Kedah · 18 November 2021
14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 480 turns · 21,867 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat pagi.
Burung kenari di pohon dedalu, Terletak di atas pohon mengkula, Empat hari sudah berlalu. Kini Sidang bersambung semula.
Kita mulakan dengan bacaan doa.
Bacaan Doa
Bacaan Doa!
Pagi ini YB. Sidam ada telefon saya, boleh ka dia masuk. Saya kata kena tunggu test dia dulu. PCR test dia, kalau dia negatif baru dia dibenarkan masuk jadi dia kata pukul 11 satgi baru nak dapat result tu.
Yang kedua, saya nak ingatkan lah kita di dalam Dewan ni pakaian kita yang lelaki hendaklah „long suit‟ atau baju melayu. „Long suit‟ tu pulak warna gelap. Jadi, tafsir sendiri lah gelap dengan cerah tu, yang cerah tu tak boleh dan tak boleh pakai „blazzer‟. „Blazzer‟ warna lain seluar dia lari warna lain. Kena pakai hampir-hampir sama baju „long suit‟ kita tu.
Setiausaha, urusan seterusnya.
Sesi Pertanyaan – Pertanyaan MulutQuestions
Sesi pertanyaan – pertanyaan mulut
Soalan nombor 22, YB. Kubang Rotan!
Terima kasih Yang Berhormat Dato‟ Speaker. Pohon jawapan soalan nombor 22.
22. Apakah Kerajaan Negeri Kedah tidak berhasrat untuk membatalkan atau mengharamkan pemberian premis perniagaan, perjudian atau minuman keras kepada penjual?
Silakan YB. Tokai!
Terima kasih Dato‟ Yang Dipertua. Terima kasih Kubang Rotan. Dato‟ Speaker, minta maaf. Di dalam Parlimen saya tengok Tengku Tengku Razaleigh Hamzah dia pakai capal dengan baju melayu, tengkolok. Itu pakaian tradisional Melayu.
Maksud YB. Tokai nak habaq tu, apa tu?
Maknanya pakai tengkolok, baju melayu, samping, capal, boleh dibenarkan di dalam Parlimen.
Nanti saya „check‟ dengan LA kita boleh dak pakai capal masuk dalam Dewan ni.
Terima kasih kepada YB. Kubang Rotan. Saya nak tanya YB. Kubang Rotan nak jawapan pendek ka jawapan panjang?
Ikut suka.
Untuk jawapan pendek pada persoalan yang ditimbulkan apakah Kerajaan Negeri Kedah tidak berhasrat untuk membatalkan atau mengharamkan pemberian premis perniagaan, perjudian atau minuman keras kepada penjual. Jawapan pendek dia macam ni lah, soalan dia kata tidak berhasrat jadi satu lagi pemberian premis. Memang kerajaan tidak bagi premis, kita bagi lesen saja. Untuk premis perniagaan memang kita soalan tidak berhasrat maknanya kata tidak lah maknanya premis perniagaan memang tidak ada masalah, mereka boleh berniaga. Kemudian perjudian, yes! Ini kita tidak berhasrat untuk memberi lesen kepada premis perjudian untuk minuman keras juga jawapannya tidak. Maknanya kita tidak menghalang untuk mereka mendapat lesen cuma kita nak „regulate‟ semula untuk menghadkan kedai – kedai runcit, kedai – kedai yang ada di kampung – kampung kita tidak akan mengeluarkan lesen untuk mereka menjalankan pernigaan minuman keras di kawasan – kawasan yang ramai penempatan orang Islam.
Kemudian untuk jawapan panjangnya beginilah, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengambil tindakan dengan membatalkan kelulusan lesen premis perniagaan yang telah dikeluarkan/diluluskan sekiranya penjual didapati menjalankan operasi perjudian dan penjualan minuman keras secara tidak sah ataupun di kawasan – kawasan yang kita tidak benarkan.
Kerajaan Negeri juga pada masa yang sama berhasrat untuk mewujudkan dasar untuk menghadkan bilangan premis-premis perjudian dan minuman keras di setiap daerah di Negeri Kedah yang melibatkan penghuni – penghuni muslim yang majoriti dan seterusnya jawapan yang lebih panjang lagi rujuk kepada jawapan pergulungan saya kelmarin dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekian terima kasih Dato‟ Speaker.
Silakan!
Terima kasih YB. Tokai dan YB. Dato‟ Speaker. Soalan tambahan saya ialah kita tahu bahawa judi online sekarang ini di mana – mana negeri dan juga dalam negara kita ini berleluasa. Sebagai contoh, data tidak rasmi yang saya dapat saya tanya setiap daerah. Di setiap daerah sekurang – kurang, paling kurang 10, 10 pusat judi online. Yang ni yang melibatkan masalah sosial yang teramat sangat dalam masyarakat kita pada hari ini. Saya tanya Kuala Kedah, saya kata ada 20, 30. Dia kata, “lebih darpada tu”. Cuma penguatkuasaan kita terhadap judi online yang mana kebanyakan melibatkan muslim, bukan melibatkan non–muslim. Mungkin tokey dan sebagainya, itu lain cerita. Tapi kebanyakan masalah sosialnya ialah masalah muslim yang bekerja.
Sebagai contoh satu benda yang saya boleh kongsi dekat sini ibu tunggal, ibu tunggal yang bekerja. Dia tanya, “YB. gaji kerja kilang RM1,200, bila jaga judi online RM100 satu hari”. Dia kata, “RM1,200 saya nak pi Sungai Petani pi balik pi balik habis RM600, anak 6 orang nak makan apa, YB. boleh tolong saya”? Contoh dia bagi. Jadi dia kata, “kalau sini RM1,000 duk Kuala Kedah saya dapat RM2,000 lebih lepas tu kalau saya kena tangkap keluar dari lokap tu balik, depa pi bayar”. Ini realiti dalam keadaan masyarakat kita pada hari ini. Jadi, mohon pihak kerajaan untuk memberi penjelasan bagaimana penguatkuasaan judi online ni dan keduanya ialah bagaimana di peringkat Persekutuan dan juga negeri yang kita tahu bahawa kerajaan negeri yang menjadi liputan pada kebelakangan ini. Tentang Kerajaan Persekutuan dan pengeluar arak timah. Kita tahu dan sebelah sana jugak merupakan Kerajaan Persekutuan di sana. Itu sahaja, terima kasih.
Satu hari nanti saya akan buat bengkel cara bertanya soalan dan tanya soalan tambahan. Dia ada skill dia sebenarnya. Bukan piiii panjang – panjaaaang tu. Silakan YB. Tokai.
Dia kena „related‟ dengan soalan asal lah na, untuk soalan tambahan. Terima kasih YB. Kubang Rotan. Berhubung dengan penguatkuasaan, saya rasa Timbalan CPO kot na, Dato‟ CPO kita, Ketua Polis dan juga pasukan PDRM di negara kita ni satu pasukan yang cukup hebatlah dalam membanteras jenayah, tak kira jenayah apa pun. Jadi, dari segi penguatkuasaan, kita ada penguatkuasa di PBT pun kita ada. Ini akan kita laksanakan InsyaAllah, bila kita ada peraturan, bila kita ada undang – undang. Pasai timah tu saya rasa di peringkat Pusat pun mereka dah berbincang perkara tersebut. Jadi, kita serahkan kepada „members of parliament‟ kita untuk berbincang hal – hal yang demikian lah. Jadi, itu dari segi jawapan untuk soalan yang ditambah tadi. Sekian, YB. Dato Speaker.
Kita bagi sana dulu. YB. Sungai Limau!
Baik, terima kasih kepada YB. Dato‟ Speaker. Merujuk kepada soalan ini dan keputusan kerajaan negeri pun telah dibuat. Pertamanya saya rasa kecewa sebab ada semasa saya berbahas dan memohon untuk ADUN – ADUN yang sokong langkah kerajaan negeri ini yang menganggap tindakan itu sebagai satu perangkap. Dan saya menzahirkan niat murni ikhlas YB. Kubang Rotan apabila bertanyakan soalan berkaitan dengan judi dan arak ini kepada kerajaan negeri. Ia bukan merupakan perangkap tetapi sebagai niat murni ikhlas sama seperti yang kami laksanakan pada hari berbahas. Di luar sana, kita nak tanya YB. Tokai, orang yang tak faham tentang peraturan ini adakah boleh laksanakan oleh peringkat negeri sedangkan lesen dikeluarkan oleh Persekutuan. Jadi, apa bidang kuasa negeri dan juga bidang kuasa Persekutuan dalam untuk kerajaan membatalkan ataupun tak memperbaharui lesen judi dan juga untuk menghadkan premis arak pada tahun hadapan. Terima kasih.
Terima kasih YB. Sungai Limau. Berhubung dengan lesen dan juga hubungan dengan MOF, memang lesen judi diberikan oleh MOF tetapi kita di peringkat negeri hanya mengeluarkan lesen premis. Sebab tu kita sebutkan tadi lesen premis perjudian ataupun perniagaan – pernigaan yang lain. Maknanya kita boleh bertindak di atas lesen premis itu. Sebab itu dalam jawapan saya semalam, saya menyatakan kita akan berbincang dengan pihak MOF. Kemudian kita akan hantar pegawai ke MOF untuk berbincang berhubung dengan lesen – lesen yang telah diberi dan diluluskan. Hari ini akan ada tindakan lanjut daripada pegawai – pegawai kita lah. Itu jawapan kepada soalan yang diajukan oleh YB. Sungai Limau. Terima kasih.
Boleh saya tambah untuk satu soalan?
Tak boleh. Pasai saya nak bagi dekat YB. Bakar Arang.
Terima kasih. Soalan saya juga ada berkaitan dengan apa yang ditanya tadi iaitu antara Pusat dan juga negeri la sebab Kerajaan Pusat memberikan lesen daripada MOF dan kerajaan negeri hanya tidak memberi lesen premis dan ini macam satu negara dua sistem la. Dari segi penguatkuasaan juga dia akan muncul problem sebab kita pun dulu nak ambil tindakan terhadap kilang haram pun bila tak dak lesen premis PBT, kita hanya boleh denda RM300 sahaja. Sebab kita tahu di Malaysia ini judi yang berlesen yang sah, kita ada beberapa kategori. Yang pertama seperti Genting Highland di panggil Casino, di China pun ada di Macau. Yang kedua ialah nombor ekor, ia macam „lucky draw‟ lah, Magnum, Toto dan sebagainya. Yang ketiga ialah seperti yang dikatakan iaitu lesen yang dikeluarkan oleh MOF kepada kelab – kelab tertentu yang ada mesin slot punya. SP Club ada, Kedah Royal Club ada dan CRC (Chinese RecreationClub) ada. So itu pun berlesen dan kita pun tau ada juga di Sungai Petani, ada juga satu judi yang berlesen. Dia ada lesen MOF tapi I think sudah beberapa tahun dia pun tidak ada lesen premis daripada MPSP tetapi masih lagi boleh beroperasi. Saya rasa ini….(YB. Kuala Ketil mencelah)
YB. Dato‟ Speaker, soalan apa tu, panjang sangat?
Takpa, saya pendekkan ok saya teruskan. Sedarkah YB. Tokai bahawa di Kelantan dan Terengganu tidak ada nombor ekor berlesen tetapi nombor ekor yang haram masih berleluasa di sana dan juga sedarkah di negara Arab, negara Islam seperti di UAE juga mempunyai yang berlesen, loteri diadakan di negara-negara seperti ini. Itu sahaja soalan saya, terima kasih.
Sebab itu lah saya nak buat kursus buat soalan tu. Bukan saya seorang saja yang rimas, ada orang lain pun dia tak selesa bila soalan tu tak kemas, tak padat. Silakan YB. Tokai.
YB. Dato‟ Speaker, tambah sekali la bagi jawab sekali. Boleh? Sat saja. Ringkas. Betui – betui ringkas. Ok, jawapan soalan bertulis muka surat 97 saya telah bertanya tentang satu statistik masalah sosial Ops Dadu judi online bagi Kontijen Kedah dari tahun 2010 hingga 2021 dan angka itu menunjukkan 15,368 kes yang dilaporkan dan ditangkap sejak 2010 – 2021 di semua daerah. Jadi, apakah implikasi apabila kerajaan tutup dan haramkan kedai judi dan apakah implikasi? Adakah ini akan meningkat dan apakah penyelesaian pihak kerajaan? Terima kasih.
Terima kasih YB. Bakar Arang terima kasih YB. Kota Darul Aman. Itu yang saya kata tadi kecekapan PDRM kita apabila berlaku kesalahan, penguatkuasaaan, mereka boleh menjalankan tindakan. Dari segi mereka – mereka yang melaksanakan amalan-amalan yang tidak sihat ini dengan tidak berlesen, ni maknanya tindakan daripada penguatkuasaan pegawai – pegawai penguatkuasaan sama ada PBT atau PDRM lah. Jadi mereka – mereka yang masih lagi ingin menjalankan kerja – kerja yang tidak baik boleh merosakkan keluarga, masyarakat ini kita nasihatkan lah supaya tinggalkanlah pekerjaan tersebut.
Kelmarin ataupun semalam kelmarin YB. Lim Kit Siang pun mengatakan dia tidak pernah bermain judi, nombor ekor ka judi ka dia tidak pernah. Maknanya amalan – amalan yang tidak baik yang dilaksanakan oleh kepimpinan kita ini perlu kah kita ikuti. Jadi, jawapan saya kepada YB. Darul Aman dan YB. Bakar Arang supaya apa yang kita buat ini kita teliti, kita tengok keputusan dia dan InsyaAllah kita berdoa lah semoga masyarakat kita ini menjadi masyarakat yang baik. Terima kasih YB. Dato‟ Speaker.
Soalan 23!
YB. Dato‟ Speaker, mohon jawapan kepada soalan nombor 23.
23. Kenaikan harga bahan binaan seperti besi dan kayu dalam pasaran tidak terkawal sehingga mendatangkan rungutan rakyat. Pohon penjelasan pihak kerajaan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato‟ Speaker, terima kasih kepada YB. Kuala Ketil.
Tumbuk padi guna lesung, Dalam filem Ahmad Albab, Walaupun KPDNHEP tak terlibat secara langsung, InsyaAllah saya cuba menjawab.
Sebab barang – barang yang disytiharkan sebagai barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam jadual Peraturan – Peraturan Bekalan 1974 adalah seperti berikut iaitu 10 item. Ini lah barang – barang termasuk gula, tepung, minyak masak dan lain – lain. 10 item yang dikawal oleh Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna. Kenaikan harga barang bahan-bahan binaan terutamanya iaitu besi merupakan isu global yang dialami seluruh dunia.
Tambahan lagi, dengan pelaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara, pengoperasian kilang, pengeluar bahan-bahan binaan dan nilai rantaian bekalan binaan yang terhad seterusnya menjejaskan kelancaran pelaksanaan projek pembinaan. Umumnya seperti kita sedia maklum, harga bahan binaan sememangnya mengalami kenaikan harga terutama harga besi meningkat sehingga 48% pada Jun 2021 berbanding Oktober 2020 iaitu daripada RM2,417.00 kepada RM3,590.00, berdasarkan rekod Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Harga purata bahan besi seluruh Malaysia pada Oktober 2021 adalah sekitar RM3,200.00 hingga RM3,300.00 bagi satu tan.
Antara faktor kenaikan harga besi yang dikenal pasti InsyaAllah Kementerian Perdagangan Hal Ehwal Pengguna akan ada sesi libat urus dengan Kementerian Kerja Raya. Kenaikan harga bahan ini disebabkan kekurangan bijih besi di seluruh dunia kerana kebanyakan lombong bijih besi tidak dapat beroperasi dengan kapasiti penuh kesan daripada bencana alam dan isu pandemik. Bijih besi dan bijih skrap merupakan bahan mentah utama untuk pengeluaran produk besi. Malaysia tidak terkecuali daripada impak kenaikan harga bahan mentah utama ini yang kebanyakan diimport dari luar negara dan saya dapat maklumat menunjukkan krisis global di antara negara – negara besar, mungkin satu negara besar tidak menjual kepada negara yang memerlukan besi. Itulah sebab – sebab senario yang berlaku kenaikan harga besi. Sekian, terima kasih.
YB. Dato‟ Speaker, terima kasih kepada YB. Bukit Pinang atas penjelasan tersebut. Kita tau dengan kenaikan yang mendadak ini telah menjejaskan sedikit pengoperasian pembinaan di negara kita termasuklah projek – projek Kelas G1. Jadi soalan saya, kita juga ada industri besi di negara kita, kita juga ada industri kayu di negara kita dan juga ada industri simen di negara kita. Adakah kerajaan berhasrat untuk menjadikan bekalan ini ataupun barang ini termasuk dalam harga kawalan?
Terima kasih YB. Dato‟ Speaker dan YB. Kuala Ketil. Buat masa sekarang untuk mengenal pasti bekalan kurang, permintaan tinggi, itu salah satu faktor. Tapi walau bagaimanapun, Kementerian Perdagangan Hal Ehwal Pengguna InsyaAllah bekerjasama dengan pihak Kementerian Kerja Raya dan juga Kementerian Pertanian iaitu melibatkan baja kita akan duduk „sit down‟ dalam bulan Disember ini untuk memastikan apabila pihak Kerja Raya menetapkan harga, pihak Kementerian akan „impose‟ untuk memastikan tidak boleh menaikkan harga apabila ditetapkan.
Ini yang sedang dilakukan oleh pihak 3 Kementerian yang saya sebutkan. InsyaAllah pada bulan Disember 2021.
Soalan tambahan.
Sapa dulu taktau. YB. Derga!
Terima kasih YB. Dato‟ Speaker. YB. Bukit Pinang, mohon tanya soalan. Apakah punca masalah kenaikan harga ini, adakah disebabkan MCO yang kurangkan pengeluaran ataupun ada masalah atau punca – punca yang lain yang patut kita tangani supaya harga terkawal pada masa hadapan?
Yang kedua, ini berlaku impak kepada kontraktor kecil. Ke atas kontraktor kecil yang dah ditetapkan harga. Bagaimana kerajaan boleh bantu mereka supaya mengatasi masalah – masalah ini supaya projek – projek kontraktor tidak sangkut atau terbengkalai?
Yang ketiga, kos bila meningkat akan menyebabkan kos pembangunan perumahan juga meningkat. Apakah usaha kerajaan untuk memastikan harga perumahan ini dapat dikawal supaya mampu dibeli oleh rakyat Kedah yang masih lagi mengikut laporan yang masih lagi rendah dari segi pembandingan dengan negeri – negeri yang lain. Terima kasih YB. Dato‟ Speaker
Boleh sekali? Terima kasih YB. Dato‟ Speaker. Saya nak tanya soalan kepada YB. Bukit Pinang. Soalan tambahannya ialah kita tahu bahawa Majlis Pemulihan Negara yang dipengerusikan oleh YB. Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katakan kita kena berbelanja ataupun bank kena fokuskan untuk keluarkan pinjaman – pinjaman, kerajaan bagi geran dan sebagainya untuk „stimulated economy‟. Maksudnya bila Pandemic Covid-19 menyebabkan harga barang akan naik. tak nafikan yang tu. Dari 2 tahun yang lalu memang ke arah itu semasa YB. Tan Sri Muhyiddin Yassin, dia jadi Perdana Menteri dalam 2 tahun dia nak memulih, tetapi kalau tidak „spare‟ tidak berbelanja.
Sebagai contoh saya lihat bajet kita, saya nak tanya kepada soalan. Bajet kita pengurusan, pengurusan tu takpa dah, fee tetap tetapi kalau kita tidak berbelanja dalam pembangunan kepada rakyat, ia tidak akan menyebabkan ekonomi kita berputar dalam negeri ataupun dalam negara. Ini menyebabkan kekusutan kepada rakyat. Sepatutnya jangan kita syok RM660,000,000 deposit kena bagi kepada rakyat yang miskin tu akan berbelanja, kalau yang kaya tu dia simpan duit. Kita nak „stimulated economy‟ maksudnya „demand and supply‟ tu menyebabkan rakyat berbelanja maka kita boleh memulihkan sikit ekonomi kita.
