Kedah · 17 November 2021
14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 352 turns · 37,986 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Selamat pagi. Dewan disambung semula.
Bacaan Doa
Bacaan Doa!
Untuk makluman Dewan, saya mendapat permohonan daripada YB. Belantek untuk tidak hadir pada hari ini kerana beliau mempunyai satu urusan yang amat penting. Yang lainnya kecuali Kulim, saya nampak kerusi kosong tetapi mereka tidak memaklumkan apa-apa kepada saya. Jadi, sepatutnya sebagai menghormati Dewan, mereka hendaklah menyatakan secara bertulis ataupun sekurang-kurangnya whatsApps lah kepada Speaker untuk tidak hadir. Ini sebagai menghormati Dewan, bukan menghormati Speaker.
Urusan seterusnya!
Sesi Pertanyaan – Pertanyaan MulutQuestions
Sesi pertanyaan – pertanyaan mulut!
Soalan nombor 14. Soalan ini dari YB. Jitra, patut dijawab oleh YAB. Jeneri. Oleh kerana kedua-dua tidak hadir, kita pindah ke soalan nombor 15. Siapa? Oh! YB. Belantek.
Oleh kerana YB. Belantek pun tak hadir, pindah nombor 16.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. YB. Dato‟ Speaker, pohon jawapan soalan nombor 16.
16. Pohon dinyatakan:-
a) Status pembinaan asrama Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS).
b) Bilangan pelajar UniSHAMS setakat ini mengikut kursus yang ditawarkan.
c) Berapakah sumbangan Lembaga Zakat Negeri Kedah kepada UniSHAMS?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Dato‟ Speaker dan Ahli-Ahli Dewan yang dirahmati Allah sekalian. Soalan mengenai status pembinaan asrama Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu‟adzam Shah (UniSHAMS). Bagi pihak kerajaan, telah pun mengambil serius mengenai keperluan pembinaan asrama di dalam kampus UniSHAMS. Kerajaan berhasrat untuk menjalankan pembinaan secara Build Operate Transfer (BOT) melalui Private Fund Initiative (PFI) yang boleh menempatkan 2000 orang pelajar. Pada masa ini, perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan telah dijalankan dan sedang dalam proses untuk melantik perunding dan pemaju dalam masa terdekat, InsyaAllah.
Bagi keperluan semasa yang ada sekarang ini, UniSHAMS mempunyai asrama yang boleh menempatkan 800 orang pelajar di dalam kampus dan dalam perancangan untuk menyewa kemudahan di Kuarters Institusi Pendidikan SMK Batu Pekaka, Kuala Ketil yang disediakan oleh pihak swasta dengan penempatan 640 orang yang dijangka siap baik pulih pada Jun 2022. Namun demikian, rundingan akan diteruskan sekiranya harga berpatutan ataupun bersesuaian maka kita akan buat perjanjian dengan pihak yang berkenaan dan UniSHAMS baru memulakan perbincangan mewujudkan Taman Siswa di taman perumahan berhampiran yang boleh menempatkan kira-kira 600 - 800 orang pelajar.
Untuk pengetahuan Dewan yang mulia bahawa saya telah merancang untuk menggunakan kemudahan pondok-pondok yang berada di persekitaran dengan UniSHAMS di mana para pelajar boleh berada di pondok-pondok itu dan pada waktu malam mereka boleh mengikuti pengajian yang dilaksanakan oleh pondok-pondok itu dan waktu siang mereka akan belajar di UniSHAMS. Saya sedang berbincang dengan pemilik-pemilik pondok yang berkenaan. Kalau sekiranya perkara ini boleh dipersetujui oleh pihak pengurusan UniSHAMS maka kita akan teruskan, InsyaAllah.
Mengenai dengan soalan (b) Bilangan pelajar UniSHAMS setakat ini mengikut kursus yang ditawarkan. Setakat Oktober 2021, UniSHAMS mempunyai seramai 4,399 orang pelajar yang mengikuti pengajian di UniSHAMS. Secara terperincinya mengenai dengan kursus-kursus yang ditawarkan saya rasa panjang untuk dibentangkan di sini, jadi saya akan beri jawapan secara bertulis, InsyaAllah.
Bagi soalan seterusnya, berapakah sumbangan Lembaga Zakat Negeri Kedah kepada UniSHAMS? Bagi tahun 2021, Lembaga Zakat Negeri Kedah telah menyumbang dari segi penajaan pendidikan kepada UniSHAMS sebanyak RM2,486,070.00. Manakala bagi dana agihan Wakalah Zakat Pendapatan kakitangan UniSHAMS adalah sebanyak RM84,868.59. Bagi dana agihan Wakalah Zakat dari agensi luar berjumlah RM814,642.00 menjadikan jumlah keseluruhan RM3,385,580.59. Sekian.
Soalan tambahan. Apakah pelan tindakan yang telah diambil berkaitan dengan “Cordoba of Kedah” yang dibincangkan baru-baru ini dan apa peranan UniSHAMS?
Mengenai dengan “Cordoba of Kedah”, satu gagasan baru yang telah pun kita rancangkan di mana ekoran daripada ucapan YAAB. Dato‟ Seri Menteri Besar dalam Pembentangan Bajet 2021. Jadi, gagasan ini telah pun bermula di mana setakat ini ada 5 langkah-langkah telah kita ambil daripada kita buat perbincangan dan juga akhirnya kita telah adakan satu bengkel pada awal bulan ini (bulan November) di Raýa Hotel dan rumusannya akan terus dibincangkan dan saya bercadang supaya pelancaran kepada “Cordoba of Kedah” ini akan dilancarkan pada 2022. Di mana di sini kita telah meletakkan UniSHAMS sebagai pengkalan kepada “Cordoba of Kedah” dengan rangkaian pusat-pusat pengajian yang ada termasuklah UUM dan juga dengan pusat-pusat pengajian yang ada dalam Negeri Kedah.
Dan kita melihat bahawa kewujudan dan juga kekuatan yang ada di Negeri Kedah iaitu pusat-pusat pengajian, pondok-pondok, sekolah-sekolah agama rakyat perlu digabungkan supaya pengurusan dan juga pengajian dijadikan sebagai satu aliran dan di sana akan kita wujudkan rangkaian-rangkaian ini sehingga ke peringkat Tenggara Asia, InsyaAllah dan kita akan gabungkan dengan jalinan Brunei Darussalam di Indonesia dan juga di Selatan Thailand, InsyaAllah. Ini antara perkara-perkara yang telah kita rangkakan. Dalam bengkel yang lepas, kita telah meletakkan satu garis panduan bahawa gagasan “Cordoba of Kedah” ini kita teraskan kepada menjadikan Kedah sebagai satu daripada pusat kecemerlangan pendidikan khususnya pendidikan Islam dan kita akan mencadangkan supaya “Cordoba of Kedah” ini dimasukkan salah satu daripada komponen Pembangunan Kedah 2035. Jadi, setakat ini langkah-langkah seterusnya akan diambil dan diperkemaskan dari semasa ke semasa. InsyaAllah.
Kita bagi YB. Kuala Ketil dulu.
Terima kasih kepada YB. Dato‟ Speaker dan YB. Kupang. Tadi Yang Berhormat ada sebut tentang perancangan untuk menempatkan pelajar-pelajar menggunakan konsep “Taman Siswa”. UniSHAMS ni adalah satu mercu tanda untuk Kedah dan juga satu mercu tanda dalam DUN Kuala Ketil. Saya amat maklum kalau wujudkan Taman Siswa di luar tu agak nampak sedikit kepayahan dan kesulitan kepada pelajar-pelajar kerana sebelum ini pun kes-kes yang berkaitan dengan masalah keselamatan pelajar. Jadi, saya berpendapat dalam kawasan UniSHAMS itu sendiri pun luas yang ditumbuhi dengan pokok kelapa sawit, itu pun masih bersesuaian kalau kita bangunkan Taman Siswa dalam tu sebab ia lebih selamat untuk pelajar dan memudahkan pergerakan pelajar daripada dalam ke kampus. Apa pandangan YB. Kupang?
Terima kasih YB. Speaker dan YB. Kuala Ketil. Perancangan jangka panjang untuk mengemaskinikan pembangunan di UniSHAMS memang dalam perancangan. Cuma, apa yang disebutkan sebagai Taman Siswa dalam kaitan kegunaan pondok-pondok di persekitaran ini, ini adalah suatu perancangan yang bukan daripada pengurusan UniSHAMS sendiri tapi ini adalah daripada NGO yang cuba membantu di mana ada di antara NGO yang telah pun bersetuju untuk mewakafkan bangunan pondok-pondok untuk didirikan dekat dengan Pondok Kejai, dekat dengan UniSHAMS juga.
Jadi, ini saya rasakan bahawa satu konsep yang baik di mana ia boleh jadi sebagai „two in one‟, 2 pengajian boleh dijalankan dalam satu masa iaitu pengajian sebelah malam yang disediakan oleh pondok-pondok ini dan yang keduanya pengajian sebelah siang secara formalnya di universiti. Jadi, ini adalah memberi sokongan kepada pengurusan UniSHAMS itu sendiri. Walau bagaimanapun, ini adalah peringkat perancangan sekiranya cadangan ini dipersetujui oleh pihak pengurusan UniSHAMS barulah kita laksanakan, sekarang ini hanya ada perbincangan awal sahaja di antara NGO dan juga dengan pihak saya. Sekian.
Ringkas!
UniSHAMS masih lagi bergantung kepada suntikan kerajaan dengan pelajar 4,369, sekitar RM9, RM10 juta setahun. Unjuran bilakah UniSHAMS mampu untuk berdiri sendiri dan unjuran berapakah pelajar yang sampai kepada „break even‟ itu dan mengapa ini terjadi? Padahal UniSHAMS telah sampai ke peringkat dulu sebelum nama UniSHAMS lagi sekitar 10,000 pelajar saya kira, tapi sekarang dia tak naik. Apakah faktor yang menjadikan perkara itu dan apakah unjuran ke depan daripada segi pelajar, berapa pelajar untuk memastikan bahawa akhirnya UniSHAMS mampu berdiri dengan sendiri, tidak perlu kepada suntikan daripada kerajaan negeri? Terima kasih.
Terima kasih kepda YB. Pengkalan Kundor. Unjuran yang boleh meletakkan UniSHAMS berdiri dengna sendiri ialah pada 2025, InsyaAllah di mana unjuran kita akan meningkatkan pencapaian 6,000 pelajar. Jadi, kalau dalam lingkungan 6,000 pelajar bererti UniSHAMS boleh berdikari dan waktu itu barangkali bantuan geran tahunan kepada UniSHAMS boleh dikurangkan lagi dan sekarang ini pun langkah-langkah telah diambil. Sebelum ini UniSHAMS menerima daripada kerajaan negeri sebanyak RM10 juta setahun dan mulai pada tahun lepas, kita telah kurangkan RM500 ribu dan tahun ini ada juga pengurangan. Ini ialah untuk memberi suatu kemudahan ataupun suatu tanggapan kepada UniSHAMS supaya mereka bersedia untuk mencapai 6,000 pelajar dalam tempoh 2025 dan waktu itu mereka boleh berdiri dengan sendiri, InsyaAllah.
Soalan nombor 17!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sidang Dewan jangan malas, pohon jawapan soalan 17.
17. Pohon dinyatakan bagaimanakah Program Anakku Sejahtera boleh membantu menangani kemiskinan dalam kalangan rakyat Negeri Kedah?
YB. Dato‟ Speaker, ini adalah jawapan untuk soalan nombor 17 iaitu pihak kerajaan negeri berhasrat untuk membasmi kemiskinan secara holistik dengan memastikan kemiskinan itu tidak diwarisi kepada anak-anak. Selain pelbagai bantuan sedia ada yang telah diberi kepada ketua keluarga, kerajaan berpandangan generasi anak-anak boleh mengubah nasib keluarga melalui pendidikan yang komprehensif. Bagi menjamin kelangsungan pendidikan generasi kedua, wujud keperluan untuk mendidik ketua keluarga mula menyimpan bagi tujuan simpanan pendidikan. Adalah menjadi hasrat kerajaan negeri supaya generasi kedua iaitu anak-anak menerima jaminan kewangan supaya akses mereka kepada pendidikan terjamin. Justeru, dalam jangka masa panjang, generasi kedua dapat membawa keluarga mereka untuk bersama-sama keluar dari kepompong kemiskinan. Akhir sekali, kerjasama kerajaan negeri bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk bantuan simpanan RM100 ini juga dapat memberikan manfaat tambahan kepada bakal penerima. Hal ini kerana, bakal penerima akan menerima semua manfaat dan kelebihan yang telah disediakan oleh PTPTN. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan saya ialah, apakah manfaat-manfaat lain yang akan diperolehi kepada program “Anakku Sejahtera” ini dengan kerjasama PTPTN?
Untuk soalan tambahan ini, apabila kita menabung dengan PTPTN, kerajaan negeri bekerjasama dengan PTPTN kerana PTPTN memberi pelbagai manfaat tambahan berbanding dengan agensi simpanan yang lain. Pertama sekali produk SSPN Prime, ini adalah produk patuh syariah yang menggunakan konsep “Wakalah Bi al-Istismar” di mana pendeposit melantik PTPTN untuk mengurus deposit mereka bagi tujuan pelaburan. SSPN Prime ini adalah dia tidak perlu menyimpan setiap bulan, dia menyimpan ketika kita ada duit. Jadi, kalau ibu bapa yang bertanggungjawab untuk memastikan anak-anaknya dijamin ada simpanan, apabila anak-anak ini ada duit, duit raya contohnya, duit sumbangan-sumbangan orang maka boleh terus masukkan ke dalam simpanan SSPN Prime ini, tak perlu kepada SSPN yang disimpan setiap bulan.
Yang kedua, penyimpan juga bakal menerima manfaat pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahunan semasa sehingga RM8,000, kalau ada dilepaskan dengan cukai pendapatan.
Yang ketiga, perlindungan takaful percuma bagi simpanan RM1,000 dan ke atas. Cukup RM1,000 dia akan dapat pula perlindungan takaful kematian, jika berlaku kemalangan, apa semua lah.
Keempat, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak. Selain itu, simpanan ini juga turut dilindungi oleh kerajaan dan juga kadar dividen yang kompotetif. Mulai 1 Januari 2021, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan bagi membiayai pengajian mereka di politeknik, IPTA dan IPTS adalah diwajibkan mempunyai akaun SSPNI dengan simpanan minimum seperti ditetapkan oleh PTPTN. Terima kasih.
YB. Suka Menanti!
Terima kasih YB. Dato‟ Speaker. Saya mohon sedikit lagi penjelasan, dalam konsep menabung ni ia akan berjaya jika ada kerjasama tadi. Maknanya pihak kerajaan memulakan program “Anakku Sejahtera” kemudian ibu bapa „top up‟ ke situ. Jadi, saya mohon penjelasan ataupun penerangan daripada pihak kerajaan. Dalam kes ini berapakah bilangan penerima program “Anakku Sejahtera” sepanjang 2021 ini yang
dilancarkan? Juga berapa bilangan ibu bapa yang sahut seruan tu supaya juga „top up‟ ke dalam tabung anak dia supaya kita tahu dalam simpanan itu dan kalau boleh ada amountnya sekali lah.
Yang keduanya saya ingin tahu juga program “Anakku Sejahtera” ni dalam Buku Bajet 2022 ni di bahagian mana diletakkan bajet untuk peruntukan bagi “Anakku Sejahtera” ni sebab melihatkan kepada perbandingan kelahiran sekitar 33,000 setahun di Kedah. Terima kasih.
Saya bagi juga YB. Pengkalan Kundor tanya sekali, dua-dua jawab nanti.
Dalam usaha untuk tangani kemiskinan, soalan dasar adalah tangani kemiskinan. Selain daripada tabungan, adakah ibu bapa bersetuju untuk adakan juga program-program yang berupa minda, berupa motivasi dan mengubah minda anak-anak tadi untuk memastikan selari, tabungan dan juga perubahan minda yang akhirnya ini yang mampu untuk mengeluarkan mereka daripada garis kemiskinan? Terima kasih.
Disebut oleh YB. Suka Menanti tadi iaitu kalau nak dapatkan jumlah kena minta notis lah, kita akan bagi notis lah jumlahnya. Untuk „top up‟ awal daripada para waris ialah sebanyak RM20 satu waris. Kenapa kita meletakkan pembayaran deposit ini? Kerana kita nak bagi satu kesedaran kepada waris, kita nak „top up‟ RM100, tapi kesedaran kepada waris sekurang-kurangnya RM20. Itu pun ada juga, ADUN-ADUN kalau sekiranya waris tidak mampu, ADUN-ADUN kita sudah mula membantu waris ini untuk cuba depositkan dengan RM20 itu. Jadi, inilah program yang kita rasa untuk jangka panjang lah.
Seterusnya oleh YB. Pengkalan Kundor. Memang kita sudah ada dalam Unit Pembangunan Insan dengan pelbagai modul untuk kita memberi kesedaran kepada masyarakat daripada umur bahawahan kepada umur atasan (dewasa) supaya mereka dapat dibimbing untuk memberi kesedaran supaya mereka dapat selari dengan apa tindakan kita supaya kemiskinan ini dikeluarkan daripada keluarga mereka dikeluarkan daripada kemiskinan ini. Kerajaan sentiasa melihat kemiskinan merupakan suatu keutamaan kita lah dalam Negeri Kedah ini dan Kedah juga masih lagi dikategorikan negeri yang miskin. Kita sedaya upaya nak mengeluarkan keluarga yang miskin dan negeri yang miskin ini. Wallahua‟alam, terima kasih.
Soalan nombor 18!
YB. Dato‟ Speaker, saya mohon penjelasan bagi soalan nombor 18.
18. Status pinjaman dari Federal untuk 5 LRA.
Pohon dinyatakan:-
a) Berapakah jumlah yang diluluskan?
b) Berapakah jumlah yang telah diterima oleh negeri?
c) Berapakah jumlah yang telah dibayar kepada konsultan, surveyer dan kontraktor?
d) Berapakah jumlah yang dibenarkan untuk bayaran pengambilan tanah?
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Dato‟ Speaker di atas peluang untuk menjawab soalan daripada YB. ADUN Suka Menanti. Jawapannya adalah untuk (a) Susulan daripada Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Kedah, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pembiayaan empat (4) projek menaik taraf loji rawatan air secara geran seperti berikut; Projek Menaik Taraf LRA Jenun Baru RM161,985,000.00, kedua Projek Menaik Taraf LRA Bukit Selambau RM147,785,000.00, ketiga Projek Menaik Taraf LRA Sungai Limau RM108,405,732.00 dan keempat Projek Menaik Taraf LRA Lubuk Buntar RM57,420,000.00 dan keseluruhannya adalah RM475,595,732.00.
Bagi Projek Menaik Taraf LRA Pelubang, pinjaman yang akan diluluskan adalah berdasarkan kos siling projek sebanyak RM455,985,000.00. Untuk (b) & (c) Jumlah yang peruntukan yang diterima oleh Kerajaan Negeri adalah berdasarkan jumlah tuntutan bagi pelaksanaan projek yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi tujuan pembayaran adalah seperti berikut; Bagi Projek Menaik Taraf LRA Pelubang RM10,740,639.32, untuk Projek Menaik Taraf LRA Jenun Baru RM4,567,215.39, ketiga Projek Menaik Taraf LRA Bukit Selambau RM3,919,649.75, keempat Projek Menaik Taraf LRA Sungai Limau RM3,497,960.00 dan kelima Projek Menaik Taraf LRA Lubuk Buntar RM1,971,191.39. Keseluruhannya adalah RM24,696,655.85. Bagi (d) Jumlah peruntukan bagi tujuan pengambilan balik tanah adalah seperti berikut; Projek Menaik Taraf LRA Pelubang RM8,083,000.00, Projek Menaik Taraf LRA Jenun Baru RM15,711,000.00, Projek Menaik Taraf LRA Bukit Selambau RM20,610,000.00, Projek Menaik Taraf LRA Sungai Limau RM3,026,000.00, Projek Menaik Taraf LRA Lubuk Buntar RM1,394,000.00. Keseluruhannya adalah RM48,824,000.00.
YB. Dato‟ Speaker, terima kasih di atas jawapan tadi. Saya mohon sedikit lagi penjelasan tentang peminaan ini sebab kita faham daripada segi pembinaan ini 5% daripada kos projek itu adalah ‟preliminary‟. Jadi, kita melihat kemajuan sebelum ini ialah seperti Pelubang tu telah mencapai 3.11%, Bukit Selambau 2.68%, Sungai Limau 3.03%, masih lagi di bawah daripada kos ‟preliminary‟. Jadi, yang ingin saya tahu YB. Dato‟ Speaker, nampaknya kos pengambilan tanah tadi sangat besar, disebut RM48 juta dan apakah kos ini telah pun mendapat pembiayaan, pinjaman ataupun geran, mungkin perlu penjelasan sebab saya juga tak nampak dalam Buku Bajet 2022 disediakan kos pengambilan untuk RM48 juta. Saya mohon penjelasan dari mana jumlah pembayaran bagi pengambilan balik tanah ini dan juga status prosesnya sampai borang yang mana dah sebab kontraktor perlukan tapak untuk memulakan pembinaan secara fizikal tadi. Terima kasih.
Terima kasih di atas soalan tambahan. Kos pengambilan ada daripada kos projek dan status tanah ini saya tak berapa pasti, saya akan beritahu di luar Dewan lah sekejap lagi. Lain-lain kita agak lewat ‟on prilimenary‟ disebabkan oleh arahan PKP dan pastinya saya rasa bermula bulan ini semuanya berjalan dengan lebih cepat dan lebih lancar lagi. Itu saja.
YB. Tanjung Dawai!
Terima kasih YB. Dato‟ Speaker. Soalan tambahan saya, projek-projek ini sepatutnya siap tahun depan tapi dibatalkan oleh kerajaan yang terdahulu. Soalan saya ialah, bagaimana nak pastikan projek yang telah pun dimulakan boleh siap sepertimana yang telah pun dirancang dan adakah kerja-kerja yang berkaitan seperti penukaran paip, adakah nak tunggu siap loji rawatan air dulu ataupun boleh dilaksanakan dalam tempoh itu? Terima kasih.
Terima kasih kepada YB. ADUN Tanjung Dawai di atas soalan tambahan. Pertamanya, untuk memastikan projek ini dapat dijalankan dengan lebih lancar, satu ‟team‟ projek khas telah dilantik oleh kerajaan negeri bersama dengan JKR untuk memantau dan memastikan semua 5 projek ini berjalan dengan baik.
Keduanya mengenai apakah langkah-langkah yang boleh dibuat supaya projek ini dapat dinikmati sedikit awal daripada masa yang diberikan, contohnya seperti Projek LRA Pelubang sebab ia boleh memberi nikmat seperti kawasan-kawasan Kuala Kedah dan juga Jerlun, kawasan Pida. Disebabkan itu, pemegang taruh yang paling penting SADA telah menulis kepada JKR memohon beberapa skop didahulukan untuk semua projek-projek ini dan pihak kontraktor perlu meneliti kembali untuk mendahulukan skop-skop seperti yang dipohon oleh pihak SADA.
Saya beranggapan inilah langkah paling proaktif yang dilakukan oleh kerajaan negeri bersama dengan ‟team‟ pemegang taruh seperti SADA dan juga mereka yang melihat projek tersebut. Saya ucapkan terima kasih kepada YB. ADUN Tanjung Dawai kerana bertanya, kalau tidak projek ini telah dapat kita ‟hand over‟ pun pada tahun ini. Disebabkan birokrasi yang dilakukan oleh kerajaan yang mengambil alih pada tahun 2018 menyebabkan kelewatan dan terpaksa ditanggung oleh rakyat pada hari ini. Ini perlu diberitahu, perlu diambil tahu juga oleh ADUN-ADUN. YB. ADUN Kota Seputih bercakap mengenai mengapa projek lambat! Mengapa projek lambat! Sedangkan masa tu dia kerajaan pun yang telah melewatkan projek, malah membatalkan pun projek. Kerajaan Negeri pada hari ini di bawah pimpinan YAB. Jeneri telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan, sanggup kata, ”tak pa, pinjaman pun pinjaman lah, kita mula dulu!” Proses pinjaman itu bermula pada Jun 2021 ini baru ditukar
sebagai geran. Kita berani kerana kita nak buat untuk rakyat, jadi kita berharap semua Ahli-Ahli Yang Berhormat wakil rakyat, pemimpin di bawah sana faham bahawa kita ingin laksanakan dan memberikan benda yang terbaik untuk rakyat. Bukan nak susahkan dan bukan nak cari salah. Itu saja.
Soalan nombor 19!
Terima kasih YB. Dato‟ Speaker. Saya pohon jawapan bagi soalan nombor 19. Terima kasih.
19. Pohon dinyatakan:-
a) Berapakah jumlah pelajar yang menyertai program TVET di Negeri Kedah mengikut jurusan?
b) Apakah dasar kerajaan negeri dalam menyediakan graduan yang mencukupi untuk menampung keperluan pasaran industri dan mengurangkan kebergantungan tenaga kerja asing?
c) Berapakah anggaran gaji permulaan bagi graduan TVET mengikut sektor?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Dato‟ Speaker, jawapan kepada soalan nombor 19 terbahagi kepada 3. Pertamanya berapakah jumlah pelajar yang menyertai program TVET di Negeri Kedah mengikut jurusan? Jumlah semuanya, ni mengikut program bagi 2021 ya, 8,822 orang dan kalau mengikut jurusan dan juga mengikut kolej serta tempat latihan politeknik yang paling ramai, kita ada Politeknik Sultan Abdul Halim dan Politeknik Sultanah Bahiyah di Kulim iaitu 6,124 orang. Bagi Kursus Engineering, Manufacturing and Civil Engineering ni peringkat diploma semuanya, 5,667 orang. Jadi, politeknik mengambil peranan yang amat penting. Seterusnya politeknik ini juga ada kursus Science, Mathematics and Computing, so dia memang „matching‟ dengan kehendak industri kita.
Kolej Komuniti di Kedah, pelajar yang masuk adalah 1,553 orang, 584 orang ialah Engineering Manufacturing dan bidang engineering yang lain. Kemudian, Science, Mathematics and Computing 144 orang. Bagi KISMEC, Engineering, Manufacturing ramai juga 274 orang, Science, Mathematics and Computing 42, seterusnya yang lain-lain lah. Kemudian kita ada Kulim Technologies (KTechno) yang ni semuanya Engineering, Computer Science dan sebagainya. Boleh saya baca sikit dia punya kursus yang diberikan iaitu Program Skills CAD CAM, Programmes Skills System Intergracy, Programmes Technology Data Scientist, Programmes Basic Skills Engineering CAD CAM, Programmes C&C, KTechno ni semua kursus-kursus dia ialah kursus Science dan Engineering yang memang sesuai untuk industri. Kita juga ada Kolej KEDA. Kolej KEDA ni dia bermacam-macam dan jumlah pelajar yang masuk ke Kolej KEDA ialah 276. Di situ dia ada teknologi lektrik ACM 1, 2, 3, 4. Itu tidak melibatkan industri. Itu jawapan kepada soalan nombor 19 yang pertama iaitu (a). Soalan (b) Apakah dasar kerajaan negeri dalam menyediakan graduan yang mencukupi untuk menampung keperluan pasaran industri dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing? Saya nak tambah di situ juga, malahan kita hendak lebih ramai rakyat Kedah yang bekerja, bukannya tenaga asing. Kita hendak kalau boleh 80% kilang-kilang yang kita bawa pelaburan ini rakyat Kedah yang mendapat nikmatnya. Menjawab kepada soalan (b) itu, penentuan hala tuju dan dasar pembangunan sosial ekonomi negeri termasuk penyediaan tenaga buruh adalah berpandukan kepada Pelan Pembangunan Kedah 2035, asas sepertimana kita bercakap dua tiga hari lepas. Kedah 2035 melalui Teras 4; Keseimbangan Modal Insan dan sebagainya, tetapi saya nak khususkan kepada Teras 1 iaitu Kemakmuran Ekonomi, yang tu yang kita berikan keutamaan, di situ disebut, Teras Kemakmuran Ekonomi Teras 1, nombor 2 menarik masuk pelaburan dalam industri teknologi tinggi, ekonomi digital, pendidikan R&D dan memacu Revolusi 4.0, melaksanakan projek berimpak tinggi serta memperkasakan infrastruktur sokongan projek berimpak tinggi. Jadi, semua ini perlu diterjemahkan kepada dasar dan pelan tindakan pada masa akan datang. Ini tidak boleh duduk di situ saja, ia perlu diterjemahkan. Itu yang kita akan laksanakan. Tanggungjawab untuk melaksanakan dasar ini diletakkan di bawah Jawatankuasa Tetap Industri dan kini sedang dalam tindakan merangka pelan pelaksanaan untuk merealisasikan sasaran yang telah ditetapkan dan antara pelan tindakan yang telah kita laksanakan ialah MOC, Memorandum Kerjasama di antara KTPC dan UniKL baru-baru ini iaitu pada 8 November yang lalu. Kedua, Upskilling Reskilling graduan ijazah dan diploma dalam bidang teknikal KISMEC dan KTechno sedang dilaksanakan. Ketiga peningkatan kapasiti pusat-pusat latihan teknikal seperti untuk TVET yang sedia ada supaya lebih ramai pelatih dapat diterima masuk.
Seterusnya IPTA, Politeknik di Kedah dan Kolej Komuniti mempertingkatkan bilangan pelajar dalam bidang teknikal, korikulum dan kursus latihan Kolej KEDA akan dikaji semula supaya pelatih-pelatih memperolehi sijil, diploma dengan kemahiran yang dikehendaki dalam industri pembuatan di Negeri Kedah. Seterusnya kita akan adakan „road show‟ InsyaAllah kalau tidak tahun ini tahun depan untuk bertemu siswa siswi dari Kedah yang mengambil ijazah, diploma dalam bidang-bidang teknikal seperti di UniMAP, USM dan sebagainya. Kita hendak rakyat Kedah yang belajar di luar, mereka balik nanti bekerja di Kedah. Saya ingat yang tu selesai untuk soalan (b). Seterusnya berapakah anggaran gaji permulaan bagi graduan TVET mengikut sektor? Gaji permulaan latihan TVET yang kita buat di KTechno dia keluar kadang-kadang 3 bulan, 6 bulan, bukan 1 tahun na, gaji dia kalau juruteknik E&E (Electrikal & Electronic) ialah RM1,700 – RM1,800 sebulan. Kedua E&E Jurutera, ni peringkat jurutera, gajinya dia boleh sampai RM2,800 – RM3,200. Gaji ni semestinya lebih tinggi daripada gaji yang diberikan oleh pihak kerajaan. Kemudian, M&E (Mechanical & Electrical) juruteknik RM1,400 – RM1,600 dan seterusnya bermacam-macam lagi. Bagi gaji permulaan Latihan TVET KTechno, yang tadi KISMEC, ialah lepasan SPM ada yang lepasan SPM pi belajar TVET di KTechno iaitu lepasan SPM RM1,300 sebulan, lepasan diploma RM1,500 sebulan, lepasan ijazah RM1,800 sebulan. Gaji permulaan selepas menamatkan pengajian di Kolej KEDA ialah bagi Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) RM1,800 –RM2,000, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) RM1,300 –RM1,500.
Jadi, semua ini menepati apa yang kita perlukan, apa yang kita kehendaki mengikut apa yang kita rancangkan supaya mereka ini mendapat pendapatan yang tinggi bila mereka mendapat latihan kemahiran dan bila bekerja dengan industri mereka akan mendapat gaji yang lumayan berbanding dengan mereka yang tidak mendapat kemahiran ini. Itu saja jawapan saya YB. Dato‟ Speaker.
Soalan tambahan saya, jika dibandingkan 10 tahun yang lalu semasa saya mula bekerja gaji RM1,500 dan sekarang lebih 10 tahun dah gaji permulaan masih RM1,200 – RM1,500. Apakah rancangan kerajaan untuk meningkatkan kadar gaji untuk permulaan dan dengan angka 8,822 yang dalam latihan sekarang, apakah sasaran kerajaan dengan peluang pekerjaan 15,000 tu bagaimana kita nak tambahkan pelatih kita supaya dapat dimuatkan dengan peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan? Terima kasih.
Terima kasih YB. Kota Darul Aman untuk soalan tambahan. Saya bersetuju kita dulu semasa mula bekerja, mungkin YB. mula bekerja RM1,500. Saya mula bekerja di Rubber Research Institute Malaysia tahun 1976, Ijazah Polymer Science and Technology, gaji saya RM850. Kalau nak kira dengan peningkatan kos sara hidup, sepatutnya sekarang ini gaji mereka dah RM5,000 ke atas tapi negara kita tidak mampu untuk membayar gaji yang mahal itu. Tapi dalam masa yang sama kalau kita bandingkan dengan negara-negara maju seperti Eropah, mereka gaji tinggi tapi „cost of living‟ mereka tinggi, gaji kita rendah tapi „cost of living‟ kita tak lah setinggi seperti mereka.
Apakah usaha kerajaan untuk mereka-mereka yang mendapat kursus Latihan TVET kemahiran teknikal ini mendapat gaji yang lebih baik? Pertama, sekarang ini „trend‟ satu aliran peningkatan gaji di kalangan operator, juruteknik dan engineers di kilang-kilang khususnya Kilang Kulim Hi-Tech Park kerana permintaan yang tinggi. Jadi, kilang-kilang ini mereka bersaing di antara mereka dan memberikan gaji yang lebih tinggi.
Keduanya, saya juga bertemu dengan 2 orang bekas pelatih di KTechno dan seorang lagi di KISMEC di sebuah kilang di Kulim. Saya bertanya seorang tu, saya kata, “gaji sekarang berapa, berapa lama dah bekerja”? Dia kata, “gaji saya adalah RM5,000” sebulan. Berapa lama dah bekerja? “Dalam 5 tahun”.
Seorang lagi dia ni engineer, dia buat Engineering Electrical di UniKL, dia bekerja 7 tahun dan sekarang dia jadi manager di kilang itu di Kulim, sebuah kilang dari Amerika. Saya tanya gaji dia berapa? “Ada lah Dato‟ dalam RM8,000 sebulan. „So, is not bad‟. Ertinya, “what we doing now if we doing the right thing”. Sebenarnya kita tarik pelabur yang berteknologi tinggi ini dari negara-negara yang maju dan mereka tahu gaji yang mereka bayar selama ini bukan tinggi lebih rendah berbanding dengan tempat mereka dan InsyaAllah „trend‟ ini akan berterusan dan InsyaAllah pelatih-pelatih ini akan mendapat gaji yang lebih baik pada masa-masa yang akan datang. Itu saja jawapan kepada soalan tambahan.
YB. Bandar Baharu!
Terima kasih YB. Dato‟ Speaker dan YB. Guar Chempedak. Memang TVET ini telah dijenamakan semula pada tahun 2017 dan menjadi graduan yang terlaris di pasaran sehingga sekarang ini yang membantu ramai remaja dan juga anak muda yang tak berjaya dalam akademik, minat kemahiran mendapat gaji yang lebih baik. Tetapi saya kuatir dan bertanya kepada kerajaan bagaimana graduan di era pandemik dan endamik ini? Setahun lebih graduan TVET ini saya rasa banyak tertinggal dalam bidang praktikal, kemahiran kerana ‟online study‟ tidak boleh bersemuka dan sebagainya. Jadi, bagaimana kita menghadapi cabaran ini? Terima kasih.
Sekali, boleh jawab sekali soalan tambahan YB. Dato‟ Speaker.
Ya, padat!
Ringkas dan padat. Iaitu Program TVET di tahfiz. Saya kira telah bermula sedikit masa dahulu. Saya nak tahu status, apa status sekarang dan apa hala tuju program-program TVET ini di pusat tahfiz seluruh Negeri Kedah? Terima kasih.
Ok, saya cuba jawab soalan tambahan daripada YB. Bandar Baharu dulu. Memang dalam musim pandemik ini mereka tak dapat pergi ke kolej KTechno, KISMEC dan sebagainya tapi mereka belajar secara online. Selepas mereka belajar secara online bila kolej buka balik, mereka buat praktikal dan mereka tidak terjejas sangat lah. Ada latihan macam Data Scientist umpamanya buat dengan USM memang ‟directly‟ online dan setakat ini apa yang saya faham, 100% pelajar atau pelatih di KISMEC, pelatih di KTechno dan pelatih di Kolej KEDA dan dapat kerja.
Program TVEt telah bermula sedikit masa dahulu di tahfiz-tahfiz di seluruh Negeri Kedah. Jadi, saya nak tanya apa status sekarang dan hala tuju tahfiz dengan TVET ni. Macam mana hala tuju?
Saya tak dapat data yang lengkap tetapi yang saya tahu dan maklum kita dah mulakan program kemahiran teknikal ini di Kolej KEDA melibatkan beberapa pelajar tahfiz, itu sudah bermula dan InsyaAllah saya akan dapatkan maklumat yang lebih terperinci berhubung dengan ini dan saya kan masukkan dalam jawapan bertulis. Sekian, YB. Dato‟ Speaker.
Ahli-Ahli Yang Berhormat mungkin nampak kelam kabut bergerak ke sana ke sini. Pihak KKM mendapati YB. Sidam macam ada gejala. Jadi, kita minta dia keluar dan kita tidak membenarkan dia masuk lagi. Jadi, macam mana pun penting kita buat ‟test‟ untuk kita nak ‟trace tu. Jadi, kita minta maaf lah YB. Sidam, kita tak benarkan masuk.
Soalan nombor 20!
Salam sejahtera, salam reformasi, vanakkam, da jia hao. Saya pohon jawapan untuk soalan nombor 20 YB. Dato‟ Speaker.
Sorry YB. Bukit Selambau, YB. Sidam tak dapat masuk jadi, kita pindah ke soalan nombor 21.
YAB. Jeneri nak jawab soalan tu. Terima kasih.
Haaaa…Sorry. YAB. Jeneri bermurah hati nak jawab soalan YB. Bukit Selambau.
