Kedah · 15 November 2021
14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 203 turns · 35,585 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Buah ciku buah sawa, Dipetik Pak Wan dibuat halwa, Harini hari kedua Dewan disambung semula, Wanita pantang kawin dua, silakan setiausaha baca doa.
Bacaan Doa
DOA
Pagi ni YB. Bukit Selambau minta kebenaran saya untuk dia menghadiri satu upacara agama dan beliau akan hadir pada pukul 2.30 petang nanti. Urusan seterusnya, setiausaha.
Pertanyaan – Pertanyaan MulutQuestions
Sesi Pertanyaan – Pertanyaan Mulut.
Soalan yang pertama, YB. Alor Mengkudu.
1. Pohon maklumat berkaitan hutan di Negeri Kedah seperti berikut:-
a) Keluasan hutan keseluruhan. b) Keluasan hutan simpanan kekal yang telah digazet. c) Keluasan tanah hutan yang diceroboh. d) Skop kerja-kerja pemeliharaan dan penyenggaraan hutan termasuk jumlah perbelanjaan pada tahun 2018, 2019 dan 2020.
Assalamualaikum wbt. YB. Dato‘ Speaker, mohon jawapan soalan nombor 1.
YB. Dato Speaker, nak pantun boleh?
Haha silakan! Saja saya mengalu – alukan lah kalau Ahli – Ahli Yang Berhormat nak selit pantun dua kerat, empat kerat. Jangan lebih daripada 6 kerat!
Buah ciku buah sawa, Dipetik Speaker dibuat halwa, Terima kasih Alor Mengkudu yang bertanya, Sila dengarkan jawapan saya.
Terima kasih Yang Berhormat Dato Alor Mengkudu. Bagi soalan no satu, maklumat berkaitan hutan di kedah. Bagi soalan A keluasan hutan keseluruhan Hutan Simpan Kekal 341,895.95 hektar. Cadangan Hutan Simpan Kekal 2,514 hektar. Tanah kerajaan yang masih berhutan 455.14 hektar. Jadi, keseluruhan kawasan hutan 344,895.95 hektar.
Soalan (b) keluasan hutan sepenuh kekal telah diwartakan adalah seluas 341,895.95 hektar.
Soalan (c) keluasan tanah hutan yang telah diceroboh. Melalui rekod Jabatan Perhutanan 3,428 hektar. Skop kerja pemuliharaan dan penyelenggaraan hutan termasuk jumlah perbelanjaan mengikut tahun 2018, 2019 dan 2020 adalah seperti berikut. Sejumlah RM2,549,600.00 telah dibelanjakan pada tahun 2018 untuk kerja- kerja pembangunan hutan iaitu kerja penanaman kawasan mengaya, restorasi hutan, tanaman bakau, rawatan pokok bakau, inventori hutan sebelum dan selepas tebangan, mengukur dan mencuci sempadan Hutan Simpanan Kekal, penyelenggaraan Taman Eko Rimba dan pembinaan tapak semaian serta bahan tanaman.
Pada tahun 2019 sejumlah RM4,860,800.00 telah dibelanjakan untuk kerja kerja pembangunan hutan iaitu penanaman kawasan mengaya, restorasi hutan, tanaman bakau, rawatan pokok bakau, inventori hutan sebelum dan selepas tebangan, mengukur dan mencuci sempadan Hutan Simpanan Kekal, peyelenggaraan Taman Eko Rimba, Penubuhan Petak HCVF dan pembinaan tapak semaian serta bahan tanaman. Bagi tahun 2020, kerja kerja yang telah saya sebutkan tadi kerajaan telah membelanjakan RM 4,850,000.00 untuk kerja kerja yang disebutkan bagi soalan (d) Terima kasih YB. Dato‘ Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Jeneri. Soalan tambahan saya adalah mengenai hutan ini, kita buat pemuliharaan dan penyelenggaraan, apakah hutan adakah kerajaan mempunyai satu index kualiti ataupun satu penarafan hutan sebagai sasaran kepada memelihara hutan.
Sebagai contoh, ada tanah hutan tak dak hutan. Dia tu taraf dia apadia? Ada tanah hutan yang tak ditanam dengan pokok - pokok hutan, tanam pokok lain. Adakah dia dikira hutan? Jadi mesti ada satu penarafan ataupun satu index seperti samada index kualiti udara ka yang di buat oleh kerajaan supaya dapat mengetahui sasaran sebenarnya dalam konteks pemeliharaan hutan. Terima kasih YB. Dato‘ Speaker.
Terima kasih Alor Mengkudu. Yang kita sedia maklum bahawa selain daripada pemuliharaan dan pengekalan kawasan hutan. Sasaran bagi negara kita ialah 50% muka bumi Malaysia ini diliputi hutan sekarang ini masih pada peringkat 48%. 2% lagi lah maknanya tanah – tanah yang masih tidak berhutan akan dihutankan.
Jadi, usaha yang dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia ialah menanam 100 juta pokok dengan sasaran 100 ribu pokok setahun dan kita di Kedah juga telah mengambil langkah – langkah yang sama. Isu yang kedua, yang berkaitan adalah tentang tanah jabatan hutan tetapi tak ada hutan. Ini telah berlaku puluhan tahun lamanya yang kita sifatkan sebagai penerokaan kawasan tanah – tanah hutan untuk dijadikan penempatan. Banyak di Kedah ini. Ada di Peri, ada di Sik, ada di Padang Terap, ada di Langkawi sendiri pun dan berkaitan hal ini saya telah pun membuat keputusan, kerajaan telah pun membuat keputusan bagi tanah – tanah Jabatan Perhutanan yang telah didiami menjadi kampung.
Saya rasa zaman Alor Mengkudu pun sama ada pendirian tersebut tetapi tak sempat untuk dilaksanakan ialah kita mencabut keluar dan diganti dengan tanah – tanah lain yang masih berhutan. Antara kampung – kampung yang telah dilawati yang kita periksa sungguh – sungguh memang tanah – tanah ini memang tanah Jabatan Perhutanan tetapi telah menjadi kampung begitu lama. Sudah beberapa generasi. Masalah yang timbul ialah apabila meninggal generasi pertama, tanah itu tak dapat dipusakakan, menjadi perebutan di kalangan bukanlah berebut sangat bukan la saya kata depa berebut tapi isu yang tak dapat diselesaikan di kalangan rakyat ialah mewarisi tanah itu. Tanah itu tidak dapat dipusakakan walaupun mereka telah tinggal disitu begitu lama. Keputusan kerajaan adalah mencabut keluar lot-lot kediaman bukan kebun bukan dusun. Lot – lot kediaman supaya rakyat kita ada rumah untuk diberikan surat hak milik dan tapak itu digantikan di tapak lain kepada Jabatan Perhutanan.
Untuk tanaman – tanaman, saya difahamkan oleh Jabatan Perhutanan, ada 7 spesis yang dibenarkan untuk dibuat Ladang Hutan Ganti di Semenanjung Malaysia tetapi tidak sama antara negeri – negeri. Ada spesis yang telah ditanam di Kelantan mendapat kebenaran. Ada spesis yang disenaraikan kepada kita tetapi sebenarnya belum lagi dapat di klasifikasikan sebagai Ladang Hutan Ganti yang dibenarkan oleh Jabatan Perhutanan. Antaranya polonia. Polonia ini banyak orang disarankan untuk tanam sebagai tanaman hutan ganti spesis kayu lembut yang boleh dituai selepas 7 tahun untuk dibuat kertas. Tetapi polonia belum lagi digazetkan tanaman yang dibenarkan untuk spesis hutan ganti. Albizia contohnya adalah spesis tanaman yang dibenarkan tetapi dia lambat besar. Orang kampung saya panggil petai belalang pasai dia spesis petai belalang tapi dia lambat besar. Ada tananaman durian yang popular sekarang ni. Durian pada masa ini tak ada lagi negeri – negeri yang membenarkan sebagai tanaman hutan ganti tetapi ditanah begitu banyak kerana hasilnya lebih baik berbanding ladang hutan ganti daripada spesis lain yang membekalkan kayu sebaliknya durian ni dia membekalkan buah. Selepas beberapa tahun ladang-ladang hutan ganti ini akan dituai dan untuk diambil kayu. Tetapi durian, dia 30 tahun baru produktif. Dia boleh sampai 50 tahun. Mungkin lepas 30 tahun kalau ikut giliran hutan biasa ini 30 tahun boleh membalak semula. Kalau musim durian lepas 30 tahun mungkin boleh ditebang tapi mungkin jadi petimbangan pada masa tu mungkin durian masih lagi produktif dan harganya mungkin lebih mahal. Jadi, saya akan mendapatkan petunjuk atau nasihat daripada Majlis Tanah Negara apakah spesis-spesis lain yang masih dibenarkan, yang akan dibenarkan sebagai tanaman ladang hutan ganti walaupun durian tidak membekalkan kayu dalam tempoh singkat 7-10 tahun tapi durian juga boleh membekalkan kayu dalam tempoh yang panjang mungkin 30 atau 50 tahun.
Ini belum ada keputusan di pihak kerajaan negeri, InsyaAllah Alor Mengkudu sedikit masa lagi kita akan dapat jawapan. Sasaran ataupun matlamat kita ialah hutan memberi hasil yang terbaik sebagai hutan. Di pihak kerajaan yang memerlukan hasil-hasil baru juga boleh diterokai, apakah durian akan dibenarkan dalam ladang hutan ganti, kita harap dibenarkan untuk menyelamatkan kuasa-kuasa hutan yang telah diteroka begitu lama dan ditanam durian tetapi belum ada satu keputusan yang rasmi dari sudut undang-undang apakah durian boleh diklasifikasikan sebagai ladang hutan ganti. Terima kasih YB. Dato‘ Speaker
Terima kasih Yang Berhomat Speaker. Soalan pada jeneri, pada tak silap Oktober yang lalu, jeneri merasmikan persidangan pengarah-pengarah..(YB. Dato‘ Speaker mencelah)
Soalan biar ringkas dan padat!
Baik. Jadi, difahamkan kerajaan kedah telah kembali memperolehi sijil pengurusan hutan yang sebelum itu sijil itu tak dapat ataupun digantung. Jadi, mungkin pihak Jeneri boleh memaklumkan kepada kita kenapa sebelum itu ataupun sebelum 1 Oktober itu sijil kelulusan hutan Negeri kedah digantung dan bila ia digantung. Terima kasih.
Terima kasih Sungai Limau. Soalan ni agak teknikal tapi saya telah menerima semula sijil pengurusan hutan di Kedah yang telah ditarik pada…
Yang Berhormat Jeneri.. Dato Speaker!
Dato‘ Speaker! Lupaa! Minta maaf Dato‘ Speaker! Yang Berhormat Dato‘ Speaker, saya telah menerima semula Sijil Pengurusan Hutan Negeri Kedah pada bulan yang lepas. Sijil ni telah ditarik pada 2019 kerana tidak mengemukakan Laporan EIA kepada projek-projek yang dilaksanakan di dalam kawasan hutan simpan terutamanya projek ladang hutan.
Alhamdulillah, selepas diberi semula sijil-sijil ini kita akan pastikan semua projek-projek yang akan dibangunkan berkaitan ladang hutan mematuhi semua kriteria – kriteria yang diletakkan di bawah piawaian antarabangsa. Pertubuhan Kayu-Kayan Tropica Antarabangsa, International, International Tropical Timber Organization (ITTO) iaitu badan yang mengendalikan standard kayu kayu yang boleh dieksport di negara luar kerana oleh kerana ada pelanggaran di beberapa negeri alhamdulillah kita bersedia untuk mematuhi semua peraturan-peraturan yang ditentukan dan sijil itu telah dikembalikan dan saya harap sijil tu akan berkekalan di Kedah kerana kita bertekad akan menguruskan hutan kita sebaik mungkin. Terima kasih Yang Berhormat Dato‘ Speaker.
Terima kasih! Soalan no 2!
2. Kerajaan Negeri Kedah hendaklah memperkemaskan perancangan pembangunan dan kaedah pelaksanaan terbaik bagi merangsang ekonomi agar pertumbuhannya dapat dipertingkatkan sebagai persediaan menghadapi pasca wabak Coronavirus (Covid-19).
Pohon dinyatakan :-
a) Apakah perancangan kerajaan negeri dibawah Kedah Invest selain daripada usaha MIDA untuk menarik pelaburan luar langsung (FDI) dan pelaburan domestik langsung (DDI) ke Kedah?
b) Adakah terdapat apa-apa inisiatif atau pengecualian cukai bagi menarik minat pelabur untuk datang melabur di Kedah?
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato‘ Speaker, siakap kedah viral dasyat sekali, pohon jawapan no 2 pagi ini. Terima kasih!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato‘ Speaker, bagi menjawab soalan nombor 2 daripada Bandar Baharu adalah seperti berikut. Sekarang ini saingan amat sengit sekali untuk mendapatkan pelaburan di Negeri Kedah. Kita bersaing dengan jiran kita yang terdekat terutamanya dalam bidang sektor E&E (electrical dan electronic) dalam masa yang sama kita juga bersaing dengan negara- negara di luar daripada Malaysia untuk mendapatkan pelaburan. Dengan itu, Kedah perlu menawarkan kelebihan-kelebihan ataupun ‗competitive edge‘ dengan izin bagi menarik pelabur. Dalam jangka masa lebih satu tahun lalu kelebihan dan kekuatan kita sehingga memperolehi begitu baik sekali dengan memperolehi jumlah pelaburan tertinggi dalam sejarah RM43 billion.
Bagi menjawab soalan mengenai apakah perancangan kerajaan negeri, saya akan sebutkan satu persatu perancangan kita yang Insya-Allah kita akan laksanakan. Pertamanya, memperkukuhkan dan memperkemaskan lagi apa yang telah kita lakukan dan ditambah baik. Kita dah buat elok dah, tahun ini pelaburan bertambah begitu tinggi sekali tetapi kita nak perbaiki lagi.
Keduanya, menaiktaraf dan membina infrstruktur kawasan-kawasan tertentu infrastruktur prasarana seperti Bukit Selambau yang menjadi satu potensi yang besar untuk pelaburan. Memang infranya tidak begitu baik, kita akan tambah baik bagi menarik pelabur. Terutamanya tahun 2020, kita dapat RM4 juta untuk buat infra di Bukit Selambau dan juga tempat lain. Tahun ini 2021 kita mendapat RM6 juta lebih daripada MIDA untuk kita baik pulih infrastruktur atau membina infrastruktur yang baru. Di Bukit Selambau saja 2021 ini kita dapat RM4 juta .
Seterusnya, mempromosi dengan lebih agresif lagi kawasan-kawasan perindustrian yang baru disamping kita bergantung dengan KHTP. Kita juga nak lebih agresif lagi mempromosi kawasan-kawasan baru seperti Kedah Rubber City di Padang Terap. Baru baru ini pun sudah ada pelabur yang besar yang sudah pun sign dan bayar duit. Hong Seng Industries yang akan melabur RM3 billion untuk sebuah kilang, nama dia Nitril Butadiena Lateks (NBL) latexs getah tiruan. Sebenarnya, 70% daripada pengeluaran glove dalam Malaysia adalah berasaskan latexs tiruan. Lepas Rubber
City kita juga ada SBEZ Northern Gateway itupun sedang rancak. Kemudian, kita ada Kedah Science and Technology Park. Seterusnya, kita akan membina dan memperkukuhkan lagi hubungan yang sedia rapat dengan agensi- agensi kerajaan pusat seperti MIDA, NCER dan sebagainya. Dan MIDA sebagai sebuah pusat agensi yang bertanggungjawab terhadap pelaburan adalah sebagai sebuah agensi pusat yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pelaburan adalah window kepada pelaburan dan jangan kita lupa MIDA ini kekuatan dia adalah insentif. Dia bagi macam- macam insentif. Kalau mereka tak bagi mungkin pelabur-pelabur itu tidak akan datang di Negeri Kedah. Engagement yang berterusan akan kita lakukan dengan MIDA dan juga agensi-agensi pusat dan saya sebagai EXCO Pelaburan, MIDA ini top priority.
Seterusnya ini amat penting ya.. ‗talent pool‘ YB. Bandar Baharu. Tenaga kerja, ini adalah satu daripada cabaran besar bukan sahaja bagi Malaysia, khususnya Negeri Kedah ini. Sekarang ini sebab pelaburan begitu banyak masuk dalam Negeri Kedah, syarikat-syarikat bersaing untuk mendapatkan tenaga kerja mahir dan dalam masa 3 tahun yang akan datang lebih daripada 15 ribu pekerja teknikal diperlukan termasuk engineer, technician dan sebagainya. Ini adalah satu yang amat penting untuk talent pool ini. Saya sedang berusaha dan baru-baru ini pun kita dah buat satu MOC ‗Memorendom Of Cooperation‘. Antara UNIKL dan KTPC untuk kita buat program talent pool ini dengan mereka. Di samping itu, kita punya pusat-pusat latihan teknikal seperti KISMEC, KTECHNO, termasuk jugak Kolej KEDA akan kita naikkan taraf supaya mereka dapat membekal tenaga pekerja teknikal yang diperlukan. Seterusnya promosi pelaburan dalam bentuk seminar……
YB. Guar Chempedak, kita seolah olah kita limit la. Nak jawab satu soalan tu 3 minit sahaja! Kita cuba jadikan 3 minit
Dia pasal banyak!
Cuba compress kan jadi 3 minit!
Kemudian, kita nak adakan dialog ini kita dah buat berterusan dengan persatuan-persatuan, pengilang seperti FMM dan juga KITA. Kita juga berhasrat untuk menyediakan ‗Blue Print‘ mengenai dasar pelaburan bagi Negeri Kedah. InsyaAllah kita juga akan memberikan latihan-latihan untuk pegawai-pegawai Invest Kedah untuk mereka lebih berupaya dalam mendepani cabaran dan permintaan semasa dalam persaingan yang begitu hebat.
Alhamdulillah setakat ini kelulusan tanah kita amatlah cepat dan dalam Mesyuarat EXCO kita tak dak backlog. Saya sebutkan tadi tentang talent pool dah sebut. Yang lain-lain lagi, saya juga nak sebut di sini yang ini teramat penting ya mengenai E-10, oleh seorang captain of industries dengan izin. Disebut tadi dalam satu majalah yang terkenal, dia kata emulate Kedah and give approvals fast, says industry captain. Pertama kali dalam sejarah mereka ikut cara Kedah. Dia kata kalau kita tak buat cara Kedah, kita akan kalah dalam persaingan untuk mendapatkan pelabur-pelabur khususnya E&E daripada Negeri Kedah.
Yang Berhormat Dato‘ Speaker, terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Guar Chempedak yang kita tau dalam era pandemik sebanyak 121 projek telah diumumkan yang mana bernilai RM43.5 billion pelaburan masuk ke kedah dan meletakkan Kedah sebagai tempat pertama negeri pertama dalam Malaysia menyumbang 60% pleaburan di dalam negara dan apakah kekuatan kita? Apakah rahsia kita selain mempunyai penggiat dan juga ahli-ahli selain daripada EXCO Pelaburan dan juga Yang Amat Berhormat Dato‘ Seri Menteri Besar, apakah rahsia dan kekuatan Kedah menarik pelabur yang banyak ini dalam era pandemic covid-19. Terima kasih.
Assalamualaikum wbt. Jawapan bagi soalan tambahan daripada Bandar Baharu. Bukan sahaja Bandar Baharu duk tanya, semua orang duk tanya. Bukan saja Negeri Kedah, seluruh Malaysia duk tanya macam mana Kedah boleh dapat sampai RM43 billion pelaburan dalam masa 6 bulan yang lalu.
Pertamanya pada pemerhatian saya, kerja berpasukan yang amat kuat di kalangan semua stakeholders (pemegang taruh) dalam menarik pelaburan daripada Yang Amat Berhormat Dato‘ Seri Menteri Besar, EXCO-EXCO dan juga pengurusan KTPC, Majlis Perbandaran Kulim, PTG, Pejabat Tanah Daerah, dan semua yang terlibat. Ia marupakan satu pasukan yang saya perhatikan amat kukuh pada masa ini. Dan ini akan kita perkukuhkan lagi.
Seterusnya, ialah kita juga menjalin hubungan yang rapat dengan MIDA. MIDA ini dia window atau tingkap kepada pelabur nak masuk Malaysia. Kalau kita tak ada hubungan rapat dengan MIDA, jadi dia pun kadang-kadang orang mai tanya depa hantaq pi negeri lain lah bukan dekat Kedah.
Seterusnya, usaha meyakinkan pelabur bagi Negeri Kedah ini untuk menentukan Negeri Kedah menjadi satu destinasi yang terbaik untuk mereka melabur dengan pulangan baik. Kita perlu memberikan respon yang pantas. Kalau buat enquiry, kita kena jawab cepat tak boleh duk tunggu tunggu sebab time is money. Dan ini termasuk syarikat-syarikat utiliti yang cekap dan berkesan seperti SADA. Kalau kita pelabur apa yang kita perlukan daripada kerajaan negeri ataupun agensi-agensi kerajaan negeri. Kita perlukan hubungan yang baik dengan kerajaan negeri, kita perlukan sokongan dalam pelbagai bidang. Utiliti seperti air, elektrik dan lain-lain mesti cukup. Kalau tak cukup kilang tak mau masuk. Di Kulim Hi-Tech Park kita ada sebuah syarikat ‗Nur Power‘. Ia membekalkan tenaga elektrik di situ. Kemudiannya gas telekomunikasi dan lagi satu mereka tanya kalau dia nak melabur umpamanya syarikat yang besar iaitu AT&S, dia nak melabur sampai RM8.5 billion itu yang sudah pun pecah tanah dan memang dah melabur.
Soalan nombor 2 ditanya ialah adakah kita cukup ‗talent pool‘, tenaga mahir teknikal. Kalau kita tidak memberikan jawapan yang meyakinkan mereka mungkin pull out. dan persaingan untuk mendapatkan AT&S ke Kulim Hi-Tech Park ini bukannya persaingan di Malaysia sahaja tetapi banyak lokasi di seluruh dunia. Sebab akhirnya mereka memutuskan untuk melabur di Kulim Hi- Tech Park kerana, satu dia nampak semua yang telibat dalam meluluskan segala step-step ini adalah begitu professional khususnya KTPC. Saya nak ucapkan tahniah kepada KTPC, mereka amat professional dan mereka juga memberikan keyakinan yang tinggi kepada pelabur – pelabur.
YB. Guar Chempedak, panjang lagi ka?
Saya cakap sikit saja! Setengah minit! Begitu juga yang ini amat penting Dato‘ Paduka Speaker. Talent Pool juga kita bekerjasama dengan UNIKL dan sebagainya. Berdasarkan apa yang telah kita laksanakan, Negeri Kedah insyaAllah akan menjadi sebuah Hub E&E dalam Malaysia dalam masa terdekat. Terima kasih!
Jitra! Saya tak bercadang nak bagi soalan tambahan kerana cukup panjang.
Panjang tapi tak menjawab soalan! Lepas itu sebab itu saya nak kena tanya balik!
Jitra nak tanya jugak ka?
Ya! Soalan tambahan!
Ya.. ringkas dan padat! Silakan!
Terima kasih Yang Berhormat Dato‘ Speaker. Tadi Yang Berhormat Guar Chempedak ada sebut mengenai Nur Power, jadi saya nak tanya adakah kapasiti Nur Power tu telah ditambahkan dan kalau tidak adakah dibenarkan untuk industri di KTPC ataupun KHTP itu menggunakan bekalan tenaga daripada TNB. Itu soalan pertama.
Yang keduanya ialah peluang pekerjaan yang disediakan tambahan 15,000 katanya tadi, apa persiapan yang dibuat oleh kerajaan negeri supaya kita pastikan bekalan tenaga kerja yang mahir dapat kita tawarkan kepada industry-industri yang baru ini.
Yang ketiganya mungkin Guar Chempedak pun sedia maklum bahawa baru-baru ini lebih dari 136 negara bersetuju untuk mengamalkan cukai minimal global pada tahap 15%. Jadi, soalan daripada Bandar Baharu tadi ialah berkenaan jugak mengenai pengecualian cukai. Jadi, kaedah pengecualian cukai ini tidak lagi berkesan kerana amalan cukai minimal global 15% ini. Jadi, adakah Kedah bersedia untuk menawarkan insentif-insentif baharu untuk menarik pelabur-pelabur ini kerana insentif cukai tidak boleh digunakan untuk menarik semua produk. Terima kasih!
Baik! Terima kasih Jitra.
Yang Berhormat Dato‘ Speaker yang ini tak lama. Sat ja! Soalan pertama Nur Power. Nur Power ini dia punya kapasiti yang dia dapat lesen 440 megawat. Sekarang ni depa beroperasi separuh daripada kapasiti iaitu 220 megawat. Oleh kerana permintaan yang begitu tinggi dan terus meningkat, Nur Power akan tambah lagi kapasiti dia. InsyaAllah dalam masa terdekat 350 megawat itu pun mungkin dalam 3, 4 tahun akan datang, tak cukup boleh tambahkan lagi. Tapi InsyaAllah ia akan dapat dilaksanakan. Kemudian berhubung dengan talent pool, apa yang kerajaan negeri lakukan, saya dah sebut tadi dalam menjawab soalan Bandar Baharu. Kita dah buat MOC UNIKL KTPC, ini peringkat diploma dan degree. Jadinya, engineer, jurutera dan juga technician. Itu juga kita akan buat. Di samping itu juga, kita tidak boleh bergantung saja kepada UNIKL kita juga kena juga berhubung dengan universiti-universiti berdekatan dalam masa terdekat seperti UNIMAP dan sebagainya. Tapi eventually dalam perancangan kita, kita nak UNIKL menjadi sebuah universiti yang akan membekalkan tenaga kerja, jurutera dan juga technician bagi permintaan industri dalam Negeri Kedah. Kita mesti laksanakan. Disamping itu, untuk operator yang berkemahiran kita akan melaksanakan program yang lebih rapi dengan pusat pusat Latihan seperti yang saya sebutkan tadi KISMEC, KTECHO dan Kolej KEDA. Mengenai baru-baru ni 136 negara bersetuju untuk nak bagi pengecualian cukai 15% atau kurang 15%. Ini perkara yang baru, yang perlu kita teliti dengan rapi dan sebenarnya bila bercakap mengenai cukai ini dia banyak kita bergantung pada kerajaan pusat, kerajaan persekutuan, Kerajaan Negeri Kedah sendiri kita tak boleh nak turun cukai sendiri dan sebagainya ataupun bagi pengecualian dan sebagainya. Ini akan kita kaji dan InsyaAllah kita akan dapat jawapan yang sebaik baiknya dalam masa terdekat. Terima kasih Dato‘ Speaker.
Soalan nombor 3, YB. Lunas tak hadir jadi kalau Anak Bukit tanya pun tak ada orang nak jawab. Jadi, kita ….
Dak, bukan tak tau, dari kelmarin lagi kata harini Lunas tak boleh hadir takkan sapa yang lain tak boleh ambik alih.
Ok..Silakan Anak Bukit!
Baik! Terima kasih! Soalan saya nombor 3 mohon jawapan ringkas padat supaya memaksimakan bilangan soalan dijawab di dalam Dewan ini, terima kasih.
3. Para petani MADA merungut ketiadaan benih padi MR297 bagi musim penanaman 2/2021. Pohon dinyatakan apakah peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan masalah yang sama tidak berulang saban tahun?
Dato Speaker…
Ya silakan!
Yang Berhormat Dato‘ Speaker. Terima kasih Anak Bukit. Apakah peranan yang dimainkan oleh kerajaan negeri bagi memastikan masalah benih padi MR 297, yang jadi ketiadaan benih untuk beberapa musim ini. Faktor yang menyebabkan berlaku kekurangan benih padi sah di pasaran yang seterusnya menyebabkan kelewatan
aktiviti tanaman padi adalah kecenderungan pesawah yang memilih sesuatu varieti sahaja. Bagi musim penanaman musim utama 2021 (2/2021), kecenderungan pesawah di Kawasan Muda adalah untuk mendapatkan varieti MR 297 kerana persepsi memberi pulangan hasil yang tinggi berbanding varieti yang lain.
Secara umumnya benih padi di pasaran adalah mencukupi sekiranya tidak wujud kecenderungan monovarieti ini. Penanaman padi secara monovarieti adalah tidak digalakkan kerana akan mendedahkan kepada serangan perosak dan penyakit dalam skala yang besar. Keadaan ini dikhuatiri akan menjejaskan hasil penanaman padi pesawah. Justeru, pesawah adalah dinasihatkan untuk memilih varieti selain daripada varieti MR 297 yang terdapat di pasaran bagi mengelakkan kesan monovarieti selain daripada kelewatan penanaman. Langkah-langkah berikut telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi isu benih secara keseluruhannya iaitu yang pertama penetapan dasar yang berkesan bagi mengurangkan implikasi pembekalan benih padi sah setiap musim. Pada tahun 2021, kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melantik 12 pengeluar benih dan 13 pemborong untuk menambahbaik aspek pengeluaran, pengedaran, pengagihan dan pemasaran benih padi sah.
Selain dari itu juga, penetapan harga siling benih padi sah kepada RM35.00 di peringkat peruncitan bagi satu beg telah dibuat bagi mengawal manipulasi harga benih padi di pasaran.
Yang kedua, melaksanakan kawalan dan penguatkuasaan di semua rantaian pembekalan benih padi sah. Kerajaan melalui Bahagian Kawal Selia Padi Beras dan agensi MADA melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan memanipulasi harga dan sebagainya. Pemantauan berkala turut dilaksanakan di peringkat pengeluar dan pemborong, makmal pemprosesan dan juga lokaliti PPK oleh pihak MADA. Mempertimbangkan untuk meningkatkan keluasan skim ladang benih bagi varieti MR 297 dan lain-lain varieti berdasarkan penyelarasan permintaan dan penawaran di seluruh negara.
Yang kelima, mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama pihak pengeluar yang beroperasi di dalam Kawasan Muda bagi menyelaraskan perihal berkaitan seperti keperluan benih mengikut fasa, varieti tersedia, status penanaman dan sebagainya.
Yang keenam, Hebahan dan pemakluman mengenai perubahan dasar di peringkat nasional kepada semua organisasi peladang meliputi insentif program terkini, struktur dan peranan yang dimainkan oleh pengeluar, pemborong dan peruncit serta mekanisme pelaksanaan program.
Yang ketujuh Melaksanakan program pengembangan berterusan melalui aktiviti seperti kempen pematuhan jadual tanaman serta penggunaan benih padi sah. Peladang turut diingatkan agar mengelakkan penanaman secara monovarieti dan memilih alternatif benih padi lain yang ada di pasaran bagi mengelakkan kelewatan serta kesan penyebaran wabak dan penyakit.
Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker.
Terima kasih YAB. Jeneri yang tolong jawab bagi pihak Lunas. YB. Dato‘ Speaker sebenarnya pada ketika petani kawasan mada nak mula menanam itu sudah tentula mereka suka pada benda yang telah terbukti. Baik dan sebab itu MR 297 menjadi kegemaran lah yang the preferred variety. Pada ketika itu bila mintak 297 takdak, mereka dihulurkan dengan benih 219 yang mana pada 10 oktober, MARDI dah keluarkan satu surat menyatakan 219 setelah 10 tahun dikeluarkan dia telah mula rentan kepada penyakit karah dan ulat batang, ini yang ditolak pada ketika itu kepada petani, mintak 297 takda 219 ada. Dan sekarang ni apabila 219 dah habis dibeli, depa tak ada choice lani 297 dah berlambak di pasaran. Jadi, adakah ini taktik untuk nak perabis 219 yang masih lagi ada dalam bekalan dan sebagainya. Terima kasih la Jeneri sebut tadi tindakan jangka panjang yang cuba dibuat tapi masalah benih yang dikehendaki petani ini tak sudah sudah. Bukan baru jadi setahun dua tapi dah lama. Jadi, apakah tindakan kerajaan negeri. Betul banyak benda ini ialah MAFI tapi kerajaan negeri boleh membantu supaya petani tidak menghadapi masalah ni dan ya saya faham monovarieti adalah sesuatu yang sangat tidak digalakkan tetapi ‗im sure there is a way out‘. Terima kasih
Terima kasih Yang Berhormat Anak Bukit. Terima kasih Berhormat YB. Dato‘ Speaker. Saya telah pun bercakap dengan pihak MADA untuk memohon, MADA sendiri yang menjadi pengeluar benih dan kita sendiri yang control jumlah dan kadar dan harga kerana banyak pengeluar yang diberi hak untuk mengeluarkan padi benih. 12 syarikat itu dia tak ada petak pun, dia pun pi kutip rata ja. Dia pi kutip di seri jangkang, dia pi kutip di sana buat benih. Kita tak tau benih tu sebenarnya kualitinya tara mana. Bagi pandangan Kerajaan Negeri Kedah ialah MADA patut ‗produce‘ sendiri benih padi yang sesuai ditanam dalam Kawasan Mada dan di Luar Kawasan Mada di Negeri Kedah.
Saya harap langkah-langkah ini boleh segera di beri kebenaran ataupun keputusan. MADA, dia ada kawasan sawah padi dah, dan dia ada petak dan dia boleh control masa mana nak lepas air, masa mana nak produce benih, benih apa yang sesuai dengan suasana dan cuaca di Kedah ini. Saya harap perkara ini dapat dilaksanakan oleh pihak MADA dan MAFI beri kebenaran kepada MADA untuk sebagai pengeluar anak benih. Terima kasih Yang Berhormat Anak Bukit.
Duk jauh sangat tak nampak pun. Kuala Ketil silakan!
Terima kasih YB. Dato‘ Speaker, (audio kurang memuaskan, perbahasan tidak dapat direkod) termasuklah yang saya katakan ini ialah antaranya MADA sendiri, kemudian pertama padi dan juga kilang beras di Merbok, kuota yang besar ini adalah pada pertama padi dan juga di Merbok. Jadi apabila berlakunya kelewatan ini, kita meminta pandangan kerajaan bagaimanakah mereka tidak boleh membuat satu perkiraan dalam setahun tu berapa musim, berapa keperluan, kita minta pandangan kerajaan bagaimana cara kita nak bagitau supaya depa ini lah pengeluar padi benih sah yang banyak. Sepatutnya mereka mesti ada perkiraan untuk musim-musim yang seterusnya.
Terima kasih Yang Berhormat Dato‘ Speaker, terima kasih Kuala Ketil. Masih lagi tentang kuota pengeluar benih padi diberikan kepada kilang – kilang, kilang beras yang tiada petak. Saya mengulangi gesaan saya supaya MADACORP di bawah MADA diberi kuota yang lebih besar supaya ada ‗economy of skill‘ untuk mengeluarkan benih padi. Kerana benih padi selain daripada untuk bekalan beras, dia sebenarnya perniagaan satu rantaian dan saya bimbang perkara – perkara ini dikawal oleh kartel dalam rangkaian perniagaan. Kementerian Pertanian, MAFI khususnya dan agensi-agensi yang berkaitan harus mengeluarkan diri seperti mana pesawah – pesawah kita telah usaha supaya mereka dapat keluar daripada sistem padi punca dimana pesawah – pesawah terbelit di dalam hutang yang begitu panjang dalam sistem padi punca bunga yang dikenalkan oleh usahawan – usahawan yang memberi hutang kepada petani – petani bunganya meningkat sampai 700% dalam sektor industri. Bekalan benih padi ini juga kita harap kementerian dapat memastikan operasi ataupun urusan bekalan dan pengeluaran benih-benih padi dapat dikeluarkan daripada kartel-kartel yang begitu lama berleluasa dalam sektor pertanian.
