Kedah · 16 November 2020
14th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 182 turns · 25,599 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Bismillahirrahmanirrahim. Dewan disambung semula. Dimulakan dengan bacaan doa.
I. Bacaan Doa
-BACAAN DOA
Terima kasih. Setiausaha, urusan seterusnya.
Sesi pertanyaan-pertanyaan lisan.
II. Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Sekarang kita masuk ke sesi pertanyaan lisan. Orang yang bertanya akan dijawab selepas tu ada satu soalan tambahan. Kemudian ada lagi satu terbuka untuk soalan tambahan. Jadi, ada dua sahaja soalan tambahan oleh penanya dan soalan tambahan untuk Ahli Yang Berhormat. Silakan soalan yang pertama.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Speaker pohon jawapan kepada soalan nombor 1.
1. Pohon maklumat mengenai pentadbiran tanah Negeri Kedah seperti berikut :-
a) Bilangan Mesyuarat Jawatan Kuasa Tanah Negeri Kedah beserta tarikh sejak Mei 2020.
b) Bilangan kelulusan permohonan pemilikan tanah kekal, pajakan dan sementara (TOL) mengikut daerah.
c) Bilangan permohonan sedang dalam proses mengikut daerah.
Silakan!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Alor Mengkudu. Bilangan Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri Kedah dan tarikh sejak Mei 2020 diadakan sekali iaitu pada 13 Oktober 2020, JKTN Bilangan 2, 2020. Bilangan kelulusan permohonan pemilikan tanah kekal, pajakan dan sementara TOL mengikut daerah adalah seperti berikut; Daerah Kota Setar, pemilikan kekal tidak ada, pajakan tak ada, lesen pendudukan sementara TOL 8. Kuala Muda, pemilikan kekal tak ada, pajakan 19, lesen pendudukan sementara 20. Kubang Pasu, pemilikan tanah kekal tak ada, pajakan 27, TOL 2. Kulim, pemilikan tanah kekal tak ada, pajakan 11, TOL 5. Langkawi, pemilikan tanah kekal tak ada, pajakan tak ada, TOL 1. Baling, pemilikan tanah kekal tak ada, pajakan 137, TOL tak ada. Bagi Padang Terap, pemilikan kekal tak ada, pajakan 49, TOL 1. Sik, pemilikan tanah kekal tak ada, pajakan 29, TOL tak ada. Yan, pemilikan tanah kekal tak ada, pajakan 6, TOL 1. Bagi Pendang, pemilikan tanah kekal tak ada, pajakan 81, TOL 3. Bandar Baharu, pemilikan tanah kekal tak ada, pajakan 3, TOL tak ada. Pokok Sena, pemilikan tanah kekal tak ada, pajakan 28, TOL 6. Jumlah pemilikan tanah kekal tak ada, kosong, pajakan 390, TOL 47.
Bilangan permohonan dalam proses mengikut daerah adalah seperti berikut; Kota Setar, LPS 6, hak milik tak ada. Kuala Muda, LPS 48, hak milik 11. Kubang Pasu, LPS tak ada, hak milik pun tak ada. Kulim, LPS 1, hak milik 7. Langkawi, LPS 7, hak milik tak ada. Baling, LPS tak ada, hak milik 16. Padang Terap, LPS tak ada, hak milik tak ada. Sik, LPS tak ada, hak milik 24. Yan, LPS 6, hak milik tak ada. Pendang, LPS 7, hak milik 28. Bandar Baharu, LPS kosong, hak milik kosong. Pokok Sena LPS 18, hak milik 22. Jumlah permohonan sedang dalam proses mengikut daerah LPS 93, hak milik 108. Sekian, terima kasih.
Terima kasih YAB. Jeneri dan saya pohon soalan tambahan. Pertama adalah mengenai isu pencerobohan tanah kerajaan yang telah pun lama berlaku pencerobohan tanah hutan, pencerobohan rizab-rizab sungai, rizab-rizab jalan dan juga tanah-tanah rizab kerajaan yang lain. Ada setengah pencerobohan itu telah pun berlangsung lama seperti mana hutan, dia dah teroka lama dah hutan tu, tapi dia masih lagi hutan. Jadi, kerajaan tak dapat apa contohnya. Saya ingin bertanya, apakah langkah kerajaan sekarang ini kerana ada setengah tu lama, dia nak pindah mana tak ada tempat dah. Apakah dasar kerajaan sekarang untuk membenarkan mereka-mereka yang telah pun lama tinggal atas rizab itu supaya mereka dapat memohon dan membuka hutan itu. Bagi tanah-tanah rizab sungai, rizab jalan yang kadang-kala tu juga lama. Apakah langkah yang kerajaan ingin buat kerana nak bersih sungai itu perlu kepada rizab, kalau tidak, mesin itu nak bergerak pun tak boleh. Jadi, saya pohon jawapan kepada isu pencerobohan dan langkah penguatkuasaan yang akan dibuat.
Terima kasih YB. Alor Mengkudu. Saya menyedari bahawa terdapat banyak perkampungan di Negeri Kedah ini yang didirikan, dibina 20, 30 tahun di tanah rizab hutan. Contohnya, di Kampung Seri Dacing di Sik, di Perik pun ada. Jadi, saya telah memeriksa beberapa tempat terutamanya di kawasan sayalah di Sik. Pada tahun 2010 telah dibuat keputusan untuk dicabut keluar daripada tanah simpanan hutan, ada juga tanah yang sama di Langkawi. Dalam mesyuarat yang terakhir saya telah mengarahkan untuk tanah-tanah hutan yang telah didiami lebih daripada 20 tahun untuk dicabut keluar. Isu yang sedang kita hadapi ialah bila dicabut keluar daripada tanah simpanan hutan, kita kena ganti. Isu yang berbangkit sekarang ini ialah di mana nak diganti kalau tanah itu terlalu luas. Berkaitan di Kampung Seri Dacing, selain daripada kampung, dia juga buat kebun. Ada kebun getah seorang lima ekar, seorang dua ekar. Untuk kampung ini saya mengarahkan cabut keluar kawasan tapak rumah dulu kerana kalau kita nak ganti tanah hutan yang dicabut keluar melibatkan kebun getah yang lebih daripada 10 ekar, kita menghadapi masalah apabila tak ada kawasan tanah kerajaan yang luas macam itu. Jadi, dasar kerajaan sekarang ini ialah kampung-kampung yang didiami lebih daripada 20 tahun walaupun di dalam kawasan tanah Jabatan Hutan, kita akan buat cabutan keluar bagi tapak rumah sahaja dulu dan penggantian kita akan cari di mana-mana yang boleh. Insyallah, kampung-kampung penduduk yang mendiami tanah hutan begitu lama. Sebab saya, macam YB. Alor Mengkudu pernah kata lah dulu Jabatan Hutan ni dia jaga hutan saja, bila dia jadi kampung, Jabatan Hutan ni bukan boleh jaga kampung, kampung ni JPKK jaga. Jadi, saya telah mengarahkan kampung-kampung yang begitu lama untuk kita cabut keluar daripada simpanan hutan untuk diberi hak milik. Tapi proses ni lambat, Kampung Seri Dacing tu tak selesai sampai sekarang ini, walaupun Pejabat Tanah telah mengeluarkan notis 5A, tetapi tersangkut kerana tanah itu belum dicabut keluar daripada tanah Jabatan Perhutanan. Insyallah, perkara ini akan diselesaikan di beberapa kampung yang begitu lama macam di Seri Dacing, di Langkawi dan juga di Perik di Daerah Padang Terap. Sekian, Terima Kasih.
YB. Kuala Nerang!
Terima kasih YB. Speaker. Sebelum itu, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat atas penjelasan tadi berhubung dengan cabutan tanah atas rumah yang ada di kawasan Perhutanan ataupun di Padang Terap ini ada yang terlibat dengan pertindihan Tradewinds dan seumpamanya. Saya harap mudah-mudahan dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. Soalan tambahan saya ialah berdasar kepada jawapan Yang Amat Berhormat tadi, kita dapati Padang Terap merupakan antara kawasan yang tidak tersenarai dalam senarai yang dalam proses untuk pengurniaan atau pun pemilikan LPS atau pun hak milik.
Perkara ini sebenarnya, hakikatnya bukan saja berlaku selepas bulan Mei yang lalu tetapi juga sebenarnya telah berlaku sekian lama sebelum ini yang difahamkan sebanyak lebih daripada 4,000 fail permohonan yang sedang diproses akibat ada beberapa masalah teknikal, pertindihan dan seumpamanya. Jadi, adakah Yang Amat Berhormat bersetuju bahawa proses ini perlu dipercepatkan dan diselesaikan dengan kadar segera bagi memberikan tambahan pendapatan hasil Kerajaan Negeri dari sudut premium dan juga cukai tanah? Sekian, terima kasih.
Terima kasih, YB. Kuala Nerang. Padang Terap ni agak ‘special’ sikitlah sebab banyak berlaku pertindihan, bukan sahaja kawasan tanah hutan yang telah dikeluarkan geran. Sekarang ini, isu yang berbangkit di Padang Terap ialah Jabatan Hutan membuat pengukuran semula sempadan hutan dan dia ukur masuk dalam kampung kerana geran-geran itu sekarang ini didapati adalah termasuk dalam sempadan baru Jabatan Perhutanan. Di Padang Terap juga ada berlaku pertindihan antara usaha tanah orang kampung ini dengan syarikat. Saya telah memohon kepada pihak syarikat untuk menolak keluar pertindihan-pertindihan dengan syarikat itu untuk diberikan kepada pengusaha asli. Sama dengan tanah-tanah hutan pun, kadang-kadang dia baru masuk, dia ‘claim’ (dengan izin) dia duduk lama, ini Pejabat Tanah ada rekod. Untuk tanah-tanah yang bertindih dengan Jabatan Hutan yang telah dikeluarkan geran ini masih dalam penyelesaian. Insyallah, kita akan minta Jabatan Hutan menggunapakai sempadan sedia ada, bukan lagi sempadan baru yang termasuk dalam geran-geran hak milik yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah. Terima kasih YB. Kuala Nerang.
Terima kasih. Soalan nombor 2. YB. Sungai Limau!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Mohon jawapan bagi soalan nombor 2.
2. Projek naiktaraf 5 LRA di Kedah telah diluluskan sejak tahun 2017, tetapi tidak dapat dilaksanakan. Apakah yang menghalang daripada pelaksanaannya dan bagaimanakah kerajaan negeri hari ini menyelesaikan isu ini serta bilakah projek ini akan bermula?
Terima kasih kepada YB. Sungai Limau kerana menanyakan soalan mengenai 5 NRA di Kedah. Projek menaik taraf Logi Rawatan Air Negeri Kedah telah mengambil masa yang agak panjang disebabkan beberapa faktor perubahan dasar oleh pihak kerajaan. Terkini perlaksanaan projek-projek tersebut telah melalui proses penilaian tender dan LRA Lubuk Buntar lama dan LRA Jenun Baru telah ditawarkan dan 2 lagi loji akan ditawarkan lagi dua minggu tak silap saya. Dan perlaksanaannya akan dilakukan pada tahun 2021.
Baik. Terima kasih kepada YB. Sungai Tiang. Soalan tambahan, projek-projek yang telah pun dirancang oleh pihak kerajaan untuk menaik taraf 5 loji rawatan air ini kita dengar dah lama dan mungkin telah ada kajian, perancangan dan sebagainya. Soalannya, adakah dengan siapnya 5 loji rawatan air ini yang nak dinaik taraf ini akan menyelesaikan masalah air khususnya untuk kepentingan rakyat yang ada dalam Negeri Kedah, itu yang pertama. Yang kedua, adakah perancangan untuk menaik taraf loji ini telah mengambil kira pembangunan-pembangunan khususnya projek-projek berimpak tinggi kerajaan, KXP, Kedah Rubber City dan SBEZ. Adakah perkara itu telah diambil kira kerana kita bimbang kalau tak diambil kira, selepas daripada ini akan ada pula masalah baru untuk bekalan kepada projek-projek berimpak tinggi ini. Jadi, mohon jawapan daripada pihak kerajaan.
Terima kasih di atas soalan tambahan tersebut. Pastinya dengan pelaksanaan projek 5 LRA ini akan meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat dan meningkatkan keberkesanan sistem pengagihan air terawat Negeri Kedah. Dengan berdasarkan unjuran permintaan air terawat Kedah dengan siapnya LRA ini akan meningkatkan rizab margin bekalan air kepada 10%. Bagi projek berimpak tinggi, kerajaan telah merancang keperluan air bagi memenuhi keperluan industri yang terlibat dan terbukti, hasil daripada permohonan Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan bagi membina satu lagi LRA di Kubang Pasu bagi menampung keperluan domestik dan industri di kawasan SBEZ yang berjumlah lebih kurang RM350 juta. Untuk projek KRC, dengan pelaksanaan LRA Pelubang akan mengurangkan permintaan bekalan air dari LRA Padang Sanai. Jadinya, LRA Padang Sanai dapat memberi tumpuan kepada Kedah Rubber City. Kita juga merancang dalam projek-projek berimpak tinggi yang lain seperti KXP perlu ada projek-projek baru yang akan kita keluarkan selepas ini. Terima kasih.
YB. Jitra!
Terima kasih, YB. Tuan Speaker. Saya nak tanya mengenai LRA Pelubang. Jadi, dalam Mesyuarat EXCO kerajaan terdahulu telah diputuskan bahawa LRA Pelubang ini dianugerahkan kepada BDB anak syarikat Kerajaan Negeri. Saya ingin bertanya, adakah keputusan ini masih akan dilaksanakan atau pun akan dibuka semula kepada orang lain? Terima kasih.
Ya, LRA Pelubang masih dikekalkan secara ‘direct nego’ (dengan izin) kepada Bina Darul Aman Berhad tertakluk kepada persetujuan Kerajaan Persekutuan.
Soalan nombor 3.
Bismillahirahmannirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Tuan Speaker, Sempit kita merekot, berlunjur kita lega. Mohon jawapan nombor 3.
3. Pelaburan merupakan salah satu penjanaan ekonomi Negeri Kedah.
Pohon dinyatakan :
a) Peratusan capaian dan kerugian semasa pandemik Covid-19 ini.
b) Berapakah sumbangan pelaburan KHTP kepada Negeri Kedah dan Malaysia?
c) Apakah sektor industri yang menjadi penyumbang utama pada tahun ini?
Aih! Pantun pulak...
Terima kasih, YB. Tuan Speaker, terima kasih YB. Bandar Baharu. Saya takdan nak buat pantun untuk respons. Tapi saya jawab terus untuk soalan ini. YB. Bandar Baharu bertanyakan soalan nombor 3, (a) peratusan capaian dan kerugian semasa Covid-19.
Saya nak bagi data mengenai peratusan capaian dalam bentuk pertamanya tak disebut capaian apa. Tapi saya dah agak mungkin inilah yang ditanyakan, mengenai pelaburan tempatan ataupun DDI dan Pelaburan asing FDI bagi seluruh Negeri Kedah antara Januari sampai Jun 2020. Yang September belum keluar lagi. Pelaburan tempatan ialah 38.2%, pelaburan asing 61.8%. Lagi satu data saya nak bagi ialah dari segi peratus iaitu mungkin kita boleh buat perbandingan dengan tempoh yang sama tahun 2019. Tapi ini bukan satu petunjuk yang boleh kita guna sepanjang masa sebab pelaburan ini dia tak ikut satu rule (dengan izin) sepanjang masa. Dia ada perubahan bergantung kepada pelabur yang nak datang dan sebagainya. Berbanding dengan tempoh yang sama Januari to Jun 2019, pencapaian kita ialah 2.6%. Tapi ini bukan satu perkara yang besar, sebab saya ada ‘figures’ (dengan izin) untuk makluman Yang Berhormat, pelaburan Negeri Kedah 2014 sampai 2018. 2014 5.3 billion, 2015 1.356 billion, ia berubah-ubah ini sepanjang tahun, 2016, 2.183 billion, ia tak konsisten dan 2017, 2.534 billion. Itu untuk jawapan kepada peratus capaian.
Mengenai kesan kepada Covid-19. Ini YB. Bandar Baharu bertanya, adakah ada kerugian di kalangan syarikat-syarikat yang beroperasi? Saya nak bagi contoh yang terbaik, Kulim Hi-tech Park lah senang sebab kilang duduk satu tempat. Jadi, saya dapat banyak maklumat daripada mereka. Pada mula-mula PKP diperkenalkan bulan Mac, 18 Mac, kilang-kilang Hi-Tech Park kena berhenti operasi. Tetapi, dalam masa seminggu dia mula operasi balik. Tapi, MITI telah mengarahkan supaya ‘production capacity’nya (dengan izin) adalah antara 30 sampai 50 peratus. Dan angka daripada Nur Power yang memberi bekalan tenaga elektrik kepada syarikat Kulim Hi-Tech Park menunjukkan kapasiti mereka yang jumlahnya 220 megawatt itu, turun hanya kepada 180 megawatt sahaja, tak banyak. Ertinya ‘production’ (dengan izin) keseluruhan bagi Kulim Hi-Tech Park itu tak turun banyak. Saya juga sempat bertanya kepada beberapa syarikat, dan mereka kata tak terjejas dari segi keseluruhan pengeluaran kerana ‘trade war’ (dengan izin) antara Amerika dan China. Ada juga ‘supporters’ (dengan izin) Amerika, yang mana pasaran itu masih memerlukan produk daripada Malaysia terutamanya dari Kulim Hi-Tech Park. Sebagai jawapan kepada soalan mengenai kerugian, saya mendapat maklumat bahawa, saya ingat 99% tak rugi, tetapi mereka mungkinlah, keuntungan kurang sedikit. Sebab kita tengok dari segi GDP kita pun mengucup suku tahun pertama dan kedua, yang ketiga naik 2.1%. Jadi, keseluruhan ini dia memberi kesan kepada keuntungan bukannya kerugian.
Untuk (b) berapakah sumbangan pelaburan KHTP kepada negeri Kedah dan Malaysia? Untuk negeri Kedah, pelaburan KHTP ialah 27.2% daripada jumlah seluruh negara. Seluruh negara pelaburannya ialah 35.67 billion, sumbangan KHTP ialah 1.473 billion. ‘Percentage’ berbanding dengan seluruh negara ialah 1.33%.
Seterusnya ialah ini yang terakhir, apakah sektor industri yang menjadi penyumbang utama pada tahun ini? Seperti tahun-tahun yang lepas, penyumbang utama ialah elektronik dan elektrikal (E and E), macam dulu-dulu pun begitulah dan ada 7 projek, mewujudkan peluang pekerjaan 1,054, pelaburan RM315.5 juta, pelaburan asing RM231.9 juta, jumlah pelaburan RM547.5 juta. Itu sahaja jawapan saya Yang Berhormat.
Terima kasih YB. Tuan Speaker, terima kasih YB Guar Chempedak atas maklumat dan juga jawapan yang telah dinyatakan tadi dan saya berasa bahawa angka-angka tadi menunjukkan satu justifikasi yang sangat besar, yang sangat kuat menyatakan bahawa Kedah ini menjadi satu destinasi hebat untuk pelabur dan adakah kerajaan akan terus memacu pelaburan untuk menjadi sektor utama di dalam negeri Kedah dan adakah YB. Guar Chempedak bersetuju bahawa semasa pandemik Covid ini ianya tidak menjadi alasan kepada kerajaan, kepada kita untuk menangguhkan semua projek berimpak besar yang telah dinyatakan dalam Bajet 2021 oleh YAB. Jeneri kelmarin. Adalah menjadi kesilapan besar kita kalau kita tangguhkan semua projek berimpak besar ini dan orang kata memfokuskan kepada Covid-19. Ini adalah bukan alasan yang mana tadi daripada peratusan menyatakan bahawa pelaburan dan juga pandemik Covid-19 ini haruslah kerajaan gunakan masa ini untuk berunding, untuk berbincang dan terus menaikkan peratusan pelaburan negeri Kedah dalam negara dan juga luar negara. Pohon nyatakan dan kenyataan kerajaan YB. Guar Chempedak. Terima kasih.
YB. Tuan Speaker, makan minum pun kita tak boleh tangguh. Bajet untuk kesihatan pun kita tak boleh tangguh, banyak benda kita tak boleh tangguh. Jadi, kalau kita tangguh semua projek-projek besar, makna kita tangguh pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi tak boleh tangguh. Covid-19 memerlukan wang yang banyak. Untuk tahun 2021, bajet untuk kesihatan ialah terbesar dalam sejarah. Kalau kita tangguh semua projek-projek macam ini, yang memberikan kita wang, memberi pertumbuhan ekonomi kepada kita, macam mana kita nak cari duit untuk kita nak tangani masalah penyakit Covid-19 ini. Tak dapat kan? Jadi, jawapan saya YB. Tuan Speaker ialah kita perlu ada perseimbangan di antara ekonomi dan kesihatan. Kesihatan memerlukan duit, duit memerlukan pertumbuhan ekonomi. Jadi, kita perlu teruskan apa yang kita buat selama ini di negeri Kedah, projek-projek seperti Kedah Rubber City, di Padang Terap, Northern Gateway, SBEZ perlu diteruskan dan sebenarnya kita akan tingkatkan lagi usaha kita untuk mendapatkan pelaburan lebih banyak lagi di kawasan-kawasan ini dan juga kawasan-kawasan industri yang lain dalam negeri Kedah ini InsyAllah. Dia tidak ada hubungkait, kita tangguh Covid turun, saya tak nampak. Kita tangguh pun Covid naik juga, ataupun kita teruskan dengan daya usaha kita untuk meningkatkan pelaburan ini sebenarnya dapat membantu masalah Covid-19 yang memerlukan wang yang begitu banyak bagi negara untuk menangani masalah ini. Itu sahaja jawapan saya, YB.Tuan Speaker.
YB. Anak Bukit!
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Soalan saya ialah YB. Guar Chempedak, antara sebab Kulim Hi-Tech Park ini menjadi tumpuan ialah kerana infrastruktur yang sedia ada. Orang mai tengok nak melabur, benda duk ada depan dia dah. Jadi, dia terus buat keputusan dan masuk. La, fasa 4 nak habis, kita nak ‘proceed’ (dengan izin) dengan fasa 5. Jadi, soalan saya ialah apa tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa projek-projek yang telah kita rancang supaya infrastruktur yang disediakan, contohnya KSTP (Kedah Sciene Tecnology Park) di Bukit Kayu Hitam yang dilancarkan sebelum PRU yang lepas dan sekarang setahu saya masih belum siap. Kemudian KRC, kita sebut tentang Kedah Rubber City. Ya, saya ingat YB. Guar Chempedak duk bersyarah lama dah tentang KRC ini, tapi kalau la orang mai nak masuk, tengok baru ‘line clearing’ (dengan izin) baru nak buat tapak dan sebagainya. Jadi, ‘put people's off’ (dengan izin). Jadi, apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa tempat-tempat ini sedia ada. Jadi, bila orang masuk nak melabur, tengok benda dah ada dan boleh terus buat keputusan dengan segera untuk masuk dan melabur di negeri Kedah. Terima kasih.
YB. Tuan Speaker, mengenai soalan tambahan daripada YB.Anak Bukit. Berhubung dengan Kulim Hi-Tech Park, kita dah tak ada banyak tanah dah, iaitu baki tanah untuk kita mendapatkan pelaburan-pelaburan baru. Hanya lebih kurang dalam 400 ekar. Berdasarkan kepada pengalaman yang lepas, dari segi penggunaan tanah dalam masa 5 tahun habislah. Jadi, pihak kita, pihak kerajaan ataupun pihak KPTC telah mengambil daya usaha dan kita bersungguh-sungguh berusaha untuk mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan sejumlah RM324 juta untuk pengambilan tanah 445 ekar dan juga infra. Itu yang telah kita laksanakan dan kita sudah pun berusaha untuk memasukkan permohonan kita ini dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12). Jumpa Ketua Pengarah EPU, jumpa YB. Menteri Ekonomi berkali-kali untuk memastikan supaya peruntukan ini masuk dalam RMK-12. Kita harap dan berdoa semoga ia akan diluluskan pada awal tahun hadapan. Soalan mengenai Kedah Rubber City ini, saya tengok ada soalan nombor 16 oleh YB. Anak Bukit. InsyaAllah, saya dapat menjawab soalan itu. Bila saya kembali menjadi EXCO menjaga industri dan pelaburan ini, perkara pertama yang saya buat ialah memanggil semua ‘state holders’ daripada jabatan-jabatan kerajaan termasuk NCIA, saya nak tahu apa ‘current’ status (dengan izin). Yang penting sekali saya nak tahu infra dah sedia atau tidak, ‘utilities’ air dan api, ‘telecomunication system’ (dengan izin). Semua ni dah sedia atau tidak?
Saya ingat dalam 10 mld. sehari ‘and then’ (dengan izin) syarikat-syarikat yang berhasrat untuk nak masuk dalam masa terdekat pun memang itulah kuantiti air yang diperlukan. Tapi kita ada isu sedikit berhubung dengan tenaga lektrik.
