Kedah · 19 November 2020
14th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 504 turns · 16,992 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Bismillahirrahmanirrahim. Dewan disambung semula. Bacaan doa.
-BACAAN DOA
Urusan seterusnya.
Sesi pertanyaan-pertanyaan lisan.
Sesi Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Kita sambung soalan-soalan lisan. Saya persilakan soalan 23.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Tuan Speaker, pra-sekolah dan taman bimbingan, taman didikan serta taman asuhan, semua pusat ini untuk generasi masa depan. Soalan Suka Menanti nombor 23, mohon jawapan.
23. Pohon dinyatakan:-
a) Apakah kategori bentuk pengajian pra-sekolah atau TADIKA bagi kanak-kanak berumur 4 - 6 tahun yang mendaftar di pelbagai agensi dan jabatan?
b) Apakah bentuk kesalahan yang sering dilakukan oleh Pusat Pengajian?
c) Apakah tindakan kepada pengusaha swasta yang tidak mendaftar dengan jabatan?
Dipersilakan YB. Kupang!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Soalan yang ditimbulkan oleh YB. Suka Menanti adalah seperti berikut. Apakah kategori bentuk pengajian pra-sekolah ataupun TADIKA bagi kanak-kanak berumur 4 - 6 tahun yang mendaftar di pelbagai agensi dan jabatan? Yang ke dua, apakah bentuk kesalahan yang sering dilakukan oleh Pusat Pengajian? Dan ke tiga, apakah tindakan kepada pengusaha swasta yang tidak mendaftar kepada kerajaan? Saya ingin menarik perhatian ini bahawa di sana ada agensi-agensi yang mengendalikan TADIKA iaitu ada 4 agensi.
Yang pertama ialah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Negeri. Yang kedua, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam. Yang ke tiga, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Yang ke empat, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kedah. Bentuk pengajian TADIKA bagi kanak-kanak di bawah Kementerian Pendidikan adalah mengikuti garis panduan Kurikulum Standard Persekolahan Kebangsaan (KSPK). Tetapi di sana ada juga TADIKA-TADIKA yang mengguna kurikulum tambahan yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan terdapat juga sebahagian TADIKA swasta mengguna pakai KSPK yang telah diperkenalkan pada tahun 2010 dan semakan semula pada tahun 2020. Semua TADIKA kerajaan haruslah menggunakan KSPK ini berdaftar syarat atas talian dengan menggunakan sistem maklumat persekolahan kebangsaan. Yang ke dua ialah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, TADIKA Islam dan mana-mana pusat pengajian pra-sekolah yang menjalankan pengajian pendidikan Islam. TADIKA Islam menggunakan kurikulum Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri dan kurikulum standard pra-sekolah kebangsaan KSPK yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan.
Dan yang ketiga Jabatan Kemajuan Masyarakat iaitu KEMAS, yang dinamakan Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA). Tabika Kemas mempunyai modul-modul yang tertentu yang dibina khusus mengikut peringkat umur kanak-kanak. Antara modul tersebut adalah seperti modul patriotik, modul 3R - Recycle, Reuse dan Reduce, modul penghayatan Islam dan lain-lain lagi. Tabika Kemas juga mempunyai aktiviti-aktiviti yang ditetapkan untuk dilaksanakan sepanjang tahun. Antara aktivitinya ialah seperti Hari Potensi, Selawat Perdana, Hari Terbuka dan lain-lain. Seterusnya ialah Jabatan Perpaduan Negara, Tabika Perpaduan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di kelas adalah mengguna pakai standard pra-sekolah kebangsaan (KSPK). Itu di antara agensi yang mengendalikan tadika.
Yang kedua, lazimnya bentuk-bentuk kesalahan yang sering dilakukan oleh pusat pengajian adalah seperti berikut; Pertama ialah permit tamat tempoh bagi tadika swasta. Yang kedua, tidak memenuhi syarat jabatan iaitu Jabatan BOMBA, Jabatan Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan. Kebiasaannya, banyak pusat TADIKA gagal untuk mendapat sokongan daripada pihak jabatan-jabatan tersebut terutamanya BOMBA disebabkan ketiadaan antaranya ialah tangga kecemasan di luar bangunan. Itu yang sering dilakukan, kesalahan yang sering dilakukan oleh pihak-pihak pengurus TADIKA dan tabika. Dan seterusnya tadika swasta tidak berdaftar dengan Kementerian Pendidikan ataupun tidak berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam yang menjalankan pengajian pendidikan Islam. Antara bentuk-bentuk tindakan ke atas pengusaha swasta yang tidak berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri ialah kita memberi nasihat untuk mendaftar. Sekiranya enggan berbuat demikian maka tindakan kompaun di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) akan dikenakan.
Manakala bagi pengusaha swasta yang menjalankan pusat pengajian pra-sekolah yang menjalankan pengajaran pendidikan Islam yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam boleh dikenakan tindakan kerana gagal mendaftar. Namun begitu, pihak Jabatan Agama Islam sentiasa menasihati pengusaha swasta supaya mendaftarkan pusat pengajian untuk dikawal di bawah enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam Negeri Kedah Tahun 1988. Sekian, terima kasih.
Dipersilakan soalan tambahan kalau ada.
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Mendengarkan penjelasan tadi memang kita ‘concern’ dengan nasib kanak-kanak untuk pra-sekolah, nasib dan kebajikan pihak guru yang mengajar dan kakitangan, kemudian nasib guru dan kanak-kanak bagi keselamatan mereka ketika berada di sekolah. Jadi, soalan tambahan saya ialah melihatkan kepada beberapa kesalahan yang dilakukan tadi, saya ingin mendapatkan maklumat tentang apakah tindakan supaya pastikan semua yang tidak ada permit ini ataupun yang tidak mendaftar ni terus mendaftar supaya mereka diberikan nasihat, diberikan peringatan tentang bagaimana kita ‘concern’ tentang nasib dan kebajikkan anak-anak dan juga guru ni, pertama. Yang ke dua seperti yang saya dapat makluman dalam Sidang Dewan sebelum ini ialah ada lagi pusat asuhan kanak-kanak yang dikendalikan oleh parti politik seperti nama PASTI tu yang ada di merata-rata tidak mendaftar dengan mana-mana 4 jabatan tadi. Mungkin kita perlu bagi nasihat supaya perlu mendaftar selepas ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Speaker. Sebenarnya memang pihak-pihak yang mengendalikan pusat-pusat pendidikan ini senantiasa dipantau oleh pihak-pihak yang berkenaan. Cumanya bentuk-bentuk tindakan, kita kena ambil kira dari segi timbang tara di antara budi bicara dengan rang undang-undang. Kerana soalnya kalau kita terlalu keras mengambil tindakan kepada mereka, menyebabkan kadang-kadang kawasan itu tidak mempunyai kemudahan-kemudahan untuk kanak-kanak dihantar di sana. Jadi, kita sentiasa memberi panduan dan nasihat kepada mereka dan jumlah TADIKA-TADIKA yang kita kata enggan ni pun tak la banyak, cuma ada soal-soal teknikal yang menyebabkan mereka itu lambat dalam mendapat pendaftaran itu. Itu saja soal yang teknikal saja, bukan soal dasar bukan soal apa, bagi soalan yang pertama. Mengenai dengan PASTI, PASTI juga sama dengan yang lain-lain, ia tidak ada perbezaan. Cuma, kadang-kadang orang terlalu beri perhatian oleh kerana dia dikendalikan oleh parti politik. Jadi dia rasa, tak tahulah, pandangan setengah-setengah orang mengikut dia punya persepsi ya. Tapi dari segi operasinya, dari segi mengikut peraturan-peraturannya memang tidak berbeza dengan yang lain-lain tu, itu soalnya. Dan bahkan PASTI ini, saya rasa dia ada kesinambungan selepas daripada PASTI dia masuk pula SERITI dan sebagainya. Jadi, tak perlu dirisaukanlah tentang apa yang sedang berjalan ni. Sekian, terima kasih.
Silakan YB. Sungai Limau!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Speaker, YB. Kupang. Soalan tambahan, pertamanya sebelum saya ajukan soalan, perkara ni telah dibangkitkan dulu dan saya rasa telah pun disebut tentang PAS antara parti yang melaksanakan aktiviti parti sebagai pertubuhan yang berdaftar program pendidikan dakwah merupakan antara yang menjadi aktiviti kepada PAS. Jadi, penubuhan institusi pendidikan yang telah pun dilaksanakan atas dasar melaksanakan aktiviti parti, dia daftar melalui pertubuhan. Cuma, persoalan yang ingin saya bangkitkan, kemungkinan untuk nak memenuhi syarat-syarat yang telah pun disebut oleh YB. Kupang tadi menyebabkan ada institusi-institusi pendidikan dalam negeri kita khususnya tak berdaftar khususnya PASTI sebab berorentasikan kebajikan. Kalau berdaftar mungkin terpaksa memenuhi syarat-syarat yang banyak ia akan menyebabkan pertambahan yuran dan sebagainya. Jadi, mohon penjelasan daripada Yang Berhormat, adakah setuju dengan perkara tersebut?
Terima kasih kepada YB. Sungai Limau. Sebenarnya itulah hakikatnya ya, itulah hakikatnya bahawa kita melakukan sesuatu itu memang bertanggungjawab dengan pihak-pihak yang berkuasa dalam menentukan semua perjalanan atau sistem pembelajaran yang dibelajar dengan baik dan kita memang akur perkara-perkara yang seumpama itu.
Cuma itulah, memang saya bersetuju dengan apa yang dibangkitkan oleh YB. Sungai Limau, ada perkara-perkara teknikal yang barangkali menjadi penghalang. Tetapi walau apa pun, masih kita bergerak dalam satu lingkungan peraturan bahkan peraturan parti tu sendiri pun sudah mencukupi untuk menentukan hala tuju dan juga ke mana kanak-kanak ini nak dibimbing, ke mana kanak-kanak ini hendak dilahirkan, sebagai apa hendak dilahirkan. Jadi, itu saya rasa dah mencukupi. Walau bagaimanapun, kita tetap akur dengan peraturan-peraturan yang sedia ada itu. Sekian.
Soalan seterusnya, YB. Tanjug Dawai.
Terima kasih YB. Speaker. mohon jawapan bagi soalan nombor 24.
24. Pohon dinyatakan:
a) Apakah program yang sedang dilaksanakan bagi menarik pelancong domestik ke Kedah?
b) Adakah ada penambahbaikan yang telah dilaksanakan di lokasi-lokasi menarik yang sedia ada untuk menggandakan jumlah pengunjung?
YB. Speaker, soalan yang ditanya oleh YB. Tanjung Dawai iaitu apakah program yang sedang dilaksanakan bagi menarik pelancong domestik ke Kedah? Dan (b), adakah ada penambah baik yang telah dilaksanakan di lokasi-lokasi menarik yang sedia ada untuk menggandakan jumlah pengunjung? Bagi jawapan untuk soalan (a), untuk mengekang impak COVID 19 ini kepada pertumbuhan ekonomi dan sektor pelancongan di negeri Kedah, Kerajaan Negeri menerusi Kedah Tourism dan BPEN telah merancang beberapa program serta aktiviti bagi memulihkan keadaan sektor pelancongan negeri Kedah serta menarik lebih ramai pelancong domestik ke negeri Kedah. Program serta aktiviti yang dirancangkan akan memberi impak positif kepada setiap daerah di dalam negeri Kedah. Kedah Tourism sedang giat mempromosikan pakej domestik melalui penggiat industri pelancongan di Kedah dengan harga yang murah dan mampu dibeli oleh para pelancong.
Di samping itu, Kedah Tourism juga turut terlibat dalam sesi B2B Networking Program sebagai salah satu usaha bagi merancakkan kembali industri pelancong di antara agensi-agensi pelancongan di setiap negeri dalam negara kita supaya pakej domestik dapat dipromosikan. Kedah Tourism telah ke negeri Perak, Kuala Lumpur, Johor dan Melaka bagi menjalinkan usaha sama bersama penggiat-penggiat industri di negeri terbabit bagi mempromosikan pakej domestik yang terdapat di Kedah dan sekaligus dapat menarik lebih ramai pelancong untuk hadir ke Kedah.
Selain itu, Kedah Tourism telah merancang satu Program Roadtrip “Jom Mai Kedah” yang melibatkan lima orang Youtubers dari luar negara seperti German, Portugal, Kanada, New York dan Filipina bagi memperkenal dan mempromosikan makanan, budaya dan tempat-tempat menarik. Program Roadtrip yang diadakan pada November ini dijangka dapat meraih seramai 120,000 viewers bagi setiap vlog yang dimuat naik di laman Youtube. Sebanyak 70% (84,000) viewers adalah daripada pelancong domestik dan 30% (36,000) daripada pelancong antarabangsa. Tujuh vlog yang diterbitkan oleh setiap peserta berjumlah seramai 840,000 penonton yang akan menonton ke seluruh vlog yang telah dimuat naik ke Youtube Channel. Seterusnya, Kedah Tourism juga mempromosikan sektor pelancongan menerusi pemasangan papan iklan tempat-tempat menarik pelancongan (billboard) di daerah-daerah negeri Kedah dan stesen keretapi. Kerajaan negeri menerusi anak syarikatnya iaitu Kedah Tourism sedang mewujudkan satu laman sesawang (website) bagi mempromosikan tempat-tempat pelancongan menarik mengikut segmentasi di setiap daerah di negeri ini. Di samping itu, Kedah Tourism juga turut terlibat dalam mempromosikan negeri Kedah terutamanya Langkawi di dalam Langkawi Travel Fair 2020 yang telah diadakan pada 21-23 Ogos 2020 di Kuala Lumpur dan 04-06 September 2020 di Putrajaya. Kedah Tourism telah bersama-sama dengan penggiat-penggiat pelancongan dari Langkawi mempromosikan negeri Kedah terutamanya Daerah Langkawi sejajar dengan Pelan Hala Tuju Pelancongan Langkawi (HELANG). Para penggiat pelancongan telah menawarkan harga promosi dan pakej yang menarik untuk pengunjung. InsyaAllah, tak lama lagi kita pun akan buat “Kedah Mega Sale” untuk menarik lebih ramai pelancong selepas sejurus tamatnya PKPB di Kedah.