20. Pohon dinyatakan sejauh manakah keberkesanan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) atau Jabatan Perpaduan Negara (JPN) di kawasan taman-taman dalam usaha mengawal dan menangani penularan Pandemik Covid-19 pada fasa pertama dan kedua di Negeri Kedah Darul Aman?
Terima kasih YB. Dato‟ Speaker, terima kasih YB. Bukit Selambau. Pohon dinyatakan sejauh manakah keberkesanan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) atau Jabatan Perpaduan Negara (JPN) di kawasan taman-taman dalam usaha mengawal dan menangani penularan Pandemik Covid-19 pada fasa pertama dan kedua di Negeri Kedah Darul Aman. Jawapannya ialah antara Objektif Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) iaitu yang pertama sebagai mekanisme menyatukan masyarakat setempat serta menyalurkan maklumat dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat di peringkat akar umbi, yang kedua memelihara kebajikan, kesejahteraan, keharmonian dan keselamatan penduduk dan ketiga mempertingkatkan aktiviti kejiranan dan pembangunan komuniti
Antara usaha-usaha Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Kedah dengan sokongan padu seluruh KRT dalam usaha menangani wabak COVID-19 ialah yang pertama Skim Rondaan Sukarela (SRS) di bawah Kawasan Rukun Tetangga (KRT) terpilih telah menjalankan kawalan keselamatan di kawasan-kawasan kejiranan dan perumahan dengan kepatuhan SOP yang ketat, yang kedua KRT menjalankan kempen-kempen kesedaran menjauhi COVID-19 melalui pembesar suara dan edaran pamplet di kawasan-kawasan kejiranan, yang ketiga menyebarluas maklumat-maklumat tepat status semasa COVID-19 menggunakan pelbagai medium misalnya aplikasi whatsapp, telegram, facebook komuniti dan sebagainya, yang keempat Jawatankuasa KRT menyebarluas maklumat kepentingan mendaftar untuk pengambilan vaksin dalam komuniti masing-masing.
Hasil daripada usaha-usaha tersebut, kesedaran menjaga keselamatan diri dan keluarga telah dapat dipertingkatkan. Daripada sekurang-kurangnya 500,000 orang warga dalam kawasan rukun tetangga di seluruh Negeri Kedah sejak awal penularan
COVID-19 hingga akhir bulan Oktober 2021 (fasa 3 Pelan Pemulihan Negara) hanya 11 orang sahaja iaitu 0.0022% yang dilaporkan meninggal dunia akibat COVID-19 dalam kawasan KRT. Peratusan yang sangat kecil ini menggambarkan betapa berkesannya peranan yang telah dimainkan oleh JPNIN Negeri Kedah dengan sokongan padu 500 KRT yang telah menjadi barisan hadapan di kawasan KRT masing-masing pada masa kini sebagai mekanisme dalam komuniti setempat. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada MKK dan pemimpin setempat, Ahli Jawatankuasa Masjid, Jawatankuasa Surau yang telah berperanan sepertimana KRT berperanan di kawasan kejiranan untuk menjalankan kempen pendaftaran vaksinasi yang telah disebutkan oleh YB. Pengkalan Kundor semalam di Kedah ini kita telah menggerakkan semua pimpinan tempatan untuk membantu menyebarluaskan kempen pendaftaran dan Alhamdulillah, di kawasan luar bandar JKK , Tok-Tok Imam ini lah yang kutip nama, himpun orang untuk buat vaksinasi. Saya ucapkan terima kasih di atas semua usaha yang telah dibuat oleh rukun tetangga KRT dan juga barisan hadapan di luar bandar khususnya. Terima kasih YB. Dato‟ Speaker.
Soalan tambahan saya adalah, apakah program atau aktiviti yang bakal dijalankan mulai 1hb. Disember iaitu ketika ini fasa keempat, untuk mengeratkan silaturrahim perpaduan kaum di Negeri Kedah Darul Aman?
Saya kurang tangkap lah soalan Yang Berhormat ni.
Tanggalkan „mask‟!
Soalan saya adalah, apakah program atau aktiviti-aktiviti yang bakal dianjurkan mulai bulan Disember untuk mengeratkan silaturrahim perpaduan kaum di Negeri Kedah Darul Aman? Terima kasih.
Oh! Perkara tak berlaku lagi. InsyaAllah saya akan dapatkan jawapan daripada jabatan lah, JPNIN apakah program-program yang akan dijalankan.
Sedikit, soalan tambahan. Sebab YAB. MB jawab jadi saya tanya lah. Boleh YB. Dato‟ Speaker, soalan tambahan? Boleh?
Boleh! Boleh!
Saya cadang supaya peranan KRT ini sebab KRT ini banyaknya di kawasan taman, di kampung pun ada tapi tak banyak. Peranan di taman-taman ini yang dimainkan oleh JPKK tidak dimainkan oleh KRT, ada Ahli-Ahli Majlis tapi peranannya tak sama. Mungkin YAB. boleh cadangkan supaya peranan itu diperluaskan sedikit untuk memastikan bahawa „service‟ kepada masyarakat taman itu lebih kurang sama seperti yang dibuat oleh JPKK. Terima kasih.
Terima kasih YB. Dato‟ Speaker, saya akan pastikan perkara ini berlaku kerana KRT ni pun dia ada akta dia, ada undang-undang, ada „certain-certain‟ kerja yang dia boleh buat, ada perkara-perkara yang dia tak boleh buat. Saya akan pastikan perkara itu berlaku lah, terima kasih di atas cadangan YB. Pengkalan Kundor.
Soalan nombor 21!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Dato‟ Speaker, mohon jawapan untuk soalan nombor 21.
21. Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) memerlukan perhatian dan pembelaan semua pihak.
Pohon dinyatakan:-
a) Stastistik OKU mengikut kategori.
b) Stastistik OKU mengikut daerah.
c) Kebajikan yang diberikan kepada golongan OKU.
YB. Bukit Kayu Hitam!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Dato‟ Speaker dan terima kasih YB. ADUN Ayer Hitam di atas soalan. Soalan yang pertama Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) memerlukan perhatian dan pembelaan semua pihak. Pohon dinyatakan stastistik OKU mengikut kategori. Statistik OKU mengikut kategori Penglihatan sebanyak 5,695, untuk OKU Pendengaran sebanyak 3,511, Pertuturan 339, Fizikal 21,147, Pembelajaran 15,877, Mental 4,410, Pelbagai 2,521. Jumlah keseluruhan 53,500.
Untuk jawapan (b) Statistik OKU mengikut daerah, untuk Daerah Baling seramai 4,107, Bandar Baharu 1,727, Kota Setar 9,250, Kuala Muda 13,243, Kubang Pasu 6,098, Kulim 6,978, Padang Terap 1,934, Pendang 2,741, Pokok Sena 1,380, Langkawi 1,972, Sik 2,122, Yan 1,948. Jumlah keseluruhan OKU di Negeri Kedah seramai 53,500 orang.
Untuk jawapan (c) Kebajikan yang diberikan kepada golongan OKU. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah melalui Peruntukan Persekutuan telah mengadakan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) kepada golongan OKU yang kebanyakannya adalah OKU daripada kategori pembelajaran yang tidak dapat menjalani persekolahan di arus pendidikan perdana di bawah Jabatan Pendidikan.
PDK di Negeri Kedah mempunyai 43 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dengan jumlah pelatih OKU adalah seramai 1,499 orang pelatih OKU. Bilangan pekerja PDK adalah seramai 43 orang penyelia dan 235 petugas. Peruntukan yang diluluskan pada tahun 2021 adalah sebanyak RM75,126.70 setahun. Pelatih PDK menerima elaun khas OKU sebanyak RM 150.00 sebulan.
Selain itu, terdapat institusi di bawah Kerajaan Persekutuan yang telah menyediakan Bengkel Terlindung iaitu di Bengkel Daya Sungai Petani. Bengkel ini adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada OKU yang tidak mampu bersaing di pasaran luar. Di samping itu, bengkel ini juga ditubuhkan untuk melatih mereka supaya berdikari dan meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang-bidang tertentu seperti pertanian, dobi, peruncitan, kebersihan, bakeri, perusahaan santan, pemakanan dan jahitan agar mereka mendapat lebih banyak peluang bekerja di pasaran yang lebih terbuka. Bengkel Daya diurus dan beroperasi mengikut Kaedah-Kaedah Worksyop Terlindung 1979. Sehingga kini, terdapat 32 orang Pekerja Kurang Upaya yang berada di situ. Peruntukan belanja mengurus di bengkel ini adalah sebanyak RM1,240,876.00 setahun.
Selain itu, program Perkhidmatan Job Coach merupakan satu inisiatif untuk memberi sokongan pekerjaan kepada OKU di mana seramai 41 orang OKU yang menerima perkhidmatan Job Coach dan kekal bekerja pada tahun 2020. Bagi pertengahan Tahun 2021, tiada bilangan OKU yang menerima Program Perkhidmatan Job Coach berikutan Pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pusat Khidmat Setempat (PKS) OKU terletak di Bedong. PKS ini adalah bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan kepada OKU di dalam satu tempat secara bersepadu. Ia berfungsi sebagai Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Pusat Rujukan OKU, Pusat Sumber Maklumat, Pusat Pengesanan Awal Kecacatan, Pusat Khidmat Nasihat dan Pusat Pendaftaran OKU.
Manakala, Taman Sinar Harapan Jitra (TSHJ) adalah institusi perlindungan dan jagaan kepada OKU yang berumur 0 hingga 14 tahun, yang mengalami kecacatan yang teruk dan tidak boleh dilatih atau terlantar. Sehingga kini, terdapat seramai 59 orang OKU yang berada di institusi ini dengan pecahan jantina iaitu sebanyak 35 orang lelaki dan 24 orang perempuan. Jumlah peruntukan belanja mengurus bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM3,148,468.00.
Antara Program Kebajikan di bawah Kerajaan Persekutuan bagi membantu golongan OKU adalah Bantuan Kewangan Khas OKU (Pakej Pemulih) sebanyak RM 1,500.00 diberikan pada Julai tahun 2021. Bantuan ini adalah merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu individu OKU (Bukan penerima Bantuan Bulanan JKM). Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan!
YB. Dato‟ Speaker, terima kasih YB. Bukit Kayu Hitam di atas penjelasan yang panjang lebar tentang statistik dan juga kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada golongan OKU. Soalan tambahan saya ialah, apakah faedah-faedah yang boleh didapati oleh pemegang Kad OKU yang kita sentiasa kempen supaya mereka yang ada anak ataupun keluarga yang OKU mendaftar untuk mendapatkan Kad OKU? Faedah-faedah tambahan yang ada kepada pemegang Kad OKU. Terima kasih.
Terima kasih YB. Ayer Hitam. Untuk kelebihan-kelebihan yang ada kepada pemegang Kad OKU yang mana ibu-ibu ataupun waris-waris yang mendaftar anak-anak mereka mendapatkan Kad OKU, Kerajaan Negeri Kedah telah memperuntukkan di bawah JKM sebanyak RM100 kepada mana-mana ahli keluarga yang berdaftar untuk mendapatkan Kad OKU.
Yang keduanya kita ada pengecualian bayaran rawatan perubatan. Seterusnya kita beri juga elaun sebanyak RM150 sebulan kepada pelajar OKU ini. Seterusnya bantuan kewangan pelajar OKU di IPT ataupun politeknik, kolej komuniti daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Seterusnya kita ada diskaun ataupun potongan 40% yuran pengajian di Open Universiti Malaysia. Pemegang Kad OKU ini juga kalau kita dah mendaftar kita ada Skim Galakan Perniagaan dari Kementerian Sumber Manusia. Seterusnya kerajaan juga menawarkan kemudahan dan galakan pelepasan cukai pendapatan daripada LHDN. Kita juga ada pengecualian cukai jalan daripada JPJ. Kerajaan juga memberi kelebihan kepada pendaftar Kad OKU dengan pengecualian duti eksais kenderaan OKU buatan Malaysia. Diberikan juga diskaun tambang pengangkutan awam, seterusnya pengecualian bayaran dokumen perjalanan
ataupun „passport‟ dan juga diberi potongan harga 20% pembelian rumah daripada Syarikat Perumahan Negara dan juga kemudahan perkhidmatan daripada Telekom Malaysia, diberikan juga bantuan daripada JKM kepada yang layak berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Pertamanya kita beri daripada JKM, Elaun Pekerja Cacat yang lebih dikenali dengan EPC, Elaun Pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang RM150 tu, diberikan juga bantuan OKU Tidak Berupaya, Bantuan Untuk Penjaga OKU Sakit Terlantar yang lebih dikenali sebagai BPT, kita ada Geran Peancaran, Bantuan Alat Sokongan dan Tiruan. Seterusnya kelebihan yang ada pada waris-waris atau ibu-ibu yang mempunyai anak OKU ini adalah mereka telah pun mengiktiraf anak-anak mereka daripada pemegang Kad OKU ini ada kelebihan dalam keluarga kita yang mana ianya merupakan saham akhirat kepada waris-waris ini. Jadi, itu kelebihan yang paling banyak, paling besar sekali kerana mereka ini adalah anak-anak syurga. Yang ni tak dak pada orang lain, ini saham yang ada kepada ibu-ibu atau waris-waris yang mempunyai nak OKU ini. Sekian, terima kasih.
YB. Sungai Limau!
Sat gi bagi YB. Tanjung Dawai, sikit saja, pendek. Terima kasih YB. Dato‟ Speaker dan YB. Bukit Kayu Hitam. Kerajaan ada OKU yang bekerja dan yang tidak bekerja, dia punya bantuan tu berlainan, bagi yang tak bekerja RM200 sebulan, yang mampu untuk bekerja dan berinteraksi dengan masyarakat ditambah lagi RM150 menjadikan RM350. Kalau nak bersaing dengn pasaran terbuka mungkin agak sukar. Kalau kita boleh cadangkan kepada JKM ada OKU yang kita istilahkan sebagai „lembam pembelajaran‟ dan dia nak bekerja secara biasa tu agak sukar, supaya JKM boleh „matching‟kan khususnya di masjid-masjid, kita ada lebih kurang 576 buah masjid seluruh Kedah mungkin seminggu sekali ataupun seminggu 2 kali dia bekerja di masjid bahagian cuci ataupun sebagainya lah membantu masjid dikira sebagai bekerja dan boleh ditingkatkan bantuan itu kepada RM150 dan ia boleh diperluaskan kepada agensi-agensi yang lain. Itu cadangan, terima kasih Bukit Kayu Hitam.
Penting ka tu YB. Tanjung Dawai?
Ya!
Yaa…Silakan!
Terima kasih YB. Dato‟ Speaker. Saya ni ada anak OKU, tu yang saya nak tanya. Terima kasih kepada YB. Bukit Kayu Hitam, rupanya banyak kelebihan yang diberikan kepada anak-anak OKU ini. Baru-baru ni saya pi Pusat Dakwah di Alor Setar dan Pengurus bagitau macam yang saya kongsi kelmarin, mereka buat Kursus Perkahwinan Untuk Golongan Pekak dan Bisu. Persatuan Pekan dan Bisu ni buat kursus perkahwinan pasal pasangan yang berkahwin ini di kalangan mereka itu banyak berlaku perceraian. Kalau orang biasa ni kut dia dengaq lebih, bercakap lebih boleh jadi punca bercerai, hat ni tak dengaq, tak bercakap tapi bercerai juga. Kut-kut ada maklumat.
Haa…YB. Bukit Kayu Hitam, jawab hat tak bertengkaq pun bercerai jugak.
Terima kasih YB. Sungai Limau dan YB. Tanjung Dawai. Saya ambil maklum mengenai elaun daripada pekerja cacat iaitu kalau anak-anak kita pemegang Kad OKU jadi majikan yang menawarkan pekerjaan contohnya dia bekerja di worksyop atau kedai motor. Kedai motor tu bayar kat dia RM1,000 sebulan dan JKM akar bayar lagi RM400 sebagai Elaun Pekerja Cacat kepada mereka. Jadi, dia dapatlah RM1,400 sebulan dan kepada mereka yang terlantar ini contohnya dia tak dak lah elaun pekerja cacat tu, dia cuma dapat elaun OKU sahaja. InsyaAllah kita akan panjangkan apa yang telah disuarakan oleh YB. Sungai Limau mengenai institusi masjid ini sebab apa, peruntukan-peruntukan atau elaun-elaun ini ditentukan oleh Kerajaan Pusat, InsyaAllah kita akan panjangkan di dalam mesyuarat untuk kita majukan, kalau boleh kita buka kepada institusi masjid. Memang betul, kanak-kanak lembam ni macam saya katakan tadi merupakan ahli-ahli syurga. Kalau YB. Tanjug Dawai ada anak OKU, saya pun ada cucu OKU. Alhamdulillah, ia merupakan satu perkara yang perlu kita beri perhatian kepada golongan-golongan ini dan di dalam Dewan yang mulia ini saya ucapkan tahniah juga kepada ibu-ibu di luar sana yang sekarang ini tidak malu untuk mendaftar anak-anak mereka sebagai OKU. Jadi, dah ramai dah orang keluar ke depan, tampil ke hadapan. Jadi, di dalam Dewan yang mulia ini juga ada di kalangan kita pegawai kerajaan yang peringkat atasan anak dia OKU, dia selalu „joint‟ dengan saya, Alhamdulillah. InsyaAllah, penambahbaikan ini akan kita bawa ke depan untuk kita beri perhatian kepada golongan OKU ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Selesai sesi pertanyaan mulut. Urusan seterusnya, Tuan Setiausaha.
Penggulungan Di Atas Ucapan Bajet 2022Address / budget
Penggulungan Ucapan Bajet 2022 oleh pihak kerajaan.
Sekarang kita masuk ke sesi penggulungan. Masa yang kita berikan kepada Exco ialah 20 + 5. 20 minit masa rasmi dan 5 minit itu masa tambahan. Jadi, jangan ambil tambahan lagi dah. Silakan YB. Kuah.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Dato‟ Speaker. Sepanjang tempoh perbahasan bajet dijalankan, portfolio pelancongan, belia dan sukan serta usahawan antara yang paling banyak di sentuh dan antara yang paling terkesan sepanjang tempoh kita jalani Pendemik Covid-19 Ini.
Saya berterima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat dalam melontarkan pandangan serta berkongsi idea untuk pembangunan pelancongan, belia dan sukan serta usahawan dalam Negeri Kedah dan masa 25 minit yang telah diperuntukan oleh YB. Dato‟ Speaker kepada saya, maka saya rangkumkan semua “touch point” ahli yang berhormat dalam ucapan penggulungan saya untuk sidang kali ini.
Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat sekalian, industri pelancongan bagi Negeri Kedah dibuka semula pada 16 September 2021 yang lalu di Pulau Langkawi, rentetan daripada kejayaan semua pihak dalam memastikan pengunjung mengikuti SOP yang telah ditetapkan serta keberkesananya telah menjadikan Pulau Langkawi sebagai projek rintis gelembung pelancongan untuk diterapkan di kawasan-kawasan pelancongan yang lain.
Yang Berhormat Dato‟ Speaker, apabila Negeri Kedah diumumkan telah beralih ke Fasa 4, barulah perancangan demi perancangan yang selama ini tertunda dek kerana perintah kawalan pergerakkan (PKP) dapat dibincangkan dan diteliti semula selari
dengan keadaan semasa ini. Antara perancangan untuk menambah bilangan pelancong hadir ke negeri Kedah yang turut disentuh oleh YB. Sungai Limau dan YB. Bayu mengenai kemasukan pelancong, menarik lebih ramai kemasukan pelancong, beberapa pelan telah di angkat diperingkat jawatankuasa. Antaranya adalah perbincangan bersama Pengerusi-Pengerusi Permotoran Negeri Kedah bagi menjayakan pelan Jom Ride Ke Kedah. kerana kita tahu bahawa penggemar-penggemar motor berkuasa tinggi ini mempunyai kemampuan untuk berbelanja dan mereka berada dalam satu kumpulan yang besar. Ini akan menjadikan Kedah sebagai satu destinasi baharu selari dengan program-program yang dilakukan seperti Karnival Bike Week di Sadao, Thailand.
Selain daripada itu, kita juga telah membuat beberapa perubahan dalam aspek penumpuan yang lebih terus kepada beberapa Kluster dalam Tourism seperti contoh „backpackers travellers‟ (dengan izin) di mana „backpackers travellers‟ ini, mereka gemar kepada eko-pelancongan dan suka kepada kesederhanaan dalam melancong.
Yang keduanya, „family travellers‟ di mana mereka gemar kepada kawasan yang mempunyai kemudahan serta kepelbagaian seperti contoh kawasan untuk membeli-belah dan juga kawasan yang unik seperti muzium dan tempat-tempat yang bersejarah untuk mereka lawati.
Kluster yang ketiga ialah „honeymoon travellers‟ di mana mereka ini gemar kepada tempat-tempat yang tenang seperti pergi ke pulau-pulau dan tempat makan serta tempat yang mereka boleh rakamkan kenangan terindah disaat mereka berbulan madu.
Antara beberapa kluster baru yang saya tumpukan adalah kluster pemancing-pemancing tegar dan profesional, ini kerana Negeri Kedah mempunyai laut yang hasilnya boleh dimanfaat oleh para nelayan kita dalam menjana pendapatan dengan membawa pelancong yang minat memancing ini dalam pakej „fun fishing‟ atau „extrem fishing trip‟ (dengan izin).
Disamping itu juga, mereka boleh merasai pengalaman menyuluh sotong atau mencandat sotong untung mencari umpan hidup serta mereka boleh juga merasai pengalaman memasak dan makan di atas bot nelayan bersama rakan-rakan mereka.
Turut dicadangkan oleh YB. Bayu untuk menjadikan Terowong Komunis sebagai kawasan pelancongan. Untuk makluman Sidang Dewan, ini antara cadangan yang cukup baik bagi sektor pelancongan dan sememangnya tempat-tempat bersejarah ini
mempunyai kluster travellernya yang tersendiri. Saya mengambil pandangan dan idea ini untuk diperhalusi diperingkat Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN) di mana tanah Terowong Komunis ini ianya berada di bawah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Oleh yang demikian, Majlis Daerah Baling telah menghantar surat kepada Jabatan Hutan untuk mereka masuk ke kawasan tanah tersebut untuk melihat apa yang perlu diambil tindakan kerana pada tahun 2016 Majlis Daerah Baling pernah mengeluarkan kos lebih kurang RM700,000 untuk kerja-kerja baik pulih serta menaiktaraf fasiliti di kawasan tersebut. Untuk cadangan kita adakan tempat bela gajah, dia kata ada mimpi berkenaan gajah itu. Sebenarnya cadangan tersebut bukanlah satu cadangan yang lawak atau cadangan yang bersahaja, namun ia turut memberi impak yang besar kepada pembanggunan pelancongan dikawasan tersebut. Jika kita melihat jiran kita di Thailand, mereka mempunyai kepelbagaian dalam tarikan pelancong, dimana mereka juga turut menggunakan gajah, dan ramai pelancong-pelancong yang hadir untuk melihat show gajah duduk, gajah berdiri, gajah menari dan sebagainya.
Oleh itu, cadangan tersebut mungkin boleh diambil oleh kerajaan negeri dan kita mungkin boleh melihat dengan lebih teliti berkenaan cadangan kita bela gajah di kawasan tersebut. Turut dicadangkan juga produk berasakan buah-buahan seperti durian oleh YB .Bandar baharu, saya mengambil maklum atas cadangan tersebut dan sebenarnya telah ada dalam Pelan Eko-Tourism yang dibincangkan bersama-sama pemain industri pelancongan dan Insya-Allah, pada tahun hadapan melalui Pejabat Exco Pelancongan kita akan keluarkan „travel book‟ yang mana kita dapat mengaitkan dengan perjalanan pemula pelancong yang turun di airport atau melalui jalan darat, ke mana mereka nak pergi kalau mereka duduk di Kedah 3 hari 2 malam, ataupun seminggu, apa aktiviti yang mereka perlu lakukan di mana dalam buku itu juga kita ada kluster – kluster mereka ini macam mana? Family Travellers ka? Single Travellers ka? Ataupun kluster-kluster yang ada. Jadi, dalam buku itu dah ada dah, jadi mereka boleh pilih ke mana mereka nak pergi.
Berkenaan dengan Islamic Tourism, YB. Belantek sebut kluster, itu adalah kluster kedua yang terbaru yakni pelancong berkumpulan dari serata negeri mahupun negara akan hadir ke Negeri Kedah untuk mereka belajar kitab-kitab lama ataupun berguru dengan ulama-ulama hebat dalam Negeri Kedah. Beberapa daerah telah pun kita kenalpasti dan kita pilih untuk dijadikan projek rintis dan ini juga akan memberi peluang kepada penduduk di daerah tersebut dan mereka dapat menikmati dalam limpahan daripada kedatangan pelancong kekawasan mereka.
Konsep melancong yang bersederhana juga antara yang menjadi pilihan bagi kluster ini di mana homestay dan bilik-bilik sewa yang murah akan menjadi pilihan kerana mereka berada dalam kuantiti yang ramai dan berkumpulan.
Kluster Islamic Traveller ini juga boleh melawat di kawasan-kawasan tumpuan pelancong seperti Empangan Muda, Sri Lovely Padi Organic, Bendang Man dan beberapa produk pelancongan yang lain yang berada dikawasan Daerah Sik ataupun daerah-daerah yang kita pilih. Itu adalah beberapa penambah baik bagi kita menarik lebih ramai pelancong-pelancong untuk hadir ke Negeri Kedah. Bagi memastikan Negeri Kedah kita ini, Covid-19 dapat dikawal dengan baik. Beberapa inisiatif turut diambil dalam usaha kita menarik lebih ramai pelancong untuk hadir ke Negeri Kedah dimana ini juga turut disentuh oleh YB. Bakar Arang di mana Penerapan SOP yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta penjagaan kendiri turut dipertingkatkan, penggunaan hand sanitaizer (dengan izin) serta mewajibkan pemakaian face mask dan penjarakan sosial (social distancing) sememangnya sentiasa diperingatkan oleh semua pemain-pemain industri pelancongan, peniaga dan juga agensi kepada pelancong-pelancong yang hadir ke Negeri Kedah. Yang Berhormat Dato Speaker, Kedah mempunyai beberapa pulau yang cantik dan indah, bak kata-kata dan ucapan YB. Gurun di mana Kedah ini seperti dara sunti yang belum disentuh orang, dimana kita mempunyai Pulau Songsong, Pulau Bidan dan Pulau Telur,
Perkara ini turut juga disentuh oleh YB. Bakar Arang dan YB. Kubang Rotan berkenaan penambah baik fasiliti seperti tandas, surau, dan telaga air di kawasan Pulau Songsong. Menurut pemakluman, pelan pembanggunan telah pun berada dalam perancangan Majlis Daerah Yan. Semua pelan-pelan perancangan yang telah pun kita rangka dan yang telah pun kita bincangkan diperingkat Jawatankuasa Pelancongan Negeri Kedah dimana dalam Jawatankuasa ini terdiri daripada semua Pegawai-Pegawai Daerah dan YDP Majlis serta agensi pelancongan dan pemain – pemain industri pelancongan yang mana YB. Gurun menyebut bahawa bahagian pelancongan Negeri Kedah perlu lebih agresif dan berfikiran di luar kotak dengan memikirkan sesuatu yang mempunyai kelainan untuk dilakukan di Kedah dalam usaha kita menarik lebih ramai pelancong-pelancong yang hadir ke Negeri Kedah di mana YB. Gurun juga kata dalam sektor pelancongna ini kita perlu libatkan player-player industri dimana saya juga bersetuju dan bersependapat dengan YB. Gurun dimana sudah sampai masa landskap pelancongan negeri kita ini dapat diselaraskan dan direncanakan bersama-sama „tourism industri player‟. Silakan! (YB. Bakar Arang mencelah)
Terima kasih YB. Dato‟ Speaker, YB. Kuah sebab YB. lompat satu point satu point sangat cepat so tadi dinyatakan kemudahan Pulau Songsong kan, boleh tak bagi satu respond yang akan buat atau tak akan buat maksudnya untuk tandas ataupun bilik mandi dan infrastruktur itu.
Yang keduanya ialah saya ingat lagi dulu, 2 atau 3 tahun lagi kita ada mengatakan untuk mengenakan caj kemasukan ke pulau untuk mendapatkan sedikit pendapatan Majlis Daerah Yan untuk mantainance pulau itu termasuk sebab ada juga yang mungkin dari Penang yang terus ambil bot turun dan kita juga nak kawal untuk kemasukan itu. Kenapa sampai sekarang tidak mula untuk mengenakan caj itu.
Sekali nah! Sikit saja! Terima kasih YB. Dato‟ Speaker, satu saya bersetuju dengan YB. Bakar Arang. Sememangnya kalau perancangan kita duk covid hampir 2 tahun kita boleh katakan dalam perancangan. Saya tahu the best lah tetapi terus YB. Exco sendiri kena turun minta buat dan laksanakan dengan segera.
Saya rasa yang itu terlalu lama pasal kadang-kadang ini ada birokrasi, kekangan dan sebagainya. Tadi, saya bersetuju dengan YB. Belantek, mungkin YB. Kuah boleh lihat bahawa tengok tentang Wisata Agama di Indonesia yang telah berlaku dan memang saya sendiri ke Masjid Demak, dia ada Sunan Kalijaga, Sunan Ampel, Sunan Bonang dan kalau boleh tengok boleh laksanakan. Kedah memang sesuai untuk Wisata Agama maksudnya travel dalam Tourism Agama. Terima kasih.
Terima kasih YB. Bakar Arang dan YB. Kubang Rotan. Berkenaan dengan Pulau Songsong, itu yang dimaklumkan di mana pelan perancangan itu memang dah ada dan mereka memang akan laksanakan seperti saranan daripada YB. Kubang Rotan memang kita berbincang dengan Majlis Daerah untuk mempercepatkan proses tersebut. Berkenaan dengan caj kutipan, ianya belum lagi diputuskan di peringkat kerajaan negeri dan itu adalah perbincangan saja. Daripada Penang ke Pulau Songsong tersebut, ini mungkin dah dinyatakan di dalam Mesyuarat Exco di mana kita bersetuju untuk tidak membenarkan lagi apa pelancong daripada Penang untuk terus ke Pulau Songsong, ianya perlulah ke pulau tersebut melalui Kedah kerana kita nak dapatkan limpahan ekonomi daripada Penang kita tak dapat apa? Depa duduk dua malam, tiga malam di Penang, mereka mai Pulau Songsong, depa bawa balik, depa tinggal sampah kat kita! Jadi, daripada Kedah depa duduk di Kedah 2,3 malam di Pulau Songsong dan dia balik pun masih lagi duduk di Kedah, orang setempat di kawasan tersebut akan menerima limpahan ekonomi hasil daripada Pulau Songsong.
YB. Dato‟ Speaker, saya teruskan dengan point-point ucapan penggulungan di mana dalam aspek kebersihan di mana YB. Kota Siputih telah pun menyentuh berkenaan dengan terdapat kawasan pelancongan yang dipenuhi dengan sampah dan juga agak kotor. Untuk makluman Yang Berhormat, pekerja pembersihan Majlis Pembandaran atau Bandaraya serta swasta sentiasa menjalankan tugas harian mereka dan ianya juga lebih kepada sikap pelancong, sikap orang kita sendiri yang tidak cakna dengan membuang atau meninggalkan sampah pada tempat yang bukan tempat sepatutnya atau yang disediakan. Contohnya yang diviralkan baru-baru ini di satu tempat peranginan iaitu Air Terjun Perangin, dimana para pengunjung yang hadir, mereka bawa barang, mereka tinggal sampah, mereka tak bawa keluar pun sampah-sampah itu di mana pengunjung bila dah balik, jarak tempat Air Terjun Perangin itu, 10km masuk ke dalam hutan, dan ini mungkin agak membataskan pekerja-pekerja pembersihan untuk masuk ke situ setiap hari. Lepas itu, mai NGO-NGO tolong bersih diviralkan dan dibagitau tempat ini kotor! Tolong itu tolong bagus tapi tolong viralkan untuk jadikan isu ini memang tak bagus! Kita tolong dengan ikhlas jangan ada perkara-perkara di sebaliknya.
Oleh itu, Yang Berhormat Dato Speaker pelancongan Negeri Kedah melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah melaksanakan kutipan cukai, seperti yang dibangkitkan oleh YB. Kubang Rotan, berkenaan cukai pelancongan. Untuk makluman Yang Berhormat, bermula pada 1 Ogos 2017, kadar RM10 semalam dikenakan kepada pelancong asing untuk satu bilik, untuk semua jenis hotel dan juga penginapan. Namun pengagihan 50% cukai pelancongan kepada kerajaan negeri bermula pada tahun 2019 dan pada tahun 2019 Kerajaan Negeri Kedah telah meneriman agihan sebanyak RM5.08 juta dan digunakan untuk tujuan pembanggunan infra.
Untuk tujuan promosi, ianya diuruskan sepenuhnya oleh Kedah Torism iaitu anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah dan dana sebanyak RM2 juta telah pun diberikan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2020 melalui Kementerian Pelancongan (MOTAC) dan 2 juta ini disalurkan kepada akaun Kerajaan Negeri Kedah dibawah kawal selia Pejabat Kewangan.
Sebanyak RM1.73 juta telah pun dibelanjakan bagi tujuan promosi serta melakukan aktiviti pelancongan kepada Negeri Kedah dan Insya-Allah pada tahun hadapan, kita dalam usaha untuk memohon penambahan peruntukan kepada Kedah Tourism daripada pihak Kementerian Pelancongan. Apabila pelancongan kita kembali pulih, ekonomi usahawan kita pun turut akan pulih, namun Kerajaan Negeri Kedah melalui pemacu Pembangunan Usahawan Negeri Kedah atau lebih dikenali sebagai UPUK, telah bertungkus lumus dalam membantu usahawan-usahawan kita yang terjejas. (YB. Bakar Arang mencelah)
Terima kasih YB. Kuah! Terima kasih YB. Dato‟ Speaker, sebab sudah pergi kepada usahawan kan. Saya cuma nak tanya sedikit sahaja, tentang pelancongan sebab tadi pun ada nyata angka-angka kan! Dalam Bajet 2022, ada menyatakan dua part lah. Part yang pertama ialah bagi sektor pelancongan domestik ke seluruh Negeri Kedah, kerajaan akan memperluaskan kemudahan prasarana, pelancongan dan pemulihan bangunan, warisan dengan peruntukan sebanyak RM3 juta tapi tak nyatakan detail nak buat di mana. Minta YB. Kuah nyatakan nak buat di mana? Yang kedua, peruntukan kepada Eko-Pelancongan dan juga hutan simpan sebanyak RM3.2 juta, yang ni juga minta jelaskan di mana dan projek apa?
Terima kasih YB. Bakar Arang, untuk saya detailkan peruntukan RM3 juta dalam bajet, buat masa la saya tiada detail berkenaan dengan peruntukan tersebut. Jadi, saya mungkin boleh hantar jawapan bertulis kepada Yang Berhormat selepas saya dapatkan detail daripada kerajaaan negeri. Untuk soalan kedua, saya akan sampai ke penggulungan saya.
Oleh itu YB. Dato‟ Speaker, YB. Bandar Baharu, ada menyentuh berkenaan dengan usahawan untuk kita mudahkan proses-proses permohonan pinjaman daripada usahawan kita kepada UPUK.
Untuk makluman Yang Berhormat, proses yang diperlukan untuk memohon pinjaman atau mendapatkan bantuan di UPUK adalah antara yang paling mudah di antara mana-mana agensi kerajaan yang menawarkan pinjaman perniagaan. Antara keperluan adalah sijil daftar niaga, yang kedua gambar tempat perniagaan dan yang ketiga adalah laporan kewangan syarikat. (financial statement)
Antara penyebab beberapa permohonan yang gagal adalah tiada laporan kewangan dan juga antaranya ialah tiada sijil perniagaan walaupun mereka dah berniaga bertahun-tahun tapi mereka tak buat sijil perniagaan. Bila nak mohon pinjaman baru buat pendaftaran, jadi pendaftaran itu jadi baru dan tak melayakkan mereka untuk buat pinjaman.
YB. Kuah, 2 minit lagi!
2 minit lagi! Banyak point lagi! Oleh itu, saya menyarankan kepada usahawan-usahawan kita agar setiap keuntungan perniagaan perlulah dimasukkan ke dalam akaun supaya kita ada laporan kewangan yang baik, dan di sini juga mereka bukan sahaja boleh buat pinjaman kewangan tetapi mereka juga boleh buat pinjaman ataupun pembelian rumah melalui financial yang baik ini dan juga pembelian-pembelian aset untuk perniagaan mereka. Oleh itu, saya terpaksa skip beberapa isu ataupun point-point supaya landing dengan baik. Berkenaan dengan litar lumba, YB. Jitra tak dak! Saya boleh teruskan dengan isu yang berlegar-legar di media sosial sekarang ini iaitu isu ikan siakap ianya dalam konteks usahawan juga. Baru-baru ini kita dikejutkan juga dengan viral ikan siakap berharga RM1,000 lebih sampai ke Mydin sampai ke semua orang lah buat video, bawa keluar ikan mata merah, buat apa pi Langkawi di Mydin pun ada, tapi ikan mata merah lah bukan ikan fresh. Oleh itu, YB. Dato‟ Speaker ingin saya jelaskan ataupun memberi penerangan bagi pihak Pejabat Exco Usahawan, kita tak melihat mana salah mana yang betul tetapi mana-mana orang yang pi makan, dia punya range harga macam tu dengan keadaan ikan yang besar, ikan dia boleh muat 5 pinggan, kalau tak habis boleh bawa balik lagi! Jadi, ada 2,3 orang ada yang memuatnaik dalam internet bil-bil yang mereka di kedai tersebut. Dia punya range harganya lebih kurang RM1,000 ke RM1,700 cuma bila saya berjumpa dan bersembang dengan pemilik restoran, ikan yang di viral itu adalah ikan di kolam depan, ikan di kolam depan itu adalah ikan untuk show, dia bukan boh dalam akuarium. Dia bubuh dalam kolam depan itu, ikan dalam kolam itu berat dia lebih kurang 5kg ke atas, ikan yang mereka jual adalah di kolam kedua, ikan di kolam kecil sikit. Mana-mana orang yang hadir ke kedai tersebut dia akan bawa tunjuk show dulu lepas itu baru dia bawa untuk pilih ikan mana yang mereka nak. Mungkin ada kesilapan…(YB. Kubang Rotan mencelah)
Boleh minta sikit tak?
