Kedah · 23 September 2021
14th Assembly, 4th session, 1st meeting · 333 turns · 27,456 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Bacaan Doa
DOA
Urusan seterusnya, Setiausaha.
Sambungan Pertanyaan-Pertanyaan MulutQuestions
Sambungan kepada pertanyaan-pertanyaan mulut.
Soalan No. 13. Silakan!
Ketupat daun palas, pohon jawapan No. 13.
13. Walaupun bilangan kes Covid - 19 di Kedah tinggi tapi pemberian vaksin antara yang terendah.
Pohon dinyatakan:-
a) Mengapa ini berlaku? b) Berapakah jumlah klinik dan hospital kerajaan, klinik dan hospital swasta dan PPV di seluruh Negeri Kedah yang menyediakan kemudahan vaksinasi?
c) Berapakah kos keseluruhan PPV di Aman Jaya dan Suka Menanti?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Ketupat daun nyior, ini jawapan yang nak dengor! Terima kasih kepada YB. Tuan Speaker, saya harap soalan tambahan 1 saja hari ini, kelmarin sampai 4. Letih saya nak jawab. Untuk YB. Pengkalan Kundor terima kasih di atas soalan yang dikemukakan. Pemberian vaksin bergantung kepada bekalan vaksin yang diagihkan. Sepertimana yang saya sebut semalam, pada awalnya disebut banyak tetapi oleh kerana masalah di Greater Klang Valley yang dijanjikan kepada kita itu dibawa balik sebab itulah pada awalnya naik lepas itu turun balik. Pada peringkat permulaan PICK Negeri Kedah, bekalan vaksin yang diterima adalah sedikit tetapi meningkat semula pada bulan Julai 2021 lepas itu turun balik disebabkan oleh di Siphon ke Greater Klang Valley Jumlah PPV yang aktif sehingga 4.9.2021 adalah sebanyak 114 buah. PPV Awam sebanyak15 buah, Special PPV (SPPV) adalah di 4 buah hospital bagi tujuan rujukan bagi mereka yang memerlukan pemerhatian khusus semasa proses pemberian vaksin (Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Sultan Abdul Halim, Hospital Kulim dan Hospital Sultanah Maliha), PPVGP sebanyak 60 buah dan 5 PPV Hospital swasta (PPVHS). Terdapat juga 12 PPV Klinik Kesihatan Awam (PPVKK) di 5 daerah yang beroperasi. Perincian adalah seperti PPV Awam – 15, SPPV - 3, PPVGP - 60, PPV Hospital Swasta - 5, PPV Integrasi - 3 PPV Awam Swasta – 3, PPV MEGA Sungai Petani - 1, PPV KK - 12 dan PPVMOBILE – 11. Jumla semuanya adalah 114. Kemudian, jumlah kos yang digunakan untuk PPV Amanjaya dan Suka Menanti. Di PPV Stadium Abdul Halim, Suka Menanti ialah RM 953,117.15 manakala PPV Amanjaya Sports Arena, Sungai Petani ialah RM 24,676.75. Terima kasih YB. Tuan Speaker.
YB. Tuan Speaker, soalan tambahan saya adalah Kedah dikenalpasti diantara negeri yang sejarahnya tinggi dari segi penolakan kepada vaksin. Tahun 2006, kematian difteria adalah paling tinggi di Negeri Kedah. Jadi, pada pandangan YB. Tokai, berapa peratus yang menolak vaksin dalam konteks Covid-19 ini dan apakah peranan yang telah dimainkan oleh kerajaan negeri untuk memastikan bahawa mereka-mereka yang tidak mahu menerima vaksin ini akhirnya bersama untuk menerima vaksin.
Terima kasih YB. Pengkalan Kundor. Alhamdulillah sejak kita mengadakan Program Outreach dan juga penerangan-penerangan di peringkat daerah melalui pemimpin-pemimpin di daerah, kita dapati jumlah yang menolak vaksin ini semakin berkurangan. Kalau tanya saya kepada statistik tu memang saya tidak ada di sinila. Kemungkinan kalau pihak apa di peringkat daerah boleh memberi, Insya-Allah saya akan kemukakan kepada YB. Pengkalan Kundor. Kita dapati statistik pemberian vaksin, makin meningkat yang dos pertama pun 80% lebih, dos kedua ini, 64%. Dos kedua ini ada 130,800 kita bagi astrazaneca. Astrazaneca ini kita bagi ikut second dose dia 9 minggu, dia kalau ikut 4 minggu hingga 12 minggu tapi kalau kita ambil yang tengah 9 minggu. Tapi kehadiran Menteri Kesihatan baru ini , dia kata dia akan meminta dipendekkan supaya second dos kita itu boleh meningkat dengan cepat.
Jadi alhamdulillahlah kita nampak semakin berkurangan kepada penolakan vaksin pada mereka-mereka yang menolak vaksin ini telah ataupun mengeluarkan kenyataan terhadap penolakan vaksin telah di dakwa di mahkamah dan kebetulan doktor juga dia tu dan mungkin dengan adanya kes macam ni tak ramailah yang menolak vaksin sekarang. Kita harap perkara ini akan terus apa bertambahlah mereka-mereka yang mendapat suntikan vaksin daripada pihak apa kesihatan kita. Terima kasih YB. Pengkalan Kundor.
Saya bagi YB. Kuala Nerang dulu!
Terima kasih YB. Speaker. Soalan tambahan saya berhubung dengan apa yang telah diberi penjelasan oleh YB. Tokai dan disebut juga oleh YB. Pengkalan Kundor tadi! Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa peranan kita, peranan pemimpin-pemimpin politik, peranan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat sama ada melibatkan penghulu, JPKK, Tok - Tok Imam, Ketua-Ketua Jabatan dan kerjasama sangat erat antara semua pihak ini perlu dipertingkatkan untuk kita menggiatkan atau merancakkan lagi supaya peratus ini dapat dicapai dengan lebih cepat untuk dos yang pertama dan kedua ini dan saya mengucapkan tahniah kepada yang baru nak pakai Kerana telah dapat berjaya untuk mencapai tahap yang telah disebutkan 80 peratus jadi tuan Saya kira pengalaman di Padang Terap patut menjadi contoh. Kita ucap tahniah kepada Dato’ DO dan juga Pegawai Kesihatan Daerah menjadi daerah yang pertama yang sampai 100 % dos pertama. Juga di antara langkah yang mereka lakukan ialah melalui pandu lalu yang dibuat juga yang pertama di Kedah. Jadi, usaha-usaha yang digemblengkan oleh masyarakat setempat, pemimpin tempatan turun kempen, Jabatan Penerangan Japan dan seumpamanya bersama dengan pemimpin-pemimpin politik dan sebagainya. Ini meningkatkan jadi formula kepada tercapainya angka 100% dengan lebih cepat. Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa gerakan ini perlu diperkasakan. Sekian, terima kasih.
YB. Bakar Arang, silakan!
Terima kasih YB. Speaker, terima kasih YB. Tokai. Kita telah pun mendengar penjelasan dari YB. Tokai dan YB. Tokai juga mengaku bahawa vaksin kita lambat dan disebabkan pemberian itu diutamakan dan diberi kepada kes yang serius. Saya nak tanya di Kedah pada bulan Mei hingga September, sebenarnya kita juga amat serius khususnya kita serius di Daerah Kuala Muda. Saya rasa kalau dikira positif kes 100,000 penduduk kita juga tidak kalah kepada Klang Valley, saya rasa sebab Klang Valley itu populasinya besar. Memang mereka banyak orang positif. Disini kita 2,000 new cases setiap hari dan di Kuala Muda penduduknya sebegini, rate kita juga sangat tinggi. Soalan saya ialah nyawa orang Kedah ini tidak senilai dengan orang Klang Valley dan adakah pihak kerajaan negeri dan persekutuan tidak mengambil berat terhadap orang Kedah ini dan kalau pemberian diutamakan kepada Klang Valley tetapi kita tengok pemberian vaksin di negeri selain daripada Klang Valley. Kedah sampai tahap jatuh no.3 daripada belakang. Kalau positif kes kita nombor 3 atau tinggi sekurang-kurangnya selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan, pemberian vaksin kita dapat nombor 3. Tapi kita tercorot belakang nombor 3. Jadi, ini menyebabkan ramai meninggal dunia. Jadi, itulah soalan saya kepada YB. Tokai. Terima kasih.
Silakan!
Terima kasih Tuan Speaker, kepada YB. Bakar Arang, kepada YB. Kuala Nerang. YB. Kuala Nerang tanya saya setuju ataupun tidak setuju. Memang saya setuju lah! 101% saya setuju. Untuk YB. Bakar Arang, adakah nyawa orang Kedah tak penting? Semua penting YB. Bakar Arang sebab itu kita mendesak untuk tubuhkan PIKAS di Kuala Muda iaitu industri sebabbanyak kes pada ketika itu kluster dia dari industri, kita tubuh industri di Kulim sebab orang Kulim,Kuala Muda ini dia berhubung antara satu dengan lain dan juga kita buka Pusat Vaksinasi Mega di Sport Arena di Amanjaya 5,000 suntikan satu hari. Jadi, itulah yang kita telah laksanakan untuk meningkatkan vaksinasi terutamanya di Kuala Muda. Terima kasih YB. Bakar Arang. Terima kasih YB. Speaker.
Terima kasih. Soalan mungkin satu hari nanti kita akan buat bengkel kaedah bertanya soalan dan bengkel kaedah menjawab soalan. Jadi kadang-kadang tanya tu dia pi kut lain dulu, dia pergi buat cerita dulu, last dia baru tanya. Kalau boleh bangun tanya teruslah. No. 14, silakan!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Tuan Speaker, saya mohon jawapan bagi soalan nombor 14.
14. Apakah langkah-langkah dan persiapan yang diambil oleh kerajaan negeri dalam memajukan dan mengembangkan industri pertanian selaras dengan program pembangunan ekonomi Kerajaan Pusat dalam sektor pertanian?
Silakan YB. Lunas!
Terima kasih YB. Speaker, Terima kasih YB. Belantek yang bertanyakan soalan. Apakah langkah-langkah dan persiapan yang diambil oleh kerajaan negeri dalam memajukan dan mengembangkan industri pertanian selaras dengan program pembangunan ekonomi Kerajaan Pusat dalam sektor pertanian?
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan telah mengenalpasti beberapa tumpuan utama yang akan diberikan dibawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) 2021 – 2025.
Bidang fokus tersebut adalah seperti berikut : mempercepatkan aplikasi teknologi moden, yang kedua mengoptimumkan saiz ladang untuk produktiviti, yang ketiga mewujudkan rantaian nilai agro makanan yang lebih efisien, yang keempat memperkukuh spesifik industri termasuk padi dan berask sayur-sayuran dan buah-buahan, ruminan dan perikanan dan yang kelima meningkatkan nilai tambah dalam industri makanan dan asas tani. Bidang fokus tersebut akan disokong oleh pelbagai strategi untuk memacu hala tuju sektor agro-makanan bagi tempoh lima tahun yang akan datang. Sudah tentu perancangan akan melibatkan beberapa projek dalam RMKe-12.
Antara projek-projek yang disenaraikan di bawah RMKe-12. Yang pertama adalah menaik taraf kemudahan latihan teknologi pertanian di Kolej Pertanian Malaysia di Bukit Tangga Kedah. Yang kedua membina dan menaiktaraf infrastruktur pengairan dan saliran serta kerja-kerja lain yang berkaitan di skim-skim pengairan luar Jelapang daerah Kubang Pasu. Yang ketiga membina dan menaiktaraf infrastruktur pengairan dan saliran serta kerja-kerja lain yang berkaitan di skim-skim pengairan luar Jelapang di Daerah Padang Terap Kedah. Yang keempat, membina dan menaiktaraf infrastruktur pengairan dan saliran serta kerja-kerja lain yang berkaitan di skim-skim pengairan di daerah Langkawi Kedah.
Yang ke-5 membina dan menaiktaraf infrastruktur pengairan dan saliran serta kerja-kerja lain yang berkaitan di skim-skim pengairan Daerah Sik. Yang keenam, membina dan menaiktaraf infrastruktur pengairan dan saliran serta kerja-kerja lain yang berkaitan di skim-skim pengairan daerah Kulim. Yang ketujuh, membina dan menaiktaraf infrastruktur pengairan dan saliran serta kerja-kerja yang berkaitan di skim-skim daerah Baling, membina dan menaiktaraf infrastruktur pengairan dan saliran serta kerja-kerja yang berkaitan di skim-skim peran daerah Kuala Muda, membina dan menaiktaraf infrastruktur pengairan dan saliran di skim-skim pengairan di Daerah Bandar Baharu. Yang kesepuluh, projek skim pemindahan Air Jeniang Transfer, Kedah dan projek perintis tanaman padi pulut dan penawaran beras pulut di Langkawi. Terima kasih YB. Tuan Speaker.
Silakan!
Soalan tambahan YB. Tuan Speaker. Terima kasih di atas penjelasan yang diberi tapi dalam pertanian ini saya nak sentuh satu dimana tidak disebut sebelum ini dan mungkin luar jangka. Kita hanya baru selesai musim kelesik ini buah kayu, musim durian, rambutan, dokong, langsat dan sebagainya. Tapi kita tidak jangka bahawa covid ini pun sama, dia telah menutup ruang dan rezeki buah-buahan yang ada di kampung Baling, Padang Terap dan Sik. Kerana buah tahun ini alhamdulillah rambutan, durian, dokong ini lebat. Tapi tak boleh bawa keluar, perih tak boleh ambil, nak jual orang tak beli di sepanjang jalan. Peringkat awal dijual. Bila dijual dia tak boleh nak dapat hasil kerana orang tak boleh keluar. Rupanya covid ini kesan kepada petani. Tauke buah.
Belantek nak tanya soalan ka?
Nak tanya ni.. kena terang dulu. Alhamdulillah saya ucap tahniah kepada Jabatan Pertanian melalui FAMA itulah membuat satu idea yang boleh merumuskan satu kesejahteraan kepada penduduk Sik yang mana FAMA turun untuk dapatkan buah-buahan, dokong dan sebagainya dan MB sendiri turun untuk merasmikan, keluarkan dokong-dokong di Sik ini, pergi ke tempat taman-taman ataupun di kawasan tempat yang tiada buah-buahan untuk dijual. Jadi, di sini beri juga subsidi lagi kepada pekebun-pekebun. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah di atas usaha ini. Soalan saya, adakah tindakan ini hanya sekadar tahun ini ataupun kita berterusan lanjut untuk membantu kaedah bagi petani-petani yang ada sumber-sumber kewangan melalui buah-buahan tadi. Adakah kerajaan bercadang untuk membuka tindakan ataupun projek macam ini di kawasan-kawasan yang lain, Padang Terap ke Baling. Ianya pada peringkat awal bukan pasal mutakhir, habis buah baru nak mari. Soalan saya adakah ianya berterusan dan minta buka di kawasan-kawasan yang selain daerah Sik tadi.
Silakan YB. Lunas!
Terima kasih YB. Tuan Speaker, YB. Belantek. Saya faham apa yang telah dinyatakan tentang pemasaran buah-buah kayu di Negeri Kedah ini. Antara masalah yang kita kenal pasti contohnya seperti saya dapat maklumat saya kaji di bawah, rambutan Deli baling memang antara buah-buahan yang dieksport ke luar negara. Tapi pada musim covid ini, pemasaran dia agak terhad dan tersekat namun begitu FAMA dan Jabatan Pertanian, kita mengusahakan buah dokong untuk dikumpulkan dan dihantar ke Lembah Klang. Antara perkara yang menjadi masalah juga adalah petani-petani kitalah, masa harga mahal dijual terus, dia tak melalui FAMA, bila dia dah tak boleh jual, dah teruk baru di acari FAMA. Jadi, itu perkara-perkara yang menjadi antara masalahlah dan memang pandemik covid memberi kesan dah. Saya turun melihat di kawasan-kawasan kampung, banyak buah-buah rambutan yang merah, hitam di atas pokok, tak dikait dan sebagainya.
Jadi, perancangan kita adalah saya telah mencadangkan kepada Pegawai Kerajaan Negeri supaya ada agensi kerajaan yang boleh dikumpulkan buah-buah ini yang telah dicadangkan sekian lama saya tekan supaya tahun depan ada bajet untuk kita kumpulkan buah-buahan ini khususnya rambutan supaya boleh ditinkan dan di pasarkan. Sekian terima kasih
Soalan No. 15.
YB. Tuan Speaker, soalan tambahan!
Soalan 15!
Soalan tambahan tak kan tak bagi langsung! Baru satu soalan saja!
Minta maaf. Silakan YB. Alor Mengkudu.
Terima kasih. Kita sedia maklum bahawa Kedah ini adalah negeri pertanian walaupun ada industri dan sebagai besar pada rakyat terlibat dengan pertanian. Jadi, saya nak tanya soalan terus tak mau bagi panjang. Adakah pihak kerajaan menyediakan satu roadmap, hala tuju pertanian khusus untuk isu Kedah ini. Nasional saya tahu ada buku tu tapi khususnya adakah ada satu roadmap daripada mula bila, tahun bila mula, bila berakhir satu roadmap itu. Terima kasih.
Silakan YB. Lunas!
Terima kasih YB. Alor Mengkudu. Memang kita di Negeri Kedah seperti yang kita maklumi kita ada kluster-kluster mengikut daerah, kawasan-kawasan ataupun daerah-daerah yang menanam ataupun menjadi tumpuan kepada beberapa jenis tanaman. Itu antara kaedah untuk kita mengenal pasti hasil-hasil yang dikeluarkan di Negeri Kedah. Insya-Allah perancangan-perancangan untuk meningkatkan pertanian khususnya kita di Negeri Kedah ini sebagai jelapang padi. Itulah antara perkara-perkara yang menjadi tumpuan untuk kita meningkatkan kadar SSL kita di Malaysia ini Kedah 40%, Malaysia 75%, sebab itu di cadangkan projek-projek SBB, Sawah Berskala Besar untuk meningkatkan hasil padi dengan jumlah keluasan kita yang sama tapi dalam masa yang sama kapasiti pengeluaran itu dapat ditingkatkan.
YB. Tuan Speaker, soalan tu mudah saja, sebab itu yang nak kena ada kursus tu! Saya tanya ada ke tak ada road map tu?
Ada, tadi kan saya dah habaq awal!
Kalau ada tak pa lah!
Ada kluster-klusternya. Saya nak elaborate sikit.
Pasal nak tanya road map tu nak boleh edar ke dak?
Insya-Allah!
Soalan No. 15.
YB. Speaker, Kota Darul Aman pohon jawapan bagi soalan nombor 15.
15. Pengangguran golongan belia meningkat susulan penutupan sektor-sektor ekonomi yang berpanjangan. Apakah pelan rangsangan ekonomi yang ditawarkan oleh kerajaan negeri untuk membantu golongan ini bagi mendapatkan pekerjaan baru?
YB. Tuan Speaker bagi menjawab soalan nombor 15 yang ditanyakan oleh YB. Kota Darul Aman berkenaan dengan Pengangguran golongan belia meningkat susulan penutupan sektor-sektor ekonomi yang berpanjangan dan apakah pelan rangsangan ekonomi yang ditawarkan oleh kerajaan negeri untuk membantu golongan ini bagi mendapatkan pekerjaan baru?
Melalui Kerajaan Negeri telah pun mengambil beberapa langkah bagi mengatasi isu pengangguran dikalangan belia di Negeri Kedah. Antara langkah-langkah tersebut adalah dengan menyediakan Bantuan Kewangan Mikro Kredit Kedah Sejahtera di bawah Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK). Melalui UPUK sejumlah RM2.86 juta pinjaman mikro kredit telah pun disediakan bagi mana-mana usahawan ataupun belia usahawan yang menceburi bidang perniagaan untuk mendapatkan pinjaman sehingga RM5,000.00. Bagi tahun 2021 adalah sebanyak 367 orang telah mendapat manfaat pinjaman ini dan daripada jumlah tersebut seramai 126 orang adalah penganggur.
Selain itu, bagi turut memperkasa bila kita sebut mengenai plan rangsangan yang merangkumi semua aspek. Bukan sahaja pinjaman malahan kerajaan negeri melalui Kedah Digital Center turut membuat kursus merekacipta website dan photoshop serta melalui UPUK juga ditawarkan kursus seperti pengurusan kewangan & pemasaran digital. Bila kita lihat Covid-19 melanda, banyak syarikat-syarikat telah pun menghadapi masalah yang telah berniaga hampir 15 tahun, 20 tahun terpaksa tutup kerana kita dapat masalah dari segi pengurusan kewangan.
Jadi, bila melihat perkara itu, UPUK telah menyediakan kursus-kursus untuk menaikkan balik syarikat ataupun menaikkan balik perniagaan. Berdasarkan Kedah 2035 unjuran peluang pekerjaan khususnya melibatkan graduan lepasan bidang profesional dijangka diwujudkan berdasarkan Projek Impak Tinggi seperti berikut, yang pertama Kedah Science & Technology Park (KSTP) di mana peluang pekerjaan 23,244 dalam tempoh 15 tahun. Yang kedua, Kota Perdana SBEZ dimana peluang pekerjaan 21,000 dalam tempoh 20 tahun. Yang ketiga, Kedah Rubber City (KRC) dimana peluang pekerjaan 15,000 dalam tempoh 15 tahun. Yang keempat, Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) - 18,000 dalam tempoh 30 tahun dan Sidam Logistics, Aerospace & Manufacturing Hub (SLAM) - 24,000 dalam tempoh 30 tahun. Ini yang disediakan oleh para belia dan rakyat Negeri Kedah. Sekian, terima kasih.
Terima kasih YB. Tuan Speaker, soalan tambahan saya ialah kenapa kerajaan bagi bantuan kewangan kedah sejahtera melalui pinjaman dan bukannya geran ‘one off’ kepada golongan belia sedangkan kerajaan mempunyai simpanan tetap RM650 juta. Terima kasih.
Terima kasih YB. Kota Darul Aman. Yang pertamanya kenapa kerajaan bagi bantuan pinjaman dan bukannya geran. Kita kena melihat juga kantung kerajaan kalau kata bagi ‘one off’ boleh tapi dengan berskala besar kemampuan kerajaan adalah terhad, kita bukan satu negeri yang kaya, kita bukan satu negeri yang mempunyai banyak simpanan. Kalau bukit pun kita tarah habis. Pinjaman adalah kayu ukur untuk usahawan itu buat betul-betul, berniaga betul-betul dan sebab apa dia ada komitmen untuk bayaran balik. Jadi, bukan kata kita bagi ‘one off ‘kita tinggal terus. Kita bagi pinjaman dan kita ‘guide’ dia untuk uruskan perniagaannya dengan lebih baik dan ada komitmen untuk bayaran balik untuk dia menguruskan perniagaannya dengan lebih baik dan dia dah ada komitmen untuk bayaran balik. Ini yang kita buat bukan kata bagi pinjaman saja tapi kita bagi kursus, kita bagi segala macam untuk usahawan itu, kalau perniagaan itu tak berjaya mungkin kita boleh lihat dari segi ‘angle’ yang lain, perniagaan-perniagaan yang lain yang boleh dia buat, janji ada kemahuan dan ada komitmen untuk bayaran balik. Terima kasih.
Silakan YB. Bandar Baharu. Tanya soalan yang padat.
Terima kasih YB. Tuan Speaker dan kita tahu masalah graduan menganggur, golongan belia yang dikatakan sebagai graduan belia covid meninggi dan meninggi dan meningkat setiap 2019, 5,500 dan sekarang telah mencecah 9,500 bagaimana kerajaan mengambil tindakan untuk ‘matching’ kan golongan belia yang dikatakan golongan graduan covid yang ‘online’ belajar ‘online’, lulus pun secara ‘online’ dan sebagainya dengan peluang-peluang pekerjaan ini dan dijangkakan akan bertambah-bertambah menganggur golongan belia di Negeri Kedah ini.
Boleh sekalikan!
Baik, silakan!
YB. Speaker, kita melihat kecenderungan beliau sekarang bukan hanya pada makan gaji, ada yang suka untuk berniaga. Jadi, mungkin pihak kerajaan boleh menyediakan satu dana untuk kita panggil kajian yang dilaksanakan oleh mana-mana IPT mengenalpasti perniagaan yang berkos sederhana kemudian kita memberikan peserta-peserta yang berminat untuk perniagaan-perniagaan itu untuk kita memberikan pembiayaan secara pinjaman dan barulah kita berfokus dan kita boleh mencari peserta yang mencukupi bagi setiap perniagaan-perniagaan yang sederhana dia punya modal dia, dan adakah kerani boleh dilaksanakan? Terima kasih .
Terima kasih YB. Speaker dan terima kasih YB. Bandar Baharu dan juga YB. Sungai Limau atas soalan tambahan. Yang pertamanya berkenaan dengan belia ‘online covid’ ini ataupun graduan-graduan yang di masa covid ini, kalau kita tengok sekaranig ni platform online menjadi satu trend yang amat ketara sekali berbanding dengan kita bergerak ke tempat tersebut untuk membeli barang dan kalau kita tengok pembelian-pembelian melalui Shopee, melalui Lazada dan juga jualan-jualan melalui food panda dan juga grab food amat-amat meningkat dengan begitu banyak dan juga rider-rider ini juga turut disertai oleh belia-belia yang yang terkesan sekarang ini. Oleh itu, melalui UPUK juga bukan kata pinjaman depa nak buat perniagaan tetapi pinjaman ini juga disediakan untuk kalau kata depa yang nak buat rider ni dia boleh buat pinjaman dan dia nak kena ada kenderaan untuk buat food panda ini untuk buat grab food ini dia boleh pi beli motor, dia boleh beli motor kerana nak buat kerja dia kena ada barang baru dia boleh buat kerja sampai ke tahap macam tu yang perlukan bantuan-bantuan yang disediakan oleh UPUK.
Berkenaan dengan apa yang ditanyakan oleh YB. Sungai Limau, saya setuju dan Insya-Allah kita boleh lihat apa yang boleh dicadangkan dan saya ingin menambah sedikit lagi melalui kerajaan negeri juga, kita telah sediakan khemah perniagaan, kalau Yang Berhormat-Yang Berhormat tengok, yang warna hijau kuning tu yang dia tulis Kedah sejahtera itu disediakan oleh kerajaan negeri ke semua Dun dan juga Penyelaras Dun sebanyak 100 unit, bukan kata khemah saja, dia bagi sekali dengan meja dan juga pelapik meja itu untuk berniaga dan sebagainya so inilah antara kerajaan lakukan dalam tempoh covid ini dan Insya-Allah YAB. Jeneri juga akan lihat untuk tahun hadapan. Terima kasih.
