Kedah · 22 September 2021

14th Assembly, 4th session, 1st meeting · 260 turns · 26,986 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan disambung semula. Kita mulakan dengan bacaan doa. Silakan!

Setiausaha Dewan

-DOA

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, kelmarin saya ada memberi makluman yang penggulungan Exco diberi masa 15 minit seorang. Tapi memandangkan kita kesuntukan masa, dalam sesi Penggulungan Exco nanti saya menawarkan masa cuma 13 minit kepada setiap Exco manakala YAB. Jeneri kita peruntukkan 25 minit untuk penggulungan. Dengan cara ini saya jangka Sidang pada 23 haribulan besok akan dapat ditamatkan sekitar pukul 1.15 tengahari.

Urusan seterusnya.

Setiausaha Dewan

Sambungan kepada sesi pertanyaan-pertanyaan mulut.

Sambungan Sesi Pertanyaan-Pertanyaan MulutQuestions

Speaker

Soalan nombor 7.

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Tuan Speaker, saya mohon jawapan kepada soalan nombor 7 berkenaan dengan korban kematian akibat Covid di Negeri Kedah.

Dato' Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

7. Pohon dinyatakan:-a) Pecahan korban kematian Covid-19 mengikut bulan setiap daerah sejak Januari 2020 hingga September 2021. b) Apakah sistem sokongan oleh kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan?

Speaker

Silakan!

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuH. Bismillahirrahmanirrahim. Untuk jawapan kepada YB. Suka Menanti, beliau ingin mengetahui tentang pecahan kematian mengikut bulan dan daerah. Buh ni (face shield) tak nampak!

Speaker

Ya…ya...saya sokong!

Sejak Januari 2020 hingga September 2021 dan sistem sokongan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan. Untuk jawapan kepada soalan (a) Pecahan korban kematian COVID-19 mengikut bulan setiap daerah sejak Januari 2020 hingga September 2021. Secara keseluruhannya, kematian yang didaftarkan bermula Januari 2020 sehingga Disember 2020 adalah tidak banyak sepertimana kematian yang didaftarkan pada tahun 2021. Data yang saya ada pada 2020 ‘in patient’ 12, ‘Brought In Dead’ 2, itu data yang diberi kepada saya lah.

Walau bagaimanapun, bilangan dan rekod kematian akibat COVID-19 pada tahun 2020 sedang dalam pengemaskinian oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan akan dimaklumkan setelah data tersebut selesai untuk tahun 2020.

Tetapi bilangan kematian yang disebabkan oleh COVID-19 dari bulan Januari hingga 05 September 2021 (ini data yang telah dikemaskini sehingga 5 September) adalah berdasarkan kematian yang didaftarkan di hospital di daerah adalah seperti berikut. Hospital Sultanah Bahiyah, Januari 5, Februari 2, Mac 1, Mei 71, Jun 41, Julai 128, Ogos 218, sehigga 5 September 38, jumlah semua 504. Hospital Sultan Abdul Halim, Januari 0, Februari 0, Mac 0, April 1, Mei 41, Jun 45, Julai 160, Ogos 229, September 21, jumlah 497. Hospital Kulim, Januari, Februari, Mac, April 0, Mei 6, Jun 17, Julai 71, Ogos 205, September 36, jumlah 335. Untuk Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, Januari, Februari,

Mac, April 0, Mei 1, Jun 0, Julai 8, Ogos 24, September 2, jumlah 35. Hospital Jitra hanya bulan Mei 3, Jun 2, lain kosong, jumlah 5. Hospital Kuala Nerang, Januari, Februari, Mac, April 0, Mei 8, Jun 1, Julai 9, Ogos 41, September 14, jumlah 73. Hospital Yan, Januari, Februari, Mac, April, Mei 0, Jun 2, Julai 10, Ogos 14, September 0, jumlah 26. Hospital Sik, Januari hingga Mei 0, Jun 2, Julai 16, Ogos 13, September 1, jumlah 32. Hospital Baling, Januari hingga Mei 0, Jun 3, Julai 12, Ogos 30, September 2, jumlah 47. PKRC ILKKM Kulim, bulan Ogos 2, yang lain 0. Jumlah semua, untuk Januari ada 5, Februari 2, Mac 1, April 1, Mei 130, Jun 113, Julai 414, Ogos 776, September 114, jumlah semua 1,556. Untuk bahagian (b) Kerajaan Negeri telah membantu keluarga mangsa dari segi pengurusan pengebumian jenazah COVID-19 yang diuruskan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri dengan mematuhi sepenuhnya garis panduan dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pemantauan ketat oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) setiap daerah. Kerajaan Persekutuan pula membantu dari segi sumbangan khairat kematian berjumlah RM5,000.00 / seorang daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kepada keluarga yang kematian ahli keluarganya disebabkan COVID-19. Permohonan ini boleh dilakukan oleh ahli keluarga mangsa dan dihantar terus kepada NADMA untuk diproses. Bagi anak-anak yang kematian kedua ibubapa akibat COVID-19 dan hilang punca pendapatan isi rumah, penjaga bagi kanak-kanak tersebut bolehlah berhubung dengan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) bagi mengetahui dengan lebih lanjut jenis bantuan yang bersesuaian untuk dipohon seperti JKM. Sekian, terima kasih.

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Terima kasih YB. Tokai dan terima kasih YB. Tuan Speaker. Nanti saya mohon supaya ‘detail’ itu diberi secara bertulis tak pa mengikut daerah kan. YB. Tuan Speaker, yang ingin saya tanyakan tentang isu ini ialah pertama kita mengucapkan tahniah kepada ‘frontliner’ yang bekerja keras, walaupun jumlahnya agak besar tadi, kalau kita tengok ‘summary’ tadi jumlah awal hingga Julai 437, Ogos saja 458 dan sampai sekarang September 793. September ni boleh pi sampai 1,000 kalau ikut jumlahnya. Kita juga berterima kasih di atas sumbangan RM5,000 yang akan diberi selepas ini. Cuma yang saya nak mohon supaya Kerajaan Negeri Kedah supaya lebih prihatin kerana mereka-mereka yang kehilangan nyawa ahli keluarga mereka ini bila nak keluarkan jenazah dari hospital ada beberapa bayaran, dia tak panggil mandi lah kan, tayamum, kafan dan keranda dan sebagainya sekitar RM1,000 ke RM1,400 sebelum dikira tentang kos perkuburan. Jadi, saya minta supaya diberikan perhatian kalau boleh kerajaan negeri menyumbang ataupun meringankan mereka ini dengan gerenti bayaran itu sebelum mereka mendapat bayaran sumbangan RM5,000 sebab rata-rata yang korban ini adalah daripada golongan B40 lebih-lebih lagi sekarang ini 580,000 keluarga M40 pun dah jadi B40 ketika ini. Yang pertama.

Yang kedua, saya ingin tahu juga apakah strategi, pendekatan Kerajaan Kedah untuk mengkaji tentang ‘Brought In Dead’ ini untuk kita minimakan kelompok ini. Sebab saya yakin, YB. Tokai adalah orang yang paling sensitif dengan isu virus Covid-19 ini sebab orang lain boleh melihat tetapi dia sendiri yang menanggungnya. Saya ucapkan terima kasih, saya harap diberikan perhatian sepenuhnya.

Terima kasih YB. Suka Menanti dengan soalan tambahan. Yang pertamanya saya nak menafikan tentang bayaran yang dikenakan oleh hospital lah. Hospital tak kenakan bayaran, bayaran ini dikenakan oleh agensi-agensi pengurusan jenazah, nak bawa balik jenazah sebab Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian, kes covid ini bila dimasukkan ke wad, mulanya dikatakan covid tetapi setelah 28 hari mereka dirawat biasanya kalau yang sihat dimasukkan ke wad biasa ataupun ICU biasa bukan ICU covid. Kalau dijemput oleh Allah s.w.t meninggal, maknanya mereka ini diberi surat pelepasan daripada jangkitan covid. Maknanya ahli keluarga boleh menguruskan jenazah tersebut biasanya selepas 28 hari. Jadi, inilah kemungkinan apabila keluarga nak ambil jenazah tersebut, agensi-agensi pengurusan jenazahlah yang meletakkan harga. Hospital memang tidak meletakkan harga. Mungkin kos-kos tersebut InsyaAllah kita boleh fikirkan di peringkat negeri untuk membantu mereka-mereka ini.

Dan yang keduanya dengan strategi ‘Brought In Dead’. Kita tau statistik negara ‘Brought In Dead’ ini 84% yang ‘Brought In Dead’ ini dikaji mereka ini tidak divaksin, ‘unvaccinated pandemic of Covid-19’ (dengan izin) dan 14% daripada mereka ini tidak mendapat akses kesihatan ataupun tidak mempunyai sejarah pergi ke hospital, ke klinik sama ada klinik kerajaan ataupun klinik swasta. Ini maknanya peranan semua pihak lah saya rasa, dalam masyarakat, dalam keluarga, ahli keluarga kita, anggota masyarakat kita, hendak memastikan semua rakyat di Negeri Kedah ini supaya mendapat akses kesihatan, pemeriksaan kesihatan ataupun apa yang telah kita laksanakan untuk B40 untuk mereka mendapat rawatan ataupun pemeriksaan kesihatan secara berkala. Saya rasa inilah suatu benda yang penting yang perlu kita hebahkan kepada masyarakat. Terima kasih.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

YB. Tuan Speaker, ini berkaitan dengan soalan tambahan tadi. Pengurusan jenazah.

Speaker

YB. Derga!

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Tak pa, ini isu penting. Minta selepas YB. Derga, YB. Tuan Speaker beri kepada orang lain juga untuk bertanya.

Speaker

YB. Derga kalau tak larat bercakap saya nak potong buang.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

YB. Tuan Spekaer, YB. Tokai, soalan tadi pasal pengurusan jenazah yang bukan muslim mereka terpaksa diuruskan oleh pihak luar. Jadi, berkenaan ‘charge’ tersebut sama juga beribu-ribu. Yang ni memang tak mampu ditanggung khusus oleh golongan B40. Jadi, minta YB. Tokai lihat isu ini dan saya ingat isu ini telah pun dibawa kepada YB. Lunas juga kelmarin. Terima kasih.

Speaker

YB. Tokai tunggu sat!

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Jawab sekali! Jawab sekali! Terima kasih. Terima kasih YB. Tuan Speaker, kita tau kerajaan banyak bantu berkenaan dengan covid ini, MySalam, NADMA, PERKESO, NGO-NGO menyediakan banyak fasiliti termasuklah pengebumian, kepada kita sajalah nak pilih NGO mana nak kebumi dan sebagainya beserta dengan kos. Saya nak bertanya kepada YB. Tokai berkenaan dengan pandemik ini iaitu adalah menjadi satu justifikasi yang sangat kuat bahawa kita sekarang ini di Kedah perlukan peningkatan dan juga naik taraf semua fasiliti dan juga aset-aset di hospital dan juga klinik. Jadi, untuk menyelesai dan menghadapi pandemik ataupun endemik dan sebagainya selepas ini. Jadi, apakah tindakan kerajaan ke atas pelan tindakan untuk menyediakan fasiliti ini sebab banyak dah yang tertangguh di hospital-hospital seperti Hospital Kulim, Hospital Kuala Nerang untuk kita menyelesaikan masalah kesihatan di Negeri Kedah. Terima kasih.

Speaker

YB. Pengkalan Kundor!

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Soalan saya masih berkait dengan BID. BID rifleks kepada ‘sapport system’ yang perlu diperbaiki.

Speaker

1 minit saja YB. Pengkalan Kundor!

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Yang saya duk sebutkan semalam adalah ‘enhancement’ ataupun pemerkasaan di peringkat komuniti sangat-samgat penting. Yang kedua, adakah YB. Tokai sedar bahawa Julai, Ogos dan September ini daripada segi kematian dan juga BID, Kedah duduk nombor 2 dan nombor 3. Jadi, itulah gesaan saya supaya ‘empowerment’ tadi ‘enhancement’ kepada komuniti itu patut diperkasakan sungguh-sungguh untuk memastikan bahawa perkara ini tidak lagi berlanjutan pada masa hadapan. Terima kasih.

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Terima kasih YB. Tuan Speaker, YB. Tokai. Kita tau, nampak tadi daripada jawapan YB. Tokai di mana kes di Kedah mula tinggi pada bulan Mei dan ‘spark’ pada bulan Julai, Ogos macam tu lah kematian yang sangat tinggi. Saya nak tanya, adakah ini kerana bekalan vaksin di Negeri Kedah sedikit dan lambat sebelum bulan Ogos? Kita tau selepas bulan Ogos ada peningkatan yang banyak tetapi kerana kita lambat pada bulan April, Mei, Jun dan Julai dan kerana kita lambat dapatkan vaksin kepada kebanyakan penduduk dan menjadikan kes covid yang melonjak tinggi serta kematian yang banyak. Itu soalan daripada saya. Terima kasih.

Terima kasih kepada 4 orang soalan tambahan.

Speaker

Tak pernah lagi berlaku, ini kali pertama!

Tak adil ni! Kira tak adil ni, tak adil ni! YB. Derga, YB. Pengkalan Kundur, YB. Bakar Arang, juga YB. Bandar Baharu dan YB. Derga. InsyaAllah perkara ini akan kita bawa ke dalam Mesyuarat Negeri kerana ia memerlukan dana dan dana ini kita akan bincang dengan SFO (YB. Pegawai Kewangan Negeri) lah. InsyaAllah perkara ini akan kita bawa ke dalam mesyuarat.

Untuk YB. Bandar Baharu aset-aset, baru-baru ni pun bila Menteri Kesihatan datang, Ketua Pengarah Kesihatan datang kita telah suarakan perkara-perkara ini dan Alhamdulillah dalam masa terdekat ini beliau kata akan membekalkan selinder oksigen, yang dah bekal 2,000, akan datang 10,000 lagi. Ini antara aset-aset yang telah dijanjikan dan ada yang telah kita bawa dalam mesyuarat bersama dengan Menteri Kesihatan dan juga Ketua Pengarah Kesihatan.

Untuk YB. Pengkalan Kundor berhubung dengan ‘empowerment’. Memanglah kita ada banyak agensi-agensi di peringkat mukim, peringkat kampung dan inilah yang sedang dan akan digunakan oleh pusat-pusat kesihatan di kampung untuk kita turun ke masyarakat dan kita sendiri, peranan wakil rakyat juga kita memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan. Bukan apabila sakit saja kita perlu ke klinik, pemeriksaan kesihatan kepada mereka-mereka yang mungkin kalau sekarang ni B40, mungkin sekarang ini B40 dah bertambah dengan suasana ekonomi yang merudum sekarang ini. Inilah peranan yang perlu kita mainkan, masyarakat perlu mainkan dan juga di pusat kesihatan serta anggota-anggota lain, Pegawai Daerah, Penghulu misalnya.

Seterusnya kepada YB. Bakar Arang, saya ingat YB. Bakar Arang sendiri telah menjawab sendiri soalan yang dia tanya. Memang kalau kita lihat hari ni punya Covid Now ni, ‘death per hundred peoples’, ‘kematian dalam 100,000 penduduk’. Kedah berada di nombor 4, atas Kedah, Sabah 7.3, atas Sabah, Johor 12.3, atas Johor, Pulau Pinang 16. Kita berharap dengan RT Kedah pada hari ini 0.88 berbanding dengan RT Kebangsaan 0.95, kita harap kita punya jangkitan akan menurun dan juga kes kematian akan menurun. Memanglah pada mulanya kita dijanjikan 260,000 dos untuk 1 minggu dalam bulan Julai, bulan Mei memang kurang, bulan Jun kurang, bulan Julai memang kita dijanjikan. Tetapi oleh kerana kes yang berlaku di Selangor, Greater Klang Valley, banyak kes, ramai kematian pada ketika itu, di pihak CITF Pusat membawa dos yang sepatutnya kita dapat dibawa ke Greater Klang Valley kerana menjadi pusat pentadbiran, pusat ekonomi, kegiatan-kegiatan ekonomi negara berkumpul di Greater Klang Valley. Jadi, kita mendapat dos yang kurang. Itulah antara puncanya, jawapan telah pun diberikan oleh YB. Bakar Arang. Terima kasih YB. Bakar Arang.

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

YB. Tuan Speaker, sedikit soalan, tambah.

Speaker

Soalan nombor 8!

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

YB. Tuan Speaker, ini perkara penting Tuan Speaker.

Speaker

Soalan nombor 8!

Encik Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

YB. Speaker, saya pohon jawapan untuk soalan nombor 8.

Encik Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

8. ‘Travel Bubble’ di Langkawi dijangka bermula pada bulan September.

Pohon dinyatakan:-

a) Berapakah unjuran kemasukan pelancong domestik dan luar negara?

b) Sejauh manakah jaminan kemasukan pelancong luar negara tidak mencetuskan kluster Covid-19 yang baharu?

YB. Tuan Speaker, bagi menjawab soalan daripada YB. Adun Ayer Hitam berkenaan dengan ‘Travel Bubble’ di Langkawi, dijangka bermula dan telah pun dirasmikan pada 16 September yang lalu dan soalan berkenaan berapakah unjuran kemasukan pelancong domestik ke Langkawi. Bagi menjawab soalan (a), unjuran pelancong domestik yang akan masuk adalah seramai 200 ribu hingga penghujung tahun 2021.

Soalan (b), Sejauh manakah jaminan kemasukan pelancong luar negara tidak mencetuskan kluster Covid-19 yang baharu. Untuk makluman semua dan juga YB. ADUN Ayer Hiam, sehingga kini border masih lagi tidak dibuka untuk pelancong luar negara. Mungkin saya boleh menjawab bahawa sehingga kini tidak ada lagi jangkitan yang berlaku terhadap pelancong yang masuk ke Langkawi, yang ada hanyalah kes local, kes dalam Langkawi sahaja dan bukannya kes yang dibawa oleh pelancong ke dalam Pulau Langkawi. Terima kasih.

Encik Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

YB. Tuan Speaker, soalan tambahan saya. Sebelum tu tahniah kepada pihak kerajaan negeri yang telah menyahut seruan Kerajaan Pusat untuk membuka Pulau Langkawi sebagai pusat pelancongan di era PKP ini kerana ia merupakan satu langkah yang baik yang boleh memberi sinar baharu kepada pemain-pemain industri pelancongan di Pulau Langkawi, khususnya dan juga memberi peluang kepada rakyat yang selama ini agak ‘tention’ kerana terbelenggu dengan masalah PKP boleh lepaskan perasaan mereka ataupun dapat menghiburkan hati dengan suasana yang telah lama mereka terkurung.

Soalan saya YB. Tuan Speaker, esok InsyaAllah Jeti Kuala Kedah akan beroperasi semula setelah ditutup akibat PKPD. Soalan saya, sejauh manakah kesan bila kita tutup Jeti Kuala Kedah, ‘income’ kepada Negeri Kedah ini sebab bila kita tutup Kuala Kedah mereka akan pergi ke Kuala Perlis, Pulau Pinang ataupun ke airport dan sebagainya. Apakah kesan kepada kerajaan negeri yang boleh menyebabkan kerajaan kehilangan sumber pendapatan dan sebagainya contoh begitulah.

Yang keduanya, sejauh manakah kesan SOP yang dikenakan kepada pelancong-pelancong yang masuk ke Langkawi beberapa hari ni lah. Sebab kita rasa bila adanya SOP yang ketat menyebabkan pelancong-pelancong rasa tak selesa untuk datang ataupun terhalang untuk datang ramai-ramai. Sejauh manakah kesan itu berlaku? Terima kasih.

YB. Tuan Speaker, terima kasih YB. Ayer Hitam atas 2 soalan tambahan. Yang pertamanya berkenaan penutupan Jeti Kuala Kedah. Apabila diumumkan bahawa Langkawi akan dibuka pada 16 September dan pada masa yang sama diumumkan Jeti Kuala Kedah ditutup disebabkan oleh PKPD. YB. Tuan Speaker, saya pegang Portfolio Usahawan juga jadi, saya rasa agak kerugian dan juga ketirisan ekonomi orang-orang Kedah bila pelancong yang hadir untuk ke Langkawi terpaksa ‘direct’ ke Kuala Perlis. Apabila ditanyakan kesan, kesannya memang akan dirasai oleh penduduk dalam sekitar Kuala Kedah apabila minyak orang isi di Kuala Perlis, orang makan pun makan di Kuala Perlis, beli makanan ringan pun di kedai Kuala Perlis. Jadi, ekonomi dalam tu akan dirasai oleh orang Kuala Kedah. Alhamdulillah, bila diumumkan bahawa PKPD tidak akan disambung dan esok YB. Exco Pengangkutan akan ke Kuala Kedah untuk buka semula, kita akan dapat baliklah nikmat pembukaan Langkawi ini kepada rakyat Negeri Kedah itu sendiri. Itu untuk soalan yang pertama.

Soalan yang kedua, sejauh manakah SOP yang telah pun dilakukan ataupun dibuat di Langkawi? SOP yang telah pun dibuat ini adalah satu contoh untuk dibawa ke tempat-tempat lain dan kejayaan SOP ini adalah sebagai salah satu perintis kepada tempat-tempat lain yang akan dibuka. Saya tengok, tidak ada lagi jangkitan yang pertama yang dibawa ke Langkawi dan kejayaan di peringkat saringan di KLIA, 5 orang terpaksa ditunda perjalanan apabila disahkan positif, ini sangkut di tempat saringan, belum lagi sampai ke Langkawi. Makna kata SOP yan diterapkan ini amat baik dan juga pihak polis di Pulau Langkawi menjalankan ‘checking’ dan pematuhan SOP dengan cukup baik sehingga kini.

Untuk makluman juga, apabila kejayaan Langkawi dalam dalam dua tiga empat hari ini dilihat positif, maka kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Menteri Pelancongan telah mengumumkan bahawa 1 Oktober ini akan buka di tempat-tempat peranginan yang lain seperti Melaka dan sebagainya. Ini adalah salah satu contoh yang baik SOP di Langkawi. Terima kasih, Assalamualaikum.

Speaker

YB. Kubang Rotan!

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Terima kasih kepada YB. Tuan Speaker dan YB. Kuah. Soalan saya, ‘RoadMap Kedah’ selepas pasca Covid-19 yang melanda, kerajaan negeri ini masih lagi menguruskan peralihan dari Fasa 1 ke Fasa 2, kita masih lagi di Fasa 1.

Apakah perancangan kerajaan negeri untuk melihat ‘RoadMap’ selepas pasca Covid-19 ini yang akan dibawa ke Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa ke 4.

Yang keduanya adalah bantuan ‘one/off’ kepada peniaga-peniaga terutama yang melibatkan pelancongan, ‘travel agency’ dan sebagainya. Terima kasih.

Terima kasih YB. Kubang Rotan atas 2 soalan tambahan juga. Yan pertamanya berkenaan ‘RoadMap’. Apabila kita tengok kejayaan pembukaan ataupun telah diumumkan pembukaan Langkawi makna kata ini adalah salah satu ‘signal’ bahawa pelancongan akan dibuka dan mungkin dalam masa terdekat nanti rentas negeri juga akan dibuka. Maka ketika itu, segala perancangan, ‘RoadMap’ yang telah pun dibincangkan sebelum ataupun sekarang ini kita akan melihat kembali dan kita akan buat untuk pelancongan di sebelah tanah besar Negeri Kedah ini.

Yang keduanya bantuan one/off. Seperti yang diumumkan oleh YAB. Jeneri berkenaan peruntukan RM1 juta, itu juga termasuk untuk pemain-pemain industri kita. Sekiranya peruntukan itu tak cukup maka kita akan buat permohonan semula bergantung kepada keadaan kewangan semasa kerajaan negeri. Terima kasih.

Speaker

Soalan nombor 9!

Encik Yeo Keng ChuanPKR · PHKulim

YB. Tuan Speaker, pohon jawapan soalan nombor 9.

Encik Yeo Keng ChuanPKR · PHKulim

9. Kerajaan Negeri Kedah telah mengagihkan lebih 100,000 bakul makanan sejak Mac tahun 2020 melalui mekanisme pengagihan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

Pohon dinyatakan:-

a) Jumlah bakul makanan atau peruntukan yang diterima oleh PKOB di setiap daerah di Negeri Kedah.

b) Kandungan dan kos kepada setiap bakul makanan.

c) Jumlah panggilan yang diterima oleh PKOB semasa PKP.

d) Berapakah jumlah permohonan yang ditolak dan alasannya?

Hajah Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. Terima kasih YB. Kulim, terima kasih YB. Tuan Speaker. Soalan pertama, Kerajaan Negeri Kedah telah mengagihkan lebih 100,000 bakul makanan sejak Mac tahun 2020 melalui mekanisme pengagihan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB). Pohon dinyatakan; (a) Jumlah bakul makanan atau peruntukan yang diterima oleh PKOB di setiap daerah di Negeri Kedah. Untuk jawapan (a) Kerajaan telah memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Negara termasuk Negeri Kedah bermula dari 1Hb.Jun,2021 hingga kepada peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Julai 2021 sehingga kini.

Dalam mengoperasikan keputusan tersebut, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah (JKM) telah membuat persediaan awal untuk penyaluran bakul makanan kepada semua Ketua Isi Rumah (KIR) serta penduduk yang terkesan dengan perintah kawalan pergerakan tersebut. Peruntukan bagi pengagihan bakul makanan tersebut adalah daripada Kerajaan Negeri Kedah dengan menggunakan peruntukan yang disalurkan kepada JKM Negeri Kedah melalui perbelanjaan sedia ada diluluskan pada Tahun 2021.

Bantuan ini disalurkan kepada mereka yang memerlukan dan terkesan akibat daripada penularan pandemik COVID-19 dalam tempoh pelaksanaan PKP dilaksanakan. Dalam melaksanakan agihan bakul makanan ini, JKM bekerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Ikatan Relawan Rakyat (RELA) melalui penyelarasan agihan di PKOB Daerah.

Untuk jumlah bakul makanan dan peruntukan disalurkan di kawasan PKPD melalui PKOB tahun 2020. Pertamanya Daerah Kota Setar sebanyak 5,000 bakul makanan, tarikh PKPD iaitu 11hb. 9.2020 hingga 25hb.9.2020 dengan peruntukan berjumlah RM250,000.00. Untuk Daerah Pokok Sena iaitu Kluster Penjara, 706 bakul makanan disediakan, tarikh PKPD pada 20 Oktober 2020 dengan jumlah kesluruhan RM70,600.00. Untuk daerah yang ketiga Daerah Kuala Muda iaitu Amanjaya sebanyak 4,863 bakul makanan disediakan dan tarikh PKPD 28.8.2020 hingga 27.9.2020 dengan peruntukan berjumlah RM486,300.00. Jumlah keseluruhan bakul makanan yang disediakan dalam tempoh PKPD seanyak 10,569 bakul makanan dengan jumlah RM806,900.00.

