang, pencelahan.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

YB. Tuan Speaker, YB. Kupang memegang portfolio agama dan juga pendidikan. Jadi, saya boleh nampak dalam masa yang sangat suntuk ini, dia tidak menggunakan masa ini dengan mengupas isu-isu di bawah portfolio dia. Malah, dia merewang merata. Baik, itu yang pertama.

Yang kedua, sistem kita, sistem kita telah secara konvensyennya, secara amalannya, secara fahamnya, rakyat faham bahawa mandat setiap pilihan raya itu sekitar lima tahun. Jadi, kalau satu-satu kerajaan tak elok, tak apa sekalipun, mandat dia lima tahun itu, bukan kacau, rampas di tengah jalan. Jadi, itulah yang saya katakan mengkhianati mandat rakyat. Mandat rakyat semua tahu lima tahun. Kalau katakan satu-satu kerajaan tak elok maka selepas lima tahun itulah tukar. Kerana itu sistem, sekarang ini mencemari sistem dengan merampas, dengan mengkhianati mandat rakyat. Itu yang saya maksudkan.

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

YB Kupang, sikit boleh. Ok, terima kasih YB. Kupang dan Tuan Speaker. Sebenarnya saya sangat hormat kepada parti PAS. Sebab parti PAS yang paling kurang kita nampak ada lompat-melompat ini, betul! Itu bukan, itu dia sudah, dia bukan masa jadi ADUN. Tidak! Dan dulu kan, dulu PAS bagitau kalau lompat kena cerai lagi isteri dan sebagainya.

Tapi, saya kecewa kenapa dewan ini ADUN dua hari ini, Adun-Adun PAS, Exco-Exco PAS duk defend (dengan izin) atau pun mempertahankan pengkhianat-pengkhianat dan orang yang lompat. Kerajaan tukar kita tak salahkan YAB. Jeneri. Kita tak salahkan PAS, kita salahkan orang yang khianat sahaja. Tapi, buat apa gadaikan apa prinsip kamu? Prinsip PAS yang begitu mulia, begitu integriti, mulia, bermaruah dan duk tahankan konsep atau pun kerja-kerja lompat ini. Saya rasa sangat bazirlah dengan begitu lama parti ini dibina dengan dalam mata rakyat. Terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kalau bolehlah, Dewan yang kita sidang ini kita manfaatkan untuk isu-isu yang kita nak bangunkan rakyat. Kalau kita duk pi tang tu ja, tajuk yang sama, jadi kita tak ‘move on’ (dengan izin) langsung. Jadi, kita harap yang ke depan-ke depan ni tolonglah ‘move on’ (dengan izin) tak payah dah duk berpusing pada satu ‘point’ (dengan izin) itu saja. Sampai saya pun tak mau sebut ‘point’ (dengan izin) apa. Silakan, apa YB. Kupang.

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Tuan Speaker, Tuan Speaker. Boleh?

Speaker

Nanti sat, kita bagi ni.

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Saya paling dekat.

Kalau boleh, Tuan Speaker. Ok, saya nak teruskan penggulungan mengenai apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat di bawah portfolio saya. Dalam perbahasan semalam, YB. Sungai Limau telah membangkitkan soal adakah Kerajaan Negeri mempunyai satu pelan institusi pendidikan seperti tahfiz, pondok dan Sekolah Agama Rakyat untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi sepertimana UniSHAM. Dalam keadaan ini Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan UNIMAS dalam perancangan, maaf UniSHAMS dalam perancangan untuk mewujudkan satu kerjasama. Di mana perbincangan awal telah diadakan bagi merangka program bersesuaian untuk pelajar lepasan tahfiz, pondok dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) bagi melanjutkan pengajian di peringkat tinggi terutamanya di UniSHAMS.

Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga mengambil maklum dengan cadangan yang diusulkan dan yang disebut dalam rangka satu program bagi merealisasikan cadangan pengajian secara langsung ataupun Platform Digital dengan melibatkan barisan ulama yang ada di Negeri Kedah seperti mana program Explorasi Ramadhan yang pernah bersiaran sepanjang Ramadhan melalui platform Laman Media Warta Kedah dan juga apa yang ditimbulkan oleh YB. Suka Menanti melalui inisiatif kepada peniaga-peniaga dan pekerja-pekerja industri kecil. Di mana kita telah menyalurkan bantuan kepada peniaga kecil dan juga kepada pekerja-pekerja dengan majikan umpamanya pekerja kilang dan pemandu bas secara ‘one off’ (dengan izin) sebanyak RM300. Antara usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan kepada golongan muda dalam menghadapi Covid-19 iaitu kita memberi latihan keusahawanan.

Yang kedua, program latihan kemahiran melalui agensi-agensi seperti mana Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Utara, Akademi Binaan Malaysia. Terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Suka Menanti.

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Sikit, sikit ja. Minta penjelasan sikit.

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Terima kasih Tuan Speaker. Jadi, tentang bantuan atau pun sokongan kepada pekerja tadi, disebutkan anak muda, usahawan muda ini. Itu apa yang kita dah beri bantuan ‘one off’ RM300, terima kasihlah yang dah pun disampaikan dalam beberapa peringkat sekarang ini. Cumanya melihat kepada Covid-19 yang sekarang ni tak habis-habis lagi ni, haritu masa kita sembang tu Covid-19 baru 80, 90, sekarang dah 200 lebih dan tak mustahil dia akan menjadi kepada 300 dalam masa dua, tiga minggu lagi. Jadi, usahawan ni masih lagi belum dapat bergerak dengan lebih lancar. Jadi, kita harap ada satu lagi fasa kedua dalam bantuan ini memberi sokongan kepada yang layak betul-betul dipilih. Terima kasih.

Ok, terima kasih. InsyaAllah. Perkara itu kita akan lihat semula dan akan membetuli dan juga mengemaskinikan sistem yang sedia ada untuk menentukan sasaran-sasaran itu dapat menerima bantuan dengan sebaik mungkin InsyaAllah. Berkenaan dengan soalan ataupun yang dibangkitkan oleh YB. Kota Darul Aman mengenai pengangguran meningkat di kalangan golongan muda. Dalam menghadapi situasi ini, golongan belia, peniaga kecil dan orang yang diberhentikan daripada pekerjaan, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan sokongan dan kemudahan yang telah disediakan melalui agensi-agensi seperti Jabatan Tenaga Kerja iaitu kita sediakan peluang-peluang pekerjaan, Jabatan Pembangunan Kemahiran iaitu meningkatkan kemahiran golongan belia dan PERKESO dengan bantuan-bantuan dari segi kewangan.

Tuan Speaker yang dihormati, program-program lain dan rangsangan ekonomi kerajaan kepada penduduk yang terjejas disebabkan oleh Covid-19 adalah seperti yang telah kita bahaskan sebelum ini iaitu jawapan nombor satu kepada soalan lisan daripada YB. Alor Mengkudu. Tengok dalam soalan lisan ini.

Speaker

YB. Kupang ada seminit lagi.

Boleh lebih sikit kut.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Tuan Speaker, minta pencelahan. Dah ada seminit lagi ni.

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Yang Berhormat.

Speaker

Bagi YB. Kota Siputeh, perasan penting tu.

Minta maaf, saya nak menghabiskan.

Speaker

Tak pa, saya bagi YB. Kota Siputeh.

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Terima kasih Tuan Speaker. Saya ada mohon pencerahan kepada YB Kupang la, secara bertulis pun tak pa pertanyaan ini iaitu tentang pendidikan. Mohon penjelasan pihak Kerajaan Negeri pada awal tahun 2020, Pegawai Kewangan Negeri telah pun meluluskan sejumlah wang untuk Program Pembangunan Insan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah bagi melaksanakan Program Pembangunan Modal Insan untuk anak-anak negeri Kedah. Jadi, adakah peruntukan ini telah pun disalurkan kepada JPN Kedah dan apakah program yang telah dilaksanakan? Satu lagi tentang NGO MAP nak masuk ke sekolah. Jadi, mohon dibenarkan dan diberikan peruntukkan kepada NGO MAP. Terima kasih.

Speaker, terima kasih.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Pencelahan.

Speaker

YB. Kupang nak jawab secara bertulis kan?

Saya jawab secara bertulis. Memang kerana masa pun tak cukup. InsyaAllah.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Yang saya nak jawab bertulis pun tak pa.

Speaker

Ringkas, ringkas!

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Berkait dengan portfolio agama, Setiausaha agama. Jadi, hasrat saya sepanjang saya pegang Exco Agama ialah untuk menjadikan institusi agama ni sama macam lain-lain agensi ataupun jabatan iaitu kita digitalkan. Saya ambil contoh, kebetulan Pengarah Zakat ada di sini. Bagaimana zakat telah meng IT kan institusi zakat tu sendiri, yang menjadikan orang ramai melihat Islam zakat itu sangat senang dan sangat megah. Itulah harapan kita juga kepada institusi agama.

Contohnya masjid-masjid kalau kita digitalkan, kalau kita IT kan seluruh maklumat masjid dalam negeri Kedah ini. Kita nak pi masjid mana, kita ‘touch’ (dengan izin) sahaja. Jadi, itu hasrat saya hari tu yang tak kesampaian. Adakah juga Exco Agama sekarang melalui perancangan yang sama yang akhirnya menjadikan orang ramai melihat bahawa oh! Cantiknya Islam itu. Bukan sahaja dengan percakapan tetapi kita ‘up to date’ (dengan izin) dengan sistem-sistem semasa. Mohon respon daripada YB.

Terima kasih. Sebenarnya perkara ini sedang dalam perbincangan dan saya terpaksa bawa ke Mesyuarat Majlis Hal Ehwal Agama untuk kita membuat keputusan. Pertimbangan akan dibuat di situ InsyaAllah. Tuan Speaker, sekali lagi, walaupun ada seminit tapi macam saya sebut dulu la, beg ni kalau penuh macam mana pun, sapu tangan sehelai takkan tak boleh buh.

Speaker

Bubuh, bubuh, sapu tangan dua helai pun tak pa.

Seterusnya, soalan yang dibangkitkan oleh YB. Pengkalan Kundor juga isu penutupan masjid dan surau serta penutupan RNR Gurun serta premis persendirian. Keputusan bagi menutup masjid dan surau tertakluk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Daerah. Jadi, mereka diberi autoriti untuk menentukan penutupan sesebuah masjid atau pun surau. Jadi, langkah jangka panjang bagi mengatasi masalah penutupan surau.

Kita perlu memberi pendidikan kepada masyarakat umum bahawa solat ini sebenarnya boleh dilaksanakan di mana-mana. Maknanya kalau kita mengetahui atau pun kita faham mengenai dengan solat itu, boleh kerja di mana-mana. Tak mesti di surau, tak mesti di masjid tapi oleh kerana bukan menjadi budaya kita sembahyang di tengah jalan ataupun di tempat lapangan lain, kita rasa tak selesa. Padahal budaya itu memang di negara-negara Timur Tengah ianya jadi biasa sahaja. Jadi, tak perlu nak masuk masjid dulu baru boleh sembahyang kerana Rasulullah S.A.W mengajar kepada kita “Wajui’lat lilardhu’ Masjidal Wathohuro” disyariatkan kepadaku dijadikan bumi ini masjid dan bersih”

Jadi, kalau kita buat semuanya, sampai di mana berhenti tempat lapang sembahyanglah. Tapi, oleh kerana kita tidak mendidik masyarakat kita dengan norma baru yang macam tu, dia jadi janggal. Jadi, saya rasa sampai masa kita supaya mendidik bahawa sembahyang boleh di mana-mana. Kalau kita praktiskan benda ni, maka, tak timbul soal marah kepada tok imam tutup masjid dan sebagainya berikutan dengan Covid-19 ni.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Sikit, YB. Speaker.

Speaker

Tak, tak boleh dah!

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Bukan, bukan.

Nak tutup dah, habis seminit dah. Dua sapu tangan dan jadi tiga helai dah ni. Jadi, Tuan Speaker, mengenai dengan YB. Tanjung Dawai bahawa Exco Agama mesti bekerja dengan NGO dalam membanteraskan kemungkaran dan maksiat. Kerajaan Negeri sentiasa berlapang dada untuk menerima candangan daripada NGO untuk bekerjasama sekiranya cadangan tersebut dapat membantu dalam membangunkan Syiar Islam di Negeri Kedah ini.

Jadi, sekadar itulah walaupun ada lagi, oleh kerana YB. Speaker mencemburui saya mengenai dengan masa ni. Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang berkenan bertitah dalam Pembukaan Sidang Dewan.

Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumussalam. Selepas YB. Kupang, Silakan YB. Bukit Kayu Hitam!

Puan Hjh. Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Azubillahiminashaitanirajim. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Robbil A’lamin Wassolatu Wassalamu A’la Asrofil Am’biya Iwal Mursalin Sayyidina Muhammadin Wa’Ala A’lihi Wa’Sohbihi Ajma'iin. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. Yang Berhormat Tuan Speaker, YAB. Jeneri, Ahli - Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, seterusnya Pihak Pengamal Media Sosial dan Para Pemerhati sekalian.

Ahamdulillah Syukur kepada Allah swt. dan juga jutaan terima kasih kepada semua yang berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan dan mengemukakan soalan lisan dan juga secara bertulis.

Penghargaan juga diucapkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam mengemukakan saranan bernas untuk djadikan penambah nilai bagi dasar-dasar negeri, jangka panjang terutamanya yang melibatkan kepada sektor pembangunan wanita, keluarga, masyarakat dan kebajikan Negeri Kedah.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Pihak Kerajaan Negeri sedar akan kepelbagaian peranan wanita dalam keluarga, masyarakat, ekonomi dan politik. Justeru, strategi-strategi khusus untuk mengoptimumkan potensi golongan wanita perlulah dibentuk untuk memperkasa golongan ini. Selain daripada itu, sebagai Kerajaan Negeri yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap rakyatnya, aspek kebajikan masyarakat juga diambil cakna oleh pihak Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri Kedah bersama Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kedah (PPWNK), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Kedah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kedah dan lain-lain agensi dan jabatan kerajaan sentiasa bekerjasama erat dalam merencanakan program untuk menjamin kelangsungan hidup, perlindungan dan pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat penyayang dan sejahtera serta memperkukuhkan masyarakat ke arah peningkatan kesejahteraan sosial.

YB. Tuan Speaker, YB. Kota Siputeh ada membangkitkan isu bagi menangani kes keganasan rumah tangga bagi golongan wanita dan juga kepada golongan lelaki. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Tuan-Tuan serta Puan-Puan sekalian, keganasan rumahtangga boleh berlaku kepada semua isi keluarga atau isi serumah sama ada kepada golongan kanak-kanak, wanita atau lelaki. Pihak Kerajaan Negeri bersama-sama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Wanita dan juga agensi kerajaan telah melaksanakan program-program seperti program Literasi Undang-Undang (LUU) dan juga Wanita Anti Jenayah (WAJA) dan khidmat kaunseling berbentuk kesedaran, ilmu pengetahuan, pencegahan dan kempen kepada golongan wanita dan lelaki serta memberi pendedahan untuk membantu mereka mengambil langkah-langkah dan tindakan sewajarnya. Program tersebut turut dihadiri oleh golongan lelaki, YB. Tuan Speaker, yang terlibat dalam kes keganasan rumah tangga.

Di samping itu, Kerajaan Negeri bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat turut melaksanakan kempen melalui poster, unit social outreach, kempen melalui bas KAWAN JKM, portal jabatan, dan hebahan melalui media cetak dan media elektronik. Untuk laporan aduan kes berlaku keganasan rumahtangga boleh dibuat pada Talian Kasih KPWKM 24jam melalui talian 15999 atau hadir ke Pejabat JKM Negeri dan Daerah bagi mendapatkan Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO).

Bagi tahun ini, kempen melalui mobil unit melalui Social Outreach Bas KAWAN Jabatan Kebajikan Masyarakat turun ke setiap daerah tidak dapat dilaksanakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Kedah masih melaksanakan program-program kolaborasi di antara Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Jabatan Pembangunan Wanita dan juga Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan juga lain-lain agensi kerajaan yang sentiasa dilaksanakan dengan mematuhi peraturan SOP sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Untuk makluman, Akta Keganasan Rumahtangga digunakan kepada kes-kes keganasan rumah tangga yang melibatkan ahli keluarga atau yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang tinggal serumah. Jumlah mangsa yang dilaporkan bagi kes keganasan rumahtanga pada tahun 2020 adalah sebanyak 65 orang perempuan dan 9 orang lelaki. Orang lelaki pun kena dera, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Bagi kes keganasan rumahtangga yang berlaku, kes tersebut akan ditempatkan di tempat selamat di institusi bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti di Taman Sinar Harapan, Rumah Seri Kenangan Bedong dan Rumah Kanak-Kanak mengikut kesesuaian kes atau ditempatkan di NGO yang bersesuaian. Walau bagaimanapun, bagi kes keganasan rumahtangga yang berlaku dalam kategori fizikal atau ancaman fizikal akan dikeluarkan Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mengelakkan daripada terus berlaku ancaman oleh pemangsa. Tempoh Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) ini akan dikeluarkan dan disampaikan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia dan yang akan menjalankan siasatan Perintah Perlindungan Sementara (IPO).

YB. Kota Siputeh dan YB. Anak Bukit ada membangkitkan berkenaan kelulusan pengoperasian Rumah Transit Negeri Kedah. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, permohonan untuk kelulusan di bawah Seksyen 23, pengecualian pendaftaran Pusat Jagaan di bawah Akta Pusat Jagaan sudah dihantar ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Pihak Kerajaan Negeri turut berharap agar kelulusan tersebut dapat diperolehi dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, tempat perlindungan sementara yang lain di Institusi Kebajikan Masyarakat boleh menampung dan menempatkan golongan kes keganasan rumahtangga, pengabaian, pengemis dan sebagainya. (YB. Kota Siputeh minta laluan)

Puan Hjh. Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Silakan YB. Kota Siputeh.

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih YB. Bukit Kayu Hitam atas penjelasan tadi. Saya mohon penjelasan tentang rumah transit yang dikatakan ada Rumah Transit tu, 5 buah kan, duk sebulan berapa sewa? Terima kasih.

Puan Hjh. Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Terima kasih YB. Adun Kota Siputeh. Untuk makluman rumah transit bukan ada 5 buah tapi ada 6 buah asalnya ada sebuah sahaja di Alor Setar tetapi oleh kerana jumlah jumlah sewaan sebuah rumah itu RM1,000 kita dapat menyewa 6buah rumah padahal pada zaman dulu cuma satu buah rumah RM6,000 sahaja tetapi kali ini kita menyewa sebuah rumah RM1,000 dan 6 buah rumah telah kita jadikan Rumah Transit. Untuk makluman semua saya akan sertakan jawapan secara bertulis kepada YB. Kota Siputeh kerana ianya panjang, kita ada bayar elaun, kita ada bayar elektrik, kita ada bayar makan minum di situ, kita ada bayar penyelia yang menjaga di situ. Jadi, Insyaallah saya akan bagi secara laporan bertulis kepada Yang Berhormat! Sila duduk!

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Jadi kata tak mula lagi tu, bayar sahaja lah! YB. Tuan Speaker, jadi sewa rumah transit tu bayar sahaja lah dah sebab kata tak mula lagi? Selama beberapa bulan?

Puan Hjh. Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

YB. Kota Siputeh, kalau kita ada penjara, kita bayar penjara saja ka kalau tiada orang salah masuk? Pihak Kerajaan Negeri Kedah telah meluluskan Tabung Sejahtera Wanita Negeri Kedah bagi menggantikan Tabung Khas Wanita Negeri Kedah. Penubuhan Tabung Sejahtera Wanita Negeri Kedah ini adalah susulan daripada penubuhan Tabung Khas Wanita Negeri Kedah yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 2019. Permohonan yang telah diterima adalah sebanyak 47,360 borang permohonan daripada 36 Pusat Khidmat DUN di seluruh Negeri Kedah.

Untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tabung Khas Wanita Negeri Kedah telah meluluskan peruntukan sebanyak RM480,000.00 untuk dua (2) kategori pada tahun 2019 iaitu kategori menjaga ibu/bapa/pasangan/ahli keluarga yang sakit terlantar dan kategori menjadi ketua isi rumah disebabkan suami sakit terlantar dan hilang punca pencarian.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Kedah bercadang untuk memberi sumbangan Tabung Sejahtera Wanita Negeri Kedah yang bernilai maksimum RM500.00 secara ‘one-off’ kepada penerima yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Kerajaan Negeri Kedah berhasrat untuk memberi fokus kepada golongan wanita yang memerlukan bantuan kewangan bagi meningkatkan aktiviti ekonomi bagi menambah pendapatan keluarga sejajar dengan impak daripada Pandemik Covid-19 yang menular di seluruh dunia.

Bantuan kewangan ini menandakan keprihatinan Kerajaan Negeri Kedah dalam membantu golongan wanita yang ingin memajukan perniagaan kecil atau perusahaan di rumah secara kecil-kecilan bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Dengan adanya sumbangan ini, diharapkan agar ianya sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban tanggungan wanita-wanita yang memerlukan bantuan kewangan di Negeri Kedah.

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

YB. Tuan Speaker!

Puan Hjh. Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Ya..YB. Kubang Rotan!

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Ok, baik! Berkenaan dengan masalah rakyat! Kadang-kadang kita pi melawat tempat kebakaran dan ribut, ada yang total lost dalam kebakaran itu begitu juga ribut. Jadi, kerajaan ada menyediakan pusat penempatan sementara tapi kita nak tanya adakah polisi kerajaan untuk menyediakan pusat penempatan sementara ini untuk di seluruh daerah.

Kadang-kadang kita telefon dan check banyak yang tiada. Satu lagi pula kebanyakannya adalah flat tapi bila kita pergi ada juga masalah-masalah rakyat bila rumah terbakar ini, orang tua-tua, yang ada ini orang tua-tua, kalau nak naik tangga tu pakai dak dah la. Jadi, ini yang akan jadi isu dan permasalahan dalam rakyat kita. Memang dimana-mana daerah mengatakan macam di tempat saya beberapa kali saya pergi ke rumah pakat tak dapat nak disediakan oleh kerajaan. Itu sahaja soalan!

Puan Hjh. Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Terima kasih YB. Kubang Rotan! Untuk makluman YB. apabila berlaku bencana ataupun musibah kebakaran yang berlaku di setiap daerah kita, kita juga telah pun memberi peruntukan kepada setiap Adun sebanyak RM5,000 untuk turun ke Padang untuk turun melawat mangsa-mangsa yang terlibat.

Di samping itu juga, Jabatan Kebajikan Masyarakat akan beri bantuan wang tabung segera sebanyak RM100 ke RM300 kepada mangsa yang terlibat. Seterusnya juga kita bila turun ke kawasan tu bersama-samalah dengan Penghulu ataupun wakil daripada Pejabat Daerah untuk kita salurkan permohonan kepada pejabat daerah yang mana kelulusan telah dibuat dan diberi kepada setiap daerah sebanyak lebih kurang RM6,000 kebawah untuk meluluskan setiap bencana yang berlaku.

Jadi, Insya-Allah soalan bertulis akan saya sediakan kepada YB. Kubang Rotan tu sebab masa tak ada. Minta maaf! Dan jawapan penempatan semula sementara apa yang berlaku contohnya berlaku di Sungai Petani baru-baru ini yang mana di perkampungan ladang situ, ada dua buah rumah terbakar saya telah pun melawati dan menziarahi mangsa dan mangsa ditempatkan dulu buat sementara di dewan orang ramai di situ.

Jadi, buat masa sekarang Kerajaan Negeri Kedah tidak ada peruntukan yang besar untuk kita mendapatkan rumah-rumah seperti Rumah Transit tentera dan Insyaallah cadangan itu akan dalam perancangan akan dibuat dan kita mohon peruntukan benda kerajaan pusat untuk memberi peruntukan kepada Terengganu Kedah dan kita juga akan membuat rumah rumah seperti Rumah Transit di Negeri Kedah. Insya-Allah, cadangan itu dalam perancangan akan dibuat dan kita mohon peruntukan daripada kerajaan pusat untuk membri peruntukan kepada Kerajaan Negeri Kedah dan kita juga akan membuat rumah-rumah transit seperti di daerah-daerah lain.

YB. Speaker, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dirahmati sekalian, kerajaan bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah melaksanakan satu Bantuan Khas Penjana Orang Kurang Upaya (OKU) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah dimana bantuan tersebut disalurkan terus kepada akaun penerima. Bantuan Khas Penjana Orang Kurang Upaya (OKU) ini telah diberikan kepada 23,496 orang penerima bantuan berjumlah RM7,048,800 pada 15 Julai 2020 yang lalu. Kelayakan penerima bantuan adalah kepada penerima yang sedia menerima Elaun Pekerja Cacat, Bantuan OKU Tidak Bekerja dan Bantuan Pesakit Kronik/OKU Terlantar. Bantuan ini merupakan bantuan tambahan secara ‘one-off’ sebanyak RM300.

Kerajaan bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah melaksanakan satu Bantuan Khas Ibu Tunggal atau lebih dikenali sebagai BKID secara one-off sebanyak RM300. Permohonan bantuan tersebut boleh dimohon sehingga 31 Oktober 2020. Kalau ada YB-YB yang ada ibu tunggal yang tidak pohon lagi boleh kemukakan borang dan borang-borang telah pun melalui pusat-pusat khidmat wakil rakyat untuk dipanjangkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita.

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Sikit saja!

Puan Hjh. Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Sat, YB. Terdapat dua kaedah bayaran iaitu melalui Jabatan Pembangunan Wanita dan Keluarga serta Jabatan Kebajikan Masyarakat. Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi seorang Perempuan (Warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori yang pertamanya, taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama. Yang kedua, Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah. Yang ketiganya ialah tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)

Sehingga 24 Ogos 2020, permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal yang telah diterima dan diuruskan oleh Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kedah adalah sebanyak 8,986 borang permohonan telah pun diisi.

Di samping itu, Bantuan Khas Ibu Tunggal yang diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dibayar kepada yang layak iaitu sebanyak 2,633 orang ibu tunggal yang mendapat bantuan bulanan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui skim bantuan kanak-kanak. Jumlah peruntukan yang telah selesai dibayar adalah sebanyak RM789,900.00

Di samping itu juga, Program I-Suri dilaksanakan oleh Kerajan bersama pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah satu insentif khas kepada Suri Rumah yang berdaftar dalam eKasih. Sumbangan Kerajaan adalah sebanyak RM40 sebulan atau RM480 setahun. Manakala, caruman individu hendaklah dibuat ke dalam akaun KWSP sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun.

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Minta laluan! Sikit saja!

Hjh. Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Ya.. YB. Silakan!

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Terima kasih YB. Speaker, terima kasih YB. Bukit Kayu Hitam! Saya ada 2 soalan di sini. Satu berkenaan dengan khairat kematian! Khairat kematian ini kita tahu semasa pertukaran kerajaan pada 17 Mei 2020. Jadi, ada yang menghantar borang-borang khairat kematian di Dun-Dun terutamanya di Dun Pembangkang ini yang kami terima daripada pejabat pentadbiran menyatakan bahawa bulan 1 sahaja yang kami terima sepatutnya bila pertukaran sebab masyarakat dah hantar sampai bulan 4 atau bulan 5, kita boleh terima tapi rakyat tak terima. Rata-rata rakyat telah mengadu di Pusat Khidmat menyatakan mereka tak terima pembayaran sumbangan khairat kematian, hanya terima bulan 1 saja! Minta semak balik!

Yang kedua ialah berkenaan dengan I-Suri. Adakah kerajaan bercadang, bahawa RM5 yang dicarumkan oleh ibu tunggal ataupun suri rumah melalui EPF itu sebanyak 17,000 orang seluruh Negeri Kedah. Adakah kerajaan bercadang untuk membayar berbanding dengan negeri-negeri lain, negeri-negeri membayar ataupun mungkin zakat boleh membayar, RM1 juta lebih saja, boleh cover untuk seluruh masyarakat marhain di peringkat bawah terutama ibu-ibu tunggal.

Puan Hjh. Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Terima kasih YB. (YB. Kota Siputeh mencelah)

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Yang Berhormat, berkenaan sama dengan kematian. Sikit sahaja Tuan Speaker.

Hjh. Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Kalau sama saya jawab….(YB. Kota Siputeh mencelah)

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Dak! Dak! Bukan macam ni!

Hjh. Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Ok!

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Borang Khairat Kematian itu sampai ke Pejabat Adun, pejabat kami lah kan, lepas tu bila berlaku pertukaran ini kemudian kita nak serah kepada penyelaras, oh tak boleh kena individu itu pi ambil dan serah kat depa samalah dengan Borang IPT apa salahnya kami semua pi serah macam tu kan? Tak, nak minta individu pi serah sendiri. Jadi, kami pejabat ADUN terpaksa telefon setiap orang, mai ambil pi pulak kepada penyelaras dun, dah lah jauh pulak daripada saya punya tempat.Kota Siputeh.

Hjh. Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Ok saya faham maksud YB. Kota Siputeh. Untuk khairat kematian, untuk makluman semua Exco yang memegang portfolio khairat kematian adalah Yang Berhormat Merbau Pulas dan Insya-Allah beliau akan menjawab nanti! Mengenai SOP ataupun prosedur yang ditetapkan oleh setiap DUN, setiap kerajaan dia ada SOP yang telah ditetapkan. Kalau dulu kita di Adun Pembangkang kita akan bagi kepada Penyelaras DUN dan hari ini pun macam tu juga kita akan bagi kepada Penyelaras DUN yang akan menguruskan perkara itu.

