Kedah · 16 November 2021

14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 282 turns · 38,328 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Speaker

Bimillahirahmanirahim assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi. Dewan disambung semula. Kita mulakan dengan bacaan doa.

Bacaan Doa

Setiausaha Dewan

Bacaan Doa!

Speaker

Urusan seterusnya!

Sesi Pertanyaan – Pertanyaan MulutQuestions

Setiausaha Dewan

Sesi pertanyaan – pertanyaan mulut!

Speaker

Kita mulakan dengan Pedu!

7. Berhubung sistem pengairan dan saliran.

Pohon dinyatakan:-

a) Apakah rancangan terkini pengairan dan saliran yang terdapat dalam DUN Pedu?

b) Berapakah bajet yang digunakan untuk maksud (a) di atas, jika ada?

c) Berapakah kos selenggara pengairan di Bukit Sena bagi tahun 2018 hingga 2021?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato Speaker, pohon jawapan nombor 7.

Dato’ Suraya binti YaacobUMNO · BNSungai Tiang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Speaker. Bismillahirahmanirahim assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih kepada Adun Pedu diatas soalan dan untuk jawapan (a) dan (b) pada tahun 2021 JPS Kedah telah melaksanakan projek menaiktaraf dan meningkatkan infrastruktur pengairan dan saliran yang terdapat dalam DUN Pedu. Antara projeknya adalah kerja – kerja Membaiki Tebing Sungai di Sungai Charok Jelutong, Barokhas. Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Pengairan dan Saliran Luar Skim di Jln Kg. Bendang Pong. Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Pengairan dan Saliran Luar Skim di Kampung Bukit Ular. Kerja-kerja Menyelenggara Charok Kg. Pong Manis. Kerja-kerja Menyelenggara Charok Sawah-Lancor Baungor, Kampung Barokhas. Kerja-Kerja Membaikpulih Sistem Perpaipan Serta Kerja Berkaitan Di Skim Pengairan Bukit Sena. Kerja-Kerja Menyelenggara Struktur Pengairan Dan Perpaipan Serta Kerja Berkaitan Di Skim Pengairan Bukit Sena dan juga akhirnya adalah Kerja-Kerja Penyelenggaraan Kolam Takungan Banjir Di Kampung Kuala Tekai (KEDA Bukit Kura) keseluruhannya berjumlah RM474,690.00 dan untuk kos menyelenggara pengairan di Bukit Sena pada tahun 2018 hingga 2021. Pada tahun 2018, RM523,300.00. Tahun 2019 RM133,250.00 dan pada tahun 2020 RM110,165.00.

Speaker

Silakan!

Soalan tambahan dia, adakah perancangan JPS untuk menambahbaikan selenggara – selenggara di kawasan – kawasan yang berisiko banjir pada tahun hadapan?

Dato’ Suraya binti YaacobUMNO · BNSungai Tiang

JPS sedar ada beberapa masalah kawasan yang agak sensitif kepada hujan lebat dan akan berlaku banjir dan untuk tahun 2022, JPS Kubang Pasu/Padang Terap telah mencadangkan beberapa projek termasuklah untuk kajian plan induk saliran dan tebatan banjir Padang Kerasek, Naka dan juga kerja pemuliharaan sungai untuk

mengurangkan risiko banjir di sungai Padang Terap Kampung Padang Gelanggang dan antara yang penting juga yang perlu dilaksanakan dan dicadangkan adalah program pembangunan kolam takungan banjir di KEDA Bukit Kura dan keseluruhannya akan melibatkan belanja lebih kurang RM1.4 juta tetapi kita mengharapkan agar kesemua cadangan projek ini akan dapat dipertimbangkan oleh kerajaan dalam mengikut kepentingan projek – projek tersebut. Itu sahaja!

Speaker

Silakan Suka Menanti!

Dato’ Hj. Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker. Saya melihat Kedah ni terdapat beberapa Kawasan mudah banjir sekitar 300 lah Kawasan mudah banjir seluruh Kedah. Jadi saya ingin tahu tentang perancangan yang dirancangkan bagi tahun 2021 yang dilaksanakan pada tahun 2021 dan perancangan tahun 2022 yang dimasukkan dalam bajet ni berapa sasaran Kawasan mudah banjir yang dijangka dapat diatasi.

Yang keduanya, sebahagian besar kawasan banjir ini akan diatasi bila diselesaikan ataupun dilengkapkan pembinaan projek mega rancangan tebatan banjir. Dikira satu, dua, tiga khususnya di Pendang. Jadi, sejauh mana progress pembinaan kawasan ini pembinaan RTB ini membantu kita untuk mencegah Kawasan mudah banjir ini. Terima kasih.

Dato’ Suraya binti YaacobUMNO · BNSungai Tiang

Yang Berhormat Dato Speaker saya harap jawapan saya nanti, saya akan jawab Suka Menanti nanti di dalam pergulungan saya kerana ia mengenai perancangan JPS untuk mengatasi banjir dan aspirasi JPS pada tahun 2022.

Speaker

Boleh! Suka Menanti nah tunggu pergulungan tu. Jawapan ada dalam tu. Soalan nombor 8.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

8. Pandemik ini mempercepatkan keperluan capaian Internet yang lebih baik untuk memenuhi keperluan pendidikan, pekerjaan dan kehidupan harian.

Pohon dinyatakan:-

a) Bajet 2022 dan tindakan segera kerajaan untuk mempertingkatkan capaian internet di seluruh negeri?

b) Apakah status pembangunan 5G di Langkawi dan “Smart City” Kulim?

c) Apakah perancangan terdekat Kerajaan Negeri untuk meluaskan rangkaian 5G ke tanah besar Kedah?

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Norma baru atas talian, pohon jawapan nombor 8!

Encik Romani bin Wan SalinPAS · PNBukit Pinang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato‟ Speaker. Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Dari Derga ke Bukit Pinang, dalam Parlimen yang sama. Walaupun soalan senang, demi kepentingan bersama InsyaAllah. Bagi mempertingkatkan tahap kesinambungan serta kualiti pengalaman perkhidmatan jalur lebar di seluruh negara InsyaAllah.

Speaker

Bukit Pinang diorang tak jelas nak dengar! Boleh buka mask!

Encik Romani bin Wan SalinPAS · PNBukit Pinang

Bagi mempertingkatkan tahap kesinambungan sistem jalur lebar iaitu digital dia ada dua fasa insyaAllah. Fasa pertama bermula pada September 2020 dan berakhir pada penghujung tahun 2022 dan juga tumpuan diberi pada sekarang iaitu kenaikan taraf upgrade semua Menara iaitu 1,612 menara akan di upgrade pada 4G walaupun sekarang 2G dan 3G.

2G akan dikekalkan sebagai backup untuk bagi handphone yang tidak ada yang lebih pada whatsapp la. 3G akan dihapuskan pada penghujung 2021 InsyaAllah. Dan untuk kepentingan negara akan beralih kepada 5G InsyaAllah tahun depan. Jadi, Negeri Kedah merancangkan iaitu plan jendela iaitu kita pada tahun ini saja, sesi fasa pertama iaitu 134 menara dan sekarang ini iaitu kita telah upgrade kan daripada 1,612 menara, kita telah upgrade 1,377 menara dan semua kalau boleh yang ada cooper cable kita akan upgrade kan kepada fiber optic iaitu sebanyak 76,474 fiber optic akan diupgrade kan dan sekarang ni 46,000 lebih kita telah upgrade kan. Banyak lagi kalau nak jelaskan satu – satu.

Jadi, soalan (b) secara umumnya teknologi 5G akan diperkenalkan seluruh Malaysia iaitu pada tahun depan yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri Komunikasi Multimedia iaitu kita bekerjasama dengan Digital National Berhad dengan SKMM dikolabrasikan untuk memastikan 5G di upgradekan pada tahun depan iInsyaAllah. Seterusnya, iaitu di Langkawi statusnya 5G ni saya nak sebutkan sikit la walaupun pilihan peringkat awal pelancaran 5G tapi sekarang ini masih lagi tidak dapat spectrum daripada SKNM. Walaupun di Langkawi telah ada semua tapi masih ada kekangan – kekangan sebab nak lancarkan 5G memang sukar sebab walaupun saya tengok di port Langkawi dia memang ada 5G disitu tetapi yang asasnya di TM belakang Pejabat Daerah iaitu centralized 5G tetapi masih lagi ada kekangan untuk jadi imposment apabila berlakunya satu – satu kes jenayah contohnya macam saya pi dengar taklimat di balai polis. Dia sebut pernah berlaku satu kecurian handphone di Langkawi. Boleh dapat detect tetapi kita tak dapat detect seterusnya penjenayah itu berada di mana selepas 2 hari. Dapat detect pertama kali tapi apabila dia pi di hotel – hotel yang lain tidak ada kesinambungan sebab ada kekangan sebab camera dia amat sukar sebab camera dia mahai walaupun sekarang ini di Jeti Langkawi, kita ada satu camera untuk memastikan pelancong yang hadir di Langkawi datang Langkawi sama ada berapa ribu orang sehari dan boleh detect antara wanita dan lelaki.

Tapi selepas itu tidak ada kesinambungan sebab oleh kerana pihak SKMM tidak bagi spectrum mana – mana pihak. Sepatutnya untuk impostmen satu – satu kes jenayah iaitu polis lah yang berkuasa. Walaubagaimanapun pihak bandaraya memastikan parking – parking kita dapat detect tetapi oleh kerana ada kekangan – kekangan untuk memasang camera tu amat mahai. Itu lah sedikit sebanyak InsyaAllah saya dapat gulung lepasni banyak lagi. Kalau nak sebut satu – satu memang panjang la scenario dia. Terima kasih

Speaker

Soalan tambahan!

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Tuan Speaker yang (c) tu. Okay soalan tambahan saya, tadi Bukit Pinang sebut pasal Menara untuk internet ini. Jadi, sekarang soalan saya ialah sekarang ini ada ka masih lagi lantikan satu kontraktor yang monopoli untuk buat kerja tersebut atau terbuka untuk semua. Yang kedua, ha itu soalan satu.

Yang kedua, saya difahamkan Menara yang dibina tanpa kelulusan ataupun mematuhi piawaian perancangan PBT jadi apakah tindakan yang telah dibuat dan apa akan dibuat dan bagaimana kita nak pastikan pembinaan ini tak terhalang dengan cadangan tersebut.

Yang ketiga, yang tadi sebutkan ada ratus – ratus Menara akan dibina dimana ka. Adakah dalam kawasan atau luar kawasan ka kawasan bandar. Boleh ka jika tak da dulu bagi bertulis dimana ka tempat tersebut. Adakah coverage ini membawa ke tempat yang selalu diutarakan oleh Bandar Baharu kata tak ada line. Selalu saya pi Bandar Baharu seolah – olah masuk hutan. Yang tu contohnya, jadi nak minta tanya tersebut

Jadi, tadi Yang Berhormat Bukit Pinang ada kata 5G akan mula tahun depan manakala kita tengok jawapan tadi untuk Langkawi 5G pun Dato‟ Speaker, Langkawi 5G pun tak bergerak lagi kan. Yang tu yang rancang tahun 2019 tak silap saya. Jadi, bilakah 5G akan betul – betul sampai kat Kedah. Lagi satu jawapan tadi yang soalan saya Smart City Kulim dimana kita nampak Kulim dan PBT Hi-Tech agak mendekat dan sebahagian Hi- Tech Kawasan industrial Hi- Tech ini bahagian di jaga oleh Kulim. Jadi, jika 5G tak cukup dekat situ, maka mungkin dia akan menjadikan infrastruktur tak cukup untuk tarik lagi pelabur asing yang Guar Chempedak kata nak capai RM10 billion, RM20 billion, RM30 billion kan. Jadi, apakah bagaimana kerajaan negeri nak pastikan apa yang dicadangkan ini dapat dilaksanakan secepat mungkin supaya kita dapat yang tu.

Soalan seterusnya ialah sebab kenapa yang ini penting, sebab sekara ini selepas covid ni PDPR banyak bukan PDPR tapi „work from home‟ pun sama. Jadi, kita perlukan internet ini supaya capaian menyeru kepada semua rakyat dan kita punya anak – anak tak terpengaruh.

Jadi saya nak tanya juga ada ka apa – apa cadangan untuk memberi alat peranti ataupun sebab dalam semasa covid tu kita dapati ada orang tak dapat daftar sejahtera sebab depa tak ada handphone. Apa usaha kerajaan dalam bajet ini untuk membantu rakyat juga untuk pastikan mereka hidup bersama perkembangan IT ini dan juga alat peranti ada. Sekian saja.

Encik Romani bin Wan SalinPAS · PNBukit Pinang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato‟ Speaker dan YB. Derga, saya ucap tahniah la kepada YB. Derga sebab dia amat prihatin kepada rakyat. Jadi, saya nampak memang kita dalam perancangan Kementerian Komunikasi Multimedia. InsyaAllah dengan kerjasama Digital National Berhad dengan SKMM untuk melancarkan Kedah memang kita tidak dapat menafikan bagi Kedah khususnya iaitu mensasarkan persediaan liputan umum iaitu 5G pada tahun 2023.

Untuk meliputi keseluruhan internet di Kedah ni saya sebut selagi mana kita tak dapat upgradekan semua cable yang ada di Kedah kepada fiber optic selagi itu tidak dapat internet yang jalur lebar yang terbaik iaitu 4G. 4G ni memang sepatutnya dah cukup tak perlu 5G. Dia sebab dari segi speed dia dari segi mbps memang laju la. Contoh di Wisma sendiri memang laju. Macam contoh di setiap bilik exco kita ada 800 mbps. Dari segi speednya lebih berkilatlah. Jadi, menunjukkan InsyaAllah saya berkeyakinan apabila kita upgradekan kepada semua fiber optic, Kulim setakat sekarang itu memang daya tarikan pelabur iaitu Kulim kesuluruhannya fiberized di Kulim Fiber Optic. Itulah salah satu sebab pelabur nak datang ke Kulim, tidak dapat system jalur lebar yang tak baik, saya berkeyakinan pelabur pun takmau. Ini lah salah satu sebab Kulim ini kita mensasarkan smart city yang akan dilancarkan InsyaAllah. Kita dah ready cuma tak sampai seperti mana kementerian sebut kerjasama dengan Digital National Berhad iaitu pada tahun 2023 dan InsyaAllah pada perkembangan 2035 akan sampai 100% sasar yang disasarkan.

Keseluruhan yang saya sebut lagi kalau kita dapat upgrade 1, 612 menara ini kepada 4G saya berkeyakinan sistem jalur lebar di seluruh negara akan meliputi keseluruhannya. Ketika itu InsyaAllah sekurang – kurangnya saya berkeyakinan 134 menara disiapkan dalam sistem jendela ini penghujung 2022 InsyaAllah, saya yakin kekangan – kekangan itu tidak akan berlaku lagi. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya! Tak sah lah kalau Bandar Baharu tak tanya!

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Yang Berhormat Dato‟ Speaker terima kasih Yang Berhormat Bukit Pinang soalan tambahan saya, tahniah la saya rasa seronok bila digital Langkawi, Digital Kedah diteruskan. Memang tak ada scrap off oleh kerajaan untuk projek yang sebelum ini. Terima kasih. Saya juga nak bertanya berkenaan dengan upgrading dengan izin untuk kedah net semoga pejabat – pejabat daerah dapat difokuskan dalam lingkaran kedah net tersebut dan bagaimana memperkasakan Integrated Common Center di Pejabat Daerah Langkawi untuk pengendalian dan juga pemantauan keseluruhan digital Langkawi tersebut kerana kita bimbang fasiliti yang hebat 5G di Pejabat Daerah itu akan menjadi wild elephant dengan izin Yang Berhormat Dato‟ Speaker. Jadi, apakah usaha kerajaan untuk betui – betui fully utilize sebab masa pandemic covid ini comman center tu memang dah kita siapkan selepas kita buat digital Langkawi tu, disiapkan fasiliti yang memang boleh detect pelancong landed dengan izin di lapangan terbang, di jeti memang kita ada artificial intelligent semua all in fully detected. Jadi, kalau tak diperkasakan lagi fungsi comman center integrated di pejabat daerah di Pulau Langkawi itu tidak berjaya lah agenda digital Langkawi kita dan saya ingin mencadangkan juga kepada Yang Berhormat, sikit lagi Yang Berhormat Dato‟ Speaker supaya memperkasakan Jawatankuasa Infrastruktur Telekomunikasi supaya kebanyakan Menara yang kita nak upgrade ini dia adalah sillo maksudnya ikut telcos Jadi kita mesti kerajaan mesti buat satu polisi di bawah OSA mungkin di bawah SSK sebagai OSA untuk sharing telcos sharing dengan semua menara ini supaya capaian tu dapat ditingkatkan dengan lebih cepat. 5G tadi Yang Berhormat Derga bagitau 5G tak semestinya kita kena ready 5G infrastruktur kita duk habaq saja pasai 5G tapi kalau peranti kita itu, telefon kita tu boleh dapat sampai 3G pun takguna ada fasiliti infra 5G kalau telefon boleh dapat 3G saja pun dah cukup dah. 3G dengan 4G kan. Jadi, untuk capaian internet yang broadband tu saja kalau boleh diselaraskan di bawah jawatankuasa infrastruktur untuk kerajaan tingkatkan capaian internet itu. Terima kasih

Encik Romani bin Wan SalinPAS · PNBukit Pinang

Yang Berhormat Dato‟ Speaker dan InsyaAllah, terima kasih kepada Yang Berhormat Bandar Baharu. Kedah ni memang kita centralized kita tetapkan 3 telco yang terbesar untuk memastikan kita ada OSA dan mana – mana telco atau mana – mana company nak labur di Kedah dia mesti share dengan 3 company yang kita tetapkan. Itu untuk memudahkan kita dan juga kita InsyaAllah mana – mana menara di seluruh Kedah kita cuba pastikan akan ada pemutihan di seluruh menara sebab kita dapati banyak menara – menara yang sekarang ini masih lagi illegal masih menara haram.

Tetapi kita akan lantik satu syarikat untuk memutihkan semua menara – menara yang ada di Kedah InsyaAllah dan juga saya berkeyakinan apabila Menteri Komunikasi multimedia telah melancarkan untuk memastikan Kedah informasi seluruh negara dengan kerjasama Digital National Berhad dengan SKMM dan kolabrasi dengan kerjasama yang lain untuk memastikan pelancaran 5G di seluruh negara iaitu pada tahun depan iaitu disebut oleh Menteri dan InsyaAllah saya sebut tadi iaitu pada tahun 2023 InsyaAllah Kedah akan terbaik dan juga masih sekarang tak dapat menafikan iaitu 5G di Langkawi memang telah buat satu TM telah melaburkan hampir 50 juta yang saya dapat maklumat dan sekarang masih ada kekangan – kekangan SKNM tidak mahu menyerah spectrum iaitu lessen besar untuk siapa yang monopoli di seluruh Langkawi. Ini lah yang jadi kekangan – kekangan. Tapi saya nampak untuk memastikan untuk impostmen di Langkawi satu jenayah atau satu kes, hanya polis sahaja yang berkuasa walaupun centralized 5G tu ada di belakang pejabat daerah Langkawi tetapi untuk melakukan satu – satu untuk memastikan hubung kait dengan 5G tu mesti kita nak monitor satu – satu masalah atau satu – satu jenayah mestilah dia ada connection di seluruh Langkawi sebab saya tanya celcom di Langkawi Port, saya tanya satu camera berapa? Sampai sut dia tak berani jawab. Masih bila Timbalan Menteri turun saya tanya lagi satu camera berapa dia tak mau jawab sebab kita tau satu camera dia amat rahsia la. Ini lah satu kekangan yang sampai sekarang SKNM belum tak bagi spectrum lagi siapa yang akan memonopolikan 5G dalam Langkawi. Tapi saya berkeyakinan apabila Menteri Komunikasi Multimedia buat statement dia akan memastikan 5G di seluruh negara pada tahun hadapan insyaAllah. Sekian terima kasih.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

YB. Dato‟ Speaker. Ni bukan soalan ni satu boleh dak bagi maklumat sikt. Tapi nak tanya jugalah tentang Menara. Itu pasai Menara. Proses pemutihan Menara dan penjelasan yang ditanya oleh Bandar Baharu, seingat saya 2019 hujung ataupun 2020 memang ada keputusan dan perbincangan tersebut dengan SKMM dan sebagainya dan memang ada satu keputusan untuk memastikan pemutihan itu dilakukan di PBT. Jadi, ini satu ingatan kita. Mungkin boleh mintak Tokai bagi carikan dan bagi jawapan tersebut. Proses pemutihan tersebut dan piawaian tersebut. Terima kasih.

Speaker

Ya terima kasih! Soalan nombor 9 Gurun!

9. Bandar Gurun dan kawasan sekitarnya sentiasa diganggu dengan kehadiran lalat dalam jumlah yang banyak sepanjang tahun. Ini telah mengakibatkan kesihatan penduduk terganggu dan perniagaan kedai makan terjejas.

Pohon dinyatakan:-

Adakah kerajaan bercadang mengkaji sebab kehadiran lalat yang banyak dan apakah tindakan yang akan diambil bagi menyelesaikan masalah ini?

Terima kasih Dato‟ Speaker. Soalan Gurun nombor 9. Terima kasih

Speaker

Sidam. Ya?

Ni saya jawab!

Speaker

Ya Tokai!

Dalam dewan ni pun ada lalat ni. Bukan setakat di Gurun ja. Terima kasih Dato‟ Speaker. Terima kasih Adun Gurun. Masalah lalat masalah semua, Kanda Gurun nak makan pun tak senang. Berbagai alat dan kaedah kita guna, agar penyakit tidak menyerang.

Betui Dato‟ Othman noh, Dr. Othman! Jabatan Kesihatan Negeri Kedah sentiasa bertindak terhadap aduan kacau ganggu lalat yang mendatangkan masalah kepada penduduk terutamanya di Gurun la noh! Khususnya di Gurun, Kedah di Jeniang. Cadangan aktiviti kawalan dan pencegahan akan diberikan kepada penduduk untuk mengurangkan populasi lalat sehingga tidak menjadi kacau ganggu berdasarkan isu di lokasi berkenaan. Kehadiran lalat di kawasan Gurun berpunca dari kawasan penternakan ayam dan kawasan pengumpulan najis ayam disebut tinja ayam. Biasanya masalah lalat akan bermusim mengikut aktiviti di ladang-ladang ayam.

Pihak Jabatan Kesihatan Negeri hanya memberikan cadangan untuk mengawal lalat kepada para penternak dan tidak mempunyai kuasa. JKN takda kuasa sebenarnya dan dari segi peruntukan perundangan dan perlesenan. Masalah lalat di lokasi penternakan ayam akan lebih terkawal sekiranya penternak mengikut SOP yang ditetapkan dan kawalan lalat sebenarnya dijalankan oleh di Kawasan Gurun MPSPK (Majlis Pembandaran Sungai Petani) mengikut jadual dan lokasi masalah yang berlaku. MPSP juga telah mengambil tindakan terhadap aduan – aduan yang dilaporkan. Dua siri lawatan ke ladang ternakan ayam daging telah dilakukan bersama Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian, Jabatan Alam Sekitar serta Pejabat Tanah dan Daerah di Sungai Petani, di kawasan ladang ternakan ayam di Padang Lembu. Penternak ladang tersebut telah dinasihat oleh pihak Jabatan Veterinar untuk mengambil langkah kawalan lalat dan kawalan kebersihan kawasan ladang ayam. Untuk makluman Gurun juga, inisiatif Plan Malaysia kita telah mengadakan satu krangka untuk mengawal tumbuhan ladang – ladang ternakan ayam ini dan dinasihatkan supaya mereka lebih berganjak kepada ladang ayam secara tertutup sebab ladang ayam tertutup ni dia lebih dapat mengawal pembiakan lalat – lalat di Kawasan ladang tersebut. Dia ada kaedah – kaedah yang akan kita bincangkan. Tak silap saya minggu depan kita akan bincang lagi. Dua minggu lepas kita dah bincang dan telah lantik satu consultant untuk melihat cara – cara mana ternakan ladang ayam secara tertutup ini boleh memberi keuntungan dan faedah kesihatan secara jangka panjang. Walaupun permulaannya harganya mahal tetapi kesannya lebih baik keuntungan dia. Akhirnya, akan memberi keuntungan yang lebih kepada pengusaha ladang ayam tersebut. Itu jawapan kepada Gurun. Terima kasih YB. Dato‟ Speaker!

YB. Dato‟ Speaker, penduduk di Gurun ini dia ada sengsara berganda. Sengsara berganda. Air pun tak ada lalat pun banyak. Tu dia panggil sengsara berganda. Tokai, problem yang kita ada ini bukan 2 tahun Tokai. Saya ingat Jeneri pun faham sebab Jeneri jiran kita. Berapa tahun dah. Jadi, kita nak promot perlancongan. Kita sebut suruh orang mai. Jadi, problem yang kita ada ini selagi, seperti Tokai kata tadi masalah diantara puncanya ialah ternakan ayam, pusat ternakan ayam dan najis ayam. Problem yang kita ada Dato‟ Speaker ialah kita membiarkan program penternakan ayam ni secara konvasional dan konvasional ini dibuat pada tahun 70-an, 80-an tapi bila masuk tahun 2000 ni saya rasa ada kaedah – kaedah yang boleh dibenarkan. Jadi, saya harap Tokai boleh mempercepatkan apa juga kaedah untuk kita ternak ayam secara commercial satu yang keduanya lebih sophisticated sebab negeri lain banyak dah buat. Jadi untuk kita promotkan perlancongan sementara kita juga nak sebutkan bahawa negeri kit ani terhindar daripada masalah kesihatan sebab Dato‟ Speaker, saya terus terang la, kalau orang nak mai makan di Gurun ini walaupun sedap macam mana pun, dia ada masalah. Pasai lalat banyak sungguh – sungguh khususnya waktu tuai la. Selepas saja ayam tu diambil, taik ditinggal. Taik ayam tu terlalu banyak. Jadi, saya ingat harus lah kerajaan memikirkan bagaimana kita menempatkan kilang – kilang tertentu di tempat – tempat macam Bukit Selambau dan sebagainya kita harus kena gazet untuk kawasan ternakan ayam saja dah mungkin menjadikan ternakan ayam ni satu industri yang besar – besaran tetapi dengan kawalan yang jelas supaya masalah ni tidak berlarutan. Dah berpuluh tahun dah. Terima kasih Dato‟ Speaker. Agak agak Tokai bila kerajaan ada cadangan untuk menempatkan mereka ni sebagai satu tempat yang lebih terkawal daripada segi lalat. Terima kasih Dato‟ Speaker!

Terima kasih YB. Gurun yang begitu prihatin terhadap pengusaha dan juga pengguna serta penduduk. YB. Dato‟ Speaker, macam saya sebut tadi la minggu lepas kita dah ada perbincangan, ada lantik consultant untuk menilai dan melihat di negeri – negeri lain dan minggu depan kita akan ada lagi perbincangan berhubung dengan kaedah garis panduan penternakan unggas. Unggas ini dia termasuk ayam, ayam kampung, ayam tiru, itik dan merpati. Ha.. itu unggas yang termasuk dalam kerangka perancangan kita dan kita telah meihat kawasan – kawasan yang nampaknya lebih kurang menimbulkan masalah lalat. Satu kaedah yang disyorkan adalah penternakan secara tertutup ni la.

Dia ada „buffer zone‟ dengan kawasan perumahan. 500 meter dengan kawasan perumahan. Kalau ladang tertutup ini 200 meter dengan k awasan perumahan. Jadi, pembiakan lalat berkurangan dan disyorkan supaya mereka juga menggunakan EM. EM untuk mengurangkan. Dia menghasilkan bakteria, bakteria ini mengurangkan bau najis lalat itu. Saya biasa ambik najis lalat cium memang tak ada bau. Sungguh. EM punya kerja. Sejenis bakteria mengurangkan bau najis. Bila kurang bau najis tinja ayam tu lalat pun kurang datang ke kawasan penternakan ayam tersebut. Jadi, itu kaedah – kaedah dia insyaAllah akan kita gunakan dan minggu depan kita akan bincang semula kaedah ini dan insyaAllah saya rasa masalah ini akan kita cuba percepatkan. Target time frame itu saya tak dapat nak pastikan tetapi ini yang sedang kita lakukan di kedah la. Kita akan mencapai satu keadaan dimana Kawasan Gurun dan kawasan – kawasan yang lain berdekatan dengan ladang ayam ni akan berkurangan masalah lalat ni. Terima kasih Dato‟ Speaker.

Speaker

Ada soalan lain? Takda? Kalau takda, soalan nombor 10! Tapi Kulim tak hadir, jadi kita skip ke nombor 11 Bayu.

11. Pohon dinyatakan apakah usaha pihak kerajaan bagi memperkasakan peranan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam melancarkan pengurusan dan pentadbiran di peringkat DUN dan kampung/komuniti?

Yang Berhormat Dato‟ Speaker, pohon penjelasan soalan nombor 11.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Yang Berhormat Dato‟ Speaker, Yang Berhormat Bayu. Ini lah jawapan bagi jawapan no 11. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) merupakan barisan hadapan pihak kerajaan negeri dalam membantu memajukan pembangunan terutamanya di kawasan luar bandar. Oleh itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memperkasakan peranan mereka.

Pertamanya, setiap Pengerusi, Setiausaha dan Biro – Biro JPKK telah diperuntukkan elaun kewangan untuk sedikit sebanyak membantu mereka menjalankan tugas yang telah diamanahkan ke atas bahu mereka. Pejabat Daerah sebagai jabatan kerajaan yang bertanggungjawab menguruskan mereka turut mengadakan pelbagai siri kursus dan bengkel bagi melengkapkan JPKK dengan maklumat & ilmu yang berkaitan dengan pengurusan komuniti kampung.

Selain itu, Pejabat Daerah juga menyediakan pelbagai alat – alat keperluan asas pejabat untuk kegunaan rasmi JPKK bagi membantu rakyat yang memerlukan pertolongan mereka. Selain itu, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan agensi – agensi di bawahnya sentiasa mengadakan siri – siri kursus, seminar dan bengkel terutamanya secara atas talian bagi memastikan JPKK terdedah dengan pelbagai maklumat bermanfaat untuk kegunaan masyarakat luar bandar. KPLB juga turut mengadakan Program Mentor Menti di antara JPKK. 3 JPKK di daerah Padang Terap terlibat di mana JPKK menti akan dibimbing dan dibantu dalam pelbagai aspek terutamanya aspek pengurusan. Hal ini akan menggalakkan perkongsian ilmu sesama JPKK.

Akhir sekali, JPKK juga diberi peranan besar oleh Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) di peringkat daerah dalam bidang pengurusan pandemik iaitu untuk membantu menghebahkan info berkenaan program vaksinisasi. Mereka juga dibantu untuk menggerakan perkhidmatan vaksinisasi bergerak atau setempat bagi memudahkan penduduk kampung mendapatkan suntikan vaksin. Tanggungjawab ini boleh membantu mereka memahirkan diri untuk menguruskan program – program kerajaan di peringkat luar bandar. Sekian.

Speaker

Bayu!

Yang Berhormat Dato‟ Speaker, soalan tambahan saya peranan dan tanggungjawab besar yang dimainkan oleh JPKK kita sangat besar. Pelbagai penghragaan ataupun pengiktirafan kepada mereka. Adakah kerajaan tidak bercadang, kerajaan tidak berhasrat untuk menyalurkan peruntukan kepada JPPK kita.

Yang kedua, jumlah JPKK yang ada sekarang ni belum memadai. Adakah kerajaan bercadang untuk tambah jumlah bilangan JPKK.

Yang ketiga, adakah kerajaan juga bercadang untuk menaikkan elaun yang dibayar kepada JPKK. Sekarang ini dibayar sebanyak RM500. Duit kertas ja duit minyak pun tak cukup. Adakah kerajaan bercadang menambah elaun JPKK dan soalan yang kedua apakah hasrat dan harapan kerajaan dalam memastikan peranan JPKK di peringkat bawah ini dapat diperkasakan ataupun dapat diberikan peranan yang lebih besar. Terima kasih.

Speaker

Merbau Pulas, kita ini live ni kita punya jawapan. Ramai JPKK yang duk tunggu nak dengar ni di seluruh negeri kedah ini!

Hahaha yaa. Pertama tentang peruntukan. Peruntukan ni pada tahun 2021 memang ada peruntukan. Tetapi disebabkan program kegiatan JPKK tapi disebabkan pandemic covid, peruntukan itu tidak dapat diberi sebab nak buat program pun tak boleh. Tetapi peruntukan untuk 2022 ada dan bulan Januari mula kita salurkan kepada JPKK sepertimana peruntukan tahun 2021 akan kita salurkan mulai Januari.

Speaker

Merbau Pulas boleh dak buka mask!

Nak bercakap pun tak berapa selesa kan, jadi peruntukan itu akan ada untuk 2022 dan akan disalurkan mulai Januari ini la untuk kegiatan JPKK. Seterusnya jumlah bilangan itu telah ditetapkan oleh pihak semasa kerajaan pakatan harapan dahulu. Jadi, kita akan bawa bincang semula dengan Menteri yang ada untuk kita melihat kembali lah penambahan. Setakat hari ini jumlah yang sedia ada itu lah yang kita pakai untuk 2022. Mengenai elaun, elaun juga dibayar oleh pihak kementerian pembangunan luar bandar, kita akan berbincang semula dengan mereka untuk kenaikan, mungkin tahun ini. Wallahu‟alam. Jadi, hasrat dan peranan ini adalah terima kasih kepada Adun Bayu yang begitu bersungguh – sungguh dan prihatin terhadap JPKK kita alhamdulillah. Pelbagai usaha telah pihak kerajaan jalankan bagi memperkasakan peranan JPKK di seluruh Negeri Kedah. Besar harapan kerajaan supaya JPKK sentiasa menjadi mata dan telinga kerajaan supaya tiada masalah isu kesusahan rakyat tertinggal.

Tidak dicakna oleh pihak kerajaan. Dekatnya hubungan mereka dengan penduduk desa amat memudahkan penyaluran maklumat dari rakyat untuk mengambil tindakan oleh pihak kerajaan. Pada bajet kali ini 2022, kita ada 50,000 setiap Adun untuk Program Desa Sejahtera. Saya rasa peranan ini lah boleh dimainkan oleh JPKK supaya rakyat di peringkat dalam setiap dun itu tidak tertinggal untuk mendapat apa – apa bantuan daripada kerajaan.

Selain daripada itu, kita juga percaya JPKK kita sentiasa mengambil berat terhadap pembangunan infrsatruktur asas di komuniti masing – masing. Besar harapan kita supaya JPKK boleh turut turun padang dan mencadangkan pembaikan mana – mana kemudahan asas yang telah rosak seperti mini tar, titi, dewan serta pagar. Pagar masjid. Apa – apa lah keperluan asas kepada rakyat. Dalam membiasakan diri dalam tempoh endemic, kita mengharapkan JPKK masih aktif menyebar luas kepentingan pematuhan SOP oleh penduduk desa. Jangan kita alpa kerana kitalah sebagai pemimpin di komuniti yang bertanggungjawab untuk menunjukkan contoh tauladan terbaik bagi mengharungi tempoh endemik serta meneruskan kehidupan bersama – sama covid-19. Kita juga meletakkan harapan kepada JPKK untuk sentiasa mencari penduduk yang masih terbelenggu dengan kemiskinan di komuniti masing – masing. Bawa la berbincang dengan Penghulu Mukim supaya rakyat kita yang susah ini mendapat pembelaan sewajarnya dari pelbagai agensi kerajaan swasta dan mana – mana NGO.

Akhir sekali, JPKK juga diharapkan untuk sentiasa memastikan keselamatan penduduk kampung terutamanya semasa kedah sedang diuji dengan ujian bencana banjir yang sedang berlaku banyak menguji kemahiran kita sebagai pemimpin masyarakat. Bagaimana kita berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan seperti bomba, PDRM dan ATM. Selain itu, pertolongan kita bersama JKM dan Pejabat Daerah sedikit sebanyak boleh meringankan beban penduduk yang sedang ditimpa musibah. Sekian.

Speaker

Soalan tambahan!

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Alang – alang dah takda orang. Terima kasih Yang Berhormat Dato‟ Speaker. Saya tengok JPKK ni memang selalu jadi isu dan permasalahan di peringkat bawah ni. Contohnya JPKK kerajaan Pakatan Harapan dengan JPKK di kerajaan yang sedia ada. Masalahnya kadang – kadang orang tak kenal di kampung ni. Macam kita takda maklumat. Jadi orang kampung last sekali pakai pusat khidmat la tempat dia.

Jadi, kalau boleh cadangan kita ada satu signboard yang menunjukkan gambar – gambar MPKK ataupun JPKK ka apa – apa ka sebab bila kerajaan bertukar di pertengahan jalan itu dia jadi sukar untuk orang kampung. So saya rasa mungkin cadangan kepada Merbau Pulas. Terima kasih.

Terima kasih Kubang Rotan. Memang lah apabila biasa dengan orang lama, tapi orang kampung tak kenal lagi yang baru jadi dia akan rujuk kepada yang lama. Yang lama boleh la bagi rujuk balik kepada orang yang baru. Kalau dapat maklumat. Nak kenai tu kalut juga. Jadi kita akan insyaAllah dengan cadangan yang baik tu kita akan cuba maklumkan untuk adakan signboard la letak muka JPKK. Sekarang ni muka sapa yang ada dekat signboard. Muka A dun. Lepaisni kita letak muka JPKK pulak InsyaAllah. Terima kasih.

Speaker

Soalan nombor 12!

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Salam sejahtera selamat pagi Dato‟ Speaker. Mohon jawapan untuk soalan nombor 12. Terima kasih!