Saya harap perkara-perkara ini dalam dunia baru ekonomi sekarang ini dimana orang telah tau banyak perkara yang tak dapat disembunyikan lagi. Kita harap sektor yang berkaitan dengan petani dapat bebas daripada cengkaman orang yang menghisap darah. Terima kasih Yang Berhormat Dato‘ Speaker
Terima kasih! Soalan no 4!
Terima kasih Dato Speaker, pat pat siku lipat, soalan no empat!
4. Banyak aduan diterima daripada pengguna jalan kampung, jalan pertanian dan jalan MADA di kawasan Sungai Limau yang terjejas akibat kerosakan jalan.
Pohon dinyatakan:-
Apakah usaha kerajaan dalam memudahkan urusan pembaikan jalan jalan ini oleh kerana semakin hari semakin ramai pengguna menggunakan jalan tersebut kerana jalan ini telah menjadi jalan utama penduduk kampung?
Terima kasih kepada YB. Adun Sungai Limau yang mengajukan soalan. Bismillahirahmanirahim. Yang Berhormat Dato‘ Speaker, kerajaan negeri sentiasa mengambil berat akan keperluan dan penggunaan jalan jalan tersebut. Tindakan telah diambil agensi kerajaan bagi memastikan perlaksanaan pembaikkan jalan-jalan kampung dan jalan – jalan pertanian termasuk di bawah MADA. Antaranya kerajaan negeri melalui peruntukan MARRIS telah meluluskan sejumlah peruntukkan di bawah Pejabat Daerah Yan bagi kerja – kerja penurapan semula dan pembaikan di 31 jalan di Kawasan Dun Sungai Limau melibatkan peruntukan sebanyak RM2,332,360. Selain daripada itu, peruntukan MARRIS juga telah disalurkan kepada JPS bagi kerja-kerja menaiktaraf pembaikan jalan pertanian di 17 jalan di Daerah Yan melibatkan peruntukan sebanyak RM1,228,414,40 dan pihak MADA juga turut melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan melibatkan 9 km jalan MADA di Dun Sungai Limau melibatkan peruntukan sebanyak RM85,938. Itu sahaja.
Yang Berhormat Dato‘ Speaker, soalan tambahan. Pertamanya, jalan-jalan MADA ni banyak didalam Negeri Kedah. Dicadangkan untuk peratusan, kerajaan negeri mengadakan peratusan di setiap DUN-DUN ataupun PBT yang ada kawasan MADA supaya jalan-jalan dapat diselenggara dengan teratur. Kita tak mau ada yang dapat ada hat tak dapat. Jadi, penjadualan itu penting. Jadi, mohon kepada pihak EXCO untuk perancangan yang telah pun ditetapkan oleh pihak kerajaan selepas daripada ini, bagaimanakah untuk memastikan jalan—jalan tersebut dapat diselenggara dengan baik.
Terima kasih di atas soalan tambahan Adun Sungai Limau. Kita menyedari bahawa MADA mempunyai panjang jalan yang agak tinggi terutama di kawasan-kawasan padi dan untuk itu kerajaan negeri bersetuju untuk menyenaraikan jalan-jalan MADA di bawah sistem maklumat rekod jalan raya MARRIS.
Ini satu tindakan yang sungguh baik dan menambah nilai untuk jalan-jalan ini. Dan untuk itu, sebagai contoh di Yan telah dilakukan penaiktarafan jalan MADA melalui sistem MARRIS untuk tahun ini 199,870 untuk jalan CRBD5 Mukim Sala Besar dan sedang dilaksanakan. Malah, seperti di Jerlun sejumlah RM1.1 juta saya rasa telah dibelanjakan. Kos projek RM1.6 juta panjang jalan 16 km, status sedang dilaksanakan. Di Pendang, RM1.1 juta telah dilaksanakan sebenarnya. Jadi, untuk tahun depan kita akan meneruskan projek menyenaraikan jalan-jalan MADA di bawah sistem MARRIS ini. Terima kasih.
Silakan Anak Bukit!
Terima kasih Dato Speaker. Terima kasih Sungai Tiang dan saya sangat bersetuju untuk jalan-jalan MADA ini segera yang dah cukup syarat dimasukkan dalam MARRIS sebab nanti saya akan sentuh dalam perbahasan nanti antara sebab ya saya faham Sungai Limau. Saya di Anak Bukit pun serupa. Jalan-jalan utama yang nak masuk ke kampung ialah jalan ban MADA. Jadi, yang boleh kita buat bawah jalan kampung yang selepas Jalan MADA itu baru masuk ke kampung.
Jadi, kalau yang ini tidak diambil alih dan saya akan sentuh lagi kenapa MADA tidak dapat jalankan kerja penyelenggaraannya kerana dipotong belanja mengurusnya. Jadi, saya mohon agar secara sistematiknya segera semua jalan-jalan MADA yang cukup syarat untuk dimasukkan ke dalam MARRIS, dimasukkan segera supaya dapat kita tambah lagi kita punya contribution daripada Pusat untuk jalan-jalan MARRIS dan dapat kita selenggarakan dengan baik. Terima kasih.
Kerajaan mengambil maklum Yang Berhormat Dato‘ Speaker.
Terima kasih! Soalan no 5!
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Dato‘ Speaker, Pulau Langkawi ada 5, saya pohon jawapan soalan nombor 5.
5. Pohon dinyatakan:-
a) Apakah status terkini Tabung Penyakit Kronik?
b) Berapakah jumlah peruntukan tahunan kepada tabung ini?
c) Berapakah jumlah yang telah digunakan sepanjang tahun 2021?
d) Apakah kategori bantuan yang telah diberikan?
Pengkalan Kundor lain kali hat ―ma‖ belakang tu cari la buah kurma ka buah delima ka. Silakan!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Dato‘ Speaker. Terima kasih Pengkalan Kundor yang telah mengemukakan soalan berhubung dengan tabung penyakit kronik. Tabung Bantuan Pesakit Kronik Negeri Kedah Darul Aman telah diwujudkan pada tahun 2019 dan pertukaran nama tabung kepada Tabung Bantuan Perubatan Sejahtera (BPS) Negeri Kedah Darul Aman selaras dengan mesyuarat Pemantauan Tabung Pesakit Kronik Negeri Kedah Darul Aman (TPK) 2020 yang telah diadakan pada 03 November 2020. Tabung masih ada tapi nama ubah la sikit dan diberi peruntukan yang diterima oleh Hospital dan juga Klinik Kesihatan adalah seperti berikut. 2019 Hospital Sultanah Bahiyah RM300,000.00 Hospital Sultan Abdul Halim RM100,000.00 Hospital Kulim 100,000.00 Pusat Kesihatan tidak ada. Dan 2020 Sultanah Bahiyah RM200,000.00 turun sikit. Sultan Abdul Halim100,000.00 Kulim RM100,000.00. 2021 Sultanah Bahiyah RM150,000.00 Sultan Abdul Halim RM100,000.00 Hospital Kulim RM100,000.00 dan Pusat Kesihatan Pendang RM50,000.00 jumlah semua Hospital Sultanah Bahiyah RM 650,000.00 Hospital Sultan Abdul Halim RM300,000.00 Hospital Kulim RM300,000.00 dan Klinik Kesihatan Pendang RM50,000.00 kemudian peruntukan yang telah dibelanjakan.
Untuk 2019 Sultanah Bahiyah RM 104,758.00 Hospital Sultan Abdul Halim RM16,375.00 Hospital Kulim RM100,000.00 untuk 2020 Sultanah Bahiyah RM431,623.20 Hospital Sultan Abdul Halim RM117,185.67 Kulim RM77,549.83. Untuk 2021 Sultanah Bahiyah RM 96,662.85 Hospital Sultan Abdul Halim RM139,340.80 Hospital Kulim RM25,975.00 dan Pusat Kesihatan Pendang RM990.00 jumlah semua untuk Hospital Sultanah Bahiyah RM633,044.05, Hospital Sultan Abdul Halim RM272,901.47 Hospital Kulim RM203,524.83 dan Pusat Kesihatan Pendang RM990.00. Untuk jenis-jenis bantuan yang diberikan adalah peralatan perubatan terutama sekali orang yang patah lah! Kemudian, operation mata, kanta dalam matan dan bantuan-bantuan perubatan yang lain seperti ‗crunches‘ dan sebagainya. Kemudian, bantuan susu untuk mereka yang tidak mampu. Kemudian, ada juga kita bagi tambang untuk mereka yang tidak dapat pergi ke hospital kerana tidak ada dana. Itulah sedikit sebanayak jawapan kepada soalan nombor 5 dari Pengkalan Kundor.
Sekian, terima kasih Dato‘ Speaker.
Soalan tambahan Dato Speaker! Latar belakang kepada penubuhan tabung ini adalah untuk menampung mereka – mereka yang telah mendapat bantuan daripada tabung perubatan daripada federal tapi masih tidak cukup. Setelah beberapa tahun saya kira masih ramai lagi yang tidak tahu adanya tabung bantuan ini. Apabila kita deal ke bawah mereka mencari-cari dimanakah bantuan yang perlu diperolehi setelah mereka mendapat bantuan daripada TBP-Tabung Bantuan Perubatan Federal. Jadi, apakah langkah-langkah kerajaan negeri yang akan diambil ataupun telah diambil untuk memastikan bahawa maklumat ini sampai kepada golongan sasar. Terima kasih.
Terima kasih Pengkalan Kundor, Dato Speaker. Sebenarnya, kita menyediakan maklumat ini di bahagian sosial di hospital. Pegawai khidmat social, kemudian kita menghebahkan kepada pakar-pakar di dalam ward sendiri terutamanya kepada mereka yang dealing dengan pesakit-pesakit yang memerlukan peralatan perubatan. Yang ketiganya kita juga menghebahkan kepada jururawat-jururawat yang berhubung dengan pesakit sentiasa. Kemudian, di pusat kesihatan. Kita juga telah menyediakan peruntukan ini untuk Pusat Kesihatan di Padang Serai dan juga di Pendang pada tahun lepas. Malangnya di Padang Serai ataupun Kulim untuk Pusat Kesihatan ni mereka tidak memberi respon yang baik.
Kemudian, begitu juga di Hospital Langkawi. Hospital Sultanah Maliha, Langkawi begitu juga kita membuka peluang untuk mereka tetapi oleh kerana masalah untuk membuka akaun di Hospital Sultanah Maliha sampai sekarang mereka tidak dapat peruntukan ini untuk kita salurkan. Jadi, hebahan-hebahan di Hospital kepada kakitangan kesihatan dan juga di pusat-pusat kesihatan sentiasa kita perlu mereka hebahkan kepada pesakit-pesakit dan juga mereka yang memerlukan. So itu lah ada pesakit-pesakit yang nak pergi mendapatkan rawatan tidak ada tambang pun, kita beri peruntukan kepada mereka. Terima kasih Dato‘ Speaker.
Terima kasih. Kuala Ketil!
Terima kasih Yang Berhormat Dato‘ Speaker. Yang Berhormat Tokai, boleh saya dapat perincian jenis-jenis sakit yang layak mendapat bantuan di hospital tersebut? Sakit- sakit yang boleh mendapat peruntukan tu?
YB. Dato‘ Speaker terima kasih Kuala Ketil. Sakit apa pun boleh dapat! Pergi hospital ja bagitau tidak mempunyai kewangan dana. Pegawai khidmat sosial akan dealing dengan mereka ini, berhubung dengan mereka ini dan dia akan buat sedikit siasatan untuk yang betul-betul memerlukan. Kita akan memberi bantuan InsyaAllah sampai susu anak kalau tak dak pun boleh InsyaAllah kita akan bagi.
Terima kasih! Soalan no 6!
6. Tapak Tamadun Tertua Asia Tenggara, Sg. Batu telah dikenali umum.
Pohon dinyatakan:-
a) Apakah status terkini tapak berkenaan? b) Apakah cadangan pembinaan kompleks di tapak tersebut? c) Apakah peranan kerajaan negeri untuk menjayakan tapak tersebut sebagai destinasi pelancongan sejarah?
d) Apakah peranan kerajaan negeri memperkenalkan tapak tamadun tersebut di peringkat domestik dan antarabangsa?
Terima kasih Yang Berhormat Dato‘ Speaker. Mohon jawapan untuk soalan no 6.
Terima kasih Yang Berhormat Dato‘ Speaker, Yang Berhormat Tanjung Dawai. Tentang Tapak Tamadun Tertua Asia Tenggara Sungai Batu. Mohon nyatakan status terkini. Tapak Arkeologi Sungai Batu yang terletak di daerah Kuala Muda, Mukim Bujang itu merangkumi Lot PT1900 dan PT1901. Ia adalah Hak Milik Kerajaan Persekutuan yang telah dibuat pengambilan pada 7 Disember 2011 dengan bayaran berjumlah RM 13,258,089.69 melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP). Jabatan Warisan Negara (JWN) telah dinamakan sebagai agensi pengguna selaku pentadbir tapak tersebut. Tapak ini diselenggara dan dijaga sepenuhnya oleh JWN melalui Jabatan Warisan Negara Zon Utara. Di sini juga, terdapat Pejabat Lapangan JWN yang menempatkan pegawai JWN untuk memantau tapak serta pegawai keselamatan yang menjaga dan memastikan tapak ini terpelihara disamping menguruskan kehadiran pelawat dan penyelidik di tapak ini.
Sementara itu, melalui peruntukan perundangan di bawah (Akta645) iaitu subseksyen 67 (1), Tapak Arkeologi Sungai Batu ini telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan pada 28 November 2017 melalui no warta P.U (A) 364. Ia merupakan pengiktirafan tertinggi di peringkat kebangsaan. Pewartaan di bawah (Akta 645), adalah untuk memastikan Tapak Arkeologi Sungai Batu dilindungi di bawah instrument perundangan Negara serta dapat mengekalkan signifikannya.
Bagi proses mendapatkan pengiktirafan UNESCO, kajian lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti kriteria yang bersesuaian serta perlu mematuhi garis panduan ketat yang ditetapkan oleh pihak UNESCO.
Soalan (b), cadangan pembinaan komplek di tapak tersebut. Pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah memohon peruntukan di bawah Projek Fizikal Rolling Plan Keempat, Rancangan Malaysia Kesebelas (RP4,RMK-11) untuk projek Pembangunan Kompleks Tapak Warisan Arkeologi Sungai Batu, Kedah Darul Aman. Sebanyak RM10 juta telah diluluskan untuk pembinaan Pusat Penyelidikan Arkeologi, pusat sumber, menaiktaraf bumbung-bumbung shelter dan fasiliti lain di tapak. Namun begitu, projek tersebut terpaksa ditangguhkan sementara bagi menyediakan perancangan yang lebih menyeluruh bagi mencapai objektif yang disasarkan untuk dipertimbangkan oleh pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri. MOTAC komited untuk merealisasikan hasrat ini demi kepentingan khazanah warisan Negara dengan mengangkat sekali lagi permohonan peruntukan sebanyak RM50 juta melalui Projek Fizikal Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RP2, RMK-12). Permohonan ini meliputi
kerja-kerja bagi kemudahan pelancongan dan pentadbiran di tapak tersebut. Kemudahan tersebut terdiri daripada bangunan utama dan sokongan seperti pembinaan ruang galeri, makmal, mini auditorium, pejabat pentadbiran, menaiktaraf shelter sedia ada dan sebagainya yang dijangka akan menambahkan lagi bilangan pelawat serta melindungi artifak in-situ di tapak tersebut. Bagi Pihak Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dengan Kerjasama daripada pihak Jabatan Warisan Negara, Pusat Penyelidikan Universiti Sains Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia cawangan Negeri Kedah serta agensi dan jabatan kerajaan sentiasa mempromosikan Tapak Tamadun Tertua Asia Tenggara Sungai Batu sebagai pelancongan sejarah disebabkan oleh sejarah serta bukti-bukti penemuan yang terdapat di kawasan tersebut. Satu kertas kerja atau dossier telah siap tetapi perlu disemak dan dibincangkan terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada panel penilai. Kerajaan Negeri Kedah bersama Jabatan Warisan Negara ada memohon sejumlah peruntukan kepada pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bagi tujuan infrastruktur untuk keselesaan serta keselamatan pelancong. Selain itu juga, Pihak Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Kedah Tourism Sdn. Bhd, serta beberapa agensi dan jabatan kerajaan giat mempromosikan pelancongan di Tanah Besar termasuklah Tapak Tamadun Tertua Asia Tenggara Sungai Batu sebagai salah satu destinasi wajib dikunjungi.
Sebelum Pandemik Covid-19 melanda dunia, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman giat mempromosikan produk-produk serta tempat-tempat menarik di Negeri Kedah Darul Aman di peringkat antarabangsa. Antara usaha yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut. Pertama mengadakan business matching bagi tour operator dan tour guide dengan negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Singapore dan lain-lain lagi. Menyertai pameran-pameran pelancongan seperti MATTA Fair PWTC, Kuala Lumpur, PATA Travel Mart, World Travel Market dan pelbagai la. Mengadakan Familiarisation (FAM)Trip bersama blogger, influencer serta tourism players bagi mempromosikan Negeri Kedah khususnya Tapak Tamadun Tertua Asia Tenggara Sungai Batu. Terima kasih YB. Dato‘ Speaker.
Terima kasih atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya Dato Speaker, seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jeneri bahawa Tapak Tamadun itu belum dapat pengiktirafan daripada UNESCO lagi. Apa yang disebutkan oleh mantan Pengarah Pusat Arkeologi Global yang mengetuai kajian di tapak tersebut iaitu Profesor Dato DR. Mokhtar. Antara sebab yang membolehkan tapak itu masih belum diiktiraf oleh UNESCO ialah ada jalan orang kampung di tengah-tengah tapak tamadun itu dan tapak laluan itu dicadangkan di tukar ke tanah yang dimiliki oleh
pihak kerajaan tapi tapak itu tanah itu diduduki oleh orang kampung dan ada timbul polimik beberapa bulan yang lalu berkaitan cadangan kerajaan negeri untuk membuat laluan orang kampung. Apakah solusi dan juga yang dicadangkan oleh pihak kerajaan bagi menyelesaikan masalah perkaitan jalan dan juga penduduk yang berada di atas tanah milik kerajaan di sebelah tapak tamadun itu? Terima kasih.
Terima kasih YB. Dato‘ Speaker. Terima kasih Tanjung Dawai. Kerajaan telah membuat keputusan untuk membina jalan kampung di sempadan antara Lot 1900 dengan Lot sebelahan dimana ada penghuni-penghuni termasuk di atas tapak cadangan jalan ni ialah kontena yang menempatkan peralatan para pengkaji. Ini yang jadi polimik sebenarnya. Dan orang yang tak faham isu ini dia akan kata kerajaan negeri ini nak langar tapak kajian tu. Sebenarnya kontena tu du katas tpak yang termasuk sikit Lot sebelah Lot tanah kerajaan negeri yang dicadangkan sebagai elaimen jalan yang akan dibina masuk ke tapak itu. Sebenarnya perkara itu tidak benar. Kita akan mintak para pengkaji ni alih sikit kontena dia. Alih sikit saja supaya laluan jalan tu daripada atas tapak Jabatan Warisan ni dapat pindah masuk ke tanah kerajaan negeri. Ini usaha yang dibuat oleh kerajaan negeri untuk menjamin usaha-usaha untuk mendapatkan pengiktirafan daripada pihak UNESCO ke atas tapak tersebut dapat disegerakan. Itu lah berkaitan jalan tersebut Tanjung Dawai. Terima kasih YB. Dato‘ Speaker.
Kubang Rotan, silakan!
Terima kasih Yang Berhormat Dato‘ Speaker. Berkenaan dengan Tapak Warisan Sungai Batu Terawal Asia Tenggara ini memang isu ini terlalu begitu lama. Mungkin pihak kerajaan negeri mungkin boleh perhati pasai zaman kami dahulu iaitu padal awalnya kita berbincang dengan pihak MOTAC dijanjikan kita mendapat RM20 juta. Dalam RM20 juta tu lah dia buat kelulusan RM10 juta last sekali RFM10 juta tu pun tak tau kemana. Zaman itu jadi isu. Jadi, saya mengharapkan pihak kerajaan negeri mengambil benda ni serious. Teknikal-teknikal jalan yang seperti disebut oleh Tanjung Dawai tadi, isu teiknikal tetapi kita nak benda ni disegerakan.
Jadi, orang-orang yang memperjuangkan isu Sungai Batu ini kita takut lama-lama dah banyak rungutan isu yang berlaku dan sebagainya depa pun satgi lama-lama down, saya rasa pasai tak salah saya Pulau Pinang dah berjaya berbanding depa lagi lambat berbanding kita tetapi depa dah berjaya. Kita ini awal tetapi kita masih lagi dalam pengamatan. Terima Kasih.
YB. Dato‘ Speaker terima kasih. Kubang Rotan saya telah menyebut beberapa kali di dewan ini tentang Tapak Tamadun Asia Tenggara di Sungai Batu lebih awal daripada Candi Borobudur abad yang ke-11. Kita 700 tahun sebelum masihi yang tertua di Asia Tenggara lebih awal dari Angkor Watt lebih awal daripada Borobudur yang mana kesemua ikon-ikon pelcancongan sejarah di negara-negara jiran kita itu mendapat pulangan yang banyak dalam sektor pelancongan kepada negara mereka. Kita memang berhasrat untuk mengangkat Tapak Tamadun Asia Tenggara di Sungai Batu ini tetapi saya telah mendapat taklimat daripada pihak-pihak terbabit khususnya Professor Dato‘ Dr. Mokhtar bahawa usaha-usaha yang lebih banyak daripada menampakkan tuyere itu sahaja. Sekarang ni yang banyak tu tuyere tu lah. Tuyere ini Bahasa Francis. Ada satu kampung memang ditemui dua tuyere di Perancis itu tempat tu dinamakan Tuyere tetapi di Sungai Batu ada sejuta. Tetapi dah ada nama Sungai Batu tak mungkin lah ditukar sungai tuyere lah noh di Sungai Batu tu. Tetapi usaha untuk evacuate kapal yang ditemui oleh para pengkaji ada kapal di kawasan paya tu yang terendam.
Dulu ini itu laluan sungai. Kapal tu karam disitu. Usaha untuk evacuate dua kapal tu sahaja, untuk pelihara keaslian kapal tu dia takleh diangkat dia kena dikorek digali dengan berus. Takleh korek pakai excavator pasai dia punya tiang itu boleh patah jadi kena gali pakai berus. Ini lah usaha-usaha yang dibuat oleh para pengkaji. Saya bagi pihak kerajaan sangat menghargai semua usaha-usaha kesabaran menggali dengan berus yang dijalankan oleh para pengkaji dan Jabatan Kajian daripada USM. Usaha untuk evacuate kapal itu sahaja perlu kos RM100 juta, kos untuk membangunkan pusat pelancongan ini terlalu tinggi dan saya telah bercakap dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato‘ Seri Ismail Sabri tentang perkara ini masa lawatan dia ke Merbok masa Kepala Ayer baru ni, saya lalu jalan tu saya kata ini Tapak Tamadun Awal Asia Tenggara, YAB. Perdana Menteri perlu ambil peluang kesempatan ini untuk kita bangunkan kerana ia lebih awal daripada Borobudur dan Angkor Wat dan dia telah memberi perhatian yang serious dan dia kata kemungkinan kita boleh bekerjasama dengan pihak swasta untuk membuat PFI kerana kos yang terlalu tinggi dan kita buat perkongsian lah kepada usaha membangunkan Tapak Tamadun Asia Tenggara ini pada masa depan dan saya akan follow up Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri, ada syarikat-syarikat yang berminat untuk evacuate bahan-bahan sejarah, meneroka lebih banyak ruang dan tinggalan-tinggalan, monument-monument untuk kita jadikan Sungai Batu sebagai tapak perlancongan sejarah setanding dengan Borobodur dan Angkor Wat.
Terima kasih YAB. Jeneri. Urusan seterusnya Setiausaha.
Urusan seterusnya.
III. Perbahasan Di Atas Ucapan Bajet 2022 Secara DasarAddress / budget
Perbahasan di atas Ucapan Bajet 2022 secara dasar.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, perbahasan di atas ucapan Bajet Tahun 2022 oleh YAB. Dato‘ Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman, saya pohon kerjasama Ahli-Ahli Yang Berhormat agar dapat merangkumkan sekali Rang Undang-Undang Perbelanjaan Negeri 2022, Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Negeri Tahun 2022 dan Anggaran Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri Tahun 2022 dan menumpukan ucapan-ucapan Yang Berhormat kepada perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri Kedah sahaja. Sehubungan dengan itu, saya juga berharap Ahli-Ahli Yang Berhormat tidak mengulangi perkara-perkara yang telah disentuh oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat lain. Sekarang Dewan dibuka untuk perbahasan. Saya menjemput YB. Alor Mengkudu, 40 minit sahaja.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh. Salam Sejahtera. Saya mohon izin untuk tidak pakai mask YB. Dato‘ Speaker. Alhamdulillahirobbil A‘lamin Wabihi Nasta‘in Wassolatu Wassalamu‘Ala Asyrofil Anbiya‘ Iwal mursalin Wa‘ala Alihi‘ Wasohbihi Aj‘main. Wa-Ta'āwanū 'Alal-Birri Wat-Taqwā, Wa-Lā Ta'āwanū 'Alal-Ithmi Wal-'Udwāni. Surah Al-Maidah Ayat Ke-2. ―Dan bertolong-tolonglah antara kamu dalam perkara kebaikan dan ketakwaan dan janganlah kamu tolong menolong dalam perkara kejahatan dan permusuhan.
YB. Dato‘ Speaker, tahniah kerana dianugerahkan bintang kebesaran, Speaker. YAB. Dato‘ Seri Menteri Besar juga, tahniah. Yang Berhormat Exco-Exco, Adun-Adun samada kerajaan atau pembangkang, ketua-ketua jabatan, hadirin-hadirat yang dihormati sekalian. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB. Dato‘ Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian, berucap dan membahaskan bajet 2022 yang telah pun dibentangkan oleh YAB. Jeneri pada pagi kelmarin dan juga tahniah ini kali kedua kepada YAB. Jeneri dah bentang dah nampak elok sikit dari sebelum ini sebab dah ada pengalaman dan juga yang pentingnya saya nak ucapkan tahniah kepada pasukan yang menyediakan bajet di bawah Pejabat Kewangan Negeri kerana sepanjang saya berada di Dewan ini mereka tak pernah gagal, tak pernah berlaku bajet ditolak. Mereka adalah pasukan yang mempunyai pengalaman dan mungkin terdapat pegawai-pegawai yang khusus dan cukup professional dalam menyediakan bajet atau pengalaman yang lama sudah tentulah bajet ini yang sambung menyambung dan saya harap tidak ada apa-apa kebimbangan kalau berlaku tukar kerajaan pun, orang itu juga yang sedia bajet pun, kalau tukar MB pun orang tu juga! Pasukan menyediakan bajet ini cukup professional tanpa mengira siapa kerajaan, tanpa mengira siapa parti politik yang memerintah tanpa mengira sapa MB, mereka menjalankan tugas dengan cukup dedikasi yang akhirnya matlamat adalah untuk menjadikan kerajaan dapat memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan sebaik mungkin.
Kita dalam suasana yang ada sekarang, kita merasakan seolah-olah politik ini sepatutnya sudah stabil selepas melalui beberapa tempoh yang berlaku pertukaran di sana sini tapi akhirnya masih tak stabil juga sehingga masih berlaku di Melaka tukar lagi kerajaan dan kita terpaksa hadapi lagi pilihanraya dan ada negeri lagi duk cabar-mencabar, silap tak silap jatuh lagi satu, pilihanraya negeri satu lagi, dia boleh berlaku duk cabar, yang duk cabar ini sama-sama parti kerajaan pula tu, bukan pembangkang, pembangkang tu dah tak fikir dah nak kerajaan kalau kita duk kira nak hadapi satu pilihanraya, kalau kerap sangat tukar kerajaan sebenarnya dia menjadi kerajaan itu tidak cekap, tidak berkesan dan mengganggu pentadbiran. Itu sebenarnya kesan daripada pertukaran kerajaan dan kita juga berharap dan menunggu-nunggu satu akta anti-lompat, yang ini melibatkan semua yang ada ini ahli-ahli ini adalah ahli politik. Kita masih di peringkat nasional, peringkat parlimen antara pihak kerajaan dan pihak pembangkang dalam suatu MoU, bahawa satu akta anti-lompat akan digubal, akan diluluskan mungkin Insya-Allah pada masa hadapan akan menjadikan kerajaan itu cukup lebih stabil. Cuma persoalan yang timbul itu kadang kadang tu dia tak lompat tetapi dia tak sokong ketua kerajaan itu. Yang itu dia nak kategori macam mana tak tau, dia tak lompat parti itu tapi dia kata kami tak mau sokong. Dia masih kekal yang itu depa nak buat macam mana tak tahulah!
Tapi dari kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat ini kadang-kadang dia tu, dia tak boleh duduk sebelah pembangkang, dia kena duduk sebelah kerajaan bila-bila pun, yang itu ada juga, dia tukar juga! Jadi, kita harap isu politik ini dapat diselesaikan kalau yang menang, menanglah jadi kerajaan yang kalah, kalahlah! Terimalah hakikat bahawa rakyat tolak! Itu sebenarnya satu sikap yang perlu diamalkan oleh ahli-ahli politik dan parti-parti politik. Kalau menang, menanglah! Kalau kalah, kalahlah! Tunggu pilihanraya akan datang pula supaya tempoh lima tahun itu dapat digunakan dengan sebaik mungkin.
Seterusnya, kita masih lagi berada dalam suasana pandemik covid-19, masih lagi belum lagi diisytihar endemik dan ada cadangan nak keluarkan daripada pandemik kepada endemik tapi belum lagi diisytiharkan dan sekarang ini pun, jangkitan masih lagi turun dan sekitar 5,000 hingga 6,000 lagi, nak turun bawah 1,000 ini payah YB. Dato‘ Speaker, dia turun 4,000, dia naik 5,000 dia naik balik 6,000. Kita sudah pun masuk ke fasa yang keempat Kedah ini, fasa keempat fasa terakhir tapi masih lagi dalam zon pandemik lagi, tak bebas lagi! Kedah pun duduk dalam sekitar 400 orang sehari, masih lagi tak menurun angka itu. Ertinya dalam keadaan sekarang, banyak sektor-sektor telah pun dibuka. Apabila sudah dibuka, kita sedia maklumlah rakyat mula keluar, yang terkurung lama dia mula keluar, tapi SOP masih dikekalkan mungkin masih pakai pelitup muka, tapi dalam konsep nak buat ‗distancing‘ itu saya tak boleh Nampak berlaku sekarang, masalah distancing penjarakan bila dah ramai payah nak berlaku penjarakan. Jadi, beramai-ramai pergi melancong, pergi pasar-pasar, keluar sana sini, pergi restoran, makan dan sebagainya.
SOP itu sukar untuk dilaksanakan apabila melibatkan pihak ramai. Pada masa sekarang, kita masuk terutamanya kerajaan tak boleh nak tunggu sampai diisytiharkan bebas pandemik covid-19 baru nak mula buat pemulihan, sekarang ini dah mula pemulihan dah. Bila kita buka saja mula pemulihan. Jadi, peringkat pusat telah pun mengambil langkah-langkah pemulihan terutamanya melibatkan sektor-sektor yang terjejas teruk pelancongan, dan juga sektor-sektor perniagaan, perkhidmatan, restoran, makanan dan sebagainya. Jadi, kesan ekonomi terutamanya tempoh 2 tahun akibat pandemik covid-19 ini sangat besar. Kita mungkin ratusan billion kita hilang, kita rugi, kalau disebut pelancongan ada kenyataan yang saya baca tak silap saya adalah RM90 billion itu isu pelancongan saja yang terjejas itu tak kira lagi isu perkhidmatan, kehilangan pekerjaan 500 hingga 600 ribu orang daripada Kumpulan M40 turun jadi B40 juga ratus ribu yang turun. Pertumbuhan ekonomi jadi negative. Kalau dalam Pelan Pembangunan Kedah ini, yang Kedah sahaja, pertumbuhan ekonomi 2020 -1.7%, dah minus 1.7%.
Jadi, kesan sangat besar, oleh sebab itu di peringkat nasional ditubuhkan satu Jawatankuasa Khas Pelan Pemulihan Negara yang dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri yang lalu dan Jawatankuasa Khas ini dianggotai oleh pelbagai sektor bukan sahaja di pihak kerajaan tetapi di sektor-sektor swasta bukan parti kerajaan juga ada dalam jawatankuasa pemulihan ini kerana untuk memberi pandangan dan nasihat kepada kerajaan dalam tindakan. Ertinya kerajaan di peringkat nasional mengambil sikap terbuka untuk mendengarkan pandangan supaya pelan-pelan yang dibuat oleh kadar itu mengenai sasaran dan menyediakan satu strategi yang berkesan untuk keluar daripada krisis pandemik ini. Jadi, mereka telah mengadakan mesyuarat dan mengesyorkan banyak perkara di peringkat nasional. Saya nak ambil kesempatan di peringkat negeri ini, supaya kerajaan negeri saya syor dah, kerajaan negeri menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Pelan Pemulihan Peringkat Negeri, kerana peringkat negeri ini lebih rapat dengan akar umbi dengan rakyat yang mana jawatankuasa khas ini akan menasihati kerajaan dalam tindakan-tindakan dan kerajaan supaya mencapai sasaran yang dianggotai oleh bukan sahaja jentera kerajaan tetapi pihak swasta yang mewakili sektor-sektor pertanian, yang mewakili sektor-sektor perumahan, peniaga-peniaga dan juga Bahagian Pendidikan pun terkesan serta persatuan-persatuan ibu bapa supaya dapat membincangkan pelan pemulihan ini dan memberi pandangan dan segera kita dapat membuat pemulihan. Jadi, kerajaan akan dapat pandangan dan kami di pihak pembangkang sepertimana di peringkat nasional sedia untuk menyertai bersama sekiranya dijemput untuk jawatankuasa khas ini di peringkat negeri supaya sama-sama kita fikir satu isu bersama, isu rakyat.
