Kedah · 17 November 2020
14th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 154 turns · 25,652 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Bismillahirrahmanirrahim. Dewan disambung semula. Dimulakan dengan bacaan doa. Silakan!
Bacaan Doa
BACAAN DOA
Ahli-Ahli Dewan sekalian, hari ini selepas pertanyaan mulut dalam agenda bahas bajet, saya balik-balik congak, kita ada extra minit lebih sikit. Jadi, hari ini kita tambah, kelmarin 12 minit hari ni 13 minit. 13 minit seorang jadi tambahan 1 minit, 1 minit pun kalau kali 12 orang jadi 12 minit, hilang pulak seminit, jadi 24 minit. Jadi, kita ambil kira semua itu.
Urusan seterusnya.
Sesi pertanyaan-pertanyaan lisan.
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Soalan nombor 7.
YB. Speaker, saya pohon jawapan untuk soalan nombor 7.
7. Pohon dinyatakan status terkini berkaitan Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP)?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Speaker, Ahli-Ahli Dewan sekalian. Terima kasih YB. Dato’ Seri Utama Jitra yang telah bertanya soalan tentang KXP. Sebelum menjawab soalan ini saya ingin mengajak tuan-tuan untuk menghadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada Almarhum Ahli Parlimen Grik, Dato’ Hasbullah yang telah meninggal petang semalam. Al-Fatihah (dibaca).
Status terkini Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), kebetulan pada petang ini pun saya ada memanggil Ahli Lembaga Pengarah KXP untuk mengadakan perbincangan lanjut tentang hala tuju KXP. Secara prinsipnya pada 27 Oktober baru-baru ini, Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) yang bermesyuarat secara online telah meluluskan secara dasar projek KXP dan meletakkan 8 nasihat ataupun 8 macam syaratlah untuk dipatuhi bagi pelaksanaan KXP. Syarat yang pertama itu agak memberatkanlah iaitu projek ini boleh dilaksanakan dengan pematuhan kepada Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) terlebih dahulu dan saya setelah menghujahkan bahawa keperluan untuk mensegerakan KXP ini kerana kita terikat dengan Seksyen 4 Pengambilan Balik Tanah yang telah diwartakan dan warta itu akan tamat pada Januari 2021.
Oleh yang demikian, MPFN saya mohon untuk memberi kelonggaran ataupun dilaksanakan KXP ini seiring dengan pelaksanaan kajian NASP oleh Kementerian Pengangkutan. Saya dimaklumkan dulu NASP akan mengambil masa sampai 3 tahun tapi saya mohon disegerakan NASP kerana data-data yang akan diguna pakai bagi menyempurnakan Nasional Airport Strategik Plan ini adalah data-data yang hampir sama dengan dapatan oleh konsultan-konsultan yang telah dilantik oleh KXP bagi menyokong pelaksanaan KXP di Sidam. Oleh yang demikian, saya telah bertemu, saya telah bawa pasukan KXP yang ramai termasuk Pegawai Kanan Kerajaan Negeri bertemu dengan Kementerian Pengangkutan pada 21 Ogos yang lalu untuk menubuhkan sebuah ‘task force’ bagi mempercepatkan proses-proses yang perlu bagi mendapatkan kelulusan khususnya di pihak MOT. NASP sebenarnya telah diumumkan sejak tahun 2019, jangkaan NASP disiapkan pada hujung tahun 2019 tetapi MOT tidak dapat menyempurnakan NASP itu dan tertangguh sampailah sekarang belum dimulakan.
Kerajaan Negeri bukanlah mendesak tetapi memberi penekanan dalam Mesyuarat MPFN supaya pelaksanaan KXP ini dapat dilakukan seiring dengan pelaksanaan NASP berdasarkan data-data yang telah dikemukakan oleh ‘task force’ yang telah bermesyuarat untuk kali pertama pada 2 Oktober 2020 di MOT. Tempat ini bertahan selama setahun selepas Januari 2021 kerajaan mesti memasukkan Seksyen 8 untuk proses pengambilan. Seksyen 8 ini memerlukan pihak yang nak buat pengambilan mendepositkan 125% anggaran yang dibuat oleh Jabatan Penilaian tentang harga tanah itu ke PTG. Kerajaan Negeri sebelum ini, zaman YB. Jitra telah memohon dalam Mesyuarat NCIA bantuan pinjaman RM2.5 bilion untuk kerja-kerja pengambilan tetapi perkara itu tidak dibawa ke Kabinet maka MOF seperti tidak dimaklumkan.
Selepas itu, Kerajaan Negeri telah menulis untuk membuat pinjaman tetapi pinjaman ini tidak dapat diluluskan. Saya rasa lah tak mungkin lulus RM2.5 bilion, kita telah menulis sekali lagi surat kepada MOF mengubah ‘business plan’ dengan melibatkan Sime Darby dalam projek ini kerana 80% daripada tanah-tanah yang akan terbabit dengan pengambilan untuk KXP ini adalah tanah Sime Darby dan Sime Darby bersetuju untuk terlibat dengan memberikan tanah mereka untuk dibangunkan bersama KXP. Jadi, kos untuk pengambilan balik tanah ini telah turun daripada RM2.5 bilion kepada RM1 bilion. RM1 bilion ini pun belum diberi jawapan balas kerana kita tidak lepas lagi di peringkat MPFN. Selepas MPFN lulus pada 27 Oktober 2020 dalam Mesyuarat MPFN yang ke 36, kita masih menanti peruntukan RM1 bilion yang kita mohon daripada Kerajaan Persekutuan.
Pada peringkat ini, itulah perkembangan yang ada dan InsyaAllah Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan pelbagai kaedah dan langkah mengadakan hubungan-hubungan untuk mempercepatkan proses pinjaman RM1 bilion. Sekiranya kita mendapat jawapan yang pasti bahawa RM1 bilion tidak dapat diberikan pinjaman oleh Kerajaan Persekutuan maka kita akan membincangkan ‘business plan’ yang lain untuk kita bangunkan juga KXP. Saya rasa itulah jawapan pada masa ini. Terima kasih.
YB. Speaker, YAB. Jeneri tadi sebut ada 8 syarat yang telah dikenakan oleh Kerajaan Persekutuan. Boleh disenaraikan kesemua lapan-lapan, tadi saya dengar cuma satu sahaja iaitu untuk mematuhi NASP sahaja.
YB. Tuan Speaker, kena baca.
Haa…Silakan!
Duk dalam telefon. Ringkasan nasihat ada 8 yang diberikan dalam Mesyuarat MPFN yang ke 36 baru-baru ini. Yang pertama sekali mendapat pertimbangan daripada Kementerian Pengangkutan terlebih dahulu tertakluk kepada kajian NASP. Yang kedua, menentukan kawasan-kawasan Tanah Rezab Melayu yang boleh dikekalkan untuk pemilikan kepada orang-orang Melayu menggantikan Tanah-tanah Rezab Melayu yang sama karektor dan nilai sekiranya berlaku perubahan pemilikan tanah. Menyediakan mekanisme penyelesaian penempatan semula penduduk yang terlibat dengan pengambilan, sebahagiannya dicadangkan dipindah ke kawasan Pembangunan Kedah Aerotropolis. Memastikan penempatan semula pekerja ladang diberi perhatian yang sewajarnya, itu nasihat yang pertama dan kedua.
Nasihat yang ketiga, penjajaran semula Sungai Jerung tidak menjejaskan lembangan sungai dan sumber air negeri. Nombor 3 ni ada 2, penjajaran semula rentis di dalam tapak cadangan tidak menjejaskan kestabilan bekalan elektrik kepada pengguna.
Nasihat yang keempat, Kementerian Dalam Negeri, pihak pemaju hendaklah mengadakan perbincangan bersama pihak berikut; Pertama, Kementerian Dalam Negeri untuk menentukan fasiliti Kastam, Imegresen dan kuarantin. Yang kedua, Kementerian Kewangan untuk mendapatkan kelulusan status Zon Bebas Cukai. Yang ketiga, mengadakan sesi libat urus bersama CAAM dan TUDM. Yang kelima, PBN dan PBT disaran merangka semula kawasan-kawasan yang berpotensi di sekitar pembangunan projek untuk mengambil peluang daripada cadangan pembangunan berimpak tinggi ini dalam Rancangan Pemajuan sekiranya projek ini telah diluluskan. Yang keenam, penggunaan sistem pengangkutan awam yang efisien melalui penyediaan perkhidmatan bas di setiap komponen cadangan ke stesen sedia ada dan melihat kesesuain cadangan laluan rail baharu dari Sungi Petani ke tapak cadangan. Nasihat yang kelapan, merancang menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa KXP dan Kedah Aerotropolis yang pertama sebagai gerbang masuk antarabangsa baharu dan hub pengangkutan udara wilayah utara Semenanjung. Yang kedua Airport City dijadikan sebagai ‘operational headquarters and distribution centre’. Yang ketiga, SLAM dibangunkan sebagai Taman Industri dan Teknologi Tinggi berasaskan Revolusi Industri 4.0.
Yang keempat, merancang Kedah Aerotropolis sebagai pembangunan berdaya huni dan mengelak reka bentuk serta susun atur yang ‘mono tuners’ memandangkan pembangunan merupakan kawasan yang rata, boleh dilihat dengan jelas dari udara. Yang kelapan, mengambil kira aspek keselamatan dengan langkah berikut; mengenal pasti dan memastikan langkah-langkah metigasi diambil kira bagi kawasan penempatan yang terletak di zon fasiliti dan zon bunyi bising melebihi 60db. Yang kedua, mengambil kira aspek keselamatan dan cadangan reka bentuk pembangunan dan merujuk kepada Jawatankuasa Pusat Sasaran Penting Negara (JPSPN). Yang ketiga, merangka Pelan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Plan) selaras dengan arahan 20 dalam dasar dan mekanisme pengurusan bencana negara oleh MKN. Yang keempat, menyediakan penilaian Pengurusan Risiko (Risk Management) dan mengenal pasti langkah-langkah metigasi bagi mengawal risiko yang berkaitan. Terima kasih YB. Tuan Speaker.
YB. Belantek ka? Sat! Saya nak tanya, YB. Belantek nak cakap ka? YB. Belantek bercakap!
Alhamdulillah, terima kasih YB. Tuan Speaker. Saya ada persoalan yang ingin dikemukakan iaitu kita bila sebut saja KXP saya rasa kita perlu ubah kita punya persepsi (tanggapan) iaitu di dalam keadaan apa yang kita nak wujudkan iaitu peranan kita dalam mentadbir KXP ini kita bukan airline, kita tak bersangkut dengan penjualan tiket, kita tak bersangkut dengan duty penumpang dan sebagainya.
Tetapi bila faham bahawa yang pentingnya bagi kita hari ini iaitu apabila wujud satu landskap penerbangan, keuntungan kewangan ataupun ekonomi itu ada di sekelilingnya. Bagi airport yang sedia ada ni kalau di KLIA parkir dia pun boleh bayar dah gaji, memang sesuailah RM40 kut sehari lebih, sekarang naik lagi. Jadi, begitu juga dengan iklan yang dibuat, begitu juga dengan kedudukan kedai-kedai dan bazar-bazar yang lain. Jadi, kalau kita boleh wujudkan macam tu, InsyaAllah. Di Turkey, satu bazar tertua dalam satu bazar ada 4,000 gerai….(YB. Speaker mencelah)
Soalannya YB. Belantek?
Saya kata tadi, soalannya kita nak ubahkan situasi sebegitu. Maknanya adakah kerajaan bersedia untuk meletakkan matlamat itu iaitu sebagai sebuah bandaraya lapangan terbang yang boleh memberi pelaburan ekonomi yang kukuh kepada negeri? Wallahua’lam.
Panjang soalan pun…. (sambil ketawa). Terima kasih YB. Belantek, terima kasih YB. Tuan Speaker. Model KXP ini ialah sebagai projek berimpak tinggi yang akan membawa ‘economic game changer’ kepada Kerajaan Negeri. Dijangka daripada pembangunan KXP ini akan membawa peningkatan KDNK kepada negeri sebanyak 4.6%. Tidak saja membawa limpahan kepada Negeri Kedah tetapi juga kepada utara Negeri Perak dan sekaligus negeri Pulau Pinang. Ciri-ciri sebuah lapangan terbang yang telah dihuraikan oleh YB. Belantek semalam dan pada pagi ini, semua itu telah diambil kira oleh pihak yang merancang pembangunan KXP tetapi secara makronya saya melihat KXP akan menjadi penganjak, ia akan membawa kemakmuran di pantai barat Negeri Kedah, masuk ke tengah menghala ke timur supaya berlaku keseimbangan pembangunan antara wilayah di pantai barat Negeri Kedah yang menempatkan bandar-bandar besar Alor Setar, Sungai Petani sampai ke Seberang Perai semuanya terletak di tepi laut. Masuk ke tengah pergi ke Sik, Baling ke Padang Terap ni semua duduk sebelah hutan. Jadi, KXP dan komponen SLAM, Aerotropolis dan projek-projek yang akan dibangunkan bersekali dengan KXP ini limpahannya akan membawa kekayaan dari pantai barat ke tengah dan seterusnya ke bahagian timur negeri ini. Itulah di sebalik KXP ini kita akan dapat jajaran highway NCH (North Coridor Highway), kita akan dapat jajaran keretapi baru, tanah-tanah di kawasan terbabit akan turut meningkat nilainya dan peluang pekerjaan yang disediakan dalam sektor ini terlalu banyak. Jadi, saya yakin, projek berimpak tinggi seperti yang dihujahkan oleh Ketua Pembangkang semalam bahawa perancangan yang panjang ini perlu ada ‘continuity’ antara kerajaan, mungkinlah selepas ini kalau pun bukan saya yang berada di sini mungkin YB. Alor Mengkudu di sini, InsyaAllah projek ini sepatutnya menjadi “buah hati” semua orang untuk kita laksanakan. Teras ataupun dasarnya, asasnya seperti itu, mungkin ada sedikit perubahan berdasarkan ‘business plan’ yang akan dibuat berkaitan dengan KXP. Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang memberi perhatian kepada projek ini.
Soalan nombor 8!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Pohon jawapan kepada soalan nombor 8.
8. Persatuan Bola Sepak Kedah [KFA].
Pohon dinyatakan berapakah jumlah sebenar yang telah dilunasi oleh KFA sebelum ditukar kepada FC?
YB. Tuan Speaker, bagi menjawab soalan nombor 8 yang ditanya oleh YB. Bukit Lada, pohon dinyatakan berapakah jumlah sebenar yang telah dilunasi oleh KFA sebelum ditukar kepada KFC ataupun KDA (Kedah Darul Aman).
Jumlah hutang dan tunggakan yang ditinggalkan oleh pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah Darul Aman (KFA) terdahulu adalah sebanyak RM14.9 juta dan telah pun diselesaikan jumlah tunggakan yang berjumlah RM6.1 juta dan jumlah semasa berjumlah RM9 juta dicampur dengan yang kecil-kecil, jumlah sebenar adalah RM16 juta secara keseluruhannya. Juga terdapat sebahagian daripada baki hutang tersebut belum lagi dapat diselesaikan kerana terdapat keputusan ataupun masih menunggu keputusan daripada tindakan sivil yang dilakukan tehadap Persatuan Bola Sepak Kedah Darul Aman dan juga hutang-hutang yang meragukan yang mungkin boleh dirujuk di bawah Akta Criminal Breach of Trust (CBT) (dengan izin). Terima kasih.
Soalan tambahan saya ialah, Chenang Bay yang menjadi penaja utama dan ‘Football Republic’. Berapakah sumbangan yang diberikan untuk penajaan ini dan seterusnya berkenaan dengan berapakah jumlah sebenar kutipan Tabung CAS untuk proses pemindahan Akhyar Rashid kepada Tabung Mahkamah Timbang Tara Sukan di Switzerland?
Terima kasih di atas soalan tambahan. Berkenaan dengan penajaan daripada Chenang Bay yang dikatakan sebagai penaja terbesar KFA, yang cetak kat depan tu ya YB. Speaker.
Setakat yang dimaklumkan berada dalam akaun KFA adalah berjumlah RM500,000 sahaja dan Football Republic juga antara yang terbesar sebab dia ada cetak di belakang baju, tidak ada sebarang penerimaan daripada Football Republik, tak tau perbincangan daripada mana, wallahua’lam sebab tak dak rekod dalam KFA. PKNK yang cetak kecik saja atas bahu ni, berjumlah RM4.5 juta.
Oh! Hat kecik tu RM4 juta?
Haaa….Hat kecik mahai daripada hat besaq! Dan soalan kedua berkenaan dengan Tabung Khas ya? Yang ni pernah dimaklumkan oleh mantan SU Kehormat berkenaan dengan kutipan hampir RM50,000, kalau tak silap saya pada Januari. Untuk makluman, rekod dalam akaun KFA, kutipan untuk tabung ini berjumlah hanya RM10,411.23 sahaja. Kalau kata hampir RM50,000, baki daripada RM10,000 tersebut makruhlah kalau depa tak bagitau ataupun tak dimaklumkan kepada saya, tapi haram kalau duit itu tak dimasukkan ke dalam akaun. Terima kasih. Assalamualaikum.
Saya nak bagi kepada YB. Kubang Rotan bertanya. Bukan jawab, bertanya!
Saya menjawab, lepas tu bertanya lah. Terima kasih YB. Speaker dan YB. Exco. Baik, saya nak bertanya YB. Kuah berkenaan 2 soalan. Satu iaitu persediaan Pasukan Kedah FC untuk kelayakan ke FC. Apa ‘preparation’ Pasukan Bola Sepak Negeri Kedah? Yang mana kita tau bahawa setiap pasukan Bola Sepak Kedah ini kos pengurusannya RM20 juta, normal mana-mana kerajaan, mana-mana pengurusan yang ambil ialah RM20 juta, RM21 juta biasa. Tapi, apabila yang dinyatakan sebentar tadi kata RM16 juta yang telah pun di’sattle’ itu biasa, siapa-siapa yang ambil alih pengurusan Bola Sepak Kedah (KFA) ia akan menyelesaikan isu-isu tersebut. Jadi soalan saya, saya nak tanya, apakah persediaan seperti persiapan tempat, SOP-SOP daripada AFC, ‘checklist documentation’, laporan-laporan audit, laporan teknikal daripada coach dan sebagainya kepada Exco yang bertanggungjawab sekiranya berkelayakan. Kita dapat maklum bahawa Kedah layak ke peringkat AFC yang akan bermain mungkin di Korea.
Yang kedua, saya dapati bahawa penyokong Pasukan Bola Sepak Negeri Kedah tanyalah, jadi saya kena tanya iaitu dana yang diperolehi untuk melunaskan tunggakan gaji Pasukan Bola Sepak Negeri Kedah yang ditularkan oleh penyokong Pasukan Bola Sepak Negeri Kedah iaitu saya minta penjelasan dan pencerahan, daripada sumber manakah kewangan ini didapati kerana ia dinyatakan bahawa sumber kewangan yang diragui telah pun masuk ke akaun KFA atau melalui MBI dan sebagainya. Respons soalan, terima kasih.
Terima kasih YB. Kubang Rotan atas 2 soalan. Yang pertamanya persediaan FC untuk ‘next season’ (dengan izin) YB. Speaker. Yang pertamanya segala report ataupun ‘documentation’ telah pun selesai dan semalam kita dapat satu surat daripada AFC menyatakan Kedah bersedia dan layak untuk pertandingan AFC pada tahun hadapan dan yang terbaru melalui kerajaan yang tidak membenarkan untuk penyertaan mana-mana negeri untuk menyertai AFC di mana Johor telah pun menarik diri daripada menyertai AFC. Tapi kita tetap juga menghantar kerana mengikut ‘documentation’ kita tak mau ada sebarang masalah dengan AFC, kita hantar juga, yang tak bagi tu kita bincang kemudian.
Juga persediaan, Yang Berhormat kata persediaan kena ada RM20 juta untuk menguruskan FC sekurang-kurangnya. Untuk makluman Yang Berhormat, kalau kita tengok penerimaan pengurusan yang terdahulu, penerimaan yang diterima oleh KFA hanyalah berjumlah RM8,000,160.00 sahaja. Ini dalam rekod, sumbangan yang telah pun diterima oleh KFA. Makna kata dengan RM8 juta boleh menguruskan dan menyebabkan ada bebanan hutang yang tak dapat diselesaikan. Betul, Yang Berhormat kata bila ada pengurusan baru mengambil alih kita kena melunaskanlah hutang-hutang yang ditinggalkan, tak dak masalah. Tetapi yang menjadi masalahnya sekiranya ada perlakuan jenayah yang berlaku di situ. Saya bagi contoh, hutang-hutang ataupun CBT yang boleh kita klasifikasikan sebagai CBT adalah kepada pemotongan gaji ‘player’ tetapi tak bayar LHDN selama 2 tahun berturut-turut. Ini bukan sahaja menganiaya ‘player’ tetapi menipu kepada kerajaan kerana tak bayar cukai kepada LHDN. Juga pembelian-pembelian yang meragukan seperti lambakan baju, lambakan barang-barang ‘machindise’ yang tidak dimasukkan ke dalam mesyuarat-mesyuarat eksekutif KFA yang diadakan. Ini antara perkara-perkara yang perlu kita tengok balik.
Untuk soalan kedua YB. Kubang Rotan, tunggakan gaji ataupun mana yang kita dapat di bawah pengurusan YAB. Jeneri dapat selesaikan hutang-hutang ini semua. Untuk makluman Yang Berhormat, di akhirat kelak Allah Taála tak tanya, “ambil mana duit bayar hutang” tapi Allah Ta’ala tanya, “pasal apa hang buat hutang tak bayar”. Terima kasih, Assalamualaikum.
Tak boleh dah! Soalan nombor 9.
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Saya pohon jawapan untuk soalan nombor 9, terima kasih.
9. Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di pengangkutan awam seperti Terminal Feri Kuala Kedah tidak dipatuhi sepenuhnya oleh pengurusan Terminal dan penumpang feri dalam tempoh pandemik Covid-19.
Pohon dinyatakan:-
a) Apakah tindakan yang diambil bagi mencapai pematuhan SOP tersebut?
b) Adakah penjarakan fizikal masih wajib diguna pakai di dalam feri?
Terima kasih kepada YB. Kota Darul Aman. YB. Tuan Speaker, untuk soalan nombor 9 berkenaan dengan pematuhan prosedur SOP di pengangkutan awam Terminal Feri Kuala Kedah. Untuk (a) Apakah tindakan yang diambil bagi mencapai pematuhan SOP tersebut? Langkah-langkah berterusan Jabatan Laut Malaysia di terminal feri penumpang dan bot penumpang serta penguatkuasaan SOP bagi mengawal penularan wabak Covid 19. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Laut Malaysia (JLM) sentiasa mengikuti dan melaksanakan arahan-arahan semasa yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Nasihat-nasihat yang diberikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut diamalkan sehingga kini.
Antara Langkah-langkah berterusan yang diambil adalah yang pertama, Taklimat SOP. Taklimat berterusan kepada Operator Feri dan perkhidmatan kaunter diterminal tentang kesedaran Norma Baharu dengan memantau pengendalian penumpang di Jeti supaya mematuhi Norma Baharu serta memaparkan flyer dan poster berkenaan kepentingan menjaga SOP di dalam feri, premis dan kaunter. Yang keduanya adalah Pemantauan Pelaksanaan SOP. Pemantauan kepada tugasan pengawal keselamatan dan kakitangan turut dilakukan untuk memastikan pelaksanaan Norma Baharu memasuki pejabat, terminal dan jeti penumpang dipatuhi. Di samping itu, tindakan penguatkuasaan ke atas penumpang feri termasuk pekerja-pekerja di terminal feri turut dilaksanakan bagi memastikan pelaksanaan SOP dipatuhi. Selain itu, antara rutin harian Norma Baharu yang telah dilaksanakan sebagai langkah- langkah kepada pematuhan SOP di Jeti dan feri adalah seperti berikut; Menempatkan therma scannner di pintu masuk terminal – pemeriksaan suhu penumpang. Menyediakan hand sanitizer/disinfecting kits di pintu masuk dan semua kawasan common area dan tempat-tempat lain yang berkaitan. Yang ketiga, memastikan pekerja dan penumpang mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera Check-in di pintu masuk Jeti, Saringan Kesihatan pekerja feri, galakan pembelian tiket secara online dan penandaan garisan jarak 1 meter.
Kemudian, kerja-kerja Sanitasi Awam. Kerja-kerja pembersihan/sanitasi dilakukan dengan mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di semua terminal feri penumpang. Kerjasama dengan BOMBA Negeri Kedah untuk program sanitasi awam dari semasa ke semasa turut dilaksanakan. Tambahan lagi, sehingga kini Jeti Terminal Penumpang Kuala Kedah masih tiada kes saringan dan kontak rapat untuk KKM menjalankan tugasan lanjut.
(b) Penjarakan fizikal tidak diwajibkan untuk diguna pakai dalam feri memandangkan ia bukanlah SOP yang digariskan di dalam pengangkutan awam oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Antara tindakan-tindakan yang diambil oleh pengusaha feri bagi mematuhi SOP adalah seperti berikut; Aturan tempat duduk dalam feri, tidak membenarkan preference block tempat duduk oleh penumpang. Yang kedua, pengumuman oleh kapten feri agar penumpang mengurangkan interaksi fizikal dan bercakap antara satu sama lain. Yang ketiga, tiada perkhidmatan makanan disediakan. Yang keempat, penggunaan facemask sentiasa dipakai sepanjang berada di dalam feri. Seterusnya memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera bagi pengesan kontak dan pembersihan dan penyahkuman setiap kali merapat di pelabuhan. Terima kasih.
Soalan tambahan. Adakah kerajaan sedar bahawa pengusaha atau pembawa feri banyak membawa penumpang dalam kabin tanpa perlu membeli tiket? Terima kasih.