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

12. Pada bulan September 2021, Menteri Alam Sekitar menyatakan pencemaran udara di Sungai Petani berpunca daripada kilang haram yang menjalankan aktiviti peleburan logam.

Pohon dinyatakan maklumat terperinci dan tindakan yang telah diambil?

Terima kasih Dato‟ Speaker. Terima kasih Bakar Arang. Jawapan untuk soalan nombor 12 oleh Adun Bakar Arang. Jabatan Alam Sekitar telah melaksanakan penahanan operasi kelengkapan di bawah Seksyen 38(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terhadap premis tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar juga telah mengeluarkan Perintah Larangan di bawah Seksyen 34AA, Akta Kualiti Alam Sekeliling supaya pemilik premis berkenaan menghentikan aktiviti yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 kerana syarikat tersebut beroperasi tanpa mendapat kelulusan laporan penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA) terlebih dahulu.

Selain itu, kertas siasatan juga telah disediakan dan dikemukakan untuk tindakan pendakwaan di mahkamah. Sehingga kini, syarikat berkenaan masih belum mengemukakan laporan EIA bagi tujuan kelulusan sebelum operasi. Terima kasih.

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Terima kasih Sidam dan Dato‟ Speaker. Soalan tambahan saya ialah, sebab ini kita baca dari surat khabar di bawah Menteri sendiri, Menteri Alam Sekitar. YB Tuan Ibrahim yang mengeluarkan kenyataan katanya “pencemaran udara di Sungai Petani” ini bulan September. Baru sahaja 2 bulan lepas. Pencemaran udara di Sungai Petani berpunca daripada kilang haram yang menjalankan aktiviti pelaburan logam. Soalan saya ialah isu ini sudah lama dan kenapa masih tidak dapat diselesaikan.

Soalan kedua ialah, apakah tahap pencemaran yang dinyatakan oleh Menteri sebab sebagai orang Sungai Petani, penduduk Sungai Petani kita bimbang apakah tahap pencemaran dia. Index pollution dia berapa? Kawasan mana yang terjejas sebab Sungai Petani besar. Kilang tu dimana? Berapa kilang yang terlibat yang dikategori sebagai kilang haram yang melakukan pencemaran, berapa kilang dimana mereka dan Kawasan mana yang terjejas dan juga harap dinyatakan juga sebab yang buat pencemaran ini kadangkala bukan sahaja kilang haram, kilang berlesen pun berkemungkinan melakukan pencemaran. So, adakah berapa kilang sila nayatakan.

Kalau boleh nyatakan sekali dengan nama syarikat mereka dan sepanjang satu tahun ini berapa kilang haram yang telah ditutup. Kilang haram yang berkaitan dengan pelaburan logam ataupun yang membuat pencemaran kitar semula plastik juga telah pun ditutup oleh kerajaan. Terima kasih.

Terima kasih YB Bakar Arang. Saya rasa jawapan dia memang soalan dia panjang la. Saya pun nak record pun mengambil masa sikit. So, saya rasa isu untuk pencemaran udara saya rasa bukan setakat hanya 1 tahun saja dia sudah sambung mungkin 4, 5 tahun.

So, kebanyakan memang ada satu fakta juga dengan akta semua yang komprehensif so saya rasa bukan hanya Jabatan Alam Sekitar sahaja, saya rasa kita ada sama dengan PBT iaitu MPSP tapi kita akan bagi you fakta tentang apa yang index total dia berapa? Kita akan bagi, nama – nama kilang ada dekat sini. Ini untuk pelaburan logam saja. Kalau nak plastic, kita kena permintaan PBT untuk dapatkan yang ada license takda license ada beberapa lagi. So mungkin lepas ini penggulungan kajian tempatan kita akan minta dengan kerajaan tempatan untuk dapatkan senarai selanjutnya. Dan saya rasa banyak soalan saya akan tapi untuk index yang kita boleh provide ia tak sampai 2020 sampai 2021 kita akan bagi untuk Jabatan Alam Sekitar tentang index – index. Apa yang index for whole one year also can. Saya akan provide also apa index yang ada. So ya memang kita tak boleh menafikan banyak kilang – kilang. Sekarang kita pun faham juga ada setengah kilang walaupun kita sudah gazet banyak tempat macam Bukit Selambau. Kerajaan sekarang cukup prihatin kepada industri Bukit Selambau yang sedang ada untuk recycle plastic. Tapi ada setengah – setengah mungkin kita masih pantau lagi dengan ketatkan penguatkuasaan. Kita akan monitor dengan lebih baik. Makesure pencemaran udara including pencemaran air kita kena kurangkan dekat kerajaan negeri. Itu sahaja!

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

YB. Dato‟ Speaker, saya rasa saya tidak puas hati la dengan jawapan yang diberi oleh Sidam!

Speaker

Takpa. Sidam akan buat jawapan …..(YB. Bakar Arang mencelah)

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Sebab soalan yang saya tanya sudah boleh disediakan jawapan sebab saya sudah memberi soalan satu bulan yang lepas. Bertanya tentang maklumat terperinci dan tindakan yang diambil. Kalau pasal pencemaran, index pencemaran, index pollution berapa pun tak boleh disediakan untuk dijawab dalam dewan. Kilang mana? Berapa kilang? Kawasan mana pun tak boleh dijawab. Jawapan tadi hanya kata JAS telah pun mengeluarkan perintah larangan sebab kilang ini tak memenuhi EIA ini jawapan terlalu general. Sudah beri. Ini bukan dalam soalan tambahan tetapi soalan saya yang dihantar kepada Dun tetapi tidak menyediakan satu jawapan yang munasabah la kita kata. Mohon Dato‟ Speaker, mohon bagi jawapan la.

Speaker

Sidam boleh bagi jawapan bertulis yang detail dak?

Saya akan bagi bertulis lah.

Speaker

Bakar Arang, you akan dapat slip jawapan bertulis yang detail!

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Saya nak tau index pollution berapa kalau di Sungai Petani? Kita bimbang sebab saya penduduk Sungai Petani. Berapa index yang dikatakan oleh Menteri katanya pencemaran udara di Sungai Petani sangat serius dan berpunca dari kilang haram.

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Dalam ni tak tanya index pun. Mintak jawapan bertulis.

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Maklumat terperinci!

Speaker

Tak apa Bakar Arang!

You nak maklumat terperinci actually takpayah naik angin sangat. You rilek saja.

Speaker

Sidam! Sidam!

Kita bukan nak lawan!

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Bagi la jawapan yang munasabah sikit!

Average you average dia tak sampai 60. So nak jawapan lebih teliti kita akan provide. Takkan kita nak tipu you tak mau bagi you. Selepas ini you boleh press dekat media cakap apa yang saya boleh cakap kat sini. Tapi saya akan provide you. You cakap dengan saya baik – baik apa yang sepatutnya saya akan bagi! Dewan Yang Mulia ini kita tak mau gaduh – gaduh bukan mai tempat untuk main politik. Kita untuk settle isu – isu untuk rakyat. Terima kasih.

Speaker

Okay Sidam. Sidam you bagi jawapan bertulis. Ada soalan lain? Tak ada? Tak ada kita boleh ….

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Belakang ni

Speaker

Mana – mana?

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Terima kasih Dato‟ Speaker!

Speaker

Kuala Ketil selalu tertinggal jauh. Lindung!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Besar macam ini tak nampak lagi tak taula. Yang Berhormat Sidam tarik nafas, boleh na! Soalan tambahan saya Yang Berhormat Sidam, masih berkaitan di pencemaran di Sungai Petani. Kita dihebohkan baru – baru ni sebelum ini la tentang beberapa kilang yang beroperasi sisa pepejal yang mendatangkan pencemaran. Jadi, kita pernah dapat maklumat sebelum ni akan dipindahkan ke Bukit Selambau. Jadi, saya nak tanya Sidam, berapakah kilang yang telah dipindahkan ke Bukit Selambau dan yang telah beroperasi di Bukit Selambau? Kilang – kilang yang berkaitan pencemaran udara dan juga yang berkaitan dengan pemprosesan sisa pepejal tersebut.

Terima kasih Kuala Ketil. Ya untuk Jabatan Alam Sekitar, kita makesure that index pollution terutama dekat Sungai Petani, dia purata dia tal sampai tahap 60 API so yang jawapan saya cukup jelas, tapi ada yang beberapa kilang yang sudah pindah ke Bukit Selambau atau sedang mohon. Dia ada satu data yang latest punya saya rasa kita kena tanya KerajaanTempatan la untuk dapat nama yang teliti. Okay terima kasih.

Speaker

Terima kasih Sidam. Soalan nombor 13!

13. Pohon dinyatakan:-

a) Bilakah Pencawang Masuk Utama (PMU) di Kedah Rubber City (KRC) akan dibina dan bilakah ianya dijangka siap?

b) Apakah status terkini rancangan membina LRA yang baharu dan menaik taraf Loji Air sedia ada di Padang Sanai. Bilakah ianya akan dibina dan dijangka siap?

c) Bilakah kilang pertama di KRC akan mula dibina dan bilakah ianya akan mula beroperasi?

Yang Berhormat Speaker mohon jawapan nombor 13!

Assalamualaikum w.b.t Yang Berhormat Dato‟ Speaker, ni jawapan saya untuk soalan nombor 13. (a) Kerja – kerja pembinaan PMU dan kerja – kerja yang berkaitan termasuk overhead lines, dijangka akan bermula pada Mei 2022 dan dijangka siap pada November 2023. (b) Berhubung dengan bekalan air, perbincangan dengan pihak SADA bagi mencari pendekatan terbaik bagi bekalan air KRC telah diadakan pada 20 Oktober 2021. Hasil perbincangan adalah seperti berikut. Meningkatkan kapasiti LRA sedia ada di Padang Sanai daripada 50mld kepada 60mld melalui program menaiktaraf loji yang sedia ada iaitu dengan pemasangan 4 units submersible pump dan kerja – kerja yang berkaitan yang anggaran kosnya ialah RM8 juta. Kalau semua berjalan lancar akan dimulakan pada Januari 2022 dan dijangka InsyaAllah akan siap pada Oktober 2023. Lebih kurang sama dengan bekalan elektrik. Dengan peningkatan kapasiti LRA iaitu daripada 50 ke 60 mld dia mampu membekal 14 mld bagi fasa satu KRC kerana peruntukan sedang saya usahakan InsyaAllah. Kerajaan persekutuan atau agensi di bawahnya akan membantu InsyaAllah.

Seterusnya jawapan bagi soalan nombor 3 (c) bilakah kilang pertama di KRC akan mula dibina dan bilakah ianya akan mula beroperasi. Kilang pertama yang akan dibina di KRC iaitu kilang pengeluaran Nitrile butadiene Latex (NBL), bahan mentah untuk membuat sarung tangan. Yang mana kita semua sedia maklum 70% sarung tangan yang dikeluarkan ke negara kita dibuat dengan Nitrile Latex ini iaitu Latex tiruan. Pelaburnya ialah Syarikat Hong Seng Industries Sdn Bhd dengan pelaburan sejumlah RM3 billion. Pembinaan dijangka bermula akhir 2022 dan dijangka mulakan operasi pada pertengahan 2024. Majlis Pecah Tanah telah diadakan baru – baru ni secara virtual oleh Yang Amat Berhormat Dato‟ Seri Menteri Besar di sebuah hotel pada 1 November yang lalu. Sekian.

Terima kasih Yang Berhormat Dato‟ Speaker. Soalan tambahan pohon jawapan pohon penjelasan alhamdulillah projek KRC telah berjalan lancar…..

Speaker

Buang mask!

Barangkali boleh diberikan penjelasan kenapa projek ini tidak dapat dijalankan sebelum ini dengan lancar dan sempurna. Mengambil masa yang begitu lama untuk disediakan bekalan air dan tenaga elektrik yang menjadi keperluan asas untuk sesuatu projek mega terutamanya.

Yang kedua ialah mungkin boleh dihuraikan manfaat yang boleh diperolehi oleh rakyat di Padang Terap khasnya hasil daripada perlaksanaan projek KRC. Yang terakhir ialah saya difahamkan pengambilan tanah untuk jajaran kabel TNB ini sudah di peringkat pewartaan dan soalan saya ialah apakah kerajaan berkeyakinan bahawa proses pengambilan ini akan selesai dan boleh diserahkan ataupun pihak TNB memulakan pembinaan cable untuk jajaran cable TNB ke KRC pada Januari 2022. Sekian, terima kasih.

Ini jawapan saya kepada soalan tambahan daripada Kuala Nerang. Sebenarnya projek Kedah Ruber City ini pemajunya ialah NCIA. Kerajaan negeri sebagai pemudahcara. Tapi akhirnya pemudahcara jadi macam pemaju jugak. Buat segala – gala. Dan apa yang berlaku lepas saya dilantik semula menjadi EXCO Pelaburan Industri oleh Yang Berhormat Jeneri, saya panggil mesyuarat dan saya tanya apa kemajuan terkini mengenai bekalan air dan elektrik. Air tak ada elektrik pun tak mula lagi. Saya pun heran tapi saya tak mau menuduh ataupun mengata kat sapa – sapa yang pentingnya kita move forward dengan izin. Itu yang penting bagi saya. Jadi, saya pun tubuhkan jawatankuasa „task force‟. „Task force‟ untuk dua perkara. Bekalan air dan elektrik. Pertama, bekalan elektrik. Saya dapat maklumat daripada Tenaga Nasional dan saya tanya bila nak siap ini. TNB kata tak mula lagi. Ia akan mengambil 5,6 tahun untuk menyiapkan.

Kita dah buat promosi untuk tarik pelabur. Jadi, saya kata tak boleh. Ia perlu dipercepatkan. Saya berjumpa dengan Yang Berhormat Dato‟ Seri Mahathir Khalid, Pengerusi TNB dan mintak tolong beliau.

Jadi, saya tubuhkan satu jawatankuasa khas task force tanah dan juga dengan TNB sekali. Dah tiga empat kali mesyuarat, begitu juga dengan bekalan air. Sat ada sat tak dak. Sat kata tunggu Pelubang, Pelubang pun kita tak tau bila lagi. Rubber City ini kilang nak masuk dah jadi kita tubuhkan task force dan tenaga elektrik ini dia bukan benda yang mudah. Jarak dari Tanjung Pauh ke KRC ialah 38km. Ia melibatkan 248 lot tanah dalam Daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Daerah Padang Terap dan ia bukan satu benda yang mudah.

Pembangunan ekonomi amat bergantung kepada industri. Pertamanya, perolehan setiap tahun dari tukar jenis tanah dari pertanian kepada industri. Kemudian, kena bayar cukai tanah. Cukai industri, pihak lebih tinggi daripada cukai pertanian. Pada tahun 2016, kita naikkan cukai tanah industri. Dan ini memberikan hasil RM90 juta kepada kerajaan negeri. Majlis Tempatan pula dapat perolehan dari kebenaran merancang dan cukai pintu tahunan. Seterusnya, pengilangan akan mewujudkan peluang pekerjaan. Orang Padang Terap dan orang dari daerah lain pun boleh dapat kerja di KRC. KRC juga akan memberi limpahan ekonomi kepada perniagaan disitu. Orang berniaga makan, orang buat kedai, buat perumahan dan sebagainya dan limpahan ini amat besar sekali. Itulah jawapan saya dan Bandar Baharu pun sama jugak lah kan. InsyaAllah dengan izin Allah taala kita akan Berjaya dalam projek kita ni. Sekian saja Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Boleh tanya?

Speaker

Silakan Derga!

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Terima kasih Yang Berhormat Dato‟ Speaker. Tahniah jugak Yang Berhormat Guar Chempedak. Dari melahirkan KRC. Bila dengar jawapan dari Guar Chempedak ni seolah-olah balik tahun 2014 masa itu berbincang pasai KRC dan perancangan KRC dan sebagainya, jadi i tak faham kenapa perancangan ini sampai bila tukar juga kerajaan itu masih lagi Guar Chempedak yang jadi task force dalam team untuk menjaga KRC. So semua perancangan Dato‟ Guar Chempedak patut tau la. Soalan saya ini, selain daripada yang kata tadi TNB tu dan air itu, i ingat pelabur juga, semasa perancangan tu pelabur juga khuatir telekomunikasi disitu. Antara internet yang sangat diperlukan untuk pelabur.

Yang kedua, jalan. Jalan untuk transportation ke pelabuhan – pelabuhan yang buat pun faham. Jadi progress ini dan cadangannya bagaimana, ini infrayang diperlukan. Yang ketiga, tempat kediaman untuk pekerja – pekerja dan berkaitan pekerja ni, bilangan pekerja skill yang diperlukan dan dimana pekerja ini akan datang sebab yang penting i nak bagi Kuala Nerang yang dia pernah tanya, YB. Kuala Nerang pernah tanya apakah faedah ataupun peluang pekerjaan kepada orang tempatan Kuala Nerang. Jadi, berapa bilangan Kuala Nerang akan jadi pekerja dalam kilang yang melabur disini.

Yang kedua, implikasi ataupun harga getah, sebab kita tau penoreh getah ni semua di bawah B40. Jadi antara projek ini yang disebut oleh Guar Chempedak semasa itu yang saya ingat adalah bantu untuk menaikkan taraf hidup rakyat penoreh getah. Jadi, apakah jaminan terhadap pemberian susu getah dan sebagainya. Ada kekhuatiran juga daripada pelabur pasal kualiti dan bekalan, susu getah dan sebagainya perlukan untuk industri tersebut. Jadi saya pohon Guar Chempedak perjelaskan yang ni.

Yang satu lagi soalan tambahan ialah Syarikat Hong Seng beli dengan 102.6 ekar tanah, saya nak tau apakah adakah ini pajakan, berapa tahun, sampai bila ataupun tempoh selama – lamanya? Dan berapa harga tanah tersebut yang ditawarkan kepada kepada Hong Seng. Sekian saja.

Ni soalan tambahan yang paling panjang. Pertama, berhubung dengan internet telekomunikasi Yang Berhormat Dato‟ Speaker. Masalah inilebih mudah daripada air dan elektrik. Kita dah panggil dah semua ni. Gas pun takda masalah. Yang kita masalah yang dua tadi. Kita berikan fokus dan tubuhkan task force.

Yang kedua, mengenai jalan raya. Jalan raya ini amat penting. Kalau orang tengok lani jalan nak pi KRC sekerat sahaja iaitu sampai Pokok Sena, kita ada four lane dan saya dimaklumkan juga oleh Yang Berhormat Dato‟ Seri dan juga YB. Menteri Luar Bandar bahawa tanah tu dah selesai dah, dah ambik dah. Cuma kita nak buat jalan. So masalah dia chicken dan egg. Bila kilang dah banyak jalan akan dibuat. Four lanes terus sampai ke Rubber City sama yang macam kita buat Kulim Hi-Tech Park yang dulu. Dedicated Highway untuk projek seperti ini. Itu yang kedua.

Ketiga mengenai pekerja. Saya amat yakin pekerja yang akan bekerja disitu adalah pertamanya anak tempatan Padang Terap, dan juga daerah – daerah yang lain. Jangan bimbang. Saya yakin kita tak kan ambik, takkan terpaksa ambik pekerja asing daripada Thailand ataupun daripada mana – mana. Sebab very simple. Orang Kedah ni very simple. Dia tak mau kerja jauh. Sungai Petani pun bagi dia jauh. Pi Penang pun jauh. Masalah satgi tok sakit, orang buat kenduri baca Yassin nak kena ada. Contoh terbaik ialah Continental Tyres di Mergong, Syarikat Jerman dengan 2,000 lebih pekerja, 98% anak Kedah. Ada la sikit – sikit orang Perlis. ACM pengeluar sayap boeing, kapal terbang, 98% anak tempatan. Adalah orang Perlis sikit kat situ. Tak apa lah kita tolong Perlis.

Yang tu for sure kita tak worry about pekerja. Kemudian dari segi perumahan, selalunya perumahan ni dia datang selepas kita majukan industri. Dimana – mana berlaku macam tu. Di Petaling Jaya ka di Hi-Tech Park ka, bila industri dah mula orang dah mula kerja, dan permintaan untuk rumah akan ada. InsyaAllah itu kita akan selesaikan. Tak ada masalah yang tu.

Kemudian, pendapatan penoreh getah. Yang ini yang saya selalu sebut kita banyak tentang bila kita nak buat rubber city maka harga getah asli kita akan naik. Dia bukan nak menyelesaikan masalah getah, rubber city ini Dato‟ Paduka Speaker. Bukan nak selesaikan masalah ini. Tetapi kita nak mewujudkan pekerjaan dan menaikkan ekonomi negeri dan tempatan, bukan untuk rubber. Harga getah, harga getah ini ditentukan oleh pasaran antarabangsa. Kita tak boleh tetapkan rubber ini. Dia mengikut permintaan dan bekalan. Itu selesai. Jadi, bab pekerja penoreh getah ini, kita tak boleh selesai masalah penoreh getah. Ini miss conception yang perlu kita perbetulkan kepada rakyat kita di sana. Jangan kata rubber city buat harga getah kena naik. Harga getah ni naik apabila pasaran antarabangsa itu dia punya permintaan tinggi. Bukan takat rubercity ni. Tak boleh. Kita tak boleh kecuali kita nak subsidies harga getah oleh kerajaan. Satu lagi Hong Seng nak buat Nitril Latex, itu bukan getah asli, nitril tapi kita terima. Ini rubber dan juga polimer. Dia dari segi pajakan macam seperti biasa, pajakan ini 60 tahun la. Industri macam di Kulim Hi-Tech Park, di Sungai Petani sama la 60 tahun. Memang 60 tahun.

Dari segi harga, Yang Berhormat Dato‟ Speaker, yang itu kita tak boleh habaq. Pasai yang ni rahsia kita punya strategi untuk menarik anchor tenant di Kedah Rubber City. Itu sahaja jawapan saya. Sekian terima kasih.

Speaker

Ooo takleh habaq noh. Takpa – takpa, yang takleh habaq, toksah habaq. Yang ni „business strategy‟. Okay kita sudah selesai kepada sesi pertanyaan mulut. Urusan seterusnya setiausaha.

Speaker

Ok, kita telah selesai sesi pertanyaan mulut. Urusan seterusnya Setiausaha.

Sambungan Perbahasan Ucapan Bajet 2022 Secara DasarAddress / budget

Setiausaha Dewan

Sambungan perbahasan ucapan Bajet 2022 secara dasar sehingga selesai.

Speaker

Silakan YB. Bakar Arang. Kelmarin „tekan‟ banyak mana dah?

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Kelmarin 7 minit tapi tak boleh nak fokus.

Speaker

Oklah! Oklah! 6 minit, sambung lagi.

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

15 minit lagi ka?

Speaker

Ya, 15 minit!

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Ok, 15 minit tak pa! Salam sejahtera, terima kasih YB. Dato‟ Speaker. Ya, kita sambung perbahasan untuk Bajet 2022. Tahun ini kita dapat buku bajet macam ini (sambil menunjukkan buku bajet) dalamnya QR Code saja, tahun lepas adalah, di‟print‟kan.

Sebelum mula saya „just‟ nak habaq la… ini perkara tak banyak muka surat, kalau boleh bagilah kita boleh simpan, yang tahun-tahun lepas kita selalu simpan.

Yang ni, yang tebal-tebal (sambil merujuk kepada Buku Penyata Rasmi) tak dapat „soft copy‟, ini bajet lagi banyak kertas YB. Dato‟ Speaker. Kalau boleh kertas-kertas jawapan soalan lisan dan soalan bertulis dan Penyata Rasmi kita boleh dapatkan „soft copy‟ lah dan ucapan ni kalau boleh diberilah „hard copy‟, tak banyak muka surat, 50 muka surat saja.

Semalam saya telah pun menyentuh ekopelancongan ada potensi yang besar di Negeri Kedah, tambahan pula bukan sahaja di Kedah ini kita mempunyai alam sekitar yang cantik, ditambah pula dengan pandemik Covid-19 ini, pelancong-pelancong lebih cenderung pergi ke aktiviti yang lebih selamat supaya tidak dijangkiti covid dan kita pun telah tengok dalam bajet tahun 2021 (tahun ini) semasa pembentangan ada kata ada peruntukan RM4.55 juta diberi kepada Jabatan Perhutanan untuk membangunkan baik pulih taman ekorimba di beberapa tempat, Sungai Sedim, Lata Bukit Hijau, Lata Mengkuang, Titi Hayun dan Bukit Wang. Namun, kita tidak mendapat apa-apa laporan „progress‟nya RM4.5 juta ini bagaimana dibelanjakan, bina apa benda dan kita nak taulah kalau RM4.5 juta ini dananya besar. Kalau boleh kita nak satu hasil atau impak yang besar kepada tempat-tempat ini supaya kemudahan baik dan boleh menarik pelancongn. Sama juga bajet yang dibentang tahun lepas untuk tahun ini 2021 ada RM4 juta diberi untuk naik taraf Muzium Padi, pembangunan ekopelancongan di Baling di jajaran Gunung Baling, di rangkaian gua-gua. YB. Bayu, hari tu kita pergi, Gua Sireh, Gua Kelambu, Gua Jepun, RM4 juta telah diperuntukkan untuk tahun ini. Bagaimanakah perbelanjaannya, apakah hasilnya, adakah sudah menjadi cantik di Baling sana? Kita nak tau sebab kalau tidak, setiap tahun kita bentang sahaja di dalam Sidang DUN Bajet tetapi „next year‟, tahun ini bentang pula RM3 juta diberi kepada kemudahan frasarana pelancongan, RM3.2 juta bagi kepada Perhutanan untuk ekopelancongan lagi. „So‟ kalau setiap tahun bentang tapi kita nak tau juga apakah progressnya, apakah hasilnya, kita pun harap tempat-tempat ini ada impaknya.

Di sebalik kita nampak ada bajet, tetapi kita pun dengar aduan daripada industri ataupun penduduk bahawa seperti semalam saya kata di Pulau Songsong seperti tandas, bilik mandi, tidak dapat dibina, tidak dapat dibaik pulih dan kalau pelancong pergi sana, tak dak satu tempat yang elok untuk mandi, untuk tandas, ia menjadi susah. Saya difahamkan ada yang kata kalau nak bina tandas di sana perlu RM200 ribu sebab nak ikut spek JKR. Saya tak taulah kalau RM200 ribu kerajaan patutlah belanja kalau boleh menarik pelancongan.

Tapi kalau tak dak RM200 ribu, saya cadang, buatlah yang „simple‟ sebab itu pun ekopelancongan, kita buat dalam hutan, janganlah buat macam tandas seperti RNR highway. Kita buatlah ikut lebih natural punya „style‟, „simple‟ sikit tempat dinding cukup. Yang penting RM80 ribu pun boleh siap, RM50 ribu pun siap dah. Saya rasa kita perlu maksimumkan sumber yang kita ada supaya kita boleh memaksimumkan impaknya juga. Buatlah yang lebih „ecofriendly‟, lebih murah. Saya rasa bukan saja di Pulau Songsong tetapi di Sik, di Yan, di Baling dan banyak tempat kita boleh menaik taraf. Sekarang banyak penggemar perkelahan, camping juga, buatlah fasiliti yang

simple sahaja, kemudahan bilik mandi, ada air sudah cukup, depa bawa khemah sendiri pergi berkelah di sana. Saya rasa kita perlu memandang potensi untuk kita wujudkan lebih banyak tempat seperti ini.

Dalam ucapan Bajet 2021 juga YAB. Menteri Besar juga kata nak wujudkan hub basikal, laluan basikal di Daerah Kuala Muda dari Sungai Petani ke Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka, ke kaki Gunung Jerai tetapi sehingga sekarang saya tidak nampak lagi lah ada laluan khas itu kecuali adalah turapan jalan baru di beberapa tempat. Saya rasa jika boleh buatlah laluan khas untuk penunggang basikal bukan hanya di situ, banyak tempat lagi lah. termasuk kita pergi ke Sik, kawasan Jeneri juga di Tasik Beris, banyak tempat yang menarik kalau kita ada satu laluan khas untuk penunggang basikal. Saya pasti kita akan dapat menarik ramai pelancong basikal dari luar Kedah untuk datang berbasikal di Kedah.

Dalam melawan covid ini juga, saya rasa kita perlu ada imunisasi badan yang kuatlah. Cukup kita haritu ambil 2 dos vaksin, sekarang nak ambil dos ketiga lagi untuk tambahan. Saya tidak taulah nanti adakah setiap 6 bulan kita perlu ambil satu dos lagi vaksin sampai bila-bila masa. Tapi saya rasa yang pentingnya ialah kita jaga kesihatan kita, kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada vaksin. Yang paling kuat ialah imunisasi badan kita dan juga bukan saja perlu jaga makan, perlu bersenam, kita perlu persekitaran yang bersih, udara yang segar, itu lebih penting dan kita perlu mengekalkan kehijauan di kawasan kita.

Tadi kita berbincang tentang alam sekitar. Saya rasa ini sesuatu yang juga sangat dibimbangkan oleh rakyat sebab kalau YB. Sidam kata tadi indeks kita tidak lebih 60. Kalau tidak lebih 60 saya kira itu biasa lagi, kira normal lagi kalau ikut perbandaran seperti Sungai Petani, Penang, tidak lebih 60 itu biasa, kalau sampai 80, 90 baru tinggi. Tetapi kenyataan ini keluar daripada mulut Menteri Alam Sekitar bahawa katanya ada pencemaran udara di Sungai Petani dan disebabkan oleh kilang haram. Kita pun tau kilang haram sudah lama, dulu pun kita bersungguh-sungguh nak membanteras dan nak menutup mereka dan juga mengambil tindakan yang keras.

Kenapa sehingga sekarang kerajaan diambil alih oleh pihak sana sudah pun hampir 2 tahun kenapa tidak selesaikan lagi dan kita sangat bimbang apakah tahap pencemaran yang berlaku sebab menteri sendiri yang memberikan kenyataan. Kita perlu tahu kilang mana yang menyebabkan perkara ini dan berapa kilangkah yang telah ditutup dan bagaimana pencemaran itu sebab menteri kata ia daripada peleburan logam. Kalau pencemaran daripada peleburan logam, jauh lebih toksid daripada industri-industri lain sebab yang ini memang „havy industry‟ yang perlukan EIA. Kita tengok kalau kilang haram pun tidak dapat diselesaikan, kilang haram pun

tidak dapat diambil tindakan yang keras, apatah lagi judi haram yang kita katakan semalam. Adakah kerajaan mampu untuk membanteras juri haram ini? Judi haram sekarang bukan saja secara fizikal, termasuk judi online. Bukan saja kalau kita tidak dapat membanteras judi haram, semalam kita tengok berita lagi ada Menteri, Timbalan Menteri kata Kerajaan Persekutuan, ni kerajaan yang sama dengan tuan-tuan di sana, dia kata nak melesenkan judi atas talian ini, nak melesenkan judi online ini, nak mencukaikan mereka. Saya pun rasa kuatir lah, tapi di sini kita nak haramkan kedai nombor ekor yang berlesen yang pakcik, makcik ni pi beli saja, orang muda seperti saya dan ke bawah tak dak dah, kawan saya pun tak dak, tanya 10 orang, 10 orang tak pergi beli nombor ekor dah, itu pun makcik-makcik dua tiga ringgit pergi dating sahaja. Di sini nak haramkan nombor ekor berlesen, sana kata nak bagi lesen kepada online judi. Saya rasa ini sangat pelik. Saya cuma nak tegaskan sekali lagi lah, negara ini Malaysia, Kedah satu masyarakat majmuk, kita hidup harmoni tak ada masalah sepanjang masa ini. Saya harap kita boleh kekalkan keharmonian ini, kehidupan, kebebasan, hak kehidupan orang-orang bukan muslim janganlah kita pergi sekat, janganlah kita pergi sekat….(YB. Sungai Limau mencelah)

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Boleh mencelah?

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Saya tak dak masa dah.

Speaker

Potong masa you!

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Ayooo!! Cepatlah! Cepat!

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Sikit saja. Adakah YB. Bakar Arang mengharapkan keharmonian itu dapat wujud dengan perjudian?

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Sorry, sekali lagi?

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Adakah YB. Bakar Arang merasakan keharmonian, kebaikan dapat wujud dengan aktiviti perjudian?

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Bukaaaann….Saya tak kata kita jangan pergi sekat apa yang sudah pun lama diamalkan di Malaysia ini. Janganlah kita kata „actually‟ di Malaysia ini sudah sangat baik, kita sudah sekat banyak, nombor ekor ini sudah lama ada di Malaysia, itu pun sikit-sikit saja. Ada orang beli saham, itu bukan judi katanya, itu melabur. Tapi kalau kamu rugi di pasaran saham, ataupun untung di pasaran saham, itu amoun lagi besar daripada pergi beli nombor ekor. Kita pun ada BSN itu juga macam „lucky draw‟ beli sijil, itu juga bukan judi. Tetapi konsep dia adalah sedikit-sedikit persamaan. Saya rasa bukannya kita kata itu judi besar ka apa, tapi kita sudah „hide‟kan di Kedah kita hanya ada 45 kedai nombor ekor saja yang berlesen, 20 daripada Toto, Magnum 13, dan Pharma Chai 12. Itu saja yang ada. Ya!

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Terima kasih YB. Bakar Arang, terima kasih YB. Dato‟ Speaker. Saya ingat mungkin kita semua setuju soal agama tak galakkan judi, saya ingat yang ini semua boleh bersetuju dan faham. Jadi, kita bukan bela atas judi tersebut. Tapi saya rasa yang penting ialah sebab tindakan yang nak kurangkan judi ini, adakah YB. Arang bersetuju satu pendidikan supaya anak kita seperti YB. Bakar Arang kata anak muda kurang berjudi tapi mereka mungkin berjudi di dalam saham lah. Kita orang tua ni bukan berjudi pun tapi orang tua kita mungkin main sedikit mahjong untuk kurangkan takut sakit orang tua. Itu satu.

YB. Dato‟ Speaker, saya nak tanya YB. Bakar Arang tau tak ada mesin slot di Kedah Club di mana YAB. MB menjadi pengerusi. Adakah mesin slot tersebut telah ditutup dulu sebelum kita haramkan yang lain? Terima kasih.

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Tadi semua agama tak galakkan judi, betul kan? Setuju? Oh! Ok.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

YB. Dato‟ Speaker, sorry. Saya rasa yang ni YB. Sungai Limau boleh kita sama-sama bincang pasal agama sebab setiap agama persamaan itu semua ada. Tapi mungkin kita tak dak asimilasi ataupun tak dak satu pertembungan bersama. Saya bersedia sekiranya YB. Sungai Limau ingin berbincang di luar tak pa, mengikut pemahaman agama masing-masing . Agama kita pun tak kata boleh berjudi dan itu satu hobi bagi orang tua sahaja. Terima kasih.

Speaker

YB. Bakar Arang cuma boleh buat „conclusion‟ saja. Masa ada 1 minit lagi.

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Boleh bagi 2 minit lagi? Yang pertama saya sangat setuju, pendidikan itu penting. Kita sudah sekat tetapi sedikit kebebasan untuk mereka mengamalkan kebudayaan ataupun target kehidupan yang selama ini diwujud lah. Saya rasa pendidikan itu lebih penting, kita pun tidak haramkan rokok, rokok pun tidak baik. „I think‟ agama pun tidak menggalakkan tetapi kita tidak haramkan seterusnya. Banyak lagi lah termasuk pemakaian, tudung pun kita tak haramkan terus, kita tetap memberikan pendidikan. Itu lebih baik melalui pendidikan lah saya rasa. Itulah kebebasan bukan kita kata nombor ekor, penggunaan alkohol ka. Betul, kalau agama tidak menggalakkan tetapi budaya. Kalau kamu pergi ke Sabah dan Sarawak, pergi ke pedalaman, orang asli, budaya mereka….(YB. Tanjung Dawai mencelah)

Ustaz Haji Hanif bin GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

YB. Bakar Arang, sikit saja! Sikit saja!

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Tak dak masalah saya rasa saya „just‟ „landing‟ saja lah.

Ustaz Haji Hanif bin GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Sikit saja! Sikit saj!

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Saya tak bagi! Saya tak bagi! Kalau YB. Dato‟ Speaker bagi masa, saya bagi.

Ustaz Haji Hanif bin GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

3 perkataan saja! 3 perkataan!

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Tak boleh! Tak boleh! Saya habiskan lah, nanti ada peluang untuk perbahasan lagi. Ok? Saya ingin menegaskan, kita harap kita boleh kekalkan keharmonian ini. Hari ini kalau boleh janganlah mengharamkan kedai nombor ekor yang berlesen, kita tidak tau besok nanti haramkan benda lain lagi, nanti langsung tidak boleh jual alkohol ka, atau benda-benda lain. Saya rasa kita satu masyarakat majmuk, saling hormat menghormati, ada benda orang muslim tidak boleh lakukan, undang-undang sudah dinyatakan tidak boleh melakukan, kalau melakukan itu salah tapi ada perkara orang bukan muslim buat dan saya harap ini diberi satu kebebasan sebab apa-apa ajaran agama pun mengajar kita untuk menghormati orang lain dan kita sama-sama melindungi orang lain walaupun kita mungkin tidak buat perkara itu tetapi kita mempertahankan hak dia untuk melakukan perkara yang boleh dilakukan selain dia tidak mencederakan orang lain.

Itu saja perbahasan saya, sekali lagi terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Sekarang saya menjemput YB. Pedu!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi robbil „alamin wassola tuwassala muála asyrofil anbiya iwal mursalin wa‟ala alihi wasohbihi ajma‟in.