Menyentuh tentang Bajet 2020, saya cuba meninjau tengok Bajet 2020 dan sempat saya catitkan iaitu kalau dari segi anggaran hasil 2020 adalah RM702 juta dan yang berjaya kita dapat kutip ialah RM620 juta dan tahun 2021, anggaran hasil ialah RM720 juta duk di peringkat RM700 juta lagi yang dapat kita kutip sehingga 11 November 2021 sepertimana ucapan YAB. Jeneri. Pada tahun 2022, RM725 juta kalau dilihat anggaran hasil ini, ianya sebenarnya lari tak jauh dalam masa 3 tahun dan masih lagi bersekitar RM700 juta dan kutipan kita pun masih lagi belum ada satu lonjakan dalam konteks hasil. Dalam konteks anggaran perbelanjaan juga, ia akan dikawal oleh anggaran hasil mungkin lebih, belanja mengurus RM759 juta (220), RM799 juta (221), RM815 juta (222). Dari segi belanja mengurus ini, selalunya ada defisit dah dia lebih daripada pendapatan tetapi dia duk meningkat defisit. Tahun 2020 deifisit kita 8%, tahun 2021 naik 11%, tahun 2022 ialah 12.4%, duk meningkat.
Walaubagaimanapun, menjadi kebiasaan kerajaan negeri sebenarnya tak seperti di nasional, dulu pun saya pernah sebutkan. Kita berbelanja mengikut kemampuan walaupun ada defisit, berapa pun defisit tetapi perbelanjaan masih dikawal mengikut kemampuan maksudnya masih dibawah daripada pendapatan sebenar kerana kita di peringkat negeri tak membuat apa-apa pinjaman, berbeza di peringkat pusat apabila dia bajet, memang dia nak belanja betul dan kalau tak cukup pendapatan sebenar dia akan buat pinjaman. Jadi, kementerian-kementerian di peringkat pusat, bila dia tengok ada bajet, dia siap untuk membelanjakan bajet itu macam mana pun mesti disediakan peruntukan jarang berlaku tak disediakan, kalau tak cukup dia akan masuk dalam pinjaman tapi kita kalau dilihat pada tahun 2021, kita hanya belanja RM469 juta, dengan pendapatan tahun 2021 sehingga 11 November 2021, RM631 juta. Oleh kerana pandemik, kita hanya belanja sebenarnya 58% sahaja daripada bajet yang diperuntukan. Kira-kira hampir separuh. Mungkin kerana pandemik dan saya tengok di sini ada saving dekat-dekat RM160 juta tak dibelanjakan pada tahun ini. Jadi, ianya menyebabkan simpanan kita meningkat sampai RM600 juta lebih yang kita dapat simpan.
Saya merujuk kepada ucapan YAB. Jeneri, para 148 hingga 154 yang saya rujuk, iaitu disebut keseluruhan jumlah anggaran mengurus campur pembangunan hutan dan juga bekalan air RM1.35 billon, ketiga-tiga itu. Ini sebenarnya tidak menganggu cuma saya nak buat pembetulan sikit di sini mungkin overlook saja tidak menganggu pembentangan bajet. Sebenarnya bukan RM1.35 billion tapi RM1.25 billion. Ketiga-tiga itu tidak boleh dicampur semua sekali sebab pada belanja mengurus itu ada RM104 juta itu dibawa masuk dalam pembangunan, kalau masuk yang itu RM100 juta dia kira dua kali, YB. Guar Chempedak faham lah sebab dia duk urus yang itu. Jadi, sebenarnya dalam belanja mengurus dia ada dalam B.07 muka surat 21 sebenarnya sumbangan daripada situ tu dia belanja dah masuk dah di pembangunan. Jadi, dia tak jadi dua kali dah, itu saja tapi tidaklah menyebabkan bajet ini nak perbetul kira-kira, ini ucapan saja, RM1.25 billion.
Yang kedua, pada para 1.30 peruntukan pendigitilan perkhidmatan kerajaan RM96.6 juta. Ini adalah satu proses yang berterusan dan masuk juga dalam Pelan Pembangunan 2035 iaitu satu langkah yang sampai masa dan cukup diperlukan supaya dipertingkatkan pendigitilan sistem pentadbiran kerajaan ini supaya lebih cekap dan mengikuti arus dunia yang ada sekarang ini dan mungkin banyak lagi ‗improvement‘ daripada masa ke semasa yang perlu dibuat. Mungkin RM96.6 juta ini mungkin permintaan itu mungkin lebih daripada ini, oleh kerana had yang ada.
Untuk meningkatkan kerajaan ini tidak dapat tidak, pendigitilan perkhidmatan ini perlu dibuat dengan lebih meluas lagi supaya sesuatu urusan pentadbiran itu dapat diurus dengan lebih cekap berbanding dengan urusan konvensional, tak payah lagi buka fail, pi cari data dia, tapi di hujung jari ada yang dapat tau dah maklumat itu. Macam di Pejabat Tanah terutamanyalah, bukan sahaja pembayaran sekarang, saya pun dah bayar pakai online dah, cukai tanah bayar online dah, lebih mudah sekarang ini, semua online dia akan menjadi lebih cekap tak payah lagi duk buka semak, begitu juga perkara-perkara lain tak payah pi buka fail, Pejabat Agama contohnya, kalau nak tau dia ni anak dara ka, janda ka, duda ka, sekarang itu boleh jawab, tak boleh sapa tipu dah lani, kalau sudah masuk dalam data lah, dia boleh check seberapa segera macam carian rasmi tanah lah, orang ini pun. Walaupun Dato‘ Speaker kata orang perempuan tak suka, suka tak suka ini peraturan, boleh semak!
Jadi, ini akan jadi lebih cekap, masjid, tau dah masjid ni apadia, sapa tok imam, fakta semua ada. Jadi, pendigitilan ini sebenarnya membantu urusan, kalau boleh pentadbiran kita di antara yang maju adalah Singapura yang maju dalam menggunakan teknologi ini dan baru ini saya kerap pi Shah Alam, pi tengok! Kadang kala bawa kereta, dia parking di sana, bukan pakai kupon, kita beli kupon di situ, kita pi sekali lama-lama kupon itu expired, berapa banyak dah kita susah. Sekarang ini kita pakai apps saja, kita letak saja kereta di situ, kita bayar pakai apps, jadi parking tak dak dah. Bila dia mai periksa ini, dia buka saja, nombor kereta ini ada tak dalam sistem. Kita di Kedah tak buat lagi. Jadi, ianya dah masuk dalam sistem. Itu cakap pasal parking lah, tak cakap pasal benda-benda lain, jadi sebenarnya banyak membantu, pentadbiran, pengurusan, urusan dengan rakyat, macam mana saya katakan yang lepas-lepas ini kita nak tambah rumah, dalam kawasan perumahan yang perlu kebenaran, buat plan hanya nak tambah itu sikit saja tapi tak boleh jawab segera, apabila ada sistem boleh jawab dah. Dia klik loan rumah ini, sekian dia tau dah rumah ini. Duduk macam mana rumah ini, adakah rumah ini ada title ka, ada kelulusan ka apa, dia tau dah kesemua. Jadi, pakcik tunggu sat, kami bagi surat jawapan tak payah tunggu lama. Kalau nak buat passport pun tunggu la tu dapat, dulu sebulan baru dapat sekarang la tu dapat! Pasal pendigitilan ini lah.
Jadi, saya amat berharap supaya peruntukan ini digunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan. Di antara perkara-perkara yang di sebut dalam ucapan adalah pada tahun 2021 kita tiada peruntukan khusus untuk bantu covid ini, ertinya kerajaan gunakan perbelanjaan luar jangka banyak juga iaitu RM32.4 juta, atas bantuan-bantuan yang disenaraikan di dalam peruntukan. Tapi covid masih berterusan setakat ingatan saya mungkin saya silap. Untuk tahun 2022 tak disebut, tang mana duduk bantuan covid itu, duduk di bawah yang mana? Dan berapa jumlahnya? Dulu kita guna luar jangka, kalau luar jangka ini bahaya juga, kalau mari banjir besar,
guna luar jangka juga lah! Luar jangka ini satu benda tapi bantuan covid ini kita dah tau dah kena sedia untuk covid. Sekarang masih lagi ada keperluan, yang itu saya nak tanya juga lah di mana duduk dan berapa sebenarnya anggaran peruntukan untuk mangsa-mangsa covid ini. Bantuan-bantuan covid ini untuk 2022.
YB. Alor Mengkudu ada 15 minit lagi.
Terima kasih. Saya kena percepatkan lah! Di antara perkara-perkara yang saya nak bangkitkan juga yang mungkin sekarang tak boleh masuk adalah mungkin masa hadapan yang boleh difikirkan juga. Tadi ada sebut pasal jalan mini tar di kawasan-kawasan Mada, kita kerajaan saya lihat mula memikir, ini aduan daripada orang ramai! Saya pun banyak tempat saya pi tengok, dia sekarang ini kita buat jalan mini tar dalam bendang, kampung mungkin kurang masalah, dalam bendang dia ada mini tar masuk, mini tar dia lalu atas tanah sendirian, atas tanah kerajaan, ianya tidak ada rizab, orang duk buat duk bertambah di dalam. Tiap-tiap rumah ada sebiji dua biji kereta itu biasa lah! Mini tar itu boleh lalu satu saja. Jadi, dia duk banyak dah di dalam itu, yang menggunakan jalan utama. Ini mini tar itu macam jalan utama mini tar, yang masuk rumah-rumah kita tak kira lah! Dan tuan-tuan yang tanah di tepi mini tar ini, bila nak bersih tanah dia duk cangkul jalan itu. Lama-lama jalan itu duk koi sempit. Ada kes yang diminta yang ini difikir yang ini sampai ke peringkat kena ‗aquire‘ dah tanah ini. Kereta duk banyak dalam itu. Jadi, ini masalah yang sedang dihadapi dan apabila kita nak perluaskan oleh pihak ICU, nak minta kerajaan dia tak nak bagi, dia tanah depan mungkin duk tang lain, dia tak duk di dalam. Kes macam ini banyak berlaku. Trafik, kereta bertambah banyak, jalan tak boleh selisih, jalan yang sempit pun bertambah sempit. Jadi, bila bubuh tar, bubuh sampai di rubin, tar itu sampai luruh jatuh jadi akhirnya jalan itu akan menjadi masalah kepada pengguna. Jadi, mungkin selepas daripada ini, ada mungkin jalan-jalan tertentu yang menghadapi masalah ini perlu di ambil perhatian. Sampai pukul berapa YB. Dato‘ Speaker.
10.55 pagi!
10.55 pagi, ok! Isu alam sekitar, minggu lepas kita mungkin di Malaysia ini tak berapa ambil berat alam sekitar kerana mungkin tak berapa terasa sangat, industri kita masih lagi belum cukup besar dan kepadatan kita tak setinggi negara lain seperti India dan China. Isu alam sekitar ini adalah isu yang sangat global dan sangat menarik perhatian ketika ini. Minggu lepas satu persidangan perubahan cuaca, ‗climate change conference‘ yang dianjurkan oleh United Nations di Glasglow yang dipanggil COP 26 baru sahaja tamat kelmarin dulu di mana perbincangan mengenai ‗climate change‘ ini adalah perbincangan yang dilihat bahawa ancaman kepada dunia ataupun kesan kepada dunia secara global ini sangat besar. Ada negeri-negeri akan tenggelam oleh kerana paras air naik dan kita pun tidak terkecuali di pantai kita, laut kita kalau tiada Ban Mada, sebenarnya air dah lepas masuk dah dalam bendang kita ini. Air laut sudah lebih tinggi daripada daratan. Alor Setar ini sudah pun dibawah paras air sebab itu di dalam tempoh 23 tahun lepas satu projek telah pun dibuat saya ingat sekitar RM40 juta terpaksa di ‗pump‘ kan air apabila paras tinggi iaitu Sungai Raja dan di permukaan di depan Hospital Lama dan dibuat satu terusan yang lebih besar, kalau tidak Alor Setar ini, Pekan Rabu, Derga dan semua di situ tenggelam. Kemudian, ada cadangan lebih daripada 10 tahun lepas, sekitar dalam RM200 juta supaya ditambah baikkan konsep untuk mengepam ini sebab masih lagi terdapat kawasan-kawasan di sungai-sungai itu terus secara langsung tanpa ada ‗gate‘ seperti di Tanjung Bendahara yang baru ini tenggelam, air sungai naik, taman-taman di situ tenggelam, tiada ‗gate‘. Begitu juga di sebelah Wan Mat Saman, mana ada ‗gate‘ dia ‗direct‘ masuk. Bila paras naik, tenggelam. Bila paras laut naik, terpaksa kita tutup empangan, air nak turun tak boleh sebab paras laut lebih tinggi maka paras sungai akan naik, air sungai akan masuk ke tempat rendah. Jadi, sudah ada satu cadangan untuk menyelamatkan Alor Setar ini lebih kurang RM200 juta, dulu puluh tahun dulu dah bincang tetapi kerana ini perlu peruntukan daripada Kerajaan Pusat. Tapi sekiranya berterusan dan tidak diambil satu tindakan, rakyat ya lah, rumah taman ini air masuk banyak, dia masuk sikit pun cukuplah. Malam dia masuk, lepas itu dia turun. Masuk ini, kita sebagai wakil rakyat nak pi jenguk tak berapa berani lah, dengan kita-kita dia marah. Dia bukan kira kerajaan kata kerajaan, air masuk rumah ini, dia kata duk buat apa wakil rakyat ini? Kita nak buat apa, air masuk dalam rumah. Jadi, saya nak ambil perhatian kepada kerajaan tengok balik kes isu…(YB. Kubang Rotan mencelah)
Terima kasih YB. Alor Mengkudu, YB. Dato‘ Speaker. Berkenaan dengan ‗climate change‘ ini yang disebutkan oleh YB. Alor Mengkudu. Sememangnya kita tahu bahawa kita masih ketinggalan di peringkat negara kita Malaysia dan juga peringkat negeri. Apakah peranan pihak kerajaan mungkin Alor Mengkudu bersetuju ataupun tidak, berkenaan cadangan iaitu kita tahu ‗climate change‘ ini seorang anak iaitu Greta Thunberg yang berumur 16 tahun berasal dari Sweden, yang bergerak satu dunia untuk berjumpa dengan semua pemimpin-pemimpin dunia memperjuangkan ‗climate change‘. Jadi, setakat mana pihak kerajaan negeri untuk melihat sejauh mana perjuangan ‗climate change‘ ini untuk dibincangkan di peringkat sekolah lagi ataupun ‗leadership program‘ berkenaan dengan Youth Climate Ambassadors (YCA) Leadership Program yang mana pernah diadakan di negara-negara luar tapi mungkin di negara kita belum lagi. Adakah di pihak kerajaan negeri ini untuk memastikan bahawa kita ada satu pendidikan untuk anak-anak di sekolah dan bagaimana kita cuba memberi ‗educate‘ kita punya masyarakat ataupun komuniti di peringkat kawasan-kawasan Dun dan sebagainya untuk melihat bahawa yang ini cukup penting sebab itu UUM telah mengadakan program tersebut.
Terima kasih. Saya bersetuju bahawa kesedaran ini perlu menyeluruh tapi di Malaysia ini masih kurang berbanding dengan rakyat negara lain dan kalau negara kita sangat berkaitan rapat dengan hutan sebab itu saya tanya soalan kes hutan itu. Kita di Kedah ini ada 36% hutan, 1/3 hutan di Kedah.
Selain daripada kita simpan hutan untuk bekalan air, pertanian, minuman dan Mada sebenarnya masih perlu 30% lagi sebab tanam dua kali kepada bekalan daripada empangan. Ianya tidak cukup. Ertinya isu mengenai hutan ini adalah isu yang sangat serius walaupun saya tengok peruntukan kecil sebab itu perlu ada satu kaedah indeks dan perlu kesungguhan dalam menjaga hutan ini sebab kesannya itu sangat besar dan kita sedia maklum hutan ini bukan sahaja air tapi dia membekalkan oksigen daripada hutan itu sebab itu dunia ini sangat bimbang apa sahaja yang berlaku di Brazil, amazon itu, dia kira nak ambil hasil tapi kesannya pada dunia. Jadi, saya sangat bersetuju supaya kerajaan tak putus asa sepertimana kerajaan berjaya dapat selesaikan potong pinjaman air RM700 juta lebih, hutan ini kerajaan pusat kena subsidi kepada kita sebab tiada pilihan YB. Jeneri. Kalau letak RM100 juta pun, RM200 juta sebab kut mana pun hutan ini perlu dipelihara tak dak pilihan, dan juga kita perlu pelihara juga makanan yang ada di Mada.
Jadi, ini pada tahun 2019 di bawah YB. Jitra, kita dapat RM200 juta tapi dapat ‗one off‘. Sepatutnya RM200 juta tiap-tiap tahun kena bagi kepada Kedah ini. Kalaulah sekiranya kita dapat RM200 juta seronok jadi kerajaan. Daripada RM700 juta jadi RM900 juta, banyak benda yang kita boleh buat jenuh juga lah dengan keadaan Kedah ini. Jadi, yang ini mesti daripada gaduh dengan Pulau Pinang, kita kira dengan Pusat, YAB. Jeneri tak apa lah nak berkelai, berkelai pi lah! Jadi, yang ini sebenarnya patut sangat dan telah diberi cuma nak tiap-tiap tahun saja RM200 juta bagi kat kita. Ada 3 minit lagi! Saya nak bangkit seterusnya adalah mengenai Sekolah Kebangsaan Bukit Meriam, ini pendidikan, Exco Pendidikan pun tau dan Adun Pantai Merdeka pun tau. Mereka panggil saya sebagai ketua pembangkang, mungkin mereka hilang nak mengadu kat sapa, mereka panggil saya. Wakil ibu bapa ini, saya pun kenal mereka. Mereka ini pun bukan parti saya, parti kerajaan. Hampa mengadu kepada kerajaan lah, parti hampa. Depa kata ―tak payah pi lah pasal dah cakap dengan Dato‘ Ketua Pembangkang, minta tolong bangkit sat. Sekolah Kebangsaan Bukit Meriam ini ditutup, ada 147 orang pelajar nak kena pindah di satu sekolah 7km daripada situ. Jadi, mereka ini menghadapi satu kesusahan maklumlah nak kena pi hantar, budak-budak itu pi jalan kaki ke sekolah, lepas ini tak boleh jalan kaki dah! 7km jauh! Saya nak katakan mereka itu betul ka tak betul, saya tak kiralah hujah itu, saya pun tak dengar di pihak kerajaan macam mana hujah tetapi mereka sebenarnya tidak convince YAB. Jeneri dengan alasan kerajaan itu sebab apa pindah itu. Mereka tidak convince, ini mungkin satu kaedah bagaimana nak mengendalikan masalah rakyat dan penjelasan-penjelasan yang diberi itu kena cari satu penyelesaian yang agak baiklah bagi mereka.
Saya sebenarnya bersedia juga kalau YAB. Jeneri nak dengar apa hujah daripada JKR ini sebenarnya puncanya daripada JKR. JKR kata bukit itu tak selamat. Sekolah ini 100 tahun lebih dah, depa kata batu seketul saja dengan pokok tumbang tak kan terus tak selamat kut! Duk 100 tahun lebih dah dan sekolah baru pernah dibuat di tepi itu. Dulu tak fikir ka sekolah itu, baru buat saja! Saya sebenarnya nak juga dengar juga hujah yang kata tak selamat itu macam mana? Kajian-kajian JKR! Kalaulah terpaksa pindah pun, berapa lama nak pindah kena jawab kepada mereka. Sekolah baru ada juga cadangan nak buat bila. Jadi, dia banyak soalan yang mereka bangkit, yang kerajaan sebenarnya ini masalah nak uruskan isu rakyat lah dan kalaulah sekiranya mereka terpaksa pi juga, perbelanjaan mereka akan meningkat! Daripada dia tak kena duit, dia dengan ada 2, 3 anak, dia nak kerja, nak pi hantar, nak pi ambil, isu ini nak kena selesai kalau terpaksa juga lah! Saya pun bersedia juga untuk melihat kalau tidak ada halangan daripada kerajaan untuk berhubung dengan JKR, ini bukan ada rahsia teknikal apa pun, ini nak lihat dari segi teknikal sebenarnya sebab apa yang jadi tak selamat, takat mana kajian itu.
Adakah ada jalan penyelesaian untuk jadikan ianya selamat dan kosnya berapa? Jadi, itu saja yang saya nak bangkit tanpa saya menyatakan satu keputusan itu betul atau tidak betul, kita tak tau sebab baru dengar sebelah pihak! Tapi saya bawa ke sini. Jadi, saya nak menepati masa supaya YB. Dato‘ Speaker, walau ada satu dua lagi, tapi tak apa lah kut bagi rakan-rakan lain akan bangkit isu-isu. Terima kasih YB. Dato‘ Speaker, terima kasih kepada semua.
Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih sangat-sangat kepada YB. Alor Mengkudu dikira mematuhi masa. Silakan YB. Sungai Limau. 40 minit juga!
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillah Rabbil Alamin Wabihi Nasta'in A‘la Iyaumiddin Asyhadualla‘ Illa‘ha Illa‘Allah Wa‘asyhadu Anna‘muhammadan Abduhu Wa Rasuluh Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Alihi Wasahbihi Ajma'in Amma‘Baq.
Saya juga ingin ambil ayat yang dibacakan oleh YB. Alor Mengkudu tadi, Yang Berhormat Dato' Speaker firma Allah swt. Wa-Ta'āwanū 'Alal-Birri Wat-Taqwā, Wa-Lā Ta'āwanū 'Alal-Ithmi Wal-'Udwāni. Sadakallahul Azim. Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong dalam perkara yang membawa kepada dosa dan permusuhan.
Terima kasih kepada YB. Dato‘ Speaker yang beri peluang saya untuk berbahas atas pembentangan bajet yang telah pun dibentangkan oleh Amat Berhormat Dato‘ Seri Jeneri kelmarin kepada kita untuk Bajet 2022, Kerajaan Negeri Kedah. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan dalam ucapan perbahasan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada YAB. Jeneri, YB. Dato‘ Speaker, Yang Berhormat Exco dan juga ketua-ketua jabatan yang telah pun diberikan anugerah darjah kebesaran oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang bawa gelaran Dato‘ Seri kepada Yang Amat Berhormat Jeneri dan kepada Yang Berhormat Dato' Speaker dan juga Exco yang telah pun diberikan anugerah serta ketua jabatan.
YB. Dato‘ Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan dan semua sidang hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian. Bajet yang telah pun dibentangkan kepada kita kelmarin YAB. Jeneri, kami merakamkan ucapan tahniah mewakili backventures daripada kerajaan atas kemampuan yang mempersembahkan bajet yang komprehensif dan menyeluruh, langkah perlu yang diambil oleh pihak kerajaan bagi menghadapi pasca covid pada tahun 2022. Kita juga merakamkan ucapan penghargaan kepada seluruh pegawai-pegawai yang terlibat dalam merangka bajet ini yang sudah pasti bajet yang mempunyai tiga teras dan kita yakin ianya akan membantu memberi impak yang terbaik khususnya dalam membangunkan negeri dan juga mensejahterakan rakyat Negeri Kedah dengan teras yang pertama pemangkin dan pemulihan ekonomi, teras kedua peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat, teras yang ketiga pendigitalan perkhidmatan dan kecekapan tadbir urus. Insya-Allah ketiga-tiga teras ini bukan hanya dijadikan sebagai bahan bacaan untuk pertuturan tetapi ia menjadi sebagai satu panduan kepada kita semua dalam melaksanakan agenda bajet yang telah pun dibentangkan kelmarin oleh YAB. Jeneri.
Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada YB. Alor Mengkudu, Ketua Pembangkang yang dalam perbahasan beliau tadi kita melihat seolah-olah semua yang dibentangkan oleh pihak kerajaan ini mempunyai asas yang baik, pembahagiannya dari sudut belanja mengurus, dari sudut belanja pembangunan, pembangunan hutan dan sebagainya. Inilah yang telah pun diberikan beberapa alasan sokongan oleh ketua pembangkang. Saya di pihak beckventures kita rakamkan ucapan terima kasih dan bila ketua dah bagi satu kredit yang terbaik kepada kerajaan dan mungkin rakan-rakan yang lain di pihak pembangkang juga akan melakukan perkara yang sama dan saya pun mungkin 40 minit yang diberikan oleh YB. Dato‘ Speaker itu saya tak kan gunakan secara maksimum sebab semuanya dah dipersetujui oleh Ketua Pembangkang.
YB. Dato‘ Speaker, dalam pembentangan bajet kelmarin YAB. Menteri Besar telah pun bentangkan kepada kita suatu prestasi pendapatan negeri yang pada 11 November telah pun mencapai 87% dan saya yakin kita masih lagi ada tempoh sebulan setengah untuk kita kejar anggaran yang telah pun kita tetapkan RM720 juta untuk 2021 mungkin kita tak mampu untuk mencapai keseluruhan tetapi kalau mencapai lebih ataupun 90%, ia juga merupakan satu pencapaian yang terbaik yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan pencapaian ini juga bukan kerja Menteri Besar dan Exco secara berseorangan tetapi kerana kesepaduan kerja antara kepimpinan negeri dan pegawai tadbir yang turut sama melaksanakan tugas, tanggungjawab sehinggalah kerajaan negeri mencapai apa yang telah pun diperolehi pada hari ini.
Maka kita melihat gandingan yang mantap antara kepimpinan negeri dan juga pegawai tadbir, saya simpulkan dan nak senaraikan di sini 10 perkara yang kita boleh banggakan sepanjang tempoh 2021 yang masih lagi kita berada pada tahun ini.
Yang pertama, kutipan hasil yang menghampiri dan boleh lebih daripada 90% Insya-Allah pada penghujung tahun 2021. Yang kedua, jumlah pelaburan di Kedah yang tertinggi berbanding negeri-negeri yang lain, dalam tempoh 6 bulan 2021 ini kita telah pun memperolehi pelaburan berjumlah RM43.6 billion seperti data yang telah pun direkodkan di MIDA.
Yang ketiga, di saat pandemik covid yang dihadapi oleh rakyat, kerajaan negeri menyediakan bantuan kepada rakyat yang dilaksanakan di PKOB – Pusat Kawalan Operasi Bencana di peringkat daerah-daerah dan seluruh negeri yang telah pun mampu untuk membantu dan meringankan bebanan rakyat yang berhadapan dengan faktor ekonomi ataupun kesihatan serta program pemulihan yang dilaksanakan oleh kerajaan sepanjang tempoh pandemic covid.
Yang keempat, prestasi bayaran baucer yang telah pun disebutkan oleh pihak Yang Amat Berhormat kelmarin kurang daripada 14 hari yang menunjukkan kestabilan kewangan negeri dan juga kecekapan pegawai dalam melaksanakan tugasan.
Pencapaian yang kelima, rizab kerajaan negeri yang mencecah RM660.31 juta merupakan satu pencapaian yang tertinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Yang keenam, kedudukan hutang negeri yang terendah hanya RM701.49 juta selepas penstrukturan hutang dan pemindahan asset kepada PAAB.
Ketujuh, pemberian projek melalui cabutan undi melibatkan 1,598 projek bernilai RM145 juta menjadi tanda aras ketelusan dan juga kecekapan pentadbiran negeri.
Yang kelapan, menyelesaikan isu bekalan air dengan projek menaiktaraf 5 loji rawatan air yang dalam peringkat pelaksanaan setelah ia tertangguh sebelum ini.
Yang kesembilan, meneruskan projek berimpak tinggi dan menyelesaikan banyak isu-isu teknikal yang berkaitan projek-projek bersangkutan.
Yang kesepuluh, melancarkan Pelan Pembangunan Kedah 2035 dengan tema Kedah Sejahtera dan Berdaya Huni.
Ini 10 perkara yang menunjukkan beberapa pencapaian dan kita yakin banyak lagi yang dapat kita perolehi ataupun kita dapat ambil daripada pembentangan bajet yang dikemukakan oleh YAB. Jeneri kelmarin.
Sidang hadirin, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Tuan-Tuan, Puan-Puan yang dikasihi sekalian, suka untuk saya memulakan perbahasan selepas daripada menyebut 10 pencapaian yang telah pun dicapai oleh negeri kita dalam pembentangan yang telah pun dikemukakan kelmarin. Saya ingin menyentuh tentang satu perkara yang telah pun disebut oleh YAB. Jeneri iaitu Pelan Pembangunan Kedah 2035. Yang Berhormat Dato‘ Speaker kita melihat bahawa Pelan Pembangunan Kedah 2035 ini adalah juga merupakan suatu usaha dan juga mempunyai hala tuju jelas kepada pentadbir seluruh rakyat apa yang akan kita usahakan dalam tempoh 15 tahun yang akan datang dengan misi mentransformasikan pembangunan ekonomi negeri dengan mengambil kira faktor ekonomi rakyat dan alam sekitar ke arah sebuah negeri yang berpendapatan tinggi melalui pembangunan ekonomi yang holistik serta berpadanan dengan eko-sistem sosial budaya dan agama menjelang 2035. Inilah misi yang telah pun diletakkan dalam kerangka Pembangunan Kedah, Pelan Pembangunan Kedah 2035 dan kita yakin usaha ini dengan dirangka dengan 6 teras di bawah 3 tema iaitu tema ekonomi, tema rakyat dan tema alam serta mempunyai 6 objektif yang utama.
Izinkan saya untuk membacakan keenam-enam objektif tersebut. Yang pertama meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui eko-sistem perniagaan dan industri yang komprehensif. Kedua, memperkasakan penyediaan infrastruktur, utiliti dan kemudahan asas kepada rakyat. Ini juga sedang dilaksanakan antaranya projek menaik taraf 5 LRA. Ketiga, menerapkan nilai budaya dan hubungan sosial di kalangan masyarakat majmuk. Yang keempat, meningkatkan kecemerlangan modal insan dikalangan melalui pembentukan dan pembangunan masyarakat secara menyeluruh. Yang kelima, membentuk budaya kerja kelas pertama di kalangan penjawat awam. Yang keenam, memperkasakan pertumbuhan Pembangunan Lestari dan mampan. Ia merupakan objektif yang kita yakin usaha ini hanya mampu untuk dicapai untuk dicapai apabila keseluruhan pegawai-pegawai tadbir, keseluruhan pentadbir-pentadbir dikalangan ahli-ahli politik dan masyarakat serta rakyat seluruhnya memberikan kerjasama penuh dalam kita merealisasikan hasrat Kedah Sejahtera Berdaya Huni.
YB. Dato‘ Speaker, kami amat yakin di peringkat di peringkat Adun-Adun Kerajaan dengan misi serta strategi dan inisiatif yang telah pun dirancang untuk memastikan bahawa perancangan ini dapat dicapai dan saya boleh ambil sebagai satu contoh antara teras satu kemakmuran ekonomi. Sasaran yang telah pun di sebut dalam buku Kedah 2035 ini untuk kemakmuran ekonomi. Yang pertama, sasarannya ialah ada enam inisiatif utama, ada 4 strategi, sasaran yang pertama 55% pertumbuhan KDNK setahun.
Kedua, RM10 bilion pelaburan masuk setahun, alhamdulillah untuk tahun ini dalam tempoh separuh tahun kita telah pun mencapai RM43 bilion, kita telah pun melebihi anggaran ataupun sasaran dan kita mengharapkan pada tahun-tahun yang hadapan, paling kurang minimum RM10 billion pelaburan yang masuk dalam Negeri Kedah.
Yang ketiga, yang ingin dicapai 8 juta kemasukan pelancong menjelang tahun 2035. Pandemik Covid ini menjejaskan pelancongan kita dan kita mengharapkan dalam tempoh kehadapan 2022 apabila penyakit ini semakin berkurangan, sektor ekonomi, sektor pelancongan kembali di buka kita perlu ada satu garis panduan, usaha yang jitu dan sistematik bagi memastikan bahawa pelancong menjadikan Malaysia ataupun secara lebih khusus Negeri Kedah sebagai tempat untuk mereka lawati dan mencapai 8 juta menjelang 2035 dan yang keempat 20% kawasan penanaman padi dijalankan secara estet. Kita tidak meminggirkan padi yang menjadi asas kepada sumber ekonomi kebanyakan rakyat di Negeri Kedah. Inilah beberapa contoh dan teras satu yang kita boleh lihat dalam buku yang telah pun dibekalkan dan kita rak amkan ucapan terima kasih kepada BPEN Bahagian Perancang Ekonomi Negeri yang telahpun membentangkan kepada seluruh Adun-Adun termasuk juga Adun-Adun Pembangkang cuma yang hadir pada hari tersebut ialah ketua pembangkang yang lain mungkin kerana keuzuran tapi inisiatif yang baik yang telah pun diambil oleh pihak BPEN untuk memberi faham bukan hanya kepada pegawai-pegawai tadbir tetapi juga kepada ahli-ahli politik supaya apa yang dirangka ini ia akan merentasi siapa sahaja yang menjadi kerajaan cuma kita mungkin kalau nak memperbaiki pada masa-masa yang akan datang melalui hasil daripada kajian-kajian ataupun perkara-perkara yang perlu untuk diperbaiki pada masa yang akan dating.
Oleh itu, saya harapkan kepada kita semua khususnya ahli-ahli politik dan pegawai-pegawai untuk peka dengan apa yang telah pun dirancang di peringkat kerajaan negeri dan Pelan Pembangunan Kedah ini merupakan suatu yang perlu untuk sama-sama kita berikan sokongan dan Bajet 2022 merupakan bajet yang menyokong kepada usaha, kepada Pelan Pembangunan Kedah 2035. Inisiatif serta perancangan kerajaan negeri dan yang dibentangkan dalam bajet ini, Insya-Allah akan menjadi pemacu kepada perancangan Kedah 2035 dan kami rakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) yang menjadi urusetia induk yang bertanggungjawab melaksana dan memantau pelaksanaan Pelan Pembangunan Kedah 2035. YB. Dato‘ Speaker…(YB. Jitra mencelah)
YB. Dato‘ Speaker, saya ingin bertanya kepada YB. Sungai Limau adakah YB. Sungai Limau sedar bahawa Ahli-Ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang ini tidak dimaklumkan ataupun kalaupun dijemput diberikan notis yang terlalu pendek untuk menghadiri penerangan mengenai perancangan Kedah 2035 sepertimana yang disebutkan bukannya kami tidak hadir dengan alasan uzur dan sebagainya.
Baik! Terima kasih kepada Yang Berhormat Jitra, mungkin perkara tu sebab yang hadir YB. Alor Mengkudu, ketua pembangkang hadir dan kita pun tak tahu alasan daripada yang berhormat-yang berhormat tak hadir dia sebab tulah saya kata uzur Bukan saya kata sebab saja-saja nak boikot atau sebagainya.
YB. Dato‘ Speaker, untuk makluman YB. Sungai Limau kami menerima notis sehari tak sampai 24 jam untuk hadir ke taklimat tersebut. Saya rasa kerajaan perlu ikhlas untuk jemputan pada masa akan datang. Terima kasih.