Terima kasih YB. Dato‟ Speaker dan terima kasih YB. Derga serta YB. Kubang Rotan. Saya merangkumi lah sebab kita lihat apabila permintaan tinggi, bekalan kurang, ini salah satu faktor kenaikan harga barang. Walau bagaimanapun, pihak Kementerian akan bersidang pada Disember ini 3 Kementerian oleh kerana kekangan – kekangan yang telah berlaku sekarang, permintaan begitu tinggi dan „supply‟ kurang dan juga kita lihat apabila kementerian duduk „sit down‟, besar kemungkinan kerajaan boleh bagi „subsidised‟ sebab kita lihat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Dan Hal Ehwal Pengguna dia ada barang – barang dalam 10 item itu termasuk barang yang tak „subsidised‟ iaitu yang diberi subsidi oleh kerajaan seperti tepung, gula, tepung gandum dan minyak masak serta cecair petroleum.
InsyaAllah saya berkeyakinan apabila keadaan ini akan berlaku besar kemungkinan dengan kerajaan akan menetapkan mungkin dia bagi subsidi. Kita lihat dari segi global yang sekarang memang permintaan begitu tinggi tetapi oleh kerana kekangan – kekangan percaturan di peringkat antarabangsa, di antara negeri saya tak mau sebut negara – negara mana tapi salah satu faktornya harga besi tinggi sebab besi dikeluarkan salah satu negara yang terbesar di dunia ni tapi negara satu – satu dia cuba beli tapi dikawal oleh negara – negara tertentu. Ini sebabnya menjadi kekangan– kekangan besi ini melambung. Di negara kita dulu ni, kita lihat contohnya dulu besi masih ada seperti di Gurun, PERWAJA Steel tapi sekarang dah tak dak, Terengganu dulu pun ada juga PERWAJA Steel, jadi ini salah satu faktor. InsyaAllah saya berkeyakinan apabila disebut oleh YB. Kubang Rotan ni memerlukan pembinaan perumahan dan binaan – binaan memerlukan besi dan simen. Tetapi saya berkeyakinan lah kerajaan akan melihat keseluruhannya apabila kerajaan meletak kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan peribadi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Soalan nombor 24!
Terima kasih YB. Dato‟ Speaker.
Laki jangan berangan nak kawin empat, Kalau kain pun tak reti nak lipat. Saya mohon jawapan tepat, Bagi soalan nombor dua puluh empat.
24. Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) berperanan dan bertanggungjawab sebagai pembantu kepada kerajaan negeri untuk menjana ekonomi.
Pohon dinyatakan :-
Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri terhadap GLC dan pengurusannya yang ternyata gagal berperanan sehingga menyebabkan kerugian?
YB. Dato‟ Speaker, saya takdan nak karang pantun. Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berperanan dan bertanggungjawab sebagai pembantu kepada kerajaan untuk menjana pendapatan. Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri terhadap GLC dan pengurusannya yang ternyata gagal berperanan sehingga menyebabkan kerugian?
YB. Dato‟ Speaker, Kerajaan Negeri telah mengamalkan dasar pelantikan secara kontrak berasaskan merit bagi pengurusan dan eksekutif tertinggi GLC. Sehubungan dengan itu, penilaian kepada penyambungan kontrak lantikan ke jawatan utama GLC adalah berasaskan kebolehan dan kemahiran bagi memastikan tampuk pimpinan GLC sentiasa dalam keadaan terbaik dan kompeten untuk menerajui GLC. Kalau mereka tidak berperanan dengan baik menyebabkan kerugian, kontrak mereka tidak akan disambung. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan!
Terima kasih YAB. Jeneri. Mohon jawapan, adakah GLC yang ada, ada yang mencatatkan kerugian dan apakah tindakan yang akan dibuat oleh pihak kerajaan terhadap pengurusan? Saya mendapat maklum bahawa ada GLC yang dipimpin dengan tidak memberikan keuntungan kepada kerajaan negeri dan yang dilantik itu berdasarkan kepada politik. Elaunnya pun mengatasi elaun Menteri Besar kalau tak silap, sedangkan GLC ni entitinya adalah untuk menjana pendapatan negeri. Jadi, saya mohon penjelasan.
YB. Dato‟ Speaker, setakat yang saya tau GLC yang macam tu dia berhenti sendiri dah. Tak dak dah sini, hari pertama saya masuk dia pun „‟chau”, (dengan izin) dia pun „‟chau‟‟.
“Chau‟‟ tu apadia?
“Chau‟‟ tu blah la (sambil ketawa). Setakat yang ada sekarang ni Alhamdulillah, ada GLC kita yang setelah saya mengambil alih kerajaan kita tukar pengurusan tertinggi, sudah mula mencatatkan keuntungan dan mula membayar hutang-hutang lama contohnya SADA, hutang ada RM148 juta dah bayar habis Alhadmulillah. Walaupun ada masalah bekalan air di sana sini tetapi operasi SADA sebagai operator tahun lepas untung sejuta, untung! Walaupun dah rugi RM36 juta, tahun lepas dah mula mencatat keuntungan sejuta. Tahun ni saya difahamkan akan tutup akaun untuk beberapa hari lagi saya harap mereka juga mencatatkan keuntungan. Dari segi operasi, dari segi prestasi infrastruktur tu cerita lain, tapi dari segi operasi sebagai operator, SADA mula mencatatkan keuntungan, bila kita tukar pengurusan tertinggi. Dah bayar hutang boleh dah untung pulak. Ada GLC yang di bawah dagu saya, saya sebutkan dalam Sidang yang lepas ada hutang yang, banyak bertambun – tambun, hat tu yang saya kata „‟chau‟‟ tadi tu, dia „‟chau‟‟ awai dah.
Jadi, kita dah tukar InsyaAllah kita akan mulakan penyusunan semula untuk membayar hutang – hutang lapuk, hutang Jabatan Hutan saja ada RM38 juta, hutang premium tanah RM120 juta, hutang – hutang dengan syarikat – syarikat yang depa buat JV, (Joint Venture). Ada satu tanah di Bukit Tangga tanah tu JV ataupun nak dijual kepada NCIA untuk projek „hemp‟ lah, „pilot project hemp‟ dia pi ikat JV dengan syarikat apa tah dari Pulau Pinang, syarikat tu „caveat‟ akhirnya „pilot project hemp‟ itu tak dapat dilaksanakan kerana Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), nak order benih tu dia kena „make sure‟ tanah tu „clear‟ dari sebarang sekatan termasuk „caveat‟. Sekarang ni kes dah masuk ke mahkamah, dulu depa mintak RM1.5 juta, sekarang ni bila dah nampak kita terdesak untuk mempercepatkan projek itu, dia mintak pulak RM15 juta. Kita nak ambik duit mana nak bayar RM15 juta, hutang lain pun berlambak. Inilah prestasi – prestasi GLC zaman dulu yang sedang kita pulihkan, InsyaAllah sedikit masa lagi kita akan cuba sedaya upaya lah untuk mengatasi masalah ini. GLC – GLC yang elaun dan gajinya besar, saya pun susah hati juga lah. Ada GLC yang kita bagi projek „maintenance‟ jalan RM70 juta, hanya bagi dividen kepada pemegang saham utama PKNK RM1.5 juta sahaja. Saya rasa kalau bagi kontrak RM70 juta kepada syarikat swasta, saya rasa dividen dia banyak sangat na kalau „maintenance‟ jalan. YB. Alor Mengkudu dia faham la sebab „engineer‟, lama. Kerja paling cepat lah jalan ni, bukan kena buat „constraction‟ beli besi tetulang ka apa ka, pi turap ja.. pi tampung. Tentu untung dia lebih banyak, margin dia besar, tapi dia hanya boleh menyumbang RM1.5 juta kepada pemegang „share‟ PKNK. Tu yang YB. Anak Bukit tanya tu pasai apa pakat letak jawatan? Saya jerkah lah! Ada ka patut bagi RM70 juta bagi dividen RM1.5, buat apa situ, beli mahal-mahal mahai. Saya jerkah-jerkah lari lah. Tu lah jawapan mudah, tapi saya tak lah jerkah macam tu, saya tanya saja…. Pasal apa sikit? Takkan macamni kut, berapa tahun dah dapat tu RM70 juta setahun, takkan macam ni prestasi?
Kalau bagi dekat Speaker RM7 juta Speaker boleh bagi.
(Sambil ketawa) Itulah saya kata, tu simple – simple matematik kan na, kerja – kerja macam tu. Jadi, kalau tak kompeten tak payahlah kita pi pecat dan saya tak adalah sampai pecat orang. Kalau tak kompeten, tak boleh buat kerja, berhenti lah dan dalam Titah Ucapan Tuanku sewaktu merasmikan Sidang Dewan sesi yang lepas pun Tuanku ada sebut, GLC-GLC yang tak kompeten, tak boleh nak perform elok berhenti, bagi peluang kat orang lain, jangan la duk tunggu di situ makan gaji banyak – banyak, kerja tak jalan. Ni kerajaan rakyat, bukan hak kita, bukan Syarikat Sdn Bhd.
Hak kita tak pa lah, tunggu sampai kiamat pun, ni hak orang ramai, dia kena ambik tanggungjawab tu dan mesej ini saya sampaikan jugak lah kepada semua pimpinan GLC yang ada di Kedah pada hari ini. Terima kasih.
YB. Gurun!
Terima kasih YB. Dato‟ Speaker. Seperti yang YAB. Menteri Besar sebut tadi ya, sekali lalu saya juga faham bahawa sebenarnya peranan kerajaan adalah membuat „policies‟, mentadbir. Saya jangka peranan kerajaan untuk berniaga ini amat minima. Jadi, tidak ada sebab sepatutnya kerajaan menubuhkan syarikat – syarikat untuk berniaga dan „combite‟ pulak dengan „entrepreneurs‟ yang juga kita minta diorang berniaga. Jadi saya lihat, dalam banyak kesukaran khususnya Kedah ni, kita buat GLC kemudian kita „combite‟ dengan kawan – kawan yang „private entrepreneurs‟. Seperti YAB. MB kata tadi, kalau kita buat GLC kita bagi projek, dia untung, dia tak bagi balik dividen kita, dia bagi dalam keadaan minima tetapi kalau kita bagi projek ni open tender dan sebagainya, „the best builder‟ akan buat duit dan dia bayar sama ada dividen ataupun dia bayar tax kepada kerajaan. So ada paradoks di situ YB. pradoks, is very paradox. Satu hal kita nak galakkan entrepreneurs, satu hal kita nak „combite‟ dengan diorang dalam keadaan kita ada semua „advantages‟. Jadi saya melihat YB., adakah YAB. Menteri Besar akan fikir balik sepatutnya ada yang „non performing‟, GLC ni harus kita lihat balik dan tutuplah sebab kalau kita nak maintain diorang pun kita akan terpaksa keluarkan duit kerajaan untuk maintain bukan sahaja gaji depa tetapi juga benda – benda lain yang saya rasa tidak memberikan faedah kepada kerajaan negeri. Sekian, terima kasih YB. Dato‟ Speaker.
Terima kasih YB. Gurun. YB. Dato‟ Speaker, ni YB. Suka Menanti nak tanya, YB. Dato‟ Speaker tak bagi kan na?.
Bagi!
Bagi?
Ya, YB. Suka Menanti. Ringkas dan padat!
Terima kasih YB. Dato‟ Speaker dan terima kasih YAB. Jeneri. Ringkas saja. Saya ingin tahu sikit lagi sambung daripada soalan YB. Gurun tadi, ada lagikah Syarikat Sdn. Bhd. ni yang juga di kalangan anak syarikat GLC yang boleh melaksanakan projek guna pakai duit kantung negeri ni dia lantik konsultan, dia lantik kontraktor tetapi kita kerajaan negeri yang bayar. Kalau sebelum ni adalah satu syarikat iaitu SADA, sebelum 2018 dia boleh lantik konsultan dan kontraktor, dia buat projek, negeri yang bayar. Tapi tu sehingga 2018 lah dah ditegur oleh Ketua Audit Negara. Tapi saya nak tau, ada lagi dak kut-kut ada Syarikat Sdn. Bhd. lain yang sewenang – wenang boleh melaksanakan projek sebegitu meggunakan kantung negeri?
Jawapan kepada YB. Suka Menanti tu tak dak lah. Kepada YB. Gurun, ada ditubuhkan GLC-GLC ini untuk diberi projek – projek kerajaan supaya dia bantu membangunkan kontraktor – kontraktor kecil di bawah konsep payung. Ni dasar kerajaan dulu – dulu lah, sejak zaman YB. Dato‟ Seri Anwar menjadi TPM (Timbalan Perdana Menteri) lagi. Konsep itu berterusan tetapi dengan perubahan pola ekonomi sekarang ni, saya fikir perkara – perkara ini pun patut diberi pertimbangan semula, saya setuju dengan YB. Gurun. InsyaAllah perkara – perkara ini akan diberi pertimbangan supaya kalau GLC sendiri tidak mampu lagi melaksanakan konsep payung membangunkan kontraktor – kontrakotr kecil yang kita nak „develop‟ ni cukup setakat tu sudah la na. InsyaAllah perkara – perkara ni akan diberi perhatian oleh pihak kerajaan dan saya harap lah sahabat – sahabat saya di GLC juga turut mengamalkan konsep syukur dan bersabar. Saya nak terus terang lah, di GLC ni ada dah jadi kartel, kalau 10 sebut harga masuk, 9 kartel dia punya. Saya rasa bukan GLC di „state‟ saja, di Federal pun berlaku macam tu, di semua tempat dah ada kartel-kartel yang begitu mencengkam di agensi – agensi tempat di mana ekonomi atau duit dijana.
Oh! YAB. Jeneri tau na?
Eh! Taauu..(sambil ketawa). Saya mengesan semua perkara ini, sedang meniliti lah bagaimana untuk mengatasi isu membesarnya kartel-kartel yang dikuasi oleh tokey – tokey besar satu – satu projek, mai lah 10 projek pun semua dia lengkong pi, 10 sebut harga 9 dia punya. „At least‟ dapat kat dia satu. Ini berlaku di semua sistem ekonomi kita ni, bukan sahaja di Kedah ni, di Kuala Lumpur pun terjadi. Saya harap di Kedah ni kita akan dapat atasi dan kita akan perangi semua kartel yang ada di Kedah ni, InsyaAllah.
Terima kasih. Soalan nombor 25!
YB. Dato‟ Speaker, pohon jawapan soalan nombor 25. Terima kasih.
25. Pohon dinyatakan:-
a) Masalah sosial meliputi penyalahgunaan dadah, ketum, judi, judi online, rogol, sumbang mahram dan pelbagai lagi. Apakah usaha-usaha proaktif kerajaan mengatasi masalah ini?
b) Dapatan kajian Dr. Fadzilah Kamsah menunjukkan lebih 80% orang Islam tidak solat. Apakah usaha-usaha yang telah dan akan dilakukan kerajaan bagi menangani masalah ini?
Awat banyak tak tau pagi ini? Terima kasih YB. Kuala Nerang, terima kasih YB. Dato‟ Speaker. YB. Kuala Nerang bertanya berhubung dengan dadah, ketum, judi online, rogol, sumbang mahram…..(YB. Dato‟ Speaker mencelah)
YB. Tokai, buang „mask‟!
Oh! Lupa, saya suruh orang buang, saya terlupa nak buang. Kemudian 80% orang Islam tak solat. Untuk jawapan kepada YB. Kuala Nerang, Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara Negeri Kedah (LPPKN) melalui Unit Remaja Kafe@TEEN telah menjalankan program pendidikan dan advokasi berhubung Pendidikan Kesihatan Reproduktif Remaja seperti Modul Cakna Diri Remaja dan Modul SRH For Boys (Khas Untuk Remaja Lelaki) bagi memberi maklumak berhubung risiko hubungan seks sebelum perkahwinan kepada remaja, ini berhubung dengan sumbang mahram ni. Program ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kes sumbang mahram, rogol dan perhubungan seks sebelum perkahwinan (zina) dalam kalangan remaja. LPPKN ini mereka menubuhkan Teen Educator yang terdiri daripada pakar – pakar yang datang daripada kumpulan LPPKN dan juga pakar-pakar kesihatan. Pada tahun 2021, seramai 7,500 orang remaja telah mendapat manfaat daripada program ini melalui aplikasi My Kafe@TEEN ini. 80 siri Program Pendidikan Kemahiran yang dianjurkan adalah meliputi maklumat pendidikan kesihatan seperti yang saya sebutkan tadi iaitu kesihatan reproduktif dan juga pengurusan psikososial remaja.
Sehingga kini, terdapat seramai 455 remaja telah berdaftar dengan Kafe@TEEN ini dan mereka menjanakan aktiviti Teen Chat yang dikendalikan oleh Teen Educator dan juga Teen Talk yang dikendalikan oleh pegawai dalam bidang kepakaran seperti Doktor, Pakar Pemakanan, Pegawai Psikologi dan Jurulatih Utama daripada LPPKN dan juga Kementerian Kesihatan. Dan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam juga mereka mengadakan program EJAS (Elak Jenayah Syariah) yang telah dijalankan sejak 5 tahun yang lalu, dimana taklimat dan ceramah berkaitan pencegahan kesalahan jenayah syariah disampaikan kepada pelajar sekolah, kolej dan institut pengajian tinggi. Setiap tahun lebih kurang 15 pusat pengajian dipilih untuk melaksanakan program ini dan menjalankan Program Penguatkuasaan Bersama Masyarakat. Ini saya rasa biasa lah, Pegawai – pegawai agama daerah turun kepada masyarakat mengedarkan risalah, mengadakan ceramah dan juga mana – mana yang perlu di bawa ke mahkamah akan di bawa ke mahkamah. Begitu juga, program yang dijalankan oleh PDRM dalam usaha untuk mencegah jenayah. Jenayah yang saya sebut tadi lah daripada judi, judi online ka cyber café yang menjalankan kegiatan perjudian ini.
Begitu juga dengan jenayah – jenayah yang lain. Cawangan D11 PDRM juga kerap turut menyediakan perkhidmatan kaunseling, psikologi dan intervensi krisis serta CIC (Child Interview Center) bagi membantu dan memberi sokongan emosi terhadap mangsa-mangsa jenayah agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik. Saya mengucapkan tahniahlah kepada JSJN (Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik) yang telah sentiasa tidak henti – henti melakukan program pencegahan jenayah terutamanya dadah dalam negara kita ini. PEMADAM (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia) juga telah menjalankan program RINTIS final projek di Kuala Kedah, Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah. Kita mendekati keluarga penagih dan kita akan buat susulan keluarga penagih ini kita berharap sehingga berjaya lah mereka elak daripada penagihan dadah ini. Juga mendekati wanita ibu tunggal. Kita telah masuk ke FELDA, FELCRA dan kita InsyaAllah bulan 12 ni kami telah berbincang dengan Menteri Luar Bandar iaitu Dato‟ Seri Mahathir Khalid kita akan masuk ke perkampungan KEDA, Felda di Lubuk Merbau, Felda Sungai Tiang dan juga akan mengadakan program dengan kumpulan wanita di Kulim. Kita telah letak jadual dah. Kemudian kita juga mempunyai hasrat untuk menzerokan penagih baru dan juga mengurangkan penagih lama. Ini program – program yang diatur oleh RINTIS.