YB. Dato‟ Speaker, Yang dihormati YAB. Dato‟ Seri Menteri Besar, yang diraikan semua Exco-Exco, ADUN-ADUN, ketua-ketua jabatan, tuan-tuan muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah, pada pagi ini saya dapat bersama-sama untuk membahas Bajet 2022 yang telah dibentangkan oleh

YAB. Dato‟ Seri Menteri Besar pada hari Ahad yang lalu. Di sini saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada YAB. Dato‟ Seri dan kakitangan jabatan-jabatan kerajaan yang telah berusaha dengan secara langsung dan tidak langsung untuk menguruskan kewangan negeri yang begitu drastik sekali untuk membangunkan Negeri Kedah ini. Jadi, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang berusaha sedaya upaya untuk membantu negeri dan rakyat di Negeri Kedah ini. Saya merasakan inilah tahun pertama Kerajaan Negeri Kedah dapat mengutip hasil yang begitu banyak dan dapat menyimpan duit deposit yang begitu tinggi, rasanya RM600 juta lebih. Inilah satu sejarah walaupun dikatakan „‟Tok Lebai‟‟ yang memerintah, tak boleh buat apa. Alhamdulillah, inilah keberkatan yang telah Allah anugerahkan kepada kerajaan negeri dan rakyat di Negeri Kedah ini khasnya.

YB. Dato‟ Speaker, pada hari ini saya ingin membahaskan mengenai ekonomi yang merupakan satu teras yang telah direncanakan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Jadi, yang pertamanya saya nak mencadangkanlah kepada setiap jabatan kerajaan yang memiliki tanah yang banyak contohnya Jabatan Haiwan, ada padang ragut yang luas, ada Jabatan Bomba yang tanahnya begitu luas, masih ada tanah tapi hutan rimba, dia buh pagar, dia tinggal begitu saja pasal perancangan untuk membina bangunan tak tau tahun bila lagi. Jadi, di sini saya mencadangkan kepada semua lah mana-mana jabatan yang dia boleh buat sendiri ataupun diberi kepada Jabatan Zakat ka, GLC ka, apa ka yang boleh membantu untuk menarik rakyat-rakyat miskin ini bekerja di tapak tersebut. Contohnya ambil tanah Bomba lah, tanah Bomba yang kosong ada keluasan berpuluh-puluh relung, carilah rakyat-rakyat miskin setempat untuk bekerja di tanah kosong yang ada tu. Contohnya tanamlah pisang ka, ubi kayu ka, boleh juga buat kerepek hujan-hujan ni, pisang nangka ka. Jadi, itu sedikit sebanyak boleh membantu rakyat miskin yang ada di kawasan itu. Jadi, secara tak langsung rakyat-rakyat miskin ini kalau musim la dia tak boleh menorah, tak boleh motong, bolehlah dia bekerja di situ walaupun bergaji hari, ikutlah secara mana yang taukeh itu dapat membantu rakyat-rakyat miskin ini.

Contohnya Jabatan Pertanian di Gajah Mati, Pokok Sena, tanah yang begitu luas, rakyat-rakyat miskin ini beri tanah seorang satu lot, pakat tanam sayur, tanam jagung lah, tanam ubi lah. Jadi, itulah hasil pendapatan untuk masyarakat yang miskin yang tak dak pekerjaan pada musim-musim begini boleh membantu. Apabila kita buat macam tu, tanah tak jadi lah tempat-tempat yang tak seronok lah. Yang keduanya dapat memanfaatkan harta yang ada.

YB. Dato‟ Speaker, yang keduanya masalah tanah lah. Sekarang ini kerajaan negeri dapat RM400 berapa puluh juta tu daripada hasil tanah. Di sini, saya mencadangkanlah kepada kerajaan untuk mempermudahkan urusan tanah

contohnya tanah ada 6 relung, pak dia nak bagi kepada anak 3 orang ka, 4 orang ka, supaya permudahkan. Sekarang ni bukan dia payah, kos dia terlalu tinggi, pasal menggunakan juruukur swasta. Di kampung nu ada seorang, tanahnya ada 3 relung setengah, nak bahagi kepada 4 beradik, hat seorang tu dia ada lebih kurang 25,564 kaki persegi, habuan dia. Tapi apabila panggil juruukur dan buat untuk proses semua itu memakan belanja RM18,300.00. Jadi, dahlah susah, nak kena RM18,000 pakai tak pecah bahagian. Jadi, tak pecah lah bahagian pasal RM18,300.00, duit ada beratus-ratus saja. Jadi, saya mencadangkan supaya kerajaan membincangkan sikit perkara ini supaya masa ke depan, pak nak bagi kepada anak nak pecah bahagian untuk dapat sikit seorang satu geran tu senang, kalau geran duk kat abang sulung nanti kawan ni tak bayar hasil, kawan nu tak bayar hasil, lama-lama dia akan masam muka walaupun adik beradik. Adik beradik zaman la ni lain sikit, tapi zaman dulu dia lain sikit. Tapi apabila berbelas-belas ribu, dia tak akan jadi pecah bahagian, kemungkinan tanah tu apabila pak mati, dia akan jadi pusaka. Apabila jadi pusaka, ia akan melibatkan, nak kena faraid. Jadi, masa tu ia akan timbulkan lagi banyak masalah untuk menyelesaikan tanah tadi. Saya rasa perkara ini akan berlarutan sehingga bila-bila, dari awal nak pecah bahagian tak dak duit, selepas tu jadi pusaka, selepas pusaka nak kena faraid, benda tu rasanya sampai ke bila tidak akan selesai tanah tu. Jadi, saya mohonlah kepada kerajaan untuk mengambil perhatian, bahagian tanah-tanah yang berlaku seperti itu.

Yang ketiganya YB. Dato‟ Speaker, ini masalah buah „moktan‟ lah pulak. Buah moktan ni pun ada duit juga, bukan saja Durian Musang King dan Duri Hitam di Bandar Baharu saja. Contoh pada tahun 2021, peniaga-peniaga tak dapat berniaga seperti sebelum pandemik Covid-19 ini. Pada tahun ini berlaku lambakan buah, tak kira lah buah moktan ka, buah cempedak ka, dokong ka, langsat ka, semua jadi lambakan. Di sini saya ingin mencadangkan supaya kerajaan ambil inisiatif buat kilang balik macam dulu, dulu buat di Sungai Petani. Tapi rasanya tak berapa betullah buat di Sungai Petani tu pasal buah-buah moktan tak banyak pun, ada lima enam buah sepokok saja.

Saya mencadangkan supaya kerajaan dapat membina kilang mengetin, buat macam buah laici tu, buang biji dia YB. Dato‟ Speaker, buh dalam tin, kemudian kita boleh pasarkan. Satu tin tu kita buat dulu rasanya RM5. RM5 ada berapa biji saja buah moktan. Contohnya di Padang Terap, di Sik, Daerah Baling, Daerah Pendang, semua kawasan buah. Buah moktan ni sepokok pun 500 kilo, 1 tan, kalau pokok hat jenis „menyayup‟ nu dia kena 1 tan lah pasal pokok dia tinggi apa semua, hat tu boleh tebang. Saya nak bagi contoh baru-baru ini, buah musim hari tu, saya dan „team‟ Khidmat Wakil Rakyat DUN Pedu ambil inisiatif, kesian dekat orang kampung mai tengok buah duk luruh depan rumah, merah depan rumah, nak makan tak larat

makan. Jadi, kami ambil inisiatif buat „group‟ untuk ambil buah ni bawa ke setiap kawasan yang tak dak buah rambutan. Dianggarkan lebih kurang 30 tan, saya dan „team-team‟ untuk buat program, sayang ke buah tu kan. Jadi, hantar ke kawasan-kawasan yang tak dak buah. Kalau ada kilang walaupun harganya tak mahal macam Durian Musang King tapi apabila benda ni ada, pendapatan orang dusun pun ada, orang susah boleh bekerja di kilang pun ada, jadi pakat boleh merasa seorang sikit untuk menikmati ekonomi yang ada di Negeri Kedah ini.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

YB. Dato‟ Speaker, terima kasih YB. Pedu. Buah moktan hat Pedu tu pun sampai di Sungai Limau, cuma mungkin tak sampai ke Ayer Hangat YB. Dato‟ Speaker. Terima kasih kepada YB. Pedu. Cuma tentang pertanian ini, sudah pasti ia ada satu pelan yang panjang, saya rasa sebelum-sebelum ini dibuat yang menggalakkan rakyat untuk tanam pokok pelam, ada yang suruh tanam buah moktan, ada yang tanam macam-macam. Jadi, sudah pasti kita harap apabila kempen tanaman itu, minta rakyat tanam dia ada satu jangka panjang yang tidak terhenti, mungkin YB. Pedu dan kita harap jabatan-jabatan yang ada perancangan yang sedemikian memikirkan bukan hanya buah untuk dijual biasa, untuk makan di peringkat kampung tetapi macam yang dicadangkan oleh YB. Pedu, mengetin ka dan semasa saya mengaji di Mesir dulu YB. Dato‟ Speaker, buah moktan di sana sekilo RM32 dijual di sana, tapi la ni tak taulah lama dah kita tak pi. Terima kasih YB. Pedu.

Terima kasih kepada YB. Sungai Limau. Saya bersetuju dengan pandangan YB. Sungai Limau apabila disebut di Mesir 1 kilo RM32, bukan 1 tin. Ha, sekilo 32 rial ka 32 ringgit? Jadi, kalau di sana RM32, itu sekilo kalau kita tin setengah kilo, la bukan belas ringgit, mungkin 20 ringgit YB. Dato‟ Speaker na? Jadi, apabila kita boleh produkkan barang-barang tempatan kita InsyaAllah masyarakat kita dapat menikmati.

Masalah keempatnya, haa…ni masalah juga, masalah satu Negeri Kedah yang berlaku. Masalah ni tak dapat diatasi lama sangat dah. Jadi, saya cadangkan kepada jabatan yang berkenaan lah, ini masalah babi dan kera. Babi dan kera ini memusnahkan segala-gala tanaman, kalau tanam pisang pagi, malam sat gi tengok tak dak dah, kalau tanam kelapa sawit, kalau kelapa sawit ni babi dengan kera makan pucuk, kalau pisang, bangun pagi esok tinggai lubang saja dah, pokok pisang tak dak dah. Perkara ini berlarutan dah lama. Jadi, apakah cadangan daripada jabatan untuk selesaikan masalah ini? Kalau setakat petua tu tak larat petua dah,

rambut kut kedai gunting ni kira habis berguni-guni dah, tapi tak dapat menyelesaikan masalah ini. Hal ini berlaku ke atas orang yang miskin, orang yang ada tanah setengah relung nak tanam kut tepi rumah. Kalau tanah orang kaya-kaya tak pa dia boleh pagar „chain link‟, pagar dawai, boleh beli generator yang guna pagar karan bubuh keliling, binatang sampai, tendang pagar karan, tak boleh masuk, jadi selamatlah tanaman dia. Ni kita baca kepada masyarakat yang miskin lah tapi dia nak tanam, dia bukan pemalas, dia rajin tapi lama-lama dia jadi orang malas, tanam pagi ni malam esok tengok tak dak dah, tanam pula esok, lusa tak dak. Jadi, duk berebut duk maki dengan binatang-binantang ini lah. Saya tak taulah kalau macam sebelah Bandar Baharu ni kera tak makan pokok buah durian pasal duri hitam apa dia tak berani kan, tapi sebelah kami ni ada durian yang „lekeh-lekeh‟ saja, durian jantung pisang apa ni sampaikan waktu nak tua tu dia ambil peram dah. Jadi, saya mengharapkan sungguh-sungguh lah kepada jabatan yang berkenaan carilah jalan macam mana untuk mengatasi masalah babi dan kera ini, hat lain tu tak berapa kalut sangat, kalau kerbau lembu tu dia cari tali campak, ikat, tambat di pokok dia tak masuk dah.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

YB. Dato‟ Speaker, boleh na? YB. Pedu, saya bersetuju pasal masalah kera ni menjadi masalah utama di Pedu. Saya mohon pertimbangan YB. Pedu, di tempat saya pun macam tu juga kera banyak. Adakah kera ni mungkin, saya nak bertanya Jabatan Perhilitan lah, adakah mungkin kera ni dibawa dari kawasan bandar, dilepaskan di kawasan kita ataupun Pedu yang lebih banyak hutan. Apa pandangan YB. Pedu?

Tak reti nak jawab ooo…(sambil ketawa). Pasal kera tu ada 4 kaki, nak tambat tak boleh, buh pukat kut bawah dia naik kut atas pokok, tapi hat tu kena bincang secara teliti lah untuk mengatasi masalah dia. Kera ni bagus-bagus semua, hat jahat-jahat tak dak. Kera hat duk ada kut sebelah kita YB. Dato‟ Speaker bawa „terbey‟ pun dia tak lari dah, dia tak macam kera dulu-dulu. Kerana dulu-dulu kalau kami sebelah Pedu panggil getah geluk, buh getah pun dia lari dah. La beli harimau hat RM50 ka RM100 pun tak jadi apa dah, sekali dengan rimau-rimau tu dia bawa lari (sambil ketawa).

Speaker

2 minit lagi YB. Pedu!

Aih! Banyak 2 minit tu, ada seminit saja ni. Yang terakhirnya lah mohon kepada kerajaan tengok-tengoklah sebelah Pedu dan Naka tu, bunyi Pekan Naka, dari dulu sampai la Pekan Naka tu tak dak apa yang dirancang oleh kerajaan. Kalau kita semak dari Pejabat Daerah, Perancangan 2045 baru ada perancangan untuk Pedu ni.

Speaker

Jangan tengok Speaker, tengok sana, tengok YB. Pedu nu!

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Yaa..YB. Dato‟ Speaker, YB. Pedu, tadi pun soalan yang dijawab oleh YB. Guar Chempedak tentang KRC yang berada di Padang Terap walaupun dalam Kuala Nerang YB. Dato‟ Speaker, tapi Pedu sebahagian daripada Padang Terap. Mungkin boleh diambil kesempatan tempoh yang ada ni untuk Pejabat Daerah merangka dan merancang keperluan masa depan daripada sudut perumahannya, dari sudut sekolahnya, dari sudut apa sajalah keperluan rakyat supaya perancangan daripada KRC itu dan yang lain-lain program 4P kerajaan ini dapat dimanfaatkan secara teratur khususnya di peringkat Padang Terap sendiri. Jadi, mohon pandangan daripada YB. Pedu.

Speaker

Ada seminit lagi YB. Pedu!

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

YB. Dato‟ Speaker, YB. Pedu, tadi duk sebut banyak kali sangat Bandar Baharu ni. Jadi, saya pun nak tanya, adakah YB. Pedu bersetuju di mana kalau pertanian ni kita habaq lah Padang Terap moktan ka apa ka, Bandar Baharu durian ka, kalau kita duk habaq hat tu saja tak dak sangatlah „spillover‟ ataupun impak kepada rakyat kita, ekonomi harian rakyat tu tak lah banyak. Betul dak? Bersetuju tak YB. Pedu bahawa kita perlukan pelaburan yang banyak untuk pertanian ni. Maksudnya pertanian ni jangan habaq pertanian saja, produk tu saja tapi kita nak kerajaan untuk dapatkan lebih banyak pelaburan. Kalau kat Bandar Baharu ada RM7 juta lebih dekat RM8 juta untuk durian, kita nak pula dekat Padang Terap ni untuk moktan lebih lagi daripada tu, pelaburan-pelaburan yang dibawa oleh kerajaan. Jadi, barulah kita boleh

pindahkan ekonomi tu daripada pelaburan hat Hi-Tech saja duk pikiaq, pertanian pun kita boleh bangga untuk pelaburan-pelaburan yang dibawa oleh kerajaan. Setuju tak YB. Pedu?

Speaker

YB. Pedu, masa tamat dah!

Baru nak „start‟ ni (sambil ketawa). Jadi, saya setuju pandangan daripada YB. Bandar Baharu supaya buah-buahan ni buatlah satu pelaburan yang begitu „smart‟ untuk menarik minat daripada rakyat-rakyat tempatan. Kalau musim la ni tak boleh motong, boleh tanam pokok durian ka, pokok moktan ka, petai ka, semua jadi duit. Petai pun buh dalam tin la ni RM5 jugak, kalau pi jual kut belah KL nu sepapan 3 ringgit, 4 ringgit.

Yang YB. Sungai Limau cadangkan tadi ni saya setujulah supaya kerajaan dapat melihat di sebelah pinggiran antara Pedu dengan Padang Sanai tu dia tak jauh. Kalau buat perumahan untuk kakitangan macam YB. Guar Chempedak kata tadi beribu-beribu pekerja, kalau 2,000 pekerja bermakna 2,000 buah rumah, kalau kata semua tak duduk pun 1,500 buah rumah YB. Bukit Pinang na, kali dengan 5 orang, takkan dia tak dak anak bini, kali dengan 5 orang berapa ribu. Maknanya kita kena buat sekolah dan bermacam lagi. Mintaklah tempias itu turun ke sebelah Naka tu sikit. Kalau duk lungguk di sebelah sana nanti tak dak tempat nak duduk pulak kan, mai longgok di sebelah Pedu sikit. Saya nak sambung sikit hat Pekan Naka tadi takdan habis. Pekan Naka ni……(YB. Dato‟ Speaker mencelah)

Speaker

YB. Pedu, masa tamat dah!

Ok. Di Naka ni minta lah perhatian sikit, kalau ikut perancangan Pejabat Daerah tu 2045, lambat sangat lagi. Pi tengoklah bagi ada market ikan ka, ni market ikan pun tak dak. Sekarang ni YB. Dato‟ Speaker ,penjual ikan berniaga di bawah pokok pukul 5 saja.

Speaker

Sungguh ka tu?

Ya, sungguh, kena pi tengok la. Jual di bawah pokok pukul 5 saja. Sebelum nak tutup ni saya ada sedikit pantun.

Speaker

Haa…pantun, boleh!

Boleh na?

Hari ni pi tikam nombor sepuluh, Esok pi tengok naik nombor sebelas, Habis duit titik peluh, Taukeh judi yang balas.

Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB. Pedu. Saya menjemput YB. Suka Menanti.

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Dato‟ Speaker di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk bersama-sama terlibat membahaskan Bajet 2022 yang akan menjadi satu pemangkin kepada pembangunan Kedah dan juga seterusnya. Alhamdulillah YB. Dato‟ Speaker, saya ingin memulakan dengan sepotong ayat daripada kalam Ilahi daripada Surah Al-Baqarah Ayat 141;

Auzubillahiminassyaitonirrajim

Tilka ummatun qad khalat lahaa maa kasabat wa lakum maa kasabtum wa laa tus'aluuna 'ammaa kaano ya'maluun.

Ini sebagai peringatan untuk saya.

“Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu, sebagai sejarah mereka. Bagi mereka balasan apa yang telah mereka usahakan dan bagi kamu pula balasan apa yang kamu usahakan dan kamu tidak akan diminta ataupun ditanya atau dipertanggungjawabkan tentang apa yang telah mereka lakukan”.

YB. Dato‟ Speaker, saya ingin mengucapkan tahniah kepada YAB. Jeneri dan seluruh pasukan khususnya pegawai-pegawai kanan yang telah menyediakan Bajet 2022 ini. Daripada pemerhatian saya, daripada angka yang disediakan kelihatan banyak ruang penjimatan, banyak ruang penjimatan yang sangat memungkinkan untuk pengurangan defisit bagi 2022. Walaupun diletakkan satu defisit angka yang tinggi, saya yakin pengurangannya ada sangat banyak kemungkinan. Malah bila melihat kepada rekod pengurangan perbelanjaan yang dilakukan bagi 2021 sekarang ini, juga saya dapat melihat dan menjangkakan bahawa Laporan Kewangan 2021 nanti akan ditutup dengan surplus bukan lagi defisit, dengan sekitar RM30 juta surplus bagi 2021. Saya lihat kepada perangkaan sebab saya mengikuti perbelanjaan malah saya bertanya soalan tentang perbelanjaan P.04, P.06, P.09, P.011 dan sebagainya. Saya menjangkakan akan menjadi surplus, tapi ini bukanlah surplus kali pertama dalam tempoh 10 tahun, inilah surplus yang mungkin kali yang kedua sebagai turutan kepada surplus yang telah pun berlaku sebagai rekod kewangan bagi tahun 2019. Tahun 2019 telah mencatatkan rekod pendapatan RM778 juta, perbelanjaan RM624 juta dengan surplus ataupun lebihan RM154 juta.

Itu bekal kita bawa pada tahun 2020. Rekod dalam ni juga menunjukkan tahun 2019 berbanding tahun 2018, kalau wang tunai dan pelaburan 2018 ada RM74 juta, tahun 2019 wang tunai dan pelaburan ada RM320 juta. Saya harapkan „treck‟ ini akan dilalui bagi tahun 2021 ini dan juga 2022 kepada rekod yang akan dicapai kemudian.

Ini adalah satu tahniah dan juga pengurusan yang baik yang menyerlahkan rakan saya daripada Jeneri pada kali ini.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

YB. Suka Menanti, nak tanya, adakah yang dimaksudkan oleh YB. Suka Menanti 2019 tu apabila Kerajaan Negeri Kedah kita menerima peruntukan khas daripada YAB. Perdana Menteri pada waktu itu sebanyak RM200 juta. Adakah itu yang dimaksudkan surplus itu kerana kita dapat peruntukan khas RM200 juta itu?

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Ok, YB. Dato‟ Speaker, apa yang saya sebut ni adalah rekod, pakat bacalah. Pada tahun itu pelbagai rundingan diadakan, bermacam cara termasuklah seperti kadar sewa Pulau Pinang yang dulunya RM10,000 dibincang diberikan alasan dan penghujahan, juga kita dapat tambahan malah pelbagai perkara tambahan lain. Yang pentingnya program dan projek itu tidak dikurangkan sebanyak-banyaknya melainkan dilaksanakan secara efisien.

Jadi, saya beralih daripada tajuk sekarang, tajuk utama kita iaitu Covid-19 ni juga saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua „frontlines‟ beruniform dan tidak beruniform, dengan pematuhan warga Kedah juga yang cukup tinggi dalam kita memerangi Covid-19 ini yang mana kita boleh masuk ke Fasa 4 sekarang, Fasa 4 Pemulihan. Penghargaan saya juga termasuk kepada Mercy Malaysia yang telah membantu vaksinasi di rumah kepada mereka yang uzur di DUN Suka Menanti. Itu penghargaan khas kepada Mercy Malaysia. Pada masa yang sama juga saya ingin mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga yang hilang insan tersayang yang menjadi korban kematian Covid-19 di Kedah ini yang mengikut rekod kita bilangan mencecah 2,045 orang sehingga 16 November 2021. Dalam pada itu, kita juga berjaya mencatat rekod vaksinasi yang telah mencapai imuniti kelompok bagi Negeri Kedah ini di mana dewasa 18 tahun ke atas saya tengok rekod semalam 88.5%, remaja 12 hingga 17 tahun 94%.

Jadi, yang saya nak cuba dapatkan jawapan daripada pihak kerajaan ini adalah baki mereka ini yang belum mendapat vaksinasi di Kedah ini kalau kita tengok dewasa 18 tahun ke atas sekitar 180,000 jika mengikut rekod yang ada dalam Covidnow itu dan juga bagi remaja 12 hingga 17 tahun sekitar 12,000. Jadi, apa yang kita nak buat dengan mereka ini, bagaimana kita nak kempen untuk dapatkan sokongan supaya mereka ini tampil untuk mendaftarkan vaksinasi, ini jumlah yang besar. Demi untuk kita mengajak dan kempen mereka ini turut keluar iaitu sekitar 180,000 dewasa dan 12,000 remaja ini, saya nak peringatkan kita lah sebagai pemimpin masyarakat, pemimpin politik, pemimpin kerajaan ini kita harus jagalah, janganlah kita selalu buat kenyataan seolah-olah kita tidak percaya kepada kemampuan vaksin itu, kita jangan

buat kenyataan seolah-olah kita meremehkan imuniti kelompok itu. Sebab kemampuan vaksin yang lindung diri, lindung semua, kemudian kemampuan imuniti kelompok itu adalah perkara yang sangat asas dalam kita menangani Covid-19 ini. Cuma saya lihat kadang-kadang pemimpin kita suka buat, tujuannya mungkin untuk menakutkan orang supaya jangan berani sangat mendedahkan diri di luar tetapi kadang-kadang terlajak sampai nampak macam seolah-olah tidak percaya kemampuan imuniti kelompok dan Covid-19. Tapi saya nak juga pendekatan selain daripada pendekatan biasa, buka untuk „walk in‟ untuk orang datang ambil vaksin ini, saya harap ada pendekatan lebih serius sebab untuk menghabiskan 180,000 dewasa ini dengan kadar macam kelmarin baru 154 orang saja tampil, kita perlukan lebih daripada 200 hari YB. Dato‟ Speaker, untuk habiskan mereka ini mendapatkan vaksin.

Yang kedua, dalam kita menangani Covid-19 ini, saya lihat dalam topik yang besar ialah kita kena serius lah sebab di Kedah ni kadar positif untuk beberapa minggu akhir ni masih lagi sekitar 400 ke 500 dia jadi macam „berneney‟, orang kampung kata apa YB. Dato‟ Speaker, berneney, dia punya penyakit hat tak mau nak lega tu. Sebab apa? Sebab kita kena serius tengok sikit bagi ruang ini, bukan kita nak kena belanja banyak tapi saya tengok kita berbangga bila kadar penggunaan ICU rendah, ok hebat! Kadar penggunaan hospital rendah, hebat! Tapi kadar penggunaan PKRC kalau rendah, bagi saya tak hebatlah, kalau ada kes, kalau kosong tak pa. Kes harian 300 tapi kadar penggunaan PKRC yang kita dah belanja menyediakan katil dan sebagainya sekitar 800 kapasiti hanya digunakan 255 kelmarin dulu, 258 kelmarin. Kenapa tidak kita gunakan kapasiti yang ada ini untuk kita betul-betul tangani Covid-19 ini sebab kita duduk di Kedah, kita taulah orang kita, rumah ni bukan bilik lebih daripada orang, orang lebih daripada bilik. Jadi, kuarantin di rumah ni bukanlah satu pendekatan yang sesuai bila kita ada kemampuan untuk bawa mereka ini ke pusat kuarantin. Jadi, saya harap diambil kira tengok perkara ini.

Kemudian saya ingin beralih kepada tajuk kewangan Negeri Kedah dan hutang sebagai asas kepada kita untuk melihat Bajet 2022 ini. Yang pertamanya saya ingin sebutkan ialah pada ketika 2018 dulu, hutang pinjaman bekalan air adalah sekitar RM1.8 billion dan sedang dalam proses tambah hutang pula pada masa itu hampir RM1 billion yang melibatkan 5 loji bekalan air dan juga Pusat Pengepaman Padang Mat Sirat. Potensi hutang pada ketika itu adalah RM2.8 billion. Namun perbincangan, rundingan secara bersiri yang dilakukan sepanjang 2019 itu berjaya kita capai kesepakatan dengan pihak kementerian dan Putrajaya untuk memotong pinjaman tadi atas alasan rundingan kita bahawa ianya alasan manfaat kepada luar bandar, berjaya dipotong RM0.7 billion menjadikan hutang ketika itu tinggal RM1.1 billion. Kemudian rundingan juga diteruskan dengan secara yang lebih komprehensif

proposal menyeluruh disediakan maka kita juga dapat komitmen ketika 2019 ialah Putrajaya bersetuju menyalurkan geran sekitar RM1.2 billion kepada Kedah untuk bekalan air yang melibatkan 4 loji rawatan air, 2 projek NRW dan juga bekalan air untuk Langkawi. Jadi, ini antara rekod yang telah pun ada, malah rundingan ketika 2019 juga berjaya memuktamatkan proses migrasi dan memeterai perjanjian pada Mac, 2020. Namun, ditakdirkan PKP serta „‟Langkah Sheraton‟‟ maka proses tandatangan itu tertangguh. Yang tu telah menjadi sejarah yang diketahui umum oleh semua.

Namun, apa yang saya nak sebutkan di sini ialah penamatan, kemudian juga dirundingkan ataupun diusahakan penamatan konsesi loji 30 tahun yang membebankan rakyat itu telah dimulakan proses „due diligence‟ dan proses „auditing‟, „missing‟ dan pengurusan bermula pada akhir 2019 untuk pengambilalihan itu. Dalam kes ini saya ingin bertanya pihak kerajaan khususnya dalam ucapan YAB. Jeneri yang menyebutkan tentang perlu menyediakan RM50 juta untuk proses pembaikan paip sub marine ke Langkawi. Adakah ini satu keperluan baru, sama ada pinjaman ataupun dalam bentuk pinjaman dapat balik ataupun dalam kes ini mengguna pakai keuntungan sebab selepas konsesi ini kita telah mula menerima keuntungan bersih yang lebih besar. Sebab kalau sebelum ini kita menanggung sekitar RM30 juta setahun membayar kepada konsesi tetapi sekarang ini kita dah ada balik duit tu. Saya mungkin nak dapatkan penjelasan tentang penggunaan air ataupun saluran bekalan air ke Langkawi itu. Seterusnya saya nak sampaikan satu „efficiency‟ yang ada kepada sistem bekalan air di Kedah ini yang mana pada ketika itu kita bincangkan tentang beberapa penggunaan maksima sumber tenaga yang ada dalam SADA itu supaya kita dapat efisienkan kutipan. Saya dapat lihat kemajuannya pada tahun 2019 daripada kutipan „standart‟nya RM270 juta setahun telah pun dapat dinaikkan kepada RM310 juta. Ini merupakan kemajuan kutipan yang tanpa perlu naikkan tarif air.

Jadi, saya nak ingatkan sekarang ini ialah kalau 2019 kita bersama dengan konsesi yang membebankan itu, kita berjaya membuat kutipan yang lebih baik tanpa perlu naik tarif air, saya nak ingatkan supaya janganlah mengambil langkah mudah tahun 2022 ini dengan menaikkan lagi tarif air di Kedah untuk mendapatkan keuntungan yang lebih besar hanya nak menampung RM50 juta nak „repair‟ sub marine paip yang disebutkan dalam ucapan Bajet 2022 itu.

YB. Dato‟ Speaker, boleh teruskan ya? Saya ingin beralih kepada tanggungan-tanggungan yang terpaksa ditanggung oleh SADA tadi, itu sebagai asas pada ketika 2018, 2019 nak menunjukkan bagaimana pemulihan itu boleh berlaku dan yang pentingnya tidak perlu naik tarif air, itu yang saya nak sebutkan, yang saya nak tekankan walaupun ketika itu kita tanggung hutang sekitar RM8 juta daripada kos sewa lori 2017 yang belum dibayar pada 2018 dan jua pada akhir 2018 jumpa lagi, ada meter lektrik yang tak pernah dibaca semenjak kerja-kerja baik pulih Loji Kulim Hi-Tech tu yang mana jumlahnya lebih daripada RM10 juta yang tak dibayar kepada TNB sebab kebetulan TNB dengan air di bawah portfolio yang sama jadi dikutip balik terpaksa dibayar dengan ansuran selama 18 bulan RM600 ribu sebulan untuk menanggung bil lektrik yang tak dibayar sebelum itu. Ini semua tanggungan yang besar namun di hujung tahun 2019 pemulihan telah pun berlaku. Jadi, saya harapkan ini menjadi asas untuk tidak menaikkan tarif air.

YB. Dato‟ Speaker, dalam bajet ini juga antara faktor yang besar ialah disediakan peruntukan untuk Kerja Raya. Sukacita saya nak ingatkan tentang penggunaan belanja ini saya harap diteruskan konsep jalan selamat itu kerana mengambil iktibar daripada kajian yang dibuat oleh MIROS (Malaysia Institute Of Road Safety Research) yang meletakkan kemalangan jalan raya 80% disebabkan kecuaian pemandu, 13% disebabkan oleh masalah teknikal dan jalan raya, 7% disebabkan oleh masalah kenderaan. Itu antara yang disebut oleh kajian MIROS. Jadi, saya telah bawa isu ini semasa diberikan tanggungjawab kepada saya, berbincang dengan pihak JKR sejak daripada akhir 2018 lagi, kita utamakan projek-projek kecil yang boleh meningkatkan ciri selamatnya jalan ini kerana itu antara 13% yang menjadi tanggungjawab kita, orang yang bertanggungjawab menjaga jalan raya ni. Jadi, dengan itu telah pun dilaksanakan beberapa projek kecil yang nampak macam „simple‟, contohnya menyelenggara bahu jalan, memangkas dahan pokok yang melindungi „signboard‟, menyediakan „signboard‟ yang lebih jelas, memasang „road start‟ di jalan-jalan untuk meningkatkan „disability‟ pada ketika malam dan juga waktu hujan. Beberapa projek ini kecil, nampak kecil tetapi impaknya besar. Kenapa saya kata impak besar?

Sebab sejak kita laksanakan daripada awal tahun hingga hujung tahun 2019, kita melihat akhirnya rekod 2019 menunjukkan kepada kita kemalangan yang berlaku di Kedah telah berkurangan daripada segi kemalangan maut melibatkan pengurangan 60 mangsa kemalangan maut di Kedah. Itu rekod di hujung 2019. Jadi, saya harap projek ini dalam 2020 dan 2021 saya nampak diteruskan menggunakan dana MARRIS dan pada kali ini saya harap ianya tidak dikesampingkan sebab nampak „simple‟ tetapi sebenarnya impak penting untuk „direct‟ kepada rakyat tentang penggunaan „road start‟ ini.

Yang seterusnya juga saya nak sampaikan sedikit tentang inisiatif kerja undi, juga disebut oleh YB. Jeneri dalam ucapan dasarnya. Ini adalah perkara yang kita mulakan pada 2019 supaya lebih ramai kontraktor G1 mendapat peluang melalui kerja undi ini maka kita tingkatkan amount dari RM50 ribu kepada RM150 ribu dan sekarang ini dah pun menjadi RM200 ribu dan kita berikan peluang yang lebih besar dan lebih banyak kepada mereka bermula dengan dana MARRIS saja kemudian dikembangkan kepada dana-dana yang lain yang diuruskan oleh jabatan-jabatan lain dan perkara ini boleh dijayakan dengan kaedah yang kita perkenalkan ketika 2019 iaitu pendaftaran satu tempat. Pendaftaran setempat boleh mengambil bahagian di semua jabatan-jabatan yang lain, tidak perlu lagi mendaftar di lima enam jabatan untuk mengambil bahagian di lima enam jabatan yang belum tentu akan mendapat projek tapi satu pendaftaran boleh pakai di semua tempat. Alhamdulillah, sekarang ini saya nampak diteruskan 2021 dan nampak ada dalam 2022 juga bajet disediakan untuk meneruskan konsep kerja undi ini, cuma pada kali ini menggunakan kaedah online sebab sesuai dengan keadaan zaman ini. Yang kedua.

Yang ketiganya satu lagi konsep yang saya juga minta diteruskan dalam Bajet 2022 ini adalah tentang inisiatif kerjasama diantara jabatan-jabatan dalam menangani punca banjir ini. Ketika itu kita bekerjasama dengan JPS dan JKR khususnya untuk memastikan sesuatu jabatan itu tidak habis kerja di sesuatu tempat saja dan yang lain dia kata itu jabatan lain punya kerja. Yang ni pada ketika itu YB. Bukit Pinang memang pening dengan jalan Hutan Kampung, kawan ni kata sampai sini, kawan ni kata sampai sini. Sebenarnya bila kita „koordinate‟ di antara jabatan ini lebih mudah, maka yang terlibat menggantikan Projek Tebatan Banjir menggantikan Projek Tebatan Banjir, yang terlibat untuk menggantikan „crossing box culvert‟ dan jambatan sempit diteruskan. Alhamdulillah, saya tengok dalam Bajet 2022 saya berpuas hati dan melihat senarai jambatan yang disenaraikan itu adalah merupakan senarai „priority‟ yang telah pun ditetapkan sebelum ini yang dilaksanakan 2019 sebahagiannya, 2020 sebahagiannya dan 2021 nampak diteruskan dalam 2022.

Alhamdulillah diteruskan konsep itu dan juga konsep satu lagi ialah untuk melengkapkan jalan-jalan kepada prasyarat MARRIS supaya kita boleh dapat terimaan bantuan tahunan daripada MARRIS ini. Telah dimulakan sebelum ini, kita dah bincang kita lengkapkan prasyarat itu supaya dapat masuk dalam senarai MARRIS, maka ketika itu pun kita dah naikkan terimaan MARRIS ini daripada sekitar RM220 juta setahun ketika itu kepada RM258 juta. Sebab itu pelaksanaan dah mula boleh dilakukan seperti yang telah disenaraikan oleh YB. Ayer Hitam kelmarin, senarai itu sebab untuk mendapatkan bantuan perlu prasyarat yang lebih awal. Selesaikan prasyarat akan dapat bantuan dan kita boleh laksanakan. Jadi, janganlah

terberhenti dengan RM258 juta tu, teruskan sebab banyak lagi jalan ban yang perlu diturap yang kena ambil kira daripada segi status dan diwartakan kerana kita tidak mahu implikasi kewangan kepada negeri bila berlaku kemalangan yang akan ada „claim‟. Jalan, konsep jalannya dan penggunaannya harus diselarikan dalam bentuk ini.

Aspek seterusnya YB. Dato‟ Speaker yang ingin saya sebut ialah tentang pendidikan khususnya pendidikan awal kanak-kanak. Sebab saya lihat dalam bajet disediakan RM5.3 juta, disebut sebelum ini untuk 161 Tadika Islam melibatkan 1,664 murid dengan 124 orang guru. Jumlahnya pun agak mengelirukan dan perlukan penjelasan daripada YAB. Jeneri nanti, kenapa 124 guru untuk 161 tadika. Yang keduanya adakah ini saja tadika yang akan mendapat bantuan pada tahun 2022? Sebab ini hanya melibatkan 1,664 orang pelajar sahaja yang berumur 4 hingga 6 tahun. Jadi, saya mengharapkan Bajet 2022 mengambil kira dan menjelaskan satu memastikan kepada kita sebenarnya RM5.3 juta ini Bajet 2022 ataupun bajet jabatan lain yang tidak ada pun dalam buku ini.