Baiklah kita yakin perkara itu akan diambil tindakan yang sewajarny. Terima kasih kepada Jitra dan juga kepada Kota Darul Aman. Dalam membahaskan bajet teras kedua peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat. Kelmarin kita mendengar banyak inisiatif dalam langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan negeri dalam meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat. Saya juga pada pagi ini menyambut baik perkara yang telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Jeneri iaitu hasrat kerajaan negeri untuk tak memperbaharui lesen premis judi dan juga menghadkan jualan arak pada tahun 2022. Maka kita melihat ia merupakan satu langkah yang baik bahkan langkah yang amat baik diambil oleh pihak kerajaan dalam memastikan bahawa kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat dapat kita maksimumkan.
Firman Allah swt. di dalam al-quran yang semua kita pernah dengar Auzubillahiminashaitanirajim. Yā ayyuhallażīna āmanū innamal-khamru wal-maisiru wal-anṣābu wal-azlāmu rijsum min 'amalisy-syaiṭāni fajtanibụhu la'allakum tufliḥụn.
Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya ara,k judi dan penyembahan serta tenung nasib merupakan najis daripada amalan syaitan maka hendaklah kamu jauhi moga-moga kamu menjadi orang-orang yang berjaya.
Inilah hasrat yang saya kirim didambakan oleh seluruh mereka yang beriman untuk sama-sama kita memastikan bahawa minuman arak dan judi ini yang membawa pelbagai jenis masalah sosial dan juga jenayah di kalangan masyarakat kita dapat kita atasi dengan langkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan khususnya tidak meneruskan untuk renew dengan izin lessen-lesen premis dan juga premis judi pada tahun hadapan. Pernah dulu saya berbahas ataupun bersama-sama Dengan Bakar Arang berada di sebelah sana sama-sama kita meminta kepada pihak kerajaan pada waktu itu untuk menghadkan aktiviti ataupun aktiviti perjudian dan juga arak ini kerana ia melibatkan masalah sosial dalam negara kita. Silakan YB. Bakar Arang! (YB. Bakar Arang mencelah)
Terima kasih YB.Sungai Limau! Terima kasih YB. Speaker. Saya sendiri pun tak judi dan saya pun tidak berapa suka dengan judi malah saya pada penggal yang lepas bersama-sama dengan rakan-rakan dan bersama dengan PAS juga, kita di sini. Sayalah yang paling lantang dan ke depan untuk membantah judi haram yang berada di dalam Kedah ini dan masa itu lah kita membantah kerajaan BN pada masa itu yang mengeluarkan lesen hiburan keluarga kepada pengusaha judi haram yang beroperasi, bertopeng dengan lesen hiburan. Akan tetapi keputusan yang diumumkan oleh Menteri Besar semalam yang ingin mengharamkan premis loteri ataupun nombor ekor, Toto ka Magnum ka, yang berada di Kedah yang berlesen ini. Saya anggap ini satu keputusan yang kurang baik, dan tidak baik sebab ini hanya akan menguntungkan pengusaha-pengusaha judi haram sahaja sebab apa saya kata macam ini sebab sehingga sekarang kerajaan tidak mampu untuk menyelesaikan.
Nak berbahas ka nak tanya?
Mencelah kan! Bagi pandangan kan! Boleh?
Ohh..panjang dah tu.
Saya habiskan secepat mungkin boleh?
Ya..sila! Sila!
Saya rasa ini hanya menguntungkan lesen judi haram sahaja sebab bila mereka tidak ada tempat untuk yang berlesen, yang sah pada undang-undang di Malaysia dan sudah 30 hingga 40 tahun sudah ada di Malaysia dengan sah dan hanya untuk pelanggan non muslim sahaja, ini kedai-kedai premis yang berlesen ini dan hanya i think tak lebih 30 atau 40 unit sahaja di Malaysia sejak tahun 1985, tidak ada pertambahan lesen baru untuk kedai nombor ekor ini, dan padahalnya untuk judi haram ini, pelanggannya kita sama-sama tau lah bukan sahaja non muslim yang beli, semualah kita pun tau dulu kita banteras judi haram itu banyak muslim juga yang kunjung. Saya rasa itulah yang kurang cerdik untuk kita haramkan sesuatu yang di undang-undangkan. Terima kasih.
YB. Sungai Limau, teruskan perbahasan!
Terima kasih YB. Bakar Arang!
Soalan saya! Sat saja!
Tanya soalan saja! Ya..baik!
YB. Speaker, saya mohon YB. Sungai Limau bila YB. Sungai Limau kata menyokong apa yang dicadangkan oleh kerajaan. Saya difahamkan kerajaan membuat keputusan sebab judi ini menjadi punca keruntuhan institusi keluarga. Adakah data-data tersebut, boleh minta YB. Sungai Limau dapatkan persoalan tersebut dan kita perlukan data untuk kita tunjukkan mana yang sebenarnya pengaruh. Adakah judi haram yang disebutkan oleh Bakar Arang ataupun judi-judi yang lain yang kita dapati? Sebenarnya, judi ini banyak termasuk judi e-game dan sebagainya dan banyak lagi. Jadi, pohon Sungai Limau minta data tersebut.
Terima kasih kepada YB. Bakar Arang, terima kasih kepada YB. Derga yang minta data-data. Tadi, saya bacakan ayat al-quran yang merupakan perintah daripada Allah saya yakin Pengkalan Kundor, saya yakin Kubang Rotan saya yakin dengan Jitra dan semua setuju dengan saya bahawa judi ini merupakan perkara yang Allah Subhanahu Wa Ta'ala haramkan dan ini merupakan satu perkara yang ingin dilaksanakan oleh pihak kerajaan pertamanya mungkin kita sebut masalah-masalah yang lain isu-isu sosial dan berbangkit tetapi asasnya untuk mendapat pahala adalah dengan melaksanakan sesuatu perkara itu kerana perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Jadi, saya mengajak kepada semua adun-adun yang mungkin yang semualah yang menyokong tindakan kerajaan negeri ini untuk sama-sama kita bangun bagi kita melahirkan kejituan kita dalam usaha untuk Al-Amru Bil Ma'ruf Wan Nahyu Anil Mungkar. Baik, terima kasih. Pengkalan Kundor pun dah bangun, Kubang Rotan pun dah bangun, rata-rata Adun pun dah bangun!
YB. Sungai Limau, nak bagi pencelahan tak?
Tadi saya cadang pendek saja nak berucap nih. Silakan YB. Jitra!
Saya nak ucapkan tahniah kepada Sungai Limau dan juga Kerajaan Negeri Kedah di atas pengumuman yang dibuat semalam. Saya ingin bertanya, adakah kerajaan negeri berhasrat untuk terus menghubungkan sahaja bawah Negeri Kedah Darul Aman ini adalah Negeri Islam hanya untuk masyarakat muslim sahaja?
Kita sebagai sebuah negara masyarakat majmuk dan perkara itu menjadi asas dalam perlembagaan negara kita juga negeri kita. Saya tak pastilah kalau ada judi ini dibolehkan oleh agama-agama yang lain ataupun masyarakat yang bukan Islam merasakan judi ini baik untuk mereka sedangkan kita semua sedia maklum bahawa ia merupakan satu perkara yang diakui oleh semua dalam sosialnya akibat jenayahnya yang boleh berpunca daripada perkara-perkara yang kita sebutkan tadi. Jadi, tadi pun saya dah berikan jadi YB. Derga, YB. Kota Darulaman nanti boleh bertanya kepada Exco yang terlibat dalam jawapan nanti.
Saya hanya ingin membahaskan apa yang telah pun disebutkan oleh YAB. Jeneri daripada, kelmarin kita menyambut baik usaha ini dan kita mengharapkan seluruh rakyat Negeri Kedah juga menyambut baik perkara ini menjadikan Kedah sebuah negeri yang bebas judi. Tujuan kita untuk meningkatkan kualiti hidup dan juga kesejahteraan rakyat seluruhnya. (YB. Kota Darulaman mencelah)
YB. Tuan Speaker!
YB. Derga dan YB. Kota Darulaman, setiap Adun ada diperuntuKkan masa yang sesuai. Saya harap dapat peruntukan masa itu untuk berbahas.
YB. Speaker, yang ini masanya untuk kita berbahas di Sidang DUN.
Ya.. ini saya pulangkan balik kepada YB. Sungai Limau. YB. Sungai Limau bagi dak?
Terima kasih YB. Speaker, nanti masa YB. Derga, YB. Kota Darul Aman boleh bahas insya-allah kita amat terbuka untuk mendengar pandangan daripada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat, kami juga merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak kerajaan yang telah meneruskan pelbagai program kesejahteraan untuk rakyat dalam Bajet Kerajaan 2022.
Pertamanya, dengan meningkatkan bantuan khairat kematian daripada RM300 yang dinikmati pada hari ini dan juga kerajaan sebelum daripada ini kepada RM500. Kalau kita ingat YB. Speaker, RM500 ini merupakan suatu perkara yang dikemukakan oleh zaman Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar atas nama bantuan Kafalah RM500, kerajaan selepas daripada itu turunkan kepada RM300, alhamdulillah pada tahun 2022 kita telah mengembalikan kepada RM500 dan kita harapkan semoga bantuan ini akan dapat membantu serba sedikit keluarga si mati untuk menguruskan kematian ahli keluarga mereka dan tanda simpati kerajaan kepada keluarga.
Yang keduanya, meningkatkan jumlah bantuan beras sejahtera yang dinikmati pada tahun 2020, 50 pack! Tahun 2021, 100 pack setiap Dun dan pada tahun 2022 kepada 150 pack setiap Dun dan penambahan sebanyak 600 setahun menjadikan jumlah setahun untuk setiap Dun kita boleh bantu kepada 1,800 orang penerima yang akan menerima manfaat keluarga mereka, isteri dan juga anak-anak mereka.
Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT, Bantuan Anakku Sejahtera, Bantuan Pembaikan Rumah daripada peruntukan kerajaan negeri kalua sebelum ini dalam Mesyuarat Fokus Group di peringkat daerah-daerah, permohonan untuk pembaikan rumah ini ada pada agensi-agensi persekutuan. Alhamdulillah dalam bajet yang dikemukakan 2022 ini Insya-Allah kerajaan negeri juga berusaha untuk memberikan peruntukan bagi bantuan ini supaya lebih ramai rakyat kita khususnya B40 ataupun yang miskin dan miskin tegar ini yang berada dalam senarai nama eKasih untuk dibantu dalam pembaikan kecil dan memperbaiki rumah mereka dan juga peruntukan-peruntukan yang lain.
Yang Berhormat Dato‘ Speaker, yang menyentuh tema ini juga, tema kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat ini, saya ingin menyuarakan hasrat daripada penduduk-penduduk kampung kita, daripada ibu ayah kita yang berada di pedalaman, yang berada di sektor industri padi dan juga penoreh getah. Kita melihat hari ini walaupun dalam keadaan pandemik covid ini mungkin mereka yang menoreh getah, harga getah mahal tapi satu jangka masa yang akan datang, kita bimbang harga getah hari ini kalau tak silap sekilo RM3.15, harga skrap sekilo kebiasaannya bawah RM2.00 sebelum covid.
Jadi, kita mengharapkan kepada kerajaan walaupun ia merupakan bidang tugas kerajaan persekutuan tetapi kita di Negeri Kedah merupakan pengeluar beras utama negara lebih kurang 35% hingga 40%, beras dibekalkan oleh petani-petani di Negeri Kedah. Kita melihat pada hari ini dengan input padi, racun, baja yang semakin tinggi seolah-olah semua kos pertanian, walaupun kerajaan sebut ada subsidi tetapi bila berlaku peningkatan input padi ini, harga baca, harga racun, vitamin dan sebagainya semua semakin tinggi seolah-olah semua itu ditanggung oleh petani sendiri. Harga yang ada sekarang adalah RM1,200 per tan, harga siling maknanya pihak kilang tak perlu untuk berlumba-lumba nak tarik perhatian petani-petani mai jual dekat dia, sebab itulah harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Jadi, kita mengharapkan dengan apa yang berlaku pada hari ini, tadi disebut oleh YB. Anak Bukit, nak dapat anak benih pun payah, tunggu waktu dan sebagainya. Waktu murah semua pakat menabur baru ada. Jadi, isu-isu ini isu yang berpanjangan maka kita mengharapkan di samping kerajaan mengambil langkah kawalan bagi membantu petani-petani kita, kita juga mengharapkan supaya pihak kerajaan dapat memikirkan untuk meningkatkan harga padi ini kepada 1,401 tan dan 1,401 itu adalah harga lantai YB. Anak Bukit bukan harga siling sebab bila kita sebut harga lantai maka pihak kilang dia boleh untuk meningkatkan harga yang dia nak beli, petani kita boleh menjadi tuan kepada padi dia sendiri. Dia boleh pilih mana yang sesuai untuk dia dengan harga yang ditawarkan untuk dia jual padi dia, dan bagi penoreh-penoreh getah, hari ini tiada satu harga yang diletakkan untuk menjaga penoreh-penoreh kita maka kita minta kepada kerajaan negeri untuk menyampaikan hasrat meletakkan harga lantai ataupun harga getah itu pada kadar RM3.50, hari ini baru RM3.15 kalau RM3.50 kita yakin ia mampu untuk bukan sahaja memberikan kualiti kehidupan kesejahteraan rakyat tetapi Insya-Allah kita dapat mengeluarkan ramai penduduk di Negeri Kedah, petaninya, penorehnya daripada miskin tegar ataupun miskin ini kepada mereka mendapat kehidupan yang lebih baik. Jadi, ….(YB. Timbalan Speaker mencelah)
YB. Sungai Limau, masa sebenar sudah habis!
Habis dah!
Saya bagi masa 2 minit lagi untuk landing!
Baik, terima kasih kepada YB. Speaker. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pihak kerajaan dalam bajet kelmarin pun YAB. Menteri Besar dalam teras dua ini untuk kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat iaitu kemampanan alam sekitar dan pagi tadi dalam soalan Alor Mengkudu dan soalan tambahan daripada kami Yang Amat Berhormat telah pun menyebut bahawa kita telah pun memperolehi sijil pengurusan hutan pada 01 Oktober 2021 apabila kita mengurus hutan, mengurus pembalakan dengan cara yang baik maka sistem penilaian dan pengesahan untuk pensijilan ini yang dibuat melalui pengauditan oleh pihak penilai bebas ketiga dan sijil berkaitan akan dikeluarkan oleh Badan Persijilan yang diiktiraf yang telah pun disebutkan oleh Menteri Besar pagi tadi iaitu Pertubuhan Kayu Kayan Tropika Antarabangsa maka apabila kita telah pun memperolehi sijil ini kita mengharapkan kita dapat pertahankan sijil ini yang telah pun digantung, kita difahamkan pada Mei 2019, jadi kita tak tau lah Jitra pada waktu itu sebut tak mau tebang balak kerana digantung atau kerana alasan lain tapi digantung pada Mei 2019 dan diperolehi semula pada 01 Oktober 2021 dan kepentingan sijil pengurusan hutan ini maka produk-produk berasaskan kayu adalah sah dan memenuhi permintaan pasaran antarabangsa, pengurusan hutan diantara hutan simpan adalah cekap dan mampan maknanya kita urus hutan dengan baik. Hari itu Gurun kata tebang kut belah Gurun, belah Gunung Jerai, tak dak! Kita urus Hutan Kedah dengan baik dan menjadi bukti untuk mendapatkan ‗greenlane dan market estability‘ terhadap produk-produk kayu yang dieskport di pasaran antarabangsa dan yang terakhir Yang Berhormat Speaker saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Kedah kerana kita dipilih pelabuhan di Yan dan kawasan Sungai Limau di Pulau Bunting untuk ship to ship (dengan izin) sejauh 10km dan perkara ini sedang dirangka dan kita minta supaya isu alam sekitar, kerajaan berikan perhatian supaya tidak berlaku pencemaran dan yang keduanya supaya memberikan perhatian kepada nelayan-nelayan pantai yang menangkap ikan di kawasan itu, kita bimbang takut 10km itu nelayan tak boleh nak hampiri.
Jadi, kita harap perkara itu diberikan perhatian oleh pihak kerajaan dan saya menyokong ucapan bajet Yang Berhormat Jeneri pada kelmarin dan moga-moga kita doakan pembentangan bajet ini diikuti dengan tindakan yang proaktif kita dapat untuk menyampaikan segala bantuan-bantuan kepada seluruh rakyat Negeri Kedah Insya-Allah. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Speaker.
Terima kasih YB. Sungai Limau. Seterusnya saya persilakan YB. Anak Bukit.
Terima kasih YB. Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim.
Asssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah Wassolatuwassala Mu‘ala Rasulillah. Terima kasih atas peluang yang diberikan untuk berbahas. Terdapat persoalan-persoalan yang akan saya bangkitkan yang saya rasa mungkin tak perlu dijawab lah dalam sidang ini cuma saya mohon supaya dijawab secara bertulis nanti kerana saya tidak berhajat untuk berada di Dewan untuk mendengar penggulungan nanti, untuk memberi perhatian dalam sesi bajet yang sedang dibincangkan di Parlimen Malaysia.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya ‗frontliners‘ yang mempertaruhkan nyawa, masa, tenaga bagi sama-sama mengekang pandemik ini. Takziah buat semua keluarga yang kehilangan ahli keluarga akibat covid, semoga dipelihara kita semua dalam mengharungi pandemik ini dan yang mungkin telah bertukar menjadi endemik yang kita perlu menerima bahawa covid-19 ini ‗is here to stay‘ dan kita perlulah mengadaptasikan kehidupan kita dan mengambil kira semua ini. Masa 20 minit untuk diperuntukan tidak lama berbanding dengan persoalan yang akan dibangkitkan dan begitu juga dengan isu-isu yang dalam kawasan yang juga saya ingin utarakan mengambil kesempatan dalam perbahasan ini.
Saya mula dengan persoalan berkait dengan ucapan bajet lah oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kelmarin. Bermula dengan para 17 ucapan, iaitu pengecualian bayaran moratorium disebut pengecualian sewaan kantin premis milik kerajaan diberikan persoalan saya berapa lama? Penyewa bagi skim perumahan milik kerajaan diberi penangguhan selama 1 bulan bermula 1 Jun 2021, persoalan saya tangguh sebulan sajakah? Padahal lockdown yang kita hadapi terlalu lama yang menyebabkan mereka tak ada pendapatan pada ketika itu.
Jadi, kalau moratorium di peringkat pusat dulu pun, diberikan selama enam bulan kemudian di review semula dan sebagainya dan sewa premis rumah kedai milik bahagian perumahan juga satu bulan. Jadi, saya mohon untuk dilihat balik perkara ini kerana ini akan memberikan sedikit kelegaan kepada mereka yang terkait di dalam pandemic ini yang menghadapi permasalahan.
Para 20 menyebutkan sehingga 11.11.2021 pentadbiran tanah berjaya mengutip RM450.29 juta dan saya nak ucapkan tahniah kepada Dato‘ PTG dan juga team dia kerana mengutip RM450.29 juta. Saya duk prepare banyak jugalah duk tengok tentang ‗big ticket item‘ yang ada ini dan tak tahu prestasi 2021 sehinggalah disebut oleh Yang Amat Berhormat kelmarin ini. Jadi, kalau kita tengok ‗the four big ticket items‘ dalam kutipan hasil 2021 ini, minta izin buka mask noh! Iaitu cukai tanah berulang RM207.2 juta, tunggakan cukai tanah RM67.8 juta, premium tanah RM139.8 juta, denda lewat bayaran cukai RM20.7 juta jadi kesemuanya berjumlah RM435.5 juta dan berjaya dikutip RM450.29 juta. Ini pencapaian yang melebihi target saya kirakan! Ataupun sebenarnya kut ada ni saya nak tanya ada ‗one off payment‘ berangka besar yang diterima di luar jangka kita mungkin federal terhutang nak bayar premium tanah yang mereka ambil di Negeri Kedah ka apa ka? Lama dah tak bayar tiba-tiba turun mai seketul menyebabkan kita boleh capai tapi apa pun kalau ini prestasinya kita ucapkan tahniah dan pentadbiran tanah ini merupakan agensi yang menghasilkan hasil kepada kerajaan negeri yang paling besar. Daripada RM700 juta, lebih RM450 juta daripada tanah sahaja is more than 50% jadi, ini perlu kita kekalkan. Jadi, ini yang saya nak tanya tadi kut-kut ada ‗bullet payment‘ yang turun yang tak sepatutnya sampai tiba-tiba sampai yang menyebabkan pencapaian sedemikian rupa. Bersangkutan dengan hal ini juga, saya nak tanya cadangan penambahan hasil negeri yang dicadangkan oleh YAB. Jeneri, walaupun dia tak dak dalam ini, saya ingat dia duk dengar dalam bilik dia. Yang dia telah sebut dan cadangkan ketika dia jadi ketua pembangkang, dia sebut dia nak tambah? Ya lah! Sapa pun kita di sini kita nak supaya kerajaan negeri hasil bertambah. Bila hasil bertambah bukan kita nak simpan supaya reserved kita banyak, kita nak belanjakan balik kepada rakyat yang sebenarnya banyak kita nak belanja lagi.
Dulu YAB. Jeneri cadang untuk memastikan tanah-tanah persendirian kalau kita daripada Simpang Kuala, kita nak pergi ke Kota Sarang Semut tu, kita akan jumpa banyak kawasan-kawasan industri sebelah kiri kita itu yang macam-macamlah mereka buat perniagaan dan sebagainya dan beliau mencadangkan dan ini bukan satu cadangan baru masa saya ingat Pengkalan Kundor, masa tu Pengkalan Kundor di sebelah sana, kemudian Pengkalan Kundor la, saya dan sebahagian yang ada di sini pun memang begini telah dicadangkan dulu supaya pastikan bahawa mereka yang duk ‗enjoy‘ cukai tanah pertanian tapi duk berniaga supaya kita tukar dan dapatlah hasil yang lebih kepada kerajaan negeri. Ini dicadangkan oleh YAB. Jeneri, saya nak tanya adakah ini telah pun dilaksanakan? Dulu boleh cadang pasal kita ketua pembangkang, sekarang kita dah jadi Menteri Besar, saya nak tanya sama ada benda ni telah pun dilaksanakan oleh beliau! Kemudian, dia juga cadang supaya setiap batang tiang TNB yang dipacak atas tanah kerajaan dikenakan cukai katanya
di mana, di Kelantan kena satu tiang RM10, kira tengok berapa banyak tiang duk ada! Kena buat jawatan khas pula, pengira tiang TNB di Negeri Kedah lepas itu kali dengan RM10, ini untuk mendatangkan hasil. Saya nak tanya adakah benda ni dilaksanakan oleh YAB. Jeneri, dan kemudian YAB. Jeneri juga cadang dan ini juga bukan cadangan baru untuk mengenakan cukai kepada tanah yang dijadikan highway bermula daripada Bukit Kayu Hitam sempadan Danok sampailah kepada Sungai Muda sepanjang itu semua oleh kerana PLUS berniaga, dia kutip tol, kita lalu dia kenakan tol, untuk kutip yang ini jadikan dia ada cukai yang dia nak kena bayar kepada kerajaan negeri untuk menambahkan hasil. Jadi, saya nak tanya sama ada ini telah pun dilaksanakan.
Para 22, akaun hasil yang disatukan telah mencatat lebihan RM170 juta, kita tiap-tiap tahun bercakap tentang bajet defisit tapi akaun hasil yang disatukan mengikut disini ada lebihan RM170 juta. Jadi, saya nak minta penjelasan adakah ini berlaku kerana banyak benda yang dirancang tak boleh nak buat bukannya hasil tu tiba-tiba dia naik besar sangat sampai ada lebihan tapi benda yang nak kita belanja kan tak boleh dibelanjakan, kerana PKP ataupun ada penjelasan yang lain yang menyebabkan ada catatan lebihan RM170 juta.
Para 29, 2.11.2021 simpanan tetap kerajaan ada RM660 juta dan dijangka setelah selesai akhir tahun ini tolak tanggungan yang lain dan sebagainya nilai FD adalah RM510.3 juta. Jadi, bagaimana pertanyaan saya rizab kerajaan boleh bertambah sedangkan bajet kita bajet deficit. Jadi, mohon penjelasan dari mana reserve yang bertambah ini daripada daripada mana dia mai? Mungkin ada sekali tu Perdana Menteri dulu bagi RM200 juta ‗one off‘ pada 2019, kut lepas tu abah kau pun bagi lagi RM400 juta ke apa ka menyebabkan ‗reserve‘ kita bertambah saya mohon penjelasan!
Para 32, baki pinjaman bekalan air yang diambil alih oleh PAAB sebanyak RM1.133 trillion, soalan saya berapa banyak kos pajakan aset air tahunan yang perlu dibayar oleh SADA yang sebelum ni tak perlu bayar tapi bila PAAB dah ambil alih hutang-hutang itu setelah dibuang projek bekalan air luar bandar macam disebutkan di atas oleh Menteri Besar. Jadi, bila dia ambil alih yang ini makanya aset-aset air itu perlu dibayar pajakan sebab dia dah ambil so SADA nak guna sebagai operator SADA nak kena bayar. Soalan saya berapa banyak yang perlu dibayar oleh SADA selepas ini?
Dan ‗how will it impact‘ dengan izin kos operasi SADA adakah SADA masih mampu mencatatkan keuntungan ataupun setelah dekat LSAN pun dia nak kena bayar pasal dia ‗extract‘ air yang negeri punya, kemudian dekat PAAB dia nak kena bayar pajakan penggunaan aset air ini, adakah SADA will be still dalam keadaan yang untung
ataupun sebenarnya dah nak jadi merah. Kalau nak jadi merah adakah kerajaan negeri bersedia untuk bincang dengan SADA agar tarif air ini di dikawal ataupun dibuat macam mana supaya tidak membebankan rakyat. Para 33…(YB. Suka Menanti mencelah)
YB. Tuan Speaker, YB. Anak Bukit, saya ingin mohon sikit penjelasan ketika Anak Bukit Sebut pasal pengurangan hutang negeri kepada federal, hutang air khususnya, ketika tahun 2018 hutang air RM1.8 bilion kemudian ketika itu sedang berhutang ataupun tengah proses hutang baru sekitar RM1 bilion untuk lima loji itu. Jadi, maknanya RM1.8 bilion campur RM1 bilion lah, tapi alhamdulillah rundingan 2019 kita dengan federal ketika itu YAB. Anak Bukit pun Timbalan Menteri Kewangan, kita berjaya membincangkan mengenai alasan tentang projek luar bandar dan sebagainya. Jadi, dikurangkan hutang RM1.8 bilion itu kepada RM1.13 bilion.
Kemudian, yang RM1 bilion hutang itu pun, bila dirunding daripada 5 projek, 4 dipersetujui untuk jadi geran kepada kerajaan negeri dengan syarat kita selesai migrasi pada hujung 2019 dan Alhamdulilah pada bulan Disember 2019, kita selesai migrasi, tandatangan dijangka pada bulan Mac 2019, tapi sebab PKP masa itu jadi terhalang proses itu. Jadi, saya mohon pengesahan daripada bekas Timbalan Menteri Kewangan ini cerita 2019 tentang pengurangan hutang tu. Terima kasih.
Ya, saya pun sempat sat, 2 bulan duduk di Kementerian Kewangan memang ini antara isu yang bukan saja Negeri Kedah, bagi negeri-negeri yang lain pun maknanya kita merasa adalah tanggungjawab kerajaan untuk pastikan kalau dia jadikan hutang tetapi merupakan bekalan ataupun services bekalan air luar bandar yang bukan memberikan keuntungan pun kepada operator airi ini. Jadi, sepatutnya benda tu di dikirakan sebagai geran dan bukannya sebagai pinjaman. Saya ingat seperti yang diterangkan oleh Suka Menanti tu sebab benda tu memang dah ditetapkan sedemikian cuma atas PKP benda itu terhalang sebentar dan kemudiannya telah disambung balik selepas ini.
Saya teruskan dengan para 33, baki pinjaman kerajaan negeri yang ditolak baki pinjaman bekalan air di ambil oleh PAAB itu ialah tinggal RM793.2 juta. Saya mohon ‗breadkdown‘ hutang-hutang ini ya! YAB. Jeneri sebut perumahan Perumahan Awam, PKNK. PKNK ini bukan biasanya saya tahu bukan PKNK berhutang untuk diri dia, dia berhutang bagi pihak si KHTPC Corporation, untuk buat pengambilan tanah
buat apa Fasa 4 A5 dan sebagainya. Jadi, saya mohon pecahan htang-hutang yang ada itu. Para 36, saya mohon disenaraikan pelaburan-pelaburan baru YB. Guar cempedak di SBEZ dan KSTP, kedua-duanya di Bukit Kayu Hitam dan sekarang ni disebut ada lagi pula nak buat kawasan industri baru iaitu Bukit Kayu Hitam Fasa 2A. Jadi, mohon mendapat pelaburan-pelaburan baru itu, sila senaraikan.
Para 77, saya nak tanya macam mana Modus Operandi Skim Pinjaman Mikro Kredit Sejahtera ini berapa banyak jumlah yang telah dikeluarkan? berapa ramai penerima? bagaimana prestasi bayaran balik? adakah dia menggunakan model sepertimana Amanah Ikhtiar Malaysia? Adakah ianya menggunakan ‗peers‘ sebagai tekanan untuk pastikan semua kena bayar hutang dan sebagainya, mohon penjelasan!
Para 85, Program Desa Sejahtera RM50 ribu setiap Dun, nak tanya ini semua Dun dapat ka? Kalau dapat, adakah yang duduk di sebelah sini pun akan dapat sama dan kami diberikan hak untuk menentukan tang mana nak perbaiki rumah, perbaik dapur dan sebagainya. Jadi, yang ini pun saya nak tanya walaupun ada sedikit macam pengurusan hat sebelah ini dapat RM2,000, sebelah sana dapat RM8,000 dan saya harap tidak ada perlu tandatangan MoU dan sebagainyalah untuk benda-benda ini diberikan.
Kemudiannya, saya nak meringkaskan, saya pun masa pun tak banyak dah apa yang disebutkan oleh Sungai Limau tadi itu juga menjadi sebahagian daripada perbahasan saya! Pokoknya ialah kos operasi penanaman padi semakin meningkat macam Sungai Limau sebut padahal harga belian padi dan juga subsidi harga padi kekal di takuk lama. Jadi, bila duk naik, upah mesin naik semualah, lani pakai dron semua lagi, dan input pertanian, benih tadi yang sepatutnya dikawal sepatutnya RM35 sekampit nak jadi RM42, racun yang ada satu, nanti habaq jadi lain pula1!
Dulunya, RM230.00 untuk 20 liter naik RM386.00! Ada satu lagi jenis racun yang satu liter dulu RM22.00 lani naik RM56.00. Jadi, semua kos semakin meningkat tapi harga belian padi kekal sedemikian. Jadi, maknanya bila semua ini berlaku pendapatan bersih petani semakin mengecil tambah pula dah kalau dia kecil-kecil, katalah serelong bersih katalah serelong bersih boleh RM350.00 dia buat 120 relung ok lah tapi kalau buat 2 relung setengah, serelung setengah lepas tu sewa pula tu nak boleh banyak mana?
Jadi, saya minta supaya kerajaan negeri juga kena mainkan peranan untuk ‗pressure‘ sebab hat ni nak buat keputusan dari segi harga lantai ka, siling ka, ialah di peringkat pusat saya ini perlu diambil kira supaya memastikan bahawa sektor penanaman padi ini terus kompetitif dan orang nak buat dan kita juga nak kena cari
jalan, tak ada cara lain melainkan semua ‗small farm holding‘ ini perlu kita ‗integrate‘ jadi kawasan yang lebih luas, buat secara estet tetapi pastikan bahawa yang akan manafaat ini bukan ‗the big corporation‘ tetapi maknanya mereka itu akan dapat lebihan daripada ini bila dibuatkan secara estet.
Kemudian, juga berkaitan adalah MADA, saya juga bangkit benda di Parlimen peruntukan belanja mengurus MADA yang biasanya RM111 juta pada tahun 2021 dan dicadangkan pada tahun 2022 diturunkan menjadi RM91 juta ‗short fall of‘ RM20 juta untuk belanja mengurus padahal daripada bila turun daripada RM111 juta ke RM91 juta fixed cost mereka, gaji, emolument dalam RM61 juta yang tu tak boleh buat apa dah!
Jadi, daripada RM50 juta baki kalau dulunya RM111 juta tolak RM20 juta tinggal lagi RM30 juta, yang tu duk jadi yang Sungai Limau duk komplen untuk tambun ban pasal jalan rosak lani, YB. Tuan Speaker, saya ingat di Pantai Merdeka, kut ok kut! Tapi kut belah kami ini parit dan tali air yang dulunya diberi untuk pembersihan 3 ke 4 pusingan setahun, lani tak dak apa dah maknanya petani kena buat sendiri. Jadi, sebab apa kita bukan marah dekat MADA pasal apa tarik ini nak buat macam mana, dia punya selimut pendek, ‗complain‘, nyamuk hurung kut kepala, tarik kepala, hurung kaki, tarik kaki hurung kut kepala! Jadi, yang ini saya minta supaya oleh kerana MADA ini biasanya Pengerusi MADA ini ialah MB tapi MB bagi dekat kawan baik dia Ahli Parlimen Sik, yang kita sama-sama kenallah supaya kena honggaq kuat sikit lah. Kita tiada ‗choice‘ jalan ladang ini tuan-tuan, macam tadi saya sebutkan Sungai Limau pun tanya tadi, nak masuk pergi ke kampung kita kena lalu jalan ladang dulu, nak suruh buat jalan bubuh tar semua, MADA kata tak boleh! Kami tak ada untuk nak upgrade bagi jadi Jalan Tar. Jadi, caranya jadikan dia sebagai Jalan MARRIS ‗upgrade‘ kepada itu, dan selepas itu maknanya kita boleh dapat dah peruntukan tahunan untuk membuat ‗maintenance‘ pada perkara tersebut.
Jadi, saya mintalah supaya kerajaan negeri memainkan peranan untuk pastikan bahawa MADA diberikan balik hak belanja mengurus dengan lebih baik. (YB. Timbalan Speaker mencelah)
YB. Anak Bukit….
Ya..ya..! YB. Tuan Speaker, isu kawasan sikit.
2 minit saja lagi na!
Terima kasih YB. Tuan Speaker. Ya..ya! Nak landing dah ni! Nak landing pun, kena ambil lajak sikit! Ini kesejahteraan yang YAB. Jeneri duk sebut. Rakyat paling tidak ini pun biarlah ada sekeping tanah yang kita boleh bina buat rumah! Tadi, dijawab oleh YAB. Jeneri atas soalan daripada YB. Alor Mengkudu tanah hutan yang orang buat penempatan nak cabut keluar. Saya ada dua kes dan sudah tentu saya ingat banyak lagi kes.