Masa habis dah, jadi tak bagi dah!
Ya.. nak landing dah!
Nak cakap ikan siakap Langkawi ni!
Tak apa lah! Tak habis terang lagi. Mungkin ada salah faham diantara orang yang nak mai makan dengan orang yang nak mai beli! Pengurus itu! Jadi, pada saya satu saja, sebelum kita makan ataupun order makanan kita perlu memastikan, harga dia berapa, total dia berapa? Berat ikan macam mana? Besar ikan macam mana? Barulah kita boleh makan janganlah sampai tinggal pinggan saja, baru minta bil baru kata mahal. Oleh itu, saya harap supaya isu ini tak lagi ditimbulkan, kerana tiada apa-apa yang besar pun kerana isu itu adalah isu agak terpencil bagi makanan-makanan di Pulau Langkawi.
Oleh itu, YB. Dato‟ Speaker, saya nak tamatkan ucapan penggulungan yang mana saya tak sempat gulung saya akan hantar jawapan secara bertulis. Di akhir penggulungan saya ini, saya menyokong penuh pembentangan Bajet 2022 pada Sidang Dewan kali ini dan saya akhiri dengan dua rangkap pantun. Ada pantun juga YB. Dato‟ Speaker!
Dari Jeneri ke pekan kuah, Singgah sebentar di makam mahsuri, Bersama-sama kita menumpang tuah, Dibawah pimpinan Yang Amat Berhormat Jeneri.
Di bawah pimpinan YAB Jeneri, Negeri makmur cukup terkenal, Bukan meraih untuk diundi, Inilah Kerajaan Perikatan Nasional.
Sekian, Wabillahitaufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumussalam. Tadi, YB. Kubang Rotan nak habaq dia pun terkena juga di restoran yang sama 2, 3 hari selepas itu. Jadi, tak apa lah! Kena berhati-hati lah no! Seterusnya, saya jemput YB. Kupang!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Yang Berhormat Dato' Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Hadirin yang dirahmati Allah sekalian Alhamdulillah saya dengan sukacitanya mengambil bahagian untuk membuat penggulungan kepada perbahasan-perbahasan yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat terutama berkenaan dengan portfolio sayalah! Kalau kita lihat daripada pembentangan yang lepas yang menjadi mukadimah kepada teks ucapan Yang Amat Berhormat Dato‟ Seri Menteri Besar dalam Pembentangan Bajet 2022, beliau telah memulakan dengan firman Allah Ayat 11 Surah Ar-Ra'd.
Alhamdulillah saya dapat mendengar perbahasan terhadap ucapan bajet 2022 yang telah dibentangkan dan turut dibahas oleh pihak pembangkang dan juga backventures Di sini saya mengambil kesempatan untuk menjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan yang ada kaitan dengan sayalah Insya-Allah. Pertama, sama ada langsung atau tidak langsung mengenai dengan isu judi yang kini telah pun meledak bukan sahaja dari kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat tetapi juga ialah dalam medsource yang banyak dibincang dan sebagainya. Jadi isu judi dan arak yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dan juga daripada pihak pembangkang dan kerajaan maka saya dengan ini mencadangkan satu sesi dialog dia di antara agama diadakan khas bagi isu ini dan portfolio agama akan menjadi sekteriat kepada program ini. Saya harap dapat dipersetujui dan Yang Berhormat Tuan Speaker, isu perpindahan Sekolah Kebangsaan Bukit Meriam yang dibangkitkan oleh Alor Mengkudu di mana saya ingin menjelaskan bahawa isu ini bermula daripada satu punca kuasa bukan..(YB. Derga mencelah)
Minta laluan! Sekejap saja!
Nak bagi tak YB. Kupang!
Ya..silakan!
Terima kasih YB. Dato‟ Speaker, terima kasih atas ruang yang diberikan! Terima kasih atas cadangan Kupang untuk adakan dialog dan saya rasa bukan saja judi dan saya cadangkan supaya kita bincang juga termasuk isu-isu rumah ibadat dan sebagainya supaya kita dapat membentuk satu negeri yang harmoni dan muhibbah untuk semua. Terima kasih.
Akan dipertimbangkan! YB. Dato‟ Speaker, mengenai dengan perpindahan Sekolah Kebangsaan Bukit Meriam yang dibangkitkan oleh Alor Mengkudu, saya ingin menjelaskan bahawa isu ini bermula dari 1 punca kuasa bertarikh 12 March 2020 yang memberi laporan kawasan itu adalah kawasan yang berisiko tinggi untuk kejadian kegelongsoran dan kejatuhan batu akan berulang. Ini amat merbahayakan dan tidak selamat kepada pelajar-pelajar dan juga kakitangan sekolah. Jadi, pihak JKR Cawangan Kejuruteraan Cerun telah mencadangkan supaya sekolah berpindah ke kawasan-kawasan yang selamat dan berikutan itu pada 20 Oktober keruntuhan tanah pun berlaku lagi dengan batu besar terus berlaku di kawasan itu. Jadi, hasil daripada kejadian itu maka tindakan-tindakan yang lanjut telah pun diambil oleh pihak-pihak yang berwajib. Jadi, oleh itu kerja-kerja pemerhatian di tapak terus diadakan oleh JKR Cawangan Kejuruteraan Cerun dan mendapati terdapat batu tergantung pada permukaan cerun di mana sudut kecerunan ataupun sudut kecuraman cerun berkenaan dianggarkan sekitar 70 darjah dan dikategorikan sebagai kawasan yang berisiko tinggi. Jadi sekaligus mengikut laporan itu, tempat itu adalah tidak sesuai untuk dibangunkan sebagai struktur binaan di kawasan kaki bukit itu dan kalau sekiranya nak dibangunkan sesuatu bangunan kita kena buat, melakukan pengukuhan kena adakan satu proses pengukuhan terhadap cerun itu
sendiri dan kos untuk melakukan pengukuhan cerun itu dianggarkan RM9.04 juta. Ini tak termasuk lagi pengambilan tanah dan kos perataan bukit dan juga bayaran pampasan yang dianggarkan kira-kira antara keseluruhannya ialah RM20 juta hingga RM 30 juta.
YB. Dato‟ Speaker, jadi apabila pihak berkuasa telah mengambil keputusan untuk memindahkan sekolah itu ke Sekolah Seri Kuala jaraknya lebih kurang 5 km maka terdapat bantahan-bantahan daripada pihak ibu bapa yang berkeras tidak mahu berpindah. Jadi, timbullah isu ini dan akhirnya menjadi isu yang dibangkitkan di dalam medsource juga dan akhirnya suatu tuntutan daripada pihak ibu bapa supaya kita tidak pindahkan sekolah itu.
Jadi, di dalam keadaan yang sedemikian kita mesti membuat dua pertimbangan sama ada hendak mengikuti ataupun mematuhi apa yang dikehendaki oleh pihak ibu bapa ataupun dari segi keselamatan. Jadi, selepas kita membuat pertimbangan itu pihak Jabatan Pendidikan telah membuat keputusan supaya dipindahkan juga dan peruntukan telah pun diluluskan untuk menambah prasarana di sekolah yang akan dipindahkan. Semua dah disiapkan! Namun demikian keadaan itu telah menjadi panas apabila sebahagian daripada penduduk telah pun membuat tunjuk perasaan sedangkan kita telah melakukan banyak tindakan-tindakan dan kalau ikut urutan ni saya nak baca memang panjang sangatlah, dia punya kronologi kes ini cumanya sekarang ini kita ada dua pilihan. Pilihan yang pertama ialah terus berada di situ dengan kita menambah pembaikan dan juga melakukan pengukuhan cerun di mana kosnya ialah RM30 hingga RM40 juta.
Yang keduanya ialah dicadangkan buat bangunan baru di tapak yang dicadangkan di mana kos pembinaan sekolah baru ini yang dicadangkan ialah 12 bilik darjah, 2 blok tingkat dan kosnya di antara RM25 juta hingga RM30 juta termasuk pengambilan tanah. Keluasan sekolah di antara 4 hingga 6 ekar, kemudahan sekolah dengan infrastruktur yang baru, canggih, moden dan mempunyai padang berbanding dengan premis sekolah yang ada sekarang ini tidak mempunyai padang. Namun demikian, pihak penduduk masih lagi tidak bersetuju dengan apa yang dicadangkan maka pihak saya dan juga termasuklah dengan Yang Berhormat Pantai Merdeka telah pun mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah dan mereka tetap juga tidak mahu pindah sedangkan untuk sementara ini pihak kita telah „offer‟ supaya kemudahan pengangkutan daripada rumah ke sekolah baru yang hendak dijadikan pilihan ini dengan menyediakan kenderaan. Namun demikian, pihak penduduk masih lagi berkeras, tidak mahu menerima cadangan kita itu! Jadi, sekarang ni ada dua alternative. Yang pertama sama ada kita nak buat cerun itu, memperkukuhkan cerun. Yang keduanya ialah dengan cadangan sekolah baru, pihak JKR lebih
cenderung untuk mengadakan sekolah baru kerana inilah perkara yang peluang untuk dapat pembangunan baru dimana dari segi pembangunan pembelajaran dan juga pendidikan kita perlu rancang lebih jauh dengan tidak terikat dengan perasaan nak jaga nostalgia dan sebagainya tapi kita lebih merancang kepada pembangunan pendidikan negeri sendiri. Sebab itu perlulah ada satu perubahan taklah semata-mata untuk mempertahankan perasaan masing-masing. Jadi, dalam banyak perbincangan (YB.Kota Siputeh mencelah)
Terima kasih YB. Dato‟ Speaker, cadangan untuk buat sekolah baru tu mengambil masa berapa lama berapa tahun itu soalan saya?
Satu-satu pembangunan itu kalau nak buat bukan boleh sebulan, dua walaupun kita telah jelaskan bahawa perpindahan itu adalah sementara. Proses-proses telah pun bermula dan tapak sudah pun dikenal pasti dan cadangan itu pun telah pun dikemukakan kepada pihak yang berwajib. Jadi, saya kira perkataan sementara itu janganlah dipendekkan sampai tak boleh nak buat apa, biarlah munasabah!
Ada sikit! Ada surat daripada tahun 2017 kelulusan untuk buat Benteng dekat cerun situlah tapi tak diambil tindakan?
Barangkali kita kena lihat kepada kos itu, sepertimana yang saya sebutkan tadi bahawa kos itu untuk memperkukuhkan bahagian cerun itu mengambil apa nama ni kos yang tinggi RM30 hingga RM40 juta nak bandingkan dengan sekolah yang baru akan dibuat! Jadi, lebih baik, adalah lebih bijak sekiranya kita membuat keputusan yang lebih menguntungkan semua pihak sama ada kerajaan dan juga kepada pihak ibu bapa yang akan menerima manfaat daripada apa yang kita akan buat. Itu yang sebenarnya!
YB. Tuan Speaker, saya rasa perkara ini pun masih dalam tindakan dan perundingan- perundingan masih lagi berjalan maknanya kita masih lagi belum lagi membuat suatu keputusan yang tuntas kerana masih lagi berjalan sama ada nak pilih alternatif (a) ataupun alternative (b). Saya harap penduduk dapat faham keadaan yang sebenarnya.
Kemudian, isu yang seterusnya ialah isu Pendidikan Islam mengenai dengan Tadika Islam yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Derga. Untuk pengetahuan Yang Berhormat bahawa selaras dengan usaha kerajaan memartabatkan Pendidikan Islam maka Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM5.3 juta bagi membiayai kos operasi 140 buah tadika yang melibatkan 1,664 murid dan 124 orang guru. Peruntukan ini merupakan peruntukan pengurusan tahunan bagi membayar gaji guru, pembantu dan tukang masak Tadika Islam di seluruh negeri dan seterusnya yang keempat ialah bantuan…(YB. Derga minta laluan)
YB. Dato‟ Speaker, persoalan saya itu bukan sebab sekolah itu 141 tetapi guru hanya 126, jadi adakah seorang guru jaga 2 tadika. Saya takut bila tengok balik di mana Sekolah Agama Rakyat itu, dia dapat hanya, dia ada 200 sekolah jugalah tak salah saya, dia hanya dapat RM1 juta. Jadi, maksud itu, satu Sekolah Agama Rakyat dapat RM5,000 sahaja berbanding dengan tadika lebih kurang RM37,000 jika kita bahagi dengan 141. Adakah salah pengiraan tersebut sebab tadika hanya 141 tapi guru hanya 126. Itu saja, saya nak minta penjelasan adakah betul? Dan adakah semua sekolah tadika ini didaftar 141 sebab saya difahamkan tadika yang berdaftar hanya 50 hingga 60 macam itu sajalah! Terima kasih.
Boleh tambah?
Silakan!
YB. Dato‟ Speaker, kita ada lebih daripada 1,500 tadika di Negeri Kedah ini dan boleh dikatakan semua tadika ini menghadapi masalah pengurusan dan sebagainya sebab pandemik tak kan lah nak bantu 142 tadika itu sahaja. Tadika lain perlu juga! Apa special nya tadika ini yang sampai RM5 juta nak dibelanjakan kepada tadika tersebut?
Mohon tambah sikit Kupang no!
Ya..silakan!
YB. Kota Siputeh ini kita nak tanya dia sebelum ini tak bagi, mai sini dia tanya banyak! YB. Dato‟ Speaker, saya merujuk kepada apa yang telah membentangkan dan jumlah yang disebut oleh Kota Siputeh 1,000 lebih tadika dan kita pun mengharapkan supaya kerajaan ada insentif untuk bantu tadika-tadika. Dan kita pun sedar ada tadika swasta itu pihak Kementerian Pendidikan, ada geran dan sebagainya kepada tadika-tadika swasta dan saya tak pastilah sama ada Kota Siputeh sedar 146 tadika taska. Masa Kota Siputeh pun jumlah yang sama dan RM5.3 juta itu kos pengurusan yang sudah sedia ada sebelum ini. Tak tahulah Kota Siputeh sedar ataupun dak semasa memegang Exco. Jadi, mungkin pihak kerajaan juga boleh memikirkan insentif dan bantuan-bantuan lain. Ini kos pengurusan daripada taska dan kembangkan kepada taska-taska lain. Terima kasih.
Sebenarnya tadika ini ada tadika persendirian, ada dibawah Tadika Kemas, dan ada Tadika dibawah Jabatan Agama dan sebagainya. Jadi, keseluruhannya yang berdaftar ialah 141, yang tak daftar tu memang barangkali ada lagilah yang tidak didaftarkan. Walau apa pun pengurusan ini ialah pengurusan yang sedia ada dan kita harapkan bahawa penambahbaikan dari segi-segi bantuan-bantuan dan sebagainya akan dilihat pada masa-masa yang akan datang. Insya-Allah, kemudian apa yang dibangkitkan oleh YB. Kota Siputeh mengenai dengan bantuan gajet yang dibangkitkan oleh Kota Siputeh mengenai bantuan peralatan PDPR sebanyak 9,923 unit telah diagihkan di Negeri Kedah dan ini tidak termasuk bantuan yang disumbangkan oleh NGO dan syarikat-syarikat korporat.
Di samping itu di bawah Lembaga Zakat juga beberapa projek berhubung dengan perkara ini turut dilaksanakan. Jadi, kalau kita lihat projek-projek yang dibawah zakat sendiri, 51 ialah projek telefon pintar melalui Jabatan Pendidikan Negeri, jumlah penerima ialah 692 buah sekolah dan selain daripada itu bantuan set PDPR Sekolah Rendah Agama, Sekolah Menengah Agama, Maahad Tahfiz dan pondok yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan juga bantuan telefon pintar dan data Internet di mana pelajar Asnaf di sekolah Lembaga Zakat Negeri Kedah, bantuan telefon pintar bersama TNB Kedah kepada pelajar miskin dan juga miskin terpilih di Lima buah daerah iaitu Baling, Sik, Pendang, Padang Terap dan Langkawi. Jadi, jumlah keseluruhannya ialah lebih RM22,449,276.
Jadi, itulah diantara bantuan-bantuan yang telah diberi seperti mana yang dibangkitkan dan juga di sini saya mengambil kesempatan juga untuk menjelaskan kedudukan Pusat Dakwah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjung Dawai Pusat Dakwah ini ialah sebenarnya di bawah kawalan Yayasan Islam…
Boleh bagi laluan sikit kut no! Nak ubah topik dah kan! Sekolah habis dah! Berkait dengan tahfiz dalam ucapan saya kelmarin bantuan pada 2022 dengan jumlah yang diberi iaitu dengan angkat jumlah yang diberi tu dengan angka jumlah sekolah itu sekitar 5,000 Tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat. Jadi, semalam saya sebut bahawa ada di antara tahfiz-tahfiz yang akan tutup pada bila-bila masa, yang telah tutup pun ada jadi sudah tentu saya rasa bantuan yang perlu diberi keperluan kepada tahfiz-tahfiz ini tidak sama jumlahnya dengan tahfiz-tahfiz yang mampu lagi beroperasi. Jadi, soalan saya adakah Kupang berhasrat untuk melihat secara keseluruhan untuk memastikan bahawa tahfiz yang berdaftar ini mampu untuk bergerak semula memulakan depa punya pengajian semula dan seterusnya mampu untuk survive di masa-masa akan datang. Terima kasih.
YB. Kupang, ada 4 minit lagi!
Tambah 5 minit lagi!
Tambah 2 minit saja!
Tambah 2 sahaja! Sebenarnya, tindakan untuk tidak berlakunya penutupan Pihak Penguasa Tahfiz-Tahfiz ada berjumpa dengan saya dan saya jelaskan bahawa cuma kita boleh memanjangkan kepada pihak majlis untuk memberi kelonggaran supaya dapat beroperasi walaupun dalam keadaan pendemik covid19 dengan kelonggaran- kelonggaran yang tertentu dan pada peringkat permulaan itu memang diluluskan dengan syarat-syarat yang ketat dan apabila gelombang kedua maka perkara itu tak dapat diteruskan. Jadi, apa pun perkara ini telah pun sampai ke
pengetahuan kita dan kita bincang bagaimana nak selesaikan dan saya rasa dalam keadaan yang sedemikian tiba-tiba kita dah berubah sekarang inilah kepada fasa 4. Jadi, soal itu tak berlaku lagi dan semua Insya-Allah akan berjalan seperti biasa selepas daripada ini.
Alhamdulillah maknanya dengan doa kita maka edaran masa yang berlaku ini dapat menyelamatkan keadaan tadika ini. Jadi, Alhamdulillah! Selain daripada itu, saya suka nak menyebut bahawa apa yang dibangkitkan oleh Tanjung Dawai di mana kedudukan pusat dakwah, di mana pusat dakwah ini ialah di bawah kawalan Yayasan Islam, jadi kerajaan tidak memberi sebarang bantuanlah itu kerana mereka yang telah mengendalikan cumanya IQDAR sahaja yang kerajaan bagi peruntukan tahunan itu untuk pengurusan walaupun IQDAR itu dibawah Yayasan Islam. Jadi, oleh kerana masa tidak mengizinkan saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada YB. Dato‟ Speaker,…(YB. Dato‟ Speaker mencelah)
Ada 3 minit lagi!
3 minit lagi, tak apa lah saya sedekah dekat orang lah 3 minit ini, moga-moga dapat diselesaikan. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih YB. Kupang! Sekarang kita jemput YB. Bukit Pinang! Nak buka mask pun tak apa YB. Bukit Pinang!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, Washolatu Wassalamu 'Ala Rasulillah Waman Tabi'ahum Bi‟ihsan Ila‟yaumiddin. Qhola‟ Robbishrohli Sodri Wa‟yassirli Amri. Wahlul‟ Uqdatan Min Lisaani Yaf Qouhu Qouli. Yang Berhormat Dato‟ Speaker, Yang Amat Berhormat Dato‟ Seri Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman, Yang Berhormat Dato‟ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli - Ahli Yang Berhormat, YBHg. Ketua-Ketua Jabatan Negeri Dan Persekutuan seterusnya Pegawai-Pegawai Media, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dirahmati Allah sekalian.
Pertama kali saya mengucapkan penghargaan dan rakaman terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan dan mengemukakan soalan samada soalan lisan dan bertulis. Penghargaan juga diucapkan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam mengemukakan saranan yang bernas untuk dijadikan penambah baik dan dasar-dasar negeri jangka panjang terutamanya yang melibatkan sektor penerangan, komunikasi dan multimedia dan perdagangan dalam negeri dan juga hal ehwal pengguna.
YB. Dato‟ Speaker, terdapat Kg. Nauk, kampung namanya Kg. Lawa dalam Dun Bukit Lada. YB. Dato‟ Speaker, walaupun tak lawa tapi manis orangnya! Sektor komunikasi dan multimedia iaitu ICT, kemudahan akses internet kini menjadi satu utiliti asas yang sangat diperlukan dalam kalangan masyarakat dalam menjalani rutin harian baik di rumah, pejabat, sekolah atau di tempat umum. Tambahan pula dengan situasi Pandemik Covid-19 menyebabkan semua golongan perlu mengadapatasi kepada transformasi digital bagi meningkatkan produktiviti. Bagi yang tiada pendapatan dan yang ingin meningkatkan pendapatan, kebergantungan kepada ekonomi digital adalah salah satu penyelesaian digital atau „digital solutions‟.
Untuk tujuan berkenaan di peringkat Kerajaan Negeri, selaku Exco yang bertanggungjawab, saya akan memastikan prasarana pembangunan fizikal digital menerusi rantaian jaringan dan akses kepada capaian internet dilengkapi di seluruh daerah dan kawasan supaya „digital gap‟ antara kelompok dalam masyarakat, demografi dan geopolitik dapat diminimakan, dengan kerjasama dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Pendigitalan Perkhidmatan Awam yang dibangkitkan oleh Adun Derga dan Adun Alor Mengkudu Pelan Pembangunan Kedah 2035 (KEDAH2035) telah menggariskan Teras 5: Kompetensi Tadbir Urus melalui Strategi “Memperluaskan capaian perkhidmatan awam secara digital dengan mudah, menyeluruh dan seragam”.
Sehubungan dengan itu, adaptasi norma baharu dalam pentabiran dan pengurusan perkhidmatan jabatan dan agensi kerajaan ke arah pendigitalan sistem penyampaian perkhidmatan sedang dilaksanakan secara berperingkat.
Melalui Bajet 2022, diperuntukan RM9.6 juta telah disediakan bagi memangkin usaha ke arah pendigitalan perkhidmatan kerajaan. Seperti yang telah dibentangkan oleh YAB. Menteri Besar pada 14 November yang lalu berhubung Bajet 2022, pembangunan aplikasi secara „in-house‟ disediakan oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan kerjasama Jabatan Pengguna.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pihak BTMK atas kejayaan membangunkan pelbagai sistem atas talian seperti iDaftar, iUJKT, iPerolehan, iBayaq, iJanji, iPendaftaran dan iSara bagi meningkatkan efisiensi jabatan. Pembangunan sistem atas talian ini secara tidak langsung dapat meningkatkan hasil kepada Kerajaan Negeri, mengurangkan kos pengurusan dan akhirnya akan memudahkan rakyat menggunakan perkhidmatan jabatan dan juga agensi negeri.
Berhubung dengan pertanyaan dari YB Derga, sama ada urusan carian hakmilik boleh dibuat secara atas talian, terdapat tindakan ke arah tersebut oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah. Penambahbaikan dalam urusan di bahagian pendaftaran melalui pengenalan sistem iPendaftaran yang akan bermula iaitu pada 1/12/2021.
Melalui iPendaftaran, orang ramai boleh memohon carian persendirian, carian rasmi, urusan pertukaran maklumat hakmilik secara atas talian, tanpa perlu hadir secara fizikal ataupun ke kaunter di Pejabat Tanah kecuali dalam situasi tertentu yang tidak dapat dielakkan. Ke hadapan, ada lagi modul carian online melalui SPTB Web dan eTanah. Semua dalam perancangan pentadbiran tanah negeri untuk menambahbaik sistem penyampaian kerajaan.
Di samping itu, sistem kutipan hasil secara bersepadu yang dapat dikenali sebagai iHasil dijangka akan mula dilaksana pada April 2022 yang melibatkan terimaan hasil di peringkat Pentadbiran Tanah dan seterusnya akan diperluaskan ke Pentadbiran Daerah dan pelbagai jabatan. Peruntukan sebanyak RM3.5 juta diperuntukkan bagi pembangunan sistem ini. „Dedicated Line‟ Kepada Jabatan Negeri Bagi Tujuan Video Conferencing yang dibangkitkan oleh YB Bandar Baharu pula membangkitkan keperluan untuk menyediakan „dedicated line‟ kepada Pejabat-Pejabat Daerah agar mempunyai akses internet yang lebih stabil dan berkualiti bagi melaksana mesyuarat secara atas talian.
Bagi tujuan ini, pihak BTMK telah mengambil tindakan dengan membekalkan secara berfasa kesemua Pejabat Daerah dan Tanah di seluruh Negeri Kedah supaya akses internet secara langsung untuk penggunaan „Video Conferencing‟ iaitu 800mbps bagi termasuk di Wisma Darul Aman. Tidak kalau tidak ada 800mbps, saya yakin tak clear lah iaitu buat fasa pertama, 4 daerah akan terlibat iaitu di Kuala Muda, Langkawi, Pokok Sena dan Padang Terap serta Kota Setar. 4 kawasan ini dah clear dah tahun depan, sambung utk fasa kedua dan bergantung dengan ketersediaan fiber oleh pihak TM tapi saya berkeyakinan apabila kita bincang dengan TM buat masa sekarang mereka tidak bersedia menyediakan fiber optic kepada daerah-daerah yang tiada lagi sebab kos dia terlalu tinggi cuma ada stremix saja buat masa
sekarang di pejabat daerah tersebut. Insya-Allah selepas ini saya akan berjumpa dengan bos TM sendiri kerana champion fiber optic hanya TM sahaja yang dapat menyelesaikan masalah ini.
Maklumat Tambahan iaitu Projek Pemasangan Rangkaian Internet Berkelajuan Tinggi (Metro-E) Untuk Kegunaan Pejabat-Pejabat Cawangan Jabatan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Ya..silakan YB. Alor Mengkudu! (YB. Alor Mengkudu mencelah)
YB. Dato‟ Speaker, pasal dah masuk tajuk lain, mengenai pendigitalan tadi ini, pentadbiran kerajaan, adakah YB. Bukit Pinang sebagai Exco terlibat dengan IT sedar bahawa di Bahagian MMK yang menjaga Adun-Adun dan urusan Exco masih lagi ketinggalan dalam pendigitalan yang perlu dibuat satu upgrading. Contohnya begini, yang di upgrade kan baru ini ialah hanya satu saja iaitu cara mengemukakan soalan yang sudah dikemukakan secara online tetapi ada banyak kesukaran bagi Adun-Adun sepatutnya semua soalan-soalan hendaklah ada satu library digital yang boleh access ertinya bila kita nak rujuk, tajuk sekian-sekian sebenarnya sudah ada dah soalan itu ataupun maklumat-maklumat dah ada dah tak payah dah, setiap kali duk buat soalan duk fikir apadia soalan nak buat. Itu salah satu.
Yang keduanya ialah setiap Adun hendaklah ada access kepada Pejabat MMK terutamanya tentang diri dia sendiri, elaun dan apa-apa elaun, tuntutan, status dia macam mana, dia punya. Sekarang ini terima elaun tidak ada slip, slip saya ingat tak dah sekarang ini. Kita pun tak tau dia bayar apa sekarang ini. Jadi, di MMK sendiri banyak benda yang perlu digunakan peruntukan itu iaitu RM9.2 juta untuk upgrade di MMK supaya dapat membantu tugas-tugas kita lah, selain daripada tugas MMK sendiri. Adakah YB. Bukit Pinang boleh bersetuju dengan cadangan. Terima kasih.
Boleh tambah sikit?
Silakan YB. Siputeh. Siputeh punya pasal tak apa!
Tentang sistem 5G itu boleh tak katanya nak habiskan seluruh Kedah ini dengan sistem 4G, kalau kita tak ambil sistem 4G dan kita direct terus ke sistem 5G boleh tak?
YB. Bukit Pinang, YB. Dato‟ Speaker, sebenarnya jawapan tadi bila dibentangkan oleh MB ternyata, saya hanya nak cadangkan supaya kita perlukan satu big data. Soalan saya ialah adakah kerajaan bersedia untuk pastikan kita adakan big data untuk pastikan tiada pertindihan dengan kerja-kerja dan untuk mengecilkan proses supaya Negeri Kedah dapat masuk ke pendigitalan lebih cepat lagi. Adakah tambahan peruntukan untuk buat begitu? Itu sahaja. Terima kasih.
Terima kasih kepada YB. Alor Mengkudu, YB. Kota Siputeh dan YB. Derga. Insya-Allah saya berkeyakinan apabila saya sebut tadi ini mungkin awal 2022 saya ambil maklum semua, yang YB. Alor Mengkudu itu, kita akan upgrade semua pendigitalan dan aplikasi duk ada ini, buat masa sekarang ini, sebelum ini memang nampak kelemahan sungguh tapi sekarang kita telah upgrade 800mbps.
Jadi, Insya-Allah di Wisma Darul Aman system-sistem ini akan kita upgrade tengok sebaik mungkin. Buat masa sekarang YB. Kota Siputeh, 5G seluruh Malaysia hanya ada di Putrajaya, Cyberjaya. Buat masa sekarang di Kedah ini tak bersedia keseluruhannya tapi ada pi ke tempat-tempat contohnya macam di Kulim Hi-Tech sebab 5G ini kita kena faham semua kena ada fiber optic kalau taka da fiber optic memang tak boleh. Kalau contoh di Pejabat Daerah kita nak buat video conferencing di Pejabat Daerah tak boleh cuma melalui cellular dia tak boleh video conferencing Cuma setakat nak mesyuarat online biasa itu boleh! Sebab dia akan „sloop‟ sana „sloop‟ sini kecuali fiber optic saja yang menyelesaikan semua masalah sebab itu buat masa sekarang di semua daerah yang saya sebut, 4 daerah di Kedah ini ada fiber optic. Insya-Allah selepas ini, kos dia tinggi, saya dah bincang dengan TM, mereka tak mampu. Contohnya di kampung-kampung kalau kita nak minta, kita nak minta Unifi di rumah kita, sekurang-kurangnya kena ada 10 orang yang tandatangan barulah TM boleh cuba sebab dia ada satu equipment di pesawat dan fiber optic tarik, kos dia tinggi. Tapi, Insya-Allah selepas ini saya akan bersama BTMK akan turun jumpa CEO TM untuk memastikan apa yang kita nak, 70 tempat, 70 lokasi, seluruh pejabat, Pejabat Daerah, Pejabat Tanah, Pejabat Agama di seluruh daerah di Kedah ini mesti guna fiber optic.
YB. Derga tadi, untuk kita upgradekan semua selepas ini iDaftar, bila kita sent semua itu automatik kita boleh cari apa pun lebih memudahkan dan kita tak perlu pi ke Pejabat Tanah. Insya-Allah! Dan semua ini akan bermula pada 27 Oktober 2021 sehingga 23 Disember 2021. Insya-Allah upgrade ini akan dipercepatkan. Dan untuk melibatkan 71 lokasi yang saya sebutkan tadi di seluruh daerah, Pejabat Daerah, Pejabat Agama, memang ada kekangan. Sebelum ini, bila saya pegang Exco ini saya telah dapat mengesan betapa perlunya untuk adakan sistem-sistem I ini, kalau tiada di seluruh daerah cuma kita ada di BTMK ini, dia ada satu equipment yang terbaik, iaitu sebagai pusat keselamatan tahap 1 mesti dijaga sebaik mungkin. Macam di Pejabat Daerah Kota Setar, tiada fiber optic tapi di pasang dan ditembak dari Wisma Darul Aman yang ada 800mbps.
YB. Dato‟ Speaker, purata kelajuan internet sedia ada di semua jabatan adalah antara 2Mbps - 6Mbps. Kelajuannya amat sedikit tapi Insya-Allah menerusi Bajet 2022, peruntukan secara keseluruhan berjumlah RM6juta diperuntukkan bagi menaiktaraf prasarana KedahNet, langganan talian, bayaran lesen, pengurusan portal atas talian dan bekalan ICT bagi semua jabatan Negeri Kedah. Saya yakin inisiatif ini dapat memanfaatkan jabatan-jabatan Negeri dan seterusnya meningkatkan produktiviti jabatan.
Langkah ke arah penggunaan aplikasi tanpa tunai dibangkitkan oleh YB Alor Mengkudu melalui sesi perbahasan. YB. ada membangkitkan cadangan untuk menggunakan aplikasi bagi kemudahan parking dan sebagainya. Kerajaan Negeri bersama Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi-agensi berkaitan mempunyai perancangan untuk memperluas penggunaan aplikasi tanpa tunai dalam semua aspek harian masyarakat dengan menggunakan pelbagai medium seperti TnG e-Wallet, Boost Pay dan sebagainya. Perkara ini sangat penting dalam usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat tanpa tunai atau „Cashless Society‟. Bermula dari jabatan dan agensi kerajaan, kemudiannya kepada penjaja dan peniaga dan seterusnya kepada pengguna secara umum.
Isu Inisiatif Bagi Membantu Proses PDPR (Pengajaran & Pembelajaran Di Rumah dibangkitkan Oleh Adun Kulim melalui Pertanyaan Lisan, Adun Jitra, Adun Suka Menanti, Adun Kota Siputeh melalui Perbahasan.
Selain daripada inisiatif yang telah diambil dan dilaksanakan di bawah Kementerian Pendidikan, pihak SKMM bersama-sama dengan syarikat telekomunikasi turut melaksanakan pelbagai program dan inisiatif supaya para pelajar terus berpeluang menikmati perkhidmatan internet seperti berikut:
Pemberian perkhidmatan mudah alih utama menawarkan internet secara percuma sebanyak 1GB setiap hari iaitu bersamaan 30GB data percuma setiap bulan. Pelajar dapat secara percuma iaitu bermula dari 1 April 2020 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), yang kini dilanjutkan sehingga akhir tahun 2021 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Penggunaan data percuma 1GB ini terhad kepada aktiviti produktiviti dan khusus untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran atas talian. Pelaksanaan program dan inisiatif seperti ini membolehkan semua rakyat terus berpeluang menikmati perkhidmatan internet yang merupakan keperluan asas bagi hampir semua aktiviti harian.
Sebagai pelengkap untuk pembelajaran atas talian, sebanyak 71 buah Pusat Internet Komuniti (PIK) yang diselia oleh SKMM di seluruh Negeri Kedah boleh dimanfaatkan oleh orang ramai terutamanya para pelajar dalam memastikan proses PdPR berjalan lancer termasuklah usahawan-usahawan di kampung.
Saya nak sebut, apabila saya pi satu tempat di Kupang, Pusat Internet dikenali sebagai Pusat Internet Komuniti Keluarga Malaysia. Di situ tempatnya baik, di Kupang ini seorang janda anak 4, suami mati, dia pi di situ bawa Hilux, kita tengok hebatlah bila saya tanya dia pendapatan dia iaitu RM15 ribu hingga RM18 ribu sebulan. Dia jual hanya kulat sahaja, kulat dan pekasam kulat. Pekasam kulat ini pertama kali dalam hidup saya pernah makan pekasam kulat, bukan pekasam berkulat, tapi kulat pekasam la dia buat pekasam la kulat itu. Tapi pendapatan dia RM15 hingga RM18 ribu sebulan. Yang pentingnya dia tanam bongkah untuk tanam kulat itu. Last sekali saya tanya dia macam mana? Macam mana? Last sekali dia bagitau suami dia mati dan mulai daripada situlah dia bangkit, dia mai idea dia sendiri tanam kulat, di kampung di sebelah Kupang. Nama apa dia Dato‟? Pusat Internet di sebelah masjid itu. Kg. Sadek. Tempat dia cantik. Dan satu lagi photographer, pendapatan RM20 hingga RM30 ribu sebulan, suami isteri. Bagi saya tidak ada alasan oleh kerana covid, kita tak boleh mencari alasan asalkan kita ada kreatif, ada usaha tak sepatutnya berlakulah pendapatan RM15 – RM18 ribu sebulan. Dia janda anak 4, tapi bila saya risik-risik dan tanya tapi bila saya bagitau Dato‟ Najmi, dia pun bulan depan nak kahwin dah! Walaupun sikit, bulan depan dia nak kahwin sebab orangnya comel sebab bila kita tengok comel itu, anak 4, pendapatan dia RM15 – RM18 ribu, cerita dia nak kahwin bulan 4, tak kata apa lah! Bukan kata rekaan cerita sungguh ni.
YB. Bukit Pinang, sungguh-sungguh juga! Ada 3 minit lagi ni!
Allah! Saya nak kena langkau ni! Banyak lagi saya nak sebut. Satu lagi walaupun masa dah suntuk, ekonomi GIG tak dan! Satu lagi saya nak sebut walaupun masa suntuk kita buat masa sekarang ini, di Kedah ini. Kita adalah pertama kali di Kedah ini bersama dengan MDEC. Program pertama kali bersama MDEC di Kedah iaitu Prgram MYDIGITALMAKER VIRTUAL FAIR NEGERI KEDAH “MAIREKA” 2021. Iaitu kita melibatkan semua segmen, 30 segmen seperti Robotik, Digital Marketing, Asas Rekabentuk 3D, Pengaturcaraan, Asas Drone dan Animasi & Multimedia yang melibatkan 7 kolaborasi termsuklah Kedah Digital Centre, MDEC, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, BTMK, UUM, Unishams, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Polimas, Kolej Poly-Tech Mara Alor Setar yang melibatkan semua kolaborasi ini pelajar-pelajar melalui online, 30 modul ini 7,200 orang. Sejarah dalam Negeri Kedah melalui online, melalui 30 modul yang saya sebutkan tadi, mungkinlah kehadiran itu, penyertaan daripada pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah mungkinlah dalam suasana sekarang ini berminat orangnya, tambah-tambah anak muda dengan tiktoknya, dengan drone mungkin luar jangkaanlah melibatkan 7,695 orang yang dirasmikan oleh YAB. Menteri Besar iaitu pada 24 Oktober 2021 sehingga 30 Oktober 2021 secara atas talian.