Timbalan Speaker

YB. Suka Menanti, 2 minit lagi!

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

2 minit ya? Terima kasih. Jadi, saya harap bajet ini diperjelaskan kepada kita sebab bagi saya penting pendidikan awal kepada kanak-kanak 4 hingga 6 tahun ni pengembangan minda mereka, keselamatan kanak-kanak, spek bangunan pusat asuhan atau bimbingan, kebajikan tenaga pengajar dan pengasuh, kesahihan silibus yang menepati pengembangan minda kanak-kanak dan seterusnya harus dipastikan. Sebab tu dalam kes ini saya berharap demi keselamatan semua pihak ini kalau boleh pihak PAS Kedah khususnyalah yang mengendalikan PASTI ini cubalah mendaftar sebab kita nak tengok PASTI ini berada dalam keadaan yang selamat untuk kanak-kanak hadir ke sekolah. Itu aspek pendidikan.

Kemudian sedikit tentang teguran dalam bajet ini YB. Tuan Speaker ialah yang pertamanya tentang peruntukan untuk Anugerah Kelahiran tu, saya tengok jumlahnya tidak selari dengan rekod kelahiran tahunan di Kedah. Rekod kelahiran tahunan di Kedah 33,000, kalau nak bagi RM100 sepatutnya RM3.3 juta. Saya tak tau adakah anak Cik Timah layak dapat ataupun adakah cucu Kak Timah nanti layak dapat dalam kes ini untuk mendapat Anugerah Kelahiran ini.

Begitu juga dengan Tabung Khairat Kematian. Saya melihat ada 14,000 kematian tahunan untuk Kedah. Kalau yang ini nak bagi RM500, kita perlu sediakan RM7 juta. Saya bimbang juga dalam kes ini, apa yang saya bimbangkan ialah nanti suami Tok Timah yang dah meninggal tu tak layak mendapat bantuan, ataupun adakah kematian arwah menantu Kak Timah boleh membuat tuntutan untuk Khairat Kematian. Ini antara yang saya pertimbangkan mengikut jumlah yang perlu diselarikan dengan kematian ini supaya Kak Timah ka, Tok Timah ka, Makcik Timah ka di seluruh Kedah ni dapat menerima bantuan yang disebut dan digembar-gemburkan dalam bajet ini.

Yang ketiga ialah saya mohon penjelasan YAB. Jeneri ialah dalam teks disebut RM50 juta nak „repair‟ „sub marine‟ tapi dalam buku bajet ini adalah meletakkan RM20 juta. Jadi, hat mana satu yang betul, perlu diperjelaskan.

Yang keempatnya tentang bantuan Veterinar RM6.06 juta itu. Kita nak tau berapakah amount peruntukan yang „direct‟ disediakan yang boleh dipohon oleh usahawan ataupun peladang kita Cik Timah yang duduk di Sik ka, atau Maklong Limah yang ada di Jeneri ka.

Yang seterusnya tentang “Beras Sejahtera” yang disebut dalam ni disalurkan kepada 56,000 keluarga. Saya kira, saya hitung, saya bahagi balik ia sama dengan 56,000 bakul. Jadi, kalau 56,000 keluarga mendapat manfaat daripada “Beras Sejahtera 2021”, maksudnya seorang dapat sekali lah untuk 12 bulan. Ataupun orang yang sama berulang balik takut sat lagi kita kata 56,000 orang dapat bantuan tapi 50,000 lagi kata tak nampak pun. Ini antara yang perlu saya dapatkan penjelasan.

Yang seterusnya ialah tentang bantuan kepada IKDAR yang disebut ada peruntukan dan ada RM400 ribu untuk baik pulih bangunan IKDAR. Saya minta yang ni disegerakan sebab yang ni memang dalam kariah saya duk tengok, minta disegerakan sebab mereka memang satu kelompok yang perlu diberi keistimewaanlah kepada IKDAR dan juga RM1 juta kos baik pulih asrama di Mesir juga perlukan penjelasan. Adakah ini RM1 juta yang baru, RM1 juta untuk menyelesaikan isu baru selepas dimulakan beberapa tahun yang lepas ataupun RM1 juta ini juga bukan sebahagian daripada Bajet 2022 yang ada dalam buku ini. Mungkin dilaksanakan oleh jabatan lain.

YB. Tuan Speaker, sebagai yang terakhirnya sebab akan menjadi dokumen penting jawapan bertulis yang diedarkan kepada semua Ahli Dewan, saya mohon disemak dan diperbetulkan jawapan yang diberikan kepada YB. Sungai Limau.

Soalan nombor 1, bila disebut dalam kes ini untuk 2013 hingga 2020 jumlah kawasan hutan simpan kekal yang telah dilesenkan dari 2013 hingga kini adalah seluas 55,146 hektar ataupun „average‟nya 6,893 hektar setahun. Jadi, yang ni saya minta diperbetulkan atau diperjelaskan kepada Dewan ini sebab ini dokumen yang akan dibawa ke mana-mana sebab jumlahnya melebihi apa yang direkodkan sebagai dipanggil Catuan Tebangan Tahunan yang ditetapkan oleh Majlis Tanah Negara. RMK-12 nanti pun baru nak jadi 4,200 tapi ini 2 kali ganda jumlahnya. Mohon diperjelaskan sama ada jumlah ini jumlah yang dilesenkan ataupun jumlah yang diluluskan. Kalau diluluskan itu lain cerita tapi dalam teks dokumen ini disebut diluluskan dan ini adalah bersalahan dengan apa yang ada dalam konteks kita ni lah.

YB. Tuan Speaker, saya mohon maaf atas keterlanjuran dan terima kasih atas peluang yang diberikan jadi saya ingin tutup dengan satu peringatan untuk diri saya juga kali ini daripada kalam Ilahi dari Surah Al-Imran Ayat 188. Audzubillahiminasyaitonirrojim,

ََلَ تَحْسَ بَهَّ الَّذِيْهَ يَفْرَحُىْنَ بِمَآ اَتَىْا وَّيُحِبُّىْنَ اَنْ يُّحْمَدُوْا بِمَا لَمْ يَفْعَلُىْا فََلَ تَحْسَ ب َّن ْهُم ٌبِمَفَازَةٍ مِّهَ الْعَذَابِ ِۚ وَلَهُمْ عَذَابٌ اَلِيْم “Jangan sekali-kali engkau menyangka wahai Muhammad bahawa orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan, jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari siksa dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya”. Surah Al-Imran Ayat 188.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas peluang yang diberikan dan InsyaAllah kita doakan supaya tahun 2022 akan menjadi lebih hebat untuk Negeri Kedah. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih YB. Suka Menanti. Seterusnya saya persilakan YB. Kuala Ketil.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Terima kasih kepada YB. Timbalan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi robbil álamin wassola tuwassala muála asyrofil anbiya iwal mursalin wa‟ala alihi wasohbihi ajma‟in.

YB. Timbalan Speaker, YAB. Dato‟ Seri Menteri Besar, YB. Dato‟ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato‟ Pegawai Kewangan Negeri, YB. Dato‟ Pegawai Undang-Undang Negeri seterusnya YB. Exco-Exco, YB. ADUN-ADUN, tuan-tuan dan puan-puan ketua jabatan yang dihormati sekalian. Pertamanya dan selamanya marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t atas limpah kurnia serta perkenannya dapat kita dipertemukan dalam Sidang Dewan pada kali ini.

YB. Timbalan Speaker, saya tak akan mengambil masa yang panjang sebab ramai sahabat-sahabat kita yang telah berbahas tapi lebih kurang 20 minit juga lah. YB. Timbalan Speaker dan sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, tahun 2021 ini adalah tahun yang mencabar kepada kita semua. Kita telah diuji oleh Allah s.w.t dengan pelbagai musibah dan keadaan. Kita diuji dengan „lockdown‟ Covid-19 yang mengekang pergerakan dan fungsi kita semua sehinggakan tak boleh nak buat Sidang DUN. Kita diuji dengan banjir kepala air di Jerai yang menyebabkan musibah yang besar kepada infra dan juga rakyat. Kita diuji dengan banjir kilat di Baling, kita diuji dengan banjir di Pokok Sena dan juga Kota Setar. Ini adalah sebahagian daripada ujian-ujian yang berlaku dalam 2021 ini dan covid tetap berjalan walaupun Alhamdulillah, kita memasuki Fasa 4 Pemulihan yang mana kita boleh dibenarkan dengan urusan-urusan harian, urusan-urusan melibatkan ekonomi, urusan-urusan melibatkan perusahaan dan sebagainya yang boleh membawa keluar masyarakat daripada kehidupan yang terkongkong, kehidupan yang hilang sumber mata pencarian. Inilah keadaan-keadaan yang berlaku pada 2021. Keadaan ini juga menyebabkan kita melihat bahawa fungsi dan peranan kerajaan negeri hari ini tidak terbatas walaupun dengan keadaan musibah yang berlaku, dengan kekangan yang berlaku, dengan keadaan yang berlaku, fungsi kerajaan berjalan dengan baik. Malah, sumber pendapatan, sumber pelaburan kerajaan juga bertambah baik. Ini harus kita mengambil pendekatan memuji apa yang telah berlaku. Saya menyatakan begini bahawa dengan keadaan covid pada 2021 ini, kita menyediakan satu peruntukan yang besar oleh kerajaan kepada PKOB-PKOB untuk membantu rakyat yang terkesan bukan saja kepada hilang mata pencarian tetapi kepada orang yang dikuarantin tidak terkena Covid-19, sekurang-kurangnya dia kena kuarantin 14 hari. Inilah fungsi PKOB yang tak boleh kita nafikan, berat tugas ni. Daerah yang besar seperti Baling, sudah tentulah fungsinya lebih besar. DUN saya DUN Kuala Ketil, jauh daripada Pejabat Daerah, 40 kilometer, JPKK nak pi ambik bantuan, cukup jauh.

Walaupun ada APMM, RELA yang menguruskan penghantaran bekalan makanan. Jadi kita ingin memberi penghargaan kepada Pusat Khidmat Wakil Rakyat yang sekurang-kurangnya setiap bulan menyediakan hampir 100 bakul makanan untuk membantu PKOB. PKOB pun PKOB tapi Pusat Khidmat Wakil Rakyat juga membantu kepada menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku kepada rakyat. Kita ucapkan

terima kasih kepada kerajaan negeri khususnya Pegawai Kewangan Negeri yang sentiasa menghulurkan sumbangan kepada Pusat Khidmat untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku. Namun begitu, (bukan saja-saja puji tu) bukan setakat makanan, malah kita juga berjaya menyelesaikan kerja-kerja kecil yang berlaku, pembaikan infra yang menggunakan peruntukan P.04, yang ni kelulusan diuruskan oleh Pejabat Dato‟ Paduka SUK kita. Saya bagi tahniah sebab pengalaman saya hantar surat tak sampai seminggu balas balik, lulus. Jadi, kita berjaya laksanakan walaupun dengan peruntukan RM200 ribu itu kita banyak membantu Pejabat Daerah menyelesaikan masalah-masalah kecil yang berlaku. Saya harap tahun ni dapat lagi lah untuk tahun 2022, dapat lagi. Dan usaha kita juga dalam peruntukan tersebut membantu pembaikan rumah dan juga untuk tahun 2021 ini kita juga menyelesaikan peruntukan untuk pembaikan rumah walaupun dengan peruntukan RM50 ribu lebih daripada 10 buah rumah kita „repair‟.

Walaupun kita peruntukkan RM5,000 tetapi pembaikan secara gotong-royong, ia menjimatkan kos. Ini juga kita salurkan melalui pejabat Dato‟ Paduka SUK kita, kelulusannya cepat, BPEN mengeluarkan kelulusan yang cepat untuk kita laksanakan. Ini saya berikan satu gerak kerja yang berlaku dalam keadaan kita tengah covid ni, kita boleh buat, pasal nak dengan tak nak saja bagaimana kita nak menguruskan dengan baik. Dalam keadaan covid ini juga pejabat saya ada satu dewan yang besar, pejabat saya Pusat Khidmat DUN Kuala Ketil ada dewan yang besar kita beri kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk dibuat CAC secara percuma. Berapa bulan mereka duduk kita bagi gunakan dewan untuk dibuat CAC. Pengorbanan, maksudnya pengorbanan untuk kita sama-sama mengembeleng tenaga untuk membantu masyarakat, untuk membantu kerajaan dalam tempoh yang cukup genting ini. Inilah peranan dan fungsi kita dalam hal ini yang saya tak nafikan dan ucapkan ribuan terima kasih, tahniah dan syabas kepada semua „frontliners‟ yang bertungkus lumus saban hari sama ada di KKM, PDRM, APM, RELA, Bomba dan sebagainya yang terlibat secara langsung dan tidak langsung termasuk rakan-rakan Yang Berhormat dan rakan-rakan NGO yang membantu sepanjang tempoh yang cukup genting ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan. Hari ini pun kita dalam Sidang DUN selama 3 hari sidang kita cukup harmoni, aman, tenang. Kalau kita tengok sidang video DUN Melaka, hah! Letih, risau dengan perkara yang berlaku.

Tapi, setakat hari ni Alhamdulillah, tenang, aman, kecuali ada sikit-sikit lah kes judi, dua tiga orang ADUN mencelah, kes judi saja. Saya tak mau berbahas bab judi, saya tak mau bercakap bab judi cuma saya sebagai ADUN Kuala Ketil menghadapi masalah. Saya cuma ingin berkata “mencegah lebih baik daripada merawat”. Kencing manis bila dah kena susah nak rawat, habis duit beribu-ribu. Duit banyak pun tak guna, isteri cantik pun tak guna, tak boleh buat apa yang YB. Tuan Speaker, bila

kena kencing manis. Jadi, mencegah sebelum merawat, mana nak tambah 3 pun boleh, nak tambah 4 pun boleh kalau tak kena kencing manis. Boleh teqa tu na? Haa…. Baru masuk bab 2022 ni.

YB. Timbalan Speaker, saya mengucapkan penghargaan kepada kerajaan dengan hasil cukai yang meningkat 2018 RM295 juta, 2019 RM244 juta dan 2020 RM261 juta, tahniah dan syabas. Hasil bukan cukai meningkat daripada RM165 juta 2019 kepada RM213 juta pada 2020. Jadi, ini jugalah peningkatan hasil kepada kerajaan dan kerajaan juga berjaya menguruskan hutang RM3.7 billion itu dengan pembayaran-pembayaran yang telah dilakukan. Saya difahamkan kerajaan membelanjakan hampir RM50 juta setahun untuk membayar hutang. Jadi, tahniah di atas urusan kerajaan. Anggaran hasil pada 2022 pula yang dapat saya catat, hasil tanah RM490 juta, hasil hutan RM27.51 juta, pelbagai jabatan RM193.97 juta dan hasil daripada daerah-daerah RM13.51 juta. Inilah hasil yang kita dapat dari anggaran tahun 2022. Saya nak mencadangkan di sini, untuk tambahan kepada hasil kerajaan. Yang pertama ialah kita dengar YAB. Menteri Besar pernah bercakap dahulu, terokai nadir bumi (REE) ataupun Rare Earth Elements yang dikatakan RM62 billion. Jadi, carilah kaedah sekiranya itu boleh dilaksanakan dengan mematuhi alam sekitar, tebangan pokok dan sebagainya apa salahnya benda itu dijadikan hasil kerajaan.

Yang keduanya ialah gentian RM1 juta untuk kekalkan kawasan hijau, itu juga kena usahakan untuk menambahkan hasil kerajaan. Yang ketiganya ketegasan kerajaan di peringkat daerah-daerah kepada pengusaha-pengusaha kuari, pasir, tanah dan galian yang lain. Malah sebahagian mereka tidak mematuhi garis panduan, tidak membayar hasil dan sebagainya. Ini juga kena tegas supaya mereka dapat membayar hasil kepada kerajaan. Yang keempat, kedudukan rumah-rumah, orang kampung sekarang ni banyak tanah yang telah diusahakan tanah-tanah kerajaan yang tidak dibayar cukai. Kalau kita usahakan untuk mempermudahkan geran tanah, sudah tentulah ia menambahkan hasil kepada kerajaan.

Seterusnya yang kelima, mengoptimumkan penggunaan tenaga solar. Kita di Kedah ini tempat yang subur untuk „solar fram‟. Jadi, „why not‟ (minta maaf YB. Tuan Speaker) apa salahnya kita optimumkan penggunaan solar sama ada di pejabat-pejabat kerajaan ataupun rumah-rumah orang miskin yang rumah kadang-kadang kena bagi bantuan, kena bayar bil dan sebagainya guna tenaga solar ni sudah tentulah menguntungkan kerajaan, menjimatkan kos dan secara tidak langsung ia menambahkan hasil kita. Salah satu contoh di Pulau Jeju, Korea telah melaksanakan kaedah begini. Ini pun boleh kita laksanakan. Jadi, itulah cadangan saya untuk kerajaan bagi menambahkan hasil pendapatan kerajaan.

Seterusnya saya masukkan dalam perbahasan saya adalah perkara yang pertama tentang jaminan sumber makanan negara kita, negeri kita dan rakyat kita iaitu padi. Padi ni semua orang tahu adalah satu perkara yang dimasukkan dalam „security food‟, jaminan makanan kepada rakyat dalam negeri kita. Ia menyumbang sumber makanan negara dan sumber makanan rakyat negeri ini. Ini perlu diberi perhatian kerana baru-baru ini berlaku kes benih padi sah yang lewat sampai kepada pesawah-pesawah. Saya terlibat terus dengan isu ini bersama dengan Lajnah Asas Tani Alam Sekitar yang turun ke lapangan meninjau dan melihat keadaan petani-petani yang hampir membuat protes secara besar-besaran atas isu kelewatan benih padi.

Walaupun kita kata benih variety yang sah dan popular, MR297, 219, 220 dan CL2, namun kita minta kepada pihak-pihak pembekal yang ada di Kedah hari ni, pembekalnya adalah MADA, OBL Maju, Pertama Padi dan Kilang Beras Sri Merbok yang memagang kuota yang besar kepada penyediaan benih padi sah supaya merangka, mempunyai perancangan strategik untuk tahun hadapan berapa banyak penggunaan mereka sudah merancang, merangka penyimpanan stok benih padi. Selalunya kalau kita lihat jawapannya permintaan melebihi had dan sebagainya.

Jadi, mereka kena merancang, tengok penjadualan untuk menuai, menabur dan sebagainya yang dikeluarkan oleh MADA. Sepatutnya mereka dah faham dan tahu, jangan bila sampai saat-saat akhir barulah benda ini berlaku dan melibatkan kesusahan kepada para petani. Walaupun perkara ini telah diambil tindakan oleh pihak YB. Lunas dan MAFI, saya tahu tapi saya nak tegaskan di sini perkara ini perlu diambil perhatian yang serius kerana inilah satu saja jaminan kepada mereka bermula di lapangan padi ini. Kalau kita biarkan perkara ini berlaku, akhirnya mereka akan hilang sumber pendapatan mereka. Apatah lagi sekarang ini dengan kenaikan harga racun, racun rumpai yang sangat tinggi, melebihi 80%. Ini jua perlu ditangani oleh kerajaan sebab dengan kadar yang mereka dapat tidak mampu untuk menampung.

Saya yakin walaupun saya bagi itu masalah tapi saya yakin dalam RMK-12 nanti pelan tindakan dasar seperti makanan negara 2021 – 2025 dapat dilaksanakan sepenuhnya seperti mana yang dikeluarkan oleh MAFI iaitu yang pertama ialah kerjasama dengan swasta Smart SBB (Smart Sawah Berskala Besar) sedang dalam proses pelaksanaan.

Lembaga Ruminan Negara usaha penerimaan teknologi moden dan industri 4.0, penyelidikan dan pembangunan berteraskan security makanan, peluang aktiviti pertanian bandar dan tahap sara diri dengan SSL 75% 2025 dan 80% 2030. Inilah pelan tindakan dasar „security‟ makanan negara yang sedang diambil tindakan. Kita harap kerajaan hari ni tolong beri perhatian dan pastikan isu-isu ini tidak akan berlaku lagi pada masa-masa hadapan.

Seterusnya kepada Jabatan Veterinar, kita faham Veterinar berkaitan dengan ternakan termasuklah ternakan ruminan tadi, kita faham pada tahun ini ada sedikit masalah dan SOP yang berlaku antara negara kita dengan negara yang mengeksport masuk ternakan, yang terdekat adalah Thailand, Burma, memang kita ada masalah daripada segi itu. Juga masalah penyakit yang paling senang pengalaman kita bela lembu iaitu penyakit kuku dan mulut yang boleh membawa jangkitan kepada ternakan yang lain. Walau bagaimanapun, kita minta bersungguh kepada Jabatan Veterinar mempunyai perancangan khas untuk menghadapi masalah ketika sukar seperti covid ini. Sebab kalau kita tidak mempunyai perancangan, berkemungkinan kita akan terima lagi masalah yang sama pada tahun-tahun hadapan kita akan menghadapi masalah kepada sumber makanan negara kita. Mesti ada perancangan daripada pihak kerajaan untuk menambah pengusaha-pengusaha ternakan atau mengurangkan karenah birokrasi berkaitan ternakan. Kita tau sebahagian pengimport-pengimport kita membawa masuk jalan yang selamat mereka agak susah, agak sukar. Kadang-kadang kena kuarantin ternakan selama 30 hari lebih. Masuknya 200 kilo, bila pi nak ambil tinggal 100 kilo saja. Ini kadang-kadang berlaku, dengan sebab tersebut, kita lihat sebahagian daripadanya rupa-rupanya melalui „lorong tikus‟ ataupun seludup masuk. Bila seludup masuk, ia sudah tentunya mengurangkan hasil kepada kerajaan.

Seterusnya saya mencadangkan kepada pihak Veterinar memfokuskan ternakan kepada lembu-lembu „sado‟, lembu sado ini dia besar lah, kosnya mahal tapi dagingnya banyak sepertimana yang dibuat di Terengganu, “lembu sado” dan saya pun tengok baru-baru ini Kumpulan Ladang buat MOU dengan Terengganu untuk ternakan lembu sado. Syabas dan tahniah, agar diperbanyakkan, ditambah baik sekurangnya baka „Charolais‟ hasil daging tu lebih banyak.

Seterusnya saya nak sentuh tentang JPS dan JKR. Dengan peruntukan yang diberi walaupun tak banyak tetapi sekurang-kurangnya boleh membantu menyelesaikan masalah-masalah infra hari ini dan ke depan apa yang berlaku dalam daerah kita seperti kena bersihkan sungai, mendalamkan sungai, melebarkan sungai yang sempit….(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

YB. Kuala Ketil, ada 2 minit lagi na?

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Berapa minit?

Timbalan Speaker

2 minit saja la.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

5 minit na?

Timbalan Speaker

2 minit!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Boleh aaa…Tak sampai 20 minit lagi kan? Yang mungkin menjejaskan isu-isu banjir ini. Yang ni tolong beri perhatian, yang lain tak payah la sebab YB. Tuan Speaker bagi masa. Termasuk infra-infra yang rosak tolong beri perhatian untuk tahun depan.

Saya ingin menyentuh tentang UniSHAMS sebab duduk dalam DUN kita, tak sentuh nanti kata Mejar tak sentuh langsung. UniSHAMS adalah sebahagian daripada pemangkin “Cordoba of Kedah”. Walaupun tak pernah pi Cordoba lagi boleh bayangkahlah rupa bentuk Cordoba tu. Kita nak diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Isunya sekarang ni ialah isu asrama, fungsi berjalan dengan RM9.2 juta yang dibekalkan oleh kerajaan untuk belanja mengurus tapi untuk pembangunan asrama kena juga diberi perhatian. Suntikan modal bukan banyak, berkala untuk tiap-tiap tahun, sekurang-kurangnya untuk tahun ini kita buat setakat mana mampu, tahun depan bagi lain kita buat. Saya dah buat kiraan sekurang-kurangnya dengan RM10 juta kita boleh menghasilkan sekitar 200 buah rumah.

Dengan 200 buah rumah taman siswa ini boleh menampung sekurang-kurangnya 1,000 pelajar untuk tahun ni, tahun depan bila diberi peruntukan tambahan lagi kita akan tambah lagi asrama sebab saya tau asrama penting di UniSHAMS sebab rumah

taman yang ada di sekitar ini tak banyak, termasuk juga soal keselamatan dan sebagainya kepada pelajar, jadi asrama tu penting. Jangan curi masa panjang sangat ya, masa tak cukup.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Terima kasih YB. Kuala Ketil dan YB. Speaker. Mengenai asrama UniSHAMS, kita difahamkan sebelum ini ada perancangan untuk menggunakan kuarters guru yang terbengkalai ataupun yang telah tidak diduduki dan proses perbincangan berlaku pada pihak kementerian tetapi tidak dapat untuk diselesaikan. Jadi, kita mengharapkan supaya pihak kerajaan negeri berusaha bersungguh-sungguh kalau perkara ini dapat diatasi khususnya boleh ambil alih kuarters guru tersebut ia mungkin menjadi satu perjalanan bagi memastikan kuarters-kuarters lain yang tidak digunakan sampai hari ini diurus oleh pihak negeri. Jadi, kita harap rundingan itu terus berjalan dan ia merupakan satu solusi yang terbaik supaya tidak berlaku pembaziran rumah-rumah yang terbengkalai kuarters-kuarters ini dapat dimanfaatkan khususnya untuk rakyat di Negeri Kedah ini.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Terima kasih kepada YB. Sungai Limau. Setuju cadangan itu dijadikan sebahagian daripada ucapan perbahasan saya tapi nak maklumkan bahawa kos membaiki itu lebih tinggi daripada kos nak buat sebab rumah tu dah teruk sangat dah.

Seterusnya YB. Tuan Speaker saya masuk kepada masalah banjir di Baling. Saya ada laporan, ini laporan yang dikeluarkan oleh APM (sambil merujuk buku laporan tersebut) baru 2 siri banjir yang berlaku di Baling, bulan 9 dan bulan 10, selang sebulan, tebal ini APM keluarkan. Jadi, saya ceritakan di sini apa yang telah berlaku 26 haribulan Oktober sehingga 6 haribulan November. Ia melibatkan 2,690 buah rumah yang terlibat, banyak bukan sikit yang melibatkan 16 lokasi PPS. 16 lokasi PPS dibuka untuk penempatan sementara, mangsa banjir pula 741 mangsa yang terlibat. Nak hurai panjang pun masa nak habis. Kerugian pula, kita katakan kerugian yang diambil kira, dihitung oleh Pejabat Daerah RM2.7 juta, tempoh yang singkat, yang dekat tu, 2 kali tu RM2.7 juta kerosakan jalan mini tar, culvert titi kampung, tebing jalan, mendapan jalan utama dan tanah runtuh.

Isu yang berlaku ini kita di tempat lain mungkin sekali dalam setahun YB. Tuan Speaker, Baling ni, setahun 4 kali 5 kali berlaku banjir. Jadi, kita minta perhatian daripada pihak kerajaan. Kalau sekali sekala mungkin orang boleh beri perhatian tapi kalau dah terlampau kerap, orang pun dah trauma dah. Baru sebulan berlaku, beli

perabot baru mai banjir pula, hilang pula. Jadi kita minta perhatian bersungguh terutama daripada segi peruntukan kewangan untuk membaiki infra-infra yang rosak ini. Hari ni dah masuk satu bulan setengah, dari bulan 10 sekarang bulan 11, sebulan setengah dah, titi kampung, „culvert‟ masih belum dapat dibaiki lagi, kita kekurangan peruntukan kewangan. Mendapan jalan utama di Parit Panjang, jalan Carok Salang dan jalan Banggol Berangan yang mendap dan runtuh sebelah jalan masih belum dibaiki. Kita faham dengan jawapan oleh pihak JKR tapi sebahagian rakyat di kawasan perlukan jawapan daripada kita, perlukan perhatian kita untuk kita nak buat sesuatu supaya ini adalah untuk kebaikan mereka. Jalan kampung, titi kampung ni mereka nak pi motong, nak pi kebun, tapi kalau dibiar terlampau lama akan mendatangkan masalah kepada mereka. Jadi, Alhamdulillah dengan sedikit peruntukan yang diberi oleh YB. Dato‟ Pegawai Kewangan itu dapatlah kita baiki sikit-sikit. Tapi yang besar-besar tu kita minta perhatian daripada kerajaan.

Timbalan Speaker

YB. Kuala Ketil, lajak banyak sangat ni!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Sikit lagi! Sikit nak habis dah. Dan kita minta juga kepada pihak yang bertanggungjawab seperti JPS dan JKR tolong tengok-tengokkan sungai di daerah kita yang perlukan perhatian. Saya difahamkan rancangan pembangunan RTB dalam RMK-11 mohon RM75 juta, lulus RM15 juta sahaja dan dalam RMK-12 kita mohon RM96 juta, benda ni perlu sebab selagi tak buat RTB, selagi itulah masalah banjir tidak dapat diatasi di kawasan yang selalu berlaku contohnya di Sungai Ketil, sebelah darat nu atas dari Baling, Weng dan sebagainya. Ini tempat-tempat yang sering berlaku di Kupang, selalu berlaku, kita dah tau dah tapi kalau kita tak ambil tindakan untuk mengatasi dan sebagainya, kita akan menghadapi setiap tahun dan bila-bila masa. Jadi, saya harap diambil segera oleh pihak-pihak berwajib dan juga kerajaan.

Akhir sekali, saya sentuh tentang perancangan Kedah Tahun 2035 sepertimana buku yang dikeluarkan. Ini cukup cantik, kita telah pun diberikan taklimat program yang menyeluruh sehingga tahun 2035 walaupun tak diperincikan secara „detail‟ tapi sekurang-kurangnya kita memahami apa perancangan dan hasrat kerajaan.

Kita nak buku ini dikemaskini dan dijadikan panduan di peringkat daerah, sekolah, agensi dan kerajaan yang ada dalam Negeri Kedah supaya mereka faham apa itu hala tuju Negeri Kedah untuk masa depan. Saya menyokong penuh buku ini untuk diedarkan kepada seluruh rakyat Negeri Kedah. Saya mengambil kesempatan ini

untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB. Timbalan Speaker yang memberi ruang dan masa dan juga kepada semua Pegawai Tadbir dan juga agensi yang sama-sama membantu kita keluar daripada pandemik sehingga ke Fasa 4 Pemulihan dan membantu kami ADUN-ADUN untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Saya menyokong penuh ucapan Bajet yang dibentangkan oleh YAB. Dato‟ Seri Menteri Besar. Sekian, waallahu‟alam. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Terima kasih YB. Kuala Ketil . Seterusnya saya persilakan YB. Kota Darul Aman.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Salam muhibbah diucapkan kepada YB. Tuan Speaker, YAB. Dato‟ Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-Ahli Yang Berhormat, pegawai dan kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan serta sidang hadirin Dewan yang mulia sekalian.

Terima kasih YB. Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan sempena persidangan Bajet 2022. YB. Dato‟ Speaker, kita semua sedar bahawa peralihan daripada pandemik kepada endemik Covid-19 telah memberi kesan yang mendalam dari segi kesihatan, ekonomi, keselamatan sosial dan sebagainya. Dengan keadaan ekonomi dijangka pulih pada tahun 2022, bajet kali ini hendaklah memberi keutamaan dalam membantu keluarga dan peniaga di mana kehidupan mereka terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020 dan 2021. Sesi perbahasan Bajet 2022 saya akan menarik tumpuan kepada 3 teras utama yang perlu diberi perhatian serius iaitu yang pertama pemangkin dan pemulihan aktiviti ekonomi, peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat dan isu-isu tempatan di DUN Kota Darul Aman. Keseluruhan peruntukan perbelanjaan kerajaan negeri melibatkan peruntukan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan yang berjumlah RM1.35 billion dengan anggaran kadar difisit sebanyak 12.44% atau RM90.22 juta. Ini adalah satu kadar difisit yang tinggi jika dibandingkan dengan pertumbuhan KDNK negeri. Anggaran perbelanjaan ini mengembirakan sesetengah pihak tetapi rakyat jelata tidak semestinya gembira khasnya mereka yang ditimpa malapetaka pandemik Covid-19 dan banjir air pasang baru-baru ini.

YB. Dato‟ Speaker, saya berasa amat sedih dan terkejut apabila melihat rakyat membuat pengeluaran khas KWSP Negeri Kedah berjumlah RM7.1 billion melalui Skim i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang berumur 55 tahun ke bawah. Tindakan pengeluaran terdesak Skim Simpanan KWSP yang bernilai 5 kali ganda Bajet 2022 tidak dapat bantu banyak dalam merangsangkan ekonomi kerana sebahagian besar duit ini telah dibelanjakan untuk jelaskan hutang pinjaman dan sara hidup. Dengan pengeluaran skim-skim ini sebanyak 492,019 atau 91.7% bilangan ahli KWSP tiada simpanan asas atau kurang daripada RM10.00. Pada masa ini jumlah simpanan asas yang digariskan oleh KWSP adalah berjumlah RM240 ribu dengan andaian ahli akan menikmati saraan RM1,000 sebulan selama 240 bulan atau 20 tahun selepas bersara pada umur 55. Persoalan saya, kita akan berdepan dengan isu persaraan yang besar dan siapa nak tanggung kehidupan rakyat kita apabila bersara nanti. Adakah kerajaan akan paksa rakyat kerja sampai tua dan tidak dapat bersara. Dengan peluang pekerjaan yang terhad dan gaji bulanan yang rendah, apakah jaminan kerajaan negeri agar akaun simpanan berpuluh tahun mereka dapat dipulihkan semula. Justeru, pemulihan aktiviti ekonomi dan peningkatan pendapatan rakyat Kedah adalah amat penting kerana kadar kemiskinan yang meningkat ini perlu diubati dengan segera. Kalau biar begitu saja, pelbagai impak negatif berlarutan akan berlaku dan kehidupan rakyat akan terjejas dan bertambah teruk apabila moratorium bank tamat akhir tahun ini dan ansuran bulanan bermula tahun depan.

YB. Tuan Speaker, bagi mengurangkan jurang kemiskinan pasca Covid-19, saya sarankan kerajaan wujudkan jawatankuasa khas untuk memantau dan menyelaraskan semua bantuan kerajaan agar rakyat Kedah dapat keluar dari kemiskinan dan menyediakan ruang untuk persaingan antarabangsa yang semakin mencabar. Wang bantuan berjuta-juta yang dicurahkan kerajaan melalui kementerian, jabatan dan agensi perlu digunakan dengan berkesan dan memastikan senarai e-Kasih di setiap daerah dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.

YB. Tuan Speaker, Pelan Pembangunan Kedah 2035 harus memberi tumpuan kepada kadar kelahiran anak. Data Jabatan Perangkaan Malaysia dari tahun 2017 sehingga 2020 dalam tempoh 4 tahun ini menunjukkan kadar kelahiran di Negeri Kedah menurun sebanyak 7.912% atau 2,903 orang. Penurunan kadar kelahiran di 9 buah daerah khasnya kawasan bandar iaitu Kota Setar dan Kuala Muda adalah kurang sihat. Peningkatan hanya berlaku di Baling, Padang Terap, 2 kawasan ini sahaja dan wajar dikaji punca-punca penurunan kadar kelahiran tersebut. Negeri Kedah perlu bersiap sedia berdepan dengan cabaran „aging population‟ (dengan izin) yang bakal menjelang tahun 2050 di mana 1 daripada 4 orang akan berumur 60 tahun ke atas. Populasi makin tua berusia maka daya saing ekonomi negeri akan makin pudar.

Selain itu, saya ingin cadangkan kepada kerajaan untuk tingkatkan peruntukan program “Anakku Sejahtera” ke RM2 juta dengan bayaran one-off RM200 dan buat pindaan syarat agar program ini dapat dimanfaatkan kepada semua ibu bapa kategori pendapatan melebihi RM3,000. Selagi mereka pengundi dalam Negeri Kedah maka mereka layak diberikan one-off RM200 sebagai pengiktirafan jasa mereka melahirkan “Anak Kedah”. YB. Tuan Speaker, melihat demografi Negeri Kedah yang kian berusia dan penyakit berjangkit yang meningkat, saya berharap kerajaan dapat tingkatkan bantuan perubatan RM500 ribu di hospital menjadi RM1 juta selaras dengan kadar kemiskinan negeri dan kos barangan perubatan yang melonjak pada kadar 15% hingga 20% setiap tahun adalah wajar bantuan ini ditambah dan diperluaskan kepada golongan yang memerlukan.

Sepanjang tempoh pandemik Covid-19, saya difahamkan siasatan permohonan Jabatan Kebajikan Masyarakat hanya dibuat melalui panggilan telefon mengikut borang yang dihantar oleh pemohon. Siasatan kediaman pemohon tidak lagi dibuat kerana borang permohonan berlambak di Pejabat JKM berikutan kadar pengangguran yang tinggi dan kawalan SOP. Ramai yang memerlukan bantuan kewangan pada masa ini tetapi tiada peruntukan tambahan kepada JKM untuk uruskan bantuan pasca Covid-19 dalam Bajet 2022. Sebanyak RM24.8 juta masih kekal seperti dulu untuk bayaran am bulanan, bantuan bencana, bantuan pusat aktiviti warga emas, kanak-kanak dan orang tua. Peruntukan ini perlu diperhalusi dan dipertingkatkan demi kabajikan am rakyat yang terkesan. Dengan tapisan dan rujukan atas talian, ramai pemohon yang perlukan bantuan tercicir dari permohonan dan terpaksa bagi angka pendapatan yang palsu untuk menjadi penerima bantuan. Pengkalan data JKM, Zakat, SOCSO serta pencen perlu dikemas kini dan diselaraskan supaya hanya pemohon yang layak saja menerima bantuan dan tiada yang terpinggir.