Yang pertamanya ialah di Kampung Baru Wang Tepus bersebelahan dengan Perkampungan KEDA, tahun 1985 YAB. Jeneri dia pakai seluar pendek lagi. Tahun 1985, Tan Sri Osman Arof pada ketika itu MB bagi hak mlik kekal kepada mereka lepas itu mereka nak kena mohon. Tahun 1985, sampai lani masih tak boleh nak diproses. Alhamdulillah baru ini, atas inisiatif kami di Kubang Pasu, Allahyarham Encik Zainizam Zainal, Semoga Allah merahmati beliau, PTD kita yang meninggal dunia di Kubang Pasu, dia pun turun sekali bagi briefing dekat ni, macam mana nak buat! Kita pun bagilah sikit sumbangan RM7,000.00 untuk Pejabat Tanah, pakai theodolite untuk ukur semula dan apa semua, saya yakin bahawa pihak PTG katanya pun sedang pun angkat, tapi yang duk menjadi persoalannya ialah kerana tanah itu ialah tanah kawasan padang ragut, Pengarah Veterinar pun ada di sini! Jadi, nak ragut apa kalau tengok tang tu. Di Kg. Bukit Pulau Kerengga, YB. Tuan Speaker! Bendang yang saya ingat ini, saya jadi Adun Anak Bukit tahun 2002, sebelum daripada itu orang duk buat bendang saya ingat mungkin 20, 30 tahun dah, tak boleh nak diproses kerana proses cabut keluar dia sebagai kawasan padang ragut tak boleh dibuat! Buat bendang berapa lama dah?
Jadi, saya mohon lah YAB. Jeneri, tolong tengok sat dua kes yang saya ada dan mungkin ada kawan-kawan kita yang lain bukan apa nak bagi tanah sekangkang kera kat depa supaya yang tanah kerajaan kemudian jadi tanah milik mereka, depa nak kena bayar premium mula tu, lepas tu tiap-tiap tahun nak kena bayar cukai tanah, naik lagilah hasil kita. Jadi, tolonglah tengok sat benda ni dan akhirnya sekali lalu saja saya juga minta sedikit penjelasan daripada MB, YAB. Jeneri pasal apa duk tak duk baru-baru ini Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah BDB letak jawatan serta merta dan diikuti oleh pengumuman berhentinya Managing Director tu, dia umum awal sama sehari lah letak jawatan itu! dengan letak jawatan itu pasal apa? Tolong habaq lah dan akhirnya ialah mohon juga negeri memberi sokongan untuk ‗pressure‘
sikit di pusat ni agar kita tidak ‗ratify‘ perjanjian CPTPP. Saya ingat yang ini zaman muda-muda dia pun duk berjuang pasal benda yang macam ini, terlalu banyak negatif dari positif kalau kita ‗ratify‘. ‗Sign – sign‘ dah tapi kita tak ‗ratify‘ lagi. Jadi tak boleh nak dikuatkuasakan lagi CPTPP ini, satu ‗free trade agreement‘ antara beberapa belas negara di Rantau Pacific ini supaya kita fikir betul-betul. Saya tau di Pusat pun ada pertelagahan antara Unit Perancang Ekonomi dengan Pihak MITI, tetapi harap negeri juga boleh ambil peranan untuk pressure supaya fikir betul-betul sebelum kita tandatangan sebab kesan ‗ratification‘ itu adalah terlalu tinggi. Saya ucapkan terima kasih kepada YB. Speaker yang telah memberikan sedikit masa lebih sikit dalam ucapan bajet pada kali ini. Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih YB. Anak Bukit! Sengaja saya lebihkan masa kerana peluang Anak Bukit ini jarang. Dalam isu yang dibangkitkan isu rakyat setempat. Seterusnya saya persilakan YB. Bayu. Silakan!
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Jeneri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya kasihi sekalian. Bersyukur kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker yang memberikan peluang untuk saya mengambil bahagian dalam Perbahasan Bajet 2022.
Tahniah diucapkan kepada YAB. Menteri Besar dan kepimpinan negeri yang dapat membentangkan suatu bajet yang saya lihat, yang saya perhatikan, yang agak menyeluruh, yang komprehensif terutamanya dalam usaha kita untuk ke arah pemulihan ekonomi kita akibat Covid-19 yang memberikan tumpuan khusus terutamanya untuk membantu golongan B40, golongan miskin, golongan yang berpendapata rendah selari dengan slogan yang kerajaan kita Negeri Kedah, Negeri Kedah tempat orang miskin berteduh dan tempat orang kaya berbakti.
Yang Berhormat Speaker, di kesempatan ini juga saya merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Jeneri, Yang Berhormat Dato' Speaker, Yang Berhormat Bukit Kayu Hitam, Ketua-Ketua Jabatan di atas Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Aminul Karim Sultan sallehuddin Ini almarhum sultan Badlishah kepada Yang Amat Berhormat Jeneri,
Dato‘ Seri dan Dato‘ kepada yang lain-lain. Yang Berhormat Speaker, kita telah melalui fasa fasa yang mencabar dalam kita mendepani ancaman penularan Covid-19 bagaimanapun dengan berkat kerja kuat, pengembelingan tenaga yang bersama dari semua pihak sama ada dari pihak Kementerian Kesihatan, ‗fronliner‘ kita pada APM, RELA dan banyak lagi agensi-agensi yang terlibat insya-allah kita boleh mampu, kita telah bergerak beralih kepada fasa yang ke-4 dan kita juga telah berjaya untuk mencapai 86.3% program vaksinasi dari 1.3 juta penduduk rakyat Kedah. Dalam hal ini, Pusat Khidmat Wakil Rakyat juga banyak membantu dalam kerja-kerja membantu penduduk-penduduk yang terjejas dalam covid, membantu PKOB, membantu program vaksinasi, program outreach vaksinasi dengan menyediakan berbagai-bagai bantuan seperti penyediaan tempat, penyediaan khemah dan juga lain-lain bantuan yang telah kita berikan. Jadi, kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih khusus kepada ‗frontliner‘ kita yang berkerja sepanjang masa demi menjamin keselamatan kita bersama.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga suka untuk untuk membahaskan tentang prestasi kutipan hasil kita bagi tahun 2021 yang kita semua sebut, kita nampak bahawa sehingga 11 November 2021 kita telah mencapai RM631.6 juta yang dalam lingkungan 87.3%. Kita yakin dan kita percaya prestasi kutipan ini, kita yakin dan kita percaya bahawa jumlah kutipan yang kita memberansangkan ini ialah berkat kerja kuat, berkat kerja bersungguh-sungguh daripada semua pihak daripada agensi-agensi kerajaan yang terlibat dan sokongan daripada semua dan mudah-mudahan usaha ini dapat kita dipertingkatkan lagi dan harapan kita untuk kita dapatkan target untuk kita dapat target unjuran yang kita berikan iaitu RM720 juta untuk pendapatan tahun 2021 Insya-Allah tercapai dan ini merupakan satu pencapaian agak terbaik yang pernah kita saksikan bila mencapai tahap pencapaian 100% daripada unjuran yang kita berikan walaupun dalam keadaan suasana ekonomi kita, dalam suasana negara kita dilanda masalah ekonomi global iaitu Covid-19 merencatkan pertumbuhan ekonomi.
Yang Berhormat Speaker, kalau kita meneliti daripada pencapaian hasil daripada kerajaan yang kita dapat kutip sebanyak RM631.6 juta tadi, 71% adalah hasil daripada Jabatan Perhutanan yang membuat kutipan RM450.29 juta, pencapaian ini mungkin disebabkan ialah mudahnya sistem pembayaran cukai yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam sistem digital sekarang ini iaitu e-bayar dan sebagainya menyebabkan kutipan kita bertambah dan mencapai sasaran. Walaubagaimanapun, suka saya sebutkan di sini bahawa hasil kutipan kita boleh kita pertingkatkan lagi, boleh kita jana lagi dengan kita memperbanyakkan tanah, kita memperbanyakkan dan mempermudahkan pemberian hak milik kepada penduduk-penduduk. Insya-Allah dengan pemberian hak milik tanah- tanah kerajaan yang ada, yang diduduki
oleh penduduk-penduduk lebih daripada puluhan tahun mungkin daripada generasi yang terdahulu lagi, kita dapat hasil daripada premium dan juga hasil daripada cukai tanah yang berulang, yang setiap tahun kita kena bayar dan Insya-Allah yang merupakan memberikan pendapatan kepada kerajaan.
Saya nak menyeru kerja-kerja ataupun usaha untuk memberikan geran hak milik kepada penduduk-penduduk ini, kita terutamanya bagi kawasan-kawasan yang di pinggir-pinggir hutan, di kawasan hutan simpan. Mohon pihak-pihak yang berkenaan supaya melihat semula terutamanya penduduk-penduduk kita yang tinggal lebih daripada 15 tahun supaya mereka ini diberikan peluang untuk mendapatkan geran hak milik, untuk mereka duduk di tanah-tanah seperti yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat pagi tadi. Begitu juga dengan pemberian hak milik tanah, pemberian permit kepada penduduk-penduduk, kita hendak supaya penduduk-penduduk ini duduk dalam keadaan yang sah di tanah- tanah kerajaan ataupun di dalam kawasan hutan simpanan.
Jadi, kita memberikan pemberian permit sebagai bayaran kepada pihak kerajaan untuk mendapatkan hasil daripada tanah kerajaan yang kita sewakan dan yang kita berikan permit dalam hati. Walaubagaimanapun di kesempatan ini juga saya nak sebut tentang bayaran premium bagi untuk mendapatkan geran tanah, aduan daripada penduduk kita lihat bahawa apabila penduduk mendapat hak milik tanah perlu membawa harga premium yang dikenakan kepada penduduk adalah sangat tinggi dan ianya tidak mampu untuk penduduk-penduduk terutamanya orang miskin untuk membayar, untuk mendapatkan geran hak milik. Jadi, kita minta kerajaan kaji balik mungkin sebelum ni bayaran kita rendah tapi akhir-akhir ini bayaran premium untuk hak milik sangat tinggi. Kita mohon pihak kerajaan mengkaji semula dan memberikan pertimbangan kursus kepada golongan-golongan yang berpendapatan rendah.
YB. Tuan Speaker, kalau kita lihat kepada bajet kita, kalau lihat kepada perkembangan hasil kerajaan negeri, hasil pembalakan semakin menurun dengan ketiadaan kawasan baru balak yang diluluskan dan usaha kerajaan untuk mewartakan Ulu Muda sebagai Taman Negeri dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035, sudah pasti ia menjejaskan hasil kerajaan negeri. Jadi, kita perlu mencari sumber baru untuk menjana ekonomi kerajaan negeri dan saya nampak bahawa sektor ataupun industri pelancongan merupakan satu alternatif yang boleh kita ketengahkan untuk mendapatkan sebagai hasil. Daerah Baling yang beridentitikan eko-pelancongan dan Daerah Yan yang beridentitikan pelancongan desa merupakan satu inisiatif yang terbaik yang tidak hanya menumpukan kepada Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan. Jadi, alhamdulillah dalam Pelan Pembangunan 2035, Daerah Baling dan Daerah Yan sebagai sektor pelancongan yang diberikan tempat.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mengucapkan terima kasih banyak dalam pembentangan bajet baru ini peruntukan 0.475 juta yang diumumkan termasuk membangunkan dan meletakkan jajaran gua-gua di sepanjang Gunung Pulai dan Baling dan juga di Titi Hayun, Yan sebagai satu peruntukan yang boleh merancakkan pertumbuhan yang boleh memperbaiki sektor pelancongan di kawasan-kawasan yang berkenaan, boleh mampu menggamit pelancong-pelancong datang ke kawasan yang berkenaan dengan adanya peruntukan tambahan, peruntukan untuk kita perbaiki kemudahan-kemudahan yang ada di kawasan ataupun tempat-tempat yang disebutkan tadi. Jadi, kita perlu mengambil manafaat yang ada dengan aset dan keindahan semulajadi yang ada di tempat yang berkenaan seperti di Baling, di Bayu dengan keindahan gunung-ganang yang ada dengan gua gua yang menarik, dengan panorama yang mengkagumkan, dengan ketenangan air sungai yang jernih, pasti menggamit pelancong datang ke tempat untuk mencari ketenangan selepas kita ‗stress‘ buat kerja dan sebagainya. Insya-Allah kita dapat menyediakan kemudahan ini untuk menyambut kedatangan pelancong-pelancong dan atas itu saya bagi pihak penduduk mengucapkan terima kasih.
Begitu juga, saya nak sebut tentang satu produk pelancongan yang ada di Bayu, Baling iaitu Gua Komunis, kalau kita tengok sepanjang jalan ada ‗sign board‘ ada papan tanda tulis Gua Komunis tapi saya sayang Gua Komunis ini sampai hari ini, tak dimajukan! Kalau kita pergi ke Simpang nak masuk Gua Komunis, kita akan tengok ada Balai, ada tempat kutipan sewa nak masuk tapi di dalam itu, tak ada! Jadi, kita difahamkan baru ini Pihak Pejabat Daerah telah memohon peruntukan sebanyak RM15 juta untuk bangunkan Gua Komunis ini, jadi kalau Gua Komunis ini dapat dibangunkan, dapat sokongan daripada pihak kerajaan negeri Insya-Allah ia satu lagi sebagai satu tempat pelancongan yang menarik, yang boleh mampu menggamit pelancong-pelancong datang ke Daerah Baling, ke Daerah Bayu khususnya.
Jadi, sebelum kita sampai ke Gua Komunis itu, kita lalui sepanjang hutan yang jaraknya lebih daripada 3 kilometer untuk sampai ke Gua Komunis. Ada cadangan alangkah baiknya di situlah selalunya tempat keluarnya gajah-gajah, itu yang tempat yang berlakunya tangkapan gajah untuk dibawa keluar, ada cadangan untuk kita apa salahnya, apabila kita datang melancong ke Gua Komunis, kita melihat pusat tempat pemeliharaan gajah yang kita dapat kita cadangkan dibuat di kawasan berkenaan. Jadi, untuk untuk makluman YB. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, dah 3 ekor gajah dah untuk tahun 2021 dikeluarkan daripada kawasan berkenaan untuk dihantar ke Pahang keluar daripada situ. Jadi, apa salahnya kita memikirkan kita ambil kawasan itu sebagai kawasan tempat pemeliharaan gajah.
Jadi, orang kata apa sebelum semalam ini saya mimpi pasal gajah, jadi hari ini saya cakap pasal gajah. Cerita sikit no! Semalam ini bukan naik gajah, naik gajah tu dah biasa! Saya bertemu dengan sekumpulan gajah lebih bukan 30 hingga 40 ekor! Dalam gajah ramai-ramai itu, ada gajah yang paling besar, gajah menjadi ketua kepada kumpulan itu dan gajah ini boleh cakap dan gajah ni pula boleh cakap melayu, dia minta YB. tolong bagitahu dalam Dewan esok, ha..hari ini lah! Jangan pindahkan keluarga kami daripada sini, dah tiga ahli keluarga kami dah dipindahkan daripada sini. Jadi, kami nak minta YB. tolong bagi tahu hari ini, di Dewan yang mulia ini, jangan pindah kami dan kami sayang keluarga kami, kami ada lebih daripada 30 keluarga, 30 ekor gajah yang ada di sini untuk kami bersama. Jadi, saya pun lepas itu, sebelum berpisah dengan gajah-gajah itu, menangis-nangis, berpeluk-peluk lepas itu, orang perempuan gerak, bangun sembahyang subuh, nak pergi Sidang Dewan, tengok-tengok tadi duk peluk, peluk bantal bukan duk peluk belalai gajah!
YB. Bayu, masa sebenar sudah habis!
Haa…? Tak kan masa dah habis?
Masa sebenar dah habis, saya biar saja cerita gajah itu sebab saya nak dengar!
Sikit lagi! Sikit lagi!
Nak tanya sikit? Nak tanya gajah juga, gajah yang itu duk tang mana?
Silakan YB! Seminit lagi!
YB. Tuan Speaker, kesempatan ini saya nak sebut dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035, strategi memperkukuhkan pengurusan risiko dan bencana, inisiatif dalam pembinaan rancangan tebatan banjir. Banjir, jalan-jalan rosak di sini, jambatan titi rosak, pembentung musnah, penduduk-penduduk tidak dapat keluar terputus hubungan, tebing, parit carok, sungai runtuh terputus hubungan. Contohnya, di Kampung Padang Cik Mat, tebing cerun runtuh menimbulkan sebahagian rumah, di Kampung Padang Sadang, rumah dihanyutkan air, di Kampung Batu 7. Ini merupakan bencana yang berlaku kepada penduduk dalam banjir besar yang berlaku pada baru-baru ini. Jadi, untuk itu kita memohon pembaikan segera kepada infra-infra yang ada, yang melibatkan 136 jenis kerosakan yang memerlukan peruntukan besar, yang memerlukan peruntukan segera demi kesejahteraan hidup penduduk-penduduk yang terlibat.
Jadi, dalam ini saya ada buat senarai, senarai kerosakan infra akibat perubahan monsun baru ini bagi Daerah Baling pada tahun 2021. Kalau kita nak senaraikan ini tindakan kepada Pihak Pejabat Daerah tindakan Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, PKLB, ICU dan terutamanya Jabatan Pengairan dan Saliran, lebih daripada 34 projek yang perlu diberikan perhatian, yang perlu diberikan penambahbaikan. Jadi, YB. Tuan Speaker, banyak lagi, saya silap cerita bab gajah tadi tu jadi panjang. YB. Tuan Speaker, bagi memperkasakan penyediaan infrastruktur, utiliti dan kemudahan asas kepada rakyat yang merupakan objektif teras Pelan Pembangunan Kedah 2035 dalam Bajet 2022, peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat.
Jadi, saya nak sebut satu sikit lagi, YB. Tuan Speaker, kita nak minta supaya pembinaan 5 loji air itu dapat disiapkan mengikut jadual. Dalam pemerhatian kita loji air Sungai Limau progress untuk menyiapkan nampak perlahan. Kita bimbang kita takut sampai Oktober 2023 nanti, Projek Air Sungai Limau tak siap, jadi kita tak ada jawapan lagi kepada rakyat, kita nak bagitau rakyat, sekarang ini rakyat sebut masalah air, kita kata tunggu siap loji air Oktober 2023, bila 2023 kita tak mampu menyiapkan loji air berkenaan, kita tak ada lagi jawapan untuk kita sebut kepada rakyat tentang tanggungjawab kita dalam menyelesaikan masalah, kesejahteraan hidup rakyat dalam isu bekalan air.
Jadi, saya rasa masa pun sudah tamat jadi saya pun nak cuba pantun juga lah. Dah semua pantun! Pantun saya :
Siakap Gelama Ikan Tenggiri, Sedap DiMasak Kari, Jom Pakat-Pakat Perhati, Apa Yang Saya Bahas Di Sini.
Saya pohon menyokong Bajet 2022 ini. Sekian, terima kasih.
Seterusnya, saya persilakan YB. Gurun. Silakan!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, mendengar ucapan YAB. Jeneri, kita melihat bagaimana Pelan Pembangunan Kedah 2035 yang telah pun dibentangkan oleh kerajaan itu memberikan paksi kepada ucapan. Jadi, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan khususnya pentadbir-pentadbir yang berjaya merangkakan pelan pembangunan ini cuma yang saya nak sebut YB. Speaker ialah supaya kita semua menerima bahawa pelan ini harus menjadikan ‗guideline‘ kita Pelan 2035 ini harus menjadi ‗bible‘ kita‘ harus menjadi kitab kita dan harus diterjemahkan oleh semua orang supaya kerajaan mana pun lepas ini, walaupun lepas Julai ini akan ada perjanjian baru, YB. Guar Chempedak. Kerajaan mana pun yang perintah tetapi haruslah kita sama-sama membawa obor ini agar rakyat di bawah tidak teraniaya. Apabila kerajaan merancang maka ia harus mempunyai paksi-paksinya dan saya yakin apa juga yang termaktub di dalam pelan ini, ianya sesuatu yang indah dan lebih indah lagi kalau kita dapat terjemahkan dalam bentuk realitinya.
Sebab itu, Yang Berhormat Speaker, saya mohon juga supaya dengan adanya pelan ini bukan sahaja ianya dalam bentuk tercetak dan tersimpan tetapi juga haruslah semua masyarakat samada pegawai-pegawai kerajaan, KCS ataupun kerajaan federal malah guru-guru dan juga pensyarah-pensyarah di universiti-universiti dan institusi pemimpin-pemimpin politik seperti kita ataupun mereka yang di bawah NGO-NGO, pengusaha-pengusaha, peniaga-peniaga, pemain-pemain industri harus dimaklumkan bahawa Kerajaan Kedah mempunyai satu dokumen dan dokumen ini akan menjadi pemandu kepada kita. Jadi, sudah tentulah dengan adanya dokumen ini kita takkan lari maka tidaklah menjadi suatu yang mendukacitakan apabila
kerajaan lain ambil alih selepas ini dia berubah pula, dia kona pula, dia kata yang itu kerajaan Pimpinan PAS buat tak mahu pakai, jadi kami kerajaan baru, kami nak buat yang lain pula dan akhirnya kita akan menghabiskan masa dan akhirnya apa juga usaha yang telah pun khususnya dibawa oleh Ketua Pentadbir kita, ‗State Secretary‘ kita, dan juga semua mereka yang terlibat dalam perancangan sia-sia belaka. Saya sebut ini YB. Dato‘ Speaker kerana saya melihat bahawa kita ialah satu-satu negeri yang mempunyai potensi yang luar biasa, bagaimana kita lihat Kedah ini mempunyai ‗accessability‘ bagaimana dalam kedudukan kita amat-amat strategik, kita mempunyai jalan yang baik, malah kalau dibandingkan dengan negeri lain kita mempunyai di antara negeri yang jalan kita cukup baik malah ada jalan yang ‗utilize‘ pun, jalan ‗highway‘ besar tetapi ‗under utilize‘ itulah yang berlaku dalam diri kita.
Yang keduanya, dalam kedudukan strategik kita yang amat baik, kedudukan kita dari segi geografik, kedudukan yang strategik bagaimana kita ada di utara kita ada Thailand, yang dalam keadaan ekonomi Thailand, kewangan Thailand lebih jauh, lebih tinggi daripada kita, sekarang ini hampir 30% up. Jadi, kita akan menjadi daya tarik untuk membawa pelancong daripada Thailand ke sni dan kita mempunyai Pinang walaupun Jeneri duk bergaduh dengan Pulau Pinang tetapi ‗like it or not‘, limpahan pelancong-pelancong yang lebih daripada 30 juta setahun boleh dimanfaatkan untuk datang ke sini dan mereka mempunyai airport yang jauh lebih efisien dari segi flight begitu juga dengan pelabuhan di mana ini ialah di antara kemudahan yang kita dapat ambil.
Begitu juga dengan produk pelancongan yang saya akan sebut secara khusus sebentar lagi dan kita sebuah negeri yang mempunyai hutan yang cantik, yang masih lagi malah bakau kita kawasan saya, kawasan Sungai Petani, kawasan Tanjung Dawai, Pantai Merdeka ini kita ada ‗among the others‘ bakau dalam dunia. Jadi, ini ialah kawasan-kawasan yang berada dalam kawasan kita.
Di samping itu, Yang Berhormat Speaker kita melihat bagaimana Pelan Pembangunan Kedah ini juga menyaksikan bagaimana perancangan yang telah disusun khususnya kemakmuran ekonomi teras pertama, kita lihat bagaimana telah pun dirancangkan supaya kita akan mencapai 5.5% pertumbuhan KDNK dan kita mengharapkan RM10 bilion pelaburan masuk pada tahun 2035 dan kita akan mencapai 8 juta kemasukan pelancong pada tahun 2035 dan Insya-Allah 20% kawasan menanam padi kita dijalankan secara estet.
Saya nak sebut di sini Yang Berhormat Speaker, bagaimana dalam merancangkan ini semua kita nak minta bagaimana ‗empowerment‘ boleh kita lakukan, bagaimana kita boleh perturunkan kuasa-kuasa dan juga tanggungjawab kepada kita semua.
Insya-Allah, seperti YB. Bayu katakan tadi, dia juga mimpikan gajah bercakap Melayu, saya dengar Ahli Parlimen dia juga mimpi gajah tapi dia cakap Tamil itu beza! Ahli Parlimen dia mimpi gajah, tapi gajah tu cakap Tamil tapi Bayu mimpi gajah tapi gajah itu cakap Melayu! Baling dan Bayu, dia serentak lah tu! Jadi, maknanya kedua-dua tu yang cakap Melayu dan Tamil itu mengesahkan sekiranya kita mempunyai wawasan, keberanian untuk membangunkan negeri bersama-sama, ‗doesn‘t matters‘ hari ini YAB. Jeneri jadi Menteri Besar, esok mungkin orang lain jadi Menteri Besar, hari ini kami duduk sebelah sini, esok mungkin kami duduk sebelah sana but ‗it‘s doesn‘t matter‘ yang pentingnya rakyat. Akhirnya rakyat yang akan mendapat kesenangan, daripada perbahasan kita, daripada pendapat-pendapat kita, tukar-tukar fikiran kita sebab itu saya masih mengatakan bahawa jadikanlah buku ini satu panduan yang jelas supaya buku ini setelah kita, saya ingat berpuluh kali wawancara dan wacana telah dibuat dan begitu juga dengan pihak yang terlibat khususnya pegawai-pegawai tadbir kita yang bekerja siang dan malam, Saya kira kalau ini betul-betul dipegang Insya-Allah akan menjadi kenyataan.
Yang Berhormat Speaker, saya nak menyebut tentang pertanian! Kita ialah jelapang padi maksudnya kalau jelapang kita ini tak bertambah apa yang akan berlaku ialah import makanan akan bertambah cumanya saya nak bertanya kepada kerajaan di samping kita menjadi pengeluar padi, dalam keadaan tanah kita subur, adakah kita tidak terfikir, ada tak bahan-bahan lain selain daripada padi tetapi ianya hasil pertanian yang boleh kita eksportkan, yang boleh kita jadi pengeluar terbesar. Contohnya, nangka, saya difahamkan di antara pokok buah-buahan yang cukup subur khususnya di kawasan kita di sebelah selatan ini, tanahnya amat sesuai ditanam dengan nangka tak kiralah nangka madu, nangka tidak bermadu dan sebagainya malah saya tengok di tempat saya dan tempat Speaker sendiri, di Tikam Batu, bagaimana orang usahakan nangka dan akhirnya nangka itu diantara nangka yang paling baik maknanya kalau kita dapat usahakan supaya nangka di antara buah-buahan yang boleh ditanam secara komersial.
Kita estetkan nangka ini saya yakin Kedah akan menjadi bukan saja pengeluar padi, malah pengeluar nangka sebab nangka ini YB. Speaker dia waktu masak pun Belantek boleh makan. Lani sekilo RM12.00 dah Belantek! Yang depa kupas itu pulur tak dak! Sekilo RM12.00, 3 tahun dulu RM7.00, sekarang dah naik RM12.00. Tapi masa dia muda pun dia boleh buat kerepek, maknanya mahal! Dan dia tak dak musim, dia boleh keluar sepanjang tahun dan satu pokok dia boleh tumbuh, satu pokok dia hidup cukup panjang! Jadi, saya mencadangkan supaya kerajaan melihat bagaimanakah disamping kita menjadi pengeluar padi, kita juga mengeluarkan buah-buahan yang lain yang boleh kita eksportkan. Disamping itu juga, kita harus melihat bagaimana di Sik, di Parlimen bercakap tentang padi organik dan telah pun terbukti
ada ‗researcher-researcher‘ seluruh dunia berkhemah di Sik sekarang dan terbukti hasil yang dikeluarkan oleh padi organik ini menjadi perhatian dunia tapi apakah, mungkin Anak Bukit tak dak di sini tapi saya mencadangkan supaya negeri mengambil ini sebagai projek negeri supaya kita ‗promote‘ kan padi organik ini dan bukan sahaja yang padi organic, non-chemical, tidak menggunakan chemical sebagai baja tetapi organik makna benda yang ditunggu-tunggu di dunia ini sekarang untuk masalah kesihatan.
Seterusnya YB. Speaker ialah tentang pelancongan. Saya kira di antara negeri, Saya baru balik dari Melaka, baru balik ni baru sampai, berkempen. Pasal penjajaran baru lah ni! Apa yang berlaku Jeneri percaya tak? Tak dak pasal pun orang pi Melaka sebenarnya, tapi kita jumpa setiap malam, beribu orang di Melaka, tak kempen hari itu pun ramai. Pi tengok sebelah sungai, di sungai itu kotor kut, dulu ini kat Kg. Morterm ini jamban duduk di sebelah sungai, bila ada idea pemimpin ada idea, dia boleh convert daripada Pekan tak ada apa pun tetapi dia main dengan kebersihan, Melaka adalah diantara bandar yang paling cun sekali, jalan belakang dia boleh pegang tangan, boyfriend, girlfriend, suami isteri, berani pegang tangan secerah-cerahnya, bersih cerah dan macam-macam makanan ada! Baru ini saya pi satu kedai, kedai dia nama kedai kunyit, ikan goreng kunyit, sotong kunyit, kemudian daging kunyit, semua kunyit! Kedai masakan kunyit, maknanya orang ‗que‘ pasal nak makan masakan kunyit. Ini ialah ideas, bisnes is about ideas! Pelancongan is about ideas macam Bayu kata tadi, kita ada apa? Kita ada gunung! Di Kedah ni satu-satunya negeri yang kita ada semua! Kita ada pulau, 99 pulau di Langkawi, di Yan, kita ada 3 tasik besar. Kita ada gunung, Gunung Jerai dan gunung-gunung yang lain, kita ada pulau! Kita ada tasik, kita ada gunung, kita ada lembah yang cantik! Kita ada sungai! Kita ada pantai, kita ada gua, tetapi pasal apa kita miskin? Why? Soalannya diasuh ‗many elements in the kitchen to produced food but you do not have a good cooks!‘
Kita tidak ada tukang masaj yang dapat duduk dan fikir apa nak buat dengan ini ingredients yang ada! Ada ulam,ada ketam,ada macam-macam tapi tak boleh duduk sekali pikiaq apa yang kita nak buat dengan ingredients yang ada dalam dapur! Ini masalahnya! Jadi, saya mencadangkan bajet yang telah pun diberikan oleh kerajaan yang amat sedikit, yang kita peruntukan untuk pelancongan ini ‗it is chicken feed‘ nak promote sebab itu YB. Speaker, di Melaka Exco Pelancongan tu Exco Kanan, dia sama taraf dengan Exco Tanah ini sebab apa dia meletakkan ‗importants priorities‘ di atas sebab pelancongan ini ialah di antara industri yang tak payah banyak duit! Kena banyak otak! What you needs brain it‘s not money, bagaimana kita convert kan pemikiran kita ini untuk gain, untuk jadikan duit ! ‗You convert ideas in the realities‘ maknanya kalau kita ada idea, duduk bincang, malah gajah boleh cakap Tamil, gajah
boleh bercakap Melayu! Kalau ada idea! Kita ada Gua Komunis, macam-macam, sebab itu YB. Kuah jangan fikir macam duit saja YB. Kuah! It is about ideas! Bincang dengan industri-industri, bincang dengan investors from Taiwan, from China, from Europe! Orang di luar sana nak tengok kehidupan kita apatah lagi dalam keadaan yang unik, kita ada hutan, kita ada sungai, kita ada pulau, ini orang nak mai, orang-orang Arab nak lari daripada musim panas ke tempat , orang Eopah nak mai tetapi dia nak mai, dia pi tengok di Telaga Batu pun kita tak tahu YAB. Jeneri. Orang habaq tamadun tertua, nak masuk tu pun nak kena pakai gerek, kalau nak pi dengan kereta pun tak lepas.
Jadi, ini problem-problem yang kita ada! Sebab itu saya mencadangkan supaya kerajaan memperuntukkan tambahan duit kepada ideas ini, buat seminar! Panggil universiti-universiti buat seminar, apa lagi yang kita tak buat dalam pelancongan ini! Apa lagi yang kita perlukan dan ramai pemain-pemain industri yang mahu melabur di negeri, kita buka pintu! Kita kena buka ‗because‘ ini ialah kita seperti gadis sunti yang belum disentuh! Berilah peluang untuk jejaka-jejaka di luar sana mengambil bahagian. Jadi, saya mencadangkan harus YB. Kuah mengadakan agresif untuk promoted, saya yakin dunia akan tau apa yang ada di Kedah! Mereka akan datang malah orang Thailand baru ini ada cadangan jumpa saya, orang-orang dari China, bila dia sebut Kedah dia kata Kedah ini dimana? Saya sebutlah di sini, di sini! Dia katalah ‗why not‘ kami boleh buat ‗direct flight‘ daripada contohnya China ke Alor Setar, seterusnya Alor Setar ke ‗a few branches‘ contohnya di Thailand ataupun di Pulau Pinang dan sebagainya. Jadi, sekarang ini, mereka datang ke Pulau Pinang, daripada China ke Pulau Pinang, Pulau Pinang ke Thailand, dia ‗by pass‘ kita. Akhir sekali, YB. Speaker saya nak cakap pasal….(YB. Kota Siputeh mencelah)
YB. Gurun, boleh celah sikit!
Ok, boleh, Kota Siputeh silakan!
Terima kasih YB. Speaker! YB. Gurun, setuju tak sekarang ini kita tengok kawasan-kawasan seperti tasik dan sebagainya penuh dengan sampah dan rumput panjang dan sebagainya, jadi macam mana pelancong nak tertarik datang ke Negeri Kedah ini? Apa masalah dengan e-Idaman dan sebagainya yang berkaitan dengan kebersihan ini?
Terima kasih YB. Kota Siputeh. Sebab itu saya kata yang ini, buku ini kena jadi pegangan kita semua, cikgu sekolah kena pegang buku ini, ketua kampung kena pegang buku ini, semua! Bila buku ini ditulis dilastrasikan kecintaan kita akan jauh lebih beza sebab bila dia belek yang ini, semua orang 2.1 juta rakyat Negeri Kedah ada buku ini bayangkanlah! Pagi-pagi dia tengok, besarnya Kedah ini, Kedah lawanya! Bubuh dengan grafik yang cantik, dia saying negeri dia sebab dia tahu apa yang ada di Negeri Kedah! Sekali kita tanya cikgu sekolah, dia pun tak tau ada apa di Negeri Kedah ini? Lepas itu, bila kawan-kawan ia nak mai melawat, dia tanya ―Jo, aku nak mai Kedah 4 hari‖, hang boleh bawa aku melawat dak? Pening kita! Habis kuat nasi kandarlah! Lepas itu tak tau dah nak pi ke mana sebab kalau kita kalau ada yang ini, kalau kita dokumenkan kalau kita jadikan ia satu yang menjadi pegangan kita semua sebab itu di Thailand YB. Spekaer, di Thailand saya tengok satu hari di Southern Thailand, saya pi makan di tempat itu! Pagi-pagi bagaimana orang bersampan di tasik dia, pagi-pagi mereka akan bersampan dan kutip sampah di tasik mereka, ‗empowerment‘ orang kampung sanggup turun tak payah panggil Majlis Perbandaran, sebab mereka rasa mereka sayang sungai mereka, mereka sayang tasik mereka! Jadi, inilah yang patut kita buat, dua malam yang lepas YB. Speaker, bila duduk di Kota Melaka, kalau saya berjalan di belakang jalan belakang Alor Setar, saya naik bimbang, yang pertama takut orang kata saya cari pondan, yang kedua, tikus sama besar dengan anak kucing!