Untuk ketum pulak, melalui Akta Kanun Tanah Negara 1965, memang ada Akta ini kita berhak merampas tanah, tapi tak tau lah „political will‟ kita boleh sampai ke situ ataupun tidak sebab melanggar syarat pertanian, dalam syarat tu dikatakan tidak boleh menanam pokok ketum. Tapi kalau kita pi kut Pendang ni, tempat saya banyak penanaman ketum dijalankan. Bagi kesalahan ini dia boleh didenda sampai RM 10,000 atau penjara 4 tahun atau pun kedua-duanya sekali. Ini kesalahan ketum. Untuk menghadapi masalah ketum ini memang kita perlu nasihat daripada pelbagai pihak, di masjid – masjid juga perlu memainkan peranan. Sebab tu saya mengucapkan tahniah kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam yang sentiasa memberi nasihat melalui khutbah – khutbah Jumaat berhubung dengan penyalahgunaan ini.
Dari segi penguatkuasaan dan keselamatan pula, jumlah aduan yang diterima oleh PDRM 1,645 bagi Negeri Kedah ini dan mereka telah menjalankan 47 Ops dan tangkapan 2,888 orang dan 88.75% didapati positif terhadap dadah ini. Mereka – mereka ini ada yang dihantar ke pusat penagihan dan ada yang dihantar ke penjara disebabkan oleh kesalahan tersebut.
Berhubung dengan tak solat ini, kita tahu sebagai seorang Islam Hadis Nabi pun menyebut, “Sembahyang itu adalah tiang agama, siapa yang mendirikannya ia mendirikan agama, siapa yang meninggalkannya maknanya dia meruntuhkan agama”. Sebab itu penekanan terhadap solat ini ditekankan dalam kursus-kursus pra perkahwinan yang dijalankan pada setiap minggu sepanjang tahun. Menerusi ceramah – ceramah dan kuliah – kuliah Takmir dan Guru – guru Takmir di masjid dan juga penerbitan buku – buku risalah – risalah berhubung dengan khusyuk dalam sembahyang dan juga kita telah mengambil inisiatif untuk menaikkan billboard – billboard di banyak tempat berhubung dengan kepentingan solat ini. Gambar YAB. Menteri Besar pun ada, di Pendang gambar YB. Merbau Pulas pun ada, kepentingan kita menjaga solat ini dan juga saya berhasrat untuk mereka yang berada di pasar-pasar malam, kemungkinan kita menyediakan sedikit bajet untuk menyediakan tempat solat di pasar – pasar malam yang jauh dari surau ataupun masjid. Ini inisiatif yang InsyaAllah akan kita buat untuk masa yang akan datang. Saya rasa itu lah sedikit sebanyak jawapan kepada soalan YB. Kuala Nerang ini. Terima kasih YB. Dato‟ Speaker
Soalan tambahan YB. Dato‟ Speaker.
Silakan!
Terima kasih. Alhamdulillah terima kasih kepada YB. Tokai di atas penjelasan. Sebelum tu jutaan terima kasih juga kepada LPPKN, JAIS, Jabatan Agama Islam, PDRM, PEMADAM dan semua agensi – agensi yang bertungkus lumus untuk menangani masalah ini. Saya melihat ini masalah yang menjadi tanggungjawab kita bersama yang saya kira perlu diambil tindakan yang bersepadu semua pihak di peringkat daerah. Soalan saya adakah pihak kerajaan bercadang untuk menjadikan satu agenda tetap yang dibincangkan secara serius di dalam mesyuarat mungkin Mesyuarat Tindakan Pembangunan Daerah dan seumpamanya kerana isu kemiskinan ada satu mesyuarat khas berkenaan dengan „focus group‟ umpamanya. Tetapi isu ini isu yang saya kira tidak boleh dipandang ringan kerana contohnya dadah yang dianggap sebagai musuh negara yang kalau kita serahkan semata – mata hanya kepada pihak tertentu, PEMADAM, AADK dan sebagainya, pihak PDRM dan lain – lain, tanpa kita melihat secara menyeluruh dan bersama menganggap serius perkara
ni, jadi saya rasa pada pandangan saya, memang sangat perlu dan kalau pihak kerajaan bercadang Alhamdulillah, kalau belum mudah-mudahan dapat dimasukkan sebagai satu agenda khas tentang isu-isu sosial ini dalam mesyuarat di peringkat daerah.
Yang kedua soalan tambahan saya iaitu terima kasih atas usaha yang dibuat dan cadangan untuk mewujudkan surau di pasar – pasar malam bagi menggalakkan dan memudahkan orang Islam sembahyang.
Yang ketiga ialah dari sudut ketum tadi yang jadi masalah besar di kebanyakan kawasan termasuk di Padang Terap yang menjadi antara pengeluar utama ketum ini, yang di salahgunakan, itu isunya. Jadi, adakah kerajaan bercadang untuk bertindak lebih tegas untuk melarang terus daripada ditanam ketum. Sebagai contoh tempat yang tanah tu belum dapat geran, dia mintak geran kalau tengok, tak dikeluarkan geran, tak dibenarkan. Kemudian yang dah ada ketum, diambil tindakan sepertimana yang disebut oleh YB. Tokai tadi denda sampai RM10,000 mungkin ditingkatkan lagi dengan bidang kuasa yang ada pada kerajaan negeri. Jadi, saya pohon penjelasan. Terima kasih.
Terima kasih YB. Dato‟ Speaker.
YB Dato‟ Speaker, YB. Tokai, sikit saja saya nak tanya. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk mendesak supaya ketum ini diletakkan di bawah Akta Dadah bukan di bawah Akta Racun? Terima kasih.
Tambahan sikit sekali, boleh YB. Dato‟ Speaker?
Ha.. Silakan!
Soalan 25 tu keseluruhan ini adalah refleks kepada masalah gejala sosial dalam masyarakat kita. Jadi, saya kira sudah tentu ia mesti bermula dengan pendedahan pendidikan di peringkat keluarga itu sendiri. Jadi, apakah langkah-langkah yang telah dan akan dibuat untuk memastikan bahawa pembinaan institusi keluarga itu cantik, masyarakat itu cantik, negeri itu cantik yang akhirnya inilah punca utama yang mengawal kepada segala gejala tadi. Terima kasih.
Haa…3 soalan tu.
Rangkum sekali lah na. Terima kasih kepada YB. Kuala Nerang, YB. Bandar Baharu dan sahabat saya YB. Pengkalan Kundor. Saya nak jawab macam ni lah, di peringkat daerah memang kita melantik DO menjadi Pengerusi PEMADAM yang di bawahnya ada Polis, ada AADK, ada JKM, maknanya secara bersepadu dah ada, mereka hanya menjalankan tugas – tugas untuk mengawal, membanteras dan juga menasihat kepada penyalahgunaan dadah ini. Jadi, kita berharap lah supaya mesyuarat-mesyuarat yang diadakan itu kita boleh menyepadukan kerja–kerja ini termasuklah kerja–kerja untuk menasihatkan masyarakat berhubung dengan gejala-gejala sosial yang berlaku dalam negara kita, negeri kita dan juga di daerah kita ini. Berhubung dengan tindakan tegas terhadap ketum ini memang dah ada peraturan, dah ada undang–undang cuma dari segi „political will‟ kita, sama ada boleh laksanakan ataupun tidak. Dalam setiap urusan pemberian tanah, kita dah ada syarat mereka di situ, mereka tidak dibenarkan menanam ketum. Seandainya berlaku boleh ambil tindakan. Jadi, kalau dah tukarkan daripada pihak negeri dan juga dan pihak semua lah kalau kita ambil tindakan pun tidak ada „feedback‟ yang buruk mungkin kita akan boleh buat final tindakan terhadap masalah ketum ini, nak meletakkan ketum sebagai dadah.
Saya dah bawa isu ini yang ditanya oleh sahabat saya YB. Pengkalan Kundor, dulu masa saya duk di Parlimen. Kita pernah berbahas berhubung dengan nak bawa ketum daripada Akta Racun kepada Akta Dadah, banyak isu-isu yang terpaksa difikirkan. Kemungkinan ada satu pendapat mengatakan kalau kita nak halang daripada ketum ni dari jadi masalah dia kata, “kita halalkan terus, biar depa guna”. Maknanya kalau benda tu tak menjadi kesalahan orang takkan cari, takkan ambik.
Tapi ada pendapat macam tu tapi kita tak maulah sampai ke tahap itu kerana nak menjadikan daripada racun kepada dadah ni dia ada kaedah-kaedah dia. Di German telah memberi insentif kepada Profesor Dr. Zurina kalau tak silap untuk menjalankan kajian berhubung dengan kebaikan ketum di German, dia bagi 249,000 ringgit duit Malaysia untuk dia jalankan satu kajian terhadap kebaikan ketum. Ketum ni ada mikro yang baik ada banyak yang tak baik. Jadi German kata kita nak ambik yang baik – baik tu untuk dibuat kajian dan dijadikan mungkin sebagaimana yang dijalankan kepada morfin yang dijadikan ubat kepada untuk menghilangkan kesakitan semasa „operation‟. Jadi, kepada soalan YB. Pengkalan Kundor, saya akui memang gejala-gejala ini semua disebabkan oleh apa yang berlaku dalam keluarga, bermula dari keluarga. Sebab itu Rasulullah berkata, nak kahwin ni kerana 4, yang pertamanya kita kena pilih yang beragama dulu, bila pegang agama dia menjadi masyarakat yang takut kepada Allah, InsyaAllah dia tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Itulah jawapan daripada saya. Sekian YB. Dato‟ Speaker, terima kasih.
Soalan 26!
YB. Dato‟ Speaker, pagi ni takdan sarapan, soalan 26 perlu jawapan.
26. Pohon dinyatakan:-
a) Apakah kesan PKP Covid-19 kepada kes-kes yang dibicarakan di Mahkamah Syariah Negeri Kedah?
b) Berapakah jumlah kes keseluruhan tertunggak kerana PKP?
c) Apakah jenis-jenis kes tersebut, berapakah jumlah dan peratusan mengikut kes?
d) Apakah tindakan yang telah dan bakal di ambil untuk menyelesaikan kes-kes ini?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. YB. Dato‟ Speaker, YAB. Dato‟ Seri Menteri Besar, YB. Ahli-Ahli Exco, Ahli-Ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan yang dirahmati Allah sekalian. Ada permohonan daripada YB. Pengkalan Kundor untuk menyatakan pertama, apakah kesan PKP Covid-19 kepada kes-kes yang dibicarakan di Mahkamah Syariah Negeri Kedah. Yang kedua, berapakah jumlah kes keseluruhan tertunggak kerana PKP dan ketiga apakah jenis–jenis kes tersebut, berapakah jumlah dan peratusan mengikut kes. Seterusnya apakah tindakan yang telah dan bakal diambil untuk menyelesaikan kes-kes itu. Kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap kes-kes yang dibicarakan di Mahkamah Syariah Negeri Kedah adalah seperti berikut. Pertama berlakunya perubahan penjadualan semula kes – kes yang berjalan dan juga yang sedia dikemukakan untuk mematuhi Majlis Keselamatan Negara (MKN) jadi, semua penjadualan terpaksa dibuat semula. Jadi, apabila berlakunya penjadualan semula maka sudah tentu lah akan ada yang dilambatkan dan juga yang diletakkan mengikut priority yang sepatutnya.
Yang kedua ialah pendengaran kes dihadkan mengikut penyusunan semula itu, terpaksa dihadkan. Tak boleh nak layan semua sekali dan ini adalah tindakan mengikut apa yang perlu dibuat sesuai dengan kehendak MKN. Dan yang ketiga ialah penetapan pendengaran kes terpaksa dipilih untuk diberi keutamaan. Antara perkara–perkara yang diberi keutamaan ialah permohonan pernikahan wali hakim, yang ni diberi dalam senarai keutamaan. Yang keduanya ialah pengesahan penceraian talak tiga juga diberi keutamaan. Jadi, jika ada kes-kes lain terpaksa dikemudiankan untuk diberi keutamaan kepada kes–kes ini. Yang ketiganya ex-parte hadhanah iaitu hak penjagaan anak juga dikategorikan sebagai kes yang perlu diutamakan.
Jawapan (b) Bagi kes dalam dalam prociding berakhir 30 September 2021 adalah seperti berikut. Pertama Kes Mal ialah berjumlah 2,736 kes dan yang kedua kes jenayah. Kes jenayah ialah 168 kes. Baki kes adalah merujuk kepada baki kes yang dibawa dari tahun 2020 sehingga 30 September 2021. Jadi, maklumat–maklumat yang selanjutnya ialah seperti berikut. Pertama ialah kes faraid (pembahagian harta pusaka) berjumlah 226 kes iaitu 8.3%, yang kedua kes penceraian iaitu 1,229 kes 44.9% maknanya penceraian ini agak tinggi kesnya lebih–lebih lagi mungkin dalam PKP ni ada yang bercerai tapi ada yang nak kahwin tak boleh pun ada.
Yang ketiganya ialah kes nafkah, ada 177 kes 6.5% dan yang keempat hadhanah ataupun penjagaan anak, 246 kes iaitu 9% kemudian kes poligami dan pengesahan poligami ada 210, ini tinggi jugak ni maknanya dalam keadaan PKP ni barangkali ada orang curi pi nikah di Siam, dan kes ini ialah 7.7%, kemudian kes harta sepencarian ada 95 kes 3.5% kemudian permohonan wali hakim, dia ada 89 kes iaitu 3.2% dan seterusnya ialah interlokutori iaitu 165. Kes ini ialah kes di mana permohonan untuk tuntutan oleh plantif untuk mengakis tanpa tertuduh. Kes ini ialah 165 iaitu 6% dan lain – lain ialah 299 kes iaitu 10.9%.
Jadi, jumlah keseluruhan kes ialah 2,736. Selain itu bagi jawapan (b) Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah telah mengambil tindakan–tindakan berikut bagi mempercepatkan ataupun menyelesaikan kes–kes itu ialah antara lain bagi peringkat Mahkamah Tinggi Syariah dua (2) Hakim Bantu telah dilantik bagi membantu dua (2) Hakim Mahkamah Tinggi Syariah sedia ada. Kelulusan pelantikan tersebut telah diperolehi dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). Ini jelas bahawa bilangan hakim Mahkamah Tinggi adalah amat sedikit lah sebab ada 2. Kemudian yang kedua, bagi peringkat Mahkamah Rendah Syariah Hakim Bantu telah dilantik bagi membantu kes Mahkamah Rendah Syariah yang mempunyai jumlah kes yang tinggi. Dua (2) Hakim Bantu telah diarahkan mendengar dan menyelesaikan kes di Mahkamah Rendah Syariah Sik dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Yan. Itulah diantara langkah–langkah yang diambil bagi mempercepatkan kes ini. Bagi Mahkamah Rendah Syariah Kota Setar, seorang hakim bantu juga telah diarahkan mendengar dan menyelesaikan kes di Mahkamah Rendah Syariah Alor Setar.
Jadi, hakim bantu tersebut adalah hakim Mahkamah Rendah Syariah Pokok Sena. Maknanya hakim bantu ini boleh hakim–hakim daripada mahkamah-mahkamah rendah di daerah dilantik untuk membantu hakim di Mahkamah Tinggi dan juga Mahkamah Rendah Syariah yang lain. Tindakan yang bakal diambil adalah seperti berikut iaitu yang pertama kita cadangkan supaya meminda peruntukan undang-undang sedia ada bagi membolehkan perbicaraan dalam talian dilaksanakan dan yang keduanya ialah melengkapkan prasarana dan keperluan perbicaraan dalam talian. Ini diantara langkah–langkah yang sedang diambil bagi mempercepatkan kes– kes itu. Jadi, itu sahaja yang dapat disenaraikan. Sekian, terima kasih.
YB. Dato‟ Speaker, soalan tambahan saya adalah berkait dengan norma baharu PKP. Saya kira norma baru ini telah dilaksanakan di banyak pihak termasuk di mahkamah.
Jadi, adakah daripada jawapan tadi bermasud Mahkamah Syariah belum lagi melaksanakan norma baharu iaitu mengadili terutamanya yang priority tadi tu walaupun 3.2% wali hakim. Nak kahwin, YB. Kupang duk sebut tadi mana boleh tahan–tahan kan? Maksudnya, apakah norma baharu dalam talian tadi ni belum digunakan di peringkat Mahkamah Syariah? Itu soalan saya.
Terima kasih. Norma baharu yang digunakan secara umumnya memang digunakan dalam perbicaraan–perbicaraan yang dijalankan. Cumanya dalam kes talian ini belum lagi dilaksanakan dan ini mungkin kena ada penilitian, tambahan pula baru–baru ni ada pula yang mengatakan nikah dalam talian tak sah dan sebagainya, ini perlu juga perhatian dan sebagainya. Kita perlu perjelas sebab perkara ini ialah perkara yang melibatkan satu perbincangan secara ilmiah berdasarkan daripada hukum dan sebagainya dan saya rasa kita lebih teliti adalah lebih baik untuk pelaksanaan perkara–perkara baru terutamanya dalam norma baru ni. Walau bagaimanapun, keadaan ini agak sudah pun boleh diatasi kerana kita sudah pun melangkau ke tahap 4 sekarang ini, saya rasa kiranya dalam sebulan dua lagi kalau semua masyarakat menyahut seruan kerajaan supaya mengamalkan norma baru dan semua rakyat menyambut supaya kita menerima vaskin, tidak lagi menjadi isu saya rasa perkara ini dapat kita atasi dengan lebih cepat. InsyaAllah.
Assalamualaikum, terima kasih YB. Dato‟ Speaker dan YB. Kupang. Tentang hakim Mahkamah Syariah kita dapati bila PKP banyak kes–kes yang tertangguh dan sebelum–sebelum ni pun sebelum PKP pun banyak kes-kes yang dihadapi dan mengambil masa yang panjang dan pernah dicadangkan untuk pertambahan hakim– hakim khususnya sama ada yang dia boleh pi merata ka sebab duk tengok yang disebut oleh YB. Kupang tadi hakim bantu dari daerah yang lain. Jadi, adakah pihak kehakiman ada cadangan untuk penambahan hakim–hakim Syariah di Negeri Kedah ini dan juga pernah dulu dicadangkan untuk di Jabatan Agama dia ada peguam, seorang ataupun dua orang peguam yang akan membantu bagi orang nak mengadu ni dia nak bagi nasihat yang percuma untuk mereka yang susah ini. Jadi, itu soalan dia. Dua berkaitan dengan hakim dan juga penasihat undang–undang di Jabatan Agama untuk orang nak mendapat khidmat guman percuma. Terima kasih.
YB. Dato‟ Speaker, sebenarnya kelambatan kes ataupun penangguhan kes ini memang kita akuilah bahawa bilangan hakim di Negeri Kedah ini perlu penambahan dan proses itu dah pun dikaji dan saya sekarang sedang membuat satu cadangan lah supaya jawatan hakim ini ditambah. Yang keduanya penyelesaian secara jangka pendek dengan pelantikan hakim-hakim bantu, ini satu proses yang memang ada kesannya dari segi perngurangan kes. Yang keduanya kita kena lihat juga bahawa penangguhan kes ini bukan sahaja disebabkan oleh pihak pentadbiran mahkamah tetapi ialah berpunca juga daripada kerjasama orang–orang yang terlibat. Umpamanya kes penceraian, kadang–kadang kita panggil untuk perbicaraan tetapi satu pihak tak dating, jadi tak boleh nak meneruskan kes itu. Jadi, ini adalah satu di antara daripada perkara–perkara yang sedang berlaku lah. Dan seterusnya kekurangan kakitangan, umpamanya kes-kes yang dirujuk kepada Jabatan Agama Islam untuk dikaunseling dan sebagainya. Ini juga antara perkara yang menjadi halangan kerana kes yang berlaku itu selalunya pihak yang terlibat terutamanya suami–suami tidak boleh dihubungi satu hal, yang keduanya kedegilan untuk menghadir dalam kes–kes kaunseling tu satu hal yang lain pula. Jadi, perkara– perkara ini ialah antara lainnya kita perlu mempertingkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang betapa perlunya ataupun mesti memberi perhatian bagi membantu kes-kes ini terutama sekali ialah yang ada kaitan dengan pemeliharaan anak dan sebagainya. Jadi kadang–kadang tu kesian la jugak orang yang terlibat ini terpaksa berulang alik di mahkamah. Walaupun begitu, pihak mahkamah telah menyediakan tabung khas bagi membantu golongan–golongan ini. Ada yang dipanggil dari Baling terutamanya nak datang ke mari kena sewa kereta dan sebagainya dan di sana ada tabung khas bagaimana nak membantu mereka ini apabila kes itu dipanggil untuk disebut. Itu di antara perkara–perkara yang sedang berlaku dan kita perlu kepada perubahan–perubahan, InsyaAllah kita akan bersama dalam berganding bahu untuk melaksanakan kes –kes penyelesaian terutamanya kes keluarga yang memang banyak berlaku sekarang ni dan fenomena baru pula berlaku ialah apabila PKP ini banyak kes–kes baru yang berlaku terutamanya ialah tentang masalah pendidikan dan sebagainya. Jadi, anak–anak ada satu kejutan budaya baru dengan games dan sebagainya. Ini akan menimbulkan kes keluarga yang agak serius. Maknanya, walaupun kita ada pilihan di dalam menghadapi PKP ini untuk menyelesaikan kes–kes ini tetapi ada kesan sampingan daripada teknologi baharu yang menjadi satu punca kepada perbalahan dalam masyarakat ini. Sekian.