YB. Tuan Speaker, bagi meningkatkan hasil untuk pembangunan infrastruktur awam dan perkhidmatan bagi kerajaan negeri, kerajaan negeri harus memohon dengan kerajaan persekutuan untuk meningkatkan geran per kapita penduduk hampir 2.2 juta penduduk dari kadar RM13.75 per kapita ke RM20.00 per kapita. Peningkatan kadar ini bakal menambah lebihan 13.71 juta untuk menampung keperluan pembangunan dan kebajikan am negeri. Alor Setar sebagai ibu negeri akan terus dimajukan sebagai “Bandar Sejahtera” seperti yang dikatakan dalam Bajet 2022. Namun, DUN Kota Darul Aman yang terletak di tengah-tengah pusat bandar berdepan dengan beberapa halangan iaitu dalam tempoh satu bulan ini, pengurusan kutipan sampah kucar-kacir di Alor Setar menyebabkan sampah bertimbun, bertaburan, berbau busuk dan apakah masalah dan penyelesaiannya.

Yang kedua, Projek Rancangan Tebatan Banjir….(YB. Derga minta laluan)

Tan Kok YewDAP · PHDerga

YB. Speaker, saya ada satu soalan nak masukkan dalam perbahasan YB. Kota Darul Aman. Adakah YB. Kota Darul Aman sedar bahawa PBT banyak berhutang dengan SWCorp. dari dulu yang selalu disebutkan sebab-sebab tersebut. Saya tak pasti adakah hutang itu sudah selesai atau adakah disebabkan hutang SWCorp. ini maka e-idaman punya kerja ataupun kontrak sudah pun ditukar? Minta YB. Kota Darul aman jelaskan.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Saya bersetuju dengan pandangan ataupun penjelasan daripada YB. Derga di mana memang kalau kita lihat hutang-hutang PBT kepada E-Idaman, ia telah mencecah lebih daripada RM300 juta dan ini merupakan suatu yang perlu kerajaan melihat dan untuk menyelesaikannya pada masa akan datang. Banyak aduan diterima berhubung dengan isu sampah ini. Ya…

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

YB. Kota Darul Aman, memang kerajaan ni ditubuhkan untuk bayar hutang hat lepas-lepas, InsyaAllah.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Ok, yang kedua Projek Rancangan Tebatan Banjir tergendala di Lorong Wat Siam belakang Muzium Negeri telah menyebabkan hampir 20 keluarga terjejas dengan banjir air pasang mencecah 3 kaki berlaku 12 kali dalam setiap bulan. Sambungan longkang ke RTB juga penyebab utama banjir air pasang. Apakah penyelesaiannya?

Yang ketiga, TLK Ban Ho yang telah diswastakan oleh pihak MBAS pada 1 haribulan Januari 2020 kepada Parkspots kini beroperasi 24 jam. Ada mana-mana tapak parkir yang beroperasi 24 jam? Kenapa MBAS tidak kaji kesesuai wujudkan parkir terkawal di kawasan tersebut? Dalam tempoh 20 tahun tapak parkir terkawal ini diswastakan, peniaga-peniaga dalam kawasan parkir tersebut terjejas teruk sehingga ada yang gulung tikar, cukai pintu mencecah RM5,000 setahun tapi tak mampu bayar dan terpaksa bayar parkir.

Sekarang tapak tersebut telah dipasang „Touch & Go‟. Canggih memang canggih, kita alu-alukan tetapi tiang kawalan tutup 24 jam tak buka dari PKP sehingga kini. Ada yang kena caj parkir sehingga RM1,500 untuk kadar parkir. Apakah penyelesaian pihak MBAS? Adakah diperuntukkan dalam akta bahawa PBT boleh tutup satu-satunya laluan utama bangunan premis nak kutip caj parkir? Pohon penjelasan.

YB. Tuan Speaker, semalam YAB. Jeneri tanya khabar saya, apakah reaksi masyarakat Cina tentang keputusan kerajaan menamatkan lesen premis bagi judi ekor berlesen di Negeri Kedah. Reaksi itu memang ada, kalau saya cakap tiada semua takkan percaya. Cuba tanya YB. Sidam, selaku satu-satunya Exco Masyarakat Cina. Beliau lebih peka tetapi tidak berada dalam Dewan semalam ketika YB. Sungai Limau berucap. Justeru, saya jemput beliau untuk memberi penjelasan lanjut berhubung perkara ini. Secara jujur dan suara hati rakyat bukan Islam, “amalan judi itu tidak baik dan tidak dipupuk dalam semua agama tetapi ia merupakan sebahagian daripada hiburan biasa bagi masyarakat Cina”. Pepatah Cina menyatakan, “xian du yi ching da du sang sheng” (dengan izin) maksudnya, “taruhan kecil gembira, taruhan besar merosakkan diri”. Selaku kerajaan, tanggungjawab kita adalah menggubal undang-undang agar semuanya terkawal dan bukannya sehingga pergi menghadkan sepenuhnya hak asasi dan kebebasan kelompok yang lain. Sekadar itu saja dan selesai tanggungjawab sebagai kerajaan. Setahu saya orang beriman sentiasa kawal nafsu dan maksiat lesu maka tutuplah segala pintu ajakan kepada kejahatan. Apabila seseorang berusaha bersungguh-sungguh melawan nafsunya, kebaikan dan keberkatan akan datang kepadanya. Itulah apa yang saya pelajari dari semua agama temasuk Buddha, Taoism, Kristian dan sebagainya selain agama Islam.

YB. Tuan Speaker, kita perlu terima hakikat bahawa kalau premis judi berlesen ditutup….(YB. Sungai Limau mencelah)

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

YB. Kota Darul Aman….

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Nak „landing‟ dah, nak „landing‟ dah.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Nak sebut tadi, hat tadi mungkin hat yang YB. Kota Darul Aman belajar.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Boleh kuat sikit tak tak dengar?

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Hat tadi hat YB. Kota Darul Aman sebut hat YB. Kota Darul Aman belajar, tapi apa yang kita belajar dari ajaran Islam sadd al- dhara'i' , “untuk menutup segala pintu-pintu keburukan ia merupakan suatu yang menjadi keutamaan kepada agama dan kehidupan”.

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

Tadi yang saya baca tu dipetik daripada Al-Quran. Ok. Kerajaan perlu terima hakikat bahawa kalau premis judi berlesen ditutup kerajaan akan hilang sumber cukai, PBT hilang pendapatan lesen premis dan judi haram atau online akan jadi cendawan tumbuh selepas hujan serta hilang kawalan. Tambahan lagi penutupan premis judi berlesen akan menyebabkan ramai hilang pekerjaan pada tempoh pandemik ini. Menilai impak-impak tersebut kepada masyarakat dan ekonomi, adakah ini kehendak pihak kerajaan negeri sekarang, adakah wajar keputusan itu dipertimbang semula demi keharmonian bersama selaras dengan slogan Perdana Menteri “Keluarga Malaysia” dan “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”.

Untuk itu, saya mengakhiri ucapan saya dengan menyokong Bajet 2022. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih YB. Kota Darul Aman. Setakat sekarang YB. Kota Darul Aman saja yang berucap kurang daripada masa yang diperuntukkan, kurang 2 minit. Terima kasih kepada YB. Kota Darul Aman.

Seterusnya saya persilakan YB. Tanjung Dawai.

Ustaz Hanif bin Hj. GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, wassola tuwassa mu‟ala rasulillah wa‟ala alihi wasohbihi waman walah. Terima kasih YB. Speaker, YAB. Menteri Besar Negeri Kedah, barisan Exco, Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, hari ini hari ketiga kita bersidang dan moga-moga apa yang kita lakukan ini dalam rangka untuk menunaikan kewajipan kita kepada tanggungjawab yang dipikulkan oleh rakyat kepada kita InsyaAllah. Sempena tema Bajet 2022, “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua” pakat-pakat merasa. Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan kerajaan mengutip hasil pada tahun ini sebanyak RM631.68 juta iaitu 87.73% berbanding RM560.66 juta pada tahun lalu dan moga-moga apa yang dihasratkan anggaran kutipan cukai ataupun hasil pada 2022 iaitu sebanyak RM725 juta diperkenankan oleh Allah s.w.t.

YB. Speaker, berpandukan Pelan Pembangunan Negeri Kedah 2035 yang ada 3 teras. Antaranya ialah peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat maka saya menyokong penuh keputusan kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB. Jeneri berkaitan perkara berikut iaitu memansuhkan lesen premis judi dan menghadkan penjualan minuman keras di seluruh Negeri Kedah.

YB. Speaker, pertama berkaitan dengan judi. Saya ingin menarik perhatian terutama kepada Ahli Yang Berhormat yang bukan beragama Islam supaya melihat apa yang telah pun dibuat keputusan oleh Kerajaan Republik China yang mengharamkan sejak beberapa tahun yang lalu untuk perjudian ini sejak tahun 1949 di Tanah Besar China dengan alasan perjudian membawa kerosakan kepada masyarakat. China hanya membenarkan 2 wilayahnya sahaja untuk beroperasi tentang perjudian iaitu Macau dan juga Hong Kong. Macau yang terkenal sebagai pusat perjudian yang terbesar di Asia dan juga Casino. Jadi kita harap moga-moga dakwaan yang menyatakan orang Cina menjadikan ini sebagai suatu budaya, ada sesuatu yang perlu dilihat walaupun Republik China membenarkan perjudian ini untuk majlis sepertimana perkahwinan, birthday dan juga majlis-majlis kecil. Bahkan Kerajaan Republik China baru-baru ini pada tahun 2019 telah pun meminta kepada Kerajaan Filipina supaya menghapuskan perjudian online yang menyebab terganggu rakyatnya yang ada di tanah Besar China. Sebagai seorang Islam perlu menyedari kita ada 5 Maqasid Syariah.

Kita dipertanggungjawabkan untuk memastikan menjaga agama, menjaga nyawa, akal, keturunan dan juga harta. Adakah dengan perjudian ini akan terjamin kita boleh menjaga harta kita, boleh menjaga keturunan bahkan nyawa serta agama. Tentunya apa yang boleh kita sebut dengan aktiviti yang tidak baik ini akan menyebabkan berlaku pergoncangan dalam rumah tangga. Melibatkan rumah tangga yang bergoncang bilamana ketua kepala terpaksa mendapatkan duit untuk berjudi dia sanggup untuk dapat melalui „along‟. Boleh bayangkan bagaimana aktiviti ini menyebabkan ada anak, ada isteri yang digadai oleh suami, oleh ayah demi untuk melunaskan hutang akibat daripada aktiviti ini. Saya tidak nafikan bahawa untuk membanteras perjudian haram yang tidak berdaftar ada sesuatu yang susah tetapi

kita berusaha sedaya upaya yang kita boleh terlebih dahulu. Saya ingat ketika saya berada di pihak sana (pembangkang) pada awal tahun 2018 selepas daripada perubahan kerajaan negeri dalam Persidangan Kali Yang Kedua saya telah pun membuat laporan berkaitan dengan aktiviti perjudian online di Semeling dalam DUN Tanjung Dawai dan mengejutkan bagaimana sebelum persidangan hari itu selesai, saya telah pun dimaklumkan oleh pihak di Semeling bahawa polis telah pun turun menggerakkan operasi sepertimana yang saya laporkan dalam Dewan ini. Walaupun pihak polis menyatakan mereka tidak menemui apa yang saya sebut, tetapi masyarakat semua kita mengetahui bahawa aktiviti itu memang ada dan sudah pun menjadi sesuatu yang parah sepertimana yang kita maklumi.

YB. Speaker, yang kedua ialah berkaitan dengan arak yang dicadangkan untuk dihadkan penjualannya. Berdasarkan kepada ayat Al-Quran, Allah s.w.t menyebut dalam Surah Al-Maidah ayat 90 dan 91, Allah Taála menyatakan;

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, perjudian, hidang korban untuk berhala, tenung nasib adalah kerja keji daripada kerja-kerja syaitan. Maka hendaklah kamu hindari agar kamu berjaya”

Suatu perkara yang disebut dalam ayat ini berkaitan dengan arak dan juga dengan judi. Suatu perkara yang besar dan Malaysia disenaraikan oleh WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) suatu ketika dulu adalah negara yang ke 11 pengguna terbanyak ke 11 di dunia pengguna alkohol di mana disebutkan bahawa rakyat Malaysia membeli alkohol khususnya arak sebanyak RM1.5 billion setahun dan dibahagikan mengikut perkepala bagaimana setiap rakyat di Malaysia ini kalau dibahagikan dengan pembelian itu seorang rakyat minum 7 liter setahun. Itu arak yang dilaporkan oleh WHO. Dan kesannya kita maklumi sepertimana judi bahkan lebih berat lagi sepertimana yang dibuat kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bahawa arak adalah punca 13 kali ganda faktor kemalangan di jalan raya dan menyebabkan kematian di jalan raya.

Jadi, khususnya di Langkawi, saya pun duk pi Langkawi tiap-tiap bulan pasal kuliah, selalu dengar cerita eksiden tak kiralah pelancong sama ada orang puteh ka, Arab ka, tapi bila mabuk dia bawa kereta dia tak kira apa, sedaq-sedaq duk dalam kedai saja. Kerana apa? Kerana bebasnya arak yang ada di Langkawi. Maka, hasrat kerajaan untuk menghadkan penjualan dan juga premis jualan arak ini perlulah disokong kerana apa yang berlaku sepertimana Langkawi bebasnya sehinggakan anak-anak remaja, budak-budak sekolah pun boleh dapat, beli dan juga minum dengan bebas minuman yang tak sepatutnya mereka rasa. YB. Speaker, kalau di sana disebutkan tidak dibenarkan minum arak di tempat awam, kenapa kita tidak mengambil contoh apa yang berlaku di Singapore pada tahun 2013. Kejadian rusuhan pekerja asing di „Little India‟ yang mengakibatkan Parlimen Singapura membuat satu keputusan bahawa mereka tidak membenarkan lagi dari tahun 2013 untuk dijual arak melebihi dari jam 10.30 malam hingga 7.00 pagi dan bagaimana di 2 kawasan yang dijadikan sebagai kawasan kawalan tidak dibenarkan sama sekali penjualan arak walaupun pada hari cuti, pada hari minggu, cuti am tidak dibenarkan iaitu di kawasan „Little India‟ dan juga Geylang kerana kesan daripada rusuhan pekerja asing yang berlaku pada 2013 itu menyebabkan Parlimen Singapura membuat satu keputusan besar di mana kesalahan pertama orang-orang yang melanggar undang-undang ini akan didenda 1,000 dolar Singapura, kesalahan kedua akan didenda sebanyak 2,000 dolar dan 3 bulan penjara dan penjual akan didenda 10,000 dolar akibat daripada pelanggaran tersebut. Dalam agama Islam, arak ini kalau diminum akan mengakibatkan 40 kali sebatan dan ditambah hukumannya oleh Al-Mukminun Saidina Umar dengan alasannya menjadikan 80. Bagaimana 40 sebatan itu dalam hadis ada menyebut, Nabi menyatakan orang yang minum arak 40 hari amalan soleh bahkan sembahyangnya tidak diterima oleh Allah Ta‟ala.

Seorang saintis dari Parkistan beberapa puluh tahun yang lalu pernah saya baca bagaimana membuat kajian kenapa Allah mewajibkan hukuman 40 sebatan kepada orang yang minum arak dan kenapa 40 hari tidak diterima amalan kebaikannya termasuk sembahyang. Rupa-rupanya apabila seseorang yang minum arak itu, arak itu akan kekal di dalam badannya selama 40 hari.

YB. Speaker, seterusnya kerajaan negeri memperlihatkan melalui perancangan penyelenggaraan infrastruktur pelancongan khususnya Lembah Bujang dan pemuliharaan alam. Saya ingin bercakap berkaitan Tapak Tamadun Tertua di Asia Tenggara iaitu di Sungai Batu. Kita maklumi hasil daripada keputusan yang dibuat oleh Tan Sri Almarhum Ustaz Azizan bin Abdul Razak memudah dan juga mempercepatkan proses pemilikan tanah tapak tamadun tersebut untuk Jabatan Warisan Negara. Alhamdulillah, pada bulan Mei 2016 yang lalu satu Festival Kedah

Tua telah dianjurkan dan bagaimana dihadiri oleh 5 orang tokoh Tamadun Utama Dunia, yang tidak hadir hanyalah seorang iaitu Professor Dr. Zawi Hawas yang menjadi pakar berkaitan Arkeologi dan Sejarah berkaitan dengan Firaun. 5 Tokoh Arkeologi Tamadun Dunia telah pun menandatangani Plak dan memperolehi perakuan dan juga mengisytiharkan bahawa Tamadun Sungai Batu itu adalah satu tamadun tertua dan terawal di Asia Tenggara dan perisytiharan itu akan mempermudahkan untuk Pertubuhan Penyelidikan Saintifik Dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk menjadikannya Kompleks Arkeologis Sungai Batu sebagai Tapak Warisan Dunia. Tapi masalah sepertimana yang kita ketahui berdasarkan jawapan YAB. Jeneri kelmarin berlaku beberapa perkara seperti laluan untuk kenderaan masyarakat kampung yang lalu kawasan tapak tamadun itu antara punca yang menyebabkan tidak boleh tercapai untuk diakui sebagai Tapak Warisan Dunia.

YB. Speaker dan rakan-rakan Yang Berhormat sekalian, di Merbok ni semua ada YB. Speaker. Kalau nak pi Merbok dari Sungai Petani, dari Sungai Layar Hujung jumpa satey. Satey Mak Siti, „start‟ satey dah turun Jambatan Sembeling tu jumpa satey, Satey Art apa semua, kawasan satey dan kawasan Semeling ni boleh diberi nama “Pekan Satey” lah kalau nak buh nama. Kalau petang, Allah! Meqenyut orang sampai tengah malam, bukan biasa-biasa, beratur orang nak makan satey dan Satey Semeling ni bukan dijual di Semeling, Sungai Petani saja, sampai Pulau Pinang, sampai Perlis, rata ceruk dah, satey yang kata satey di pekan Semeling ni. Kalau nak pi ke Tanjung Dawai boleh singgah dulu di Tapak Tamadun Sungai Batu, habis melawat Tapak Tamadun Sungai Batu kut-kut anak ada mengaji MRSM, UiTM, Maktab Mahmud, boleh singgah bagi satey dulu. Kut-kut panaih boleh singgah di Sungai Tupah dulu, bukannya nak tengok kesan kepala air, boleh pi rendam kaki bagi sejuk, kalau tak tahan berendam teruih.

Dari Tupah nak pergi Tanjung Dawai singgah dulu di pecan Merbok, naik tengok Muzium Arkeologi Lembah Bujang, kalau lah rasa Gunung Jerai tu rendah pasal Gunung Jerai duk sebelah Kuala Muda puncak dia, boleh ragaih kut belakang tu YB. Sungai Tiang. Dari Muzium Arkeologi Lembah Bujang turun, sebelum pi Tanjung Dawai pi Sungai Baru dulu pekena Mee Udang Mak Cun. Kalau tak mau pekena Mee Udang Mak Cun boleh pi ke Singkir, DUN Guar Chempedak tapi laluan yang sama Mee Kuah Tulang. Nak pi ke Tanjung Dawai sebelum sampai ada Nira Napiaaahh…Meqenyut orang dari dulu, cuma PKP hari tu tak dak orang. Cantik kawasan tu dengan pokok nipah yang ditanam, ada kolam, orang, ya Allah! Punya ramai. Lepas Nira Napiah, pi Tanjung Dawai, nak beli ikan masin, ikan kering semua boleh. Tengok ramai pulak daaahhh…Rupa-rupanya ada Mee Udang Mambu, nak „try‟ boleh masuk. Tapi kalau lebih hebat lagi kalaulah perjalanan pelancong itu boleh

diteruskan ke Pantai Merdeka, kalau ada jambatan yang menyambung ke Pantai Merdeka. Tapi nak buat macam mana, berdasarkan jawapan soalan bertulis saya bahawa tidak ada „respond‟ terhadap soalan tersebut daripada Kerajaan Persekutuan.

YB. Speaker, bila sebut Tanjung Dawai ni bab air saya tak boleh lepaih na, mesti sebut bab air. Alhamdulillah, berdasarkan kepada apa yang kita maklumi, 5 projek loji rawatan air telah pun bermula termasuklah Loji Air Bukit Selambau. Baru-baru ni pun saya bawa wakil taman-taman di Lembah Bujang untuk berjumpa dengan piahak SADA Wilayah Kedah Tengah dan bilamana saya dapat satu maklumat berkaitan dengan peratusan pencapaian ataupun kerja-kerja di Loji Rawatan Air Bukit Selambau yang ketika itu tak sampai 3% tapi bila kita viral, kita kongsi, ramai orang yang berterima kasih. Saya mohon kepada YB. Sungai Tiang kalau boleh dapat kongsi tiap-tiap bulan perkembangan pembinaan ataupun „up grade‟ loji rawatan air itu supaya kami di Tanjung Dawai kalau boleh kami nak buat „banner‟ kut simpang-simpang, nampak kata duk buat kerja dah untuk menyelesaikan masalah yang bertahun-tahun berlaku.

Seterusnya peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat. Terima kasih kepada pihak kerajaan negeri kerana peruntukan RM50,000 “Desa Sejahtera” untuk program gotong royong membaiki rumah asnaf. Masalahnya kita peruntuk RM50,000 ni untuk 10, 12 buah rumah, bagi sikit-sikit. Tapi bila kita pi tolong pebaik dinding sebelah kanan, elok-elok buka tengok, qeban sebelah kiri, nak cari duit mana pulak sebelah kiri tu. Menyebabkan orang yang nak buat kerja tu kadang-kadang takut (sambil ketawa) sebab peruntukan tu sikit, tapi kalau dia pi sentuh, qeban hat lain sama. Moga-moga ada, InsyaAllah ada pertambahan untuk tahun depan. Terima kasih juga “Beras Sejahtera” yang ditambah lagi, saya ingin untuk berkongsi pada tengahari ini iaitu sebuah Hadis Nabi s.a.w, nabi menyatakan; Hal Tum Soru Nawatu Zafrun Illa Bi Du‟a Faa Ikum. “Bukankah kamu ditolong dan diberi rezeki dengan sebab orang-orang susah, orang-orang lemah di kalangan kamu”. Hadis Imam Bukhori. Kita, naik boleh duk dalam Dewan ni kerana orang bawah, rakyat yang bagi peluang kepada kita. Seseorang tu dapat rezeki disebabkan dia menumpang orang lain.

Tak mungkin kalau orang tu dia kaya dia boleh buat semua kerja, kita kena bergantung kepada orang lain. Orang kaya, kalau dia kaya dia tak mau bergantung, dia nak duk rumah besar macam mana kalau tak dak tukang? Dia nak makan macam mana kalau tak dak pesawah? Kira nak jadi bos kalau tak dak kuli, tak mungkin. Semua bergantung kepada antara satu sama lain. Yang saya nak sebut ialah “Beras Sejahtera” ni yang kita dapat salurkan langsung kepada asnaf, kepada orang berhak yang bila walaupun mereka terima dengan beras, dengan barang-barang dapur sikit, tetapi sumbangan itu bermakna bagi mereka. Saya harap moga-moga tidak ada

masalah berkaitan “Beras Sejahtera” ini dan wajar untuk disokong dan digandakan lagi. Juga Khairat Kematian, Alhamdulillah dinaikkan RM500, moga-moga mudah sepertimana cerita P Ramlee sebutlah, “nak mati pun kena ada duit, bukan senang nak mati”.

Berkaitan dengan isu agama, saya baru-baru ni ada masa pi berkunjung ke Pusat Dakwah Islam Kedah di tengah Bandar Alor Setar. Saya sedih bila melihat pusat yang boleh kata ramai di kalangan kita ada kenangan yang sudah pun berusia hampir 50 tahun, satu pusat yang telah pun dirasmikan oleh Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim dahulu pada tahun 1976, satu pusat yang begitu berjasa. Bahkan waktu PKP baru-baru ini waktu program tak boleh buat, pengurusan Pusat Dakwah menyatakan bagaimana mereka menganjurkan kursus perkahwinan untuk pelajar Kedah di Mesir. Bahkan selepas itu mereka buat kursus perkahwinan untuk golongan pekak dan bisu. Saya tanya, macam mana buat kursus tu? Terpaksa bayar upah untuk jurucakap hat duk gewang-gewang tu (Jurubahasa Isyarat) sehari RM900 YB. Speaker, haa…RM900. Depa faham ka? Pegawai tu kata, “depa faham pasai nampak depa duk gelak” (sambil ketawa). Saya melihat bahawa Pusat Dakwah walaupun dah lama, walaupun uzur, nampak kusam warnanya, bocor sana sini, Allah! Masuk-masuk tengok, ruang solatnya tak boleh dah, karpet tak dak, telah dibuang kerana apa, kalau bocor teruk. Saya dengar Ketua Polis Negeri Kedah telah pun memberikan jaminan untuk wakaf kain untuk ruang solat di Pusat Dakwah itu.

Saya juga ingin bertanya berkaitan status ruang solat di Pusat Dakwah, Musolla ataupun Masjid Melayu Jamek, tak pasti. Moga-moga ada jawapan InsyaAllah daripada YB. Exco Agama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah yang diketuai oleh YB. Dato‟ Paduka SUK dan juga Datuk Syeikh Zakaria atas kejayaan menjadikan Zakat ini satu institusi yang dihormati dan dikenali di dunia. Bagaimana tahun 2019 kutipan zakat RM206 juta, zakat 2020 hampir RM243 juta, zakat 2021 jangkaannya RM255 juta. Bagaimana zakat membantu untuk Kedah dikenali dengan program seperti Kedah International Zakat Academy (KIZA) jemput pakar-pakar dunia mai, Kedah jadi penganjur dan bagaimana Zakat membantu untuk kebajikan rakyat Kedah ni.

Orang Islam yang asnaf sebulan 14,000 orang menerima kebaikan daripada Zakat. 14,000 dengan sebulan sebanyak RM4.5 juta diperuntukkan untuk bantuan tunai kepada penerima itu. Bayangkan kali dengan 12 bulan, RM54 juta setahun diperuntukkan untuk bantuan terus setiap bulan kepada golongan asnaf itu.

578 buah masjid tiap-tiap bulan menerima bantuan ataupun buat „food bank‟ (bank makanan). Kerjasama Perumahan dengan Bank Islam untuk orang yang tak cukup syarat tapi dengan bantuan pinjaman daripada pihak Bank Islam, kerjasama itu melayakkan orang-orang yang ada kekurangan dari sudut sumber pendapatannya boleh buat pinjaman dengan Bank Islam untuk dapat kediaman. Zakat bukan tau kutip saja, mereka bagi kepada rakyat balik, bagi kepada orang ramai balik buat pusat hemodialisis di Menara Zakat, InsyaAllah dan saya ingin mencadangkan agar Zakat tengok mana-mana tanah terbiar milik orang Islam supaya dapat diusahakan. Kalau dalam Dewan ini setiap kali Sidang akan sebut tentang estet padi, mungkin pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah juga boleh untuk bersama buat estet padi dan meletakkan petugas ataupun pekerja-pekerja yang mengusahakannya adalah asnaf dan bila mereka keluar daripada kepongpong kemiskinan maka orang lain pula untuk ambil alih tempat mereka supaya berubah.

Terima kasih juga atas bantuan kepada sekolah-sekolah agama sebanyak RM1 juta berbanding RM500 ribu pada tahun lepas. Tapi RM1 juta tu untuk 200 buah sekolah, kalau bahagi tengok satu sekolah dapat RM5,000 saja. Nak banding dengan Sekolah Cina, RM100 ribu sebuah, Sekolah Agama Rakyat dapat RM5,000 saja, sikit.

Saya ingin menarik perhatian Dewan berkaitan keadaan cuaca yang berlaku mutakhir ini bahkan keadaan ini mungkin berlarutan. Kita maklumi bahawa dunia ini semakin tua dan kawasan Greenland dan Antartika semakin mencair. Kajian menyebut, disebutkan bahawa tahun 2050 Alor Setar ni dijangka akan jadi pulau, Yan tu tenggelam, kawasan persisir pantai tenggelam, ada banyak negara yang akan tenggelam. Kerana apa? Kerana paras air laut yang semakin meningkat tiap-tiap tahun. Indonesia telah pun berusaha memulakan projek memindahkan ibukota mereka ke kawasan kepulauan lain untuk meninggalkan Jakarta yang semakin tahun semakin tenggelam yang tak boleh untuk dipertahankan lagi. Jadi, saya ingin untuk kita melihat berkaitan dengan hakisan pantai dan sebagainya. Bahkan kalau dari Merbok ke Singkir nak pi ke Yan, kita akan lalu Tanjung Jaga. Sekarang ni tepi laut di Tanjung Jaga tu selalu tanah runtuh.

Selain daripada faktor hujan kerap, hujan lebat, adakah disebabkan ladang durian yang atas bukit tu, nampak daripada jauh, saya tak boleh nak gambarkan projek tersebut. Yang buat jalan ni bukan dari Singkir Darat saja, Singkir Laut pun ada jalan, kut Ruat pun ada jalan, Tanjung Jaga pun ada jalan yang boleh menyebabkan tanah tak stabil dan tuan-tuan boleh tengok bagaimana kawasan tu sedang dibuat bagi stabilkan tanah akibat daripada keadaan tanah-tanah runtuh yang berlaku sejak daripada keadaan cuaca yang tak elok.

YB. Speaker, saya ingin untuk mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada YB. Dato‟ Pegawai Kewangan Negeri. Pada bulan 9 yang lalu saya bercakap dalam Dewan ini menyebut berkaitan jalan menuju ke Masjid Haji Zainudin sempena nama ayah mantan Menteri Kewangan kita. Jalan ke masjid itu kurang memuaskan dan Alhamdulillah makluman yang diberitahu kepada saya kelmarin bahawa proses-proses itu oleh pihak yang mendapat kontrak telah pun bermula. Moga-moga apa yang dilakukan itu dibalas oleh Allah untuk kebaikan, InsyaAllah.

Jadi….Ada masa lagi ka?

Timbalan Speaker

Masa sebenar habis!

Ustaz Hanif bin Haji GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Saya pun tak dak terima amanah daripada YB. Pantai Merdeka untuk kawasan dia cuma saya mengharapkan moga-moga kami di Tanjung Dawai ni kalau tuan-tuan pi Tanjung Dawai, saya kalau hari Jumaat, Sabtu dan Ahad kalau boleh saya tak mau keluar ke mana, nak pi Sungai Petani pun tak mau tambah pi Tanjung Dawai, jem sungguh-sungguh. 3 hari ni kalau sebelah petang dari Tanjung Dawai nak pi Sembeling saja kadang-kadang ambil masa 1 jam setengah, jem. Haaa…Nak parkir tak dak, pantai walaupun dalam keadaan terhakis orang pi ramai. Jadi, harap moga-moga ada perhatian daripada pihak kerajaan untuk membangunkan Tanjung Dawai dan dalam masa yang sama akan memberi kesan kepada Pantai Merdeka ataupun kami tumpang Pantai Merdeka pun tak pa, sikit-sikit. Tapi, kebaikan-kebaikan itu InsyaAllah dapat dinikmati bersama terutama penduduk di Tanjung Dawai Khususnya. Terima kasih YB. Speaker dan saya menyokong penuh pembentangan bajet YAB. Dato‟ Seri Menteri Besar. Wallahu‟alam, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Tanjung Dawai. Saya sengaja luaskan masa sedikit untuk YB. Tanjung Dawai kerana ingin wujudkan keseimbangan perbahasan di antara elimen-elimen fizikal dan juga spiritual. Moga-moga inilah teras untuk kita membangun negeri kita.

Seterusnya saya persilakan YB. Kubang Rotan.

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi robbil „alamin wassola tuwassala muála asyrofil anbiya iwal mursalin wa‟ala alihi wasohbihi ajma‟in. „Ammabaq. Allahumma salli `ala sayyidina muhammad wa`ala ali sayyidina Muhammad.

Terima kasih YB. Speaker, Yang Berhormat sekalian, pegawai-pegawai kerajan dan tuan-tuan yang dirahmati oleh Allah s.w.t. Hari ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan Bajet Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2022 yang mana kita tahu bahawa Negeri Kedah Darul Aman pada hujung tahun akan menyediakan bajet yang telah dibentangkan oleh YAB. Dato‟ Seri Menteri Besar tentang akaun hasil disatukan. Apabila kita lihat di sini, jumlah hasil RM725 juta dan anggaran perbelanjaan mengurus ialah RM815,222,220 bermaksud kita difisit sekali lagi RM90,222,220. Untuk makluman YB. Speaker dan juga Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada „frontliners‟ iaitu para doktor, para jururawat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, RELA dan sebagainya termasuk NGO-NGO dan juga Ahli-Ahli Yang Berhormat di sini yang mengambil bahagian untuk membantu semasa kita dilanda pandemik Covid-19 ini.

Saya ingin terus kepada „point‟ iaitu tentang Belanjawan Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2020. Saya memetik dalam Kod 82317 Pemberian Khas Pulau Pinang yang mana terimaan sebenar kita tengok pada bajet yang telah diberikan kepada kita ini. Tahun 2018 tak ada. tahun 2019 tidak ada, tahun 2020 tak ada tapi anggaran pada 2021 dan 2022 adalah RM10 juta dan RM10 juta. Saya rasa dia kosong dekat situ jadi minta pencerahan dan juga pencerahan daripada pihak kerajaan.

Yang keduanya ialah tentang Kod 86101, sumbangan anak syarikat GLC pada tahun 2018 tidak ada, 2019 RM1 juta, 2020 tidak ada. tahun 2021 kita anggarkan RM10 juta dan 2022 RM678 ribu. Bagaimana justifikasi jumlah ini yang telah kita bentangkan di dalam bajet ini.

Yang ketiga tentang justifikasi denda lewat bayar cukai tanah iaitu Kod 76103 pada tahun 2018 kita menerima RM3.5 juta lebih kurang nanti dalam „figure‟ saya bagi ringkas saja, bundarkan, 2018 RM3.5 juta, 2019 RM5.9 juta, 2020 RM3.7 juta dan tiba-tiba dalam angggaran kita pada Bajet 2021 dan 2022 iaitu RM20 juta dan RM35 juta. Bagaimana justifikasi jumlah ini daripada RM3.5, RM5.9, mungkin ada alasan-alasan yang boleh kita kongsi bersama.

Yang keempat ialah tentang Kod 82331 pemberian cukai pelancongan yang sebelum ini saya dimaklumkan „Tourism Tax‟ ini kita terima tetapi 2018 dalam buku belanjawan kita iaitu 2018 tidak ada, 2019 tidak ada, 2020 tidak ada dan anggaran kita pada 2021 ada RM5 juta dan 2022 ada RM5 juta sedangkan tak salah saya ada di setiap tahun itu ada RM5 juta „Tourism Tax‟ daripada Kerajaan Persekutuan terutamanya di Langkawi.

Yang kelima iaitu pemberian caruman lain, saya tak tau mungkin kod ini boleh dibincangkan ataupun boleh dikenal pasti kepada saya, maklumkan balik secara bertulis ataupun maklumkan secara „verbal‟ iaitu pemberian dan caruman lain pada tahun 2018 RM24 juta, tiba-tiba 2019 ada RM232 juta dan 2020 ada RM30 juta, anggaran pula pada tahun 2021 hanyalah RM10 dan 2022 RM10. „Confuse‟ kat situ, tapi tak pa lah kita boleh berbincang, bukan ada apa untuk berbahas dalam bajet kali ini.

Baik, antara lain ialah penerimaan tentang Pulau Pinang yang mana YAB. Menteri Besar dulu, saya pernah sebut iaitu kita menerima dari sebelum ini ialah RM10,000 daripada Perjanjian Bulan dan Bintang ini dari zaman Francis Light dulu kita terima RM10,000 tetapi pada tahun 2019 kita terima RM10 juta dan YAB. Menteri Besar kita dia „cengey‟ elok dah tu, saya pun suka dah tu, „cengey‟ elok dia kata boleh dapat RM100 juta. Kita dapat daripada RM10,000 setiap tahun pajakan Pulau Pinang tapi kita dapat RM10 juta. YAB. Jeneri bagitau dia akan dapat kalau boleh RM100 juta, yang tu „best‟ saya kata. Tapi kali ni tak taulah dapat ka dak. Haa…tambah satu 0 saja bagi dapat RM100 juta, yang tu buatlah macam mana pun daripada RM10 juta yang kami dapat dulu mungkin kali ini boleh dapat lebih daripada tu ataupun dapat RM100 juta demi untuk Kerajaan Negeri Kedah.

Antara lain yang ingin saya sebut, saya melihat daripada Pelan Pembangunan Kedah 2021-2035, tak salah saya Pelan Pembangunan Kedah ni ia dari 2019 – 2035 tapi kita ambil 2021 – 2035 tak pa. Tapi saya melihat itu adalah pelan jangka masa panjang dan kita tau bahawa kita perlukan pelan jangka masa sederhana dan juga pelan jangka masa pendek yang mana kita terlibat secara langsung. Orang sekarang ni kita tahu bahawa pandemik Covid-19 ini memberi impak kepada kesihatan, kepada peniaga-peniaga kecil, kepada ekonomi Negeri Kedah dan juga Negara Malaysia. Jadi, bagaimana kita nak lihat bahawa kerajaan ya, pelan ini saya tak nafikan ia adalah pelan yang begitu baik tetapi bagaimana kita nak melaksanakan dalam masa sekarang ataupun la ni. Saya duk sebut pelan jangka pendek ini adalah masa la ni. Itu sedikit sebanyak. Kita tau bahawa Kedah masih di tangga tercorot 2019 duk

nombor 2 „last‟‟, tercorot daripada segi KDNK dan juga pada tahun 2021 kita nombor 3 last, kita duk main nombor last tercorot. Tapi bola tak palah seri, na YAB. Jeneri, malam tu pun saya pi tapi tak pi duk kat situ.