YB. Gurun, 2 minit lagi!
Ya! Jadi, sedangkan ini yang tak terjadi tempat lain, jadi saya ingat yang pentingnya saya masih mengatakan bawa harus ada kecintaan yang luar biasa dan kecintaan ini kena dimaklumkan dalam bentuk-bentuk khususnya.
Akhir sekali, adalah di kawasan Gurun! YB. Speaker, di Gurun ini hujan pun tak ada ai, musim kering pun tak dak air. Masa hujan depa kata tak boleh pasang paip, pasal ada problem dengan air. Jadi, saya haraplah masalah air ini ingat semua orang dah bawa kita kena fikir ‗think outside the box‘ di samping kita nak buat lain, kena fikir alternative-alternatif lain, ‗why not‘ kita gunakan underground water, kadang-kadang kita boleh gunakan juga telaga! Walaupun banyak perbincangan berkenaan ini tetapi saya masih ingat Jeneri pun ingat, saya pun ingat kecil-kecil dulu kita
minum air telaga saja! Mandi pun air telaga! Jadi, harus ada alternatif sementara kita nak tunggu yang empangan besar macam Bayu kata pada tahun 2035, baru nak mai air di tempat dia, kita perlu fikir juga bagaimanakah masalah orang kampung ini dapat diselesaikan? Tanjung Dawai dengar dah 3, 4 kerajaan dah jatuh, naik turun, naik turun, naik turun, air di Tanjung Dawai tak selesai juga! Jadi, saya ingat kita kena ‗think outside the box‘.
Yang keduanya ialah masalah lalat! Saya tak tahu tempat lain lah, berjuta, lalat ini duduk ni, banyak lalat daripada nasi! Di Gurun, kalau kita pi, buka-buka saja tudung periuk, lalat tu lebih banyak daripada nasi! Jadi, saya tak tau apa masalahnya? Jadi, saya mintalah jabatan kerajaan khususnya Jabatan Kesihatan tengok apa masalah sebenarnya?
Akhir sekali ialah tentang kawasan, baru-baru ini cerita bab budak sembelih mak di Gurun. Ini masalah besar, masalah dadah sebab itu saya mohon pihak keselamatan khususnya polis supaya kita ada di Gurun itu cuma ada Pondok Polis yang ada YAB. Jeneri pun tahu duk dulang balik kan! Kita ada dua saja anggota di situ tapi kita ada balai polis yang besar, under utilized. Saya memohon pihak kerajaan kalau boleh fikirkan saya dah tulis surat kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri supaya kita ‗upgrade‘ kan, supaya Pondok Polis di Gurun itu dinaikkan taraf dia kepada balai polis yang mempunyai kelengkapan cukup, bukan sahaja anggota tetapi juga aset dan last sekali ialah tentang gelap! YAB. Jeneri pun duk balik sampai di Jentayu tu naik takut pasal situ hantu banyak pasal dia gelap, saya pun lepas 11.30 malam tak berani dah, tang tu sampai Batu 5 tu gelap sungguh-sungguh! Jadi, saya ingat dah 2 tahun dah janji kata nak boh lampu tepi jalan tapi lampu tak ada sampai hari ini! Jadi, kalau tang Jentayu tu memang keras sungguh! Jadi, saya mintalah supaya boh la lampu no! Bajet pun ada tahun ini, Insya-Allah. YB. Speaker, terima kasih saya ucapkan. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih YB. Gurun! Silakan YAB. Menteri Besar!
YB. Dato‘ Speaker, saya pohon mencadangkan dibawah Peraturan 12(1) (a) - Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman, bahawa sidang dewan pada pagi ini disambung pada jam 2.30 petang selepas ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari.
YB. Tuan Speaker, saya mohon menyokong cadangan itu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya bersetuju dengan usul yang dibuat oleh YAB. Menteri Besar tersebut. Masa ada 4 minit lagi, jadi saya persilakan YB. Ayer Hitam. Lepas ini sambung balik, masa 4 minit!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi Rabb‘il A‘lamin Wassalatu Wassalamu A‘la Asrofil Am‘biya Iwal Mursalin Wa'ala Alihi Wasahbihi Ajma'in Robbisrohli‘ Sodri Wayasirli Amri Wahlul Uqdatan Min Lisani Yafqahu Qauli. Subhanaka La‘Ilmalana I‘lla Ma‘Allamtana Inna‘ka Antal Alimul Hakim La‘Hawla Wala‘ Quwwata‘ I‘lla Billahil‘ali Lil‘Azim Amma‘ Baq.
Terima kasih YB. Dato‘ Speaker, Terima kasih YAB. Menteri Besar, YB. Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri, YB. Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Berusaha, Yang Berbahagia Ketua-Ketua Jabatan, Agensi Kerajaan, Yang Dihormati Para Pegawai Dewan seterusnya yang dikasihi para pemerhati yang mengikuti persidangan ini samada secara fizikal mahupun secara maya di luar sana. Alhamdulillah sama-sama kita panjatkan rasa syukur kita yang tidak terhingga kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Tuhan seru sekalian Alam, Tuhan yang telah mengizinkan kita pada hari ini untuk terus hidup untuk sama-sama kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai hambaNya dan juga menaikkan tanggungjawab kita sebagai Khalifah dalam mengatur urus makhluk di atas muka bumi ini.
Terima kasih YB. Speaker yang memberi laluan pada saya untuk turut serta mengambil bahagian dalam perbahasan pada kali ini setelah dinafikan hak yang sama pada sidang lepas lantara SOP yang ketat dikenakan pada semua Ahli Dewan untuk sidang pertama pada 2 bulan yang lepas. Sekalung tahniah kepada YAB. Menteri Besar yang telah memberikan satu ucapan pembentangan bajet 2022 pada pagi semalam yang pada saya cukup penuh dengan keyakinan dan bersifat futuristic, yang menetapkan satu bajet yang boleh kita terima sambutan ataupun cabaran daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar iaitu kita pakat merasa sorang sikit Insya-Allah.
Bagi saya ini satu bajet yang berpijak di bumi yang nyata dengan mengambilkira situasi semasa negeri dan negara kita yang masih berada dalam era permulaan kepada pemulihan setelah kita diuji dengan pandemik Covid-19 yang melanda bukan sahaja negeri kita Malaysia bahkan di seluruh dunia dan satu bajet yang disusuli dengan perancangan yang jitu dan munasabah berdasarkan kemampuan kerajaan yang terhad dalam mencorak perjalanan sosial ekonomi negeri pada tahun hadapan dan tahun akan datang.
Untuk sekian kalinya, bajet masih lagi berada dalam bajet defisit untuk tahun depan kita berhadapan dengan defisit lebih kurang 12.4% aktiviti ataupun dalam angkanya lebih kurang RM90.2 juta berbanding dengan RM720 juta yang diunjurkan pada tahun hadapan. Namun, berdasarkan kepada perbelanjaan yang berjimat dan berhemah, pihak kita menghadapi bajet defisit tahun lepas ataupun tahun 2021, saya yakin dan percaya…(YB. Timbalan Speaker mencelah)
Yang Berhormat Ayer Hitam, kita berhenti dulu nah! Nanti kita sambung balik!
Kita tamatkan ucapan untuk sesi pagi ini Insya-Allah kita sambung lagi pada jam 2.30 petang. Sekian, Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh.
Terima kasih YB. Ayer Hitam. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, kita tangguh dulu Dewan. Dewan akan disambung semula pada jam 2.30 petang, terima kasih.
[Sidang Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari]
[Sidang Dewan disambung semula pada jam 2.30 petang]
Bismillahirrahmanirrahim. Dewan disambung semula. YB. Ayer Hitam!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Dato‘ Speaker. Saya menyambung perbahasan tengahari yang tertangguh kerana berhenti rehat tadi. Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada YB. Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kerajaan negeri dan seluruh ketua-ketua jabatan serta penjawat awam yang telah bertindak selari dengan kepimpinan kerajaan negeri dalam berbelanja dan mengurus bahagian dan sektor masing-masing sesuai dengan keupayaan kewangan kerajaan negeri yang terhad melalui amalan kerja yang pantas, yang telus, berhemah dan berintegriti di mana semua ini akan mengurangkan kebocoran dan pembaziran dalam pengurusan dan perbelanjaan. Walaupun masih ada kelemahan di sana sini, saya berkeyakinan kita mampu untuk mengatasi segala kepincangan jika kita berpadu tenaga dan keazaman yang tinggi untuk sama-sama meletakkan kepentingan rakyat sebagai suatu yang perlu kita utamakan dalam menangani permasalahan difisit Belanjawan 2022 yang disebut sebentar tadi.
YB. Dato‘ Speaker, saya tidak bercadang untuk mengulang apa yang disebutkan oleh YB. Anak Bukit dan YB. Sungai Limau tentang masalah pesawah dan sebagainya dan mengambil kira ucapan mereka sebagai ucapan saya juga mewakili Ayer Hitam yang sekarang ini musim awal penanaman padi yang melibatkan pesawah-pesawah berhadapan dengan masalah awalnya dengan masalah kekurangan benih padi yang sah, kemudian diikuti sekarang ini dengan air yang melimpah, tidak surut, yang mengendalakan proses penanaman padi yang menuntut kepada suatu tindakan yang bersepadu oleh pihak-pihak yang berkenaan khususnya pihak MADA untuk mencuci parit-parit yang selama ini telah dipenuhi oleh rumput yang banyak, yang panjang dan sungai yang cetek, sehinggakan air tidak dapat mengalir dengan baik menyebabkan anak padi yang tumbuh tenggelam dan mengakibatkan petani-petani kerugian kerana terpaksa mengulang dua tiga kali menabur untuk menghasilkan anak benih padi baharu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Bajet 2022 dirangka pada masa kerajaan kita berada dalam tahun awal pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke 12 dan juga Pelan Pembangunan Kedah 2035. Tentulah Bajet 2022 ini mengambil kira roh dan inti pati kedua-dua perkara yang besar itu. Pelan Pembangunan Kedah 2035 yang mempunyai 6 teras utama sudah tentu tidak dikesampingkan dalam Bajet 2022. Salah satu temanya ialah iaitu Teras 4, memfokuskan kepada keseimbangan moral, keseimbangan modal insan dan bakat. Salah satu terasnya iaitu yang mementingkan kepada modal insan dan bakat mempunyai beberapa strategi yang perlu dilaksanakan. Antaranya adalah memperkasakan ekosistem pendidikan negeri dan dua daripada enam strategi ini ialah membentuk pusat kecemerlangan Islam Kedah serta pembangunan hub pendidikan agama, pondok dan tahfiz. Hal ini menyokong kepada merealisasikan gagasan dasar ataupun besar kerajaan negeri yang berteraskan ilmu iaitu ―Cordoba of Kedah‖. Alhamdulillah, pada 1 November yang lalu saya berkesempatan bersama-sama dengan lebih 50 orang pakar pendidikan dan pencinta Islam dalam satu bengkel yang diadakan di Raia Hotel yang membincangkan secara khusus tentang pelaksanaan Cordoba of Kedah. Daripada bengkel itu kita keluar dengan beberapa resolusi untuk dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang menyentuh tentang strategi, inisiatif dan juga sasaran yang perlu dicapai oleh kerajaan melalui Cordoba of Kedah untuk memungkinkan gagasan ini akan mencapai matlamatnya yang InsyaAllah akan meletakkan negeri kita sebagai negeri yang mementingkan ilmu dan amal yang baik berseiringan yang berorientasikan ekonomi dan yang lainnya. Saya suka mencadangkan supaya satu peruntukan khusus ataupun kolum khusus diperuntukkan dalam Bajet 2022 supaya Cordoba of Kedah ini diletakkan sebagai keutamaan untuk dilaksanakan pada tahun 2022 yang merupakan tahun pertama InsyaAllah, mengorak langkah kepada menjayakannya.
YB. Dato‘ Speaker, jalan raya sama ada jalan persekutuan, jalan negeri, jalan kampung atau jalan ladang merupakan pemangkin yang besar kepada kemajuan ekonomi sesebuah negeri atau negara. Terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah mengangkat jalan ladang di kawasan MADA di seluruh Negeri Kedah untuk diletak di bawah pengurusan kerajaan negeri. Sejauh 474 kilometer atau kurang lebih 155 batang jalan ladang di kawasan MADA telah diangkat untuk diletakkan di bawah pengurusan kerajaan negeri. Hal ini akan memberikan satu kelegaan kepada rakyat di sana yang sekarang ini masih lagi dibelengu atau digeruni dengan jalan-jalan yang berlubang, yang rosak, yang ‗qeban‘ setelah sekian lama tidak diselenggara dengan baik oleh pihak MADA kerana peruntukan yang terhad untuk mereka baikinya. Saya bersetuju dengan YB. Anak Bukit tadi yang menyebut tentang kita perlu meletakkan pengurusan jalan ladang di bawah pengurusan kerajaan negeri dan Alhamdulillah telah pun diangkat dan diletakkan.
Saya juga berterima kasih kepada kerajaan yang telah memulakan kerja-kerja membaiki jalan-jalan di kawasan Ayer Hitam, sudah dibaiki di Pida 2, Pida 4, InsyaAllah pada masa akan datang di Pida 5, Kepala 20 dan sebagainya di bawah pengurusan JPS dan Pejabat Daerah di bawah peruntukan MARRIS, InsyaAllah. Cuma masih banyak lagi jalan-jalan yang perlu keutamaan, jalan Pida 8, Pida 6, Matang Bonglai Besar, Matang Bonglai Kecil, Pida Matang Mahang, Pida Matang Bongor, Jalan Padang Tui, Gandai hingga ke kampung-kampung yang berhampiran dengan laut di Kuala Jerlun perlu diberi kutamaan supaya rakyat di sana dapat menggunakannya dengan baik kerana walaupun jalan ladang ini merupakan jalan yang digunakan oleh pesawah untuk turun ke padang tetapi sekarang telah menjadi jalan kampung. Di sepanjang jalan pida-pida itu telah tumbuh kampung-kampung dan semakin berkembang kampung-kampung ini dan kampung-kampung ini dihuni oleh mereka yang bukanlah semuanya bekerja di sawah, sebahagiannya besarnya bekerja di sektor ekonomi yang lain, peniaga ataupun sektor perkhidmatan dan sebagainya yang memerlukan jalan yang baik untuk mereka berurusan setiap hari. Sekarang keluarga-keluarga ini dah semakin berkembang, mereka mempunyai kenderaan yang elok-elok, yang cantik-cantik dan sudah tentulah jalan yang rosak ini menimbulkan masalah kepada mereka untuk mereka lalui pada setiap hari. InsyaAllah dengan peruntukan yang diletakkan oleh kerajaan di bawah pengurusan kerajaan negeri, saya yakin dan percaya jalan ini dari semasa ke semasa akan dibaiki dan menambah baik kepada penggunaan rakyat seluruhnya, InsyaAllah.
YB. Dato‘ Speaker, YAB. Menteri Besar ada memaklumkan bahawa kemajuan fizikal semasa bagi 5 LRA ialah 4% dan memberi jaminan bahawa kerajaan akan memastikan projek-projek ini disiapkan mengikut jadual. Dalam jawapan kepada soalan bertulis saya untuk Sidang pada kali ini kerajaan memaklumkan untuk Projek LRA Pelubang, kemajuan fizikal projek sebenar pada 25 Oktober yang lalu telah mencapai 3.11% berbanding kemajuan dirancang 3.10% iaitu 0.01% lebih awal daripada jadual. Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak Bina Darul Aman Berhad, kontraktor yang bertanggungjawab dengan Projek LRA Pelubang ini atas prestasi yang cemerlang ini. InsyaAllah jika kita teruskan prestasi ini atau tingkatkannya sasaran kerajaan untuk projek ini siap pada Mei 2024 akan menjadi kenyataan bahkan mungkin dapat diawalkan lagi. Saya juga difahamkan bahawa projek pembinaan LRA Pelubang ini datang bersama beberapa pakej sokongan yang akan memastikan masalah bekalan air di Daerah Kubang Pasu dan Kota Setar dapat diatasi dengan sepenuhnya. Saya difahamkan pakej penggantian dan pemasangan paip baharu yang lebih besar dan lebih moden akan dilaksanakan serentak dengan pembinaan loji yang memungkinkan masalah tekanan air yang rendah di beberapa tempat di kawasan Kota Setar dan Kubang Pasu dapat diatasi supaya loji rawatan air disiapkan pada tahun 2024.
Saya amat berharap agar kerja-kerja penggantian dan pemasangan paip baharu ini disegerakan bagi memberi sedikit kelegaan dalam masa terdekat ini sebelum kelegaan sepenuhnya dapat dirasai mereka pada tahun 2024. Rakyat di Pida 2, Pida 3, Pida 4, Pida 5 dan Pida 6 di Ayer Hitam, juga Pida 10, Pida 11, Pida 12 di kawasan Kota Siputeh pasti akan berasa syukur dan berterima kasih jika hal ini disegerakan kerana pada masa ini mereka sangat terkesan dengan masalah tekanan air yang rendah dengan terpaksa berjaga lewat malam atau bangun awal dinihari untuk menadah air yang mengalir perlahan.
YB. Dato‘ Speaker, Jabatan Perangkaan Malaysia Kedah melaporkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) untuk Negeri Kedah bagi tahun 2020 menurun sedikit kepada RM46.0 billion berbanding dengan RM46.9 billion bagi tahun 2019. Hal ini bukanlah suatu yang janggal kerana semua negeri di Malaysia mencatat penurunan KDNK masing-masing bagi tahun 2020 berikutan ujian pandemik Covid-19 dan ini membawa kepada penurunan KDNK perkapita rakyat Negeri Kedah dari RM22,341 pada tahun 2019 kepada RM22,166 pada tahun 2020. Namun, angka ini telah menolak Kedah untuk menduduki tangga yang ketiga dari bawah dalam senarai KDNK perkapita negara setelah sekian lama kita menghuni tangga kedua terbawah selepas Kelantan. InsyaAllah tahun 2020 kita berada di atas Sabah dan Kelantan dan berharap InsyaAllah tahun-tahun akan datang peningkatan berlaku untuk meletakkan Kedah di tempat yang lebih selesa setanding dengan negeri-negeri yang lebih maju di Malaysia ini. Saya yakin dengan kegigihan kepimpinan YAB. Menteri Besar sekarang yang telah mencari dan membawa pelaburan masuk ke Negeri Kedah akan membantu meningkatkan lagi KDNK Negeri Kedah dan juga KDNK perkapita rakyat Negeri Kedah. Bukanlah suatu yang menjadi impian kosong ataupun fatamorgana di padang pasir, impian kita untuk meletakkan Negeri Kedah setanding dengan negeri maju yang lain berdasarkan kepada pendapatan ataupun KDNK perkapita rakyat ini.
Oleh itu, semua pihak sama ada daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang, pihak swasta dan sebagainya perlulah berganding tenaga dan usaha untuk sama-sama kita memastikan hasrat kita untuk bersaing ataupun berada lebih tinggi daripada sekarang ini menjadi kenyataan, InsyaAllah.
YB. Dato‘ Speaker, namun begitu KDNK hanya merujuk kepada mengukur angka aktiviti ekonomi semata-mata, merangkumi sektor perkhidmatan, pembuatan, pertanian, pembinaan serta perlombongan dan pengkuarian. Saya suka menarik perhatian Ahli Sidang sekalian dan kita juga memberi perhatian kepada cukai dan ukuran yang lebih luas iaitu kepada indeks kesejahteraan rakyat agar kesejahteraan ekonomi yang rancak dibina dapat diimbangi dengan kesejahteraan sosial yang diperhebat dari semasa ke semasa.
Kita boleh menggunakan Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) untuk mengukur dan meningkatkan kesejahteraan rakyat kita yang dinilai berdasarkan kepada 14 komponen ekonomi dan sosial yang terdiri daripada 5 komponen ekonomi dan 9 komponen sosial. 5 komponen ekonomi yang dinilai dalam IKRM ini ialah pengangkutan, komunikasi, pendidikan, pendapatan dan pengagihan serta persekitaran kerja di samping 9 komponen sosial yang lebih besar iaitu perumahan, hiburan dan rekreasi, keselamatan awam, penyertaan sosial, tadbir urus, kebudayaan, kesihatan, alam sekitar dan juga keluarga. Untuk rekod, bagi tempoh tahun 2000 hingga 2019, indeks IKRM meningkat sebanyak 21.0 mata kepada 121 mata pada tahun 2019 berbanding 100 mata pada tahun 2000. Namun begitu, peningkatan kesejahteraan sosial tidak setara dengan kesejahteraan ekonomi tetapi kesejahteraan ekonomi berlaku peningkatan sebanyak 31.8 mata berbanding 14.9 mata untuk kesejahteraan sosial. Saya tidak ada angka untuk indeks kesejahteraan harian di Kedah tapi saya merasakan angkanya tidak berbeza di antara negeri-negeri di Malaysia ini. Cuma kita harap penekanan kepada kesejahteraan sosial diberi perhatian yang besar oleh kerajaan supaya kita tidak mahu berlaku ketidakseimbangan di antara kesejahteraan ekonomi dan sosial yang mungkin menyebabkan rakyat kita ataupun masa depan kita bergantung sangat-sangat kepada ekonomi, mengabaikan kesejahteraan sosial yang boleh menyebabkan keluarga ataupun masyarakat kita tidak seimbang yang menjurus kepada perkara-perkara yang boleh menyebabkan kemerosotan nilai sosial di Malaysia dan negeri kita ini.
YB. Ayer Hitam, masa sebenar sudah tamat!
YB. Dato‘ Speaker, YAB. Menteri besar juga dalam ucapan bajetnya semalam telah menekankan kepada perlunya satu peningkatan dalam pengurusan pentadbiran kerajaan dan memastikan perkara-perkara yang kita tawar kepada rakyat dapat direalisasikan dengan baik. Saya menyerulah kepada semua pihak terutamanya pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dalam setiap sektor dan bahagian masing-masing untuk meningkatkan hasil kerja, meningkatkan keazaman bekerja kita untuk sama-sama majukan negeri kita, InsyaAllah untuk mencapai sepertimana tema yang disebut oleh YAB. Menteri Besar dalam ucapannya dan tema bajet tahun ini, ―Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua‖ benar-benar belaku, bukan satu slogan yang disebut begitu sahaja, InsyaAllah.
Terima kasih juga kepada YB. Gurun tadi yang menjelaskan panjang lebar tentang Kedah 2035 yang merupakan satu perancangan yang hebat, yang merangkumi atau mengandungi 3 RMK, 12, 13 dan 14 dan InsyaAllah jika kita betul-betul hayati dan kita laksanakan atau mungkinkah rakyat kita pada tahun 2035 hidup dalam sejahtera dan menyintai negeri kita untuk sama-sama memajukan negeri kita, InsyaAllah.
YB. Dato‘ Speaker, saya suka untuk menutup ucapan saya dengan satu pantun yang juga merupakan jawapan kepada pantun YAB. MB dalam bajet beliau,
Beli sarapan di Suka Menanti, Singgah Jitra membeli dokong, Jika tuan bentang lagi, InsyaAllah saya akan menyokong.
Jadi, saya menyokong Pembentangan Bajet 2022 bagi tahun ini, InsyaAllah bersama-sama kita menjayakannya. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumussalam. Terima kasih YB. Ayer Hitam. YB. Jitra!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi robbil ‗alamin wassola tuwassala mu‘ala asyrofil anbiya iwal mursalin wa‘ala alihi wasohbihi ajma‘in.
YB. Dato‘ Speaker, saya juga mewakili Jitra ingin mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan dengan Pembentangan Bajet Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2022 yang telah disampaikan kelmarin oleh YAB. Jeneri. Saya mulakan dengan memberi pengakuan bahawa untuk membuat satu bajet ini satu perkara yang bukan mudah. Antara cabaran yang dihadapi oleh seorang Menteri Besar dan rakan-rakan mungkin dari Pejabat Kewangan ialah bagaimana untuk mengimbangi antara hasil dengan perbelanjaan. Sejak sekian lama Kedah mengalami keadaan defisit kewangan dan kaedah yang kita gunakan ialah sentiasa untuk berbelanja kurang daripada apa yang disasarkan dan itu cara kita untuk mengatasi daripada defisit ini menjadi satu masalah yang lebih besar.
Walaupun begitu, apabila kita kurangkan perbelanjaan, antara kesan yang berlaku ialah bahawa perbelanjaan-perbelanjaan pembangunan yang bertujuan untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat contohnya dalam infrastruktur, usaha-usaha untuk pertumbuhan ekonomi dalam negeri kita ini agak tak kesampaian kerana penjimatan yang kita buat atas sebab defisit yang kita hadapi. Oleh sebab itu, saya ingin mengambil kesempatan pada hari ini adalah untuk tekankan mengenai bagaimana kerajaan negeri mungkin boleh pertimbangkan cara-cara untuk meningkatkan hasil. Saya ingat setahun yang lepas kita mendengar YAB. Jeneri pernah menyebut mengenai Rare Earth Elements (REEs) walaupun pada kenyataan awalnya beliau memberi satu angka yang luar biasa tetapi kemudiannya beliau membetulkan kenyataan tersebut. Saya ingin tekankan soal REEs ini adalah satu cadangan yang perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya. Kita tahu bahawa perlombongan galian ini satu kerja yang susah, ianya memberi kesan kepada alam sekitar tetapi kalau ianya dilakukan menggunakan teknologi terkini, saya sangat yakin bahawa ianya boleh menghasilkan pendapatan yang tinggi bagi sebuah negeri seperti Kedah yang mempunyai hasil yang rendah berbanding dengan negeri-negeri yang ada minyak contohnya. Kita tahu bahawa contoh yang ditunjukkan oleh negara seperti China yang merupakan negara pengeksport Rare Earth Elements yang paling besar di dunia, mereka juga merupakan negara pengguna REEs ini dan tentunya mereka juga menghadapi macam-macam masalah di peringkat awalnya kerana pencemaran udara, pencemaran sumber air, kerosakan kepada alam sekitar, tetapi lama kelamaan mereka mengatasi masalah itu dengan menggunakan teknologi terbaru antara lain ‗in situ leaching‘ ataupun proses larut resap. Saya ingat ini pun telah disentuh oleh YAB. Jeneri sebelum ini. Saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri Kedah memberi perhatian yang serius bagaimana kita boleh mengeksploitasi satu khazanah ataupun sumber asli yang mampu menjana pendapatan yang tinggi bagi Negeri Kedah yang pada ketika ini pendapatannya sangat-sangat rendah.
Seperkara lagi ialah mengenai industri perkayuan kita. Isu pembalakan ini sentiasa dibangkitkan, ada yang menyokong dan ada yang tidak menyokong. Tetapi saya baru balik dari Johor dan sekali lagi saya diperingatkan rakan-rakan di sana mengenai industri perabot di mana kawasan seperti Muar mengeksport perabot daripada hasil kayu atapun hasil hutan sampai ke Amerika Syarikat. Malah, perabot yang dijual di gedung-gedung besar seperti Sales Walmart datangnya dari Muar. Malah saya ingat yang di IKEA pun silap-silap juga buatan dari Malaysia. Maksudnya kita perlu lihat bagaimana kita nak pastikan nilai tambah itu paling tinggi apabila kita mengeksploitasi sumber ataupun hasil hutan yang agak terhad sumbernya. Kita tak maulah sekadar kita membalak kemudian proses menjadi ‗plywood‘ dan itu yang kita eksport.
Kita nak sebaik-baik mungkin kita wujudkan satu zon sektor perabot daripada kayu kayan ini supaya nilai tambahnya maksima dan apa yang kita eksport itu adalah produk yang sudah pun siap. Saya ingat sewaktu saya duduk di sana suatu ketika dahulu (tempat YAB. Menteri Besar) dan YAB. Jeneri duduk di tempat YB. Alor Mengkudu (tempat Ketua Pembangkang) dan saya belajar daripada apa yang YAB. Jeneri bangkitkan iaitu berkenaan dengan satu agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di bawah UNDP sebenarnya yang diberi nama REDD dan sekarang ini dah ada REDD+. Boleh tanyalah dengan YAB. Jeneri, dia lebih arif dalam hal ini. Saya mengambil pengajaran daripada cadangan beliau dan berkesempatan untuk berjumpa dengan wakil-wakil daripada UNDP yang menguruskan REDD ini. Jadi, saya ingin bertanya adakah kerajaan sekarang juga membuat usaha-usaha untuk menjalankan segala cadangan yang dikemukakan oleh REDD sekarang ini REDD+, supaya apa juga hasil ataupun tindakan yang kita ambil untuk memulihara dan memelihara hutan kita ini masih dapat menjana pendapatan bagi Negeri Kedah kita melalui cadangan-cadangan yang diselaraskan oleh REDD ini.
Satu perkara yang saya nak sentuh ialah mengenai Taman Teknologi Kulim. Kita perlu lihat apa kelebihan yang kita di KHTP ini. Salah satu daripada kelebihannya iaitu industri ‗wafer fabrication‘, pembuatan semiconductors. Pada ketika ini, lebih-lebih lagi selepas berlaku pandemik Covid-19 yang melanggar seluruh dunia, wujud satu masalah bekalan yang tidak mencukupi bahan semiconductors ini. Jadi, kita tahu di KHTP itu saja tak kurang daripada 3 kilang besar iaitu Silterra, Infineon dan AIC Semiconductors. Ini sebenarnya memberi kelebihan kepada Negeri Kedah. Saya ingin mencadangkan supaya kita beri perhatian bagaimana kita boleh membangunkan sektor sokongan untuk semiconductors contohnya dalam kerja-kerja ‗design‘ sirkit ataupun cips supaya dinilai tambah lagi di Kulim Hi-Tech Park itu kerana bahan asasnya iaitu semiconductors sedia wujud si sana. Saya rasakan bahawa inilah antara caranya kita boleh menyumbang secara langsung dalam membangunkan lebih banyak lagi syarikat-syarikat tempatan kita yang mahir dalam kerja-kerja ‗design‘ ini bagi sektor ataupun industri besar pembuat telefon bimbit, tablet dan sebagainya. Untuk makluman semua, saya ingat ramai pun dah tahu semua alat-alat yang kita gunakan setiap hari ini kalau tidak kerana semiconductors dengan cips ini maka tentunya mereka tak boleh berfungsi. Jadi, sekarang ini kita dapati saiz cips itu semakin hari semakin mengecil serta penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan oleh banyak syarikat-syarikat besar di luar sana yang sebenarnya menjana pasaran yang lebih besar setiap hari. Jadi, kita pun mendengar di Malaysia sekarang ini pun kita berminat untuk menceburkan diri dalam bidang 5G. Jadi, saya harap KHTP dan Kerajaan Kedah khususnya boleh memainkan peranan untuk menarik lebih banyak lagi syarikat-syarikat melabur dalam sektor ini khususnya dari kalangan syarikat tempatan kalau tidak pun dengan syarikat-syarikat asing.
Seterusnya saya ingin menyentuh mengenai maklum balas yang saya terima daripada ‗malim‘ di Gunung Jerai. Mereka menyatakan bahawa ada sesuatu yang tak kena di atas puncak gunung. Saya bangkitkan perkara yang sama pada Sidang yang lepas di mana kita ada empangan semulajadi yang pecah akibat daripada hujan yang lebat. Jadi, tidakkah boleh sesuatu dilakukan selain daripada bahan-bahan atau alat-alat pengesan, ‗sensors‘ yang saya dimaklumkan sudah pun dipasang tetapi tidakkah boleh kita pastikan bahawa sebelum empangan itu dah sampai tahap boleh pecah itu air dapat disalurkan supaya ia tidaklah memberi tekanan yang tinggi di atas menyebabkan bahaya kepada penduduk di kaki gunung. RM80 juta telah diumumkan untuk memastikan perkara ini tidak berlaku tetapi kebelakangan ini YB. Dato‘ Speaker, kita lihat bahawa kejadian-kejadian berkait dengan bencana alam ini semakin menjadi-jadi mungkin kerana ‗global warming‘ (pemanasan sedunia).
Seperkara lagi saya ingin bertanya ialah mengenai litar lumba di Sungai Petani. Kita sudah mendengar pengumuman mengenai satu ‗circuit‘ yang nak dibina oleh pihak swasta di Bukit Malut di Langkawi tetapi yang diusahakan oleh kerajaan sebelum ini dengan peruntukan yang disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan, Kerajaan Persekutuan ialah satu litar lumba yang telah diluluskan saya ingat 3 penggal yang lepas, dari zaman YAB. Pekan lagi. Jadi, itu satu janji yang dibuat oleh kerajaan, sudah beberapa kali kita berpilihanraya, anak-anak muda masih menuntut supaya janji ini ditunaikan dan zaman Pakatan Harapan dulu kita dah mulakan usaha itu. Jadi, saya harap kerajaan negeri tidaklah terus membatalkan projek ini.
Saya juga ingin bertanya sekali lagi, apa perkembangan terbaru mengenai pengambilan tanah KXP? Jadi, bila saya tanya soalan ini pada bulan 9 yang lepas katanya bulan 11 ini akan ada satu perkembangan ataupun satu pengumuman besar yang nak dibuat dengan kemasukan mungkin RM2 billion daripada pihak yang ingin bekerjasama dengan KXP. Jadi, saya ingin bertanya, sudahkah wang itu dimasukkan dalam kantung kerajaan negeri. Sebentar tadi kita mendengar ucapan daripada YB. Anak Bukit, YB. Anak Bukit juga ada sedikit sentuh mengenai CPTPP. Saya telah menghadiri satu taklimat oleh Thirt Wold Network (TWN) yang mendedahkan pelbagai masalah berkait dengan CPTPP ini yang juga akan memberi kesan kepada kerajaan negeri. Zaman saya dulu perkara ini ada dibincangkan tetapi kita ketika itu belum lagi faham apa agaknya impak kepada kerajaan negeri dan negeri kita sendiri. Antara lain ialah berkenaan dengan perolehan syarikat-syarikat berkait dengan kerajaan ataupun GLC dan juga pendedahan kerajaan negeri kepada saman oleh syarikat-syarikat asing sekiranya ada dasar-dasar baru yang nak kita buat yang akan ditafsir sebagai usaha untuk menyekat keupayaan mereka untuk berniaga dan ini telah berlaku di banyak negara yang telah menandatangani perjanjian ini.
Ketika itu kita dimaklumkan tak kurang daripada 9 undang-undang negeri kita perlu dipinda untuk menyesuaikan keadaan kita di sini pada perjanjian CPTPP ini. Di peringkat nasional kalau tak silap saya lebih 20 undang-undang yang perlu dipinda. Jadi saya ingin bertanya, adakah kerajaan negeri bersedia untuk menghadapi cabaran ini?