Biar saya cerita dalam Sidang Dewan ini supaya semua orang tahu dari segi tenaga elektrik. Bila saya panggil Mesyuarat Jawatankuasa Induk KRC untuk melihat status semasa kemajuan kepada utiliti, rupa-rupanya bekalan tenaga elektrik tidak bersedia dan tidak ada sebarang langkah tindakan diambil untuk menentukan tenaga elektrik yang mencukupi untuk Kedah Rubber City ini. Bukan kata cukup, sikit pun tak ada. Dan saya bertanya kepada wakil TNB, berapa lama masa kita perlukan untuk menyediakan tenaga elektrik ke kawasan itu? Kita perlukan 79 megawatt. Mereka kata, “5 tahun”. Dalam tempoh 2 tahun yang lepas kita tidak buat apa-apa ka? Kita pi buat kerja tanah, buat infra untuk fasa 1, 504 ekar dan kita nak ‘start’ (dengan izin) dengan 60 ekar, tapi tenaga elektrik tidak ada selepas itu.
Saya mengambil daya usaha untuk berjumpa dengan Pengurusi TNB, YB. Dato’ Seri Mahazir Khalid. Alhamdulillah, YB. Dato’ Seri Pengerusi TNB telah memberi kerjasama yang yang cukup baik dengan mengarahkan pengurusan kanan yang terlibat untuk membantu mempercepatkan proses perbekalan tenaga lektrik kepada KRC. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Jawapan kepada YB. Anak Bukit.
Soalan nombor 4!
YB. Tuan Speaker, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Soalan saya nombor 4.
4. Apakah usaha-usaha kerajaan bagi memastikan sungai-sungai di Kedah tidak tercemar seperti yang berlaku di Selangor dan apakah sistem pemantauan yang dilaksanakan sekarang?
Terima kasih dan selamat pagi YB. ADUN Gurun, YB. Speaker. Ok, jawapan untuk soalan nombor 4, Kerajaan Negeri mengambil perhatian serius dalam usaha untuk memelihara kelestarian alam sekitar agar terus diperkasakan secara terancang untuk melalui pelaksanaan pemantauan yang teratur. Pelan Pembangunan Kedah 2035 turut menetapkan teras untuk memfokuskan kepada kelestarian alam sekitar. Sehubungan ini, antara usaha-usaha yang kerajaan laksanakan melalui JPS, JS dan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah dalam memastikan sungai-sungai di Negeri Kedah tidak terancang adalah yang pertama, kita akan menjalankan aktiviti pengawasan melalui program-program pengawasan kualiti alam sekeliling air sungai di stesyen-stesyen pengawalan kualiti air sungai dan juga lembangan-lembangan sungai yang utama.
Nombor dua, kita akan melakukan aktiviti penguatkuasaan melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Seksyen 29(1) Kawalan Pencemaran Enakmen Sumber Air Negeri Kedah 2008. Nombor tiga, kita akan memastikan pengawalan aktiviti pengorekan pasir di kawasan lembangan sungai mengikut garis panduan pengambilan pasir yang ditetapkan. Nombor empat, kita akan mengamalkan pembangunan lestari dengan memastikan syarat kelulusan pembangunan berdekatan sungai dipatuhi melalui pendekatan pengurus lembaga sungai yang bersepadu.
YB. Speaker, selain daripada itu, sistem pemantauan kualiti air sungai turut dilaksanakan bagi menjamin kualiti air sentiasa berada di tahap yang terbaik dan memuaskan. Di antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam usaha pemantauan kebersihan sungai adalah seperti berikut; Yang pertama, Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan membuat pemantauan kualiti air setiap dua bulan sekali untuk 74 buah stesyen jenis manual. Tiga buah stesyen jenis automatik iaitu Terusan MADA Selatan (Loji Rawatan Air Bukit Jenun), Sungai Muda (Loji Rawatan Air Kulim Hi-Tech) dan Terusan Utara (Loji Rawatan Air Arau). JAS juga turut membuat pemantauan di lembangan-lembangan sungai utama iaitu Lembangan Sungai Kedah, Sungai Muda, Sungai Merbok dan Sungai Prai serta sungai-sungai di Langkawi. Nombor dua, JPS juga turut mengumpul maklumat kualiti air sungai pada setiap bulan di bawah Unit Hidrologi untuk unit sungai bagi memastikan kualiti air sentiasa terkawal.
Selain daripada itu, JPS turut melaksanakan program Ops Lumpur untuk projek-projek pembangunan di kawasan yang berdekatan dan berhampiran dengan sungai. Pada masa yang sama, data dan aduan adalah daripada penduduk setempat dan orang ramai yang berdekatan turut diambil kira dalam usaha mengumpulkan maklumat bagi mengelakkan sebarang aktiviti pencemaran berlaku di sungai yang berhampiran.
Soalan tambahan saya YB. Tuan Speaker, kalau kita melihat apa yang berlaku di Selangor, suatu malapetaka yang luar biasa. Hampir setiap bulan akan ada ‘shutdown’ (dengan izin) air kerana pencemaran. Kalau kita analisa daripada apa yang berlaku di Selangor itu kebanyakannya daripada kumbahan dan juga daripada air-air yang keluar dari kilang dan sebagainya. Kita bernasib baik YB. Tuan Speaker, masih lagi air kita cantik.
Tapi, soalan saya ialah sedarkah kerajaan bahawa pertumbuhan kilang-kilang di sekitar kawasan-kawasan dilalui oleh sungai ini semakin hari semakin banyak. Soalannya ialah, pembangunan kilang-kilang ini di bawah kawalan PBT, sementara yang nak jaga air ini ialah JPS. Jadi, sejauh mana kerajaan ada rekod bahawa kilang A, B, C ada lesen, D, E, F ini tidak mengikut piawaian, di mana air kumbahannya tidak masuk ke dalam sungai. Soalan saya, adakah kerajaan mempunyai rekod ini, di mana ada hubungan di antara jabatan dengan PBT, agar ianya selari dan kita tidak mengalami pengalaman seperti yang sedang berlaku di Selangor. Terima kasih YB. Tuan Speaker.
Silakan, YB. Sidam.
YB. Gurun, saya ambil maklum dan saya akan berbincang dengan pengarah JAS dan agensi-agensi lain terutamanya dengan PBT. Setakat ini kita akan usahakan untuk memastikan kilang-kilang yang berhampiran dengan sungai-sungai yang tertentu. So, kita akan ‘come out’ (dengan izin) satu usaha yang menyeluruh kalau boleh kita akan monitor dengan kilang-kilang. ‘For example’ (dengan izin) seperti kita akan move kilang ‘ricycle’ di Bukit Selambau. So, kita akan ‘make sure’ walaupun Bukit Selambau saya rasa dianggap sebagai tempat yang ‘out shrink’ (dengan izin) tapi kita akan pastikan tak ada pencemaran yang akan berlaku. So, seterusnya kita akan bekerjasama terutamanya bersama PBT untuk memastikan tak ada pencemaran yang akan berlaku. Walaupun sekarang kita ada kelonggaran sedikit, sini, sana, tapi, saya akan ‘make sure’ (dengan izin) kita akan pastikan tak akan ada pencemaran yang akan berlaku. Tak ada kompromi kepada pencemaran terutamanya air seperti yang sedang berlaku di Selangor. Terima kasih.
Soalan tambahan. YB. Tanjung Dawai.
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Pada tahun lepas saya ada menyebut berkaitan dengan masalah di Sungai Merbok akibat daripada tindakan membina kolam yang tak dipastikan mendapat keizinan atau pun tidak. Untuk membina kolam itu, ditebang pokok-pokok yang berusia ratusan tahun. Mengganggu pergerakan nelayan-nelayan kecil, nelayan-nelayan sungai. Bahkan antara yang terkesan besarnya ialah berkaitan dengan habitat. Pendapatan nelayan sungai ini terjejas apabila hasil tangkapan mereka memang berkurang teruk dan lokasi ini adalah berhampiran dengan Titi Sembeling, Sungai Merbok. Yang keduanya ialah berkaitan dengan sungai juga di Merbok. Dah Merbok ini air tak dak, hat ada pula terganggu dengan sebab banjir lumpur daripada projek durian.
Pertama, sungai yang mengalir dari Gunung Jerai melalui Muzium Arkeologi Lembah Bujang yang baru ini tercemar akibat banjir lumpur daripada projek tanaman durian tersebut. Dan yang kedua, sudah pun berlaku lama tapi tidak ada penyelesaiannya iaitu Sungai Tupah yang merah dan juga berselut. Terima kasih.
Terima kasih, YB. Tanjong Dawai. So, tak boleh nafikan memang banyak yang kolam-kolam dengan kuari pasir yang berhampiran dekat sebelah Merbok saya rasa. Memang setiap kali bila ada aduan daripada sesiapa, mana pihak yang bagi aduan so, sebagai EXCO Portfolio Alam Sekitar, setiap kali kita ada hantar pegawai kita untuk turun, untuk memantau apa sebenar yang berlaku. So, saya akan ambil maklum, selepas ini kita akan bincang balik terutamanya kolam-kolam yang berhampiran dengan Sungai Merbok bersama dengan saya rasa ada kuari pasir, ada banyak kuari pasir dekat sebelah sana. So, kita akan usahakan untuk memastikan serta mengurangkan pencemaran terutamanya melalui Sungai Merbok. Terima kasih.
Terima kasih YB. Sidam. Begitu cermat dia bercakap, dia jawab soalan. Soalan nombor 5!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Speaker, saya pohon jawapan soalan nombor 5.
5. Sejauh manakah kefahaman rakyat mengenai istilah norma baharu dan adakah kerajaan bercadang mewujudkan kempen secara besar-besaran mengenai isu ini?
Nombor 5, Tokai....Tokai!
Nombor 5 ni..... Dr. Hayati ka?
Penerangan! Penerangan!
Oh! Penerangan..... Silakanlah! Saya ingat Dr. Hayati.
Tak pa, sat lagi YB. Tokai boleh tambah. Ada hubung kait dalam hal ini.
Ya.. Ya.. Sila!
YB. Speaker,
DUN Belantek harumnya Chempa, Minum kopi di pekan, Walaupun wajah cantik seperti Neelopa, Tahniah mengikut SOP yang ditentukan.
YB. Speaker, perkara yang pertama iaitu tujuan. Hasil tinjauan dalam talian yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan, 422 responden dewasa, 6,303 responden iaitu murid sekolah. Mendapati kebanyakan responden itu iaitu 87.2% dewasa dan 80% murid sekolah telah memahami norma dalam pencegahan Covid. Yang keduanya, kempen pernah dilaksanakan oleh Perdana Menteri pada 10 Ogos 2020 di Kompleks Sukan Pagoh. Di samping itu, kempen kesedaran dan pemakluman mengenai pembudayaan norma baru telah dan sering dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan Negeri Kedah melalui kaedah ‘info on week’ iaitu penggerakan di bawah jabatan dalam membuat hebahan kepada orang ramai berhubung isu-isu semasa. Sehingga 20 Oktober 2020, sebanyak 90 buah program berkaitan pembudayaan norma baru telah dilaksanakan meliputi 324 buah lokasi seluruh negeri Kedah. Sebanyak 1,819 program dan juga 8,200 lokasi telah dilaksanakan sejak tahun 2020. Yang ketiga, saya ucapkan tahniah kepada YAB. Menteri Besar, sering kali berucap walau di mana saja beliau telah memperjelaskan supaya rakyat negeri Kedah mengikut SOP yang sebenar dan juga sering kali dalam sidang media Yang Amat Berhormat sering kali memperingati selepas diadakan ‘meeting’ EXCO diadakan sidang media. Yang keempat, saya ucap tahniah kepada negeri Kedah kerana pada 2/11/2020 hari Isnin, Negeri Kedah seperti negeri contoh disebut oleh Pengarah KKM, di mana negeri Kedah menggunakan kaedah kesihatan awam sehingga turun 0.6, ini target Malaysia 1.0 di mana Pengarah Kesihatan memaklumkan kluster Sivagangga, Tawar, Telaga dan Sungai dengan kluster yang wujud di negeri Kedah tapi kita berjaya menghapuskan Covid itu sehingga turunnya 0.6 itu disebut oleh Pengarah KKM. Itu menunjukkan berjaya tapi walau bagaimanapun, dengan tidak menafikan kes penjara, kes itu bukan kes komuniti. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan, YB. Belantek!
Soalan tambahan saya, bila kita perhatikan bahawa dalam kempen apa sekali pun, tetapi tahap komitmen dia masih dalam keadaan meningkat dan kadang dia turun dan dia naik balik. Tapi, apakah kaedah-kaedah yang perlu diatasi memandangkan keadaan masih lagi dalam keadaan tegang tentang Covid. Jadi, adakah kaedah-kaedah lain daripada kempen-kempen ataupun yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih YB. Belantek. Strategi norma baru ni dia ada empat strategi lah. Pertama iaitu kawalan sempadan, yang kedua, kawalan pergerakan, yang ketiga penjarakan fizikal dan keempat perlindungan diri. Saya nak ulas satu-satu memang kawalan sempadan dia ada garisnya. Contohnya, saringan kesihatan dari pintu masuk antarabangsa, itu salah satunya. Yang kedua iaitu kawalan pergerakan, elakkan ke kawasan berisiko terdapat kes kawalan pergerakan juga, banyak lagi contoh-contoh. Dalam ini juga saya telah edar sedikit sebanyak mengenai norma-norma baru yang perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia khasnya iaitu cuci tangan, kita tak boleh duduk rapat mengenai jarak satu meter, banyak lagi lah. Itu untuk maklumat. Sekian, terima kasih.
Poster hat ada dalam beg tu ka? Haa... Dalam setiap beg tiap tu. Silakan YB. Pengkalan Kundor.
Soalan tambahan saya adalah, kita sekarang berada di gelombang ketiga, gelombang pertama, kedua dan ketiga. Jadi, gelombang-gelombang ini menunjukkan kegagalan kita dalam kita mengawal jangkitan Covid dan unjuran KKM ataupun cadangan KKM adalah akhirnya untuk memastikan bahawa ada sifat ‘self empowerment’ (dengan izin). Kalau tidak sampai ke peringkat yang macam itu, membuat penerangan macam mana sekali pun tetapi penerangan itu hanya sekadar faham. 80% faham tapi, bagaimana tindakan dirinya, ‘self empowerment’ tadi. Saya rasa kegagalan kita di sini dan sebab itu saya sangat bersetuju dengan soalan ini supaya perbesarkan lagi penerangan supaya akhirnya kita sedar bahawa kita faham dan kita sedar dan akhirnya ia menjadi satu budaya baru, yang tu maksud budaya baru. Sekarang ini belum budaya, kita faham tapi belum jadi budaya. Kita tak payah sebut norma baru la sebab ada orang marah kan. Norma baru. Jadi, soalan saya adalah, apakah lagi kempen yang perlu dibuat untuk memastikan bahawa akhirnya kefahaman itu dapat ditranslate dalam bentuk kefahaman diri untuk memastikan akhirnya setiap orang ‘hashtag’ “kita jaga kita”. Itu soalan saya.
Terima kasih kepada YB. Pengkalan Kundor. Di sini, perlindungan diri ini untuk menyelamatkan dirilah. Saya yakin kalaulah rakyat beramal dan berasa Covid ini sebab penyakit tak nampak. Dengan itu menjadi tanggungjawab semua rakyat termasuk yang pertama sekali pemimpin lah. Sebab itu InsyaAllah lepas ini Kerajaan Negeri akan adakan kempen oleh Yang Amat Berhormat secara besar-besaran dan juga kita mengenai perlindungan ini ada 3W, iaitu wash, kerap cuci tangan. Budaya ini semua dah tau dah dan juga pakai mask. Semua rakyat dah faham, saya ingat InsyaAllah dari ketua sendiri saya ingat YB. Pengkalan Kundor pun telah menjadi amal walaupun sedikit sebanyak tetapi telah menjadi amalan yang dilakukan oleh rakyat pada hari ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Kita berpindah pula ke soalan nombor 6.
Salam sejahtera, ta cha hao, vanakkam, sawadikhap kepada semua YB-YB. Ketua-ketua jabatan. YB. Tuan Speaker, pohon jawapan untuk soalan nombor 6.
6. Pohon dinyatakan senarai jumlah kelulusan permohonan Kebajikan, E-Kasih, Ibu Tunggal dan MySalam bagi masyarakat Kaum India di daerah Kuala Muda daripada bulan Jun 2020 hingga 15 Oktober 2020.
Silakan YB. Bukit Kayu Hitam.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Speaker, Terima kasih YB. Bukit Selambau. Soalannya, pohon nyatakan senarai jumlah kelulusan permohonan kebajikan e-kasih, ibu tunggal dan MySalam bagi masyarakat kaum India di Daerah Kuala Muda dari bulan Jun 2020 hingga 15 Oktober 2020. Jawapanya, skim bantuan-bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah kepada penerima bantuan JKM Daerah Kuala Muda bagi kaum India sehingga Oktober 2020 sebanyak 1,425 penerima yang berjumlah RM5,509,700.00 mengikut skim iaitu skim yang pertama bantuan kanak-kanak, penerimanya 158 orang penerima dengan jumlah RM409,500.00.
Untuk skim kedua, elaun pekerja cacat 596 penerima dengan jumlah RM2,404,000.00 dan skim yang ketiga bantuan penjagaan pesakit kronik terlantar 115 penerima dengan jumlah RM410,200.00 dan untuk bantuan OKU tidak bekerja ada 323 penerima dengan jumlah RM807,250.00 dan bantuan orang tua 232 penerima dengan jumlah RM811,650.00, bantuan am negeri iaitu 135 penerima dengan jumlah RM286,800.00 dan bantuan latihan sambil belajar, satu penerima dengan jumlah RM6,000.00. Jumlah keseluruhannya RM5,509,700.00. Untuk jawapan data e-kasih bagi kaum India pula yang berjumlah miskin tegarnya ada 12, miskin ada 59, terkeluar 755 dan jumlah keseluruhan 826 semua. Berdasarkan pelan jana semula ekonomi untuk jawapan ibu tunggal iaitu PENJANA yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 5 Jun 2020, bantuan khas ibu tunggal adalah bantuan sosial kepada ibu tunggal secara ‘one-off’ yang bernilai RM300. Permohonan bantuan khas ibu tunggal bagi Daerah Kuala Muda yang terdiri daripada Parlimen Merbok, Sungai Petani dan Jerai di mana permohonan yang diluluskan sebanyak 255 penerima yang berjumlah RM76,500.00 sehingga 15 Oktober 2020 bagi semua kaum.
Untuk jawapan MySalam, MySalam diuruskan oleh Syarikat Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. iaitu syarikat yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Pembayaran tuntutan MySalam untuk kaum India di Daerah Kuala Muda bagi tempoh bermulanya 1 Jun hingga 15 Oktober 2020 adalah sebanyak 236 tuntutan yang berjumlah RM153,150.00 iaitu mengikut skim yang pertama, skim manfaat penyakit kritikal iaitu sebanyak 12 orang penerima dengan jumlah RM96,000.00 dan skim yang kedua iaitu manfaat hospitalisasi penyakit Covid-19, 94 penerima dengan jumlah RM22,850.00 dan juga untuk manfaat yang keduanya bukan pesakit Covid-19 dengan jumlah penerima sebanyak 159 penerima dengan jumlah RM34,300.00 dan jumlah keseluruhan adalah 235 penerima dengan jumlah RM153,150.00. Terima kasih.
Silakan!
YB. Tuan Speaker, pohon nyatakan jumlah kelulusan permohonan kebajikan untuk setiap kategori bagi kawasan Daerah Kuala Muda.
YB., tolong ulang sekali soalan.
Pohon nyatakan jumlah kelulusan permohonan kebajikan untuk setiap kategori untuk semua kaum dari kawasan Kuala Muda. Keseluruhan, semua.
Untuk seluruh negeri Kedah.
Dak, Kuala Muda sahaja!
Kuala Muda. Nanti saya akan bagi jawapan dalam secara bertulis.
Ok. Terima kasih.
Haa... Lain kali jawab macam tu senang. Sat lagi saya akan bagi secara bertulis. Silakan!
Terima kasih YB. Tuan Speaker dan YB. Bukit Kayu Hitam. Ini menunjukkan soalan nombor 6 tadi bahawa Kerajaan Negeri Kedah sangat prihatin kepada semua kaum kerana kita melihat angka yang diluluskan oleh masyarakat India ni banyak. Kalau kira-kira balik tu total haritu tu sampai 15 Oktober RM5.5 juta kepada masyarakat India. Tahniah kepada kerajaan. Dalam Bajet 2021, “Keluargaku Sejahtera, Keluarga Bahagia Kak Ton”. Last-last anak Sabrina pun dapat 100 ringgit, SSPN. Tapi saya nak bertanya, soalan saya kepada YB. Bukit Kayu Hitam berkenaan dengan permohonan e-kasih. Kita tau setiap daerah mempunyai fokus group yang dijalankan oleh Pejabat Daerah, dipengerusikan oleh Tuan DO dan Bandar Baru memang sangat aktif dan saya berterima kasih kepada Tuan DO.
Tetapi untuk permohonan e-kasih ini YB. Bukit Kayu Hitam, mohon Kerajaan Negeri membantu untuk mempermudahkan permohonan e-kasih ini supaya lebih ramai lagi masyarakat, tak kisah masyarakat India atau pun semua kaum, yang tadi macam soalan YB. Bukit Selambau itu untuk terus mendapat peruntukan, sumbangan dan juga bantuan daripada Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Bagaimana Kerajaan Negeri dapat membantu kita dalam mempermudahkan permohonan e-kasih ini, Yang Berhormat. Terima Kasih.
Terima kasih YB. Bandar Baharu. Untuk jawapanya, kita akan menggunakan mekanisme iaitu turun ke padang, yang mana InsyaAllah kita akan gunakan pengurusan JPKK yang akan dilantik dan kita gunakan penghulu-penghulu di setiap mukim dan juga pejabat daerah di setiap daerah untuk kita turun ke bawah bersama-sama dengan ICU, bersama-sama dengan JKM untuk kita membuat program memberi penjelasan mengenai data e-kasih.
Data e-kasih ini amat penting kerana selain bantuan, Kita ada bantuan-bantuan lain juga digunakan pengkalan data ini untuk kita menyalurkan segala bantuan. Jadi, program-program begini, untuk mendapat kelulusannya, peserta ataupun pemohon-pemohon mestilah ‘submit’ (dengan izin) borang yang telah diserahkan kepada penghulu-penghulu mukim dan keputusannya kita mudahkan. Kelulusan hanya dibuat di Pejabat Daerah dalam Mesyuarat Fokus Group. Terima kasih.
Terima kasih. Genaplah satu jam kita dengan pertanyaan-pertanyaan mulut. Sekarang telah tamat sesi pertanyaan mulut. Jadi, saya menjemput Tuan Setiausaha. Urusan seterusnya.
Perbahasan di atas Ucapan Bajet 2021 dan Rang Undang-Undang Perbelanjaan Negeri Tahun 2021.
Perbahasan Di Atas Ucapan Bajet 2021 Dan Rang Undang-Undang Perbelanjaan Negeri Tahun 2021.Bill
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Perbahasan di atas Ucapan Bajet Tahun 2021 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman. Saya pohon kerjasama Ahli-Ahli Yang Berhormat agar dapat merangkumkan sekali Rang Undang-Undang Perbelanjaan Negeri 2021 Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Negeri Tahun 2021 dan Anggaran Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri Tahun 2021 dan menumpukan ucapan-ucapan Yang Berhormat kepada perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri Kedah sahaja. Sehubungan dengan itu, saya juga berharap Ahli-Ahli Yang Berhormat tidak mengulangi perkara-perkara yang telah disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.
Sekarang, dewan dibuka untuk perbahasan. Untuk permulaan saya akan menjemput Ketua Pembangkang dan saya hadkan masa tempoh 30 minit sahaja dan diteruskan oleh ahli-ahli yang lain dengan had masa 12 minit sahaja. Walaupun kelmarin ada permohonan daripada YB. Alor Mengkudu, tapi saya tak mendapat pun apa-apa usul untuk nak tambah. Jadi, saya masihlah dengan mengekalkan masa 30 minit untuk Ketua Pembangkang, 12 minit untuk Ahli-Ahli Yang Berhormat. Silakan, YB. Alor Mengkudu.
Terima kasih YB. Speaker. Bismillahirrahmannirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulilahi Robbil A’lamin Wassolatu Wassala Mua’la Saidil Mursalin Wa’ala Alihi Wasohbihi Ajmai’n.
ِ ِِِالرَّجِ يم ِالشَّي طَان َمِن ِ َّبِاَلل ُأَعُو ذ
Maksudnya;
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan”.
YB. Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Jeneri. Ahli-ahli EXCO, Yang Berhormat ADUN-ADUN, Ketua-ketua jabatan dan hadirin hadirat yang dikasihi sekalian. Pertama saya bersyukur kehadrat Allah Ta’ala kerana kita dapat mengadakan Sidang Dewan pada kali ini, pada penggal ini walaupun dalam suasana kita menghadapi pandemik Covid-19 yang masih lagi belum reda dan difahamkan sudah memasuki gelombang ketiga dan belum tahu bila akan berakhir. Kalau kita lihat kepada apa yang sedang berlaku di negara kita dan di dunia ini sedang meningkat, lebih daripada gelombang yang pertama dahulu. Di negara-negara Amerika, negara maju juga mereka menghadapi masalah hingga sampai melebihi jutaan dan di Amerika yang meninggal pun sudah lebih daripada 250,000 dan di seluruh dunia sudah lebih daripada 40 juta. Di negara-negara Eropah sedang berlaku peningkatan dan mereka ada yang membuat ‘lockdown’ (dengan izin) dan sebagainya. Di negeri Kedah Alhamdulilah, baru ni dah masuk satu gelombang dan bacaan itu sudah mula menurun dan kita berharap PKPB bersyarat di Kedah ini dapat dilonggarkan untuk membolehkan rakyat menjalani kehidupan. Walaupun kita merasakan untuk PKP pemulihan ini masih terpaksa diteruskan untuk mengelakkan penularan dan mungkin akan berlanjutan hingga ke tahun 2021 dan 2022, kecuali diperolehi satu vaksin yang berkesan untuk menghalang penularan ini. Difahamkan sudah mula ada vaksin tetapi tidak ada satu jaminan 100%, ada yang kata 90, ada kata 50. Jadi, kita berharap rakyat perlu bersabar dan kita anggap ini sebagai satu musibah yang ditakdirkan Allah S.W.T sepertimana dalam surah Al-Bakarah, 115;
Auzubillahiminasyaitonirrojim
Walanabluwannakum bisyai-in minal khaufi wal juu’i wanagshin minal amwaali wal anfusi wats-tsamaraati wabasy-syirish-shaabirin
“Dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira pada orang-orang yang bersabar”.