Yang kedua saya ingin bangkitkan beberapa perkara, banyak yang disebutkan oleh YB. Jitra tentang REE. Saya ingin sebut, saya berminat tentang „Ship To Ship Transfer (STS) Pulau Bunting, Yan yang telah diwartakan iaitu Pelabuhan Persekutuan berkuat kuasa pada 10 Mei 2021 oleh Menteri Pengangkutan iaitu pemindahan gas dan minyak dari kapal ke kapal. Jadi, pelabuhan ini yang kita diambil maklum bahawa dikawal selia oleh Jabatan Laut Malaysia manakala NCIA sebagai agensi yang bertanggungjawab ke atas merangka strategi perkembangan dan pembangunan sosioekonomi wilayah Ekonomi Koridor Utara. Soalannya ialah atau diminta beri penjelasan tentang GLC Negeri Kedah mana yang terlibat, mungkin syer dan sebagainya sebab ia merupakan satu pulangan yang baik daripada segi sosioekonomi kepada Negeri Kedah dan bagaimana kiraan hasil daripada pewartaan Pelabuhan Persekutuan STS ini? Mungkin boleh diperjelaskan sama ada olehYAB. Menteri Besar ataupun YB. Lunas dalam pengangkutan. Itu yang pertama.

Yang kedua tentang isu semasa. Tadi dibangkitkan oleh rakan saya iaitu YB. Bakar Arang tentang beberapa pulau, disebut Pulau Songsong dalam pelancongan. Tetapi semasa saya di sebelah sana (kerajaan) bukan sahaja Pulau Songsong, Pulau Bidan dan Pulau Telur, saya dapat maklum bahawa permohonan-permohonan kita untuk kelulusan dan mendapatkan peruntukan-peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan itu sepatutnya dah ada dah, „elocution‟ kerajaan negeri dapat tapi saya tak tau, adakah dapat atau tidak dan sepatutnya kita minta pada masa itu kita tau kemampuan kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan untuk memberi dana mungkin terhad tetapi kita minta setakat kemampuan iaitu meng‟upgrade‟kan tandas, surau, buat pelantun dan sebagainya supaya diperjelaskan oleh piahk YB. Kuah. Itu tentang „tourism‟ dan pelancongan.

Yang ketiga ialah semasa kami di sebelah sana (kerajaan), kita ada termeterai perjanjian antara International Cooperation Agency (JICA) dan PKNK, Perjanjian Usahasama iaitu Projek Tokachi Food Valley dan Kedah Food Valley. Itu mungkin YB. Kuah boleh tengok balik yang mana agensi yang menguruskan bagi pihak ialah JICA adalah Obihiro Chamber of Commerce and Industry (OCCI) dan juga bagi pihak PKNK ialah Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah yang telah dilaksanakan dan peruntukan geran oleh kerajaan Jepun kepada Negeri Kedah iaitu RM2 juta oleh JIKA dan hasil usahasama tersebut kita menghantar 20 agensi yang saya „lead‟ bersama dengan YB. Lunas semasa pergi ke Jepun dahulu untuk menghantar usahawan-usahawan, saya target „every quota‟, setiap tahun kita hantar usahawan-usahawan

kecil kita untuk pergi „training‟ dan sebagainya untuk seminar dan semua itu dibiayai oleh pihak JIKA. Saya tak dengar apa dah, senyap dan sunyi, minta diberi perhatian oleh pihak kerajaan.

Antara lain ialah usahawan Pekan Rabu, mungkin kena tengok balik, sunyi dah Pekan Rabu dan kita tidak tahu apakah perkembangan dan perhatian yang telah diambil oleh pihak kerajaan iaitu IKS dan Mikro Kredit ataupun e-dagang untuk membantu perniagaan ayahanda-ayahanda dan bonda-bonda kita yang telah berniaga di Pekan Rabu terlalu lama dan ada yang mengeluh dan memberitahu tidak ada langsung perhatian daripada pihak kerajaan negeri. Saya rasa mungkin kita boleh tengok untuk mempromosikan Pekan Rabu dan juga barangan di Pekan Rabu.

Selain daripada itu, saya ingin sebut dalam bajet ini selalu berlaku bajet ini yang telah disebut oleh rakan saya YB. Bakar Arang kita nampak kat sini memanglah pelancongan RM2.61 juta kita pun tahu siapa agensi yang menguruskan kewangan tersebut. Selalunya „tourism tax‟ RM5 juta daripada Kerajaan Federal dan yang lain tu perlu kerja kuat oleh pihak YB. Exco lah pi cari duit di Federal dan sebagainya. Tapi saya tak tahu sama ada, adakah Kedah Tourism yang saya „set up‟ dahulu dan ia bergerak seperti biasa sebab kita malu, berbanding dengan negeri-negeri lain dia orang ada Terengganu Tourism, Selangor ada, Perak ada, Melaka pun ada, kita ada kerjasama sebelum-sebelum ini tetapi Kedah tak dak sebab itu kita tubuh Kedah Tourism dan saya mencari dana RM2 juta dan teruskan. Saya tau setakat mana Kedah Tourism bergerak dan selalunya pergerakan itu kita tidak boleh mengharapkan duit daripada Kerajaan Negeri kerana kita tahu yang mana selalu disebut oleh YB. Dato‟ Kewangan Negeri RM5 juta „tourism tax‟ itu digunakan di Langkawi sebab proses untuk pembangunan di Langkawi dan sebaginya. Yang tu kena tengok lah iaitu YB. Exco untuk mencari dana dan juga menggerakkan di peringkat DUN-DUN dan juga di komuniti-komuniti sepertimana yang disebut oleh rakan-rakan, Gua Komunis apa semua tu.

Carikan dana untuk diberikan kepada setiap komuniti untuk membantu mereka terutama sekarang ini dalam tempoh pandemik Covid-19 banyak orang minat „champing‟. Saya selalu pergi „champing‟ dan tau, depa tak perlukan banyak, kalau boleh kita bantu mereka dalam RM20, RM30 ribu ataupun RM50 ribu dan boleh menggerakkan kawasan tersebut ia sudah cukup memadai kepada penggiat-penggiat pelancongan di Tanah Besar ini.

Antara lain isu yang ingin saya bangkitkan di sini ialah isu kawasan-kawasan saya iaitu beberapa perkara yang telah disebut sebelum ini saya nak sebut juga lah sebab yang ni telah diminta oleh para petani bukan saja para nelayan. Di Kuala Kedah

bukan hanya ada nelayan tetapi juga petani. Sama juga seperti yang dibangkitkan oleh rakan-rakan sebelum ini, YB. Anak Bukit dan sebagainya, isu padi benih yang sering melanda petani terutama musim kedua penanaman padi, bagaimana usaha kerajaan negeri dalam menangani isu tersebut iaitu kekurangan padi benih, isu kualiti, isu harga mahal di pasaran, isu kelewatan, proses pengagihan padi benih kepada PPK, isu kualiti iaitu keperluan 297 tetapi yang diberi hanyalah variety 219 yang telah dibekalkan telah menyebabkan hasil padi terjejas. Isu sekarang ini 219 tu bila depa bagi menyebabkan hasil tuai mereka kehilangan sebanyak 50%. Bila 50% ni siapa nak tanggung? Yang ni kerajaan negeri kena tengok isu padi benih tersebut. Itu tentang isu padi benih.

Yang kedua ialah tentang banjir kilat yang melanda di kawasan saya di Kuala Kedah ekoran pihak kontraktor dan pemaju yang agak cuai saya bagitau, bersama dengan pegawai JPS. Mereka telah „forecast‟ cuaca kita, tapi mereka tak angkat kita punya empangan tebatan banjir di kawasan tu dan orang kampung dan berpesan beberapa kali kepada mereka tetapi tidak dihiraukan, depa kata, “tak pa, tak hujan, lambat lagi”. Tiba-tiba hujan turun lebat awal, dua tiga hari saja menyebabkan banjir kilat habis jadi laut di kawasan Kubang Pangas, Kampung Tanjung Besar, Kampung Lemping dan sebagainya jadi laut, habis padi, habis rumah dan sebagainya. Kesilapan sikit dalam dua tiga hari tetapi ia menyebabkan impak yang cukup besar menyebabkan kerugian yang amat besar kepada para petani yang orang kata hasil mereka tak seberapa. Saya pergi lihat kawasan tersebut, bila „check‟ mana dia pemaju untuk Rancangan Tebatan Banjir di kawasan itu, hanya tinggal Bangla seorang pegawai JPS department jabatan yang lain yang tolong turun bersama saya. Hat tempat tu tak dak, tak tau hilang pi mana. Tinggal Bangla seorang, kami duk bincang-bincang bagaimana nak selesaikan isu banjir kilat yang berlaku di kawasan tersebut dan diminta oleh pihak orang-orang kampung kadang-kadang „engineer-engineer‟ kena dengaq juga lah orang kampung cerita ni. Kadang-kadang depa „base on‟ pengalaman, tapi teori kita terlalu banyak menyebabkan kita tak ambil tindakan segera.

Yang menyebabkan kerugian adalah orang kampung itu sendiri. Saya harap tindakan ini perlu diambil supaya tidak berulang kembali dan rumah penduduk tu tak dak apa lah, bantuan pun tak dak apa, banjir kilat tu tak tau lah YB. Exco, kerajaan negeri pun tak boleh bagi, kita pun tau kemampuan kerajaan negeri. Itu yang kedua.

Selain itu ialah isu jalan di Kubang Pangas. Yang ni tadi saya duk „check‟ dengan YB. Sungai Tiang berkenaan isu jalan di Kubang Pangas. Ia sama ada di bawah Pejabat Daerah ataupun MADA. Jadi, bila isu tersebut dah mengecil, saya dah maklum tapi apa-apa pun saya ucapkan terima kasih kepada YB. Sungai Tiang yang

banyak membantu apabila saya „pm‟ (personal message) sendiri kat dia, apa-apa pm tepi. Tindakan yang diambil tu terbaiklah, saya boleh puji tapi ambil satu lagi lah hat yang duk ada ni, InsyaAllah di Kubang Pangas.

Manakala yang terakhir ialah isu jalan di Kampung Sungai Dua, tentang titi dan „kok‟. Hari tu bila saya pi, oh! Dah ada jalan dan sebagainya MADA dah lulus dah tapi bila kita bincang tanya, depa kata duit tak dak seperti apa yang diceritakan oleh YB. Anak Bukit. Isunya potongan daripada pihak MADA yang terlalu besar, peruntukan kepada MADA menyebabkan „last‟ sekali dah lulus apa semua tak boleh laksanakan, orang kampung duk „nganga‟ juga, „last‟ skali tak boleh. Minta YB. Lunas kut-kut boleh tengok sikit perkara tersebut di Kampung Sungai Dua berkenaan titi dengan „kok‟ di kawasan tersebut.

Itu saja ucapan saya. Saya mengucapkan ribuan terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Kubang Rotan. Seterusnya Saya persilakan YB. Bukit Selambau.

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Terima kasih YB. Speaker, salam sejahtera….(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

Sebelum tu saya beri ruang kepada YAB. Menteri Besar.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih YB. Tuan Speaker. YB. Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan di bawah Peraturan 12(1)(a) Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya Sidang Dewan pada pagi ini disambung semula pada jam 2.30 petang selepas ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari. Terima kasih.

YB. Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya bersetuju dengan usul yang dibuat oleh YAB. Dato‟ Seri Menteri Besar tersebut.

Silakan YB. Bukit Selambau.

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Terima kasih. Salam sejahtera, tacha haw, vanakkam, dan sawadhikap. Tema Bajet Tahun 2022 adalah “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”, tema yang baik. Cuma saya ada beberapa usul untuk memastikan perbelanjaan itu merangkumi semua kaum dalam Negeri Kedah. Apa maknanya tema “Keluarga Malaysia” kalau bajet tidak diperuntukkan secara adil untuk semua kaum.

YB. Speaker, saya pohon supaya semua wakil rakyat di Negeri Kedah ini mendapat jumlah peruntukan yang sama rata. Sesetengah keadaan kita dapati Penyelaras DUN mendapat lebih banyak peruntukan daripada DUN yang dipilih oleh rakyat. Wakil Rakyat adalah yang dipilih oleh rakyat sendiri. Cukai dibayar oleh rakyat, pendapatan Negeri Kedah adalah daripada pelbagai bentuk cukai yang kita kutip. Jadi, haruslah kita memperuntukkan satu perundangan, penyelesaian atau wartakan supaya peruntukan yang diberikan kepada setiap ADUN mestilah sama rata untuk semua iaitu peruntukan kepada ADUN pembangkang dan juga ADUN kerajaan. Ini adalah kerana rakyat sebagai contoh di DUN Bukit Selambau selalu datang untuk meminta banyak bantuan dan pertolongan tetapi oleh kerana kekangan peruntukan kami tak dapat memberikan secukup-cukup kepada mereka. Sebagai contoh, untuk menghantar geran Pusat Khidmat mengikut DUN, kami hanya dapat RM2,000 saja padahal Wakil Rakyat kerajaan dapat RM8,000 dan juga lain-lain bantuan. Saya pohon YAB. Jeneri mengkaji semula peruntukan kepada semua ADUN-ADUN. Ini adalah sangat penting sebab peruntukan yang kita bakal terima akan diberikan kepada rakyat di kawasan kita terutamanya mereka dari golongan asnaf, B40, miskin, ibu tunggal dan sebagainya. Ini adalah sangat penting. Kita mesti mau buat satu usul atau rang undang-undang dan wartakan usul itu supaya ia menjadi satu kebiasaan kepada kerajaan negeri pada masa akan datang supaya tidak ada kekangan kewangan kepada mana-mana ADUN.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, baru-baru ini di kawasan Bukit Selambau, di Kampung Jeram berlakunya satu banjir iaitu pada 18 haribulan sampai 20 haribulan, banjir besar. Semenjak 2018 kawasan itu berlaku banjir. Ini menyebabkan kira-kira 31 orang keluarga harus dipindahkan di Masjid Kampung Jerung dan kami

harus memberikan bantuan kecemasan daripada segi pemindahan mereka walaupun kita ada bantuan daripada pejabat daerah dan sebagainya. Masyarakat di sana meminta banyak peruntukan untuk disalurkan kepada mereka dan juga saya pohon kepada pihak JPS, kalau tuan-tuan tengok kertas ini, B13, Jabatan Pengairan dan Saliran peruntukan untuk Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah adalah RM45,972,400.00. Jadi, saya pohon kepada pihak kerajaan negeri supaya memastikan membuat satu kajian yang komprehensif untuk memastikan banjir di kawasan Kampung Jerung tidak terjejas dan mungkin kalau tidak diambil tindakan yang proaktif mungkin menyebabkan kehilangan nyawa dan sebagainya.

Di kawasan DUN Bukit Selambau sekarang adalah satu-satunya lokasi di Negeri Kedah di mana berlakunya pembangunan perindustrian yang sangat pesat. Ini adalah satu sebab krisis air berlaku di sana. Baru-baru ini dari 10 hingga 15 haribulan November, telah putus bekalan air di Taman Bandar Baharu, Taman Lembah Permai di Sungai lalang, Bedong. Ini menyebabkan mereka sengsara dan menderita dan pihak SADA tidak dapat menampung permintaan air yang begitu tinggi kerana rakyat di sana ada lebih kurang 6,000 orang. Jadi, saya pohon pihak SADA dengan bantuan kerajaan negeri memastikan masalah bekalan air yang sering terputus di kawasan Bukit Selambau khasnya di Taman Bandar Baharu diselesaikan dengan segera sebab tiap-tiap hari mereka hantar banyak mesej dan saya telah berjumpa dengan Encik Syukur, Pegawai SADA di sana. Ini adalah satu yang penting.

YB. Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, pada 13 haribulan Perdana Menteri telah merasmikan Sambutan Perayaan Deepavali Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur. Dalam pada itu juga beliau mengumumkan satu peruntukan khas iaitu RM5 juta untuk diberikan kepada rumah-rumah ibadat bukan Islam di mana wang itu disalurkan kepada….(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

YB. Bukit Selambau, kita berhenti sat jam 1.00 nanti kita sambung lagi. Pukul 2.30 kita sambung lagi. Jemput duduk dulu.

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Behenti dulu ok boleh, nanti kita sambung kemudian.

Timbalan Speaker

Terima kasih YB. Bukit Selambau. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.

[Sidang Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari]

[Sidang Dewan disambung semula pada jam 2.30 petang]

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan Selamat Petang. Dewan disambung semula. Sambungan perbahasan YB. Bukit Selambau!

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Terima kasih YB. Dato‟ Speaker! Saya sambung sekarang. Pada 13 November 2021 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan peruntukan dana sebanyak RM5 juta untuk penyelenggaraan rumah-rumah ibadat Bukan Islam iaitu untuk membayar elaun sami faster dan aceger dan saya rasa itu adalah satu „moved‟ yang baik dengan tema keluarga Malaysia. Saya pohon Kerajaan Negeri Kedah turut mengikut jejak langkah tersebut dan meluluskan sumbangan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk rumah-rumah ibadat bukan Islam iaitu untuk kuil-kuil hindu, kuil cina dan wat siam dan juga sedikit peruntukan untuk aktiviti-aktiviti sekolah SJK Tamil, SJK Cina dan juga Kelas Bahasa Thai di 48 Wat Siam di Negeri Kedah.

Di sini adalah penting kerana dalam bajet kita, tema bajet kita adalah Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua tapi kandungan bajet ini tidak mempamerkan jumlah peruntukan kepada kaum-kaum yang kedua dan ketiga besar di Malaysia. Ini adalah sangat penting kerana sebuah kerajaan mestilah berlaku adil kepada semua rakyat. Kalau kita tengok sejarah di Negeri Arab, masa itu kepentingan dan keutamaan diberikan kepada kaum wanita dan juga kaum minoriti. Semua kaum di Malaysia ini khas di negeri ini membayar cukai. Cukai adalah sumber pendapatan yang utama kepada pentadbiran negeri ini.

Jadi, saluran bajet, peruntukan bajet haruslah mesti memberikan fokus dan mengambil kira kepentingan kebajikan terutamanya kaum-kaum India, Cina dan juga kaum Siam yang menetap di Negeri Kedah ini. Mereka ada lebih kurang 30% daripada jumlah penduduk. Saya pohon Yang Amat Berhormat Jeneri mengkaji semula, perkara ini saya dah lama dah sebut, pada tahun lalu pun saya dah beritahu, menghabiskan kepada kepentingan kaum-kaum lain selain daripada kaum besar iaitu kaum Melayu-Islam.

YB. Dato‟ Speaker, kita tahu baru-baru ini Kerajaan Negeri Melaka tumbang. Salah satu sebab kenapa Negeri Melaka tumbang adalah kerana pemerintahan sebelum tumbang negeri itu adalah bersikap tidak adil dan racist dan ini adalah kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh 4 orang Ahli Dewan Undangan Negeri yang keluar yang menyatakan sebab mereka tidak senang hati dengan pemerintahan ketika itu, memerintah ketika itu, dan mengapakah mereka keluar?

Salah satu faktor utama adalah Kerajaan Melaka pada ketika itu tidak sensitif kepada kepentingan kaum minoriti dan mereka terus bersikap „racist‟. Jadi, saya pohon itu adalah satu tauladan atau contoh yang ada di sana, kita tidak mahu benda itu berlaku disini! Saya mohon kerajaan negeri ambil kira permintaan dan usul saya supaya kepentingan kaum-kaum lain harus diberi keutamaan!

YB. Dato' Speaker, point saya yang berikutnya adalah 2, 3 bulan yang lalu saya hantar 3 surat kepada Yang Amat Berhormat Jeneri dan sampai hari ni saya tak ada apa-apa jawapan dari YAB. Jeneri.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

YB. Bukit Selambau, mohon laluan!

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Ya..silakan!

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Tadi, YB. Bukit Selambau sebut „racis‟t dan perkauman, pagi tadi pun kita dengar YB. Guar Chempedak umum syarikat yang nak mulakan projek di KRC itu, nama dia Pea Hong ka YB. Guar Chempedak? Dan rasanya Pea Hong itu bukan melayu maknanya kita meraikan semua kaum untuk berada mencari makan, mencari nafkah, dan mendapat hasil bumi Kedah ini dinikmati bersama. Kita tak racist! Kita meraikan semua!

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Terima kasih YB. Sungai Limau! Cuma saya nak bagitau contoh apa yang berlaku di sana dan itu boleh dijadikan sebagai teladan. Saya sambung semula, saya menulis surat kepada Yang Amat Berhormat Jeneri berkenaan dengan satu permintaan untuk sekolah KAFA di Zon Mawar Ambangan Height.

Pihak KAFA meminta dan hantar surat kepada saya meminta RM18,000.00 untuk kerja-kerja baik-pulih dan pembinaan semula sekolah KAFA di sana. Saya selaku Adun di kawasan tersebut hanya mampu bayar RM1,000.00 dan membelikan pasir dan simen. Selepas itu, satu lagi ada satu surat dari pihak surau di Amanjaya, dekat Taman Kelisa Ria, mereka hantar satu surat.

Saya pun turut memberikan RM1,000.00 sumbangan dari Pejabat Dun untuk kerja-kerja pembinaan surau tersebut dan selepas itu saya menulis satu surat kepada Yang Amat Berhormat Jeneri selaku Menteri Besar kita untuk mendapat sedikit peruntukan untuk memberikan sumbangan barangan dapur, barangan bakul sempena perayaan Deepavali iaitu saya minta RM25,000.00. Setakat ini, sampai hari ni saya tak ada dapat apa-apa balasan, respon dari Yang Amat Berhormat Jeneri. Yang Berhormat Dato' Speaker, saya adalah seorang Adun tunggal Masyarakat India dan kami meraikan perayaan Deepavali pada 4 hari bulan. Adakah banyak YAB. Jeneri memberikan sedikit sumbangan supaya saya dapat salurkan kepada masyarakat yang memerlukan khasnya Masyarakat India.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

YB. Dato‟ Speaker, YB. Bukit Selambau. Mengenai peruntukan Deepavali itu, rasanya diberikan kepada Exco yang memegang portfolio tersebut! Saya rasa ada! Walaupun tak bagi kepada Yang Berhormat saya rasa ada! Exco tersebut ada! Saya pun dapat, diuruskan oleh Pejabat Menteri Besar, saya rasa ada. Yang Berhormat boleh check dengan Exco yang berkaitan.

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Terima kasih YB. Kuala Ketil. Saya tidak bagitau YAB. Jeneri tidak memberikan peruntukan kepada Exco Masyarakat India! Saya cuma minta, saya selaku Adun Bukit Selambau, saya adalah salah seorang wakil tunggal masyarakat india, saya minta peruntukan khas daripada YAB. Jeneri! Itu saja saya minta tapi saya tak ada apa-apa balasan. Saya pohon pada masa akan datang, berilah sedikit penghormatan, sedikit consideration kepada kita kerana saya menganggap beliau adalah Menteri Besar kita, jadi mesti menggunakan budi bicara beliau untuk memberikan sedikit sumbangan! Itu adalah penting untuk memastikan sillaturrahim kita kekal selamanya. Khairat kematian yang baru diluluskan iaitu RM500.00 untuk setiap orang yang meninggal yang kita akan bagikan kepada wakil keluarga atau waris keluarga.

Saya pohon dalam sidang ini supaya dana itu disalurkan kepada setiap akaun dun masing-masing kerana walaupun kita ada Penyelaras Dun, setiap hari ada orang yang meninggal wakil atau waris mereka datang ke pejabat saya meminta duit khairat kematian, wang khairat kematian. Saya tak dapat memberikan dan saya hanya berikan kepada mereka alamat dan nombor handphone Penyelaras Dun berkenaan. Mereka beritahu kebanyakan masa, Pejabat Penyelaras Dun ditutup dan tidak dapat hubungi. Saya adalah seorang wakil rakyat di kawasan berkenaan, saya hanya mampu membayar dalam RM100.00 sahaja! Jadi, pada tahun hadapan saya mohon pihak kerajaan dan pihak Yang Amat Berhormat Jeneri consider cadangan saya rakyat dapat manfaatkan bantuan khairat kematian yang banyak kali ini.

Saya ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan yang memberikan khairat yang meluluskan khairat kematian sebanyak RM500.00. Itu adalah satu petanda yang baik! (YB. Kubang Rotan mencelah)

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

YB. Bukit Selambau! Boleh?

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Ya…silakan!

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

YB. Bukit Selambau, YB. Dato‟ Speaker, saya juga menghadapi benda yang sama apabila YB. Bukit Selambau memaklumkan penyelaras dun, kebanyakannya dia tutup pejabat. Saya pun beberapa kali pergi, itu supaya kita senangkan, setakat mana kemampuan kita, kita pass kepada penyelaras dun, tapi kebanyakannya yang saya check memang tutup pejabat! Selalu berlaku macam itu. Mungkin kerajaan negeri boleh lihat kembali!

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Terima kasih YB. Kubang Rotan. Itu sebab saya berikan satu kaedah di mana dana yang diluluskan macam PH memerintah Negeri Kedah, setiap Adun dimasukkan RM5,000.00 dan selepas membuat pembayaran dan kami akan hantarkan resit dan baucer berkenaan.

Selepas itu, mereka akan „reimbursed‟ wang itu. Jadi, cadangan itu bolehlah digunapakai untuk memastikan waris itu dapat duit khairat kematian pada pada masa yang segera, pada hari kematian itu saja sebab mereka menggunakan dana itu! (YB. Sungai Limau mencelah)

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Mungkin pembetulan sikit YB. Bukit Selambau ya, bukan setiap Adun tapi hanya Adun kerajaan sahaja yang dibekalkan dengan kaedah yang disebutkan oleh YB. Bukit Selambau.

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Itu, betul! Yang YB. Sungai Limau nyatakan itu betul! Tapi sekarang kita harus memperbaiki, itu cadangan yang diberitahu seperti yang kita cakap, itulah fakta! (YB. Kuala Ketil mencelah)

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

YB. Bukit Selambau, saya ingat YB. Bukit Selambau mai duk tang ni lah, dapat banyak sikit!

Ustaz Mohd Isa bin ShafiePAS · GSBelantek

YB. Bukit Selambau….

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Ya..YB. Belantek!

Ustaz Mohd Isa bin ShafiePAS · GSBelantek

YB. Bukit Selambau, saya dengar dari peringkat awal lagi isu yang disebutkan itu, memang kita tak nafikan, saya sudah 3 penggal jadi wakil rakyat, sebelum ini tak dapat apa yang kita dapat sekarang. Wakil rakyat sebelum ini, pembangkang tidak diberi habuan untuk menentukan pusat khidmat dia, tapi diberi RM200,000.00 untuk menentukan maka diberikan setiap bulan dalam bentuk RM2,000.00 maknanya ada perubahan kita buat sekarang dia tidak akan sama dengan bentuk-bentuk yang lalu.

Dia ada perbezaan dan peningkatan, kalau kita sama seperti sebelum ini maknanya satu pentadbiran yang ada keistimewaan tentang kemenangan pentadbiran itu kita dapat duit untuk dalam menentukan kegiatan rakyat dan kepentingan awam. Itu dikeluarkan untuk ini bukan sama. Jadi, saya harap kena faham dalam tulah tak boleh nak bezakan antara kerajaan dan macam ni, kalau berbeza macam tu kita takkan dapat puluhan tahun sudah bermula dengan kerajaan dia memang berbeza dalam keadaan. Kalau gagal itu, kena mai duk belah sini lah pulak kut!

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Terima kasih YB. Belantek! Untuk pengetahuan YB. Dato‟ Speaker, selepas perjanjian MoU ditandatangani di antara PH dan PN, kebanyakan Ahli Parlimen mereka mendapat peruntukan yang lebih kurang serupa macam Ahli Parlimen pemerintah. Saya pohon kita buat kaedah yang serupa supaya kami pun akan dapat sebab dana itu digunakan untuk rakyat saja bukan untuk kita! Kita tidak mahu rakyat sengsara! Di Negeri Johor, setiap Adun dapat RM300,000.00 macam itu juga di Negeri Perak Darul Ridzuan, saya pohon ini menjadikan satu contoh di Negeri Kedah Darul Aman supaya kita masing-masing mendapat dana yang serupa. Jadi, kalau dapat kelulusan macam itu YAB. Jeneri akan jadi hero! Betul akan jadi hero sebab „first time‟! „first time‟! dia akan buat macam itu! Itulah yang kami endahkan dan itulah yang rakyat perlukan!

Speaker

Akan jadi apa?

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Hero!

Speaker

Ohh….hero!

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Maksudnya for all time and for all people! Sbab kita ada tanah, bukan tak dak tanah. Kita ada RM660 juta, bagi sikit saja untuk rakyat bukan untuk kita! Silakan YB. Kubang Rotan!

Encik Mohd Asmirul Anuar bin ArisAMANAH · PHKubang Rotan

YB. Dato‟ Speaker! YB. Bukit Selambau, adakah setuju selalunya begini dalam keadaan kita jadi kerajaan kita lebih suka kepada pihak kita, di pembangkang kita selalu ke belakang. Sebagai contoh apabila kerajaan PH mengambil alih tampuk pemerintahan kita mulakan dengan sedikiy entitled kepada ketua pembangkang, memberi kereta, memberi elaun dan sebagainya dan kemudian bermulanya peruntukan kepada pembangkang. Itu satu step yang kita ambil kepada pembangkang, itu terbaiklah pertama kali diwujudkan. Jadi, apabila kerajaan sekarang ini Kerajaan PN, kalau nak jadi hero pula YAB. Jeneri mungkin ada tambah penambahbaikan sendiri itu yang dimaksudkan oleh YB. Bukit Selambau! Kita mungkin boleh bincang, tetapi yang diberi kepada kita pun sama macam kita bagi dahulu. Betul! Kita ucapkan terima kasih tetapi adakah ia merupakan penambahan lebih baik dan lebih baik sebab negeri dan negara itu mesti berkembang dengan lebih baik!

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Ya..untuk kepentingan rakyat sahaja!

Dato’ Norsabrina bt Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Laluan! YB. Dato‟ Speaker, saya nak tanya YB. Bukit Selambau, semasa YB. Bukit Selambau menjaga Masyarakat India di zaman kerajaan dulu berapakah peruntukan dan berapa bakul makanan yang disediakan untuk Masyarakat India di Bandar Baharu. Saya rasa saya minta tak pernah dapat jugalah untuk lebih 5,000 keluarga Masyarakat India di Bandar Baharu.

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Minta maaf YB. Bandar Baharu saya tak dapat ingat, sebab 2, 3 tahun lalu saya tak dapat ingat! Untuk YB. Bandar Baru cuma dekat Kuil di Serdang saya ada bagi RM15 ribu untuk perayaan Maha Shivarathiri yang berlaku di sana dan ada juga sedikit-sedikit NGO dekat sana di Sabah, Parlimen Kulim-Bandar Baharu, saya ada bagi, kerajaan negeri ada bagi untuk pembinaan RM25 ribu. Itu yang saya ingat. Pada keseluruhannya setiap tahun untuk kepentingan Masyarakat India iaitu untuk kuil, untuk NGO dan juga untuk sekolah-sekolah Tamil kalau tak silap saya kita dekat beri sumbangan dekat RM300 ribu YB. Bandar Baharu! Jadi, saya pohon sedikit peruntukan untuk Masyarakat India dimasukkan dalam dalam bajet ini supaya Yang Amat Berhormat Jeneri akan jadi hero orang dia. Terima kasih!

Speaker

Terima kasih kepada YB. Bukit Selambau iaitu YB. yang paling favourite lah, semua orang pakat nak tanya dekat Bukit Selambau. Sekarang, saya menjemput YB. Kota Siputeh.

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi Rabbil A‟lamin Wassalatu‟ Wassalamu‟ Ala‟ Asrofil Am‟biya Iwalmursalin Wa'ala A‟lihi Wasahbihi‟ Ajma'in. Robbisrohli Sodri Wayar‟sirli Amri‟ Wah‟lul Uq‟datan Min Li‟saani Yaf Qauhu Qaouli‟.

Yang dikasihi, YB. Berhormat Dato' Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Adun Adun, Ketua-Ketua Jabatan, Ahli-Ahli Media. Alhamdulillah di kesempatan sidang dun pada kali ini. Kota Siputeh diberikan peluang untuk berbahas pada kali ini untuk Bajet 2022. Saya melihat Bajet 2022 yang dibentangkan! Ada beberapa yang ingin saya bangkitkan berkaitan dengan Bajet ini, tentulah bajet yang dibuat ini adalah sebenarnya untuk membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat. Saya merasakan perlu lagi banyak peruntukan yang diberikan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat seperti masalah air, saya rasa semua kawasan di Kedah ini semua Dun lah yang menghadapi masalah ini. Kita tahu kata 5 Loji Rawatan Air yang yang tak tahulah, dah dibina ka, sedang dibina ka, belum lagikah? Tetapi dijangkakan kalau di sebelah Kodiang itu, dikatakan Loji Rawatan Air Pelubang itu dijangkakan akan siap pada tahun 2024. Bayangkan masyarakat kita ini setiap hari, selang sehari saya ini dapat aduan daripada penduduk di sekitar Kota Siputeh yang mengadu tentang masalah air. Kalau di rumah kita tiada air kan, jadi kita rasa macam mana? Jadi, begitulah juga dengan masalah rakyat yang kita perlu ambil perhatian! Di rumah saya pun tak ada air juga tapi saya tak apalah, saya buat tangki besar kat luar itu tapi bagaimana dengan rakyat dibawah yang hidup mereka kais pagi, kais petang nak beli tangki besar nak boh pam itu memanglah tak mampu. Jadi, kerajaan perlu peruntukan lebih lagi duit. Saya tengok tak ada pun peruntukan daripada kerajaan untuk bantu selesaikan masalah yang jangka pendek iaitu buat telaga tiub ka, beli tong bagi dekat rakyat ka, ini tengah-tengah malam bangun tadah, basuh kain, basuh pinggan dan sebagainya! Jadi, bajet indah macam mana pun dengan projek besar-besar lah dengan litar lumba ka apa ka? Rakyat tak tengok yang itu, dia tengok masalah kami diselesaikan!

Masalah rakyat apa dia? Ini yang kita kena tengok, ini yang kerajaan kena ambil perhatian! Itu masalah air yang dihadapi oleh rakyat kita dan masalah lain pula ialah saya nak bagi cadangan lah masalah air ini kan banyak juga yang berlaku NRW kan, kebocoran air sebab tu tekanan rendah, dia tak sampai mungkin boleh tukar paip air ka? Ada satu kawasan tu Kampung Pida katanya sebelum pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan dibuat paip baru, selepas sebulan tak boleh guna paip itu, guna balik paip lama lepas itu berlaku kebocoran duk masuk ayaq sungai dalam paip Sada! Betul-betul air sungai ini, bau masam air sungai masuk dalam paip sada! Sampai seminggu bagitau kepada SADA tapi mereka minta penduduk yang cari sendiri dekat mana? Adakah penduduk nak boleh cari kat mana paip itu bocor dan air sungai itu masuk dalam paip itu! Akhirnya, mereka datang, korek sana, korek sini sampai beberapa hari tak tahulah selesai ke tidak dan memang saya berhubunglah dengan YB. Sungai Tiang, Dato‟ Suraya! Saya tak pasti dah selesai ke belum masalah itu tapi itulah air sungai masuk dalam air paip SADA! Rugilah kerajaan dah belanja buat paip baru tak pastilah masa tu berapa juta tiba-tiba guna paip lama juga, berlaku kebocoran, air sungai masuk. Jadi, salah satu perkara yang berlaku di kawasan sayalah! Mungkin kawasan lain banyak lagi masalah air ini.

Kemudian, masalah jalan berlubang, jalan yang berlopak dan ada accident ada kematian juga! Di sini kerajaan kena ambil berat untuk jangka pendek sebelum buat jalan tar apa yang lebih berjuta-juta tu mungkin boleh bantulah tampung tar reput ka apa ka, batu ka untuk sementara jalan-jalan Pida ini. Memang banyak masalah jalan-jalan berlubang sampai saya pun terpaksa keluar duit sendiri beli batu lori untuk pi tampung jalan-jalan itu sebab kesian kat penduduk! Penduduk pula kutip duit di antara penduduk ini untuk tampung jalan-jalan tu sebab dah tak boleh nak lalu dah kan! Jadi, ini di antara masalah yang dihadapi oleh rakyat. Kemudian, masalah banjir kilat yang sering berlaku, masalah parit tersumbat sebab sampah berlonggok-longgok kan, masalah sampah ini satulah, dengan masalah parit yang tidak dibersihkan, dengan rumput lah, dengan kelapa lah jatuh dalam parit-parit itu tidak diselenggara dengan baik oleh JPS. Jadi, saya mengharapkan peruntukan yang lebihlah kepada JPS untuk cuci parit-parit ini, clear bagi elok supaya laluan air itu elok, tidak berlaku banjir, banjir kilat yang boleh masuk dalam rumah penduduk ini dan merosakkan harta benda mereka.

Kemudian, masalah rakyat hilang pekerjaan dalam ini perlu dibantu dari sudut berikan peralatan, perniagaan memang kerajaan ada buat tapi banyak rakyat kita yang susah ini, banyak rakyat kita terkesan dengan pandemik covid ini, mereka ini perlu dibantu, diberikan peralatan perniagaan supaya apa-apa peralatan lah mesin pemotong rumput, supaya mereka boleh bekerja, mencari pendapatan untuk membangunkan ekonomi mereka semula!