Terima kasih. Sekarang kita tamat sesi pertanyaan mulut. Urusan seterusnya, Setiausaha.
Terima kasih. Sekarang tamat sesi pertanyaan-pertanyaan mulut.
Urusan seterusnya, Setiausaha.
III. Rang Undang-Undang Perbelanjaan Negeri Tahun 2022 Di Peringkat JawatankuasaBill
Meluluskan Rang Undang-Undang Perbelanjaan Negeri Tahun 2022 diperingkat Jawatankuasa.
Rang Undang-Undang Perbelanjaan Negeri Tahun 2022.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan yang perlu diputuskan sekarang ialah suatu cadangan supaya rang undang-undang yang berbunyi “Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan-perkhidmatan bagi tahun 2022 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud tertentu”. Ini dibacakan bagi kali yang kedua.
Sekarang Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
FASAL 1
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”.
Fasal 1 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
FASAL 2
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”.
Fasal 2 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
-JADUAL
Maksud perbelanjaan B.01 - Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM14,524,300.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
YB. Dato‟ Speaker, sebelum Dato‟ pergi ke B.01, boleh saya buat pertanyaan mengenai hasil?
Mengenai, hasil?
Sepertimana yang lepas saya ada dua tiga perkara mengenai hasil untuk mendapat penjelasan.
Oh! Nak undur balik ka ni?
Hat hasil, tadi nak masuk celah takdan. Nak minta penjelasan mengenai hasil. Dah keputusan dibuat setuju, ini sekadar penjelasan saja bukan di bawah Rang Undang-Undang tetapi hasil tu hendaklah dibentangkan di sini untuk mendapatkan sedikit maklumat mengenai hasil.
Tapi…dia ada slot lain dak boleh dimasukkan?
Itulah, kut ada slot lain untuk bertanya. Kalau bajet yang lepas dibenarkan untuk bertanya sebelum masuk „detail‟ perbelanjaan.
Perlu kah YB. Mengkudu ni?
Sekali tanya saja bukan banyak kali.
Ok! Ok! Dibenarkan.
Dalam cukai parit dan tali air, muka surat 2, dulu ni ada bangkit mengenai tanah-tanah yang telah pun ditukar syarat. Tukar syarat kepada perumahan dan komersial tetapi di dalam cukai tu masih lagi terdapat nak kena bayar dia punya cukai tali air sedangkan dia dah tak pakai hat tali air tu. Cuma saya nak tau, adakah masih lagi dikutip atau tidak? Itu soalan pertama.
Yang kedua adalah muka surat 9, terimaan daripada anak syarikat berkaitan kerajaan. Anggarannya adalah RM50 juta. Adakah ini maksudnya PKNK ataupun ada agensi lain. Itu soalan yang kedua, „simple‟ saja nak tanya tu.
Yang ketiga, deposit-deposit kerajaan selalunya deposit bekalan air masuk dalam Kerajaan Negeri. Berapa banyak deposit-deposit yang ada, adakah wang deposit ini dimasuk dalam pendapatan yang disatukan ataupun tidak, ataupun diasingkan sebagai pemegang amanah? Kalau boleh dapat lebih kurang berapa jumlah deposit kepada kerajaan? Itu saja YB. Dato‟ Speaker.
Dia tak dak dalam ruangan ni. Saya nampak ada di depan sana sat lagi.
Macam ni YB. Dato‟ Speaker, saya pun ada beberapa soalan dalam perbahasan itu. Saya nak dapatkan beberapa penjelasan….
Dak! Dak! Ada ruangan yang boleh…
Ada?
Ada! Saya undur balik ke belakang.
Maksud perbelanjaan B.01 - Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM14,524,300.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM14,524,300.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.01 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.02 - Pejabat Dewan Undangan Negeri Dan Majlis Mesyuarat Kerajaan. Wang sejumlah RM30,082,800.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Ini ada ruang boleh tanya, boleh bahas. Silakan!
Terima kasih YB. Dato‟ Speaker. Nak tanya beberapa dasar baru khususnya yang one-off untuk pemberian dan….(YB. Dato‟ Speaker mencelah)
Buka you punya mask!
Pemberian dan bayaran tetap RM1.2 juta dan untuk tahun depan dasar baru. Terima kasih.
Boleh ulang sekali lagi? Saya pun…
Boleh. Untuk pemberian dan kenaan bayaran ketap one-off RM1.2 juta pada tahun 2022, perkhidmatan dan bekalan ada dasar baru. Tolong perjelaskan „detailnya‟. Terima kasih.
YB. Kubang Rotan nak tanya apa?
YB. Dato‟ Speaker, tadi bahas kita ni dah pergi ke perbelanjaan. Tadi YB. Alor Mengkudu maklumkan tadi kita nak….(YB. Dato‟ Speaker mencelah)
Sat lagi ada saya rasa ruangan…
Itu adalah hasil, ini semua perbelanjaan. Hat ni semua perbelanjaan ni. Tapi hat depan tu adalah hasil, hat hasil tu lah kita nak tanya. Tapi kalau dah lepas kita nak patah balik ke depan, saya rasa mungkin YB. Dato‟ Speaker boleh tengok.
YAB. Jeneri boleh terang tentang hasil dulu yang ditanya oleh YB. Alor Mengkudu tu.
YB. Alor Mengkudu, jadi ya? Saya duk ingat tak mau jawab sebab bukan „flow‟ untuk soalan macam ni kan na? Tapi dah nak bagi puas hati jawab juga lah.
Cukai parit dan tali air bagi tanah-tanah yang telah ditukar syarat. Yang pertama sekali kekal, perlu dibayar selagi tidak dipinda dalam Undang-Undang Tanah (KTN) dia perlu bayar, masih bayar.
Yang kedua, sumbangan anak-anak syarikat daripada PKNK ada, PKB, MBI, SSK dan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK).
Yang ketiga, deposit diperakaunkan ke dalam Akaun Amanah Deposit, dia tak kira hasil disatukan lagi, dia masuk ke dalam akaun deposit dulu. Dia bayar cukup-cukup baru kita masukkan dalam hasil. Terima kasih.
Muka surat 4 YB. Dato‟ Speaker, anggaran hasil tahunan 2022 di bawah terimaan sebenar nombor 12, iaitu royalti Pulau Pinang. Di bawah tahun 2018, terimaan sebenarnya adalah RM10 ribu, tahun 2019 juga RM10 ribu dan tahun 2020 juga RM10 ribu. Saya cuma bertanya dalam perbahasan yang lalu, dekat mana RM10 juta yang diterima sebelum ini dalam terimaan sebenar.
YB. Dato‟ Speaker, saya tengok dalam kita punya jadual ni YB. Dato‟ Speaker kita sekarang ini sedang membincangkan Rang Undang-Undang Perbelanjaan Negeri Tahun 2022. Saya rasa untuk yang terimaan ataupun hasil kita dah dapat Buku Bajet, sepatutnya kita bahaskan dan tanya soalan dalam perbahasan dan sekarang ni dah masuk dalam Mesyuarat Jawatankuasa kita sepatutnya terus pergi kepada agenda-agenda RUU, saya rasa. Sekarang ni B.02, saya nak bertanyakan berkenaan B.02 yang mana ada one-off dan dasar baru sebab saya dapat „complaint‟ daripada YB. Sungai Limau kata dia duduk makin „keqaih‟ pinggang, YB. Kuala Ketil duduk sedap saja sebab bangku berbeza dalam Dewan Undang Negeri ni. Jadi, kut lah dalam B.02 ini ada kut nak tukaq bangku ka apa ka. Jadi, itu dasar baru dengan one-off kut. Itu saja YB. Dato‟ Speaker, terima kasih. Jadi, saya rasa teruslah kita bincang RUU perbelanjaan.
Bukan, dalam ruangan ni boleh diperuntukkan untuk bertanya. Jadi, boleh dijawab maka saya membuka lah kepada perbahasan, ini dipanggil ruangan perbahasan. Kita tak boleh pi room! Room! Room! Macam tu sekali. Jadi, betullah hat kita duk buat ni kita benarkan siapa yang nak bertanya tu dan siapa yang perlukan penjelasan, silakanlah. YAB. Jeneri beri penjelasan kepada YB. Bakar Arang dan YB. Kubang Rotan.
Nak jawab hat YB. Kubang Rotan dulu, pasal hasil kita sembang bab belanja dan hasil pun jawab juga pasal “anak jantan”. Royalti Pulau Pinang 2018 RM10 ribu, 2019 RM10 ribu, 2020 RM10 ribu, 2021 RM20. RM10 juta duk tang mana YB. Kubang Rotan? YB. Kubang Rotan RM10 juta duk tang…muka surat 13 buku saya, dia duk di Pemberian Khas Pulau Pinang, Kod dia H0182317 perihal i-spek Pemberian Khas Pulau Pinang Tahun 2021 RM10 juta, 2022 ni kita akan terima lagi RM10 juta. Ada! Muka surat buku saya 13 la, buku lain tak tau.
YAB. Jeneri boleh buka boleh „mask‟. Nak bagi nampak garang lagi.
Jumpa ka tak jumpa?
Tak pa. Bila diberi peluang oleh YB. Dato‟ Speaker, apakah justifikasi yang disebut sebelum ini dalam perbahasan muka surat 8 dan juga muka surat 9, pemberian dan caruman yang lain daripada..ok, kita tengok muka surat 8 dulu ya, denda lewat bayar cukai tanah tahun 2018 RM3.5 juta, tahun 2019 RM5.9 juta, 2020 RM3.7 juta dan tahun 2021 jadi RM20 juta dan anggaran 2022 adalah RM35 juta. Apakah justifikasi bajet itu dibuat?
Yang keduanya ialah pemberian muka surat 9, pemberian dan caruman yang lain iaitu RM24,850,000 kemudian jadi RM232,000,000. Dalam RM232 juta itu apakah perinciannya item-item di bawah tersebut dan 2020 berjumlah RM30 juta, di muka surat 9. Jadi, minta penjelasan. Terima kasih YB. Dato‟ Speaker.
Muka suarat 8 dengan muka surat 9.
Nampak macam payah soalan tu, jawapan dia pendek saja (sambil ketawa). RM24 juta yang YB. Kubang Rotan tanya tu adalah caruman bayaran balik hutang PKNK. PKNK carum masuk ke akaun tu barulah kita bayar kat Federal RM24 juta tu.
Tak menjawab soalan kut. Saya tanya, dia ada 2 soalan, satu muka surat 8, satu muka surat 9. Bajet yang dibuat itu pada tahun 2….(YB. Dato‟ Pengerusi mencelah)
Kod berapa?
Ok, tengok muka surat 8 dulu, denda lewat bayar cukai tanah, Kod 76103 yang RM3 juta, RM5 juta, RM3 juta lebih anggaran untuk RM20 juta dan RM35 juta tu justifikasi, yang tu nak tau. Ok, yang tu yang pertama.
Yang kedua, untuk muka surat 9 iaitu pemberian dan caruman yang lain. Pada tahun 2018 RM24 juta, 2019 RM232 juta, 2020 RM30 juta dan bajet untuk 2021 adalah RM10 dan 2022 RM10. Kita nak tengok justifikasi tu lah, nak tau saja lah, penjelasan, tak dak masalah apa, perinci sikit lah. Kalau bajet tak betul tak boleh….
Buka „mask‟ ya?
Haa….buka, bagi nampak garang sikit!
Buka nampak lawak saja lah. Denda lewat bayar cukai Kod 76103, ialah jumlah yang sepatutnya dikutip dimasukkan ke dalam bajet ni.
Yang kedua, pasai apa pemberian dan caruman yang lain tu 2018 RM24 juta, hat saya jawab tadi PKNK bayar kepada kerajaan, kerajaan pi bayar kat Federal hutang-hutang Kulim Hi-Tech apa semua tu. RM232 tu yang 2019 Federal bagi bayaran khas RM200 juta, sebab tu jadi tinggi RM232 selain daripada RM200 yang Federal bagi tu adalah caruman-caruman yang PKNK bagi kat kita untuk kita bayar kat Federal. Panaih no, akauntan ni. Hat tu saja la. (audio kurang memuaskan, perbahasan tidak dapat direkod)
Nak tanya soalan dan penjelasan sikit. YB. Dato‟ Speaker, muka surat 4 hasil dia, cukai tiket taman tema Kod 62802 ada peningkatan hasil daripada RM261 hingga RM3 juta. Dapat?
Yang kedua, saya tanya untuk semua lah. Muka surat 7 tu jumlah premium tanah nombor 94 ada penurunan. Apa justifikasi dia, Kod 73699, salah satu lah. Ok, terima kasih.
Premium tanah tu YB. tanya pasal apa?
Anggaran penurunan, justifikasi tu lah. Dari RM139 hingga tahun ke 7. Sorry, satu lagi muka surat 6 bilangan 67, ini pun satu anggaran yang menurun iaitu daripada RM3 juta hingga RM424 ribu saja pelbagai bayaran, Kod 71999 muka surat 6, bilangan 67.
YB., untuk jawapan YB. tanya tadi, 62802 Cukai Taman Tema, YB. kata pasal apa, ada peningkatan?
Peningkatan dari anggaran tahun 2021 hanya RM261 ribu…
Ok, selepas tu rendah pasal kita bagi diskaun PKP. Tahun depan ni tak dak dah diskaun tu, dia naik balik lah. Yang kedua pasal premium tanah, pasai apa sikit kan YB. tanya. Pasai pa turun kan? Premium tanah yang kita masukkan dalam jadual ini adalah berdasarkan Borang 5A yang telah dikeluarkan. Nanti kalau ada keluar lagi Borang 5A kita akan buat kutipan dan pendapatannya akan dinyatakan dalam bajet pendapatan tahun depan. Premium tanah yang lain, taman tema lagi satu?
Pengurangan yang amat tinggi.
Kod 71999. Pelbagai bayaran ni termasuk dalam tu ialah levi cukai tanah, permohonan isytihar Melayu dan lain-lain bayaran yang kita tak tau lagi tahun depan ni ada berapa permohonan. Kalau ada permohonan yang masuk lagi banyak, lagi banyak hasil lah. Terima kasih. Jadi lah, toksah tanya, pi tang belanja pulak la.
Sikit saja, last dah. Untuk terimaan sebenar dah cantik dah dari 2018, 2019 dan 2020. Yang ni pasal apa, kita bincang tadi pasal GLC, kita cerita tentang RM43 billion. Jadi, saya ingin mencadangkan kepada YAB. Jeneri, terimaan sebenar untuk tahun 2021 kalau boleh kita masukkan „management account‟, maksudnya kita ada terimaan sebenar pada tahun 2018, 2019, 2020. 2021 ni kita buat terimaan sebenar juga kalau ada, satu lagi kolum tambah untuk penambahbaikan kepada kerajaan yang nak ke arah yang lebih baik lah.
Ok, terima kasih YB. Kubang Rotan. Cadangan dipertimbangkan.
Oh! Ada lagi?
Saya ada pertanyaan untuk Kod 71214 dan Kod 71253 di mana lesen kedai minuman keras dengan lesen minuman keras. Apakah perbezaannya dan kenapa peningkatan kepada lesen kedai minuman keras berbanding dengan lesen minuman keras tiada sejak tahun 2019 sehingga tahun 2022? Mohon penjelasan. Terima kasih. Kod 72714 dan Kod 72153 lesen kedai minuman keras dengan lesen minuman keras. Apakah perbezaannya dan kenapa tiada hasil dari tahun 2019 bagi lesen minuman keras? Adakah ini telah ditamatkan sejak tahun 2019? Terima kasih.
Susah rupanya YB. pasal minuman keras ni, serabut. Bukan pasal ia memabukkan tetapi menyerabutkan juga. Untuk Kod 71214, bayaran-bayaran yang dinyatakan dalan Kod 71214 adalah dipindahkan Kod 71253 tu ke situ sebab itu Kod 71253 tu tahun 2019 dah tak dak, dipindah ke Kod 71214 berdasarkan undang-undang kategori premis dan juga lesen minuman-minuman itu lah, ada peruncit, ada pemborong, ada pembekal ada peminum. Kod ni terlalu banyak jadi, Kod 71253 dipindah ke Kod 71214. Pening tak? Tak pening? Ha.. belum cukup mabuk lagi.
Sebab saya tak minum arak! (seluruh hadirin ketawa)
Gurau, gurau, jangan marah ya?
Ok YB. Tuan Speaker, „last‟ sekali. Yang ni untuk permit pasir, setahu saya Negeri Kedah mempunyai banyak hasil pasir. Jadi, kita tengok dari tahun 2019 untuk Kod 71270 tak ada hasil sejak tahun 2019 hingga tahun 2022. Adakah ini juga disebabkan pindaan kod? Terima kasih.
Jawapannya ya, pindah kod.
Yang ni kita masuk agenda, tajuk perbelanjaan bekalan. Haa..Baru nak mula, hat tadi tak mula. B.02 ni yang saya nampak daripada tercatat di sini dasar baru RM50 ribu memang disediakan, itu „direct‟ kepada Speaker lah kan. Tapi yang disebut tentang RM50 ribu tambahan untuk „repair‟ rumah di seluruh Kedah itu, saya tak nampak dalam dasar baru dan one-off tu saya nak bahagi tak boleh RM1.2 juta di mana dasar baru yang membolehkan RM50 ribu tambahan disediakan kepada ADUN untuk bantuan „repair‟ rumah tu, ini di bawah B.02.
Peruntukan itu dipindahkan ke B.06.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM30,082,800.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.02 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.03 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM832,700.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM832,700.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.03 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.04 - Pejabat Menteri Besar Dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM43,875,400.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Terima kasih YB. Dato‟ Pengerusi. Saya ingin bertanya sebab dalam carian saya tak jumpa tempat letak duduknya 3 perkara yang keutamaan saya. Pertamanya peruntukan untuk IKDAR tu RM3.5 juta kemudian juga ditambah dengan RM400 ribu untuk pembangunan segera untuk IKDAR. Perkara ini memang kepentingan saya yang selalu ditanya semasa duk jumpa di masjid tu lah. Yang kedua tentang pembaikan asrama di Mesir yang bernilai RM1 juta sama ada ia juga, mungkin betul B.04 atau yang lain perlu diperjelaskan saya takut nanti terlepas dikatakan B.04. Yang ketiganya tentang peruntukan kepada Tadika Islam yang 141 tadika tu dengan RM5.3 juta. Apakah ia juga sebahagian daripadanya sebab di sinilah nampak ada besar sikit jumlahnya, tetapi pembahagian saya tak jumpa juga di mana letak duduknya 3 perkara ini, IKDAR, pembaikan asrama di Mesir dan Tadika Islam yang menjadi tajuk utama dalam ucapan bajet YAB. Jeneri.
YB. Dato‟ Pengerusi, jawapan untuk YB. Suka Menanti. IKDAR dimasukkan ke dalam B.05 dan pembaikan asrama di Mesir B.06.
Tadika Islam, tapi yang penting yang 2 tadi lah, surat sokongan tu.
B.16, Pejabat Agama Islam. Terima kasih lah, prihatin, bagus.
Ya..YB. Derga, buka „mask‟.
YB. Dato‟ Pengerusi, minta penjelasan ataupun butiran dasar baru untuk tahun 2022 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang RM250 ribu, untuk Pejabat PSUK RM1,130,000.00 dan PSUK (Pembangunan) RM1,074,000.00 serta one-off PSUK RM1,610,000.00 dan juga RM704,400.00. Terima kasih.
Terima kasih YB. Derga. YB. Dato‟ Pengerusi, bagi 2022 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri RM250 ribu adalah tambahan Kod Emolumen dan Elaun Tidak Berpencen JUSA. Bagi RM1,130,000.00 Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Tambahan Kontrak Mencuci serta Kontrak Elektrikal dan Mekanikal Wisma Darul Aman RM1 juta, Bahagian Perkhidmatan Pengurusan Tambahan pelbagai Kod 20000 RM80,000. Pejabat Menteri Besar, tambahan pelbagai Kod 20000 sebanyak RM50,000. Untuk Pejabat Timbalan SUK juga RM20,000 yang ditanyakan tadi untuk Bahagian Perkhidmatan Pengurusan bil rawatan pesakit. Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) RM1,074,000.00 untuk BPEN tambahan Kod Penyelenggaraan sebanyak RM20,000, Bahagian Perumahan tambahan bagi penyelenggaraan, yang pertama Rancangan Perumahan Awam (RPA) RM1 juta, yang kedua 4 unit kenderaan dan peralatan pejabat RM50,000, ketiga kos pengiklanan rumah kosong (RPA) RM4,000. Terima kasih.
YB. Dato‟ Pengerusi, yang tu untuk dasar baru, tadi yang one-off untuk PSUK (Pengurusan) dan one-off PSUK (Pembangunan).
One-off PSUK (Pengurusan) RM1,610,000 kan? Bahagian Khidmat Pengurusan RM1.56 juta, Bahagian Teknologi Maklumat RM50,000. Untuk perincian dia, Bahagian Khidmat Pengurusan morganization lift di Blok A, Blok B dan Blok C di Kompleks Wisma Darul Aman sebanyak RM1,050,000, pemasangan „alarm‟ dan alat komunikasi dalam lif Blok A, B, C, D dan E ke Pondok Pengawal Utama, Wisma Darul Aman RM340 ribu, penggantian „wire rod‟ bagi lif 1, 3, 4, 5 dan 7 bagi Blok E, Wisma Darul Aman RM170 ribu, menjadikan jumlahnya RM1,560,000. Lagi RM50,000 ialah Bahagian Teknologi Maklumat, sewaan „smart office packej‟ untuk pegawai BTMK, langganan system real time business intelligence dashboard, langganan perisian berlesen PHP checker, repeat PHP 2020 time users, langganan perisian berlesen adopt all APPS, pengauditan dalam dan pengauditan SIRIM, bengkel dokumentasi ISO ISC 27001 RM50,000 menjadikan jumlahnya RM1,610,000. Terima kasih.
Silakan YB. Gurun!
Terima kasih YB. Dato‟ Pengerusi. Saya nak tanya, walaupun MBI ini bukan dalam struktur kerajaan, adakah Pejabat Menteri Besar ataupun SUK ini peruntukan untuk „running of MBI‟? Adakah ianya melibatkan duit kerajaan ataupun kalau ada, di manakah….(YAB. Menteri Besar mencelah)
Tidak ada peruntukan YB. Gurun, tidak diperuntukkan.
YB. Dato‟ Pengerusi, hanya cadangan untuk perumahan sebab kita dapat rungutan Perumahan Awam kita banyak yang sudah rosak. Bila kita tanya YB. Sidam pun dia kata tak dak peruntukan. Saya nak cadangkan dan minta YAB. Jeneri bolehkah tambahkan peruntukan kepada perumahan, untuk maintenance dan sebagainya sebab kita nampak ada keretakan berlaku dan dalam Sidang Dewan sebelum ini saya ada cadangkan supaya adakan satu sub-engineering, sub untuk rumah-rumah yang diduduki oleh rakyat kita, takut nanti rosak dan runtuh.
Ada di B.04 RM1 juta dan P.04 RM2 juta. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”.
[Dipersetujui]
Wang sejumlah RM43,875,400.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.04 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.05 - Pelbagai Perkhidmatan. Wang sejumlah RM134,460,100.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Terima kasih YB. Dato‟ Pengerusi. Kalau tidak panjang sangat soalan, kalau dapat dibuat pecahan dasar baru daripada RM1 juta…..(YB. Dato‟ Pengerusi mencelah)
YB. Alor Mengkudu buka „mask‟.
Dasar baru dari 2021 baru RM1.16 juta, tapi bila 2022 tu sudah meningkat banyak sampai RM11.5 juta. Tapi bagi one-off pula 2021 RM18.9 juta tapi bila mari 2022 dia jadi kurang. Jadi, kalau boleh beri sedikit pecahan item-item yang meningkat dengan begitu besar, dekat RM10 juta bagi dasar baru dan one-off tu dia kurang pulak.
Pasal ada imbuhan tahunan tu, dulu kita masuk ke one-off RM10 juta, kita pindahkan dari one-off ke dasar baru, RM10 juta, tu yang nampak mencanak tu. Pindah.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM134,460,100.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.05 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.06 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM61,458,000.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Tanya pi lah… Sat gi habis awal pulak (sambil ketawa).
Silakan YB. Alor Mengkudu!
Ada pertambahan tu dari RM34 juta jadi RM42 juta. Ya lah, bila ada pertambahan ni kita tanya lah. Memang kita ada jawapan dah cuma untuk pemakluman kita lah. Terima kasih.
Yang ni saya boleh tolong jawab na. Dia naik tu oleh beberapa sebab, ini di bawah one-off ya. YB. Dato‟ Pengerusi, one-off yang naik dekat RM8 juta tu ialah kerana pelbagai perkara lah umpamanya kita belanja untuk khidmat pengurusan pentadbiran am, yang tu RM98 ribu. Kemudian kita belanja untuk.. ni luar jangka ya „combine‟ bayaran gaji pelbagai jabatan negeri, yang tu RM3.3 juta. Kemudian pelbagai kod perkhidmatan bekalan termasuklah perkhidmatan gerbang portal, pembayaran online kerajaan dan sebagainya, yang tu RM2.65 juta. Seterusnya RM2.5 juta kenderaan diraja, kemudian RM31.008 juta pelbagai pemberian luar jangka termasuk saman membantu kadar hartanah negeri, bantuan kemudahan peniaga kecil, penjaja dan sebagainya. Seterusnya RM3 juta pelbagai perbelanjaan. Yang tu lah semua YB. Alor Mengkudu. Tanya pasal masa banyak saja.
Masa banyak… Disebut tadi hat 33, 04, 05, 06 tu. Terima kasih YB. Dato‟ Pengerusi. Hat luar jangka ni dia duk hat mana tak tau, tak berapa nak jelas tadi. Adakah dia duduk dalam pelbagai dan berapa jumlah?
Di duk dalam luar jangka RM33 juta.
RM33 juta tu dia duk tang mana?
Di hujung tu lah, luar jangka, pembayaran gaji pelbagai jabatan kerajaan, RM3 juta. Dulu RM1 juta la naik kepada RM3 juta.
Semua sekali berapa, luar jangka?
Luar jangka ni RM3 juta lah.
RM3 juta saja luar jangka? Pasai pa hari tu YAB Jeneri sebut belanja 2021 sampai RM39 juta untuk covid, gunakan peruntukan luar jangka. Tu luar jangka hat mana? La ni baru sebut RM3 juta saja. Adakah luar jangka ni dia duduk „posting‟ di banyak tempat ka dalam konteks perbelanjaan? Jadi, jumlah kali ni agak-agak berapa? Tanya saja lah untuk semua sekali.
YB. Alor Mengkudu, jumlahnya semua RM10 juta tapi di pelbagai kod. Duk merata tapi jumlah semua RM10 juta lah, sana sikit, sini sikit.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM61,458,000.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.06 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.07 - Peruntukan Kepada Kumpulan Wang Terkanun. Wang sejumlah RM103,042,150.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM103,042,150.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.07 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.09 - Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM57,306,800.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
YB. Dato‟ Pengerusi, saya nak melihat kepada perkara 10930 JKR Kulim/Bandar Baharu. Saya melihat bilangan jawatan semakin menurun dengan kekangan untuk memantau banjir, kerosakan infrastruktur dan sebagainya untuk JKR ni nak jaga Kulim/Bandar Baharu ni sangat besar, perjawatan pula makin kurang. Jadi, apakah perancangan kerajaan sekiranya pecahkan JKR Kulim dan juga JKR Daerah Bandar Baharu dan tambahkan perjawatan JKR ini. Terima kasih.
YB. Dato‟ Pengerusi, bersabit dengan soalan daripada YB. Bandar Baharu, perkara itu memang telah dibincangkan untuk dibuat „react off‟ di peringkat JKR dan dalam tindakan pihak kerajaan. Terima kasih.
YB. Dato‟ Pengerusi.
Duduk jauh sangat. YB. Kuala Ketil!
Terima kasih YB. Dato‟ Pengerusi. Saya rujuk kepada JKR Baling. JKR Baling juga menghadapi kekakangan besar semasa berlaku bencana dan sebagainya. Di sini tak nampak pertambahan perbelanjaan untuk menghadapi. Alasan yang diberi tak cukup peruntukan. Jadi dengan pertambahan peralatan aset dan sebagainya nampak ada sedikit kekangan. Mohon penjelasan.
YB. Gurun nak tanya apa?
YB. Dato‟ Pengerusi, saya nak tanya, adakah duit MARRIS ini „selection‟ untuk baiki jalan adakah ditentukan oleh JKR Negeri ataupun oleh JKR Federal? Sebab saya tengok di Sungai Petani dan Merbok, saya tengok ada satu jalan yang tiap-tiap tahun dia „repair‟, walaupun kadang-kadang tak dak rosak apa pun. Saya tengok seolah-olah macam nak perabis duit kena „repair‟ juga. Sedangkan kawasan-kawasan lain tu banyak yang perlukan jalan „repair‟. Jadi, saya nak tanya, apakah kaedah penetapan mengenai satu-satu jalan itu? Terima kasih.
Untuk YB. Kuala Ketil dulu YB. Dato‟ Pengerusi, yang dinyatakan di dalam jadual ini adalah belanja mengurus bagi kerja-kerja pembaikan kerosakan di Daerah Baling tu diletakkan di bawah P.09.
YB. Dato‟ Pengerusi, untuk soalan daripada YB. Gurun, ada garis panduan yang telah ditetapkan berkaitan dengan perbelanjaan peruntukan bagi MARRIS. Jalan-jalan yang telah disenggara itu mengikut „cycle‟ 3 tahun sekali, 3 tahun dia „repair‟ lah dia disenggara balik supaya dia tak rosak baru kita pi senggara.
Kemudian, pemilihan lokasi ini dibuat oleh Jabatan Kerja Raya berdasarkan penilaian pihak JKR. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM57,306,800.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.09 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.11 - Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM14,833,500.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM14,833,500.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.11 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.12 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM8,295,200.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
YB. Bandar Baharu!
YB. Dato‟ Pengerusi, berkenaan dengan Veterinar ini pun menjadi kegusaran lah di peringkat daerah. Kebanyakan daerah-daerah tiada doktor Veterinar contohnya di Bandar Baharu. Kami tak dak doktor dan kami melihat tiada keseimbangan…. (YB. Dato‟ pengerusi mencelah)
Langkawi pun tak dak doktor!
Ya, banyak daerah tak dak doktor Veterinar. Jadi, tiada keseimbangan untuk kita membangunkan industri veterinar di daerah-daerah sekiranya kita tidak ada perjawatan-perjawatan pakar seperti ini. Dan saya pun dapat makluman bahawa setiap 6 bulan sepatutnya jabatan-jabatan boleh memohon perjawatan ke negeri dan juga Federal tetapi mengapakah masih lagi tidak selesai dan kita mohon ketua-ketua jabatan juga membuat permohonan perjawatan itu untuk menyelesaikan masalah-masalah walaupun ia tak dak dalam bajet dan tak dak diperuntukan dalam perjawatan ini mungkin 6 bulan ke depan ni boleh memohon secara kontrak untuk membantu masalah kami di daerah-daerah. Terima kasih YB. Dato‟ Pengerusi.
Saya ada jawapan dah YB. Dato‟ Pengerusi. Untuk doktor-doktor ni Federal akan lantik, bukan post daripada negeri. Cadangan-cadangan YB. Bandar Baharu itu kita akan ambil perhatian lah.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM8,295,200.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.12 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.13 - Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM45,972,400.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
YB. Dato‟ Pengerusi, saya nak minta untuk perjawatan Kuala Muda, Sik dan Baling itu kalau boleh dipecahkanlah sebab nak bagi efisien lagi perjawatan sebab di Baling ni daerah besar supaya ada satu perjawatan di Baling.
Sedang dalam tindakan pihak kerajaan YB. Dato‟ Pengerusi, sedang dibuat proses „react off‟ untuk JPS. Terima kasih.
YB. Bukit Selambau!
YB. Dato‟ Pengerusi, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah dapat peruntukan sebanyak RM45,972,400.00. Saya pohon di sini untuk membuat satu kajian terperinci di Kampung Jerung di kawasan saya di mana banjir berlaku setiap tahun dua tiga kali bila hujan lebat turun. Baru-baru ini pada 18, 19 dan 20 bulan lalu hujan lebat kami harus menempatkan lebih kurang 35 keluarga di Masjid Kampung Jerung dan juga maahad tahfiz di sana pun turut mengalami banjir.
Jadi, saya pohon JPS membuat kajian menyeluruh mendalamkan sungai, mencuci, membersih, melebarkan dan juga membuat ban jika perlu. Terima kasih.
Ya, akan diambil maklum cadangan daripada YB. Bukit Selambau. Terima kasih.
Terima kasih YB. Dato‟ Pengerusi. Bila waktu banjir ni lazimnya ada 2 jabatan yang akan terlibat. Yang pertama ialah JPS itu sendiri, tapi yang keduanya ialah PBT. Kadang-kadang banjir kilat yang berlaku di persekitaran bandar-bandar ini adalah disebabkan oleh sampah sarap yang tersumbat dan tersekat dalam longkang-longkang kita di PBT. Saya mohonlah supaya pihak, kadang-kadang „problem conflict‟ ni PBT kata JPS, JPS kata PBT. Tapi kalau musim-musim kering, musim kemarau, kalau sekiranya JPS dan PBT boleh selesaikan masalah mereka, saya ingat sampah-sampah ataupun apa-apa juga „realignment‟ ataupun nak buat apa-apa pada waktu kering ini rasanya waktu ini lah yang baik. Sebab kalau musim hujan baru nak buat itu „problem‟ yang kita ada dan ianya melibatkan kewangan yang lebih tinggi. Saya mencadangkan supaya ada penyelarasan daripada pihak PBT dan juga JPS. Terima kasih YB. Dato‟ Pengerusi.
YB. Dato‟ Pengerusi, memang masalah banjir ini di negara kita, saya ingat semalam pun kawasan saya banjir kilat, masuk rumah. Hari tu pun ada banjir air pasang di Teluk Wanjah. Saya nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Datuk Bandar yang bertindak dengan cepat. Hari Deepavali dalam pukul 12.00 saya mesej Datuk Bandar, pukul 5.30 mereka pergi buang air, tarik air tu dari sebelah jalan ke longkang sebab di situ longkang tak bergerak langsung, air bergerak. Sebenarnya di bawah tu ada parit tapi air tu tidak bergerak ke dalam parit. Ingat ok dah, Datuk Bandar kata sudah selesai, tapi pada hari Jumaat, sama juga air naik, penjaja tak boleh menjaja, masalahnya longkang di situ tersumbat seperti yang dikatakan oleh YB. Gurun, banyak yang tersumbat, penyelenggaraan tak dak. Jadi, minta tambahan peruntukan untuk buat penyelenggaraan di longkang-longkang dan parit-parit yang tersumbat ini kerana ada banyak tanah, daun, sampah di dalamnya. Saya ingat ini salah satu masalah yang telah diutarakan banyak kali dah. Itu cadangan saya.
Terima kasih YB. Dato‟ Pengerusi. Berkenaan dengan Jabatan Pengairan dan Saliran di kawasan saya seperti saya sebutkan sebelum ini soalan berkenaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) kalau boleh pegawai-pegawai di JPS tu kalau kami turun untuk menyelesaikan masalah rakyat di bawah kena ada lah. Saya terpaksa pi panggil JPS di kawasan lain, yang berlaku baru-baru ini orang kat situ lari dah dengan kontraktor semua lari. Tak boleh lah, kita belajar menerima kenyataan untuk berbincang masalah rakyat, jangan kita lari daripada masalah kita „sattle problem‟. Tapi ada juga pegawai JPS yang begitu baik sekali yang saya tak nafikan yang membantu tapi bukan bidang kuasa mereka. Saya harap diambil perhatian. Terima kasih.
Sikit lagi. YB. Dato‟ Pengerusi. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih banyak-banyak pihak kerajaan kerajaan kerana menambah bajet JPS pada tahun ini dan saya rasa jarang-jarang lah dapat sebab JPS ni sangat penting dan saya nampak di Daerah Bandar Baharu sendiri, JPS, JKR dan juga PBT memang „very efficient‟ lah buat kerja dan saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada JPS berkenaan perkhidmatan mekanikal dan kejuruteraan. Bahagian kejuruteraan ini walaupun perjawatannya hanya 6, bahagian mekanikal 41 tetapi mereka banyak menyelesaikan masalah. Dan saya mohon kepada kerajaan kalau tahun-tahun yang akan datang boleh tambah lagi bukan setakat RM2 juta, RM20 juta pun tak pa kepada JPS untuk menyelesaikan masalah di daerah-daerah kami. Terima kasih.
YB. Dato‟ Pengerusi.
Ini untuk bajet tau, jangan parit tersumbat pun masuk tang ni juga. Silakan YB. Kota Darul Aman!
Terima kasih YB. Dato‟ Speaker. Ini berkaitan dengan perbahasan saya iaitu Lorong Wat Siam, belakang Muzium Negeri Kedah di mana RTB tu cuma siap sebahagian saja, sebahagiannya masih belum siap. Jadi, bila banjir, air melimpah semua masuk ke kediaman penduduk, setiap bulan 12 kali, pagi sekali, malam sekali. Jadi, saya minta JPS untuk kaji dan kalau ada peruntukan siapkan RTB tu supaya banjir kilat tidak berlaku lagi. Terima kasih.
YB. Dato‟ Pengerusi. Terima kepada kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat yang banyak memberikan pandangan dalam peringkat ini. Sekarang saya faham lah kenapa JPS memerlukan caruman kepada projek-projek baru yang dimohon dalam KM, ada caruman untuk JPS, baru saya faham. Daripada parit-parit longkang di bawah PBT ni dia akan pi „attach‟ dengan JPS. Bila JPS kekurangan dana, banyak pemaju yang bantah tau caruman kepada JPS ni, depa nak bayar PBT tak mau bayar JPS. Hari ni saya faham dah, kalau kita ada belanja sekerat, dia punya „service‟ pun sekerat. JPS dia kena ada peruntukan yang khusus juga untuk memastikan kerana pembangunan kita dah banyak sekarang ini, perbandaran dah menjadi besar, sistem perparitan dan saliran pun „sophisticated‟, JPS pun dia kena „mantaint‟ sungai dia, PBT „maintait‟ parit dan longkang dia. Semua pandangan-pandangan tadi adalah baik untuk diberi perhatian oleh kerajaan, InsyaAllah akan diambil perhatian lah benda-benda yang disebutkan tadi. Kita akan pastikan ada penyelarasan antara JPS dan juga PBT. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM45,972,400.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.13 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.14 - Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM4,069,000.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM4,069,000.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.14 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.15 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM31,461,200.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM31,461,200.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.15 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.16 - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM65,352,900.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM65,352,900.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.16 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.17 - Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM2,542,450.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM2,542,450.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.17 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.18 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM8,932,700.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM8,932,700.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.18 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.23 Jabatan Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM18,911,000.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM18,911,000.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.23 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.25 - Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM11,840,400.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM11,840,400.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.25 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.26 - Pejabat Daerah Dan Tanah Bandar Baharu. Wang sejumlah RM3,655,000.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM3,655,000.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.26 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.27 - Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi. Wang sejumlah RM5,908,800.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM5,908,800.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.27 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.28 - Pejabat Daerah Dan Tanah Yan. Wang sejumlah RM4,286,500.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
YB. Sidam dah dapat keputusan negatif. Orang kalau tak bagi masuk dia teringin nak masuk. Jadi, kita jemput dia masuk lah. Tuan-tuan bagi tepukan untuk YB. Sidam. YB. Sidam, „welcome‟!
Wang sejumlah RM4,286,500.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.28 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.29 - Pejabat Daerah Dan Tanah Padang Terap. Wang sejumlah RM5,685,900.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM5,685,900.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.29 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.30 - Pejabat Daerah Dan Tanah Sik. Wang sejumlah RM4,771,900.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM4,771,900.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.30 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.31 - Pejabat Daerah Dan Tanah Pendang. Wang sejumlah RM5,365,700.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM5,365,700.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.31 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.32 - Pejabat Daerah Dan Tanah Pokok Sena. Wang sejumlah RM4,680,500.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM4,680,500.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.32 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.37 - Pejabat Daerah Dan Tanah Kota Setar. Wang sejumlah RM9,536,000.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM9,536,000.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.37 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.38 - Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Muda. Wang sejumlah RM8,158,700.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Terima kasih YB. Dato‟ Pengerusi. Saya melihat untuk perbelanjaan Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Muda anggaran tahun 2022 dikurangkan. Saya rasa tentu YAB. Jeneri faham yang Kuala Muda ni jaga 3 Parlimen dan 6 DUN iaitu satu daerah yang besar. Seharusnya bukan dikurangkan tapi ditambah kerana Sungai Petani bandar yang berada dalam Kuala Muda dan Gurun bandar yang sedang pesat membangun. Jadi, masalah-masalah yang kami hadapi cukup besar, saya kira harus dipertimbangkan supaya ada peningkatan bukan pengurangan untuk tahun 2022 apatah lagi dengan kemasukan pelaburan-pelaburan yang dibawa oleh YB. Guar Chempedak kita kata cukup hebatlah. Untuk itu, harus ditambah peruntukan untuk Kuala Muda. Terima kasih YB. Dato‟ Pengerusi.
Daerah lain semua tak mintak tambah, Daerah Kuala Muda/Yan saja mintak.
YB. Dato‟ Pengerusi, untuk makluman YB. Gurun peruntukan ini menjadi kurang sikit sebab peruntukan untuk aset telah dikurangkan kerana telah dibeli pada tahun ni, jadi tahun depan tak payah beli dah. Aset pejabat tu dah beli tahun ni, memang tahun ni banyak lah tahun depan tak payah beli dah.
Jadi, peruntukan untuk aset tu telah dikurangkan, kurangkan pembelian aset. Nampak macam kurang lah tapi dasar sedia ada berlaku peningkatan. Dasar sedia ada 2021 RM75.65 juta, dasar sedia ada untuk 2022 RM8.95 juta, ada peningkatan cuma aset kurang. Terima kasih.
Puas hati dah YB. Gurun?
YB. Dato‟ Pengerusi, soalan saya cuma nak tanya sebab tahun lepas dengan tahun ni kita dilanda covid. Semasa tu semua pejabat daerah diuruskan PTG dan dibuka. Di manakah perbelanjaan itu pada tahun 2021?
PTG akaun lain ia di bawah CITF YB., bukan pejabat daerah.
Ni orang bincang pasal Kuala Muda/Yan, you tanya pasal Alor Setar. Kuala Muda jugak?
YB. Dato‟ Pengerusi, bila tadi YB. Gurun sebut tentang pertambahan ni saya pernah bangkitkan dulu untuk masukkan Gurun dalam Daerah Yan. Dimaklumkan ada dari sudut perundanganlah sebab kita nak mengimbangi supaya Yan tu yang setiap tahun defisit. Bila ada Gurun ni sebagai satu bandar perindustrian, jadi kita harap perkara itu boleh masuk dalam Derah Yan supaya boleh berdiri sama tinggi dengan daerah-daerah lain.
YB. Sungai Limau, kalau saya, saya tak mau sebab lalat tu akan pi di Yan (seluruh hadirin ketawa), Gurun lalat banyak. Jadi, biarlah lalat tu duduk di Daerah Kuala Muda. Proses dia YB. Sungai Limau susah, nak „register‟ balik semua geran-geran tanah, nak kena tukar mukim apa, Daerah Yan. Nak kena proses geran tanah, bayangkan lah, susah lah tapi boleh diusahakan berperingkat-peringkat. Biar lalat duk Kuala Muda. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM8,158,700.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.38 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.39 - Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim. Wang sejumlah RM6,621,800.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM6,621,800.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.39 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.40 - Pejabat Daerah Dan Tanah Kubang Pasu. Wang sejumlah RM8,667,600.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM8,667,600.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.40 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.41 - Pejabat Daerah Dan Tanah Baling. Wang sejumlah RM5,412,700.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM5,412,700.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.41 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.50 - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Kedah Darul Aman. Wang sejumlah RM253,500.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM253,500.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.50 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.51 - Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan. Wang sejumlah RM10.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM10.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.51 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud perbelanjaan B.52 - Badan Berkanun Negeri. Wang sejumlah RM10.00 untuk maksud perbelanjaan itu menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbahasan!
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak, kata “tidak”. [Dipersetujui]
Wang sejumlah RM10.00 untuk Maksud Perbelanjaan B.52 ditetap menjadi sebahagian daripada Jadual.
Yang Berhormat Dato‟ Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya pohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan.
Sekarang Dewan kembali kepada persidangannya.
Yang Berhormat Dato‟ Speaker, saya pohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah ditimbang oleh Jawatankuasa Dewan dan disetujui dengan tiada apa-apa pindaan. Dengan itu saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang ketiga sekarang dan diluluskan.
Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang ketiga sekarang dan diluluskan.
Rang Undang-Undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbelanjaan Negeri 2022 dan hendaklah mula berkuatkuasa mulai daripada 1 Januari 2022. Maka inilah dibenar mengeluarkan wang tidak lebih daripada Ringgit Malaysia Tujuh Ratus Tiga Puluh Juta Tujuh Ratus Sembilan Puluh Tujuh Ribu dan Enam Ratus Dua Puluh Sahaja (RM730,797,620.00) daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan bagi pelbagai perkhidmatan bagi tahun 2022.
Wang yang tersebut itu diuntukkan bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalam Jadual Rang Undang-Undang ini.
Adalah dengan ini diperbuat Undang-Undang oleh Majlis Undangan Negeri Kedah Darul Aman seperti tersebut. Bacaan Kali Ketiga.
Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Negeri Bagi Tahun 2022
Usul Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Negeri Bagi Tahun 2022.
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato‟ Seri Menteri Besar.
Yang Berhormat Dato‟ Speaker, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan, saya pohon mencadangkan Usul mengenai Anggaran Kumpulan wang Pembangunan Negeri Tahun 2022 seperti berikut:-
“Bahawa menurut Seksyen Kecil (1) Seksyen 4 Akta Kumpulan wang Pembangunan 1966, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 11 Tahun 2021 dan bahawa menurut Seksyen Kecil (3) Seksyen 4 Akta tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus Lapan Belas Juta Tiga Ratus Dua Belas Ribu Dan Seratus Lima Puluh sahaja (RM218,312,150.00) yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.
Sekian, Yang Berhormat Dato‟ Speaker.
Yang Berhormat Dato‟ Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.
Sekarang Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN
Yang Berhormat Dato‟ Pengerusi, saya pohon mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.04 sebanyak RM40,600,020.00 itu patut dibenarkan.
Saya buka untuk perbahasan! Tak dak tak pa.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.04 berjumlah sebanyak RM40,600,020.00 dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)
Maksud Perbelanjaan P.04 berjumlah sebanyak RM40,600,020.00 itu diluluskan.
PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI
Yang Berhormat Dato‟ Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.06 berjumlah sebanyak RM74,800,000.00 itu patut dibenarkan.
Saya buka untuk perbahasan!
Terima kasih YB. Dato‟ Pengerusi. Bagi P.06 di bawah Pegawai Kewangan Negeri ni, saya dapat jawapan dalam soalan saya tentang perbelanjaan 2021, mungkin dengan kekangan covid dan sebagainya dah dibelanjakan sekitar separuh lah daripada apa yang telah dibajetkan pada 2021. Jadi, banyak perkara-perkara pembangunan ini yang tertangguh. Saya mohon supaya tahun 2022 ini rancangan itu telah dibuat lebih awal dan jabatan pun beri „detail‟ kerjasama lebih awal sebab kita harap pembangunan ini tidak lagi tertangguh. Yang keduanya saya juga ingin mohon supaya dipercepatkan lagi atau dimanfaat sepenuhnya peruntukan di bawah tahap tu, yang 2021 saya tengok baru belanja RM500 ribu saja, di bawah tahap sebab sefaham saya yang ini memanglah perlu belanja negeri tapi kita dah ada peruntukan di sini RM8.5 juta dan kemungkinan besar memang boleh tuntutan balik sebab isu yang selalu YAB. Jeneri laungkan tentang sumber air tu, sebenarnya Kementerian ni kalau kita bincang dulu beberapa projek dimasukkan di bawah tahap ini dia tak bagi duit secara langsung tapi kita buat projek tahap dan maklumkan kepada dia, kita „claim‟ dipertimbanglah dia tak boleh bagi „cash‟. Dia bagi lah dalam projek tahap. Dicadangkan.
Kita mengmbil maklum cadangan daripada YB. Suka Menanti. Terima kasih.
Ada lagi? Tak dak.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.06 berjumlah sebanyak RM74,800,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)
Maksud Perbelanjaan P.06 berjumlah RM74,800,000.00 itu diluluskan.
JABATAN KERJA RAYA
Yang Berhormat Dato‟ Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.09 berjumlah sebanyak RM64,610,130.00 itu patut dibenarkan.
Saya buka untuk perbahasan!
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.09 berjumlah sebanyak RM64,610,130.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)
Maksud Perbelanjaan P.09 berjumlah RM64,610,130.00 itu diluluskan.
JABATAN PERTANIAN
Yang Berhormat Dato‟ Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.11 berjumlah sebanyak RM6,860,000.00 itu patut dibenarkan.
Saya buka untuk perbahasan!
YB. Dato‟ Pengerusi, kajian ada menunjukkan di Jabatan Pertanian ini, kalau kita terus menerus menjadi petani-petani yang mempunyai jumlah petak-petak yang kecil, tidak mungkin petani-petani kita dapat melepasi taraf kemiskinan. Jadi, saya mencadangkan, saya tengok di sini anggaran yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk RMK-12 dari tahun 2021 hingga 2025 sekitar RM34 juta dan cadangan untuk perbelanjaan 2022 RM6.8 juta.
Saya mencadangkan kerajaan juga melihat kembali jenis-jenis tanaman lain selain kita bergantung kepada padi. Diantaranya ialah macam di Gurun, di Jeniang, jagung tumbuh cukup cantik malah di Gurun menjadi tempat ikon di mana orang nak makan jagung, depa akan pi beli di Gurun. Maknanya tanah di Gurun tu subur untuk tanam jagung. Kalau dikomersialkan jagung ini secara satu jumlah yang besar di seluruh Kedah, saya rasa…(audio kurang memuaskan, perbahasan tidak dapat direkod). Sejak padi organik yang telah disebut-sebut banyak sekarang ini. Jadi, saya mencadangkan kerajaan memberikan perhatian di samping amat bergantung kepada durian yang akan laku di Bandar Baharu, tetapi juga tanaman-tanaman ini diperkenalkan secara komersial dan luas di Kedah. Yang keduanya YB. Dato‟ Pengerusi, saya juga nak mencadangkan tanah-tanah terbiar sama ada milik kerajaan negeri mahupun Federal dibenarkan untuk ditanam dengan tanaman-tanaman ini oleh penduduk-penduduk tempatan sebab di Jeniang tu satu tanah yang luas milik KPTG. Kita nak tanam jagung, dia nak sewa, 1 tahun satu jumlah yang luar biasa mahalnya. Jadi, saya telah pun berbincang dengan KPTG tapi diaorang tak nak undur, depa kata, “biar hutan hau tak pa asalkan tak bagi dekat orang kampung dengan harga yang murah, depa tak bagi”. Saya mintak RM200 seekar depa tak mau, depa mintak RM1,000 lebih. Ini sesuatu yang sayang, terbiar, akhirnya tanah itu dicerobohi dan sekarang ni di tempat tu ada satu kawasan kolam yang depa curi pasir tu saya ingat sebesar tasik dah. Ini masalah yang kita ada. Jadi, saya mencadangkan kerajaan negeri, tanah-tanah milik kerajaan negeri atau Federal yang tidak akan dibangunkan mungkin untuk 5 atau 10 tahun yang akan datang, dibenarkan orang kampung menanam tanaman kontan seperti ini sama ada jagung, nanas ataupun nangka, saya cadangkan. Terima kasih.
YB. Bandar Baharu!
YB. Dato‟ Pengerusi, terima kasih lah kerana Pertanian masih lagi memberi bajet yang besar kepada pembangunan industri padi. Anak saya dia pernah jumpa kawan-kawan sekolah YB. Dato‟ Pengerusi, kawan dia tanya, “awak orang mana”? Dia kata, “saya oqang Kedah”. Dia cakap, “tak nampak macam Kedah pun”. “Takkan saya nak junjung sawah padi atas kepala kut”. Itu sinonim oqang Kedah lah. Tapi saya nak tanya soalan sebenarnya pasal pembangunan Pusat-pusat Kecemerlangan Pertanian, ada diperuntukan RM400 ribu.
Jadi, apakah perincian RM400 ribu ni dan apakah Pusat Kecemerlangan Pertanian yang ingin ditubuhkan? Adakah yang sedia ada ataupun yang baru dan adakah berpotensi untuk wujudkan Pusat Kecemerlangan Pertanian Durian di Daerah Bandar Baharu? Yang kedua, untuk perkhidmatan sokongan teknikal dan pengembangan pertanian RM100 ribu sahaja. Saya rasa memang tak cukup kalau ikutkan tu sebab ia perlukan sokongan teknikal yang lebih besar untuk memastikan semua pertanian kita berkualiti baik dan saya juga cadangkan kalau peruntukan tak banyak, apalah salahnya kalau kita buat kerjasama dengan makmal sokongan teknikal yang kita sedia ada iaitu Kedah Bioresources Corporation di Kulim Hi-Tech Park. Itu saja YB. Dato‟ Pengerusi, terima kasih.
YAB. Jeneri nak dengar lagi soalan ka nak jawab dulu? Haaa….Jawab dulu!
Banyak soalan. Terima kasih YB. Dato‟ Pengerusi. Berikutan saranan daripada YB. Gurun tadi kita ambil perhatian. Ada pembangunan industri tanaman jagung “sweet corn” ada bajet untuk itu RM80 ribu, jumlah keseluruhan untuk pembangunan industri sayuran dan tanaman ladang ni RM460 ribu. InsyaAllah perkara-perkara yang dalam jangkauan Jabatan Pertanian Negeri akan kita usahakan ataupun yang lain-lain daripada tu yang perlu belanja lebih besar kita harap MARDI akan memainkan peranan.
Untuk Pusat Kecemerlangan Pertanian, Batu Seketul dibuat durian. Kalau orang Bandar Baharu kena letak buah durian atas kepala, orang Kedah letak bendang ka no. Di Sala kita buat mangga, Kedah panggil pelam na, di Merbok, nyoq (kelape). Pusat Kecemerlangan di Merbok kita buat kajian tentang “kelape” (kelapa). Terima kasih.
YB. Kubang Rotan!
Terima kasih YB. Dato‟ Pengerusi. Berkenaan yang disebut oleh YB. Lunas tentang „golden melon‟. Saya tengok dia punya pasaran besar, harga baik dan sebagainya, teknologi tu dah ada di Negeri Kedah, pakar-pakar, ada beberapa orang anak muda yang memang hebat, nanti kita sebut tentang penternakan pun sama. Kerajaan negeri kena mengambil peluang ini sebab negeri-negeri lain seperti Selangor, Sabah, cuba mengambil kepakaran anak-anak muda dari Kedah. Jadi, rugi lah kalau Kedah tidak memanfaatkannya, kita tau ada harum manis Kedah cuba di‟explore‟, kalau „golden melon‟ juga di‟explore‟ ataupun melon Kedah dan sebagainya perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan negeri. Terima kasih.
Sekali, YB. Dato‟ Pengerusi. Tentang pertanian terutamanya pembangunan industri padi untuk Jabatan Pertanian RM2 juta lebih dan juga gandingan antara Jabatan Pertanian dengan MADA untuk memperkasa industri padi ni kita tak nampak dia punya „match‟ dia, kadang-kadang kawasan MADA Jabatan Pertanian nak bantu agak tak rasi lah sama ada dia punya persefahaman supaya Jabatan Pertanian jaga hat lain, MADA ni khusus untuk padi tapi pembangunan industri padi masih lagi di Jabatan Pertanian ada bajet. Yang keduanya tadi pun YAB. sebut untuk Pusat Kecemerlangan Pertanian di Sala. Saya rasa hat tu Muzium Mempelam tu lah, yang tepi jalan tu kan? Cuma kita nampak nama muzium tapi dia lebih kepada tidak dimanfaatkan untuk menjadi tarikan orang mai, mai belajar ataupun mai tengok. Mungkin ada cadangan dan kami pun pernah hantar di peringkat daerah untuk kita nak bangunkan sekitar Muzium Pelam tu dan juga persisir di Pulau Nyoq tu dengan sungai yang menarik di kota tu mungkin boleh dibangunkan secara bersama sebagai pusat rekreasi dan juga pelancongan khususnya di Muzium Mempelam. Terima kasih.
Terima kasih YB. Kobang Rotan dan juga Sungai Limau. Tentang melon ni YB. Exco dari Lunas telah jawab kelmarin dan cadangan-cadangan YB. Kubang Rotan akan diberi perhatian.
Tentang YB. Sungai Limau, ada cadangan untuk membangunkan “floating market‟‟, joi rojak atas perahu, di Muzium Mempelam tu lah boleh dibawa ke peringkat yang lebih tinggi untuk dipertimbangkan. Saya rasa usaha yang baiklah untuk adakan „‟floating market‟‟ Muzium Mempelam. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.11 berjumlah sebanyak RM6,860,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)
Maksud Perbelanjaan P.11 berjumlah RM6,860,000.00 itu diluluskan.
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR
Yang Berhormat Dato‟ Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.12 berjumlah sebanyak RM6,060,000.00 itu patut dibenarkan.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.12 berjumlah sebanyak RM6,060,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)
Maksud Perbelanjaan P.12 berjumlah RM6,060,000.00 itu diluluskan.
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
Yang Berhormat Dato‟ Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.13 berjumlah sebanyak RM14,607,000.00 itu patut dibenarkan.
YB. Dato‟ Pengerusi, perbahasan dulu.
Lain kali ketuk bagi deqaih sikit, baru Pengerusi dengaq.
Terima kasih YB. Dato‟ Pengerusi. Untuk P.13 JPS, saya minta kepastian untuk program Tebatan Banjir sebab mengikut kos ni baru RM4.4 juta. Adakah jumlah yang lain tu datangnya daripada RMK-12 kerana permintaannya tinggi jadi kos yang diperlukan tinggi lah untuk tebatan banjir.
Yang keduanya untuk program peningkatan sistem pengairan dan saliran luar skim. Kalau dalam skim ok, tapi luar skim ni selalunya banyak bergantung kepada keperluan. Kita mendapati keperluan dia banyak, boleh dimasukkan dalam perancangan tahunan, jadi perlukan pertambahan. Juga pendalaman muara sungai juga tengok bajetnya tak berapa tinggi sebab ia salah satu punca banjir. Kalau kami di Baling ni selalunya ia sebahagian daripada punca banjir, inilah kesan-kesannya.
YB. Dato‟ Pengerusi, tentang program Tebatan Banjir ini memang mini tebatan banjir lah peringkat negeri. Mungkin sekitar 8 atau 9 tempat yang akan disentuh dalam 2022 ini. Jadi, mohon sedikit penjelasan ataupun disenaraikanlah tempat-tempat yang akan diberikan keutamaan untuk program Tebatan Banjir 2022. Satu dua tempat disentuh semasa ucapan dasar.
Yang keduanya tentang Kod 10000 tentang program pemodenan peralatan mekanikal, yang tahun lepas diperuntukkan RM970 ribu, sama ada ia telah dibelanjakan atau tidak untuk 2021 sebab 2022 diperuntukkan RM1.2 juta. Bagi saya, ini keperluan yang sangat mendesak tentang peralatan mekanikal seperti yang disebut oleh YB. Bandar Baharu tadi untuk tujuan membantu kita mencegah kesan banjir. Terima kasih.
Terima kasih YB. Dato‟ Pengerusi, YB. Suka Menanti dan YB. Kuala Ketil. Untuk projek-projek yang disebutkan oleh YB. Suka Menanti tadi belanja daripada kerajaan negeri, nanti dia faham lah dia besa jadi Exco. Ada belanja yang besar daripada Kerajaan Persekutuan contohnya untuk Yan lah, belanja keseluruhannya dekat RM180 juta, itu semua daripada Federal, state tak dak hat tu. Banyak perbelanjaan program-program besar ni daripada Kerajaan Persekutuan.
Untuk RM4.497 juta ni antara projeknya yang saya sebutkan semalam antaranya ialah Rancangan Tebatan Banjir Pengkalan Lebai Man, hat tu saya sebut dalam bajet. Antara yang tidak disebutkan ialah Kerja-kerja Pengukuran dan Penyiasatan di Sungai Pendang, Kerja-kerja Pengukuran dan Penyiasatan di Padang Kerasak, Naka, Kerja-kerja Pengukuran dan Penyiasatan di Sungai Perik, Mukim Kurung Hitam, Kerja Ukur bagi Tebatan Banjir Lembangan Sungai Tereb, Kerja-kerja Tebatan Banjir dan Naik Taraf Sistem Saliran Taman Seri Negeri, Taman Golf, Kelab Golf Diraja serta kerja-kerja berkaitan di Daerah Kota Setar, Kerja-Kerja Tebatan Banjir di Sungai Pendang, Kerja-kerja Tebatan Banjir di Sungai Kok, Kerja-kerja Tebatan Banjir di Kampung Teloi Tua, Sungai Teloi, Daerah Sik, Kerja-kerja Tebatan Banjir di Teluk Yu, Daerah Langkawi. Kemudian, Kerja-kerja awalan program Tebatan Banjir di Alor Semeliang, Kerja-kerja Saliran di Alor Semeliang, Mukim Belimbing Kanan, Daerah Padang Terap, ini pun RM500 ribu. Itulah antara projek-projek yang menelan belanja RM4.497 juta tu. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.13 berjumlah sebanyak RM14,607,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)
Maksud Perbelanjaan P.13 berjumlah RM14,607,000.00 diluluskan.
JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA
Yang Berhormat Dato‟ Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.14
berjumlah sebanyak RM975,000.00 itu patut dibenarkan.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.14 berjumlah sebanyak RM975,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)
Maksud Perbelanjaan P.14 berjumlah RM975,000.00 itu diluluskan.
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
Yang Berhormat Dato‟ Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.16 berjumlah sebanyak RM6,500,000.00 itu patut dibenarkan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.16 berjumlah sebanyak RM6,500,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)
Maksud Perbelanjaan P.16 berjumlah RM6,500,000.00 itu diluluskan.
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN
Yang Berhormat Dato‟ Pengerusi, saya mencadangkan bahawa perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.25 berjumlah sebanyak RM3,300,000.00 itu patut dibenarkan.
YB. Dato‟ Pengerusi, saya ingin bertanya berkenaan dengan penandaan dan pengukuran 02000 sebanyak RM300 ribu ni saya jangkakan untuk pembelian alat-alat seperti GNSS, yang mana menjadi kesukaran dan masalah pejabat-pejabat tanah termasuklah Bandar Baharu dan kalau ada „equipment‟ tu memang banyak cukai masalah tanah di daerah-daerah kita. Terima kasih.
YB. Dato‟ Pengerusi, penandaan dan pengukuran belanja RM300 ribu tu untuk pengukuran dan penandaan sempadan negeri. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan supaya perbelanjaan yang ditunjukkan di bawah Maksud Perbelanjaan P.25 berjumlah sebanyak RM3,300,000.00 itu dibenarkan kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”.
(Dipersetujui)
Maksud Perbelanjaan P.25 berjumlah RM3,300,000.00 itu diluluskan.
Yang Berhormat Dato‟ Pengerusi, saya pohon mencadangkan bahawa ketetapan yang dipersetujui oleh Jawatankuasa ini patutlah dinyatakan dengan serta merta kepada Dewan.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini pinta kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)
Sekarang Dewan kembali kepada persidangannya
Yang Berhormat Dato‟ Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya pohon menyatakan bahawa Jawatankuasa Dewan ini telah menimbang dan membuat ketetapan iaitu cadangan-cadangan yang terkandung di dalamnya patut dibenarkan tanpa apa-apa pindaan. Oleh itu sekarang saya mencadangkan:-
“Bahawa menurut Seksyen Kecil (1) Seksyen 4 Akta Kumpulan wang Pembangunan 1966, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 11 Tahun 2021 dan bahawa menurut Seksyen Kecil (3) Seksyen 4 Akta tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus Lapan Belas Juta Tiga Ratus Dua Belas Ribu Dan Seratus Lima Puluh sahaja (RM218,312,150.00) yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.
Yang Berhormat Dato‟ Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan sekarang ialah satu Usul yang berbunyi :-“Bahawa menurut Seksyen Kecil (1) Seksyen 4 Akta Kumpulan wang Pembangunan 1966, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 11 Tahun 2021 dan bahawa menurut Seksyen Kecil (3) Seksyen 4 Akta tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus Lapan Belas Juta Tiga Ratus Dua Belas Ribu Dan Seratus Lima Puluh sahaja (RM218,312,150.00) yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul ini pinta kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)
Usul ini diluluskan.
Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Hutan Tahun 2022
Urusan seterusnya.
Usul Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Hutan Bagi Tahun 2022
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato‟ Seri Menteri Besar
Yang Berhormat Dato‟ Speaker, saya pohon mencadangkan Usul yang Kedua (b) mengenai Anggaran Kumpulan Wang Pembangunan Hutan seperti berikut:-
“Bahawa menurut Sekyen Kecil (1) Seksyen 56 Akta Perhutanan Negara 1984, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 11 Tahun 2021 dan bahawa menurut Seksyen Kecil (1) Seksyen 57 Akta tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak RM8,962,000.00 (Ringgit Malaysia Lapan Juta, Sembilan Ratus Enam Puluh Dua Ribu Sahaja) yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.
Yang Berhormat Dato‟ Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan yang perlu diputuskan sekarang ialah satu Usul yang berbunyi :-
“Bahawa menurut Sekyen Kecil (1) Seksyen 56 Akta Perhutanan Negara 1984, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 11 Tahun 2021 dan bahawa menurut Seksyen Kecil (1) Seksyen 57 Akta tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak RM8,962,000.00 (Ringgit Malaysia Lapan Juta, Sembilan Ratus Enam Puluh Dua Ribu Sahaja) yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini minta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)
Usul ini diluluskan.
Urusan seterusnya.
VI. Anggaran Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri Bagi Tahun 2022
Urusan seterusnya.
Usul Anggaran Kumpulan Wang Bekalan Air Bagi Tahun 2022.
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato‟ Seri Menteri Besar.
Yang Berhormat Dato‟ Speaker, saya pohon mencadangkan Usul mengenai Anggaran Kumpulan wang Bekalan Air Negeri Bagi Tahun 2022 seperti berikut:-
“Bahawa menurut Sekyen Kecil (1) Seksyen 4 Enakmen Kumpulan wang Bekalan Air Negeri Kedah Darul Aman 1971, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 12 Tahun 2021 dan bahawa menurut Seksyen Kecil (2) Seksyen (4) Enakmen tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Ratus Lapan Juta, Seratus Empat Puluh Tiga Ribu Dan Empat Ratus Sepuluh Sahaja (RM308,143,410.00) yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.
Yang Berhormat Dato‟ Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu
Perbahasan secara dasar mengenai Usul ini juga telah pun disentuh oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat ketika membahaskan Enakmen Perbelanjaan Negeri Tahun 2022. Oleh itu, sekarang saya akan teruskan kepada ATURCARA PEMBENTANGAN usul ini seterusnya.
YB. Dato‟ Speaker, sebelum kita beralih daripada agenda bajet ni, ada sedikit saya nak ambil kesempatan nak sebut sebab masa pun ada, iaitu kenyataan daripada Yang Amat Berhormat semasa mengulung kelmarin, pertama bajet ini adalah merupakan satu Rang Undang-undang, apabila lulus menjadi undang-undang dan segala perbelanjaan adalah mengikut yang diluluskan. Pertama tak boleh lebih, yang kedua tidak boleh melangkaui „head‟ dia tu, kalau bahagian tu, bahagian tu saja, dia tak boleh lebih daripada situ. Ini perlu diambil perhatian sebab ini undang-undang. Bila Yang Amat Berhormat menyebut pada masa yang lepas, SFO-SFO yang lepas ni dia belanja tak ikut bajet. Ini suatu perkara yang saya fikir serius, SFO yang sebelum ni tak ikut bajet, jadi ini satu Rang Undang-Undang dan saya berpendapat mesti ada fakta, kalau tidak disebut oleh Yang Amat Berhormat kan, ada fakta menyebabkan simpanan tak cukup dan sebagainya. Saya menggesa supaya Bahagian Audit membuat siasatan, apakah berlaku pelanggaran undang-undang dari segi perbelanjaan bajet yang dibuat oleh SFO-SFO yang lepas kerana saya mahu tolak apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat, mesti ada sebab. Itu saja sebagai satu catatan untuk kita punya bajet terutamanya untuk pada masa akan datang. Terima kasih.
Kita ambil sebagai makluman.
YB. Dato‟ Speaker, saya mohon penjelasan bila kita bincang tentang peruntukan ni, ada 2 saja yang nak diperjelaskan. Pertamanya mungkin kali pertama lah dibincangkan di sini nampak ada kolum Persekutuan mengganti balik…..(YB. Dato‟ Speaker mencelah)
Buka „mask‟!
Pertama tentang kolum Persekutuan mengganti balik tu telah mula diadakan pada kali ini, sebab memang itu lah hasil rundingan kan antara negeri dan Persekutuan yang akan memberikan komitmen sebagai geran tetapi kemudian. Kita ada 4 kolum tapi saya ingin bertanya tentang pembaikan paip dasar laut „submarine pipe‟ yang diletakkan „totally‟ di bawah RM20 juta tu sebagai pinjaman. Dalam surat yang diberikan jawapan tak disebut sebagai salah satu komitmen, sebab pernah disebut di Parlimen, mungkin YB. Gurun boleh „check‟ balik. Tentang pembaikan „submarine pipe‟ ini juga telah pun persetujui untuk diberikan satu sumbangan kepada Kedah untuk „repair‟ balik „submarine pipe‟ selepas konsesi lah.
Yang keduanya tak nampak peruntukan untuk pengambilan tanah. Semalam dijawab ada RM48 juta lebih kurang diperlukan pengambilan tanah untuk 5 loji ni. Mungkin diletakkan di bawah bidang yang lain bukan di bawah tajuk bekalan air. Jadi, mohon sedikit penjelasan YB. Dato‟ Speaker.
Terima kasih. Saya ada jumpa cikgu saya, cikgu saya ada di belakang, cikgu-cikgu ramai tak pa. Persekutuan ganti balik tu asalnya „loan‟ jadi geran, dia punya „term‟ macam tu, saya pun tak tau. Memang „term‟ untuk „loan‟ jadi geran dipanggil Persekutuan ganti balik. Untuk perbelanjaan membaiki paip sesalur tu memang „loan‟, termasuk dalam amaun yang telah dimigrasikan dah termasuk di bawah PAAB. Memang „loan‟, bukan geran, tidak termasuk Persekutuan ganti balik. Apa lagi soalan tadi? Pengambilan tanah dimasukkan ke dalam kos siap projek. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan yang perlu diputuskan sekarang ialah Usul yang berbunyi :-“Bahawa menurut Sekyen Kecil (1) Seksyen 4 Enakmen Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri Kedah Darul Aman 1971, inilah dibentangkan kenyataan cadangan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Kertas Dewan Bil. 12 Tahun 2021 dan bahawa menurut Seksyen Kecil (2) Seksyen (4) Enakmen tersebut, inilah dengan ketetapan dibenarkan perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Ratus Lapan Juta, Seratus Empat Puluh Tiga Ribu Dan Empat Ratus Sepuluh Sahaja (RM308,143,410.00) yang ditunjukkan dalam kenyataan itu, dan inilah diuntukkan wang yang ditunjukkan bertentang dengan perkara-perkara itu bagi maksud-maksud yang dipertetapkan di dalamnya”.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini minta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)
Usul ini diluluskan.
Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah [Pindaan] 2021Bill
Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah (Pindaan) 2021.
Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah (Pindaan) 2021 dibacakan bagi kali yang pertama.
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato‟ Seri Menteri Besar untuk bacaan kali pertama.
Bacaan Kali Pertama Yang Berhormat Dato‟ Speaker, sebelum saya kemukakan cadangan saya berkenaan dengan rang undang-undang tersebut, sukacita dimaklumkan ianya telah diwartakan untuk makluman umum pada 28 Oktober 2021 menurut perkara 59 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah. Yang Berhormat Dato‟ Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama “Suatu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah”.
Yang Berhormat Dato‟ Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.
“Suatu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.
Bacaan Kali Kedua.
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato‟ Seri Menteri Besar untuk menerangkan Rang Undang-Undang tersebut.
Yang Berhormat Dato‟ Speaker, saya pohon memberitahu bahawa saya hendak mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi Kali Yang Kedua di dalam Persidangan Dewan ini juga.
-SILAKAN
Bacaan Kali Kedua
Yang Berhormat Dato‟ Speaker, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi Kali Yang Kedua dan dengan ini sukacita saya memberi sedikit penjelasan mengenai Rang Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah (Pindaan) 2021 seperti berikut.
Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Perkara 46 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.
Kerajaan Persekutuan telah membuat pindaan kepada umur calon Ahli Dewan Rakyat daripada dua puluh satu tahun kepada lapan belas tahun melalui pindaan Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan. Dalam masa yang sama, pindaan juga telah dibuat pada Seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan yang telah pun berkuat kuasa pada 2019. Melalui pindaan tersebut, umur seseorang warganegara yang layak untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (“ADUN”) telah diturunkan daripada dua puluh satu tahun kepada lapan belas tahun. Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan merupakan peruntukan-peruntukan penting (essential provisions) yang perlu dimasukkan ke dalam Perlembagaan oleh mana-mana Negeri. Kerajaan Negeri turut mengambil langkah untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah bagi menurunkan umur untuk menjadi calon ADUN di Negeri ini daripada dua puluh satu tahun kepada lapan belas tahun. Pindaan ini akan memberi ruang kepada anak-anak muda untuk turut serta dalam proses demokrasi dalam negara kita.
Perkara 46 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah adalah berkenaan kelayakan ahli yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih layak untuk menjadi Ahli Dewan Negeri.
Yang Berhormat Dato‟ Speaker, Rang Undang-undang ini mengandungi 2 fasal.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan tarikh permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan ini.
Fasal 2 bertujuan untuk meminda Perkara 46 untuk menurunkan umur seseorang warganegara yang layak untuk menjadi Ahli Dewan Negeri daripada dua puluh satu tahun kepada lapan belas tahun
Yang Berhormat Dato‟ Speaker, dengan ini saya mohon mencadangkan agar Rang Undang-Undang ini diluluskan oleh Dewan Yang Mulia ini.
Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Dato‟ Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.
Cadang sudah, sokong pun sudah.
Boleh bahas YB. Dato‟ Speaker?
Boooleeehhh!!! Ni baru nak habaq ni, boleh bahas.
Oh! Boleh bahas. Ingatkan dah sokong tak boleh berbahas dah. Terima kasih YB. Dato‟ Speaker, terima kaSih kepada YAB. Jeneri kerana bentang usul pindaan ini. Sebenarnya usul ini usul yang boleh dikatakan tak dak pilihan untuk kita menolak pun kerana usul untuk menurunkan umur mengundi hari tu 21 kepada 18 telah pun diluluskan oleh Parlimen. Jadi, diperingkat Parlimen bukan saja menurunkan umur pengundi bahkan juga calon Parlimen. Calon Parlimen juga turut turun, jadi 18. Jadi, kalau pilihanraya tu kita kata nak tolak, keadaannya tak boleh nak tolak, dia berbeza lah, macam mana pula di Parlimen nanti ada calon Ahli Parlimen umur 18 tahun, 19, mai calon negeri kita tak benarkan, mesti umur 21. Itu daripada satu sudut, ertinya ini lebih kepada satu penyelarasan antara undang-undang negeri dengan undang-undang di peringkat Persekutuan. Jadi, diturunkan umur, dia boleh mengundi dan dia juga boleh menjadi calon. Itu satu perkara yang kita sokonglah.
Cuma sekarang ni, yang perlu ditarik perhatian adalah kesedaran mengenai demokrasi berperlembagaan. Mereka yang akan mengundi 18 tahun ke atas ni adalah mereka yang baru keluar daripada sekolah, itu saja isu dia. 17 tahun dia SPM, lepas tu tahun berikut dia boleh mengundi dan dia boleh menjadi calon, dia sudah terlibat dalam sistem demokrasi. Pada ketika itu mungkin dia pelajar tingkatan 6, mungkin dia pelajar universiti, metrik. Jadi, dalam masa belajar pun dia sudah boleh masuk politik. Ertinya kelonggaran kepada politik mesti dibuka. Kalau institusi di bawah kerajaan negeri tak boleh kata yang di sekolah ni jangan campur politik, tak boleh sebab undang-undang sudah membolehkan. Itu satu benda kalau di peringkat Persekutuan juga betullah di universiti sudah boleh berpolitik, dibuka forum-forum, diperbetulkan semua sekatan-sekatan. Saya berharap dalam konteks Jabatan Pendidikan, oleh kerana mereka baru nak mula masuk dan mereka nak mula menggunakan hak sebagai demokrasi, mesti ada satu kesedaran demokrasi ini mesti ada satu subjek ataupun satu tajuk dalam mana-mana subjek tatanegara yang akan menerangkan demokrasi berperlembagaan kepada pelajar semasa dia tingkatan 4 ataupun tingkatan 5 sebelum dia meninggalkan alam persekolahan. Kalau tidak, dia akan jadi warganegara yang ikut suka, dia pun tak faham apadia, akhirnya dia boleh mengundi. Jadi, kita tak dapat manfaat daripada sistem demokrasi. Jadi, hendaklah mereka faham apadia yang dikatakan parti politik ni apa? Yang kata Dewan Undangan Negeri dan Parlimen ni apa? Penerangan di mana kedudukan dalam susunan demokrasi. Jadi, bahagian pendidikan hendaklah menganggap ini sebagai salah satu subjek dan jangan lihat politik ini satu benda yang tak betul, tak baik sebabnya perlembagaannya begitu. Yang tak betul tu orang yang berpolitik tu, politik sebenarnya ok, sebab itu kita menerima sistem demokrasi berperlembagaan, demokrasi berparlimen dan juga kena faham demokrasi berparlimen dia adalah berkembar dengan raja berperlembagaan. Tang mana kuasa raja dalam sistem demokrasi kita mana-mana kuasa Dewan-dewan Undangan Negeri juga Dewan Parlimen. Kuasa raja bukan sahaja sebagai penaung tetapi adalah kuasa. Tentunya dalam isu pelantikan Menteri Besar, itu kuasa raja, dalam pelantikan dia ada hak. Jadi, dalam nak menurunkan pula Menteri Besar, tak boleh, LA ada lah dia boleh bagi nasihat kalau saya kata tak betul. Jadi, sekarang saya masih lagi nak menyuarakan harapan supaya mana-mana institusi pendidikan di bawah negeri dan juga mana-mana kursus pelajar dan sebagainya kalau boleh dimasukkan kerana kita sudah mula meluluskan supaya mereka faham bagaimana mereka nak „exercise‟ mereka sebagai warganegara yang telah pun diberi peluang untuk menyertai sistem demokrasi. Itu saja pandangan saya YB. Dato‟ Speaker dalam menyokong usul ini. Terima kasih.
Terima kasih YB. Dato‟ Speaker, terima kasih di atas peluang ini. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan bahawa saya menyokong penuh lah RUU Pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Bahagian 3 Perkara 46 di bawah tajuk “Kelayakan Ahli Majlis Undangan supaya tiap-tiap rakyat berumur 18 tahun atau lebih yang tinggal dalam negeri ini layak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri”. YB. Dato‟ Speaker, antara yang menjadi teras kepada sokongan penuh saya ini adalah kerana akhir-akhir ini kerap dan banyak terdapat urusan negeri dan juga negara yang melibatkan secara langsung kepentingan anak-anak belia kita yang berusia 18, 19 dan 20 tahun ini. Bagi saya kelayakan kepada kelompok 18, 19 dan 20 ini mesti disegerakan supaya keadilan itu diberikan kepada mereka kerana keadilan yang tertangguh itu adalah keadilan yang dinafikan, itu dari segi konsepnya. Jadi, saya berharap supaya pindaan ini dapat diluluskan dan diwartakan sebelum PRU 15 dipanggil. Yang keduanya saya ingin juga sebut tentang alasan bagi kelompok yang selalu meremehkan kemampuan generasi 18, hingga 20 ini adalah kononnya generasi ini kurang ilmu dan kurang pengalaman. Dalam pergaulan saya, saya dapat lihat kurang pelaman dan kurang ilmu ni kadang-kadang bukan sekadar kepada golongan belia 18 hingga 20 saja, 40-an, 50-an pun kalau tak baca, dia kurang sikit ilmu, dia tak tahu juga apa sebenar kuasa dan hak yang ada pada mereka. Jadi, bagi saya itu tidak menjadi satu halangan untuk kita dedahkan golongan ini kepada konsep pentadbiran baru bukan sekadar mereka terlibat secara langsung sebagai pengundi malah mereka boleh juga terlibat jika ada yang layak menjadi calon. Oleh itu YB. Dato‟ Speaker, saya sokong 100 peratus supaya disegerakan memandangkan situasi semasa lebih terdedah dengan maklumat dan anak-anak belia ini boleh mendapat pelbagai maklumat. Parti Keadilan telah memberikan sepenuh kepercayaan juga meletakkan di Melaka dan mengiktiraf calon yang berumur 21 tahun sebagai wakil yang diketengahkan dalam pilihanraya. Terima kasih.
Terima kasih YB. Dato‟ Speaker.
YB. Gurun nampak takut-takuuuut… tengok Speaker.
Hari ni pakai YB. Speaker tegur „psychologically‟ dia punya „effect‟. Walaupun saya pakai jeket ni di Parlimen tak kena tegur, mai-mai Dewan Undangan Negeri kena tegur, terkejut pagi tadi, masuk-masuk kena. Tapi saya minta maaf YB. Dato‟ Speaker, lain kali saya tak pakai jeket ni dah. Pasal amalan di Parlimen tu agak „relax‟. YB. Dato‟ Speaker, saya amat menyokong pindaan ini atas beberapa sebab. Yang pertama, sudah tentu kita tidak boleh memperbudakkan mereka yang berumur 18 tahun ni kerana dalam polis dan tentera pun kita mula mengambil anak-anak muda yang berumur 18 tahun untuk menganggotai sama ada tentera atau polis sementara kita memberikan senjata kepada mereka untuk mempertahankan diri ataupun menyerang musuh dan memberi nyawa mereka kepada Negara, tiba-tiba mai pilihanraya kita kata, “oh! Hampa budak-budak lagi, tak boleh mengundi”. Jadi pelik lah, waktu perang kita suruh depa pi perang, waktu mengundi kita tak bagi depa. Jadi, sudah tentu benda yang sama juga kita sebut dalam Parlimen supaya anak-anak muda ni kita tak boleh „underestimate‟ sebab maklumat di hujung jari. Itu yang pertama YB. Dato‟ Speaker. Yang keduanya saya kira zaman telah berubah. Jadi, teknologi canggih, jadi maklumat-maklumat yang sampai kepada anak muda kita jauh lebih pantas berbanding zaman YB. Dato‟ Speaker dan saya dahulu. Semasa tingkatan 6 kita bawa buku tebal-tebal nak baca buku, sekarang ni budak-budak tak bawa buku dah, semuanya berada di sini (sambil menunjukkan handphone). Ini sudah tentu taraf „futurity‟ mereka lebih pantas daripada sekarang. Cumanya YB. Dato‟ Speaker, masalah yang kita bincang sekarang adalah pendedahan, sejauh mana seperti yang dikatakan oleh Ketua Pembangkang tadi sejauh mana kita mendedahkan anak-anak muda kita ini kepada aliran politik. Sebab itu saya ingin mencadangkan khususnya kerajaan negeri, perbanyakkan sokongan kita terhadap NGO-NGO. Kita mempunyai banyak universiti-universiti yang handal di Kedah kita dan harus saya kira kerajaan negeri mengambil inisiatif di bawah Exco Pendidikan khususnya memberikan peluang kepada persatuan-persatuan universiti bergabung dengan NGO-NGO kita. Saya terlibat dalam STROP, saya turun, saya sekarang ni pakai STROP, YAB. Jeneri bantuan pun saya akan bagi STROP, sebab saya nak katakan bahawa inilah peluang terbaik untuk kita lupakan warna parti tetapi kita bergabung di bawah satu NGO dan memberikan kesedaran kepada rakyat kita bahawa di samping parti, kita juga ada ilmu-ilmu lain yang boleh kita bersama dan mencambah fikiran.
Saya rasa banyak NGO-NGO yang boleh kita tubuhkan terutamanya YB. Kupang menjaga pendidikan, buka ruang, jangan kita rijitkan sebab orang kita ni YB. Dato‟ Speaker, pergilah di mana pun, pergi Johor ka, pergi Kelantan ka di mana, orang cukup ramai dan ramai orang Kedah yang berjaya, dalam korporat pun berjaya, politik pun kita berjaya. Kita ada berapa Perdana Menteri dah dari Kedah? Jadi, ini adalah satu rekod yang menunjukkan bahawa kita boleh menjadi „a bridging state‟ „young bride‟, „young leaders, „good leaders‟, „competent leaders‟, sama ada dalam politik ataupun dalam pentadbiran. „This are good people‟ yang kita kena buka ruang seluas-luasnya. Jadi, saya memohonlah kalau boleh YAB. Jeneri „spend time‟ dengan kawan-kawan dalam Exco untuk memberikan sedikit ruang supaya NGO-NGO yang ada ni kita cambahkan dan memberikan peluang kepada mereka dan memberikan sedikit peruntukan supaya kita „target‟ dalam satu tahun berapa orang. Sekarang Parlimen Muda akan mengadakan pilihanraya mereka, saya ingat YB. Kuah dan kawan-kawan yang lain harus semarakkan supaya orang-orang Kedah ni boleh, kalau boleh lah mendominasikan Parlimen Belia di Kuala Lumpur nanti. Ini akan memberikan mereka pendedahan awal dan kita InsyaAllah boleh „produce‟kan „good political leaders‟ dari Kedah yang boleh kita banggakan dalam masa 10 hingga 15 tahun yang akan datang. Saya dengan penuh hati menyokong pindaan ini. Terima kasih YB. Dato‟ Speaker.
Ada lagi? Kita dekat dah pukul 1.00 tu. Cuma saya duk pikiaq la ni wakil rakyat boleh umur 18. Speaker boleh umur 18 tak tau nak mai duduk tang ni? Dia ada „silence‟ sikit kut dalam undang-undang ni dia tak sebut Speaker ni umur 18 dak ka. Haa… Silakan YB. Sungai Limau!
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih YB. Dato‟ Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas tentang Pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri pada kali ini untuk kita menurunkan had umur mengundi dan juga had umur menjadi calon sepertimana yang telah disebut oleh YB. Alor Mengkudu. Ini merupakan suatu perkara yang kita panggil tak dak pilihan dan telah pun dibuat di peringkat Persekutuan tentang had umur untuk mengundi dan menjadi calon dan kita di Negeri Kedah untuk turut serta dalam apa yang telah pun diputuskan. Sepertimana yang telah pun diperjelaskan sebentar tadi, bila perkara ini telah pun dipersetujui dan diputuskan dalam kerajaan sebelum dan kajian-kajian yang dibuat untuk menurunkan had umur ini tak
dibentangkan secara langsung kepada Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN dan apabila ia telah diluluskan maka kita mesti mengadakan pelan tindakan untuk kita memastikan anak-anak kita ini benar-benar bersedia dalam apa yang telah pun disebut oleh YB. Alor Mengkudu daripada sudut pendidikannya, system pendidikan mata pelajaran yang kita nak ajar kepada anak-anak kita. Kalau saya tak silap, semasa kita belajar dulu lah kita jumpa mata pelajaran ini saya jumpa lebih khusus semasa tingkatan 6 dalam mata pelajaran Pengajian Am. Ia diajar tentang sistem Parlimen, demokrasi, Dewan Undangan Negeri, Dewan Negara, Dewan Rakyat dan sebagainya. Jadi, mungkin di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menurunkan mata pelajaran yang dipelajari Pengajian Am ini di peringkat yang lebih bawah supaya anak-anak kita dari tingkatan 3, tingkatan 4, telah pun didedahkan kepentingan pilihan yang mereka buat itu, memilih pemimpin itu yang akan menentukan masa depan besar bukan hanya kepada sistem pendidikan tetapi juga kepada negara secara umumnya. Yang keduanya, kita pun berbahasdari sudut keluarga yang menjadi institusi utama dalam mendidik anak-anak. Hari ni apabila kita menyebut tentang masalah sosial dikaitkan kepada remaja, kepada anak-anak muda dan ia akan memberi kesan yang besar kepada mereka sama ada nak ambil tau ataupun tak ambil tau urusan politik negara. Sedangkan kita bagi umat Islam kita menyebut politik ini sebahagian daripada agama, tuntutan agama. Kenapa? Nak memilih pemimpin. Nabi s.a.w dalam memberikan suatu pengiktirafan kepada 7 golongan Assafa‟tun muzilluhumulla hufi zhulihi yaumala khilla illa khulluh. Ada 7 golongan yang akan mendapat naungan daripada Allah di hari akhirat nanti di mana tak dak naungan lain dan Nabi meletakkan golongan yang pertama “imamun „aadil” (pemimpin yang adil) yang akan dipilih merupakan pemimpin-pemimpin masyarakat. Jadi, ia merupakan suatu pengiktirafan dalam Islam, tugas pemimpin ini dan sudah pasti mereka yang nak memilih ini juga ia merupakan suatu yang perlu kita sebut sebagai dididik, diasuh, diberikan suasana yang baik. Jadi, kita mengharapkan agensi-agensi kerajaan mesti berusaha untuk perbaiki kekeluargaan kita supaya masalah-masalah social yang berlaku kepada anak-anak muda, kepada remaja kita ini dapat kita minimumkan dan dapat kita membentuk suasan yang baik dalam masyarakat kita. Saya rasa YB. Dato‟ Speaker pun duk tengok saya, duk tengok jam. Jadi, InsyaAllah saya ambil masa yang pendek mungkin ada rakan-rakan yang lain yang akan memberikan hujah. Terima kasih kepada YB. Dato‟ Speaker kerana memberikan ruang dan peluang untuk berbahas.
Terima kasih. Ada lagi?
Wakil! Wakil! YB. Dato‟ Speaker, terima kasih. Kita tau umur 18 ni dia da banyak rasional dan ada banyak cabaran dia. Bila kita turunkan had umur nak jadi pengundi, paling penting nak jadi wakil rakyat. Tapi kita tak boleh ambil „estimate‟ (dengan izin) belia-belia ini kerana mereka dalam dunia globalisasi, transformasi, automasi, digitalisi malah mereka matang bukan seperti kita sekarang lah walaupun saya dulu matang awal jugak lah. Rasionalnya juga bila kita melihat warga belia ni dia boleh memberi satu landskap pembangunan negara yang berbeza kerana belia yang berumur 18 ini dia mewujudkan satu ruang „diversity‟ di mana golongan ini dia melihat idea dan juga dia melihat suatu benda tu perspektif dia berbeza daripada kita sekarang. Dan ada juga yang mengatakan cabaran bahawa “depa ni matang ka dalam politik”? Tetapi kalau depa ni tidak dimasukkan dalam sistem politik itu sendiri depa pun memang tak akan faham apakah itu politik. Macam saya dulu pun saya masuk politik awal juga, umur 18 saya dah ekspres masuk „first digree‟, Alhamdulillah dan masa itu, ketika itu institusi pengajian tinggi masih membenarkan parti politik untuk masuk sebelum ada akta-akta dan mungkin kerajaan perlu melihat balik akta-akta ini supaya bagaimana parti politik boleh terlibat untuk memberi pendedahan kepada belia-belia, kepada warga umur 18 ini untuk memahami system-sistem politik itu sendiri. Dan kita tau Akta Umur Dewasa 1971 Akta 21 yang mana umur 18 tahun dah boleh kahwin, umur 18 tahun dah boleh kerja, dah boleh ada lesen, dah boleh masuk polis, bomba dan sebagainya. Jadi, dah memang kira betullah kita membawa RUU ini untuk membenarkan umur diturunkan dan saya tau 7 negeri dah selesai, Pulau Pinang, Sabah, Kelantan, Terngganu, Perlis, Sarawak dan juga Perak dan saya mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah lah kepada Kerajaan Negeri Kedah kerana membawa usul ini untuk kita sama-sama terima dan memberikan ruang kepada warga belia yang berumur 18 tahun untuk memilih dan juga menjadi wakil rakyat dan ini kerajaan perlu melihat bagaimana untuk „educate‟ (dengan izin) umur 18 ini kepada belia-belia ini di mana bukan saja di institusi, bukan saja di kolej, di kampung-kampung, di taman-taman dan juga semua komuniti perlu melibatkan diri supaya mereka jelas, mereka faham apakah itu politik, apakah system politik demokrasi berparlimen untuk kita menjadi wakil dan juga memilih kerajaan nanti, InsyaAllah. Terima kasih, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ada penggulungan.
Oh! Silakan.
YB. Dato‟ Speaker, saya menerima pakai ucapan perbahasan daripada YB. Alor Mengkudu, YB. Gurun, YB. Suka Menanti, YB. Sungai Limau dan YB. Bandar Baharu dimasukkan dalam ucapan penggulungan saya. Sekian, terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan sekarang ialah satu Rang Undang-Undang yang berbunyi “Suatu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan itu pinta kata “setuju” yang tidak kata “tidak”. (Dipertsetujui)
“Suatu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.
Dewan sekarang bersidang sebagai Jawatankuasa.
FASAL 1
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak‟ (Dipersetujui)
Fasal 1 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
FASAL 2
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini kata “setuju” yang tidak kata “tidak‟ (Dipersetujui)
Fasal 2 ditetap menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Yang Berhormat Dato‟ Pengerusi, saya pohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan.
Sekarang Dewan kembali kepada persidangannya.
Yang Berhormat Dato‟ Speaker, saya pohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah ditimbangkan oleh Jawatankuasa Dewan dan dipersetujui dengan tiada apa-apa pindaan. Dengan itu, saya pohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi Kali Yang Ketiga sekarang dan diluluskan.
Yang Berhormat Dato‟ Speaker, Saya pohon menyokong cadangan itu.
Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang Ketiga dan sekarang diluluskan.
“Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (Pindaan) 2021”. Adalah dengan ini diperbuat Undang-Undang oleh Majlis Undangan Negeri Kedah Darul Aman seperti tersebut. Bacaan Kali yang Ketiga.
VIII. Usul Penyerahan Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Agensi Negeri Kedah Tahun 2019 Dan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 Aktiviti Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah Kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri KedahMotion
Usul penyerahan Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Agensi Negeri Kedah Tahun 2019 dan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 Aktiviti Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah.
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato‟ Seri Menteri Besar untuk mencadangkan usul tersebut.
Yang Berhormat Dato‟ Speaker, saya pohon mencadangkan suatu Usul yang berbunyi:-
“Bahawa Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Agensi Negeri Kedah Tahun 2019 dan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 Aktiviti Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah seperti yang terkandung dalam Kertas Dewan Bil. 13 Tahun 2021 itu diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri untuk memeriksa dan menyampaikan penyata dan cadangan-cadangan berkenaan dengan kira-kira itu kepada Dewan ini”.
Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Dato‟ Speaker, saya pohon menyokong cadangan ini.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persoalan di hadapan Dewan yang perlu diputuskan sekarang ialah satu usul yang berbunyi :-
“Bahawa Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Agensi Negeri Kedah Tahun 2019 dan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 Aktiviti Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah seperti yang terkandung dalam Kertas Dewan Bil. 13 Tahun 2021 itu diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri untuk memeriksa dan menyampaikan penyata dan cadangan-cadangan berkenaan dengan kira-kira itu kepada Dewan ini”.
Tuan-Tuan yang bersetuju dengan cadangan ini pinta kata “setuju”, yang tidak kata “tidak”. (Dipersetujui)
Usul ini diluluskan.
Tangguhan Sidang Dewan
Tangguhan Sidang Dewan.
Yang Berhormat Dato‟ Speaker, dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana perkara-perkara di dalam Agenda Persidangan Dewan pada kali ini telah pun selesai dibincangkan, maka saya pohon mencadangkan di bawah Peraturan 16(3) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya persidangan ini ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato‟ Speaker, saya pohon menyokong cadangan itu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sehingga perjalanan urusan mesyuarat dapat berjalan dengan sempurna dan teratur. Kerjasama yang begini diharap dapat diteruskan dengan baik lagi di masa-masa yang akan datang. Yang Amat Berhormat Dato‟ Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Sidang Dewan kali ini ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang akan diberitahu kelak. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
[Sidang Dewan ditangguhkan pada jam 1.45 tengahari]