Untuk makluman YB. Kubang Rotan, mengenai I-Suri. Kita ada 17,000 nama yang telah disenaraikan yang ada dalam data e-Kasih untuk kita beri insentif I-Suri dan Alhamdulillah kita dapat membuat kempen yang mana kita telah berjaya dekat 9,000 dah yang senarai nama itu telah kita masukkan dalam bantuan I-Suri ini dan Insya-Allah setiap pusat khidmat telah pun dipanggil untuk memberi penerangan mengenai I-Suri ini dan Insya-Allah kita akan bekerjasama dengan Pejabat Daerah dengan Pihak ICU untuk kita turun kelapangan untuk kita pastikan nama-nama yang tersenarai dalam I-Suri itu didaftarkan untuk mendapat insentif ini. Jadi, saya juga mencadangkan supaya penerima-penerima KIDA tadi nanti yang ada di dalam senarai e-Kasih ini dimasukkan terus kepada dalam caruman KWSP I-Suri ini.

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Soalan saya iaitu caruman RM5 itu, caruman RM5 daripada ibu tunggal itu. Minta maaf YB. Tuan Speaker, caruman RM5 yang dicarumkan oleh ibu tunggal ini adakah kerajaan negeri bercadang ataupun polisi kerajaan boleh membantu berbanding dengan negeri-negeri lain. Yang RM480 tu saya tahu daripada pihak EPF ini.

Hjh. Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Untuk YB. Kubang Rotan. Kerajaan telah memberi RM480 setahun. Jadi, RM5 ini adalah syarat untuk dia nak tengoknya cinta dan kasih sayang suami dia kepada dia RM5 sebulan untuk dia dapat.

Untuk suri rumah hanya RM5 sahaja dan Insya-Allah kita juga akan berbincang mengenai perkara ini. Kalau penambahbaikan yang lebih baik lagi,jadi kena minta supaya ini caruman. Sebenarnya kalau kita carum dalam KWSP, banyak faedah yang kita akan dapat. Jadi kalau orang kita ini kalau kita nak suap semua perkara dia kena berikhtiar untuk diri dia kan. Jadi, RM5 campur kalau suami itu hisap rokok sekotak rokok pun RM12 lebih, RM5 saja nak dicarum kepada adinda dia dan manafaat dia, dia akan dapat masa dia tua nanti. Okey, buat masa lagi kerajaan negeri belum ada lagi untuk nak tolong carum RM5 tetapi senarai mereka yang ada di dalam senarai namaa KIDA Insya-Allah kita akan selaraskan untuk dia terus mencarum dalam I-Suri ini.

Speaker

YB. Bukit Kayu Hitam, panjang lagi dak?

Puan Hjh. Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Dak, sikit lagi!

Speaker

Ha..sikit lagi tak apa lah!

Puan Hjh. Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Dah banyak mencelah YB. Speaker. Minta maaf! YB. Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dikasihi sekalian. Pertamanya saya mengucapkan terima kasih kepada Adun Jitra yang mana telah memberi tanggungjawab kepada saya semasa beliau menjadi Menteri Besar dahulu dalam Program Kasih Ibu Darul Aman iaitu KIDA. KIDA pada fasa pertama yang mana pelaksanaannya dijangkakan bersama dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bermula Mei 2019 sehingga Jun 2020 telah melibatkan seramai 4,281 orang penerima. Seterusnya, Kerajaan Negeri Kedah melaksanakan KIDA Fasa 2 bermula Julai 2020 hingga Disember 2020 yang melibatkan seramai 4,547 orang. Saya juga berterima kasih kepada YAB. Jeneri kerana telah memberi tanggungjawab ini kepada saya untuk melaksanakan program ini untuk Fasa 2.

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Program KIDA ini bertujuan untuk memberdayakan kaum ibu, terutamanya mereka yang mempunyai isi rumah berpendapatan 40% terendah. Jadi, untuk menampung perbelanjaan keluarga melalui pembelian barangan keperluan asas bernilai RM250.00 setiap bulan dan mendapatkan rawatan dengan jumlah RM500.00 setahun. Tambahan pula, dalam KIDA Fasa 2 kita masukkan keperluan asas iaitu gas memasak dan pembelian topeng muka dan hand sanitizer untuk Program KIDA yang kedua ini.

Melalui program KIDA Fasa 1 dan Fasa 2 ini, sebanyak 8,828 orang penerima dari seluruh Negeri Kedah telah tersenarai dalam data eKasih dan telah mendapat manfaat daripada program KIDA dengan peruntukan RM30 juta daripada pihak Kerajaan Persekutuan melalui Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA). Pihak Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah (ICU) sekarang ini sedang giat mengemaskini data eKasih bagi tujuan pertimbangan senarai nama penerima yang layak untuk tahun hadapan.

Yang Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dirahmati Allah swt. sekalian, selaku Exco Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Negeri Kedah, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua kakitangan KKM, APM, RELA, PDRM, terutamanya JKM seluruh Negeri Kedah yang bertungkus-lumus menggembleng tenaga sebagai petugas hadapan dalam menangani dan memberi bantuan dalam Pandemik Covid 19 dalam Negeri Kedah.

Mereka terlibat secara langsung dalam menyediakan keperluan harian kepada penduduk yang terjejas yang menguruskan pusat-pusat kuarantin. Terima kasih kepada isteri-isteri mereka yang berkongsi suami dengan rakyat Kedah, terima kasih kepada suami-suami yang berkongsi isteri dengan rakyat Kedah, terima kasih kepada ibu bapa yang berkongsi anak kepada rakyat Kedah, terima kasih juga kepada anak yang berkongsi ibu bapa dengan kami rakyat Kedah. Terima kasih kepada semua mereka di sana.

YB. Speaker, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati Allah swt. sekalian, kalau tak cakap bab politik pun kita dikatakan macam-macam dah! (YB. Kota Siputeh minta laluan)

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Boleh sikit YB. Speaker! Sikit saja! Sikit saja!

Speaker

Ya..silakan! Silakan!

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Terima kasih YB. Speaker, terima kasih YB. Bukit Kayu Hitam! Sikit tentang JKM yang kes di kawasan TEMCO, di kawasan saya Kg. Megat Dewa. TEMCO agak lama dan terima kasih kerana JKM bagi beberapa bantuan. Cuma saya nak bangkitkan isu barang-barang basah, semua kena bagi kepada Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah akan bagi kepada kawasan TEMCO ini dan masalah sekarang ini bila barang basah lambat bagi ada yang sampai tak boleh makan dah. So akan datang ‘make sure’ (dengan izin) bila ada barang-barang basah ini disegerakanlah jangan ditangguh-tangguhkan.

Puan Hjh. Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Terima kasih YB. Kota Siputeh. Untuk makluman YB. Kota Siputeh, kawasan TEMCO yang diwartakan pada 3 Ogos hingga 26 Ogos, 12.30 tengah malam termasuklah kawasan Megat Dewa, kawasan YB dan kawasan saya sendiri di Dun Bukit Kayu Hitam, dua kali saya turun bagi bantuan di sana tapi saya tak nampak pun lah YB. Adun Kota Siputeh di sana! Mengenai SOP yang ditetapkan….(YB. Kota Siputeh mencelah)

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Tak betul tu! Tak betul tu!

Puan Hjh. Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

YB. duduk sat! Mengenai SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KKM dan Kementerian yang mana segala bentuk bantuan diagihkan kepada mangsa-mangsa berada di dalam TEMCO melalui PKOB di Daerah Kubang Pasu yang bertempat di Dewan Tunku Anum, pengagihan dibuat oleh Penolong ADO di situ bersama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat APM dan JPM untuk meneman! YB. Adun Kota Siputeh, minta maaf kalau kelewatan ikan ka barang basah itu, sebab untuk kita memberi kemudahan kepada rakyat, kita juga dibawah portfolio YB. Lunas yang mana telah membuka pasar sehari di situ dalam seminggu 3 kali dan mereka boleh juga boleh keluar membeli makanan dan barang basah. Kami di peringkat Kerajaan Negeri Kedah hanya memberi makanan barang kering sahaja, yang basah hanya NGO-NGO yang menghantar makanan YB, jadi kita terima kasih kepada NGO di luar sana yang begitu prihatin yang hantar makanan.

YB. Speaker, saya minta YB. Bukit Kayu Hitam memperbetulkan kenyataannya sebab kami diberitahu apabila nak menghantar barang makanan ini ianya mesti melalui Jabatan Kebajikan, kami sendiri tidak dibenarkan pergi ke kawasan-kawasan TEMCO ini atas arahan YB. Bukit Kayu Hitam sendiri. Jadi, tak adil saya ingat kalau menyatakan bahawa Kota Siputeh tak nampak muka di situ kerana kami tak dibenarkan pergi pun.

Puan Hjh. Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Saya minta maaf YB. Jitra. Memang saya sendiri pun di viralkan di dalam media sosial mengenai Adun tak pernah turun ke padang dalam tempoh TEMCO. Kita senasib! Sebab apa? Pandemik Covid ini dia mai bukan kita nampak tapi kita pun bukan kebal tapi saya nak habaq kepada YB tadi bukan kami tak bagi barang makanan itu sebab YB kata susah barang makanan basah ini susah kita nak bagi tapi pengumpulannya dibuat di situ kalau pengumpulan dibuat di Pejabat Daerah, ikan dengan busuk, dengan sayur lagi mana kita

mampu untuk kita nak agih di kawasan tersebut. Jadi, saya minta maaf disitu. Sebenarnya Jabatan Kebajikan Masyarakat ini bersama team APM dan frontliners ini bekerja habis-habisan yang terbaik untuk rakyat di kawasan TEMCO. Terima kasih kepada mereka.

Jadi, Tuan-Tuan dan Puan-Puan, saya nak maklum disini, Kerajaan Negeri Kedah Bersatu + PH jatuh disebabkan oleh 2 Adun daripada PKR dan Team Azmin Ali mengisytiharkan diri keluar dari parti dan menyokong gabungan Pakatan Nasional (PN). Minta maaf YB. Lunas. Boleh tanya kepada Sidam dan Lunas. Waktu itu Gabungan PN di Kedah telah mempunyai 19 kerusi sedangkan Gabungan Bersatu + PH tinggal 17 kerusi maka Kerajaan Bersatu + PH jatuh di Kedah. Tidak seorang pun wakil rakyat Adun Bersatu lompat parti saya nak habaq di sini. Adun Bersatu Kedah tidak mengkhianati parti tetapi sebaliknya akur dan taat kepada pucuk pimpinan parti kecuali ada 2 orang wakil rakyat di sini.

Sekurang-kurangnya apabila Bersatu berada di dalam Kerajaan PN Kedah, wakil Bersatu ada dalam pentadbiran kerajaan dan sebagainya. Dengan ini Bersatu Kedah masih mengekalkan mandat rakyat yang memilih calon Bersatu untuk menjadi kerajaan bukan jadi pembangkang! (YB. Bakar Arang mencelah)

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Bertanding pakai logo apa hari tu?

Hjh. Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Kami tetap dengan prinsip perjuangan sebelum PRU iaitu menjadi kerajaan untuk berkhidmat kepada rakyat. Hari ini terbukti apabila wabak covid 19 menyerang Kedah buat kali kedua, TEMCO di kawasan Napoh dengan kluster Sivagangga. (YB. Alor Mengkudu mencelah)

Saya nak tanya sikit bukan apa saja nak tanya lah tengahari-tengahari ini, saya nak tanya…

Puan Hjh. Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Saya nak cakap bagi habis sat, YB? Jika kami Adun Bersatu memilih untuk menjadi pembangkang bolehkah kami membantu rakyat. Setakat ini, wakil rakyat pembangkang belum ada lagi yang menyediakan peruntukan untuk covid 19 sepertimana kerajaan sediakan. Minta maaf! Kami meraikan…(YB. Bakar Arang mencelah)

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Takut jadi pembangkang jangan masuk pilihanraya lah!

Puan Hjh. Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Kami meraikan prinsip rakan-rakan yang lain dalam Bersatu untuk meninggalkan Bersatu dan menubuhkan parti baru dengan ucapan selamat berjuang. Kepada kawan-kawan dari PH, kami menghormati keputusan pucuk pimpinan YB-YB sama. YB-YB semua taat dan akur kepada pucuk pimpinan dengan tidak menyertai Kerajaan Perikatan Nasional. Jika YB-YB semua mengambil keputusan untuk taat dan akur kepada pucuk pimpinan masing-masing dan YB-YB semua beranggapan itu adalah satu tindakan yang betul, dan kami juga dari Adun Bersatu, kami juga akur kepada pucuk pimpinan kami iaitu Presiden Parti kami yang menjadi Perdana Menteri dianggap tidak betul. (YB. Alor Mengkudu mencelah)

Boleh tanya sikit dak YB. Tuan Speaker?

Hjh. Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Jika kami boleh menghormati prinsip ini, perjuangan-perjuangan YB-YB semua, mengapakah YB-YB tidak boleh menghormati prinsip kami. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tak dan kita nak tanya soalan ni!

Speaker

Dia duduk dulu, tak upaya lah! Terima kasih YB. Bukit Kayu Hitam. Hat lain semua bagus, hat last itu pasal dia baca teks, tak sepatutnya dia baca teks dalam Sidang Dewan. Tapi tak apa lah dah lepas dah. Silakan YB. Merbau Pulas!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi robbil a’lamin wassola tuwassala muala asyrofil anbiya iwal mursalin wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. Khola rubbish rohli sodri wayarsirli amri wahlul unddatan millisani yafkhohu khauli.

Terima kasih kepada YB. Tuan Speaker, YAB. Jeneri, Ahli-Ahli Majlis Mesyaurat, Adun-Adun dan juga Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kerajaan Pusat dan Negeri, tuan-tuan dan puan-puan yang kasihi sekalian. Sebelum saya menggulung, ada 3 Adun yang menimbulkan soalan berkenaan dengan portfolio saya. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada ‘frontliners’ yang sedang bertugas sekarang ini dan juga kepada rakyat di luar sana hendaklah mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk memutuskan rantaian pandemik Covid-19 ini. Itulah sedikit penghargaan saya ucapkan kepada ‘frontliners’ kita.

Seterusnya 3 Adun yang menyentuh tentang portfolio saya pertamanya YB. Jitra mengenai kemiskinan, YB. Kuala Ketil, kemiskinan, YB. Suka Menanti mengenai KEMAS, saya rasa tak perlu jawapan dah sebab saya dah jelas sejelas-jelasnya saya bagi jawapan. Cuma saya nak menyentuh tentang kemiskinan yang disentuh oleh YB. Jitra. YB. Jitra menyentuh mengenai kemiskinan rakyat sekarang ini dengan PGK yang baru iaitu RM2,208.00. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mengumumkan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) baru 2019 iaitu RM2,208.00 bagi isirumah. Susulan daripada itu, mesyuarat mengenai had PGK baru bertarikh 28 Julai 2020 di MOF (Kementerian Kewangan Malaysia) telah bersetuju supaya siling bagi kriteria penerima bantuan ditetapkan iaitu untuk miskin RM1,169.00 berbanding PGK RM2,208.00. Mesyuarat juga bersetuju supaya MOF menyelaraskan unjuran kenaikan bantuan berdasarkan penetapan siling RM1,169.00 daripada kementerian dan agensi-agensi lain yang terlibat dengan pemberian bantuan. Itu yang disoalkan oleh YB. Jitra na.

Di sini saya akan memberi sedikit respond kepada persoalan yang ditimbulkan oleh YB. Jitra iaitu apakah langkah-langkah kerajaan membantu rakyat miskin apabila dinaikkan PGK RM2,208.00 tapi dah disebutkan awal-awal tadi RM1,169.00.

Jadi, untuk jawapannya peringkat awal bermula pada bulan Ogos ini Kerajaan Negeri akan menyalur sumbangan “Program Beras Sejahtera” ke DUN-DUN dalam Negeri Kedah kepada Pejabat-pejabat Adun dan juga Penyelaras Dun di seluruh Negeri Kedah dan penerimanya seramai 1,800 orang setiap bulan sebanyak 50 bungkusan “Beras Sejahtera” akan diedarkan di setiap DUN-DUN dan juga Penyelaras DUN bermula Ogos. Itu sebahagian daripada apa yang dirancang oleh kerajaan masa kinilah untuk disalurkan kepada rakyat bagi membantu rakyat-rakyat termiskin yang berada di dalam Negeri Kedah ini.

Yang keduanya, di bawah Kementerian Luar Bandar ini kita ada agensi untuk membantu masyarakat luar bandar. Pertamanya KEDA, KEDA juga telah mengadakan pelbagai program di antaranya Program Peningkatan Pendapatan (PPP), Latihan Kemahiran, pelbagai program dilaksanakan oleh KEDA untuk meningkatkan ekonomi B40 ataupun rakyat yang terlibat dengan kemiskinan ini dan telah mengisi borang e-kasih. Begitu juga di bawah PKLB (Projek Kecil Luar Bandar) ada agensi yang membantu mendirikan Program Perumahan Rakyat Termiskin iaitu Giatmara dan KEDA. Kita bina baru sahaja tahun 2020 rumah rakyat termiskin ini sebanyak 67 buah yang bernilai RM3.2 juta. Kita baik pulih untuk rakyat termiskin di bawah KEDA dan juga Giatmara sebanyak 1,107 buah berjumlah RM14.3 juta. Ini sebahagian juga lah yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan di bawah agensi. KEMAS juga ada jenis-jenis sumbangan yang diberikan iaitu kursus-kursus kemahiran jangka pendek yang telah mengeluarkan 242,000 pada tahun ini untuk diberikan kepada 288 orang yang dapat sumbangan untuk mengeluarkan daripada kemiskinan. Kementerian Perumahan pun ada juga di bawah KPKT iaitu baik pulih rumah daif sebanyak 165 buah rumah RM2.1 juta pada tahun ini. Lembaga Zakat sudah termaklum, “sudah terang lagi bersuluh”, yang ada di sini ya.

BPEN (Bahagian Perancang Ekonomi Negeri) melalui Pejabat Daerah juga ada menyediakan Program Baik Pulih Rumah iaitu 157 buah rumah dengan RM1.9 juta. NCIA, KIDA, i-Suri yang disebut oleh YB. Bukit Kayu Hitam, Kementerian Tenaga juga rebat kepada bil elektrik sebanyak RM2.9 juta dan termasuk juga sumbangan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah iaitu Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan (PPKZM) bantuan makanan kepada 873,00 untuk 370 orang keluarga, Program BAKAS

(Bantuan Bekalan Air Selamat) kepada 1,452 isirumah iaitu RM658,000, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah juga mengeluarkan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) sebanyak 64,412 orang dengan RM6.8 juta, Rancangan Makanan Tambahan pun sebanyak RM14.4 juta, Bantuan Awal Persekolahan (BPA) juga RM22.6 juta, Bantuan Pakaian Seragam (Uniform) RM112 juta, RISDA juga ada, begitu juga industri makanan pun ada, Rezeki Tani, FELCRA juga ada, Program Wanita Dinamik. Itulah sebahagian yang saya sebut agensi-agensi yang sudah ada di peringkat kementerian dan juga agensi di bawah Kerajaan Negeri yang membantu rakyat miskin. Cuma sekarang kita pantau sejauh mana untuk seterusnya kita memberi bantuan. Sebenarnya bantuan kemiskinan bukan terletak kepada miskin harta saja sebenarnya, banyak kemiskinan yang ada kepada masyarakat hari ini, miskin bagaimana untuk memikirkan bagaimana untuk meningkatkan pedapatan. Kadang-kadang minta maaflah, kerana dia tak mahu keluar dari kemiskinan dia suka orang bagi kepada dia sumbangan, dia duduk macam tu saja, rumah dia tak mau berubah, dia rasa selesa dengan keadaan begitu. Kalau dia keluar dari kemiskinan orang nampak dia tak miskin, payah untuk menerima sumbangan.

Jadi, kita kena ubah ‘attitude’ ataupun perangai yang ada kepada masyarakat kita ni berubah, jangan kita seronok orang menggelar kita tak berapa senang, kita lebih seronok orang menggelar kita orang yang sentiasa berusaha untuk keluar daripada kemiskinan ini dan kita nak lihat Negeri Kedah walaupun kemiskinan ini tak boleh kita nak basmi pun tapi kita boleh mengurangkan kemiskinan itu. Saya cukup bersetuju dengan satu ‘tagline’ YAB. Menteri Besar kita iaitu “Negeri Kedah Negeri Orang Miskin Berteduh, Negeri Orang Kaya Berbakti”. Inilah ‘tagline’ kita dan InsyaAllah “Kedah Sejahtera Nikmat Semua Untuk Semua” pada kita Negeri Kedah ini. Akhirnya saya menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan KDYMM Tuanku dalam Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Ke-14 yang lalu. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu.

Speaker

Waalaikumussalam Waramatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Merbau Pulas.

Speaker

Terima kasihlah kerana menjimatkan masa. YB. Sungai Tiang kita ada 10 minit, belanja dulu 10 minit ni lepas tu tak cukup kita ambil lagi kemudian. Silakan!

Dato’ Suraya binti YaacobUMNO · BNSungai Tiang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker yang membuka ruang bagi saya untuk melakukan penggulungan bagi sidang dun hari ini dan ucapan terima kasih di atas titah ucapan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.

Terdahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Speaker yang telah terpilih sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah yang juga kepada Yang Berhormat Pantai Merdeka yang dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan yang mulia ini. Tidak lupa saya ingin juga merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Ustaz Ahmad Yahya dan Yang Berhormat Dato’ Wira Othman Aziz, dua senator baru yang dilantik sebagai Senator Dewan Negara mewakil Dewan Undangan Negeri Kedah.

Yang Berhormat Tuan Speaker,Yang Amat Berhormat Jeneri, Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini, saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Dewan yang telah mengemukakan soalan berkaitan portfolio yang diamanahkan kepada saya dan saya akan cuba menjawab menerusi sesi penggulungan ini dan juga manakala tidak sempat terjawab atau terkhilaf menjawab Insya-Allah akan diberikan jawapan secara bertulis.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Alhamdulillah mengamalkan prinsip ‘good governance’ (dengan izin) kerajaan pentadbiran amat komited untuk membangunkan negeri dengan slogan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. Oleh itu, adalah penting dalam barisan kepimpinan pentadbiran untuk merancang melaksana tanggungjawab ini dengan baik dan berkesan bagi kepentingan negeri dan rakyat Kedah serata-rata.

Sebagaimana Ahli-Ahli Yang Berhormat maklum, isu bekalan air merupakan isu yang agak menjadi hangat pada setiap hari dan setiap masa. Dan dalam mengatasi ataupun mengimbangi persoalan air, ada dua perkara yang perlu kita imbangkan antara keperluan domestik, keperluan pertanian dan juga perindustrian. Kita nekad untuk memberikan fokus dan komitmen untuk menamatkan ataupun mengurangkan permasalahan penyeimbangan keperluan air ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam meneliti dan memahami masalah bekalan air di Negeri Kedah, saya memilih untuk mengklasifikasikannya dalam ‘approach’ ataupun tindakan secara makro dan mikro. Untuk Makro, berkaitan infrastruktur bekalan air sama ada Loji Rawatan Air ,saluran ataupun jaringan paip retikulasi submarine paip lain dan segala-galanya. Untuk Urustadbir Mikro adalah pengurusan operasi perkhidmatan bekalan air dan akhirnya isu dalaman dan juga isu komunikasi permasalahan SADA ataupun kekurangan bekalan air kepada pengguna-pengguna. Saya teruskan untuk menjawab beberapa persoalan Yang Berhormat-Yang Berhormat, saya mulakan dulu dengan pertanyaan daripada Adun Kubang Rotan dan juga YB. Anak Bukit mengenai Rancangan Tebatan Banjir di Kubang Rotan. Belum lagi! Siapa tanya? Tak payah lagi lah! Saya nak kena proceed dulu sebab 10 minit ni lepas lunch nanti kalau ada persoalan, boleh tanya. Beberapa perkara dulu ok...(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Speaker

Take your time, jangan panik! Nampak macam panik ja pun!

Dato’ Suraya binti YaacobUMNO · BNSungai Tiang

Tiba-tiba saya tengok macam ada soalan! Ok, YB. Suka Menanti, mengenai langkah pantas mencergaskan ekonomi dan membantu pihak-pihak yang terlibat dalam industry pembinaan yang di persoalkan oleh Suka Menanti. Kerajaan sendiri telah melaksanakan inisiatif agihan kerja kepada kontraktor dalam tempoh PKP dan semuanya diundi secara online dan telah dilaksanakan dalam Fasa 1, 2 dan 3. Secara keseluruhan sebanyak 1,169 projek telah diagihkan.

Seterusnya, YB. Suka Menanti juga bertanya mengenainya pengumuman oleh Menteri Kasa semasa lawatan Menteri ke Kedah jumlah yang telah diumumkan RM4.4 bilion yang telah diklasifikasikan untuk SADA Rancangan Malaysia ke-11 RM1.5 bilion untuk JPS, kasa jumlahnya RM2.5 bilion dan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan juga dalam Kementerian Kasa 316,343,000, total Projek 4372,1754,48 yang dirangkumkan sebagai RM4.4 Billion Semuanya Rancangan Malaysia ke-11 Rolling Plan 4.

Untuk Projek Loji-Loji, Loji Bukit Selambau, Loji Sungai Limau, Loji Buntar Lama, Loji Jenun, penilaian tender sedang berlaku sehingga 30/9/2020 kesemuanya sama tarikh siap Insya-Allah dicadangkan 14/5/2023. Untuk Pelubang, kita sedang melakukan pra rundingan harga dan ia akan bermula September 2020 dan tarikh jangkaan siap 156 minggu pada 10/10/2023. Untuk pendekatan NRW, bagi keseluruhan projek NRW, Kementerian Kasa telah memperuntukkan RM60 juta untuk NRW di Langkawi dan projek itu telah pun ditender dan akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat dan RM44 juta juga pula dianugerahkan ke tanah besar dalam pendekatan 1 dan proses untuk tanah besar telah berjalan sehingga 23%. Secara dalaman, pihak SADA juga merancang untuk menggerakkan program menangani NRW ini, melibatkan kerja-kerja mencari kebocoran melibatkan 160 zon NRW.

Selain itu, pihak SADA juga akan mengaktifkan semula District Metering Zon (DMZ) merangkumi 160 zon. Pihak SADA juga dalam persediaan untuk membangunkan 130 zon dalam tempoh tiga tahun bagi menambahkan bilangan Zon DMZ dari 330 ke 460 bilangan zon. Kerja-kerja bagi meningkatkan bilangan Zon DMZ ini akan dijalankan antara tahun 2021 hingga 2023. Bagi kerja melibatkan skop kerja agihan, pihak SADA bercadang untuk membaik pulih 20 tangki setahun bagi menggantikan 20 tangki lama yang terjejas.

Dr. Salmee bin SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Boleh tanya?

Dato’ Suraya binti YaacobUMNO · BNSungai Tiang

Lepas lunch lah Yang Berhormat! Untuk masalah yang dibangunkan oleh Air Hitam dan juga Kota Siputeh, bagaimana mereka nak menangani masalah air yang berpanjangan dalam masa sebelum Pelubang dapat disiapkan? Antara skop kerja Loji Rawatan Air pelubang ada 11 skop dan antara 11 skop tersebut mempunyai perkara yang sungguh penting, nombor 10 pemasangan paip air terawat bersaiz 350mm di sepanjang 10 km sepanjang Jalan Ayer Hitam ke kawasan Pida. Perkara kedua, ini tak payah tunggu Loji Air Yang baru itu dinaiktaraf, perkara ini dapat kita lakukan dulu dan dapat digunakan dimanafaatkan oleh pengguna-pengguna di Kawasan Pida dan yang ke-11 adalah pemasangan paip air terawat bersaiz 600mm di sepanjang 5 kilometer di kawasan Tebengau juga akan berlaku. Jadi, jika dua perkara ini kalau dapat dilakukan dahulu akan mengatasi masalah stress air yang amat teruk di dua kawasan ini iaitu kawasan Kuala Kedah dan juga kawasan Pida, Jerlun. Bagilah pra rundingan harga dulu, lepas pra rundingan BDB akan dapatkan 11 kontraktor….. (YB. Kota Siputeh mencelah)

Dr. Salmee bin SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Saya rasa kebocoran tu perlu diperbaiki cepat ya Tuan Speaker !

Dato’ Suraya binti YaacobUMNO · BNSungai Tiang

Okey, saya ambil maklum YB. Kota Siputeh nanti kita check! Kita sedang mengkaji semua tempat-tempat kebocoran Kota Siputeh jumpa kawasan yang mana betul ada kebocoran, boleh hantar kepada SADA Hot Line dan kita akan mengambil tindakan dengan segera

Dr. Salmee bin SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Dah diberitahu banyak kali. Tetapi tidak diperbaiki sehingga jadi parit. Air keluar banyak. Jadi, yang hujung tak dapat la air la kan.

Dato’ Suraya binti YaacobUMNO · BNSungai Tiang

Terima kasih, YB. Kota Seputih. Saya ambil maklum.

Speaker

YB. Kota Seputih SMS dekat.

Dato’ Suraya binti YaacobUMNO · BNSungai Tiang

Boleh SMS terus. Betul tu. Terima kasih. Kota Seputih. Untuk projek RTB yang ditanya oleh Kubang Rotan kita dalam proses. Pakej 1 iaitu menaiktaraf Sungai Baru, Sungai Kubang Rotan yang telah siap sepenuhnya pada 17.10.2017.