Kemudian, masalah rumah yang tidak ramai rakyat kita yang masih lagi belum ada rumah sendiri, mereka menyewa rumah-rumah dan ada yang setengah itu tak mampu pun kan! Jadi, apakah tindakan kerajaan untuk membantu rakyat kita yang yang susah ini? yang B40 ini, yang asnaf ini, perlu perbanyakkan lagi PPR iaitu Program Perumahan Rakyat ini untuk bantu rakyat-rakyat kita yang macam ini kan! Memang sebelum ini kita dah ada dah beberapa PPR tetapi kita memerlukan lagi perumahan yang kos rendah ni untuk membantu rakyat kita supaya mereka boleh memiliki rumah. Mungkin kita boleh bagi rumah percuma kepada mereka yang memang tak mampu, nak bayar sewa rumah pun tak mampu, nak beli pun tak mampu, mungkin perlu adakan rumah yang percuma untuk mereka ini ataupun rumah yang kos rendah yang dibeli oleh mereka dengan bayaran bulanan yang sedikit macam PPR sekarang ini lah!

Kemudian, satu lagi perkara tentang petani-petani yang menanam padi ini, baru-baru ini dengan hujan lebat menyebabkan mereka berulang tabur padi benih ini kan. Jadi nak tanyalah adakah peruntukan bantuan kepada petani-petani ini untuk menampung kos pengurusan mereka duk tabur benih padi beberapa kali ini dan sekiranya ada berapakah peruntukan tersebut?

Saya nak masuk bab isu pendidikan saya memetik kata-kata Sheikh Yusuf Al-Qadawi, apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini. Sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari golongan yang berakhlak dan berhemah tinggi tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur tetapi jika keadaan sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku.

Jadi tentunya kita inginkan generasi muda kita adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi yang tentunya yang berkaitan dengan pendidikan, kejayaan yang cemerlang di sudut pendidikan ini akan dapat menghasilkan generasi muda yang sebagaimana yang kita inginkan dan perkara ini perlu dititikberatkan oleh kerajaan. Saya lihat tak da peruntukan yang khusus untuk membangunkan anak-anak kita ini Memanglah dalam ni ada peruntukan RM28 juta untuk Maktab Mahmud, saya tak bagi lagi nah! Peruntukan kepada UNISHAM sebanyak RM9.5 juta, peruntukan kepada IQDAR, biasalah ini peruntukan kepada Maktab Mahmud, IQDAR dan UNISHAM memang setiap tahun, memang setiap tahun dapat peruntukan ini tapi peruntukan untuk…(YB. Sungai Limau mencelah)

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Boleh Kota Siputeh ini?

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Saya tak benarkan! YB. Dato‟ Speaker, saya teruskan, kita perlukan peruntukan untuk mendidik anak-anak kita ini supaya mereka cemerlang. Kita ada 400 ribu pelajar, kita tak boleh fokus kepada sekolah-sekolah agama sahaja! Kita ada 700 buah sekolah di Negeri Kedah ini, 400 ribu pelajar yang perlu kita santuni, yang perlu kita lihat masalah mereka, dengan pandemik, dengan tak datang ke sekolah setelah dua tahun, bagaimana mereka ketinggalan dan tercicir di dalam pelajaran, tidak adakah peruntukan untuk tuisyen kepada pelajar-pelajar kita. Tuisyen percuma kepada pelajar-pelajar SPM, kita sentiasa tercorot di dalam pendidikan dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia ini. Kita tercorot dari segi pendidikan bagaimana kita nak membangunkan pendidikan kita kalau kita tidak peruntukan sebahagian kewangan.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Yang Berhormat, minta laluan!

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Sat lagi saya bagi na saya nak ceramah sat!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Tau dah, memang tak bagi dah! Tau dah!

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Saya mohon supaya ada peruntukan untuk pelajar-pelajar kita ini dapat tuisyen percuma kemudian diberikan peranti, pelajar-pelajar kita tiada perantik pun daripada kerajaan. Kalau Kerajaan Johor ada bagi 8,000 peranti kepada pelajar sekolah di seluruh Johor, Negeri Perak bagi 20,000 telefon pintar kepada pelajar daripada keluarga B40 tapi daripada Negeri Kedah ramai sebenarnya anak-anak kita tak ada peranti, ada anak yang ada keluarga sampai empat orang, berebut handphone mak ayah, berebut handphone adik, kakak, abang untuk nak belajar secara PDPR dan PDPR ini akan diteruskan lagi, sebahagian ke sekolah, sebahagian lagi pergi PDPR di rumah tapi kalau kita tidak ambil berat sangat tentang pendidikan ini bagaimana kita nak melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang yang kita inginkan mereka ini akan mengambil alih tempat kita sebagai pemimpin, mereka inilah yang akan bekerja di industri-industri yang kita nak bangunkan, yang kita banggakan tapi siapa yang sebenarnya yang nak memenuhi industri-industri tersebut sebagai „engineer‟ dan sebagainya.

Kalau tidak diberi sekarang, kita membantu mereka sebab kita tahu kita tidak mahu mereka ni terus tercicir, menjadi generasi yang tercicir daripada pembelajaran. Jadi, kita kena bantu mereka, semua agensi perlu bersatu untuk membantu menyelesaikan masalah ini, ibu bapa yang dalam keadaan kesusahan B40 kan, bagaimana JKM kena bantu, Zakat kena bantu supaya mereka keluar daripada kesusahan ini supaya mereka mampu untuk beli data supaya anak-anak ini dapat belajar dan kita pun tahu kebanyakan anak-anak kita ini bukanlah semuanya dapat mengikuti PDPR ini kan, bermasalah kan! Jadi, apakah peranan dan usaha kerajaan untuk memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar kita ini supaya berminat untuk belajar? Ada yang dah bekerja pun, ada yang tak minat dah untuk mengikuti PDPR, sanggup kerja sebab keluarga susah, nak bantu ibu dan ayah jadi. Apa peranan kita? Apa peranan NGO untuk mengusahakan supaya pelajar-pelajar kita ini kembali ke sekolah belajar dan meneruskan pembelajaran mereka. Kemudian, masalah internet,

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Boleh kut soalan sikit! Satu soalan saja!

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Saya banyak lagi ni, takut tak dan!

Speaker

YB. Kota Siputeh, tak apa bagi! Saya bagi „extra‟ masa sat lagi.

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Baik!

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Speaker, YB. Kota Siputeh. Jadi, alhamdulillah saya nak tanya soalan kepada Kota Siputeh, berkenaan dengan apa yang dikemukakan tadi seolah-olah kita rasa macam pembangkang ini rasa macam dia nak jadi kerajaanlah, perasan itu! Kita lama dah kita rasa, apa yang dirasai oleh Kota Siputeh itu!

Jadi sebenarnya PDPR ini dah mula berlaku dah di sekolah dan semua pakat pi sekolah dah dan bantuan-bantuan yang diberikan oleh semua agensi pun rasanya telah kita berikan kepada anak-anak pendidikan yang kerajaan berikan. Jadi, saya rasa nak bagi setiap rumah itu, mustahillah! Apa pandangan?

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Terima kasih YB. Bukit Lada. YB. Dato‟ Speaker, memang saya tahu KPM ada bagi bantuan, Zakat pun ada bagi bantuan kan tapi sebenarnya masalah di bawah tu masih ramai lagi yang bermasalah kan, saya rasa di kawasan masing-masing pun ada masalah kan sebab di kawasan saya pun saya bagi kat mereka 100 tablet. Saya bagi duit saya sendiri lah untuk 100 tablet. Saya rasa kawasan lain pun memang ada masalah kan maksudnya rakyat kita di bawah tu ramai yang memerlukan bantuan kan! Tadi, saya sebut tentang Internet! Jadi, masalah Internet ini masalah juga, saya mencadangkan supaya kerajaan selepas ini ambil Sistem Teknologi 5G! Sistem teknologi 5G ini mudah dipasang di tiang-tiang lampu elektrik dan kerajaan pun boleh dapat sewa daripada sistem teknologi 5G ini dan dia berkemampuan yang kelajuan dia lebih baik lah kan berbanding dengan 4G kan dan memang bermasalah sangatlah dengan internet yang slow ini, anak-anak nak mengikuti PDPR, guru-guru nak mengajar kan, jadi kena segerakan yang ini, masalah internet ini!

Speaker

YB. Kota Siputeh, peminat ramai ni, tak apa bagi sat lagi kita tambah masa!

Dato’ Norsabrina bt Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Terima kasih kepada YB. Dato‟ Speaker! YB. Kota Siputeh, cadangan 5G itu dah kaji betul ke sebab saya nampak macam tak berapa nak bagus dan bukan cadangan yang terbaiklah sebab kalau kita ada untuk 5G itu tetapi peranti kita itu sampai 3G saja boleh terima untuk masuk internet itu! Sat lagi bubuh yang 5G tu kena beli lagi, kerajaan kena bagi lagi peranti baru. Itu kena kaji balik YB. Kota Siputeh.

Seterusnya, yang kedua saya nak tanya tadi YB. Kota Siputeh ini, YB. Kota Siputeh bagitau kata pendidikan Kedah tercorot dalam Malaysia. Saya tak tau penunjuk aras mana YB. Guna! Saya kesianlah yang pencapaian SPM baru ini ramai kita 9A+ yang dapat pelajar-pelajar kita dapat scholarship sampai berapa scholarship daripada kerajaan persekutuan. Tak kan tercorot kut! Terima kasih YB. Kota Siputeh!

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Terima kasih YB. Bandar Baharu, YB. Dato‟ Speaker, tadi tentang masjid 5G itu sebenarnya kita memang kena dah bergerak ke arah itu memang Kerajaan Persekutuan pun lepas ni 3G dah tak ada kan! Kita bergerak ke arah 5G takkanlah kita maksudnya kita kena diberitahu lah kepada rakyat semua bahawa pergerakan kita ke arah kemajuan ini maksudnya rakyat harus mengikuti perkembangan kemajuan akan datang dan ini pun mungkin mengambil masa setahun yang akan datang bukanlah esok lusa kita nak buat terus kan, perlahan-perlahan lah! Kemudian, tentang tercorot itu, keputusan SPM lah kalau dulu masa saya jadi Exco Pendidikan itu, masa itu dalam 12 hingga 13 ke bawah ranking lepas itu keputusan yang baru-baru ini sebenarnya keputusan yang tidak tepat sedangkan dalam pandemik macam mana boleh SPM boleh begitu cemerlang dalam keadaan pendemik. Anak saya pun dapat 12A kan, dia duk main handphone saja kat rumah, dia duk main handphone saja di rumah, saya pun tak tahu macam mana dia boleh dapat 12A!

Speaker

Mak dia pandai tu!

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Jadi, peratus itu mereka turunkan sehingga menunjukkan kecemerlangan SPM. Kita pun hairan dalam keadaan pandemik itu boleh cemerlang dalam SPM! Jadi, tidak boleh berlaku penipuan-penipuan macam ini!

Speaker

YB. Kota Siputeh, masa sebenar sudah habis! Saya bagi 4 minit lagi!

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Kemudian, tentang TVET, kerajaan juga kena bantu pelajar-pelajar kita ini terutamanya pelajar-pelajar Tahfiz untuk kita bagi biasiswa percuma supaya mereka boleh masuk ke institusi-insitusi TVET di Negeri Kedah ini. Jadi, kena bantulah! Saya ada buat satu portal TVET tapi saya tak tahulah kenapa tidak digunakan untuk membantu pelajar-pelajar kita ini memilih bidang-bidang mana, kursus-kursus mana yang mereka minati, dan memilih institusi-institusi mana yang mereka ingin ikuti, kursus-kursus kemahiran ini!

Jadi, kerajaan kena tengok juga pelajar-pelajar kita ini yang bersesuaian dengan mereka untuk mereka memasuki kursus-kursus TVET ini mungkin melalui iklan-iklan, kursus-kursus, motivasi kepada mereka kan dan saya masuk kepada sedikit pembangunan insan, kita lihat kes-kes kita tahulah masalah …(YB. Sungai Limau mencelah)

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Yang Berhormat, minta laluan! Sikit saja!

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Minta maaf saya tak dak masa na! Saya teruskan!

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

4 minit tu! Sikit boleh ka?

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Saya tak benarkan YB. Dato‟ Speaker. Masalah kes bunuh diri, kes stress, kes yang berlaku baru ni di Bukit Kayu Hitam ya, tiga orang abang merogol adik perempuan yang berusia 13 tahun dan banyak lagi kes-kes yang seperti ini. Kes bunuh diri meningkat hingga 143%, 683 kes daripada Januari hingga Julai 2021, lebih kurang sehari, 2 kes bunuh diri di Malaysia. Ini sangat serius ya!

Jadi, saya mohonlah supaya ada peruntukan untuk pembangunan insan terutama untuk mendidik anak-anak, sekolah telah dibuka, masuklah NGO-NGO di sekolah ini untuk mendidik anak-anak kita supaya mereka tidak terlibat dengan pornografi, tidak terlibat dengan dadah dan tidak terlibat dengan ketum, tidak terlibat dengan judi! Mereka semua ini perlu dididik macam kes judi tapi kita kena didik rakyat kita supaya jangan pi main judi kat situ kan! Jadi, didikan ini perlu dididik daripada peringkat sekolah lagi, peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, didik mereka ini supaya mereka menjadi insan yang yang bertakwa. Sebab itu kita tak boleh fokus kepada Sekolah Agama semata-mata, kita perlu fokus kepada sekolah-sekolah kerajaan juga untuk mendidik pelajar-pelajar kita.

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Adakah Yang Berhormat tidak bersetuju dengan sistem pendidikan kita sekarang, yang sedia ada? Tak setujukah dengan Sistem KAFA sekarang yang kita ada, sistem pendidikan agama di sekolah tidak mencukupi. Adakah Yang Berhormat tidak setuju dengan sistem tersebut?

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Saya setuju! Saya setuju! Kena tambahkan lagi sebab…

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Habis tu?

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Saya setuju! Saya setuju! Kena tambahkan lagi lah…

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Jadi, Yang Berhormat setuju lah kedai judi terus dibuka lah! Setuju ka?

Ustaz Mohd Isa bin ShafiePAS · GSBelantek

Ini masalah agama, saya rasa agak cermat sikit lah kita bercakap! Kita takut dalam Dewan ini bertengkar lagi, lagi teruk!

Mejar (B) Mansor bin ZakariaPAS · PNKuala Ketil

Kalau Yang Berhormat setuju, saya nak bagitau kepada rakyat bahawa Yang Berhormat setuju!

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, nak bercakap kena setuju kepada speaker!

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

YB. Dato‟ Speaker, nak tutup kedai judi semua itu ianya perlu melalui kerajaan persekutuan, boleh lah cakap. Saya pun seorang Islam memang tau judi itu haram, semua benda itu haram, kita tahu! Kita hidup dalam satu warganegara yang terdiri daripada pelbagai kaum, hak orang Cina kita kena hormati hak mereka kan! Kita kita kena didik orang kita, rakyat kita, orang Islam kita supaya jangan pi main judi kan! Jadi, didikan ini perlu dari sekolah lagi!

Speaker

Ok, YB. Kota Siputeh boleh buat „conclusion‟!

Dr. Salmee binti SaidAMANAH · PHKota Siputeh

Ok, baik! Last sekali tentang wanita-wanita, sedikitlah tentang wanita mohonlah supaya para wanita, ibu tunggal di rumah ini diberikan peruntukan untuk mereka di sudut peralatan perniagaan seperti oven mesin jahit, mesin tepung supaya mereka boleh mulakan kehidupan mereka dengan perniagaan untuk mereka keluar daripada kemiskinan, untuk bantu keluarga, kehidupan yang lebih baik! Jadi, itulah diantara yang dapat saya sampaikan. Terima kasih YB. Dato‟ Speaker kerana berikan masa yang lebih kepada saya!

Wabillahitaufik Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Sekarang, saya menjemput YB. Bukit Lada!

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirahim. Dengan nama Allah saya mulakan! Allahummasolli‟ A‟la saidina‟ Muhammad Selawat dan Salam atas junjungan juga atas keluarga dan para sahabat yang dimuliakan. Tahniah dan Syabas kepada ketua pimpinan Yang Amat Berhormat Dato‟ Seri Tuan Haji Sanusi atas kurniaan, Yang Berhormat Dato‟ Speaker pun tidak dilupakan, yang belum dapat saya doakan Insya-Allah tahun depan Insya-Allah!

Berbaju Hijau Segak Menawan, Berjalan Megah Menuju Ke Dewan Pembentangan Bajet Sudah Dibentangkan Teruja Sungguh Ketua Pembangkang Sehingga tidak ada kritikan! Masya-Allah pembangkang macam kerajaan, Inilah dia semangat yang ditunjukkan! Jitra dan Gurun pun sudah dijinakkan Tegas tapi lembut berbahasa dalam pandangan! Alhamdulilah titik hitam sudah ditinggalkan Putih berseri yang dibahaskan!

Tahniah saya ucapkan perbahasan pada kali ini menampakkan kematangan sama ada daripada kerajaan ataupun pembangkang. Mungkin kerana bajet pada kali ini bajet rakyat, Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua, memahami kepentingan rakyat apabila kerajaan menambahkan lagi beras sejahtera daripada 150 kepada 200 penerima iaitu pada tahun hadapan kita akan mendapat 2,414 pack beras sejahtera dan kalau didarabkan dengan 36 dun kita akan dapat 86,400 pack. Masya-Allah disambungkan lagi dengan apa yang dikeluarkan oleh Pihak Zakat maka Insya-Allah tidak ada lagi orang yang susah, yang tidak ada makan! Itu yang pertama!

Yang keduanya ialah khairat kematian RM300 kepada RM500, saya ingat baru ini ada seorang sahabat Tiong Hua mai ke pejabat, dia tinggal dengan ibu dia dan berhenti kerja kerana nak jaga mak dia, tiba-tiba mak dia meninggal dunia dan dia mai mengadu, dia kata dia ambil pakej yang paling murah, paling murah pun beribu-ribu iaitu mereka ini akan dibakar dan akan diambil abu dia, ini yang paling murah paling murah pun beribu lah!

Speaker

Berapa ribu YB. Bukit Lada, paling murah?

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Lebih pada RM5,000.00 maknanya dia tak tak mampu nak bayar dan saya kata, kita kerajaan negeri hanya bagi RM300, dia kata RM300 pun tak pa dah! Saya pun bagi duit saya sikit, tambah lagi! Dia seronok apabila mendapat walaupun kita bagi nilainya tidak banyak tapi sikit saja tapi dia balik dengan keadaan senyum dan pusing belakang tak tau berapa kali kerana dapat RM300 kalau dapat RM500 lagi banyaklah senyum.

Kemudian, yang ketiganya saya simpati dengan Adun Adun Pembangkang lebih-lebih lagi Bukit Selambau, daripada awal lagi cadang macam-macam seolah-olah nak minta ini kalau boleh bagi sama, nak boleh ni kalau boleh bagi sama pertimbangkan, bantuan-bantuan yang diberikan! Kita di peringkat pembangkang ini kita dulu waktu kita jadi pembangkang kita tahu, pejabat kami dalam kereta saja, pi mana pun naik kereta, orang telefon cop, kita cop dalam kereta, nak pi rumah kawan ini kerana nak cop! Pergi ke Pejabat Kebajikan, pergi ke pejabat-pejabat pun, orang tengok kita pun, kita takut, kita tak tahu depa ni nak layan kita ka tidak! Ini ialah perasaan yang dirasai oleh pembangkang.

Jadi, Alhamdulillah kita ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat apabila memahami perkara ini bagi duit yang sepatutnya boleh daripada pihak kerajaan dapat RM10,000 sepatutnya ni kita rapat tapi tak apalah kita korban RM2,000 sebulan bagi kepada Adun-Adun Pembangkang bukan sikit RM24,000 kalau setahun maknanya keringanan yang boleh dirasai oleh kita! Boleh bayar pejabat pun tak pa dah! Alhamdulillah. Jadi, kalau YAB. nak bagi lagi Insya-Allah! Kita harap apa yang dirasai oleh kawan-kawan kita tidak akan dirasai oleh sesiapa nanti kerana Bukit Selambau waktu dia jadi kerajaan dia terlupa tak dan nak fikir kalau dia bagi haritu, RM5,000 hari ini dia dapat RM5,000 tapi dah tak bagi langsung nak buat macam mana? Jadi, Insya-Allah mungkin YAB. boleh fikir kalau tak bagi banyak pun bagi sikit terpulanglah kepada YAB. kita!

Seterusnya, saya mengucapkan terima kasih juga kepada pihak kerajaan iaitu berkenaan dengan RM7.2 juta di bawah P04 disalurkan kepada setiap daerah untuk longkang dan parit di kampung. Ini adalah kali pertama! Betul no! Kali pertama bantuan RM7.2 juta bila orang duk kata kerajaan ini tak buat apa ke bila jadi banjir dan sebagainya! Insya-Allah bila peruntukan ini ada dapat membantu JPS, MADA dan sebagainya kerana banjir kali ini sangat dahsyat! Kami di Pokok Sena ini taklah berlaku sampai ke tahap itu, hampir 600 buah rumah 27 JPKK dan 40 kampung yang terlibat dengan banjir, yang paling banyak di kawasan sempadan dengan Pendang, itu kampung lah sempadan Pendang iaitu Permatang Limau, Gulau dan sebagainya iaitu 150 buah dan mereka ini boleh kata tiap-tiap tahun dan setahun tak tahu berapa kali duduk dalam air saja! Paling lewat mereka dan paling awal kena dan paling lewat habis!

Jadi, mereka ini rumah rendah duduk dalam kawasan bendang, Tak boleh nak buat apa dah! Kita tak boleh nak buat apa dah, kita pun tak tahulah kecuali mungkin ada harapkan kerajaan dapat menilai ataupun mencari satu inisiatif yang terbaik untuk membantu penduduk-penduduk di sinilah! Seterusnya di Taman Puteri, 114 buah, seminggu tenggelam, 2,3 hari bersih elok, tenggelam pula kali yang kedua.

Kali yang pertama tenggelam 112 buah, kali yang kedua tenggelam 114 buah, Tanya pasal apa 2 buah lagi tak tenggelam, dia kata ini rumah contoh, rupanya rumah contoh dia buat tinggi, baru tahu kata rumah contoh dia buat tinggi, rumah yang lain dia buat rendah! Jadi, kita mengharapkan PBT boleh tengok balik macam mana spec yang diluluskan dan taman-taman ini timbul, banyak keliling tu sedangkan taman ini tak pernah banjir, 9 tahun dah tak pernah banjir, tiba-tiba kali ini banjir tentulah ada sebab dan kita mengharapkan pihak kerajaan dapat melihat.

Kemudiannya, kita mencadangkan kepada pihak MADA ataupun JPS kalau boleh buat perancangan walaupun dikatakan setahun 4 kali sekarang ini 2 kali. Jadi, kalau boleh sebulan ataupun dua bulan sebelum musim banjir ini ambil gambar tunjuk sikit kata kita ni pi korek parit dan sebagainya sebab netizen hari ini dia duk hentam, dia kata sebelum banjir buat apa? Jadi, sebenarnya peruntukan ada dan kita mengharapkan pihak kerajaan boleh mengambil perhatian. Kemudian, saya nak tegur sikit lah Anak Bukit, walaupun dia tak mai hari ini, kerana saya duk tengok Anak Bukit ini dia memang macam tu selalu dia mai sat saja, berbanding dengan Gurun, kadang-kadang Jitra ini dia banyak sikit, tapi kalau Gurun alhamdulillah kerap sangat dia duk luar kut.

Speaker

YB. Gurun duk mesyuarat online lani. Dia minta kebenaran saya!

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Ohh…mesyuarat online! Alhamdulillah saya faham maknanya seolah-olah kita melihat bahawa dia memberi komitmen kepada Kedah kerana bila kita bertanding di dua tempat maka kita kena bagi komitmen lah, kita bukan lama 4 hari atau 5 hari saja! Duduk di Sidang Dun 4 hari atau 5 hari lepas itu pi lah ke Parlimen tapi kita seolah-olah rasa mai hari pembentangan pun tak mai, hari dia nak bercakap saja, petang itu saya tak pasti ada ka tak dak! Petang itu saya tak pasti.

Jadi, dalam ucapan yang dikemukakan oleh YB. Anak Bukit baru ini menyebutkan fakta pada 2021, RM111 juta yang diberikan kepada MADA diturunkan kepada RM91 juta. Jadi, saya mendapat maklumat daripada sahabat-sahabat di Parlimen, depa mai hantar buku kepada kita. Saya nak tanya Gurun tapi Gurun tak dak! Dalam muka surat 203 menyatakan bahawa 2021 dan 2022 adalah sama sahaja iaitu RM91 juta. Jadi, seolah-olah kita nak bawa satu bandingan, kita nak bawa fakta yang tak berapa betul, sebenarnya tahun 2020 barulah RM111 juta berbanding dengan tahun 2021 dan 2022 sama sahaja kekal dia punya bajet.

Kita mengharapkan pihak kerajaan boleh ambil mempertimbangkan bajet tambahan kepada Pihak MADA kerana melibatkan 100,685 hektar padi, dan membekalkan 43% keperluan beras negara.

Keduanya, saya nak sebutkan juga iaitu apabila Anak Bukit menyebutkan timbul persepsi yang tidak baik kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar iaitu menyatakan bahawa melantik kroni dia, lantik kroni jadi Pengerusi MADA, kalau begitulah cara pemikirannya Langkawi pun begitu juga lantik kroni dia Bagan dan Anak Bukit sebagai Menteri dan Timbalan Menteri. Kalau kita nak fikir macam itu tentulah ini juga pemikiran-pemikiran yang kita rasa seolah-olah nak bawa persepsi buruk, persepsi buruk kepada kepimpinan.

Saya mengingatkan ayat Al- Quran yang dibacakan oleh Yang Amat Berhormat Dato‟ Seri dalam ucapan bajet ayat yang pertama yang dibaca iaitu dalam surah Surah Ar-Ra'd, ayat ke-11 iaitu :-

Ayat ini dibacakan oleh Yang Amat Berhormat Dato‟ Seri dalam ucapan bajet baru ini. Bagi manusia ada malaikat yang selalu mengikutinya bergilir di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Kita mesti ingat kita ada malaikat yang berada di kanan dan kiri dan ada di hadapan dan belakang kita yang sentiasa bersama dengan kita dan akan mencatat segala kebaikan dan kejahatan yang kita lakukan.

Seterusnya, ialah saya balik ke rumah semalam, saya tengok live sekali lagi untuk melihat kepastian apabila Jitra minta sokongan kita semua bangun waktu Jitra minta kita bangun, saya pun bangun dan semua Ahli Dewan Undangan kita semua bangun kerana untuk memerangi rasuah akan tetapi semasa Sungai Limau minta bangun untuk menyatakan sokongan isu judi, saya lihat ada beberapa Adun orang Islam yang tak bangun termasuk Jitra dan Kota Siputeh!

Jadi, tak bangun! Jadi, saya nak tanya ayat yang dibacakan oleh Jitra itu iaitu ayat surah Al-Baqarah 188 muka surat 29 sebelah kanan, muka surat 29 ayat 188, sebelah kanan, lima ayat lepas tu ayat 219, muka surat 34 sebelah kiri, ayat yang sama yang dibacakan oleh Jitra “Wala‟tak kulu‟ Amwa‟lakum Bainakum‟ Bil‟batil”.

Jangan kamu makan harta di kalangan kamu dengan jalan yang batil iaitu ayat tentang rasuah dan ayat 219, muka surat 34.

“Yasalu‟naka Anil Khomri‟wal Mai‟sir” apabila ditanyakan kepada kamu tentang khomar dan judi katakanlah pada keduanya itu terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Kalaulah kita orang yang beriman Afatu' Minu‟na Biba'dil Kitaab‟ Wa‟takfuru‟na Biba'd. Jadi, kita mengharapkan bahawa kita orang Islam, orang bukan Islam lain! Orang Islam kita ada pendirian ayat Al-Quran kita kata macam itu jadi seperti mana dikemukakan oleh Jitra, ayat Al-Quran dalam surah sama begitu sepatutnya kita menerima di mana pandangan ayat Al-Quran dimana ayat surah yang sama tapi ayat yang lain. Saya juga bertanya kepada sahabat-sahabat saya daripada kaum Siam. Saya nak minta Speaker dengar sedikit [Rakaman Bahasa Siam]. Tak faham ka? Tak faham tak apa, saya bagi yang boleh faham! “Selamat Pagi dan Salam Sejahtera, YB. Ustaz Salim Mahmud Al Hafiz, nak cakap bab hokum ini Ustaz, kalau ikut hukum ini tak jauh beza dengan hukum agama islam. Jadi, banyak perkara benda yang dilarang..dalam hukum itu banyak!

Encik Teh Swee LeongDAP · PHKota Darul Aman

YB. Dato‟ Speaker, Peraturan Dewan tidak membenarkan menayangkan video atau perbualan…(YB. Bukit Lada mencelah)

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Tak apa, dengar sat, sat lagi…..(YB. Speaker mencelah)

Speaker

YB. Bukit Lada, ok faham dah!

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Ok faham dah! Jadi , apa yang saya nak sebutkan di sini Orang Siam ini bukan orang Islam ini orang Siam. JPKK kita saya tanya dia apa pandangan dia kata dalam agama Buddha seperti mana orang Islam mengharamkan judi sama juga dia kata! Jadi dalam agama Buddha menyatakan bahawa seperti mana orang Islam mengharamkan judi begitulah juga di haramkan judi dalam agama mereka. Ada 5 perkara yang disebutkan oleh sahabat kita tadi dan saya dapat merujuk beberapa kitab Buddha antaranya ialah Kitab Sutta Pitaka.

menyatakan bahawa ditulis beberapa perkara yang berkaitan dengan kesan judi di antaranya ialah pemenang memperolehi kebencian dari yang kalah yang kalah bersedih kerana kekalahannya, kehilangan kekayaan dan kata-katanya tidak boleh dipercayai di mahkamah. Ini di dalam Kitab Sutta Pitaka. Di dalam Agama Hindu pun menyebutkan bahawa dalam Selokan 222. Judi menimbulkan kecurian! Dalam seloka 227 menyatakan bahawa judi menimbulkan permusuhan! Seloka 228 judi menimbulkan kejahatan. Ini di dalam kitab-kitab yang saya temui dalam perbahasan berkenaan dengan apa nama hukum judi ini!

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

YB. Speaker minta laluan!

Speaker

YB. Bukit Lada, YB. Derga minta laluan!

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Ya..ya! Silakan!

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Terima kasih YB. Bukit Lada, terima kasih YB. Speaker, tadi pun saya ada habaq dekat YB. Sungai Limau, memang percaya sebab agama ajar kita ke tahap yang baik tapi saya nak pohon tanya YB. Bukit Lada sebab petikan tersebut, adakah hanya

petikan yang sedikit hanya „intrepret‟ untuk golongan yang berlainan sebab semua ada mazhab dia. Semua ada semangat. Jadi, saya cadangkan sebab saya bukan dikatakan antara orang yang fasih dalam agama buddhist. Saya bukan among yang fasih dalam Bahasa Buddhist. Saya cadangkan supaya kita adakan satu sesi untuk membawa pengaji ka, kita bawa orang yang betul untuk bincang isu ini sebab kita di dalam negara majmuk ini saling faham memahami antara agama penting dan juga menghormati budaya itu adalah penting dan saya pohon yang ini dicadangkan dan sama-sama bantu!

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Cantik! Cadangan yang baik YB. Derga!

Speaker

YB. Bukit Lada, masa sebenar sudah tamat tapi saya bagi 3 minit lagi!

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Ok, baik! Baik! Sikit saja nak habis dah! Seterusnya, saya nak sambung sikit lagi berkenaan dengan yang ini kerana saya takut ini adalah isu politik sahaja waktu-waktu menjadi kerajaan, waktu itu pada 28 Disember 2020 kenyataan daripada Timbalan Menteri Pertahanan iaitu Liew Chi Tong menyatakan bahawa saya mencadangkan agar kerajaan ikut langkah PH. Dia mencadangkan supaya kerajaan mengikut langkah PH iaitu mengurangkan cabutan daripada 22 kepada 11 kali pada 2019 dan 8 kali pada 2020. Jadi kenyataan ini menunjukkan bahawa adakah kerana waktu mereka tidak jadi kerajaan, mereka mencadangkan supaya judi ini dikurangkan tapi bila kita nak laksanakan di Negeri Kedah, tak bagi pula! Ini seolah-olah nampak bukan perjuangan yang sebenar! Bukan perjuangan yang sebenar! Bahkan ada orang yang saman, orang yang nak orang yang nak hapuskan judi, dia boleh dapat duit pula tu, berpuluh ribu oleh kerana orang itu nak hapuskan judi. Ini kesianlah kepada Yang Amat Berhormat kita lah! Yang terakhir sekali, saya minta kepada pihak kerajaan, pihak Exco untuk anak-anak muda ini, tolong perhatikan berkenaan dengan anak-anak muda kita yang terlibat dengan pelbagai bentuk gejala lebih-lebih lagi di Langkawi dengan araknya dan sebagainya dan cuba fikirkan suatu inisiatif yang terbaik untuk kita bantu kepada anak-anak kita dan last yang terakhir saya nak sebut berkenaan komen sikit berkenaan bola iaitu saya mengharapkan dan mendoakan semoga Kedah akan menang pada hari khamis ini walaupun kita seri di sini dan anak-anak kena faham, kita orang susah! Bila kita orang susah, ayah ni pi sekolah, pi sekolah pi bayar yuran hari ini, esok pi bayar yuran lagi tiba-tiba dua

bulan tak boleh nak bayar yuran, anak kena faham ayah ni susah. Jadi, kadang-kadang bawa plastik, bawa plastik, duit ringgit dalam poket dibagi yuran di sekolah! Jadi, kita mengharapkan yuran yang diberikan oleh ayah kita ini tiap-tiap bulan, RM24 juta, bukan sikit! Setahun RM20 juta lebih Insya-Allah kita akan tunjukkan yang terbaik di dalam persembahan pada hari Khamis ini Insya-Allah dan saya akhirkan dengan “bunga dedap di atas para, anak dusun pasang pelita, kalau tersilap tutur bicara, jemari disusun maaf dipinta, buah cempedak enak rasanya, buat tatapan di waktu senja, sekian saja ucapan saya, diharap dapat manfaat semua”. Saya menyokong penuh ucapan Bajet 2022. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB. Bukit Lada. Saya jemput YB. Pengkalan Kundor! Silakan!

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera, Yang Berhormat Dato‟ Speaker, YAB. Dato‟ Seri Jeneri, Rakan-Rakan Exco, Pegawai-Pegawai Kerajaan dan semua ahli mesyuarat yang dirahmati Allah sekalian. Saya mengucapkan terima kasih kepada YB. Dato‟ Speaker kerana saya diberi juga keizinan walaupun di hujung-hujung ini nak cakap di hujung ini dah modal pun tak ada dah! Depa ambil semua dah! Terima kasih kerana memberi masa dan kalau boleh macam YB. Dr. Salmee tadi diberi tambah 4 minit!

Speaker

5 minit saya bagi tambah dekat Pengkalan Kundor!

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Dengar dak? Janji! Janji! Saya mulakan dengan format teks ucapan pembentangan YAB. Dato‟ Seri Menteri Besar iaitu beliau memulakan dengan Pandemik Covid-19. Saya nak sentuh itu dulu sebelum saya pergi kepada beberapa teras-teras yang disebutkan juga. Saya mulakan dengan muka surat 2, para 4 itu ada sedikit pembetulan. YAB. Dato‟ Seri Menteri Besar, gelombang ketiga Covid-19 pada bulan Jun tahun 2021.

Gelombang yang ketiga adalah 20 September 2020 iaitu selepas daripada pilihanraya sabah dan 20 September 2020 itu diisytiharkan gelombang ketiga sampai sekarang. Pada Sidang Dewan yang lalu kita dimaklumkan bahawa proses vaksinasi yang menjadi antara senjata utama kita untuk menangani masalah ini dalam konteks di Negeri Kedah dia lewat! Satunya kita dimaklumkan haritu ini disebabkan oleh vaksin yang dibekalkan kepada Kedah terpaksa diagihkan ke Lembah Klang. Tapi pada masa sama dari segi pendaftaran yang sebenarnya kita juga terkebawah masih pada masa itu yang kedua ke bawah di bawah Sabah, Sabah nombor satu bawah dan seterusnya selepas itu kita!