Dalam membahaskan mengambil kesempatan untuk memberi sedikit ulasan dalam masa yang terhad ini mengenai bajet yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri. Saya sebenarnya mengikuti dengan agak teliti la, maklumlah ketua pembangkang, lihat apa dia punya kepimpinan baru kerajaan. Saya lihat sepatutnya perbentangan ini Yang Amat Berhormat mengambil kesempatan untuk menentukan satu hala tuju yang jelas, apakah sebenarnya fokus. Saya lihat perbentangan ini agak mendatar, makna kata tidak dapat nak difahami apa sebenarnya yang menjadi fokus kerajaan kerana kita lihat pimpinan-pimpinan kerajaan yang lepas, biasanya mereka ada satu target atau satu fokus utama. Antara fokus-fokus yang ada, dia ada sebenarnya dia punya sasaran utama dia tu. Macam masa kita menjadi kerajaan 2008 haritu ni, kerajaan ketika itu di bawah Armarhun Tan Sri Ustaz Azizan, menjadikan fokus pertanian bawah konsep “Belanda Timur” dan beliau menggerakkan seluruh agensi-agensi, GLC dan sebagainya kepada satu pertanian. Walaupun yang lain akan berjalan seperti biasa, tetapi dia meletakkan itu sebagai satu fokus utama dalam pentadbiran beliau. Pelbagai program pertanian telah pun dibuat dan saya EXCO Pertanian pada ketika itu menyediakan satu ‘blueprint’ pertanian dari 2008 sehingga 2015 pada ketika itu. Ia menjadi satu asas kepada konsep, begitu juga, sekejap, bagi habis tajuk. Saya ingat saya tak nak lagi dah sebab kita tak payah duk bagi pada siapa dah, 30 minit ya, lepas saya nanti ada 12 minit ja YB. Tuan Speaker. Tak payah duk bagi pada siapa dah kali ni, ‘next time’ (dengan izin) boleh. Jadi, begitu juga seperti di bawah kepimpinan Yang Berhormat Jeneri menjadi Menteri Besar, eh! YB. Jitra menjadi Menteri Besar pada ketika itu. Dia fokus kepada projek-projek berimpak tinggi yang mana kita duk sebut 5 tu. KXP la, jadi macam ‘pack project’ (dengan izin) ataupun bandar Aerocity, Rubber City, projek-projek berimpak tinggi. Jadi, itu di antara...... tak, tak bagi! Tak bagi dah! ‘Time is very limited’ (dengan izin). Minta maaf.
30 minit panjang!
Tak bagi.. tak bagi dah! YB. Tuan Speaker, saya tak bagi, masa suntuk. Begitu juga pada ketika Armarhum Tan Sri Sanusi Junit terkenal juga dengan projek-projek tertentu. Bahkan, kadang-kala itu menjadi sebutan iaitu sindiran padi atas bumbung dan sebagainya. Tetapi sebenarnya, bila saya lihat kembali di Singapura sekarang ini, mereka mengeluarkan tanaman makanan 10% dalam bangunan.
Jadi, dia sudah berfikir lebih jauh... lebih jauh daripada apa yang kita fikir tetapi pada ketika itu orang tak boleh nak terima. Jadi, saya rasa kesempatan perlu diambil oleh YAB. Jeneri untuk memberi fokus kerana bajet ini sebenarnya bukan sekadar mengisi rangka yang sedia ada iaitu rangka peruntukan. Peruntukan dah ada rangka dah, pihak Kewangan Negeri akan menyediakan rangka emolumen, nak bina jalan, nak bina jambatan. Itu sebenarnya bukan satu benda yang luar biasa. Itu sebenarnya satu rutin dalam bajet. Menyediakan peruntukan untuk insaniah, menyediakan peruntukan untuk banjir, untuk bekalan, ini satu rutin yang perlu dibuat, dia sudah ada satu rangka di situ yang perlu dibuat.
Jadi, kerajaan sekarang ini perlu ambil kesempatan, masih ada masa lagi untuk Yang Berhormat Jeneri untuk melihat isu ini kerana dalam pentadbiran kerajaan dia bukan saja soal isu peruntukan emolumen tetapi dia masuk GLC pun masih lagi dalam kerajaan. Isu GLC, apa sebenarnya asas matlamat kita atau pun sasaran kita kerana GLC ini banyak rugi. GLC-GLC ini banyak mengalami kerugian dan GLC ini sebenarnya tak boleh memberi sumbangan kepada kerajaan. Sepatutnya kita gunakan GLC sebagai satu ‘vehicle’ bukan sahaja memberi pekerjaan tetapi ia sebenarnya penyumbang kewangan kepada kerajaan. Sepatutnya, tetapi mana ada GLC yang mampu beri kepada kerajaan. Bahkan dulu ni dah ada peruntukan tapi yang ini saya tak pasti secara teliti, tetapi saya rasa tak dak, PKNK, BDB dan sebagainya. Mereka ini bertanggungjawab untuk menjadikan ‘viability’ ataupun berdaya maju dan akhirnya memberi sumbangan kepada kewangan kerajaan. Itu pandangan sayalah dan dalam perbentangan bajet, ini satu amalan biasa iaitu kita meletakkan satu sasaran bajet dan meletakkan satu anggaran hasil dan apabila tiba kepada pelaksanaan sebenarnya yang paling penting. Nak bentang memang sedap lah bunyi tu, peruntukan itu, peruntukan ini, jumlah dan sebagainya. Hasil macam mana yang kita lihat sekarang untuk anggaran 2021, RM720 juta, 2020, RM701.94 juta.
Jadi, anggaran 2021 ni dah jadi lebih daripada 2020. Sedangkan dalam apa yang disebut di sini, kita baru dapat 2020, RM504 juta hingga November 72% sahaja. Dalam masa sebulan lagi bolehkah kita nak capai satu angka itu? Angka yang kita letak RM701 juta. Dengan keadaan ekonomi yang meleset kerana pandemik Covid-19 ini, 2021 saya rasa akan terjejas lebih teruk dari 2020. Kalau 2020 baru sekitar, mungkin kita nak capai RM550 juta pun sukar 2021 mungkin kurang daripada RM550 juta. Ia akan menjadi satu kekangan bila tiba tentang perlaksanaan sedangkan kita dah letak bajet kita. Untuk belanja mengurus 2021, satu angka yang agak tinggi iaitu RM798 juta, 2020, RM759, lebih tinggi. Tetapi bila tiba peringkat perlaksanaan pula, 2020 baru 61% kita belanja. Ertinya banyak program yang ditetapkan pada 2020 tak dapat dilaksanakan kerana baru 61% dan mungkin ada tuntutan-tuntutan bayaran lagi yang belum dibuat tuntutan. Walaupun saya menyedari bahawa dalam konteks bajet, saya ingat YB. Sungai Limau faham kot, maksud kata tak bagi tu, faham kot?
Memang sampai habis ka tak bagi?
Ya, tak. Tak bagi!
Kot la.......
Saya kata tak, ‘please sit down’!
Sampai perabis? Baik, terima kasih.
‘Please sit down’ (dengan izin). Dalam isu bajet di Negeri dan di peringkat Pusat sebenarnya tak sama dalam konteks falsafahnya. Di pusat, apabila dia membuat satu peruntukan, katakan RM200 billion lebih, RM240 billion ka berapa baru-baru ni, sebenarnya mereka komited untuk berbelanja, kalau tak cukup dia meminjam. Tetapi di negeri, kita tidak meminjam kecuali untuk pembangunan, itu lainlah, untuk bekalan air. Kita akan berbelanja mengikut apa yang kita ada. Apa yang kita ada, itulah yang akan kita berbelanja. Kita tidak akan berbelanja lebih daripada apa yang kita dapat, Pegawai Kewangan Negeri memang cukup faham lah, dalam kawalan ini dia tak boleh berlaku lebihan dalam konteks perbelanjaan. Sebab itu, kalau dilihat pada defisit yang ada ni agak tinggi, 11% untuk 2021, pendapatan hasil jangkaan RM720, tetapi perbelanjaan RM778. Dengan sebab itu kita akan lihat ada akan berlaku banyak benda-benda yang telah pun disebut dalam bajet oleh YB. Menteri dan dirancang dalam bajet mungkin tidak akan dilaksana. Tetapi walau bagaimanapun, kita berharap bagi yang keperluan betul-betul rakyat mungkin akan berlaku kepada projek-projek tidak akan dilaksanakan. Ertinya, pihak Kewangan Negeri akan tidak memberi waran, menghadkan, tidak dilaksanakan. Ada cadangan projek, tender akan ditangguhkan, tak dipanggil sebab nak dipastikan supaya bayaran itu mesti cukup, kalau boleh nak dilepaskan. Keutamaan dalam kes perbelanjaan ini, saya lihat di sini emolumen 34%, RM267 juta, perkhidmatan dan bekalan RM175 juta, 22%, aset 1%, RM11 juta, campur sekali RM453 juta. Kalau pendapatan kita dalam sekitar RM500 juta, makna kata di situ dah nak habis banyak tu, banyak tu dah nak habis. Itu ‘constraint’ kerajaan lah. Cuma ada kelebihan hari tu pada 2019, walaupun sebenarnya pendapatan dalam buku ini menyebut RM770 juta lebih RM778 juta ka berapa ka, tetapi sebenarnya kita dapat RM200 juta daripada Kerajaan Pusat, wang ehsan 2019, sebab itu dia naik RM200 juta. Itu menyebabkan agak selesa, tetapi kali ini terpulang kepada Yang Berhormat Jeneri lah, bagaimana, adakah kalau dapat wang ehsan dalam RM200 juta macam hari tu, maka boleh jadi InsyaAlah projek-projek yang dijanjikan, yang disebutkan dalam ini boleh dilaksanakan.
Saya juga nak ambil kesempatan di sini, oleh kerana ini ‘constraint’, mungkin rakan-rakan saya, mulanya hari tu kita buat keputusan untuk ADUN ni dah naik dah RM100,000. Yang lepas masa kita kerajaan kita lulus RM70,000 untuk pembangkang. Tapi kali ini nampak turun RM70,000 itu kira ada juga la tu daripada tak ada langsung. Begitu juga dengan RM2,000 untuk pusat khidmat, boleh la sikit melegakan bagaimana kita nak menguruskan pusat khidmat. Saya sebenarnya juga nak ambil kesempatan di sini iaitu pertama bahawa pihak kerajaan mengambil langkah yang betul dalam isu projek-projek berimpak berimpak tinggi ini kerana masih meneruskan. Ini satu keputusan yang saya rasa penting dibuat oleh kerajaan kerana projek impak ini dia melampaui tempoh kerajaan. Tak boleh kata kerajaan buat satu keputusan berimpak besar seperti lapangan terbang, Kedah Aerotropolis, Kota Perdana KSTP, benda-benda begini sebenarnya dia mengambil tempoh yang panjang.
Jadi, sesuatu keputusan yang dibuat oleh kerajaan terdahulu tu memang patut diteruskan, ia satu impak. Bahkan kerajaan akan datang pun tak tau lagi, bila pilihanraya akan berlaku, kena teruskan. Kita lihat Rubber City sudah melebihi tiga kerajaan, 3 tempoh kerajaan. Itupun masih lagi berada pada satu peratus yang masih rendah, tiba-tiba YB. Guar Chempedak bagitau bahawa elektrik tak dak. Apakah pada masa nak buat ‘planning’ dulu tak fikir bab elektrik ka? Adakah pada masa ‘planning’ itu tak fikir mengenai bekalan air dan infrastruktur? Tiba-tiba sekarang ini kata, “TNB kata kami tak boleh ‘supply’”. Sedangkan benda itu sudah melebihi sepuluh tahun, 3 kerajaan. Jadi, mula daripada kerajaan sini, kerajaan sana, kerajaan..... Dak sebelum lagi, sebelum lagi daripada kerajaan Barisan Nasional sebab Kerajaan Barisan Nasional pun duk sebelah sana. Jadi, saya nak katakan projek-projek impak ini saya minta supaya isu-isu asas ini, sebab isu-isu ‘planning’, ‘planning stage’ ini sebenarnya mengambil masa yang panjang daripada fizikal kadang-kala tu. Nak dapat kelulusan fizikal, perancang fizikal, Kerajaan Pusat, isu tanah, isu peruntukan. Nak sampai dari mula fizikal tu, kerja fizikal nak lulus plan dan sebagainya, sebenarnya ia mengambil masa kadang-kala lebih daripada buat kerja fizikal. Sebab fizikal ni, bila kita dah selesai, dah putuskan nak buat apa benda, nak bina sebenarnya tak lama. Bahkan kita bina cara ‘fast tracking’ lagi cepat, menggunakan steel, menggunakan besi dan ‘structure’ besi dia cepat, sebenarnya, sebelum itu. Jadi, saya berharap YB. Guar Chempedak ni kira orang berpengalaman, dah dulu kata hat belah sini ‘slow, know you got to pro’ lah (dengan izin). ‘You got to pro’, kata benda-benda ini adakah dalam tempoh kita kata penggal, dalam tempoh sekarang ini kalau kerajaan masih lagi berterusan, la kerajaan pun bukan stabil sangat ni YB. Speaker, bukan tau kerajaan nak jadi apa ni. 25 haribulan di Nasional bukan tau nak jadi apa ni, kerajaan pun duk tak stabil. Tapi kita buat kerja, bila kita ada jawatan kita buat, toksah duk fikir nak berenti tak berenti. Kalau kita duk fikir kerajaan yang duduk ni tak tetap, kemudian kita....ish! Toksah sah duk buat apa, tak boleh, sebab ia ‘continuity’. Saya ingat ini satu penyambungan.
Seterusnya dalam masa.... berapa minit lagi? 5 minit lagi?. 7! 7! Ok,7 minit lagi. Salah satu daripada perkara dalam ucapan dasar ini, dia hendaklah menyentuh tentang prestasi ekonomi sebenarnya, dia nak kena sebut, bukan nak sebut ‘figure’ (dengan izin) peruntukan sahaja. Prestasi ekonomi Kedah, kalau boleh diedarkan kepada kita sebenarnya dan dimasukkan dalam ucapan perbentangan Yang Berhormat Menteri Besar.
Ekonomi sekarang ini kita berada di mana, sekarang? Sebab kita hadapi terutamanya sekarang ini krisis, krisis ekonomi sekarang ini walaupun kita kata pelaburan tidak terjejas. Tetapi bahagian perkhidmatan, kita terjejas teruk bahagian perkhidmatan, pelancongan teruk, pengangkutan teruk. Bila kata perkhidmatan, dalam peratusan KDNK, perkhidmatan biasanya lebih daripada 50%, 52% perkhidmatan. Termasuklah di pelancongan, komunikasi, semua ini akan termasuk dan ini terjejas. Bila terjejas, perniagaan banyak juga terjejas, hotel, makanan, semua terjejas sekarang dan banyak hilang pekerjaan. Jadi, isu ekonomi ini dan ada satu laporan disebut oleh Presiden PKS, SME, dia kata, seluruh Malaysia lah, Kedah kita tak tau lah sebab Kedah tidak memberi satu data. Dia kata, “hampir 100,000 SME ataupun PKS terjejas, ada yang ditutup, ada yang tidak boleh beroperasi. 100,000, ini kenyataan daripada dia. Walaupun menteri baru-baru ni kata, yang ditutup di SME, SSM adalah dalam 30,000, itu dia tutup, ini dia tak tutup tapi dia tak boleh berniaga.
Jadi, kita banyangkan bagaimana terjejasnya ekonomi dan pendapatan, ini sebenarnya akan menjadi satu malapetaka besar kalau tak ditangani. Sekarang masih lagi boleh, boleh tahan sebab tahun pertama. Kita mula bulan Mac, tutup, dia tak boleh berniaga langsung. Sekarang, kalau kita pergi ke kedai-kedai dia kata, “kita tak dak”. Ada yang tutup, ada yang kita kata memang menurun. Kita boleh tanya, dia menurun. Kedai makan menurun, bahkan kita tanya yang jual roti canai pun dia kata ‘sale’ turun. Pasar malam, semua sebenarnya ‘sale’ menurun. Jadi, akan lahir mereka yang selama ini tak termasuk dalam kategori miskin tegar, miskin tegar ni kita ada dalam 40,000 macam itu, tetapi dia sudah menjadi miskin tegar kerana dia hilang pekerjaan, tak ada pendapatan. Kita sebagai wakil-wakil rakyat, mereka akan datang berhubung dengan kita, ada yang nak pinjam, ada yang nak minta sumbangan dan sebagainya.
Sebenarnya, kita nak halakan masalah rakyat ni kepada siapa sekarang sebab kerajaan menyediakan peruntukan yang sangat terhad, dia beri one-off. Dengan dia tak ada pekerjaan, kita bagi one-off setakat seribu lebih, tak boleh selesai masalah dia dan moratorium bayaran sampai bulan 10. Selepas 10, apa nak jadi? Sekarang ini tak ada keputusan lagi. Begitu juga disebut dalam ucapan ada pengecualian tentang sewa kedai dan sebagainya, tapi yang disebut adalah sampai bulan Jun, selepas bulan Jun kerajaan tak buat lagi keputusan. Yang disebut saya ingat sampai bulan Jun, disebut kata dikecuali, ditangguh, tetapi sekarang ini mereka berterusan. Jadi, ini perlu satu tindakan, sebenarnya bagaimana dengan disebut oleh YB. Guar Chempedak pelaburan kita ok. Adakah mungkin mereka-mereka ini yang hilang pekerjaan ini akan diminta supaya berubah dia punya sektor, daripada bidang pelancongan dan sebagainya, jadi mereka akan melihat apakah peluang pekerjaan baru yang mereka ada, boleh atasi masalah. Kalau tidak ni, kita wakil rakyat ni akan dihujani dengan macam-macam masalah lepas pada ini, sebenarnya dan ada dah pun sekarang. Itu perkara yang kita kena lihat, pihak kerajaan terutamanya. Kami bagi pandangan sahaja, eksekutif ada di pihak kerajaan. Kita sekadar boleh, orang mari dan kita salur. Macam orang mari kepada pejabat pusat khidmat, saya kata, “DUN saya kita pergi ke pusat penyelaras”, ada kes ni, mari jumpa kata, “saya tak ada duit, saya susah sekarang”. Tak pa lah, pergilah minta kepada pejabat penyelaras. Dia pergi pejabat penyelaras.
Ini kes sebenar, bukan kes Kak Ton. Kak Ton ni cerita rekaan sahaja kan, imaginasi. Dia sudah pergi ke pejabat penyelaras, depa kata, “kami pun tak ada peruntukan”. Dia balik mai kat kita. Saya kata, tak boleh lah, kita dah tak dak dah untuk kita beri”. Jadi, pejabat penyelaras kata dia tak ada peruntukan. Macam baru-baru ni ada kes, dalam kawasan saya tu dia jatuh pokok, dia duk jual air nyok, duk panjat pokok sendiri, dia jual. Kemudian dia jatuh pokok, bila dia jatuh pokok, dia patah pinggang. Bila dia patah pinggang, dia sudah terlantar. Sekarang dia mari, apa pejabat boleh tolong? Lepas tu saya kata, “sudah pergi ka ke jabatan?” Dia kata, “nak pergi proses lambat, Jabatan Kebajikan lambat”. Ialah memang prosedur kerajaan, mana boleh bagi ‘immediate’ macam kita bagi. Pergi Pengarah, Pengarah kata tak ada duit. Jadi, tak pa lah kita bagi kerusi roda. Kemudian dia kata, “saya nak berniaga ni macam mana ni?”. Tak ada. Jadi......(YB. Speaker mencelah)
YB. Alor Mengkudu, ada dua minit ja lagi. “Landing”.
Boleh dah? Ok! Ok! Jadi, saya nak katakan bahawa cerita hat kata Kak Ton tu memang lah sedap dengar, tetapi rakyat di bawah ini cerita lain. Mereka sebenarnya mengalami kesusahan, pergi sana tak dapat, pergi sini tak dapat. Itu masalah yang saya nak sebut. Bila mari perlaksanaan, dia isu lain, kesukaran untuk mereka. Jadi, saya harap supaya Kedah Sejahtera selogan tu, kita berharap, kita pun suka rakyat sejahtera kan, bukan kata kita tak suka sejahtera dan nikmat rakyat dapat. Jadi, kita berharap Kedah ini akan terus dapat mengatasi masalah yang ada sekarang dan apa yang kita dapat sedikit sebanyak atasi dan saya dengan ini sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana mambuat pembentangan bajet pada kali ini. Sekian, terima kasih. YB. Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumussalam. Tahniah kepada YB. Alor Mengkudu. Dia dapat bercakap 29 minit. Kita bagi 30 minit, dia bercakap 29. Terima kasih kerana bagi balik dekat saya satu minit. YB. Sungai Limau, 12 minit!
Ambik hat YB. Alor Mengkudu sikit. Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillahi robbil a’lamin, wassola tuwassala mua’ala rasulillah hil amin waála alihi wasohbihi ajmai’n a’mmabaq. Terima kasih kepada YB. Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Ucapan Bajet Yang Amat Berhormat Jeneri yang telah pun dibentangkan pada kelmarin. Saya mulakan ayat ini dengan firman Allah s.w.t yang dibacakan juga oleh Yang Amat Berhormat Jeneri kelmarin;
Bermaksud; “Jikalau penduduk sesebuah negeri beriman dan bertaqwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari lagi langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan ayat-ayat kami, maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya”.
YB. Tuan Speaker, terlebih dahulu kami rakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Jeneri yang telah membentangkan Bajet Kedah 2021, yang merupakan bajet pertama YAB. Jeneri sebagai Menteri Besar Negeri Kedah.
Bajet yang dibentangkan dalam suasana ekonomi yang suram akibat pandemik Covid yang menjadi cabaran terbesar kepada pihak kerajaan dengan menganggarkan kutipan hasil berjumlah RM720 juta dan peruntukan perbelanjaan mengurus berjumlah RM798.8 juta. Walaupun mengalami defisit ataupun bajet yang dibentangkan defisit, tetapi perbelanjaan yang besar ini dilihat selari dengan keperluan kerajaan untuk berbelanja serta melaksanakan projek pembangunan dan kebajikan untuk melestarikan kehidupan rakyat serta memulihkan kitaran ekonomi.
YB. Speaker, peruntukan pembangunan yang berjumlah RM200.99 juta yang melebihi daripada bajet tahun lalu RM182.21 juta menunjukkan bahawa komitmen kerajaan untuk melaksanakan projek-projek yang menjadi keperluan kepada rakyat. Kalau kita lihat, antaranya projek tambatan banjir, bantuan baiki rumah, baiki dan naik taraf infrastruktur, jaringan perhubungan, program-program bantuan Kedah Sejahtera yang didatangkan dalam pelbagai nama dan pelbagai jenis bantuan untuk rakyat, bersasar, khususnya kepada B40, Program Bantuan Asas tani, pembangunan pendidikan dan modal insan serta kelestarian alam dan kehidupan yang lebih tenteram dan aman sejahtera. Kita yakin, bajet yang dibentangkan oleh pihak kerajaan hari ni datang selepas daripada berlaku peralihan pada bulan Mei yang lalu. Telah kita lihat, dibentangkan tadi oleh Yang Berhormat Guar Chempedak, perancangan-perancangan lama yang telah pun disebut dalam beberapa kali bajet tetapi ada sahaja perkara-perkara yang menjadi, tidak cakna atau tidak melengkapkan projek tersebut untuk dijayakan pada masa yang akan datang. Tadi disebut Rubber City, tidak dirancang pencawang elektrik, kita juga dimaklumkan oleh YAB. Menteri Besar, dalam beberapa sidang media, perancangan KXP yang disebut sejak Bajet 2014, lebih kurang hampir 6 tahun tetapi sampai hari ini tak boleh nak ‘take off’ (dengan izin). Rupa-rupanya masih lagi belum dibentangkan dalam Majlis Perancang Fizikal Negara dan dibentangkan dalam Kabinet untuk kelulusan, barulah ia akan dapat dijayakan atau pun dibina.
Ini merupakan antara perkara-perkara yang dijumpai oleh kepimpinan hari ini dan kita yakin, kepimpinan hari ini sedang berusaha untuk menyelesaikan isu-isu yang berlaku pentadbiran sebelum daripada ini, supaya apa yang dirancang, dengan dada yang terbuka, dengan penuh kesungguhan untuk kita tetap menjayakan program-program, projek-projek yang berimpak tinggi ini kerana kita yakin ia mampu untuk memberikan kesejahteraan, peluang pekerjaan dan juga perkara-perkara lain yang menjadi keperluan rakyat. Walaupun ada suara di luar menyebut, kerajaan stop, hentikan projek berimpak tinggi ini, khususnya KXP kerana pandemik Covid, pelancongan tak boleh nak jalan dan sebagainya. Tetapi YB. Speaker, sebenarnya kita meneruskan projek ini, dengan besar hati kita terus kerana kita yakin, di samping kita nak mencapai, apabila projek ini siap, nak tarik pelancong dalam tempoh sebelum projek ini siap kita mampu untuk membekalkan peluang pekerjaan yang banyak khususnya kepada rakyat dalam tempoh Covid ini.