Silakan soalan nombor 16.
Terima kasih YB. Speaker. Saya mohon jawapan kepada soalan nombor 16 berhubung projek perumahan rakyat di Kuala Nerang.
16. 286 unit rumah PPR di Kuala Nerang telah siap dibina beberapa tahun yang lalu. Sehingga hari ini ia belum diduduki. Pohon dinyatakan apakah punca yang menyebabkan masalah tersebut berlarutan sekian lama dan bilakah dijangka akan mula diduduki?
Terima kasih YB. Tuan Speaker, jawapan untuk soalan 16 yang ditanya oleh YB. Kuala Nerang. Punca berlakunya masalah tersebut adalah disebabkan beberapa faktor berikut:
Yang pertamanya ialah penyerahan projek. Berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bertarikh 22 Julai 2020 [Kertas No.7(F)316/2020] telah memutuskan projek tersebut diserahkan kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk pengurusan PPR tersebut.
Yang kedua ialah Urusan Jual Beli PPR. KPKT telah melantik pihak Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) untuk menguruskan jual beli rumah tersebut berdasarkan keputusan Majlis Jemaah Menteri (MJM) bertarikh 14 April 2021 melalui surat daripada pihak KPKT bertarikh 30 April 2021.
Yang ketiga ialah situasi Pandemik Covid-19 yang berlarutan menyebabkan urusan penawaran terpaksa ditangguhkan. Merujuk kepada surat dari JPN, KPKT bertarikh 26 Ogos 2021 memaklumkan pengisian bagi PPR Kuala Nerang dijangka pada awal bulan Oktober 2021 tapi tertakluk kepada kelulusan pinjaman bank.
Jabatan Perumahan Negara (JPN). Jabatan Perumahan Negara JPN, KPKT telah memaparkan senarai nama-nama sekiranya terdapat apa-apa bantahan yang bermula daripada 01 September hingga 14 September 2021.
Soalan tambahan YB. Speaker. Alhamdulilah yang pertama tahniah dan syabas kepada YB. Exco dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah berjaya menyelesaikan isu ini yang telah lama dan berapa kali telah dibangkitkan.
Yang kedua soalan tambahan saya ialah adakah Yang Berhormat setuju, ini adakah salah satu daripada bukti bahawa kesungguhan dan kecekapan tadbir urus kerajaan hari ini menyelesaikan masalah yang telah berlarutan sekian lama. Kemudian, apakah perancangan kerajaan untuk membantu dari segi perumahan kepada rakyat yang terkesan dengan pendemik covid ini serta apakah usaha untuk memastikan supaya tidak berulang isu lewat. Lewat ni apa yang saya masukkan tidak berulang isu dalam Mesyuarat Exco pada 12 Jun 2016, kemudian mula buat 2015 bulan Julai, siap 28 Februari 2018 sepatutnya tetapi lanjutan masa EOT siap pada 28 Oktober 2019. Jadi, apakah jaminan usaha untuk kerajaan memastikan supaya perkara ini tidak berulang dan dapat diselesaikan dengan cepat mungkin pada masa akan datang. Sekian terima kasih.
Ada orang lain nak tambah tak? Silakan YB. Jitra.
Terima kasih YB. Speaker. Saya mohon penjelasan kerana disebut tadi bahawa kerajaan kita cekap dan boleh segera selesaikan masalah. Saya lihat amalan birokrasi yang melampau kata ‘redtape’ (dengan izin) sehinggakan satu projek perumahan bertujuan untuk membantu rakyat termiskin dalam negeri kita ini. Walaupun siap awal sepertimana kes PPR Ayer Hitam, disiapkan dua bulan lebih awal daripada tarikh sepatutnya oleh pihak BDB anak syarikat kerajaan negeri tetapi proses untuk meluluskan senarai pemohon yang walaupun bermula sewaktu pembangunan tu masih berjalan tetapi setelah di siap pun lebih 1 tahun 4 bulan lebih masih lagi tidak boleh diserahkan kunci dan sehingga kini kita dapati banyak daripada rumah- rumah tersebut rosak akibat daripada pecah masuk dan ianya turut berpunca daripada ketiadaan perkhidmatan keselamatan yang menjaga kawasan itu kerana BDB sudah serahkan kepada pihak kerajaan. Tidakkah boleh sebuah kerajaan itu merancang dengan lebih teliti supaya bila sahaja siap terus diluluskan dan diagihkan kepada pemohon-pemohon yang layak. Itu pertanyaan saya.
Silakan YB. Suka Menanti! Ringkas dan padat!
Terima kasih YB. Speaker. Bagi saya mudah sahaja penduduk di Kuala Nerang boleh bawa beg bulan Oktober ini masuk ke PPR Kuala Nerang. Tapi YB. Tuan Speaker, yang kita bimbang ialah sekali lagi bila mereka dah dapat tawaran itu nanti, mereka ada masalah untuk berurusan dengan bank. Jadi, saya mohon Bahagian Perumahan ini belajar daripada Jabatan Zakat Negeri Kedah macam mana dia boleh berurusan dengan bank. Asnaf zakat pun mampu dapat pinjaman dari bank.
Silakan YB. Sidam!
Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh YB. Jitra. Memang tak dapat dinafikan memang banyak birokrasi tapi saya rasa bukan kerajaan sekarang juga tapi kerajaan dahulu pun ada juga birokrasi. Tapi saya rasa kita akan ‘do our best’ untuk membaiki birokrasi bersama dengan sistem yang macam tidak lengkap. Tak boleh nafikan. So kita akan buat secepat mungkin apa yang kita patut buat. Yang lainnya, saya akan jawab dalam penggulungan.
Untuk YB. Suka Menanti pula, tentang bank kita akan buat ‘one stop center’ contohnya di Jerlun atau di Kuala Nerang ‘one stop center’ kita akan bekerjasama dengan pihak bank setakat ini kita sudah serah kepada SPMP untuk menawarkan semua tawaran. Bersama dengan bank kita akan buat ‘one stop center’ more easy for ok untuk pinjaman. Bank yang sedang kita bincang adalah bank islam dan bank simpanan nasional.
Seterusnya untuk menjawab soalan tambahan dari YB. Kuala Nerang. Saya setuju sangat untuk kita membantu terutamanya semasa covid sekaranglah, buat masa ini kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk mewujudkan kawasan perumahan baru atau utilize rumah PPR yang masih kosong terutamanya fokus kepada Golongan B40 dan M40 sebagai contoh.
Rumah Ikram KPKT, telah diputuskan pada 15 September 2021 oleh KPKT, telah memperkenalkan rumah Rumah Ikram KPKT. Rumah Ikram KPKT adalah inisiatif kediaman rumah kediaman keluarga Malaysia khusus kepada rakyat Malaysia terkesan akibat Pandemik Covid-19. Inisiatif yang berkonsepkan sewaan kediaman di bawah projek perumahan rakyat iaitu PPR sehingga tempoh maksimum dua tahun pada kadar sewa yang paling minimum iaitu RM124.00. Lokasi Rumah Ikram yang di Kedah adalah di PPR Sinar Intan 3 Sungai Petani, PPR Bandar Amanjaya Sungai Petani, PPR Kota Setar, Kampung Kilat Alor Setar.
Pemohon boleh membuat permohonan terus secara atas talian iaitu online iaitu kpkt.gov.my. Saya juga telah mula berhubung dengan syarikat satu lagi adalah dengan Syarikat Perumahan Negeri Berhad iaitu SPNB bagi membincangkan bagaimana kerjasama kerajaan negeri bersama dengan SPNB bagi mewujudkan Rumah Mesra Rakyat secara lebih meluas Dan memberi peluang kepada rakyat di negeri ini terutama dari golongan yang muda. Bagi menampung permohonan rumah melalui kerajaan negeri yang terlalu banyak terutamanya di beberapa daerah tertentu. Selain itu, SPNB juga menawarkan rebat berjumlah RM20,000 bagi menampung kos setiap pemohon yang telah diluluskan permohonan mereka. Terima kasih.
Soalan nombor 17!
Salam sejahtera Tuan Speaker, mohon jawapan soalan nombor 17. Terima kasih!
17. Dalam keadaan pendamik, e-dagang adalah salah satu perniagaan yang berpotensi bagi peniaga tempatan.
Pohon dinyatakan:-
a) Apakah pencapaian e-dagang di Negeri Kedah?
b) Berapakah jumlah peniaga dari Negeri Kedah yang menjual di platform seperti Shopee dan Lazada?
c) Nyatakan 5 jenis jualan yang paling berjaya (dari segi jumlah sales) di e-dagang di Negeri Kedah.
Yang Berhormat Speaker, bagi menjawab soalan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Adun Bakar Arang berkenaan dengan pandemik covid keadaan sekarangni, e-dagang adalah salah satu perniagaan yang berpotensi tinggi bagi peniaga-peniaga tempatan. Pohon nyatakan, apakah pencapaian e-dagang di negeri kedah. B berapakah jumlah peniaga dari negeri kedah yang menjual di platform seperti shopee dan lazada. Nyatakan 5 jenis jualan yang paling berjaya dari jumlah sales dengan izin di e-dagang di Negeri Kedah.
Yang pertamanya soalan a usahawan di Negeri Kedah telahpun menjalankan perniagaan secara digital ini termasuk e-dagang terutamanya di platform Lazada dan Shoppee. Sejak pelaksanaan PKP semakin ramai usahawan terutamanya peniaga makanan telah menggunakan platform syarikat penghantar makanan termasuk Food Panda, Grab Food, Order Makan dan lain-lain untuk mempromosi dan menghantar makanan mereka kepada pelanggan secara terus dan b, menurut Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) jumlah usahawan Negeri Kedah dalam platform Shoppee dan Lazada dianggarkan sebanyak 12,800 usahawan.
Walau bagaimanapun perincian data tidak dapat dikeluarkan lagi oleh pihak MDEC kerana maklumat ini belum diaudit oleh auditor MDEC dan c, dilihat dari carian di Shoppe dan Lazada didapati produk-produk yang paling berjaya adalah produk pakaian, produk makanan (kopi, rempah, sos kicap, kerepek dan lain-lain), produk kesihatan & kecantikan, produk hasil laut (ikan kering, pekasam, belacan dan lain-lain) dan produk elektronik & elektrik. Itu untuk menjawab soalan. Terima kasih.
Terima kasih Kuah terima kasih Tuan Speaker, soalan tambahan saya ialah boleh kah Kuah juga senaraikan 10 usahawan e-dagang yang paling berjaya di negeri kedah dan juga adakah kerajaan negeri juga merancang untuk memberi insentif ataupun apa-apa program pengiktirafan kepada mereka yang berjaya untuk sebagai satu galakan dan juga satu galakan kepada lebih ramai pengusaha e-dagang di seluruh kedah ini supaya mereka lebih berusaha untuk mencapai kejayaan dan lebih berdaya saing sebab e-dagang ini bukan sahaja pasaran di negeri kedah seperti kalau you buat gerai ka pasar ka, dia pasaran di tempatan saja. E-dagang ni dia boleh pasaran di seluruh Malaysia mahupun seluruh dunia. So saya rasa pohon soalan itu dan juga apakah sokongan kepada mereka. Terima kasih!
Yang berhormat Tuan Speaker, saya nak bertanya adakah pihak kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu platform digital contohnya, bagi lah nama kedah mall ka yang macam shopee dan juga lazada untuk memudahkan kita supaya memantau dan mengukur berapa pencapaian secara dalam e-dagang kita ini. Terima kasih!
Terima kasih Yang Berhormat Bakar Arang dan juga Yang Berhormat Bandar Baharu atas dua pertanyaan tambahan berkenaan dengan soalan yang ditanya oleh Bakar Arang. Untuk senaraikan bagi saya bukan setakat 10, tapi hat mana yang meinaga secara online, mereka adalah antara orang yang nak berjaya. Nak berjaya dan akan berjaya.
Maksud saya lebih spesifik ialah sorry maksud saya ialah mungkin daripada shopee, 10 paling top sales punya mungkin untuk tahun ini atau tahun 2020 sampai sekarang, 10 yang paling top ialah siapa? Saya tau semua berjaya tapi saya nak top sales adalah siapa, bagi senarai tu secara umum dan juga diberikan pengiktirafan.
Kalau takda sekarang, kita boleh bagi jawapan bertulis sekarang.
Bagi saya jawab habis dulu. Saya jawab tadi bagi saya bukan kata 10, kita nak senaraikan, makna kata semua yang berada dalam platform itu adalah orang yang nak berjaya. Dalam perniagaan dan akan berjaya. Kalau nak spesifik more detail dengan izin, saya takda senarai tu dan juga saya telah pun memohon kepada MDEC seperti saya sudah sebut awal tadi. Pihak MDEC tak dapat bawa keluar lagi perincian sebab bukan kata kita mintak berapa banyak peniaga-peniaga di kedah, kita juga turut mintak untuk maklumat tambahan peniaga yang paling berjaya atau produk-produk yang paling berjaya. Ini yang belum dikeluarkan lagi oleh pihak MDEC kerana belum dibuat audit. Dan sekiranya dah dapat maklumat tersebut saya boleh hantar secara bertulis pada Yang Berhormat. Itu soaaln yang ditanyakan oleh Yang Berhormat. Yang Berhormat Bandar Baharu berkenaan dengan platform. Platform yang boleh kerajaan negeri sediakan. Kita ada sewaktu Kubang Rotan wujudkan Kedah Food Valley dan kita pun meneruskan Kedah Food Valley Cuma perbincangan untuk adakan satu platform sendiri di bawah Kedah Food Valley maasih lagi dihentikan kerana disebabkan pandemik covid ni. Jadi insyaAllah kerana saya lihat Kedah Food Valley adalah satu modul ataupun satu sistem yang baik untuk kita menaikkan lagi produk-produk ataupun peniaga-peniaga daripada kedah yang berniaga di bawah satu platform ataupun di bawah satu bumbung di negeri kedah. insyaAllah kita akan lakukan apa yang telah dirancang. Terima kasih!
Nampak macam penting sangat. Silakan Kota Darulaman. Ringkas!
Adakah Kuah sedar bahawa peniaga yang berniaga di shopee dan lazada kebanyakannya disebabkan pesaingan antarbangsa, tutup selepas 3 bulan. Pohon pencerahan.
Terima kasih yang Berhormat Kota Darul Aman. Benar bila pandemik covid ini hadir, platform online ni menjadi satu platform yang begitu panas, begitu hangat sekali untuk peniaga-peniaga kita dan akan berlakunya beberapa saingan di dalam platform tersebut. Seperti juga sebelum ni kalau kita berniaga kedai sebelah-sebelah, turut akan ada persaingan sekiranya banyak perniagaan yang kita buka. Begitu juga dalam online platform, so apa yang kerajaan lakukan, kita sentiasa memberi kursus-kursus online untuk peniaga-peniaga ni menaikkan syarikat ataupun menaikkan perniagaan mereka dengan menarik atau menambat hati peminat, pembeli untuk membeli di kedai mereka. Kita tidak boleh menghalang saingan-saingan di dalam platform shopee, platform online ini. Apa yang kita boleh buat adalah menawarkan kursus kepada peniaga-peniaga ini bagaimana cara untuk mereka mengambil hati menambat hati pembeli untuk membeli di kedai mereka. Ini adalah saingan yang sihat yang bagi saya untuk peniaga-peniaga online di shopee. Terima kasih!
Soalan nombor 18!
Ome-ome pecah kaca pecah gelas, mohon jawapan soalan 18.
18. Pembangunan Kedah Digital dan ICT Kedah.
Pohon dinyatakan:-
a) Bagaimanakah perkembangan pembangunan Kedah Digital dan ICT Kedah di waktu pandemik Covid-19 ini?
b) Digital ekonomi merupakan platform yang paling baik dalam membantu golongan yang terjejas pendapatan dan cubaan perniagaan baharu, apakah perancangan Kerajaan?
c) Bagaimanakah capaian jalur lebar dan perancangan naik taraf infrastruktur ICT Kedah?
Yang Berhormat Tuan Speaker. Dari Kuala ke DP tidak perlu nak kereta, baik kita sama-sama senang hati untuk menceriakan sidang dewan kita.
Ni pakat dah ka yang mula dengan pantun semua ni pakat ka?
Cara dia pantun saya kena pantun!
Tak boleh soalan bocor ni!
Ha.. dia jual saya kena beli Yang Berhormat Tuan Speaker!
Silakan!
Terima kasih kepada YB. Bandar Baharu. Saya tengok soalan ni sepatutnya saya kena jawab secara bertulis tapi dah tanya mulut saya jawab lah. Situasi semasa di dalam waktu pandemik Covid-19 telah menyebabkan beberapa penyesuaian dengan norma baharu. Permintaan terhadap prasarana dan proses kerja jabatan seperti meningkatkan dan menyokong perlaksanaan norma baharu seperti kerja di rumah dan sebagainya. Kutipan hasil kerajaan negeri amat berkesan tapi walau bagaimanapun kerajaan melaksanakan bagi mengekang penularan ini dengan beberapa inisiatif dari segi inisiatif kerajaan negeri bermula pada tahun 2020 dengan pendigitalan proses Pembayaran Tanpa Tunai (e-cash), melalui portal iBAYAQ, Pendaftaran Tahunan Kontraktor (iDAFTAR), dan banyak lagi inisiatif-inisiatif kerajaan bagi memastikan kutipan hasil dapat meningkat seperti bermula bantuan UPUK Kedah Sejahtera, bermula bajet tahunan, IBAJET seperti Yang Amat Berhormat sebut dalam ucapan beliau, sepertimana perolehan IJANJI dan juga Kedah Care, pendaftaran tanah dan pendaftaran sepertimana kerajaan negeri turut terlibat membantu Jabatan Kesihatan Negeri Kedah untuk menaik taraf seperti HomeCAC yang membolehkan pesakit yang menjalani kuarantin Covid-19 di rumah. Inisiatif-inisiatif ini banyak di Bahagian Teknologi Maklumat seperti BTMK yang memainkan peranan penting bagi menyediakan kemudahan ‘Green Studio’ bagi membantu penyiaran digital pelbagai jabatan secara maya melalui FBLive.
Aktiviti-aktiviti yang terlibat adalah seperti pelancaran program rasmi Kerajaan Negeri. Digital Kedah 2035 banyak memperkasakan infrastruktur ICT Kerajaan Digital Ekonomi, Digital dan Bakat Digital. Banyak lagi lah kalau nak sebut satu-satu Insya-Allah saya akan tambah dalam ucapan pergulungan saya. Sekian terima kasih!
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Bukit Pinang kerana terus menerus membawa aspirasi Kedah Digital untuk pendekatan ekonomi yang baru di zaman pandemik covid ini, tetapi apakah pendekatan lain oleh kerajaan secara digital dalam membantu Makcik Kiah Pekasam di Selama contohnya Ustaz Alias di Sungai Taka menjual roti canai, Kak Mah di Mahang, Syifa menjual cucur. Apakah pendekatan secara digital kepada mereka yang sememangnya terjejas walaupun sedikit tetapi tak ada pendapatan sepanjang Covid-19 ini. Terima kasih!
Terima kasih kepada YB. Bandar Baharu. Kerajaan negeri banyak inisiatif-inisiatif untuk membantu makcik-makcik ataupun peniaga-peniaga usahawan kita di kampung. Kebanyakannya melalui digital ini, melalui talian tetap dan talian jalur lebar, kita akan sediakan yang sedia ada iaitu internet komuniti desa iaitu 73 yang terdapat di seluruh Kedah, saya berkeyakinan seperti mana saya pergi melihat sendiri banyak makcik-makcik yang terkesan dalam usahawan pandemik ini. Tetapi mereka masih berjaya. Sebab contohnya saya nak sebut satu tempat yang saya pi internet komuniti desa ini, seorang makcik umur dia 64 tahun. Dia jual cuma dia pasarkan dari segi iaitu rojak Mak Bee, kicap-kicap mudim dan banyak lagi. Cuma dia pasarkan. Pendapatan dia iaitu RM6,000.00 hingga RM8,000.00. Mudah sahaja. Satu tempat lagi saya pergi iaitu dia pasarkan iaitu tauhu. Dia pendapatan dia RM4,000.00 hingga RM6,000.00 Umur dia telah pencen. Inilah kelebihan yang ada dari segi digital yang ada. Saya pohonlah, semua YB-YB kita boleh pi lihat dan ziarah internet komuniti yang sedia ada di Kedah. Insya-Allah dapat perkasakan usahawan-usahawan yang terjejas dengan covid. Sekian terima kasih!
Soalan Nombor 19!
Baik terima kasih Yang Berhormat Speaker! Pohon jawapan no 19.
19. Pohon dinyatakan apakah status pembangunan projek Widad @ Langkasuka di Langkawi Gross Development Value (GDV) berjumlah RM40 Billion. Adakah rakan strategik Syarikat Bin Zayed ini mempunyai latar belakang pengurusan projek dan kewangan yang kukuh?
Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Kubang Rotan, Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian. No 19, pohon dinyatakan status pembangunan projek Widad @ Langkasuka di Langkawi dari segi yang telah menyatakan GDV bagi projek ini 40 billion. Adakah rakan strategik mereka Syarikat Bin Zayed ini mempunyai latar belakang pengurusan projek dan kewangan yang kukuh?
Pembangunan projek Widad@Langkasuka adalah sebuah projek pembangunan komersial bercampur yang dicadangkan di Langkawi oleh pemaju swasta iaitu Syarikat Widad Business Group Sdn. Bhd. Projek ini dibahagikan kepada dua (2) fasa iaitu Fasa Pertama di atas Lot 651 seluas lebih kurang 222 ekar dan Fasa Kedua di atas Lot 652 seluas lebih kurang 1,700 ekar. Fasa Pertama pembangunan ini terbahagi kepada 7 komponen pembangunan yang akan dijalankan secara berperingkat dalam tempoh 4 tahun sehingga tahun 2025 yang membabitkan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah lebih kurang RM4.5 bilion melibatkan komponen-komponen berikut :-
Fasa Pertama ialah Rumah Kelab dan Padang Golf 18 Lubang, Perumahan Berpagar Banglo dan Rumah Berkembar, Kondominium, Mall dan SOHO, Kompleks Perniagaan dan Bazaar , Kondominium Mewah, Hotel. Pembangunan fasa seterusnya pula akan terbahagi kepada 8 komponen dan akan mula dilaksanakan pada tahun ke 3 Fasa Pertama dan jangkamasa pembangunan dianggarkan selama lebih kurang 15 tahun melibatkan komponen-komponen pembangunan seperti berikut:- Pusat Seni dan Budaya, Kompleks Imigresen dan Pengangkutan, Hotel dan Resort, Pusat Perniagaaan dan Acara, Taman Tema dan Rekreasi, Pusat Perubatan dan Pemulihan, Pusat Pengajian Tinggi dan Aeronautik, Perumahan Mewah. Projek Widad@Langkasuka kini berada dalam Fasa Pertama pembangunan. Syarikat syarikat sedang melakukan kerja-kerja awalan untuk kelulusan projek. Permohonan Kebenaran Merancang secara atas talian telah dikemukakan kepada pihak Majlis Perbandaran Langkawi (MPL) pada 14 Ogos 2021, manakala proses mengemukakan pelan-pelan dan bayaran kepada MPL telah dilaksanakan pada 13 September 2021.
Syarikat ini telah memeterai perjanjian kerjasama dengan Syarikat Bin Zayed International LLC yang berpengkalan di United Arab Emirates (UAE) pada 30 Mac 2021. Menerusi perjanjian ini, kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk membangunkan Fasa Pertama. Syarikat Widad Group Business Sdn. Bhd bersama dengan Syarikat Bin Zayed International LLC telah menubuhkan Syarikat Tujuan Khas (SPV) iaitu Widad BZI Sdn. Bhd. sebagai pemaju Fasa Pertama projek.
Pemasaran dan promosi projek akan dilaksanakan bersama-sama oleh kedua-dua entiti ini. Pemilihan BZI sebagai rakan kerjasama strategik adalah disebabkan oleh pengalaman dan reputasi yang sangat baik di UAE dan peringkat antarabangsa melalui pelaburan berimpak tinggi dan berdaya maju di beberapa negara luar lain serta mempunyai kedudukan kewangan yang sangat kukuh. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Jeneri. Soalan seterusnya ialah dengan keadaan Covid-19...(YB. Tuan Speaker mencelah)
Tuan Speaker!
Yang Berhormat Tuan Speaker berkenaan dengan soalan 19 ini, selepas berlakunya Covid-19 ini dengan perkembangan status terkini projek, saya nak tanya satu soalan status terkini projek dan keduanya ialah bagaimana pasaran untuk mendapat pasaran untuk menjual semua properties-properties ini kepada local ataupun peringkat international. Sekian terima kasih
Soalan lain. Takda? Silakan Jeneri! Eh ada ha sat Jeneri
Baik speaker. Soalan saya ialah berapakah jumlah fee komitmen yang patut dibayar oleh Widad Group Business ini dan berapa yang belum bayar lagi?
Silakan Jeneri!
Terima kasih Kubang Rotan dan Derga. Syarikat ini, saya tidaklah mewakili syarikat tetapi telah memaklumkan kepada saya bahawa mereka mengunjurkan Covid-19 akan berakhir pada 2026. Selepas itu lah ekomoni kita akan berkembang semula. Para pelancong akan mula bergerak ke seluruh dunia dan kebanyakan projek-projek mereka ini adalah bersabit juga dengan industri pelancongan.
Saya faham bahawa ada kebimbangan di pihak kita termasuklah saya sendiri pun, dengan rancangan yang begitu besar dengan masalah pandemik yang kita sedang hadapi, adakah syarikat ini ada kemampuan? Tapi sebenarnya jika tidak ada Pandemik Covid-19 saya yakin pembangunan fizikal telah pun berlaku di atas tanah tersebut. Kerana komitmen ‘fee’ yang telah dijelaskan dalam pengetahuan saya adalah RM4.5 juta setakat ini untuk pembangunan fasa 1, komitmen fee ini akan di beri komitmen yang seterusnya berdasarkan projek pembangunan yang akan di jalankan. Saya harap projek ini pun akan menjadi salah satu projek ikonik bagi Negeri Kedah dalam tempoh 15 tahun yang akan datang Insya-Allah.
Terima kasih. Saya ni penggembira lah soalan ini boleh sampai ke nombor 19 ni tentang pembangunan di Pulau Langkawi. Jadi YB. Jeneri umum tu macam satu hiburan lah bagi kita. Hiburan ini seronok ianya akan berlaku lah! Urusan seterusnya Setiausaha!