Pada bulan 6 kami mengambil inisiatif, Pakatan Harapan mengambil inisiatif menggerakkan satu taskforce yang saya sendiri ketuai untuk melantik ahli sukarelawan di setiap dun dan juga parlimen untuk melakukan pendaftaran vaksinasi dan bukan setakat itu saja kita juga meminta supaya mereka-mereka yang mampu berdaftar dengan mana-mana NGO, MYVAC, MERCY dan lain-lain untuk memastikan bahawa mereka juga berada di lapangan untuk membantu kerajaan untuk melonjakkan angka vaksinasi di Kedah pada masa itu dan Alhamdulillah usaha yang sedikit ini akhirnya membantu juga kerajaan pada keseluruhannya untuk melonjakkan vaksinasi kita yang hari ini sudah sampai ke angka hampir 90 peratus. 1.3 juta lebih orang dewasa, saya sendiri lebih di 20 lokasi yang bertindak sebagai „frontliners‟ berada di lapangan untuk memberi vaksinasi di beberapa lokasi dan Datuk Seri MB sendiri pernah berjumpa dengan saya di UUM dan saya kira di beberapa daerah saya telah bertindak sebagai volunteers sendiri di Baling, di Yan, di Padang Terap dan sudah tentu banyak kali di daerah Kota Setar termasuk empat kali di kawasan PKPD Kuala Kedah tetapi saya nak lahirkan perasaan sedih saya apabila di dun saya sendiri bertindak sebagai vaksin, Jangan lupa saya adalah volunteers daripada MYVAC dan saya juga adalah voluteers daripada MERCY, saya ucapkan tahniah kepada MERCY yang membantu banyak dalam usaha untuk meningkatkan vaksinasi dalam semua negeri dalam negara kita termasuk di Kedah. Pada 29.9 , setelah pada 8.9 saya telah menjadi volunteers di dun saya sendiri di Pusat Latihan Mada Alor Serdang tapi 3 minggu selepad itu saya telah dihalang! Saya telah dihalang oleh Penyelaras DUN Pengkalan kundur, hantar mesej kepada saya bukan daripada beliau tapi daripada JPKK yang juga saya kenal tapi arahan itu adalah arahan daripada Penyelaras Dun. Saya sebagai seorang profesional Doctors without borders melampaui sempadan tapi saya pelik lah saya tak faham dengan saya sedikit pun tidak ada perasaan politik ini malah saya pergi ke PAS kawasan Alor Setar, Di Teluk Sibir, saya duduk dalam tu menjadi volunteers, saya tidak kisah! Sebab pada saya bersama-sama dengan pasukan perubatan itu untuk membantu, itu adalah prioriti saya dengan saya tidak mengira di mana tempat itu tapi di sini saya melahirkan lagi sekali, dukacita saya….(YB. Alor Mengkudu mencelah)

YB. Dato‟ Speaker, berhubung dengan kes berkenaan arahan daripada Penyelaras Dun, Yang Amat Berhormat Jeneri perlu buat satu penjelasan adakah Penyelaras Dun ini diberi satu kuasa eksekutif untuk mengarah jabatan dalam senarai tugas mereka kerana setahu saya Adun pun tiada tugas eksekutif dia sebenarnya. Adun pun tak dak tugas eksekutif sebenarnya. Adun pun bukan boleh mengarah DO pun, tak boleh! Adun tiada kuasa eksekutif. Tiba-tiba penyelaras ada kuasa eksekutif. Ini perlu YAB. beri penjelasan supaya mereka faham tugas merekalah. Macam mana setuju?

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Ok, terima kasih. Saya masukkan ke dalam ucapan saya. Saya menghormati sebagai seorang kawan seorang PHD holders, pemegang PHD, doktor falsafah jadi di atas sifat kawan dan juga dulu masa dia PRU dulu, dia lawan sayalah. Jadi, saya hormat, tapi saya kesallah, sebab saya saya hadir di semua pusat di atas dasar saya seorang volunteers frontliners untuk bantu! Dan itulah priority saya! Jadi, saya

Speaker

Doktor bantu itu apa? Doktor cucuk sama ka?

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Saya sebahagian daripada team itu, cucuk tu nurse, saya tak cucuk! Saya duk depan sikit daripada hat cucuk tu. Yang ketiganya, yang ini mungkin YB. Tokai boleh ambil perhatian iaitu system my sejahtera itu, masih lagi banyak kelemahan. Anak saya setelah 3 minggu dapat dos yang kedua tapi belum dapat sijil sehingga saya buat aduan di PKD akhirnya mereka melihat itu semua dan rasa mungkin dalam masa yang terdekat ini akan adalah! Saya hadir tadi dengan kebenaran daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar, semua pergerakan saya depa maklum dan depa maklumkan kepada saya. Jadi, saya kira apa yang saya buat tidak melampaui apa-apa sama ada dari segi perubatan ataupun juga dari segi apa ini seorang wakil rakyat lah. Yang kedua saya juga ingin melihat kepada teras-teras yang YAB. sebut iaitu teras kedua dan teras ketiga, saya ingin memberi fokus kepada beberapa isu yang berlaku sekarang ini iaitu teras pertama adalah pemangkin dan pemulihan aktiviti ekonomi dan yang ketiga peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat.

Saya ingin membawa tuan-tuan untuk sama-sama melihat kesan daripada covid-19 hari ini telah melebihi 150 ribu di Kedah dan angka kematian lebih daripada 2,000. Daripada 2,000 kematian itu berapa ramai anak anak yang kehilangan ayah, berapa ramai anak-anak yang kehilangan mak, berapa ramai anak-anak yang kehilangan ayah dan ibu! Dua tiga minggu lepas saya pergi ke Dun saya, saya tidak tahu pun bahawa mereka kehilangan kedua-duanya sekali di Taman Bersatu, Kuala Kedah. Apabila saya hadir di situ, saya nampak ada 4 orang kanak-kanak, dua orang telah sekolah dan dua lagi belum sekolah, duduk berkeliaran disitu dan dijaga oleh pak menakan dia! Saya tanya mana mak ayah dia? Laa..doktor, mati dua-dua sebab covid. Berapa ramai yang sebegini yang patut dibantu sebelum diambil alih oleh JKM untuk memberi bantuan yang sewajarnya. Jadi, ini perlu kepada belanjawan khusus yang tidak disebut dalam bajet ini untuk memastikan bahawa ini adalah golongan yang benar-benar yang patut dibantu. Saya yakin daripada 2,000 yang kematian itu, ramai yang macam saya sebutkan tadi, kita perlukan data, Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kedah ada data-data ini dan pohon sebahagian daripada bajet kita itu walaupun tidak ada dalam ini peruntukan khusus boleh dibuat untuk memastikan bahawa golongan ini diberi juga kebajikan dan kesejahteraan mereka diberi jaminan.

Yang kedua, golongan yang hilang pekerjaan yang telah disebut oleh Derga kelmarin. Mereka yang asalnya ada pekerjaan tetapi disebabkan oleh PKP covid ini dan jumlah ramai. Jumlahnya mengikut perangkaan yang saya kira-kira semalam ialah sekitar 50 ribu orang di Kedah yang sebelum Covid, sebelum PKP dia ada pekerjaan selepas daripada itu hilang pekerjaan disebabkan oleh PKP. Dan daripada data juga kita melihat daripada bajet ini seramai 640 orang telah dibantu dari RM2.85 juta daripada UPUK pada 2021.

640 orang daripada 50 ribu sudah tentu terlalu sedikit, masih ramai lagi di luar sana yang perlu dibantu dan bantuan mereka sudah tentu tidak sama. Ada yang mungkin perlu RM1,000 sahaja untuk membeli peralatan khemah dan seumpamanya walaupun telah diberi oleh kerajaan negeri tetapi masih ramai yang perlu dibantu. Jadi, saya yakin RM1 juta yang diperuntukkan pada tahun hadapan melalui skim mikro kredit sejahtera itu boleh ditambah lagi dan ini lagi sekali perlu kepada pendaftaran supaya data itu ada daripada 50 ribu itu contohnya mungkin sebahagian besar kita boleh ada data dan bantuan itu boleh diberikan melalui bentuk-bentuk tadi mungkin mikrokredit mengikut keperluan untuk memastikan bahawa mereka mampu berada pada pekerjaan mereka sebelum itu. Kalau tak boleh kerja bagaimana dia nak sejahtera walhal kerja pun dia hilang, kehilangan pekerjaan disebabkan oleh covid.

Yang ketiga masa saya tadi 5 minit tau lebih, Dato‟ Speaker duk tengok kat saya dari tadi!

Speaker

Tengok pun takut!

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Tulis point nah! Walaupun ada peruntukan sebanyak saya kira RM1 juta kepada 200 Sekolah Agama Rakyat, saya kira-kira tadi ada 204 kut saya campur semua Sekolah Agama Rakyat, campur dengan Pondok campur dengan Tahfiz yang berdaftar. Jumlah yang mereka perolehi saya ingat disebut juga oleh pembahas tadi 5,000 sekolah mereka ini adalah golongan yang sebahagiannya telah menutup sekolah, sebahagiannya akan tutup sekolah disebabkan oleh PKP, tidak dapat melakukan aktiviti sekolah akhirnya terpaksa tutup. Dan saya kira jumlah ini signifikan untuk kita bantu, saya rasa mungkin RM5,000 ini tidak cukup untuk sebahagiannya maka lagi sekali oleh kerana mereka ini berdaftar dan kita ada data dan beri bantuan kepada mereka mengikut keperluan untuk mereka mampu buka semula untuk melaksanakan semula sekolah-sekolah mereka sebagaimana tadika yang diberi mengikut pengiraan saya 23,000 saya kira-kira jadi jumlah mereka mungkin tidak sebanyak itu tapi memadai untuk mereka boleh buka semula, melaksanakan semula sekolah tahfiz mereka. Yang seterusnya adalah penyakit tidak berjangkit, Tokai mungkin boleh beri perhatian. Ini focus group yang perlu diberi perhatian. Dalam masa PKP ini ramai… (YB. Sungai Limau minta laluan)

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Yang tadi ini! Terima kasih YB. Pengkalan Kundor kerana bangkitkan isu peruntukan sekolah -sekolah agama ini dan kita pun ucap terima kasih kepada pihak kerajaan kerana tahun lepas RM500 ribu dan tahun ini dipertingkatkan lagi RM500 ribu, suatu yang perlu dan kita harap ke depan untuk pertingkat. Adakah Pengkalan Kundor bersetuju untuk bukan sahaja melihat kepada jumlah peruntukan kerajaan negeri yang salurkan tapi diselaraskan dengan peruntukan daripada zakat yang juga disalurkan kepada Sekolah-Sekolah Agama ni supaya dapat diselaraskan.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Ya..maksud saya untuk mereka beroperasi semula, daripada mana sumber? Tapi sudah tentu bila kita bincang bajet ini, bajet daripada kerajaan negeri lah! Kalau sumbangan lain sudah ada, ataupun kalau JAKIM telah bagi dan seumpamanya maka itu memadai. Saya baru sahaja berjumpa di bawah tadi kawan lama saya, kawan baik saya yang duduk di Unit Penerangan baru buat „bypass‟ 3 saluran dan saya baru

sahaja kehilangan rakan umur 40-an mati sebab jantung, saya juga ada di Dun saya beberapa orang umur 40-an yang kena pakai „stand‟, YB. Tokai mereka sihat, PKP duk kerja makan saja tak buat „excersice‟ apa, gemuk, akhirnya selepas dua tahun jantung! Jadi, mungkin kempen di pihak Jabatan Kesihatan Negeri, kempen-kempen untuk cara hidup sihat ini semula, cara makan, cara exercise, bersenam, cara ini perlu, rokok pun sama. Saya rasa ini perlu sebab dalam tempoh 2 tahun ini seolah-olah mereka apabila duduk tak buat kerja apa ini, duk makan banyak ini tapinya saya tak cerita lain lah, saya tak cerita yang cerai apa ini, yang itu stress cerita lain, ini cerita yang saya jumpa di Dun saya ini umur saya 40-an yang kalau saya sebut tuan-tuan di depan saya kenal sebab dia daripada parti tuan-tuan. Dia stress, dia terus terang dengan saya. Dia kata, “Dr. saya stress bila duduk rumah ini, dia kata, tengok anak-anak tengok keluarga ini dia kata ada satu benda yang merisaukan dia”, dia kata. Dia stress. Apabila dia stress, dia makan! Ada setengah orang bila stress dia makan! Makan! Makan! Makan! Akhirnya, dia mula rasa ketat dada, sampai satu hari itu, dia buat kerja sikit, dia mesin rumput, dia ketat dada! Dia tanya kawan dia dan terus pergi, dan terus buat „stand‟ Jadi, 4 perkara fokus tadi iaitu kesejahteraan lah, ini kesejahteraan fizikal, sekolah, hilang pekerjaan, dan juga golongan yang yatim piatu tadi. Saya kira daripada yang reserve setengah bilion yang kerajaan negeri ada lebih daripada RM500 juta mungkin sedikit boleh diambil untuk memastikan bahawa selain daripada yang telah dibajetkan tadi, golongan ini juga perlu diberi fokus.

Seterusnya, adalah untuk memantapkan apa juga yang dirancang tadi akhirnya dia kena sampai ke bawah, ini sangat penting dan sampai ke bawah itu dalam sebolehnya dalam masa cepat, dalam masa yang segera untuk memastikan bahawa segala perancangan itu dapat dinikmati, kesejahteraan itu dapat dinikmati segera. Apa yang saya maksudkan adalah „delivery system‟ itu perlu cekap. Lagi sekali, teras yang ketiga adalah IT, digital supaya semua data tadi dapat diselaraskan lagi sekali! YB. Sungai Limau sebut dalam Dun dia, dalam sidang yang lalu di Dun dia, penerima-penerima bantuan tadi ada data oleh pihak Pejabat Daerah, PKOB untuk memastikan bahawa mereka yang terlibat ini semuanya dapat disalur.

Speaker

YB. Pengkalan Kundor, masa sebenar telah tamat tapi yang saya janji tadi 5 minit, saya bagi 5 minit lagi!

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Terima kasih. Lepas ini boleh pi Langkawi! Delivery System ini penjelasan saya kira penambahbaikan daripada sistem dan juga termasuk yang bekerja di bawah adalah JPKK. Merbau Pulas saya kira JPKK ini memang berada pada tahap dia tapi saya rasa boleh lagi diberi penambahbaikan dan saya nampak dalam konteks Dun saya, dari segi knowledge itu dia ada tapi dari segi sikap. Ini sekali saya bawa dengan isu Dun saya. Saya ada sekitar 10 buah rumah yang dilanda ribut di sekitar bulan puasa yang lalu sampai hari ini rumah tu macam tu lagi! saya dah melawat, saya dah pergi, penyelaras pun dah melawat dah pergi, jadi kita pun bagilah apa yang mampu selebihnya kita mesti ada followup daripada JPKK dan juga Penyelaras dan juga Penghulu Pejabat Daerah untuk memastikan bahawa rumah-rumah ini setelah ribut tadi, mampu dibaiki untuk diduduki! Tapi sampai hari ini, tidak disempurnakan.

Jadi, maksud saya penyelarasan tadi bukan sahaja dari segi sistem tapi juga dari segi yang melaksanakan di bawah sana, pastikan bahawa selepas ini mungkin akan ada kursus-kursus untuk mereka bagi memastikan bahawa bantuan segera, jadi sebahagian daripada 50 ribu yang telah diperuntukan tadi sedikit sebanyak mampu untuk memastikan bahawa kes-kes sebegini dapat ditangani tapi kalau sikapnya saya tunjuk contoh lain ada rumah-rumah lain yang apabila Penghulu proaktif dan juga JPKK proaktif dapat dibuat. Jadi, maknanya penyelarasan itu perlu juga kepada sikap begitu juga apabila kerajaan negeri. Kampung ada dua, satu di Permatang ibus, satu lagi di Kg. Buluh 5. Ada data-data dia di pejabat daerah saya rasa! Apa yang hasrat kerajaan negeri menaikkan khairat kematian itu sangat baik, RM500 tapi lagi sekali kita nak supaya cepat dapat! Dari segi bajet itu dengan jumlah kematian itu dia tak telly dah. Kalau nak ikut jumlah yang sebenar yang perangkaan mati, jauh lebih tinggi sepatutnya perangkaan itu. Jadi, maknanya di situ mungkin pihak kerajaan negeri telah menganggarkan yang pohon itu sebahagiannya. Jadi, kita tak mau macam itu, kita mau mereka yang meninggal tadi, yang sepatutnya dapat tadi, dapat! Jangan kita gunakan kelemahan sistem ini tadi, ohh kita kata yang pohon tadi depa tak tau, separuhnya, kita tak mau macam tu.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

YB. Pengkalan Kundor, rasanya pelaksanaan kita lani pun yang mana untuk khairat kematian pun bukan untuk permohonan maknanya kalau kita tau JPKK kita maklum ada saja kematian, proses itu kita akan berikan dan hantar bantuan dan kalau kita tak sempat, mereka boleh untuk hadir ke pejabat ataupun JPKK akan mohon. Itu yang diamalkan sekarang!

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Okey kalau itu bentuknya saya rasa peruntukan itu tak cukuplah supaya pastikan semua yang perlu tadi dapat dibantu. 2,3 minit yang terakhir ini saya nak sebut bajet kitalah, sikit saja saya nak sebut yang lain-lain tu kawan-kawan dah sebut dah! Defisit 12% itu pada saya banyaklah gap-gap, gap pendapatan kita dengan yang kita nak belanja itu terlalu tinggi. Saya rasa pendapat saya, saya bukan pandai tapi saya rasa bajet yang baik ini mungkin Kubang Rotan lebih pandai lah! Gap dia tidak terlalu jauh, tujuan defisit ini pada sayalah adalah untuk memberi motivasi kepada kita untuk memastikan bahawa pendapatan itu akhirnya pada akhir tahun dapat „match‟ dengan jumlah perbelanjaan kita. Pada pandangan sayalah tujuan defisit itu sebab bukan kita nak buat loan, macam kerajaan pusat memang defisitnya banyak dan apabila tidak cukup dia telah bajetkan benda itu maka dia buat pinjaman.

Jadi, saya kira di situ 12% itu terlalu tinggi pada saya, hampir RM100 juta kut yang lain-lain saya nak sebut tapi mungkin masa tak ada! Pelancongan saya nak sebut, sukan saya nak sebut tetapi saya ucap terima kasih. Saya menghormati masa, YB. Dato‟ Speaker dah bagi masa lebih dah kepada saya dan apa yang saya sebut terkasar bahasa semua, minta maaf. Sekian YB. Dato‟ Speaker, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumussalam! Terima kasih YB. Pengkalan Kundor. Tinggal lagi satu yang terakhir iaitu YB. Kuala Nerang. YB. Kuala Nerang sekarang 4.05 minit kena habiskan masa 4.30 petang. Extra 5 minit juga tu, sat lagi kata di sini tak bagi, di sana bagi. Kita bagi dua-dua! Silakan YB. Kuala Nerang.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi Rabb‟il A‟lamin Wassalatu Wassalamu A‟la Asrofil Am‟biya Iwal Mursalin Sayidina‟ Muhammadin Wa'ala Alihi Wasahbihi Ajma'in. Robbisrohli‟ Sodri Wayasirli Amri Wahlul Uqdatan Min Lisani Yafqahu Qauli. Amma‟ Baq.

Terima kasih YB. Dato‟ Speaker, YAB. Dato‟ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Barisan Exco, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan seterusnya para pemerhati yang dihormati sekalian.

Saya di tugaskan dan diberi kepercayaan untuk berbahas sebagai pembahas terakhir mewakili rakan-rakan backventures penyokong kerajaan jadi kalau ada mungkin sebahagian yang saya ulang itu sebenarnya sebagai rumusan ataupun penegasan kesimpulan kepada apa yang telah dibangkitkan oleh rakan-rakan sebelum ini.

YB. Dato‟ Speaker, Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur kepada Allah swt. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri menteri besar di atas pembentangan bajet bertemakan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua yang bakal memacu ekonomi Negeri Kedah dan semua pihak pakat-pakat meghasa Insya-Allah. Alhamdulillah, negeri kita telah beralih ke Fasa 4, Pelan Pemulihan Negara, PPN. Tahniah dan terima kasih kepada YAB. Dato‟ Seri Menteri Besar, Ketua-Ketua Jabatan, Frontliners dan seluruh rakyat yang bekerja keras berganding bahu sehingga kita mampu beralih daripada pandemik kepada endemik. Saya juga mengucapkan takziah kepada sebahagian kalangan rakan-rakan kita yang kehilangan anggota keluarga akibat covid.

Di peringkat awal, bukan sahaja pemimpin-pemimpin negeri yang risau, bimbang dan bersedih, Ketua-Ketua Jabatan turut risau dan bimbang malah seluruh rakyat merasa tertekan apabila negeri kita Kedah antara yang paling kemudian beralih fasa 1, 2 dan 3 dan Alhamdulillah kini fasa 4. Marilah kita sama-sama berusaha dengan mematuhi SOP dan kita berdoa mudah-mudahan covid ini berlalu pergi. Alhamdulillah terima kasih yang tidak terucap kepada kerajaan negeri yang dipimpin oleh YAB. Dato‟ Seri Hj. Sanusi Md Nor yang begitu prihatin menyalurkan peruntukan dan menggunakan peruntukan luar jangka. Peruntukan yang berjumlah agak besar iaitu RM32 juta bagi membantu rakyat yang terkesan akibat covid. Walaupun dalam sesi yang lepas YB. Jitra sebut peruntukan yang kecil tetapi kelmarin alhamdulillah Alor Mengkudu bersetuju bahawa peruntukan ini agak besar.

Terima kasih kepada Ketua Pembangkang. Apa pun, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, tahniah diucapkan kepada rakan-rakan pembangkang yang semakin lunak dan saya percaya Insya-Allah akan turut menyokong bajet pada tahun 2022 nanti.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian, pelbagai pakej bantuan rangsangan ekonomi telah disalurkan dan disampaikan kepada seluruh rakyat sepanjang tempoh covid ini. 100,000 bakul makanan telah diedarkan tanpa memilih samada ia warna biru, hijau, kuning dan seumpamanya. RM750 ribu untuk lampin dan susu, RM1.2 juta untuk 3,600 buah khemah dan meja kepada peniaga-peniaga kecil. RM2.85 juta pinjaman mudah mikro kredit kepada 640 usahawan bukan setakat RM1 juta tapi RM2.85 juta. Kemudian, lagi kemudahan membantu rakyat Zon Bebas Niaga yang sampai hari ini dinikmati oleh para peniaga sebab itu kita tengok sepanjang jalan terutamanya saya duk lalu kut jalan langgar ramai peniaga-

peniaga kecil sepanjang jalan. Walaupun mungkin mereka terpaksa diberhentikan kerja oleh pihak tertentu samada kilang disebabkan oleh pandemik covid tetapi ada rezeki lain yang Allah berikan kepada mereka dan kita tidak pernah dengar lagi satu kes yang rakyat kedah mati kelaparan, kebuluran kerana diberhentikan kerja dan seumpamanya.

Jadi, Sidang Dewan Negeri yang dihormati sekalian, kalau pun ada tindakan-tindakan kerajaan yang mungkin memberikan dan menjejaskan sedikit pendapatan kerajaan negeri akibat mematuhi perintah Allah swt. Seperti yang disebut dan dibahaskan oleh perwakilan tadi, banyak pembahas-pembahas tentang tidak diperbaharui lesen judi, menghadkan arak yang dikatakan oleh sebahagian rakan-rakan kita akan mengurangkan pendapatan, menghilangkan sumber pendapatan pekerjaan sebaliknya percayalah kita orang Islam mencari redha Allah swt. dan kita meyakini bahawa sumber rezeki yang lain, Allah akan berikan dan Allah akan gantikn dengan keberkatan tindakan yang dibuat.

Saya juga mengambil kesempatan turut sama menghargai mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah yang turut memainkan peranan dan menyumbangkan wang yang tidak kecil RM50 juta disalurkan bagi membantu mereka yang terkesan akibat covid berupa bekalan makanan, peralatan perubatan, wang tunai, elaun sukarelawan dan peranti pembelajaran. Tahniah dan terima kasih kepada Dato‟ CEO Zakat Kedah dan untuk Zakat Kedah ini juga saya mengharapkan mudah-mudahan isu rakyat yang tidak mempunyai tapak untuk buat rumah, dia asnaf yang layak mungkin masuk dalam kalangan fuqara‟ orang yang sangat miskin, miskin tegar nak buat rumah tak dak tapak rumah, kita harap supaya zakat dapat memainkan peranan yang aktif menggunakan tanah-tanah kerajaan di Padang Terap sudah ada tersedia paling tidak 5 relung. Kita mengalu-alukan Lembaga Zakat Negeri Kedah membina rumah bagi diberikan kepada golongan fuqara‟ ini.

YB. Dato‟ Speaker, perkara kedua walaupun dalam situasi pandemik ekonomi merudum, pejabat-pejabat kerajaan tak operasi sepenuh namun Alhamdulillah prestasi terimaan hasil 2021 lebih baik daripada prestasi 2020. Sehingga 11.11.2021 kutipan hasil lebih kurang RM632 juta tahun 2021, tahun 2020 RM561 juta. Jadi, tahniah kepada kerajaan negeri yang berjaya menambahkan hasil kutipan sebanyak RM71 juta. Ini adalah salah satu daripada bukti hasil kecekapan tadbir urus kerajaan yang berintegriti serta kesungguhan iltizam yang tinggi di kalangan pemimpin dan pentadbir bermula dari YAB. Menteri Besar, YB. Exco, YB. Dato‟ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato‟ Pegawai Kewangan dan ramai lagi ketua-ketua jabatan yang berganding bahu untuk memastikan Kedah dapat mengumpulkan hasil yang banyak yang manfaatnya kembali kepada rakyat.

Kemudian, kakitangan kerajaan juga memainkan peranan yang penting sebab itu amat wajar dan kita menyokong dan berterima kasih kepada kerajaan negeri yang memberikan imbuhan, bonus, saguhati sebanyak RM1,000 lebih RM300 daripada kerajaan pusat. Ini manfaat yang diperolehi hasil daripada simpanan lebihan yang lebih dalam bentuk kutipan hasil dan juga rizab simpanan yang akan saya sebut nanti. Jadi, kita berharap ini memberikan motivasi kepada mereka untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik yang cemerlang kepada negeri ini. YB. Dato‟ Speaker, Alhamdulillah bajet yang disebut oleh beberapa rakan-rakan kita deifisit RM90 juta lebih kurang, 12% lebih kurang. Namun demikian, dalam masa 17 bulan kerajaan pada hari ini berjaya mengumpul simpanan tetap sehingga 2.11.2021, RM660 juta pencapaian yang terbaik dalam sejarah Negeri Kedah. Alhamdulillah. Saya ingin kongsikan mohon izin YB. Dato‟ Speaker, perangkaan dari 2017 hingga 2021, yang sebelum itu kalau baca sampai maghrib pa! Tahun 2017, rizab simpanan tetap Negeri Kedah – RM89 juta. Tahun 2018 – RM43.305 juta. Tahun 2019 – RM295.305 juta. Tahun 2020, naik sikit RM324.305 juta dan terkini sehingga hari ini tahun 2021 RM654.305 juta. Alhamdulillah. Ia merupakan hasil kerja keras pemimpin-pemimpin negeri, ketua-ketua jabatan dan kakitangan kerajaan yang bertunjangkan kepada sifat amanah dan takwa pada diri masing-masing.

Seiring dengan itu, satu lagi nikmat kurniaan tuhan, Rabbul A‟lamin yang menjadi kebanggaan, kesyukuran kita rakyat Kedah ialah seperti yang kita selalu disebut pelaburan bernilai RM44 billion pada suku pertama 2021 yang bakal membawa peluang pekerjaan kepada 4,400 orang lebih rakyat Kedah. Semua ini antara lain adalah hasil daripada tidak ada ketirisan dalam urus tadbir kewangan yang sebenarnya menjadi salah satu faktor yang menyebabkan pelabur meletakkan keyakinan melabur di Negeri Kedah pada ketika negeri-negeri lain sedang menerima pelaburan dalam jumlah yang kecil. Kita berharap dan kita berdoa mudah-mudahan sifat-sifat yang sangat baik ini selari dengan yang digariskan oleh Islam terus kekal ada istiqamah dalam jiwa dalam diri pemimpin-pemimpin kita, pemimpin-pemimpin negeri kita.

YB. Dato‟ Speaker, yang keempat 1,598 projek dibuat secara undian bernilai RM145 juta telah berjaya meningkatkan ketelusan dan keadilan kepada kontraktor G1 dan G2. Mereka menyambut baik dan amat teruja apabila YAB. Menteri Besar menyebut dalam ucapan bajet bahawa prestasi baucer jabatan telah mencapai 93.27% dalam tempoh 7 hari. 6.55% bayaran dalam tempoh 14 hari dan 0.18% dalam tempoh lebih 14 hari. Lebih membanggakan kita ialah komitmen kerajaan negeri untuk mencapai sifar bayaran melebihi 14 hari maknanya proses baucer bayar tak lebih daripada 14 hari cuma YB. Dato‟ Speaker, kita harap duit khairat kematian yang ada

kita hantar 20.9.2021 sampai ke hari ini tak dapat lagi. Ada yang hantar pada 17.10.2021 sampai ke hari ini tak dapat lagi. Betul kita kata betul! Mungkin baucer terselit dibawah, wallahualam masalah teknikal. Apa pun kita harap barangkali dibuat secara pendigitilan zaman IT sekarang ini ataupun mungkin ada satu mekanisma yang lebih baik untuk mempermudahkan dan mempercepatkan bayaran. Lepas ini bayaran naik RM500, YB-YB ini kena advanced dulu RM500 kan! Dan kita bersyukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada YAB. Dato‟ Seri Menteri Besar kerana penaik dari RM300 kepada RM500. Jadi, kalau lambat dapat yang kita claim itu, berat juga nah YB. Kuala Ketil!

Yang kelima YB. Dato‟ Speaker, Alhamdulillah dan terima kasih tak terhingga kepada kerajaan negeri di atas keprihatinan yang memperuntukan sebanyak pertama RM446 juta, 33% untuk bajet 2022. Untuk memulihkan ekonomi melalui projek infrastruktur dan utility dan ini merupakan jumlah yang sangat besar menunjukkan komitmen kerajaan untuk memacu ekonomi pasca pandemik.

Kemudian, tadi muka surat 14 kalau rujuk dalam teks ucapan bajet YAB. Dato‟ Seri Menteri Besar. Pada muka surat 21, RM39.8 juta ini juga jumlah yang besar, kalau tadi RM32 juta pun kita kata agak besar, yang ini RM39.8 juta disediakan oleh kerajaan dalam Bajet 2022 bagi meneruskan bantuan projek kepada rakyat yang terkesan akibat sebahagian besarnya adalah covid.

Yang Berhormat Dato‟ Speaker, keenam Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi kepada YAB. Dato‟ Seri Menteri Besar di atas pelancaran Pelan Pembangunan Kedah 2035, kita amat menyokong penuh bukan sahaja „backventures‟ tetapi YB. Gurun pun sokong. Saya yakin kita semua pun menyokong, kita semua berpadu tenaga, yang menjadikan Pelan Pembangunan Kedah 2035 ini sebagai panduan kita untuk masa depan.

Cuma sayang sikit pada muka surat 11 tercatat salah satu potensi pembangunan Negeri Kedah ini ialah kerana kita bersempadan dengan durian burung. Maaf kita sempadan dengan Thailand, Pekan Durian Burung atau Kota Putra mungkin tercicir atau tersilap. Sebelum ini difahamkan bahawa Syarikat KP Border City Sdn. Bhd. akan membangunkan kawasan ini dan kawasan yang seluas 2,500 ekar lebih kurang yang akan membuka peluang kepada lebih kurang 50,000 peluang pekerjaan pada tahun 2035 tapi dalam buku ini tidak tercatat dan kita mohon penjelasan dan kita harap dibuat sesuatu untuk membangunkan Pekan Durian Burung atau Kota Putra ini yang sangat hampir dengan KRC. KRC saya mengucapkan tahniah syukur kepada Allah atas kejayaan-kejayaan yang telah dicapai menampakkan sinar yang semakin hampir untuk dia beroperasi.

YB. Dato‟ Speaker, yang ketujuh. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi di atas keprihatinan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah banjir yang setiap kali saya sebut dalam Dewan ini dan kali ini kerajaan memperuntukan sebanyak RM4.5 juta bagi Rancangan Tebatan Banjir termasuk salah satunya ialah di Sungai Perit. Terima kasih kepada kerajaan negeri dan saya juga memohon supaya pihak kerajaan negeri dapat memanjangkan permohonan kepada kerajaan pusat agar dapat ditambahkan peruntukan bagi melaksanakan rancangan-rancangan tebatan banjir bagi kawasan Kg. Sena, Pokok Macang dan seumpamanya yang sedang dihadapi oleh mereka mutakhir ini lebih-lebih lagi bila mana hujan lebat dan banjir.

YB. Dato‟ Speaker, yang kelapan. Saya juga mohon supaya isu permohonan hak milik dan permohonan tanah antara pengusaha tanah orang kampung dan juga Syarikat Tradewinds yang belum selesai walaupun telah memakan masa puluhan tahun dan walaupun kertas laporan telah pun mengangkat nama-nama 275 orang pengusaha ini tetapi setakat ini tidak dapat dipanjangkan ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana belum menerima serahan yang sempurna daripada tuan tanah PKNK dalam bentuk borang, 12 A dan 12 B. Jadi, saya harap perkara ini dapat diambil tindakan yang segera untuk diberikan hak kepada mereka yang berhak. Demikian juga, tanah Felcra Belimbing juga sekian lama dari tahun 1974 sampai hari ini tak boleh geran lagi. Tinggal sikit lagi kita harap dapat disegerakan mohon Felcra bertindak segera untuk menyediakan dan melengkapkan dokumen bagi membolehkan pengeluaran hak milik oleh Pejabat Tanah.

YB. Dato‟ Speaker, yang kesembilan saya mohon penjelasan setelah bulan Oktober 2021 berlalu pergi, perumahan rakyat di Kuala Nerang dan Perumahan KEDA di Kubang Kenying, yang dijanjikan, yang dicadangkan dan yang akan dijadualkan akan diisi pada bulan Oktober baru-baru ini masih tidak boleh diisi.

Jadi, saya masih tertanya-tanya dan mohon penjelasan apakah masalah sebenar yang berlaku dan apakah usaha kerajaan untuk tidak menangguhkannya lagi. Kesian kepada rakyat yang sedang menunggu dan rumah yang ada itu pun makin hari makin uzur dan akan rosak.

YB. Dato‟ Speaker, yang kesepuluh dan yang terakhir. Saya bagi pihak seluruh rakyat Dun Kuala Nerang, menyokong penuh tindakan berani dan tegas YAB. Dato‟ Seri Menteri Besar untuk tidak mengeluarkan lesen premis judi dan menghadkan pengeluaran arak mulai 1 Januari 2022. Saya penuh yakin bahawa ia dibuat dengan penuh kesedaran bahawa menjadi kewajipan bagi pemerintah yang diberikan kuasa kepadanya untuk melaksanakan perintah Allah swt. Al‟amru‟bil Ma‟aruf Walnahyu‟ Wanil‟mungkar. Tindakan ini juga merupakan satu usaha besar dalam

menyelesaikan kemelut, menyelesaikan masalah penyakit-penyakit sosial yang berpunca daripada judi dan arak dan juga pelbagai lagi masalah lain yang berkaitan. Sesungguhnya, judi ia membawa kerosakan yang besar kepada masyarakat bukan sahaja memudaratkan kepada pemainnya tetapi juga kepada keluarga masyarakat dan negara seluruhnya. Kalau ada manfaat yang kecil hakikatnya mudaratnya adalah jauh lebih besar dan menolak mudarat-mudarat itu adalah lebih-lebih perlu kita utamakan.

YB. Dato‟ Speaker, yang bertambah kaya, yang bertambah senang bukan pemain tetapi ialah tauke-taukenya. Yang menjadi rosak, yang menjadi masalah ialah kepada pemain-pemainnya, keluarga mereka dan barangkali orang lain juga tentunya. Isu yang timbul berkaitan dengan judi yang saya bangkitkan pada sidang dewan yang lepas dan saya berterima kasih atas tindakan tegas dan berani cumanya yang menjdi kebimbangan kita sekarang ini ialah judi online. Judi online ini merupakan satu masalah besar yang berlaku hari ini bukan sahaja dikota tetapi di merata kampong lani. Kita bersembang bincang dengan Pihak Berkuasa Polis. Mereka menyebut mengalami sedikit kesukaran kerana benda ini dia buat dalam telefon saja dan ianya tiada satu premis yang tetap. Apa pun saya berharap, saya berdoa mudah-mudahan ada jalan keluar, mudah-mudahan kerajaan dan pihak berkuasa mencari satu jalan yang berkesan untuk sama-sama kita berganding bahu bagaimana untuk menangani masalah judi online ini.

Akhirnya, saya menasihatkan mengingatkan diri saya dan kita semua terutamanya pihak kerajaan negeri tetap teguh dengan keputusan ini dan tidak sama sekali akan menarik keputusan yang telah dibuat. Walau‟ Anna Ahlal-Qurā Āmanụ Wattaqau Lafataḥnā 'Alaihim Barakātim Minas-Samā`I Wal-Arḍ‟.

Yakinlah sekiranya kita bertakwa kepada Allah swt. Allah akan membuka memberikan pintu rezeki yang amat luas kepada kita dan keberkatan inilah, nilai keberkatan, pertolongan bantuan Allah ini lah yang menjadi keistimewaan yang ada dalam agama islam yang memberikan rahmat sebab kita meyakini bahawa kita bukanlah hanya bertugas, bukan hanya hidup di dunia dan aka nada lagi satu lagi kehidupan yang kekal abadi selepas ini di akhirat sana.

Jadi, kita berharap Kota Darulaman dan rakan-rakan yang lain yang kurang bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri ini dapat memahami keadaan ini dan inilah antara lain, antara sebab kita mahu dan kita nak kepada kuasa dan bagi melaksanakan kuasa untuk mendaulatkan syariat Allah swt. Semoga Allah merahmati dan mengurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada Negeri Kedah yang bertuah kerana pemimpin-pemimpinnya yang bertakwa dan istiqamah. "Siiru Ala Barakatillah" Saya menyokong Bajet 2022.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB. Kuala Nerang. Maka selesailah perbahasan bajet, setiap Ahli-Ahli Dewan dah dapat meluahkan pandangan-pandangan masing-masing. Jadi, esok kita akan masuk ke sesi penggulungan. Setiap Exco diberi 20 minit dan tambah 5 minit. Jadi, jangan duk tambah lagi dah. Kalau kita patuh semua, esok kita akan tamat penggulungan. Kalau kita tak patuh dia lari. Dengan ini Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan pada jam 9.00 pagi esok!

[Sidang Dewan ditangguhkan pada jam 4.30 petang]