Baik! Saya akan siasat apa yang telah disebutkan oleh YB. Kota Darul Aman tadi, katanya tiada yang membeli tiket dan menaiki feri. Ok, kita akan siasat, InsyaAllah. Terima kasih.
YB. Kuala Ketil!
Terima kasih YB. Tuan Speaker, YB. Exco, ADUN Lunas. Soalan tambahan saya ialah, sekarang ini lihat ‘trip’ untuk ke Langkawi dan sebaliknya sehari sekali sahaja, YB. Speaker no? Adakah ia kesan daripada SOP yang diperketatkan ataupun kerana pelancong tak mau pi Langkawi?
Ok, YB. Kuala Ketil, itu telah ditetapkan oleh Jabatan Laut melalui MKN bahawa jadual feri ke Kuah hanya satu pergi dan satu balik, mungkin dalam situasi PKPB ini.
Soalan nombor 10!
YB. Tuan Speaker, mohon penjelasan soalan nombor 10.
10. Projek basmi kemiskinan oleh pihak KEDA tahun 2020. Pohon dinyatakan:-
a) Bilangan penerima dan kos bagi pembinaan rumah serta membaik pulih rumah.
b) Bilangan usahawan kecil yang dibantu serta jumlah bantuan dan kos bagi tahun 2020.
Terima kasih YB. Speaker, terima kasih kepada YB. ADUN Bayu. Soalan yang ditanya iaitu Projek basmi kemiskinan oleh pihak KEDA tahun 2020. (a) Bilangan penerima dan kos bagi pembinaan rumah serta membaik pulih rumah. Bilangan penerima bantuan rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Negeri Kedah di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah (KEDA) 2020 adalah seperti berikut; Bina Baru adalah seramai 38 orang penerima bantuan melibatkan peruntukan sebanyak RM1,824,000.00 iaitu sejumlah RM48,000.00 untuk seunit kos rumah Bina Baru. Manakala Baik Pulih melibatkan sebanyak 351 orang penerima bantuan melibatkan peruntukan RM4,563,000.00 iaitu RM13,000.00 untuk seunit kos rumah Baik Pulih.
Soalan (b), Bilangan usahawan kecil yang dibantu serta jumlah bantuan dan kos bagi tahun 2020. Untuk sektor pembangunan keusahawanan kecil dan sederhana luar bandar, perincian jumlah peruntukan keseluruhan tahun 2020 merangkumi program seperti berikut; (a) Projek transformasi ekonomi keusahawanan. Program ini bertujuan untuk memperkasakan usahawan mengikut gred dan kelas yang lebih sistematik agar usahawan yang berada di bawah tidak tercicir dalam pembangunan usahawan. Seramai 91 orang usahawan telah diluluskan dan melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM937,690.00.
(b) Program Peningkatan Pendapatan (PPP). Program ini bertujuan untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah di kawasan luar bandar melalui penglibatan mereka dalam projek-projek ekonomi yang berupaya membantu meningkatkan taraf hidup mereka. Bagi fasa pertama, seramai 46 orang usahawan telah diluluskan oleh KPLB melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM376,999.00.
Bagi fasa kedua sehingga 9 November, 62 orang usahawan telah diluluskan dengan tambahan peruntukan bernilai RM423,597.00. Program ini merangkumi semua daerah di Negeri Kedah dan seramai 108 orang telah menerima bantuan.
(c) Yang ketiga, Program Transformasi Desa dan Pembangunan Komuniti. Program ini adalah untuk meningkatkan pendapatan belia serta kemahiran diri dan usahawan di kalangan masyarakat luar bandar. Seramai 73 orang di mana seramai 35 orang belia dan 38 orang beliawanis telah menerima bantuan ini yang melibatkan peruntukan sebanyak RM391,611.00. Bantuan ini melibatkan semua daerah di Wilayah KEDA.
(d) Projek Pembangunan Semula Kawasan Terbiar (PSKT). Program ini dirangka sebagai satu pakej ‘multi approach’ bagi membantu menaikkan kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas perusahaan yang bersesuaian. Menyediakan kemahiran yang sesuai dengan sumber-sumber yang dapat meningkatkan pendapatan mereka. Seramai 109 orang telah menerima bantuan ini yang melibatkan peruntukan sebanyak RM845,250.00. Program ini hanya melibatkan kawasan terpencil di Daerah Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Sekian.
YB. Tuan Speaker, Alhamdulillah kalau kita tengok penjelasan daripada YB. Merbau Pulas tadi banyak bantuan yang telah sampai kepada rakyat dalam usaha kita untuk mengurus dan membasmi kemiskinan ini. Adakah agensi-agensi lain kalau boleh Yang Berhormat sebut yang juga terlibat secara langsung untuk program membasmi kemiskinan tersebut? Terima kasih.
Terima kasih YB. Speaker dan YB. Bayu. Kerajaan Negeri sentiasa memandang serius kadar kemiskinan di Negeri Kedah. Kerjasama erat dengan pihak Kerajaan Persekutuan telah membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh rakyat Negeri Kedah. Bagi 2020, sebanyak 49 agensi yang merangkumi 29 agensi dari Kerajaan Persekutuan dan 29 agensi dari Kerajaan Negeri Kedah. Jumlah bantuan yang telah diberi setakat Oktober 2020 merangkumi bantuan Kerajaan Persekutuan dan Negeri adalah RM292,446,575.13. Bilangan penerima yang telah dibantu adalah 799,801. Jadual yang panjanglah, nak baca jadual ni boleh kalau nak baca ataupun nak bagi iaitu daripada Kementerian (KPLB), Kementerian Luar Bandar sahaja, agensi yang melaksanakan program ini adalah KEDA, Giatmara, KPLB juga dengan Tenaga Nasional, Projek Lampu Kampung, Kementian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu Program Membasmi Kemiskinan, Baik Pulih Rumah Daif. Yang ketiga, Kementerian Wanita dan Keluarga iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat bantuan tunai, bantuan bulanan, Pejabat Pembangunan Wanita, Program i-Suri, bantuan tunai Pejabat Pembangunan Wanita bantuan ibu tunggal, bantuan one-off, Agensi Pelaksana daripada pihak Persekutuan.
Tambahan lagi Kementerian Hal Ehwal NCIA, Program Kasih Ibu (KIDA), keperluan asas dan perubatan, Kementerian Sains dan Teknologi, Tenaga Nasional Berhad, Program Rebat RM40 iaitu bantuan tunai untuk bil elektrik, Kementerian Kewangan Malaysia, BSN Takaful, Insurans Khairat Kematian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah agensi pelaksana, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, Rancangan Makanan Tambahan, Bantuan Awal Persekolahan. Kementerian Kesihatan Malaysia, agensi pelaksana Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Program Pemulihan Kanak-kanak Kurang Zat Makanan, Program BAKAS iaitu Bantuan Air Selamat. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Agensi Perikanan, Jabatan Perikanan, Veterinar, MADA, MARDI, FAMA, Program Rezeki Tani, Bantuan Peralatan dan Rundingan. Jadi, 29 agensi yang dilaksanakan di peringkat Persekutuan dan 20 agensi daripada Negeri Kedah iaitu Kerajaan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, bantuan negeri juga ada, BPEN, Pejabat Daerah, Pejabat Kewangan Negeri, baik pulih rumah, terlibat seramai 157 orang penerima, Lembaga Zakat Negeri Kedah, Program Bantuan Rumah, bantuan kewangan, fakir bulanan, Program Jaya Diri daripada Zakat dan Kerajaan Negeri lagi Hospital Sultanah Bahiyah agensinya iaitu Hospital Sultan Abdul, Hospital Kulim, Hospital Sultanah Malihah Langkawi, Tabung Bantuan Pesakit Kronik iaitu bantuan pembelian barangan perubatan. Kerajaan Negeri lagi BPEN, Tabung Sejahtera Wanita Kedah bantuan one-off, Kerajaan Negeri BPEN, Bantuan Beras Sejahtera begitu juga Bantuan Makanan Keperluan Asas dan akhirnya Bantuan Anakku Sejahtera juga untuk membantu golongan yang miskin. Itulah agensi-agensi pelaksana bantuan kepada masyarakat untuk basmi kemiskinan.
Ya, YB. Derga!
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Saya pohon bertanya 2 soalan yang berkaitan (a) dan (b), satu ialah usahawan tu. Adakah KEDA ni selepas membuat program-program keusahawanan ni adakah terus untuk memerhati, ‘monitor’ (dengan izin) perkembangan dan kesinambungan tersebut. Yang kedua semasa Covid ini, adakah usahawan-usahawan yang terkesan dan apakah tindakan oleh KEDA ataupun Giatmara yang dikatakan membantu mereka dan berapa bilangan yang terlibat serta apakah impaknya dan bagaimanakah bantuan tersebut?
Yang kedua berkenaan soalan nombor 1 ini sebab dikatakan KEDA hanya untuk beberapa daerah tertentu, bagaimana pula dengan Giatmara yang terlibat bersama dengan KEDA untuk membuat projek-projek perumahan, baik pulih dan bina baru dan saya nak tanya bilangan pemohon yang belum lagi dibuat pembinaan atau baik pulih yang sekarang tersedia ada dengan statistik yang ada di KEDA ataupun Giatmara serta berapakah peruntukan yang akan diperuntukkan untuk tahun depan 2021 bagi projek-projek perumahan yang nak buat bina baru dan baik pulih ini dan apakah akan dilaksanakan memandangkan Covid ini? Terima kasih.
Terima kasih YB. Derga. Soalan tambahan untuk soalan 1 iaitu KEDA dan Giatmara. KEDA dan Giatmara adalah sebagai pelaksana baiki rumah iaitu di bawah Kementerian Luar Bandar, mereka telah diberi mengikut daerah iaitu sebahagian daerah dilaksanakan oleh pihak KEDA untuk baiki rumah dan sebahagian daerah lagi dilaksanakan oleh pihak Giatmara. Untuk bilangan penerima, bilangan jumlah itu saya minta notislah tak boleh nak bagi di sini bilangan-bilangan itu, tak boleh nak bagi lah jumlah yang sebenarnya.
Yang seterusnya iaitu kesinambungan keusahawanan. Pihak KEDA sentiasa memantau dan melihat perjalanan setiap usahawan yang telah diberikan sumber, kadang-kadang kita beri peralatan kepada mereka dan dilihat. Baru-baru ini kita beri peralatan di peringkat Daerah Kulim sendiri dan ditulis di peralatan itu ditulis “HAK KEDA”. Sekiranya mereka tidak menggunakan perlatan itu untuk meneruskan program keusahawanan yang mereka lakukan, barangan itu akan diambil semula pihak KEDA untuk diberi kepada orang lain. Itu kita lihat daripada segi kesinambungan yang kita dapat bagaimana begitu kita nampak keprihatinan KEDA itu sendiri kepada pihak usahawan dan juga daripada masyarakat yang di bawah penyeliaan KEDA dalam Negeri Kedah ini. Sekian, terima kasih.
Soalan nombor 11!
Pohon jawapan soalan nombor 11.
11. Dalam Majlis 100 Hari Pentadbiran Kedah Sejahtera yang lalu, YAB. Menteri Besar Kedah telah menyatakan hasrat beliau untuk membangunkan sebuah Maahad Tahfiz yang menggabungkan elemen tahfiz, sains dan teknikal sebagai projek rintis di daerah Sik sebelum diperluaskan ke daerah lain. Pohon dinyatakan bilakah projek tersebut akan dilaksanakan?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat dan juga Pegawai-pegawai Kerajaan. Terima kasih di atas soalan yang dikemukakan oleh YB. Bukit Lada di mana dalam soalan itu YB. Bukit Lada ingin tahu dalam masa 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Kedah Sejahtera yang lalu, YAB. Menteri Besar Kedah telah menyatakan hasrat beliau untuk membangunkan sebuah Maahad Tahfiz yang menggabungkan elemen tahfiz, sains dan teknikal sebagai projek rintis di Daerah Sik sebelum diperluaskan ke daerah-daerah lain.
Jawapannya ialah, Pembangunan Maahad Tahfiz Sains Teknikal Kedah di Daerah Sik yang menggabungkan elemen tahfiz, sains dan teknikal adalah merupakan projek keutamaan negeri yang direncanakan selaras dengan falsafah pembentukan Pelan Pembangunan Kedah 2035 yang meletakkan Daerah Sik sebagai Daerah Pendidikan Agama.
Bagi merealisasikan perancangan ini, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti tanah kerajaan di Daerah Sik sebagai tapak bagi membangunkan Maahad Tahfiz Sains Teknikal tersebut dan sekarang ini di peringkat kajian kesesuaian tapak. Peruntukan bagi pembangunan Maahad Tahfiz ini telah pun dipohon daripada Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri . Projek ini dirancang untuk dilaksanakan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).
Soalan tambahan saya ialah, apakah perbezaan di antara MTST dan Tahfiz TVET yang akan dilaksanakan oleh kerajaan ini yang membuatkan YAB. Menteri Besar mengambil pendekatan untuk wujudkan lagi satu Maahat Tahfiz tapi dalam bentuk TVET. Apa yang membezakan di antara MTST dengan Maahad Tahfiz TVET? Yang keduanya adalah di manakah ia akan diletakkan, adakah di bawah Lembaga Maktab Mahmud juga?
YB. Speaker, sebenarnya pendidikan gabungan di antara teknikal dan juga vokasional ini telah pun disambut oleh Sekolah-sekolah Agama Rakyat dan sebagainya. Akan tetapi mereka menghadapi masalah daripada segi pengurusan, kewangan dan sebagainya. Jadi, adalah dirasakan amat munasabah suatu pusat yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri dalam program ini. Jadi, sebab itulah tidak ada perbezaan daripada segi kandungan itu, cuma daripada segi pelaksanaan dan juga pengurusan akan dipusatkan di bawah Kerajaan Negeri dan akan diletakkan secara langsungnya di bawah pentadbiran Lembaga Maktab Mahmud. Sekian.
YB. Suka Menanti. Oh! Beralah… Silakan YB. Kota Siputeh.!
Terima kasih YB. Speaker. Soalan tambahan saya, kita ada Sekolah Ulul Albab, satu-satunya lah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK). Jadi, apa pandangan YB. Kupang….(YB. Kupang mencelah)
Tolong buka ‘mask’ bagi jelas sikit!
Apa pandangan YB. Kupang sekiranya kita tambah lagi satu sekolah yang macam Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah ini, Sekolah Ulul Albab yang mana pelajar akan ikuti tahfiz dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan ini boleh memberikan pekerjaan kepada Asatizah kita yang mengajar tahfiz ini. Maknanya kita tambah lagi satu sekolah kerajaan, sekolah menengah teknik pun kita ada, kolej vokasional pun kita ada, untuk adakan tahfiz ini. Apa pandangan YB. Kupang?
Terima kasih YB. Kota Siputeh. Sebenarnya kalau daripada segi logiknya penambahan pusat pengajian lagi banyak lagi baik lah sebab salah satu daripada tanda-tanda sesebuah negeri akan maju, bahkan negara-negara maju pun antara kriteria yang diiktiraf negara maju ialah bilangan pusat-pusat pengajian, universiti-universiti dan sebagainya. Jadi, saya rasa tidak perlu dirisaukan daripada sudut itu lah. Penambahan ini sebenarnya ialah untuk memenuhi jangkaan kita pada masa-masa yang akan datang. Sebab itu kita letakkan dalam ‘target’ 2035. Jadi, ini satu jangka masa yang agak panjang dan kita memulakan perancangan lebih awal di mana dalam persaingan ekonomi pun kita dah ada program-program dan juga projek-projek yang telah dinyatakan dalam pembentangan ekonomi kelmarin. Jadi, saya rasa perkara ini adalah amat penting bagi merangka sebuah “Tamadun Cordoba of Kedah”. Jadi, ini sangat pentinglah saya rasa untuk memperbanyakkan pusat-pusat pengajian ini. Sekian.
Soalan nombor 12. YB. ADUN Derga!
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Saya pohon jawapan untuk soalan nombor 12.
12. Pohon dinyatakan:
a) Apakah status terkini berkaitan dengan pembangunan dan penyerahan penghunian bagi semua projek PPR di Negeri Kedah?
b) Apakah bidang kuasa Kerajaan Negeri Kedah dalam urusan pembangunan, pembinaan, pemilihan penghuni dan urusan kutipan dan sebagainya?
c) Apakah perancangan pembangunan perumahan oleh Kerajaan Negeri?
Selamat pagi, selamat sejahtera. YB. Tuan Speaker, masih kepada soalan nombor 12 dari YB. ADUN Derga. Jawapan untuk soalan nombor 12, yang (a) Status terkini bagi semua projek PPR di Negeri Kedah adalah seperti berikut; Yang pertama PPR Ulu Melaka, Langkawi. Projek sedang dalam status pembinaan, status Kemajuan Kerja Sebenar (75.0%), Status Kemajuan Kerja Ikut Jadual (72.0%). Senarai nama pemohon yang memohon dengan Kerajaan Negeri akan dikemukakan kepada pihak Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk tapisan selanjutnya setelah projek siap dibina. Yang kedua PPR Kuah di Langkawi. Projek sedang dalam proses pembinaan. Status Kemajuan Kerja Sebenar (80.0%), Status Kemajuan Kerja Ikut Jadual (71.2%). Senarai nama pemohon yang memohon dengan Kerajaan Negeri akan dikemukakan kepada pihak Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk tapisan selanjutnya setelah projek siap dibina.
Yang ketiga, PPR Kuala Nerang, Padang Terap. Projek telah siap pada 14 Januari 2020. Semua nama-nama yang layak dipertimbangkan telah dikemukakan kepada Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 5 Ogos 2020. Nombor empat, PPR Ayer Hitam, Kubang Pasu. Projek telah siap pada 25 September 2019. Semua nama-nama yang layak dipertimbangkan telah dikemukakan kepada Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 5 Ogos 2020. Nombor lima, PPR Kota Setar. Projek telah siap pada 17 Jun 2019. Semua nama-nama yang layak dipertimbangkan telah dikemukakan kepada Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 21 Julai 2020.
Untuk jawapan (b) Bidang kuasa Kerajaan Negeri Kedah dalam urusan. Yang pertama, Pembangunan dan Pembinaan. Kerajaan Negeri bertanggungjawab untuk mengenal pasti tanah yang sesuai untuk dibangunkan. Manakala peruntukan dan pemilihan kontraktor bagi pembinaan projek diuruskan sepenuhnya oleh pihak Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Yang kedua, Pemilihan penghuni. Kerajaan Negeri akan mencadangkan senarai nama pemohon yang layak kepada pihak KPKT untuk dimuktamadkan. Yang ketiga, Urusan kutipan. Kerajaan Negeri akan menguruskan kutipan sewa bagi rumah-rumah PPR di bawah kendalian Kerajaan Negeri dan RPA di seluruh Negeri Kedah.
Untuk jawapan (c), Pelan Pembangunan Negeri Kedah 2035 melalui Teras 3 telah menetapkan strategi untuk menyediakan perumahan berkualiti yang bersesuaian dengan tahap dan taraf hidup rakyat. Sehubungan itu, Pembinaan rumah mampu milik dan pembinaan Rancangan Perumahan Awam (RPA) & Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah antara perancangan pembangunan perumahan Negeri Kedah. Terima kasih.
Terima kasih YB. Tuan Speaker di atas jawapan daripada YB. Sidam. Saya pohon bertanya soalan tambahan sebab ikut YB. Sidam kata bahawa senarai telah dihantar kepada pihak KPKT. Tapi kami difahamkan dan website KPKT masih lagi membuka permohonan online. Jadi, adakah pihak KPKT akan ikut senarai yang dicadangkan oleh negeri nama yang telah ditemuduga ataupun KPKT akan menerima permohonan yang baru secara online dan membuat tapisan sendiri? Yang ini suatu yang amat merunsingkan pemohon-pemohon di sini dan kita nampak PPR Kota Setar setakat ini belum membuat penyerahan penghunian walaupun senarai itu telah dihantar. Jadi, saya pohon supaya Kerajaan Negeri mengambil berat sebab Kerajaan Negeri patut membantu bagi memastikan rakyat kita mempunyai rumah.
Yang kedua tentang urusan kutipan sewa. Saya difahamkan PPR Kota Setar dan yang baru ini bukan lagi di bawah SUK Perumahan. Adakah yang itu betul sebab dengan jawapan yang diberikan oleh YB. Sidam agak berlainan sedikit.
Isu yang ketiga ini saya pun berharap seperti yang saya timbulkan dalam perbahasan ini iaitu isu rumah awam dengan PPR ataupun projek-projek rumah awam kebanyakan berlaku isu pemilikan tanah di mana selepas pemilik atau pemohon yang berjaya duduk selepas bayar tak dapat pindah nama ke atas geran tersebut. Saya pohon jawapan daripada YB. Sidam. Terima kasih.
Terima kasih YB. Derga. Saya rasa banyak soalan yang ditanyakan mungkin ‘you’ punya soalan tambahan adalah keseluruhan. So, apa yang boleh saya jawab untuk tapisan adalah 100% kita menggunakan sistem pemohonan yang perlu berkahwin contohnya sekiranya pemohon adalah ibu tunggal beliau tidak layak untuk memohon rumah PPR. Syarat ini adalah sebahagian daripada merangkumi majoriti permohonan dan pihak kerajaan mengutamakan pemohon yang sudah berkahwin dan masih lagi tinggal bersama.
Berkenaan kenapa rumah siap tapi belum ada penempatan. Untuk makluman YB. Derga, projek ini di bawah kendalian SPNB dan pemilihan pengundi adalah diputuskan oleh JPN. Walau bagaimanapun, sebahagian pengundi yang layak adalah berdasarkan senarai nama yang dikemukakan oleh Bahagian Perumahan SUK Kedah. Jadi, keputusan akhir untuk kemasukan semua penghuni PPR adalah ditetapkan di peringkat KPKT. Memang kriteria-kriteria yang ada sehinga 80 di PPR Kota Setar memang syaratnya banyak juga, yang pertama mesti suami isteri, warganegara Malaysia, berkahwin, berpendapatan kurang daripada RM3,000 ke bawah.
YB. Tuan Speaker, boleh mencelah sedikit? Saya rasa soalan yang saya kemukakan mungkin kurang difahami ataupun mungkin YB. Sidam tidak ada data di tangan. Saya sedia untuk terima jawapan secara bertulis. Terima kasih.
Ok! Ok!
Ok! “Kautim maa……” Soalan tambahan! YB. Sidam duduk dulu nu, ada soalan di belakang.
Terima kasih YB. Speaker. Soalan tambahan berdasarkan jawapan daripada YB. Sidam tadi, projek-projek ini ada yang telah pun disiapkan lama, tahun lepas tapi nama-nama ini hanya diangkat pada Julai tahun ni, Ogos tahun ni. Sebab apa nama-nama itu terlalu lambat untuk diangkat kepada pihak KPKT? Itu yang pertama. Yang keduanya, adakah di peringkat KPKT dia ada satu yang kita panggil jadual ataupun SOP, tempoh negeri hantar tarikh sekian-sekian selepas 3 bulan ataupun 2 bulan proses diambil. Kita bimbang kalau tak dak satu jangka masa yang tertentu, dia akan ‘drag’ terlalu lama (dengan izin). Jadi, kita mohon dan kita nak tanyakan, adakah di peringkat Kerajaan Negeri dan juga perbincangan dengan KPKT supaya nama-nama yang diangkat oleh pihak negeri ini, tapisan yang telah pun negeri dibuat, di peringkat Pusat hanya menerima dan meluluskan dengan kadar yang segera. Pohon penjelasan.
Ok, yang pertama saya rasa kebanyakan pemohon yang ditapis oleh negeri kita akan hantar ke KPKT. Sebenarnya kedua-dua pihak dia ada hak untuk memilih sesiapa yang layak menjadi penawar. Yang kedua, saya tak pasti adakah ia ada satu jangka masa untuk menentukan bila kita kena serah kunci kepada penawar dan tidak boleh dinafikan bahawa untuk penyerahan kunci yang menjadi tertangguh dan lambat semua mungkin disebabkan oleh pihak KPKT tak boleh berfungsi sepenuhnya untuk menyelesaikan proses penawaran dan seterusnya kemungkinan disebabkan oleh pandemik Covid-19 dan kita juga dinasihatkan oleh MKN untuk tidak turun ke kawasan terutamanya kawasan PKPD selepas banyak kluster dari Ogos hingga November. Memang pihak Exco iaitu Kerajaan Negeri kita telah mengadakan satu mesyuarat bersama pihak KPKT pada 9 November 2020, keputusan KPKT untuk penawaran kepada PPR Ayer Hitam bersama PPR Kota Setar dijangka kalau tak silap dan tiada masalah pandemik Covid akan diserah pada bulan Januari atau Februari 2021. Terima kasih.
Terima kasih. Telah tamat soalan lisan pada hari ini, 1 jam 5 minit.
Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha.
III. Perbahasan Ucapan BajetAddress / budget
2021 DAN RANG UNDANG-UNDANG PERBELANJAAN NEGERI TAHUN 2021
Sambungan perbahasan Ucapan Bajet 2021 dan Rang Undang-undang Perbelanjaan Negeri Tahun 2021
YB. Bakar Arang, silakan 13 minit!
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Salam sejahtera kepada YB. Tuan Speaker dan semua YB. ADUN serta semua pegawai yang berada di dalam Dewan ini. Terima kasih kepada YB. Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Bajet 2021 dan sebelum saya masuk ke perbahasan bajet, saya ingin bangkitkan satu isu tentang aturan Dewan ini lah sebab saya tengok 30 soalan pertama yang bakal dijawab dalam soalan lisan ini satu soalan pun tidak ada soalan daripada saya tetapi beberapa ADUN lain mereka punya soalan mungkin muncul dua kali dalam 30 soalan pertama. Kita ada 36 ADUN, tolak Exco, Menteri Besar dan juga YB. Speaker serta YB. Timbalan Speaker kita ada 23 ADUN maka sebaiknya semua ADUN mereka punya soalan bolehlah muncul dalam 30 soalan pertama supaya kita semua ada peluang untuk soalan-soalan ataupun suara daripada DUN kita bolehlah dibawa di dalam Sidang DUN ini. Saya harap YB. Tuan Speaker bolehlah aturkan sebaiknya. Juga sudah tentu masa perbahasan yang singkat, kita semua sudah pun menjalani ‘swab test’, ‘test covid’ dan semua pegawai dalam ni pun sudah test, so sebolehnya kita dapat bersidang ‘full day’ ka ataupun masa yang lebih panjang supaya semua tidak terikat kepada 13 minit sahaja sebab banyak yang kita nak bahaskan. Janganlah beri persepsi kepada rakyat bahawa kerajaan takut berhadapan dengan perbahasan kan? Itu sedikit sebanyak tentang Sidang DUN.