Berkenaan dengan Jitra, kawasan saya sendiri ada permintaan supaya kawasan-kawasan ataupun ruang perniagaan khususnya untuk anak-anak muda disediakan kerana selepas kita masuk fasa keempat ini sudah banyak kelonggaran untuk mereka berniaga tetapi ruang perniagaan itu agak terhad. Jadi, saya mohon bagi pihak mereka di kawasan Jitra ini kalau boleh kerajaan negeri mengarahkan pihak Majlis untuk menyediakan ruang-ruang yang sesuai untuk tujuan tersebut. Selain itu, ada juga rungutan mengenai penyelenggaraan mini tar lebih-lebih lagi setelah kawasan di sebelah utara ini menghadapi banjir ataupun bah. Baru-baru ini pun air besar jadi banyak daripada jalan-jalan kita termasuk mini tar ini rosak. Harapannya ialah kerajaan negeri akan memberi peruntukan yang secukupnya untuk selenggara jalan-jalan tersebut.
Banyak juga kawasan-kawasan yang masih lagi menghadapi masalah perkhidmatan internet. Jadi, bila kita minta supaya anak-anak kita buat PdPR walaupun saya faham sekolah akan dibuka tak lama lagi tapi mereka masih lagi menggunakan tablet untuk tujuan ekses kepada kerja-kerja rumah dan sebagainya. Jadi, saya harap kerajaan negeri boleh berurusan dengan sesiapa juga lah baik SKMM ataupun syarikat-syarikat telco yang lain untuk pastikan bahawa perkhidmatan jalur lebar pada tahap yang terbaik khususnya di kawasan-kawasan luar bandar.
Akhir sekali YB. Dato‘ Speaker, saya mendengar ucapan daripada YB. Sungai Limau tadi dan saya ingin menyatakan di sini bahawa kita memang faham dan kita juga antara orang yang beriman, saya suka juga mengingatkan kita semua termasuk diri saya sendiri. Dalam Al-Qu‘ranul Karim sendiri dalam Surah Al-Bagarah ayat 188; Allah Subhanahu Wata‘ala berfirman mafhumnya, ―Dan janganlah kamu makan atau mengambil harta orang-orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu iaitu memberi rasuah kepada hakim-hakim kerana hendak memakan atau mengambil sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa padahal kamu mengetahui salahnya‖.
Jadi, takrifnya kalau ikut kitab Al-Ma ‗Uswah, Al-Fiqhiyah, Al-Khalwatiyah, 22 sekarang 220, rasuah itu ditakrif sebagai, ―sebarang pemberian bertujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan‖. Selain daripada itu, daripada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w, sebuah hadis daripada Tauban
RadiAllahu ‗Anhu yang bermaksud, ―Rasulullah s.a.w melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantara yang bersifat penghubung antara kedua-duanya‖. Saya juga meneladani apa yang telah disampaikan oleh YB. Sungai Limau dengan mengingatkan kita semua ajaran agama kita sendiri iaitu selain daripada apa yang telah YB. Sungai Limau bangkitkan salah satu perkara yang sangat-sangat dilaknati oleh Allah ialah amalan rasuah, salah guna kuasa, kleptokrasi dan sebagainya, Jadi saya rasa bahawa segala benda yang nak kita buat yang telah dibentangkan oleh YAB. Jeneri ini susah untuk kita jayakan sekiranya kita tidak serius memerangi amalan-amalan salah laku dan salah guna kuasa yang boleh menjejas segala juga aspirasi dan cita-cita kita bersama. Jadi, saya mohon sekiranya kita ini antara yang beriman dan kita percaya bahawa amalan rasuah ini satu perkara yang wajib ditolak oleh semua, saya ingin menjemput Ahli-Ahli Yang Berhormat baik daripada pembangkang mahupun pihak kerajaan malah juga tak kurang pentingnya ketua-ketua jabatan yang hadir dalam Dewan ini untuk bangun sebagai tanda sokongan kita kepada segala usaha untuk memerangi rasuah. Sila bangun, saya mohon!
Speaker kena bangun tak?
YB. Speaker saya anggap memang dah tolak rasuah dah, tak pa! (sambil ketawa) Terima kasih banyak-banyak!
YB. Dato‘ Speaker, saya ingin mengakhiri….dah habis pun masa. Saya doakanlah agar Negeri Kedah Darul Aman kita ini sentiasa makmur dan sejahtera. Saya tahu ini bukan satu perkara mudah kerana saya pernah duduk di kerusi itu dan saya tahu apa yang dihadapi oleh YAB. Jeneri. Yakinlah bahawa pihak kami pun sedia membantu sekiranya diberi peluang untuk memastikan negeri kita ini aman lagi makmur. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumussalam. Terima kasih YB. Jitra kerana mematuhi masa. Walaupun masa 20 minit YB. Jitra guna, tapi YB. Jitra dapat mengeluarkan 12 point. Ahli-Ahli Yang Berharmat, saya catit tau…kalau orang bercakap ni Speaker bukan ada kena mengena, ini saya catit 12 point. Kita mahu guna masa yang efisien. Silakan YB. Bandar Baharu!
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Dato‘ Speaker, YAB. Dato‘ Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat, para pentadbir kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan yang sangat komited selaku agen pelaksana dasar, wakil media, para pemerhati seterusnya Sidang Dewan yang saya sayangi sekalian.
Alhamdulillah, sekali lagi Bandar Baharu diberi kesempatan untuk membahaskan bagi menyatakan sokongan berkenaan dengan Bajet Negeri Kedah 2022 yang telah dibentangkan memperlihatkan keterangkuman selaras dengan persekitaran kita sekarang ini iaitu norma baru dan menghadapi cabaran ekonomi yang baru dengan landskap yang baru serta yang tidak menentu pada masa hadapan. Sekali lagi saya ingin mengucapkan sekalung ucapan tahniah di atas pembentangan daripada YAB. Dato‘ Seri Menteri Besar bersama dengan pasukan pentadbiran kerajaan khususnya YB. Dato‘ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato‘ Pegawai Kewangan dan semua pegawai-pegawai kerajaan yang telah membentuk satu bajet yang hebat. Selalu biasanya kita tau bajet ini hasil, bukan hasil, cukai, pelaburan, unjuran pendapatan, perolehan, perbelanjaan mengurus, bekalan dan sebagainya. Tetapi dalam era pandemik ini kita kena bangunkan atau kita kena bentukkan satu bajet yang agak luar biasa yang mana kita tau pembukaan ekonomi pada skala besar dengan kebebasan, dah boleh rentas negeri, boleh beroperasi kilang-kilang, di mana kita Kedah ni banyak ketinggalan dan terjejas akibat ekonomi di dalam pandemik Covid-19. Tetapi pelaburan kita Alhamdulillah, tahniah saya ucapkan kepada jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah dan hari ni pun YB. Dato‘ Wira Guar Chempedak ada sampaikan ‗face mask‘ daripada salah satu pengilang Melayu Kedah di Sungai Petani. Terima kasih Idea Have Care Sdn. Bhd. tahniah!
Kita tau asas kita di dalam Negeri Kedah iaitu pertanian, pelancongan dan pelaburan iaitu 3 sektor utama yang mana kita perlu juga satu lonjakan daripada sektor-sektor yang besar ni. Bandar Baharu ingin membawa kita semua YB. Dato‘ Speaker berkenaan dengan Gig Ekonomi. Gig Ekonomi di apadia? Iaitu satu sumber pertumbuhan ekonomi yang baru yang mana perubahan landskap dalam ekonomi satu dunia mempengaruhi, nak susun balik semula kegiatan ekonomi dan juga pekerjaan. Di Malaysia ketika ini ada 4 juta yang menyertai ekonomi gig ini, semasa dan selepas pandemik. Kalau sebelum pandemik setengah juta saja tetapi setelah pandemik gig ekonomi ini berkembang dengan hebatnya dan menjadi trend yang mana meningkat daripada golongan orang muda terutamanya duk online-online perniagaan ni, selepas tu suri rumah, pesara pun boleh buat perniagaan, ibu tunggal, golongan kurang upaya, yang mana banyak yang juga buat dua kerja.
Selain daripada buat kerja ‗work from home‘ mereka juga menyertai gig ekonomi ini yang mana hasil pendapatan isi rumah bertambah dengan gig ekonomi ini. Yang ini saya nampak suatu sektor yang penting yang berkembang juga dalam Negeri Kedah. Saya minta dan saya mohon supaya gig ekonomi ini diberi kelonggaran dan tidak sepatutnya berdepan dengan regulasi yang ketat, regulasi kerajaan, polisi kerajaan yang ketat. Contoh saya bagi di mana kadang-kadang kita nampak gig ekonomi ini iaitu peniaga-peniaga kecil ini, peniaga-peniaga mikro, duduk di dataran, duduk di tepi jalan. Contoh saya bagi di Serdang, Makcik Salbiah di Dataran Serdang, Kak Umi duk jual cucoq jagung di Parit Nibong dan buat COD, di mana kita bagi keterbukaan dan kelonggaran kepada mereka supaya mereka boleh melangsungkan, memudahkan mereka dalam menjalankan kegiatan ekonomi ataupun perniagaan mikro mereka ini. Kita berharap juga polisi-polisi seperti pinjaman mudah dipermudahkan. Habaq kata pinjaman mudah tapi tak mudah pun, susah nak dapat! ‗Submit‘ saja (dengan izin) YB. Dato‘ Speaker, tapi susah nak lulus.
Jadi, pinjaman mudah, sokonglah kegiatan gig ekonomi ini, peniaga-peniaga mikro ini dengan memudahkan segala caranya. Regulasinya mudah, pinjamannya mudah, kemudahan-kemudahan yang diminta contoh hari tu dapat khemah, dimudahkan. Saya nampak kalau struktur ‗listtick‘ bagi gig ekonomi ini kita juga sambut dan sediakan mereka dengan keperluan perlindungan sosial, PERKESO banyak buat dah, SPS, KWSP, insurans sosial dan mungkin kerajaan negeri boleh mewujudkan Tabung Kebajikan gig ekonomi ini. Dan juga saya mohonlah, tadi pun YB. Anak Bukit ada sentuh berkenaan dengan moratorium, takkan sebulan saja. Jadi, permudahkan gerai-gerai Majlis ni bagi moratorium yang lebih, bagi diskaun-diskaun yang lebih kepada peniaga-peniaga mikro ini. Kita juga melihat agensi seperti UPUK ataupun Kedah Digital Centre dapat diperkasakan dengan memberi peruntukan kepada 2 agensi ini untuk membantu penggiat ekonomi gig di Negeri Kedah.
Saya juga melihat berkenaan dengan jajaran projek ekonomi berimpak tinggi. Saya mengucapkan setinggi tahniah kepada YAB. Jeneri sebab beliau tak mengamalkan konsep ‗scrape off‘ (dengan izin) dalam pelaksanaan dasar dan juga semua projek-projek ikonik dan juga projek impak tinggi.
Jadi, saya nampak kelangsungan, continuity (dengan izin) YB. Dato‘ Speaker, Pelan Pembangunan Kedah 2035 ini diteruskan walaupun siapa saja juga menjadi Menteri Besar, siapa juga menjadi pentadbir tetapi Pelan Pembangunan Kedah ini dapat dilaksanakan dan dijayakan. Saya memuji lah YAB. Dato‘ Seri Jeneri kerana tidak mengamalkan konsep ‗scrape off‘ ini, InsyaAllah. Kita tau banyak projek-projek ikonik yang telah dibentangkan dalam bajet kelmarin dan antaranya salah satu disebut KXP. Tadi pun YB. Jitra ada tanya apadia progress tanah dan sebagainya tapi saya tak nak
melihat kepada KXP, saya rasa kita kena setkan ‗minds‘ kita sebagai orang Kedah ni untuk memperjuangkan lebih besar daripada KXP itu iaitu Kedah Aerotropolis di mana KXP ini adalah satu komponen yang kecil sahaja, dekat dalam perancangan yang besar Kedah Aerotropolis ini. Kedah Aerotropolis ini pembangunannya lebih besar, lebih holistik, lebih bersepadu untuk wilayah utara tetapi Kedah adalah utamanya, Kedah adalah orang kata pelaksana dan juga tempat untuk menjayakannya. Sebab kita ni strategik, Kedah, kita negeri yang strategik, pintu masuk IMTGT dan kita mempunyai potensi dari segi lokasi yang kita cadangkan itu sebagai satu hub yang besar untuk ASEAN. Saya ingin membawa satu fokus yang besar untuk Kedah Aerotropolis ini iaitu sebagai hub logistik dan kargo antarabangsa. Bukan semata-mata kita nak buat landasan kapal terbang saja kan, nak bawa orang ke sini ke sana tetapi sebagai hub logistik dan kargo antarabangsa di mana lebih 40% hasil kita daripada industri-industri dalam Negeri Kedah dan juga utara ini kita tak dapat pendapatan tu. Tanyalah kepada Kastam Kedah pun tak boleh nak bagi data yang mana berapa pendapatan, berapa ‗income‘ negeri kita yang didaftarkan daripada keluaran kargo-kargo industri kita yang mana banyak menggunakan Pulau Pinang contohnya banyak menggunakan fasiliti-fasiliti keluar yang mana terus ke KLIA, terus ke Singapore, terus ke Thailand yang mana kita kehilangan pendapatan.
Jadi, kita fokuskan yang utama masalah pendapatan yang kita hilang ini diselesaikan dalam Kedah Aerotropolis dengan mewujudkan hub lojistik dan kargo antarabangsa sebagai hub ‗maintenance‘, ‗repair‘ dan ‗overhaul‘ MRO (dengan izin) YB. Dato‘ Speaker, juga hub haji dan umrah dan di mana komponen yang kedua pentingnya selain daripada KXP dalam Kedah Aerotropolis itu adalah SLAM, yang mana projek Sidam Logistik, Aerospace dan manufacturing hub (dengan izin) YB. Dato‘ Speaker, merupakan satu projek yang sangat-sangat strategik yang progressnya dibawa oleh NCIA ini memang dah nampak, dah lulus pun, bajetnya pun dah ada yang mana akan menyumbang pelaburan swasta sebanyak RM18.1 billion yang menyediakan seramai 24,951 peluang pekerjaan yang mana keberkaitannya dia dengan kargo hub ini iaitu SLAM ini akan beri tumpuan kepada sektor pembuatan bernilai tinggi, logistik dan juga aero angkasa. Ini merupakan satu pelengkap bersama untuk menjayakan Kedah Aerotropolis ini.
YB. Dato‘ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya juga melihat kepada ekonomi harian rakyat yang terjejas yang mana kita tau banyak tempat yang terjejas dengan banjir, dengan bencana alam, tanah runtuh, ribut, air pasang, kepala air dan sebagainya banyak tempat, kita dikejutkan dengan banyak fenomena dan tak terlepas juga daripada Bandar Baharu ni yang memang kita tau dekat dengan sungai yang mana banyak ekonomi-ekonomi kecil ini, gig ekonomi, mikro ekonomi, terjejas daripada bencana-bencana ini. Jadi….(YB. Dato‘ Speaker mencelah)
YB. Bandar Baharu, sekejap ya. Encik Zaidi, mana Pembantu Dewan, tak dak ka? Haa…ada, tak nampak! Sambung semula YB. Bandar Baharu!
YB. Dato‘ Speaker, yang mana saya nak bagitau berkenaan dengan banjir ni. Banjir di mana kita dah ada ‗hot spot-hot spot‘ dia dah, kita tau kat mana hujan sejam lebih, dua jam lebih kita tau dah ‗hot spot‘ di mana banjir. Contoh saya bagi di Bandar Baharu tu di rumah Mak Ndak di Kampung Batu 16, rumah Mat Aris Azizi di Kampung Padang ni sedia-sedia saja banjir kalau hujan lebih dari sejam. Jadi, takkanlah setiap kali hujan kita nak pi bawa beras, setiap kali hujan kita nak pi bawa beras. Kita nak mohon bahawa ada satu kajian RTB ka, kajian saliran yang merangkumi keseluruhan masalah ini untuk menyelesaikan supaya tidak terjejas ekonomi harian rakyat kita. Sebab kalau hujan depa tak boleh pi kerja, kalau hujan rosak perabot, kalau hujan rosak rumah. Jadi, banyak rangkaian ekonomi yang terjejas disebabkan bencana-bencana ini. Jadi, saya mohon untuk JPS melihat perancangan ini.
Dan, kalau dah habaq Bandar Baharu YB. Dato‘ Speaker, dalam pelan pembangunan negeri itu Bandar Baharu tu duk bawah sekali nampak apa? Nampak apa? Nampak durian…betul tak? Jadi, durian Kulim dan juga Bandar Baharu ini memang dah sinonim dah memang kalau nampak orang Bandar Baharu ni kira nampak macam buah durian lah muka, kan? Untuk durian ini kita duk habaq pelancongan, pelancongan ni duk tuummmpulah dekat Langkawi, tumpu sampai gelembung-gelembung tu sampai gelembung dah Langkawi sarat dah, hantaq dekat Langkawi tu sarat dah fasiliti dia duk buat gelembung-gelembung di sana. Tapi takpa lah YB. Dato‘ Speaker ada kat sana.
Haa…Ingatkan cemburu…
Daaakkk!! Ni hat sihat. Jadi, kita nak juga Langkawi pun ada pelancongan yang hebat tetapi bawa mailah contoh ke Bandar Baharu ni. Kita di dekat Bandar Baharu ada 6 syarikat utama, ni pelabur ni, kita duk habaq pelabur Kulim Hi-Tech Park, kita duk habaq pelabur semikonduktor lah, ENA lah berjuta-juta, berbilion-bilion tapi kita
tak nampak pelabur dalam pertanian ni. Dalam seluruh Negeri Kedah ada 32 pelabur setakat ini untuk pertanian yang mana 6 yang besar tu di Bandar Baharu, haaa…untuk durian. Untuk durian, 6 syarikat ini ia menyumbang RM7. 9 juta untuk durian saja, itu baru kira nampak kasar saja, belum lagi hat yang lain-lain tu. Tapi kerajaan bagi bantuan kepada seluruh Bandar Baharu ada 12 lokasi untuk durian hat besaq ni penyumbang kepada Malaysia rasanya yang terbesar pengeluar durian terbesar di Malaysia ini merangkumi 490 hektar tanah dekat Bandar Baharu tu untuk duri hitam, musang king, macam-macam lah durian. Jadi, apakah kerajaan punya perancangan? Saya tak nampak dalam pelan pembangunan itu disediakan satu pelan pembangunan yang lengkap berkenaan dengan industri durian Kedah khususnya di Bandar Baharu sebab kalau orang tanya, nak mai beli durian pun keluar-keluar tol, tang mana nak cari buah durian tempat jual, tak dak satu ‗one stop centre‘ pun (dengan izin) YB. Dato‘ Speaker yang jual durian. Kalau YB. Dato‘ Speaker selalu pi Medan, hari tu YB. Dato‘ Speaker cerita, durian ada bila-bila musim kat satu tempat tu kan, ada saja tapi Bandar Baharu ni habaq saja Daerah Durian tapi kat mana? Nak kena pi kat dusun tu, qagaih punya lah tinggi naik bukit-bukit tu. Jadi, belum ada fasiliti-fasiliti yang lengkap dan tak dak fokus ekonomi yang nampak untuk menjana ‗focus group‘ durian ini dalam Daerah Bandar Baharu.
Saya berterima kasih Pejabat Daerah mewujudkan Jawatankuasa Pertanian Daerah yang mana kami selalu bincang tetapi kalau kami bincang tidak disambut oleh kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan untuk dijayakan tak ke mana lah dan kita berharap juga supaya banyak pelabur-pelabur pertanian akan datang lagi di dalam Negeri Kedah dan juga khususnya Bandar Baharu.
Saya juga melihat kekuatan kita dalam Negeri Kedah ini iaitu makmal teknikal yang kita ada di Kulim Hi-Tech Park iaitu KBioCorp yang mana makmal teknikal ni ia boleh bantu kita untuk tingkatkan hasil pertanian. Sokongan teknikal ni saya harap semua agensi-agensi kerajaan ni guna lah ‗especially‘ tadi banyak membangkitkan berkenaan dengan padi. Kita tau dak, kita ada buat dak ‗soil profiling, soil test‘ untuk tanaman-tanaman kita dalam Negeri Kedah ni.
Sebab kalau kita tak dak data untuk tanah tu YB. Dato‘ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, macam mana kita nak tau berapa baja, baja apa, berapa air, air yang macam mana, berasid, beralkali, macam mana kita nak janakan yale (dengan izin) untuk tanaman-tanaman kita ini. Jadi, kena ada data-data itu semua dan gunakan makmal teknikal milik penuh kerajaan ini untuk bantu kita dan jadi makmal sokongan kepada ramai lagi pelabur-pelabur dalam pertanian dalam Negeri Kedah. Saya juga berharap Pelan Pembangunan 2035 ini akan mewujudkan lebih banyak penggunaan IOT dalam pertanian. Saya tau dalam bajet ada dimasukkan tetapi tak
nampak lagi IOT untuk durian. Haa..tak nampak lagi IOT dan saya bertanya Jabatan Pertanian belum ada lagi IOT untuk tanaman durian ini. Kita tau ada IOT dalam tanaman melon, saya ada di Selama tanaman melon, guna CCTV nak pantau semua, itu belum cukup lagi. Kita berharap kerajaan melihatlah berkenaan dengan perkara ini.
Saya juga berharap Perumahan Rakyat ni YB. Dato‘ Speaker, sebab kalau kita kurang rumah, jadi banyak generasi-generasi kita pindah untuk mendapatkan perumahan. Saya berharap Bandar Baharu ini adalah keperluan yang sangat mendesak sekarang ini, keperluan asas sekarang ini perumahan rakyat. Sebab kalau ada rumah, ada tanah pun di Bandar Baharu sekarang ini memang tak cukup dah. Memang kita bincang setiap kali mesyuarat focus group orang nak rumah, orang nak baik pulih rumah, orang nak rumah orang nak baik pulih rumah. Jadi, kita minta komitmen kerajaan untuk membuat satu perancangan perumahan rakyat yang lebih bersepadu, apakah keperluan setiap daerah itu terutamanya mailah buat dulu kat Bandar Baharu ni memang tak cukup rumah, ada tanah tapi tak cukup rumah, tak dak rumah. Memang kita dah mohon bertahun-tahun dah untuk perumahan rakyat. Kalau perlu kerajaan wujudkan Lembaga Perumahan untuk buat secara komersial satu ‗mapping‘ perancangan bersepadu perumahan rakyat ini buatlah Lembaga Perumahan pun. Kalau tak cukup Bahagian Perumahan buat Lembaga Perumahan yang satu entiti yang lebih besar melihat kepada keperluan perumahan rakyat ini.
Akhir sekali YB. Dato‘ Speaker, berkenaan dengan pendigitalan perkhidmatan dan juga kecekapan tadbir urus. Saya ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada jentera pentadbiran terutamanya YB. Dato‘ Pegawai Kewangan yang telah meletakkan bajet ICT saya ingat paling banyak untuk tahun ini. Sebab dah terkesan semasa pandemik semua pakat nak guna online, semua pakat nak guna ICT, semua pakat nak guna internet sebab google meet Mesyuarat Tindakan Daerah, google meet Mesyuarat Fokus Group google meet, Mesyuarat Covid google meet, sampai kadang-kadang DO cakap pun putus-putus. Kami kat rumah line kuat, tapi dekat Pejabat Daerah line tak kuat, tak dengar, tak tau cakap apa. Nak habaq kata Covid tu ada 40 orang kena positif, duk dengar macam 14 orang.
Terima kasih kepada kerajaan kerana meletakkan RM9.6 juta untuk pendigitalan sistem penyampaian perkhidmatan dan kecekapan tadbir urus pada kali ini. Saya cukup seronok bila ada pembangunan sistem hasil bersepadu pun dah RM3.5 juta, yang naik taraf KedahNett ni saya mohonlah supaya Pejabat Daerah, Majlis Daerah diberi line internet yang ‗dedicated broadband‘ terus kepada Pejabat Daerah ni. Kesian kepada Pejabat Daerah nak buat mesyuarat online YB. Dato‘ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.
Terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan dan saya berharap pendekatan kita yang proaktif dalam bajet ini, saya yakin kita punya gemblengan tenaga antara ahli politik, pimpinan pentadbiran kerajaan negeri dan juga semua disambut baik oleh orang ramai, masyarakat di luar itu akan menjayakan bajet kita pada kali ini. Jadi, saya memuji lah bahawa ekonomi digital yang diberikan keutamaan dalam bajet ini dah nampak, dapat membantu Kedah untuk menghasilkan hasil baru kepada kerajaan negeri.
Seterusnya bajet ini juga….(YB. Dato‘ Speaker mencelah)
Saya ingat nak ‗landing‘ dah!
‗Landing‘ dah! ‗Landing‘ dah! Bajet ini juga nampak mengarah meningkatkan peluang taraf hidup kita sendiri, pendapatan, ruang, berekonomi, usaha niaga dalam kalangan rakyat tempatan dan lebih praktikal kerana memasyarakatkan ekonomi dalam ruang lingkup ‗prison‘ yang secara norma baru dalam pandemik dan andemik yang baru agar Kedah dapat berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negeri yang lain.
YB. Dato‘ Speaker serta Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain, saya tutup perbahasan saya dengan pantuan ‗Cindia‘ yang berbunyi,
Tertinta tamadun bernama Kedah, Bandar Baharunya di hujung negeri, Memakmur ekonomi menjadi wadah, Barulah sejahtera nikmat dirasai.
Bandar Baharu pohon menyokong. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.
Terima kasih YB. Bandar Baharu, saya dapat petik 9 point. Lepas ni…YB. Derga. Silakan!
Terima kasih YB. Dato‘ Speaker. YAB. Dato‘ Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, hadirin dan hadirat sekalian. Terima kasih YB. Dato‘ Speaker di atas kesempatan yang diberikan kepada saya mewakili Derga untuk turut membahaskan Bajet 2022 yang dicadangkan oleh YAB. Dato‘ Seri Jeneri.
Pergi belajar si pemuda yang gagal, Balik tanahair nak sumbang tenaga, Belanjawan Kedah dibentang meriah, Namun sayang masih takdak kerja.
Hebat! Hebat!
Terima kasih. Saya ingin merujuk kepada ucapan Bajet 2021 yang dibentangkan oleh YAB. Jeneri pada tahun lepas di Dewan yang mulia ini di para 18 muka surat 16 di mana YAB. memaklumkan bahawa ancaman pandemik Covid-19 diramal akan berlanjutan sehingga tahun 2021. Itu ramalan yang dibuat pada tahun 2021. Tetapi dalam Bajet 2022 para 11 muka surat 3, YAB. Jeneri mengatakan sebaliknya iaitu kerajaan negeri tidak menjangkakan pendemik Covid-19 akan berlarutan sehingga tahun 2021. Ini satu kenyataan yang tidak konsisten dan Bajet 2021 memang tidak menyediakan peruntukan khusus untuk sebarang bentuk bantuan Covid-19 kecuali menggunakan bajet luar jangkaan dan apa yang dimaksudkan kenyataan yang bertentangan ini yang saya nak tanyakan. Adakah kerajaan negeri sedar atas kelemahan mereka dan ketidakcekapan mereka dalam pengurusan pandemik Covid-19 ini? Mungkin seperti apa yang disebutkan oleh YB. Jitra tadi memang susah berada di tempat itu (merujuk tempat YAB. Menteri besar) tetapi saya rasa kita perlu nyatakan dalam Sidang Dewan yang mulia ini semua ADUN Pembangkang pun pernah menegur dan memberi cadangan supaya kita tengok dengan serius perkara tersebut.
Ini mungkin satu sifat dalih demi melepaskan kekangan kerajaan kita untuk menjalankan amanah dan tugas mereka untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat yang hidup semakin susah dan mencabar. Begitu juga untuk hari ini YB. Dato‘ Speaker, seperti pantun pada mukadimah tadi, pada pertimbangan saya belanjawan ini memang dibentangkan dengan jelas, yang tersusun dengan meriah, dengan
angka yang gagah supaya nampak gah di mata semua tetapi memang tidak sentuh juga kesakitan rakyat yang khususnya perlu diubati segera. Kita tahu kita akan terus berada dalam keadaan PPN 4 ini dan kita akan hidup bersama covid dan sekiranya kita meninjau apa yang berlaku di luar negara mungkin covid ini akan datang bila-bila masa. Jadi, apakah tindakan, apakah peruntukan yang kita sediakan dan saya berharap kontena jenazah tak cukup ini tidak berulang lagi pada masa akan datang. Yang ini kita doakan bersama-sama YB. Dato‘ Speaker.
Sekali lagi kita nampak YAB. Jeneri mengulangi lagi laporan pelaburan dan projek-projek yang berimpak tinggi, itu memang nyata diusahakan bukan pada masa sekarang tetapi dari dulu saya ingat semasa YB. Jitra menjadi Menteri Besar pun kita telah sebutkan tentang pelaburan ini tetapi itu untuk jangka panjang dan kita lihat beribu-ribu peluang pekerjaan disediakan 15,000, 4,000. Tapi itu bila, adakah sekarang? Tak boleh. YB. Dato‘ Speaker, jika menurut jawapan yang diberikan kepada saya bulan September yang lalu iaitu soalan 58 muka surat 112, ―bilangan rakyat yang hilang pekerjaan melibatkan premis di bawah PBT adalah seramai 16,769 orang‖. Yang ini hanya untuk PBT. Bagaimana sektor-sektor yang lain? Menurut Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kedah, bilangan penganggur di Negeri Kedah pada tahun 2020 ialah 39.9 ribu iaitu 5.6% daripada keseluruhan penganggur di Malaysia dan bilangan ini meningkat 51.7% berbanding 26.3 ribu orang penganggur yang direkodkan pada tahun 2019. Pada suku kedua tahun 2021 sahaja bilangan penganggur di Negeri Kedah adalah seramai 38.8 ribu orang, meningkat 10.2% berbanding dengan suku sebelumnya. Jadi, kita nampak pengangguran semakin meningkat. Apakah usaha kerajaan dalam bajet ini untuk memastikan mereka diberi ‗kail‘ seperti yang dicadangkan oleh YAB. Jeneri dan bukan ‗ikannya‘. Rakyat akan mati kelaparan sekiranya menunggu projek mega siap. Apakah perancangan serta merta kerajaan untuk menyelesaikan isu pekerjaan dan sara hidup harian mereka? Kita difahamkan mengikut apa yang disebutkan oleh YAB. Menteri Besar bahawa kerajaan melalui Pihak Berkuasa Tempatan menyediakan ―zon bebas‖ ataupun tapak perniagaan yang sesuai tetapi berapakah bilangannya dan di manakah tempat tersebut untuk beroperasi. YB. Tokai, adakah yang ini masih lagi sesuai untuk dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh KKM dalam tempoh PPN ataupun selepas ini di mana kita perlu hidup bersama dengan covid. Sekiranya kita hanya biarkan penjaja berniaga di tepi jalan, ini mungkin boleh membawa masalah-masalah yang berlainan. Masalah kesihatan, kebersihan, gangguan kesesakan jalan raya dan sebagainya.
Adakah cadangan PBT supaya menyediakan tempat yang lebih luas contohnya seperti pasar malam, pasar pagi, pasar siang dan sebagainya mungkin beroperasi di tempat yang sempit dan kecil tak cukup sekiranya kita nak menghadapi ataupun hidup dalam norma baru. Jadi, apakah tindakan PBT dalam keadaan ini dan adakah bajet digunakan untuk pembangunan di kawasan-kawasan tersebut?
Baru-baru ini bila berlaku banjir di kawasan Derga, saya nampak penjaja di Pasar Penjaja menjaja di atas banjir, tapak yang banjir di tepi jalan manakala Pasar Cowboy atau Pasar Penjaja ada tempat parkir yang luas tapi petang takdak orang guna. Bolehkah kita sarankan kepada pihak MBAS supaya mereka gunakan tapak ini, tempat letak kereta yang tak digunakan pada sebelah petang dijadikan tempat menjaja sementara untuk waktu waktu petang. Contoh-contoh ini mungkin kita boleh pertimbangkan supaya memberi lebih ruang yang besar untuk peniaga-peniaga berniaga dengan segera. Di samping itu, saya berharap MBAS dan JKR dapat melihat dan mengkaji masalah penjaja dan lalu lintas di Jalan Datuk Kumbar di depan Taman Intan dan Taman Nakishah di mana kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai dan memang ramai penjaja tetapi masalahnya ialah keselamatan pengguna jalan raya dan juga penjaja di situ.
YB. Dato‘ Speaker, menambah peluang pekerjaan ini tak semestinya kita tunggu untuk pelabur kilang masuk. Kita nampak kita memang ada banyak peluang di sini dan bagaimana kita nak tambahkan nilai dan salah satu yang disarankan oleh YB. Jitra, kita ada industri pertanian, ada industri makanan berasaskan pertanian, industri pelancongan agro yang ada di Kedah yang memang tadi pun disebut oleh YB. Gurun, ini peluang-peluang yang ada. Bagaimana kita nak pastikan anak-anak kita diberi peluang untuk usahakan bidang ini. Mungkin peruntukan ini perlu ditambah bukan sedikit seperti yang diperuntukkan terutama untuk memastikan rakyat terutamanya yang hilang pekerjaan, gagal universiti ataupun pemilik tanah untuk menceburi dalam bidang pertanian sebab pertanian ini merupakan satu perniagaan juga, dari dulu sampai sekarang semua orang sokong. Jadi apakah strategi Kedah supaya kita menggalakkan mereka menceburi dalam bidang pertanian ini? Ada tanah yang terbiar kosong, telah menjadi hutan. Jadi, apakah tindakan kerajaan terhadap tanah-tanah seperti ini? Bolehkah kerajaan bersama-sama dengan pemilik untuk menggalakkan orang supaya mengusahakan tanah-tanah yang terbiar tersebut? Kita nampak seperti tadi disebutkan oleh YB. Anak Bukit, ada peneroka tetapi tidak ada tanah, ada yang nak usahakan tetapi tak diberikan peluang.
Saya rasa kerajaan mungkin boleh sediakan satu dasar yang lebih mesra kepada semua rakyat untuk usahakan semua tanah-tanah yang terbiar supaya mereka mempunyai peluang pekerjaan dan untuk mendapatkan sara hidup seperti yang
dikatakan beri ‗kail‘ bukan ‗ikan‘ kepada mereka. Yang takdak modal bolehlah berikan modal yang takdak tanah aturkan untuk pajak tanah ka, sewa tanah ka dan sebagainya kepada mereka sebab pertanian ni boleh memberikan ‗cash flow‘ yang cepat untuk dapatkan sara hidup.
Berbalik kepada teks ucapan YAB. Jeneri di para 17 sama juga. Saya sokong apa yang dicadangkan oleh YB. ADUN Anak Bukit, pandemik kita lalui berbulan-bulan tetapi tawaran atau pengecualian bayaran emolumen hanyalah untuk satu bulan, saya rasa itu memang tak cukup dan tak patut. Saya nak syorkan supaya memandangkan kedudukan kewangan kerajaan negeri sekarang ini lebih mantap bersama-sama dengan PBT adalah sesuai untuk menggalakkan dan membantu para peniaga yang memulakan pekerjaan mereka maka rebat cukai contoh lesen-lesen boleh dibuat selama 6 bulan atau satu tahun untuk tahun 2022 supaya membantu mereka dari segi aliran tunai. Ini adalah salah satu cadangan untuk bantu mereka.
YB. Dato‘ Speaker, di para 31 dan 32 dinyatakan Kerajaan Persekutuan telah memulakan pelaksanaan hapus kira pinjaman bekalan air sejumlah RM701.49 juta kemudian hapus kira kita kena bagi RM1.33 million. Tetapi saya nampak angka ni kurang, ada perbezaannya di mana dari RM1.786 billion kepada RM1.133 billion ialah RM0.653 billion perbezaannya. Jadi, saya minta penjelasan di atas perkara itu kenapa ada pebezaan di atas angka tersebut. Sama juga di sini kita nampak dari segi pendidikan Islam di para 102 dan di para 105. Selaras dengan usaha memartabatkan pendidikan Islam, kerajaan menyediakan RM5.3 juta bagi membiayai kos operasi 141 buah tadika Islam yang melibatkan 1,664 orang murid dan 124 orang guru. Kita mempunyai 141 buah tadika tapi hanya ada 124 orang guru. Adakah seorang guru jaga 2 tadika? Jika kita bahagikan satu tadika hanya ada 11 orang murid.
Saya ingin minta penjelasan juga berbanding dengan 105 di mana RM1 juta diperuntukkan untuk 2 buah sekolah agama rakyat. Jadi, minta penjelasan YAB. Jeneri terhadap angka-angka tersebut kenapa berlaku perbezaan ataupun salah kira dan sebagainya. Di sini juga saya berharap YAB. boleh menerangkan kerana pendidikan adalah satu isu yang diutamakan oleh semua rakyat dan patut peruntukan untuk sekolah Menengah Cina Persendirian dan sekolah rendah boleh juga diperuntukkan di dalam bajet ini dan ditambahkan untuk sekolah-sekolah tersebut.
Seperkara lagi dalam tempoh PPN dan semasa banjir kilat ini, kita nampak Bomba Sukarela banyak turun untuk membantu rakyat daripada segi sanitasi, pembersihan dan membantu rakyat. Jadi, saya juga syorkan supaya Bomba Sukarela sebagai satu NGO mendapat perhatian daripada YAB. dan kerajaan kita supaya diberi juga
sumbangan atau peruntukan untuk mereka menampung sebab mereka memang tiada peruntukan dari mana-mana pun. Mereka bekerja secara sukarela dan mereka terpaksa menampung dan mengharapkan derma daripada pihak swasta untuk menampung kos kenderaan mereka. Kerajaan patut memberi bantuan kerana mereka memang membantu bomba kita untuk menjaga rakyat.
Satu lagi ialah untuk bantuan perumahan. Saya tak nampak apa-apa peruntukan untuk bantuan perumahan sama ada daripada segi ‗maintenance‘ dan sebagainya di mana kos binaan semakin meningkat. Jadi, apakah tindakan pihak kerajaan? Untuk banjir, kali ini bukan saja banjir kilat, air pasang naik pun menjadikan ramai penduduk terkesan. Kawasan Derga yang biasa tidak ada banjir kilat berlaku juga air pasang dan menyebabkan mereka terpaksa dipindahkan. Tetapi kawasan Derga mungkin kekurangan dan tak serius dan kurang diberi perhatian. Saya difahamkan JPS telah melakukan satu kajian untuk banjir di Bandaraya Alor Setar tetapi kekurangan peruntukan untuk melaksanakan pembaikan. Saya masih ingat lagi semasa YB. Jitra semasa penggal pertama menjadi Menteri Besar pernah melawat Derga dan mengumumkan bahawa keperluan untuk menyelesaikan masalah ini memerlukan RM260 juta. Mungkin angka itu besar sangat tetapi yang ni patut disediakan ataupun digerakkan oleh kerajaan negeri untuk membantu Bandaraya Alor setar kerana banjir ini bukan saja menyusahkan rakyat malah merosakkan harta benda rakyat semua.
Satu lagi di kawasan saya ada satu Titi Liverpool. Saya difahamkan Titi Liverpool ni hanya ada 2 sahaja di Kedah yang mempunyai sejarah kerana bahan itu diimport dari Britain sebelum perang dan dibina di situ tapi telah rosak dan tidak dikendalikan. Kita pun tak pasti jabatan mana yang berkaitan, jadi saya minta YAB. tengok balik sama ada di bawah pelancongan ka, di bawah MBAS ka, di bawah Pejabat Daerah ka untuk memastikan Titi Liverpool ini dibaiki kerana ia adalah titi yang kecil dan digunakan oleh penduduk Kampung Tanjung Sakan untuk ke sekolah, anak-anak kita ke sekolah, memang rosak sangat. Ini adalah apa yang telah berlaku di kawasan saya.
Untuk isu kecekapan urus tadbir pendigitalan. Di sini saya nak ucapkan tahniah tapi saya difahamkan mungkin dalam proses untuk tambah baikan di mana contoh membuat carian di mana kita perlu lagi ambil masa untuk pergi membuat temujanji dulu, selepas sebulan atau dua bulan baru hantar kemudian dapat buat carian dan ambil satu tempoh masa yang panjang lagi.
Saya berharap selepas pendigitalan patut dibuat secara online seperti i-bayaq dan sebagainya terus buat carian tersebut di atas. Saya boleh beri contoh saya pernah pergi ke satu negara di mana pendaftaran mereka buat seperti ATM, satu mesin, letak IC kamu dan mesin akan keluarkan semua hak milik hartanah kamu ada dan apa urusan yang nak dibuat di ATM mesin tersebut. Jadi urus tadbir boleh dibuat dalam tempoh satu hari atau dua hari. Manakala di Singapore….(YB. Timbalan Speaker mencelah)
YB. Derga, saya nak ingatkan masa 2 minit lagi.
24 kan?
2 minit lagi!
Sebelum pukul 4. Ok! UTC di sini kita ‗combine‘kan semua jabatan dalam satu bangunan tetapi di situ dalam satu komputer uruskan 20 jabatan punya kerja. Mai buat IC di situ, buat passport mai buat di situ. Jadi, konsep pendigitalan ini mungkin kita boleh ambil contoh untuk kita tambah baik pada masa akan datang. Satu isu yang dibincangkan tadi adalah kemungkinan PBT mempunyai kewangan yang kukuh maka ada cadangan supaya lesen ‗premises‘ untuk kedai-kedai bernombor ekor tidak akan diperbaharui pada tahun depan. Saya amat kesal dengan kenyataan media yang dibuat oleh YAB. Dato‘ Seri Jeneri sebab adakah YAB. melihat kesan daripada tindakan tersebut? Sebab ia tak selari dengan kelulusan yang diberikan oleh Persekutuan iaitu Persekutuan telah memberi kelulusan. Adakah kerajaan memberi satu ‗signal‘ atau gambaran negatif kepada pelabur yang telah mendapat kelulusan di Faderal tetapi mai ke negeri ini ia adalah satu kerajaan yang lain. Itu salah satu. Kita perlu tengok balik kenapa wujud ada yang berlesen kerana kita nak cegah yang tak berlesen, nak cegah yang haram, kurangkan yang haram. Kalau tak salah saya kebanyakan judi nombor ekor dan sebagainya berpunca dari mengumpul dana untuk bantu pendidikan, sukan seperti sport toto untuk sukan dan kita namakan ‗guild welfare‘ kalau tak silap saya dulu semua ini untuk kebajikan, ini untuk pendidikan dan sebagainya.
Pendidikan, kebajikan dan sukan, semua dari dana-dana ini. Jadi, adakah kita nak jadi seperti ―kacang lupakan kulit‖? Ini adalah salah satu sumbangan besar untuk bantu kita bergerak. Bila perkara ini berlaku, adakah dengan pengumuman ini akan menyebabkan peniaga tersebut terpaksa tanggung kos, pengangguran akan berlaku, hilang pekerjaan, ini sangat memberi kesan. Kita perlu tengok balik apa yang mungkin berlaku terhadap judi haram. Sebenarnya yang yang meruntuhkan institusi kekeluargaan memang kita terima hakikat antara salah satu sebab tetapi adakah data yang mengatakan yang berlesen ini yang merosakkan ataupun yang tak berlesen. Kita ada e-games, banyak e-games. Kita terima banyak masalah e-games yang menyebabkan lebih ramai yang bergaduh, cerai dan sebagainya. Kita juga ada ‗stock market‘, baru-baru ni ada seorang ‗remiser‘ yang membunuh diri disebabkan oleh kejatuhan market. Satu lagi, dulu I pernah nak belajar main golf, syarat untuk bermain golf mula-mula masuk padang, mereka kata, ―you kalau kalah perlu membayar RM300 atau RM500.00‖. Adakah itu juga judi? Itu bukan judi tapi rasuah.
Tadi YB. Jitra kata kita kena membasmi, tempat untuk kita berkenalan dan tempat untuk kita dapatkan projek melalui ‗sport game‘. Kita nampak apa yang berlaku di Kedah Kelab. Adakah YAB. Jeneri nak mulakan contoh, tengok balik Kedah Kelab, apa yang berlaku di Kedah Kelab. Saya rasa perkara ini tak waras kerana ‗perception negative‘ terhadap suasana perniagaan di Negeri Kedah. Saya berharap perkara ini dapat ditarik balik dan dipastikan peniaga-peniaga yang berurusan di Negeri Kedah ini diteruskan secara aman dan damai. Jika dasar baru itu lain cerita tapi yang ini sudah sedia ada janganlah bagi mereka menanggung kos-kos lebihan. Sudah cukuplah ramai penganggur, adakah kita nak tambah lagi penganggur? Sama juga di Bandar Alor Setar, kita sudah lama kedai menjadi kosong. adakah kita nak tambah lagi jumlah kedai menjadi kosong? Itu saja yang saya nak berbahas di sini.
Akhir sekali saya nak sentuh tentang bekalan air. Saya ucapkan terima kasih kepada jawapan yang telah diberikan oleh SADA tetapi antara jawapan tersebut yang diberikan SADA bab air tersebut…..(YB. Timbalan Speaker mencelah)
YB. Derga, masa sudah tamat…
Last! Last!. Sebab air tersebut telah berkarat. Jadi, saya minta peruntukan untuk tukar paip tersebut dan bukan paip itu dikenakan untuk dibayar oleh rakyat sendiri. Akhir sekali,
Dari Alor Setar ke Putrajaya, Singgah Juru tengok kereta, Sekianlah sudah perbahasan saya, Pandangan dan teguran pohon diterima.
Sekian saja, terima kasih.
Terima kasih YB. Derga. Seterusnya saya persilakan YB. Belantek.
Auzubillahiminassyaitonirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi robbil álamin wassola tuwassala mu‘ala asyrofil anbiya iwal mursalin wa‘ala alihi wasohbihi ajma‘in. Robbish rohli sodri wayarsirli amri wahlul uddatan millisani yafkhohu khauli.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya mulakan yang dirahmati YB. Tuan Speaker, seluruh barisan pengurusan dan pentadbiran kerajaan negeri, Exco-Exco dan keseluruhan ADUN dan juga ketua-ketua jabatan. Alhamdulillah, saya dahulukan dengan meletakkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana kesempatan yang mutakhir petang ini dapat juga sedikit sebanyak saya diberi keizinan untuk menyentuh sedikit tentang kedudukan belanjawan kerajaan negeri yang dibentangkan pada pagi semalam. Alhamdulillah, bagi kita Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri belanjawan ini merupakan nyawa di dalam pentadbiran dan pengurusan. Kita dilantik untuk melaksanakan amanah selama mana amanah itu kita laksanakan, selama mana itulah ianya wujud sebagai sebuah nyawa yang hidup. Tapi jikalau kita tak ada kesungguhan di dalam menentukan keadaan tersebut, maka kita ditakdirkan sebagai manusia yang cukup malang kerana tidak memahami kedudukan apa yang disebutkan bajet dalam menentukan pentadbiran kerajaan setiap tahun dibincangkan.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Eh! Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian, minta maaf, ingat duk ceramah tengah padang. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian, ADUN-ADUN, lebih-lebih lagi YB. Speaker dan barisan pentadbiran, saya ingin melafazkan sedikit tentang apa yang dibentangkan oleh YAB. Dato‘ Seri Mohamad Sanusi Mohd Nor yang juga Menteri Besar kita dan merupakan kali kedua pembentangan dalam sejarah pentadbiran negeri.
Pada peringkat pertama pembentangan, kalau dibandingkan dengan pembentangan yang kedua, saya rasakan satu jurang ada perbezaaan tentang kehebatannya dan apabila kita perhatikan perbahasan yang berlaku pada hari ini respon terhadap pembentangan tadi diperakui oleh ramai di kalangan ADUN-ADUN dan juga daripada kalangan pihak pembangkang. Ini merupakan satu asas yang diberi untuk memupuk satu kekuatan dalam menentukan kemajuan dan pembangunan Negeri Kedah itu sendiri. Kalau andainya apa yang telah disebut di dalam Dewan ini kita terjemahkan dalam pelaksanaan kerja buat kita dalam pengurusan pentadbiran pada semua peringkat, InsyaAllah kita dengan mudah menempah kejayaan. Saya berkeyakinan dengan pembentangan yang ada hari ini kita dapati asas yang cukup kukuh untuk menentukan pembangunan yang kita cita-citakan.
Begitu juga usaha untuk memberikan kebahagiaan, kesejahteraan kepada rakyat sebagai satu yang kita sebutkan sentiasa ―Kedah Negeri Pencipta Sejahtera‖ bermula dari dahulu, sekarang hidup balik. Nawaitu kita untuk menyatakan bahawa kesejahteraan itu kita nak jayakan dalam proses pentadbiran kerajaan negeri hari ini dan di dalam apa yang disampaikan itu kita yakin, InsyaAllah. Tapi apa yang disampaikan dalam pembentangan tadi ia berlaku untuk menentukan keseluruhan peringkat akan merasai nikmat-nikmat kalau kejayaan itu tercipta sama ada peringkat pembangunan negeri itu sendiri mahupun dalam bentuk kesihatan yang kita hadapi baru-baru ini hingga sekarang hampir 2 tahun dan juga dalam keadaan kedudukan rakyat yang sedang menderita dengan kemiskinan. Begitu juga dalam bentuk pengajian, pendidikan dan sebagainya, petani-petani dan penoreh kesemua peringkat disebutkan di dalam pembentangan ini untuk kita sebagai pembela dalam menentukan maruah pentadbiran kita. Jangan ada kali ini disebut sebagai pimpinan terleka dengan kedudukan masyarakat di bawah. Ini yang ingin saya nyatakan di dalam pembentangan yang perlu kita buat satu ikrar dan satu nawaitu yang perlu diperkukuhkan. Dalam menentukan kedudukan pentadbiran atau pelaksanaan kerja buat yang saya ingin sentuh sedikit lagi ialah apa yang ada kaitan dengan rakyat yang boleh memberi impak kepada rakyat yang boleh memberi impak sama kepada kerajaan.
Itu kita perlu wujudkan dalam pentadbiran hari ini. Contohnya kalau diperhati di dalam kedudukan di tempat saya, di kawasan hulu, DUN Belantek yang paling besar di Negeri Kedah, DUN yang paling kaya dengan kemiskinan, yang paling kaya dengan sumber kekayaan negeri, luasnya tanah, banyaknya air, banyaknya balak, ialah Belantek. Hari ini orang kampung yang tidak ada kewangan sebenar dia berusaha untuk mendapatkan tanah bagi membuat tapak rumah. Dia pergi kaki bukit, dia tebas-tebas, dia tebang-tebang, dia tak taulah sampai masuk sempadan Jabatan Hutan ka, masih lagi tanah rizab ka dia tak tau. Apabila buat rumah, dia nak buat kediaman dia, tempat cari makan dia, tempat hidup dia, bagi sama selesa bagi mereka yang ada rumah walau tak serupa rumah banglo tetapi sekadar mampu. Perkara ini bukan berlaku di Belantek saja bahkan berlaku di kawasan Bayu, Pedu. Saya rasa kerajaan perlu cari satu tindakan, kita cari satu rumusan untuk macam mana kaedah yang perlu kita buat supaya mereka ini dapat memiliki tanah dan kerajaan pun mendapat impak yang baik dengan kedudukan pemberian tanah-tanah yang rakyat duduk dengan tidak berbayar apa pun kepada kerajaan hari ini. Kadang-kadang dia takut juga kalau orang luar masuk kawasan dia lari atas bukit. Kita bawa beras nak bagi kepada mereka, lari. Pasal apa? Takut Pegawai Hutan ka, Pejabat Tanah ka, ini ada rakyat seperti itu. Sebab itu kalau di Sik saya minta lah supaya dibuat satu kajian cari kaedah-kaedah yang boleh untuk memberikan infak kepada rakyat-rakyat yang terpinggir. Kerana apa? Kerana kalau kita telah meletakkan asas untuk meletakkan kemajuan Kedah untuk pembangunan Insan sehingga 2035 tidak ada lagi masyarakat yang perpinggir. Bila kita letakkan dasar macam tu, makna kata kita kena buat satu penerokaan ke kampung-kampung pedalaman di mana kemiskinan itu wujud. Kita cari di mana masalah-masalah yang ada pada mereka tersimpul keadaannya, kita cuba rungkaikan barulah peringkat kesejahteraan itu sampai ke tahap rakyat yang di bawah. Sebab itu saya tengok dalam pembentangan ini ada kaitan dengan benda yang cukup indah dan cukup cantik, InsyaAllah.
Saya ingin sebutkan lagi di dalam usaha kita untuk mempertingkatkan kemajuan negeri yang tersebut dalam pembentangan ini saya ingin mengambil sedikit kesimpulan apa yang telah disebut oleh YB. Jitra tadi iaitu kita memperkuatkan dasar kita ialah Al-Quran dan Hadis, YB. Jitra menyebut, begitu juga kawan-kawan yang lain. Kalau kita benar-benar ikhlas serta jujur dalam menentukan bukan hanya sekadar kita sebut penolakan rasuah rasuah, kita semua sekali ada tanggungjawab dan peranannya, kita perlu muhasabah diri kita itu sendiri. Kalau kita bekerja dengan jawatan sekarang, kerja mana-mana jawatan sekali pun, sama ada guru, sama ada polis, sama ada tentera, mana-mana jawatan semua sekali buatlah kerja, kita bekerja, kita terikat dengan jabatan kerana kita menjawat jawatan tersebut.
Macam hari ini kita bekerja dengan Kerajaan Negeri Kedah, kita terikat dengan Kerajaan Negeri Kedah, sama ada mati, kita tidak boleh pisahkan diri dengan Kerajaan Negeri Kedah. Boleh terima? Haiii…Pakat diam belaka! Kita bekerja dengan Kerajaan Negeri Kedah yang dibayar gaji kepada kita, gaji diberi kepada kita sebagai pekerja, ia akan jadi darah daging kita di atas kerja kamu yang ditakdirkan oleh Allah antara kerja dengan jabatan tersebut walau apa saja jabatan. Bukan sekadar diri saja yang diberikan rezeki tadi, bahkan ia bercambah dengan isteri, ia berkembang kepada anak-anak sekali dan bukan hanya keluarga kita sahaja yang boleh menumpang di atas dasar kerja tadi yang diberikan oleh kerajaan negeri, kita boleh beli motor, beli kereta dengan duit gaji tadi, kita boleh beli rumah, kita boleh pergi melancong dan pergi ke Mekah menunaikan haji ataupun umrah dengan hasil ketetapan Allah meletakkan menjawat jawatan dalam kerajaan negeri. Kita ada masa ruang untuk gembira, kesejahteraan, keseronokan dan kebahagiaan sehinggakan kita berhenti kerja ikrar kita dengan kerajaan negeri tetap berterusan apabila diberikan pencen. Kita boleh beli rumah, takdir telah menentukan sebegitu rupa, sehingga kita pencen, sehinggalah kita mati malah isteri kita menerima apa yang telah diberikan oleh Allah melalui tugas kita sebagai seorang pekerja Negeri Kedah. Kalau kita faham macam ni, cuba muhasabahkan kembali diri kita, adakah kita jujur dan ikhlas dalam pentadbiran. Dengan menentukan kedudukan kerja hari ni, sama ada mahukah kita terlibat dengan rasuah, salah gna dan sebagainya. Eh! Kalau kita faham macam ni, perpaduan yang disebut oleh YB. Jitra dan yang saya sebut tadi bahawa kalau kita tidak ada ruang untuk meletakkan diri kita sama ada berdasarkan agama ataupun rupa bangsa, maka keikhlasan dan kejujuran itu menentukan kebahagian di dalam urus tadbir negeri ini, begitu juga dengan apa yang kita buat.
Sebab itu kalau diletakkan landasan-landasan yang baik dan meletakkan usur-unsur keagamaan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah maka itu perlu disokong. Bila respon dari pihak pembangkang tadi menunjukkan bahawa respon kita mengharam itulah yang boleh menambahkan dan melewatkan usahasama untuk meletakkan Kedah untuk berjaya pada tahun 2035 nanti, InsyaAllah. Inilah saranan saya sempena dengan kedudukan yang mentadbir kerana banyak dah orang bercakap, saya duk fikir nak bercakap apa pulak. Orang terakhir, orang di hujung-hujung. Jadi, saya minta dalam keadaan sekarang bersepadu lah dalam menentukan kemajuan dan hasrat yang tersirat di dalam pembentangan tadi, InsyaAllah kita akan berjaya bersama.
Saya ingin menyentuh sedikit dalam bentuk LRA dan keperluan yang saya perhatikan bahawa dalam sejarah telah belaku banjir Empangan Gubir dan dalam sejarah belum pernah belaku, hanya tahun lepas, Gubir kemarau sampai kereta boleh masuk ke dalam, keliling. Satu kalian perlu dibuat ataupun tindakan percepatkan untuk perbetulkan kesilapan apa yang telah berlaku.
Saya perhatikan pada mata kasar bahawa yang berlaku lebih banyak pasirnya di dalam tu sehinggakan bila kemarau tidak berapa kuat sekali pun ia boleh kemarau. Yang pentingnya harus sedar, Gubir ia menyara air kepada Tasik Pedu. Kalau ia kering, tak lama Pedu pun kering, habis Kedah sampai Perlis, sawah-sawah akan menghadapi masalah. Sekarang apabila hujan dalam masa yang cepat melimpah air di Gubir, sekarang tengah duk melimpah. Jadi, satu petaka yang akan berlaku. Kalau masalah padi yang kita duk bincangkan hari ini masalah padi benih, masalah racun dan sebagainya, saya tak faham nombor berapa disebutkan tadi saya pun dah pening bukan ada bab padi. Tapi kalau berlaku tidak ada air yang boleh menyara kedudukan tanaman padi, masalah. Sebab itu saya rasakan bahawa keperluan untuk buat siasatan, kajian sejauh mana kedalaman air yang wujud dalam empangan tadi kalau berasaskan kepada pasir. Itu yang berlaku di kawasan saya, sebab itu saya kena bercakap, usaha-usaha untuk pastikan dan mempercepatkan dan saya pun telah sebutkan dalam Majlis Tindakan Daerah dan sebagainya.
Juga saya nak sebutkan sedikit, bila sebut sukan, saya pun berminat juga kerana tidak ada orang sebut, tadi ada sekali sukan, saya rasa Bandar Baharu ka mana tak taulah. Sukan Negeri Kedah, ni orang tua dah (sambil merujuk diri beliau) zaman Khalid Din dulu main takraw. Kalau dulu disebut takraw saja kelab yang terhebat di Malaysia. Saya lupa dah apa nama..Oh! Adnan Saidin, sebut Adnan Saidin dari Perlis sampai ke Sabah semua kenal siapa dia Adnan Saidin, negeri mana dia mari. Tapi hari ni Kedah di luar pagar ka, di luar gelanggang ka orang tak hairan dah. Sayang! Kalau tempat tu biasanya dia timbul kebaikan dan kejernihan kita kena gilap semula untuk dinaikkan sinarannya, InsyaAllah. InsyaAllah kita akan dapat balik takraw daripada kalangan rakyat Negeri Kedah. Dulu Pendang hebat, orang Pendang perlu bangkit.
Begitu juga saya mengharapkan daripada kerajaan hari ini iaitu oleh kerana di Sik diletakkan sebagai satu sudut agama dengan hasrat PM, menjadikan di Sik itu sudut agama kerana banyak pondok, sekolah-sekolah agama dan sebagainya dan saya mencadangkan bahawa kalau bolehlah, kalau saya bincang pun dengan Exco, YB. Kuah supaya diwujudkan ‗Islamic Tourism‘ di mana ia merupakan satu suasana tempat untuk dilawati kerana di sana bukan hanya sekadar pondok-pondok dan bermacam-macam kuliah, membaca kitab tetapi orang boleh lihat apa sebenarnya
yang ada di pondok. Bagaimana seorang yang kental kekuatan imannya, di manakah mereka-mereka ini, di mana kuliah-kuliah mereka ini, di manakah ilmu-ilmu yang mereka perolehi, menjadi satu sandaran kepada rakyat untuk menilai dan melihat. Kalau jadi lah macam itu di pondok, bukan menggunakan satu projek yang besar, sekadar wujud untuk membawa mereka-mereka di luar sampai ke dalam pondok, boleh tidur di sana, boleh berehat di sana.
Kita buat resort sikit ka apa ka, boleh mereka dengar kuliah ketika masa kuliah dan mereka boleh bergaul dengan masyarakat pondok semasa sepanjang mereka di sana. Bukan hanya ditumpukan kepada pondok-pondok di Sik malah pondok-pondak di seluruh negeri yang ada pondok hari ni yang sebelum ini ada pondok yang telah mati pondoknya. Kita cuba usaha untuk meningkatkan kerana itu asas modal insan manusia, kerana itulah membentuk insan dan ihsannya manusia. Jadi, satu ruang pembangunan yang baik bukan hanya kebendaan yang kita lahirkan dalam bentuk pembangunan suatu bentuk tapi dijangkakan pentadbiran kita ini dalam bentuk sama ada dalam bentuk duniawi mahupun ukhrawi. Kalau kita boleh bentuk dalam 2 kaedah tersebut, maka kita adalah pentadbir yang menjayakan dalam duniawi dan ukhrawi ini. Ini kerja-kerja untuk menguatkan dan memajukan struktur.
Satu lagi yang ingin saya sebutkan. Masa habis dah ka?
Masa sebenar habis dah!
Habis dah? Habis dah, tak benar pun tak pa!
1 minit boleh Yang Berhormat!
Saya minta lah, dalam Negeri Kedah ini kita tak mau kehilangan tokoh-tokoh yang disanjung suatu ketika dahulu tak kiralah tokoh itu di kalangan politik, sama ada tokoh itu di kalangan manusia yang berjuang untuk pendidikan dan sebagainya, apa saja yang diperjuang sebagai seorang tokoh, kita mesti peringatkan dia dan menjadikan kesedaran untuk rakyat. Di Sik ada seorang yang boleh diletakkan begitu
rupa iaitu Yang Berbahagia Dato‘ Shahnon Ahmad yang telah meninggal di Pulau Pinang. Bila saya terima satu rombongan daripada pihak sasterawan dari Kuala Lumpur baru-baru ini yang YAB. Dato Seri Menteri Besar hadir, saya mendengar persembahan mereka tentang sasterawan dan peranan Dato‘ Shanon Ahmad ini bukan hanya sekadar di Kedah, bukan di Malaysia saja bahkan keseluruhan dunia dan modulnya telah diubah, bahasa-bahasa luar negara, dari Rusia dan Australia termasuklah filem dan sebagainya.
Tokoh ini tokoh pendidikan, apa salahnya kalau kerajaan beri sedikit ruang untuk membina satu muzium di Sik dan jika ada tokoh-tokoh di sebelah lain kita wujudkan satu galeri supaya orang faham inilah tokoh negara, tokoh negeri di peringkat Kedah supaya rakyat tidak mudah lupa dan rakyat masih ingat apa yang mereka perjuangkan. Begitu juga kita besok, kalau kita ditakdirkan sampai tahap menjadi seorang tokoh kita mungkin dihargai oleh anak cucu cicit kita.
Sekadar itulah YB. Speaker, yang boleh disampaikan walaupun ada lagi ruang yang nak bercakap tapi keizinan masa sekadar itu. Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Belantek. Sekarang saya persilakan YB. Bakar Arang.
YB. Tuan Speaker, terima kasih. Sebelum saya mula sebab masa sampai pukul berapa?
Sampai 4.30!
Sampai 4.30, tak cukup sambung besok?
Tak cukup sambung besok!
Itulah, saya pun tak pandai nak…7 minit pun saya tak tau nak macam mana. Nak ‗break‘ saya punya ucapan pun tak tau nak kata apa. Salam sejahtera dan terima kasih kepada YB. Tuan Speaker kerana memberi peluang untuk berbahas….(YB. Timbalan Speaker mencelah)
YB. Bakar Arang, kita beri ruang kepada YAB. Dato‘ Seri Menteri Besar.
Ok!
YB. Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan di bawah peraturan 12(1)(b) Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya Sidang Dewan pada petang ini dihentikan pada jam 4.30 petang selepas ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari tadi.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya bersetuju dengan usul yang dibuat oleh YAB. Dato‘ Seri Menteri Besar. Silakan YB. Bakar Arang, sampai jam 4.30 minit petang!
Berapa?
4.30 minit petang, 3 minit!
Ok. Terima kasih YB. Tuan Speaker. Ialah, sempat YAB. Jeneri masuk untuk usul, kalau tidak tak taulah kita boleh sampai lagi lewat ka. Lama tak dak di Dewan sebab ramai Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berbahas termasuk dari sana dan sini, banyak
point-point yang dibangkitkan tapi hari ini macam YAB. Jeneri sibuk, kebanyakan masa tak ada di dalam Dewan, YB. Sidam lagi tak dak macam satu hari tak sampai 2 jam, sepanjang hari pun tidak ada di dalam Dewan, tak tau lah, sibuk apa.
Terima kasih. Saya rasa kali ini dalam Bajet 2022 saya rasa yang penting ialah bagaimana memastikan Negeri Kedah kita menjadi satu negeri macam apa yang dikatakan dalam tema bajet lah kualiti hidup rakyat kena baik, ekonomi kena baik dan khususnya dalam zaman pandemik ini saya rasa yang paling penting ialah yang pertamanya sudah tentu kesihatan rakyat kita lah. Yang kedua ialah ekonomi kita, kita kena pulihkan. Saya rasa ini adalah dua benda yang paling penting.
Di dalam Kedah pun saya rasa kita kena tau apakah keunikan negeri kita berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Saya rasa dalam negeri kita satu negeri yang tak macam Selangor, tak macam Penang, kita ada keunikan kita ataupun pro and cont ataupun kebaikan daripada satu negeri yang saya rasa khususnya dalam zaman pandemik ini negeri kita akan muncul sebagai satu negeri yang lebih baik, lebih selesa kepada orang-orang khususnya dalam zaman pandemik ini. Sebab apa? Sebab saya masih ingat lagi dulu Baling terpilih sebagai ―daerah yang paling bahagia‖ di seluruh Malaysia. Kenapa? Kerana, seluruh Negeri Kedah ini dengan kehijauannya, dengan alam sekitarnya, kalau tidak ada pandemik pun kita boleh hidup dengan bahagia, saya rasa selesa dan sihat. Saya rasa dengan pandemik ini kita perlu fokus kepada nak pastikan rakyat kita sihat dan rakyat kita dapat pendapatan yang lebih. Saya rasa dengan ini kita perlu memberi fokus yang lebih kepada ekopelancongan iaitu ‗ecotourism‘. Sebab dalam zaman pandemik ini orang bukan pergi melancong ke tempat yang ‗crowded‘, bukan pergi ke ‗shopping mall‘ ataupun disko, tetapi orang nak memilih untuk pergi ke tempat-tempat yang semulajadi, pergi ‗camping‘ ka yang ada ‗sosial distancing‘ yang mencukupi dan juga boleh menikmati keindahan semulajadi. Sektor ini adalah sektor yang berkembang pesat khususnya saya ingat selepas pembukaan kebanyakan tempat yang menarik sudah ‗fully book‘ sehingga ke bulan Disember. Tetapi adakah kerajaan negeri dalam bajet kita memberi fokus yang secukupnya untuk membina infrastuktur yang secukupnya untuk memastikan tempat kita menjadi menarik dan akan menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke Kedah.
Say baca dalam Bajet 2021 dan Bajet 2022. Dalam Bajet 2021 yang dibentangkan pada tahun lepas memperuntukkan RM4 juta untuk infrastruktur pelancongan bagi kemudahan pelancongan. Pada tahun depan kita diperuntukkan RM3 juta sahaja.Untuk ecotourism ataupun untuk hutan kita peruntukkan RM4.55 juta pada tahun ini, tahun 2021 dan kita hanya peruntuk sebanyak RM3.2 juta sahaja untuk tahun depan. Kita pun tidak mendapat apa-apa laporan walaupun tahun lepas punya
bajet lebih jelas memberi penjelasan bahawa akan mengadakan penambahbaikan di banyak tempat, di banyak daerah. Tetapi untuk tahun ini bajet itu hanya menulis angka sahaja tetapi tidak memberi ‗detail‘ RM3 juta ini akan menambah baik di kawasan mana ka, di mana tempat yang akan dibuat benda-benda ini.
Tahun lepas punya peruntukan itu sebab selalunya memberi pengumuman sahaja tetapi kita tidak mendapat satu laporan ‗progress report‘ bagaimana yang diumumkan tahun lepas. Untuk tahun ini adakah sudah siap dibuat sebab semua itu kita tengok dalam laporan hanya angka saja, berapa angka diperuntukkan saja tetapi tidak ada satu ‗details‘ untuk memperjelaskan pengumuman-pengumuman yang diumumkan pada tahun lepas dan sekarang sudah siap ka, sudah belanja ka dan dibelanja di mana. Saya harap kerajaan boleh memberi penjelasan yang lebih ‗detail‘ bagaimana bajet pada tahun ini yang RM3 juta, yang RM3.2 juta itu nak ‗improve‘ ataupun nak mempertingkatkan infrastruktur di mana, nak bua ‗ecotourism‘ di mana. Eh! Lagi satu minit!.
Boleh ‗landing‘ dah!
Terima kasih. Itulah, saya harap dalam masa yang lebih banyak saya akan sambung esoklah sebab…teruskan saja. Ok! Ok! Saya rasa kita perlu bagi sokongan yang lebih banyak sebab saya ambil contoh di Pulau Songsong. Di sana sehingga sekarang ‗toilet‘ di sana, fasiliti, bilik mandi tidak dibaik pulih ataupun tidak di‘upgrade‘. Bagaimana kita nak menarik pelancong pergi ke sana kalau kita tak baik pulih infrastruktur-infrastruktur ataupun kemudahan-kemudahan di sana.
Oklah, saya rasa saya akan sambung esok dan terima kasih kepada YB. Tuan Speaker.
Terima kasih YB. Bakar Arang, terima kasih kepad semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian pada hari ini.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan ditangguhkan sehingga jam 9.00 pagi besok. Terima kasih.
[Sidang Dewan ditangguhkan pada jam 4.30 petang]