Pakej 2 adalah menyiapkan baki kerja Projek Pembinaan Lencongan Sungai Baru. Jadual projek sebenar 2.6%, jadual 1.84 dan pakej 3 adalah Menaiktaraf Sungai Tanjung Pauh yang kemajuan sebenar 95%, jadual 97 agak lewat ini mungkin disebabkan MCO. Dan juga.. (YB Kubang Rotan mencelah)

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

MCO bukan alasan MCO benda tu. Cuma minta semak balik.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan di bawah peraturan 12.1 (a). Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya Sidang Dewan pada pagi ini disambung semula pada jam 2:30 petang selepas ditangguh pada jam 1 tengah hari. Sekian terima kasih.

Speaker

Jam menunjukkan tepat pukul 1.00 tengahari. Kita tangguh mesyuarat hingga pukul 2.30 petang. Sekian, terima kasih.

[Sidang Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari]

[Dewan disambung semula pada jam 2.30 petang]

Speaker

Bismillahirahmanirrahim. Dewan disambung semula.

Dato’ Suraya binti YaacobUMNO · BNSungai Tiang

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Tuan Speaker, saya sambung kembali jawapan saya. Saya teruskan dengan pertanyaan daripada YB. Suka Menanti mengenai apakah penumpuan perancangan RTB Baling Fasa 2 untuk menyelesaikan masalah banjir di kawasan Siong dan Bongor. Jawapannya, RTB Fasa 2 Baling hanya dirancang bagi mengurangkan masalah banjir di Lembangan Sungai Ketil berdasarkan kajian yang akan dilaksanakan dalam RTB Baling. Walau bagaimanapun, RTB Ulu Baling peruntukan negeri yang akan menumpukan kepada masalah banjir di kawasan Siong dan Bongor. Hasil daripada kajian RTB Baling nanti akan menentukan penyelesaian menyeluruh bagi mengurangkan masalah banjir dan juga keperluan takungan air di kawasan tersebut.

Seterusnya juga soalan daripada YB. Suka Menanti mengenai purata hujan 5 tahun di Kedah dan dibandingkan dengan purata nasional. Purata hujan 5 tahun terakhir Negeri Kedah adalah 2,439 mililiter manakala purata hujan nasional Malaysia adalah 2,404 mililiter. Melihat kepada trend tersebut, menunjukkan bahawa purata hujan Negeri Kedah agak rendah tetapi pendekatan Kerajaan Negeri adalah untuk mengikuti kajian yang telah dibuat oleh National Water Balance Management System (NAWABs) yang menyatakan bahawa ada beberapa tempat dalam kawasan Lembangan Sungai Muda yang boleh dipertimbangkan untuk dilakukan takungan air pinggir sungai (TABS). Salah satu projek tersebut telah dimasukkan untuk pertimbangan kementerian untuk Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) akan datang.

Selain itu, saya sambung mengenai soalan daripada YB. Suka Menanti juga mengenai status migrasi. Kerajaan Negeri memuktamadkan RM1.135 billion dan sedang berbincang dengan kementerian untuk dipertimbangkan kelulusan untuk menghapuskira tambahan baki pinjaman sebanyak RM371,249,401.31 yang kita rangkumkan sebagai pelaksanaan projek bekalan air luar bandar.

Walau bagaimanapun, sementara menantikan persetujuan tersebut, kerajaan bersetuju untuk tarikh migrasi dilakukan pada November 2020 akan datang dan kita dalam proses melakukan ‘due diligence’ (dengan izin) untuk mempertimbangkan aset-aset yang akan diserahkan termasuk 10 loji tersebut. Walaupun dengan migrasi tersebut jumlah yang sedang kita pertikaikan ini boleh dirangkumkan kembali nanti sebagai ‘addendum’ perjanjian migrasi tersebut. Jadi, kalaupun tidak dipersetujui lagi kita masih boleh ‘migrate’ dan jumlah ini akan dipertimbangkan kemudian.

Selain daripada itu, untuk kursus CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan)…. (YB. Pengkalan Kundor mencelah)

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Tambahan sikit. Selepas daripada ini….(YB. Speaker mencelah)

Speaker

Minta YB. Suka Menanti dulu, dia berdiri dulu.

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Jadi, saya mohon sedikit penjelasan tadi tentang RM1.135 billion, itu setakat inilah kan? Kemudian yang RM351 tadi laju sangat tak sempat, ditambah ataupun ditolak RM351 juta. Perjanjian ini sebab bila dah perjanjian, kita ambil pengalaman beberapa negeri lain bila dah tandatangan, jumlah tu akan jadi ‘fix’ sebab jumlah itu dah jadi jumlah bayaran tahunan daripada negeri kepada federal. Jadi, kita minta dalam proses ini banyak lagi hujah yang patut dibangkitkan supaya jumlah hutang itu diturunkan.

Yang kedua kajian tentang NAWABs tadi saya mohon juga satu lagi adalah kajian hasil ini banyak, kerana memang menunjukkan kuantiti air di Sungai Muda itu sangat tinggi. Buat sementara ini masih lagi ‘over flow’ itu saja pun dah 1,000MLD. di kawasan yang dipanggil baraj lama. Jadi, saya minta tolong selepas ini bila berhujah pun kita gunakan term baraj lama, jangan panggil baraj PBA sebab baraj itu bukan milik PBA ia milik kita, milik bersama, di sempadan itulah baraj lama.

Dato’ Suraya binti YaacobUMNO · BNSungai Tiang

Terima kasih YB. Suka Menanti, kita ambil maklum dan kita tak pernah sebut pun tentang baraj lama dan baraj baru. Saya pun dalam ucapan tadi tak pernah bercakap pun mengenai baraj tersebut dan kita ambil maklum. Ya… YB. Pengkalan Kundor.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

YB. Tuan Speaker, tambahan lebih kurang sama dan kalau ikut apa yang saya faham tadi, proses migrasi yang dah 10 tahun kut. Akhirnya kita masih menanggung hutang saya ingat sekitar, tolak-tolak tadi saya ingat RM1 billion ataupun kurang sikitlah ataupun kurang lagi, katakan RM700 juta. Tapi pada masa yang sama, mikro, makro tadi kita juga sedang dalam proses nak tamat 2 konsesi Air Indah Utara dan Taliworks, juga masih berhutang dan pada masa yang sama keadaan SADA itu sendiri yang ada masalah tadilah, mikro, makro. Jadi, dalam suasana yang seperti itu, macam mana nak memforword untuk nak pastikan bahawa apabila semua ini berlaku, migrasi berlaku, ambil alih kedua-dua konsesi tadi, kalau nak naik tarif pun tidaklah membebankan sangat. Jadi, saya duk nampak ni akhirnya yang terbeban adalah rakyat sebab tarif akan naik ‘for sure’, tapi berapa banyak itu saya ingat bergantung kepada bagaimana pengurusan. Jadi, soalan saya di situ.

Dato’ Suraya binti YaacobUMNO · BNSungai Tiang

Yang mana satu soalan tak tau YB. Pengkalan Kundor? Yang mana satu soalan?

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Dengan segala proses tadi satu migrasi yang meninggalkan hutang, yang kedua dengan nak ambil alih Air Indah Utara dan Taliworks yang juga kita berhutang dengan dia yang juga kita terpaksa bayar hutang, jadi ini dah satu hutang yang ni dua hutang. Yang ketiga, masalah SADA itu sendiri, kalau ‘last year’ kita baca dia punya…..(YB. Sungai Tiang mencelah)

Dato’ Suraya binti YaacobUMNO · BNSungai Tiang

Ok! Ok! Saya rasa nak tanya macam mana kita nak menghadapi semua situasi tersebut. Itu soalannya, terima kasih YB. Pengkalan Kundor, saya nak cepat!

Ok! Saya ingin menyatakan kepada Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini bahawa Kerajaan Negeri bersedia menghadapi semua situasi tersebut sekaligus. Kita bersedia mengambil alih AUI dan Taliworks, kita bersedia menghadapi migrasi, kita bersedia menghadapi semua kemungkinan di dalam SADA dengan hati yang berjiwa besar kerana inilah satu-satunya aset negeri yang perlu kita hormati dan kita laksanakan demi rakyat. InsyaAllah.

Seterusnya untuk CIDB, untuk YB. Suka Menanti saya ingin nyatakan CIDB terus menjalankan program-program, kita boleh mengikuti laman webnya semua program-program untuk usahawan muda dalam pembinaan, Program Latihan Kemahiran CIDB.

Kemudiannya yang terakhir saya kira bagi YB. Suka Menanti bertanya soalan mengenai Jambatan Manjalara dan laluan tujuh Simpang Kemboja. Untuk pengetahuan YB. Suka Menanti, kita mengambil alih dan akan meneruskan semua rancangan ‘rolling plan 4’ tersebut. Selagi projek itu ada dalam tajuk, ia akan terus dilaksanakan termasuklah Jambatan Manjalara, kerja-kerja penyiasatan tanah dan ukur telah siap sepenuhnya, pelan pengambilan tanah seksyen 4 dalam peringkat penyediaan juruukur dan dijangka tender pada 30hb. September, 2020. Itu pun tertakluk kepada kenaikan kos dan memerlukan kelulusan oleh pihak NOC (Notis Perubahan). Untuk yang keduanya adalah mengenai laluan 7, ini juga program RMK-11, dokumen pra kelayakan telah dijual pada 16hb. Jun 2020 dan ditutup pada 2hb. Julai 2020, penilaian kewangan sedang berlaku seterusnya tender akan ditawarkan kepada kontraktor yang terpilih pada penghujung bulan September ini, RM450 juta lebih kurang.

Dan sebagai penggulungannya, pada kami prinsip asas bagi pembinaan Kerajaan Negeri ini adalah hasil daripada kerjasama, kolaborasi, muafakat, ukhwah dan konsesus bersama. Yang utamanya adalah penyampaian. Adalah menjadi tanggungjawab kami menjaga kebajikan rakyat, membuka prospek ekonomi, menjamin keharmonian dan kesejahteraan Negeri Kedah.

YB. Tuan Speaker, sama ada di bangku kerajaan mahupun pembangkang selain bekerja keras untuk mengambil berat kawasan masing-masing, kita sepatutnya membangunkan negeri dan memastikan kesejahteraan hidup rakyat Kedah. Dalam mendepani cabaran Covid-19 ini sewajarnya kita bermuafakat sesama kita mutuskan rantaian musuh ghaib yang menjadi ancaman maut rakyat negeri kita. Patuhi SOP, hindarkan diri daripada ancaman Covid-19. Saya ingin rakamkan ucapan terima kasih dan tahniah saya kepada frontliner ini serta semua jabatan dan agensi termasuklah Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini yang telah menjadi frontliner untuk mendepani rakyat dan masalah rakyat. Kita pasti masalah Covid-19 ini akan berterusan sehingga tahun hadapan. Pastinya rakyat akan berhadapan dengan kesusahan tetapi pasti juga Kerajaan Negeri bersama dengan Kerajaan Persekutuan akan memastikan rakyat Negeri Kedah terbela dan terjaga kesejahteraan mereka. InsyaAllah, saya berdoa kita semua diberi kekuatan untuk….(YB. Kota Siputeh mencelah)

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Sikit saja! Sikit saja sebelum ditutup!

Dato’ Suraya binti YaacobUMNO · BNSungai Tiang

Tak pa, sat gi pakai Adun-Adun lain. Kita berikan kekuatan untuk menghadapi Covid-19 yang akan datang. Terima kasih, saya mohon menyokong.

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Sikit saja! Sikit saja, ia berkaitan sikit. Ya, YB. Tuan Speaker? Ia berkait dengan….

Speaker

YB. Sungai Tiang tak sudi YB. Kota Siputeh. Tak palah, sat lagi ada ruang tang mana masuk na?

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Ia tak berkait pulak! Ini pasal…

Speaker

Dia dah tutup ‘flow’ dia dah!

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Dak! Ini pasal telaga tiub, telaga tiub. Ia perlu segera sebab yang ni lama dah tertangguh!

Speaker

Tak pa! Tanya dekat Speaker.

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Tanya dekat YB. Speaker? Ok, baik! Terima kasih Tuan Speaker. Telaga tiub semasa saya di Kota Siputeh dulu, lebih kurang 6 bulan yang lalu kita dah buat tetapi belum dibayar iaitu bejumlah RM19,000.00 dan kita telah menghantar semuanya kepada Pegawai Kewangan tetapi masih belum dibayar. Satu telaga tiub, satu lagi penyelenggaraan pemasangan ‘culvert’ tanah runtuh yang berharga lebih kurang RM13,000.00.

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

YB., ni ‘flow’ siapa ni YB., siapa yang gulung ni YB.?

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Sebab berkaitan dengan YB. Sungai Tiang, kut boleh percepatkan pembayaran kepada….(YB. Sungai Tiang mencelah)

Dato’ Suraya binti YaacobUMNO · BNSungai Tiang

YB. Kota Siputeh…. Pastinya kalau soalan itu begitu ‘detail’ tidak bolehlah saya jawab pun, pasti kalau dah diterima nanti kita akan jawab secara lain. Boleh tanya soalan-soalan bertulis tadi dalam sesi perbahasan tetapi tidak ditimbulkan. Kalau YB. Kota Siputeh betul-betul serius nak tanya soalan tu kiranya nak jawapan yang sebenarnya pasti YB. Kota Siputeh tanya semasa perbahasan. Betul tak? Tapi kenapa nak tanya semasa kita gulung! Kita pun tak dapat jawapan!.

Speaker

YB. Sungai Tiang, ok….. Tak pa… kadang-kadang kalau kita boleh memenuhkan hasrat orang ni lebih baik, kalau ada time nak tulis, tulislah jawab kepada….. kalau ada time na? Teruskan YB. Lunas!

Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillahirobbil a’lamin wassola tuwassala mu’ala rasulillah waála alihi wasohbihi ajmai’n. Robbish rohli sodri wayarsirli amri wahlul uddatan millisani yafkhohu khauli. YB. Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri Kedah, Ketua-ketua Jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati oleh Allah sekalian. Alhamdulillah, saya ucapkan kepada YB. Speaker kerana diberikan ruang dan peluang untuk saya menggulungkan sedikit apa yang telah ditimbulkan oleh YB. Ahli-Ahli Dewan dalam sesi perbahasan dan InsyaAllah beberapa maklumat akan saya sampaikan di sini. Soalan yang telah ditanya oleh YB. Sungai Limau, YB. Kuala Ketil, YB. Ayer Hitam, YB. Anak Bukit dan juga YB. Gurun banyaknya tentang isu pertanian iaitu antaranya YB. Sungai Limau menyatakan apakah aplikasi khusus sebagai hub platform pendaftaran petani, informasi bantuan dan sebagainya.

Di peringkat MADA, fungsi dan tugas yang dilaksanakan diselarikan dengan pembangunan sistem teknologi maklumat. Sebagai contoh, sistem-sistem dan aplikasi berikut telah dibangun dan digunakan oleh pihak MADA bagi membantu melancarkan pelaksanaan program yang melibatkan golongan sasar seperti berikut. Golongan pesawah, sistem pengurusan input MADA (SPIM), untuk golongan usahawan eUSAHAWAN dan Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan menggunakan aplikasi Peladang Klik (PKLIK). Untuk makluman YB. Ahli Dewan juga, saya selaku Exco Pertanian dan juga agensi-agensi di bawah saya sedang membangunkan satu database semua usahawan-usahawan tani yang ada dalam Negeri Kedah, data sudah pun ada dalam bentuk hardcopy tapi kita akan digitalizekan supaya setiap pengguna aplikasi ini boleh akses kepada semua usahawan-usahawan yang ada dalam Negeri Kedah ini khususnya usahawan tani, apakah jenis produk yang dikeluarkan. Kalau sayuran-sayurannya bila dijangka keluar, bila dijangka ‘harvest’ dan sebagainya, berapakah jumlah yang akan dikeluarkan dan dari situ, pemborong, pembeli ataupun pihak-pihak yang ingin membeli boleh menggunakan aplikasi ini.

Jadi, pihak Jabatan Pertanian sedang membangunkan sistem ini dan akan di’list’kan dengan Unit Media Teknologi Maklumat Negeri Kedah. Kemudian, saya tambah sedikit lagi iaitu data tanah terbiar, itu juga sedang kita usahakan. Jabatan Pertanian telah pun mengenal pasti tanah-tanah terbiar yang dipantau oleh Pegawai-pegawai Pertanian Daerah dan ia akan dihubungkaitkan dengan kerjasama Pejabat-pejabat Tanah Daerah untuk mengenal pasti tuan-tuan tanah supaya mana-mana pihak yang ingin ataupun mahu melakukan usaha menanam, membuat projek pertanian dan sebagainya boleh mendapatkan akses tersebut.

Kemudian, YB. Ayer Hitam bertanyakan tentang keselamatan makanan negara, peningkatan hasil. Ya, Alhamdulillah, memang kita dalam Malaysia pada ketika Covid bermula sampailah hari ini bekalan makanan kita cukup, Alhamdulillah. Namun begitu, jaminan keselamatan makanan ataupun ‘food security’ kita perlu tingkatkan. Hari ini Malaysia khususnya mengeluarkan 70% SSL (Self Services Level) kita dan kita dalam usaha di bawah MAFI (Minister of Agriculture and Food Industries) kementerian baru, dulu dipanggil MOA (Ministry of Agriculture and Agro-based Industry) sekarang MAFI sedang dalam usaha untuk meningkatkan SSL kepada 75% dan untuk kawasan MADA, peningkatan hasil mestilah purata yang ketika ini 4.5 ke 5 tan sehektar mestilah ditingkatkan kepada 6 ke 6.5 tan sehektar maka kita akan mencapai matlamat yang telah dijangkakan.

Kemudian, bekalan benih padi sah. Ini juga antara masalah yang ditimbulkan dalam Sidang yang lalu dan hari ini. Bagi memastikan pembekalan benih tidak mendatangkan masalah kepada pesawah, pihak MADA telah mengambil langkah-langkah berikut. Yang pertama aktiviti pengembangan berterusan kepada pesawah agar memilih pelbagai jenis variety yang terdapat di pasaran dan tidak hanya cenderung memilih satu sahaja jenis variety. Kemudian, khidmat nasihat agar pesawah tidak melaksanakan penanaman mono variety bermakna satu variety sahaja dalam satu kawasan bagi mengelakkan serangan penyakit yang menyeluruh. Yang ketiga, koordinasi antara agensi dan pengeluar-pengeluar benih melalui pelaksanaan mesyuarat yang membincangkan keperluan dan isu berbangkit dari semasa ke semasa. Hebahan maklumat berkaitan stok benih padi yang sedia dijual dan sebagainya melalui aplikasi whatsApp dan lain-lain saluran untuk pengetahuan golongan sasar.

Kemudian, pengedaran bantuan baja dan racun sebagai langkah memperkemaskan program pemberian bantuan baja dan racun subsidi, langkah berikut telah dilaksanakan oleh pihak MADA. Melaksanakan proses pemutihan data penerima subsidi melibatkan proses pendaftaran semula pengemaskinian maklumat pesawah yang masih aktif, keluasan usaha sebenar dan status milikan sawah. Kemudian memperkemaskan Standard Operating Procedure (SOP) bagi pengurusan dan agihan bantuan subsidi kepada peladang. Yang ketiga, mengadakan latihan dan kemahiran kepada pegawai yang terlibat di dalam proses agihan subsidi bagi menambah pengetahuan dan kecekapan.

Yang seterusnya adalah masalah yang berkaitan dengan kaedah kadar pemutuan padi. Saya juga ada maklumat terus dari IPB (Industri Padi dan Beras). Kaedah pemutuan padi, pemutuan adalah proses pengredan padi bagi menilai kualiti bersih padi yang dihasilkan oleh pesawah. Kriteria pemutuan adalah melaui pengasingan 4 perkara berikut; kandungan kelembapan padi yang pertama ‘moisture content’, padi rosak, padi muda dan hijau, bendasing yang terkandung dalam padi.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, untuk meningkatkan pengeluaran padi ini juga adalah melalui sokongan Kerajaan Pusat bagi membangunkan infrastruktur tersier, penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Pusat bagi membangunkan kemudahan pengairan tersier di bawah Projek Pemacu Pertanian (PPP) bagi meningkatkan kepadatan infrastruktur dari 18 meter sehektar kepada 30 meter sehektar. Sejumlah 43 blok pengairan akan dibangunkan sistem pengairan tersier bermula daripada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) sehinggalah ke Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

YB. Tuan Speaker,….(YB. Kota Siputeh minta laluan)

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

YB. Tuan Speaker, boleh bertanya? Boleh?

Saya belum habis lagi, sat gi saya ada nak sentuh apa yang YB. Kota Siputeh bangkitkan tentang isu nelayan di Sanglang itu.

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Tidak, ini pasal padi.

Pasal padi? Tak pa, satgi bagi saya cerita perabis dulu satgi bangun tanya.

YB. Tuan Speaker, maklumat pasal kaedah pemutuan padi ini menjadi isu yang sering diutarakan oleh penanam-penanam padi. Saya juga ingin menyampaikan maklumat yang diberikan oleh IPB iaitu kaedah pemutuan yang diguna pakai adalah sama sepertimana diiktiraf Jabatan Standard Malaysia. Bukan semua proses dibuat secara manual, penentuan wap basah dan pengasingan hampa menggunakan mesin tetapi pengasingan padi muda dan masak menggunakan kaedah manual. Potongan melebihi 35% biasanya merupakan kes-kes isolasi yang disebabkan oleh penyakit dan bencana. Petani terlibat masih dibantu oleh kerajaan melalui program tabung bencana. Jumlah kes potongan melebihi 35% juga adalah sangat kecil iaitu kurang daripada 0.5% daripada jumlah keseluruhan padi yang dihasilkan. Sementara itu, 98% daripada hasil yang dituai pemutuannya di bawah 25% (maklumat tahun 2019) dan padi-padi yang kualiti pemutuannya 35% ke atas merupakan padi jatuh, padi jatuh mutu atau rosak yang masih dibeli BERNAS selaku pembeli terakhir padi pada harga pasaran. Itu tentang padi.

Kemudian saya nak sebut isu yang dibangkitkan oleh saya ingat YB. Kubang Rotan dan YB. Kota Siputeh tentang isu lambakan ikan di kawasan…..(YB. Kota Siputeh mencelah)

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Pasal padi tadi….

Ok, sila! Tanya pasal padi.

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Saya nak perbetulkan sebab saya tak sempat nak berbahas tak dibenarkan bebahas…(YB. Lunas mencelah)

Teruskan soalan! Teruskan soalan!

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Saya nak bagitaulah sebab saya timbulkan soalan-soalan ini kerana saya tidak berkesempatan untuk bahas, jadi saya ambil kesempatanlah bila ada isu saya bangkitkanlah. Kes kemarau yang berlaku beberapa bulan yang lalu, adakah sudah dibayar pampasan kepada petani-petani? Itu soalannya.

Terima kasih YB. Kota Siputeh. Ada! Nanti satgi nak gulung tu, di hujung Portfolio Pertanian. Alhamdulillah, Kerajaan Persekutuan melalui usaha-usaha daripada pengumpulan data yang dibuat oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Jabatan Pertanian dan sebagainya dan saya sendiri yang sering ‘follow up’ dengan menteri, Alhamdulillah, petani-petani musim kering yang kena musim kering hujung tahun lepas sampailah awal tahun tempohari telah pun diluluskan pembayaran pampasan sebanyak RM5.185 juta yang merangkumi 5,900 hektar dan akan dibayar. Duit tu dah sampai ke LPP, Kedah dan akan dibayar dalam masa yang terdekat. Kita sedang menyusun program untuk menyampaikan kepada petani-petani yang terlibat.

Kemudian, isu lambakan ikan di kawasan Kuala Sanglang, Kedah disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) di Kuala Sanglang, Perlis. Kerajaan telah melaksanakan TEMCO selama 28 hari bermula 8hb. Ogos 2020 lalu membabitkan 2 kampung iaitu Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul akibat penularan kluster Sivagangga. Nelayan di kawasan Kuala Sanglang yang berdaftar sebagai Ahli Persatuan Nelayan Kuala Kedah adalah seramai 163 orang.

Hasil penangkapan didaratkan di Kompleks LKIM Kuala Sanglang serta jeti-jeti swasta yang terdapat di sepanjang pesisir sungai dan pantai Kuala Sanglang. Pendaratan di Kompleks LKIM bagi tempoh Jun hingga Julai adalah sebanyak 6.8 metrik tan. Sepanjang TEMCO dilaksanakan tiada pendaratan direkodkan di Kompleks bagi bulan Ogos, 1 hingga 24 Ogos 2020. Rekod pendaratan di Pusat Pengisytiharan Kuala Sanglang keseluruhan pendaratan bagi bulan Januari hingga 24 Ogos 2020 adalah sebanyak 8,000 metrik tan lebih. Pendaratan bagi bulan Ogos mencatatkan penurunan iaitu sebanyak 42 metrik tan sahaja. Berdasarkan rekod, didapati tiada isu lambakan pendaratan dikenal pasti di kawasan Kuala Sanglang. LKIM juga menerima sebarang aduan berkaitan lambakan ikan ekoran TEMCO yang dilaksanakan oleh kerajaan. Walau bagaimanapun, saya sendiri akan turun ke kawasan itu untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Ini maklumat dari Jabatan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, jika ada benar masalah untuk memasarkan ikan dan sebagainya.

Kemudian, saya akan ke isu masyarakat India. Terima kasih YB. Kota Darulaman yang menyebut Lunas tidak berpengalaman, saya bukanlah orang India, tak pa tak ada masalah. Untuk makluman YB. Kota Darulaman, pengundi India dari kawasan Lunas daripada 50,000 pengundi, 28% adalah pengundi India, merangkumi 11,000 lebih banyak daripada kawasan YB. Bukit Selambau. Untuk makluman YB. Kota Darulaman juga, saya sejak kecil dah biasa dengan kuil ni. Bapa saya adalah tenaga pengajar Kelas Perpaduan Rakyat, kelas itu di sebelah kuil, daripada kecil saya dengan masyarakat India dah biasa, saya makan tosey di rumah orang India biasa, makan vadey di rumah orang India biasa, makan kurma kambing di rumah orang India biasa. Jadi, saya tawarkan diri kepada YAB. Menteri Besar untuk ambil portfolio itu kerana tidak ada Exco daripada kalangan masyarakat India. Memang ada masalah-masalah, saya ingat kalau kuil di KTM itu sudah pun diberikan notis berkali-kali, aduan dibuat semenjak kerajaan yang lalu, tapi hanya boleh ditanguh, ditangguh dan ditangguhkan dan sampai masa pihak MBAS telah pun memberikan notis yang terakhir dan kita runtuhkan. Tapi untuk makluman YB. Kota Darulaman, ada banyak lagi isu masalah kuil ini, saya bagi contoh di Sungai Petani di Ambangan Height, pemaju SP Baiduri yang menerima notis daripada MPSPK untuk dirobohkan kerana tidak ada kebenaran merancang. Saya sendiri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat India turun bermesyuarat dengan pihak Kuil Sri Mariaman di Ambangan Height tu bersama pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani kita berbincang dengan pihak pemaju, pihak kuil dan pihak MPSPK supaya saya mahu rumah ibadat suci orang India ini tidak diubah-ubah dan sebagainya, mestilah dibuat dengan mengikut peraturan.

Maka sebab itu saya minta pihak pemaju pada ketika itu ada wakil pemaju SP Baiduri untuk ‘relocate’ semula dan masuk kebenaran merancang letakkan pelan di mana letak kuil yang sebenarnya dan akhir sekali Alhamdulillah, saya mendapat maklumat pihak pemaju bersetuju dan selepas ini kuil itu boleh dibina dengan ada kebenaran merancang dan rumah suci ibadat orang India ini dapat diteruskan dengan lebih baik. Saya juga menerima notis-notis ataupun permohonan sokongan daripada kuil di Kulim, Sri Mariaman juga dekat dengan Pejabat Pos Malaysia yang permohonannya dibuat dengan SOP yang betul. Itulah antara perancangan Jawatankuasa Masyarakat India supaya kuil-kuil yang tidak didaftarkan, tidak ada kelulusan, tidak ada kebenaran merancang, disusun dan ditadbir semula. Ok? Dan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Masyarakat India, saya dah pun dilantik sebagai Exco pada 20hb. Mei 2020 saya bermesyuarat pada 1 Jun 2020 selepas 40 hari sahaja saya dah bermesyuarat Jawatankuasa Pre Council. Saya dimaklumkan oleh Ahli Jawatankuasa, “terima kasih YB., sebelum ini kami tidak ada Mesyuarat Jawatankuasa”, depa bagi taulah. Saya kata, “tak pa, tak dak masalah, yang penting saya ambil tanggungjawab ini dan saya bermesyuarat”. Banyak perkara yang ditimbulkan ialah bukan hanya kuil, bagaimana sosial masyarakat India anak muda yang mabuk, samseng dan sebagainya, masyarakat Hindu yang tidak beragama, maksudnya dia ada agama Hindu tapi dia tidak mengamalkan. Itu juga antara perkara, masalah ekonomi, banyak lagi masalah orang India, bukan hanya masalah kuil yang kita nak bangkitkan tapi kita nak bincangkan semua perkara. Itu untuk rumusan dan pengetahuan pihak semua. Saya Azman bin Nasrudin menjaga masyarakat India

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

YB. Tuan Speaker…Tuan Speaker, saya nak mencelah sedikit.