Oleh kerana masa suntuk, kalau ikutkan banyak lagi. Yang lain saya dah jelaskan untuk memastikan Kedah ini dengan menaranya akan diupgrade keseluruhannya, 1,626 menara akan diupraged kepada 4G dan semua fiber optic yang ada di Negeri Kedah ini kita pastikan upgrade supaya yang perlu upgrade yang saya sebut sikit, kelmarin saya sebut sikit masa jawapan lisan iaitu 76,474 fiber optic yang perlu diupgradekan dan sekarang kita dah buat hamper 50 ribu premis yang sudah diupgradekan fiber optic. Insya-Allah saya berkeyakinan, kalau keseluruhan menara kita daripada menara 1,626 menara itu apabila diupgradekan kepada fiber optic dan semua premis kita upgradekan kepada fiber optic, saya berkeyakinan Kedah ini akan menjadi sebuah negeri yang terbaik. Nak kata terbaik dalam Malaysia ini tak berani yakin tapi Insya-Allah dalam keadaan pandemic covid ini atas kehendak dan keperluan asas utility di Kedah ini akan tercapai di mana keperluan asas sekarang ini sepertimana air dan api, kita nak juga pencapaian jalur lebar di Kedah ini mencapai di tahap yang terbaik. Setakat itu sajalah saya dapat sampaikan. Sekian, terima kasih! Wallahualam. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Dengan itu, saya menyokong penuh bajet yang dibentangkan oleh YAB. Menteri Besar Kedah Bajet 2022. Sekian, terima kasih.
Terima kasih YB. Bukit Pinang, Seterusnya saya persilakan YB. Bukit Kayu Hitam.
Auzubillahimialimi‟alim Minshaitanirajim. Bismillahirramanirrahim. Alhamdulillahi Robbil A‟lamin Wassolati Wassala‟ Muala‟ Asyrofil Ambiya‟ Iwal Mursalin Saiyidina Muhammadin Wa‟ala Alihi‟ Wasohbihi‟ Ajmain‟ Subhanakala‟Ilmalana Illa‟maalam‟tana Inna‟kaan Tal Alimul‟ Hakim. Robbishrohli Sodri Wa‟yassirli Amri. Wahlul‟ Uqdatan Min Lisaani Yaf Qouhu Qouli. Robbiyasirli Wala‟tuassir Robbil‟Tammil Bil‟Qhoir. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua.
Yang Berhormat Dato‟ Speaker, YAB. Dato‟ Seri Menteri Besar, YB. Dato‟ Setiausaha Kerajaan, Ahli - Ahli Yang Berhormat Dan seterusnya kepada Ketua- Ketua Jabatan, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dirahmati Allah sekalian. Pertamanya, saya ingin mengambil peluang disini untuk memberikan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, diatas pengurniaan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (S.P.M.K), yang membawa Gelaran Dato‟ Seri dan kepada Yang Berhormat Dato‟ Speaker atas penganugerahan darjah Dato‟ Setia Sultan Sallehuddin Kedah (D.S.S.S), yang membawa gelaran Dato‟.
Sekalung tahniah juga diucapkan kepada adik Muhammad Hadif Bin Syazwan Anas ang berumur 11 Tahun dari Sekolah Agama Integrasi Faizin, Guar chempedak byang telah menerima Anugerah Pingat Hang Tuah sempena Hari Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 pada bulan Oktober lalu. Seperti yang kita sedia maklum pada tanggal 18 Ogos 2021, telah berlakunya satu bencana kepala air yang telah menyebabkan runtuhan besar di daerah yan di mana keluarga adik Muhammad Hadif adalah antara salah satu keluarga mangsa bencana tersebut.
Untuk makluman Yang Berhormat Dato‟ Speaker,Ahli Yang Berhormat,Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian, adik Muhammad Hadif telah menjadi wira kecil kepada keluarganya apabila beliau telah menyelamatkan neneknya dari dibawa arus deras. Ini menunjukkan sifat keberanian dan tanggungjawab dalam melindungi keluarga semasa berada di dalam situasi yang mencemaskan dan membuktikan semangat keperwiraannya.
Sukacita saya maklumkan juga kepada Yang Berhormat Dato‟ Speaker Ahli Yang Berhormat,Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian bahawa peruntukan Tabung Sejahtera Wanita Negeri Kedah (TSW) bagi tahun 2021 akan dibayar pada 28 november 2021 ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato‟ Pegawai Kewangan Negeri Kedah, kerana meluluskan pembayaran Tabung Sejahtera Wanita Negeri Kedah bagi tahun 2021 iaitu sebanyak RM467,000, yang melibatkan seramai 934 orang penerima bantuan dari seluruh Negeri Kedah. Bantuan ini juga diberikan kepada penerima kategori usahawan wanita yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan secara one-off sebanyak RM500 tunai. Berdasarkan soalan yang dilontarkan oleh Adun Kota Siputeh, tujuan bantuan Tabung Sejahtera Wanita ini diberikan adalah sebagai nilai tambah kepada usahawan wanita untuk lebih maju dan meningkatkan pendapatan mereka di mana para usahawan wanita ini dapat menggunakan sumbangan ini untuk membeli dan menambahbaik peralatan perniagaan serta meningkatkan kualiti produk mereka. Justeru, seiring dengan Pembentangan Bajet 2022 oleh YAB. Menteri Besar Kedah yang berpaksikan Pelan Pembangunan Kedah 2035, beberapa inisiatif pelan ini akan dimulakan pelaksanaannya pada tahun 2022 yang memenuhi tema ekonomi, rakyat dan alam. Berdasarkan teras 2 bagi peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat, kerajaan negeri telah mengumumkan sejumlah RM39.8 juta bagi meneruskan program-program bantuan kepada golongan yang terjejas pendapatan bagi memastikan kelangsungan hidup mereka terutamanya kepada pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat serta kebajikan rakyat di Negeri Kedah. Bagi memperkasa agenda membantu golongan rentan, kerajaan akan meningkatkan bantuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM24.82 juta disediakan untuk bayaran bantuan am bulanan, bantuan bencana, bantuan pusat aktiviti warga emas, bantuan aktiviti kanak-kanak dan rumah orang-orang tua. Selain itu, kerajaan negeri tidak alpa dalam aspek kebajikan kepada keluarga yang menguruskan dan menjaga pesakit terlantar di mana Bantuan Keperluan Khas Pesakit Terlantar Negeri Kedah (BKPT) yang bermanfaat ini telah diteruskan dan diperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi tahun 2022 oleh kerajaan negeri. Tujuan utama Bantuan Keperluan Khas Pesakit Terlantar Negeri Kedah (BKPT) ini diberikan adalah untuk mengurangkan bebanan keluarga ataupun penjaga, menggalakkan keluarga ataupun penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang sakit terlantar ataupun OKU terlantar, menggalakkan OKU atau pesakit kronik untuk terus tinggal bersama keluarga dan seterusnya dapat membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi kekeluargaan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat,Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian, berdasarkan soalan yang dilontarkan oleh Adun Kota Darul Aman, bermula daripada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac 2020, semua Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri diarahkan untuk mengurangkan perhubungan individu secara bersemuka bagi mengelakkan penularan wabak Pandemik Covid-19. Sehubungan dengan itu, ibu pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat, Putrajaya telah memutuskan agar semua permohonan perkhidmatan bantuan JKM dibuat secara atas talian. Walaubagaimanapun, semua Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah tetap melaksanakan siasatan bagi semua permohonan bantuan yang baru bagi mengelakkan penipuan atau pemalsuan maklumat dengan kerjasama Penghulu Daerah dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK). Selain itu, terdapat pertanyaan soalan oleh Adun Pengkalan Kundor berkenaan data dan kebajikan anak-anak yang kehilangan ibu bapa disebabkan oleh Covid-19. Untuk makluman Yang Berhormat Dato‟ Speaker, Ahli Yang Berhormat,Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian, data bagi kanak-kanak yang kehilangan ibu atau bapa atau penjaga disebabkan oleh Covid-19 bermula Januari 2021 hingga Oktober 2021 di seluruh Negeri Kedah adalah sebanyak 23 kes. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil tindakan dengan memberi bantuan bagi kesemua 23 kes kanak-kanak tersebut iaitu merangkumi bantuan kewangan segera dan bakul makanan bagi memastikan kebajikan mereka terjaga. JKM juga memberi perkhidmatan kaunseling dan konsultasi kepada kanak-kanak bagi pengurusan emosi dan mental mereka serta khidmat nasihat iaitu proses pengangkatan. Selain itu, JKM bertanggungjawab memberi penempatan kepada kanak-kanak dengan orang yang layak dan sesuai, serta menempatkan kanak-kanak tersebut di institusi dan pusat jagaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti di Taman Sinar Harapan, Jitra dan Rumah Anak Yatim di Sungai Petani. Rakaman terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan dan mengemukakan soalan lisan dan bertulis. Saranan bernas dan pandangan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat akan dijadikan penambah nilai bagi dasar-dasar negeri jangka panjang terutamanya yang melibatkan kepada Sektor Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Kebajikan Negeri Kedah.
YB. Bukit Kayu Hitam, YB. Kota Siputeh minta laluan!
Silakan!
Terima kasih YB. Speaker dan YB. Bukit Kayu Hitam. Soalan saya berkenaan dengan rumah transit. Dulu ada disebutkan 6 buah transit dibayar sewa RM1,000 sebuah, adakah rumah transit itu masih ada sebab ada kes-kes yang keluarga, ibu tunggal dengan anak yang terpaksa keluar rumah, tiada tempat tinggal mereka nak duduk. Masih adakah rumah transit itu? Bagaimana cara nak tinggal di situ?
Terima kasih YB. Kota Siputeh. Untuk makluman semua, rumah transit yang berada di Taman Pulasan sebanyak 6unit masih beroperasi dan untuk memasuki rumah tersebut perlulah mendapat kelulusan. Segala kes-kes yang telah pun dipanjangkan mestilah mendapat kelulusan dari Jabatan Kebajikan setiap daerah. Jadi, kita tak boleh suka-suka kata laki saya tinggal hari ini, saya nak duduk di situ! Tidak! Ianya kena dapat kelulusan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bawa kes itu ke rumah transit tersebut. Untuk makluman YB. Kota Siputeh. Di situ nama pun rumah transit ianya hanya ditempatkan 1 – 14 hari sahaja. Selepasnya kalau kes-kes itu kita akan tempatkan ke institusi penjagaan seterusnya kalaulah kata dia kanak-kanak kita bawa ke institusi kanak-kanak. Kalaulah OKU kita bawa ke institusi OKU. Dulu kita ada di RSK Bedong, oleh kerana penambahbaikan di RSK Bedong telah pun dibuat kita akan hantar ke Perlis ataupun ke Taiping tetapi kes-kes ini mestilah dapat kelulusan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat di setiap daerah dulu.
Yang Berhormat Dato‟ Speaker, Ahli Yang Berhormat, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian yang dirahmati Allah sekalian, kita berharap pada tahun hadapan, segala perancangan dan program bagi kesejahteraan rakyat akan dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna, setelah setahun lebih kita cuma dapat melakukan semua aktiviti hanya melalui alam maya. Insya-Allah dengan Belanjawan Kedah 2022, kebajikan rakyat akan terus dijaga. Wanita, keluarga dan masyarakat akan terus di perkasakan.
Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada barisan hadapan kita didalam menangani pandemik Covid-19 di Negeri Kedah ini terutamanya Jabatan Kesihatan dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mana boleh dikatakan selepas kita dengan pandemik Covid-19, negeri kita diuji juga dengan bencana alam. Jadi, kadang-kadang Jabatan Kebajikan Masyarakat, pekerja-pekerja, staf terpaksa meninggalkan anak, suami dan isteri untuk menjaga di pusat penempatan sementara. (YB. Kuala Ketil mencelah)
Boleh Yang Berhormat?
Ya..silakan!
YB. Timbalan Speaker, bila sebut isu banjir kilat dan sebagainya kita dapati sebahagian daripada rakyat yang terkesan dengan banjir tersebut terpaksa dipindahkan ke kawasan penempatan sementara. Sekarang ini, PPS memang digunakan di sekolah-sekolah yang tidak digunakan lagi. Kemungkinan akan datang bila sekolah beroperasi, PPS akan menjadi satu masalah, ada tak cadangan kerajaan untuk membina rumah transit di daerah-daerah yang selalu terlibat dengan bencana banjir?
Terima kasih YB. Kuala Ketil, atas usaha itu kita kena maklumkan dan kita kena ada satu jawatankuasa khas…(YB. Timbalan Speaker mencelah)
YB. Bukit Kayu Hitam, ada celahan daripada YB. Kubang Rotan!
Boleh sekali tak YB. Bukit Kayu Htiam!
Silakan YB. Kubang Rotan!
Terima kasih YB. Bukit Kayu Hitam dan YB. Speaker. Saya ingin bangkitkan satu isu di kawasan saya, isu di Kuala Kedah memang banyak masalah sosial iaitu dari segi dadah, bersekedudukan dan sebagainya. Itu ada realiti di bawah sana. Apa yang kerajaan buat, kita tak nafikan semua agensi-agensi ini, JKM dan Zakat dah buat, dah ok! Tetapi kadang-kadang mereka tak boleh keluar dari garisan kemiskinan itu. Jadi, saya nak minta supaya YB. Bukit Kayu Hitam, satu hari kita turun di Kuala Kedah sebabnya ialah contohnya, saya pi selesai. Saya pi selesai setakat kewangan, dan juga bakul makanan, ada juga peruntukan daripada pihak JKM dan sebagainya tapi ianya tidak menyelesaikan juga di bawah sana, rumah mereka pun kalau kata saya tengok pun dengan anak OKU, dengan dia kaki potong. Kalau kita tengok ada alternatif lain, berkenaan dengan kita tak dapat sediakan rumah, rumah transit ni pun tak banyak macam saya dulu sempat buat 30 buah rumah, rumah daif, masa sebagai kerajaan. Masih banyak lagi, ratus-ratus lagi, jadi kita minta Bukit Kayu Hitam tolong sekali! Terima kasih.
Terima kasih YB. Kubang Rotan. Untuk YB. Kuala Ketil sebenarnya pengurusan banjir ini akan diketuai oleh Tuan Daerah oleh Pegawai Daerah. Jadi, untuk nak buka pusat penempatan sementara pun, JKM kena berhubung dengan tuan pegawai daerah di setiap daerah untuk memaklumkan bila berlakunya banjir kilat ataupun bencana-bencana lain. Di sini Insya-Allah, di dalam Mesyuarat Focus Group ataupun Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri kita akan membincangkan mengenai kaedah ataupun mekanisme yang kita ambil kalau setiap pusat sementara banjir itu sekolah di buka. Jadi, untuk makluman semua, orang yang boleh memberikan hak untuk dibuka satu-satu penempatan itu ialah Tuan DO di setiap daerah. Insya-Allah kita akan panjangkan kepada pihak berkenaan supaya masalah ini dapat ditangani dengan segera. Untuk YB. Kubang Rotan Insya-Allah kita tau dalam pandemik covid-19 ini yang melanda, banyak kes-kes penceraian, kes-kes macam katakana tadi, JKM tidak dapat turun untuk melihat kes itu sendiri disebabkan ada masalah penularan ini. Tapi Insya-Allah kita akan memperkasakan lagi JKM dan kita akan turun ke setiap daerah-daerah untuk mengambil maklumat dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat itu. Untuk makluman YB. juga oleh kerana kes penceraian berlaku, satu program Raikan Cinta
yang akan diadakan esok di Hotel Park Avenue yang mana kita ambil pasangan-pasangan yang rujuk kembali, siapa yang duk rasa, nak bercerai tak bercerai itu, Pejabat Agama dah kemukakan nama-nama pasangan dengan bajet di hujung tahun ini, saya hanya mampu buat untuk 50 pasangan sahaja. Ianya bertempat di Park Avenue esok dan Insya-Allah program ini akan dipanjangkan selepas ini dan kita harap ianya menyeluruh kepada satu daerah. Kalau 50 pasangan memadai, oleh kerana kekangan bajet di hujung tahun ini. Bajet ini tahulah bila bakul makanan ini kita kena fokus kepada satu perbelanjaan yang besar. Ada lagi YB?
Sikit saja! Saya akan menyokong kalau bajet ini ditambah kepada kebajikan sebab dibawah sana teramat masalah terlalu besar selepas Pandemik Covid-19 ini, kalau bincang dengan YAB. Jeneri dan sebagainya dengan Kewangan Negeri. Betullah kita ada fix deposit banyak tapi kita tidak turun ke bawah. Kalau boleh belanjalah untuk rakyat. Terima kasih.
Terima kasih. Saya harap Pegawai Kewangan Negeri dapat memberi satu peruntukan lebih besar dibawah Portfolio Pembangunan, Wanita dan Masyarakat di masa akan datang sebab kita tau masalah di JKM ini meliputi semua golongan yang ada di Negeri Kedah. YB. Kota Darul Aman berminat juga ka?
Yaa. YB. Speaker. Soalan saya kepada YB. Bukti Kayu Hitam. Untuk banjir kilat yang berlaku baru-baru ini pada 1 November 2021. Banyak rakyat yang tanya samada ada peruntukan NADMA sebab kali ini banjir luar biasa dan kerosakan harta benda disebabkan selepas pasca pandemik covid. Jadi, ramai yang tak mampu untuk beli balik apa kerosakan harta benda yang banyak dan perlu beli baru. Terima kasih.
Terima kasih YB. Kota Darulaman. Insya-Allah, kita pun dalam Mesyuarat Exco baru-baru ini, kita ada juga membincangkan dan kita pun dah minta nama mangsa-mangsa banjir tersebut bersama dengan report polis untuk diserahkan kepada Pejabat Dato‟ Setiausaha Kerajaan untuk memohon bajet kepada NADMA. Yang ini Kak Ton tak janjilah nak dapat ataupun tak dapat tapi setiap daerah sudah pun mengemukakan senarai nama untuk dipanjangkan ke Pihak NADMA dan Insya-Allah
kita doa-doakan supaya peruntukan daripada NADMA ini diberikan untuk kesejahteraan dan keselesaan mangsa-mangsa banjir untuk beli barangan dan keperluan yang rosak akibat banjir ini. Insya-Allah nanti nak habaq berapa jumlah itu, nak dapat bila itu minta maaf sebab kita dalam permohonan, belum lagi dapat keputusan dan lulus bila sepertimana bencana yang berlaku di kepala air. Alhamdulillah semua masyarakat di sana yang terkesan akibat bencana kepala air ini mendapat RM500 daripada NADMA ini. Yang itu yang kepala air yang ini nak janji berapa itu, kita tengah memohon. Insya-Allah kalau ada rezeki orang Kedah, kita pakat-pakat doa Insya-Allah kita akan dapat manfaat daripada itu. Jadi, YB. Dato‟ Speaker, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dirahmati Allah sekalian. Usaha-usaha barisan hadapan ini merupakan satu usaha yang murni. Jadi, mereka tahun ini bertungkus lumus untuk membantu kita dan kita sudah nampak kejayaan walaupun kita masih lagi belum menang sepenuhnya. Sehingga hari ini mereka masih menjalankan tugas menjaga kita walaupun Kedah sudah berada di fasa ke-4. Marilah kita berdoa kepada Allah swt. semoga Negeri Kedah bebas sepenuhnya daripada wabak ini dan rakyat dapat kembali hidup seperti sedia kala. Jadi, saya juga mengambil kesempatan ini menyokon Bajet yang dibentangkan oleh YAB. Dato‟ Seri Menteri Besar Kedah pada kali ini.
Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Bukit Kayu Hitam. Seterusnya saya persilakan YB. Merbau Pulas.
Assalamu‟alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillahirobbil „Alamin, Wabihi Nasta‟in W„ala Udwa‟nailla, A‟lazolimin. Subhanakala I‟lmalana I‟lla‟ Ma‟allamtana Inna‟kaan Tala‟limul‟hakim.Qhola‟ Robbisrohlisodri, Wayassrili Amri, Wahlul Uqdatan‟ Milisani Yafqohu Qouli, Amma Ba‟du. Wa-Ta'āwanū 'Alal-Birri Wat-Taqwā, Wa-Lā Ta'āwanū 'Alal-Ithmi Wal-'Udwāni. Sadakallahula‟zim. Surah Al-Maidah Ayat 2.
Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa dan jangan tolong-menolong dalam membuat dosa dan permusuhan.
Yang Berhormat Dato‟ Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli - Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dirahmati Allah sekalian.
Syukur kehadrat illahi dengan limpah kurniaNya kita dapat bersidang dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-14 sempena Persidangan Bajet 2022 bagi mencergaskan semula ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat negeri kedah terutamanya dalam norma baharu berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara kita. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Menteri Besar kerana telah di anugerahkan pingat Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati Membawa Gelaran Dato‟ Seri sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang ke-79.
Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan mengemukakan soalan lisan dan bertulis terutamanya yang melibatkan seksyen pembangunan luar bandar, pembasmian kemiskinan, pembangunan insan dan kesejahteraan masyarakat. Saya amat menghargai dan mengambil serius setiap pandangan dan cadangan yang diberikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat demi penambahbaikan dalam pentadbiran kerajaan negeri pada masa akan datang.
Selain itu juga, saya ingin memberi penghargaan kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri yang banyak membantu dan bertungkus lumus menyediakan Bajet 2022 demi kesejahteraan rakyat di Negeri Kedah.
Di kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang untuk memberi ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang banyak berkorban bagi menangani penularan wabak covid 19 di Negeri Kedah.
Yang Berhormat Dato‟ Speaker, Saya akan masuk ke Seksyen Pembangunan Luar Bandar. Saya ingin memberi maklumbalas kepada Yb Adun Bayu berkenaan projek-projek infra yang perlu diberi perhatian di daerah Baling yang telah rosak akibat bencana banjir pada tahun ini.
Seperti Ahli-Ahli Yang Berhormat sedia maklum, pada bulan oktober 2021 yang lalu, bebrapa kejadian banjir kilat dan banjir telah berlaku di beberapa daerah iaitu di Pokok Sena, Pendang, Sik dan Baling.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, lanjutan daripada kejadian tersebut, jabatan teknikal negeri telah mengadakan siasatan bagi mengenalpasti kerosakan infra di daerah yang terlibat.
Dapatan dari siasatan tersebut, punca kejadian banjir adalah daripada sistem peparitan yang sedia ada tidak dapat menampung aliran air di permukaan jalan apabila berlaku hujan lebat dalam tempoh yang panjang dan mengakibatkan berlaku banjir di beberapa tempat.
Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri telah berbincang dan menyediakan peruntukan kecemasan bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan menaiktaraf jalan atau infra lain seperti jalan kampung dan jalan raya negeri, sistem saliran, titi, tebing sungai dan pembentung yang rosak akibat banjir.
Setakat 3 November 2021, kerajaan negeri telah menerima senarai permohonan dari daerah terlibat dengan jumlah peruntukan untuk kerja-kerja kecemasan sebanyak RM2,078,200.00 termasuk daerah Baling. Ini adalah peruntukan kecemasan yang diluluskan untuk tahun ini.
Seterusnya, saya akan masuk bahagian pembangunan luar bandar juga iaitu apa yang disebut oleh YB. Pengkalan Kundor iaitu mengenai dakwaan Pengerusi JPKK, sikap macam seolah-olah tidak mengambil cakna kepada rakyat. Jadi, saya terus berhubung dengan Pengerusi JPKK berkenaan iaitu Kampung Permatang Ibus dan juga JPKK Buluh Lima. Sebenarnya telah diambil tindakan, pihak JPKK telah melihat kejadian ribut itu dan telah lapor kepada Pihak Zakat dan Pihak Zakat telah membaikpulih rumah-rumah berkenaan. Saya kira walaupun YB. Pengkalan Kundor adalah Yang Berhormat di situ, berilah kerjasama dengan Pihak JPKK. Pihak JPKK apabila melihat satu bencana itu, mereka akan memaklumkan kepada penghulu mukim, maklumkan kepada agensi-agensi yang boleh membantu untuk menyelesaikan permasalahan itu.
Yang Berhormat Dato‟ Speaker, sikit saja!
Bagilah habis dulu!
Dia masih banyak lagi yang tidak ditangani.
Kadang macam ini, kejadian itu berskala besar, ada peruntukan yang mengikut SOP kita kena bantu, kalau sekadar yang boleh bantu kita akan bantu dengan kadar segera atau ada yang akan dibantu dengan melihat kemampuan pihak agensi untuk membantu. Seterusnya disebut bagaimana Pengkalan Kundor dihalang program vaksinasi yang diadakan di Pusat Latihan MADA Alor Serdang dan telah menyebut Penyelaras Dun mengarahkan. Saya rasa Pengkalan Kundor kena tarik balik kut. Saya telefon Penyelaras Dun kelmarin dia kata tak memberi arahan apa-apa kepada JPKK. Jadi, kita nampak ianya satu tuduhan yang tidak betullah Pengkalan Kundor?
Boleh saya baca whatsapp dia ka? Nak saya baca whatsapp dia ka?
Ini yang saya dapat maklumat daripada sini. Saya tanya dia kelmarin lepas itu program itu disebut dan dibuat oleh JPKK, 3 JPKK iaitu JPKK Kg. Raja dan Kg. Kuala Kangkung dan apabila menghalang dia tidak membenarkan, JPKK itu sendiri yang tidak membenarkan Pengkalan Kundor hadir kerana menimbulkan persepsi yang tidak berapa cantik kepada masyarakat kerana program itu dianjurkan oleh Pejabat Daerah dan JPKK. Walaupun Pengkalan Kundor boleh hadir sebagai sukarelawan tetapi hakikat sebenarnya pakaian sukarelawan itu adalah pakaian sukarelawan tetapi hakikatnya Pengkalan Kundor, Adun Pembangkang di situ. Jadi, mungkin tidak keselesaan itu berlaku di kalangan masyarakat. Jadi, saya nak memperbetulkanlah sikit yang diberi maklumat kepada saya!
YB. Speaker!
Jadi, saya tak beri laluan!
Tak bagi dah!
Saya tak bagi laluan dah!
Kalau tak bagi, jumpa di luar!
Jumpa di luar tak apa lah! Itulah Pengkalan Kundor na!
Boleh saya baca whatsapp tak?
Merbau Pulas bagi ka tak bagi?
Saya tidak mengizinkan!
Ok, YB. Merbau Pulas teruskan dengan penggulungan. Ok, Pengkalan Kundor duduk dulu!
Seterusnya Adun Kuala Nerang, sebab masa saya pun singkat!
Disebut tadi, saya seolah-olah menyeleweng tapi keadaan bukan yang sebenar. Jadi, saya sekarang nak baca whatsapp.
Merbau Pulas, sila teruskan penggulungan!
Seterusnya, saya akan menjawab YB. Adun Kuala Nerang iaitu Rumah Kedah PPK Kubang Kenyeng, Padang Terap. Untuk makluman YB. Kuala Nerang, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) sedang melaksanakan Projek Pemajuan Kawasan (PPK) di Kubang Kenyeng, Padang Terap. Projek ini bakal memberi manfaat kepada Golongan B40 yang berkelayakan untuk mendiami rumah yang lebih selesa lengkap dengan prasarana kemudahan awam. Status semasa sekarang adalah dalam tindakan untuk sokongan oleh agensi teknikal dan pihak berkuasa tempatan sebelum sijil layak menduduki boleh dikeluarkan.
Yang kedua, FELCRA Belimbing. Geran hak milik peserta FELCRA Belimbing, permohonan hak milik peserta dan tindakan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah. Itu jawapan yang saya sediakan!
Seterusnya, saya masuk kepada bahagian pembasmian kemiskinan. Bagaimana saranan Adun Belantik untuk memastikan kemiskinan ini ditangani dan kita menerima cadangan-cadangan yang dikemukakan kepada kita Insya-Allah.
Seterusnya YB. Adun Suka Menanti iaitu mengenai bantuan khairat kematian, pertama sekali saya ingin menzahirkan kesyukuran di atas cadangan peruntukan tambahan bagi sumbangan bantuan khairat kematian dalam pembentangan Bajet 2022 yang disampaikan oleh YAB. Menteri Besar merupakan keperihatinan kerajaan negeri dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan.
Bagi menjawab persoalan dalam perbahasan bajet oleh Yang Berhormat Suka Menanti yang mengatakan kematian itu kalau ikut dengan jumlah bajet yang diberikan melebihi daripada bajet yang disediakan. Untuk makluman YB. Suka Menanti dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, tahun 2020 kerajaan memperuntukan jumlah RM2 juta, pemohon hanya 5,225 orang sahaja dengan jumlah peruntukan RM1,567,300, itu peruntukan tahun 2020. Untuk tahun 2021,
RM2 juta juga iaitu sehingga Oktober, pemohon 4,772 orang dengan jumlah RM1,431,600. Jadi, kita tertakluk kepada pemohon untuk mendapat khairat kematian yang telah diperuntukan oleh kerajaan sebanyak RM3 juta itu walaupun tahun-tahun sebelum ini tidak pun kita kata melebihi daripada bajet yang disediakan dan kita kira pada tahun hadapan Insya-Allah sebab kadang-kadang pemberian khairat kematian ini tertakluk kepada JPKK yang membuat permohonan kepada pihak Adun.
Seterusnya mengenai Bantuan Beras Sejahtera. Bantuan Beras Sejahtera Negeri Kedah bermula pada bulan Oktober 2020 dan diteruskan lagi pada tahun 2021 dan kita teruskan juga pada tahun 2022. Sebelum ini kita bagi pada tahun 2021, 100 kampit setiap bulan dengan beratnya 10kg tapi 10kg itu orang kita ini tak larat bawa. Jadi, kita jadikan 5kg, 5kg lah dimana setiap Adun itu akan dapat 200 kampit lah setiap bulan sebab 10kg ini memang kita rasa berat kalau kita kata nak edar 10 buah rumah pun, dah tak boleh dah tapi kalau 5 kg itu boleh! Tapi tambahan pula pada tahun hadapan 150 kampit dengan nilai 10 kg juga dimasukkan sekali dengan bakul makanan dan inilah bantuan kerajaan.
Pada dasarnya, bantuan ini adalah untuk Golongan B40 dan terpulanglah kepada budi bicara YB ADUN masing – masing. Tak adalah minah ini terima, limah sini tak terima. Tak adalah macam tu Suka Menanti. Tak ada diskriminasi pun yang mana miskin berkelayakan kita tak mahu menzalimi orang lain. Sebab tujuan kita mengadakan Bantuan Beras Sejahtera ini, kita nak supaya tidak ada rakyat kedah ini diviralkan, tak ada nasi nak makan. Tak ada benda lain tak apa! Tapi tak ada nasi nak makan. Jadi, kita berusaha untuk mengekang supaya perkara-perkara ini tidak berlaku. Jadi, yang disebut kelmarin kata Haji Halimah tak dapat, orang itu tak dapat, itu tak betul!
Bukan yang tak dapat itu, saya cuma tanya yang 56,000 keluarga disebut itu adakah 56,000 keluarga ataupun 56,000 kampit berulang sebulan macam tu la kan! Setahun sekali atau macam mana?
Jadi, kita bukan bagi pada orang yang sama, kita tahu orang miskin di peringkat Dun-Dun ini, ada senarai pada kita. Kita akan rotate, kita akan mengikut keperluanlah sebab kita banyak bantuan yang diberikan daripada Pihak Zakat, NGO-NGO. Kita tak mau kita kata bagi sumbangan nampak rumah ni miskin tapi beras
dalam rumah dia dah macam mini market. Kita tak nak macam itu. Jadi, kita nak pastikan yang benar-benar layak menerima sumbangan ini. Jadi, bantuan kepada penerima tidak tertumpu kepada pemohon yang sama setiap bulan, tetapi Pejabat ADUN boleh memberi bantuan secara pengiliran untuk rakyat di kawasan masing-masing supaya semua pihak “PAKAT-PAKAT MEGHASA”.
Seterusnya, Program Anakku Sejahtera. Saya nak menyeru kepada Adun-Adun, disebabkan pandemik covid ini yang lama berlaku. Program ini tidak sampai lagi 20%, tak sampai sebab apabila berlaku kelahiran, dia nak kena daftar. Bila daftar itu, untuk JKN nak bawa keluar kit itu lambat, sampai 3, 4 bulan, ianya lambat. Lambat lah pendaftaran itu berlaku. Jadi, kita masih lagi ada peluang dalam sebulan masa sekarang ini, dan lahir bulan 1 sehingga bulan ini, ada peluan untuk daftar, saya harap kepada semua Adun yang ada di sini, boleh mengemukakan kepada seluruh kepimpinan masyarakat untuk kita mengambil peluang anakku sejahtera ini.
Seterusnya, untuk pembangunan insan dan kesejahteraan masyarakat ini. YB Adun Kota Siputeh mencadangkan mengenai peruntukan pembangunan insan terutama sekali untuk pelajar-pelajar sekolah. Saya fokus kepada seluruhlah bukan pelajar sekolah, bila sebut pembangunan insan ini sepertimana yang disebut oleh Bukit Kayu Hitam, walaupun dah berkahwin, terpaksa pula kita buat pula, merai cinta kedua pula kan! Yang pertama dah kahwin, jadi serba tak kena lepas itu nak kena masuk fasa kedua pula. Jadi, bila saya pegang pembangunan insan ini, kita kena ada jawatankuasa pemikir itu sendiri telah ada dan kita telah wujudkan dan kita pun telah ada beberapa modul iaitu Rentas Jiwa Rakyat Sejahtera. Kita juga mengadakan program secara fizikal sekarang ini sebab kita sudah masuk ke fasa pemulihan ini, boleh ada secara fizikal dengan mengikut keluasan tempat dan kita akan cuba laksanakan program ini.
Boleh nak cadang sikit? YB. Dato‟ Speaker, nak bagi cadanganlah untuk program-program dekat pelajar-pelajar sekolah terutamanya pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 yang nak keluar, mungkin boleh buat modul tentang perkahwinan supaya taklah berlaku penceraian kan banyak kes penceraian. Itulah cadangan!
Ok, terima kasih. Insya-Allah kita akan berjumpa dengan pelajar-pelajar ini. Kita ada Program Rentas Qayulmul Amin. Ini adalah salah satu modul yang dirangkakan untuk kita adakan di peringkat yang berumur 19 – 25 tahun. Ini adalah program-
program yang akan kita adakan di peringkat pembangunan insan. Saya pun tidak mengambil masa yang panjang sebab saya pun tidak ada banyak persoalan yang ditimbulkan. Jadi, saya nak serah masa saya ini kepada YB. Sungai Tiang sebab YB. Sungai Tiang menjadi popular dan sentiasa diajukan tentang persoalan masyarakatlah.
Akhirnya, pihak kerajaan negeri sentiasa bersedia dalam memberi dan menyampaikan perkhidmatan yang terbaik dalam isu-isu yang melibatkan pembangunan dan kesejahteraan rakyat negeri kedah khususnya. Berhubung perkara-perkara yang dibangkitkan dan cadangan yang di utarakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat saya akan mengambil sepenuh perhatian bagi menangani setiap permasalahan dan mengambil langkah yang terbaik untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat negeri Kedah di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar. Oleh itu, saya dengan ini menyokong penuh Ucapan Bajet 2022 yang telah dibentangkan oleh YAB. Menteri Besar sempena Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Kedah Yang ke 14. Sekian, terima kasih. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Terima kasih YB. Merbau Pulas. Seterusnya saya persilakan YB. Sungai Tiang. Silakan! (YB. Pengkalan Kundor mencelah)
YB. Speaker, saya minta masa sikit! Saya minta masa sikit seolah-olah saya berbohong dalam Dewan ini. Dalam Dewan yang mulia ini Merbau Pulas seolah-olah menuduh saya berbohong dan saya tidak diberi peluang untuk….(YB. Speaker mencelah)
YB. Pengkalan Kundor, dengan penuh hormatnya duduk sat! Saya jemput YB. Sungai Tiang untuk memulakan penggulungan. Silakan! (YB. Alor Mengkudu mencelah)
Point of Oder. Sekejap ya! Dalam peraturan berbahas, perkara 6 – seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat kepada sesiapa ahli lain. Jadi, saya rasa artikel ini ada kaitan, saya mohon Merbau Pulas tarik balik kenyataan bahawa Pengkalan Kundor sudah buat tuduhan sebagai berbohong. Saya harap kalau boleh! Ini terpulang kepada Speakerlah nak buat rulling.
YB. Alor Mengkudu, saya tak nampak …(YB. Alor Mengkudu mencelah).
Ini sangkaan jahat ni! Ini bukan urusan Adun, ini urusan Speaker!
Saya tak nampak dengan jelas ada sangkaan jahat terhadap YB. Pengkalan Kundor.
YB. Speaker, benarkan saya baca whatsapp ini!
YB. Speaker, tadi YB. Merbau Pulas tak tuduh pun kata bohong…
YB. Sungai Limau, pohon kebenaran Speaker dulu!
Saya kira Dewan memahami…
YB. Pengkalan Kundor….
Saya kira Dewan memahami bahawa apabila itu bentuk bahasanya sayalah berbohong! Jadi, sekarang beri kebenaran kepada Dewan ini untuk say abaca whatsapp itu.
Tak, Merbau Pulas tak sebut bohong dan kalau baca pun orang yang tak dak di sini untuk pembelaan, jadi benda ini tak perlu kita panjangkan.
YB. Sungai Limau, sila duduk sat!
Terima kasih.
Mohon laluan!
YB. Pengkalan Kundor, sila duduk sat! Ya..Bandar Baharu!