Bagi jumlah bakul makanan dan peruntukan kerajaan negeri disalurkan kepada penduduk melalui PKOB sehingga September tahun 2021, pertamanya Daerah Langkawi jumlah perolehan 6,500 bakul makanan dengan kadar seunit RM50.00 dengan nilai sebanyak RM326,000.00 dengan jumlah agihan sebanyak 5,998 agihan yang berjumlah RM299,900.00. Untuk daerah yang kedua iaitu Baling, jumlah perolehan iaitu 8,250 dengan jumlah satu kadar iaitu RM50.00 dan jumlah peruntukan yang diperuntukkan RM412,500.00 dan jumlah agihan yang telah dibuat iaitu 7,826 jumlah agihan dan peruntukan yang telah diperuntukkan sebanyak RM393,800.00. Untuk Dareah Pendang, 5,500 perolehan dengan kadar sunit iaitu RM50.00 dengan jumlah nilai sebanyak RM275,000.00 dengan jumlah agihan sebanyak RM5,148.00 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM257,400.00. Untuk Daerah Yan sebanyak 7,000 perolehan dibuat….(YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Kayu Hitam, boleh tak YB. Bukit Kayu Hitam nyatakan perolehan saja? Jadi, ringgit-ringgit tu fahamlah kalau perolehan tu banyak ni…..

Hajah Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Ok, untuk Daerah Yan tadi, jumlah agihan yang kita buat 6,658 bakul dengan peruntukan RM332,700.00. Saya boleh bagi semua secara ‘detail’ dalam ni, kalau nak suruh saya habaq satu-satu. Ok, kalau nak ikutkan keseluhan jumlah perolehan yang kita buat iaitu 79,500 bakul makanan dengan peruntukan berjumlah RM4,275,000.00.

Untuk soalan (b), kandungan dan kos kepada setiap bakul makanan. Untuk jawapan itu, untuk makluman semua, kandungan setiap kos bakul makanan. Yang pertamnya kita sediakan beras 5 kg. atau setara kuantitinya satu unit, keduanya minyak masak 1 kilogram atau setara dengan kuantiti, satu unit juga, gula pasir 1 kilo atau serata, tepung gandum 1 kilogram setara dengan 1 unit, biskut cream craker atau setara 1 unit, teh 100 gram jenama Boh atau setara 1 unit, kopi 100 gram jenama Kapal Api dan setara 1 unit, susu tin jenama Teko dan setara 1 unit, sardin 400 gram jenama AAA ataupun setara 1 unit. Kadar bakul makanan adalah RM50.00 untuk setiap bakul makanan.

Untuk jawapan (c), jumlah panggilan yang diterima oleh PKOB semasa PKP, ringkasan laporan, Pusat Kawalan Operasi Bencara (PKOB) Negeri Kedah bagi setiap daerah sehingga 12 September 2021 terutamanya Daerah Kota Setar kita telah menerima aduan sebanyak 18,150 aduan, Daerah Kuala Muda 16,760 aduan, Kubang Pasu 5,217 aduan, Kulim 5,381 aduan, Langkawi 8,914 aduan, Baling 6,429 aduan, Sik 9,941 aduan, Pendang 6,969, Padang Terap 1,339 aduan, Yan 7,140 aduan, Bandar Baharu 3,469 aduan, Pokok Sena 2,915 aduan. Jumlah keseluruhan adalah 92,216 panggilan aduan yang telah diterima. Untuk jawapan (d) Berapakah jumlah permohonan yang ditolak dan alasannya? Untuk makluman semua, permohonan yang diterima berkaitan aduan bakul makanan di PKOB Daerah dan Negeri telah disantuni oleh JKM dengan penyaluran bekalan kepada mereka yang benar-benar terkesan akibat PKPD. Sekian, terima kasih.

Encik Yeo Keng ChuanPKR · PHKulim

Di sini saya dapat aduan pesakit covid….(YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Tuan Speaker!

Encik Yeo Keng ChuanPKR · PHKulim

YB. Tuan Speaker, saya dapat banyak aduan pesakit Covid-19 yang kuarantin di rumah susah dapat bakul makanan dari PKOB. Saya sarankan, yang kuarantin perlu dapatkan

teruslah ‘kasi, janganlah tanya soalan sampai ke bulan. Dapat banyak aduan tentang permohonan susah nak hubungi PKOB seperti PKOB di Daerah Kulim. Hanya satu line saja 04, di sini saya cadangkan, tambahlah satu handphone line. Dengan handphone line ini pemohon boleh sampai mesej dan maklumat boleh sampai dan petugas PKOB pun dapat maklum balas. Saya cadangkan tambahkan khidmat smart phone line. Terima kasih.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Soalan tambahan, lebih kurang sama.

Speaker

Kalau sama tak payah lah.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Tapi berbeza.

Speaker

Ha, berbeza. Nanti bagi dia jawab yang YB. Kulim dulu. YB. Pengkalan Kundor, kita rai YB, Kulim dulu. Silakan YB. Bukit Kayu Hitam!

Hajah Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Terima kasih YB. Kulim di atas soalan tambahan. Setelah kita menjalani PKP dari semasa ke semasa dan penambahbaikan yang telah kita ambil di pusat PKOB di daerah, jadi Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat telah mengenal pasti masalah-masalah yang telah diajukan oleh penduduk semasa tempoh dibuat. Jadi, untuk mengatasi masalah itu kementerian pun telah melantik satu NGO di bawah kementerian iaitu Skuad Prihatin Negara yang mana telah mengagihkan bakul-bakul makanan ini untuk menampung aduan-aduan yang telah disampaikan kepada pusat PKOB yang tak mampu PKOB menghantarnya. Kita faham berkenaan masalah itu kerana PKOB ini dia ada beberapa orang staf sahaja sukarelawan daripada APM, JKM dan anggota-anggota yang bekerja secara sukarela. Jadi, kita menampung kerja-kerja itu bila penambahbaikan mesyuarat bersama menteri telah diadakan untuk kita strukturkan balik macam mana kita nak bagi rakyat yang terkesan itu menerima segala bentuk makanan dan kita tubuhkan Skuad Prihatin Negara.

Alhamdulillah, kalau kita tengok di setiap daerah kita selain daripada bantuan bakul makanan disediakan di PKOB iaitu 92,216 bakul makanan ini kita telah pun menerima bantuan agihan makanan daripada JKM iaitu daripada PERMAI sahaja berjumlah 66,281 bakul makanan. Bakul makanan daripada ADUN-ADUN juga kita dapat sebanyak 4,735 kesemua.

Untuk bakul makanan NGO-NGO lain kita ada 37,720 bakul makanan dan untuk JKM setiap penerima sumbangan JKM dia dapat juga bakul makanan daripada JKM iaitu kita namakan bakul PERMAI sebanyak 104,960 bakul makanan disediakan. Jadi, kalau kita tengok di sini jumlah keseluruhan di Negeri Kedah selain daripada kita campur dengan PKOB dan NGO-NGO yang lain, kita telah pun menerima dan telah menyalurkan bakul makanan sebanyak 317,524, jumlah keseluruhan termasuklah yang ADUN bagi, NGO, bagi, JKM bagi dan lain-lain lagi. Ini satu jumlah yang besar kalau kita target tadi cuma 100,000 tetapi pengagihan bakul makanan dibuat dalam tempoh PKP oleh kerajaan dan pihak NGO-NGO adalah sebanyak 317,524 bakul makanan.

Speaker

YB. Bukit Kayu Hitam, depa tanya tadi line PKOB tak cukup. Boleh tambah ka?

Hajah Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Untuk makluman YB. ADUN Kulim juga, setelah kita mendapat aduan, setiap PKOB itu ditambahkan lebih kurang dua atau tiga line untuk setiap daerah….(YB. Bandar Baharu mencelah)

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Terima kasih YB. Tuan Speaker. Saya rasa berkenaan dengan PKOB ni kita kena bagi satu penghargaan kepada PKOB yang diuruskan oleh semua Pegawai-pegawai Daerah. Tentang bakul makanan banyak sangat dah dan terlalu cukup. Kalau boleh pihak kerajaan sediakan satu insentif tambahan kepada semua petugas-petugas PKOB ini dan terima kasih juga kepada kerajaan yang memberi dana khas kepada PKOB bukan saja bakul makanan, untuk beli pampers, untuk beli susu dan sebagainya yang diuruskan oleh PKOB. Dan line-line telefon, untuk kuarantin tadi sebenarnya dah ada dah PKOB dengan pengkalan data bersama dengan Klinik Kesihatan, siapa kuarantin, siapa HSO automatik dah PKOB akan hantar, tak payah dah nak telefon-telefon dan tak perlulah line tambahan….(YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Bandar Baharu nak tanya ka nak habaq ka?

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Saya ingin bertanya kepada YB. Bukit Kayu Hitam untuk kerajaan menambahkan insentif khas kepada semua petugas PKOB bukan saja line, bukan saja bakul makanan, insentif khas kepada semua petugas PKOB termasuklah APM dan seterusnya untuk belanjawan yang akan datang.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

YB. Speaker, yang nak tanya saya, dia jawab apa.

Speaker

Dia tanya juga tu. Silakan YB. Pengkalan Kundor!

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Saya nak tanya sebahagiannya telah dijawab oleh….(YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Tuan Speaker! Tuan Speaker!

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

YB. Tuan Speaker, saya nak tanya, sebahagiannya telah dijawab oleh YB. Bandar Baharu tetapi tak betul. Contoh data, yang disebut tadi oleh YB. Bukit Kayu Hitam yang berhak menerima adalah mereka-mereka yang terkesan dan mereka-mereka yang memerlukan. Jadi, saya nak tanya data tadi data dari Kementerian Kesihatan iaitu data kuarantin. Sebagai contoh, bila saya turun di DUN saya, DUN Pengkalan Kundor majoriti daripada mereka-mereka yang dikuarantin tu tak dapat. Baru-baru ini saya turun, seorang individu, ‘single parent’ duduk rumah sorang-sorang, dia keluar merata, pakai gelang pink. Saya kata, “pakcik, pasal apa?”. “Saya nak makan apa?” Dia kata. “Saya nak makan apa, habaq kat saya, saya nak makan apa?” Saya kata, “pasal apa?” “Pakcik dah berapa hari duduk sorang-sorang tak dak sapa yang bagi kat saya ni, nasib baiklah hari ni YB. Pengkalan Kundor datang”. Daaakkk! (seluruh Ahli Dewan bersorak). Saya nak sebut data, ribu-ribu duk sebut tadi betul. Tapi, adakah mereka yang betul-betul memerlukan yang dapat? Itu yang saya nak tanya…(YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

YB. nak tanya ka nak habaq ni? Soalan dia?

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Terima kasih. Soalan dia data.

Speaker

Data! Nanti sat YB. Bukit Kayu Hitam, ada lagi tu, ringkas!

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Baik, YB. Tuan Speaker dan YB. Bukit Kayu Hitam. Penyelarasan dari sudut data di peringkat daerah-daerah antara PKOB dan Kesihatan telah pun dilakukan untuk bantuan dan penyelarasan dengan JPKK dan Penghulu. Adakah perkara ini dilaksanakan di semua daerah-daerah kerana kami di Yan, Alhamdulillah Pengerusi PKOB Tuan DO menyelaras semua bantuan ini dengan JPKK, dengan Penghulu, dengan semua agensi supaya maklumat dan data itu dapat diselaraskan. Jadi, mohon penjelasan.

Speaker

Silakan YB. Bukit Kayu Hitam! Goreng sekali.

Hajah Halimaton Shaadiah binti SaadBERSATU · PNBukit Kayu Hitam

Terima kasih YB. Tuan Speaker dan terima kasih kepada YB. ADUN Bandar Baharu, YB. Sungai Limau, YB. Tokai dan rakan-rakan yang lain. YB. Pengkalan Kundor, minta maaf (sambil ketawa) yang menanyakan soalan tambahan. Untuk pengkalan data yang akan kita kemaskini, yang bertanya mengenai talian yang agak sukar, satu aplikasi KedahCare telah dilancarkan untuk penambahbaikan aduan-aduan daripada PKOB setiap daerah untuk memudahkan permohonan bakul makanan melalui ‘online’. Kalau kata dah call PKOB tu tak jawab, kita buat KedahCare ni jadi tak perlulah call PKOB ni dan maklumat adalah secara ‘online’ boleh dapatkan detail nama untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Jawapan untuk YB. Bandar Baharu, kerajaan telah pun meluluskan insentif khas sebanyak RM200 sebulan diberi kepada petugas-petugas yang bertugas di PKOB. Selain itu, saya nak maklumkan bahawa Zakat juga, kita tak menidakkan Jabatan Zakat. Lembaga Zakat Negeri Kedah menyediakan program bakul makanan ‘food bank’, telah pun memberi kepada 578 buah masjid sebanyak 30 setiap bulan dengan jumlah sebanyak RM13,340.00 bakul makanan. Terima kasih.

Speaker

Soalan nombor 10! Tak mai. Soalan nombor 11!

YB. Tuan Speaker, sya mohon jawapan soalan nombor 11.

10. Mohon dijelaskan rasional kerajaan negeri meneruskan aktiviti pembalakan di Ulu Muda. Adakah ini bukti Kerajaan Negeri Kedah tiada inisiatif lain untuk menjana ekonomi negeri?

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

YB. Tuan Speaker, ingatkan takdan dah soalan nombor 11 ni, dan jugak (sambil ketawa), ingat terlepas dah. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, terima kasih YB. Jitra. Rasional kerajaan negeri meneruskan aktiviti pembalakan di Ulu Muda. Adakah ini bukti Kerajaan Negeri Kedah tiada inisiatif lain untuk menjana ekonomi negeri. YB. Tuan Speaker, Ahli-Ahli Dewan yang dikasihi sekalian, kerajaan negeri hanya meneruskan sahaja aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda bagi kawasan yang telah dikeluarkan lesen pembalakan sebelum daripada ini. Dalam hal ini, tindakan menghentikan aktiviti pembalakan oleh syarikat-syarikat pembalakan yang telah dilesenkan dan telah membayar sebahagian ataupun sepenuhnya premium yang dikenakan akan memberi implikasi undang-undang kepada Kerajaan Negeri.

Walau bagaimanapun, keputusan kerajaan negeri untuk meneruskan aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda adalah tertakluk kepada syarat-syarat tambahan yang diperkenalkan kemudian. Yang pertama sekali, pembukaan pembalakan tahunan adalah berdasarkan Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang telah ditetapkan dalam RMK-12, Catuan Tebangan Tahunan bagi Negeri Kedah telah ditetapkan oleh Majlis Tanah Negera, 4,200 hektar setahun. Walaupun kita ada kelulusan di Ulu Muda saja, 25,000 hektar kelulusan 2014 hingga 2020 sebelum kerajaan ini beralih, 25,000 hektar tapi lesen tebangan hanya akan dikluarkan bagi seluruh Negeri Kedah tidak akan lebih daripada Catuan Tebangan Tahunan 4,200 hektar. Kalau ambil kira semua sekali YB. Gurun, 25,000 Ulu Muda campur dengan di lain-lain lagi ada 75,000 hektar kawasan yang telah diluluskan. Kalau batal kena bayar balik duit premium ataupun kena pi mahkamah. Jadi, kita teruskan juga tapi dengan Catuan Tebangan Tahunan, 4,200 hektar. Kalau ambil hak ni saja, tebangan untuk kelulusan yang sudah ada akan mengambil masa 18 tahun. 18 tahun tak payah lulus kawasan baru dah, tebang hat tu saja.

Yang kedua, pembalakan dijalankan dengan kaedah Mesra Alam Sekitar dengan penggunaan mesin dan jentera pengusahasilan melalui sistem Log Fisher. Log Fisher ini diperkenalkan di Pahang kerana kerosakan-kerosakan mukabumi dalam kawasan pembalakan antaranya adalah kerana pembinaan jalan-jalan, nak pi ambil pokok dua tiga batang saja, jalan sampai dua tiga kilo, lebarnya pula, ha… nak pi ke pokok tu pun dia ada pokok lain lagi, dia belah jalan dulu. Oleh kerana sistem ini banyak membuka tanah-tanah, mendedahkan tanah kepada hakisan dan sebagainya, maka Jabatan Perhutanan telah memperkenalkan Log Fisher. Log Fisher ni pakai ‘tali lam’, orang kampung pakai ‘tali lam’ la ni YB. Gurun. Faham dak tak tau? ‘Tali lam’, bukan lam bomoh tu, pakai mesin macam kren tu, dia pakai tali pi tambat di pokok tu, dia tebang, dia tarik mai, jadi jalan tak payah buat. Pokok tak terbalik, pokok tak rosak. Pokok yang ditebang itu saja yang ditarik pergi ke matau. Log Fisher diperkenalkan di Pahang tetapi kosnya tinggi, tapi kita tak dak pilihan, daripada kita benarkan dibuat sistem konvensional buka jalan jadi macam tulang ikan. Ada satu jalan utama, kemudian ada jari lagi nak pi ke pokok, itu akan merosakkan alam sekitar. Kita kata nak teruskan, guna Log Fisher. Alhamdulillah, dalam 2 lawatan saya ke Ulu Muda sistem Log Fisher telah pun digunakan. Jadi, pembukaan jalan tak banyak.

Yang ketiga, menambah dan menetapkan Zon Penampan terhadap alur air dan alur sungai. Kalau zon penampan sebelum ni berapa zon dari sungai 20 meter kita suruh tambah jadi 40, yang tu tak boleh tebang, tak boleh usik. Kalau lebar sungai 20 meter, zon penampannya sekali ganda. Di tepi-tepi aliran sungai tidak berlaku tebangan dan aliran tanah tidak masuk ke aliran untuk mengeruhkan keadaan. Dalam pada itu, usaha memperkasakan ekonomi negeri, Kerajaan Negeri telah menggariskan pelbagai inisiatif di dalam “Pelan Pembangunan Kedah 2035” seperti pembangunan projek-projek berimpak tinggi dan perbandaran baharu yang lestari dan mampan.

Iniasitif-Inisiatif sebegini juga akan memberi impak ekonomi yang positif khususnya dari segi peluang pekerjaan kepada rakyat. Keadaan ini akan menyumbang kepada peningkatan hasil pendapatan kepada Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing melalui kutipan cukai tanah dan cukai pintu dengan wujudnya kawasan industri serta perbandaran baharu di Negeri Kedah tanpa bergantung kepada hasil daripada aktiviti pembalakan. Saya harap aktiviti pembalakan ini akan menjadi hasil terakhir kerajaan negeri pada masa akan datang, InsyaAllah.

YB. Tuan Speaker, saya ingin bertanya kepada YAB. Jeneri, sepertimana yang kita tahu dalam soal pembalakan ini ada 2 jenis kelulusan. Satu kelulusan untuk konsesi dan satu lagi lesen yang dikeluarkan. Saya lihat kenyataan yang telah dibuat oleh YAB. Jeneri pada bulan Julai tahun ini bahawa ada 75,000 hektar yang telah dikeluarkan kelulusan dan daripada kenyataan itu, sebentar tadi YAB. sebut 25,000 hektar di Ulu Muda dan laporan tadi 22,000 hektar, ada beza 3,000 hektar, saya tak tau ke mana dan 50,000 hektar lagi dikatakan di luar Ulu Muda. Saya ingin tahu pecahan yang mana yang lulus, yang mana yang lesen di antara tahun 2014 dan 2020 sepertimana yang dinyatakan oleh YAB. Jeneri dan sebelum itu dan sebelum 2014 kerana saya nak pastikan apakah yang dimaksudkan oleh YAB. Jeneri, adakah kesemua kelulusan-kelulusan termasuk lesen dikeluarkan hanya dalam tempoh 2014 hingga 2020 sahaja?

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

YB. Tuan Speaker, untuk ‘detail’ seperti yang diminta oleh YB. Jitra saya mohon besok saya bekalkan jawapan kawasan yang ‘detail’. Yang saya maksudkan tadi ialah 75,000 hektar itu telah diberi kelulusan, sebahagiannya telah dibayar premium 100% dan sebahagiannya telah dibayar 50%, sebahagiannya dibayar 25%. Kalau nak batal kena pulangkan balik premium, kalau dia tak mau terima, dia kata kita pi mahkamah sebab kami dah buat kelulusan, modal dah kami keluar, kawasan dah kami servey, pokok dah kami tanda.

Kelulusan yang kedua adalah kelulusan tebangan, itu yang saya sebutkan tadi CTT. Setiap tahun lesen tebangan hanya boleh dikeluarkan seluas 4,200 hektar sahaja. Untuk kelulusan konsesi, 75,000 hektar seluruh Negeri Kedah. Kawasan yang ‘detail’ saya akan bagi besok YB. Jitra, pohon notis sikitlah. Terima kasih.

Speaker

Soalan nombor 12!

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Pohon jawapan soalan nombor 12.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

12. Senaraikan aktiviti yang berjaya dilaksanakan di bawah portfolio pembangunan insan di dalam suasana pendemik ini?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Tuan Speaker, seterusnya YB. Bukit Lada. Soalan, aktiviti yang berjaya dilaksanakan di bawah portfolio pembangunan insan di dalam suasana pendemik ini. Pembangunan insan adalah antara strategi utama kerajaan negeri untuk membangunkan Negeri Kedah dalam Pelan Kedah 2035 melalui Teras 4, ‘Keseimbangan Modal Insan dan Bakat’, pelbagai program/aktiviti telah dirancang. Namun, dengan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelbagai program yang telah dirancang dan disesuaikan untuk dilaksanakan. Di antara program ketika PKPP pertamanya iaitu Kursus Kemantapan Jati Diri Anak Muda iaitu untuk melahirkan tema Kepimpinan Generasi Al-Qawiy. Yang kedua, program dilaksanakan adalah Program Semarak Ar-Rayyan. Semarak Ar-Rayyan ini program yang secara fizikal ketika PKP iaitu kita mentadabbur Surah Al-Gujrat kerana Surah Al-Gujrat ini kesesuaian iaitu tunjuk ajar ingatan kepada masyarakat. Di antaranya apabila menerima berita-berita daripada penyampai berita hendaklah tabayyun dulu.

Yang kedua, hubungan di antara kekeluargaan ukhwah. Program Semarak Ar-Rayyan ini dilaksanakan di Daerah Langkawi, Daerah Pokok Sena, Daerah Kubang Pasu, Pendang, Kulim dan Sik. Apabila terlibat dengan PKP, Program Semarak Ar-Rayyan ini diteruskan dengan Semarak Al-Furqan kerana Ar-Rayyan ini digunakan untuk bulan Ramadan, kerana Ar-Rayyan ini nama satu pintu syurga untuk orang yang berpuasa. Selepas daripada puasa, kita gunakan Semarak Al-Furqan iaitu nama Al-Quran. Semarak Al-Furqan ini dilaksanakan dengan maya, tidak dengan secara fizikal iaitu di Parlimen Kota Setar, Daerah Kuala Muda, Parlimen Jerlun dan Daerah Baling. Itu program yang dapat kita laksanakan iaitu Semarak Ar-Rayyan dan juga Semarak Al-Furqan.

Program seterusnya Program Pembangunan Jati Diri bersama warga KEDA. Yang ini kita laksanakan juga iaitu di KEDA Batu 13, Pokok Sena. Program pembangunan insan yang kelima ialah Program Pembangunan Insan Tekno, Usahawan Tahfiz, Pusat Pengajian Maahad Tahfiz Daerah Sik dengan kerjasama IKM MARA, Sik.

Yang seterusnya program bersiri, Webinar, Vaksin Rohani iaitu program sedang berjalan, sekarang ini setiap hari Khamis jam 3.00 petang melalui aplikasi Zoom, Google Meet dan juga FB Live bermula dari 5 Ogos yang lalu. Besok ada, besok ada program itulah, Webinar, Vaksin Rohani. Yang ketujuh, program yang dilaksanakan pembangunan insan adalah Kapsul Rohani. Kapsul Rohani dalam Slot Feminar Radio KedahFM iaitu setiap Jumaat pukul 12.15 sehingga 12.45. Kapsul Rohani akan disiarkan berkala oleh pihak DJ setelah disiarkan pada hari Jumaat.

Yang kelapan, Program Malam Generasi Pewaris Malaysia Sejahtera iaitu 30 Ogos yang lalu sempena Hari Kemerdekaan diadakan secara maya di FB dan juga zoom. Itulah sebahagian daripada program pembangunan insan yang sempat dilaksanakan secara fizikal dan juga maya dalam suasana pandemik covid ini. Sekian, terima kasih.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Soalan tambahan saya ialah yang pertama saya ingin mengucapkan tahniah kepada….(YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Tuan Speaker!

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

YB. Tuan Speaker…

Speaker

Ish! Saya ajar ni pun lama dah, 2 tahun dah saya ajar tak ‘qhab’ lagi no!?

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Tak ‘qhab’ no? YB. Tuan Speaker, InsyaAllah, saya mengucapkan tahniah kepada Pembangunan Insan walaupun dalam keadaan PKP ini dapat melaksanakan program yang begitu banyak dan saya mengharapkan program-program ini dapat diperkasakan lagi dan adakah program ini menyeluruh kepada semua sama ada peringkat umur dan sebagainya?

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

YB. Tuan Speaker, soalan tambahan.

Speaker

Nak bagi YB. Kota Siputeh ka? YB. Pengkalan Kundor muka dia keluar tv banyak dah.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Bukan! Penting, saya dulu Exco Pembangunan Insan. Jadi, sangat ‘relevent’.

Speaker

Ha, silakan!

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Dalam keadaan covid hari ni, saya rasa banyak insan yang ‘down’, ‘mentally down’ daripada segi kesihatan mental. Bukan sahaja nak bangunkan insan tetapi kesihatan tidak berapa baik daripada segi mental tadi harus dibina dahulu, saya rasa. Sangat-sangat penting saya rasa sekarang ini apabila masjid ditutup dan seumpamanya keadaan kesihatan mental menurun dan saya rasa fokus di zaman covid ini adalah memberi fokus kepada perkara ini dahulu. Nak bersama pun tak pa, yang tu ok tapi ini saya rasa patut diberi fokus. Data-data ada dengan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah semua ni, jadi saya mengharapkan yang itu YB. Tuan Speaker.

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Sekali boleh kut YB. Tuan Speaker, sekali?

Speaker

YB. Merbau Pulas jawab! Kita nak masuk…

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Boleh gabung sekali?

Speaker

Ha..Bolehlah!

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Ok, terima kasih YB. Tuan Speaker…

Speaker

Hat tu yang nak bagi tu…(seluruh hadirin ketawa)

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

YB. Merbau Pulas, saya nak bangkitkan isu anak-anak kita yang mengikuti PdPR di rumah sewaktu pandemik ini. Jadi, mereka banyak dengan handphone lah, dengan peranti kan. Baru-baru ini menurut laporan SUHAKAM pada Mei 2021 terdapat 250% kanak-kanak kita terlibat dengan pornografi. Jadi, apa peranan Bahagian Pembangunan Insan untuk membantu pelajar-pelajar kita ini supaya mereka tidak terlibat dengan video-video lucah dan sebagainya yang boleh mengganggu pembelajaran mereka? Sekian, terima kasih.

Terima kasih soalan tambahan. Pertamanya daripada YB. Bukit Lada…. (YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

Tuan Speaker!