Masuk kepada perbahasan, saya rasa sekarang kita dalam zaman pandemik Covid-19 ini semua rakyat terjejas dan semua kita pun tau sejak bulan Mac dan sampai hari ini sudah pun 8 bulan kita berhadapan dengan pandemik Covid-19. Dalam zaman ini saya rasa banyak golongan yang terjejas dan kita tengok dari bulan 3 hingga bulan 5 pada masa itu PKP, bulan 5 kita ada PKPB. Walaupun ada terbuka kepada industri-industri yang boleh beroperasi tetapi masih tidak boleh ‘dine in’ dan pada bulan Jun baru kita masuk ke PKPP.
Saya rasa kita perlu ambil keseimbangan di antara menjaga kesihatan dan juga penularan dengan ekonomi, pendidikan, sosial, kehidupan ataupun pembangunan setiap insan sebab kalau semua tak boleh buat ia akan menjejaskan banyak. Saya tengok seluruh industri apabila telah dibuka balik, kebanyakan industri telah masuk kepada keadaan yang oklah, normallah tetapi ada beberapa industri yang terjejas dengan teruk yang pertama ialah industri yang berkaitan dengan FNB yang mana mereka buka kedai makan, kedai yang perlu ‘dine in café’ dan sebagainya.
Yang kedua yang terjejas paling teruk ialah pelancongan. ‘Of course’ semua orang tau, bila kita tidak boleh keluar, tidak boleh pergi ke sana sini, industri pelancongan adalah terjejas yang paling teruklah. Sudah tentu di Kedah, Langkawi adalah yang terjejas paling teruk. Yang ketiga saya rasa industri yang melibatkan pendidikan. Selain daripada sekolah kerajaan, pendidikan seperti tuisyen, kelas melukis, kelas Bahasa Inggeris, semua kelas seperti kelas menari, kelas yoga, kelas editional yang mereka juga terjejas dengan arahan ataupun perintah ini. Saya rasa keputusan ataupun arahan kerajaan adalah sangat penting sebab satu dasar yang dikeluarkan kalau tidak akses dengan betul sebab kita nak imbangkan kerana kita tidak boleh terlalu longgar di mana semua orang ada kebebasan untuk berkumpul menyebabkan penularan tetapi kita pun tidak boleh mengeluarkan arahan yang keterlaluan, walaupun ia tidak menyebabkan penularan tetapi kita menyekat semua sehingga mereka tidak boleh menjalani kehidupan harian yang biasa.
Saya ambil contoh, di kawasan saya ada seorang pemuda Melayu, dia buka kedai char kuey teaw, bulan Januari tahun ini baru buka, sewa bulanan setiap bulan RM3,000.00. Kos permulaan untuk ‘renovate’ kedai RM100,000.00. Buka 2 bulan saja, bulan 3 masuk PKP tak boleh berniaga, perlu tutup sampai bulan 5. Bulan 5 PKPB tak boleh ‘dine in’ lagi, bukan kata premium sangatlah tapi kedai eloklah. Jika ‘tapau’ bukan banyak orang nak pergi ‘tapau’ char kuey teaw tersebut, banyak tapau yang lain. Bulan 6 baru mula balik PKPP boleh mula untuk ‘dine in’ orang boleh pergi makan dengan SOP yang perlu dipatuhi. Tapi baru ‘start’ buat, bisnes dia kata “elok lah” sebab mungkin lama orang sudah berkurung dan sudah lama nak keluar pergi berbelanja, bulan 8 kita tau pada masa itu Kluster Sivagangga, Tawar dan sebagainya tetapi pada masa itu kerajaan telah buat satu perintah Kedah sahaja bukan Pusat yang buat di mana sekatan masa dan tak boleh ‘dine in’ hanya di mukim yang terjejas tapi bolehlah ‘cross’ mukim dan sebagainya. Ini telah menyebabkan mereka sekali lagi baru nak ‘start’ balik perniagaan dan ada ‘customer’, tiba-tiba tak boleh berniaga dan bila kembali boleh berniaga selepas 1 bulan, ‘customer’ pun sudah hilang dan tidak banyak. Ini amat menjejaskan mereka dan adalah sangat penting bila kerajaan buat sesuatu ketetapan.
Seperti baru-baru ini PKPB di seluruh Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang, saya juga rasa dengan keadaan Kedah kes yang kita ada sekarang saya juga tidak berapa bersetuju dengan dilaksanakan PKPB lah seperti yang di katakan oleh kawan-kawan. Jika dibandingkan sebelum ini semasa Kluster Sivagangga, Kluster Tawar dan Kluster Telaga, semasa itu kita lagi bimbang penularan itu, pada masa itu pun ada yang berpandangan untuk menutup sekolah tetapi pada masa itu tidak tutup, kita hanya fokus kepada kawasan-kawasan yang berlaku masalah buat PKPD, ‘targetted’ dia punya sekatan untuk kita sekat.
Tetapi sekarang Kedah bukannya banyak kes tapi kita laksanakan PKPB dan saya rasa sekali lagi menyebabkan peniaga-peniaga kecil ini terjejas. Saya berharaplah, kalau semalam baru tengok DG kata mungkin Kedah akan ditamatkan PKPB kalau tidak banyak kes. Saya harap boleh mendapat dengan secepat mungkin, kalau tidak banyak kes. Saya rasa kita dalam kawalan dan kita perlu memberi peniaga-peniaga kita supaya boleh kembali untuk berniaga dengan pendapatan mereka. Sebab peniaga-peniaga kecil ini saya rasa sangat kasihan kerana kadangkala mereka bukan berdaftar dengan SSM pun, tidak berdaftar syarikat, mereka hanya berniaga sahaja. Bila kerajaan beri bantuan GKP ka mereka tak dapat RM3,000.00, kerajaan beri subsidi, gaji kepada pekerja-pekerja selama 6 bulan atau 3 bulan, mereka tidak dapat kerana mereka tidak daftar syarikat, tak mencarum PERKESO, maka banyak bantuan mereka tidak dirangkumi. Saya rasa kita perlu memberi fokus ataupun mengambil berat tentang mereka. Kita pun tau baru-baru ini kerajaan telah membuat satu kawasan bebas niaga, saya rasa ini juga banyak kelemahan ataupun perkara yang kita perlu teliti untuk mempertingkatkan perkara ini lagi sebab ramai yang memohon tetapi petak atau kawasan yang nak diberikan ada limit, so bagaimana kita nak buat saringan dan adakah penjaja-penjaja sedia ada yang sudah berniaga di pasar-pasar lain mereka juga berpeluang untuk berniaga tetapi mereka juga akan dapat. Saya rasa perkara ini perlu diberi perhatian untuk memberi satu keadilan ataupun adil untuk semua pihak. Berapa minit lagi ya?
2 minit lagi.
Ayoo! Ok, sat saja. Oh! Banyak lagi. Itulah, saya rasa kerajaan perlu terokai industri lain bukan saja penjaja bebas berniaga sebab penduduk kita macam tu saja berbelanja, pergi mana pun berbelanja macam tu saja. Saya rasa lebih baik kita buat sesuatu yang boleh menjana pendapatan supaya mereka boleh berniaga ataupun mengambil keuntungan daripada orang negeri lain ataupun luar negara. Contohnya kita beri lebih banyak tanah-tanah terbiar kita kepada orang untuk sewa dibuat pertanian, ini boleh menjana pendapatan kerana kita boleh jual barang ke luar. Tapi jika kita hanya bersaing antara satu sama lain di dalam negeri untuk berniaga dan menjaja, saya rasa tidak cukuplah.
Yang kedua, saya juga ingin masuk ke bab alam sekitar. Kita tengok kerajaan ada menyatakan akan menyertai REDB+ untuk mendapatkan pulangan hasil 4 hingga 8 juta USD. Tapi saya rasa sebelum ini kita juga telah pun mulakan untuk meminda atau mengadakan satu akta baru ataupun Enakmen Taman Negeri untuk ada ‘protected area’ di hutan-hutan simpan di Negeri Kedah. Saya rasa kalau kita tidak ada enakmen ini, apa benda yang kita boleh tunjuk kepada dunia antarabangsa ataupun negara luar di mana kita ada komitmen untuk melindungi hutan-hutan kita di sini dan kita sebelum ini Kerajaan PH telah pun memulakan kerja-kerja dengan UNDP dan kita telah pun masuk tempoh nak draf enakmen itu dan saya tidak tahu adakah kerajaan sekarang meneruskan usaha ini untuk menjadikannya,
kita ada satu ‘Enakmen Taman Negeri Kedah’ supaya kita boleh melindungi kawasan kita dengan lebih baik. Juga satu lagi kempen “Kedah Go Green”, dulu saya buat kempen “Kedah Go Green”. Sahabat saya YB. Pengkalan Kundor sangat tak syok dengan saya, dia kata, “buat apa go green”? Tengok, sekarang sudah ‘go green’ dah, Pas sudah jadi kerajaan. Adakah sudah jadi kerajaan tak mau buat lagi “Kedah go green”? Buat “Kedah go green” kita nak kurangkan penggunaan plastik, melindungi alam sekitar, kurangkan polistrin, straw plastik dan sebagainya. Adakah kerajaan sekarang teruskan kempen ini? Adakah tahun ini kita buat 2 hari tak pakai plastik? Adakah tahun depan akan meningkat? Tetapi saya tidak mendapat apa-apa jawapan dan tidak nampak ada apa-apa usaha dalam perkara ini. Patutlah hari pertama tengok semua pakai hijau, tapi tak buat pun.
Saya fikir dalam masa 22 bulan Pakatan Harapan telah buat banyak usaha untuk memastikan Kerajaan Negeri ini ‘improve’ ataupun bertambah baik. Kita tidak kisah kalau kerajaan sedia ada teruskan dasar itu tetapi perlu ada kejujuran inteleklah ataupun ‘intellectual honesty’. Kalau nak teruskan, nak ambil, nak tukar nama ka, berilah kredit kepada orang yang buat. Janganlah pergi kata, “ini oh! Macam projek baru, ini benda baru”. Saya rasa kejujuran itu perlu ada lah. Ambillah tak pa, kita pun usaha kita ambil pelaburan masuk untuk memastikan hutang kurang, kita nak selamatkan GLC kita ataupun beri pentadbiran negeri ini lebih baik dan kita tidak kisah kalau kerajaan sedia ada teruskan perkara ini dan tidak mudah untuk melakukan perkara ini.
YB. Bakar Arang, ‘conclusion’nya!
Ok, ‘conclusion’nya, saya rasa macam tu lah kita harus bersama-sama untuk bangunkan negeri ini dan bonus kepada ‘frontliner’, saya rasa RM200 itu sikit sangatlah. Kalau boleh tambahlah kepada mereka sebab mereka telah pun mengharungi banyak kluster yang serius di Kedah sebelum ini, saya rasa banyak letih juga khususnya ‘frontliner- frontliner’ kesihatan. Banyak kluster kan di Kedah? Jadi, saya rasa baiklah kita menghargai pengorbanan mereka dengan memberi bonus ‘one-off’ yang lebih banyak. RM200 saya rasa tak cukuplah, berilah….(YB. Speaker mencelah)
Berapa?
Berilah RM300, RM500 ka. Itu saja daripada saya. Terima kasih.
Terima kasih YB. Bakar Arang. Silakan YB. Ayer Hitam!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Robbil A’lamin Wassola Tuwassala Mua’la Asyrofil Anbiya Iwal Mursalin Waála Alihi Wasohbihi Ajmai’n. Robbish Rohli Sodri Wayarsirli Amri Wahlul Uddatan Millisani Yafkhohu Khauli. Subhanakala I’lmalana Ma A’llamtana Innakaantal A’li Mulhakim. La Hau Lawala Khuwwatailla Billa Hil A’li Yilazim. A’mmabaq.
YB. Speaker, YAB. Menteri Besar, YB. Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat sahabat-sahabat ADUN, Yang Berhormat, Yang Berbahagia, Yang Berusaha Ketua-ketua Jabatan, Pegawai Dewan, tuan-tuan, puan-puan serta saudara saudari sekalian. Alhamdulillah, sama-sama kita panjatkan rasa syukur kita kepada Allah s.w.t dengan izin dan kurnianya dapat kita pada pagi ini meneruskan agenda persidangan kita, Persidangan Bajet 2021 dan terima kasih kepada pihak YB. Speaker yang memberi laluan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pada pagi ini.
Sebelum meneruskan perbahasan, saya suka menyokong atau bersetuju dengan YB. Bakar Arang tentang perlunya diberi peluang sama rata kepada semua Ahli Dewan untuk mendapat penjelasan kepada soalan-soalan yang dikemukakan. Kita ada 23 orang Ahli Dewan yang bukannya MB., Exco dan Speaker, tentulah peluang ini patut diberikan tapi itulah yang kami rasa dahulu, dahulu pun begitu jugalah, semasa di sebelah sana, soalan saya jarang naik untuk dijawab semasa persidangan, cuma dapat jawapan bertulis.
Juga saya suka mencadangkan supaya jika pandemik atau PKPB ini berlanjutan tahun hadapan, setahun lagi mungkin jika berlaku begitu dan Persidangan DUN terpaksa dibuat begini, SOP yang ketat, masa dipendekkan, saya cadangkanlah supaya masa persidangan ditambah harinya, seminggu ke dua minggu, tiga minggu untuk memberi peluang yang lebih kepada semua ADUN untuk membahaskan ataupun memberikan pendapat di dalam Dewan yang mulia ini supaya masa yang diberikan 13 minit ini dapat digandakan sekurang-kurangnya setengah jam untuk untuk setiap ADUN untuk bercakap dan memberi ruang yang banyak untuk kami menyampaikan hasrat di peringkat akar umbi dan ini merupakan ‘cor business’ kami sebenarnya. ‘core business’ ADUN ni sebenarnya menyampai, membincang, bermesyuarah di dalam Dewan untuk membawa suara akar umbi atau aduan rakyat kepada negeri di samping tugas-tugas lain yang bukannya ‘cor business’ tapi menjadi satu kewajipan menyantuni rakyat di peringkat bawah.
YB. Speaker, tahniah YAB. Menteri Besar dan barisan penyedia Bajet 2021 yang telah membentangkan Bajet 2021 yang bertemakan “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”. Selain daripada menyandarkan perbahasan ataupun pembentangan beliau berdasarkan ayat-ayat Al-Quran menyentuh tentang tanggungjawab, amanah, kepimpinan, asas perancangan dan juga keberkatan daripada Allah s.w.t, YAB. juga menyandarkan
pembentangannya kepada satu Peribahasa Melayu Lama yang berbunyi “sempit bertelepu, lega berlunjur”. Saya telah menyemak di dalam Kamus Dewan Peribahasa Pusaka, maksud peribahasa “sempit bertelepu, lega berlunjur” ini ialah menyesuaikan perbelanjaan dengan penghasilan ataupun dengan kata lain kita boleh faham sebagai melakukan perbelanjaan dengan penuh berhemah agar setiap ringgit yang kita belanjakan sampai atau memberi manfaat kepada golongan yang kita sasarkan semaksimumnya.
YB. Speaker, pada tahun 2018 dan 2019 saya berada di sebelah sana untuk membahaskan Bajet 2019 dan 2020 seperti yang disentuh kelmari oleh YB. Alor Mengkudu dan juga YB. Anak Bukit tentang angka-angka yang terdapat dalam pembentangan yang disebut oleh YAB. Menteri Besar, saya juga pada ketika itu membahaskan perkara yang sama, mengenai angka daripada hasil kutipan negeri dan juga daripada segi perbelanjaan. Pada kedua-dua tahun itu saya tidak pun menyanggah kepada adanya defisit dalam Pembentangan Belanjawan. Defisit ini bukanlah sesuatu yang tak baik, biasa saja suatu bajet itu defisit. Cuma, bagaimana kita menguruskan defisit itu agar tidak membebankan atau tidak mengambil peluang kepada rakyat untuk mendapatkan apa yang yang patut didapatkan.
Maksudnya kita kena kerut ataupun kurangkan perbelanjaan pembangunan, pengurusan untuk tampung defisit yang berlaku itu. Saya yakin dan percaya, berdasarkan kepada prestasi kerajaan semasa di bawah YAB. Menteri Besar dalam melakukan beberapa tindakan untuk menyelamatkan SADA dan KFA rupanya, saya yakin dan percaya perkara ini dapat ditangani oleh YAB. Menteri Besar dan pasukan pentadbiran di peringkat negeri untuk me’minimiz’kan kesan daripada defisit, ialah tahun ni agak tinggi 11% berbanding tahun lepas 8% supaya rakyat tidak terkesan dengan apa yang disebut tadi hasil daripada defisit yang agak tinggi ini.
YB. Speaker, saya mohon untuk memberi pendapat dengan beberapa Ahli Yang Berhormat semalam tentang tidak adanya satu unjuran pendapatan yang realistik ataupun tidak berpijak di bumi nyata. Saya suka melihat kepada perincian anggaran perbelanjaan yang disebut dalam buku ini (Buku Bajet) pada muka surat 1, 2 dan 3 di mana pihak kerajaan telah pun memperincikan sumber atau pendapatan yang dicadangkan dianggarkan dapat pada tahun hadapan yang berjumlah RM790 juta yang disifatkan sebagai tidak realistik itu. Dalam buku ini jelas di sini anggaran dibuat berdasarkan eset, modal dan juga sumber yang kita ada yang dibahagikan kepada 3 aspek yang penting iaitu hasil cukai, hasil bukan cukai dan juga terimaan daripada agensi ataupun tempat-tempat lain. Kalau kita perincikan dalam buku ini, terdapat perincian yang menggambarkan bahawa kerajaan memandang kepada sumber yang ada, modal yang ada, harta yang ada untuk membuat unjuran tersebut.
Sebagai contoh, dalam cukai tanah walaupun disebut dalam bajet ini RM275 juta untuk kutipan tahun hadapan tetapi ia lebih rendah dari tahun lepas. Tahun lepas kita unjurkan RM278 juta, tahun ini RM275 juta. Begitu juga dengan cukai hiburan, tahun lepas kita unjurkan RM12.8 juta, tahun ini RM8.8 juta, pengurangan lebih kurang RM4 juta, begitu juga dengan lain-lain sumber. Tetapi ada juga tempat-tempat yang kita tingkatkan umpamanya premium tanah, daripada RM131 juta tahun lepas tahun ini dianggarkan kepada RM138 juta. Bermaksud ada imbangan di situ, ada penambahan dan pengurangan kepada aspek-aspek tertentu.
Bermaksud kerajaan mengambil kira tentang apa yang boleh kita kutip tahun hadapan, bukannya kita buat satu perangkaan yang “gitu-gitu” saja, ertinya ada asasnya yang kita buat. Saya umpamakan macam seorang rakyat, kita ambil contoh Pak Abu lah ataupun Tuan Haji Abu yang mempunyai 2 buah rumah, ada 5 relung tanah, ada simpanan RM50,000 dalam Tabung Haji, tentulah dia menganggarkan dia akan mendapat pulangan untuk eset-esetnya itu dengan sepatutnya. Umpamnya dia menyewakan rumahnya dengan RM500.00, 2 buah rumah RM1,000.00 sebulan. Dia akan anggarkan dia akan dapat RM12,000.00 sebulan tahun depan. Begitu juga dengan 5 relung tanah yang dia ada, disewa dengan RM700.00 serelung satu musim, dia akan dapat kurang lebih RM7,000.00 setahun. Begitu juga dengan dividen kepada saham atau simpanannya dalam Tabung Haji, RM50,000, kalau 3% dia akan dapat RM1,500.00. Maka dia akan dapat sekurang-kurangnya pada tahun hadapan RM20,000.00 sebagai sumber yang dia jangka akan dapat. Begitulah kerajaan pun dia membuat anggaran berdasarkan apa yang dia ada, apa yang mungkin akan dapat. Jadi, RM720 juta yang dianggarkan bukan sesuatu yang tidak realistik, ia realistik cuma cara mana kita mengutip pendapatan itu, itu ialah asas ataupun bidang pengurusan dan teknikal bukannya sesuatu di luar daripada jangkaan kita. Kita kena mantapkan gerak kerja ataupun pemantapan kepada cara mengutip cukai, cara mendapatkan imbuhan-imbuhan daripada eset yang dijangka ada supaya sasaran kita RM720 juta itu bukanlah menjadi sesuatu yang kita cuma angan-angankan bahkan suatu yang realistik yang dapat kita kutip.
YB. Speaker, kita sedar kesan pandemik Covid-19 begitu besar sekali, mencengkam kehidupan kita seterusnya rakyat-rakyat di bawah sana, aktiviti ekonomi dan sosial sangat terjejas. Rata-rata rakyat melahirkan harapan agar pandemik ini segera dihapuskan. Namun, selagi tiada vaksin yang begitu berkesan ditemui, selagi itulah kia akan bergantung pandu kepada kepakaran yang kita ada di Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negeri. Kita yakin dan percaya insan-insan yang terpilih yang berada di kedua-dua agensi itu juga mempunyai perasaan yang sama seperti kita, mahukan pandemik ini segera dihentikan, PKP, PKPB, PKPD dan sebagainya ditarik balik. Tetapi menyeimbangkan tujuan ataupun kegiatan ekonomi dengan ancaman derita atau maut oleh pandemik ini memerlukan ketelitian, memerlukan kepada perancangan yang teliti untuk membuat keputusan. Di samping itu, saya bersetuju dengan YB. Jitra semalam iaitu tentang……(YB. Speaker mencelah)
YB. Ayer Hitam ada 2 minit lagi!
Perlunya pihak Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk berharap kepada pihak KKM ataupun MKN untuk segera memutuskan ataupun menidakkan PKPB di negeri-negeri atau kawasan-kawasan seperti ini yang sepatutnya berdasarkan kepada statistik semasa ataupun statistik tempat itu tapi kita perlu juga menyedari bahawa kita ada tanggungjawab kita sendiri Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan ruang dan peluang yang ada padanya untuk merangka ataupun melakukan perkara-perkara yang boleh memberi kelegaan kepada rakyat yang terkesan dengan PKPB ini.
Saya berterima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri yang telah membelanjakan sejumlah kurang lebih RM21.75 juta kepada semua pihak yang terlibat untuk mengurangkan beban yang mereka tanggung sepanjang pandemik Covid-19 setakat ini dan terima kasih juga kerana bercadang untuk memberikan RM200 kepada barisan hadapan walaupun seperti disebut oleh YB. Bakar Arang tadi agak rendah tetapi inilah kesempatan yang kita ada, peluang yang kita ada, keupayaan yang kita ada di samping kita berharap pihak Kerajaan Persekutuan terus memberikan bantuan-bantuan kepada mereka yang terlibat ini.
Selain peruntukan dan sumbangan yang secara tidak langsung ini, kita berharap program-program daripada kerajaan seperti “Program Beras Sejahtera”, “Tabung Wanita Sejahtera”, “Program Sejahtera Penjaja” akan menyasarkan golongan yang benar-benar terkesan dengan pandemik ini. Hal-hal yang berkaitan dengan karenah birokrasi dan sekatan undang-undang serta peraturan yang ketat perlulah diimbangi oleh budi bicara yang munasabah oleh pihak yang berautoriti agar semua pihak beroleh keuntungan dan berasa sejahtera. Kerjasama dan kolaborasi di antara agensi-agensi terlibat seperti JKM, Jabatan Zakat, Pusat Khidmat DUN, NGO-NGO dan seumpamanya hendaklah digembeleng agar tidak timbul mereka yang tercicir atau tidak timbul mereka yang terima lebih bantuan supaya tidak ada orang yang mengeluh, tidak ada orang yang terlampau gembira. Kita tak mau Kak Ton umpamanya mendapat 2 bakul makanan dalam 1 bulan, 1 daripada Zakat dan 1 daripada JKM jika tidak ada kolaborasi ataupun kerjasama yang erat di antara agensi-agensi yang terlibat.
YB. Speaker, saya suka nak me’landing’ perbahasan saya ini dengan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah berusaha untuk menyaksikan bahawa rancangan persetujuan untuk mengadakan 5 LRA baharu di Kedah ini dijayakan. Alhamdulillah, tender-tender telah dikeluarkan pada tahun ini dan InsyaAllah permulaan kepada pembinaan akan dimulakan pada atahun hadapan yang akan memberi kelegaan kepada sebahagian besar rakyat yang sekarang menerima ancaman ataupun tekanan daripada bekalan air bersih yang berkurangan. Saya suka mencadangkan supaya untuk peringkat jangka pendek, sebelum kita tunggu 3 tahun untuk siapkan LRA itu kerajaan menjalankan aktiviti-aktiviti atau projek-projek yang boleh melegakan rakyat di kawasan-kawasan yang terlibat. Saya bagi contoh di kawasan Ayer Hitam, Ayer Hitam ini ada tiga empat kawasan yang sangat rendah tekanan airnya lah, di Pida 4, Pida 5, Pida 6 dan Pida 8 contohnya. Pihak kerajaan boleh mengadakan tangki-tangki yang bersaiz munasabah dengan kampung-kampung, umpamanya yang boleh mengeluarkan kurang lebih 200,000 liter air sehari…… (YB. Speaker mencelah)
YB. Ayer Hitam, nampak kapal terbang ni bercanggah nak naik pulak gaya ni!