YB. Speaker, saya melihat YB. Merbau Pulas menunjukkan dan melaporkan laporan yang rasmi daripada JPKK dan tidak ada berniat jahat dan saya nampak di sini yang berniat jahat adalah di pihak Pengkalan Kundor!
Saya minta YB. Bandar Baharu tarik balik kata saya berniat jahat! Saya akan baca whatsapp ini sekarang! Saya akan baca whatsapp ini sekarang! YB. Bandar Baharu tarik balik!
Saya belum sempat dengar Bandar Baharu mengeluarkan kenyataan bahawa Pengkalan Kundor berniat jahat!
YB. Speaker untuk buat satu rulling.
YB. Pengkalan Kundor, YB. Alor Mengkudu, saya rasa cukup setakat itu, silakan YB. Sungai Tiang.
YB. Speaker, saya rasa Dewan ini patut memberi ruang untuk penjelasan, untuk menunjukkan kebenaran bukan hanya untuk satu pihak cakap yang menyangkalkan sesuatu, ini point of oder tadi.
YB. Derga, saya dah sebutkan tadi, saya tidak nampak ada satu perkataan yang jelas, sangkaan jahat terhadap YB. Pengkalan Kundor.
Tapi, sekarang ini fakta yang dikenakan tidak sama dengan apa yang dikatakan oleh YB. Pengkalan Kundor. Jadi, biar bagi terang untuk Pengkalan Kundor cakap yang itu supaya kita jelas dalam Dewan yang mulia ini. Itu yang penting dan demokrasi. Kalau tak dak itu tak guna.
Ya..betul! YB. Speaker, mesti perlu adil dalam kes ini berdasarkan situasi YB. Speaker!
Saya minta Bandar Baharu tarik balik bahawa saya bersangka jahat, yang kata saya berniat jahat. Tarik balik!
YB. Speaker, saya merujuk kepada peraturan 6 yang kata sangkaan jahat itu, saya cuma katakan bahawa YB. Merbau Pulas hanya melaporkan Laporan Rasmi daripada JPKK. Jangan jadikan whatsapp sebagai rujukan!
Tapi YB. Speaker, yang ini bila ada fakta yang berlainan, saya rasa dalam Dewan yang mulia ini kena ada satu fakta yang lain untuk ditunjukkan.
YB. Derga, YB. Pengkalan Kundor, YB. Bukit Selambau, YB. Sungai Limau saya harap dapat duduk dan kita minta supaya YB. Sungai Tiang untuk teruskan penggulungan!
YB. Speaker, ini bukan cara yang kita kena uruskan..
YB. Derga, sebab saya tidak dengar dengan jelas, kenyataan-kenyataan jahat yang dikeluarkan oleh YB. Merbau Pulas.
Jawapan itu diberikan dengan jelas.
Derga , sila duduk!
Duduklah Derga! YB. Speaker minta duduk tu!
Silakan YB. Sungai Tiang!
Ok, terima kasih YB. Speaker….
Bagi penjelasan saja, lepas itu settle, dan perbetulkan balik keadaan di bawah itu simple sahaja benda itu diselesaikan dengan baik.
YB. Kubang Rotan sila duduk! Saya rasa tidak ada sebarang kenyataan jahat…
Dengar kedua-dua pihak sebab benda ini kita rakam!
Whatsapp tak boleh jadi hujah!
Masalahnya ini whatsapp dari personal, individu tersebut!
Teruskan YB. Sungai Tiang!
YB. Speaker, YAB. Dato‟ Seri Menteri Besar, YB. Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Syukur Alhamdulillah, terima kasih YB. Tuan Speaker kerana memberikan ruang untuk saya melakukan penggulungan di sidang Dun hari ini. Terdahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada YAB. Menteri Besar, Datuk Seri Haji Muhammad Sanusi Mohd Nor, atas pembentangan Belanjawan Kedah 2022 di dewan yang mulia ini bertemakan "Kedah Sejahterah Nikmat Untuk Semua".
Atas kekangan masa yang agak terhad, saya akan berikan tumpuan kepada portfolio yang diamanahkan dan menjawab soalan-soalan yang telah diajukan Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian sebaik mungkin. Namun jika tidak sempat menjawab, saya akan jawab secara bertulis nanti, insya Allah.
YB. Dato‟ Speaker, alhamdulillah, Kedah kini berada di Fasa 4 PPN. Pandemik yang kini menjadi endemik secara tidak langsung mengajar kita mengurus secara atas talian, sekaligus menginjak negara ke arah kepentingan penggunaan internet sebagai medium pengurusan yang efektif. Tanpa disedari, dunia juga kini berdepan dengan Climate Change, termasuk di negeri Kedah. Ianya secara tidak langsung memaksa kita berubah untuk bertindak lebih kreatif dan berinovasi membangunkan negeri yang tercinta. Banjir, peningkatan aras laut dan purata hujan yang tidak menentu misalnya, adalah antara masalah-masalah yang sering berlaku dan menyebabkan bencana hadir, sekaligus menjejaskan rakyat dan merugikan negeri. Memburukkan keadaan, bukan sahaja melibatkan kawasan yang biasa banjir setiap tahun, malah turut melibatkan kawasan baru, yang tidak pernah dinaiki air.
YB. Dato‟ Speaker, menjawab soalan daripada Pedu, Suka Menanti, Kuala Ketil, Bandar Baharu, Bayu dan Derga mengenai banjir di kawasan masing-masing.
Antara projek tebatan banjir yang telah siap dibina, projek-projek besar seperti RancanganTebatan Banjir Sungai Muda yang siap tahun 2015. Kawasan yang tidak lagi mengalami banjir akibat limpahan air Sungai Muda di kawasan Pekan Kota Kuala Muda, Tikam Batu, Pekan Baling, Pekan Kuala Ketil, semuanya telah selesai walaupun tahun 2003 dan 2010 paling buruk dalam sejarah Negeri Kedah.
Projek Tebatan Banjir Sungai Kedah/Anak Bukit, pakej 1 dan 3 sudah siap! Pakej 2 dalam pelaksanaan. Walaupun projek pakej 2 masih dalam pelaksanaan, kawasan sekitar yang terlibat dengan banjir sebelum ini telah berjaya dikurangkan dan dijangkakan setelah siap sepenuhnya banyak kawasan akan menerima faedah daripada projek ini. Antara Projek RTB yang telah selesai seperti RTB Sungai Keladi Kulim, RTB Bukit Kayu Hitam-Kubang Pasu, RTB Sungai Gurun.
Selain itu, antara projek Rancangan Tebatan Banjir yang dalam pelaksanaan di bawah RMK 12 adalah RTB Sungai Kedah/Anak Bukit (Pakej 2), RTB Sungai Pendang Pakej 1, RTB Sungai Pendang Pakej 2, RTB Bandar Jitra Selatan dan RTB Lembangan Sungai Bongkok dan antara senarai projek tebatan banjir yang telah dipohon dan akan dilaksanakan adalah seperti RTB Bandar Baharu, RTB Baling Fasa 2, RTB Sungai Bata, Kubang Pasu, RTB Mergong, Alor Setar malah RTB Sungai Kedah/Anak Bukit Pakej 4.
Bagi persediaan JPS menghadapi bencana, JPS telah melaksanakan kajian-kajian secara menyeluruh dan komprehensif bagi menyelesaikan masalah banjir kilat. Antara kajian yang telah dilaksanakan adalah seperti Kajian Pelan Induk dan Rekabentuk Terperinci Sistem Saliran Bandar Kuala Nerang, Daerah Padang Terap, Kajian dan rekabentuk terperinci kerja-kerja tebatan banjir dan menaiktaraf sistem saliran di kawasan bermasalah Rancangan Tebatan Banjir Bandaraya Alor Setar, Kajian Pelan Induk Saliran Untuk Bandar Kulim dan Sekitar, Kedah, Kajian Pelan Induk Saliran dan Kerja Tebatan Banjir bagi Bandar Pokok Sena Kedah dan juga Kajian dan Rekabentuk Terperinci Kerja-kerja tebatan banjir dan menaiktaraf sistem saliran di Langkawi, Baling dan Kulim, Kedah.
Kajian yang sedang dilaksanakan pada tahun 2021 adalah seperti Kajian Pelan Induk Bandar Jitra Utara, Kajian Pelan Induk tebatan Banjir Lembangan Sungai Karangan, Kulim dan Kajian Pelan Induk Saliran Hutan Kampung, Kota Setar.
Kajian yang akan dilaksanakan pada tahun 2022 adalah seperti Kajian Pelan Induk Saliran dan Tebatan Banjir Sungai Perik, Mukim Kurong Hitam dan Pelan Induk Tebatan Banjir Sungai Petani. JPS juga telah membangunkan sistem bersepadu dalam pengurusan sumber air negeri iaitu National Water Balance System (NAWABS) for Sg Muda & Sg Kedah. Sistem bersepadu ini membantu pengurusan sumber air negeri merancang dan bertindak mengikut kedapatan sumber air semasa.
Program Ramalan Dan Amaran Banjir Negara juga merupakan inisiatif JPS dalam memberi ramalan awal banjir. Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) boleh meramalkan kejadian banjir berdasarkan hujan dan aliran sungai dengan ramalan itu boleh dihasilkan dalam tempoh tujuh hari sebelum suatu kejadian banjir berlaku. Di Negeri Kedah projek ini akan dilaksanakan pada tahun 2022 dan dijangka siap pada tahun 2024.
JPS juga melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan kolam takungan dan pemuliharaan sungai berdasarkan peruntukan yang diterima melalui Kerajaan Negeri. Penyelenggaraan secara berkala perlu dilaksanakan bagi mengurangkan kejadian berlaku banjir dan meningkatkan kapasiti aliran sungai. Selain dari peruntukan Kerajaan Negeri, JPS juga menerima peruntukan dari Kerajaan Persekutuan yang mana pada tahun 2021 JPS telah menerima peruntukan sebanyak RM5.4 juta untuk penyelenggaraan kolam takungan dan RM 7.0 juta untuk pemuliharaan sungai.
Selain itu, untuk meningkatkan hasil padi dan pertanian yang lain, JPS akan meningkat kecekapan kemudahan infrastruktur pengairan dan saliran. Antara projek persekutuan, pada tahun 2022, Kerajaan Negeri telah memperuntukan projek-projek
seperti menaiktaraf sistem pengairan Kg. Jeragan, Skim Pengairan Lembah Bata, Kubang Pasu, menaiktaraf system pengairan di ibu bekalan Kg. Dalam, Skim pengairan Kurong Hitam, Padang Terap, menaiktaraf tali air dan lain kerja-kerja yang berkaitan di Kg. Binu, skim pengairan Sidam Kanan, Faerah Kulim dan juga menaiktaraf rumah pam Skim Pengairan Sungai Taka, Daerah Bandar Baharu.
Selain itu, saya juga mendengar ramai Yang Berhormat yang sebut mengenai pelancongan dan tempat menarik. Oleh itu, bagi merangsang sektor pelancongan dan mengembalikan kegemilangan Pantai Merdeka, Kerajaan negeri berterima kasih kepada pihak Kementerian Alam Sekitar & Air (KASA) yang telah meluluskan projek pemuliharaan hakisan pantai di Pantai Merdeka yang dipanggil Beach Nourishment untuk Pantai Merdeka mengembalikan kegemilangan Pantai Merdeka dan tempat peranginan baru sejumlah RM12 juta diperuntukan projek Pengawalan Hakisan Pantai Pasir Hitam di Langkawi, 14 juta dan Projek Fenomena Air Pasang Besar di Kuala Muda berjumlah RM 20 juta Seterusnya, JPS Malaysia telah menjalankan program Denai Sungai Kebangsaan. Program pembangunan Denai Sungai Kebangsaan (DSK) atau National River Trails merupakan salah satu pendekatan Nature-Based-Solutions (NBS) bagi menangani cabaran sosio-alam sekitar melalui pengurusan dan penggunaan alam yang lestari. Program Denai Sungai ini juga berperanan sebagai mekanisme kawalan pencemaran sungai di punca (control at source) dan juga mengurangkan risiko kejadian banjir. Di Negeri Kedah terdapat 2 lokasi telah dicadangkan untuk projek perintis seperti di RTC Sungai Petani dan Sungai Chenang di Langkawi. Sehingga kini sepanjang 312 km denai sungai sediada telah dikenalpasti di seluruh Negeri Kedah.
Kesimpulannya, untuk jangka panjang JPS bercadang untuk mengintegrasikan projek-projek….(YB. Sungai Limau mencelah)
YB. Sungai Tiang!
Ya..silakan YB. Sungai Limau!
Bab sungai, Sungai Tiang. YB. Speaker, sungai bawah JPS ataupun diuruskan oleh bawah MADA ini. Kita nampak antara yang menyebabkan aliran sungai tak cantik dan boleh menyebabkan banjir apabila berlaku tersumbat dengan kayu-kayu yang lama ataupun sampah-sampah. Selepas hujan, kita akan nampak di pintu-pintu tandop, khususnya banyaklah sampah-sampah, plastik dan sebagainya. Jadi, adakah usaha untuk menyediakan perangkap sampah di setiap pintu-pintu tandop dan supaya bila berlakunya hujan sahaja, tempat inilah akan berlakunya keutamaan kepada JPS ataupun mana-mana agensi untuk mengeluarkan sampah itu supaya tak berlaku limpahan air, jadi tersumbat di pintu-pintu tandop tersebut. Terima kasih.
Terima kasih YB. Sungai Limau, saya faham maksud YB. Sungai Limau, tapi macam yang diperkatakan oleh Anak Bukit, kos operasi Mada sendiri telah dikurangkan hampir separuh dan kemudiannya kita akan cuba melihat cara paling efektif yang dilakukan oleh MADA dan JPS.
Seterusnya, untuk jangka panjang JPS bercadang untuk mengintegrasikan projek-projek tebatan banjir, dibawah satu pengurusan, sebagai satu pusat kawalan yang beroperasi menyelaras secara automasi dan bersepadu.
Selain itu, JPS bercadang untuk menaiktaraf jalan pantai sebagai ban-ban pantai sebagai laluan operasi penyelenggaran. Penyelarasan antara pihak JPS dan MADA, LSAN malah PLSM perlu dibuat untuk mengintegrasikan operasi semua pintu air dan pintu kawalan pasang surut untuk mengelakkan kejadian banjir pantai terutama ketika fenomena air pasang besar.
YB. Dato‟ Speaker, selain menyatukan hal ehwal pengurusan air ini, Kerajaan juga melihat terhadap wujudnya keperluan mewujudkan sebuah pengkalan data yang lengkap bagi jaringan jalanraya di Negeri Kedah. Pada sidang dewan undangan sebelum ini, saya membicarakan tentang jaringan jalanraya utama HNDP, rangkaian jalan raya utama yang menyokong pelan ekonomi dan Pembangunan Wilayah Negeri Kedah. HNDP akan menghubungkan lingkaran perhubungan ke konurbasi, zon promosi pembangunan dan pusat-pusat katalis ekonomi di negeri kita dengan lebih menyeluruh.
Dalam perjalanan menjayakan Pelan Pembangunan Kedah 2035, kita amat memerlukan pengkalan data dan pemetaan bersepadu yang lengkap untuk kegunaan semasa dan akan datang. Jalan-jalan persekutuan, jalan-jalan negeri, jalan-jalan MARIS, jalan MADA,PBT, jalan-jalan ladang perlu disatukan di bawah satu pengkalan data dan pemetaan yang lengkap. Dashboard Lengkap dapat digunakan untuk memastikan, mengklasifikasikan, memantau, merancang, menyelaras jaringan jalan raya di seluruh Negeri Kedah malah proses pendaftaran dan menyelenggara dan menaiktaraf dapat dilakukan dengan lebih efisyen lagi. Menjawab Anak Bukit, Sungai Limau dan juga Air Hitam…(YB. Timbalan Speaker mencelah)
YB. Sungai Tiang, ada celahan!
Boleh celah sikit!
Ya..silakan, YB. Kubang Rotan!
Terima kasih YB. Sungai Tiang. Berkenaan tadi YB. Sungai Tiang ada sebut mengenai air pasang besar, fenomena alam. Kebelakangan ini berlaku climate change yang berlaku, kepala air berlaku dalam negeri kita, fenomena alam, air pasang besar pun berlaku dalam negeri kita kali ini. Bagi pihak kementerian dan juga pihak kerajaan negeri, adakah ia telah dibincangkan secara detail dengan perkembangan-perkembangan terbaru ini yang meletakkan peruntukan-peruntukan terbaru dengan keadaan kita semasa ini dah lain dah compare dari dulu. Adakah perkara ini dibincangkan di peringkat kementerian dan juga pihak kerajaan negeri. Terima kasih.
Ya..selepas bencana kepala air di Yan, perkara ini dilihat sebagai sesuatu yang sangat serius dan boleh berlaku di mana-mana tempat di Malaysia ini. Cumanya ia berlaku di Kedah dulu dengan keadaan yang agak dasyat dan akhirnya semua kementerian bersama untuk memikirkan bagaimana mengatasi ataupun mengelakkan climate change ini terjadi dengan lebih teruk lagi di Malaysia terutamanya di Kedah kerana kawasan tanah pamah yang kita ada terutamanya di Alor Setar ini.
Saya jawab Anak Bukit, Sungai Limau dan Ayer Hitam mengenai jalan-jalan MADA yang perlu dinaiktaraf. Panjang keseluruhan jalan ladang MADA adalah 2,964 km daripada jumlah tersebut 744 km, 25% telah pun disenaraikan di bawah sistem maklumat rekod jalan raya MARRIS. Kedah lebih kurang 479 daripada 744 tersebut. Penyenaraian jalan ladang di bawah Sistem MARRIS, akan membolehkan peruntukan penyelenggaraan diselaraskan oleh agensi yang bertanggungjawab seperti Jabatan Pengairan dan sebagainya. Dalam tempoh semasa ke semasa, senarai pendaftaran Jalan MARRIS akan dipertingkatkan tertakluk kepada penyelarasan secara bersama.
Selain daripada itu, untuk menjawab mengenai kawasan Jentayu oleh Gurun, saya faham kawasan ini agak gelap dan JKR telah memohon peruntukan daripada kerajaan persekutuan sebab jalan ini adalah jalan persekutuan. Pada tahun ini tidak diluluskan dan kita akan berusaha untuk memohon kembali pada tahun 2022 ini.
Selain daripada itu….(YB. Kuala Ketil mencelah)
Yang Berhormat, boleh?
Ya..silakan!
Terima kasih YB. Timbalan Speaker, YB. Sungai Tiang. Saya setuju dengan saranan Gurun di kawasan Jentayu itu gelap, bila berlaku hujan lebat, saya ada pengalaman lalu jalan itu, dia bukan sahaja gelap, line putih pun dah tak dak, kemudian divider tengah itu pun, cat pun tak dak dah! Jadi, amat bahaya kalau waktu musim hujan lebat, jadi itu pun perlu diambil untuk dipertimbangkan, Yang Berhormat!
Saya rasa amat sesuai untuk Gurun bawa perkara ini kepada Menteri sendiri di Parlimen sebab ia merupakan jalan persekutuan. Negeri boleh buat tapi nanti bila datang audit kita akan ada masalah besar untuk berhadapan dengan audit, kenapa duit negeri digunakan untuk jalan persekutuan.
Selain daripada itu, kita teruskan kepada bekalan air. Suka Menanti bertanya mengenai pembaikan sub marin, peruntukan tersebut adalah pinjaman dibayar tanpa faedah daripada kerajaan persekutuan. Suka Menanti tak dak! Tak apa lah! Lainnya adalah ….(YB. Kubang Rotan mencelah)
Boleh?
Ok, silakan!
Sekali lagi terima kasih YB. Sungai Tiang dan YB. Speaker. Berkenaan dengan air tadi telah disebut, dah Suka Menanti tak ada ini, dan saya ingin bertanya kita tahu bahawa Projek Pelubang mungkin mengambil masa yang begitu lama, adakah YB. Sungai Tiang berbincang dengan Pihak SADA, kita akan projek jangka sederhana ini sepertimana yang sepertimana saya sebut sebelum ini, iaitu kita ada piping.
Contoh di Kuala Kedah ini memang isu yang terlalu lama, terlalu ramai dan kalau kita pi di kampung tepi laut iaitu Kg. Laksamana itu, tong sepanjang jalan kampung itu semua tong hitam. Jadi, kalau ada sebarang peruntukan, dulu saya pernah minta kepada Kementerian Luar Bandar dan juga beberapa kementerian untuk buat sedikit piping daripada Simpang Kuala sampai ke Kuala Kedah sebab satu piping kecil dah berpuluh tahun tak ditukar dan sebagainya mungkin YB. Sungai Tiang boleh tengok isu ini.
Terima kasih di atas cadangan Kubang Rotan, Insya-Allah kita lihat kembali tetapi seperti yang dijawab pagi tadi, beberapa skop kerja akan didahulukan terutamanya yang melibatkan LRA Pelubang, antara skop kerja tersebut adalah membuat beberapa bypass paip daripada yang utama ini yang menuju ke Masjid Aman itu yang akan dilakukan bermula pada Mac 2022. Insya-Allah. Ada skop kerja yang telah dimohon oleh SADA. Ada satu lagi mengenai isu YB. Bukit Lada, isu saluran perparitan yang menyebabkan banjir kilat khusus di Kg. Q yang dimaklumkan oleh pihak MBAS akan memohon peruntukan kepada kerajaan persekutuan dan projek adalah RM500 ribu dan ringkasan dan sudah ada lah speknya yang telah diletakkan tarikh mula, dan tarikh siap. Ringkasan projek mula 1.12.2021 tarikh siap 15.12.2021. YB. Dato‟ Speaker, dalam menjayakan Belanjawan Kedah 2022 iaitu Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua, kita di Barisan Kerajaan Negeri tetap konsisten dan komited memastikan pelaksanaan hala tuju negeri bagi menjamin kesejahteraan rakyat secara telus dan berintegriti. Dalam agenda memastikan kesejahteraan bumi Kedah yang berdaya maju dan kompetitif sejajar dengan visi Plan Pembangunan Kedah 2035 yang mensasarkan pembangunan sosio ekonomi yang holistik adalah penting untuk kita bersama berganding bahu, bersama kita memastikan ianya mencapai matlamat yang dicita. Dengan kedudukan lokaliti yang strategik, seharusnya kita menggarap potensi bumi Kedah ini sebijaksana yang mungkin dengan menjayakan pembangunan yang berimpak tinggi sebagaimana direncanakan kerajaan negeri yang terkandung di dalam perancangan pembangunan holistik menuju 2035. Meskipun, kita dibatasi dengan cabaran kawasan pembangunan yang terhad dan mengharungi era pasca covid 19, kita yakin Kedah Science Technology Park, Kota Perdana, Special Border Economic Zone, Kedah Rubber City, Skim Jeniang Transfer dan Kedah Aerotropolis dapat direalisasikan mengikut plan. Saya yakin bagi memastikan impian dasar itu tercapai, pembangunan infrastruktur asas yang lancar mengikut jadual dan penyediaan kemudahan utiliti yang strategik adalah sangat penting untuk menyokong Pembangunan Lestari tersebut. Bertunjangkan kepada Islam sebagai panduan sejagat, berpasakkan bumi bertuah Kedah yang bergelar Darul Aman ini, saya yakin kita berada di landasan yang tepat untuk menjayakannya. Insya-Allah dengan niat yang ikhlas dan murni ke arah kebaikan, Negeri Kedah akan sentiasa dipayungi Rahmat dan redha Allah swt.
Justeru itu, Yang Berhormat Tuan Speaker saya menyokong penuh Belanjawan Kedah 2022 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato‟ Seri Menteri Besar. Sekian, terima kash.
Terima kasih. 20 minit masa yang diambil oleh YB. Sungai Tiang. Terim kasih. Seterusnya saya persilakan YB. Lunas.
Bismillahirrahmanirrahim Auzubillahimialimi‟alim Minshaitanirajim. Alhamdulillahi Robbil A‟lamin Wassolati Wassala‟ Muala‟ Asyrofil Ambiya‟ Iwal Mursalin Saiyidina Muhammadin Wa‟ala Alihi‟ Wasohbihi‟ Ajmain‟ Robbishrohli Sodri Wa‟yassirli Amri. Wahlul‟ Uqdatan Min Lisaani Yaf Qouhu Qouli.
Terima kasih YB. Dato‟ Speaker, YAB. Dato‟ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat rakan-rakan Exco, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan dan Sidang Dewan yang dihormati sekalian. Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya dapat kita bersama-sama berkumpul di Dewan yang mulia ini untuk Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri ke-14 bagi Mesyuarat Bajet 2022. Alhamdulillah saya dapat masuk pada hari ketiga, hari pertama dengan hari kedua contact rapat, dikatakan contact rapat tapi kena kuarantin di rumah, tapi negative bukan positif pun.
Jadi, YB. Speaker saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Jeneri atas pembentangan bajet Negeri Kedah untuk tahun 2022. Bagi saya pembentangan bajet ini merupakan suatu belanjawan yang komprehensif dan terbaik Insya-Allah kita berharap agar ianya dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Negeri Kedah selaras dengan tema Bajet 2022, Kedah sejahtera Nikmat Untuk Semua Pakat Pakat Meghasa. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Kapten Muhammad Affendi Bustami yang disahkan meninggal dunia dalam nahas pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia TUDM semalam yang terhempas dalam sesi latihan di TUDM Butterworth. Yang Berhormat Speaker, banyak perkara yang disentuh dalam ucapan perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat, berkenaan portfolio yang saya jaga Insya-Allah saya akan kupas satu-satu, banyak benda yang disebutkan. Antara
soalan yang ditanya dalam soalan lisan, soalan bertulis, perbahasan adalah berkenaan dengan isu padi benih, isu untuk racun dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat Speaker dan Dewan, benih padi menjadi masalah bila lambat sampai dan sebagainya. Saya faham! Yang menjadi dia kalut sikit itu bila semua nak 297, bila dia viral mulut ke mulut 297 bagus, 297 bagu! Lepas tu semua nak order 297! Walaupun diterangkan dalam jawapan kelmarin, MB sebut monovarieti itu itu tidak baik dalam sistem amalan pertanian. Namun begitu, YB. Speaker, yang menjadi masalah dia bila datang musim kedua ini, dia memang masalah! Setiap tahun daripada saya mula jadi Exco itu 2019, dia dah jadi mula panas dah! Tahun lepas musim dua pun panas. Jadi, antara sebabnya apabila minta 297 ini antara musim 1 dengan musim 2,dia pendek! dia dekat! dia „harvest‟ bulan 8, dia kena kalau 297 ni dia kena cooling period dia 30 hari untuk diproses. Jadi, dia ambil masa kemudian, Jabatan Pertanian nak buat pengesahan, percambahan dan sebagainya dia akan ambil masa dan akhirnya macam disebut kelmarin. Saya ingat Alor Mengkudu sebut atau Anak Bukit, akhirnya 297 ada banyak di pasaran! Jadi, itu antara sebabnya jadi untuk benih ini, seperti disebut Anak Bukit kelmarin, 219 ditawarkan bila 297 tak ada. Jadi, Insya-Allah MARDI pun telah mengeluarkan kenyataan, benih 219 akan dihentikan dan digantikan dengan 315 yang lebih baik dan hasilnya lebih tinggi. Untuk isu benih padi ini memang, untuk makluman Dewan lah saya sebagai Exco Pertanian ini bila mai musim benih untuk pembekalan benih musim 2 ini, semua jabatan-jabatan yang ada di negeri dan Persekutuan ini menjadi sasaran saya la untuk bertanya. Tak berhenti-henti, telefon pun tak berhenti, dengan PPN pun, Pertubuhan Peladang Negeri, PPK dan sebagainya lagi. Saya tengok benda ni kalau tak diselesaikan dia akan berlarutan jadi apa dia punya kaedah penyelesaian. Saya maklum kepada IPB di MAFI, Kedah adalah pengeluar padi terbesar negara, jelapang padi! 43%, kita keluarkan untuk bekalan padi negara. Jadi, saya minta sebarang perundingan, perbincangan tentang pembekalan, nak menetapkan ladang benih dan sebagainya mesti melibatkan stake holder,pemain-pemain daripada Kedah. Akhir sekali, dengan cadangan, saranan daripada saya akhirnya IPB cadang kepada MAFI, kepada Menteri supaya Exco Pertanian akan mengetuai task force ini untuk memastikan perkara ini tak berlaku lagi. Masalah dia kita musim 1 dengan musim 2 itu pendek. Jad,i kalau kita nak guna benih 297 daripada Kedah untuk Kedah dia tak sempat! Jadi kita kena ada penyelarasan jadual benih di tempat lain dan sebagainya. Jadi, itu yang kita akan bincangkan Insya-Allah mesyuarat untuk task force tentang isu benih akan kita adakan di MAFI dan saya akan chair mesyuarat ini dan kita akan pastikan perkara ini tak akan berulang.
YB. Speaker, boleh tumpang sikit!
Boleh! Boleh! Silakan!
Sebenarnya saya setuju dengan cadangan YAB. Jeneri benih padi banyak diserah kepada MADA yang akan menjadi player penting kerana MADA sebenarnya lebih mengetahui daripada memberi kontrak kepada kilang-kilang yang kadangkala duduk di luar daripada Kedah, kilang-kilang itu ada di Kedah dan ada di luar kontrak itu. Adakah YB. Lunas sedar, kita setuju bagi kat MADA tapi MADA kena perbetul dia punya organisasi dia. Saya dapat maklumat, agensi MADA CORP ini diberi orang ramai kepada saya memang dia ada kuota tapi tak banyak kuota yang MADA ini. Tapi kuota yang tak banyak itu pun dia mengeluarkan kualiti yang tak standard juga. Itu masalah nak kena perbetul. Yang kedua, dia tak buat dia bagi outsource kepada kilang-kilang lain, YB-YB fahamlah, dah bagi kat dia, dia tak buat, kut dia agih kepada petani tapi tidak. Dia pi bagi kepada satu pihak lain, tapi dia duk saja ja! Jadi, yang ini perlu diperbetulkan. Saya setuju dah dengan kes MADA ini. Terima kasih.
Terima kasih YB. Pengkalan Kundor, saya faham! Saya faham tentang cadangan MB itu memang saya pegang. Sekarang MADA bagi 7,000 metrik tan setahun. Kita di Kedah ini, hampir 14,000 metrik tan untuk 2 musim tapi ada masalah di peringkat pengurusan MADA CORP khususnya. Saya pun telah berbincang dengan Pengerusi MADA, kita kena tengok balik, kena struktur balik, kena buat rasionalisasi balik supaya MADA lebih competent dan lebih mampu membekalkan benih. Itu memang masalah. Saya bincang dengan Pengarah IPB MAFI, mereka sanggup bagi sampai 20,000 metrik tan tapi kemampuannya Insya-Allah kita perlu susun balik dan struktur balik. Masalah ini kita sedang atasi. Untuk makluman semua, selepas masalah benih, masalah racun pula, bila benih lambat tak cukup dan sebagainya, mai racun pula. Racun naik!
Jadi, peningkatan harga input pertanian khususnya racun dan baca dalam tempoh semasa adalah disebabkan oleh perubahan polisi negara pengimport. Kenaikan kos bahan mentah, gangguan logistik, serta spekulasi pasaran. Pandemik Covid 19 turut menjadi penyumbang kepada situasi ini. Langkah berikut telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi membantu meminimumkan kesan pesawah kepada pengguna. Penubuhan Jawatankuasa Bersama berkenaan isu kenaikan harga baja dan racun diantara MAFI dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KDNHEP untuk membincangkan solusi terbaik untuk menangani isu tersebut. Mesyuarat tersebut turut melibatkan agensi lain, Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI), Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Perusahaan Perdagangan dan Komoditi, Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan wakil pemain industri yang lain. Skim Insentif Penanaman Padi (SIPP) dilaksanakan oleh kerajaan melibatkan komponen bantuan racun bernilai RM200 bagi setiap hektar tanah yang diusahakan. Jadi, itu memang di luar kawalan kita! Tapi di pihak kementerian tapi kalau di peringkat negeri ini lagi lah kita tak boleh nak buat apa! Saya sendiri turun memantau harga racun di kedai-kedai input pertanian ini, 2 hari lepas dan itulah alasan yang diberikan oleh peruncit-peruncit ini. Walaupun begitu, di peringkat kementerian, mereka menyedari hal ini, isu ini juga isu panas, Insya-Allah kita akan mengatasi dan kerajaan di peringkat persekutuan akan mengatasi dan kita di peringkat negeri, harap perkara ini dapat diselesaikan. Itu berkenaan dengan input racun dan sebagainya. Kemudian harga jualan padi RM1,200 yang dilaksanakan dalam tempoh semasa merupakan harga minima terjamin GMP yang telah diselaraskan semula pada tahun 2014 yang dinaikkan daripada RM1,050 pada tempoh sebelum berdasarkan GMP harga jualan padi boleh ditawarkan oleh pengilang kepada pesawah melebihi kadar RM1,200 yang ditetapkan. Pada tempoh semasa kerajaan tidak bercadang untuk meningkatkan harga jualan padi kerana peningkatan harga ini akan turut memberikan kesan peningkatan langsung pada peringkat rantaian pengeluaran yang lain sehinggalah kepada peruncitan beras yang akan memberi kesan kepada pengguna. Kemudian, disebutkan kelmarin ditanya oleh Kubang Rotan tentang JICA. Untuk makluman YB. Kubang Rotan Japan International Cooperation Agency (JICA), puhak agensi Jepun memang tahun ini kita ada tiga kali training online disebabkan oleh PKP ada tiga kali training online yang diuruskan oleh UPUK dan juga PKNK dan sekarang ni minggu depan ada satu lagi akan dijalankan training online kepada pegawai-pegawai muda yang terlibat dengan pertanian.
Kemudian, untuk Kedah Food Valley yang diinspirasikan oleh Sungai Tiang dulu. Saya juga takecharge benda ini, di peringkat kerajaan negeri kita melalui PKNK sedang menyediakan bajet untuk 2022 supaya Kedah Food Valley ini boleh beroperasi dan kita boleh meningkatkan peningkatan usahawan-usahawan makanan ini di Negeri Kedah dan boleh meningkatkan pengeluaran dan sebagainya. Insya-Allah kita doakan semoga ia berjaya dan saya dah berbincang dengan MB, MB kata PKNK. Sekarang ini saya dah tanya PKNK, bajet itu sedang dibuat.
Minta laluan sat na!
Ya..silakan!
Kedah Food Valley itu dah ada syarikat setup semua itu! Cuma mungkin bajet. Dah ada syarikat, tunggu bajet jalan saja lah!
Ya.. tunggu bajet, jalan lah! Kemudian, perkara yang dibangkitkan oleh YB. Bandar Baharu kelmarin, tentang durian lah, Biasalah Bandar Baharu durianlah! Ada 6 pelabur durian di Bandar Baharu merangkumi 400 hektar, apakah perancangan kerajaan berkenaan industri durian di Kedah terutamanya di Bandar Baharu. Kerajaan Negeri sedang memfokuskan untuk memajukan industri tanaman durian di Negeri Kedah. Sebagai contoh, kerajaan negeri telah mengklusterkan daerah-daerah di Kedah dengan kluster tanaman buah-buahan. Tujuan kluster tanaman diwujdukan adalah bagi memberi perhatian yang lebih pada daerah yang di klusterkan dengan tanaman tertentu. Sebagai contoh Daerah Bandar Baru ada daerah yang telah diklusterkan sebagai daerah durian. Dalam Rancangan Malaysia Ke-12, kerajaan telah merancang beberapa agenda bagi memajukan industri tanaman durian ini. Antaranya adalah menjalankan kerjasama strategik dengan syarikat permit industri durian seperti Nictron Agriculture Sdn. Bhd. CKE Tropical Fruit Plantation Sdn. Bhd. Serene Orchard Sdn. Bhd. dalam kepakaran teknikal dalam usaha meningkatkan pengeluaran hasil. Kerajaan pusat melalui Jabatan Pertanian Malaysia berusaha untuk memperluaskan lagi pasaran eksport tanaman durian. Kerajaan negeri telah mewujudkan program khas durian iaitu
Program Durian Kampung Premium dengan tujuan utama bagi mengenalpasti klon-klon durian kampung yang berkualiti dan berusaha untuk menaikkan Harga durian kampung di kategori Premium.
YB. Lunas, ada usul!
YB. Speaker, saya pohon mencadangkan dibawah Peraturan 12(1) A – Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya Sidang Dewan pada pagi ini disambung semula pada jam 2.30 petang selepas disambung pada jam 1.00 tengahari. Sekian, terima kasih.
YB. Speaker, saya pohon menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya bersetuju dengan usul yang dibuat oleh YAB. Dato‟ Seri Menteri Besar tersebut. Silakan YB. Lunas sampai jam 1.00 tengahari.
Ok, saya sambung sikit lagi, kemudian saya sambung selepas rehat.
YB. Lunas, ada masa tambahan selepas kita sambung nanti.
Ok, Ok! Sikit lagi saya nak perhabis tajuk yang ini saja!
Ok, kalau boleh ngam-ngam jam 1.00 tengahari nah!
Untuk Daerah Bandar Baharu khasnya, kerajaan melalui Jabatan Pertanian telah merancang beberapa perkara bagi memajukan industri buah-buahan seperti menyediakan peruntukan sebanyak RM140 ribu, bagi meningkatkan lagi industri tanaman buah-buahan terutamanya durian, bekerjasama dengan pemain industri untuk membantu penanam kecil durian, memilih beberapa dusun kecil durian kampung yang mempunyai klon-klon premium untuk dimasukkan ke dalam Program Durian Kampung. Kemudian, perancangan Kerajaan Negeri berkenaan industri durian di Kedah terutamanya di Bandar Baharu. Program NAEZ, Transkrian Smart Agri-Hub melibatkan 3 daerah iaitu satu Bandar Baharu, Kedah, keduanya Seberang Prai Selatan, Pulau Pinag dan ketiganya Krian, Perak. NCIA melalui perancangan Program NAEZ, Transkrian Smart Agri-Hub yang akan bermula pada tahun hadapan. Durian merupakan antara tanaman yang dikenalpasti daripada komponen utama seperti padi, kelapa dan aquaculture. Bagi memastikan industri tanaman durian kekal mampan, pihak NCIA boleh menawarkan inisiatif dibawah Program Investment dan Human Capital yang sedia ada untuk Wilayah NCER.