Ya, YB. Tuan Speaker. Nantilah kita panggil YB. Dato’ Speaker, InsyaAllah.

Speaker

YAB. Jeneri, depa kata bagi Dato’ senang nak panggil depa kata (seluruh hadirin ketawa).

InsyaAllah, ‘coming soon’! Yang dipersoalkan daripada YB. Bukit Lada iaitu disebut tadi sasaran yang telah kita buat. Kalau Program Generasi Al-Qawiy ini adalah kepada generasi anak muda yang berusia 19 hingga 25 tahun yang kita buat. Saya tambah, Semarak Ar-Rayyan ini kepada seluruh masyarakat masa itu sebab dalam Program Semarak Ar-Rayyan itu kita bagi anugerah kepada anak muda, anugerah kepada lelaki dewasa, wanita dewasa yang mengimarahkan kampung itu dan masjid itu. Itu terlibat secara langsung lah.

Yang seterusnya apabila Program Webinar, disebut oleh YB. Pengkalan Kundor dan juga YB. Kota Siputeh. Program Webinar ini ada tajuk-tajuk dia. Kalau tajuk untuk anak-anak PdPR ini ada tajuk dia dan ada juga tajuk yang diberi untuk kesihatan mental, “Risau Pun Ada, Stress Pun Ada, Nak Buat Lagu Mana?” Ini tajuk dia, dah pun berlangsung. Boleh dilihat dalm FB Pembangunan Insan iaitu telah dibicarakan oleh Professor Datuk Noraznizar Bin Ishak iaitu Professor Pusat Pengajian Psikologi Gunaan Dasar dan Kerja Sosial UUM, ini dah ada. Kalau untuk PdPR pun ada, di sini disebut iaitu motivasi kepada guru, tajuknya “PdPR Oh PdPR, Otak Segar Hati Pun Tak Tawar”, pun dah berlangsung kita dah buat untuk anak-anak. Bermakna pelbagai peserta yang hadir ni pelbagai lapisan masyarakat yang ada sebenarnya.

Seterusnya kalau besoknya, besok adalah “Mai Nak Habaq Bagaimana Nak Hadapi Covid” oleh Ustaz Mohd Nizam iaitu pensyarah UUM juga. Ini di antara sebahagian yang kita telah rancang, telah buat dan Program Webinar ini akan seterusnya sampai ke hujung tahun, setiap minggu boleh dilihat dan didengar dalam Radio KedahFM iaitu dalam Slot Femina. Setiap program pembangunan insan ini yang terlibat secara langsung adalah dengan Maahad Tahfiz iaitu Program Bersama dengan Maahad Tahfiz di Sik iaitu pembangunan insan kita adakan…(pakai mask ni dia rasa macam tak berapa selesa lah YB. Tuan Speaker), iaitu program pembangunan insan melalui Program Tekno Usahawan Tahfiz ini dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA), dengan Majlis Agama Islam Daerah Sik iaitu antara kursus yang ditawarkan kepada anak-anak Maahad Tahfiz Al-Tarbiah Al-Islamiah Al-Wataniah iaitu seramai 10 orang. Kursus yang ditawarkan ialah Kursus Pendawaian Elektrik, 1 fasa, Kursus Penyelenggaraan Penyaman Udara. Ini adalah di antara yang kita bagi selain daripada Maahad Tahfiz ini menghafaz Al-Quran, mereka juga akan mendapat kemahiran-kemahiran yang mereka boleh berada dalam masyarakat untuk mereka mendapat pendapatan ekonomi pada masa depan. Wallahu’alam, terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Kita telah selesai dengan soalan pertanyaan mulut. Kita cuma berjaya hari ini selesai 5 soalan sahaja, kelmarin 6 soalan. Jadi, kita kurang satu soalan hari ini. Tak pa lah, yang penting kita dapat menyampaikan apa yang kita nak tanya. Cuma yang saya duk tengok la ni, orang tanya sikit saja, yang kita piiii….Kodiang, Kuala Nerang apa semua nu. Orang nak tanya nak pi Alor Merah saja pi kut mana? Kalau boleh orang tanya nak pi Alor Merah kut mana, jawab pi Alor Merah sudah lah, toksah pi Kodiang, toksah pi Kuala Nerang. Na? Hat tu teguran orang tua-tua lah kepada semua.

Silakan Setiausaha!

Setiausaha Dewan

Sambungan Perbahasan Usul menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah secara dasar.

Sambungan Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.Motion

Speaker

Silakan kepada yang bercakap 5 minit sahaja kelmarin, silakan 15 minit lagi.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, wassolatu wassalamu 'ala rasulillah waman tabiáhu wanasorohu waman walah. Wayarsirli amri wahlul uddatan millisani yafkhohu khauli 'amma ba’.

YB. Tuan Speaker, YAB. Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Semua pihak diajak bersama-sama dengan kerajaan pada hari ini bagi menangani masalah secara bersama yang melibatkan kepentingan bersama yang meliputi isu kesihatan, keselamatan, ekonomi, pendidikan, agama, sosial dan sebagainya….(YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Kuala Nerang! Kuala Nerang! Nanti sat nak tengok apadia?

Kelmarin ni YB. Kuala Nerang kata nak bagi saya tanya pagi ni hat bercakap kelmarin.

Sat gi! Sat gi! Sat gi Yang Berhormat, ni baru…

Bagi ya? Sat gi bagi ya?

InsyaAllah! InsyaAllah! Saya bagi, jangan bimbang!

Speaker

Dia baru pasang enjin ja Yang Berhormat.

Ha…Tak pa!

Dan saya akan cuba lajukan sebab masa yang terhad kepada saya, InsyaAllah. Sebenarnya tindakan ini amat selari dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa pemimpin-pemimpin politik hendaklah berjiwa besar dengan meletakkan kepentingan negeri dan negara mengatasi kepentingan diri. Dan saya percaya apa yang dijawab oleh YAB. Menteri Besar tadi menunjukkan bahawa beliau dan kepimpinan hari ini meletakkan kepentingan negeri di mana apa yang telah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini berhubung dengan isu balak umpamanya yang disebut bahawa 18 tahun lagi tebang baru habis kelulusan hat dulu dan saya difahamkan, kalau silap YAB. tolong betulkan, ada projek yang diluluskan pembalakan pada 1hb. Mei 2020 tetapi YAB. mengangkat sumpah pada 17hb. Mei 2020. Jadi, ini menunjukkan bahawa sebenarnya bukan isu kerajaan hari ini tidak ada inisiatif untuk melakukan perkara mendatangkan sumber kewangan kepada kerajaan negeri sebaliknya melanjutkan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu yang mana yang baik. Yang mana yang baik bermanfaat kepada kerajaan negeri pada masa yang sama menjaga kepentingan rakyat, menjaga alam sekitar dan seumpamanya seperti yang disebut oleh YAB. tadi. Jadi, saya mengajak diri saya dan juga kepada semua rakan-rakan ahli politik supaya kita sama-sama menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menjadi ahli politik yang berjiwa negarawan dan juga kita kasih sayang kepada negeri dan negara kita. Silakan YB. Alor Mengkudu.

Terima kasih. Nak bagi kat sapa?

Speaker

Bagi dekat YB. Jitra dulu, dia loncat….

Dekat YB. Jitra dulu? Hat saya hat kelmarin.

Dah janji! Dah janji! Bagi hat janji dulu. Saya bagi laluan kepada YB. Alor Mengkudu.

Speaker

Oh! YB. Alor Mengkudu dulu.

Hat kelmarin. Terima kasih YB. Kuala Nerang. YB. Tuan Speaker, saya duk ikut rakaman dua tiga kali takut saya silap, tapi saya dah tengok pagi ni mengenai yang disebut kelmarin oleh YB. Kuala Nerang iaitu YB. Kuala Nerang memaklumkan bahawa YAB. Jeneri sebagai Menteri Besar dengan gagasan-gagasan yang baru ini satu benda yang mengkagumkanlah…..(YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

1 minit saja YB. Alor Mengkudu!

Laju sikit! Laju sikit! Dia ambil masa ni!

Jadi, BBC nak puji Menteri Besar saya tak kisah itu. Tapi bila BBC kata, “menimbulkan kecemburuan YAB.-YAB. sebelum”, saya ikut rakaman itu. Ertinya, Menteri Besar-Menteri Besar yang sebelum ini, bukan seorang, Menteri Besar yang sebelum ini cemburu dengan kejayaan, kebolehan YAB. Jeneri ini. Berapa orang Menteri Besar yang duk cemburu sangat ni? Ramai kah Menteri Besar yang cemburu?

Terima kasih. Saya faham soalan!

Yang kedua…. (YB. Kuala Nerang mencelah)

Ringkas sikit dah ambil masa saya 2 minit ni. YB. Speaker….

Yang kedua, apakah kriteria yang kata cemburu tu, apakah dengan tanya soalan tu bermaksud cemburu kah? Itu soalan saya.

Baik, terima kasih. Ini bukan soalan besar dan perlu kita bahas dalam Dewan ini. Saya ingat nanti YAB. boleh jawab. Saya tak perlu jawab soalan itu.

YB. Speaker, sepertimana yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya kita berbahas secara bijaksana dengan menggunakan peluang Sidang ini…..(YB. Tuan Speaker)

Speaker

YB. Kuala Nerang, YB. Jitra nak minta boleh?

Nanti saya bagi, InsyaAllah. Nanti saya bagi, kalau tidak nanti YB. Speaker potong saya, saya tak sampaikan hasrat rakyat di Kuala Nerang. Sidang ini digunakan sebaiknya untuk mengemukakan isu-isu besar, isu-isu utama, maka saya mengambil peluang untuk membincangkan 4 isu utama. Yang pertama ialah rahsia kerajaan hari ini mencatat pelaburan yang tinggi. Yang kedua, kerajaan prihatin dan berkebajikan. Ketiga, projek berimpak tinggi di Kuala Nerang, Padang Terap dan terakhir, isu tempatan. Saya berharap YB. Speaker bagi peluang kepada saya untuk menjelaskan 4 perkara ini dalam masa yang tinggal berapa minit?

YB. Tuan Speaker yang pertama, saya mewakili rakyat dalam DUN Kuala Nerang dan DUN Pedu, mewakili sahabat saya yang tak boleh hadir pada hari ini, mudah-mudahan beliau cepat sembuh, merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.a.w serta merakamkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada YAB. Menteri Besar dan seluruh kepimpinan Negeri Kedah di atas kejayaan melakar sejarah menerima pelaburan tertinggi di Malaysia dalam sektor pembuatan bagi suku pertama 2021 dan diluluskan oleh MIDA dan RM42.3 billion ini merupakan satu angka yang saaangat besar dan jaaauh meninggalkan Selangor yang maju, yang cuma hanya mencapai RM5 billion pada suku pertama 2021. Ini merupakan kejayaan yang besar, yang diluar jangkaan sama sekali yang dicapai oleh YAB. Menteri Besar dan kepimpinan hari ini dalam tempoh tahun pertama pentadbiran beliau. Ini tidak termasuk pelaburan tambahan ataupun pelebaran kepada sektor perkilangan 8 syarikat sedia ada yang telah diluluskan oleh MIDA berjumlah RM88 juta.

Speaker

Juta? Juta ka?

Ya, tambahan. YB. Speaker, rahsia kejayaan ini YAB. Menteri Besar telah jawab. Apadia? Pertama, bersungguh-sungguh. Yang kedua ialah cekap dan cepat, pantas, tangkas bertindak.

Dan ini swajarnya menjadi contoh kepada kita ahli-ahli politik dan juga para pegawai kerajaan dan saya mengucapkan tahniah sekali lagi kerana melihat kejayaan ini hasil daripada kerjasama erat antara ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan yang bersikap professional yang memberikan hubungan kerjasama yang sangat baik kepada kepimpinan hari ini sehingga menyebabkan datang pertolongan Allah s.w.t melalui pelabur-pelabur yang yakin percaya kepada kepimpinan hari ini lebih-lebih lagi bertambah percaya bilamana YAB. selalu sebut, “tidak ada wang bawah meja, tidak ada komisen, tidak ada ganjaran untuk mendapatkan sesuatu projek”. Sifat dipercayai ini adalah satu ciri yang sangat penting yang mesti ada kepada kita semua para pemimpin dan juga sebuah kerajaan. Sebab, selain daripada pelaburan yang berbentuk material, nilai dipercayai inilah yang sebenarnya merupakan pelaburan yang sangat besar yang kita miliki dalam aspek ‘nonmaterial’. Dengan nilai percaya inilah saya yakin InsyaAllah kita akan terus membangun, maju dan beroleh keberkatan daripada Allah s.w.t. Rasulillah Sallallahu 'Alaihi Wassalam digelar “Al-Amin” dalam peristiwa perletakan Batu Hajarul Aswad kerana baginda dipercayai oleh penduduk Mekah pada ketika itu. Alhamdulillah, kita hari ini bersyukur kerana dikurniakan pemimpin-pemimpin, pengurus-pengurus dan pegawai-pegawai yang tidak berdendam, tidak rasuah, sebaliknya beramanah dan berhemah dalam berbelanja.

YB. Speaker, semua nilai, sikap dan amalan yang baik sebenarnya itulah yang telah diajar dalam Islam dan ia terangkum dalam satu kalimah pendek iaitu “Taqwa” yang saya selalu sebut dalam Dewan ini. Maka amat benarlah apa yang disebut oleh Allah s.w.t dalam surah Al-Talaq;

“Dan sesiapa yang bertakhwa kepada Allah s.w.t nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar serta memberikan rezeki daripada jalan yang tidak terlintas di hatinya”.

YB. Speaker, perkara kedua, “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”. Silakan Yang Berhormat.

Terima kasih YB. Tuan Speaker, YB. Kuala Nerang. Saya mendengar hujah YB. Kuala Nerang tadi, satu mengenai keputusan cepat, satu lagi mengenai perbelanjaan yang berhemah. Saya ingin bertanya, yang mulanya tahniah di atas simpanan yang tertinggi dalam sejarah Kedah RM635 juta yang diumumkan oleh pihak kerajaan negeri khususnya

YAB. Jeneri. Tetapi daripada RM635 juta itu, kenapa lambat untuk membuat keputusan memberi bantuan kepada rakyat? Setakat ini jumlah daripada Kedah RM32.4 juta. Saya ingin melaporkan di sini, Melaka jumlah keseluruhan untuk bantuan rakyat Covid-19 RM165 juta, Perak RM234 juta, Pulau Pinang RM171 juta, Kedah RM32.4 juta. Nak tunggu berapa lama lagi dan berapa nyawa terkorban sebelum membuat keputusan?

Terima kasih. Ya, saya faham. Ini bukan jawapan yang sepatutnya diberikan oleh saya tetapi oleh barisan kepimpinan Exco ataupun YAB. Menteri Besar. Saya teruskan. Yang kedua, “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua” “Kedah, negeri tempat orang kaya berbakti dan negeri tempat orang miskin berteduh”. “Kedah, kerajaan prihatin dan berkebajikan”. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terucap kepada YAB. Menteri Besar dan seluruh kepimpinan hari ini yang telah membelanjakan seperti yang telah disebut oleh YB. Jitra tadi RM32 juta yang telah dikeluarkan untuk membantu rakyat yang terkesan dengan covid. Bantuan yang berupa bakul makanan, berupa pinjaman perniagaan, bantuan perubatan dan seumpamanya yang telah diberikan tanpa mengira fahaman politik, tanpa mengira latar belakang agama bangsa. Semua pemohon yang telefon ke pusat kawalan operasi bencana diberikan, janji dia telefon. Yang terkesan, yang dikuarantin memang automatik, dia ada daftar, ada rekod oleh Pejabat Kesihatan Daerah akan dihantarkan bantuan kepada mereka. Di Kuala Kedah, kerajaan negeri telah mengeluarkan RM500 ribu atau setengah juta, 5,000 bakul makanan beri kepada orang yang terkesan akibat PKPD. Jadi, tak betul dan tak benar anggapan ataupun ayat yang mengatakan bahawa kerajaan gagal membantu rakyat di Kuala Kedah.

Yang ketiga secara ringkas YB. Tuan Speaker, salah satu projek berimpak tinggi di Negeri Kedah ialah Rubber City (KRC) yang sedang pesat dibangunkan di Bukit Ketapang, DUN Kuala Nerang, Padang Terap. Kita amat berterima kasih kepada kepimpinan YAB.-YAB. yang terdahulu yang telah telah mencetuskan idea dan membuka laluan jalan untuk melaksanakan projek ini. Projek yang berskala besar ini yang melibatkan keluasan 1,244 hektar InsyaAllah akan bakal memberi peluang kepada 15,000 pekerja, termasuk juga orang di Padang Terap menjelang 2030….(YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Kuala Nerang, ada 1 minit lagi!

Speaker

Memang takdan!

Pasal ada pencelahan tadi, minta ehsan daripada YB. Speaker.

Speaker

Tak dak!

Alhamdulillah kerajaan tak membatalkan projek, meneruskan. Jadi, menunjukkan bahawa kerajaan hari ini berjiwa besar, dan menambah baik di mana kekurangan. Hasil kerja kuat yang bersungguh-sungguh hari ini kita lihat kerja infrastruktur di KRC telah berjalan sebanyak 57%. Kerja-kerja infrastruktur dan seumpamanya sedang berjalan rancak dan urusan pengambilan tanah laluan kabel TNB juga sedang diusahakan secara bersungguh-sungguh oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri, Pejabat Tanah Kubang Pasu, Pejabat Tanah Padang Terap untuk mempercepatkan proses ini. Kita usaha, kita doa supaya berjalan lancar.

Kemudian, yang saya ingin sebutkan di sini ialah bekalan air di Loji Air Padang Sanai itu tidak cukup, ia cuma boleh tampung untuk sementara, sedikit sahaja dan kita harap Loji Rawatan Air Pelubang bila siap nanti boleh ‘cover’ semua.

Kedua, berkaitan KRC ini ialah ‘box culvert’ yang merentasi jalan utama di Carok Katok itu, ia tak mampu untuk menampung limpahan air. Jadi, kita harap ini diperbesarkan dan dinaik taraf parit atau alor sedia ada. Berikutnya para hadirin sekalian, dalam buku “Setahun Pentadbiran” ini, cuma disebut kejayaan yang memberangsangkan dalam aspek loji rawatan air dan juga telekomunikasi. Tapi tak disebut berhubung dengan perancangan infrastruktur jalan raya di Kedah yang menjadi pemangkin kepada kelancaran dan pertumbuhan ekonomi. Jadi, saya mohon penjelasan.

Dan perkara terakhir yang keempat YB. Speaker, sedikit isu tempatan. Mohon perhatian dan segera dilaksanakan. Saya telah tulis surat kepada YB. Menteri, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Exco yang berkaitan. Pertama judi online, penyalahgunaan dadah, penyalahgunaan air ketum sangat membimbangkan kita. Tolong ambil perhatian yang sangat-sangat dan atasi.

Yang kedua, selalu juga kita sebut capaian internet yang lemah yang kita harap dapat diatasi. Dalam buku ini, (sambil menunjukkan buku “Setahun Pentadbiran”) disebut ada 130 menara nak dibuat. Jadi soalan saya, adakah boleh kita siapkan 130 ini sebab baru siap 37 saja. Pasal apa lambat? Rakyat duk ‘complain’ ‘keqabat’ bukit nak dapat line internet untuk PdPR.

Yang ketiga, tekanan rendah air di Kampung Moktan, Kubang Palas, Tualak, Pong, Lubuk Labi dan beberapa tempat lagi. Yang kempat, ada 7 Yang Berhormat, sikit lagi. Paip air asbestos berusia 30 tahun, kesian saya kepada orang Padang Terap nu. 30 tahun dah, kerap pecah Taman Desa Kenangan, Seri Kenangan, Kampung Baru Kuala Nerang melibatkan 400 buah rumah. Jadi, pohonlah diluluskan dan disegerakan, tukar paip asbestos ini kepada paip HDPE. Yang kelima, 8 daripada 14 buah tangki air di Padang Terap tak berfungsi. Jadi, mohon dibaiki, dikaji untuk digunakan. Yang keenam, banjir di Kampung Bendang kerana sistem saliran yang sedia ada sempit dan ‘box culvert’ yang sedia ada di jalan raya di depan Taman Saujana itu juga dah jadi sempit dan tak boleh nak tampung air. Nak pula ditambah dengan projek perumahan, lagilah masalah banjir kepada mereka. Yang terakhir, bekalan air bukit di Paya Terap, di Perik, di Tualak perlu dibantu. Akhirnya YB. Speaker, sekali lagi tahniah kepada Yang Amat Berhormat dan seluruh kepimpinan kerajaan negeri, para pegawai kerajaan yang telah melakukan yang terbaik dan menjadikan tidak ada sebab untuk kita menukar kerajaan pada pilihanraya umum yang akan datang.

Sekian, saya menjunjung kasih Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Tuan-tuan, kita ni dalam acara berbahas ucapan Tuanku Sultan. Jadi, kalau boleh cubalah kaitkan sikit apa ucapan tu, kita ulas di situ na?

Silakan YB. Derga!

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Terima kasih YB. Tuan Speaker. YB. Tuan Speaker, YAB. Menteri Besar dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, seluruh hadirin dan hadirat sekalian.

Melati kuntum tumbuh melata, Sarang merbah di pohon cemara, Salam muhibbah pembuka kata, Izinkan saya mulakan bicara.

Terima kasih YB. Tuan Speaker kerana memberikan keizinan untuk saya membahaskan titah Diraja pada pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Mesyuarat Penggal Ke 14 ini. Tema perbahasan kali ini ialah cabaran pengurusan pandemik ke epidemik ataupun endemik dan hidup bersama covid. Jadi, kita semua sedia maklum bahawa kesan pandemik Covid-19 yang berlarutan selama 18 bulan di Kedah telah membawa kesan mudarat kepada sosio ekonomi Negeri Kedah sehingga kehilangan nyawa dan juga kesakitan jiwa. Akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang berkali-kali diulangi dengan SOP yang membuatkan semua orang pening, ramai rakyat telah mengalami himpitan kewangan, ketakutan, perasaan tidak selamat, tekanan jiwa dan sebagainya. Ini pun kita tidak tentu bila nak tamat dan bila akan bertukar keadaan kita. Adakah ini hasil kerajaan yang tidak kompeten dan gagal?

Menjunjung kasih titah Tuanku saya berharap YB. Tuan Speaker dapat memberi ruang yang lebih untuk saya menyampaikan perbahasan saya yang mungkin merangkumi permasalahan semasa dan juga cadangan dalam 5 aspek utama iaitu kesihatan awam, masalah ekonomi rakyat, pentadbiran kerajaan dan PBT, isu perumahan untuk rakyat serta perubahan iklim dan kelestarian alam sekitar.

YB. Tuan Speaker, setakat 20hb. September 2021, jumlah kes terkumpul di Kedah adalah sebanyak 126,758 kes dan kadar kematian adalah 1.34% (1,688) kematian keseluruhannya. Selain itu, Kedah juga antara negeri yang mempunyai kadar penggunaan ICU yang tertinggi iaitu 97.5%. Yang lebih membimbangkan, seminggu kebelakangan ini iaitu kadar kematian di luar hospital harian atau ‘Brought In Dead’ yang dilaporkan di Kedah melebihi 65% secara puratanya. Sayang seribu kali sayang, Kedah merupakan negeri yang berwarna hijau tetapi dengan perintah PKP dan sebagainya, daripada hijau kita sudah bertukar menjadi merah. Yang ini sekali lagi menunjukkan betapa perlahannya dan juga kelemahan pengurusan Kerajaan Kedah di bawah pimpinan YAB. Jeneri memerangi, melawan Covid-19. Kalau kita nak gambarkannya sebagai satu peperangan, saya rasa kita sudah lama dijajah lah. Secara ringkasnya, sistem pendaftaran dan kawalan MySejahtera yang celaru, bekalan vaksin yang lambat, agihan yang tidak seimbang, kadar vaksinasi yang rendah, kaedah pengurusan yang kurang efektif dan tidak menepati sasaran….(YB. Sungai Limau mencelah)

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

YB. Derga nak bagi ka dak?

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Tindakan dan gerak kerja yang bersifat silo di antara jabatan-jabatan, kekurangan penerangan yang saheh kepada rakyat dan sebagainya telah membawa situasi masalah tersebut di atas. Ini masalah. Masalah ini menggadaikan nyawa dan jiwa rakyat Kedah. YB. Tuan Speaker, saya habiskan dulu boleh tak, nanti saya bagi.

Speaker

Ha…Nanti dia habiskan sikit.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Nak habis ‘teqa’ mana?

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Habiskan untuk vaksin inilah sebab masa ini, masa suntuk.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Daaakkk…. Nak tanya, bila habis tak boleh tanya…

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Tak pa! Tak pa! Duk saaatt… Tuanku bertitah agar kadar vaksinasi dipertingkatkan dan juga minta supaya pihak kerajaan memikirkan langkah sewajarnya. Jadi, saya ingin bertanya YAB. Jeneri, apakah inisiatif kerajaan selepas ini? Sebab sekarang masalah akibat daripada pandemik ini, jadi kita vaksin masalah tadi, kita ada SOP, SOP yang selalu buat orang pusing, pusing mai pusing situ, boleh kita cuba kereta tetapi pusat membaiki kenderaan tak boleh buka. Ini masalah. Tadi ada masalah dari segi pengurusan jenazah, tapi yang ni miskin dan tak dapat diuruskan. Saya temui rakyat yang mati tetapi tidak dapat diuruskan dan minta bantuan Penyelaras DUN dan Penyelaras DUN kata, “tak ada peruntukan, cari YB. lah”. YB. DAP kena bayar, tak pa, itu pahala saya, boleh, kita akan uruskan. Tapi lagi ramai, kita tak mampu, kerajaan mempunyai duit RM660 juta. Apa yang digunakan duit itu? Jadi, minta kerajaan tengok balik.

Yang ketiga, masalah pengesanan. YB. Tuan Speaker, pada Jun 2021 kita nampak pendaftaran masih lagi rendah, kurang daripada 30%, maka antara ahli pembangkang ini kita telah gerakkan semua sukarelawan untuk daftar dan kita nampak pendaftaran semakin meningkat. Saya nak cadangkan supaya kerajaan tengok cara ini, sekarang kita nampak buka untuk ‘walk in’ pun tak dak orang nak vaksinasi. Jadi, kita patut gerakkan semua jentera kerajaan yang sedia ada bersama-sama dengan masyarakat pimpinan, NGO ka, KRT ka dan sebagainya untuk pastikan semua rakyat dapat vaksinasi. Ini satu gerakan bersama bukan gerakan silo pihak kerajaan, kita pihak pembangkang bersedia untuk bersama-sama dan kita selalu di tapak. Jadi YB. Tuan Speaker, saya rasa PPV yang besar ini tak guna dah, boleh tutup dan jimat kos, bawa kepada MOVAC yang mobil ataupun ‘upgrade’, tambah baik klinik kesihatan supaya menyediakan perkhidmatan sebegini dan kita kena bersedia. Yang keempat, jika berlaku endemik ataupun epidemik, apa yang patut kita buat? Itu yang penting. Satu lagi, saya ingat pemberian vaksin ini ia hanya satu penawar, bukan satu ubat. Selepas ini apa yang patut kita buat? Satu lagi kelemahan kita ialah pengesanan. Pada tempohari YB. Menteri mengatakan kita ada 523 orang yang patut dikuarantin tetapi masih berkeliaran di kawasan. Kenapa ini berlaku? Antaranya seperti yang dinyatakan oleh YB. Pengkalan Kundor, banyak yang tak dapat terima bantuan makanan, kita terpaksa cari makanan. Bukan di kawasan Pengkalan Kundor saja tetapi di kawasan Derga dan kawasan Alor Setar, ramai yang tak dak termasuk yang terkena covid. Itu yang patut kerajaan tengok. Biar saya habiskan YB. Sungai Limau, nanti saya bagi.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Dah habis baru nak bagi!?