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

YB. Speaker, mohon mencelah sikit ya? Untuk pengetahuan YB. Lunas, semasa RIBI (Rumah Ibadat Bukan Islam) bermesyuarat pada bulan pertama, ini saya bercakap dengan Jawatankuasa Kuil Jalan Stesyen. Dato’ SUK selaku Pengerusi RIBI pada ketika itu memohon kepada pihak kuil untuk hantar satu laporan lengkap bagaimana kita boleh menangani masalah kesesakan di jalan Stesyen dan juga kepada pihak kuil untuk membuat sedikit cadangan bagaimana boleh menangani masalah. Selepas itu saya sendiri ada pergi ke tempat itu secara solo-solo dan melihat apa masalah yang berlaku di sana.

Sebenarnya kuil itu bukan ada masalah langsung, yang masalah di sana adalah jalan itu harus di’one way’kan. Masalah grab banyak di sana, masalah kesesakan hanya berlaku pada ketika keretapi itu datang, lain-lain masalah tak ada langsung. Jadi, kalau hari itu tindakan bijak pihak kerajaan supaya memastikan tidak ada perobohan yang berlaku itu adalah perkara lebih baik. Tuan-tuan harus faham kuil itu telah dibina sebelum stesyen keretapi ada di sana dan kuil telah wujud. Jadi, sebelum jalan keretapi itu ada, sebelum pejabat keretapi itu ada, orang India dah datang dari India dan mereka datang tinggalkan anak isteri semua, satu-satu tempatnya adalah tempat sembahyang kuil kecil sahaja. Kuil itu langsung tidak membuat halangan kepada perjalanan, cuma MBAS kalau betul-betul prihatin kepada kaum India di sini dia akan membuat satu usul seperti yang dicadangkan oleh YB. Dato’ SUK buat ‘one way’ saja. Fahamkah tuan-tuan, kalau hari tu jika MBAS bersama kerajaan buat satu perbincangan yang baik, kuil ini tidak boleh dirobohkan langsung, sensitiviti agama, sensitiviti kaum, harus dihormati sekalian. Itu yang penting! You kena faham!

Saya faham! Saya faham! Terima kasih YB. Bukit Selambau…..saya dah bagi laluan. YB. Tuan Speaker, ‘this is my flow’.

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Saya pohon YB. Tuan Speaker kepada jasa baik kekanda saya YAB. Jeneri supaya kaji semula semua masalah-masalah kuil yang ada di negeri ini.

Speaker

Ok! Ok!

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Please, itu yang very important then you are for nation for the country.

Speaker

Dalam Dewan kena bercakap bahasa Malaysia!

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Ok, ‘sorry’. Pastikan itu sangat penting. Kalau hari itu kita selamatkan kuil itu, YAB. Menteri Besar nama akan naik sebab toleransi kaum mesti ada, toleransi agama mesti mau ada. Kita langsung tiada halangan sebab hari itu kita dah tingkatkan walaupun kita dah dapat surat dari MBAS, tapi selepas kita bincang dengan pihak SUK kita bagi tempoh 3 bulan untuk ambil apa-apa tindakan dan dalam masa itu tempoh Covid dan kita tidak boleh berbuat apa-apa.

Speaker

Ok! Ok! YB. Bukit Selambau!

Terima kasih YB. Bukit Selambau di atas pandangan, di atas pencerahan, di atas cadangan dan sebagainya…..(YB. Bukit Selambau mencelah)

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Saya nak habiskan satu saja, ‘please give me chance time’. Di Indonesia penduduknya 300 juta lebih kurang, majoriti Islam. YB. tau, di Kota Jakarta dalam istana ada satu kuil Hindu yang beratus ribu tahun umurnya, walaupun negeri-negeri Islam, majoriti penduduknya Islam kuil itu ada dalam istana itu, kota wali, wakil di sana beritahu itu adalah warisan kita, nenek moyang yang wujudkan benda itu dan kita jadikan kuil itu sebagai warisan dan sekarang kuil itu menjadi tempat pelancongan. Itu kuil yang sangat besar tuan-tuan, kalau tuan-tuan pergi ke Jakarta. Jadi, saya pohon jasa baik, saya pohon prihatin kepada Kerajaan Negeri jangan ganggu gugat keadaan tempat kuil yang sudah ada. Yang baru boleh kita ikut SOP dan sebagainya, itu yang penting….(YB. Lunas mencelah)

OK! Ok! Saya faham! Terima kasih YB. Bukit Selambau di atas pandangan.

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

You tau negeri Selangor tumbang pada tahun 2008 kerana apa? Kerana masalah kuil, di sana ada dekat 1 juta penduduk.

Tak pa, nanti YAB. Menteri Besar akan memberi pencerahan.

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

YAB. Menteri Besar tolong lihat perkara ini sangat penting. Kalau tuan-tuan, saudara-saudara…

YB. Speaker! YB. Speaker! Mintak…

Speaker

YB. Bukit Selambau, sila duduk!

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Terima kasih YB. Speaker.

Speaker

Teruskan. Duduk!

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

YB. Tuan Speaker, saya dah lama dah, persoalan saya tidak dijawab soalan yang saya tanya dekat Dewan.

Speaker

YB. Kota Darulaman duduk! YB. Lunas, teruskan 3 minit lagi!

Baik! Satu lagi isu ataupun cadangan yang telah dibuat dalam Mesyuarat Pre Council Jawatankuasa Masyarakat India yang diadakan pada 30 Jun seperti yang dicadangkan di dalam Sidang Dewan yang lalu iaitu cadangan Hindu Endowment Board. Jadi, dalam Jawatankuasa Masyarakat India yang saya pengerusikan dan Timbalan Pengerusi oleh YBhg. Dr. Krishna, kita telah mencadangkan dan semua Ahli Jawatankuasa bersetuju untuk kita menubuhkan yayasan bagi menguruskan Hal Ehwal Masyarakat India dan Bukan Islam di Negeri Kedah. Itu adalah keputusan Mesyuarat Pre Council Jawatankuasa Masyarakat India. Lain-lain saya ingat….(YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

‘Conclusion’! ‘Conclusion’!

‘Conclusion’ kepada apa yang telah dibincangkan dan dibentangkan ataupun dibahaskan oleh rakan-rakan disebut tentang pengkhianat (nak kata kat sapa lagi kan?). Beginilah, saya pun sebenarnya tak maulah menjawab isu ini dalam Dewan tetapi dibangkitkan bertalu-talu dan bertubi-tubi. YB. Tuan Speaker, saya ada pandangan dan pendirian saya yang tersendiri. Parti yang saya huni 20 tahun itu berjalan dengan baik selama 20 tahun. Tetapi apabila ia ditadbir oleh presiden yang baru, saya melihat dalam pentadbiran beliau untuk menguruskan parti itu sudah pun caca merba, tak sampai 1 tahun parti itu jadi caca merba dan presiden itu lah yang nak diangkat sebagai Perdana Menteri dan akan disokong oleh rakan-rakan Adun di sebelah sana. Adun tak boleh sokonglah, pemimpin-pemimpin Ahli Parlimen di sebelah sana. Jadi, saya buat keputusan saya mesti membuatkan satu ‘move’ yang baik untuk diri saya.

Kalau saya nak dilabelkan pengkhianat dan sebagainya silakan, labellah sepuas hati dan kelmarin pun YB. Tuan Speaker telah pun membuka ruang untuk melepaskan perasaan dendam. Itulah, saya pun dengar kelmarin, jadi hari ini saya cuma nak bagitau silakan boleh teruskan label dan berkempenlah di tempat saya nanti sebutlah “Cikgu Man” pengkhianat dan sebagainya. Tapi akhir sekali ialah rakyat nak melihat wakil rakyat itu berperanan dengan baik. Betul, saya ada tanggungjawab kepada parti saya, tapi saya juga ada tanggungjawab kepada rakyat yang saya bimbing, saya jaga di kawasan saya Lunas dan sehingga hari ini saya terus menjalankan tugas dan khidmat bakti saya melalui ‘team’ Pusat Khidmat DUN Lunas menjalankan tanggungjawab, menjalankan apa-apa yang patut untuk diberikan kepada rakyat. Alhamdulillah, sehingga hari ini, walaupun ada yang ektremis parti akan melabelkan, saya terbuka silakan, tidak ada masalah. Kita serahkan kepada rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke-15, kalau saya dinamakan lagi sebagai calon saya akan bertanding, kalau tidak dimakan kita berundur diri daripada politik. Tapi, keputusan atau langkah yang saya buat ini adalah langkah yang terbaik untuk masa depan negara Malaysia pada hari ini dan saya bersama rakan saya YB. Sidam kami pun telah mengumumkan akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia dalam masa yang terdekat ini untuk menyokong penuh kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu dan juga Perdana Menteri Malaysia untuk menstabilkan rakyat, menstabilkan negara dan sebagainya. Sekian terima kasih, saya mohon menyokong titah usul Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Terima kasih. Kelmarin saya tak boleh bangkit YB. Pengkalan Kundor, saya dengar saja!

Speaker

Habis dah YB. Pengkalan Kundor, saya ingat Presiden Sukaerno bangun semula.

Tuan-tuan, Ahli-Ahli Dewan, saya inginlah menarik perhatian Peraturan 36(6) “Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa Ahli lain”. Jadi, selepas daripada ini kita tak payahlah duk cerita pasal kianat, ia jadi mengeluarkan sangkaan jahat kepada orang lain. Jadi, kalau kita nak ikut perkara 36(6), yang sudah, sudahlah kita cerita yang ke depanlah. Kalau pihak penggulung pun kalau ada hat nak gulung macam tu ‘delete’lah. Puas dah bagi YB. Lunas jawab tu sebab ia merangkumi semua dah.

Silakan YB. Tokai!

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah wassola tuwassala mu’ala rasulillah, waman tabi'ahum wa rasuluhu mawalah. A’uzubillahiminasyaitonirajim

“Demi sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut kepada musuh dan dengan merasai kelaparan dan dengan berlakunya kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu orang-orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu kesusahan mereka berkata, “sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”.

Saya sengaja membawa ayat 155 Surah Al-Baqarah ini dengan isu covid yang melanda negara kita pada hari ini. Terima kasih YB. Tuan Speaker, YAB. Menteri Besar dari Jeneri, rakan-rakan dan YB. Exco sekalian, sahabat-sahabat Ahli-Ahli Yang Berhormat, YB. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato’ Pegawai Kewangan Negeri dan YB. Penasihat Undang-undang, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kerajaan dari Persekutuan dan juga Negeri serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang majoriti bangun, tidak ada yang tidak bercakap berhubung dengan Covid-19 ini. Terima kasih semua yang telah begitu prihatin terhadap isu yang sedang berlaku dalam dunia dan juga negara kita pada hari ini. Dan kita semua sedia maklum bahawasanya wabak ini telah pun menyebabkan kematian 815,000 orang dan 24 juta manusia telah dijangkiti oleh Covid-19 pada hari ini. Dikatakan lebih daripada 5,000 kematian direkodkan sehari dan 200,000 kes dalam masa 24 jam telah berlaku. Mengikut data daripada Johns Hopkins University di Amerika Syarikatlah negara yang paling ramai sekali 5.76 juta, Brazil 3.6 juta, India 3.2 juta dan Rusia 963,655 kes. Apa yang menjadi kerisauan kita, WHO (World Health Organisation) telah mengatakan bahawasanya wabak ini kemungkinan akan berlaku sehingga 2 tahun, maknanya 2022 kemungkinan baru ia akan habis. Dikesempatan ini marilah kita sama-sama mengucapkan syabas dan juga tahniah kepada semua frontliner daripada staf Kementerian Kesihatan Malaysia, PDRM, ATM, RELA, APMM, JKM, Jabatan Zakat, NGO yang telah membantu, sukarelawan, parti-parti politik, Ahli-Ahli Yang Berhormat serta kakitangan masing-masing dan mereka-mereka yang tak disebut dalam senarai ini yang telah menyumbangkan tenaga mereka di dalam membendung wabak Covid-19 ini sehingga kini dan seterusnya untuk masa-masa yang akan datang sehinggalah selesai ataupun diangkat oleh Allah s.w.t wabak Covid-19 ini.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan Negeri Kedah dan Timbalan Pengarah yang saban hari, saban malam mungkin sampai tak tidur kut untuk menyiapkan data berhubung dengan kes-kes covid yang berlaku setiap hari sehingga dia boleh tau kes yang ke 9,133 selepas itu ke mana kes itu pergi dia boleh cari sampai macam tu sebab itulah keluarnya kluster-kluster Sivagangga, Muda, Sala, Tawar dan kelmarin ada satu di Pendang tetapi belum positif lagi, sampai kena tutup pasar malam yang ada di Pendang.

YB. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian, apa yang disentuh oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian dan ada beberapa isu yang telah dibawa yang saya rasa perlu kepada penjelasan lanjut iaitu berhubung dengan penguatkuasaan yang telah dilaksanakan. Sebenarnya di peringkat negeri kita melalui Jabatan Kesihatan Negeri, Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) berhubung rapat dengan Majlis Keselamatan Negara mengesyorkan syor-syor yang perlu kita laksanakan untuk mengawal wabak Covid-19 ini.

Antaranya yang telah dilaksanakan mungkin menjadi isu kepada Ahli-AhlIi Yang Berhormat adalah TEMCO yang dilaksanakan di Kubang Pasu. Saya mengucapkan tahniah kepada Kubang Pasu dan juga Padang Terap khususnya Kampung Hulu yang telah ditamatkan TEMCO hari ini dan juga kepada mereka-mereka yang telah membantu masyarakat di Kubang Pasu dan juga di Padang Terap. Padang Terap ni dia tak ramai, hanya satu kampung sahaja iaitu Kampung Hulu, di Kubang Pasu 4 mukim dan juga sampai ke Megat Dewa. Kluster yang terjadi di sana ialah Kluster Sivagangga yang dibawa oleh seorang pemastautin tetap yang pulang dari India yang kita semua tahulah beliau pun sekarang berada dalam penjara disebabkan oleh dia tidak mengikut SOP yang telah dilaksanakan. Apa yang begitu menggusarkan kita adalah genum yang telah diisytiharkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan adalah D614G iaitu satu genum virus ini yang boleh menyebarkan sehingga kepada 10 orang yang biasanya 4 orang tapi genum ini menyebarkan covid kepada 10 orang kontak dia. Ini masalah yang dihadapi di Kluster Sivagangga. Tapi Alhamdulillah, apa yang berlaku di Muda, di Tawar tidak sepertimana di Sivagangga tetapi ianya tersebar secara kita panggil ada kes-kes yang sporadic maknanya dia timbul kes, timbul kes maknanya di banyak tempat. Sebab itulah syor-syor kita untuk menghadang di hadapan seperti yang saya sebut “melepaskan baton di hadapan”, baton itu tidak dapat diterima oleh MKN dan kita masih lagi mengharapkan sesuatu boleh dilakukan oleh mereka supaya kita dapat mengawal dengan lebih cepat apa yang berlaku disebut sebagai Kluster Tawar ini.

YB. Tuan Speaker dan dan sidang hadirin yang dihormati sekalian, menyentuh tentang apa yang telah dilaksanakan oleh JKN ataupun Kerajaan Negeri untuk menghadapi apa yang disebut sebagai masalah Covid-19 ini saya nak menyatakan sedikit sebanyak berhubung dengan bantuan yang telah kita diberikan. Bantuan one-off RM300 sebanyak RM9,090,000.00, makanan bermasak kepada frontliner yang telah kita berikan RM299,898.00, ‘food bank’ kepada pelajar UniSHAMS, pelajar UUM dan pelajar Kedah di Mesir sebanyak RM100,000.00, pek barangan keperluan asas kepada 36 DUN sebanyak RM4,110,000.00, pembelian peralatan perubatan kepada Hospital Sultanah Bahiyah RM429,900.00, pembelian ‘face mask’ dan ‘hand sanitizer’ kepada petugas dan agensi terlibat RM750,000.00, keperluan peralatan di jabatan dan klinik kesihatan RM93,525.00, sumbangan khemah bagi kegunaan klinik-klinik kesihatan di Negeri Kedah, ini sedang kita jalankan RM88,000.00 dan sumbangan “Sentuhan Kasih Kluster Sivagangga” fasa pertama RM49,980.00, RM15 juta lebih kalau tak silap saya.

Saya juga menyeru kepada masyarakat supaya patuhilah segala apa yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, mungkin YB. Tuan Speaker pun ‘familiar’ dengan ini lah na, iaitu 3W dan elakkan 3S. Maknanya sentiasalah membasuh tangan, basuh muka, basuhlah apa pun yang bertujuan untuk menjaga kebersihan diri kita, pakai mask ini (sambil menunjukkan mask). Sebab itulah disuarakan oleh, saya ingat YB. Bakar Arang ataupun YB. Kota Darulaman berhubung dengan SOP dan kena saman kut disebabkan oleh tak pakai mask. Amaran-amaran yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan yang perlu kita patuhi, jangan bersalaman atau bersentuhan, amalkan etika ketika bersin dan juga batuk, lakukan disinfeksi (nyah kuman), duduk di rumah, dapatkan rawatan jika bergejala, selsema ka, bersin ka, batuk ka, dapatkan rawatan dengan segera dan elakkan 3S, kerap membasuh tangan, penjarakan sosial, gunakan pelitup muka. 3S ni sesak, sempit dan juga sembang dekat, kalau nak sembang dekat kena pakai yang ni lah (sambil menunjukkan mask). Sebab penyebaran virus ini adalah kita panggil ‘droplet’ melalui semburan-semburan daripada mulut, hidung dan tekak serta percakapan yang kita lakukan.

YB. Tuan Speaker, yang keduanya berhubung dengan tugas yang dilaksanakan. Saya nak sentuh yang ini dulu untuk kefahaman masyarakat di luar sana kemudian barulah saya nak sentuh apa yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Tentang saringan yang telah dilakukan di Negeri Kedah ini. Sehingga 25 Ogos 2020 seramai 23,558 individu telah dilaksanakan saringan. Sebab itulah semalam saya sebut 200 kes tetapi hari ini dah meningkat menjadi 207 kes hasil daripada saringan yang telah dilaksanakan. Untuk makluman kita semua, kos untuk mengadakan saringan ini dilakukan sebagai PCR (Polymerase Chain Reaction). Untuk rakyat tempatan kosnya satu RM150.00, untuk rakyat asing RM250.00. Untuk ‘repeat test antigen’ ini cepat dalam masa 4 jam kita dah boleh dapat dia punya result, untuk rakyat tempatan RM60.00, untuk mereka yang datang dari luar negara RM120.00 untuk satu test. Kemudian repeat test untuk antibodi, ini biasanya kita buat selepas 13 hari, kita buat screening yang pertama, buat semula kosnya rakyat tempatan RM30.00, mereka yang datang dari luar negara RM60.00, bayangkan kos yang ditanggung untuk kita melakukan screening, itu di Negeri Kedah sahaja sebanyak RM23,558.00. Setakat 25 Ogos 2020, 4 kluster penularan di Negeri Kedah ini Sivagangga 31, Tawar 59 (naik 7 kes), Muda 3 dan Sala 11. Inilah kes-kes yang sedang terjadi berlaku dalam Negeri Kedah.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian, apa yang telah disebut oleh Kementerian Kesihatan sebagai SOP ataupun “norma baru” yang terpaksa kita ikuti, maknanya patuhilah apa yang telah diarahkan oleh mereka.

Kemudian, isu-isu yang ditimbulkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat iaitu YB. Suka Menanti…(YB. Pengkalan Kundor minta laluan)

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

YB. Spekaer, pencelahan sikit. Terima kasih. Kelmarin kita ada 7 kes baru, 5 daripada kluster tawar dan 2 lagi tu saya tak pasti saya ingat itu kes sporadic. Jadi, kalau 2 ini kes sporadic, saya ingat pelajar UUM dari Sabah itu yang pertama, yang kedua saya lupa, yang ketiga yang hari ini dan yang keempat yang kelmarinlah 2 tu. Jadi, sporadic bermaksud kuman telah berada dalam komuniti, kalau kluster tu ‘straight for word’, dia daripada kluster-kluster berjangkit tetapi apabila sporadic maknanya kuman itu telah berada dalam komuniti. Jadi inilah penekanan kita saya rasa setiap individu dan juga setiap kita termasuk di semua peringkat dan saya rasa Kerajaan Negeri patut mewar-warkan lagi dan memberi kesedaran lagi tentang hat 3 tadi, tentang 3S, 3W ini. Supaya apa? Supaya kita pastikan bahawa apabila kita jaga diri kita InsyaAllah kita selamat sebab bila berada dalam komuniti kita bimbang besok akan ada lagi bukan daripada kluster tapi sporadic daripada komuniti. Kebimbangan kita bila telah berada di dalam komuniti itu maka ‘chancess’ kita nak kena itu lebih tinggi. Jadi, ini berupa cadangan daripada saya untuk Kerajaan Negeri memperluaskan lagi hebahan, sebaran supaya semua rakyat ini sedar betul-betul bahawa gelombang kedua ini akan berterusan kalau tindakan-tindakan yang sepatutnya kita buat tadi kita tidak ambil. Terima kasih.

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Tambah sikit YB. Tokai.

Speaker

YB. Tokai ada 2 minit lagi!

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Nak tanya sikit. Saya mencadangkan juga sepertimana YB. Pengkalan Kundor berkenaan perbelanjaan daripada pihak Kerajaan Negeri.

Kita mengesyorkan supaya kalau Kerajaan Negeri boleh sebagai contoh pusat-pusat kuarantin kita tau sebelum ini zaman kami ‘green zon’, zaman sekarang ada 4 kluster tapi walau bagaimanapun, mungkin kita boleh belanja lagi sebelum sampai ke peringkat sebagaimana disebutkan sebentar tadi. Kalau kita takut berbelanja untuk membuka pusat-pusat kuarantin dan sebagainya, saya tak taulah tetapi kalau tak dak pun kena minta sampai ke Kerajaan Persekutuan, mungkin YAB. Menteri Besar boleh minta ke peringkat sana untuk mengawal bersungguh-sungguh. Kalau kita dalam MKN itu sendiri pengalaman yang kami ada itu kami rasa kalau kita betul-betul, kita kawal betul-betul saya yakin InsyaAllah boleh membantu rakyat Negeri Kedah ini. Terima kasih.

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Sekaligus boleh? Senang nanti. Ok, terima kasih YB. Tuan Speaker dan YB. Tokai. Yang pertama syabas dan terima kasihlah kepada frontliner dan Jabatan Kesihatan di atas usaha. Saya ingin memohon satu sahaja untuk pertimbangan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat sebab semalam kita tengok 7 kes itu 5 kes adalah budak sekolah dalam satu sekolah yang menjangkiti mereka dan saya harap kerajaan boleh mengambil keputusan untuk menutup sekolah terbabit dalam kawasan yang terjejas itu dengan lebih segera supaya ia boleh putuskan rantaian itu. Jika kita lambat mungkin akan berlaku seperti itu dan ibubapa juga sangat bimbang untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan anak-anak ada pilihan untuk tidak pergi ke sekolah tetapi guru-guru tidak ada pilihan, mereka mungkin bimbang tetapi mereka terpaksa juga pergi ke sekolah dan juga disebabkan murid-murid yang terlalu kecil mereka belum betul-betul boleh faham untuk mematuhi SOP dengan sepenuhnya. Saya harap pertimbangan kerajaan boleh bertindak lebih segera bila ada kes untuk menutup sekolah. Sekian, terima kasih.

Terima kasih kepada YB. Pengkalan Kundor, YB. Kubang Rotan dan YB. Bakar Arang. Saya rasa ini semua pandangan-pandangan yang baik, kita akan masukkan ke dalam perbincangan di JKKN, InsyaAllah. Apa yang baik untuk rakyat kita akan laksanakan.

Menyentuh juga tentang pusat kuarantin ini, saya rasa kita dah ada di Sungai Petani, Hotel Seri Malaysia di Alor Setar, kita telah buka pusat kuarantin tersebut. Mereka-mereka yang positif biasanya kita ambil dan masukkan ke dalam wad di Sultanah Bahiyah. Kuarantin ini untuk mereka yang balik dari luar negara.

Kemudian saya nak sentuh sedikit tentang apa yang disebut oleh YB. Suka Menanti berhubung dengan Pasar Kampung Berjaya. Semakan yang kita buat dengan Kementerian Kewangan dan ICU, Jabatan Perdana Menteri, didapati projek pembangunan semula Pasar Kampung Berjaya tidak pernah mendapat kelulusan di bawah mana-mana peruntukan. Projek pembangunan Pasar Kampung Berjaya tidak dapat diteruskan memandangkan keadaan ekonomi yang tidak berapa stabil dan bagi perancangan masa depan, pembangunan secara menyeluruh di kawasan tersebut akan dibangunkan. InsyaAllah kalau ada peruntukan kita akan meneruskan usaha-usaha yang ditimbulkan oleh YB. Suka Menanti tersebut.

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

YB. Tuan Speaker, memang kalau saya semak pun sebelum ini ada disebut berkali-kali tapi sebenarnya tidaklah sampai peringkat selesai. Sebab itu kita menulis semula dan kita merancang semula dengan saiz dan sebagainya barulah pihak ICU, JPM menerima permohonan kita tapi tidaklah sampai peringkat kelulusan. Cuma yang kita minta ialah supaya kita akan teruskan merancang supaya mendapat ‘priority’ utama khususnya menggunakan MBAS dan sebagai orang tempatan juga saya akan terus menulis dan berbincang dengan pihak ICU, JPM yang telah pun direkodkan di sana permohonan kita.

Terima kasih YB. Suka Menanti di atas usaha yang telah ditunjukkan…..(YB. Speaker mencelah)

Speaker

1 minit lagi na YB. Tokai, ‘landing’ terus!

Duit syiling boleh masuk dalam poket, banyak lagi ni.

Speaker

Kalau kita sanggup sampai pukul 6 tak pa..’timing’ kena jaga.

Semua bercakap pasal covid ni. Berhubung dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh PBT untuk membantu mereka-mereka yang terkesan dengan covid ini, berdasarkan kepada kenyataan Menteri Kanan Keselamatan pada 17 April 2020 yang mengatakan individu yang menghantar makanan perlu mendaftar dengan PBT. Ini kita dapati ramai anak-anak muda yang mendaftar dengan PBT untuk usaha tersebut sebagai COD lah seperti food panda, grab untuk menghantar makanan. Alhamdulillah, golongan-golongan muda telah melibatkan diri. Juga Kerajaan Negeri telah mengeluarkan arahan kepada PBT untuk mengeluarkan permit sementara macam di MBAS kita dah keluarkan banyak permit sementara untuik mereka berniaga di tepi-tepi jalan yang tidak mengganggu lalu lintas terutamanya macam musim perayaan yang lepas kita banyak mengeluarkan permit sementara kepada penjual-penjual lemang ka, ketupat ka, buah-buahan ka terutamanya musim durian sekarang ini ramai di antara mereka yang dapat lesen ataupun permit sementara untuk menjual bahan-bahan makanan di tepi jalan.

Seterusnya berhubung dengan Semeling yang disentuh oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat juga. Pihak Kerajaan Negeri memandang isu ini secara serius dan akan mengangkat kertas cadangan penyelesaian kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam tempoh terdekat. Saya rasa kita dah ada kertas dan InsyaAllah akan disemak oleh BPEN dan akan dimasukkan ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Seterusnya tentang pemilihan, ada disebut tentang pemilihan Ahli Majlis PBT daripada kaum India.

Kita sebenarnya telah menerima senarai Ahli Majlis iaitu daripada komponen-komponen parti politik, 4 parti politik yang ada dalam kerajaan dan Alhamdulillah kita telah meletakkan kaum India juga di dalam Ahli Majlis di Pihak Berkuasa Tempatan. Jadi, saya rasa itulah isu-isu yang dibangkitkan dan jawapan yang dapat saya berikan. Saya dengan ini….(YB. Bakar Arang mencelah)

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

YB. Tokai, sedikit YB. Tokai berkenaan dengan covid dan PBT. Terima kasih YB. Tuan Speaker sebab saya nak bawa suara peniaga-peniaga yang terjejas terutamanya di kawasan saya. Saya ingin menyeru pihak kerajaan mempertimbangkan semula arahan untuk menerangkan ‘drive in’ di kawasan ataupun mukim yang terjejas dan juga sekatan waktu perniagaan dari pukul 8.00 pagi hingga 8.00 malam sebab banyak kedai makan tak kiralah Melayu, Cina atau India mereka sangat terjejas dengan perkara ini. Walaupun kita buat benda ini dalam mukim itu tetapi penduduk boleh juga ‘cross’ ke mukim yang berdekatan. Mereka boleh pergi selepas pukul 8.00 dan boleh ‘drive in’ ke tempat itu. Jadi, saya rasa jika boleh mempertimbangkan untuk membenarkan ‘drive in’ tetapi dengan SOP yang lebih ketat ataupun mengikut SOP yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan di mana ada jarak, satu meja paling banyak pun 2 orang ataupun 3 orang sahaja dan SOP yang lebih ketat supaya mereka boleh berniaga tetapi dengan menjaga agar tidak berlaku kesesakan dan waktu operasi kalau boleh jika tidak sampai 12.00 malam tetapi sekurang-kurangnya boleh membenarkan mereka beroperasi sehingga jam 10.00 malam sebab kedai makan yang beroperasi waktu malam mereka baru bermula jam 6.00 petang tetapi jam 8.00 sudah tidak boleh berniaga, maka pendapatan mereka sangat terjejas kerana perlu membayar sewa kedai dan sebagainya dan mereka pun tidak tahu sampai bila perkara ini akan dilaksanakan untuk tidak boleh ‘drive in’ dan hanya boleh beroperasi sehingga jam 8.00 malam. Kita pun tengok banyak kes dan berharap tidak ada penularan juga kita perlu jaga pendapatan rakyat dan lebih baik lagi adalah ‘practicality’ dasar yang kita laksanakan. Kalau kita laksanakan macam tu saja tapi semua orang berebut ada yang pergi Penang makan, kalau dekat seperti di Sungai Petani dia pergi Semeling boleh makan, pergi Taman Sejati, Tikam Batu boleh makan tetapi kalau di sini tak buka mereka pergi situ makan ia akan menjadi lebih sesak dan mungkin penularan akan menjadi lebih teruk lagi. Terima kasih. Mohon pertimbangan.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

YB. Tokai, boleh tambah?

Speaker

YB. Tokai ada 1 minit saja lagi! Saya tak tambah dah!

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Terima kasih YB. Tokai dan YB. Speaker, pasal covid jugalah sebab kita tau seperti yang dikatakan tadi covid ini seolah-olah akan menjadi sebahagian daripada hidup kita sebab ia tak lari. Dalam isu ini ia mempunyai keseimbangan di antara perniagaan dengan covid (kesihatan) khasnya peniaga-peniaga kecil, pasar malam, pasar pagi, pasar siang dan sebagainya. Jadi, apakah cadangan dan dasar pihak PBT terhadap usaha untuk memastikan peniaga-peniaga yang dikatakan tadi dan semua peniaga kecil ini dapat meneruskan perniagaan mereka di samping menjaga 3S dan 3W tersebut? Apakah cadangan dan tindakan pihak PBT akan buat, mungkin tak perlu menjawab sekarang, sebab saya rasa isu ini pernah kita bincangkan dulu dan ia tidak akan boleh berhenti di sini sama ada PKPP, PKPD akan diteruskan tetapi ini menjadi satu lagi norma baru kita. Jadi, bagaimana kita nak pastikan peniaga dan penjaja kecil ini, yang itu satu. Soalan yang kedua, peniaga-peniaga di kedai juga menghadapi masalah daripada segi pendapatan. Apakah PBT bercadang untuk mengurangkan cukai-cukai ataupun lesen perniagaan supa membantu dalam perkara ini buat sementara waktu sebab saya nampak pakej yang dicadangkan tadi dibuat semasa MCO. Tapi selepas ini di bawah Kerajaan Baru, apa yang akan membantu rakyat yang menghadapi masalah-masalah ini. Mungkin ini dapat dicatatkan dulu kemudian diberikan jawapan secara bertulis.

Ok, terima kasih YB. Bakar Arang dan YB. Derga yang begitu prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh kedai makan dan juga penjaja. Memang kita sentiasa membincangkan isu-isu ini dan boleh dikatakan setiap minggu kita mengadakan mesyuarat JKKN untuk membincangkan apa prosedur-prosedur yang boleh kita berikan untuk kemudahan rakyat. Memang kita berada dalam suasana yang kita kata “telan mati mak, luah mati bapak”.

Maknanya kita buka ruang yang terlalu besar kita takut jangkitan bertambah, sempit sangat, masalah kepada peniaga-peniaga. Cukuplah YB. Kota Darulaman. Jadi, saya rasa semua yang disuarakan itu akan kita ambil perhatian dan InsyaAllah kita akan bawa kepada Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri dan saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan juga rasa syukur di atas apa yang telah disuarakan oleh Tuanku Sultan dan juga menyokong usul yang dibawa oleh YAB. Menteri Besar dan menjunjung kasih di atas titah ucapan baginda semasa merasmikan mesyuarat yang lalu. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumussalam. Terima kasih YB. Tokai, 30 minit. Silakan YB. Guar Chempedak!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Tuan Speaker, YAB. Menteri Besar, rakan-rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat di sebelah sana juga di sebelah sini, seterusnya Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri dan juga Persekutuan. Pertama sekali saya nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua YB.-YB. yang telah memberikan pandangan yang cukup bernas tentang perkara-perkara yang berkait dengan portfolio saya. Saya ucapkan terima kasih. Dalam waktu yang terhad ini saya hendak memberi respons kepada beberapa perkara berhubung dengan portfolio saya.

Pertamanya berhubung dengan pelaburan dan beberapa Ahli Yang Berhormat telah menyentuh tentang pelaburan. Saya hanya nak memberitahu sedikit sahaja, bukan banyak sangat sebab masa kita terhad. Pertamanya saya nak katakan bahawa jumlah pelaburan yang masuk ke Negeri Kedah ini sebenarnya ia tidak pernah tetap jumlahnya. Ia berubah-ubah, 2018 kita dapat RM2.39 billion pendapatan, kedudukan nombor 9 berbanding 14 buah negeri lain di Malaysia pada 2019.

YB. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya nak menyentuh tentang satu projek yang besar yang kita laksanakan di Negeri Kedah iaitu mengenai Rubber City. Ini adalah projek yang berterusan, kesinambungan dari satu kerajaan ke satu kerajaan yang lain.

Bermula dengan Kerajaan BN (Barisan Nasional) pada 2013 di mana saya dilantik menjadi Exco Pelaburan dan Industri dan bertanggungjawab bagi pelaksanaan menjaga projek Rubber City ini sehinggalah kepada Kerajaan PH (Pakatan Harapan) sebelum ini dan sekarang Kerajaan PN (Perikatan Nasional). Ini satu projek yang berterusan, ada kesinambungan, semua kerajaan yang saya sebutkan tadi itu semua ada sumbangan masing-masing bagi nak menjayakan projek ini.

Jadi, untuk makluman YB. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, mengenai Rubber City sekarang ini sudah mencapai ke tahap di mana kerja-kerja tanah dan infrastruktur bagi fasa pertama yang melibatkan 504 ekar sedang berjalan dan InsyaAllah pada akhir bulan September ini 60 ekar daripada 504 ekar fasa pertama itu akan siap dan bersedia untuk menerima pelabur. InsyaAllah. Kita sudah pun mengenal pasti beberapa buah syarikat yang akan menjadi ‘pioneer’ yang akan memulakan pelaburan di situ. Alhamdulillah, sungguh pun kita melalui zaman yang cukup sukar disebabkan pandemik Covid-19 tetapi ia tidak memberikan kesan yang signifikan dari segi penutupan kilang-kilang di Negeri Kedah ini. Kita hanya ada beberapa buah kilang kecil sahaja yang tutup iaitu seperti Syarikat Yu Lee San Plus Sdn. Bhd. di Lunas dan Agro Industries Supplies Sdn. Bhd. di Darul Aman, Jitra. Sebenarnya, kita mendapat banyak permohonan untuk melabur di Negeri Kedah ini.

Sungguhpun suku tahun pertama yang diumumkan oleh MIDA pelaburan hanya RM1 billion lebih, tapi suku tahun yang akan datang InsyaAllah jumlah pelaburan akan meningkat dan dijangkakan pada tahun ini 2020 pelaburan Negeri Kedah akan melebihi pelaburan 2018 iaitu RM2.38 billion. Dalam keadaan Covid ini, ia merupakan satu kejayaan yang amat besar. Tadi ada sebuah syarikat yang datang membuat kunjungan hormat kepada YAB. Menteri Besar untuk menyatakan bahawa mereka akan melabur di Kulim Hi-Tech Park dan jumlah pelaburan sejumlah RM600 juta mungkin dalam 3 hingga 5 tahun selepas itu akan mencapai sehingga RM1.5 billion, InsyaAllah. Di Negeri Kedah ini kita amat bertuah kita ada 2 ‘crown jewel’ (dengan izin) ataupun permata. Permata yang pertama ialah dari segi industri pembuatan, kita ada Kulim Hi-Tech Park (Taman Teknologi Kulim).

Sedikit berhubung dengan Taman Teknologi Kulim. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, kita hanya ada baki dalam 400 ekar, dan 400 ekar ini kalau mengikut daripada pengalaman yang lepas, kita hanya mungkin dapat bertahan dalam 3, 4 tahun saja.

Maknanya kalau kita tidak dapat tanah yang baru, selewat-lewatnya tahun depan, mungkin bila sampai 3, 4 tahun akan datang kita tidak boleh lagi mendapat sebarang pelaburan masuk ke Kulim Teknologi Park. Dengan sebab itu, KTPC telah mengorak langkah untuk membuat pembesaran Fasa 5 di Taman Teknologi Tinggi Kulim seluas kawasannya 445 ekar dan saya sendiri mengetuai delegasi untuk berjumpa sendiri dengan YB. Menteri Ekonomi, YB. Dato’ Sri Mustapha Mohamad untuk memohon supaya sejumlah RM324 juta itu dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)…. (YB. Kuala Ketil minta laluan)

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

YB. Speaker, YB. Guar Chempedak, tadi YB. ada menyebut tentang keluasan di Kulim Hi-Tech tinggal 400 hektar lagi na. Andai tidak mencukupi saya ‘offer’ di kawasan Kuala Ketil. Itu saja Yang Berhormat.

Cepat betul YB. Adun Kuala Ketil, ‘offer’ terus! Tapi yang tu mungkin boleh buat industri lain lah, tapi pembesaran kita perlu buat di KHTP.

Speaker

YB. Guar Chempedak, YB. Bandar Baharu bangun.

Ya, silakan YB. Bandar Baharu!

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Terima kasih YB. Tuan Speaker dan YB. Guar Chempedak. Memang kita tau Yang Berhormat sangat ‘passionate’ (dengan izin) dan mahir berkenaan pelaburan ini. Alhamdulillah, terima kasih dan teruskan mempromosikan pelaburan ke Negeri Kedah semoga kita dapat banyak lagi pelabur.

Cuma saya nak tanya mengenai pelaburan ini berkenaan dengan PBT Hi-Tech Park. Adakah kerajaan telah membuat keputusan berkenaan dengan PBT H-Tech Park yang mana dulunya kerajaan yang terdahulu ingin menggabungkannya bersama dengan MPKK yang mana telah merisaukan ramai pelabur di Kulim Hi-Tech Park itu dan bagaimana cadangan saya berkenaan dengan pakej rangsangan pelaburan sekiranya Kedah boleh berbincang dengan Persekutuan dan bersama NCIA untuk mengadakan Skim Pakej Rangsangan Pelabur Khas di Kulim Hi-Tech Park. Terima kasih.

Pasal PBT ini kita dah buat keputusan tetapi saya nak serahkan kepada YAB. Menteri Besar untuk memberikan maklumat tentang ini lah, biar Menteri Besar sendiri sebut. Ok.

Yang keduanya berhubung dengan portfolio saya yang kedua iaitu Sains Teknologi dan Inovasi, sekejap saja saya nak sebut. Kita di Negeri Kedah ini menggalakkan supaya syarikat-syarikat bukan saja di Kulim Technology Park tetapi juga di semua kawasan perindustrian supaya mengadaptasi IR4.0. Apa yang terkandung di dalam IR4.0 ini ialah seperti IOT (Internet Of Thing) ataupun internet segala benda dalam bahasa Melayu. Kemudian, AI (Artificial Intelligence) dan automasi. Pihak MIDA sebenarnya mereka memberikan intensif yang banyak kepada syarikat-syarikat yang menggunakan IR4.0 ini. Saya bagi contoh sebuah syarikat di Sungai Petani yang saya lawati, buat ‘medical products’ iaitu Ideal Healthcare, milik bumiputera. Mereka sudah mendapat insentif ini dari MIDA sebanyak RM500,000.

Speaker

YB. Guar Chempedak ada 5 minit lagi!

Bagi bidang pertanian saya akan bekerjasama dengan YB. Lunas untuk mentransformasi sektor pertanian menggunakan 4.0IR umpamanya aplikasi ‘drone’ dan juga menggunakan teknologi komunikasi seperti penggunaan internet (IOT) dalam pertanian.

Mengenai pengajian tinggi satu saja saya nak sebut. Negeri Kedah bukan sahaja nak jadi sebuah negeri pertanian tetapi hendak berjaya dalam sektor industri pembuatan. Namun, kita tidak ada sebuah universiti pun yang menawarkan bidang teknikal. Kita ada UUM dan UiTM tetapi kedua-duanya menawarkan bidang kursus-kursus pengurusan. Dahulu senarionya mungkin berbeza dari sekarang. Hari ini senario sudah berubah. Baru-baru ini saya membuat kunjungan hormat dengan Menteri Pengajian Tinggi. Saya mohon supaya diwujudkan sebuah universiti teknikal di Kedah.

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Boleh na, sikit?

Berapa minit YB. Tuan Speaker?

Speaker

Saya tetap dengan tadi minta 5 minit kita bagi…

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Sikit saja! Sikit saja sebab ada kaitan dengan UUM tadi.

Seminit! Tarik saya seminit, tambah balik! Itu baru adil…(sambil ketawa)

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Baik YB. Tuan Speaker, terima kasih. YB. Guar Chempedak, baginda Tuanku Sultan Kedah telah mencadangkan agar UUM menubuhkan Pusat STEM (Science Technology Engineering and Mathematics) bagi menyebarkan pengetahuan di semua peringkat akar umbi. Jadi, apakah status perancangan ini? Terima kasih.

Ok, sebenarnya YB. Kota Siputeh, saya pun sedia maklum tentang perkara ini, saya pun dah berbincang dengan pihak UUM. Sebenarnya dah dibuat lawatan ke UUM. Saya dimaklumkan UUM sedang dalam proses untuk menuju ke arah itu. Program STEM ok, tapi dalam masa yang sama kita perlu mempercepatkan penubuhan fakulti ataupun sekolah Kejuruteraan di UUM. Yang itu menjadi matlamat kita.

Tambah masa pi YB. Speaker bagi peluang YB. Guar Chempedak bercakap. Saya pun nak tanya soalan!

Guar Chempedak pun depa sebut banyak kali. YB. Alor Mengkudu pun kawan baik saya, kami lama berkawan. Saya bermula sebagai ADUN duduk di tempat YB. Jitra, ADUN BN jadi pembangkang, bersama dengan YB. Sungai Tiang. Saya seronok duk di situ jadi pembangkang pun tak pa, semasa itu Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan duduk di sebelah sini (kerusi YAB. Menteri Besar), tak dak masalah. YAB. Menteri Besar sekarang pada masa itu adalah Setiausaha Politik kepada Menteri Besar. Tiada masalah menjadi ADUN pembangkang, saya seronok berkawan dengan semua orang. Selepas itu 2013 saya pindah duduk di tempat ini, tempat yang sama, dalam Mesyuarat Exco pun saya duduk tempat yang sama, tak berubah tapi Menteri Besar berubah, 3 Menteri Besar. Selepas PRU 2018, dengan izin Allah Ta’ala saya pi duduk tempat yang YB. Anak Bukit duduk sekarang ini. YB. Bandar Baharu dan YB. Sungai Tiang duduk sebelah saya. Semua ini kerja Allah Ta’ala, selepas tu saya pindah duduk tang tu, tempat YB. Kupang, saya seronok, duk tang tu pun saya seronok, duk tang YB. Kupang pun saya seronok, sebab PH ajak saya masuk mai berkawan pakat-pakat buat kerja. Saya masuk, tak dak masalah, tak berkelahi dengan sesiapa pun, ada orang marah-marah sikit, marah sat-sat saja lah, penduduk DUN Guar pun tak marah sangat kat saya. Sesetengah daripada orang UMNO sendiri suruh saya ‘join’ Kerajaan PH. Mereka kata kalau masih dalam BN tak mampu bantu rakyat kerana tiada peruntukan. Walau di mana juga kita berada yang penting dan utama ialah kita dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat dalam Negeri Kedah…..YB. Alor Mengkudu minta laluan)

YB. Tuan Speaker, sebab kawan baik saya boleh tak? Nak ‘synchronize’.

‘Synchronize’? (sambil ketawa)

Saya sebab kawan baik, 2 kali minta depa tak berani bagi kat saya, saya pun tak tau pasal apa. Saya nak bertanya, adakah YB. Guar Chempedak boleh bersetuju supaya satu-satu langkah perlu dibuat untuk menstabilkan politik dan juga menstabilkan kerajaan, pertamanya akan memudahkan kakitangan kerajaan menjalankan tugas, yang kedua memberi khidmat yang baik kepada rakyat, itu matlamat. Adakah boleh bersetuju bahawa kita mengikut langkah yang sedang dimulakan di Parlimen sekarang iaitu mereka menubuhkan satu kaukus yang diketuai oleh Ahli Parlimen Padang Rengas iaitu untuk melihat kembali sekarang dan mereka diwakili oleh Ahli-Ahli Parlimen untuk melihat isu inilah, isu kerajaan bagaimana nak stabilkan kerajaan, kes isu lompat dan sebagainya, tidak di dalam keadaan emosi nak lihat bagaimana kita nak atasi masalah. Memang ada kecenderungan nak lompat, nak pindah parti ini biasa, ya lah, hat nak marah, marahlah kan, yang itu biasa lah, yang nak kata pun katalah, dalam politik. Di peringkat Parlimen mereka sudah pun mula mengajak semua wakil-wakil parti duduk, kaukus untuk bincang bagaimana nak stabilkan. Oleh kerana isu lompat ni dia jangan tengok dalam sudut individu tapi kestabilan kerajaan, kalau kita nak tengok, sebenarnya kes ini 1961 yang paling mula lompat YB. Bakar Arang, yang orang duk kata kat Pas kan, sebenarnya 3 Adun Pas 1961 menyebabkan Kerajaan Pas jatuh di Terengganu. Itu yang mula lompat sebenarnya tu, jatuh kerajaan Pas pada 1961. Selepas itu lama dah tak berlaku kerana Kerajaan BN stabil, Perikatan tu stabil, jadi sekarang ini dia jadi pula berkembang. Jadi, saya nak tanya bolehkah bersetuju…(YB. Speaker mencelah)

Speaker

Boleh bagi ringkas, boleh bagi ringkas tak?

Ya, ringkas! Bolehkah bersetuju supaya kita juga di peringkat negeri mengambil satu inisiatif menubuhkan kaukus kita untuk bincang di mana perlunya pindaan-pindaan yang perlu kita buat supaya ia menjadi lebih stabil. Itu pandangan saya dan cadangan saya adakah boleh kita lihat perkara ini?

YB. Tuan Speaker, YB. Alor Mengkudu, jika kita lakukan apa juga perubahan sekali pun di Kedah ini tetapi kalau di peringkat Persekutuan atau Parlimen perubahan itu tidak dibuat, ia tidak akan memberi apa-apa makna. Sidang DUN Kelantan dan Sabah pernah buat keputusan mengenai lompat parti tetapi tak dapat dilaksanakan kerana di peringkat Pusat tiada undang-undang berkenaan.

Speaker

Ok! Ok! YB. Guar Chempedak, sila buat penutup!

Sebagai penutup saya nak katakan bahawa tiada dalam perkara ini. Kerajaan sekarang ini pun dah stabil, kita tunggu lah PRU yang akan datang. Jadi, YB. Tuan Speaker habis dah, yang penting bagi saya ialah kita lompat ka, duk sebelah mana ka, duk sebelah sini ka, yang penting kita beri khidmat yang terbaik kepada rakyat dan Negeri Kedah. Itu yang lebih penting. Jadi, YB. Tuan Speaker saya dengan ini menyokong perbahasan menjunjung kasih kepada KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan menjunjung kasih titah ucapan KDYMM Tuanku Sultan Kedah. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB. Guar Chempedak kerana dia patuhlah kepada janji dia tambahan 5 minit. Sekarang saya menjemput YAB. Menteri Besar untuk membuat penggulungan usul.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan “di bawah Peraturan 12 1(b) Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya Sidang Dewan pada petang ini disambung semula pada jam 4.30 petang sehingga selesai urusan-urusan yang berkaitan”.

Saya pohon menyokong cadang tersebut.

Speaker

Cadangan untuk kita selepas 4.30 petang kita akan sambung sehingga kita punya agenda habis, tak lama pun dalam 20 minit macam tu lah.

Silakan YAB. Menteri Besar.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Speaker, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dikasihi sekalian. Untuk mententeramkan Dewan yang mulia ini kerana kita telah sampai ke penghujung, saya ingin menyambung sedikit perkara yang sangat penting yang sedang kita hadapi iaitu Covid-19. Kerajaan Negeri saban hari mengambil tindakan-tindakan kerana kita menyedari bahwa cabaran yang sedang kita hadapi ini bukan calang-calang, bukan kaleng-kaleng yang boleh diambil ringan. Semalam pun saya panggil Jawatankuasa Teknikal MKN untuk memperincikan tindakan-tindakan selepas pengumuman MENHAN petang semalam untuk tidak melaksanakan TEMCO ataupun Larangan Rentas Daerah di daerah-daerah yang sedang menghadapi Covid-19 iaitu di Kulim, Kuala Muda, Sik dan di Baling. Oleh kerana Kerajaan Pusat mempunyai pertimbangan yang lain maka Kerajaan Negeri perlu mencari option apakah yang boleh dibuat dalam bidang kuasa negeri untuk kita pastikan rakyat kita membuat pergerakan yang minimum untuk memutuskan rantaian Covid-19.

Sedia maklum seperti yang disebutkan oleh YB. Tokai dan YB. Pengkalan Kundor tadi, 2 orang doktor dalam Dewan ini bahawa satu-satunya jalan pada waktu ini untuk menghadapi Covid-19 ialah memutuskan rantaian. Cara dan kaedah untuk memutuskan rantaian ialah kita menjarakkan fizikal dan menjaga kebersihan. Memang ada diumumkan 7 kes semalam 5 kes melalui kluster tawar, 2 kes yang tidak ada kluster lagi seperti yang disebut oleh YB. Pengkalan Kundor tadi saya nak ulang saya tak pandai, “sporadic cluster”. Kaedah yang kita nak kepada pemimpin-pemimpin yang ada di Dewan ini ialah kita mengajak masyarakat kita untuk membuat ‘self isolated’ cuba mengasingkan diri seberapa yang boleh untuk kita mengelak kesesakan. Dalam cadangan budaya hidup baru bagi mengekang penyebaran Covid yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Persekutuan memperuntukkan kepada Kerajaan Negeri tiap-tiap negeri RM100,000.00 untuk kita menganjurkan kampen-kempen supaya rakyat dapat menghayati dan mengamalkan cara hidup baru, kebiasaan baru dalam hidup kita antaranya ialah mengasingkan.

Mungkin telah lama kita mengambil masa bersaing dan bergaul bebas dalam masyarakat sehingga kita tidak dapat tinggal berasingan daripada orang ramai. Tapi Allah hantar satu virus untuk kita mula tinggal di rumah bersama dengan keluarga demi keselamatan nyawa. Kita memikirkan kebajikan para peniaga kecil, orang-orang yang terjejas pendapatan akibat daripada sekatan-sekatan yang dikenakan untuk menghalang rantaian Covid kita juga kena memikirkan supaya mereka dapat terus hidup untuk menjalani perkara-perkara yang sedang mereka usahakan. Nyawa lebih penting daripada pendapatan yang makin hilang, lebih baik hilang pendapatan daripada hilang nyawa. Saya cuba membuat kesimpulan itu. Oleh yang demikian, saya mohon kerjasama daripada seluruh wakil rakyat yang ada dalam Dewan ini untuk sama-sama kita membantu masyarakat kita untuk mengamalkan budaya hidup baru, asingkan diri, TEMCOkan diri sendiri, cuba sedaya upaya untuk tidak keluar jika tidak ada perkara penting. Kita ada Kluster Tawar……(YB. Pengkalan Kundor minta laluan)

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Tambahan sikit.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Ya.. YB. Pengkalan Kundor.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Berkait dengan masalah kluster kedua Negeri Kedah. Kelmarin saya ingat soalan yang saya tanya adalah apakah kriteria dalam usaha kita nak isytiharkan TEMCO sebab kita nak pastikan kita nak jadikan ‘target area’ ini adalah kawasan yang dikuarantin betul-betul supaya tidak ada ‘movement in out’ supaya pastikan bahawa kalau ada di situ dia baik dan tak merebak keluar. Kita isytiharkan TEMCO di Sivagangga Kluster, tapi yang 3 lagi tu apakah halangan, saya yakin ini MKN ada pandangan sendiri tapi juga Kerajaan Negeri terutamanya bila hari ini Kluster Tawar bertambah 5 di sekolah sudah tentu kita ada pandangan sendiri. Apakah Kerajaan Negeri merasakan walaupun mereka tidak isytiharkan secara formal tetapi Kerajaan Negeri boleh ambil tindakan untuk memastikan bahawa rantaian itu dapat diputuskan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Di Kubang Pasu, Kluster Sivagangga kita mengesan di Napoh, di Binjal dan Kampung Hulu di Padang Terap. Seberannya belum begitu meluas, Kluster Sivagangga yang berpunca dari Napoh ini hanya dieksport keluar ke Padang Terap melalui 1 pemandu lori yang singgah makan, buat aktiviti, dia balik dan tersebar kepada keluarganya, kemudian pekerja santan yang jual santan kepada orang ramai dan dia buka kedai roti canai di Sanglang, dalam lingkungan itu sahaja. Jadi, TEMCO itu mudah dibuat kerana TEMCO ini dia target rumah ke rumah dan kawasannya tidak luas. Untuk Tawar, sekarang kita ada 1,537 rumah, ‘close contact’ kemudian kita kena kejar ‘contact to the close contact’, yang jumlahnya hampir 6,000 orang, campur dengan ‘close contact’ kita dah jadi 7,500 orang dan kedudukannya berselerak, bukan saja di Kuala Muda, di Tawar, di Kuala Muda, ada di Kuala Ketil, di Padang Serai, ada di Sik sekarang ini.

Jadi, TEMCO tidak dapat dilaksanakan melainkan Jabatan Kesihatan terpaksa mengejar ‘contact to the close contact’ kerana bila dapat ‘close contact’, ‘contact to the close contact’ ini sudah merebak jauh. Satu-satu jalan yang ada ialah kita membuat ‘screening’ besar-besaran yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan tapi Jabatan Kesihatan juga mempunyai kekangan kerana had makmal untuk buat test ni sehari yang dihantar ke Ipoh itu 700, tapi test itu sendiri, kakitangan kesihatan hanya boleh buat sehari 300 saja, pasal pakai tu panas, tak mampu nak bekerja lebih lama.

Ini kekangan-kekangan yang ada. TEMCO juga memerlukan pasukan polis untuk kepung satu kawasan, oleh kerana kawasan ini terlalu luas dan kedudukannya berselerak, polis sendiri pada satu ketika 100 anggota dikuarantin kerana ada kes di Kuala Muda melibatkan anggota polis. Bila 100 orang terpaksa dikuarantin kita ada ‘balance’ tak sampai 400 orang dan kita mempunyai kekangan itu. Selepas MENHAN membuat kenyataan semalam saya telah panggil jabatan teknikal untuk melihat kembali apakah ruang yang kita ada untuk kita hadapi ini. Saya mendapat nasihat daripada Penasihat Undang-undang Negeri adakah kita ada kuasa untuk melaksanakan apa yang tidak dapat dilaksanakan oleh MKN Pusat. Kita tidak ada kuasa, kita tidak ada ruang itu, melainkan kita buat pendidikan dan program kesedaran kepada rakyat.

Salah satu daripada program kesedaran dan pendidikan yang saya rasa perlu disegerakan adalah melalui Pusat-pusat Khidmat Wakil-wakil Rakyat dan Exco Kerajaan Negeri yang ada di Dewan yang mulia ini untuk kita menyelamatkan seramai mungkin adik beradik kita di luar sana supaya tidak mendedahkan diri mereka kepada kluster baru sporadic tadi. Kita juga berbincang sehingga ke peringkat adakah jiran-jiran kepada ‘close contact’ ataupun jiran kepada PUI yang didapati positif dapat berperanan sebagai mata dan telinga supaya kita memberi amaran, peringatan kepada orang lain bahawa di kawasan ini ada kes dan tuan-tuan tolong jauhi kawasan ini. Itu peranan yang kita harap dapat kita timbulkan stigma kebimbangan dan ketakutan supaya orang lebih berhati-hati kerana benda tak nampak dan Kluster Tawar ini disebarkan oleh orang yang tidak bergejala. Ini yang kita berasa sangat bimbang, saya duk sihat-sihat macam ni sebenarnya saya positf, contoh (sambil ketawa) jadi, saya takut perkara itu. Seboleh-boleh yang mungkin selain mengamalkan apa yang disebutkan oleh YB. Tokai tadi kita dapat membuat pendidikan dan program-program kesedaran kepada rakyat secara psikologi dan fizikal untuk kita menghadapi cabaran yang sangat besar ini.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Pencelahan sikit. Kluster Sala, Guar yang sebenarnya. Tapi akhirnya si abang tu pergi ke Teluk Bagan dan Teluk Bagan ada kes. Saya mencadangkan supaya TEMCO tadi bukan dalam bentuk perundangan tetapi dia sendiri tu. Kes yang berada di Teluk Bagan itu, kampung yang merupakan Kampung Teluk Bagan itu masing-masing di situ sangat bertanggungjawab.

Selain daripada pihak Jabatan Kesihatan pergi buat ‘screening’ kepada mereka yang perlu tetapi penduduk di situ sangat disiplin sehingga akhirnya dia berhenti di situ. Inilah contoh-contoh yang ada kawasan-kawasan tertentu yang seolah-olah dia macam TEMCO, tetapi bukan TEMCO di‘declare’ sebegitu tapi mereka sendiri, kampung itu dengan kesedaran sendiri. Itu maksud saya yang Kerajaan Negeri boleh buat sebab kalau nak ikut tadi kita kena terikat dengan MKN dan seumpamanya.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih YB. Pengkalan Kundor, saya masukkan cadangan itu dalam ucapan saya supaya kita dapat menjalinkan lebih ramai kerjasama untuk kita menghadapi kluster yang sangat kita bimbangi pada waktu ini. Terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dengan membuat saranan-saranan yang baik untuk kita sama-sama hadapi. InsyaAllah, di peringkat penerangan kita akan cetak poster-poster untuk diletakkan di lokasi-lokasi tertentu supaya rakyat ada kesedaran untuk menghindari wabak ini dengan cara menjauhkan diri daripada bakal-bakal calon positif Covid yang berada di tengah-tengah pusaran yang kita tak tau siapa dia. Kita ‘lockdown’ diri kita sendiri, InsyaAllah. Kempen-kempen ini akan mula digerakkan oleh YB. Exco Penerangan di bawah Jabatan Penerangan dan Penyiaran yang kita ada di peringkat negeri.

Berkaitan dengan soalan YB. Jitra, duit yang diterima daripada YAB. Perdana Menteri, Pemberian Khas pada 23 Disember 2019 berjumlah RM200 juta bagi membantu meningkatkan hasil negeri, mengukuhkan kedudukan fiskal, menampung keperluan Kerajaan Negeri dan melaksanakan pelbagai projek pembangunan. Terimaan ini telah dikreditkan kepada Kumpulan Wang Disatukan. Ini menjadikan jumlah hasil tahun 2019 berjumlah RM778 juta. Terimaan ini mula dibelanja pada tahun 2020 mengikut butiran perbelanjaan yang terkandung dalam Bajet 2020 di Negeri Kedah yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada bulan Oktober 2019 meliputi perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Di bawah belanja mengurus, sejumlah peruntukan tersebut telah diguna bagi menampung defisit yang berpunca daripada pandemik Covid-19 dan PKP. Sehingga 26 Ogos 2020 kutipan hasil semasa negeri berjumlah RM334.7 juta berbanding perbelanjaan berjumlah RM389.9 juta kekurangan sebanyak RM55.2 juta ini ditampung daripada peruntukan pemberian khas tersebut.

Kerajaan Negeri turut membuat pembayaran di bawah bantuan Covid-19 sebanyak RM10 juta iaitu tambahan kepada peruntukan khas yang diterima daripada Persekutuan berjumlah RM10 juta menjadikan keseluruhan program bantuan kerajaan akibat daripada pandemik Covid berjumlah RM20 juta.

Saya ingin merakamkan di Dewan yang mulia ini ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan melalui ehsan YAB. Mantan Perdana Menteri yang telah memberikan Kedah RM200 juta yang saya difahamkan turut diterima oleh negeri-negeri lain seperti Kelantan dan Terengganu, malah saya difahamkan jumlahnya lebih besar daripada Negeri Kedah.

Berkenaan dengan persoalan pelantikan Speaker saya fikir perkara ini telah menjadi akademik tetapi saya ingin menjelaskan bahawa tidak ada satu kaedah yang diperuntukkan di bawah undang-undang bagi kerajaan memaklumkan kekosongan kerusi Speaker. Menurut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah, bila jawatan Speaker itu kosong, maka Dewan hendaklah memilih Speaker yang baharu. Peraturan 4(1) Peraturan Dewan menyatakan keperluan untuk sekurang-kurangnya 1 hari untuk Dewan mencadangkan nama calon Speaker yang baharu kepada Setiausaha Dewan. Dalam hal ini, mantan Speaker telah meletakkan jawatan dan kemudiannya disusuli oleh perletakan jawatan Timbalan Speaker yang berkuat kuasa pada 23 Ogos. Tiada peruntukan yang jelas dalam peraturan Dewan yang menyatakan keperluan untuk memberikan notis kekosongan jawatan Speaker kepada Ahli-Ahli Dewan. Walau bagaimanapun, pemakluman tentang agenda pelantikan Speaker dan Timbalan Speaker yang baharu itu telah dimasukkan ke dalam aturan Mesyuarat Dewan yang mana salinan PDF dokumen itu telah diedarkan dengan segera oleh Pejabat Setiausaha Dewan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri pada 23 Ogos 2020 selepas dibuat pengemaskinian akhir melalui aplikasi whatApps iaitu 2 hari sebelum Mesyuarat Dewan. Mengikut Peraturan 9(2) Peraturan Dewan, SU Dewan hendaklah menyediakan aturan urusan mesyuarat seberapa segera yang boleh sebelum tiap-tiap mesyuarat. Tiada tempoh tertentu yang dinyatakan, hanya dinyatakan dengan kadar segera. Berkaitan persoalan yang dibangkitkan oleh beberapa orang Adun berkaitan apakah nama Negeri Kedah sekarang ini? Saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan yang ada sekarang ini dinamakan “Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman”. Tiada manifesto….

Nak tanya juga? Laaa…tak dak apa pun, hat tu saja….(sambil ketawa).

Nak tanya. YB. Speaker, YAB. Jeneri, ini amalan politik. Kalau kita rujuk kepada perlembagaan, tak dak parti politik dalam perlembagaan sebenarnya, parti politik ini sebenarnya ada dalam urusan pilihanraya, kalau bukan pilihanraya setakat Adun saja. Tapi dalam urusan politik, kadang kala kita jumpa “Ini Projek Kerajaan Barisan Nasional”. Ada dalam perlembagaan Projek Kerajaan Barisan Nasional? Tak dak! Tapi di papan tanda tulis “Projek Kerajaan Barisan Nasional”, pakai nama. Sebab kita nak ‘adress’, kitakan orang politik dan rakyat pun begitu juga. Jadi, nak tau nama apa dia, “Kerajaan Barisan Nasional” di peringkat nasional, “Kerajaan Pas Kelantan”, “Kerajaan PH”. Jadi, ini amalan. Sebab itu kita tanya sebenarnya untuk YAB. isytiharkan kami ni kerajaan apa jadi, senanglah untuk panggil kerajaan…Itu saja. Boleh sebut nama kut nama kerajaan apa.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Saya daripada awal dulu tak bersetuju meletakkan Kerajaan Barisan Nasional, Kerajaan Pakatan Rakyat kerana tidak ada dalam perlembagaan dan kalau teliti tulisan-tulisan saya yang begitu banyak di blog, di facebook saya tidak pernah merujuk kerajaan itu kerajaan apa, boleh cari, Kerajaan Kedah… Kedah lah kerana itu salah satu kempen parti, mengawinkan nama parti dengan kerajaan supaya orang Nampak, oh! Ini Kerajaan BN, ini Kerajaan PN, ini Kerajaan PH. Saya rasa itu tak perlu kut kempen kalau kita sudah kukuh tak perlulah mengahwinkan parti kita dengan kerajaan. Jadi, saya umumkanlah kerajaan kita ini bernama Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Tidak ada manifeso, saya rasa manifesto ini ada banyak parti kemuka manifesto sebelum pilihanraya tapi ada banyak juga parti yang tak melaksanakan manifesto menyebabkan sebahagian daripada sebab-sebab kejatuhan sesetengah kerajaan adalah tidak melaksanakan manifesto dan tidaklah menjadi satu kesalahan mana-mana kerajaan yang tidak ada manifesto tetapi pelaksanaan kerja yang dibuat mengatasi orang yang ada manifesto. Minta maaf YB. Jitra, saya tak ingatlah, saya biasa suruh YB. Guar Chempedak kosongkan kerusi, saya memang ada marahkan dia lah, tapi saya kata, “hang kosongkan kerusi”, taklah. Saya ada marah, betul, saya duduk di tempat YB. Alor Mengkudu lah kan masa tu. Memang pada masa itu saya muda, sekarang pun muda lagi, darah tengah mendidih, saya ada marah lah na, tapi saya tak suruh kosongkan kerusi lah sebab tak boleh, ikut perlembagaan dia boleh lompat. Tapi terpulang kepada dialah, itu hak masing-masing, marah pun hak kita lah. Saya pun ada marah lah, sekarang ni pun bukan tak berapa marah, marah jugak ni (sambil ketawa).

Baik sangat la ni pun…duk marah jugak tu…

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

YB. Alor Mengkudu mendakwa dia diarahkan keluar parti ya. Saya berpandangan tidak ada arahan itu sepanjang saya berada dalam parti, tidak ada arahan untuk YB. Alor Mengkudu untuk meninggalkan Pas. Terima kasih kepada cadangan…..ada arahan ka?

Ada! Ada!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Tak dak arahan tak pa!

Sebenarnya ada, sebab ia permintaan. Sebenarnya ini bukan urusan kerajaan, jadi sebagai YAB. tak perlulah jawab bagi pihak kerajaan. Ini bukan jawab bagi pihak parti.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Bukan… saya nak betulkan. Kelmarin YB. kata YB. diarah meninggalkan parti, saya kata tidak ada arahan. Itu jawapan saya.

Sebenarnya, saya nak maklum telah beberapa kali kenyataan dibuat oleh Presiden parti, “sila keluar daripada Pas kalau sekiranya tidak boleh mengikut”.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Itu arahanlah?

Ya, itu adalah arahan yang dikeluarkan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Kalau YB. anggap itu arahan tak pa lah, itu anggapan YB. lah. Tapi sebagai pemimpin parti pada masa itu saya kira tidak ada apa-apa arahan. Itu anggapan daripada YB. saja lah.

Saya pun ada jawatan kanan juga dalam parti pada ketika itu..

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Tak pa lah, tak pa lah saya tau tapi dah tinggal dah…lompat juga tu pun, saya tau! Timbalan Pesuruhjaya, bakal Menteri Besar pada masa tu!

Speaker

Teruskan! Teruskan!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

YB. Alor Mengkudu mencadangkan kerajaan membuat persiapan, InsyaAllah sedang dipersiapkan oleh kerajaan untuk menghadapi kesan daripada Covid. Ada pandangan mengatakan sektor pelancongan internasional hanya akan pulih selepas 6 tahun daripada sekarang. Jadi, kita bergantung sepenuhnya kepada ‘domestic tourism’. Saya telah mengarahkan YB. Exco Pelancongan untuk mengadakan “ziarah mahabbah” untuk mengadakan promosi pelancongan ke negeri-negeri berhampiran termasuk ke Perak, Selangor, Johor dan saya suruh dia pergi Sabah, panggil orang Sabah mai, kita belajar

daripada Sabah bagaimanakah Sabah dapat menguruskan sektor pelancongan sehingga menjadi sumber pendapatan penting kepada Negeri Sabah dalam keadaan kita terpaksa menunggu begitu lama sebelum pelancong internasional dapat masuk semula ke negara kita. Kita pun ‘seriau’ nak buka sempadan, kita pun tak sokong kalau depa buka sempadan pada waktu ini kerana kita negeri yang bersempadan dengan negeri jiran, ada potensi yang besar untuk dia lambakkan virus tu di sini.

YB. Gurun membuat kenyataan bahawa pelabur lari apabila pertukaran kerajaan berlaku dan kenyataan tersebut dibuktikan salah bila pelabur masuk dan pada tengahari tadi ada berjumpa, pelaburan yang akan dibawa oleh pelabur yang datang berjumpa saya tadi berjumlah RM0.6 billion atau RM600 juta tapi depa nak suruh sebut bagi besar RM0.6 billion. InsyaAllah. Masalah yang dihadapi oleh peniaga-peniaga dengan PBT. Saya kata memang ada penguatkuasaan PBT yang melarang berniaga di tempat-tempat tertentu, InsyaAllah saya akan mohon YB. Exco PBT untuk berunding dengan Pihak Kerajaan Tempatan bagaimanakah PBT dapat membantu. Tapi kita punya tindakan tidaklah sampai ke peringkat seperti PBT di negeri lain. Orang report pasal mesin judi depa pi angkut mesin jahit, ada negeri tu, negeri kawan YB. Lunas. InsyaAllah PBT kita akan bersikap rasional.

Kekalkan pertanian makanan. Ini sedang kita laksanakan InsyaAllah Kedah selain kekal menjadi negeri pertanian juga akan melonjakkan sektor industri. YB. Jitra juga menyebut tentang Covid saya telah sebutkan sebentar tadi. Selain daripada bantuan di peringkat Persekutuan, InsyaAllah Kerajaan Negeri juga akan merancang dan bagi menghadapi kesan jangka panjang Covid, kita akan melihat apakah program-program yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan selepas berbelanja besar, ‘reserve’ kerajaan lebih kurang RM60 billion dalam program bantuan dalam pelbagai pakej antaranya “Pakej Mak Kiah” yang dimasukkan ke akaun penerima bantuan, ada subsidi upah, ada moratorium pinjaman, ada subsidi bil elektrik, ada data internet free. Selepas itu Kerajaan Persekutuan tidak berbelanja lagi menyebabkan kita juga menghadapi masalah. InsyaAllah, saya yakin Kerajaan Persekutuan akan ada program-program berikutnya yang juga boleh memberi manfaat kepada rakyat Kedah.

YB. Tuan Speaker dan YAB. Jeneri, mengenai subsidi upah ni, saya menerima banyak rungutan daripada pekerja-pekerja khususnya pekerja kilang termasuk daripada Kulim Hi-

Tech Park yang menyatakan bahawa subsidi upah yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan itu memberi banyak manfaat kepada syarikat. Ianya disalurkan kepada syarikat dengan tujuan supaya syarikat menggunakan duit itu untuk membayar gaji pekerja itu. Tapi rungutan yang kita terima daripada pekerja ialah mereka tak dapat duit itu, ianya tidak langsung membantu. Jadi, apa tindakan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk membetulkan keadaan ini dalam waktu kita masih lagi berusaha untuk menarik pelaburan tempatan dan asing?

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih YB. Jitra. Saya pun baru tau petang ni, InsyaAllah saya akan suarakan masalah ini untuk perhatian Kerajaan Persekutuan seberapa segera yang mungkin.

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Cuma saya nak bertanya, kita tahu penularan Covid-19 ini menyebabkan ia memberi kesan kepada ekonomi, kesan kepada pengangguran, kesan kepada semua aspek kehidupan kita pada kali ini. Di atas kesan ini menyebabkan hasil negeri juga teruk, semasa kerajaan terdahulu pun menghadapi keadaan yang sulit sedemikian rupa. Cuma saya nak tanya kepada YAB. Jeneri, apakah hasil-hasil baru, ‘cash flow’ (aliran tunai) yang sebenar yang diterima oleh Kerajaan Negeri selain daripada yang disebut oleh YB. Jitra dahulu dia ada RM200 juta daripada Kerajaan Negeri. Bagaimana kedudukan kewangan Kerajaan Negeri sekarang?

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih YB. Kubang Rotan. Saya mohonn sedikit masa untuk menjawab soalan itu kerana saya kena rujuk YB. Pegawai Kewangan Negeri. KXP yang dibangkitkan oleh beberapa orang Adun, saya ingin membuat penjelasan begini, saya menghargai semua usaha yang telah dimulakan oleh kerajaan sebelum ini, kerajaan pimpinan YB. Ayer Hitam pada masa itu, sekarang ni YB. Jitra pada tahun 2015 kemudian bertukar kerajaan, selepas tu bertukar kerajaan. Susunan KXP ini telah dibuat begitu rapi dengan kerjasama semua pihak sama ada NCIA, Pelan Malaysia, MPSPK, Kerajaan Negeri dan ditubuhkan di bawah PKNK, KXP Airport City Holdings pada tahun 2019 untuk menguruskan perkara ini.

Saya telah bentangkan dalam satu ‘Teleconference’ Mesyuarat MPFN (Majlis Perancang Fizikal Negara) secara atas talian pada 2 bulan lepas kalau tak silap saya tentang KXP dan beberapa program projek berimpak tinggi negeri yang telah dimasukkan sebagai kertas yang akan diangkat ke mesyuarat penuh MPFN. 2 minggu lepas saya pergi ke Kuala Lumpur bermesyuarat penuh MPFN. Urusetia kepada MPFN ini ialah Kerajaan Tempatan. 3 hari sebelum itu MOT membuat kenyataan semua projek-projek berkaitan dengan airport ditangguhkan untuk MOT menyiapkan NASP (National Airport Strategic Plan) jadi kita terkejut kenapa NASP ditimbulkan pada waktu ini sedangkan kita telah berjalan begitu jauh.

Saya ingin membuat kenyataan bahawa kerajaan yang baru ini tidak pernah membatalkan apa-apa rancangan baik yang telah diusahakan oleh kerajaan sebelumnya kerana kita faham tiap-tiap rancangan yang telah sampai ke peringkat itu telah menelan begitu banyak belanja, telah menelan begitu banyak masa, merah dah biji mata pegawai-pegawai yang menyediakan dokumen-dokumen, yang membuat pelbagai kajian untuk sampai ke peringkat itu. Banyak program yang kita teruskan, saya fikir tak ada lagi program yang batal. Hanya kerana perbezaan parti politik kita batalkan, kita lantik konsultan kita buat kajian dulu. Ada satu peristiwa, dulu lah, trend dulu, batal, tarik balik iklan tander, lantik konsultan, buat kajian harga, keluar-keluar harga tu juga, lewat jadi 2 tahun projek yang kita nak sangat-sangat tu.

Saya tak mahu ulangi perkara itu kerana itu bukan amalan yang baik, itu amalan tidak percaya kepada orang, menimbulkan keraguan dan menimbulkan perseteruan selepas daripada itu. Tentulah pegawai-pegawai yang telah membuat kerja yang begitu banyak bila kerja dia dikaji semula, lantik konsultan, bayar ratus ribu untuk buat kajian tu pula dia akan menimbulkan perasaan tidak puas hati, “hang tak percaya kat aku no”?. Lantik orang lain pula mai kaji, tengok-tengok keputusan keluar benda yang sama. Ini perkara yang tidak patut diulanglah oleh mana-mana kerajaan. Bila saya pergi Mesyuarat MPFN, bila majlis dibuka oleh YAB. Perdana Menteri, menteri urusetia telah memaklumkan bahawa pembentangan Airport KXP dan Airport Pulau Tioman, tidak dibentangkan pada hari ini kerana bantahan daripada MOT kerana NASP belum dimuktamatkan. Saya panaslah! Saya panas, saya ingat panas daripada YB. Jitra lagi kalau begitu, pasal kita dah buat persiapan begitu rapi, KXP bukan projek saya pada peringkat awal, saya ambil di tengah jalan, saya baca habis dokumen, saya hafal nanyak perkara tentang KXP. Bila tak boleh bentang saya panaslah. Bila panas tu saya membuat lontaran-lontaran yang agak kritikal kepada Perdana Menteri, kepada MOT, kepada KPKT dan mereka berjanji akan dibuat rundingan segera supaya KXP dapat dilaksanakan.

Minggu lepas saya bersama dengan team KXP dan juga Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Timbalan SUK dan ramai lagi lah pergi ke MOT membuat pembentangan khusus tentang KXP, sejauh manakah kita telah berjalan, berapa banyak belanja kita telah belanjakan. Yang saya hairan, pasal NCH yang menjadi sebahagian daripada komponen KXP (projek itulah), NCH yang telah dilaksanakan oleh NCIA diluluskan oleh MPFN.

Maka dalam pembentangan itu baru MOT faham dah begitu jauh KXP ini berjalan, dah ada 12 konsultan buat kajian, dah begitu detail, ada 170 muka surat kajian tentang macam-macam faktor yang perlu diambil kira dalam pembinaan sebuah airport, pembinaan sebuah kawasan industri dan kawasan aerotropolis. MOT berjanji dan kita mencadangkan wujudkan satu Jawatankuasa Teknikal antara NCIA, MOT, KXP Airport City dan Kerajaan Negeri untuk ‘expedite’ proses-proses yang diperlukan supaya kita dapat melepasi NASP secara interim supaya dapat kita angkat KXP ini dalam Mesyuarat MPFN yang dijadualkan pada bulan November, saya minta YB. Lunas, Exco Pengangkutan pergi bincang dengan Menteri KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) untuk mencadangkan Mesyuarat Khas MPFN bincang paper KXP saja dan YB. Menteri telah berjanji untuk mengusahakan supaya sebelum November itu akan ada Mesyuarat Khas PMFN untuk memberi nasihat-nasihat MPFN supaya perkara ini dapat diluluskan dalam Mesyuarat Penuh Majlis Perancangan Fizikal Negara.

Boleh YB. Tuan Speaker? Terima kasih YAB. Menteri Besar. Apabila Menteri Pengangkutan membuat kenyataan media bahawa KXP itu ditangguhkan sementara kementerian nak buat NASP ini, tentunya berita itu sangat mengejutkan dan mengecewakan kita semua kerana juga disebut bahawa kajian ini akan mengambil masa 3 tahun, NASP hanya akan dimumkan pada tahun 2023. Jadi, bayangkanlah kalau 3 tahun lagi kita tunggu kos akan meningkat dan sebagainya. Walhal pada waktu yang sama saya ingat YAB. pun tahu bahawa di bawah Kanun Tanah, kita sudah pun buat Seksyen 4 untuk menghentikan semua transaksi jual beli tanah ini, walaupun ia boleh berlaku tetapi kita nak kawal harga di kawasan yang terlibat. Ianya merangkumi bidang tanah yang begitu luas dan dalam tempoh setahun kalau ianya tidak dilaksanakan juga soal pengambilan ini, kita masuk Sekyen 8 pula. Seksyen 8 ni tak taulah boleh buat ka tak boleh buat, kalau tak dan nak buat.

Pada waktu yang sama YAB. boleh semak minit mesyuarat NCIA, Northen Coridor yang telah dipengerusikan oleh Bekas Perdana Menteri yang mana diluluskan peruntukan RM2 billion daripada Kerajaan Persekutuan untuk Kerajaan Negeri membuat pengambilan tanah itu. Yang ni sebenarnya kami tak minta, tapi mungkin dia nampak yang Kedah akan menghadapi masalah kerana kekurangan wang jadi, Perdana Meteri pada ketika itu terus mencadangkan. Sudah tentulah kami pun dengan seronoknya terimalah cadangan itu untuk Kerajaan Pusat sediakan duit, wang dahuluan. Dia kata, “ambillah RM2 billion dulu, hampa belanja beli tanah tu dulu, apabila projek dah berjalan nanti bayar balik”.

Yang ni baru betul “durian runtuh” orang kata. Jadi, saya nak minta kalau boleh YAB. kena tuntut balik dengan Perdana Menteri kerana perkara itu telah dipersetujui dan telah diminitkan di dalam Mesyuarat NCIA. Kalau itu ada saya ingat banyaklah masalah kita akan selesai.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih YB. Jitra. Antara persoalan yang ditimbulkan oleh MOT ialah dia kata, “carikan saya satu nota kabinet atau memorandum kabinet yang ada menyebutkan dalam mana-mana mesyuarat kabinet berkaitan projek ini”. Benda itu tak ada, dalam mesyuarat NCIA mungkin ada, tapi tidak sampai ke peringkat kabinet kerana perkara ini telah diumumkan beberapa kali oleh beberapa orang Menteri termasuk Kerajaan Negeri sendiri tetapi tidak sampai ke lorong yang betul untuk “dipaku” di situ. Saya habaq lagu tu kut senang kut no? Tak sampai lorong dia nak “pap” di situ tak sampai, duk berlegar di sekeliling, dekat-dekat dah, dekat-dekat nak masuk tapi tak masuk. Mungkinlah itu masalah yang dihadapi.

Saya faham masalah tu YAB. Seingat saya waktu itu ada 3 kementerian yang masih lagi duk bincang siapa nak jadi juara yang akan bangkitkan perkara ini dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. Yang pertama sepatutnya Kementerian Pengangkutan tapi ada juga Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang mencadangkan bagi kat depa lah untuk buat dan tentunya yang ketiga ialah Kementerian Kewangan. Jadi, akhirnya masalah itu tak selesai dan perkara itu tidak dibangkitkan di dalam mesyuarat kabinet. Saya nak perbetulkan kenyataan saya sebentar tadi yang mana saya kata benda ni dah masuk kabinet tapi sebenarnya memang betul apa YAB. Jeneri sebut, tak masuk kabinet lagi.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih YB. Jitra. Persoalan kedua yang kita hadapi untuk….(YB. Bandar Baharu mohon mencelah)

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Mohon pencelahan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Awh! Ada lagi. Syok ooo.. KXP no?

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

YB. Tuan Speaker, YAB. Jeneri, kalau boleh saya ingin menyatakan berkenaan dengan apa yang telah dimaklumkan oleh YB. Jitra sebentar tadi saya rasa dalam NCIA itu mungkin hanyalah menjadi agenda perbincangan dan diminitkan, bukan kelulusan di mana-mana kementerian untuk menyatakan bahawa memberi kelulusan pinjaman ataupun geran sebanyak RM2.5 billion kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk menguruskan hal-hal KXP ini ataupun pengambilan tanah.

Bila kita lihat, adakah YAB, Jeneri pun ambil maklum bahawa ada beberapa surat daripada YAB. Menteri Besar kepada Perdana Menteri, kepada kementerian-kementerian yang berkaitan untuk memohon akhirnya hari tu yang paling ‘last’ sekali surat pada 12hb. Februari 2020 untuk memohon RM2.5 billion untuk pinjaman mudah ‘soft loan’ (dengan izin) bagi proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 8 Akta 486 telah dipohon agar dapat disalurkan pada atau sebelum bulan April dan adakah YAB. Jeneri ambil maklum dan mendapat maklumat yang terperinci daripada MOT selepas perbincangan tersebut?

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih. Soalan pun panjang. YB. Bandar Baharu hadir dalam mesyuarat dengan MOT dan dia faham dengan beberapa perkara, ada yang saya tak berapa nak menguasai dia kuasai. Alhamdulillah, kerjasama ini baik, saya ucapkan terima kasih. Oleh kerana airport adalah projek di bawah Kerajaan Persekutuan, airport adalah senarai Persekutuan maka mau tidak mau Kerajaan Negeri perlu mendapat kelulusan daripada Kabinet dan kementerian yang perlu ‘assist’ kita dalam projek ini adalah MOT dan saya yakin usaha-usaha yang sedang dibuat oleh Kerajaan Negeri pada waktu ini dan pada masa depan dan pada masa lalu pun akan membantu kita memudahkan jalan-jalan untuk kita jayakan Projek KXP bersama dengan SLAM dan Jajaran NCH, InsyaAllah. Syok no tajuk ni? (sambil ketawa).

YB. Tuan Speaker, saya ingin membantu YAB. Jeneri untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh YB. Bandar Baharu kerana YB. Bandar Baharu pun tak terlibat waktu itu dan Menteri Pengangkutan yang ada sekarang pun tak terlibat dalam semua mesyuarat-mesyuarat itu. Untuk makluman semua, yang hadir dalam mesyuarat NCIA itu selain daripada 3 Menteri Besar dan seorang Ketua Menteri, ialah Menteri Kewangan serta Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Dan sekiranya ada isu yang berkait dengan pengangkutan maka Menteri Pengangkutan pun dijemput hadir. Maka dalam perbincangan itu semua menteri-menteri ini bersetuju dengan keputusan yang dibuat, kalau tidak dia akan protes, bantah dalam mesyuarat. Jadi, setelah dah dipersetujui Kerajaan Negeri pada Ketika itu pula minta tanya dengan Kementerian Kewangan, “macam mana kami nak mohon ni, perkara ini dah setuju”. Jadi, dia pun kata, “tulislah surat kepada kami”. Itulah sebabnya surat yang terakhir sekali tu saya menghantar secara rasmi kepada kementerian. Cuma satu persoalan saja, kalaupun dapat RM2.5 billion itu, duit tu nak disalurkan ke mana, adakah pergi kepada Kerajaan Negeri ka ataupun ke anak syarikat PKNK iaitu KXP Airport City? Jadi, yang tu sajalah tapi sayangnya bila dah kerajaan bertukar ni tak taulah apa jadi dengan peruntukan itu.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

InsyaAllah peruntukan itu tak dapat YB. Jitra sebab kita dapat sepucuk surat daripada Kementerian Kewangan. Ketua Pengarah Belanjawan telah menulis surat dan kita telah membuat maklumbalas bahawa RM2.5 billion itu tidak dapat dipertimbangkan dan kita telah mengubah sedikit model tentang tanah iaitu kita telah menerima permohonan penyertaan salah sebuah syarikat besar GLC Persekutuan yang ada tanah lebih kurang 60% dalam projek itu untuk menyertai projek ini secara memberi tanahnya. Jadi, kita hanya perlukan sedikit saja kewangan untuk buat pengambilan tanah individu. Itulah perkembangan terkini tentang KXP dan saya beri jaminan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini akan berusaha bermati-matian untuk menjayakan satu projek berimpak tinggi yang akan menjadi ‘giant changer’ kepada ekonomi Negeri Kedah pada masa depan dalam usaha untuk membawa kekayaan dari pantai barat masuk ke tengah seterusnya pergi ke sebelah timur Negeri Kedah ini InsyaAllah.

Saya ucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan projek-projek yang berimpak tinggi di Negeri Kedah. Tidak saya lupakan juga kepada jentera Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh YB. Dato’ Paduka Ammar bin Dato’ Syeikh Mahmud Naim yang telah mengemudi perjalanan pentadbiran kerajaan dengan lancar dan bersengkang mata untuk menjayakan projek-projek ini. Terima kasih semua.

Dr. Salmee Bint SaidAMANAH · PHKota Siputeh

YB. Tuan Speaker, tanya sikit boleh tak? Sikit saja.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Rajin betoi no, masa jadi Exco tak cakap apa pun!

Dr. Salmee bin SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Masa jadi Exco tak boleh cakap…

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Nak tanya pun tak boleh. Tak boleh! Tak boleh! Tak boleh! Hari ni…Sat-sat bangkit! Sat-sat bangkit! (seluruh hadirin ketawa) Tadi lagi saya nak kata hat tu. Sila! Sila!

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih YAB. Jeneri. Nanti kalau tak cakap tak boleh tidur pulak malam ni. Saya mewakili semua Adun di sebelah sinilah, kami punya projek-projek yang telah selesai tapi belum dibayar, dah banyak bulan kan?. Di kawasan saya iaitu penyelenggaraan pemasangan ‘culvert’ di Kampung Bali yang mana tebing runtuh dan kosnya RM13,750.00, rasanya dah setengah tahun dah tak bayar-bayar lagi dan telaga tiub, buat lama dah, siap lama dah RM19,000.00 di Kampung Guar Batu Hitam juga tapi belum dibayar. Jadi, mohonlah dan rakan-rakan yang lain pun ada untuk disegerakan. Terima kasih.

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

YB. Tuan Speaker, untuk pengetahuan di kawasan saya pun kos untuk hantar air semasa krisis air di Bukit Selambau dekaT RM12,000.00 belum bayar, walaupun saya dah hantar surat kepada Dato Pegawai Kewangan Negeri (SFO) dan Khairat Kematian untuk 16 orang RM4,800.00 belum dapat tapi kita dah bayar kepada penerima-penerima Khairat Kematian, yang hantar air belum dapat. ‘Please consider’, terima kasih.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih YB. Bukit Selambau. Saya telah merujuk dengan segera kepada Dato’ SFO di belakang saya, kerana projek-projek yang telah dilaksanakan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat tak ikut prosedur e-Perolehan maka prosesnya perlu diperbetulkan dan Mesyuarat Exco yang terakhir ini telah meluluskan pembayaran kepada projek-projek tersebut tapi lambat sikit pasal prosedur itu nak kena diperbetulkan dulu. Saya ligan pegawai bermesyuarat dengan Dato’ SFO berapa kali nak bagi betul, nak bayar. InyaAllah, selEpas ini dapat duit belanja teh.

Speaker

Ada lagi tak bayar?

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Dak! Dak! Dak! Hat ni nak minta macam mana nak bayar kepada Negeri Kedah, nak tolong. Boleh sikit ya YB. Tuan Speaker? Saya cuma nak tanya, pada zaman kerajaan kami dahulu berkenaan isu yang telah lama iaitu semasa zaman Francis Light tentang pampasan Pulau Pinang dari 10,000pesos telah pun dibayar RM10 juta pada tahun 2018. Saya nak minta supaya YAB. Jeneri untuk pastikan bahawa kita ‘still’ lagi menerima. Sebagai Kerajaan Negeri Kedah terima RM10 juta tu ataupun tambah lagi lah kalau boleh ke depan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih YB. Kubang Rotan. Saya bukan nak RM10 juta, saya nak ratus-ratus juta.

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Mintak RM100 juta hari tu pun, kalau boleh kita pakat-pakat mintaklah.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Dengan Pulau Pinang ni bukan saja kita nak pajakan itu dibayar berdasarkan kadar yang wajar pada masa ini, harga pasaran, harga semasa. Satu negeri tu hampa pajak takkan RM10 juta kan no? Pulau Pinang juga dia masuk campur dalam urusan di Negeri Kedah. Dia hantar ‘drone’ pi duk tengok kawasan hutan kita, duk tengok sungai di negeri kita. Negeri Kedah ini negeri berdaulat, tak boleh ceroboh ikut dan lagu tu. Siapa yang baik dengan Pulau Pinang tolong pi habaq, jangan duk buat lagu tu, masuk dengan ‘proper’. Pasal dia ambil air mentah yang sumbernya daripada kawasan tadahan di Ulu Muda, lalu kut Sungai Muda sampailah tempat dia di ‘baras’ tu memanglah tempat dia, dia kata ‘border’ tu duk di tengah, tapi kalau kita ‘belat’ di Ulu Muda dia tak dapat air. Tapi dia duk masuk negeri kita, dia duk buat ‘statement-statement’ seolah-olah Kedah ni tak dak tuan. Dia kata, “Kedah kena buat tu, Kedah kena buat ni”, dia duk “makan kedaqah” ‘free’. Haaa….tu keluar bahasa kampunglah kan?

SADA sendiri membayar kepada LSAN (Lembaga Sumber Air Negeri) 1 meter³ 3 sen air mentah sebab LSAN perlu menjadi badan pengawal selia, jaga alam sekitar, jaga sumber-sumber air di sungai ini, dia ambil daripada SADA 3 sen walaupun SADA berhutang, tak bayar lagi tak palah, selepas ini dia bayar, InsyaAllah. Tapi Penang ambil ‘free’. Jadi, oleh kerana Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam Pakatan Harapan ni negeri yang sama dengan Ahli-Ahli Yang Berhormat, tolong pi habaq dekat Pulau Pinang, “jangan buat qeja lagu tu, mai elok-elok, bayar 1 meter³ seringgit…..haa sekupang”, 10 sen saja kita tuntut dan pihak kerajaan telah mengutus surat secara rasmi untuk menuntut bayaran air mentah dari Pulau Pinang. Kita tengoklah sejauh mana Pulau Pinang sedia menjadi jiran yang baik menghargai kesediaan kita menyimpan hutan yang begitu luas sebagai kawasan tadahan supaya rakyat Pulau Pinang tidak kehausan. Akibat daripada itu, kita kehilangan hasil berbillion-billion dalam Ulu Muda, kita korbankan untuk memberi mereka minum dan mengairi kawasan pertanian. Mereka patut mempertimbangkan. Kalau tak bayar lagi pun boleh gagah lagi lah, ni duk kacau kita pulak. Owh! Kedah tak boleh buat tu, owh! Kedah tak boleh buat ni. Ada lagi pasal Pulau Pinang? Ada lagi nak cerita pasal Pulau Pinang?

Speaker

YAB. Jeneri nak penutup dah ka?

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Haa…nak tutup dah. Berkaitan dengan cabaran-cabaran semasa berkenaan dengan projek-projek yang sedang diusahakan oleh YB. Guar Chempedak (Rubber City), Robber City pun sudah menerima komitmen pelaburan dan minggu lepas SBEZ (Special Border Economic Zone) pun sedang kita usahakan dengan keperluan kepada bekalan air. Saya ingin menjawab sedikit soalan daripada YB. Suka Menanti berkenaan dengan ‘submarine pipeline’ ke Langkawi. Saya nak tunjuk video dalam Dewan tak boleh, saya whatApps dah kepada YB. Menanti bagaimana keadaan paip itu sekarang ini, ada 24 lubang kebocoran. Angka terakhir hari saya buat PC (Press Conference) itu kerana belum ada angka yang rasmi, saya membuat anggaran separuh daripada air itu hilang. Saya kata, “ada ikan haruan berenang-renang dalam laut kerana air tu menjadi tawar”. Contoh saja, analogi untuk menggambarkan bahawa paip itu sedang parah, ada 24 lubang, didakwa terkena sauh. Masalah kita ialah kita tak gazetkan laluan ‘pipeline’ itu sebagai kawasan yang tidak boleh kapal-kapal berlabuh.

Kata pakar-pakar yang membuat selaman dan mengambil rakaman itu bahawa paip itu terkena sauh yang besar, ada 24 lubang dan kebocoran itu sedang berlaku dan kita ada permohonan dan sudah ditawarkan pinjaman RM50 juta untuk ‘repair’ kebocoran itu di sepanjang 3 kilometer sepanjang paip itu. Kita telah hantar surat untuk dipertimbangkan oleh Kerajaan Pusat RM50 juta itu jadi geran. Tapi untuk kesegeraan dia kata, “pakai dulu, lepas siap kira lain”. (Sambil ketawa) saya pun tak berapa nak percaya sangat, pakai-pakai, duit dah habis dia kira hutang. Apa nak boleh buat? Jadi, kita nak ‘adjust’ sikit lagi pasal tukar kerajaan dia hemtam pi hutang pulak. Sebab anggaran kos untuk ‘repair’ tak sampai RM50 juta tapi kalau nak ganti 3 kilometer mungkin kosnya boleh mencecah RM50 juta. Kita sedang mempertimbangkan kaedah-kaedah tapi kita ada ‘option’ namun tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada ‘option’ kerana menurut peranjian konsesi dengan Taliworks kita kena buat audit prestasi sebelum dia serahkan balik konsesi itu dan infra yang diambil daripada kita dia mesti serah sepertimana dia ambil. Maknanya dia serahkan paip itu dalam keadaan elok, dia kena ‘repair’ dulu. ‘Repair’ ni lah masalah, sama ada dia ‘clame’ dengan teknologi yang boleh dipakai ataupun ‘clame’ sementara supaya air tak keluar saja.

Inilah pertimbangan yang sedang kita buat. ‘Clame’ ni macam-macam kaedah ‘clame’, kita takut dia ‘clame’ sini, selepas seminggu dia serah kepada kita, kita pun ‘sign’ terima selepas seminggu air tembak balik. Kita takut itu, jadi itulah benda-benda yang diberi pertimbangan. InsyaAllah bekalan air telah dijawab sepenuhnya oleh YB. Sungai Tiang tadi cumanya dia tak sentuh tajuk tu sajalah. Tengok tak lagi video tu?

Dato’ Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Tengok dah…

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Haa..ok!

Dato’ Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Ada 3 video yang hantar tu. Ok, YB. Tuan Speaker, minta laluan. Alhamdulillah, cumanya tadi yang saya nak sebut memanglah kedudukan ‘submarine pipe’ itu memang dalam keadaan yang agak uzur, 3 kilometer tu di sebelah sana yang dekat dengan Pulau Langkawi

yang perlu diganti tu. Cuma harga tu tak pa lah kena sebaik mungkin dirunding dan kebetulan pula memang paip itu pecah sejak 2017 baru sekali, 2018 sekali, 2019 dah 8 kali, 2020 ni semasa saya tempohari pun 8 kali dan selepas tukar kerajaan ni lagi 6 kali. Jadi, memang banyak kali lah dia punya paip tu tapi Alhamdulillah, setiap kali dapat dikesan sebab bila dia turun, bila kita pam 60MLD. bila sampai 58mld ok, bila sampai di bawah 55mld memang kelam kabut. Yang saya nak perbetul tu ialah kalau boleh tak pa lah YAB. Jeneri buat lawak macam tu tadi bila sebut kepada 40, 20, takut orang lari dari Langkawi. Langkawi ni kalau dapat 40MLD. pun depa kelam kabut dah, mereka dapat 52mld. tu pun dah hingaq macam-macam. Jadi, sebenarnya lebih kurang hilang dalam 4, 5MLD. saja…tak lah banyak sangat.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Kehilangan sebenar 7mld.

Dato’ Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Tapi wajiblah di mana ‘repair’ tu kena percepat ‘especially’ dalam masa konsesi.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

7mld. YB. Suka Menanti, 20mld. tu gurauan saja…masa tu lah, pasal tak dapat angka lagi pada masa tu. Untuk Dewan ini mereka beri angka 7mld. Haaa…. Dapat dah duit, tinggal lagi nak belanja tu nak kena ‘adjust’ sikitlah nak ‘make sure’ dia bagi geran, kalau loan pun kita tak dak pilihan kita kena ambil juga lah sebab keperluan yang mendesak. Saya ingat saya telah menyentuh semua tajuk-tajuk yang dilontarkan untuk saya jawab. Terima kasih kepada Exco-Exco yang telah membuat penggulungan….(YB. Jitra mencelah)

Satu lagi, boleh YB. Tuan Speaker? Mengenai pembalakan khususnya di Ulu Muda walaupun tadi ada juga sebahagiannya dijawab sewaktu sesi soal jawab pagi tadi. Saya cuma nak dapat pengesahan daripada YAB. Jeneri mengenai angka yang dikatakan menjadi tuntutan daripada syarikat-syarikat konsesi.

Jadi, adakah disebut di dalam mana-mana surat rasmi yang diterima oleh Kerajaan Negeri baik pada waktu saya ataupun pada waktu YAB. Jeneri angka RM1 billion ataupun RM1.5 billion. Kalau tidak, bolehkah dianggap bahawa ini cuma andaian Yang Amat Berhormat kerana yang disebut tadi RM40,000 satu hektar kemudian 25,000 hektar maka itu yang jumlahnya mencecah RM1 billion.

Kemudian, saya lihat ada satu kenyataan media yang telah dibuat oleh YAB. RM1.5 billion. Walhal kita tahu bahawa isu-isu ini telah pun diselesaikan melalui 3 Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hasil Bumi yang saya pengerusikan pada 23 April, 30 April dan 5 Mei. Saya bangkitkan perkara ini supaya tidak ada lagi kekeliruan seolah-olah ada kelulusan baru yang dibuat sewaktu 25 bulan PH (Pakatan Harapan) mentadbir Kerajaan Negeri Kedah ini khususnya di Ulu Muda termasuk di kawasan-kawasan tadahan air tambahan yang telah disebutkan oleh YAB. tadi.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Boleh sekalikan YAB. tentang pembalakan? Tadi pun YB. Jitra membangkitkan tentang pembalakan, disebut zaman Pakatan Harapan memberhentikan semua konsesi pembalakan sedangkan kita tau pembalakan ini diizinkan dalam kaedah ataupun cara yang dibenarkan. Cuma, bila disebut Pakatan Harapan tak membalak, kita bimbang ia berlaku macam yang disebut oleh Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini tak dak tender terbuka dan sebagainya tetapi baru-baru ini dijawab oleh Kementerian Kewangan di peringkat negeri ini bila soalan dalam buku merah ni kita merujuk muka surat 88 soalan tentang pembalakan di Negeri Kedah sejak Mei 2018 sehingga Mei 2020 kerajaan yang terdahulu. Dijawab, sebanyak 23 lesen pembalakan dikeluarkan sejak Mei 2018 sehingga Mei 2020, bermakna pembalakan berlaku dan pada waktu itu pun kita sedar di peringkat pembangkang waktu itu pun kita sebut walaupun disebut tak dak tapi lori-lori apa duk berjalan di jalan-jalan raya. Jadi, kita mohon pengesahan daripada pihak Kerajaan Negeri tentang apa yang telah pun dibangkitkan. Sekian, terima kasih.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih YB. Sungai Limau. Ada 2 perkara yang perlu dibezakan, satu kelulusan kawasan pembalakan dan yang kedua perlesenan tebangan.

Jadi, mungkin yang dikeluarkan 20 itu adalah lesen tebangan, selepas kelulusan, bayar premium, ada kerja penandaan kawasan, sukat pokok, adalah syarat-syarat dan prosedur yang dilakasanakan oleh Jabatan Perhutanan maka lesen dikeluarkan untuk kayu-kayu ditebang, mungkin itulah yang dijawab dalam soalan yang diangkitkan oleh YB. Sungai Limau.

Saya seboleh-bolehnya nak mengelak daripada membacakan minit mesyuarat ni tapi dah YB. Jitra minta saya baca sajalah. “Keputusan kerajaan untuk membekukan dan memberhentikan pembalakan di Ulu Muda Mesyuarat JKTHB Bil.1/2018 bertarikh 30 Ogos 2018, merujuk rekod Jabatan Perhutanan Negeri, seluas 22,098 hektar kawasan kelulusan pembalakan di Ulu Muda untuk dibekukan atau diberhentikan aktiviti pembalakan semenjak keputusan Mesyuarat JKTHB Bil.1/2018. Pembekuan ini melibatkan 40 pengusaha dengan 131 kelulusan termasuk kawasan yang telah dilaksanakan tender bermula tahun 2009 sehingga tahun 2018. Sehingga kini, Jabatan Perhutanan telah memastikan tiada sebarang aktiviti pembalakan atau kerja-kerja lapangan dijalankan di Ulu Muda semenjak pembekuan tersebut.

Pihak Jabatan Hutan tidak mengeluarkan sebarang surat pemakluman kepada pengusaha dan pelesen mengenai keputusan JKTHB Bil.1/2018 tentang pembekuan tersebut. Sehingga kini Kerajaan Negeri masih belum membuat sebarang keputusan sama ada Ulu Muda dibenar untuk pembalakan setelah keputusan pembekuan aktiviti pembalakan dalam HSK tersebut melalui JKTHB Bil.1/2018. Ada syor-syor Jabatan Perhutanan, syor Jabatan Perhutanan membuat pertimbangan dan keputusan mengenai penerusan pembalakan di Ulu Muda dibenarkan ke atas kawasan-kawasan yang telah diluluskan seluas 22,098 hektar iaitu 131 kelulusan dengan syarat-syarat, yang pertama pembukaan pembalakan tahunan berdasarkan catuan tebangan tahunan 3,000 hektar setahun. Pembalakan dijalankan secara kaedah mesra alam menggunakan jentera pengusahasilan sistem ‘Log Fisher’, dia pakai tali, tebang, tarik keluar.

Kawasan yang telah dilesenkan tetapi belum menyelesaikan pembalakan dan diberhentikan pembalakan dibenar semula menyambung operasi pembalakan iaitu kawasan yang ditanda, dalam pelan ini no. A1 hingga A2, seperti maklumat di Lampiran 1, dia ada lagi lah lampirannya. Kawasan tender pengusahasilan dilaksanakan terlebih dahulu kerana telah lama ditander.

Kawasan kelulusan yang tidak terlibat dengan cadangan tambahan hutan tadahan air di mana pengusaha telah menjelaskan semua bayaran yang ditetapkan jabatan dilaksanakan mengikut turutan iaitu kawasan C1 hingga C31. Kawasan kelulusan yang terlibat dengan cadangan tambahan hutan tadahan air di mana pengusaha telah menjelaskan semua bayaran dan sebahagian bayaran yang ditetapkan oleh Jabatan, pengusaha diminta untuk mengenal pasti kawasan baru iaitu kawasan D1 hingga D11. Ini yang saya maksudkan dalam ‘interview’ itu untuk kawasan tadahan terbabit dengan kawasan cadangan hutan tadahan dia kena pi cam kawasan lain. Tapi orang ‘spin’ kata Sanusi nak pi tebang balak di Ulu Muda. Inilah saya nasihatkan kepada para pemimpin untuk tidak mengutip maklumat di jalanan untuk dibawa ke Dewan ini. Kawasan kelulusan di mana pengusaha belum menjelaskan semua bayaran yang ditetapkan jabatan, pengusaha diminta untuk menjelaskan terlebih dahulu tunggakan bayaran sekaligus, menambah dan menetapkan zon penampan alur air dan sungai. Penggunaan sistem pembalakan mesra alam dan penggunaan mesin atau jentera pengusahasilan ‘system log fisher’ dalam operasi pembalakan menggantikan penggunaan jentolak. Keputusan pada 5 Mei ini mesyuarat membuat keputusan bersetuju dengan syor Jabatan Perhutanan dengan berpandukan pelan kawasan dengan syarat-syarat; Kawasan yang telah dilesen tetapi belum menyelesaikan pembalakan dan diberhentikan dibenar semula menyambung operasi pembalakan.

Kawasan tender pengusahasilan dilaksana terlebih dahulu. Kawasan kelulusan yang tidak terlibat dengan cadangan tambahan hutan tadahan air di mana pengusaha telah menjelaskan semua bayaran yang ditetapkan mengikut turutan bagi kawasan C21 hingga C31. Pengusaha yang mempunyai tunggakan premium perlu membuat pembayaran premium sepenuhnya dalam tempoh 30 hari. Sekiranya dalam tempoh 30 hari masih tidak dijelaskan maka permohonan ini dibatalkan dan premium akan dipulangkan. Pelesen kawasan untuk mengusahasilan adalah bergantung kepada catuan tebangan tahunan. Sekiranya kawasan dipohon berada dalam kawasan tadahan air maka pihak penguasa perlu mengenal pasti dan membuat pengecaman kawasan baru. Itulah maksud yang saya ceritakan dalam ‘interview’ hari tu, bukanlah bermaksud saya nak pi duk tebang kayu balak, tak dak tempat dah pun nak tebang, kalau ada hasrat pun tak dak dah. Jadi…kena perbetulkan….(YB. Alor Mengkudu minta laluan)

YB. Tuan Speaker dan YAB. Jeneri, oleh kerana isu ini nampak dia panjang, cerita pun ‘complicated’, sedangkan Pegawai Jabatan Hutan dan pegawai yang terlibat tu adalah pegawai yang sama juga bukannya orang lain cuma MB saja bertukar kan?

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Jadi, jangan tuduh MB baru tu nak tebang pokok kayu balak…

Saya cuma nak mencadangkan, sepertimana berlaku isu Tabung Haji lah, macam tu juga menteri hat dulu kata macam ni. Akhirnya kita adakan satu debat, debat ka perbahasan tak kisah. Jadi, saya nak syorkan selepas daripada ini kerana rakyat ramai dia minat perkara itu, jadi saya dah bertanya kepada YB. Jitra bolehkah kita anjurkan satu majlis untuk menerangkan perkara ini, masa pun dua tiga jam boleh bercakap. Jadi, kalau bersetuju wartawan boleh aturkan perkara ini untuk berdebat di luar untuk memberi penjelasan. Kalau bersetuju.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Inilah kerja orang politik, tak puas hati di Dewan ajak berdebat di luar. YB. Alor Mengkudu, dengar penjelasan saya, kita punya sidang ni ‘live’ di ‘facebook’, rakyat semua boleh tengok dah penjelasan yang telah dibuat termasuk soalan-soalan yang dibangkitkan oleh sebelah sana dan jawapan oleh sebelah sini….(YB. Alor Mengkudu mencelah)

YAB. Jeneri, hat di Parlimen pun ‘live di facebook’ tapi masih bersetuju untuk buat di luar kenapa yang ni tak boleh buat di luar? Jadi, rakyat akan menilai.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Itulah kerja orang politik, saya tengok juga berdebat MP Baling dengan MP Parit Buntar, tak dak faedah apa satu pun, rakyat cemuih dah dengan benda-benda tu semua, cukuplah dengan fakta-fakta yang saya bentangkan di dalam Dewan ini, dan saya tidak membawa benda-benda palsu untuk ditayangkan kepada tuan-tuan. Cuma saya nak memperbetulkan bahawa tanggapan yang dibuat oleh sesetengah orang di tepi jalan dalam media baru oleh ‘cyber trooper’ bahawa kerajaan ini hala tujunya ialah “merogol” Ulu Muda itu tidak benar kerana tidak ada kawasan dah nak dirogol, sudah dirogol sepenuhnya! Haa…tu bahasa yang kasaq sikit, tapi tak dak dah…

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Tarik balik kut bahasa “rogol” tu!

Ada beberapa isu sebenarnya, benda ni simple ja…

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Simple ja, tak dak masalah apa! Saya nak maklumkan kepada YB. Alor Mengkudu yang turut membangkitkan perkara ini bahawa kerajaan tidak meletakkan membalak di Ulu Muda sebagai halatuju kerajaan. Jelas!

Saya nak sebutkan begini, ada beberapa isu yang YB. Jitra kata benda tuntutan ini dah selesai salah satu. Tapi sekarang ini kata… itu adi isu…(YAB. Menteri Besar mencelah)

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Dengar na! Bila pelepasan kepada pembatalan itu dibuat pada 5 Mei, isu tuntutan selesai. Saya ucapkan terima kasih kepada YB. Jitra kerana melepaskan sekatan itu. Jadi, tuntutan itu tak timbul dah. Saya ucapkan terima kasih kepada YB. Jitra dan juga YB. Alor Mengkudu pun samalah, terima kasih juga lah.

Kalau boleh YB. Tuan Speaker, saya nak dapat pengesahan tadi bahawa YAB. Jeneri tadi mengatakan bahawa bersetuju dengan keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Tetap Hasil Bumi bertarikh 5hb. Mei sepertimana yang telah dinyatakan satu persatu tadi. Dah bersetuju kan? Kalau dah bersetuju maka tak timbullah isu nak kena bayar pampasan RM1billion atau RM1.5 billion.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Haa…dak! Itu bukanlah isu utama yang saya bangkitkan pun. Masa itu oleh kerana saya pun belum tengok keputusan dan pada masa itu minit belum pun dikeluarkan memang kita ada isu itu kerana saya pernah menerima memorandum itu, dalam laporan akhbar pun ada dikeluarkan, memorandum itu memang sampai kepada saya sebagai Ketua Pembangkang. Saya sedar ada isu yang berbangkit di Ulu Muda sehinggalah minit ini keluar, ok, selesai. Terima kasih banyak-banyak YB. Jitra.

Itu sebabnya saya nak nyatakan di sini bukanlah salah netizen untuk menyalah sangka dengan apa yang berlaku itu kerana mereka cuma respond kepada kenyataan awal yang telah dikeluarkan oleh YAB. Jeneri sendiri yang dilaporkan dalam dada akhbar media perdana, Berita Harian, Sinar Harian, Astro Awani, bukannya dalam blog-blog tepi jalan ni. Jadi, itu sebab….(YAB. Menteri Besar mencelah)

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Saya ada banyak rakaman video, saya ada salinan akhbar tak dak pun kata saya nak buka pembalakan di Ulu Muda, yang disebutkan ialah sebagai kawasan ganti kepada kawasan-kawasan yang telah diluluskan yang berada di dalam hutan cadangan tadahan air, pergi cam tempat lain kerana saya sebagai kerajaan baru berjalan bersama dengan model ekonomi baru tidak akan merosakkan alam sekitar. Ada ditulis dengan jelas.

Terima kasih. Saya bersetuju sangat. Cumanya saya nak menyatakan di sini dengan jelas, sebabnya berlaku ataupun tercetusnya kontroversi ini ialah kerana YAB. Menteri Besar telah mengeluarkan kenyataan tanpa menyemak fakta dahulu dan itu yang menyebabkan orang ramai memberi respond yang sebegitu. Jadi, saya harap selepas ini semak dahulu lah sebelum mengeluarkan kenyataan yang macam itu.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Kenyataan saya pada 28 Mei itu berdasarkan fakta yang sedia ada pada masa itu.

Kenyataan sebelum itu menyatakan bahawa Kerajaan Negeri mempertimbangkan pembalakan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Minit mesyuarat sebelum itu tak dak lagi. Selepas itu saya tau kata Mesyuarat Hasil Bumi telah melepaskan semua sekatan dan pembatalan di Ulu Muda. Alhamdulillah.

Terima kasih. Memang itu pun yang saya nak nyatakan, tapi kalau boleh janganlah keluarkan kenyataan bahawa Kerajaan Negeri mempertimbangkan pembalakan kerana ada tuntutan pampasan mencecah RM1.5 billion, itu menjadi punca masalahnya YAB.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Mempertimbangkan pembalakan itu bukan ucapan saya, bukan ucapan saya. Boleh tengok balik video, saya duk cari di mana puak ni duk pi kutip maklumat ni semua. Pasal dalam politik di negara kita ini khususnya di Kedah… (YB. Jitra mencelah)

Ini bukan soal puak YAB., ini laporan dalam Astro Awani, dalam Berita Harian, Sinar Harian, ini media-media perdana YAB.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Memang ada dalam Malaysia Kini.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

‘You’ ambil Malaysia Kini adi rujukan? Memalukan! Itu portal paling kuat ‘spin’. Aaapa ini YB. ambil Malaysia Kini… tak payah bawa Malaysia kini masuk Dewan, kasi malu saja!

Saya berpendapat, YAB. tidak boleh bertentang dengan natizen ni orang ramai…

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Laa…Pasal nak perbetulkan. Saya dari pagi tadi lagi saya habaq, pemimpin-pemimpin politik jadi Adun jadi apa jangan kutip maklumat daripada natizen bawa ke dalam Dewan ini, itu yang saya cakap daripada awal tadi.

Dak! Dak! Sebabnya begini apabila saya tengok satu kenyataan YAB. sebut, marah kepada natizen.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Hat tu kes apa pulak daaah…? Duk cerita kes balak ni! Duk meqawit qata…

Ada! Itu yang saya kata tu. YAB….sebagai ketua kerajaan, sekarang ini YAB. sebagai ketua kerajaan, bukan YAB. orang-orang biasa ni… ketua kerajaan…

Speaker

Ok…Bertenang! Bertenang!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Saya berdiri sebagai ketua kerajaan, saya ingin memberi kenyataan.

YAB. keluarkan kenyataan bertempur dengan natizen, natizen bukan ahli politik, orang ramai. Mereka boleh kata apa saja, apa yang kita boleh buat jadi saya ingat perkara ini tak patut berlaku..

Speaker

Ok, sila duduk!

YB. Speaker, peraturan mesyuarat!

Speaker

Ni, kalau siapa nak bercakap ‘adress’ kepada Speaker dulu, baru tak jadi kelam kabut.

YB. Tuan Speaker, saya cuma nak menjawab soalan tadi daripada YAB …..

YB. Speaker, peraturan mesyuarat!

Speaker

YB. Jitra sat, ada peraturan mesyuarat. Perkara berapa?

Perkara 37(a) & (b). Seseorang ahli tidak boleh mengganggu ahli yang sedang berucap ataupun bercakap, (a) jika hendak mengeluarkan teguran berkenaan perkara tertib mesyuarat ketika itu Ahli yang sedang bercakap hendaklah duduk. Saya rasa ni ‘flow’ YAB. Menteri Besar dan bukan dalam perbahasan. Jadi, bagilah YAB. buat penerangan dan kalau ada perkara-perkara berbangkit boleh minta kepada Speaker, kalau diberikan laluan, silakan. Saya nampak kucar-kacir macam mana tak tau ni. Bagi ada tertib sikit.

Speaker

Ya, pasal masing-masing bangun tu dia ingat dia boleh cakap terus! Sebenarnya tak boleh, dia kena ‘adress’ kepada Speaker, Speaker angguk ka, Speaker jemput ka baru boleh bercakap. Ni… ‘pediah’ ikut suka saja…

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

YB. Jitra, saya minta maaf, cukuplah kut.

Dak! Dak! Saya cuma nak tunjuk contoh laporan tadi. Boleh YB. Speaker?

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Tak pa lah YB. Jitra, terima kasihlah. Saya pun ucapkan terima kasih kepada YB. Jitra kerana menyelesaikan isu-isu ini.

Speaker

Ok, selesai dah YB. Jitra, nampak selesai dah!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Cuma jangan buat tuduhan bahawa kita nak membalak saja.

Itu sebabnya saya nak menjawab YAB. sebab ini laporan dalam Astro Awani.

Speaker

YAB. Jeneri nak ‘landing’ dah ka?

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Nak ‘landing’ dah! Nak ‘landing’ dah! Nak ‘landing’ tadi lagi tapi angin kuat. Naik balik, silap-silap ‘landing’ di Penang.

Speaker

Minta maaf YB. Jitra.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Minta maaf YB. Jitra. Saya ucapkan terima kasih kepada YB. Jitra kerana menyelesaikan isu ini, isu tuntutan itu lah dan saya nak memaklumkan bahawa Ulu Muda ini bukanlah tempat yang patut dibalak tetapi dah ada kelulusan sebelumnya yang nak patah balik pi zaman tu nak perbetul pun tak boleh dah, kita nak bayar balik premium beratus juta pun kita tak mampu, melainkan kawasan yang sensitif tak boleh kena cam tempat lain, pi lah cari tempat ganti, itu saja isu dia.

Saya tau di Kedah ini kalau pemimpin-pemimpin politik dikaitkan dengan balak dia akan menimbulkan persepsi buruk, memberi wajah buruk kepada ahli politik. Sebab itulah usaha untuk mengaitkan balak dengan Menteri Besar baru dibuat bersungguh-sungguh, berhari-hari termasuk oleh pemimpin-pemimpin politik. Saya rasa ini patut dihentikan dan bila saya bukakan fakta-fakta yang sebenar ini saya ingat isu ini dapat dihentikan. Balak bukan salah, ia hasil negeri, kerajaan sebelah sana pun semasa bentangkan Belanjawan Negeri Tahun 2020 pada Oktober 2019 meletakkan anggaran hasil daripada pembalakan RM28 juta. Sebelum Mei 2020, kutipan Jabatan Hutan berkenaan dengan balak baru RM1 juta lebih, dia dah kekurangan lagi RM26 juta. Jadi, ini hasil negeri, tak patut dijadikan satu bahan untuk memburukkan sesiapa. Bukan salah tebang balak, hasil kita, yang duk kacau Pulau Pinang nu, tak patutlah orang Kedah terlibat sama dengan Pulau Pinang. Jadi, terima kasih YB. Speaker saya nak ‘landing’. Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan….Awh! ada soalan satu lagi. Kita telah membatalkan cadangan penggabungan Pihak Berkuasa PBT Kulim Hi-Tech dengan MPK (Majlis Perbandaran Kulim) pada 10 Jun 2020 dan kita minta pihak pentadbiran untuk mengemukakan rayuan supaya MOF terus membekalkan kita peruntukan RM3.8 juta untuk pentadbiran Pihak Berkuasa Kulim Hi-Tech.

Boleh saya bertanya YB. Tuan Speaker? Mengenai isu itu saja, singkat saja.

Speaker

‘Last’!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Tanya, saya tak duk pun tak pa, tanya.

Kena duduk dulu baru boleh saya bertanya. Mengenai ‘merger’ ataupun gabungan di antara dua-dua PBT itu, tujuan asalnya ialah untuk memberi peluang kepada PBT KHTP ruang untuk memperluaskan kawasan. Jadi, sekiranya ini tidak dilaksanakan, bagaimana agaknya PBT KHTP itu dapat menawarkan bidang-bidang tanah baru untuk tujuan perluasan Taman Teknologi Tinggi Kulim?

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Fasa 5 yang disebutkan oleh YB. Guar Chempedak tadi akan diletak di luar PBT Kulim Hi-Tech kerana kawasan untuk perluasan PBT Kulim Hi-Tech telah habis. Jadi, FAsa 5 ini akan diletak di bawah MPK. Ada pembentangan yang panjanglah berkaitan dengan cadangan major itu dan kita buat pertimbangan untuk membatalkan cadangan dan berbalik seperti sedia kala. Itu jawapan saya. Terima kasih semua, terima kasih YB. Tuan Speaker. Saya turut menyokong usul menjunjung kasih titah ke bawah DYMM Tuanku bagi ucapan Perasmian Pembukaan Sidang Dewan tempohari. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya dah merekodkan YAB. Jeneri bercakap selama 1 jam 28 minit. Kira satu rekod terpanjang kali ini lah.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan yang perlu disetujukan sekarang ialah suatu Usul yang berbunyi :-“Patek-Patek sekalian, Speaker dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman di dalam Persidangan ini dengan penuh hormat dan takzimnya Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah di atas perkenannya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menyampaikan Titah Ucapan Sempena Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang Keempat Belas pada 16 April 2020”.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini minta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)

Speaker

Usul ini disetuju dan diluluskan.

Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Derma Siswa Negeri Kedah (Pemansuhan) 2020.Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Derma Siswa Negeri Kedah (Pemansuhan) 2020.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Derma Siswa Negeri Kedah (Pemansuhan) 2020 dibacakan bagi kali yang pertama

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk bacaan kali pertama.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya kemukakan cadangan saya berkenaan dengan rang undang-undang tersebut sukacita dimaklumkan ianya telah diwartakan untuk makluman umum pada 30 Julai 2020 menurut perkara 59 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama “Satu Enakmen bagi memansuhkan Undang-Undang Kumpulan Wang Derma Siswa Negeri Kedah, 1958 [Enakmen Nombor 6 Tahun 1958] untuk membubarkan Lembaga Biasiswa Negeri Kedah yang ditubuhkan di bawah Enakmen itu, untuk memindah milik kepada dan meletak hak ke atas Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman semua aset dan liabiliti Lembaga dan bagi memperuntukkan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya”.

Yang Berhormat Tuan Speaker saya pohon menyokong cadangan itu.

Setiausaha Dewan

“Satu Enakmen bagi memansuhkan Undang-Undang Kumpulan Wang Derma Siswa Negeri Kedah, 1958 [Enakmen Nombor 6 Tahun 1958] untuk membubarkan Lembaga Biasiswa Negeri Kedah yang ditubuhkan di bawah Enakmen itu, untuk memindah milik kepada dan meletak hak ke atas Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman semua asset dan liabiliti Lembaga dan bagi memperuntukkan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya” .Bacaan Kali Pertama

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menerangkan rang undang-undang tersebut.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memberitahu bahawa saya hendak mencadangkan supaya rang undang-undang ini dibacakan bagi kali yang kedua pada persidangan ini juga.

Speaker

- SILAKAN

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibacakan bagi kali yang kedua dan dengan ini sukalah saya menjelaskan sedikit sebanyak mengenai Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Derma Siswa Negeri Kedah (Pemansuhan) 2020 seperti berikut.

Yang Berhormat Tuan Speaker, tujuan rang undang-undang ini diwujudkan adalah disebabkan penstrukturan semula Lembaga Biasiswa Negeri Kedah (LBNK) yang ditadbir urus berdasarkan Undang-Undang Kumpulan Wang Derma Siswa Negeri Kedah, 1958 [Enakmen Nombor 6 Tahun 1958] dan merupakan sebuah badan berkanun Kerajaan Negeri Kedah yang distruktur semula sebagai sebuah seksyen di Bahagian Pengurusan Sumber

Manusia serta ditadbir urus sebagai sebuah Akaun Amanah Awam di bawah peruntukkan Seksyen 9, Akta Prosedur Kewangan 1957 (Akta 61). Seksyen tersebut akan dikenali sebagai Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (PPNK).

Penstrukturan semula Lembaga Biasiswa Negeri Kedah ini telah dipersetujui oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Induk LBNK Bil. 1/2019 yang telah bersidang pada 19 November 2019 dan berpendapat bahawa penstukturan ini dapat menyelaras semula tadbir urus LBNK .

Penstrukturan ini tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap fungsi penubuhan LBNK sedia ada iaitu sebagai agensi yang menyalurkan bantuan pendidikan kepada Anak Negeri Kedah melalui pemberian Biasiswa kepada pelajar sekolah menengah dan pinjaman pendidikan kepada Anak Negeri Kedah yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi dalam Negara. Malah penstrukturan ini juga membenarkan Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (PPMK) mengambil alih salah satu fungsi pejabat Menteri Besar Negeri Kedah sebagai penyelaras pembayaran sumbangan Kerajaan Negeri Kedah kepada pelajar bagi kemasukan baru ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Fasal-fasal yang terlibat ialah :-

Mengandungi tajuk ringkas Enakmen yang dicadangkan dan kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan untuk Menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan.

Mengandungi tafsiran bagi perkataan-perkataan yang digunakan dalam Enakmen yang dicadangkan.

Bertujuan untuk memansuhkan Enakmen Kumpulan Wang Derma Siswa Negeri Kedah, 1958 dan membubarkan Lembaga Biasiswa Negeri Kedah.

Bertujuan untuk memindahkan kuasa, hak, keistimewaan, Kewajipan, liabiliti dan obligasi Lembaga Biasiswa Negeri Kedah kepada Kerajaan Negeri.

Bertujuan untuk memindahkan aset Lembaga Biasiswa Negeri Kedah kepada Kerajaan Negeri.

Bertujuan untuk memindahkan wang Lembaga Biasiswa Negeri Kedah kepada Kerajaan Negeri. Bertujuan untuk memperuntukkan bahawa apa-apa surat Ikatan, perjanjian, surat cara, aset dan perkiraan kerja yang wujud di bawah Lembaga Biasiswa Negeri Kedah hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah Kerajaan Negeri telah dinamakan sebagai pihak kepadanya.

Memperkatakan segala prosiding jenayah, sivil dan rayuan yang belum selesai atau yang wujud di bawah Lembaga Biasiswa Negeri Kedah hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah Enakmen yang dimansuhkan itu tidak dimansuhkan. Memperkatakan segala undang-undang bertulis termasuk undang-undang subsidiari di bawah Lembaga Biasiswa Negeri Kedah hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah Enakmen yang dimansuhkan itu tidak dimansuhkan. 0 Memperkatakan sekiranya terdapat kesukaran atau anomaly yang timbul dengan berkuatkuasanya Enakmen ini, maka Kebawah Duli Yang Maha Sultan boleh melalui perintah membuat pindaan kepada mana-mana peruntukan Enakmen ini bagi menghapuskan kesukaran atau anomali tersebut.

Oleh yang demikian, jika sekiranya rang undang-undang ini tidak diluluskan oleh Dewan yang mulia ini maka ianya akan memberi impak kepada keseluruhan tadbir urus Lembaga Biasiswa Negeri Kedah lantas menggangu gugat fungsi LBNK sebagai agensi penyumbang dana pendidikan untuk Anak Negeri Kedah. Sekian, terima kasih saya pohon mencadangkan.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang berbunyi “Satu Enakmen bagi memansuhkan Undang-Undang Kumpulan Wang Derma Siswa Negeri Kedah, 1958 [Enakmen Nombor 6 Tahun 1958] untuk membubarkan Lembaga Biasiswa Negeri Kedah yang ditubuhkan di bawah Enakmen itu, untuk memindah milik kepada dan meletak hak ke atas Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman semua asset dan liability Lembaga dan bagi memperuntukkan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya”.

Ada perbahasan tak? Tak buka pun perbahasan YB. Speaker. Ada buka perbahasan tak sebelum nak minta setuju ka tak setuju? Saya nak tanya ada perbahasan ka tidak ataupun… nak tanya YB. Speaker?

Speaker

Berapa orang bersetuju nak bahas angkat tangan! Boleh dihadkan 2 orang, 2 orang, na? 2 sebelah sana, 2 sebelah sini.

Ok, 2 saja, yang nak bercakap pun 2 saja… Sebelah sana tak mau bercakap dah kut, nak bercakap pun kita saja.

Speaker

Haa…silakan! Berapa minit YB. Alor Mengkudu?

Sat saja, sikit saja sebenarnya. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Tuan Speaker, saya percaya pihak kerajaan terutamanya pihak pentadbiran sebenarnya ini melihat bahawa Lembaga ini mungkin lebih mudah untuk diurus terus di bawah kerajaan, saya ingat lebih kurang begitu sebab tujuan nak memansuhkan. Tapi macam mana pun saya sekadar nak memberi pandangan saja sebab keputusan mungkin akan dibuat sebegitu lah, pandangan. Sebenarnya dalam isu kita nak mansuh ni pun nak kena fikir banyak juga sebab Lembaga Biasiswa ini dah tubuh 1958, lama dah Lembaga Biasiswa ditubuh ni dan saya dah tengok dia punya portal tu memang cantik, dengan peranannya, dengan struktur dan sebagainya serta ia memberi sumbangan kepada pelajar sekolah menengah, kepada pelajar yang miskin ada syarat-syaratnya dan ia juga memberi pinjaman kepada pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi. Saya fikir sekarang kalau kita mansuh habislah kita tak gaduh fikir dah bila mansuh ni.

Tapi kalau tak mansuh, kalau boleh difikirkan sebab Lembaga ini dijadikan satu badan bebas, bebas ni makna kata diri sendiri, sekarang ni saya lihat struktur itu ia masih duduk dan dikawal oleh pentadbiran ertinya dia nak berkembang tak boleh, sebab itu ia jadi bebanan. Akhirnya pihak pengurusan kata, “baik letak bawah kami teruslah, buat menyusah saja kut mana pun”. Macam mana kita wujudkan LSAN juga, sebenarnya tak perlu wujudkan LSAN tapi boleh letakkan di bawah pentadbiran pun sebagai unit kalau nak dikira. Tapi saya nak katakan di sini, Lembaga Biasiswa Negeri Kedah ini sepatutnya diperkasakan, dibesarkan sebab yang lama, Lembaga Biasiswa ini ia terlalu bergantung kepada sumber kerajaan, kerajaan terpaksa beri sumber, kerajaan mempunyai sumber kewangan yang terhad pula sebab terpaksa diperuntukkan di dalam bajet. Tetapi kalau Lembaga Biasiswa ini terus wujud sendiri dan diperkasakan maka boleh dia menerima sumber daripada kerajaan, satu dan Ahli-Ahli Lembaga serta pengurusannya itu boleh memperluaskan lagi penyumbang, pihak swasta boleh beri dan mereka contohnya boleh dikecualikan cukai dan boleh dibesarkan lagi Lembaga Biasiswa ini.

Jadi, biarkan dia bangunkan Lembaga itu. Ertinya, dilepaskan daripada bawah pentadbiran sebab saya lihat dia duduk tak lepas lari daripada bawah pengurusan ni. Itu saja isu yang akhirnya saya ingat pihak pengurusan atau pentadbiran negeri berpendapat kita letak teruslah sebagai satu unit sebab akhirnya kita juga yang kawal benda itu, itu pandangan. Tapi kalau kita biarkan ia terus berdiri sendiri dengan strukturnya sepertimana yang berlaku kepada lembaga-lembaga yang lain, dia akan mengembangkan. Itu pandangan yang saya nak sebutkan di sini.

Walau bagaimanapun, pihak kerajaan akhirnya akan membuat keputusan pada hari ini. Ini sekadar pandangan, pihak kerajaan akan memuat keputusan pada hari ini, kalau itu juga keputusannya kita tak ada lah, tapi kita habislah. Sekali kita mansuh, habislah, kita tak dak dah, kita tak akan kembali balik, habis tutup bukulah. Jadi, dia akan jadi satu unit di bawah tadi dengan fungsi yang ada tapi kita nak kembangkan. Sebagai contoh saya nak katakan, Lembaga Biasiswa daripada segi hasil satu, kita boleh kembangkan bagi biasiswa untuk buat sarjana, kajian Negeri Kedah, Kajian Tanah Terbiar, nah bagi kepada Pegawai Tadbir kita pi buat Master, kajian, bagi kepada sesiapa anak Kedah pi buat PHD, pi buat kajian mengenai pembangunan industri ka, pembangunan macam mana nak bangunkan masyarakat jadi, dia punya fugsi tu lebih luas daripada yang sekarang ini dia terhad, itu sajalah fungsinya.

Itu YB. Tuan Speaker pandangan untuk buka sikit pemikiran kepada kita sebelum pihak kerajaan, akhirnya pihak kerajaan yang buat keputusan, kalau nak masuk juga terpulanglah. Terima kasih.

Speaker

Dak aih, bukan pihak kerajaan, sama-sama buat keputusanlah. Terima kasih. Bandar Baharu!

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Terima kasih YB. Tuan Speaker, YAB. Jeneri. Tahniah kepada kerajaan kerana membawakan rang undang-undang ini kerana kita merasakan dengan pemansuhan ini peranan Lembaga Biasiswa Negeri Kedah akan menjadi lebih besar dan diperkasakan kerana kalau kita tengok nama Lembaga Biasiswa Negeri Kedah tu saja pun orang seeemua tengok nak minta biasiswa saja, orang tak nampak pun peranan Lembaga Biasiswa tu yang sangat besar yang boleh membantu anak-anak Kedah untuk lebih maju dalam pelajaran dan bila kita tengok bila duduk dalam Lembaga ni dia daripada Badan Berkanun, ‘fully government’ (dengan izin), bertukar bila mansuhnya enakmen ini kepada Tabung Amanah yang mana masa tulah dalam Lembaga pun dah ada ‘mix operation’nya yang orang kata, “sat jadi Badan Berkanun, sat jadi Tabung Amanah”, jadi bila dimansuhkan enakmen ini ia akan menjadi satu peranan tadi nak tukar nama Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah, nampak besar dan boleh mendapat banyak lagi orang kata tajaan-tajaan daripada GLC-GLC masuk ke dalam Tabung Amanah tu contohnya KTPC boleh menaja 100 orang jurutera contohnya nanti lepas belajar anak-anak Kedah balik mai kerja di Kulim Hi-Tech Park, contoh. KXP menaja 100 orang Jurutera Aeroangkasa untuk sama-sama nanti selepas belajar balik ke negeri Kedah. Kita juga melihat bagaimana keberkesanan pengurusan dalam pemilihan pelajar, pemilihan penerima biasiswa tersebut bila diletakkan di bawah Seksyen ini ianya akan menjadi lebih berkesan kerana bila duduk di bawah Lembaga mentaliti peminjam ataupun mentaliti orang yang dapat tajaan biasiswa dan juga pinjaman itu dia rasa, “emm… duit kerajaan aku tak payah bayarlah”. Jadi, kita pun tak boleh nak ambil tindakan undang-undang dan sebagainya jadi ini akan merencatkan untuk Negeri Kedah mendapat satu modal insan yang berkesan dengan penajaan-penajaan ataupun dengan pinjaman yang kita keluarkan dengan bila kata modal pun sikit, bagi pinjam kat orang sikit, dah tak bayar, tak boleh nak diperkembangkan kepada anak-anak Kedah yang lain. Jadi, kita setuju dan tahniahlah kepada Kerajaan yang membawa rang undang-undang ini. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. Bandar Baharu. Orang lain? YB.Kubang Rotan!

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Baik, terima kasih kepada YB. Speaker. Saya merupakan orang yang menerima Lembaga Biasiswa Negeri Kedah nil ah, bayar ‘settle’ semasa zaman Allahyarham Ustaz Azizan, dia ada sentimental sikit. Apabila kita bahaskan tadi YB. Alor Mengkudu dan YB. Bandar Baharu bagitau tadi tentang Lembaga Biasiswa Negeri Kedah ini tujuannya adalah sama tapi adakah kita lihat enakmen ini mengikat supaya kita kata tadi pengstrukturan semula itu boleh menerima sebab kita pun tak dimaklumkan sebelum ini cuma kita tak tahu bagaimana Lembaga itu berfungsi sebenarnya kita nak supaya Lembaga Biasiswa Negeri Kedah itu mestilah lebih agresif dan dinamik untuk menerima ‘sposorship-sponsorship’ daripada luar dan juga telah pun mempunyai satu ‘claus’ supaya menerima sekiranya orang yang menyumbang itu mempunyai pengecualian cukai dalam Lembaga Biasiswa tersebut.

Tapi oleh kerana hari ini kerajaan telah memutuskan untuk memansuhkan Lembaga Biasiswa ini yang ditubuhkan pada tahun 1958 itu. Maksudnya orang-orang yang terdahulu mempunyai semangat untuk melihat anak-anak dari Negeri Kedah untuk belajar sama ada di universiti tempatan ataupun swasta mahupun pelajar-pelajar. Tapi kalau kita tengok kat sini kalau kita nak memansuhkan Lembaga Biasiswa ini rasanya bagi pihak dari zaman dahulu kala yang mahukan orang katakan rang undang-undang yang telah dibentangkan pada hari ini, sepertimana yang dikatakan oleh YB. Bandar Baharu kalau kata orang tak mau bayar, itu bukan di atas sebab Lembaga Biasiswa itu sendiri tetapi di atas ‘mainpower’ organisasi itu menguruskan, terpulang kepada kita nak memperkasakan Lembaga Biasiswa itu. Kalau Ahli-Ahli Yang Berhormat lihat pada hari ini saya tengok kalau betul rang undang-undang ini dimansuhkan pada hari ini saya rasa rugilah kepada anak-anak Kedah pada masa hadapan.

Speaker

Maksudnya bukan mansuh tauk buang terus, dia ganti masuk bawah kerajaan.

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Penstrukturan semula! Maksudnya nama saja? Baik, terima kasih.

Speaker

Silakan YB. Bukit Lada!

Ustaz Saleem bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Alhamdulillah diberikan peluang untuk berbincang berkenaan dengan pemansuhan ini dan saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang berusaha untuk memberikan dana yang banyak kepada pendidikan kita kerana di peringkat Kerajaan Negeri ini ada 2 bentuk yang pertamanya dalam bentuk derma ataupun dermasiswa, yang kedua dalam bentuk pinjaman. Dalam bentuk derma ini kita dapat daripada Lembaga Zakat yang saya dapat maklumat untuk pelajar dalam dan luar negara pun mereka dapat dalam bentuk dermasiswa. Daripada tahun ini sahaja untuk pelajar Mesir RM2 juta lebih diperuntukkan untuk pelajar Mesir dan dari Jordon, Indonesia dan sebagainya. Kemudian, untuk pelajar yang nak masuk sambung pengajian pun dapat RM300, RM600, RM800 dan RM1,000 yang diberikan untuk pelajar awal yang masuk ke universiti dan dari Pejabat Menteri Besar pun beri RM300 serta kita dapat daripada Yayasan Islam pun…..(YB. Speaker mencelah)

Speaker

YB. Bukit Lada, kita ni nak pinda satu rang undang-undang, jadi tak boleh pi cerita lain, cerita spesifik tentang ni saja.

Ustaz Saleem bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Mukadimah! Mukadimah!

Speaker

Oooo….Mukadimah!

Ustaz Saleem bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Takkan tak dak mukadimah. Jadi, bila kerajaan memberikan sumbangan-sumbangan ini dan Yayasan Islam pun tahun ni saja dapat sampai RM3.9 juta yang diberikan dalam bentuk pinjaman. Jadi, melihat kepada perkara ini kita merasakan bahawa apa yang dihasratkan oleh Kerajaan Negeri ini untuk memudahkan kerajaan dan memudahkan rakyat, jadi rakyat tak perlu banyak sangat tempat untuk dia nak pergi mintak dan sebagainya. Saya mencadangkan kalau boleh maknanya kerajaan kalau hari ini boleh bawa rang undang-undang ini kita harap selepas ini boleh campur bagi jadi satu tempat, ‘one stop center’ saja daripada kerajaan ini bagi kepada rakyat lebih mudah. Jadi, dia tak perlu pergi ke Yayasan atau ke mana dah, untuk pinjaman pergi ke PPNK ini sahaja, ia memudahkan, dia tak perlu pergi ke sana, pergi ke sini.

Seterusnya, bila kerajaan membuat begini menguntungkan rakyat, dia tak perlu pergi minta ke mana-mana dan seterusnya menguntungkan kerajaan iaitu dapat menjimatkan koslah. Wallahua’lam.

Speaker

Ya, YB. Suka Menanti!

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Ya… Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Speaker

Ringkaskan sikit ya YB. Suka Menanti!

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Ok, dah ada ‘point’ dah, memang mudah. YB. Tuan Speaker, bagi saya dalam urusan memansuhkan Lembaga Biasiswa di bawah Enakmen 1958 ini, pada saya bila dipindahkan pentadbiran secara langsung di bawah kerajaan memanglah ada ‘pro dan kont’ dan yang mudahnya nak ‘inject’ duitlah, lebih mudah masuk ke situ untuk berikan pembiayaan. Yang saya nak ingatkan ialah supaya hasrat murni sebenarnya Lembaga Biasiswa ini yang saya pun pernah menerima RM5.00 sebulan tahun 1979 dulu, masa tu RM5.00 sebulan dipanggil Lembaga Biasiswa Negeri Kedah bagi, saya tak tau siapa yang uruskan tapi sebagai orang kampung kami dapat bantuan. Jadi, apa yang saya nak sebutkan ialah dia ada derma dan ada biasiswa yang telah diberikan, tujuan meringankan beban warga Kedah sama ada siswa itu sendiri ataupun ibubapa yang membiayai kos pengajian selama inilah dan sosioekonomi Negeri Kedah sendiri kita semua pun faham. Jadi, saya nak ingatkan juga bagaimana dalam kes pemansuhan ini, sempena dengan pemansuhan ini bersempena dengan musim “Cobit” (Covid-19) kata YAB. Menteri Besar kenapa tidak dalam peralihan nanti, saya tengok banyak di situ kita pindahkan semua aset-aset, tanggungan, hutang dan sebagainya, kalau boleh saya nak rayu supaya peminjam-peminjan di bawah B40 di Kedah ini, bila pindah nanti tak payahlah pindah hutang sana, YAB. Jeneri na? Kita cari duit kut lainlah sebab tak banyak mana sebab orang dulu kita pernah bagi dermasiswa pun ada biasiswa pun ada, diskaun pun ada. Kalau yang agak susah, ambillah peluang ini dengan hasrat murni sebenar Lembaga Biasiswa ini kita bagilah kelonggaran kepada mereka. Itu saja, terima kasih.

Speaker

Sudah ada pro dan kont. Jadi, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang berbunyi “Satu Enakmen bagi memansuhkan Undang-Undang Kumpulan Wang Derma Siswa Negeri Kedah, 1958 [Enakmen Nombor 6 Tahun 1958] untuk membubarkan Lembaga Biasiswa Negeri Kedah yang ditubuhkan di bawah Enakmen itu, untuk memindah milik kepada dan meletak hak ke atas Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman semua asset dan liability Lembaga dan bagi memperuntukkan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya”.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipertsetujui)

Speaker

Usul ini disetujui.

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua.

Setiausaha Dewan

“Satu Enakmen bagi memansuhkan Undang-Undang Kumpulan Wang Derma Siswa Negeri Kedah, 1958 [Enakmen Nombor 6 Tahun 1958] untuk membubarkan Lembaga Biasiswa Negeri Kedah yang ditubuhkan di bawah Enakmen itu, untuk memindah milik kepada dan meletak hak ke atas Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman semua aset dan liability Lembaga dan bagi memperuntukkan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya”. Bacaan Kali Kedua.

Speaker

Dewan sekarang bersidang sebagai Jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

FASAL 1

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

FASAL 2

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 2 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

FASAL 3

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 3 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

FASAL 4

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 4 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 4 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

FASAL 5

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 5 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 5 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

FASAL 6

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 6 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 6 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

FASAL 7

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 7 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 7 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

FASAL 8

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 8 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 8 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

FASAL 9

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 9 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 9 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Setiausaha Dewan

FASAL 10

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 10 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 10 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Sekarang Dewan Kembali kepada Persidangannya.

Speaker

Dipersilakan YAB. Menteri Besar untuk bacaan kali ketiga.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah ditimbangkan oleh Jawatankuasa Dewan dan dipersetujui dengan tiada apa-apa pindaan. Dengan itu, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang ketiga sekarang dan diluluskan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang ketiga sekarang dan diluluskan.

Setiausaha Dewan

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Derma Siswa Negeri Kedah (Pemansuhan) 2020.

Adalah dengan ini diperbuat Undang-Undang oleh Majlis Undangan Negeri Kedah Darul Aman seperti berikut. Bacaan Kali Ketiga.

Tangguhan Sidang Dewan

Setiausaha Dewan

Tangguhan Sidang Dewan

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, Tuan-Tuan dan Puan-Puan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana perkara-perkara di dalam Agenda Persidangan Dewan pada kali ini telah pun selesai dibincangkan, maka saya mohon mencadangkan di bawah Peraturan 16(3) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya persidangan ini ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak.

Terima kasih.

Dato’ Suraya bt YaacobUMNO · BNSungai Tiang

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sehingga perjalanan urusan mesyuarat dapat berjalan dengan sempurna dan teratur. Kerjasama yang begini diharap dapat diteruskan dengan baik lagi di masa-masa yang akan datang.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Sidang Dewan kali ini ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang akan diberitahu kelak. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

[Sidang Dewan ditangguhkan pada jam 5.36 petang]