Nak celah sikit
Ya..YB. Bukit Selambau!
YB. Speaker, pohon penjelasan dan jawapan dari YB. Lunas, berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan pada tahun ini untuk rumah-rumah ibadat, kuil-kuil hindu di kawasan Dun Lunas dan Parlimen Padang Serai, untuk SRK Tamil di Dun Lunas dan kawasan Padang Serai dan NGO-NGO India di Dun Lunas, Parlimen Padang Serai dan seluruh Negeri Kedah. Pohon jawapan daripada YB. Exco Masyarakat India dan juga apakah prestasi-prestasi ladang kelapa sawit PKNK dari segi hasil perhektar dan keuntungan perhektar. Terima kasih.
Terima kasih YB. Bukit Selambau, tajuk masyarakat India last sekali, tak sampai lagi! Saya akan kemukakan sebentar lagi!
Bandar Baharu ada celahan!
Ya..silakan!
YB. Speaker, terima kasih. YB. Lunas, itu lah saya tengok tajuk durian tiba-tiba pi dekat India pula. Nak tanya tentang durian itu, terima kasih dan tahniah lah kepada YB. Lunas bersama kerjasama NCIA dan Transkrian Smart Agri-Hub itu yang mana saya tak nampak lagi lah dia punya perancangan itu, tempat jual durian, tempat pemulihan dusun-dusun. Sebab nak dapatkan durian kampung yang premium. Dulu, duri hitam pun daripada durian kampung dijadikan premium. Jadi, apakah kerajaan nak bantu penggiat ekonomi durian yang besar ini, pelabur yang dah besar ini dan juga orang kampung yang duk ada berapa pokok, dusun yang kecil-kecil itu nak dapatkan durian yang premium. Saya tak nampak juga satu promosi besar-besaran untuk durian untuk bantu Bandar Baharu ini selain daripada Pelan Pembangunan Kerajaan 2035 cuma tulis durian sahaja di Daerah Bandar Baharu dan juga penduduk Bandar Baharu itu sendiri.
YB. Lunas, saya rasa tak sempat dah untuk Yang Berhormat Lunas jawab persoalan-persoalan yang dikemukakan. YB. Lunas ada lagi masa tambahan 5 minit selepas Dewan disambung semula.
Terima kasih YB. Tuan Speaker, saya sambung lepas rehat! Ok, Bandar Baharu na!
Ahli-Ahli Dewan yang saya hormati sekalian, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-Ahli Dewan yang telah terlibat dalam perbahasan sesi pagi ini dan Dewan akan disambung semula pada jam 2.30 petang nanti. Dengan itu, Dewan ditangguhkan. Terima kasih. [Sidang Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari]
[Sidang Dewan disambung semula pada jam 2.30 petang]
Bismillahirrahmanirrahim. Dewan disambung semula. Lunas ada 10 minit lagi. Tadi ada 5 sahaja ni extra lagi 5 minit lagi.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Dato‟ Speaker, Sidang Dewan yang saya hormati sekalian. Saya sambung penggulungan saya pada petang ini. Saya nak menyambung apa yang disebut oleh YB. Bandar Baharu tadi. Memang Bandar Baharu ini menjadi tumpuanlah ataupun kluster durian dan antara perancangan yang dibuat oleh NCER ialah perancangan pembangunan NEZ adalah pembangunan Donwstream Hub yang berfungsi sebagai fasiliti keperluan supply chain untuk industri pertanian. Bandar Baharu Innovation Hub merupakan cadangan „one stop centere‟ yang bakal menyokong industri pertanian termasuklah tanaman durian. Antara kriteria pembangunan Bandar Baharu Innovation Hub adalah agriculture test plot dan green house plot innovation hub for R&D and start up, terraced factory for SMEs, detech industrial plot for warehousing logistic and large industrial plot. InsyaAllah Bandar Baharu, kita akan berikan tumpuan kepada pembangunan industri durian di Daerah Bandar Baharu.
Saya ingin beralih kepada apa yang dibangkitkan oleh YB. Kota Siputeh tentang padi benih yang tenggelam. InsyaAllah memang ada bantuan, petani-petani boleh buat laporan, PPK akan buat laporan ikut SOP. Pastikan laporan yang dibuat itu ikut SOP seperti yang dikehendaki oleh jabatan supaya tidak tergantung ataupun tidak ditolak sebab ada kes-kes yang dibuat laporan kerana tak ikut SOP walaupun telah diberikan taklimat berkali-kali dan saya minta PPK yang berkenaan membuat laporan mengikut SOP ataupun standart yang telah ditetapkan, InsyaAllah RM876 perhektar. Sekali saja tenggelam, kalau kali kedua tenggelam, tak dak, sekali saja. Jadi, biar dia tenggelam 2 kali untuk buat laporan.
Kemudian, apa yang dibangkitkan oleh YB. Belantek dan YB. Pedu berkenaan dengan lambakan. Alhamdulillah, tahun ini lambakan buah-buahan tempatan ni memang ada, yang paling saya nampak sekali ialah buah rambutan lah, meqenyut atas pokok warna merah sampai hitam. Jadi, masalah kita di kampung ni yang ada mak bapa yang dah uzur, anak-anak semua duk bandar, jadi tak dak sapa nak kait.
Tapi Alhamdulillah di kampung orang tua saya di kampung walaupun umur 81 tahun tapi dia kait sendiri lagi dan dia boleh pasarkan juga sendiri. Saya puji lah usaha YB. Pedu yang berusaha mengumpul dan jual. Jual ka bagi sumbangan saja? Sedekah saja! Alhamdulillah, sedekah lagi bagus, banyak pahala. Di peringkat kerajaan negeri, saya telah pun berbincang dengan GLC supaya diwujudkan balik seperti disebut, “Puncak Selera” dulu memproses buah rambutan dalam tin. Kita akan kaji balik dan saya dah minta pihak GLC ataupun PKNK untuk mengkaji kemampuan bisnesnya bagaimana ia boleh bertahan, kita tak mau jadi seperti Puncak Selera tu 3 tahun dia mati. InsyaAllah kita akan tengok balik supaya benda ini dapat dilaksanakan.
YB. Gurun membangkitkan tentang penanaman buah nangka secara besar-besaran. Memang di Kedah ni ada pengusaha-pengusaha yang menjalankan penanaman buah nangka secara besar-besaran. Nama peserta Heng Kim Tip, keluasan 70.8 hektar, Wan Azlina binti Wan Musa 5 hektar, Ku Mahadzir bin Ku Jalil 5 hektar, jumlah nilai pengeluarannya hampir RM400 ke RM500 ribu setahun.
Saya juga ingin menyebut, selain daripada buah nangka seperti disebut tadi, kita di Kedah ini telah mencapai satu kejayaan dalam pengeluaran buah melon. Kita ada ladang pengeluaran buah melon di Kolej Pertanian Bukit Tangga yang mana jumlah lubang yang ditanam secara „vertical farming‟ itu sudah pun mencapai 30,000 lubang. Hasil daripada jualan buah melon ini kita telah melahirkan 4 orang usahawan muda yang menggunakan „Internet of Things‟ (IoT) sebab ladang ini ia menggunakan „Internet of Things‟, kemudahan kepada golongan muda dan pengeluarannya sedang ditanam untuk kali kelima tahun 2021 ni lah. Kita sedang target untuk capai jualan RM1 juta satu tahun untuk tahun depan. Tahun ni kita dah capai lebih kurang 250 ke 300 ribu lah buah. Jadi, 4 orang usahawan tu YB. Bandar Baharu berada di Bandar Baharu, 4,000 lubang, Alhamdulilah.
Berkenaan YB. Alor Mengkudu ada bangkitkan tentang tubuh Jawatankuasa Pelan Pemulihan peringkat negeri untuk menasihati kerajaan dari sektor pertanian dan ekonomi. Sat YB. Alor Mengkudu na? Oh! Pengkalan Kundor, sorry. Telah wujud Jawatankuasa MAFI Incorporation di Negeri Kedah yang mana telah dianggotai oleh jabatan dan agensi di bawah MAFI sebagai ahli tetap dan beberapa jabatan dan agensi lain yang terlibat secara langsung dengan MAFI sebagai ahli jemputan. Di dalam platform ini semua ahli akan mengembelengkan usaha untuk membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup petani serta menyelesaikan masalah yang melanda petani.
Jawatankuasa ini juga telah bertindak dalam menasihati kerajaan negeri dan mencadangkan usaha-usaha bagi merancakkan ekonomi terutamanya dalam sektor pertanian. Pihak MAFI juga, saya baru bermesyuarat kelmarin dulu dengan MAFI, Mesyuarat Exco, Menteri dan juga Exco Pertanian, MAFI juga akan menubuhkan Jawatankuasa Dasar Sekuriti Makanan Negara di peringkat negeri di mana platform ini boleh digunakan untuk membincangkan isu berkaitan pemulihan sektor pertanian negeri. Untuk makluman, cadangan penubuhan jawatankuasa ini telah dibincangkan dalam mesyuarat yang lalu dan penubuhan jawatankuasa ini adalah berkonsepkan kepada „whole of government dan whole of society‟ yang akan menjadi pemangkin pengurusan sumber dengan lebih mampan dan cekap. Silakan YB. Pengkalan Kundor!
Perkara 65 dalam ucapan bajet, YB. Lunas tadi telah bercerita sedikit sebanyak tentang melon di Kedah, di Bukit Tangga. Ada data tak tentang pembangunan kopi, durian kampung, harum manis dan juga MD2, di mana tempat dan berapa banyak keluasan? Kalau ada data sila, kalau tak dak data, kemudian.
Baik, InsyaAllah saya akan bagi data dalam bentuk bertulis nanti. Ada, memang ada pembangunan kopi semua ada, InsyaAllah cuma saya tak sempat nak rangkumkan semua sekali. Ada data dan saya akan bagi dalam bentuk jawapan bertulis. Silakan YB. Kubang Rotan!
Terima kasih YB. Lunas dan YB. Dato‟ Speaker. Golden melon yang maklumkan di Kolej Pertanian tu dapat permintaan yang begitu baik saya rasa dengan harga yang begitu mahal. Adakah peranan kerajaan untuk mengembangkan dan melahirkan usahawan-usahawan tani belia, menggunakan teknologi yang kita tau dah terbukti „provent‟ golden melon di Bukit Tangga atau Kolej Pertanian untuk para belia.
Ok, terima kasih YB. Kubang Rotan. Memang itulah menjadi hasrat kita. Peruntukan untuk tanaman melon di Kolej Pertanian Bukit Tangga itu separuhnya kita dapatkan peruntukan daripada Jabatan Pertanian Persekutuan sebanyak RM800 ribu dan lebih kurang 100% lagi dikeluarkan oleh SPV dan jualan hasil itu kita bekalkan peralatan kepada usahawan-usahawan secara percuma, 780 lubang.
Sekarang ni dah ada 4 orang usahawan yang telah kita lahirkan. InsyaAllah kita memberikan penekanan sebab harganya bagus, kita jual di Lembah Klang dan kita dalam usaha supaya buah-buah ini dapat dieksport ke luar negara, InsyaAllah.
Yang terakhir yang saya nak gulung pada petang ini berkenaan dengan apa yang dibangkitkan oleh YB. Bukit Selambau tentang hal ehwal masyarakat India. Untuk makluman YB. Bukit Selambau, bagi sumbangan Deepavali tahun ini walaupun tidak disalurkan melalui YB. Bukit Selambau tetapi melalui Pejabat Menteri Besar kita keluarkan RM134 ribu yang mana meliputi 1,300 penerima B40 melalui Pejabat Menteri Besar yang nilainya RM100 seorang dalam bentuk barang RM50 dan wang tunai RM50.
Saya sendiri Exco Portfolio Masyarakat India keluarkan lagi RM50 ribu portfolio saya sendiri, kita bagi kepada kawasan Kedah Selatan sebab dia ramai, yang Pejabat MB tadi kita aturkan kepada semua Pejabat DUN dan Penyelaras DUN di seluruh Kedah mengikut kapasiti jumlah penduduk India dan RM50 ribu lagi kita tumpu di kawasan Kedah Selatan, Kulim, Sungai Petani, Padang Serai dan juga di Jerai. Saya ingat ada lagi kalau Deepavali ni ADUN-ADUN sendiri yang mengeluarkan sumbangan kepada penduduk-penduduk kaum India di kawasan masing-masing. Untuk berapa peruntukan sumbangan yang diberikan melalui Portfolio Masyarakat India ini saya akan beri jawapan secara bertulis sebab belum „update‟ lagi jumlah sumbangan yang kita berikan sepanjang tahun 2021 ini.
InsyaAllah untuk bajet B.06 Perhubungan Masyarakat, tahun lepas RM300 ribu, kita tambah lagi RM150 ribu jadi RM450 ribu untuk kaum India, Cina dan juga masyarakat Siam. InsyaAllah kita boleh tambahkan lagi. Jadi, semua permohonan-pernohonan yang dihantar terus ke pejabat saya InsyaAllah saya luluskan mengikut jumlah kita ada, semampu yang kita mungkin. Seperti yang disebut oleh YB. Bukit Selambau tadi, Perdana Menteri Umum RM5 juta, jadi kita di Kedah pun kita boleh mohon daripada Kerajaan Persekutuan kalau ada bajet yang kita nak mohon untuk membaiki kuil dan sebagainya, InsyaAllah.
YB. Dato‟ Paduka Speaker….Dato‟ Speaker, Dato‟ Paduka dak lagi na?
Orang bagi Dato‟ depa tambah pulak nak penaik lagi…
Doa! Doa!
Ka nak ambik masa lebih?
Saya ucapkan terima kasih banyak kepada semua ADUN-ADUN yang membahaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan portfolio saya. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Exco-Exco, kepada Menteri Besar yang telah membentangkan bajet yang cukup komprehensif bagi Tahun 2022. Kita doa moga-moga dengan tindakan-tindakan yang kerajaan negeri buat seperti tidak mengeluarkan lesen judi ini akan menambahkan keberkatan kepada negeri kita dengan doa-doa yang dilakukan oleh umat Negeri Kedah ini, InsyaAllah. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih. Saya menjemput YB. Tokai! Tokai nak cakap berapa minit ni?
25 muka surat!
Ha, 25 minit. Silakan!
Terima kasih YB. Dato‟ Speaker, YAB. Dato‟ Seri Menteri Besar, sahabat-sahabat Exco, sahabat-sahabat ADUN yang dihormati dan dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillahi robbil „alamin, wabihi nasta‟in, wassola tuwassala mu‟ala asyrofil anbiya iwal mursalin saidina muhammadin wa‟ala alihi wasohbihi ajma‟in. Robbish rohli sodri wayarsirli amri wahlul uddatan millisani yafkhohu khauli. Saya memulakan dengan firman Allah s.w.t;
“Dan tidaklah harus bagi orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasulnya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara tidaklah harus mereka mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka dan siapa yang tidak taat hukum Allah dan Rasulnya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas dan nyata”.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada sahabat-sahabat ADUN semua yang telah, boleh dikatakan semua lah na, membicarakan tentang masalah kesihatan Covid-19 dan juga saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak Kesihatan terutamanya Tuan Pengarah, Dr. Othman yang hadir pada hari ini dan „team‟ mereka yang telah memberikan satu komitmen yang cukup tinggi untuk mengendalikan Covid-19 di Negeri Kedah ini sehingga kita boleh mencapai atau memasuki Fasa 4.
Alhamdulillah, kita juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua „frontliners‟, PDRM, RELA, APM, Lembaga Zakat Negeri Kedah yang telah banyak memberi bantuan kepada sama ada mangsa-mangsa covid ataupun mereka-mereka yang terkurung di sebabkan oleh kuarantin semasa Covid-19 melanda Negeri Kedah ini. Terima kasih kepada semua dan kita berikan tepukan yang gemuruh kepada mereka ini semua.
YB. Dato‟ Speaker,
Dari Melaka balik ke Kedah, (isteri saya orang Melaka) Singgah sebentar membeli buah-buahan, Isu judi ni janganlah gelabah, Moga Kedah diberkati tuhan.
Sikit saja, bukan 25 muka surat, sikit saja. Berhubung dengan isu Portfolio Kesihatan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB. Pengkalan Kundor yang telah banyak memberi input-input. Ya, InsyaAllah akan kita gunakan untuk menambahbaikkan lagi „service‟ kesihatan di Negeri Kedah ini. Berhubung dengan apa yang dikeluhkesahkan oleh YB. Pengkalan Kundor kerana anak dia tidak mendapat „update‟ yang cepat berkenaan dengan „digital certificate vaccine‟ yang telah diberikan oleh KKM ni. Ingin saya djelaskan di sini bahawasanya sistem
MySejahtera ini tidak dikawal selia secara langsung oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKN) ini. Kalau YB. Pengkalan Kundor ada sebarang masalah bolehlah berhubung dengan „helpdesk‟ yang ada dalam MySejahtera tu.
Isu yang dibangkitkan ini memang diakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ada kelemahnnya dan menteri baru-baru ni pun semasa berkunjung ke Kedah dia kata, “ada lebih kurang 300 ribu senarai yang mereka terpaksa „update‟ balik berhubung dengan kelambatan ini mereka memohon berbanyak-banyak maaf dan mereka sedang berusaha untuk menambah baik sistem MySejahtera ini dan bila kita lihat yang „latest‟ ni memang ada banyak penambahbaikan lah cuma penambahbaikan satu lagi kelmarin dulu, saya masuk Dewan ni sampai ke pagi besok. Maknanya bila kita „check in‟ terlupa nak „check out‟, itu salah satu daripada kelemahan. Kita pun telah beritahu kepada Kementerian Kesihatan dan sampai sekarang nampaknya mereka tidak mengambil tindakan lagi lah dan Kementerian Kesihatan juga membenarkan kad yang diberikan kepada kita tu digunakan sebagai satu passport untuk kita masuk ke premis-premis yang memerlukan 2 dos vaksinasi.
Seterusnya….(YB. Pengkalan Kundor mencelah)
Saya balik Dewan kelmarin, anak saya kedua-duanya dah dapat sijil.
Owh! Terima kasih KKM. YB. Pengkalan Kundor juga menyebut tentang gaya hidup sihat. Memang, kalau kita lihat kepada data daripada „National Health Institute‟ 2019, ini yang „latest‟ lah. Diabetes Prevalence dalam negara kita ni 18.3%, ni untuk negara lah, hat Kedah kalau ada di Kedah mungkin saya boleh dapatkan maklumat daripada Jabatan Kesihatan Negeri. Darah tinggi 30%, mungkin antara kita dalam ni ada, ada yang darah tinggi, hiperkolesterol yang mana kolestol yang tinggi 38.1%, kalau pi „check‟ darah, kolestrol yang tinggi.
Kemudian, status pemakanan kita, obesiti 50.1%, mungkin tak ramai kut dalam ni ya, 29.8% kanak-kanak, ini yang kita risau, kanak-kanak yang obes, badan besaq, kadang-kadang kita tengok kecik montel elok, tapi jangan sangka yang kita nampak elok tu bagus, kemungkinan mereka akan menghidapi darah tinggi dan juga kencing manis di usia yang muda. Kemudian, 25.1% risiko untuk kita mendapat Non-Communicable Diseases (NCDs) penyakit-penyakit yang tidak berjangkit ini, kita takut tidak melakukan „exercise‟, 25.1% bermakna 1 di dalam 4 tidak melaksanakan „exercise‟.
Ini apa yang disuarakan oleh YB. Pengkalan Kundor ini kita harap kita dapat memberi perhatian lah. Pada 11 November 2021, baru lagi, Perdana Menteri telah melancarkan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang mengguna pakai „whole of nation, whole of society‟ dengan melibatkan semua jabatan kerajaan, agensi swasta, NGO dan semua lapisan masyarakat. Agenda Nasional Malaysia Sihat ini adalah pakej promosi sihat sepanjang hayat bagi manfaat rakyat melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang sihat. ANMS akan dilaksanakan dalam 4 fasa selama 10 tahun dari 2021 sehigga 2030 dan mempunyai 4 teras, promosi pembudayaan hidup sihat, perkhidmatan kesejahteraan kesihatan, kawalan kesihatan kendiri dan kebersihan persekitaran. Dalam teras promosi pembudayaan hidup sihat atau dulunya kempen cara hidup sihat, kesedaran berkaitan kesihatan akan dipertingkatkan dengan lebih meluas melalui kempen-kempen secara fizikal contohnya melalui Wellness on Wheels atau „road show‟ oleh „wellness truck dan „wellness hub‟ serta media arus perdana dan juga media sosial. Elemen utama pembudayaan hidup sihat yang menjadi fokus adalah pemakanan yang sihat. Sekarang ni kita sebut sebagai “Piramid Makanan”, “suku-suku setengah”, suku karbohidrat, suku protin, setengah lagi tu sayur-sayuran dan buah-buahan. Mengadakan senaman dan aktiviti fizikal dan tidak merokok dan minda yang sihat.
YB. Tokai beralih buat apa sebelah ni?
Haa?
Beralih buat apa kut belah YAB. Jeneri masa kata tak merokok tu?
Lenguh-lenguh sini nak beralih belah tu la. Tak menjadi kesalahan. Kesedaran sihat ini seterusnya diterjemahkan melalui amalan atau pembudayaan hidup sihat dalam kalangan masyarakat yang secara tidak langsung dapat mengurangkan kejadian penyakit-penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.
YB. ADUN Suka Menanti membangkitkan isu berkaitan vaksin perlu ditingkatkan. Saya ingin menjelaskan di sini lah na, bahawasanya kita boleh beralih ke Fasa yang ke 4 ini adalah antara kriterianya adalah vaksinasi yang dapat kita laksanakan di dalam masyarakat ataupun rakyat dalam Negeri Kedah kita ini. Terima kasih sekali lagi lah kepada semua pihak termasuk YB. Pengkalan Kundor yang menjadi sukarelawan MYVAC dan juga belia-belia yang telah menceburkan diri dalam memberi khidmat sukarelawan dalam banyak PPV yang telah kita ambil mereka sebagai pembantu untuk kita memberi vaksin kepada rakyat di Negeri Kedah ini.
Alhamdulillah 80% lebih dah dan kita harap ini akan ditambahkan lagi dengan kesedaran-kesedaran yang dilakukan kempen oleh sama ada masyarakat luar ataupun di pihak JKN itu sendiri. YB. ADUN Suka Menanti juga menyoal bagaimana kita nak menghadapi 180,000 orang lagi ini yang masih belum mendapat vaksin. Antara tindakan yang akan diambil adalah promosi yang telah dibuat dan akan dibuat melalui media sosial dan juga media biasa ini akan ditingkatkan. Kerjasama dengan JKKP, penghulu dan juga imam-imam di kampung-kampung dan juga pemimpin masyarakat juga akan kita war-warkan, akan kita hebahkan, akan kita perkasakan. Mendapat kerjasama dan bantuan dengan pejabat-pejabat lain seperti Jabatan Pendidikan, Jabatan Agama Islam, Jabatan Perpaduan, KEMAS dan sebagainya untuk kita mempromosikan masyarakat kita untuk mendapatkan vaksinasi. Suntikan di luar jangka atau „outreach‟ yang sedang dilaksanakan akan diteruskan terutama sekali bagi mereka-mereka yang „bedridden‟ ataupun tertidur di rumah dan juga mereka-mereka yang tidak mendapat fasiliti kenderaan yang susah nak keluar. Cerita anak saya di Sarawak, hari-hari naik helikopter pi bagi vaksinasi di kawasan-kawasan yang „very remote area‟ lah. Kita tak dak sampai naik helikopter lah na, „for wheel drive‟ itu biasa saja.
Kemudian, untuk makluman semua jumlah yang belum mendaftar ini dengan MySejahtera sehingga 16 November di kalangan populasi dewasa adalah „one seven nine four zero four‟ (dengan izin).
Berapa?
179,404. Ini maklumat daripada Jabatan Kesihatan. YB. Adun Suka Menanti juga menanyakan berhubung dengan „booster‟ ni, nak capai 100% memakan masa 20 hari.
Macam yang kita buat vaksin biasa lah, promosi mereka-mereka yang nak pergi ke luar negara yang tidak mendapat vaksin Pfizer, maknanya kalau mereka dapat Sinovac, untuk third dose ini dia mesti Pfizer. Antara promosi-promosi yang akan dibuat dan mereka ini boleh pergi ke pusat-pusat kesihatan kerajaan ataupun dimasukkan dan ada yang masukkan dalam MySejahtera tu dia letakkan klinik-klinik swasta untuk memberikan apa yang disebutkan vaksin yang ketiga sebagai „booster dose‟‟. Yaa….YB. Suka Menanti.
Terima kasih YB. Tokai, terima kasih YB. Dato‟ Speaker. Yang „booster‟ tadi kita tak risau sangatlah tadi pun saya sebut sikit saja. Yang baki belum mendapat vaksin 1 dos tu, satu saya nak tanya pasal kempen kita, Alhamdulillah kita akan terus kempen. Tapi nombor tu seolah-olah bila saya „close check‟ dengan negeri-negeri lain macam nombor 180,000 tu tak berapa tepat, mungkin daripada segi data, „transfering‟ data MySejahtera yang YB. Tokai sebutkan tadi saya rasa masih perlu ada „coordination‟ ataupun semak imbang dengan negeri-negeri lain mungkin adakah kemungkinan dia adalah orang sini tapi sebenarnya dia telah ambil vaksin di tempat lain. Sebab 180,000 ni sangat banyak dan kita tak jumpa dah, tak ramai sangat dah la yang masih belum menerima sebarang vaksin tu, rasanya lah.
Terima kasih YB. Suka Menanti. Saya akan semak balik, betullah macam menteri sebut hari tu dia kata tak dak „bahu‟ dah nak cucuk. Apabila kita cari dalam masyarakat, kebanyakannya kita turun tidak ramai dah yang tidak mendapat vaksin. Untuk makluman kita semua juga, pemberian dos penggalak ini kita berikan keutamaannya kepada petugas barisan hadapan kesihatan, keselamatan dan juga pertahanan serta mereka yang berusia 40 tahun ke atas, invidu berusia 18 tahun ke atas yang mempunyai komobiliti dan penghuni dan petugas di pusat jagaan kesihatan jangka panjang, ibu-ibu yang mengandung dan mereka yang perlu ke luar negara.
YB. Bakar Arang ada bertanya berhubung dengan adakah „booster„ ini….. Ya…YB. Kota Darul Aman.
YB. Dato‟ Speaker, soalan saya adakah „booster dose‟ ini juga diberi kepada „frontliners‟ seperti ADUN-ADUN dan juga Exco-Exco? Terima kasih.
Boleh Yang Berhormat, saya pun dapat „booster‟ dah tapi tak “galak” pun. YB. Bakar Arang bertanya berhubung dengan „booster dose‟, adakah perlu diberi 6 bulan sekali? Daripada jawapan yang diberikan oleh pihak kesihatan, mereka mengatakan sekarang Kementerian Kesihatan masih belum lagi menetapkan. Kemungkinan-kemungkinan kita pun tak tau sebab penyakit ini penyakit baru. Bila penyakit baru datang kepada kita, kita pun tak tau prospek dia nak jadi macam mana. Sekarang yang berlaku adalah kajian-kajian yang telah dijalanakan di negara luar mendapati „booster dose‟ ini satu keperluan kepada mereka yang terdedah ataupun „frontliners‟. Jadi, kita berharaplah untuk kedepan-kedepan ini kemungkinan kalau Allah Ta‟ala angkat cepat Covid-19 ini mungkin tak perlu lagi dah. YB. Dato‟ Speaker dah dapat „booster‟?
Tak mau kut!
YB. Kota Darul Aman tutur mencadangkan Tabung Bantuan Perubatan daripada RM500 ribu ditambah menjadi RM1 juta. Saya pun minta juga kepada SFO, malangnya bila kita semak yang tahun lepas, penggunaannya biarlah kita sebut, tidak dapat digunakan sepenuhnya disebabkan oleh kesan daripada Covid-19 pesakit-pesakit tidak dapat melakukan „operation‟ yang memerlukan bantuan daripda tabung ini. Jadi, kita guna tak banyak, maka tahun ini kita tetapkan RM500 ribu dulu, InsyaAllah kalau sekiranya tak cukup saya boleh pi „urut-urut‟ SFO lah kemungkinan kita boleh tambah, InsyaAllah kalau sekiranya dia bersetuju lah. Kalau dia tak bersetuju kita gunakan RM500 ribu ini untuk kita beri bantuan. Sebenarnya bantuan ini bukan setakat peralatan perubatan saja, masa awal tahun 2021 dan akhir tahun 2020 banyak mereka-mereka yang datang dengan keluhan tidak mendapat bekalan susu-susu yang mahal, mereka yang „bedridden‟, strok atau penyakit-penyakit kronik yang memerlukan bantuan pemakanan kos yang tinggi juga kita beri bantuan kepada mereka selain daripada peralatan perubatan yang biasa lah. Ada yang tidak sanggup membeli lampin pakai buang, ada juga kita beri bantuan begitu, ini bergantung kepada syor daripada Pegawai Kerja Sosial di hospital. Tapi ada hospital yang masih belum lagi mendapat sedikit pun bantuan daripada tabung ini kerana mereka tak dapat nak buka akaun. Saya pun tak tau, YB. Dato‟ Speaker balik tanya Langkawi tengoklah, Langkawi belum dapat lagi pasal dia tak boleh nak buka akaun. Apa punca masalah dia, wallahu‟alam. Balik tanya mereka na?
Boleh! Boleh!
Itu daripada segi kesihatan. Kemudian dari segi Kerajaan Tempatan. YB. ADUN Jitra bertanya tentang tapak-tapak perniagaan di Kubang Pasu dan juga di Jitra. Untuk makluman YB. ADUN Jitra, bilangan tapak perniagaan penjaja di Jitra untuk seluruh Kubang Pasu, jawapan yang diberikan adalah 1,096 unit ruang niaga di Kubang Pasu, untuk Jitra saja 222 unit. Kemudahan-kemudahan di tempat berniaga, ruang-ruang lot niaga, medan selera, pasar awam disediakan kemudahan utiliti air dan juga elektrik seperti yang ditanya oleh YB. Jitra. Kemudah sampai maknanya jalan-jalan, lorong-lorong disediakan oleh MPKP (Majlis Perbandaran Kubang Pasu). Untuk rancangan masa hadapan, tambahan kawasan ruang niaga kepada peniaga dan juga penjaja terutamanya gerai di Taman Suria akan diperkemaskan lagi dari segi keceriaan dan struktur bangunan sedia ada akan dinaikkan taraf. Kemudian juga di….(YB. Sg. Limau minta laluan)
Di belakang….. Baik, terima kasih YB. Dato‟ Speaker. Tentang ruang niaga, kerana covid ni pihak kerajaan negeri mengarahkan kepada pihak PBT untuk sediakan tempat untuk bebas niaga dan tanpa „charge‟. Kita harap perkara itu dapat diteruskan pada tahun 2022 sebagai rangsangan ataupun untuk pemulihan khususnya kepada anak-anak muda dan peniaga kita yang terkesan. Yang keduanya, bila banyak bertebaran ni maknanya ia tidak berlaku satu tempat saja yang menjadi tumpuan, itu juga dapat mencegah covid. Jadi, mohon penjelasan daripada YB. Tokai.
Terima kasih YB. Sungai Limau. Memang semasa kita merancang untuk memberikan kawasan bebas niaga dulu, mula kita rancang sampai bulan 9, tapi kita tengok covid ini masih berterusan sebab itu kita teruskan sampai hujung tahun, Disember 2021. Nanti kita tengoklah macam mana kalau masalah covid ni masih lagi menjadi masalah kepada rakyat kita untuk mencari rezeki, kemungkinan tempoh ini akan kita lanjutkan. Untuk pengetahuan juga, kita telah memberikan diskaun-diskaun tertentu kepada mereka-mereka yang tidak dapat menjalankan perniagaan pada masa Covid-19 ini.
Ada yang kedai yang langsung tak dapat dibuka, mereka diberikan diskaun, untuk pengetahuan kita dan PBT-PBT kita sudah arahkan tentang arahan-arahan pemberian diskaun ini.
YB. Kota Darul Aman menyebut tentang hutang PBT kepada SWCorp. Untuk makluman, hutang PBT Kedah kepada SWCorp terkini adalah RM104 juta bukan RM300 juta, YB. Kota Darul Aman. Berkaitan dengan prestasi „environment‟ idaman ataupun E-Idaman yang dikatakan terjejas akibat hutang adalah tidak tepat lah na. Pihak SWCorp. Sentiasa menjelaskan bayaran kepada E-Idaman setiap bulan tanpa gagal. Hutang yang dimaksudkan ini adalah hutang pihak PBT kepada SWCorp. dan sekarang ini pihak Kerajaan Negeri Kedah melalui Pejabat SUK sedang berusaha untuk memohon hutang tersebut dihapus kira dengan pihak Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memandangkan „charge‟ dan hutang tersebut perlu ditanggung oleh JPSPN seperti yang dinyatakan dalam perjanjian persefahaman sebelum menandatangani Akta 672 dahulu.
Tentang isu sampah yang dikatakan oleh YB. Kota Darul Aman bertimbun tu kita minta „detail‟ lah di mana sebab kita nak beri maklum kepada E-Idaman kemungkinan terlepas pandang ka ataupun apa-apa masalah yang lain.
YB. ADUN Derga membangkitkan persoalan pemutihan menara telekomunikasi di PBT. Ya…YB. Kota Siputeh.
Terima kasih. YB. Dato‟ Speaker, berkenaan dengan E-Idaman tadi, masih ada lagikah kita boleh jual sampah kepada E-Idaman sebab saya di Pusat Wakil Rakyat kita ada „sangkar‟ untuk kita masukkan sampah seperti kotak, botol dan sebagainya lah. Tapi dah berbulan-bulan kita telefon suruh mai beli lah kan, sebelum-sebelum ni semasa Kerajaan Pakatan Harapan dulu memang kita selalu jual, lepas tu tak datang-datang, tak tau kenapa.
Terima kasih YB. Kota Siputeh. Tak pa, nanti saya tarik telinga depa sikit lah na? Memang ada, masih ada, kotak, kertas, botol, minyak masak pun boleh. Haa…Ada orang yang bawa minyak masak pi jual dapat beras balik. Memang kita nak menggalakkan „recycle, reuse‟ dan satu lagi apa, tak ingat dah.
Kemudian YB. ADUN Derga tentang pemutihan menara telekomunikasi di PBT. MOU (Memorandum Of Understanding) CIPM adalah bertujuan untuk memudahkan urusan permohonan dan kelulusan pembaharuan permit prasarana telekomunikasi oleh PBT dan pemilik prasarana telekomunikasi. MOU ini melibatkan 2 pihak iaitu PBT dan SKMM. Draf MOU masih lagi belum dimeterai dan masih lagi dalam semakan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri dan juga BPEN. Sekiranya MOU ini ditandatangani dan dimeterai oleh kedua-dua pihak, tempoh pemutihan adalah selama 6 bulan akan diberikan kepada pemilik struktur telekomunikasi sekiranya mereka mengemukakan permohonan pelan bagi struktur sedia ada kepada PBT untuk kelulusan PBT.
Ada berapa lai lagi tu YB. Tokai?
25 tolak 10, 15 lagi.
Masa ada seminit lagi!
Tak pa lah! Kemudian tentang masalah penarikan balik lesen judi na. Ini melibatkan portfolio saya di PBT. Untuk makluman kita na, premis judi ataupun agensi nombor ramalan di Kedah ni, MBAS ada 26, MPSPK Sungai Petani ada 14, Langkawi ada 1, Majlis Perbandaran Kulim ada 4, Majlis Perbandaran Baling ada 2, mana orang Kuala Ketil? Haa…Ada 2, kita pun hairan. Apa yang diumumkan oleh YAB. Menteri Besar Negeri Kedah ini kita tidak akan memberi lesen baru dan memperbaharui lesen yang akan mati. Bahagian Kerajaan Tempatan akan menyelaras perkara ini bersama Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) memandangkan MOF merupakan agensi yang meluluskan lesen judi tersebut. Bagi minuman keras, kerajaan negeri juga mengambil keputusan untuk menghadkan, hat minuman keras ini kita tak tarik lesen tapi kita menghadkan lah. Kawasan yang tak dak minum tu kita tidak akan mengeluarkan lesen dan yang ada minum tu juga kita akan hadkan.
Tentang YB. ADUN Gurun, lalat saya dah jawab dah, soalan nombor 9 yang lepas. Jadi, 15 muka surat saya dah selesai YB. Dato‟ Speaker dan saya mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dan mengambil bahagian dalam….Ada lagi? Nak habis dah ni.
Tak habis lagi, ada satu…
Tak habis lagi ha, apadia?
Yang tak jawab tentang tempat parkir TLK Ban Hoo.
Saya rasa depa tak bagi jawapan. Nanti saya bagi jawapan secara bertulis na? Tak ada jawapan yang diberikan kepada saya hari ni.
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat ADUN yang telah mengambil bahagian membicarakan berhubung dengan portfolio ini dan juga saya mengucapkan tahniah kepada YAB. Menteri Besar yang telah membentangkan Belanjawan 2022 dan saya juga mengambil kesempatan untuk turut menyokong Belanjawan 2022. Sekian YB. Dato‟ Speaker, terima kasih banyak-banyak.
Terima kasih YB. Tokai. Saya jemput YB. Guar Chempedak.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Dato‟ Speaker, YAB. Dato‟ Seri Menteri Besar, setinggi-tinggi tahniah dapat Dato‟ Seri, kami tumpang gembira. Rakan-rakan Exco, ADUN-ADUN kerajaan dan juga pembangkang, YB. Dato‟ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato‟ Penasihat Undang-Undang Negeri, YB. Dato‟ SFO, ketua-ketua jabatan dan wakil negeri dan Persekutuan, tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian.