Sambungan Penggulungan Di Atas Usul Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan KedahMotion
Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha!
Sambungan Penggulungan di atas Usul Menjunjung Kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah secara dasar oleh pihak kerajaan sehingga selesai.
Kelmarin terhenti, ada terhutang 2 minit lagi. Silakan YB. Sidam!
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Selamat pagi, Salam Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua. Izinkan saya sambung balik penggulungan saya. Macam ini saya akan menjawab soalan-soalan untuk perumahan.
Saya mengucapkan terima kasih atas ”concern” dengan izin kepada YB. Derga yang membawakankan mengenai isu-isu perumahan di Flat Alor Malai, Flat Tongkang Yard, Flat Setia Jaya.
So YB. nak saya maklumkan di sini atau bagi secara bertulis. Saya rasa ada setengah yang telah selesai macam RPA Flat Alor Malai mengenai air kumbahan yang melimpah dan masuk ke dalam longkang saya rasa sudah selesai. Ia panjang sangat.
YB. Tuan Speaker, YB. Sidam boleh bagi secara bertulis tapi dengan bukti kata dah buat lah sebab semalam saya pi najis masih di dalam longkang lagi.
Ya..ya! Kalau panjang kita jawab secara bertulis.
Satu yang important punya saya akan maklumkan kat sini untuk isu status PPR Taman Setia Jaya saya rasa. Untuk makluman sidang dewan, bahagian perumahan telah mendapat maklum balas berkenaan status tanah bagi projek di Taman Setia Jaya daripada Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Kedah di mana, status keseluruhan tanah ini adalah Tanah Simpanan Melayu. Untuk makluman sidang dewan, tindakan terkini adalah masih dalam peringkat perbincangan mencari solusi terbaik untuk isu ini. YB. Derga pernah bersama-sama kerajaan sebelum ini so saya faham juga ini perkara yang cukup berat juga tentang isu ini. Tapi tak apa saya rasa saya akan cuba. I do my best (dengan izin) dalam tempoh saya sekarang berada dalam portfolio perumahan bagi mencari jalan yang terbaik untuk isu di PPR Taman Setia Jaya ini.
Kerajaan Negeri telah memberi bantuan kepada penduduk-penduduk PPR dan RPA dalam bentuk morotarium pada bulan Jun 2021 selama 1 bulan daripada pembayaran susulan pelaksanaan PKP 3.0 pada bulan Jun yang lalu.
So saya akan jawab sikit mengenai YB. Jitra. YB Jitra ada bertanya mengenai tarikh serahan kunci kepada pemohon yang layak dan berjaya di PPR Jerlun. Untuk makluman YB.. Jitra dan Ahli Dewan, maklumat yang diterima dari Pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah proses serahan kunci akan dilakukan selepas pemohon selesai kelulusan pinjaman bank.
Untuk makluman YB. Jitra dan ahli dewan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membaiki kerosakan semua rumah-rumah yang terlibat sebelum diserahkan kepada penghuni yang berjaya.
Seterusnya YB. Bandar Baharu, saya ingin respon kepada saranan oleh YB Bandar Baharu, nanti saya bagi secara bertulis lah!
YB. Tuan Speaker, bagi Portfolio Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah pada tahun Januari 2021 sehingga 15 september 2021 telah menerima aduan sebanyak 364 kes dan daripada itu terdapat 47 kes diluar bidang JAS. So yang tahun 2019 dan tahun 2020 yang menjadi penerimaan aduan tertinggi, namun berkurangan hampir separuh sehingga September pada tahun 2021 ini. Pihak Jabatan Alam Sekitar serta beberapa agensi lain sangat fokus dan bekerja keras dalam membantu menyelesaikan sebanyak mungkin kes yang dilaporkan. Tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Saya juga menyeru kepada rakan rakan di dalam dewan ini, sekiranya benar ada laporan berkaitan Alam Sekitar di sekitar kawasan anda, tolong lapor terus kepada saya untuk kita menyiasat dan selesaikan aduan yang dibawa.
Saya juga ingin maklumkan kepada ahli dewan, isu tapak pelupusan sampah Semeling yang pernah menjadi isu dan terbakar sebanyak 2 kali iaitu pada 20 Januari 2020 dan 1 Mac 2021 telah diselesaikan dengan jayanya dan sekarang telah menjadi macam padang bola, dengan tumbuhnya rumput dan tiada lagi pembuangan sampah di kawasan tersebut. Ini sekaligus menyelesaikan secara total isu aduan asap akibat situasi di tapak pelupusan itu. Kerjasama antara pihak MPSPK, (YB. Speaker mencelah)
YB. Sidam, dia terlajak banyak dah ni.
1 minit lagi lah! Kerjasama antara pihak MPSPK, Jabatan Bomba dan lain lain mempermudahkan urusan. Terima kasih banyak banyak saya ucapkan kepada pihak yang terlibat terutama juga kepada YDP MPSPK, Tuan Syed Khairol yang sangat komited dan dedikasi dalam tugasan ini. Memang macam YB. Tanjung Dawai tadi memang sebut, tahniah kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat untuk selesaikan pelupusan sampah di Semeling.
Untuk isu perpaduan, menjunjung titah ucapan Tuanku yang menyentuh kadar vaksinasi di negeri Kedah, suka saya maklumkan bahawa Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perpaduan Negeri Kedah dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melaksanakan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) bagi menyokong program imunisasi kebangsaan. Program ini mendapat sokongan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa CITF Pusat.
Objektif Program MOVAK ini adalah menyediakan akses kepada masyarakat luar bandar,pinggir bandar dan ladang serta estet untuk mendapatkan vaksin serta meningkatkan jumlah pendaftaran dan penerimaan vaksin disamping membantu kelancaran dan mengurangkan beban tugas barisan hadapan melalui khidmat sukarela.
YB. kalau boleh tak payah lah saya....
Tak payah! Ok! Ok!
Yang Berhormat Tuan Speaker Dan Ahli Dewan Sekalian, saya mengakhiri ucapan penggulungan saya, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pertanyaan dan mengemukakan isu-isu yang berkaitan dengan Jawatankuasa di bawah saya.
Perkara-perkara yang telah dibangkitkan akan menjadi pemangkin untuk saya bekerja dengan lebih keras dan gigih bagi menambah nilai dan memperkukuhkan lagi mutu penyampaian di bawah portfolio saya agar dapat menjayakan aspirasi Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar ke arah “Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”.
Dengan ini, saya menyokong titah ucapan perasmian pembukaan Tuanku Sultan untuk Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Ke-14
Sekian, Terima Kasih.
Terima kasih YB. Sidam. Silakan YB. Kuah, 14 minit!
Bismillahirahmanirrahim. Assalamuaalaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Jeneri dan juga Yang Berhormat Rakan-Rakan Exco, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian dan seluruh Sidang Dewan yang dihormati. Di dalam Dewan ini, izinkan saya mengambil kesempatan untuk merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Amat Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah Sultan Negeri Kedah Darul Aman yang Ke-29. Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah agar dapat bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Kedah dengan penuh kebesaran dan kedaulatan. KDYMM Tuanku Sultan telah pun bertitah mengenai Negeri Kedah kaya dengan hutan simpan, gunung ganang yang megah dan pulau-pulau yang indah serta langkah-langkah kerajaan yang mendapatkan pengiktirafan Pulau Langkawi sebagai UNESCO Global Geo Park dan kawasan sekeliling Gunung Jerai sebagai Geo Park Kebangsaan adalah satu langkah yang menambah nilai kepada sumber alam. Kerajaan Negeri menjunjung kasih titah ini dan sentiasa memastikan kelestarian khazanah warisan anak cucu ini sentiasa terpelihara dan memberikan perhatian yang khusus dan serius dari segi aspek pembangunan eko pelancongan, warisan terutamanya di Daerah Yan dan Baling.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Ketil, Yang Berhormat Bayu, Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Kubang Rotan, Yang Berhormat Derga, Yang Berhormat Kota Siputeh, Yang Berhormat Suka Menanti, Yang Berhormat Gurun dan juga Yang Berhormat Tanjung Dawai yang bertanyakan soalan secara lisan dan berkesempatan untuk saya menjawab dan ada juga yang tak sempat dijawab oleh kerana kekangan masa. InsyaAllah saya cuba akan menghantar jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat -Yang Berhormat sekalian untuk memenuhi permohonan daripada Yang Berhormat. Disentuh berkenaan dengan sektor pelancongan di negeri ini terutamanya mengenai rantaian peruntukan dan juga bantuan kepada pemain industri pelancongan.
YB. Kuala Ketil juga telah membangkitkan mengenai potensi daerah-daerah pelancongan di Negeri Kedah terutamanya Langkawi sebagai ‘travel bubble’ (dengan izin) sebagai perintis ataupun projek rintis pembukaan sektor pelancongan. Kerajaan Negeri dengan kerjasama anak syarikat kerajaan negeri iaitu Kedah Tourism telah hampir setahun merangka dan merancang strategi dalam usaha untuk merancakkan kembali sektor pelancongan. Namun beberapa pindaan telah pun dilakukan akibat daripada pandemik covid dan juga arahan PKP, PKPD dan sebagainya. Kita hanya menumpukan sepenuhnya terhadap bantuan-bantuan secara konsisten kepada pemain-pemain industri dan juga perancangan kerajaan untuk membuka Langkawi.
Ahamdulillah, pada 16 September 2021 YAB. Jeneri dan juga Menteri Pelancongan, Dato’ Seri Nancy telah pun hadir ke Langkawi untuk membuat pembukaan Langkawi secara rasmi dan kita menerima pelancong di kemudian harinya seramai 3,000 orang lebih dan juga pematuhan-pematuhan SOP yang ditetapkan telah pun dipertingkatkan oleh pihak yang berkuasa. Saya melihat pihak polis di lapangan terbang, mereka juga berada di jeti untuk memastikan ke SOP - SOP ini dapat diikuti oleh pengunjung-pengunjung yang akan hadir ke Pulau Langkawi dimana Pulau Langkawi sebagai pusat pelancongan. Namun ada juga yang mengatakan bahawa SOP yang dikenakan ini terlalu ketat menyukarkan pengunjung pengunjung yang nak hadir ke Pulau Langkawi namun dengan SOP yang ditetapkan inilah kita berjaya mengesan 5 orang yang positif di tempat saringan di KLIA. Belum pun sempat mereka sampai ke Pulau Langkawi mereka telah pun dikesan di KLIA dan mereka diarahkan untuk pulang untuk proses seterusnya.
Begitu juga yang hadir ke Langkawi iaitu dua orang yang tak cukup tempoh matang 14 hari juga telah pun diarahkan pulang walaupun mereka telah pun sampai lepas ke pintu daripada pintu Kuala Kedah dan Kuala Perlis dan sampai ke Jeti Langkawi tetapi mereka ditahan di pintu masuk Langkawi dan diarahkan pulang menggunakan Roro.
Ini bermakna SOP yang telah pun ditetapkan ini dikawal rapi dan bukan sewenang-wenangnya mudah untuk lepas ataupun lolos daripada di SOP yang telah diperketatkan. Oleh itu, pihak kesihatan turut membantu menjaga dan juga pihak MKN juga turut memastikan gelembung pelancongan di Langkawi berjaya dengan baik kerana ini adalah salah satu modul ataupun projek rintis untuk kita bawa ke tempat-tempat lain. Kiita berbangga kerana kerajaan memilih Langkawi sebagai satu tempat atau satu produk pelancongan untuk dibuka semula berada di Kedah. Jadi, daripada Kedah ini menunjukkan contoh orang Kedah patuh kepada SOP dan ESOP ini berjaya dan akan dibawa kepada tempat-tempat lain.
YB. Tuan Speaker, kerajaan negeri sentiasa membuka pintu, membuka ruang perbincangan kepada semua ahli-ahli yang berhormat untuk memberikan cadangan-cadangan yang bernas dimana untuk kita menambah baik pelancongan, usahawan, belia dan sukan dan juga kebudayaan untuk kita memastikan bahawa semua yang ada di Kedah ini berjalan dengan lancar tak kiralah di pihak kerajaan mahupun di pihak pembangkang kerana pelancongan kita tidak boleh masukkan ‘inject’ dengan izin ‘the political’ punya niat dan juga usahawan kerana kedua-duanya ini berhubungkait. Kita hadapi covid bila pelancong tak boleh masuk ke Kedah dia memberi kesan secara total kepada semua.
Pelancongan terjejas usahawan turut terjejas bila usahawan terjejas, Belia dan Sukan juga turut terjejas. Jadi, makna kata usahawan ataupun pelancongan ini diletakkan nombor satu. Segala idea-idea, pandangan-pandangan yang tidak ada ‘milage’ politik, kita alu-alukan kepada tuan-tuan dan puan-puan, Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian untuk ‘guide’ kerajaan bukan kata kerajaan ni ‘perfect’ segala-galanya tetapi kita mengharapkan bantuan-bantuan, idea idea daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian untuk memberikan pandangan kepada kita.
Silakan YB. Kulim. Setengah minit sahaja! sedangkan
YB. Tuan Speaker, YB. Kuah, dalam media Wikipedia The Free Encyclopedia dah tertulis menyatakan dengan izinnya ‘Mount Bintang is the mountain on the border of The State Kedah and Perak in the Bintang Mountains, Malaysia. This summit is 1,832 meter above sea level. It is the highest mountain in The State of Kedah. Yang Berhormat, soalan saya ialah bilakah kerajaan negeri akan wartakan Gunung Bintang adalah gunung yang tertinggi sekali di Negeri Kedah.
Terima kasih YB. Kulim, saya akan pergi ke soalan ataupun pertanyaan Yang Berhormat, saya akan habiskan dulu saya punya penggulungan sebab ada 13 minit saja. YB. Tuan Speaker, YB. Gurun telah pun mencadangkan kepada kerajaan untuk mendapatkan data daripada projek rintis di Langkawi, saya menganggapkan itu ada adalah satu cadangan yang baik di mana kita akan ada pertukaran dan juga kongsi maklumat bersama dengan kerajaan dan itulah yang telah pun dilakukan oleh pihak kerajaan negeri untuk berkerjasama dengan lebih erat di peringkat Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri. Dan juga seringkali kita ada sidang Dewan dibangkitkan isu Gunung Baling, Gunung Pulai, tempat-tempat yang paling kerap dibangkitkan adalah di Bukit Kodian. Saya ingat YB. Kota Siputeh pun ada sebut, saya rasa dah sampai masanya bila kita dah kerap kali bersidang ini dan juga soalan-soalan yang sama ditanya…(YB. Timbalan Speaker mencelah)
YB. Kuah, masa tinggal 3 minit lagi. Saya takut bedak tak sama sat lagi!
Boleh saya sambung sikit lagi untuk landing sat lagi! Saya cuba tepati masa yang diberikan Jadi, dah sampai masanya di pihak kerajaan saya ingat nanti saya boleh bincang dengan Pegawai Kewangan Negeri untuk kita lihat apa penambahbaikan yang boleh kita lakukan seperti mana yang diutarakan ataupun yang dah dimaklumkan oleh Yang Berhormat – Yang Berhormat sekalian kepada produk-produk pelancongan ini, bila dah kerap kali dibangkitkan mungkin mempunyai salah satu kepentingan di kawasan tersebut.
Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, dan saya mengambil cadangan ini adalah cadangan untuk saya bincang bersama dengan Pegawai Kewangan dan juga pihak kerajaan negeri untuk kita buat yang terbaik pada cadangan Yang Berhormat. Saya ada sedikit lagi masa dan juga kita paling banyak terkesan adalah untuk usahawan. Tadi disentuh berkenaan dengan usahawan online, disebutkan juga berkenaan dengan bantuan-bantuan yang telah pun saya terangkan sebentar tadi di dalam jawapan yang telah pun saya berikan dan pelbagai kursus yang kita telah lakukan. Sebenarnya, saya melihat bila berlakunya Pandemik Covid ini, banyak syarikat-syarikat terkesan dengan begitu teruk walaupun syarikat itu telah pun berniaga 20 tahun, 30 tahun! Bila kita berjumpa dan bertanya dia tidak mempunyai pengetahuan yang baik dalam pengurusan syarikat dan juga pengurusan kewangan. Saya mengambil contoh di Pulau Langkawi kerana ramai ‘travel agent’ di Pulau Langkawi. Bila berlakunya Pandemik Covid, syarikat yang 20 tahun, 25 tahun terpaksa menutup perniagaan, terpaksa memberhentikan staff. Bila berbincang, bersembang dia hanyalah melakukan ‘business’ ini adalah sebagai bidang terjun dan tidak mempunyai latar belakang dari segi pelancongan, tidak mempunyai latar belakang dari segi perniagaan dan juga pengurusan kewangan yang baik.
Oleh itu, pihak kerajaan bukan sekadar memberi bantuan kewangan, kita juga memberi bantuan kursus-kursus untuk mereka ‘improved’ (dengan izin) skill, ‘management skill’, ‘financial skill’ ‘financial management skill’ untuk mereka bersedia sekiranya pandemik ini berakhir dan pintu sempadan dibuka semula, menerima kemasukan pelancong semula dan mereka akan lebih ‘sustain’ selepas ini dengan ilmu-ilmu yang mereka dapat daripada kursus-kursus yang kita lakukan. Oleh itu, kita juga turut memberi bantuan daripada kelonggaran lesen perniagaan, daripada PBT yang kita tahu bahawa kerajaan negeri telah pun menyediakan sejumlah insentif kepada peniaga seperti Skim Pinjaman Mikro Kredit Sejahtera fasa satu yang berjumlah 1.86 juta kepada 372 orang dan juga apa 50% potongan kadar sewaan ruang niaga di daerah-daerah seluruh Negeri Kedah dan memberikan faedah untuk semua peniaga yang menyewa premis milik kerajaan dan juga pengecualian bayaran denda, lewat pembaharuan lesen sepanjang tempoh pelaksanaan PKP. Ini antara insentif kerajaan yang memberikan banyak manfaat kepada peniaga walaupun kita tidak mampu menyalurkan bantuan ‘one off’ secara berterusan tetapi dengan inisiatif inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan untuk membantu peniaga-peniaga ini telah pun memberi manfaat kepada mereka. Saya nak tambah sikit lagi berkenaan dengan disentuh berkenaan dengan cukai LHDN, saya terpaksa skip beberapa isu dalam masa yang ditetapkan....(YB. Timbalan Speaker mencelah)
YB. Kuah, masa sebenar telah habis!
Saya landing sikit nah! Disentuh berkenaan dengan cukai LHDN kepada Kelab Bola Sepak kita, KFA. Sebenarnya, Yang Berhormat Tuan Speaker pada permulaannya kita telah pun menerima satu tuntutan notis daripada pihak LHDN yang berjumlah RM3.4 juta lebih tidak termasuk kompaun di mana bila pengurusan yang baharu memberikan komitmen untuk kita membayar cukai tersebut, pihak LHDN telah pun menerima dan memberi tempoh untuk pembayaran secara berjadual. Namun, apabila pihak LHDN melihat komitmen kita untuk membayar tunggakan cukai tersebut, mereka telah pun melakukan siasatan yang lebih mendalam dan akhirnya kita menerima tuntutan yang kedua daripada tahun 2014 pula. Mula-mulanya dia kira daripada tahun 2016 hingga 2019, sekarang ini dikira daripada 2014 hingga 2019 dan keseluruhan jumlah tunggakan itu berjumlah RM10 juta lebih.
Oleh itu, tunggakan ini meliputi tunggakan potongan cukai pemain-pemain import yang terdahulu makna kata daripada tahun 2014 lagi, tunggakan ini, masalah ini telah pun berlaku dan berlanjutan sampai la tahun 2019. Oleh itu, YB. Tuan Speaker YAB. Jeneri telah pun menyatakan bahawa kita akan berbincang dengan pihak LHDN untuk memberikan komitmen yang sebaik mungkin kerana KFA bukanlah salah satu pasukan yang mempunyai kewangan yang kukuh daripada 2014 lagi. Jadi, perbincangan akan dilakukan untuk mendapatkan keputusan yang baik, yang sama-sama dapat menyelesaikan masalah supaya masalah ini tidak berlanjutan sehingga seterusnya dan akan membebankan pengurusan yang baharu kemudian hari. Terima kasih. Oleh itu, saya ingin menamatkan....(YB. Jitra mencelah)
Boleh saya respon?
Sebab masa terlalu singkat dan lebih 5 minit dah. Terima kasih YB. Kuah!
Terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Seterusnya, saya persilakan YB. Kupang.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada Barisan Kerajaan, Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada Barisan Pembangkang, Pegawai-Pegawai Kerajaan dan sidang penonton jika siaran ini disiarkan.
Alhamdulillah kita bersyukur ke hadrat Allah swt. yang telah memberikan kita satu kekuatan untuk berada di Dewan yang mulia ini bagi membincang dan membahaskan perkara-perkara yang ada kaitan secara langsung atau tidak langsungnya dengan pengurusan dan pentadbiran kerajaan dan permasalahan-permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sepanjang tiga hari perjalanan Dewan ini, banyak perkara-perkara yang ditimbulkan sama ada daripada pihak sebelah sana mahupun daripada pihak sebelah sini yang rata-ratanya menunjukkan keperihatinan masing-masing terhadap permasalahan yang sedang dihadapi oleh rakyat terutamanya dalam menghadapi Covid-19. Bagi kerajaan dalam menghadapi cabaran Covid-19 ini, kita seolah-olah sedang menghadapi satu peperangan konvensional yang sangat dahsyat kerana kita menyaksikan di bilik-bilik mayat di hospital tersusun dengan mayat-mayat yang tidak dapat diuruskan mengikut waktu yang sepatutnya. Memang amat menyayat hati bila kita lihat dan pengalaman saya pergi ke Hospital Sultan Abdul Halim penuh mayat-mayat yang bersusun dalam kontena dan juga bilik mayat yang tak pernah kita lalui sebelum ini dan di luar bilik-bilik mayat itu bersusun van-van jenazah yang menunggu untuk membawa mayat-mayat yang telah diuruskan. Memang amat menyedihkan. Memang perkara ini adalah sesuatu yang luar biasa bagi kita. Cumanya dalam peperangan konvensional mahupun dalam ‘insurgency’ (dengan izin), semua pihak akan bersatu dan bekerjasama penuh untuk menghadapi musuh yang menceroboh tanpa mengira perbezaan politik mahupun agama, bangsa dan sebagainya. Pengalaman kita menghadapi konfrontasi dengan Indonesia umpamanya, seluruh jentera kerajaan berjalan yang didokong oleh rakyat demi mempertahankan ancaman yang dilakukan oleh Pihak Indonesia pada waktu itu. Namun, berbeza sekali dengan perang Covid-19, dalam keadaan kerajaan berhempas-pulas berusaha mengumpul kekuatan melawan Covid-19 ini, makan waktu inilah lahirnya wira-wira jadian yang kononnya hendak menyelamatkan negara dan juga nyawa rakyat habis tiang-tiang digoncang, bermula daripada tiang Balai Raya, tiang Masjid, tiang Parlimen dan tiang Seri Istana pun cuba digoncang untuk menuntut supaya ‘general’ yang sedang berperang itu segera diganti kerana kalah dalam peperangan dan kerajaan gagal. Gelagat mereka ini adalah suatu yang kalau boleh dibandingkan macamlah Badwi di Gurun Pasir yang tandus, bila jumpa airm air separas dan ibu jari kaki pun nak berenang juga! Itulah seolah-olah menggunakan apa cara untuk melaksanakan agenda tersendiri. Namun demikian, YB. Tuan Speaker, alhamdulillah berkat ketabahan dan kesungguhan kerajaan disamping mempunyai barisan hadapan yang faham realiti yang sedang dihadapi, yang tabah, yang cekal maka secara umumnya segala langkah yang diambil dapat dilaksanakan secara teratur, tertib. Alhamdulillah walaupun terdapat kekurangan disana sini, memang diakui. (YB. Kota Siputeh mencelah)
Terima kasih YB. Kupang, terima kasih YB. Timbalan Speaker. Saya bimbang takut habis masa. Jadi, saya nak bangkitkan tentang isu pendidikan sebab saya tidak berpeluang untuk berbahas di dalam Dewan yang mulia ini. Saya nak mohon kepada Exco Pendidikan supaya berilah perantik kepada pelajar-pelajar kita sebab di Negeri Kedah ini tiada sumbangan peranti kepada pelajar-pelajar kita yang sedang menghadapi PDPR. Kalau kita tengok di negeri-negeri lain seperti di Negeri Johor ada bagi 8,000 peranti kepada pelajarnya bagitu juga di Perak, lebih kurang 20,000 handphone yang diberikan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti PDPR. Itu soalan yang pertama.
Soalan yang kedua adalah isu berkaitan dengan Sekolah Kebangsaan Bukit Meriam, para waris berkata Exco Pendidikan tak turun pun berjumpa dengan waris Sekolah Kebangsaan Bukit Meriam sebab ada isu di mana pelajar-pelajar di sekolah tersebut dikehendaki berpindah kerana masalah pokok tumbang dan batu jatuh baru-baru ini di belakang sekolah.
Ok, soalan ketiga mengenai Portal Tvet yang dilancarkan...
Ada tambahan na! Cukup saya bagi dua sebab masa tak mengizinkan untuk menjawab.
Baik, terima kasih YB. Timbalan Speaker!
Soalan tambahan YB. Speaker!
Sebentar! Sebentrar! Sebab masa terhad sangat lah!
Ok, YB. Kupang teruskan dengan yang awal intro tadi tu! Silakan YB. Kupang!
Saya habiskan dulu sekejap! YB. Tuan Speaker, dalam kesempatan ini juga izinkan saya memberi sikit respon kepada perkara-perkara yang berbangkit yang dibangkitkan oleh oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat di dalam ucapan terima kasih ke atas ucapan Kebawah Duli Tuanku Sultan.
Dalam ucapan yang dikemukakan oleh yang YB. Alor Mengkudu yang menyebut mengenai dengan SOP sembahyang Jumaat. Di sini saya ingin menyatakan bahawa tiada siapa pun bergembira dengan SOP yang kita hadapi sekarang ini. Bukan setakat merpati- merpati masjid yang hati-hati mereka sentiasa bergantung dengan masjid tetapi para Musafir, pemandu lori yang berulang alik ke selatan dan ke timur turut merasai kepayahan dengan SOP yang dikenakan ini. Akan tetapi bila berhadapan dengan institusi yang begini maka akan terlaksanalah kaedah-kaedah hukum yang memang banyak tersimpan di dalam khazanah-khazanah ilmu Islam itu sendiri. Suatu yang harus kita fahami dan juga difahami oleh semua orang yang bahawa menghadkan kehadiran jemaah di Masjid ini ialah pertama bersifat sementara. Itu harus kita fahami, bersifat sementara!
Yang kedua tidak berlaku apa-apa kecacatan terhadap sifat sebagai ahli To’ah, orang yang taat kepada Allah, tak terjejas kerana dalam masa yang sama kita sedang mematuhi satu perintah yang sah iaitu daripada Ulul Amri dan patuh kepada Ulul Amri, Juz’un Minal Ibadah, sebahagian daripada ibadah! Seperti yang kita sedia maklum bahawa tindakan pemerintah itu berasaskan maslahah, berasaskan kepada kepentingan. “Taasarraful Imam Manutun Bil Maslahah”. Tindakan imam, pemimpin adalah bergantung berasaskan kepada kemaslahatan yang kita terpaksa hadapi kerana boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda. (YB. Pengkalan Kundor mencelah)
Di Kota Star kita telah empat bulan lebih, nak masuk lima bulan dah dan SOP itu perlu berubah perlu berubah, di mana-mana pun berubah, dalam konteks sembahyang Jumaat contohnya fakta sains. Fakta sains adalah virus ini tidak boleh hidup kepada matahari di luar, dia mati dan dia tidak mendatangkan bahaya yang besar di luar, di ‘open air’ terbuka! Jadi, dalam hampir lima bulan ini, sembahyang Jumaat dalam keadaan terkurung itu, dalam keadaan minima itu, maka negara-negara lain telah membuat pembaharuan terhadap terhadap sembahyang Jumaat ni contohnya buat 3 shift contohnya. Itulah kena ada satu usaha daripada polisi memreka untuk diangkat ke atas untuk melakukan perubahan ini. Yang tu pertanyaan kami, bukan kata kita tak mahu akur kepada apa yang telah ditetapkan.
Ok, saya faham!
Yang Berhormat Kupang, masa tinggal 2 minit lagi!
2 minit lagi! Allah! Sebagai jawapan, respon yang diberikan, walau bagaimanapun dalam konteks Negeri Kedah ini, perkara ini memang diperhalusi di peringkat tinggi penguasa agama. Insya-Allah dan saya rasa saya optimis akan ada perubahan, Kedah akan ada perubahan apabila Kedah bergerak ke Fasa 2. Ada sikit lagi Insya-Allah!
Jadi, benda ni kita mesti letakkan satu pengharapan yang tinggi di samping berdoa dan semua orang akan merasai apa yang kita rasai semua. YB. Tuan Speaker, dalam perbahasan semalam Yang Berhormat Jitra ada mempersoalkan kewajaran YAB. Jeneri membuat laporan polis ekoran serangan dan fitnah melampau yang tidak langsung melambangkan keperibadian muslim yang ditujukan ke atas tubuh Yang Amat Berhormat Jeneri. Pada saya, itu adalah satu budaya yang tidak sihat dan perlu dikawal. Oleh itu, tindakan yang dilakukan oleh YAB. Jeneri adalah wajar selari dengan sabda Rasulullah ‘Man ra’a minkum munkaran Fal Yugayyirhu Biyadihi, Fa In Lam Yastati‘ Fa Bilisanihi, Wa’in Lam Yastati‘ Fa Biqalbihi, Wa Dzalika Adh‘Aful Iman. Bila kita melihat suatu kemungkaran, maka kena cegahlah dengan tangan, dengan kuasa, kalau tak mampu dengan lidah, kalau tak mampu dengan hati, itu adalah satu kaedah yang baik. Sebab kita lihat budaya memfitnah melalui talian ini memang sangat berbahaya dan boleh membentuk satu budaya yang tidak sihat.
YB. Kupang, masa sebenar dah habis! Saya bagi masa 2 minit lagi na!
Ok, YB. Tuan Speaker, sebagai melangsungkan hujah apa yang ditimbulkan oleh YB. Suka Menanti apakah masalah jawapan AJK Masjid dari segi hukumnya kepada mereka yang tak divaksin, tapi nak datang ke masjid. Jadi, saya rasa perkara ini adalah perkara yang amat penting tetapi bukan di sini jawapannya. Minta maaf ya! ‘Ha’za amrun muhimmun jiddan wa’la kin laisahuna’ jawabun (dengan izin) kata orang Arab. Jadi, sebab ianya berkaitan dengan hokum. YB. Tuan Speaker, oleh kerana masa dan saya ini orang yang amanah dengan masa. Oleh kerana masa tidak mengizinkan, jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan dan mennyokong usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan KDYMM Tuanku Sultan. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih YB. Kupang atas ucapan dan terima kasih kerana memberikan kerjasama yang baik. Seterusnya saya persilakan YB. Bukit Pinang.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, Washolatu Wassalamu 'Ala Rasulillah Waman Tabi'ahum Bi’ihsan Ila’yaumiddin. Qhola’ Robbishrohli Sodri Wa’yassirli Amri. Wahlul’ Uqdatan Min Lisaani Yaf Qouhu Qouli.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, seterusnya sidang hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Pertama sekali, saya mengucapkan penghargaan jutaan terima kasih kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah kerana menyampaikan titah ucapan yang terbaik bagi saya yang merangkumi semua aspek pembanguna, kebajikan, ekonomi, pelancongan, keselamatan, kebersihan dan prihatin juga mengutamakan integriti yang disebut oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan juga saya ucapkan jutaan terima kasih dan rakaman kepada semua Yang Berhormat mengambil bahagian dalam perbahasan walaupun tak semua tapi mewakili yang mengemukakan soalan lisan dan bertulis dan juga saya ucapkan penghargaan Yang Berhormat mengemukakan saranan yang bernas dijadikan penambah nilai bagi dasar-dasar negeri jangka masa panjang dan jangka masa pendek yang melibatkan sektor penerangan, komunikasi, multimedia dan juga perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna.
Walaupun tidak disentuh semua dalam portfolio saya tetapi saya respon, ada enam Yang Berhormat, Yang Berhormat Sungai Limau, Yang Berhormat Bandar Baharu, Yang Berhormat Kuala Nerang, Yang Berhormat Derga, Yang Berhormat Suka Menanti dan juga Yang Berhormat Tanjung Dawai yang menyentuh sedikit sebanyak mengenai portfolio komunikasi. Sedikit yang disentuh oleh Yang Berhormat Derga iaitu dari segi penerangan. Kita Jabatan Penerangan memang sedikit sebanyak kita telah menubuhkan satu ‘team task force’ untuk memastikan yang melibatkan Jabatan Penerangan Negeri, Jabatan Pembangunan ICU, Jabatan MKN, Jabatan Kesihatan dan juga Jabatan Penyiaran untuk memastikan turun ke lokasi untuk menyampaikan mesej kepada rakyat mematuhi dari sudut SOP dan betapa pentingnya mesti rakyat divaksinkan iaitu sehingga 7,786 lokasi yang dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan Negeri.
Yang Berhormat yang lain ada menyentuh mengenai komunikasi internet yang ‘slow’. Saya ucapkan tahniah Yang Berhormat Sungai Limau, saya lihat keseluruhannya dari segi jalur lebar di Negeri Kedah memang tidak dapat dinafikan bahawa yang sedia ada iaitu 1,612 komunikasi ataupun struktur komunikasi yang sedia ada amat lemah liputannya iaitu hanya 2G ke 3G tapi komitmen kerajaan negeri, kita akan pastikan ‘upgrade’ semua talian-talian ini, iaitu menara-menara ini dan sekarang kita telah capai, kita telah buat sehingga kini iaitu 1,260 menara yang telah di ‘upgrade’ kepada 4G. Yang saya teliti yang disebutkan oleh YB. Sungai Limau memang liputan di situ amat lemah iaitu hanya 13 mbps saja megabit per second, memang lemah! Hanya 2G tapi Insya-Allah komitmen kerajaan negeri akan pastikan penghujung tahun 2022, akan pastikan 1,612 menara ini akan di ‘upgrade’ kepada 4G.
Seterusnya, komitmen kerajaan negeri untuk memastikan 76,474 premis di ‘upgrade’ kan kepada kabel optik. Kalau kita tidak ‘upgrade’ kan kepada kabel optik, saya pasti internet akan slow dan sekarang kita telah laksanakan iaitu 42,838 premis telah di ‘upgrade’ kepada kabel optik. (YB. Kota Darul Aman minta laluan)
YB. Bukit Pinang, YB. Kota Darul Aman minta laluan!
Ya..silakan YB. Kota Darul Aman!
YB. Tuan Speaker, terima kasih. Tadi, YB. Bukit Pinang kata rangkaian iaitu kebanyakannya 2G tapi ikut yang dilaporkan baru-baru ini dikatakan bahawa rangkaian 3G di Malaysia akan tamat pada akhir tahun ini. Kenapa sampai tahun depan baru ditamatkan dan naiktaraf itu lambat.
Insyaallah 3G akan ditamatkan pada penghujung tahun ini. Insya-Allah kerajaan memberi komitmen semua 3G ditamatkan, Insya-Allah di ‘upgrade’ kepada 4G. Bila ‘upgrade’ kepada 4G dengan 1,612 menara komunikasi ini, saya berkeyakinan rakyat Kedah ketika itu bolehlah menggunakan internet. Walaubagaimanapun, saya ucap tahniah kepada Kota Siputeh yang telah memberi komen iaitu SUHAKAM iaitu telah menguji 260% lebih menunjukkan pelajar yang menggunakan PDPR ini, menunjukkan internet ok lah. Ini menunjukkan SUHAKAM yang memberi komitmen 260% pelajar yang guna, kalau pelajar tak dapat guna internet ini tentulah PDPR ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. (YB. Pengkalan Kundor mencelah)
Tambahan Yang Berhormat Bukit Pinang!
Ya..silakan!
5G, 4G tak apa lah! Yang tiada G ni! Itu berkait dengan saya sebut untuk memperkasakan komuniti dalam menghadapi Covid ini. Jadi, sudah tentu yang tak ada G ini, penerangan ini saya rasa perlu diperkasakan sungguh-sungguh lagi turun ke taman-taman, turun ke kampung-kampung untuk memastikan memberi penerangan yang secukupnya sebab kita nak
masuk endemik nanti ini. Kalau masyarakat tidak dididik, bagaimana untuk menangani vaksin itu satu lah, kita masih belum sampai ke tahapnya! Jadi, apa pun sebab apabila saya turun PPV yang tertentu didapati bahawa apabila buka untuk ‘walk in’ masih tidak ada yang cukup. Jadi, pohon untuk penerangan pastikan bahawa hebahan itu menyeluruh, berulang-ulang supaya mereka yang belum datang itu datang kepada apa yang kita maksudkan tadi. Terima kasih.
Terima kasih kepada YB. Pengkalan kundur dan saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kakitangan Jabatan Penerangan Negeri memang sentiasa turun, tidak pernah jemu walaupun hujan panas tapi sehingga kini menunjukkan 1,300 aktiviti program yang dilaksanakan sehingga 7,784 lokasi seluruh Kedah menunjukkan semua daerah Jabatan Penerangan telah turun tetapi nak sampai kita semua perlu menyampai tapi walaubagaimanapun komitmen kerajaan negeri untuk mencapaikan supaya kita masuk ke Fasa 2 dan Fasa 3.
Yang lainnya, Insya-Allah saya pun tak mahu cakap panjang kerana saya tak mahu ambil masa lebih mengganggukan Speaker dan Insya-Allah yang disebutkan oleh YB. Kuala Nerang iaitu 134 buah struktur komunikasi iaitu Pelan Jendela tapi pelan jendela kita ada 2 fasa iaitu fasa 1 September 2021 hingga September 2022. Fasa 2 iaitu pada tahun 2023 hingga 2025.
Insya-Allah, fasa 1 iaitu 134 menara baru yang telah siap sekarang ini, 40 buah telah siap di ‘upgrade’ kepada 4G dan hanya tinggal bakinya 94 buah. Insya-Allah, penghujung tahun 2022 akan siap. Itu komitmen kerajaan. Kita ucap tahniahlah kepada SKMM yang sentiasa memberi kerjasama yang baik untuk memastikan sasaran ataupun rancangan kerajaan akan tercapai dan baru-baru ini, saya turun ke Langkawi pada 19 September 2021 sebelum Sidang Dewan Jumpa Menteri Komunikasi Multimedia Dan Juga Menteri Penerangan, Kerajaan pusat memberi komitmen supaya Pelan Jendela yang disasarkan oleh Kerajaan Pusat beri kepada Kerajaan Negeri akan dapat dicapai dan juga beliau memastikan semua internet komuniti ini mesti sekurang-kurangnya satu DUN ada satu internet tapi Kedah alhamdulillah kita ada semua daerah iaitu 36.....(YB. Kuala Ketil minta laluan)
YB. Bukit Pinang, YB. Kuala Ketil minta laluan!
Boleh beri laluan Yang Berhormat?
Silakan!
Terima kasih YB. Timbalan Speaker, YB. Bukit Pinang! Di Kuala Ketil ada juga masalah tentang capaian jalur lebar. Jadi, menara banyak Yang Berhormat tapi capaian jalur lebar itu amat lemah! Kita bukan masalah menara tetapi masalah capaian. Adakah Yang Berhormat maksudkan tadi Program Jendela, adakah ini juga termasuk juga dalam salah satu Program Jendela tersebut?
Terima kasih YB. Kuala Ketil. (YB. Kubang Rotan minta laluan)
Boleh Yang Berhormat?
Ya..sila! Sila!
Terima kasih YB. Bukit Pinang dan YB. Timbalan Speaker, cuma saya nak tanya kawasan-kawasan yang masih lagi menghadapi masalah jalur lebar ini, yang diberitahu 2G dan 3G. Bolehkah Yang Berhormat Bukit Pinang maklumkan berapa peratus capaian 4G, berapa peratus yang masih menggunakan 3G dan berapa peratus yang masih guna 2G dan 3G sebabnya kita tahu bahawa pelajar-pelajar di kampung, sampai ada terpaksa datang ke bandar, terpaksa sewa homestay di atas sebab kadang-kadang nak mengambil peperiksaan. Bila nak ambil periksa mereka terpaksa pergi ke bandar untuk cari line. Terima kasih.
Terima kasih kepada YB. Kuala Ketil dan YB. Kubang Rotan! Macam saya sebut tad 2G dan 3G akan ditamatkan pada penghujung tahun ini Insya-Allah kita pastikan 100% 1,612 ini akan di ‘upgrade’ kan kepada 4G. Dan juga saya pastikan di Kuala Ketil, saya melihat semua aduan-aduan daripada semua DUN, kebanyakan aduan-aduan memang didapati kelajuan sangat lemah tapi Insya-Allah kita telah masuk dalam Pelan Jendela ini telah masuk dan senarai-senarai tersebut dan juga mana-mana lokasi yang tidak dapat dilaksana dengan segera, kita akan laksana seperti dengan tidak menafikan memang di sesetegah tempat itu line Celcom laju, kita guna Maxis! Betullah itu jadi kekangan-kekangan bagi kita tapi Insya-Allah dalam Pelan Jendela ini kepada 4G kita akan guna konsep ‘sharing’, mana-mana tower di seluruh Kedah ini kita guna konsep ‘sharing’ sepertimana projek pilot kita di Kampung Kongsi 14, Bukit Selambau.
Masa tinggal 2 minit lagi Yang Berhormat!
Kita gunakan konsep ‘sharing’ ini iaitu Multi-Operator Core Network (MOCN) iaitu konsep sharing di seluruh tower-tower ini seperti yang diadakan di Batu 14, Celcom, Digi, Maxis dan Umobile menggunakan share. Ketika itu, mana-mana customer yang gunakan Celcom, dia akan dapat walaupun dia guna Maxis dia akan dapat! Insya-Allah, saya berkeyakinan dan kerajaan komited untuk pastikan rancangan itu tercapai. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih banyak kepada YB. Bukit. Pinang! Berucap kurang daripada 1minit dari masa yang diperuntukan. Seterusnya, saya mempersilakan YB. Bukit Kayu Hitam.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua.. Alhamdulillahi Robbil A’lamin Wassolatu Wassalamu A’la Asrofil Am’biya Iwal Mursalin Sayyidina Muhammadin Wa’Ala A’lihi Wa’Sohbihi Ajma'iin.
Yang Berhormat Tuan Speaker, YAB. Jeneri, Yang Berhormat Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (EXCO), Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Ketua-Ketua Jabatan yang dirahmati oleh Allah pada pagi ini.
Pertamanya, izinkan saya mengambil kesempatan untuk merafak sembah Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah di atas perkenan menyampaikan Titah Ucapan Perasmian Pembukaan Sidang Dewan Negeri Kedah pada kali ini. Keduanya, saya ingin mengambil peluang didalam ucapan penggulungan ini adalah untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kakitangan awam, petugas barisan hadapan (frontliner) yang sekian lama telah berkorban tenaga, bertungkus lumus, memerah keringat siang dan malam secara langsung mahupun tidak langsung bagi memastikan kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan rakyat dijaga, dibantu dan dirawat di sepanjang tempoh pandemik Covid-19 yang telah berlangsung hampir 2 tahun ini.
Saya juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga yang telah kehilangan ibu, bapa, suami, isteri, anak dan sanak saudara terdekat akibat wabak Covid-19 ini. Marilah kita sama-sama tidak berhenti berdoa semoga Allah swt. segera mengangkat Covid-19 ini daripada muka bumi ini agar rakyat kembali hidup seperti sedia kala, ceria dan aman sejahtera, dapat bekerja dan dapat berniaga seperti biasa bagi menambah pendapatan ahli keluarga, tidak lagi bergantung kepada bantuan semata mata.
YB. Tuan Speaker, tanggal 18 ogos 2021, tanpa diduga telah berlaku satu bencana di daerah Yan dan Kuala Muda. Tragedi kepala air hasil daripada tanah runtuh di Gunung Jerai telah mengakibatkan kemusnahan harta benda yang teruk dan juga kehilangan nyawa. Malah suasana trauma masih menyelubungi penduduk yang terlibat sehingga ke hari ini. Sebagai kerajaan yang prihatin kebajikan penduduk yang terlibat tidak sedikit pun diabaikan. Sumbangan dan bantuan khas telah disediakan kepada 1,382 keluarga yang terlibat. Daripada bantuan wang tunai sehinggalah menyediakan kelengkapan rumah dan barangan dapur. Boleh dikatakan penduduk yang terlibat merasa bersyukur kerana bantuan datang hingga melimpah ruah daripada pelbagai pihak terutamanya daripada Kerajaan Negeri Kedah sendiri, Kerajaan Persekutuan, Agensi Kerajaan, GLC, NGO, Parti Politik, Syarikat Swasta, Sukarelawan dan orang perseorangan. Kepada semua yang terlibat mambantu, saya mengucapkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih.
YB. Tuan Speaker, pada tahun ini Kerajaan Negeri Kedah telah menyediakan bantuan khas pesakit terlantar atau dikenali sebagai BKPT iaitu merupakan bantuan tambahan kepada penerima bantuan pesakit kronik terlantar atau OKU terlantar yang sedia ada. Kadar bantuan bulanan ini terbahagi kepada tiga (3) iaitu RM100 bantuan peralatan sokongan, RM200 kepada bantuan pembelian lampin pakai buang dan RM300 kepaada bantuan pembelian susu.
Bermula 1 Januari 2021 sehingga hari ini, kerajaan telah membayar sebanyak RM898,900.00 kepada 3,822 pemohon yang layak menerimanya. Jumlah peruntukkan untuk BKPT pada tahun ini adalah sebanyak RM2 juta dan BKPT ini diuruskan oleh sebuah jawatankuasa khas yang diselia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah.
YB. Tuan Speaker, Ahli- Ahli Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, berkenaan dengan soalan yang dilontarkan oleh YB. Pengkalan Kundor dan YB. Derga. Terima kasih kerana bertanya. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, warga emas dan golongan OKU yang sakit terlantar tidak akan dipinggirkan daripada menerima suntikkan vaksin Covid-19. Data mereka boleh didapati daripada agensi kerajaan seperti JKM, Zakat, JPKK, Penghulu dan NGO dengan kerjasama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, kita adakan Program Mobile Outreach Vaksinasi dari rumah ke rumah untuk memberikan suntikan vaksin kepada mereka yang tidak dapat hadir di PPV.
Sementara soalan daripada YB. Kulim dan YB. Pengkalan Kundor juga untuk pengetahuan Dewan, bakul makanan untuk penduduk yang diperintah kuarantin di rumah samada sebagai positif covid ataupun kontek rapat, penduduk yang terlibat kenalah berhubung dengan talian PKOB di daerah masing-masing atau memaklumkan kepada JPKK atau penghulu untuk mendapatkan bantuan bakul makanan.
Untuk pengetahuan Dewan, bantuan Covid-19 ini akan diberikan mengikut permintaan dan permohonan kecuali untuk pesakit yang dikuarantin disebabkan oleh positif covid. Mereka ini juga akan mendapat bantuan secara automatik daripada PKOB setelah menerima maklumbalas daripada KKM, dikuarantin disebabkan kontek rapat atau lain-lain hendaklah menghubungi talian PKOB. (YB. Pengkalan Kundor mencelah)
Pohon pencelahan!
Ya..silakan!
Terima kasih YB. Tuan Speaker, semalam YB. Sungai Limau menyebut bagaimana pentingnya penyelarasan data-data itu ertinya pihak PKOB ada data yang tepat bagi mereka-mereka yang patut menerima bantuan itu. Saya dapati di Dun saya, saya rasa belum ada penyelarasan itu disebabkan oleh ada yang ramai belum menerima. Saya pohon bersungguh-sungguh supaya penyelarasan itu berlaku dengan segera dan berlaku dengan baik.
Sedikit saja! Terima kasih YB. Tuan Speaker dan YB. Bukit Kayu Hitam, saya ada dua satu berkenaan hotline. Hotline dulu masa PKPD, bila PKPD, saya minta Yang Berhormat semak kembali bila nak buat pergi PKPD tu hotline tu satu, satu lepas tu baru tambahlah sepatutnya bila PKPD itu kena ada hotline orang masuk terlampau ramai dan tak dapat datang balik. Kepada yang tak ada telefon ini memang langsung tak taulah! Sebab itu JKM mestilah memainkan peranan dan perkara yang kedua ialah berkenaan dengan bila kita sampai sekarang pun ada ‘confirm’ akan dapat dan sampai sekarang pun lepas PKPD pun ada yang tak dapat! So minta semak balik!
Yang keduanya ialah berkenaan dengan bilanya berlakunya PKPD ataupun bila nak buat sesuatu itu satu yang saya sebut selalu ialah ‘preparation’ sepatutnya biasa saya pergi pada hari yang keempat PKPD di Kuala Kedah itu. Hari keempat PKPD itu, masih tidak ada bakul-bakul saya tanya penghulu masih belum mesyuarat lagi! Tak ada apa tindakan lagi selepas seminggu lebih tu baru dah mula sebabnya bila SOP tak dikeluarkan oleh MKN menyebabkan rakyat, kedai-kedai semua tutup, kedai makan pun tutup semua, yang ada duit nak beli makan pun tak boleh! Jadi, ini menyebabkan menyusahkan rakyat di sana. Saya harap bila kita nak buat satu PKPD tiu sediakan siap-siap SOP! Siapkan ‘preparation’ untuk barang-barang sebelum kita edarkan. Di situ ada sedikit masalah.
Terima kasih YB. Pengkalan Kundor dan YB. Kubang Rotan di atas permasalahan yang diberi Insya-Allah ianya akan diambil perhatian dan akan diadakan penambahbaikan di Pusat PKOB selepas ini. Selain daripada PKOB, JKM sendiri ada menyediakan Bantuan Bakul Prihatin Negara (BPN), bakul makanan ini difokuskan khas untuk mana-mana keluarga yang terputus bekalan makanan disebabkan tidak dapat bekerja atau hilang pekerjaan disebabkan Covid-19, mereka bolehlah memohon melalui talian kasih 15999 atau telefon terus ke pejabat
JKM di setiap daerah masing-masing. Insya-Allah, pihak JKM melalui Sukarelawan Prihatin Negara (SPN) akan menghantar bantuan sampai ke pintu rumah.
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah membuat pertanyaan dan memberikan pandangan kepada saya di dalam sidang dewan kali ini dan saya akan mengambil maklum dan akan memastikan pembangunan wanita, keluarga, masyarakat dan kebajikan Negeri Kedah ini akan sentiasa berada di landasan yang betul dan dapat memberi impak yang baik untuk kemajuan negeri ini.
Bunga Seroja Di Atas Para, Jatuh Ditimpa Buah Berangan, Andai Kata Tersilap Bicara, Beribu Maaf Kak Ton Mohonkan
Negeri Kedah Indah Berseri, Terbentang Luas Sawah Padi, Selesai Sudah Sidang Kali Ini, Sehingga Kita Berjumpa Lagi, Sekian.
YB. Tuan Speaker, boleh tanya satu soalan!
YB. Kota Siputeh, kalau ada masalah yang berkaitan dengan portfolio Kak Ton, kita boleh PM tepi dan juga kita akan hantar laporan bertulis.
Sekarang tak boleh?
Sebab masa mencumburui kita YB. Kota Siputeh.
Terima kasih YB. Bukit Kayu Hitam, saya pohon maaf YB. Kota Siputeh sebab laluan yang saya berikan bergantung kepada pembahas. Seterusnya, saya persilakan YB. Merbau Pulas.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi Robbil A’lamin Wa’bihi Nas’tain Wala’Udwa Wa’Illa A’la Zalimin. Subhanakala Il’malana I’lla Ma’alamtana In’naka’an Tal’Alimul Hakim. Qhola’ Robbishrohli’ Sodri Wayarsirli Amri’ Wahlul Uqd’atan Millisani’ Yafqhohu’ Qhauli.
YB. Tuan Speaker, YAB. Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Ketua-ketua Jabatan yang dikasihi sekalian. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan untuk Merafak Sembah Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, semoga Allah swt mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada KDYMM Tuanku Sultan dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah agar dapat bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Kedah dengan penuh kebesaran dan kedaulatan. Ucapan terima kasih kepada Ahli-menyampaikan Titah Ucapan Perasmian Pembukaan Sidang Dewan Negeri Kedah pada kali ini.
Ucapan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan dan mengemukakan soalan lisan dan bertulis. Selain itu juga, penghargaan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan, saranan dan cadangan yang bernas demi membantu penambahbaikan berterusan kepada pihak kerajaan negeri. Saya akan memberi jawapan kepada dalam sektor dalam Seksyen Pembangunan Luar Bandar ini. Pertamanya, peranan JPKK yang disebut oleh Adun Pengkalan Kundor yang dibangkitkan iaitu ‘empowerment community’ oleh Penghulu ataupun JPKK dalam membantu masyarakat setempat yang masih belum mendapat suntikan vaksin. Seperti Ahli-Ahli Yang Berhormat sedia maklum di peringkat daerah telah ada kerjasama antara pejabat ADUN, Penghulu JPKK dan Ahli Majlis yang sama-sama berganding bahu dan bergerak seiring dalam membantu penduduk setempat di kawasan masing-masing yang masih belum menerima suntikan vaksin.
Yang kedua pelbagai usaha dijalankan oleh pengurusan daerah dengan kerjasama JPKK bagi memastikan lebih ramai rakyat Negeri Kedah mendapat info dan maklumat tepat berkaitan vaksin serta turut serta mengambil vaksin sebagai satu langkah bagi mengurangkan jangkitan Covid-19 secara di dalam komuniti. Memang dah ada tindakan Yang Berhormat Pengkalan Kundor ya! Yang ketiga …(YB. Pengkalan Kundor mencelah)
Sedikit soalan!
Sekejap tak habis lagi, sekejap lagi saya bagi laluan ya! Yang ketiga antaranya adalah JPKK ditugaskan untuk mendapatkan nama penduduk di kawasan seliaan mereka, yang masih belum mendapat suntikan vaksin dan memanjangkan kepada Pejabat Penghulu Mukim.
Sekiranya senarai nama yang diberikan adalah ramai, pengurusan daerah mungkin mencadangkan Program Outreach yang khusus di lokasi tersebut. JPKK yang berhampiran dengan kawasan PPV juga turut membantu membuat hebahan berkaitan pemberian vaksin secara walk-in ataupun dengan izin di pusat pemberian vaksin di daerah masing-masing. Program Outreach ini turut diadakan di pelbagai tempat dengan kerjasama para JPKK membantu menghebahkan dan memastikan masyarakat setempat termaklum dan hadir menerima vaksin.
Di Langkawi tu Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah mengadakan PPV secara mobile bagi kawasan merah dalam kerjasama jPKK setempat. Untuk makluman, daerah Pendang juga mengadakan hebahan dengan menggunakan dialek Pendang khusus untuk masyarakat Pendang dan tak tahulah Dato’ Su cakap Siam ke? Dialek Pendang, ada orang Siam!
Selain itu, Dun Tokai mengadakan Program Outreach khusus dan hadiah menarik! Exco Kesihatan bagi hadiah lagi, turut ditawarkan kepada penerima vaksin tertentu untuk menggalakkan masyarakat setempat hadir menerima vaksin yang disediakan percuma oleh pihak kerajaan. Kalau sekiranya yang disebut oleh Pengkalan Kundor yang tak mau terima vaksin ini, ini satu cadangan yang baik. YB. Pengkalan Kundor boleh bagi hadiah pula kepada sesiapa yang tak mahu cucuk vaksin itu. (YB. Pengkalan Kundor mencelah)
Pohon pencelahan!
Silakan!
Saya ucapkan tahniah di atas kerjasama yang diberikan di bawah termasuk JPKK tadi. Isu sekarang adalah JPKK yang saya rasa kerjasama itu baik tapi perlu ditambahbaik. Contoh dalam Dun saya, saya rasa hampir 30 JPKK yang berfungsi, saya ingat tak sampai 30%, yang lain itu kita tak tahu di mana, siapa dan sudah tentu tidak berfungsi dan ini akan melemahkan usaha kita untuk masuk ke era endemik nanti di mana yang saya sebut duk ulang-ulang selalu sebab ini bidang empowerment community.
Ok, saya faham ya! Masa saya sudah suntuk! Saya faham disebut oleh Pengkalan Kundor ialah 30%, JPKK berfungsi. Saya rasa Pengkalan Kundor tidak terlibat secara langsung sebab JPKK akan berurusan dengan Pejabat Penyelaras Dun dan juga Pejabat Daerah, tidak berurusan dengan YB. Pengkalan Kundor!
Saya berada dengan Penghulu, saya berada di bawah. Apabila berada dibawah JPKK itu juga memberi maklumat kepada saya. Jadi, tidak tepat kalau kata saya tidak ada maklumat berkaitan itu.
Saya akan buat siasatan apa yang disebutkan oleh YB. Pengkalan Kundor ini, Insya-Allah. Ok! Ok! Saya akan tengok balik!
YB. Exco, minta laluan boleh!
Silakan!
Boleh YB. Exco. Terima kasih! Tadi, YB. Exco ada sebut berhubung dengan hadiah kepada orang yang menerima vaksin. Satu tawaran yang lumayan daripada kerajaan negeri saya kira, boleh Yang Berhormat sebut apakah hadiah, adakah sama macam di Padang Terap, bagi motor sebiji, penerima yang ke 50,000 dapat motor sebiji. Kemudian, yang ke 10,000 dapat duit RM1,000.00. Apakah itu yang dimaksudkan ataupun ada lain-lain insentif. Sekian, terima kasih.
Jadi, yang disebut oleh YB. Tokai, Exco Kesihatan sendiri lah, yang memberi hadiah. Saya tidak dapat maklumat lengkap tentang hadiah, mungkin YB. Tokai akan sebutlah hadiah yang diberikan semasa ucapan penggulungan nanti ya!
Selain itu, JPKK turut membantu mendapatkan nama penduduk setempat yang belum menerima. Insya-Allah pihak kerajaan akan meneruskan penambahbaikan dan meningkatkan usaha untuk memastikan…..(YB. Timbalan Speaker mencelah)
YB. Merbau Pulas, masa sebenar sudah habis!
Ya…banyak lagi ni! Dapat memastikan rakyat Negeri Kedah menerima vaksin Covid-19 dan mencapai imunit kelompok. Ada lagi YB. Tuan Speaker, tak kan saya habis dah masa saya! (YB. Timbalan Speaker mencelah)
Ada lagi 2 minit Yang Berhormat!
Kejap! Kejap! Ok, tidak lupa juga kepada barisan JPKK saya nak ucapkan syabas dan tahniah sama-sama berganding bahu demi membantu masyarakat di kawasan masing-masing dalam suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin dan seterusnya saya akan sebut, nak ringkaskanlah tak boleh dah nak sebut, sebab masa dah singkat. Jadi, saya akan bagi kepada Adun Kuala Ketil. Daripada Kuala Ketil ini yang dibangkitkan ialah projek infra di kawasan Baling, kerajaan sentiasa melihat keprihatian terhadap masyarakat kawasaasn luar bandar dan di Baling sendiri, kerajaan dibawah Pembangunan Luar Bandar telah menaiktaraf 7 jalan hubungan desa, 2 jambatan dan 1 projek pembangunan air luar bandar. Untuk projek di Dun Kuala Ketil sahaja, kita akan naiktaraf 4 projek titi yang berjumlah RM131,905.00 dan pembentung 4 projek untuk Dun Kuala Ketil berjumlah RM78,000.00, perparitan 1 projek berjumlah RM27,900.00. Keseluruhannya untuk projek di Dun Kuala Ketil sahaja ialah RM267,805.00. Ini Dun Kuala Ketil sahaja yang saya sebutkan sebab dibangkitkan oleh YB. Kuala Ketil tapi untuk daerah Baling banyaklah! Seterusnya saya nak bangkitkan mengenai Tanjung Dawai iaitu tentang membaikpuih titi Pengkalan Kakap. Titi Pengkalan Kakap ini dalam Mesyuarat Pembangunan Daerah oleh Daerah Kuala Muda sudah nak diangkat kepada JKR untuk pembangunan jambatan baru. Yang kedua, iaitu disebut jalan di sini juga Pejabat Daerah yang memulakan tindakan segera dengan mengeluarkan BQ dan dimasukkan semula ke permohonan MARRIS. Yang terakhirnya, dah tiada masa! Saya akan akhiri ucapan terakhir saya ini, kerajaan negeri sentiasa bersedia dalam memberi dan menyampaikan perkhidmatan yang terbaik dalam isu-isu pembangunan terutama sekali di luar bandar. Berhubung perkara-perkara yang dibangkitkan saya akan mengambil sepenuh perhatian bagi menangani masalah dan mengambil langkah yang terbaik untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Negeri Kedah dibawah kepimpinan YAB. Menteri Besar. Saya dengan ini menyokong penuh Titah Ucapan KDYMM Tuanku Sultan Kedah sempena Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Ke-14. Sekian, terima kasih.
Terima kasih YB. Merbau Pulas. Seterusnya saya persilakan YB. Sungai Tiang!
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Tuan Speaker, YAB. Menteri Besar Kedah, Rakan-Rakan Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Sahabat-Sahabat, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan dan Sidang Hadirin yang dihormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah swt di atas kesempatan yang dikurniakan untuk kita sama-sama berada di dalam Dewan yang mulia ini, setelah kali terakhir kita berada di sini pada November 2020 yang lalu.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terlebih dahulu saya ingin menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sallehuddin Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dalam Perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri yang Ke-14. Ucapan penghargaan saya juga kepada rakan-rakan Ahl-Ahli Yang Berhormat sekalian khususnya Yang Berhormat Ahli Dewan yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.
Pada pandangan saya kita kerajaan, waima barisan pembangkang wajar meneliti dan mengambil kira dalam membina sebuah negeri yang maju berdaya saing berkat dan sejahtera secara bersama tanpa mengira warna bendera kepartian menyokong penuh Titah Tuanku. Saya menggesa agar kita semua berganding bahu membangunkan Negeri Kedah Darul Aman bersama. Seperti yang sedia maklum pada 18 Ogos 2021, satu tragedi yang meruntun hati kejadian hujan yang sangat lebat, banjir lumpur telah melanda Daerah Yan dan Daerah Kuala Muda. Malang sekali dalam kejadian tersebut 6 orang penduduk tempatan Innalillahi Wa’Inna Ilaihiraajiu’un telah terkorban. Infrastruktur seperti rumah penduduk, pejabat kerajaan, masjid, sekolah, jalan raya, jambatan, tiang elektrik, saluran paip air, sistem penapisan air tanah, longkang saliran, pusat peranginan,chalet dan lain-lain harta awam dan persendirian habis musnah.
Rentetan daripada itu, menjawab YB. Dun Jitra, Jabatan Mineral Geosains telah memohon projek pemetaan kawasan bencana geologi di Gunung Jerai kepada KETSA dengan anggaran kos RM4.24 juta. Dengan kajian pemetaan bencana aliran teori tersebut, mengenal pasti kedudukan bahan geologi seperti batuan dasar yang kukuh dan koluvium di kawasan pinggiran tebing sungai laluan aliran debris maka sebarang cadangan pembinaan struktur di atas kawasan ini perlulah merujuk kepada maklumat ini kerana pembinaan struktur yang besar di atas bahan koluvium akan memberikan masalah kestabilan.
Pembinaan Empangan Sabo yang bernilai RM20 juta bagi Fasa 1 di Gunung Jerai bertujuan memastikan pokok - pokok yang tumbang serta batu-batu besar tidak menghilir sekiranya aliran air deras berlaku lagi. Berdasarkan kepada keadaan semasa di tapak pihak NAHRIM telah mencadangkan pembinaan 2 buah Empangan Sabo dilaksanakan di dua-dua lokasi kritikal.
Selain daripada itu, pembangunan pemasangan Sistem Telemetri, Sistem Siren Amaran Awal Banjir bagi memberi amaran awal kepada penduduk sekitar telah pun dimohon kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM500,000.00. Siasatan dan analisa tapak sedang dijalankan untuk merekabentuk sistem amaran awal ini bagi mengenal pasti lokasi yang tepat untuk pemantauan tanah runtuh, pemasangan alatan teknologi terkini, Real-time Rain Gauge.
Program ini dijangka akan mengurangkan risiko ancaman bencana geologi ‘Disaster Risk Reduction’ dengan izin dan juga memastikan ianya dapat diurus dengan baik ‘Disaster Risk Management’ pada masa yang akan datang. Antara penyelesaian menyeluruh lain yang dicadangkan meliputi kerja pembinaan ‘floodwall’, ‘river protection’, pembinaan 3 buah jambatan, pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (“TAPS”), pembinaan baharu bagi 1 pintu air dan menaiktaraf 6 pintu air yang kesemuanya dianggarkan berjumlah RM180 juta. Bencana banjir lumpur dan fenomena kepala air ini telah mengakibatkan tebing sungai terhakis dan menyebabkan kelebaran sungai yang bertambah dari Sungai Titi Hayun yang 10 meter bertambah kepada 25 meter serta keadaan tapak semasa menjadikan faktor anggaran kos pembinaan agak tinggi. Pihak Ibu Pejabat JKR juga menjalankan lawatan tapak ke tapak cadangan pembinaan dan semakan kos pembinaan juga dibuat berdasarkan kepada keadaan sebenar sungai dan kemusnahan di tapak yang memerlukan kerja-kerja tambahan seperti ‘realignment’ jalan sedia ada.
Pelaksanaan projek secara berfasa iaitu Pelan Pemulihan Fasa 1 akan bermula pada tahun 2021 sehingga tahun 2024 dan penyelesaian Projek Secara Total Solution dijangka siap pada tahun 2026. Selepas kajian dapat dibentangkan oleh pakar teknikal, kita akan melaksana dan membentuk ‘disaster risk management plan’ ataupun pelan pengurusan risiko bencana Gunung Jerai yang akan dibentuk bagi melindungi 5,000 nyawa orang awam serta melindungi kawasan seluas 600 hektar dari impak bencana banjir kepala air dari kembali berulang pada masa akan datang. Kelangsungan kepada pelaksanaan Gunung Jerai ‘disaster risk management plan’ ini amat penting bagi menguruskan risiko dan pelaksanaan operasi bencana di kawasan sekitar Gunung Jerai secara efektif bagi memastikan keselamatan nyawa orang awam dan harta benda dapat diselamatkan.
Dari kesempatan ini, saya bagi pihak kerajaan negeri ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Tuan Pegawai Daerah Yan dan Kuala Muda, Pengarah JKR Kedah, Pengarah JPS Kedah, NAHRIM, Jabatan Mineral dan Galian Negeri Kdah (JMG), Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Syarikat Air Darulaman, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah dan semua yang telah memungkinkan bukan sahaja gerakkan manusia malah pindahan aset dari seluruh Negeri Kedah ke tempat kejadian daripada hari pertama sehinggalah selesai kerja-kerja mereka. Mereka dalam kerja yang asas masih dapat menyumbang tenaga di tempat kejadian dengan arahan-arahan oleh ketua-ketua jabatan mereka. Bagi pihak kerajaan negeri kita ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada mereka semua.
Seterusnya, YB. Tuan Speaker, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan telah bertitah bahawa rumput di sepanjang jalan di bawah selenggaraan kerajaan pusat supaya diselenggara dengan lebih kerap. Dukacita ingin saya maklumkan bahawa skop selenggara yang bermula September 2020 telah dikurangkan daripada 12 kali setahun kepada 9 pusingan setahun sebagaimana arahan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. Walaubagaimanapun, Pihak JKR Negeri Kedah telah memohon kepada Pihak Kementerian Kerja Raya supaya mempertimbangkan semula skop pemotongan selenggaraan tersebut mengembalikan kepada skop asal 12 pusingan setahun supaya konsisten berada pada tahap yang terbaik dengan status Alor Setar Bandaraya dan Ibu Negeri. Namun begitu permohonan ini masih peringkat Kementerian Kerja Raya manakala bagi dalam protokol ia masih kekal dengan skop selenggaraan sebulan sekali dan Pihak JKR Negeri Kedah juga telah mengambil inisiatif berusaha untuk menambah 12 lagi pusingan agar pusingannya adalah 15 hari setiap memotong rumput setiap 15 hari, dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, Setiausaha Bahagian Kementerian akan datang bagi membincangkan perkara ini untuk tujuan jalan-jalan protokol sahaja.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Kerajaan negeri melalui JKR Negeri Kedah sedang melaksanakan beberapa projek menaiktaraf infrastruktur jalan raya Negeri Kedah dan antara jalan-jalan besar yang sedang dijalankan adalah menaiktaraf Jalan Alor Setar-Kangar yang dipanggil Persimpangan Simpang Tiga Kemboja dan keseluruhan kos projek-projek yang sedang dijalankan adalah RM511 juta. Selain dari itu, Pihak JKR juga sedang merancang untuk melaksanakan 14 projek-projek infrastruktur jalan yang telah diluluskan projek-projek kerajaan negeri, projek-projek KKR dan juga projek-projek daripada KPLB yang keseluruhannya bernilai sekitar RM1.03 billion.
Bagi aspek perancangan jalan yang komprehensif dan holistik, Pihak Kementerian Kerja Raya telah merintis Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya 2030 ataupun Highway Network Development Plan 2030 ataupun singkatannya adalah HNDP 2030. Pelan ini memformulasikan pelaksanaan pembangunan rangkaian jalan raya yang turut mengambil kira pembangunan yang sedang dibangunkan dan yang akan dirancang untuk pembangunan bagi tempoh 2021 sehingga 2030 yang akhirnya selari dengan Pelan Pembangunan Negeri Kedah 2035. (YB. Kota Siputeh bangun untuk mencelah)
Pohon pencelahan YB?
Saya memang tak ada masa YB, kena tunggu kejap YB. Sebab ini nak kena inform Dewan yang mulia ini berkenaan satu perancangan yang sungguh besar dan akan memberi impak ekonomi kepada Negeri Kedah. Selain membawa limpahan pembangunan daripada zon industri dan pusat katalis ekonomi terus ke kampung dan desa, objektif utama Plan HNDP ini memastikan jalan-jalan baharu yang dibina oleh kementerian dan negeri supaya saling melengkapi sesama sendiri dan bertindak menghubungkan kampung dan desa kepada bandar-bandar besar, zon industri serta pusat-pusat katalis ekonomi Negeri Kedah.
Ia mewujudkan rangkaian jalan raya yang menyokong pelan ekonomi dan Pembangunan Wilayah Negeri Kedah. Strategi utama HNDP adalah untuk memperkukuhkan jalan raya Kedah dan koridor jalan raya pantai barat serta menghubungkan jalan raya sedia ada di Negeri Kedah dengan koridor Lebuhraya Timur-Barat. paling penting yang paling penting secara langsung ….(YB. Timbalan Speaker mencelah)
Yang Berhormat, masa ada lagi dua minit!
Ok, saya akan habiskan dengan 2 minit. Paling penting, HNDP secara langsung menghubungkan Lingkaran perhubungan ke Konurbasi, zon promosi pembangunan dan pusat katalis ekonomi. Saya bagi contoh YB. Kuala Nerang, HNDP menggariskan projek pembesaran jalan yang menghubungkan Kg. Perik dengan Bandar Jitra, sejauh 14 km dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Pembesaran jalan yang menghubungkan Singkir Laut, Yan dengan bandar Butterworth yang berukuran sepanjang 18.9 kilometer di dalam Rancangan Malaysia Ke-13. Ia juga akan menghubungkan Kedah Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam di Utara Semenanjung dengan K12 Jalan Baharu KXP, ke Jalan Changkat Jering ke Kuala Ketil dan Jalan Baharu, Serdang ke Jambatan Pulau Pinang. Antara cadangan HNDP 2030 Negeri Kedah untuk Rancangan Malaysia Ke-12, RM10.64 billion akan dibelanjakan. Untuk Rancangan Malaysia Ke-13, 7 projek RM6.65 billion akan dibelanjakan dan melangkaui 2030, beberapa billion lagi akan dibelanjakan. Jadi, saya percaya apa yang dirancangkan menepati kehendak pembangunan untuk Negeri Kedah menerusi Pelan Pembangunan Negeri Kedah 2030.
YB. Tuan Speaker, lain-lainnya saya akan menjawab melalui jawapan secara bertulis cuma saya nak sebut adalah perkara last sekali mengenai dalam tempoh kritikal kita menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi ini, saya rasa ini adalah masa yang paling sesuai untuk kita semua pemimpin untuk bersama-sama. Cabaran untuk pengurusan negeri, saya rasa saya pernah menjadi wakil rakyat selama 4 penggal sama lama dengan Alor Mengkudu, cukup berbeza dalam musim Pandemik Covid ini. Tugas dan peranan wakil rakyat berada di lapangan sebenarnya tetapi dengan Pandemik Covid-19, kita bersandarkan sepenuhnya kepada media sosial. Ini memungkinkan fakta-fakta yang diterima tidak benar. Tajuk-tajuk berita yang membawa kepada fitnah semata-mata. Sebagai pemimpin-pemimpin masyarakat, kita perlu istiqamah kembali, urusan kerja kita banyak terhad kerana kita terpaksa bergantung kepada berita-berita parti ketiga yang memungkinkan kita membaca satu keadaan yang agak salah.
Contohnya pembukaan Langkawi, orang cerita beli tiket 200,000, 200,000 itu beli tiket untuk masa setahun bukan nak masuk 200,000 itu terus ke Langkawi. Kalau pi lah Langkawi tahun ini kosong saja, tetapi kita mengucapkan syukur kerana akhirnya ia memberi harapan bahawa pandemik ini boleh diatasi bersama.
Kita ingin melihat semua yang berada dalam Dewan ini bersama dan bersatu hati menyokong program-program yang akan memberi kestabilan ekonomi kepada rakyat kita. Tidak mungkin kita dapat terus membantu mereka tetapi kita boleh memberi semangat dan harapan kepada rakyat. Insya-Allah.
Jadi dengan itu, seperit-perit Kerajaan Negeri, perit lagi rakyat dibawah sana. Justeru itu, Menjunjung Kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, saya memohon menyokong penuh usul Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih YB. Sungai Tiang. Seterusnya silakan YB. Lunas!
Auzubillahiminshaitanirrajim. Bismillahirahmanirrahim. Allazii khalaqal’ Mawta’wal Haya’ata Li’yabluwakum 'Ayyukum 'Ahsanu 'Amalaa: Wa’huwal 'Aziizul-Gafuur. Yang menjadikan mati dan hidup supaya dia menguji kamu siapa diantara kamu yang lebih baik daripada amalnya dan dia maha berkuasa lagi maha pengampun.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Speaker, pengajaran daripada ayat di atas yang saya ingin sebutkan dalam ucapan saya pada pagi ini. Ujian pandemik ini yang terjadi sekarang memerlukan sikap pemimpin yang perlukan kesabaran, kuatkan semangat, tidak menyalahkan satu sama lain sebaiknya terus bekerjasama, berusaha gigih untuk melakukan islah penambahbaikan yang membina, yang memberikan manafaat buat semua dan setiap lapisan masyarakat.
YB. Speaker saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker atas ruang diberikan kepada saya untuk saya mengambil kesempatan ini untuk Merafak Sembah Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan keprihatinan yang diberikan oleh Tuanku Sultan kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Insya-Allah, saya akan menggulungkan sedikit berkaitan dengan portfolio yang di bawah bidang tanggungjawab saya.
YB. Speaker, pandemik covid ini menjadi satu cabaran kepada semua sektor ekonomi, sosial dan lain-lain. Sektor industri makanan tidak terkecuali, namun begitu oleh kerana sektor industri makanan ini adalah sektor ‘essential’ maka operasinya dibenarkan.
Saya ingin memberikan jumlah surat-surat kebenaran operasi yang diberikan oleh agensi-agensi di bawah MAFI, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Jabatan Pertanian 5,100 surat ini adalah semenjak Mei 2021, MADA 11,04, Lembaga Pertubuhan Peladang 5,598 surat kebenaran, Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia 153, Jabatan Perkhidmatan
Veterinar 786, FAMA 2,412 , LKIM 94 dan Jabatan Perikanan serta semua nelayan-nelayan yang ada lesen menangkap dan permit menangkap ikan dibenarkan.
Kemudiannya tentang pemasaran. Dalam situasi covid-19 ini, pemasaran bagi sector-sektor industri makanan setelah kita melalui hampir dua tahun Covid-19 ini, Alhamdulillah dalam PKP 3.0 ini, ianya berjalan dengan lancar, agensi-agensi di bawah MAFI seperti FAMA telah mewujudkan pasar-pasar segar terkawal kemudian kebenaran menjaja oleh PBT di tepi-tepi jalan dan sebagainya membolehkan barangan-barangan hasil pertanian dan keluaran untuk makanan dapat dipasarkan dengan lebih baik. Kemudian, pasaran-pasaran melalui online dan juga penghantaran COD kepada para pelanggan.
Namun begitu, ada disebutkan oleh YB. Kubang Rotan kelmarin tentang PKPD di Kuala Kedah, memang awalnya ada sedikit, saya dapatkan penjelasan daripada Persatuan Nelayan Kuala Kedah semuanya dapat diselesaikan dalam masa selepas SOP diumumkan pada 8hb. Untuk YB. Pengkalan Kundor, roadmap pertanian saya akan edarkan dalam Group Adun kita tadi. Insya-Allah sedang diusahakan, dah ada dah cuma nak edarkan saja! Pengkalan Kundor, Alor Mengkudu sorry! sorry Alor Mengkudu.
Kemudian, portfolio saya juga iaitu perladangan dan komoditi, alhamdulillah bermula daripada hujung tahun lepas dan awal tahun ini, harga sawit mentah, minyak mentah sawit dan getah dapat harganya bertambah baik berdasarkan kepada pasaran dunia dan permintaan yang tinggi. Insya-Allah kita doakan moga-moga harga ini dapat bertahan sepanjang yang mungkin, selama yang mungkin dengan harga komoditi sawit dan getah ini, moga-moga pendapatan para pekebun-pekebun kecil sawit dan getah ini dapat berterusan dan dapat terus bertahan.
Kemudian, di bawah portfolio pengangkutan. Insya-Allah kita di Negeri Kedah ini jalan untuk ke travel bubble di Langkawi adalah melalui Jeti Kuala Kedah melalui pintu udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi telah pun berjalan sebanyak 16 September dan Insya Allah hari ini kita akan buat pelancaran pembukaan ‘travel bubble’ jeti melalui Jeti Kuala Kedah dengan kerjasama dengan semua agensi, Pejabat Kesihatan Daerah, Pejabat Daerah Kota Setar, APM, RELA dan lain-lain agensi yang akan bekerjasama bagi memastikan ‘travel bubble’ ini dapat berjalan dengan lancar dan menjadi contoh kepada pembukaan sektor-sektor pelancongan yang lain.
Yang keempat adalah tentang Hal Ehwal Masyarakat India. Sejak tahun lalu, ada beberapa isu yang telah dikemukakan, kuil dan sebagainya semampu mungkin saya turun untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berkaitan, dengan pihak-pihak agensi PBT dan sebagainya untuk kita selesaikan isu-isu masalah kuil ini sebaik mungkin.
Kemudian, permohonan-permohonan yang dihantar oleh semua NGO-NGO yang berkaitan masyarakat India, kita luluskan dan dengan kadar yang wajar berdasarkan bajet yang disediakan. Insya-Allah untuk YB. Shumugam, kita akan salurkan tahun ini, mungkin dalam RM100,000.00 untuk perayaan Deepavali yang akan berlangsung pada 5 Disember ini. Jadi, ada perkara yang disebutkan oleh YB. Kuala Ketil, saya kalau nak sebut panjang, saya akan bagi jawapan bertulis pada YB. Kuala Ketil! Boleh ka? Boleh na!
Tentang tambah baik usaha-usaha dalam sektor pertanian, penternakan, perikanan dan yang berkaitannya. Jadi, YB. Tuan Speaker, saya pun tidak mahu memanjangkan ucapan, saya dalam ucapan ini ingin mengucapkan dengan ikhlas dan tulus hati tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar daripada Jeneri yang saya lihat sepanjang lebih kurang 1 tahun 10 bulan ini berada di bawah kepimpinan beliau yang begitu komited, begitu bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas beliau sebagai Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam memastikan pembangunan kelestarian ekonomi kita terus bertahan Insyaallah kita sama-sama memberikan sokongan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk terus memimpin kerajaan ini sehingga habis penggal dan Insyaallah akan bersambung pada penggal yang akan datang.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ‘frontliners’ Kementerian Kesihatan, Polis, Tentera, APM dan semua yang bertugas daripada awal pandemik sehinggalah hari ini, tak berhenti-henti. Jasa tuan-tuan dan puan-puan hanya Allah sahaja yang dapat balas dari pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ada beberapa insentif yang telah pun diberikan. Untuk itu, Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon menyokong Titah Ucapan KDYMM Tuanku dalam perbahasan. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih YB. Lunas yang mengambil masa kurang 5 minit daripada masa yang diperuntukan. Seterusnya, saya persilakan YB. Tokai!
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh . Alhamdulillah, Washolatu Wassalamu 'Ala Rasulillah Waman Tabi'ahu Wanasarahu’ Wawa’lah. Robbishrohli Sodri Wa’yassirli Amri Wahlul’ Uqdatan Min Lisaani Yaf Qouhu Qouli. Auzubillahiminashaitanirrajim. Wata'awanu 'Alal Birri; Wat Taqwa Walaa Ta'awanu'alal Itsmi Wal Udwan. Bertolong-tolonglah kita ke arah ketakwaan dan jangan bertolong-tolong ke arah permusuhan.
YB. Tuan Speaker, terima kasih kerana memberi kesempatan ini. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Kedah, Sahabat-Sahabat Exco dan juga Sahabat-Sahabat Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan Pegawai-Pegawai Kerajaan Persekutuan dan juga Negeri, Ketua-Ketua Jabatan seterusnya para-para pemberita media bertulis, media cetak, dan juga media sosial.
Alhamdulilah syukur kepada Allah swt. kerana memberi kesempatan kepada saya untuk bersama-sama lagi sama dengan kita di dalam Dewan yang mulia ini setelah alhamdulillah dah sihat lebih kurang hari ini, 29 hari saya berkurung kerana dijangkiti oleh Covid-19. Orang kata betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya dan YB. Lunas pernah berada di dalam senarai pesakit ni jadi stigma ini masih ada! Kita pergi beli ikan pun orang lari jauh.
Walaupun sekarang ini sudah negatif! Saya nak pi masjid pun tak berani lagi kalau YB. Kupang bagi kebenaran pun saya tak berani pasal sedikit-sedikit ada batuk. Jadi, kesan batuk ini Ahli-Ahli Yang Berhormat, Doktor kata boleh menjangkau sehingga ke 3 bulan. Jadi, tuan-tuan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian, saya juga mengambil kesempatan untuk Menjunjung Kasih di atas Titah Ucapan Tuanku Sultan Kedah semasa merasmikan sidang kita pada kali ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada mereka-mereka yang telah dijemput oleh Allah swt. dengan bencana Covid-19 ini dan juga saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengarah kesihatan yang ada bersama kita di dalam Dewan ini yang telah banyak memberi panduan, memberi pertolongan, memberi insentif dan juga apa juga pertolongan yang telah diberikan kepada staf-staf di Jabatan Kesihatan Negeri Kedah sehingga Alhamdulillah kita dapat mencapai tahap vaksinasi yang boleh membanggakan iaitu 80% lebih untuk dos pertama dan dan juga 60% lebih untuk dos yang kedua dan Insya-Allah kita akan mencapai mungkin dalam dua minggu lagi untuk dos yang kedua pun boleh mencapai 80% lebih. Pada 20hb yang lepas kita telah pun memulakan vaksinasi untuk remaja dan budak-budak sekolah iaitu daripada enrolmen Sekolah di Negeri Kedah yang kita ada data 1802,452 kita telah memberikan suntikan di PPV biasa 15,324 dan juga di Special PPV mereka yang mempunyai masalah comorbid ini ialah 8,867 orang menjadikan 24,191 orang remaja yang telah diberikan pada 20 September 2021. Jadi, kemungkinan data pada hari ini, dia berubah kerana pertambahan setiap hari data-data tersebut.
YB. Tuan Speaker yang dihormati sekalian, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjawab beberapa isu yang ditimbulkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya tak mahu sentuh setiap Ahli tetapi saya nak sentuh kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Yang pertamanya, tentang masalah vaksinasi yang lambat, vaksinasi yang lemah, vaksinasi yang dikatakan ‘slow’ dan juga ada yang mengatakan kerajaan gagal untuk menghadapi Covid-19. Kalau kita lihat kepada worldometer, hari ini pun kita boleh lihat, kita tengok daripada graf-graf yang ditunjukkan, kita tengok setiap negara di dunia ini daripada bulan Februari tahun 2020, itulah startnya kes-kes yang menyebabkan covid ini bertambah di USA, di Afrika, di negara-negara Asia bahkan Cambodia, Vietnam yang kita katakan negeri yang tidak banyak kes pun, kes covid-19 ini bermula pada Februari 2020.
Jadi, kalau kita nak katakan kita ini sebuah negara yang gagal untuk menghadapi Covid saya rasa ini tidak bertepatanlah dengan graf yang ditunjukkan oleh senarai negara-negara yang terpaksa juga menghadapi covid ini maknanya outbreak ataupun wabak yang berlaku ini seluruh dunia dan fasa yang kedua iaitu pada bulan Julai, bulan Ogos, dan bulan September. Apabila mutasi virus Covid-19 ini kepada Varian Delta. Ini yang menyebabkan seluruh dunia terpaksa menghadapi kenaikan kes-kes di dalam dunia pada hari ini. Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dihormati (YB. Suka Menanti mencelah)
YB. Tokai, boleh celah sikit
Jangan lama sangat na! Saya masa Pengkalan Kundor bahas, saya tak kacau pun.
Sila! Sila! Cuma sat lagi bagi satu ruang!
Boleh! Boleh! Sila! Sila!
Tak apa! On dulu! Belakang sat lagi, lagi satu soalan. Sebab nak tanya tu macam lama sikit!
Tentang empowerment di peringkat bawah, sebenarnya kita mengambil inisiatif ataupun kerja buat untuk menyedarkan masyarakat tentang perlunya vaksinasi ini sampai ke peringkat bawah. Di masjid-masjid pun, kita telah memainkan peranan untuk tok imam – tok imam, ahli jawatankuasa masjid, kutip nama beri kepada pusat-pusat kesihatan dan alhamdulilah di tempat saya sendiri di tempat tuan-tuan, Ahli-Ahli Yang Berhormat, wallahualam saya tak mengkaji sampai ke bawah lah! Kita ambil, kutip nama, suruh tok imam kutip nama ahli ahli kariah serahkan kepada Pusat Kesihatan dan alhamdulilah berlakulah pertambahan kepada mereka-mereka yang boleh divaksinasikan. Ituu yang disebutkan oleh YB. Merbau Pulas tadi, kita beri insentif taklah sampai bagi motor macam YB. Kuala Nerang. Kita bagi duit, kita bagi hamper, kepada mereka yang genap complete dua dos yang ke 5,000 yang ke 10,000 yang ke 15,000, yang ke 20,000, yang ke 25,000 maknanya inilah insentif yang kita boleh bagi sebab kita di peringkat ini, ini duit kita sendiri bukan duit daripada kerajaan negeri.
YAB. Menteri Besar jangan duk sebut duit negeri. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian, itu yang kita buat daripada bawah dan alhamdulillah dengan adanya gerakan yang kita ambil untuk ahli-ahli masyarakat dan sampai ke peringkat kampung ke peringkat bawah peratusan boleh naiklah!
Antara isu yang dibangkitkan adalah tentang kematian, ini maklumat daripada pihak Jabatan Kesihatan untuk kita menambahbaik ataupun mengurangkan kes-kes kematian di hospital. Yang pertamanya, tentang infrastruktur bed availability, kewujudan katil-katil di hospital. Pihak Kesihatan akan menambah sebanyak 1,127 katil, 274 katil di kecemasan dan juga katil-katil tempat lain yang memerlukan bekalan oksigen iaitu kategori 4 dan juga 5.
Kemudian ambulans, kita akan menambah perkhidmatan ambulans dan alhamdulillah Menteri Kesihatan yang datang baru ini pun dia berjanji untuk menambah jumlah ambulans di Negeri Kedah ini,
Kemudian, Pusat Kuarantin Rawatan Covid (PKRC), penambahan katil sebanyak 826 katil di PKRC melibatkan 3 pusat iaitu ILKKM Kulim, Dewan Al – Farabi dan Dewan Wawasan, menaikkan taraf PKRC bagi menampung pesakit kategori 3 dan 4. Kategori 5 kita kena bawa pergi hospitallah! Kemudian, mewujudkan PKRC Community di setiap daerah mengikut Team PKOB, Insya-Allah kalau sekiranya di peringkat pusat ramai, di peringkat daerah kita akan wujudkan untuk menghadapi kes-kes covid ini. Kemudian untuk meningkatkan walaupun kita dah mencapai 80% vaksinasi tapi ada juga Program Taskforce dalam menaikkan peratusan pendaftaran di dalam MySejahtera ini, mewujudkan lebih banyak ataupun meningkatkan kemampuan pusat vaksin sepertimana yang disebutkan oleh YB. Derga. YB. Derga mengatakan pusat vaksin setengah-setengahnya perlu ditutup disebabkan oleh jumlah peserta ataupun rakyat yang nak pergi vaksin itu berkurangan! Memang idea itu kita ada pusat-pusat yang besar ya! Mungkin memerlukan perbelanjaan yang tinggi, adanya kurang peserta ataupun rakyat pergi vaksin, kita akan buat penutupan mungkin kita tengoklah dalam bulan 10 ini. Ini juga kita sampaikan nasihat ini kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan baru-baru ini.
Kemudian, isu yang lain berhubung dengan PBT yang disuarakan oleh tuan-tuan juga dan juga beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain. Memang kita tidak menghapuskan cukai, kedai-kedai yang disewa ini, barang-barang masih di dalam kedai. Jadi, Pihak PBT kena jaga juga keselamatan barang di dalam kedai. (YB. Pengkalan Kundor bangun mencelah)
Yang Berhormat, mohon pencelahan!
Ya..silakan YB. Pengkalan Kundor.
Nak masuk topik lain dah tu. Kesihatan tadi, soalan tadi saya batallah sebab tu kita bincang di luar nanti. Lama tak dengar itu Hospital Pendang ini, dimaklumi dan diketahui bawa salah salah satu kluster adalah kluster Site Hospital Pendang. Jadi, apakah status terkini Hospital Pendang? Itu saja!
Yang ini penting nak tanya. Terima kasih YB. Tuan Speaker, terima kasih YB. Tokai. Saya nak tanya YB. Tokai sebab baru-baru ini terima banyak aduan sejak tamat darurat dan sekarang ni ramai yang kena kompaun sebab ingkar SOP.
Kompaun yang dibuka ialah RM5,000, RM10,000 dan ada yang beribu-ribu. Jadi, adakah kerajaan kata tidak perlu bayar ataupun diskaun untuk ingkar SOP sebab yang ini membebankan rakyat jelata di bawah. Terima kasih.
Terima kasih YB. Pengkalan Kundor dan juga YB. Kota Darul Aman, Hospital Pendang sepatutnya YB. Sungai Tiang jawab ini tetapi Alhamdulillah belakang rumah saya, saya tahulah, ia sedang dalam proses dan alhamdulillah kita nampak bumbung dah naik, cat pun dah ada dah, cuma jalan saja dalam proses apa, 11 April siap, YB. Sungai Tiang Kedah sebab di bawah bidang portfolio dia.
Kemudian tentang kompaun tadi ya kita telah berbincang dengan pihak kesihatan kesihatan mengatakan Kalau ia melibatkan Kesihatan boleh minta rayuan nak diteruskan ka, nak bagi diskaun ka, Kesihatan kata boleh. Cukuplah, Speaker duk jeling kat saya tu! memang kita tidak mengecualikan cukai tetapi kita bagi diskaun 50% dan juga kita membenarkan mereka berniaga.
Awal dulu, kita bagi kawasan bebas berniaga, mereka boleh ambil lesen secara percuma di PBT-PBT, kita benarkan mereka berniaga sebab itu kita tengok di jalan depan hospital tu penuh dengan gerai-gerai sebab itu kita tak ambil tindakan maknanya kalau sedikit kesilapan kesalahan itu, kita tak ambil tindakan, kita benarkan mereka berniaga.
YB. Tokai, tinggal satu minit lagi, saya tambah satu minit lagi! Jadi, 2 minit lagi!
Ok. Thank you. Kemudian, laporan berkenaan dengan Tanjung Dawai yang tanya tentang Semeling iaitu Pusat Pelupusan Sampah. Memang kita berada di tahap akhir perbincangan, Pihak Semula Resources telah masuk kepada perbincangan dan Insya-Allah kita berbincang dengan pihak JPSPN Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara setelah Semula Resources tinggalkan tempat itu, kita bincang untuk mengadakan pusat ‘waste to energy’ di tempat yang sama ini bergantung kepada perbincangan selepas ini lah!
Isu milikan strata bangunan UTC YB. Derga, permohonan strata bagi bangunan UTC dan Ct Plaza dalam tindakan peringkat penilaian sebutharga juruukur yang dilantik oleh pihak MBAS. Isu monyet, untuk makluman pihak MBAS tidak menerima sebarang aduan berkaitan monyet di taman awam tetapi mereka menerima maklumat di Gunung Keriang, Gunung Keriang ni memang tempat dia kut no! Kemudian, YB. Jitra menyebut tentang masalah psikologi, masalah ekonomi…(YB. Derga mencelah)
Yang Berhormat, pohon mencelah. YB. Tuan Speaker, sat saja! Taman Sultan Abdu Halim memang ada aduan mengenai monyet.
Ok, kalau ada maklumat, bagi maklumat dan kita akan bawa ke Pihak MBAS. Tentang masalah psikologi pesakit, memang saya pun ada kesan juga, dia mudah lupa, kurang ‘concentration’, kemudian pukul 12.00 malam tak lena lagi, pukul 4.00 pagi bangun dah!
Ini masalah-masalah yang terpaksa kita hadapi tetapi Alhamdulillah di peringkat negeri dan peringkat kesihatan kita telah ada data-data ini dan didapati 7.125 orang awam bergejala sederhana, teruk dan juga sangat teruk. Sederhana-152, teruk – 207, sangat teruk – 152. Ini di Negeri Kedah 59.8%, kesan kemurungan. 65.5% keresahan, 54.4% stress. Jadi, kalau saya straight lepas ni mungkin kesan daripada ‘long covid’ tak ada speaker yang stress lepas ini, mungkin ini adalah kesan Covid-19. Harap-harap tak dak lah!
Lani, Speaker yang stress ini.
Ok..Ok..Tuan Speaker, Yang lain mungkin saya boleh jawab dengan cara bertulis dan satu kuiz kepada speaker, siapa manusia yang paling kuat sekali dalam dunia ini selain speaker dalam dewan ini? 30 saat! Tukang gunting rambut dengan tukang mandi mayat, siapa pun yang paling kuat dalam dunia ni pergi kat tukang mandi mayat, dia tekan sana, dia gosok sini,dia pulas. Tukang Gunting Rambut pun macam tu juga. Menteri Besar pun gunting rambut, dia pulas sana dia pula ini, kalau tak percaya tanya Menteri Besar. Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Tuanku Sultan pada hari isnin yang lepas. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumussalam. Satu cara nak hilang stress tu kena buat lawak banyak macam tu, kita kurang stress. Jadi, kita sambung dengan Jeneri. YAB. Jeneri nak bagi usul.
YB. Tuan Speaker, untuk mengelak kejadian kelmarin, kita terlajak waktu. YB. Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan dibawah Peraturan 12(1) (a) dibaca bersama usul di bawah peraturan 12 1 (b) Peraturan - Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya Sidang Dewan pada tengah hari ini diteruskan selepas jam 1 sehingga selesai aturcara Dewan pada hari ini.
YB. Tuan Speaker, saya mohon menyokong usul tersebut.
YAB. Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya bersetuju dengan usul yang dibuat oleh YAB. Menteri Besar. Sekian, terima kasih.
Silakan YB. Guar Chempedak!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Jeneri, Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat rakan-rakan sejawat Exco, YB. Adun-Adun di sebelah sini dan juga di sebelah sana, YB. Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, YB. Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri dan Persekutuan khususnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian setinggi penghargaan dan ucapan berbanyak terima kasih kepada semua Adun-Adun termasuklah Adun Pengkalan Kundur, Alor Mengkudu, Bandar Baharu, Bukit Lada, Kuala Ketil dan lain-lain yang menyentuh tentang portfolio saya terutamanya dalam industri dan pelaburan.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil ruang dan kesempatan ini untuk menyatakan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang berkampung di Yan untuk membantu mangsa-mangsa banjir akibat fenomena aliran debris ataupun kepala air bencana alam seperti yang kita lihat pada 18 Ogos yang lalu tidak pernah berlaku sepanjang hayat saya yang lahir di situ dan dibesarkan di situ.
Pertamanya, kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang datang pada 23 Ogos hari pertama, beliau secara rasmi masuk ke pejabat dan kepada Yang Berhormat Menteri Besar Kedah yang cukup prihatin yang banyak kali turun dan berada di Yan untuk memberikan sokongan dan bantuan. Yang Berhormat Menteri-Menteri, Kementerian Luar Bandar Wanita Keluarga Masyarakat Di Dalam Negeri, Pendidikan, Belia dan Sukan termasuk juga Timbalan Perdana Menteri Dalam Negeri. Hari Sabtu ini pun akan berada di situ Menteri Pengajian Tinggi dan kepada sahabat-sahabat, rakan-rakan Exco Kerajaan Negeri dan semuanya turun membantu dan saya nak nyatakan terima kasih istimewa kepada YB. Halimatun yang jaga mengenai bab kebajikan, yang turun 8 kali ke Yan. Terima kasih banyak-banyak, ini bukan jek apa saya tak dapat apa pun! Kepada semua NGO-NGO seluruh negara, saya lihat saya tak terfikir sampai macam tu nak jadi, orang turun ramai sampai traffic jam lebih dari seminggu di Yan, macam Kuala Lumpur!
Semua turun nak bantu! Ini keistimewaan, kelebihan rakyat Malaysia, bab politik mereka nak lawan habis-habisan! Bab tolong, bab kebajikan mereka turun tanpa berfikir tentang politik dan sebagainya. Itu satu kelebihan rakyat Malaysia sebenarnya, parti-parti politik tak lupa kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, semua lah! Pengurusan tertinggi kerajaan negeri, pegawai kewangan dan lain-lain pegawai dan saya tengok NGO ni banyak yang terlibat termasuk dari Kuala Lumpur seluruh negara daripada Johor pun ada tapi saya selalu terserempak dengan NGO Jabatan Amal. Kadang-kadang sampai tengah malam depa cuci rumah yang penuh dengan selut. Sekali saya jumpa mereka datang daripada Pahang yang membantu di kawasan Salak Denai, itu pun mengambil masa berjam-jam dan saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan sanjungan yang tinggi kepada semua yang membantu. Saya percaya tanpa sokongan dan bantuan semua pihak tak mungkin keadaan di Yan dapat dipulih secepat itu sungguh pun ada lagi yang perlu kita lakukan.
Saya juga nak mengucapkan banyak terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah meluluskan sejumlah peruntukan untuk menyediakan ‘sensor’ bagi memberi amaran awal tapi ada jugalah kita kena bantu lagi chalet-chalet yang terlibat belum lagi masuk dalam senarai. YB. Tuan Speaker, mengenai portfolio saya ada beberapa perkara yang saya nak sentuh seringkas mungkin dalam ruang waktu yang terhad ini. Pertamanya, mengenai Kedah Rubber City di Padang Terap, banyak kali disebut YB. Alor Mengkudu pun kata lama dah dengar berita ni tapi beliau bersetuju dengan saya bahawa rancangan ini mengambil masa yang lama tapi bila datang kepada pelaksanaan dia akan berlaku cepat. Insya-Allah, kita akan lihat hasilnya kemudian. Fasa 1, 500 ekar 50% dah siap infra sepatutnya Mac 2022 siap tapi oleh kerana PKP, Covid-19, dia akan siap target kita kali ini ialah pada Disember 2020. Dia macam kerbau dengan bangau, kita salahkan Covid-19, kita salah PKP memang tu sebenarnya pun kita tidak boleh nafikan. Kemudian, komitmen pelaburan RM1.55 billion, ini depa dah bayar dah duit permulaannya. Satunya Hong Sing Industries RM1.5 billion buat glove, satu lagi LTS Logistics yang akan melabur RM55 juta.
Mengenai bekalan air, bekalan elektrik, kita menjangkakan bahawa bekalan elektrik telah dibuat cepat, secepatnya-cepatnya. Tenaga Nasional dapat buat dalam masa 18 bulan, kita akan siap dalam Jun 2023 dan jalan raya pula kita ada tersedia daripada Padang Senai dalam 10 mld dan Insyaallah bila lubang siap, dia akan dapat memenuhi keperluan kapasiti keseluruhan.
Keduanya, berhubung dengan pelaburan Negeri Kedah 2021, khususnya bidang perkilangan ataupun ‘manufacturing’. Seperti mana yang kita sedia maklum iaitu Januari hingga Mac, suku tahun pertama pelaburan kita ialah RM42.3 billion, ini tertinggi tapi nombor satu dalam Malaysia. Saya tak fikir dia akan berlaku lagi di masa-masa akan datang. Jadi, bertuahlah kami-kami di sini yang menjadi kerajaan ketika ini, dia tak mai dah Insya-Allah, sampai RM42 bilion negeri mana pun tak akan capai lagi. Jadi, ini satu tuah kepada kita dan seluruh rakyat Malaysia. 99.6% daripada pelaburan itu datangnya daripada Lison Energy. Untuk Januari hingga Jun 2021 yang ini, dia punya tu dah keluar daripada MIDA. Kenaikan untuk Januari hingga Jun 6 bulan ialah RM42.55 billion. Yang ini dia hanya naik RM169 juta berbanding dengan suku tahun pertama. Namun, banyak lagi pelaburan yang dijangka dibuat pada tahun ini sehingga Disember 2021 yang belum lagi dimasukkan.
Pertamanya syarikat ATNS yang kita semua dengar banyak kali, ini bukan main-main bulan Oktober ini akan pecah tanah Insya-Allah dan pelaburan mereka ialah RM8.5 billion dan satu-satunya syarikat di dalam Asia Tenggara internet ini dipilih bukan sahaja Malaysia tapi pilih Kedah Kulim Hi-Tech Technolgy Park. Mereka ini syarikat daripada Austria yang mengeluarkan high end printed circuit board assembly (PCB) dan integrated circuit (IC), kita menjangkakan bagi tahun 2021, Kedah mampu mencapai lebih RM50 bilion nilai pelaburan. Insya-Allah. Lagi satu kilang yang syarikat yang akan melabur tahun ini ialah Manycorn, Syarikat Jepun. Sejumlah RM1.6 billion dan perlu diingatkan pencapaian ini diperolehi dalam suasana Pandemik Covid 19. Kenapa kita berjaya sedemikian rupa, pertamanya kita bekerja sebagai pasukan yang padu, kalau tak ada pasukan ini dia tak boleh berjaya no man is an Island dengan izin Yang amat Berhormat Menteri Besar tidak boleh buat seorang, kita kena semua sekali terlibat! siapa mereka? Kerajaan Negeri, Invest Kedah, KTPC, BPEN, Kerajaan Tempatan, PTG, Pejabat Tanah dan Daerah, Kepimpinan KCS Setiausaha Kerajaan Negeri, SFO, Timbalan Pembangunan dan lain-lain lagi termasuklah Exco Pelaburan dan semua ahli pasukan yang tersebut ini, tapi semua yang saya sebut dalam pasukan ini dia satu kepala bukan YB. Tuan Speaker, YB. Tuan Speaker hanya berkuasa di sini, tapi kita buat kerja juga! Minta maaf Tuan Speaker! Siapa dia yang kepala ini, Yang kepala ini ialah YAB. Menteri Besar. Kalau Malaysia berjaya, kita kata Perdana Menteri, Menteri pun buat kerja tapi kita sebut Perdana Menteri. Tapi kalau Kedah berjaya, khususnya pelaburan ini, sungguhpun Exco buat kerja SS buat kerja, SFO buat kerja, KTPC buat kerja tapi kepalanya ialah Menteri Besar sendiri. It’s all about relationship (dengan izin).
Dalam masa yang sama kita jangan lupa semua ini daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala kita pun nasib kita baik, ‘the timing is important’ (dengan izin). Kita juga perlu menyatakan penghargaan kepada MIDA, MITI yang banyak membantu, saya bersama Invest Kedah menyemai dan menanam hubungan yang rapat dengan mereka kerana ia berupa merupakan ‘window’ kepada pelabur-pelabur terutamanya luar negara.
Saya juga ingin menyebutkan di sini bahawa baru-baru ini, kita mendapat surat kelulusan peruntukan MIDA untuk kawasan - kawasan industri di Negeri Kedah terutamanya untuk infra. Jumlah yang kita terima daripada MIDA, peruntukan daripada MIDA kerana hubungan yang baik ini kita ada ‘personal touch’, ‘engagement’ dengan pengurusan tertinggi MIDA dan juga pengurus-pengurus yang lain.
Kita dapat RM6.617 juta, tahun sudah kita RM4 juta untuk infra, kita minta RM4 juta kita dapat RM4 juta, tahun ini kita minta RM 6 juta dapat RM6 juta. Jadi, bukan semua negeri yang akan dapat 100% tapi Kedah dapat kerana kita menyemaikan hubungan yang rapat. Pertamanya di Kulim RM450,675.00 yang ini di bawah Kumpulan Wang Amanah Covid-19 Kawasan Perindustrian Kulim. Kawasan Perindustrian Kulim, perparitan ini juga dibawah Wang Amanah Covid, RM1.999 juta kira RM2 juta, dan MPSP kita nak bangunkan infra di Bukit Selambau, kata kita nak bawa semua kilang-kilang plastik di situ dan juga kita nak membangunkan banyak lagi kilang-kilang di Bukit Selambau maka MIDA membantu dan menyokong usaha kita dengan memberikan RM4.2 juta bagi infra itu. Saya ucapkan terima kasih kepada MIDA.
YB. Tuan Speaker, masa sebenar telah tamat.
15 minit tak kan sebenar kut. YB. Speaker ni pakai jam apa?
Boleh tanya sikit tak Yang Berhormat?
Jam kita kata ada lagi 10 minit.
Nak minta extra lagi ka?
Extra.. ni cerita duit nak masuk!
Ok, kita bagi 2 minit lagi! Silakan!
Saya minta 5 minit! Speaker macam ni kita tak leh jumpa dah! YB. Sungai Limau minta laluan!
Ya.. silakan! Campur masa tu!
Nak tanya sikit YB. Guar Chempedak, kami dengar hujung-hujung telinga lah, porche nak ada di Kulim bila tu? Kalau betul?
YB. Sungai Limau nak beli porche ka? Memang nak jadi, di Kulim itu kita ada BMW, semua series termasuk 7 series. Kalau Yang Berhormat Tuan Speaker nak beli, saya boleh tolong booking tapi bayar sendiri lah!
Ada diskaun tak?
Tak tau kena tanya mereka! Kemudian, dia buat engine BMW. Bukan semua kilang negara-negara lain yang buat engine tapi di Kulim buat. Insya-Allah dalam masa terdekat, tahun hadapan, kilang tengah buat, kita akan keluarkan porche. Saya nak tambah sikit potensi pelaburan dalam masa terdekat ini. YB. Speaker nak dengar ka dak? Tengok jam apa, jam duk lama lagi! Kita dah minta tangguh tadi!
Pertamanya, kawasan perindustrian Kulim, tapak Kilang Naza itu, sebuah syarikat namanya Stelatiz, syarikat kereta keempat terbesar di dunia akan buat di situ. Syarikat ini beroperasi di 30 buah negara dan mengeluarkan 16 jenama termasuk Peugeot, Jip, Viat, Rem dan pelbagai lagi. Hebat Negeri Kedah ini.
Kemudian, saya nak sebut sikit mengenai Kulim Hi Tech Park, KTPC ya! KTPC dan KHTP. KTPC ini adalah pemaju dan pengurus KHTP. Pengurusan yang terbaik yang pernah kita lihat setakat ini. Pengerusinya ialah YAB. Menteri Besar Kedah. Lepas ini naik pangkat apa tak tau lah! Exco mana boleh naik pangkat dah! Salah satu sebab kenapa pelaburan KHTP begitu melonjak KTPC mempunyai prestasi yang terbia, dari segi kewangan terbaik pada tahun lepas. Saya tak tahulah masuk YAB. Jeneri ini, berkat kut no! Keuntungan yang tertinggi dalam sejarah RM100 juta lebih, saya tak pernah lihat lagi. Saya duk di KTPC Board lama juga lah ini yang tertinggi. Insya-Allah tahun ini kita akan dapat keuntungan yang lebih tinggi daripada tahun lepas. Ini pencapaian yang perlu kita terima. Saya tulis banyak, tu nak kira masa tu, saya nak cerita benda yang penting.
Saya nak cerita KTPC, KXTP ini kita dah habis tanah sebab RMK-11, YB-YB kena tau cerita ini sebab kita dah habis tanah! Sebab RMK-11, kita minta peruntukan tak dapat, jadi 5 tahun kita tertinggal! Habis tanah! Yang kita duk pakai lani sikit-sikit, kita ambik tanah yang luka, dalam Bahasa Inggeris ‘injured land’ (dengan izin). Jadi, ‘injured land’ ni kita cari sikit-sikit, 10 ekar, 5 ekar kita buat tapi kita juga buat langkah tindakan yang berkesan untuk menangani isu ini.
Kita sedang buat fasa 4 A, 250 ekar pakai duit sendiri, kita ambil kerajaan persekutuan lambat! Kemudian, untuk fasa 5, tengah duk buat 445 ekar, pengambilan tanah RM190 juta dan kita dapat pinjaman daripada kerajaan pusat. Sudah lulus dan infra RM134 juta dan jumlah semua sekali ialah RM324 juta. Banyak saya nak kena langkau.
Seterusnya PIKAS. PIKAS ini kalau kita tak buat, kerja kilang tak boleh kerja! Nasib baik ‘timing’ betul kita buat PIKAS. Jadi, kebanyakan kilang 90% kilang dan pekerja dia sudah dapat 100% vaksinasi. Kalau dia dapat 40% sampai 59%, hanya 60% saja boleh pi kerja. Kalau dapat sampai 80%, ia hanya boleh pergi kerja dalam 80% tapi kilang kalau dapat 80% ke atas vaksinasi dia, dia boleh masuk kerja 100% .
Alhamdulillah semua syarikat ini dah masuk dalam dan suruhan pekerja kilang di Kedah dalam 100 ribu orang lebih dan kita vaksinasi yang kita buat ialah dalam 80 ribu dan yang lain-lain itu datangnya daripada tempat-tempat lain, mereka pi buat di PPV tempat lain, Itu saja!
Ok, YB. Guar Chempedak, sila landing!
Sila landing no! Dah landing nak kata apa lagi! Ok, satu perkara lagi nak landing, saya juga jaga portfolio sains teknologi dan inovasi, YB. Bandar Baharu ada sebut mengenai low-carbon island Langkawi. Sebenarnya projek ini sedang berjalan Yang Berhormat dan mereka sudah mencapai banyak anugerah dan target kita sekarang tahun 2030 nanti kita dapat mengurangkan karbon ini 40%.
Satu lagi mengenai Pengajian Tinggi apa usaha yang saya buat sekarang ialah kita tak boleh buat banyak program aktiviti sebab PKP. Tahun ini saya akan buat Ekspo Pendidikan melalui maya yang akan dikendalikan oleh UUM pada bulan Oktober yang akan datang untuk seluruh negara. Seterusnya saya juga sedang berusaha YB. Speaker, walau macam mana pun kita nak dapatkan sebuah universiti teknikal di Negeri Kedah. Kita dah cakap banyak kali kita tiada Universiti Teknikal di Negeri Kedah, university kita hanya mengeluarkan ‘many years accountant’. UUM – pengurusan, UITM Merbok – pengurusan tapi teknikal tak dak! Teknikal pi ke Perlis, UNIMAP di Perlis, UITM di Perlis pun buat technical subject, engineering dan sebagainya.
Jadi, saya sedang berusaha adalah cara-cara yang tertentu dengan sokongan YAB. Metnteri Besar kita akan dapatkan juga sebuah Universiti Teknikal di Negeri Kedah kerana ini penting sebagai sebab Negeri Kedah bukan sahaja sebagai negeri pertanian tapi kita nak jadikan sebagai sebuah negeri yang tinggi dari segi perindustriannya yang akan membantu penduduk di Negeri Kedah untuk mendapatkan pekerjaan yang pendapatan tinggi. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Itu saja Yang Berhormat!
Terima kasih YB. Guar Chempedak! Sekarang kita jemput YB. Jeneri.
Asslamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YB. Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Barisan Exco, Ketua Pembangkang, Rakan-Rakan Ahli Dewan, Yang Dikasih YB. Dato’ Paduka SUK dan seluruh team pentadbiran Negeri Kedah Darul Aman, Ketua-Ketua Jabatan Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan.
Saya mulakan dengan surah yang selalu kita semua baca bersabit dengan pentadbiran negeri. Walau Anna Ahlal-Qurā Āmanụ Wattaqau Lafataḥnā 'Alaihim Barakātim Minas-Samā `I Wal-Arḍi Wa Lāking Każżabụ Fa Akhażnāhum Bimā Kānụ Yaksibụn. Sekiranya penduduk Penduduk negeri itu beriman dan bertakwa Tentulah kami membuka kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi tetapi mereka mendustakan Rasul kami, lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang telah mereka usahakan.
YB. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Dewan sekalian, hari ini hari yang ke berapa ratus, dalam 1 tahun 4 bulan lebih kurang saya menjadi Menteri Besar. Saya masuk pejabat pada 17 Mei 2020 dalam keadaan kita sedang dilanda Pandemik Covid-19. Suasana berlaku perubahan dan Allah takdirkan dalam sebuah kerajaan baru di negeri ini dibentuk. Katalah apa depa nak kata apa-apa pun tapi prosesnya telah berlaku dan kita jalani apa yang sedang ada di depan kita termasuk menjadi Menteri Besar Kedah Darul Aman dengan realiti yang ada pada ketika itu. Saya juga menoleh ke belakang apa yang telah kita lalui sepanjang sejarah penubuhan Kerajaan Negeri Kedah sejak ribuan tahun dulu.
Pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu telah berusia lebih pada 100 tahun sejak tahun 1909, kita ada gerabak yang panjang. Saya ada soldadu-soldadu dan juga pegawai tinggi yang disebut oleh YB.Gurun tadi, yang ada kemahiran masing-masing dan YB. Gurun puji KCS kelmarin, saya ucap terima kasih di atas penghargaan YB. Gurun terhadap pegawai- pegawai kerajaan negeri. Saya harap ikhlas lah, Ikhlas lah no! Jangan menanam tebu di bibir! Saya memandang ke depan ke mana yang kita nak bawa pergi rakyat dan negeri kita ini. Jauh di depan saya tengok jentera Kerajaan telah menyusun begitu lama contohnya Plan Kedah sejahtera 2035. Kedah 2035 ini adalah garapan daripada perancangan-perancangan yang begitu lama sejak tahun 1990, disusun semula pembentukan Kedah 2035 untuk membawa negeri ini dan rakyatnya di laksanakan dengan kerjasama BPEN Kedah dengan Economic And Financial Institute,UUM berasaskan kepada penyelarasan dan semak silang ke atas teras strategi dan inisiatif yang telah dicadangkan sebelum ini dalam pelan - pelan pembangunan yang telah dirancang sebelum ini.
Pelan Perancangan Pembangunan Kedah telah dibentuk sejak tahun 1990 lagi. Bermula dengan Pelan Tindakan Pembangunan Kedah 9099 diikuti dengan pelan tindakan Kedah Maju 2010, Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010, 2015 ini YB. Pengkalan kundur dan YB. Alor Mengkudu terlibat masa itu, masa itu jadi kerajaan. Pelan Transformasi Kedah 2013, 2018 Jitra mengepalai kerajaan. Pada tahun 2018, Pelan Pembangunan Kedah 2019, 2035 telah dilancarkan.
Walaubagaimanapun, pada tahun 2019 pelan ini disemak semula dan ditambah baik serta diselaraskan bersama-sama dengan Pelan Transformasi Kedah 2013-2018 Perancangan Struktur Kedah 2035 dan Rancangan Tempatan Daerah-Daerah bagi membentuk sebuah Pelan Pembangunan Kedah 2035. Saya minta BPEN bekalkan kepada semua Adun-Adun di dalam Dewan ini supaya ini menjadi panduan dan pedoman kepada kita untuk menuju Kedah 2035 dan saya yakin tuan-tuan semua Ahli Yang Berhormat menyokong pelan yang telah dimuktamadkan ini.
Mekanisma ini dilaksanakan bagi menyeragamkan perancangan pembangunan di negeri ini selain kelangsungan inisiatif-inisiatif yang telah dirancang dan masih kekal relevan serta berpotensi untuk direalisasikan. Sebagai contoh Pelan Transformasi Kedah 2013-2018 telah melaksanakan beberapa inisiatif yang dirancang. Namun begitu ,masih terdapat beberapa inisiatif yang belum dapat dilaksanakan tapi kekal releven untuk diteruskan seperti Projek Pengindahan Sungai Kedah dan Pembangunan Semula Pekan Melayu, Pekan Cina. Projek ini ditambah baik perancangannya untuk dibangunkan. Sebuah projek Integrasi Pembangunan Sungai Kedah sebagai warisan pelancongan. Selain itu, projek-projek berimpak tinggi seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim walaupun telah melalui beberapa fasa namun masih tetap akan dilaksanakan di dalam Kedah 2035. Begitu juga dengan lain-lain inisiatif. Saya yakin semua Ahli Yang Berhormat di dalam dewan ini menyokong penuh pembangunan KXP yang sedang kita usahakan.
Kesimpulannya, Kedah 2035 telah dibangunkan secara holistik dengan mengenal pasti kekuatan setiap daerah melalui sesi libat urus yang telah diadakan sepanjang tahun 2019 dan 2020. Mekanisma bottom-up melalui Kolaborasi Twin Triple Helix, kerajaan, industri pendidikan, komuniti, alam sekitar telah menjadi tulang belakang kepada perancangan pembangunan negeri yang lebih mampan agar dapat memanfaatkan setiap rakyat yang menghuni di negeri ini, Kedah 2035 diselarikan dengan 3 rancangan Malaysia bersekali prinsip Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 untuk berkongsi kemakmuran secara bersama tanpa sesiapa pun tertinggal di belakang. Seperti kata YB. Bandar Baharu semalam ‘no one is left behind’. Itu rancangan yang kita nak pi tahun 2035.
Banyak orang dalam perjalanan kita yang panjang ini dengan gerabak kita yang besar, melakukan pelbagai, saya nak kata halangan pun boleh jadi usikan-usikan, gurauan-gurauan cubit-cubitan untuk kita lari pada focus, untuk kita beri perhatian kepada perkara yang tidak perlu. Saya terpaksa menjawab persoalan yang timbul daripada persepsi akibat daripada gurauan, ini sangat membuang masa! Tak betul mereka kata betul! Nak habaq kata tak betul tu pun ambil masa. Jadi, benda-benda ini Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, semua ini tidak diperlukan.
Semuanya dalam perjalanan kita yang panjang, matlamat kita yang lebih besar seperti yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan bahawa kita sebagai pemimpin haruslah menjadi ahli politik yang bersikap negarawan. Negarawan memikirkan untuk generasi akan dating.
Maka, Pelan Kedah 2035 ini patut menjadi dasar ataupun teras yang akan memandu perjalanan kita. Masuk menjadi Menteri Besar apa yang saya ada? Ada masalah ada? Saya ada GLC-GLC yang menjadi beban. Ada GLC yang kononnya mendapat kuota tiap-tiap tahun tentang pembalakan. Kota tahun tu habis dah, tahun depan pun dia pun perahabis dah, tahun depan lagipun perhabis dah. Ada kuota dia siap jual dah, ada satu GLC yang bawah dagu saya, berhutang premium dengan Jabatan Perhutanan 38 juta, dia dijual dah!
Kuota tahun depan tak tahulah berapa puluh tahun punya kuota atas alasan ladang hutan. Ahli-Ahli Yang Berhormat semua, ada 22,000 hektar ladang hutan telah diluluskan dan telah ada kerjasama dengan syarikat-syarikat, yang telah berlaku transaksi-transaksi yang telah mengikat kita, kaki dan tangan! Nak buat apa boleh! Tapi bayar balik! Nak bayar banyak, tak mahu bayar, batal pi mahkamah. Dalam dasar ladang ganti perhutanan, kita dibenarkan 15% daripada jumlah keluasan hutan kita dibuat ladang hutan ganti tetapi kita telah melepasi kadar itu yang dibenarkan kepada kita dengan keluasan yang kita ada 100,6000 lebih kurang kita dibenarkan 15 ribu hektar tetapi sewaktu saya menjejakkan kaki masuk ke pejabat kita sudah ada kelulusan 22,000 rancangan ladang hutan ganti. Nak buat macam mana? Dalam keadaan itu pula, ladang hutan ganti ini ada spesies yang dibenarkan. Ada 7 jenis tanaman yang dibenarkan oleh Jabatan Perhutanan Malaysia sebagai ladang hutan ganti atas dasar untuk bekalan kayu negara.
Dalam kelulusan ini juga ditanam tanaman yang bukan spesies yang dibenarkan Durian Musang King. Durian lah! Durian ini tuan-tuan, mereka ambil buah, mereka tak ambil kayu, kalau tanam lepas 7 hingga 10 tahun tebang pokok itu rugi lah! Durian boleh produktif 50 hingga 60 tahun. Jadi, benda yang sudah ada ketika saya masuk yang telah mengikat kita begitu ketat, saya boleh kelepiaq boleh! Yang kelepiaq tak lepas nak buat macam mana? Kena buat pemutihan maka usaha yang saya sedang lakukan ialah bagaimana nak selesaikan beban yang ada di depan saya ketika saya masuk? Bagaimana untuk mengheret gerabak saya yang besar untuk menuju sasaran yang kita tetapkan? Bagaimana untuk pastikan rakyat kita dapat hidup dengan selesa dan sempurna dalam negeri ini? Saya gagaskan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua, mengambil gagasanyang telah dibuat pada satu ketika dulu dan saya berharap negeri ini dengan cita-cita dan matlamat yang sedang kita usahakan dapatlah menjadi tempat berteduh orang miskin dan tempat orang kaya menabur bakti. Saya yakin penuh gagasan ini akan disokong daripada kerajaan mahupun pihak pembangkan. Saya akan bagi kepada YB. Alor Mengkudu, tapi sat lagi na! Saya bagi. Saya ni bukan kedekut sangat!
Dalam perjalanan yang panjang negarawan boleh melayan sikit sebanyak perkara-perkara yang dating, semua daripada netizen, daripada media sosial yang meletakkan halangan, yang membina persepsi macam-macam, saya boleh tak peduli saja semua tapi ada juga perkara yang patut diperbetulkan takut menimbulkan salah faham. Saya perbetulkan kalau tak diterima apa saya nak buat.
Tuan-Tuan sekalian, saya dapat sokongan padu daripada jentera kerajaan alhamdulillah terima kasih YB. Dato’ Paduka SUK dan seluruh jentera kerajaan negeri. Dasar yang kita buat sangat difahami dasar kita mudah saja, belanja perkara yang perlu, yang merapu-rapu tak payah belanja! Jadi, kita ada simpanan tetapi bukan saja kita ada simpanan kita juga ada tanggungan dan kita ada hutang. Saya nak memperjelaskan tentang beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat tentang kewangan.
RM635 juta. Saya harap tuan-tuan tidak berfikiran orang-orang yang tidak faham tentang pentadbiran, nak kata orang kampung sat gi orang marah no! Depa duit ada banyak awat tak belanja? Simpan buat apa orang susah ramai! Dalam Dewan ini pun ada orang bercakap juga, tapi saya ingat bercakap itu tidak berdasarkan rungutan-rungutan di media sosial. Kita taruh duit banyak, orang tengah susah, hampa kira duk simpan duit.
Tuan-tuan sekalian, sejak mengambil kerajaan 2020, kita mengamalkan pengurusan kewangan yang akauntibiliti dimana perbelanjaan dibuat berdasarkan bajet yang diluluskan mengikut maksud dana yang sebenar. Sebagai contoh, belanja mengurus akan dibelanjakan berdasarkan terimaan hasil yang dipungut di negeri ini. Dana yang diterima bagi maksud akaun amanah dan akaun deposit hanya akan dibelanjakan bagi maksud tersebut sahaja. Bagi akaun amanah dan akaun deposit yang belum sampai masa untuk dibuat pembayaran tak sampai lagi ‘due for payment’ dengan izin, kerajaan negeri yang akan membuat pelaburan dalam bentuk simpanan tetap di bank-bank tempatan yang memberikan pulangan yang lebih baik.
Sehingga 22 September 2021, dua hari yang lepas, daripada strategi pengurusan kewangan ini Kerajaan telah berjaya membuat pelaburan simpanan tetap berjumlah RM660 juta dengan keuntungan pelaburan berjumlah RM5.18 juta berbanding dengan apa yang dibangkitkan oleh rakan-rakan Yang Berhormat yang sebut RM635 juta, dekat-dekat dah tu tapi sikit atas RM660 juta. Sumber dana bagi simpanan tetap ini yang berjumlah RMN660 itu merangkumi lebihan daripada akaun hasil disatukan negeri berjumlah RM60 juta. Akaun amanah projek Program Khas Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berjumlah RM128 juta, Deposit Wang Jaminan Pelaksanaan Projek berjumlah RM150 Juta, Deposit Urusan Tanah Kerajaan berjumlah RM180 juta dan Akaun Amanah Maris berjumlah RM142 juta. Yang Berhormat Speaker, minta izin minum sat. Kenapa bantuan covid hanya RM32 juta berbanding negeri-negeri lain. YB. Jitra ada sebut Melaka, Perak, Pulau Pinang dan ada rakan-rakan kita sebut lagi negeri lain belanja banyak.
Sejak bermula Pendamik Covid-19, kerajaan memang mengambil berat kesukaran dan kesusahan rakyat, bantuan telah diberikan dalam bentuk tunai, peralatan bantuan tenaga dan kemudahan aset kerajaan. Sehingga September 2021, kerajaan memang telah belanja RM32.4 juta ke atas 13 program bantuan kepada golongan terkesan Covid 19 antaranya bakul makanan, bantuan lampin pakai buang dan susu, bantuan peralatan kepada penjaja, swab test untuk pekerja-pekerja di hospital swasta khususnya pekerja-pekerja penghantaran makanan, bantuan barangan perubatan dan bantuan tunai.
Kerajaan turut menyediakan bantuan sokongan kepada rakyat dengan menyediakan kemudahan program vaksinasi di PKR dan PKRC. Bantuan sokongan yang diberikan dalam bentuk tenaga kerja, peralatan seperti khemah, kenderaan jabatan dan kemudahan dewan milik kerajaan negeri, pengoperasian pusat ini tidak dapat berfungsi dengan sempurna tanpa kerjasama dan tenaga kerja daripada kerajaan negeri.
Semua ini melibatkan peruntukan yang besar atas dasar Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua, kerajaan telah memberikan pemberian seperti berikut iaitu pengecualian lesen perniagaan, pengecualian sewaan kantin bagi tahun 2020 dan 2021, penangguhan bayaran sewa perumahan selama 1 bulan melibatkan 5,200 unit bagi skim RPA serta 2,076 bagi skim PPR, pengecualian bayaran sewa rumah kedai bahagian perumahan selama 1 bulan melibatkan 83 unit kedai, pemberian diskaun bayaran sewa premis oleh badan berkanun seperti PKNK, Perbadanan Stadium Negeri Kedah, Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Yayasan Islam Negeri Kedah dan semua Pihak Berkuasa Tempatan. Program Bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah berjumlah RM49.82 juta, saya rakamkan jutaan terima kasih kepada Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah, Dato' Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan CEO nya yang ada di sini Tuan Syed Zakaria Othman yang kita panggil Pakya Sidam. (YB. Jitra mencelah)
Silakan YB. Jitra.
YB. Tuan Speaker, YAB. Jeneri! Saya mulai faham apa yang disebutkan oleh YAB. Jeneri, mengenai kenapa tak boleh dibelanjakan lebih untuk tujuan covid ini kerana terdapat daripada apa yang dijelaskan YAB. Jeneri berkaitan dengan RM635 juta ataupun RM660 juta tadi, bahawa ini adalah jumlah yang telah pun diperuntukkan untuk tujuan yang tertentu, contohnya wang deposit untuk MARIS dan macam-macam lagi. Jadi, sebenarnya ini bukanlah simpanan yang boleh dibelanjakan atas keputusan kerajaan negeri untuk apa-apa tujuan sekalipun termasuklah untuk bantuan covid. Itu benar ya! Saya nak minta pengesahan YAB. Jeneri!
Selain itu, bagi merancakkan kegiatan ekonomi dalam bentuk situasi pandemik Covid-19, Kerajaan telah melaksanakan cabutan kerja undi bagi pelbagai projek kerajaan tahun 2021 melibatkan 3 fasa berjumlah 1,406 projek dengan nilai RM127.37 juta yang memberi faedah kepada 1,406 kontraktor. Untuk tempoh berbaki 4 bulan lagi, bagi tahun 2021 kerajaan negeri telah memutuskan beberapa program, yang pertama bersetuju untuk menambahkan peruntukan sebanyak RM1 juta dalam bentuk pinjaman mudah yang akan dimanfaatkan oleh sekurang-kurangnya 300 usahawan.
Yang kedua kerajaan negeri akan akan membuat pemberian secara one-off berjumlah RM500,000 kepada 1,000 penerima yang terdiri daripada peniaga kecil wanita untuk memulakan perniagaan atau dibuat pusingan modal. Pembayaran akan dibuat ke akaun penerima pada bulan Oktober ini.
Yang ketiga, selaras dengan usaha membangunkan semula ekonomi setempat kerajaan akan meneruskan polisi zon bebas niaga di semua pihak berkuasa tempatan bagi memberi peluang kepada peniaga dan penjaja kecil boleh berniaga tanpa perlu khuatir akan tindakan penguatkuasaan. Terdapat beberapa Adun yang membangkitkan permohonan kepada pihak kerajaan untuk melaksanakan kemudahan projek kemudahan awam di bahagian kawasan masing-masing. Kerajaan mengambil maklum akan kesulitan yang dihadapi oleh masyarakat setempat. Untuk makluman semua ahli Dewan, kerajaan negeri telah melaksanakan projek penyelenggaraan jalan kampung bagi tahun 2020 berjumlah 431 projek bernilai RM38.57 juta, bagi tahun 2021 pula 529 projek bernilai RM51.19 juta. Permohonan yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam dewan yang mulia ini akan dilaksanakan secara berperingkat Insya-Allah.
Isu kuari di Tupah. YB.Tanjung Dawai kata air berkarat kerana ada kuari di Sungai Tupah itu. Satu pemeriksaan tapak Kuari di sekitar Tupah dijalankan pada 23 Ogos 2021, bersama-sama Pihak Pejabat Tanah dan Galian Negeri serta agensi-agensi lain iaitu Lembaga Sumber Air, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Mineral dan Geosains serta Jabatan Alam Sekitar. Di Tupah terdapat dua permit kuari iaitu Bestagold Resources Sdn. Bhd. yang aktif beroperasi. Sejak kini, satu permit Kuari Tanah Merah yang telah pun berhenti beroperasi pada April 2021. Kuari Bestagold masih lagi mempunyai permit melombong sehingga 24.2.2022, manakala permit Tanah Merah telah dihentikan pada April 2021 sebab itu lawatan tapak dijalankan didapati kuari berada selepas daripada kawasan loji rawatan air tumpah di mana air yang mengalir dari Gunung Jerai terus ke loji rawatan sebelum mengalir ke Sungai Tupah. Di dalam kuari bestagold, terdapat kolam-kolam yang memproses semula air dari kawasan kuari ini. Walaubagaimanapun pemantauan yang lebih ketat perlu dijalankan bagi memastikan kualiti ini tidak mencemarkan sumber air di Tupah. Ahli – Ahli Yang Berrhormat sekalian, saya ucapkan terima kasih…(YB. Alor Mengkudu mencelah)
Yang Berhormat, minta laluan!
Ya..silakan! Terima kasih YB. Tuan Speaker, terima kasih YB. Jeneri. Saya nak balik yang awal tadi lah berkenaan Rancangan 2035, mengikut dalam perancangan ini selalu di Malaysia ini bukan nak cakap mengenai Kedah saja. Di Malaysia ini, kalau perancangan buku ini memang cukup cantic. Ini masalah kita! Boleh perancangan macam kita ada di kerajaan ini pun, kita nak buat perancangan pertanian semuanya elok tapi masalah pelaksanaan, perlaksanaan dan ukuran pelaksanaan adalah keberhasilan.
Itu antara yang penting, perancangan penting, tapi keberhasilan itu macam saya katakan di sini kronologi yang disebut ini, kita dah ada daripada 1975, kajian perancangan sampai ke sekarang, satu, dua, tiga, empat, lima, enam, saya nak bagi contoh tahun 2000 sampai 2010, tindakan Kedah Maju 2010 saya duk ada di Dewan ini dah, MB pada masa ini cukup ‘ambitious’ 2010 nak maju dah ni, berapa pertumbuhan ekonomi, 15%! Tak munasabah YB, kita kata! 15% pertumbuhan KDNK. Jadi, oleh kerana itu kalau tengok ini payah kita nak analisis tu, jadi saya ingat banyak ‘shortfall’ dalam melaksanakan satu perancangan. Adakah Yang Amat Berhormat bersetuju supaya satu perbincangan yang jemput kita, kita minta kepada pegawai kerajaan tak boleh, yang akan membenarkan adalah YAB. Menteri Besar, ketua kerajaan. Mari kita lihat satu perbincangan yang agak terperinci, kita pun nak tengok juga dia punya sebab selalunya tak berjaya kalau kita tengok perancangan sekarang (YB. Speaker mencelah)
Kalau kita nak celah ini tanya dengan ringkas lah!
Ok! Ok! Tak apa! Kalau kita tengok kalau kita tengok hasilnya, Kedah, kata kalau tengok perancangan perkapita Malaysia duk ada dulu 46 sekarang ini 43, Kedah ini separuh 22 ribu per kapita. Kalau nak cakap perancangan ini, kita patut sama dengan Malaysia dah! That’s mean, pelaksanaan perancangan selalunya bermasalah tapi saya tanya adakah Yang Amat Bershormat bersetuju supaya satu taklimat diberikan pada kita sama secara ‘detail’ ertinya tidak dirahsiahkan, supaya kita juga boleh melihat. Bolehkah berikan kepada kita nak tengok perancangan ini satu taklimat. Kami pun nak fikir juga peracangan itu praktikal atau tidak?
Terima kasih YB. Alor Mengkudu! Argument yang dibangkitkan oleh YB. Alor Mengkudu dan saya tau sebab apa? Tiap-tiap kali kerajaan berubah, kerajan akan mengubah ikut dasar kerajaan politik masa itu lah! Bila kerajaan bertukar 2008, mai kedah sejahtera ikut Kedah Sejahtera, mai lepas itu BN menang ikut balik, ladang nanas hat tanam tu biar macam tu, biaq rumput lalang tumbuh, tinggi pada kita pasal apa? Pasal kita mengamalkan politik selepas bertukar satu kerajaan, kita mengamalkan dasar ‘skrap of’, kita buat skrap semua, ha lepas tu kita buat benda baru, pasal kalau kita sambung orang lama dapat nama. Kalau sambung Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua, katalah YB. Alor Mengkudu menang, mai duk tang ini, dia kata, kalau ak buat itu, YB. Jeneri boleh nama! Kita buat benda baru Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Saya, contoh! Jadi, itu ‘skrap of’, saya kata politik ‘skrap of’ kena buang jauh-jauh! Sebab itu saya tak ada masalah sambung yang YB. Jira buat dulu, sambung yang BN buat dulu, sambung tak apa pasal kita dah habis begitu banyak masa, banyak sumber, berpuluh-puluh kali seminar, berpuluh-puluh kali bengkel, jenter- jentera kerajaan ini, pegawai-pegawai kerajaan ini, saya ingat kalau habaq mereka boleh hafal dah, suruh buat apa!
Tiap-tiap kali mai kerajaan berubah, tauk buang boh dalam tong, saya rasa ini sangat merugikan sumber dan betul dengan titah kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, ahli politik kena menjadi ahli politik negarawan, jangan fikir pasal parti, nak menang naik election! Insya-Allah, kalau nilai kita baik, pilihanraya akan datang, rakyat akan sambung.
YB. Tuan Speaker, YB. Jeneri, adakah bersetuju untuk bagi taklimat kepada kita semua.
Nak jawab lani, itu itu intro dulu! Ok, YB. Jitra nak tanya apa?
YB. Tuan Speaker, YAB. Jeneri, apa yang dicadangkan oleh YB. Alor Mengkudu sangat penting sepertimana yang kita tahu di Parlimen sekarang ini, kerajaan persekutuan mula membentangkan RMK-Ke12. Jadi, dalam taklimat tersebut bolehkah kerajaan negeri maklum kepada kami apa sebenarnya projek-projek Kerajaan Negeri Kedah yang dipohon daripada kerajaan pusat supaya kami Ahli Parlimen, YB. Gurun dan YB. Anak Bukit pun ada sini dan Ahli Parlimen daripada PAS pun ramai di dewan tu, boleh kami perjuangkan bersama dengan kerajaan negeri.
Terima kasihlah Jitra dan YB. Gurun. Saya harap Ahli-Ahli Parlimen yang turut menjadi Adun dan terima kasih kepada Jitra dan Gurun begitu komited memberi masa kepada Dewan ini walaupun ada urusan di parlimen. YB. Anak Bukit tak hadir ya!
YAB. Jeneri, sila landing kita ada…(YB Suke Menanti mencelah)
Sikit YAB. Jeneri!
Nak cadang lagi? Kelmarin cadang bagi duit, masa jadi kerajaan tak buat pun! Ni nak marah ni! Dia tau cadang saja masa dia jadi Exco kita tanya soalan dia tak jawab pun Kelmarin dia jadi Adun, dia cadang macam-macam! Bagi duit kat kawan ni, bagi duit kat kawan nu, masa dia dulu, dia tak buat pun!
Bagi ka tak bagi ni?
Tak bagi! Agak-agak munasabah tak? Dia kahwin dengan orang tu, dia tau had dia tau had dia tera mana? Dia cerai-cerai dia kata macam-macam! Masa kawan tu jadi bini dia, dia tau dah tera mana? Jadi janda, dia suruh kawan tu buat macam-macam. Janganlah macam tu! Bukan marah ini nasihat! Tindakan skrap of yang dilaksanakan oleh tiap-tiap kerajaan yang berubah Ini digelar ‘Political Vendetta’ yang dilakukan oleh kerajaan yang sedia ada di banyak tempat lah kerana hal ini merugikan sumber sebagaimana yang saya sebutkan tadi dan telah diperingatkan dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Sifat tidak berdendam dan berfikir secara matang serta mengutamakan kepentingan negeri daripada salah satu contoh sebagaimana ahli politik boleh berjiwa negarawan. Diharapkan selepas ini contoh dan sifat yang matang ini diteruskan oleh sesiapa pun yang diamanahkan sebagai kerajaan dan yang saya sedang usahakan ialah satu Presiden dan legasi yang cuba Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua diterapkan untuk generasi politik, generasi yang akan datang Insya-Allah. Dalam plan yang dibangkitkan oleh YB. Alor Mengkudu dan YB. Jitra tadi, Insya-Allah saya akan usahakan supaya satu taklimat tentang rancangan pembangunan kerajaan negeri turut difahami oleh Ahli-Ahli Dewan daripada pembangkang. Nabi saw. bersabda hendaklah berbuat sesuatu yang tepat …(YB. Jitra mencelah)
Ohh..ada lagi! SIlakan!
Sikit lagi! YB. Tuan Speaker dan YAB. Jeneri, bila saya mendengar tadi bahawa projek-projek kerajaan sebelumnya akan diteruskan tidak ‘scrap of’ katanya. Jadi, salah satu projek adalah 99 east di Langkawi. Jadi sepertimana YAB. Jeneri sedia maklum, pelbagai perkara telah dilakukan untuk selesaikan masalah yang membelenggu kerajaan negeri. Adakah kerajaan negeri berhasrat untuk meneruskan projek tersebut?
Terima kasih YB. Jitra, saya tak pasti 99 east itu satu projek ataupun sebuah skrap, kalau dia skrap , kita tak boleh nak buat apa, dia kena of lah! Kalau dia skrap. Saya pun tau, YB. Alor Mengkudu pun tau dari zaman dahulu lagi bincang 99 east ini! Kalau 99 east merugikan kerajaan….(YB. Jitra mencelah)
Dah selesai dan ada formula yang baik dah Yang Berhormat?
Mai habaq kat saya! Tu saya kata telefonlah saya! YB. Jitra tak mau telefon langsung, sunyi sepi. Berbuat sesuatu yang tepat dan benarlah kalian dan amal yang paling dicintai Allah adalah amalan yang terus menerus meskipun sedikit. Hadis Riwayat Al-Bukhari kata Ibrahim Licoln. Sekiranya diberi 6 jam untuk menebang pokok, 4 jam akan digunakan untuk mengasah tapk. Saya harap time untuk mengasah kapak telah berlalu dan Insya-Allah kita akan tebang dan terbalikkan pokok itu! Telefonlah YB. Jira! Telefon saya Insya-Allah saya ok!
Minta maaf, saya dengar macam YAB. Jeneri nak landing dah! Di Dewan yang mulia ini, saya nak nyatakan, sepertimana yang kita sedia maklum pada 2 hari yang lepas, ada dakwaan yang sangat serius, yang saya anggap berat sewaktu saya menjadi Menteri Besar! Saya harap YAB. Jeneri boleh bertanggungjawab di atas kenyataan tersebut dan beri penjelasan kalau tidak dalam Dewan ini pun kurang-kurang di luar Dewan supaya tindakan susulan boleh kita ambil!
Ok, YAB. Jitra saya buat kenyataan itu di dalam Sidang Akhbar di luar dan saya akan menjawab di sidang akhbar, Insya-Allah kerana perkara itu tidak dibangkitkan di dalam Dewan kerana perkara itu tidak dibangkitkan di Dewan dan saya tidak akan menjawab di dalam Dewan ini. Tapi nak bagi penjelasan juga sikitlah, peristiwa itu berlaku pada tahun 2014, berlaku 4 transaksi dana dari MBI, sertiap satu transaksi bernilai RM3.2 juta, RM3.3 juta kepada satu company yang menggunakan Barclays Bank, 2014. Ini saya jawab dah!
Di Kanada atau di mana tu? Sebab agak keliru! Sat kata Kanada lepas tu kata bukan Kanada, jadi saya tak pasti!
Barclays Bank. Barclays Bank, saya pun tak tau, duit luar negeri. Dalam negeri pun tak dak duit! Saya amat berharap dalam gagasan yang telah kita gariskan untuk menjadikan negeri, tempat orang miskin dapat berteduh, orang kaya dapat berbakti, dapat sama-sama didokong oleh Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini. Untuk tidak melupakan matlamat yang lebih jauh yang kita gagaskan ialah bagaimana yang akhir-akhir ini jarang di sebut lagi dapat hidup di bandar-bandar besar dalam kepesatan yang telah dibawa oleh pembangunan, pelaburan, industri dan sebagainya yang akan datang mencurah-curah di Negeri Kedah ini,
di mana kedudukan orang-orang melayu di Kedah. Ini pun akan diberi perhatian oleh semua pegawai-pegawai daerah yang telah saya cakap secara personal kepada setiap pegawai daerah untuk mula merancang bagaimana di daerah masing-masing orang-orang melayu wajar dan wajib dibantu untuk diberi tempat dalam proses pembangunan dan permodenan yang sedang kita alami ini. Struktur-struktur bandar, kita nak bandar kita teratur, tak mau bandar kita tumbuh pesat membangun tapi bandar kita berselerak tabak, jangan ada ahli-ahli politik menjadi hero kepada mempertahankan struktur-struktur yang tidak sah. Ini dalam politik sangat popular untuk menjadi hero pi pertahan satu struktur yang tidak sah, orang situ akan undi dia! Kalau dia tak pertahan orang situ tak undi dia! Kalau dia tak pertahan orang situ tak undi dia. Dalam politik ini jadi ‘begining power’. (dengan izin).
Saya berharap perkara ini dapat dihentikan. Kalau PBT mendapati bangunan itu tidak sah, aturan yang dikuatkuasakan oleh PBT, kita tak payahlah pi sua tangan di situ. Jemput pula orang-orang luar mai, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, mai duk kacau di Kedah ini. Negeri dia pun tak selesai, jagalah negeri hang duk mai kacau tempat kita buat apa? Tidak sah adalah tidak sah lah! Kita beri izin kelancaran pengurusan dan pentadbiran di PBT supaya kedudukan letak bandar kita menjadi teratur dan kemas untuk kita maju ke depan. Alam sekitar dan hutan akan kita jaga Insya-Allah untuk generasi akan datang. Masyarakat B40, N40 yang telah bercampur baur sekarang ini tak tau lah sekarang ini, tak tau lah sapa N40, sapa B40 dengan pandemik covid yang telah panjang dihuraikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya harap akan menjadi fokus kepada kerajaan negeri dalam proses kemajuan dan pembangunan untuk kita semua bangun bersama-sama. Ada yang susah ktia paut dia, kita bawa dia, kita tolong dia, tok sah kira warna apa. Politik warn aini dah lepas dah, sudah berlalu. Asalkan dia rakyat Negeri Kedah, rakyat Malaysia, berada di kawasan kita, kita tengok dia, kita tolong dia. Insya-Allah, dengan usaha yang baik, dengan niat yang ikhlas, Allah akan bantu kita, tang mana kita lemah, tang mana kita kuat Allah akan jayakan hasrat dan matlamat kita.
Berdayung mudik ke Kuala Sepat. Kolek bocor dikayuh juga, Kalau menimbang sama berat, Kalau mengukur sama tepat.
Hijau menguning padi di sawah, Tunduk berisi bagai nak rebah, Pendirian kukuh tidak goyah, Menghadap cabaran tidak gelabah.
Saya turut menyokong Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah ketika merasmikan Sidang Dewan pada kali ini. Saya mohon maaf dan ampun sekiranya ada ucapan-ucapan saya yang mengguris mana-mana pihak. Saya rakamkan jutaan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sebelah sini atau sebelah sana yang telah memberi cadangan, kritikan dan pandangan untuk memperbaiki perjalan kerajaan kita. Insya-Allah.
Semoga jasa-jasa para pemimpin terdahulu yang telah mendahulu kita, telah berusaha bersusah payah, bersungguh-sungguh untuk memajukan rakyat dan negeri ini dianugerahkan pahala yang melimpah ruah oleh Allah swt. dan Allah memberkati dan merahmati kita semua, untuk kita menggalas gerabak kita yang panjang ini 2.1 juta rakyat Kedah bersama-sama bangsa lain di dunia ini berdiri sama tinggi duduk sama rendah. Insya-Allah.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakuh
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan yang perlu diputuskan sekarang ialah suatu usul yang berbunyi :-
“Patek-Patek sekalian, Speaker dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman di dalam Persidangan ini dengan penuh hormat dan takzimnya Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah di atas perkenannya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menyampaikan Titah Ucapan Sempena Perasmian Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang Keempat Belas”.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini minta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. [Dipersetujui]
Usul ini diluluskan.
Menarik Balik Rang Undang-Undang Pengawalan Sekolah Agama Islam (Kedah Darul Aman) 2021Bill
Urusan seterusnya.
Menarik Balik Rang Undang-Undang Pengawalan Sekolah Agama Islam (Kedah Darul Aman) 2021.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menarik balik Rang Undang-Undang Pengawalan Sekolah Agama Islam (Kedah Darul Aman) 2021 daripada dicadangkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri yang bertarikh 20 - 23 September 2021 seperti yang tercatat dalam Atur Cara Dewan Negeri bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Keempat Belas, mengikut Peraturan 62, Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan usul berkenaan.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, memandangkan usul di bawah Peraturan 62, Peraturan Mesyuarat Dewan tidak boleh dipinda atau dibahas, maka saya bersetuju dengan usul tersebut. Dan dengan ini, saya mengesahkan bahawa Rang Undang-Undang Pengawalan Sekolah Agama Islam (Kedah Darul Aman) 2021 ditarik balik oleh pihak Kerajaan. Sekian.
IV. Rang Undang-Undang Enakmen Saraan Kerabat Diraja (Pindaan) 2021Bill
Rang Undang-Undang Enakmen Saraan Kerabat DiRaja (Pindaan) 2021.
Rang Undang-Undang Enakmen Saraan Kerabat DiRaja (Pindaan) 2021 dibacakan bagi kali yang pertama.
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk bacaan kali pertama.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya kemukakan cadangan saya berkenaan dengan Rang Undang-Undang tersebut, sukacita dimaklumkan ianya telah diwartakan di dalam Warta Kerajaan menurut Perkara 59, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama “Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Saraan Kerabat Diraja 1981”.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan tersebut.
“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Saraan Kerabat Diraja 1981”.
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menerangkan Rang Undang-Undang tersebut.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon untuk mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi Kali Yang Kedua di dalam Persidangan Dewan ini juga.
Silakan!
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi Kali Yang Kedua dan dengan ini sukacita saya memberi sedikit penjelasan mengenai Rang Undang-Undang Enakmen Saraan Kerabat DiRaja (Pindaan) 2021 seperti berikut :-
Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Enakmen Saraan Kerabat Diraja 1981 (Enakmen 12) yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 8 September 1981 dan berkuatkuasa pada 1 Julai 1981.
Enakmen Saraan Kerabat Diraja 1981 (Enakmen 12) telah memperuntukkan peruntukan-peruntukan bagi pembayaran saraan kepada putera, puteri dan cucunda Sultan Kedah.
Rang Undang-Undang ini mengandungi 9 fasal.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa Enakmen cadangan.
Fasal 2 bertujuan untuk menggantikan Seksyen 2 Enakmen 12 bagi memperkenalkan tafsiran baharu ‘ahli Kerabat Diraja’.
Fasal 3 bertujuan untuk menggantikan seksyen 3 Enakmen 12 bagi mengadakan peruntukan saraan ahli Kerabat Diraja sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
Fasal 4 bertujuan untuk memperkenalkan seksyen baharu 4A dalam Enakmen 12 bagi mengadakan peruntukan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh mengecualikan saraan yang diberikan di bawah Enakmen 12 daripada dibayar atau untuk mengurangkan jumlah pembayaran itu kepada mana-mana ahli Kerabat Diraja berdasarkan keadaan yang dinyatakan dalam seksyen baharu 4A.
Seterusnya Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 5 Enakmen 12 bagi memperuntukkan umur ahli Kerabat Diraja yang lebih rendah daripada lima belas tahun kepada dua belas tahun untuk mula menerima pembayaran saraan yang diberikan di bawah Enakmen 12.
Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 6 Enakmen 12 dalam teks Bahasa Inggeris bagi memotong perkataan “forthwith”.
Fasal 7 pula bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 10A dalam Enakmen 12 bagi mengadakan peruntukan yang membolehkan Raja dalam Mesyuarat meminda Jadual yang diperkenalkan dalam seksyen 3.
Fasal 8 bertujuan untuk memperkenalkan Jadual baharu dalam Enakmen 12 yang mengandungi kategori dan amaun saraan ahli Kerabat Diraja.
Seterusnya yang terakhir adalah fasal 9 bertujuan untuk memasukkan kecualian dan peralihan.
Yang Berhormat Speaker, dengan ini saya mohon mencadangkan agar Rang Undang-Undang ini diluluskan oleh Dewan Yang Mulia ini.
Sekian, terima kasih.
Ada buka perbahasan ka? YB. Speaker boleh?
Ya..boleh!
Terima kasih YB. Speaker! Pertama saya ingin menyatakan bagi pihak adun-adun pembangkang, yakin bahawa rang undang-undang ini telah dibawa dan telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Sudah tentulah atas keyakinan memberi kebaikan dan atas kehendak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan tidak perlu ada apa-apa perbahasan lagi yang panjang dan saya ingin turut serta menyokong usul pindaan sepertimana yang telah dibentangkan oleh YAB. Jeneri. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan sekarang ialah Rang Undang-Undang yang berbunyi “Satu Enakmen untuk meminda Enakmen Saraan Kerabat Diraja 1981”
Tuan-Tuan yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”.
(Dipertsetujui)
“Satu Enakmen untuk meminda Enakmen Saraan Kerabat Diraja 1981”
Dewan sekarang bersidang sebagai Jawatankuasa.
-FASAL 1
Tuan-Tuan yang bersetuju Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)
Fasal 1 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
-FASAL 2
Tuan-Tuan yang bersetuju Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)
Fasal 2 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
-FASAL 3
Tuan-Tuan yang bersetuju Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)
Fasal 3 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
-FASAL 4
Tuan-Tuan yang bersetuju Fasal 4 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)
Fasal 4 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
-FASAL 5
Tuan-Tuan yang bersetuju Fasal 5 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)
Fasal 5 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
-FASAL 6
Tuan-Tuan yang bersetuju Fasal 6 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)
Fasal 6 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
-FASAL 7
Tuan-Tuan yang bersetuju Fasal 7 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)
Fasal 7 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
-FASAL 8
Tuan -Tuan yang bersetuju Fasal 8 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)
Fasal 8 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
-FASAL 9
Tuan-Tuan yang bersetuju Fasal 9 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)
Fasal 9 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya pohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan.
Sekarang Dewan kembali kepada persidangannya.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah ditimbangkan oleh Jawatankuasa Dewan dan dipersetujui dengan tiada apa-apa pindaan. Dengan itu, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi Kali Yang Ketiga sekarang dan diluluskan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan tersebut.
Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang Ketiga dan sekarang diluluskan
“Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Saraan Kerabat Diraja (Pindaan) 2021. Adalah dengan ini diperbuat Undang-Undang oleh Majlis Undangan Negeri Kedah Darul Aman seperti tersebut. Bacaan Kali yang Ketiga.
Pembentangan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah Darul Aman
Pembentangan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah Darul Aman.
Dipersilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah Darul Aman untuk membentangkan laporan tersebut.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya mencadangkan usul ini, terlebih dahulu saya ingin memberikan sedikit penjelasan mengenai Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah Darul Aman.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih terhadap kepercayaan yang diberikan kepada saya dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri untuk membuat pemeriksaan dan mengemukakan syor terhadap Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2017.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhomat Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Negeri, Pengarah Audit Negeri Kedah Darul Aman serta pegawai-pegawai yang terlibat dalam memastikan kelancaran pihak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri dalam melaksanakan tugas.
Pada keseluruhannya, daripada maklum balas yang diterima dalam mesyuarat taklimat yang diberikan oleh jabatan/agensi kerajaan negeri/persekutuan, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah Darul Aman berpuas hati dengan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh jabatan-jabatan yang terbabit. Isu-isu ketidakpatuhan terhadap prosedur kerajaan dan penetapan asas-asas yang jelas dalam pelaksanaan projek atau program telah berkurangan. Namun begitu, aspek pemantauan dan penyeliaan masih perlu dipertingkatkan dan dilakukan secara berterusan.
Jabatan/agensi kerajaan yang menerima teguran Audit bukan sahaja perlu mengambil tindakan selepas mendapat teguran malah perlu bertindak dengan cepat sebaik sahaja masalah atau kelemahan itu dikenalpasti. Pegawai Pengawal perlu lebih proaktif menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh bagi menentukan samada kelemahan yang sama juga berlaku dalam projek/program lain yang tidak diaudit seterusnya mengambil tindakan pembetulan yang sewajarnya.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan suatu usul yang berbunyi:-
“Bahawa Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah Darul Aman mengenai Laporan Ketua Audit Negara untuk Negeri Kedah Darul Aman Bagi Tahun 2017 Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Siri 2 seperti yang terkandung dalam Kertas Dewan Bil. 8 Tahun 2021 adalah dibentangkan”.
Wabillahitaufik Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan ini.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, persoalan di hadapan Dewan yang perlu diputuskan sekarang ialah satu usul yang berbunyi :-
“Bahawa Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah Darul Aman mengenai Laporan Ketua Audit Negara untuk Negeri Kedah Darul Aman Bagi Tahun 2017 Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Siri 2 seperti yang terkandung dalam Kertas Dewan Bil. 8 Tahun 2021 adalah dibentangkan”.
Tuan-Tuan yang bersetuju dengan cadangan ini pinta kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui )
Usul ini diluluskan.
Tangguhan Sidang Dewan
Tangguhan Sidang Dewan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Oleh kerana perkara-perkara di dalam Agenda Persidangan Dewan pada kali ini telah pun selesai dibincangkan, maka saya pohon mencadangkan di bawah Peraturan 16(3) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya persidangan ini ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sehingga perjalanan urusan mesyuarat dapat berjalan dengan sempurna dan teratur. Kerjasama yang sebegini diharap dapat diteruskan dengan baik lagi pada masa akan datang.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Sidang Dewan kali ini ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang akan diberitahu kelak.
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
[Sidang Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari]