Kedah · 21 September 2021

14th Assembly, 4th session, 1st meeting · 210 turns · 24,521 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Speaker

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahirobbil A’lamin Wassolatu Wassala Muala Asyrofil Anbiya Iwal Mursalin Wa’ala Alihi Wasohbihi Ajma’in.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan disambung semula.

Setiausaha Dewan

- DOA

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, untuk pengetahuan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, mantan Bentara Dewan, Encik Mohd Radzi bin Abdul Hadi telah meninggal dunia pada 27.3.2021. Oleh yang demikian, Yang Berhormat yang beragama Islam diminta membaca Al-Fatihah dan yang bukan Islam secara bertafakur. Al-fatihah. Terima kasih. Dimaklumkan YB. Encik Mohd Radzi bin Md Amin, ADUN Pedu, tidak dapat hadir pada hari ini kerana berada di hospital untuk rawatan jantung. Yang ketiga, atas permintaan KKM, Sidang DUN kali ini cuma akan bersidang dari jam 9 Pagi dan tamat sekitar jam 1.00 tengahari. Ahli-Ahli Yang Berhormat diminta memakai ‘face mask’ dua lapis dan kalau boleh, memakai juga ‘face shield’ sepanjang berada dalam dewan. Saya kalau pakai dia jadi kelabu, nak baca tak boleh. Yang keempat, atas kekangan masa, cuma 12 orang Yang Berhormat akan berpeluang membahas ucapan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah. Ketua pembangkang dan ketua ‘back bencher’, akan diberi seorang 30 minit manakala ADUN-ADUN lain seorang 20 minit. Amatlah diharapkan semua dapat mematuhi masa yang ditetapkan. Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Pembentangan Kertas-kertas Dewan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah.

Speaker

Dengan hormatnya, dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah untuk membentangkannya.

Pembentangan Kertas-Kertas Dewan

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Yang Berhormat Tuan Speaker, dengan ini saya pohon membentangkan Kertas-kertas Dewan seperti yang telah diedarkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kertas Dewan Bilangan 01 tahun 2021, Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah bagi tahun berakhir 31 Disember 2019.

Kertas Dewan Bilangan 02 tahun 2021, Penyata Kewangan Lembaga Tabung Pegawai-Pegawai Masjid Negeri Kedah bagi tahun berakhir 31 Disember 2019.

Kertas Dewan Bilangan 03 tahun 2021, Penyata Kewangan Lembaga Biasiswa Negeri Kedah bagi tahun berakhir 31 Disember 2019.

Kertas Dewan Bilangan 04 tahun 2021, Penyata Kewangan Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah bagi tahun berakhir 31 Disember 2019.

Kertas Dewan Bilangan 05 tahun 2021, Penyata Kewangan Negeri Kedah Darul Aman bagi tahun 2019.

Kertas Dewan Bilangan 06 tahun 2021, Penyata Kewangan Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah bagi tahun berakhir 31 Disember 2019.

Kertas Dewan Bilangan 07 tahun 2021, Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah bagi tahun berakhir 31 Disember 2019. [Majlis Bandar Raya Alor Setar, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Majlis Perbandaran Langkawi, Majlis Perbandaran Kulim, Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Majlis Daerah Baling, Majlis Daerah Pendang, Majlis Daerah Yan, Majlis Daerah Sik, Majlis Daerah Padang Terap dan Majlis Daerah Bandar Baharu]

Kertas Dewan bilangan 08 tahun 2021, Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah di atas Laporan Ketua Audit Negara tahun 2017, Aktiviti Jabatan, Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Siri 2.

Kertas Dewan bilangan 09 tahun 2021, Penyata Kewangan Majlis Sukan Negeri Kedah bagi tahun berakhir 31 Disember 2019.

Sekian terima kasih, Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Terima kasih. Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Sesi pertanyaan-pertanyaan mulut.

Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Mulut.Questions

Speaker

Pertanyaan mulut. Silakan soalan pertama.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Speaker. Saya pohon jawapan kepada soalan nombor 1.

1. Pohon dinyatakan:-

a) Berapakah jumlah pendapatan sebenar hasil kerajaan negeri pada tahun 2020 dan 2021 (terkini) berbanding anggaran bajet?

b) Sila beri jumlah pecahan jenis hasil berbanding anggaran bajet.

Speaker

Silakan!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan ahli Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman dan Ketua Pembangkang, saya mengucapkan terima kasih di atas soalan yang pertama. Bagi soalan (a), jumlah pendapatan sebenar hasil kerajaan negeri bagi tahun 2020 dan 2021 sehingga bulan September berbanding anggaran bajet. Bagi menjawab soalan ini, sukacita saya menjelaskan bahawa jumlah terimaan sebenar hasil Kerajaan Negeri Kedah sehingga Disember tahun 2020, berjumlah RM560,656,682.76 berbanding anggaran hasil di dalam Bajet 2020 sebanyak RM701,942,656.00. Peratus pencapaian adalah 79.9%.

Manakala jumlah terimaan sebenar hasil kerajaan negeri sehingga 19 September 2021 berjumlah RM558,997,539.09 berbanding anggaran hasil dalam Bajet 2021 sehingga akhir tahun adalah RM720 juta. Peratus pencapaian setakat ini adalah 77.64%. Tahun 2021 masih lagi berbaki 4 bulan dan kerajaan menjangkakan terimaan hasil sekurang-kurangnya RM40 juta lagi dapat dikutip dan jumlah terimaan hasil 2021 dijangka dapat mengatasi terimaan hasil 2020.

Yang Berhormat Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian, sukacita kerajaan memaklumkan jumlah terimaan hasil sehingga 19 September 2021 adalah sebanyak RM558.99 juta. Jumlah terimaan ini melebihi jumlah terimaan hasil sehingga bulan September 2020 dibandingkan dengan 2020 sehingga bulan September sebanyak RM397.06 juta dan September 2019 sebanyak RM476.46 juta. Bagi jawapan soalan (b), jenis-jenis hasil yang kerajaan negeri kutip ialah hasil cukai iaitu kutipan hasil cukai tanah, cukai hiburan dan royalti. Hasil bukan cukai iaitu bayaran lesen, pendaftaran urusniaga tanah, permit, bayaran perkhidmatan, perolehan dari jualan barang-barang, sewaan, faedah dan perolehan dari pelaburan serta denda dan hukuman. Terimaan bukan hasil pula meliputi pulangan balik perbelanjaan dan terimaan daripada Kerajaan Persekutuan seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu pemberian berdasarkan penduduk, pemberian bayaran 50% senarai bersama, pemberian bayaran 10% kos perkhidmatan, pemberian pertambahan hasil dan pemberian khas Pulau Pinang.

Berikut pula adalah terimaan mengikut jumlah pecahan jenis hasil. Bagi tahun 2020, hasil cukai dianggarkan RM322,112,472.00. Terimaan sebenar adalah RM244,100,100.55 iaitu 24% lebih rendah daripada anggaran. Bagi hasil bukan cukai dianggarkan sebanyak RM235,494,914.00 terimaan sebenar adalah RM139,770,636.06 iaitu 40% lebih rendah daripada anggaran. Terimaan bukan hasil dianggarkan sebanyak RM144,335,270 terimaan sebenar adalah RM176,785,949.15 iaitu lebihan sebanyak RM32,450,679.15 ataupun 22.48% melebihi anggaran. Bagi tahun 2021 sehingga 19 September 2021, terimaan hasil cukai adalah RM253,256,882.42 berbanding Bajet Tahun 2021 adalah sebanyak RM314,378,510.00 iaitu 19% lebih rendah daripada anggaran. Hasil bukan cukai adalah RM202,938,871.02 berbanding Bajet Tahunan 2021 adalah RM245,891,040.00 iaitu 17% lebih rendah dari anggaran. Manakala terimaan bukan hasil adalah RM102,801,785.65 berbanding Bajet 2021 sebanyak RM159,730,450.00 iaitu 35.6% lebih rendah dari anggaran. Terimaan yang rendah untuk dua tahun berturut-turut ini disebabkan oleh kesan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara dan seluruh dunia. Kerajaan telah melaksanakan perintah kawalan pergerakan semua pejabat-pejabat kerajaan dan sebahagian besar aktiviti ekonomi telah terhenti. Antaranya, kuari ditutup, aktiviti pembalakan dan kilang kayu tidak dibenarkan, aktiviti hiburan dan taman tema tidak dapat beroperasi.

Sekian YB. Tuan Speaker.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Jeneri. Soalan tambahan saya, memang apabila dilihat daripada ‘figure’ yang diberi tu, memang ada kesan daripada covid ni akibat daripada sekatan-sekatan aktiviti ekonomi yang tidak dapat dilaksanakan menyebabkan kutipan cukai menurun, kalau saya lihat di sini, hampir 20%, 2021. Makna kata, pendapatan yang kerajaan negeri dapat daripada sumber lain, kalau dilihat kepada keseluruhannya itu, 70% yang dah dapat dicapai pada ketika ini, makna kata ada RM40 juta lagi mungkin dijangka. Walau bagaimanapun, kita lihat ‘overall’, hasil tu boleh tidak menjejaskan walaupun covid, secara ‘overall’ lah. Saya nak tanya kerajaan negeri, adakah bagi 2021 ni, oleh kerana keperluan kepada peruntukan covid ni, bantuan kepada rakyat ni telah pun disebut oleh Tuanku dalam titah ucapan, sejak daripada pada mula dulu RM32 juta, ‘overall’ lah, daripada yang lepas. Adakah kerajaan negeri dengan pendapatan yang dijangka meningkat secara ‘overall’, masih ada lagi dak untuk tahun ni, dan berapa anggaran dijangka untuk boleh dikeluarkan lagi? Kerana kita sedia maklum bahawa rakyat yang di bawah tu, bagi sekali bantuan tak cukup jugak, dia duk tak habis lagi covid tu, dia duk harap lagi. Jadi, ada lagi kah peruntukan 2021 yang YAB. Jeneri akan isytiharkan untuk diberi lagi kepada penduduk dan apakah bentuk bantuan yang akan diberi tu? Terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, kalau di Parlimen, soalan tambahan ni depa tak lebih seminit, jadi marilah kita tiru Parlimen, kita tiru ja. Tanya soalan tambahan tak lebih seminit. Silakan Yang Amat Berhormat.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Memang untuk covid ni memang tak pernah kita jangka perkara ini akan terjadi dan kalau Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat melihat ‘track record’ kita, setiap kali PKPD dilaksanakan, kita akan bekalkan bakul-bakul makanan juga bantuan wang tunai kepada penduduk yang dikenakan kawasan PKPD. Untuk kawasan PKP sahaja, sejak dilaksananakan PKP 3.0 pada bulan Jun, kita telah menyediakan bakul-bakul makanan yang jumlahnya seperti yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku semalam, untuk bantuan akan datang, kita sentiasa menyediakan bakul-bakul makanan dan untuk program bulan Oktober ini, kita akan sediakan pinjaman mudah untuk para peniaga sebanyak RM1,000,000 yang kadar maksimun adalah RM5,000 dan kita menjangkakan kita dapat berikan kepada satu pemohon RM3,000 untuk memulakan semula perniagaan kecil-kecilan yang terhenti akibat PKP dan juga PKPD. Bagi bakul-bakul makanan, YB. Alor Mengkudu, di PKOB kita sentiasa sediakan bekalan untuk bantuan kepada rakyat yang terputus bekalan makanan. Sekian.

Speaker

Ish! Saya tak dan perasan sapa bangkit dulu tak tau?

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Tadi pembangkang, kerajaan pulak la.

Speaker

Silakan kerajaan!

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Baik, terima kasih kepada YB. Tuan Speaker. YB. Speaker, Yang Amat Berhormat dan semua Ahli Dewan, daripada jawapan yang telah pun disebut oleh Yang Amat Berhormat menunjukkan pendapatan kerajaan sentiasa boleh selari dengan bajet yang telah pun diletakkan dan covid ni tak pernah dihadapi sebelum ini. Cuma kita nak tau daripada pihak kerajaan sendiri, bila disebut pada tahun lepas, pendapatan terimaan kerajaan RM560,000,000. Pada tahun ini, setakat September kita telah pun mencapai RM558,000,000 maknanya lebih kurang lagi RM2 juta nak menyamai pendapatan tahun lepas ataupun terimaan tahun lepas dan boleh jangkaan Yang Amat Berhormat mencapai tambah lagi RM40 juta. Jadi, bagaimanakah kerajaan menghadapi saat ini di samping kita tau rakyat terjejas, sudah pasti pendapatan kerajaan juga dijangka terjejas. Jadi, apakah formula kerajaan negeri untuk membuat pencapaian dalam usaha untuk terimaan kerajaan kekal mengikut bajet yang telah pun dibuat? Terima kasih.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih YB. Sungai Limau. YB. Tuan Speaker, Ahli-Ahli Dewan sekalian, yang pertama, jika kita tidak dapat menambahkan hasil, kita harus mengurangkan perbelanjaan. Inilah yang sedang dibuat oleh kerajaan untuk sentiasa berjimat cermat. Akibat daripada covid ini juga, banyak program-program biasa yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak dapat dijalankan. Sebahagian daripada perbelanjaan akibat tidak dapat melaksanakan program-program ataupun ‘ceremony-ceremony’ ini, kita simpan. Alhamdulillah, dengan berkat kerjasama pegawai-pegawai dan juga Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, kita sentiasa mengambil perhatian untuk meminimakan perbelanjaan yang ada dan kita dapat buat simpanan yang agak banyak. Yang ni lah yang diviralkan baru-baru ini, kita ada simpanan sampai lebih RM600 juta, satu rekod pencapaian yang terbaik bagi Negeri Kedah bagi waktu ini. InsyaAllah, kita sentiasa berikhtiar untuk menambahkan lagi pendapatan kerajaan melalui kutipan-kutipan tunggakan contohnya, sejak sekian lama kerajaan tidak membayar premium bagi tanah lapangan terbang. Alhamdulillah, tahun ini dapat jugak bayaran. Ini kita pi cari tunggakan-tunggakan, bayaran-bayaran belum dijelaskan. InsyaAllah, akan ada lagi tanah-tanah yang besar yang belum dijelaskan premium, kita akan usahakan kearah itu. InsyaAllah tuan-tuan, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, kedudukan kewangan kerajaan walaupun kita menghadapi Covid-19 sentiasa kukuh dan sentia kita berusaha untuk dikukuhkan dari semasa ke semasa. Pada masa ini, InsyaAllah kita ada cukup wang untuk berbelanja bagi menghadapi kemelut yang sedang melanda dunia, InsyaAllah. Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Speaker

Soalan nombor 2!

YB. Tuan Speaker, saya mohon jawapan kepada soalan nombor 2.

2. Mohon dinyatakan di mana syarikat Risen Energy mengumumkan secara rasmi bahawa ia akan melabur RM42 bilion untuk bina kilang pembuatan panel solar di Taman Industri Tinggi Kulim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Tuan Speaker, jawapan kepada soalan nombor dua ialah pengumuman secara rasmi mengenai pelaburan Risen Energy bernilai RM42.2 billion di Taman Teknologi Tinggi Kulim dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Kanan MITI pada 9 Jun 2021 melalui ‘press release’ mengenai nilai pelaburan untuk suku tahun pertama 2021, juga kepada 24 Jun 2021, telah diadakan satu ‘video conference’ antara Perdana Menteri ketika itu, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kanan MITI dan Xie Jian, Chairman Risen Energy mengenai pelaburan Risen Energy sejumlah RM42.2 billion. Kemudian selepas itu, MITI membuat ‘statement’ yang dibuat oleh Perdana Menteri. Saya nak baca sedikit ‘statement-statement’ yang dibuat oleh Menteri Kanan MITI pada 9 Jun 2021 yang berbunyi begini dengan izin, “in term of recipient of approve investment in the manufacturing sector, Kedah registered the highest level of investment with RM42.4 billion, RM2 billion more because other investment, followed by Sabah RM4.3 billion, Selangor RM4.4 billion, Melaka RM3.4 billion and Johor RM1.7 billion”. Ini satu kenyataan rasmi yang dibuat oleh Menteri Kanan MITI. Kemudian, pada 24 Jun, ini dikuatkan lagi selepas itu, diadakan satu ‘video conference’ pada 24 Jun 2021 di antara Yang Berhormat Perdana Menteri ketika itu, Menteri Kanan MITI dan Mr Xie Jian, Chairman Risen Energy iaitu “The Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin welcome Risen Energy decision to invest in Malaysia and noted significant contribution of greeting over 3,000 employment opportunities with 800 managerial technical and supervisory position including 500 engineers”. Itu jawapan saya kepada soalan nombor dua, Yang Berhormat Tuan Speaker.

Yang Berhormat Tuan Speaker, kalau dilihat soalan saya, saya tidak tanya apa pengumuman yang dibuat oleh kerajaan tetapi yang saya tanya ialah apa pengumuman yang dibuat oleh syarikat. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, dan saya rasa Yang Berhormat Guar Chempedak pun lebih arif dalam hal ini dan daripada pengalaman saya sendiri, syarikat besar yang tersenarai dalam bursa saham di negara masing-masing, ataupun di bandar-bandar besar masing-masing, pusat-pusat kewangan, bila dia membuat satu pelaburan yang melibatkan jumlah yang begitu besar, berbanding dengan pendapatan syarikat itu sendiri, dia perlulah membuat pengumuman rasmi di dalam media di negara dia sendiri memaklumkan kepada pemegang-pemegang saham mereka dan pemerhati-pemerhati pelaburan ataupun syarikat mengenai pelaburan tersebut, mengenai perbelanjaan wang yang besar itu. Saya ingat dulu sewaktu saya menjadi Pengerusi KTPC, kami ditegur oleh dua syarikat sebenarnya, satu daripada Jerman dan satu lagi daripada Jepun, untuk patuh kepada ‘non-disclosure agreement’ (dengan izin) yang telah kami tandatangani, tidak boleh membuat pengumuman selagi syarikat tidak mengeluarkan kenyataan media. Saya lihat laporan media termasuklah daripada Reuters, bertarikh 24 Jun 2021, (dengan izin) tajuknya ialah “Malaysia says China Risen Energy to invest 10 billion dollars in new facility, “Malaysia says”. Maksudnya MITI sepertimana Yang Berhormat sebutkan tadi ataupun kenyataan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada ketika itu. Ini menimbulkan sedikit kegusaran pihak saya, adakah benar angka RM42.23 billion ringgit ini kerana ia melibatkan tanah sebesar 48 ekar, kalau dibahagikan jumlah pelaburan dengan jumlah kawasan, RM880 juta seekar, satu angka yang begitu menakjubkan. Kalau benar, memang Alhamdulillah. Tetapi, dalam sektor teknologi tinggi pada ketika ini, saya ingat tujuannya adalah untuk mengurangkan kos perbelanjaan dan meningkatkan pendapatan, sebaliknya saya lihat dalam kes ini pula, perbelanjaan yang begitu luar biasa tetapi hasilnya saya belum nampak lagi. Jadi, semua pengumuman-pengumuman yang telah dibuat sepertimana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Guar Chempedak tadi datangnya daripada kerajaan Malaysia ataupun daripada agensi seperti MIDA tetapi tidak daripada syarikat. Jadi, tu yang menimbulkan kebimbangan saya dan saya ingin bertanya adakah Yang Berhormat Guar Chempedak sedar dengan perkara ini dan apa yang boleh dibuat untuk memastikan angka itu bukan satu angka yang palsu?

Yang Berhormat Tuan Speaker…..(YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, ada permintaan, dibenarkan untuk orang yang bercakap buang sekejap dia punya mask kerana suara yang kita keluarkan tak berapa jelas. Jadi, untuk orang yang nak bercakap tu buka sekejap, satgi pakai balik. Silakan!

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebagai ‘respond’ kepada soalan nombor 2 oleh YB. Jitra tadi, saya faham dan saya juga maklum apa yang ada dalam pemikiran YB. Jitra. Satu laporan dalam Majalah Industri PV, 21 Julai 2020, syarikat Risen Energy mengumumkan pengumuman tentang pelaburan Risen Energy di Malaysia bernilai RM1.41 billion sama dengan 2.2 duit Chiina lah dan untuk mengeluarkan 3 gigawatt solar module ataupun solar cell, dua-dua sekali. Itu apa yang diumumkan oleh pihak Risen Energy pada bulan Julai 2020. Dan saya sendiri sebenarnya bila saya dengar RM42.2 billion ini, saya pon terkejut juga macam YB. Jitra terkejut, kita semua terkejut, YAB. Menteri Besar pun terkejut. Saya berjumpa dengan orang MIDA, sebelum tu pun saya dah tahu perkara ni, saya kata, “macam mana boleh jadi sampai banyak tu, tak bolehkah dipecahkan mengikut tahun dan sebagainya ya”. Tapi, selalunya kita ni negeri mana sekali pun, sama juga untuk seluruh negara kita Malaysia, nilai pelaburan kita untuk industri terutamanya ‘manufacturing’, ‘point’ rujukan kita adalah MIDA, MITI. Kita tak boleh rujuk kepada tempat-tempat lain, agensi-agensi lain ataupun orang-orang lain yang buat pengumuman. Betul, Risen Energy buat pengumuman di Xing Zheng, Julai 2020, tapi apa yang diumumkan oleh MITI, MIDA itu adalah satu pengumuman rasmi bagi pelaburan negara kita Malaysia. Full stop! Dan disambut pulak, kalau kita katakan mereka mungkin bimbang tentang kedudukan mereka sebagai sebuah syarikat awam, dalam ‘video conference’ dengan Perdana Menteri yang saya sebutkan tadi, Chairman of the Board Risen Energy, dia ada dalam video tu. Dia bersama dengan Menteri Kanan MITI dan kalau kata dia ‘worry’ dengan jumlah pelaburan sebanyak itu dan telah diumum awal lagi kurang daripada jumlah itu, tentu Chairman Risen Energy takkan sanggup untuk membuat ‘video conference’ bersama Perdana Menteri dan Menteri Kanan MITI. Itu ja ‘point’ dia dan saya nak perjelaskan sedikit mengenai di mana datangnya RM42.2 billion ini.

Tadi YB. Jitra sebut pasal tanah, tanah ni mungkin lebih besar lah. Tapi sebenarnya, dia beli tanah sejumlah 48.773 ekar di Taman Teknologi Kulim dan projek ini adalah projek yang mengambil masa 15 tahun, 3 fasa. Saya tanya lah MIDA, “why not” (dengan izin) pecahkan lah. Tahun depan sikit, tahun depan sikit takdaklah sekaligus kita dapat banyak, lagi untung Negeri Kedah ni tiap-tiap tahun duk tinggi. Ambil sekali RM42.2 billion, kita rugi lah. Tapi, itulah MIDA kata yang dimohon oleh Risen Energy. Risen Energy memohon untuk melabur RM42.2 billion dan jumlah itu bukan sahaja melibatkan jumlah pelaburan yang selalu disebut-sebut tapi juga termasuk care packs. Care packs pun masuk dalam tu, material cost pun masuk dalam tu, salary, wedges, overhead dan lain-lain semua masuk dalam tu sebab tu dia tinggi. Jadi, bagi pihak MIDA dan MITI apa yang dipohon oleh Risen Energy itu diluluskan pada 9 Januari dapat lessen dia 2021. Saya nak sebutkan di sini, fasa-fasa ini ialah pada fasa 1 iaitu 2021-2025 ialah RM13.196 billion bahagi 5 dapat lah setahun berapa. Saya suka macam tu lagi sebab tiap-tiap tahun nampak Kedah naik. Tapi, sekaligus ni kita rugi. Sungguhpun kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t ini pencapaian yang terbesar pernah dicapai oleh mana-mana negeri dalam Malaysia mengenai pelaburan. Kita sebagai wakil rakyat semua ADUN tak kira belah sana dan belah sini, kita bersyukur banyak-banyak dan sama-samalah kita menyokong projek ini.

Kemudian, fasa yang kedua iaitu 2026 – 2030, RM14.52 billion dan seterusnya 2031 - 2035 RM14.52 billion. Dia sampai 2035 ni elok lah, Rancangan Pembangunan Kedah 2035. Elok-elok. Exactly! Jadi, InsyaAllah dengan pelaburan yang sebesar ini dan juga pelaburan-pelaburan lain, Kedah akan mencapai tahap negeri maju pada tahun 2035 yang sakan datang. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Soalan nombor 3!

Ahli-Ahli Yang Berhormat, kesian dekat saya la no, KPI saya jumlah soalan yang dapat dikemukakan. Kita dah setengah jam dah, kita baru 2 soalan jadi saya berubah ke nombor 3 dan KKM bagitau mai tak boleh buka ‘mask’. Jadi, saya tarik balik lah, YB. Guar Chempedak pakai balik ‘mask’. Soalan nombor 3!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Bismillahirrahmanirrahim Yang Berhormat Tuan Speaker, mohon jawapan kepada soalan nombor 3.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

3. Terbaru kerajaan ada mengeluarkan kenyataan berkaitan ‘smart’ sawah berskala besar (SMART SBB).

Pohon penjelasaan pihak kerajaan berkaitan isu ini.

a) Penglibatan pengusaha padi di Kedah.

b) Keluasan tanaman padi.

c) Adakah ianya telah diperhalusi di peringkat pesawah, agensi dan pertubuhan bukan kerajaan?

d) Kebaikan dan keuntungan kepada kerajaan dan petani- petani.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Speaker, rakan-rakan Ahli Dewan. Kepada YB. ADUN Kuala Ketil yang bertanyakan soalan. Terbaru kerajaan ada mengeluarkan kenyataan berkaitan SMART Sawah Berskala Besar (SBB). SMART SBB pohon penjelasan pihak kerajaan berkaitan isu ini. Untuk soalan (a) penglibatan pengusaha padi di Kedah. Program SMART SBB ini merupakan program yang dirangka oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada awal tahun 2021.

Pelaksanaan program ini dapat mengatasi isu saiz ladang yang tidak ekonomik serta peladang yang berusia dengan matlamat asasnya untuk meningkatkan pengeluaran padi negara. SMART SBB ini menekankan konsep penyatuan pengurusan tanah secara perladangan kontrak (contract farming) yang melibatkan peranan pihak-pihak seperti di Jadual 1. Peranan yang pertama adalah MAFI menetapkan dasar pelaksanaan (subsidi output, benih padi sah) dan sebagainya. Peranan pihak kedua agensi kerajaan, Penyelaras program dari segi pengairan, infrastruktur, libaturus bersama pesawah dan pemantauan.

Yang ketiga Syarikat Peneraju SPV Contract Farming, pembekal perkhidmatan, pertanian kontrak dengan petani dan pembiaya kewangan/ modal projek. Yang pihak keempat adalah petani dan peserta yang akan menyerahkan pengurusan tanah kepada syarikat peneraju untuk diusahakan dan mereka juga akan terlibat sebagai operator bagi aktiviti-aktiviti terpilih berdasarkan persetujuan bersama dengan peneraju. Keluasan tanaman padi. Sehingga tempoh masa semasa pihak BERNAS selaku syarikat peneraju telah mengemukakan hasrat untuk melaksanakan program projek SMART SBB di Kawasan MUDA. Kedua-dua pihak masih dalam peringkat rundingan untuk mendapatkan keluasan yang dipersetujui oleh pesawah dan juga Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) berkaitan untuk menyertai projek ini.

Pihak MAFI telah menetapkan keluasan pelaksanaan projek SMART SBB kepada sesebuah syarikat peneraju adalah 100 hektar. Penetapan had keluasan ini bertujuan untuk mengenal pasti isu dan seterusnya membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. Projek dijangka mula dilaksanakan pada Musim 2/2021. Libaturus Bersama Pihak Berkepentingan di peringkat kementerian, penerangan dan perbincangan bersama agensi berkepentingan telah dilaksanakan meliputi isu dasar dan juga kepentingan secara makro. Manakala di peringkat pelaksanaan, agensi bersama dengan syarikat peneraju akan mengadakan sesi libaturus secara berterusan bersama pesawah dan pemain industri lain bagi membincangkan berkenaan prosedur kerja terlibat, perjanjian dan pelaksanaan projek. Kelebihan SMART SBB adalah seperti berikut. Mengatasi cabaran semasa dalam industri tanaman padi seperti bersaiz luas usaha yang tidak ekonomi, peladang berusia serta kekurangan penglibatan golongan muda dalam aktiviti penanaman padi. Meningkatkan produktiviti tanaman padi melalui pengurusan berpusat dan juga mencapai kecekapan ekonomi berskala. Ketiga meningkatkan pendapatan pesawah dan yang keempat adaptasi teknologi terkini pertanian menjadi lebih mudah dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti seperti mekanisasi, automasi, agronomi, Internet Of Things (IoT) dan sebagainya. Terima kasih Tuan Speaker.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Terima kasih Yang Berhormat Lunas. Yang Berhormat Tuan Speaker, melihat daripada jawapan yang diberikan Yang Berhormat tadi tu ialah ia akan melibatkan penyerahan pelan tanah kepada operator dan melibatkan setiap operator lebih kurang 100 hektar. Jadi, saya nak bertanya soalan tambahan saya, adakah perlaksanaan SMART SBB ni adalah mengambil contoh daripada mana-mana negara ataupun konsep di mana-mana negara luar untuk diperkenalkan dalam negara kita?

Terima kasih YB. Kuala Ketil. Jadi, YB. Kuala Ketil bertanya mengambil contoh dari mana-mana negara yang telah melaksanakannya. Kerajaan sedar bahawa industri….(YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Lunas, Tuan Speaker!

Ya, Tuan Speaker. Minta maaf Tuan Speaker. Kerajaan sedar bahawa industri tanaman padi negara berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran. Dalam menjamin ‘security’ makanan negara seperti saiz ladang yang tidak ‘economic’, kurangnya penglibatan belia dan juga peladang berusia. Justeru, kaedah penanaman padi berskala besar mula dilaksanakan di dalam negara di bawah project National Key Economic Area (NKEA) EPP 10 Projek Pemacu Pertanian bermula tahun 2011 di Kawasan MUDA. Perlaksanaan juga dibuat di kawasan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) yang lain. Walau bagaimanapun, pembangunan industri ini ditambah baik dengan melibatkan peranan pihak swasta di dalam pengurusan aktiviti tanaman padi melalui projek SMART SBB yang mula diperkenalkan pada awal tahun 2021. Model ini akan mengetengahkan konsep Perladangan Kontrak (Contract Farming) mengikut kesesuaian setempat bertujuan meningkatkan kekecapan pengurusan ladang serta penggunaan teknologi.

Jadi, antara contoh negara lain yang kita boleh ambil adalah di negara Vietnam. Konsep ni telah dilaksanakan oleh Special Purpose Vehicle (SPV) iaitu Lock Troy Group. Sebuah syarikat yang menguasai rantaian pengeluaran padi dengan luas usaha mencapai 30,000 hektar setahun. Loct Troy Group telah membangunkan piawaian pengeluaran padi lestari. Sustainable Rice Production yang menyemaikan tema seperti pengurusan ladang, pengurusan air, pra perancangan dan pengurusan nutrien, pengurusan perosak bersepadu, penuaian dan pasca penuaian, kesihatan dan keselamatan serta hak pekerja. Perlaksanaan kaedah ini telah membantu mengubah lanskap penanaman padi di Vitenam. Yang kedua contoh ialah di Australia. Penanaman padi di kawasan pengairan Murrumbidgee yang sememangnya memiliki size ladang yang besar, 160 hektar hingga 225 hektar berdasarkan laporan Farming System In Murrumbidgee Irrigation New NSW, kawasan penanaman padi merupakan antara kawasan pertanian terbaik di Australia yang dilengkapi dengan pembangunan tanah dan infrastruktur yang baik. Untuk maklumat tambahan kepada Dewan, untuk musim projek SMART SBB ni InsyaAllah akan dijalankan pada musim 2/2021 ini yang akan melibatkan InsyaAllah 50 hektar, 16 orang peserta di Kampung Teluk Bulang, PPK A4 Batas Paip, Kuala Kedah dan 50 hektar, 14 orang peserta di Kampung Selarong Panjang, PPK C4 Kangkung. Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Yang Berhormat Speaker, saya nak tanya sikit pencerahan daripada YB. Lunas. Apa beza dia SMART SBB dengan Program Pengurusan Tanaman Padi Bersepadu iaitu di bawah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dengan Petronas yang diperluaskan di beberapa negeri?

Terima kasih YB. Kubang Rotan. Perbezaan, Projek Pertanian Padi Bersepadu yang disebutkan tadi antara NAFAS dan Petronas, itu juga adalah melibatkan peserta-peserta seramai 68 orang, tapi pengurusannya dibuat sekata. Maknanya semua petani-petani menjalankan aktiviti pertaniannya mengikut jadual yang telah ditetapkan, pembajaan yang telah ditetapkan, racun yang telah ditetapkan yang dikawal selia oleh seorang jurulatih yang sangat-sangat profesional yang mendapat pengiktirafan di peringkat Malaysia dan juga dunia yang mengawal selia projek penanaman ini. Kawasan itu adalah kawasan yang di luar pengairan MADA di luar pengairan yang tidak ada sistem pengairan yang baik tetapi boleh mencapai, hasil telah pun dikutip baru dipotong baru-baru ini dan ‘average’ purata per hektar adalah antara 6.5 ke 7 tan. Itu juga antara model yang sedang dijalankan yang melibatkan Petronas, NAFAS dan beberapa syarikat pengeluar input pertanian. Terima kasih YB. Kubang Rotan.

Speaker

Ok, soalan nombor 4!

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.

Dagang Pak Malau dagang berlipat, Mohon jawapan soalan nombor empat.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

4. Sila nyatakan perkembangan terkini berkaitan 5 projek menaik taraf Loji Rawatan Air.

Dato’ Suraya binti YaacobUMNO · BNSungai Tiang

Terima kasih YB. ADUN Tanjung Dawai. Perkembangan terkini lima (5) Projek Menaik Taraf Loji Rawatan Air di Negeri Kedah adalah dalam fasa pembinaan di mana pihak kontraktor telah dilantik bagi kelima-lima projek tersebut sedang melaksanakan kerja-kerja awalan projek. Secara umumnya, kesemua projek telah dimulakan pada Mei dan Jun 2021. Projek-projek ini dijangka akan siap pada pertengahan tahun 2023 dan 2024. Ringkasan seperti yang dinyatakan Projek Menaik Taraf LRA Pelubang, milik tapak 20.05.2021 siap kerja 15.05.2024. Untuk naik taraf LRA, Jenung Baru, Pendang tarikh milik tapak 06.06.2021 siap kerja 02.12.2023. LRA Bukit Selambau 06.06.2021 tarikh milik tapak, tarikh siap kerja 02.12.2023. Projek Menaik Taraf LRA Sungai Limau, Baling 02.05.2021 tarikh milik tapak. Tarikh siap kerja 28.10.2023 dan Projek Naik Taraf LRA Lubuk Buntar Lama, 02.05.2021 siap kerja 27.05.2023.

Speaker

Soalan tambahan!

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan tambahan daripada saya, tahniah diucapkan kepada pihak kerajaan negeri atas usaha yang dilakukan sehingga 5 projek yang tertangguh sebelum ini dapat dimulakan. Soalan saya ialah berkaitan dengan loji rawatan air di Tupah yang terlibat dan terkesan dengan banjir kepala air baru-baru ini. Jadi, dimaklumi bahawa loji rawatan air di Tupah itu membekalkan air kepada 9,000 akaun, satu jumlah yang agak besar dan masalahnya loji rawatan air itu bila hujan air takdak, kemarau memang air takdak, bila hujan lebat pun air takdak juga. Jadi, berdasarkan kepada kunjungan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, menteri-menteri dan pelbagai-bagai yang telah pun dijanjikan, saya ingin mewakili penduduk Tanjung Dawai khususnya dan juga DUN Guar Chempedak, Singkir masuk Guar Chempedak, pakai paip yang sama. Apakah yang akan dilakukan di Loji Rawatan Air Tupah itu bagi menyelesaikan masalah air dalam tempoh yang segera sebelum projek Loji Rawatan Air di Bukit Selambau dapat digunakan? Terima kasih.

Dato’ Suraya bt YaacobUMNO · BNSungai Tiang

Terima kasih Yb Tanjung Dawai kerana soalan tambahan tersebut. Untuk rekod, kawasan yang menggunakan air daripada Loji Tupah itu….(YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Tuan Speaker!

Dato’ Suraya binti YaacobUMNO · BNSungai Tiang

Ya, Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk rekod kawasan tersebut akan mendapat air daripada Bukit Selambau. LRA Bukit Selambau, Kuala Muda yang kita jangka akan siap pada 02.12.2023. Walau bagaimanapun, sempena lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Pembangunan Luar Bandar pada 6 September yang lepas, Yang Berhormat Menteri telah mengumumkan Loji Tupah dapat dinaiktaraf secepat mungkin. Ini merupakan sejumlah Ringgit Malaysia 35 juta tambahan untuk kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, kerajaan ingin menyegerakan pembinaan Loji Tupah. Kalau ikut ‘timeline’ yang diberikan oleh Kementerian Luar Bandar, ia akan hanya dapat dilaksanakan bermula tahun 2023. Jadi, kerajaan sedang ‘renegotiated’ (dengan izin) YB. Tuan Speaker untuk mempercepatkan proses permulaan tersebut agar ia dapat dinikmati dengan segera oleh pengguna-pengguna di Kawasan Tupah dan Merbok tersebut. Itu sahaja.

Speaker

Soalan nombor 5!

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Assalam YB. Tuan Speaker, pohon jawapan untuk soalan nombor 5.

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

5. a) Setakat mana keberkesanan program yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negeri dan Integrasi Nasional untuk mengeratkan perpaduan kaum, agama, budaya dan kepercayaan di Negeri Kedah?

b) Adakah program berkenaan berkesan untuk menyatukan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum di Negeri Kedah?

Speaker

YB. Sidam!

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Bukit Selambau. Untuk soalan nombor 5 yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bukit Selambau. Tak nampak pula…

Speaker

YB. Sidam, boleh dak ‘you’ padatkan jawapan dia?

Padatkan? Ok, sat saja 3 minit saya rasa. Untuk jawapan (a) Sejak negara kita dilanda pandemik Covid-19 bermula Mac 2020, Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Kedah tidak lagi menjalankan apa-apa program-program secara pertemuan bersemuka. Namun demikian, sekiranya ada keperluan untuk mengadakan kursus, bengkel, taklimat dan sebagainya maka ia dijalankan secara maya sahaja. Umum mengetahui bahawa kehidupan sejagat telah berubah kepada norma-norma baharu kehidupan misalnya kerajaan sendiri telah memperkenalkan tatacara bekerja daripada rumah ringkasnya BDR dalam usaha mengekang Covid-19. Berdasarkan rekod penilaian keberkesanan program sebelum berlakunya pandemik Covid-19, secara dalaman jabatan ini ada membangunkan suatu kaedah yang dinamakan ‘Penilaian Program Perpaduan Atau Ringkasnya PPP’. PPP merupakan suatu mekanisme penilaian bagi pelaksanaan program terkawal terhadap peserta yang boleh dikenal pasti.

Skop penilaian adalah merujuk kepada dua elemen utama iaitu individu dan masyarakat. Penilaian yang dilaksanakan adalah menjurus kepada cara bagaimana kelompok masyarakat menguruskan diri meraka dan berkongsi kehidupan dengan orang lain. Proses penilaian adalah dengan mengedarkan borang kajiselidik kepada peserta-peserta program (Pra dan Pasca program). Penilaian dan analisis seterusnya dibuat dengan mensasarkan ‘baseline’ PPP tidak melebihi skala 2.2 daripada 4 yang dikategorikan sebagai baik. Bagi Negeri Kedah, pencapaian PPP bagi individu ialah 1.61 manakala bagi masyarakat pula ialah 1.68. Ini menunjukkan bahawa program-program yang dijalankan oleh jabatan mampu mengeratkan perpaduan kaum, agama, budaya dan kepercayaan pelbagai kaum di Negeri Kedah.

Untuk jawapan (b), Program-program yang dianjurkan oleh JPNIN Negeri Kedah antara lain menjurus kepada matlamatnya untuk mendidik masyarakat tanpa mengira agama, bangsa, warna kulit dan keturunan supaya mencintakan perpaduan. Memelihara, mengekal dan meningkatkan perhubungan kaum ke arah perpaduan nasional. Mempromosikan persefahaman dan keharmonian antara agama bagi seluruh lapisan rakyat. Menjalankan apa-apa aktiviti wacana perpaduan dan usaha-usaha merapatkan perhubungan kaum. Melaksanakan langkah-langkah intervensi dalam mengurus hal-ehwal perpaduan negara dan integrasi nasional. Usaha-usaha ini dijalankan dengan menggerakkan jentera-jentera perpaduan seperti berikut. Kawasan Rukun Tetangga (KRT) serta cawangan-cawangannya iaitu jiran wanita; jiran muda; jiran usia emas; dan tunas jiran. Tabika perpaduan menerusi Jawatankuasa Pemuafakatan Tabika Perpaduan (JPTP); Taska Genius Perpaduan menerusi Jawatankuasa Pemuafakatan Taska Genius Perpaduan (JPTGP);Kelab-kelab rukun negara di sekolah rendah dan menengah; dan Sekretariat Rukun Negara di Institusi Pengajian Tinggi (Awam dan Swasta).

Berdasarkan laporan kajian rasa selamat (‘feel safe’) separuh tahun pertama 2021 Negeri Kedah yang bertujuan untuk menilai tahap rasa selamat komuniti dalam kawasan Skim Rondaan Sukarela (SRS), sebanyak 43,885 orang daripada 53,297 orang iaitu 82.34% menyatakan rasa selamat mereka. Ini membuktikan bahawa program-program jabatan ini adalah berkesan untuk menyatukan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum di Negeri Kedah. Sekiranya tidak berlaku Pendemik Covid-19, peratusan ini akan lebih tinggi daripada dapatan masa sekarang ini. Sebenarnya peratusan ini banyak di dorong oleh kesan-kesan negatif akibat penularan Pandemik Covid-19 misalnya peningkatan kes kehilangan pekerjaan akibat penutupan premis-premis perniagaan, masalah ekonomi diri serta keluarga dan tekanan emosi dalam mengharungi kehidupan masa depan. Oleh itu saya menyeru dari segenap lapisan masyarakat agar terus berdoa dan bersabar serta terus mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan agar permasalahan pandemik ini dapat di turunkan kadarnya sehingga ke suatu tahap paling rendah atau terhapus terus agar kita dapat kembali hidup seperti sebelum Mac 2020. Sekian, terima kasih.

Speaker

YB. Bukit Selambau!

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

YB. Tuan Speaker, kita tau pada ketika ini kita berhadapan dengan covid dan ada program-program macam PKPD, PKP dan sebagainya yang menyekat pergerakan masyarakat. Dalam situasa macam ni, rakyat berada dalam keadaan stress dan tertekan kerana mereka tak dapat pergi kerja dan sebagainya. Apakah mekanisme yang YB. Sidam berfikir yang boleh menyatukan, mengeratkan silaturahim perpaduan melalui mekanisme-mekanisme yang bakal dilaksanakan. Terima kasih.

Yang Berhormat Bukit Selambau, YB. Tuan Speaker, saya akan menyeru kepada semua rakyat Malaysia, kita pun faham juga situasi yang sekarang memang ada yang takdak pekerjaan takdak pendapatan. Saya rasa kerajaan negeri ‘even though’ Kerajaan Pusat kita ‘willing’ (dengan izin) untuk bantu semua dari lapisan, prihatin untuk bagi tunai untuk tolong dia bagi bakul-bakul makanan. So saya rasa setakat ini semua ada, kita cakap aman dan harmoni la. Yang pertama saya rasa kita kena menyeru semua ahli-ahli politik kalau boleh untuk ‘sit down together’ (dengan izin) untuk bantu rakyat yang susah. Itu saja, terima kasih.

Speaker

Soalan nombor 6!

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Assalamualaikum. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, saya merujuk soalan nombor 6.

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

6. Pohon dinyatakan:-

a) Apakah status Projek Berimpak Tinggi Negeri iaitu KXP, Kedah Rubber City (KRC), SBEZ dan lain-lain?

b) Apakah penambahbaikan yang telah dilakukan oleh kerajaan baru pimpinan YAB. Jeneri terhadap projek yang telah lama dirancang ini?

c) Bagaimanakah projek ini mampu membawa perubahan kepada negeri dan rakyat Kedah?

Speaker

YAB. Menteri Besar! YAB. Jeneri, jawab soalan nombor 6!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, panjang jawapan ni YB. Tuan Speaker, banyak projek.

Speaker

Silakan!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Status projek impak tinggi negeri iaitu KXP, Kedah Rubber City (KRC), SBZ dan lain-lain. Berikut adalah status terkini projek impak tinggi di Negeri Kedah, pertama sekali KXP. Perjanjian usahasama di antara KXP AirportCity Holding Sdn. Bhd. (KXP) dan pihak pelabur, ECK Development Sdn. Bhd. telah ditandatangani pada 2 Ogos 2021. Dalam perjanjian tersebut, sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV) akan dibentuk bagi membolehkan usahasama bagi pembangunan KXP dapat dilaksanakan. Majlis Perancangan Fizikal Negara yang bersidang pada 27 Oktober 2020 telah bersetuju secara dasar dengan cadangan pembangunan Lapangan Terbang KXP dengan lapan (8) nasihat perlu dipatuhi dan kini pihak KXP dalam tindakan untuk memastikan nasihat dipatuhi.

Untuk proses pengambilan tanah, permohonan pewartaan seksyen 8 akan dikemukakan oleh pihak BPEN, setelah kerajaan negeri menerima peruntukan mencukupi dari pihak pelabur untuk proses menandatangani penubuhan SPV syarikat telah memberikan jaminan bank sebanyak RM1 billion dan syarat yang kita letakkan untuk proses pengambilan balik tanah di bawah seksyen 8 kerana seksyen 4 akan tamat pada bulan Januari 2022. Permohonan untuk dibuat pengambilan tanah di bawah seksyen 8 mesti dikemukakan sebelum pada itu.

Sewaktu menandatangani perjanjian penubuhan SPV, kita mensyaratkan syarikat ini mendepositkan kepada kerajaan 125% daripada nilaian awal JPPH bagi tanah-tanah tersebut dan anggarannya ialah RM2.1 billion. Tetapi syarikat ini memberikan komitmen akan mendepositkan RM6 billion kerana pada syarikat ini, jika mereka tidak ada RM6 billion mereka pun takkan dapat melaksanakan projek ini. Jadi, itulah janji ataupun komitmen yang diberikan oleh rakan usaha sama yang akan terlibat bersama kerajaan negeri dalam SPV yang akan ditubuhkan.

Kedah Rubber City Pembangunan infrastruktur dilaksanakan secara berfasa yang melibatkan Fasa 1 seluas (500 ekar) dan Fasa 2 (700 ekar). Kerja-kerja infrastruktur Fasa 1 sedang giat berjalan di kawasan seluas 60 ekar dan telah sedia untuk menarik pelabur. Peratusan siap keseluruhan Fasa 1 ialah sebanyak 57% dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2022. Komitment pelaburan setakat ini adalah sebanyak RM1.55 bilion dengan 2,630 peluang pekerjaan telah diterima daripada dua (2) syarikat pelabur. Para pelabur ini dijangka akan memulakan operasi di KRC seawal suku keempat 2023 selepas semua infra yang berkaitan terutama elektrik dapat dibekalkan kepada KRC. Kota Perdana sebahagian daripada Bukit Kayu Hitam Special Border Economic Zone (SBEZ). Untuk makluman, pihak NGSB kini dalam proses mendapatkan Permohonan Kebenaran Merancang Pindaan sebahagian kepada pelan yang telah diluluskan Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) di atas sebahagian lot Kota Perdana.

Pihak syarikat selaku pemaju jugak kini dalam proses melaksanakan kerja-kerja pembersihan tapak dan kerja tanah mengikut peruntukan dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak MPKP dan NGSB juga sedang dalam usaha untuk membina sebuah ‘water treatment plan’ di Kodiang seperti yang telah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam Pembentangan Bajet 2021 Kerajaan Persekutuan.

Kedah Science And Technology Park proses reka bentuk terperinci sedang dijalankan dan pembangunan Fasa 1 dijangka bermula pada Disember 2021. Alhamdulillah, Kedah Science Technology Park ni kita merayu semula supaya peruntukan itu disalurkan selepas ditolak oleh kerajaan sebelum ini akhirnya permohonan itu dah diterima dan kita dapat balik lah apa yang hampir terlepas daripada tangan kita. Sidam Logistics, Aerospace and Manufacturing Hub (SLAM). Kerja-kerja awalan sedang dilaksanakan dan kerja-kerja infrastruktur dijangka bermula pada suku ketiga tahun 2022.

Soalan (b), antara penambahbaikan atau perubahan yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan negeri yang ada sekarang adalah menstrukturkan semula proses perancangan agar lebih cepat untuk dilaksanakan proses pelaksanaan. Selain itu, pembaharuan yang dibuat adalah dengan memberi penekanan kepada pembangunan infrastruktur utiliti luaran yang menjadi sokongan kepada pembangunan Projek Berimpak Tinggi di mana pada dahulunya kurang diberi perhatian. Sebagai contoh utiliti elektrik, bekalan air terawat dan gas. Hal ini adalah selari dengan Pelan Pembangunan Kedah 2035 (KEDAH 2035) melalui Teras 1: Kemakmuran Ekonomi Strategi 1 iaitu Melaksanakan Projek Berimpak Tinggi serta memperkasakan infrastruktur sokongan Projek Berimpak Tinggi. Dengan adanya infrastruktur utiliti sokongan yang lengkap, proses menarik masuk pelaburan dijangka akan lebih lancar dan lebih pesat.

Soalan (c), Projek Berimpak Tinggi merupakan ‘game changer’ negeri yang bertujuan untuk mengubah landskap ekonomi negeri secara signifikan. Projek seperti KXP, SLAM dan Kota Perdana bakal meletakkan peranan Negeri Kedah ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat serantau dan global. Peranan ketiga-tiga projek ini adalah untuk merealisasikan wawasan negeri sebagai Hub Logistik Serantau memandangkan kedudukan negeri yang terletak dalam lingkaran Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) perlu dimanfaatkan. Manakala, projek seperti KRC dan KSTP akan memperkasakan lagi sektor industri berteknologi tinggi yang dijangka mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dalam bidang profesional serta turut dijangka menyebabkan proses pemindahan ilmu dan kepakaran berlaku kepada warga tempatan.

Melihat kepada situasi iklim perubahan ekonomi global dan momentum sektor yang mendapat tempat semasa tempoh COVID-19, Projek Berimpak Tinggi seperti Kota Perdana, KSTP, SLAM dilihat dapat memastikan hala tuju pembangunan industri di negeri terus kekal relevan memandangkan projek-projek ini dirancang dengan tumpuan diberikan kepada sektor-sektor berteknologi tinggi, sains, penyelidikan, digital dan logistik. Selain itu, secara amnya Projek Impak Tinggi bakal mewujudkan peluang pekerjaan kepada graduan profesional di Negeri Kedah dan mengurangkan kadar migrasi keluar para graduan dengan anggaran peluang pekerjaan dijana seperti berikut. KSTP peluang pekerjaan dijangka 23,244 dalam tempoh 15 tahun. Kota Perdana SBEZ 21,000 dalam tempoh 20 tahun. Kedah Rubber City 15,000 dalam tempoh 15 tahun. Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) 18,000 dalam tempoh 30 tahun. Sidam Logistics, Aerospace & Manufacturing Hub (SLAM) 24,000 dalam tempoh 30 tahun. Sekian, Yang Berhormat.

Speaker

Soalan tambahan!

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Baik! Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat atas jawapan yang telah pun diberikan status projek-projek yang sebahagian besarnya telah pun dicanang sejak 2014 tapi tak boleh untuk nak ‘take off’ (dengan izin).

Alhamdulillah, harini kita nampak projek itu akan dilaksanakan. Pertamanya dengan impak yang besar perubahan kepada negeri dan rakyat, kita melihat bahawa perkara ini juga mendapat tekanan dari negeri jiran. Adakah Yang Berhormat dalam usaha untuk kita nak projek ini berjalan, cemburu negeri jiran ataupun musuh-musuh politik itu dapat kita atasi? Perkara yang kedua, dengan perubahan-perubahan ataupun penambahbaikan yang direncanakan di peringkat negeri, adakah perubahan yang dibuat mampu untuk melonjakkan Kedah lebih jauh lagi khususnya dalam mencapai negeri maju, InsyaAllah. Terima kasih.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Limau, Yang Berhormat Speaker, bagi menjawab soalan ini, kita sedia maklum bahawa projek atau program yang telah diumumkan ini kurang menggembirakan. Tetapi kerajaan negeri sentiasa memberi jaminan kepada jiran-jiran. Kita tidaklah menjadi pesaing, kita adalah rakan yang akan saling melengkapi kepada infrastruktur yang ada di jiran-jiran kita termasuk Pulau Pinang. Saya faham Pulau Pinang bimbang tentang saingan KXP kepada Lapangan Terbang Bayan Lepas tetapi umum mengetahui usaha untuk melebarkan lagi, meluaskan lagi Lapangan Terbang Bayan Lepas tidak dapat dilakukan atas faktor kekurangan tanah. Mereka perlu membuat ‘reclamation’ ataupun tambun laut dengan satu ‘runaway’ dan satu ‘taxiway’. Pakar-pakar penerbangan telah memberi pengesahan bahawa kadar maksimum penumpang yang dapat dikendalikan oleh Lapangan Terbang Pulau Pinang adalah 12 juta pada waktu ini. Pada sebelum covid 2019 mereka mengendalikan 7 juta. Maksimum untuk ‘single runaway single taxiway’ adalah 12 juta. Dibuat unjuran pada tahun 2028 bilangan pengguna lapangan terbang akan meningkat lebih dari 20 juta dan KXP lah akan menjadi pelengkap kepada keperluan infrastruktur lapangan terbang di Bayan Lepas. Kita bukan pesaing, kita adalah pelengkap.

Yang kedua, projek-projek yang kita umumkan untuk infrastruktur negeri kita. Projek (TAPS) umpamanya, Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) yang kita umumkan kita akan buat 14 kolam TAPS di sepanjang Sungai Muda. Ini mendapat bantahan yang meluas oleh Pulau Pinang khususnya jurucakap mereka di PBA termasuk KXP ni pun PBA juga jadi jurucakap. Saya faham strategi yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik Pulau Pinang ialah, jika pemimpin politik yang bercakap, mereka bimbang persepsi ini ialah isu politik jadi mereka gunakan jurucakap daripada sebuah GLC. Kita faham ini adalah wakil ataupun jurucakap bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Walaupun begitu, kita sebagai jiran yang baik daripada dulu-dulu pun, saya ingin tegaskan di Dewan yang mulia ini bahawa Pulau Pinang adalah tanah Kedah yang dipajak. Pulau Pinang bukanlah sebauh negeri yang wujud dengan sendirinya. Dia adalah dalam sejarah negara kita ini sejak 1786, 1800, 1839, Pulau Pinang adalah sebuah negeri tanahnya dipajak daripada Kedah. Jadi, sejarah ni perlu diingat jangan kita pajak tanah orang pastu kita duk marah-marah pulak tuan tanah yang kita pajak tu. Kan Yang Berhormat Speaker? Tak patut la cakap macamtu.

Jadi, kita akan sentiasa mengekalkan kebaikan yang kita ada di Kedah ini InsyaAllah jiran kita akan selamat. Ini lah Islam anjurkan kepada kita, kalau kita hidup senang jiran kita susah, di akhirat esok Tuhan tanya kita tentang jiran kita. Kita nak jadi insan yang baik, negeri yang baik, muslim yang baik kita akan pastikan jiran kita tenang, senang dan bergembira berjiran dengan kita dan kalau kita ada jiran yang jahat, hari-hari hingaq kat kita, cakap yang bukan-bukan, tuduh yang bukan-bukan, buat andaian yang pelik-pelik, tentulah kita ada hak untuk kita pertahankan diri kita dan kita memberi komen-komen balas. InsyaAllah, kita tak pernah lah cakap pelik-pelik, cuma bahasa orang Kedah ni biasalah kan Kubang Rotan? Bahasa Kedaaah… takkan orang Pulau Pinang tak faham. Tapi oleh kerana orang Pulau Pinang tu pun ‘pelet’ dia pun teruk sangat, payah nak reti, dia jadi payah nak faham. Kita cakap elok saja. InsyaAllah, saya beri jaminan Pulau Pinang akan aman selagi dia berjiran dengan Kedah dan Kedah dipimpin oleh rakan-rakan yang ada dalam Dewan ni. Boleh jawab ‘teqa’ tu?

Speaker

Boleh! Boleh! Boleh!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Soalan yang kedua ialah…..

Speaker

Eh! Takdak soalan kedua dah!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Ada….dia ada 2 soalan. Penambahbaikan untuk melonjak ekonomi negeri. Saya telah menegaskan berkali-kali bahawa apabila kita mengeksploitasikan sepenuhnya sumber-sumber yang kita ada dengan kedudukan tata letak Negeri Kedah dari segi geopolitik geososial, sekarang ini kita Kedah pada suatu ketika adalah sebuah kerajaan yang paling besar di rantau ini. Kita pernah menjadi sebuah negara, negeri industri melebur besi terbesar di dunia. Kedudukan kita paling strategik yang kita baca dalam sejarah Gunung Jerai menjadi panduan kepada pelayar-pelayar dari seluruh dunia berlabuh dan berdagang di sini. Atas strategik itulah kita kena bangkit semula sebagai sebuah bangsa yang kuat menggunakan seluruh kekuatan yang kita ada baik dari segi tata letak kita, geografi kita, ‘human resource’ kita, keperibadian kita dan kesungguhan para pemimpin yang memimpin negeri ini untuk meletakkan kembali Kedah di tempat yang betul selari dengan kedudukan nilai-nilai sejarah dan unjuran yang kita akan dapat buat pada masa depan. Penting untuk Kedah dengan segala kekayaan dan keupayaan ini mempunyai pemimpin dan rakyat yang bersatu padu untuk kita melonjakkan negeri ini sekali lagi menjadi pemimpin kepada dunia di rantau ini. Inilah komitmen yang sedang kita usahakan InsyaAllah, saya harap komitmen ini mendapat sokongan negeri, pemimpin-pemimpin politik dan rakyat negeri Kedah. Sekian, Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

YB. Jitra, satu minit saja YB. Jitra, soalan!

YB. Tuan Speaker, saya ingin bertanya dengan YAB. Jeneri mengenai tanah yang disebut tadi pengambilan untuk KXP. Dilaporkan tadi oleh YAB. Jeneri bahawa ada jaminan bank berjumlah RM1 billion yang telah dibayar. Setahu saya untuk pengambilan tanah, ianya mestilah satu deposit dalam bentuk tunai dan kita dengar bahawa pihak ECK sejurus setelah menandatangani perjanjian tersebut dengan kerajaan negeri telah juga menandatangani satu perjanjian dengan Syarikat Ivory Properties untuk pembangunan taman perumahan di sekitar kawasan KXP itu dan daripada situlah wang itu didapatkan. Jadi, saya ingin bertanya, adakah ini satu penukaran dasar oleh kerajaan negeri untuk menerima deposit dalam bentuk jaminan bank?

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Speaker, terima kasih YB. Jitra. Jaminan bank yang dimaksudkan oleh saya tadi ialah deposit yang kita perlukan sebagai komitmen untuk menandatangani perjanjian penubuhan SPV, untuk deposit proses pengambilan balik tanah masih kekal 125% tunai. Sebab itulah kita sebutkan tadi mesti mendeposit sekurang-kurangnya RM2.1 billion untuk dimulakan proses pewartaan di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 pindaan 2000. Sekiranya selepas tempoh masa yang ditetapkan berdasarkan perjanjian itu, syarikat ini gagal mendepositkan mengikut kehendak yang dipersetujui dalam perjanjian, perjanjian ini terbatal dengan sendirinya. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, walau bagaiamanapun kita berjaya juga menyelesaikan 6 soalan mulut dan kita akan berpindah ke fasa lain. Silakan Setiausaha Dewan.

Setiausaha Dewan

Usul Ucapan Menjunjung Kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

Usul Ucapan Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan KedahMotion

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah untuk mencadangkan usul tersebut.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya pohon mencadangkan satu usul yang berbunyi seperti berikut;

Bahawa Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman yang mempersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, ucapan yang berbunyi “patik-patik sekalian, Speaker dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman di dalam persidangan ini dengan penuh hormat dan takzimnya menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah di atas perkenannya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menyampaikan titah ucapan sempena Perasmian Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kedah Bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman yang ke-14. Sekian, terima kasih”

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Terima kasih. Urusan seterusnya Tuan Setiausaha!

Setiausaha Dewan

Perbahasan di atas usul menjunjung Kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah secara dasar.

Perbahasan Di Atas Usul Menjunjung Kasih Kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Secara DasarMotion

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, perbahasan di atas Usul Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah saya mohon kerjasama Ahli-Ahli Yang Berhormat agar menumpukan ucapan-ucapan Yang Berhormat kepada perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri Kedah sahaja. Saya juga berharap Ahli-Ahli Yang Berhormat tidak mengulangi perkara-perkara yang telah disentuh oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain.

Dato’ Speaker, peraturan mesyuarat Dato’ Speaker. Saya panggil Dato’ ya sebab saya menghormati kerusi yang di atas. YB. Tuan Speaker, YB. Tuan Speaker telah umumkan pagi tadi bahawa masa telah pun dihadkan sehingga 1.00 tengah hari sahaja. Ini menyebabkan apa yang termaktub dalam Peraturan Meyuarat 12(1) itu dikendurkan. Maknanya kita boleh sebenarnya dalam peraturan mesyuarat di mana kita boleh mesyuarat dengan izin hinggalah 4.30. YB. Dato’ Speaker, rakyat di bawah sana amat mengharapkan wakil-wakil rakyat yang jarang-jarang sekali berjumpa, ini kita ada mesyuarat ni jumpa, saya jumpa YB. Jeneri, saya jumpa YB. Guar Chempedak saya keluarkan apa jugak yang ingin disampaikan oleh rakyat kepada orang-orang yang berada kuasa hari ini iaitu YB. EXCO dan YAB. Menteri Besar. Jadi, kalau kita hadkan masa hingga 1.00 saja maknanya kita telah pun tidak memberikan peluang kepada wakil-wakil rakyat. Tak semestinya pembangkang juga di sana untuk tidak menyuarakan pandangan mereka. Isu yang Dato’ Speaker selalu sebutkan ialah KKM telah menasihati! KKM telah menasihati! Peranan KKM sebagai pegawai kerajaan ialah dia menasihati kita tapi yang membuat keputusan dalam Dewan bukan Menteri Besar bukan Ketua Pembangkang. Mana-mana Dewan termasuk dalam Parlimen, kuasa yang ada di tangan orang yang paling berkuasa ialah Speaker. Sebab itu, bila sampai saja waktu Speaker masuk dalam Dewan kita akan bangun, Speaker duduk baru kita duduk. Maknanya kedudukan Speaker itu orang yang kita anggap dalam Dewan ini sebagai bos kita. Bos saya bukan MB, bos saya juga bukan Ketua Pembangkang. Bos saya waktu ini ialah YB. Speaker! Sebab itu YB. Speaker boleh halau saya tetapi MB tak boleh. Maknanya apa yanng Dalam peraturan mesyuarat, kalau saya ‘loqlaq’, YB. Speaker boleh halau saya. Tetapi MB tak boleh. Maknanya apa yang telah diperuntukkan dalam peraturan mesyuarat ini makna bos kita ialah Tuan Speaker.

Jadi untuk itu, saya nak merujuk isu ini kepada Speaker supaya membenarkan wakil-wakil rakyat kita berucap bukan menghadkan kepada 6 sebelah sini, 6 sebelah sana, bagi peluang lah kepada semua orang bercakap seperti juga Dato’ Speaker, di Parlimen. Kami ada 222 orang, 2 meninggal tinggal 220 tetapi KKM, saya duduk dalam jawatankuasa sebagai Ketua Whip, berbincang dengan Dato’ Tan Sri DG, dia mati-mati tak bagi, dia kata, “tak boleh lah bersilat macam-macam lah” tapi akhirnya Speaker kata, “no! This is my decision!” ‘Decision’ saya ialah, “kita akan mesyuarat hingga pukul 7.30 petang”.

Saya ingat YB. Jitra ada di sini, YB. Anak Bukit ada disini, boleh ‘confirm’kan. Itu ialah keputusan yang bukan dibuat oleh KKM. Kita ‘policies makers’ kita ‘decide’, “we call the shot, we don’t listen to them”, kita terima ‘advice’ dari mereka. Lagipun Dato’ Speaker, kita semua dapat dah ‘second dose’, semua ‘second dose’ dan hari-hari pulak kita kena ludah dalam ni. Kita tau, dan kalau lah saya ingat di Parlimen, YB. Jitra boleh ‘confirm’ jarak di antara kami lebih dekat dari ini. Tetapi setiap kali akan ada paling minima 80 orang Ahli Parlimen yang berucap dan berada dalam Dewan. Yang ni jauh ni Dato’ Speaker, kami dekat lagi. Tetapi kami akan pastikan apa juga yang dinasihati oleh Dato’ Speaker akan kita dengar. Jadi saya mohon YB. Speaker, ‘you’re my boss’. You ada ‘castro injustice impassility’ untuk itu, bos tak payah ‘refer’ kat orang lain, bos buat ‘concern’ sendiri untuk membenarkan kita semua berucap dan kalau pendek, pendekkan masa. Terima kasih Dato’ Speaker

Speaker

Ok, terima kasih. Bersemangat la bila depa kata depa sokong Speaker, bagi semangat kat Speaker. Rupanya saya duk ingat, Speaker ini mempunyai kuasa penuh macam tu. Rupanya dak! Dia ada lagi satu kuasa yang kata Persidangan ni hanya setakat pukul 1.00, yang KKM pun menyokong setakat pukul 1.00. Jadi, kuasa yang ada pada Speaker ialah mesyuarat daripada 9.00 pagi sampai pukul 1.00. Ha tu, pasaipa kita duk mesyuarat sampai pukul 4.00 pukul 5.00 boleh? Itu jika YAB. Menteri Besar memohon untuk lanjut ke pukul 4.30 atau 5.30. Jadi, kuasa Speaker ni takat pukul 1.00 saja lah. Jadi, diringkaskan cerita kita guna kuasa Speaker kita mesyuarat sampai pukul 1.00. Abang Gurun no?

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

YB. Tuan Speaker, peraturan mesyuarat. Ok, Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga merujuk kepada perkara-perkara 12, juga perlu dibaca bersama perkara 11 ialah Sidang DUN ini merupakan teras kepada sebuah negeri Berdaulat, Demokrasi dan Raja Berpelembagaan. Jadi, undang-undang tubuh ni dah letakkan Penggal Dewan dan Mesyuarat memang ada. Jadi, kita bukan nak bincang Sidang Dewan ni perlu ada ka tak perlu ada. Sidang Dewan memang perlu ada demi kemaslahatan 2.1 juta penduduk Kedah. Jadi, yang saya minta YB. Tuan Speaker ialah benda ni boleh dirancang, boleh diatur, boleh ditambah hari dan sebagainya supaya titah Tuanku ini dalam Sidang Dewan adalah perkara tetap setiap tahun dan titah Tuanku ini merupakan satu perkara yang mustahak dan berfaedah kepada orang ramai. Jadi, biarlah 100% Ahli Dewan ini boleh berbahas atas pentingnya titah Tuanku ini yang mana 100% ni YB. Tuan Speaker, kalau BBC 100% nya 10 orang, 100% untuk pembangkang 13 orang, itu jumlah 100%. Dan kalau lah tiba-tiba Tuan Speaker nak ambik 60%, 60% daripada BBC adalah 6 orang, 60% kepada blok pembangkang adalah 8 orang, itu matematik yang betul.

Jadi, saya minta supaya kepentingan ini diberikan keutamaan kerana dalam ini disebut Persidangan ini adalah bagi faedah orang ramai dan mustahak. Melainkan dalam hal ini, kalau kuasa Tuan Speaker di hadkan oleh Menteri Besar yang mengnggapkan perkara ini tidak penting dan tidak mustahak itu kami akur.

Tapi rakyat perlu tau, ini penting dan mustahak untuk jaga kerana ketika ini malapetaka Covid-19 telah pun mengambil nyawa 1,688 rakyat Kedah dan telah pun menjangkiti 126 ribu. Jadi, saya rasa ini perkara penting, mustahak dan boleh dibincangkan. Kalau nak lanjut masa kalau dirasakan berfaedah dan mustahak, saya minta dipertimbangkan supaya dibenarkan perbahasan kepada 100% 10 dan 13 Ahli Dewan. Terima kasih, Tuan Speaker.

Speaker

Itu yang terbaiik… tapi seperti yang Ahli-Ahli Yang Berhormat termaklum, kita ni dalam suasan covid. Jadi walaupun covid, kita buat juga bukan tak buat langsung. Jadi, marilah kita bercakap denga isi-isi penting sahaja, jangan melaluuuttt… banyak sangat. Saya rasa ‘point-point’ tu boleh dikirim kepada wakil yang nak berucap tu. Jadi, bila kita berucap nanti janganlah ulang ‘point’ yang sama. Jadi, banyak juga isi-isi yang boleh kita kemukakan dengan 6 orang daripada wakil sebelah kiri 6 orang sebelah kanan. Jadi, saya rasa biarlah kita bersidang secara harmoni kita terima lah dulu dan kita berdoa lah supaya masa-masa depan covid ini kurang dan kita akan bersidang seperti biasa. Boleh no?

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

YB. Speaker! Tentang tadi bila Tuan Speaker pilih untuk 60% tu saya minta dikira 60% BBC 6 orang 60% blok pembangkang 60% daripada 13. Kita ambillah kalkulator kira tengok. Bukan 6, minta diberikan perhatian. Supaya samarata, 60% dan 60%.

Speaker

Kalau bukan 6 berapa?

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Dia 8 orang!

Speaker

8 kita kena balik pukui 3 lah. Dia masa tau, bila jumlah sorang bagi, sekian masa dia pakai. Nak kurangkan tempoh berucap?

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Itulah YB. Tuan Speaker, saya sebutkan tadi….

Speaker

Boleh! Kalau nak kurangkan tempoh berucap daripada 20 minit kepada 15 minit kita boleh tambah orang. Tapi kata tak lajak pulak dalam 15 minit.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Haritu pakat takmaaauu…. Kurang.

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Itulah, kita mohon budi bicara Tuan Speaker, sekiranya terhad itu terpulang kepada YAB. Menteri Besar sekiranya dia menganggap ini tidak faedah dan tidak mustahak, itu kami terpaksa terima. Terima kasih.

Speaker

Saya rasa macam setuju dah 6 orang 6 orang. Kalau nak tambah 8, saya terpaksa kena perkurangkan minit dia, 15 minit. Kalau setuju nak jadi 15 minit, ‘no problem’!

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

15 minit bagi semua lah 13 orang boleh berucap.

YB. Tuan Speaker, tadi YB. Tuan Speaker berkata kena tiru Parlimen, awal-awal pagi tadi ada sebut dah kena tiru Parlimen. Parlimen harini bersidang sampai 7.30 malam dan kita sekarang menghadapi keadaan di mana sekolah nak buka, Tuan Speaker. Budak-budak yang tak kena vaksin, kebanyakan guru pun tak divaksin ataupun tak cukup vaksin, dibenarkan bersekolah. Tetapi kita dalam Dewan yang mulia, Dewan paling tinggi dalam negeri kita ni tak boleh bersidang sampai pukul 4.30. Saya tak faham Tuan Speaker kecuali kalau ada apa perkara-perkara yang di sebelah sana tak mau dedahkan tak mau bincang, tak mau benarkan kami, 10 bulan tak bersidang, tak boleh duduk bersidang nak bincang perkara-perkara penting melibatkan nyawa manusia. Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Yang Berhormat Speaker, kita mesyuarat sampai jam 1.00 menepati peraturan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan dan kita dinasihati oleh KKM, mereka ‘frontliner’ yang telah berusaha hampir 2 tahun untuk melawan covid ini dan melihat ada bahaya yang mungkin berlaku dengan faktor varian baru di Kedah dan sebagainya beserta nasihat mereka yang tidak ada kepentingan politik. Jadi, perkara itu diterima oleh YB. Speaker, suatu untuk kita menjaga diri kita semua dan juga daripada terkena covid dan sebagainya. Jadi, nasihat yang diberikan tu, semua kita pakat nak cakap, kita telah ditaklimatkan untuk masa tempoh berapa jumlah dan sebelum ni pun dah dipersetujui, tiba-tiba harini dibangkitkan semula. Jadi, saya cadang untuk kita teruskan sepertimana yang telah pun diberikan nasihat oleh KKM.

Speaker

Dipersilakan Ketua Pembangkang, YB. Alor Mengkudu untuk membahas titah ucapan. Silakan!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahirobbil A’lamin Wabihi Nasta’in Wassolatu Wassalamu’Ala Asyrofil Anbiya’ Iwal mursalin. Audzubillahiminasyaitonirrojim, ْوَاَمْرُهُمْ شُوْ رٰ ى بَيْنَهُم As-Syura’ Ayat 38, “iaitu urusan mereka nanti dimusyuarahkan di antara mereka”.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Exco-Exco, ADUN-ADUN dan juga pembangkang, ketua-ketua jabatan yang hadir pada Sidang kali ini. Pertama, saya nak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi peluang untuk saya berucap membahaskan titah ucapan Kebawah Duli Yang Mulia Tuanku Sultan Kedah ketika merasmikan Sidang Dewan kali ini pada pagi kelmarin dan untuk mukadimah ucapan saya untuk saya tidak ketinggalan iaitu nak ambil kesempatan bagi pihak rakan-rakan daripada pembangkang nak mengucapkan takziah kepada keluarga Encik Mohd Radhi MMK atas kepulangan ke rahmatullah. Semoga keluarga bersabar menghadapi musibah ini dan beliau di antara pegawai yang cukup dedikasi dalam menjalankan tugas di MMK. Yang kedua, oleh kerana masa itu begitu mencemburui, saya cuba untuk mengawal masa. Saya sebenarnya bersimpati dengan ADUN-ADUN, sebagai Ketua Pembangkang, anak-anak buah dan juga ADUN-ADUN yang tidak berucap dalam Sidang Dewan kerana tugas hakiki, ADUN sebenarnya tugas hakikinya adalah berucap di Dewan, menghadiri Mesyuarat Dewan itu tugas hakiki. Kalau dia tidak hadir, kalau tak silap saya berturut-turut dua penggal, dia akan digugurkan kalau tanpa alasan, itu penting.

Jadi, Dewan ini sebenarnya satu institusi yang sangat penting. Dengan sebab itu, dalam Perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah dinyatakan megenai kedudukan Dewan ini. Dalam susunan kerajaan dia merupakan yang tertinggi meluluskan undang-undang, meluluskan kewangan begitu tinggi sekali dari yang meluluskan ni ialah mereka-mereka yang diberi mandat oleh rakyat. Dengan sebab itu, saya lihat di negara-negera lain kerana dah tiada urusan kerajaan sangat, banyak duk tengok news, berita-berita antarabangsa, CNN ka ataupun BBC ka ataupun tengok di Europe News ka mana ka. Sidang Parlimen mereka diteruskan semasa covid, tidak diberhentikan, betapa pentingnya. Congress America ka Senate America ka ataupun House Of Commons di UK, Parlimen Eropah di Singapura negara jiran. Parlimen itu penting memerlukan dasar, jadi mereka terpaksa sidang. Kalau takleh sidang, makna kata kerajaan tak boleh mengambil satu tindakan. Bahkan mereka membawa bil-bil, rang undang-undang khusus untuk meluluskan pembelanjaan khas untuk covid.

Sebagai contohnya kita di Kedah ni, oleh kerana tidak ada peruntukan, dah belanja banyak dah covid maka pihak kerajaan merasakan perlu minta tambahan sebab dia mengikut ‘head’ tak boleh kita ‘save’kan belanja pasai tak buat projek, maka kita ambil tak boleh kerana bajet ni mesti mengikut peruntukan khas. Tapi duit ada, bukan kata duit takdak. Sebab kita tak boleh nak belanja kerana covid. Jadi, boleh membuat satu peruntukan khas sepertimana yang dibuat di Dewan Senate, Dewan Congress America, berapa billion mereka terpaksa lulus, pada asalnya takdak, mereka kena buat Sidang. Tetapi mereka mengikut SOP, penjarakan dan saya lihat ada sidang-sidang yang mereka buat secara ‘hybrid’ di House Of Commons di London, Westminster.

Dalam Dewan itu nampak tak ramai tetapi mereka mengikut sidang secara online, berucap secara online jadi sidang itu tidak ramai la kita nampak. Jadi, begitu pentingnya sekali Sidang ini. Tetapi di Malaysia ni kita ni pelik, kita tak suka pada Sidang hingga sampai Parlimen ini digantung kerana buat darurat. Bila buat darurat, disebut Parlimen tidak bersidang, jadi tak bersidang dan kita di DUN turut sama tidak bersidang, sehingga rakyat sangat tidak berpuas hati. Sekarang ini kan rakyat jika tidak puas hati dia boleh masukkan dalam media dan semua orang boleh baca, dekat istana pun boleh baca. Betapa tekanan untuk mengadakan Sidang Parlimen itu penting sehingga darurat itu tidak disambung oleh Duli Yang Maha Mulia Di Pertuan Agong. Walaupun kerajaan memohon untuk menyambung, tidak dibenarkan dan dititahkan supaya diadakan Sidang serta-merta!.... (YB. Sungai Limau mencelah)

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

YB. Alor Mengkudu…

Sat..habis tajuk sat! Habis tajuk sat lagi saya bagi! Bagi habis tajuk bab ini dulu, saya bagi!... (YB. Sungai Limau mencelah)

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Saya nak tanya bab tu lah.

Duduk dulu! Faham kut peraturan! Jadi, itu dari segi kepentingan Sidang. Walaupun ada nasihat-nasihat daripada KKM, tetapi kerajaan membuat keputusan. Saya tidak berfikir keputusan membuka sekarang ini KKM. KKM tidak setuju untuk membuka Langkawi. Kalau nak ikut KKM, ‘very strict’ sebab mereka tanggung. Tetapi kerajaan buat keputusan oleh kerana tekanan ekonomi, ambil kira juga dalam masalah. Jadi, tidak semua. Itu dalam bab ini. Silakan!

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Terima kasih YB. Alor Mengkudu. Tadi, dalam ucapan YB. Alor Mengkudu ada menyebut “kerajaan memohon untuk menyambung darurat.” Perkara itu perlu diperbetulkan, pada waktu itu kerajaan tidak buat cadangan untuk darurat disambung. Terima kasih.

Saya ingat YB. Sungai Limau jawab bagi pihak Kerajaan Pusat. Sungai Limau tak tau kot, sebanarnya mereka nak sambung. Sebab apa? Lepas-lepas sambung, jatuh kerajaan tu bila Parlimen mula bersidang. Memang tau dah matlamat kerana kerajaan tidak stabil. Mula buat Parlimen saja, ermm… tengok apa yang berlaku kepada politik. Takkan dia nak biar tak mau sambung, kalau boleh pilihan dia nak sambung. Tak betul tu YB. Sungai Limau kata tu. Mungkin kenyataan rasmi sebenarnya yang nak.

Seterusnya, saya nak menyebut dan mengambil perhatian mengenai titah ucapan Tuanku kelmarin. Dalam saya ikuti dalam Dewan ni, penggal keempat dah ni. Yang kelmarin sangat luar biasa. Sangat luar biasa kerana begitu banyak sekali teguran yang dibuat oleh Tuanku Sultan. Jarang sebenarnya sebab titah Tuanku ni selalunya memaklumkan tentang perjalanan kerajaan kerana Tuanku ni sebahagian daripada kerajaan, mengetuai kerajaan, penaung kepada kerajaan. Tetapi ucapan kali ini berbeza, ucapan titah berbeza. Banyak teguran yang saya kira kelmarin kita tengok secara positif yang dituju kepada pentadbiran pada kerajaan sendiri, tuju kepada pentadbiran, pentadbiran pun ditegur, Ahli-ahli politik yang terakhir. Ahli politik tu kita lah. Ertinya betapa Tuanku sangat mengikuti perkembangan yang ada selain daripada Ketua Kerajaan YAB. Jeneri mengadap Tuanku, Tuanku juga mengikuti apa yang berlaku. Saya nak ambil beberapa teguran yang patut kita ambil perhatian sebab kita duk bahas titah Tuanku kan.

Pertama mengenai vaksinasi. Tuanku di muka surat 3, para 4, para 5 sebut pasal vaksinasi dalam 50%. Saya menjangkakan bahawa peratus dia masih rendah YAB. Jeneri, peratus hat Kedah ni rendah dan serta langkah-langkah yang perlu dipertingkatkan disebut di sini, dalam ayat tu. Kita terimalah hakikat pasaipa Kedah tu dia jadi macam tu, sedangkan peratus jangkitan di Kedah pada ranking ketiga tak silap kedua, kematian pun tinggi. Tetapi vaksinasi yang kita capai masih rendah dan tidak pernah berlaku istana mengeluarkan satu kenyataan media. Jarang! Sepanjang ingatan saya, istana tak pernah keluar kenyataan media ni. Apa-apa benda yang hendak diberikan pendapat, nasihat adalah secara langsung kepada ketua kerajaan kerana ketua kerajaan jumpa tiap-tiap minggu kan, biasanya lah. Jarang diberi satu kenyataan media tetapi dalam ‘chapter’ baru Malaysia ni, istana sudah mula mengeluarkan kenyataan media. Bukan pasal Tuanku kita, Istana Negara pun keluar kenyataan media. Dulu tak berlaku, banyak pulak kenyataan media dikeluarkan. Sehingga kenyataan media yang dikeluarkan oleh raja-raja mempertikaikan jawapan kerajaan seperti contoh di Parlimen baru-baru ni menimbulkan satu krisis, menyanggah satu kenyataan yang dibuat oleh seorang menteri bahawa tidak bermaksud demikian.

Jadi, kalau berbalik kepada kita, kenyataan media yang dibuat oleh istana ni bagi saya ‘serious’. Media saya ingat sebulan lepas, tetapi apabila mari ucapan, disebut lagi. ‘that’s mean very serious’ lah, Tuanku tengok ‘serious’ lah. Bahawa satu tindakan yang tuntas, perlu diambil, negeri sendiri perlu tengok satu strategi dia, tak boleh lah national saja buat satu keputusan dan SOP, MCO ataupun Perintah Kawalan PKP bahawa Kedah ni perlu ada satu strategi tersendiri yang perlu dibuat oleh kerajaan negeri. Dalam isu ni, kami pihak sebagai pembangkang ni ‘check and balance’, bukan kerja duk mengkritik saja. Kita sentiasa bersedia untuk berkejasama berbincang. Ini isu rakyat, bukan ada kepentingan politik seperti YB. Sungai Limau duk sebut tu, bila-bila pun politik. Tak! Tak sepanjang masa YB. Sungai Limau, tak sepanjang masa main politik ni pun. Kepentingan rakyat perlu diutamakan. Panggil kita berbincang, kita hadir untuk tengok apakah sebenarnya yang perlu dilakukan, pendaftaran kita masih rendah. Saya nak maklumkan bahawa ada di kalangan YB. kita seperti YB. Pengkalan Kundor, dia sukarelawan pi jadi Doktor. Berapa banyak YB.-YB. kita jadi sukarelawan di pusat PPV tu duk tolong sebab KKM tak cukup kakitangan, itu jelas. Nak daftar,nak tolong tak cukup, pi bagi. Saya sebut tu kerana jangan ada pihak kerajaan kata, “takkan pandai cakap saja tapi tak buat apa”? Dak! Sebenarnya kita buat tapi dalam lingkungan had yang kita ada lah. Kita tak boleh nak pi sampai jadi kerajaan pi arah DO tu tak boleh lah. Tak sampailah peringkat tu tetapi takat mana ruang yang kita ada bantuan, PPV dan sebagainya sebenarnya kita bersama-sama. Silakan!

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Terima kasih YB. Alor Mengkudu, YB. Tuan Speaker. Saya bersama dengan rakan-rakan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah terutamanya PKD Kota Setar berada di bawah. Saya kira isu vaksin YB. Alor Mengkudu, isu Kedah masih rendah dan harini kalau tidak silap saya nombor tiga dari bawah dengan angka dos yang kedua sekitar menghampiri 60%. Pada awalnya adalah isu bekalan vaksin sebab dua kementerian berbeza. MOSTI yang membekalkan vaksin kepada Kementerian Kesihatan. Tetapi pada akhir-akhir ini saya ingat isu utama adalah tidak ada ‘empowerment community’. Apabila saya turun, apabila kita buka untuk ‘walk-in’ maka kita tidak mencapai tahap yang kita nak. Jadi, ‘empower the community’ ni adalah tugas kerajaan negeri. ‘Empower the community’ ni adalah tugas orang-orang yang berada di bawah. Bermula dengan penghulu, bermula dengan JKPP, bermula dengan ketua-ketua masyarakat untuk membelai, untuk memastikan bahawa komuniti itu apabila dibuka vaksinasi walk-in kita tidak ada cukup peserta. Jadi saya kira, kegagalan sekarang masih tidak mencapai tahap yang kita nak disebabkan oleh ‘empowerment’ di peringkat komuniti itu tidak berlaku. Adakah YB. Alor Mengkudu bersetuju dengan saya?

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Yang BerhormaT, boleh tambah sikit?

Saya bersetuju dan sebahagian daripada ucapan tu masuk dalam ucapan saya lah.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Yang Berhormat….nak tambah sikit boleh?

Tambah lagi? Masa tu lah. Boleh! Sat saja, pendek!

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

YB. Tuan Speaker dan YB. Ketua Pembangkang, saya ingat kita sudah mula gerakan untuk vaksin, tapi sekarang masalah…..(YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Derga, saya dengar macam ‘astronaut’ bercakap oo…

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Ok! Ok! Saya setuju dengan apa yang dicakap oleh YB. Alor Mengkudu. Sekarang ni apa masalah yang kita nampak ialah ramai juga yang ‘bedridden’, yang duk dalam rumah, yang sakit terlantar, seperti yang dititah oleh Tuanku memang ada yang capaian internet tiada, termasuk yang takdak ‘handphone’. Jadi, I ingat kerajaan patut betul-betul gerakkan semua pejabat daerah dan semua jawatankuasa dan sebagainya pergi kepada rakyat, bukan lagi tanggu, bukan lagi buka PPV kerana sudah menjadi lebih. Adakah YB. Alor Mengkudu bersetuju?

Saya ingat saya bersetuju dan ambil kerana kalau saya kupas akan menjadi panjang (sambil ketawa). Ya, sila!

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan YB. Alor Mengkudu. Cuma saya ingin baca sedikit suntingan daripada titah Tuanku, “Baginda bertitah agar jumlah vaksin dapat dibekalkan dengan jumlah yang lebih banyak oleh Kerajaan Persekutuan agar Kedah dapat mencapai imuniti berkelompok dengan lebih awal serta sektor ekonomi dapat dipulihkan dengan lebih cepat”. Sistem yang kita buat sekarang ni, bagi saya kerajaan negeri hanya mengguna pakai, contohnya tak menekan bersungguh-sungguh Kerajaan Persekutuan untuk dapat vaksin dan kedua dari segi sistem ekonomi tu, tadi Yang Berhormat Jeneri bagitau, Yang Amat Berhormat Menteri bagitau kata RM1 juta sahaja untuk PKS sedangkan saya rasa RM1 juta terlalu sikit. Sepatutnya kita dengan adanya pandemik ini kita kena buat satu tindakan atau polisi keputusan yang lebih besar untuk membantu rakyat di bawah.

Speaker

YB. Alor Mengkudu, ada 11 minit lagi!

Terima kasih. Saya ingat saya dah masuk bab lain saya ingat Yang Amat Berhormat Jeneri akan buat PR yang lebih lah dengan Kerajaan Federal untuk mendapatkan vaksin yang lebih kalau tak mencukupi lagi lah. Yang kedua disebut oleh Tuanku adalah mengenai semak semula SOP, muka surat 5 para 1. SOP ni dah lama dah duk pakai SOP tu, kita pun semua tau SOP dengan PKP la apa semua, tetapi dia tidak pun mengurangkan. Jadi, Tuanku tegur benda ni jangan la lama pakai, kena cari juga strategi baiki bagaimana ini perlu kepada suatu pemikiran kepada Kedah. Kadangkala SOP yang dibuat di masjid, masjid ni tak boleh la lama sangat tak boleh sembahyang Jumaat. Masalah tu! Harap nak kena semak juga di masjid ni, dia tak boleh. Kalau lah SOP di masjid dah ada penjarakan, boleh sembahyang 50%, kalau dibenarkan dah ok dah, ni dah tinggai berapa puluh orang saja, 40, nak pi sembahyang pun tak boleh kita kena ada kad. Saya pi pun depa tahan. “takleh YB. sebab YB. takdak kad”. Jadi kalau jumlah tu sikit, sedangkan kita nak berdoa di masjid. Jumaat ni sebenarnya satu benda bila lama ni kerinduan ni takleh lari la kita takleh nafi sapa pun. Walaupun tak rajin sangat duk pi jemaah, tapi bila mai Jumaat ni sampai lama sangat takleh pi pun dah jadi satu ‘pyschology impact’. Jadi, hat tu disebut oleh Tuanku dalam situasi dah nak pi kepada ‘endemic’ ni dah nak kena tengok dah YAB.Jeneri hat di masjid ni memang aduan rakyat ni sudah macam terlalu tekanan. Tekanan untuk orang pergi ke masjid, pi orang hambat balik. Jadi, kita kena tengok balik lah tajuk SOP tu. Ya…YB. Sungai Limau ja..takdak ADUN lain ka nak Tanya?

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Daaakk…..saja lah, kita adik beradik kan? Cuma adakah YB. Alor Mengkudu setuju untuk kita lebih kempen maksudnya satu bukan sekadar jumaat, tapi ahli kariah semuanya kita memberikan penekanan untuk solat fardhu yang biasa pun untuk pakat hadir ke masjid. Sebab kalau duk fokus Jumaat saja memang jumlah pakat nak pi. Terima kasih.

Hat Jumaat tu dah wajib, hat biasa tu lebih baik lah, memang digalakkan. Saya nak sebut di negara-negara lain, saya tau ni soal ijtihad, macam di Singapore dia buat dua kali Jumaat, dua ‘round’. Habis satu, dia masuk kali kedua takut orang berhimpun. Nuu… duk berhimpun penuh di luar nak sembahyang takleh. Jadi, saya ingat perkara tu pihak kerajaan dan bila Tuanku sebut tu Tuanku pun dapat maklum balas daripada rakyat betapa begitu sekali perasaan rakyat untuk pergi ke masjid hari Jumaat. Kalau hari fardhu tu terbuka pun kadang-kadang tinggal berapa saf saja, tambah waktu Subuh tu lagi lah kan. Tu biasa lah tu. Sampai pukui berapa? 7 minit lagi dah? Allahuakbar.

Yang ketiga adalah teguran perlaksanaan pembangunan Negeri Kedah. Muka surat 5 para 3. Hat ni adalah apabila keputusan-keputusan membuat pembangunan ni mesti ada sebab kut, Tuanku memperingatkan bahawa dalam membuat perancangan tu nak kena jaga kepentingan tu. Kepentingan negeri mestilah diutamakan. Jadi, nak pastikan supaya isu saya pikiaq ini isu integriti, ini isu kadangkala bukti takdak tetapi persepsi. Persepsi ni pun hat rakyat sokong tak sokong ni persepsi bukan ada bukti pun. Bukti ni payah jugak nak cari kan. Dia sokong kita ka tak sokong kita ka persepsi saja. Duk dengar orang duk kata dia ni baguih, baguih la kalau orang kata tak baguih, tak baguih la, ia persepsi. Jadi, ini adalah satu peringatan penting sebab nak pastikan supaya perlaksanaan pembangunan ini akan berjalan lancar. Macam YAB. Jeneri sebut nampak banyak projek-projek mega yang nak dilaksanakan tu. Dan setakat rekod di Kedah ni bagi saya tidak memberangsangkan dari segi kemajuan. Ambik Rubber City lah, berapa tahun dah Rubber City ni. Ini bukan bercakap lapangan terbang KXP, KXP tu berapa ‘billion’? Rubber City baru kecik ja, tak besar mana, tapi dia punya perlaksanaan sampai la. Elektrik macam dulu dah sebut macam mana boleh terlepas pandang, takdak di situ. Nak buat pengambilan tanah pun ambik masa panjang. Jadi, dalam kes pelaksanaan ini adalah perlu dilihat secara yang lebih baik lah. Sila! Pendek ya, masa suntuk.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Jadi, YB. Alor Mengkudu sebut seolah-olah kerajaan yang ada sekarang ni macam dah lama, macam banyak tahun dah. Sebut berkaitan dengan projek-projek tu. Tengok rekod dengan tempoh yang sekejap, kita dah gerakkan. Jadi, saya rasa mungkin YB. Alor Mengkudu lupa kut kerajaan sebelum ni.

Yang Berhormat, minta sekali nanti YB. Alor Mengkudu jawab boleh? Mintak sekali boleh?

Cepat! ‘Direct! ‘Direct to the question’!

Tadi Yang Berhormat Alor Mengkudu sebut berkenaan dengan projek KRC. Jadi, soalan saya, adakah Yang Berhormat sedar bahawa projek ni sebenarnya bukan dimulakan masa kerajaan hari ini, tapi, dimulakan masa kerajaan terdahulu. Satu! Yang kedua, adakah Yang Berhormat sedar dan pi tengok bahawa projek sekarang sedang pesat membangun sebanyak lebih 57% sedang berjalan. Kemudian yang ketiga ialah pengambilan tanah sebenarnya sedang di peringkat akhir dan sebelum ni masa kerajaan 22 bulan tidak buat apa-apa dan perancangan ini sedang dan telah dibuat sekarang di peringkat akhir pengambilan tanah untuk laluan ‘cable’ elektrik untuk pencawang utama TNB projek KRC.

Ok, saya faham..YB. terlibat dalam pembangunan. Erti pembangunan, perancangan satu-satu projek ni memakan masa lama, itu satu realiti. Kalau dulu ni tak mula baru la nak mula, tak akan dapat dia punya tahap tu. Jangan nafi kata satu projek ni kesinambungan. Dan apabila kita bercakap pasai kerajaan, kerajaan tu kerajaan la, siapa pi duk situ dia kerajaan lah. Jangan pulak saya duk sini, pi duk kerajaan, oh! No! No! saya takmau ambik tanggungjawab. Tak boleh! Kita kerajaan, kerajaan lah. Itu politik, boleh la cakap macam tu. ‘When you sign the agreement’ (dengan izin) kerajaan lah kena kesinambungan lah. Itu biasa, siapa pi duk situ macam tu la.

Jadi, mengenai Pelan Pembangunan 2035 saya difahamkan akan dibentangkan pada mesyuarat yang akan datang. Ini juga sebab saya nak ingatkan kerajaan, dulu pernah, dulu! Dulu! Bukan baru-baru ini, pernah dah dibentangkan Kedah Maju 2010, sebenarnya kata maju ni, Malaysia ni 2020. Jadi, mungkin satu pelan ke satu pelan. Tetapi daripada dulu hingga sekarang saya cakap ni kerajaan, jangan duk sana kata “kami baru jadi kerajaan”. Jangan cakap macamtu! Saya mengatakan bahawa banyak buat pelan tapi akhirnya Kedah ni tercorot miskin sampai ke la. Duk tak berubah, duk yang kedua yang ketiga di bawah berkapita. Jadi, dengan sebab itu Tuanku sebut muka surat 6 para 34, buat projek tu biarlah terarah, janganlah tak terarah. Muka surat 6 ambil dia punya apa yang disebutkan begitulah juga dengan tempoh sebuah perancangan. Ni isu perancangan. Perancangan sedap… Saya ni dah nak hujung dahni. Taktau nak masuk pilihanraya lagi ka dak…….(YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Alor Mengkudu, ada seminit lagi. Sila buat ‘landing’!

Ok. Begitu jugak sebuah perancangan perlulah melihat kepada matlamat yang besar dan tempoh panjang agar tumpuan tidak dibazir dengan pelaksanaan program dan projek yang tidak terarah. Ada makna, jadi ambil perhatian. Satu lagi, saya nak perabis hat Tuanku saja, hat lain saya takmau sebut dah. YB. Tuan Speaker, sikit lagi hat Tuanku. Pasai GLC ni, GLC kita ni di antara yang tak baik sebenarnya. Saya duk tengok daripada dulu kerajaan ka bila ka, mungkin dulu ni takdak yang rugi tapi banyak syarikat GLC yang rugi, ada GLC nak bayar gaji pun takdak duit, EPF pun tak bayar. GLC kita sebenarnya berat sebab tu Tuanku sebut di sini pilihlah CEO yang betul-betul kompeten, jangan kerana kawan, jangan kerana itu. Kompeten tu pun kerana dia boleh jaga kepentingan kita. Ya lah, dia duduk CEO, apa-apa sikit ni kut ada peruntukan keraian ka apa senang la. Tetapi, hat tu pun takpa la sikit-sikit, tapi kena tengok sebab ini di sentuh oleh Tuanku supaya masalah isu CEO, saya nak berhenti dah sikit lagi. Iaitu isu yang ‘direct’ kepada pentadbiran ni yang satu, Tuanku tak sebut lagi benda lain. Pasai kebersihan, sebenarnya benda lain banyak lagi dalam isu pentadbiran ni.

Sampai jalan pun rumput tak potong Tuanku sebut dalam ucapan ‘very shameful’ lah bagi saya. Isu potong rumput takkan Tuanku kena sebut dalam titah, tak boleh sampai macam tu. Dah memang dalam protokol daripada lapangan terbang, rumput dengan pokok tak terjaga, YAB. Jeneri mungkin itu dah terlalu bawah sampai nak pikiaq pun takdan. Tapi hari-hari kita tengok duk lalu tengok ishh! Apa nak jadi? Dalam protokol jelas akta protocol, jangan cakap lah.

Akhir sekali, akhir dah! Baginda sebut pasai krisis politik, ni panjang disebut tapi saya nak sebut sikit ja. Rakyat tengok ahli-ahli politik, ni hat politik la bukan pentadbir. Teruk ahli-ahli politik ni. Rakyat tengok! Ucapan dia, cakap sat bohong sat dak apa semua, yang agama cara agama, yang nasionalis cara nasionalis, yang cara liberal cara liberal. Banyak masalah sampai apa cerita, Perdana Menteri sampai bertukar kali ketiga dalam satu penggal. ‘It’s wrong!’ rakyat tengok. Ini Tuanku sebut. Saya harap ahli-ahli politik, kita tak boleh, dan ada hadis pun, ada orang bagi hadis dekat saya la, baik tak baik negara ni, ada hadis mai hantar dekat saya tak sempat baca. Umara’ ni ahli politik yang ada kuasa lah. Memang ahli politik, Perdana Menteri, Menteri, MB , EXCO semua tu hat tu memang ahli politik. Tapi ahli politik ni dan Tuanku ambik code itu, ahli politik ni duk kira menang. Daripada hat orang putih duk sebut dia bukan kira pa. Saya ingat kita perlu ahli politik yang baik. Sebenarnya negara perlu ahli politik yang baik, bukan ahli politik dolak-dalih, bercakap lain. Ucapan ni di rakam, ucapan dulu duk pi ceramah sana sini tu di rakam bukan tak rakam. Rakyat bawa keluar balik. Dulu you kata macam mana sekarang you kata macam mana. Dulu you janji apa, sekarang you buat apa? Apa yang you buat yang you janji tu. Tu tak kira lagi SD-SD semua. SD ni mesti ditunaikan. Harini SD lain, esok SD lain. Tak jahanam ahli politik ni, nak jadi apa dengan ahli politik ni? Jadi, saya ingat setakat itu saja YB. Tuan Speaker. Saya dengan ini menyokong usul menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan untuk titah Perasmian Sidang DUN kita. Terima kasih. Asssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB. Alor Mengkudu. Saya jemput YB. Sungai Limau. 30 minit!

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Bismilllahirrahmanirrahim. Asssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah wassolatu wassala muala rasulillah, waála alihi wasohbihi waman walah. Subhanakala ílmalana ma ‘allamtana innaka antassami úlálim. Wala haulawala khuwwa tailla billa hiláli yilázim, ‘ammabaq. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat di Sidang Mesyuarat, pegawai-pegawai seterusnya sidang hadirin hadirat yang dikasihi sekalian. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk bersama membahaskan usul menjunjung kasih atas limpah pekenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah menyampaikan titah ucapan Perasmian Sidang DUN kita pada kelmarin Mesyuarat Pertama Penggal Keempat DUN Kedah Kali Yang Ke 14.

Izinkan saya untuk membaca sepotong ayat Al quran;

Audzubillahiminasyaitonirrojim;

Walau anna ahlal-qurā āmanụ wattaqau lafataḥnā 'alaihim barakātim minas-samā`i wal-arḍi

Sadaqallahul Azim

“Dan jika ahli penduduk sesebuah kampong/negara beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t, nescaya Allah akan buka pelbagai keberkatan limpah kurnianya daripada langit dan juga bumi”.

Yang Berhormat Speaker, izinkan saya untuk mulakan ucapan ini untuk menzahirkan dan merakamkan ucapan takziah sepertimana yang disebut oleh Berhormat Alor Mengkudu tadi, untuk mewakili pihak kerajaan kepada saudara Radhi yang telah pun meninggal dunia dan juga untuk ucapan takziah kepada seluruh mangsa yang terlibat dalam fenomena kepala air di Gunung Jerai yang melibatkan 6 orang yang terkorban. Marilah sama-sama kita membacakan Umul Quran dan hadiahkan kepada mereka dan yang bukan Islam kita bertakafur seketika. Al-fatihah.

Yang Berhormat Speaker, Tuanku Sultan telah memulakan titah ucapakan kelmarin dengan menzahirkan ucapan takziah dan juga telah menggambarkan kepada kita bencana kepala air yang berlaku di Gunung Jerai melibatkan DUN Guar Cempedak, DUN Gurun dan DUN Tanjung Dawai yang merosakkan harta benda awam dan kerugian yang besar serta mengorbankan 6 nyawa. Izinkan saya untuk menyorot seketika kepada kita peristiwa yang berlaku pada 18 haribulan yang lalu berdasarkan maklumat Jabatan Pengairan Saliran (JPS), pada hari tersebut Stesen Hujan Gunung Jerai merekodkan bacaan komulatif 281mm dan bagi Stesen Hujan Kampung Singkir Genting bagi bacaan komulatif sebanyak 172 mililiter direkodkan. Bacaan hujan yang turun dalam tempoh 8 jam ini bermula sejak 11 pagi boleh digambarkan seperti purata hujan tempoh sebulan yang mengakibatkan banjir besar dan juga dipanggil aliran puing ataupun debris serta banjir runtuhan yang berlaku di Gunung Jerai. Maka, kejadian hujan yang ‘extreme’ ini telah menyebabkan fenomena kepala air yang dikenali sebagai aliran puing ataupun aliran debris dalam geosains dan mengakibatkan keruntuhan serta banjir lumpur di kawasan sekitar Gunung Jerai dan kita boleh lihat selepas daripada kejadian ini, sebanyak 69 parut runtuhan di Gunung Jerai yang telah pun dijumpai dan ia bukanlah kerana pembalakan sepertimana yang telah pun di war-warkan sejurus selepas kejadian ini dan saya pun melihat di facebook YB. ADUN Gurun. Dia takdak, mungkin satgi dia boleh jawab kut. Masih mengaitkan banjir yang berlaku, runtuhan yang berlaku itu kerana pembalakan. Kalau orang Kuala Lumpur, orang Port Dickson, orang lain-lain kita boleh tau sebab mereka tidak berada di Kedah , tak berada di kawasan Gunung Jerai tetapi apabila disebut oleh YB. ADUN Gurun sendiri maka ia suatu yang mengecewakan kita kerana ia bukan berpunca daripada pembalakan.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

YB. Tuan Speaker, terima kasih YB. Sungai Limau. Tadi YB. Alor Mengkudu ada sebut tentang ahli-ahli politik yang Tuanku sebut jangan bohong dan sebgainya. Adakah kenyataan yang dibuat oleh YB. ADUN Gurun berkaitan dengan pembalakan menyebabkan kepala air baru-baru ini, adakah termasuk sepertimana yang dipesan oleh Tuanku.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

YB.Sungai Limau, sikit pencelahan. Saya sama-sama berada di lokasi banyak kali lah. Dan daripada pemerhatian saya, runtuhan tu bermula daripada atas. Bermakna betul lah jumlah air yang banyak tadi tetapi daripada atas dia sampai mungkin saya sebut tadi ke ‘second layer’ bahagian yang kedua, itu saya lihat ada beberapa aktiviti. Satunya, aktiviti lama yang sama-sama kita maklum iaitu kuari batu dan juga kuari besi. Yang kedua, saya dapati ada beberapa penerokaan lama tanam durian ni. Jadi, ‘second layer’ hat tu, tapi betul lah mai daripada atas jumlah hujan yang besar, runtuh dah atas tu tapi kalau ada ‘support’ di bahagian bawah tu masih kuat dan mungkin tidak seteruk itu. Pandangan YB. Sungai Limau.

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Baik! Terima kasih kepada YB. Tanjung Dawai dan YB. Pengkalan Kundor atas soalan. Gunung Jerai ni telah pun diiktiraf ataupun diletakkan sebagai hutan simpan sejak lebih daripada 40 tahun yang lepas. Dan pada tahun 2018 ia telah pun diangkat sebagai National Geopark ataupun Geopark Kebangsaan yang bila pengiktirafan ini, maka kawasan Gunung Jerai itu sendiri terpelihara daripada pembalakan. Maka, perkara ini telah pun disyarahkan banyak kali, kenyataan daripada Jabatan Hutan sendiri menyebut bahawa tiada pembalakan di Gunung Jerai. Jadi, ia merupakan suatu fakta dan saya harap mungkin lepas ni YB. Gurun nak kena tarik balik lah apa yang di‘post’ di ‘facebook’ mengaitkan kejadian di Gunung Jerai ataupun fenomena ini dengan pembalakan. Kita telah pun menerima pelbagai bantuan, sokongan daripada NGO, daripada agensi-agensi kerajaan dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri pada malam tersebut turun untuk melihat aktiviti ataupun kejadian yang berlaku dan usaha-usaha ‘rescue’ (dengan izin) yang telah dilakukan oleh polis, bomba, pasukan penyelamat, maka daripada malam tersebut lagi tindakan pantas pihak Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengarahkan untuk seluruh agensi-agensi kerajaan khususnya untuk bantu dan ‘support’ (dengan izin) ‘team’ bantuan yang telah pun dimulakan pada malam tersebut dan diteruskan pada hari-hari yang seterusnya menyebabkan kita dapat kawal ataupun membantu mangsa yang terlibat dalam tempoh yang cepat.

Di samping itu juga, parti-parti politik, mungkin parti-parti politik semuanya terlibat dalam aktiviti ataupun untuk membantu. Tetapi, di peringkat khususnya PAS Negeri Kedah, kita telah menubuhkan bilik operasi pada malam itu mesyuarat dan esoknya Pusat Kawalan Operasi Bencana di Peringkat PAS sendiri kerana pada malam tersebut, kita menerima panggilan telefon yang banyak daripada sukarelawan, daripada kawasan-kawasan, daripada negeri-negeri khususnya Jabatan Amal untuk turut serta maka kita memikirkan pentingnya untuk kita

menyelaras bantuan-bantuan ni bukan sahaja Ops Cuci, kita menyediakan makanan bermasak kepada sukarelawan dan kepada penduduk yang terlibat di peringkat awal dan juga bantuan-bantuan pasca banjir yang sumbangan-sumbangan yang hadir untuk kita urus dan YB. Pesuruhjaya PAS Negeri dalam ucapan program terakhir yang kita buat bantuan sumbangan duit dan juga barangan yang kita berikan kepada mangsa yang terlibat lebih kurang RM2.5 juta berjaya untuk dikumpulkan di peringkat parti sendiri PAS sendiri untuk kita menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang terlibat dan saya rakamkan ucapan terima kasih mewakili dalam Daerah Yan, Gurun pun masuk, Kuala Muda, Tanjung Dawai dan juga Guar Chempedak pun secara langsung yang terlibat khususnya di Daerah Yan.

Kami rakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah pun turun untuk membantu mangsa banjir fenomena kepala air ini dan penghargaan khusus peringkat parti kepada Jabatan Amal yang sejak daripada hari pertama Ops Cuci dilancarkan sehingga lah hari ni pun masih lagi ada yang turun untuk menghulurkan bantuan termasuklah naik ke bukit untuk pasang Paip Air Masyarakat yang ia bukanlah merupakan skop awal penubuhan operasi kita. Jadi, kami rakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua dengan Jazakumullah khairul jazak, semoga Allah memberikan kebaikan di atas segala sumbangan yang diberikan. Ya, Sila!

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Sikit! Sikit pencelahan, pertama soalan saya tadi masih tidak mendapat penjelasan. Yang kedua, saya ingat semasa saya masih bersama-sama YB. Sungai Limau saya dalam PAS dulu, antara yang kita tak ‘happy’ apabila tidak berlaku pengasingan di antara parti dan juga kerajaan. Parti menggunakan harta-harta kerajaan dengan sewenang-wenang ataupun di sebaliknya tidak berlaku. Dan dalam konteks baru ni, mungkin disebabkan oleh situasi yang memerlukan sebegitu, tetapi saya melihat salah satu daripada pusat operasi adalah masjid Guar Chempedak tu sendiri yang menjadi pusat operasi parti bergerak di situ. Jadi, adakah ini masih kerajaan sekarang telah berbeza parti dengan kerajaan macam tu ataupun dulu macam tu, sekarang macam tu ataupun macam mana?

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Baik! Terima kasih kepada YB. Pengkalan Kundor. Untuk makluman YB. Pengkalan Kundor, agensi kerajaan dia bergerak secara pengarahan tempat-tempat yang berkaitan yang telah pun diputuskan dalam gerak kerja pegawai-pegawai. Di peringkat parti, kita menggerakkan suatu yang berasingan dan kalau YB. Pengkalan Kundor sebut kita beroperasi di Dewan Masjid Al-Busro, sebenarnya ia merupakan Dewan Masjid dan parti kita menyewa dewan tersebut sebab dewan itu waktu pandemik covid ni sebelum ni duk buat kenduri, sewa kepada masyarakat awam dan sebagainya, takdak pendapatan. Jadi, kerana berlakunya peristiwa ini kita memohon untuk pihak masjid berikan kita menyewa kerana untuk menyelaras dan jugak menghimpunkan barangan-barangan sumbangan yang kita terima dengan keadaan yang ada, yang jauh sedikit daripada tempat kejadian. Kalau kita buat di Yan secara ‘direct’ maka ia akan menyebabkan kesesakan. Jadi, bila petugas dapat kita susun atur di luar daripada kawasan bencana maka ia dapat dilaksanakan dengan baik.

Baginda Tuanku juga ada menyentuh tentang pandemik covid dan juga pogram vaksin. Saya juga tertarik dengan apa yang disebut oleh YB. Alor Mengkudu sebentar tadi bahawa teguran-teguran yang telah pun diberikan oleh Tuanku Sultan dalam titah ucapan. Kita melihat bahawa ia merupakan suatu peringatan. Perkara-perkara yang untuk kerajaan negeri tidak melakukan perkara-perkara yang boleh untuk melemahkan negeri, pentadbiran dan sebagainya sebab apabila kita merujuk kepada muka surat 6 di baris atas sekali perenggan yang pertama. Tuanku Sultan menzahirkan ucapan, “tahniah kepada pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin oleh YAB. Jeneri atas kejayaan merencanakan agenda ekonomi dan pelaburan Negeri Kedah”. Muka surat 8 dan juga muka surat 9 Baginda Sultan juga menzahirkan sukacita Baginda dengan pelancaran Pelan Pembangunan Kedah serta sukiacita Baginda pada Kerajaan Persekutuan yang telah mengumumkan Pulau Langkawi sebagai destinasi perintis bagi program “gelembung perjalanan” atau ‘travel bubble’ (dengan zizin).

Timbalan Speaker

YB. Sungai Limau, ada pencelahan!

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

YB. Tuan Speaker dan terima kasih YB. Sungai Limau. Tadi kita perdengar YB. Alor Mengkudu dalam perbahasannya itu, ucapannya menyebut “Tuanku mengegur! Tuanku mengeur!” Nada ayat YB. Sungai Limau, berbeza, tafsiran berbeza dengan apa yang dititahkan oleh Tuanku. Jadi, saya nak pandangan daripada YB. Sungai Limau. Pandangan berkaitan titah Tuanku, adakah beza dengan apa yang ditafsirkan oleh YB. Alor Mengkudu yang awal sampai habis, Tuanku seolah-olah tak berkenan dengan kerajaan ni. Terima kasih.

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Baik! Terima kasih kepada YB. Tanjung Dawai. Tetapi apa yang kita sebut ini, perkara yang telah pun Tuanku sebut dalam titah ucapan. Ucapan tahniah kepada kerajaan, kepada Memanda Menteri Besar, ucapan sukacita Baginda ditulis dalam teks ucapan. Maka, itulah yang kita sebut dan Baginda pun tidak sebut “menegur” dalam teks ucapan yang telah pun dibacakan ataupun diberikan kepada kita pada kelmarin. Jadi, kita boleh semak yang kita nampak apa yang terzahir daripada titah ucapan Tuanku Sultan. Tuanku Sultan juga telah menyentuh tentang ‘pandemic covid’ yang telah pun melanda negara dan kita mengharapkan seluruh rakyat untuk terus fokus kepada pematuhan kepada SOP yang ditetapkan serta bekerjasama. Kita mengharapkan seluruh rakyat bekerjasama dalam menjayakan Program Vaksinasi Kebangsaan sebagai langkah kawalan dan pencenggahan kepada pandemik ‘covid’ ini. Banyak yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan Persukutan, MKN dan juga oleh kerajaan negeri untuk kita mengekang penularan wabak Covid-19 ini dan daripada pencapaian, kita boleh rujuk dalam buku jawapan yang kita ada di muka surat 61, fakta sehingga 4 haribulan 9 yang ada pada kita lah.

Hari ni, kita telah pun 21 haribulan, maknanya lebih kurang dua minggu yang lepas. Di mana dua minggu yang lepas, bagi Kedah masih 48% untuk dos yang kedua dan kalau kita melihat kepada dua minggu yang lepas untuk dewasa, dos yang pertama ada daerah-daerah yang telah pun mencapai lebih daripada 90% dan kita yakin dalam tempoh dua minggu ini sudah pasti ada peningkatan jumlah dos yang pertama dan juga jumlah dos yang kedua. Jadi, maknanya bila jumlah dos yang pertama telah pun mencapai 80%, 90% maka orang tersebut akan menerima dos yang kedua. Jadi, InsyaAllah kita harap program yang telah pun dirancang ini, semua rakyat kita akan memberikan kerjasama untuk hadir ke PPV bagi menerima suntikan dan bagi yang telah pun menerima yang pertama InsyaAllah dia akan hadir yang kedua. Bagi yang belum menerima suntikan, tadi pun disebut oleh YB. Pengkalan Kundor mungkin ada lagi yang tidak divaksin. PPV hari ini buka ‘walk-in’, boleh mai terus untuk menerima suntikan ini kerana ia merupakan perkara yang diberikan ‘priority’ (dengan izin) oleh pihak kerajaan negeri dan juga Persekutuan. Ya.. Silakan YB. Bukit Lada.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Yang Berhormat Speaker, sedikit tambahan. Mungkin kita dapat maklumat iaitu berkenaan dengan 35,000 data daripada MySejahtera yang tidak dapat dikeluarkan. Mungkin ini satu sebab kepada peratus vaksinasi yang tidak dapat dikeluarkan. Mungkin ini satu sebab kepada peratus vaksinasi yang menyebabkan kita berasa macam sedikit, tak cukup. Mungkin 350,000 masalah data daripada MySejahtera.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Sedikit YB. Sungai Limau.

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Ya…Silakan YB. Pengkalan Kundor!

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Sikit YB. Sungai Limau. Apa yang berlaku di bawah, mengikut kefahaman saya adalah tidak berlaku ‘empowerment.’ Mobilisasi orang ramai yang tidak ada ‘handphone’ yang tidak berdaftar dengan MySejahtera untuk hadir ke PPV. Sebab apabila satu-satu PPV kita buka sampai seribu contohnya jangkaan kita, tapi kita dapat hanya 300 orang pasaipa, pasai yang ‘walk-in’ tu tidak hadir. ‘Walk-in’ ni adalah perlu kepada mobilisasi tadi, perlu kepada ‘network’ di bawah untuk pergi dan cari dan bawa. Jadi, saya harap bersungguh-sungguh pihak kerajaan negeri untuk memastikan bahawa ini mesti berlaku. Kalau tidak, tahap kita macamtu, yang pertama. Yang kedua, saya dapati ramai juga golongan anti vaksin yang berhujah dengan apa sekalipun, akhirnya dia takmau. Dia takpa, tapi ramai juga pengikut-pengikut dia. Jadi, ini juga saya rasa peranan kerajaan negeri untuk ‘educated’ untuk memberi pelajaran kepada mereka untuk memastikan bahawa mereka tampil bersama dengan ‘network’ tadi untuk hadir kepada PPV. Kita harap dalam masa terdekat ini kita mampu untuk berada pada tahap yang kita inginkan. Komen YB. Sungal Limau.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

YB. Sungai Limau, minta laluan. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Adakah kekurangan dari sudut penerima vaksin itu juga disebabkan oleh warga Kedah, anak Kedah tapi dia menetap di luar Kedah, bekerja di luar Kedah menyebabkan angka tu sikit?

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Baik! Terima kasih atas soalan-soalan dan pandangan-pandangan yang diberikan. InsyaAllah kita yakin pihak kerajaan akan mengambil maklum pandangan-pandangan yang telah diberikan untuk kita laksanakan dan sepertimana yang telah YB. Bukit Lada sebut tadi, kehadiran Yang Berhormat Menteri Kesihatan baru-baru ni pun maklum ada 350,000 nama-nama yang telah disuntik cuma masih lagi belum dimasukkan ke negeri-negeri mana, daerah-daerah mana akibat sistem yang berlaku dan pandangan daripada YB. Pangkalan Kundor untuk di peringkat bawah bekerjasama pimpinan di bawah. Saya berada di Daerah Yan dan Pengerusi CITF Daerah, Yang Mulia Tuan DO, memang kita sentiasa mengadakan mesyuarat bahkan buat secara ‘online’ dengan JPKK untuk turut serta kempen bermula sebelum Ramadhan hari tu dan disambung sehinggalah hari ni untuk kita cuba cari mereka yang berada di kampung-kampung yang masih lagi belum divaksin dan memang lah payah nak cari tu, Yang Berhormat Pangkalan Kundor sebab takda tanda hat kena suntik. Kalau hat kena suntik buh tanda apa-apa mudah. Sebab itulah perkara itu telah pun dilaksanakan dan InsyaAllah perkara itu saya yakin akan dipertingkatkan lagi di peringkat pengurusan pentadbiran kerajaan untuk sokongan daripada pimpinan di peringkat kampung-kampung. Ya, silakan!

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

YB. Tuan Speaker, tambahan sikit. Padang Terap, satu daerah yang kita kira agak jauh dari pekan. Tapi, Padang Terap adalah contoh yang menggerakkan jentera di bawah sangat baik yang menjadikan hari ni Padang Terap nombor satu dari segi vaksin mengatasi Langkawi. Apa pandangan?

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Tambahan sikit Yang Berhormat. Berkenaan Padang Terap, saya di Pokok Sena, Bukit Lada…(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

YB. Sungai Limau bagi dak?

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Ya! Ya, sila!

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Kita ingin memberi maklumat berkenaan dengan penduduk di Pokok Sena, ada yang pi vaksin di Padang Terap sebab Pokok Sena ialah satu kawasan yang tidak ada tempat yang besar sebab daerah yang takdak dewan yang besar dan sebagainya menyebabkan sedikit vaksinasi yang dapat di Pokok Sena. Jadi, orang Pokok Sena pergi ke Padang Terap, sebab itulah di Pokok Sena pun tak ramai kerana kita dah buat 5,000 baru-baru ni, yang mai dalam 1,000 sahaja. Banyak yang pergi ke Padang Terap.

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Terima kasih kepada YB. Bukit Lada. Memang perkara-perkara itu sebab ini kali pertama kita berhadapan dengan pandemik ini, mungkin banyak perkara-perkara yang boleh kita tambah baik dan saya yakin pimpinan pentadbiran negeri, KKM semua lah ‘frontliners’ kita yang berusaha bersungguh-sungguh semuanya berusaha untuk menurunkan kadar penyakit dan meningkatkan kadar vaksinasi dan mungkin apa yang disebut tentang jumlah penetapan jumlah dewasa tu, fakta, angka-angka tu mungkin ada sebahagiannya yang duk di luar. Macam kita lah, YB. Alor Mengkudu pengundi luar. Kadang-kadang dalam satu tempat kita yang mengundi di luar tu mungkin 10%, 20% menyebabkan mereka mengambil vaksin di tempat mereka berada, mungkin daerah lain mungkin negeri lain. Dan perkara ini mungkin kita harap di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menilai balik jumlah-jumlah angka sebab kita nak mencapai kepada 80% ataupun 100% itu berdasarkan angka yang telah pun dikemukakan. Dan kita melihat di peringkat awal, Kedah ni masa awai kita jangkitan kurang, banyak vaksin-vaksin saya difahamkan hat di negeri-negeri yang ni semuanya tertumpu di kawasan Klang Valley (dengan izin), Negeri Selangor, Kuala Lumpur yang mungkin merupakan ibu negara dan juga pusat ekonomi bagi Malaysia. Kita terima lah hakikat itu dan kita melihat harini dengan vaksinasi yang dilaksanakan di peringkat Kerajaan Persekutuan, kadar penyakit di negeri-negeri khusunya di Klang Valley menurun dan kita harap di Kedah ni Kerajaan Persekutuan berikan perhatian dan dimaklumkan kepada kita Menteri baru-baru ni hadir pada hari Ahad yang lepas pun InsyaAllah jumlah vaksin itu mencukupi untuk Kedah.

Cuma kita nak kena kempen lagi rakyat yang belum divaksin yang kita taktau sapa ni untuk kita sama-sama kempen. Bahkan di peringkat Pusat Khidmat DUN, tadi pun duk sebut kita pakat bantu, kita ada sukarelawan untuk telefon mereka yang kita ada senarai di PPV telefon, “makcik nak terima bantuan”, dia mohon bantuan, kita pun tanya, “vaksin dak lagi”?. Kita ada senarai di peringkat awal yang di keluarkan oleh pusat PPV yang tak hadir. Kita pun telefon untuk pujuk dan sebagainya. Perkara ini telah pun dilaksanakan oleh semua kita malahan di peringkat parti sendiri, parti-parti masing-masing, kita pun buat. Kalau Jabatan Amal, kita pun turun bantu PPV dan sebagainya. Semua perkara ini kita laksanakan, yang penting adalah kita untuk sama-sama memberikan sokongan kepada apa yang telah pun dilaksanakan dengan memberikan kesedaran kepada masyarakat dan rakyat negara kita untuk mengambil suntikan.

Yang Berhormat Speaker, pandemik ‘covid’ yang melanda dalam negara kita, pada hari ni kita melihat kesan secara langsung kepada ekonomi negeri, ekonomi negara dan juga paling terkesan ekonomi rakyat. Keadaan yang berlaku ini dengan PKP,PKPD, penguatkuasaan yang dilaksanakan tidak pernah dialami oleh mana-mana pemimpin sebelum daripada ni. Setahu kita lah, xzman kita hidup, kalau zaman dulu-dulu hat seratus dua ratus tahun dulu kita taktau lah.

Timbalan Speaker

YB. Sungai Limau, masa berbaki 2 minit lagi!

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Berapa?

Timbalan Speaker

2 minit!

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Allahuakbar! Baik. Saya nak terus la no. Di Kedah Alhamdulillah, kita melihat pengoperasian bantuan kepada rakyat dilakukan oleh PKOB setiap daerah di gerakkan dan dibekalkan bakul makanan dan jumlah RM32.4 juta yang disebut dalam titah ucapan satu jumlah yang besar diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk bantuan-bantuan ini dan kita melihat bahawa bantuan ni mempermudahkan rakyat untuk dapatkan bantuan, tak perlu angkat bendera putih Yang Berhormat Speaker, hanya angkat telefon ataupun telefon PKOB ataupun maklum kepada pimpinan setempat InsyaAllah, bantuan akan diagihkan kepada mereka. Cara ini, lebih ‘efisien’ mengikut keperluan negeri kita, mungkin negeri-negeri lain kita taktau. Tapi., yang kita laksanakan di Kedah merupakan satu yang telah pun terbukti mampu untuk berikan kebaikan kepada rakyat.

Saya juga ingin menyentuh tentang projek berimpak tinggi yang telah pun disebutkan dalam ucapan titah Tuanku Sultan secara lebih khusus KXP. Tadi Yang Amat Berhormat Jeneri pun menyebut tentang status keadaan ataupun projek ini dalam usaha yang telah dilakukan walaupun telah dicanang sejak tahun 2014, YB. Kubang Rotan kan, 2014 telah pun dicanangkan untuk kita nak buat KXP ni tapi surat beranak takdak, tak pernah dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet, tak pernah dibentangkan dalam Majlis Perundingan Perancangan Fizikal Negara. Mai YB. Jeneri ambil alih, barulah usaha kita laksanakan dan Alhamdulillah bulan 10 kita telah pun mendapat kebenaran dengan nasihat-nasihat untuk dilaksanakan bagi menjayakan KXP ni….(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

YB. Sungai Limau, masa sebenar ikut-ikut tu dah cukup, tapi saya Nampak YB. Sungai Limau tadi agak pemurah memberi laluan untuk celahan-celahan. Jadi, saya tambah lagi 3 minit!

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Tambah 3 minit. Banyak mencelah, takpa, terima kasih. Jadi, kita mengharapkan semua pakat memberikan sokongan walaupun dia tak dimulakan oleh YAB. Jeneri pada hari ini, oleh YB. Jitra semasa menjadi Menteri Besar dulu, tapi kesinambungan perlu diteruskan usaha-usaha yang telah pun dilakukan oleh pegawai-pegawai sebelum ni, kajian yang telah pun dilaksanakan tak perlu untuk dibazirkan jika ia memberi manfaat kepada rakyat, maka ia mesti diteruskan dan Alhamdulillah harini YAB. Jeneri membuktikan bahawa kerajaan yang beliau pimpin mampu untuk membawa sinar baru kepada kewujudan KXP di dalam Negeri Kedah Darul Aman. Daripada KXP ni juga kita akan terima banyak manfaat selain peluang pekerjaan, loji rawatan air yang baru kita akan terima, lebuhraya baru, laluan kereta api yang baru di samping pembangunan industri berkaitan dengan penerbangan dan banyak lagi manfaat yang menguntungkan negeri dan juga ekonomi rakyat. Kami difahamkan bahawa apabila perkara ini dapat direalisasikan, pertambahan jumlah pendapatan kerajaan negeri yang baru hasil daripada cukai tanah, KXP ni boleh mencecah RM100 juta setahun. Ia merupakan suatu jumlah yang besar dan dengan jumlah ini sudah pasti banyak program-program kebajikan, pembangunan mampu dilaksanakan pada masa yang akan datang untuk kepentingan rakyat.

YB. Berhormat Speaker, saya juga mengambil kesempatan pada harini merakamkan ucapan tahniah kepada YAB. Jeneri atas segala usaha berfokus yang telah pun beliau laksanakan dalam tempoh pandemik covid tapi pelaburan kita tinggi RM43 billion, sesuatu yang tak pernah dicapai sebelum ini. Dalam pandemik covid, kita juga mampu untuk merencanakan pembangunan program-program berimpak tinggi yang dilaksanakan dan InsyaAllah kita yakin, pelaburan memberikan keyakinan kepada negeri kerana kestabilan yang berlaku di negeri dan juga urus tadbir yang baik yang dilakukan oleh ahli-ahli politik khususnya pimpinan negeri dan juga pegawai-pegawai kerajaan. Kita harap perkara ini dapat dikekalkan.

Yang terakhir, ingin juga saya bawakan beberapa perkara yang juga disentuh oleh Tuanku Sultan. Tadi pun YB. Alor Mengkudu sebut tentang kebersihan Bandar Alor Setar dan juga jalan-jalan utama Persekutuan (Federal) yang tidak diselerenggara dengan baik, lalang dan sebagainya. Kami juga difahamkan ada polisi baharu kerajaan terdahulu yang menyebabkan perkara ini berlaku. Jika benar, kita harap polisi ini dapat diubah mungkin daripada ubah ke JKR, JKR takdak bajet dan sebagainya, dikembalikan semula kepada PBT atau sebagainya. Perkara ini perlu dikaji untuk kita menambah baik kebersihan kerana kebersihan itu suatu yang melambangkan keimanan kita.

Yang keduanya, saya juga dalam beberapa Sidang DUN supaya fokus pembangunan Daerah Yan juga diberikan dalam DUN Sungai Limau, duk tengok sebelum ni Guar Chempedak, tapi, Sungai Limau ni banyak kawasan bendang. Jadi, kita harap di samping kerajaan mencari ataupun fokus pembangunan itu supaya pembelaan kepada petani dari sudut harga padi dan juga permutuan yang lebih menguntungkan petani dapat lakukan. Mungkin, pihak EXCO boleh angkat kepada pihak Persekutuan kerana petani, nelayan merupakan penggerak juga kepada ekonomi negeri dan kita nak mensejahterakan rakyat Negeri Kedah secara khusus.

Isu capaian internet, tekanan air rendah perkara ini kita mengharapkan kesungguhan daripada EXCO-EXCO yang terlibat supaya perkara yang kita bangkitkan di Dewan ini dan juga perbincangan-perbincangan yang kita buat dapat diberikan perhatian khusus. Yang terakhir, tadi Yang Berhormat Speaker ada sebut harini Yang Berhormat Pedu tak dapat hadir kerana berada di hospital, ada masalah jantung. Saya pernah cadangkan dulu semasa Kerajaan Pakatan Harapan untuk memberikan ruang ataupun pemeriksaan kesihatan percuma secara khusus kepada ADUN-ADUN ini secara berjadual supaya tak berlaku Pilihanraya Kecil ataupun kita sentiasa ‘fit’ untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Jadi, saya rasa itulah ucapan menjunjung kasih atas usul titah ucapan perasmian yang di aksanakan oleh Tuanku Sultan. Jadi, terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker, terima kasih kepada semua. Saya menyokong usul menjunjung kasih titah ucapan. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih kepada YB. Sungai Limau. Seterusnya saya persilakan kekanda saya YB. Gurun.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker kerana memberi peluang untuk saya mengambil bahagian pada pagi ini dalam mengucapkan junjung kasih kepada Tuanku yang telah pun merasmikan pembukaan Sidang Dewan kita. Saya nak mulakan dengan apa yang Tuanku titah di muka pertama, iaitu bagaimana Tuanku amat prihatin tentang apa yang telah berlaku di Daerah Yan baru-baru ni dan melihat banjir dan ramai juga yang telah pun menyinggung saya kononnya saya membuatkan ‘facebook notes’ berhubung perkara ini. Saya nak sebut Yang Berhormat Speaker, saya berpeluang menjadi sahabat kepada teman-teman yang banyak menjadi Menteri Besar. Zaman BN, zaman Pakatan Rakyat 2008, apabila Allahyarham Ustaz Azizan Bin Abdul Razak menjadi Menteri Besar dan saya terlibat dan sebahagian daripada kerajaan waktu itu. Kemudian, Pakatan Harapan apabila YB. Jitra juga menjadi Menteri Besar, sahabat saya. Sekarang ni hari ni, saya pembangkang. Yang saya nak sebut ini ialah isu balak ni jangan sapa bohong lah, jangan sapa bohong lah sebab siapa juga yang menjadi kerajaan, ‘tendency’ untuk menebang balak di Kedah ini ada.

Saya tak sebut kata kerajaan yang 12 bulan ini, tetapi harus ingat sesiapa juga yang menjadi kerajaan, kalau kita melihat bahawa balak itu di antara satu-satunya pendapatan kerajaan negeri, saya menganggap ini satu kesalahan yang besar kerana balak bukan sahaja harta kita tetapi juga harta generasi akan datang. Untuk tumbuh satu balak yang besar makan puluhan tahun dan ratusan tahun. Tetapi, untuk tebang balak dia mengambil masa yang terlalu singkat. Sebab itu bukan sahaja di Kedah, rata negeri-negeri yang lain termasuklah di Kelantan, di Pahang, di Terrengganu dan negeri-negeri ini mengalami banjir yang luar biasa. Sebab itu peringatan saya kepada kawan-kawan saya semua bahawa lihatlah bagaimana kita harus menjaga hutan kita kerana bencana yang akan menimpa kita di luar jangkaan kita. Itu yang pertama. Sebab itu saya takmau bincang pasal hal tu saya takmau ‘argue’ kerana inilah permintaan saya, sangat-sanga, sesiapa juga dari kerajaan, tolonglah, Ini aset kita semua.

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

YB. Tuan Speaker, di Gunung Jerai!

Timbalan Speaker

YB. Gurun, ada celahan!

Yang keduanya ialah tentang Covid-19. Isu Covid-19 ini telah pun diperkatakan. Cuma saya nak lihat dari segi positif. Kita ada masalah, kita tahu semua orang bercakap masalah, orang nu masalah orang ni salah. Tetapi, saya nak tanya dan saya nak cadangkan bahawa di samping masalah kesihatan yang kita ada, kita juga ada masalah ekonomi masalah, ‘psychology’. Rakyat yang terkepung yang kena ‘lockdown’ sampai dua tahun ini, dia ada masalah ‘pyshocology’, dia ada masalah stress yang luar biasa. Bayangkan dalam satu rumah yang bapanya tak boleh kerja, mak dia tak leh kerja, anak-anak tak pergi sekolah dalam masa yang panjang. Ini menimbulkan masalah yang luar biasa, amat luar biasa. Sebab itu kerajaan harus mempunyai perancangan. Apabila kita membuka balik ekonomi kita, saya memohonlah kepada kerajaan supaya ‘think outside the box’. YB. Guar Chempedak faham maksud saya, ‘think outside the box’ kalau dahulu nak berniaga tepi jalan bergabagi-bagai kelulusan yang kita perlukan, kalau nak berniaga di pasar-pasar malam macam-macam yang kita perlukan. Kerajaan harus jangan saja ‘reactive’ tetapi harus mempunyai perancangan untuk membantu orang kita ni, orang yang telah pun hilang pekerjaan, orang yang hilang perniagaan untuk memberikan ruang seluas-luasnya kepada mereka supaya mengembalikan kehidupan kepada normal. Sebagai contoh, saya memohon supaya kerajaan meminta supaya pihak PBT mengenal pasti. PBT kenal pasti kawasan-kawasan yang boleh dibuka untuk menjadi kawasan-kawasan perniagaan pasar malam, nat dan lain. Berikan ‘electricity’, berikan air, berikan kemudahan-kemudahan asas supaya mereka dapat ‘take off’ dengan secepat mungkin dan melupai stress yang ada itu. Anak-anak yang tak pergi sekolah harus dibantu dengan pelbagai kaedah termasuklah memberikan mereka tuisyen-tuisyen, memberikan mereka berbagai-bagai. Ini ialah di antara benda-benda yang mesti kita buat dengan serta-merta.

YB. Timbalan Speaker, boleh minta laluan?

Dr. Salmee binti SaadAMANAH · PHKota Siputeh

YB. Gurun, boleh kut sekejap!

Silakan YB. Kota Siputeh.

Saya dulu kut Yang Berhormat?

Saya bagi YB. Kota Siputeh dulu.

Dr. Salmee binti SaadAMANAH · PHKota Siputeh

Saya setuju dengan YB. Gurun mengenai peniaga-peniaga pasar malam. Saya mendapat banyak aduan daripada peniaga-peniaga pasar malam ni, mintak tolong lah bagi depa berniaga, mereka terdesak sangat. Memanglah dapat bantuan daripada kerajaan dengan bakul makanan dan sebagainya tapi bayaran-bayaran sewa, pelbagai bayaran yang mereka perlu buat. Jadi, mereka mohon sangat supaya pasar malam dibenarkan.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker dan Yang Berhormat Gurun. Soalan saya ringkas ja. Yang Berhormat Gurun, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa tindakan kerajaan melonggarkan ataupun mewujudkan “gelembong pelancongan ke Langkawi” merupakan satu tindakan yang tepat dan betul memandangkan apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi bahawa rakyat sekarang sangat tertekan. Dan yang kedua, kerajaan sedang menimbang dan telah pun melonggarkan beberapa SOP sebagai membantu rakyat terutamanya kalangan peniaga dan rakyat marhain ini supaya mereka dapat menjana pendapatan. Adakah Yang Berhormat setuju? Terima kasih.

Satu kajian! Jadi persoalan yang timbul ini, saya nak tanya ialah siapa yang memegang data-data kerajaan tersebut. Kalau Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pelancongan, kajian itu mesti kita ‘share’ dengan kerajaan negeri supaya apa juga hasil daripada kajian itu hendaklah di ‘immediately’ serahkan kepada kerajaan negeri sebab kita tahu, kalau tidak data menjadi

data, tidak ada gunanya. Yang akan melaksanakan betul, kementerian, tetapi akhirnya yang akan mendapat faedah daripada ‘result’ itu ialah kerajaan negeri. Sebab itu saya mohon supaya kerajaan negeri mengambil tindakan serta-merta untuk duduk dengan pihak berwajib yang mengusulkan program itu mendapatkan data supaya kita dapat.

Yang seterusnya, saya nak bincangkan ialah tentang prestasi pelaburan Kedah. Saya ucapkan tahniah kepada YB. Guar Chempedak yang telah pun memberikan kita ‘update’ tadi. Cumanya saya bukan nak pesimis, saya mendoakan kita berjaya. Cuma, seperti yang YB. Guar Chempedak tahu, perancangan ‘is one thing’ tetapi ‘to realize is another thing’. Kita rancang kita mungkin mendapat RM43 billion tetapi ‘how much it can be realized’ ia menjadi kenyataan seperti YB.Guar Chempedak jugak, saya masih ingat lagi telah ‘complain’ berkali-kali bagaimana ‘Rubber City’ dia, ni ‘baby’ dia ni, ‘baby’ dia ni ‘Rubber City’ ni. Sampai sekarang ni saya ingat YB. Guar Chempedak dah tiga kali kerajaan dah ni, tetapi masih lagi bercakap tentang ‘Rubber City’. ‘This is what I’m saying’, ‘you have good plan’ tetapi bila ‘come to the realization’ bila sampai nak ‘realize’ benda tu, ini yang jadi masalahnya. Sebab tu saya mencadangkan YB. Tuan Speaker supaya kita bertuah di Kedah, kita ada KCS. ‘This is the best state’, ini negeri yang paling indah. Kita ada 160 orang lebih KCS-KCS kita yang mempunyai pengalaman. Bawalah mana-mana KCS pun yang tentu dia punya pengalaman perancangan, dia ada pengalaman PBT, dia ada pengalaman ‘finance’ dia ada pengalaman tanah, dia ada ‘best officer’.

Jadi, saya minta gunakan kepakaran mereka untuk pastikan yang apa juga pelaburan yang dicancang itu mendapat ‘feedback’ dan mendapat ‘clamentasy’ daripada mereka. ‘Train them!’ Saya bekas Pegawai PTD, tapi berbanding dengan KCS officer ni, ‘they are much better than me’ sebab mereka ini tidak keluar daripada Kedah. So, saya mencadangkan supaya ‘train them’, latih mereka dan gunakanlah kepakaran mereka. Untuk makluman Dato’ Speaker ‘politician come and go’, orang politik datang dan pergi. Semalam mungkin dia pegawai tentera harini dia jadi EXCO, tiga bulan lagi dia hilang jawatan. Tambah pulak keadaan sekarang ini setiap tahun Tuanku Agong akan berucap kepada Perdana Menteri yang berbeza, setiap tahun dan ini juga akan jadi pada 5 tahun akan datang. Ini akan jadi! Sebab tidak ada parti yang ‘dominance’. Jadi, setiap tahun Tuanku Agong akan bertitah kepada kerajaan yang berbeza, ataupun bertitah ‘speech from the different government’. Sebab itu KCS ‘stay’, mereka inilah tunggak kita. Kita mesti memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada mereka. ‘To lead us!’ Dan sudah pasti, dengan kekuatan yang kita ada di Kedah ini, saya yakin mereka akan memberikan ‘the best’. Jadi, jangan harapkan orang politik sangat lah. Orang politik ‘come and go’ dan itulah mereka ‘super see everything else’. Isunya sekarang ni adalah bagaimanakah KCS ini dilatih? Yang pertama!

Yang kedua, dengan berapa ribu yang kita akan perlukan daripada berbagai-bagai pelaburan ini, sejauh mana anak-anak muda kita daripada UniSHAMSnya, dari AIMSnya, USMnya, ITMnya, yang keluar ribu tetapi mereka ini mesti kita ‘train’ supaya ‘suit’ dengan kehendak yang diperlukan oleh industri kita. Kalau tidak, apa yang berlaku dalam perancangan akan ke utara, apa yang universiti ‘produce’ kan akan ke selatan, tidak akan ada ‘match’. ‘

Miss match’ akan berlaku dan akhirnya jadilah seperti dua orang anak muda ‘graduated’ UKM yang kerja kutip sampah di Singapura. ‘Graduated’ Melayu UKM, akhirnya kerja kutip sampah di Singapura sebab universiti tak ‘train’ mereka. Sedangkan kita tahu apa yang akan berlaku di negeri kita, kita tahu keperluan-keperluan akademik dan sebagainya. Sebab itu saya minta supaya pihak Exco Kerajaan ‘especially’ yang bertanggungjawab tentang pelajaran, ‘sit down’ dengan pihak university, tunjukkan pihak univesiti ‘this is our plan’, this will happen for next 25 years’ ‘we want you to produce this kind of graduated’ supaya ‘graduated’ kita ‘match’ dengan apa yang dikehendaki oleh industri. Silakan YB. Kubang Rotan.

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker dan juga Yang Berhormat Gurun. Cuma, saya ingin tanya YB. Gurun, sekiranya perancangan Pelan Pembangunan Kedah 2035, memang dibuat sebelum-sebelum ini sudah lama, beberapa kerajaan terdahulu bukan sahaja kerajaan sekarang. Tapi, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Gurun iaitu bagaimana kita melatih, mengajak ‘youngster’ punya KCS, KCS yang muda-muda ini mungkin ada dalam 10,15 orang di hantar ke universiti-univerisiti, saya bagi contoh Cambridge, Oxford yang telah dilakukan oleh beberapa negeri supaya mereka dapat mencapai perancangan apa yang kita nak supaya Negeri Kedah ni akan keluar daripada kelompok kemiskinan. Terima kasih.

Saya ucapkan terima kasih kepada YB. Kubang Rotan. Saya lupa isu ni. Saya ‘go through’ KCS punya ‘list’ dan saya ucapkan tahniah Sato’ SS kerana hampir 60% daripada ‘youngster’ KCS Officer ada masters, KCS kita ada masters. Ini satu asset yang luar biasa, kita tak jumpa negeri lain. Jadi, maknanya mereka adalah asset kita. Jadi saya minta supaya berlaku ‘placement.’ ‘Placement’ ni makna ‘job assignment’ supaya mereka ni terdedah dengan teknologi baru, dengan ‘management’, baru dengan ‘thinking’, baru dengan ‘thinking process’ yang baru. That’s important! Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada YB. Kubang Rotan khususnya anak-anak muda, khususnya KCS kita yang muda.

YB Speaker, saya juga nak selit sikit tentang memorandum persafahaman yang berlaku di Parlimen. Jadi, saya ingat saya tidak berlaku adil kalau tak cerita apa yang sedang berlaku di sana. Apa yang berlaku di sana di antara kerajaan, Kerajaan Keluarga Malaysia dengan Pakatan Harapan. Apa yang berlaku ialah kita menyambut baik saranan Tuanku supaya ‘since fire’, kita berperang siang malam, dah 3 tahun kerajaan baru naik, tumbang dan naik kita takmau tumbang lagi sebab kita ‘since fire’. Masalah rakyat, masalah kesihatan dan ekonomi haruslah kita beri tumpuan. Tetapi bila kita ‘since fire’ tidak bermaksud kita ‘surrender’. No! Macam juga dalam peperangan konvensyen kita sekarang, bila kita ‘since fire’, kita minta ada syarat-syarat kamu kena ikut, ada syarat-syarat kami kena ikut supaya yang menjadi mangsa bukan tentera kita, yang menjadi mangsa bukan rakyat kita.

Di antara perkara yang kita sebut sebagai ‘since fire’ ini, ada beberapa perkara yang mesti kerajaan lakukan. Apadia kerajaan lakukan? Yang pertamanya, kerajaan tidak akan panggil, ‘call election’ hinggalah Julai 2022. ‘So, atleast’ kita tahu tidak akan berlaku ‘general election’ sebelum Julai 22. Yang pertama! Yang kedua undi 18, Parlimen telah lulus, rakyat tunggu. Mesti dilakukan! Bukan sahaja ‘automatic registration’ tetapi mereka juga boleh jadi ‘candidate’ dah boleh mengundi. Dan ini mesti dilakukan pada penghujung tahun ini. Oleh kerana Federal telah bersetuju maka saya nak tanya bilakah pula kerajaan negeri mesti buat benda yang sama. Saya tahu, saya dapat baca pengumuman daripada MB yang akan dilaksanakan dalam sidang akan datang. Tetapi kena pastikan sebab ini ialah di antara konten yang kita setuju dengan ‘Federal Government’ supaya undi 18 ini satu yang realiti. Walaupun ada pihak kerajaan ‘backvantures’ mengatakan mungkin kita tak bersedia. Jadi jawapan saya kepada pihak ‘backvantures’ ini, kalau kamu boleh mengambil anak muda untuk menjadi seorang tentera yang pergi perang dan sabung nyawa, tidak mungkin anak muda ini yang berumur 18 tahun tidak boleh mengundi ‘and choose the government’. Kalau dia boleh sabung nyawa untuk mempertahankan negara dia, tidak mungkin dia tidak boleh gunakan pen dia untuk menentukan sesebuah kerajaan yang ada.

Yang ketiganya di antara timbal balik juga ialah kerajaan juga bersetuju untuk memberikan ‘treatment’ yang sama kepada semua wakil rakyat kerana kerajaan ialah ‘custodian’, bukan milik dia, dia cuma ‘custodian’, dia cuma pemegang amanah. Sebab itu kerajaan telah pun bersetuju untuk memberikan apa juga peruntukan yang diberikan oleh kerajaan kepada MP-MP dia, maka itulah juga yang akan diberikan kepada MP-MP pembangkang. Jadi, saya minta lah oleh kerana Kerajaan Kedah ini sebahagian daripada rangkaian kerajaan yang baru, saya ingat elok lah mengikut contoh yang ada supaya yang dapat bukanlah kepada ADUN-ADUN, begitu juga Ahli Parlimen, bukan dapat kepada MP-MP tetapi yang dapat ialah kepada rakyat di bawah. Jadi, peruntukan yang diberikan kepada MP kerajaan akan dilaksanakan pada bulan ini iaitu semua juga MP-MP akan dapat peruntukan yang sama. Silakan YB. Suangai Lamau!

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Terima kasih YB. Gurun. Adakah YB. Gurun sedar, kita di peringkat kerajaan negeri bila YAB. Jeneri naik menjadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita telah mulakan lebih awal peruntukan untuk pengurusan di peringkat ADUN Pembangkang juga dapat berbanding masa kami dulu jadi pembangkang takdak peruntukan ni. Jadi, kita telah pun buat perubahan lebih awal.

YB. Sungai Limau silap kut kena ‘check’ balik rekod. Cumanya semasa YB. Jitra Menteri Besar, kita bagi…..(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

Kekanda YB. Gurun! Kekanda YB. Gurun, masa ada 2 minit lagi!

Ya! Ya! Bagi dua minit lagi. Cumanya ketua pembangkang itu kita setuju supaya ketua pembangkang menjadi Chaiman PAC makna kita harus telus lah. Tetapi apabila YAB. Jeneri naik jadi MB, tiba-tiba ‘reverse’ balik, tukar. Jadi, saya rasa itu tidak berlaku di Parlimen. Parlimen masih lagi PAC Chairman tu ialah pembangkang, saya ingat elok lah. ‘Last’ sekali, ialah tajuk politik. Saya harap sangat di sini kita ada suasana, YAB. Jeneri, saya bukan personal, ini bukan personal. Jeneri ialah Menteri Besar, bila sebut Menteri Besar Jeneri Menteri Besar saya. Saya kawan Jeneri dan Menteri Besar kepada rakyat Negeri Kedah. Cuma YAB. Jeneri kena ‘control’ sikit tamper. Bila YAB. Jeneri buat ‘statement’, buatlah ‘statement’ yang agak memberikan perangsang, memberikan motivasi, memberikan harapan, memberikan inovasi supaya kami dapat sandar ke bahu YAB. Jeneri. Tapi kalau YAB. Jeneri bawa keluar ‘statement-statement’ yang agak gusar. Saya pi Parlimen, YAB. Jeneri orang Tanya, “eh! Menteri Besar hang macam mana harini, ok ka?” Saya kata, “ok” “Statement dia semalam teruk sangat pasaipa?” YAB. Jeneri saya orang Kedah, saya rasa cukup sayu kerana saya tau YAB. Jeneri orang yang baik. Jadi, saya mintaklah teman-teman YB. Tokai bekas Ahli Parlimen, YB. Guar Chempedak ada Phd, YB. Sungai Tiang ‘lawyer’. ‘These are people’, kawan kita. Pakat tolong lah pakat tolong sebab imej yang YAB. Jeneri bawa melambangkan saya, melambangkan Ketua Pembangkang, melambangkan kita semua. Jadi, kadang-kadang lecehlah YAB. Jadi kita mintaklah supaya ini dapat diperbaiki.

Timbalan Speaker

YB. Kulim, masa dah habis YB. Kulim!

Encik Yeo Keng ChuanPKR · PHKulim

Yang Berhormat Tuan Speaker, kebelakangan pemimpin kita berlaku insiden yang memberi impak yang buruk kepada negeri kita. ‘I’m sorry for that’ (dengan izin), Yang Amat Berhormat, walaupun ideologi politik kita tak bersama, ‘we are brothers’, kita masih berkawan. Pemimpin harus menjadi teladan bagi bawahannya. Di sini saya nak hadiahkan dua naskah buku kepada Yang Amat Berhormat. Tajuk buku ni ‘he government principle of and Sales China’. Harap-harap Yang Amat Berhormat dapat sedikit ilham dari buku ni. Ahli-Ahli Yang Berhormat, sama-sama kita tunjukkanlah teladan yang baik kepada anak cucu kita. YB. Tuan Speaker, bagaimana saya nak serahkan buku ini kepada Yang Amat Berhormat?

Takpa, serah kemudian takpa.

Timbalan Speaker

Habis sesi Dewan, InsyaAllah!

Baik! Akhir sekali saya ucapkan terima kasih kepada YB. Speaker. Seperti saya katakan tadi kita bersidang untuk menjadi pemimpin kepada rakyat yang sedang mengharapkan dan kita di sini mungkin berbeza pendapat tetapi matlamat kita jelas. Berakhirnya rakyatlah yang mesti mendapat manfaat daripada apa yang kita bincangkan harini. Pasal perbezaan-perbezaan pendapat politik itu kita boleh bincang kat luar lah. Banyak benda kita bincang kat luar. Tapi dalam ini lebih lah kita cakap benda yang lebih kontraktif. Terima kasih YB. Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Terima kasih YB. Gurun. Seterusnya saya persilakan YB. Bandar Baharu!

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Kedah Sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Jeneri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat, Ahli-Ahli Yang Berhormat, semua ketua-ketua jabatan negeri Persekutuan, seterusnya sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t dengan izinnya dapat kita kembali bersidang dalam suasana yang harmoni pada hari ini. Dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi ruang kepada Bandar Baharu untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan usul menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Saya faham, sebagai seorang wakil rakyat kita sebagai perantara. Kita nak habaq suara rakyat ni macam-macam kat dalam Sidang Dewan. Tapi bukan lah kita diukur kerja kita hanya bercakap dalam Dewan. Kerja kita yang pentingnya duk di kawasan dan ‘responsive’ kepada semua keperluan rakyat. Tak palah tak payah gaduh dah, berapa orang nak cakap, pembangkang dan juga kerajaan.

Alhamdulillah, kita semua dapat peluang dan ada banyak medium untuk kita menyuarakan kepada kerajaan dan juga suara rakyat sekarang ni. Tadi, saya sedih bila Yang Berhormat sahabat-sahabat semua, ‘argue’ (dengan izin) Tuan Speaker, kehendak dan nasihat pakar kita daripada Jabatan Kesihatan yang mana kalau kita kena berhenti pukui 1.00 berhenti pukul 1.00 lah. Tak payahlah nak mintak sampai lebih, dengan ‘argument’ yang saya rasa tak patut. Sebab kita ni ‘role model’, wakil rakyat, kita kena tunjukkan teladan, kita patuh SOP dan kita hormat kepada nasihat yang pakar. Macam tadi bila Yang Berhormat Tuan Speaker bagitau sapa nak bercakap boleh buka mask boleh buka ‘face mask’ kerana tak jelas, tetapi bila dinasihatkan oleh yang pakar, pakai balik! ‘U-turn’ pakai balik! Tak juga semestinya YB. Tuan Speaker nak kena ikut ataupun ‘dictert’ keputusan kerana kita sekarang ni dalam masa mudarat, masa pandemik yang sekarang Kedah baru nak bergerak ke arah endemik.

Jadi Alhamdulillah, saya harini nak berbahas berkenaan dengan Ekonomi Kedah Sejahtera Yang Berdaya Huni Menuju Ke Era Endemik. Kita belum lagi habis fasa pandemik kita, kita tau dalam menuju fasa pemulihan kita perlu memetakan langkah tindakan dengan lebih jelas. Jika di peringkat Persekutuan, kita telah diwujudkan Majlis Pemulihan Negara. Saya dengan ini nak cadangkan supaya kita tubuhkan Majlis Pemulihan Negeri yang dibarisi oleh pakar ataupun panel anak-anak Negeri Kedah. Ramai yang kita ada supaya depa mai menerajui dan juga ‘involve’ (dengan izin) dalam Majlis Pemulihan Negeri. Kita yakin ramai ‘talent professional’ anak Kedah yang boleh kita kumpulkan untuk platform ini untuk bantu kita dan kerajaan merangka perancangan pemulihan ekonomi terutamanya dalam penyediaan belanjawan Kedah yang akan datang ini dan seterusnya meneroka hasil-hasil baru Negeri Kedah. Hakikatnya kita tidak boleh lagi bergerak dengan cara lama. Ekonomi dan kehidupan rakyat jangan lagi dah nak berkisar kepada bukak tutup, bukak tutup PKP, PKPB, PKPD dan sebagainya dan perubahan-perubahan regulasi SOP dan akhirnya ini yang telah meresahkan rakyat di Negeri Kedah. Kita rasa terkurung dan kita juga perlu berterima kasih, Alhamdulillah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang baru yang merasakan rakyat terkurung buat selama ni dalam ruang lingkup keluarga Malaysia yang mana telah mengumumkan berkenaan fasa yang kita akan lalui ke arah endemik seolah-olah covid ini bakal menjadi ‘virus forever’ (dengan izin) macam denggi, influenza, SARS, H1N1 dan kita juga terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah melancarkan inisiatif pemberian Kit PPC (Pakej Penjagaan Covid-19) ini kepada keluarga B40 dengan peruntukan yang banyak, RM471.6 juta. Ini adalah pendekatan yang baru bagi membolehkan rakyat melakukan penilaian risiko kesihatan kendiri bagi memastikan langkah ‘self regulated SOP’ (dengan izin) sebab kita ni dah dekat 2 tahun dah dididik dah dengan SOP, SOP ni walaupun duk bertukar dan sebagainya tapi kita dah tau dan seharusnya kita boleh jadi budaya dan amalan kita berkenaan dengan SOP ni dah. Pakai mask, tak boleh duduk rapat-rapat dan macam-macam lagi lah SOP yang kita tau. Dan ini kita sendiri yang menentukan ‘chances and opportunity’ (dengan izin) untuk kita seimbangkan antara keperluan melangsungkan kehidupan ataupun keperluan untuk terus hidup. ‘Self regulated SOP’.

Saya yakin kita di Kedah boleh melakukannya dan boleh menjadi negeri pertama melakukan ini dan kita yakin juga dan berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Jeneri dan juga pimpinan pentadbiran dengan langkah yang bersepadu Kedah kekal menjadi destinasi prospek yang hebat bagi para pelabur. ‘Establishment’ (dengan izin) Kulim Hi-Tech Park dan ‘track rekord’ terbaik Kulim Technology Park (KTPC) sudah tentu menjadi ‘selling point’ (dengan izin) untuk Kedah. Sebagai contoh saya nak ambik di sini, Syarikat Aspen Glove yang telah mencipta rekod di MIDA di mana syarikat pelabur yang pertama mendapat kelulusan lesen pengilang siap sampai ‘facilities’ yang ‘complete’ dengan ‘machine’, dengan ‘production’ jalan selama 7 bulan sahaja progress. Saya bersama dengan Yang Amat Berhormat Jeneri telah menyaksikan dan saya juga berterima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Guar Chempedak dalam membantu dan merealisasikan kecekapan OAC di MPKK di PBT kita, di PBT Hi-Tech dan juga KTPC yang mana Aspen Glove telah mewujudkan peluang pekerjaan tahun ni 900 orang dan dalam masa 3 tahun seramai 3,000 orang akan disediakan pekerjaan oleh Aspen Glove ini.

Timbalan Speaker

Ada pencelahan YB. Bandar Baharu!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Terima kasih Yang Berrhormat Timbalan Speaker, Yang Berhormat Bandar Baharu. Setujukah yang berhormat apabila menyatakan bahawa kejayaan pelaburan di Kedah pada hari ini berjalan dalam acuan yang betul, tepat. Saya nak ‘respond’ kepada kenyataan Yang Berhormat Gurun tadi, bagaimana Kedah mempunyai bilangan KCS yang mantap, hebat. Ini juga membuktikan kepada komitmen kerajaan kiri kanan kerajaan harini dengan jentera kerajaan pada hari ini. Setujukah Yang Berhormat mengatakan bahawa inilah buktinya kaki tangan kerajaan yang ada pada harini memberi sepenuhnya komitmen kepada kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Jeneri!

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Ketil. Saya setuju kerana tanpa Kerjasama dan kerja kuat semua jentera pentadbiran di bawah Yang Amat Berhormat Jeneri, sudah pastinya kita tidak dapat merealisasikan idea-idea dan juga projek-projek ini. Ini adalah penting dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengatakan kita sebagai pemimpin, sebagai pentadbir perlu berjiwa besar dalam memastikan ‘continuity’ (dengan izin) idea dan perancangan yang terdahulu yang kita bawa untuk kita sambung dan kita jayakan. Dan saya juga nak ambil contoh berkenaan dengan Syarikat ATNS daripada Australia, yang akan menyediakan sebanyak 2,500 peluang pekerjaan dan juga Risen Energy akan mewujudkan 3,000 peluang pekerjaan. Tadi kita dengan YB. Guar Chempedak duk jawab soalan di mana diumumkan, bila diumumkan tapi dilapangannya Yang Berhormat Tuan Speaker, di lapangan telah siap 60% progress Risen Energy ini di Kulim Hi-Tech Park yang mana productionnya akan dimulakan pada Februari tahun depan! Kita nak habaq apa dah. ‘This is a…’ (cakap orang putih pulak Bandar Baharu!) Ini lah kecekapan dan juga kehebatan pentadbiran bersama dengan seluruh jentera pentadbiran kita sama ada KCSnya, sama ada Kerajaan Persekutuannya dan Alhamdulillah pelan pembesaran kawasan KHTP juga saya yakin dan percaya akan terus melonjakkan ekonomi negeri. Dengan ‘connectivity’ Northern Corridor Highway plannya, memang akan mewujudkan satu paksi ekonomi baru Negeri Kedah. Dan kita tahu walapun dalam waktu pandemik covid ini, MITI ada keluarkan macam-macam surat, kebenaran operasi kilang, kebenaran kepada kontraktor untuk buat kerja di tapak pembangunan yang rakyat pun tengok resah, sampai bila kena sorang dua orag kilang pun tak tutup lagi, duk telefon lah, “ni pasaipa kilang ni tak tutup lagi, kami dah histeria dahni?”. Ada kilang di Kulim, Kulim Hi-Tech Park, dah kena covid berapa orang, tapi kilang tak tutup lagi. MITI bagi lagi lesen, marah MITI. Saya juga nak minta supaya MITI tengok, kalau dia bagi lesen ataupun surat kebenaran kepada pengoperasian ataupun pembinaan di tapak-tapak pembangunan, tetapi ‘supply chain’nya tidak dibenarkan beroperasi, tak guna juga. Tak capai matlamat untuk kita jayakan pembangunan ni sebab ‘supply chain’ tu tak mendapatkan kebenaran.

Saya juga mohon supaya Yang Berhormat Guar Chempedak berbincang dengan MITI untuk mengadakan gelembong industri pula di Kulim Hi-Tech Park setelah kejayaan ‘travel boble’ kita di Langkawi. Buat lah gelembong industri di Kulim Hi-Tech Park kerana saya yakin Kulim Hi-Tech Park kalau kita buat gelembong industri untuk tadi Yang Berhormat Gurun kata adalah ‘testing bad’. Saya yakin, kita akan menunjukkan kejayaan untuk kita sama-sama membuka peluang ekonomi yang lebih besar walaupun dalam fasa pandemik ke fasa endemik ini. Dan yang pastinya lebih hebat, idea yang baru saja tak penting, tetapi budaya dan pendekatan untuk kita sambung projek-projek yang lama. Bukan kata pentadbiran ini diukur baguihnya ada idea baru. Tapi untuk kita sambung idea-idea yang lama perancangan yang lama, sebab itu kita dah ada perancangan Kedah 2035 ini untuk kita terus jayakan dalam konteks untuk bangunkan Kedah secara keseluruhannya.

Saya ambik satu contoh yang saya sedih sangat dekat Bandar Baharu di mana satu projek LRA yang patutnya dijalankan, dimulakan pada tahun 2018 tetapi dihentikan. Sengsaranya orang Bandar Baharu tak dapat air bila projek LRA ni diberhentikan. Alhamdulillah, tahniah kepada Yang Berhormat Sungai Tiang yang telah berusaha bersungguh-sungguh bersama dengan SADA sehingga LRA ni telah dimulakan. Ini akan menyelesaikan banyak masalah bekalan air terawat di seluruh Daerah Bandar Baharu yang mana pakej ini merangkumi paip baru terus ke Relau. Takdak dah orang Relau nak tunggu tangki air SADA mai hantar air, paip baru terus ke Selama, tangka baru Sungai Taka, tangki Relau, tangki Pekan Bandar Baharu, tangki Kampung Ayer Putih, Serdang semua lah, rumah pam termasuk dalam pakej ini yang menyelesaikan banyak masalah rakyat di Bandar Baharu.

Saya juga ingin cadangkan supaya Kedah untuk pihak kerajaan melihat semula pembangunan bioteknologi melalui Kedah Bio Research Corporation sebagai sumber hasil baru kepada kerajaan. Buatlah kerjasama dengan Kementerian Sains dan Teknologi dengan bioteknologi negara yang mana sekarang ini bioteknologi negara berada di bawah Kementerian Petanian dan diharapkan akan diambil oleh pihak MOSTI dan Kedah Bio Research, Anak Syarikat Kerajaan Negeri mempunyai kekuatan di mana 61 skop agriditasi dengan pengujian makanannya, pengujian analytical makmalnya, pengujian medical devices, analisa untuk produk pertanian. Jadi, agensi-agensi kerajaan yang ada di seluruh Negeri Kedah ini buatlah kerjasama guna lah fasiliti ini dan jadikannya sebagai sumber hasil baru untuk Negeri Kedah. Dan saya suka juga untuk mencadangkan agenda teknologi hijau pada tahun 2015 itu dengan 14 strategik untuk diaktifkan semula supaya manfaat teknologi hijau dalam pertanian sektor industri dan pelancongan diteruskan. Contoh, yang diberikan dalam Titah Duli Yang Mulia Tuanku ‘Langkawi Low Carbon Island’. Saya taktau dah setakat mana progress ‘Low Carbon Island Langkawi’ yang telah dicadangkan sejak tahun 2015 dulu dan bagaimana ‘solar rooftop’ cadangannya di rumah PPR untuk mewujudkan satu pendapatan baru kepada isi rumah dan bagaimana projek kaedah penjimatan utiliti bangunan-bangunan kerajaan dalam teknologi hijau.

Dalam ICT dan ekonomi digital kita tau, usaha daripada norma baru sekarang ini, kita tak boleh dah dalam pendekatan yang lama. Semua dah digitalisasikan, ekonomi digital yang mana kita bawa ke rumah semua, restoran bawa ke rumah, sekolah kita bawa mai ke rumah, masjid pun kita bawa mai ke rumah. Ramai yang tak boleh pi masjid, tak boleh solat Jumaat lagi, dibawa masjid ke rumah. Ayah atau anak yang baca khutbah, di bawa ke rumah norma baru sekarang ni. Kedai kasut di bawa ke rumah, kedai baju di bawa ke rumah, sebab semua online, semua mai di rumah. Kita tak pi dah pun, sekolah takpi, kedai takpi dan teruskanlah pembangunan e-usahawan dan e-rezeki. Kalau di Bandar Baharu tu ramai yang dapat nikmat dalam ekonomi digital ini. Contohnya Maria, whatsapp saja anak di kuala lumpur tak boleh balik takleh rentas negeri. Whatsapp saja, “Maria, Maria tolong sat hantar hadiah hari jadi kat mak aku”. Sampai! Sampai, ekonomi digital. Nak kacau bubur asyura tak boleh berkumpul di masjid takleh buat program masak asyura, telefon lela. “Lela buat bubur asyura 300 bungkus, tolong buat dan sedekahkan, kongsi”. Sebab tak boleh berkumpul nak kacau bubur asyura, kalau dulu seronok kacau bubur asyura. Norma baru sekarang ni. Nak order kelulut, haa.. musim-msuim covid ni kelulut adalah ‘super food’ yang bagus, yang baik untuk melawan covid, imunisasi. ‘Contact’ saja kalau kat Bandar Baharu tu Mail Lambung, ada sedia dia.

Kita tahu sekarang ni apa yang menjadi masalah kepada kejayaan ekonomi digital ini adalah connectivity, connectivity (dengan izin) iaitu infra telekomunikasi internet dan juga jalur lebar yang kita tau memang ‘beyond’ (dengan izin) usaha kerajaan. Ini kita kena perlukan Kerajaan Persekutuan untuk membantu kita. Dan ‘quick win’ (dengan izin) dengan cadangan saya untuk sama-sama kerajaan negeri ‘activated’ semula, semakan semula pelan Kedah Digital dan Digital Langkawi.

Timbalan Speaker

YB. Bandar Baharu, tinggal lagi 2 minit!

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Ini penting ni Yang Berhormat Tuan Speaker, quick win ni YB. Tuan Speaker saya mohon yang mana juga saya minta untuk penambahbaikan KedahNet sebagai Network Kedah untuk menyelesaikan masalah ‘connectivity’ ini sebab dia merangkumi semua daerah tu Network Jalur Lebar Kedah. Dan banyakkan lagi hotspot-hotspot wifi yang mana telco Celcom, Telecom, banyak sangat pakej-pakej yang depa tawarkan. Selain kita buat ‘outreach’ vaksin, kita buat ‘outreach’ bersama dengan TELCOS untuk ‘connectivity’ ini kerana depa banyak pakej-pakej yang depa boleh sediakan dan pemantapan OSA di ‘State Secretary In Cooperation’ ini saya tengok satu usaha yang sangat baik tetapi bagilah SSI untuk menerajui banyak lagi royalty-royalty dan membuka peluang kepada syarikat-syarikat penyedia infra dan jangan terhadkan kepada 3 penyedia infra sahaja secara eksklusif.

Kepada peniaga saya mohon di Majlis Daerah Bandar Baharu, kita tau banyak dah permit-permit diberikan percuma. Tadi bagitau kata untuk pasar malam, banyak juga telah diberikan percuma bayaran tapak dan sebagainya. Saya memohon kerajaan negeri untuk membuat satu moratorium, bantuan modal one-off, bantuan ‘business coaching’ dan juga kalau boleh cucuk yang ‘typhoid’ pengendali makanan tu tak payahlah suruh depa buat dekat klinik swasta, kos sediakan di klinik kesihatan, bagi percuma kepada semua peniaga-peniaga dan penjaja.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih setinggi penghargaan kepada semua jentera pentadbiran Negeri Kedah dan ‘frontiliners’, wira-wira wati negara yang selama ini bertungkus lumus bertugas tanpa lelah dalam membantu kita menghadapi cabaran pandemic Covid-19. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Pegawai Kesihatan saya Dr. Rozaimah, kepada Dr, Fauziah, Pengarah Hospital Kulim, Haji Azmi di PPV dengan Dr. Idah yang mengetuai PPV saya, Dr. Jannah, Dr. Jacinta, St.John Ambulance Kedah Selatan dan semua staff kesihatan dan juga sukarelawan yang membantu saya. Tak lupa juga peranan PKOB dan Jawatankuasa Fokus Group Daerah Bandar Baharu yang mempunyai Pengkalan Data Krisis Dan Pelan Tindakan Segera dengan segala bantuan di Daerah Bandar Baharu kepada golongan yang terjejas. “No one left behind’’, kata orang Bandar Baharu, kata orang Matang Simpok, “no want left behind” untuk bantuan di Bandar Baharu dengan kesepaduan PKOB dan jawatankuasa. Nak landing dah, Yang Berhormat Tuan Speaker, nak landing dah dan saya cadangkan supaya penubuhan Pusat Agro Sains dan Teknologi di Kedah di Daerah Bandar Baharu dan kami tawarkan Daerah Bandar Baharu sebagai satu Bandar Teknologi Hijau kerana kami telah mempunyai satu pusat penyelidikan di Sungai Kecik Hilir sejak 2019 telah membuat penyelidikan untuk tenaga solar, biogas, genset, dynamometer dan sebagainya.

Kami dah mempunyai masjid daerah yang telah menjana pendapatan solar rooftop RM1,600-RM3,000 sebulan sepanjang pandemik sejak 2015 dan kami mempunyai 8 rumah sahaja asnaf yang terlibat dalam rooftop my suria sejak tahun 2017 menjana pendapatan RM250 sebulan kepada isi rumah, kami mempunyai strict lighting solar sejak 2016 dan pilih lah Bandar Baharu sebagai Pusat Agro Sains Dan Teknologi dan juga Bandar Teknologi Hijau. Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya mengakhiri perbahasan ini dua pantun daripada saya.

Sungai Kerian sumber pendapatan, Tempat tumpuan para nelayan, Hasilnya udang galah dan juga ikan, Produk Bandar Baharu selain durian.

Norma baru itulah amalan, Era pandemik penuh cabaran, Tekadkan usaha beri tumpuan, Dahulukan rakyat segerakan tindakan.

Bandar Baharu pohon menyokong usul menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Sekian, wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih YB. Bandar Baharu. Seterusnya saya persilakan YB. Jitra!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi robbil álamin wassola tuwassala muála asyrofil anbiya’ iwalmursalin waála alihi wasohbihi ajma’in. YB. Tuan Speaker, saya juga menyertai perbahasan untuk menjunjung titah ucapan perasmian pembukaan yang telah disampaikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah semalam. Saya sangat tertarik dengan apa yang telah dititahkan oleh Tuanku Sultan. Sebagai seorang yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar, saya lihat bahawa titah Tuanku itu sangat sarat dengan nasihat dan teguran membina tidak hanya kepada kerajaan negeri tetapi juga kepada kita semua. Dan mengenali Tuanku Sultan melalui sesi-sesi mengadap pra Exco, saya sedar bahawa baginda sultan sentiasa prihatin soal kebaijkan rakyat Negeri Kedah ini dan hendak yang terbaik bagi negeri kita ini. Apa juga komen-komen menyentuh Kedah yang dilaporkan dalam media baik dalam akhbar ataupun di kaca tv, terus dibangkitkan kepada Menteri Besar dalam sesi-sesi mengadap pra Exco sehinggakan saya ingat banyak potongan laporan akhbar yang disampaikan kepada Menteri besar untuk diberi komen ataupun diambil tindakan. Ini biasanya berkait dengan isu-isu alam sekitar, pelancongan kebudayaan selain kesejahteraan rakyat.

Saranan Tuanku Sultan agar kerajaan negeri ini merangka perancangan yang teratur dan jelas berdasarkan fakta dan angka agar tumpuan tidak dibazirkan dengan pelaksanaan program yang tidak terarah, susun semula gerak kerja, jangan sering berubah-ubah kerana akan merugikan sumber dan tenaga. Semua teguran-teguran ini bertujuan tak lain tak bukan untuk melihat Kedah dapat tangani banyak cabaran, banyak krisis yang kita hadapi ketika ini dan mengorak langkah ke hadapan yakin dengan kemakmuran yang boleh kita capai yang kita impikan semua. Tapi, soalnya ialah bagaimana ini boleh dapat dikecapi. Yang pertamanya, pada pendangan saya ialah tadbir urus yang baik iaitu mencontohi amalan-amalan terbaik ataupun ‘best practices’ (dengan izin) dan belajar daripada pengalaman yang ada. Jangan kita hanya bersikap ‘reactive’ kepada sesuatu yang berlaku ataupun kita bertindak balas, tetapi kita mestilah bersikap ‘proactive’.

Kes kepala air yang melimpah dari Gunung Jerai baru-baru ni sebenarnya boleh berlaku lagi jika hujan berpanjangan turun dekat puncak gunung. Dan kalau melebihi had takungan, nauzubillahi minzalik, pecah lagi dan melanda kampung-kampung dan taman-taman perumahan di kaki gunung. Bencana yang melanda di Yan dan Kuala Muda pada 18 haribulan ogos yang lepas, berlaku lagi pada 2 haribulan September tapi pada skala yang kecil. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ketika itu baru 2 hari mengangkat sumpah dalam jawatannya, melawat tempat kejadian dan mengumumkan peruntukan RM75 juta ringgit. Saya sedikit keliru mengenai angka itu sebab ada laporan menyatakan RM78 ada yang sebut RM75 juta.

Walaupun kerja-kerja pembaikan jabatan, naik taraf sungai, bantuan mangsa, sangat dialu-alukan tetapi kerja-kerja mitigasi perlu kita segerakan supaya tidak berulang lagi kejadian seperti itu. ‘Intake’ air di Tupah dan di Gurun dan fasa 1 Empangan Sabo, perlu segera dilaksanakan. Mungkin juga saya cadangkan diletakkan alat-alat pengesan atau pun ‘sensor’ baik oleh pihak JPS ataupun Jabatan Meteorologi supaya sekiranya jumlah air yang turun di kawasan atas Gunung Jerai itu melepasi satu had ianya akan ‘trigger’ (dengan izin) amaran, loceng amaran mungkin di kawasan-kawasan perumahan supaya penduduk kita boleh ambil tindakan yang sewajarnya sebelum berlakunya kejadian lagi.

Yang keduanya ialah krisis pandemic Covid-19 ini dan impaknya kepada ekonomi impaknya kepada kehidupan rakyat. Fakta dan angka yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah sangat penting supaya kita dapat membendung penularan penyakit ini. Selain mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menambahkan dan menyegerakan jumlah vaksin untuk rakyat Kedah, kita juga perlu perbanyakkan ujian PCR ataupun RTK, dua dua pun boleh. Diperluaskan bagi memastikan kadar jangkitan yang dilaporkan itu, jangkitan positif yang dilaporkan itu tidak hanya datangnya daripada pesakit-pesakit yang bergejala yang datang jumpa doktor sebaliknya datang daripada ujian-ujian yang kita buat baik dengan PCR mahupun dengan Rtk. Selain daripada itu, kerja-kerja mengesan atau ‘tracing’, ini pun satu perkara yang sangat penting, ianya perlu dilakukan dan SOP kuarantin bagi pesakit positif juga perlu dikuatkuasakan. Hanya dengan pendekatan yang menyeluruh dan berdasarkan kaedah-kaedah saintifik, kita boleh buat keputusan dengan yakin mengenai pembukaan sekolah, masjid, pasar dan pasaraya tanpa kita bersikap pukul rata seperti PKPD yang dilaksanakan di Kuala Kedah baru-baru ni. Apakah tindakan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah-masalah ini? Adakah kesemua isu-isu ini dilepas tangan kepada Kerajaan Persekutuan? Adakah selalu digunakan alasan, ini arahan MKN ataupun arahan pejabat kesihatan tanpa kita mengambil sesuatu tindakan untuk memastikan keadaan rakyat itu tidak terus melarat.

Yang ketiganya, kerajaan negeri juga perlu benar-benar menghayati keadaan rakyat sekarang ni, dan rangka strategi jangka pendek dan jangka panjang dengan dasar fiskal yang mampu ditanggung oleh negeri. Dilaporkan pada 7 haribulan September baru-baru ni bahawa Kedah mencatat simpanan kewangan tertinggi iaitu sebanyak RM635 juta. Kerajaan negeri telah dilaporkan berbelanja RM32.4 juta untuk pelbagai inisiatif bantuan rakyat semasa pandemik ini. Jumlah itu merupakan hanya 5% daripada jumlah keseluruhan RM635 juta. Saya yang pertamanya harap angka RM635 juta ini benar dan tepat dan kalau pun ianya benar, saya rasa sudah tiba masanya kerajaan negeri membuat keputusan untuk membelanjakan jumlah yang lebih besar sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan negeri lain. Kita lihat kerajaan seperti Perak dan Johor telah pun mengumumkan, Melaka pun termasuk mengumumkan jumlah yang mereka boleh belanjakan untuk rakyat. Dan ini satu perkara yang perlu diambil kira secara serius oleh kerajaan negeri. Baginda Tuanku sudah pun menegur supaya kerajaan negeri ini rancang pembangunan disusun berdasarkan fakta dan angka, ini penting. Hentikan kenyataan-kenyataan yang menegelirukan seperti pampasan pembalakan 1 billion ringgit, mineral hasil bumi 43 trillion ringgit bertukar menjadi 60 billion, projek di Padang Mat Sirat Langkawi 40 billion, projek litar lumba Bukit Malut 1.3 billion, bayaran

deposit untuk pengambilan tanah KXP 1 billion, pelaburan kilang panel solar di KHTP 42.23 billion, semua billion-billion belaka. Bila banyak daripada angka-angka yang diumumkan ini akhirnya terbukti tak tepat, rakyat semakin lama hilang keyakinan terhadap kepimpinan negeri ini. Maka, saya mengulangi apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Gurun tadi hati-hati lah dalam membuat kenyataan kerana Yang Amat Berhormat Jeneri dan rakan-rakan yang lain di belah sana mewakili kerajaan ini dan mewakili Negeri Kedah Darul Aman. Jadi, ini satu perkara yang penting diberi perhatian untuk menjaga imej negeri kita ini. Pada waktu yang sama, mestilah terbuka terima kritikan, anggap lah itu sebagai lumrah dan cabaran. Ha! Itu lah yang dititahkan oleh Tuanku.

Janganlah disuruh pegawai-pegawai membuat laporan polis ugut untuk disaman dan sebagainya. Sebagai pemimpin, kita memang tak lepas daripada melakukan kesilapan. Itu saya akui. Tak mungkin kita boleh tahu semua benda, dari soal kewangannya, pentadbiran semua daerah, keadaan keselamatan, ekonomi, industri, kesihatan, pendidikan, GLC, perkembangan projek dan lain-lain lagi. Banyak benda nak kena tengok. Maka sebagai Ketua Eksekutif sebuah negeri, saya sarankan Yang Amat Berhormat Jeneri, sebenarnya tak perlu tahu secara terperinci semua perkara-perkara itu. Saya dulu pun takkan dapat tahu semua benda tapi kita boleh lah mengelilingi diri kita ni dengan pakar-pakar yang cekap dalam bidang masing-masing, pegawai-pegawai dan penasihat-penasihat ini lah yang dapat menasihati kita mengenai pelbagai perkara. Keupayaan seorang Menteri Besar untuk mendapat maklumat ataupun nasihat…. Sekejap, bagi saya habis ayat ni. Yang terbaik dari mereka inilah yang membantu untuk dibuat keputusan yang tepat untuk dilaksana. Ya sila!

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Baik! Terima kasih YB. Jitra. Kita melihat dengan keadaan YAB. Jeneri yang mengetahui banyak benda, YB. Jitra kata tak perlu tau semua. Tapi dengan fokus dan apa yang diketahui oleh YB. Jitra ini lah yang menyebabkan apa yang dirancang itu, keputusan dapat dibuat dengan cekap dan cepat sehinggakan projek yang sudah banyak tahun dibincangkan, tak boleh nak direalisasikan tapi Alhamdulillah, kali ni dia mampu untuk laksanakan. Adakah itu yang YB. Jitra maksudkan tak perlu tau semua menyebabkan tergendala banyak? Silakan!

Bila seorang pemimpin buat keputusan, soal cepat atau lambat Itu bukanlah perkara yang perlu diutamakan. Yang paling penting, membuat keputusan yang tepat. Kalau nak ambil sedikit masa pun takpa, asalkan bila dah buat keputusan kita ‘go with it’. Maksud saya kita akan bernekad untuk melaksanakannya. Jadi, kalau lah tergesa-gesa buat keputusan akhirnya mendapati keputusan itu silap, nak membetulkan tu lagi susah. Jadi, itu daripada pengalaman saya, mungkin YAB. Jeneri berlainan tapi saya hanya nak sampaikan apa cara saya dulu. Ya, silakan!

Tuan Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Terima kasih YB. Jitra, terima kasih YB. Tuan Speaker. Saya rasa dalam urusan ini mungkin lah kalau pihak ‘back bencher’ nak puji YAB. Jeneri pun hebat lah sebab saya tengok dalam senarai Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri ni untuk bincang pasal SOP bagi tahun 2021, mesyuarat bilangan 1 pada 4 Januari, mesyuarat bilangan 2 tak jumpa dah, sampai bulan 9. Mungkin keputusan ni adalah ‘single’ apa nama kebolehan.

Yang kedua YB. Jitra, saya nak tanya sikit bila sebut billion-billion tadi billion-billion, trillion-trillion tu, saya rasa rakyat akan terpesona dengar tapi rasa susah sebab waktu ni waktu pandemic covid ini sesak sangat. Kebetulan macam bulan lepas bulan Ogos sahaja korban kematian di Kedah 458, mengatasi jumlah sebelum ni. Kemudian, korban kematian bulan September ni pun dah hampir mencecah 1,000 bulan ni saja dan rakyat ni ketika nak bawa keluar jenazah daripada hospital, kena bayar. Dah sesak, susah, kena bayar dan mereka ni adalah golongan B40. Jadi, apa cadangan YB. Jitra supaya golongan ini dibantu oleh pihak kerajaan?

Saya bukanlah Menteri Besar sekarang ni tapi, saya telah nyatakan sebelum ni, kalau lah saya memegang jawatan itu, semua projek-projek gergasi ini saya tangguhkan dulu. Biarlah tangguh setahun dua tahun pun takpa asalkan kita beri perhatian kepada masalah yang lebih besar iaitu krisis yang melanda negeri kita ini yang mengakibatkan begitu ramai sekali rakyat kita hilang nyawa.

Seterusnya, saya masa pun tak cukup Yang Berhormat Speaker, kalau boleh saya nak teruskan. Sebenarnya Yang Amat Berhormat Jeneri sudah pun mempunyai akses kepada banyak pakar-pakar yang saya maksudkan tadi. Di kalangan Pegawai-pegawai Tadbir, baik daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Timbalan-timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, BPEN, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Daerah termasuk pakar-pakar di luar kerajaan negeri. Ini adalah pakar-pakar ekonomi, pegawai-pegawai tinggi kementerian, ramai orang Kedah, ahli-ahli korporat. Semuanya sanggup dan bersedia untuk membantu Kedah. Adakah mereka ni diminta bantuan beri nasihat? Saya lihat contoh yang kami buat pada tahun 2013, Makmal Transformasi Kedah. Oleh sebab saya mengakui saya tidak mempunyai monopoli idea yang baik, maka saya minta BPEN dan juga UUM menganjurkan satu pemukiman yang berjalan selama 4 minggu melibatkan lebih 100 orang. Mereka itu datang daripada pelbagai jabatan kerajaan, Kerajaan pusat pun ada juga, pakar-pakar ekonomi, tokoh-tokoh akademik, wakil-wakil NGO untuk bercambah minda ataupun ‘brainstorm’ (dengan izin). Begitu banyak sekali idea-idea bernas yang telah mereka kemukakan, dibincangkan secara terperinci dan akhirnya diterima pakai oleh kerajaan negeri. Antara lain ialah KXP, KXP tu bukan idea saya, KXP tu datangnya dari Makmal Transformasi Kedah. Adakah Yang Amat Berhormat Jeneri dan kerajaan negeri adakan sesi-sesi ‘engagement’ (dengan izin) seperti itu untuk dapatkan idea-idea terbaik.

Yang keempatnya, tadbir urus yang bebas daripada salah guna kuasa ataupun salah laku. Tiada apa pun yang boleh kita jayakan tanpa integriti. Lebih-lebih lagi lah dalam kepimpinan dan pentdbiran tertinggi sesebuah kerajaan. Kita dikejutkan berita pada 1 haribulan Ogos, 5 pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah ditahan oleh pihak SPRM kerana disyaki terima rasuah untuk pindah hak milik tanah secara yang tidak sah. Gejala rasuah mesti disekat di mana-mana ia berlaku. Kerajaan negeri dan Yang Amat Berhormat Menteri besar perlu ambil serius perkara ini. Pada zaman kita dulu, Kedah negeri pertama yang setuju syor Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempatkan seorang Pegawai Kanan SPRM di Pejabat Menteri Besar. Adakah Yang Amat Berhormat Jeneri laksanakan? Kalau tidak, kenapa?

Akhir sekali yang nombor lima, rakyat sangat mengharapkan satu lembaran baru untuk negeri ini setelah kepimpinan kerajaan bertukar walaupun seperti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sebut dalam titah Tuanku, pelantikan kepimpinan baharu melalui proses rundingan tertutup bukan lah satu penyelesaian mutlak, ini hanyalah langkah kecemasan dalam menghadapi masalah yang lebih besar. Sudah 16 bulan berlalu sejak Yang Amat Berhormat Jeneri menjadi Menteri Besar, kenapa masih lagi ungkit hal-hal lama oleh kerajaan terdahulu tanpa idea-idea baru untuk dicanangkan demi rakyat. Titah Tuanku sebut, kenyataan James Freeman Clarke, ada satu lagi kenyataan daripada Clarke yang berbunyi, (dengan izin) “strong, convictions, precede, great, actions”. Saya syorkan kepada Yang Amat Berhormat Jeneri dan kerajaan negeri, bulatkan tekad untuk lakukan yang terbaik untuk Kedah, hentikan ‘politicking’ yang melampau, terima nasihat dan teguran dengan dada yang lapang……..(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

YB.Jitra, 2 minit lagi!

Ya! Sehingga lah habis Penggal ke-14 ni sebelum PRU diumumkan. Saya melihat bahawa kami-kami yang berada di sebelah sini di dalam Dewan ni pun bersedia untuk membantu. Apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Gurun tadi memberi gambaran kesudian dan kesediaan pihak pembangkang untuk berganding bahu bersama pihak kerajaan semata-mata untuk kebaikan dan kepentingan rakyat negara dan negeri kita ini. Kalau kita boleh kurangkan ‘politicking’, tambah pula lagi politik yang bersifat toksik yang menimbulkan kemarahan rakyat. Saya yakin, banyak masalah yang kita hadapi kebanyakannya berat-berat belaka. Saya kata tadi covid, ekonomi, kehidupan, peluang pekerjaan dan sebagainya itu peluang perniagaan dapat kita atasi bersama dan setelah itu bila tibanya Dewan ini dibubar, boleh lah kita balik kepada usaha untuk menambat hati rakyat agar mereka menyokong kita sewaktu pilihanraya. Jadi, itu saja yang ingin saya sampaikan. Dengan itu, saya menyokong Usul Junjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman semasa Perasmian Pembukaan Sidang DUN kali ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih YB. Jitra. Jam di depan kita ni 12.54, saya rasa kalau saya nak teruskan perahasan seterusnya macam tak berapa cantik lah. Ya…YB. Kuala Nerang?

Tak dengar Yang Berhormat, boleh terus ka?

Timbalan Speaker

Tak! Tak! Saya tak jemput lagi! Sebab tu saya kata masa berbaki 6 minit, saya rasa kalau saya benarkan jadi tergantunglah.

Tak berapa jelas. Sambung besok ka? Saya bercakap sikit, kemudian esok sambung. Boleh na?

Timbalan Speaker

Mukadimah! Ya.. Terima kasih.

Mukadimah saja! Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi robbil ‘alamin wassola tuwassala muala asyrofil anbiya iwal mursalin saidina muhammadin wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. Robbish rohli sodri wayarsirli amri wahlul uddatan millisani yafkhohu khauli, ‘ammabaq.

Qalallahu subhanahu wa ta’ala ba'da Audzubillahiminasyaitonirrojim;

Walau Anna Ahlal-Qurā Āmanụ Wattaqau Lafataḥnā 'Alaihim Barakātim Minas-Samā`I Wal-Arḍi Wa Lāking Każżabụ Fa Akhażnāhum Bimā Kānụ Yaksibụn. Sadakallahul’azim.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, terima kasih beri peluang kepada saya, Yang Amat Berhormat Menteri besar Ahli-Ahli Yang Berhormat Exco, Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, para pegawai dan kakitangan kerajaan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Syukur Alhamdulillah, terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk menyokong Usul Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah di atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku kelmarin.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, Alhamdulillah walaupun kita masih dibelenggu dengan pandemic covid, tetapi kita diberi peluang oleh Allah s.w.t. untuk bersidang dengan SOP yang ketat dan waktu yang amat terhad serta pembahas yang terhad. Sidang DUN adalah satu medan untuk kita Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk mewakili suara rakyat untuk disampaikan di dalam Dewan yang mulia ini. Namun demikian, kita sangat menyedari bahawa di sana terbuka medan yang luas untuk kita mengutarakan dan menyelesaikan masalah rakyat.

Saya amat yakin bahawa Yang Amat Berhormat Menteri besar, barisan kepimpinan Exco, ketua-ketua jabatan, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri dan semua kakitangan kerajaan yang sangat komited dan sangat professional sentiasa memberikan ruang dan terbuka untuk berbincang. Mereka sangat prihatin untuk mendengar masalah rakyat dan sekaligus secara tuntas membantu menyelesaikan setiap aduan dan masalah rakyat dengan pantas dan bijaksana. Saya juga yakin InsyaAllah, Yang Amat Berhormat Menteri Besar hari ini tentu dan pastinya telah dan akan terus melakukan rundingan menerima pandangan, pendapat terutamanya daripada jentera kerajaan, daripada pegawai-pegawai kerajaan. Cumanya, kelebihan Yang Amat Berhormat kita harini ialah dia membawa beberapa gagasan idea-idea baru dan perubahan yang tidak dibuat barangkali oleh kepimpinan sebelum ini yang menyebabkan beliau dicemburui dan barangkali termasuk jugak oleh Yang Amat Berhormat-Yang Amat Berhormat sebelum ini. Saya percaya, saya yakin InsyaAllah, pemimpin-pemimpin negara dan negeri harini bukan seperti pemimpin-pemimpin yang terdahulu. Tetapi sebaliknya mereka sangat prihatin dan sedaya upaya mereka bersikap adil kepada rakyat. Nanti sat Yang Berhormat, baru intro ni! Gear satu pun tak masuk habis lagi!

Sebab nak habis dah. Sat lagi boleh sambung esok. Sikit saja pasal ada sikit saja silap kenyataan. Bagi dak?

Sat ya Yang Berhormat na, terima kasih. Nanti saya bagi peluang InsyaAllah, takdan hari ni kita bagi besok.

Bagi dak?

Nak perabis muka surat ni dulu, sat lagi kita masuk muka surat yang lain pula.

Bagi lah hari ni, esok soalan esok!

Takpa! Takpa! Esok kita kira sekali na? Buktinya tuan-tuan seperti disebutkan tadi bahawa dalam kerajaan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat hari ni diberikan beberapa peruntukan yang belum pernah diberikan sebelum ini. Peruntukan menguruskan Pusat Khidmat Wakil Rakyat umpamanya dan juga walaupun tidak banyak, ada peruntukan untuk pembangunan yang diurus selenggara oleh wakil-wakil rakyat pembangkang. Kita perhatikan sebenarnya tidak ada diskriminasi dan tekanan kepada mana-mana pihak termasuk para pegawai kerajaan yang saya difahamkan merasa selesa dengan kepimpinan yang ada pada hari ini. Dan ini sangat selari dengan 2 daripada 6 teras yang disebut dalam dasar Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. Apa dasarnya? Dasar yang pertama ialah yang disebut Al-Hurriya, ertinya kebebasan. Yakni semua pihak bebas mengeluarkan pandangan yang boleh membawa kebaikan. Dan yang kedua adalah dasar Al-‘Adalah atau adil, yakni keadilan untuk semua bangsa, merentasi bangsa, agama, status dan warna kulit.

YB. Timbalan Speaker, semua ini dilakukan demi kepentingan rakyat dan negara, yang mengatasi kepentingan politik sempit.

Timbalan Speaker

YB. Kuala Nerang, masa sudah tamat!

Terima kasih YB. Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pembahas-pembahas pada hari ini dan juga kepada semua yang membuat celahan-celahan bermanfaat dengan cadangan, syor dan pandangan yang baik serta puji pujian kepada semua jentera kerajaan di semua peringkat. Saya harap budaya ini merupakan satu norma baru politik perbahasan yang saya rasa sangat-sangat positif lah, memberi kelegaan kepada semua kita, ahli-ahli politik dan semua jentera kerajaan yang bertungkus lumus untuk memangunkan negeri secara bersama.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan ditangguhkan sehingga jam 9.00 pagi esok.

[Dewan ditangguhkan pada jam 1.07 tengahari]