Sebelum saya nak memulakan ucapan penangguhan ini saya nak mendapat kesefahaman dengan YB. Dato‟ Speaker. Kesefahaman itu ialah, kalau ada ADUN yang minta laluan dan saya dengan senang hati memberi laluan, masa itu hendaklah ditolak dan dicampur balik. Kalau 5 minit campur balik 5 minit, barulah adil kepada kedua-dua pihak. Setuju dak? Exco lain terlambat dah, (seluruh Exco ketawa) boleh dak YB. Dato‟ Speaker?
Depa tak setuju lah tu, sengap dah.
Depa tak setuju sebab depa dah cakap dah.
Tak pa, cakap dulu.. Cakap dulu..
Kita tengok macam mana. YB. Dato‟ Speaker, saya membuat ucapan penangguhan ini sebagai Exco yang bertanggungjawab bagi Portfolis Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Inovasi. Ketiga-tiga portfolio ini memang berkait rapat antara satu sama lain, memang ada sinerginya. Saya ucap berbanyak terima kasih kepada YAB. Menteri Besar kerana bagi saya pegang ketiga-tiga portfolio ini sebab ia berkait rapat antara satu sama lain. Jadi, saya tidaklah perlu merujuk dengan Exco yang lain ya untuk perkara-perkara yang bersangkutan.
Portfolio Industri dan Pelaburan dan Pengajian Tinggi terutamanya memang 2 portfolio yang „complement‟ antara satu sama lain terutamanya sekarang ini kita memerlukan banyak tenaga kerja teknikal yang berkemahiran, yakni pengajian tinggi boleh membantu industri dan pelaburan. Sebelum saya pergi lebih lanjut, terlebih dahulu ingin memberi respond kepada beberapa perkara yang dibangkitkan oleh beberapa orang rakan ADUN dalam sesi perbahasan. Pertama Jitra, sungguhpun YB. Jitra tidak bersama tetapi eloklah saya sebutkan di sini. YB. Jitra menyentuh tentang kelebihan Kulim Hi-Tech Park lebih-lebih lagi pada masa kini katanya. Sebenarnya, sesungguhnya, Taman Teknologi Tinggi Kulim ini ialah satu-satunya taman teknologi tinggi yang ada di Malaysia. Tak dak dah taman teknologi tinggi yang lain dalam Malaysia, mungkin KHTP dalam „Top Five‟ di Asia.
Tempat itu amat istimewa, Negeri Perak cuba nak buat, tak jadi, Johor cuba nak buat, tak jadi, tapi kita berjaya dan akan terus berjaya, InsyaAllah. Memandangkan ketika ini akibat Pandemik Covid-19, seluruh dunia menghadapi masalah kekurangan ataupun „shortage of semiconductor‟. Kaedah meajukan lokasi utama syarikat pembuatan semiconductor dan wafer fabrication. Syarikat-syarikat yang beroperasi di Kedah, seperti Silterra, Infineon, Osram, Intel, semuanya meningkatkan dan juga membesarkan kapasiti kilang masing-masing. Umpamanya, sebuah syarikat, saya diberitahu mereka akan melabur lebih RM10 billion untuk pembesaran dan lain-lain pun ada, saya tak sebut nama sebab depa kata tak boleh habaq sebab benda ni rahsia ya sebab ia ada persaingan dalam perniagaan.
Chips ini lagi banyak diperlukan di seluruh dunia. Semasa pandemik mereka tak boleh keluarkan tapi Kulim Hi-Tech Park kita keluarkan, kita tak tutup ya, seminggu saja kita tutup, selepas tu kita benarkan ia beroperasi dan mereka menjaga SOP dengan baik. Sebenarnya Malaysia menjadi salah sebuah negara yang terbesar mengeluarkan chips ini. Pada tahun sudah, dalam RM345 billion nilai eksport kita ke luar negara adalah dalam bentuk electrical electronic termasuk chips ini. Ini adalah satu industri yang amat besar.
YB. Bandar Baharu, beliau menyebut tentang gig ekonomi. Gig ekonomi ni orang duk tanya gig apa ni? Saya pun ada sedikit penjelasan di sini. Gig ekonomi ini ialah satu „trend‟ sistem pasaran memberi kebebasan kepada organisasi atau kerja suka sama suka tanpa perlu meggaji pekerja sepenuh masa. Betoi YB. Bandar Baharu ya? „Freelance‟ yang berkemampuan untuk bekerja secara fleksibel tanpa kerja secara rutin 9.00 hingga 5.00 pagi. Gig ekonomi ini wujud sebenarnya semasa kegawatan ekonomi 2008 dan ia wujud satu platform perantara seperti Uber, AB&B, orang pi „holiday‟ yang menjadi benih perkembangan gig ekonomi seperti kata YB. Bandar Baharu. Sudah 4 juta rakyat Malaysia yang terlibat terutamanya anak-anak muda di Malaysia, pesara dan „house wife‟. Jadi, kerajaan kita, Kerajaan Negeri Kedah saya yakin kita akan melihat tentang pekembangan ini dengan menentukan keperluan gig ekonomi ini supaya ia dapat berkembang dan memberikan pendapatan kepada penduduk di Negeri Kedah.
YB. Kuala Nerang menyebut tentang pelaburan yang begitu tinggi bagi 6 bulan pertama 2021 RM43 billion. Saya dah sebut faktor-faktor yang menyebabkan Kedah memperolehi pelaburan yang tertinggi itu. Satu lagi yang saya nak sebut ialah kerja berpasukan dan sedikit tuah (luck), dia. Kadang-kadang kita main bola, main bola pun pandai tapi sepak gol tak masuk, sepak gol tak masuk, dia kena tiang, naik atas palang dia tak mau masuk.
Jadi, „at the end of the day‟ (dengan izin) YB. Dato‟ Speaker, yang pentingnya bukan siapa yang pertahankan jangan masuk gol, yang pentingnya siapa skor gol, yang skor gol hari ni adalah kerajaan kita hari ni yang dipimpin oleh YAB. Jeneri. Haa…Dapatlah RM42.2 billion, sebuah Syarikat Risen namanya melabur di Kulim Hi-Tech Park RM42.2 billion. Jadi, pada ketika ini RM43 billion yang kita dapat 6 bulan ini ia adalah 60% daripada jumlah seluruh negara kita Malaysia. Pencapaian ini tak pernah dicapai oleh mana-mana negeri, sungguh pun Malaysia, tak pernah mencapai banyak ni. Tapi janganlah kita sama-sama duk pikiaq tahun ni RM43 billion, tahun depan RM45 billion kut, teruk lah kita, YAB. Jeneri, kalut lah kita, jenuh kita duk pi cari. InsyaAllah, tahun ni pun kita dijangka akan mendapat pelaburan daripada segi unjuran RM53 billion lagi, RM10 billion lagi campur dengan RM43 billion jadi RM53 billion, yang RM10 billion ni bukan cerita nak melabur, bukan cerita baru nak tengok tanah, tapi yang RM10 billion ni dia dah beli tanah, dia dah bayar duit dan dah dalam pembinaan.
Jadi, RM53 billion ni saya yakin tak dak negeri boleh „challenge‟ kita sampai bila-bila, ini satu sejarah yang kita cipta bagi Negeri Kedah, InsyaAllah. Tapi 5G pun penting jugak YB., tak dak 5G kita pening, semua nak 5G. Depa kata, “5G apa, 2G pun tak mau lagi”. Di Yan apa G pun tak dak! Saya tiap tiap hari jalan dari Yan masuk jalan dalam lalu Sungai Limau, lalu Sungai Limau saja setengah kilometer tu, bukan takat G, bukan takat wifi, telefon pun „dropped call‟, hilang, tau-tau hilang! Selepas tu depa telefon balik, “pasai apa Dato‟? Haa…Lalu Sungai Limau! YB. Sungai Limau kena lah „fight‟ benda ni, janganlah duk biaq, malu kat oqang aih! Kita duk cerita RM43 billion, tau-tau sampai Sungai Limau tak dak apa. Ok, „moving forward‟, melihat ke hadapan dan perancangan masa depan, banyak perkara lagi yang dilihat untuk mengekalkan kedudukan Kedah sebagai destinasi utama pelabur sama ada DBI ataupun FDI. Bagi menarik pelabur, kita perlu infrastruktur bukan sahaja jalan raya tetapi juga komponen-komponen lain, ini semua satu pakej. Pertama utiliti, air, elektrik, gas, telekomunikasi perlu dibuat perancangan berdasarkan kepada keperluan kilang-kilang, taman industri yang sedia ada, pelabur-pelabur baru yang akan membina kilang dan juga projection unjuran pelabur-pelabur yang akan datang. Keperluan ini perlu dirancang secara „advance‟ bagi semua kawasan industri. KHTP yang paling kritikal Fasa 4A, Fasa 5, kita perlu pastikan ini semua campur-campur jadi 695 ekar, ini fasa yang baru ya. Betapa hebatnya Kulim Hi-Tech Park ini jual sampai tanah tak dak dah, jual macam orang puteh kata “hot cake‟‟, semua orang nak mai beli, sampai kita kena buat fasa baru 4A guna duit kita sendiri, „internal fund‟ dan ia berjumlah RM250 juta ya.
Untuk Fasa 5A, RM445 juta kita dah dapat pinjaman daripada kerajaan melalui RMK-12. KRC pun sama, tengah buat, Bukit Selambau pun sama, kita nak majukan Bukit Selambau, kita nak pindahkan kilang-kilang, nak buat kilang-kilang baru dan utiliti ini perlu diambil kira dengan serius dan juga Bukit Kayu Hitam yang akan menjadi hub logistik bukan sahaja Negeri Kedah tetapi juga seluruh negara kita Malaysia. Kita bangga dengan pencapaian ini. Di samping itu, persekitaran, „landscaping‟, kebersihan, nampak menarik juga penting dan kita perlu membaik pulih, menambah baik, menaik taraf supaya setanding dengan kawasan-kawasan industri negara maju seperti Jepun, German dan sebagainya.
Seterusnya tenaga kerja „talent pool‟, dalam masa 3 tahun ini kita memerlukan 15,000 orang tenaga mahir di Kulim Hi-Tech Park saja. Kalau campur seluruh Kedah mungkin dia akan meningkat sehingga 30,000 orang. Sebuah syarikat yang bernama ATNS ia akan memerlukan 7,000 hingga 8,000 tenaga kerja dan daripada jumlah tersebut 600 tenaga kerjanya ialah jurutera, (bukan diploma level ya, digree level) dalam Kejuruteaan ENE, mechanical dan juga jurusan sains, kimia, fizik, mikrobiologi dan sebagainya. Ini semua saya dah sebut dengan „detail‟ dalam jawapan saya kepada soalan lisan. Yaa.. YB. Bandar Baharu, saya tau dah YB. Bandar Baharu mesti tanya saya. Nak minta laluan ka?
Minta laluan! Minta laluan YB. Dato‟ Speaker.
Saya tak bagi lagi. La kita tengok berapa minit, kita tolak.
YB. Dato‟ Speaker, YB. Guar Chempedak, terima kasih. Sebut saja „talent pool‟ saya nak tanya lah, apakah persediaan kerajaan negeri kerana kita tau 15,600 jurutera diperlukan dalam kawasan-kawasan industri kita, tapi kita dalam Negeri Kedah ni tak dak lagi universiti teknikal. Kita ada UUM, UiTM, itu saja yang „management‟ dan juga banyak pentadbiran. Jadi, universiti teknikal tu macam mana? Terima kasih.
YB. Bandar Baharu ni macam dia tau, benda tu saya masuk dalam ni nak bercakap sat lagi. Ni nak masuk dah ni, memang yang itulah „point‟ dia tapi YB. Bandar Baharu boleh baca pemikiran saya. Usaha yang bersungguh-sungguh sedang dan akan dilaksanakan bagi memenuhi agenda ini. Usaha-usaha juga sedang diambil untuk menjadikan sebuah unversiti yang ada di Negeri Kedah ini sebagai universiti teknikal Kedah. Nama dia tak boleh umum lagi cerita dia ni banyak peringkat yang perlu kita lalui ya. Itu InsyaAllah akan berlaku dan kita dah dapat sokongan daripada pihak-pihak yang tertentu sehingga pihak atas dan kita minta YAB. sendiri pun tolong lobi kuat-kuat sikit Perdana Menteri apa semua….(YB. Dato‟ Speaker mencelah)
YB. Guar Chempedak, YB. Bandar Baharu ambil masa 30 saat saja tadi bertanyakan soalan.
Eh! Mana 30 saat, tadi 2 minit. Saya dah „respond‟ ya. Saya juga nak mencadangkan agar Zakat Kedah, ini „talent pool‟ ya, „sponsor‟ ataupun membiayai pelatih bidang teknikal di pusat-pusat latihan di Kedah seperti KTechno dan KISMEC. Saya melawat KTechno dan KISMEC banyak kali, tiap-tiap kali saya pi melawat saya akan bertanya, ni daripada mana? Depa kata, “semua dari Perlis”. Pasaipa pulak Perlis dekat 15, 20 orang. Depa kata, “ni Zakat Perlis sponsor”. Depa balik kerja di Perlis. Jadi, apa salahnya kalau kita guna duit Zakat kita untuk perkara-perkara yang baik seperti ini ya, InsyaAllah kita minta Zakat lah untuk ambil perhatian tentang perkara ini.
Tadi YB. Pengkalan Kundor ada bertanya tentang tahfiz untuk TVET. Saya dapat jawapan yang tepat di sini, Kolej KEDA tahun ini 2021 ambil 20 orang tahfiz untuk bidang automotif, semua orang Sik. Bukan dia pilih sebab orang Sik kawasan Menteri Besar sebab keperluan, tahfiz duk kat situ dan dekat. Pasukan pelaburan Kedah dan semua pemegang taruh akan diperkemas dan dipertingkatkan keupayaan mereka melalui „education and training‟ sepanjang masa bagi mempersiapkan diri untuk berdepan dengan cabaran-cabaran baru dan persaingan yang semakin sengit daripada dalam dan luar negara. „We cannot continue doing what you doing today‟, kalau kita hendak satu benda yang baru kita kena buat cara yang baru. Maka kita akan mempertingkatkan prestasi kita ini dari semasa ke semasa.
Di samping itu, kita juga nak mengucapkan terima kasih, ini semua termasuk dalam komponen-komponen yang penting untuk pelaburan ya, jabatan-jabatan kerajaan yang penting seperti PTG, Pejabat-pejabat Tanah Daerah, Majlis-majlis Tempatan, JAS, Bomba dan semua ini pemegang taruh. Kalau satu sangkut, kita tak dapat menarik pelaburan.
Seterusnya saya nak sebut sedikit di sini tentang „supply chain realization‟ bagi industri solar (dengan izin) sebab kita nak jaringan bekalan ini dibuat di negara Malaysia, tempatan bukan dari luar negara. Atas inisiatif kerajaan negeri, saya sebagai promoter dengan First Solar, satu sidang meja bulat dipengerusikan oleh YB. Menteri Ekonomi telah diadakan baru-baru ini dengan sokongan YB. Menteri EPU, MITI dan MIDA, program ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Saya nak bagi contoh ya, solar industri ini terbahagi dua, satunya dipanggil BOS Installation untuk solar farm, yang ni kita target 2 gigawatt ya, setakat ini kita target 2 gigawatt. 2 gigawatt ini kalau semua lah komponen ini dibuat dalam negara, apa perkara-perkara yang buat boleh dibuat, bateri, controle unit, inverter, charge regulator, medical sapport semua ni. Kita boleh dapat nilai ekonomi sampai RM8 billion.
Lagi satu, untuk solar panel juga kalau kita buat di dalam negara ia akan memberikan impak ekonomi kepada kita. Dalam „round table‟‟ tersebut, semua ketua-ketua eksekutif syarikat solar di seluruh negara Malaysia bersetuju supaya ini dibuat „locally‟ sebab ia mengurangkan kos pengangkutan dan mengurangkan kos secara keseluruhan. Kita akan mengambil step ini, satu step ke satu step dan dalam „round table‟ itu saya diberi ruang untuk membuat ucapan aluan.
Dalam ucapan aluan saya minta supaya Negeri Kedah diberikan keutamaan untuk buat benda-benda ini. Kerana apa? Kerana kita Malaysia ni nombor 3 dalam dunia buat solar panel dan Kedah nombor 1 dalam Malaysia. Kita ni banyak nombor satu, solar panel ni nombor 1 dalam Malaysia. Dalam Malaysia ni dia punya jumlah energi gigawatt yang dibuat solar panel di Malaysia ni ialah 13 gigawatt, Kedah saja 6 gigawatt, lebih daripada 40% YB. Dato‟ Speaker dibuat di Kedah sebab itu saya minta benda ni dibuat di Kedah, InsyaAllah akan diberi perkembangan, kita pun minta First Solar untuk menyokong kita. Di dunia ni permintaan solar ialah 154 gigawatt, Malaysia hanya mengerluarkan 13 gigawatt itupun nombor 3 dalam dunia, kita memang ada ruang untuk mempertingkatkan lagi pengeluaran solar panel, Kedah sekarang mengeluarkan 6 gigawatt.
Pelaburan Negeri Kedah, unjuran untuk 2021 saya dah sebut tadi RM53 billion, PKNK saja RM8.5 billion campur satu dua lagi syarikat yang sedang membina kilang, InsyaAllah tahun ini kita boleh mencapai RM53 billion.
Cabaran terbesar kita ialah apabila kita mencapai pelaburan yang begitu tinggi, cabarannya ialah bagaimana kita nak mengekalkan kedudukan yang macam tu. Ini satu cabaran yang besar sungguh pun kalau kita tak boleh capai macam tahun ini saya rasa InsyaAllah tahun hadapan pun kita akan menduduki tempat yang baik dalam persaingan di antara negeri-negeri dan Malaysia. InsyaAllah „top 3‟ tu „will be there‟ lah. YAB. pun pernah sebut dalam RM20 billion kita dapat pun InsyaAllah. Kita tak pernah capai pun RM20 billion pun sebelum ini ya, kita pernah capai sebelum ini RM13 billion, itupun projek tak dilaksanakan tapi pada tahun 2019 kita capai RM11 billion. Inilah pencapaian terbesar yang telah kita dapat.
Bajet 2022 pelaburan industri kita tak minta daripada kerajaan negeri ya, banyak mai daripada Pusat, kita tak mau kacau kerajaan negeri, sikit-sikit tu adalah. Minta laluan ka? Ok, tolak masa.
Tolak seminit sudah la. Terima kasih YB. Guar Chempedak dan YB. Dato‟ Speaker. Saya ada kenalan selalu buat CSR bersama dengan Syarikat Kilang Nichias, Jepun iaitu Nichias di Jitra. Saya pernah ada buat soalan bertulis kebetulan Managing Director tu pernah buat beberapa kali CSR di tempat saya. Dia ada bertanya, tentang dia orang nak „expend‟ untuk pelaburan syarikat yang sedia ada tetapi isunya ialah kekangan daripada status tanah, mungkin tanah pertanian dan sebagainya. Tak salah saya beberapa pelaburannya ratusan juta tetapi untuk memberi manfaat kepada peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak muda kita lah. Dia dah ada pekerja pun dekat 1,000 orang dan dia kata….(YB. Guar Chempedak mencelah)
Apadia? Kekakangan dia sekali lagi, apadia?
Kekakangan semasa status tanah pertanian dan sebagainya lah. Memang dia dah ada kilang tu, pekerja hampir 1,000 orang dekat Jitra. Mungkin YB. Guar Chempedak lebih maklum, mungkin boleh tengok benda tu lah. Terima kasih.
Saya maklum sebab saya „hands on‟ selalu jumpa depa, saya jumpa depa 4 kali dah. Masalah utama dia kilang tu, kilang Jepun na? Dia buat banyak produk rubber product, polymer product untuk automatif industri. Masalahnya, semasa dia beli tanah tu dan kilang sedia ada, dibeli daripad Bina Darul Aman ya, tanah pertanian. Tapi pada ketika itu, tanah pertanian boleh dibuat kilang, boleh dapat kebenaran merancang, sama juga kilang di Kuala Ketil YB., yang dia beli dari PKNK dulu boleh dapat kebenaran merancang untuk buat kilang „sterilization‟ tapi bila dia buat kilang pula dia kena tukar tanah tu kepada industri, itu isu yang sama. Tapi masalah dia lagi satu kilang tu, status „Malay Reserve‟. „So how do change the name or Japanese to Malay name‟? Dia masuk Islam pun tak boleh lagi. I kata kat dia, andai “you buat proxy”. Dia kata, “proxy, cannot! Cannot! Sat lagi kawan tu cabut „mampuih‟ saya! Sampai sekarang tak dapat diselesaikan.
Jadi, minta supaya BDB dapat membantu. Saya kata, “why not” BDB beli tanah tu, ambil tanah tu tukar kepada industri, kita boleh „declare‟ dia “Melayu” tak dak masalah BDB ni, macam Tenaga Nasional, „declare‟ “Melayu” dia beli tanah tu kemudian dia tukar (swapping) kemudian tukar kepada industri, jual kepada kilang tu dapat harga yang lebih tinggi. Betul tak? Tapi sampai sekarang belum dapat diselesaikan. Terima kasihlah kerana mengingatkan saya.
Sikit saja lagi YB. Dato‟ Speaker, saya tengok muka pun lain macam muka pun, macam tak berapa nak seronok dah. Ni tinggal 15 lai lagi…
Ni YB. Guar Chempedak, kita tambah lagi 10 minit!
Aih! Baik sampai teqa mana, tak pernah lagi. Ok, sebab panggil Dato‟ Paduka kut no? Tak lama dah kut? Sedikit saya nak sentuh di sini tentang Bajet 2022 daripada Kerajaan Persektuan. Kerajaan Persekutuan dia banyak buat benda-benda ni untuk pelaburan dan industri. Untuk 2022, RM2 billion telah diperuntukkan untuk pelabur-pelabur daripada syarikat-syarikat multinasional, FDI masuk ke Malaysia ini terutamanya yang „complement‟ rangkain pembekalan mewujudkan pekerjaan yang berdasarkan kepada ilmu pengetahuan melalui „knowledge based job‟ dan memberi peluang pembangunan IKS tempatan. Dia akan dapat insentif daripada Kerajaan Persekutuan.
Lagi satu RM80 juta untuk melatih 20,000 orang pekerja untuk menyokong kluster industri seperti MRO Subang, (ini kena dengar) EME Kulim, jadi kita nak kena pi qagaih depa, jangan lupa Kulim ni, yang tu pun boleh dapat dan lagi satu RM6.8 billion diperuntukkan untuk sektor TVET bagi memenuhi keperluan semasa industri. Yang ni pun kita nak kerja keras untuk minta kepada Kerajaan Persekutuan dan RM100 juta untuk peningkatan produktiviti melalui automasi dan juga geran untuk „smart automation matching‟ kepada 20 buah syarikat pembuatan dan perkhidmatan.
Akhir sekali YB. Dato‟ Speaker, Pelan Pembangunan Negeri Kedah 2035, Teras 1; Kemakmuran Ekonomi Strategi 1 dan 2, ini akan kita bincangkan dalam bengkel-bengkel kemudian. 1 dan 2 apa dia kata, “melaksanakan projek berimpak tinggi serta memperkasakan infrastruktur sokongan projek berimpak tinggi” macam KXP, Kedah Aerotropolis dan sebagainya. Kemudian “menarik masuk pelaburan dalam industri teknologi tinggi, ekonomi digital, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta memacu revolusi industri 4.0”.
Yang ini InsyaAllah YB. Dato‟ Speaker, kita akan membuat perbincangan melalui bengkel-bengkel InsyaAllah kita akan diadakan dalam masa terdekat dengan semua pemegang taruh BPEN, Invest Kedah, PTG, Pejabat-pejabat Tanah, Majlis-Majlis Tempatan, Syarikat-syarikat Utiliti dan lain-lain temasuk juga Kolej TVET, politeknik, universiti dan sebagainya supaya kita dapat mencari satu pendekatan strategi yang terbaik untuk kita menjayakan agenda ini. Marilah sama-sama kita bekerja keras sebagai satu pasukan serta berdoa ke hadrat Allah s.w.t agar pelaburan Negeri Kedah akan terus berjaya dan cemerlang, InsyaAllah. Saya dengan ini menyokong Bajet 2022 yang cukup baik
YB. Guar Chempedak, depa tak bagi „landing‟ tu.
Saya dah „landing‟ ni. Tak pa lah, bagi „chance‟, kawan…
Bagi lah „chance‟…. Terima kasih YB. Guar Chempedak, terima kasih YB. Dato‟ Speaker. Yang ni dia ada „relate‟ dengan sukan. Saya melihat bahawa kadang-kadang „investment‟ kita besar tapi kalau kita tengok beberapa sukan selain daripada bola, skuasy, bandminton, kalau boleh lah YB. Guar Chempedak boleh bantu sukan.
Kadang-kadang saya ambil jadi presiden hat baru-baru ni hoki, jersi pun tak dak, nak kena pinjam kat orang, kat sekolah, peringkat Negeri Kedah. Jadi, saya rasa daif berbanding kita dengan negeri-negei lain. Kalau boleh ada sedikit „sponsorship‟ oleh pelabur-pelabur atau syarikat-syarikat besar untuk sikit kepada sukan-sukan yang mungkin seperti olahraga yang tak berapa nak popular, takraw pun dah tak masuk ACL sepertimana disebut oleh YB. Belantek, zaman Adnan Saidin, depa legen-legen mai berjumpa saya juga minta bantu, tak dak langsung, daripada pihak kerajaan untuk SUKMA sahaja. Maksudnya, sukan untuk semua memang dibantu oleh kerajaan negeri, itu tak dinafikan tapi untuk mereka main di luar sana Kedah memang amat daif. Mungkin YB. Guar Chempedak boleh minta tolong.
YB. Bandar Baharu!
Eh! Dua sekali? Tadi dah habis dah!
YB. Dato‟ Speaker, terima kasih di atas tambahan masa kepada YB. Guar Chempedak. Kita memang dapat laporan yang sangat hebat tentang pelaburan daripada hari awal lagi kita memang berbangga untuk Kedah menjadi tempat pilihan pelabur. Tapi banyaknya tadi YB. Guar Chempedak sebut pelabur ENE, pelabur semiconductor, solar panel dan sebagainya. Bagaimanakah usaha kita untuk pelabur-pelabur pertanian macam yang saya sebut dekat Bandar Baharu RM7.9 juta pelabur-pelabur durian mai. Jadi, macam mana tarikan kita pula portfolio pelaburan ini untuk pertanian, pelancongan khususnya, kita ada permata di Tanjung Dawai, di Lembah Bujang. Bagaimanakah tarikan pelabur-pelabur tu mai ke Kedah? Terima kasih.
Ok, „respond‟ kepada YB. Kubang Rotan. Saya tak berani janji tapi mungkinlah saya boleh bisik-bisik ya kalau depa kata „willing to do it‟ lah ya. Berhubung dengan pelaburan pertanian, pelancongan, saya Exco Pelaburan, YB. Lunas, Exco Pertanian, YB. Kuah Exco Pelancongan. Jadi, kita boleh duk 3 orang kita ataupun 2 orang kita bincang macam mana nak buat. Boleh dak? InsyaAllah. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat. Tengok, bila saya bagi 10 minit depa tak mau, nak berhenti pulak. Ini cara dia, kita tau dah taktik Ahli-Ahli yang Berhormat, kalau kita bagi dia tak mau, kalau kita tak bagi dia mau. Terima kasih. Tak pa, kita ada masa 50 minit YAB. Jeneri, terpulanglah. Silakan!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Dato‟ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dikasihi sekalian. Kebanyakan isu-isu yang disentuh dalam Dewan ini telah dijawab oleh Ahli-Ahli YB. Exco. Saya ingin menyentuh sedikit lagi tentang beberapa aspek yang belum lagi disentuh oleh rakan-rakan saya terutama sekali tentang rizab-rizab kerajaan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat membangkitkan mengenai rizab kerajaan yang berjumlah RM660 juta sehingga 11 November 2021. Bagi menjelaskan isu ini saya ingin memaklumkan bahawa jumlah rizab ini adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun. Sebagai contoh, tahun 2016 rizab kerajaan berjumlah RM27.3 juta, jumlah ini telah meningkat kepada RM43 juta pada tahun 2018, RM295 juta pada tahun 2019 dan RM324 juta pada tahun 2020 dan pada tahun 2021, RM660 juta. Saya ingin memaklumkan bahawa pencapaian disebabkan oleh amalan pengurusan kewangan yang baik dan betul oleh kerajaan sejak tahun 2020. Peningkatan yang ketara dalam kutipan hasil, kawalan perbelanjaan yang berhemah dan mengurangkan ketirisan. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pejabat SUK dan Pejabat Kewangan Negeri dan pasukan mereka yang telah melaksanakan program pengawalan dan pengurusan kewangan yang berhemah sehingga kita berada pada tahap ini. Ini jelas dapat dilihat apabila akaun hasil disatukan mencatatkan lebihan sebanyak RM170 juta.
Walaupun dalam tempoh PKP kerajaan menyediakan kemudahan kepada orang ramai untuk menjalankan urusan dan membuat bayaran atas talian. Dalam masa yang sama kerajaan memastikan bayaran bil kepada semua pembekal, kontraktor, agensi dibuat tepat pada masanya. Pemendekan masa pembayaran ini akan menjimatkan kos kewangan pihak syarikat seterusnya juga menjimatkan kos kewangan kerajaan. Kerajaan negeri tidak mengabaikan tanggungjawab untuk membayar hutang. Kerajaan menanggung beban hutang yang diwarisi turun temurun.
Bayaran hutang dibuat mengikut jadual. Tahun 2020, bayaran hutang telah kita laksanakan sebanyak RM39.5 juta, tahun 2021 sebanyak RM43.6 juta. Terdapat 10 projek pinjaman perumahan awam kos rendah dengan baki pinjaman setakat 30 September berjumlah RM168.41 juta manakala baki 12 projek adalah berjumlah, projek PKN berjumlah RM223.81 juta, bagi pinjaman pelbagai pula terdapat 5 projek yang dibiayai oleh pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan termasuk pinjaman untuk pembesaran Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim berbelas-belas tahun yang lalu, membiayai baki pinjaman tetangguh projek pembinaan Kampus UniSHAMS dan projek-projek lain berjumlah RM401 juta sehingga 30 September 2021. Pada tahun 2022, kita telah menetapkan sasaran untuk membayar pinjaman sebanyak RM53 juta kepada Kerajaan Persekutuan.
Yang kedua ialah tentang aduan kerosakan akibat daripada banjir. Kerajaan sedar dan sangat memahami bahawa akibat daripada bencana alam, fenomena banjir yang telah melanda beberapa daerah di Negeri Kedah, hampir seluruh negeri terlibat dengan banjir, ada yang diistilahkan sebagai banjir temenung, banjir tu tak tau nak pi mana, dia duk temenung tang tu, macam di Pendang. Ada lagi tu, duk termenung lagi? Dia tak tau nak pi mana ayaq tu. Saya pun tak tau nak jawab, saya kata, “kita usahakan supaya temenung tu jadi tamban”. Depa pun tak tanya dah la, setakat tu saja la. Bermula bulan Oktober lalu, Kedah dikejutkan dengan bencana banjir di beberapa daerah dan berlaku keraosakan infrastruktur yang banyak. Titi runtuh, tiang dia hanyut, culvert putus, jalan runtuh tinggal sebelah, kerosakan tebing sungai, pembetung dan sistem saliran. Semua maklumat sedang dikumpulkan untuk disediakan peruntukan. Kerajaan akan melaksanakan kerja-kerja kecemasan yang dapat disiapkan pada tahun ini. Manakala bagi lain-lain projek, peruntukan akan disediakan mulai Januari tahun 2022, peruntukan yang terlibat pada tahun depan itu kita sasarkan RM5 juta.
Bantuan SAR, ada ramai juga ADUN yang prihatin kepada isu-isu yang dihadapi oleh Sekolah Agama Rakyat, YB. Pengkalan Kundor pun ada sebut… Nak tanya dah? Saya baru sebut.
Nak tanya yang tadi, yang „reserve‟ tadi. Sebab masuk dah jauh tu. YB. Dato‟ Speaker, soalan saya adalah, „reserve‟ yang RM660 juta tadi, adakah YAB. bersetuju bahawa sebahagiannya adalah dari 2019 yang telah dibawa ke 2020 dan sebahagian lagi adalah apabila covid berlaku maka sebahagiann daripada perbelanjaan yang tidak berlaku itu. Akhirnya jumlah terkumpul itu menjadikan jumlah yang….(YAB. Dato‟ Seri Menteri Besar mencelah)
Saya bersetuju semua YB. Pengkalan Kundor. Apa saja semua saya bersetuju, janji duit banyak. Tak kira hat sapa himpun lah, dia dah terhimpun di situ yang kita bawa daripada belakang dan kita himpunkan. Masalah dia macam ni, dulu-dulu ni, bukan tak dak duit, kutipan hasil ada, tapi masa tu belanja ikut IT, ikut terlintas. Jadi, hat tak dak dalam perancangan kerajaan pun, tak dak dalam bajet, dibelanja juga. Sebab tu biasa sampai RM43 juta, RM23 juta „reserve‟, pasal IT. Sapa yang mai minta masa mana pun, SFO urut-urut misai, boleh! Semua boleh, tak ikut bajet. Jadi, apa yang sedang kita laksanakan sejak tahun 2020 ini ialah ikut bajet. Kalau dalam bajet ada peruntukan dan dibelanjakan, kalau tak dak, kita tunggu sehingga ada. Jadi, duit tu dah tak ikut IT, duk ada situ lah, kita himpun lah. Sebahagian daripada „reserve‟ yang kita ada ini adalah untuk menampung defisit bajet yang kita jangka RM90 juta lebih kurang untuk tahun depan.
Untuk SAR juga dibangkitkan oleh sahabat-sahabat di sebelah sini dan sebelah sana. Ada 200 buah SAR dan kita peruntukkan RM1 juta dan kita juga akan bantu dengan peruntukan yang lain untuk mempersiapkan mereka supaya mereka dapat mendaftar. Sekarang ni ada banyak SAR yang tidak dapat mendaftar, bukan depa tak mau, tapi tak cukup syarat. Ada syarat bomba yang tak dapat diikuti, tangga ada 1, tangga kena ada 2 untuk kecemasan, ada „reserve‟ tempat berhimpun tak cukup luas.
Jadi, perkara-perkara itu akan kerajaan bantu supaya mereka dapat mendaftar. Bila mereka mendaftar, mereka turut akan menerima bantuan-bantuan lain daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Sekolah-sekolah SAR ini juga kita alu-alukan untuk memohon bantuan operasi daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah, Zakat pun belanja banyak ke atas SAR dan akan diteruskan lagi pada tahun depan. Ada sahabat-sahabat saya membangkitkan tentang kelewatan bayaran Khairat Kematian RM350. Semua ni diproses di Pejabat Menteri Besar, kadang-kadang hantaq mai borang tebai-tebai ni (sambil menunjukkan timbunan buku) satu „bundle‟ mai, nak „claim‟, lepas tu nak bayaq esok. Kata tak boleh la kut no benda tu nak kena „check‟ dulu, nak „confirm‟ nak tengok permit kubur apa semua baru kita boleh buat pembayaran. Saya cadangkan pada tahun depan, tuntutan itu dibuat secara atas talian oleh ADUN. ADUN „key in‟ di pejabat dia terus ke Pejabat MB, kita akan bangunkan satu sistem, sistem itu akan dikendalikan oleh Pejabat Kewangan dan pembayaran secara EFT kepada Pejabat Pusat Khidmat ADUN, ADUN „draw‟ duit pi bagi ataupun ADUN dah dahulukan duit dia, macam YB. Alor Mengkudu dia duit banyak, orang mati dia pi bagi dulu, dia „advance‟, jadi EFT tu akan masuk ke Pusat Khidmat dia boleh ambik balik daripada situ lah. Saya harap program ini akan dapat dilaksanakan mulai tahun 2022 untuk mempercepatkan bayaran Khairat Kematian.
Prestasi hasil kutipan tanah 2021 yang melebihi kutipan 2022. YB. Anak Bukit ada membangkitkan, kawan saya ni saya tau lah pesen dia, dia nak cakap lepas tu dia tak mau dengar orang, sebab tu dia tak mai. Dia mai dia nak cakap saja lah lepas tu dia tak mai, mungkin adalah terdesak tang-tang mana tapi dia lepas-lepas peluru dia belah lah. Saya pun kenai lama dah, tahun 1999 lagi, dia ni untung sedia, dia tak pernah rugi, dia pi duk tang mana pun dia kira untung, dia pi duduk pokok yang teduh sahaja.
Berikut adalah penjelasan mengenai prestasi kutipan hasil tanah tahun 2021 oleh YB. Anak Bukit, sehingga 16 November 2021 terimaan hasil tanah berjumlah RM454 juta, peningkatan sebanyak RM131.94 juta berbanding terimaan tahun 2020. Peningkatan terimaan ini disebabkan terdapat bayaran hasil one-off bagi premium dan levi „swapping‟ tanah. Terimaan premium tanah adalah daripada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan berjumlah RM69.76 juta dan KEDA, (Chairman KEDA ada di sini), berjumlah RM21.65 juta. Kerajaan juga menerima bayaran levi „swapping‟ tanah daripada NCIA untuk KRC berjumlah RM40.78 juta. Pelan-pelan tak pa na, masa panjang kan na?
Ya.. Ya..