Berdasarkan kepada purata penggunaan 200 liter air per orang sehari, kalau 1,000 orang, 200,000 liter air untuk satu kampung, kita pasangkan satu tangki yang boleh memuatkan kapasitinya.
Lori-lori SADA ini dia akan hantar air dan masukkan ke dalam tangki tersebut dan tangki itu boleh disambung dengan paip air sedia ada supaya kita dapat menangani dua lah terutamanya kita dapat kurangkan NRW yang berlaku disebabkan penghantaran air percuma oleh SADA, yang kedua dapat kutip hasil ataupun bil daripada pengguna-pengguna yang sedia sebelum ini…(YB. Speaker mencelah)
YB. Ayer Hitam, cukup!
Ok, baik! Terima kasih YB. Speaker.
Sungguh rupawan si anak dara, Hidung mancung mata bercelak, Belanjawan yang baik lagi sejahtera, Apalah salah untuk ditolak.
Dengan itu saya menyokong Bajet 2021 yang dibentangkan oleh YAB. Menteri Besar pada hari Ahad, 15 November yang lalu dengan ucapan Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Sebelah sini, siapa ya? Saya nak kena sebut ka dia ‘volunteer’ ka? YB. Kulim! Buah Kulim bawa tak?
YB. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, hari ni tak sentuh “buah Kulim” tak sentuh “Gunung Bintang”. Hari ini akan bincang EDK. Salam sejahtera, saya ingin mengucapkan terima kasih YB. Tuan Speaker kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2021. Kulim tak mau operasi pembenihan awan dijalankan di Daerah Kulim. Kulim tak mau program catuan bekalan air di Daerah Kulim. Kulim mau empangan dibina dalam Daerah Kulim.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sepanjang masa ini saya memberi perhatian tentang krisis bekalan air di kawasan Kulim memandangkan kawasan-kawasan industri baru dan perumahan-perumahan baru di kawasan Kulim akan pesat membangun hingga tahun 2035 untuk menampung unjuran penduduk yang dijangka mencapai 600,000 orang. Penggunaan air dijangka meningkat, permintaan bekalan air bersih untuk memenuhi keperluan pengguna di Daerah Kulim pada masa depan akan menimbul kerisauan pelbagai pihak.
Berdasarkan penyataan balasan daripada pihak SADA Kulim, terdapat sejumlah 91,674 akaun pengguna yang berdaftar dan purata 220 juta liter air diguna sehari. 70% sumber air Daerah Kulim adalah dari Loji Rawatan Air Kulim Hi-Tech manakala 30% adalah dari Loji Rawatan Air Sungai Muda. Jumlah pengeluaran air bersih dari loji rawatan air sedia ada hanya dapat menampung keperluan bekalan air bersih sehingga tahun 2021. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, surat khabar Sinar Harian, 11hb. Januari, paras air empangan susut, rakyat Kedah dinasihat mengambil langkah berjimat dalam penggunaan air berikutan takungan di beberapa empangan menyusut. 18hb. Januari, buka paip hanya keluar angin.
Sekarang sudah masuk tahun 2020, takkan apabila buka paip yang keluar hanya angin sahaja tapi air tak dak. Sampai bila penduduk nak melalui masalah ini? Surat khabar Bernama, 4hb. Februari, seramai 130 orang sertai solat sunat istisqa’ minta hujan, 8hb. Februari rakyat Kedah solat sunat istisqa’ kali ketiga mohon hujan, 13hb. Februari Kedah mohon OPA guna pesawat TUDM. Kerajaan Pusat diminta melaksanakan operasi pembenihan awan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia bagi membantu meningkatkan paras air empangan utama untuk menampung keperluan domestik dan pertanian di Negeri Kedah. 15hb. Februari, paras air Empangan Muda kritikal dikuatiri tidak mampu menyokong paras Sungai Muda ketika kemarau. Paras air di Empangan Muda, Kedah dilaporkan berada dalam keadaan kritikal iaitu 7.44% daripada kapasiti keseluruhannya. Kerajaan Kedah dan Kerajaan Persekutuan perlu merumus pelan kontingensi untuk menyokong dan melindungi bekalan air di selatan Kedah dan Pulau Pinang sekiranya musim kemarau itu berlanjutan. 16hb. Februari, operasi pembenihan awan di Kedah, tingkat takungan empangan. Sebagai rekod tahunan 2019, mencatatkan hujan paling kurang di Dataran Muda sejak 49 tahun lalu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, kerajaan digesa siap sedia hadapi krisis air masa depan. Pakar-pakar air memberi amaran bahawa 32 juta rakyat Malaysia berisiko mengalami kekurangan bekalan air bersih dalam tempoh tidak sampai 20 tahun akan datang ekoran peningkatan populasi penduduk. Adakah Kerajaan Negeri Kedah bersedia untuk mengatasi masalah ini? Sungai Muda sebagai sumber utama air mentah di kawasan Kulim sudah tidak ‘relevant’. Penggunaan Sungai Muda yang tinggi untuk ‘portable water’ dan ‘elegation’ menyebabkan sumber air mentah terhad. Pembangunan yang pesat dan industri yang semakin berkembang menjadikan permintaan air semakin tinggi. Kulim memerlukan sebuah empangan baru bagi langkah proaktif mengatasi masalah kekurangan bekalan air yang dijangka mencapai tahap kritikal dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang.
YB. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, minta bina satu empangan di Daerah Kulim. Saya mohon kerajaan menubuhkan satu pasukan menjalankan penyelidikan berkaitan projek membina empangan di Daerah Kulim. Saya amat bersetuju dan menyokong meningkatkan pelaksanaan projek-projek prasarana dan tambah banyak lagi peruntukan perbelanjaan pembangunan infrastruktur.
Seterusnya, menaik taraf kemudahan jaringan internet di seluruh Negeri Kedah dengan penyesuaian pendidikan dalam norma baharu. Kebanyakan kursus telah dirancang dan ditawarkan secara atas talian.
Bukan sahaja terdapat pelajar yang kurang kemampuan, susah mengikuti pembelajaran atas talian, terdapat juga pelajar menghadapi masalah-masalah lain seperti capaian internet yang tidak stabil, talian internet sering terputus, kekurangan kelengkapan dan peralatan elektronik.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, berita terkini dari Utusan Malaysia kelmarin, di Sabah ada Viviana, di Kedah kita ada Mohamad Saiful Iwan berumur 21 tahun, Mohamad Firuz Izwan berumur 21, masing-masing penuntut Universiti Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar, Perak dan Universiti Teknologi Mara. Mereka terpaksa memanjat pokok rambutan setinggi kira-kira 8 meter bagi mendapatkan capaian internet untuk menyertai kelas secara dalam talian di Kampung Tembak di Kuala Ketil, begitu juga di Jalan Umpa bahagian Bukit Selambau di Sungai Petani. Walaupun bertahun-tahun mereka mengadu dan memohon untuk mendapat pencawang telekomunikasi, namun sehingga hari ini mereka tidak berjaya. YAB. Menteri Besar, apakah rancangan kerajaan untuk mengatasinya? Saya memohon kerajaan memperuntukkan dana yang mencukupi untuk menaik taraf kemudahan jaringan internet di kawasan luar bandar di seluruh Negeri Kedah. Ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan secara Bersyarat (PKPB), bukan hanya daripada segi pendidikan tetapi juga daripada segi pekerjaan, bekerja dari rumah yang diarahkan oleh kerajaan. Kesemua ini memerlukan capaian internet yang stabil dan laju. Dengan ini, kerajaan mestilah memperkuat liputan, rangkaian dan mempertingkatkan kelajuan internet. Tanpa kemudahan asas ini penyesuaian pendidikan dan pekerjaan dalam norma baharu ini mungkin akan mengecewakan dan lebih buruk dari yang dijangka. Harap kerajaan dapat merealisasikan slogan “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua” atau “Kedah Sejahtera Rakyat Tunggu Sahaja”.
Berkenaan dengan kemudahan jaringan jalan dan jambatan, saya mohon peruntukan diberikan untuk projek pembesaran jalan 136 iaitu jalan Sungai Ular ke Serdang dan Jalan K145 iaitu Jalan Junjong. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, satu projek, Projek Jalan Luar Bandar (JALB), membina dan menyiapkan jalan Kampung Marisa, Air Putih - Junjong dijangka akan bermula pada Mac 2022. Ia akan mencergaskan ekonomi dan meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya di Daerah Kulim.
YB. Kulim, ada 2 minit lagi!
Boleh!. Lampu awam di Pekan Kulim, minta selesaikan, jangan buat setengah kerja sahaja, teruskan hanya tinggal 35 biji iaitu lampu awam untuk diperbaiki. Untuk makluman, Time Forest di Terap, Kulim, jambatan sudah runtuh setahun lebih tak diperbaiki. Minta peruntukan diperbaiki jambatan yang runtuh itu. Hal yang seterusnya adalah berkaitan dengan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan yang akan diperuntukkan sejumlah RM8.1 juta peruntukan khas bertujuan untuk pembangunan hutan. Saya amat bersetuju dan menyokong rancangan ini. Hal ini disebabkan oleh aktiviti ekopelancongan menjadi semakin popular dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan ini.
Dalam pembangunan hutan ini dapat mewujudkan destinasi yang menarik untuk aktiviti-aktiviti ekopelancongan. Saya tidak dapat menafikan bahawa aktiviti-aktiviti seperti ini adalah berpotensi dengan membawa nilai ekonomi yang dapat memperkembangkan industri ekopelancongan serta membangunkan ekonomi negeri secara terus.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, jangan ke sana ke sini, marilah kita lawan Covid-19 sehati. Ucapan saya dengan 2 rangkap pantun.
Pergi ke kedai membeli asam, Asam dibeli bersama gula, Semangat patriotik harus ditanam, Supaya didik cintakan negara.
Membeli barang di pasar Selasa, Terjumpa dengan keluarga YB. Suraya, Rakyat hidup aman sentosa, Negara pasti akan berjaya.
YB. Tuan Speaker, saya memohon untuk menyokong Pembentangan Bajet 2021. Sekian, terima kasih.
Terima kasih YB. Kulim. Saya tak sangka lah YB. Kulim nak tutup dengan pantun. Harap-harap orang lain pun ada lah dua tiga pantun yang boleh kita dengar pada hari ini.
Silakan YB. Bayu. Sini ada pantun perasan YB. Bayu ni.
InsyaAllah. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Tuan Speaker, YB. Ahli-Ahli Dewan, Ketua-ketua Jabatan, seterusnya tuan-tuan, saudara dan saudari yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t dan terima kasih saya kepada YB. Speaker yang memberikan ruang kepada saya untuk bersama-sama membahaskan Bajet 2021.
Tahniah kepada YAB. Menteri Besar atas pembentangan Bajet 2021. Suasana politik dan kedudukan ekonomi yang mencabar ekoran penularan pandemik Covid-19 sudah pasti bajet kita ke arah untuk menangani isu kehidupan rakyat yang terkesan akibat masalah ini.
YB. Tuan Speaker, meneliti Bajet 2021 yang bertemakan “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”, ia bersifat menyeluruh, komprehensif yang memberikan tumpuan kepada semua sektor dan segmen masyarakat bagi merancakkan kembali ekonomi dan memberikan fokus ke arah membina kesejahteraan rakyat. Unjuran menunjukkan kutipan hasil berjumlah RM720 juta walaupun ramai menjangkakan ia sukar dicapai.
Tetapi bagi saya, saya yakin jika sistem penyampaian yang berkesan, tadbir urus yang cekap, beramanah, berintegriti dan tiada pembaziran saya yakin ia mampu dicapai dan kita yakin kita belanja secara berhemah dan setiap sen duit rakyat akan sampai kepada rakyat dan InsyaAllah Allah bantu kita.
YB. Tuan Speaker, untuk teras yang pertama, mencergaskan ekonomi dan meningkatkan pendapatan rakyat. Kerajaan sewajarnya meneruskan perancangan-perancangan pelaksanaan projek berimpak tinggi seperti yang diumumkan sebelum ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Kedah Aerotropolis, Projek Kota Perdana dan Kedah Rubber City kerana ianya penting. Peruntukan ini walaupun daripada mana pihak sama ada pihak Kerajaan Pusat ataupun Kerajaan Negeri supaya ianya dapat disegerakan agar ia dapat dijalankan bagi merancakkan kembali bagi memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat daripada projek-projek yang kita umumkan. Setidak-tidaknya suntikan dana yang disebut berbilion-bilion ringgit itu masuk dalam dana kitaran ekonomi kita yang sudah pasti ia boleh memberikan impak kepada ‘circle economy’ yang sedang kita laksanakan sekarang.
YB. Tuan Speaker, dalam Teras 1 dan strategi 4, kita berterima kasih dan mengalu-alukan usaha daripada pihak kerajaan khususnya untuk merealisasikan perancangan cadangan pembangunan ekopelancongan di Baling seperti yang diumumkan. Menyediakan kemudahan prasarana rangkaian gua-gua yang melibatkan 17 gua yang ada di Gunung Baling dan juga di Gunung Pulai yang ia sudah pasti boleh menggamit dan mengundang kehadiran pelancong-pelancong domestik ataupun pelancong-pelancong dari luar yang boleh merancakkan kegiatan ekonomi penduduk-penduduk setempat dengan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh memberikan pendapatan, yang boleh membebaskan ataupun boleh membantu untuk mengeluarkan penduduk-penduduk kita ini dalam kitaran kemiskinan yang ada dalam kalangan penduduk setempat. Kita juga bercadang untuk mengangkat Baling ini ataupun Daerah Baling untuk dijadikan destinasi pelancongan utama dengan kita mengadakan Muzium Galeri Pondok supaya pelancong-pelancong dapat menikmati, merasai pengalaman di pondok-pondok yang disebut di sini, mengalami pengalaman tidur di pondok, pada sebelah pagi esoknya menghadiri Kuliah Subuh dan Kuliah Dhuha. Pengalaman-pengalaman indah ini dapat dikongsi daripada masyarakat luar yang boleh lihat, sebelum ini pondok ini mungkin terasing kepada kita dan ambil pengalaman tidur atas tikar mengkuang, kita tidur atas buah kelapa (pondok dulu dia tidur di atas buah kelapa….haaa…buah nyiur).
Jadi, pengalaman ini berharga untuk kita nak bangunkan sebagai satu eko pelancongan yang ada. Di samping itu juga, kita cadang untuk mewujudkan satu mini muzium (galeri) untuk tujuan itu. Begitu juga kita bercadang untuk nak mewujudkan satu mini muzium galeri di Perkampungan Ulu Legong, Orang Asli (orang asal) yang satu-satunya orang asal yang ada di Kedah ini. Satu-satunya orang asal Suku Kingsui, di dalam dunia ini tak dak di tempat lain dah, ada di situ saja. Kalau pupus tamadunnya di situ, maka lenyaplah kaum Kingsui yang ada dalam negara kita dan juga di dalam dunia. Jadi, atas warisan yang sangat berharga ini kita bangunkan dan dapat kita bersama-sama berikan perhatian. YB. Tuan Speaker, di samping itu, di Baling kaya dengan khazanah hutan yang luas boleh kita manfaatkan untuk kita bangunkan sebagai salah satu daripada ekopelancongan yang ada di Baling.
YB. Tuan Speaker, dalam Teras 1 mencergaskan ekonomi dan meningkatkan pendapatan rakyat, dalam strategi 2 meningkatkan prasarana projek-projek prasarana. Kita difahamkan bahawa LRA, Loji Rawatan Air Sungai Limau akan siap pada 2023. Persoalan kita, untuk tempoh sekarang hingga 2023, lebih dari 2 tahun. Macam mana kedudukan bekalan air bersih untuk penduduk setempat? Perlu ada penyelesaian alternatif jangka pendek, kena ada penyelesaian untuk mendapatkan bekalan air. Kita berpandangan supaya bekalan air masyarakat yang terdapat di Baling, yang terdapat di Bayu yang saya buat analisa, kajian dan turun ke lapangan, kita turun untuk melihat supaya kolam-kolam air masyarakat ini, tandop-tandop air masyarakat ini diberikan pemulihan, diberikan peruntukan supaya penduduk yang mendapat manfaat daripada kolam-kolam yang ada ini dapat dibaiki dan dibangunkan. Kalau tak salah saya hampir 18 kolam takungan yang ada di Bayu itu yang melibatkan pengguna hampir 6,000 keluarga yang terlibat dengan penggunaan air masyarakat tadi. Jadi, kalau pada tahun sebelum 2016, 2017 dulu sebelum tu ada peruntukan dari Jabatan Kesihatan bagi merawat air berkenaan untuk memberikan peruntukan membaiki paip dan sebagainya. Tapi, saya difahamkan peruntukan tu dah tak dak, jadi kita nak rayu, nak minta lah supaya peruntukan itu dikembalikan dari mana-mana agensi sama ada di peringkat Kerajaan Persekutuan mahu pun Kerajaan Negeri supaya rakyat dapat menikmati bekalan air bersih. Kalau saya nak cerita tentang bekalan air bersih ini khususnya di Bayu, kalau musim hujan macam sekarang dapat “teh susu”, keruh, kalau musim kemarau, air tak cukup, kering. Kadang-kadang bila air kering tu segala “mak nenek”, segala apa yang ada dalam hutan tu turun bermandi berkampung, berjemaah dalam kolam tu. Jadi, kita nak minta peruntukan Lembaga lah supaya kesianlah penduduk kampung duk minum air yang tercemar, yang tidak tentu daripada segi keselamatannya itu.
YB. Tuan Speaker, saya meneruskan perbahasan saya dengan capaian liputan internet yang lemah….(YB. Speaker mencelah)
Kalau boleh hat internet tak payah cakap dah sebab dah dua tiga orang dah bercakap tentang internet. Pi tajuk lain.
Pi tajuk lain. Cuma saya masuk sikit saja! Sikit saja! Pendigitalan perkhidmatan awam negeri yang dikenali i-Kedah tak mampu digapai, tak mampu dicapai sekiranya capaian liputan internet lemah! Itu saya nak sebut. Apa makna i-Kedah? Apa makna i-Daftar? Apa makna i-Berita? Apa makna i-Aduan kalau capaian internet tak dak? Oleh sebab itu saya nak minta YB. Adun Bukit Pinang cuba tengok perkara ni. Toksah duk sebutlah kalau tak dak capaian tu, hari ni pun depa text dalam facebook kata nak belajar tak dapat, nak mengaji online tak boleh. Jadi, kita minta perhatian khusus berhubung dengan perkara itu.
YB. Tuan Speaker, kita mengalu-alukan peruntukan RM2 juta yang diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk membaiki rumah-rumah uzur yang InsyaAllah dilaksanakan secara gotong-royong sebagai satu inisiatif yang terbaik yang ada kelainan daripada yang lalu.
InsyaAllah ianya menjimatkan kos, menjimatkan belanja kita, ia juga mampu untuk menghubungkan silaturrahim di kalangan penduduk-penduduk setempat. Kita tak naklah di sebelah rumah banglo bertingkat, di sebelahnya ada rumah yang atapnya bocor, dindingnya berlubang. Jadi, InsyaAllah dengan muafakat gotong-royong untuk mengembalikan budaya murni ini dapat kita bersama-sama pupuk dan dapat kita mulakan dari sekarang. InsyaAllah kita dapat merealisasikan apa yang dikatakan “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”.
YB. Bayu, ada 2 minit lagi!
Terima kasih YB. Speaker. Dalam Teras yang kedua juga dalam strategi 4, saya nak maklumkan di sini untuk tempoh 2020 dari bulan Januari 2020 hingga sekarang ada tempat di kawasan saya, di DUN saya dah 11 kali banjir, kalau tak percaya boleh pergi buat siasatan, banjir ke rumah yang berkenaan. Ada 11 report polis untuk tahun 2020. Jadi, hal ini adalah suatu perkara yang penyelesaiannya tidak dapat lagi diselesaikan oleh mana-mana pihak walaupun program RTB (Rancangan Tebatan Banjir) yang diumumkan belum ada lagi satu kaedah yang boleh memberikan penyelesaian kepada penduduk-penduduk terbabit. Jadi, saya ada satu cadangan lain supaya penduduk-penduduk yang tinggal di jajaran Sungai Ketil yang selalu terlibat dengan banjir ini yang kebanyakannya tinggal di tanah ‘reserve’ kerajaan, ‘reserve’ sungai supaya kita buat penempatan semula. Kita bagi tanah, kita bagi sedikit pampasan untuk dia buat rumah semula di tanah-tanah kerajaan yang boleh kita pilih dan kita tengok, saya rasa pihak KEDA boleh bantu dalam menyelesaikan perkara ini. Berhubung dengan banjir juga, saya nak sebut di sini ialah tentang kerosakan infra. Kalau banjir mari, kalau hujan lebat, banjir datang, sudah pasti jalan-jalan kampung-kampung, jambatan-jambatan rosak, banyak rosak. Tapi untuk makluman semua dan YAB. Menteri Besar, masih ada lagi titi-titi dan jalan yang rosak masih belum kita baiki. Maknanya kita kena beri perhatian khusus tentang kemudahan asas rakyat. Jalan putus, titi rosak, rakyat nak lalu tak boleh……(YB. Speaker mencelah)
YB. Bayu!
2 minit lagi.
Dak! Dak! Sila buat ayat terakhir!
Jadi, kita mohon supaya ada piagam pelanggan, setiap aduan rakyat ini berhubung dengan kemudahan asas supaya ada tempoh masa untuk diselesaikan. Kadang-kadang aduan dari tahun lepas tak selesai lagi jadi kita pohon supaya agensi-agensi yang terlibat agar melihat perkara ini. Satu perkara lagi sebelum saya ‘landing’, berhubung dengan kes kegiatan judi haram. Saya nak minta perhatian semua lah jabatan-jabatan kerajaan supaya memberi perhatian. Kalau kita tak selesaikan isu judi haram, isu dadah, matlamat, cita-cita kita untuk mendapatkan “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua” itu mungkin susah kita nak capai. Akhirnya saya menyokong penuh Bajet 2021 dengan harapan rakyat mendapat manfaat semaksima mungkin dan tidak meninggalkan mana-mana pihak dalam merealisasikan “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”. Saya menyokong. Terima kasih.
Terima kasih YB. Bayu. YB. Kubang Rotan!
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Rabbi yassir wala tu’assir rabbi tammim bil khair. Terima kasih YB. Speaker, YAB. Menteri Besar, YB. Exco Kerajaan Negeri, YB. ADUN-ADUN, Ketua-ketua Jabatan, tuan-tuan dan puan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi ruang kepada pihak pembangkang ataupun saya sendiri mengambil bahagian untuk membahaskan Bajet Kedah 2021.
Bagi pandangan saya daripada segi Bajet Kedah 2021 ini, kalau kita melihat daripada laporan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) yang mana pandemik Covid-19 ini akan berakhir pada akhir 2021. Tetapi kita melihat Bajet Negeri Kedah 2021 yang menyatakan bahawa pendapatan iaitu pada tahun hadapan, kita bajet RM720 juta sebagai pendapatan dan RM999 juta ‘almost’ RM1 bilion sebagai perbelanjaan Kerajaan Negeri, begitu besar sekali perbelanjaan.
Sepertimana yang disebut oleh rakan-rakan kita dalam pembentangan bajet ini sama ada realistik atau tidak realistik daripada segi apa yang kita belajar, jahilnya kami ini belajar dari segi ‘accounting’ menunjukkan kalau mana-mana pembentangan bajet yang telah dibentangkan ini, kalau syarikat swasta selalunya CEO pun dipecat kalau cara bajet ini dibentangkan, minta maaf. Tetapi untuk makluman YB. Speaker, RM720 juta sebagai pendapatan RM999 juta sebagai perbelanjaan, dalam masa yang sama ‘actual figure’ ataupun jumlah hasil yang sebenar yang kita lakukan pada 13 November 2020 iaitu hanya RM504 juta. RM504 juta kalau kita hampir RM1 bilion lebih kurang 50% dia punya ‘variance’ maksudnya mungkin defisit itu boleh mencapai sehingga yang kita anggarkan 50%. Tetapi melalui belanjawan yang telah dibentangkan, defisit 11% iaitu RM78.88 juta yang telah dibentangkan oleh YAB. Menteri Besar.
Apa pun, cuma saya ingin minta penjelasan bajet ini yang telah dibentangkan oleh YAB. Menteri Besar antara kod yang saya dapati dalam Buku Bajet ini 82100 iaitu terimaan untuk perkhidmatan pada tahun 2017 hanya RM6.5 juta, 2018 hanya RM5.3 juta, 2019 RM600 ribu, 2020 anggaran RM1.5 juta. Tetapi dalam dalam terimaan perkhidmatan 2021 tiba-tiba boleh menjadi RM15 juta. ‘Of course’ kalau kita tengok daripada segi ‘tract record’nya memang tidak realistik. Minta penjelasan dan pencerahan.
Yang kedua tentang terimaan daripada anak syarikat GLC iaitu anak-anak syarikat kerajaan dengan keadaan pandemik, dalam keadaan krisis ekonomi, 2017 RM6.5 juta, 2018 RM4.8 juta, 2019 RM600 ribu tapi 2021 RM15 juta juga anggaran dapat hasil pendapatan daripada anak syarikat berkaitan GLC. Saya juga ingin persoalkan tentang satu lagi yang berbangkit iaitu pemberian cukai pelancongan iaitu saya lihat 2018, 2019 dan 2020 tidak ada, tetapi dianggarkan pada 2021 RM5 juta. Tetapi yang saya tahu sebelum ini dalam Exco ‘meeting’ kita ada terimaan ‘tourisme text’ RM5 juta ini. Adakah ini merupakan ‘manipulation of accounting’ ataupun tidak? Sila jelaskan kepada kita.
Yang ketiga, berkenaan dengan tumpuan teras Bajet Kedah 2021 iaitu mencergaskan ekonomi dan meningkatkan pendapatan yang digunakan meningkatkan pendapatan. Dalam keadaan sekarang, iaitu pengangguran yang begitu bertambah, nak tingkatkan bagaimana pendapatan sedangkan ramai orang tidak ada pendapatan dan nak makan pun susah kebelakangan ini. Penjaja-penjaja kecil di semua daerah menghadapi masalah yang sama. Peniaga di Pekan Rabu, duk ‘teriak’ di sana, duk bagitau tak dak orang, kosong di Pekan Rabu. Bagaimana fokus bajet ini yang patut difokuskan kepada rakyat mesti ditumpukan, ‘food panda’, grab semua itu perniagaan sekarang ini ‘down’ di atas sebab PKPB yang telah diumumkan baru-baru ini walaupun kita tahu dan faham bahawa ia merupakan PKPB ‘politics’ di peringkat faderal. Pekerja Berjaya Hotel sebagai contoh, saya lihat bahawa 600 orang dulu pekerja, saya tanya, “sekarang tinggal berapa?” 200 pekerja saja, 400 orang hilang pekerjaan, itu satu hotel di Langkawi di kawasan YB. Speaker. Yang itu satu hotel, kita tak boleh cakap yang lain-lain lagi, pekerja ‘airline of course’ teruk sekarang ini, pekerja restoran, pembancuh air, char kue teaw yang disebut oleh rakan saya sebentar tadi, pekerja swasta sekarang ini orang bercakap tentang KWSP, orang nak makan, begitu teruk sekali dalam pandemik Covid-19. Bagaimana kerajaan menumpukan fokus belanjawan ini, mesti difokuskan kepada rakyat marhain.
Tumpuan Teras yang kedua yang telah dinyatakan mensejahterakan rakyat dan menambah baik kualiti masyarakat. Isu pokoknya ialah keperluan asas rakyat sepertimana yang telah kita lakukan sebelum ini kita edarkan di semua DUN barangan dapur ataupun sedikit bantuan kewangan kepada penjaja dan peniaga kecil. Itu yang kedua dan yang ketiga ialah isu berbangkit berkenaan dengan katanya, kononnya memberi bantuan kepada pembangkang menjadi sejarah iaitu daripada B02, RM50,000 katanya yang kita dapat duit itu bukan kepada kami, tetapi untuk masyarakat, RM50,000, RM2,000 x 12 bulan = RM24,000, total RM50,000 + RM24,000 hanya dapat RM74,000, duit-duit ini digunakan untk membeli kerusi roda, perbaiki lorong-lorong, buat rumah sikit-sikit, bagi barang dapur, cuma lebih RM4,000 sepertimana sebelum ini diberi oleh Kerajaan Pakatan Harapan sebanyak RM70,000.
Tetapi kena ingat, semasa pandemik Covid-19 dahulu, Kerajaan Pakatan Harapan bagi RM70,000 campur dengan RM30,000 duit pandemik Covid iaitu RM100,000. Jadi, mungkin saya betul atau salah, mungkin boleh dijelaskan oleh pihak kerajaan.
Yang terakhir tentang litar lumba. Berkenaan dengan litar lumba YB. Speaker, yang kita tahu bahawa peruntukan telah pun dilaksanakan, dulu RM10 juta iaitu kerja-kerja tanah (earthworks), kemudian ada baki yang diterima daripada Kerajaan Federal untuk membuat litar lumba RM20 juta sepertimana yang telah disebut dalam belanjawan RM20 juta. Jadi, kalau kita nak buat litar rakyat, dalam bacaan kita kalau litar rakyat ia hanya RM2 ke RM3 juta sahaja, tak perlukan sampai RM20 juta sebab apa agenda dahulu iaitu ‘sport tourisme’ tempat international ataupun ASEAN Circuit dan juga industri motosikal iaitu memberi peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak muda. Siapa nak tanggung ‘maintenance’, siapa nak tanggung pengurusan selepas kita buat litar rakyat ini? Kita nak litar ini litar di peringkat ASEAN ataupun antarabangsa pada masa sama boleh digunakan untuk rakyat. 2, itu maksud aspirasi kerajaan sebelum ini. Tapi, saya harap tak nak berlaku apa yang berlaku di Pagoh bila buat litar rakyat tetapi tak boleh ‘maintain’, tak boleh menguruskan tetapi ia menjadi “gajah putih”.
Baik. Yang terakhir saya cuma ingin bertanya kepada pihak Kerajaan Negeri di kawasan saya. Yang pertama ialah bilakah kerja-kerja untuk menurap jalan di Kampung Kubang Pangas, Kampung Lemping di DUN Kubang Rotan yang mana saya sebelum ini turun bersama dengan Dato’ SFO, Dato’ DO Kota Setar, penduduk kampung mereka duk tanya kepada saya lah bila saya turun ke kampung mengadakan lawatan pada awal tahun ini bagi menyelesaikan isu jalan kampung yang disebabkan oleh Rancangan Tebatan Banjir di DUN Kubang Rotan yang terbengkalai begitu lama dan pada dahulunya kita peruntukkan sedikit kewangan untuk menyelesaikan isu masalah rakyat ini di kawasan Kubang Pangas dan juga Kampung Lemping. Yang kedua, saya juga telah menghantar beberapa pucuk surat kepada Pejabat Tanah Daerah Kota Setar semenjak tahun 2019 di Lorong 2, Lorong 3, Lorong 9 di Kampung Tengah Kuala Kedah. Sehingga kini tiada tindakan dan saya harap pihak Pejabat Daerah dapat mengambil tindakan. Yang ketiga, masalah air yang busuk dekat Bomba Sukarela di Pekan Kuala Kedah. Saya sudah maklum kepada pihak SADA beberapa kali dan sehingga kini masih belum dapat diatasi.
Saya harap YB. Exco boleh membantu saya untuk menyelesaikan air yang busuk kerana mereka terpaksa membeli air untuk nak minum, nak mandi dan sebagainya. Yang keempat masalah penjaja kecil dan peniaga kecil di Market Billion (market besar). Saya telah berbincang dengan MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan katanya tidak ada masalah tetapi apabila saya pergi berjumpa dengan pihak Datuk Bandar sendiri untuk mengubah kawasan yang mereka berniaga sebelum ini iaitu di tempat parkir dulu mereka dapat RM100 ke RM150 ataupun dua tiga ratus, sekarang ni hanya tinggal RM10 hingga ke RM20 sahaja pendapatan mereka. Apa yang diminta oleh peniaga dan penjaja kecil adalah untuk berpindah balik ke tapak asal saja. Kita tahu dalam keadaan Covid-19 ini tetapi kita patuh SOP sepertimana di tempat-tempat yang lain. Tapi kalau kita turun ke bawah kita rasa kita dapat tau, kita tak perlu mendengar daripada pegawai-pegawai tetapi sepatutnya kita turun ke bawah mendengar bagaimana nak menyelesaikan isu dan permasalahan peniaga di Market Billion dan market besar.
Yang terakhir ialah isu nelayan kecil di kawasan Kuala Kedah. Semasa pandemik Covid-19 kadang-kadang saya minta YB. Exco yang terbabit memberi kelonggaran kepada isu nelayan kecil, selalunya ditangkap oleh APMM ataupun MARITIM. Sebelum ini telah pun berlaku dan saya pun cuba selesaikan isu tersebut tapi kadang-kadang sekarang ini kalau isunya kita tahu bahawa Akta Perikanan Tahun 1986 tetapi oleh kerana yang tu boleh katakan bot-bot yang lebih besar, tetapi nelayan-nelayan ini bot-bot lebih kecil depa dah buat lama dah, perlu diberi perhatian kerana dari zaman “tuk nenek” mereka lagi dan mereka menggunakan bot-bot kecil serta mereka juga tidak mendapat sara hidup nelayan RM300 sebab tidak mendaftar dan terlalu daif. Saya harap YB. Exco terbabit memberi perhatian untuk menyelesaikan isu nelayan-nelayan kecil ini supaya bolehlah cari-cari makan sedikit sebanyak. Kalau dulu depa kata tak boleh keluar, boleh juga keluar, zaman kerajaan dahulu dia kata beri peluang seminggu 2 kali ka, bolehlah dapat RM100, RM200, tapi kalau sekarang ni nak balik kalau ikut apa pun dalam RM20, RM30 saja. Apa yang berlaku dalam keadaan masyarakat kita pada hari ini. Itu saja ucapan saya, terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Sebelah sini. Pakai baju hitam, tak nampak. Silakan YB. Bandar Baharu.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Tuan Speaker, YAB. Jeneri, sahabat-sahabat Ahli-Ahli Yang Berhormat, Pegawai Tadbir Negeri dan juga Persekutuan, serta Sidang Dewan yang saya hormati sekalian.
Pandemik Covid-19 terus kita lawan, Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua, Cergaskan ekonomi fokus kerajaan, Rakyat terjaga, rakyat terbela.
Alhamdulillah, terima kasih dan setinggi penghargaan serta tahniah kepada YAB. Jeneri, barisan pemimpin serta jentera pentadbiran Kerajaan Negeri khususnya Bahagian Kewangan dalam penyediaan Bajet Kedah 2021. Bajet ini sebenarnya adalah sebagai alat dan juga sebagai panduan kita bagi membolehkan kerajaan terus beroperasi pada tahun 2021. Bukan bajet popular dengan pengumuman yang hebat yang kita mau, tetapi bajet yang realistik yang boleh capai dan pentingya manfaat kepada rakyat yang patut kerajaan laksanakan. Tahniah dan terima kasih. Ucapan perbahasan saya akan difokuskan kepada teras pertama dan keempat. Mencergaskan ekonomi dan meningkatkan pendapatan rakyat dan juga memantapkan tadbir urus serta meningkatkan sistem penyampaian.
YB. Tuan Speaker dan Sidang Dewan yang saya hormati sekalian, kita tau walaupun dalam situasi pandemik Covid-19, kerajaan terus komited dan tahniah kerana masih lagi terus memacu projek-projek berimpak tinggi serta memperkasakan infrastruktur sokongan untuk memastikan ekonomi negeri terus berkembang dan diperluaskan. Tugasan kita terus-menerus untuk menarik pelaburan dalam industri teknologi tinggi, ekonomi digital, Penyelidikan dan Pembangunan ataupun (dengan izin) R&D serta terus memacu revolusi industri 4.0 telah dijadikan strategi utama dalam Pembangunan Kedah 2035. Tahniah kepada kerajaan. Tetapi kita tau, dalam situasi yang terkini kita mempunyai satu kekangan yang besar untuk memasarkan pelaburan kita. Macam mana kita nak pasarkan pelaburan FDI (dengan izin) ‘Foreign Direct Investment’ di Kedah di mana syarikat-syarikat luar tak berani nak mai disebabkan Covid. Tetapi kita masih boleh memasarkan sekiranya syarikat-syarikat yang berpengkalan di luar negara itu mempunyai pejabat pemasaran, juru perunding yang dah ada di Malaysia yang ada buktinya beberapa pelabur luar yang dah masuk pada tahun ini di Kulim Hi-Tech Park kerana mereka sudah ada wakil di Malaysia. Ia lebih mudah berbincang dan juga berunding untuk perancangan. Tetapi saya ingin cadangkan di sini, dalam pendigitalan sistem penyampaian kita untuk diwujudkan satu platform baru iaitu I-Invest. Kita tau kita dah ada I-Aduan, I-Berita, I-Info, I-Daftar, I-Bayaq, I-Permit, I-Jemput, I-Tender, I-Suka, I-Cuti, kita pun dah ada dah dalam i-Kedah. Jadi, eloklah kalau ditambahkan untuk platform i-invest yang mesra pelabur yang menggabungkan pelan pembangunan Pelan Malaysia, pembangunan data geo special, sistem GIS pembangunan tanah serta terus e-submission kepada semua PBT. Jadi, eloklah diambil peranan ini oleh Kedah Digital Centre contohnya dan juga PTMK untuk harmonikan platform ini.
YB. Tuan Speaker dan Sidang Dewan yang saya hormati sekalian, kita tau dan kita berterima kasih yang mana fokus pelaburan domestik (DDI) juga rancak dijalankan di mana banyak syarikat-syarikat yang ada memerlukan ‘expansion plan’ untuk pelaburan yang mana, macam mana kita nak pastikan bahawa Kedah terus menjadi destinasi lebih kompetitif kepada pelaburan ini. Situasi luar jangka selalunya kena ada penyelesaian yang luar jangka juga. Saya mencadangkan supaya kerajaan mengambil satu langkah kolaborasi dan juga kalibrasi bersama dengan Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan satu inisiatif dan insentif kepada pelabur-pelabur DDI ini kerana pelabur-pelabur DDI ini adalah ‘low hanging fruit’ kita (dengan izin) untuk kita mendapatkan pelaburan. Saya bagi contoh kita ada Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (Jana Kerja) yang telah diumumkan dalam Bajet Persekutuan, Program Pekerjaan Jangka Pendek (MyStep) yang telah diumumkan juga dalam Belanjawan Persekutuan 2021 baru-baru ini.
Jadi, elok dikolaborasi dan dikalibrasikan menjadi satu pakej rangsangan ekonomi Negeri Kedah ataupun pakej rangsangan pelabur Negeri Kedah yang mana kalau Kerajaan Persekutuan memperuntukkan 500 ribu peluang pekerjaan baru disasarkan dalam MyStep dan juga JanaKerja ini kita mohon 10% contohnya 50,000 daripada lokasi tersebut untuk ditawarkan kepada pelabur DDI kita sebagai subsidi bayaran gaji pekerja sebagai timbal balik untuk menyediakan peluang pekerjaan baru kepada mahasiswa tempatan banyak yang menganggur sebab semester pembelajaran pun dah terganggu dengan pandemik Covid dan ada juga yang diberhentikan kerja dan sebagainya. Cadangan saya supaya diberikan gaji subsidi upah ini 70% dan 30% yang mana 30% daripada tabung pakej rangsangan tersebut dan 70% daripada pelabur itu sendiri.
Jadi, mungkin juga boleh ditambah dengan tawaran daripada Kerajaan Negeri dilestarikan dengan ‘fastrack approval’ (dengan izin) oleh pihak kerajaan melalui Jawatankuasa Teknikal Pelaburan ‘one stop’ mungkin diharmonikan di Invest Kedah, memberi insentif cukai, insentif pajakan, mungkin boleh dibantu oleh NCIA untuk Negeri Kedah ini.
YB. Speaker dan Sidang Dewan yang dihormati sekalian, dalam bajet ini kita dapat lihat ‘performance’ (dengan izin) setakat November 2020 ini sebanyak RM512 juta iaitu 72.95% telah dapat dikutip oleh kerajaan. Berbanding pada tahun 2019, RM544 juta dikutip, tidak ada banyak bezanya walaupun kita dihalangi oleh pandemik Covid, tiada banyak beza kalau dibandingkan dengan tahun 2019 dan juga 2020. Tetapi kita tengok 2019 merupakan rekod tertinggi terimaan bukan hasil kerana kita mendapat pemberian RM200 juta pada tahun 2019 daripada Kerajaan Persekutuan. Memanglah kita masih memohon daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Persekutuan kena bantu kita kerana keluasan Negeri Kedah 48% iaitu sebanyak 455 hektar adalah kawasan pertanian yang tidak boleh dikorbankan dan sebanyak 107 hektar iaitu 24% adalah kawasan padi saja yang kita tak boleh korbankan untuk perindustrian, untuk menjana ekonomi kita. Jadi, elok sangat dan wajib sangat Kerajaan Persekutuan bantu kita untuk mengekalkan sebagai ‘rice bowl of Malaysia’ pengeluaran padi 40% dan kawasan tadahan air.
Jadi, mungkin YB. Exco nanti dapat beri ‘figure’ ataupun data untuk kawasan tadahan air berapa peratus yang terpaksa kita korbankan dan kawasan perindustrian keseluruhan Negeri Kedah hanya ada 5,647 hektar sahaja yang kita dah bangunkan secara komersial iaitu sebanyak 0.59% sahaja kawasan perindustrian yang kita bangunkan. Jadi, macam mana kita nak menjana satu pendapatan dan hasil yang tinggi kepada kerajaan? Jadi, kita semua ini adalah ‘frontliners’, ‘we are all frontliners’. Kita berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana mengumumkan satu bantuan khas kepada penjawat-penjawat awam lebih daripada 5,000 penjawat awam mendapat bantuan khas RM1,000. Terima kasih kerana mereka ini sama-sama memikul tanggungjawab untuk memastikan bahawa hasil Kerajaan Negeri akan dapat ditingkatkan pada tahun hadapan ini. Terima kasih kepada semua penjawat awam Kerajaan Negeri Kedah.
Juga kita tahu banyak pengumuman dalam bajet, tetapi yang kita tak berapa nak nampak. Tadi dah disebutkan oleh YB. Bukit Kayu Hitam semasa menjawab. Kita nampak banyak bantuan-bantuan ini akan dimanfaatkan oleh orang-orang kampung di kawasan kita, Pak Murad, Pak Leh, Kak Yang, Maklong Kiah, Kak Chah, semua akan dapat, Makngah Munah, semua akan dapat macam keluaga Kak Ton yang diperkatakan. Jadi, YB. Speaker dan Sidang Dewan, sistem penyampaian perlu kita digitalkan dan kita guna untuk menghadapi situasi norma baharu ini. ICT adalah satu alat penyampaian yang sangat hebat untuk cergaskan ekonomi kita, tingkatkan pendapatan rakyat kita dan membina negeri kita sebagai Negeri Kedah Sejahtera. Tahniah kerana pendigitalan perkhidmatan awam negeri yang meneruskan Kedah Digital dan Kedah Produktif yang mana kita tau dalam situasi pandemik Covid-19 ini telah membentuk satu persekitaran baru untuk kita semua. Tahniah kepada inisiatif PTMK dalam pembangunan perisian-perisian aplikasi I-Kedah.
Sudah tiba masanya YB. Tuan Speaker dan Ahli Sidang Dewan sekalian kita Kerajaan Negeri mempunyai satu data centre sendiri yang bersepadu bagi semua agensi dan juga kita boleh komersialkan dan menjadikan data centre sebagai satu punca pendapatan dan janaan ekonomi kepada kita. Kita mempunyai satu pusat data kerajaan yang diseliakan oleh MAMPU yang bertaraf ‘tier four’ (dengan izin) yang sangat hebat di Kulim Hi-Tech Park. Jadi, kita gunakan ini sebagai Pusat Data Centre Asia untuk kita komersialkan perniagaan ini bagi Kerajaan Negeri. Penggunaan data merupakan tulang belakang kepada pendigitalan pentadbiran Kerajaan Negeri semasa ini. Dalam pelancongan norma baharu pun saya cadangkan untuk kita wujudkan ‘Kedah Virtual Experience’ untuk Negeri Kedah kerana kita tak tau berapa lama lagi pandemik Covid-19 ini, berapa lama lagi PKP dan ‘advantage’ kita juga, kita di Langkawi sendiri dah diumumkan sebagai “Langkawi Digital” dan telah mempunyai pusat kawalan 5G Langkawi. Dulu sebenarnya nama dia adalah sebagai ‘Integrated Command Centre’ tetapi telah dijenamakan pada zaman PH sebagai Pusat Kawalan 5G Langkawi. Jadi, kita mohon pusat ini diseliakan sebagai Pusat Kawalan dan Hub Digital bagi memastikan lanskap ekonomi Digital Langkawi dan Kedah terus diperhebatkan. Contohnya kita boleh jual kawasan-kawasan di Langkawi sebagai destinasi-destinasi Shooting Muzik Video Asia dan Antarabangsa, simulasi sukan digital, sukan air dan sukan-sukan yang lain, e-sport dan sebagainya. Kita juga boleh gunakannya sebagai Islamic Tourism yang mana kita tau fasiliti Langkawi Digital ini dah penuh dah dengan semua IOTnya, ‘Internet Of Think’ (dengan izin), ‘Artificial Intelligence’nya (dengan izin), yang mana IOCC di ‘command centre’ tersebut kita dapat tau berapa ramai pelancong lelaki atau perempuan yang ada, yang sampai mendarat di Lapangan Terbang dan juga di jeti. Begitulah kelengkapan perisian pendigitalan dan juga peralatan ICT yang telah kita bangunkan pada tahun 2016, 2017 dulu. Jadi, kita gunakannya sebaik mungkin untuk membantu Kerajaan Negeri Kedah.
Akhir sekali, berkenaan dengan Bandar Baharu. Kita tau dalam Pembangunan Kedah 2035, Bandar Baharu ini adalah daerah untuk pembangunan durian, durian saja untuk Bandar Baharu ni. Duk terpikiaq nak buat apa durian di Bandar Baharu ni dah lama dah kita war-warkan, kita jual Bandar Baharu sebagai satu destinasi durian yang hebat, durian yang premium, durian yang sangat sedap, yang elok dan masa Pembangunan Kedah pun tengok-tengok Bandar Baharu durian saja.
Kita tau Bandar Baharu 78.9% tanah di Daerah Bandar Baharu ini adalah untuk pertanian. Peruntukan kerajaan yang dah sampai ke Bandar Baharu pada tahun ini untuk durian ni nak bantu Kak Wan di ladang dia, nak bantu Safwan di farmstaynya, nak bantu Mr. Ah Heng, Mr. Goh, Mr. Muniandy membantu dalam pembangunan dusun durian dia hanyalah RM98,780.00 sajaaaa…. Macam mana ni kerajaan nak bantu untuk satu daerah yang besar ni yang mempunyai ladang komersial seluas 227.65 hektar untuk Duri Hitam sahaja. Untuk Musang King 107.39 hektar di Bandar Baharu dan 155 hektar lain-lain variety durian. Totalnya 469 hektar durian saja di Bandar Baharu, takkan nak bagi RM98,000 sajaaaa…. Jadi, mohonlah kerajaan untuk bersama-sama meluluskan satu ‘special agro business zone’ bagi Bandar Baharu ni yang mana boleh menarik banyak lagi pelabur terhadap pertanian, memfokuskan pertanian secara moden, berteknologi tinggi, lestari dan berimpak tinggi di wilayah utara ini.
Jadi, saya mohonlah supaya Kak Mashitah yang terpaksa dusunnya di Bandar Baharu, Kilang di Kuala Ketil, bolehlah pindah terus semua ke Bandar Baharu dan luaskan lagi, banyakkan lagi kilang-kilang industri asas tani dan IKS untuk melengkapkan ‘value change industry’ bagi janaan ekonomi kepada penduduk setempat.
Jadi, YB. Tuan Speaker, pemulihan kawasan Rimbunan Kasih juga saya mohon kerajaan supaya memberi mandat kepada pihak pentadbiran daerah bekerjasama dengan pihak swasta dan NCIA tanpa penglibatan Kedah Agro Holding Berhad (minta maaf) saya rasa tidak mampu menguruskan Rimbunan Kasih ini untuk membantu menyelesaikan masalah penduduk Bandar Baharu bertenaga mahir dan berpendapatan tinggi.
Akhir sekali, terima kasih kerajaan, terima kasih YB. Speaker.
Empat dara duduk di tepi Sungai Menanti, Duduk menjerat si ketam batu, Bajet Kedah 2021 dibentang YAB. Jeneri, Kita sokong, kita laksana, rakyat pasti dibantu.
Terima kasih.
Terima kasih YB. Bandar Baharu kerana betul-betul menepati peruntukan masa yang diberikan 13 minit. Terima kasih. Seterusnya saya mempersilakan di sebelah kiri.
Terima kasih YB. Tuan Speaker, Ahli-Ahli Dewan, semua Ketua-ketua Jabatan. Salam Sejahtera, ta cha hao, vanakkam, sawadikap, ainthamilhe, indaye, inotej, insakatse, umbaje musudeva. Maksudnya bahasa ibunda adalah seperti ibu kita sendiri, seperti nafas kita sendiri, kita mesti mempertahankan bahasa ibunda daripada apa sahaja ancaman dan dugaan. Itu saja maksudnya. Terima kasih sekali lagi.
Selepas saya menyelami bajet yang telah disampaikan oleh YAB. Jeneri, saya dapat tahu slogan “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”. Dalam bajet itu, nikmat untuk semua tidak dituliskan kerana dalam sesi persoalan bertulis, soalan nombor 77, muka surat 120 iaitu buku ini (sambil menunjukkan buku jawapan bertulis) soalan saya bertanyakan, berapakah jumlah peruntukan yang diberikan kepada rumah ibadat kaum Hindu? Jawapannya, tiada peruntukan yang diluluskan dan disalurkan kepada rumah ibadat Hindu dari Jun 2020 hingga Oktober. Berikutnya, jumlah peruntukan untuk 17 buah sekolah Tamil di Kuala Muda adalah sebanyak RM89,680.06 saja. Sebagai sebuah negeri yang mempunyai penduduk yang majmuk, sumber hasil dan pendapatan negeri itu adalah dari pelbagai kaum, bukan sahaja daripada satu kaum.
Pada masa yang sama saya juga, merujuk kepada kertas ini, dalam kertas ini peruntukan yang diberikan kepada semua jabatan-jabatan termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Pejabat Mufti Negeri Kedah, Jabatan Kehakiman Syariah dan sebagainya adalah sebanyak RM76 juta. Tapi dalam buku ini, tidak menyatakan berapakah peruntukan yang diberikan untuk kepentingan-kepentingan kaum India di Negeri Kedah ini. Jumlah penduduk di Negeri Kedah adalah 8%. Jadi, saya pohon kepada YAB. Jeneri untuk mengkaji semula dan masukkan sedikit sebanyak bajet peruntukan khasnya kepada rumah-rumah ibadat orang Hindu dan Budha sebab kita hidup dalam satu masyarakat yang majmuk. Dalam Islam Hadari menyatakan kepentingan ‘priority must be given to’ kaum wanita dan juga kaum minoriti. Kami sebagai kaum minoriti iaitu kaum India dan kaum Siam, saya rasa dalam arus pembangunan perdana ini, kedua-dua kaum ini tidak boleh dipinggirkan sebab dalam bukti ini memang sudah ada, saya sekali lagi membaca, “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua” telah dipilih oleh kepimpinan baharu Kerajaan Negeri Kedah sebagai satu keazaman bagi memastikan nikmat kesejahteraan yang lebih menyeluruh dapat dirasai oleh seluruh warga Kedah.
Ahli seluruh warga Kedah, ini sangat bersesuaian dengan latar semulajadi Negeri Kedah yang indah dengan potensi sumber alam yang pelbagai sebagai asas kemakmuran untuk rakyat hidup sejahtera di bawah payung pemerintahan KDYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah. Nombor 24 kita baca dengan definasi yang dinyatakan di atas konsep pembangunan masyarakat sejahtera hendaklah didokong oleh unsur-unsur yang kukuh terutamanya daripada aspek pentadbiran, politik, sosial, ekonomi dan budaya. Ini bertujuan untuk menjamin nikmat kemakmuran, keamanan, ketenangan dan kedamaian dapat direalisasikan secara kolektif berteraskan prinsip maqasit syariah “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua” adalah dasar pentadbiran Kerajaan Negeri yang akan menjadi parameter ke arah menjadikan Kedah Darul Aman sebagai sebuah negeri yang mengutamakan agenda kesejahteraan rakyat. Rakyat punya masjid semua kiblat yang boleh dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat. Jadi, saya pohon kepada Yang Amat Berhormat mengkaji semula bajet yang dibaca semalam supaya masukkan sedikit sebanyak peruntukan khas dari YAB. Menteri Besar sendiri supaya mereka tidak terpinggir atau tidak ditindas daripada arus pembangunan Negeri Kedah ini. Saya cadangkan rumah-rumah ibadat untuk orang Hindu RM500 ribu dan juga orang Budha RM250 ribu untuk tahun ini.
Seterusnya kalau kita tengok pada permulaan tahun ini, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Tun Sambanthan di Bukit Lebuh iaitu di kawasan Bukit Selambau, sekolah itu berusia 60, sejak sebelum merdeka lagi sekolah itu telah wujud. Tapi, sekolah Tamil itu tak ada langsung padang permainan, semasa sukan dan perlawan sukan dan sebagainya mereka pergi ke sekolah kebangsaan yang berhampiran, mereka harus menyeberangi jalan, ini adalah risiko sendiri. Padahal, sekolah itu mempunyai sebidang tanah yang kecil yang dimiliki oleh satu syarikat iaitu Syarikat Koperasi Analysis. Saya menulis surat kepada pihak syarikat itu dan mereka memberi kebenaran kepada kita untuk membina sebuah padang permainan untuk anak-anak murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Tun Sambanthan. Jumlah keluasannya adalah 1 ekar. Jadi, mulai bulan Mac kita sudah jalankan kerja-kerja, dah siap dah maka mereka tidak perlu mengadakan perlawan di sekolah lain dan sebagainya.
Oleh yang demikian, saya merayu kepada YAB. Jeneri dan semua YB. Exco supaya memastikan untuk SRJK(T) di Negeri Kedah juga turut memberi satu sumbangan ataupun peruntukan sebanyak RM500 ribu untuk kerja-kerja tersebut. Bukan hanya satu sekolah, banyak sekolah di Kuala Muda memang tak dak tapak atau padang permainan khas untuk mereka. Jadi, harus kita ambil perhatian dan memberi tumpuan kepada sekolah-sekolah ini kerana jika dalam sebuah negara atau negeri kalau satu masyarakat maju dan masyarakat lain tertinggal dan terpinggir maka ia bukan pembangunan yang betul ‘it is not complete developement’. Jadi, kita harus meneliti semua perkara itu.
Pada Sidang yang lalu, saya pernah memberi cadangan kepada Kerajaan Negeri supaya menubuhkan satu Lembaga Endowment Hindu Negeri Kedah untuk menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh kuil-kuil di Negeri Kedah Darul Aman ini. Di negeri ini kita ada lebih kurang 300 kuil iaitu 200 kuil besar dan sederhana, yang lain-lain adalah kuil yang kecil sahaja. Saya pohon kepada Kerajaan Negeri supaya dalam masa yang singkat kita kena tubuhkan Lembaga Endowment Hindu Negeri Kedah untuk memastikan masalah-masalah yang ada pada kuil iaitu masalah tanah, urus tadbir, masalah ketiadaan tanah, kuil terletak di tanah kerajaan, di tepi jalan dan di atas tanah swasta seperti tanah Sime Darby dan sebagainya. Kalau kita ada lembaga ini, ia perantara di antara Kerajaan Negeri dengan pihak-pihak kuil tersebut.
Jadi, mereka boleh menangani banyak masalah. Ini adalah bukti, sejarah telah membuktikan bahawa pada masa pemerintahan PR di Negeri Pulau Pinang, mereka telah menubuhkan Hindu Endowment Board. Sampai hari ini mereka berjaya menyelesaikan banyak isu-isu yang berkaitan dengan tanah, ‘building’ dan sebagainya. Malah mereka memberikan bantuan kewangan kepada semua negeri-negeri yang memerlukan. Baru-baru ini saya ada menghantar sepucuk surat kepada YAB. Jeneri untuk mendapatkan sedikit peruntukan untuk Deepavali, lebih kurang RM20,000. Terima kasih YAB. Jeneri, beliau menjawab kepada saya, “YB., sila rujuk kepada YB. Exco yang berkenaan dan juga kepada Pegawai Khas. Saya segan nak menghubungi kedua-dua mereka kerana ada sedikit kekangan, tuan-tuan pun tau.
Pada masa yang sama saya tulis satu surat kepada Penang Hindu Endowment Board, saya minta RM25,000. Kita kena beri kepada golongan miskin, ibu tunggal, OKU dan B40 yang mahu bersama-sama kita meraikan. Mereka memberikan RM5,000 kepada saya dan saya membeli hamper untuk diedarkan. Begitu juga kawan-kawan lain yang memberi kepada kita. Mengapa saya harus meminta kepada negeri yang kita panggil negeri kafir? Kalau hari itu YAB. Menteri Besar memberi kerana beliau ada bidang kuasa. Semasa PH memerintah saya selalu meminta kepada YAB. Dato’ Seri Menteri Besar pada ketika itu. Kalau peruntukan khas kepada YB. Exco saya tau memang kurang kerana YB. Exco mempunyai banyak portfolio. MB sendiri terus bagi, “ok YB. Shan”. Saya pohon kerjasama jasa yang serupa seperti itu daripada YAB. yang saya kasihi, YAB. Jeneri. Jangan pinggirkan kaum India, jangan pinggirkan agama Hindu, kita hidup dalam satu masyarakat kita kena hidup dalam suasana harmoni, damai, eratkan silatulrahim dan perpaduan di antara kita, itu adalah yang sangat penting. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada YB. Dato’ SUK, YB. Dato’ SFO, YB. Penasihat Undang-undang dan semua ketua-ketua jabatan yang cukup bekerjasama dengan saya semasa saya berurusan dengan mereka terutamanya di Kuala Muda.
Mereka tidak menganggap saya sebagai pembangkang, mereka memberi layanan mesra dan memberi ‘respons’ yang sangat cepat dan pantas. Ini adalah suatu keadaan yang baik, saya ucapkan tahniah kepada Lembaga Zakat, Kementerian…..(YB. Timbalan Speaker mencelah)
YB. Bukit Selambau, YB. Selambau ada 2 minit lagi!
Kementerian Pembangunan Luar Bandar, JKR, Pejabat Daerah, YDP dan sebagainya banyak beri kerjasama. Saya ucapkan terima kasih, walaupun kami pembangkang tetapi ini pembangkan sementara sahaja. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat semua, saya pohon sekali lagi, saya minta kerjasama dan bantuan daripada YAB. Jeneri (bakal Dato’ Seri), ada satu kuil di Pinang Tuggal di kawasan Parlimen Sungai Petani lebih kurang 75% habis dia punya kerja-kerja binaan. Oleh kerana ada sedikit masalah-masalah teknikal, pihak Majlis memberikan surat untuk mereka memberhentikan pembinaan, tanah itu adalah tanah SP Baiduri. Saya pohon sekali lagi kepada YAB. Jeneri memberi kelulusan, menggunakan bidang kuasa Menteri Besar untuk meluluskan projek pembinaan kuil tersebut. Kuil itu adalah di atas tanah Treatland SP Baiduri, mereka berikan sebidang tanah lebih kurang 1 ekar, tanah itu tanah terpencil, bukan dari petempatan orang ramai. Jadi, itu adalah sangat penting. Kami ada banyak masalah tentang kuil di Negeri Kedah terutamanya di kawasan Lunas, Padang Serai, ada satu kuil yang 120 tahun ada masalah, masalah dari pihak Majlis dan Syarikat Sime Darby. YAB. Jeneri harus menggunakan bidang kuasa untuk memastikan memberi tekanan kepada pihak Sime Darby supaya mereka memberikan kelonggaran dan kelulusan untuk mereka terus mendirikan rumah ibadat.
Kami bukan minta kelulusan untuk mendirikan rumah perjudian atau penzinaan dan sebagainya, ia untuk tempat beribadat, untuk sembahyang, untuk mendidik anak-anak kita sepaya hidup dalam keadaan yang baik dan sebagainya. Itu saja, itu di Padang Serai dan juga ada banyak masalah kuil di Negeri Kedah. Jadi, saya pohon sekali lagi……………...(YB. Timbalan Speaker mencelah)
YB. Bukit Selambau, masa sebenar sudah cukup!
Beri saya satu saja. YB. Tuan Speaker, kita tahu GLC PKNK ada banyak masalah pentadbiran, masalah urusniaga, masalah daripada segi kepimpinan dan sebagainya. Saya mempunyai pengalaman 30 tahun dalam sektor perladangan. Dari kuliah sampai hari ini, pada tahun 2018 saya berada dalam sektor perladangan, saya bekerja sebagai Pengurus Ladang, GM, Consultan, Advisor, Penolong Pengurus, Senior Manager, macam-macam. Saya mempunyai banyak pengalaman dalam sektor pertanian khasnya perladangan. PKNK urusan yang paling penting adalah perladangan.
Saya secara sukarela mahu berikan nasihat saya ‘l want give my service, so’ kita ada masalah macam mana nak menangani masalah daripada segi memberi tander, macam mana meningkatkan hasil kelapa sawit untuk 1 unit perhektar, macam mana nak menjadikan buah itu lebih besar, macam mana menjadikan satu pokok biasanya 12 tandan, macam mana boleh jadikan lebih…..(YB. Timbalan Speaker mencelah)
YB. Bukit Selambau, masa ehsan 1 minit sudah cukup!
Satu saja, last. Saya mahu berikan nasihat saya dan cadangan mahu berikan khidmat untuk PKNK, bagi saya 6 bulan saja, saya tak mau satu sen pun elaun tapi beri peluang kepada saya untuk kaji semula sistem perladangan kelapa sawit di bawah PKNK. Sekian, terima kasih.
Terima kasih YB. Bukit Selambau. Saya pasti cadangan-cadangan itu sampai kepada pihak kerajaan dan akan dipertimbangkan dengan sebaik mungkin.
Silakan di sebelah sini.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi robbil a’lamin wassola tuwassala muala rasulil amin wa’ala alihi wasohbihi ajmai’n. Terima kasih YB. Speaker, YAB. Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat, pegawai kerajaan, tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah s.w.t. sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah s.w.t pada pagi ini dapat bersama dalam membahaskan ucapan bajet yang dibentangkan oleh YAB. Menteri Besar. Saya ada 3 perkara yang InsyaAllah saya akan kemukakan. Untuk mukadimahnya saya mengucapkan tahniah kepada YAB. Menteri Besar di atas pembentangan yang kali pertama Kerajaan Perikatan Nasional (PN) selama 6 bulan pemerintahan yang cukup baik dan memfokuskan dengan suatu tagline iaitu “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”. Untuk “Kedah Sejahtera” saya tak mau ulas lagi, saya letak nombor 2, saya nak jawab untuk “Nikmat Untuk Semua”.
Sepertimana yang disebutkan oleh sahabat kita tadi sebelum saya, dia sebut kata sepatutnya YAB. Menteri Besar kena ambil perhatian untuk kaum selain daripada kaum Melayu. Soalan nombor 6 sudah pun terjawab, bila YB. Exco menjawab untuk Kuala Muda sahaja sudah dapat RM5 juta, YB. Exco baru jawab kelmarin. No? Untuk Kuala Muda sahaja untuk orang India, RM5 juta. Kemudian, baru-baru ini saya diminta oleh Pegawai Khas MB, India suruh beri nama 20 orang kerana YAB. MB menyediakan sumbangan sebanyak 1,000. Mungkin tak tau kut? 1,000 yang diberikan kepada kaum India sempena Deepavali dan kami Bukit Lada dapat 20 orang. Saya kata, “20 mana cukup’’! Orang India mai jumpa saya, dia kata, “YB. kami ada 84, kalau YB. tak bagi kami tak boleh ambil 20 orang”. Jadi, saya kena bagi 84, ambil duit lain tambah bagi 84 orang semua dapat. Jadi, “Nikmat Untuk Semua” ada, InsyaAllah. Kita tidak mendiskriminasikan bangsa-bangsa lain.
Ok, untuk yang pertama saya ingin menyebut tentang isu tempatan. Saya mengucapkan tahniah kepada YAB. Menteri Besar kerana dalam Buku Bajet ini ada sebut tentang Bukit Lada dan Pokok Sena. Yang pertama ialah peruntukan daripada RM5.65 juta yang dikemukakan oleh kerajaan dalam teras yang pertama nombor 5 tu ada sebut Taman Kekal Makanan Gajah Mati akan dinaik taraf. Terima kasih kepada kerajaan dan saya mengharapkan pihak kerajaan boleh mencari lagi tempat-tempat mana yang sesuai untuk dijadikan sebagai Taman Kekal Makanan kerana ia sangat baik untuk kepentingan rakyat.
Yang keduanya ialah di dalam teras yang yang kedua, peruntukan kerajaan RM13.03 juta disebutkan Pokok Sena juga ada dapat satu. Alhamdulillah, iaitu Program Tebatan Banjir di Kampung Bukit Hijau. Hat ni tiap-tiap taun, tiap-tiap taun kena banjir, taun ni pun depa naik bot juga nak pi hantar ke sekolah Bukit Hijau, tiap-tiap taun. Bukan setakat itu sebenarnya, saya mengharapkan pihak kerajaan boleh tengok lagi apa yang berlaku selepas banjir. Saya dah hantar surat baru-baru ini kepada YB. Dato’ SFO supaya bawa mailah sedikit peruntukan kepada kami kerana bila banjir yang berlaku ini menyebabkan kawasan jalan ada yang terputus, jalan kampung putus, saya hantar ada 13 kut, tapi YB. Dato’ SFO kata, “tick hat mana penting dulu”. InsyaAllah saya harap YB. Dato’ Pegawai Kewangan boleh segerakan sebab orang nak lalu tak lepas dah. Hantar ‘last minute’, hantar juga nak buat macam mana, kan?
Terima kasih kerana ada sebut dan yang keduanya disebut tentang Program Peningkatan Sistem Pengairan Luar Skim, juga di Bukit Lada di Kampung Baru, Mukim Lesung. Puak ni semua cakap Siam ‘lem thai lom phet’ (sambil ketawa). Kut ni semua geng cakap Siam. Alhamdulillah, peruntukan RM13.03 juta dan saya mengharapkan kerajaan, dalam buku muka surat 20 sebut, RM1 juta Program Pemulihan Kerosakan Akibat Banjir. Jadi, saya mengharapkan pihak kerajaan boleh ambil tindakan segera untuk bantu sahabat-sahabat kita yang kena banjir baru-baru ini, baru ni sangat dan saya pun dah dapat data tersebut iaitu lebih kurang 215 petani yang terlibat dengan banjir baru-baru ini, padi depa kalau biar tenggelam, kira mati, padi tu kena tanam lain lah atau tabur lain. Alhamdulillah, pihak PPK dah ambil tindakan dan senaraikan lebih kurang 268.6 hektar yang terlibat dan melibatkan kos lebih kurang RM235,000 lebih. Harap kerajaan dapat meluluskan dan tahniah kepada kerajaan yang bagi tahun lepas, tahun lepas dia kemarau. Tapi Alhamdulillah, saya dah dapat data itu iaitu pada bulan 8 hari tu kerajaan telah beri sebanyak RM494,000, hampir setengah juta, orang kampung seronok dengan pemberian yang diberikan oleh kerajaan walaupun habuan boleh bayar traktor sajalah kerana hari tu kemarau yang sangat dasyat, buat kerja pelik, air dari atas turun ke bawah tapi petani buat kerja dari bawah naik ke atas. Cuba bayangkan, pam air masuk ke dalam sungai, ini yang amat dasyat yang berlaku di tempat kita. Terima kasih kepada pihak kerajaan.
Kemudian, saya minta juga kepada pihak kerajaan tengok juga di kawasan pelupusan sampah kawasan Jabi kerana orang-orang kampung dah duk sebut banyak kali, saya pun dah pi jumpa dengan e-idaman dan sebagainya, mereka pun dah mai tolong buat parit kerana hari ini pusat pelupusan sampah tinggal 2 saja, di Jabi dengan Kulim ka? 2 tu sahaja. Jadi, pokok padi orang sihat, elok, hijau tapi buah tak dak. Kawan tu rugi sampai beribu. Saya kata, “buat report”! Dia pun dah buat report dan InsyaAllah, minta YB. Exco ambil perhatian.
Seterusnya saya nak mengucapkan terima kasih kepada pihak Pegawai Daerah, Pejabat Zakat, JKM yang beri kerjasama yang terbaik kepada saya untuk laksanakan kerjasama yang terbaik kepada saya untuk laksanakan kerjasama yang baik daripada semua pihak, seperti Pejabat Zakat, Tuan CEO sendiri duk ada tang ni, harap dia bagi lulus banyak rumah-rumah. Ini yang pertama.
Yang keduanya ialah berkenaan dengan “Kedah Sejahtera”. Kedah Sejahtera ini apa yang tersiratnya, saya merasakan ini suatu penjenamaan baru ataupun ‘tajdid’ yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat walaupun diambil daripada anak didik Tan Sri Ustaz Azizan tapi membawa sesuatu pembaharuan yang akan dibawa oleh Yang Amat Berhormat dan saya merasakan 6 ayat Al-Quran ini perlu dibahaskan. Kalau nak bahas ni habis masa, tapi perlu dibahaskan kerana 6 ayat ini ingin menerangkan tentang politik Islam, politik Islam yang menekankan tentang surah Al-Hasyr, tentang Aqomussolah, Waatuzzakah. Aqomussolah itu hubungan dengan Allah, Waatuzzakah ialah hubungan dengan manusia. Sekiranya kita meletakkan perkara ini sebagai asas, InsyaAllah kerja kita akan jadi terbaik.
Saya nak sebut kepada tuan-tuan semua, tadi saya bagi peluang kepada YB. Kubang Rotan untuk cakap dulu tapi YB. Kubang Rotan tak cakap pun tentang apa yang dikemukakan oleh YB. Exco tentang bola tadi, iaitu berkenaan dengan apa yang disebutkan oleh YB. Kubang Rotan pada 30 Januari 2019, Berita Harian Online boleh dibuka lagi hari ni, menyatakan bahawa Tabung Kutipan Untuk Mahkamah Timbang Tara CIS di Switzerland dapat RM50,000. Tapi apa yang dikemukakan oleh YB. Exco tadi hanya dapat RM10,000 lebih, hanya dapat RM10,000 sahaja. Jadi, pi mana lagi hat yang baki itu?
Nanti kita bahaslah!
Tak perlu jawab. Di mana lagi? Di mana lagi…..(YB. Kubang Rotan mencelah)
Duit tu dalam akaun KFA lah!
Tak perlu jawablah, ni ‘flow’ saya, saya tak bagi masa!
YB. Kubang Rotan!
Tadi YB. Kubang Rotan tak jawab! Sepatutnya jawab, waktu orang bagi masa kita, kita jawab! Ketua Pembangkang dah sebut dah tadi, sebelum ini, tak boleh ganggu. Maka kita ok, tak dak masalah, semua jangan ganggu. Saya bagi masa nak tengok, nak jawab dak, tak jawab! Di mana duit rakyat? Kita bukan pasal duit kita tapi ini duit rakyat! Duit rakyat walaupun sekupang, kita mesti lihat kerana untuk rakyat. Ini yang akan ditekankan oleh Yang Amat Berhormat supaya kita mesti meletakkan Siasah Islamiah politik Islam supaya akhirat. Tuan-tuan boleh tengok dalam 2 muka surat ‘last’ ini, itu adalah apa yang tersirat dalam “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”. Di mana? Kita nak tanya perkara itu. Pi mana duit itu dan kemudian kita dapat maklumat juga tadi yang disebutkan oleh YB. Exco iaitu hutang RM14 juta. RM14.9 juta selesai bayar RM6.1 juta, kemudian RM9.9 juta semasa, semua RM16 juta. Tuan-tuan, saya bawa baju hari ni (sambil menunjukkan jersi Kedah). Tuan-tuan tengok, tadi YB. Exco habaq saja, PKNK bagi RM4.5 juta, Chenang Bay bagi RM500,000. Ni pi mana ni? Bagi RM500,000! Sepatutnya RM12 juta la yang ni RM4.5 juta! Keikhlasan, cakap benar, kita bukan nak kata tapi kita harap supaya kita mesti bertanggungjawab di atas apa yang kita lakukan.
Tuan-tuan tengok belakang pula, ni yang belakang, saya tanya juga soalan tadi, tiba-tiba tak dak rekod. Orang kampung, “buku 555” (tiga 5) tu ada. Tiba-tiba kita, yang syarikat hebat, satu agensi yang besar takkan tak dak rekod?! Takkan tak dak rekod?! Buat kerja bagi betullah, buat kerja bagi betul.
YB. Bukit Lada, masa 2 minit lagi!
2 minit lagi ada? Ok, yang terakhir, Nabi s.a.w menyebut, ayat Al-Quran menyebut “Abasa watawalla anja aula’a” politik Islam ajar. Walaupun kamu seorang Nabi Allah tegur. Kenapa Nabi s.a.w masamkan muka dia? “Abasa watawalla anja aula’a”, ketika orang buta datang, kenapa kamu masamkan wajah kamu wahai Muhammad? Maknanya kita mesti terima teguran, kita sebagai seorang politik Islam mesti terima teguran. Sedangkan Nabi boleh terima dan Nabi s.a.w mengaku “ma ana bi qari'in”, “aku tak boleh baca” Nabi kata. Awat, kita tak boleh sebutkah terima kasih kepada YAB. kerana tolong bayar hutang, tak boleh kata ka? Tak boleh katakah terima kasih kerana tolong bayar hutang? Tak dak… tak dak seorang pun dari tadi habaq terima kasih kerana tolong bayar hutang.
Rampas kerajaan kira lagu mana pulak?
Eh! Tak payah jawablah, lepas ni lah. Ok, Alhamdulillah kerajaan sudah bagi sesuatu kepada kita semua dan kita bersyukur kerana ini kali pertama kerajaan bagi RM2,000 kepada YB.-YB. bukan kerajaan. Kita dah lalui, pejabat saya dalam kereta. Bila orang tanya, “mana pejabat”? Saya kata, “dalam kereta”. Orang telefon, kami pi naik kereta, sebab tak dak duit pengurusan. Alhamdulillah, terima kasih kepada YAB. yang memahami dan saya harap selepas ini bawa naik lagi, tolong bagi banyak lagi kepada YB.-YB. yang bukan kerajaan kerana saya dah lalui, kita semua dah lalui. Saya pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat, tau dia kata apa? “YB. Ustaz, ustaz habaq kat saya tapi ustaz tak boleh turun dengan saya”. Saya kata, “tak pa, terima kasihlah”, ni pegawai kerajaan daripada Zakat, daripada Kebajikan Masyarakat. Waktu kami jadi ADUN bukan kerajaan, dia kata, “YB. Ustaz, tak pa habaq saja, kami tolong pi bagi”. Tak pa, terima kasihlah, kami habaq saja depa tolong pi bagi. Terima kasih, ini kerja yang terbaik pegawai kerajaan.
YB. Bukit Lada, nak peringat bahawa masa dah habis dah.
Terima kasih, terima kasih kepada semua. Jadi, saya rasa itu sahaja, minta maaf kalau ada tersilap dan sebagainya. Wallahu Subhanahu Wataála Adam. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih YB. Bukit Lada. Seterusnya saya persilakan di sebelah kiri saya.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera YB. Speaker, YAB. Menteri Besar, YB. ADUN-ADUN, Ketua-ketua Jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillahi robbil a’lamin wassola tuwassala mua’ala asyrofil anbiya iwal mursalin wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. Robbish rohli sodri wayarsirli ambri wahlul uddatan millisani yafkhohu khauli. Alhamdulillah kita sekarang ini dalam PKPB di Kedah dan semalam kita mendengar bahawa keadaan di Kedah ini semakin berkurang masalah Covid. Kita harap PKPB yang sedang kita lalui sekarang ini akan berakhir dan ekonomi di Kedah ini akan berjalan dengan lebih baik sebab kita lihat bagaimana peniaga-peniaga kedai kehilangan pendapatan mereka, usahawan-usahawan kehilangan pendapatan mereka, semakin berkurang.
Jadi, kita harap supaya PKPB ini dapat berakhir secepat mungkin, InsyaAllah. Dalam perbahasan ini saya nak menekankan tentang isu pendidikan di Negeri Kedah ini. Baru-baru ini sekolah telah diberhentikan ataupun dicutikan lebih awal dan ini menyebabkan pekerja-pekerja kantin, pemandu van, bas, yang mereka ini dibayar gaji harian tiada pendapatan. Adakah kerajaan mengambil inisiatif untuk membantu mereka ini? Kalau kita tengok sekolah, lebih daripada 750 buah sekolah di Kedah ini ditutup dan pekerja-pekerja kantin ini kalau satu sekolah ada 3 orang, hampir 3,000 pekerja kantin ini tiada pendapatan, mereka ini sebab pendapatan harian. Jadi, apa cadangan kerajaan sebenarnya untuk membantu mereka ini? Begitu juga dengan pekerja-pekerja tadika, prasekolah yang turut terkesan, yuran yang tidak mampu dibayar oleh waris telah menjejaskan pembayaran gaji pekerja-pekerja ini. Jadi, bagaimana tindakan kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini? Begitu juga dengan sekolah agama rakyat yang menghadapi masalah untuk membayar gaji guru dan staf sekolah kerana waris pelajar tidak mampu untuk membayar yuran kepada sekolah. Adakah mereka ini juga akan dibantu? Kita lihat bahawa penjawat awam akan mendapat RM1,000 dan kerajaan akan membelanjakan lebih kurang RM5.6 juta. Saya rasa terlalu tinggi, kalau setakat RM500 pun dah ok, sama dengan pemberian daripada Kerajaan Persekutuan. Sebab separuh daripada itu kita dapat membantu untuk mereka-mereka yang terkesan, kesian! Rakyat kita di bawah sana nu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kita yang penjawat awam ni setiap bulan dapat gaji, tapi mereka ini tak ada makanan yang hendak dimakan.
Jadi, kita fikirkanlah kalau kita boleh sedekahkan kepada mereka ini. Walaupun kita tahu Kerajaan Persekutuan akan beri bantuan PRIHATIN tapi sebenarnya tidak cukup untuk membantu. Saya mohon supaya bantuan one-off daripada kerajaan untuk peniaga, nelayan, penoreh, petani yang B40 untuk meringankan beban mereka.
Saya masuk kepada pelajar-pelajar kita yang terkesan apabila sekolah ditutup, jadi mereka ini terpaksa belajar secara online, belajar di rumah. Ada di antara mereka ini yang tidak ada kemudahan peranti, tidak ada laptop, tablet ataupun handphone, handphone berebut dengan mak ayah, kadang mak ayah pi kerja. Jadi, apakah peranan kerajaan untuk membantu mereka ini? Saya mengharapkan kerajaan perlu bekerjasama dengan pihak sekolah untuk kenal pasti pelajar-pelajar yang B40 untuk dibantu mereka, mungkin sekolah bagi pinjam tablet ka untuk kegunaan pelajar-pelajar ini dan pastikan di kawasan-kawasan ini kemudahan jalur lebar ini diperbaiki. Banyak sebenarnya kawasan-kawasan yang masih lagi tidak ada internet. Jadi, menyukarkan pelajar-pelajar yang di luar bandar untuk belajar. Tahun ini saja pelajar-pelajar kita belajar 4 bulan sahaja di sekolah, pelajar di Kedah ini lebih daripada 350,000 pelajar dan saya rasa mesti ada di antara pelajar-pelajar ini yang menghadapi masalah untuk belajar secara online. Penutupan sekolah ini sebenarnya bukan sahaja memberikan impak yang buruk kepada pelajar, guru dan keluarga tetapi mempunyai kesan ekonomi dan sosial yang meluas. Jumlah pelajar tercicir akan meningkat, sepatutnya Kementerian Pendidikan Malaysia dan KPT perlu ada idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah pendidikan ini dengan segera. Adakah sekolah dan IPT akan ditutup sehingga pandemik Covid-19 ini tak dak? Kita kena hidup dalam suasana ini dan sekolah mesti dibuka untuk membolehkan pelajar-pelajar kembali ke sekolah supaya tidak berlaku keciciran.
Sepatutnya setelah 10 bulan kita melalui pandemik ini, kita seharusnya belajar daripada pengalaman dan mengambil langkah yang lebih fleksibel dengan mengambil kira keperluan untuk mengurangkan penularan Covid-19 ini dengan melalui SOP yang lebih ketat dan sepatutnya sekolah dan universiti mesti dibuka. Pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM, bulan 3 nanti, peperiksaan percubaan dah selesai, sebab saya ada anak yang nak mengambil SPM, dia duk rumah main game sajalah, kalau di sekolah tu boleh tumpu kepada pembelajaran, tapi nasib baiklah peperiksaan percubaan baru-baru ni dia dapat 11A 1B, Alhamdulillah. Tak taulah peperiksaan yang sebenar pula, pasal cuti panjang, bulan 3 baru nak ada SPM. Mungkin YB. Exco Pendidikan Kerajaan Kedah boleh berbincang dengan Kerajaan Persekutuan supaya dipercepatkan peperiksaan SPM ini sebab pelajar sekarang ini ‘stress’, mereka nak cepat, nak bagi selesaikan peperiksaan SPM ini. Mereka lagi stress, lagi lama, lagi lambat, lagilah akan mengganggu pembelajaran mereka dan akan mengganggu kecemerlangan mereka di dalam peperiksaan nanti. Seterusnya, apakah cadangan YB. Exco pendidikan untuk mengisi masa lapang pelajar-pelajar ini yang sedang bercuti sekarang ini? Mungkin ada pertandingan-pertandingan secara online sebab mereka nak masuk pula ke sekolah 20 Januari ni lambat. Pertandingan bercerita, pidato, syarahan, projek NILAM dan lain-lain lagi yang boleh kerajaan membuat kerjasama dengan universiti-universiti di Kedah ini untuk membantu program-program yang seumpama ini.
Seterusnya saya ingin bertanyakan tentang kenapa kerajaan mengurangkan kemudahan pinjaman bagi menyambung pengajian pelajar-pelajar kita ke institusi-institusi pengajian tinggi, hanya diberi RM500 sahaja dalam bajet baru-baru ini. Jika dibandingkan dengan dulu semasa Kerajaan Pakatan Harapan di bawah Lembaga Biasiswa Negeri Kedah kita beri RM1.2 juta untuk membantu pelajar-pelajar kita membuat pinjaman untuk menyambung pengajian mereka. Jadi, tolong berikan penjelasan sebab pelajar kita ramai yang memerlukan bantuan pinjaman untuk menyambung pengajian mereka. Saya juga ingin bertanya tentang kenapa peruntukan mengurus kepada UniSHAMS daripada RM10 juta dikurangkan kepada RM9.5 juta, YB. Speaker. Jadi, tolong berikan penjelasan dan setakat manakah perancangan untuk pembinaan asrama pelajar untuk 2,000 pelajar di UniSHAMS, berapakah belanja, syarikat mana dan bilakah akan dimulakan pembinaannya? Saya juga ingin bertanya tentang cukai tanah Sekolah Cina, sampai peringkat manakah perbincangan yang telah dibuat dan adakah penyelesaian yang telah dibuat sebab dah banyak kali sebenarnya perbincangan-perbincangan yang saya dah buat berkenaan dengan cukai tanah Sekolah Cina ini tetapi belum mencapai kepada solusinya dan saya mengharapkan kerajaan sekarang ini untuk meneruskan perbincangan-perbincangan dan menyelesaikan masalah ini dengan segera. Soalan saya lagi, tolong nyatakan apakah bentuk-bentuk kerjasama yang akan dibuat dengan universiti-universiti tempatan untuk membangunkan modal insan pelajar-pelajar di Negeri Kedah ini? Saya masuk kepada isu wanita, tentang rumah transit. Bila sebenarnya boleh beroperasi? Duk bayar sewa bulanan sehingga setakat ini, sebab kita ada kes baru-baru ini di Kota Siputeh, ibu tunggal dengan 4 orang anak tak dak rumah nak duduk, tinggal di pondok kecil, tak berdinding. Kalaulah ada rumah transit ini bolehlah ibu ini tinggal di situ sementara ada rumah Zakat yang baru.
Alhamdulillah, dengan bantuan CEO Zakat kita, Tuan Syeikh Zakaria Bin Othman untuk membantu membina rumah yang baru kepada ibu tunggal ini tetapi mengambil masa. Jadi, sementara itu kita ada rumah sementara untuk mereka duduki. Jadi, kalau ada rumah transit ini bolehlah ibu tunggal ini tinggal bersama anaknya di rumah tersebut. Tolong berikan penjelasan tentang rumah transit ini. Adakah kerajaan bercadang untuk membantu meningkatkan sara hidup ibu tunggal yang perlu dibantu oleh kerajaan dengan memberi peruntukan barang-barang seperti mesin-mesin, oven dan sebagainya, kursus-kursus serta produk-produk mereka dibantu untuk dipasarkan? Sebab ramai ibu tunggal ini terpaksa membela anak-anak mereka.
YB. Kota Siputeh, 2 minit lagi!
Saya masuk sedikit kepada Kota Siputeh, mohon supaya penyelenggaraan naik taraf jalan di Pida 4 Pering kerana jalan ini memang rosak teruk. Kemudian, mohon disegerakan pembinaan masjid di Pida 4 Pering yang semakin uzur dan Masjid Kampung Megat Dewa yang telah pun diberikan kelulusan supaya pembinaan masjid ini diteruskan dan kutipan pun telah mencapai RM1 juta. Mohon dipercepatkan kelulusan.
Kemudian, masalah air yang tidak pernah selesai di Pida-Pida di DUN Kota Siputeh ini. Alhamdulillah, Jabatan Mineral dan Geosains ada membuat telaga tiub di tanah wakaf Surau Kampung Raja dan saya mencadangkan kalau boleh sementara, buat satu loji penapis air di situ sebab air katanya seluas padang bola, air di bawah itu dan boleh menampung sekitar kampung yang berdekatan di situ. Jadi, kalau boleh loji kecil dibuat untuk disalurkan ke kampung-kampung tersebut dan sebahagian air dari SADA ini boleh disalurkan ke kawasan-kawasan yang lain seperti kawasan Pida-Pida di DUN Kota Siputeh. Diberitahu bahawa loji rawatan air ini 2023 baru berfungsi. Jadi, untuk penyelesaian sementara ini saya cadangkanlah sebagaimana yang disebut tadi, saya tak pasti YB. Ayer Hitam ka tentang buat tangki air yang boleh disalurkan ke beberapa rumah sementara siapnya loji rawatan air.
Kemudian, tentang pelancongan di kawasan Kota Siputeh. Minta YB. yang berkenaan untuk sama-sama bantu iklankan tentang Bukit Kodiang, pelancong datang untuk ‘hiking’ (dengan izin) Bukit Hantu, Bukit Gong, Gua Kerbau di Kota Siputeh dan mohon supaya ada peruntukan untuk naik taraf seperti bina gerai-gerai, tandas, surau di bukit-bukit dan gua ini serta tolong iklankan di ‘billboard’, facebook, media-medial sosial, radio dan Warta Kedah supaya kita dapat bangunkan pelancongan ini. Begitu juga dengan kawasan-kawasan yang lain lah sebab Kota Siputeh ini sebenarnya cantik dengan bukit-bukau dan sawah padinya.
Tentang isu sampah. Sampah ni saya tengok di tebing-tebing tali air MADA ni banyak penduduk kita yang longgokkan sampah dan dibakar di situ, kadang-kadang sampah-sampah tersebut akan masuk ke dalam perparitan MADA, di tempat lain pun mungkin sama.
Mungkin kerajaan boleh buat satu inisiatif untuk mendidik orang kampung kita ini bagaimana cara untuk membuang sampah tersebut, di mana sediakan ‘kok’ ka, beli sampah-sampah mereka, pergiatkan, aktifkan iklan-iklan mungkin di pamphlet ka, billboard ka ataupun…. (YB. Timbalan Speaker mencelah)
YB. Kota Siputeh, masa dah habis.
Khutbah Jumaat ka untuk mendidik orang-orang kampung kita. Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ‘frontliners’, KKM, APM, Polis, JKM dan RELA di atas pengorbanan mereka yang cukup besar. Begitu juga Ketua-ketua Jabatan Kerajaan terutama CEO Zakat yang banyak membantu saya dalam menangani masalah-masalah di Kota Siputeh, SADA, saya juga kadang-kadang ‘direct’ kepada YB. Sungai Tiang, Tuan DO Kubang Pasu, Tuan Haji Mohd Arif yang sentiasa saya hubungi dan sentiasa membantu menangani permasalahan di DUN Kota Siputeh.
Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih YB. Kota Siputeh. Seterusnya YB. Tanjung Dawai!
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, wassolatu wassalamu a’la rasulillah wa’ala alihi wasohbihi waman waalah. Yang saya hormati, YB. Tuan Speaker, YAB. Menteri Besar, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana kita dapat bersidang walaupun masih dalam suasana Covid-19, moga-moga apa yang kita bincangkan dalam Sidang ini akan membawa kebaikan bersama terutama kepada rakyat jelata, InsyaAllah. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada YAB. Menteri Besar atas Pembentangan Bajet 2021 yang bertemakan “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua” yang berteraskan kepada 4 perkara. Saya menjangkakan Sidang kali ini tidak akan kedengaran lagi perkataan sepertimana kianat, tebuk atap dan sebagainya. Tetapi mengecewakan saya YB. Tuan Speaker, apabila ayat itu masih kedengaran, seolah-olah kita mempertikaikan keputusan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong bahkan juga Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah berkaitan dengan perubahan kerajaan terutama di negeri ini. Saya ingin menyebut apa yang pernah disebutkan oleh Ketua Pembangkang pada suatu ketika dahulu di Dewan ini, Almarhum Dato’ Ustaz Fadzil Noor, apabila dia menyebut kepada seorang Yang Berhormat, “Yang Berhormat bila duduk nampak cerdik tetapi bila bangun, bercakap, nampak tak cerdik”.
Moga-moga kita tak mengulangi perkara itu. Kalaulah benda itu nak disebut, benda itu juga mungkin ada pada kita. Moga-moga kita perbaiki apa yang telah pun kita lalui demi kesejahteraan Negeri Kedah ini, InsyaAllah.
Sidang yang dihormati sekalian, bajet yang telah pun dibentangkan membuktikan keprihatinan daripada anak yang baru dilahirkan hinggalah kepada orang dewasa, daripada yang sihat kepada orang sakit yang terlantar, semuanya diambil berat melalui bajet yang telah pun dibentangkan. Saya yakin bahawa Bajet 2021 ini akan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, tidak ada alasan hutang banyak, tidak ada alasan mungkin hasil tidak dapat dikutip dengan sebaiknya, tidak ada alasan mungkin ini bukan kitab suci dan sebagainya. YB. Tuan Speaker, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada YAB. Menteri Besar dan juga kerajaan kerana memperuntukkan kepada wakil rakyat untuk menyantuni rakyat di kawasan masing-masing. Saya juga mengucapkan syabas atas keprihatinan kerajaan kerana memberikan peruntukan kepada pembangkang yang sepatutnya dulu juga kami perolehi. Bahkan saya ingin membetulkan apa yang dinyatakan oleh YB. Kubang Rotan tadi bahawa kami ketika menjadi pembangkang dahulu memperolehi sebanyak RM70,000.
Tapi itu adalah infra, bukan bekalan, berbeza dengan RM50,000 yang pihak pembangkang perolehi sepertimana yang dijanjikan oleh YAB. Menteri Besar. Bahkan saya ingin menyebut berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh YB. Bukit Selambau, bagaimana YAB. Menteri Besar telah meluluskan sempena Deepavali baru-baru ini sebanyak RM100,000 untuk kaum India sempena sambutan Deepavali. Itu adalah keprihatinan yang amat besar daripada pihak kerajaan.
YB. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, kita dalam keadaan krisis pandemik Covid-19 bahkan kita berlanjutan dalam menghadapi krisis ekonomi akibat daripada pandemik tersebut, apabila kita merenung di dalam Al-Quran kita akan menemui di dalam Surah Yusuf ayat 47 dan juga 48, kisah Nabi Yusuf a.s yang telah mencadangkan kepada kerajaan khusus kepada raja supaya mengarahkan penanaman bersungguh-sungguh dalam tempoh 7 tahun dan hasilnya dibiarkan di tangkai, tidak dimakan semuanya untuk menghadapi 7 tahun kemarau yang akan berlaku. Dan kita maklumi, dalam sejarah dunia disebutkan bahawa kitaran ekonomi ini berlaku antara 5 hingga 10 tahun, disebut kitaran semulajadi dan kitaran ini dengan perkembangan, dengan puncak, dengan kemuncup dan juga jatuh dan akhirnya berkembang kembali. Saya yakin kita dalam Dewan ini pernah mengalami keadaan ekonomi dari 1985, tahun 1997, tahun 2008 dan sekarang 2018 hiingga 2020 akibat daripada perang dagang antara Amerika dan juga China, ditambah dengan Covid-19 ini, kesannya amat besar. Bagi menghadapi suasana keadaan sekarang, maka kepimpinan untuk mentadbir sebuah negeri adalah orang yang pernah sepertimana disebutkan oleh Nabi Yusuf a.s, Qālaj'alnī 'alā khazā`inil-arḍ, innī ḥafīẓun 'alīm. Nabi Yusuf a.s menawarkan khidmatnya kepada raja untuk diberikan tanggungjawab menjaga khazanah bumi Mesir kerana dia menyatakan bahawa dia mampu untuk menjaga dan tahu untuk menjaga dan dia juga tahu untuk mengurus khazanah negara bagi menghadapi 7 tahun kemarau yang dasyat yang akan berlaku suatu ketika nanti. Maka ulamak menyatakan bahawa apa yang disebutkan oleh Nabi Yusuf ini sebahagian daripada ciri-ciri pemimpin yang patut untuk mentadbir sebuah negeri ataupun negara.
Ditambah dengan apa yang dinyatakan oleh anak dara Nabi Shuib a.s, apabila memberi komen tentang Nabi Musa a.s “Innamal innakhoi rumanis takjar taminal alqoyyum al amin” Sesungguhnya orang yang layak, yang terbaik untuk diberi upah, diambil pekerja adalah orang yang gagah lagi amanah. Orang yang gagah, yang kuat untuk menghadapi pandemik dan juga apa-apa yang terkesan daripada pandemik ini. Orang yang punya sikap jujur yang boleh untuk mendahulukan kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan peribadinya. Saya menyeru kepada sahabat-sahabat terutama yang duduk di barisan kerajaan ini ‘backbenchers’ supaya meletakkan kepentingan rakyat di depan dan juga meletakkan tanggungjawab bahawa setiap sen yang kita perolehi daripada peruntukan kerajaan yang diberikan adalah suatu tanggungjawab yang akan disoal terhadap kita di akhirat nanti, bukan untuk kita mengambil peluang bagi memenuhkan kocek kita bahkan kita mengeringkan kocek demi kemaslahatan rakyat di kawasan kita terutamanya.
YB. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, tanggungjawab kerajaan, kita Kedah adalah negeri yang Allah anugerahkan dengan pelbagai kemudahan dan juga kehebatan. Kita ada gunung-ganang, bukit-bukau, sungai, laut, sawah dan sebagainya yang sukar untuk dicari sepertimana yang Allah kurniakan kepada kita di negeri lain. Di Kedah ini negeri yang istimewa, kita punya hutan simpanan dan kita juga ada kawasan tadahan air. Tapi, kita dimaklumkan betapa baiknya Kedah, tak kiralah zaman sekarang PN ataupun PH ataupun BN sebelum ini, bagaimana hasil daripada usaha kita menjaga kawasan tadahan air, orang negeri lain di Pulau Pinang dan Perlis dapat manfaat sama. Tapi mereka tidak membalas jasa yang kita berikan kepada mereka, maka saya minta kepada Kerajaan PN pada hari ini untuk melihat bagaimana tindakan kita untuk menjaga hutan, hutan simpanan, hutan tadahan hujan, hutan tadahan air untuk kepentingan semua pihak dibalas oleh pihak di Pulau Pinang dan juga di Perlis. Mungkinlah kerajaan sebelum ini pernah pergi mengadap Ketua Menteri Pulau Pinang tapi jawapannya mengecewakan. Moga-moga ada tekanan supaya mereka juga melihat bahawa mereka menumpang kebaikan yang ada di negeri kita.
Yang kedua ialah berkaitan dengan air dan juga SADA. Saya mengucapkan syabas kepada YAB. Menteri Besar dan juga pihak kerajaan kerana tegas dan berani membuat keputusan untuk tidak menyambung konsesi air kepada Syarikat AUI dan juga Taliwoks Langkawi. Mungkin juga di pihak pembangkang menyatakan ketika itu tidak boleh untuk dibuat keputusan, mereka tidak menghentikan kerana konsesi itu masih berlangsung. Tetapi seingat saya di dalam Dewan ini berkali-kali pihak kami bertanya, “adakah kerajaan akan menyambung ataupun tidak konsesi air kepada 2 syarikat tersebut”? Tetapi kami tidak mendapat jawapan daripada pihak tuan-tuan sebelum ini. Hari ini kita melihat bagaimana keupayaan yang telah pun dibuktikan apabila kita mengambil alih kerajaan bahkan mengambil alih SADA, keuntungan telah pun berjaya diperolehi dan kita melihat perkembangan positif lebih baik dari sebelumnya, hutang dapat dikurangkan dan moga-moga masalah air yang berlangsung berlaku di kawasan-kawasan, di daerah-daerah juga dapat untuk diatasi. Terima kasih atas pengurusan projek telaga tiub di Merbok yang telah pun dibuat oleh pihak PH hari tu. Saya ucapkan ribuan terima kasih, di Tupah dan juga di Merbok. Tetapi di Tupah tidak memenuhi kriteria, airnya tidak cukup dan air di Merbok InsyaAllah Kerajaan PN akan menyiapkan Loji Rawatan Air untuk kegunaan masyarakat.
Saya mengharapkan tidak ada sikap dingdong-dingdong dalam Kerajaan PN ini yang berkaitan dalam LRA dengan 5 loji yang akan dibuat dan mengharapkan dalam bulan ini sepertimana YB. Exco Air bagitau ada 2 LRA air yang akan diputuskan dalam bulan ini, moga-moga Bukit Selambau juga akan dapat beroperasi ataupun dimulakan projek pada tahun hadapan demi untuk memudahkan kehidupan rakyat di DUN Tanjung Dawai khususnya.
Seterusnya saya juga ingin menyentuh sepertimana YB. Kuala Ketil menyebut tentang mungkin kita boleh minta hak kita dari Pulau Pinang, hasil tanah dan hasil galian. Tapi saya ingin untuk mengulangi di dalam Dewan ini bahawa kita adalah pemilik kepada Pulau Pinang berdasarkan perjanjian dengan pihak British dahulu iaitu selagi mana ada bintang dan bulan, Pulau Pinang adalah milik Kedah.
Tandatangan oleh Sultan Kedah pada suatu ketika dahulu, maka saya hanya mencadangkan supaya Kerajaan Kedah untuk memperlihatkan bahawa Pulau Pinang memang punya hubungan dengan Kedah, mencadangkan supaya jawatan Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang selepas ini dicadangkan kepada Kerabat Diraja Kedah.
Seterusnya, saya juga menyokong pendirian kerajaan yang telah pun membuat tuntutan sebanyak RM177.78 juta untuk insentifkan iaitu pampasan kerana mengekalkan tanah sawah di Kedah sebagai pembekal kepada beras negara.
YB. Tuan Speaker dan Ahli Sidang yang dihormati sekalian, di dalam Bajet juga disebutkan tentang “Cordoba of Kedah”, suatu cadangan yang cukup menarik dan terus mendapat ulasan dari luar. Saya menjangkakan UniSHAMS suatu ketika nanti akan menjadi pusat sepertimana yang diharapkan membangunkan pendidikan berteraskan sains, teknologi dan juga agama dibantu oleh pihak-pihak sekolah agama, tahfiz dan juga pondok. YB. Tuan Speaker, Cordoba adalah suatu kota yang indah, bahkan pernah disebutkan oleh Saintis Perancis, Pierre Curie yang terkenal dengan kajian atomnya menyatakan bahawa kalaulah Khazanah Khutub Khanah di Cordoba itu tidak dibakar oleh penjajah yang terhasil dan berbaki hanyalah 30 buku sahaja. Tetapi dengan 30 buku itu mereka dapat mengasingkan atom, kalaulah setengah juta Khutub Khanah di Cardoba itu tidak dibakar, dia menyatakan kita pasti hari ini dapat untuk berjalan di galaksi di angkasa sana. Dia meninggal pada tahun 1906.
YB. Tanjung Dawai, ada 2 minit lagi. Jeti tak sebut lagi.
Saya mengharapkan supaya Insaniah dan pondok-pondok dapat untuk dibangunkan dan Andalus dan Cordoba jatuh dengan sebab pemudanya YB. Tuan Speaker, penjajah nak jajah Andalus dan Cordoba mereka hantar ‘spy’ tengok pemuda. Tahun pertama hantar pemuda berlawan dalam soal ilmu, menghafal kitab Sohimul Bukhori, Imam Bukhori dan juga kitab-kitab sains. Bila bertahun selepas itu ‘spy’ datang lagi, pengintip datang soal tentang pemuda, anak muda berlawan dalam soal lagu dan syair.
Bertahun selepas itu, mereka datang buat kali ketiga kerana kali pertama dan kedua mereka kata mereka tak mungkin untuk jatuhkan Andalus dan Cordoba. Tapi kali ketiga mereka datang, mereka dapati seorang anak muda menangis di tepi jalan, bila ditanya rupa-rupanya dia menangis kerana putus cinta dengan kekasihnya. Maka saat itulah penjajah menyatakan waktu untuk Andalus dan Cordoba jatuh. Kita harap pemuda di Kedah tidak akan jatuh kerana cinta dan akan membangun dengan lebih hebat lagi.
Saya juga ingin menyebut tentang pelancongan, diucapkan ribuan terima kasih di atas cadangan untuk memperbaiki dan juga meluaskan jalan yang ada di antara Sungai Petani ke Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka dan juga Gunung Jerai kerana kawasan ini sekarang mendapat perhatian khususnya sukan berbasikal. Cumanya tercacat sikit bila jalan ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang akibat daripada projek Tanaman Durian, tanah lumpur telah pun naik ke atas jalan menyebabkan berselut mengganggu aktiviti joging dan juga aktiviti basikal.
Saya juga mengucapkan tahniah kerana memberikan kepada Jabatan Agama Islam peruntukan untuk masjid dan surau dan dalam tempoh 6 bulan ini tidak kedengaran masjid yang diganggu oleh pegawai kepada Exco Agama, tidak sepertimana dahulu. Saya ucapkan ribuan terima kasih dan saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Lembaga Zakat terutamanya atas inisiatif dan juga bantuan yang tidak henti-henti untuk kami sewaktu menjadi pembangkang bahkan diteruskan ketika mana di pihak kerajaan untuk memudahkan hubungan dengan rakyat, InsyaAllah.
Isu saya di DUN Tanjung Dawai pertama, ialah terbaru isu tanah di Sungai Piat di mana 19 peneroka di kalangan orang kampung yang telah pun membuat kawasan sawah padi yang sebelum ini terbiar. Tiba-tiba setelah mana hasil padi menunjukkan bertambah baik, tiba-tiba 2 minggu yang lalu ada satu syarikat telah memasang ‘signboard’ menyatakan itu adalah milik mereka dan mengarahkan 10 buah rumah yang telah pun dibuat 30 tahun yang lalu untuk keluar dan juga mengusir peneroka yang telah pun membangunkan kawasan itu menjadi sawah padi.
Yang kedua, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat…… (YB. Timbalan Speaker mencelah)
YB. Tanjung Dawai, masa dah habis dah!
Habis dah? Minta pintu air di Tanjung Dawai dipercepatkan, pasal air laut duk naik.
Sebut point saja!
Minta rumah di KEDA yang kena ribut dibuat dan juga minta kuari di Batu Hampar, Merbok supaya dihentikan. Terima kasih YB. Tuan Speaker kerana mencelah saya.
Terima kasih YB. Tanjung Dawai. Oleh kerana YB. Tanjung Dawai tak sebut, jadi saya kena sebut juga lah. Minta tolong tengok Jeti Pantai Merdeka tu, yang pertama bukan setakat basah lencun baju, kain tetapi yang lebih penting daripada itu YB. Dato’ SFO adalah berkaitan dengan pemeliharaan aurat. Nak naik bot tu selak habis sampai ke lutut, jadi ini harap diberi perhatian yang lebih lah.
Seterusnya saya persilakan YB. Kota Darul Aman.
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Selamat tengahari dan salam sejahtera YAB. Menteri Besar Kedah, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-Ahli Yang Berhomat, Ketua-ketua Jabatan dan hadirian hadirat yang dikasihi sekalian.
YB. Tuan Speaker, sepertimana yang kita nampak hari ini, pandemik Covid-19 bukan sahaja mengancam nyawa dan tahap kesihatan tetapi mengubah sama sekali cara dan gaya hidup manusia di seluruh dunia termasuklah di negara Malaysia dan negeri Kedah yang tercinta. Berikutan krisis Covid-19, krisis ekonomi dan krisis politik yang berlaku dalam negara, Kerajaan Negeri perlu merangka kerana tiada pilihan untuk memikir di luar kotak dan melangkah ke suatu dimensi berlandaskan norma-norma baharu sedang memberi tumpuan untuk mengubah nasib rakyat dalam mendepani cabaran angkara virus merbahaya ini.
Melihat kepada Bajet 2021 yang dibentangkan oleh YAB. Menteri Besar, saya rasa terkejut kenapa Bajet 2021 yang sepatutnya menonjol, banyak ‘copy and paste’ (dengan izin) Bajet 2020 yang dibentangkan Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini. Luaran Buku Bajet “Hijau” tapi dalam “Merah’’ Pakatan Harapan. Contohnya Tabung Wanita Sejahtera, dulu namanya Tabung Khas Wanita, Program Anakku Sejahtera dulunya Insentif Kelahiran Anak (IKA) dan Bantuan Membeli Peralatan dulu Tabung Bantuan Pesakit Kronik serta banyak projek mega diteruskan. Ini menunjukkan dasar baik Kerajaan Pakatan Harapan adalah terbaik dan disambung semula oleh Kerajaan Perikatan Nasional tanpa perlu bayar ‘fee copyright’.
YB. Tuan Speaker, pada masa ini rakyat memerlukan satu ‘extraordinary’ bajet ini ‘in extraordinary time’ (dengan izin) bukan satunya ‘ordinary’ bajet, ‘in extraordinary time’ (dengan izin). Kalau bajet kali ini masih kekal cara lama, sudah tentu transformasi melonjakkan ekonomi tidak dapat dicapai. Tumpuan bajet kali ini sepatutnya memberi fokus kepada membendung Covid-19, menyelamatkan sektor ekonomi utama dan penjanaan peluang pekerjaan.
YB. Tuan Speaker, apabila baca Buku Bajet, kerajaan hanya kasi RM200 one-off untuk ‘frontliners’. Saya sekali lagi terperanjat, takkan kerajaan begitu kedekut, siang malam ‘fontliners’ kita lawan Covid-19 bermati-matian, tiada masa bersama keluarga, risiko dan pengorbanan yang tinggi, mereka cuma dapat RM200 one-off manakala yang lain dapat RM1,000.
Saya berpendapat bahawa RM500 one-off lebih ‘relevent’ bagi kuatkan semangat ‘frontliners’ kita. Dalam tempoh 8 bulan ini, rakyat Daerah Kota Setar hidup dalam keadaan tak tentu hala, sekejap kerajaan umum tutup, sekejap kerajaan umum diperketatkan, sekejap umum bersyarat. PKPD satu daerah kena tutup, yang kena Covid-19 cuma Flat Tongkang Yard dan penjara. Usaha-usaha untuk melindungi rakyat memang ada tetapi adakah ini cara membendung penularan wabak Covid-19 membuahkan hasil. Setiap kali umum SOP, semua orang pening, 3 kali PKP, PKPD, PKPB ramai mengalami kemerosotan pendapatan malah ada yang kehilangan pekerjaan sekaligus merencatkan pertumbuhan ekonomi. Jual nasi lemak pun tak dak orang beli sekarang. Sekarang ini kalau nak cari makan pun tak dak, macam mana nak bayar cukai tanah dan cukai pintu. Adakah kerajaan akan bertindak zalim sama sekali sekiranya tidak bayar? Pada pendapat saya, Kerajaan Negeri patut melanjutkan tawaran diskaun 30% kutipan cukai tanah dan beri lanjutan bayaran ansuran sehingga Jun 2021. Ini kerana aliran tunai dalam ekonomi dah terputus dan memerlukan masa untuk baik pulih. Lanjutan kutipan cukai tanah dapat mengurangkan tekanan para pembayar cukai. Kerajaan juga harus mengecualikan bayaran lesen hiburan seperti cukai tiket wayang dan cukai tiket taman tema kepada pelesen yang terkesan sehingga bulan Disember 2020 berikutan pelaksanaan PKPB di seluruh negeri. Ini kerana hampir setahun tiada aktiviti hiburan tapi anggaran hasil….(YB. Timbalan Speaker mencelah)
YB. Kota Darul Aman, ada usul daripada YAB. Menteri Besar.
Ok!
YB. Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan di bawah Peraturan 12(a) Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan supaya Dewan pada tengahari ini disambung sehingga selesai Perbahasan Bajet. Terima kasih.
Ini kerana hampir setahun tiada aktiviti hiburan tapi anggaran hasil sebanyak RM12.8 juta ini adalah kurang realistik. Kita ambil pawagam-pawagam di seluruh negeri Kedah sebagai contoh, semua telah tutup berikutan peningkatan kes wabak Covid-19 baru-baru ini. Sama juga untuk semua tempat hiburan, kebanyakan sudah tutup sejak PKP bermula pada bulan Mac yang lalu.
YB. Tuan Speaker, semenjak pelaksanaan PKP, orang kurang siuman dan orang gelandangan berleluasa di kawasan bandar terutamanya Alor Setar bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Segelintir golongan ini bukan sahaja tiada tempat tinggal, menceroboh bangunan rumah kedai, malah mengotorkan lorong-lorong belakang rumah kedai. Kegiatan mereka memungut sampah seluruh pekan dan ditimbunkan di bangunan rumah kedai kosong turut menyebabkan kebakaran dan ada yang memaklumkan bahawa ada jualan dadah di kawasan tersebut. Kami membuat aduan kepada PDRM, JKM serta MBAS dan mereka telah datang meninjau kes tersebut namun tiada punca kuasa untuk menangkap atau mengambil orang gelandangan tersebut. Adakah Kerajaan Negeri bersedia menyediakan peruntukan tambahan kebajikan untuk membina institusi penempatan kepada golongan bergelandangan ini dan membantu mereka? Kita nampak golongan ini akan bertambah dengan keadaan ekonomi yang makin teruk, ramai yang tertekan. Jadi, peruntukan ini harus disalurkan agar dapat membantu golongan ini.
YB. Tuan Speaker, melihat kepada Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Kedah, benteng-benteng RTB telah kelihatan bermula dari Rumah Pam Alor Malai di Kampung Pisang hingga ke Kompleks Alor Setar. Namun, kita nampak RTB telah dilaksanakan tapi banjir kilat masih banyak terjadi di sekitar kawasan tersebut. Hasil tinjauan saya mendapati bahawa pembinaan banteng-benteng konkrit RTB telah menyebabkan sungai sempit dan cetek. Adakah bajet RM4.45 juta RTB, JPS akan digunakan untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan mendalamkan Sungai Kedah, Sungai Raja dan Sungai Terus bagi menampung kenaikan isipadu air pada masa akan datang? Selain itu, adakah Kerajaan Negeri akan mengambil langkah-langkah keselamatan dengan memasang ‘grille’ dan papan tanda bagi jalan-jalan RTB yag baru siap diturap dan terletak di pinggir Sungai Kedah, belakang Kampung Pisang dan Kompleks Alor Setar? Saya cuba masuk ke tar yang telah disiapkan oleh JPS dan bila bawa masuk kereta agar sukar untuk bawa keluar semula dan tiada unsur-unsur keselamatan dibuat agar rakyat yang menggunakan untuk berkelah dan berekreasi mungkin akan jatuh ke dalam sungai sekiranya tiada pemasangan ‘grille’ ataupun “TIDAK BOLEH MEMANCING ATAU BERENANG” sebagai papan tanda. Ini mungkin boleh menyebabkan kehilangan nyawa sekiranya tidak mengambil faktor keselamatan.
YB. Tuan Speaker, melangkah ke hadapan Bajet 2021 tidak memberi fokus yang mendalam kepada golongan belia. Untuk ini, saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri memberi tumpuan dan fokus kepada ekonomi kehijauan sebagai teras pembangunan negeri. Ini bukan sahaja dapat mewujudkan keselamatan, kelestarian alam sekitar malah peluang pekerjaan jangka panjang bagi anak Kedah. Lampu jalan, jalan dan bangunan kerajaan, kita salurkan ratusan juta pada tahun ini dalam Bajet 2021 tapi tiada pengubahsuaian digunakan untuk mewujudkan ‘green building’ (dengan izin) dengan kerjasama sebab di Kedah ini kita nampak ‘green inovation’ ataupun ‘green building’ merupakan satu inisiatif yang kita boleh buat kerana kita ada banyak syarikat yang hebat macam contohnya First Solar, Solarvest yang melabur di Kedah dengan kepakaran teknologi yang tinggi dalam solar dan kita gunakan dalam bangunan-bangunan kita supaya kita dapat menjimatkan peruntukan kerajaan dalam lektrik ataupun…..(YB. Timbalan Sepaker mencelah)
YB. Kota Darul Aman, 2 minit lagi!
Yaa…Ok! Saya mencadangkan kerajaan untuk memperuntukkan geran one-off suntikan modal, bantuan peralatan ataupun latihan kepada anak muda dalam menceburi bidang kehijauan kerana kita nampak industri ini akan berkembang pesat untuk jangka masa yang amat panjang.
Akhir sekali, bagi Bajet 2021 nampaknya optimistik tapi bagi saya yang pernah belajar ekonomi saya rasa ia akan bakal menghadapi cabaran yang besar untuk merealisasikan sekiranya kemelut politik dan ekonomi negara tak pulih tahun hadapan. Apa-apa pun saya doakan yang terbaik bagi rakyat, demi rakyat, untuk rakyat dan kita berharap Covid-19 dapat hilang dalam masa yang terdekat. Sekian, terima kasih.
Terima kasih YB. Kota Darul Aman. Sekarang saya persilakan pembahas terakhir, YB. Pengkalan Kundor!
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Tuan Speaker, YAB. Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat Exco, Ahli-Ahli Yang Berhormat, pegawai kerajaan dan tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian.
Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya sebagai pembahas terakhir pada kali ini dan sudah tentu bajet yang dibuat ini di kala suatu keadaan yang luar biasa sebagaimana yang disebut oleh rakan-rakan saya. Maka bajet ini juga mesti sesuai dengan keluarbiasaan keadaan itu di samping kita merangka bajet-bajet yang biasa, yang rutin, yang saya kira meliputi sebahagian besar daripada bajet tetapi yang luar biasanya adalah keadaan Covid dan kesan ekonomi kesan daripada Covid. Saya kira Kerajaan Federal telah melakukan suatu kesilapan apabila mengisytiharkan PKPB yang terakhir ini setelah peringkat demi peringkat sampai peringkat pemulihan, tapi kita masuk patah balik ke peringkat bersyarat. Saya ingin membawa sedikit Ahli-ahli Dewan semua untuk melihat suasana dunia pada hari ini, suasana negara dan suasana negeri Kedah. Dunia pada hari ini jumlah pesakit lebih daripada 55 juta dengan kematian lebih daripada 1.3 juta dengan kes sehari sekarang melebihi 640 ribu dengan keadaan angka yang menaik, angka semakin tinggi dan beberapa hari lalu telah mencatat jumlah kes Covid yang paling tinggi dalam sejarah dunia pada satu hari. Begitu juga dalam konteks negara kita setelah gelombang pertama, gelombang kedua dan gelombang ketiga. Gelombang ketiga ini mencatat angka-angka yang menakutkan dan ‘average’ saya kira sekarang sekitar 1,000 kes sehari.
Tapi berbeza dalam konteks negeri Kedah kita walaupun angka-angka beberapa minggu lepas, bulan lepas, angkanya tinggi tetapi angka-angka itu kita tahu dari mana puncanya. Angka yang berada selain daripada penjara, sudah tentu angkanya kurang dan saya kira dalam masa beberapa hari ini ataupun seminggu yang terakhir ini angkanya sekitar 10 ke bawah. Jadi, disebabkan oleh itu, apa keperluan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini meliputi negeri Kedah? Kerana pada saya apabila perintah ini dikeluarkan seolah-olah perintah yang bermula dari bulan Mac sampai sebelum bersyarat ini diperintahkan kita seolah-olah daripada segi ekonominya terutama B40, yang bekerja sendiri, yang di bawah, telah berada dalam situasi kalau kita nak sebut lumpuh ataupun dalam keadaan ‘rekoprasi’ daripada lumpuh daripada segi ekonominya. Tetapi sekarang apabila diperintahkan Kawalan Pergerakan ini, ekonomi yang hampir telah berlaku rekoprasi tadi telah semula lumpuh untuk kali yang kedua. Begitulah keadaan ekonomi yang di bawah sana dan saya bawa satu contoh, kalau YAB. Menteri Besar membawa contoh “Kak Ton”, beberapa hari lepas dalam minggu lepas saya berada di Kuala Nerang, saya minum di sebuah kedai, kalau saya beritahu kedai itu saya ingat YB. Pedu dan juga YB. Kuala Nerang akan tau. Saya minum sekitar pukul 12.00 tengahari, datang seorang kakak yang saya kira umurnya dalam 40-an bersama seorang anaknya, perempuan dengan motor. Datang parkir, pergi ke kedai itu untuk melihat hasil kuih yang dihantar pada waktu paginya.
Dia ambil satu, satu, satu, lepas dia ambil dia duduk. Pasal apa? Pasal kuih dia tak habis. Kuih yang diharapkan memberi pulangan hasil kepada dia pada hari itu tidak memberi sumbangan yang sepatutnya. Lalu dia duduk hampir 10 minit, dia duduk dengan anak dia, anak ni taulah dia tak tau sangat masalah tekanan keluarga dan seumpamanya. Lalu saya pergi menghampiri kakak ini saya tanya, “pasal apa kak?” Dia kata, “dalam minggu ni tak boleh nak bayar Amanah Ikhtiar kerana tak mampu”. Inilah keadaan yang berlaku di bawah sana. Pasal apa? Apabila perintah PKP ini diisytiharkan maka tidak ada pergerakan, maka ekonomi tidak akan berlaku sebagaimana yang sepatutnya.
Dalam suasana yang sebeginilah yang saya maksudkan supaya Kerajaan Negeri melihat inilah keadaan ‘special’ yang sepatut kita memberi fokus. Maknanya, di samping peruntukan yang biasa-biasa yang kita buat, saya rasa perlu ada satu dana khusus yang mereka ini tidak masuk dalam pencarum KWSP, mereka ini adalah pekerja-pekerja biasa mungkin pekerja harian yang sudah tentu apabila begini jadinya pendapatan harian tidak ada, lalu saya rasa Kerajaan Negeri patut memberi fokus kepada mereka untuk kelangsungan kehidupan mereka, bukan untuk nak menggerakkan ekonomi yang lebih besar daripada itu tetapi untuk kehidupan seharian, untuk periuk nasi. Jadi, saya rasa apa salahnya Kerajaan Negeri untuk memperuntukkan satu dana untuk memberi pinjaman kepada mereka ini supaya mereka juga selepas ini saya yakin, saya yakin perintah ini akan ditarik balik dalam masa yang terdekat dalam konteks Negeri Kedah, saya yakin itu. Sebab, perintah yang awal pun adalah perintah yang bermotifkan politik dengan kes yang ada dalam negeri kita tidak sepatutnya kita dikurung sebegitu rupa dan saya kira kegagalan ini adalah berpunca daripada apa yang saya sebut semalam apabila tidak ada ‘self empowerment’.
Apabila kefahaman yang kita sama-sama faham tidak dapat di‘translate’ dalam bentuk budaya dan saya kira ini adalah satu panduan yang sangat baik yang dikeluarkan oleh Kementerian Penerangan bukan saja untuk kita faham tetapi untuk kita membudayakan norma baharu ini. Saya yakin selagi kita tidak mampu untuk membudayakan norma baharu ini, kes selepas gelombang ketiga ini akan berlaku gelombang keempat, gelombang kelima dan seterusnya. Dan kita tidak tahu mungkin 2021 akan lebih teruk daripada apa yang ada sekarang.
Oleh sebab itu, kita nak supaya, satu Penerangan mesti turun ke bawah untuk memberi faham yang lebih daripada apa yang ada sekarang. Untuk akhirnya kefahaman itu di’translate’ dalam bentuk budaya. Yang kedua, saya kira perlu ada contoh-contoh yang baik di kalangan pemimpin-pemimpin walaupun dalam teks ini disebut pujian daripada Kementerian, pujian daripada DG tetapi saya rasa beberapa contoh yang ditunjukkan oleh beberapa rakan-rakan Exco kita sangat tidak mencerminkan bahawa kita memberi contoh yang baik. Jadi, saya kira ini patut diikuti bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa kita mampu membudayakan norma baharu iaitu sekurang-kurangnya apabila 3S ada pada diri kita, 3W ada dalam diri kita di semua masa, di semua tempat. Maka saya kira InsyaAllah kita berjaya mengurang ataupun menghalang ataupun melandaikan lekuk yang ada sekarang.
YB. Tuan Speaker dan tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian, yang kedua saya nak minta penjelasan sedikit daripada YAB. Jeneri, kita ucapkan tahniah lah kepada SADA. Kepada rakan-rakan pembahas yang saya dengar tadi, itu memang kontrak tamat, hari tu pun apabila tamat kita akan mengambil alih, bukan isu kerajaan sekarang yang berjaya ambil alih, bukan! Isu kontrak sudah tamat bulan 8 dan bulan 10. Apabila tamat kita juga telah merancang, Exco-Exco pada zaman kita juga telah merancang untuk bagaimana ambil alih membayar hutang dan sudah tentu jumlah hutangnya tinggi, RM147 juta dan saya ucapkan tahniah kerana berjaya membayar hutang RM79 juta telah selesai, lebih? Saya nak tanya datang daripada mana duit itu, adakah duit itu daripada pencairan simpanan? Sebab tadi juga disebut oleh YB. Tanjung Dawai dah untung dah. Masih tidak untung. Bukan itu saja, masalah SADA sekarang apabila kedua-dua konsesi ini diambil alih, sudah tentu kita perlu membayar hutang yang tinggi yang telah disebut tadi masih ada baki, satu.
Yang kedua, proses migrasi SADA kepada PAAB, ini juga akan meninggalkan satu hutang yang banyak. Dalam soalan bertulis saya pada sesi yang lepas dijawab masih hutang apabila ditolak semua eset-eset itu jumlahnya masih RM1.8 bilion. Jadi, saya tidak tahu dalam masa yang terdekat ini berapa lagi eset yang boleh ditolak dan sudah tentu kalau itulah bentuknya maka hutang saya kira hampir-hampir lagi RM2 bilion. Hutang itu sangat tinggi dan apabila kita ambil alih kesemua ini bagaimana untuk kita nak selesaikan hutang-hutang itu? Sudah tentunya akhirnya tarif air akan dinaikkan. Oleh sebab itu, saya rasa dalam keadaan yang sebegini saya rasa kita mesti berjimat bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa perjalanan SADA ini. Kalau tidak berjimat akhirnya kesannya kepada rakyat semua.
YB. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Dewan yang dirahmati Allah sekalian, yang kedua saya nak sebut juga tentang ‘delivery system’. Tadi disebut bagaimana peruntukan Deepavali yang diperuntukkan RM100,000 dan seumpamanya, tapi ‘delivery’nya, penyampaiannya macam mana sebab kami tak tahu pun, saya tak tahu, DUN saya tak tahu. Jadi, saya rasa ‘delivery system’ ini telah tidak berfungsi secara baik apabila kerajaan bertukar tangan. Sebab di bawah JPKK baru saja dilantik, Penyelaras tidak berfungsi, di DUN saya Penyelaras tidak berfungsi, namanya ada, pejabat tidak dibuka, JPKK tidak berfungsi, Ahli Majlis juga tidak berfungsi. Jadi, saya rasa ini adalah suatu perkara yang perlu dibaiki segera untuk memastikan bahawa ‘delivery’ tadi sampai ke bawah, penyampaian tadi sampai ke bawah.
Akhir sekali saya nak sebut juga, saya tak mau sebut ni, saya tak mau ulang banyak kali dah tetapi apabila disebut oleh YB. Kuala Nerang dan YB. Tanjung Dawai tadi tentang kerajaan yang ada sekarang. Kita mesti mempunyai pemikiran yang betul apa yang berlaku dalam negara kita. YB. Kuala Nerang sebut perubahan kerajaan sebab Perdana Menteri dulu letak jawatan, saya telah berulang kali, dalam sesi yang lepas pun kita telah sebut, bukan isu letak jawatan. Kalau isu letak jawatan, dengan majoriti yang masih ada ia tidak merubah kerajaan. Saya ingat YB. Sungai Limau faham. Dulu, dalam sesi yang lepas saya telah terang apabila berlaku perubahan daripada Tun kepada Pak Lah kepada Najib tidak berlaku perubahan kerajaan. Sebab apa? Sebab tidak ada perancang untuk melompat yang menjatuhkan kerajaan.
YB. Pengkalan Kundor, 2 minit lagi!
2 minit lagi? Eloklah, saya nak perabis dah ni. Begitu juga dengan Kerajaan Negeri Kedah, YB. Jitra tidak letak jawatan. Tapi sebab apa jatuh? Sebab ada ‘political maneuver’ yang dibuat yang akhirnya telah memihak satu pihak daripada segi majoritinya dan ini sah daripada segi undang-undang. Saya sebut dan saya ulang banyak kali, apabila satu-satu majoriti hilang, maka pihak yang ada majoriti berhak memerintah. Atas dasar ini juga, Tun meletak jawatan sebab ada orang lompat. Begitu juga dengan Kerajaan Kedah kita, kalau tidak ada orang lompat sekarang ini kerajaan kami masih memerintah.
Jadi, saya nak ulang YB. Tanjung Dawai, saya nak ulang YB. Kuala Nerang bahawa ini adalah realiti yang patut kita diterima, bukan hakikat kita tidak terima apabila majoriti hilang kita hilang kerajaan, kita terima itu. Tapi bagaimana proses itu berlaku, yang kita mesti jelas, mesti faham bahawa proses itu adalah proses yang merampas hak yang rakyat beri kepada kami. Rakyat tidak beri kepada 18 orang kamu untuk memerintah negeri, tidak! Rakyat memberi ‘write’ kepada kami untuk memerintah, tetapi di tengah perintah itu golongan yang memerintah sekarang merampas dengan cara ‘political maneuver’ tadi melompat dan akhirnya membentuk kerajaan. Jadi, dengan apa yang saya sebutkan tadi, kita tidak ada pilihan, kita terima, sekarang kita sama-sama bina kerajaan.
Tapi jangan duk sebut dah tadi, jangan duk sebut “nampak bodoh, bila bangun ‘confirm’ bodoh”, jangan duk sebut! Pasal fakta tu duduk kepada kami bukan duduk kepada kamu. Jadi, pada masa-masa akan datang saya kira jangan ulang benda yang salah apatah lagi di dalam Dewan yang mulia ini.
Jadi, saya akhiri YB. Tuan Speaker, saya minta maaf kalau ada kesilapan saya.
Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih YB. Pengkalan Kundor, terima kasih kepada semua YB.-YB. yang menjadi pembahas pada hari ini dan Sidang kita akan bersambung semula pada pagi besok jam 9.00 pagi dengan sesi penggulungan.
Sekian, terima kasih.
[Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari]