Kedah · 21 March 2022

14th Assembly, 5th session, 1st meeting · 166 turns · 36,345 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalKedah publishes one PDF per meeting, about five months late, and nothing before April 2020. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Speaker

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian Dewan disambung semula. Kita mulakan dengan bacaan doa.

Setiausaha Dewan

DOA

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya nampak ‘carui’ orang Kedah kata dalam dewan kita ni kosong tang tu, kosong tang ni. Kejap lagi saya pun nak maklum balas yang sebenar berapa orang yang kena covid, yang tak boleh hadir pada hari ini. Dalam sidang kita pada hari ini, saya nak bagitahu yang ucapan bahas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, kita bagi seorang 20 minit. Kemudian untuk penggulungan kepada Exco kita beri 25 minit, Ketua Pembangkang kita bagi 40 minit, Ketua 'Backbencher' tidak nampak pada hari ini. Diberi 40 minit.

Jadi, kalau dah ramai kawan kita tidak hadir maka masa dia itu kita tidak beberapa ‘strict’ sangat hari ini kerana ruang yang banyak kosong. Tapi bila cukup masa saya akan bagitahu masa sudah tamat. Setakat nak extra sikit-sikit tu saya tak beberapa nak kisah sangat. Urusan seterusnya Setiausaha.

Pembentangan Kertas-Kertas Dewan

Setiausaha Dewan

Pembentangan kertas-kertas dewan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Kedah.

Speaker

Dengan hormatnya,dipersilakan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Bismillahirrahmanirahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan ini saya pohon membentangkan Kertas-Kertas Dewan yang berikut seperti di meja Ahli-Ahli Yang Berhormat :-

Kertas Dewan Bil. 1 Tahun 2022 Penyata Kewangan Lembaga Biasiswa Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 23 Oktober 2020.

Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 2022 Penyata Kewangan Lembaga Maktab Mahmud Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.

Kertas Dewan Bil. 3 Tahun 2022 Penyata Kewangan Negeri Kedah Darul Aman Bagi Tahun 2020.

Kertas Dewan Bil. 4 Tahun 2022 Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 2 Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah Dan Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Agensi Negeri serta Pengauditan Pematuhan Jabatan Negeri Kedah Tahun 2020.

Kertas Dewan Bil. 5 Tahun 2022 Penyata Kewangan Lembaga Muzium Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.

Kertas Dewan Bil. 6 Tahun 2022 Penyata Kewangan Lembaga Perpustakaan Awam Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.

Kertas Dewan Bil. 7 Tahun 2022 Laporan Tahunan Kali Ke-60 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Bagi Tahun 2020.

Kertas Dewan Bil. 8 Tahun 2022 Permohonan Peruntukan Tambahan Kumpulan Wang Bekalan Air Kerajaan Negeri Kedah Kali 1 Tahun 2022.

Kertas Dewan Bil. 9 Tahun 2022 Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020

Sekian, terima kasih.

Speaker

Urusan seterusnya Tuan Setiausaha.

Pertanyaan-Pertanyaan MulutQuestions

Setiausaha Dewan

Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Mulut.

Speaker

Soalan ada tapi saya tak tau lah pihak Guar Chempedak ada pengganti dia tak? Ada no?

1. Pohon disenaraikan pelaburan mega yang diluluskan dalam tahun 2020 dan 2021 dengan menyatakan nama syarikat, amaun pelaburan dan status terkini?

Assalamualaikum wbt. YB. Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Speaker. Selamat kembali bertugas pada hari ini Dato Speaker. Saya mohon jawapan bagi soalan nombor 1.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

YB. Dato’ Speaker,sebetulnya soalan ini akan dijawab oleh YB. Guar Cempedak yang tidak dapat hadir ke dewan atas sebab kuarantin. Soalan nombor 1, YB. Alor Mengkudu projek perkilangan yang telah diluluskan bagi tahun 2020 di Kedah ialah yang pertama Yuhua Paper Industry Sdn. Bhd. Jumlah pelaburan RM1,054.89 juta status pelaksanaan projek pembinaan telah selesai.

Yang kedua, Aspen Glove Sdn. Bhd. dengan pelaburan RM820.00 juta sedang beroperasi. Jumlah bagi tahun 2020, RM1,874.89 juta. Bagi projek perkilangan yang diluluskan bagi Januari sehingga September 2021 di Negeri Kedah, yang pertama Risen Solar Technology Sdn. Bhd. Sebanyak RM42,231.66 uta. Status pelaksanaan projek sedang dalam pembinaan. AT & S Austria Technologies & Systemtechnik (Malaysia) Sdn. dengan pelaburan RM10,845.00 juta dalam proses pembinaan.

Yang ketiga, Menicon Malaysia Sdn. Bhd. Jumlah pelaburan sebanyak RM1,947.00 juta dalam perancangan aktif. Jumlah RM5,5023.66 Juta. Jumlah projek perkilangan yang diluluskan bagi tahun 2020 dan 2021 adalah RM56898.55 juta.

Sekian terima kasih.

YB. Dato’ Speaker, soalan tambahan! Kita sedang maklum bahawa KXP iaitu cadangan Lapangan Terbang Kulim sudah sampai lama dah mungkin ke peringkat untuk pelaksanaan. Saya mohon bertanya, adakah sudah ada pelabur kerana saya difahamkan akan dijalankan oleh pihak swasta tidak oleh kerajaan. Kalau sudah ada pelabur mohon yang telah dimuktamatkan, mohon nama pelabur, jumlah pelaburan dan tempoh pelaksanaan.Terima kasih YB. Dato’ Speaker.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih Alor Mengkudu, Yang Amat Berhormat Dato’ Speaker izinkan saya menjawab soalan tambahan dari YB. Alor Mengkudu. Seperti yang sedia maklum pada tahun lepas kita telah menandatangani satu perjanjian dengan sebuah syarikat swasta melalui PKNK untuk menubuhkan satu syarikat SPV untuk melaksanakan pembangunan.

Masa itu dikenali sebagai KXP kemudian pada itu kita telah menukar sedikit model KXP menjadi Kedah Aerotropolis. Oleh kerana kita, sedikit terhalang akibat daripada focus KXP jadi orang kata ini airport. Bila jadi airport sahaja ini dia ‘trigger’ Pulau Pinang. Kerana Pulau Pinang menjangkakan airport antarabangsa yang kita namakan KXP itu akan menjejaskanlah Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Oleh kerana, kita nak juga projek yang masa itu dikenali sebagai KXP dilaksanakan maka kita telah mengubah sedikit model KXP ini memberi fokus kepada kargo sebagai hub kargo dan juga sebagai tempat dimana proses MRO dijalankan. MRO ini adalah proses ‘maintenance repair and overhaul’ pesawat dan kita telah melantik consultant baharu. Sebelum ini consultant kita dilantik daripada France yang saya tidak reti untuk menyebut nama syarikat itu dan dia telah menyediakan satu laporan consultant yang tidak dapat membantu kita kerana dalam laporan consultant lama, dia hanya mengunjurkan kargo-kargo yang akan diangkut oleh KXP ini sekitar 300 tan setahun. Ia tidak membantu kerana 300 tan ini tidak sampai sekerat kapal terbang pun. Oleh kerana itu, kita telah melantik consultant baharu dan kita telah explore kargo-kargo yang akan melalui, yang kita namakan kemudian KXP ini adalah Kedah Aerotropolis. Sekarang ini, KXP tidak lagi dikenali sebagai KXP Airport City tetapi kita namakan Kedah Aerotropolis yang memberi fokus kepada pengangkutan kargo ataupun Kargo Hub dan juga MRO iaitu Mantainance Repair and Overhaul pesawat.

Tuan-tuan sekalian, model Kedah Aerotropolis ini mengambil beberapa model hub kargo di Europe iaitu di Laxenburg, di US Memphis. Dimana Laxenburg dikenali sebagai Memphis of Europe. Di China ada satu hub kargo saya tidak ingat nama tempat itu. Tetapi kita akan menjadi sebahagian daripada Hub Kargo yang akan dikenali sebagai Memphis Of Asia di Kedah Aerotropolis. Itulah yang telah disediakan laporan dan juga design ataupun model pembangunan Kedah Aerotropolis yang akan kita bangunkan. Berkaitan dengan perkembangan, kita telah meletakkan syarat kepada syarikat ECK Development Group yang telah menubuhkan SPV bersama dengan KXP Airport City Holding Berhad sebuah anak syarikat PKNK dan kita meletakkan syarat sehingga seksyen 4, pengambilan balik tanah yang telah diwartakan yang tamat pada januari tahun ini, mereka harus mendepositkan 125% daripada anggaran kos pengambilan balik tanah sebelum seksyen 4 tamat. YB. Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, apabila kita mula bergerak tak bergerak tak tau, bila kita mula melangkah untuk merealisasikan dokumen-dokumen dan step yang kita rancang dan yang kita nyatakan dalam perjanjian kita menemui beberapa obstacle ataupun halangan-halangan yang mesti kita atasi untuk kita laksanakan ini bersama-sama.

Tuan-tuan sekalian seperti yang sedia maklum bahawa rancangan KXP ini adalah menggunakan peruntukkan kerajaan persekutuan. Kita telah memohon 2 kali. Pertama sekali kita mohon 2 billion pinjaman tak dapat. Yang kedua kerana tidak dapat 2 billion kita mohon lagi sekali 1 billion tak dapat. Bila tak dapat pinjaman dari kerajaan persekutuan modelnya ialah melibatkan pihak swasta. Apabila melibatkan pihak swasta agensi-agensi yang terlibat dalam projek ini di peringkat persekutuan juga telah berubah, permohonan mesti masuk melalui UKAS Unit Kerjasama Awam Swasta.

Alhamdulillah, saya telah bertemu dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya bawak semua consultant, semua pihak yang terlibat dengan ini dalam perundingan itu. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberi komitmen untuk menyokong usaha ini tetapi mesti menerusi UKAS. Maka kita telah menulis dan menyediakan satu proposal lengkap yang telah disediakan oleh consultant dan kita telah submit kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga UKAS dan Alhamdulillah YB. Menteri telah memaklumkan bahawa UKAS telah mula menyediakan kertas untuk masuk ke kabinet kerana projek-projek yang melibatkan perbelanjaan dan pelaburan yang begitu besar yang lebih-lebih lagi kalau melibatkan MOT sebagai pihak yang bertanggungjawab untuk mengendalikan lapangan terbang maka UKAS akan menyediakan paper dan akan mendapatkan kelulusan kabinet. Proses itu sedang berjalan dan InsyaAllah Kedah Aerotropolis akan dapat dirialisiskan seperti yang kita rancangkan InsyaAllah.

Speaker

Ok, silakan YB. Jitra.

Terima kasih Dato’ Speaker, Yang pertamanya saya ingin menyatakan bahawa perkataan Kedah Aerotropolis ini bukanlah suatu perkara yang baharu. Saya sendiri pun pernah mengumumkan mengenai pembinaan pada awal 2020 lagi dan 2019 malah kalau kita tengok kepada Makmal Transformasi Kedah 2014 pun perkataan Aertopolis telah digunakan untuk projek tersebut. Saya ingin tanya dua perkara, Pertamanya ialah dalam soalan saya kepada Kementerian Pengangkutan, Menteri telah menjawab bahawa sebelum KXP ini diluluskan sebuah kajian menyeluruh berkait dengan lapangan terbang perlu dibuat dahulu sebelum sebarang pertimbangan akan dibuat untuk meluluskan KXP ini. Daripada kenyataan menteri tersebut, saya bertanya adakah Kementerian Pengangkutan sebenarnya serius ataupun tidak serius, setuju ataupun tidak setuju dengan cadangan KXP ini Menteri tidak memberi jawapan yang jelas dan ternaapak macam tidak ada komitment pada pihak kerajaan persekutuan.

Saya ingin tanya apakah tindakan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri besar untuk membetulkan keadaan ini.

Yang keduanya, sejurus selepas KXP Aerocity, syarikat yang telah ditubuhkan oleh kerajaan negeri menandatangani perjanjian dengan ECK pada 2 Ogos 2021. ECK telah menandatangani satu perjanjian dengan sebuah syarikat pembangunan Ivory Properties untuk projek perumahan di kawasan Sidam Kiri. Yang tentunya akan mengambil manfaat daripada pembangunan Aerotropolis di Kulim tersebut, di Sidam Kiri tersebut. Padahal kita juga tahu dan saya terima jawapan secara bertulis dalam buku ini bahawa setakat ini sepertimana Yang Amat Berhormat Jeneri menyebut tadi seksyen 4 telah pun berakhir pada Januari 2022 dan kemudiannya tak sempat diwartakan pada seksyen 8. Bila saya tanya sudahkah pemaju iaitu ECK telah membayar deposit jawapannya pihak pemaju belum menjelaskan bayaran deposit pengambilan tanah kepada kerajaan negeri maka tiadalah jumlah yang dibayar berikutan pihak pemaju belum menjelaskan bayaran tersebut. Jadi, kalaulah ECK tidak membayar apakah tindakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri walhal pada waktu yang sama dia telah memetrai perjanjian dengan syarikat pembangunan iaitu Ivory Properties untuk membangunkan kawasan perumahan. Sekian Terima Kasih.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih YB. Jitra, dan YB. Dato’ Speaker, soalan yang pertama adalah berkaitan dengan Airport Nasional Strategic Plan yang disyaratkan oleh MPFN yang diletakkan oleh MOT untuk kita laksanakan Kedah Aerotropolis kerana semua pembangunan lapangan terbang yang masuk kedalam MPFN pada Ogos dan November 2020 diletakkan syarat mesti dilaksanakan oleh MOT disiapkan. Dalam mesyuarat MPFN saya telah membangkitkan berapa lama tempoh NASP untuk disiapkan oleh MOT. Mereka menjawab 3 tahun. Bila November 2020 mengambil masa 3 tahun, NASP kalau dimulakan November maknanya NASP akan siap pada November 2023. Kita tak boleh tunggu terlalu lama dalam MPFN, kita diberi 8 nasihat. Nasihat dalam MPFN ini macam syaratlah kalau lepas 8 ini kira lepas la. Saya telah menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal antara kerajaan negeri dibawah PKNK dengan MOT dan jawatankuasa teknikal inid sedang mengadakan rundingan-rundigan antara yang kita mohon ialah Kedah Aerotropolis dikecualikan daripada NASP bukan sahaja di Kedah lapangan terbang juga dicadangkan di Pulau Tioman oleh syarikat swasta juga dan mereka meminta untuk dikecualikan pada NASP. NASP hanya akan dilaksanakan selepas projek-projek yang dicadangkan sekarang ini dilaksanakan.

Menteri pengangkutan pada masa itu orang yang sama, dia kata mungkin kita boleh melaksanakan Kedah Aerotropolis pada masa itu dipanggil KXP melalui sebuah NASP Interim. Saya pun tak tanya detail tetapi yang kita usahakan sekarang ini ialah Kedah Aerotropolis boleh dilaksanakan dan dikecualikan daripada NASP yang belum ditender sehingga sekarang ini. Kalau ditender pada tahun 2022, NASP akan mengambil masa 3 tahun bermaksud NASP hanya akan siap pada tahun 2025. 2025 berapa kali seksyen 4 kena sambung jadi tulah yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri mohon Kedah Aerotropolis dikecualikan dari NASP yang belum ditender oleh MOT dan saya telah cakap perkara ini ini dengan YAB. Perdana Menteri dan YAB. Perdana Menteri telah memberi komitmen untuk menyokong Kedah Aerotropolis disegerakan.

Bersabit dengan pertanyaan Jitra tentang satu perjanjian syarikat ECK dan syarikat yang lain tentang projek perumahan saya tidak dapat menjawab di Dewan yang mulia Ini kerana tidak terkandung dalam apa-apa terma yang dia bersetuju dengan Kedah Aerotropolis. Seksyen 4 telah disambung untuk membolehkan proses-proses ini berjalan mengikut halangan-halangan yang kita dapat atasi. Kita tiada pilihan sampai sekarang ini oleh kerana kabinet belum UKAS belum masuk ke dalam kabinet. Syarikat ini nampaknya berhati-hati sekurang-kurangnya kabinet telah memberi kebenaran supaya Kedah Aerotropolis ini dibangunkan. Saya rasa pada masa itu mungkin pihak pemaju akan mendepositkan 125%. Dalam pada masa yang sama juga pihak swasta yang memberi komitment tentang projek ini mengadakan rundingan dengan milik tanah-tanah yang besar di kawasan terbabit iaitu Sime Darby. Saya dipahamkan rundingan ini telah berlaku beberapa kali kerana kalau Sime Darby bersetuju untuk join venture dengan syarikat terbabit maka syarikat terbabit tidak perlu membuat pengambilan balik tanah tetapi modelnya adalah secara usahasama ECK dengan Sime Darby dalam bab tanah tapi perjanjian dengan kita hanya melibat Kedah Aertropolis City dengan ECK Development. Sekian terima kasih.

YB. Dato’ Speaker mohon satu lagi Dato’ Speaker, Anak Bukit.

Speaker

Awat dok terasing sangat ? Silakan.

Terima kasih Dato’ Speaker, bila ditanya soalan ini oleh Alor Mengkudu bila sebut pelaburan mega ini, nak dengar jugak apa yang saya ingat 3 kot pelaburan mega di Langkawi tapi tidak disebut oleh YAB. Jeneri.

Cuma soalan tambahan saya ni Dato’ Speaker ialah tentang pelaburan yang masuk ke dalam negara kita, untuk makluman 20 tahun pertama pelaburan yang masuk ke Kulim Hi - Tech Park sekitar dalam RM40 billion, 20 tahun pertama. Tiba-tiba masuk Risen Technology ini, dia saja yang dijawab oleh YAB. RM42 billion +. Saya nak dapat ‘confirmation’ adakah sekarang ini definasi pelaburan yang masuk itu bukan hanya dikira ‘capital expenditure’ untuk membina kilang sahaja tapi saya difahamkan dia merengke dengan 15 tahun, dia punya ‘operating outlay’ itu 15 campur sekali dalam tu yang tu yang jadi nampak besar tu.

Jadi, saya nak mohon penjelasan daripada YAB. tentang definasi jumlah pelaburan yang masuk ke dalam negara kita ni. Adakah ada definasi baharu? Sekian terima kasih.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih YB. Anak Bukit, mantan Timbalan Menteri Kewangan, adapun definasi yang ditentukan dalam menentukan jumlah pelaburan yang masuk ini ditentukan oleh MIDA. Risen Technology itu dia melabur RM42 billion dan jumlah pelaburan itu diluluskan pada tahun 2021 maka jumlah kelulusan itulah yang dinyatakan sebagai angka pelaburan Risen Technology walaupun berapa lama tempoh yang nak diambil untuk menghabiskan RM42 billion bawa masuk ke Malaysia itu saya tidak pasti tetapi RM42 billion itu adalah angka yang diluluskan oleh pelaburan Risen tahun 2021 dan definisinya itulah yang itu.

Yang ke 2 apadia taktau? Langkawi kita ada Widad Group punya pelaburan RM40 billion juga dalam masa 15 tahun, RM40 billion mana ada sikit-sikit dah lani. Takat-takat lani, saya gelak bukan saya tak percaya, saya pun seronok juga. Kemudiannya ialah Open Road Asia yang akan juga membangunkan litar itu asalnya dia menyebutkan kita dalam kuantiti RM1.3 billion selepas itu diubah sedikit model litar itu termasuk jugak dengan ruang konsel dan jugak resedention, dia menjadi RM4 billion yang itu dah RM44 billion.

InsyaAllah akan ada lagi pelaburan yang akan masuk ke Pulau Langkawi tetapi itu jumlah yang diluluskan ketika pemohonan dibuat maka kita nyatakan harga itu. InsyaAllah kita punya target tahunan Negeri Kedah ini RM10 Billion dan ke-atas dan saya rasa bila kita nyatakan setahun RM42 billion itu kita sebenarnya rugi jugak kut-kut tahun depan kita tak sampai RM42 billion maka graf dia akan menunjukan menjunam. Dari segi optik kita akan nampak orang tak mai dah ke Kedah tapi sebenarnya kita sasarkan RM10 billion tapi dah masuk RM60 billion, graf kita mencanak kalau tahun kita tak dapat RM60 billion graf akan turun. Masa itu orang mana-manalah kan akan kata orang tak mau dah kat Kedah, tak mau mai dah. Kita akan hadapi masalah tu sebab tu kita habaq siap-siap kita punya target RM10 billion tapi kita dah dapat RM60 Billion Alhamdulillah. Terima kasih.

Speaker

YB. Bandar Baharu silakan.

Dato’ Norsabrina bt Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Terima kasih YAB. Dato’ Speaker untuk soalan tambahan nombor 1 berkenaan dengan KXP tadi, saya ingin bertanya kepada YAB. Jeneri bahawa tindakan yang paling besar sekali dibuat untuk Kedah Aerotropolis ini ialah menukar business model dan juga menukar consultant dan banyak kajian-kajian yang telah dibuat dan dilengkapkan yang boleh diguna pakai untuk kajian KXP dan saya dapat maklumat juga bahawa KXP Airport City Sdn. Bhd. juga bersama dengan pelabur dan juga consultant telah mengurus dan berbincang bersama ramai penggiat industri yang akan menjayakan MRO Hub dan Center Of Excellent Hub Aerospace untuk wilayah utara bagi pasaran ASEAN ini jadi mohon YAB. Jeneri untuk maklumkan apakah penggiat-penggiat industri yang sudah menunjukkan minat mengatakan bahawa Kedah Aerotropolis ini memang relible dan akan berjaya untuk di bangunkan. Terima kasih.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih Bandar Baharu, dalam proses untuk kita memperkembangkan lagi model Kedah Aerotropolis sebagai Hub Kargo dan Pusat MRO. Kita telah mendapat khidmat nasihat dan pandangan daripada pemain-pemain industri seperti Post Aviation yang mengendalikan Kargo dan juga menyediakan perkhidmatan di lapangan ‘ground service’. Kita juga mengadakan lawatan ke MAS Engineering di KLIA dan juga beberapa pemain industri yang terlibat dalam mengendalikan kargo di China di satu hub kargo yang saya tidak ingat nama nak sebut, terlupa sungguh Yang Berhormat Dato’ Speaker, Zi Chuan ka, Si Chuan lebih kurang Namanya.

Antara syarikat-syarikat tempatan yang telah menyatakan minat dan kesediaan untuk datang dan beropersai di Kedah Aerotropolis sebagai Hub kargo ialah Post Aviation dan beberapa syarikat lain yang saya tidak dibenarkan untuk mendedahkan nama-nama syarikat kerana business punya alasan. Adalah confidential syarikat yang saya tidak dapat maklumkan. Ini hak mereka. Terima kasih.

Speaker

Soalan nombor 2!

Ustaz Hanif bin GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Terima kasih Dato’ Speaker, dari 1 jadi 2 mohon jawapan soalan no. 2.

Ustaz Hj. Hanif bin GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

6. Zon Pembangunan Ekonomi Ummah LZNK melalui projek Estet Padi telah dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Pohon dinyatakan :

a) Lokasi projek

b) Syarat dan jumlah peserta projek

c) Hasil projek

Assalamualaikum wbt. , YB. Dato’ Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat. Bagi menjawab soalan daripada Tanjung Dawai, suka saya sebut disini bahawa Zon Pembangunan Ekonomi Ummah (ZPEU) adalah satu projek perintis yang disebutkan daripada asnaf ke asnaf yang melibatkan aspek pembangunan modal insan pada asnaf dimana latihan dan kemahiran, pemasaran serta Agro Pelancongan di atas tanah seluas 305 relung bersamaan 89.6 hektar yang dijangkan dapat menjadi mercu tanda baru bagi masyarakat ekonomi setempat terutamanya dalam kalangan asnaf dan B40 yang bertempat di Batu 7, Daerah Yan Kedah. Jadi, sebagai percubaan Lembaga Zakat telah memilih seramai 10 orang peserta dari kalangan asnaf, fakir dan miskin setempat bagi mengusahakan tanah sawah seluas 28 hektar. Hasil yang diperolehi para peserta pada musim pertama percubaan ini adalah amat memuaskan. Sekian terima kasih.

Ustaz Hanif bin GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan tambahan saya, adakah ada cadangan untuk dikembangkan projek ini diluar kawasan MADA dan melihat kepada hasil yang disebutkan tentulah Pihak Zakat bercadang untuk memperluaskan lagi projek ini dan adakah disana perancangan sampai bina kilang padi dan sebagainya untuk memudahkan kerja-kerja Lembaga Zakat bagi memberikan bantuan-bantuan kepada asnaf pada masa hadapan? Terima kasih.

Jadi, hasil dari percubaan itu, nampak berhasil oleh itu Lembaga Zakat Negeri Kedah mensasarkan untuk mengembangkan lagi projek ini kepada keseluruhan 305 relung iaitu 89 hektar tanah di daerah Yan yang boleh memberikan mafaat kepada 30 hingga 40 orang asnaf. Melalui ZPEU ini, para peserta akan dipilih dari golongan asnaf dan fakir miskin ataupun B40 yang mempunyai kemahiran di dalam pertanian padi semua kos dan penyediaan awal benih padi, baja, racun, peralatan penanaman, jentera membajak, jentera menuai dan sebagainya akan ditanggung oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah. Padi yang dituai kemudiannya akan di proses menjadi beras seterusnya diagihkan terus kepada golongan asnaf di Negeri Kedah, itu yang dikatakan dari aspek asnaf kepada asnaf. ZPEU dilaksanakan dengan penggunaan teknologi moden yang berskala besar dengan memperkenalkan sistem pertanian secara campuran dimana para peserta akan memperolehi hasil sampingan daripada aktiviti tambahan yang lain seperti mana peternakan ikan puyu.

Saya rasa produk puyu ini produk Kedah dan terkenal inshaAllah dan juga penternakan itik serta tanaman sayuran di tapak projek yang sama. Jadi, Lembaga Zakat Negeri juga telah dilantik oleh MAFI sebagai salah sebuah agensi peneraju Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) pada 13 Febuari 2022 yang lalu dan kemudiannya diberi lesen runcit beras, lesen borong beras, serta lesen runcit padi melalui surat kebenaran dari pihak MAFI pada tarikh 8 Mac 2022.

Di samping itu juga, matlamat kita adalah untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada asnaf dengan keluasan tanah sawah sebanyak 305 relung ataupun 89.6 hektar serta penyediaan kawasan perniagaan dan aktiviti agro pelancongan yang akan dilaksanakan. Jadi, projek ini dijangka akan mewujudkan sekurang-kurangnya sebanyak 60 sehingga 80 peluang pekerjaan baru kepada golongan asnaf.

Bagi musim penuaian pertama tahun 2022 Lembaga Zakat Negeri Kedah telah berjaya meningkatkan hasil padi para peserta daripada 5 tan sehektar sebelum ini 7.6 tan sehektar. Jadi, Lembaga Zakat Negeri Kedah mensasarkan untuk meningkatkan lagi purata hasil padi ini kepada mencapai 10 tan 1 hektar. Jadi, pada musim menuai kedua tahun 2022 InsyaAllah. Jadi, usaha ini akan terus diperkasakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah dengan sasaran sehingga 14 tan sehektar pada masa akan datang InsyaAllah. Sekian terima kasih.

Speaker

YB. Pengkalan Kundor dipersilakan!

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Ok, YB. Dato’ Speaker, soalan tambahan saya adalah kalau di negara-negara maju asnaf zakat itu sudah tidak lagi digit kepada 8. Contohnya, mereka-mereka yang memerlukan bantuan pembedahan yang kosnya sangat tinggi walaupun dia kaya tetapi ada negara maju yang menggunakan duit zakat untuk memberi kepada si yang memerlukan tadi.

Dalam konteks Malaysia kita juga, mereka-mereka yang terpaksa membuat dialisis contohnya mereka di Selangor dan Penang contohnya telah diketagorikan dalam golongan Asnaf Al-Gharimin dan mereka diberi bantuan termasuk dalam asnaf tadi. Jadi, sedikit soalan tambahan saya adalah saya nak tanya milik siapa? Projek ini milik sipa? Sebab adakah daripada duit zakat dibenarkan invest untuk membeli tanah yang seluas 305 relung itu soalan pertama. Soalan kedua, bagaimana mereka-mereka yang menyewa dahulunya tanah tersebut. Adakah telah diberi pampasan dan bayaran seumpamanya. Jadi, 2 soalan tambahan terima kasih.

Terima kasih YB Kundor, mengenai dengan asnaf seperti yang disebeut dalam Al-Quran ada 8 jenis asnaf walaubagaimanapun ada diantara kategorinya sudah pun tidak ada pada masa ini. Antaranya ialah Al-Riqab. Jadi Al-Riqab ini tidak wujud pada zaman kita sekarang ini dan secara umumnya atau cara kebiasaanya Al-Riqab ini telah kita gabungkan dengan asnaf lain. Habuan Al-Riqab itu telah kita pindahkan kepada bahagian-bahagian asnaf yang lain. Jadi oleh itu, saya rasa untuk penggunaan wang zakat ini walauapapun kita masih kena melihat dari segi perbincangan yang perlu diperhalusi dari segi penggunaan terutamanya dari segi Al-Gharimin orang-orang kaya ini.

Jadi bila dia dah kaya ni tak mesti bila kaya mengapa pula berhutang, jadi orang kaya yang berhutang ini pelik sedikitlah. Jadi mengapa berhutang, Jadi makna nya sekiranya masih mampu jadi kita tidak boleh masukkan sebagai Al-Gharimin. Walaubagaimanapun, 1 muzakharah perlu diperhalusilah untuk meletakan bagaimana bahagian ini dipergunakan dan selain daripada itu, bagi orang-orang yang selain dari Al-Gharimin ini ialah golongan-golongan yang memang dia behutang. Akan tetapi keberhutangannya itu adalah disebabkan oleh perkara-perkara yang mendatang perkara baru datang. Umpamanya dalam Covid-19 ini, ada ibubapa yang terpaksa berhutang dengan sekolah-sekolah untuk membayar yuran itu.

Maka disini saya rasa Al-Gharimin itu boleh kita pindahkan kepada orang yang berhutang. Umpamanya ada sekolah-sekolah yang ibu bapanya ada 8 orang anak kemudian dia terpaksa berhutang untuk membayar asrama-asrama terutamanya sekolah-sekolah swasta, Sekolah-sekolah agama jadi disini boleh masukkan dalam kategori Al-Gharimin kerana asbab itu datang secara tidak dijangkakan. Mengenai dengan duit siapa untuk projek ini, maknanya duit zakatlah, duit daripada Lembaga Zakat Kedah untuk membiayai segala projek-projek ini. Dimana soal bagaimana.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Soalan saya, tanah itu milik siapa ?

Tanah itu adalah milik zakatlah, zakat sekarang memiliki 700 relung ataupun 300 hektar iaitu milik Lembaga Zakat. Jadi, hak milik zakatlah kita usahakan jemput asnaf asnaf untuk mengusahakan tanah-tanah zakat ini kemudian hasilnya akan dikembalikan kepada pengusaha itu selepas ditolak modal asalnya dimana zakat yang mengeluarkan modal itu. Sekian terima kasih.

Speaker

YB. Jitra soalan nombor 3.

YB. Dato’ Speaker soalan saya nombor 3.

3. Pohon dinyatakan :-

a) Apakah prestasi pelaksanaan Pelan Pembangunan Kedah 2035 yang dilancarkan tahun lepas setakat ini?

b) Adakah pencapaiannya menepati garis masa yang ditetapkan?

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

YB. Speaker, YB. Jitra bertanyakan soalan. Saya rangkum kedua-dua jawapan bagi soalan (a) dan (b) daripada Jitra supaya jawapan ini dapat dirangkumkan bagi memastikan penceritaan jawapan kepada kedua-dua soalan yang diajukan ini selari dan sebulat menjadi satu.

Pelan Pembangunan Kedah 2035 telah dengan rasminya dilancarkan pada 1 September 2020 dan dengan rasminya telah mula dilaksanakan mulai tahun 2021. Kedah 2035 yang menetapkan visi Kedah Sejahtera & Berdaya Huni adalah untuk menjadikan Negeri Kedah sebagai sebuah negeri berpendapatan tinggi yang bakal mensejahterakan rakyatnya melalui peluang ekonomi yang terbuka, keperluan asas yang ada dan mencukupi, bidang pendidikan yang pelbagai termasuk kelestarian alam semulajdi yang menjadi dokongan utama Kerajaan Negeri dan seterusnya akan menjadi pilihan ramai untuk dihuni dengan kerukunan komuniti yang harmoni yang kita akan sasarkan akan tercapai pada tahun 2035.

Ada 3 tema iaitu EKONOMI; RAKYAT; dan ALAM. Ia dipaksikan oleh 6 teras utama, 25 strategi, 36 inisiatif dan 24 sasaran dengan menetapkan garis masa pencapaiannya sepanjang 15 tahun 20221 hingga 2035. Semua inisiatif yang disenaraikan, tidak diklasifikasikan oleh garis masa pelaksanaan seperti Quick Wins, Jangka Pendek, Sederhana dan Panjang. Tetapi, ia akan dilihat melalui perspektif 3 Rancangan Malaysia (RMK) di mana setiap inisiatif yang dicadangkan akan diusahakan secara berterusan melalui ketiga-tiga fasa pembangunan dan RMK tersebut. Berkemungkinan akan terdapat sub-inisiatif daripada inisiatif utama tersebut yang dapat dilaksanakan dengan cepat.

Merujuk kepada prestasi pelaksanaan Pelan Pembangunan Kedah 2035, secara keseluruhannya ia hanya akan dapat dilihat dengan lebih jelas ketika tempoh mid-term review bagi Fasa 1 iaitu pada pertengahan tahun 2023 kelak. Namun begitu, bagi tempoh setahun pelaksanaanya setakat ini, di mana pada ketika negara dan dunia secara global masih lagi berhadapan dengan ancaman pandemik Covid-19, prestasi pelaksanaan Kedah 2035 sehingga kini amat membanggakan. Sebahagian daripada inisiatif-inisiatif yang ditetapkan kini berada di atas landasan pelaksanaan yang baik dengan mengambil kira keenam-enam teras utama Kedah 2035.

Beberapa sasaran yang ditetapkan seperti contoh jumlah pelaburan masuk tahunan sebanyak RM10 billion di bawah Teras 1: Kemakmuran Ekonomi telah berjaya dicapai pada tahun pertama pelaksanaan Kedah 2035 apabila Negeri Kedah telah berjaya mencatatkan pelaburan masuk yang diluluskan sejumlah RM57.1 billion bagi tempoh Januari hingga September 2021. Contohnya Syarikat AT&S yang melabur sejumlah RM8.5 Billion dan Risen Energy Co. Ltd melabur sebanyak RM42.2 billion melalui Syarikat Risen Solar Technology Sdn. Bhd. Walaubagaimanapun usaha-usaha mengekalkan jumlah pelaburan masuk akan diteruskan dan jumlah RM10 billion akan terus menjadi penanda aras bagi tahun-tahun yang berikutnya.

Kawasan pembangunan Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam (BKH-SBEZ) turut menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila Syarikat Northern Gateway Sdn. Bhd. (NGSB), anak Syarikat MOF Inc. telah berjaya membawa masuk jumlah pelaburan hartanah bernilai RM7.2 billion melalui 3 projek pembangunan. Prestasi ini turut disokong oleh strategi 1 Teras 1iaitu memperkasakan infrastruktur sokongan Projek Impak Tinggi apabila pihak Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan pembangunan Loji Rawatan Air (LRA) baharu di Kubang Pasu untuk menyokong pembangunan pelaburan baharu di BKH-SBEZ. Manakala projek pembangunan Kedah Rubber City (KRC) adalah “Game Changer” di koridor timur Negeri Kedah yang merupakan Rubber-Belt bagi kawasan sempadan Malaysia-Thailand telah selesai menyiapkan kerja-kerja tanah dan infrastruktur Fasa 1 dan bersedia untuk menerima kemasukan pelaburan yang berjumlah RM3 billion melalui 2 projek pelaburan. Saya sukacita juga ingin memaklumkan sewaktu perasmian Fasa 1 oleh YAB. Perdana Menteri, dengan penglibatan Syarikat Mitsui bersama Hup Seng, mereka telah menambah RM1 billion lagi menjadi jumlah pelaburan di KRC sekarang RM4 billion. Projek Fasa 2 pula dijadual akan diteruskan pada tahun 2023 nanti. Sehingga tahun 2025, KRC dianggarkan dapat menarik masuk pelaburan baharu bernilai RM10 Billion.

Selain daripada itu, prestasi yang dapat diketengahkan adalah initiatif di bawa strategi menerapkan budaya MICAT (Mesra, Integriti, Cekap, Akauntabiliti, Telus) pada Teras 5: Kompetensi Tadbir Urus apabila pihak Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah membangunkan sistem E10 yang akan membantu pihak pelabur untuk memulakan operasi perniagaan di Kulim dalam tempoh 10 bulan sahaja bermula daripada tarikh pemasukan permohonan Kebenaran Merancang. Inisiatif ini membuktikan yang 2 teras utama Kedah 2035 dapat disilangkan bagi membuahkan satu hasil yang lebih memberangsangkan.

Usaha Kerajaan Negeri untuk menetapkan satu pelan pembangunan yang akan menjadi arah tunjuk dan haluan ke arah satu pembangunan yang holistik kepada seluruh rakyat Negeri Kedah khususnya hendaklah diteruskan dan diperkasakan dari setiap masa ke masa, tanpa perlu dicabar atau dihentikan. Ini kerana, hasilnya telah pun dapat dilihat walaupun pelaksanaannya masih lagi setahun jagung.

Strategi bagi merapatkan jurang sosioekonomi dan pembasmian kemiskinan di bawah Teras 3: Keterangkuman Sosial dan Budaya turut berada dalam radar pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang dirancang. Usaha ini dilihat bukan sahaja Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) yang telah mengaktifkan inisiatif - inisiatif bagi membantu kumpulan B40 melalui Program Kasih Ibu, NCER Empowerment; JomNiaga@NCER dan lain-lain.

Selain itu, Kerajaan Persekutuan melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri telah mengenalpasti 3 daerah iaitu Baling, Sik dan Yan iaitu daerah-daerah yang akan diberikan tumpuan dalam mengatasi isu kemiskinan rakyat. Jaringan yang sebegini menjadi satu jaringan strategik silang agensi yang akan diperkasakan melalui Teras 5: Kompetensi Tadbir Urus.

Keperluan mendatang bagi mengisi peluang-peluang pekerjaan yang berjaya diwujudkan melalui pelaburan masuk samada dari luar (FDI) ataupun dalam negara (DDI), akan memerlukan Kerajaan Negeri fokus kepada pembangunan modal insan dan bakat melalui Teras 4. Oleh itu, melalui inisiatif di bawah teras ini, Kerajaan merancang untuk memperkasakan lagi bidang TVET dan STEM dengan bakal mewujudkan Institusi Teknikal Negeri yang bakal memberi peluang pendidikan Sains dan Teknikal menghasilkan menghasilkan bakat-bakat yang diperlukan oleh industri di masa akan datang. Dalam pada masa yang sama, hubungan jaringan di antara agensi, industri dan institusi pendidikan akan diperkasakan bagi memastikan keperluan industri dapat disokong dengan menghasilkan bakat-bakat yang diperlukan.

Kesimpulannya, keseluruhan pembentukan Pelan Pembangunan Kedah 2035 ini adalah saling berkait-rapat di antara satu sama lain. Ia jelas menunjukkan yang satu agensi tidak akan dapat menjadi champion dalam melaksanakan mana-mana inisiatif malah satu kolaborasi yang perlu dirapatkan dan diperkemaskan dalam memastikan pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan. Prestasi Kedah2035 dari tahun ke tahun akan terus dipantau dan ditambahbaik agar setiap inisiatif yang dirancang adalah realistik manakala sasaran yang disasarkan adalah bertepatan dengan mendatangkan impak yang bukan hanya kepada pihak Kerajaan Negeri malah ianya adalah untuk rakyat Negeri Kedah khususnya.

Terima kasih Dato’ Speaker dan YB. Jeneri tentang jawapan yang panjang lebar tadi, suka saya mengingatkan bahawa melalui dokumen ini, kita dapati jelas bahawa Pelan Pembangunan Kedah yang diberi nama Kedah2035 itu adalah susulan plan transformasi Kedah yang telah dilaksanakan sebelum itu iaitu selama 5 tahun dan saya memang suka kalau kerajaan baik di peringkat persekutuan mahupun negeri yang mempunyai perancangan jangka panjang walaupun 15 tahun itu tidak dianggap jangka masa panjang tetapi ianya penting untuk membentuk hala tuju yang perlu dipatuhi semua agensi kerajaan, kementerian-kementerian, termasuklah di peringkat negeri.

Saya juga ingin megucapkan tahniah kerana apa juga yang telah dilancarkan sebelum-sebelum ini telah terus dilaksanakan oleh kerajaan negeri kerana inilah kelangsungan yang kita perlukan untuk memastikan projek-projek ini berjaya dan tidaklah diubah dalam jangka masa yang pendek. Walaupun begitu, kita belum merasai impaknya kalau kita faham mengenai apa suatu projek itu atau apa bentuk manfaat projek itu dapat dirasai oleh semua masyarakat setempat apabila projek yang bernilai berbilion-bilion ringgit itu dilaksanakan, kita hairan kenapa di Kedah ini belum lagi dirasai kesan positif daripada pelaburan yang bernilai puluhan billion ringgit. Kalau kita faham bahawa kalaulah 5 syarikat melaburkan 1 billion ringgit jumlahnya 5 billion tentulah memberikan kesan yang besar kerana limpahan ekonominya akan berlaku dengan begitu cepat sekali. Biasanya dengan hanya pengumuman sahaja sudah ada timbul keyakinan daripada usahawan-usahawan tempatan untuk menyediakan bekalan perkhidmatan, kedai-kedai makan juga akan dapat manfaat daripadanya tetapi malangnya di Kedah ini saya lihat 68.3 billion ringgit telah diumumkan pada tahun 2021 tetapi tidak dirasai oleh rakyat ini yang pertama.

Yang keduanya ialah, sewaktu kami membuat Pelan Transformasi Kedah untuk jangka masa 15 tahun melalui Kedah 2035 nanti, kita tidak menjangka dunia akan dilanda satu penyakit iaitu Covid-19, kita juga tidak menjangkakan perang akan berlaku ribuan kilometer daripada sini tetapi kesanya akan dirasai juga oleh kita kerana negara kita ni adalah negara pedagang. Jadi, apa tindakan yang kita ambil untuk mengimbangi antara projek yang besar dengan keperluan rakyat itu sendiri kerana saya lihat dikawasan saya sendiri YAB. rakyat kita sekarang ini tengah mengail ikan di tali air bukan untuk jual ikan puyu itu tapi untuk makan. Jadi, ini membuktikan kepada saya bahawa keadaan rakyat sekarang ini amat mencemaskan. Jadi saya harap, saya kemukakan soalan apa kerajaan negeri lakukan untuk menyelamatkan rakyat kita sendiri sebelum kita membuat pengumuman mengenai pelaburan-pelaburan, puluhan billion ringgit terima kasih.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih YB. Dato’ Speaker, YB. Jitra mengail ikan puyu ni bukan baru tahun ini ja daripada zaman saya kecil-kecil mak dengan pak saya pun sudah mengail ikan puyu untuk makan daripada dulu-dulu. Kalaupun ada lauk dirumah boleh beli di market ikan udang tapi depa pi mengail jugak pasai hobi dan ikan puyu ini tidak ada dijual di market nak makan ikan puyu kena pi mengai kat parit ataupun dalam bendang jadi bukanlah indikator kemiskinan sangat mengai ikan puyu tu. Kalau disebelah padang-padang ni pak saya dulu dok menjala ikan boleh sepat benua berguni-guni bukan pasai dibelah Sik tiada ikan tapi itu aktiviti orang kampung.

Ya, saya bersetujulah yang oleh menunjukan indicator kemiskinan tapi ia bukan benda baru, bukan tahun ini ja baru berlaku ada orang mengail ikan puyu di belakang rumah saya di Taman Lumba Kuda tu, Taman Kelana ada orang mengail ikan puyu, hari-hari ada mengail tapi musim macam la ni la orang mengail kot belah padang, belah Sungai Limau lagi banyak orang mengail, menjala. Saya pun dok pi tarik pukat kot dalam gube bukan pasal saya tiada duit untuk beli ikan tapi sebab saya minat. Yang tu jawab pasal ikan puyu dulu la. YB. Jitra mungkin tak pernah mengail ikan puyu sebab beranak dalam kepui emas bukan macam kami, kami beranak dalam kepui getah kami beranak dalam jelapang padi.

YB. Dato’ Speaker memang barang pelaburan tidak mendatangkan kesan segera kalau Ustaz Azizan akan jawab macam ni tapai pun ambik masa 2 malam baru nak buat, baru nak jadi tapai cik oi! Ini pelaburan tentu mengambil masa bertahun-tahun itulah yang sedang kita lalui sekarang ini proses terpanjang. Sekarang ini, contoh ATNS sedang menghantar batch pertama training di China 400 orang.

Batch kedua akan training di Malaysia membawa trainer daripada China untuk training di sini dan mereka telah mula hire pekerja sekurang-kurangnya sudah ada 200 staf tempatan telah diambil bekerja untuk ATNS dan mereka menyewa ruang niaga milik KTPC untuk dijadikan pejabat dan mereka telah mula berkerja. Itu kesan serta merta dari pelaburan ATNS mereka datang ke pejabat saya minggu lepas membentangkan progres semasa, mereka sudah menyiapkan piling, berapa ribu batang piling untuk bangunkan kilang dan sekarang ini 5,000 pekerja constraction di site yang sedang mencari makan dalam industri pembinaan di tapak pembinaan ATNS, dia punya kantin saja besar blok di Wisma Darulaman ini. Saya tanya ni permenant ka temporary, dia kata temporary saya kata kalau di Malaysia ni permenant pasal terlalu besar tapi akan dibuka selepas proses pembinaan siap. Ada kesan segera dalam proses pembinaan construction bekalan bahan binaan tetapi kita tak nampak kerana depa ni tak macam mengail ikan puyu mereka ada di tapak dalam holding yang tertutup. Jadi, kita tak nampaklah tapi ada rakyat Negeri Kedah malah ada rakyat negeri lain pun yang tumpang cari makan dalam proses pembinaan kilang-kilang industri di tapak-tapak binaan kawasan pelaburan yang telah diluluskan di Kedah pada hari ini.

Saya harap dalm tempoh beberapa tahun ini selepas mereka telah mula beroperasi contohnya ATNS sendiri yang telah mensasarkan 10.85 Billion dan jumlah tenaga kerja berkemahiran yang mereka perlukan ialah 5,000 orang. Mereka adalah anak-anak kita yang perlu disediakan kemahiran mereka untuk menceburkan diri dalam industri pembuatan SME yang akan dibangunkan oleh para pelabur kita. Sekian terima kasih.

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Terima kasih YB. Dato’ Speaker, ….(YB. Speaker mencelah)

Speaker

Ni nak bagi ceramah ka soalan?

Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatPAS · PNSungai Limau

Soalan, ada pengenalan sikit, rendang sikit! Dalam sasaran yang ditetapkan kita bincang tentang plan sasaran Kedah2035 untuk teras 1 kemakmuran ekonomi, kerajaan telah meletakkan sasaran sebanyak 55% pertumbuhan KDNKK setahun. Adakah dalam tempoh dalam Covid ini, berapakah yang telah kita capai pada tahun 2021 dan kita telah melepasi sasaran kedua 10 billion pelaburan masuk setahun.

Kalau sebelum-sebelum ni pelaburan yang masuk ke Kedah hanya 2-3 billion sahaja tetapi kerajaan negeri menetapkan 10 billion setiap tahun. Ia merupakan suatu yang menguji kemampuan kerajaan dan pegawai-pegawai dan seterusnya 20% kawasan penanaman padi dijalankan secara estet.

Pertamanya, soalan tadi YAB. menyebutkan pelaburan-pelaburan yang masuk melebihi yang telah kita sasarkan dan telah pun disebut oleh soalan YB. Jitra tak nampak impak dalam tempoh setahun dan Jitra pun sebut kita tidak menjangkakan pandemik yang berlaku ini akan menjejeaskan sasaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Sebelum ini YAB. telah mengumumkan pada tahun 2021 iaitu 11,030 peluang pekerjaan diwujudkan daripada Januari sehingga September 2021 dan adakah ini termasuk yang sedang bekerja dalam sektor pembinaan yang disebut oleh YAB. tadi. Adakah 11,000 ini terlibat dalam pembinaan awal untuk melancarkan kilang-kilang.

Yang keduanya, disebut lambat pasaran banyak tapi lambat adakah terlambat ini kerana pentadbiran dahulu. Bila ubah sahaja kerajaan apa yang dirancang kerajaan sebelum ini contoh, semasa Almarhum Ustaz Azizan, Kedah menjadi pengeluar kedua nenas di Malaysia tapi bila berubah kerajaan projek itu dihentikan begitu juga pada tahun sebelum ini Kerajaan Pakatan Harapan menangguhkan pembinaan loji rawatan air. 5 tu dihentikan disebabkan untuk menilai semula jadi sebab nak nilai tu maka terpaksa pending dan rakyat tidak dapat manfaat segera selepas apa yang dirancangkan. Jadi, adakah budaya ini berlaku menyebabkan Kedah ini ketinggalan.

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Terima kasih YB. Speaker, saya telah menjawab di dewan yang mulia ini bahawa budaya ‘scrap off’ projek-projek yang lama dari kerajaan dahulu tidak kita amalkan lagi sebab itulah Jitra menyebutkan sebahagian daripada Kedah 2035 ini adalah Pelan Transformasi Kedah yang dirancang pada masa lalu dan saya telah menyebutkan di dewan ini juga bukan sahaja Pelan Transformasi Kedah malah kita ambil jauh ke belakang iaitu daripada tahun 90an dan dibawa, diolah untuk dijadikan Pelan Pembangunan Kedah 2035 ini menjadi satu pelan yang komprehensif mengambil kira semua rancangan yang telah disusun sebelum ini dan rancangan yang akan dilaksanakan akan datang dan saya telah menyatakan pada dewan yang mulia ini bahawa budaya ‘scrap off’ yang dijalankan oleh kerajaan sebelum ini telah merugikan negeri dan rakyat Kedah Darul Aman.

Oleh yang demikian, pada masa depan ia tidak patut diamalkan lagi tidak kiralah siapa yang duduk sebelah ini, scrap off itu perlu ditinggalkan. Yang kedua, YB. Sungai Limau 11,000 yang dinyatakan peluang pekerjaan yang diwujudkan sehingga 2022 itu tidak termasuk dalam sektor pembinaan. Ini pekerja-pekerja yang diambil bekerja oleh syarikat-syarikat yang diberikan kontrak untuk membangunkan kilang-kilang itu sama ada pekerja buruh, pekerja mahir, engineer dan sebagainya tidak termasuk dalam peluang pekerjaan yang disediakan daripada pembangunan industri itu.

Kontraktor pembinaan itu pekerja asing ke pekerja tempatan YAB.?

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Pekerja asing, pekerja tempatan pun ada yang depa tunjuk kemarin orang putih ada orang gelap pun ada, macam-macam orang ada. Ada subcorn depa tu dia pakailah! Kebanyakannya orang Bangladesh. Engineer tu orang tempatan, yang betul-betul manager tu Italian, Italian top, orang itali.

Di Risen Solar menjelang 2024 akan berlaku pertambahan 1,800 pekerja jadi di Aspen Glove menjelang tahun 2024, 3,500 pekerja, ATNS yang saya sebutkan tadi saya sebutkan 5,000 sebenarnya 6,000 yang dilatih oleh KISMEC di Kulim. Menjelang tahun 2023, 6,000 Osram 30,000, Infenion 20,000, Yang feng 10,000 tahun ini, Jabel 300, Aidil Healthcare 5, Hong Seng Glove 2024, 4800, Project IACT 25, BKHICD 160, 64,401 menjelang tahun 2024 taklah jauh sangat 2024 ini tahun depan 2023, lepastu 2024 dah ada 64,000 taklah panjang sangat tapi adalah keperluan untuk pekara ini dirancang dan direalisasikan dengan mengambil sedikit masa tapi kesan segera itu ada. Orang yang mai kerja dia belanja makan, minum, sewa rumah, pertukaran, peredaran duit itu berlaku di kalangan masyarakat sekitar cuma yang saya faham isu yang dibangkitkan oleh Jitra ini ialah direct kepada orang itu. Kerajaan ini tidak menguruskan pengurusan semikro itu, kita uruskan yang makro. InsyaAllah yang micro itu akan berjalan dengan sendirinya InsyaAllah Terima kasih YB. Speaker.

Speaker

Terima kasih, soalan nombor 4 oleh Mejar Kuala Ketil tapi tidak hadir jadi YB. Kuah boleh buat jawapan bertulis kepada Kuala Ketil. Kita sempat lagi untuk masuk ke soalan nombor 5.

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

Salam sejahtera YB. Speaker mohon jawapan soalan nombor 5.

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

5. Pohon dinyatakan:-

Apakah perancangan dan strategi jangka pendek dan jangka panjang yang dirancang dan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengeratkan silaturahim perpaduan kaum di Negeri Kedah Darul Aman?

Terima kasih YB. Dato’ Speaker, YB. Bukit Selembau jawapan untuk soalan nombor 5.

Perancangan dan Strategi untuk jangka pendek dan jangka Panjang.

(a) Jangka Pendek

Yang pertama ialah melaksanakan arahan-arahan semasa dan keputusan-keputusan dasar daripada kementerian perpaduan negara (KPM) serta Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi mempromosikan perpaduan dalam kepelbagaian; dan

Yang kedua, melaksanakan aktiviti dan program-program kemasyarakatan yang telah dirancang melalui mekanisme perpaduan sedia ada misalnya Kawasan Rukun tetangga, Tabika Perpaduan, Kelab Rukun Negara (KRN), Sekretariat Rukun Negara (SRN) dan sebagainya.

(b) Jangka Panjang

Yang pertama, Pelaksanaan Rangka Tindakan (blueprint) Perpaduan Negara 2021 – 2030 yang menggariskan 12 strategi yang dapat memperkukuhkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. diantara rangka pelan tindakan yang akan diadakan adalah merangkumi aspek berikut;

a) Membina rakyat yang patriotik dan demokratik b) Membentuk identiti nasional; dan c) Memperkukuhkan ekosistem perpaduan

Yang kedua, Pelaksanaan Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021 – 2030. Pelan ini berteraskan 5 teras strategik iaitu:

a) Teras strategik 1 – memelihara sistem demokrasi raja berperlembagaan b) Teras strategik 2 – membentuk masyarakat yang menghargai dan mengamalkan perpaduan c) Teras strategik 3 – memperkasakan sosioekonomi yang adil dan saksama d) Teras strategik 4 – menjamin keterbukaan dan toleransi terhadap perbezaan agama dan tradisi kebudayaan e) Teras strategik 5 – membina masyarakat progresif melalui sains, teknologi dan inovasi

Yang ketiga, menubuhkan lebih banyak kawasan rukun tetangga (KRT) didalam komuniti setempat. melalui penubuhan KRT maka jawatankuasa yang dilantik dapat menjalankan pelbagai aktiviti kearah meningkatkan dan mengukuhkan semangat kejiranan, bertoleransi dan bersatu padu. pada masa kini terdapat 502 KRT di seluruh Negeri Kedah.

Yang keempat, pembukaan lebih banyak kelas Tabika Perpaduan. Sehingga pertengahan bulan Februari 2022, terdapat 107 kelas Tabika Perpaduan di seluruh negeri Kedah. Tabika Perpaduan merupakan suatu institusi pendidikan awal kanak-kanak dalam mengembangkan potensi dan melahirkan murid yang mempunyai semangat cintakan negara, mengamalkan nilai-nilai murni seperti semangat kekitaan, toleransi, meraikan kepelbagaian dalam kehidupan seharian. Penubuhan Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) yang dianggotai oleh para ibu bapa kanak-kanak dan pemimpin masyarakat setempat yang berperanan sebagai agen penggerak di peringkat akar umbi.

Yang kelima, penubuhan lebih banyak Kelab Rukun Negara (KRN) dan Sekretariat Rukun Negara (SRN) pada masa kini terdapat 353 KRN di peringkat sekolah rendah, 193 KRN di peringkat sekolah menengah dan 18 buah Sekretariat Rukun Negara di peringkat institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negeri Kedah. KRN dan SRN diperkasakan melalui program pendidikan yang berteraskan kenegaraan, patriotik dan perpaduan. Ahli-ahli KRN dan SRN diberi keutamaan dalam penyertaan program integrasi dan perpaduan yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Yang keenam, Inisiatif mewujudkan ‘café unity’. antara ciri-ciri café unity ialah ia mempunyai hidangan atau menu kesukaan pelbagai kaum di negara ini. Atas ciri-ciri ini, pelbagai kaum akan mengunjungi café unity ini dan ia berperanan sebagai tapak integrasi dan perpaduan. Rakyat pelbagai kaum dapat berinteraksi sambil menikmati menu citarasa keluarga Malaysia.

Melalui strategi-strategi yang dinyatakan, diyakini bahawa ia mampu mengeratkan silaturrahim perpaduan kaum di negeri Kedah Darul Aman.

Encik Summugam a/l RengasamyPKR · PHBukit Selambau

YB. Speaker soalan tambahan saya, setakat ini apakah keberkesanan program atau aktiviti yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri untuk memupuk perpaduan dan intgrasi kaum di Negeri Kedah Darul Aman.

Speaker

Sidam dapat tak ? clear tak ?

Clear tuan Speaker, okay untuk jawapan tambahan bagi YB. Bukit Selambau. Program-program yang kita anjurkan oleh JPMIN Negeri Kedah yang akan menjurus kepada matlamatnya untuk yang pertama

a) Mendidik masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama, warna kulit dan keturunan untuk mencintakan perpaduan.

b) Memelihara dan meningkatkan keharmonian perpaduan nasional.

c) Mempromosikan kesefahaman dan harmoni agama bagi semua lapisan rakyat.

d) Menjalankan apa-apa aktiviti wacana perpaduan dan usaha merapatkan hubungan-hubungan kaum.

e) Melaksanakan langkah-langkah intervasi, menguruskan hal-hal perpaduan negara dan integrasi nasional

Berdasarkan rekod penilaian program sebelum berlakunya covid-19 secara dalaman, jabatan ini ada memanggungkan satu kaedah yang dinamakan penilaian program perpaduan atau ringkasnya PPP. PPP merupakan satu mekanisma penilaian bagi melaksanakan program terkawal terhadap peserta yang dikenal pasti. Skop pernilaian merujuk kepada 2 elemen. Pertama, penilaian masyarakat melaksanakan untuk menjururs cara bagaimana kelompok masyarakat mengurus diri mereka dan berkongsi hidup dengan orang lain. Proses penilaian mengelakkan borang kaji selidik kepada peserta-peserta program iaitu pra dan paska program. Penilaian dan analisis seterusnya dibuat bedasarkan base line PPP dan tidak melebihi skala 2.2 daripada yang diketogori sebagai baik bagi Negeri Kedah. Pencapaian PPP bagi individu ialah 1.1 manakala bagi masyarakat pula ialah 1.65 yang mana menunjukan bahawa program-program yang dijalankan mampu mengeratkan perpaduan kaum, agama, dan kepercayaan pelbagai kaum di Negeri Kedah. Sekian terima kasih Speaker.

Speaker

Terima kasih kerana tiada soalan. Sekarang urusan seterusnya setiausaha.

Usul Ucapan Menjunjung Kasih Daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.Motion

Setiausaha Dewan

Usul ucapan menjunjung kasih daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

Speaker

Silakan!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya pohon mencadangkan satu Usul yang berbunyi seperti berikut:

“Bahawa Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman mempersembahkan Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah ucapan yang berbunyi:-

“Patik-Patik sekalian, Speaker dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman di dalam persidangan ini dengan penuh hormat dan takzimnya menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, di atas perkenannya Tuanku menyampaikan Titah Ucapan Sempena Perasmian Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang Keempat Belas”.

Sekian, terima Kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pohon menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Urusan seterusnya.

IV. Perbahasan Di Atas Usul Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Secara Dasar.Motion

Setiausaha Dewan

Perbahasan di atas usul Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah secara dasar.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, perbahasan di atas usul Ucapan Menjunjung Kasih Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, saya mohon kerjasama Ahli-Ahli Yang Berhormat agar menumpukan ucapan-ucapan Yang Berhormat kepada perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri Kedah sahaja. Saya juga berharap Ahli-Ahli Yang Berhormat tidak mengulangi perkara-perkara yang telah disentuh oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat lain. Sekarang Dewan dibuka untuk perbahasan.

Speaker

Dipersilakan Ketua Pembangkang, YB. Alor Mengkudu!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi robbil ‘alamin wabihi nasta’in. Wassola tuwassala mu’ala saidin mursalin wa’ala alihi wasohbihi ajma’in.

YB. Dato’ Speaker, YAB. Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli YB. Exco, ADUN-ADUN, ketua-ketua jabatan, hadirin hadirat yang dikasihi sekalian. Pertama saya ucapkan terima kasih kepada YB. Dato’ Speaker kerana memberi izin untuk saya memberikan ucapan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah di atas perkenannya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menyampaikan titah ucapan sempena Perasmian Pembukaan DUN Kedah Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Ke 14 pagi kelmarin.

YB. Dato’ Speaker, diantara perkara pertama yang disentuh oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku adalah mengenai musyawarah politik, musyawarah demokrasi dalam ucapan. Saya ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan sokongan sepenuh atas saranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai betapa pentingnya musyawarah dilakukan terutamanya di kalangan pimpinan-pimpinan ahli-ahli politik yang telah pun diberikan amanah oleh rakyat untuk memastikan supaya negeri dan negara kita ini akan menjadi sebuah negara yang maju, berjaya, aman dan kita sedia maklum bahawa dalam sistem demokrasi memang musyawarah ini merupakan satu tonggak penting. Sebab itu lahirnya Dewan Undangan Negeri yang menjadi ‘platform’ musyawarah lahirnya Parlimen yang menjadi ‘platform’ musyawarah di mana keputusan-keputusan penting yang berdasarkan kepada perlembagaan itu dilakukan secara rasmi di peringkat Dewan Undangan Negeri dan juga di peringkat Parlimen.

Walau bagaimanapun, sistemnya begitu baik tetapi oleh kerana ia bergandingan dengan politik, demokrasi ini tidak boleh lari daripada urusan politik kerana urusan politik ini urusan untuk melantik pemimpin yang akan diwakili oleh rakyat. Maka di situlah berlakunya pelbagai perbezaan pendapat, pertelingkahan di antara ahli-ahli politik umpama saya katakan bahawa dunia politik ini umpama lautan yang tak mungkin tidak ada ombak, tak mungkin tidak ada ribut, tak mungkin tidak ada gelombang. Dalam gelora politik yang ada ini, sama ada ia berlaku dari dalaman parti-parti yang berkenaan, ia boleh berlaku di antara parti-parti politik dan sepanjang tempoh berpolitik ini, itulah di antara perkara yang pada peringkat ini mengambil perhatian banyak pihak bahawa kita sudah melalui satu tempoh yang panjang dalam sistem demokrasi maka berlaku pelbagai perkara yang tidak pernah berlaku dahulu.

Sebagai contoh, berlaku Pilihanraya Negeri, salah satu contoh, dulu jarang berlaku Pilihanraya Negeri berasingan kecuali di Sarawak dan Sabah kerana mereka baru menyertai Malaysia, tetapi di Semenanjung tak berlaku Pilihanraya Negeri kerana ada satu persetujuan di antara negeri dan Pusat untuk mengadakan pilhanraya bersama. Tetapi akhir-akhir ini apabila berlaku perubahan politik selepas parti yang telah lama mendominasikan negara ini berlaku perubahan maka mulailah selepas PRU-14 berlaku beberapa Pilihanraya Negeri dah kita hadapi pada ketika ini, di Sabah dan Sarawak tu kita tak kira lah memang mereka sejak daripada mula tu memang tempoh kadang kala tu dia tak sama, dia nak menyamakan tu dia payah sebab mula pilihanraya dia tak sama. Tetapi dah berlaku di negeri, baru-baru ini di Melaka, berlaku di Johor dan ada orang mengatakan nak berlaku di Kedah ka tapi YAB. Jeneri kata dak kut setakat ini di Kedah.

Saya kira pertama daripada sudut perbelanjaan. Perbelanjaan pilhanraya ini sebenarnya dia sama, kalau satu pilihanraya tu dibuat di negeri, prosesnya sama juga. Bila negeri campur dengan Persekutuan perbelanjaan urusan pilihanraya macam tu juga tapi kalau buat berasingan, dua kali lah, kos pilihanraya. Kalau semua negeri-negeri buat berasingan, dia sudah menjadi ‘double’ dan melibatkan ‘billion’ perbelanjaan urusan pilihanraya. Jadi, sepatutnya wang itu pergi kepada rakyat tapi dah nak dibuat pilihanraya, rasa tak puas hati, rasa kuasa dah tak cukup kuat, dah kuasai kerajaan pun, rasa nak buat pilihanraya jugak nak bagi semua duduk di bawah satu parti. Sedangkan sekarang ini dominasi satu parti golongan dah tak berlaku dah di Malaysia sekarang ini, ia mesti ada perubahan, kerajaan pun dah berubah. Ini mungkin di antara perkara yang perlu difikirkan. Sebab itu apabila Tuanku menyarankan musyawarah ini bukan sahaja musyawarah secara rasmi yang berlaku di Dewan Negeri, di Parlimen tetapi musyawarah di kalangan pimpinan juga perlu berlaku walaupun di luar atas kepentingan rakyat perlu ada terutamanya melibatkan perkara-perkara yang ada keutamaan untuk kepentingan negara.

Perkara yang seterusnya yang ingin saya sebutkan di sini adalah mengenai kos sara hidup yang meningkat, ini menjadi satu rungutan rakyat. Memang harga barangan ni dari semasa ke semasa ia meningkat sebab ekonomi itu berkembang, tak boleh lari. Harga tanah naik, harga rumah naik, harga makanan keperluan naik, itu memang pertumbuhan ekonomi ini kita tak boleh elak lah. Kalau kita nak jadi zaman dulu, zaman dulu gula baru berapa kupang saja dulu, dah gula naik lebih dah, tepung pun berapa kupang, tak boleh boleh berlaku memang ia berkembang. Tetapi sejak akhir-akhir ini terutamanya selepas daripada kita hadapi pandemik Covid-19, salah satu benda seperti yang disebut oleh YB. Jitra tak dijangka pun oleh pemikir ekonomi bahawa itu adalah bencana yang melanda negara kita. Kesan kepada ekonomi bukan saja kita, kesan kepada dunia kerana mengganggu pengeluaran, sekatan pergerakan

dan sebagainya menyebabkan ada sesetengah bidang tu tak dapat dilaksanakan, pengeluaran terganggu, pekerjaan semua terganggu, jadi menyebabkan harga barangan tersebut naik. Ini memerlukan suatu usaha supaya tidak begitu mendadak kenaikan-kenaikan berkenaan. Saya mengambil beberapa contoh, kita sendiri pun terlibat apabila kita beri duit kepada isteri kita, koi lama dia minta koi tambah, (sambil ketawa) dia duk kata tak cukup. Kita kata, “apa yang tak cukup ni”? Isteri seorang la tu kalau isteri dua tiga tu lagi lah masalah kan? (sambil ketawa). Kita sendiri pun berasa, bagi RM200 dia kata, “RM200 ni sekali pi ‘shopping’ saja habis beli barang”. Dulu bagi RM100 pun cukup, la dia cukup. Kita sendiri sebagai ketua keluarga yang beri pun dah mula terasa, sebenarnya kita jarang duk bekesah harga naik tak naik ni.

Dan rungutan daripada peniaga-peniaga makanan contohnya, “kami ni hadapi masalah nak sediakan makanan, kedai jual nasi, lauk pauk dan sebagainya dia kata payah, nak letak harga mahal pi beli semua barang harga naik, barang naik mendadak terutamanya barangan asas contohnya ayam. Ayam saya tanya isteri saya lah, saya pun tak pernah duk pi kedai beli ayam ni, dia kata, “dulu baru RM6.50 saja, la ni dia naik sampai RM9.00, ha la. Itu satu harga dalam tempoh bulan bukan tahun. Harga daging dulu baru dalam RM32.00 atau RM34.00, la dah naik RM38.00, raya ni boleh jadi RM40.00 lebih. Minyak masak, minyak masak ni kita sebenarnya pengeksport minyak masak, sebab kita kelapa sawit banyak, kita pengeksport. Minyak masak jugak naik, ada minyak masak yang kerajaan kawal tu yang dalam peket tu, hat tu sebenarnya untuk golongan pendapatan rendah tapi ‘puak-puak’ kaya pun duk pi beli hat tu jugak duk pi berebut. Puak yang berniaga sebenarnya tak boleh beli kan? Tapi pakat duk pi beli hat tu, hat tu pun tak cukup dalam pasaran. Jadi, ini di antara yang kita nak kena ambil satu langkah mengatasi masalah tekanan sara hidup memang sangat dirasai oleh rakyat pada ketika ini. Itu tidak kira rakyat yang hilang pekerjaan, tiba-tiba pekerjaan tak dak, terpaksa dibuang kerja kerana syarikat itu berhenti dan sebagainya.

Jadi, ini perlu diambil tindakan oleh pihak berkuasa, pihak kerajaan bagaimana cara kita nak mengatasi masalah kenaikan yang mendadak yang dihadapi oleh rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan kita pun telah dimaklumkan bahawa golongan B40 ni pun dah meningkat. Berapa peratus dah golongan daripada M40 ni sudah menurun menjadi B40. Hat B40 tu turun lagi lah, bila hat atas turun B40 turun lah B40 apa tak tau, istilah ‘tegar’, dah lagi rumit. Kita kena ambil perkara ini secara serius tentang tekanan yang dihadapi. Saya juga kadang-kadang sedih tengok penglaman pi beli buah tembikai, kita pun beli sebelah saja, ada pakcik tu lalu nak beli tembikai. Dia kata, “hat cik beli ni harga berapa, hat separuh tu”? “Adalah harga enam tujuh ringgit saja harga separuh”. Saya kata, “pasai apa pakcik tanya”? Dia kata, “saya nak beli takut duit saya tak cukup”.

Ertinya dia sendiri bawa duit tu mungkin tak banyak, tak dak, nak beli buah tembikai pun naik takut. Jadi, itu kita nak bayangkan betapa isu inflasi dan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat yang pada ketika ini perlu ditangani oleh kita sebagai pihak kerajaan dan kita juga mungkin ada tindakan-tindakan yang boleh dibuat oleh pihak kerajaan ataupun kita juga. Kalau dulu ni, saya tengok rakyat kita, dulu! Dulu! Bukan sekarang dulu! Dulu ni di kampung-kampung kalau ada kawasan, dia bela ayam. Ialah, memang ayam duk berak merata kan? Tapi dia bela ayam, dia dapat hasil daripada ayam, dia ambil telor dan sebagainya, dia tak beli. Tapi kalau kita tengok sekarang ni, ayam pun depa tak bela, itu di pihak rakyat lah semua dia nak beli, kadang-kadang serai pun dia nak beli sebab hidup tu dia dah jadi budaya baru. Sepatutnya benda tu boleh tanam saja di keliling rumah, tapi dia tak buat, dia suka beli.

Akhirnya yang paling seronok sekali dapat subsidi daripada kerajaan lah apa-apa dia nak minta tunai, sedangkan kita sedia maklum bahawa kerajaan macam mana pun terhad, kerajaan akhirnya terpaksa berhutang, itu yang menyebabkan hutang yang banyak kerajaan tu. Jadi, ini isu kos sara hidup saya ingat benda-benda yang ‘real’ lah bukan satu benda yang direka-reka dan sebagainya.

Seterusnya saya nak sebut juga kerana ini disentuh oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam ucapan mengenai sektor pertanian dalam muka surat 6. Sektor pertanian memanglah Kedah ni masih lagi dianggap negeri yang sebahagian besar rakyat terlibat dalam sektor pertanian. Walaupun kita kata ada pelaburan banyak, industri banyak, kita tak dikira lagi sebagai negeri industri kerana rakyat yang terlibat dengan sektor pertanian masih besar, padi luar bandar, getah, kelapa sawit dan sebagainya masih lagi banyak.

Jadi, sektor pertanian ni satu sektor yang saya lihat, sebenarnya pengalaman saya lama dah duk dalam negeri ni, kita tak berkembang sangat itu kita kena terima hakikatlah macam-macam perancangan yang kita buat tetapi pertanian ni kita tak boleh nak bangkitkan sedangkan negeri kita adalah negeri pertanian. Kadang kala kita macam mundur ke belakang dalam sektor pertanian, kita tidak maju ke hadapan walaupun macam-macam program, perancangan yang kita buat. Saya nak ambil contoh, penternakan, pertanian juga tu. Kita sepatutnya dah maju ke hadapan dengan padang ragutnya, dengan insentif itu intensif ini. Lembu pedaging 2016 kita ada 69,387, 2017 menurun 52,000, dia koi sikit, sepatutnya koi maju YB. Dato’ Speaker. 2018 turun 48,000, 2019, 44,000, 2020 ada naik sikit 5,000. Trend tu trend koi menurun sedangkan pelbagai inisiatif yang kita buat ni, macam-macam perancangan. Lembu tenusu, 2,600 lebih, 2020 tinggal 2,100, turun. Kerbau, 7,400 lebih 2016 la turun 4,000, mana nampak kerbau dah la ni. Kambing, 2016 55,000, saya tak mau baca tiap-tiap taun, mai hat la ni 2020 tinggal 50,000 lebih daripada 55,000.

Biri-biri 11,000 lebih la turun 11,000 lebih kurang, tak berkembang. Itu menunjukkan bahawa di antara petujuk bagaimana pertanian ini tak boleh berkembang. Begitu juga hasil padi, pertanian juga, dahlah kawasan padi tu bertambah kurang oleh kerana buat perumahan, projek dan sebagainya. Kita pun tak boleh nak kawal dah rumah orang nak duduk. Tetapi hasil perhektar tak meningkat, masih duk cerita 5 metrik tan perhektar, 6 metrik tan pun dah tinggi. Kut Lembaga Zakat buat dapat 7 ka 8 tu kira bagus lah tu. Itu tidak kira lagi dihadapi oleh petani, hasil petani yang dapat 4 gundi serelung tu habislah, 15 gundi tu balik modal lah. Itu tak kira lagi yang mereka hadapi masalah, ini kira yang ‘everage’ yang dihadapi tak meningkat. Sedangkan di negara-negara lain sebenarnya cerita 10 tan metrik ke atas dah, lama dah, 10 tahun dulu dah duk bercakap 10 metrik tan ke atas ni. Ada pengusaha-pengusaha padi yang agak mempunyai pendidikan, pelajaran tinggi mereka pergi melawat di sebelah Sekinchan mereka dah dapat….(YB. Anak Bukit minta laluan)

Terima kasih YB. Pengkalan Kundor kerana bagi ruang dan terima kasih YB. Dato’ Speaker. Mungkin kita nak kena tengok balik model kita nak meningkatkan hasil pertanian kut YB. Alor Mengkudu. Seperti dikatakan tadi lah, lembu tenusu ataupun lembu pedaging dan sebagainya, tak pa lah orang kampung nak terus ada sekoq dua kan, pi pacak duk meragut tepi-tepi ban MADA dan sebagainya tu ok. Saya tengoklah kalau di Malaysia ni model yang nampak berjaya ialah apabila kita serahkan kepada sama ada syarikat yang JV dengan syarikat berkaitan kerajaan. Contoh Yang Berhormat tentang pengeluaran susu dan sekarang ni syarikat ini dah nak disenaraikan YIPO lah di Bursa Saham iaitu Farm Fresh yang selain daripada dia ternak dan dapat susu, kemudian dia ada ‘downstream’, ‘processing’ dan melibatkan rakyat pun boleh jadi ejen, jual dan sebagainya. Mereka berjaya untuk buat secara besar-besaran di Bandar Muadzham Shah dan kemudian diberikan di beberapa tempat yang lain termasuk mereka pi melabur di Australia untuk mengeluarkan susu.

Jadi, apakah ini mungkin jadi ‘solution’, kalau kita duk biaq orang nu ternak tiga empat ekoq, kawan nu lima enam ekoq, dia tak boleh nak meningkat melainkan menggunakan model tersebut dan juga kalau padi Yang Berhormat sebutkan tadi tu saya tengok kalau kita punya Farm Holdings duk ada dua tiga relung, kawan ni tiga empat relung, memang payah melainkan kalau dibuat dengan skala besar, saya ingat kita bersetuju dibuat secara estet macam tu. Cuma, ada benda-benda yang kita nak tengok lah supaya orang duk cari makan sebelum tu menyewa, duk bagi traktor dan sebagainya tu harus terus dikekalkan mereka ini supaya jangan dimonopoli oleh syarikat besar tu, dia sapu habis kesemua, hat lain-lain tak boleh nak cari makan. Saya mohon pandangan daripada YB. Alor Mengkudu.

Terima kasih YB. Anak Bukit. Memang saya bersetuju, selepas ini ada beberapa cadangan yang akan saya kemukakan untuk kita pertimbangkan bersama tentang perkara ini. Ada mereka yang terlibat dengan padi dulu di katakan golongan yang terlibat dengan padi ni golongan dah berumur dan sebagainya mereka sebenarnya dah tak dak urusan lain lagi buat juga tetapi sekarang ini sudah ada golongan muda hat baru yang masuk yang berpelajaran, ada dah yang masuk dan mereka, ada salah seorang tu dia maklum kepada saya dia mula pergi tengok di Sekinchan bagaimana mereka buat padi, mereka boleh dapat 8 hingga 10 metrik tan perhektar. Dia kata,”beza depa tanam padi di sana”.

Saya tak tanya beza macam mana, saya tak tanya ‘detail’. Dia kata, “beza depa tanam padi di sebelah Selangor dengan kita tak sama, kaedah-kaedah dia tu tak sama”. Jadi, perlu buat satu perubahan, dia sendiri kata lah, dia pun mula masuk buat tiga empat puluh relung juga lah bukan kata dia buat dua tiga relung, ini orang berpelajaran mula masuk dalam industri ini. Makna kata boleh bukan kata tak boleh, makna kata boleh kita ‘reform’kan benda ini. Juga, isu-isu yang berkaitan dengan pertanian ini YAB. Jeneri, yang sekarang ini pula, tadi kita bercakap tentang barang makanan hat nak beli masak terus, semua import pertanian naik! Ini memang petani dan peladang cukup…tak tau lah depa nak buat macam mana, macam kerajaan tak buat apa! Kalau harga asal tu kita kata dalam RM50 naik RM100 lebih, tak dak sapa nak boleh nafikan benda ni. Baja naik, racun naik, berlipat kali ganda. Mereka kata betullah harga kelapa sawit naik, tetapi nu, baja kelapa sawit naik melambung, racun apa semua nak naik melambung. Macam mana dia kata? Akhirnya…itu tidak kira lagi makanan ayam. Ada di sebelah Kampung Tualang tu, saya duk pi beli telur masin, dia duk bela itik. Dia kata, “la tak bela itik”. Saya kata, “awat tak bela itik pak cik”? Dia kata, tak boleh bela sebab harga naik”. Saya sebut lah bab itik sikit. Dia kata, “tak boleh”! Ertinya, bahan makanan tu kita import, bahan makanan tu boleh diusahakan di sini pun, ini perlu diatasi. Kalaulah sekiranya kita nak biar lama, input pertanian baja semua naik, terutamanya kita beli baja semasa saya di NAFAS kita beli baja di Bellerose di antara negeri yang hampir terlibat dengan perang la ni. Di antara sumber baja kita beli di Bellerose satu daripada kompenan dalam baja itu. Sekarang berperang. Apa jadi dengan sumber? Dah jadi masalah kepada harga.

Jadi, ini perkara-perkara yang perlu difikirkan oleh kita dan saya nak mencadangkan, saya tengok masalah lama dah masalah ni. Masalahnya kita tidak mempunyai kewangan yang cukup kerajaan negeri.

Kita tengok sebab apa kita tak boleh nak gerakkan, kita nak salahkan Jabatan Pertanian pun tak boleh juga, peruntukan pembangunan Jabatan Pertanian baru RM6 juta lebih. Nak buat apa dengan RM 6 juta lebih setahun? Tak boleh buat apa, dia nak bangun macam mana? Jabatan Perkhidmatan Veterinar bajetnya baru RM6 juta juga sedangkan agenda pertanian bukan agenda kecil, agenda besar yang nak dibuat tetapi satu jabatan ada RM6 juta, apa yang dia nak dapat buat. Jadi, saya nak mencadangkan di sini iaitu supaya diwujudkan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kedah. Kalau tak kami nak masuk dalam Manifesto Pakatan Harapan kerajaan akan datang lah, InsyaAllah mana tau nanti kan? Perbadanan ini sebenarnya di Perak ada 20 tahun lebih dah, di Selangor ada dah perbadanan ni tapi kita di negeri kita tak dak. Sebab melalui ini barulah boleh dipullkan dia punya capital untuk masuk, kita boleh dapat duit daripada Persekutuan, dapat duit dari mana-mana pihak dan kita akan gunakan ini sebagai satu platform macam mana kata YB. Anak Bukit.

Satu model baru pertanian mesti dibuat dan ia boleh membuat usahasama-usahasama dengan pihak-pihak yang lain secara ladang besar-besaran baru lah boleh dalam bidang penternakan, dalam bidang estet padi secara besar-besaran dan sebagainya, dalam bidang apa-apa tanaman. Dengan adanya perbadanan ini dan kalau kita kata kita tak dak keupayaan, tidak ada sebab Perbadanan PKNK salah satu perbadanan yang berjaya. Kita tak boleh kata buat pun mungkin payah nak berjaya, itu telah terbukti PKNK satu perbadanan yang bagi saya berjaya yang telah ditubuhkan 30, 40 tahun yang lalu dan esetnya pun sudah RM10 billion, eset PKNK tapi dia terlibat dalam properties dan sebagainya lah, tidak khusus walaupun dia ada ladang-ladang dia. Ini di antara model supaya dapat macam mana YB. Anak Bukit sebutkan tadi bukan saja akan dilakukan di sini, boleh diteroka di luar negara pun sebagai salah satu daripada bagaimana kita nak merancakkan pertanian di dalam negeri kita dan kalau kita tidak mengambil tindakan-tindakan, negara jiran akan tinggalkan kita, Thailand kita jangan bercakaplah pertanian, ia sudah melebihi keperluan dah, semua dia eksport pertanian. Sekarang yang sedang bangkit Indonesia, ada dekat 300 juta, dia cukup makanan. Di India 1.3 billion, dia eksport beras mai kat kita, sebahagian daripada beras yang kita makan mai daripada India. India ada 1.3 billion penduduk, beras dia eksport yang kita ada 32 juta penduduk, beras kita import. Tang mana yang tak kena dengan kita? Saya pergi ke Sabah semasa saya menjadi Pengerusi NAFAS untuk makluman, hat Sabah lah cerita di Sabah. Pengeluaran berasnya hanya 20% sahaja, lagi 80% import. Saya kata, “sebab apa sikit sangat, adakah di Sabah tak dak tanah?” Luas tanah, pi tengok dia tak buat, banyak terbengkalai. Itu Sabah punya cerita lah tetapi hat kita isu kita lah. Ertinya, kalau dapat digembeleng dan ditingkatkan hasil daripada kawasan MADA, luar MADA yang ada, kalau dapat dinaikkan sampai ke 8 metrik tan lebih-lebih lagi 10 metrik tan maka kita punya pergantungan kepada import beras tadi ni mungkin akan banyak berkurangan.

Seterusnya cerita padi juga lah sikit lagi iaitu sebab sawah berskala besar ni, ada soalan saya ingat. Saya berbincang dengan petani-petani bahawa sebenarnya MADA dah jalan dah estet padi ini, bukan MADA tak jalan. Kemudian kita mai pula sebab sawah berskala besar mai satu konsep pulak, yang petani duk berjalan dah. Pemimpin-pemimpin peladang minta saya maklum kepada kerajaan, dia kata, “buat hat MADA tu dulu, hat MADA jalan tu kerana mereka dah berjalan. Dia kata banyak peladang-peladang, tetapi terpulanglah lah kepada kerajaan untuk pergi semak balik dengan peladang-peladang. Depa tak berapa minat dengan “smart sawah berskala besar” ni. Saya pun tak tau konsep macam mana kan yang sebenarnya. Tapi depa kata, kita duk cuba jalan dah yang diuruskan oleh MADA walaupun hadapi banyak halangan.

Macam kita katakan bila nak buat sawah, kadangkala kita nak cuba satukan sawah, kita bukan saja hadapi masalah tuan tanah nak berunding, tetapi sawah tu duduk dalam tangan penyewa. Bila duduk dalam tangan penyewa, penyewa kata, “kami pun ada hak, apabila diambil kami ni nak buat kerja apa pulak?” Jadi, yang ni masalah memang betullah seperti disebut kalau kita duk buat dua tiga ekar, empat lima relung memang kosnya menjadi tinggi, dia mesti buat dengan skala besar baru boleh di ‘pull’ teknologi, mesin dan sebagainya serta dirantaian kepada padi tu akan dapat diuruskan dengan lebih sepenuh, beli baja pun secara pukal, beli secara pukal ‘direct’ dengan pengeluar, pengilang, jauh lebih murah daripada duk beli runcit. Jadi, ini perlu dilihat.

Seterusnya, saya pun kali pertama dengar kata Lembaga Zakat ni duk pi terlibat dalam estet padi ni. Baguslah daripada segi hasil bukan tak bagus cuma kita sedia maklum lah dalam urusan agama kadang-kadang kita pun dia banyak ulamak-ulamak kalau istijhad ni macam-macam. Dulu ni kita bayar zakat fitrah ni beras kan, bawa pi beras sana sini, lepas tu bila nak bayar zakat duk tolak pi tolak mai pasai kita pegang kepada mazhab mesti barang makanan asasi zakat. Lepas tu tak lama kita ubah sikit mazhab tu ambik lain, Hanafi ka apa ka? Kita la bayar duit dah, mana bayar menggunakan makanan asasi, dia punya perubahan tu berlaku. Sebab tu bila sebut kata terlibat tu, eh! Pejabat Zakat dah mula nak terlibat dalam keusahawanan ka pulak. Mungkin ulamak istijhad kata boleh tak pa lah, jalan lah sebab macam kutipan zakat pasal pendapatan. Dulu pendapatan zakat bukan kena dulu, zakat pendapatan ni gaji 20 tahun ni baru kata oh! Gaji rupanya kena bayar zakat, ni istijhad baru. Ada negeri jiran pulak istijhad, pelam harum manis pun kena keluar zakat. Kita duk ingat dulu hat padi kena bawa keluar zakat, tanaman asasi, tanam pelam harum manis kena keluar zakat. Jadi, nak kena tengok sebab adakah wang zakat boleh dibuat pelaburan. Sebab itu apabila ditanya soalan tadi ni, tanah tu tanah siapa? Tanah Zakat. Adakah duit zakat ni boleh pi beli harta ka untuk pelaburan? (YB. Dato’ Speaker mencelah)

Speaker

YB. Alor Mengkudu, ada 5 minit lagi!

Haa…5 minit. Elok, penghujung dah tu. Jadi, adakah duit zakat ini boleh dibeli harta? Kita duk faham asasi kita duit zakat ni peranannya kutip kemudian bagi, bagi-bagi belanja kepada asnaf yang ada lah, yang tak dak tak pa lah, asnaf yang ada. Adakah zakat ini boleh dibeli harta kemudian kita simpan, ini satu pelaburan. Hat ni bagi saya baru, tak pernah dengar kata boleh pelaburan. Adakah duit zakat ni boleh kita labur dalam satu perniagaan usahawan?

Sebab tadi dah kita labur, adakah boleh ka tak boleh zakat ni dalam perkara berkenaan? Sebab apa, kalau ini berjaya akan diperbesarkan lagi. Tetapi kena ingat duit zakat ni apabila dia mula masuk dalam pelaburan, dia ada risiko tu, duit ni dia ada risiko untung rugi. Jangan kita kata masuk buat urusan pertanian (padi), dia akan terus dapat hasil, ada masa dia kena serang penyakit dia tak dapat hasil. Jadi, macam mana pula duit zakat ni? Jadi, dia nak tengok kaedah adakah duit zakat ni beri kepada asnaf dia usaha, yang tu tak pa sebab kita beri kepada asnaf. Ni asnaf ada sekian-sekian orang, nah ambik kami bagi duit zakat ni usaha, ini kami bagi terus, tak dak kata pulangan kepada Zakat. Itu betul, itu bagi saya ‘traight forword’ lah, kita bagi kepada asnaf dia buat. Tetapi kita bagi, kita pun ada pulangan sama, saya tak tau kata zakat ni rupanya dia ada ‘profit’, zakat mana ada ‘profit’. Tapi YB. Kupang lebih fahamlah dia pun pi Darul Iktar ka apa Yang Berhormat, pi mengaji sampai peringkat tinggi kan. Jadi, ini nak kena ditengok dan perlu kepada satu penjelasan lah. Jadi, saya ingat setakat itu lah YB. Dato’ Speaker, YB. Dato’ Speaker pun duk perati saya dah tu dan saya dengan ini mengucapkan terima kasih dan menyokong Usul Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dalam menyampaikan titah ucapan Perasmian Sidang Dewan kita. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumussalam. Terima kasih YB. Alor Mengkudu. Sekarang saya jemput YB. Sungai Limau. 40 minit!

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillahi robbil ‘alamin, wabihi nasta’in wassola tuwassala mu’ala rasulillah al amin wa’ala alihi wasohbihi ajma’in, ‘ammabaq. Kholallahu ta’ala fi kitabihil karim, auzubillahiminasyaitonirrojim waktasimu bihablillahi jamiau wala tafarroqu, sodakhallahul‘azim.

Terima kasih kepada YB. Dato’ Speaker kerana memberi izin dan peluang kepada saya hari ini untuk berbahas dan menjunjung kasih ke atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan pada kelmarin untuk merasmikan Sidang Dewan kita pada kali ini dan kita telah pun mendengar ititah ucapan Tuanku Sultan yang sarat dan penuh dengan panduan, nasihat serta mengikuti perkembangan yang berlaku kepada negeri kita daripada sudut pembangunannya, daripada sudut pengurusan pentadbirannya, dari sudut menjaga urusan rakyat dan seluruhnya.

Ia merupakan suatu ucapan yang menyeluruh daripada titah ucapan Tuanku Sultan tersebut. Baginda Tuanku Sultan telah memulakan ucapan kelmarin dengan membaca ayat yang telah pun saya bacakan di awal tadi yang menyeru kepada kita untuk sentiasa bersatu padu dan berpegang teguh dengan tali Allah s.w t. dan jangan kita berpecah belah kerana sudah pasti perpecahan itu akan melahirkan kepada permusuhan, perkara yang akan merosakkan khususnya daripada sudut pentadbiran dan juga pengurusan kerajaan kalau kita fahami daripada sudut pentadbiran dan pengurusan. Dan apa yang diseru oleh Tuanku Sultan untuk kita sentiasa bermusyawarah kerana ia juga merupakan perintah agama dengan firma Allah s.w.t. “Waamruhum syuro bainahum” dan hendaklah kamu bermesyuarat, berbincang di antara kamu. Maka, tugas kita melaksanakan tanggungjawab ini bersatu padu, bermusyawarah, bukan hanya memenuhi tuntutan pengurusan, sebagai memenuhi tuntutan politik tetapi ia sebenarnya merupakan perintah Allah s.w.t. Kalau kita melaksanakan musyawarah, kita melaksanakan perpaduan kerana asas melaksanakan apa yang Allah perintah maka sudah pasti kita akan beroleh ganjaran di sisi Allah s.w.t.

Alhamdulillah YB. Dato’ Speaker, kerajaan yang diterajui oleh YAB. Jeneri, Dato’ Seri Muhammad Sanusi bin Md. Nor sudah pun hampir 2 tahun, bulan 5 nanti baru cukup 2 tahun ataupun kita akan meraikan hari raya nanti bulan 5 mentadbir Negeri Kedah. Sekali pun kerajaan yang dibentuk di pertengahan penggal, namun ia mampu untuk kekal stabil mengurus pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah sehingga hari ini yang memisahkan majoriti antara ADUN Kerajaan dengan Pembangkang lebih kurang 10 orang ataupun 10 lah perbezaannya yang ADUN Kerajaan diwakili oleh 23, 15 daripada PAS, 6 daripada Bersatu dan 2 daripada UMNO (Barisan Nasional).

Walaupun daripada 3 komponen ini, tapi kita mampu untuk mewujudkan kestabilan dan juga pentadbiran yang baik kerana walaupun PAS ada 15 tetapi InsyaAllah kita berbincang, bermusyawarah dan tidak menjadi “abang long” sesama rakan-rakan parti komponen kita. Maka inilah merupakan antara wujudnya kestabilan dalam kerajaan negeri yang dipimpin oleh YAB. Jeneri pada hari ini.

YB. Dato’ Speaker, dalam ucapan Tuanku Sultan kelmarin juga kita dibentangkan oleh baginda Tuanku antara kejayaan-kejayaan yang telah pun dicapai oleh pihak kerajaan negeri dan Tuanku menzahirkan kebanggaan, menzahirkan penghargaan kepada apa yang telah pun dicapai. Antaranya penghargaan kepada usaha kerajaan negeri untuk melaksanakan trategi dan usaha berterusan bagi membantu rakyat Negeri Kedah khususnya semasa tempoh Pandemik Covid yang berlaku dalam negara kita.

Kalau tahun lepas dalam Sidang Bajet kita dibentangkan oleh pihak kerajaan bahawa kerajaan negeri telah membelanjakan lebih daripada RM32.4 juta untuk membantu rakyat akibat daripada PKP, akibat daripada pandemik yang berlaku ini, dikuarantin dan sebagainya, kita membekalkan bantuan barangan makanan, bantuan untuk usahawan dan sebagainya, ia merupakan perbelanjaan yang banyak dan ia juga merupakan pembelaan kerajaan kepada rakyat yang sudah pasti ‘tagline’ yang kita guna tahun lepas semua rakyat yang terlibat telah pun dibantu dan dibela khususnya daripada sudut bantuan ‘’Bakul Makanan” yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri.

Seterusnya yang kedua, baginda Tuanku juga merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan negeri kerana berjaya memperolehi kutipan hasil sebanyak RM688.04 juta pada tahun 2021. Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, pegawai-pegawai dan semua kita, unjuran bajet yang diletakkan oleh pihak kerajaan pada tahun 2021 untuk mencapai hasil pendapatan RM720 juta dan dengan kutipan hasil yang mencecah RM688 juta ia telah menunjukkan bahawa peratusan yang amat tinggi 95.6% daripada apa yang telah pun diunjurkan dan saya yakin peratusan ini dan jumlah ini merupakan jumlah yang tertinggi mungkin dalam tempoh 10 tahun kerajaan negeri.

Yang ketiga, baginda Tuanku juga menzahirkan kebanggaan dengan pencapaian pelaburan Kedah tahun 2021 yang berjumlah RM68.3 billion. Yang Berhormat dan semua pegawai-pegawai, kita tahu jumlah ini merupakan suatu yang tidak dijangka, bahkan yang diletakkan dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035 kita hanya mencapai pelabuaran tahunan RM10 billion tapi jumlah yang telah direkodkan ini menunjukkan bahawa kepercayaan, keyakinan pelabur kepada Kedah akibat daripada kestabilan politik akibat daripada kesungguhan pegawai-pegawai kerajaan dalam menguruskan permohonan-permohonan untuk buka kilang, untuk pelabur mai ke Kedah maka ia

telah pun menarik minat jumlah yang ramai daripada pelabur untuk melabur di Kedah. Untuk makluman kita, pelaburan di Kedah saya tengok dalam 5 tahun yang sebelum ini tahun 2017 lebih kurang RM2 billion lebih, begitu juga 2018, 2019 meningkat kepada RM11 billion, 2020 lebih kuran RM3 billion dan 2021 melonjak kepada RM68.3 billion. Tahniah kita rakamkan kepada YAB. Jeneri dan seluruh Exco khususnya Exco Pelaburan serta pegawai-pegawai yang terlibat dalam mempermudahkan pengurusan dan pentadbiran sehingga pelabur-pelabur masuk ke Kedah.

Yang keempat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan juga telah menyebutkan bahawa inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan khususnya dalam projek Estet Padi Zon Pembangunan Ekonomi Ummah, Lembaga Zakat Negeri Kedah yang mensasarkan golongan asnaf untuk mengusahakan pertanian tanaman padi melibatkan keluasan 100 relung. Saya juga ingin memberikan penjelasan kepada YB. Alor Mengkudu yang telah pun membangkitkan perkara ini.

Untuk makluman semua YB. Dato’ Speaker, Zon Pembangunan Ekonomi Ummah oleh Lembaga Zakat ini berada dalam DUN Sungai Limau, Batu 17 dan di Padang Lumat yang tanah ini merupakan tanah milik Zakat sendiri yang telah pun diwakafkan terdahulu, bukan Zakat beli baru tetapi yang lama. Cuma, sekarang ini diurus semula oleh Zakat untuk pembangunan asnaf. Dan kita lihat, dalam tempoh semusim ia telah pun mampu untuk menjana hasil kepada petani-petani kita yang terlibat juga di kalangan asnaf dan kita harap model ini dan kita pun setuju, tadi YB. Alor Mengkudu, YB. Anak Bukit pun tadi bangkit tentang kita perlu ada pengurusan yang berskala besar, tak boleh dah seorang ada dua tiga relung, diurus dan perkara itu perlu disatukan dan ia akan melibatkan kepada teknologi, ia akan melibatkan kepada pengurusan dan sebagainya InsyaAllah, manfaatnya akan dinikmati oleh asnaf-asnaf kita. Ya…silakan YB. Pengkalan Kundor.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Ada 2 pencelahan. Pertama terima kasih kerana…..(YB. Dato’ Speaker mencelah)

Speaker

YB. Speaker…..

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

YB. Dato’ Speaker, izinkan saya untuk mencelah. Yang pertama, pelaburan tadi. Kita ucapkan tahniah kepada Kedah kerana kemasukan pelaburan yang begitu tinggi.

Tetapi sejumlah daripada RM62 billion itu, sebahagian besarnya adalah daripada Resin Technology yang berjumlah RM42.2 billion dan itu adalah untuk 15 tahun. Tetapi apabila cara MIDA mengolah pelaburan masuk mengikut apa yang dia daftarkan pada tahun itu, itulah jumlahnya. Dalam soalan bertulis saya, berapakah jumlah pelaburan masuk pada tahun 2021 daripada Risen Technology, jawapannya adalah RM1.2 billion, itu soalan pertama. Soalan kedua, saya ucap tahniah juga atas apa yang telah dibuat oleh Zakat. Saya nak tanya jumlah penyewa-penyewa yang dahulunya yang menyewa tanah tu dan mengerjakan tanah itu dan mereka sekarang telah dikeluarkan apabila Zakat mengambil alih. Jadi, pampasan kepada penyewa-penyewa itu, bagaimana sekarang?

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Baik. Terima kasih kepada YB. Pengkalan Kundor yang bagi soalan pertama berkaitan laporan daripada MIDA jumlah pelaburan yang masuk ke Kedah RM40 billion. Kalau YB. Alor Mengkudu nak buat pindaan boleh hantaq bantahan kepada MIDA lah cara pelaburan yang dikeluarkan oleh MIDA. Di peringkat kerajaan kita yakin, kita ambil daripada laporan yang dikeluarkan agensi yang bertanggungjawab dalam bab pelaburan. Keduanya tentang Zon Pembangunan Ekonomi Ummah, yang diusahakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah ini saya yakin pihak Zakat telah pun melalukan perbincangan dengan mereka yang telah menyewa sebelum ini dan saya difahamkan ia bukan penamatan secara automatik tetapi diberikan tempoh oleh Zakat dan perbincangan-perbincangan yang telah pun dilaksanakan oleh pihak Zakat dan mereka juga memberi peluang kalau yang menyewa itu juga dari kalangan asnaf untuk terus bersama-sama untuk membangunkan Zon Pembangunan Ummah, yang dilaksanakan oleh Lembaga Zakat. Jadi, mungkin yang lain akan ada lagi lah tambahan daripada soalan itu dan InsyaAllah kita yakin hasrat murni untuk pembangunan asnaf ini di tanah yang telah pun diberikan kepada Zakat untuk urus ini akan dapat diurus dengan baik dan ia juga akan memberikan manfaat kepada asnaf kembali, InsyaAllah.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Terima kasih YB. Sungai Limau, terima kasih YB. Dato’ Speaker. Nak pencerahan sikit pasal pengusaha asal tu. Bila dikeluarkan, adakah Lembaga Zakat pastikan pengusaha asal mereka juga mempunya pendapatan ataupun ruang-ruang pekerjaan supaya mereka tidak dijadikan asnaf? Jadi, dasarnya ialah, jika kita keluarkan yang ni kemudian berikan kepada orang lain, adakah golongan yang dikeluarkan ini masih lagi dapat hidup dengan lebih bagus ataupun mereka pula menjadi golongan asnaf? Jadi, nak minta pencerahan sikit.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Baik, terima kasih YB. Derga. Saya yakin perkara itu akan dijelaskan oleh YB. Exco untuk jawapan yang lebih tuntas. Saya difahamkan perbincangan telah pun dilakukan dan pemilihan mereka yang terlibat tu daripada kalangan asnaf dan kalau sebelum ini menyewa pun saya yakin kalau di kalangan asnaf dia juga akan termasuk dalam golongan tersebut.

Tapi apa pun mungkin penjelasan daripada Exco. Dan kita boleh melihat daripada kejayaan-kejayaan yang telah disebutkan oleh Tuanku Sultan baginda sebut pelaburan dan tadi disambut oleh YAB. Jeneri jumlah peluang pekerjaan yang telah pun mampu untuk dijana kepada penduduk Kedah sendiri dalam tempoh setahun ataupun tahun lepas 2021 dari Januari sehingga September sebanyak RM11,030 ia merupakan suatu angka yang besar untuk dimanfaatkan kepada rakyat. Cuma kita minta kerajaan negeri, pelaburan ni banyak dan tempoh pun panjang supaya kita di peringkat negeri khususnya portfolio-portfolio yang tertentu seperti Portfolio Pengajian Tinggi, Portfolio Pendidikan, Pembangunan Insan untuk kita nak menyediakan rakyat Kedah yang mempunyai kemahiran mengikut apa yang diperlukan oleh pasaran. Inilah yang perlu untuk kita sama-sama kita di peringkat negeri mengembelingkan tenaga kita, buah fikiran kita supaya apa yang disediakan di negeri kita ini, YAB. Jeneri pun selalu sebut kita nak sediakan peluang pekerjaan kepada penduduk Kedah, rakyat Kedah supaya mereka tak bekerja di luar supaya mereka dapat duduk dengan keluarga, dapat jaga mak ayah mereka sendiri dan kita akan mewujudkan keluarga yang harmoni dan keluarga yang bahagia. Saya difahamkan kita ada Pusat Latihan KISMEC yang hari ini telah pun menjadi pusat latihan untuk mempersiapkan tenaga-tenaga kerja ni sehinggakan dari Pulau Pinang pun YB. Derga, mai hantaq untuk belajar dan menuntut di KISMEC. Jadi, ia merupakan suatu yang kita perlu banggakan dan kita harap kursus-kursus itu dapat dipelbagaikan, dapat kita tingkatkan jumlah penyertaan khususnya rakyat di Negeri Kedah untuk kita latih, kita berikan kemahiran dan peluang pekerjaan yang akan ditawarkan nanti daripada pelaburan yang banyak ini khususnya dapat kepada rakyat kita sendiri.

Seterusnya kita juga melihat bila kita sebut tentang peluang pekerjaan, saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pegawai-pegawai KCS, pegawai-pegawai kerajaan yang bertungkus lumus untuk memastikan bahawa apa saya perancangan yang dilaksanakan disambut dan dilaksanakan dengan penuh hemah oleh pegawai-pegawai. Saya difahamkan pegawai-pegawai bekerja bukan hanya 8.00 – 5.00, tetapi ada mesyuarat-mesyuarat yang dilaksanakan pada sebelah malam untuk memenuhi keperluan rakyat, untuk meluluskan apa yang tak sempat dalam tempoh waktu kerja itu dan ia dilaksanakan lebih daripada waktu pekerjaan

mereka pada sebelah malam dan sebagainya. Bahkan dalam untuk menjayakan saya yakin yang menarik minat pelabur-pelabur ini adalah inisiatif sistem e-Ten yang juga disebut ia juga hasil daripada kajian, hasil daripada tesis yang dibuat oleh pegawai KCS sendiri, dalam tempoh 10 bulan kelulusan mampu diberikan untuk kilang bertapak sehinggalah kilang itu mengeluarkan produknya dan dieksport ke luar negara dan ia telah pun dibuktikan oleh Syarikat Aspen Glove kalau saya tak silap no, yang telah pun melaksanakan dalam tempoh 10 bulan maka produk dapat dihasilkan dan inilah di antara yang menarik minat.

Jadi, saya rakamkan ucapan tahniah kepada pegawai-pegawai yang bertungkus lumus untuk memberikan idea, pandangan bagaimana sistem yang nak diluluskan biasanya mungkin dua tiga tahun tapi dalam tempoh 10 bulan kita dapat laksanakan perkara tersebut untuk negeri kita Kedah Darul Aman dan kita minta mungkin perkara ini bukan hanya fokus sistem ini kepada sektor perkilangan, perindustrian dan dikembangkan dalam sektor-sektor yang lain khususnya permohonan tanah oleh rakyat dan sebagainya, kutipan hasil yang macam mana kaedah untuk kita pastikan bahawa rakyat tidak tertunggu-tunggu pada permohonan-permohonan yang mereka mohon daripada kerajaan.

YB. Speaker, seterusnya saya juga ingin mengmbil contoh, disebut dalam titah Tuanku Sultan untuk infra, ucapan terima kasih kepada pihak Kerajaan Persekutuan yang banyak menyediakan kemudahan kepada rakyat kita tapi tidak dilupakan juga kita nak rakamkan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan negeri khususnya Pegawai Kewangan Negeri yang kalau kita dilaporkan tahun 2021 Pejabat Kewangan Negeri talah membuat cabutan undi yang melibatkan 1,598 projek bernilai RM145 juta. Bila ada projek berlaku sudah pasti kontraktor-kontraktor, rakyat kita yang terlibat di sektor ini akan dapat lah pendapatan dan mereka boleh mengeluarkan zakat, boleh membantu keluarga yang lebih susah dan sebagainya dan untuk tahun 2022 ini, cabutan undi telah dilakukan yang melibatkan 669 projek untuk suku pertama. Tahun lepas RM1,500, tahun ini untuk suku tahun pertama 669 projek yang nilaiannya RM573 juta seluruh Kedah iaitu yang melibatkan titi, melibatkan jalan kampung, perparitan dan sebagainya, infra-infra ini telah pun dilaksanakan cabutan undi dan kita harap sistem kemudahan infrastruktur khususnya di Kedah kita akan dapat ditingkatkan untuk kesejahteraan rakyat dan ia juga menjadi tanda aras ketelusan kerajaan negeri, kemampuan mengurus dan juga mengurus dengan cara yang telus, mengadakan cabutan undi untuk setiap projek yang dilaksanakan. Kita juga yakin dan kita harapkan projek untuk bekalan air yang melibatkan projek naik taraf 5 loji rawatan air yang dilaksanakan, diluluskan oleh kerajaan pada hari ini setelah ditangguhkan sebelum ini YB. Gurun, jadi kita harap ia terus dapat dilaksanakan dan banyak lagi inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Ini saya dapat daripada YB. Exco, i-Bayaq untuk hasil tanah, i-Daftar untuk undi projek. Kepada kontraktor-kontraktor yang baru yang berminat untuk memulakan, nak menjadi kontraktor dan sebagainya daftarlah di i-Daftar sebagai undi untuk mengesahkan, YB. Derga pakar bab ni kan, untuk mengesahkan nama dan supaya ada permohonan selepas daripada ini di mana projek-projek ini akan diagihkan dan pendaftaran kontraktor boleh dibuat dalam i-Daftar. Semua ini merupakan antara inisiatif-inisiatif baru yang telah pun dilaksanakan oleh kerajaan pada hari ini untuk memudahkan rakyat kita berinterkasi dengan pihak kerajaan.

Seterusnya YB. Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan, bila kita sebut 1 April nanti sempadan akan dibuka. Bila kita sebut sempadan akan dibuka, mungkin pelancong-pelancong daripada luar akan mai ke Kedah. Saranan kepada YB. Exco yang terlibat dalam pelancongan supaya kita mempersiapkan rumah kita, negeri kita ini untuk menarik minat pelancong. Signboard yang menunjukkan bukan hanya tempat-tempat tertentu, kepelbagaian signboard yang menunjukkan kepelbagaian tempat-tempat menarik di Kedah perlu ada di pintu-pintu masuk negeri di sempadan Thailand, di Pulau Langkawi. Kalau kita pergi Langkawi semua tunjuk semua tempat-tempat di Langkawi, YB. Pengkalan Kundor kan, tunjuk hat di Yan kita ada Titi Hayun, Nira Nipah Cik Kaq, Nira Nipah Napiah kemudian di Baling kita ada Lata Mengkuang dan sebagainya. Banyak tempat-tempat menarik negeri ini perlu kita pelbagaikan di tempat-tempat khususnya di pintu-pintu masuk supaya rakyat luar, rakyat Kedah pun sama lah, penduduk Malaysia dan pelancong yang mai dia tau Kedah ini bukan hanya ada Langkawi yang menarik tetapi banyak lagi tempat-tempat menarik dan kita perlu menghiaskan negeri kita ini, rumah kita ini untuk kita menerima kedatangan pelancong-pelancong yang menjadi tetamu kita selepas daripada sempadan dibuka.

Yang keduanya, kita juga perlu ‘hazar’ (dengan izin) ataupun langkah berhati-hati supaya bila masuk tu YB. Gurun, dia tak bawa masuk sekali dengan penyakit, dengan varian yang pelbagai. Jadi, kita harapkan kepada Kementerian Kesihatan, pihak Imigresen, pihak- kerajaan lah supaya sama-sama berperanan untuk kita memastikan bahawa pintu sempadan apabila dibuka kita hanya meraih yang bermanfaat untuk rakyat, kita tak menerima perkara-perkara yang memberikan mudarat kepada rakyat di Negeri Kedah.

Seterusnya yang ketujuh YB. Speaker, apabila kita menyentuh tentang cadangan kerajaan negeri sebelum ini KXP kemudian diubah kepada Kedah Aerotropolis yang memberi fokus kepada kargo untuk kita jadikan airport kita bukan sahaja kargo tapi tempat ‘overhold’ untuk kapal-kapal terbang dari seluruh dunia.

Saya melihat satu potensi yang besar yang ada dan rasanya pernah dulu kita sebut semasa YB. Jitra, pada masa itu YB. Ayer Hitam lah menjadi Menteri Besar apabila dulu YB. Jitra membentangkan tentang KXP. Kita tanya pada waktu itu Kedah nak ada 2 lapangan terbang antarabangsa, kita dah ada di Langkawi, adakah akan ada pula di Kulim. Sudah pasti kalau ada lapangan terbang tu adakah pihak Kerajaan Persekutuan akan benarkan dengan satu negeri 2 lapangan terbang antarabangsa? Tapi hari ini kita lihat bahawa kerajaan akan mengambil satu model baru kearah untuk jadikan Kedah ini sebagai hub kepada eksport. Bukan hanya barang di Kedah, saya yakin antara pelaburan yang besar yang masuk tahun lepas di Kedah dan Pulau Pinang, kedua-dua negeri pun dan pun membentuk lebih kurang RM150 billion YB. Derga, sebelah utara kerana mungkin cadangan daripada kita untuk mengadakan Kedah Aerotropolis ini. Kita juga mengambil manfaat daripada bukan hanya negeri sebelah utara dalam Malaysia tapi juga di sebelah selatan Thailand khususnya yang mengeluarkan produk-produk halal sebelah Selatan Thailand, 5 wilayah mengeluarkan produk halal yang produk ini bukan hanya digunakan dalam Thailand bahkan ada sampai di negeri kita bahkan ada yang dihantar banyaknya ke Timur Tengah. Ini merupakan peluang yang ada sebab kita tengok jarak daripada Selatan Thailand nak mai ke Kedah ataupun nak mai kita kata Sidam lah lebih kurang tak sampai 300 kilometer, 200 lebih saja. Dari Sempadan Thailand nak ke Bangkok, airport utama Thailand lebih daripada 1,000 kilometer ataupun 900 lebih. Sudah pasti jarak yang dekat ini ia akan memberikan kelebihan dan manfaat kepada Kedah untuk menjadi hub kepada kargo khususnya bukan hanya produk daripada sebelah utara ini bahkah Yang Amat Berhormat sebut kita akan menjadi ‘main face of Asia’ kepada Negara Asia dan kita harap antaranya selatan Thailand yang membekalkan produk halal yang telah pun dipasarkan di seluruh dunia mereka akan memilih Kedah sebagai hub ataupun tempat untuk mengeksport barangan daripada selatan Thailand ini. Sebab itulah kita merasakan bahawa…..Yaa… YB. Derga, silakan!

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Terima kasih YB. Sungai Limau, terima kasih YB. Speaker. Adakah YB. Sungai Limau sedar bahawa sebenarnya KXP ni asalnya perancangan memang sebagai kargo. Kemudian kita cadangkan selepas MRO menjadikan satu aerocity. Tapi ada satu lagi yang disentuh oleh YB. Sungai Limau, saya tak pasti sama ada YB. Sungai Limau perasan ataupun tidak dalam Mesyuarat IMT-GT ada disentuh tentang ‘disaster centre’ yang kita memang cadang supaya jika boleh masuk juga sekali dengan KXP. Jadi, mungkin I boleh masukkan ini supaya YB. Exco boleh beri pencerahan sebab ini boleh memberi satu peluang untuk kita jaga seperti yang dikatakan KXP ini menjadi pusat kepada Asia Tenggara. Pohon pencerahan daripada YB. Sungai Limau, terima kasih.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Baik, YB. Derga boleh cadang InsyaAllah tak dak tegahan apa-apa saya yakin.

Encik Tan Kok YewDAP · PHDerga

Saya cadangkan YB. Sungai Limau, yang tu memang dibincangkan dalam IMT-GT punya mesyuarat ‘disaster centre’ yang menganggap Bangkok yang minta dan kita memang cadangkan supaya jika boleh masukkan dalam KXP.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Ya, InsyaAllah cadangan saya terima lah tapi pihak kerajaan saya yakin tidak ada apa-apa halangan daripada cadangan-cadangan yang dikemukakan dan itulah yang kita laksanakan sebagai ADUN sama ada pembangkang ataupun kerajaan kita memberikan pandangan-pandangan yang baik khususnya untuk kita membantu melaksanakan agenda yang membangunkan negeri dan juga mensejahterakan rakyat.

Seterusnya YB. Speaker, saya ingin beralih kepada sektor pertanian yang disebut tadi, YB. Alor Mengkudu pun sebut tentang isu bendang, isu pesawah kita. Kedah merupakan negeri yang membekalkan 30% hasil padi negara dan sewajarnya kita memperkasakan perkara itu dan kita lihat dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035 yang telah pun dilancarkan oleh pihak kerajaan negeri tidak lupa untuk memasukkan sekali kita katakan bendang ataupun bidang pertanian ini menjadi fokus kepada pihak kerajaan negeri yang kita amat bersetuju lah. Kerajaan pun mensasarkan 20% kawasan penanaman padi dijalankan secara estet secara berperingkat dan tadi YB. Alor Mengkudu pun, kita tak boleh dah nak buat kecik-kecik ni, kita nak kena tolong menolong bersatu padu juga kepada pesawah-pesawah kita ini supaya mereka bersama-sama dengan tanah yang kecik itu dapat diusahakan secara estet. Apa aduan-aduan yang kita terima kita haraplah pihak agensi, MADA, Jabatan Pertanian supaya bukan hanya mendengar tetapi juga memberikan penerangan yang jelas kepada petani-petani. Perancangan yang ada di kertas satu hal, pelaksanaan merupakan perkara yang amat penting dan dinilai oleh petani kita. Mungkin ada projek-projek yang dilaksanakan sebelum ini gagal menyebabkan petani-petani kita rasa risau dan runsing dengan pelan baru yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Sebab itulah kita mengharapkan agensi-agensi ini supaya dapat turun padang memberikan penerangan, perbincangan, kita takut yang kita gambarkan yang kita cerita hat nak buat ni kita panggillah rumah 2 tingkat.

Tapi hat petani faham apa yang kita terang tu rumah setingkat dan ada rosak tang mana-mana dan sebagainya jadi tak jelas. Sebab itulah kita mengharapkan apa yang ingin dilaksanakan ini supaya dapat pegawai-pegawai memberikan penjelasan yang konkrit, meyakinkan petani-petani kita untuk terlibat dalam sawah berskala besar ini, YB. Speaker.

Timbalan Speaker

YB. Sungai Limau, saya nak ingatkan masa tinggal 3 minit lagi.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Oh! InsyaAllah kita cuba. Yang keduanya tentang padi ini juga ada projek-projek yang dilaksanakan oleh agensi-agensi khususnya pihak kerajaan, JPS, projek-projek tebatan banjir. Projek tebatan banjir ni banyak tempat, ada yang bermasalah YB. Alor Mengkudu, ada yang bermasalah ada yang kontraktor lari dan sebagainya, yang ‘delay’ dan sebagainya. Jadi, musim dah nak mula, ada nak mula hujung bulan 3 ni ataupun awal bulan 4 YB. Lunas, padi kita ni nak mula dah. Kita harap projek-projek ini tidak mengganggu, kontraktor dia rancang hat dia, takut dia tak pi bincang dengan pesawah dan petani kita keperluan-keperluan mereka. Keperluan airnya bila, jadual dan sebagainya supaya projek ini tidak menyekat aliran air tidak mengganggu proses untuk petani-petani kita memulakan musim baru pada tahun ini. Jadi, kita harap perkara itu juga diberi perhatian oleh YB. Exco dan juga agensi-agensi supaya pegawai-pegawai khususnya yang terlibat dengan projek tebatan banjir ini bolehlah turun jumpa kontraktor, jumpa dengan petani, jumpa dengan ketua-ketua unit masalah-masalah yang mungkin berbangkit yang kita harap kita dapat atasi sebelum memulakan proses ataupun musim baru.

Yang terakhir YB. Speaker, Alhamdulillah kita dapat melihat pada hari ini dengan apa yang telah pun kita bentangkan dan YB. Alor Mengkudu pun tadi banyak memberikan cadangan dan pandangan, terima kasih dan kita harap yang lain-lain pun rakan-rakan akan memberikan pandangan, cadangan-cadangan yang bernas yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Dan usaha yang telah pun dilaksanakan di bawah pimpinan YAB. Besar ini dan kejayaan yang diraih walaupun dalam tempoh 2 tahun, 2 tahun tu pulak pandemik Covid, maka kita lihat baginda Tuanku Sultan pun juga merakamkan ucapan penghargaan dan perasaan bangga baginda apa yang telah pun dilaksanakan dan dicapai oleh pihak kerajaan.

Kejayaan ini adalah hasil kerjasama yang stabil dan kestabilan yang diwujudkan oleh pihak pentadbiran dan politik dalam negeri. Budaya dan corak kerja yang diamalkan oleh YAB. Menteri Besar juga memberi kesan kepada pembangunan negeri apa saja yang telah dirancang dan belanja yang telah dikeluarkan sebelum-sebelum ini, rancangan YAB. sebut tadi diambil dari tahun 1990 perancangan-perancangan yang ada kita gabungkan dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035, kita cuba untuk penambahbaikan dan budaya ‘scrape off’ yang telah pun diamalkan sebelum-sebelum ini semestinya kita tinggalkan. Jadi, kita harap rakyat jika inginkan kesinambungan pada apa yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang hari ini sudah pun menampakkan sinar dan kejayaannya maka kepimpinan YAB. Jeneri perlu disokong dan ditambah tempohnya pada pilihanraya umum yang akan datang.

Jadi, kita amat bimbang jika berlaku pertukaran kerajaan maka umum mengetahui bahawa budaya yang ada itu, budaya ‘scrape off’ itu kalau tidak dihentikan akan merugikan jadi kita teruslah untuk memberikan sokongan kepada kerajaan yang dipimpin oleh YAB. Jeneri. Sekian, terima kasih kepada YB. Speaker saya menyokong titah ucapan Tuanku Sultan Perasmian Sidang Dewan kelmarin. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Waalakumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih kepada YB. Sungai Limau atas perbahasan yang cukup berhemah dan mengambil masa 41 minit. Seterusnya saya persilakan kekanda YB. Gurun.

Terima kasih YB. Speaker, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya berterima kasih sekali lagi kerana telah diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam sesi ini. Terlebih dahulu saya nak ucapkan tahniah kepada seluruh jentera kerajaan khususnya pegawai-pegawai yang kita lihat bagaimana Tuanku sendiri pun telah menyebut bahawa pelaburan yang datang ke Kedah ini satu jumlah yang amat membanggakan. Jadi, harapan saya, juga kawan-kawan apa juga yang kita hasilkan mestilah juga dirasai bersama oleh rakyat. Maknanya sementara kita melihat ‘figure’ yang begitu besar dan meyakinkan tetapi rakyat di bawah juga harus menikmati apa juga hasil yang kita bawa ke negeri ini.

Di samping itu, saya juga mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai kerajaan sekali lagi kerana berjaya mendapat kutipan yang juga meyakinkan kita pada tahun ini. Saya yakin dengan pelaburan yang masuk, jumlah yang besar dengan hasil kutipan cukai yang kita buat ini dapat menyelesaikan banyak masalah-masalah rakyat khususnya yang bersangkut paut dengan kebajikan mereka. Kita sudah lalui Pandemik Covid-19 ini dah masuk hampir 3 tahun dan semua kita sebagai wakil rakyat merasai bagaimana peritnya rakyat di bawah bukan saja hilang pendapatan tetapi ada yang hilang keluarga, yang meninggal, anak-anak menjadi anak-anak yatim, ramai dan ini memerlukan pembelaan yang luar biasa. Jadi, sebab itu mungkin Allah s.w.t menghantar suatu yang kita tak jangka ke negeri kita untuk memastikan Exco yang menjaga kebajikan kena buat sungguh-sungguh, turun sungguh-sungguh bantu rakyat, InsyaAllah.

YB. Speaker, saya nak masuk juga tentang isu yang panas dan juga diperkatakan hampir semua orang yang telah pun berucap khususnya Ketua Pembangkang tadi, YB. Alor Mengkudu tentang pertanian. Akta Keselamatan Negara ataupun Dasar Keselamatan Negara yang telah pun diluluskan oleh jemaah menteri pada 1 Julai 2021 yang berkuatkuasa dari 2021 hinggalah 2025, dalam Dasar Keselamatan Negara ini ia menggantikan satu dasar yang kita namakan HANRUH ataupun Pertahanan Menyeluruh, sekarang ini dipanggil COMSEC (Comprehensive Security).

YB. Speaker, kalau kita melihat Dasar Keselamatan Negara ini ada 9 nilai teras keselamatan negara. Yang saya nak sebut di sini ialah yang menjadi tajuk perbincangan saya ialah bagaimana di antara benda-benda yang diperkatakan dalam keselamatan ini ialah tentang ‘food security’. Kalau kita melihat sejarah dunia contohnya Perancis, tercetusnya Revolusi Perancis dengan jatuhnya kerajaan beraja di Perancis akibatnya makanan ya, tak cukup makanan, hat lain tak pa, tempat tidur tak pa lagi, kereta minyak tak dak tak pa lagi, tapi bila makanan tak dak akhirnya kerajaan beraja di Perancis jatuh apabila roti dan sebagainya tidak cukup dalam pasaran. Sebab itu kita sebagai sebuah negeri pertanian yang juga memberikan 30% padi ataupun beras kepada negara, kita cukup bangga.

Untuk itu saya dan juga teman yang lain Ahli-Ahli Parlimen selalu bercakap dalam Parlimen supaya Kerajaan Pusat mestilah memberikan perhatian yang lebih kepada Kedah. Sementara kita minta supaya diberikan peruntukan khas supaya kita tidak menebang pokok-pokok kita, kita ‘maintain’kan hutan kita supaya bukan saja hasil kita hilang tetapi yang penting sekali ialah bagaimana kita menjaga ‘environment’, ekologi kita, bagaimana kita pastikan bahawa tanah kita tidak terjejas, bagaimana air tidak terjejas, bagaimana hasil pertanian kita tidak terjejas akibat kita tidak menebang hutan-hutan.

Di samping itu, sekarang ini saya mengajak supaya kerajaan negeri mengambil satu ‘stand’ dan ini harus disebutkan dengan jelas, bukan saja mengharapkan Ahli Parlimen bercakap di Parlimen tetapi juga kerajaan mengatakan bahawa “kami mahu menjadi sebuah negeri pertanian dan kami sebagai sebuah negeri pertanian ialah di antara negeri yang memberikan makan kepada rakyat Malaysia”. Jadi, saya rasa ‘stand’ itu harus jelas. Sebab itu saya rasa melihat kepada belanja yang digunakan sebagai contoh YB. Speaker, pada tahun 2020 saja kita membelanjakan RM55 billion, ‘B’, bukan ‘M’, untuk mengimport makanan. Ini suatu yang luar biasa saya rasa jumlahnya dan di antara yang lebih malang lagi ialah kita belanja RM6.2 billion untuk bahan makanan, untuk ternakan dan RM5.1 billion untuk sayuran. Sedangkan kita mempunyai potensi yang luas dalam bidang ini.

Jadi, saya mengajak khususnya Exco Pertanian, YB. Lunas, kena aktif, kena bincang dengan semua agensi, kena menjadi Exco Kanan bukan Exco Kiri lagi, sebab kita ialah negeri pertanian, harus melihat dan berfikir di luar kotak bagaimana menjadikan negeri kita ini negeri yang betul-betul mengeluarkan makanan bukan saja untuk negeri kita, tetapi juga untuk rakyat Malaysia. Seperti sayuran, takkanlah kita nak import sayur saja RM5.1 billion, tak masuk akal, sedangkan kita mempunyai tanah yang luas, kita mempunyai peluang. Saya tengok di kawasan saya di Jeniang, bagaimana tanah-tanah yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan, kita pi mintak nak buat pertanian di kawasan itu, nak buat ladang, dia kenakan syarat yang pelbagai-pelbagai dengan dia punya sewa yang tidak masuk akal. Jadi, ini di antara benda-benda yang akhirnya membuatkan petani-petani kita rasa, Oh! Tak berbaloi kalau kita nak buat, nak tanam hasil atas tanah ini. Di samping itu ‘marketing’, harus ada perbincangan di samping kita keluarkan hasil pertanian ini harus ada dengan FAMA khususnya, keluar satu hal, nak jual di mana? Ini masalah besar yang selalu kita hadapi, kita keluar, tiba-tiba kita tak boleh jual. Petani-petani mungkin bijak dan pakar tentang pengeluaran, tetapi mereka menghadapi masalah tentang ‘marketing’. Jadi, di sinilah saya rasa harus ada kolaborasi di antara petani-petani dan juga pihak yang memasarkan.

YB. Speaker, saya nak sebut juga tentang bagaimana pesawah-pesawah kita seperti yang disebutkan oleh YB. Alor Mengkudu tadi. Saya didatangi oleh NGO pesawah malah YB. Jitra pun ada pada masa itu, NGO pesawah ini yang berpusat di Kedah tetapi mereka mempunyai ahli di seluruh Malaysia yang memikirkan bahawa ada benda-benda yang tidak kena tentang cadangan-cadangan kerajaan untuk pelbagai isu. Di antara isu-isu yang mereka bawa ialah bagaimana projek ‘smart’ SBB di kawasan yang telah ada itu diusahakan dan diteruskan macam YB. Alor Mengkudu kata diteruskan oleh mereka yang telah dan sedang di kawasan MADA dan sebagainya, teruskan.

Tetapi kalau nak buat baru ni eloklah buat di tempat lain contohnya di Sarawak. Kerajaan telah pun membelanjakan peruntukan yang besar untuk buat sawah di Sarawak dan idea ini harus bukan di Kedah. Di Kedah kita dah ‘start’ lama dah, biarlah pihak di sana buat. Tetapi kalau pun nak buat SSB ini harus buat di Sarawak contohnya.

Yang keduanya tentang subsidi, mereka mencadangkan supaya subsidi diberikan terus kepada pesawah bukan kepada vendor melalui satu sistem yang dipersetujui bersama. Jadi, apa yang sedang berlaku sekarang ini ialah subsidi-subsidi diberikan kepada vendor tetapi pesawah-pesawah tidak mendapat secara ‘direct’.

Yang ketiganya ialah penetapan pemutuan sebenar tidak melebihi 17%. Untuk makluman YB. Speaker, dia punya potongan ni ‘fluctuate’ kadang-kadang, dia boleh lajak sampai 24% kadang-kadang dan ini seperti YB. Alor Mengkudu kata, di samping harga baja, harga racun dan lain-lain ini melambung naik tetapi pendapatan yang diperolehi oleh petani-petani kalau dilihat tidak berbaloi pun dengan ‘investment’ yang mereka letakkan untuk tanam padi.

Di samping itu, mereka juga memohon supaya bajet infrastruktur, ini pun satu masalah yang ada. Kita tengok bagaimana tali air kita ni oleh kerana tidak ada bajet akhirnya menerung naik, akhirnya pokok-pokok hutan dah mula naik. Kalau sebaik sahaja bajet ini dipotong, apa yang berlaku ialah terusan ini akan menjadi masalah dan untuk kita meminta petani-petani bekerja dan memberikan secara sukarela untuk ‘clear’ kan saluran-saluran ini, ini suatu yang boleh di peringkat awal tetapi untuk satu jangka panjang saya ingat susah mereka nak lakukan. Sebab itu mereka minta supaya janganlah dipotong, bajet itu sentiasa ada agar saluran-saluran air itu terus berada dalam bajet dan digunakan untuk ‘clear’ kan kawasan yang disebut tadi.

Akhir sekali di antara yang mereka sebut juga ialah tentang benih. Benih ni bukan masalah baru, saya ingat dah beberapa tahun dalam Parlimen nak masuk 15 tahun, ini isu yang masih dicakapkan. Apakah kita tidak boleh buka benih ini kepada semua orang. Mereka yang layak ataupun mempunyai kemampuan untuk buat benih, kenapa harus kita berikan kepada syarikat-syarikat tertentu. Sudah tentu jawapan di peringkat kita senang lah, “ini masalah federal bukan masalah state, ini adalah masalah kementerian, bukan masalah state”. Tetapi isunya ialah kita negeri 30% yang mengeluarkan beras untuk negara. Kita harus desak, harus ada satu kekuatan untuk bercakap dengan menteri, “look hear, you better listen to me, we are producing rice 30% for the nation, you better listen to us”. Maka harus ada kekuatan untuk bercakap dengan mereka bahawa “you got to listen to us”.

Sebab apa juga polisi yang kamu buat di Kuala Lumpur, dia kena kesan kepada kita. Ini saya rasa suatu yang kena buat, kedua-dua belah pihak ini ‘forget about our differences’ kita ‘let’s stand on need’, kita kata ‘look here’, mai sebelah sana, sebelah sini bersatu untuk mintak supaya isu benih ini kita kena selesaikan. Kalau tidak, macam ni lah, kita akan dipermainkan, ada orang mungkin buat duit, macam-macam, kita tahu benda tu pun, ‘nothing new’. Jadi, saya harap sebagai satu kumpulan wakil-wakil rakyat, ADUN-ADUN di Kedah kita kena buat ‘step’ bahawa kita mendesak supaya isu benih ini diselesaikan dengan serta merta.

YB. Speaker, satu lagi saya nak masuk isu Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah ini. Isu ini isu yang lama tetapi saya nak bawa juga isu ini sebab baru-baru ini saya lihat Lembaga mengambil tindakan-tindakan yang bagi saya agak tidak masuk akal.

Saya saja nak tanya, Lembaga ini di antara Lembaga, tanah sawah dan petani, siapa mai dulu? Adakah Lembaga dulu atau sawah dulu atau petani dulu? Saya duduk di Tikam Batu, Padang Regent dan Permatang Pasir kampung kita saja YB, Dato’ Speaker, tempat kita duk main tang tu. Tanah ni dulu dipugar oleh orang kampung, orang kampung yang pugar pakai cangkul, akhirnya dia jadi sawah. Sampai satu masa pada tahun 1955 kemarau teruk dan Kerajaan Pusat menurunkan harga padi pada waktu itu daripada 17 ringgit kepada 12 ringgit satu pikul.

Dan akhirnya Kerajaan Federal memberikan wang, saya ingat 4.5 juta rial pada waktu itu kepada Kerajaan Negeri Kedah dan juga kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain. Kerajaan negeri yang lain memberikan duit ini ‘direct’ kepada rakyat yang terlibat dengan padi, tapi Sultan Kedah pada ketika itu, Sultan Badlishah kata jangan bagi kat rakyat, kita buat satu Lembaga supaya dengan masuknya 4.5 juta ini kita boleh gunakan duit ini untuk membantu rakyat. Isunya begini, petani-petani yang ada di situ, yang tokwan-tokwan depa dulu ni adalah ‘land owner’, sekarang ini mereka terpinggir kerana tiba-tiba Lembaga membuat keputusan untuk memberikan bendang yang petani-petani usahakan kepada individu, 1 ataupun 2 individu, yang saya tau 1 atau 2 individu. Dan akhirnya petani-petani yang tokwan depa mempunyai hak atas tanah itu terpinggir dan lebih malang lagi baru-baru ini ada seorang petani secara kebetulan orang kampung saya nama Fadzhil dia masuk kawasan itu mungkin dia tak tau, dia kata, “yang ni bukan tanah Lembaga, yang ni tanah rizab”. Dia pun buatlah lebih kurang bercucuk tanam dan dia ditahan, ditangkap dan di ‘charge’ dalam mahkamah satu hal, tapi Lembaga tak puas hati mungkin dia akan didenda, buat rayuan untuk dia dipenjarakan pula. Haa…ini saya rasa sesuatu yang agak luar biasa, petani-petani kampung yang tidak tahu status akhirnya bukan saja akan didenda, mungkin juga akan dipenjarakan.

Isunya begini, saya lihat semua dokumen semasa YAB. Jeneri menjadi Setiausaha Politik kepada Allahyarham Menteri Besar Ustaz Azizan dahulu, kita tangok. Malah pada pada tahun 1979 Lembaga pernah menulis kepada petani-petani di kawasan yang saya sebutkan tadi, Padang Regent dan juga Permatang Pasir bahawa urusan sukat sedang dibuat dan mungkin petani-petani yang telah mengusahakan tanah tersebut akan diberikan tanah tersebut kepada mereka.

Jadi, saya nak tanya soalannya sekarang, adakah proses itu telah pun diketepikan dan akhirnya tanah yang diusahakan oleh orang kampung ini menjadi tanah Lembaga semutlak, ‘no deal, nothing, aptitude, salute hak kami, petani ‘get out’ dan mereka di ‘offer’ 1 relung 3,000 ringgit. Jadi, saya rasa ini sesuatu yang saya rasa tidak patut, saya minta supaya Exco Pertanian tengok balik kerana tanah ni cukup sensitif dengan petani-petani.

Walaupun kita anggap “sekangkang kera” tanah itu, ‘is verry sensitive’ sebab itu hak mereka, mereka yang pugar dan saya masih sedar dan saya masih ingat bagaimana susahnya masa jalan tu, waktu itu YB. Speaker masih muda, jalan Tikam Batu ke Kota Kuala Muda sewaktu depa duk pugar dulu jalan tar pun tak dak, pakai jalan tanah merah. Saya masih ingat lagi bagaimana kita duk naik basikal, itulah keadaan di Padang Regent dan juga Permatang Pasir pada waktu itu. Tiba-tiba segalanya dah selesai, petani-petani ini hilang tanah mereka.

YB. Speaker, ‘last’ sekali, saya melihat sekarang ini orang Kedah, Alhamdulillah kita mempunyai kelebihan makanan YB. Bukit Kayu Hitam, yang luar biasa. Sebut saja orang Kedah, makanan kita luar biasa. Tetapi harus diingat, makan tanpa ‘exercise’ juga kita ada problem. Jadi, kita tengok pagi nasi lemak, tengahari nasi kandar, malam nasi, selepas tu kita ada ‘diabetic problem’. Kedah adalah antara yang sedang mengalami isu ini. Jadi, saya mencadangkan kepada Exco Kerajaan supaya perbanyakkan kompleks-kompleks sukan. Saya tengok sekarang ni orang naik ‘gerek’, petang-petang orang naik gerek, tapi naik gerek dalam keadaan jalan raya kita yang sempit ini cukup bahaya.

Jadi, harus ada peluang untuk mereka bersenaman, beriadah dan saya rasa kalau kita boleh belanjakan sedikit duit untuk adakan kompleks-kompleks sukan di setiap kawasan. Saya rasa ini akan memberikan peluang. Sekarang ni orang naik gerek bukan orang muda-muda, orang tua-tua pun naik gerek dah, bagus, ‘sorry’, naik basikal. Jadi, saya rasa ini harus kita diwujudkan satu budaya di mana makan dan bersenam, makan dan bersukan seperti rakyat Australia di mana sukan itu menjadi satu budaya dalam kehidupan mereka.

Saya rasa kalau ini terjadi, ini akan menyelesaikan banyak masalah khususnya masalah diabetic, jantung dan darah tinggi. Ini saya rasa akan memberikan peluang kepada orang Kedah bukan sahaja bersukan tetapi juga boleh menonjolkan. Saya ingat itu saja yang saya nak sebut YB. Speaker, saya dah ambil 2 minit, terima kasih.

Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Terima kasih YB. Gurun di atas syor dan cadangan yang baik kepada pihak kerajaan dan YB. Gurun mengambil masa 21 minit. Terima kasih.

Seterusnya saya persilakan YB. Bandar Baharu!

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Bismillahirrahmanirrahim. YB. Speaker, YAB. Jeneri, YB. Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, seterusnya ketua-ketua jabatan, ahli-ahli pentadbiran Negeri Kedah dan juga Persekutuan yang terus menjadi tulang belakang menjayakan perjalanan kerajaan, pihak media seterusnya hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, terima kasih kepada YB. Speaker kerana memberi ruang kepada Bandar Baharu untuk menggarap beberapa perkara yang menjadi teras dalam Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang telah berkenan merasmikan Sidang DUN kita pada kali ini, Alhamdulillah.

Alhamdulillah juga berkatnya musyawarah antara kita semua, kerajaan dan juga pembangkang kita masih boleh tenang dan aman dalam Sidang DUN dalam Dewan Undangan yang mulia ini. Kita juga, Ahli-Ahli Yang Berhormat sahabat-sahabat semua selalu utamakan ‘policy contestant’ dan kita juga selalu berhujah dengan ‘sanat’nya bersumberkan fakta dan kajian ilmiah. Jadi, tak dak satu amalan dan budaya dalam Negeri Kedah ini akibat musyawarah yang baik untuk kita menghentam peribadi, caci maki dan sebagainya kerana ia memang tak ‘relevent’ lagi dan semoga kita dapat teruskan dalam Sidang Dewan yang mulia ini. YB. Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, hadirin dan hadirat sekalian, saya membawa perbahasan saya dalam tajuk “Kelestarian Tindakan Negeri Berkemajuan”, itulah Kedah yang mana kita akan memasuki era endemik setelah 2 tahun lebih kita duk dalam pandemik, rasa tak tau lah kami ADUN-ADUN ni kerusi ni walaupun tak berubah kerajaan dalam 2 taun tapi kerusi berubah dalam Dewan ni.

Mula-mula duk hujung sana pi ke tengah sikit, la ni duk belakang terus, YB. Speaker. Tapi tak pa kan kita sama-sama, ni nak masuk era endemik tak tau dah kerusi nak duk tang mana lepas ni walaupun tak tukar kerusi. Kita tau fasa endemik ni ‘virus kobit’ ni (oqang Kedah kata la) kalau orang Bandar Baharu dia panggil Covid-19, kalau orang Bukit Lada dia habaq ‘kobit’ kan, ‘natang kobit (sambil ketawa). Dia akan jadi ‘virus forever’ kepada kita. Oh! Bukit Pinang pun ‘sebut kobit’ kan? Haa…Bukit Pinang pun sebut ‘natang kobit’. Dia akan jadi ‘virus forever’ kepada kita dan kita ‘must be visit’ virus tersebut dan tak dak pilihan lain dah, ‘no choice’ (dengan izin) dan kita pun dah dilatih selama 2 tahun lebih SOP-SOP. Terima kasihlah kepada Pengarah MKN dan juga ‘team’ dia, duk periiingat kat kita SOP! SOP! SOP! Walaupun SOP tu berubah sampai depa pun pening dengan SOP ini. Ni nak mai 1 haribulan 4 ni saya tanya, “Tuan, macam mana SOP?’’ ‘’Tak tau lagi….’’ Haaa… 1 haribulan tu nak kena mengadap MKN pulaklah nak tengok SOP macam mana.

Dan kita tau 1 haribualan 4 nanti, bukan “April fool” lah no agak-agaknya, secara skala besar akan dibuka untuk kita maju dan tingkatkan ekonomi. Pintu sempadan akan buka dan kita antara dua pintu sempadan yang kita terlibat iaitu Bukit Kayu Hitam, yang satu lagi di Perlis. Dua pintu sempadan yang besar akan buka di Malaysia ini dan kita akan terkesan sedikit dan sebanyaknya pada negeri kita. Macam mana kita nak mengawal, macam mana kita nak sama-sama seiring dan sejalan dalam peredaran dan juga pembukaan besar-besarannya skala ekonomi untuk kita lebih maju, kita dapat limpahan yang lebih baik, limpahan yang tak baik pun akan masuk dan keluar daripada Negeri Kedah. Jadi, itu kerajaan kena sangat-sangat teliti bagaimana kerajaan negeri untuk mengambil tindakan sebelum, selepas dan mengawal setiap progress pembukaan skala ekonomi yang besar ini. Dan saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada YAB. Dato’ Seri Ismail Sabri selaku Perdana Menteri Malaysia yang memberi peluang antara dua tu satunya pintu sempadan Negeri Kedah. Limpahan ekonomi kita tau akan dapat lebih sikitlah daripada kita. Dan kita juga ingin beterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan sebab dah luluskan RM10,000 KWSP untuk dikeluarkan, memang itu duit kita untuk kita keluar dan kita belanja. Sebab esok mana kita nak tau, umuq-umoq ke depan ni takdan lagi nak bawa keluaq KWSP dah kena kobit ka apa kan, tak boleh nak belanja.

Jadi, dah boleh belanja ni InsyaAllah kita keluar dan itu akan dapat melimpahkan lebih, agak-agaknya lebih RM60 billion saya rasa daripada kiraan ekonomi itu yang mana pasaran ekonomi setempat ni akan bertukar aliran dia, akan bertukar tangan kepada yang mempunyai, yang mengeluarkan KWSP itu akan melimpah dan terus mengalir kepada ekonomi skala kecil ataupun skala besar. Itu akan menghidupkan dan juga menumbuhkan lagi ekonomi negara dan juga Negeri Kedah khususnya.

Kita tau, dalam pembangunan yang kita duk ligan bagi kilang buat cepat, bagi kilang siap cepat, bagi kilang sedia pekerjaan cepat, semua kita nak cepat tapi kita juga jangan lupa, Kedah mempunyai banyak eset-eset semulajadi dan banyak kelebihannya yang belum dan belum cukup kita ‘explore’ (dengan izin) seperti contoh kita banyak hutan simpan yang kita memang selalu jaga, kita ada ‘catchment area’, kita ada tasik dan Bandar Baharu pun ada beberapa tasik dan lombong juga yang elok dan boleh dibangunkan dan potensi untuk menjadi eset dan mewujudkan peluang-peluang ekonomi, kita ada gunung-ganang YB. Bayu, kita ada gua dan banyak eset-eset alam semulajadi yang kita belum upaya dan masih dalam penerokaan. Tetapi penerokaan yang baik yang mana hasil anugerah tuhan ini selain kita jaga keaslian dia, selain kita jaga flora dan faunanya, ekosistemnya, apakah yang boleh dijadikan pendapatan dan hasil baru kepada kerajaan negeri. Saya sangat teruja bila dapat laporan hasil kutipan kerajaan negeri ni, saya tau sebab YAB. Dato’ Pegawai Kewangan ni dia memang cekap dengan ‘team-team’ dia jentera pentadbiran negeri ini khususnya, saya rasa kutipan yang paling tinggi sebanyak RM688.4 juta bagi tempoh kewangan 2021 ini.

Tahniah saya ucapkan. Tetapi kalau boleh kita dapatkan lagi hasil-hasil yang baru contohnya bagi pembangunan sosioekonomi yang kita tau dari dulu lagi no, selain daripada sumber kayu kayan, makanan, menyimpan dan menghasilkan herba perubatan seterusnya ekopelancongan. Kita di Kedah ni rupanya ada 19 buah hutan lipur ataupun dikenali sebagai taman ekorimba yang kita ada di Kedah ni yang mana kita patut ambil 19 ni jadikan pusat atau produk ekopelancongan Kedah yang boleh menjana hasil-hasil baru kepada kerajaan negeri. Kita tau taman ekorimba banyak terjejas pada masa pandemik, ni kita kena bersedia lah nak laju pi ke endemik ni pun kena laju juga bersama dengan sosioekonomi kita yang mana saya nak cadangkan supaya wujudkan kerjasama yang sangat hebat di antara Jabatan Perhutanan Negeri Kedah bersama dengan semua institusi pendidikan tinggi awam, institusi pendidikan swasta dan agensi-agensi yang berkaitan bagi tujuan penyelidikan, pendidikan serta ekopelancongan di semua taman-taman ekorimba tersebut. Memang kita tau banyak pelaburan yang nak kena buat kepada taman ekorimba ini tetapi kita duk dengaq tadi tu, banyak pelaburan seemua daripada industri. Industri teknologi tinggi, industri sederhana, SME dan sebagainya tapi, pelaburan terhadap alam semulajadi, pelaburan pelancongan tak dak pun disebut dan dibangga-banggakan.

Jadi, bukan maksudnya kerajaan negeri bukan nak kena cari pelabur-pelabur industri saja, kita nak Kedah menjadi destinasi pelabur-pelabur ekopelancongan yang hebat. Depa pilih Kedah sebagai tempat pelaburan ekopelancongan depa, kita ada 19 taman ekorimba ni kita ketengahkan untuk mencari pelabur-pelabur.

Itu belum lagi habaq kata pelabur pertanian dan saya juga mencadangkan supaya kerajaan negeri cari pihak swasta dan pelabur ini untuk meningkatkan pembangunan fizikal terhad taman ekorimba ini dan juga wujudkan program-program bersama dengan pelajar-pelajar daripada anak-anak kecik ni kita duk tengok, tadi YB. Gurun mintak kompleks sukan, haa…hat ni pulak saya nak bawa keluar daripada kompleks sukan yang biasa ni kita bawa anak-anak kita selain daripada mengadap tu, gajet-gajet apa semua tu, media sosial lah online lah, tengok tv apa semua, kita kena bawa juga depa ni yang mana depa ni dah hilang tau, pengalaman terhadap alam sekitar ni depa hilang dah. Kita dulu masa kecik-kecik kita duk rajin masuk hutan, mandi ‘paqit’ (parit). Betul dak YB. Anak Bukit? Tapi la ni anak-anak kita takut, anak-anak kita takut. Haa… Jadi, kita ni dah jadi macam satu konsep ‘extinction of experience’ haa…(dengan izin) orang Bandar Baharu kata ataupun ‘emotional disconnect’ dengan alam semulajadi ni, dengan hutan ni. Kalau anak-anak kita bawa pi lah dalam hutan depa kalau kata ish! Takut aaiiihh! Sat gi baca mentera macam-macam nak masuk hutan, takut kan dah tak dak ‘disconnect’ dengan alam semulajadi ni.

Jadi, mohon untuk kerajaan negeri mengadakan dan mewujudkan kerjasama swasta, institusi-institusi pengajian tinggi, sekolah-sekolah dan sebagainya untuk pembangunan fizikal dan juga mengadakan program, saya cadangkan konsep ‘forest school’ (sekolah hutan). Kita tau dalam universiti-universiti pun ada juga ‘course-course’ yang ini tapi pendidikan alam sekitar ini boleh kita bawa kepada Kedah seterusnya kita tingkatkan industri ekopelancongan dan juga pelancongan. Kita di Kulim Bandar Baharu ada Sedim, YB. Kulim yang selalu promosikan Sedim, kita ada sangatlah hebatnya hutan di Sedim dan juga kita ada di Bandar Baharu, Taman Rekreasi Batu Hampar, tetapi perlu ada kerjasama dan pembangunan fizikal untuk menjayakan misi ini sebagai hasil dan kutipan baru kepada kerajaan negeri, InsyaAllah.

Saya juga ingin membawa di mana tadi ramai saya rasa yang mengatakan berkenaan dengan pertanian. Kita tau kita menghasilkan 40% bekalan beras negara, kita duk cakap ‘rice gold of Malaysia’ dan sebagainya, tetapi kita kena tengok juga apakah pencapaian kita yang lain daripada padi ini. Kita ada daripada Pelan Pembangunan Kedah 2035 yang mana kita telah jenamakan setiap daerah. Setiap daerah tu semuanya dengan hat pembangunan-pembangunan besar semua. Pokok Sena pun nak ambik SME, Bukit Lada, padahal ada kilang papan saja hat besaq pun. Lepas tu Kubang Pasu ilmu dan logistik, Langkawi telah lah, pelancongan, Pendang usahawan, Baling eko, Kulim teknologi tinggi. Hanya hat pertanian ni dalam Pelan Pembangunan 2035 Kedah, hat pertanian hanya Bandar Baharu saja durian.

Jadi, saya melihat apakah yang telah dibawa, pelan yang besaqnya untuk Bandar Baharu ni nak bawa untuk terus tingkatkan ataupun promosi ataupun hebatkan, raya kasakan durian dekat Bandar Baharu ini. Yang mana kita tau dah dekat Bandar Baharu ni memanglah durian ni kalau nak habaq ada peserta yang buat kebun durian ni 720 orang. Keluasan Bandar Baharu ni saya rasa sekerat Bandar Baharu kut, 1,121 hektar di Bandar Baharu ni semua pakat tanam durian. La ni orang tanam getah pun di Bandar Baharu semua pakat buang getah tu nak tanam durian sebab hasil lagi lebih tinggi, sampai Pejabat Risda Dearah Bandar Baharu pun pindah pi Kulim, tak mau duk kat Bandar Baharu dah sebab tak dak orang sangat buat getah. Dan saya tengok hasil pengeluaran untuk durian di Bandar Baharu sehingga Disember 2021, RM97 juta, durian di Bandar Baharu saja. Kita mintak lah kerajaan bawaklah makmal teknikal pertanian ka, mailah di Bandar Baharu, Pusat Agro Sains ka, mailah di Bandar Baharu. Nak ‘support’ pertanian di Bandar Baharu ni YB. Speaker dan hadirin sekalian, nak ‘support’ apa yang dibangunkan dalam agenda Pelan Pembangunan Negeri Kedah 2035 ni minta kerajaan bawa mai kat Bandar Baharu benda-benda tu semua untuk memperkasakan lagi pertumbuhan durian dan juga pertanian durian.

Jadi, hasil akan jadi lebih baik, bukan setakat durian biasa-biasa, durian hat premium semua yang bernilai tinggi yang akan menjadi pembangunan ekonomi kepada rakyat Bandar Baharu, InsyaAllah. Saya mohon yang tu dan kami juga sekarang ini dibantu oleh KBioCorp Kedah BioResources dalam ujikaji tanah. Setiap pertanian ini perlukan base data dia. Kalau kita pakai taaanam apa pun, kita buuubuh baja, kita raaacun macam biasa kita tak akan dapat hasil yang baik dan hasil yang tinggi. Jadi, kena ada lah ‘technical survey’ seperti ujikaji tanah dan sebagainya untuk lebih cekap lagi pertanian, ‘smart farming’, ‘smart agriculture’, saya mohon dan saya mohon juga kerajaan lihat pelabur-pelabur yang berpotensi untuk pertanian yang boleh mai ke Bandar Baharu ni. Sik tak pa, sebab YAB. Jeneri lalu tadi, Sik nak pendidikan agama saja tak pa, tak payah la bawa hat teknikal, agrosains, makmal teknikal apa-apa kat Sik, mai bawa ke Bandar Baharu. Saya mohon sangat kepada kerajaan.

Saya juga dapat data daripada Pertanian lah jugak ni, pengeluaran buah-buah, tanah berapa ekar apa semua ni, keluasan projek dan pencapaian pengeluaran. Tak dak lah banyak sangat, luas tanah ada 683 hektar saja untuk buah. Tapi data yang hat saya nak kongsi ni, hat yang lagi syoq ni. Penanaman ketom di Negeri Kedah, haaa…saya baru dapat tau kata Daerah Sik rupanya ada 3,030 pokok ketum yang telah ditanam. Haaa… tak taulah dia proses banyak mana tak tau, dia jual banyak mana tak tau. Tapi saya dapat tau Mukim Jeneri saja pun duk ada 1,000 pokok, itu yang ada banyak, maksudnya yang bukan ada di belakang-belakang rumah.

Saya kalau pi masuk kampung pun nampak juga, setiap rumah tu ada mesti ada, ‘at least’ satu pokok, itu depa kata untuk perubatan tradisional, orang lama-lama dan orang sekarang guna. Saya juga dapat data, Langkawi pun ada 670 pokok ketum, Baling 1,000 pokok, tapi yang paling saya terkejut sekali, Pendang ada 30,000 pokok, banyak juga depa tanam. Tapi tak boleh lawan Padang Terap, Padang Terap masih lagi menjadi juara lah, kalau hat ketum ni dia ada 47,550 pokok yang mana tanaman dia satu tempat lebih 5,000, 8,000, 2,000, 500, banyak pokok di Padang Terap ini. Apa kita nak buat dengan tanaman hat banyak-banyak, ketum ni? YAB. Jeneri dia ada bagi satu cadangan, tapi apakah tindakan kita ni. Daerah Kulim pun rupa-rupanya ada juga 1,310 pokok ketum. Ini yang direkodkan, rupa-rupanya lebih daripada keluasan tanaman buah-buahan lagi, ramai orang tanam ketum. Dan kita tau juga ketum ni, haaa…. tu nak cerita ketum ni. Ketum ni dia kalau secara tradisional ni biasa lah kan, kita tau dia ada 2 jenis pokok, dia ada satu tetulang daun warna merah….(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

YB. Bandar Baharu, masa sebenar habis dah, cuma saya bagi sikit…

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Laaa….ish! Baru cerita ketum…. Jadi, tak payah cerita ketum ni, nak dengaq dak?

Timbalan Speaker

Nak dengaq! Saya bagi masa sikit.

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Sambung naih? Sambung, ha ok. Cerita ketum sambung terus, kan YB. Bukit Pinang. Jadi, ketum ni kita tau dia ada sebatian alkaloid yang kita dulu sebenarnya pernah membuat kajian bersama dengan Pusat Racun Negara di Makmal Kedah Bio Resoserch Corp. lah kita pernah buat. Pihak polis sendiri hantar sampel ketum ni yang mana kita dapat tau ada 25 bahan kimia atau sebatian alkaloid daripada ketum ini yang banyak sifat dia, yang kita tau mitragynine tu adalah chemical yang paling hebat lah yang mempunyai bahan kimia yang kuat, kompaun yang paling tinggi yang mana mitragynine disenaraikan dalam jadual ketiga racun, Jadual Ketiga Racun Seksyen 30 Akta Racun 1952. Dan saya minta keputusan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah yang mana sekiranya kita kata ketum ini banyak buruknya daripada baiknya, senaraikan ketum ini atau mitragynine, kompaun di ketum ini di dalam Akta

Dadah Berbahaya 1952, jangan duk bubuh lagi dalam Akta Racun 1952 sebab kita terikat, kita duk tengah-tengah, tanam boleeeehhh….ada berapa puluh ribu tadi tanam boleeehhh, tak boleh pasar, tak boleh jual, tak boleh eksport, tak boleh apa, aktiviti menjadi satu kesalahan, bila dia duduk di bawah Akta Racun dia tak boleh import, tak boleh esksport, tak boleh kilang, tak boleh jual dan tak boleh memiliki bahan-bahan tu, bahan-bahan tu dalam daun ketum tu lah, bahan kompaun kimia tu. Jadi, satu keputusan kena ambil, katalah di luar bidang Kerajaan Negeri jadi Kerajaan Pusat kena ambil keputusan ni nak bubuh bawah akta apa, Akta Racun ka Akta Dadah, jadi senang pi. Orang tau haa…kita nak tanam ka, nak buat komersial kita nak tanam nak tingkatkan ekonomi kita ka dak, kita nak jual nak pasarkan untuk mendapatkan pendapatan ka dak. Jadi, itu kena buat keputusan. Dan kita tau juga banyak dah, lama dah kajian-kajian yang berkaitan dengan ketum ni kan, kita pun ada kajian yang baik dan kajian penyalahgunaan dan sampai sekarang pun belum selesai dan belum dibuat keputusan sampai kita dah ada anugerah-anugerah dan banyak penyelidikan di peringkat antarabangsa diterima berkenaan dengan ketum ini sampai dibagi geran, dibagi duit oleh Kerajaan German, Universiti Elegent German sebanyak 60,000 Euro untuk pihak USM buatkan kajian. Jadi, saya mohon kalau katalah betul-betul Kedah ni menjadi destinasi yang terbaik…..(YB. Pengkalan Kundor minta laluan)

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Soalan sikit!

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Yaa..

Dato’Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Nak tanya YB. Bandar Baharu, adakah Bandar Baharu Sedar bahawa di peringkat Parlimen sekarang telah dicadang satu pindaan akta daripada Akta Racun Berbahaya 1952 diubah kepada Akta Dadah Berbahaya 1952. Tetapi oleh kerana sifat pindaan itu tidak lengkap, maka telah dihantar balik dan sekarang KKM sedang melihat untuk kalau tak silap saya cadangan sekarang adalah untuk mengekalkan Akta Racun tetapi dengan mengenakan penalti yang lebih berat terutamanya dari segi sekarang ini RM10,000 maksimum dan juga 4 tahun penjara, itu sangat ringan. Jadi, akta sekarang yang dicadangkan adalah Akta Racun ini dalam pindaan yang akan dibentang di Parlimen nanti untuk mengambilkira bermula proses daripada tanam tu. Jadi, adakah YB. Bandar Baharu sedar bahawa proses ini sedang berlaku?

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Terima kasih YB. Pengkalan Kundor. Tak tau lagi sebab belum menjadi Ahli Parlimen, InsyaAllah. Jadi, kita berharap ada keputusan, bentang, bentang, sembang, sembang, bincang, bincang tapi tak dak keputusan lama dah, duk Akta Racun atau Akta Akta Dadah. Jadi, itu mesti diputuskan supaya banyak lagi ke depan ini perancangan untuk ketum ini boleh dibuat. Ke arah baik dia akan jadi baik, ke arah buruk dia akan jadi buruk, ini semua adalah ke arah penyalahgunaan. Kita boleh kawal penyalahgunaan tetapi kena ada keputusan dulu berkenaan dengan akta ini. Jadi, saya tak dapat nak sembang panjang berkenaan dengan ketum ini, terima kasih YB. Speaker. Sikit lagi berkenaan dengan Bandar Baharu dan juga ICT, boleh na?

Timbalan Speaker

Saya bagi 2 minit dah!

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

2 minit? Ok. Saya juga menyedari petani-petani banyaknya tidak mempunyai caruman insurans, yang banyaknya tidak ada simpanan yang tetap dan sebagainya yang kita selalu tengok petani-petani kecil ini selalu mempunyai masalah sekiranya mendapat ataupun terkena musibah semasa bertani ataupun bersawah. Dan saya juga suka mengucapkan tahniah kepada pihak MADA kerana telah membuat satu perjanjian secara eksklusif bersama PERKESO ataupun SOCSO yang mana akan mencarum semua petani-petani di bawah MADA dan saya juga ingin war-warkan kepada semua petani-petani, penjaja, usahanita yang kurang upaya dan sebagainya untuk mencarum bersama dengan PERKESO kerana ada skim kerajaan yang membayar 80%, kita bayar 20% untuk kita dapat perlindungan insurans kepada kita walaupun kita petani.

Juga untuk ICT dan digital, saya berharap kerajaan negeri akan meneruskan Pelan Digital Kedah ini yang mana kita tengok antara kutipan hasil kerajaan negeri ini adalah berpuncanya daripada program-program digital ataupun online atas talian dan sebagainya ‘cashless’ yang mana semua orang senang nak bayar. YB. Speaker, mendasari kesemuanya saya amat yakin segala usaha yang berpandukan pemetaan jelas seperti terkandung dalam Pelan Pembangunan Strategik Kedah 2035 diikuti kerjasama semua pihak. Kesedaran ‘political will’ (dengan izin) yang mendalam selaku ADUN, dokongan penuh penjawat awam negeri (KCS), agensi pusat, hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan termasuk dengan masyarakat sendiri dapat membuahkan kejayaan bagi segala dasar yang mahu kita laksanakan di dalam Negeri Kedah.

Selaku ADUN atau siapapun kita yang diberi amanah melaksanakan tanggungjawab kita berprinsipkan di mana ada rakyat di situ ada hikmat dijadikan pegangan. Kerana dengan kemampanan tindakan kelestarian tindakan ini kita sahaja selain bersulamkan leluhur hati yang bersungguh membolehkan generasi negeri ini merasai nikmat kemajuan yang berterusan. Kita lakasanakan bukan untuk kita tapi untuk mereka. Jika bukan kita, siapa lagi yang akan buatnya, jika bukan sekarang, bila?

Sungai Tepus menghala Sungai Kerian, Udang galah hasil nelayan, Kedah menuju arah kemajuan, Bukti capaian Pelan Pembangunan.

YB. Speaker, Bandar Baharu mohon menyokong Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih YB. Bandar Baharu.

Seterusnya saya beri ruang kepada YAB. Jeneri!

Muhammad Sanusi bin Md NorPAS · PNMenteri Besar · Jeneri

YB. Tuan Speaker, saya pohon mencadangkan di bawah Peraturan 12(1a) Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman supaya Sidang Dewan pada pagi ini disambung semula pada jam 2.30 petang selepas ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari. Sekian, terima kasih.

YB. Tuan Speaker, saya pohon menyokong cadangan tersebut.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya bersetuju dengan usul yang dibuat oleh YAB. Dato’ Seri Menteri Besar tersebut.

Seterusnya saya persilakan di sebelah sini. Dipersilakan YB. Anak Bukit. Saya bagi ruang sampai 12.59, tu ada ‘extra time’ tu. Terima kasih.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera. Mohon buka ‘face mask’ YB. Speaker. Terima kasih YB. Tuan Speaker di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut membahas usul menjunjung kasih atas Titah Ucapan Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Keempat Belas. Tuanku telah menyentuh tentang perlindungan dan kelestarian alam sekitar. Kerajaan Negeri mengawal dan mengekalkan kawasan hutan menerusi amalan pengurusan hutan secara berkekalan selaras dengan Teras 6 Kemampanan Alam Sekitar di bawah Pelan Pembangunan Kedah 2035.

YB. Dato’ Speaker, pada 28 Februari yang lalu satu laporan penting dari Intergovernmental Panel On Climate Change (IPCC) iaitu sebuah badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah dikeluarkan mengenai impak, adaptasi dan ‘vulnerability’ yang berpunca daripada perubahan iklim. Laporan tersebut saya kira adalah sangat penting bagi kita sebagai pembuat dasar sama ada di federal ataupun di negeri untuk difahami serta pripentingnya untuk kita mengambil berat tentang laporan IPCC ini yang menunjukkan bahawa impak perubahan iklim ini sebenarnya adalah lebih teruk masa kini daripada apa yang kita sangkakan oleh para saintis 5 tahun yang dulu. Dulu depa duk kata akan jadi begini, begini, begini dan impak yang kita tengok tu sebenarnya lebih teruk daripada yang mereka jangkakan.

Sejak 2008 berikutan kemarau yang teruk, kepanasan yang melampau dan banjir yang teruk di banyak negara di dunia ini mengakibatkan lebih 20 juta orang berpindah dari rumah kediaman mereka setiap tahun, akibat daripada perkara-perkara yang saya sebutkan tadi. Jadi, kita di Malaysia juga terkesan daripada apa yang disebutkan tadi. Kita mengalami keadaan banjir yang lebih kerap di luar musim monsun, banjir dalam musim monsun biasa, tapi ini banjir di luar musim monsun dan lebih kerap dengan ‘intencity’ hujan yang lebih banyak.

Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan oleh kerana antara perkara yang selalu dibincangkan tentang ‘climax change’ ini adalah kesan daripada hutan yang diganggu gugat secara yang tidak lestari, yang tidak mapan. Jadi, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri Kedah juga mengambil langkah yang sama membuat pindaan sepertimana pindaan yang dicadangkan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984, tak lulus lagi, Parlimen pun akan bentangkan benda ni dan kita minta untuk negeri juga ‘adopt’ benda yang sama iaitu prosedur untuk nyah gazet status hutan simpan kekal mestilah memenuhi 2 kriteria.

Pertama, ianya mestilah dibuat ‘public enquiry’ dengan memenuhi prosedur yang ditetapkan bagi memastikan terdapat ketelusan dan pertanggungjawaban di pihak kerajaan negeri serta memastikan ‘good governance’. Jadi, kalau kita ada cadangan untuk kita nyah gazet ataupun digazetkan daripada hutan simpan kekal menjadi kegunaan yang lain maka ia perlu dibuat dengan proses ada ‘public enquiry’. Maknanya kita bawa keluar notis kata, “ini ada cadangan daripada kerajaan negeri supaya public boleh tengok dan memberi komen serta cadangan”.

Kedua, jika nyah gazet itu berlaku, maknanya public pun dah tengok, bagi komen kata ok, tak pa ini boleh dan kerajaan negeri pun bersetuju. Jika ini berlaku nyah gazet itu, pihak kerajaan negeri mestilah mengenal pasti kawasan yang serupa dengan kawasan nyah gazet tersebut dengan keluasan yang sama atau lebih besar sebagai ganti.

Biar dia jadi mandatory, makna dia ada dalam akta ataupun dia ada di dalam enakmen, kalau dalam negeri ni ada dalam enakmen, dia bukan menjadi budi bicara pihak berkuasa negeri, dia rasa nak ganti dia ganti, dia rasa tak mau ganti dia tak ganti. Biar dua benda ini dimasukkan di dalam enakmen yang mungkin Jabatan Perhutanan boleh cadangkan dan di ‘go through’ oleh YB. Penasihat Undang-undang untuk dibentangkan supaya ini kita tengok dia akan memastikan bahawa hutan-hutan kita itu diuruskan dengan secara penuh bertanggungjawab.

Saya juga ingin mencadangkan supaya kerajaan negeri memberhentikan terus sebarang aktiviti pembalakan di atas tanah milik kerajaan, hat yang ‘private’nya tu tidak ada bidang kuasa kita tapi yang tanah di bawah milik kerajaan tanah hutan simpan kekal ataupun hutan-hutan yang lain dan sebagai ganti Kerajaan Pusat memberi pampasan atas kehilangan hasil negeri akibat pembalakan. Saya tengok ‘everage’ hasil hutan kita yang ada ialah pernah RM20 juta, ini premium, kalau kita tengok dalam Buku Bajet kita tu kadang-kadang naik RM40 juta, saya ingat pernah satu ketika dulu naik RM80 juta macam tu. Tapi, ‘everage’ dia tu 20, 30, 40 dan sangat…istilah orang muda la ni “sangat ciput” lah. Kalau nak dikatakan hasil nak diganti balik oleh pihak Persekutuan, apalah sangat dengan kehilangan hasil sebanyak itu, saya ingat Kerajaan Pusat sangat-sangat bersedia lah untuk memberi ganti balik atas kehilangan sebab ia merupakan antara hasil kerajaan negeri. Dan kita tau dulu semasa Tun M menjadi PM yang ke 7 pun pernah diberikan pemberian khas kepada Negeri Kedah sebanyak RM200 juta. Ini pun dah 10 kali ganda lebih daripada premium yang dikutip dan saya ingat ini adalah sangat-sangat diperlukan oleh negeri supaya konservasi hutan-hutan ini dapat kita buat.

Sekiranya ini dapat kita lakukan jadi kita rasa kita tak tengok lagi dah kut, InsyaAllah tapi dia ambil masa lah kan, bukan sekelip mata saja ia boleh berlaku, kita tak nampak lagi lah Sungai Kedah yang saya abadikan dalam foto ni (sambil menunjukkan foto dalam handphon) nak tunjuk pun kamera tak boleh fokus tang ni, gambar Sungai Kedah kelmarin petang, yang ni kita kata “teh tarik kaw-kaw punya”. Ini disebabkan berlaku hujan di bahagian hulu dan sudah tentu ini sebabnya ialah ‘selting’ ataupun enap-enap yang turun sebab berlakunya pembukaan tanah dan sebagainya. Silakan YB. Sungai Limau!

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Terima kepada YB. Anak Bukit menyentuh tentang akta baru yang dicadangkan di peringkat Persekutuan. Saya yakin kerajaan negeri pun sentiasa kita nak mintak kepada Kerajaan Persekutuan untuk apa yang kita simpan.

Cuma apa yang ingin saya bangkitkan, adakah YB. Anak Bukit sedar, pertamanya bahawa kelulusan tebangan hutan ini diluluskan pada zaman terdahulu, tak dak pun diluluskan semasa YAB. Jeneri mentadbir, pertama. YAB. Jeneri pun pernah sebut ia mengambil masa 18 tahun kalau nak perabih hat yang diluluskan oleh kerajaan-kerajaan sebelum ini termasuklah semasa dipimpin oleh kerajaan sebelum daripada ini.

Keduanya, adakah Yang Berhormat sedar bahawa Pensijilan Pengurusan Hutan (PPH) pernah digantung Mei 2019 semasa Pakatan Harapan memerintah akibat daripada ketidakakuran kepada peraturan yang telah ditetapkan dan diperolehi semula oleh pihak kerajaan pada Oktober 2021 apabila kita penuhi semua syarat. Mungkin cadangan-cadangan itu bagus cuma praktikal yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini pun tidak memenuhi peraturan yang sedia ada. Jadi, minta komen Yang Berhormat.

Terima kasih. Ya, macam disebutkan tadi benda yang telah diluluskan sebelum-sebelum ni termasuk dulu kan saya pun jadi Exco dulu 2008 dan waktu itu kita sangat berbangga kerana dibuat secara tender terbuka, dapat hasil yang cukup tinggi dan sebagainya. ‘Effect’ itu mengambil masa yang lama, dah bagi lesen, dia pun dah bayar, kemudian dia nak kena tebang lah. Jadi, ini adalah langkah-langkahan yang perlu diambil untuk memastikan bahawa selepas ini walaupun kita punya ‘forest cover’ kita ni lebih daripada apa yang ditetapkan oleh pihak United Nation tetapi kalau ianya tidak dikawal mungkin ia akan menjadi benda yang lebih teruk.

Jadi, saya ingat ini adalah tanggungjawab semua pihak untuk memastikan bahawa hutan yang kita uruskan itu yang boleh memberikan hasil tapi biarlah ianya tidak memberikan kesan, dapat RM80 juta setahun tapi bila berlaku banjir lah, tanah tuntuh lah apa semua tu dia punya kerosakan tu jauh lebih besar daripada hasil sedikit yang kita perolehi. Silakan YB. Jitra.

Terima kasih YB. Speaker, terima kasih YB. Anak Bukit. Saya ingin bertanya, adakah YB. Anak Bukit sedar bila kita bercakap mengenai hasil kerajaan negeri bahawa ada sebuah syarikat Sukmas Dimensi pada 4hb. Mei 2021 menawarkan kepada Kedah Cement Sdn. Bhd. mengambil alih operasi sebagai operator di sebahagian compartment 11, Hutan Simpan Gunung Raya seluas 40 hektar iaitu untuk mengeluarkan kayu kayan di situ dan bayaran pampasannya RM6 juta daripada Kedah Cement kepada Sukmas Dimensi saya tak tau lagi lah berapa banyak yang mungkin kerajaan negeri boleh kutip.

Walhal sebelum itu, tujuan tapak ini sebenarnya adalah untuk mengeluarkan pasir darat yang tidak mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar. Kita lihat sepucuk surat pula yang dikeluarkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif YiKed (Yayasan Islam Negeri Kedah) bertarikh 22 Oktober 2019 tidak bersetuju dengan pengeluaran pasir darat di kawasan yang sama yang akhirnya Kerajaan Negeri pula mengeluarkan kelulusan bagi YiKed untuk mengeluarkan saki baki kayu di compartment yang sama. Jadi, apa pandangan YB. Anak Bukit mengenai ketidakpatuhan kerajaan negeri memberi kelulusan kepada YiKed walhal Jabatan Alam Sekitar sudah menolak cadangan tersebut?

Terima kasih YB. Jitra. ‘This is news to me’ (dengan izin). Tapi apa pun maknanya saya ingat kita harus meletakkan maknanya keselamatan awam hasil daripada mungkin tindakan-tindakan kita sebenarnya yang mungkin niat tu baik kerana nak dapatkan hasil untuk kerajaan negeri dan sebagainya tapi kalau dia dinasihatkan oleh jabatan-jabatan teknikal untuk tidak diberikan kebenaran kerana sudah tentu mereka tahu apakah implikasi yang akan berlaku selepas itu. Cumanya YB. Speaker, tak taulah yang tadi YB. Sungai Limau sebut, saya berpandukan kepada jawapan bertulis yang ditanya oleh YB. Pedu tentang premium balak yang dikeluarkan dalam tempoh nama-nama yang menjadi Menteri Besar ni. Saya pun tak berapa pasti apa maksud jumlah premium balak yang dikeluarkan.

Saya ingat kebenaran untuk membalak kemudian syarikat itu kena bayar premium lah kan. Tapi disebut ni di zaman Dato’ Seri Utama Mukhriz Februari 2016 sampai 2018.. sorry one poin o dengan two point o tu jumlah dia ialah RM94 juta. Kemudian Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah yang lebih pendek dia punya pemerintahannya RM164 juta premium dan YAB. Jeneri pun ada, Mei 2020 sehingga kini, kini tu, la lah kut, jumlahnya adalah RM60.1 juta. Saya baca lah ni, ini maklumat rasmi yang diberikan, jadi saya tak taulah sama ada kenyataan YB. Sungai Limau kata tak pernah diberikan dan sebagainya tu adalah tepat ataupun tidak tapi saya baca ini rasmi yang dikeluarkan jawapan oleh pihak kerajaan.

YB. Speaker….(YB. Kuala Nerang minta laluan)

YB. Speaker, mohon laluan.

Allah! Tinggal 10 saja YB. Kuala Nerang.

Sikit saja! Sikit saja!

Boleh! Boleh! Pasal jiran.

Ok, terima kasih. Nak bertanya Yang Berhormat, adakah bersetuju bahawa yang ditanya dalam soalan itu adalah berapa premium dan premium ini dibayar bukan semestinya sekaligus, serentak 100%, kadang dibayar 30%, 40%, 50%. Jadi, maknanya premium ini menggambarkan bahawa bayaran ini bayaran premium kepada kelulusan yang lama bukan kelulusan yang baru, kelulusan yang baru memang tak dak. Jadi, kita harap tidak mengelirukan dan tidak menimbulkan salah faham bahawa sebenarnya bukan kelulusan baru, kelulusan baru tak dak dan premium yang diterima itu ialah premium atas kelulusan sebelum-sebelum ini. Adakah Yang Berhormat bersetuju? Terima kasih.

Yang tu saya ingat saya mintak pihak kerajaan lah tolong jawab. Saya tengok yang disebut tu ‘possible’ benda hat disebut possible hat kata YB. Jitra semasa menjadi Menteri Besar dua kali pun dapat sekian-sekian banyak pun mungkin hat lulus tu orang sebelum tu kan, hat yang Dato’ Seri Ahmad Bashah dapat tu mungkin hat sebelum tu, hat YAB. Jeneri pun mungkin hat sebelum tu. Saya tak tau, saya ingat yang ni bagi pihak kerajaan lah jawab.

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Terima kasih YB. Speaker. YB. Anak Bukit mungkin tak sempat nak bahaskan hari ni tapi kena faham lah, memang cukup sukar untuk orang memahami tentang isu balak ini antara kelulusan dengan lesen mengeluarkan balak. Memang susah orang nak faham dan saya nampak dah lama dah kita duk cerita kan, dia tak faham antara kelulusan boleh bagi bila-bila tetapi lesen hanya akan ditentukan setiap tahun, setiap tahun barulah keluar lesen mengikut kebenaran. Terima kasih.

Terima kasih YB. Suka Menanti membantu untuk memberi pencerahan. YB. Speaker, Tuanku juga bertitah tentang penyediaan dan naik taraf infrastruktur perkhidmatan jalur lebar dan sekarang ini sibuk diperkatakan tentang 5G roll out, kan. Tapi hakikatnya kita di Kedah tak tau lah, hakikatnya jangan duk cerita 5G, 4G ni berlungguk lagi kawasan Negeri Kedah yang nak cari seketoi pun tak dapat, itu istilah orang Kedah lah, dia bar, istilah dia ‘ketoi’, nak cari seketoi pun tak dak. Ini saya pernah bangkitkan dalam Dewan ini di KEDA Malau, semasa PKP YB. Speaker, kena belajar di rumah, nak cari peranti pun satu hal dah lah, so dapatlah peranti. Dapat peranti duk di rumah tak dak line, keluarlah pi cari, macam cerita hat duk di Sabah apa semua tu kan, tapi cari tak lah sampai naik atas pokok nyoq apa semua dak, pi nak cari, tengah-tengah duk cari tu polis masuk, berselerak lari takut kena tangkap. Tapi, balik tu tak boleh nak belajar lah. Dan sekarang ni kita tau terkesan satu dua generasi yang dari segi dah naik darjah 2 membaca dan menulis tak boleh, kesan daripada itu. Jadi, tentang perkara ini saya harap, kita dah buat report, dah bawa masuk dalam SKMM punya permohonan apa semua tapi dia habaq la, kita telah membina sekian banyak apa semua. Ya lah, bina boleh kat orang lain, kat kita tak tau lah bila nak sampai.

Jadi, kita harap kerajaan negeri pun boleh membantu untuk meminta supaya liputan ini lebih baik dan dah saya sebut pasal KEDA Malau ni, ada beberapa perkara lain tapi umum lah, tentang pemberimilikan hakmilik tanah dan rumah kepada peserta-peserta KEDA. Saya dapat maklum kata sebahagian daripada mereka-mereka yang duduk di situ dapat ‘offer’. Jadi, timbul persoalan pasal apa kawan ni dapat, pasal apa kawan ni tak dapat, satu. Keduanya diminta untuk bayar RM600 kepada peguam yang dikatakan akan menguruskan proses pemberimilikan ini untuk mereka dapat tapi selepas tu senyap sepi. Jadi, saya nak tanya, apakah sebenarnya polisi tentang perkara ini dan biar dia bagi seragamlah kalau boleh diberikan hakmilik pasai apa setengah dapat, setengah tak dapat kan. Dulu saya dengar kata rumah dan tanah tidak akan diberi hakmilik kepada mereka, mereka keluar daripada kepongpong kemiskinan mereka kena keluar daripada situ, dengaq juga macam tu. Jadi, sebenarnya apa polisi yang ada tentang perkara ini.

Kemudian, mereka juga dijanjikan dengan tanah perkuburan 2 ekar, katanya dah dilulus tapi sampai la ni masih tak boleh digunakan lagi jadi bila ada kematian nak kena pi minta ehsan daripada perkuburan yang dekat-dekat tu, depa kata ha, baru berani korek. Saya ingat ini bukan di situ saja, di banyak tempat masalah-masalah ini masih berlaku.

Juga bila dah sebut tentng hakmilik ni saya nak kena bangkit juga lah benda yang dah saya bangkitkan dalam Dewan ini iaitu tentang permohonan tapak kediaman di Kampung Wang Tepus. Depa ni diminta untuk pi buat rumah dan sebagainya tu zaman YAB. Tan Sri Dato’ Seri Osman Aroff dulu ni, pertengahan 80-an. Saya pi situ depa selak tikar getah tu tunjuk nombor hat depa garis masa depa buat tu, lepas tu dia sengap serepi. Depa mohon, sengap serepi kemudian mai baru-baru ni depa kenai gamaknya di Parlimen Kubang Pasu tu mintak tolonglah buat semula apa semua dan saya pun duk ‘follow up closely’ dengan DO Kubang Pasu dan juga Dato’ Pengarah Tanah dan Galian dan saya diberi maklum kata la ni tersangkut kerana JPV tak mau nak lepas RC tanah padang ragut tang tu. Padahal kalau kita tengok di keliling tu memang dah tak logik lah nak dikekalkan sebagai RC padang ragut. Jadi saya mohonlah, bukan mereka minta besar 10 ekar ka nak buat ladang dak, tanah sebesar sekangkang kera nak buat rumah saja. Jadi, saya mohonlah YAB. Jeneri untuk tengok perkara ini kalau JPV tak mau nak bagi juga, bagi lah.

Kemudian sikit saya nak sentuh YB. Speaker ialah tentang kenaikan harga benih, tadi sahabat saya YB. Gurun dan YB. Alor Mengkudu juga sebut, petani la ni harga jualan depa duk setakat tu, tapi input semakin naik jadi, margin mereka semakin mengecil dan la ni ditambah pula dengan benih yang menjadi amalan tradisi depa boleh simpan benih sendiri apa semua ni la ni timbul pula (masa pun tak mengizinkan ni) katanya

kita Malaysia nak sign dengan UPOV91 maknanya segala benih yang nak dijual nanti ada orang yang akan paternkan dan kita nak kena beli dengan harga yang dia kawal dan menjadi kawalannya sehingga 20 ke 30 tahun patern tu yang menyebabkan petani kalau sekali dia guna benih tu kemudian dia nak gunakan balik contohnya lah kalau benih padi kita tanam, kita dapat, la ni oleh kerana benih sah pun kadang-kadang ada problem, depa buat sendiri, ambil sebahagian proses kemudian guna sendiri dan kadang-kadang jiran nak beli dan sebagainya. Jadi, kalau kita masuk UPOF91 ni memberi hak monopoli kepada pembiak baka itu selama 20 hingga 25 tahun, jadi petani tidak boleh simpan, tidak boleh berkongsi ataupun menjual benih yang mereka daftarkan sebagai hak pembiak baka ini. Jadi, saya mohon kepada pihak kerajaan negeri untuk turut memberi tekanan, saya pun dah sebut di Parlimen seperti MAFI untuk tengok benda ni supaya jangan akhirnya petani-petani kita terus terkesan dengan perkara ini. Berapa minit lagi YB. Speaker?

Timbalan Speaker

Habis dah masa!

Ok, last dah ini dalam kawasan kena sebut juga. YB. Dato’ Speaker, di dalam kawasan saya ada satu jalan, ACLBD9A Kampung Hutan Serdang. Tempat lain boleh dua tiga lapis dah jalan depa turap, ni ban MADA. Nak kata ban MADA tak boleh nak turap dengan tar pun hat lain pun depa turap sama. Hat lain tak boleh, boleh tang ni minta YAB. Jeneri tolong tengok sat di Hutan Serdang jalan tu dan juga depa minta saya bangkitkan juga lah pegawai-pegawai ataupun pekerja di Kem Paya Pahlawan saya ingat duduk di bawah MBI, yang ni ada 18 orang pekerja semuanya, 5 tetap dan 13 kontrak pada tahun 2021, 3 bulan gaji tertunggak dan tahun ni ada 1 bulan tertunggak. Jadi, pakat-pakat ada anak bini dan susu nak beli dan sebagainya, kita harap ini dapat diberikan perhatian oleh YAB. supaya dapat gaji mereka yang tertunggak dan sebagainya. YB. Speaker, oleh itu saya juga mohon agar dalam jawapan nanti semua pakat boleh 20, 40, tau-tau bagi kat Exco kita 25 minit saja nak gulung. Sudah tentu lah depa tak dapat nak gulung lipat kesemuanya. Jadi, yang tak dapat digulung dan dilipat tu mohon saya ingat dalam 5 hari ka, 7 hari bekerja ka tolonglah bagi jawapan bertulis kepada kita sebab saya ingat banyak juga sebelum ini nak bagi jawapan bertulis lup dengan ayaq tu saja. Jadi, saya harap ini dapat diberi perhatian dan dengan ini juga saya turut menyokong usul menjunjung kasih atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Terima kasih YB. Anak Bukit.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan ditangguhkan dan akan disambung semula pada jam 2.30 petang ini. Terima kasih.

[Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari]

[Dewan disambung semula pada jam 2.30 petang]

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Sidang disambung semula. YB. Ayer Hitam!

Encik Azhar bin IbrahimPAS · PNAyer Hitam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi robbil ‘alamin wassola tuwassala muala asyrofil anbiya iwal mursalin wá’ala alihi wasohbihi ajma’in. Robbish rohli sodri wayarsirli amri wahlul uddatan millisani yafkhohu khauli. Subhanakala ‘ilmalana ma ‘allamtana innakaantal ‘ali mulhakim. La haulawala khuwatailla billa hiláli yil ‘azim. ‘Ammabaq.

Terima kasih YB. Dato’ Speaker, YAB. Dato’ Seri Menteri Besar, YB. Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB. Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Beerusaha, Yang Berbahagia ketua-ketua jabatan, agensi-agensi kerajaan, yang dihormati para pegawai Dewan seterusnya yang dikasihi para pemerhati yang mengikuti persidangan ini sama ada secara fizikal ataupun atas talian.

Alhamdulillah, sama-sama kita panjatkan rasa syukur kepada Allah s.w.t tuhan seteru sekalian alam, telah mengizinkan kita pada hari ini untuk terus hidup untuk kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang hambanya dan InsyaAllah menunaikan tanggungjawab kita sebagai khalifah untuk mengatur urusan memakmurkan bumi yang kita diami ini. Terima kasih kepada YB. Dato’ Speaker yang memberi laluan kepada saya untuk turut serta mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Mesyuarat Pertama Penggal Yang Kelima Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas semalam 20 Mac 2022 bersamaan 17 Sya’ban 1443 Hijrah. Saya berasa sangat gembira kerana YB. Dato’ Speaker dapat hadir pada hari ini telah sembuh InsyaAllah daripada Covid-19 bersama-sama dengan kita dan kita mendoakan semoga kita semua InsyaAllah diberikan kesihatan yang baik untuk kita meneruskan usaha kita dalam memakmurkan negeri dan menyantuni rakyat di bawah sana, InsyaAllah.

Mudah-mudahan Covid-19 di Kedah dan Malaysia ini InsyaAllah akan perlahan-lahan meninggalkan kita walaupun kita masih lagi membaca angka yang besar pada setiap hari jumlah mereka yang dijangkiti oleh Covid-19 melebihi 20,000 orang pada setiap hari merupakan satu angka yang kita patut risaukan dan bersama-sama kita menanganinya supaya InsyaAllah penularan-penularan Covid-19 dapat kita tamatkan kerana ancaman ini telah merencatkan perjalanan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat seluruhnya.

YB. Dato’ Speaker, saya menjunjung kasih di atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang menyentuh beberapa dasar dan asas yang perlu kita beri perhatian selaku Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dalam Negeri Kedah ini. Saya sekadar untuk membahaskan dua tiga perkara yang disebut oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam masa yang terhad ini dan InsyaAllah saya akan meneruskan perkara-perkara yang sebahagiannya disebutkan oleh Ahli Dewan sebelum ini dan InsyaAllah akan menyentuh satu dua perkara yang belum disentuh oleh Ahli Dewan sebelum ini. Tuanku Sultan pada permulaan titah baginda mengajak kita supaya mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam kita menangani pentadbiran negeri kita ini bermaksud baginda berharap kita sentiasa mengadakan perbincangan, mesyuarat, sembang-sembang sama ada secara rasmi ataupun tidak rasmi untuk kita menangani permasalahan yang timbul untuk kita menanganinya lebih-lebih lagi dalam keadaan kita masih lagi berada dalam kurungan Covid-19 ini. Kita perlu melupakan persengketaan sesama kita sama ada dalam kumpulan semasa ataupun kumpulan yang lebih besar dalam politik atau sebagainya untuk sama-sama kita memberikan persetujuan kepada perkara-perkara yang boleh kita persetujukan untuk sama–sama kita makmurkan negara atau negeri kita ini. Kerajaan negeri ini akan tamat InsyaAllah dari keunjurannya pada 20 Mei 2023. Kita ada kurang lebih setahun lagi untuk kita mentadbir, memacu negeri kita ini untuk mencapai kemakmuran dan kesejahteraan.

Kita berharap dalam masa setahun lebih lagi ini kita dapat bermusyawarah sesama kita untuk kita mengekalkan kesejahteraan, keamanan Negeri Kedah ini untuk sama-sama kita menangani permasalahan yang timbul supaya tidak ada rasa gelisah di kalangan rakyat melihat kepada perkembangan semasa. Kalau kita ambil contoh ada kemelut politik yang berlaku yang boleh merisaukan dan meresahkan rakyat cuba kita tenteramkan di negeri kita ini. Kita tak perlu terikut-ikut dengan satu dua negeri yang sebelum ini mengadakan PRN (Pilihanraya Negeri). Walaupun keadaannya tak begitu terdesak, tapi kesannya kepada rakyat di samping membuang masa, membuang wang ringgit juga memberi kesan yang tidak baik kepada pembangunan negeri dan negara kita.

Saya yakin dan percaya Negeri Kedah tidak akan berlaku seperti itu, kita mempunyai seorang Menteri Besar yang sentiasa terbuka pemikirannya, yang boleh bekerjasama dengan semua pihak baik bersama parti dalam kerajaan dan juga bersama pembangkang yang ada di Dewan ini. InsyaAllah kerjasama yang berterusan ini kita berharap dapat memacu lagi pembangunan Negeri Kedah ini, InsyaAlllah. Begitu juga kita harapkan di peringkat Persekutuan tidak ada lagi lah bunyi-bunyi supaya diadakan segera pilihanraya umum ini dalam keadaan semasa yang masih lagi tinggi jumlah jangkitan Covid-19 dan masih lagi kita dibimbangi dengan penularan mungkin dengan virus-virus yang baru. Kita ada masa setahun lagi untuk kita bersama-sama semua pihak untuk menjaga kemakmuran negara kita ini. Saya yakin dan percaya perjanjian kerjasama di antara pembangkang dan Kerajaan Keluarga Malaysia pada tahun lepas untuk sama-sama kita menjaga kerajaan masih boleh dipertahankan diteruskan sehingga tamat penggal kita, InsyaAllah. Kita tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan pilihanraya umum kerana hal itu boleh di samping menggugat serta memperlahankan pertumbuhan ekonomi negara dan juga boleh menimbulkan keresahan di kalangan rakyat. Kita yakin dan percaya pembangkang dan kerajaan boleh duduk sekali untuk berbincang dan meneruskan kerja-kerja yang baik yang disarankan oleh mana-mana pihak boleh kita aturkan bersama.

Pada minggu lepas Perdana Menteri ada mengumumkan Pengeluaran Khas RM10,000 duit KWSP yang diputuskan oleh Kabinet dan disokong juga oleh pihak pembangkang. Bermaksud, perkara-perkara yang baik ini tak perlu kita heboh atau kelirukan di luar, kita boleh selesaikan dalaman kita, perbincangan bersama Ahli Kabinet ataupun kerajaan bersama pembangkang untuk menyelesaikannya. Begitu juga 2 hari lepas, YAB. Perdana Menteri mengumumkan tentang kenaikan gaji minima dari RM1,200 kepada RM1,500 yang diputuskan oleh Kabinet diumumkan dalam Persidangan Agong UMNO yang merupakan tempat menjadi medan perbahasan dan Alhamdulllah disambut baik oleh semua pihak bukan saja daripada kalangan ahli UMNO juga semua rakyat biasa yang memerlukan kepada keadaan itu bertambah baik.

YB. Speaker, saya berasa gembira di atas kebanggaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia atas pencapaian semasa Kerajaan Negeri Kedah ini dengan penambahan pelaburan luar ke Kedah sejumlah RM68.3 billion pada tahun lepas. Satu pencapaian dan merupakan rekod dalam sejarah kerajaan negeri kita cuma kita berada di tangga kedua selepas Pulau Pinang. Sebuah negeri yang berasaskan pertanian seperti Kedah ini merupakan satu pencapaian yang cukup baik, pencapaian yang kita sendiri pun rasa bangga kerana negeri-negeri lain yang berasaskan perindustrian, perkilangan pun tak mampu ataupun belum mencapai tahap yang kita capai setakat ini. Sudah tentulah hal ini berlaku bukan secara sengaja, tentu ada perkara-perkara yang menyokong kepada perolehan ataupun kedatangan pelabur ke negeri kita.

Saya yakin dan percaya antara sebabnya ialah kita mempunyai sebuah kerajaan yang menguruskan negeri dengan telus, penuh integriti dengan sokongan semua pihak, kakitangan kerajaan dan juga pegawai-pegawai kerajaan yang memberikan perkhidmatan yang cekap, telus yang terbuka, yang boleh menarik minat dan menggamit pelabur-pelabur luar untuk datang ke Kedah ini. Kesungguhan YAB. Menteri Besar dan juga barisan Exco serta pegawai kerajaan yang bersungguh-sungguh bekerja seperti yang disebutkan oleh YB. Sungai Limau sehingga larut malam pun bekerja untuk menyelesaikan masalah-masalah dalam negeri merupakan pemangkin yang besar kepada kedatangan pelabur yang besar ke negeri kita. Saya haraplah suasana ini akan berterusan InsyaAllah kita tahun ini akan mendapat pelaburan yang lebih besar dan mencapai InsyaAllah hasrat kita untuk menjayakan Pelan Pembangunan Kedah 2035 yang mensasarkan sekurang-kurangnya RM10 billion pelaburan setahun. Sekiranya kita dapat mencapai lebih daripada RM10 billion setahun, kita mungkin dapat memendekkan Pelan 2035 menjadi 2030 pun mungkin berlaku, InsyaAllah.

YB. Dato’ Speaker, walaupun Ayer Hitam ni dia tak dak kawasan perindustrian dan perkilangan, Ayer Hitam ni kawasan pertanian sepenuhnya, hampir semuanya kawasan pertanian melibatkan sawah padi, sedikit getah dan kelapa sawit. Kilang pun kilang padi yang ada pun sebuah dua di beberapa tempat yang lainnya kawasan pertanian. Tetapi kami berdekatan dengan Bukit Kayu Hitam, di situ ada kawasan perindustrian baru yang dibangunkan, bukan baru lah sudah lama tetapi baru-baru ini tahun lepas telah mendapat pelaburan ataupun kerjasama daripada pelbagai pihak untuk membangunkan kawasan itu supaya menjadi hub pilihan pelabur-pelabur untuk melabur di situ. Terima kasih kepada pihak Kerajaan Persekutuan yang telah meluluskan loji rawatan air untuk dibina di Kubang Pasu bagi menampung keperluan di Zon Sempadan Ekonomi Khas (SBEZ) di Kota Perdana Bukit Kayu Hitam. Saya yakin dan percaya jika usaha-usaha ini diadakan peluang pelaburan atau pelabur-pelabur akan datang ke Bukit Kayu Hitam bertambah besar dan akan menyediakan InsyaAllah peluang pekerjaan kepada penduduk setempat yang sebahagiannya InsyaAllah akan berkongsi dengan penduduk Ayer Hitam juga. Difahamkan pada tahun lepas telah ada perjanjian di antara Harta Lega dengan Northern Gatway untuk membangunkan 100 ekar kawasan perkilangan mengeluarkan sarung getah melibatkan kos kurang lebih RM7 billion dalam jangka masa 20 tahun yang akan menyediakan pekerjaan kurang lebih kepada 12,000 orang dalam syarikat ataupun kilang-kilang yang akan dibina nanti, InsyaAllah. Dengan ini ia kan mengangkat SBEZ menjadi hub yang baharu kepada industri di Kedah ini menyaingi hub sedia ada di Kulim Technology Park.

YB. Dato’ Speaker, baginda Tuanku juga menyentuh tentang hal kebersihan yang perlu kita beri perhatian dan Negeri Kedah pun telah diangkat Hari Jumaat sebagai “Hari Kebersihan Negeri”. Baginda berharap PBT memainkan peranan yang besar untuk mengekalkan atau membentuk budaya menjaga kebersihan di kalangan rakyat dan kita yakin usaha berterusan yang dibuat oleh PBT dan disambut oleh pimpinan-pimpinan masyarakat setempat dan agensi-agensi kerajaan kita percaya hasrat Tuanku untuk menetapkan menjaga kebersihan ini sebagai satu budaya merupakan hasrat yang boleh kita tunaikan, InsyaAllah. Cuma saya nak tarik perhatian kepada pihak yang berkenaan supaya kita tak tumpukan kebersihan ini di bandar-bandar di bawah tanggungjawab PBT sahaja. Di kampung-kampung kadar kemiskinan masih lagi boleh kita katakan rendah daripada segi pengawalan ataupun pengamalannya. Sebagai contoh di kawasan-kawasan saya lah dikawasan pida tu, saya dah bangkit sebelum ini dalam Sidang DUN juga, pembuangan sampah yang tidak menentu, yang tidak diurus dengan baik melibatkan pembuangan sampah di tepi-tepi pida, tepi-tepi sungai, di kawasan-kawasan yang tak sepatutnya menyebabkan keadaan tak cantik dipandang mata dan juga mengundang kepada permasalahan kesihatan. Cuma tidak ada pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengendali masalah ini. Saya mencadangkan supaya satu gabungan usahasama di antara pihak-pihak berkenaan, pihak PBT, pihak MADA, pihak JPS menangani masalah ini dengan menempatkan tempat-tempat pembuangan sampah yang boleh dibuang oleh penduduk dan diangkut serta dibuang ke tempat yang sepatutnya kerana bukan sahaja mencemarkan persekitaran malah memberi kesan kepada sungai, parit dan terusan yang mengalir itu dengan sampah-sampah yang menyekat pengaliran air yang boleh memberi kesan juga kepada penanaman padi di kawasan tersebut.

YB. Dato’ Speaker, saya suka nak mengakhiri ucapan saya dengan beberapa masalah yang timbul di kawasan Ayer Hitam dan terima kasih kepada pihak YB. Dato’ Pegawai Kewangan Negeri yang telah meluluskan beberapa projek untuk pembaikan jalan di kawasan Ayer Hitam yang selama ini menjadi satu igauan lah yang tak berapa seronok kita dengar. Setiap hari kalau kita buka dalam media massa dan facebook ada saja komen ataupun rintihan rakyat tentang jalan-jalan kampung yang berlaku di tempat kita ni Ayer Hitam khususnya kawasan-kawasan jalan ladang yang masih lagi ada yang belum dinaik taraf, yang rosak, menjadi seperti kolam bela ikan sesetengahnya disebut begitu oleh pihak natizen dalam media sosial yang perlu perhatian daripada kerajaan untuk segera lah menangani masalah ini supaya penduduk di kampung-kampung tersebut dapat menikmati nikmat berjalan raya dengan lebih sempurna lebih-lebih lagi bila musim perayaan yang akan tiba nanti ramai anak Kedah yang berada di luar akan balik ke Kedah melihat keadaan yang kurang memuaskan itu akhirnya menjadi satu perkara yang tidak seronok disembang oleh mereka lah.

Kita InsyaAllah sebuah negeri yang walaupun negeri pertanian tetapi kita harap infrastruktur yang sebegini dapat diberi perhatian oleh pihak kerajaan supaya semua rakyat dapat merasa seronok menggunakan kemudahan dengan lebih baik supaya isu-isu berkaitan dengan kerosakan jalan ini dapat ditangani dengan sebaiknya.

Begitu juga dengan isu yang disebutkan oleh YB. Anak Bukit dan YB. Gurun serta YB. Sungai Limau pun tentang masalah penanaman padi yang masih lagi ada, isu-isu yang boleh kita buat penambahbaikan khususnya isu benih sah, isu harga racun dan baja yang mahal yang boleh kita ambil tindakan sesuatu yang boleh meredakan keresahan rakyat khususnya yang mengusahakan sawah padi. InsyaAllah dalam sedikit masa ini di kawasan Ayer Hitam akan mula mengala, membajak, akan mula musim baru, musim kedua 2/2022 ini. Saya haraplah isu-isu seperti benih, racun, baja ini tidak timbul lagi sebab kita dah lama bincang hal ini dan tindakan-tindakan pun telah diambil perbincangan dan sebagainya, NGO-NGO yang terlibat pun banyak membuat kertas kerja dan sebagainya. InsyaAllah kalau kita beri perhatian dan kerjasama kita boleh ketepikan kepentingan pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan di atas usaha petani ini kita boleh menangani masalah-masalah yang timbul InsyaAllah pesawah-pesawah padi dapat mengusahakan sawah mereka dengan lebih baik dan menghasilkan hasil yang lebih baik dan InsyaAllah hal-hal yang berkaitan atau bunyi-bunyi yang berkaitan dengan sawah padi akan reda dan kita dapat hidup dengan lebih baik InsyaAllah dan usaha kita untuk memastikan bahawa padi atau beras negara yang cukup dari semasa ke semasa dapat kita penuhi. Tidak timbul lagi lah usaha-usaha pihak tertentu yang boleh menggugat “food security” negara kita InsyaAllah.

YB. Dato’ Speaker, saya suka untuk menutup ucapan saya dengan menyokong Usul Menjunjung Kasih ke atas Kebawah Duli yang maha Mulia Tuanku yang telah bertitah dalam Istiadat Pembukaan Dewan pada kelmarin.

Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumussalam. Terima kasih kepada YB. Ayer Hitam yang betul-betul menepati 20 minit. Sekarang sampailah giliran kepada “Hero Gunung Bintang” untuk berucap. Hero Gunung Bintang ni saya bagi gelaran Hero Gunung Bintang kerana tiap-tiap kali cerita tentang Gunung Bintang ni di‘highlight’kan oleh beliau sehinggakan saya tak senang duduk. Jadi, saya mintaklah YB. Timbalan Speaker tolong urus sat dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Kedah berapa ketinggian sebenar ketinggian Gunung Bintang.

Maka Jabatan Ukur dan Pemetaan keluarkanlah satu senarai ketinggian gunung-gunung yang berada di Negeri Kedah. Gunung yang paling rendah, Gunung Keriang, 218 meter, gunung yang paling tinggi Gunung Bintang, 1,862 meter, nombor 2 tinggi Gunung Inas, 1,454 meter, nombor 3 Gunung Jerai, 1,214 meter. Saya duk ingat Gunung Raya yang paling tinggi, rupanya 881 meter saja. Jadi, kita jemputlah Hero Gunung Bintang untuk berucap, 20 minit. Beliau boleh berucap secara duduk.

Encik Yeo Keng ChuanPKR · PHKulim

Terima kasih YB. Dato’ Speaker. YB. Dato’ Speaker, mohon dapat kebenaran untuk saya berucap duduk di atas kerusi. YAB. Menteri Besar, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-Ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan, ketua-ketua jabatan, selamat petang, salam sejahtera, demi rakyat kita berkhidmat. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB. Dato’ Speaker kerana diberi kesempatan untuk berbahas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. Saya ingin memohon maaf atas ketidakhadiran ke Mesyuarat DUN Yang Kedua pada bulan November tahun lepas. Malang tidak berbau, saya dijangkiti penyakit yang mengakibatkan kesusahan berjalan yang secara langsung menyusahkan kehidupan saya. Bersyukur, Alhamdulillah, nasib baik saya masih berada dalam Dewan ini. Walaupun keadaan masih menyusahkan, tetapi saya akan melaksanakan tanggungjawab saya bersuara bagi penduduk Kulim. Suara Kulim, suara keramat.

Pada petang ini saya akan mengutarakan beberapa isu, isu perubatan, sumber air, Gunung Bintang dan ketum. Yang pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pasukan perubatan Hospital Kulim terhadap rawatan yang diberikan sepanjang masa dalam Hospital Kulim terutamanya Pengarah Kesihatan, doktor-doktor, jururawat serta kakitangan Hospital Kulim. Memang mereka komited berkhidmat menjalankan kerja yang terbaik, syabas dan tahniah. Di sini saya nak bangkit beberapa isu perubatan. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, walaupun saya sebagai YB., saya dikehendaki menunggu selama 19 hari hanya untuk menjalankan pemeriksaan MRI, peliknya saya terpaksa menunggu ‘19 days for my MRI treatment’. Saya perlu dihantar ke Hospital Sungai Petani, tengok macam mana keadaan, tak masuk kandang kambing kita tak tau macam mana kambing itu. Nampaknya Hospital Kulim Hi-Tech nampaknya, wah! Cantek tapi banyak masalah dalam hospital ini. Kenapa sistem perubatan kerajaan sentiasa mengambil masa, adakah ini disebabkan oleh kekuarangan sumber ataupun permasalahan sistematik dalam sistem perubatan kita? Saya difahamkan bahawa terdapat ramai doktor pakar dalam Hospital Kulim tetapi fasiliti-fasiliti, peralatan perubatan Hospital Kulim adalah tidak mencukupi.

Saya amat berharap pihak kerajaan negeri dapat mengambil perhatian di atas masalah ini. Saya menyeru kita menubuhkan satu pasukan penyelidikan menyelidik keadaan hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan dan menyelesaikan masalah dengan secepat mungkin bagi menjamin kualiti perkhidmatan perubatan kepada rakyat jelata. Saya minta kerajaan negeri di bawah Pengarah Kesihatan bersama dengan Pegawai Kewangan, Exco dan NGO-NGO turun ke Hospital Kulim ‘hard to hard talk’ jangan hanya ‘touch & go’, pi ambil gambar, balik. Saya mahu ‘hard to hard talk’ dengan Pengarah Hospital Kulim, apa masalahnya, macam mana kita nak selesai perkara ini, banyak fasiliti untuk dinaiktarafkan. Untuk makluman, dua perkara saya harap pihak kerajaan negeri ambil perhatian, diminta satu ‘multipurpose building must be there and second the electricity multi upgraded’. Sekiranya ini diorang tidak boleh selesai, memang banyak masalah.

Speaker

YB. Kulim, jiran nak bercakap apa tak tau!

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Minta pencelahan. Terima kasih YB. Dato’ Speaker. Tu lah, jauh sangat tak nampak orang.

Speaker

Tapi nampak dah sekarang.

Dato’ Norsabrina binti Mohd NoorUMNO · BNBandar Baharu

Terima kasih. YB. Kulim, adakah YB. bersetuju bahawa segala fasiliti, bangunan, peralatan di Hospital Kulim sedang dinaik taraf dan telah diluluskan beberapa peruntukan kepada Hospital Kulim dan saya percaya kerajaan negeri telah ‘hard to hard talk’ juga dengan Pengarah Hospital Kulim. Dan adakah YB. Kulim jugak pi tengok Hospital Kulim dan ‘hard to hard talk’ dengan Pengarah?

Encik Yeo Keng ChuanPKR · PHKulim

Ok. Memang saya tak dapat maklumat. Yang saya dimaklumkan sekiranya tukar DG, tukar polisi. Maksudnya tukar kerajaan, ini projek sudah dihentkan atau dipatahkan.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, isu yang kedua adalah mengenai masalah air. Ahli-Ahli yang Berhormat, pada Sidang DUN yang lepas saya pernah bangkit cadangkan untuk membina satu empangan di kawasan Kulim untuk selesaikan masalah krisis bekalan air yang akan berlaku. Berdasarkan penyelidikan sebelum ini, Hutan Simpan Ulu Muda merupakan kawasan tadahan air kepada Negeri Kedah. Sungai Muda merupakan sumber utama air mentah bagi Negeri Kedah, Pulau Pinang dan juga kawasan selatan Negeri Perlis. Ia membekalkan sekitar 80% daripada keseluruhan bekalan air di Pulau Pinang, 90% di Kedah dan 70% di Perlis. Bekalan air di ketiga-tiga negeri ini akan terancam jikalau ketidakstabilan bekalan air berlaku dari Sungai Muda. Akhbar Sinar bertarikh Disember 2021, “Perak Belum Muktamat Keputusan Jual Air Kepada Pulau Pinang”. Akhbar Sinar 3hb. Mac 2022, “Perak Tak mampu Bekalkan Air Ke Pulau Pinang”. Bermakna, Kerajaan Negeri Perak telah menolak permintaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi membekalkan air mentah. Hal ini memang beri peluang yang baik bagi pihak Negeri Kedah, kita boleh membekal atau menjual air kepada Negeri Pulau Pinang. Adakah pihak kerajaan bersedia menyelidik bekalan air bagi menjamin keperluan domestik dengan sistem perancangan yang bersistematik dan lengkap. Adakah Kerajaan Negeri Kedah berhasrat membekal atau menjual air ke Negeri Pulau Pinang dengan harga yang berpatutan? Saya amat berharap agar kerajaan negeri dapat membentuk rundingan dengan negeri jiran dan juga pihak Kerajaan Persekutuan di bawah moto kita, “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”. Berkenaan isu bekalan air ini yang amat penting kepada kehidupan rakyat.

Speaker

YB. Kulim!

Ustaz Haji Hanif bin GhazaliPAS · PNTanjong Dawai

Terima kasih YB. Dato’ Speaker, terima kasih YB. Kulim. Apa yang disebutkan tentang Kerajaan Negeri Perak tolak permintaan Kerajaan Pulau Pinang untuk membeli air mentah daripada Sungai Perak menunjukkan bahawa Pulau Pinang ada kewangan tetapi kenapa apabila Kerajaan Negeri Kedah kita minta bayaran atas keprihatinan kita kerja-kerja yang kita buat untuk menjaga sumber air tidak mendapat perhatian yang baik daripada Kerajaan Pulau Pinang. Bagaimana pandangan YB. Kulim tentang perkara ini?

Encik Yeo Keng ChuanPKR · PHKulim

Daripada segi dulu-dulu punya macam mana perjanjian YB. Kulim tak tau. Tapi yang on board sekarang macam mana kita uruskan, itu perkara yang penting…..(YB. Sungai Limau minta laluan)

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

YB. Kulim, YB. Speaker, adakah YB. Kulim sedar beberapa perbahasan yang kita berlangsung dalam Dewan ini sejak dari penggal tahun lepas dan sebelum itu kita telah membangkitkan Kedah menuntut Pulau Pinang untuk membayar harga ataupun penggunaan air yang dibekalkan oleh Ulu Muda dan perkara itu tidak diendahkan oleh Kerjaaan Pulau Pinang. Adakah YB. Kulim sedar perkara ini dan kerajaan negeri masih lagi kita meneruskan agenda untuk minta pembayaran tersebut?

Encik Yeo Keng ChuanPKR · PHKulim

Ya, ini terserah kepada YAB. Menteri Besar adakah Kerajaan Negeri Kedah sudah buat surat kepada pihak berkenaan?

Seterusnya isu ketum, nak jadi isu hangat dalam masa terdekat ini. Walaupun Kementerian Dalam Negeri sudah tolak cadangan daripada YAB. Menteri Besar Kedah. MB Kedah turut berkata akan bentangkan cadangan eksport ketum ini kepada Kerajaan Persekutuan melalui hasil dapatan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah. Mohon tanya, bilakah kertas kerja hasil dapatan ini akan disediakan? Adakah kertas kerja hasil dapatan ini akan dikemukakan kepada para ADUN di Dewan ini? Saya memang sangat berminat dan ingin tau bagaimanakah penanaman ketum akan memberi sokongan kepada Negeri Kedah dari sudut ekonomi, perubatan dan kesihatan orang awam. AADK sendiri pun pernah mengaku ketum berpotensi dijadikan rawatan alternatif termasuk membabitkan penyalahgunaan dadah.

Jadi, bagi pandangan saya, saya amat berharap pihak kerajaan akan memandang serius dalam perkara ini. Jalankanlah penyelidikan dan fakta informasi data dan saintifik proof Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya percaya sesuatu pertubuhan yang dicipta tuhan pasti mempunyai kegunaan tertentu. Saya juga dimaklum pokok ketum ditanam di Negeri Kedah adalah kualiti yang terbaik sekali. Ahli-Ahli Yang Berhormat, adakah ketum akan memudaratkan atau membawa manfaat kepada manusia? Sila minta Ahli-Ahli Yang Berhormat jangan cakap syok sendiri sahaja, bahaslah dalam Sidang DUN ini dan dapatkan keputusan muktamad.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, isu yang terakhir merupakan pengiktirafan Gunung Bintang sebagai gunung tertinggi di Kedah. Saya telah menerima berita baik dari Encik Yus seorang pemandu pelancong di Sedim bahawa bilangan pelancong yang mendaftar untuk mendaki Gunung Bintang sedang meningkat. Tempahan mendaki Gunung Bintang telah penuh hingga bulan Mei. Saya beritahu bahawa keadaan ini tidak pernah dicapai pada beberapa tahun lepas, Gunung Bintang semakin terkenal dan keadaan ini akan menggalakkan. Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa pihak kerajaan negeri harus menambah baik industri ini yang berpotensi dan sedang berkembang. Pertama sekali pihak kerajaan boleh mengiktiraf Gunung Bintang sebagai gunung tertinggi di Negeri Kedah untuk mempromosikan gunung tertinggi kita. Dengan pengiktirafan Gunung tertinggi ini akan dapat menarik lagi banyak pelancong, kita dapat kembangkan lagi industri pelancongan di kawasan kaki gunung tertinggi kita. Hal ini secara langsung dapat memberi peluang menambah pendapatan penduduk Sedim.

Yang kedua, kita perlu menambahbaikan fasiliti trek mendaki Gunung Bintang yang bukan saja tidak akan menyusahkan pendaki dan juga bagi menjamin keselamatan pendaki. Fasiliti-fasiliti yang lengkap dan berkualiti dapat membantu menarik pelancong. Kita kerajaan negeri haruslah mengadakan tindakan untuk mengembangkan industri ini yang berpotensi bukan saja untuk peningkatan pendapatan negeri dari prospek jangka panjang dan secara langsung dapat meningkatkan taraf kehidupan penduduk Sedim dengan pendapatan daripada perkembangan pelancongan di kawasan tersebut.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.

Menangkap ikan dengan jala, Bukit Tinggi jalan berongga, Semoga kerja kita dapat pahala, Baik di dunia, di akhirat juga.

YB. Dato’ Speaker, saya ucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan dan saya turut menyokong sepenuhnya Usul Menjunjung Kasih ke atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Kedah Ke 14. “Harapan Bersama Memakmurkan Kedah”. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. Kulim. Beliau bercakap 18 minit saja.

Seterusnya kita menjemput YB. Bukit Lada!

Ustaz Salim bin MahmoodPAS · PNBukit Lada

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi robbil ‘alamin wassola tuwassala muala rasulil amin wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. Subhanakala ‘ilmalana ma ‘allamtana innaka antal ‘ali mulhakim wala haulawala khuwatailla billa hil ‘ali yil’azim.

Terima kasih kepada YB. Dato’ Speaker, YAB. Dato’ Seri Menteri Besar, YB. Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, seterusnya pegawai-pegawai kerajaan serta pemerhati yang dirahmati Allah s.w.t. sekalian. Saya ingin menjunjung kasih titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dalam ucapannya yang begitu padat, ringkas yang saya dapati di sana terdapat lebih kurang 11 tajuk penting yang telah dikemukakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Perkara pertama yang dikemukakan oleh Tuanku Sultan ialah berkenaan dengan perpaduan. “Wa'tasimu bihablillahi jami'an wa-la tafarraqu”. “Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan jangan berpecah”. Apa yang ingin saya sebutkan di sini ialah kejayaan-kejayaan yang kita kecapi yang dibawa oleh kepimpinan kita YAB. Menteri Besar.

Pelbagai kejayaan yang kita dapati dan disebutkan di dalam titah ucapan Tuanku Sultan ini antaranya ialah kejayaan kita menjadi suatu kerajaan yang tidak ada masalah yang berjalan dengan cantik, dengan elok, tidak ada perkara-perkara yang tidak baik bahkan kita berjalan atas dasar persaudaraan. Berkata Ibnu Khaldun, terdapat 5 bentuk model perpaduan yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun antaranya ialah semangat kekitaan. Semangat kekitaan itulah yang dihuraikan oleh Ibnu Khaldun terdapat 4 peringkat, peringkat yang pertama ialah hubungan kenegaraan, yang keduanya ialah hubungan pertalian darah, yang ketiganya ialah hubungan atas bangsa dan yang keempatnya ialah asas hubungan agama dan bangsa. Kalaulah kita dapat mewujudkan semangat kekitaan ini InsyaAllah kita akan dapat meneruskan kejayaan-kejayaan yang kita kecapi pada hari ini dengan kutipan hasil yang begitu banyak RM668.04 juta dan pelaburan RM68.3 billion yang melepasi sasaran kita, setahun hanyalah RM10 billion.

Kalaulah dapat kita wujudkan semua yang ada sebagai hubungan kenegaraan, kita berada dalam satu negeri walaupun kita tidaklah satu bangsa, pelbagai bangsa yang kita ada tetapi kita wujudkan semangat kekitaan ini maka InsyaAllah kita akan dapat meneruskan lagi kejayaan ini. Lebih-lebih lagilah hubungan pertalian darah, hubungan di atas bangsa dan hubungan keagamaan. Itulah yang disebutkan sebagai perkara pertama yang dikehendaki dan perkara pertama yang disebutkan oleh Kebawah Duli yang Maha Mulia Tuanku Sultan.

Sebenarnya kejayaan-kejayaan ini bukan setakat di peringkat negeri, apa yang saya ingin kemukakan ialah sepatutnya kita juga melihat apakah yang kita telah dapat di peringkat kawasan-kawasan kita. Dan kita mengharapkan bahawa semua Ahli Yang Berhormat ini dapat melihat bahawa kerja yang dilakukan oleh kerajaan kita hari ini sangat sampai kepada rakyat di bawah. Apa yang ingin saya sebutkan antaranya ialah berkenaan dengan saya nak ucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang memperuntukkan daripada Kerajaan Pusat lebih kurang RM570 juta daripada cabutan undi fasa pertama ini Pokok Sena telah mendapat RM3 juta lebih. Berbanding dengan tahun lepas kita hanya dapat RM1.7 juta sahaja.

Di peringkat JKM setiap bulan lebih daripada 500 ribu bantuan, itu adalah bantuan tetap yang kerajaan berikan kepada mereka-mereka yang memerlukan, kepada mereka yang sakit, kepada mereka yang tidak dapat bekerja dan sebagainya menekuni ribuan penduduk yang berada khususnya kalau di Pokok Sena, Bukit Lada ini lebih daripada setengah juta bantuan dikeluarkan daripada JKM. Begitulah juga saya ucapkan tahniah dan syabas kepada pihak Zakat, bantuan yang dikeluarkan juga melepasi daripada RM500 ribu setiap bulan bagi Daerah Pokok Sena sahaja. Ini bantuan-bantuan tetap bukan bantuan-bantuan bencana, bantuan-bantuan yang lain yang diberikan dan saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada kerajaan negeri khususnya YB. Dato’ Pegawai Kewangan Negeri yang baru sahaja turun di DUN Bukit Lada baru-baru ini dan mengumumkan suatu peristiwa ataupun mengumumkan suatu yang mengembirakan kami penduduk di Bukit Lada ini iaitu kerajaan telah meluluskan permohonan daripada kami di Bukit Lada ini iaitu pemasangan meter air ataupun meter komunikasi kepada hampir 100 buah rumah di DUN Bukit Lada yang masih belum ada lagi meter air. Terima kasih banyak saya ucapkan dan penduduk kampung sangat menghargai usaha ini dan usaha ini melibatkan kepada 18 JPKK daripada 45 JPKK di DUN Bukit Lada yang difahamkan akan bermula pemasangan meter ini pada bulan Ramadhan ini dan kita doakan semoga 100 keluarga ini akan mendapat air meter pada hari raya nanti, InsyaAllah.

Dan saya ucapkan terima kasih juga kepada pihak SADA, bukan setakat pihak kerajaan negeri tapi pihak SADA juga membekalkan lebih kurang hampir 5,000 meter paip secara percuma kepada 100 buah rumah tersebut dan orang kampung tidak mampu kerana kos yang tinggi. Kos yang dikemukakan ialah lebih kurang RM1,300 satu rumah sehinggalah RM2,300 kerana ‘jacking’ jalan JKR. Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan negeri yang sangat prihatin kepada rakyat. Tak dak dah kalau nak sebut kata, “dapat pelaburan banyak awat tak bagi kat rakyat ka?” Tapi kita harap InsyaAllah pihak pembangkang boleh melihat di setiap daerah berbeza bantuan yang telah diberikan.

Kemudian, saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada pihak kerajaan kerana pada 23 Mei ini akan dijangka siap iaitu Dewan Serbaguna di Pokok Sena yang masih belum ada lagi, nilainya ialah RM4 juta, tahniah. Kemudian, seterusnya ialah tambahan bangunan 2 tingkat Pejabat Daerah Pokok Sena juga akan bermula pada Julai ini, nilainya RM3 juta dan saya mengharapkan cadangan daripada pihak kami untuk naik taraf jalan kampung di Kampung Bukit Lubuk Batu yang kawasan ini setiap hari kalau hujan saja akan banjir dan menyebabkan jalan itu akan rosak, setiap tahun kawasan ini akan melalui jalan yang rosak dan anggaran yang telah dikeluarkan ialah lebih kurang RM40 juta nilainya dan InsyaAllah saya harapkan perkara ini akan mendapat pertimbangan. Kemudian, saya mengharapkan juga supaya pihak kerajaan dapat mempertimbangkan naik taraf Daerah pokok Sena supaya dijadikan sebagai PBT yang berasingan kerana kita sudah melalui masa yang lama, 2009 sehingga kini 13 tahun dah kita berjalan berada di bawah naungan MBAS dan sebagainya. Jadi, saya mengharapkan kalau boleh lah kita jadikan Pokok Sena menjadi PBT yang berasingan yang kemudiannya saya mengharapkan juga dinaik taraf Klinik Kesihatan Pokok Sena ini menjadi PKV Daerah Pokok Sena kerana sampai hari ini ambulan masih tak dak di Pokok Sena, kalau eksiden kena mintak Kuala Nerang atau Alor Setar YB. Dato’ Speaker. Jadi, YB. Dato’ Speaker boleh cadang juga YB. Dato’ Speaker boleh minta kepada pihak kerajaan tengok jugak macam mana gunung tadi, tengok kut Pokok Sena sama.

Seterusnya saya minta kepada JKR dan JPS untuk membuat persiapan awal bagi menghadapi banjir. Baru-baru ini hujan turun sejam dua jam saja, dah pun banjir termasuklah di kawasan-kawasan taman khususnya di Taman Puteri yang 114 buah rumah hari tu tenggelam habis semua dan baru-baru ini hujan turun sejam sudah naik hampir nak tenggelam di rumah mereka. Jadi, saya mengharapkan tindakan cepat yang perlu diambil untuk membantu sahabat-sahabat kita yang terlibat dengan banjir ini. Kemudian, saya juga minta pihak kerajaan pantau melihat bagaimana bantuan NADMA yang sepatutnya diberikan kepada keluarga yang banjir hari tu sampai hari ni masih belum dapat iaitu bantuan RM1,000.

Kemudian saya ucapkan tahniah kepada pihak kerajaan yang berjaya menaikkan bantuan Khairat Kematian daripada RM300 kepada RM500 dan saya telah tanya soalan dalam muka surat 48 soalan bertulis, kerajaan telah menjawab sebanyak RM1.8 juta pada 2021 telah diberikan kepada pemohon dan yang paling tinggi Ayer Hitam no, paling tinggi Ayer Hitam, RM90,000 dan yang keduanya ialah Kupang, RM92,000 dan saya nak maklum kepada pihak kerajaan, saya baru saja dapat maklumat daripada pejabat saya, sehingga kini dari bulan satu sampai sekarang ini kita sudah menerima permohonan 102 kematian dan kita baru dapat sekali saja YB. Pegawai Kewangan Negeri. InsyaAllah kita harap dapat disegerakan kerana kita harap kita dapat membantu rakyat kita, InsyaAllah.

Seterusnya saya nak sebut berkenaan dengan sukan. YB. Dato’ Speaker, saya ucapkan tahniah kepada KDA FC dan KFA yang membuat percaturan yang membuatkan semua orang risau sebab seolah-olah merombak keseluruhan kesebelasan utama. Tapi Alhamdulillah, kita melihat semakin nampak sinarnya apabila telah mencapai kejayaan yang pertama, piala pertama 2022 ini iaitu lah Piala Juara Empat Penjuru yang dimenangi oleh Kedah. Saya ucapkan syabas dan tahniah. Kemudian, kita telah berjaya dalam dua perlawanan Liga Super dan Liga Piala FA. Sebenarnya, apa yang ingin saya memuji di sini ialah tindakan kerajaan kita ini yang sebenarnya walaupun kita lihat kejayaan ini nampak hebat tapi sebenarnya mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan negeri lebih daripada RM5 juta. Dengan percaturan ini menyebabkan kita dapat mengurangkan kos RM5 juta dan mengetengahkan pemain muda 30-an, masyaAllah. Shafik Ahmad yang MB kata hari tu ni, bawa balik mai ke Kedah, Alhamdulillah walaupun nampak berkelahi MB dengan TMJ, rupanya depa kawan baik jugak kerana Shafik Ahmad ialah pemain Johor yang TMJ bagi pinjam, haa.. ni politik bola ni sangat baik. Jadi, walaupun bekelahi di padang bola, tetapi kita tidak berkelahi di tempat kita ini dalam segi kehidupan yang realiti tapi sukan kita boleh berkelahi, InsyaAllah. Begitulah juga dengan Fayad Zulkifli, Amirul Hisyam dan sebagainya, ini pemain-pemain muda yang kita lihat mereka telah menunjukkan suatu kecemerlangan di dalam permainan ini.

Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada pihak Exco Sukan kerana berjaya mengaturkan Liga K (Liga Kedah) yang hari ni pakat sibuk, setiap ADUN kena hantar 2 kumpulan. Hari ni pejabat saya mai mintak sign di dalam Dewan ni kerana nak hantar borang permohonan untuk menyertai pertandingan kejohanan ini. Yang berhenti pada 2017, Alhamdulillah tindakan yang baik untuk melaksanakan 6 kejohanan, masyaAllah yang dicadangkan iaitu KFA Junior Cup, Piala Menteri Besar, Piala KFA, Piala Tuanku Sultan Kedah, KFA Futsal Liga, KFA Beach Socker.

Kesemua ini adalah untuk kita mendekati anak-anak muda, mendekati anak-anak muda bukan setakat liga yang hebat-hebat tetapi ini adalah untuk kita dekati anak-anak muda. Saya ucapkan syabas dan tahniah, saya harapkan ia sebagai tanda kita bagi mendekati anak-anak muda. Dan saya mengharapkan pihak kerajaan dapat memikirkan satu peruntukan khas kepada ADUN-ADUN supaya kita dapat menggerakkan lagi program-program kepemudaan ini bukan setakat yang diberikan kepada kita tidak mampu, tak cukup kalau kita nak dekati program anak-anak muda sebegini. Saya ucapkan syabas dan tahniah di atas pelantikan Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar yang menjadi penaung ataupun ‘patron’ kepada KDA FC ini yang telah membawa suatu perubahan. Antara perubahan yang saya lihat yang sangat baik ialah penerapan nilai kerohanian dalam sukan iaitu memastikan tempat solat yang baik dan sebagainya dan InsyaAllah kalau lah kita bersukan pun kita ingat kepada Allah s.w.t, InsyaAllah perkara ini akan memberi kekuatan dan kejayaan kepada kita.

Seterusnya yang terakhir YB. Dato’ Speaker, boleh no? Iaitu tentang pendidikan. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Exco Agama dan Pendidikan di atas kejayaan memperkasakan Science Technology, Ingeneering dan Math (STEM) dalam bidang pendidikan di Negeri Kedah. Fokus dan matlamat STEM yang sedang berjalan ini ialah bertujuan untuk melahirkan murid berkebolehan merekacipta suatu perkara yang baru, boleh gunakan pelbagai bentuk daripada tumbuh-tumbuhan dan sebagainya untuk mencipta seperti mencipta baja daripada bahan buangan dan sebagainya dan kita telah mendapat taklimat daripada Pengurus STEM ini yang kita melihat bahawa idea-idea yang sangat bernas yang telah dikemukakan oleh anak-anak kecil kita yang melibatkan sebanyak 29,119 murid. Pada tahun ini saja melibatkan 29,119 murid dan melibatkan 88 program. Saya ucapkan syabas dan tahniah dan InsyaAllah saya rasa itu saja yang dapat saya sampaikan dan InsyaAllah kejayaan yang kita kecapi pada hari ini adalah hasil daripada syukurnya kita di atas apa yang Allah s.w.t berikan. Maka saya ucapkan syabas dan tahniah kepada YAB. Dato’ Seri Menteri Besar kerana beliau meletakkan satu ketegasan kerana kita mengharapkan keredhoan daripada Allah walaupun kita tidak dapat hasil judi InsyaAllah hasil lain akan kita dapat. Walau ahnal quroa manu wattaqau lafatahna ‘alaihim baroka timminassama iwar ard. Terima kasih, saya menyokong Usul Menjunjung Kasih di atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Istiadat Pembukaan Persidangan DUN pada kali ini. Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumussalam. Seorang lagi YB. yang dapat menepati masa, tepat 20 minit. Saya tak sangka lah hujan yang begitu baik, YAB. MB boleh tengok ni, Exco Sukan pun boleh jadi dah tu. Penggal depan lah jangan lah la…Diminta YB. Suka Menanti!

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, terima kasih kepada YB. Dato’ Speaker yang telah memberikan saya ruang untuk turut terlibat menjunjung kasih di atas ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Ke 14.

Alhamdulillah, kita mengambil pengajaran dan iktibar di atas beberapa teguran yang diberikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku di antaranya mengajak kita untuk hormati prinsip Demokrasi Raja Berperlembagaan yang menjadi asas kepada pembentukan negara. Tuanku juga dalam beberapa ‘statement’ menyebut supaya kita jangan leka, jangan cepat leka dan berpuashati dalam beberapa perkara yang sedang kita lalui ketika ini.

YB. Dato’ Speaker, saya juga ingin mengucapkan penghargaan kepada ‘frontliners’ kita, pasukan yang beruniform dan yang tidak beruniform dan juga rakyat seluruh Negeri Kedah yang telah mengharungi Pandemik Covid-19 ini sehingga kita akan memasuki fasa seterusnya iaitu fasa endemik mulai April 2022. Jadi YB. Dato’ Speaker, saya ingin mengimbau kembali keadaan yang ada ketika Mei 2018 yang mana dalam Dewan ini beberapa kali disebut tentang beberapa kenyataan yang saya ingin berkongsi kenyataan-kenyataan yang ada pada ketika itu supaya kita tidaklah terbawa-bawa dengan emosi atau terbawa-bawa dengan satu maklumat yang tidak tepat yang hanya kerana kita tidak suka kepada orang-orang tertentu kita bawa maklumat yang tidak tepat kepada masyarakat kita. Di anatara senario yang kita ada pada Mei 2018 yang berlaku adalah perubahan kerajaan bukan mengambil alih syarikat swasta dan sebagainya sepertimana YAB. Jeneri sebut, kita teruskan apa yang ada sepanjang tempoh tersebut. Pada ketika Mei 2018 apa yang kita lihat ketika itu bagi tujuan 5 loji rawatan air di Kedah ini yang ada ialah disebut di situ, Kementerian Kewangan telah meluluskan pembiayaan pinjaman bagi Projek Menaik Taraf Loji Rawatan Air Negeri Kedah yang melibatkan Pelubang, Bukit Selambau, Jenun Baru, Lubuk Buntar Lama pada pada 31 Julai 2017 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM545,500,000. Senang ingatnya RM545 juta. Jadi, itu keadaan yang ada pada ketika itu yang mana persiapan sedang dibuat, saya dapat semak dan kita telah menguruskan perbincangan pada ketika itu. Persiapan sedang dibuat untuk kelima-lima loji ini yang mana bila kita minta pembentangan tender ‘drawing’ yang disediakan masih lagi di peringkat ‘preliminary’ (peringkat persediaan) dan dokumen tender juga ada sekitar boleh dikatakan 5% pun telah ‘ready’ dah pada ketika itu.

Jadi, kalau kita kata pada masa itu kita dah lantik kontraktor, ia suatu keadaan yang memang tidak sepatutnya lah dan saya tak payah cerita lah ‘series of’ perbincangan yang melibatkan saya bersama dengan Dato’ SS dan semua orang-orang yang terlibat menyediakan dokumen ini memang letih lah sampai ada ketika mintak cop tapak tangan kedua-dua belah nak pastikan ‘drawing’ ini betul dan tidak ada penambahan kos yang akan terlibat. Jadi, kelulusan yang saya sebutkan tadi mudah tuan-tuan nak ingat ialah RM545 juta dan kelima-lima loji tersebut yang mengikut persiapan yang dibuat pada ketika itu anggaran kosnya RM936 juta, itu anggaran yang ada pada ketika itu dan tidak termasuk kos untuk pengambilan tanah. Walaupun telah dikenal pasti pada ketika itu ada kos pengambilan tanah, ada anggaran yang dibuat tetapi pelannya belum ada tapi sekurang-kurangnya ada keluasan yang diperlukan dan anggaran pun telah dibuat sebab itu pada ketika itu urusan yang dilakukan oleh kerajaan negeri ialah berhubung balik dengan Kerajaan Persekutuan, dalam pinjaman ini kita minta jika dibenarkan supaya kos yang diletakkan sebagai kos GST sebab tahun 2019 GST telah menjadi kosong.

Jadi, ada amaun di situ kita minta supaya kos GST ini dibenarkan kepada kita untuk digunakan sebagai kos pengambilan tanah, itu pada ketika itu. Kita berurusan mengambil masa beberapa bulan sementara itu kita juga terus berunding secara bersiri dengan pihak kementerian dan juga pihak Putrajaya untuk kita betul-betul berbincang tentang perjalanan bukan saja 5 loji rawatan air malah kita berunding untuk beberapa projek-projek yang lain 8 hingga 12 projek bekalan air di Kedah yang akhirnya Alhamdulillah, berkat kesabaran dan rundingan yang dijalankan kita diberikan satu pengesahan bahawa bukan saja 4 loji rawatan air ini malah beberapa projek yang lain yang bernilai sekitara RM1.2 billion diubah sebagai geran dan tidak lagi menjadi pinjaman kepada Kerajaan Negeri Kedah. Itu hasil perbincangan yang kita buat. Pun begitu, untuk makluman Dewan yang mulia ini, ketika 2018 itu, persiapan yang dibuat untuk projek bukan saja kelima-lima projek ini, persiapan itu sedang dibuat oleh pihak operator air Negeri Kedah iaitu Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. anak syarikat kepada MBI. Itu persiapan yang dibuat dan dalam kes ini bila kita semak untuk melaksanakan kelima-lima projek ini, setakat ketika itu belum pun ada pelantikan mana-mana agensi sebagai pelaksana untuk melaksanakan projek kerajaan negeri melalui pinjaman Faderal kepada negeri untuk dilaksanakan di Negeri Kedah.

Jadi, YB. Dato’ Speaker, status pinjaman yang kita sebutkan tadi telah pun kita rundingkan dan hasil daripada kita bersetuju dengan migrasi yang ada maka status perubahan tadi telah pun berlaku dan Alhamdulillah akhirnya bila kita percepatkan, menguruskan secara ‘detail’ supaya tidak menjadi satu projek tender yang akhirnya menyusahkan kerajaan maka bila dokumen-dokumen itu selesai maka kita dapat tender keempat-empat loji ini pada 19 Januari 2020.

Itu di antara proses yang berlaku dan Alhamdulillah dapat dikeluarkan tender melalui agensi pelaksana yang kita melantik JKR Negeri Kedah sebagai agensi pelaksana secara lebih teratur.

YB. Dato’ Speaker, untuk makluman juga pada tahun tesebut iaitu akhir 2018 kita telah menerima ‘Auditor General’ (Ketua Audit Negara) yang telah pun masuk membuat audit ke perjalanan SADA pada akhir 2018 itu dan juga rekod-rekod sebelumnya. Kita telah menerima pelbagai teguran yang diberikan oleh Auditor General oleh pihak Audit Negara yang perlu segera diperbetulkan dan tadbir urus yang baik untuk membina satu ‘good governance’ dalam SADA pada ketika itu. Jadi, teguran yang kita terima agak banyak akhir tahun 2018, kalau nak kata sejengkal juga lah teguran yang diberikan dalam 17 aspek utama yang diberikan teguran itu jadi kita perbetulkan sepanjang 2019. Antara yang ditegurkan di situ ialah tentang audited account SADA. Audited account SADA sebelum 2018 itu didapati tandatangan palsu untuk sekurang-kurangnya 1 tahun atau 2 tahun sebelumnya, itu adalah penemuan pihak Auditor General ke atas akaun SADA.

Jadi, kes ini bukan kes rahsia lah, sudah menjadi kes polis dan SPRM dan sudah berjalan seterusnya lah, itu salah satu teguran. Kemudian teguran yang berikutnya ialah tentang tiadanya had kuasa dalam menguruskan urusan SADA ini di antara Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif dan seterusnya yang tidak jelas had kuasanya. Ini juga telah pun mendapat teguran dan kita mengambil rujukan daripada MKD (Menteri Kewangan Diperbadankan) tentang perkara-perkara yang perlu diuruskan sebagai ‘good governance’ ini telah pun dibawa masuk untuk perbetulkan keadaan yang ada dan Alhamdulillah pihak Auditor General sangat bergembira menerima perubahan yang kita buat. Jadi, daripada 17 aspek yang ditegur itu dan wajib diperbetulkan segera telah diambil tindakan sepanjang 2019 hinggalah selesai menjadikan 17 – 0 kepada apa yang perlu diuruskan di SADA pada ketika itu dan pihak Auditor General meletakkan sangat jelas bahawa tugas hakiki operator air adalah merawat air dan membekalkan air kepada seluruh kawasan yang terlibat di Negeri Kedah. Alhamdulillah YB. Dato’ Speaker, hasil daripada urusan tadi bila kita dah selesai maka kita pun buka tender pada 19 Januari 2020 secepat mungkin untuk diberikan tender terbuka menggunakan dokumen-dokumen yang lengkap, InsyaAllah dokumen-dokumen ini akan protect ataupun mengawal kerajaan negeri daripada tuntutan-tuntutan yang tidak munasabah yang boleh berlaku dalam banyak projek-projek yang lain.

Jadi, saya tak mau bandingkan projek ini dengan projek yang lain, yang saya nak sebut ialah supaya kita mengambil iktibar dan pengajaran teguran daripada pihak yang berpengalaman seperti Auditor General maka kita harus perbetulkan keadaan maka kita buka tender secepat mungkin dan seterusnya ialah kita berikan peluang untuk kita bina loji ini. Walaupun dalam masa yang sama cerita kita tentang kita menangali NRW dan sebagainya, tak pa lah itu cerita kalau masuk di sini tak cukup 20 minit, jadi saya perbetulkan keadaan itu. Yang saya nak sebutkan di sini juga ialah kos pengambilan tanah tadi yang terlibat secara langsung di kelima-lima loji ini pada ketika itu juga menjadi masalah kepada kita sebab ia satu dana yang besar bukan kecil, satu dana yang besar yang kita nak ‘convert’ daripada GST tidak dibenarkan, nak kena cari kaedah lain. Tapi apa pun, secepat mungkin kita arahkan konsultan itu menyediakan pelan pengambilan tanah untuk ditandatangan oleh Dato’ Paduka SS secepat mungkin kita masukkan ke PTG sebagai Seksyen 4 untuk diuruskan proses pengambilan tanah ini supaya bila tender kita ‘award’ kepada kontraktor nanti tidaklah berlaku kelewatan dalam urusan pembinaan nanti.

YB. Dato’ Speaker, dalam hal ini saya nak bawa perhatian kita juga dalam Sidang pada kali ini, saya lihat dalam Sidang DUN pada kali ini kita menerima dokumen memohon peruntukan untuk tambahan pembangunan Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri Kedah kali pertama sebanyak RM15 juta. Saya tidak ada masalah untuk menyokong yang ini nanti YB. Dato’ Speaker sebab bukan sekadar RM15 juta tapi saya rasa lebih, sebab untuk Bukit Selambau pun saya rasa kosnya lebih daripada ini. Tapi apa pun, yang saya nak tegurkan di sini adalah kenyataan yang dibuat dalam ‘preliminary’ kepada permohonan bekalan ini pada fasa yang ketiga itu, fasa pertama ‘‘preliminary’ biasa, fasa kedua, tapi fasa ketiga agak mengelirukan Dewan. Fasa ketiga yang disebut dalam ini mengelirukan Dewan kerana dokumen ini menyebut seolah-olah mulai Jun 2021 baru Kerajaan Kedah tahu kata kita perlukan peruntukan untuk pengambilan tanah, baru kita tahu. Seolah-olah, saya sebut di sini ni kalau tuan-tuan semua Ahli Dewan 36 baca kenyataan ini, baca bil yang disediakan ini khususnya di para yang ketiga, apa yang tuan-tuan 36 orang ini faham? Kalau faham macam lain tak pa lah, takut faham kata, Oh! Peruntukan ini sekarang timbul RM15 juta kerana sejak Jun 2021 baru tahu kata Kerajaan Kedah perlu buat pengambilan ke atas 4 tapak loji ini. Itu satu kenyataan yang tak betul, jadi saya harap kita ada masa lagi sebelum lusa. Mudah saja ayat ini, kalau saya tolong tulis pun boleh tapi kalau sebagusnya pihak yang terlibat ini dia tolong perbetulkanlah para yang ketiga itu supaya betul, hanya memohon peruntukan sebab kita sekarang ini dah semakin jelas sebab sebelum ini kita dah pun tahu bahawa kita perlukan dana untuk pengambilan tanah.

Cuma masalahnya apadia? Masalahnya Seksyen 4 baru saja kita laksanakan mungkin tak dapat kos yang lebih tepat sebab PTG dia tak main dengan anggaran-anggaran ni dia nak tengok berapa tepat, kaki persegi berapa tepat meter square kali dengan kos terkini baru dia boleh advice berapa amoun. Mungkin lah itu baru dah tahu berbanding dengan sebenarnya anggaran dah ada lama, kita dah tau dah jadi kita ubah sikit para 3 tu kalau tidak seolah-olah kita mengelirukan Dewan. Dewan ni mengelirukan satu benda yang seriuslah, ia bukan benda main-main dalam kes ini. Jadi, saya minta diperbetulkan kerana keadaan ini adalah keadaan yang telah pun diketahui lebih awal.

Jadi YB. Dato’ Speaker, seterusnya ialah saya ingin bawa pengetahuan kita juga kepada isu Pandemik Covid-19 yang pada ketika ini kita semua percaya vaksinasi ini adalah lindung diri, lindung keluarga, lindung semua. Kita percaya vaksinasi ini akan menjaga kita sebagai pagar untuk tidak lagi mudarat Pandemik Covid-19. Sebab itu sekarang ini saya tengok status vaksinasi nasional untuk dewasa 18 tahun ke atas tersekat kapada 98% untuk nasional. Kerana apa? Kerana disebabkan Kedah hanya mencapai 89.3% vaksinasi untuk dewasa 18 tahun ke atas tersekat pada ketika ini dan jumlah orang Kedah 18 tahun ke atas yang telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos adalah 1,388,958 orang. Kita sebut nombor dengan tepat, dengan spesifik sebab semua orang ini adalah warga Kedah yang ada nama, ada alamat, ada tempat, dia bukan pendatang asing dan sebagainya. Kita tau yang mendapat 2 dos pun kita tau jumlahnya 1,375,840 orang telah mendapat 2 dos pada ketika ini. Jadi, yang menjadi kerisauan saya ialah dengan kes aktif yang ada 21,621 di Kedah pada ketika ini walaupun Alhamdulillah daripada segi ICU penggunaan yang agak minima, ICU yang tak perlu bantuan alat pernafasan hanya 24, yang perlu alat bantuan pernafasan hanya 13 pada ketika ini Alhamdulillah, tapi yang kita bimbangkan ialah korban kematian yang sangat tinggi. Kelmarin saja 14 orang yang menjadikan komulatif di Kedah 2,496 orang yang mana kadar kematian per 1 juta populasi meletakkan Kedah nombor 1, kemudian barulah diikuiti oleh Perlis, Perak dan Johor.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Terima kasih YB. Suka Menanti, terima kasih YB. Dato’ Speaker. Tadi YB. Suka Menanti membangkitkan tentang jumlah rakyat kita yang telah pun divaksin mencapai 89% lebih dan adakah perlu untuk kita nak capai heart emunity kelompok keseluruhan rakyat ni perlu 100% yang menerima vaksin sepertimana sebelum ni kalau kerajaan hanya mensasarkan kalau tak silap 80%, maknanya kalau 89% tu dah lebih lah. Adakah kita perlu untuk keseluruhan baru boleh mencapai kelompok itu?

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Terima kasih YB. Sungai Limau bagi peluang minum air. Jadi, Alhamdulillah memang kalau untuk mencapai emuniti kelompok memang kita ligan habis-habisan untuk capai 80%. Cuma sekarang ni bila kita sampai 89% dan bila kita capai pula satu jumlah yang…sebab ini bukan satu yang rahsia atau ilmu qhaib, ini orang yang kita tau duduk di mana, alamat dan sebagainya pun kita tau siapa mereka ini yang kalau kita jumlahkan sekarang ini 155,000 orang dewasa Kedah yang belum dapat sebarang dos walaupun 1 dos. Kita jangan cerita pasal dos penggalak lagi, hat orang ambil dos penggalak tu kalau suruh ambil dos keempat pun dia ambik. Tapi yang ni 155,000 lagi warga Kedah dewasa yang belum mendapat sebarang dos. Kita tak kisah juga, secara umum kita dapat capai emuniti kelompok tapi yang kita sedihnya sebab kematian bila kita duduk nombor 1, juara bola tak palah nombor 1, kematian per populasi pun dapat nombor 1 jadi saya rasa kita sebagai pihak kerajaan yang peduli kita rasa bimbang lah. Kita tak boleh kata umum sudahlah kita dapat 89%, yang 155,000 tu ikut suka dia lah, dia nak ambik dia ambik, tak mau ambik sudah. Jadi, apa yang saya nak tanya ialah sikap kita ni, apakah sikap Kerajaan Negeri Kedah, apakah sikap YAB. Jenerilah senang, sebab YAB. Jeneri ni dia rajin ligan orang, dia kata, “hampa tunggu, sampai lubang cacing aku cari”, kalau dia nak ligan. Jadi, saya nak tengok sikap Kerajaan Negeri Kedah ini, apakah sikap kita ke atas 155,000 warga Kedah dewasa yang belum mengambil sebarang dos ini adakah kita nak biaq pi kat depa, ikut suka hati depa ataupun kita nak ambil sikap peduli kita nak dampingi mereka, kita nak ajak mailah sebab kami tau hampa duk di mana, kami boleh cari hampa di mana, hampa bukan pendatang asing, kami tau duk tang mana, rumah di mana dan setiap daerah kita tau bilangan yang ada. YB. Speaker, macam mana, ada seminit dua lagi?

Timbalan Speaker

Sebelum tu saya nak ingatkan YB. Suka Menanti masa dah habis. Sila!

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Pencelahan boeh dak?

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Ok, pendek! Pendek sikit, saya nak gulung dah!

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Apa pandangan YB. Suka Menanti, apakah kes tinggi di Kedah. Kedah ni daripada segi kes sekarang saya ingat “Top 3”. Adakah pada pandangan YB. Suka Menanti ianya berkait dengan Kedah juga di antara yang masih ramai tak ambil vaksin? Apa pandangan YB. Suka Menenti?

Dato’ Haji Zamri bin YusufPKR · PHSuka Menanti

Ok. Saya rasa yang tu nanti pihak Exco Kesihatan boleh ulas. Tidaklah setepat itu, tidak se’direct’ itu tapi sebab imuniti kelompok menceritakan kepada kita ia boleh menjadi satu risiko kalau tidak habis orang yang mengambil vaksin. Dia tak pa, cuma sebagai kerajaan yang prihatin ni kena ada satu sikap lah sama ada kita nak lindungi mereka, nak pi cari mereka, setiap kali mai cucuk hat pertama bagi 2 kapit beras ka, mai cucuk kali kedua 3 kampit beras, baru dia ligan mai kut kan? Kalau lah, tapi sebenarnya kita tau nak cari mereka di mana. Jadi, saya tanya tu tentang apakah sikap kita sebab bila saya melihat keadaan yang ada ini dengan kematian dan kes yang besar ini menjadikan keadaan yang cukup unik dan saya bimbang inilah kesempatan diambil untuk mengadakan PRN di Negeri Kedah ni. Mungkin bukan dengan niat hati untuk mengadakan PRN tapi kalau PRN terjadi, inilah keadaan yang membahayakan keadaan sepertimana di tempat yang lain.

Jadi, sebagai kesimpulan di hujung ni, saya ingin percepatkan YB. Speaker ialah saya mengajak supaya kita mengambil iktibarlah daripada teguran Auditor Gneral seperti yang berlaku ke atas SADA kemudian Auditor General juga telah pun menegur beberapa hal tentang penggunaan duit MARRIS dan sebagainya, ini panjang kalau nak cerita, saya ringkaskan nanti boleh bincang dalam PAC dan sebagainya sebab kita rundingkan dan saya nak minta khususnya pihak dalam urusan berkaitan dengan SADA ni, saya ingin mengucapkan tahniah di atas pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif yang baru. Saya nak ingatkan bahawa anda punya masa depan yang jauh lagi dalam kerjaya, jadi tolonglah laksanakan program atau laksanakanlah tugas ini dengan baik, semaklah teguran-teguran yang cucup serius, yang sangat asas yang ditegur oleh pihak Auditor General itu 17 aspek sejengkal tebalnya supaya kita perbetulkan keadaan supaya kita boleh laksanakan, jangan sampai 17 – 0 ni kembali kepada beberapa merah kembali selepas ini. Jadi, saya harap itu saja sebagai ringkasan untuk bersama dengan ucapan kita pada kali ini YB. Speaker, sekali lagi di akhirnya saya ingin menjunjung kasih di atas peringatan, teguran dan juga titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam Istiadat Pembukaan ini dengan doa dan harapan supaya Kedah terus menjadi Kedah Darul Aman untuk semua rakyat kita. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih YB. Suka Menanti. Seterusnya saya persilakan YB. Pedu.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi robbil ‘alamin wassola tuwassala muaála asyrofil anbiya iwal mursalin wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. Terima kasih kepada YB. Speaker, yang dihormati YAB. Jeneri, yang dikasih barisan Exco-Exco, yang dimuliakan ADUN-ADUN, tak dilupakan ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan dan semua ahli yang ada di dalam Dewan ini. Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t pada hari ini sama-sama kita dapat berada di dalam Dewan yang mulia ini dan Allah memberi kesihatan yang baik kepada kita dan ada di kalangan sahabat-sahabat kita yang tak dapat hadir di Dewan ini kerana ada yang ditimpa musibah positif Covid-19. Kita doakan kepada mereka semua supaya cepat sembuh daripada penyakit yang diterima.

YB. Tuan Speaker, di sini saya ingin mengambil bahagian dalam titah ucapan Tuanku pada kelmarin. Jadi, dalam titah ucapan Tuanku baginda ada sebut masalah “membudayakan gaya hidup dan kelestarian persekitaran bagi rakyat Malaysia amnya dan Negeri Kedah khususnya” dan kerajaan negeri telah mengisytiharkan hari Jumaat sebagai hari kebersihan di Negeri Kedah. Jadi, apabila Tuanku titah macam ni teringat saya di DUN Pedu. Jadi, kita melihat bukan setakat kawasan PBT, kawasan MBAS dan kawasan di mana-mana, tapi kebanyakan kawasan di kampung-kampung, di rumah-rumah, kalau musim hujan macam ni ia akan menjadi satu lagi penyakit iaitu penyakit pembiakan nyamuk aedes. Di DUN Pedu sebelum-sebelum ini lah sebelum kena Covid-19 kita buat program gotong royong bersama dengan Jabatan Kesihatan Daerah dan rakyat tempatan. Pada masa itu kita ada buat hadiah, rumah siapa bersih ada hadiah, rumah siapa ada besi kita panggil “keling botoi” yang ada di situ. Jadi, semua perkakas-perkakas yang ada di rumah itu yang boleh jual kita jual, dengan secara tak langsung rumah tu kawasannya jadi bersih. Setiap bulan satu JPKK kita buat satu gotong royong, itulah rutin bulanan. Jadi, saya mencadangkan supaya Kementerian Pembangunan Luar Bandar perturunkanlah bajet sebelum-sebelum ini kepada JPKK supaya program ini boleh dibuat di setiap DUN, “Program Gotong Royong Cuci Kawasan Rumah Setiap Bulan”. Di situ banyak manfaat yang kita dapat. Kalau dulu rasanya JPKK dia dapat setahun RM10,000 untuk program, rasanya tahun lepas tak dak, tahun ini belum ada lagi.

Jadi, di sini saya mengharapkanlah Kementerian Luar Bandar supaya turunkan peruntukan dan boleh berikan kepada setiap JPKK ini. Bukan setakat majlis gotong royong untuk mencuci kawasan-kawasan rumah dan pelbagai bentuk lagi yang dapat dilaksanakan oleh JKPKK. Itulah sedikit sebanyak masalah tentang kebersihan.

YB. Tuan Speaker, saya nak menyokong cadangan daripada YAB. Menteri Besar tentang masalah ketum, banyak orang duk sebut ketum. Tadi apabila YB. Bandar Baharu sebut Padang Terap jadi terasa juga lah, apabila sebut Padang Terap ni Pedu duduk dalam Daerah Padang Terap. Di Padang Terap ketum paling banyak, dia tak sebut tadi berapa hektar, berapa relung tapi dia sebut pokok. Di Padang Terap ni kalau 2019 yang AADK ada maklumat duk ada 100 ekar lebih. Itu yang dapat maklumat daripada AADK, kalau duk dalam bukit, duk dalam rimba mungkin melebihi itu. Jadi, saya menyokonglah cadangan daripada YAB. Menteri Besar supaya ketum dieksport ke luar negara, ke Thailand. Kalau kita duk tunggu daripada dulu akta dari tahun 1952 Akta Racun, yang geng penyeludup ni qeja dia seludup saja, qeja dia. Kalau dia tak boleh masuk kut simpang 3 dia masuk kut simpang 4, kalau tak boleh simpang 4 dia masuk kut lorong kebun getah. Jadi, kerugian dana kerajaan akan menjadi lagi banyak, AADK nak kena kepung, polis nak kena kepung, imigresen nak kena jaga, tentera nak kena jaga. Jadi, setiap agensi yang nak kena kepung daun ketum ni peruntukan dia habis lagu tu, dia tak jadi kerja lain, duk kerja kepung penyeludup-penyeludup, taukeh-taukeh daun ketum ni.

Kalau kita ada Kerajaan Pusat meluluskan untuk eksport daun ketum ni jadi kerja-kerja empat lima agensi ini dia tak kena dah duk kepung, dia boleh buat kerja lain, banyak lagi. Kesianlah kepada jabatan-jabatan yang nak mengendalikan penyeludup-penyeludup ini. Kalau kita hat duk makan, hat duk makan ni buat macam mana pun dia duk makan teqa tu la, dia tak boleh tanam di rumah dia tanam dalam bukit, dia makan jugak, sampai ke muka tu naik hitam, biru, duk makan situ, qebah tak boleh bangkit buat kerja, bangkit minum jugak pasal dia penagih, macam penagih dadah jugak lah. Takat kurung 3 bulan, balik kena dadah jugaklah, kita kurung 8 bulan, balik duk kena jugak. Sebab itu ia perlu ada tindakan yang lain, dua perkara yang berbeza antara penagih dengan penyeludup dan eksport. Jadi, saya menyokonglah supaya benda ni Kerajaan Pusat dapat mengkaji.

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

YB. Speaker, terima kasih YB. Pedu. Adakah YB. Pedu bersetuju sebab cadangan daripada YAB. Menteri Besar Negeri Kedah adalah untuk kita mengeksport ke negara yang bukan untuk salah guna tetapi dibenarkan dalam negara tersebut untuk ia diproses untuk perubatan dan kesihatan.

Maksudnya dalam negara kita telah pun ada akta dan perlu kepada penguatkuasaan untuk kita nak mencegah perkara ini daripada penduduk kita cuma yang bermasalah di peringkat kita adalah penyeludupan dan apabila ia di’legal’kan kita buat kepada negara yang telah pun ‘legal’ proses dalam negara tersebut dan kita harap bila edar keluar ia akan berkurangan digunakan di peringkat domestik. Jadi, adakah YB. Pedu perasan perkara ini?

Terima kasih kepada YB. Sungai Limau. Jadi, saya bersetuju lah cadangan daripada YB. Sungai Limau.

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Sikit. Boleh minta laluan YB. Pedu?

Boleh! Boleh!

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

YB. Speaker, isu utama ketum adalah penyalahgunaan dan penagihan yang menular, semakin banyak dan semakin teruk. Ia bukan saja melibatkan orang tua tetapi telah mula ada di sekolah-sekolah. Ada setengah sekolah sampai 20%, ramai yang terlibat, sampai ke peringkat sekarang anak-anak darjah 6 dah terlibat dengan ketum. Jadi, apakah hasrat apabila dilonggarkan, sudah tentu kalau nak eksport kena dilonggarkan, akta yang ada sekarang kena longgarkan. Jadi, apa jadi nanti kepada masyarakat generasi yang akan datang dalam konteks Negeri Kedah. Sekarang pun yang terlibat budak-budak sekolah yang memang akan tercicir daripada pendidikan dan seumpamanya. Pada pandangan YB. Pedu, apabila nak eksport satunya akta itu mesti dilonggarkan. Apabila dilonggarkan, ia akan mendedah kepada faktor-faktor penularan penagihan tadi, itu satu. Yang keduanya saya kira hampir semua negeri telah membuat fatwa termasuk Negeri Kedah seawal 2005 dan diulangi pada beberapa tahun yang lepas termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan, termasuk Negeri Perlis telah menfatwakan bahawa penagihan ketum ini akan menyebabkan otaknya rosak. Maqasid Syariah yang dasar ketiga menjaga akal itu kita lampaui, jadi sebab itu pandangan agama Majlis Fatwa termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan ketum.

Jadi, apakah benda yang telah haram ini, apakah keseriusan daripada segi penagihan ini yang semakin menular? Apakah ini kita tidak ambil kira dengan mengambil kira untuk kita mendapat keuntungan? Apa pandangan YB. Pedu?

Terima kasih kepada YB. Pengkalan Kundor. Hat bab haram halal semua tu kena tanya tok guru lah, saya tak boleh jawab hat tu. Cumanya kalau yang kita nak eksport ni untuk perubatan bukan untuk penagihan. Kalau penagihan tu sampai hari ni pun kita tak boleh sekat berapa puluh tahun dah, jadi kalau kita buat perubatan tu cerita lain. Habis dah bab ketum, sat gi tak cukup masa pulak.

Seterusnya YB. Tuan Speaker, masuk masalah anak tak sah taraf. Anak tak sah taraf ni tak kiralah dia menikah di Thailand ka, menikah sendiket ka, menikah di mana pun. Jadi, Jabatan Pendaftaran Negara kadang-kadang tu dia ada surat beranak ada nombor IC hat la ni, kalau hat dulu tak dak. Keduanya tak dak langsung orang Pedu panggil Surat Beranak, kalau orang Alor Setar ni panggil Sijil Kelahiran. Masalahnya apabila tak ada surat beranak, tak dak IC, jadi saya berpandangan bukan setakat di DUN Pedu mungkin keseluruhan Negeri Kedah mahupun di Malaysia ini, benda ni mesti ada, pasal kebanyakan apabila tak dak surat beranak, tak dak sijil nikah apa semua tu, Pejabat Pendaftaran tak akan buat IC ataupun Kad Pengenalan. Jadi, masalahnya kita kesianlah kepada anak-anak ni, tak kiralah semua bangsa ada yang berlaku macam ni. Dia tak dak IC, dia boleh mengaji setakat darjah 6, sampai tingkatan 1 dia tak boleh masuk dah, pasal dia tak dak IC. Jadi, apakah tindakan yang kita ambil untuk memberi keceriaan kepada mereka ini, bukan setakat tak boleh mengaji YB. Tuan Speaker, menikah pun tak boleh pasal IC tak dak. Selepas tu dia pula bersambung tak dak IC, cari pasangannya menikah guna sendiket guna macam-macam kaedah lah, kalau dia bernikah dengan cara bersyarat IC dia tak dak dia nak daftar macam mana. Jadi, di sini saya mengharapkan kepada jabatan yang berkenaan supaya melihat perkara ini supaya masyarakat kita yang ada di luar sana boleh mempercepatkan proses mendapatkan IC. Kalau di DUN Pedu ramai ada, saya nak bagi contoh seorang yang tak dak IC ni 2 beradik, ayah dia orang Malaysia, ibu dia orang Indonesia tapi menikah ni saya tak taulah sendiket ka apa semua tapi tak dak dokumen untuk dibentangkan kepada JPN, maka JPN tak boleh terima untuk membuat IC. Sampai ke la ni anak tu seorang 15 tahun, seorang 17 tahun, mengaji sampai darjah 6, tak boleh mengaji dah la. La ni dia nak mintak keja tak boleh, nak apa pun tak boleh, duduk pula pak dia celah-celah tu masuk “rumah batu”, kena hukum 6 tahun ka berapa tahun. Jadi, terpaksa duduk dengan orang bela, orang bela ni nak kena bela orang yang tak dak IC. Jadi, dia pun nak bawa anak bela ni ke luar dari Pedu tak berani pasal IC pun tak dak, sat gi kena tangkap dia nak jawab masalah.

Jadi, di sini saya mengharapkan kepada jabatan berkenaan supaya ambil perhatianlah benda-benda ni, ramai anak-anak cucu cicit di seluruh Negeri Kedah ni supaya mereka ini mendapat IC yang sepatutnya. Buatlah kaedah macam mana pun, siasatan lah macam mana pun supaya mereka ini dapat IC untuk kesenangan pada masa depan mereka-mereka yang…. (YB. Pengkalan Kundor mencelah)

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Sedikit, mencelah boleh YB. Padu?

Mencelah lagi?

Dato’ Dr. Ismail bin SallehAMANAH · PHPengkalan Kundor

Ya, mencelah lagi. Suka dengan Pedu. YB. Tuan Speaker, masalah anak-anak yang tidak IC ini adalah bermula dengan masalah dokumen. Masalah dokumen bermula kadang-kadang dengan berkahwin tu, kahwin secara yang tak di’legal’kan daripada segi undang-undang dunia ni, lalu tak ada dokumen. Jadi, kalau mak ayah perkahwinan tak dak dokumen maka dapat anak nak daftar masa lahir pun tak dak dokumen. Saya bersetuju dengan YB. Pedu, perkara ini sangat serius dan banyak, di DUN saya pun ramai, apatah lagi apabila kita dekat dengan Siam maka, ialah dulu pi sana lah kan, sekarang tak boleh pi la tapi masih ada dalam negara kita. Saya cadang sungguh-sungguh pihak kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam ka, atau mana-mana untuk kempen betul-betul, kalau nak kahwin buatlah betul-betul kan, nak kahwin dua, ada dokumen. Dokumen tu sangat penting untuk akhir nanti bukan saja apa-apa yang berlaku suami isteri tetapi juga anak yang akan lahir nanti. Jadi, saya cadang supaya satu kempen oleh terutamanya Jabatan Agama Islam lah untuk memastikan bahawa benda ni dibuat supaya akan datang ni jangan lagi yang tak dak dokumen tadi. Terima kasih YB. Speaker.

Terima kasih YB. Pengkalan Kundor. Itulah tadi saya sebutkan semua ada. Yang tadi sebut pasal YB. Pengkalan Kundor sebut tadi apabila duk dekat-dekat dengan Thailand, itu cerita di Thailand, yang keduanya apa kahwin yang tak sah ni dia akan jadi berpanjangan, apabila tak sah daripada mula mai pula wali tak sah, jadi berpanjangan sampai ke bila-bila duk tak sah situ. Itu satu perkara walaupun kita nampak kecil tapi sampai ke hujung nu dia nampak besar, lebih daripada Gunung Bintang lagi.

Yang keduanya bersangkutan dengan perkahwinan ini juga macam YB. Pengkalan Kundor sebutkan tadi kahwin dua apa semua tu, apabila dia kahwin dua dia abaikan anak-anak dan isteri yang lama, jadi pada masa tu dia duk tuju Pusat Khidmat lah tak dak benda makan apa semu. Jadi, ini saya mengharapkanlah kepada jabatan untuk memainkan peranan supaya yang nak kahwin dua tiga empat tu jagalah anak-anak kita yang rumah nombor satu tadi tu. Ni bini pun tak jaga, anak pun tak jaga, lepas tu bini tu nak mintak fasakh ka apa nak pi ke mahkamah, nak pi mahkamah nak kena cari peguam, nak peguam nak kena ada duit, pi kat peguam mintak RM2,000 dia tak dak duit, jadi Pusat Khidmat jugaaakkk…. (sambil ketawa). Duk merayu, last-last kahwin dengan YB. pulak….kacau hat tu. Dia setakat 4 saja, 5 nak buat lagu mana pulak? Hat tu pun banyak pengurusan yang telah diabaikan oleh suami-suami yang meninggalkan, bukan setakat tinggalkan tapi mengabaikan. Hat tinggal tu cerita lain, hat abai cerita lain. Di sana ada satu contoh, dia belah kampung DUN Ayer Hitam, kahwin dengan orang di sana, dia duduk rumah tanah pak mentua, Zakat bagi rumah pasal anak dia cacat 2 orang, lepas tu dia boleh bini muda dia abaikan bini tua. Jadi, mak pak ni tak berapa nak bersetuju dengan menantu ni, harap duk makan duit Zakat tu lah. Tu pun nasiblah habuan anak dia cacat 2 orang, boleh juga ada duit zakat tu, kalau tidak dia nak buat macam mana, dia nak balik sana harta dia tak dak dah, asalnya di sana. Tu cerita pengabaian ni maknanya jabatan yang berkenaan supaya ambillah satu langkah untuk menilai balik macam mana nak menjaga rakyat-rakyat yang macam ni. Benda ni ia akan berpanjangan dan menjadi satu benda yang akan tak dak berfaedah untuk masyarakat yang diabaikan. Tapi kalau anak hat mak muda ni mungkin ada orang nak bela, hat mak tua tu, jenuh bela anak kecik-kecik la ni.

Yang seterusnya….(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

YB. Pedu, masa sebenar dah habis!

Habis dah? Bukan 4.30….? Dah habis dah kita masuk sebelah DUN Pedu lah sikit.

Timbalan Speaker

2 minit boleh na?

Untuk perhatian YB. Speaker, di DUN Pedu ni satu lagi duk tunggu, titi yang hanyut semasa banjir pada tahun 2010. Sampai ke hari ini kita duk mohon kepada PKLB pun dah turun tengok, Pejabat Daerah pun dah turun tengok, banyak jabatan yang dah turun tengok, YB. Kupang pun dah turun tengok dah. Titi tu hanyut tahun 2010 padahal dari sebelah sini nak ke sebelah sana tu tiga empat ratus saja daripada perkampungan orang nak ke kebun tapi sekarang nak kena lengkong 9 kilometer untuk ke kebun. Jadi, saya mengharapkan sungguh-sungguhlah supaya dapat dilihat pada tahun ini untuk membina titi yang memang diperlukan di kawasan itu.

Yang keduanya apabila Tuanku sebut tentang pelancongan. Jadi, saya merasakan di Tasik Pedu yang begitu indah dengan flora dan fauna supaya orang di luar sana walaupun tidak dimajukan macam dulu-dulu bolehlah turun ke Tasik Pedu, kalau para pemancing sekarang ini musim memancing ikan baung, ikan toman, seekor tiga empat kilo ikan toman la ni ada lah pengusaha-pengusah bot menyewa bot untuk pemancing-pemancing. Sewanya ada yang RM60, ada RM80, ada yang RM100, tengok masa dan ketika, jauh dan dekat. Ikan puyu pun ada, ikan puyu kena di Pok Ka nu, baru ada ikan puyu, kalau tang lain tak dak ikan puyu.

Keduanya, YB. Sungai Tiang rajin pi duk ‘hiking’. Orang Sungai Tiang dia sebut ‘hiking’, orang Pedu dia panggil ‘qagaih’, di sana ada Bukit Tok Pake, tinggi dia 574 meter, kalau naik di situ nampak seluruh Tasik Pedu. Jadi, kalau naik waktu selepas subuh baru dia nampak ‘clear’, kalau naik waktu maghrib sat lagi turun tak berani lah, gelap. Itulah tempat-tempat yang menarik di Tasik Pedu. Jadi, jika ada sesiapa yang teringin bolehlah ke Tasik Pedu sebelum projek Agro Pelancongan akan membina di Tasik Pedu, InsyaAllah. Kita mendoakan supaya Tasik Padu akan disemarakkan semula supaya rakyat-rakyat daripada Thailand, Kelantan, Baling sebut pasal dia laluan dia highway pakej, tak macam dulu, dulu jalan dia line coner, kalau naik Gunung Kerengga tu naik motor gear 1, turun motor pun gear 1 pasal tinggi, la tak pa pakai auto pun tak pa boleh naik dah pasal dia jadi highway pakej, rendah dah.

Jadi, rasanya setakat tu lah ucapan yang dapat saya sampaikan pada petang ini. Dengan ini saya menyokong penuh titah ucapan Tuanku Sultan.

Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Terima kasih YB. Pedu di atas isu yang saya rasa menarik dan perlu diberi perhatian yang bersungguh-sungguhlah oleh pihak yang berwajib.Seterusnya saya persilakan YB. Bakar Arang.

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Terima kasih YB. Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada Bakar Arang untuk membahas usul menjunjung kasih atas titah ucapan. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi pernghargaan dan ribuan terima kasih kepada Tuanku Sultan Kedah kerana sudi menyampaikan titah ucapan sempena Perasmian Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kedah pada kali ini. YB. Tuan Speaker, sudah 2 tahun Pandemik Covid-19 di Malaysia dan sekarang kita telah pun nak memasuki peringkat endemik lah. Jadi, saya rasa bukan saja negera kita berhadapan dengan krisis kesihatan malah ekonomi dan banyak sektor lain juga turut terjejas dan di sini saya ingin menyampaikan sedikit maklum balas daripada rakyat dan masalah yang dihadapi oleh rakyat yang di bawah dan mengharapkan pihak kerajaan boleh membuat sesuatu untuk memperbaiki keadaan. Yang pertama ialah tentang isu Covid. Isu Covid kita tengok wase omicron ini kes positif masih sangat tinggi dan meningkat walaupun kebanyakan simptomnya small symptom ataupun tidak teruk namun kita perlu memberi perhatian kepada kes kematian khususnya di Negeri Kedah menjadi nombor 1 di seluruh Malaysia untuk kematian per 1 juta rakyat dalam 2 minggu yang lepas berturut-turut beberapa minggu kita dalam ‘rank number one’. Ini adalah penting dan saya juga baca kenyataan media daripada YB. Tokai bahawa kebanyakan mereka yang meninggal dunia mereka tidak tahu mereka sendiri telah dijangkiti Covid-19, mungkin mereka sakit tapi tunggu di rumah saja dan akhirnya mereka meninggal dunia sebelum masuk hospital dan mereka tidak tahu. Saya rasa ini adalah penting apakah kerajaan telah melakukan sesuatu untuk memberi bantuan kepada rakyat yang sekarang kebanyakan sudah kena lah, kalau tak kena itu jadi pelik lah. Kalau dulu kena pelik, kalau sekarang tak kena pelik pulak, sini kena, sana kena. Orang tanya, “you tak kena lagi ka?” Maka, banyak yang kena perlu kuarantin dan bersama seluruh ahli keluarga dan yang tidak tahu mungkin mereka adakan bantuan seperti membekalkan alat oksimeter, alat test kit ataupun alat-alat perubatan yang basic adakah memeberi kepada mereka yang khususnya dalam golongan B40. Juga mereka yang B40 kerana mereka perlu kuarantin dan mereka bukan bergaji bulanan dan mereka hanya buka perniagaan kecil, penjaja, mereka kehilangan pendapatan, pendapatan mereka terjejas, apakah bantuan yang diberi kepada mereka daripada kerajaan negeri. Saya rasa ini perlu kita memberi perhatian dan khususnya sekarang banyak sangat orang yang kena dan mereka dalam keadaan yang psychologically mereka rasa bimbang lah.

Yang kedua ialah berkenaan dengan ekonomi juga dalam pandemik ini semua orang terjejas dan semua orang mahukan ekonomi kita diberangsangkan. Tetapi sekarang ramai yang menghadapi pelbagai masalah bukan saja kenaikan harga bahan mentah untuk barang-barang mentah naik harga, petrol, diesel pun mungkin naik harga dan juga kebanyakan mereka yang membuat perniagaan juga menghadapi masalah kekurangan pekerja. Baru-baru ini kita dengar kerajaan telah pun mengumumkan mulai 1 Mei akan melaksanakan gaji minima RM1,500. Tapi sebenarnya di luar sana jika kerajaan tak tetap sebenarnya sekarang di pasaran dengan kekurangan pekerja kebanyakan ‘offer’ ataupun syarikat yang mengambil pekerja telah pun memberi gaji sekurang-kurangnya RM1,500 tetapi walaupun gaji tinggi tetapi tak dapat pekerja. Adalah banyak isu mungkin termasuk sudah kurang pekerja asing sudah balik. Saya harap kerajaan perlu melakukan sesuatu supaya ekosistem perniagaan ini dapat berjalan dengan baik, dengan mempunyai pekerja-pekerja yang mencukupi sebab kesemua ini ada satu ekosistem yang akhirnya pengguna akan dibebankan dengan kenaikan harga sebab bila barang mentah naik harga, pekerja naik harga, tak cukup pekerja perlu naikkan lagi harga untuk mencari pekerja dan akhirnya harga-harga barang akan naik harga lah. Akhirnya rakyat yang akan jadi susah.

Seterusnya saya rasa satu lagi isu yang perlu diberi perhatian ialah isu air. Saya rasa mungkin tak cukup kut untuk 5 minit saja saya nak habiskan semua…(YB. Sungai Limau mencelah)

Ustaz Mohd Azam bin Abd. SamatPAS · PNSungai Limau

Sikit saja YB. Bakar Arang. YB. Speaker, kita hairan bila YB. Bakar Arang sebut ada peluang pekerjaan tetapi tak dak pekerja sedangkan kita duk bincang orang yang kata duk berenti kerja, duk cari kerja tapi sektor yang macam mana cari pekerjaan tapi pekerja tak dak. Mungkin YB. Bakar Arang boleh cerita.

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Boleh! Boleh! Ini soalan yang baik dan saya rasa mungkin Yang Berhormat tidak turun ke padang, bukan padang yang biasa tapi turun untuk mendekati peniaga-peniaga. Mungkin setengah tahun yang lepas banyak orang tak dapat kerja, bila kita post jawatan kosong saja, wah! Ramai datang tanya kerja, tapi kalau untuk 3 bulan kebelakangan ini kalau kamu post jawatan kosong di facebook ka, di jobstreet ka, di mana ka, tidak ada permintaan, kamu boleh tanya kawan-kawan yang berniaga tidak kira apa sektor lah, kilang ka, pertanian ka, sektor ‘retail’ ka, pembinaan, semua sektor tak dak pekerja.

Dan sekarang gaji pekerja asing satu hari boleh sampai RM120 sehari punya gaji harian. Bila tak cukup, semua orang pakat naikkan gaji lah untuk tarik dan sekarang pekerja asing pun dia nak cari lah kerja yang senang dan harga tinggi. Itu realitilah di mana-mana saja kalau mereka yang menceburi dalam perniagaan mereka akan tahu.

Seterusnya saya nak masuk ke isu air juga walaupun banyak orang telah pun bangkitkan sebab sekarang ‘feedback’ yang saya dapat bukan sahaja tempat-tempat yang sering berlaku terputus bekalan air ataupun tekanan rendah seperti kalau di Daerah Kuala Muda seperti di Merbok sana. Tapi banyak tempat lain telah pun mula bagitau air tak dak, tekanan air rendah di kawasan saya Taman Keladi, Taman Intan, Taman Mewah dan kawasan Bukit Selambau macam Taman Ria, banyak tamanlah, semua kawasan Sidam pun ada dan Taman Angsana. Semua bagitau air tak dak, tekanan air tak dak. Saya rasa ini apa masalah, adakah tiba-tiba populasi kita bertambah banyak menyebabkan penggunaan air yang banyak sampai air tak cukup ataupun pembangunan kita, taman perumahan baru semakin banyak, kilang-kilang baru semakin banyak sehingga kita tidak cukup air dan kalaulah ini sebabnya, kenapa tidak ada perancangan yang lebih tersusun supaya kita mempunyai air yang cukup. Saya rasa ini satu benda yang sangat serius dan saya harap tidak tertangguh terlalu lama sebab rakyat tak boleh tahan dengan selalunya tidak ada air dan air tekanan rendah.

Bukan saja isu air tetapi satu lagi ialah isu komunikasi, jaringan komunikasi, bukan saja internet macam YB. Anak Bukit kata tadi, nak telefon, line telefon pun sangat-sangat teruk bukan sahaja di luar bandar tetapi di dalam bandar, di Sungai Petani di rumah saya sendiri, yang peliknya ia berlaku dalam satu tahun dua tahun ini. Dulu ada line di rumah saya, tiba-tiba dalam satu dua tahun ini, tidak ada line, tinggal 1 bar kadangkala tidak ada, kena keluar ke ‘car park’, saya pakai Celcom. Saya pun buat aduan kepada Celcom, saya buat aduan kepada SKMM. Celcom bagitau, Oh! Tempat kamu ‘congested’, maksud dia pengguna Celcom bertambah banyak dalam satu dua tahun ini, bila ramai, telco dia tak tambah, maka tak cukup, line tak dak. I kata, “bila nak selesaikan, nak tambah telco?’’ Dia kata, ‘’tak tau’’. Saya tanya jiran saya, “eh! Maxis boleh pakai ya?’’ Mungkin saya nak tukar kepada Maxis lah……………(YB. Timbalan Speaker mencelah)

Timbalan Speaker

YB. Bakar Arang, saya rasa boleh menggunakan 2 ayat terakhir untuk kita tangguh.

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Ok! Ok! Saya sikit saja. Akhirnya Maxis pun tak daklah, jiran saya kata, “Maxis pun kena keluar ke ‘car posh’ baru ada line”.

Timbalan Speaker

YB. Bakar Arang, esok diberi ruang 10 minit lagi!

Encik Ooi Tze MinPKR · PHBakar Arang

Ok! Ok, Baik! Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih YB. Bakar Arang. Besok kita akan berikan 10 minit lagi masa.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya menangguhkan Dewan, suka saya ingatkan sikitlah peraturan Dewan ini iaitu jangan membiasakan menggunakan nama lah, sebut Haji Sanusi, contoh sebaliknya sebutkan nama DUN yang diwakili, yang kedua, saya perhatikan ada yang menggunakan perkataan kamu, jadi sebolehnya elakkan.

Sebagai rumusan, perbahasan pada petang ini sangat baik lah dengan usul-usul dan syor yang begitu banyak daripada kedua-dua belah pihak. Saya mengharapkan supaya sesi perbincangan persidangan sebegini dapat diteruskan untuk kita mewujudkan budaya perbincangan persidangan yang baik untuk kepentingan semua rakyat.

Jadi, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan ditangguhkan sehingga jam 9.00 pagi esok. Terima kasih.

[Dewan ditangguhkan pada jam 4.30 petang]