Tak dak nak kalut apa. YB. Anak Bukit juga bertanya tentang cadangan “saya”, dikatakan “saya” lah, sewaktu saya jadi Ketua Pembangkang dia kata Jeneri ada cadang nak ambik bayaran kepada tiang elektrik na. Adakah kerajaan negeri akan menguatkuasakan semua tiang-tiang elektrik TNB yang dipasang di ats rizab-rizab jalan raya yang dikenakan cukai? Untuk perkara ini, pentadbiran tanah negeri akan meneliti perkara tersebut. Kalau boleh dilaksanakan Alhamdulillah, kalau tak boleh pun tak pa la. Adakah lot tanah yang terlibat dengan jajaran Lebuhraya Utara Selatan bermula dari Bukit Kayu Hitam ke Bandar Baharu telah dikeluarkan hak milik dan dikenakan cukai tanah? Sebahagian daripada tapak-tapak yang terlibat dengan jajaran Lebuhraya Utara Selatan telah dikeluarkan hak milik terutamanya Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan telah pun dikenakan cukai tanah manakala sebahagian lagi dalam proses untuk dikeluarkan hak milik. Bila ada hak milik dia kena bayar cukai lah, dalam proses, InsyaAllah.
Mohon semak status tanah di Kampung Baru Wang Tepus, Kubang Pasu, dikatakan telah lulus dalam MMK pada 1985 sehingga kini masih belum diberi hak milik. Ini jawapan daripada Pejabat Tanah dan Galian, tanah yang dipohon ini merupakan sijil simpanan RC269, Lot 813, Mukim Wang Tepus dengan keluasan 60.558 hektar bagi maksud Tapak Padang Ragut Kerbau Lembu.
Tapak ini telah dipohon sebahagian tanah seluas 18.4 hektar oleh KEDA bagi maksud Projek Perumahan PPRT Kampung Wang Tepus yang kini dalam tindakan Pejabat Tanah Daerah Kubang Pasu. Kampung Bukit Pulau Kerengga yang dikatakan ada masalah dengan proses pembatalan RC padang ragut. Tanah yang dipohon merupakan Sijil Simpanan RC319 Lot 1300, lot lama 193, Mukim Gunung bagi maksud Tapak Padang Ragut Kerbau Lembu. Proses pewartaan di bawah Seksyen 64 Kanun Tanah Negara Negara telah dilaksanakan menurut warta kerajaan nombor 2 tambahan jilid 58 nombor 8 kenyataan nombor 351 dan siasatan untuk pembatalan Sijil Simpanan RC telah diadakan pada April 2015.
Permohonan ini diangkat kepada Majlis Mesyuarat pada 28 Januari 2016 dan memutuskan penolakan permohonan ini dan meminta Pejabat Tanah Daerah Kota Setar memproses keseluruhan lot tanah berkenaan untuk dibuat pelupusan tanah secara berkelompok bagi menyelesaikan isu setinggan di kawasan berkenaan menurut MMK Kertas Nombor 8D174 2016 bertarikh 30 Ogos. PTG telah meanjangkan surat penolakan tersebut kepada Pentadbir Tanah Kota Setar bertarikh 16 November 2016 untuk tindakan.
YB. Bayu membangkitkan tentang tanah-tanah yang telah didiami, tanah Jabatan Hutan didiami oleh penduduk lebih daripada 15 tahun untuk dicabut keluar. Beliau telah memaklumkan kepada Dewan ini ada beberapa perkampungan yang didiami antara 25 hingga 30 tahun. Kerajaan telah meneliti untuk dicabut keluar dan diganti kepada Jabatan Perhutanan di tapak yang lain dan permohonan-permohonan seperti ini akan dibuat secara „case by case‟ termasuklah di kawasan yang dibangkitkan oleh YB. Bayu. Tanah TOL, tanah-tanah kerajaan dan hutan simpan dicadangkan supaya diberi permit atau TOL oleh YB. Bayu. Bagi peneroka-peneroka tanah kerajaan dalam hutan simpan sememangnya diterima dari semasa ke semasa permohonan permit penggunaan dan juga TOL dan diproses berlandaskan undang-undang yang berkuat kuasa ketika ini. Bagi peneroka tanah dalam kawasan hutan simpan perlu memohon dan merujuk kepada Pejabat Hutan Daerah berkaitan untuk permohonan permit penggunaan.
Kadar premium tanah semasa yang dikatakan sangat tinggi. Kadar premium tanah yang sedang diguna pakai di Kedah ketika ini adalah berdasarkan Kaedah-Kaedah Tanah Kedah Darul Aman Pindaan 2018 dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2019. Kadar premium semasa bagi pelupusan tanah ada jadualnya sendiri, kena rujuk PTG.
YB. ADUN Jitra, kerajaan disyorkan memberi perhatian kepada perlombongan REE dengan teknologi mesra alam iaitu „In Situ Leaching‟ untuk membantu negeri menjana sumber pendapatan yang baru. Setakat September 2021, terdapat satu saja kelulusan lesen penjelajahan (prospecting lessen) yang telah dikeluarkan kepada pihak MBI dengan usahasama Syarikat Prospect Suria Sdn. Bhd. bagi projek perintis di Kedah. Lesen ini hanya membolehkan pemohon menjalankan kerja-kerja penilaian potensi perlombongan mineral REE di tanah seluas 1,228 hektar di Sik. Jauh dari kampung saya tu, sat gi orang kata saya punya projek REE pulak. Dulu ada orang pi buat Projek Ikan Keli di kampung saya tu, jauh dari kampung saya juga tapi dalam Daerah Sik juga lah. Saya pun tak tau apa projek keli tu, „last-last sekali naik nama saya, depa kata, “Projek Keli Sanusi punya”. Adoiiii…Sakit boleh! Apa pun tak tau pun (sambil ketawa). Sampai ke la ni orang duk kata Projek Keli tu Sanusi punya, saya haram tak tau apa pun. Haa…Sampai bertanduk dah keli tu. Permohonan ini telah dipermasuk pada 21 Mei 2020 dan dibentang serta disokong dalam beberapa jawatankuasa teknikal termasuk Jawatankuasa OSC, bahan batu dan mineral di peringkat PTG dan Jawatankuasa Sumber Mineral Negeri Kedah yang melibatkan agensi JNG, JAS, JPS, Jabatan Perhutanan, Lembaga Sumber Air, SADA dan lain-lain. Di peringkat nasional telah ditubuhkan di bawah KeTSA satu majlis baru dipanggil Majlis Mineral Negara. Majlis Mineral Negara ini telah membuat satu perjumpaan untuk menentukan SOP dan juga TOR majlis ini, apakah bidang kuasa kerana mineral dan galian ni kuasa negeri. Apabila nak di standartkan satu standart mineral di peringkat nasional di bawah KeTSA dijemputlah wakil-wakil negeri.
Saya memberi pandangan bahawa kita bersetuju dengan penubuhan Majlis Mineral Negara tetapi tidak boleh mengganggu gugat kuasa-kuasa kerajaan negeri ataupun kedaulatan negeri dan kenyataan saya ini turut disokong oleh negeri-negeri yang lain tetapi kerajaan negeri memberi jaminan kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberi kerjasama penuh sekiranya terdapat dasar-dasar peringkat nasional yang boleh menjamin kebaikan kepada negeri-negeri di seluruh semenanjung ini kerana kebanyakan mineral yang ditemui sekarang ini bernilai tinggi. REE ini saya dimaklumkan lebih mahal daripada emas kerana penggunaannya terlalu banyak dan negara-negara yang maju dia tak mau saintis dia mai di sini, dia nak bawa balik dalam bentuk bar proses di tempat dia. Ia merugikan kita, dia bawa balik dalam bentuk tanah yang di„compress‟ dia bawa balik dalam bentuk tu.
Saya kata, “pasai apa tak asingkan tanah dengan REE tu di sini”? Dia kata, “saintis tidak dibenarkan meninggalkan negara”. Ada 7 orang saya yang “alim” bab REE ni, dikenakan tahanan, tak boleh keluar. Jadi, yang boleh keluar tu „technician‟ yang nak ekstrak sahaja, yang nak proses tak boleh. Saya kata, “hat ni perlu diputuskan di peringkat Majlis Mineral Negara, perkara dasar negara sebab nak eksport esok ni dia pergi kepada Imegresen, Kastam apa semua, itu kuasa Kerajaan Persekutuan. Saya rasa akan ada satu dasar yang sama di semua negeri berkaitan dengan REE. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri memberi keizinan untuk buat „prospecting lessen‟ ini supaya kita nak tentukan adakah di Kedah ini berapa banyak ada REE dan jenis-jenis daripada 17 REE yang disenaraikan tu hat ada di Kedah ni jenis apa.
KXP, tuan-tuan sekalian, saya ingin memaklumkan di dalam Dewan yang mulia ini KXP kita akan kenali sebagai Kedah Aerotropolis. Sejak sekian lama 6 tahun kita duk panggil KXP, KXP, sehingga pada tanggapan orang seolah-olah yang kita nak buat di Sidam tu hanyalah lapangan terbang. Jadi, orang banyak „trigger‟ pasai kita nak buat airport, dia akan „trigger‟ MOT, dia akan „trigger‟ negeri-negeri yang ada airport dan dia akan „trigger‟ syarikat-syarikat kapal terbang, sapa nak pi „landing‟, sapa nak pi „take off‟ di „runway‟ tu. Yang dirancang dan yang nak dibangunkan ialah Aerotropolis. Aerotropolis ni ikut „term‟ Aerotropolis tu ialah “Bandaraya di sekitar Lapangan Terbang”. Yang kita nak bangunkan ialah bandaraya di sekitar lapangan terbang.
Jadi, bila kita bangunkan bandaraya tu, lapangan terbang tu akan jadi dengan sendirinya. Bukan kita nak buat airport saja, airport kita ni mungkin akan mengambil keluasan 4,000 ekar, tetapi kawasan yang telah kita gazetkan di bawah Seksyen 4 Kanun Tanah Negara dalam proses untuk di gazet dalam Seksyen 8, berjumlah 9,841 ekar. Syok ooo..tajuk ni, takdan habis lagi…duk rancak-rancak…(sambil ketawa)
Bukan pasai apa, pasai duk tengok masing-masing nak lena, lama-lama YAB. Jeneri bercakap orang tak dengar. Apabila disebut tentang nak bangun bandar di keliling lapangan terbang. Sebenarnya apabila kita buat satu lapangan terbang, dia ada „constraints‟. Sebab tu kita tengok Lapangan Terbang KLIA di Sepang dia akan gazet di keliling tu tak boleh ada pembangunan dalam satu „radius‟. Jadi, bila buat lapangan terbang, kalau kita tengok lapangan terbang di Bangkok ka, di mana ka, yang lama tu dia dah penuh dah dengan satu „development‟.
Mungkin kadang-kadang mereka terpaksa pindah, pertama mungkin daripada segi keselamatan pun ada juga, kapal terbang ni tak selamanya…Ambil masa tak pa na YAB. sebab masa pun banyak, kita „relax‟ sikit (sambil ketawa). Jadi, sebenarnya di tepi lapangan terbang ni dia ada bahaya sikit YB. Dato‟ Speaker, dengan sebab itu lapangan terbang tu dia memang lapangan terbang, yang lain tu dia akan ada juga, jauh. Jadi, bila saya nak bayangkan YAB. sebut kata nak bangunkan “Bandar Lapangan Terbang”, kita tak boleh bayangkan bangunkan Bandar Universiti, universiti tak pa memang sebelah universiti tu akan jadi bandar. Saya pun sekadar „brainstorming‟ lah, tengok betulkah kita akan bangunkan satu bandar lapangan terbang. Bila kata bandar ada penduduk, tetapi hanya sekadar industri, industri yang ada kaitan dengan lapangan terbang. Adakah sekadar itu yang dimaksudkan oleh Yang Amat Berhormat?
Saya baru pi melawat satu pusat MRO, MRO ni MAS Engineering yang buat kerja „repair‟, maintenance, repair, overhaul kapal terbang. MAS ni dia ada banyak „branch‟, salah satu „branch‟nya ialah MRO, semua kapal luar negeri, kapal syarikat penerbangan lain pun dia „repair‟. Dia „repair‟, dia cat balik, dia jual. Ada banyak di MAS Engineering ni, tempatnya sangat terhad lah dan sangat „restricted‟, tak boleh melawat tapi dia benarkan kita buat lawatan. MRO ni adalah satu bidang yang akan dibangunkan di Kedah Aerotropolis. Dia ada di KLIA, kita jarang pi tengok.
Yang kedua „Pos Aviation‟, „Pos Aviation‟ ini yang mengnedalikan „ground‟ di airport‟, seperti kargo, apa-apa lah. Saya pi tengok sehari-sehari tu depa duk urus kargo dengan barang-barang beribu-ribu tan, diuruskan oleh „Pos Aviation‟ satu anak syarikat Pos Malaysia di bawah Tan Sri Syed Mokhtar. Ini pun satu industri yang sangat besar yang sekarang ini ada di KLIA, ini pun kita akan minta Pos Aviation untuk mula beroperasi di Kedah Aerotropolis pada masa akan datang.
Yang saya faham daripada YB. Alor Mengkudu ni mungkin bandar tu kita buat hotel tinggi-tinggi apa semua tu memang tak boleh. Dia ada 9 „level‟, 9 tingkat yang dibenarkan di sekitar airport dan pembangunan Kedah Aerotropolis ini akan mematuhi semua syarat-syarat yang ditentukan sekurang-kurangnya ada 6 komponen dalam Kedah Aerotropolis termasuk kita bangunkan Kompleks Sejuk Beku. Konsultan nasihatkan kita supaya berubah kepada strategi Kedah Aerotropolis ini kerana di ASEAN, negara-negara Asia belum ada satu hub kargo yang diangkut menggunakan pesawat seperti di Memphis, USA. Kalau di USA ni pusat kargo (cargo hub) ialah di Memphis, sehingga di Zhenshing di China tu dikenali sebagai “Memphis of China”. Kalau Central Europe ada Memphis of Europe di Bandar Luxembourg.
Jadi, Kedah Aerotropolis ini akan dibangunkan sebagai “Memphis of ASEAN”. Haa…itu besaq kita punya rancangan. Jadi, model pembangunan yang ada di Memphis, ada di Zhenshing, ada di Luxembourg itu akan dibawa ke Kedah Aerotropolis mengambil kira peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan di sekitar lapangan terbang. Kita boleh pi KLIA, KLIA1, KLIA2, selain daripada di „runway‟ dan taxiway, kita akan nampak banyak bangunan-bangunan lain, yang tu tak lah tinggi sangat dan bangunan-bangunan tu lah dijalankan operasi aktiviti MRO, sejuk beku, kargo dan sebagainya. Inilah yang akan dibina dan dilaksanakan di Kedah Aerotropolis.
Soalan yang dibangkitkan oleh YB. ADUN Jitra ialah sejauh mana proses ini sedang berjalan? Warta Seksyen 4 telah disambung setahun dan akan tamat pada Januari, kita sedang proses Seksyen 8, kita minta pelabur ni depositkan 125% duit „cash‟ berdasarkan nilaian tanah. Masalah bila orang nak deposit billion ni dia akan ada perundingan daripada segi nilai sebenar. Bila JPPH buat penilain, RM2.1 billion, penilaian syarikat ni, dia pun lantik penilai juga sebab dia nak bawa keluaq duit, takkan hang habaq aku nak pakai semua kan, pasai banyak. Kalau setakat pengambilan puluh-puluh juta ni mungkin orang dengan mudahnya akan deposit. Tapi melibatkan billion dengan institusi kewangan, dengan bank, dengan macam-macam syarat, dia pun lantik „valour‟ dia, sekarang ni „valour‟ „invester‟ dengan JPPH sedang berunding.
Sebenarnya berapa nilai sebenar yang munasabah, YB. Derga ni Jurunilai, dia pun biasa mungkin pernah buat penilain untuk syarikat swasta, yang nak invest besar-besar dia akan lantik seorang „valour‟. Kerajaan akan pakai JPPH walaupun kaedah mengatakan kena pakai nilai JPPH tetapi kita tetap memberi ruang kepada syarikat ini untuk kemukakan „valour‟ dia dengan syarat nilai yang dipersetujui nanti ialah nilai yang dipersetujuai oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta untuk didepositkan.
Saya secara personal menganggarkan valuenya mungkin mencecah RM1.7 billion kerana sebahagian daripada tanah tu akan diambil oleh SLAM, SLAM ni akan dibangunkan oleh NCIA. Ini pun di‟estimate‟ nilai pengambilan tanah oleh SLAM ni RM700 juta. Ini akan dibangunkan oleh NCIA di dalam komponen Kedah Aerotropolis juga untuk depa buat barang-barang aerospace, ni pun teknologi aerospace dan InsyaAllah semua kerja-kerja ini akan berjalan mengikut jadual. Sekiranya pihak syarikat ini tidak dapat depositkan 125% dalam tempoh masa yang kita benarkan, kita lanjutkan sikit lagi supaya beri ruang untuk rundingan ini dapat diselesaikan. Kalau dia lajak lama sangat, perjanjian itu akan terbatal dengan sendirinya. Bila kita mengubah KXP kepada Kedah Aerotropolis, ramai orang berminat, baru orang nampak inilah sebenarnya industri sebenar yang boleh dibangunkan di sebalik cakap-cakap tentang lapangan terbang saja.
Sebenarnya industri cargo hub dan MRO itu adalah industri baru dan kita sedang „lead‟ pembangunan model ini kerana selain daripada Kedah Aerotropolis ada 4 lagi Aerotropolis sedang dirancang di Malaysia iaitu di Negeri Sembilan, Kuantan dan di Selangor, tak silap saya ada satu di Johor. Jadi, kita yang keempat, tetapi kita sedang „lead‟ mereka dengan jarak yang sangat jauh dan kalau kita tak cepat, 3 lagi tu akan ligan kita, mungkin dia mai dulu, dia sampai dulu, rugi lah kan? Jadi, kita sedang usahakan supaya berlaku cepat. Sebab itulah dalam keadaan ekonomi sekarang ini, “siapa cepat, dia dapat”, siapa tembak dulu dia dapat pelanduk besaq lah. Lebih kurang lagu tu lah. Jadi, kita tak mau tembak lambat ni, kita nak tembak cepat-cepat.
Yang berikutnya ialah tentang zakat. Alhamdulillah tuan-tuan sekalian, saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, semua rakyat Kedah, ahli-ahli perniagaan yang telah membuat kewajipana berzakat kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah. Tapi orang selalu bertanya juga pasai apa banyak orang bayar zakat tapi orang Kedah miskin? Ada juga soalan itu. Tapi orang jarang bertanya bila ada orang miskin, bermakna masih lagi ada orang kaya yang belum menunaikan zakat dan hak mereka kepada orang miskin. Dalam hal ini saya telah melihat sendiri Lembaga Zakat Negeri Kedah meneroka begitu banyak projek-projek ekonomi daripada pembayaran zakat ini, yang terbaru sedang mengusahakan estet padi di Daerah Yan. Semua peserta dan pekerjanya di kalangan asnaf dan saya harap kita dapat menyokong usaha-usaha pengembangan projek-projek ekonomi yang dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah dan tidak lupa, kita menggalakkan rakan-rakan kita, ahli-ahli perniagaan membayar zakat perniagaan dan zakat pendapatan kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah.
Saya menjunjung tinggi dan berterima kasih menyokong penuh titah Kebawah Duli yang Maha Mulia Tuanku Sultan supaya seluruh rakyat Kedah termasuk GLC, anak-anak syarikat dan institusi lain termasuk pegawai-pegawai kerajaan dan swasta yang cukup syarat untuk menunaikan zakat kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah. 2 hari lepas saya terima daripada Kumpulan PKNK RM1.78 juta, Alhamdulillah. Saya yakin dan percaya bila semua rakyat Kedah yang kaya dan sedar untuk menunaikan kewajipan rukun Islam ini, maka semua perjalanan dan operasi negeri pasti akan diberkati sesuai dengan hasrat kita untuk menjadikan Kedah sebagai “Negeri Tempat Orang Kaya Berbakti dan Tempat Orang Miskin Berteduh”. Ada juga dibangkitkan usaha-usaha supaya kita terus membuat tuntutan kepada Kerajaan Persekutuan. Saya beberapa kali, yang terakhir sekali….(YB. Pengkalan Kundor minta laluan)
YB. Dato‟ Speaker, zakat tadi walaupun jumlahnya tidak banyak iaitu zakat pendapatan di kalangan pegawai-pegawai kita, di kalangan yang bekerja dengan kerajaan dan sebagainya. Berapa peratus, kalau ada data lah, berapa ramai kerana ini menunjukkan komitmen kita kepada kerajaan dan juga Zakat. Berapa peratus yang telah dipotong gaji ataupun memberi zakat pendapatan?
Ada banyak pasai diberi wakalah balik tu banyak. Jadi, „percentage‟ angka sebenar saya nak kena mintak dekat Pak Sheikh juga lah, tak dak hari ni YB. Pengkalan Kundor. Saya akan bekalkan kepada YB. Pengkalan Kundor bila dah dapat nanti. Hari ni saya dapat satu surat, kerja kita mintak ni tak penah berhenti-henti, muka pun tak tebai, kita pi, sampailah depa cemuih. Mungkinlah depa cemuih tengok depa bagi kut. Hari ni permohonan insentif fiskal bagi mengekalkan tanaman padi Kedah dijawab oleh Kementerian Kewangan bertarikh 3 November, sampai pejabat saya hari ni, “TIDAK DAPAT DIPERTIMBANGKAN” (sambil ketawa). Dah dua kali dah jawab tidak dapat dipertimbangkan, ini jawapan kepada surat saya bertarikh 18 Mac, saya tak berhenti, 1 Oktober saya pi lagi, saya bawa surat yang hampir sama, tapi jumlah dia sikit-sikit lah. Hat tu tak jawab lagi, saya harap mereka akan mempertimbangkan dalam kunjungan kita ke MOF dan juga kepada EPU kita sentiasa membangkitkan perkara-perkara yang saya selalu bangkitkan sehingga saya dituduh suka cari gaduh dengan Pulau Pinang, macam-macam lah. Saya kalau kira hak saya, saya tuntut, nyawa pun saya korbankan, kalau kira hak kita. Tak kiqa lah, cengey tak cengey, tak kiqa lah, hat tu hampa punya pasai lah nak menilai pun, saya punya cara, caqa saya lah. Tuhan bagi jadi kita ni tak semacam, YB. Guar Chempedak macam lain, saya macam lain kan na? Tapi perjuangan kita, kita himpun-himpun ni kita satukan InsyaAllah akan menjadi satu kekuatan.
Kita mintak untuk tanah-tanah sawah yang kita simpan untuk tanaman padi tu RM111 juta, kita mintak untuk mengekalkan kawasan hutan RM100 juta, kita mintak untuk kita dapat bayaran daripada Pulau Pinang untuk air mentah RM50 juta, hat tu yang Pulau Pinang duk maqah kat saya tu. Saya pun tak akan berhenti mintak walaupun depa maqah lagu mana pun, sampai suatu hari nanti depa akan bayaq. Itulah usaha positif saya, kadang-kadang tu ada la usik mengusik sikit, bagi panaih, “panaih line” orang kata. Kemudian, kita minta pajakan Pulau Pinang. Pajakan Pulau Pinang dulu depa bayar RM10,000, 2018 YAB. Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir tambah RM10 juta. Hal ini dibangkitkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan di Mesyuarat Raja-Raja, “bila nak bagi balik pulau Pinang kat Kedah?” Itu Tun
tak jawab apa, senyap saja, tu dia bagi tambah RM10 juta. Jadi, kita terima RM10,010,000.00 dan kita minta untuk diberi bayaran ini sesuai dengan kadar nilaian semasa RM100 juta. Jadi, tuntutan ini saya ulang bukan bagi pihak saya, bukan, semua yang saya duk mintak dekat Persekutuan, dekat Pulau Pinang, dekat siapa ni semua untuk rakyat Negeri Kedah. Bukan saya suka cari gaduh, tapi jika perlu bergaduh untuk dapat hak saya, saya berani, saya akan pulun, bertumbuk pun mau, tapi tak lah sampai peringkat tu kan? Tapi nak habaq kata bersungguhnya saya nak „gomoi‟ pun boleh. Hat tu bahasa orang Kedah, sat gi pi tulis, “Sanusi sedia bertumbuk”. Hah, jahanam! Tu bahasa orang Kedah, bahasa ucapan kita saja lah, bukan yang betul-betul. Haa…Bahasa Sik! Depa ni nak kiga bahasa Kuala Lumpur saja depa geti, bahasa Kedah depa tak mau ambik tau! Haa…Ni masalah!
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, ada sikit lagi berkenaan dengan usaha-usaha oleh agensi-agensi Persekutuan, kita ada NCIA di bawah NCER yang sedang mengusahakan bermacam-macam program di Negeri Kedah. Saya ucapkan terima kasih kepada NCIA di bawah NCER ni mereka telah menyambung Projek Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) di bawah NCIA bagi RM250 kepada lebih kurang 5,000 ibu-ibu tunggal dan diangkat juga peserta-peserta KIDA ini di bawah NCIA „Entrepreneur‟ untuk menceburkan diri dalam perniagaan dan mereka akhirnya keluar daripada kelompok B40. Ini saya patut puji usaha-usaha yang telah dibuat oleh NCIA.
Sikit lagi nak tanya mengenai NCIA ni, kita di Kulim Hi-Tech…(YB. Dato‟ Speaker mencelah)
Tuan Speaker, „adress‟ kat Speaker dulu.
Minta maaf YB. Dato‟ Speaker. Kita mempunyai Kulim Hi-Tech Park dan ini satu-satunya yang dilihat pengurusan yang berjaya diuruskan oleh PKNK, makna kata agensi kerajaan negeri. Tapi bila mari KRC, dia duduk di bawah NCIA, itu di antara kekangan juga seperti YB. Guar Chempedak sebut kita duk kena jawab NCIA yang jadi. Adakah ada cadangan daripada Kerajaan Kedah apabila dah selesai dah semua ni, akan diurus oleh satu agensi saja kan, bila dah nak menguruskan tu. Adakah ada dalam pemikiran Kerajaan Kedah supaya KRC ini sebenarnya diurus oleh satu agensi di bawah Kerajaan Kedah. Jadi, terus „direct‟ di bawah kerajaan negeri lah.
Saya difahamkan semasa berlaku proses pengambilan balik tanah untuk Projek KRC, dulu Kerajaan Persekutuan kata nak bagi duit, RM360 juta kut kos pengambilan, depa bagi bajet RM360 juta. Tetapi oleh kerana pada masa tu duk ding dong-ding dong akhirnya bajet tu pergi kepada NCIA. NCIA yang buat pengambilan jadi tanah tu dapat dekat NCIA maka yang membangunkan projek itu adalah NCIA. Tak pa lah, saya rasa faedah yang besar ini dapat juga kepada negeri daripada segi „quit rent‟ dan juga „spillover‟ ekonomi yang dibangunkan melalui KRC. Kita juga ada model-model pembangunan yang sama di SBEZ, sebahagian daripada itu telah dibangunkan oleh NGSB (Northern Gateway Sdn. Bhd.) juga anak syarikat Kementerian Kewangan Diperbadankan, kita juga bagi peluang yang sama. Satu lagi Kedah Science Technology Park juga akan dibangunkan oleh NCIA. Mana-mana ada bajet kita pakai sajalah dulu sementara ni asalkan jadi projek-projek yang kita hajatkan.
Untuk penutup ini saya nak buat satu cerita yang saya baca dua tiga hari lepas lah. Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam Kitab As-Siqat. Kisah diriwayatkan oleh Abdullah bin Muhammad. Satu hari aku berada di daerah pedalaman di Daerah „Arish di Mesir. Aku telah berjumpa dengan sebuah khemah yang kecil. Di dalam khemah itu ada seorang tua yang sedang sakit terbaring, matanya buta, badannya kurus, kaki dan tangannya bengkak, hanya lidahnya yang boleh berbicara. Aku menghampirinya dan mula berbicara. Kata orang dalam khemah tu, “ya Allah, berilah ehsan untuk aku terus mensyukuri nikmatmu kepada ku dan engkau telah memuliakan aku dari ciptaanmu yang lain”.
Jadi, orang yang menghampiri khemah ini, Abdullah bin Muhammad bertanya, “saudaraku, nikmat apakah yang sedang kau syukuri” dengan keadaan tak boleh berjalan, terbaring, „bedridden‟ lah, mata buta, badan kurus, mulut saja boleh bercakap. Hang nak bersyukur apa lagi? Jawab penghuni khemah itu, “demi Allah, jika ketika ini Allah datangkan lautannya ke sini aku pasti tenggelam, atau Allah jatuhkan gunung api, aku pasti terbakar dan jika Allah jatuhkan langit ke atas ku nescaya akan meremukkan aku. Sekarang ini aku tidak akan menyatakan apa-apa pun melainkan rasa syukur”. Bersyukur atas apa? Jawab orang dalam khemah tu, “tidakkah engkau melihat dia telah berikan aku lisan yang sentiasa berzikir dan bersyukur. Di samping itu, aku dberikan seorang anak lelaki yang menuntun ku ke masjid untuk solat dan menyuapkan aku makanan, namun telah 3 hari dia tidak datang menemuiku. Bolehkah engkau bantu aku mencari anak aku”? Abdullah bin Muhammad pun menyatakan, “aku menyanggupinya dan aku mula mencari anak lelaki itu”.
Sehingga Abdullah Muhammad ini bertemu dengan sekumpulan singa dan didapati singa itu sedang mengerumuni satu mayat yang telah diratah. Ternyata, mayat yang sedang dikerumuni oleh singa itu adalah anak lelaki tadi. Aku berfikir bagaimanakah sanggup aku memaklumkan kepada lelaki itu bahawa anaknya telah dibaham singa. Bagaimanakah aku harus memberitahunya. Lalu beliau pun balik ke khemah. Dia bertanya lelaki tadi, “wahai lelaki, kamu tahu tak kisah Nabi Ayub”? Lelaki itu jawab, “ya, aku tahu kisahnya”. Kemudian aku bertanya lagi, “sesungguhnya Allah telah memberinya cobaan dalam urusan hartanya, bagaimana keadaannya menghadapi musibah itu”? Seterusnya dia menjawab, “ia menghadapinya dengan sabar”. Wahai saudaraku, Allah telah menguji Ayub dengan kefakiran, bagaimana keadaannya?. Dia menjawab, “ia bersabar”. Aku kembali bertanya, Ayub pun diuji dengan tewas semua anak-anaknya, bagaimana keadaannya? Dia menjawab, “ia tetap bersabar”. Aku kembali bertanya, ia juga diuji dengan penyakit di badannya, bagaimana keadaannya? Dia menjawab dan balik bertanya ia tetap bersabar. Sekarang katakan kepadaku, “di mana anak aku”? Kemudian aku berkata, “sesungguhnya puteramu aku temukan di antara longgokan pasir dan keadaannya telah diterkam dan dimakan oleh binatang buas. Semoga Allah melipatgandakan pahala untukmu”. Lelaki lemah itu mengatakan, “Alhamdulillah yang dia tidak meninggalkan keturunan bagiku yang bermaksiat kepada Allah sehigga diazab di neraka. Kemudian dia menarik nafas panjang lalu meninggal dunia. Aku pun membaringkkannya di tangannya dan berfikir apa yang harus aku lakukan. Mai lah 4 orang lelaki tolong kebumikan lelaki tadi. Mereka bertanya kepada aku, “adakah kamu kenal lelaki ini”? Aku menjawab, “tidak”! Salah seorang daripada mereka membuka kain yang menutup wajahnya lalu menangis dan menciumnya. Kata mereka, “SubhanAllah! Wajah yang sentiasa bersujud, mata yang selalu menunduk atas apa yang diharamkan, tubuhnya selalu sujud, takkala orang-orang sedang tidur. Kenalkah kalian kali-laki ini? Mereka bertanya, “tidakkah engkau mengenalnya”? Mereka memaklumkan memeritahu kepada ku, “ini adalah Abu Qilabah sahabat daripada Ibnu Abbas dan diriwayatkan juga Abu Qilabah adalah sahabat nabi yang terakhir sekali wafat pada tahun 104 Hijrah.
Tuan-tuan sekalian, saya bawa cerita tentang syukur dan sabar ini ialah bapabila saya dapati bukanlah saja di dalam Dewan ini tetapi direaliti masyarakat kita. Kita jarang bersyukur apa yang kita ada, tapi kita selalu menuntut barang yang tak mungkin. Saya dengar YB. Kota Siputeh bawa cerita buah „nyoq‟ masuk paqit, pelepah nyoq masuk paqit, paqit tersumbat minta JPS pi tolong cuci. Sebenarnya tuan-tuan, orang kampung tu boleh angkat buah nyoq tu, pelepah nyoq tu boleh angkat sendiri, boleh cuci, boleh tebas. Ada mini tar di kampung-kampung sampai rumput masuk tengah mini tar, dia lalu kut celah-celah, lenggang, jangan bagi kena rumput, dia tak tebas jalan tu. Dia kata, “pasai kerajaan akan tebas”.
Saya susah hati dengan realiti rakyat kita yang terlalu manja, tak bersyukur dengan apa yang ada tetapi sentiasa berteriak tentang apa yang dia tak dak. Tuan-tuan sekalian, Allah kata, “kalau kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat”. Tapi jarang kita mengambil pendekatan bersyukur tentang apa yang ada. sehingga kita menuntut-menuntut, qeyau-qeyau, sehingga benda yang tak dak untuk diada-adakan di luar kemampuan kerajaan. Kita pun tau, ADUN-ADUN saya tau, yakin sangat tau untuk adakan apa-apa yang kita ucapkan dalam Dewan ini, sangat mustahil untuk ditambah perbelanjaan puluh-puluh juta untuk adakan apa yang tak dak. Tetapi kita tak suruh pun rakyat bersyukur dengan apa yang ada, kita nak gunakan kesempatan ini untuk tekan kerajaan semahu-mahunya supaya kerajaan gelabah tak boleh nak adakan apakah yang sedang dituntut oleh rakyat. Tapi kita tak habaq kat depa, syukurlah, bersifat fana‟ah lah. Fana‟ah ni rasa cukup dengan apa yang ada, Allah akan tambahkan nikmat, benda-benda ni orang tak dak nilai dalam dunia ni, kita nak benda fizikal sahaja.
Sebab tu bila saya jadi kerajaan, saya duk nampak nikmat duk mai banyak, pelaburan YB. Guar Chempedak habaq RM53 billion, tiap-tiap rumah kita ni telah dimasuki oleh bantuan bakul makanan. Saya tak yakin ada rumah yang tak dapat bakul makanan kalau mereka layak. Semua dapat, ada yang himpun, ada 10 beg beras dalam rumah pun tak cukup lagi hendak lagi, qeyau kat wakil rakyat, tak bersyukur, tapi nak tekan supaya dapat lagi, dapat lagi. Nilai syukur tak dak. Dengan banyaknya nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita, kita tidak ajak rakyat untuk bersyukur dengan apa yang ada sebaliknya kita lawan saja apa yang tuhan suruh. Saya cari apa lagi kerja-kerja yang kalau boleh masuk dalam kategori kita sedang bersyukur dengan apa yang Allah telah kurniakan kepada kita. Dengan begitu banyak rizab yang kita ada, paling tinggi dalam sejarah, dengan amannya kerajaan kita, amannya Exco-Exco buat kerja, amannya pegawai-pegawai turut apa dasar-dasar yang kerajaan perintahkan, satu langkah yang patut diambil kira untuk dilaksanakan ialah taat saja perintah Allah, Allah akan tambahkan lagi nikmat kepada kita. Maka saya haramkan, bukan saya haramkan, saya buat keputusan untuk tidak lagi menyambung lesen premis perjudian sebagai salah satu daripada cara saya bersyukur di atas banyaknya nikmat yang Allah kurniakan kepada negeri ini. Tapi ada orang bantah, guna alasan hak asasi, guna alasan „racism‟, nak menghalang orang bukan Islam. Sebenarnya tak betul itu semua, tak dak satu kajian pun yang kata perjudian itu akan menguntungkan, malahan Kerajaan China, bukan ramai orang Islam di China, rakyatnya 1.4 billion, orang Islam mungkin ada 20, 30 juta saja. Kerajaan China mengharamkan perjudian sejak tahun 1949 bagi. Judi, dalam China tak boleh, orang China pi berjudi di luar pun tak boleh. Ada 117,000 tangkapan dibuat oleh Kerajaan China rakyat yang berjudi di sempadan. Tangkap, itu di China.
Kita negara yang ramainya umat Islam, Islam mengharamkan perkara ini, kita ambil atas dasar untuk menjaga keharmonian masyarakat atas rasa kita bersyukur dengan nikmat Allah yang banyak, pun ada orang mainkan juga sentiment-sentimen yang di luar hakikat yang sebenarnya. Saya harap, langkah-langkah yang baik lagi, banyak boleh dibuat, saya mengalu-alukan cadangan yang baik daripada pembangkang untuk kita laksanakan. Saya alu-alukan juga semua idea-idea yang dikemukakan oleh Exco dan pegawai-pegawai dan saya bersyukur dengan sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bagi jentera kerajaan yang diketuai oleh YB. Dato‟ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri dan seluruh jentera kerajaan untuk memacu Kedah pergi kepada tahap yang lebih tinggi dalam tempoh 15 tahun untuk mengikuti, melaksanakan Pelan Kedah 2035 saya perlukan sokongan daripada tuan-tuan, daripada sebelah sana dan sebelah sini. Semua yang kita lakukan ini tidak lain dan tidak bukan untuk rakyat Negeri Kedah demi Allah s.w.t., InsyaAllah. Saya ucapkan terima kasih kepada semua, terima kasih YB. Dato‟ Speaker, terima kasih pegawai kerajaan, kita bincang lagi dalam sesi esok, InsyaAllah. Peluang yang diberikan kepada saya ini saya ucapkan terima kasih, saya harap tuan-tuan terus menyokong saya. Hari Khamis ni kita lawan bola dengan Johor, teruskan menyokong Kedah Darul Aman, InsyaAllah.
Terima kasih YAB. Jeneri yang telah membelanjakan 55 minit dalam ucapan penggulungan YAB. tadi. Terima kasih kepada semua Exco-Exco yang telah membuat penggulungan pada hari ini. Terima kasih semua, ini bukan penutup, esok ada lagi. Tak sat ni dengar-dengar tak mai pulak sesok Esok ada lagi na?
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan ditangguhkan sehingga pukul 9.00 pagi besok.
[Sidang Dewan ditangguhkan pada jam 4.30 petang]