Sebenarnya inilah yang menjadi hasrat kepada kerajaan pada hari ini untuk khususnya kita meneruskan projek-projek dan sudah pasti disebut juga oleh YB. Alor Mengkudu tadi, kita yakin kepimpinan hari ini juga di samping memikirkan, menjayakan projek ini, memperbetulkan apa yang rosak, apa yang cacat, apa yang kita panggil kekurangan kerajaan sebelum ini, disebut GLC, banyak yang rugi.
Jadi, kita yakin pimpinan hari ini juga sedang merangka suatu kaedah bagaimana untuk memastikan perjalanan GLC ini diperbetulkan. Saya ambil satu contoh, hari ini Alhamdulilah kita dimaklumkan bahawa SADA antara GLC Kerajaan Negeri yang telah pun keluar daripada rugi. Sebelum ini rugi sebulan, saya difahamkan berapa juta, tak ingat. Tapi, apabila hari ini dengan penstrukturan semula berlaku di SADA dan juga ambil alih, kita tamatkan konsesi AUI dan juga Taliworks, SADA telah pun menjana keuntungan atau pun penjimatan sebulan lebih kurang RM2 juta. Oleh kerana pengurangan, penjimatan ini, keuntungan ini, SADA mampu dalam tempoh 5 bulan ini untuk membayar hutang yang telah pun berlaku dari 2017 sampailah Mei 2020, ada RM147 juta, kita mampu untuk selesaikan RM79.33 juta. Ini merupakan suatu pencapaian kepimpinan hari ini dan kita yakin InsyaAllah jika hutang yang ditinggalkan begitu lama, banyak oleh kerajaan sebelum daripada ini, dalam tempoh 5 bulan, telah mampu untuk kita bayar semula hutang. InsyaAllah dengan bajet yang ada pada hari ini dibentangkan oleh kerajaan pada hari ini, kita yakin ia mampu untuk dicapai demi untuk melestarikan kehidupan rakyat. YB. Speaker, empat teras yang menjadi penumpuan Bajet 2021 ini, yang pertama mencergaskan ekonomi dan meningkatkan pendapatan rakyat. Kedua, mensejahterakan rakyat dan menambah baik kualiti hidup masyarakat. Ketiga, membina insan dan melestarikan kehidupan. Keempat, memantapkan tadbir urus dan peningkatan sistem penyampaian. Perbahasan kami pagi ini ingin menyentuh teras dua, tiga dan juga empat secara ringkas. Teras dua, strategi dua, program pembangunan sosial yang memperuntukkan RM2 juta untuk memperbaiki rumah yang uzur bagi penduduk miskin secara bergotong-royong. Ini merupakan suatu projek baru diperkenalkan oleh kerajaan yang merupakan langkah yang amat baik di pihak kerajaan kerana antara permohonan yang banyak diterima oleh pusat-pusat khidmat di DUN ni YB. Speaker, adalah untuk kita nak baiki bumbung, nak perbaik dapur, inilah kebanyakan yang akan ada dalam masyarakat kita di negeri Kedah ini.
Firman Allah s.w.t.;
Wa Ta’awanu Alal Birri Wat Taqwa Walaa Ta’awanu Alal Ithmi Wal ‘Udwaan
“Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara dosa dan permusuhan”.
Kami juga mencadangkan supaya perkara ini bukan hanya dihadkan dengan peruntukan Kerajaan Negeri, malahan kita mengharapkan penglibatan agensi-agensi kerajaan yang lain, syarikat-syarikat GLC milik kerajaan, syarikat-syarikat swasta, individu-individu ahli korprat, orang-orang kaya yang berada di luar sana, tanpa kira duk di Kedah ka, ataupun duduk di luar. Anak Kedah ka, ataupun bukan anak Kedah tapi untuk nak berbakti, nak menyantuni masyarakat, mai lah ke Kedah, Insyallah kita pakat gotong-royong untuk membantu khususnya rumah-rumah penduduk miskin dalam negeri kita pada hari ini. Malahan, program “Clean and Green Community” (dengan izin), “Kampungku Sejahtera” yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri kelmarin, juga secara gotong-royong yang melibatkan pihak yang kita sebutkan tadi. Contohnya, sebuah GLC boleh menjadikan sebuah kampung-kampung sebagai anak angkat dia untuk dijayakan program mengindahkan kawasan kejiranan.
Di samping itu, dia boleh tambah dengan program-program pembangunan insan, nak buat motivasi ka, nak buat klinik solat dan sebagainya di kampung tersebut, boleh juga dia ambil beberapa orang anak penduduk kampung tersebut yang miskin untuk dibantu sehingga mereka berjaya dalam pendidikan dan suatu hari nanti, mereka juga boleh bekerja di GLC tersebut. Ini sebagai contoh yang boleh kita laksanakan program gotong-royong ini. Teras yang ketiga....(YB. Speaker mencelah)
YB. Sungai Limau, ada 2 minit lagi!
Allahuakbar! Teras tiga, strategi satu, pembangunan pendidikan. Terlebih dahulu kami rakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Jeneri yang meluluskan peruntukan lebih daripada RM1 juta. Kita difahamkan oleh YB. Pegawai Kewangan, khususnya bantuan Covid untuk guru-guru SAR dan juga pondok tahfiz serta pendidikan Islam dalam negeri Kedah seawal Yang Amat Berhormat masuk ke pejabat Menteri Besar, beliau telah meluluskan peruntukan ini. Kita yakin, tanda prihatin YAB. Menteri Besar telah pun disebut peruntukan-peruntukan dalam bajet dan kita yakin ada peruntukan-peruntukan yang tak disebut. Orang duk sebut tak dak ka bantuan untuk SAR, tak terus ka bantuan khairat kematian? Sebab tak disebut dalam bajet. Jadi, kita nak memberikan keyakinan bahawa peruntukan-peruntukan ini ada, ia peruntukan yang besar untuk rakyat, cuma dalam tempoh buku yang terhad, masa yang terhad, sudah pasti ia tidak disebut dalam bajet pada kali ini.
Kami juga ingin mencadangkan, dengan kerajaan menjadikan Kedah dengan slogan menjenamakan inisiatif pembangunan “Cordoba of Kedah”, kami ingin mencadangkan supaya satu jawatankuasa dapat diwujudkan untuk mendaftar dan menyelaras institusi pendidikan Islam di negeri Kedah, termasuk menjadikan UniSHAMS sebagai paksi dan lainnya SAR, pondok, tahfiz hinggalah peringkat prasekolah sebagai pusat pembangunan modal insan dan model pengurusan pendidikan Islam yang lebih menyeluruh.
Dalam bajet ini juga dibentangkan dua vote baru, antaranya vote untuk pembangunan Jabatan Hal Agama Islam Negeri Kedah, anggaran perbelanjaan perbekalan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dapat kita lihat berjumlah RM64.8 juta berbanding tahun lepas RM61.7 juta. Kita yakin, penambahan ini merupakan juga kepentingan untuk Kerajaan Negeri memberikan perhatian kepada institusi pendidikan Islam. Yang keempat, memantapkan tadbir urus. YB. Speaker, menamatkan konsesi perjanjian AUI dan Taliworks telah cukup tempoh ialah satu kejayaan besar pada kerajaan negeri, pada hari ini. Kita telah bangkitkan perkara ini dalam beberapa kali Sidang DUN dan Alhamdulillah, YAB. Menteri Besar Jeneri telah memuktamadkan bahawa AUI dan juga Taliworks tidak disambung konsesi mereka dan pengurusan ini diberikan kepada SADA. Hari ini kita melihat, dengan terjadinya perkara ini, maka SADA dapat berdaya maju khususnya dalam melunaskan hutang-hutang dan juga hutang yang dibuat oleh KFA sebelum ini RM10 juta dan sebagainya, projek-projek berimpak tinggi, semuanya kita akan jayakan di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Jeneri.....(YB. Speaker mencelah)
Terima kasih, YB. Sungai Limau. Terima kasih!
Terima kasih kepada YB. Speaker, sikit pun tak boleh no?
Tak boleh dah!
Baik! Terima kasih banyak. Sekian, saya sudahi ucapan dengan mengucapkan ribuan terima kasih dan saya menyokong Perbentangan Bajet YAB. Menteri Besar. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumussalam. YB. Sungai Limau ucapan macam Exco ooo….. YB. Sungai Limau bercakap macam Exco bercakap ooo. Silakan YB. Anak Bukit!
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah wassolatu wassala muaála rasulillah wa’ala alihi wanasorohu mawalah. Oleh kerana hanya 12 minit, ‘ground rules’nya ialah tiada celahan dan keduanya, kalau saya tak sempat habiskan, buat pertama kalinya saya sediakan teks YB. Tuan Speaker, supaya benda yang nak disampaikan itu dapat disampaikan sepenuhnya. Kalau tak sempat habis, saya akan serahkan ini kepada YB. Speaker untuk mendapat jawapan kemudiannya nanti. Pertamanya tahniah kepada YB. Speaker kerana berjaya mengadakan Sidang DUN Kedah, dari 15 hingga 19 November ini khusus bagi membentang, membahas dan meluluskan Bajet Negeri Kedah 2021 dalam keadaan norma baharu. Perlu membuat ujian saringan Covid-19, penjarakan fizikal di dalam Dewan, memakai pelitup muka, ni buka sat saya nak bercakap, Sidang separuh hari dan lain-lain amalan untuk memastikan ancaman pandemik ini dapat dikurangkan dan dihapuskan sama sekali. Jangan hanya kita berlakon di dalam Dewan ini sahaja, kebiasaan baharu ini hendaklah diamalkan di luar Dewan juga. Saya yakin YAB. Jeneri setuju dengan saya perkara ini. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua ‘frontliners’ kita yang telah, sedang dan akan terus berkorban masa, tenaga dan nyawa untuk mengawal pandemik ini, InsyaAllah.
Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Jeneri yang telah membentangkan Bajet 2021, bajet sulung beliau setelah mengepalai kerajaan baru yang terbentuk akibat dari pengkhianatan beberapa ADUN dengan mandat yang telah rakyat berikan kepada mereka dalam PRU-14 yang lalu. Bajet defisit sebanyak RM78.9 juta, ataupun 11% ini dengan anggaran hasil sebanyak RM720 juta dan belanja mengurus sebanyak RM798.9 juta. Cadangan belanja pembangunan sebanyak RM200 juta, pembangunan hutan RM8.1 juta dan bekalan air RM71.9 juta. Apakah belanjawan ini realistik? Ayuh kita lihat prestasi Bajet 2020 untuk menjawab persoalan ini. Hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil yang dianggarkan boleh dikutip pada tahun semasa ialah RM322.1 juta, RM235.5 juta dan RM144.3 juta masing-masing berbanding dengan anggaran yang boleh dikutip pada tahun 2021 iaitu RM314.4 juta, penurunan 2.4% ‘year on year’ RM24.9 juta iaitu kenaikan 4.4% ‘year on year’ dan RM159.7 juta kenaikan 15.4% ‘year on year’. Prestasi kutipan sebenar tahun semasa sehingga 21.10.2020 bagi hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil ini saya tanya soalan jawapan lisan yang baru diberikan. Prestasi kutipan ialah RM216.6 juta iaitu 67% bagi hasil cukai, RM108.1 juta iaitu 46% bagi hasil bukan cukai dan RM136.8 juta, 95%. Haa.. ni ada pasai, 95% bagus, atau kalau boleh saya lakukan ‘linear extrapolation data’ ini maka anggaran kutipan pada akhir tahun ialah RM268.9 juta, 83%, RM134.2 juta, 57% dan RM168.8 juta, 123% ‘that will not happen’ atas sebab yang akan saya sebutkan nanti. Pendapatan terimaan bukan hasil yang akhir tadi tu berjaya mencapai target ialah kerana pemberian one-off oleh YAB. Langkawi semasa masih menjadi Perdana Menteri sebelum kerajaan yang beliau pimpin ditebuk atap oleh pengkhianat. Untuk negeri tanah tumpah darah beliau, sebanyak RM200 juta. Tahniah kerana YAB. Jeneri tak ‘jolly’ duit tersebut untuk menaikkan elaun ADUN dan EXCO dan tidak membeli kereta mewah untuk EXCO. Kesimpulan yang ingin saya buat ialah berhadapan dengan ekonomi domestik dan antarabangsa yang tidak menentu ini, anggaran pendapatan yang disasarkan iaitu sejumlah RM720 juta adalah tidak realistik.
Kita boleh melihat secara mikronya, kutipan ‘big ticket items’ untuk Kerajaan Negeri iaitu cukai tanah RM161.9 juta berbanding RM278.8 juta yang patut dikutip hanya pencapaian 58%, cukai hiburan RM3.6 juta berbanding RM12.9 juta pencapaian 28% sahaja dan premium tanah RM39 juta berbanding RM131.6 juta yang sepatutnya dikutip hanya mencapai 30%. Saya dah beritahu tadi tiada celahan. Dengan persekitaran perdagangan yang dijangka lebih teruk dan mencabar tahun hadapan, kutipan..... Saya kata tak dak celahan!
YB. Anak Bukit, ‘point of order’!
Ok... Silakan!
35(6) ...
Nak habaq kata jangan baca?
Haa...jangan baca!
Haa...Ok tak pa! Saya tau dah kata hat tu nak keluar. Jadi, dengan persekitaran perdagangan yang djiangka, buat-buat macam tak baca. Dengan persekitaran perdagangan yang dijangka lebih teruk dan mencabar tahun hadapan, kutipan ‘big ticket items’ di atas akan lebih teruk terkesan. Untuk mengatasi ini, YAB. Jeneri kena jadi anak yang soleh agar “YAB. Abah Kau” dapat tampung ‘shortfall’ yang akan pasti berlaku, supaya RM200, RM300 juta ehsan akan turun mai ke Negeri Kedah. Kenapa perlu kita ambil cakna tentang perkara ini? Kerana bila hasil berkurang, tentulah YB. Dato SFO kita perlu mengawal perbelanjaan. Takut nanti Cik Ton dan Abang Nasir marah dekat MB Kedah. “Mu bahong, kata nak dapat sampai RM20 ribu, rupa-rupanya RM5, RM6 ribu pun tak dapat”. Jika ‘shortfall’ berlaku, saya mengharapkan kerajaan akan mengutamakan perbelanjaan untuk kesejahteraan rakyat dan bukanlah perbelanjaan mengurus yang lain.
YB. Speaker, izinkan saya dalam kesempatan yang sempit bertelempu ini (baru dengar kali pertama?) Izinkan saya dalam kesempatan yang sempit bertelempu ini untuk membangkitkan 13 isu, semoga mendapat respond dari kerajaan demi memastikan
perancangan dan pelaksanaan projek dan program dapat mencapai hasil dan natijah yang diharapkan, semoga kesejahteraan Negeri Kedah Darul Aman ini dapat dinikmati oleh seluruh rakyatnya. Yang pertama, “My Beautiful New Home” iaitu pembinaan 50 buah rumah semi-D, berkeluasan ‘build up’ 750 kaki persegi di Mukim Binjal, Daerah Kubang Pasu telah mula dibina pada 5 Februari 2018 dan sepatutnya siap pada 4 Jun 2018.
Namun, sehingga kini ianya masih belum siap sekaligus menafikan 50 keluarga B40 di Negeri Kedah untuk memiliki rumah sendiri dengan hanya membayar RM20 ribu sahaja. Mohon, pihak Kerajaan Negeri campur tangan untuk memastikan projek ini yang dilaksanakan oleh pihak PKNK dapat disiapkan segera dan segera menempatkan mereka yang layak. Kedua, Rumah Transit di Taman Pulasan Jitra. Saya difahamkan ianya masih belum boleh operasi kerana belum mendapat kelulusan daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di bawah Seksyen 23, Akta Pusat Jagaan. Rumah transit yang dirasmikan oleh YB. Jitra, ketika mana beliau menjadi Menteri Besar pada 16.1.2020 masih belum dapat digunakan hanya kerana belum dapat kelulusan menteri. Susah sangat ka? Apa hubungan akrab EXCO Kebajikan Negeri Kedah dengan menteri terbabit kalau kelulusan yang semudah itu tak dapat diperolehi. Agaknya sekarang ni lagi lah susah, sebab menteri tu pun dah tak lantik EXCO Kebajikan kita ni jadi Ketua Serikan Bersatu Kedah.
Saya yakin, dah lebih RM100,000 sudah dibelanjakan, namun ianya tidak dapat dimanfaatkan. Ketiga, prestasi BDB, satu-satunya PLC (Public Listed Company) milik Kerajaan Negeri Kedah melalui PKNK dengan pegangan sebanyak 67% adalah amat membimbangkan. Walaupun pihak kerajaan dalam menjawab soalan saya mengenai prestasi BDB pada bulan Ogos yang lalu menyatakan pelan pemulihan perniagaan telah mendatangkan hasil yang baik, iaitu kembali mengaut keuntungan pada tahun 2019 setelah rugi RM12.3 juta pada tahun 2017, dan rugi RM42.2 juta pada tahun 2018. Saya ingin menarik perhatian YB. Speaker bahawa keuntungan yang dinyatakan sebanyak RM4.7 juta bagi tahun kewangan 2019, amat meragukan kerana ianya bukanlah dari operasi syarikat tetapi hasil dari penjualan aset dan penilaian semula aset sedia ada. Lebih membimbangkan lagi, syarikat ini adalah ‘technically insolvent’ kerana ‘current liability’ sebanyak RM252.6 juta adalah lebih tinggi dari ‘current asset’ RM248 juta. Kenapa prestasi BDB membimbangkan kita? Sebab BDB, sejak ianya berada di BSKL telah tanpa gagal membayar dividen kepada PKNK bagi membolehkan PKNK pula membuat sumbangan kepada Kerajaan Negeri di bawah Kod (86100) iaitu sumbangan daripada agensi kerajaan.
YB. Anak Bukit, ada 2 minit lagi!
Terima kasih. Bagi mengukuhkan kedudukan Kerajaan Negeri, saya berharap YAB. Jeneri dapat melakukan sesuatu yang drastik bagi menyelamatkan GLC milik Kerajaan Negeri Kedah ini. Untuk makluman, nilai saham BDB sekarang ialah 30 sen sesaham. Jadi, berita baik yang disebutkan tadi oleh YB. Sungai Tiang bahawa BDB akan dapat ‘direct nego contract’ untuk melakukan LRA di Pelubang, harap akan dapat memberikan sedikit, melihat
cahaya di hujung ‘tunnel’ untuk BDB ini. Keempat, Projek Perumahan Rakyat, PPR Kampung Kilat dan PPR Ayer Hitam. Saya telah bangkitkan perkara ini dalam sesi DUN bulan Ogos lepas. Saya amat kesal apabila Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk menyerahkan pengurusan dan pengendalian PPR ini kepada KPKT, ini jawapan yang diberikan dalam buku yang berada di hadapan saya ini. Hingga sekarang PPR tersebut masih belum di duduki, pemilihan peserta pula dijalankan secara online tanpa temuduga. Apakah pihak KPKT yang berada di Kuala Lumpur sana mempunyai pangkalan data mereka yang telah lama menunggu untuk mendapatkan rumah mampu milik ini? Adakah keutamaan akan diberikan kepada mereka yang dahulunya menduduki Kampung Kilat ini sebelum ianya terbakar dan projek PPR ini dibangunkan? Mereka yang berjaya juga akan dikenakan sewaan RM255 sebulan. Adakah mereka ini akan selamanya menyewa atau mereka akan ditawarkan Skim RTO iaitu ‘Rent To Own’. Perkara yang paling utama sekarang ialah untuk segera menempatkan mereka yang layak untuk menduduki PPR yang telah lama siap di Kampung Kilat dan juga di Jerlun, InsyaAllah. Kelima, projek RTB Sungai Kedah, Anak Bukit dari Kampung Bohor ke Tandop Kelongchor telah ditawarkan semula kepada sebuah syarikat yang bermula pada 9 March 2020 dan dijangka siap 8 March 2023.
Walaupun dilaporkan bahawa kemajuan semasa pada bulan Ogos adalah 1% terkehadapan dari jadual, hakikatnya kemajukan fizikal terutamanya persiapan bagi membina dua buah jambatan adalah amat mengecewakan. Habis ‘para’ ni ja YB. Speaker. Sayugia diingatkan bahawa peri pentingnya projek ini disiapkan kerana keseluruhan RTB tidak akan berfungsi sekiranya komponen di hilir saliran tidak dapat disiapkan. Ia juga bermakna bahawa kawasan ini akan terdedah kepada musibah banjir sekiranya projek ini tidak siap atau lewat disiapkan.
YB. Speaker, bagi menghormati peraturan yang ditetapkan oleh YB. Speaker, saya hanya hendak membaca. Keenam ialah berkenaan dengan pembinaan Projek Loji Rawatan Air di Kota Perdana yang disebutkan RM350 juta. Kemudian yang ketujuh, Tabung Khas Wanita Negeri Kedah. Yang ke lapan, peruntukan RM500,000 untuk Tabung Wanita Sejahtera. Yang ke sembilan, Program Anak Ku Sejahtera, yang ke sepuluh, KSTP di Bukit Kayu Hitam yang saya tanya tadi, YB. Guar Chempedak tak sempat nak jawab. Tak pa, saya bisik kemudian dengan dia. Ke sebelas, teguran Ketua Audit Negara di dalam buku ini YB. Speaker, tentang pengurusan kewangan di KLPK iaitu Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Kedah dan ke dua belas, tentang Kedah Agro Holdings dan ke tiga belas, Projek Agro Teknologi Desa Muafakat Rimbunan Kasih di Bandar Baharu yang saya mohon sedikit penjelasan dan akan saya serahkan kepada YB. Speaker. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumussalam. Saya begitu bangga lah kerana Ahli-ahli Yang Berhormat banyak buat ‘home work’. Saya tau la YB. Anak Bukit ni bersengkang mata nak tulis teks dia tu. Teks pasal Kak Ton pun dia tulis jugak, sepatutnya dia boleh cakap macam tu saja tapi dia tulis dalam bentuk teks. Ini, bagaimana seriusnya nak sampaikan dan saya akan terima lah usul tu dan saya akan tolong sampaikan kepada YB. EXCO berkenaan. Terima kasih kerana hampir mematuhi masa. Kita teruskan, pihak kerajaan.
Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah wassola tuwassala mua’ala rasulillah waman tabia’hu wanasorohu mawalah. Robbish rohli sodri wayarsirli amri wahlul uddatan millisani yafkhohu khauli. A’mmabaq. YB. Tuan Speaker, YAB. Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, para pegawai kerajaan seterusnya tuan-tuan, puan-puan yang dihormati sekalian. Syukur Alhamdulillah, terima kasih kepada YB. Speaker memberikan ruang kepada saya dan saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat di atas pembentangan bajet yang saya kira sangat baik, menyeluruh dan sarat dengan pedoman ayat-ayat suci Al-Quranul Karim sebagai pedoman. Begitu juga sekalung tahniah dan penghargaan di atas keberanian dan juga ketegasan Yang Amat Berhormat dalam menyelesaikan beberapa isu secara tuntas yang tidak boleh diselesaikan oleh kerajaan sebelum ini sebagai contoh isu SADA yang telah disebutkan oleh YB. Sungai Limau tadi, di mana telah berjaya dalam masa baru 4, 5 bulan boleh menyelesaikan hutang sebanyak RM79.33 juta daripada RM147 juta.
Di samping kejayaan-kejayaan yang lain yang boleh diselesaikan dan itulah saya sifatkan sebagai salah satu fokus yang telah diberikan oleh YAB. Menteri Besar ketika mana mula memegang jawatan untuk menyelesaikan banyak masalah dan saya kira ini baru 5, 6 bulan berbanding dengan kerajaan sebelum ini selama 22 bulan. Persoalan kita kenapa tidak diselesaikan selama 22 bulan tersebut dan dihala di arahakan kepada kerajaan yang ada baru lebih kurang 5 bulan. Termasuklah juga rumah PPR yang disebutkan oleh kekanda saya YB. Anak Bukit. Bangkit dah, tak dan nak habis.
Demikian juga hutang tunggakan gaji kepada pemain-pemain bola sepak KFA. Ini satu kejayaan besar yang boleh diselesaikan dalam masa yang begitu singkat. Jadi, pada saya tidak adil mengatakan bahawa Yang Amat Berhormat tidak fokus dalam bajet ini, kerana fokus beliau untuk menyelesaikan banyak masalah rakyat termasuklah antaranya ialah mensejahterakan Negeri Kedah, memperbetulkan di mana yang silap, meneruskan mana-mana yang baik. Dan ini kalau kita lihat fokus YAB. Menteri Besar ialah kita boleh lihat dalam para 147 sehingga akhir yang disebut di bawah tajuk penutup kepada ucapan yang saya kira itulah fokusnya yang ditulis dari lubuk hati Yang Amat Berhormat dengan linangan air mata. Harapan beliau bukan sahaja membangun dari sudut fizikal tetapi dari sudut rohani, dari sudut minda, dari sudut kemanusiaan.