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Nanti! Nanti! Bagi! Jadi, pada 15hb. September, DAP dengan data yang kurang kita telah menyediakan satu cadangan bagaimana untuk kita mengharungi, ini satu proposal yang diserahkan kepada kerajaan, ini “Kertas Cadangan Kawalan Gelombang Jangkitan Covid-19 Untuk Negeri Kedah”. Antara cadangannya ialah bagaimana kita nak pastikan ‘tracking’, pengesanan ‘close contact’ dan kita kena adakan semula, kita kena fikirkan bagaimana kita nak kuarantin mereka. Jika tak kuarantin, sama ada bina tempat baru ka, atau hotel-hotel sekarang yang menghadapi masalah ka, motel ka, kerajaan boleh gunakan duit untuk tambah baik dan jadikan tempat itu tempat untuk kuarantin jika ada pesakit-pesakit covid pada masa endemik atau epidemik. Bila dikuarantin, saya ingat bantuan itu perlu dijalankan. Apa yang berlaku di Kuala Kedah langsung tak dak bantuan, SOP keluar lambat. Apa rakyat nak buat? Jadi, SOP adalah salah satu garis panduan yang penting untuk kita hidup selepas ini. Jadi, rakyat kena ada satu SOP saja, jangan selalu tukar SOP. Biar satu SOP untuk rakyat supaya rakyat faham bila ia berlaku, bila you kata EMCO maka apa yang patut kita buat. Bila FMCO apa yang kita kena buat. Itu saja, jelas SOP. Seperti Tuanku Sultan bertitah bukan untuk agama saja tetapi untuk semua. Kita kena hidup balik semula seperti biasa, kita tak boleh hidup seperti ini, Sidang Dewan sama juga. Tapi apa yang kita kena buat, apa yang kerajaan perlu sediakan. Apa pelan yang patut disediakan, jadi kerajaan kena proaktif, bukan dia ada autopilot, bukan masa tu harap-harap covid ini mati sendiri dan kita hidup semula. Ini tak dak. Ok, silakan, ini untuk habis covid.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Baik, Terima kasih kepada YB. Derga dan komitmen YB. Derga untuk menawarkan ataupun pembangkang untuk menawarkan kerjasama dan rasanya kerajaan tidak pernah menafikan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh semua parti ataupun semua sama ada ADUN kerajaan ataupun ADUN-ADUN pembangkang untuk melaksanakan kerja membantu covid. Tadi disebut kerajaan negeri gagal kerana kematian yang tinggi, tapi kenyataan daripada YB. Tokai pagi tadi menjawab, yang paling tinggi hari ini kematian di Penang. Adakah Penang pun gagal? Terima kasih.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

YB. Tuan Speaker, terima kasih di atas soalan YB. Sungai Limau. Yang penting saya ‘under’ Kedah, saya IC 02, saya jaga Kedah tapi Penang bukan hak saya. Untuk umat manusia, kita harap semua sama untuk pastikan kita semua selamat. Penang tak selamat, kita pun ikut tak selamat. Silakan!

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Terima kasih YB. Derga dan YB. Speaker. Cuma begini, adakah YB. Derga bersetuju sebenarnya kita sebagai pihak pembangkang adalah untuk ‘check and balance’ iaitu apa yang telah dibuat oleh pihak kerajaan, ‘frontliner’, pegawai kerajaan, itu semua baik.

Cuma ada beberapa kita punya kelemahan dan kita cuba auditkan kerajaan kita supaya benda itu bertambah baik. Sebagai contoh apabila YB. Derga sebut tentang PKPD iaitu SOP daripada MKN lambat, selepas 4 hari, masuk hari ke 4 baru dilaksanakan. Saya rasa terkejut dengan perkara ini, PKPD di semua tempat dah berlaku banyak kali, tapi apabila berlakunya PKPD di Kuala Kedah, bila saya ‘check’ dengan MKN, dengan PDRM, PDRM tidak boleh membuat tindakan selagi mana tidak mendapat punca kuasa daripada MKN dan bila saya tanya MKN tidak ada keputusan. Sebab itu saya mencadangkan supaya Pengerusi MKN Negeri iaitu YAB. Menteri Besar untuk menalefon ke Putrajaya untuk selesaikan isu ini. Sebabnya, bila SOP itu tidak dikeluarkan dan PKPD telah dibuat serta sekatan oleh pihak PDRM, menyebabkan rakyat di bawah sana, oleh kerana kedai-kedai tidak dibenarkan beroperasi, lori-lori tak boleh dikeluarkan, mesin padi ‘everyting’. Maksudnya, ‘essential’ itu yang telah berlaku di Kuala Kedah itu amat penting dan perlu diselesaikan dengan segera. Perkara itu sudah sampai hari keempat, PDRM tidak boleh berbuat sesuatu, tindakan mereka tidak ada punca kuasa. Jadi kita minta supaya kerajaan negeri semak balik dengan Putrajaya, Kerajaan Federal iaitu Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara dan juga PDRM di Pusat supaya pentingkan isu ini. Rakyat tak boleh makan sebab itu naiknya “Bendera Putih”, bukan saja-saja depa nak naikkan “Bendera Putih”. Bila saya ‘check’ pula, PKOB pada hari keempat makanan tak dapat lagi depa tak boleh keluar. Jadi, saya harap YB. Derga mungkin adakah YB. Derga bersetuju perkara ini supaya kita nak membantu kerajaan, nak membantu kita tulis ‘statement’ untuk selesaikan isu masalah rakyat. Nelayan-nelayan di laut, bertan-tan, beratus tan ikan, tentang pertanian dengan orang tak boleh keluar ‘millions of money’ kita rugi kat situ (dengan izin). Terima kasih YB. Speaker.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

YB. Tuan Speaker, saya cadangkan supaya ulasan YB. Kubang Rotan dimasukkan dalam perbahasan saya. Ini satu masalah, betul. Kita perlu berfikiran jauh dan semua ini perlu ditukar. Saya nak masuk bab perumahan sebelum saya masuk kepada tekanan ekonomi. Untuk perumahan ini, kita ada beberapa flat yang kita dapat aduan, Flat Tongkang Yard yang najis sudah keluar terus ke dalam longkang akibat paip rosak. Banyak kerosakan-kerosakan yang berlaku di flat ini tak dapat diselenggarakan dan diuruskan sebab PKP. Saya tidak tahu apa sebabnya tetapi perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Siling jatuh di Flat Alor Malai, ‘ducting pipe’ jatuh terus, nasib baik tak kena orang, boleh mati kalau kena, tapi sampai sekarang tiada pembaikan. Saya minta dan cadangkan supaya YB. Exco Perumahan untuk lihat balik masalah ini dan flat-flat yang telah lama dibina. Saya ingat dulu kita pernah cadangkan supaya adakan satu ‘engineering check’ untuk dia punya stuktur, adakah ia selamat lagi untuk diduduki.

Isu yang kedua ialah pemilik di Flat Setia Jaya, disebabkan oleh PKP dan memerlukan wang, mereka nak minta cagarkan kepada pihak bank tetapi tak boleh buat sebab nama mereka tidak boleh dipindah milik. Yang ini perjanjian dibuat diantara kerajaan dengan pembeli. Mereka mengatakan bahawa ini tanah rezab Melayu dan tidak boleh dipindah milik kepada bukan Melayu.

Saya minta isu ni dapat diselesaikan secara dasar di mana sebenarnya kita ada tanah-tanah rezab Melayu dipegang oleh bukan Melayu dan sekiranya ditukar milik kepada Melayu sahaja ia akan jadi ‘effect’ Melayu itu akan berkesan maka dia tak boleh jual lagi kepada bukan Melayu, ini untuk ‘protect’. Jadi, saya cadangkan supaya semua semua Flat Setia Jaya, Charok Nau dan pembangunan perumahan awam ini supaya tanah ini dipindah milik kepada pembeli yang telah membayar semua dan berilah kelonggaran sehingga jika mereka pindah milik kepada Melayu maka jatuh balik kepada Melayu maka itu tak jadi masalah. Tapi sekarang ini mereka tak boleh pindah milik tak boleh pinjam duit, terpaksa pinjam “along”. Yang kedua terpaksa pinjam along disebabkan Pejabat Tanah tak buka, tak boleh buat urusan. Saya ada bertemu dengan seorang peniaga yang terpaksa membayar gaji semua pekerjanya dengan meminjam wang daripada 36 along dan sekarang terpaksa menjual rumahnya. 36 along dia pinjam duit untuk pusingan modal sebab dia tak boleh cagarkan rumahnya kepada bank. Bank tidak boleh buat urusan di Pejabat Tanah kerana Pejabat Tanah tutup. Jadi, urustadbir yang akan kita bincangkan nanti bagaimana selepas ini sekiranya bila berlaku pandemik. Jadi, perkhidmatan kerajaan kerajaan ini menjadi satu ‘essential’.

Seperkara lagi adalah dalam urusan PPR perumahan ini, seperti Tuanku Sultan bertitah supaya kita ada kesinambungan untuk program-program ini. Kenapa PPR Jerlun perlu lagi tapisan baru, kalau tak salah saya untuk memilih pembeli-pembeli sebab rumah-rumah tersebut telah siap seberapa lama dah dan sekarang rosak dan perlu buang duit untuk dibaiki semula. Ini menjadi isu kenapa jadi begitu. Biar diteruskan dengan projek tersebut yang ada. Kemudian untuk projek PPR dalam keadaan pandemik covid ini ramai yang disahkan positif dalam kawasan perumahan flat. Mereka berkeliaran dan menyebarkan di kawasan tersebut sebab tempat itu tak cukup selesa dan tak cukup besar untuk mereka kuarantin di dalamnya. Sistem kuarantin ini kena tukar dan diperbaiki.

Bab ketiga saya nak masuk…..(YB. Tuan Speaker mencelah)

Speaker

YB. Derga ada 2 minit lagi!

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Tambah sikit lah YB. Speaker, sebab memang isu banyak, ramai yang tak dapat bahas minta saya bawakan isu ini. Kita ada kes rumah, kita ada kes strata MBAS. Ini pun rakyat mesej minta, “YB., minta bagitau dalam Sidang Dewan kita tunggu ‘strata title’ dari MBAS bangunan UTC sampai sekarang tak dak cerita. Apa ceritanya?” Pindah milik pun jadi satu isu. Adakah ini disebabkan oleh pandemik? Saya ingat KPI kita ini seperti yang termaktub dalam buku “Kedah 2035” kita kena berfikir seperti yang dititahkan oleh Tuanku Sultan mungkin kita kena ‘re-structure’ semula, kita kena tambahkan jentera kerajaan untuk susun semula supaya memenuhi hasrat rakyat. Kita kena ‘service oriented’ bukan lagi ‘money oriented’ dan kita kena ‘act’ keberkesanannya ‘efficiency’ seperti ‘corporate’ untuk bantu rakyat bagi memastikan negeri kita masih lagi berkaitan dengan pembangunan

ekonomi. Kita tak berharap hanya satu pelaburan kemudian nak bercakap untuk 15 tahun tetapi kita perlu pastikan ini terus menarik perhatian orang ramai. Kita mempunyai simpanan RM660 juta, kita hanya keluarkan RM30.4 juta, YAB. Menteri Besar berasa bangga dengan kutipan-kutipan hasil tetapi rakyat merana, rakyat sakit. Adakah patut kita masih menekan untuk bayar cukai, bolehkah kita tangguhkan khususnya kepada sektor-sektor yang tak boleh dibuka selama 3 bulan contohnya salon, gunting rambut nak tutup, cuci kereta pun nak tutup semua mengatakan tidak dapat meneruskan. Levi yang tinggi, cukai yang tinggi oleh PBT, cukai tanah, sewa dan sebagainya.

Jadi, saya ingat dalam bidang kuasa kerajaan, semua bayaran, lesen perniagaan, lesen iklan dan sebagainya semua boleh minta PBT untuk tengok balik supaya boleh ditangguhkan ataupun dikurangkan ataupun dikecualikan untuk tahun ini sebab langsung tidak boleh menjalankan perniagaan, hanya untuk membantu balik. Sebenarnya kita kena fikir, bila rakyat makmur saja penghuni negeri makmur, jika rakyat tak makmur, rakyat semua rugi mana cukai pendapatan kita? Jadi, itu isunya. Kita ada RM660 juta, kita difahamkan semalam dikatakan program-program tak dapat dilaksanakan sebab PKP. Kita ada bejet untuk program-program seperti ini. Sekiranya kita perlukan kelulusan Dewan, biar awalkan Sidang Dewan, tambahkan Sidang Dewan, pembangkang akan sokong sekiranya pihak kerajaan nak keluarkan lebih duit untuk bantu rakyat. Ini sama dengan Persekutuan, Persekutuan bercadang untuk menaikkan had pinjaman daripada 60% hingga 65%. Dalam keadaan genting seperti ini pinjam duit untuk bantu rakyat itu adalah tugas kita untuk pastikan rakyat semua tidak sengsara, untuk pastikan ekonomi kita akan terus meningkat. Simpan duit tak guna jika nyawa hilang.

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Cadangan YB., adakah YB. bersetuju sekiranya kerajaan negeri….YB. Speaker, minta maaf. Adakah YB. Derga bersetuju sekiranya kerajaan negeri mengeluarkan untuk membelanjakan RM100 juta kepada Negeri Kedah untuk ‘estimalate’ ekonomi dan juga memerangi pandemik covid.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

YB. Tuan Speaker…..(YB. Speaker mencelah)

Speaker

YB. Derga telah lebih masa 4 minit dah.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Tak dak…tadi 35 kan? 4 minit lagi, 4 minit habis dah?

Speaker

Masa sudah tamat!

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

YB. Tuan Speaker, satu saja tadi soalan tu. Saya bercadang nak RM200 juta diluluskan untuk bantuan rakyat sebab banyak lagi perkara yang perlu kita lakukan sebab pengangguran di Negeri Kedah kita ada seramai 9,500 orang yang menganggur dan mengikut MYFutureJobs, ada lebih 1 juta yang daftar. Apakah tindakan kerajaan untuk membantu penganggur-penganggur ini? Selain itu, kita ada beberapa isu dan saya berharap YB. Tuan Speaker beri masa lagi 2 minit untuk saya. Ini berkenaan dengan apa yang Tuanku Sultan titah mengenai perubahan iklim……(YB. Sungai Limau Limau mencelah)

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Mungkin boleh hantar secara bertulis kut cadangan tu.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Perubahan iklim dan penyelesaian alam sekitar yang begitu penting untuk kita tengok ke hadapan. Sebab tragedi ini berlaku di Yan, yang ini kita tidak boleh katakan luar biasa tetapi kita mahu kerajaan mengkaji apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Dari Yan menuju ke Tanjung Bendahara, saya sangat terkejut kerana monyet merata-rata, saya terfikir itu hutan ataupun kota sehingga rakyat takut bersua. Saya nak maklumkan di sini sebab satu taman di Alor Setar terdapat monyet. Adakah disebabkan penerokaan hutan menyebabkan habitat telah ditukar dan monyet tak boleh tinggal di hutan, terpaksa duduk di bandar. Bandaraya seperti teguran yang telah dititahkan oleh Tuanku disebabkan tidak ada pengendalian daripada segi lanskap, rumput dan sebagainya. Itu adalah yang penting maka saya nak ambil ayat 41 dalam surah Ar-Rom berbunyi;

Yang bermaksud, “telah nampak kerosakan di darat dan di laut kerana perbuatan manusia”

Jadi, janganlah pula kita menjadikan sebahagian daripada yang saya sebutkan itu.

YB. Tuan Speaker, bagi saya 1 minit untuk menghabiskan semua ini. Jadi, minta PBT lihat balik semua apa yang ditegur oleh titah Tuanku. Titah Tuanku ini memang telah menyuarakan hati rakyat kita.

Jadi, saya berharap juga pihak PBT melihat balik semua daripada segi kelulusan permohonan untuk mempercepatkan serta permudahkan dan kurangkan caj pemajuan supaya kita boleh menggalakkan dan memberi peluang untuk memulakan semula bisnes kita kerana jika tidak Alor Setar akan menjadi “bandar mati” dan malam memang tak dak orang di Alor Setar.

Akhir kata YB. Tuan Speaker, saya ingin memetik mutiara kata Ahli Falsafah terkenal China, iaitu Confucius yang menyebut, “kita sebagai pemimpin mesti lebih berasa bimbang sebelum rakyat berasa bimbang”, (dengan izin) “xian tian xia zhi you er you hou tian xia zhi le er le”. YB. Tuan Speaker, yang ini kita perlu jaga betul-betul. Sebaik-baiknya apa yang perlu kita lakukan terbaik untuk rakyat dulu bukan untuk diri kita sendiri. Jadi, biarlah kita sama-sama turun ke bawah melihat apa yang berlaku demi kemakmuran dan kesenangan kepada rakyat.

Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita, Andai tersilap tutur bicara, Jari disusun maaf dipinta.

Sekian, patik turut menyokong usul menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Sultan Kedah. YB. Tuan Speaker, terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, ‘constraint’ saya masa saja, bab lain tak timbul. Jadi, saya mintak maaf lah kadang-kadang keras sikiiiit…Tapi baguslah saya dengar dengan ayat Al-Quran lah, dengan ‘confucius’ lah semua ada hari ni.

Silakan YB. Kuala Ketil!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi robbil ‘alamin wassola tuwassala mu’ala asyrofil anbiya iwal mursalin waála alihi wasohbihi ajma’in.

YB. Tuan Speaker, YAB. Menteri Besar Kedah, Ahli-Ahli Yang Berhormat, YB. Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, Pegawai Penasihat Undang-undang dan seterusnya ketua-ketua jabatan yang dirahmati Allah sekalian.

YB. Tuan Speaker, terima kasih YB. Derga bercakap panjang, masa cukup panjang, YB. Speaker pun bagi masa panjang. Ini membuktikan keterbukaan kita kepada kehendak-kehendak Yang Berhormat. Terima kasih YB. Speaker. Tapi saya pun hairan, sekarang ini YB. Derga cukup prihatin dengan masalah yang berlaku kepada kerajaan. Dulu dak pun.

Terlebih dahulu marilah kita bersyukur kepada Allah s.w.t atas limpah kurnia dan rahmat kasih sayangnya dapat kita dipertemukan pada Sidang kali ini, Mesyuarat Kali Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Ke 14. Memetik kata-kata daripada Khalifah Saidina Abu Bakar As-Sidik, “tidak ada manfaat dari wang jika tidak dibelanjakan di jalan Allah. Tiada kebaikan dalam diri seseorang jika kebodohannya mengalahkan kesabarannya”. Kebetulan datang ke Sidang pagi ini, saya buka Radio Kedah dalam “Sentuhan Dhuha” ada 7 perkara disampaikan, saya ambil 2 perkara saja. Pertama, kita selalu bercakap tentang perkara remeh, marilah kita bercakap tentang perkara-perkara besar. Yang kedua, kita selalu mencari kesalahan orang lain, kita tak pernah nampak kesalahan kita. YB. Speaker, antara dua, boleh kut no?

YB. Tuan Speaker, Alhamdulillah, saya merumuskan titah ucapan Tuanku pada Sidang kali ini merumuskan beberapa keutamaan, saya berikan 3 keutamaan. Yang pertama, apa yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan takkala kerajaan sedang berdepan dengan isu pandemik Covid-19. Yang keduanya bagaimana usaha kerajaan menambah baik peranan dan fungsi kerajaan. Yang ketiganya kesepakan ahli-ahli politik berganding bahu untuk membangunkan negara dan negeri melebihi kepentingan peribadi. Saya akan ulaskan dua perkara tadi dalam beberapa tajuk yang saya kira ada 14 tajuk. InsyaAllah boleh habis.

Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua ‘frontliner’ kita yang telah menyumbangkan, memberi khidmat bakti dalam menguruskan pandemik Covid-19 yang melanda negara kita ini khususnya kepada KKM, ATM, PDRM, APM dan semua yang berkhidmat secara langsung ataupun tidak langsung yang memberikan khidmat menguruskan urusan-urusan yang berkaitan dengan pandemik Covid-19. Syabas dan tahniah kepada kerajaan dalam menghadapi tempoh pandemik yang terlalu panjang sehingga ke hari ini kerajaan masih lagi mendapat pencapaian-pencapaian membanggakan khususnya dalam pelaburan yang sangat tinggi, meningkatkan bantuan seperti bakul makanan, pinjaman perniagaan, bantuan tunai serta perubatan yang mencecah hampir RM32.4 juta. Inilah merupakan usaha kerajaan yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak dan juga membuktikan kerjasama yang jitu khususnya daripada pegawai-pegawai kerajaan negeri.

YB. Tuan Speaker, dalam tempoh pandemik Covid-19 ini, industri pelancongan adalah industri yang paling teruk terjejas akibat dalam tempoh. Ini termasuk rantaian-rantaian kepada pelancongan itu sendiri termasuklah pengangkutan, kedai cenderahati, syarikat pelancongan malah kepada pemandu pelancong itu sendiri. Kalau di Gunung Baling di panggil “malim gunung”, hat duk bawa orang naik gunung tu, yang tu pun terjejas teruk. Sektor pelancongan ataupun ‘trouble bouble’ di Langkawi telah dirasmikan pada 16 September. Alhamdulillah, tahniah dan syabas kita ucapkan kepada usaha Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri atas sokongan ini. Saya memetik kata-kata Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, “keputusan ini membolehkan pelan pemulihan pelancong dilaksanakan secepat mungkin.

Saya yakin, pembukaan pelancongan domestik yang akan dibuat secara berperingkat dalam fasa ini dapat memberikan sinar buat penggiat industri pelancongan” dan saya memetik kata-kata YAB. Menteri Besar Kedah, “tahun 2020 Langkawi telah mengalami kerugian sebanyak RM700 juta dibandingkan jumlah pendapatan pada tahun 2019 iaitu RM1.7 billion. Kerugian disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 yang menjejaskan kesihatan awam dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi global. September 2021 sebanyak 136,000 pemberian vaksin telah diberikan kepada Langkawi untuk nak mencapai target ini. Pelan jangka pendek yang telah dilancarkan iaitu “Tourism Recovery Plan (T-REC - 2021 – 2022). Melalui T-REC ini, LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi) dengan sokongan agensi serta pemain industri sedang mempersiapkan Langkawi untuk mengembalikan keyakinan kepada sektor pelancongan. Seterusnya LADA mengambil tindakan awal dengan melaksanakan 3 anisiatif termasuk program MySafe Langkawi, Hotline Pembukaan Semula Langkawi dan Market Place iaitu mempromosikan pakej pelancongan. Kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, kerajaan juga telah membelanjakan satu jumlah yang besar dalam aspek sewaan dewan, sewaan khemah dan kerusi, sewaan komputer dan peralatan serta makan minum petugas yang hampir RM567,000 dibelanjakan oleh kerajaan untuk memastikan pelancongan Langkawi ini berfungsi seperti sediakala. Syabas saya ucapkan kepada kerajaan.

Pada hari ini saya nak minta perhatian daripada pihak kerajaan juga bahawa bukan setakat di Langkawi sahaja mempunyai faktor-faktor untuk pelancongan malah di seluruh daerah juga mempunyai tempat-tempat yang harus apabila dibuka semula Kedah selepas Fasa 1 mempunyai persediaan untuk menghadapi sektor pelancongan ini bergerak aktif semula. Yang pertama saya bagi contoh di Kubang Pasu kita ada Tasik Darul Aman, ada Fantasia Theme Park dan Bukit Mok Cun. Di Pokok Sena kita ada Bukit 888 dan Tapak Warisan Bukit Lorek, di Padang Terap kita ada Sembilang Agro Farm, Gunung Fakir Terbang, Pedu Lake. Di Sik kita ada Organic Paddy Farm, kita ada Tasik Beris dan kita ada Ulu Muda. Pendang kita ada Tasik Pendang, Telaga Gajah dan Bukit Perak. Sat YB. ya, bagi saya habis dulu YB. tanya. Baling…. Baling banyak sikit lah sebab tempat kita kan? Air Panas Ulu Legong, Lata Bukit Hijau, Gunung Baling, Lokasi Peristiwa Rundingan Baling, gua-gua prasejarah, Sungai Baling dan Terowong Komunis, (Terowong Komunis memang popular oooo..). Di Kulim kita ada Gunung Bintang, Tree Top Walk, arus deras. Kalau YB. Kulim dia suka jadikan Buah Kulim sebagai salah satu tarikan industri pelancongan, terima kasih YB. Kulim. Bandar Baharu ada “Duri Hitam”, Farm Stay Relau, Kuala Muda ada Sungai Batu Arkeologi, Tanjung Dawai. Yan, Pulau Songsong, Pulau Bidan dan Gunung Jerai. Kota Setar ada Muzium Padi, Gunung Keriang, Pulau Payar dan Bandar Warisan serta sawah padi yang cukup luas sebagai menggamit kepada pelancongan. Ingin saya nyatakan di sini bahawa apabila kita beralih daripada Fasa 1 ini sudah tentulah lokasi-lokasi ini akan menjadi tarikan kepada pelancong dan kerajaan kena bersedia mengarahkan daerah-daerah untuk mengenal pasti bagi memastikan bahawa tempat-tempat ini boleh dihadiri oleh pelancong-pelancong. Ya…YB. Kota Siputeh.

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Terima kasih YB. Kuala Ketil dan YB. Tuan Speaker. Tadi ada disebut tentang pelancongan di semua kawasan di Negeri Kedah ini termasuk Bukit Mak Cun, terima kasih. Bukit Kodiang dan di Kota Siputeh sebenarnya ada pelbagai jenis bukit yang sangat cantik. Jadi, tolong masukkan sekali lah dalam pelancongan di tanah besar ini. Terima kasih kerana tolong ‘promote’ pelancongan di tanah besar ini.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Ok, terima kasih YB. Kota Siputeh, saya masukkan sebahagian daripada perbahasan saya.

YB. Kuala Ketil… YB. Tuan Speaker dan YB. Kuala Ketil, bila YB. Kuala Ketil sebut tentang pelancongan di Negeri Kedah khususnya, saya tertarik dengan perbahasan oleh YB. Kuala Ketil terutamanya tentang kesan pandemik Covid-19 kepada pemain-pemain industri pelancongan. Jadi, setuju atau tidak YB. Kuala Ketil, kerajaan seharusnya memikirkan satu tindakan, kalau perlu satu peruntukan khusus untuk kita memberikan nafas baru terutamanya kepada pemain-pemain industri pelancongan di setiap daerah terutamanya kepada yang banyak terjejas. Kalau boleh contohnya di Baling, kita nak minta supaya pihak Exco Pelancongan (YB. Kuah) beri perhatian supaya kita berikan perhatian khusus kepada pelancongan di Gunung Pulai dan juga di Gunung Baling. Apabila Gunung Pulai sudah tidak dijadikan kuari, kita minta supaya pelancongan diberikan tempat di Gunung Pulai itu sendiri. Saya minta YB. Kuala Ketil untuk bersetuju dengan saya tentang usaha ini. Terima kasih.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Setuju Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat no, panjang daripada saya berbahas lagi.

YB. Kuala Ketil, setengah minit! Setengah minit! Saya bimbang yang disebutkan oleh ‘bouble’ yang kita bincang tadi bagaimana isu ‘bouble travel’ ini kalau boleh YB. Kuala Ketil tolong nasihat kepada YB. Kuah, ini isu besar. Kita buka ‘border’ ini berpandukan kepada pengalaman New Zealand dan Australia YB. Tuan Speaker. New Zealand dan Australia buka ‘border’ dengan syarat ‘no, zero’, ‘zero cases’ baru untuk kedua-dua negeri ini. Kita buka Langkawi YB. Kuala Ketil, kita tak tau lagi sama ada adakah penduduk di Langkawi termasuk YB. Speaker, penduduk Langkawi adakah kita tidak ada ‘zero cases’ baru kerana kalau kita tidak ada ‘herd immunity’ di Langkawi kita benarkan orang luar masuk ke Langkawi, takut-takut, kita ‘check’ orang yang nak masuk Langkawi, takut-takut orang kita sendiri yang akan dijangkiti ataupun kita berikan covid kepada orang yang akan masuk. Jadi, minta YB. Kuala Ketil, kita ‘excited’, betul ‘excited’, tapi padah kepada orang Langkawi ini kena jaga betul-betul. Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Terima kasih kepada YB. Gurun, sahabat saya yang selalu dia bercakap saya celah, saya bercakap dia celah. Itulah juga sebahagian daripada ucapan saya sebenarnya selepas ini YB. Gurun. Memang saya nak pastikan kerajaan memastikan bahawa SOP yang ketat dilaksanakan. Walaupun kita buka sektor ekonomi, sektor pelancongan, tetapi SOP ini kita tak boleh abaikan. Walaupun selepas ini kita dalam fasa endemik tetapi SOP ini tetap dilaksanakan kerana kita tak tahu, kita tak nampak musuh di sekeliling kita. Setuju YB. Gurun no?

Saya teruskan perbahasan saya. Seterusnya adalah sektor makanan, iaitu apa yang sedang dibuat oleh kerajaan hari ini dan seterusnya kerana sektor makanan adalah sektor yang penting kerana dalam waktu covid ini ia adalah merupakan ‘security food’. Mana-mana negara yang mempunyai sumber makanan ia boleh ‘survive’ boleh ada kelangsungan kehidupan. Tetapi mana-mana negara atau negeri yang tidak ada sumber makanan dalam menghadapi pandemik ia akan terjejas teruk. Inilah yang kita nak perlu jaga kepada Negeri Kedah ini yang dikenali dengan “Negeri Jelapang Padi” sudah tentulah kita ada satu jaminan kelangsungan makanan negeri ini. Kita jadikan ia ‘security food’ supaya rakyat boleh ‘survive’, boleh berdikari, boleh meneruskan kelangsungan hidup walaupun dengan keadaan musibah yang cukup panjang. Walau bagaimanapun, saya yakin dengan kerajaan hari ini sudah mempunyai perancangan jangka panjang dalam sektor pengembangan pertanian dan juga sektor asas makanan. Saya nak ucapkan syabas hari ini kerana dalam tempoh pandemik sampai ke hari ini pun kerajaan meneruskan beberapa program berkaitan dengan pertanian.

Antaranya adalah program pembangunan industri padi, program pembangunan industri sayur-sayuran, program pembangunan industri buah-buahan, program pembangunan industri tanaman kontan dan makanan ternakan, projek industri kopi, projek industri cendawan, projek industri lebah madu dan kelulut, program pembangunan tanah terbiar, program pembangunan industri asas tani dan program pembangunan pertanian komuniti. Di samping itu juga, ada beberapa program yang ditawar kepada pengusaha-pengusaha muda, syabas juga kepada kerajaan kerana terus membantu golongan-golongan usahawan muda untuk terus berdikari dalam sektor pertanian dan asas makanan. Antaranya adalah projek tanaman, disediakan 9 projek, perikanan 5 projek, ternakan, 4 projek, industri asas tani 4 projek, pemasaran, perkhidmatan dan input sokongan pertanian, agro pelancongan dan juga agro teknologi. Ini membuktikan bahawa kerajaan hari ini cukup komited untuk membantu rakyat dalam usaha-usaha mengembang asas makanan kepada negara kita. Dengan kaedah-kaedah ataupun apa-apa tawaran yang diberikan oleh kerajaan hari ini, saya ingin nak menambah kepada usaha-usaha yang perlu ditambah oleh kerajaan untuk memastikan segala apa yang diusaha ini mencapai objektifnya.

Yang pertama ialah memperkasakan semula tempat pengumpulan hasil pertanian dan buah-buahan sepertimana kita pernah laksanakan pada 2008 dahulu kita perkasakan semula sebagai tempat kita nak kumpul buah-buahan ini untuk dipasarkan kepada orang ramai. IKS hasil pertanian seperti mengetin buah-buahan, kita ada banyak buah-buahan dalam daerah kita, kadang-kadang sampai tak larat makan. Jadi, kita kena adakan IKS-IKS untuk usaha mengetin buah-buahan contohnya buah rambutan kita tinkan dan pasarkan ke luar. Menambah baik kawasan pertanian di luar skim, di dalam setiap daerah kita ada beberapa kawasan pertanian yang di luar skim, tempat-tempat ini kadang-kadang tidak terurus, kadang-kdang bantuan JPS hanya setahun sekali untuk saliran, Jabatan Pertanian pun kadang-kadang setahun sekali. Kita minta diberi perhatian oleh kerajaan agar kawasan-kawasan ini diberi perhatian, kalau luar skim masuk ke dalam skim supaya memudahkan urusan penyaluran bantuan. Seterusnya adalah menyelenggara kawasan-kawasan pertanian sedia ada. Kita pun dapat maklumat tali air kawasan MADA ni kadang-kadang tak terurus. Jadi, kita minta juga perhatian daripada kerajaan untuk memastikan senggaraan kawasan-kawasan ini berjalan dengan baik.

Timbalan Speaker

YB. Kuala Ketil, ada 2 minit lagi.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

2 minit lagi? Tadi YB. Speaker cakap 5 minit, kenapa 2 minit tinggal? Seterusnya YB. Timbalan Speaker, saya nak menyentuh isu tempatan iaitu isu tanah. Di Baling sahaja kita mempunyai Hutan Simpan Rimba Teloi seluas 626.60 hektar yang diterokai oleh pertanian, Hutan Simpan Gunung Inas, kita ada 215.30 hektar diterokai untuk pertanian. Saya nak bangkitkan isu ini sebab sebahagian besar rakyat Baling khususnya, saya rasa di Sik pun sama, Padang Terap pun sama. Di Baling yang tinggal di kawasan-kawasan yang diterokai secara usaha oleh orang-orang tua terdahulu, 20, 30 tahun dahulu duduk di kawasan-kawasan hutan simpan. Saya mencadangkan kepada kerajaan hari ini untuk melihat perkara ini dan kalau boleh dapat cabut keluar daripada kawasan perhutanan dan boleh diberikan hakmilik dengan mengenakan syarat-syarat tertentu, syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi sekurang-kurangnya memberi hakmilik di tempat-tempat ini kalau kita lihat sekarang ini sudah ada dewan, sudah ada surau, sudah ada air, sudah ada api, jalan pun ada tetapi statusnya masih dalam kawasan hutan simpan. Jadi masalah kepada kita untuk nak buat pembaikan, senggaraan dan sebagainya. Sikit lagi YB. Speaker, boleh na? Sebab tadi YB. Derga boleh 5 minit.

Seterusnya saya nak bangkitkan tentang isu ketelusan yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat kelmarin, banyak yang membangkitkan tentang ketelusan kerajaan sampai ada yang bercakap tentang YAB. Menteri Besar kita lah macam-macam. Ada juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat kita berkaitan satu posting pada 10hb. September 2021 bertajuk “Kerajaan Gagal di PKPD Kuala Kedah”, dalam satu posting tu. Saya nak bercerita kepada Yang Berhormat, saya pernah duduk dalam PKPD, saya duduk dalam PKPD, Taman Desa Mutiara, bukan setakat 2 minggu, sebulan! Sebulan na? SOP ada, saya

rasa memang SOP ada, tak taulah kalau Yang Berhormat kata lewat, saya pernah duduk di situ tapi saya tak letakkan diri saya sebagai Prebet dalam tu, jangan jadi Prebet, jadi Janeral. Sebab walaupun kita ada 1,200 rumah dalam tu kita boleh bincang dengan Pegawai Daerah untuk aturkan PKOB beroperasi dengan baik, kita boleh aturkan dengan KKM untuk vaksin seluruh penduduk dalam Desa Mutiara, semua divaksin termasuk Bangla dan Myanmar apa semua dalam tu lah. Saya pun bertugas dalam tu, tapi saya tak masuklah gambar saya bertugas dalam tu. Ada orang masukkan gambar semasa bertugas, saya tak masukkan gambar. Tapi kita boleh bantu KKM di situ dan saya boleh berbincang dengan YB. Ketua Pegawai Kewangan untuk menyalurkan peruntukan kepada PKPD. Saya boleh buat! Kita boleh ‘realitilize’ diri kita dalam tu walaupun PKPD, kita boleh bantu. Kita boleh bantu dengan NGO-NGO untuk menambahkan peruntukan barang bakul makanan. Yang Pegawai Daerah dapat RM700 ribu tu tak habis pun, NGO yang bantu banyak. Kita boleh buat cuma kita ‘realitilize’kan diri kita, jangan kita terus bagi ‘statement’ “kerajaan gagal!”. Baru 5 hari, kita sebulan duduk dalam tu dan di rumah pun orang datang ke rumah minta duit sebab ada orang tu dah ‘lockdown’ sementara nak dapat kerja, minta duit kita bagi. Tetapi kita janganlah keluarkan ‘statement’ terbuka yang konon-kononnya kita saja…(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

YB. Kuala Ketil, masa sebenar sudah habis…

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Habis dah na? Yang Berhormat cukuplah, Yang Berhormat terang lama dah tadi. Ini membuktikan di sini, tentang suasana dan fungsi kita sebagai wakil rakyat sebenarnya boleh kita buat. Jangan terus kita salahkan kepada kerajaan, sebenarnya kita boleh.

Dan akhir sekali, sat lagi tak dapat pulak sebab YB. Pegawai Kewangan duk sebelah, nak cakap lah ni. Masalah pembangunan infra, kami khususnya di Baling ni kemudahan infa minta-minta lah kerajaan beri perhatian sebab masih lagi ketinggalan. Walaupun kita dah sambut merdeka 64 tahun, sebahagian besar jalan-jalan di Baling, DUN Kuala Ketil masih lagi tidak berturap, lampu-lampu jalan masih kurang, titi kampung ni masih lagi banyak yang rosak, surau-surau masih ketinggalan. Ini adalah sebahagian infra yang saya katakan yang perlu diberi perhatian. Walaupun kita buat dah banyak tetapi rakyat kata, “banyak tak cukup, nak lagi”. Kita dah bagi, kalau kita tak bagi dulu, depa tak kata apa, sekarang ni kita bagi, hat sebelah dia kata, “pasal apa dia dapat aku tak dapat”. Haa….jadi kena banyak lagi lah, tu yang duduk sebelah Pegawai Kewangan Negeri.

YB. Timbalan Speaker, seterusnya berkaitan “air masyarakat”. Saya senada dengan YB. Kuala Nerang tadi, kita di Baling ni masih lagi menggunakan “air masyarakat”. Dalam buku ni pun masih ada jawapan pada Sidang DUN yang lepas YB. Gurun (sambil menunjukkan buku jawapan Penyata Rasmi) tentang isu “air masyarakat”, kita cerita pada Sidang DUN yang lepas. Orang Pulau Pinang minum air ‘free’ daripada air yang mengalir dari sungai-sungai di Baling tapi orang Baling duk minum air masyarakat, sebahagian besarnya air masyarakat.

Bila kita bangkitkan isu ini, tunggu LRA siap 2023, jenuh nak tunggu. Jadi, kita mohonlah kepada kerajaan untuk memberi perhatian sebagai sebahagian daripada pembangunan infra kami, Bayu, Kupang dan Kuala Ketil di Baling lah khususnya.

Saya rasa itulah yang sempat saya sampaikan hari ini. Terima kasih saya ucapkan dan akhir kata saya menjunjung kasih dan menyokong penuh titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Terima kasih YB. Kuala Ketil. Seterusnya saya persilakan YB. Suka Menanti.

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Tuan Speaker, pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih atas peluang untuk menjunjung kasih atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah yang telah merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke 14.

Saya awali perbahasan saya dengan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ‘frontliners’ yang telah terlibat berperang secara langsung dengan malapetaka Covid-19 ini dan juga saya ingin mengucapkan syabas kepada rakyat Kedah yang telah menunjukkan pematuhan kepada SOP melebihi 90% sepanjang tempoh PKP, PKPD, PKPP dan beberapa siri daripada siri-siri PKP ini, syabas kepada rakyat Kedah. Juga tidak ketinggalan untuk saya ucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga korban kematian Covid-19 bagi Malaysia telah pun mencecah 24,000 pada kelmarin dan bagi Negeri Kedah telah pun mencecah 1,696 mangsa korban kematian Covid-19 yang saya ingin ucapkan takziah kepada mereka semua dan bilangannya adalah sangat tinggi. YB. Tuan Speaker, sehingga Julai 437, sepanjang bulan Ogos saja 458 dan bulan September ini akan mencecah 1,000. Setakat sekarang ini dah 799 korban Covid-19 di Negeri Kedah untuk bulan September. Apa yang saya ingin sebutkan ialah majoriti besar mereka ini saya kenal, kawan-kawan dalam Suka Menanti, Alor Setar yang saya kenal, adik-beradik, kebanyakannya adalah golongan kelompok B40 yang sangat terkesan dan sangat terasa beban dengan ujian yang tragis ini. Lebih-lebih lagi bukan saja B40, ketika Covid-19 sedang menyerang Malaysia ini, 580,000 isi keluarga yang sebelum ini adalah M40, pendapatan mereka antara RM5,000 – RM11,000 pun telah jatuh ke dalam ‘group’ B40. Jadi, kita dah bukan lagi M40, tergelincir hampir kepada B40.

YB. Tuan Speaker, apa yang ingin saya utarakan dalam perbahasan ini ialah trauma kehilangan keluarga dan kasih sayang mereka ini. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan harus semak keberkesanan program menangani trauma kematian ini. Walaupun dah ada, disebut rangkaian program tadi, saya minta disemak keberkesanannya kerana dalam masyarakat masih terlibat mereka-mereka yang kemurungan akibat daripada kejadian yang tragis ini.

Yang keduanya saya juga ingin mengajak supaya YAB. Menteri Besar dari Jeneri dan juga seluruh Kerajaan Pas Kedah untuk melihat kos yang terlibat kepada keluarga yang kematian di hospital seperti saya perbetulkan tadi bukan ‘charge’ oleh hospital tetapi ‘charge’ yang dikenakan ketika kita nak bawa keluar dari hospital. Ketika ‘sesak’ macam tu, agak susah dan sukar bagi mereka untuk menyediakan amaun yang mengejut itu. Akhirnya selesai juga sebab tarik sana sani, kawan-kawan pakat tolong boleh selesaikan isu itu, belum lagi termasuk kos pengebumian di tanah perkuburan. Yang berkaitan dengan korban ini juga saya ingin sebutkan seperti yang telah diperjelaskan, 80% kematian ‘Brought In Dead’ ini kerana mereka ini tiada kaitan dengan vaksin ataupun tak lengkap vaksinlah YB. Tokai, 1 ataupun tak lengkap ataupun 2 belum cukup 2 minggu dan sebagainya 80%. Yang itu usaha kita akan berjaya bila vaksin itu semakin meningkat dan benda itu kita boleh tengok dia punya ‘decline’ peratus ataupun bilangan kematian ‘Brought In Dead’ ini dari semasa ke semasa. Jika itu betul teori kita, akan turunlah pada bulan ini. Setakat sekarang vaksin hanya baru nak ‘cross’ 50% keberkesanannya belum jelas dilihat, jadi kita akan tengok ke depan.

Saya nak sebut satu lagi ialah 14% disebutkan tadi adalah kerana mereka yang ‘Brought In Dead’ tiada akses kesihatan ataupun sebelum ini tak menerima rawatan dengan baik. Yang ini saya rasa kerja kita, bukan kerja tiga empat orang, bukan kerja YB. Tokai seorang, saya rasa kerja kita semua 36 orang dan pegawai-pegawai untuk pastikan rakyat Kedah ini mendapat kempen kesihatan, menerima menerima rawatan mengikut kesesuaian penyakit yang mereka ada sebab ini kerja kita kerana kesihatan itu adalah hakmilik setiap insan dan juga kesihatan adalah antara dua perkara nikmat yang selalu dilupakan. Perkara ini berkaitan dengan vaksin. Vaksin ni saya tak mau sentuh sebab tadi ramai dah yang sentuh tentang bagaimana ‘slow and steady’nya di Kedah ini dan akhirnya sekarang ini kita dah capai. Kalau untuk Malaysia telah pun mencapai 57.5% daripada ‘population’ ataupun 80% untuk 18 tahun ke atas untuk Malaysia manakala Kedah sekarang ini 45% untuk keseluruhan dan 64% untuk dewasa sahaja.

Jadi, kita sedang menuju kepada 64% dan juga 80%. Alhamdulillah, ICU kita juga, ha…ini pun kerja berat yang ditanggung oleh YB. Tokai selama ini. Alhamdulillah, semakin berkurangan tekanan kepada ICU. Saya lihat tadi laporan sekarang adalah 92%. Yang saya nak dapatkan perkembangan ini ialah bila saya lihat tentang vaksin ini khususnya YB. Tokai, jumlah ‘figers’ besar tadi ok dah, 18 ke atas kita hanya perlu cari sekitar 17% lagi rakyat Kedah yang belum vaksin. Nak kata tak tau sebenarnya kita boleh cari, kalau kita tanya, kita sebarkan tugas ini kepada semua orang mungkin kita boleh cari siapa 17%. Yang saya nak tanya, sekarang ini sebab kepada umur 12 sehingga 17 tahun ini adalah kelompok yang akan terlibat secara agresif dalam masyarakat di mana mereka akan keluar ke sekolah dan sebagainya selepas ini. Saya tengok di Kedah ini kalau saya bandingkan data yang ditunjukkan oleh ‘Covid Now’ itu, lebih kurang macam 30,000 setakat ini telah menerima ‘first dose’ remaja kita 12 hingga 17 tahun sekitar 1,500 sahaja yang dah lengkap 2 dos, ini proses baru. Saya sebut sebab proses ini baru, kita masih lagi berupaya untuk meningkatkan bilangan ini sebagai ingatan kita bersama.

Jadi, saya nak tanya, apakah inisiatif pihak kerajaan untuk memastikan lebih ramai segera mendaftar 12 hingga 17 tahun, saya takut ada anak ADUN pun yang tak daftar lagi, segera mendaftar dengan MySejahtera. Kemudian dah mula ada ‘walk in’ sekarang ini, itu bagi yang sedar dan berminat dengan vaksin. Tetapi yang saya nak bertanya ini ialah bagi mereka yang belum mendaftar, mungkin juga kurang minat, mungkin juga dihasut oleh pelbagai media ataupun maklumat yang salah itu. Jadi, apakah kempen yang akan dilakukan oleh Kerajaan Kedah untuk memastikan lebih ramai remaja ini segera mendaftar? Sebab yang sakit dan meninggal pun bukan sahaja orang dewasa dan tua-tua tetapi termasuk juga kelompok 12 hingga 17 tahun ini.

Dr. Salmee bin SaidAMANAH · PHKota Siputeh

YB. Timbalan Speaker, terima kasih YB. Suka Menanti. Saya nak tanya tentang guru-guru yang anti vaksin ni. Apakah tindakan kerajaan untuk memastikan semua guru di Negeri Kedah ini divaksinkan? Terima kasih.

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Ok, Alhamdulillah, terima kasih kepada YB. Kota Siputeh. Memang kita minta supaya diadakan usaha untuk memperjelaskan, memperkenalkan ataupun kempenlah supaya semua orang menerima vaksin. Termasuklah yang saya nak bertanya kepada pihak kerajaan khususnya YB. Exco Agama. Apakah fatwa di Kedah ini untuk mengambil vaksin masih lagi bersifat harus? Apakah fatwa yang dibuat sekian lama iaitu berbulan-bulan dulu ataupun dah 2 tahun bersifat harus untuk mengambil vaksin di Negeri Kedah dan kalaulah masih bersifat harus, saya ada pertanyaan daripada kawan-kawan yang terdiri daripada AJK dan pegawai-pegawai masjid ialah bagaimana cara mereka nak jawab. Bagaimanakah jawapan yang sewajarnya perlu diberikan pegawai masjid ini kepada anak kariah yang dihalang daripada masuk ke masjid jika mereka tak mengambil vaksin? Sedang kan fatwa kata harus, tapi tak bagi masuk. Setakat tak bagi duduk, makan di kedai tu boleh gagah lagi tapi tak bagi masuk masjid sedangkan fatwa tu harus. Mungkin YB. Exco Agama boleh tolong semak balik apa yang perlu dibuat.

Yang kedua berkenaan dengan masjid, tumpang dah cakap pasal masjid, YB. Exco Agama pun duk tulis tu. Saya nak bertanya, apakah ada perancangan Kerajaan Kedah untuk membuka ruang solat Jumaat ini di lebih banyak tempat supaya tidak berhimpun besar, sekarang ini 100 ke 115 itu dah cantik dah, kalau nak besarkan pun kepada 200, tapi kalau nak ramaikan lagi sembahyang mungkin perlu buka ruang di tempat lain dan sebagainya supaya lebih ramai yang dapat terlibat dalam solat ini. Itu antara yang ingin ditanyakan.

Ketiganya YB. Tuan Speaker, ialah berkenaan dengan SOP. Saya melihat ada teguran daripada Kebawah Duli yang Maha Mulia Tuanku Sultan tentang Standard Operating Procedure (SOP) yang perlu dibina dengan lebih berkesan. Bagi saya mudah saja, SOP ini adalah untuk kita kenal pasti individu positif Covid-19 dan SOP adalah untuk tutup atau ‘stop’ penularan. Bila kita buat SOP kerana kita nak tutup pintu penularan. Jadi, itu SOP yang harus kita buat, sebab itu mereka-mereka yang terlibat dengan SOP ini, pegawai-pegawai

dan juga pihak kerajaan yang terlibat untuk menyediakan SOP ini, mereka harus ingat sebenarnya kedudukan mereka cukup tinggi. Kalau Menteri Besar ini dia seolah-olah adalah Pengerusi kepada Jawatankuasa Fatwa SOP Negeri. Sebab membina SOP yang boleh ‘stop’ pintu penularan. Jadi, bila orang ikut SOP itu maksudnya dia tutup pintu penularan, kalau dia langgar SOP dia buka pintu penularan. Jadi, kita harus ingat itulah SOP yang disebut, jadi kita jangan permudahkan. Saya tak sukalah, selalu pihak kerajaan suka kata, “kita akan melonggarkan SOP”. Ia bukan melonggarkan SOP, sebenarnya kita menyediakan SOP yang lebih berkesan dengan suasana yang ada. Ijtihad ini bukan buat sekali pakai 2 tahun, kena sentiasa ‘tajdid’, sentiasa diperbaharui supaya SOP itu benar-benar menepati syarat ataupun kehendak yang ada. Teguran daripada KDYMM Tuanku itu harus kita ambil perhatian. Kalau boleh saya menyeru supaya kerapkanlah mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri yang mengikut rekod dalam jawapan bertulis yang diberikan, untuk tahun ini takdan mesyuarat baru sekali, yang lain semuanya sesi perbincangan. Kerapkanlah mesyuarat supaya SOP itu kita boleh buat dari semasa ke semasa lebih sesuai, bukan melonggarkan SOP tetapi menyediakan SOP yang lebih berkesan. Silakan YB. Gurun.

YB. Tuan Speaker, YB. Suka Menanti, saya nak tanya YB. Suka Menanti kalau boleh usulkan pandangan saya ini kepada kerajaan. Saya setuju supaya SOP itu dilihat kembali tapi yang saya nak bangkitkan ini ialah setujukah YB. Suka Menanti dengan saya kalau saya katakan bahawa oleh kerana kita akan bergerak kepada endemik, sedikit hari lagi pendemik ‘can over’, maknanya sekarang ini rakyat sedang menanti apakah tindakan kerajaan bagi membantu merancakkan ekonomi untuk kembali kepada keadaan normal termasuklah seperti yang disebutkan oleh rakan-rakan dalam isu pelancongan contohnya. Sekarang ni kita nak ‘relax’ dah, tapi kita harus ada bantuan kewangan bagi ‘generic’kan ‘income’ PBT dan sebagainya. Jadi, saya rasa kerajaan harus memikirkan sekarang takut esok tiba-tiba covid hilang, kita tak ‘ready’, oleh yang demikian kita hilang peluang dan peluang ini akan diambil oleh orang lain. Seperti pelancongan, bantu ‘travel agent’, bantu kawan-kawan yang hilang pekerjaan, bantu mereka yang hilang perniagaan. ‘By now in the time to prepare’ sebab ‘the moment covid over’ kita dah ‘ready’. Jadi, apa pandangan YB. Suka Menanti tentang hal ini? Terima kasih YB. Tuan Speaker.

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Di hujung saya akan senaraikan nanti. Silakan! Ringkaskan.

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Terima kasih YB. Tuan Speaker dan YB. Suka Menanti. Adakah YB. Suka Menanti bersetuju di mana saya sebutkan sekali lagi kita hanya belanja RM32.4 juta untuk ‘estimalate’ ekonomi, rasanya tak berbaloi dan kita tengok Melaka RM195 juta, Perak RM234 juta dan Pulau Pinang RM171 juta. Maka seharusnya kita bangkit balik untuk melawan covid ini dan ‘estimalate’ ekonomi untuk usahawan-usahawan perlu diberikan satu jumlah yang besar untuk kita kembali bangkit. Terima kasih.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Terima kasih kepada YB. Suka Menanti dan YB. Speaker. Apabila kita sebut bantuan kepada rakyat ini bukan hanya bantuan-bantuan daripada kerajaan negeri yang telah pun diberikan tapi kita juga nak kena maklum bantuan-bantuan daripada Kerajaan Persekutuan juga telah pun banyak diluluskan dan rakyat Kedah ini sebahagian daripada rakyat Malaysia. Jadi, bantuan-bantuan yang dilaksanakan untuk rakyat ini kita minta untuk dipertingkatkan dan setakat ini pun rasanya sudah banyak juga bantuan-bantuan yang telah diberikan. Adakah YB. Suka Menanti sedar? Terima kasih.

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Terima kasih. Saya akan masukkan senarai tuntutan ataupun saranan ini tentang kewangan. Sebenarnya Penyata 2019 akan menjawab tentang “kenapa kita ada duit dalam Tabung Negeri Kedah”, itu akan saya sentuh jika ada masa di belakang nanti. Kemudian tentang bantuan yang telah banyak sampai tu, kalau YB. Sungai Limau rasa penduduk tempat dia dak ok, tak pa yang tu, wallahuálam. Bagi kami akan teruskan berbincang supaya benda ni masuk sebab yang penting saya cuba sebutkan tadi konsep kita bila sebut SOP tu cubalah jangan rasa susah sangat. Dulu orang nak guna komputer pun rasa pening tetapi disebab SOP yang yang mesra rakyat, komputer hat pelik pun orang boleh guna. Sebab itulah saya sokong supaya SOP ini sentiasa disemak sesuai dengan kaedah untuk tutup pintu penularan Covid-19 ini. Kebetulan pula….(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

YB. Bandar Baharu nak mencelah. Kita dah berapa lama…..

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Sikit! Sikit saja. Terima kasih YB. Tuan Speaker. YB. Suka Menanti, adakah bersetuju dengan cadangan saya berkenaan dengan pewujudan Majlis Pemulihan Negara untuk kita menuju ke era endemik dan juga ‘safe regulated SOP’ untuk kita menuju ke era endemik ini? Terima kasih.

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Ok, terima kasih. Yang tu nanti minta YAB. Menteri Besar jawablah. Kalau YAB. Menteri Besar tak larat tanggung, buatlah Malis Pemulihan Negeri tapi kalau boleh tanggung saya rasa jawatankuasa yang ada boleh dibawa untuk perbincangan sepenuhnya dan SOP tu saya sebutlah, kalau kami di Alor Setar ini PKP, PKPD, PKP ini dah 5 bulan lebih dah. Memang rakyat duk tunggu nak keluar jadi SOP tu kena jelas sebab selepas ini mereka akan mula keluar untuk bekerja. Tidak susah untuk kita di Kedah ini dan juga di Malaysia sebab kita tengok lebih kurang 55 negara yang dilanda malapetaka covid serius ini, kita duduk nombor 53.

Jadi, masksudnya banyak perkara kita boleh belajar daripada negara lain tentang ‘success story and failure story’ mereka (dengan izin). Jadi, kita harus bijak “kerana orang yang bijak belajar daripada kesalahan dan orang yang bijaksana belajar daripada kesalahan orang lain”, jadi kita ambillah iktibar itu. Saya ingin ringkaskan di sini tentang SOP, vaksin dan sebagainya, saya ingin bertanya pihak kerajaan, selalu disebut tentang imuniti kelompok, boleh tak dalam Dewan ini nanti minta YB. Tokai tolong perjelaskan tentang apa maksud imuniti kelompok, apa akan kita capai dengan imuniti kelompok, berapa peratus dan sebagainya. Orang dah mula keliru, hari tu kata bila dah 50% dapat Fasa 2 tapi tak jadi. Rupanya Fasa 1 buka macam Fasa 2. Akhirnya mungkin boleh dirumuskan oleh pihak kerajaan.

Yang seterusnya saya ingin beralih sikit sahaja tentang teguran Tuanku dalam muka surat 10 berkenaan jalan-jalan yang tidak diselenggara oleh pihak kerajaan. Saya minta supaya untuk diperlihatkan baliklah oleh pihak kerajaan kerana saya melihat melalui jawapan yang diterima, tidak kurang sekupang pun peruntukan yang kita terima untuk tahun 2021 ini. Kalau tahun 2020 kita menerima RM258 juta untuk penyelenggaraan jalan-jalan di Kedah. Tahun 2021 sehingga bulan Ogos kita dapat RM172 juta, ngam-ngam sama dengan RM258 juta untuk setahun. Jadi, janganlah dipindahkan ataupun digunakan di tempat lain dulu dana ini untuk kita pastikan juga kita kena sediakan keadaan negeri kita yang akan mula menerima pelancongan lebih-lebih lagi kami di Bandaraya Alor Setar ini memang seperti teguran Tuanku itu perlu diperbetulkan. Jadi, saya minta supaya disegerakan tentang penyelenggaraan jalan ini.

Masih lagi tentang 4 kontraktor yang terlibat dengan LRA dan juga tentang BDB, saya ingin terus bertanya dulu soalan ialah pihak kerajaan cuba senaraikan siapakah sebenarnya kontraktor yang dapat dengan amaunnya dan kita dah diberitahu tempoh siap baru-baru ini dalam jawapan YB. Exco tapi tak diberitahu siapa dan apakah BDB telah bersedia melaksanakan program ‘direct nego’ ini? Sebab kita dah pecahkan beberapa pakej dalam dalam BDB itu supaya cepat, segera bantuan air tu boleh sampai ke Kuala Kedah dan juga ke kawasan Kodiang, tetapi nampaknya belum ada lagi. Saya ingin bertanya juga tentang projek-projek ini melibatkan pengambilan tanah yang cukup besar dan juga kos satu amaun yang besar juga lah. Dari mana dana untuk membayar pengambilan tanah ini, status pengambilan tanah dan dana untuk pengambilan tanah. Bagi nama kontraktor tadi, tolong bagitau adakah ini tender terendah ataupun kriteria kenapa tender terendah itu ditolak dalam pemilihan kontraktor itu?

Tentang bekalan air ini sebenarnya ada satu lagi projek yang jarang disebut ialah tentang projek NRW di tanah besar dan juga di Langkawi…. (YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

YB. Suka Menanti, masa sebenar sudah habis, saya bagi ruang 2 minit lagi tambahan.

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Ok, secara ringkasnya…Tak pa lah sebenarnya perbahasan saya dalam 20 soalan, nanti saya pederas soalan tu saya ‘pass’ kepada YB. Tuan Speaker boleh diberikan kepada kerajaan untuk menjawab.

Dalam isu ini, pertama yang saya segerakan ialah tentang pendidikan awal kanak-kanak 4, 5, 6 tahun ini bagi saya sangat penting. Jadi, saya nak tanya, usaha kerajaan sekarang ini adakah akan memaksa PASTI itu supaya berdaftar dengan kerajaan? Dulu PASTI tidak mahu berdaftar dengan kerajaan sebab masa tu mungkin dia bukan kerajaan dan saya tak mau kata lah kut-kut masa tu dia ‘level’kan kerajaan ni tak boleh pakai, teruk dan sebagainya. Tapi sekarang, adakah PASTI akan dipaksa untuk berdaftar dengan kerajaan?

Seperkara lagi inign saya bangkitkan tentang Mahkamah Syariah. Saya pohon supaya pihak kerajaan berbincang supaya Mahkamah Syariah di Kedah ini juga memulakan perbicaraan kalau boleh secara ‘online’ kalau takut untuk bertemu tapi mungkin juga perlukan fatwa untuk mengharuskan kerana kes-kes yang melibatkan perceraian fasakh, takliq, khuluk, pengesahan nikah sempadan, poligami, tuntutan harta sepencarian, mutaah dan sebagainya tertangguh sejak 2 tahun. Yang berjalan hanyalah tuntutan nafkah dan hak penjagaan.

YB. Tuan Speaker, sebagai rumusan kepada perbahasan saya tentang 20 point ini saya ingin bawa balik kembali kepada kebajikan rakyat, menghadapi kemelut dan juga Covid-19 yang akan kita masuk fasa endemik ini, saya ingin supaya kita menghargai ‘frontliner’ dan rakyat Kedah yang akan memasuki fasa endemik selepas ini dengan menuntut beberapa perkara. Pertama ialah saya mencadangkan supaya penjawat awam di Kedah diganjari dengan bonus RM1,000 diberi awal dalam bulan Oktober ketika kita beralih ke fasa endemik kerana inilah persiapan untuk memasuki fasa endemik yang akan ditempuhi dengan minda normal yang baru, khususnya yang Gred41 dan ke bawah. Yang kedua, saya ingin mencadangkan supaya ‘frontliners’ staf Persekutuan yang berada di Kedah diberikan ‘token’ sekitar RM500 sebagai tanda penghargaan kerana merekalah antara yang bersama dengan kita menentang ataupun menghadapi cabaran Covid-19 ini.

Yang ketiga adalah bantuan khas kepada miskin dan miskin tegar untuk memulakan kehidupan bila dapat mula keluar bekerja mendapat pendapatan harian selepas 5 bulan berkurung, mereka harus mendapat satu insentif untuk keluar bekerja, kepada miskin dan miskin tegar.

Kelimanya, saya mohon disediakan geran khas kepada….. (YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

Banyak lagi ka YB. Suka Menanti? Kalau cadangan panjang boleh dilampirkan sekali.

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Ini tinggal 2 yang ‘last’. Jadi, sediakan geran khas kepada Institut Latihan INSPIN untuk anjurkan kursus-kursus jangka pendek digital dan ‘business online’ yang berkaitan sebagai bimbingan bisnes fasa endemik kepada usahawan mikro kecil dan sederhana yang boleh dibantu oleh IPT yang ada di Kedah, UUM, UiTM, AIMS, Politeknik, ILP dan sebagainya.

Yang terakhirnya saya ingin perbetulkan tentang jawapan yang dikeluarkan dalam jawapan bertulis soalan nombor 94, tahun 2017 dan 2018 betul defisit, tapi perbelanjaan sebenarnya tahun 2019 pendapatan RM778 juta, perbelanjaan RM623 juta, sebenarnya surplus RM154 juta, itu adalah akaun sebenar tahun 2019 dan daripada situlah RM154 juta adalah surplus yang ada jadi harus perbetulkan jawapan dalam muka surat 146, jawapan bertulis itu YB. Tuan Speaker.

Alhamdulillah, semuanya berkisar kepada 20 persoalan yang saya akan ‘pass’ kepada YB. Tuan Speaker supaya dipanjangkan kepada pihak kerajaan. Saya ingin akhiri dengan ucapan ringkas iaitu;

Peduli rakyat simpati bersama, Rakyat terbeban Covid-19 bermaharajalela, Suka Menanti sedia bekerjasama, Demi rakyat keadilan untuk semua.

Jadi, Kedah Darul Aman adalah Negeri Jelapang Padi, inilah bumi untuk kita bangunkan bersama. Sekian, saya menjunjung kasih di atas titah ucapan Kebawah DUli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih YB. Suka Menanti. Seterusnya saya persilakan YB. Tanjung Dawai. Cuma saya nak peringat YB. Tanjung Dawai pastikan apa yang saya whatsapp itu sempat lah.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, wassola tuwassala muála rasulillah waála alihi wasohbihi waman walah. Yang dihormati Tuan Speaker, YAB. Menteri Besar, rakan-rakan Yang Berhormat, para pegawai yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, syukur kerana pada kali ini kita dapat mengikuti titah ucapan Perasmian Pembukaan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan saya ingin untuk kita melihat apa yang disebutkan di dalam ucapan dan titah Tuanku bagaimana titah itu mengandungi sokongan dan dokongan serta penghargaan daripada pihak Tuanku kepada YAB. Menteri Besar dan kerajaan sekarang. Kita boleh melihat dalam muka surat kedua penghargaan Tuanku kepada Kerajaan Persekutuan di perenggan yang atas sekali, “beta amat berbesar hati atas keprihatinan Kerajaan Persekutuan” dan Tuanku juga ada menyebut seperti di muka surat yang keempat, baginda menyebut,

“beta menghargai usaha Mamanda Menteri Besar serta seluruh kepimpinan kerajaan”. Baginda juga menyebut, “beta percaya dengan komitmen Mamanda Menteri Besar dan seluruh anggota Kerajaan Negeri Kedah”. Seterusnya di muka surat yang ke 5 Tuanku juga ada menyebut, “beta yakin dengan terlaksananya projek berimpak tinggi yang dirancang yang bakal meletakkan Negeri Kedah di landasan yang betul ke arah pengukuhan sektor ekonomi dan pelaburan pada masa hadapan. Di muka surat 6, Tuanku juga menyebut, “tahniah beta ucapkan kepada pentadbiran kerajaan negeri di atas kejayaan merencanakan agenda ekonomi dan pelaburan di Negeri Kedah dan juga memuji Pegawai Tadbir Negeri Kedah”. Di muka surat yang ke 7, di atas sekali Tuanku menyebut, “beta perkenan agar Pelan Pembangunan Kedah 2035 didokong oleh semua pihak sama ada dalam pentadbiran kerajaan negeri mahupun Kerajaan Persekutuan. Seterusnya di muka surat 8 Tuanku ada menyebut di bawah sekali, “beta berasa suka cita di dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035 dengan menjadikan kawasan tadahan Ulu Muda sebagai Taman Negeri dan membangunkan Pulau Langkawi sebagai sebuah Pulau Rendah Karbon dan muka surat yang ke 9, Tuanku menyebut, “beta sukacita apabila Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan Pulau Langkawi sebagai destinasi perintis bagi program Gelembong Perjalanan.

YB. Tuan Speaker, ini adalah apa yang saya tafsirkan bahawa Tuanku memberikan dokongan penuh dan juga menghargai apa yang telah pun dibuat oleh kerajaan sekarang. Dengan 14 perkara yang disebutkan oleh Tuanku dalam titah ucapan tersebut, saya ingin untuk meyentuh beberapa perkara yang menjadi perhatian kepada pihak kerajaan terutamanya. Pertama, Tuanku telah menyebut berkaitan bercana “kepala air” baru-baru ini yang berlaku melibatkan Daerah Yan dan Kuala Muda. Kalau kita dengar cerita oran tua-tua yang masih hidup berumur 80, 90 tahun kita boleh dengar cerita pengalaman mereka dulu, peristiwa sebegitu pernah berlaku juga di Yan sehingga digambarkan ada binatang lembu, kerbau ini duk atas pokok nyoq, besar daripada apa yang berlaku. Tahun 1982 saya ingat belakang rumah ayah saya ada sungai, Sungai Bukit Batu Pahat. Peristiwa yang lebih besar daripada apa yang berlaku baru-baru ini di Tupah dan peristiwa yang berlaku di Yan dan Merbok baru-baru ini disebutkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Kedah, Perlis dan Pulau Pinang disebabkan oleh dua faktor, iaitu faktor penyumbang dan juga faktor pencetus yang melibatkan geologi dan juga keadaan tanah, sifat tanah dan juga cerun yang ada di Gunung Jerai tersebut. Dengan peristiwa kepala air ini, kita melihat seluruh rakyat di Malaysia memberikan keprihatinan bantuan dan doa bahkan lebih mengkagumkan apabila Tuanku Sultan Kedah dan Yang Teramat Mulia Raja Muda mencemar duli turun ke kawasan bencana tersebut bahkan Tuanku telah mengurniakan kurniaan peribadi baginda. Juga terima kasih kepada Kerajaan Pusat yang telah pun menyalurkan pelbagai bantuan dan juga janji-janji melalui program dan projek berjumlah RM78 juta untuk mengembalikan keadaan asal yang ada di Gunung Jerai yang melibatkan Yan dan juga di Tupah.

YB. Tuan Speaker, yang kedua apa yang disentuh oleh Tuanku berkaitan Covid-19. Bagi saya Covid-19 ini antara hikmah besarnya bila berlaku dan kita hidup dalam keadaan dia berada dengan kita. Peristiwa kepala air yang berlaku baru-baru ini dalam keadaan covid masih ada yang menyebabkan jumlah mangsa yang teragut nyawa dan juga yang cedera, kurang. Kalaulah kita melihat covid ini tidak berlaku sekarang, kawasan di Titi Hayun dan

sekitarnya adalah kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan masyarakat, mandi manda. Bahkan peristiwa 18 Ogos itu waktu cuti sekolah, tentu ramai orang yang akan pergi berkelah di situ. Ramai budak-budak sekolah yang akan buat seminar SPM dan peperiksaan lain. Bayangkan kalau peristiwa kepala air itu berlaku ketika dalam keadaan Covid-19 tidak ada, lebih parah lagi apa yang berlaku di Yan dan juga di Merbok.

YB. Tuan Speaker,…..(YB. Pengkalan Kundor mencelah)

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

YB. Tanjung Dawai, sedikit pencelahan YB. Tuan Speaker. Semalam saya telah bertanya kepada YB. Sungai Limau tapi masih tidak menjawab. Kalau kita pergi sekarang di Gunung Jerai, di kawasan Titi Hayun dan kawasan seumpamanya kita dapat melihat selain daripada puncak, selepas puncak kita dapat tengok runtuhan tu banyak, di atas. Kalau boleh saya bahagikan gunung itu kepada beberapa ‘layer’, puncak selepas itu kawasan runtuhan, tapi kawasan di tengah ini ada permukaan. Ladang durian ada di situ, kuari ada di situ selepas itu di bawah, kampung lah. Jadi, adakah selain daripada faktor-faktor tadi, faktor geosains, faktor hujan lebat tadi. Adakah juga peranan permukaan hutan di ‘layer’ yang tengah itu menyebabkan teruknya lagi berlaku kepala air?

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Saya rasa ia berada di bahagian bawah dan kita boleh melihat parut yang ada di Daerah Yan dan juga di Daerah Kuala Muda, Merbok ni kita boleh tengok dia berada di bahagian atas. Parut daripada kepala air itu memang jelas boleh dilihat. Kalau di Merbok 4 parut besar yang boleh dilihat dengan terang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok.

YB. Tuan Speaker, dengan Covid-19 ini kita bersidang sampai pukul 1.00 tengahari sahaja dan saya mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Dewan kerana boleh menerima apa yang telah ditetapkan oleh YB. Tuan Speaker untuk bersidang sampai 1.00 tengahari saja. Dengan mengambil iktibar daripada Persidangan Parlimen pada bulan Julai yang lalu bilamana didesak oleh pihak-pihak tertentu untuk dibuka Parlimen mengakibatkan “Kluster Parlimen” berlaku, 85 positif sehingga mengakibatkan seorang Pegawai Khas sebuah kementerian telah pun meninggal dunia akibat daripada Kluster Parlimen tersebut.

Dalam soal ini kita yakin bahawa Sabdu Zharoib untuk menghalang daripada kemudaratan berlaku dan supaya kemudaratan itu tidak berjangkit ataupun berpindah kepada pihak lain, kita yang berperanan besar di kawasan ataupun di DUN masing-masing diharapkan dapat berterusan sehinggalah habis penggal ini membantu rakyat, tidak ada kekosongan InsyaAllah. Dan saya, daripada orang-orang lama dulu sampailah sekarang, kita melihat walaupun berbeza pendapat tapi Dewan kita yang mulia ini tidak pernah tercemar dengan tingkah laku yang tidak sopan sepertimana yang diberi amaran oleh Tuanku Sultan Johor disifatkan sebagai “sangkar beruk” ketika merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri Johor tempohari. Tahniah saya ucapkan kepada kita semua dan juga pegawai-pegawai yang membantu urusan ini. Dengan sebab Covid-19 ini kita boleh melihat prestasi komunikasi kita

bagaimana anak-anak yang nak belajar melalui PdPR terganggu kerana liputan internetnya lemah. Dengan peristiwa ini membantu untuk kita bertindak dan moga-moga daripada 130 pencawang yang telah diluluskan dan 37 yang telah pun siap bakinya dapat disegerakan supaya dapat manfaat untuk anak-anak. Saya yakin, semua tuan-tuan yang tak dapat bercakap sama ada di pihak kerajaan ataupun di pihak pembangkang boleh ‘passing’ kepada kawan-kawan. Semua nak bercakap, nak sampaikan apa yang dihasratkan oleh rakyat. Tambah YB. Pedu walaupun duduk di wad hospital nu, katil saya rasa bergegar duk geram tengok siaran langsung Persidangan ni kan, di hospital sana. Tapi nak buat macam mana, dia dalam keadaan yang uzur. Covid-19 ini bukan sekadar mengganggu hidup kita bahkan dalam tempoh Covid-19 ini wabak berita palsu pun banyak, tanpa tapis tersebar dengan segera. Jadi, moga-moga kita mengambil iktibar dan apa yang disebutkan oleh Tuanku dapat untuk diambil suatu tindakan. Dengan kerajaan meneruskan bantuan-bantuan yang telah pun diberikan disambung dengan program-program seperti skim pinjaman mikro kredit untuk memudahkan perniagaan anak-anak muda untuk meneruskan kehidupan, InsyaAllah.

Seterusnya yang ketiga, berkaitan dengan prestasi pelaburan Negeri Kedah yang melebihi daripada RM42 billion, satu angka yang cukup besar dan sejarah bagi negeri kita dan bagaimana Tuanku menyebut perlu diutamakan, didahulukan kepentingan negeri diutamakan kepentingan rakyat daripada kepentingan kita secara individu. Alhamdulillah, dengan prestasi YAB. Menteri Besar dan kerajaan memimpin dengan dibantu oleh pihak pegawai tadbir kerajaan kita melihat bagaimana ia telah pun mula menunjukkan hasil dengan pantas dan cepat tindakan yang dibuat melalui mesyuarat-mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan tanpa tertangguh. Saya dimaklumkan tidak pernah tertangguh bahkan dibuat di daerah-daerah sehinggakan habis fail katanya pada bulan 4 yang lalu. Hanya pernah melakukan satu mesyuarat sekali sahaja di Kuala Lumpur, itu pun melibatkan Tuanku Sultan berada di Kuala Lumpur. Pantas dan turun dengan segera sepertimana yang ditunjukkan oleh Yang Amat Berhormat turun ke lapangan ketika berlaku kepala air. Saya masih ingat 18hb. Ogos sewaktu Asar ketika peristiwa kepala air itu berlaku bila disahkan bahawa kawasan saya pun terlibat, selepas Maghrib saya berada di Taman Tupah dan memaklumkan kepada YAB. Menteri Besar, bila dalam group kami beliau menyatakan akan turun ke Yan, saya meminta beliau langsung ke Merbok tetapi saya tunggu sampai jam 1.30 malam YAB. tak dapat turun ke Merbok dengan sebab untuk mencari dan menunggu keputusan mencari mangsa yang terkorban yang berlaku di Yan tersebut.

Jadi, saya minta di atas keprihatinan itu diteruskan dan juga keprihatinan yang telah ditunjukkan dengan permulaan projek Loji Rawatan Air (LRA) di 5 loji yang telah pun menyebabkan kita rasa yakin bahawa masalah yang telah pun bertahun ditanggung oleh rakyat dapat diselesaikan terutama kawasan saya di DUN Tanjung Dawai, yang pelik kalau kemarau memang masalah air, bila hujan lebat pun air tak dak YB. Tuan Speaker. Tiap-tiap hari orang duk sebut, “depa tutup pulak daaahhh… hujan duk broom! Broom! Broom! Ayaq tak dak”. Pasal apa? Pasaaall…Loji di Tupah itu hanyalah berfungsi untuk buh klorin sahaja, tak boleh nak tapis. Bila keruh lebih dengan sebab hujan lebat, dia tak mampu nak tapis. Bila keruh kena tutup, kalau tidak air akan masuk paip dan rakyat akan menerima air keruh, tentu dia bunyi dan komen juga.

Jadi, terima kasih kepada pihak kerajaan yang berusaha untuk menyegerakan juga projek di Tupah ini bagi membantu untuk memudahkan bekalan air terutamanya di DUN Tanjung Dawai dan melibatkan sedikit DUN Guar untuk kegunaan rakyat, InsyaAllah.

Mengucapkan juga tahniah, saya yakin dengan projek-projek yang berimpak tinggi yang diumumkan oleh kerajaan meneruskan agenda pembangunan daripada kerajaan yang terdahulu tanpa mengkianati apa yang dibuat dan juga dirancang oleh kerajaan yang terdahulu dengan keupayaan membayar hutang, hutang SADA, hutang KFA dan sebagainya dalam masa yang sama pembangunan-pembangunan berimpak tinggi itu dapat dimulakan. Maka saya yakin ia juga akan memberikan kesan yang besar walaupun dalam tempoh yang mengambil masa. Syabas saya ucapkan. Saya minta dan berdoa moga-moga dengan integriti, amanah dan kejujuran kepimpinan semua, saya nak sebut pegawai YAB. Menteri Besar dan YB. Exco, ambillah gaji dan elaun, tak potong walaupun sesen pun tak pa kerana itu adalah hak yang boleh diambil tetapi jangan ambil yang bukan hak walaupun 1 sen kerana 1 sen itu akan menyebabkan akan terhumban ke dalam neraka, hati-hati. Moga-moga dengan itu akan melahirkan barokah keberkatan “baldatun thayyibatun wa rabbun ghafur” yang akan menyebabkan bukan sekadar kerajaan makmur dan juga rakyat akan merasai kenikmatan itu.

Saya juga ingin mengucapkan sepertimana yang diakui oleh YB. Jitra dengan simpanan rezab kerajaan negeri berjumlah RM635 juta diakui, moga-moga dengan ketelusan pentadbiran, kecekapan tadbir urus, tiada ketirisan, bagaimana keyakinan rakyat untuk membayar cukai dan juga perbelanjaan yang berhemah, moga-moga rezab ini bertambah dan bertambah makmur Negeri Kedah dan rakyat dapat menikmati kebaikannya. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, isu yang saya dengar baru-baru ini bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri mengejar Kerajaan Negeri isu tunggakan cukai KFA, bola yang dikatakan dari tahun 2014 berjumlah RM10 juta. Saya minta jawapan daripada apa yang saya sebutkan ini.

Seterusnya yang keempat berkaitan dengan memelihara alam sekitar. Tuanku menyebut dan saya mengucapkan syabas serta tahniah kepada kerajaan negeri kerana menutup tapak pelupusan sampah di Semeling yang benar-benar mengganggu masyarakat sekitar dan pihak Kerajaan PH dulu pun pernah berlaku dan turun tunjuk keprihatinan disambung pula oleh kerajaan ini dan keputusan kerajaan telah menutup pusat pelupusan sampah tersebut. Saya ingin mengambil peluang ini minta perhatian dan saya pernah ‘record’ dah kepada penguatkuasa iaitu kuari di Tupah yang sering disebut menjadi punca air di Tupah itu tidak elok walaupun ia bukan duduk di atas, tapi ia dikatakan antara punca air berkarat di Sungai Tupah.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Persekutuan atas keputusan segera memperuntukkan RM4 juta untuk membuat kajian keselamatan di Gunung Jerai dan juga telah meluluskan sistem amaran awal untuk di Gunung Jerai.

Yang terakhir berkaitan dengan agama. Saya juga menyanjung apa yang dibuat oleh pihak kerajaan iaitu, silakan.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Baik. Terima kasih kepada YB. Tanjung Dawai dan YB. Tuan Speaker. Bila tengok YB. Tanjung Dawai nak ‘landing’, bila sebut Gunung Jerai ni dari berlaku bencana Kerajaan Persekutuan mengumumkan bantuan RM78 juta dan menteri-menteri pun turun, bantuan-bantuan lain khusus untuk infra. Jadi, mungkin boleh pihak kerajaan kita mohon bantuan untuk pembaikan kawasan pelancongan khususnya di Titi Hayun, itu bajet yang lain bukan infra tapi untuk mencantikkan kembali kawasan Titi Hayun.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Saya bersetuju dan menyokong cadangan daripda YB. Sungai Limau. Berkaitan dengan agama, bantuan khas guru agama sebanyak RM2.1 juta, bantuan khas untuk 224 imam masjid, seterusnya pembayaran elaun dengan menggunakan kaedah pemindahan pembayaran elektronik (EFT) kepada guru-guru sekolah agama rakyat, pegawai-pegawai masjid dan guru KAFA, memudahkan daripada pembayaran menggunakan cek ke akaun terus.

Terakhir sekali saya mengambil kesempatan untuk menyebut di kawasan kami dan saya mewakili sekali hari ini dengan pesanan daripada YB. Tuan Speaker kawasannya DUN Pantai Merdeka. Pertamanya berkaitan dengan hakisan yang berlaku di DUN Tanjung Dawai di Kampung Huma, hakisan pantai. Baru beberapa bulan lepas saya bersama dengan YB. Sidam turun melihat hakisan yang jarak dari pantai ke jalan raya sekitar 100 meter sahaja. Rumah yang duduk dekat dengan pantai tu tiap-tiap kali air naik, jadi kolam dah rumah tu. Jadi, pihak kami mengharapkan moga-moga ada tambakan ataupun dibuat tembok untuk menghalang ombak air laut naik ke darat sehingga menyebabkan kesusahan kepada penduduk sekitar.

Yang kedua, hakisan pantai juga di pantai Merdeka. Ia melibatkan satu jarak yang agak jauh yang menyebabkan kedai-kedai yang dibina oleh orang-orang kampung roboh, rumah-rumah pun dalam keadaan tak selamat, moga dapat diberikan perhatian. Seterusnya berkaitan dengan Jeti Bot Penambang di Pantai Merdeka. Sepertimana dimaklumi dan YAB. Menteri Besar pun pernah pi dah, dari Tanjung Dawai nak pi ke Pantai Merdeka kena terjun daripada bot. Orang lelaki terjun boleh gagah lagi, orang perempuan nak kena selak, nak naik bot pun kena randuk air, jadi pelancong luar tengok tak berapa nak elok. Diminta moga-moga dibuat jeti bot penambang di sebelah Pantai Merdeka.

Seterusnya titi di Pengkalan Kakap yang sering saya sebut setiap kali Dewan. Titi Pengkalan Kakap ni depan Masjid Pengkalan Kakap kerana diantara punca kepada banjir di sekitar Pengkalan Kakap di mana selepas daripada peristiwa kepala air, antara yang terlibat dalam banjir kepala air baru-baru ini ialah Kampung Padang Tok Sorah. Seluruh penduduk ataupun seluruh rumah berjumlah 77 buah semua terlibat dinaiki air.

Puncanya ialah, titi di depan Masjid Pengkalan Kakap yang bentuknya bentuk ‘kok’ di bawah, ada 3 lubang kok yang setiap kali bila hujan lebat menyebabkan kayu tersangkut, sampah sarap tersangkut yang menjadi punca banjir dan mangsa pertama yang akan terima kesannya adalah rumah Tok Imam sendiri YB. Tuan Speaker. Kesian Tok Imam, baru-baru ni pun habis peralatan rumah dia.

Seterusnya, saya juga ingin mencadangkan untuk Loji Merbok, loji di Bukit Batu Pahat. Kalau mengikut orang-orang lama di Merbok ini bahawa loji itu ambil air yang berada di tepi Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Ada satu lagi cabang sungai yang airnya banyak, kalau tepi Muzium Arkeologi Lembah Bujang tu airnya sikit. Dicadangkan untuk mengambil dari cabang sungai yang lagi satu yang ada anak sungai 4 cabang yang kalau hujan lebat berlaku arus yang besar ia tidak akan mengganggu bekalan air untuk loji di Merbok itu, InsyaAllah. Jadi, Loji Merbok ini membekalkan air untuk 1,000 akaun.

Yang terakhir, saya mohon jalan mini tar ke Masjid Haji Zainuddin, ayah mantan Menteri Kewangan kita dulu, Tun Daim Zainuddin. Masjid Haji Zainuddin ni kalau kita nak pi mini tar tak elok, saya harap moga-moga diperelok mini tar ke masjid itu. Masa ada lagi ka? Yaa..sila!

Timbalan Speaker

Masa lebih seminit dah.

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Info yang saya ada ini, Hutan Paya Laut Sungai Merbok kaya dengan spesis bakau, 42 daripada 60 spesis yang ada di situ. Adakah YB. Tanjung Dawai bersetuju Hutan Paya Laut Sungai Merbok kaya dengan spesis bakau 42 daripada 60 spesis ya. Jadi, saya harap adakah YB. Tanjung Dawai bersetuju untuk diangkat kembali sebab jika kita bandingkan dengan Bukit Bendera yang telah pun berjaya mendapat status ‘biosphere reserve’.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Setuju YB. Kubang Rotan. Saya juga ingin menyambung apa yang YAB. Menteri Besar sebut berkaitan dengan Tamadun Tertua Sungai Batu. Moga-moga kita juga ada peranan untuk menaikkan dan moga-moga kegemilangan Kedah pada suatu ketika dahulu juga dapat kita teruskan di era kita, InsyaAllah.

Saya ingin menjunjung kasih dan menyokong titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Walllahua’alam. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Terima kasih YB. Tanjung Dawai. Seterusnya saya persilakan YB. Pengkalan Kundor.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Tuan Speaker, YAB. Menteri Besar Kedah, YB. Exco Kerajaan Negeri, ADUN-ADUN, pegawai-pegawai kerajaan, tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian.

Saya juga semalam meneliti titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan YB. Tanjung Dawai tadi mengungkap beberapa perkara pujian-pujian ataupun penghargaan yang diberikan oleh Tuanku tetapi ungkapan YB. Tanjung Dawai itu dia campur Federal dengan state sekali. Hat puji state, hat puji Federal dia sekalikan, jadi nampak banyak lah. Kalau nak puji state saja, ada 4 perkara yang saya tak perlu baca kita boleh tengok semua lah, saya tak nak habiskan masa tu. Tetapi hat teguran tu YB. Tanjung Dawai tak baca, ada 7 teguran, kita buka sama-sama tengok 7 teguran, 4 pujian kepada kerajaan negeri. Jadi, inilah asas titah Tuanku yang saya rasa sesuatu yang sangat besar maknanya dan sangat serius sebagaimana yang disebut oeh YB. Alor Mengkudu, tidak pernah berlaku, mungkin dalam sejarah dan seingat saya pun tidak pernah berlaku sebegini rupa dan asas Tuanku ini sangat jelas sebab negara kita sekarang ini berada dalam suasana bencana.

Apa yang berlaku kepada kita hari ini disebabkan oleh bencana yang besar satu, krisis politik dalam negara dan yang kedua kiris kesihatan dan hat lain tu semua berpunca daripada kedua-dua krisis ini. Saya mesti sebut krisis politik sebab inilah kesan yang kita berada pada hari ini adalah kesan krisis politik yang berada dalam negara. Bermula dengan “Langkah Sheraton”, berlaku lompat kianat dan sokongan kepada mereka-mereka yang lompat yang kianat yang menitikkan satu detik hitam kepada demokrasi negara. Satu penggal dah kita sekarang ini belum habis dah ada 3 PM (Perdana Menteri). Satu PM yang diberi mandat oleh rakyat tapi 2 lagi adalah mereka-mereka yang dipilih oleh Ahli-Ahli Parlimen. Ini sesuatu yang baru, berlaku dalam negara kita yang akhirnya menentukan keadaan kita pada hari ini disebabkan oleh kerajaan yang ada ini adalah kerajaan yang tidak stabil. Cuba bayangkan pimpinan kerajaan Perdana Menteri yang sebelum ini 17 bulan dia sibuk untuk menguruskan masalah politik dalaman yang akhirnya perkara-perkara besar tidak terurus dan inilah punca yang saya rasa mesti berlaku selepas ini satu ‘reform’ yang besar dan inilah apabila sampai kepada 3 Perdana Menteri yang akhirnya rakyat terjejas, negara terjejas. Inilah akhirnya Pakatan Harapan menyambut dengan MOU yang dijelaskan oleh YB. Gurun semalam. Itu asas. YB. Sungai Limau, saya tak izin lagi, nanti saya beritahu bila saya nak izin.

Yang kedua adalah krisis kesihatan. Ini dua, hat lain-lain tu tampilan ataupun penempelan kepada kedua-dua krisis ini. Krisis politik tadi adalah mereka-mereka yang membina dasar, mereka-mereka yang menentukan hala tuju negara dan krisis kesihatan tampil ketika krisis politik ini berlaku. Krisis kesihatan bermula dengan pendemik gelombang yang pertama. Tuan-tuan masih ingat, 25 Januari 2020 sampai 15 Februari 2020 hanya ada 22 kes dan selepas itu ‘free’ selama 11 hari. Ialah, api masih kecil kita senang untuk ‘control’ tapi pada masa itu adalah Kerajaan Pakatan Harapan.

Selepas itu gelombang kedua dan sekarang ini kita berada di gelombang ketiga. Gelombang kedua juga dapat di’control’ walaupun ‘base’ itu tidak kosong. Macam gelombang pertama tadi selama 11 hari tidak ada kes, gelombang ketiga bermula 20 September 2020, sampai hari ini dah setahun lebih dan kita gagal. Kita kena terima hakikat bahawa negara kita gagal dan akhirnya limpahan gagal itu negeri kita juga terpaksa tanggung kegagalan menguruskan Covid-19.

Ahli-Ahli Dewan yang dirahmati Allah sekalian, punca kegagalan ini sangat ‘simple’. Ketika gelombang pertama, ‘team’ kesihatan yang sama berjaya pada masa api kecil, tapi pada masa api besar gelombang ketiga…..(YB. Sungai Limau mencelah)

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Boleh tanya terus kut? Baik, terima kasih kepada YB. Pengkalan Kundor, beri peluang minum. YB. Tuan Speaker, tadi YB. Pengkalan Kundor sebut antaranya kerana krisis politik yang berlaku dalam negara kita sehinggakan berlaku perubahan pimpinan khususnya Perdana Menteri. Adakah YB. Pengkalan Kundor sedar bahawa krisis ini bukan bermula selepas Februari 2020 tetapi semasa Pakatan Harapan sendiri pun ada usaha-usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang sedia ada menyebabkan Perdana Menteri pada ketika letak jawatan sehinggakan naik Perdana Menteri yang baru dan orang yang nak jadi Perdana Menteri tu sampai hari ni berusaha, bercita-cita sedemikian. Terima kasih.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Saya ingat pada Sidang yang lepas pun kita telah berbahas tentang perkara ini. Jadi, saya rasa jelas, hilang majoriti yang menyebabkan kerajaan jatuh. Kita tak payah ambil contoh ‘Federal’, ambil contoh negeri. YB. Jitra letak jawatan tak? Tidak, tetapi pasal apa jatuh? Pasal hilang majoriti. Pasal apa hilang majoriti? Pasal lompat! Kianat! Jelas? Jangan tanya banyak!

Isu yang sebenar saya nak cerita ialah krisis kesihatan. Pasal apa negara kita hari ini berada dalam krisis kesihatan yang paling teruk, dalam dunia kita lah yang paling panjang dalam dunia. Pasal, bermula daripada pegawai ‘handle’ kes, ‘test’, ‘contact’, isolate, ‘support’, gagal bermula di situ. Apabila berlaku ‘back lock’, berlaku kes yang banyak, pada masa api kecil boleh, ‘team’ yang sama. Nak sambung hat politik tadi ka?

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Dak! Dak! Dak!

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Nanti dulu! Nanti dulu! Tak habis lagi, baru mula saja. Apabila kes banyak, berlonggok, maka pada masa itu pegawai-pegawai IK tidak lagi mampu untuk membuat ‘test’ pada masa yang secepatnya. Ditambah pula dengan spesimen PCR yang dihantar itu kadang-kdang 2 hari baru balik. Jadi, cuba bayang mereka yang ‘back lock’ tidak di ‘test’ ini berkeliaran dalam komuniti. Ini berlaku di rumah saya, pada masa sebelum puasa, satu majlis berbuka puasa dalam 20 orang saja pada masa itu dibenarkan. Daripada 20 orang itu hanya 5 orang sahaja yang dikuarantin termasuk diri saya yang pakai gelang, yang lain ada yang tidak dipanggil, yang tidak sempat dipanggil disebabkan ‘back lock cases’ tadi. Dan inilah yang berlaku sebagai contoh lain ada satu kes di Kuala Kedah satu ‘family’ kena, anak dia dari Kuala Lumpur, anaknya ini telah bergejala di Kuala Lumpur dan kawan kepada anaknya telah positif di Kuala Lumpur. Sepatutnya berlaku saringan di Kuala Lumpur sebelum dia balik. Tapi dia balik dalam keadaan bersimptom, menjangkiti keluarganya, habis satu keluarga. Inilah yang akhirnya pergi kepada seluruh negara yang akhirnya berlaku di institusi-institusi, berlaku di kilang-kilang akhirnya tumpah dalam kominiti. Api yang telah besar ini sangat susah untuk kita ‘control’ dan keseluruhan ini dia refleks hanya satu perkara iaitu kegagalan polisi sistem kesihatan awam. Staf yang sama tetapi mereka tidak mampu untuk mengendalikan apabila kes ini bertambah dan pada saya inilah perkara pertama yang patut dibuat oleh kerajaan.

Ustaz Haji Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Pohon mencelah. Apa komen YB. Pengkalan Kundor dengan jumlah dan angka yang ada di Negeri Selangor? Selangor ada jawatankuasa sendiri menangani covid dan antara punca kegagalan itu bagi saya ialah kita tengok jumlah ni Selangor adalah penyumbang terbesarnya.

Timbalan Speaker

YB. Bandar Baharu nak mencelah, Bandar Baharu!

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Sikit saja. Terima kasih YB. Tuan Speaker dan YB. Pengkalan Kundor. Tadi duk cerita berkenaan dengan nostalgia, hal-hal macam mana kita tangani hat dulu, semasa kerajaan dulu. Adakah YB. Pengkalan Kundor mengakui bahawa salahnya dulu tindakan yang lambat, yang tidak tepat oleh Pakatan Harapan semasa kerajaan dulu dan apakah rancangan ataupun cadangan daripada YB. Pengkalan Kundor untuk ‘moving forward’, jangan habaq dah hat nostalgia-nostalgia. Terima kasih.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Saya benarkan YB. Gurun untuk mencelah.

YB. Pengkalan Kundor, YB. Tuan Speaker, saya nak tanya, sedarkah YB. Pengkalan Kundor bahawa apa yang sedang berlaku di Kuala Lumpur sebab YB. Tanjung Dawai bertanya berkenaan Kuala Lumpur bahawa terdapat beberapa kementerian yang meluluskan orang yang boleh keluar, orang yang tak boleh keluar contohnya kilang-kilang urusannya semua MITI, Menteri MITI beri kelulusan, kesihatan ada Menteri Kesihatan, vaksin dibeli oleh Menteri Sains. 3 orang menteri dalam kerajaan yang ada sekarang ini ataupun Kerajaan Muhyiddin Yassin pada ketika itu tidak ‘concercrant’ .

Akhirnya apa yang berlaku, contohnya di Selangor kerajaan negeri tidak ada kuasa, yang ada kuasa ialah MITI, MITI bagi lulus, nak kerja 1,000 ka, 5,000 ka 6,000 boleh sebab MITI yang keluarkan surat, kerajaan negeri tak boleh. Akhirnya apa yang berlaku? Mereka inilah yang melimpah, melimpah dalam masyarakat menyebabkan merebaknya api covid ini. Apa pendapat YB. Pengkalan Kundor? Terima kasih.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Saya bersetuju dengan pandangan YB. Gurun dan itu sebahagian daripada jawapan saya kepada YB. Tanjung Dawai. Kalau nak jawab lagi panjang, jadi masa saya. Nanti kita jumpa lah YB. Tanjung Dawai. Ini ‘fee’ saya lah, bidang saya na.

YB. Bandar Baharu tidak betul sebab saya sebut tadi 11 hari. 11 hari tak dak kes dan pada masa itulah berlakunya perubahan kerajaan. Gelombang pertama 22 kes berakhir pada 15 Februari selepas itu 11 hari tak dak kes. Jadi, apa isu Kerajaan Pakatan Harapan? Kita telah menyelesaikan kes-kes ini. Kepada saya, tugas besar kerajaan sebelum ini dan sekarang yang tak stabil ini adalah untuk melihat kepada masalah ini melihat kepada sistem kesihatan awam yang utama ini. Kena tengok pasal apa jadi macam ni, pasal apa boleh ‘back lock, pasal apa testing lambat, pasal apa lab tak cukup? Saya pohon, sebab akhirnya Kedah juga yang tanggung, rakyat Kedah juga. Saya pohon kerajaan segera meluluskan bajet. Inilah cadangan RM45 billion daripada bajet antaranya untuk kesihatan ini. Segerakan, dikala staf tak cukup, sumber manusia, YB. Bandar Baharu sebut tadi sebahagiannya adalah ‘equipment’ kat horpital. Ya, sebahagian tetapi sebahagian utamanya adalah sumber manusia tak cukup staf, takdan nak buat. Dikala 23,000 orang doktor-doktor baru ini dalam kontrak yang boleh di’terminate’ bila-bila masa. Jadi, ‘reform’ keseluruhan sistem kesihatan negara perlu. Kita di peringkat negeri apa sangat, dasar semua ini adalah limpahan daripada dasar Kementerian Kesihatan yang duduk di Federal. Jadi, saya kira inilah perkara asas yang kita bincang hari ini yang menjadikan hari ni negara kita kalau dari segi ‘cases’ dalam dunia nombor 21, dari segi komulatif dalam satu minggu yang terakhir kita nombor 9 dan dari segi kes matian per 1 juta kita ‘top 5’ dalam dunia, dari segi BID yang tinggi, penggunaan vantilator dan ICU yang tinggi dan kes dalam konteks negara kita lebih daripada 1,000 orang sekarang. Dalam konteks Kedah telah disebut oleh rakan-rakan saya.

Ahli-Ahli Dewan yang dihormati sekalian, dalam masa beberapa bulan terakhir Julai, Ogos, September ni dah kurang sikit. Kedah menduduki ‘ranking’ nombor 2, 3 dan 4 daripada semua aspek per population, bukan angka saja tapi per rakyat kita, kes, satu, yang kedua kematian, yang ketiga BID (mati sebelum datang ke hospital). Dan inilah yang saya saran sangat-sangat, saya ulang tanya mencelah banyak kali supaya kena berlaku ‘empowerment’ di peringkat komuniti sebab ini apabila kita nak masuk ke era endemic, peranan semua mesti berlaku dan saya kira antara punca juga Kedah telah dijawab oleh YB. Bakar Arang dan juga YB. Tokai tadi, vaksin kita lambat. Vaksin dikendalikan oleh kementerian lain, MOSTI. Padahal yang telibat adalah Kementerian Kesihatan, jadi bekalan vaksin kita akhirnya lambat. Akhirnya kes-kes dalam negeri yang saya sebut tadi banyak, hari ini kita tak boleh lepas lagi Kedah ni duduk dalam PKP yang paling panjang dalam dunia. Kedah dengan Johor saja hari ni, kami di Alor Setar bulan 5 lagi PKPD, disambung dengan sekarang. Nak lepas ka tak lepas bulan depan? ICU tak berapa nak lepas lagi, kes banyak lagi. Penggunaan ICU tadi disebut, 97.5%, ventilator 77.6% di Kedah, paling tinggi dalam Malaysia dan Alhamdulillah, daripada segi vaksin kita kecap di akhir-akhir ini kita boleh potong 3 negeri yang sebelum ini kita duduk nombor 2, Sabah, Kedah dalam masa 2 minggu ini kita potong Kelantan, Perak dan Pahang. Hari ini kita boleh sedikit berbangga, data terbaru kelmarin 63.7% 2nd dose, tapi tak lepas lagi. Pasal apa? Pasal ICU dan lain-lain. Itu yang utama. Apa yang saya nak sarankan ialah….(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

YB. Pengkalan Kundor, masa ada 2 minit lagi.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

SOP lah kalau macam tu, nak habis dah. SOP masjid, saya memberi cadanganlah kepada YB. Kupang. Singapore bukan 2 shif, 3 shif. Mula dengan 2 shif, 3 shif. Apa salahnya kita duk bincang, Jabatan Agama Islam cuma pelaksana sahaja tetapi polisinya datang daripada atas, Exco dan ke atas. Apa salahnya 3 shif? Apa salahnya untuk dibuka khemah-khemah di depan masjid yang covid tak boleh hidup pun di situ. Virus ni mati di luar daripada sel dan kawasan lapang, kawasan yang tidak tertutup dan tidak sesak. Jadi, saya cadangkan supaya segera buat mesyuarat. Saya pun rimas, saya ditahan beberapa kali di masjid, sembahyang waktu pun ditahan. Saya pernah sembahyang di luar masjid, di tepi tangga, sampai macam tu. Saya sedih, yang sepatutnya SOP ini segera apatah lagi nak masuk endemik, jangan tunggu nak masuk endemik, sekarang. Sebab sekarang boleh saya rasa untuk terutamanya sembahyang Jumaat dulu, di mana kita buat shif satu, yang kedua letak khemah lah di luar tu di kawasan ‘open air’ supaya memastikan untuk kita sama-sama boleh beribadat lah na?

Last sekali saya nak sebut, kita perlu kepada benda baru yang perlu kita ‘reform’. Kedua-dua krisis ini perlukan satu ‘reform’, termasuk negeri. Jadi, saya menyanggah sekali lagi YB. Bandar Baharu yang dia kata tugas utama kita adalah untuk duduk dengan rakyat, memberi bantuan kepada rakyat. Ya… itu betul tetapi tugas utama kita di sini, itu polisi mereka. Segala krisis yang berlaku ini kita perlu bincang di sini.

Sebab tu kami, maslahah apabila melihat kepada perkara ini kita kata perlu bermula dengan Dewan ini tidak perlu dihadkan kepada pukul 1.00. Apa isunya, apa beza pukul 1.00 dengan pukul 3.00 atau pukul 5.00? Apa isunya dikala semua yang hadir ke sini telah di RTK? Negatif semua, yang masuk ni semua ‘clear’. Jadi, apa isunya? Padahal, kita nak bincang masalah rakyat ini jauh lebih penting, nyawa rakyat, jangan buat main dengan nyawa rakyat. Kedah hampir 1,700 sekarang, angka terbaru. Jadi, sebab itu selepas ini ‘reform’ kita di sini kalau di peringkat Exco dia ada Jawatankuasa Tetapnya, tak boleh kekal dengan Jawatankuasa Tetap sahaja tetapi polisi, jemput kami pun tak dak masalah apa-apa. Polisi hari ini apa yang yang kita nak buat dengan isu kesihatan dalam negeri kita pada hari ini. Contohnya Faderal ya, tapi apa peranan kerajaan negeri. Jadi, kalau kita boleh membuat satu reformasi terhadap sistem termasuk daripada segi membuat undang-undang, Dewan yang tertinggi ini tempat kita berbincang untuk rakyat. Jadi, kalau kita sendiri nak had macam itu, kita nak bincang apa? Setahun dah! Jadi, selepas ini saya berharap bersungguh-sungguh YAB. Menteri Besar untuk memastikan perkara ini berlaku, bukan berlaku di Kedah sahaja, seluruh negara, di Parlimen, inilah yang perlu berlaku, reformasi kepada Parlimen ataupun transformasi kepada Parlimen.

Akhir sekali, minta maaf YAB. saya nak sebut beberapa perkara tentang…..(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

YB. Pengkalan Kundor, masa sebenar dah habis. Saya bagi masa lebih seminit tu…

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Hat lebih seminit ni saya nak menegur sedikit YAB. Kalau boleh saya…..

Timbalan Speaker

Saya bagi seminit lagi.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Secara adik beradiklah, terutamanya kematian yang kontena itu. Saya sangat tersentuhlah apabila melihat MB dan saya faham melawak itu bukan hasrat MB pun nak berkata begitu tetapi mungkin ke depan nanti ‘control’ sikit supaya jangan kata “hang nak bagi nama lah nak masuk kontena tu”. Itu sangat tidak baik dan termasuk pegawai-pegawai sekeliling, kalau dalam ‘paper’ tu kata pegawai MB huru hara, pegawai macam tu juga terutamanya dalam kes Nini Siron Baktor contohnya, jangan ada pegawai-pegawai yang cuba berbohong serta fitnah dan akhirnya ini dibenarkan oleh MKN. YAB. sendiri sebagai orang nombor 1 dalam Negeri Kedah, Pengerusi MKN Negeri melanggar SOP. Leceh la kan? Sangat leceh. Jadi, …..(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

YB. Pengkalan Kundor, masa lebih banyak dah ni. Saya rasa…

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Sekian, terima kasih YB. Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Terima kasih kepada YB. Pengkalan Kundor.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

YB. Sungai Limau,, kita bincang di luar.

Timbalan Speaker

Seterusnya saja jemput YB. Bukit Lada!

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamduliilahi robbil ‘alamin wassola tu wassala mu’ala rasulil amin wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. YB. Timbalan Speaker, YAB. Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat, ADUN-ADUN, tuan-tuan dan puan-puan, seterusnya pegawai kerajaan yang dirahmati Allah s.w.t sekalian.

Titah Yang Teramat Mulia Tuanku Sultan pada kali ini sangat padat, ringkas dan menyeluruh, itulah yang dapat saya sebutkan. Di awal titah baginda pada muka surat yang ke 3, Tuanku Sultan menasihati kerajaan yang dipimpin oleh Mamanda Menteri Besar agar bersabar dengan karenah masyarakat, tohmahan, kritikan, dan menganggap ia sebagai lumrah dan sebagai satu cabaran. Isu demi isu yang direka untuk menconteng arang kepada ketua kerajaan khususnya YAB. Menteri Besar sengaja diperbesarkan sesuatu yang kecil. Tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memadamkan kejayaan, kejayaan yang dibawa oleh YAB. Menteri Besar. Kerajaan yang pantas, kerajaan yang cepat iaitulah “biar cepat asalkan selamat”. Di kala pandemik ini, kita dapat mencatatkan pelaburan yang tertinggi berbanding dengan negeri-negeri yang lain. Semua orang dah sebut dah, RM42.4 juta berbanding negeri-negeri yang lain hanya RM1.7 billion dan RM4.3 billion sahaja. YB. Jitra menyebut bahawa simpanan negara RM35 juta, ini kejayaan-kejayaan yang sepatutnya kita banggakan dan ini merupakan suatu khurafat kedua yang dapat dipadamkan yang menyatakan bahawa ‘lebai’ ini tak pandai memerintah. Jadi, ini yang perlu kita ambil perhatian. Janganlah kita….(YB. Jitra dan YB. Suka Menanti mencelah)

Angka tu kena perbetulkan sikit Yang Berhormat, RM35 juta?

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Sikit saja! Sikit saja! Sebab topik tu. Sat gi bagi na?

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Sat! Sat! Baru nak mula…Sat gi saya bagi. Tunggu, tunggu, sat gi saya bagi. Tadi baru cakap saja, Allahuakbar! Sat gi cakap lain, baru bercakap habis taksat saja! Sat gi bercakap lah pulak tak dak masalah, saya pun takdan nak mula lagi (sambil ketawa).

Jadi, kalau boleh saya mengharapkan bahawa kita cuba pandang yang baik, kita lihat yang elok dan Alhamdulillah kita melihat bahawa MB kita ini seorang yang boleh berkhutbah di masjid, dalam ucapan boleh bercakap dalam sidang media yang begitu banyak dan jangan diambil yang ‘melawak’, berseloroh, biasalah kalau tuan-tuan kenal, Yang Berhormat semua kenal siapa MB kita. Beliau seorang yang suka melawak dan ada orang kampung dekat umah saya sampai hari ni dia duk marah MB, MB buat tak kenai dia sebab MB dulu seorang yang suka melawak sampailah hari ini, itu sikap dia. Janganlah kita menjadikan lawak itu sampai kita nak padamkan kejayaan yang dibawa oleh YAB. Dia pun dah minta maaf dah…sudah lah, kan? Saya rasa ini satu cara, satu usaha yang nak memadamkan kejayaan dan saya nak ulangkan kembali iaitu berkenaan kejayaan kita memadamkan khurafat yang menyatakan bahawa ‘lebai’ ini tak boleh memerintah sedangkan Nabi s.a.w bukan sekadar menjadi muallim, bukan sekadar menjadi guru tetapi Nabi s.a.w adalah ketua tentera, Nabi s.a.w adalah ketua negara dan Nabi s.a.w merupakan insan pertama yang mencipta perlembagaan yang bertulis di dalam dunia ini iaitu pada Tahun 622 Masihi ataupun pada 1 Hijrah. Saya melihat dan mencatat segala isi yang diutarakan oleh kebanyakan pembahas terutamanya daripada pihak pembangkang, bermula daripada YB. Ketua Pembangkang kemudian YB. Gurun, YB. Jitra dan sebagainya, Alhamdulillah cuma saya tak nampak YB. Anak Bukit saja pada hari ini dan kelmarin tak dak. Jika kita betul-betul serius untuk utarakan pandangan kenapa kita masih lagi ponteng? Dan saya melihat, semua-YB.-YB. kerajaan dan pembangkang dan saya mengucapkan tahniah kepada 2 orang yang masih kekal, YB. Gurun dan YB. Jitra. Kenapa mereka boleh hadir? Dan saya melihat YB. Tuan Speaker yang sangat hebat, dia bagi peluang kepada pembangkang. Ok, sila. Sebut Jitra bangkit terus. Sila! Sila!

YB. Timbalan Speaker, YB. Bukit Lada, yang pertamanya tidakkah YB. Bukit Lada tahu bahawa YB. Anak bukit pun seorang Ahli Parlimen dan menunggu untuk diberi peluang berucap di Parlimen, itu yang pertama.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Dak, soalan! Soalan!

Itu soalan saya. Tidakkah YB. Bukit Lada sedar sebelum menegur macam itu. Yang keduanya, yang hadir ni ramai, tetapi yang dibenarkan berucap hanya 6 orang saja. Jadi, macam mana pula begitu?

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Ok, terima kasih. Sila! Sila! Tak dak masalah.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Saya ingat YB. Guar Chempedak telah menjawab. Kita berbangga sebagai anak Kedah, penduduk Kedah bangga apabila Negeri Kedah nombor 1 dari segi pelaburan RM43 billion tapi saya difahamkan oleh YB. Guar Chempedak semasa menjawab iaitu sepanjang 15 tahun tetapi cara dilaporkan begitu, itu satu. Yang kedua, sudah tentu kami bukan saja berbangga tetapi itu tidak mampu untuk menutup kematian 1,700 orang akibat covid di Kedah. Jadi, itulah yang kami bercakap…..(YB. Bukit Lada mencelah)

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Soalan! Soalan!

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Kalau kami tak bercakap tu tak dak sapa nak bercakap dah.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Ni nak jawab ni. Oh! Tak dak soalan? Tak pa, Alhamdulillah. Cuma saya nak sebutkan tadi kalau kita betul-betul serius, kita boleh hadir dan kita boleh mencelah. YB. Jitra, kita boleh mencelah dan saya melihat apa yang diberikan oleh YB. Speaker sampai kami duk ketuk berapa kali dia buat tak dengar saja, tapi kalau pembangkang, masyaAllah! Dia boleh bagi. Saya pun seronok, dari dulu lagi YB. Tuan Speaker ketika beliau menjadi Speaker dia memang mesra pembangkang. Tahniah saya ucapkan. Ini cara, tak dak masalah, bagus. Kita melihat kita memberi ruang kepada semua untuk bercakap dan waktu inilah kita boleh kemukakan apa cadangan, apa idea tentang covid saya lihat bila tanya soalan tentang covid 4, 5 orang bangkit dan YB. Tuan Speaker bagi ruang tanya. Ini menunjukkan bahawa bukan bermakna tak boleh berucap, tak mau mai langsung. Bila tak mai bermakna kita sembang sajalah ‘kemaih’, tapi sebenarnya kalau betul-betul kita “nak seribu daya, tak nak pun boleh seribu dalih”.

Sebenarnya kami pun kalau boleh semua nak bercakap, tapi apakan daya, akur dengan saranan KKM demi maslahah dam mudarat yang lebih. Kita pun tengok nak mai tiap-tiap hari kena ludah dulu, mana pernah orang buat kerja ni. Tiap-tiap pagi selepas Subuh saya kerja ludah, lepas ni duk teringat nak ludah tiap-tiap pagi ni. Hat ni KKM suruh ludah, ludaaahhh….Orang suruh ludah kita ludah. Jadi, ini bermakna mudarat, bila mudarat sembahyang pun hari Jumaat yang wajib 3 kali pun kita tak boleh pi, maknanya sembahyang itu perkara yang asas pun kita tak boleh buat, sebab ini kematian. “Ad-Darurat Tubih al-Mahzurat”, darurat yang haram pun boleh makan, tapi bukanlah bermakna boleh makan semua, ermmm… “aroi ching ching, cham neng kin mot ti kin mot lau cham neng lei” (dengan izin) satu pinggan kita makan kita nak pi tambah lagi, tak boleh la… Mudarat ini hanya makan untuk nak jaga diri kita saja. Ketua Pembangkang, Jitra dan Gurun ni orang lama, depa ni kalau cakap pandai…’engle dan mengasak, tengok ‘engle’ mana, mengasak pada tempat yang lompong. Saya seronok dengan YB. Gurun sebab dia selalu cakap dan jangan siapa mencelah dia akan jawab dengan jawapan yang sangat hebat. Baru-baru ini saya lihat di Parlimen, bila MP Jerai tanya soalan, dia hebat, dia jawab pusing hebat. YB. Tanjung Dawai tanya lagi soalan dalam Dewan yang sama, soalan yang sama, jawab macam tu juga. Saya pun tak berani nak tanya, sebab apa? Kalau saya tanya dia boleh jawab dengan jawapan yang hebat. Cuma saya harapkan kalau boleh bagi lah suatu yang kita nak cakap tu fakta yang betul. Saya tengok sekarang ini dari tadi, sampai pukul berapa tadi masih lagi belum padam dalam FB Gurun pada 20 Ogos “Bencana Banjir Di Yan Akibat Kerajaan Negeri Bergantung Kepada Balak”, itu tajuk dia, tajuk jelas! Takkan duduk jauh, dekat saja dengan Gunung Jerai ni dan Gunung Jerai ni tempat Geopark yang menjadi simpanan, takkan lah ada balak di situ. Tapi nak minta maaf sampai hari tak minta maaf, tak yah duk tanya lah tuan-tuan.

Saya melihat, Ketua Pembangkang menyenaraikan tidak kurang daripada 7 teguran Tuanku dalam titah ucapan baginda. Kawan-kawan saya duk tanya, “hari ni hang nak bawak mai menatang apa pula”? Hari tu saya bawa baju. Saya kata, “hari ni aku nak bawa kertas kosong saja”, ni kertas putih ni. Tuan-tuan nak kata apa? Kalau kerajaan dia akan kata kertas ni putih, tapi pembangkang akan cari tang mana ada hitam, dia akan cari tang mana hitam ni. Cari, duk belek, silap-silap dia pi bubuh hitam tang tu lepas tu dia hentam. Tak pa! Tak pa! Tak dak masalah! Inilah yang kita harapkan ada ‘check and balance’ daripada pembangkang. Sebab itulah saya lihat titah Tuanku ini di awal-awal lagi menasihati kerajaan khususnya YAB. agar bersabar terima ujian, kritikan dan tohmahan. Semua orang akan cari hitam, depa tak akan sebut perkara yang baik yang kita buat, itu pembangkang, Alhamdulillah. Kita hari ini bagaikan seorang ayah menasihati anak, kalau ayah tu sayang kepada anak, dia akan nasihat banyaklah hat benda yang tak elok, “macam ni jangan buat chek no, jangan buat chek no”? Bukan kita boleh menilai 7 sultan nasihat, 4 sultan bangga. Daaakkk….seorang ayah ni kalau dia sayang anak, dia akan tengok tiap-tiap waktu dia akan nasihat ayah dia dan saya sangat kenal yang mana YAB. Menteri Besar kita ini dalam ucapan-ucapan dan cerita-cerita beliau pada kami nampak sangat keakraban YAB. Menteri Besar dengan istana khususnya Tuanku Sultan. Kadang-kadang YAB. cerita kepada kami kisah-kisah menarik menggambarkan keakraban YAB. dengan Tuanku. Kesimpulannya sangat rapat dan sangat mesra, sangat positif.

Antara kisahnya ialah “tuntong dan (koqa) kura-kura”, tapi saya tak mau nak cerita saja lah. Kena tanya YAB. menatang apa cerita apa bab tuntong dan koqa ni? Maknanya kalau boleh cakap bab tuntong dan koqa dengan sultan ni kita rapat. Bila seorang yang rapat, dia nak tegur, tegurlah seorang ayah nak menegur anak. Pasal apa yang kita pilih hat negatif? Begitu juga dalam kita mencari sahabat, jangan cari sahabat yang suka mencari kebaikan kita saja, biarlah sahabat kita yang boleh menegur kita. Kadang-kadang kita pi ziarah orang yang sakit, dia kata apa, “ermmm…. ha mai re khrai romai re mai rew leaw” ni orang kampung saya, saya kena sebut juga. Sebab bila saya sebut depa kata, “seronok depa, tak dak orang nak mai tengok kami dah, dulu rapat, dulu baik, tapi hari ni tak dak sapa dah nak mai tengok kami”. Jadi, kena macam tu.

Yang keduanya ialah, pembahas pembangkang nak cari alasan kata kerajaan pimpinan tak serius buat kerja. Saya tengok semua boleh kata ramai lah sebab covid ini, bagi pandangan YB. Derga macam-macam pandangan yang dikemukakan, YB. Pengkalan Kundor ni saya tak larat nak bilang ‘empowerment’ tadi, ‘empowerment’ ni tak tau berapa kali dia ulang, seolah-olah macam YB.-YB. kita ni ataupun JPKK, Ketua Kampung, mereka ni tak buat kerja. Saya pun pelik juga JPKK, Ketua Kampung kami mesyuarat ni tak tau berapa kali, tak berhenti, minta orang kampung bagi nama, turun ke kampung, saya khutbah, boleh kata tiap-tiap minggu kita khutbah habaq kepada orang kampung, bubuh dalam group, semua cari nama, saya telefon telefon JPKK ni tanya ada nama lagi dak yang tak cucuk? Semua dah cucuk dah, kita buat di Muasasah Darul Ulum baru-baru ni 5,000 dos vaksin yang disediakan. Tapi tak dak orang dah, pakat habis semua cucuk dah. Jadi, sebenarnya saya melihat kita….(YB. Pengkalan Kundor mencelah)

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Tak dak orang tu tak betul, masih ramai lagi….

Ustas Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Tak pa! Tak pa! Saya ada pandangan, semua orang ada pandangan dan kita semua boleh bercakap. Saya jumpa doktor, saya tanya doktor, YB. Kulim mesej dalam group, dia kata “kerajaan gagal”. Saya kata, “jangan kata macam tu, jangan cari alasan nak berkelahi” mesej tu saya mesej kepada doktor, saya tanya dia, “tolong bagi jawapan sat” dan saya berjumpa dengan Dr. Hanis, boleh jumpa dia duk ada di sini. Saya tanya dia, “doktor. Tolong bagi sat alasan”. Dia kata, “banyak kemungkinan-kemungkinan dia kata, antaranya ialah faktor pekerja-pekerja kilang yang mereka ini cucuk sendiri dan tidak ada nama dalam MySejahtera, tak dak nama”. Yang keduanya, faktor dia kata “sepertimana orang Pokok Sena dengan Kuala Nerang”. Pokok Sena dengan Kuala Nerang, Kuala Nerang ramai cucuk. Gena tak ramai, orang Pokok Sena pi cucuk di Kuala Nerang dan 350,000 maklumat dalam MySejahtera yang tak dapat diupdate. Jadi, kita nak menyalahkan kerajaan, nak cari hitam boleh cari, boleh pi cucuk dalam kerta putih ni kita boleh nampak hitam. Susahkah nak ucapkan tahniah kepada YAB. Menteri Besar yang dah buat yang terbaik untuk kita?

Kita ni duk start, start tak jalan saja, vespa Haji Samat. Tiba-tiba YAB. Jeneri ambil alih, jalan terus, sebut ni tak tau berapa puluh kali dah dalam Dewan ni, KXP, KXP, KXP tapi start, start tak jalan, yang berjalan vespa Haji Samat.

YB. Speaker, saya ucapkan tahniah kepada YB. Guar Chempedak yang mantap jawapan dia. Bila ditanya nak dapat pengesahan, nak dapat daripada luar negara, daripada wakil syarikat. Bila sudah ada pengumuman daripada pihak kerajaan yang ada syarikat sendiri ada dalam tu, wakil syarikat ada, Perdana Menteri ada, Menteri MITI pun ada dalam tu, itu sudah cukup untuk menjadi suatu kebanggaan kepada kita bahawa pelaburan yang datang ke Kedah ini ialah suatu pelaburan yang sangat besar, yang kita patut bangga dengan pelaburan itu dan saya mengharapkan kita semua sebagai……(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

YB. Bukit Lada, masa tinggal seminit!

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Seminit lagi no? Tudia..

YB. Bukit Lada, minta laluan…

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Tak pa, tinggal seminit saja, nak habis dah!

Saya tunggu lama dah. YB. Bukit Lada duk cerita pasal dalam Dewan tak cerita pasal rakyat pun saya puji dah.

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Saya nak habis dah, saya puji dah, terbaik! Menang hebatlah, kalau bercakap sat lagi jadi tak elok pulak. Cakap kemaih dah, pi tambah jadi tak sedap. Jika kita pandai ‘qosek’ buruk orang, orang akan ‘qosek’ buruk kita. Orang baik, ok lah, kalau kita orang yang buat kerja hebat, buat kerja baik, tak pa lah, maka orang tak akan tengok buruk kita, tapi kita ada buruk. Ni timbul RM13 juta pulak, menatang apa pun kita tak tau, beg mahal lah, macam-macam timbul sebab kita ‘qosek’ buruk orang. Tutuplah aib orang nescaya Allah akan tutup aib kita.

Saya ada banyak, tetapi saya tak sempat nak sebut. Last sekali, boleh ya YB. Tuan Speaker, iaitu berkenaan dengan satu lagi tajuk ialah “melangsaikan hutang itu satu kejayaan”. Melangsaikan hutang itu satu kejayaan dan saya bawa satu buku, dalam buku ini cerita bab muamalah. Disebakan YB. Kulim hadiahkan buku, saya nak hadiahkan buku ini balik kepada YB. Pengkalan Kundor dan YB. Jitra. Sat gi saya akan hadiahkan balik, biasalah orang kalau hadiah kat kita, kita kena hadiah balik kepada dia supaya boleh baca balik macam mana hukum hutang dan sebagainya yang ada dalam buku ni, Muamalah Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji di Pustaka Darul Salam Jilid yang ke 6. Kerana dalan Quran Allah s.w.t menyebut;

“ ي ٰٓاَيُّهَا َالَّذِيْن ا مَنُوْٰٓ ا اِذَا ْتَدَايَنْتُم بِدَيْن اِل ٰٓى اَجَل مُّسَمًّى ُفَاكْتُبُوْ ه

Ini ayat yang paling panjang dalam Al-Quran yang Allah s.w.t berpesan kepada kita orang-orang yang beriman “apabila kamu bermuamalah (berhutang) secara tidak tunai, sampai kepada satu waktu hendaklah kamu menuliskannya”. Maknanya hutang ini suatu perkara yang perlu diambil perhatian, janganlah kita asyik buat hutang, orang lain tolong bayar hutang kita. Allah…sedih sangat. Kerajaan kita YAB. melalui tindakan yang berani iaitu dengan keberanian menamatkan kontrak AUI dan Taliworks yang memberi keuntungan berjuta kepada kerajaan termasuklah Kerajaan Pusat yang menghapuskan pinjaman kita RM699 juta. Ini yang dilakukan oleh YAB. Menteri Besar yang menyatakan bahawa hutang ini perkara yang perlu kita ambil perhatian, janganlah kita hanya asyik berhutang tetapi kita tidak dapat membayar hutang itu.

Saya nak mangucapkan tahniah dan syabas kepada pemain KDA FC yang berjaya melakarkan kejayaan di bawah pimpinan YAB. Menteri Besar iaitu saudara Aidil Sharin Sahak dan saudara Baddrol Bakhtiar, yang menjadi penjaring terbanyak pada musim ini walaupun kemelut hutang dan sebagainya Alhamdulillah, mereka sangat hebat dan kita mengharapkan sepertimana yang disebutkan oleh YAB. Menteri besar sebelum ini, bahawa hutang RM9.7 juta yang sepatutnya orang lain buat, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mai minta dekat MB juga dan kita harap LHDN dapat mempertimbangkan perkara ini dan mungkin YAB. dapat berbincang dengan elok lah. Ada banyak lagi tapi saya rasa itu saja, terima kasih. Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Terima kasih kepada YB. Bukit Lada dan saya ucapkan terima kasih kepada semua pembahas-pembahas dan juga yang membuat celahan dalam Usul Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

Urusan seterusnya.

Setiausaha Dewan

Penggulungan di atas Usul Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah secara dasar oleh pihak kerajaan.

Penggulungan Di Atas Usul Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Secara Dasar Oleh Pihak Kerajaan.Motion

Timbalan Speaker

Saya persilakan YB. Sidam.

Terima kasaih YB. Tuan Timbalan Speaker,…..(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

Saya nak ingatkan, masa yang diperuntukkan adalah 13 minit.

Terima kasih. YAB. Menteri Besar, Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kedah, Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, tuan-tuan dan puan-puan, rakan-rakan media, hadirin dan hadirat sekalian. Salam Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB. Timbalan Speaker di atas ruang yang diberikan kepada saya untuk mengambil kesempatan ini untuk merafak sembah menjunjung kasih ke atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Sultan Kedah di atas keprihatinan yang diberikan oleh Tuanku Sultan kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan.

YB. Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, portfolio saya yang pertama adalah perumahan. Isu-isu yang dibangkitkan dalam soalan-soalan lisan dan bertulis yang berkaitan dengan isu PPR Jerlun, Padang Terap dan Langkawi. Pertama projek PPR iaitu program perumahan rakyat di Jerlun, Padang Terap dan Langkawi adalah di bawah pengurusan dan kendalian Jabatan Perumahan Negara (JPN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Urusan pemilihan dan pengisian peserta yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan dan Pengurusan peserta di peringkat JPN, KPKT. Yang pertama, status pembangunan PPR Ayer Hitam, Jerlun telah siap dibina pada 15 Ogos 2019 dan projek diserah kepada JPN pada 25 September 2019. Status pembangunan PPR Kuala Nerang, Padang Terap telah siap dibina pada 28 Oktober 2019 dan projek telah diserahkan kepada JPN pada 14 Januari 2020. Yang ketiga, status pembangunan yang terkini PPR Langkawi seperti berikut; Yang pertama kemajuan kerja fizikal seperti berikut, PPR Kuah tarikh siap yang ditetapkan pada 29 September 2021.

Peratusan kemajuan jadual ialah 98%, peratus kemajuan sebenar sampai sekarang 97%, cuma lewat 1% sahaja. Tentang PPR Ulu Melaka, tarikh siap ditetapkan pada 15 Ogos 2021, peratus kemajuan jadual 100%, peratus kemajuan sebenar 98%, lewat 2%. Merujuk kepada surat daripada JPN, KPKT yang bertarikh 26 Ogos 2021, memaklumkan pengisian bagi PPR Kuala Nerang dan PPR Jerlun dijangka pada bulan Oktober, 2021 tetapi ia tertakluk kepada selepas selesai urusan pinjaman bank oleh pemohon atau peminjam. Bagi pengisian PPR Kuah dan Ulu Melaka masih belum mendapat apa-apa maklum balas daripada JPN, KPKT.

YB. Tuan Timbalan Speaker, isu PPR Kuala Nerang sebanyak 286 unit rumah PPR di Kuala Nerang telah siap dibina beberapa tahun yang lalu. Sehingga hari ini ia masih belum diduduki dan punca yang menyebabkan masalah tersebut berlarutan sekian lama adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor pertama adalah penyerahan projek….. Ya, silakan!

Terima kasih YB. Tuan Timbalan Speaker dan YB. Sidam. Mengenai PPR Ayer Hitam tadi, sepertimana yang telah dilaporkan oleh YB. Sidam, PPR ini telah siap dibina oleh BDB 2 bulan sebelum tarikh yang sepatutnya disiap iaitu bulan 10 tahun 2019. Ketika itu saya sendiri membawa Menteri KPKT pada ketika itu yang sekarang ini masih lagi menteri tetapi bukan lagi Menteri KPKT melawat PPR Ayer Hitam itu. Sejak ianya siap, sudah lebih setahun berlalu. Senarai pemohon telah disediakan oleh pihak Pejabat Daerah diserahkan kepada Pejabat Perumahan Negeri, dikemaskini di situ kemudian dihantar kepada kementerian. Maklumat terbaru yang saya terima daripada KPKT kerana soalan yang sama saya tanya di Parlimen, ialah 480 orang daripada senarai itu telah pun diluluskan dan ada 170 lagi yang belum, atas masalah-masalah tertentu. Selain daripada itu, katanya ada lebih 100 buah rumah yang sudah rosak kerana dipecah masuk dan dicuri barang-barang elektrik dan sebagainya. Jadi, soalan yang ingin saya bertanya ialah bila boleh dibuat penyerahan kunci rumah ini kepada pemohon-pemohon itu kerana sudah lebih setahun berlalu, rumah pun dah semakin rosak dan siapa yang akan tanggung kerja-kerja pembaikan pada unit-unit yang telah dirosakkan itu?

Terima kasih YB. Jitra. Saya faham dia banyak projek untuk menamakan berdasarkan kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bertarikh 22 Julai 2020 yang telah memutuskan projek tersebut diserah kepada pihak KPKT untuk menguruskan PPR tersebut termasuk PPR Jerlun. Saya tak boleh menafikan sebab dia punya sistem memang di KPKT. Bila kita masuk nama, ada sesetengah nama disingkirkan dan dimasukkan maka kita ‘check’ balik bersama dengan SUB Perumahan dan selepas ini kita ‘filter’ balik dan selepas ini KPKT yang akan pamerkan nama-nama yang layak dan selepas ini terdapat pula sistem-sistem (kita kata sistem tak betullah) tapi selepas ini ia akan masukkan balik sekali lagi dan akan submit kepada kita SUB Perumahan untuk kita tentukan nama yang ada dan kita ‘confirm’ balik. Kalau tidak saya pun rasa perkara yang sama juga, ada yang ‘complaint’ termasuk buat aduan bahawa sekeluarga 2 orang, 3 orang dapat, ada sesetengahnya yang memang betul-betul susah tidak dapat.

Sebagai kerajaan SUB Perumahan, kita ‘double check’ balik nama yang sebenarnya dan kita akan submit. Saya ingin maklumkan bahawa kita baru dapat surat daripada KPKT kalau tak silap kita sama juga, KPKT akan serahkan kunci dijangka pada bulan Oktober 2021 tetapi ia tertakluk kepada kelulusan pinjaman bank lah.

Untuk urusan jual beli PPR, KPKT telah melantik Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) untuk mengurus jual beli rumah tersebut berdasarkan keputusan Majlis Jemaah Menteri bertarikh 14 April 2021 melalui surat daripada KPKT yang bertarikh 30 April 2021. Selain itu sebab kelewatan adalah disebabkan situasi pandemik Covid-19 yang berlarutan yang menyebab urusan penawaran terpaksa ditangguhkan. Merujuk kepada surat JPN KPKT bertarikh 26 Ogos 2021 memklumkan pengisian bagi PPR Kuala Nerang, Jerlun dijangka pada bulan Oktober 2021 tertakluk kepada kelulusan pinjaman bank. Jabatan Perumah Negara (JPN) KPKT telah memaparkan senarai nama. Sekiranya terdapat bantahan bermula 1 September hingga 14 September 2021. YB. Tuan Timbalan Speaker, untuk makluman Ahli Dewan, Kerajaan Persekutuan melalui KPKT telah memperkenalkan skim perumahan baru kepada rakyat yang terkesan…..(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

YB. Sidam, banyak lagi ka?

YB. Tuan Speaker, dalam buku peraturan tamat pukul 1.00, kalau nak lebih kena ada usul, tu kalau nak kena lebih lah. Itu peraturan, dia kena berhenti lah Tuan Speaker kalau tak dak usul.

Timbalan Speaker

Saya rasa YB. Sidam di helaian terakhir dah.

Habiskan! Habiskan! Besoklah sambung.

Timbalan Speaker

Baik. Terima kasih YB. Sidam. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan ditangguhkan sehingga jam 9.00 pagi esok.

[Dewan ditangguhkan pada jam 1.11 tengahari]

Speaker

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahirobbil A’lamin Wassolatu Wassala Muala Asyrofil Iwal Mursalin Wa’ala Alihi Wasohbihi Ajma’in. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,