Oleh itu, bagi menjawab soalan (B), Kerajaan Negeri Kedah telah menaiktaraf serta membaik pulih beberapa tempat-tempat pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong antaranya Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong di Baling, menaik taraf Muzium Padi, lukisan mural di Pekan Melayu, menaik taraf Balai Seni Lukis Negeri Kedah, menaik taraf pencahayaan laluan ke puncak Gunung Baling, mewujudkan papan info di Pulau Songsong, Pulau Bidan dan Pulau Telur, membina sebuah ‘Pylon Welcome Signage’ di Sempadan Kodiang – Perlis. Oleh itu, kita juga turut membina ‘Welcome Signage’ di sempadan Sanglang Kedah – Perlis, Kubang Pasu. Kesemua projek menaik taraf ini menggunakan peruntukan dari Kerajaan Negeri Kedah dan Kementerian Pelancongan, dan Seni Budaya Malaysia. Iaitu bajet pada 2021 tu pun turut dimasukkan untuk menaik taraf prasarana tempat-tempat pelancongan, InsyaAllah. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Terima kasih yang YB. EXCO. Soalan saya ialah berkaitan dengan Tapak Tamadun Sungai Batu. Kita maklum bahawa tapak tersebut di bawah seliaan Jabatan Warisan Negara dan ia tidak berhak untuk mendapat peruntukan melalui Bajet 2021. Tetapi yang berlegar di luar, bagaimana ramai mempertikaikan kerajaan kerana tidak ada peruntukan. Jadi, adakah di sana bentuk bantuan yang boleh dipohon oleh pihak yang mengurus dan menyelia tapak tamadun tersebut yang sekarang disebut-sebut antara tempat yang boleh untuk menaikkan nama Kedah dan menjadi sumber pendapatan negeri suatu ketika nanti. Yang ke dua ialah berkaitan dengan Pulau Bidan, jadi Pulau Bidan ni kebetulan saya pun duk pi. Bila pi, di situ ada orang putih berbagai bangsa lah yang duduk situ dan katanya mereka ni diurus selia oleh satu NGO dan bila siapa-siapa yang pi bermalam contohnya ataupun pi duduk situ lah, ada bayaran yang perlu dikenakan. Adakah pihak kerajaan memaklumi perkara ini? Sekian.
Terima kasih atas soalan tambahan. Yang utamanya berkenaan dengan Sungai Batu. Sememangnya pusat ataupun tapak Sungai Batu di bawah Jabatan Warisan di mana Kerajaan Pusat meluluskan RM15 juta untuk pembangunan prasarana pelancongan untuk Sungai Batu. Dan pada tahun 2021 diperuntukkan sebanyak RM5 juta dan boleh digunakan untuk pembangunan di Sungai Batu. Kerajaan Negeri juga melalui Kedah Tourism membantu dari segi mempromosikan Sungai Batu sebagai Pusat Tamadun Tertua di Asia Tenggara. Yang keduanya berkenaan dengan Kerajaan Negeri juga akan membina jalan baru untuk penduduk kampung dan tahfiz yang berada bersebelahan dengan tapak Kompleks Warisan Sungai Batu ni. Di mana sebelum ini penduduk kampung terpaksa melalui kawasan kompleks tu dan agak menyukarkan. Pada Bajet 2021 telah pun diluluskan dengan kos sebanyak RM200,000 untuk prasarana jalan yang baru diumumkan. Berkenaan dengan ‘collection’ daripada NGO’s di pulau yang berkenaan, saya rasa memang sedia maklum berkenaan dengan ‘collection’ tetapi bukanlah dengan amaun yang besar, ianya sebagai insentif kerana ‘mat salleh’ ni dan juga ada juga Melayu, di situ ada juga komuniti nelayan yang turut berada di kawasan pulau berkenaan, Pulau Bidan untuk insentif depa jaga kawasan tu, kalau tidak macam mana depa nak beli barang-barang untuk beli kelengkapan-kelengkapan untuk membersihkan pulau tersebut. Sebab kita tidak menyalurkan satu spesifik peruntukan kepada NGO tersebut untuk menjaga pulau kita. Tapi Alhamdulillah, ada NGO yang prihatin dengan keadaan ataupun kecantikan pulau tersebut dan mengenakan sedikit bayaran bukanlah dengan jumlah yang besar. Ini pun sedia maklum oleh pihak dan juga agensi di daerah terbabit. Terima kasih, Assalamualaikum.
Terima kasih YB. Kuah. Silakan Kubang Rotan!
Terima kasih YB. Speaker, ingin saya tanya sedikit soalan. Tentang dalam industrI pelancongan tadi, soalan menggandakan jumlah pengunjung. Sekarang ni keadaan kita ni bukan mengganda dah, dah tak ada orang di atas sebab PKPB. Jadi, adakah kerajaan hari ni ada sedikit peruntukan kepada seperti pemandu pelancongan, juru mudi bot pelancong yang sekarang ni boleh dikatakan kosong pendapatan mereka, lepas tu bot-bot owner, lepas tu homestay ataupun chalet-chalet kecik di Langkawi ataupun di mana-mana lah. Di kawasan yang terlibatnya industri pelancongan ini, menyebabkan mereka langsung tidak ada pendapatan dan adakah juga kerajaan terfikir seperti mana untuk ‘stimulate the economy’ seperti Singapore dia bagi satu voucher 100 Singapore Dollar. Tapi kalau kita di Malaysia ni kalau kita boleh buatkan kepada anak sekolah untuk depa pi melancong selepas PKPB ni bagi duit sikit untuk orang pergi melancong untuk nak bagi ekonomi kita ‘stimulate’ balik. Terima kasih.
Silakan YB. Kuah!
Terima kasih soalan tambahan oleh YB. Kubang Rotan, mantan EXCO pelancongan. Yang pertamanya, kalau kita tengok selepas diumumkan penamatan PKPD, PKPB pada bulan 8 kita boleh nampak, kita Kedah Tourism keluar buat promosi, kita pi ke Pulau Pinang, kita pi ke Putrajaya, kita pi ke Melaka, Johor dan sebagainya. Dan pada bulan 8, 9 kita dah nampak pergerakan agak banyak masuk ke sini. Nasib tak berapa nak baik, diumumkan PKPD dan juga PKPB di Kuala Lumpur serta Selangor yang menyebabkan keadaan tu kembali menjunam, kita pula di Alor Setar kena juga dan akhirnya satu Kedah termasuk dengan negeri-negeri lain pun turut terkena PKPB. Ini menyebabkan keadaan pelancongan kembali seperti sedia kala. Cuma, apa perancangan yang kita lakukan, kita menyusun perancangan. Perancangan kita boleh buat tetapi perancangan adalah short perancangan, ‘short plan’ dan kita tak ada ‘long plan’. Benda ni akan berubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan apa yang berlaku dalam negara. Yang keduanya berkenaan dengan insentif kepada pengendali-pengendali pelancongan, bot-bot, travel-travel agen dan sebagainya. Semua sektor terkesan, bukan kata sektor pelancongan sahaja dan sememangnya kita daripada Kerajaan Negeri kita memohon kepada Kementerian Pelancongan, insentif di mana di Pulau Langkawi adalah penjana dari segi ekonomi untuk pelancongan dan memang kita minta. Cuma macam biasalah, ‘feedback’ daripada kementerian belum lagi kita dapat dan cuma dapat surat minta kita ‘detail’kan apa yang kita mohon. Agak lambat sikit lah untuk dapatkan semua itu dan InsyaAllah kita akan cuba yang terbaik untuk membantu mereka-mereka yang terkesan. Bukan sahaja sektor pelancongan, tetapi sektor-sektor lain sebagai usahawan dan juga sektor-sektor di bawah portfolio semua EXCO dalam negeri Kedah. Insyaallah, terima kasih. Assalamualaikum.
Terima kasih YB. Kuah. Soalan seterusnya YB. Kuala Nerang!
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Speaker, pohon jawapan kepada soalan nombor 25. Terima kasih.
Terima kasih kepada YB. Tuan Speaker, YAB. Jeneri dan juga YB. Kuala Nerang di atas soalan mengenai NRW Negeri Kedah. Soalan-soalannya adalah apakah usaha dan tindakan kerajaan bagi mengurangkan peratusan NRW? Dan yang keduanya apakah tindakan dan usaha kerajaan bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air bersih di beberapa tempat terutamanya di DUN Kuala Nerang? Untuk (a), apakah usaha dan tindakan untuk mengurangkan peratusan, Pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) akan dan sedang melaksanakan program menangani NRW, pendekatan 1, 2020 hingga 2023 untuk Tanah Besar dan pendekatan 1, Pulau Langkawi secara holistik 2020 hingga 2023. Kedua- duanya telah ditender, telah dapat, pengusaha-pengusahanya sedang menjalankan kerja-kerjanya. Selain itu, pihak SADA juga mengambil tindakan secara dalaman untuk mengurangkan peratusan NRW dengan mewujudkan Zon NRW baru, mengaktifkan semula Zon NRW lama, Penggunaan Advance Pressure Management Control (APMC) dan Timer dalam kawasan-kawasan DMZ, pembaikan dan penyelengaraan tangki-tangki air, program memperbaharui rangkaian paip air di kawasan terpilih dan yang terakhir pelaksanaan kerja mencari dan membaiki kebocoran sama ada melalui pengaduan awam ataupun kita mencari sendiri lah oleh SADA yang kita panggil ‘Active Leakage Control ’.
Untuk (b), apakah tindakan dan usaha untuk menangani masalah di DUN Kuala Nerang? Pelaksanaan projek menaik taraf Loji Rawatan Air Pelubang akan mengurangkan bebanan penghantaran bekalan air terawat bagi Loji Rawatan Air Padang Sanai dan seterusnya akan meningkatkan keberkesanan sistem pengagihan air terawat di Daerah Padang Terap. Terima kasih.
Terima kasih YB. Sungai Tiang. Soalan tambahan YB. Kuala Nerang.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih kepada YB. Speaker dan juga YB. Sungai Tiang. Seperti yang kita sedia maklum, salah satu daripada punca NRW ni tinggi ialah kerana kebocoran paip, disebabkan paip AC yang lebih mudah bocor berbanding dengan paip HDPE.
Soalan saya ialah yang pertama, pohon dinyatakan panjang atau jarak paip yang telah pun ditukar daripada AC kepada HDPE, yang dah tukar, belum tukar kalau boleh mengikut daerah dan berapakah anggaran kos kalau ditukar kesemua sekali paip AC kepada HDPE? Yang ke dua, antara sebab tekanan air rendah di kawasan tertentu termasuk Padang Terap ialah kerana saiz paip yang agak kecil, diameternya cuma lebih kurang 6 inci. Jadi, soalan saya adakah pihak kerajaan bercadang untuk menukar kepada yang lebih besar, mungkin 8 inci dan ke atas? Dan terakhir ialah kerja-kerja pembinaan sebuah tangki air di Padang Balai untuk mengatasi masalah kekurangan air di sebelah Perik dan seumpamanya yang telah dimulakan taun lepas. Tetapi baru-baru ini ditamatkan kerja itu, jadi mohon penjelasan apa punca ditamatkan dan bilakah kontraktor baru akan dilantik? Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada YB. Kuala Nerang di atas soalan tambahan. Soalan tambahan yang (a) tu agak detail dan memerlukan kita menulis lah kepada YB. ADUN Kuala Nerang untuk jawapan yang detail. Tetapi untuk rekod, saya ingin nyatakan di Kedah paip AC yang kita panggil ‘Asbestos Cement’ ni sepanjang 5,975 kilometer dan paip HDPE ataupun paip Hitam Poli ini sapanjang 2,303 kilometer dan kita perlu menukar paip-paip AC kepada paip-paip HDPE dan ia akan memakan belanja yang cukup besar dan memerlukan masa dan belanja yang tinggi. Untuk soalan keduanya mengenai saiz paip air. Tapi satu lagi adalah mengenai paip penukaran yang akan dilakukan pada tahun 2021 yang SADA rancang adalah 10 kilometer akan ditukar daripada AC kepada HDPE. Dalam pendekatan 3 juga, KASA (Kementerian Alam Sekitar dan Air) bercadang untuk menyediakan bajet penukaran paip sepanjang 100 kilometer pada tahun 2023. Sebab pendekatan 1 kita mesti tunjuk ‘improvement’ dengan pendekatan 1 baru diberikan peruntukan untuk pendekatan 3. Dan untuk soalan 2 mengenai paip 6 inci kepada 8 inci untuk Padang Terap memang terdapat gangguan bekalan air terutamanya di kawasan tinggi seperti di Perik, Lamdin dan sebahagian Pedu. Buat masa ini memang kawasan Lamdin kita hantar air selama 2 kali seminggu dan kerajaan belum bercadang untuk menukarkan paip 6 inci kepada 8 inci tetapi Kementerian Pembanggunan Luar Bandar menyediakan bajet untuk menaik taraf rumah pam dan tangki di kawasan-kawasan yang berkaitan. Untuk soalan mengenai tangki air di Padang Balai, kontrak kerja telah ditamatkan. Punca ditamatkan kerana kelewatan dan projek adalah di bawah seliaan KPLB dan KPLB sedang dalam proses menender kembali. Juga untuk rekod, di kawasan Padang Terap, 3 kampung telah selesai penukaran paip iaitu Kampung Lorong Rusa, Kampung Semeliang, Kampung Baru Kubang Julok, Naka dan Kampung Padang Lalang yang melibatkan 5.1 kilometer yang telah dilakukan. Itu sahaja Yang Berhormat, terima kasih.
Terima kasih YB. Sungai Tiang. Silakan YB. Suka Menanti!
Terima kasih YB. Tuan Speaker. NRW ni memang menjadi ‘concern’ semua orang sebab setiap 1% sama dengan kapasiti Sungai Limau, 2% sama dengan kapasiti Loji Bukit Selambau, tu yang YB. Kuala Nerang ‘concern’ sangat. Jadi bagi saya YB. Tuan Speaker, SADA mempunyai satu kemahiran yang cukup tinggi dengan kepakaran yang ada, pengalaman dan sebagainya. Jadi, mereka dapat menurunkan dengan usaha yang dibentangkan oleh YB. Sungai Tiang tadi sekitar 2% dah dalam masa 2 tahun ini. Malah, SADA berjaya menyediakan ‘spec’ dan ‘net statement’ untuk kementerian melantik kontraktor untuk program NRW di Langkawi yang lebih RM60 juta dan juga untuk seluruh negeri Kedah lebih RM40 juta. Soalan saya ialah, apakah lagi keperluan dan kenapa perlu ada satu pelantikan lagi iaitu Kerajaan Negerti melantik Jalur Cahaya Sdn. Bhd. untuk menyediakan lagi ‘blueprint’ untuk NRW Kedah, dan kalau boleh disebutkan berapa kosnya. Yang keduanya, kita juga ingin tahu apakah berbeza pandangan YB. Sungai Tiang dengan YAB. Jeneri tadi tentang kepercayaan kita kepada SADA dengan terpaksa melantik yang lain sedangkan SADA memang ada kepakaran untuk menangani NRW. Terima kasih.
Silakan YB. Sungai Tiang.
Kejap, mengenai Jalur Cahaya ni. OK, jawapan untuk soalan tambahan YB. Suka Menanti, Jalur Cahaya akan melakukannya secara percuma dan ini boleh juga dilaksanakan bersama dengan kakitangan SADA supaya dapat kita lakukan kebersamaan dalam bertukar-tukar kemahiran. Dan, apa lagi satu soalan? Oh! Keyakinan? Memang kita yakin dengan SADA untuk melakukannya dan mengambil satu lagi syarikat bukan bermaksud kita tidak percaya dan yakin kepada SADA. Ini hanya untuk membantu mempercepatkan proses penukaran-penukaran paip yang sedia ada.
Terima kasih YB, Sungai Tiang. Soalan seterusnya YB. Pedu!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih kepada YB. Timbalan Speaker. YB. Timbalan Speaker namanya Ustaz Fadzli, sahabat baiknya nama Aznang, kalau Dato’ yang bijak bestari, mohon jawapan nombor 26.
26. Pohon disenaraikan tanah masjid di negeri ini yang tidak memiliki geran tanah yang sah?
Silakan YB. Kupang!
Nak jawab dengan pantun jugak ka? Terima kasih YB. Speaker, terima kasih di atas pertanyaan daripada YB. Pedu. Yang Berhormat bertanya supaya disenaraikan tanah masjid negeri ini yang tidak memiliki geran yang sah. Ada sebanyak 416 buah masjid yang belum didaftarkan di atas nama Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). Kalau kita mengikut daerahnya, Kota Setar ada 65 lagi yang belum didaftarkan, Kuala Muda 69, Kulim 24, Kubang Pasu 61, Langkawi 24, Baling 45, Sik 21, Padang Terap 22, Yan 26, Pendang 28, Bandar Baharu 16, Pokok Sena 15 dan jumlah ialah 416 buah yang belum didaftarkan. Sekian, terima kasih.
Silakan soalan tambahan YB. Pedu!
Terima kasih kepada YB. Kupang. Jadi soalan tambahan saya ni, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah ini? Yang keduanya, persoalannya tanah-tanah wakaf yang telah diwakafkan kepada masjid-masjid yang masih belum ada geran. Jadi, banyak aduan tanah-tanah wakaf masjid ni dihimpit oleh orang, jadi tanah sebelum ni ada 5, 6 relung la mungkin ada tinggal 4, 5 relung. Jadi, nak kena ambil angkah-langkah supaya selesai masalah ini agar tak jadi masalah pada masa depan. Selepas ini sekiranya orang wakaf tu meninggal jadi ada perbalahan pula lah. Terima kasih.
YB. Tuan Speaker, Jabatan Agama Islam telah pun mengambil langkah-langkah bagi mengatasi masalah yang telah dibangkitkan. Di antara perkara-perkara yang diambil kira ialah, sekiranya wakaf itu dibuat oleh pihak individu, pendaftaran boleh dibuat melalui peletakan di bawah Seksyen 416(c) Kanun Tanah Negara. Maknanya kena ada perubahan diletakkan di bawah seksyen itu.
Yang kedua, bagi tapak yang sudah mempunyai bangunan masjid, pihak Majlis Agama Islam akan membuat siasatan dan pengukuran semula di atas kelulusan tanah tersebut sebelum dipohon untuk didaftarkan di atas nama Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Yang ketiga, pihak pengurusan wakaf Majlis Agama Islam Negeri Kedah bersama pengurusan masjid-masjid melantik peguam dan juga menyelesaikan isu-isu faraid supaya waris-waris dapat mewakafkan semula tanah tersebut kerana kadang-kadang wakaf yang dibuat itu masih lagi dalam pembahagian pusakanya tak selesai. Seterusnya pihak Majlis Agama Islam telah berbincang dengan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah untuk menyelesaikan isu-isu pendaftaran tanah masjid yang belum didaftarkan di atas nama MAIP. Jadi, perundingan diadakan bagi menyelesaikan masalah-masalah itu. Itu antara langkah-langkah yang telah dibuat.
Antara faktor mengapa tanah-tanah ini tidak didaftarkan, antaranya ialah berlaku wakaf itu secara lisan, tidak mempunyai sebarang surat menyurat bagi membuktikan tanah itu telah pun diwartakan. Ini satu perkara yang agak rumit. Ramai di kalangan kita di antara pewakaf dengan orang yang diwakaf dibuat secara lisan sahaja dan tidak didokumenkan, itu satu yang menjadi masalah. Yang kedua, wakaf yang tidak disertai dokumen lengkap untuk di proses, contohnya geran asal tidak disertakan semasa lafaz wakaf itu diadakan. Ini jadi seolah-olah jadi amalan, cara orang kita wakaf tu dia mengharapkan, dia merasakan perkara itu dah selesai setakat itu sahaja, padahal kena ada lagi rentetan yang lain untuk memperlengkapkan dari segi pengurusannya. Ketiga, terdapat juga pewakaf telah meninggal dunia sebelum tanah didaftarkan dan pihak waris tidak bersetuju serta menfailkan pemilikan semula di mahkamah. Maknanya di antara pewakaf apabila dia meninggal, anak-anak tu tak setuju pula dengan apa yang dilakukan oleh bapanya. Jadi, ada pertikaian pula di situ, dia kata, “tak, tanah ni bapa kami tak pernah wakaf pun”, dan sebagainya. Jadi, timbul masalah tu lah, jadi pertikaian itu sehingga bawa kepada mahkamah. Yang keempatnya, waris dan saksi tidak dapat dikesan bagi tujuan untuk membuat faraid, keadaan ini menyebabkan tapak masjid tidak boleh didaftarkan atas nama Majlis Agama Islam. Seterusnya, terdapat penyerahan sebahagian tanah 12(b) Kanun Tanah Negara yang tidak diproses pada masa dahulu menyebabkan waris telah membuat faraid di atas tanah tersebut. Ini tidak daftarkan jadi, lepas tu depa faraid pula. Maknanya, pertindihan di antara hasrat pewakaf dengan waris-waris. Ini boleh diakatakan isu yang banyak timbul tentang masalah perwakafan ini. Sekian.
Terima kasih YB. Kupang. Ada lagi soalan tambahan? Persilakan YB. Pangkalan Kundor.
Soalan tambahan saya ada dua. Satunya 416 itu jumlah yang banyak, 72% daripada keseluruhan masjid dalam negeri Kedah. Jadi, dengan halangan-halangan yang tadi tu saya kira Majlis terus berusaha untuk memastikan bahawa akhirnya dapat didaftarkan di atas nama Majlis, itu yang pertama. Yang kedua, dari segi pengurusan dan pentadbiran masjid, saya kira masih ada masjid-masjid yang tidak berapa kemas dari segi pentadbiran dan pengurusan, ada masjid yang cemerlang.
Jadi, apabila pengurusan ini tidak cantik terutamanya dari segi minit-minit mensyuarat, ada yang tak buat mensyuarat pun, minit-minit mensyuarat ni berkait dengan laporan kewangan. Laporan kewangan sangat penting sebab itulah tempat orang ramai pada hari Jumaat dan hari-hari lain memberi sumbangan dan dia nak tahu duit dia tu pergi ke mana. Jadi, ada masjid-masjid yang membuat mensyuarat secara berkala dan menghantar laporan itu kepada PAD dan juga jabatan, ini tak dak masalah apa. Tapi ada masjid-masjid yang dalam tempoh tertentu memang tak buat, jadi bila tak buat mensyuarat, laporan itu tidak ada. Jadi, saya mencadangkan supaya ada satu sistem dalam bentuk IT supaya laporan ini dipermudahkan, dalam bentuk format yang telah standard. Jadi, pegawai-pegawai masjid tadi mungkin yang muda-muda sikit ‘key in’ tiap-tiap kali mensyuarat mungkin 2 bulan, 3 bulan sekali untuk menghantar laporan-laporan terutamanya kewangan tadi. Jadi, bila PAD tengok ataupun Jabatan Agama Islam melihat, tidak akan timbul tidak puas hati di kalangan penderma-penderma tadi yang memberi sumbangan kepada masjid. Jumlahnya tidak banyak, tapi dalam usaha untuk membaik pulih saya cadang supaya sistem tadi diperkenalkan keseluruhan masjid-masjid di seluruh negeri Kedah. Itu sahaja soalan tambahan.
Yang pertama ialah mengenai dengan usaha-usaha yang akan dilaksanakan oleh Majlis dalam menyelesaikan tanah-tanah yang belum didaftarkan itu, InsyaAllah saya akan utamakan perkara ini. Yang kedua mengenai pengurusan, pengurusan masjid ni di mana-mana sahaja lah, bukan sahaja di Kedah bahkan di mana-mana. Saya pernah menjadi ‘nazir’ di sebuah masjid di Selangor suatu ketika dulu, masalah yang sama timbul. Soalnya ialah pengurusan, pengurusan ini ialah antara perkara-perkara tersebut, masjid-masjid di kampung-kampung, kadang-kadang ditadbirkan oleh orang kampung, jadi orang kampung ni biasalah dia buat secara tidak bersistem. Tapi dari segi kesungguhan tu ada kepada mereka, kesungguhan tu ada, keikhlasan ni saya boleh katakan bahawa peratus tinggi tak perlu kita pertikaikan dari segi keikhlasan. Tapi, mereka kurang kemahiran dari segi pengurusan. Ini yang menyebabkan perkara ini berlaku dan InsyaAllah saya akan mengambil serius perkara ini dan akan menentukan supaya masjid ini ditadbir urus secara yang sebaik mungkin, InsyaAllah. Namun demikian, kita nak meningkatkan dari segi pengurusan secara sistem IT dan sebagainya ada halangan-halangan lah antaranya ialah mengenai kelemahan internet dan sebagainya. Yang keduanya ialah kemahiran pengurus-pengurus di peringkat masjid-masjid kampung ini. Namun demikian, saya rasa ini bukan perkara yang tidak boleh diatasi dan InsyaAllah kita akan cuba untuk memperbaiki masjid-masjid ini termasuklah dari segi pengurusan kewangan dan sebagainya. Pengurusan kewangan itu pun saya rasa banyak perlu diperbaiki. Walaupun tabung tu tak sebeberapa banyak, tetapi pengurusan yang kita rasa agak longgar, ini perlu diperketatkan, InsyaAllah. Jadi, terima kasih kepada YB. Pengkalan Kundor di atas pandangan. Sekian.
Terima kasih YB. Kupang. Soalan seterusnya daripada YB. Bukit Selambau. Sila!
Salam reformasi, salam sejahtera, ta cha hao, vanakkam, sawadikhap. YB. Tuan Speaker, dipohon untuk jawapan soalan nombor 27.
27. Kerajaan Perikatan Nasional mengambil alih selama lima bulan di Negeri Kedah Darul Aman.
Pohon dinyatakan apakah status berhubung pelantikan Ketua Kampung bagi kawasan luar bandar?
Silakan YB. Merbau Pulas!
Terima kasih YB. Speaker dan juga YB. Bukit Selambau. Pohon dinyatakan apakah status berhubung pelantikan Ketua Kampung bagi kawasan luar bandar? Untuk makluman Yang Berhormat dan Ahli-ahli Dewan, kerajaan telah mengadakan secara rasminya Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatan Kuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Peringkat Negeri Kedah Darul Aman yang disempurnakan oleh YAB. Menteri Besar Kedah pada 1 November 2020 yang lalu di Dewan Al-Hanna, Sik Kedah. Di situ juga, Watikah Pelantikan di peringkat daerah-daerah diserahkan kepada semua Pegawai Daerah Negeri Kedah yang hadir mewakili JPKK yang telah dilantik diperingkat daerah masing-masing.
Terima kasih. Soalan tambahan!
YB. Tuan speaker, soalan tambahan saya adalah, apakah syarat-syarat pelantikkan MPKK dari segi umur, kelulusan akademik, pengalaman dan berapakah jumlah MPKK untuk setiap daerah dan negeri dan jumlah pembelanjaan yang dianggarkan? JPKK, sorry.
JPKK bukan MPKK ya… (sambil ketawa). Syarat-syarat pelantikan JPKK ini pertamanya adalah kepada warganegara Malaysia, berumur 21 sehingga 68 tahun, kelulusan, paling minimanya SRP lah kelulusan yang ditetapkan oleh Kementerian Luar Bandar tetapi ada pengecualian daripada pihak berkuasa negeri. Di samping itu juga, untuk pelantikan JPKK ini mestilah mereka melepasi dalam proses dengan PDRM, tidak ada kesalahan dengan PDRM dan Jabatan Insolvensi Malaysia, tidak ada kebankrapan apa-apa dan Anti Dadah, AADK juga. Proses ini berlaku dan kita lihat benda ini telah dapat dilaksanakan dan proses pelantikan tu telah berlaku lah sekarang ini. Untuk keseluruhannya kita menggunakan jumlah JPKK yang diluluskan pada 2020 yang lalu iaitu 1,025 orang. Pelantikan JPKK ini hanya berlaku dalam bulan Oktober hingga Disember, jadi peruntukan untuk pengerusi sebanyak RM1,537,500.000 ini pengurusi dan untuk setiausaha RM922,500.00 ini untuk setiausaha. Untuk kehadiran mensyuarat kepada jawatankuasa iaitu RM1,691,250.00, untuk pengendalian mensyuarat juga RM307,500.00. Inilah keseluruhan yang akan dibayar pada Oktober hingga Disember sebanyak RM4,458,750.00. Itu keseluruhannya untuk Oktober hingga Disember.
Terima kasih YB. Merbau Pulas. Ada soalan tambahan?
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Saya menghadiri Majlis Pelancaran Penyampaian Watikah kepada JPKK di Peringkat Sik yang mewakili peringkat Kedah. Dalam ucapan YAB. Menteri Besar, beliau menyebut supaya AJK ataupun JPKK ni tidak menggunakan JPKK itu sebagai platform untuk kepentingan diri ataupun platform untuk kepentingan parti politik yang diwakilinya. Jadi, apakah perancangan kerajaan supaya perkara ini tidak terjadi sepertimana yang dihasratkan oleh YAB. Menteri Besar supaya pegawai-pegawai ni ataupun JPKK mempunyai kemahiran, kebolehan untuk melakukan kerja-kerja di peringkat bangunan juga keselamatan kampung. Adakah pihak kerajaan ada perancangan untuk mengadakan kursus ataupun latihan kepada mereka dan adakah peruntukan-peruntkkan tertentu yang diberikan kepada pihak JPKK ni secara tahunan ataupun bulanan untuk mereka menggerakkan aktiviti di kampung mereka dan adakah kerajaan berhasrat untuk menambahkan lagi bilangan JPKK ni atau pengurusi JPKK ni daripada 1,025 kepada berganda 2,000 atau sebagainya supaya kawasan atau kampung mendapat fokus yang selebihnya, fokus yang sebenarnya supaya mereka dapat menjalankan aktiviti ataupun program dengan lebih berkesan. Terima kasih.
YB. Speaker, sikit boleh? Sikit ja.
Silakan jawapan.
Takdan jawab soalan lagi…
Ringkas! Ringkas saja YB. Pengkalan Kundor!
Bukan, berkaitan dengan ucapan semalam bebab kementerian yang bertanggungjawab JPKK ni adalah KPLB, sama dulu sekarang pun sama, kriteria pun sama. Jadi, semalam Yang Berhormat sebut macam MPKK dulu Yang Berhormat sebut ada yang daripada luar kawasan. Jadi saya nak sebut bahawa, tidak! Maksudnya itulah kriteria dia, dulu sama di antara yang tidak disebut tadi wajib……(YB. Timbalan Speaker mencelah)
Soalannya YB. Pengkalan Kundor! Soalan!
YB. Tuan Speaker, Tuan Speaker, peraturan ya. Peraturan 24(4)… Peraturan 24(4) iaitu satu pertanyaan itu tidak boleh jadikan hendak berbahas.
YB. Pengkalan Kundor, silakan dengan soalan! Saya bagi peluang.
Jadi soalan dia adalah….
Tadi saya bagi kepada YB. Ayer Hitam…bagi saya jawab dulu.
Dak, tadi YB. Merbau Pulas dah bagi dah kat saya. Kalau tak bagi saya duduk. Saya nak sebut bahawa di antara kriterianya yang disebut tadi adalah mesti berada dalam kawasan sama ada dulu ataupun sekarang. Itu yang saya nak sebut.
Silakan YB. Merbau Pulas!
Untuk kelancaran pergerakan, peranan JPKK ini berfungsi dalam kampung yang mereka dilantik sebagai mewakili komuniti kampung. Pihak KEMAS akan mengadakan kursus kepada mereka dan latihan kepada mereka sekarang ni mengikut daerah. Sebab dengan pandemik Covid ini tidak boleh kita adakan kursus ini secara yang lebih besar. Jadi, akan, KEMAS akan mengendalikan kursus ini di peringkat daerah-daerah dan akan dimulakan pada Disember selepas PKPB ini selesai, pihak KEMAS akan mengadakan kursus di peringkat daerah-daerah yang mewakili JPKK yang ada di peringkat daerah, yang pertama. Yang kedua, peruntukan itu InsyaAllah ada sedikit peruntukan yang diberi poleh pihak Kerajaan Negeri untuk bahagian perngurusan dan aktiviti sedikit, jumlah lebih kurang RM2,000 seorang Pengurusi JPKK, InsyaAllah akan diberi pada tahun hadapan lah. Pada tahun ini memang tidak ada peruntukan kerana peruntukan itu telah tidak ada sebab pelantikan yang baru ini. Yang ketiganya untuk penambah-penambah, nak tambah lagi jumlah itu kita akan cuba bawa cadangan Kerajaan Negeri kepada pihak Kementerian Luar Bandar. Kalau sekiranya ada lagi peruntukan itu, kita akan mohon lah untuk penambahan pada tahun 2021. Habis, sekian terima kasih.
Yang tadi disebut oleh YB. Pengkalan Kundor sebenarnya dalam kawasan saya, dalam DUN saya, ada mukim lain, tapi duduk di kampung lain mungkin berbeza terus dengan pengerusi tu. Jadi itu yang saya sebut, payah orang nak cari semasa tu MPKK. Jadi, ada benda tu tadi yang saya sebut semalam. Wallahua’lam.
Mungkin dia ada 2 rumah….
Ahli-ahli Dewan sekalian, maka tamatlah sesi pertanyaan mulut. Urusan seterusnya, Setiausaha.
Meluluskan Rang Undang-Undang Perbelanjaan Negeri Tahun 2021 diperingkat Jawatankuasa.
Ahli-Ahli Dewan sekalian, ada pemakluman. Pemakluman yang pertama ada pindaan jumlah di Buku Bajet 2021 iaitu terimaan hasil pada rajah 2 muka surat (iii), jumlah yang ada pada buku bajet adalah RM149.73 juta dan jumlah sebenar adalah RM159.73 juta seperti yang telah diedarkan di meja Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Perkara yang kedua, untuk aturcara Dewan pada hari ini ada sedikit pindaan di bahagian usul di mana usul anggaran wang kumpulan pembangunan hutan yang sebelum ini tiada telah dimasukkan semula di dalam aturcara dewan sebagai usul perkara no 4(b). Aturcara ini juga telah diedar di meja Ahli-Ahli Yang Berhormat.
III. Rang Undang-Undang Perbelanjaan Negeri Tahun 2021Bill
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan yang perlu diputuskan sekarang ialah suatu cadangan supaya rang undang-undang yang berbunyi “Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan-perkhidmatan bagi tahun 2021 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud tertentu”. Ini dibacakan bagi kali yang kedua.
[Sekarang Dewan Bersidang sebagai Jawatankuasa]
-FASAL 1
Kita merujuk kepada kertas hijau ni tuan-tuan
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Fasal 1 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
-FASAL 2
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Fasal 2 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
-JADUAL
Maksud perbelanjaan B.01 - Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM15,433,600.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
[Perbahasan]
YB. Speaker, sebab ini Jawatankuasa Yang Berhormat pengerusi, kerana ini Jawatankuasa, jadi boleh lah sedikit perbahasan pertanyaan-pertanyaan. Sebelum masuk kepada jadual, saya mohon beberapa penjelasan mengenai hasil pendapatan. Nak tanya penjelasan sebelum masuk kepada jadual. Pertama mengenai cukai tanah semasa berulang, disebut di sini RM207,197,480.00. Begitu juga dengan tunggakan cukai, anggaran disebut di sini RM67,804,310.00. Begitu juga dengan cukai tali air RM 3 juta, RM 3.7 juta lebih kurang dan tunggakan cukai RM 2.2 juta lebih, RM 2.9 juta. Jadi bagi item ini saya nak Tanya, adakah ini merupakan satu angka 100% ataupun sebahagian daripada macam kita katakan cukai tanah tadi samalah untuk 4 perkara tu. RM207 juta ini adakah maksud dia, inilah cukai tanah sebenarnya 100%, tu saya nak minta. Begitu juga dengan tunggakan, adakah inilah jumlah tunggakan sebenarnya yang dimaksudkan kerana inilah yang tidak dibayar. Begitu juga dengan cukai parit tali air, adakah ini sebenarnya cukai yang wajib dibayar tapi dia tak bayar cerita lain lah, ini cukai yang 100%. Itu yang pertama mengenai hasil, saya nak tanya sekali gus ja yang hasil ni.
Yang kedua adalah mengenai H0173699 premium tanah. Premium tanah ni kalau tengok yang lepas-lepas tu memang tak banyak lah dalam RM 76 juta saja 2019, RM50 juta 2016 dan 2018 RM121 juta. Jadi, untuk kali ini kita letak hampir RM140 juta, saya minta bagi penjelasan sikit ni, RM140 juta ni dia punya premium ni apa potensi sebenarnya yang dijangka kita dapat untuk gambaran. Saya fikir ada alasan lah untuk kita dapat. Seterusnya hat hasil ni, denda lewat bayar cukai tanah muka surat 8 iaitu RM20 juta. Sebelum tu 2020, sebelum tu jumlah cukai lewat ni kutipan dia sikit sangat tapi kali ini kita letak sampai RM20 juta. Adakah ini juga bermaksud, bagaimana dia dapat sampai anggaran RM20 juta tu? Itu perkara yang berkaitan dengan hasil YB. Tuan Pengerusi.
YB. Alor Mengkudu, sebelum kita lulus ikut jadual, dia nak minta satu gambaran besar dulu, gambaran besar dulu. Jadi, silakan YB. Jeneri.
Soalan pertama tadi, terima kasih YB. Tuan Pengurusi. Patut soalan ni tanya kelmarin kut ka kelmarin dulu ka. Kita ada 791,834 hak milik dan cukai bagi hak milik tanah berdaftar ini kita masukkan dalam anggaran 100%. Dan kita ada tunggakan cukai seperti YB. Alor Mengkudu tanyakan tadi. Untuk tunggakan kita masukkan 70% anggaran kutipan bagi tunggakan. Premium tanah, ada premium tanah individu berjumlah RM1.95 juta, tanah Persekutuan RM0.77 juta, Pihak Kuasa Tempatan RM8.46 juta, GLC RM96.97 juta. Banyak GLC tak bayar premium, boleh tanah ‘cop’ ja tapi tak boleh bayar, serupa ja dulu Dato’ kan, sama ja tak bayar. Badan Bekanun RM32.63 juta 100% patut dikutip dan data ini sehingga 30hb.6. 2020. Terima kasih YB. Tuan Pengurusi.
YB. Tuan Pengurusi.
Ya… YB. Derga.
Nak juga minta penjelasan sikit……(YB. Tuan Pengerusi mencelah)
Buka sat YB. Derga, buka sikit!
Ok. YB. Tuan Pengurusi. nak pohon tanya sikit juga, di muka surat 3, B.51 Kod 75400. Terdapat anggaran peningkatan untuk perolehan dan pelaburan-pelaburan dalam negeri yang lain. Jadi, minta sikit penjelasan jangkaan perlaburan tersebut lah, dari dulu jangkaan RM5 juta sampai sekarang RM9 juta. Item yang ke dua, Kod 81100 pulangan balik pembelanjaan awam tu anggaran RM 593,520. Jadi, minta juga penjelasan yang tu. Dan yang ketiga Kod 82100 terimaan untuk perkhidmatan RM15 juta. Satu lagi semalam I ingat, di sini pun ada tulis kata ada terimaan untuk Pulau Pinang RM10 juta tu. Adakah yang itu sudah pasti ataupun hanya anggaran sahaja? Terima kasih.
Berapa soalan tak tau, 4 ka 3 ka?
4 item YB. Pengerusi iaitu Kod 75400, 81100, 82100 dan satu lagi yang Pulau Pinang punya 82317. Sebenarnya 82317 di muka surat 9 dan satu lagi di sini juga, di muka surat 9 ni pemberian cukai pelancongan yang RM5 juta tu. Adakah yang tu hasil yang ‘confirm’ kita terima? Tambah lagi satu lah YB. Pengerusi. Itu sahaja.
Tambahan lagi satu soalan iaitu tentang cukai pelancongan RM5 juta tu telah terima atau belum terima.
Untuk soalan yang pertama ialah bersumber daripada keuntungan daripada pelaburan dalam ‘fixed deposit’, dulu dapat RM200 juta dimasukkan dalam simpanan tetap. Daripada itu lah dapat keuntungan dan juga dividen daripada saham MAHB dan PETRONAS Dagangan. Soalan yang kedua ialah berkaitan dengan sumber terimaan daripada anak-anak syarikat kerajaan. Soalan yang ketiga iaitu anggaran untuk 2021, tahun depan baru kita kutip lah, anggaran RM5 juta.
Kita selesai-selesai dulu pokok dia no, sat lagi kita boleh lulus cepat-cepat. Silakan YB. Kubang Rotan.
Baik, terima kasih YB. Pengerusi. Cuma saya nak tanya berkenaan dengan senarai perjawatan dan juga bajet, iaitu B.09 di bahagian Jabatan Kerja Raya.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat boleh juga tanya bila sampai tang jadual sat lagi. Ini kalau ada soalan pokok dulu, ada tak yang nak tanya soalan pokok. Lepas tu sat lagi kita akan masuk satu jadual ikut jadual. Jadi, boleh ditimbulkan semasa kita membahaskan pada jadual-jadual, yang pokok dah habis. Jadi, sat lagi kalau terjumpa dalam jadual tu boleh bahas.
Jadi saya ulang balik, maksud perbelanjaan B.01 ini item 01, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darulaman, wang sejumlah RM15,433,600.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada jadual.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM15,433,600.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.01 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.02 - Pejabat Dewan Undangan Negeri Dan Majlis Mesyuarat Kerajaan. Wang sejumlah RM29,552,400.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
[Perbahasan!]
YB. Alor Mengkudu.
Terima kasih YB. Tuan Pengerusi. Saya nak rujuk kepada Kod 127000 tu Dewan Undangan Negeri, pemberian dan kenaan tetap, antara dasar sedia ada dengan dasar baru.
Buka ‘mask’ YB. Alor Mengkudu!
Antara dasar sedia ada dengan dasar baru. Kalau lihat di situ, dasar baru pada 2020 ada RM3.5 juta. 2021 dasar baru RM650,000. Adakah maksud yang 2020 dasar baru tu sudah berpindah pergi ke dasar sedia ada ka RM3.2 juta. Tu yang saya nak tanya sebab dasar baru RM3.5 juta, adakah itu maksud. Sebab dasar sedia ada pada 2020 RM100 ribu. Jadi, adakah dasar yang baru pada tahun 2020 sudah menjadi dasar sedia ada pada tahun 2021 yang menyebabkan angka tu menghampiri, lebih kurang lah. Minta penjelasan sedikit yang dasar baru tu dan dasar sedia ada ni sebenarnya meliputi item-item perkara apa sebenarnya yang duduk di bawah Dewan Undangan Negeri ini?
YB. Tuan Pengerusi, saya nak menjawab soalan tu. Dia kalau kita nak kira jumlah untuk tahun 2021 selalunya kita kira macam kita ambik dasar sedia ada 2021 campur dasar baru 2021, jadi kita dapat jumlah untuk tahun ni. Yang RM650 ribu yang YB. Alor Mengkudu sebut itu ialah peruntukan YB. ADUN Pembangkang, RM50 ribu kali dengan 13 orang, sebelum ni tak pernah ada. Jadi, kerajaan ni kira bagus juga la dia bagi. Terima kasih, itu sahaja.
Tapi yang tahun sudah tu dasar untuk ADUN Pembangkang telah pun diberi pada tahun 2020 kan. Takkan itu jadi dasar baru? Tu saya nak tanya. Oh! Tak dak? Tak pa, terima kasih, bagi ada.
Dulu pakai ‘P’ pembangunan itu yang kita object, ini kita pakai perbekalan.
Kalau sapa pun nak bercakap kena… ‘Tuan Pengerusi’! Haaa…. Itu caqa dia..
Minta maaf Tuan Pengerusi, minta maaf!
Tak boleh, marah! Marah! Marah! (seluruh hadirin ketawa). Ya… ada apa YB. Bandar Baharu?
Ya, terima kasih YB. Pengerusi. saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan kerana telah memperuntukkan untuk B.02 ini. Dulu menyusahkan pihak pembangkang atas tajuk ‘P’ (Pembangunan) tetapi pada kali ini ditukar kepada ‘B’ iaitu dasar baharu pada 2020 ditetapkan untuk dasar sedia ada. Jadi, terima kasih kepada kerajaan kerana membantu kami ADUN kerajaan dan juga ADUN pembangkang negeri Kedah. Terima kasih.
YB. Suka Menanti!
Terima kasih YB. Pengerusi. Tentang B.02 ni saya nak tanya pasal saya ‘concern’ tentang YB. Speaker lah. Saya tengok dalam B.02 ada emolumen untuk Dewan Undangan Negeri tu ada berkurangan tapi emolumen kalau tengok di ‘T’ untuk YB. Speaker masih sama untuk tahun lepas dengan tahun ni ataupun tahun depan.
Tak naik elaun apa pun…
Itulah. Bukan pasal tak naik, maksudnya sekarang ni kalau Speaker sebelum ini tahun 2020 adalah Speaker daripada luar yang tidak ada elaun ADUN, kali ini Speaker yang ada elaun ADUN. Jadi, apakah Speaker diberikan ‘top up’ untuk dia sebab peruntukan untuk Speaker saya nampak tak dikurangkan. Dulu Speaker daripada luar kali ini Speaker daripada dalam, jadi adakah Speaker akan dapat elaun takut nanti kena potong nanti. Itu yang tanya.
Speaker yang lama tu dia bukan ADUN dan dia diberi elaun ADUN. Speaker yang sekarang ni ADUN dan dia kekalkan elaun tu sebagai ADUN. Jadi, kita jimat lah alaun ADUN tu sorang.
YB. Pengerusi, makna kata ada ‘saving’ pakai Speaker dalaman ni, daripada ‘outsource’. Maksud dia begitu?
Ya!
Jimat la gaji sorang….
‘Saving’ RM11,000 sebulan!
Ok, saya sambung kerja saya.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM29,552,400.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.02 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.03 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM779,200.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM779,200.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.03 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.04 - Pejabat Menteri Besar Dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM39,319,400.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM39,319,400.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.04 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.05 - Pelbagai Perkhidmatan. Wang sejumlah RM134,680,600.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Perbahasan]
Silakan YB. Alor Mengkudu.
YB. Pengerusi, nak minta penjelasan sikit sebab ini di bawah pelbagai perkhidmatan. Yang pertama sekali iaitu 101000 tu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ada one-off tu. Dulu pun ada sekarang pun ada tapi saya pun tak tau apa dia belanja tu. Emolumen-emolumen RM10 juta, perkhidmatan bekalan RM1.5 juta, eset RM100 ribu, pemberian tetap tu RM5.8 juta. Jadi, dalam emolumen tu dia ada one-off, emolumen tu bayar gaji. Jadi, item-item tu minta penjelasan sikit. Untuk item apa sebenarnya?
Ok, saya cuba YB. Tuan Speaker. Yang RM10 juta tu….(YB. Pengerusi mencelah)
Tuan Pengerusi!
Tuan Pengerusi! Bila tukar Tuan Speaker jadi Tuan Pengerusi ni kita jadi kut lain.
Kita berlatih!
Ya… YB. Tuan Pengerusi, RM10 juta tu imbuhan tahunan dan bantuan khas kewangan. Tahun sudah RM12 juta, tahun ni kurang. Kemudian yang RM1.5 juta tempahan darjah kebesaran, kut-kut siapa nak dapat apa-apa tahun ni. Untuk tahun depan, sorry. Pakaian istiadat RM1.3 juta, sukan SUK seMalaysia RM200 ribu. Kemudian yang RM5.8 juta, pembelian aset luar jangka rumah-rumah rasmi kerajaan. Seterusnya yang RM1.5 juta tu Bahagian Teknologi Maklumat, bekalan peralatan kemudian ada satu yang RM17.4 juta. RM5.8 juta pembelian eset jangka rumah-rumah rasmi kerajaan. RM5.8 juta bayaran ganti cuti rehat. Ok kut no? Ok, YB. Tuan Pengerusi.
YB. Pengerusi, satu lagi minta penjelasan untuk yang dasar baharu RM760 ribu, dasar baharu.
Dengar tak? Ulang! Ulang! Buka! Buka mask!
Terima kasih YB. Tuan Pengerusi, saya pohon penjelasan sikit untuk item ni, perbelanjaan-perbelanjaan lain untuk Pejabat Setiausaha Kerajaan dasar baharu RM760 ribu.
Tuan Pengerusi, RM760 ribu itu adalah tambahan kos rawatan sakit penjawat awam negeri Kedah. Banyak orang sakit sekarang ni YB.
Saya teruskan!
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM134,680,600.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.05 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.06 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM53,318,400.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Perbahasan]
YB. Alor mengkudu.
YB. Tuan Pengerusi, di bawah pengurusan kewangan pemberian dan kenaan tetap, 2020 RM16 juta, 2021 RM25 juta. Pohon penjelasan mengenai pertambahan ini dia melibatkan perbelanjaan apa tu?
Pengurusan kewangan Kod 42000. Caruman membantu kadar hartanah negeri Kedah tahun 2019 RM700 ribu, bantuan kemudahan peniaga kecil dan penjaja RM400 ribu, pelbagai pemberian bantuan mengurus Pusat Khidmat DUN RM 8,000 kali 11 Exco kali 12 bulan = RM 1.056 juta. Bantuan mengurus Pusat Khidmat DUN ADUN RM 8,000 kali 12 kali 12 bulan = RM1.152 juta. Bantuan mengurus Pusat Khidmat Penyelaras DUN RM8,000 kali 13 DUN kali 12 bulan = RM1.248 juta. Bantuan mengurus Pusat Khidmat ADUN Pembangkang RM2,000 kali 13 kali 12 bulan = RM300,012.00. Program Kedah Sejahtera Exco RM500,000 kali 10 kali = RM 5 juta. Peruntukan aktiviti JPKK RM2,000 kali 1,025 orang = RM2.05 juta. Program Kedah Sejahtera bantuan pesakit terlantar 300 kali 555 orang kali 12 bulan = RM2 juta. Program Anakku Sejahtera RM100 kali 10,000 penerima = RM1 juta. Program Beras Sejahtera RM5,000 kali 12 bulan kali 36 DUN = RM2.16 juta. Khairat Kematian RM2 juta, Pembangunan Insan RM300 ribu, Pembangunan sukan RM500 ribu, galakan perlaburan dan pembangunan usahawan RM1.5 juta, kesejahteraan kaum RM300 ribu, bantuan kepada 3 Sekolah Persendirian Cina RM300 ribu, Bantuan peralatan perubatan kepada pesakit miskin RM500 ribu, Bantuan operasi sekolah SAR RM500 ribu, Tabung Wanita Sejahtera RM500 ribu, Pelbagai RM2.2 juta, jumlah RM25.678 juta. Terima kasih YB. Pengerusi.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM53,318,400.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.06 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.07 - Peruntukan Kepada Kumpulan Wang Terkanun. Wang sejumlah RM95,590,010.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM95,590,010.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.07 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.09 - Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM58,578,800.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Perbahasan]
Ya…YB. Kubang Rotan?
B.09. Cuma saya nak tanya soalan YB. Pengerusi, mungkin adakah jumlah dekat emolumen dengan penjawatan saya lihat ada penjawatan dengan emolumen, ada penurunan perjawatan maksudnya 35 orang berkurang perjawatan, tapi emolumen dia meningkat RM2.3 juta. Mungkin tengok kut-kut ada apa-apa, minta penjelasan dekat situ.
Perjawatan kurang 35 orang tapi emolumen bertambah. Kod berapa YB. Kubang Rotan?
Tengok perjawatan tahun 2021, 1,418, tahun 2020, 1,418, tahun 2021, 1,383 berkurang. Tapi kita punya emolumen peningkatan RM2.2 juta. Cuba tengok mungkin ada.
YB. Pengerusi, jawapannya ialah kenaikan gaji tahunan dan juga tambahan elaun-elaun. Gaji tahunan naik, tak naik gaji marah la depa.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM58,578,800.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.09 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.11 - Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM15,449,600.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM15,449,600.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.11 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.12 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM7,961,100.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM7,961,100.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.12 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.13 - Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM43,326,500.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Perbahasan]
YB. Suka Menanti!
YB. Tuan Pengerusi, saya ingin sikit penjelasan tentang pembelanjaan untuk one-off bagi B.13 ini di bawah JPS. Memang keperluan JPS ni banyak jadi telah dijadualkan supaya mendapat esetnya tahun ke tahun. Cuma saya nak tahu ialah one-off yang telah disediakan untuk tahun 2020 ini dengan RM173 ribu, adakah telah diluluskan supaya JPS boleh membeli eset itu keperluan 2020 supaya keperluan 2021 tu walaupun dia hanya minta 137 juga mencukupkan apa yang diperlukan. Jadi, ingin tahu sikit perbelanjaan untuk 2020 walaupun saya tahu 2021 pun sangat rendah apa yang diminta.
Dia sebenarnya yang tahun 2020 tu YB. Pengerusi, dah dibelanjakan dah beli dah. Yang kita ada tahun 2021 ni akan dibelanjakan tahun hadapan kerana mereka memerlukan semua alat-alat ni.
Silakan!
Ok. Maksudnya itulah, maksudnya saya nak minta supaya dibenarkan. Kalau sekarang tahun 2020 pun belum habis lagi, kalau belum habis maksudnya dibenarkan pembelian eset ini sebab sangat utama saya tengok dalam pengurusan banjir dan sebagainya. Sebab itu saya minta yang 2020 dibenarkan dan 2021 lagi saya sokong untuk diberikan
YB. Tuan Pengerusi, duit yang 2020 tu untuk one-off kita dah belanja habis dah. Habis dah. Jadi, kita tunggu tahun depan pula kita belanja 2021 pula.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM43,326,500.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.13 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.14 - Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM4,023,200.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak” [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM4,023,200.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.14 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.15 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM30,979,500.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM30,979,500.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.15 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.16 - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM64,846,400.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Perbahasan]
YB. Suka Menanti!
YB. Tuan Pengerusi saya ingin sedikit penjelasan bagi B.16 ini. Dalam kita mendepani Dengan Covid-19 dan SOP yang banyak dipatuhi oleh pihak masjid ataupun pihak jabatan ini. Saya ingin tahu dari manakah ataupun diletak di manakah peruntukan kadar jumlah yang sesuai supaya jabatan ini boleh menekankan SOP yang perlu dilaksanakan oleh masjid ataupun jabatan sendiri perlu menguruskan SOP sempena dengan Covid-19 ini? Nampak tak jelas di mana peruntukan khusus yang diberikan untuk Covid-19.
Adakah peruntukan untuk SOP bagi masjid-masjid?
YB. Tuan Pengerusi, Kod 20000 bekalan dan perkhidmatan. Pihak Jabatan Agama Islam boleh guna duit itu untuk langkah, boleh dipakai duit itu untuk isu Covid-19 ini. Memang boleh pakai, dia bekalan dan perkhidmatan. Kod 20000 tu, duk ada RM30.6 juta.
YB. Pengerusi! Pengerusi! Ada satu soalan.
Oh! Ya… Lain kali tunggu sebelum Pengerusi kata setuju tak setuju tu, tanya.
Dak! Tadi bangun dah…Pengerusi tunduk.
Awh!
Kod 10, 2000 dasar baru RM1.3 juta. Nak dapat maklumat apa dia dasar baru RM1.3 juta tu. Pendidikan, ya pendidikan.
RM1.3 juta di bawah kod dasar baharu 2021 ialah tambahan kod emolumen dan pengurusan TADIKA Islam berjumlah RM1 juta yang kita ambil TADIKA Nuri masuk di bawah jabatan. Tambahan gaji kakitangan, PERKESO, elaun tetap bagi kakitangan sementara, pegawai sumber dan guru SMA RM200 ribu, tambahan elaun lebih masa dan perbelanjaan perjalanan sara hidup bagi kakitangan sementara RM50 ribu, program sukan TADIKA Islam seluruh negeri Kedah RM50 ribu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM64,846,400.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.16 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.17 - Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM2,695,300.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM2,695,300.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.17 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.18 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM9,075,400.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM9,075,400.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.18 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.23 Jabatan Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM19,378,600.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM19,378,600.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.23 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.25 - Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM12,176,000.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM12,176,000.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.25 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.26 - Pejabat Daerah Dan Tanah Bandar Baharu. Wang sejumlah RM3,779,800.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM3,779,800.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.26 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.27 - Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi. Wang sejumlah RM5,989,800.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM5,989,800.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.27 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.28 - Pejabat Daerah Dan Tanah Yan. Wang sejumlah RM4,212,700.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM4,212,700.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.28 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.29 - Pejabat Daerah Dan Tanah Padang Terap. Wang sejumlah RM5,767,500.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM5,767,500.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.29 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.30 - Pejabat Daerah Dan Tanah Sik. Wang sejumlah RM4,849,200.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM4,849,200.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.30 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.31 - Pejabat Daerah Dan Tanah Pendang. Wang sejumlah RM5,401,700.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM5,401,700.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.31 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.32 - Pejabat Daerah Dan Tanah Pokok Sena. Wang sejumlah RM4,487,400.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM4,487,400.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.32 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.37 - Pejabat Daerah Dan Tanah Kota Setar. Wang sejumlah RM9,529,200.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Perbahasan]
YB. Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian sikit bila kita bagi peruntukan untuk Pejabat Daerah Dan Tanah Kota Setar, saya minta supaya dipastikan atau disediakan satu dana penyelenggaraan lif yang cukup sebab kebetulan lif di pejabat daerah tu menggunakan jenama yang lain daripada selalu yang JKR duk pakai tu. Bila rosak tu dia sangat lama nak ‘maintain’ sebab nak cari barang dengan kos yang lain. Jadi, minta supaya disediakan satu dana yang khas supaya bila rosak segera dapat dibaiki. Sebab yang berurusan di pejabat tanah ni, hat mai tanah ni bukan orang muda-muda la biasanya orang yang agak senior. Minta perhatian.
Yang tu boleh dipertimbangkan. Kita boleh ambil duit daripada B.05, Pejabat SUK. Tak dak masalah.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM9,529,200.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.37 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.38 - Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Muda. Wang sejumlah RM8,250,000.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM8,250,000.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.38 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.39 - Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim. Wang sejumlah RM6,423,600.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM6,423,600.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.39 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.40 - Pejabat Daerah Dan Tanah Kubang Pasu. Wang sejumlah RM8,598,300.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM8,598,300.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.40 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.41 - Pejabat Daerah Dan Tanah Baling. Wang sejumlah RM5,216,700.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM5,216,700.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.41 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.50 - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM253,500.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Perbahasan]
YB. Suka Menanti!
YB. Pengerusi, suka saya menarik perhatian bila sampai ke B.50 ni tentang kemajuan masyarakat. Maksudnya tiada langsung dasar baharu yang diberikan pada tahun ni ataupun tidak ditambah sebagai one-off memang tak minta ka atau memang tak diluluskan ka? Mamang tidak ada tambahan.
YB. Pengerusi, KEMAS ni jabatan federal tapi kita ada kakitangan Kerajaan Negeri di dalam tu, ada 2 orang. Jadi, kita bayar gaji depa lah.
YB. Gurun!
YB. Pengerusi, oleh kerana ianya jabatan federal dan lazimnya apa yang berlaku ialah federal akan uruskan. Kenapa harus kita pula tambah peruntukan sedangkan ini ialah program-program dan juga dari federal. Terima kasih.
Ia perjawatan daripada dulu lagi, penjawatan untuk Kerajaan Negeri. Tinggal 2 orang saja, asal 5, tinggal 2, sampai pencen ni habis. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM253,500.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.50 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.51 - Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan. Wang sejumlah RM10.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM10.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.51 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.52 - Badan Berkanun Negeri. Wang sejumlah RM10.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan! [Tiada Perbahasan]
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM10.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.52 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian, saya pohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan.
Sekarang Dewan kembali kepada persidangannya.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah ditimbang oleh Jawatankuasa Dewan dan disetujui dengan tiada apa-apa pindaan. Dengan itu saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang ketiga sekarang dan diluluskan.
Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang ketiga sekarang dan diluluskan.
Rang Undang-Undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbelanjaan Negeri 2021 dan hendaklah mula berkuatkuasa mulai daripada 1 Januari 2021.
Maka inilah dibenar mengeluarkan wang tidak lebih daripada RM709,923,430.00 [Ringgit Malaysia Tujuh Ratus Sembilan Juta Sembilan Ratus Dua Puluh Tiga Ribu, Empat Ratus Tiga Puluh Sahaja] daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan bagi pelbagai perkhidmatan bagi tahun 2021.
Wang yang tersebut itu diuntukkan bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalam Jadual Rang Undang-Undang ini.
Adalah dengan ini diperbuat Undang-Undang oleh Majlis Undangan Negeri Kedah Darul Aman seperti tersebut. Bacaan Kali Ketiga.
Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Negeri Bagi Tahun 2021
Usul Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Negeri Bagi Tahun 2021.
a) Usul Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Tahun 2021 b) Usul Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Hutan Tahun 2021
Dipersilakan YAB. Menteri Besar.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan, saya pohon mencadangkan Usul yang pertama (a) mengenai Anggaran Kumpulan wang Pembangunan seperti berikut:-
“Bahawa menurut Seksyen Kecil (1) Seksyen 4 Akta Kumpulan wang Pembangunan 1966, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 14 Tahun 2020 dan bahawa menurut Seksyen Kecil (3) Seksyen 4 Akta tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak RM200,990,010.00 (Dua Ratus Juta Sembilan Ratus Sembilan Puluh Ribu Sepuluh Ringgit sahaja) yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”. Sekian, Yang Berhormat Tuan Speaker.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.
Sekarang Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya pohon mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.04 sebanyak RM40,000,010.00 itu patut dibenarkan.
PERBAHASAN (Perbahasan)
YB. Tuan Pengerusi, di bawah P.04 ini saya mohon sedikit penjelasan. Pertamanya tentang Kod 13000 tu tentang bangunan dan pejabat penghulu sebelum ini yang saya bangkitkan dalam perbahasan walaupun tidak dijawab. Jadi, saya mohon untuk tahu berapa penghulu yang telah ada pejabat dan berapa yang dirancang untuk diberikan ataupun disediakan pejabat untuk tahun 2021 ada peruntukan yang disediakan di sini. Di bawah P.04 yang kedua ialah untuk membina ruang niaga sebanyak RM1 juta. Jadi, saya mohon supaya diberikan perincian tentang perancangan 2021 ini.
YB. Tuan Pengerusi, Kod 13000 itu, RM1 juta membina 4 buah rumah penghulu iaitu membina baru bangunan pejabat dan kediaman rasmi penghulu. Kemudian Pejabat Penghulu Mukim Tawar, Baling, Pejabat Penghulu Mukim Kurung Hitam, Padang Terap, Pejabat Penghulu Padang Perahu, Kubang Pasu, Pejabat Penghulu Sungai Ular, Kulim, Pejabat Penghulu Mukim Sidam Kiri, kerja-kerja awalan, menaik taraf dan baik pulih bangunan pejabat dan kediaman rasmi semua penghulu. Kod 15000 ruang niaga RM1 juta yang dicadangkan oleh PBT belum lagi ada dia punya ‘detail’. Akan dicadangkan oleh PBT, RM1 juta.
YB. Tuan Pengerusi, saya pon nak dapatkan penjelasan sedikit tentang perumahan kerajaan Kod 14000 tu RM15 juta yang nak dibelanjakan. Yang kedua tentang Jabatan Veterinar. Adakah perpindahan…..(YB. Guar Chempedak mencelah)
Yang Berhormat boleh ulang tak, tak berapa jelas? ‘Louder please’! (dengan izin)
YB. Pengerusi, saya ingin mendapatkan penjelasan sedikit butiran untuk perumahan kerajaan RM15 juta tu untuk projek-projek yang mana, yang itu satu. Soalan kedua untuk Jabatan Veterinar, adakah kos perpindahan “Pak Mi” punya ternakan anjingnya dimana, ditempatkan di mana dan berapakah peruntukannya?
Ok, untuk RM15 juta tu untuk RMK-12. 5 tahun ya, setahun RM3 juta. Yang RM3 juta tu kita akan guna untuk ‘maintenance’ rumah-rumah yang ada, KKR.
Satu lagi yang Veterinar.
Yang soalan Veterinar ka? Oh! Sat lagi.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.04 berjumlah sebanyak RM40,000,010.00 dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)
Maksud Perbelanjaan P.04 berjumlah sebanyak RM40,000,010.00 itu diluluskan.
PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.06 berjumlah sebanyak RM71,000,000.00 itu patut dibenarkan.
PERBAHASAN (Perbahasan)
YB. Alor Mengkudu!
Saya nak minta penjelasan sedikit mengenai caruman bayaran hutang. Pertama, bayar hutang ni adakah bayar hutang bekalan air yang RM2 billion lebih tu, adakah maksud hutang tu? Yang kedua, apakah peruntukan 2020 dan 2021 ni sama? Adakah sama RM50 juta? 2020 juga ada. Dan adakah hutang itu telah dibayar pada 2020 mengikut peruntukan? 50, ya.
Untuk caruman bayaran hutang balik ni, pertama hutang UniSHAMS RM20 juta bayaran pinjaman untuk UniSHAMS. Yang kedua ialah lain-lain pinjaman RM30 juta, itu saja. Termasuk bekalan air.
Lain-lain tu apa? Warta ka ataupun?
Termasuk bekalan air dan perumahan. Terima kasih.
YB. Tuan Pengerusi, saya pohon tanya sikit apa yang dimaksudkan perbelanjaan luar jangka tu, Sejumlah RM22.5 juta? Dan boleh senaraikan projek khas pembangunan negeri.
RM4.5 juta saja, itu RMK. YB. Tuan Pengerusi, anggaran tahun 2021 untuk luar jangka tu RM4.5 juta saja. Untuk RM22.5 tu untuk RMK-12 selama 5 tahun.
Jadi, yang RM4.5 juta tu untuk apa tu, luar jangka?
Untuk apa-apa kejadian ataupun apa-apa yang berlaku yang tak dak tuan, tak dak ‘owner’. Haa… duit ni lah diambil. Luar jangka.
YB. Tuan Pengerusi, satu lagi yang projek khas pembangunan negeri RM7.5 juta tu. Apakah projek khas pembangunan negeri untuk RM 7.5 tu?
Projek khas pembangunan negeri.
RM7.5 juta? Projek khas pembangunan negeri YB. Tuan Pengerusi, projek khas Kedah Sejahtera RM2 juta, pembangunan bangunan asrama Kedah RM1 juta, pengambilan dan pampasan tanah RM1 juta, projek khas rumah dan pusat kebajikan RM500 ribu, lain-lain projek khas pembangunan pengubahsuaian pejabat bahagian teknikal JPBD tingkat 10 Bangunan Sultan Abdul Halim RM200 ribu, pembangunan Sistem Data Hasil Bersepadu Negeri Kedah RM2.8 juta.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.06 berjumlah sebanyak RM71,000,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. ( Dipersetujui )
Maksud Perbelanjaan P.06 berjumlah RM71,000,000.00 itu diluluskan.
JABATAN KERJA RAYA
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.09 berjumlah sebanyak RM53,750,000.00 itu patut dibenarkan.
PERBAHASAN
( Tiada Perbahasan )
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.09 berjumlah sebanyak RM53,750,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. ( Dipersetujui )
Maksud Perbelanjaan P.09 berjumlah RM53,750,000.00 itu diluluskan
JABATAN PERTANIAN
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.11 berjumlah sebanyak RM6,740,000.00 itu patut dibenarkan.
PERBAHASAN
( Tiada Perbahasan )
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.11 berjumlah sebanyak RM6,740,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. ( Dipersetujui )
Maksud Perbelanjaan P.11 berjumlah RM6,740,000.00 itu diluluskan.
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.12 berjumlah sebanyak RM6,000,000.00 itu patut dibenarkan.
PERBAHASAN
( Perbahasan )
YB. Tuan Pengerusi, yang ni satu perpindahan tempat bela bela anjing di tepi sungai tu dekat Alor Setar yang dikenali sebagai Pak Mi. Adakah peruntukan di sini?
YB. Tuan Pengerusi, YB. Derga, perpindahan anjing tu ‘private’ punya, tak termasuk dalam perbelanjaan kerajaan.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.12 berjumlah sebanyak RM6,000,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. ( Dipersetujui )
Maksud Perbelanjaan P.12 berjumlah RM6,000,000.00 itu diluluskan.
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.13 berjumlah sebanyak RM15,000,000.00 itu patut dibenarkan.
PERBAHASAN
( Perbahasan )
YB. Suka Menanti. Sat gi kita bagi.
Terima kasih YB. Tuan Pengerusi. Ingin saya dapatkan penjelasan sedikit tentang P.13 bagi program tebatan banjir ni di peringkat negeri ataupun RM4.45 juta. Apakah lokasi-lokasi yang terlibat tu sama saja dengan slide yang ditunjukkan ketika pembentangan bajet oleh YAB. Menteri Besar ataupun ada senarai yang lebih Panjang? Sebab RM4.45 juta ni biasanya lebih banyak senarai berbanding dengan 3 atau 4 lokasi yang ditunjukkan oleh slide tu.
YB. Tuan Pengerusi, YB. Suka Menanti nak dia punya detail ka? Satu program Kejuruteraan Tebatan Banjir, kemudian program Rancangan Tebatan Banjir Pengkalan Lebai Man. Yang tadi tu RM1.02 juta yang ni RM450 ribu. Ya, lokasi? Di Pengkalan Lebai Man. Yang tadi tu, aih! Panjang ni. Hutan Kampung, Tebatan Banjir Lembangan Sungai Karangan Kulim, saliran bandar di Mukim Kedawang, Langkawi. Kemudian kajian pelan induk saliran bandar Jitra utara.
Seterusnya program Rancangan Tebatan Banjir Pengkalan Lebai Man, RTB Pengkalan Lebai Man RM450 ribu. Kerja-kerja ukur bagi kajian RTB Pengkalan Lebai Man RM50 ribu. Seterusnya program Rancangan Tebatan Banjir Kampung Siam, Sungai Seluang. Kemudian kerja-kerja ukur kajian RTB Kampung Siam, Sungai Seluang, saliran Alor Semeling.
Semeliang.
Semeliang ka? Semeliang sorry. Semeling ni belah Yan tu kan, Merbok. Lepas tu kerja-kerja ukur kejuruteraan untuk mendapatkan rizab asal di Skim Pekula, Daerah Kuala Muda, kerja-kerja ukur bagi saliran kawasan Kuah, Langkawi. Tu tak dak. Seterusnya program kerja-kerja Tebatan Banjir Tok Pasai, Daerah Kota Setar RM500 ribu, Kampung Berapit, Mukim Pekula, Daerah Kuala Muda RM400 ribu, Sungai Sok, ni bahasa apa ni? Kampung Landas Sik, Kedah RM250 ribu. Ha.. yang ni saya tau la ni, Tebatan Banjir Titi Teras, Daerah Yan RM200 ribu, terima kasih. Sungai Wang Pinang, Daerah Kulim RM500 ribu. Ni Taman Golf dan Kelab Golf Diraja RM200 ribu, Kampung Seputeh, Daerah Baling RM80 ribu, RTB Relau, Bandar Baharu RM200 ribu, Kampung Teluk. Mukim Binjai, Daerah Kubang Pasu RM100 ribu dan kerja-kerja tebatan banjir di Kampung Bukit Hijau, Sungai Bukit Hijau, Mukim Derang, Pokok Sena RM250 ribu. Ha? Derang, nama ni pun macam-macam Kedah ni. Ok yang tu saja, semua sekali duk ada dalam RM 2.2 juta
RM4.45 juta.
RM4.45 juta. Kalau tidak tak cukup duit. Nak tanya lagi? Habis dah?
Maksudnya tadi, yang paling atas tu adalah Hutan Kampung kan. Hutan Kampung hanyalah kajian kan? Kajian lah. Sebab kalau boleh saya mintak Hutan Kampung tu kalau dah ada solution sebelum ni, dipercepatkan lah bukan kajian lagi kan YB. Bukit Pinang? YB. Bukit Pinang tak berani nak sebut lah sebab dia pun Exco. Tapi diperlukan untuk lebih segera lah.
Kita ambil perhatian lah ok. Itu YB. Tuan Pengerusi.
YB. Speaker, tak di bawah tajuk yang sama juga cuma nak tanya projek tebatan banjir. Projek impak tinggi tu dia mari tang mana tu cerita impak tinggi, duk baca tadi banjir ja. Projek berimpak tinggi duk ada dalam peruntukan ni. Apa maksud yang impak tinggi ni? Hat ni hat mana projek impak tinggi pula ada di situ?
Projek berimpak tinggi macam KXP apa tu la kan no. Macam KXP, Kedah Rubber City, kawasan dia luas kerja-kerja awalan tu memang kita buat. Kos untuk projek ini semua kita minta federal yang tanggung. RTB Sungai Kedah tu pun federal yang tanggung.
Bukan, untuk projek impak tinggi tadi ni. Tadi yang baca tadi banjir, yang impak tinggi punya bahagian berapa peruntukan, yang untuk impak tinggi tu?
Tajuk kita tak dak, tajuk saja ja. Kita mintak “Abah Kau” (sambal ketawa).
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.13 berjumlah sebanyak RM15,000,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. ( Dipersetujui )
Maksud Perbelanjaan P.13 berjumlah RM15,000,000.00 diluluskan.
JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.14 berjumlah sebanyak RM500,000.00 itu patut dibenarkan.
PERBAHASAN
( Tiada Perbahasan )
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.14 berjumlah sebanyak RM500,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. ( Dipersetujui )
Maksud Perbelanjaan P.14 berjumlah RM500,000.00 itu diluluskan.
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.16 berjumlah sebanyak RM5,000,000.00 itu patut dibenarkan.
PERBAHASAN
( Perbahasan )
YB. Pengerusi, boleh dapat detail untuk Kod 1000, 2000 dan 3000 dak? Dengan perbelanjaan RM2.25 juta, RM500 ribu dan RM1.5 juta. Pen ‘detail’ an.
YB. Tuan Pengerusi, untuk detailnya, RM2.25 juta pembangunan masjid dan surau iaitu menaik taraf baik pulih masjid negeri RM150 ribu. Naik taraf dan baik bulih masjid RM1 juta keseluruhan lah. Membina baharu surau, yang ni pun keseluruhan RM250 ribu. Menaik taraf dan baik pulih surau RM850 ribu. Kemudian pembangunan pendidikan rendah Islam, menaik taraf dan baik pulih kemudahan Tadika Islam seluruh Kedah lah ni. Membina baharu Tadika Islam, membina membaik pulih bangunan KAFA RM500 ribu kesemuanya. Kemudian bangunan Pejabat Agama RM1.5 juta. Menaik taraf baik pulih Bangunan Wan Mat Saman, menaik taraf baik pulih Bangunan Pejabat Agama Daerah, satu saja, RM1.5 juta. Last sekali pembangunan Ummah, membina, menaik taraf Pusat Penyembelihan Bersatu Daerah, RM200 ribu. Bersepadu! Nasib baik duk sebelah sini, kalau belah sana “pasang”!. Dia macam-macam dah. Ok, “Bersepadu”. Membina menaik taraf pusat tahanan sementara daerah RM250 ribu. Dan last sekali membina menaik taraf pusat pemulihan akidah RM300 ribu ringgit. Jumlah semua RM5 juta.
YB. Tuan Pengerusi, bagi menyelenggara masjid tadi, sekali lagi ingin saya bangkitkan ialah masjid yang telah diiktiraf sebagai masjid daerah seperti Masjid Sultanah Bahiyah tu dah ada banyak perkara yang nak dilaksanakan. Jadi, saya mohon supaya dimasukkan sebagai sebahagian daripada masjid yang diberikan keutamaan untuk penyelenggaraannya. Yang keduanya ialah tentang peruntukan kepada KAFA ni sebab banyak bila kita…..
Ok!
Ok, terima kasih. Yang kedua peruntukan kepada KAFA ni sebab bila banyak sangat permintaan untuk kelas KAFA, tapi jawapan yang disebut ialah YB. pi cari tempat sendiri, tolong cari cikgu, tolong buat, kami bagi silibus. Takkan sampai tera tu kan? Maksudnya, kita sediakanlah peruntukan supaya boleh dikembangkan sebab pengajian untuk anak-anak sekolah rendah ni sangat penting. Jadi, saya mintak RM500 ribu ni kita luluskan dulu tapi kalau tak cukup pakai yang dalam SUK.
Ok, kita ambil perhatian!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Pengerusi, pertamanya saya rakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri sebab untuk P.14 dengan P.16 tu kalau kita perasan merupakan Kod baru yang telah pun dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat dalam pembentangan bajet. Iaitu untuk P.16, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri untuk melancarkan pembangunan khususnya masjid dan surau di peringkat daerah-daerah. Cuma apa yang kita harapkan supaya perkara ini dapat dimaklumkan kepada khususnya lah di peringkat imam-imam. Kadang-kadang tu tempat arah dia nak tuju untuk penambahbaikan baik pulih dan sebagainya supaya tersasar apa yang ada dalam bajet ni. Kita mengharapkan supaya maklumat yang nak dilaksanakan oleh negeri ni sampai ke peringkat bawah. Terima kasih YB. Speaker.
YB. Tuan Pengerusi, kita ambil maklum.
Maklum ja, duit tak bagi?
Akan datang nanti.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.16 berjumlah sebanyak RM5,000,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. ( Dipersetujui )
Maksud Perbelanjaan P.16 berjumlah RM5,000,000.00 itu diluluskan.
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.25 berjumlah sebanyak RM3,000,000.00 itu patut dibenarkan.
PERBAHASAN
( Tiada Perbahasan )
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.25 berjumlah sebanyak RM3,000,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. ( Dipersetujui )
Maksud Perbelanjaan P.25 berjumlah RM3,000,000.00 itu diluluskan.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya pohon mencadangkan bahawa ketetapan yang dipersetujui oleh Jawatankuasa ini patutlah dinyatakan dengan serta merta kepada Dewan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini pinta kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. ( Dipersetujui )
Sekarang Dewan kembali bersidang dalam persidangan dewan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya pohon menyatakan bahawa Jawatankuasa Dewan ini telah menimbang dan membuat ketetapan iaitu cadangan-cadangan yang terkandung di dalamnya patut dibenarkan tanpa apa-apa pindaan. Oleh itu sekarang saya mencadangkan:-
“Bahawa menurut Seksyen Kecil (1) Seksyen 4 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 14 Tahun 2020 dan bahawa menurut Seksyen Kecil (3) Seksyen 4 Akta tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak RM200,990,010.00 (Dua Ratus Juta Sembilan Ratus Sembilan Puluh Ribu Sepuluh Ringgit sahaja) yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan sekarang ialah satu Usul yang berbunyi :-
“Bahawa menurut Seksyen Kecil (1) Seksyen 4 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 14 Tahun 2020 dan bahawa menurut Seksyen Kecil (3) Seksyen 4 Akta tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak RM200,990,010.00 (Dua Ratus Juta Sembilan Ratus Sembilan Puluh Ribu Sepuluh Ringgit sahaja) yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul ini pinta kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. ( Dipersetujui )
Usul ini diluluskan.
Urusan seterusnya.
Usul Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Hutan Bagi Tahun 2021
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan Usul yang Kedua (b) mengenai Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Hutan seperti berikut:-
“Bahawa menurut Sekyen Kecil (1) Seksyen 56 Akta Perhutanan Negara 1984, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 14 Tahun 2020 dan bahawa menurut Seksyen Kecil (1) Seksyen 57 Akta tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak RM8,100,000.00 (Ringgit Malaysia Lapan Juta dan Seratus Ribu Sahaja) yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan yang perlu diputuskan sekarang ialah Usul yang berbunyi :-
“Bahawa menurut Sekyen Kecil (1) Seksyen 56 Akta Perhutanan Negara 1984, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 14 Tahun 2020 dan bahawa menurut Seksyen Kecil (1) Seksyen 57 Akta tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak RM8,100,000.00 (Ringgit Malaysia Lapan Juta dan Seratus Ribu Sahaja) yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini minta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)
Usul ini diluluskan.
Urusan seterusnya.
Anggaran Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri Bagi Tahun 2021
Urusan seterusnya.
Usul Anggaran Kumpulan Wang Bekalan Air Bagi Tahun 2021.
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan Usul mengenai Anggaran Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri Bagi Tahun 2021 seperti berikut:-
“Bahawa menurut Sekyen Kecil (1) Seksyen 4 Enakmen Kumpulan wang Bekalan Air Negeri Kedah Darul Aman 1971, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 16 Tahun 2020 dan bahawa menurut Seksyen Kecil (2) Seksyen (4) Enakmen tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak RM71,907,685.22 (Tujuh Puluh Satu Juta Sembilan Ratus Tujuh Ribu Enam Ratus Lapan Puluh Lima Ringgit Dan Sen Dua Puluh Dua Sahaja) yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.
Perbahasan secara dasar mengenai Usul ini juga telah pun disentuh oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat ketika membahaskan Enakmen Perbelanjaan Negeri Tahun 2021. Oleh itu sekarang saya akan teruskan kepada ATURCARA PEMBENTANGAN Usul ini seterusnya. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan yang perlu diputuskan sekarang ialah Usul yang berbunyi :-
“Bahawa menurut Sekyen Kecil (1) Seksyen 4 Enakmen Kumpulan wang Bekalan Air Negeri Kedah Darul Aman 1971, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 16 Tahun 2020 dan bahawa menurut Seksyen Kecil (2) Seksyen (4) Enakmen tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak RM71,907,685.22 (Tujuh Puluh Satu Juta Sembilan Ratus Tujuh Ribu Enam Ratus Lapan Puluh Lima Ringgit Dan Sen Dua Puluh Dua Sahaja) yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini minta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”.
Tuan Speaker! Tuan Speaker!
Apa dia pula tu YB. Suka Menanti?
Minta mohon sikit. Ok, YB. Tuan Speaker.
Ha? Ni hat ni kita nak lulus sat no. Lulus sat no?
Tak, ni saya nak tanya sat sebelum lulus ni lah. Sebelum lulus tu saya nak tanya tentang sebab semua ni…. Tak katok gong lagi kan?
Dak la, apa dia nak kata? Haa… kata nak dengar.
Ok. Sikit, ringkas saja. Yang saya nak tanya ialah YB. Tuan Speaker, semua perbelanjaan ini ialah menggunakan pinjaman dan seperti yang saya bangkitkan dalam perbahasan tapi tak sempat dijawab atau sebagainya. Ialah sebelum ini pada peringkat awal 2018 tu, jumlah yang diluluskan sebagai pinjaman tu adalah bukannya jumlah keseluruhan yang dapat ni, RM936 juta, khususnya perkara 62000 sampai 73000 tu yang 5 loji. Jadi, saya nak tahu sekarang ni bila kita dah ‘launch’ ni, saya harap kita telah pun mendapat surat kebenaran untuk berbelanja ataupun meminjam sehingga jumlah keseluruhan yang diperlukan. Sebab projek ni dah nak berjalan. Saya harap mendapatkan pengesahan jumlah pinjaman tu.
YB. Speaker, telah mendapat kebenaran.
Dah dapat kebenaran.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini minta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)
Usul ini diluluskan.
Urusan seterusnya.
Usul Lantikan Jawatankuasa Pemilih Dewan NegeriMotion
Urusan seterusnya.
Usul Pelantikan Jawatankuasa Pemilih Dewan Negeri
Ni tuan-tuan, walaupun saya Speaker sat lagi duk lantik Juhari Bulat, Juhari Bulat. Tuan-tuan anggap macam orang lain lah. Juhari Bulat tu orang lain, Speaker tu orang lain. Jadi, takut kata ‘conflict of interest’.
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mencadangkan usul.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan satu usul yang berbunyi:-
“Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini bersetuju melantik Jawatankuasa Pemilih mengandungi Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini menurut kuasa yang diberikan oleh Peraturan 74(2) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman”.
1. -[ Pengerusi] 2. YB. DATO’ DR. MOHD HAYATI BIN HJ. OTHMAN
-Ahli 3. YB. ENCIK AZMAN BIN NASRUDIN
-Ahli 4. YB. DATO’ SURAYA BINTI YAACOB
-Ahli 5. YB. HJH. HALIMATON SHAADIAH BINTI SAAD
-Ahli 6. YB. ENCIK MOHD FIRDAUS BIN AHMAD
-Ahli 7. YB. DR. ROBERT LING KUI EE
-Ahli
Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.
Boleh dak dak orang lain yang sokong? Pasai tuan tubuh sokong.
YB. Tuan Speaker, saya mohon menyokong cadangan itu. Pasai nama saya tak dak.
Ya, ya.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian masalah di hadapan Dewan sekarang ini ialah satu usul yang berbunyi :
“Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini bersetuju melantik Jawatankuasa Pemilih mengandungi Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini menurut kuasa yang diberikan oleh Peraturan 74(2) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman”.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”.
YB. Tuan Speaker, sebelum buat cadangan ni saya nak bangkit. Saya nak cadangkan lah, apabila ada cadangan-cadangan yang melibatkan daripada ADUN-ADUN Pembangkang, oleh kerana saya Ketua Pembangkang. Eloklah dibuat satu perundingan dulu sama ada pihak yang nak dilantik itu setuju atau tak setuju, itu sebab ada ketua. Jadi, kalau terus buh nama boleh jadi kita tak setuju, hat kita la yang pihak sana terpulang lah. Jadi, ini melibatkan beberapa nama di sini. Pertama dalam konteks PAC, Jawatankuasa Pemilih ni…(YB. Speaker mencelah)
Sat gi sampai PAC, hat ni Jawatankuasa Pemilih dulu. Hat ni hat 7 orang ni dulu.
Oh! Jawatankuasa Pemilih, saya ingat Jawatankuasa Kira-kira.
YB. Tuan Speaker, saya ingin mencadangkan kalau ada keberanian di peringkat negeri kita, ikutlah contoh Parlimen. Walaupun Parlimen, siapa-siapa juga memerintah tetapi peringkat kerajaan menjemput pembangkang berada dalam Jawatankuasa Pemilih kerana akan ada orang-orang daripada kalangan pembangkang yang dicadangkan untuk berada jawatankuasa-jawatankuasa yang lain. Jadi, apa molek sekali sekiranya wakil daripada pembangkang tu berada dalam Jawatankuasa Pemilih seperti di Parlimen, YB. Port Dickson, walaupun 6 yang lain tu daripada kerajaan tapi YB. Port Dickson dijemput berada dalam Jawatankuasa Pemilih. Terima kasih, cadangan saya.
Saya jawab lah sikit no. Jawatankuasa ni dia ada banyak lagi jawatankuasa yang sat lagi ni Speaker dia jadi pengerusi. Bila Speaker jadi pengerusi dia ambil kira cadangan yang dibuat oleh YB. Gurun untuk memasukkan Ahli-Ahli Dewan yang sebelah sini.
Minta maaf YB. Speaker. Yang saya sebut ini jawatankuasa induk ni. Yang disebut sekarang ni adalah jawatankuasa induk. Cadangan saya dalam jawatan kuasa induk ni pun harus ada paling tidaknya seorang daripada pembangkang. Terima kasih.
YB. Speaker, kerana cadangan datang dan keputusan ni telah dibuat sebelum ini, saya ambil pandangan itu untuk pemilihan akan datang InsyaAllah. Terima kasih YB. Gurun.
Sebab itulah, sat lagi jawatankuasa-jawatankuasa lain tu akan diambil kira.
Jadi, ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)
Usul ini diluluskan.
Dipersilakan YAB. Menteri Besar untuk mencadangkan usul seterusnya.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan satu usul yang berbunyi:-
“Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini bersetuju melantik YB. USTAZ AHMAD FADZLI BIN HASHIM menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri menurut kuasa yang diberikan oleh Peraturan 75(2) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman”.
Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.
Mengenai PAC ni, ini terpulang kepada kerajaan lah. Dulu kita buat Ketua Pembangkang pengerusi, sekarang ni dah jadi MB kan? Tapi apabila meletakkan Ketua Pembangkang sebagai naib, saya bercakap sebagai Ketua Pembangkang, sebagai ADUN tak ada masalah. Saya ingin menarik diri daripada cadangan tu sebab posisi Ketua Pembangkang tak boleh duk sebagai naib tu, dia tak berapa nak kena dari segi protokol tu. Ini terpulang kepada ahli Parlimen hujah. Tapi kalau nak kekalkan juga naib, saya nak cadang satu nama lain lah.
YB. Tuan Speaker, sebelum YB. Alor Mengkudu mengusulkan nama-nama lain, saya juga memohon supaya kerajaan yang ada sekarang meneruskan amalan yang kita dah ada dulu di mana Ketua Pembangkang menjadi pengerusi pada PAC seperti juga ialah amalan yang kita adakan di Parlimen. Makna ketua pembangkang boleh memilih sesiapa daripada pembangkang untuk menjadi Pengerusi PAC tetapi komposisi ahli jawatankuasa yang dalam PAC itu lebih daripada pihak kerajaan. Jadi, ini nampak balance, nampak kita transparent, terbuka dan telus. Kerana tidak mungkin kalau sekiranya pengerusi itu daripada kerajaan dia boleh buka semuanya walaupun kita anggap ianya mungkin terbuka semua tetapi apa salahnya kita teruskan amalan yang telah kita lalui dulu. Terima kasih.
YB. Tuan Speaker, saya pernah menjadi Pengerusi PAC dan pernah menjadi Ketua Pembangkang. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, bagi ‘environment’ negeri di negeri kita ni, kalau di federal tu mungkin sebab jabatannya banyak, pegawai-pegawainya pun pelbagai latar belakang, kebanyakannya adalah PTD-PTD.
Tapi di negeri kita lingkungannya terlalu kecik. Bila Ketua Pembangkang menjadi Pengerusi PAC, langkahnya canggung, agak canggung dan mungkin lah dah jadi satu budaya di negeri kita ini, apa-apa arahan atau permintaan dia mesti datang daripada orang kerajaan. Jadi, berdasar pengalaman saya sendiri, saya mencadangkan Timbalan Speaker balik menjadi pengerusi PAC. Terima kasih.
Oleh kerana kerajaan mengambil pendirian macam tu, saya nak mencadangkan ganti saya kepada YB. Speaker iaitu Yang Berhormat ADUN Kubang Rotan, YB. Encik Mohd Asmirul Anuar Bin Aris untuk menjadi naib. Jadi, saya menarik diri daripada jawatan.
YB. Kubang Rotan tak kata apa no?
YB. Speaker, saya nak letak 2 point di sini lah. Satu, sebenarnya kenapa dulu kita cadangkan supaya Ketua Pembangkang menjadi Pengerusi PAC, yang ini membawa maksud satu ‘check and balance’ (dengan izin). Jika satu pihak saja yang buat, belanja mereka yang belanjakan duit ,lepas tu yang ‘check’ pun mereka yang buat akaun tu, yang audit akaun pun sendiri, maka tak dak ‘check and balance’. Itu yang kita pohon dan cadangkan. Saya percaya ADUN-ADUN Pembangkang pun banyak yang mempunyai latar belakang yang mampu bawa usul-usul untuk membantu kerajaan untuk tengok juga syarikat-syarikat ataupun kira-kira wang, jabatan-jabatan dan agensi. Itu maksud dia. Walaupun yang ni mungkin tak dapat ubah, saya berharap YAB.. Menteri Besar dapat ambil point ini lah untuk dipertimbangkan. Yang kedua, saya sokong lah cadangan daripada YB. Alor Mengkudu bahawa YB. Kubang Rotan dilantik sebagai Naib Pengerusi Jawatan Kuasa Kira-Kira Wang Negeri. Terima kasih.
YB. Tuan Speaker, saya mengambil kira semua pandangan Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada Derga, Gurun dan Alor Mengkudu dan saya mengalu-alukanlah YB. Kubang Rotan yang sanggup menggantikan YB. Alor Mengkudu sebagai anggota PAC. PAC dia ada SOP ada Standard Operating Procedure yang ditetapkan. Siapa pun jadi pengerusi dia bergerak atas tu, cuma canggung tak canggung saja. Jadi, untuk tak canggung tak pa lah, kita buat sedikit perubahan. Saya mengalu-alukanlah dasar lama yang menetapkan Ketua Pembangkang menjadi Pengerusi PAC. Tapi zaman sekarang ni, ni dasar pada waktu ini lah. Sekian, terima kasih.
Ini Menteri Besar bawa usul, maknanya kita berbincang. Sat lagi kalau siapa setuju, setuju lah. Di sini tanya nak lantik YB. Ustaz Ahmad Fadzli Bin Hashim saja, hat tajuk orang lain tu kita tak bincang lagi di sini.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan Dewan sekarang ini ialah satu usul yang berbunyi :
“Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini bersetuju melantik YB. USTAZ AHMAD FADZLI BIN HASHIM menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri menurut kuasa yang diberikan oleh Peraturan 75(2) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman”.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”.
[Dipersetujui]
Usul ini diluluskan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian….(YB. Alor Mengkudu mencelah)
Jawatankuasa lain macam mana YB. Speaker? Jawatankuasa-jawatankuasa peraturan, yang dikemukakan ni. Akan di bawa lagi ka?
Sat lagi sampai! Sat lagi sampai!
Akan sampai? Sebab ada pindaan.
Dipersilakan YAB. Menteri Besar untuk mencadangkan usul seterusnya.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan usul yang berbunyi:-
“Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini bersetuju melantik Yang Berhormat Speaker Encik Juhari Bin Bulat menjadi Pengerusi Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat menurut kuasa yang diberikan oleh Peraturan 76(1) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman”.
Sekian, terima kasih.
YB. Speaker, sebelum kita masuk ke usul tu, tadi YB.Speaker kata kita setuju YB. Ustaz Ahmad Fadzli bin Hashim menjadi pengerusi. Tapi di sini……(YB. Speaker mencelah)
Cup! Buka! Buka! Buka you punya topeng!
Di sini, ikut usul ni, dia ada dua, yakni Naib Pengerusi pun kena pastikan di dalam Sidang Dewan ni. Betul tak? YB. Speaker, di dalam usul ini dia ada dua, satu kita kena setuju untuk pengerusi dan kita pun kena setuju untuk naib pengerusi. Jadi, pengerusi tadi setuju tapi naib pengerusi tak sebut lagi. Adakah YB. Kubang Rotan menjadi Naib Pengerusi? Betul dak?
Setuju ni.
Setuju ya?
Sebab usul oleh YB. Alor Mengkudu, YAB. Jeneri pun sokong jadi kita setuju. Tapi tak perlu bawa usul tu dalam ni. Kita akan namakan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan yang YAB. Jeneri sebentar tadi.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan Dewan sekarang ini ialah satu usul yang berbunyi : “Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini bersetuju melantik Yang Berhormat Speaker Encik Juhari Bin Bulat menjadi Pengerusi Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat menurut kuasa yang diberikan oleh Peraturan 76(1) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman”.
Ini dia lantik pengerusi saja, lepas tu pengerusi tu akan pilih ahli-ahli dia.
YB. Speaker, saya nak ambil kesempatan di sini sebab pengerusi akan pilih ahli. Tapi nama ada disebut di sini ada 6. Cuma yang ke 6 tu saya nak buat pindaan untuk cadangan kepada YB. Speaker lah.
Ya.
Iaitu kita mencadangkan YB. Kota Darul Aman, YB. Encik Teh Swee Leong untuk mengantikan YB. Encik Mohd Asmirul Anuar Bin Aris. Tu yang kita nak.
Minta maaf saya ni tak dibekalkan senarai yang tuan-tuan dapat tu. Sila hantar mai kat saya.
YB. Tuan Speaker, berdasarkan…..
YB. Alor Mengkudu cadang apa tak sat ni?
YB. Tuan Speaker, berdasarkan peraturan 76(1), Jawatankuasa Pemilih yang akan menentukan nama-nama yang dipilih dan saya mohon sekiranya terdapat perubahan nama kepada senarai yang dibekalkan itu dibawa kepada Jawatankuasa Pemilih, bukan dibawa di Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Kalau ada apa-apa pindaaan, boleh cadangkan kepada saya supaya kita putus dalam Jawatankuasa Pemilih. Bukan di sini.
Jadi, maksudnya sekarang…..
Tak pa… benda yang sama….
Maksudnya sekarang, adakah masih boleh lagi berlaku pindaan selepas Sidang Dewan? Itu yang saya nak maksudkan.
Ni kuasa Jawatankuasa Pemilih, bukan kuasa…..
Sebab kalau masih boleh, ok lah.
YB. Derga!
YB. Tuan Speaker, hanya kita ‘put a note’ dalam Dewan ini supaya bila berlaku perubahan YB. Encik Mohd Asmirul Anuar Bin Aris pergi ke situ maka kita cadangkan YB. Teh Swee Leong dimasukkan dalam jawatankuasa ini lah. YB. Speaker, ‘take note’ yang tu lah.
Ya! Ya! Take note!
Ok, thank you!
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan Dewan sekarang ini ialah satu usul yang berbunyi :
“Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini bersetuju melantik Yang Berhormat Speaker Encik Juhari Bin Bulat menjadi Pengerusi Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat menurut kuasa yang diberikan oleh Peraturan 76(1) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman”.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]
Usul ini diluluskan.
Dipersilakan YAB. Menteri Besar untuk mencadangkan usul seterusnya.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan usul yang berbunyi:-
“Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini bersetuju melantik Yang Berhormat Speaker Encik Juhari Bin Bulat menjadi Pengerusi Jawatankuasa Dewan menurut kuasa yang diberikan oleh Peraturan 77(1) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman”. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan Dewan sekarang ini ialah satu usul yang berbunyi :
“Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini bersetuju melantik Yang Berhormat Speaker Encik Juhari Bin Bulat menjadi Pengerusi Jawatankuasa Dewan menurut kuasa yang diberikan oleh Peraturan 77(1) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman”.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]
Usul ini diluluskan.
Urusan seterusnya.
Dipersilakan YAB. Menteri Besar untuk mencadangkan usul seterusnya.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan usul yang berbunyi:-
“Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini bersetuju melantik Yang Berhormat Speaker Encik Juhari Bin Bulat menjadi Pengerusi Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan menurut kuasa yang diberikan oleh Peraturan 78(1) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman”. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan Dewan sekarang ini ialah satu usul yang berbunyi :
“Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini bersetuju melantik Yang Berhormat Speaker Encik Juhari Bin Bulat menjadi Pengerusi Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan menurut kuasa yang diberikan oleh Peraturan 78(1) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman”.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]
Usul ini diluluskan.
VII. Usul Pindaan Akaun Amanah/Kumpulan Wang Amanah Di Bawah Seksyen 9 Kepada Seksyen 10 Akta Acara Kewangan 1957 [Akta 61]Motion
Urusan seterusnya.
Usul Pindaan Akaun Amanah/Kumpulan Wang Amanah Di bawah Seksyen 9 Kepada Seksyen 10 Akta Acara Kewangan 1957 [Akta 61].
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mencadangkan usul.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya membentangkan usul ini terlebih dahulu saya ingin memberikan sedikit penjelasan mengenainya.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 10.4 (Tatacara Pengurusan Akaun Amanah/Kumpulan Wang Amanah), menyatakan setiap Akaun Amanah atau Kumpulan Wang Amanah yang diwujudkan hendaklah ditentukan Punca Kuasa sama ada di bawah Seksyen 9 atau di bawah Seksyen 10 Akta Acara Kewangan 1957 agar Akaun Amanah / Kumpulan Wang Amanah tersebut dikategorikan mengikut Seksyen yang betul dan tepat.
Pengelasan Akaun Amanah atau Kumpulan Wang Amanah di bawah Seksyen 9 atau Seksyen 10 amat penting kerana akan memberikan implikasi terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kedah. Akaun Amanah di bawah Seksyen 9 dikategorikan sebagai Liabiliti manakala Akaun Amanah di bawah Seksyen 10 dikategorikan sebagai Ekuiti dalam Penyata Kewangan. Terdapat 41 Akaun Amanah Awam yang diselenggara di bawah Seksyen 9 Akta Acara Kewangan dan pindaan Akaun Amanah / Kumpulan Wang Amanah daripada Seksyen 9 kepada Seksyen 10 Akta Acara Kewangan 1957 adalah perlu berdasarkan justifikasi berikut:
(i) Persediaan ke arah Pelaksanaan Perakaunan Akruan Kerajaan Negeri Kedah. (ii) Teguran Audit bagi Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kedah Tahun 2019.
Sehubungan dengan itu sebanyak 8 Akaun Amanah Awam di bawah Seksyen 9 Akta Acara Kewangan 1957 yang perlu dipinda bagi mematuhi Garis Panduan WP 10.4 Tatacara Pengurusan Akaun Amanah / Kumpulan Wang Amanah yang dicadangkan dipinda ke Akaun Amanah Kerajaan Seksyen 10 Akta Acara Kewangan 1957 seperti berikut : i) Kumpulan Wang Amanah Badan Kesenian Negeri Kedah Darul Aman. ii) Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Usahawan Negeri Kedah Darul Aman. iii) Kumpulan Wang Amanah Projek/Program Khas Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. iv) Kumpulan Wang Amanah Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman v) Kumpulan Wang Amanah Sumbangan Pembangunan dan Kebajikan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. vi) Kumpulan Wang Amanah Dana Khas Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman. vii) Kumpulan Wang Amanah Lembaga Rayuan Negeri Kedah Darul Aman. viii) Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Islam Negeri Kedah Darul Aman.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan :-
“Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini bersetuju untuk meluluskan cadangan pindaan 8 Akaun Amanah Awam di bawah Seksyen 9 Akta Acara Kewangan 1957 ke Akaun Amanah Kerajaan Seksyen 10 Akta Acara Kewangan 1957.
Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan ini.
Ahli-Ahli Yang Berhormat ada siapa nak kata apa? Nak pindah daripada akaun 9 ke 10. YB. Suka Menanti!
Terima kasih YB. Tuan Speaker, sedikit saja daripada saya. Daripada 41 Akaun Amanah Awam yang kita ada di Kedah ni, kemudian hari ni dimohon supaya 8 akaun amanah ni dipindah daripada Seksyen 9 ke 10.
Mungkin Dewan ni perlu ambil tau ambil perhatian, apa jadi kepada yang lain daripada 8 itu masih dikekalkan sebagai liabiliti di bawah Seksyen 9 ataupun memang akan ada fasa ke fasa perpindahan daripada liabiliti sebagai ekuiti diperkenalkan. Terima kasih.
Akaun Kumpulan Amanah yang ada terimaan daripada kerajaan masuk Seksyen 10. Yang tak dak terimaan kerajaan ‘maintain’ Seksyen 9. Sekian, terima kasih YB. Speaker.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan di hadapan Dewan yang perlu diputuskan sekarang ialah satu usul yang berbunyi :-“Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini bersetuju untuk meluluskan cadangan pindaan 8 Akaun Amanah Awam di bawah Seksyen 9 Akta Acara Kewangan 1957 ke Akaun Amanah Kerajaan Seksyen 10 Akta Acara Kewangan 1957.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)
Usul ini diluluskan.
VIII. Penyerahan Laporan Ketua Audit Negara Pengurusan Aktiviti Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah Tahun 2018 Siri 3.
Penyerahan Laporan Ketua Audit Negara Pengurusan Aktiviti Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah Tahun 2018 Siri 3.
Dipersilakan YAB. Menteri Besar untuk mencadangkan usul tersebut.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan suatu Usul yang berbunyi:-
“Bahawa Laporan Ketua Audit Negara Pengurusan Aktiviti Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah Tahun 2018 Siri 3 seperti yang terkandung dalam Kertas Dewan Bil. 22 Tahun 2020 itu diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri untuk memeriksa dan menyampaikan penyata dan cadangan-cadangan berkenaan dengan kira-kira itu kepada Dewan ini”. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan ini.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan yang perlu diputuskan sekarang ialah satu usul yang berbunyi :-
“Bahawa Laporan Ketua Audit Negara Pengurusan Aktiviti Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah Tahun 2018 Siri 3 seperti yang terkandung dalam Kertas Dewan Bil. 22 Tahun 2020 itu diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri untuk memeriksa dan menyampaikan penyata dan cadangan-cadangan berkenaan dengan kira-kira itu kepada Dewan ini”.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini pinta kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. ( Dipersetujui )
Usul ini diluluskan.
IX. Tangguhan Sidang Dewan
(Selepas semua urusan mesyuarat dijalankan bagi persidangan kali ini)
Tangguhan Sidang Dewan
Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, 0lih kerana perkara-perkara di dalam Agenda Persidangan Dewan pada kali ini telahpun selesai dibincangkan, maka saya pohon mencadangkan di bawah Peraturan 16(3) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya persidangan ini ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sehingga perjalanan urusan mesyuarat dapat berjalan dengan sempurna dan teratur. Kerjasama yang begini diharap dapat diteruskan dengan baik lagi pada masa-masa yang akan datang.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Sidang Dewan kali ini ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang akan diberitahu kelak.
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
[Dewan ditanguhkan pada jam 1.22 petang]