YB. Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jadi saya mengajak diri saya dan Ahli Yang Berhormat semua untuk sama-sama kita membantu Yang Amat Berhormat menterjemahkan hasrat dan impian beliau. Alhamdulillah, kita beruntung dan kita rasa bertuah mendapat pemimpin-pemimpin negeri dan negara yang sangat prihatin kepada rakyat. Bukan tebuk atap, tetapi Perdana Menteri kita itu meletakkan jawatan. Ini satu fakta yang tidak boleh dinafikan yang menyebabkan berlakunya perubahan kerajaan di peringkat nasional.
YB. Speaker, InsyaAllah saya akan sentuh dua aspek dalam bajet ini tentang teras yang ke dua dan yang ke tiga, mensejahterakan rakyat, menambah baik kualiti masyarakat dan membina insan melestari kehidupan. YB. Speaker point saya yang pertama, RM12.4 juta diperuntukkan untuk kesejahteraan rakyat, tentunya akan dibelanjakan dengan penuh berhemah dengan berpaksikan pedoman Al-Quran dan Sunnah keikhlasan, integriti, keharmonian, perpaduan, kestabilan, timbang rasa, tolak ansur dan mengelakkan amalan negatif seperti rasuah, culas, malas, adu domba, fitnah dan seumpamanya. Sehingga InsyaAllah, ia mampu melahirkan Kedah yang sejahtera, memberi nikmat kepada semua sama ada kaya atau miskin dari pelbagai latar belakang. Alhamdulillah, banyak program-program yang diletakkan di bawah program Kedah Sejahtera, umpamanya Beras Sejahtera RM2.16 juta, Bantuan Pesakit Terlantar, Anak Ku Sejahtera dan satu yang menarik saya kira telah diwujudkan satu portfolio kursus yang disebut sebagai Portfolio Membasmi atau Urus Kemiskinan yang saya kira lebih daripada 28 projek-projek pembangunan, projek-projek untuk membangunkan insan dan bantuan kepada masyarakat. Selain dari bantuan fizikal ini, saya juga ingin mencadangkan supaya kerajaan memperkasakan Program Pembangunan Minda dan Pembagunan Insan melalui Unit Pembangunan Insan Kesejahteraan Masyarakat atau ringkasnya UPIK ke arah merubah sebahagian sikap, sebahagian kecil masyarakat kita yang mengambil sikap hanya bergantung kepada bantuan tetapi culas dalam usaha membebaskan diri daripada kepompong kemiskinan.
Perubahan minda, perubahan sikap perlu diberi perhatian. Demikian juga YB. Speaker, bagaimana pembangunan insan sebanyak RM300,000 semestinya dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperkasakan modal insan melalui pelbagai agensi termasuklah masjid, surau dan seumpamanya. Agensi-agensi yang berkenaan sewajarnya menyemak dasar-dasar pembangunan ummah dan menyediakan garis panduan hala tuju ke arah melahirkan generasi pewaris yang mematuhi perintah Allah walau di mana sahaja mereka berada. Ia selaras, ia sangat selaras dengan hasrat YAB. Menteri Besar yang ingin melahirkan insan soleh yang memahami tujuan mereka datang ke dunia ini membangunkan diri dan persekitaran serta bersiap sedia untuk kembali kepada kehidupan yang kekal di akhirat.
YB. Speaker, isi saya yang kedua ialah pandemik Covid yang menyentuh tentang keprihatinan dan kesejahteraan rakyat. Pandemik Covid memberi kesan mendalam dan mengambil masa yang panjang untuk kembali pulih. Antara golongan yang paling terkesan adalah mereka yang bekerja secara gaji harian atau peniaga-peniaga kecil, penjaja dan seumpamanya dan lebih memeritkan ialah bila mereka terpaksa diberhentikan kerja lalu berhempas pulas mencari rezeki, mencari kerja untuk sesuap nasi kepada anak dan keluarga. Alhamdulillah, kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM21.75 juta bantuan kepada pelbagai pihak yang terkesan akibat Covid. Justeru, tidak benar andaian mengatakan bahawa pihak kerajaan hanya membela, menjaga golongan atau kelompok tertentu sahaja tetapi mengabaikan kelompok terbanyak. Kita amat bersyukur apabila Allah s.w.t mengurniakan kepada kita Kerajaan Pusat dan Negeri yang sangat prihatin kepada kebajikan rakyat dalam susana Covid hari ini.
Bagaimana Kerajaan Pusat telah mewujudkan zon bebas niaga dan Kerajaan Negeri juga telah mewujudkan zon bebas niaga dan kita berharap para peniaga marilah menggunakan peluang ini sebaik-baiknya dengan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan yang tidak membahayakan keselamatan, orang ramai, laluan dan seumpamanya, bertolak ansurlah. Demikian juga para pihak penguasa-penguasa di peringkat Kerajaan Tempatan, Pihak Berkuasa Tempatan. Walaupun kita sedar di sana ada peraturan, ada undang-undang tetapi juga di sana mestilah menggunakan budi bicara dan ruang bertolak ansur untuk memastikan bahawa ekonomi terus berkembang dan orang-orang yang marhain ini tetap terbela. Saya juga mencadangkan supaya peruntukan kepada usahawan kecil, usahawan mikro ini, kepada mereka yang kompeten ini diberikan peruntukan tambahan kepada mereka bagi meneruskan kelangsungan perniagaan mereka.
YB. Speaker, saya juga mengambil peluang sepertimana rakan-rakan yang lain mengucapkan berbanyak terima kasih kepada petugas-petugas barisan hadapan yang bertugas siang, malam untuk memutuskan rangkaian Covid dan kita harap mudah-mudahan diberi juga perhatian kepada kawan, rakan kita yang bertugas siang, malam mengawal keselamatan, menjaga dan bertugas di sekatan jalan raya (SDR) kena ambil kira juga kemudahan-kemudahan asas kepada mereka. Saya juga berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat yang telah memberikan bantuan khususnya Kerajaan Negeri kepada 85 buah rumah yang dikenakan TEMCO, sekatan hari tu dalam Perintah Kawalan Pergerakan, banyak peruntukan yang telah disampaikan oleh kerajaan kepada mereka, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
YB. Speaker, tadi disebut tentang projek Rubber City. Rubber City ni duduk dalam kawasan DUN Kuala Nerang, dalam DUN Kuala Nerang. Projek yang sekian lama dah dan sekarang ni Alhamduillah berjalan lancar dari sudut infrastruktur. Cumanya kita mengucapkan terima kasih banyak kepada Kerajaan Negeri dan juga kepada YB. EXCO yang telah berusaha bertungkus lumus untuk memastikan keperluan asas di sana yang melibatkan pencawang elektrik, pencawang utama ni yang tak boleh selesai sekian lama, hari ni baru nampak bibit-bibit penyelesaiannya. Demikian juga di peringkat daerah, Pegawai Daerah pun telah memulakan dan telah menjalankan beberapa rundingan dengan pihak yang terlibat supaya dipercepatkan, dipercepatkan pencawang utama ini dan kita juga bersyukur tadi YB. EXCO sebut bahawa Loji Rawatan Air di Pelubang boleh menyelesaikan masalah air di sana dan juga di sana Loji Air Padang Sanai boleh membekalkan air kepada Kedah Rubber City.
YB. Kuala Nerang, ada 2 minit lagi!
Terima kasih YB. Speaker, saya nak masuk kepada isu tempatan sikit. Kedah Rubber City dijanjikan dan dicadangkan InsyaAllah akan menyediakan peluang kepada 15,000 orang dan bila bertambah orang tentulah memerlukan banyak keperluan-keperluan antaranya adalah tentang pendidikan.
Di sana ada sebuah sekolah, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dipanggil Daril Iktisam. Sekolah Daril Iktisam ni dah dapat peruntukan hari tu buat asrama tetapi pada masa yang sama ia dapat satu peruntukan untuk buat kelas bilik darjah dengan menggunakan kabin. Kabin ni diberi jaminan tempoh hayatnya boleh guna 10 tahun, 2008 sampai 2018 sepatutnya habis dah tempoh dia. Tapi la ni 2020 dah ‘expired’ dah, lebih 2 tahun dah, jadi menyebabkan lantainya dah lekang, dindingnya dah reput, siling pun nak runtuh. Oleh sebab yang sedemikian, saya berharap pihak Kerajaan Negeri, walaupun kita sedar ini peruntukan dari Kerajaan Pusat tapi turut memainkan peranan bagi menyegerakan supaya bantuan dapat disampaikan kepada mereka dan mereka dapat memiliki sebuah atau dua buah blok kelas yang baru.
YB. Speaker, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri bagi beberapa projek, tapi tak la banyak macam kawasan lain. Daerah lain dapat banyak, Padang Terap ni hat mega sebut KRC ja lah, tapi KRC tu pun tak tau nak mula bila tu lagi. Cumanya, kita perhatikan ada beberapa lagi yang saya rasa perlu diberikan perhatian, diberi perhatian kepada Padang Terap khususnya Kuala Nerang yang saya cadangkan dan saya mohon supaya disediakan, diperbanyakkan tempat-tempat perniagaan untuk peniaga-peniaga kecil ni, gerai-gerai ni. Walaupun dah dibenarkan berniaga di tepi jalan apa semua, tak pa lah, tu bagus dah, tapi yang gerai tetap. Dia nak sewa nak beli bangunan ratus ribu dan mungkin sampai 7,000, 8,000, tak mampu dia. Jadi, yang mampu mungkin sewa-sewa gerai milik Majlis Daerah sebagai contoh. Jadi, ini perlu diperbanyakkan.
Berikutnya isu tempatan, Masjid Muadzam Shah yang menjadi Masjid Daerah Padang Terap. Masjid ni lama dah lulus bab tanah tahun 2000 dulu lagi. Sebelum ni beberapa bulan yang lepas, kita diumumkan di masjid tersebut bahawa tender akan keluar hari Ahad lepas, tapi sampai hari ni tak nampak lagi, dan semakan saya mendapati iklan ini akan dikeluarkan hanya pada 15.3.2021. Apa yang menjadi harapan kami, harapan rakyat di sana supaya dipercepatkan, jangan tangguh lagi lah, jangan tunda lagi dah, lama dah dok tunggu. Pelan dah siap dah katanya, bajet pun dah ada, cuma barangkali ada sedikit masalah teknikal yang kita harap pihak berkuasa yang berkenaan dapat menyegerakan dan..... sikit lagi YB. Speaker, sikit lagi, nak habis dah. Projek tebatan air, duk tengok dalam senarai projek tebatan banjir ya, tak dak senarai hat Padang Terap, padahal mohon ni banyak kali dah. Dalam Dewan ni boleh kata lebut dah saya bercakap bab banjir ni walaupun tak ramai, tak ramai berbanding kawasan-kawasan lain mungkin beratus orang, Padang Terap mungkin tak sampai dalam 50 orang. Tapi bila mai banjir kilat terutama di Perik, di Paya Terap, di Pokok Machang, di Kampung Sena, di Kampung Bendang. Banjir kilat ni pula bukan berlaku sekali setahun, kadang-kadang sampai 3, 4 kali sebulan. Jadi, saya harap peruntukan JPS yang disediakan sebanyak RM18.7 juta tu, ‘adjust’ lah kut mana pun bagi selesai masalah tebatan atau masalah banjir ni. Yang terakhir, sekali lagi saya mengambil peluang kesempatan ini mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YAB. Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mensyuarat Kerajaan, para pegawai kerajaan, semua Ahli Yang Berhormat sama ada pihak kerajaan atau pihak pembangkang yang saya kira sama-sama turut ingin membangunkan negeri Kedah.
Pandangan-pandangan yang saya kira yang baik mari sama-sama kita ambil kita terima untuk kita laksanakan, sementara yang mungkin kurang elok sama-sama kita jauhi. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumussalam. Silakan YB. Gurun!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih YB. Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya berucap pada pagi ini. Saya tidak akan mengulangi beberapa ‘point’ yang telah disebut oleh kawan-kawan yang lain, cuma saya nak menyentuh beberapa isu yang saya kira penting. Saya juga seperti YB. Anak Bukit tadi, bila memerhatikan anggaran perbelanjaan untuk tahun depan. Saya juga agak tak berapa ‘confident’, yang kita boleh mencapai satu jumlah kutipan yang besar. Kerana melihat daripada pengalaman yang lalu, apa yang akan berlaku untuk tahun depan ialah kutipan sebanyak RM720 juta itu, 44% akan datang daripada cukai, khususnya cukai-cukai yang dikenakan oleh kerajaan. Jadi, dengan keadaan sekarang ini, ekonomi yang lembap ditambah pula dengan pandemik Covid-19 dan masalah-masalah lain, saya kira, untuk kutip RM720 juta ini suatu yang agak besar.
Jadi, kalau kita lihat dengan adanya unjuran bahawa defisit akan berlaku sebanyak RM78.88 juta, maknanya setelah kita tolak pengurusan khususnya bayar gaji dan upah saya kira kalau kita gagal untuk mengutip RM720 juta, sudah tentu apa-apa yang kita rancangkan akan tergendala ataupun tidak dapat dilaksanakan kerana unjuran yang kita kemukakan itu terlalu besar. Jadi, ini seolah-olah kita berjanji kepada rakyat tetapi seperti yang disebut oleh sahabat saya YAB. Jeneri semalam, Kak Ton boleh angan-angan saja lah, tetapi realitinya mungkin tidak tercapai. Ini sesuatu yang amat membimbangkan kerana unjuran ini agak terlalu besar.
YB. Tuan Speaker, saya nak mulakan dengan apabila dalam keadaan krisis tentu ada peluang. ‘In any eventualities, when there is a moment of crisis you have opportunity’. Jadi, saya melihat dalam keadaan pandemik Covid-19 ini, kita sebagai sebuah negeri pertanian harus melihat bagaimanakah kita mengambil peluang daripada keadaan yang ada sekarang ini. Saya masih ingat lagi semasa Allahyarham Tan Sri Azizan menjadi Menteri Besar, YAB. Jeneri menjadi Setiausaha Politiknya, kita selalu bincang, selalu. Sebab saya ketua parti, dia ketua parti, kadang-kadang dua tiga jam bincang dengan dia. Dia kata, “Jo, kalau kita boleh buat dua perkara sahaja, ‘maintain’ dua perkara, bukan saja buat, ‘maitain’. Yang pertama, ‘maitain’ kita sebagai sebuah negeri pertanian yang orang hormati kita, yang kedua kita ‘maintan’kan sebagai negeri pelancongan”. Saya ingat, YAB. Jeneri ingat yang tu. Sebab kita ada segala-galanya, sebab itulah dia hantar kawan-kawan pi sampai Mesir pi tengok nak tanam pelam dan sebagainya lah seperti yang juga disebutkan oleh YB. Alor Mengkudu.
Jadi saya masih ingat, kalau ini kita teruskan, kita tidak perlu lagi ‘reinvent the wheel’ YB. Tuan Speaker. Ini benda yang dah ada, asas kita sudah ada, tanah kita ni kuat dan baik untuk pertanian. Sebab itu Wan Mad Saman Cannal, Terusan Wan Mad Saman ni dibuat oleh orang yang memang cintakan pertanian di Kedah ni. Dia sanggup korek Terusan Wan Mad Saman tu tengah-tengah malam. Maknanya, kita sudah ada sebuah negeri yang baik untuk pertanian. Jadi apa yang perlu buat ialah, duduk dengan Kerajaan Federal, kita import lebih kurang 50 billion makanan tiap-tiap tahun. Apakah tidak boleh kita duduk dengan Kerajaan Federal, tanya dia, daripada RM50 billion ni menatang apa yang hampa import, menatang apa dia? Pokok apa? Dan kita sesuaikan dengan tanaman yang boleh kita tanam di negeri kita. Kalau pun tidak dapat separuh, kita dapat 20%, RM100 juta daripada yang dibelanjakan oleh Kerajaan Federal tu kita tanam di tempat kita. Tak payah import jauh-jauh kerana dalam negeri kita boleh tanam. Jadi, saya tak nampak kenapa kita tidak boleh buat ini. Baru-baru ni saya pi tengok market di Kuala Lumpur, ikan, Allahuakbar... Selain dari ikan keli tu orang panggil ikan haruan, satu kilo RM18.00, ikan haruan di Kuala Lumpur, dan kita mai nak cari di Kedah ni pun ikan haruan dah tak dak dah. Sedangkan kita mempunyai semua sumber yang banyak yang boleh kita bangunkan industri ikan air tawar. Jadi, ini benda-benda yang saya kira yang harus kita lihat bagaimana peluang-peluang kita ambil.
Baik. Yang keduanya YB. Tuan Speaker, saya melihat pandemik ini sudah tentu akan ambil masa, tetapi dia juga akan berakhir. Maknanya kita harus bersedia untuk menerima kehadiran pengakhirannya. ‘Certain’ akan turun, vaksin telah pun dijumpai, mungkin dalam masa 8 atau 10 bulan lagi InsyaAllah akan berada dalam market.
Sekarang ni 10 company yang telah pun memperkenalkan vaksin mereka, sedang dalam percubaan. Saya kira mungkin dalam setahun atau dua, maknanya kita harus bersedia untuk menerima bahawa perubahan akan berlaku. Norma-norma baharu dalam kehidupan akan tentu berlaku, tetapi orang telah pun membuat persediaan. Saya tengok beberapa buah negara di seluruh dunia sekarang ni, Baitulmuqaddis pun offer sekarang ni untuk 4 tahun akan datang, kita boleh pergi ke sana, hotel yang harganya RM1,000 satu malam diturunkan hingga RM200 satu malam. Ini maknanya persediaan-persediaan yang boleh kita buat. Seperti juga pernah pengusaha-pengusaha di Langkawi baru-baru ini, turunkan harga hotel daripada RM800 kepada RM180. Saya pun pi juga, hotel yang besar, RM800 dapat RM180. Maknanya, kerajaan harus bersedia rancang bahawa selepas sahaja pandemik ini tamat, maka harus ada usaha bersungguh-sungguh untuk membawa pelancong-pelancong luar negara yang berkurung selama 24 atau 25 bulan ni, mereka nak keluar, nak tengok dunia, dan kita harus mengambil peluang ini untuk membawa mereka ke tempat kita kerana kita ada segala-galanya cuma kita perbaik yang mana yang agak tidak selesa. Itu yang pertama.
Yang kedua YB. Tuan Speaker, saya nak sebut juga, banyak rakyat yang kena buang kerja termasuk seorang pilot baru-baru ni ada keluar dalam video, dia pakai uniform, di buat kuey teow, dia pilot, seorang kaptain 20 tahun. Tetapi oleh kerana tak dak kerja dia buat jual kuey teow. Isu yang saya nak sebut di sini ialah, rakyat susah Tuan Speaker, itu kebenaran.
Rakyat susah, tetapi saya mintak lah, kita jenguk di Pulau Pinang, kita ambil contoh di Pulau Pinang, kalau YB. Tuan Speaker pergi ke Seberang Jaya sekarang ni, sekarang ni waktu kita sedang bercakap ni pukul 11.00, macam bulan puasa, di mana kerajaan membuka seluas-luasnya untuk rakyat turun dan berniaga. Tak dak lesen tak ada apa, janji jangan kotor ja, pakai uniform elok-elok. Meriah ni tuhan sahaja yang tahu sampai ke petang, meriah. Apakah kita tidak boleh buat itu? Sementara kita sedang bercakap ini, ramai orang-orang penjaja Alor Setar yang dapat saman, sekarang ni, yang dapat saman. Takkanlah, dalam keadaan mereka susah kita kena pi saman depa? Tak boleh! Tak boleh! Sebab itu saya mintalah YAB. Jeneri, berilah arahan kepada YB. EXCO PBT, tolonglah, rakyat susah. Inilah peluang yang mereka ada untuk bela anak bini, janganlah pi saman lagi. Saya tak marah pegawai-pegawai kerajaan, saya tak marah SS, sebab yang buat arahan bukan SS, yang buat arahan Ahli-ahli Majlis. Ahli-ahli Majlis orang politik, Ahli-ahli Majlis ni dia lebih “sudu daripada bubur”, boleh pakai ‘coat’ mensyuarat, dia kira nak ha... kita buat yang ni, kita buat yang tu. Dia tidak faham apa yang berlaku di bawah. Sebab tu saya mintaklah YAB. Jeneri kalau boleh bincang balik, saya tidak langsung menyinggung dan memberikan sifat negatif kepada pegawai-pegawai. Tidak! Pegawai-pegawai cuma melaksanakan tugas mereka, Ahli-ahli Majlis ni yang kadang-kadang lebih-lebih sangat. Konon-kononnya semenjak dia nak jadi Ahli Majlis, dia lah nak tunjuk hero, sedangkan dia tidak fikir apa yang berlaku di bawah. Dia Ahli Majlis tak pa lah YAB. Jeneri, dia dapat elaun RM1,200, mensyuarat 4 kali sebulan. Kawan yang berniaga di bawah, apa jadi? Sebab itu saya mintak sangat-sangat supaya kerajaan melihat balik, EXCO Kerajaan Tempatan, lihat balik. Kita dah bincang banyak kali. Saya masih ingat, kalau kita pergi ke Thailand dan Pattaya hari ni YB. Tuan Speaker, pergi Thailand dan Pattaya, satu tempat 4 orang berniaga, satu tempat, satu spot. Pagi orang mai jual nasi lemak, petang sat lagi habis saja, orang lain pula berniaga tempat yang sama kain, baju dengan selipar dan apa semua.
Lepas tu sat lagi ada pula orang mai jual sayur letak, last sekali malam makan tomyam. Satu tempat 4 orang boleh berniaga, kita kawan baru nak pacak tiang lori mai angkut dah. Saya depan mata saya kelmarin di Tesco Sungai Petani, ada seorang lelaki lah, saya ingat dalam umur 40-an, baru letak dia punya pelantar-pelantar dia bubuh nanas, lepas tu bawa anak dua orang, anak pun susun nanas. Saya duk tengok dari jauh, elok habis susun ja Majlis mai. Haih! Tak boleh! Tak boleh berniaga sini, angkut! Angkut! Dengan angkut, dengan pelantar halau. Saya nak pi sat gi tak kena pulak, pegawai tu pegawai kita, nak tegur depan-depan orang tak elok, saya nak pi tolong kawan ni pun orang dok tengok. Tapi saya nak sebutlah, tolonglah. Tak mungkin orang akan berniaga kalau dia ada ‘option’ yang lain dalam keadaan yang sekarang ni, tetapi dia tidak ada. Tetapi hakikatnya, kebaikan yang ada apabila Covid ini terjadi, ramai orang yang dahulunya segan nak berniaga YB. Tuan Speaker, sekarang dia mula berniaga. Tiba-tiba dia rasa, oh! Berniaga ni boleh membawa keuntungan yang luar biasa dan boleh memberikan pulangan yang luar biasa. Sedangkan, kita sendiri sebagai kerajaan ni duk suruh orang berniaga, kadang-kadang suruh berniaga tapi tak menjadi. Tetapi oleh kerana keadaan sekarang ini, dia punya ‘pulling’ dan ‘costing factor’ tu membuatkan dia berniaga. Tapi kita pula pi sekat, so saya minta lah, saya minta supaya kerajaan melihat supaya bantu dan biarlah kita meriah. Saya duk bayangkan satu hari YB. Tuan Speaker, bila orang sebut nak makan makanan yang paling sedap, negeri lain mereka tak fikir, mai Kedah.
Ada tempat buka seluas-luasnya, ada laksa dengan satey, macam-macam. Mungkin kita pi di Kuala Muda ada apa, pi di Sik ada apa, pi di Yan ada apa, jadi tempat indah yang makan, orang ingat Kedah. Ini semua akan terjadi kalau kita mula memberikan peluang kepada anak-anak muda kita untuk berniaga. Itu isu yang kedua saya maksudkan.
Yang ketiga, saya juga nak mengajak kerajaan lah supaya bila KKM ataupun MKN buat ‘lockdown’, kadang-kadang tak betul saya rasa, saya rasa Kerajaan Negeri harus ada pendirian masing-masing dan menasihati MKN dan juga KKM. Sebab bayangkan kelmarin, baru kena 8 orang tetapi kita kena ‘lockdown’ satu negeri. Adakah, hat 8 orang ni KKM tak tau? Tau! Dia duk tang mana? Tau! ‘Why not’ kita ‘just’ ambik ‘action’ ataupun tindakan kepada kawasan-kawasan tertentu. Ni hang pi kepung satu negeri, pergerakan orang susah, orang nak masuk tak boleh, orang nak keluar tak boleh, dia akan dengan sendirinya habis ‘jam’ semua orang. Sebab saya tengok di Australia, di New Zealand dan juga Taiwan dia tak buat macam tu, dia ‘identify’ kawasan-kawasan tertentu dan dia jaga border dia, ini juga yang sedang kita bahaskan dalam Parlimen pun begitu juga. Apakah niat yang kamu ‘lockdown’ semua ini dalam keadaan.....(YB. Speaker mencelah)
YB. Gurun ada seminit lagi!
Seminit lagi saya nak sentuh ‘last’ sekali ialah tentang isu Penjara Malaysia, kawasan YB. Tuan Speaker sendiri, secara kebetulan di Sungai Petani, tetapi berlaku di Pantai Merdeka. Jabatan Penjara Malaysia ni YAB. Menteri Besar, baru-baru ni dia bawa mai surat, dia nak buat, dia nak bina, dipanggil projek ni Pengoperasian Pusat Reintegrasi Penghuni di kem bekas Pusat Latihan Khidmat Negara Sri Kandi di Teluk Nipah. Apa yang berlaku tuan-tuan, YB. Tuan Speaker, ada satu LPKN di situ, yang zaman LPKN ni bangunan dia pun kita tau, dia buat ni kira hentam ikut suka dia la......(YB. Timbalan Speaker mencelah)
PLKN! PLKN!
PKL? PLKN sorry PLKN ya. Lepas tu sekarang ni Jabatan Penjara nak ‘convert’ kem ni jadi tempat ‘parol’ dalam kampung. Apa dia ‘parol’ ni? Orang-orang yang sebelum dilepaskan dari penjara mai transit dulu, jadi ‘parol’ lah. Tetapi kalau YB. Tuan Speaker pi tengok tempat tu dia macam lut sinar ni, jaring dia jaring biasa bukan tembok tengah-tengah kampung yang boleh menempatkan 500 orang dalam kampung. Jadi, saya rasa tak sesuai. Yang pertama tak sesuai, yang kedua saya bimbang kerana saya tengok adakah dia mendapat kelulusan dari Majlis Pebandaran Sungai Petani.
YB. Gurun, masa dah cukup. Saya rasa isu ini dalam pengetahuan kerajaan, InsyaAllah.
Jadi, saya minta, saya minta sangat-sangat supaya, surat depa dah hantar dah kat YAB. MB, kita ‘hold’ dulu. ‘Check’ balik dia punya kedudukan kerana ianya langsung tidak menepati seperti apa yang telah disebutkan oleh YAB. Menteri Besar tentang teras kedua iaitu mensejahterakan rakyat dan menambah baik....(YB. Timbalan Speaker mencelah)
Teima kasih. Terima kasih YB. Gurun, masa dah cukup!
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Terima kasih.
Sekarang saya persilakan sebelah kanan saya.
Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi robbil a’lamin wassolatu wassala muala asyrofil anbiya iwal mursalin waála alihi wasohbihi ajmai’n. Terima kasih YB. Timbalan Speaker, yang saya hormat YAB. Jeneri selaku Menteri Besar, yang saya hormati Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, seterusnya yang saya hormati YB. Ahli Majlis Mensyuarat Kerajaan, seterusnya ketua-ketua jabatan, tuan-tuan, puan-puan muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Pertama dan selamanya marilah kita panjatkan sepenuhnya kesyukuran kepada Allah s.w.t, kerana dengan limpah kurnia dan izinnya dapat kita dipertemukan pada minggu ini dan juga hari ini dalam satu Sidang DUN bagi membahaskan Bajet Kerajaan Tahun 2021. Sebelum saya teruskan dengan perbahasan bajet saya YB. Timbalan Speaker, izinkan saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh ‘frontliners’ kita yang telah berjuang sejak March 2020 lagi sehinggalah ke hari ini. Terima kasih kepada mereka yang tanpa penat dan lelah walaupun mendapat sedikit penghargaan daripada Kerajaan Negeri sebanyak RM200. Namun, tugas mereka adalah lebih berat dari kita bayangkan.
YB. Timbalan Speaker dan Yang Berhormat-berhormat sekalian InsyaAllah saya akan menyentuh beberapa perkara iaitu sedikit dalam pembentangan bajet dan juga yang keduanya adalah berkaitan dengan apa-apa yang menjadi kemestian dalam kawasan saya sendiri.
Dalam pembentangan Yang Amat Berhormat semalam, kita melihat terdapat 4 teras yang telah diutamakan kepada kita iaitu teras yang pertama mencergaskan ekonomi, tingkatkan ekonomi rakyat. Teras yang kedua, iaitu mensejahterakan rakyat, menambah kualiti masyarakat. Teras yang ketiga, membina insan, melestarikan kehidupan dan teras yang ke empat, iaitu memantapkan tadbir urus dan tingkatkan sistem penyampaian. YB. Timbalan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin sedikit menjelaskan tentang teras yang ke tiga iaitu membina insan. Membina insan ni adalah satu perkara yang penting kepada kehidupan masyarakat kita pada hari ini dan juga untuk masa depan. Kita mengambil kisah daripada hijrah Rasullullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Penghijrahan Rasullullah dan para sahabat bukanlah di atas dasar membawa materialistik, bukan membawa kebendaan, membawa harta dan sebagainya tetapi hijrah Rasullullah adalah membawa Islam, ‘role model’nya adalah Islam, teras dia adalah Islam. Dengan teras Islam inilah berjaya menjadikan Kota Madinah kota yang hebat sehingga ke hari ini. Boleh menyatukan pelbagai puak dan kaum, melebarkan kuasa Islam, meningkatkan ekonomi dan sebagainya. Apa yang kita nyatakan di sini, dengan ‘roh’ Islam inilah terbentuknya modal insan, kerana akhlak Rasullullah itu adalah Al-Quran. Itu adalah bina insan yang perlu kita tanamkan dalam masyarakat kita sama ada sebelum, hari ini dan akan datang. Jadi, kita lihat bahawa pembentukan masyarakat Kedah ini juga perlu diasaskan dengan pembinaan insan kerana untuk menjamin survival rakyat pada masa depan, mempertahankan negara dan sebagainya perlu adalah daripada pembinaan insan. Saya rasa YB. Gurun pun setuju, YB. Gurun no? Biro Tata Negara dulu. Sebab itulah kita lihat hari ini, masyarakat hari ini, ramaja hari ini cukup banyak terdedah dengan dadah, kerosakan akhlak dan ketum.
Ini masalah-masalah yang berlaku dan saya sangat setuju dengan apa yang kerajaan hari ini buat dengan pembinaan insan sekurang-kurangnya melalui kuliah-kuliah ilmu, kuliah-kuliah dhuha yang diperkenalkan, sama ada di peringkat negeri, peringkat daerah, peringkat kawasan atau peringkat DUN. Kita ada kuliah-kuliah dhuha, itu pri asas yang kita buat. Saya ambil contoh di Baling, kita buat ‘role play and me’ dengan kerjasama UniSHAMS. Kita adakan kuliah-kuliah ni sebagai asas kepada pembinaan insan kepada masyarakat kita pada harini. Sebab itulah hari ini Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita nampak dalam Buku Ucapan Bajet Yang Amat Berhormat semalam terdapat “Cordoba of Kedah”. Nak cerita sejarah Cordoba ni panjang, tapi maksud dia ada benda yang tersirat daripada maksud tersebut dan juga ‘the touring of personality’, ini benda-benda yang diucapkan oleh Yang Amat Berhormat kepada kita sebagai masyarakat, kepada kita sebagai pemimpin untuk nak berikan kepada masyarakat bahawa pembinaan insan itu adalah penting untuk survival hidup masyarakat negeri Kedah amnya. Itu adalah berkaitan dengan teras yang ketiga yang saya ingin nak bahas sedikit.
Yang seterusnya saya nak masuk kepada sedikit perkara yang berkaitan dengan ucapan bajet. Saya nak ‘respond’ yang YB. Gurun cakap tadi, bukan jawapan EXCO ya YB. Gurun no?. Yang YB. Gurun kata tadi tak ‘confident’ dengan bajet kerajaan ni, dia pembangkang tak ‘confident’, kerajaan ‘confident’. Kita sebagai kerajaan kita ‘confident’, kita berhutang untuk rakyat, kita cari dana ni walaupun nampak tak logik tapi kita buat untuk rakyat, untuk kebajikan rakyat.
Kena usaha, jangan rasa tahun depan dapat 10 ringgit kita belanja 10 ringgit, YB. Gurun. Kita nak cari 10 ringgit nak cari 200 ringgit tahun depan nak belanja rakyat ni. Walau dengan keadaan dunia yang hari ni, pandemik Covid dan sebagainya usaha kena ada, kegigihan kena ada, semangat kena ada. Takkan nak harap kepada bajet dalam poket SFO saja, tu pun SFO simpan tu tak bagi habis tu... kena usaha. Kalau hutang bola boleh lepas dalam masa macam tu saja, Ish! Saya ingat ‘very simple matter’lah kan kepada Yang Amat Berhormat. Kalau setakat SADA boleh selesai, KFA boleh selesai, saya yakin kepada kepimpinan kerajaan hari ini untuk menjawab kepada YB. Gurun tadi.
Yang keduanya, YB. Gurun juga menyentuh tentang dasar pertanian ni, dasar kita tak ubah YB. Gurun, macam EXCO pula yang jawab ni. Dasar tak ubah, cuma ini adalah ruang baru yang YAB. Menteri Besar nak fokus. Pertanian jalan seperti biasa, MADA dapat peruntukan pun banyak, Pusat bagi peruntukan untuk MADA pun banyak, malah dasar pertanian berjalan seiring, tidak ada masalah. Walau bagaimanapun, haa... tu ayat tu masuk tu. Walau bagaimanapun, kita lihat dari segi kutipan hasil kerajaan, royalti ya saya sentuh pasal royalti saja, kita dapat royalti hutan sebanyak RM2.5 juta, royalti bahan bantuan RM15.6 juta, royalti bahan galian RM1.5 juta, yang ni yang tertulis yang mungkin daripada anggaran yang kita akan dapat. Tetapi sebenarnya kalau kita perkuasakan, pertegaskan kuat kuasakan undang-undang lebih padat, lebih tegas kepada pengusaha-pengusaha ni, saya rasa kemungkinan hasil ni akan lebih, hasil akan lebih. Ini pengalaman kita, apa berlaku di kuari dan sebagainya. Kadang-kadang yang bayar di Pejabat Daerah tu kadang tak sama sepertimana hasil yang keluar. Kalau ini kita tegaskan, kalau kita sanggup letak CCTV dekat kuari tu, letaklah.
Kalau kita nak hasil sebab ini hasil-hasil kerajaan, kita boleh buat. Yang seterusnya adalah royalti Pulau Pinang, Alhamdulillah kita dapat RM10 juta, dulu dapat RM10,000, dapat tambahan RM10 juta lagi ini, RM10,000, RM10 juta royalti Pulau Pinang. Cukai tanah kita dapat RM275 juta. Tapi kalau kita permudahkan urusan sepertimana YAB. Menteri Besar jawab pagi tadi, permudahkan urusan untuk geran-geran tanah. Kita dapati ramai orang termasuk di Baling sendiri, yang duduk tanah-tanah rizab kerajaan, duduk di tanah-tanah perhutanan yang berpuluh-puluh tahun seperti Kampung Dacing yang diceritakan tadi. Saya bawa soalan tu dalam Dewan ni, saya ada buat soalan bertulis, soalan lisan. Berpuluh tahun dah duduk situ, ada sekolah, ada tadika, ada surau, ada jalan, ada lampu, geran tak dak. Banyak lagi kampung. Kalau kita permudahkan urusan ini supaya orang-orang kampung yang duduk tanah-tanah rizab seperti ini mendapat geran, saya yakin hasil kerajaan kepada cukai tanah ini akan meningkat.
Yang seterusnya ialah tentang, sumber air Pulau Pinang. Ini juga adalah satu sumber daripada kita. Sekarang ni Pulau Pinang minum, makan segala-galanya ‘free’ YB. Gurun. Betul ya? Percuma! Berbincang dengan Kerajaan Negeri takkan selesaikan masalah, saya minta kerajaan berbincang dengan Perbadanan Air Pulau Pinang. Mereka adalah satu syarikat, bincang dengan mereka untuk kita dapatkan sedikit hasil kepada Kerajaan Negeri Kedah. Kalau bincang dengan Kerajaan Negeri memang tak selesai. Jika ini dibawa perbincangan dan ada positif, saya yakin ia adalah sebahagian daripada hasil kepada kerajaan untuk akan datang. Tebal lagi ni, ada nak dan cukup lagi tak tau? Berapa minit lagi YB. Tuan Speaker?
2 minit lagi!
5 minit lagi?
2 minit!
2 minit? Aik! ya ka? Seterusnya saya masuk... Dia mula celaru habis! Saya masuk dengan sedikit tentang pembasmian kemiskinan. Minta mohon kerajaan pada hari ini bantulah selesai masalah kami rakyat di Baling khasnya, yang majoritinya masih mengunakan air paip masyarakat. Air paip masyarakat sebagai sumber air mereka, air SADA tak sampai di tempat depa. Banyak tempat lagi untuk usahakan supaya dah masuk tahun 2020 ni dapatlah air terawat.
Yang keduanya adalah jalan-jalan kampung yang masih lagi tidak berturap, 63 tahun merdeka dah, jalan tak dak lagi, jalan tar tadak lagi ni. Apa jadi ni? Nak buat semua peruntukan tak cukup, apa usaha kita untuk nak pastikan, benda ni dah masuk tahun 2020, nak masuk tahun 2021 dah takkan tak dak jalan tar lagi. Yang ketiga liputan internet yang lemah, anak-anak nak belajar di kampung, di rumah, nak buat home base’ ni, sat gi cikgu bagi kerja tak boleh buat. Ada viral satu ‘youtube’ budak tu pi belajar di kandang kambing untuk buat kerja sekolah, ini yang berlaku. Seterusnya memperkasakan program ‘Green Kitchen’, pertanian sara diri. Sumber daripada Exco Pertanian mungkin ada bantu untuk orang keluarkan daripada basmi kemiskinan ‘Green Kitchen’. Yang seterusnya adalah Sumbangan Wanita Sejahtera yang diluluskan semalam. Kita minta dibuat pemilihan temuduga ataupun melalui pusat-pusat khidmat, sebelum ni dak, kena isi borang.
YB. Kuala ketil masa sebenarnya cukup dah!
Allah! Separuh lagi tak habis ni. Satu lagi boleh dak, satu lagi? Habis jam. Boleh YB. Tuan Speaker no? Pasal pembangunan di Baling jugak lah, memang ‘slow’ lah nada dia, habis dah. Ok, pembangunan di Baling, selain daripada KXP hampir dengan DUN Kuala Ketil Alhamdulillah kita dapat sedikit unjuran pembangunan.
Saya nak minta satu mungkin usaha daripada Kerajaan Negeri Kepada Kerajaan Pusat untuk minta ditubuhkan sebuah kem tentera dalam Daerah Baling. Sebab dalam Daerah Baling ni ada satu tanah tentera yang cukup luas sekarang ditanam sawit. Jika andainya ditubuhkan sebuah kem tentera sini, saya yakin pembangunannya akan bertambah. Dan ‘last’ sekali ada nota sampai pulak dah ni. Sukan, boleh sebut boleh buat trek basikal tapi trend sekarang ramai yang berminat berbasikal sebagai aktiviti yang sihat. Yang tu adalah permintaan daripada sahabat kita yang minta dibuat trek basikal. Mungkin jalan nak pi Pantai Merdeka tu, dibuat satu trek khas untuk trek berbasikal supaya orang boleh gunakan laluan tu untuk berbasikal sebagai aktiviti. Saya rasa sekadar itulah perbahasan saya dalam masa yang singkat ini.
Saya mohon maaf mungkin tak capai maksud dan sebagainya dan terima kasih kepada YB. Speaker kerana bagi ruang kepada saya untuk menyampaikan perbahasan dan saya akhiri dengan menyokong penuh Ucapan Bajet yang disampaikan oleh YAB. Menteri Besar.
Terima kasih YB. Kuala Ketil, jadi kita harap trek basikal tu bagi jadi lah. Seterusnya saya persilakan di sebelah kiri saya.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Speaker, kita semua sedar bahawa pandemik Covid-19 ini yang melanda dunia dan negara kita memberi kesan yang sangat buruk kepada negara dan negeri dari segi kesihatan, ekonomi, keselamatan, sosial dan sebagainya. Keadaan sekarang ini sangat luar biasa berbanding dengan biasa yang kita alami setiap hari sebelum Covid menular. Bagi menangani keadaan luar biasa ini, kita tidak boleh menggunakan pendekatan yang biasa. Yang diperlukan pada masa ini ialah analisis terperinci bagi memahami apa keadaan sebenar, pemikiran luar kotak untuk menyelesaikannya sambil mengambil kira sumber yang terhad untuk melaksanakannya. Impak Covid-19 terhadap kehidupan kita ini sangat besar, wabak ini mudah berjangkit dan boleh menyebabkan kematian.
Oleh sebab itu, kita semua perlu waspada. Salah satu pendekatan yang diambil ialah melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada peringkat awal PKP ini di isytiharkan, masyarakat kita boleh menyesuaikan diri dengan keadaan berkurung di rumah. Tetapi setelah PKP berlanjutan hingga 8 bulan, ia sudah sampai ke tahap menjejas sara hidup masyarakat kita yang berpendapatan rendah dan sederhana. Pekerja kilang, pekerja kedai, pekerja IKS ramai kena potong gaji, ada yang bekerja tanpa gaji atau terus diberhentikan. Akibatnya kadar pengangguran meningkat dan mereka yang terjejas itu tidak dapat berbelanja dan bergelut untuk pastikan keluarga mereka cukup makan setiap hari. Kesannya juga dirasai oleh peniaga dan penjaja, tanpa kuasa beli yang cukup pelanggan tidak berbelanja seperti biasa. Mereka memilih untuk berjimat cermat dalam membeli barangan keperluan, termasuk makanan, maka kedai-kedai makan juga terjejas.
Modal harian di sebuah gerai makanan di Pekan Rabu ialah RM200 sehari. Setelah beberapa hari jualan tak lebih daripada RM80 setiap hari, maka lama-lama peniaga ini terpaksa tutup kedai. Tak kurang juga yang terpaksa bayar pinjaman rumah dan kenderaan. Walaupun dipertimbangkan monotorium bayaran semula pinjaman ini, hutang tetap kena bayar. Mungkin juga akan dikenakan bayaran-bayaran tambahan yang lain bagi menampung kerugian sementara yang ditanggung oleh bank.
Bagi yang pinjam daripada Ah Long, tak dak lah kelonggaran seperti itu. Tidakkah boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri untuk sediakan pinjaman tanpa faedah, untuk membantu peniaga kecil dan penjaja. Nelayan dan petani pula menghadapi masalah mereka yang tersendiri akibat daripada kekangan PKP ini. Secara kebetulan ada ketika ini di mana hasil tangkapan ikan sangat banyak, tetapi apabila di darat tiada pula peraih yang datang membeli, maka ikan berlonggok di pelantar dan peraih dikatakan takut disaman jika datang ke kuala-kuala untuk mengambil ikan yang ditangkap. Ini bukan andaian ataupun omong-omong kosong, ini adalah hakikat sebenar hasil tinjauan saya di beberapa pelantar ikan dan saya bersimpati mendengar keluhan para nelayan kita.
Walaupun kita amat menghargai jasa bakti penjawat awam dan anggota pentadbiran negeri, kita juga sedar bahawa pendapatan mereka tidak banyak terjejas akibat pandemik ini. Malah ada yang dinaikkan gaji dan kini akan diberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 seorang. Manakala ‘frontliners’ pula, yang ramai juga adalah pekerja kontrak diberikan sumbangan one-off sebanyak RM200 sahaja. Saya harap, Kerajaan Negeri akan memikirkan siapa yang betul-betul memerlukan bantuan seperti ini.
YB. Speaker, saya bangkitkan isu-isu ini bagi menjelaskan keadaan sebenar di sekitar negara dan negeri kita ini. Ini realiti hari ini, bukan keadaan yang rakyat buat-buat untuk meraih simpati. Ketika rakyat teramai dalam kesempitan, saya rasa ini bukan masanya untuk bercakap mengenai projek-projek mega seperti KXP, KRC, KSTP. Yang mana boleh ditangguhkan, tangguhkanlah dulu. Mana yang tidak melibatkan dana Kerajaan Negeri dan hendak disegerakan oleh pihak swasta, patut dipermudahkan. Ia, dalam jangka masa panjang semua projek-projek ini akan memberi banyak manfaat kepada Kedah dan rakyatnya tapi pada masa ini, apa yang rakyat perlukan ialah penyelesaian jangka masa pendek dan sederhana. Sepatutnya Kerajaan Negeri merasai denyut nadi rakyat dan mendengar apa rintihan mereka ketika ini. PKP yang menghalang pergerakan antara daerah sangat menjejaskan pendapatan rakyat. Seboleh-bolehnya, biarlah sekatan pergerakan mengikut negeri dilonggarkan bagi membolehkan penduduk Kedah bergerak ke mana-mana sahaja dalam negeri kita ini. 5 bandar utama yang diistiharkan sebagai kawasan bebas berniaga tidak akan berjaya sepenuhnya jika rakyat tidak dibenarkan bergerak merentasi daerah. Kalau pun ada kawasan di mana wujudnya kluster jangkitan, sekatlah di kawasan itu sahaja. Janganlah kerana 8 kes positif Covid 19, satu negeri ni disekat pergerakannya, yang terkini selama sebulan. Cuba bayangkan betapa susah rakyat nak cari makan. Saya harap Kerajaan Negeri boleh berunding dengan Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri untuk mencapai satu kata sepakat, bagaimana untuk mengimbangi antara menyekat penularan Covid-19 dan memulihkan ekonomi rakyat.
YB. Speaker, salah satu sektor ekonomi yang rantaian nilainya sangat besar dan mampu menjana pendapatan kepada penduduk yang ramai ialah sektor pelancongan. Sektor pelancongan tempatan terjejas teruk apabila kerajaan kuat kuasakan sekatan pergerakan antara negeri. Selagi negara tidak benar-benar terbuka untuk menerima pelawat perniagaan dan pelancong dari luar negara, maka industri penerbangan, perhotelan, perkhidmatan, pengangkutan, pemakanan, sukan, rekreasi, pengurup wang semuanya akan terjejas. Bayangkan berapa ramai pekerja yang terlibat. Kalau Singapura boleh membuka sempadannya kepada pelancong dan pelawat perniagaan dari negara China, dari Hong Kong, Australia dan sebagainya, kenapa tidak Pulau Langkawi dibenarkan buka untuk menerima mereka. Kerajaan Negeri mesti ambil inisiatif untuk berunding dengan Kerajaan Persekutuan bagi mencari jalan bagaimana ini dapat dilakukan. Kalau ini semua tidak dilakukan oleh Kerajaan Negeri, mana mungkin kita boleh mengharapkan kutipan hasil yang melebihi tahun-tahun sebelum Covid-19 mulai memberi impak kepada kewangan negeri.
Satu lagi perkara yang membimbangkan rakyat ialah bekalan air. Masalah ini memang sudah lama berpanjangan namun masih belum dapat diselesaikan dengan baik. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang meluluskan sekali lagi, 5 loji rawatan air yang telah pun diluluskan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dan Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Dah dua kali lulus dah, nak luluskan lagi.
Yang baru hanyalah Loji Rawatan Air Bukit Kayu Hitam untuk menampung keperluan di SBEZ. Dalam hanya setengah tahun YAB. Menteri Besar mengumumkan bahawa dengan penyusunan semula SADA dan dengan melaksanakan sendiri proses rawatan air, maka setengah daripada hutang SADA telah dapat dibayar. Persoalannya ialah, adakah Kerajaan Negeri yang sebenarnya keluar duit atau simpanan tetap SADA yang digunakan untuk membuat bayaran tersebut? Adakah program migrasi ke Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) akan terus dilaksanakan dan berapa baki hutang yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Kedah selepas migrasi tersebut? Sejak sekian lama, telah dibahaskan dalam Dewan ini mengenai kerugian yang terpaksa ditanggung oleh SADA apabila membayar syarikat swasta untuk menguruskan loji di Langkawi dan beberapa loji-loji lain di tanah besar Kedah.
YB. Jitra, 2 minit lagi!
Baru 9 minit 22 saat... 2 minit lagi ya?
2 minit lagi.
Ok. Berapakah kos pengurusan loji-loji ini jika diambil alih oleh SADA berbanding dengan ketika syarikat-syarikat swasta itu menguruskannya? Bolehkah Kerajaan Negeri memberi jaminan bahawa tarif air tidak akan naik secara keterlaluan jika SADA tidak mampu menguruskan loji-loji tersebut pada tahap yang telah dicapai oleh syarikat swasta sebelumnya? YAB. Jeneri juga sebut bahawa SADA akan berjaya melunaskan pinjaman bekalan air kepada Kerajaan Persekutuan sekiranya ia tidak lari daripada matlamat asal penubuhannya. Saya ingin pengesahan, apa sebenarnya matlamat penubuhan SADA? Adakah sebagai operator pembekal air, atau sebagai pembina infra air, atau sebagai ‘authority’ yang mengawasi segala perkara berkait dengan air? Perkara ini pun tak berapa jelas. Akhir sekali, ingin saya bertanya mengenai beberapa perkara berikut. Adakah projek-projek seperti Chenang Bay, 99 East Langkawi, Langkawi Premium Outlet akan diteruskan? Apa perkembangan pembinaan Hospital Pendang? Kerana tidak disebut dalam pembentangan semalam. Adakah disediakan peruntukan khas bagi peniaga-peniaga kecil yang terjejas teruk oleh PKP? Apakah sasaran baru FDI dan DDI dalam keadaan pandemik ini? Adakah kelas tuisyen anak-anak KIDA akan diteruskan? Adakah Khairat Kematian juga diteruskan? Tidakkah ada bajet untuk Rumah Transit Taman Pulasan, Jitra? Tidakkah ada bajet untuk Tabung Khas Wanita Kedah? Jadi, YB. Speaker, itu sebenarnya yang hendak saya bangkitkan dalam perbahasan untuk Pembentangan Bajet bagi 2021 di Kedah ini. Sekian, terima kasih.
Teima kasih YB. Jitra kerana betul-betul mematuhi masa yang diberikan. Seterusnya saya persilakan daripada pihak kerajaan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah s.w.t kerana kesempatan hari ni di dalam membahaskan Ucapan Bajet yang dibentangkan oleh YAB. Menteri Besar. Saya rasa dah ramai yang bercakap tentang isu-isu yang ditengahkan pelbagai keadaan, ada yang pro ada yang kontra tentang apa yang telah dibentangkan oleh YAB. Menteri Besar di dalam bajet semalam ataupun kemarin. Saya kira apa yang dimaksudkan bajet di dalam menentukan kedudukan pentadbiran kerajaan, maka perencana ataupun rancangan ataupun apa saja itu adalah satu perkara perlu. Kalau kita kata tak perlu untuk buat bajet, rasa pelik itu pun. Bila disebutkan bahawa dalam bajet tu tak perlu disebut tu senang tak dak bajet. Kiranya dalam isu-isu yang ada kaitan dengan keadaan hari ini bukan berterusan pada peringkat awal lagi, ini jangkaan Covid dan sebagainya bila mari dan persediaan kita kebiasaannya tetap laksanakan, kita berusaha untuk menentukan kepentingan rakyat yang ada kaitan dengan Covid dan sebagainya membendung supaya mana tahap yang semampu mungkin. Begitu juga dalam peraturan, pengurusan, pentadbiran kerajaan diteruskan seperti biasa.
Jadi, kita tidak boleh meletakkan satu realiti bercanggah dengan keadaan apa yang kita buat sebelum ini. Saya dahulukan ucapan terima kasih dan tahniah, syabas di atas bajet yang telah diberi. Kita rasakan bahawa ada perbezaan di antara bajet-bajet yang dibuat sebelum ini. Kita tengok ke peringkat keseluruhan, daripada pentadbiran ataupun pengurusan peringkat negeri disampaikan kepada rakyat, diperjelaskan satu-satu tahap kedudukan dia dan kita dapati bahawa pengumuman bajet ini dapat dirasai oleh rakyat, dapat dirasai oleh golongan berbangsa sama ada Cina, India ataupun Islam sendiri, Melayu dan boleh dirasai oleh semua peringkat daripada peringkat pentadbiran, pengurusan kerajaan sampailah di peringat bawah, di bawah Kerajaan Negeri. Ada yang telah diletakkan sebagai satu keistimewaan disentuh di dalam bajet yang mana prihatinnya dicipta bajet begitu rupa. Jarang sekali disebut dengan kaitan begitu-begitu, disebut dengan kedudukan individu di dalam sebagai seorang penjawat awam dan sebagainya, diceritakan kepentingan sesuatu keluarga berterusan sampai ke anak cucu. Bukan tujuan untuk melawan tetapi untuk pemahaman bahawa kita ada kaitan di antara satu sama lain, kewajipan dia dan pelaksanaan telah di buat dalam bajet supaya ia terlaksana. Begitu juga lah apabila disebut di dalam keadaan yang lain, kaedah-kaedah dalam melunaskan bajet dan strategi yang menentukan kedudukan bajet telah diceritakan. Walaupun kadang kala peringkat kita tengokkan apa-apa bajet itu kita ada juga kita rasa... Haih! Satu bajet yang cukup tinggi, kita rasa kemampuan itu perlu dihentikan sementara dan sebagainya.
Tetapi bagi saya, bajet adalah untuk menentukan kemampuan dan meletakkan jangkaan kita boleh melaksanakan satu pentadbiran yang sempurna. Bila kita sebut saja KXP, Lapangan Terbang Kulim, kita rasa ianya satu benda yang tak perlu. Pasaipa, kita duk jauh dari lapangan terbang? Pada hakikatnya, KXP ini satu industri penerbangan yang dirasakan bahawa ia boleh memberikan keuntungan dan kelabaan dalam masa yang cukup singkat. Tapi oleh kerana kita tak pernah menyentuh industri ini, kita rasakan itu, haih! Tak perlu dibuat. Saya kerdil dalam kedudukan ilmu penerbangan, saya hanya bertugas di lapangan terbang dari tahun 1975, 1985, 1995 ke 1999 baru saya berhenti. Saya tahu kedudukan dia. Bila sebut KXP yang dicadangkan di dalam bajet ini ada orang sebut macam mana nak bersaing dengan Pulau Pinang. Saya kata, orang ini tidak ada kefahaman dalam strategi penerbangan, airport-airport dan sebagai nya. Pulau Pinang hari ini bukan saingan bagi kita kalau kita buat di Kulim, sebuah international airport yang sama tarafnya dengan Bayan Lepas Airport. Tetapi, apa yang harus kita sedarkan ialah di Pulau Pinang hari ini, sebuah landskap penerbangan itu sudah pun padat. Saya 24 tahun duduk di Pulau Pinang, kerja di Pulau Pinang, dia dah padat penuh dah. Kapal terbang sebelum ini 200 biji sehari, tapi Covid ni turun 10 saja. 200 dan ‘runway’ dia sepanjang 11,000 tak mampu nak buat lagi untuk memenuhi tuntutan tersebut. Terminal ‘building’ dibuat pindaan berkali-kali untuk memenuhi tuntutan, keperluan di dalam ini. Tak mampu sampai ke hari ini, ia sampai ke tahap maksimum.
Jadi, apabila kita buat di Kulim, kita rasakan satu keistimewaannya kita bukan nak bersaing di tahap itu bahkan kita akan mendapat kelabaan yang lebih daripada apa yang diperolehi di Pulau Pinang. Maknanya tak perlu lah nak bersaing dengan dia, tetapi penerbangan ini dia berkembang dengan cukup cepat, bukan lambat, cukup cepat!
Saya ingat pada awal tahun 90-an itu apabila nak dibuat di KLIA, buat lapangan terbang international, lapangan terbang di Kuala Lumpur tu, bila buat tu kami staff sendiri pun tengok bahawa yang nak dibuat ni bangunan lapangan terbang yang ‘advance’ 20 tahun ke depan. Masa dia buat, tengok dengan keadaan macam ni tu dia, 20 tahun ke depan baru layak buat, tapi dah nak buat. Tetapi apabila dibuat pada masa itu, keuntungan di Subang Airport masa itu ialah RM70 juta. Apabila berlaku perpindahan ke KLIA, lapangan terbang yang baru, pada masa itu MAB, dia telah menggunakan keseluruhan dalam cubaan tu dia gunakan seluruh peralatan dia dalam tu, maka ‘maitanance’ dia ialah tak kurang daripada RM160 juta. Duduk di Subang masa pindah tu RM70 juta, mari-mari RM160 juta, ‘maintanace’. Pakat melengung, kami staff bonus pun hilang. Tapi apa keadaan yang berlaku?
Jadi, apabila salah seorang ni dia orang Kedah, Dato Azmi Morad ni orang Kedah dia pandai. Dia dulu ATC di Alor Setar selepas tu dia pergi Airport Manager di Pinang saya kerja bawah dia lepas tu dia jadi Airport Manager di Kuala Lumpur. Dia kata, “wujudkan lapangan terbang ini sebagai satu bisnes lain daripada kapal”. Itu rancangan, maka dia wujudkan Eraman di dalam bawah MAB, Malaysia Airport Berhad, maka Eraman dapat ‘checkup’ yang cepat masa dalam 3 tahun perbezaan RM70 juta dengan RM160 juta sudah pun sama. 3 tahun saja! Pada masa itu kita rasakan memang, kita rasakan tidak ada wang. Tetapi perkembangan airport ini kalau tak sabit Covid dia semakin meningkat.
Di Pulau Pinang dalam sebulan lepas, apabila dia tak boleh buat jualan orang-orang dalam, yang berniaga ‘duty free’ tak boleh berniaga. Dia jual cokelat saja, bila tak boleh berniaga dia nak tutup nak bawa keluar barang cokelat dia kastam tahan cukai kena bayar RM56,000 baru dia boleh bawa keluar barang dia, cukai. Bila nak keluar, bayangkan cukai saja RM56,000, barang itu terlebih daripada ratus ribu. Tak boleh nak berniaga, dia nak keluar, kastam tahan. Lama-lama tak boleh dia kata, saya nak bawa keluar kena, kastam nak bawa keluar pun tak boleh. Kastam buka-buka plastik, anak saya duk kerja, dia kata, “mai-mai member dia belaka dia kata, angkat bawa balik la hang pintu banyak di airport ni”. Bawa balik cokelat.
Maknanya perniagaan yang bergantung kepada airport tadi bukan khursus untuk airline sahaja, airline diambil alih oleh syarikat dia. MAB boleh ambil airport tax. Tetapi kita yang mempunyai tanah, yang mempunyai harta, yang siap di dalam kawasan tu ada hak. Kita boleh buat pelbagai keadaan yang boleh memberi ruang pekerjaan yang boleh menjanakan ekonomi yang cukup hebat dengan membina airport, tanah luas. Macam KLIA, dia buat hat dalaman saja berapa ratus kedai. Dulu memang kosong, tapi hari ni bila kita langkah pi lah ruang mana pun kedai dalamannya.
YB. Belantek, 2 minit lagi!
Tapi kalau berlaku sepertimana KXP ini, dengan pelan kita peringkat dia nak pergi highway, dari Kulim ke Jambatan Pulau Pinang, dari Kulim melalui Bandar Baharu ke Taiping ke Grik dan ke Sungai Petani. Apabila perkembangan tadi yang bukan khususkan kepada penerbangan sahaja, tetapi yang kita melaksanakan pentadbiran penerbangan tadi, kita boleh buat landskap perniagaan, boleh buat pasaraya lapangan terbang di kawasan yang lain yang terlibat dengan lapangan terbang. Di situnya bila kita boleh buat pasaraya maka tenaga-tenaga kerja dan mereka-mereka yang mencari peluang pekerjaan boleh menjanakan satu ekonomi yang kukuh di dalam penerbangan bersandarkan kepada penerbangan. Ini yang kita nak, ini yang kita nak buat. Dia boleh jadi apabila besar besok, besok, bila semua peringkat dibuat pentadbiran, buat pembangunan, hat Sungai Petani boleh jadi bandar ke 2 nak pasang iklan. Pasang iklan pun main dengan tepi highway ni hak milik kita tanah kita, InsyaAllah. Tuan-tuan tau hat di Pulau Pinang tu hat tinggi besar depan sana......(YB. Timbalan Speaker mencelah)
YB. Belantek boleh ‘landing’ dah!
Habis dah?
Habis dah masa. (Sambil ketawa) Junam habis dah..
Dia ‘landing’ kena tunggu ADC kata habis dah ka? Jadi, saya nak cerita banyak, makna dia kalau peringkat nak buat lapangan terbang kena fikir bukan untuk kapal terbang nak naik turun atau penumpang, tetapi kita jadikan landskap itu sebagai tapak ekonomi. Orang lain semua turun boleh kita buat sebagai tapak parking kereta pun boleh bayar gaji staff. Tapi kerana masa tak berapa nak izin saya nak sentuh sikit lagi lah. Saya nak cakap sikit dalam masalah apa yang.....(YB. timbalan Speaker mencelah)
Masa sebenar dah tamat!
Dah tamat dah?
Dah tamat dah..
Tak peraya..... Kita pun.. ‘landing’ lah no? Sekadar itulah, saya harap apa yang saya sampaikan tadi, bukan saya nak bagi satu penerangan dan sebagainya tetapi setidak-tidak kita faham makna dia bila sebut saja projek itu, ada benda yang boleh menguntungkan kita sebagai pelaksanaan kerja buat itu. Sekadar itulah, terima kasih.
Terima kasih YB. Belantek, yang memang lama berkecimpung dalam lapangan airport ni. Silakan YB. Derga.
Terima kasih YB. Tuan Speaker dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan sekalian. Selamat tengah hari. Saya ingin berkata, kita masih dalam tempoh PKPB ini walaupun kes itu tak banyak tapi mengikut YAB. Jeneri, ancaman pandemik Covid-19 ini akan berlarutan sehingga tahun 2021.
Tetapi saya tak dapat baca dan juga nampak bajet Negeri Kedah yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat dapat mengubati golongan-golongan yang terkesan akibat daripada pelaksanaan pelbagai jenis PKP untuk mengurang pewabakan pandemik Covid-19 ini. Juga suasana ekonomi yang menguncup seperti yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat sendiri. Jadi, mengikut laporan ucapan Yang Amat Berhormat pasal prestasi 2020 dan sebagainya ini nampak amat ‘familiar’ (dengan izin) bagi saya sebab inisiatif-inisiatif dan dasar ni dibuat semasa PKP pada penggal pertama dan kedua. Jadi, apakah inisiatif-inisiatif dan tindakan Kerajaan PN untuk tahun 2021 ini kita tak nampak dalam bajet tersebut. Saya juga pohon nak tanya, adakah kerajaan mengambil inisiatif untuk mengenal pasti golongan-golongan atau kumpulan yang memang terkesan seperti yang disebutkan oleh YB. Jitra tadi, dari sektor pertanian, nelayan dan penjaja sehingga juga sektor pelancongan dan sebagainya. Berapa bilangan terlibat dan siapa yang terlibat? Apa kesan kepada mereka dan apakah bantuan dikenakan untuk membantu golongan-golongan seperti ini? Yang ni memang pun saya tak nampak dalam bajet ini, dan kita tak tau lah adakah Kerajaan Persekutuan masih akan melaksanakan pelbagai jenis PKP. Kita ada PKP, PKPB, PKPD, PKPS dan sebagainya. Tak tau apa sebabnya kita adakan sebab seperti di Kedah ni tak banyak kes dan saya setuju dengan cadangan YB. Jitra bahawa sebenarnya kita boleh kurungkan hanya kawasan-kawasan yang terlibat. Tapi Covid ini tak kira la vaksin tak vaksin, ia akan bersama dengan kita selama-lamanya, ia takkan hilang dan mungkin akan datang bila-bila masa saja.
Jadi, bajet ini patut bagi saya, menyusun semula strategi pengunaan sumber kita supaya diagihkan kepada golongan bersasar dan juga meletak di tempat ataupun di titik yang dapat mencergaskan ekonomi seperti 4 teras yang disebutkan oleh YAB. Jeneri semalam. Tapi di antara 4 teras ni saya nak pohon tanya, apakah ukuran-ukuran kecerdasan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan lain-lain lagi. Yang ni hanya cakap saja ataupun memang ada ukuran dan berapakah pendapatan rakyat kita akan dipertingkatkan dalam tempoh katakan sampai 2035 atau dalam tempoh yang terdekat. Apakah ukuran tersebut? Adakah ini hanya duk buat secara tradisi bajet ini, dan secara ‘very optimistic’ seperti yang telah banyak sebut oleh ADUN-ADUN termasuk ADUN Alor Mengkudu, Gurun, Anak Bukit dan Jitra. Jadi, saya takkan ulang lagi. Saya hanya nak pohon dan kita nampak kita perlu ada ukuran yang realistik sebab kita tau bagaimana kita nak capai KPI tersebut. Jadi, kita nampak dan saya ucapkan tahniah lah sebab PN bersedia untuk teruskan Pelan Pembagunan Kedah 2035 yang telah disediakan semasa pentadbiran PH. Yang ini merupakan satu contoh supaya ‘continuity’ dan ‘sustainable government’ (dengan izin) iaitu yang satu program berterusan. Tapi kita tak boleh ‘just’ ikut sebab perubahan kena buat mengikut kesesuaian masa. Yang pelan-pelan ni disediakan dan dirancang, dibuat semasa sebelum ada Covid, sebelum kita kenal Covid. Jadi, apakah yang dikatakan perubahan tersebut supaya kita boleh membuat kepastian perkembangan KDNK kita dan sebagainya. Mengikut Jabatan Perangkaan, KDNK kita memang berkembang, dari tahun 2016 hingga 2019, KDNK perkapita bertambah, meningkat daripada RM19,835 pada tahun 2016 kepada RM22,341 pada tahun 2019. Saya nak pohon tanya pasal sasaran kita untuk peningkatan dalam tahun yang akan datang 2021 dan 2022. Sama juga mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia, purata pendapatan isi rumah negeri Kedah pula meningkat sebanyak 11% dari tahun 2016 iaitu daripada RM4,971 hingga RM5,522 pada tahun 2019. Adakah kadar pendapatan ini patut dipertambahkan atau dipercepatkan oleh pimpinan YAB. Jeneri?
Dalam perangkaan tersebut, kita nampak golongan B40 sebenarnya ada peningkatan yang amat ketara sebanyak 24.6%, dalam tempoh yang sama daripada RM2,089 sehingga RM2,603 pada tahun 2019, berbanding dengan T20 hanya peningkatan sebanyak 3.5%. Jadi, ini satu usaha yang kita nampak jelas bagaimana kita nak kurangkan jurang antara T20 dan B40 di mana kita cuba meningkatkan B40. Jadi, bagaimana? Sekarang ni asalnya yang ni pandemik. Jadi, berapa golongan ini yang hilang pekerjaannya? Adakah data-data tersebut dan bagaimana kita nak bantu mereka? Adakah kita hanya nak sediakan tempat untuk mereka menjaja? Tapi sekarang ni bila kita buka ruang untuk lebih ramai masuk jadi penjual makanan, adakah kita terfikir yang sekarang ni yang memang menjadi penjaja di tepi-tepi jalan ini seperti yang selalu disebut oleh YB. Gurun. Bolehkah mereka diberikan lesen sementara? Sementara kita nak bagi yang baru. Kita takut nanti, Tony Fernandes bos Air Asia pun masih jadi ‘grab food deliver’. Apa yang akan berlaku dengan marhaen kita yang terpaksa yang ini? Jadi, saya setuju sangat jika boleh permudahkan semua urusan untuk berilah lesen sementara kepada semua yang telah berusaha dan sediakan tempat yang sesuai. Yang ni memang telah banyak kali dibincang di dalam Dewan yang mulia ini sama juga dalam mensyuarat MMK dan memang ada jawatankuasa yang ditubuhkan oleh pihak SUK untuk dilaksanakan dan permudahkan urusan tersebut. Dan saya berharap sangat yang ini dapat dilaksanakan secepat mungkin.
Sama juga untuk banyak tanah-tanah teroka. Kita tau semasa pandemik Covid ini, makanan itu suatu yang utama. Jadi, kita ada tanah-tanah yang terbiar di negeri Kedah ini, banyak tapi tak di usahakan. Ada peneroka usahakan dihalau. Boleh tak kerajaan baru pertimbangkan, bagilah tanah ni kepada semua peneroka, untuk mereka dapatkan tanah, mereka rasa selamat, rasa terjamin untuk terus usahakan. Sebab isu pentadbiran dari segi tanah saya ingat boleh buat secara pentadbiran dan pelaksanaan kena dibuat secepat mungkin. Sebab untuk yang ni kita bukan cakap pembangunan jangka panjang, yang tu kena diteruskan. Nak buat KXP dan sebagainya tu boleh diteruskan, tetapi yang keutamaannya jangka pendek apa yang kita kena buat terutamanya untuk mencergaskan ekonomi.
Yang kedua, pemberian secara jangka sederhana. Jadi disini, saya nak syorkan supaya kita nampak peruntukan untuk pertanian tak banyak 5.3% peratus saja. Yang ini memang patut diperbanyakkan supaya pertanian digerakkan secara cepat sebab ‘cash crop’ ni boleh dapat pulangan cepat, nanas satu tahun, 6 bulan, 3 bulan, setahun dah boleh dapat pendapatan. Yang ini yang boleh percepatkan ekonomi, jadi pembangunan ni patut diutamakan dalam bajet ini. Bukan pembangunan jalan baru dari Sik ke Jeneri dan sebagainya sebab sekarang ni bila Covid kita pun kurang atas jalan semua ‘stay at home’ keperluan tu mungkin tak se‘urgent’. Saya cadangkan mungkin yang jalan baharu tu mungkin boleh kita gunakan duit yang lain. Contoh, untuk pihak Perumahan saya cadangkan, sebab RM3 juta untuk di ‘allocate’ untuk bab perumahan ni tak cukup. Taman Seri Gemilang untuk membuat STP pada tahun 2017, peruntukan yang diperlukan pun lebih kurang RM2.5 juta lah.
Jadi, adakah RM3 juta cukup? Saya berharap YAB. Jeneri dapat tambahkan mungkin jadikan RM10 juta ka sebab kita ada banyak projek yang perlukan pengendalian, nak buang sampah pun tak ada duit, minta buat lampu pun tak ada duit dan sebagainya. Yang tu satu. Isu lagi satu ialah isu tanah skim perumah awam ni, isu pemilikan. Ada Taman Wira, Flat Setia Jaya, Alor Malai dan sebagainya.....(YB. Timbalan Speaker mencelah)
YB. Derga ada satu minit lagi!
Ha?
Satu minit lagi...
Charok Nau dan sebagainya. Pembeli sudah bayar, habis bayar dah tapi tak dapat pindah milik. Isu ini patut boleh dipermudahkan urusannya dengan dasar dan tindakan. Yang ini satu tambah hasil untuk negeri dan juga memberi jaminan kepada pemilik. Ok, cukai tanah dan sebagainya. Jadi, kita nampak tindakan kena dibuat untuk sejahterakan rakyat bersama. ‘Last’ satu ‘point’ yang penting saya rasa saya nak ‘highlight’ di sini, tadi YB. Jitra sebut pasal perhotelan dan Langkawi dan sebagainya. Sebenarnya kita nampak jika kita tengok PBT, untuk menggerakkan pembangunan ekonomi dalam Covid ini, semua pihak kena terlibat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Kerajaan PBT dan juga rakyat kena bersama. Bila rakyat susah saya rasa kita kena bersama-sama bertanggungjawab. Majlis Pebandaran Langkawi mempunyai ‘cash’ yang banyak. Sebenarnya Majlis Perbandaran Langkawi contoh boleh ambil untuk bagikan ‘rebate’ ke atas cukai, cukai taksiran, cukai pintu, cukai lesen supaya galakkan dan bantu rakyat yang susah sekarang agar mereka akan dapat itu kemudian untuk bantu bagaimana kita nak bagi pelacongan naik semula ataupun yang sampingan-sampingan tersebut. Tetapi untuk PBT bukan semua PBT yang memang seperti Langkawi. Jika ikut jawapan yang diberikan disini, mungkin semua boleh tengok dalam lampiran .....(YB. Timbalan Speaker mencelah)
Terima kasih YB. Derga, masa dah cukup dah.
Last ya last! Ini penting.
Jangan curi masa, sila duduk.
Tak curi masa, sat saja! Ok. Sebab yang ini penting. So I minta PBT kena tengok balik juga ya, saya lebih suka syorkan untuk bantu penjaja semua, jika boleh semua PBT boleh tetapi ingat kita pun kena ‘aware’ bahawa PBT ni ada 4 PBT secara ‘technically’ sebab menjadi bankrup. Selepas....(YB. Timbalan Speaker mencelah)
Terima kasih YB. Derga. Terima kasih....Masa sudah cukup.
Sat, yang ni penting. MBAS, MPKK, MPKP dan MPL. Jadi, yang ni penting....
Sila duduk! Sekarang saya persilakan yang sebelah kanan saya...
YB. Tuan Speaker, yang ni ya I tau masa...Tapi yang ni penting, sikit ja. Sikit ja, habis dah...
YB. Derga boleh mencelah tadi?
Ok,I tak nak curi masa, 1 minit. Sebab saya wakil rakyat ni saya rasa kita kena berucap.
YB. Speaker, kami tadi pun, kita patuh masa yang diberikan tadi pun kita patuh.
Ya.... Sat! Sat saja, 1 minit. Tadi, Yang Berhormat ... 1 minit. Kita akan patuh, sat saja. Yang ni, yang ni last! Yang ni last!
Sekarang saya persilakan Yang Berhormat sebelah kanan saya. Silakan!
Ouh! Sat! Sat! Sat saja. Last! Last! I hanya cadangkan last, banjir kilat yang selalu melandai rakyat di Bandaraya Alor Setar ini. Sebab Alor Setar ni I tengok kerajaan hanya peruntukkan RM200 ribu saja. ‘Amount’ yang paling rendah, semua PBT oleh Kerajaan Negeri. Jadi, saya minta jika yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat..... (YB. Timbalan Speaker mencelah)
YB. Derga, saya rasa semua wakil rakyat ada cadangan-cadangan yang banyak!
Jalan baharu Jeneri RM85 juta tu boleh digunakan untuk mengatasi banjir kilat Alor Setar yang hanya RM68 juta sahaja. Itu saja, terima kasih YB. Speaker.
Terima kasih YB. Derga. Saya harap kita dapat menepati masa yang ditetapkan, diputuskan. Jadi, saya persilakan di sebelah kanan saya.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirahim, Alhadulillahi robbil a’lamin wassolatu wassala muala asyrofil anbiya iwal mursalin wa’ala alihi wasohbihi ajmai’n. Terima kasih kepada YB. Tuan Speaker yang memberi laluan kepada saya untuk berucap pada pagi ini. Yang dimuliakan YAB. Menteri Besar, yang dimuliakan barisan Exco, semua Ketua-ketua Jabatan dan semua ahli mensyuarat. Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t pada hari ini 16 hari bulan sama-sama kita dapat membahas Bajet 2021 yang telah dibentangkan oleh YAB. Menteri Besar pada kelmarin. Jadi, banyak yang telah memberi hujah, hujah cara pembangkang dan hujah cara kerajaan. Biasa, perkara biasa. Pembangkang bila pun dia akan membangkang, macam kami dulu lah masa jadi pembangkang, bangkang juga lah, masa jadi kerajaan cakap cara kerajaan lah, itu perkara biasa dalam Dewan.
Jadi, disini saya nak ambil sikit apa strategi-strategi yang telah dibentangkan oleh kerajaan untuk memajukan negeri Kedah khasnya pada tahun depan. Di sini ada strategi yang ke empat ni masalah pelancongan. Masalah pelancongan ni saya merasakan supaya dapat untuk mencari pendapatan untuk Negeri Kedah Darul Aman.
Jadi, kalau kita tengok di dalam negara-negara luar, pelancongan ni lah satu pendapatan yang hebat untuk menampung kos-kos yang ada dalam negeri. Dalam negeri Kedah ni banyak tempat-tempat yang kita boleh wujudkan tempat untuk jadi industri pelancongan, yang telah ada diperhebatkan, yang belum ada, diterokai. Saya mengambil contoh di Bukit Kachi, ada satu gua komunis, berkurun lamanya tapi sampai hari ini tiada siapa yang terokai untuk menjadi satu tempat sejarah yang dapat menarik pelancong untuk hadir ke situ. Dulu ada satu projek lah, zaman tahun 90-an. Tapi projek tu terbengkalai tinggal macam tu, la naik hutan dan tinggal pokok-pokok hutan. Jadi pokok hutan yang ada di situ maka gua-gua tu pun dah duk dalam hutan. Dulu ada jugak laluan-laluan untuk kita melihat sejarah yang ditinggalkan oleh komunis. Jadi saya mencadangklan supaya YB. Exco Pelancongan ambil benda ni untuk kita terokai supaya orang dapat melihat apa itu sejarah yang telah ditinggalkan oleh zaman-zaman dulu. Ada satu jalan yang boleh ke Sungai Badak terus ke ‘highland’, itu pun tempat sejarah, orang panggil “perangkap samar” masih lagi ada jerangkap samar yang dipasang-pasang wayar apa semua. Mungkin itu satu tempat yang kita boleh mencari pendapatan untuk negeri Kedah khasnya, sejarah yang telah lama tertinggal di situ. Jadi, benda-benda bersejarah yang ada dalam negeri Kedah ni banyak tempat, jadi kalau kita tinggal benda tu tak dapat faedah apa. Ada sejarah tapi tak ada apa yang kita boleh menikmati di situ.
Begitu juga di Tasik Pedu, Tasik Pedu ni zaman tahun 1969 mula buka tapi sampai hari ini tak dak lagi pelancongan yang dapat menaik taraf di Tasik Pedu. Contohnya dalam tahun dulu yang buat challet apa semua, tak maju pasal jalan tak dak, jalan yang sempit. Kalau di situ orang panggil Gunung Kerengga, nak naik motor gear 1, nak turun pun gear 1, pasal terlalu tinggi.
Jadi tak dak lah pelancong-pelancong yang dapat hadir di situ. Jadi, la ada dah Highway Keteh, jadi lalu tepi tasik boleh lah ada melihat keindahan di Tasik Pedu dan ada sejarah-sejarahnya, ada orang panggil Charok Jit, ada orang panggil Kubang Brahim, ada orang panggil Charok Bubu Buloh. Semua-semua tempat tu adalah sejarah yang ditinggalkan oleh orang zaman dulu sehinggakan kalau semua pakat tahu bahawa di dalam Tasik Pedu tu ada satu pekuburan ratusan tahun, masa musim kemarau hari tu semua pakat turun ke Tasik Pedu melihat kubur yang timbul. Jadi, masa tenggelam orang duduk berenang atas kubur, apabila timbul, orang tak berani masuk ke situ. Jadi, saya mengharapkan kepada kerajaan supaya buat laluan lah dari highway tu ke perkuburan Islam yang ada di situ supaya pelancong-pelancong ni dapat melihat dengan secara dekat, jika musim kemarau boleh masuk ke situ. Di situ ada Lembah Jepun, ni cerita-cerita dulu. Boleh buat satu-satu tempat untuk pusat pelancongan, itu sedikit untuk pelancongan.
Yang keduanya untuk menambah pendapatan kerajaan saya mencadangkan supaya kerajaan menitikberatkan tentang tanah, tanah-tanah yang ada di negeri Kedah ni yang belum ubah syarat. Kebanyakan kawasan-kawasan yang diterokai, didiami kawasan dulu masa tu bersyaratkan pertanian. Jadi, cukai pertanian ni dia kecil, saya mengharapkan supaya ambil jalan untuk ubah syarat daripada pertanian ke pembangunan lah, kalau dia buat bangunan apa semua supaya kita dapat menaik cukai. Bukan kata kita nak menzalimkan dia, tapi dia dah jadi satu pusat bisnes, jadi ambillah kadar pusat bisnes jangan duk ambil pada kadar pertanian, hat tu untuk menambah pendapatan.
Keduanya isu tanah ni masalah rakyat miskin, semua rakyat miskin yang ada di seluruh negeri Kedah ni kalau dia nak, contohnya orang susahlah, orang terlalu susah, dia rumah nak roboh tanah tak dak geran nak mohon bantuan kepada jabatan-jabatan mana, nak buat rumah kena ada geran. Kalau tak dak geran bantuan hanya boleh ‘repair’ lah. Kalau macam peruntukan yang telah dicadangkan oleh kerajaan untuk gotong-royong kita boleh buat lah benda-benda macam ,tu, gotong-royong. Kalau nak bagi rumah sebuah, syaratnya kena ada geran. Di sini saya mencadangkan supaya kerajaan cari lah jalan macam mana pun untuk membantu rakyat-rakyat miskin ini supaya mendapat geran walaupun kecil tanah dia. Cara permudahkan dia mungkin bayaran insuran premium makan masa lima, enam tahun tapi akhirnya si miskin ini ada juga sepucuk geran untuk dia membina rumah bantuan daripada kerajaan dan sebagainya. Kalau kita duk tengok di belah-belah hulu lah, belah-belah Gurun tak pa orang hebat-hebat. Jadi, belah-belah hulu ni kerja dia memotong, kalau musim la sebulan nak boleh jual skrap sekali pun sakit, nak makan pun tak lepas apatah nak buat rumah. Jadi, Pak Long ni duk meleteee.... kut tepi rumah pagi-pagi, nak gi motong tak boleh. Tanya sebab apa Pak Long? “Pening dah” dia kata, “rumah dah ‘A’ masuk nak gi motong tak boleh”. Pastu dia mari lah mintak beras sekampit bagi. Jadi, setakat beras gula kopi tu InsyaAllah pusat khidmat boleh bantu.
Tapi kalau rumah, jabatan kerajaan contohnya KEDA, Zakat apa semua nak buat rumah memerlukan geran. Jadi, sampai bilakah nasib mereka ini untuk mendapatkan sebiji rumah yang selesa. Tu baru dia ada anak tiga, empat, mungkin selepas ini anak dia berkahwin dapat menantu, dapat cucu. Jadi, benda ni akan berpanjangan sampai ke bila-bila jika kita tak cari satu kaedah untuk membantu rakyat-rakyat yang bukan susahlah, susah ni memang Allah telah beri lah. Setiap benda tu dia ada manfaat dia, ada ni Tapi itu lah perancangan kita untuk membantu mereka ini.
Jadi, selainnya saya nak cerita sedikit masalah di sebelah Pedu ni. Sebelah Pedu ni, pernah ada Menteri Besar di DUN Pedu. Tapi sampai ke hari ini di DUN Pedu ni nak kata tak dak apa sekara tu ada juga, tapi benda-benda yang asas tak dak. Contohnya ATM tak dak, pejabat pos tak dak, setakat hari ni pun kita tengok tak dak lah. Mungkin terlepas pandang ka macam mana untuk bajet ke sebelah DUN Pedu ni. Perumahan pun tak dak, segala-galanya tak dak, yang ada tanah lkemudian Tasik Pedu. Tasik Pedu tu pun orang Pedu tak boleh guna, jadi duk boleh guna orang sebelah YB. Ayer Hitam lah, Ayer Hitam apa semua boleh guna menggunakan air Tasik Pedu dan orang belah Penang dan Perlis. Jadi, nasiblah rakyat di Pedu ni, lalu di depan tengok ‘haa... ‘A’ mu gi ke mana’ dia tanya. Bunyi-bunyi ‘A’ paih ke Jitra. Jadi, saya mengharapkan supaya dapat cari lah jalan untuk menyalurkan air Tasik Pedu tu contohnya ke Bukit Buloh, ke Bukit Lasah, ke Bukit Kura, tu semua persisiran sungai yang dilalui oleh air Tasik Pedu. Jadi, orang sebelah tu duk tengok macam tu ja, dia tak lompat naik ke petak-petak bendang di situ. Jadi, mintalah kerajaan mencari jalan untuk menyelesaikan sedikit sebanyak daripada rakyat-rakyat Pedu boleh menikmati apa yang dilalu depan mata mereka. Macam pengairan di Bukit Sena, dari dulu habis puluhan juta, sampai ke hari ni manfaat tu tak dapat dinikmati 100%, dalam 40 ke 50 %. Pasal zaman tu dia guna paip tanam dalam tanah. Tak silap guna sabun saja, dia ‘joint’ paip tu ........ (YB. Timbalan Speaker mencelah)
YB. Pedu, masa dah habis dah!
Nak habis dah?
Dah habis dah!
Apabila lepas ‘joint’ tu dia habis... Apabila ‘joint’, sekarang ni apabila ‘pressure’ dah kuat dia pecah, dia jadi tak sampai ke sasaran. Saya mengharapkan supaya kita tengok balik lah, YB. Exco yang berkenaan turun melihat balik ‘piping’ yang ada di Bukit Sena. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih banyak YB. Pedu. Jadi, YAB. Menteri Besar, Exco-Exco, pakat-pakat tengok lah Padang Terap, Pedu dan Kuala Nerang nampak ‘laeh’ sikit. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat sebelah sini.
Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Tuan Speaker, kepada 36 Ahli Dewan Undangan Negeri, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan juga Agensi Persekutuan. Alhamdulillah, hari ini dalam usaha kita untuk sama-sama membincang dan merancang untuk 2021 ni, saya ingin memulakan ucapan dengan mengucapkan penghargaan kepada ‘frontliners’ kita, khususnya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, polis dan pihak beruniform, kepada semua mereka ini. Walaupun setakat ini masih lagi kita nampak lihat usaha setakat ini belum lah begitu berjaya dan kita perlu fikirkan usaha ikhtiar untuk pendekatan yang lebih efektif bagi menghalang penularan berterusan ini. Kita telah berusaha mengekang sebelum ini dari peringkat awal sampailah ke bulan May 2020 dengan penularan di Kedah mencecah 96 kes. Kemudian pada ketika ini, pada November 2020 kita telah pun melangkaui 2,200 kes. Jadi, apa yang kita nakkan supaya kita cari lah jalan pendekatan bersama kita bekerjasama untuk pastikan kita dapat mengekang. Kerana Covid ini bukan saja sebagai sebuah penyakit, sebagai satu penyakit dalam bentuk kesihatan, tetapi juga menjadi penyakit kepada sosial kita. Ramai rakyat yang telah hilang pekerjaan, hilang perniagaan, hilang punca cari makan dan sebagainya.
Jadi, kita nak tahu supaya kita dapat lihat apalah erti Kedah Sejahtera jika rakyat tengok saja dan apa ertinya kalau sedap dengar saja, lebih berat lagi jika “Kedah Sejahtera Rakyat Perputih Mata”. Jadi, saya nak sebut di sini bukanlah nak menegur sangat tetapi ketika ini, ketika kita sedang berbahas di Dewan ini, di luar sana penjaja dan peniaga kecil mendapat notis ketika baru nak mula berniaga selepas PKPD. Bukan saja notis, malah dah ada pun seperti disebut oleh YB. Gurun tadi, beberapa tempat telah mula dirobohkan dan diangkut barang-barang mereka. Jadi, kita minta supaya disegerakanlah bila YAB. Jeneri menyebut dalam ucapannya bahawa kita akan buka peluang besar-besaran untuk bebas berniaga dan kita harap disegerakan penyediaan kawasan perniagaan yang releven untuk bisnes ni. Bukan hanya yang kita pilih tempat tetapi tidak sesuai untuk mereka berniaga, kita dah tengok lama dah. Sementara itu berilah ruang mereka berniaga di tempat yang sama, malah kita dah semak difahamkan memang usaha ini menjadi keras bersungguh-sungguh merobohkan, didokong di belakangnya memang kita ‘check’ peranan Ahli-ahli Majlis semasa ini dan juga Penyelaras DUN yang menjadi tonggak kepada tindakan yang keras ini.
Jadi YB. Speaker, berbalik kepada urusan ekonomi di negeri Kedah ini. Tak sebut pun tak kena, tapi bagi saya unjuran 2021 ini perlulah kita semak semula kerana menjangkakan hasil RM720 juta untuk 2021 adalah sangat jauh daripada jangkauan. Kita tidaklah sekadar berpegang kepada “rezeki secupak tak jadi segantang”, tetapi kita kena tanam dululah kan?
Jadi, sebab kita melihat kepada keadaan semasa, sehingga 13 November, dibagitau kepada kita yang telah dapat dikumpul hasil adalah RM504 juta. Jadi, bagaimana kita nak sasarkan lebih kepada RM700 juta untuk tahun depan yang hampir sama keadaan ekonominya seperti tahun ini. Jadi, kalau lah ditakdirkan tak dapat lebih daripada RM500 juta, defisit sampai hampir RM200 juta. Saya tau lah tidak akan jadi defisit lah sebab kita akan ‘pekin’ dalam pembelanjaan, telur belah 8 kan? Mungkin kita hanya belanja dalam 60%, maka saya akan sebut beberapa perkara yang saya minta jangan dikurangkan dalam beberapa hal yang terlibat. Bagi saya, dalam kita melihat realistik bajet dan pendapatan yang kita ada ni, saya minta supaya kita sama-samalah semua pihak, bukan saja kepada pihak ADUN-ADUN tapi juga para pegawai di jabatan sama-sama kita berjimat dengan tidak membazir, kurangkan pembelanjaan, turunkan kos, kalau berani turunkan gaji, tidak bermewah, tidaklah pindah pejabat pada ketika ini dan tidaklah membeli kereta mewah pada ketika ini. Kita berjimat dalam keadaan hal-hal yang terlibat ini.
Kemudian, dengan masa yang terhad ini saya ingin terus menyebut beberapa perkara YB. Speaker tentang bajet kita. Pertama saya ingin sebut tentang T02 tu saya ingin tahu tentang dasar sedia ada, Pejabat Speaker DUN 2020 adalah kita telah tetapkan RM642,000, Pejabat Speaker DUN, tapi nampaknya tahun 2021 pun sama jumlahnya. Apakah dasar yang sama ini menunjukkan Speaker dari luar dan dari dalam ADUN masih lagi memerlukan pembelanjaan yang sama. Yang keduanya saya ingin melihat dalam B15 tentang Jabatan Kebajikkan Masyarakat ni, bagi tahun 2021 nampak seolah-olah tiada dasar baru kerana peruntukan yang kita sediakan tahun 2020 adalah RM24,817,000, manakala untuk tahun 2021 disediakan RM24,816,900, beza RM100 saja. Seolah-olah macam tidak ada dasar baru yang disediakan untuk pada tahun ini.
Seterusnya ingin saya kongsikan tentang pembelanjaan pembangunan negeri yang disasarkan RM200,900,090 itu, saya ingin mendapatkan penjelasan tentang pembelanjaan sebelas jabatan ini. Apakah jumlah pembelanjaan sebenar yang telah dibelanjakan ataupun akan dibelanjakan bagi tahun 2020 berdasarkan RM182 juta yang kita sasarkan sebelum ini? Kerana dari situ kita dapat lihat, berapa jumlah sebenar yang diperlukan untuk 2021. Seterusnya Tuan Speaker ialah tentang P04, saya ingin tahu ialah tentang pembangunan ataupun bangunan dan pejabat penghulu. Kita semua tau daripada 132 mukim di Kedah ini kita ingin tau juga berapa penghulu yang telah di isi, mungkin beberapa orang lagi yang belum dilantik. Tapi yang sangat penting saya nak tau ialah berapakah di kalangan 132 mukim ni yang telah pun ada pejabat? Sebab kawasan saya ni ramai juga lah yang masih minta tolong disebutkan perkara ni, masih belum ada pejabat. Jadi, kita nak tau daripada peruntukkan RM125 juta itu, strategi kita 2021 ni nak menyediakan pejabat untuk berapa? Sebab kita boleh bermimpi, mimpi ini ataupun impian tu hak semua orang, tapi impian tanpa goal, tanpa timeline dia tak akan jadi, tak akan jadi realiti. Jadi, kita nak tau berapa jumlah Pejabat Penghulu nak dibuat pada tahun 2021?
Seterusnya Tuan Speaker ialah tentang peruntukan tahap pembangunan ekonomi infra kesejahteraan bagi RM8.5 juta itu kita akan mohon lah supaya diberikan perincian kerana disebut sekali lalu. Tetapi dalam Ucapan Bajet YAB. Menteri Besar menyebut beberapa perkara yang mungkin orang tak dapat kumpulkan.
Jadi, ada beberapa ADUN rasa macam tempat dia tak cover, jadi boleh terangkan apa yang sebenarnya terlibat dalam kawasan tu. Seterusnya di bawah P09 peruntukan jalan dan jambatan RM49 juta. Selain daripada meneruskan pembinaan ataupun menyiapkan jalan Suka Menanti ini, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya kalau lah kita nak mengekalkan pembelanjaan pada kali ini, memang kita telah senaraikan saya rasa 7 jambatan untuk diganti, kalau nak dikekalkan pembelanjaan saya masih minta supaya diberikan keutamaan kepada dua jambatan, iaitu Jambatan Sungai Getah di Jalan Sungai Lalang, Bukit Selambau dan Jambatan Sungai Chepir dekat Batu 5 Sik tu. Yang itu lama dah kita tengok dan memang dalam keadaan yang membahayakan keselamatan. Jadi, kalau hanya 2 daripada 7 saya minta keutamaan diberikan kepada 2 jambatan ini.
Seterusnya saya ingin bangkitkan juga tentang program di bawah Jabatan Pertanian iaitu P11. Kita melihat diletakkan sasaran untuk meningkatkan penglibatan lebih ramai orang. Sekali lagi saya minta dimaklumkan kepada kita pada Sidang DUN ni, berapakah sasaran penglibatan khususnya melalui graduan penganggur yang akan dijemput untuk terlibat dengan program di bawah Jabatan Pertanian ini? Begitu juga dengan Jabatan Vaterinar, disebut dalam ucapan ialah tentang bagaimana kita cuba mencukupkan bekalan daging di Kedah supaya dapat kita sasarkan kepada Malaysia.
Jadi, kita ingin tahu berapakah jumlah pengeluaran yang ada setakat la ni? Berpijak di bumi yang nyata. Kemudian, apa yang kita sasarkan untuk kita capai pada tahun 2021? Di bawah Jabatan Veterinar ini juga saya nak minta tolong supaya pihak yang terlibat memberikan kerjasama dan juga ‘facilitate’ perundingan ni, sebab saya dapat tau, ramai penternak-penternak ayam, burung, kambing dan sebagainya mereka dah mula beralih kepada menggunakan sumber air daripada ‘underground’.
Jadi, ada beberapa sebab teknikalnya, urusan teknikal tentang perundangan dan sebagainya di antara pengusaha dan pihak kerajaan, kita harus memberikan kerjasama supaya mereka ini dipermudahkan. Kalau boleh bagi geran sikit sebab depa takut nak bayar RM1,500, RM150 dan sebagainya supaya mereka ini dapat meneruskan program pada ketika ini.
Kemudian YB. Speaker, saya juga ingin menyentuh tentang kumpulan wang pembangunan hutan ni dengan anggaran pendapatan juga sekitar RM8.1 juta. Saya juga ingin bertanyakan apakah termasuk dalam hasil tu, walaupun tak banyak, termasuk hasil sewa tanah kepada pengusaha balak jenis ‘soft wood’ yang kini berjaya mengunakan tanah-tanah persendirian dengan kitarannya hanya 5 tahun sebagai pusingan. Jadi, mereka ini dah banyak mengusahakan tanah sendiri, dah berjaya. Mereka dah mohon untuk sewa tanah hutan dengan kadar kitaran sekitar 5 tahun. Mungkin boleh difikirkan untuk berikan sewa kepada mereka supaya menjadikan hasil kepada tanah hutan yang sebahagiannya masih lagi gondol. Kemudian, P23 tentang Jabatan Hutan juga saya ingin bertanya apakah ekopelancongan ini disediakan RM3.2 juta, apakah akan terus membangunkan potensi di Gunung Bintang, potensi pelancongan di Gunung Bintang dan juga dibaik pulih kawasan Puncak Janing dan juga Hutan Bakau Merbok yang ketiga-tiga tempat ini sangat memerlukan satu sokongan kewangan untuk dibangunkan semula.
Kemudian, kerana soalan saya lepas ke belakang sikit dalam soalan lisan tu, saya ingin bertanya juga tentang kedudukan pencapaian bola sepak wanita ni. Sebab saya tengok sepintas lalu saya nampak pencapaiannya sangat baik dan hero, bukan hero lah, heroinnya pun ada di sini, mereka telah mencapai satu tahap yang cukup tinggi. Jadi, saya nak tau apakah polisi Kerajaan Kedah selepas ni. Apakah akan berikan sokongan kepada bola sepak wanita dan dikembangkan ataupun nak disekat pula perkembangan mereka?
YB. Suka Menanti, saya nak ingatkan masa ada 2 minit lagi!
Haa... Ok. Ok, terima kasih YB. Tuan Speaker. Kalau begitu saya juga ingin teruskan tentang beberapa persoalan lagi. Pertamanya juga sambung tentang peruntukan kepada masjid daerah, masjid yang diiktiraf sebagai masjid daerah iaitu Masjid Sultanah Bahiyah yang dijanjikan peruntukan RM250 juta. Jadi, saya ingin bertanya kerana setakat sekarang ini belum sampai lagi. Minta bantu dipercepatkan. Kemudian tentang apa yang disebut dalam program PAS ni, bukan PAS la, Program Anakku Sejahtera, singkatannya PAS. Jadi, RM100 ni nak beri secara one-off. Apakah syarat kelayakan dan bagaimanakah mekanisme dan juga proses kelulusan? Begitu juga dengan Tabung Wanita Sejahtera dan IPT, yang dulunya IPT kami bagi semua tapi apakah syarat dan kelayakan pada kali ini? 1 minit terakhir ni saya ingin ceritakan sedikit tentang hutang SADA tu ataupun kos operasi agen kutipan bil.
Jadi, ‘detail’ hutang SADA disebutkan sebelum ni adakah RM147 juta, dalam jawapan bertulis tu saya minta supaya diberikan ‘detail’ di Dewan yang mulia ini. Supaya kita melihat jumlah hutang yang terlibat keseluruhannya kemudian diperjelaskan kepada kita apakah sumber yang digunakan untuk membayar RM78 juta ini. Kalau sumber itu daripada ‘loan’ bank ataupun sumber itu daripada mencairkan ‘fixed deposit’ yang sepatutnya tidak disentuh melainkan pada ketika ‘emergency’ dan mungkin ini dianggap ‘emergency’ dan sebagainya harus dijelaskan kepada Dewan yang mulia ini. Yang keduanya, dengan persepsi bahawa prestasi SADA sangat baik sekarang ini, yang dilambung oleh YAB. Jeneri, saya harap, rakyat mengharapkan supaya tarif air jangan naik lah. Sebab rekodnya dulu 2011 pun naik sat lagi 2021 pun naik, sebab rekod adalah pandai menaikkan tarif air. Jadi, saya harap, dengan persepsi yang ada ini janganlah naikkan tarif air kerana kita mahu supaya keadaan semasa boleh dipertahankan dan juga diberikan ruang kepada rakyat.
Satu lagi tentang air ini juga ‘last’ sekali ialah tentang, kenapa 5 LRA mengambil masa begitu panjang sebelum dimulakan. Kerana kita nak minta supaya Dewan yang mulia ini dimaklumkan balik kepada mereka yang terlibat. Berapakah amaun sebenarnya diluluskan kepada 5 LRA ini pada tahun 2018 berbanding dengan jumlah sebenar yang perlu dilaksanakan ialah RM936 juta. Jadi, apakah jumlah sebenar perlu diterangkan di sini supaya tidak keliru Ahli Dewan yang mulia ini.
Yang keduanya, supaya urusan ketika itu melantik perunding dan juga nak pilih kontraktor adalah diletakkan di bahu SADA iaitu Syarikat Air Darul Aman, anak syarikat kepada MBI. Adakah anak syarikat MBI layak untuk melaksanakan proses perolehan mengunakan wang negeri yang merupakan pinjaman daripada Federal. Adakah ini satu perkara yang benar?
YB. Suka Menanti, masa dah ...
Dengan itu, saya letakkan supaya kembali kepada landasan yang betul, jadi saya harap kita semua bersyukur. “#mujur tidak darurat”, jadi hashtag kita kena pakat jagalah keselamatan kita bersama supaya akhirnya kita makmur bersama di Kedah ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada YB. Suka Menanti, terima kasih kepada seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat yang mebahaskan bajet pada kali ini, pada hari ini. Jam di Dewan menunjukkan 1:05 minit. Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang Dewan ditangguhkan sehingga jam 9.00 pagi besok.
Sekian, terima kasih.
[Dewan ditangguhkan pada jam 1.05 tengahari]